url
stringlengths
28
237
headline
stringlengths
6
180
content
sequence
https://alhijrahnews.com/bayi-perempuan-ditinggalkan-di-kedai-makan/
BAYI PEREMPUAN DITINGGALKAN DI KEDAI MAKAN
[ "KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditinggalkan di dalam sebuah beg di kawasan kedai makan di Pangsapuri Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil, Ahad lepas.", "Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemukan orang awam pada 10.49 pagi sebelum menghubungi talian Mers999.", "Menurutnya pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membuat pemeriksaan mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat.", "“Siasatan lanjut sedang dibuat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/suami-isteri-maut-kereta-dinaiki-terbabas/
SUAMI ISTERI MAUT KERETA DINAIKI TERBABAS
[ "KAMPAR: Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas di KM 292.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini tengah malam tadi.", "Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata pihaknya menerima maklumat dari orang awam berkaitan kejadian melibatkan Tsia Kwai Weng, 61, dan Hooi Lai Kwean, 53, yang beralamat di Tambun itu, kira-kira pukul 12.30 malam.", "“Isterinya maut di tempat kejadian manakala suaminya maut semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira 5.40 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan.", "Menurut Mohamad Nazri ketika kejadian hujan renyai dan kereta mangsa remuk di bahagian depan serta keseluruhan cermin retak.", "Beliau berkata siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/nelayan-liwat-isteri-dipenjara-dan-sebat/
NELAYAN LIWAT ISTERI DIPENJARA DAN SEBAT
[ "IPOH : Seorang nelayan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tujuh pertuduhan mengurung, melakukan seks luar tabii dan serangan seksual terhadap isterinya serta memiliki video cakera padat (VCD) lucah, pertengahan April lalu.", "Tertuduh berusia 36 tahun dari Seri Manjung itu membuat pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan ketika dihadapkan di hadapan Hakim Norashima Khalid.", "Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan isteri dengan cara memasukkan zakar ke dalam dubur isterinya.", "Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Padang Tembak, Lumut antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang dan 8.30 hingga 11.30 malam pada 16 April lalu.", "Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.", "Tertuduh turut didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan zakar palsu ke dalam kemaluan isterinya yang berusia 36 tahun tanpa kebenaran.", "Kesalahan itu dilakukan di rumah yang sama antara jam 8.30 hingga 11.30 malam pada 16 April lalu dan antara jam 9 hingga 10 pagi pada 17 April lalu.", "Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377(CA) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.", "Tertuduh yang telah memiliki tiga anak turut berdepan tuduhan di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan kerana telah menyebabkan kecederaan kepada isterinya untuk mengadakan persetubuhan dengannya.", "Kesalahan itu dilakukan di rumah yang sama antara jam 8.30 hingga 11.30 malam pada 16 April lalu dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun.", "Tertuduh turut didakwa atas kesalahan mengurung isterinya dengan salah di lokasi yang sama antara jam 1.30 tengah hari pada 16 April sehingga 12 tengah hari pada 18 April lalu.", "Sehubungan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 340 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum Seksyen 342 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.", "Di kamar sama, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan kerana memiliki 13 keping VCD lucah yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.", "Berikutan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan bagi setiap pertuduhan dengan hukuman penjara berjalan serentak mulai hari ini.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid" ]
https://alhijrahnews.com/kabinet-dibentuk-segera-selepas-ambil-pandangan-semua-parti-kerajaan/
KABINET DIBENTUK SEGERA SELEPAS AMBIL PANDANGAN SEMUA PARTI KERAJAAN
[ "PETALING JAYA: Pembentukan Kabinet kerajaan perpaduan akan dibuat secepat mungkin selepas mengambil kira pandangan daripada semua parti dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Beliau berkata perkara itu harus diteliti memandangkan saiz Kabinet dalam kerajaan perpaduan akan dikecilkan.", "“Seperti mana saya sebut, tidak seperti biasa, kerajaan perpaduan ini melibatkan lapan parti.", "“Kalau dulu (kerajaan terdahulu) masuk (lantik) 50, 60 (ahli Kabinet) okay saja…tak cukup lagi, (lantik pula) duta dan penasihat khas. Saya tidak sanggup buat begitu,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.", "Mengenai kemungkinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menganggotai Kabinet, Anwar berkata: “Pandangan semua kita ambil kira dalam perbincangan, tetapi kita tahu dari segi undang undang, hanya setelah ada hukuman (apabila terbukti bersalah oleh mahkamah)… yang lain (tidak bersalah) itu kita boleh pertimbangkan,” katanya.", "Mesyuarat itu adalah yang pertama selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, yang antara lain membincangkan perkembangan parti dalam PH pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).", "Antara pemimpin utama PH yang hadir Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah Mohamad Sabu selain Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan wakil Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO).", "Selain itu, Anwar menegaskan usul Undi Percaya terhadapnya tetap akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat pada 19 Dis ini, walaupun terdapat pemimpin PH berpandangan usul itu tidak perlu dibentangkan kerana tidak timbul isu keabasahan Anwar sebagai Perdana Menteri.", "Sementara itu, beliau berkata mesyuarat hari ini antara lain membincangkan mengenai perkembangan semasa parti selepas berhadapan PRU-15, selain berkongsi hasil pertemuan khas beliau bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.", "Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata mesyuarat itu turut membincangkan soal kos sara hidup, selain isu risiko banjir susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).", "Selain itu katanya Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa polis diarah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah mengenai beliau.", "“Anwar tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kritikan awam terhadapnya seperti memakai capal (ketika memulakan tugas di Pejabat Perdana Menteri), tapi we draw the line terhadap elemen-elemen fitnah, seperti tuduhan Anwar ejen Israel dan sebagainya… beliau (Perdana Menteri) telah meminta polis ambil tindakan,” katanya.", "Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Khamis lepas dan memimpin kerajaan perpaduan yang dianggotai PH yang mempunyai 82 kerusi, diikuti BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta parti-parti lain.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/keluarga-mangsa-banjir-di-pahang-terima-bantuan-rm500/
KELUARGA MANGSA BANJIR DI PAHANG TERIMA BANTUAN RM500
[ "KUANTAN: Tanda prihatin terhadap nasib mangsa banjir di Pahang, kerajaan negeri bersetuju menyumbangkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir.", "Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, empat kategori mangsa banjir akan menerima bantuan khas.", "Ia melibatkan mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), mangsa tidak berpindah ke PPS tetapi menumpang di rumah saudara-mara, mangsa yang tinggal di rumah sewa dan juga mangsa yang membuat keputusan untuk tidak berpindah ke mana.", "Menurut Wan Rosdy sumbangan ini adalah berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangan kerajaan negeri demi meringankan beban yang ditanggung mangsa.", "Ia juga meneruskan tradisi tanda prihatin terhadap nasib mangsa banjir di Pahang sepertimana bantuan serupa semasa bencana banjir tahun lepas.", "Setakat jam 3 petang Jumaat, jumlah mangsa banjir di Pahang melibatkan 30,914 orang dengan 228 PPS dibuka. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pkp-pergerakan-antara-negeri-1-hingga-3-mei/
PKP: PERGERAKAN ANTARA NEGERI 1 HINGGA 3 MEI
[ "KUALA LUMPUR: Orang ramai yang hendak melakukan pergerakan antara negeri untuk tujuan yang dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu membuat permohonan melalui aplikasi ‘Gerak Malaysia’ bermula esok (26 April).", "Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata mereka yang layak boleh membuat permohonan secara dalam talian susulan kebenaran pergerakan itu selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mei ini. ", "“Bagi yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia pada 26 April (esok), mereka perlu mengemas kini permohonan pada 29 April untuk mengesahkan destinasi perjalanan.", "“Semakan status permohonan itu boleh dibuat pada 1 Mei juga melalui dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini. ", "Beliau berkata, bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi Gerak Malaysia perlu membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan kebenaran perjalanan di balai polis berdekatan.", "Bagaimanapun, katanya keutamaan perjalanan akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia. ", "Beliau berkata sepanjang tempoh berkenaan, pengguna jalan raya dikehendaki merancang perjalanan mereka mengikut syarat ditetapkan.", "“Bagi mereka yang mengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) diingatkan bahawa tiada sebarang kemudahan makanan disediakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).", "“Surau akan ditutup dan sebarang aktiviti solat berjemaah di R&R tidak dibenarkan termasuklah di dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, tempat letak kenderaan dan lain-lain,” katanya.", "Kata Huzir, hanya fasiliti tandas awam sahaja yang dibenarkan beroperasi manakala kawasan meletak kenderaan hanya dibenarkan untuk tujuan rehat dan pengguna lebuh raya tidak dibenar keluar daripada kenderaan semasa dalam tempoh rehat kecuali untuk menggunakan tandas awam.", "“Stesen minyak hanya akan beroperasi antara 6.00 pagi sehingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya dan dilarang melakukan sebarang aktiviti secara berkumpulan dalam tempoh perjalanan.", "“Satu kenyataan media berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia akan dikeluarkan pada hari ini dan diikuti dengan sidang media pada 29 April mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan mereka lancar dan teratur,” katanya.", "Rabu lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh PKP dan kini ingin kembali ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu. ", "Setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan kepada pihak polis secara dalam talian bagi membolehkan pihak berkuasa membuat perancangan. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/perbezaan-waktu-berbuka-di-burj-khalifah/
Perbezaan waktu berbuka di Burj Khalifah
[ "DUBAI – Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal di Emiriah Arab \nBersatu (UAE) meminta semua penduduk di Burj Khalifa setinggi 163 \ntingkat dan bangunan pencakar langit lain untuk mengambil perhatian \nterhadap perbezaan waktu berbuka puasa yang bergantung kepada tingkat \nkediaman mereka.", "Jabatan tersebut \nmengeluarkan pekeliling menetapkan tempoh berpuasa penduduk yang tinggal\n antara tingkat 60 dan aras 120 adalah empat minit lebih lama berbanding\n kawasan lain di Dubai.", "“Mereka yang tinggal di tingkat 121 dan ke atas pula perlu berpuasa enam minit lebih lama manakala waktu solat subuh adalah tiga minit lebih awal,” jelas jabatan itu lagi.", "Perbezaan masa berdasarkan \nketinggian itu turut menyebabkan penduduk di Burj Khalifa menunaikan \nsolat subuh dua minit lebih awal berbanding kawasan lain di Dubai.", "Sejak beberapa tahun lalu, penduduk yang tinggal di bangunan pencakar\n langit di Dubai perlu menunggu enam minit lebih lama untuk berbuka \nberbanding mereka yang menetap di kawasan lain.", "Menurut ahli astrofizik terkenal, Neil deGrasse Tyson menerusi thenational.ae yang dikeluarkan kelmarin, waktu berbuka puasa unik di Burj Khalifa adalah kerana matahari terbenam agak lambat di tingkat paling atas menara yang menjadi kebanggaan di Dubai itu." ]
https://alhijrahnews.com/jumlah-kes-aktif-di-rembau-naik-mendadak/
JUMLAH KES AKTIF DI REMBAU NAIK MENDADAK
[ "KUALA LUMPUR: Jumlah kes aktif COVID-19 di Daerah Rembau, Negeri Sembilan meningkat secara mendadak semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).", "Berdasarkan infografik CPRC yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah kes aktif di daerah yang dikategorikan Zon Merah COVID-19 itu meningkat kepada 59 berbanding tujuh kes, Khamis lepas. ", "Peningkatan drastik itu dipercayai susulan penemuan kluster baharu di daerah terbabit iaitu Kluster Pedas, melibatkan 53 pekerja asing yang didedahkan KKM, semalam.", "Sementara itu, sehingga tengah hari semalam, terdapat 10 lagi Zon Merah seluruh negara iaitu tiga kawasan di Selangor; empat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; satu di Johor dan dua di Sarawak.", "Di Selangor, Zon Merah melibatkan Daerah Petaling (53 kes), Hulu Langat (55) dan Gombak (80); Kluang, Johor (49); serta Kuching (100) dan Kota Samarahan (43) di Sarawak.", "Di Kuala Lumpur pula membabitkan kawasan Batu (101), Kampung Baru (67), Sri Petaling (45) dan beberapa kawasan lain di ibu kota (144). ", "Zon Merah mewakili jumlah kes aktif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Kuning (satu hingga 40 kes) dan Zon Hijau tiada kes. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/lembah-klang-beralih-ke-fasa-2-ppn-bermula-10-september/
LEMBAH KLANG BERALIH KE FASA 2 PPN BERMULA 10 SEPTEMBER
[ "KUALA LUMPUR: Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula Jumaat ini (10 September).", "Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang diadakan hari ini.", "Jelasnya, kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa 2 seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).", "Antara kelonggaran yang diberikan adalah rentas daerah dibenarkan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.", "“Pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin dibenarkan untuk merentas negeri dan ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.", "“Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin manakala aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan homestay bagi individu yang telah lengkap dua dos,” dalam kenyataannya, hari ini.", "Ismail Sabri berkata, jawatankuasa tersebut turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.", "Justeru pergerakan antara negeri-negeri tersebut adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/masjid-tersilap-laung-azan-awal-tiga-minit-puasa-kariah-terbatal/
MASJID TERSILAP LAUNG AZAN AWAL TIGA MINIT, PUASA KARIAH TERBATAL
[ "KUALA LUMPUR: Masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak mengakibatkan berlaku kesilapan laungan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar.", "Nazir Masjid Al-Khairiyah, Wan Nawawi berkata kejadian kesilapan itu berlaku kelmarin dan kariah masjid yang bergantung kepada laungan azan masjid tersebut untuk berbuka puasa pada hari berkenaan perlu menggantikan puasa yang terbatal.", "“Assalamualaikum, saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan maghrib tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada 19 April lalu disebabkan masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid.", "“Jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan dan puan adalah terbatal pada hari itu serta perlu diganti/diqada,” katanya memetik laporan Berita Harian.", "Jelas beliau lagi, ibadah puasa yang perlu diganti akibat kesilapan laungan azan tersebut juga pernah diperjelas bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam siri Bayan Linnasnya.", "“Puasa pada hari itu wajib diqada. Jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017.", "“Sekali lagi kami mohon maaf dan Insya-ALLAH perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” katanya", "Dalam Bayan Linnas Siri ke-97, Zulkfli menjelaskan pihaknya lebih cenderung kepada batalnya puasa dan wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqada. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pkpp-dilanjutkkan-hingga-31-disember-2020/
PKPP DILANJUTKKAN HINGGA 31 DISEMBER 2020
[ "KUALA LUMPUR: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang tamat pada 31 Ogos ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.", "Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan itu demi kepentingan kesihatan rakyat negara ini susulan penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda di Malaysia.", "“Dengan pelanjutan PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih boleh diambil.", "“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya dalam perutusan khas malam ini.", "Muhyiddin memaklumkan dengan pelanjutan PKPP ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat kerana mereka boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa namun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan seperti penjarakan fizikal.", "“Yang penting mesti terus membiasakan diri dengan pemakaian pelitup muka, membasuh tangan, sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengelakkan tempat yang sesak,” katanya.", "Selain itu, Muhyiddin juga menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menaikkan kadar kompaun di bawah Akta 342 sebanyak dua ke tiga kali ganda.", "Namun jelasnya akta tersebut perlu dipinda terlebih dahulu di Parlimen. — AlHijrah Online." ]
https://alhijrahnews.com/pm-anwar-yakin-kerajaan-perpaduan-terus-kukuh-kekal/
PM ANWAR YAKIN KERAJAAN PERPADUAN TERUS KUKUH, KEKAL
[ "SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan terus kukuh dan kekal bertahan dalam tempoh lima tahun akan datang.", "Dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di sini, Anwar, yang juga Presiden parti berkata keyakinan itu bersandarkan kepada sokongan kukuh parti-parti yang bersama membentuk kerajaan sejak empat bulan lepas.", "“Untuk kita mantap sebagai satu kerajaan lima tahun ini, kita perlu kerjasama padu supaya kita tumpu membetulkan kerosakan yang berlaku dan membangunkan negara dan rakyat. Usaha untuk menggugat sedikit sebanyak itu ada, tapi saya yakin Kerajaan Perpaduan akan terus kukuh dan kekal untuk lima tahun.", "“Tanggungjawab kita bersama ialah menempatkan semangat perjuangan, menggilap obor reformasi dan jentera parti harus bergerak supaya agenda MADANI ini dapat diterjemahkan secara lebih serius dan bermakna,” katanya.", "Kongres yang berlangsung di Stadium Malawati dekat sini dan bertemakan Malaysia MADANI, Pelaksanaan Sebuah Idealisme, turut dihadiri Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan 41 wakil pejabat kedutaan asing.", "Anwar seterusnya menegaskan sebagai Perdana Menteri, beliau tidak takut kepada ugutan daripada perasuah atau sebarang perhimpunan yang mahu menjatuhkan kerajaan pimpinannya. ", "“Saudara mahu ugut kita dengan perhimpunan, saudara mahu ugut kita takut kepada perasuah, saudara salah pilih seorang perdana menteri. Saya tamatkan ugutan itu… Kamu cuba nak rampas, silakan tetapi tidak mudah,” katanya.", "Katanya beliau sedar ada pihak yang mengkritik pentadbirannya, namun menurutnya sejak Kerajaan Perpaduan mentadbir negara November tahun lepas, belum pernah wujud campur tangan dalam kalangan pemimpin kerajaan berhubung isu seperti kebebasan badan kehakiman dan pemberian tender.", "Sementara itu, dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata PKR harus mula menyantuni anak muda bagi menarik minat golongan itu untuk menyertai dasar dan perjuangan parti yang ditubuhkan pada 1999 itu.", "“Syaratnya kita mantapkan parti dan tunjukkan rekod yang baik, sama ada di (peringkat) Persekutuan atau negeri-negeri di bawah jagaan kita, dan keperluan kita memantapkan kerjasama bukan saja dalam Pakatan Harapan sebagai kekuatan induk, tapi UMNO dan Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah,” katanya. ", "Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.", "Sementara itu Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan komponen PH iaitu DAP yang kekal sebagai sahabat setia bersama PKR sehingga sekarang serta parti Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang konsisten meneruskan semangat perjuangan bersama. ", "Anwar juga mengingatkan semua ahli PKR untuk bersama-sama memantapkan perjuangan parti kerana rakyat kini menilai amalan serta pelaksanaan Kerajaan Perpaduan, dan bukan lagi melalui ungkapan atau lakaran semata-mata. ", "“Sekarang kita di tampuk pemerintahan. Kita bukan dinilai dari ungkapan dan lakaran, kita akan dinilai dari amalan dan pelaksanaan. Bukan seorang dan menteri semata-mata, tapi seluruh jentera, parti dan gagasan,” katanya.", "Sejurus selepas menyampaikan ucapannya, Anwar dengan diiringi Rafizi dan Saifuddin Nasution melancarkan Koperasi Keadilan Bhd (KIRA) yang ditubuhkan bagi membantu meningkatkan taraf dan kualiti hidup ahli parti serta masyarakat umum.", "Kongres sehari berkenaan yang menumpukan kepada persiapan parti bagi menghadapi PRN di enam negeri dan pengukuhan kerjasama PH dan Kerajaan Perpaduan dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk pemerhati. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/malaysia-baharu-rakyat-bukan-mahu-perubahan-tempel-tempelan/
Malaysia Baharu: Rakyat bukan mahu perubahan ‘tempel-tempelan’
[ "MELAKA – Dalam era Malaysia Baharu rakyat bukan mahukan kerajaan membuat perubahan bersifat ‘tempel-tempelan’, sebaliknya rakyat mahukan perubahan yang memberi kesan substantif terhadap kehidupan mereka.", "Menteri\n Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata rakyat tidak \nmahu sebuah kerajaan yang riuh berbicara tentang penjenamaan semula \ntetapi langsung tidak memberi apa kesan kepada mereka.", "“Malaysia Baharu yang dimahukan rakyat adalah Malaysia yang mendayakan rakyat. Perubahan daripada kerajaan yang memperbodohkan rakyat kepada kerajaan yang peka dan bukan pekak kepada keperluan rakyat. Aspirasi rakyat kita penuhi dan sayangi rakyat.", "“Kita mesti jadi kerajaan peka kepada \nisu rakyat seperti kos sara hidup dan sebagainya, rajin bekerja demi \nrakyat dan negara,” katanya di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucaptama bertajuk “Pembangunan Harapan Rakyat: Mekanisme Malaysia Baharu atau Satu Penjenamaan Semula” pada Seminar Melaka Berwibawa di Bandar Hilir di sini hari ini.", "Seminar dua hari bermula semalam dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari hari ini dan turut hadir Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, barisan Exco kerajaan negeri dan lebih 400 peserta.", "Mohamed Azmin berkata kejayaan terbesar PH dalam menuju setahun pada 9 Mei ini adalah membina sebuah kerajaan demokratik yang bersih dan meruntuhkan kerajaan kleptokrasi sebelum ini.", "“Jika tiada kesungguhan ini, negara akan runtuh. Ketirisan akan sebabkan wang rakyat itu hilang dan rakyat akan menerima kesannya,” katanya.", "Pada ucapan itu juga beliau turut mengumumkan peruntukan pembangunan berjumlah RM660 juta bagi negeri Melaka tahun ini bagi melaksana 116 projek untuk kesejahteraan rakyat antaranya projek tebatan banjir, jaringan jalan raya dan keperluan kesihatan.", "Sementara itu, ketika ditemui pemberita beliau berkata semua pihak harus menghormati kerajaan PH yang dibentuk atas sokongan rakyat dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai tanggungjawab mempertahankan kepimpinan dan kerajaan yang dibentuk itu.", "“Saya seru semua pihak supaya tidak ‘undermind’ kepimpinan Tun Dr Mahathir kerana beliau dipilih oleh rakyat dan sedang menumpukan sepenuh tenaga untuk membangunkan ekonomi dan negara.", "“Beliau hanya mahu mempertahankan prinsip ‘rule of law’, semua pihak harus menghormati prinsip undang-undang,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita mengenai isu pertikaman lidah antara pihak di Istana Johor dan Dr Mahathir. – SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/world-quranhour-bertemakan-dunia-bersujud-26-april-ini-tv-alhijrah-penyiar-utama/
WORLD #QURANHOUR BERTEMAKAN ‘DUNIA BERSUJUD’ 26 APRIL INI, TV ALHIJRAH PENYIAR UTAMA
[ "KUALA LUMPUR: World #QuranHour (WQH) kali ke-7, edisi 1443H/2022 bertemakan ‘Dunia Bersujud’ anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama dan sokongan rakan Sinergi Media Malaysia akan diadakan secara langsung pada 26 April ini.", "WUIF dalam kenyataan hari ini memaklumkan WQH berkenaan merupakan satu daripada tiga program yayasan itu dalam menjayakan Misi #QuranHour tahun ini.", "Menurut kenyataan itu, dua lagi program misi berkenaan ialah Malaysia #QuranHour yang akan diadakan pada 30 Ogos dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Dis depan.", "WUIF memaklumkan, tiga program tersebut dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji serta Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.", "“TV AlHijrah sebagai penyiar utama mengalu-alukan semua rakan media untuk mengambil siaran langsung World #QuranHour pada hari tersebut. Diharapkan stesen TV lain seperti Astro, RTM, Media Prima dan Bernama TV turut sama menyiarkan program ini serentak pada 26 April 2022, Selasa, pukul 12 hingga 1 tengah hari,” menurut kenyataan itu.", "Menurut WUIF, surah al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen kali ini dalam usaha meningkatkan rasa kehambaan kepada Allah dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat ‘Dunia Berbudi dan Penyayang’.", "Pada tahun lepas, WQH yang diadakan secara dalam talian mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara." ]
https://alhijrahnews.com/dua-kapal-tangki-saudi-disabotaj-di-luar-pantai-uae/
Dua kapal tangki Saudi disabotaj di luar pantai UAE
[ "RIYADH – Dua kapal tangki minyak\nmentah milik Arab Saudi adalah antara empat kapal yang disabotaj di luar pantai\nEmiriah Arab Bersatu (UAE) pagi semalam di tengah-tengah konflik antara Amerika\nSyarikat (AS) dan Iran yang sedang meningkat.", "Riyadh memaklumkan kejadian\nserangan itu telah menyebabkan kerosakan ketara pada kapal tangki itu yang mana\nsalah satu daripadanya dalam perjalanan mengangkut minyak di Saudi untuk dibawa\nke AS.", "Sinar Harian yang memetik laporan\nagensi berita menyebutkan Menteri Tenaga Saudi, Khalid al-Falih mengesahkan\ninsiden itu, bagaimanapun ia tidak meragut nyawa atau menyebabkan tumpahan\nminyak.", "“Perbuatan jenayah ini\nadalah ancaman serius terhadap keselamatan navigasi maritim dan memberi kesan\nburuk kepada keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa,” kata\nsumber Kementerian Luar.", "Susulan kejadian itu, Iran telah\nmenggesa siasatan dilancarkan ke atas serangan yang membimbangkan itu dan turut\nmemberi amaran kepada tindakan pihak asing yang cuba untuk mengganggu\nkeselamatan maritim.", "Britain dalam satu kenyataan\nmemberi amaran tentang bahaya konflik yang berlaku secara tidak sengaja di\nTeluk selepas AS kini memperhebatkan ketenteraan mereka termasuk mengerahkan\npesawat pengebom B-52 ke rantau itu kononnya sebagai respons terhadap ancaman\nIran.", "Sementara itu, Menteri Hal Ehwal\nLuar UAE, Anwar Gargash berkata, mereka akan menyiasat kejadian sabotaj\ntersebut.", "“Siasatan itu akan\ndijalankan secara profesional dan fakta yang jelas serta kita mempunyai\nkesimpulan kita sendiri,” jelasnya menerusi Twitter.", "Pelabuhan Fujairah adalah\nterminal tunggal UAE yang terletak di pantai Laut Arab merentasi Selat Hormuz\nyang menjadi laluan kebanyakan eksport minyak Teluk. Teheran telah berulang\nkali mengancam untuk menutup selat tersebut di bawah konfrontasi tentera dengan\nAS. " ]
https://alhijrahnews.com/raba-wanita-tempatan-warga-asing-dicekup/
RABA WANITA TEMPATAN, WARGA ASING DICEKUP
[ "IPOH: Polis hari ini menahan seorang lelaki warga asing disyaki mencabul kehormatan seorang wanita dalam satu kejadian di tapak pasar malam Taman Perpaduan, di sini semalam.", "Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun.", "“Polis berjaya memperoleh perintah tahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul kehormatan.", "“Dengan tertangkapnya suspek, kes ini berjaya diselesaikan. Polis akan melengkapkan siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Terdahulu, tular video memaparkan tangkapan suspek oleh pengunjung dan urusetia tapak pasar malam selepas dipercayai meraba seorang wanita warga tempatan yang kemudian diserahkan kepada pihak polis.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/agong-permaisuri-sukacita-dapat-sempurnakan-impian-dekati-rakyat-sabah-sarawak/
AGONG, PERMAISURI SUKACITA DAPAT SEMPURNAKAN IMPIAN DEKATI RAKYAT SABAH, SARAWAK
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan sukacita dan syukur kerana dapat menyempurnakan impian mendekati rakyat Sabah dan Sarawak menerusi program Kembara Kenali Borneo yang berakhir semalam.", "Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata baginda berdua amat terharu dan tersentuh dengan semangat dan kasih rakyat yang dizahirkan di sepanjang jalan raya lokasi pengembaraan tanpa mengira penat lelah, ketika lewat malam serta keadaan cuaca panas terik dan hujan lebat.", "“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Sabah dan Sarawak atas sambutan sangat hebat yang telah diberikan kepada baginda berdua dan sekeluarga sepanjang pengembaraan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo,” katanya dalam kenyataan Istana Negara hari ini.", "Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan kerajaan negeri Sabah serta Sarawak atas segala bantuan dalam menjayakan program itu.", "Program julung kali diadakan yang bermula di Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas dan melabuhkan tirai di Telok Melano, Sematan, Sarawak semalam, melibatkan perjalanan sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.", "Zahari berkata segala pengalaman menyaksikan manifestasi kasih rakyat, semangat perpaduan, kepelbagaian budaya serta etnik dan keindahan landskap semula jadi di kedua-dua negeri berkenaan terpahat di hati Seri Paduka berdua dan sekeluarga sebagai kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan.", "“Selain itu, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita kerana program Kembara Kenali Borneo juga memberi peluang untuk baginda berdua mengeratkan lagi silaturahim antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan juga merealisasikan semangat ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’,” katanya.", "Beliau berkata Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan semoga rakyat Sabah dan Sarawak dilindungi serta dipelihara oleh Allah SWT, selain kedua-dua negeri itu kekal makmur serta maju jaya dengan rakyatnya terus menjalani kehidupan dengan semangat perpaduan, aman dan sentosa.", "Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada Sabtu ini, Zahari berkata Yang di-Pertuan Agong menyeru seluruh rakyat menghayati dan menjiwai prinsip Rukun Negara yang merupakan asas kepada perpaduan nasional dan pembentukan identiti Bangsa Malaysia.", "“Seri Paduka Baginda bertitah, ini kerana setiap lima teras prinsip Rukun Negara ialah formula bagaimana rakyat yang berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa boleh mengatasi segala perbezaan dan kepelbagaian serta hidup rukun dan damai,” katanya.", "Sambutan Hari Malaysia tahun ini akan menggunakan tema yang sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, manakala frasa bahasa Iban di Sarawak “Segulai Sejalai” yang bermaksud seiring sejalan akan digunakan sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara. ", "Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 Sept ini akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.", "— AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/beberapa-kawasan-di-shah-alam-meru-dilanda-banjir-kilat/
BEBERAPA KAWASAN DI SHAH ALAM, MERU DILANDA BANJIR KILAT
[ "SHAH ALAM: Dianggarkan sebanyak 20 rumah terjejas ekoran banjir kilat di Kampung Budiman, Puncak Alam di sini berikutan hujan lebat sejak kira-kira 3 petang tadi. ", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata banjir kilat itu susulan hujan lebat dan berlaku limpahan air daripada longkang besar berhampiran menyebabkan air naik sekitar satu meter.", "Katanya pihak bomba menerima panggilan pukul 5.15 petang dan tiba di lokasi pada 5.45 petang.  ", "“Penduduk bertindak keluar ke tempat lebih tinggi dan seorang warga emas telah dipindahkan menggunakan bot bomba ke tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata buat masa ini hujan telah berhenti dan paras air juga mula menyurut.", "Katanya pada masa sama banjir turut melanda Taman Setia Warisan, Seksyen U6 dengan menjejaskan kira-kira 20 rumah di kawasan terbabit namun tiada mangsa dipindahkan dan pihak bomba masih membuat pemantauan di lokasi memandangkan paras air yang semakin meningkat. ", "Norazam turut memaklumkan, beberapa kawasan di sekitar Meru juga dilanda banjir kilat sedalam 0.3 meter  melibatkan kawasan Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Taman Daya, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru.  ", "Tiada mangsa dipindahkan dan hujan kembali reda dengan paras air semakin menurun, katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kanak-kanak-perempuan-12-tahun-dirogol-lima-lelaki/
KANAK-KANAK PEREMPUAN 12 TAHUN DIROGOL LIMA LELAKI
[ "DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol lima lelaki di Felda Ketengah Jaya, 29 September lalu.", "Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata, kesemua suspek yang berusia 16 hingga 23 tahun itu berjaya ditahan awal pagi tadi susulan laporan dibuat oleh mangsa.", "Baharudin berkata, kejadian berlaku pada 29 September lalu sekitar jam 9 malam.", "Mangsa dikatakan ditahan dua suspek ketika menunggang motosikal seorang diri ke pasar malam yang tidak jauh dari rumahnya untuk mengambil ibunya yang berniaga di pasar malam tersebut.", "Tambahnya, seorang daripada dua suspek berkenaan yang dikenali mangsa kemudian mengajaknya ke tempat sunyi.", "“Sebaik tiba di tempat tersorok dalam ladang sawit, mangsa yang pelik dengan perbuatan suspek cuba menghubungi seseorang untuk meminta tolong, namun telefon bimbit mangsa dirampas,” katanya.", "Jelas Baharudin mangsa dipercayai dirogol oleh kedua-dua suspek terbabit sebelum tiga lagi rakan suspek tiba dan turut merogol mangsa.", "Menurut Baharudin, kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut.", "Mangsa kini dirawat di Hospital Dungun.", "Kes tersebut disiasat mengikut seksyen 375(b) Kanun Keseksaan. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/belum-masanya-isi-kekosongan-ceo-abm-chong-wei/
BELUM MASANYA ISI KEKOSONGAN CEO ABM – CHONG WEI
[ "PETALING JAYA: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata beliau belum memikirkan soal mengisi kekosongan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menggantikan Michelle Chai yang meletakkan jawatan baru-baru ini.", "Chong Wei berkata selaku pemain yang telah mencurahkan segalanya untuk sukan itu, beliau sentiasa bersedia membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari sudut lain bagi mencari jalan menambah baik prestasi skuad negara.", "“Bagi saya bukan masanya sekarang. Saya sepanjang masa, kalau BAM perlukan bantuan, saya akan bantu.", "“Kalau secara sambilan, misalnya sebagai penasihat tiada masalah namun saya tak boleh sepenuh masa. Apapun saya tetap bersama BAM,” katanya.", "Chong Wei yang merupakan antara panel penasihat teknikal kepada badan induk sukan itu berkata demikan kepada pemberita pada Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) di Wisma FAM, di sini semalam.", "Chong Wei berkata demikian sebagai mengulas pandangan pelbagai pihak bahawa kekosongan jawatan CEO ABM itu layak diisi oleh beliau.", "Michelle sebelum ini membuat keputusan meletakkan jawatan CEO ABM bagi mengambil tanggungjawab aksi mengecewakan skuad badminton negara di pentas Sukan SEA 2023 Kemboja yang baru sahaja berakhir.", "Sementara itu, mengulas mengenai pencapaian skuad badminton negara yang melangkah ke saingan suku akhir Piala Sudirman di Suzhou, China, beliau berkata ia merupakan persembahan terpuji dipamerkan selepas mereka berjaya menang kesemua perlawanan peringkat Kumpulan C.", "“Mereka mempamerkan aksi luar biasa ketika beraksi menentang Australia, Taiwan dan India dalam peringkat kumpulan. Kekalkan momentum ini dan lebih bersemangat di suku akhir.", "“Saya harap mereka akan pergi jauh lagi, tambahan pula ini adalah kejohanan yang turut menawarkan mata ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya.", "Skuad negara dijadualkan menentang Denmark pada aksi suku akhir pada 5 petang ini waktu Malaysia.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tpp-tidak-jejas-penyatuan-asean/
TPP TIDAK JEJAS PENYATUAN ASEAN
[ "KUALA LUMPUR, 1 Jun – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak akan menjejaskan penyatuan ASEAN sebagai satu komuniti tunggal, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.\nBeliau berkata terdapat banyak perbincangan yang dijalankan dalam kalangan negara ASEAN bagi menyebarkan maklumat berkenaan cabaran dan peluang yang ditawarkan oleh TPP.", "“Ada juga hasrat dalam kalangan negara ASEAN yang belum lagi menjadi anggota TPP untuk mengetahui apa itu TPP dan kita telah beri taklimat pada mereka pada Mac lalu semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN,” katanya kepada pemberita di Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai ASEAN 2016 di sini hari ini.Mustapa adalah antara ahli panel pada forum berkenaan.", "Menurut Mustapa lagi, satu bengkel mengenai TPP akan diadakan di Filipina tahun ini bagi membolehkan negara-negara TPP dalam ASEAN memberikan lebih kefahaman kepada negara lain yang masih belum menjadi anggota TPP. Beliau berkata usaha berkenaan merupakan sebahagian komitmen ASEAN untuk terus mengintegrasikan ekonomi di rantau ini seiring dengan Pelan Induk 2016-2025 yang menyasarkan rantau ini sebagai ekonomi tunggal.", "Forum dua hari bertemakan “Membentuk Agenda ASEAN bagi Rangkuman dan Pertumbuhan” disertai oleh 587 peserta termasuk para pemimpin negara dan ketua industri khususnya dari Malaysia serta rantau ini.\nForum berkenaan menjadi platform bagi melahirkan idea dan dasar baharu yang boleh membantu memulihkan ekonomi global.", "BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/hancur-tangan-pecah-gegendang-telinga-akibat-mercun-buatan-sendiri/
HANCUR TANGAN, PECAH GEGENDANG TELINGA AKIBAT MERCUN BUATAN SENDIRI
[ "GUA MUSANG: Seorang lelaki cedera parah selepas mercun buatan sendiri menggunakan botol cecair rokok elektronik (vape) meletup di tangannya, di rumahnya Kampung Batu Papan, di sini semalam.", "Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, kejadian melibatkan mangsa berusia 23 tahun yang sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarganya.", "“Siasatan mendapati mangsa membuat sendiri mercun itu dengan menggunakan beleran daripada 50 biji mercun bola yang dimasukkan ke dalam botol cecair vape yang kosong sebelum dicucuh api.", "“Botol berisi belerang itu meletup sebelum mangsa sempat melemparnya,” katanya.", "Sik mengulas, mangsa cedera parah termasuk hancur tangan kanan, pecah gegendang telinga akibat letupan yang terlalu kuat, serta cedera di bahagian muka.", "Mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.", "Bagaimanapun, pihak HSIP memaklumkan tangan kanan lelaki itu terpaksa dipotong namun dia berada dalam keadaan stabil.", "Kes tersebut disiasat mengkut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kkm-sedia-teliti-cadangan-tetapkan-harga-ubat-bekalan-farmasi/
KKM SEDIA TELITI CADANGAN TETAPKAN HARGA UBAT, BEKALAN FARMASI
[ "KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan bersedia meneliti cadangan untuk menetapkan satu penanda aras bagi harga ubat dan bekalan farmasi pada masa hadapan.", "Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan yang disifatkan baik itu perlu diberi perhatian bagi memastikan kos dan perbelanjaan kesihatan dibayar oleh rakyat tidak membebankan.", "“Cadangan (menetapkan harga ubat dan bekalan farmasi) pastinya datang daripada pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos dibayar rakyat adalah munasabah.", "“Cadangan itu saya akan ambil perhatian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan amal di Klinik Wakaf An-Nur, Masjid Nurul Iman Ijok, di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan pemain-pemain industri insurans dan takaful supaya KKM mengkaji kemungkinan menetapkan penanda aras kepada harga ubat dan bekalan farmasi memandangkan kos perbelanjaan kesihatan yang semakin meningkat.", "Pemain-pemain industri itu juga dilaporkan berkata jumlah perbelanjaan kesihatan tahun lepas menjangkau RM60.147 bilion yang mana 52 peratus dibiayai oleh kerajaan dan bakinya sebanyak 35 peratus dibayar oleh isi rumah sendiri manakala insurans swasta (tujuh peratus), perbadanan (empat peratus) dan lain-lain agensi (dua peratus).", "Menurut kumpulan itu juga, sekiranya kos penjagaan kesihatan tidak dikawal, peningkatan dalam premium bagi insurans perubatan dan kesihatan tidak akan dapat dielakkan lagi.", "Dalam pada itu, program berkhatan amal hari ini dianjurkan secara bersama oleh Hospital Pakar KPJ Selangor, Pertubuhan Sosial Orang Kuala Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.", "Sebanyak 80 kanak-kanak berumur sembilan hingga 12 tahun dari sekitar Kuala Selangor menyertai program berkhatan beramai-ramai yang diadakan secara percuma itu hasil sumbangan penganjur terlibat. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/13433-2/
KES INFLUENZA: SEGERA ATASI KEKURANGAN UBAT
[ "SHAH ALAM: Pemuda Pas Selangor menggesa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengambil langkah segera dalam mengatasi isu perbekalan ubat yang berkurangan ketika negara kini sedang berdepan dengan peningkatan kes influenza.", "Ketuanya, Hanafi Zulkapli berkata, walaupun pendedahan mengenai kekurangan perbekalan ubat itu bukannya bertujuan untuk menimbulkan panik namun dalam perspektif Islam, aspek kesihatan amat dititik beratkan bersesuaian dengan konsep Maqasid Al Syariah.", "Beliau berkata, kerajaan negeri boleh mempertimbangkan bagi memperuntukkan sebahagian dana untuk membantu rakyat dalam usaha mendapatkan vaksinasi influenza.Hanafi", "“Influenza bukan sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan yang memberi vaksinasi percuma kepada 12 penyakit di klinik kerajaan.", "“Melalui langkah ini, ia adalah sebagai tanda keprihatinan peringkat kerajaan terhadap rakyat di bawah,” katanya.", "Sebelum ini, Pakar Pediatrik, Dr Musa Mohd Nordin menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan kes penyakit influenza di negara ini yang menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ubat anti virus.", "Beliau berkata, isu itu dibangkitkannya bukan untuk menimbulkan panik tapi bagi menggalakkan vaksinasi influenza.", "Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Pemuda Pas Selangor juga menyokong usaha bagi pencegahan influenza ini menerusi galakan vaksinasi.", "“Tanpa penjagaan kesihatan, penyakit yang menyerang boleh memberikan kesan kepada produktiviti sesebuah negara.", "“Kempen berterusan mengenai kesihatan perlu diperkasakan lagi oleh kerajaan agar perkara ini dapat dibendung awal,” katanya.", "Dalam pada itu, Hanafi turut menyarankan agar entiti pendidikan di bawah Pemuda Pas seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) wajar melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap murid masing-masing.", "Katanya, ibu bapa juga disaran membawa anak-anak yang mempunyai simptom awal seperti batuk dan demam untuk mendapatkan rawatan segera di klinik bagi mendapatkan nasihat doktor. — SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/kesatuan-ulama-sedunia-rujukan-antarabangsa-dalam-maqasid-syariah-mujahid/
KESATUAN ULAMA SEDUNIA RUJUKAN ANTARABANGSA DALAM MAQASID SYARIAH: MUJAHID
[ "PUTRAJAYA: Malaysia sedia menjadikan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni sebagai rujukan antarabangsa dalam melaksanakan pentadbiran berteraskan Maqasid Syariah di negara ini.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata selain pemikiran yang jelas tentang kehidupan hari ini, ulama dari Maghribi itu layak dipilih berdasarkan banyak buku yang dihasilkannya menjurus kepada soal Maqasid Syariah.", "“Atas faktor itu, saya rasa agensi pentadbiran Islam perlu mengambil peluang mendengar pandangan serta pendapat beliau secara akademik mengenai Maqasid Syariah.", "“Saya ucap terima kasih kepada UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) kerana baru-baru ini melantik beliau sebagai Profesor Pelawat, bermakna setahun sekali beliau akan datang ke Malaysia, membolehkan kita menjadikannya rujukan antarabangsa dalam melaksanakan konsep Maqasid Syariah dalam pentadbiran hari ini,” katanya di sini.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program diskusi Maqasid Syariah Bersama Ketua Kesatuan Ulama Dunia Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) malam semalam.", "Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.", "Mujahid berkata pemikiran Maqasid Syariah yang dibawa tokoh itu juga selari dengan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diangkat sebagai dasar dalam pentadbiran kerajaan ketika ini.", "Beliau berkata ulama itu juga menekankan kepada pentingnya mengutamakan kemaslahatan masyarakat dalam melaksanakan sesuatu pentadbiran atau undang-undang dan perkara itu adalah seiring dengan apa yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.", "Mujahid berkata dalam konteks undang-undang Islam, tokoh itu juga menekankan tentang kepentingan meletakkan kemaslahatan dan maqasid lebih tinggi dari sekadar hukum fikah dalam langkah atau keputusan yang diambil.", "Ini satu yang sangat penting dalam kerangka kita menjadikan Mahkamah Syariah lebih berwibawa dalam menggunakan maqasid sebagai landasan berfikir dan kaedah menghukum, katanya. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/dakwaan-mahu-jatuhkan-kerajaan-usjt-bukit-aman-akan-siasat-abdul-hadi-polis/
DAKWAAN MAHU JATUHKAN KERAJAAN, USJT BUKIT AMAN AKAN SIASAT ABDUL HADI – POLIS
[ "KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan, akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.", "Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya telah menerima laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu, yang dibuat Pemuda Amanah Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.", "“Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ringkas dalam sidang media di Ibu IPD Sentul, di sini, hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu berkenaan.", "Laporan polis itu dibuat Exco Pemuda Amanah Nasional Fadhli Umar Aminol Huda dan Ketua AMK Selangor Izuan Kasim, berhubung kenyataan Abdul Hadi yang mengakui terdapat usaha dijalankan PN dan parti blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Abdul Hadi pada Isnin ketika ditemu bual media di Parlimen berkata tiada sesiapa pun boleh menghalang usaha PN tersebut berdasarkan sistem demokrasi diamalkan Malaysia dan ia boleh dilakukan sama ada melalui undi tidak percaya ataupun Surat Akuan Berkanun (SD). –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/saya-tidak-boleh-tidur-lihat-banyak-mayat-kanak-kanak-kata-penggali-kubur-di-gaza/
“SAYA TIDAK BOLEH TIDUR LIHAT BANYAK MAYAT KANAK-KANAK”, KATA PENGGALI KUBUR DI GAZA
[ "BANDARAYA GAZA: Menggali kubur besar menjadi satu-satunya penyelesaian bagi penduduk Gaza yang berdepan peningkatan jumlah kematian akibat serangan Israel sejak lebih sebulan yang lepas.", "Penggali kubur, Saadi Baraka, 63, berkata kebanyakan mereka yang terkorban ialah kanak-kanak dan wanita. ", "Baraka berkata sepanjang pengalamannya sebagai penggali kubur apa yang berlaku di Gaza sekarang sukar untuk diungkapkan dan tidak pernah disaksikan sebelum ini, sehingga beliau tidak lalu makan mahupun tidur.", "Di saat pelbagai alasan kononnya untuk menyasarkan Hamas, terowong, senjata dan pusat operasi, hakikatnya majoriti penduduk Gaza yang terdiri wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa.", "Realiti itu kini membawa kepada tragedi dengan sekurang-kurangnya 70 peratus mangsa yang terbunuh ialah kanak-kanak dan wanita.", "“Kami terpaksa menggali (kubur besar). Tiada tempat untuk menampung jumlah mayat yang terus bertambah setiap hari dan tiada batu nisan. Semuanya telah habis di Gaza.", "“Semalam, saya mengebumikan hampir 600 jenazah, lebih banyak daripada yang saya kebumikan dalam tempoh lima tahun lalu.", "“Saya tidak pernah melihat kekejaman sebegitu dahsyat. Majoriti yang saya kebumikan adalah wanita dan kanak-kanak,” katanya.", "Baraka berkata setiap kubur bersaiz kira-kira enam meter dan 45 jenazah dikebumikan di dalam satu liang dan kubur terbesar menempatkan 137 jenazah.", "Jenazah yang tidak dikenal pasti turut dikebumikan sama seperti yang lain.", "“Saya tidak boleh tidur lihat banyaknya mayat kanak-kanak. Apa salah anak-anak ini?", "“Kami telah berusaha untuk dapatkan keamanan sejak zaman Abu Ammar (Allahyarham Presiden Palestin Yasser Arafat). Sementara Netanyahu hanya mengutamakan pertumpahan darah.", "“Kami berusaha untuk hidup dengan penuh bermaruah dan bebas, inginkan sebuah negara yang berdaulat. Saya mahu menjadi rakyat seperti di negara-negara yang lain di dunia…,” katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lelaki-anjur-kenduri-nikah-dikompaun-rm4000/
LELAKI ANJUR KENDURI NIKAH DIKOMPAUN RM4,000
[ "ALOR SETAR: Seorang lelaki dikompaun RM4,000 kerana menganjurkan kenduri pernikahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki berusia 58 tahun itu menganjurkan kenduri serta menjemput orang ramai hadir ke rumahnya di Kampung Padang, Mukim Gajah Mati, Pokok Sena, kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.", "Ahmad Shukri berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam berkaitan penganjuran majlis pernikahan itu yang turut dihadiri beberapa orang penduduk kampung.", "“Majlis itu melanggari SOP seperti tiada penjarakan dan berkumpul beramai-ramai.", "“Pasukan Pemantau COVID-19 mengeluarkan kompaun RM4,000 terhadap tuan rumah selaku penganjur majlis itu,” katanya.", "Lelaki tersebut didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 4 Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB)(Langkah-Langkah dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 1998.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/masjidil-haram-guna-ai-pastikan-operasi-menjelang-ramadan-lancar/
MASJIDIL HARAM GUNA AI, PASTIKAN OPERASI MENJELANG RAMADAN LANCAR
[ "MAKKAH: Masjidil Haram mula menggunakan sepenuhnya aplikasi kecerdasan buatan (AI) termaju untuk melancarkan operasi menerima kunjungan jemaah pada Ramadan tahun 1444 Hijrah ini.", "Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al Sudais berkata usaha pemodenan terhadap pelan operasi terbesar dalam sejarah Masjidil Haram ini diaktifkan selepas setahun kajian dan perancangan dijalankan.", "Melalui operasi ini, para jemaah dapat memanfaatkan robot pintar dan aplikasi elektronik yang membantu memudahkan mereka melaksanakan ibadah, kata beliau lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).", "Selain itu sebanyak 230 ruang solat di Masjidil Haram akan dibuka untuk menerima kunjungan jemaah sepanjang Ramadan tahun ini.", "Katanya, semua pintu termasuk di bahagian Masjidil Haram yang telah menjalani proses naik taraf sebanyak tiga kali telah pun dibuka bagi memastikan kelancaran proses keluar masuk jemaah sepanjang bulan itu.", "Pintu khas untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) turut disediakan pihak masjid bagi memudahkan urusan golongan itu.", "Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Pentadbiran Am Operasi dan Penyelenggaraan Masjidil Haram Fares bin Mafouz Al Saedi berkata pihaknya telah meningkatkan kecekapan dan tenaga operasi aset Masjidil Haram untuk memastikan penyelenggaraan di masjid itu pada tahap optima, bagi mewujudkan suasana ang selesa dan selamat bagi jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kebenaran-ibadah-umrah-akan-dibawa-ke-kabinet-ahmad-marzuk/
KEBENARAN IBADAH UMRAH AKAN DIBAWA KE KABINET – AHMAD MARZUK
[ "KUALA LUMPUR: Bermula 1 November ini, Arab Saudi akan membenarkan umat Islam dari luar negara itu untuk mengerjakan ibadah umrah.", "Oleh yang demikian kebenaran menunaikan ibadah itu membabitkan jemaah Malaysia akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat untuk dibincangkan.", "Lapor Berita Harian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata setakat ini belum ada keputusan rasmi sama ada kebenaran akan diberikan kepada jemaah Malaysia mengerjakan umrah dan haji tahun depan atau sebaliknya.", "“Bagi ibadat umrah, belum ada keputusan sehingga dibawa ke kabinet dalam masa terdekat. Walaupun Arab Saudi membuka pintu bagi jemaah luar negara mulai 1 November, itu tidak bermakna kita juga akan menghantar jemaah.", "“Kita akan beri keutamaan kepada keselamatan rakyat,” katanya kepada Berita Harian.", "Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan jumlah rakyat Malaysia yang dibenarkan mengerjakan umrah apabila Arab Saudi membenarkan ibadah itu kembali dilaksanakan, antara perkara yang dibincangkan menerusi Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi Malaysia-Arab Saudi.", "Selain itu Zulkifli memaklumkan, perbincangan jawatankuasa itu turut meliputi kuota haji tahun depan untuk rakyat negara ini. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/malaysia-mengecam-jenaka-keterlaluan-pelawak-singapura/
MALAYSIA MENGECAM JENAKA KETERLALUAN PELAWAK SINGAPURA
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengecam tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang mempersenda dan memperlekeh tragedi yang pernah melanda Malaysia.", "Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan pelawak itu langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia dan keluarga mangsa.", "Tegas beliau, rakaman video Jocelyn Chia jelas menunjukkan tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran negara Asia yang mempertengahkan berkaitan dengan adab dan tatasusila.", "“Saya percaya ini bukanlah pendirian dan tindakan yang diterima oleh mana-mana negara apatah lagi menggambarkan pendirian rasmi mana-mana kerajaan.", "“Saya berharap sebarang bentuk tindakan atau cubaan seperti ini dapat dihentikan bagi memastikan rasa hormat pada mana-mana negara terus dipelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Jocelyn menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat yang dimuat naik menerusi media sosial TikTok menggunakan Malaysia sebagai bahan jenaka dalam satu persembahan komedi berdiri mengundang kecaman rakyat Malaysia kerana ia seolah-olah menghina negara.", "Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut turut memperlekehkan tragedi kehilangan kapal terbang MH370.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/31600-bakal-haji-digesa-segera-jawab-surat-tawaran-th/
31,600 BAKAL HAJI DIGESA SEGERA JAWAB SURAT TAWARAN – TH
[ "KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menggesa 31,600 bakal haji supaya segera menjawab surat tawaran haji bagi musim 1444H/2023M yang dikeluarkan kepada mereka, bermula 22 Mac lepas.", "Pengarah Eksekutif Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pihaknya memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk memberi jawapan sama ada setuju atau tidak menerima tawaran haji, dalam masa tujuh hari bekerja daripada tarikh surat berkenaan dikeluarkan.", "Beliau turut berkata semua bakal haji terpilih perlu mencukupkan wang mengikut jumlah bayaran haji yang tertera dalam surat tawaran di akaun TH serta mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan.", "“Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di hospital, klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan dan semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.", "“Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, semua bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran,” katanya." ]
https://alhijrahnews.com/rm10-bilion-boleh-diselamatkan-daripada-kebocoron-sistem-perolehan-kerajaan/
RM10 BILION BOLEH DISELAMATKAN DARIPADA KEBOCORAN SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN
[ "PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara boleh melakukan penjimatan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran yang berlaku dalam sistem perolehan kerajaan.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kebocoran boleh dihentikan sekiranya amalan rasuah dibanteras di semua peringkat termasuk mengubah cara lama iaitu tanpa campur tangan politik atau kepentingan peniaga besar dalam perolehan kerajaan.", "“Kita mengalami kebocoran yang tinggi.  Belum dua bulan (saya) di Kementerian Kewangan sudah kenal pasti RM3 bilion hingga RM4 bilion yang boleh diselamatkan,” katanya  ketika berucap pada majlis Dialog Belanjawan 2023 bertema ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini hari ini.", "Turut hadir ialah dua Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.", "Anwar berkata daripada pengalamannya, ketirisan dapat dikurangkan sekiranya hal-hal perolehan diserahkan kepada pihak yang berupaya dalam isu seperti banjir atau pembelian senjata.", "“Biarkan urusan (perolehan) untuk tentera udara, laut dan darat dipertanggungjawabkan mengusulkan jenis barangan terbaik, dan runding antara kerajaan tanpa campur tangan dari politik atau kepentingan peniaga,” katanya.", "Sementara itu, Anwar berkata pendekatan dalam Bajet 2023 seharusnya adalah untuk memulihkan keyakinan pelabur domestik dan luar negara serta mempercepatkan kelulusan pelaburan.", "Memberikan contoh satu usul untuk memperkenalkan ladang organik oleh sebuah syarikat yang mengambil masa dua tahun mendapat kelulusan, Anwar berkata perkara seperti itu perlu dihentikan kerana ekonomi hijau merupakan keutamaan untuk kemampanan ekonomi.", "“Keupayaan memberi kelulusan harus lebih pantas dan ketua-ketua jabatan dipertanggungjawabkan sepenuhnya sekiranya berlaku kelewatan dan berdepan tindakan kerana menjejaskan ekonomi negara,” katanya.", "Semakan semula Bajet 2023 akan dibentangkan pada 24 Feb ini di Dewan Rakyat.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/persiapan-ibadah-menuju-era-endemik/
PERSIAPAN IBADAH MENUJU ERA ENDEMIK
[ "Oleh: Muhammad Ammar Harith Idris", "Secara asasnya, menjadi kewajipan bagi Muslim untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT tanpa mengira tempat dan masa. Hal ini dijelaskan menerusi firman Allah Ta’ala dalam surah Az-Zariyat, ayat 56 yang menyebut bahawa hakikat penciptaan manusia ke dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah.", "Walau bagaimanapun, penularan pandemik yang telah memakan masa lebih daripada setahun serba sedikit mengganggu kelaziman ibadah umat Islam di negara ini. Tambahan pula, kadar kehadiran ke masjid dan surau juga dilihat menurun susulan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak.", "Mutakhir ini, pihak kerajaan menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah mengumumkan bahawa negara bakal memasuki fasa endemik menjelang Oktober depan. Menurut sumber daripada pihak kesihatan, endemik bermaksud wabak COVID-19 akan berubah menjadi suatu virus yang akan terus kekal di samping manusia. Manakala jangkitannya pula akan berlaku secara berulang kali. Justeru, ia memberikan isyarat bahawa masyarakat perlu menjalani kehidupan secara normal dengan melengkapkan suntikan vaksin serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.", "Pada masa yang sama, peralihan ke fasa endemik ini juga akan membuka kembali pelbagai sektor untuk beroperasi. Bagi sektor sosial, pembukaan semula masjid dan surau dalam keadaan yang lebih baik sudah tentunya menggembirakan hati ramai umat Islam.", "Hal ini demikian kerana, tiada lagi sebarang sebab yang munasabah untuk menghalang seseorang itu daripada menunaikan ibadah mengikut kewajipan yang sebenar. Bahkan masyarakat juga sudah membiasakan diri hidup bersama wabak ini dengan mengamalkan SOP seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan dan seumpamanya.", "Sementara dari perspektif fiqh pula, perubahan realiti semasa (al-waqi’) ketika ini secara tidak langsung menuntut perubahan aplikasi hukum syarak yang berbeza dengan suasana sebelumnya. Jika sepanjang fasa pandemik yang lalu, kebanyakan pendekatan hukum Islam adalah berasaskan kepada elemen seperti darurah dan rukhsah, namun kini ia adalah berbeza memandangkan status wabak berkenaan juga telah berubah.", "Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh seperti, “al-Masyaqqah Tajlib al-Taysir” iaitu kesulitan mendorong kepada kemudahan. Pada asalnya, hukum menunaikan solat Jumaat adalah wajib dan fardu ain ke atas kaum lelaki, namun berubah keterikatannya dengan melihat beberapa kesukaran seperti ancaman penularan wabak, kawalan pergerakan dan penguatkuasaan SOP. Namun realitinya kini keadaan sudah berbeza apabila negara semakin menghampiri matlamat mewujudkan imunisasi berkelompok serta pelbagai kelonggaran semakin diberikan.", "Oleh itu, asbab yang dahulunya menjadi penghalang kini semakin lenyap dari semasa ke semasa. Umat Islam tidak wajar menggunakan alasan-alasan seperti darurah, masyaqqah dan rukhsah sewenang-wenangnya untuk melepaskan diri daripada taklifan syarak. Situasi ini juga selaras dengan salah satu kaedah fiqh yang lain, “al-Amr Iza Ittasa’at Dhaqat” yang bermaksud sesuatu perkara itu jika sudah menjadi terlalu luas, maka hendaklah pula ia disempitkan. Sebagai contoh, jika sebelumnya kehadiran ke masjid dan surau amat terbatas, kini realitinya sudah berbeza kerana pintu-pintu masjid mula dibuka secara berperingkat.", "Rentetan senario itu, kewajipan seperti menunaikan solat fardu Jumaat bagi kaum lelaki juga kembali terlaksana. Begitu juga dengan hukum sunat muakkad mendirikan solat berjemaah di masjid ataupun surau serta galakan untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah. Berdasarkan firman-Nya:", "Maksudnya : “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”", "Surah Al-Taubah (18)", "Oleh itu, umat Islam wajar bersegera merebut peluang untuk beramal ibadah dengan sebaik-baiknya. Realitinya, inilah masa yang terbaik untuk kita membalas semula kerinduan dengan kembali menghidupkan rumah-rumah Allah.", "Usah mengambil sikap bermudah-mudah dengan memberikan alasan seperti takut terhadap ancaman wabak, bimbang dengan jumlah kehadiran yang terlalu ramai, tiada penjarakan dan sebagainya.", "Pada masa yang sama, umat Islam juga perlu menjauhi sifat al-Ithar iaitu suka mendahulukan orang lain dalam urusan ibadah. Hal ini kerana sifat berkenaan tidak disukai oleh Allah SWT selaras dengan firman-Nya yang menyuruh setiap hamba-Nya agar sentiasa bersegera dan berlumba-lumba mengerjakan kebaikan terutamanya dalam perihal ibadah. Malahan kaedah fiqh turut menyebut, “Al-Ithar fi al-Qurabi Makruh, wa fi Ghayriha Mahbub” iaitu mendahulukan orang lain dalam urusan ibadah adalah makruh, manakala pada selainnya adalah digalakkan.", "Dalam konteks kemasyarakatan, setiap ketua keluarga boleh mengajak ahli keluarga masing-masing secara berperingkat untuk menghadiri program-program keagamaan di masjid seperti kuliah-kuliah agama, ceramah perdana, majlis bacaan surah Yasin, Tahlil, doa selamat dan seumpamanya. Pada masa yang sama, ia juga merupakan salah satu proses sosialiasi ibadah yang akan membentuk keperibadian keluarga serta komuniti yang mencintai agama dan kuat beribadah.", "Di samping itu, para asatizah dan pendakwah perlu bersama memperingatkan masyarakat dengan membawa mereka untuk merenung kembali hadis-hadis yang menjelaskan ancaman serta akibat bagi mereka yang sengaja meninggalkan kewajipan. Antaranya sabda Rasulullah SAW:", "Maksudnya : Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat kerana mengambil mudah akannya, nescaya Allah akan mengunci jantung hatinya.", "Riwayat Abu Daud (1052)", "Manakala pihak-pihak yang berautoriti juga perlu menggiatkan kempen untuk merancakkan kembali aktiviti pengimarahan di masjid dan surau. Mesej-mesej yang mengajak umat Islam untuk beribadah perlu disebarkan secara meluas terutamanya menerusi platform media sosial sama ada dalam bentuk lakaran poster, infografik, video pendek dan sebagainya. Hal ini bertujuan bagi meniupkan kembali semangat dan menyuburkan kecintaan umat Islam untuk beribadah di rumah-rumah Allah.", "Bagi pihak ahli jawatankuasa masjid serta surau pula, peralihan fasa ini juga menandakan keperluan untuk mengubah pendekatan dengan bersikap lebih terbuka dalam menerima kehadiran jemaah. Menjelang fasa endemik akan datang, sifat terlampau berhati-hati dibimbangi akan menjauhkan masyarakat daripada masjid. Perlu difahami bahawa mereka yang melangkahkan kaki ke masjid adalah insan yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT dan digerakkan hati mereka untuk ke sana. Oleh itu, para pentadbir perlu menyantuni para jemaah secara berhemah dan penuh beradab.", "Sementara itu, pembudayaan norma baharu yang baik sepanjang fasa pandemik lalu masih boleh diteruskan dari semasa ke semasa. Antaranya seperti majlis bacaan al-Quran, zikir, bacaan surah Yasin dan tahlil, doa selamat secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom dan Google Meet. Hikmah PKP yang lalu mengajar kita betapa kecanggihan teknologi serba pintar ketika ini amat membantu dalam memudahkan urusan berkaitan ibadah dan mendorong ketaatan kepada Allah SWT.", "Kesimpulannya, umat Islam perlu mempersiapkan diri masing-masing bagi menghadapi persekitaran baharu menjelang fasa endemik akan datang. Antaranya adalah dengan bersegera dan bersungguh-sungguh untuk beribadah terutamanya mengimarahkan kembali institusi masjid dan surau. Semoga peralihan ke fasa yang lebih baik ini akan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.–Alhijrah Online", "Penulis adalah Pegawai Penyelidik, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.", "Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas." ]
https://alhijrahnews.com/covid-19-jumlah-jangkitan-baharu-turun-kepada-8574-kes/
COVID-19: JUMLAH JANGKITAN BAHARU TURUN KEPADA 8,574 KES
[ "KUALA LUMPUR: Jumlah kes COVID-19 hari ini turun di bawah 9,000 dengan mencatatkan 8,574 kes.", "Tiga hari berturut-turut sebelum ini Malaysia mencatatkan kes harian lebih 9,000 dengan pada 10 Julai negara merekodkan jumlah jangkitan baharu terbanyak dengan 9,353 kes.", "Selangor kekal menyumbang kes terbanyak hari ini dengan mencatatkan 4,308 kes diikuti Negeri Sembilan 794 kes, Kuala Lumpur 609 kes, Kedah 415 kes, Melaka 411 kes, Johor 407 kes. Pahang 314 kes, dan Sabah 298 kes.", "Sarawak pula mencatatkan 235 kes, Pulau Pinang 231 kes, Perak 168 kes, Terengganu 140 kes, Kelantan 133 kes. Labuan 66 kes dan Putrajaya 45 kes. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/dua-kanak-kanak-lemas-seorang-lelaki-hilang-ketika-mandi-di-pantai-bagan-lalang/
DUA KANAK-KANAK LEMAS, SEORANG LELAKI HILANG KETIKA MANDI DI PANTAI BAGAN LALANG
[ "PUTRAJAYA: Dua kanak-kanak perempuan lemas manakala seorang lelaki berusia lingkungan 30-an hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Selangor, hari ini.", "Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 2.34 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit kemudian.", "“Mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berumur tujuh dan sembilan tahun ditemukan 50 meter dari lokasi kejadian dan kematian mereka disahkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).", "“Mangsa lelaki pula masih belum dijumpai. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak bomba,” menurut PGO dalam kenyataan hari ini.", "Menurut kenyataan itu, pihak bomba telah membuka pos kawalan operasi di tempat kejadian untuk mencari mangsa. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/50-khemah-bazar-aidilfitri-rosak-diterbangkan-ribut/
50 KHEMAH BAZAR AIDILFITRI ROSAK DITERBANGKAN RIBUT
[ "KULIM: Lebih 50 khemah pelbagai saiz di tapak karnival jualan Aidilfitri di Padang Serai, di sini, rosak akibat ribut, petang semalam.", "Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, barangan jualan peniaga-peniaga di bazar tersebut turut rosak selain beberapa kenderaan dihempap khemah yang terbalik.", "Menurut penduduk yang dikenali sebagai Ilya, kejadian ribut itu berlaku dengan pantas selama 15 minit yang meranapkan struktur khemah serta merosakkan barang jualan.", "Beberapa gambar dan video turut tular di media sosial menunjukkan beberapa khemah di tapak niaga tersebut rosak akibat ribut.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/remaja-bertemu-ajal-selepas-berbuka-puasa/
REMAJA BERTEMU AJAL SELEPAS BERBUKA PUASA
[ "HULU SELANGOR: Seorang remaja maut akibat cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, di sini malam tadi.", "Difahamkan mangsa sedang dalam perjalanan ke kedai telefon untuk membaiki telefon bimbitnya selepas berbuka puasa.", "Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata, mangsa berusia 16 tahun telah menunggang motosikal dari rumahnya di Antara Gapi ke Bandar Rawang kira-kira jam 8.10 malam.", "“Setibanya di lokasi, penunggang motosikal Yamaha Y15ZR itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sendiri di garisan tengah.", "“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala,” katanya hari ini.", "Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.", "“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/jabatan-peguam-negara-nafi-pendakwaan-terhadap-muhammad-sanusi-bermotif-politik/
JABATAN PEGUAM NEGARA NAFI PENDAKWAAN TERHADAP MUHAMMAD SANUSI BERMOTIF POLITIK
[ "KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menafikan dakwaan wujudnya pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan mengikut peruntukan undang-undang.", "Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan serta fakta hasil daripada penyiasatan dan bukannya atas desakan pihak atau faktor lain.", "“Keputusan itu dibuat berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan yang sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntuk di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan itu. ", "Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan berlaku pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik dan penganiayaan baru-baru ini.", "Semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.", "Idrus berkata sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu itu akan didakwa oleh Jabatan Peguam Negara berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status serta latar belakang orang yang didakwa.", "Semalam, Muhammad Sanusi ditahan polis pada kira-kira 3 pagi di Kuala Lumpur selepas gagal dihubungi polis bagi memaklumkan beliau supaya hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang di Selangor.", "Beliau kemudian mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan menghasut itu.", "Susulan pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi, beberapa pihak mengkritik tindakan undang-undang dan penahanan Menteri Besar Kedah itu pada awal pagi yang disifatkan sebagai pendakwaan terpilih bermotifkan politik.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/dapur-itam-erat-hubungan-masjid-dan-anak-kariah/
DAPUR IT’AM: ERAT HUBUNGAN MASJID DAN ANAK KARIAH
[ "Program Dapur It’am anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bukan hanya bantu golongan asnaf, kelompok B40 dan petugas frontliners. Ia juga bantu mengeratkan hubungan masjid dengan anak kariah sepanjang Ramadan. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/dua-sahabat-edar-dadah-gantung-sampai-mati/
DUA SAHABAT EDAR DADAH, GANTUNG SAMPAI MATI
[ "KUALA TERENGGANU: Dua sahabat dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ‘methamphetamine’ seberat 626.6 gram, 3 tahun lalu.", "Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed terhadap Mohd Shazril Hafez Ibrahim dan Ahmad Sawal Ramlee selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.", "Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah tersebut seberat 75 gram di sebuah rumah di Kampung Padang Midin, Marang pada 8 Februari 2018 kira-kira jam 6.30 petang.", "Bagi pertuduhan kedua pula, mereka turut didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis yang sama seberat 551.5 gram pada waktu, lokasi dan tarikh yang sama.", "Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Ahmad Fadhli Mahmud.", "Manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Datuk Shukri Mohamed.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mais-tutup-operasi-sejajar-perintah-kawalan-pergerakan/
MAIS TUTUP OPERASI SEJAJAR PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
[ "KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menutup operasi bermula esok hingga 31 Mac 2020, kecuali Operasi di Baitul Iman, Baitul Ehsan dan Baitul Islah, Bahagian Pemulihan Ar-Riqab selaras Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa esok.", "“Perkhidmatan atas talian (online) yang disediakan melalui laman web rasmi MAIS ialah e-aduan, Permohonan Wasiat Online, Katalog Hartanah MAIS, Sumbangan Sedekah, Bayaran Premis/Tanah Baitulmal, Sewa Hartanah MAIS.", "“Bayaran Utiliti Premis MAIS, Bayaran Tebus Pusaka, Sumbangan Saham Wakaf Selangor, Sumbangan Anak Yatim, Penyerahan Wang Tidak Patuh Syariah dan Penyerahan Wang Orang Berhutang,” kata kenyataan MAIS di sini.", "Kenyataan itu berkata, orang ramai digalakkan bersama MAIS melalui Facebook: Majlis Agama Islam Selangor dan Instagram: mais_officialhq.", "“Memudahkan urusan orang Islam adalah menjadi keutamaan MAIS, oleh itu teruslah berurusan melalui perkhidmatan atas talian di samping mematuhi arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan ini,” kata MAIS. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kebakaran-kedua-wisma-jakel-bomba-fokus-unsur-sabotaj-sisa-bara-api/
KEBAKARAN KEDUA WISMA JAKEL: BOMBA FOKUS UNSUR SABOTAJ, SISA BARA API
[ "SHAH ALAM: Unsur perbuatan bakar dan sisa bara api menjadi antara fokus utama siasatan bomba Selangor susulan kebakaran terbaru di bilik simpanan kain langsir Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini, awal pagi tadi.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bagaimanapun siasatan pihaknya akan memberi tumpuan kepada semua aspek dan dikaji secara mendalam agar maklumat menyeluruh dapat diperoleh.", "“(Punca bara di bawah kain), itu kami masih siasat dan mengambil aspek yang perlu kami analisa. Mungkin bara-bara yang tertinggal atau ada sesiapa yang naik melakukan pembakaran. ", "“Aspek-aspek lain juga akan dilihat dan dikaji secara mendalam. Setakat ini belum ada lagi satu kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kebakaran kedua ini,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian kebakaran di Wisma Jakel, hari ini. ", "Norazam berkata pihaknya memerlukan tempoh 14 hari bagi menjalankan siasatan dan analisa awal termasuk mendapatkan saksi kejadian itu.  ", "Jelas Norazam pihaknya hari ini turut menggerakkan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) iaitu dua ekor anjing jantan dari baka English Springer Spaniel bernama Woody dan Rocco untuk mengesan apa-apa bahan yang boleh mencetuskan kebakaran.", "“Sampel dan sebagainya kami akan hantar ke makmal penyiasatan kami di Bukit Jelutong untuk dianalisa. Selain itu, aspek pendawaian dan peralatan elektrik yang digunakan oleh bangunan Wisma Jakel juga akan turut dianalisa,” katanya.", "Dalam pada itu, Norazam berkata pihaknya hari ini mula membuka Pusat Kawalan Hadapan (PKH) dengan menempatkan lebih 10 anggota sebagai langkah pemantauan dan berjaga-jaga sekiranya berlaku kebakaran berulang.", "“Kebakaran setakat ini sudah dipadamkan sepenuhnya namun langkah pemantauan menyeluruh masih diteruskan,” katanya.", "Di samping itu, beliau turut memaklumkan orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasuki kawasan lokasi kejadian kecuali dengan pengawasan dan diiringi pihak berkuasa.", "“Bomba dengan dibantu pekerja Jakel akan menjalankan kerja-kerja pemunggahan semua barangan terutama fabrik yang terselamat daripada premis Wisma Jakel mulai hari ini,” katanya.  ", "Wisma Jakel di Seksyen 7 hari ini mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi selepas pihaknya menerima panggilan pada 12.40 tengah malam dan kebakaran itu berjaya dipadam keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi.", "Sebelum ini, gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Jan lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan berjaya dipadamkan.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/koronavirus-misi-bawa-pulang-rakyat-malaysia-dari-wuhan-esok/
KORONAVIRUS: MISI BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN ESOK
[ "KUALA LUMPUR: Seramai 132 orang, yang terdiri daripada 108 rakyat Malaysia dan 24 bukan warganegara yang merupakan pasangan serta anak-anak mereka, akan dibawa pulang dengan penerbangan khas dari Wuhan, China, esok ekoran penularan novel koronavirus 2019 di negara itu.", "Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tertakluk kepada kelulusan kerajaan China, mereka yang akan dibawa pulang hanyalah yang didapati sihat untuk menaiki pesawat selepas menjalani tapisan kesihatan yang ditetapkan oleh Kerajaan China di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.", "“Misi ini akan disertai lapan orang iaitu enam pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan seorang pegawai Kementerian Luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata pesawat AirAsia dengan 12 krew akan digunakan bagi misi membawa pulang rakyat Malaysia dan keluarga mereka itu.", "“AirAsia menetapkan tarikh penerbangan pada 3 Feb 2020 tertakluk kepada kelulusan kerajaan China. Penerbangan ini juga akan membawa bantuan keperluan seperti ‘mask’ (topeng hidung dan mulut), sarung tangan dan makanan, yang tertakluk kepada senarai yang dipersetujui oleh pihak Kerajaan China,” katanya.", "Dr Wan Azizah berkata beliau telah bertemu dengan semua pegawai yang akan menyertai misi itu termasuk krew penerbangan untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kerajaan dan rakyat Malaysia, khususnya keluarga yang terlibat atas pengorbanan mereka membantu membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan.", "“Saya juga menasihati mereka agar menjaga kebajikan dan kesihatan mereka dan semua yang dibawa pulang,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.", "Dr Wan Azizah berkata beliau, bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah diberikan taklimat oleh Ketua Pengarah Nadma, Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman mengenai misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari China itu.", "Dalam pada itu, Dr Wan Azizah turut melawat ‘Air Disaster Center’ (ADU), tempat semua penumpang, pasukan misi dan krew akan menjalani tapisan kesihatan sekali lagi sebaik sahaja tiba ke KLIA kelak.", "Katanya bagi mereka dikesan mempunyai simptom akan dibawa ke hospital manakala yang melepasi saringan terus ke Pusat Pemantauan.", "“Saya mendapati persiapan dan kelengkapan perubatan telah disediakan sebaik mungkin untuk tujuan pemeriksaan kesihatan itu.", "“Saya juga telah ke Pusat Pemantauan untuk meninjau bilik operasi, bilik penginapan dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan untuk semua 158 penumpang termasuk lapan pegawai misi dari Malaysia, 12 krew penerbangan dan enam pegawai daripada Kedutaan Malaysia di Beijing untuk menjalani pemantauan selama 14 hari,” katanya.", "Dr Wan Azizah berkata beliau berpuas hati dengan semua atur gerak dan persiapan yang dibuat untuk melaksanakan misi tersebut.", "“Marilah kita rakyat Malaysia mendoakan misi ini berjalan lancar dan semua yang dibawa pulang dari Wuhan serta pasukan misi dan krew terlibat selamat,” katanya. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/krisis-ukraine-rusia-137-warga-ukraine-terkorban/
KRISIS UKRAINE-RUSIA: 137 WARGA UKRAINE TERKORBAN
[ "KYIV: Seramai 137 warga Ukraine terkorban sementara 316 lagi cedera pada hari pertama pertempuran dalam krisis Rusia-Ukraine.", "Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.", "“Hari ini kami telah kehilangan 137 pahlawan kami, tentera dan orang awam,” katanya seperti dilapor AFP.", "Rusia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dalam serangan awal bermula lewat pagi Khamis.", "Lapor Interfax Ukraine, serangan roket dilancarkan terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara itu dan tentera Rusia sudah mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol di selatan.", "Wartawan AFP turut mengesahkan mendengar letupan di Odessa dan Mariupol, disusuli bunyi siren polis dan ambulans merentasi pusat bandar Ukraine.", "Letupan turut dilaporkan di Kharkiv, sebuah bandar besar kira-kira 35 kilometer (km) ke selatan sempadan Rusia.", "Selain itu, empat letupan kuat dilaporkan di Kramatorsk, bandar pesisir pantai yang juga pusat pentadbiran kerajaan Ukraine di zon perang timur.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/polis-nafi-tidak-telus-siasat-kes-kanak-kanak-lemas-di-taska/
POLIS NAFI TIDAK TELUS SIASAT KES KANAK-KANAK LEMAS DI TASKA
[ "IPOH: Polis menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak menjalankan siasatan secara telus, terhadap kes seorang kanak-kanak yang dipercayai mati akibat kecuaian pihak taska, di Bandar Baru Sri Klebang di sini seperti yang tular di media sosial.", "Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan satu video berdurasi 30 saat di Facebook milik Sathruhan Manian hari ini, berhubung dakwaan itu yang menarik perhatian masyarakat umum.", "“Pihak polis memandang serius terhadap dakwaan tidak berasas dan penyebaran maklumat palsu melalui media sosial, oleh pemilik akaun Facebook tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Yahaya berkata satu laporan mati mengejut telah dibuka, bagi menyiasat kematian kanak-kanak berusia empat tahun itu selepas menerima laporan mengenai kejadian lemas pada 18 April lepas.", "Beliau berkata pihaknya telah menyiasat kes itu secara teliti, dan berjaya memperolehi arahan pertuduhan terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas kejadian berkenaan di Mahkamah Majistret di sini esok, di bawah Seksyen 33(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.", "“Kita telah menahan seorang wanita berumur 58 tahun, yang merupakan guru besar taska berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini dan akan didakwa esok,” katanya.", "Terdahulu tular video di media sosial tindakan pasangan ibu bapa kanak-kanak itu berjalan kaki tanpa kasut dengan memegang sepanduk, mengundang perhatian netizen apabila memaklumkan berbuat demikian demi menuntut keadilan kematian anak mereka pada April lepas.", "Mereka berjalan kaki dari Bandar Baru Sri Klebang ke IPD Ipoh, dengan membawa sepanduk Justice For Thanes.", "D. Nilaveni, 40, yang merupakan ibu kepada mangsa mendakwa pusat jagaan kanak-kanak itu cuai ketika menjaga V. Thanes Nair, pada hari pertama mangsa dihantar ke situ.", "Kanak-kanak itu dilaporkan lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam renang yang terletak berhampiran premis berkenaan, sebelum meninggal dunia enam hari kemudian.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lesen-memandu-boleh-diperbaharui-sehingga-10-tahun/
LESEN MEMANDU BOLEH DIPERBAHARUI SEHINGGA 10 TAHUN
[ "PUTRAJAYA: Warganegara Malaysia boleh memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi tempoh maksimum 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini mulai 8 Mei ini, umum Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.", "“Orang ramai dibenarkan memperbaharui LMM antara satu hingga 10 tahun tertakluk kepada had maksimum 10 tahun.", "“Inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas atau permit jangka masa panjang atau Kad MyKAS yang terikat dengan tempoh sah laku pasport individu terbabit,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.", "Loke berkata mereka yang memperbaharui LMM sehingga 10 tahun sekali gus akan dikenakan bayaran fi istimewa iaitu RM270 iaitu bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja, berbanding fi kadar semasa RM30 bagi tempoh pembaharuan setahun.", "Loke dalam masa yang sama berkata warganegara Malaysia yang LMM telah tamat tempoh sah laku memperbaharui bermula 1 Jan 2018 dan ke hadapan, diberi kebenaran khas untuk memperbaharui lesen mereka tanpa perlu menduduki semula ujian.", "Di bawah dasar semasa, Loke berkata LMM yang telah tamat tempoh lebih tiga tahun, perlu mengambil semula ujian.", "“Kebenaran khas ini hanya berkuat kuasa sehingga 31 Dis 2023. Peraturan sedia ada akan dikuatkuasakan semula pada 1 Jan 2024,” katanya.", "Loke berkata kebenaran khas itu dapat memberikan penjimatan sehingga RM1,000 kepada pemegang LMM kerana tidak perlu mengeluarkan belanja untuk menduduki semula kelas dan ujian memandu.", "“Mereka boleh memperbaharui lesen mereka dengan kadar yang sama iaitu RM30 bagi tempoh pembaharuan setahun,” katanya.", "Beliau berkata kedua-dua inisiatif itu termasuk kebenaran khas tersebut boleh dinikmati orang ramai bermula Isnin depan (8 Mei) dengan berurusan di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.", "“Kedua-dua inisiatif dan kebenaran khas ini hanya boleh dinikmati oleh pemegang LMM yang bebas daripada sebarang sekatan urus niaga JPJ dan tidak disenarai hitam oleh Polis Diraja Malaysia serta bebas daripada sebarang penggantungan akibat suatu hukuman atau Perintah Mahkamah,” katanya. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/harga-barang-keperluan-mula-turun-di-kelantan/
HARGA BARANG KEPERLUAN MULA TURUN DI KELANTAN
[ "KOTA BHARU: Harga barang keperluan termasuk barangan basah seperti sayur-sayuran dan ayam di Kelantan sudah mula menunjukkan trend penurunan berbanding tiga minggu lalu.", "Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, jika tiga minggu lalu harga ayam dijual melebihi RM9 hingga RM10, namun sejak beberapa hari lalu harga turun di bawah paras RM9, dan ada penjual yang menjual di bawah RM8 bagi sekilogram ayam proses.", "“Kita nampak harga ayam makin menurun, harga sayur pun nampaknya ada penurunan sedikit berbanding dua hingga tiga minggu lepas.", "“Pengguna boleh menggunakan aplikasi ‘Price Catcher’ yang disediakan KPDNHEP untuk membandingkan harga barangan yang dijual di kedai-kedai di kawasan mereka,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia KPDNHEP Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu hari ini.", "Katanya, kawalan harga membabitkan 12 barangan yang ditetapkan harga siling termasuk ayam, telur ayam dan beberapa jenis sayur-sayuran yang berkuat kuasa 7 hingga 31 Disember ini.", "Mengulas lanjut Adnan berkata, hasil tinjauan pihaknya pada hari ini kesemua peniaga menjual dengan harga yang ditetapkan dan meletakkan tanda harga berwarna pink untuk barang kawalan.", "Sepanjang tempoh Januari hingga semalam, KPDNHEP Kelantan mengeluarkan sebanyak 166 notis berikutan kenaikan harga membabitkan ayam, telur, sayur dan beberapa barangan lain. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/296-peniaga-kecil-bukan-asnaf-dibantu-mais/
296 PENIAGA KECIL BUKAN ASNAF DIBANTU MAIS
[ "KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan wang tunai RM88,800 kepada 296 peniaga kecil bukan asnaf di Selangor yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.", "Penyaluran sumbangan RM300 setiap peniaga kecil itu dilaksanakan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), yang juga anak syarikat MAIS.", "Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, pembayaran sumbangan itu telah selesai dikreditkan ke dalam setiap akaun penerima bantuan.", "“Kelayakan bagi penerima bantuan ini adalah peniaga-peniaga kecil yang bukan asnaf di bawah kategori B40. Bantuan disalurkan ini adalah hasil Tabung Prihatin COVID-19 MAIS.", "“Pihak MAIS berharap dengan bantuan yang telah disalurkan ini, dapat meringankan beban mereka terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan dan hilang punca pendapatan akibat pelaksanaan PKP,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "MAIS turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyumbang kepada Tabung Prihatin COVID-19 MAIS. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kes-ebit-lew-kumpulan-whatsapp-mengandungi-gambar-video-berunsur-lucah-ditemukan-dalam-telefon-bimbit-saksi/
KES EBIT LEW: KUMPULAN WHATSAPP MENGANDUNGI GAMBAR, VIDEO BERUNSUR LUCAH DITEMUKAN DALAM TELEFON BIMBIT – SAKSI
[ "TENOM: Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini satu Kumpulan WhatsApp  mengandungi gambar dan video berunsur lucah ditemukan dalam telefon bimbit yang diterimanya pada 8 Okt 2021.", "Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata telefon bimbit itu dihantar ke makmal forensik PDRM kira-kira pukul 12.02 tengah hari oleh pegawai penyiasat.", "Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata telefon bimbit itu disimpan dalam keadaan selamat, sebelum dikeluarkan pada 22 Okt 2021 untuk proses analisis namun telefon bimbit itu mempunyai kata laluan.", "“Saya menghubungi pegawai penyiasat untuk mendapatkan kata laluan bagi membolehkan akses oleh sistem analisis dan telah diberikan pada hari yang sama…saya kemudian jalankan analisis terhadap telefon bimbit itu sebelum menemukan Kumpulan WhatsApp itu,” katanya.", "Latifah berkata demikian semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad yang bertanya hasil analisis saksi terhadap telefon bimbit yang diterimanya itu.", "Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.", "Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan perbicaraan disambung dari 16 hingga 18 Ogos depan. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/polis-terima-tiga-laporan-nama-kad-pengenalan-diguna-individu-lain-untuk-mengundi/
POLIS TERIMA TIGA LAPORAN NAMA, KAD PENGENALAN DIGUNA INDIVIDU LAIN UNTUK MENGUNDI
[ "ALOR SETAR: Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.", "Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata dua laporan berkenaan diterima di daerah Kulim manakala satu laporan di daerah Kuala Muda.", "Beliau berkata dua wanita tidak berpuas hati apabila dimaklumkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa namanya telah ditanda untuk mengundi menyebabkan mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab itu, masing-masing berlaku di Kulim dan Kuala Muda.", "“Kes lain di Kulim pula melibatkan seorang lelaki yang mendakwa namanya telah digunakan oleh orang lain untuk mengundi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.", "Beliau berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi ketiga-tiga kes berkenaan.", "Dalam pada itu, Fisol berkata pihaknya juga mengesan satu video tular menerusi media sosial tentang seorang wanita yang tidak berpuas hati apabila petugas SPR membantu suaminya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) menanda kertas undi di pusat mengundi di Pendang.", "“Wanita yang merupakan isteri kepada lelaki itu mendakwa petugas SPR telah menanda pada kertas undi tidak sepertimana yang dikehendaki suaminya. Bagaimanapun, setakat ini, polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian daripada wanita atau petugas SPR yang terlibat,” katanya.", "Berkenaan satu lagi video tular berkaitan bas yang didakwa membawa “pengundi hantu” di daerah Kuala Muda, Fisol menjelaskan dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana bas-bas yang ditularkan itu ialah bas yang disewa oleh pihak polis untuk membawa petugas polis di sekitar daerah berkenaan.", "Beliau berkata pihaknya telah menyewa 34 bas dari Kuala Lumpur dan Kedah untuk membawa petugas-petugas polis yang ditugaskan menjaga keselamatan dan kelancaran proses PRN sepanjang pilihan raya kali ini.", "Sementara itu, Fisol menasihati orang ramai terutamanya penyokong parti politik di Kedah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti konvoi bermula petang ini sehingga malam nanti bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.", "“Kalau hendak sambut kemenangan parti politik mereka pun jangan sehingga menyusahkan dan mengganggu ketenteraman awam,” katanya. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tiada-kes-cacar-monyet-diterima-kkm-setakat-ini/
TIADA KES CACAR MONYET DITERIMA KKM SETAKAT INI
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes jangkitan cacar monyet atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus itu seperti dalam mesej berserta gambar yang tular di media sosial.", "KKM dalam hantaran di Twitter menyatakan ia tidak menerima pemakluman berhubung jangkitan itu setakat 5 petang semalam. ", "“Sekiranya gambar itu adalah benar, waris kepada kanak-kanak itu dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan,” katanya.", "Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/rentas-negeri-tiga-situasi-sahaja-dibenarkan/
RENTAS NEGERI: TIGA SITUASI SAHAJA DIBENARKAN
[ "KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak mengetatkan kebenaran merentas negeri bermula hari ini, disebabkan peningkatan kes positif COVID-19.", "Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tiga situasi yang dibenarkan untuk merentas negeri.", "“Pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) diarah untuk tegas dalam penguatkuasaan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya semasa dihubungi media.", "Rentas negeri hanya dibenarkan bagi kes kecemasan keluarga terdekat dengan melampirkan dokumen sokongan, kematian dan pasangan jarak jauh.", "Bagaimanapun, rentas negeri tidak dibenarkan bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain kenduri.", "Hari ini, kes baharu positif COVID-19 merekodkan jumlah sebanyak 2,148 kes, negeri yang mencatat tiga angka adalah Sarawak (512), Selangor (459) dan Kelantan (221).", "Antara negeri lain yang turut mencatatkan tiga angka kes adalah Sabah (202), Johor (182), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (171) serta Pulau Pinang (134).–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/belanjawan-secara-umumnya-memaknakan-kehidupan-rakyat-zulkifli/
BELANJAWAN SECARA UMUMNYA, MEMAKNAKAN KEHIDUPAN RAKYAT – ZULKIFLI
[ "KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada petang tadi, dapat merangkumi kebajikan pada semua lapisan masyarakat.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan pandangan yang memuaskan terhadap belanjawan yang dibentangkan tadi.", "“Belanjawan ini sudah tentu akan dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan golongan.", "“Pelbagai insentif yang telah diberi serta beberapa pengecualian yang terkait, yang boleh membawa bebanan kepada rakyat, cuba diatasi dengan sebaik mungkin,” ujar beliau dalam video ringkas di akaun YouTube Dr Zulkifli.", "Zulkifli akan menjelaskan mengenai Belanjawan 2020 yang berkaitan dengan hal ehwal agama dibawah kementeriannya dalam masa yang terdekat.", "Di penghujung video, Dr Zulkifli mengucapkan terima kasih dan sekalung tahniah kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kerajaan Malaysia ke atas keprihatinan kepada golongan agamawan dan agama Islam.", "Dalam Belanjawan 2021, peruntukkan sebanyak RM1.4 bilion diberikan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/bekas-pengerusi-mcpf-kl-penceramah-bebas-tuduhan-pecah-amanah-dan-bersubahat/
BEKAS PENGERUSI MCPF KL, PENCERAMAH BEBAS TUDUHAN PECAH AMANAH DAN BERSUBAHAT
[ "KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan bekas Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur (MCPF KL) dan seorang penceramah daripada pertuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat membabitkan dana yayasan itu berjumlah RM195,000.", "Hakim Datin Sabariah Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Bok Siew Mun dan Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir.", "“Pihak pendakwaan hanya membuktikan satu elemen sahaja berkaitan pecah amanah iaitu tertuduh pertama (Bok) adalah seorang ejen (bekas Pengerusi MCPF) manakala tiga elemen utama lain gagal dibuktikan iaitu beliau mempunyai kawalan dan penguasaan terhadap wang RM195,000.", "“Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan bahawa tertuduh pertama mempunyai niat curang untuk melakukan pecah amanah semasa meluluskan pengeluaran wang tersebut kerana kesemua proses telah dibuat di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa MCPK KL,” katanya.", "Beliau berkata elemen subahat juga gagal dibuktikan iaitu sama ada tertuduh kedua mempunyai niat untuk membantu atau berkonspirasi dalam melakukan pecah amanah bersama Bok.", "“Selain itu, terdapat beberapa keterangan saksi pendakwaan yang bercanggah dan mempunyai versi berbeza, justeru mahkamah mendapati kes pendakwaan lemah dan gagal dibuktikan.", "“Oleh itu, pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie dan mahkamah dengan ini melepas serta membebaskan kedua-dua tertuduh daripada pertuduhan tersebut,” kata hakim itu.", "Kes itu sebelum ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi manakala peguam Fahmi Abd Moin mewakili kedua-dua tertuduh.", "Perbicaraan bermula pada 28 Okt 2022 dan pendakwaan menutup kesnya pada 12 Julai selepas 13 saksi memberi keterangan.", "Bok sebagai Pengerusi MCPF KL, yang diamanahkan penguasaan ke atas harta iaitu dana yayasan itu, didakwa melakukan pecah amanah dana yayasan dengan mengarahkan bayaran secara cek berjumlah RM195,000 kepada Syarikat Trio Green Hornet Sdn Bhd di Maybank Berhad, Cawangan Bandar Sri Permaisuri di sini pada 26 Feb hingga 31 Mei 2019.", "Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.", "Saiful Hamiruzzaman pula didakwa bersubahat dengan Bok untuk melakukan pecah amanah berkaitan dana yayasan sama dengan mengemukakan invois milik Syarikat Trio Green serta menandatangani baucar bayaran yayasan itu di tempat dan pada tarikh sama.", "Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman sama, jika sabit kesalahan. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/macau-scam-65-kes-babitkan-pengeluaran-tabung-haji-kerugian-rm3-6-juta/
MACAU SCAM: 65 KES BABITKAN PENGELUARAN TABUNG HAJI, KERUGIAN RM3.6 JUTA
[ "KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia telah mengesan taktik baharu sindiket Macau Scam untuk mengeluarkan wang daripada akaun Tabung Haji mangsa yang dihubungkan dengan akaun bank konvensional.", "Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, setakat ini pihaknya telah mengesan 65 kes seumpama itu melibatkan kerugian berjumlah RM3,599,275.46.", "Mohd Kamarudin berkata, siasatan pihaknya mendapati perkara itu berlaku apabila mangsa mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada individu tidak dikenali yang menyamar sebagai anggota pihak berkuasa.", "“Kemudahan fasiliti perbankan internet Tabung Haji yang dihubungkan dengan bank-bank konvensional yang lain telah membolehkan perkara ini berlaku.", "“Sindiket ini terlebih dahulu akan membuat panggilan dan menakutkan mangsa dengan dakwaan terlibat dalam aktiviti jenayah dan tunggakan kad kredit dan untuk tujuan siasatan mangsa perlu mendedahkan maklumat perbankannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Menurut Mohd Kamarudin, susulan pendedahan maklumat perbankan itu, mangsa bukan sahaja kehilangan duit dalam akaun bank konvensional kepada sindiket itu tetapi juga duit dalam akaun Tabung Haji yang dihubungkan dengan bank konvensional berkenaan.", "Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat perbankan masing-masing dan menghubungi  CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 untuk sebarang nasihat dan maklumat lanjut. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/503-hari-yang-penuh-bererti-zulkifli/
503 HARI YANG PENUH BERERTI – ZULKIFLI
[ "KUALA LUMPUR: Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil meluahkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan ke atasnya untuk memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).", "Tempoh 503 hari atau 17 bulan 6 hari menyandang jawatan itu katanya penuh bererti.", "“Amanah yang saya terima dengan lantikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai senator dan menteri adalah tanggungjawab dan penghormatan yang dilaksanakan sedaya upaya saya. Menjunjung kasih atas kepercayaan tuanku kepada patik pacal yang senantiasa mendoakan kebaikan buat tuanku.", "“Sekalung penghargaan kepada Perdana Menteri kerana memberi sepenuh keyakinan kepada saya untuk menyumbang kepada negara. Begitu juga tidak dilupakan rakan-rakan kabinet yang sentiasa memberi sokongan,” katanya dalam catatan di Facebook.", "Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua Pihak Berkuasa Agama Negeri yang memberikan kerjasama penuh bagi semua urusan hal ehwal Islam melibatkan persekutuan dan negeri demi manfaat rakyat khususnya umat Islam.", "“RM591.9 juta telah diagihkan bermula Mac 2020 hingga hari ini melalui inisiatif #Musaadah sejak bermulanya pandemik COVID-19 oleh agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya. Saya minta mereka teruskan walaupun saya telah tiada.", "“Semua inisiatif kami sepanjang 2002-2021 akan saya bentangkan dalam minggu ini, insya-Allah. Rakyat perlu tahu ke mana setiap sen zakat, infaq, waqaf yang mereka salurkan melalui kami.", "“Terjemahan Sahih al-Bukhari, Tafsir al-Qur’an al-Bayan dan Terjemahan al-Quran versi al-Bayan adalah hadiah buat seluruh umat Islam di Malaysia. Insya-Allah, tiga kitab yang pasti menempa sejarah dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini sedang dalam urusan percetakan. Saya akan maklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa,” katanya lagi.", "Zulkifli turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kelemahan dan kekurangannya sepanjang berkhidmat sebagai menteri.", "“Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan saya sepanjang 17 bulan 6 hari ini. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua,” katanya.", "Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh ahli Jemaah Menteri. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/parti-liar-lima-pasangan-bersantai-kantoi-dadah/
PARTI LIAR: LIMA PASANGAN BERSANTAI ‘KANTOI’ DADAH
[ "KUALA LUMPUR: Sekumpulan individu termasuk seorang penjawat awam diberkas ketika leka berpesta liar di dalam sebuah unit apartmen mewah dekat Jalan Imbi, Bukit Bintang, di sini.", "Jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan kira-kira RM42,000.", "Saksikan laporan penuh dalam Berita Alhijrah 25 Julai.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/taburan-hujan-tinggi-risiko-banjir-pru15-tidak-sesuai-tahun-ini/
TABURAN HUJAN TINGGI, RISIKO BANJIR, PRU15 TIDAK SESUAI TAHUN INI
[ "SUNGAI PETANI: Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan pada tahun ini disebabkan taburan hujan tinggi dan risiko bencana banjir yang dijangka berlaku pada pertengahan November ini.", "Beliau berkata berdasarkan ramalan keadaan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, negara akan menerima taburan hujan yang lebih pada pertengahan November ini berbanding bulan-bulan lain.", "“Kalau buat PRU masa ini memang tidak sesuai…Kalau buat PRU, anggota polis kena jaga peti undi, mana hendak jaga keselamatan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir lagi. Tambahan pula, jumlah anggota polis tidak cukup untuk tampung semua ini,” katanya.", "Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dan Sambutan 90 Tahun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Lembangan Sungai Muda, di sini hari ini.", "Tuan Ibrahim berkata selain situasi kini tidak mendesak untuk diadakan pilihan raya, PRU15 juga perlu dibuat dan dirancang dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan sebarang mudarat dan masalah kepada semua pihak terutamanya rakyat.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/psm-tak-arah-guna-penyodok-kadbod-buang-air-bertakung-di-stadium-nasional/
PSM TAK ARAH GUNA PENYODOK, KADBOD BUANG AIR BERTAKUNG DI STADIUM NASIONAL
[ "KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tidak mengeluarkan arahan supaya penyodok dan kadbod digunakan untuk mengalirkan air keluar dari padang sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain di Stadium Nasional di Bukit Jalil, semalam.", "Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi berkata tindakan mengeluarkan air secara manual itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ‘venue’ tersebut mempunyai sistem perparitan yang berfungsi dengan baik untuk mengalirkan air yang bertakung di padang.", "“PSM memang tidak mencadangkan mengeluarkan air secara manual seperti itu terutama sekali menggunakan penyodok dan kadbod seperti membersihkan lantai…sepatutnya tidak begitu.", "“Padang ini ada sistem perparitan dan kalau tengok bila perlawanan bermula tiada lagi kelihatan air bertakung kerana ia memerlukan masa untuk air surut keluar,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.", "Semalam, tular beberapa petugas dilihat menggunakan penyodok dan kadbod dalam usaha mengatasi masalah air bertakung di Stadium Nasional selepas hujan lebat yang mengakibatkan hampir sepenuhnya permukaan padang digenangi air.", "Mengulas lanjut, Mohd Faidz berkata sistem perparitan di Stadium Nasional membolehkan permukaan padang yang bertakung kembali normal dalam tempoh 15 minit selepas hujan berhenti sementara sekiranya hujan lebat disusuli hujan renyai ia mengambil masa antara 20 hingga 25 minit untuk air surut.", "Beliau berkata permukaan padang menjadi lebih teruk akibat penggunaan penyodok dan kadbod untuk mengeluarkan air kerana ia merosakkan rumput.", "“Ini seperti hendak mengeringkan rambut menggunakan sikat… anda menggunakan peralatan yang tidak sepatutnya, tak perlu gunakan alatan kerana ada parit di bawah itu yang akan mengalirkan air keluar,” katanya.", "Sementara itu, PSM dalam kenyataan menyatakan komitmen mereka untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi memastikan baki perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 berlangsung dengan lebih baik dan teratur.", "PSM menjelaskan pihaknya bersama Kementerian Belia dan Sukan akan memulakan proses penukaran permukaan padang Stadium Nasional yang dijadual bermula suku pertama tahun depan selain kerja-kerja penambahbaikan lain sejurus tamat komitmen acara-acara lain tahun ini.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/gunung-merapi-meletus-debu-setinggi-enam-kilometer/
GUNUNG MERAPI MELETUS, DEBU LEDAKAN CECAH 6KM
[ "PULAU JAWA: Gunung Merapi yang merupakan gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus semalam.", "Letusan tersebut menyebabkan debu meledak sehingga ketinggian enam kilometer (km).", "Menurut Reuters, penduduk tempatan dilarang untuk melakukan sebarang aktiviti dalam jarak 3km dari lokasi Gunung Merapi.", "Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.", "Berdasarkan laporan hujan turun selepas gunung merapi meledak yang membantu mengurangkan debu merebak.", "Namun begitu Pakar Gunung Berapi Tempatan, Heru, memaklumkan cuaca hujan tidak dapat menghalang letusan gunung berapi.", "“Cuaca tidak memberi sebarang kesan kepada aktiviti gunung berapi. Walaupun hujan jumlah magma akan tetap tinggi dan lava berpotensi untuk mengalir keluar,” kata Heru.", "Gunung Merapi setinggi 2930 meter merupakan salah satu daripada 129 gunung berapi yang aktif di Indonesia dan telah beberapa kali meletus.", "Letusan besar Gunung Merapi pada 2010 meragut lebih 300 nyawa dan menyebabkan kira-kira 280,000 penduduk terpaksa berpindah. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/sidang-kemuncak-kl-cari-penyelesaian-isu-dihadapi-dunia-islam/
SIDANG KEMUNCAK KL CARI PENYELESAIAN ISU DIHADAPI DUNIA ISLAM
[ "KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 yang diadakan minggu ini berobjektif untuk mengembalikan semula kegemilangan dunia Islam dan peradaban Islam.", "Pengkritik mungkin meragui akan cita-cita murni itu, tetapi Perdana Menteri yang juga Pengerusi sidang kemuncak ini Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan untuk dunia Islam berjuang mendapatkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.", "“Kita sentiasa mengimbas kembali betapa hebat, kaya dan berkuasanya peradaban Islam dahulu. Ia adalah satu bab dalam sejarah dan kita menginginkannya untuk kembali. Ia akan kekal menjadi satu keinginan melainkan kita melakukan sesuatu,” katanya dalam mesej di laman web acara itu, klsummit.my menjelang sidang kemuncak itu di ibu negara Malaysia.", "Laluan di depan tidak mungkin mudah, melihat kepada keadaan semasa yang dunia Islam dan umat Islam sedang hadapi. Tetapi, sepertimana yang dikatakan perdana menteri, mereka perlu mulakannya.", "Pemimpin berusia 94 tahun itu berkata cabaran dikaitkan dengan negara-negara Islam termasuk tadbir urus yang teruk, rasuah dan dilihat sebagai tempat latihan keganasan.", "“Kita boleh terus melaungkan bahawa tanggapan seperti itu, terutamanya tempat latihan keganasan, sebagai propaganda anti-Islam yang tidak mempunyai perasaan. Kita tahu bahawa ia benar tetapi kelemahan dan perpecahan kita telah memberi kepercayaan kepada propaganda ini,” kata Dr Mahathir.", "Pelbagai konflik melibatkan negara Islam juga tidak terlepas daripada pengamatan Perdana Menteri Malaysia itu.", "“Kita mengisytiharkan bahawa semua umat Islam adalah bersaudara tetapi negara kita terlibat dengan perang saudara yang tidak berkesudahan, perang mazhab, perang dengan negara jiran Islam dan mengundang negara bukan Islam untuk membantu kita dalam peperangan dengan sesama Islam,” katanya.", "Di samping itu, beliau berkata, umat Islam akhirnya terdampar di negara-negara yang dikuasai oleh agama lain, dengan nasib mereka bergantung kepada belas kasihan negara berkenaan.", "Sidang Kemuncak KL yang berlangsung pada Rabu hingga Sabtu ini, tercetus daripada situasi ini kerana Dr Mahathir menegaskan bahawa sidang kemuncak ini bersungguh-sungguh mahu menyumbang ke arah memperbaiki keadaan hal ehwal umat dan negara Islam.", "Antara pemimpin Islam yang dijangka menyertai Dr Mahathir pada sidang kemuncak yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini ialah Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan Presiden Iran Hassan Rouhani.", "Prosiding di Sidang Kemuncak KL itu membabitkan tujuh tema utama iaitu pembangunan dan kedaulatan; integriti dan tadbir urus baik; budaya dan identiti; keadilan dan kebebasan; keamanan, keselamatan dan pertahanan; perdagangan dan pelaburan; dan teknologi dan tadbir urus internet.", "Pemimpin Islam bersama-sama para ilmuan, cendekiawan dan golongan pemikir akan berbincang dan mencari penyelesaian baharu dan boleh digunakan untuk menangani masalah yang membelenggu dunia Islam.", "Dr Mahathir menekankan perlunya inisiatif Sidang Kemuncak KL disokong oleh kerajaan-kerajaan Islam agar ia membuahkan hasil.", "“Tidak kira betapa banyak idea yang cemerlang dihasilkan menerusi sidang kemuncak ini, tanpa sokongan pemimpin dan kerajaan negara Islam, idea ini akan tetap menjadi idea.", "“Adalah menjadi harapan saya bahawa peserta Sidang Kemuncak KL akan mengambil cabaran ini untuk memastikan semua deklarasi dan keputusan kita menjadi realiti,” kata perdana menteri.", "Upacara perasmian Sidang Kemuncak KL pada Khamis ini dijangka disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Sidang kemuncak ini akan didahului oleh Sidang Kemuncak Belia KL yang diadakan esok dan Rabu. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/polis-bantuan-maut-dirempuh-ketika-bantu-kereta-rosak/
POLIS BANTUAN MAUT DIREMPUH KETIKA BANTU KERETA ROSAK
[ "BATU KAWAN: Seorang anggota polis bantuan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) maut dalam kemalangan ketika sedang bertugas membantu sebuah kereta yang rosak di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah awal pagi tadi.", "JKSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketika kejadian, Musyiri Bakar, 49, berada di kawasan berkenaan untuk membantu kereta yang rosak di tepi jalan di Kilometer 11.6 dari Batu Kawan menghala ke Batu Maung.", "“Kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori lima tan dipercayai hilang kawalan dan melanggar kenderaan peronda polis bantuan JKSB (Toyota Hilux) menyebabkan mangsa yang berada di hadapan kenderaan berkenaan tercampak ke lorong motosikal.", "“Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah motosikal yang turut melalui kawasan tersebut dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah,” menurut kenyataan itu.", "Penunggang motosikal dilaporkan cedera ringan manakala pemandu lori dan pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.", "Pihak JKSB masih menunggu siasatan lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian  berkenaan. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/putera-mahkota-arab-saudi-bantah-tindakan-paksa-penduduk-palestin-berpindah/
PUTERA MAHKOTA ARAB SAUDI BANTAH TINDAKAN PAKSA PENDUDUK PALESTIN BERPINDAH
[ "ANKARA: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman pada Jumaat mengulangi bantahan negaranya terhadap pemindahan secara paksa penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.", "Semasa mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, baginda menggalakkan agar pelbagai usaha dibuat untuk meredakan situasi di Gaza dan memastikan keganasan tidak merebak, lapor Agensi Anadolu (AA).", "Baginda turut menggesa kepungan ke atas Gaza di tarik balik bagi membolehkan bantuan perubatan dan bantuan lain dapat disalurkan. ", "Sementara itu, pejabat Trudeau dalam satu kenyataan berkata kedua-dua pemimpin berkenaan membincangkan situasi di Gaza serta implikasi keselamatan serantau akibat konflik berkenaan.", "Kedua-dua pemimpin menyuarakan kebimbangan mengenai kesan kemanusiaan dan menekankan kepentingan semua pihak untuk melindungi orang awam serta memastikan akses kemanusiaan ke kawasan terjejas.", "Trudeau turut mengulangi sokongan Kanada terhadap penyelesaian dua negara dan hak untuk hidup dengan aman dan selamat.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/jual-sijil-vaksin-palsu-sampai-bila-kemelut-covid-19-akan-berakhir-sultan-selangor/
JUAL SIJIL VAKSIN PALSU, SAMPAI BILA KEMELUT COVID-19 AKAN BERAKHIR? – SULTAN SELANGOR
[ "KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj meminta pihak-pihak berkuasa di Selangor menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan tegas ke atas pengamal perubatan yang menawar serta menjual sijil digital vaksin COVID-19 palsu kepada orang awam.", "Baginda turut menzahirkan rasa dukacita dan sangat prihatin apabila diberitahu berkenaan kegiatan yang tidak bermoral itu.", "Dalam kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, baginda terkejut dengan modus operandi (MO) seorang doktor pemilik sebuah klinik di Gombak dan enam orang pembantu klinik, yang tergamak mencemarkan etika kerja perubatan profesional.", "Lebih mendukacitakan baginda, ada dalam kalangan pengamal perubatan yang terlibat dengan kegiatan ini adalah berbangsa Melayu dan serta beragama Islam, namun sanggup melakukan perkara keji dan berdosa itu demi memperoleh kekayaan segera.", "“Menerusi siasatan awal, selain daripada memalsukan sijil vaksin COVID-19 menerusi sistem aplikasi MySejahtera, individu terlibat turut memberikan suntikan kosong dengan membuang cecair vaksin COVID-19 yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan kepada 5,601 pelanggan yang terdiri daripada golongan antivaksin.", "“Jika didapati bersalah, mereka (yang terlibat) ini harus dijatuhi hukuman paling berat,” titah baginda, hari ini.", "Dalam masa yang sama, baginda amat kecewa dengan perkembangan terbaharu ini yang boleh menjejaskan usaha kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.", "Sultan Selangor turut mempersoalkan dengan tegas, sekiranya kegiatan sebegini terus berleluasa ditambah pula dengan kedegilan golongan antivaksin, bilakah kemelut wabak COVID-19 yang telah membelenggu dunia serta mengorbankan jutaan nyawa sejak dua tahun lalu ini akan berakhir.", "“Rakyat di negara ini tidak akan mampu lagi berhadapan krisis kesihatan kesan daripada penularan wabak penyakit seperti COVID-19, yang telah melumpuhkan ekonomi dan menjejaskan kehidupan harian.", "“Baginda berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi semata-mata tanpa mempedulikan kesan buruk yang boleh berlaku terhadap masyarakat khususnya apabila membabitkan hal ehwal kesihatan awam,” titah baginda.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kenaikan-kos-haji-diharap-seiring-dengan-kualiti-perkhidmatan-untuk-jemaah/
KENAIKAN KOS HAJI DIHARAP SEIRING DENGAN KUALITI PERKHIDMATAN UNTUK JEMAAH
[ "MAKKAH: Kenaikan kos mengerjakan haji tahun ini diharap seiring dengan kualiti perkhidmatan dan kebajikan yang bakal dinikmati jemaah.", "Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata keadaan kenaikan kos bukan sahaja menjadi topik utama di tanah air tetapi juga negara lain, malah TH meletakkan harapan tinggi agar perjalanan haji tahun ini lebih baik dari sebelumnya.", "“Perkara ini ada dibincangkan dengan negara-negara serantau bahawa kos haji yang meningkat begitu ketara berbanding tahun sebelum ini… ia disebabkan beberapa faktor luar kawalan seperti inflasi, percukaian dan sebagainya. ", "“Ada juga penambahbaikan perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi serta Muassasah Asia Tenggara. Ini adalah selaras dengan visi dan misi 2030 kerajaan Arab Saudi. Kita berharap kenaikan kos turut meningkatkan kualiti perkhidmatan khususnya semasa Masyair,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis menyambut ketibaan 291 jemaah dari Madinah di hotel Land Premium, di sini, iaitu hotel kedua yang dibuka untuk jemaah Malaysia.", "Menurut Syed Saleh perkhidmatan Makkah Route atau pra pelepasan untuk jemaah haji Malaysia juga adalah salah satu perkhidmatan terbaik, apatah lagi Malaysia terpilih di antara lima negara lain yang dipilih Arab Saudi.", "Selain itu, kemudahan lain yang diharapkan ditambah baik termasuklah keselesaan di khemah sama ada di Arafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian serta kelancaran pergerakan bas.", "“Makkah Route mampu memberi kemudahaan dan keselesaan yang sangat baik kepada jemaah haji kita kerana apabila mereka sampai sahaja di lapangan terbang sama ada di Terminal Madinah atau Jeddah, mereka terus menaiki bas tanpa melalui imigresen, kastam dan tanpa perlu menunggu beg.", "“Mereka juga akan terus menaiki bas ke hotel dan barangan mereka akan dihantar ke hotel masing-masing. Perkhidmatan tambah baik juga akan dirasai oleh jemaah ketika di Arafah dan Mina. Khemah adalah yang baharu serta mempunyai pendingin hawa,” katanya.", "Tegas beliau, walaupun kos meningkat, hanya sebahagian sahaja ditanggung oleh jemaah haji manakala selebihnya diuruskan oleh TH melalui pelbagai pendapatan, pelaburan dan perniagaan, malah ia melibatkan perbelanjaan tambahan yang besar.", "Jemaah yang telah berada di Madinah dan Makkah juga terpaksa berdepan dengan kenaikan harga makanan di restoran serta barangan lain. ", "“Sebenarnya kenaikan kos yang ketara ini turut melibatkan semua barangan dan perkhidmatan di Arab Saudi…bukan sahaja mengerjakan haji tetapi juga kehidupan harian. Jemaah akan rasai kenaikan harga barangan untuk mereka beli sebagai cenderahati apabila mereka balik ke tanah air nanti,” katanya.", "Sementara itu 3,882 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Madinah menerusi 15 penerbangan.", "Seterusnya mereka akan tiba di Makkah secara berperingkat untuk mengerjakan umrah pertama serta mengikuti pelbagai program menarik yang dianjurkan pihak TH.", "Sepertimana jemaah dari penerbangan lain, malam tadi kesemua mereka yang melalui penerbangan KT04 disambut meriah dengan menerima jambangan bunga, manisan serta dihidangkan dengan air zam-zam oleh pihak pengurusan.", "Salah seorang jemaah, Isnaini Raman, 48, berkata beliau sangat teruja dan bersyukur kerana terpilih ke Tanah Suci, meskipun adakala rindu dengan keluarga apatah lagi suami tidak dapat menemaninya.", "“Saya menerima tawaran haji pada 2020 tetapi tertangguh kerana COVID-19, alhamdullillah kali ini dapat dilaksanakan. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Layanan dari pengurusan TH juga buat ramai jemaah terharu,” katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/malaysia-kecam-serangan-israel-ke-atas-gaza/
MALAYSIA KECAM KERAS SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA
[ "PUTRAJAYA: Malaysia mengecam keras serangan berterusan Israel ke atas wilayah Gaza yang mengorbankan orang awam, termasuk kanak-kanak Palestin.", "Wisma Putra dalam kenyataan di sini hari ini berkata serangan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) adalah keterlaluan dan tidak seimbang, menyalahi semua undang-undang antarabangsa.", "“Malaysia mengulangi penentangannya terhadap kepungan Israel ke atas Gaza yang merupakan hukuman kolektif dan menyebabkan penderitaan dan kepayahan kepada warga Gaza dan badan bantuan kemanusiaan di wilayah itu, serta kawasan lain yang dijajah Israel.", "“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah serius untuk menamatkan penjajahan haram Israel dan penubuhan negara Palestin merdeka,” kata Wisma Putra.", "Malaysia juga menggesa semua pihak mengekang tindakan dan menghormati perjanjian gencatan senjata untuk mengelakkan kehilangan nyawa orang awam. — AlHijrah Online/Syed Azwan Syed Ali" ]
https://alhijrahnews.com/lelaki-naik-angin-pecah-cermin-kereta-dan-barang-perniagaan/
LELAKI NAIK ANGIN PECAH CERMIN KERETA DAN BARANG PERNIAGAAN
[ " ALOR SETAR: Akibat tidak berpuas hati, seorang lelaki berang lalu bertindak memecahkan cermin kereta dan barangan perkakasan perniagaan milik jirannya di Taman Bee Bee Park, Simpang Kuala, Alor Setar.", "Dalam kejadian jam 2.09 petang itu, lelaki berusia 52 tahun itu dikatakan bertindak demikian kerana jirannya berniaga bersebelahan rumah sehingga mengganggu ketenteramannya.", "Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, berikutan itu, mangsa seorang lelaki berusia 46 tahun kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar selepas kejadian.", "Beliau berkata, berikutan itu polis menahan suspek untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.", "Polis turut merampas seketul bata berwarna kelabu yang dipercayai digunakan suspek untuk memecahkan cermin kereta.", "Turut dirampas sebatang besi sepanjang kira-kira 75 sentimeter panjang yang digunakan suspek untuk memecah perkakas perniagaan milik mangsa.", "Ahmad Shukri berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat tidak puas hati antara suspek dan mangsa namun polis masih menjalankan siasatan.", "Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan khianat." ]
https://alhijrahnews.com/konflik-palestin-gaza-majlis-keselamatan-pbb-bersidang-semula-pada-isnin/
KONFLIK PALESTIN-GAZA: MAJLIS KESELAMATAN PBB BERSIDANG SEMULA PADA ISNIN
[ "NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekali lagi mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin bagi membincangkan konflik terkini ketika pengeboman berterusan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza.", "Pada sesi berkenaan, Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata hampir 70 peratus mereka yang terkorban di Gaza terdiri kanak-kanak dan wanita.", "Hampir 3,200 kanak-kanak maut di Gaza dalam tempoh tiga minggu ini melebihi jumlah kanak-kanak yang terbunuh setiap tahun di seluruh zon konflik di dunia sejak 2019, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).", "Lazzarini berkata konflik terbabit turut meragut 64 nyawa petugasnya sejak 7 Okt.", "Beliau berkata selain Gaza, satu lagi konflik sedang berlaku di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur dan kematian rakyat Palestin tahun ini adalah yang tertinggi sejak PBB mula menyimpan rekod bermula 2005.", "Lazzarini berkata situasi kemanusiaan yang meruncing di Semenanjung Gaza, dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, air dan bahan api semakin kehabisan, mendorong ribuan penduduk berpusu-pusu ke gudang bantuan dan pusat pengedaran UNRWA.", "“Jika situasi bertambah meruncing mungkin mustahil bagi agensi PBB yang terbesar di Gaza itu mampu untuk terus beroperasi, apatah lagi untuk membawa masuk konvoi,” katanya.", "Tahap kemusnahan dan krisis kemanusiaan di Gaza disifatkan belum pernah berlaku sebelum ini.", "Walaupun separuh penduduk Gaza telah diarah berpindah ke selatan oleh tentera penceroboh Israel, sejumlah besar daripadanya terbunuh ketika mencari perlindungan.", "“Berulang kali saya katakan dan saya akan ulang sekali lagi, tiada tempat yang selamat di Gaza,” kata Lazzarini.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/dari-quarantine-ke-qurantime/
DARI QUARANTINE KE #QURANTIME
[ "Di saat catatan ini dibuat, saya kira majoriti umat Islam di Malaysia sudah tahu yang solat Jumaat hari ini ditiadakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.", "Umat Islam\nsebaliknya diminta kekal di kediaman masing-masing dan menggantikan solat\nJumaat dengan solat zohor.", "Ini bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu dalam usaha Kerajaan Malaysia mengekang gelombang ketiga virus merbahaya itu daripada berlaku.", "Realiti di Malaysia amat menggusarkan apabila saban hari jumlah kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan terkini mencecah 900 kes dengan 110 kes baharu. Angka maut kekal dua mangsa akibat virus yang berasal dari Wuhan, China.", "Di seluruh\ndunia, lebih 229,000 individu dijangkiti dengan 9,377 kematian direkodkan\ntermasuk 86,254 kes telah sembuh.", "Dua minggu lalu, siapa menyangka yang kita akan berada dalam situasi yang hampir sama dengan apa berlaku di Itali dan Iran akibat virus yang masih belum ditemui penawarnya.", "Jumaat lalu, umat Islam masih lagi boleh berjemaah hinggalah ketibaan gelombang kedua COVID-19 yang sebahagian besarkan dikaitkan dengan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling apabila ada dalam kalangan jemaahnya dijangkiti.", "Di sebalik\nkekalutan itu, ada hikmah yang mungkin hadir dalam bentuk ruang masa untuk kita\nbersama-sama keluarga di rumah dan mendekatkan diri kepada pemilik kerajaan di langit\ndan bumi, Allah swt.", "Di sebalik kekosongan yang ada menjelang waktu zohor nanti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), TV AlHijrah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Sinar Harian bergabung tenaga untuk membawa sesi satu jam bersama Al-Quran yang akan disiarkan secara langsung di saluran 114 TV AlHijrah ke seluruh Malaysia.", "Menjelang solat zohor di antara jam 12 tengah hari hingga jam 1 tengah hari nanti seluruh umat Islam di negara ini dijemput untuk menyertai Solidariti Malaysia #Qurantime @Quarantine iaitu manifestasi solidariti rakyat Malaysia ketika berdepan wabak COVID-19.", "Di waktu itu,\numat Islam dijemput untuk bersama-sama membaca al-Quran di mana pun mereka\nberada di hadapan kaca televisyen. ", "“Di dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi rakyat saat ini, kita berharap Al-Quranlah yang memberikan kekuatan, penyejuk, petunjuk, panduan dan penyembuh kepada kita semu,” kata Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang juga Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub dalam whatsapp yang viral semalam.", "Apa yang menarik ialah surah Ar Rahman (Yang Maha Pemurah) dipilih sebagai surah yang akan dibacakan bersama-sama umat Islam nanti. ", "Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dari 114 surah dalam Al-Quran.", "Saya kira\npemilihan surah ini bertepatan pada waktu genting yang dihadapi umat Islam di\nMalaysia kerana surah ini secara umumnya mengingatkan kita untuk selalu bersyukur\ndi atas nikmat yang Allah berikan.", "Surah ini secara peribadinya amat dekat dengan saya yang bergelumang dalam dunia kemanusiaan, khususnya ayat “fa biayyi aalaa-I robbikumaa tukadz-dzibaan” yang bermaksud “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi kamu dustakan?”", "Terasa diri ini amat kecil dan kerdil saat menyelami dan menghayati ayat ini mengenangkan betapa banyaknya nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kita, termasuklah nikmat kehidupan itu sendiri.", "Hakikatnya, Tuhan sedang menguji kita di saat genting ini dengan kebenaran dan kesabaran. Barangkali, ia peringatan Tuhan kepada kita bahawa nikmat dikurniakan itu boleh diambil pada bila-bila waktu.", "Kelmarin, dalam\nsesi 60 minit bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator\nDatuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada ditanya mengenai hikmah umat Islam tidak\ndapat berjemaah di masjid akibat wabak koronavirus.", "Jawapan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu amat mengesankan saya yang ketika itu turut berada di studio TV AlHijrah bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHIjrah, Namanzee Harris dan wakil pengurusan. ", "“Dengan berada di rumah itu (ketika ini) jauh lebih baik dan solatlah berjemaah dengan anak dan isteri dengan mengikut kadar dan keadaan terbaik,” kata menteri hal ehwal agama itu merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.", "Nampak remeh, tetapi\nbilakah kali terakhir kita berjemaah dengan anak dan isteri di rumah?", "“Siapkan Al-Quran bersama-sama kita  dan Insya-Allah kita akan gemakan Surah Ar-Rahman dari manapun kita berada, memahami apa mesej Allah kepada kita dan mengamalkannya dalam kehidupan kita dengan tekun.", "“Kepada Allah kita hadapkan wajah kita. Dan kepada Allah jua kita memohon pertolongan untuk  memberikan kita kekuatan bagi menghadapi cabaran saat ini,” kata Hussamuddin yang juga Pengerusi AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) merujuk kepada #Qurantime.", "Sama-sama kita menjayakan Solidariti Malaysia #Qurantime @Quarantine yang akan disiarkan secara langsung di TV AlHijrah bermula jam 12 tengah hari nanti dan semoga kita beroleh kekuatan dalam ujian yang berat ini. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lebih-100-sekolah-di-kelantan-mohon-khidmat-pengiring-keluarkan-bap/
LEBIH 100 SEKOLAH DI KELANTAN MOHON KHIDMAT PENGIRING KELUARKAN BAP
[ "KOTA BHARU: Lebih 100 sekolah di Kelantan membuat permohonan bagi mendapatkan khidmat pegawal pengiring bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ketika mengambil wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di bank.", "Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata permohonan itu dibuat oleh guru besar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula minggu lepas.", "“Pihak polis mengambil perhatian serius terhadap permohonan berkenaan kerana ia membabitkan sejumlah wang yang besar.", "“Kita nasihatkan supaya pihak sekolah buat permohonan ini untuk menjamin keselamatan ketika mengambil wang,” katanya kepada pemberita selepas Program Engagement Kor-Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS)/SISKOR/ SISPA/PALAPES Darat dan Laut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama pelajar SMK Raja Sakti, di sini hari ini.", "Muhamad Zaki berkata selain pihak sekolah, pihak lain yang memerlukan perkhidmatan pengiring untuk mengambil wang dalam jumlah yang besar juga boleh membuat permohonan berkenaan.", "“Permohonan ini perlu dibuat awal bagi memudahkan pihak polis untuk membuat perancangan termasuk untuk mengelakkan waktu puncak yang akan berlakunya kesesakan jalan raya,” katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lima-kelas-kafa-tulen-dilaksanakan-di-sekolah-terpilih-di-perak/
LIMA KELAS KAFA TULEN DILAKSANAKAN DI SEKOLAH TERPILIH DI PERAK
[ "IPOH: Lima kelas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) tulen telah dilaksanakan di sekolah-sekolah kebangsaan terpilih di negeri Perak bagi memastikan tiada murid tercicir, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.", "Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia melibatkan Sekolah Kebangsaan Seri Selama, Sekolah Kebangsaan Ulu Slim, Sekolah Kebangsaan Ganda Teluk Intan, Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor Kampung Gajah dan  Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai Ayer Tawar.", "“Kerajaan negeri juga mengiktiraf sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) sebagai syarat utama permohonan kemasukan ke tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Negeri,” katanya ketika menjawab soalan lisan Sallehuddin Abdullah (PAS-Selinsing) yang ingin tahu perancangan kerajaan negeri Perak berkaitan KAFA.", "Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 100,656 daripada 114,377 anak murid beragama Islam menyertai KAFA di sekolah-sekolah di seluruh negeri Perak.", "Sementara itu, persidangan DUN dimaklumkan sehingga kini, sebanyak 75 daripada 176 tapak menara baharu telah siap selain penyediaan kemudahan infrastruktur komunikasi bagi perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit (BWA) di 73 lokasi di seluruh negeri.", "Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Mohd Azlan Helmi memaklumkan sebanyak dua satelit telah siap beroperasi di Kampung Orang Asli Balang dan Kampung Orang Asli Balang Satu.", "Beliau menjawab soalan Hashim Bujang (Bersatu-Bukit Chandan) mengenai langkah-langkah untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan kelajuan Internet di kawasan pinggiran bandar, luar bandar, kampung-kampung dan kawasan pedalaman termasuk kawasan Orang Asli. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tv-alhijrah-lancar-rm7-65-juta-pakej-stimulus-untuk-iks-terjejas-covid-19/
COVID-19: TV ALHIJRAH LANCAR RM7.65 JUTA PAKEJ STIMULUS IKLAN PERCUMA UNTUK IKS TERJEJAS
[ "KUALA LUMPUR: AlHijrah Media Corporation hari ini melancarkan Pakej Stimulus Industri Kecil dan Sederhana (PSIKS-TVAH) bernilai RM7.65 juta dalam bentuk ruang siaran percuma kepada IKS terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Melalui pakej stimulus TV AlHijrah itu, sekurang-kurangnya 300 IKS terjejas akan diberikan ruang pengiklanan dan hebahan percuma di platform TV AlHijrah melalui slot khas PSIKS-TVAH, termasuk di medium digital, bermula esok selama tiga bulan.", "Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata pakej stimulus itu digerakkan di bawah inisiatif #MusaadadCOVID-19 yang digerakkan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi menunjukkan solidariti kepada kelompok terjejas, khususnya IKS.", "Katanya, ia juga sebagai menyahut seruan Perdana Menteri supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu kelompok yang terjejas akibat pelaksanaan PKP bagi membantu mengekang penularan COVID-19.", "“Kita tahu impak PKP (COVID-19) kepada IKS. Jika kita tidak bantu, mereka takkan mampu menjana ekonomi kepada semua pihak, termasuk penyiaran. Ia akan ada kesan domino effect.", "“Kalau kita tak bantu IKS jana ekonomi, kita akan lihat permasalahan ekonomi lebih besar impak kepada peluang pekerjaan dan ekonomi (secara umumnya).", "“Inilah masa untuk kita beri kembali kepada IKS supaya mereka boleh bangun semula,” kata Namanzee ketika mengumumkan inisiatif PSIKS-TVAH dalam siaran program Analisis khas dihoskan Syafinaz Yunus di TV AlHijrah di sini pagi ini.", "Melalui inisiatif pakej stimulus ini, ruang pengiklanan percuma akan diberikan kepada IKS menerusi program bual bicara pagi, Assalamualaikum , setiap hari selama tiga bulan.", "“Anggaran nilai siaran kempen yang berlangsung sehingga awal Jun 2020 ini berjumlah RM7.65 juta. Ini bermaksud setiap usahawan IKS diberikan slot percuma bernilai RM30,000 setiap seorang,” kata Namanzee.", "Setiap hari tiga usahawan IKS akan dipaparkan di dua platform promosi TV AlHijrah iaitu Assalam Biz menerusi Skype dan platform online di Facebook TV AlHijrah.", "“Industri terkesan boleh dapatkan airtime secara percuma. Kita akan beri sokongan hebahan di televisyen dan digital untuk bantu,” kata Namanzee mengalu-alukan kerjasama rakan strategik dalam menjayakan pakej stimulus ini.", "Setakat ini, dua rakan strategik tampil bersama-sama TV AlHijrah untuk membantu IKS terjejas iaitu platform penjualan digital, Slurp! dan platform khidmat penghantaran, Helpy.", "Setakat ini, Malaysia merekodkan 3,116 kes jangkitan wabak COVID-19 dengan 50 maut. Daripada jumlah itu, 105 kes dirawat di ICU dengan 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.", "Kerajaan menguatkuasakan PKP bermula 18 Mac hingga 14 April depan bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang secara langsung menjejaskan ekonomi rakyat dan negara, termasuk IKS. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali" ]
https://alhijrahnews.com/lebih-500-coopmart-akan-ditubuhkan/
LEBIH 500 COOPMART AKAN DITUBUHKAN
[ "PUTRAJAYA: Lebih 500 kedai koperasi (Coopmart) yang diusahakan menerusi pelbagai jenis koperasi akan ditubuhkan di seluruh negara bagi membolehkan ahli koperasi menjana pendapatan serta membantu meringankan beban kos sara hidup Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri.", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penubuhan Coopmart itu adalah kerana kerajaan menyedari peranan besar yang mampu dimainkan oleh koperasi kepada Keluarga Malaysia.", "Beliau berkata kedai koperasi itu bukan sahaja membolehkan ahli koperasinya menjana pendapatan melalui dividen, malah menawarkan barangan keperluan asas serta pelbagai produk lain kepada penduduk setempat dengan harga yang rendah dan berpatutan.", "“Langkah ini dapat memastikan manfaatnya dirasai seluruh Keluarga Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan yang majoriti penduduknya adalah golongan B40 selain juga ahli-ahli koperasi, para pengguna dan usahawan yang terlibat dalam rantaian bekalan ini,” katanya ketika melancarkan Coopmart dan Coop Community Mart Koperasi Pudina Putrajaya Bhd di sini hari ini.", "Ismail Sabri berkata Coopmart akan mendapat bekalan langsung daripada pembekal koperasi seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan pembekal lain.", "Beliau berkata kerajaan menerusi Program Coop Community Mart memperuntukkan sejumlah RM360,000 untuk bantuan infrastruktur dan modal pusingan bagi penubuhan Coopmart di kawasan perumahan rakyat iaitu masing-masing satu di Putrajaya dan Hiliran Ampang.", "Ismail Sabri berkata sektor koperasi sehingga kini mencatat perolehan sebanyak RM41.47 bilion dengan jumlah keseluruhan anggotanya sebanyak 7.1 juta orang.", "Bersandarkan kepada jumlah keanggotaannya yang besar itu, beliau berkata kerajaan melihat koperasi mempunyai peranannya untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.", "“Malah gerakan koperasi boleh menguasai sebahagian pasaran pemborongan dan peruncitan terutamanya sistem rantaian nilai bekalan barangan keperluan secara pukal melalui ekosistemnya yang komprehensif dan bersepadu,” katanya.", "Beliau berkata statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) setakat Disember tahun lepas  menunjukkan sebanyak 2,581 buah koperasi sektor pemborongan dan peruncitan telah didaftarkan dengan perolehan melebihi RM820 juta.", "“Jika kesemua koperasi sektor pemborongan dan peruncitan bergerak secara proaktif dan bersepadu sebagai satu gerakan, setiap ahlinya juga akan menerima manfaat termasuk peningkatan taraf sosioekonomi dan impaknya sangat besar kepada ekonomi rakyat dan negara,” katanya.", "Ini kerana sektor koperasi tempatan menawarkan peluang kepada Keluarga Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan dengan menganggotai dan memiliki saham koperasi yang juga bertindak sebagai pemasar produk keluaran ahli-ahlinya, katanya. —AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/adakah-mksu-dibubar-selepas-lesen-khas-umrah-dimansuhkan/
ADAKAH MKSU DIBUBARKAN SELEPAS LESEN KHAS UMRAH DIMANSUHKAN?
[ "SYED AZWAN SYED ALI", "KUALA LUMPUR: Lesen Khas Umrah (LKU) dimansuhkan! Jujurnya, penulis terkejut apabila mendengar berita tergempar ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) siang tadi.", "Pertama, kerana penulis menyedari tentang perkara itu melalui sidang media peraturan baru umrah yang dikendalikan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan bukannya daripada Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada pengendali umrah tempatan.", "Kedua, kerana penulis dimaklumkan yang LKU dimansuhkan berkuatkuasa 1 September lalu, lebih dua minggu lalu, iaitu satu jangkamasa yang agak lama untuk MOTAC membuat pengumuman kepada orang ramai.", "LKU dimansuhkan dan digantikan dengan penambahan bidang dalam lesen pengembaraan di dalam dan luar negara, penjualan tiket dan umrah atau singkatannya, IOTU.", "Rata-rata wakil media yang datang ke sesi penerangan peraturan baru umrah MOTAC dengan agensi pengendali umrah pagi tadi tidak menjangkakan berita itu kecuali peraturan baru dikenakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 9 September lalu.", "“Jadi apa yang\nbarunya hari ini. Bayaran tambahan Saudi Riyal (SR) 300 ini kita dah laporkan\nminggu lalu,” kata wartawan berita AlHIjrah, Baizura Shafiee kepada penulis ketika\nkami menunggu sidang media berlangsung.", "Penulis datang ke sesi penerangan peraturan baru di PWTC itu kerana umrah adalah isu yang amat dekat di hati kita, umat Islam. Data terkini menunjukkan seramai 278,000 jemaah mengerjakan umrah pada musim 1440 Hijrah. Satu angka signifikan dengan skala ekonomi yang besar.  ", "Minggu lalu, Arab Saudi mengumumkan langkah pemansuhan bayaran SR2,000 untuk jemaah umrah berulang bagi membolehkan lebih ramai jemaah berkunjung ke Tanah Suci sejajar dengan hasrat negara pengeluar minyak itu menyambut 30 juta jemaah pada 2030.", "Namun pada masa sama, Arab Saudi mengenakan peraturan baharu iaitu bayaran tambahan SR300 atau “government fee” kepada setiap jemaah selain bayaran sedia ada SR200 yang meliputi visa umrah dan kos berkaitan.", "Dengan kata lain, kos umrah secara keseluruhannya akan meningkat di sebalik pemansuhan bayaran SR2,000 bagi jemaah berulang itu.", "Berbalik kepada LKU, apa yang menjadi perhatian kita adakah dengan pemansuhan lesen khas umrah itu akan berlaku kelonggaran kepada syarat-syarat bagi agensi pengendali umrah tempatan.", "LKU dikuatkuasakan\npada 1 Oktober 2017 dengan tujuan utama untuk mengawal penipuan kes umrah di\nnegara.", "Ia dikuatkuasakan Bahagian Pelesenan MOTAC, melalui Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482), yang turut mempengerusikan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) iaitu badan penyelaras dan rujukan bagi memantau pengendalian umrah di negara ini.", "LKU adalah langkah kawalan, antara lain bagi memastikan pakej umrah dikendalikan orang Islam; agensi atau pengendali umrah adalah sah dan mempunyai kontrak dengan muasassah (agensi pengendali umrah Arab Saudi) ataupun pengendali bernaung di bawah syarikat yang mempunyai kontrak muasassah; pengendali umrah tempatan mempunyai keupayaan kewangan kukuh; melindungi kebajikan jemaah dengan memastikan setiap pakej umrah mempunyai insurans dan paling penting, bertujuan mengekang penipuan umrah.", "Semakan segera AlHijrah Online di laman web MKSU mendapati terdapat 85 syarikat pengendali umrah yang disenaraikan di bawah syarikat LKU yang berstatus muasassah dan 211 syarikat disenaraikan di bawah syarikat LKU bukan berstatus muasassah.", "Kesemua syarikat yang tersenarai adalah pengendali umrah yang sah yang mana orang ramai di negara ini boleh dengan seratus peratus kepercayaan menjalankan umrah dengan syarikat terbabit yang mempunyai lesen khas umrah.", "Persoalannya, adakah dengan pemansuhan LKU ini, pihak terbabit dapat memastikan fundamental penting pelaksanaan lesen khas umrah, iaitu bagi memastikan hanya syarikat orang Islam yang dibenarkan menjalankan pakej umrah dan kedua, memastikan penipuan umrah dikekang dengan peraturan ketat, dipertahankan.", "Pakej umrah bukan pakej pelancongan atau pengembaraan semata-mata, sebaliknya ia membabitkan ibadah umat Islam dan seharusnya dikendalikan orang Islam sebagaimana semangat terkandung dalam penubuhan MKSU pada Ogos 2014.", "Penulis adalah individu yang amat dekat dengan isu penipuan umrah dan bagaimana media (Berita Harian) pada awal Mei 2014 membangkitkan isu penipuan yang semakin menjadi-jadi ketika itu sehingga tertubuhnya MKSU untuk mengawal kes penipuan umrah pada Ogos tahun sama.", "MKSU diterajui\nBahagian Pelesenan MOTAC dengan dianggotai wakil dari Jabatan Wakaf, Zakat dan\nHaji (JAWHAR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan\n(KPDNKK), Kementerian Luar, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat\nMalaysia (SSM), Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Kementerian\nPengangkutan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Lembaga\nTabung Haji (TH), MATTA dan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan\nPengembaraan Bumiputera (BUMITRA).", "Antara kejayaan besar MKSU adalah memperkenalkan lesen khas umrah, menetapkan harga minimum RM4,900 bagi pakej umrah dan menyenaraikan syarikat pengendali umrah sah melalui portal dibangunkan JAWHAR sebagai rujukan orang ramai.", "Malah Seksyen 5\n(2) Akta Industri Pelancongan 1992 menetapkan mana-mana pihak yang mengendalikan\npakej umrah tanpa lesen khas boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi\nRM50,000 atau hukuman penjara maksimum lima tahun.", "Kita tentunya tidak mahu insiden penipuan umrah sepertimana berlaku pada Disember 2017 berulang di mana seramai 453 jemaah, termasuk warga emas, terkandas di Makkah kerana masalah penerbangan.", "Lebih menyedihkan media ketika itu melaporkan jemaah terbabit yang berpindah dari hotel ke hotel, penerbangan ditunda dari satu tarikh ke tarikh lain sehinggalah terkandas dan terpaksa diselamatkan kerajaan, dikatakan hanya membayar RM3,800 bagi pakej umrah bernilai RM6,800 yang jelas satu bentuk penipuan licik.", "Harga yang mereka bayar itu jika dirujuk harga minimum (RM4,900) pakej umrah ditetapkan MKSU adalah tidak masuk akal.", "Persoalannya di sini adakah dengan pemansuhan LKU ini bermakna MKSU juga akan dibubar? Jika ia berlaku, tentunya menjadi langkah ke belakang dalam usaha pihak berkuasa menangani penipuan atas nama agama ini. – AlHijrah Online", "Penulis adalah Editor Berita dan Penerbit TV AlHijrah" ]
https://alhijrahnews.com/deepavali-tahanan-ltte-dibenar-bertemu-ahli-keluarga-di-pusat-tahanan/
DEEPAVALI : TAHANAN LTTE DIBENAR BERTEMU AHLI KELUARGA DI PUSAT TAHANAN
[ "KUALA LUMPUR : Kesemua 12 individu yang ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dibenar bertemu ahli keluarga pada sambutan perayaan Deepavali ini.Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Melaka dan Negeri Sembilan itu dibenar bertemu ahli keluarga di pusat tahanan.“Polis akan benarkan keluarga terdekat untuk berjumpa dengan tahanan sempena sambutan perayaan Deepavali. Keluarga boleh berbuat demikian di tempat di mana tahanan ditempatkan,” katanya kepada pemberita di Masjid Bukit Aman hari ini.Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi yang menempatkan kesemua 12 individu itu ditahan.Sejak Isnin, beberapa ahli keluarga tahanan berhimpun di hadapan Bukit Aman sebagai protes dan menggesa polis membebaskan tahanan bagi menyambut perayaan Deepavali.Mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu, Abdul Hamid berkata kertas siasatan telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.“Polis sedang tunggu maklum balas dari (pejabat) Peguam Negara…siasatan berhubung kes itu masih berjalan,” katanya.Sebelum ini, 12 individu itu ditahan selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan tempoh 28 hari itu dijadual berakhir pada 6 dan 8 Nov, bergantung pada tarikh penahanan mereka iaitu pada 10 dan 12 Okt. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/go-shop-di-tv-alhijrah-bermula-14-okt/
GO SHOP DI TV ALHIJRAH BERMULA 14 OKT
[ "KUALA LUMPUR : Program Go Shop destinasi beli-belah gaya hidup 24 Jam di Malaysia yang menampilkan produk eksklusif dan terhangat di pasaran kini mula bersiaran di saluran TV AlHijrah semalam.", "Program kerjasama itu menawarkan pelbagai produk digital dan elektronik, barangan rumah dan perkakas dapur, produk kecergasan, kosmetik, fesyen muslimah, dan pelbagai jenis barangan lain yang berkualiti dan berbaloi.", "Program yang menampilkan jenama tempatan dan antarabangsa itu adalah kerjasama peruncit multimedia dari Korea Selatan, GS Home Shopping Inc dan Astro.", "Bagi memastikan kepuasan pelanggannya, Go Shop menampilkan demonstrasi produk yang menyediakan langkah demi langkah cara penggunaan bagi setiap produk. Go Shop juga menyediakan penghantaran percuma ke seluruh negara. ", "Kesemua promosi produk ditayangkan selama 24 jam sehari sepanjang tujuh hari seminggu tanpa henti di saluran Go Shop TV (Saluran Astro 118, 120 & 303), NJOI dan aplikasi Astro GO untuk peranti mudah alih dan tablet.", "Bagi TV AlHijrah, Go Shop akan bersiaran setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 11 pagi di saluran 114 bagi menyajikan produk terkini dan terhangat di pasaran." ]
https://alhijrahnews.com/perpaduan-kaum-kunci-utama-keharmonian-kesejahteraan-rakyat-dan-negara-agong/
PERPADUAN KAUM KUNCI UTAMA KEHARMONIAN, KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA – AGONG
[ "KUALA LUMPUR: Perpaduan berbilang kaum ialah kunci utama kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Menerusi hantaran melalui Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka bertitah ia bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.", "“Malah, keutuhan perpaduan ini adalah juga kunci utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara serta benih dan sumber kekuatan bagi kita menghadapi apa jua cabaran semasa dan mendatang,” titah Al-Sultan Abdullah.", "Seri Paduka turut menyeru rakyat untuk mengimbau kembali lebih enam dekad yang lepas apabila semangat kenegaraan dan cintakan tanah air telah menyatupadukan rakyat dengan tekad dan iltizam sehingga kemerdekaan yang diidamkan menjadi realiti.", "Al-Sultan Abdullah juga menyeru rakyat untuk menghargai dan menghayati jasa para pemimpin, pejuang dan patriot kemerdekaan negara dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat selain jasa anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.", "“Justeru, menjadi tanggungjawab bersama para pemimpin dan rakyat dalam bukan sahaja memelihara dan mengukuhkan lagi keharmonian serta perpaduan yang dikecapi selama ini, malah menyemarakkannya lagi sesama kita,” titah Seri Paduka.", "Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar Malaysia terus dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan yang berkekalan serta dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana.", "Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia di negara ini mahupun yang berada di luar negara.", "Seri Paduka berdua merafak kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya baginda berdua dan seluruh rakyat Malaysia dapat bersama-sama meraikan ulang tahun hari bersejarah ini pada usia kemerdekaan negara menginjak ke-66 tahun, dalam suasana harmoni serta aman dan damai.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mpaj-beri-notis-kepada-penduduk-ubah-suai-rumah-flat-secara-haram/
MPAJ BERI NOTIS KEPADA PENDUDUK UBAH SUAI RUMAH FLAT SECARA HARAM
[ "KUALA LUMPUR: Penghuni flat perumahan AU3 Ampang, Ulu Klang diberi notis 30 hari untuk membuka atau meroboh sambungan atau struktur tanpa kelulusan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).", "Arahan tersebut dikeluarkan semalam ke atas pemilik rumah flat yang melakukan perubahan pelan pembinaan tambahan secara haram." ]
https://alhijrahnews.com/aidilfitri-aliran-lalu-lintas-di-pintu-sempadan-malaysia-singapura-lancar/
AIDILFITRI: ALIRAN LALU LINTAS DI PINTU SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA LANCAR
[ "JOHOR BAHRU: Aliran trafik di dua pintu masuk sempadan negara melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri setakat ini masih berada dalam keadaan terkawal.", "Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata secara keseluruhan, aliran trafik di 47 lokasi titik panas kesesakan jalan raya yang dikenal pasti dalam negeri sebelum ini juga berjalan lancar.", "“Johor setakat ini berada dalam keadaan aman, keadaan jalan raya juga lancar, namun petang ini, kita jangka akan ada sedikit kesesakan.”", "“Sejak malam tadi, dari pemerhatian kita, termasuk di kedua-dua pintu masuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri juga tiada kesesakan,” katanya.", "Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai keadaan aliran trafik di Johor pada sambutan perayaan Aidilfitri setakat ini, ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka di kediaman rasminya, di sini, hari ini.", "Kamarul Zaman sebelum ini dilapor sebagai berkata dua juta kenderaan dijangka memasuki Johor sekali gus menjangkakan akan berlaku kesesakan luar biasa di dua pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura itu.", "Beliau berkata bagaimanapun 700 pegawai dan anggota trafik akan terus membuat pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri, khususnya di kesemua 47 lokasi titik panas kesesakan, termasuk di CIQ BSI dan KSAB, serta 27 lokasi titik panas kemalangan yang dikenal pasti.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/menuju-negara-rahmah-2030/
MENUJU NEGARA RAHMAH 2030
[ "Kursus “Training of Trainers” sebagai persediaan menjelang Dasar Negara Rahmah 2030. Laporan Berita AlHijrah 1 Februari 2020. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pesakit-covid-19-terjun-dari-tingkat-6-hospital-di-sabah/
PESAKIT COVID-19 TERJUN DARI TINGKAT 6 HOSPITAL DI SABAH
[ "KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang sedang menerima rawatan akibat menghidap kanser dan posifif COVID-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) terjun dari tingkat 6 hospital berkenaan.", "Harian Metro melaporkan, kejadian kira-kira jam 8 malam semalam itu menyebabkan mangsa yang berusia 64 tahun cedera parah.", "Lelaki itu dilaporkan terselamat selepas tersangkut di bumbung tingkat tiga hospital terbabit.", "Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata mangsa dipercayai tertekan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.", "“Mangsa yang parah akibat kejadian itu kemudian dibawa turun oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.", "“Mangsa kini dirawat di hospital sama dan siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengambil keterangan mangsa,” katanya. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/hampir-150000-penduduk-di-gaza-terpaksa-berpindah/
HAMPIR 150,000 PENDUDUK DI GAZA TERPAKSA BERPINDAH
[ "BRUSSELS: Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell berkata pada Selasa bahawa pertempuran terkini antara Israel-Palestin menyebabkan pemindahan hampir 150,000 penduduk di Semenanjung Gaza.  ", "Borrell berkata Semenanjung Gaza kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan, lapor Agensi Anadolu.", "“Jumlah korban semakin meningkat di Gaza, dengan 150,000 orang hilang tempat tinggal dan situasi kemanusiaan sangat teruk,” katanya selepas mesyuarat tidak rasmi menteri-menteri luar dari negara-negara ahli EU.", "Pada mesyuarat itu menteri-menteri EU turut menegaskan pendirian mereka dalam pelbagai isu, termasuk pembebasan tebusan, perlindungan orang awam, menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.", "Sehingga Selasa, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza mencecah 900, termasuk sekurang-kurangnya 260 kanak-kanak dan 200 wanita, menurut Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza.", "Sementara itu, jumlah mangsa yang cedera pula melebihi 4,500 orang.", "Menurut Kementerian Kesihatan Israel pula, sekurang-kurangnya 1,200 warga Israel terbunuh dan lebih 2,806 yang lain cedera. ", "Israel juga telah memutuskan bekalan air dan elektrik ke Gaza yang memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan terkepung itu.", "Hampir 2.2 juta penduduk di Semenanjung Gaza telah hidup terkepung akibat pendudukan Israel sejak 2007.", "Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pengecualian-bayaran-bagi-jemaah-haji-buat-ujian-covid-19-di-fasiliti-kkm/
PENGECUALIAN BAYARAN BAGI JEMAAH HAJI BUAT UJIAN COVID-19 DI FASILITI KKM
[ "PUTRAJAYA: Ujian pengesanan COVID-19 tindak balas berantai polimerase (RT-PCR) bagi jemaah haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) adalah dikecualikan daripada bayaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.", "“Dilaksanakan secara percuma,” katanya mengumumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan hari ini.", "Khairy berkata jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR.", "Bagi jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah tersebut mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang dipilih, katanya.", "Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 orang jemaah haji kepada Malaysia pada tahun ini.", "Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji perlu disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/semua-kerajaan-negeri-digalakkan-beri-sumbangan-sspn-i-kepada-bayi-baru-lahir/
SEMUA KERAJAAN NEGERI DIGALAKKAN BERI SUMBANGAN SSPN-i KEPADA BAYI BARU LAHIR
[ "JOHOR BAHRU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri memberikan sumbangan kepada para bayi yang baru lahir menerusi tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).", "Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setakat ini, hanya tiga negeri yang sudah berbuat demikian iaitu Johor, Perak dan Melaka.", "Beliau berkata di Johor, seramai 350 bayi sudah menerima pemberian insentif tabungan SSPN-i iaitu sebanyak RM50 secara ‘one-off’ daripada kerajaan negeri menerusi Dana Didik Harapan Johor.", "“Kami (PTPTN) menggalakkan kalau boleh semua kerajaan negeri sama-sama menyahut penabungan bayi seawal usia satu hari (boleh buka akaun) dan ia merupakan satu daripada aspirasi PTPTN.", "“Kami mahu kerajaan negeri yang lain mencontohi langkah baik ini untuk membuat sumbangan kerana bayi-bayi ini merupakan aset bagi pembangunan modal insan,” katanya kepada pemberita selepas program walkabout Dana Didik Harapan Johor di Hospital Sultan Ismail, di sini, hari ini.", "Turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid dan Pengurus Kanan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Mohamad Zeen Watak.", "Sementara itu, Ahmad Dasuki berkata Dana Didik Harapan Johor merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor melalui YPJ dengan kerjasama PTPTN, Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Pendaftaran negeri.", "Beliau berkata tahun ini, seramai 1,000 bayi baru lahir dalam kalangan ibu bapa berpendapatan di bawah RM7,000 berpeluang menerima insentif sebanyak RM100 menerusi Dana Didik Harapan Johor, berbanding RM50 pada 2018 dan 2019.", "“Justeru, kami menggalakkan ibu bapa yang mempunyai bayi baru lahir pada tahun ini untuk membuat tuntutan dengan segera. Borang permohonan boleh didapati di semua wad bersalin hospital kerajaan, YPJ, PTPTN negeri dan Jabatan Kesihatan negeri,” katanya.", "Pada masa sama, Ahmad Dasuki berkata sehingga 31 Dis lepas, PTPTN mempunyai seramai 4.39 juta pendeposit SSPN-i dengan melibatkan jumlah tabungan sebanyak RM5.88 bilion.", "“Di Johor sahaja kami mempunyai 471,000 pendeposit dengan melibatkan jumlah tabungan sebanyak  RM393 juta,” katanya. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/as-angkat-kaki-musuh-bashar-berdepan-tindakan-balas-dendam/
AS angkat kaki: Musuh Bashar berdepan tindakan balas dendam
[ "Presiden Syria, Bashar Al Assad", "Presiden Donald Trump meneruskan dasar luarnya yang drastik dan komplikated. Fokus utamanya kini ialah pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Syria.", "Trump sudah menandatangi arahan itu. Ini disahkan pasukan keselamatan AS pada 23 November lalu. Satu langkah mudah setelah mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.", "Walaupun tindakan mendadak Trump menimbulkan ruang bahaya kebangkitan semula pengganas ISIS, AS nampaknya tidak peduli. Ancaman militan yang pernah menguasai 60 peratus bumi Iraq dan Syria kini bukan lagi masalah Washington. Trump jelas enggan peduli.", "“Arahan pengunduran tentera AS dari Syria sudah ditandatangani,” kata pasukan keselamatan.", "Pengunduran tentera AS pasti mencetuskan suasana kelam-kabut di Syria. Terutama di wilayah yang masih belum dikuasai tentera Bashar. Serta tiada jaminan orang awam akan dilindungi sekiranya sel militan ISIS kembali aktif.", "Ketika ISIS mula mengganas lima tahun lalu, Syria berdepan konflik perang saudara negara tiga penjuru. Antara tentera Bashar, dengan pejuang Syria Liberation Army (SLA) yang ditaja sekutu Barat, serta kebangkitan luar biasa pengganas ISIS.", "Pembabitan tentera AS di Syria khusus bagi menekan pengaruh ISIS yang menggerakkan sel militan globalnya dengan berpangkalan di Iraq dan Syria.", "Turki tidak mesra dasar AS. Namun, bekerjasama dalam menentang ISIS. Pengunduran AS secara drastik ada risiko domestik terhadap Tukri.", "AS bekerjasama dengan pejuang Kurdish dalam memerangi ISIS. Kurdish menerima sokongan persenjataan moden dari AS. Kini, Kurdish yang bermusuh dengan Turki atas agenda menuntut wilayah merdeka, bakal terdedah pada perang saudara dengan Ankara.", "Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berjabat dengan Presiden AS, Donald Trump", "Trump dan Erdogan bercakap menerusi telefon pada 23 Disember lalu, dan ‘bersetuju memastikan kerjasama antara dua negara, tentera, diplomatik dan pihak berkuasa bagi mengelak lompang kuasa berpunca daripada pengunduran dan fasa peralihan di Syria.", "Namun, ia tidak menjamin adanya jalan keluar mengelakkan perang saudara antara Turki dan pejuang Kurdish pro-AS.", "Tragedi Ghouta satu pengajaran yang mahal. Apabila pejuang anti-Bashar Assad dibiar terkontang-kanting, ia memberi gambaran Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Barat tidak lagi mempedulikan pejuang Syria.", "Ghouta diserang secara kejam oleh rejim Bashar pada Mac 2018. Serangan ganas melalui udara itu menghancurkan kubu kuat pemberontak di Timur Damsyik.", "Tanpa belas ihsan, rejim Bashar membunuh lebih 30 penduduk awam termasuk kanak-kanak.", "Seorang kanak-kanak diselamatkan di Ghouta, Syria", "Kumpulan pemantau berasa kecewa kerana dunia seakan-akan mengabaikan kekejaman ini.", "“34 orang awam terbunuh terkena roket dan 11 mangsa adalah kanak-kanak,” kata Ketua Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman.", "AS angkat kaki selepas musnahkan Syria", "Selepas berjaya menghasut rakyat Syria bangkit menentang Bashar pada November 2011, dengan memberikan bantuan senjata dan pengaruh antarabangsa, AS dan Barat kini hanya berdiam diri. Kubu pejuang Syria di Ghouta dibom hampir setiap hari sejak dua bulan lalu.", "Tujuh tahun lalu, rakyat Syria terpengaruh dengan Arab Spring yang meletus secara domino di Algeria, Tunisia, Libya dan Mesir. Semua Revolusi Cedar tajaan AS mencapai kejayaan di Utara Afrika. Cuma Syria, rakyat gagal menjatuhkan Bashar.", "Akibatnya, kini enam juta penduduk Syria menjadi pelarian di Turki, Lebanon, Jordan dan di Eropah pula, mereka bersepah di Greece, Jerman, Perancis dan Itali. Manakala hampir 600 ribu menjadi korban di Syria sejak bermula Arab Spring.", "Reuters melaporkan Tentera Syria menghentikan seketika pengeboman di Douma, kubu terakhir pembangkang di Timur Ghouta. Ini bagi memberikan peluang pejuang anti-Bashar melarikan diri. Satu gambaran – tiada lagi sokongan AS dan Barat terhadap nasib pejuang.", "Rakyat Syria meninggalkan Ghouta", "Ribuan pemberontak dan anggota keluarga mereka meninggalkan Harasta dengan bas semalam selepas berjanji dengan kerajaan untuk menyerahkan bandar itu. Pemberontak di beberapa bandar kecil berhampiran turut bersetuju meninggalkan wilayah mereka dengan syarat sama.", "Walaupun Pemerhati Hak Asasi menjerit selama dua bulan mengenai nasib 400 ribu penduduk Ghouta, AS dan Barat memekakkan telinga.", "Dalam tempoh itu, 1600 penduduk awam Ghouta mati dibom. Penduduk dan kumpulan hak asasi menuduh Bashar membunuh secara rawak. Tentera Syria menggunakan bom tong yang digugurkan dari helikopter.", "Malah, gas klorin dan bahan bakar turut menjadi mesin pembunuh yang berleluasa. Ingat! AS dan Barat turut berminat memusnahkan Turki dan Malaysia.", "Sekiranya rusuhan di Ankara dan Kuala Lumpur berjaya dilakukan, AS dan Barat akhirnya akan membiarkan Turki dan Malaysia musnah seperti Syria.", "Mereka telah melakukannya di Afghanistan tiga dekad lalu dan Iraq sudah 15 tahun menderita!" ]
https://alhijrahnews.com/56-adun-selangor-diseru-sumbang-rm5000-bantu-penduduk-gaza/
56 ADUN SELANGOR DISERU SUMBANG RM5,000 BANTU PENDUDUK GAZA
[ "SHAH ALAM: Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor diseru menyumbang sebanyak RM5,000 ke dalam tabung kemanusiaan Palestin yang dicadang diwujudkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu untuk membantu mangsa konflik kemanusiaan di Gaza.", "ADUN Bukit Lanjan Pua Pei Ling berkata jika perkara berkenaan dapat direalisasikan, sebanyak RM280,000 dapat dikumpul dan disalurkan bertujuan meringankan beban yang dihadapi penduduk Gaza susulan krisis kemanusian yang tidak berkesudahan berikutan serangan rejim zionis Israel.", "“Krisis kemanusian ini walaupun jauh beratus kilometer, hadirnya kita di dewan yang mulia ini sebagai pemimpin malah tidak luntur pegangan kita untuk memainkan peranan sebagai ADUN (untuk membantu rakyat Gaza).", "“Saya cadangkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari), barisan exco  dan semua ahli dewan tanpa mengira parti untuk sama-sama kita bentuk satu tabung dana sumbangan ADUN Selangor di bawah kelolaan Speaker (Selangor) dengan sumbangan RM5,000 setiap ADUN,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Pembekalan 2024, di sidang DUN Selangor hari ini.           ", "Pua berkata ketika ini penduduk Gaza juga dikepung di semua arah dan ambulans tidak lagi dapat bergerak.", "“Air, makanan serta elektrik (disekat) dan hospital turut diletupkan oleh pihak zionis di Gaza. Kita sedang berdepan krisis kemanusiaan paling teruk dalam kalangan orang awam dengan pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik sedang berlaku di depan mata kita,” katanya.", "Kerajaan Selangor pada 27 Okt lepas menyerahkan sumbangan RM1 juta ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi mengurangkan kesengsaraan rakyat negara itu.", "Sumbangan diserahkan Amirudin kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Barat Kementerian Luar Negeri Datuk Zahairi Baharim di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/guna-alat-pelindung-muka-bersama-pelitup-muka-berganda-kp-kesihatan/
GUNA ALAT PELINDUNG MUKA BERSAMA PELITUP MUKA BERGANDA – KP KESIHATAN
[ "PUTRAJAYA: Orang ramai disarankan menggunakan alat pelindung muka (face shield) bersama pelitup muka berganda (double mask) semasa berada di tempat awam.", "Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu memberi perlindungan sehingga 96 peratus daripada dijangkiti varian Delta yang kini dominan di dalam negara.", "“Penggunaan alat pelindung muka perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada strategi mengurangkan penularan dalam masyarakat,” dalam ciapan Twitternya, hari ini.", "Sebelum ini, pemakaian pelitup muka berganda digalakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengurangkan pendedahan kepada virus COVID-19.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tujuh-pendatang-haram-lari-dari-pusat-tahanan-di-sabah-diburu/
TUJUH PENDATANG HARAM LARI DARI PUSAT TAHANAN DI SABAH DIBURU
[ "TAWAU: Polis kini sedang memburu tujuh pendatang haram yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau awal pagi semalam.", "Lapor Bernama, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata enam daripadanya merupakan pendatang haram warga Filipina dan seorang warga Indonesia.", "Tambah Peter, kejadian itu pada awalnya membabitkan 14 tahanan namun tujuh daripada mereka telah berjaya ditahan semula.", "“Pada jam 2 pagi, seorang penyelia di dewan pergerakan PTS terdengar jeritan seorang anggota meminta tolong kerana mendapati dua tahanan memanjat pagar belakang Blok 4 dan melarikan diri.", "“Ekoran itu, siasatan lanjut di bahagian tahanan lelaki di Blok 1 mendapati 14 lelaki melarikan diri, kesemuanya merupakan tahanan PTS untuk dihantar pulang ke negara asal,” katanya.", "Ujar Peter, warga Filipina yang melarikan diri ialah Aidal Girol, 42; Basri Jumbli, 29; Mad Kadir Basir, 36; Dal Mujiral, 40; Talim Tipayan; 36, serta Jaladi Benedi 38, manakala warga Indonesia ialah Anwar Awal, 35.", "Kes tersebut katanya disiasat mengikut Seksyen 223/ 224 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi balai polis berhampiran. — AlHijrah Online." ]
https://alhijrahnews.com/bekas-rektor-uiam-meninggal-dunia-di-arab-saudi/
BEKAS REKTOR UIAM MENINGGAL DUNIA DI ARAB SAUDI
[ "KUALA LUMPUR: Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Hamid A. Abu Sulayman, 85, meninggal dunia semalam, di Hospital Riyadh, Arab Saudi.", "Dalam kenyataan UIAM, Allahyarham yang merupakan bekas rektor kedua universiti awam tersebut dilapor meninggal dunia akibat penyakit yang dialaminy.", "“Allahyarham dilahirkan di Makkah, Arab Saudi pada tahun 1936 dan dilantik menjadi Rektor UIAM kedua dari tahun 1988 sehingga 1998. Pada 2008, Allahyarham dianugerahkan Doktor Falsafah Kehormat dalam Pendidikan dari UIAM.", "“Sepanjang tempoh sedekad Allahyarham menjadi Rektor UIAM, beliau banyak terlibat dalam pembangunan akademik dan perkembangan kampus serta menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti yang terkemuka di dunia. Allahyarham juga banyak menghasilkan jurnal-jurnal dan penerbitan buku ilmiah,” katanya, hari ini.", "Sementara itu, Presiden UIAM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang besar buat institusi pendidikan tersebut.", "“Allahyarham memberikan sepenuh jiwanya dalam membangunkan dunia akademia dan membangunkan UIAM dalam acuannya sehingga UIAM menempa nama diperingkat antarabangsa.", "“Allahyarham adalah seorang pemimpin yang berkaliber, beliau dianggap sebagai seorang bapa, pemikir, sarjana dan seorang yang suka bekerja dalam satu pasukan di dalam organisasi. Allahyarham juga mudah didekati dan banyak memberikan nasihat. Bagi pihak UIAM juga, saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.” kata Mohd Daud.", "Dalam pada itu, Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, pemergian Abdul Hamid satu berita sedih bagi warga serta alumni UIAM kerana kehilangan seorang pemimpin dan guru yang sangat berdedikasi dalam menjalankan urusan pentadbiran dan dalam bidang akademik dan kesarjanaan.", "“Kami seluruh warga UIAM merasa amat sedih dengan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, semestinya pemergian Allahyarham banyak memberikan kesan kepada Alumni, kakitangan dan pelajar UIAM. Sepanjang kepimpinan beliau, Allahyarham telah banyak meninggalkan legasi kepimpinan dan kini ia diteruskan,” kata Dzulkifli.", "–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/prosedur-permohonan-sijil-halal-dipermudah-dipendekkan-ke-23-hari-bekerja/
PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL HALAL DIPERMUDAH, DIPENDEKKAN KE 23 HARI BEKERJA
[ "PUTRAJAYA: Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia memutuskan bermula awal tahun depan, prosedur permohonan dan pembaharuan sijil halal akan dipermudahkan dengan tempoh kelulusan sijil atau maklum balas dipendekkan kepada 23 hari bekerja", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat selepas menerima banyak aduan bahawa kelulusan dan pengeluaran sijil halal dibuat dalam tempoh yang terlalu panjang sehingga memakan masa antara sembilan bulan hingga dua tahun.", "Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia di sini semalam, Ahmad Zahid berkata Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Halal Development Corporation (HDC) akan bekerjasama rapat untuk memastikan perkara itu dapat dilaksanakan.", "Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan tempoh permohonan sijil halal mengambil masa yang lama adalah disebabkan kekangan yang dihadapi oleh pemohon terutamanya daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Bahagian Persijilan Halal Jakim.", "“Terdapat permasalahan permohonan yang dikemukakan oleh PMKS, mungkin syarat-syarat tidak dapat dipenuhi terutama dari segi pengubahsuaian atau naik taraf premis bagi tempat-tempat pengeluaran produk, mungkin agak mahal tetapi kita akan lakukan penyelarasan permasalahan yang dihadapi itu,” katanya.", "Sebagai permulaan kepada pelaksanaan keputusan itu, Ahmad Zahid berkata HDC serta pihak berkaitan akan melaksanakan proses permohonan baharu sijil halal menerusi pembuktian konsep (POC) membabitkan lima premis perhotelan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi melihat kelancaran proses berkenaan.", "“Buat POC dalam dua bulan, selepas dua bulan kami akan mulakan 23 hari bekerja sebagai penanda aras baharu untuk pensijilan halal dikeluarkan,” katanya.", "Ahmad Zahid berkata mesyuarat itu juga bersetuju untuk memperkasakan diplomasi halal dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan halal tempatan ke luar negara.", "“Kita harus keluar daripada kepompong pasaran domestik produk-produk halal, maka Kementerian Luar dan MITI telah merencanakan supaya diplomasi halal dapat dilakukan secara bersama di dalam lawatan rasmi dan lawatan kerja kedua-dua kementerian dengan perdana menteri dan lain-lain menteri yang terlibat dalam keluaran produk atau perkhidmatan halal.", "Kita ada sekurang-kurangnya tiga perjanjian di peringkat antarabangsa yang ada elemen halal di dalamnya dan kita akan proaktif semua agensi terlibat terutamanya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), HDC dan Jakim untuk melaksanakan diplomasi halal ini,” katanya. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tidak-perlu-imbas-mysejahtera-di-stesen-minyak-jika-hanya-isi-petrol/
TIDAK PERLU IMBAS MYSEJAHTERA DI STESEN MINYAK JIKA HANYA ISI PETROL
[ "KUALA LUMPUR: Individu yang ke stesen minyak untuk hanya mengisi petrol tidak perlu mengimbas aplikasi MySejahtera.", "Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Jelas Ismail Sabri, kelonggaran tersebut diberikan kepada pelanggan yang membuat bayaran di pam menggunakan kad kredit atau debit dan aplikasi telefon pintar selain bayaran melalui tingkap di kaunter bayaran.", "“Bagi individu yang membuat transaksi dan membayar melalui tingkap, mereka letak duit di situ tiada pertemuan dengan juruwang dan ada cermin melindungi serta tidak masuk ke dalam kedai. Mereka tidak perlu mendaftar aplikasi MySejahtera,” jelasnya dalam sidang media hari ini.", "Selain itu kelonggaran imbasan MySejahtera juga diberikan kepada individu yang ke stesen minyak untuk mengisi angin kenderaan dan menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara automatik yang tidak melibatkan sebarang pertemuan dengan individu lain.", "Ismail Sabri berkata hanya bagi individu yang masuk ke dalam kedai di stesen minyak, mereka perlu mengimbas aplikasi MySejahtera.", "Manakala bagi mereka yang ke surau dan tandas dan menghantar kenderaan di bengkel di stesen minyak serta menggunakan khidmat cuci kenderaan secara manual juga perlu melakukan imbasan MySejahtera. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mra-lancar-tabung-bantuan-banjir-pakistan/
MRA LANCAR TABUNG BANTUAN BANJIR PAKISTAN
[ "KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Tabung Bantuan Banjir Pakistan bagi membantu mangsa bencana alam yang disifatkan salah satu situasi terburuk dalam sejarah Pakistan.", "Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, MRA telah menyalurkan bantuan kecemasan awal berjumlah RM50,000 bagi memulakan operasi bantuan kemanusiaan di sana dan Tabung Bantuan Banjir Pakistan dilancarkan untuk meneruskan misi.", "Ujarnya, tumpuan akan diberikan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa iaitu antara kawasan yang terjejas teruk dan memerlukan bantuan serta beberapa kawasan lain.", "“Sebanyak RM1,000,000 disasarkan untuk membantu operasi dan bantuan di Pakistan.", "“Fokus utama adalah menyediakan bantuan asas pasca bencana seperti penyediaan air bersih, penyediaan khemah sementara, dan agihan pek makanan asas kepada mangsa banjir di lokasi terjejas yang sukar dicapai di kawasan bencana,” katanya.", "Tambahnya, unit perubatan MRA atau lebih dikenali MRA Medic juga akan membuat persiapan awal bagi menghantar petugas perubatan yang akan membantu mangsa di kem pemindahan lebih-lebih lagi bencana banjir dilihat berisiko tinggi bagi kes-kes melibatkan penyakit berjangkit.", "“Lebih menyayat hati, kejadian ini telah menenggelamkan satu pertiga wilayah Pakistan dan mengakibatkan lebih 1,100 orang meninggal dunia dan jutaan rakyat Pakistan terkesan dengan ujian ini.", "“Perkara ini bakal bertambah buruk apabila ianya dijangka bakal menggugat ekonomi Pakistan yang sudah pun berdepan krisis akibat kadar inflasi tinggi, susutan nilai mata wang dan defisit akaun negara,” katanya." ]
https://alhijrahnews.com/parlimen-3877-akaun-media-sosial-menyamar-dikesan-78-peratus-dipadam-gobind/
PARLIMEN: 3,877 AKAUN MEDIA SOSIAL MENYAMAR DIKESAN, 78 PERATUS DIPADAM
[ "KUALA LUMPUR: Sejumlah 3,877 akaun media sosial menyamar dikesan dan 78 peratus daripadanya berjaya dipadam oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat September lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.", "Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata faktor utama akaun-akaun itu dipadam ialah kerana penciptaan akaun palsu untuk tujuan penyamaran.", "“Pemadaman akaun media sosial itu mendapat kerjasama pihak penyedia platform media sosial selaras dengan terma dan syarat yang disediakan oleh penyedia platform.", "“Selain itu, sebanyak 1,564 pautan dan kandungan yang dipercayai berunsurkan buli siber dikesan oleh SKMM dengan 63 peratus daripadanya telah berjaya dipadam,” katanya ketika sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.", "Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang ingin tahu jumlah pemilik akaun media sosial yang telah disekat penggunaannya dan apakah sebabnya.", "Sementara itu, Gobind berkata kementerian sedang mengkaji bagaimana undang-undang sedia ada dalam menangani masalah akaun palsu dapat ditingkatkan pada masa akan datang.", "“Saya harap pada masa akan datang kita boleh lihat undang-undang baharu selewat-lewatnya dalam pertengahan tahun depan tetapi dalam masa sama penguatkuasaan adalah penting, yang bila ada laporan dibuat orang ramai, tindakan hendaklah diambil dengan segera.", "“Kami akan buat pindaan kepada Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dalam masa terdekat. Kita lihat negara dalam rantau ini telah perkenalkan undang-undang baharu yang lebih ketat misalnya Singapura dan Australia,” katanya.", "Gobind berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan R.S.N Rayer (DAP-Jelutong) yang ingin tahu bagaimana kerajaan akan mengambil tindakan menangani kebebasan berkongsi maklumat yang semakin meningkat pada masa kini terutamanya yang mempunyai unsur fitnah dan palsu. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/rogol-pembantu-rumah-adun-tronoh-dihukum-penjara-13-tahun-dua-sebatan/
ROGOL PEMBANTU RUMAH: ADUN TRONOH DIHUKUM PENJARA 13 TAHUN, DUA SEBATAN
[ "IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya pada 2019.", "Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas Yong selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.", "Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.", "Mahkamah kemudian membenarkan Yong diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin selain dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.", "Sebelum menjatuhkan hukuman, Abdul Wahab berkata hukuman berat perlu dikenakan bagi memberi teladan kepada Yong dan masyarakat.", "Beliau berkata ia supaya benar-benar memberi pengajaran dan amaran kepada mereka yang bertindak untuk melakukan kesalahan itu.", "“Sebagai majikan sepatutnya bagi perlindungan kepada warga asing tetapi bertindak semata-mata nafsu serakah,” katanya.", "Pada 31 Mac 2022, pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Rajpal Singh bersama Salim Bashir menutup kesnya selepas memanggil tiga saksi iaitu Yong, 52, dan isteri, Too Choon Looi, 46, serta bapa saudara kepada pembantu rumah itu.", "Yong didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.", "Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.", "Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin.", "Sementara itu, Setiausaha di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Junjungan Sigalingging ketika ditemui di luar mahkamah berkata pihaknya berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menunjukkan sistem perundangan negara ini yang adil. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/rasuah-urus-jenazah-tiga-pembantu-kesihatan-dipenjara-didenda/
RASUAH URUS JENAZAH: TIGA PEMBANTU KESIHATAN DIPENJARA, DIDENDA
[ "SHAH ALAM: Tiga pembantu perawatan kesihatan (PPK) di Hospital Serdang  masing-masing dipenjara tiga hingga lima bulan serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima rasuah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.", "Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shah Rizan Yasak, 43; Mohd Riduan Ibrahim, 41, dan Muhamad Yusri Yusof, 36, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan secara berasingan. ", "Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM20,000 kepada Mohd Shah Rizan manakala masing-masing RM10,000 dan RM5,000 terhadap Mohd Riduan serta Muhamad Yusri.", "Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan penjara enam bulan terhadap Mohd Shah Rizan, empat bulan (Mohd Riduan) dan tiga bulan (Muhamad Yusri) sekiranya gagal membayar denda.", "Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu yang bertugas di Unit Forensik masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM6,250; RM3,550 dan RM1,100, menerusi pemindahan dalam talian dalam akaun bank mereka daripada pemilik sebuah syarikat yang berusia 32 tahun bagi kerja-kerja pengurusan jenazah. ", "Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di beberapa cawangan bank di Bandar Baru Bangi, Kajang dan Banting, dekat sini antara 18 Mac 2018 dan 7 Ogos 2019", "Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. ", "Sebelum menjatuhkan hukuman, Rozilah turut menasihati ketiga-tiga tertuduh agar insaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan serupa.", "“Sebagai PPK di unit forensik yang menguruskan jenazah dan mayat, kerjaya kamu ini sangat mulia. Sepatutnya, kamu jangan bagi cadangan atau peluang (perbuatan rasuah), kamu tegur perbuatan mereka (rasuah) baru ada integriti sebagai penjawat awam.", "“Dapat duit (gaji) sedikit, biar berkat, guna fikiran yang Allah bagi untuk menilai baik dan buruk. Apa yang kamu buat ini salah dan harap hukuman ini jadi kifarah kepada kamu,” katanya.", "Ketika rayuan, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak dapat menahan kesedihan dan memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan mereka adalah penanggung utama keluarga.", "Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Alif Shaharuzaman memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan alasan kepentingan awam melebihi daripada kepentingan kesemua tertuduh selain bagi mencerminkan  tahap keseriusan kes.", "Sementara itu, seorang lagi PPK di hospital sama iaitu Hairul Nizam Idris, 39, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menerima rasuah untuk dirinya berjumlah RM1,100 daripada seorang lelaki menerusi pemindahan dalam  talian dalam akaun banknya berhubung kerja-kerja serupa di sebuah cawangan bank di Kajang pada 20 dan 23 April 2018. ", "Dia dakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.", "Bapa tiga anak itu turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.", "Hairul yang diwakili peguam Siti Nurul Jannah Rizali dibenarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM. ", "Sebutan semula kes ditetapkan 17 Mac depan.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pulihara-bangunan-bersejarah-untuk-generasi-akan-datang-sultan-selangor/
PULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH UNTUK GENERASI AKAN DATANG – SULTAN SELANGOR
[ "KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar pihak berkuasa untuk memulihara dan memelihara bangunan bersejarah berkaitan dengan negeri Selangor yang berada di Kuala Lumpur.", "Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bimbang jika bangunan dan monumen tidak dipulihara secepat mungkin dan terbiar, tinggalan tersebut tidak dapat diselamatkan jika runtuh atau rosak", "“Jika itu berlaku, kos pemuliharaan akan menjadi lebih tinggi dan seterusnya akan merugikan negara.", "“Pihak berkaitan seperti Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Warisan Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu melakukan pemuliharaan serta pemeliharaan lebih intensif terhadap bangunan-bangunan bersejarah tersebut,” titah baginda bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan esok.", "Dalam titah baginda turut menyatakan kebanyakan bangunan seumpama itu memiliki nilai sejarah yang sangat tinggi serta masih menjadi destinasi pelancongan tumpuan di ibu negara.", "Sultan Sharafuddin memberi contoh Bangunan Sultan Abdul Samad yang dirasmikan pada 1897 dan pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor semasa Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor hingga 1974, sebelum ibu negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam.", "Baginda juga pernah bertugas sebagai penjawat awam dengan kerajaan negeri Selangor di Bangunan Sultan Abdul Samad pada 1968.", "“Bangunan-bangunan bersejarah lain seperti Carcosa Seri Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Gereja St Mary, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Berhad, Istana Negara lama serta Stadium Merdeka sarat dengan kisah sejarah melibatkan pembentukan negara ini, yang kebanyakannya mempunyai kaitan rapat dengan sejarah awal Selangor,” titah baginda.", "Baginda turut berpendapat seni bina Moorish dan Moghul yang melatari reka bentuk bangunan-bangunan bersejarah di sekitar Kuala Lumpur mempunyai cerita tersendiri dan seharusnya dipulihara untuk dihargai serta dikagumi oleh generasi akan datang.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/23-syarikat-diberi-lesen-pengelola-jemaah-haji-tahun-ini/
23 SYARIKAT DIBERI LESEN PENGELOLA JEMAAH HAJI TAHUN INI
[ "KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.", "Pengarah Eksekutif TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pemilihan tersebut, bagi memastikan syarikat pelancongan tempatan yang terpilih, memiliki kapasiti teguh, kepakaran dan pengalaman mencukupi serta berwibawa, dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan menjaga kebajikan jemaah haji negara.", "Jelasnya syarikat pelancongan berdaftar boleh memohon untuk menjadi PJH yang berlesen dan dipilih secara tahunan, setelah memenuhi syarat-syarat ditetapkan.", "Malah katanya musim haji kali ini terdapat syarikat PJH yang baharu diluluskan lesen bagi memberi lebih banyak pilihan kepada bakal haji.", "“TH ingin mengingatkan semua bakal jemaah haji yang berhasrat ingin menunaikan haji tahun ini, untuk lebih berhati-hati dan memilih pakej yang disediakan oleh syarikat-syarikat PJH yang dilesenkan ini sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Syed Saleh berkata bakal haji yang berhasrat ke tanah suci melalui PJH perlu mendaftar dengan syarikat pilihan mereka, selepas menerima surat tawaran menunaikan haji.", "Syed Saleh berkata mana-mana individu atau agensi pelancongan yang mengiklankan, menawarkan atau mengelola perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995.", "Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa patuh kepada peraturan Kerajaan Arab Saudi dengan menggunakan Visa Haji dan tidak menggunakan visa pelancongan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/hasrat-pm-supaya-cetak-edar-satu-juta-al-quran-akan-disegerakan-mohd-naim/
HASRAT PM SUPAYA CETAK, EDAR SATU JUTA AL-QURAN AKAN DISEGERAKAN – MOHD NA’IM
[ "KUALA LUMPUR: Hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk Malaysia mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskhah al-Quran di Sweden, akan disegerakan.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan mengadakan perbincangan.", "“Selain itu, mereka juga akan bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri bagi tujuan penyelarasan pengedaran naskhah al-Quran berkenaan,”  katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dataran Merdeka di sini hari ini.", "Mohd Na’im berkata selain sebagai tindak balas terhadap insiden itu, pengedaran naskhah al-Quran terbitan Yayasan Restu itu juga memberi peluang kepada masyarakat dunia untuk menghayati kandungan al-Quran memandangkan ia turut diterbitkan tafsirannya dalam pelbagai terjemahan bahasa.", "“Apabila tafsiran dibuat dalam pelbagai bahasa, kita harap al-Quran ini bukan sekadar dibaca tetapi juga kandungannya dapat difahami dengan lebih baik…untuk itu, kita akan usahakan agar percetakan dan edarannya dapat dipercepat sebagaimana dihasratkan oleh Perdana Menteri,” katanya.", "Yayasan Restu terkenal dengan penghasilan mushaf al-Quran dan penerbitan berkaitan al-Quran dengan reka bentuk eksklusif.", "Semalam, Anwar berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini, selain Anwar menegaskan ikhtiar yang akan dilaksanakan Yayasan Restu itu ialah cara paling berfaedah untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu.", "Terdahulu, Majlis Walimatul Urus Perdana yang menyaksikan 100 pasangan pengantin terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf diraikan serentak, turut dihadiri Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/anggota-polis-disiasat-minta-wang-sogokan/
ANGGOTA POLIS DISIASAT MINTA WANG SOGOKAN
[ "KLANG: Polis membuka kertas siasatan tatatertib terhadap anggotanya yang disyaki meminta wang sogokan daripada seorang pemilik pikap di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Khamis lalu.", "Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas pihaknya mengesan video yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter memaparkan tingkah laku anggota tersebut.", "“Kami mengenalpasti pelaku iaitu anggota terbabit dalam insiden itu dan satu kertas siasatan tatatertib dibuka ke atas anggota berkenaan.", "“Polis menyeru supaya pemilik akaun media sosial atau individu mempunyai maklumat lanjut supaya menghubungi Balai Polis Klang Utara untuk membantu siasatan,” katanya dalam hantaran di Facebook Polis Daerah Klang Utara, hari ini.", "Sebelum ini tular sebuah video menunjukkan dua anggota polis menahan seorang lelaki di tepi jalan dan disyaki meminta wang daripada pemilik kenderaan tersebut.–AlHijrah Online" ]