url
stringlengths
35
183
title
stringlengths
31
148
body
stringlengths
196
6.8k
https://jurnal-malaysia.com/teka-teki-kehilangan-menteri-besar-terengganu-terjawab-sah-bercuti-di-new-zealand/
Misteri ‘Kehilangan’ Menteri Besar Terengganu Terjawab, Sah Bercuti Di New Zealand
Ketiadaan Menteri Besar,Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtardi tempat banjir sejak Ahad lalu, terjawab apabila pemimpin itu disahkan berada di Auckland, New Zealand.Perkara itu disahkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu Hanafiah Mat sambil memaklumkan Ahmad Samsuri akan pulang hari ini.Sebelum ini, Rakyat Terengganu meluahkan rasa kecewa apabila Samsuri didakwa tidak turun padang dan tidak kelihatan ketika negeri itu dilanda bencana banjir besar.Keberadaan Samsuri menjadi tanda tanya ramai sehingga warganet di media sosial tertanya-tanya di manakah beliau.Menguatkan lagi dakwaan apabila tular satu tangkap layar hantaran Facebook yang dimuat naik jurugambar peribadi kepada Samsuri, iaitu Hishamuddin Abdullah.“Mereka kata MB tak cakna rakyat tak pedulikan rakyat. Silakan dengan tohmahan. Untuk ifno, MB mempunyai dua orang anak yang belajar di New Zealand dan dua orang cucu.“Kebetulan tarikh ke sana itu, Terengganu ditimpa musibah banjir yang besar. Jadi terpulanglah pada rakyat Terengganu hendak menilai dari sudut mana. Masing-masing ada hak sendiri,” katanya.Pada hantaran tersebut Hishamuddin turut menyertakan beberapa keping foto Samsuri melawat mangsa banjir yang didakwa dirakam sebelum ke New Zealand.Hantaran tersebut bagaimanapun telah dipadam dari Facebook. – JURNALSumber: BH Online, Twitter
https://jurnal-malaysia.com/v-ambil-kira-derita-rakyat-dek-musibah-banjir-sambutan-ambang-tahun-baharu-dibatalkan-pm/
[V] Ambil Kira Derita Rakyat Dek Musibah Banjir, Sambutan Tahun Baharu Dibatalkan – PM
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimmengarahkan sambutan besar-besaran ambang Tahun Baharu 31 Disember di Dataran Merdeka dibatalkan.Anwar berkata keputusan tersebut selepas mengambil kira keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir.View this post on InstagramA post shared by Jurnal Malaysia (@jurnal.malaysia)“Oleh kerana keadaan banjir dan kesusahan rakyat, kita putuskan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu.Tambah Anwar, mesyuarat Kabinet hari ini memberi tumpuan soal banjir di Kelantan dan Terengganu dan beliau sendiri akan turun ke Kelantan bagi meninjau keadaan di sana petang ini.The Deputy Prime Minister of Malaysia Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi calling on the Prime Minister, Shri Narendra Modi, in New Delhi on July 19, 2016.Menurutnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah sampai di kedua-dua negeri berkenaan dan memantau serta mengambil beberapa tindakan segera.“Saya akan ke Kelantan dan pengumuman (berkaitan) banjir akan diumumkan di sana setelah mendengar pandangan di lapangan dan kerajaan negeri,” katanya.Anwar berkata mesyuarat Kabinet juga ada membincangkan sepintas lalu mengenai perkembangan di Parlimen dua hari lepas berhubung usul percaya yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin lepas.Ahli Parlimen Tambun itu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10 apabila usul percaya itu diluluskan dengan undian suara selepas dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan disokong seorang lagi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid.“Kita boleh tumpu sekarang soal kerja, menjana pertumbuhan ekonomi dan lebih pesat, kerana mandat yang diberikan itu jelas,” katanya yang mengucapkan terima kasih kepada Fadillah yang membentangkan usul yang diterima baik.“Hampir sebulat suara pada hari berkenaan (dan) walaupun kalau ada pengundian, undi dua pertiga itu memang terjamin. Jadi saya ambil kesempatan ucap terima kasih pada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan, dan kebetulan dalam kes ini tidak ada yang bantah dari pihak pembangkang,” katanya.Beliau berkata mandat besar yang diterima adalah untuk kerajaan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap menjamin tatakelola pemerintahan dan urus tadbir yang lebih berkesan untuk manfaat kebajikan rakyat dan negara. – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/v-ramai-sokong-doktor-tegur-pemuda-besut-makan-roti-cecah-air-banjir-adoi-geli-lah/
[V] Ramai Sokong Doktor Tegur Pemuda Besut Makan Roti Cecah Air Banjir – “Adoi, Geli Lah!”
Aksi dua pemuda di Besut menyuap roti ke mulut selepas mencecahnya ke dalam air bah ditegur seorang doktor.Pengerusi MedTweetMy, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin menerusi hantaran Twitter, berpesan kepada orang ramai supaya tidak meniru perbuatan dua pemuda tersebut.View this post on InstagramA post shared by Jurnal Malaysia (@jurnal.malaysia)Katanya lagi, perbuatan tersebut dibimbangi akan memudaratkan kesihatan.“Saya ternampak di TikTok ada yang cecah roti dengan air banjir. Mohon untuk tidak diikuti. Air banjir adalah kotor. Penyakit seperti taun dan keracunan makanan boleh berlaku.“Saya doakan mangsa tersebut dapat diselamatkan dan dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” ujarnya.Di ruangan komen, ramai yang menyokong ciapan Dr Khairul dan mengecam tindakan kedua-dua pemuda terbabit yang dianggap menjijikkan.“Mereka ni tak sedar ke tahi kucing, tahi lembu, silap-silap tahi manusia pun bercampur dengan air banjir tu. Adoi, geli la!“Bangang! Demi konten katanya. Pelik-pelik budak zaman sekarang ni,” memetik komen pengguna Twitter.Video tersebut meraih sebanyak 186,700 jumlah tontonan sejak ia dikongsikan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/salt-bae-dikecam-gara-gara-suka-menyibuk-dan-tidak-menghormati-trofi-piala-dunia/
Salt Bae Dikecam Gara-Gara Suka Menyibuk Dan Tidak Menghormati Trofi Piala Dunia
Cef terkenal antarabangsaNusret Gokceatau lebih dikenali sebagai Salt Bae dikecam warganet seluruh dunia selepas dia dilihat sakan mengambil gambar bersama pemain-pemain Argentina di Piala Dunia 2022 selepas selesai perlawanan akhir.Seperti yang semua tahu, Argentina telah memenangi Piala Dunia pada tahun ini dan Nusret dilihat telah meraikan bersama-sama pemain pasukan itu di atas padang.Dalam video-video serta gambar yang dimuatnaiknya di Instagram, dia dilihat telah merakam kenangan bersama beberapa orang permain Argentina termasuklah Lionel Messi, Di Maria, Lisandro Martinez dan Cristian Romero.Namun apa yang membuatkan netizen kurang senang ialah dia dilihat seolah-oleh tidak menghormati trofi Piala Dunia apabila sesuka hati menyentuh dan mencium piala keramat itu.Dia juga dilihat membuat gaya ikoniknya iaitu gaya menabur garam di atas trofi berkenaan.Disebabkan itu, ruangan komen Instagram Nusret dihujani dengan ribuan komen kecaman.Mereka menggelarnya sebagai seorang yang gila perhatian dan tidak menghormati trofi Piala Dunia yang seharusnya hanya layak disentuh oleh mereka yang memenanginya sahaja.Disebalik kecaman itu, ada juga netizen yang membela tindakannya dengan berkata bahawa Nusret merupakan penyokong tegar pasukan Argentina sejak dari hari pertama dan dia sekadar ingin meraikan detik kemenangan itu bersama pasukan kegemarannya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/foto-messi-julang-piala-dunia-paling-banyak-dapat-like-lebur-rekod-dicipta-gambar-telur/
Foto Messi Julang Piala Dunia Paling Banyak Dapat ‘Like’, Lebur Rekod Dicipta Gambar Telur
Gambar penyerang sensasi Argentina,Lionel Messimenjulang trofi Piala Dunia 2022 mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi foto paling banyak menerima tanda suka (like) di laman Instagram.Setakat hari ini, foto Messi itu telah menerima lebih 68 juta like daripada pengguna Instagram.Gambar itu merupakan antara momen paling manis buat Messi, 35, apabila impiannya untuk mendakap trofi kemenangan Piala Dunia akhirnya tercapai pada tahun ini.Piala Dunia Qatar 2022 merupakan edisi terakhir Messi beraksi selepas dia mengumumkan persaraan untuk mewakili pasukan negara selepas ini.Pada perlawanan akhir itu, Argentina menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada 120 minit perlawanan.Rekod itu sekali gus berjaya mengatasi gambar telur yang dipaparkan menerusi akaun @world_record_egg yang mendapat hampir 58 juta like sejak ia mula dimuat naik pada 5 Januari 2019.Foto ketiga dalam senarai tersebut ialah gambar Messi dan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo sedang bermain catur yang merupakan naskhah promosi untuk jenama mewah, Louis Vuitton.Ia berjaya memperolehi jumlah like sebanyak lebih 42 juta setakat hari ini. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/atlet-sensasi-kylian-mbappe-homoseksual-digosip-bercinta-dengan-model-transgender/
Atlet Sensasi Kylian Mbappe Homoseksual, Jalin Cinta Dengan Model Transgender?
Pemain bola sepak sensasi dari Perancis,Kylian Mbappeyang baru sahaja dijulang selepas mempamerkan aksi cemerlang di pusingan akhirPiala Dunia Qatar 2022yang lalu telah digosipkan bercinta dengan model transgender.Mbappe, 24, menjadi topik hangat netizen di media sosial selepas foto-fotonya yang mempamerkan aksi mesra bersama rakan pemain bola sepak seperti Achraf Hakimi dan Olivier Giroud tular.Aksi mesra yang dipamerkan Mbappe itu telah menimbulkan spekulasi bahawa dia sebenarnya adalah seorang homoseksual.Mbappe dikatakan bercinta bersama Ines Rau.Malah di Perancis sendiri, gosip cinta antara Mbappe dan model transgender bernama Ines Rau mula bertebaran selepas kedua-dua mereka dirakam bermesraan di atas kapal layar.Ines Rau merupakan model transgender pertama yang muncul sebagai penghias muka depan majalahPlayboy. Kejelitaan Ines juga berjaya menarik perhatian syarikat kosmetik terkenal iaituL’OréalParis untuk menjadikannya sebagai model mereka.Sewaktu awal kejohananPiala Dunia Qatar 2022bermula, Mbappe dikatakan enggan ditemubual sewaktu sesi sidang media selepas perlawanan membabitkan Perancis. Ini kerana dia dikatakan cuba mengelak untuk menjawab soalan tentang LGBT yang menjadi topik hangat di Piala Dunia Qatar selepas beberapa pasukan dilihat cuba melakukan protes antaranya Jerman dan England.Mbappe pernah dikatakan bercinta bersama Alicia Aylies.Sebelum digosipkan bercinta dengan Ines Rau, Mbappe dikatakan telah bercinta selama beberapa tahun dengan Ratu Cantik Perancis bernama Alicia Aylies. Kelibat Alicia sering kelihatan hadir di stadium untuk memberi sekongan kepada Mbappe yang bermain untuk kelab PSG.Nama Mbappe menjadi bualan peminat bola sepak di seluruh dunia apabila dia berjaya menjaringkan empat gol sewaktu menentang pasukan Argentina dalam perlawanan akhirPiala Dunia 2022yang berlangsung pada Ahad lalu dan turut menerima Anugerah Kasut Emas pada malam itu. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/jakim-siasat-pablo-dsai-muktamad-pm-sany-hamzan-trending-yb-rara-curi-tumpuan/
JAKIM Siasat Pablo | DSAI Muktamad PM | Sany Hamzan Trending | YB Rara Curi Tumpuan
SOROTAN MENARIK SELASA 20/12/2022#01: Selepas tular video seorang lelaki tentang ajaran sesat Millah Abraham, JAKIM dan JAIN bekerjasama untuk menyiasat.BACA:Selepas Tular Video Pelakon Lelaki, JAKIM dan JAIN Bekerjasama Siasat Ajaran Sesat Millah Abraham#02: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 melibatkan semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.BACA:“Bantuan Persekolahan RM150 Kepada Semua Murid Tanpa Had Pendapatan Ibu Bapa” – PM#03: Jiran kepada mangsa tiga beradik yang maut akibat renjatan elektrik memberi keyataan.BACA:“Syazwani Rebah Dulu Sebaik Pegang Tiang, Diikuti Fatiah, Lepas Tu Sakinah” – Jiran Mangsa#04: Mohd Sany Hamzan, Ahli Parlimen (MP) Hulu Langat telah mengundang amarah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas mengeluarkan kata-kata kurang sopan.BACA:[V] Nama MP Hulu Langat, Sany Hamzan Trending Lepas Laung ‘Pendang Beruk’ Di Dewan Rakyat#05: Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mencuri tumpuan ramai dengan paras rupanya yang cantik.BACA:[V] “Cantiknya Dia, Nak Pindah Bentonglah!” – Angkat Sumpah MP, YB Rara Curi Perhatian Umum
https://jurnal-malaysia.com/v-cantiknya-dia-nak-pindah-bentonglah-angkat-sumpah-mp-yb-rara-curi-perhatian-umum/
[V] “Cantiknya Dia, Nak Pindah Bentonglah!” – Angkat Sumpah MP, YB Rara Curi Perhatian Umum
Semalam, Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun,Datuk Seri Anwar Ibrahimmengetuai majlis mengangkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.Ia kemudian diikuti oleh dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.Sepanjang majlis tersebut, Ahli Parlimen Bentong,Young Syefura Othmanatau lebih mesra dengan panggilan YB Rara, berjaya mencuri tumpuan netizen.View this post on InstagramA post shared by Jurnal Malaysia (@jurnal.malaysia)Memiliki rupa paras ayu dan menawan, penampilan YB Rara berbaju kurung dengan tudung bawal merah jambu juga dipuji netizen.Menjengah ruangan komen di akaun TikTok milik Rara, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah dan berharap agar beliau meneruskan perjuangan dan berkhidmat dengan baik demi rakyat.“YB paling cantik dalam Malaysia! Semoga YB Rara dapat jalankan amanah dengan baik tau,” puji seorang pelayar TikTok.“Cantiknya dia…Nak pindah duduk Bentonglah, mahal tak sewa rumah kat sana?,” usik yang lain pula.Untuk info, YB Rara yang bertanding di atas tiket Pakatan Harapan (PH) telah memenangi kerusi di Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-nama-mp-hulu-langat-sany-hamzan-trending-lepas-laung-pendang-beruk-di-dewan-rakyat/
[V] MP Hulu Langat, Sany Hamzan Trending Selepas Laung ‘Pendang Beruk’ Di Dewan Rakyat
Baru hari pertama bersidang, Dewan Rakyat sudah kecoh sehingga menimbulkan kemarahan Yang Dipertua Dewan Rakyat,Datuk Johari Abdul.Kekecohan bermula apabila Ahli Parlimen (MP) Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang ditujukan kepada kepada Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.View this post on InstagramA post shared by Jurnal Malaysia (@jurnal.malaysia)“Pendang beruk! Pendang beruk!” ulang Mohd Sany berulang kali dan mendakwa mengeluarkan ayat tersebut kerana Awang yang memulakan provokasi apabila menyatakan: “kami tak mahu menjadi kera.”Rakaman video sesi berkenaan menjadi tular di media sosial sehingga menjadi bahan ketawa warganet yang menyamakan pergaduhan dan ejek mengejek yang berlaku seperti kanak-kanak.Susulan itu, ramai yang mula mencari maklumat lebih terperinci tentang Mohd Sany.Untuk pengetahuan pembaca JURNAL, Mohd Sany merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor bagi DUN N15 Taman Templer.Beliau menyandang kerusi itu sejak PRU-14 pada 2018 yang lalu. Pada peringkat parti beliau merupakan bekas Ketua Pemuda AMANAH.Mohd Sany memang terkenal dengan kelantangan bersuara, jika anda mengikuti perkembangan sepanjang tempoh berkempen pada PRU-15 yang lalu, pasti tidak terkejut dengan apa yang berlaku di Dewan Rakyat, semalam.Dari pengamatan JURNAL, Mohd Sany pasti akan menjadi antara MP terkenal di Dewan Rakyat seperti Kinabatangan (Datuk Bung Mokhtar Radin), bekas ahli parlimen Pasir Salak (Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman) dan Ketua Pembangkang dari Larut (Datuk Seri Zainudin Hamzah).Yang mengikuti perkembangan politik Negara dan Dewan Rakyat pasti tahu tentang ketegasan dan kelantangan nama-nama yang disebut di atas. Kalau ikut bahasa anak-anak muda masa kini; ‘legend’!Jadi tidak hairanlah jika selepas ini siaran langsung sidang Dewan Rakyat akan menjadi antara program yang dinanti ramai. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/syazwani-rebah-dulu-sebaik-pegang-tiang-diikuti-fatiah-lepas-tu-sakinah-jiran-mangsa/
“Syazwani Rebah Sebaik Pegang Tiang, Diikuti Fatiah, Kemudian Sakinah” – Jiran Mangsa
Tiga beradik yang maut direnjat elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat, Kelantan semalam keluar di sekitar rumah mereka untuk melihat banjir.Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, mangsa, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, Sakinah, 29, dan Nurul Fatiah, 27, disahkan maut di lokasi kejadian.Menurut jirannya, Che Zahiyah Che Yaakob, 53, dia melihat tiga beradik itu berjalan melintasi rumahnya dan sempat bertanyakan arah tuju mereka sebelum Syazwani memberitahu ingin melihat tali air di hadapan rumah.“Syazwani pegang pada tiang rumah saya dan tiba-tiba dia terus terjatuh sebelum badannya menjadi kejang dan tersentak sebelum Fatiah yang berada di belakang cuba membantu namun turut mengalami keadaan sama.“Sakinah yang berjalan di hadapan kemudian terus berpatah balik untuk menolong, malangnya turut terjatuh serta kekejangan seperti dua beradiknya.“Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain untuk menyentuh seorang daripada mereka tetapi turut terasa arus elektrik menyebabkan dia berundur,” ceritanya.Zahiyah menambah, penduduk kampung segera menghubungi bomba dan polis untuk memaklumkan kejadian itu.Sementara itu, ibu mangsa, Zainun Sulaiman, 62, menjelaskan, ketiga-tiga anak perempuannya masih bujang dan mereka sangat rapat.Katanya, Syazwani dan Fatiah yang merupakan guru tadika sempat memasak nasi goreng dan membuat cucur untuk sarapan sebelum menyiapkan kerja rumah lain.“Sakinah pula kurang sihat serta berasa sakit dada dan dia merasakan macam munak mati disebabkan kesakitan dialaminya, namun saya memarahinya sambil mengatakan ia sakit biasa saja.“Ketika sedang berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi bising orang menjerit dari sebelah rumah dan keluar untuk melihat keadaan yang berlaku.“Saya ternampak tiga anak perempuan terbaring di dalam air sebelum diberitahu mereka sudah meninggal dunia kerana renjatan elektrik,” katanya.Mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses pembedahan selesai. – JURNALSumber: Harian Metro
https://jurnal-malaysia.com/muktamad-anwar-ibrahim-akhirnya-peroleh-sokongan-majoriti-usul-percaya-sebagai-pm/
Muktamad! Anwar Ibrahim Peroleh Sokongan Majoriti Usul Percaya Sebagai PM
Warganet berharap tiada lagi yang mempertikai keabsahanDatuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas usul percaya dibentangkan di Dewan Rakyat petang tadi.Sempat meninjau beberapa platform media sosial berhubung berita tersebut, JURNAL mendapati rata-rata warganet berharap agar selepas ini tiada lagi pertikaian berlaku.Ada juga yang merayu ahli parlimen supaya berhenti berbalah dan sudah tiba masanya bekerja dan fokus kepada isu rakyat.“Dah muktamad DSAI dapat sokongan usul percaya PM kan. Cukup-cukuplah pertikai, baik mula bekerja dan fokus pada isu rakyat.“Cukup berdrama pertikai itu ini. Bukan pertama kali ada usul percaya PM ni di Malaysia. Wakil rakyat tak kira lah blok mana pun, dah boleh mula jenguk kami di bawah ni…Nak-nak lagi yang tengah terjejas dengan banjir,” antara komen ditulis warganet.Menurut laporan Berita Harian, usul percaya PM itu diluluskan dengan undian suara selepas dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan disokong rakan sejawatnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum dibahaskan 12 wakil rakyat dari blok kerajaan dan pembangkang.Sokongan itu secara langsung mengabsahkan kedudukan kerajaan yang mentadbir negara ketika ini, dengan sokongan diperoleh Anwar itu menggambarkan kedudukan sebuah kerajaan kukuh dan stabil.Anwar pada sidang media sulungnya sejurus mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November lalu memaklumkan agenda pertama persidangan Dewan Rakyat adalah untuk membentangkan usul undi percaya.Usul berkenaan untuk membuktikan keabsahan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat terhadapnya, sekali gus memperkukuh kestabilan Kerajaan Perpaduan yang tertubuh pasca PRU15. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/bantuan-persekolahan-rm150-kepada-semua-murid-tanpa-had-pendapatan-ibu-bapa-pm/
“Bantuan Persekolahan RM150 Kepada Semua Murid Tanpa Had Pendapatan Ibu Bapa” – PM
Kerajaan Perpaduan Malaysia bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid bermula Januari ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian bantuan itu melibatkan semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.Dengan isu generasi tercicir ekoran kemelut pandemik yang baru berlalu, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.“Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150,” katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa. – JURNALSumber:Sinar Harian
https://jurnal-malaysia.com/selepas-tular-video-pelakon-lelaki-jakim-dan-jain-bekerjasama-siasat-ajaran-sesat-millah-abraham/
Selepas Tular Video Pelakon Lelaki, JAKIM Dan JAIN Siasat Ajaran Sesat Millah Abraham
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) akan bekerjasama denganJabatan Agama Islam Negeri(JAIN) berkaitan bagi menjalankan siasatan dan tindakan berhubung ajaran Millah Abraham.Tindakan tersebut selepas tular paparan video seorang pelakon lelaki yang meminta Jabatan Agama Islam untuk menyiasat ajaran Millah Abraham.Jakim mengambil maklum perkara tersebut dan menasihatkan masyarakat Islam agar menjauhi ajaran Millah Abraham dan dilarang berpegang serta beramal dengannya.Menerusi kenyataan kepada Sinar Harian, Jakim berkata, ajaran Millah Abraham telah difatwakan sebagai menyeleweng dan bertentangan oleh Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Muzakarah MKI) Kali Ke-109 pada 2016.Sebelum ini, seorang pelakon membuat pengakuan berani apabila mendedahkan dia merupakan salah seorang pengikut ajaran Millah Abraham.Malah, pelakon lelaki tersebut meminta orang ramai melaporkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JAIN. – JURNALSumber:Sinar Harian
https://jurnal-malaysia.com/abang-viva-tiba-di-besut-tepis-tuduhan-semakin-demand-jarang-turun-lokasi-banjir/
Abang Viva Tiba Di Besut, Nafi Sikap Demand Punca Jarang Turun Lokasi Banjir
KemunculanAbang Vivadi Besut, Terengganu hari ini (Isnin) sekali gus menutup cakap-cakap orang mengenai lelaki yang digelar ‘wira banjir’ itu kononnya sudah semakin jarang kelihatan di lokasi banjir selepas dikenali ramai.Menerusi siaran langsung di TikTok, Abang Viva atau Azwan Omar memberitahu, dia ke Besut kerana bilangan sukarelawan di lokasi tersebut untuk menghulurkan bantuan tidak ramai.Azwan menambah, keadaan di kawasan terbabit semakin kritikal setelah paras air naik agak tinggi dan makin deras, sekali gus menyukarkan operasi bantuan.“Air agak tinggi dan arusnya deras, jadi bot pun tak boleh nak masuk hantar bantuan. Kalau ikut hati kering saya, nak terjah saja masuk tongkah arus guna tali. Tetapi akur dengan nasihat pihak berkuasa.“Masih berisiko tinggi keadaan di sini. Saya harap dibenarkan masuk dengan segera. Saya terkilan dan sedih sebab masa mula-mula sampai, ternampak seorang makcik smengibarkan bendera putih mohon dibantu,” katanya.Beberapa hari lalu nama Abang Viva kembali menjadi sebutan apabila ada warganet tersalah anggap selepas mendengar gosip mendakwa dia jarang turun ke lokasi banjir sebaik berkahwin.Dalam pada itu, setakat jam 5 petang tadi, situasi banjir di Terengganu semakin buruk dengan kesemua lapan daerah di negeri tersebut telah dinaiki air hari ini.Memetik laporan Awani, bencana yang melanda itu sekali gus menyaksikan jumlah mangsa yang dipindahkan mencecah hampir 20,000 mangsa.Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Daerah Hulu Terengganu terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 5,726 yang dipindahkan.Daripada jumlah itu, 1,799 mangsa telah dipindahkan ke 50 pusat pemindahan sementara (PPS).Diikuti daerah Besut dengan 5,067 mangsa yang ditempatkan di 80 PPS bagi menempatkan 80 buah keluarga.Manakala di Kemaman dan Setiu, lebih 3,000 mangsa telah dipindahkan, disusuli daerah Dungun dengan 1,083 mangsa yang terkesan dengan banjir kali ini.Sementara itu jumlah mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang turut merekodkan peningkatan kepada lebih 300 mangsa yang dipindahkan.Setakat ini juga sebanyak 243 PPS masih diaktifkan bagi menempatkan 5,699 keluarga di seluruh negeri Terengganu.Sehingga petang tadi hujan lebat masih melanda di kebanyakan kawasan di negeri itu. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/henti-sebar-video-tiga-beradik-maut-terkena-renjatan-elektrik-skmm-keluar-amaran/
“Henti Sebar Video Tiga Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik!” – SKMM Keluar Amaran
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) menasihatkan orang ramai berhenti menyebar video tiga beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan pagi tadi.SKMM dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia bagi menghormati mangsa dan privasi keluarga mereka.“Orang awam digalakkan untuk sentiasa mengawal selia kendiri dan peka tentangkandungan yang mereka terima atau di kongsi secara dalam talian, sama adamelalui aplikasi Whatsapp ataupun rakaman video di media sosial.“Ia juga bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden ini,” kata kenyataan itu.Dalam masa yang sama, SKMM berkata, pihaknya telah mengambil langkahproaktif mengangkat perkara tersebut untuk perhatian dan tindakan selanjutnyadaripada penyedia platform seperti Meta, Twitter dan TikTok dalam usahamengekang penularan video yang berkaitan.BACA:[V] “Sedihnya…” – Mayat Tiga Beradik Maut Direnjat Kabel Letrik Terlentang Dalam BahBagi menghentikan penularan video seperti tersebut, pengguna media sosialjuga digalakkan untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan yangsensitif dan tidak sesuai untuk tatapan umum kepada penyedia platformTerdahulu, media melaporkan, Nurul Syazwani Mohd Nadzir, 33; Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah jiran mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak.Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 33 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/pm-sarung-stokin-rm2-mengadap-pemangku-raja-pahang-jadi-bualan-tajamnya-mata/
PM Sarung Stokin RM2 Mengadap Pemangku Raja Pahang Jadi Bualan – “Tajamnya Mata…”
Perdana Menteri Malaysia ke-10,Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) pada Ahad lalu telah berkongsi beberapa keping foto ketika menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Pada Ahad lalu, foto dikongsi DSAI di laman sosial Instagram dan Twitter menjadi bualan apabila warganet mendakwa stoking dipakai PM 10 itu hanya berharga RM2.Mereka turut meluahkan rasa kagum kerana sifat merendah diri DSAI yang tidak mempedulikan tentang jenama dan harga pakaian disarungkan walaupun beliau mampu berbuat demikian.“Naik la harga stoking tu lepas ni.”“Stokin kedai Eco tu,” komen wargamaya.Selain itu, ada juga yang berseloroh jika Anwar menerima gaji sebagai PM, dia pasti mampu membeli stokin lebih mahal.“Itulah, kalau ambil gaji PM, mesti boleh beli stoking harga RM5,000,” usik seorang netizen.Sebelum ini, kasut berjenama Louis Vuitton yang berharga sekitar RM5,000 dipakai Anwar turut menjadi perhatian netizen.Anwar bagaimanapun tidak melenting apabila dilemparkan tuduhan negatif, malah dengan tenang mendedahkan bahawa sepatu tersebut merupakan hadiah pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dua tahun lalu.Dalam perkembangan lain, hari ini usul undi percaya terhadap kepimpinan PM ke-10 menjadi perbahasan ahli parlimen selepas dibentangkan di Dewan Rakyat. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-usahawan-kosmetik-panik-lihat-air-bah-naik-sama-paras-tayar-kereta-lamborghini-miliknya/
[V] Paras Air Naik Mendadak, Usahawan Kosmetik Panik Cari Jalan Selamatkan Lamborghini
Usahawan kosmetik popular dikenali sebagaiAyuniemalam tadi (Ahad) menerusi ruangan IG Story meminta bantuan daripada pengikutnya mencarikan perkhidmatan trak tunda untuk menyelamatkan kereta Lamborghini miliknya.Ayunie berkata, dia tidak menyangka paras air naik secara mendadak kerana kawasan kediamannya bukanlah tempat yang berisiko tinggi untuk ditenggelami air setiap kali tibanya musim banjir.Bagaimanapun selepas beberapa jam, Ayunie meluahkan rasa lega apabila kereta mewah tersebut berjaya dipindahkan ke tempat lebih selamat.Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan pekerjanya yang telah menghulurkan bantuan walaupun terpaksa melalui pelbagai halangan dan dugaan.“Selepas berjam-jam bertungkus lumus nak keluarkan Lamborghini, Alhamdulilah dapat juga. Dua hingga tiga kali tukar ‘towing’ sebab paras air terlalu dalam, banyak trak yang tak lepas.View this post on InstagramA post shared by Jurnal Malaysia (@jurnal.malaysia)“Terima kasih sahabat-sahabat dan staf yang bantu. Semoga kalian dalam jagaan Allah selalu. Tuhan saja tahu betapa paniknya semua. Tak putus-putus doa sebab banyak kali call, tapi mereka tolak.“Lagipun ramai cakap kenderaan tak boleh masuk dah, tapi tadi bila ‘towing’ boleh masuk air pula makin naik dah paras tayar Lambo. Waktu itu tawakal dan hanya mampu berdoa. Alhamdulilah, Allah Maha Kuasa,” syukurinya.Difahamkan Ayunie kini sedang bercuti di Indonesia.Dalam pada itu, perkembangan terkini keadaan banjir di Kelantan dilaporkan bertambah buruk setakat jam 5 petang tadi.Media melaporkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah kira-kira 15,478 orang, melibatkan 4,426 keluarga di 105 PPS di seluruh negeri.Jajahan paling teruk terjejas ialah Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kota Bharu, Machang, Bachok dan Jeli. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-sedihnya-mayat-tiga-beradik-maut-direnjat-kabel-letrik-terlentang-dalam-bah/
[V] “Sedihnya…” – Mayat Tiga Beradik Maut Direnjat Kabel Letrik Terlentang Dalam Bah
Sejak pagi tadi, tular rakaman memapakan tiga beradik perempuan maut akibat terkena renjatan elektrik di halaman rumah mereka di Kampung Bendang Surau dekat Morak, Tumpat, Kelantan.Menerusi video yang dirakam seorang anggota Tenaga Nasional Berhad (TNB) kelihatan tiga mayat terlentang dalam air banjir.Menurut perakam, tiga beradik tersebut maut akibat wayar elektrik koyak yang terjatuh di atas atap zink rumah sebelum salah seorang daripada mereka memegang tiang rumah dan terkena renjatan.Renjatan tersebut dikatakan turut terkena pada dua lagi mangsa yang berada di hadapan rumah.“Wayar koyak terkena di zink rumah, tiga meninggal dunia di Morak. Innalillahi-wainnaillahirojiun…Sekarang ini kami (TNB) datang potong api (hentikan elektrik) dan ambulans pun baru sampai,” kata lelaki berseragam TNB.Tragedi menyayat hati itu berlaku pagi tadi dan kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun maut serta merta di lokasi kejadian itu, kira-kira jam 11.45 pagi.Dalam pada itu di media sosial, rata-rata pelayar menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.“Sedihnya, tak sanggup nak tengok video sampai habis. Semoga kesemua mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” antara yang ditulis warganet. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/restoran-diarah-tutup-ragam-abang-bomba-pengunjung-berdegil-argentina-juara-dunia/
Restoran Diarah Tutup | Ragam Abang Bomba | Pengunjung Berdegil | Argentina Juara Dunia
SOROTAN MENARIK AHAD 18/12/2022#01: Ramai mempersoalkan sama ada Perancis akan membenarkan Lionel Messi untuk memenangi anugerah FIFA Piala Dunia 2022.BACA:Adakah Perancis Akan Membenarkan Lionel Messi Menjulang Trofi Piala Dunia Terakhirnya?#02: Tular video seorang kanak-kanak lelaki membuang air kecil di kawasan memasak sebuah restoran.BACA:[V] Rakaman Kanak-kanak Kencing Di Dapur Tular, Restoran Diarah Tutup Serta Merta#03: Amaran di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah sebagai langkah berjaga-jaga dikeluar tetapi tidak dihiraukan oleh para pengunjung.BACA:Degil! Ramai Ingkar Larangan Kunjungi Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah#04: Anjing unit pengesan, Blake terpaksa direhatkan selepas dua hari bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamatkan mangsa insiden tanah runtuh.BACA:Blake Si Hero Tumbang Kelelahan, Dua Hari Kerja Lebih Masa Bantu Operasi Cari Dan Selamat#05: Seorang jejaka Sarawak kembali bergelar seorang duda selepas pengantinnya melarikan diri.BACA:[V] “Kenduri Ada, Pengantin Tiada” – Pasangan Larikan Diri, Jejaka Sarawak Akur Duda Dua Kali#06: Impian Lionel Messi untuk menjulang trofi Piala Dunia menjadi kenyataan.BACA:Impian Lionel Messi Julang Piala Dunia Tercapai, Argentina Kembali Jadi Juara Usai 36 Tahun#07: Orang ramai berharap agar abang bomba terus kuat dalam mencari mangsa tanah runtuh.BACA:Abang Bomba Terbaring Keletihan, Warganet Tak Henti Beri Sokongan – “Terus Kuat Okay! “
https://jurnal-malaysia.com/impian-lionel-messi-julang-piala-dunia-tercapai-argentina-kembali-jadi-juara-usai-36-tahun/
Impian Lionel Messi Julang Piala Dunia Tercapai, Argentina Kembali Jadi Juara Usai 36 Tahun
Impian bintang Argentina,Lionel Messiuntuk menjulang trofi Piala Dunia dalam perlawanan terakhirnya menjadi kenyataan apabila skuad kendalian Lionel Scaloni itu ditabalkan sebagai juara setelah menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti.Lionel Messi juga menerima anugerah bola emas sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan itu berlangsung.Kemenangan ini mengakhiri kemarau Piala Dunia selama 36 tahun bagi Argentina selepas kali terakhir menjulangnya pada tahun 1986.Ia juga menamatkan penantian Messi yang sudah pun berusaha untuk memenangi piala ini sejak mencubanya pada 2006.Terdahulu permainan diteruskan ke pusingan penentuan melalui sepakan penalti selepas kedudukan kedua-dua pasukan seri 3-3 kekal sehingga tamat 120 minit perlawanan.Penentuan sepakan penalti menyaksikan Messi dan Mbappe mudah menyempurnakan penalti mereka.Bagaimanapun, malang bagi Perancis apabila Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menyempurnakan sepakan, sebelum kemenangan Argentina dimuktamadkan oleh sepakan penalti Gonzalo Montiel.Memasuki penentuan sepakan penalti, tuah semakin cerah berpihak kepada Argentina apabila Kingsley Coman dan Aurélien Tchouaméni gagal menyumbat gol ke dalam gawang.Kesempatan itu akhirnya dimanfaatkan Goncalo Montiel untuk memastikan Argetina menang dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pulang kembali Piala Dunia ke Buenos Aires selepas kali terakhir ia berjaya dilakukan ketika edisi 1986 di Mexico. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-kenduri-ada-pengantin-tiada-pasangan-larikan-diri-jejaka-sarawak-akur-duda-dua-kali/
[V] “Kenduri Ada, Pengantin Tiada” – Pasangan Larikan Diri, Jejaka Sarawak Duda Kali Kedua
Sepatutnya hari ini menjadi momen bahagia buat jejaka dari Sarawak sementelah bakal menamatkan status dudanya.Namun dia akur dan terpaksa menerima hakikat bergelar duda buat kali kedua meskipun belum sempat duduk bersanding di pelamin.View this post on InstagramA post shared by Jurnal Malaysia (@jurnal.malaysia)Lelaki yang dikenali sebagaiKhairul Nidzamitu menerusi laman TikTok miliknya pasrah menerima takdir setelah pasangan yang sepatutnya menjadi suri hati tidak munculkan diri.Pengantin wanita telah melarikan diri walaupun persiapan telah pun dijalankan.“Pelamin semua dah siap, tetapi sayang pengantin perempuan lari.“Tak mengapa, kenduri diteruskan dengan majlis doa selmat walaupun tetamu menunggu pengantin tak muncul-muncul. Dua dua kali,” tulisnya.Dia memuat naik khabar sedih itu berserta kapsyen ‘Pelamin Anganku Musnah’ dengan beberapa keping gambar termasuk pelamin yang sudah siap dipasang.Lelaki ini terima perkara yang berlaku dengan hati yang berat.Perkongsian lelaki berkenaan mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang meminta dia melupakan peristiwa yang terjadi dan menerima takdir Tuhan.Lebih menarik, ada wanita yang menawarkan diri sebagai pengganti kepada pengantin perempuan yang melarikan diri.“Abaikan dia, mari pinang saya, lama dah menjanda ni,” kata seseorang dikenali dengan nama Lina.Nidzam bagaimanapun tidak memperincikan masa kejadian sebenar, namun kelihatan tenang dan menerima ketentuan-Nya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/blake-si-hero-tumbang-kelelahan-dua-hari-kerja-lebih-masa-bantu-operasi-cari-dan-selamat/
Blake Si Hero Tumbang Kelelahan, Dua Hari Kerja Lebih Masa Bantu Operasi Cari Dan Selamat
Selepas dua hari bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamatkan mangsa insiden tanah runtuh, anjing unit pengesan (K9) yang dinamakanBlaketerpaksa direhatkan.‘Blake’ hero bermuka bengis, bersifat garang dan mempunyai deria bau yang tajam hadir bagi membantu pasukan penyelamat di medan pencarian dalam apa jua keadaan – berlumpur tebal, lecak atau hujan.Blake telah banyak membantu misi mencari mangsa tanah runtuh.Malangnya dalam operasi kritikal tanah runtuh itu, anjing baka English springer spaniel yang itu mengalami kepenatan.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, anjing itu ‘kecundang’ setelah dua hari berturut-turut bekerja bertungkus lumus dan kini direhatkan.“Selepas dua hari bekerja lebih dari masa ditetapkan, anjing pengesan itu perlukan rehat tetapi bukan sebab cedera.“Pada peringkat ini, kita akan kerahkan bergilir-gilir dengan tiga ekor dahulu, kemudian baru masukkan baki anjing ke tapak kejadian,” katanya dalam sidang media pada Ahad.Norazam berkata, setakat ini terdapat 11 ekor anjing pengesan diletakkan dalam keadaan siap siaga di lokasi bencana untuk membantu operasi dengan enam daripadanya milik JBPM, empat (Polis Diraja Malaysia) dan seekor (Angkatan Tentera Malaysia).Sebanyak 11 ekor anjing terlibat di dalam misi menyelamatkan mangsa tanah runtuh baru-baru ini.“Kita mungkin akan menambah bilangan sekiranya perlu,” kata beliau.Setakat petang Sabtu, 24 mangsa disahkan terkorban, manakala 61 orang selamat dan sembilan masih hilang daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di Jalan Genting-Batang Kali itu.SAR bagi sembilan lagi mangsa yang belum ditemukan diteruskan hari ini bermula pada 9 pagi selepas ditamatkan pada 9 malam semalam. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/degil-ramai-ingkar-larangan-kunjungi-pusat-rekreasi-hutan-lipur-ulu-bendul-kuala-pilah/
Degil! Ramai Ingkar Larangan Kunjungi Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah
Tidak pasti sama ada degil atau tidak peka memandangkan masih ada segelintir yang mengunjungi Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Menerusi perkongsian di laman Twitter, pusat rekreasi tersebut dilaporkan masih meriah dengan kehadiran orang ramai bermandi manda tanpa menghiraukan amaran dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.Amaran musim tengkujuh dan risiko kepala air deras telah dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga.Perkongsian tersebut turut memaklumkan kawasan itu ditutup buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan musim tengkujuh dan risiko berlakunya kepala air.Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kekesalan terhadap sikap tidak cakna sesetengah individu yang pentingkan diri sendiri.“Orang degil macam ni, kalau apa-apa jadi, tak payah simpati!They don’t deserve it. Kalau tak aktif di media sosial sekali pun, Allah kurniakan akal. Dah tahu musim hujan, macam-macam bencana alam boleh terjadi. Kalau tak mahu guna akal, sedekah dekat haiwan.“Ni semua spesis perangai bangsat menyusahkan orang lain, jenis menggelupur tak boleh duduk diam di rumah. Bila terjadi benda buruk, mulalah masing-masing nak menghiba! Benda pilihan sendiri.Pusat rekreasi ini masih dipenuhi oleh orang walaupun amaran telah dikeluarkan.“Musim hujan tak payahlah gigih nak camping bagai. Duduk rumah pun boleh spend quality time dengan family. Kalau jadi apa-apa, susahkan bomba lagi.“Kasihanilahfront liner.They already have enough on their plate. Janganlah degil sangat. Malang tak berbau!” memetik beberapa komen dititipkan pengguna Twitter.Sementara itu, ciapan akaun Twitter milik agensi berita Bernama turut menguar-uarkan notis penutupan serta pemasangan tali amaran di Taman Ular Ulu Bendul dan laluan masuk ke Gunung Angsi melalui jalan lama Bukit Putus.Difahamkan, pihak berkuasa tempatan menutup kawasan itu sehingga ke satu tarikh yang akan dikemaskinikan kelak. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/abang-bomba-terbaring-keletihan-warganet-tak-henti-beri-sokongan-terus-kuat-okay/
Abang Bomba Terbaring Keletihan, Warganet Tak Henti Beri Sokongan – “Terus Kuat Okay!”
Susulan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga kini.Hasil tinjaun JURNAL di platfom media sosial, terdapat beberapa keping foto pasukan penyelamat mencuri perhatian.Gambar yang telah mencuri tumpuan orang ramai.Antara yang paling mencuri perhatian JURNAL, foto dikongsi BERNAMA yang memaparkan pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia lengkap berseragam terbaring keletihan.Seribu satu makna di sebalik foto tersebut dan sudah tentu ia melambangkan tentang betapa besarnya pengorbanan mereka menjunjung tanggungjawab.Sehingga saat ini, pasukan penyelamat masih bertungkus lumus mencari sembilan lagi mangsa yang dipercayai masih terperangkap di tapak tragedi.Insiden sekitar 2.42 pagi Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengarahkan misi mencari dan menyelamat mangsa insiden dilakukan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.Antara anjing K9 yang membantu misi mencari mangsa tradegi tanah runtuh.Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Bukit Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).Setakat petang semalam, sembilan orang dipercayai masih hilang, manakala 24 mayat ditemukan terkorban daripada jumlah keseluruhan 94 mangsa yang terlibat dalam tragedi itu. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-rakaman-kanak-kanak-kencing-di-dapur-tular-restoran-diarah-tutup-serta-merta/
[V] Rakaman Kanak-kanak Kencing Di Dapur Tular, Restoran Diarah Tutup Serta Merta
Warganet menyokong penuh tindakan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Johor yang mengarahkan restoran di sebuah pusat beli-belah di bandar itu ditutup serta-merta selepas tular video seorang kanak-kanak lelaki membuang air kecil di bahagian dapur memasak.Tinjauan JURNAL di laman sosial mendapati, ada segelintir warganet mengakui pernah mengunjungi premis terbabit.Dilihat seorang kanak-kanak membuang air kecil di kawasan memasak.“Ya, memang kotor pun. Makanan selalu terdedah. Tak hairanlah kalau jabatan kesihatan jumpa telur lalat di tempat makanan!” tulis seorang pengguna laman sosial.“Eloklah tutup! Sepatutnya kompaun banyak-banyak sikit…Boleh dibiar budak tu kencing kat situ, jijik!,” komen yang lain pula.Terdahulu, Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, siasatan dijalankan di premis berkenaan pada jam 11.45 pagi, Jumaat.View this post on InstagramA post shared by Jurnal Malaysia (@jurnal.malaysia)“Hasil siasatan mendapati premis tersebut disewakan kepada warga asing. Kesemua empat pengendali makanan terbabit didapati tidak mempunyai Sijil Latihan Pengendali Makanan serta seorang daripada mereka tidak mengambil suntikan Typhoid,” katanya.Ling Tian Soon telah menjalankan siasatan di premis untuk melihat dari segi kebersihan kedai tersebut.Restoran terbabit juga dikesan mempunyai kesalahan lain iaitu pencemaran di tempat penyimpanan makanan, selain lantai premis tidak dibersihkan, dinding berhabuk dan bersawang.Bukan itu sahaja, tempat penyimpanan makanan didapati kotor, talang telur bersepah di tempat penyediaan makanan serta telur-telur tidak dicuci sebelum digunakan.Tempat membasuh tangan juga tidak dilengkapi sabun pencuci dan pengering tangan atau tuala pakai buang. Malah pengendali tidak membersihkan tong sampah, bahkan tiada penutup, di samping sistem saliran tersumbat sehingga menyebabkan air melimpah, lalu mengalir di atas permukaan jalan.Terdahulu, video berdurasi 1 minit 24 saat tular di Facebook memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak kepada tukang masak di restoran terbabit membuang air kecil berhampiran sinki dapur, bersebelahan tempat ibunya memasak. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/adakah-perancis-akan-membenarkan-lionel-messi-menjulang-trofi-piala-dunia-terakhirnya/
Adakah Perancis Akan Benarkan Lionel Messi Julang Trofi Piala Dunia Terakhirnya?
NamaLionel Messiboleh dikatakan sangat menonjol untuk sainganPiala Dunia 2022di Qatar sejak awal kejohanan berlangsung.Apatah lagi bintang Argentina itu berjaya mengatasi rekod Gabriel Batistuta untuk muncul sebagai penjaring terbanyak Argentina sepanjang zaman untuk saingan Piala Dunia.Perlawanan akhir menentang Perancis pada malam ini pastinya akan meninggalkan kenangan manis dan sudah tentu berbaloi buat Messi sekiranya negara Amerika Latin tersebut menjuarai edisi kali ini.Perlawanan World Cup pada tahun ini merupakan perlawanan terakhir bagi Messi.Tambahan pula Messi pernah menyatakan bahawa penganjuran kali ini adalah yang terakhir buatnya.Namun adakah Perancis akan memberikan peluang kepada pemenang lima kali anugerah FIFA itu menjulang Piala Dunia 2022?Sudah tentu pasukan Les Blues mahu mempertahankan trofi dimenangi mereka pada 2018!Pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele pula dengan tegas menyatakan bahawa Perancis tidak akan bersimpati kepada Messi walaupun gelanggang final pada malam ini merupakan peluang terakhir buat bekas rakan sepasukannya di Barcelona itu mendakap Piala Dunia.Dembele menyatakan bahawa pemain Perancis bersedia untuk menentang Messi di padang World Cup.Dalam pada itu, Dembele juga mengakui skuad Perancis memiliki pengalaman lebih baik berbanding Argentina terutama dalam perlawanan akhir.Justeru, pasukan manakah menjadi pilihan anda untuk membawa pulang piala paling berprestij di dunia, Argentina atau Perancis? – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/hero-batang-kali-agong-sokong-perancis-24-mangsa-terkorban-fahmi-tak-sekat-ridhuan/
Hero Batang Kali | Agong Sokong Perancis | 24 Mangsa Terkorban | Fahmi Tak Sekat Ridhuan
SOROTAN MENARIK SABTU 17/12/2022#01: Lelaki yang digelar ‘the unsung hero’ mendapat pujian ramai atas tindakan berani beliau untuk menyelamatkan seorang wanita dan bayi dari tragedi tanah runtuh.BACA:[V] “Jangan Selamatkan I, Selamatkan Bayi Saya Dulu…” – The Unsung Hero Tragedi Batang Kali#02: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengucapkan tahniah kepada Presiden Perancis atas kejayaan Perancis melayakkan diri perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022.BACA:Layak Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia 2022, Agong Ucap Tahniah Kepada Presiden Perancis#03: Angka korban tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, meningkat kepada 24 orang.BACA:Tanah Runtuh: Satu Mayat Budak Ditemukan, Angka Korban Meningkat Seramai 24 Orang#04: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menafikan segala dakwaan bahawa beliau telah menyekat pendakwah terkenal, Dr Ridhuan Tee Abdullah untuk muncul di Forum Perdana Ehwal Islam.BACA:Fahmi Fadzil Nafi Keluar Arahan Sekat Ridhuan Tee Muncul Dalam Forum Perdana Ehwal Islam
https://jurnal-malaysia.com/fahmi-fadzil-nafi-keluar-arahan-sekat-ridhuan-tee-muncul-dalam-forum-perdana-ehwal-islam/
Fahmi Fadzil Nafi Keluar Arahan Sekat Ridhuan Tee Sertai Forum Perdana Ehwal Islam
Menteri Komunikasi dan DigitalFahmi Fadzilmenafikan beliau mengeluarkan arahan bagi menyekat pendakwah terkenal, Dr Ridhuan Tee Abdullah daripada muncul dalam Forum Perdana Ehwal Islam.Memetik laporan BERNAMA, Fahmi berkata program tersebut bukan di bawah bidang kuasanya.“Tidak”, katanya ringkas sambil menggelengkan kepada pihak media ketika hadir pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Menteri Komunikasi dan Digital di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada Jumaat.Semalam dilaporkan seorang daripada anggota panel program itu, Ridhuan telah diganti dengan pendakwah terkenal, Harryanto Rizal Rokman.Sementara itu Kosmo! melaporkan, Ridhuan juga sebelum ini melahirkan rasa kesal apabila beliau disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).Malah, Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana ada penampilan dirinya.Sebelum itu, tular tangkap layar kumpulan WhatsApp yang memaparkan Ridhuan memberitahu kumpulan tersebut bahawa Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang sepatutnya disiarkan pada 15 Disember dibatalkan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/tanah-runtuh-satu-mayat-budak-ditemukan-angka-korban-meningkat-seramai-24-orang/
Tanah Runtuh: Satu Mayat Budak Ditemukan, Angka Korban Meningkat Seramai 24 Orang
Sehingga jam 4.05 minit petang tadi, angka korban tanah runtuh di tapak perkhemahanFather’s Organic Farm, meningkat seramai 24 orang.BERNAMA melaporkan jumlah tersebut selepas penemuan terbaharu mayat kanak-kanak perempuan ditemukan.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata, setakat ini pasukan penyelamat masih berada di lokasi untuk mencari sembilan lagi mangsa.Setakat ini kesemua mayat yang ditemui dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis dalam sidang medianya berkata, pihaknya memerlukan penambahan jengkaut untuk mempercepatkan usaha pencarian.Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm akan dipanggil beri keterangan bagi membantu siasatan – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/layak-ke-perlawanan-akhir-piala-dunia-2022-agong-ucap-tahniah-kepada-presiden-perancis/
Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia 2022, Agong Ucap Tahniah Kepada Presiden Perancis
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan ucapan setinggi-setinggi tahniah kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron atas kejayaan pasukan bola sepak Perancis melayakkan diri perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022.Seri Paduka Baginda yang sedang dalam rangka lawatan khas ke Qatar selama enam hari bermula 13 Disember lalu.Baginda juga berkenan berangkat menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 lalu, antara Perancis dan Maghribi di Stadium Al Bayt, Doha yang menyaksikan perlawanan tersebut yang memihak kepada Perancis dengan keputusan 2-0.Menerusi laman sosial Facebook, Istana Negara memaklumkan lawatan khas ke Qatar adalah atas persilaan peribadi Yang Mulia Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya bola sepak Piala Dunia FIFA Qatar 2022.Seri Paduka turut dijadualkan menerima menghadap beberapa pemimpin Kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar dalam rangka lawatan khas ini.Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat tiba di tanah air pada 19 Disember ini. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-live-dari-tingkat-24-luah-rasa-kecewa-remaja-kejutkan-penonton-dengan-terjunan-maut/
[V] Live Dari Tingkat 24 Luah Rasa Kecewa, Remaja Kejutkan Penonton Dengan Terjunan Maut
Selepas bergaduh dan putus cinta dengan kekasihnya, seorang remaja berusia 16 tahun mengambil keputusan untuk terjun dari tingkat 24 sebuah apartment di Krasnodar, Rusia, lapor Evening Mail.Lebih teruk lagi, kelakuan itu dilakukan di hadapan rakan dan ahli keluarganya selepas bertindak menyiarkannya secara langsung menerusi platform media sosial.View this post on InstagramA post shared by Jurnal Malaysia (@jurnalmalaysia)Sebelum terjun, remaja yang dikenali sebagai Ian, sempat memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kawan-kawannya dan mengakui bahawa dia sudah kehilangan segala-galanya.Ibunya, Jennifer amat terkejut mendapat perkhabaran bahawa anaknya telah meninggal dunia kerana terjun bangunan kerana Ian merupakan anak yang pandai dan pendiam.“Saya tidak menyangka anak saya akan bertindak seperti ini hingga meragut nyawanya sendiri.“Dia anak yang baik dan dengar kata, pelajaran juga bagus. Ian memang jenis yang pendiam” kata Jennifer.Menurut Gazeta.ru, beberapa hari sebelum kejadian, seorang gadis berusia 15 tahun meninggalkan mangsa kerana dipercayai curang dengannya.Namun, mangsa cuba berbaik-baik dengan bekas kekasihnya, tetapi dia tidak dapat memaafkan perbuatan pasangannya itu.Kemudian mangsa mengambil telefon bimbit dan membuat siaran langsung di media sosial dan melompat dari balkoni apartment terbabit. – JurnalSumber:Majoriti
https://jurnal-malaysia.com/lelaki-gila-seks-terangsang-tengok-perut-ibu-mengandung-hati-hati-tayang-baby-bump/
Lelaki Gila Seks Terangsang Tengok Perut Ibu Mengandung – “Hati-hati Tayang Baby Bump”
Kehamilan adalah tempoh yang sangat bermakna bagi pasangan suami isteri terutama sekali kaum wanita.Disebabkan itu, kebanyakan wanita hamil teruja berkongsikan berita tentang kandungan di laman sosial, lebih lagi ibu muda yang pertama kali akan menimang cahaya mata.Kegembiraan itu mendorong mereka kerap memuatnaik gambar aktiviti yang dilakukan seharian dan secara tidak langsung menampakkan baby bump.Meskipun sekadar untuk berkongsi perkembangan bayi kepada rakan-rakan, namun tindakan memuatnaik gambar sedang hamil sebenarnya mengundang padah!Ini kerana terdapat individu yang gemar melihat perut wanita hamil dan sering menyalahgunakan gambar yang dimuat naik di media sosial itu untuk tujuan keghairahan seksual mereka atau merangsang untuk meningkatkan syahwat.Menerusi perkongsian Penolong Pegawai Perubatan (MA) Klinik Kesihatan Padang Lebar, Kuala Pilah Negeri Sembilan, Azrul Zubir, individu seumpama itu yang kebanyakannya kaum lelaki dipercayai mengalami masalah kesihatan mental.Malah katanya, ia adalah perlakuan yang sangat bahaya dan kaum wanita seharusnya berhati-hati serta perlu mengelakkan diri daripada ‘merangsang’ golongan terbabit.“Lelaki yang ada perasaan seperti itu atau terangsang, fetish tengok perempuan mengandung… ia sebenarnya bahaya untuk kaum wanita.“Kumpulan lelaki seperti ini akan mengambil dan menyimpan gambar tersebut untuk tujuan merangsang nafsu mereka,” ujarnya.Azrul turut berkongsi dua kategori masalah kesihatan mental berkaitan fetish pregnancy.1. PreggophilesPreggophiles adalah kelompok individu terutamanya lelaki terangsang dengan wanita hamil yang mana mereka akan ‘turn on’ apabila melihat perut wanita mengandung yang sedang memboyot atau baby bump.Menurut kajian analitik yang pernah dilakukan, carian mengenai kandungan video lucah berkaitan ibu hamil telah meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2014.Berdasarkan laporan yang diterbitkan hellodoktor.com, carian pornografi berkaitan kehamilan menerusi laman sesawang lucah Amerika memaparkan ‘ibu hamil’ adalah carian yang ke-107 paling popular di Amerika.Pakar terapi seks Amerika, Michael Aaron menerusi buku Modern Sexuality menyatakan, lelaki yang terangsang dengan wanita hamil berpunca daripada proses yang berlaku secara turun-temurun dan didalangi oleh hormon testosteron yang terdapat dalam badan.2. MaiesiophiliaMaiesiophilia adalah kelainan seksual yang mengakibatkan pengidapnya merasa ghairah ketika melihat ibu hamil dan menjadikan gambar baby bump sebagai alat pemuas seks.Golongan ini akan mengumpul dan menjadikan koleksi gambar ‘perut’ untuk berfantasi perkara yang menjijikkan.Selain melihat gambar, ada juga yang berani memegang perut wanita mengandung demi mendapatkan rangsangan.Difahamkan, terdapat sebilangannya yang turut gemar melihat ibu hamil menggayakan baju materniti, malah menyifatkannya sebagai seksi.Jadi berhati-hati para ibu hamil, jangan menjadi ‘mangsa’ pemuas nafsu! –JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/bekas-suami-amelina-dipenjara-majistret-beri-amaran-isteri-bukannya-punching-bag/
Bekas Suami Amelina Dipenjara, Majistret Beri Amaran – “Isteri Bukannya Punching Bag!”
Seorang lelaki yang memukul dan menendang isterinya dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di Kajang hari ini.Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faizmenjatuhkan hukuman itu ke atas ahli perniagaan, Reduan Mahamood, 58, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan disabitkan.Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapan iaitu pada 19 November lalu dan tambahan sebulan jika gagal membayar denda.Nik Siti Norazlini turut menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama kepada sesiapa sahaja termasuk isterinya.“Kes ini bukan sahaja berkepentingan awam, malah demi kepentingan mangsa dan anak yang turut terlibat.“Saya harap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada kamu. Seorang isteri adalah pendamping bukannya punching bag!” tegurnya.Reduan didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Adrina Mohd Ariff, 45, dengan memukul dan menendang mangsa menggunakan tangan dan kaki di rumah mereka di Batu 9, Cheras, pada 5.13 petang 14 Nov lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.Peguam Mohd Shafiq Ahmed Bazari yang mewakili Reduan memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya yang mempunyai dua anak telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.“Tertuduh menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang memerlukannya membeli ubat serta perlu kerap pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan selain dia penanggung utama keluarga,” kata peguam.Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim memohon hukuman sewajarnya kepada tertuduh supaya bijak dalam mengambil sebarang tindakan pada masa hadapan.Baru-baru ini, dalam video berdurasi satu minit tujuh saat yang tular itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung mangsa sebelum diheret dan ditendang pada bahagian muka serta badan berkali-kali. –JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/demi-pertahan-maruah-ibu-dirogol-jiran-remaja-berdepan-hukuman-penjara-13-tahun/
Demi Pertahan Maruah Ibu Dirogol Jiran, Remaja Berdepan Hukuman Penjara 13 Tahun
Gara-gara membalas dendam kesumat yang dipendam selama enam tahun terhadap jirannya setelah menyaksikan lelaki terbabit merogol ibunya,Maulud Riyantoreda berdepan hukuman penjara selama 13 tahun.Demi mempertahankan maruah ibunya, Maulud tekad untuk menamatkan riwayat perogol tersebut dengan mengatur satu perancangan rapi sejak usianya 14 tahun.“Saya simpan kesumat melihat dia meratah ibu. Ketika itu masih sekolah rendah.“Kemudian ketua kampung dan beberapa orang datang ke rumah untuk minta berdamai walaupun jelas kami dianiaya si pelaku,” katanya.Mengikut rancangannya, dia menunggu waktu sesuai untuk mendekati lelaki itu, sebelum mengambil kesempatan yang dimiliki dengan menumbuk berkali-kali di bahagian rusuk kiri pelaku sehingga parah.Selepas puas melepaskan tumbukan demi tumbukan, Maulud terus melarikan diri meninggalkan lokasi tersebut, namun berjaya ditahan polis kira-kira 10 jam dari masa kejadian.Bagaimanapun, penduduk kampung yang menyaksikan penahanan remaja berkenaan cuba sedaya upaya membela tindakan Maulud, malah menyanjunginya kerana menjadi hero.Namun segala usaha penduduk yang simpati dengan nasibnya ternyata sia-sia, dek jenayah dilakukan Maulud, hakim menjatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun.Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kampung pedalaman terletak di Jawa Barat, Indonesia. –JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/misteri-kematian-jutawan-mata-wang-kripto-selang-tiga-minggu-selepas-rakan-niaga-mati/
Misteri Kematian Jutawan Mata Wang Kripto Selang Tiga Minggu Rakan Niaga Mati
Pengasas bersama mata wang kripto ditemui mati mengejut ketika sedang tidur pada 23 November lalu.Pun begitu, kematianTiantian Kullanderatau TT yang baru berusia 30 tahun itu dikatakan misteri kerana tidak dikenal pasti puncanya.Walau masih muda, TT telah menembusi senarai Forbes 30 Under 30 pada 2019 dan dilabel tonggak kejayaan Amber Group.Ini kerana, kematiannya bukanlah satu-satunya yang tragis berlaku dalam tempoh masa singkat bagi dunia kripto.Beberapa minggu lalu, rakan niaganya, Nikolai Mushegian, 29, ditemui mati lemas di pantai Puerto Rico.Jutawan muda itu menerusi ciapan terakhirnya meluahkan kebimbangan apabila menjadi sasaran agensi perisikan Israel, CIA dan Mossad. –JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-jangan-selamatkan-i-selamatkan-bayi-saya-dulu-the-unsung-hero-tragedi-batang-kali/
[V] “Jangan Selamatkan I, Keluarkan Bayi Saya Dulu” – Kongsi Hero Tragedi Batang Kali
Tindakan berani seorang mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland mendapat pujian warganet.Menerusi perkongsian wartawan Astro Awani, Fareez Azman di laman Twitter, mangsa lelaki berbangsa Tiong Hua menceritakan detik cemas ketika mahu menyelamatkan seorang wanita.View this post on InstagramA post shared by Jurnal Malaysia (@jurnal.malaysia)Menurut lelaki itu, wanita tersebut merayu supaya dia menyelamatkan bayinya terlebih dahulu.“Tolong, jangan selamatkan saya, selamatkan bayi saya dulu,” rayu wanita tersebut kepadanya.Menurut lelaki yang digelar ‘the unsung hero’ oleh Fareez Azman itu, dia bertindak mengorek timbunan tanah selepas ternampak kanak-kanak berusia dalam lingkungan tiga tahun terperangkap di sana.“Kita nampak budak dalam usia tiga tahun di situ dan kita korek tanah keluarkan dia, tak ada masalah. Mujur dia dapat diselamatkan,” katanya.Di ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan keberanian lelaki berkenaan yang sanggup berdepan risiko demi menyelamatkan nyawa orang lain. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/pemaju-tiada-lesen-netizen-kata-cuba-korek-semua-camping-site-ada-lesen-tak/
Netizen Gesa Kerajaan Semak Semua Lesen Tapak Perkhemahan – “Ada Kelulusan Tak?”
Susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm,Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mendakwa tiga tapak perkhemahan di kawasan tragedi itu beroperasi tanpa lesen.Nga berkata, pengendali boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda RM50,000 jika sabit kesalahan.Beliau turut mendakwa, mereka tidak mengemukakan permohonan untuk mewujudkan tapak perkhemahan.Dalam pada itu, warganet turut menggesa kerajaan agar lebih tegas terhadap pengusaha tapak perkhemahan dalam memastikan operasi dijalankan mengikut saluran yang betul.“Banyak yang haram sebenarnya…Kebanyakan pengusaha teroka kawasan-kawasan tersebut dan isytihar tapak mereka.“Pengunjung kena bayar sewa tapak. Sudah sampai masanya kerajaan ‘korek’ semula semua camping site dan pastikan mereka berdaftar dan yang penting tanah sah milik tuan tanah,” tulis seorang pengguna Facebook.Warganet juga berharap agar kerajaan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengusaha tapak perkhemahan yang menjalankan operasi secara haram.“Berapa banyak nyawa melayang? Kanak-kanak pula tu. Harap tindakan tegas diambil untuk menghukum pengusaha tak bertanggungjawab macam ni,” kata seorang lagi. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/kreatif-belia-malaysia-buat-memes-saya-dan-adam-adli-hannah-yeoh-tak-koyak-dipersenda/
“Kreatif Belia Malaysia Buat Memes Saya Dan Adam Adli” – Hannah Yeoh Tak Koyak Dipersenda
Menteri Belia Dan SukanHannah Yeohtidak ambil hati apabila fotonya ketika membuat lawatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini disunting netizen.Malah, Hannah telah berkongsi beberapa foto yang dianggap paling kreatif menerusi hantaran di laman sosial Twitter beliau.Menerusi ciapan sama Hannah berkata, beliau bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim turun padang untuk mendengar taklimat daripada dua agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Menurut Hannah, dia berpeluang untuk melihat keadaan padang di sana dan turut akan berusaha untuk menambah baik kualiti padang dengan teliti.“Belia Malaysia ni sangat kreatif buat memes gambar saya dan @AdamAdli melawat Stadium Nasional Bukit Jalil meneliti keadaan padang di sana. Tak apa kami sporting, kreativiti luar biasa,” ciapnya.Sementara itu Adam Adli, juga sempat mengulang kicau ciapan Hannah dengan meninggalkan emoji ketawa.Di ruangan komen, rata-rata mengharapkan Adam dapat menjalankan tugas dengan baik dan menaik taraf kualiti sukan bola sepak negara. – JURNAL