url
stringlengths
35
183
title
stringlengths
31
148
body
stringlengths
196
6.8k
https://jurnal-malaysia.com/balut-ayah-dengan-langsir-lepas-bunuh-prince-faisal-masuk-duit-dalam-akaun-najib-penceroboh-rumah-nabil-didakwa/
Balut Ayah Dengan Langsir Lepas Bunuh | Prince Faisal Masuk Duit Dalam Akaun Najib | Penceroboh Rumah Nabil Didakwa
SOROTAN MENARIK RABU 29/08/20231.Warga Emas Mati Dipukul Anak Kandung, Mayat Dibalut Kain Langsir Dan Dibuang Tepi Jalan2.“Pas Putus Kerjasama Dengan DAP Bukan Kerana Hudud, Tetapi Mereka Mahu Bersama UMNO” – Mat Sabu3.Ceroboh Rumah Nabil Ahmad Untuk Makan, Tidur, Berehat…Lelaki Didenda RM3,0004.“AS$20 Juta Daripada ‘Prince Faisal Turkey’ Dimasukkan Ke Dalam Akaun Peribadi Najib” – Zeti5.Kepci Muzik Festival: Penganjur Perlu Peka, Sensitif – Mohd. Na’im6.Sultan Selangor Titah Siasat Pemfitnah Sekolah Tahfiz
https://jurnal-malaysia.com/sultan-selangor-titah-siasat-pemfitnah-sekolah-tahfiz/
Sultan Selangor Titah Siasat Pemfitnah Sekolah Tahfiz
Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhajbertitah, fitnah mengatakan lebih 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah diarahkan tutup amat dikesali dan tidak bertanggungjawab.Baginda bertitah, fitnah sebegini secara tidak langsung merisaukan ibu bapa dan boleh menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi agama dan pihak berkuasa agama khususnya di negeri ini.“Baru-baru ini telah berlaku kekecohan tentang fitnah yang telah dilemparkan terhadap pihak berkuasa agama negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor kononnya lebih daripada 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah diarahkan tutup yang mengakibatkan beribu pelajar tahfiz telah hilang tempat untuk belajar.“Beta mahu mereka yang sering melemparkan fitnah dan tohmahan agar mendapatkan fakta tepat sebelum melontarkan sebarang tohmahan tidak berasas,” titah baginda.Sultan Selangor merupakan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agam Islam Malaysia (MKI) bertitah sempena Mesyuarat MKI Kali Ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Titah baginda lagi, golongan terbabit perlu segera memberhentikan perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab tersebut.“Andai kata mereka meneruskan perbuatan fitnah dan khianat ini, beta mohon pihak polis segera mengesan kumpulan penfitnah ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.“Pada hakikatnya beta telah menitahkan agar langkah pemutihan diambil terhadap sekolah-sekolah agama dan tahfiz swasta dan persendirian yang tidak berdaftar dengan mengarahkan pendaftaran dibuat bagi memastikan sekolah-sekolah ini adalah selamat dari segi ciri-ciri keselamatannya dan mempunyai suasana pembelajaran yang selesa untuk para pelajar menimba ilmu,” titah baginda.Berkenaan komitmen MKI dalam memperkasa pendidikan Islam, baginda bertitah, adalah merupakan manifestasi kepercayaan Majlis Raja-Raja untuk melihat tadbir urus Institusi Pendidikan Islam di Malaysia dapat diselaraskan dengan lebih baik dan teratur.Baginda bertitah, dalam hubungan ini, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan institusi pendidikan itu berkualiti serta memenuhi aspirasi ibu bapa, masyarakat dan negara untuk melahirkan pelajar cemerlang di dunia dan di akhirat.Dalam pada itu, Sultan Selangor turut menyeru kepada mana-mana Institusi tahfiz swasta dan persendirian yang belum berdaftar dengan pihak berkuasa agama Islam negeri agar segera melaksanakannya supaya bantuan dan peruntukan dapat disalurkan seperti mana yang diterima oleh institusi pendidikan Islam yang berdaftar.“Beta juga mencadangkan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan kertas kerja bagi membuat dasar dan prosedur yang komprehensif bagi pendaftaran institusi-institusi tahfiz swasta dan persendirian untuk diguna pakai di setiap negeri,” titah baginda. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/kepci-muzik-festival-penganjur-perlu-peka-sensitif-mohd-naim/
Kepci Muzik Festival: Penganjur Perlu Peka, Sensitif – Mohd. Na’im
Mana-mana penganjur yang mahu menganjurkan acara hiburan dinasihatkan untuk lebih peka dan sensitif dalam pelbagai aspek termasuk elemen agama bagi mengelakkan kewujudan isu-isu negatif.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtarberkata, dalam konteks ini, penganjur perlu mematuhi garis panduan ditetapkan kerana kita mahu setiap sensitiviti masyarakat dapat dijaga.“Saya mahu tekankan di sini, penganjuran festival itu (Kepci Muzik Festival) bukan dibuat oleh kerajaan, acara itu anjuran pihak swasta. Saya difahamkan, pelajar tahfiz itu dijemput oleh pihak ketiga.“Jadi, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yussof akan cuba berbincang dan memberikan nasihat kepada penganjur,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini tadi.Sebelum ini, pengguna media sosial meluahkan rasa kesal apabila melihat rakaman video tular persembahan kumpulan wanita, COEX di hadapan pelajar tahfiz dalam sebuah konsert di Shah Alam, baru-baru ini.Keadaan itu berikutan persembahan COEX disifatkan sebagai agak keterlaluan daripada segi tarian dan pakaian untuk dipertontonkan kepada pelajar-pelajar tersebut. – JURNALSumber:KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/as20-juta-daripada-prince-faisal-turkey-dimasukkan-ke-dalam-akaun-peribadi-najib-zeti/
“AS$20 Juta Daripada ‘Prince Faisal Turkey’ Dimasukkan Ke Dalam Akaun Peribadi Najib” – Zeti
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu wang hampir AS$20 juta daripada ‘Prince Faisal Turkey’ atauPutera FaisalTurki Bandar Al-Saud, dimasukkan ke dalam akaun AmPrivate Banking MR milik Datuk Seri Najib Razak.Bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 67, mengesahkan perkara itu selepas dirujuk salinan dokumen transaksi Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia (SWIFT) pada Februari dan Jun 2011 masing-masing membabitkan AS$9,999,977 dan AS$9,999,970 daripada putera berkenaan ke dalam akaun itu.Peguam bela bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga merujuk salinan urus niaga SWIFT pada Ogos 2011 membabitkan AS$49,999,988 daripada Kementerian Kewangan Riyadh dan satu lagi transaksi AS$29,999,988 daripada agensi kewangan Arab Saudi pada November 2011.Kedua-dua urus niaga berkenaan dikatakan untuk manfaat akaun sama.Ketika pemeriksaan balas, Muhammad Shafee bertanya sama ada wang terbabit adalah jumlah sama dinyatakan dalam surat derma kerabat diraja Arab Saudi sebelum Zeti menjawab ‘ya’. Namun, saksi terbabit tidak dapat mengesahkan individu yang menghantar derma berkenaan.Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya ketika itu untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.Selain itu, Zeti mengesahkan tidak memaklumkan kepada Najib yang juga bekas Menteri Kewangan, mengenai syor BNM supaya tiga pegawai kanan 1MDB didakwa.Tiga pegawai 1MDB itu ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; bekas Ketua Pegawai Pelaburan, Nik Faisal Ariff Kamil; serta bekas Pengarah Eksekutif, Casey Tang Keng Chee.Bagaimanapun, beliau berkata, taklimat berhubung syor berkenaan diberikan kepada bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.Mengenai persoalan adakah Najib tahu apa yang terjadi pada 1MDB, Zeti berkata, BNM memaklumkan sebanyak dua kali kepada bekas Perdana Menteri itu mengenai hutang syarikat berkenaan yang tinggi.“Dari semasa ke semasa, (bekas) Menteri Kewangan (Najib) dimaklumkan bahawa BNM tidak boleh mendapatkan maklumat mengenai pelaburan dana (1MDB),” katanya.Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, bersambung petang. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/ceroboh-rumah-nabil-ahmad-untuk-makan-tidur-berehatlelaki-didenda-rm3000/
Ceroboh Rumah Nabil Ahmad Untuk Makan, Tidur, Berehat…Lelaki Didenda RM3,000
Penceroboh rumah selebriti terkenal, Nabil Ahmad, didenda sebanyak RM3,000 di Mahkamah Majistret Rembau, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas perbuatan awal tahun lalu.Tertuduh,Fadzril Aqmal Abdul Anif, 31, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran. Majistret turut memerintahkan 10 bulan penjara sekiranya tertuduh gagal membuat bayaran berkenaan.Berdasarkan pertuduhan, pada 4 Januari tahun lalu kira-kira pukul 7.50 malam di Kampung Senama Tengah, tertuduh telah didapati telah dengan sengaja menceroboh ke dalam rumah Ahmad Nabil Ahmad, 40 tanpa pengetahuan dan kebenarannya.Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan suatu kesalahan dibawah Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau dengan denda sehingga RM5,000 atau dengan kedua-duanya sekali.Berdasarkan fakta kes, adik selebriti berkenaan telah menerima panggilan daripada abangnya memaklumkan lampu dan pintu rumah di kampung tersebut terbuka pada tarikh dan masa yang sama.Sebaik sampai, pengadu telah masuk ke dalam rumah dan mendapati pintu grill serta pintu rumah telah rosak dan ruang tamu serta tiga bilik kecuali bilik utama dalam keadaan berselerak.Tertuduh mengaku telah masuk ke dalam rumah dengan cara menolak pintu dengan kuat, makan, berehat dan tidur di dalam rumah. – JURNALSumber:KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/pas-putus-kerjasama-dengan-dap-bukan-kerana-hudud-tetapi-mereka-mahu-bersama-umno-mat-sabu/
“Pas Putus Kerjasama Dengan DAP Bukan Kerana Hudud, Tetapi Mereka Mahu Bersama UMNO” – Mat Sabu
Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa punca parti itu memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak hudud adalah satu pembohongan dan tidak benar sama sekali.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah),Datuk Seri Mohamad Sabuberkata, Abdul Hadi tidak menceritakan perkara sebenar punca Pas tidak lagi bekerjasama dengan DAP kerana parti itu mahu bersama UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013.Beliau mendakwa, Pas memutuskan kerjasama dengan DAP kerana berhasrat mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan perkara itu dipersetujui dalam perbincangan Muktamar Pas pada 2015.“Melalui perbincangan yang panjang tiba-tiba diisytiharkan Pas putus hubungan dengan DAP, tak timbul masalah hudud tak hudud ni.“Ini kerana hal hudud telah dipersetujui dalam perbicangan sebelum itu (bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat) pada 29 September 2011 di Pejabat Pas di Jalan Raja Laut. Mereka yang hadir bagi pihak Pas adalah saya, Hadi Awang, (Datuk Seri) Dr Dzulkefly (Ahmad).“Bagi pihak DAP wakil yang datang adalah (Tan Sri) Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Anthony Loke manakala pihak Keadilan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan beberapa lagi,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Khas Membongkar Pembohongan Hadi Awang di Taman Sri Kaseh malam semalam.Beliau berkata, menerusi perbincangan tersebut semua parti mencapai keputusan yang bersetuju dalam beberapa perkara seperti melawan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadi kerajaan yang bagus, melawan rasuah dan menjunjung Perlembagaan.Katanya, hanya dua perkara yang tidak dipersetujui dalam perbicangan itu dan satu daripadanya adalah isu hudud serta semua parti selepas itu setuju untuk meneruskan kerjasama politik termasuk Pas. – JURNALSumber:KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/warga-emas-mati-dipukul-anak-kandung-mayat-dibalut-kain-langsir-dan-dibuang-tepi-jalan/
Warga Emas Mati Dipukul Anak Kandung, Mayat Dibalut Kain Langsir Dan Dibuang Tepi Jalan
Mayat seorang warga emas ditemukan dengan berbalut langsir dipercayai maut akibat dibelasah anak kandung sendiri di kediaman mangsa di kediaman mangsa, sekitar PJS10, di sini, Jumaat lalu.Menurut sumber, mayat lelaki berusia 70-an itu ditemui kira-kira 2 pagi, di tepi jalan berhampiran Kondominium Suriamas, di sini, tidak jauh daripada rumah keluarga itu.“Siasatan di lokasi mendapati mangsa cedera di bahagian kepala, tangan kiri patah dan kesan lebam di bahagian dada.“Pemeriksaan di rumah mangsa menemui kesan tompokan darah di dinding dan pintu bilik tidur mangsa serta kesan seretan di ruang tamu,” katanya.Menurutnya, pemeriksaan pada sebuah kenderaan disyaki digunakan untuk mengangkut mayat mangsa turut menemui kesan tompokan darah.“Hasil soal siasat, suspek yang juga anak kandung mangsa mengaku memukul bapanya sehingga menyebabkan kematian.“Suspek terbabit bertindak membalut mangsa menggunakan langsir sebelum meletakkan mayat mangsa di tepi jalan,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah PetalingJaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengadakan sidang media mengenai kes berkenaan hari ini. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/mat-sabu-minta-hadi-awang-berhenti-menipu-cikgu-kena-kecam-padam-solekan-anak-murid-gerakan-bantah-program-agama-mana-suara-pas/
Mat Sabu Minta Hadi Awang Berhenti Menipu | Cikgu Kena Kecam Padam Solekan Anak Murid | Gerakan Bantah Program Agama, Mana Suara Pas?
SOROTAN MENARIK ISNIN 28/08/20231.[V] Oyen Elmina Dah Tak Ada… – “Oyen Ada AIDS, Sistem Badannya Terganggu Dan Mulai Lemah…”2.Tarian Separa Bogel Tular Berlaku Pada 5 Julai, DBKL Arah Premis Tutup Serta Merta3.Putrajaya Hos Sambutan Hari Kebangsaan 2023, Sasar 100,000 Pengunjung4.[V] Guru Diselar Padam Solekan Anak Murid Ketika Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah5.Nafi Keluar Pas Sebab Takut Kalah Pilihan Raya, Mat Sabu Selar Hadi Awang – “Aku Bekas Timbalan Pas, Jangan Tipu Rakyat!”6.“Parti Gerakan Bantah Modul Hadis 40 Imam Nawawi, Mana Suara Pemimpin Pas?” – Nur Jazlan
https://jurnal-malaysia.com/parti-gerakan-bantah-modul-hadis-40-imam-nawawi-mana-suara-pemimpin-pas-nur-jazlan/
“Parti Gerakan Bantah Modul Hadis 40 Imam Nawawi, Mana Suara Pemimpin Pas?” – Nur Jazlan
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,Datuk Nur Jazlan Mohamedmempersoalkan di mana suara pemimpin Pas selepas sekutu parti itu dalam Perikatan Nasional (PN), Gerakan membantah pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi untuk pelajar Islam.Ketua UMNO Bahagian Pulai itu berkata, pemimpin parti itu didakwa dengan pantas mengeluarkan kenyataan bahawa orang bukan Islam tidak wajar membantah pelaksanaan itu selepas MCA menyatakan bantahan.“Saya bukan mahu pertahan MCA yang bersama dalam Barisan Nasional (BN) sebab saya pun berpendirian parti itu tidak perlu campur tangan isu modul berkenaan yang tidak ada kaitan dengan pelajar bukan Islam.“Cuma saya tidak boleh terima sikap double standard dan perbuatan Pas yang setiap kali tunggang isu agama apabila ada kepentingan politik.“Kenapa Pas tidak tarbiahkan sekali pemimpin dalam Gerakan sepertimana yang mereka duduk sembang selama ini mahu menegakkan ajaran Islam kepada parti bukan Islam dalam PN?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, pada Ahad.Kementerian Pendidikan sebelum ini merancang untuk melaksanakan modul berkenaan di 61 sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan 228 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) seluruh negara.Bagaimanapun, media melaporkan, Gerakan membantah pelaksanaan itu kerana menganggap ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau dilapor berpendapat, langkah kementerian itu bercanggah dengan prinsip negara, selain mengancam keharmonian kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia.Nur Jazlan berkata, Pas akan pantas menghentam UMNO apabila isu tersebut melibatkan UMNO, misalnya berhubung pembatalan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) dengan Pas dan ketika parti itu bersama dengan DAP dalam kerajaan.“Kononnya UMNO tergamak bekerjasama dengan satu parti yang anti Islam dan Melayu. Padahal Gerakan pun apa kurangnya. Kadangkala Gerakan lebih ekstrim dalam beberapa isu babitkan Islam seperti tindakan Gerakan saman Pas Kelantan dalam isu hudud.“Gerakan juga lantang membantah dengan pelaksanaan tulisan jawi pada buku-buku teks di semua sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).“Tetapi, kenapa Pas boleh pula bersengkokol dengan Gerakan dalam PN yang terang-terang banyak kali menongkah arus babitkan isu Islam?“Pas boleh pula tutup sebelah mata dengan Gerakan sebab mereka berkawan. Jadi hukum hakam Islam yang dibawa Pas boleh memilih pihak mana yang betul dan salah?“Janganlah bawa kemunafikan politik dalam isu agama semata-mata  untuk kepentingan kuasa dan kedudukan,” katanya. JURNALSumber:UTUSAN
https://jurnal-malaysia.com/nafi-keluar-pas-sebab-takut-kalah-pilihan-raya-mat-sabu-selar-hadi-awang-aku-bekas-timbalan-pas-jangan-tipu-rakyat/
Nafi Keluar Pas Sebab Takut Kalah Pilihan Raya, Mat Sabu Selar Hadi Awang – “Aku Bekas Timbalan Pas, Jangan Tipu Rakyat!”
Dakwaan Presiden Pas,Tan Sri Abdul Hadi Awangtindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu keluar Pas dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) adalah kerana takut kalah dalam pilihan raya adalah tidak berasas sama sekali.Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu tidak benar dan sudah sampai masanya rakyat tahu perkara yang sebenar termasuk keputusan Pas meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.“Semalam Presiden Pas ‘tembak’ mengatakan bahawa mereka tinggalkan PR kerana parti DAP tolak hudud. Saya takkan jawab malam ini, saya akan jawab malam esok di Simpang Jeram, Muar.“Saya akan jawab malam esok bagaimana seorang Presiden Pas membuat pembohongan kepada rakyat jelata. Saya akan jawab satu persatu malam esok pembohongan itu.“Aku bukan orang kecil, aku bekas Timbalan Presiden Pas. Jangan tipu rakyat di atas kupiah kami itu, ‘no more’,” katanya berucap pada Ceramah Perpaduan Pulai di Nusa Bestari, pada malam Ahad.Turut hadir calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat; Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Naib Ketua PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse.Terdahulu, Abdul Hadi dalam ucapannya di Markas Pas Bakri, Muar pada Sabtu mendakwa, tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu menyertai Amanah adalah kerana takut kalah dalam pilihan raya.Beliau turut menyifatkan mereka sebagai lemah semangat sehingga sanggup meninggalkan dasar perjuangan Pas.Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, bekas pemimpin Pas termasuk Mohamad yang merupakan Timbalan Presiden Pas bersama Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad dilantik sebagai menteri.Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja mengingatkan Abdul Hadi supaya menghentikan perbuatan pembohongan kononnya Islam terancam.Jelasnya, parti Pas dan sekutunya sanggup menggunakan agama Islam semata-mata untuk kepentingan mereka.“Sebagai contoh di Selangor pada pilihan raya negeri (PRN) yang lalu, semasa kempen mereka menggunakan isu sekolah agama dan tahfiz diarahkan tutup, isu itu membuatkan pengundi Melayu percaya mereka.“Padahal arahan Sultan Selangor pada waktu itu supaya semua sekolah agama yang tak ikut peraturan dan standard piawaian mesti ditutup sebab boleh mengundang bahawa, perlu buat pembaharuan jika mahu beroperasi semula.“Isu itu menyebabkan mereka dapat sokongan sementara, saya yakin pembohongan mereka itu tak boleh bertahan hingga empat tahun akan datang.“Rakyat akan melihat perubahan ini, saya yakin rakyat tak bodoh dan kembali sokong kerajaan Perpaduan,” katanya. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/v-guru-diselar-padam-solekan-anak-murid-ketika-sambutan-hari-kebangsaan-di-sekolah/
[V] Guru Diselar Padam Solekan Anak Murid Ketika Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah
Seorang guru wanita diselar wargamaya apabila bertindak memadam solekan pada wajah seorang pelajar ketika majlis sambutan Hari Kebangsaan di sebuah sekolah rendah, baru-baru ini.Kejadian tersebut dirakam sendiri oleh bapa kepada pelajar perempuan tersebut yang dikenali sebagai Ammara.Menurut bapa Ammara, anaknya menangis selepas guru tersebut memadam solekan pada wajah anaknya sambil memarahi kanak-kanak tersebut.Tindakan guru tersebut juga dianggap melampau oleh kebanyakan wargamaya termasuk yang bergelar guru sendiri.@shazliey1pengamalan dan dugaan yang hebat buat anak papa… Nur Ammara Keysha..#ammarakeysha#fyppp#fypシ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratamaMenurut mereka, guru wanita tersebut tidak sepatutnya bertindak keterlaluan kerana acara sedemikian hanya dianjurkan setahun-sekali di sekolah.“Saya pun seorang guru. Saya sendiri tidak setuju cikgu tu buat macam tu, sambil herdik dan marah pelajar tersebut. Kami di sekolah, sentiasa seronok apabila anak-anak kelihatan cantik dan bersemangat, kagum dengan ibu bapa yang turut sama menyokong aktiviti ini di sekolah,” komen seorang guru.“Kesian Ammara, mesti malu dan sedih bila jadi macam tu. Yang cikgu pun kenapa siap cakap dia tak paham bahasa bagai? Trauma Ammara, next time mesti dia dah tak nak join acara macam ni di sekolah,” komen yang lain pula.“Aku rasa cikgu ni perlu rawatan kaunseling, dia stress agaknya. Tak pun…baju Ammara lagi cantik daripada anak dia kot!,” sindir seorang wargamaya.Terdahulu, bapa Ammara berkongsi video anaknya itu yang bersemangat mengenakan busana bertemakan Bollywood untuk menyertai pertandingan Pakaian Tradisional sempena sambutan Hari Kebangsaan di sekolah.@shazliey1kesayangan papa#comel#hindustan#bollywood#fashiontiktok#ammarakeysha#papa#ammarakeysha♬ Si Me Llamas – SARAH SARAHBeliau turut berkongsi momen Ammara berlatih di rumah sebagai persediaan untuk acara tersebut.Bagaimanapun lain pula jadinya apabila seorang guru wanita memarahi Ammara dan memadam solekan tersebut.Terkejut dengan tindakan tersebut, bapa Ammara bertindak mempertahankan anaknya itu dan menegur perbuatan guru berkenaan yang dianggap keterlaluan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/putrajaya-hos-sambutan-hari-kebangsaan-2023-sasar-100000-pengunjung/
Putrajaya Hos Sambutan Hari Kebangsaan 2023, Sasar 100,000 Pengunjung
Tahun ini, Putrajaya kembali menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan untuk segenap lapisan masyarakat dan pemimpin berkumpul untuk meraikannya.Kali pertama sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya adalah pada tahun 2003.Dalam tempoh 20 tahun itu, empat sambutan Hari Kebangsaan telah dianjurkan, iaitu pada 2003, 2005, 2018 dan 2019, dan tahun ini ialah edisi kelimanya.Persiapan bagi penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini sedang giat dijalankan bagi memastikan sambutan bertaraf nasional itu meriah, di samping memberi keselesaan kepada pengunjung berskala besar, yang dianggarkan menjangkau 100,000 orang.Setiausaha Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Mazlan Abd Mutalib berkata persiapan bagi menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023, yakni kali kelima ia diadakan di Putrajaya, sedang giat diatur pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan badan bukan kerajaan.“Persiapan logistik telah siap kira-kira 45 peratus. Kerja-kerja logistik dijangka siap sepenuhnya pada 22 Ogos ini, iaitu sebelum bermulanya sesi latihan persembahan dan latihan kawad kaki kontinjen,” katanya.Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 pada bulan lepas dilaporkan berkata, sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini akan gah seperti tahun-tahun sebelumnya,“Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan di Putrajaya. Insya-ALLAH sambutan tahun ini tidak kurang gahnya berbanding tahun-tahun lepas dan sudah pasti menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh rakyat,” kata Fahmi.Signifikannya tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 itu, Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan kini ditadbir Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tahun ini, ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ diangkat sebagai tema HKHM 2023 yang menjadi aspirasi tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/tarian-separa-bogel-tular-berlaku-pada-5-julai-dbkl-arah-premis-tutup-serta-merta/
Tarian Separa Bogel Tular Berlaku Pada 5 Julai, DBKL Arah Premis Tutup Serta Merta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menjalankan tindakan khas terhadap premis yang tular di media sosial kerana menganjurkan tarian separa bogel.Tindakan khas telah dijalankan pada 23 Ogos lalu mendapati premis tersebut mempunyai lesen komposit Kedai Runcit/Serbaneka/Pasar Mini (Barangan Kering Sahaja) bagi menjalankan aktiviti Pasaraya.Walau bagaimanapun premis tersebut telah dikendalikan oleh empar orang pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.Dua daripadanya adalah warganegara Bangladesh dan dua lagi merupakan warga negara Iran.Oleh itu, DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan.Premis tersebut juga diarahkan untuk ditutup serta merta kerana telah dikendalikan oleh bukan warganegara.Menurut pekerja daripada premis tersebut, kejadian yang tular tentang tarian separa bogel berlaku pada 5 Julai lalu bersempena dengan sambutan ulang tahun premis tersebut. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-oyen-elmina-dah-tak-ada-oyen-ada-aids-sistem-badannya-terganggu-dan-mulai-lemah/
[V] Oyen Elmina Dah Tak Ada… – “Oyen Ada AIDS, Sistem Badannya Terganggu Dan Mulai Lemah…”
Seekor kucing yang diselamatkan di lokasi nahas melibatkan sebuah pesawatBeechcraft Model 390di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, dilaporkan mati, semalam (Ahad).Kematian haiwan yang diberi namaOyen Elminaitu dimaklumkan oleh doktor veterinar yang merawatnya, Dr. Zulerwan, di Facebooknya Zul Erwan Veterinary Clinic.“Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telahpun pergi untuk selamanya hari ini.“Oyen yang didapati positif untuk virus FIV (AIDS kucing), membuatkan sistem immune badan Oyen terganggu.“Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.“Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin tetapi Oyen tidak dapat bertahan.“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Oyen,” tulis Zul Erwan.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Terdahulu, Oyen diselamatkan pegawai Kementerian Kesihatan dan dihantar ke klinik dengan ambulans selepas ditemui di kawasannahas pesawat di Elmina, Shah Alam.Oyen sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan stabil tetapi memerlukan masa untuk sembuh. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/warganegara-dipersenda-dd-chronicles-report-polis-mondy-tatto-tanggal-hijab-awesome-tv-digugurkan-daripada-perarakan/
Warganegara Dipersenda, Dd Chronicles Report Polis | Mondy Tatto Tanggal Hijab? | Awesome TV Digugurkan Daripada Perarakan
SOROTAN MENARIK AHAD 27/08/20231.Dikaitkan Dengan Jenayah Terancang, Donald Trump Serah Diri2.Kementerian Komunikasi Dan Digital Gugurkan Awesome TV Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan 20233.Malaysia Catat Dua Kes Cacar Monyet Pertama4.Menantu Muhyiddin, Peguam Dalam Senarai Individu Dikehendaki Interpol5.Dituduh Pengundi Hantu, Dd Chronicles Buat Laporan Polis – “Ibu Bapa Pemegang Kad Pengenalan Merah, Saya Lahir Di Sini…”6.Apa Sudah Jadi? Mondy Tatto Dah Tanggal Tudung…Kembali Ke Kehidupan Lama?
https://jurnal-malaysia.com/apa-sudah-jadi-mondy-tatto-dah-tanggal-tudungkembali-ke-kehidupan-lama/
Apa Sudah Jadi? Mondy Tatto Dah Tanggal Tudung…Kembali Ke Kehidupan Lama?
Kecoh di platform TikTok apabila ibu tunggal yang pernah dibantu Ebit Lew, dikenali sebagai‘Mondy Tatto’kembali kepada kehidupan asalnya.Perkara tersebut mula menjadi bualan apabila Mondy memuat naik video-video terbarunya tidak memakai tudung.View this post on InstagramA post shared by Mondy tatto (@mondyyy_tatto28)Malah, pada salah sebuah video tersebut, Mondy seolah-olah sedang meluahkan isi hatinya apabila berkata, dia hanya ingin meneruskan hidup sesuai dengan takdir.“Sekarang aku hanya ingin menjalankan hidup sesuai dengan takdir ku sahaja. Aku tidak ingin berharap lebih kepada dunia, kerana aku sudah berkali-kali dijatuhkan dan dipatahkan oleh ekspetasiku sendiri,” katanya.Terdahulu, Mondy pernah diselamatkan Ebit Lew ketika sedang tidur dijalanan.Ebit kemudiannya membawa Mondy pulang ke Malaysia dan menjalankan bisnes sambal.Bagaimanapun pada waktu itu, tindakan Ebit mengundang reaksi berbeza netizen. Ada yang mendakwa pertolongan tersebut hanya sekadar content.Namun ramai juga yang memuji tindakan Ebit ‘menyelamatkan’ ibu tunggal tersebut daripada terus hanyut dengan kehidupannya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/dituduh-pengundi-hantu-dd-chronicles-buat-laporan-polis-ibu-bapa-pemegang-kad-pengenalan-merah-saya-lahir-di-sini/
Dituduh Pengundi Hantu, Dd Chronicles Buat Laporan Polis – “Ibu Bapa Pemegang Kad Pengenalan Merah, Saya Lahir Di Sini…”
PempengaruhDd Chroniclesmembuat laporan polis selepas mendakwa kad pengenalan dan data peribadinya yang dimanipulasi pihak tertentu.Dd Chronicles atau Dediy Sulaeman Ra’e, 43, berkata, Dediy berkata, tindakan beberapa pihak yang mendakwa beliau merupakan pendatang asing sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.“Saya dilahirkan dan dibesarkan di negara tercinta ini, saya juga mendapat pendidikan di sini, jadi mana datangnya dakwaan yang mengatakan saya orang luar.“Biarpun ibu bapa saya memegang kad pengenalan merah, tapi ALLAH takdirkan saya lahir di sini, jadi saya rasa dakwaan yang mengatakan saya pendatang asing adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal waras,” katanya.Dd ditemui selepas tampil membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Sungai Buloh, pada Jumaat.Tambahnya Dd lagi, tindakannya berkempen juga seharusnya tidak dijadikan isu kerana ia merupakan satu kebebasan untuk berpolitik di negara ini.“Malaysia merupakan negara demokrasi, jadi saya merasakan tidak menjadi salah untuk saya menyokong atau memilih wadah politik tertentu.“Saya berhak menyuarakan pandangan dan pendapat saya demi masa depan anak cucu saya kelak,” katanya.Menurutnya, awalnya dirinya tidak terkesan dengan dakwaan berkaitan kad pengenalan dan identitinya itu yang disebarkan di media sosial.“Saya terus terang saya tidak terkesan apa-apa, sebab saya tahu, segala tohmahan tersebut tidak benar.“Namun apabila perkara ini mengganggu emosi isteri dan anak saya, saya sifatkan ia merupakan satu tindakan melampau dan sewajarnya segera dihentikan,” katanya.Sementara itu, peguamnya, Asiah Abd Jalil berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap Dediy disifatkan sebagai sesuatu yang mengancam keselamatan.“Walapun anak guam saya telah tunjukkan kad pengenalannya namun dituduh pula ia palsu, segala tuduhan tersebut lama kelamaan makin menjadi dan mengancam keselamatan beliau.“Sehingga ada yang menyeru agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) ambil tindakan, minta Jabatan Imigresen Malaysia menyerbu, jadi atas faktor ini menyebabkan beliau tampil membuat laporan polis,” katanya.Ujar Asiah, laporan juga dibuat berkaitan satu polisi insurans yang tertera nama Dediy telah disebarkan di media sosial.“Beliau secara peribadi tidak pernah membuat apa-apa permohonan untuk menyertai skim insurans tersebut.“Selain itu, beliau juga tidak pernah menandatangani apa-apa surat permohonan, surat persetujuan atau sebarang kontrak insurans dengan skim tersebut,” katanya. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/menantu-muhyiddin-peguam-dalam-senarai-individu-dikehendaki-interpol/
Menantu Muhyiddin, Peguam Dalam Senarai Individu Dikehendaki Interpol
MenantuTan Sri Muhyiddin Yassindan seorang peguam disenaraikan sebagai individu dikehendaki selepas dikenakan notis merah oleh Polis Antarabangsa (INTERPOL).Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.“Ya, sudah. Tindakan Notis Merah dikenakan terhadap mereka,” katanya.15 Ogos lalu, Razarudin dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permintaan lisan untuk Notis Merah ke atas Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan 48, dan peguam, Mansoor Saat, 69.Razarudin juga memaklumkan pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi anti rasuah itu untuk membawa pulang dua individu dikehendaki terbabit.Adlan dan Mansoor dikehendaki SPRM bagi membantu siasatan sebuah projek membabitkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.SPRM berkata, kedua-dua individu terbabit meninggalkan Malaysia Mei lalu.Tetapi, Adlan dan Mansoor kemudiannya mengeluarkan kenyataan melalui peguam menafikan mereka melarikan diri daripada undang-undang. – JURNALSumber:UTUSAN MALAYSIA
https://jurnal-malaysia.com/malaysia-catat-dua-kes-cacar-monyet-pertama/
Malaysia Catat Dua Kes Cacar Monyet Pertama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kes pertama berkaitan cacar monyet (mpox) di negara ini.Ketua Pengarah KesihatanDatuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassanberkata, kes pertama melibatkan seorang warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini sejak April 2022.“Lelaki itu mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang melaporkan kes cacar monyet pada 6 Julai lalu sebelum kembali semula ke Malaysia empat hari kemudian,” katanya dalam kenyataan.Menurutnya, pesakit mula bergejala pada 19 Julai dan lepuh mula muncul pada 23 Julai sebelum dibebaskan daripada isolasi pada 10 Ogos.“Dia disyaki mendapat jangkitan semasa berada di luar negara iaitu negara yang melaporkan kes cacar monyet,” ujar beliau.Dr Muhammad Radzi berkata, kes kedua pula membabitkan seorang lelaki tempatan yang merupakan kontak rapat kepada kes pertama.“Pesakit mengalami gejala semasa dalam kuarantin kerana merupakan kontak dan disahkan positif pada 29 Julai,” katanya.Dalam pada itu, Dr Muhammad Radzi meminta pengamal perubatan untuk peka terhadap individu dengan gejala lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.“Sejarah risiko kontak rapat dengan individu bergejala jangkitan cacar monyet perlu didapatkan.“Bagi kes yang disyaki, swab lepuh, swab oral dan sampel darah atau serum boleh dihantar ke makmal yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan virus mpox,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/kementerian-komunikasi-dan-digital-gugurkan-awesome-tv-daripada-perbarisan-hari-kebangsaan-2023/
Kementerian Komunikasi Dan Digital Gugurkan Awesome TV Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan 2023
Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) menggugurkan penyertaan Awesome TV daripada acara perbarisan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, 31 Ogos ini.KKD selaku Urus Setia Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 memaklumkan perkara tersebut menerusi surat rasmi bertarikh 23 Ogos 2023, kepada Ketua Pegawai Operasi syarikat pengendali stesen, Awesome Media Network.Menerusi surat yang disebarkan di aplikasi Whatsapp sejak semalam memaklumkan penglibatan kontijen Awesome TV digugurkan selepas dipersetujui dalam mesyuarat dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Digital,Fahmi Fadzil.“Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Bilangan 4/2023yang dipengerusikan oleh YB Menteri Komunikasi dan Digital bertarikh 21 Ogos 2023 memutuskan bahawa penglibatan kontinjen daripada Awesome TV untuk acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 adalah digugurkan,” menurut kenyataan dalam surat terbabit.Sementara itu Awesome TV menerusi sebuah kenyataan akui kecewa dengan keputusan KKD, tambahan lagi mereka digugurkan tanpa sebarang alasan yang kukuh.“Pihak Awesome TV baharu sahaja dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Digital tentang pengguguran kami daripada acara perarakan sempena Hari Kebangsaan 2023 tapa sebarang alasan.“Keputusan mengejutkan ini terkandung di dalam surat bertarikh 23 Ogos 2023 (Rujukan KKD.100-11/2/1/ JId.2 (/8)), yang ditandatangani ole Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Muhammad Fauzi Md Isa.“Menurut surat tersebut, pengguguran berkenaan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan 2023 bilangan 4/2023 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sendiri pada 21Ogos 2023.“Keputusan ini jelas bertentangan dengan matlamat Kerajaan Madani yang berusaha keras mempromosikan semangat perpaduan serta keharmonian di kalangan rakyatMalaysia.“la juga terang-terang berlawanan dengan janji Kerajaan Madani untuk memperkasakan peranan media dalam pembangunan dan kesejahteraan negara,” menurut kenyataan terbabit. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/dikaitkan-dengan-jenayah-terancang-donald-trump-serah-diri/
Dikaitkan Dengan Jenayah Terancang, Donald Trump Serah Diri
Trumpdan 18 tertuduh lain termasuk bekas Ketua Kakitangan White House, Mark Meadows, dan bekas Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani telah didakwa di bawah undang-undang anti-cetak rompak yang biasanya dikaitkan dengan jenayah berkumpulan dan terancang.Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Atlanta, Georgia pada Khamis dan dibawa ke Penjara Fulton County untuk menyerah diri atas lebih 12 pertuduhan berkaitan dakwaan cubaan membatalkan keputusan pilihan raya Georgia 2020.Ini adalah kes jenayah keempat Trump tahun ini sejak Mac, termasuk dakwaan rasuah, penyimpanan dokumen sulit negara secara haram dan penglibatan dalam serangan maut ke atas Kapitol AS.Mereka didakwa atas tuduhan rancangan menjejaskan keputusan pilihan raya Georgia, yang berpihak kepada Joe Biden pada 2020.Bagaimanapun, Trump telah berulang kali menafikan sebarang salah laku.Proses pendakwaan dijangka berjalan lancar kerana Trump dan peguamnya telah membuat rundingan perjanjian bon sebelum Khamis.Trump bersetuju menerima bon persetujuan AS$200,000 berserta syarat pelucutan lain, termasuk larangan menggunakan media sosial atas tujuan mengkritik rakan sekutu atau saksi yang TERLI dalam kes itu. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/hamzah-dakwa-akaun-dibeku-agenda-jahat-menu-sanusi-di-kedah-rosmah-tak-kerja-dapat-wang-besar/
Hamzah Dakwa Akaun Dibeku Agenda Jahat | ‘Menu Sanusi’ Di Kedah | Rosmah Tak Kerja, Dapat Wang Besar
SOROTAN MENARIK KHAMIS 24/08/20231.Rosmah Terima ‘Wang Besar’ Tapi Tidak Bekerja – Pihak Pendakwaan2.[V] “Bala Apa Pula Ni?” – Aksi Kumpulan Penari Separuh Bogel Di Bukit Bintang Raih Kecaman Netizen3.Kedai Makan Di Kedah Perkenal ‘Menu Sanusi’, Hidangan RM1 Jadi Tumpuan4.Yana Selamat Bersalin, Minta Sampaikan Pada Najib Di Kajang – “Cucu Perempuan Pertama Bossku…”5.PM Anwar Umum Peruntukan Tambahan RM30 Juta Tambah Baik Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli6.Hamzah Sahkan Akaun Miliknya Dan Isteri Dibekukan, Dakwa Taktik Kotor Kerajaan Anwar Ibrahim
https://jurnal-malaysia.com/hamzah-sahkan-akaun-miliknya-dan-isteri-dibekukan-dakwa-taktik-kotor-kerajaan-anwar-ibrahim/
Hamzah Sahkan Akaun Miliknya Dan Isteri Dibekukan, Dakwa Taktik Kotor Kerajaan Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang,Datuk Seri Hamzah Zainudin, hari ini mengesahkan akaun bank miliknya dan isteri dibekukan oleh pihak berwajib sejak semalam.Katanya, beliau percaya tindakan terhadapnya itu ada campur tangan dan tekanan daripada pemimpin politik tertinggi dalam kerajaan.“Pembekuan ini, yang kemudiannya disebarkan kepada media adalah usaha terdesak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk terus menekan Perikatan Nasional (PN) yang semakin mendapat kepercayaan rakyat.“Ia juga satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN terutama selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada PN yang memenangi 146 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun),” katanya dalam kenyataan hari ini.Media hari ini melaporkan, akaun bank milik Hamzah dan ahli keluarganya dibekukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Difahamkan, pembekuan itu dilakukan pihak terbabit semalam dan tindakan itu dipercayai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hamzah berhubung kes rasuah RM15 juta.Mengulas lanjut Hamzah berkata, beliau percaya lebih banyak tindakan bermotifkan politik bakal diambil ke atas pihaknya dan kepimpinan PN yang lain termasuk menggunakan polis bagi menyiasat dirinya kerana mengkritik DAP pada kempen PRN.“Kezaliman kerajaan PH-BN ini tidak akan menghentikan perjuangan saya, demi masa depan negara dan rakyat saya akan terus melawan kerajaan zalim ini.“Tindakan pendakwaan politik ini sama dengan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara diperalatkan bagi mencipta fitnah,” katanya.Hamzah berkata, dakwaan itu akhirnya dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana pertuduhan ke atas Muhyiddin dianggap tidak berasas.“Hakim juga memutuskan bahawa pendakwaan itu adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan surat tuntutan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, kerajaan, dan pihak peguam serta sedang menyediakan dokumen berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.“Saya sedang menyediakan kertas-kertas tindakan untuk tujuan memulakan tindakan Mahkamah terhadap SPRM, Ketua Pesuruhjayanya dan Kerajaan Malaysia.“Ini kerana mereka mengheret nama saya dalam kes pendakwaan yang tiada kena mengena langsung dengan saya,” katanya. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/pm-anwar-umum-peruntukan-tambahan-rm30-juta-tambah-baik-lebuhraya-timur-barat-gerik-jeli/
PM Anwar Umum Peruntukan Tambahan RM30 Juta Tambah Baik Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimmengumumkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menambah baik laluan Lebuhraya Timur Barat di Gerik-Jeli, Kelantan.Katanya peruntukan itu menjadikan jumlah peruntukan yang disalurkan kerajaan bernilai RM75.676 juta bagi projek menaik taraf jalan yang menghubungkan antara Perak dan Kelantan.“Jadi, hari ini untuk jalan-jalan ini, walaupun permintaan (kos keseluruhan yang diperlukan) itu banyak, tidak mengapa…. nanti saya akan kaji dalam Belanjawan Madani yang kedua pada Oktober. Akan tetapi, hari ni saya boleh lulus tambahan (peruntukan) RM30 juta,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen MyJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) di Jeti Awam Pulau Banding, pada Khamis.Hadir sama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.Setakat Jun, sebanyak RM44.728 juta telah diperuntukkan kerajaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan turapan berkala setakat Jun.Bakinya iaitu RM948,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan berkala yang bukan melibatkan turapan jalan.Media sebelum ini melaporkan, penggantian struktur laluan Lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak-Jeli, Kelantan bernilai RM80 juta antara perkara yang dibincangkan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan sumbangan sagu hati RM1,000 kepada setiap 87 keluarga bekas pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terlibat dalam pembinaan laluan itu dahulu, termasuk tiga yang terkorban tahun 1974.Katanya insentif itu bagi mengenang jasa yang telah dicurahkan kesemua bekas kakitangan JKR terbabit dalam menyiapkan laluan sepanjang 123 kilometer (km) itu.“Saya cari peruntukan bagi mengenang jasa mereka ini atas kerja-kerja dan khidmat mereka selama ini. Jadi saya luluskan sagu hati kepada tiap-tiap keluarga bernilai RM1,000,” katanya lagi.Sementara itu, Alexander berkata kerja-kerja menaik taraf laluan berkenaan dijangka siap selewat-lewatnya tahun hadapan.Lebuhraya Timur Barat mula dibina ada tahun 1967 dan dibuka pada secara rasmi pada 1 Julai 1982.Projek menelan belanja RM205 juta itu dibangunkan bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia, selain menjadi salah satu usaha kerajaan melumpuhkan pergerakan pengganas komunis.Pada 27 Ogos 1974 ketika para pekerja sedang melakukan tugas pembinaan, mereka telah diserang oleh pengganas komunis sehingga mengorbankan tiga nyawa pekerja JKR. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/yana-selamat-bersalin-minta-sampaikan-pada-najib-di-kajang-cucu-perempuan-pertama-bossku/
Yana Selamat Bersalin, Minta Sampaikan Pada Najib Di Kajang – “Cucu Perempuan Pertama Bossku…”
Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,Nooryana Najwa, selamat melahirkan bayi perempuan pada Rabu.Beliau yang mesra dipanggil Yana turut berkongsi berita kelahiran bayi yang dinamakan Amelia Rahah Daniyar itu di Instagram miliknya.View this post on InstagramA post shared by yananajib (@yananajib)“Alhamdulillah dengan rasa syukur kepada ALLAH SWT, kami sekeluarga telah menyambut kelahiran anak ketiga kami pada hari yang penuh dengan nostalgia.“Seolah-olah cucu perempuan pertama Bossku nak bagi tau atoknya, ‘Saya tak nak awak susah hati hari ni’. Kami sentiasa berdoa agar ALLAH segera menyatukan kami,” ujarnya.Sementara itu menerusi hantaran yang dipercayai ditulis Exco Puteri UMNO itu di Facebook Najib Razak, beliau turut meminta bantuan supaya berita itu disampaikan kepada bapanya yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.“DSN belum tahu berita ini. Tidak ada caranya nak bagi tahu dalam masa terdekat juga.“Jika ada sesiapa yang baca ini dari Kajang, sudi dan boleh bantu sampaikan berita ini, amat menghargainya dan berterima kasih,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/kedai-makan-di-kedah-perkenal-menu-sanusi-hidangan-rm1-jadi-tumpuan/
Kedai Makan Di Kedah Perkenal ‘Menu Sanusi’, Hidangan RM1 Jadi Tumpuan
Sebuah kedai makan mengambil inisiatif memperkenalkan menu berharga RM1 dikenaliMenu Sanusidi Bukit Payung, Kedah, demi membantu orang ramai.Pemiliknya,Nur Ezzeanni Abdullah, 43, berkata, dia sebenarnya telah menjual beberapa jenis menu berharga RM1 sejak sebelum pandemik Covid-19 lagi.Bagaimanapun, kata Nur Ezzeanniberkata, mereka menjenamakan menu RM1 sebagai Menu Sanusi selepas kemenangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah baru-baru ini.“Antara makanan berharga RM1 ialah mi kari,laksa,kuey teow, ayam goreng rempah, ayam masak kicap, ayam masak ros, ayam rendang dan sebagainya.“Hampir setiap hari, kami menyediakan pilihan menu berbeza kepada pelanggan, misalnya hari ini kita masak mi kari dan apabila habis akan ditambah menu lain,” katanya ketika ditemui di kedainya di Anjung Selera Rasa Anakku, pada Rabu.Nur Ezzeanni yang telah mengusahakan kedai makan terbabit selama 17 tahun menjelaskan, menu berharga RM1 terbabit adalah bukti bahawa terdapat menu murah dijual kepada pelanggan.Pemilik kedai,Nur Ezzeanni Abdullah (kanan) bersama suaminya, Azizan Mahmud di kedai mereka yang menawarkan menu RM1 kepada pelanggan di Bukit Payung, di sini.Ibu kepada lima cahaya mata itu memberitahu, suaminya, Azizan Mahmud,44, yang memberi idea supaya menu RM1 dinamakan sebagai Menu Sanusi.“Jadi, apabila orang teringat Menu Sanusi maka orang teringat bahawa dekat Kedah akan jual makanan murah,” katanya.Menurutnya, mereka berharap Menu Sanusi itu secara tidak langsung akan memperkenalkan lagi Kedah, sekaligus membantu orang ramai.Nur Ezzeanni memberitahu, dia yang dibantu 12 pekerja akan memasak antara 20 hingga 30 makanan termasuklah Menu Sanusi di kedai yang beroperasi dari Ahad hingga Khamis.Kata beliau, mereka turut menjual pelbagai jenis makanan lain pada harga berpatutan di kedai makan itu, selain Menu Sanusi.“Alhamdulillah, sambutan orang ramai terhadap menu RM1 memang sangat baik.Bayangkan, baru letak sahaja Menu Sanusi seperti mi kari dan tidak lama kemudian ia habis.Jadi, kami kerap menambah dan memasak lauk baharu,” katanya.Beliau memaklumkan, dia tidak melihat menu RM1 itu sebagai satu kerugian, sebaliknya sebagai satu bentuk sedekah kepada penduduk setempat.“Tidak rugi sebaliknya masih beroleh keuntungan,malah sekurang-kurangnya kami dapat membantu penduduk yang kebanyakannya terdiri dari penoreh getah,” katanya.Beliau menambah, penduduk boleh pilih beberapa jenis menu berharga RM1 di kedai mereka yang beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 3 petang itu. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/v-bala-apa-pula-ni-aksi-kumpulan-penari-separuh-bogel-di-bukit-bintang-raih-kecaman-netizen/
[V] “Bala Apa Pula Ni?” – Aksi Kumpulan Penari Separuh Bogel Di Bukit Bintang Raih Kecaman Netizen
Aksi sekumpulan wanita menari separuh bogel dipercayai berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur mencetuskan kekecohan di media sosial.Menerusi perkongsian klip video di TikTok menunjukkan beberapa wanita dengan pakaian menjolok mata menari diiringi lagu di hadapan kedai ‘Buy & Save’.@ahsanrobi7sei dance#foryou#malaysia♬ original sound – 💥🇧🇩 AHSAN ROBI 🇲🇾💥Trend menari yang dipanggil sebagai‘ki dance re vhai’itu merupakan antara persembahan sempena sebuah acara yang berlangsung di kawasan berkenaan.Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai mempersoalkan bagaimana acara tersebut diberi kelulusan untuk diadakan terutama di tempat awam.“Bala apa pula nak jadi lepas ni?”, kata seorang warga TikTok.“Hebat Malaysia sekarang! Dulu tak adalah terbuka macam ni…,” komen yang lain pula.“Ada permit ke tu? Mohon pihak berkaitan siasat dan tolonglah pantau warga asing ni semua, makin menjadi-jadi!,” komen seorang lagi.Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan mengenai penganjuran acara tersebut. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/rosmah-terima-wang-besar-tapi-tidak-bekerja-pihak-pendakwaan/
Rosmah Terima ‘Wang Besar’ Tapi Tidak Bekerja – Pihak Pendakwaan
Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa,Datin Seri Rosmah Mansormelakukan kesalahan iaitu sejumlah besar wang telah didepositkan ke akaun semasa milik isteri pemimpin UMNO ini di Affin Bank Berhad, sebagaimana yang dipertuduhkan di Mahkamah Tinggi di sini sedangkan berstatus ‘tidak bekerja’.Isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini, didakwa dalam kes pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Ketika membuat ucapan pembukaan dalam prosiding kes di hadapan Hakim, K Muniandy, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, Rosmah, 72, tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, namun masih boleh melunaskan bil telefon dan kad kredit melalui cek yang ditandatanganinya.“Jumlah yang didepositkan dalam akaun banknya, tidak seimbang dengan kemampuan tertuduh.“Dia menggunakan khidmat seorang lelaki yang menjadi pengurus di kediamannya, di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya yang mana wang tersebut menjadi subjek bagi pertuduhan pertama hingga ke-12 dalam kes ini,” katanya.Bukan itu sahaja, beliau berkata, wang berkenaan tidak pernah diisytiharkan kepada LHDN sekali gus tiada cukai pendapatan dibayar membabitkan jumlah tersebut.Menurutnya, pasukan pendakwaan juga akan membuktikan tertuduh membuat kenyataan palsu berhubung wang itu, ketika disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Katanya, tertuduh didakwa melanggar Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967, yang merupakan kesalahan berjadual di bawah AMLATFPUAA, iaitu termasuk kes yang serius dan menyalahi undang-undang.Rosmah yang hadir di mahkamah dengan memakai baju kurung berwarna kuning, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, dia didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018.Isteri bekas Perdana Menteri ini didakwa gagal melakukannya seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.Prosiding kemudiannya diteruskan dengan pasukan pendakwaan memanggil saksi pendakwaan pertama, Penolong Pengurus Perkhidmatan ATM dan Sokongan, Affin Bank Berhad, Nor Ashikin Abdullah untuk memberi keterangan. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/memori-kutip-cebisan-mayat-mangsa-nahas-elmina-genap-setahun-najib-dipenjara-jawapan-sanusi-pegang-8-portfolio/
Memori Kutip Cebisan Mayat Mangsa Nahas Elmina | Genap Setahun Najib Dipenjara | Jawapan Sanusi Pegang 8 Portfolio
SOROTAN MENARIK RABU 23/08/20231.Tragedi Elmina: “5 Hari Sudah Berlalu, Tapi Memori Mengutip Cebisan Mayat, Masih Melekat Di Fikiran…” – Pegawai PASPA APM2.Operasi Saman Ekor Dah Bermula, Jaga Had Laju Kalau Tak Mahu Kena ‘Tembak’3.Dikritik Pegang 8 Portfolio, Ini Jawapan Sanusi; “Kalau 100 Pun, Gaji Saya Banyak Tu Juga…”4.T-Fight Festival 2023 Kumpul Fighter Muay Thai Di Terengganu! – Ali Yaakub, Mat Ropi Antara Yang Ada5.Peristiwa: Hari Ini, Genap Setahun Bekas Perdana Menteri, Najib Razak Dipenjara6.[V] ‘Wajah’ Asal Bukit Bintang Kembali, DBKL Angkut Habis…Tak Kasi Can!7.RM4 Juta Diperuntukkan, Pantai Irama Dinaiktaraf…Disambut Baik Rakyat Kelantan
https://jurnal-malaysia.com/rm4-juta-diperuntukkan-pantai-irama-dinaiktarafdisambut-baik-rakyat-kelantan/
RM4 Juta Diperuntukkan, Pantai Irama Dinaiktaraf…Disambut Baik Rakyat Kelantan
Panorama di sekitar Pantai Irama dan Bandar Bachok kini berubah wajah apabila RM4 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja menaiktaraf kawasan tersebut.Setiausaha Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) Mohd Ezazee Mohd Embong berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM2.5 juta bagi kerja-kerja menaiktaraf prasarana pelancongan dan lain-lain kerja berkaitan di Pantai Irama yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan.Sementara itu katanya, kerajaan negeri juga turut menyalurkan peruntukan kepada MDBBPI sebanyak RM240,000 bagi kerja menaiktaraf landskap dan pencahayaan di Pantai Irama serta RM150,000 bagi kerja menaiktaraf landskap dan pemasangan lampu hiasan bagi keindahan dan keceriaan Bandar Bachok.“Selain peruntukan daripada kerajaan negeri, Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menyumbang RM700,000 bagi kerja menaiktaraf tapak pasar malam dan kemudahan berkaitan di kawasan pasar malam Pantai Irama.Manakala bagi kerja menaiktaraf landskap awam Pantai Irama seperti wakaf istirehat, laluan pejalan kaki, lampu solar dan taman permainan kanak-kanak pula dibiyai oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) sebanyak RM500,000,” katanya.Tambah beliau lagi, selain menjadikan Pantai Irama sebagai tempat rekreasi dan menjadi pilihan utama kepada orang awam untuk beriadah dan menikmati suasana pantai yang cantik, bersih dan selamat.“Tujuan utama projek naik taraf kawasan tersebut adalah untuk menjadikannya sebagai satu destinasi tarikan pelancong dalam dan luar negeri,” katanya. – JURNALKredit foto: Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) & Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan
https://jurnal-malaysia.com/v-wajah-asal-bukit-bintang-kembali-dbkl-angkut-habistak-kasi-can/
[V] ‘Wajah’ Asal Bukit Bintang Kembali, DBKL Angkut Habis…Tak Kasi Can!
Kawasan persekitaran Bukit Bintang, Kuala Lumpur dilihat sudah kembali ke ‘wajah asal’ selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita premis timur tengah di hadapan pusat membeli belah Lot 10, pada Sabtu lalu.Di platform media sosial, wargamaya mula berkongsi video sekitar kawasan terbabit yang kelihatan lapang dan tenang.“Dah kembali pada wajah asal. Tenang dan lapang! DBKL angkut habis, hilang dah Zaitoun,”“Tahniah DBKL. Licin tanpa was-was!”“Baru la nampak luas, hari tu mengganggu, serabut orang nak jalan.”View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Antara komen-komen yang ditinggalkan wargamaya.Terdahulu tular sebuah video di media sosial mengenai premis ‘Zaitoun’ yang menjual khunafa dan manisan arab disita DBKL kerana tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja.BACA:Ini Punca Kedai Arab Di Tengah Bukit Bintang Disita DBKLTurut tular aksi kurang manis orang awam terutama wanita, yang berinteraksi dengan peniaga kedai berkenaan sehingga ramai beranggapan premis tersebut disita disebabkan perkara tersebut. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/dikritik-pegang-8-portfolio-ini-jawapan-sanusi-kalau-100-pun-gaji-saya-banyak-tu-juga/
Dikritik Pegang 8 Portfolio, Ini Jawapan Sanusi; “Kalau 100 Pun, Gaji Saya Banyak Tu Juga…”
Menteri Besar,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Normenafikan gajinya bertambah apabila memegang lapan portfolio dalam barisan pentadbiran negeri yang baharu diumumkan kelmarin.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu menjelaskan, setiap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) terpaksa memegang banyak portfolio kerana tanggungjawab itu perlu diselaraskan mengikut bidang tugas peringkat Persekutuan.Katanya, terdapat 28 menteri Kabinet yang memegang dua atau tiga bidang tugas berlainan, menyebabkan EXCO Kedah juga perlu mengikut bidang tugas berkenaan bagi membolehkan mereka berfungsi seiring di peringkat Persekutuan.“Di peringkat Persekutuan, menteri Kabinet ada 28 orang, satu menteri pegang dua atau tiga portfolio, kalau 28 darab tiga, maka lebih 50 portfolio. Daripada 50 lebih itu, turun ke negeri untuk diselaraskan. Kita ada 11 EXCO sahaja, jadi setiap EXCO kena pegang banyak termasuk Menteri Besar.“Ada orang faham pegang banyak portfolio banyak gaji, itu tak betul, gaji banyak itu juga. Kalau saya pegang 100 portfolio, gaji saya banyak itu juga. Jadi bila kita dapat banyak tanggungjawab, itu beban kepada orang itu, bukan suatu kenikmatan,” katanya.Sebelum ini, timbul isu dan kritikan apabila Muhammad Sanusi dikatakan memegang terlalu banyak portfolio iaitu lapan berbanding tujuh ketika beliau mula menjadi Menteri Besar pada 2020.Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sanusi memaklumkan pentadbirannya turut memperkenalkan portfolio baharu bagi menyesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.Katanya, apabila ada EXCO terpaksa memegang banyak portfolio, ia akan menjadi beban kepada individu terbabit, namun tetap perlu dilaksanakan kerana mereka memegang amanah diberikan rakyat.“Anggapan orang bila pegang banyak jawatan, ia suatu nikmat besar, tapi bukan, ia sebenarnya beban. Jadi baguslah orang pegang banyak beban, dia kena kerja teruk.Jadi kena ucap takziah pada dia, bukan tahniah. Pemahaman orang tak betul, bukan saya nak kumpul jawatan untuk saya.“Kerana struktur di Persekutuan turun ke negeri, kita kecil, mereka ada 28 menteri. Jadi seorang EXCO kena pegang banyak, struktur negeri ada yang tak ada di Persekutuan. Kita susun ikut keperluan, dulu tak ada Hubungan Luar dan Pelan Pembangunan Kedah 2035, kita masukkan kerana mahu beri fokus dan tumpuan,” katanya.Selain jawatan Menteri Besar, Muhammad Sanusi turut memegang portfolio Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035, Kerjasama Luar. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/peristiwa-hari-ini-genap-setahun-bekas-perdana-menteri-najib-razak-dipenjara/
Peristiwa: Hari Ini, Genap Setahun Bekas Perdana Menteri, Najib Razak Dipenjara
Pada tarikh hari ini (23 Ogos) pada tahun lalu, sejarah negara merekodkanDatuk Seri Najib Razakmenjadi Perdana Menteri pertama yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.Perdana Menteri keenam yang berusia 69 tahun ketika itu didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Ingatan setahun di penjara dimuat naik oleh pentadbir akaun Facebook Najib hari ini.“Di sebalik tirai besi Beralaskan dinginnya lantai simen Tikar sejadah menjadi teman Sujud Mengerjakan solat lima waktu Merayu belas kasihanNya meringankan ujian beban Mendoakan ketenangan, kebebasan derita…”Hantaran berkenaan juga memberi bayangan sepanjang di penjara, kebanyakan masa dihabiskan oleh Najib dengan memberi tumpuan pada ibadah.Ketika ini, Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil saksi ke-46, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 76.Sementara, dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes. – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/t-fight-festival-2023-kumpul-fighter-muay-thai-di-terengganu-ali-yaakub-mat-ropi-antara-yang-ada/
T-Fight Festival 2023 Kumpul Fighter Muay Thai Di Terengganu! – Ali Yaakub, Mat Ropi Antara Yang Ada
Berita baik buat peminat sukan Muay Thai, untuk pertama kalinya, Persatuan Muay Thai Terengganu akan menganjurkan program sukan berskala prestij iaituTerengganu Fight Festival 2023 (T-Fight Festival 2023).Program yang akan dijadikan sebagai acara tahunan untuk Terengganu itu akan diadakan selama bermula 29 hingga 30 September 2023, jam 9 pagi hingga 11 malam, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.Ia juga dijangka mampu menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri mahu pun luar Malaysia.Master Najmi Abdullah – Presiden Persatuan Muaythai Terengganu.Presiden Persatuan MuayThai Terengganu,Master Najmi Abdullahberkata, program seperti ini mampu memberikan impak yang pelbagai dari sudut industri sukan, gaya hidup sihat, pelancongan, keusahawanan serta sosial generasi muda.“Persatuan Muay Thai Terengganu bersama Majlis Sukan Negeri bersama Kerajaan Negeri serta agensi kementerian menjayakan acara ini agar memberikan manfaat yang tersendiri kepada semua pihak seterusnya mampu mempromosikan Visit Beautiful Terengganu 2023.“Objektif penganjuran T-Fight Festival 2023 adalah untuk menghimpunkan para penggiat serta penggemar sukan tempur dari dalam dan luar Terengganu mahupun dari luar negara bagi mengambil peluang apa jua manfaat yang diisi sepanjang program ini.“Program ini juga bertujuan untuk mencungkil serta mengetengahkan bakat-bakat baharu sukan tempur ini dari dalam Negeri Terengganu.“Seterusnya ia dapat memberi satu imej kepada Negeri Terengganu sebagai negeri “SPORTS & TOURISM” yang popular serta mendapat perhatian di Malaysia,” jelas Master Najmi.Kanan :Mat Ropi – Singamuda Kuda Merah PDRM, Kiri : Ali Yaakub – Teras Muaythai Gym, Negeri SembilanTambahnya, menjadikan T-Fight Festival 2023 sebagai program terbesar penganjuran sukan tempur (gelanggang) yang mampu memberikan impak pelbagai pihak serta menarik kedatangan para pengunjung serta pelancong dari dalam dan luar Terengganu.Master Najmi juga berkata, penganjuran T-FIGHT FESTIVAL 2023 turut mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu, MOTAC – Tourism Malaysia 2023, KBS, MSN / KSNT, KDN / Polis Di Raja Malaysia, Jabatan dan Agensi Negeri Terengganu, GLC Terengganu, Swasta dan Korporat.Acara utama program ini adalah One Arena, Thousands of Eyes iaitu T-Fight Terengganu International Muay Thai untuk tujuh (7) pertarungan meliputi 1 Super Four (3 pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan).Selain itu, acara ini juga bakal mencatat sejarah tersendiri apabila menghimpun penggiat beladiri/tempur dalam satu pertunjukan seni yang melibatkan penggiat yang aktif di dalam dan luar Terengganu bagi mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records.Penganjuran T-Fight Festival 2023 merupakan kesinambungan daripada acara sebelum ini, namun dirancang lebih besar dengan pengisian dan acara yang lebih hebat.Acara T-Fight Festival 2023 ini juga diselarikan dengan trademark “Sukan Patuh Syariah” dan “Fit Is Sunnah” yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu serta Majlis Sukan Negeri Terengganu.Pelbagai acara sampingan menarik diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya adalah T-Fight Tranung Jom Fit, himpunan kereta klasik, bicara agama dan sosial, sukan patuh syariah, pameran serta acara kepolisan (T-Fight Sang Saka Biru), pameran dan promosi industri pelancongan, T-Fight Tranung Delicious, Busking Challenge, E-Sport Challenge, Night Fun Run dan pelbagai lagi.Pihak penganjur menyasarkan kehadiran pengunjung untuk adalah sekitar 15,000 ke 20,000 orang pengunjung dan para pelancong yang akan berkunjung ke program tersebut.Menurut Master Najmi lagi, program yang bakal dijadikan acara tahun ini secara tidak langsung akan mengangkat imej kerajaan negeri yang serius dan komited dalam menjayakan industri sukan pelancongan di Terengganu, ‘Sport Tourism’.T-FIGHT Fighter Name*Ali Yaakub – Teras Muaythai Gym, Negeri SembilanMat Ropi – Singamuda Kuda Merah PDRMAliff Rakib – Sor. Dechapant, MalaysiaSabri – Thaivisix, TerengganuAmir Sirvan – Muaythai Academy, IranEjo Ikan Bakar – Sri Jerteh, TerengganuZulfakar – Thaivisix, TerengganuPjan Piranha – Muaythai Club, PahangHakim – Red Lion TerengganuAbam Haikal Stble – Black Tiger KelantanAkif Hakimi – Muay Singa Muda, Negeri Sembilan
https://jurnal-malaysia.com/operasi-saman-ekor-dah-bermula-jaga-had-laju-kalau-tak-mahu-kena-tembak/
Operasi Saman Ekor Dah Bermula, Jaga Had Laju Kalau Tak Mahu Kena ‘Tembak’
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sedang melaksanakan operasi saman tembak laju atau saman ekor di seluruh negara, bermula semalam.Operasi dilaksanakan itu bagi mengesan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan memandu melebihi had laju yang dikuatkuasakan mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Susulan itu, pesalah trafik yang dikesan melakukan kesalahan itu di jalan Persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman dan notis saman K170A yang akan diposkan ke alamat kediaman masing-masing.Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar, berkata pada hari pertama pelaksanaannya, sebanyak 8,718 kenderaan dikenakan saman K170A iaitu 8,352 kereta, motosikal (44) dan 322 saman kenderaan perdagangan/perkhidmatan.Beliau berkata, penguatkuasaan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju ini akan dijalankan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah.“Tindakan ini bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan dalam negara.“Anggota JSPT akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju ditetapkan.“Saman kompaun bernilai RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan melakukan kesalahan itu,” katanya.Mengulas lanjut, Mohd Nasri berkata, memandu melebihi kelajuan adalah antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini selepas pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga hilang kawalan.“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mengikut peraturan ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.“Kerjasama orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain,” katanya. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/tragedi-elmina-5-hari-sudah-berlalu-tapi-memori-mengutip-cebisan-mayat-masih-melekat-di-fikiran-pegawai-paspa-apm/
Tragedi Elmina: “5 Hari Sudah Berlalu, Tapi Memori Mengutip Cebisan Mayat, Masih Melekat Di Fikiran…” – Pegawai PASPA APM
Pegawai Operasi, Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM)Kang Wei Xian, berkongsi memori menyayat hati ketika tragedi pesawat terhempas di Elmina, lima hari lalu.“Lima hari sudah berlalu, namun memori menyayat hati ketika mengutip satu persatu cebisan mayat mangsa di lokasi pesawat terhempas masih terus ‘melekat’ di fikiran,” katanya.Menurutnya, dia antara individu yang terbabit dalam operasi khas bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Unit Polis Forensik dan Unit Forensik Kementerian Kesihatan sejak Khamis lalu.“Seramai 10 anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam mula diaktifkan untuk melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa nahas pada jam 3.15 petang Khamis lalu iaitu sejurus pesawat Beechcraft Premier 1 itu terhempas dan meletup.“Selain itu, APM Selangor juga menghantar 13 anggota dari Daerah Klang dan Petaling bagi membantu operasi berkenaan. Pos Kawalan Tempat Kejadian (APM) turut dibuka di tapak nahas,” katanya.Tambah Wei Xian, tugasan utama APM membantu pihak polis Forensik dan pegawai Forensik Kementerian Kesihatan mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian.“Sebagai pegawai operasi PASPA, tugasan utama saya adalah menyelaraskan kerja mencari dan menjejaki mengikut protokol DVI (pengecaman mangsa bencana) ditetapkan.“Selain itu, saya juga adalah Liason Officer (pegawai perhubungan) antara Ground Zero dan juga Pusat Kawalan Operasi Pusat (PKOP). Malah pada hari kejadian, saya turut terbabit dalam tugasan mengumpul dan mengutip cebisan mayat mangsa.“Perasaan sedih sukar digambarkan ketika melihat ada mayat mangsa yang terbakar teruk. Kebanyakan mayat mangsa berada dalam keadaan tidak sempurna,” katanya.Menurutnya, mereka cuba sedaya upaya mencari semua cebisan mayat mangsa yang terdapat di Ground Zero sebelum menyerahkannya kepada Forensik KKM.“Walaupun semua 10 mangsa sudah meninggal dunia, apa yang kami lakukan ini dianggap penghormatan terakhir kepada semua mereka.“Sukar digambarkan detik-detik akhir mangsa sebelum pesawat itu menjunam dalam kelajuan tinggi dan terhempas ke bumi. Situasi di Ground Zero dipenuhi bangkai pesawat yang hancur sepenuhnya,” katanya.Menurutnya, situasi menyayat hati di tapak nahas pesawat itu membuat dia dan anggota APM lain amat bersimpati kepada mangsa dan ahli keluarga mereka. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/spm-diawalkan-zahid-bantu-kemalangan-punca-kedai-arab-popular-bukit-bintang-disita/
SPM Diawalkan? | Zahid Bantu Kemalangan | Punca Kedai Arab Popular Bukit Bintang Disita
SOROTAN MENARIK SELASA 22/08/20231.Ini Punca Kedai Arab Di Tengah Bukit Bintang Disita DBKL2.[V] Ahmad Zahid Bantu Penunggang Motosikal Kemalangan3.Dr Samhan, Calon TikTok Award Best of Education 2023 Pernah Dibuang Universiti4.[V] “Iya, Itu Memang Saya…Saya Memang Pergi Jumpa Bekas Isteri Kedua…” – Zainal Abidin Jawab Foto Tular5.SPM 2023 Diawalkan, Kementerian Pendidikan Akan Keluar Kenyataan Rasmi6.[V] “Childish! Dulu 2012 Pakatan Rakyat Pun Tolak Pakai Logo, Tema Hari Merdeka” – KJ
https://jurnal-malaysia.com/v-childish-dulu-2012-pakatan-rakyat-pun-tolak-pakai-logo-tema-hari-merdeka-kj/
[V] “Childish! Dulu 2012 Pakatan Rakyat Pun Tolak Pakai Logo, Tema Hari Merdeka” – KJ
Bekas pemuda UMNOKhairy Jamaluddin Abu Bakarmenyifatkan isu enggan menggunakan tema, logo Hari Kebangsaan 2023 antara blok kerajaan dan pembangkang sebagai kebudak-budakan.KJ berkata, ia bukan isu baru sebaliknya pernah dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2012.“Ini satu lagi bukti negara kita berpecah sampai logo dan tema bulan kemerdekaan pun jadi polemik.“Bagi saya sangat childish, bagi saya termasuk dua-dua belah pihak termasuk pentaksub dua-dua belah pihak.“Pada tahun 2012 dah mula tema Merdeka 55 iaitu 1Malaysia Janji Ditepati dan ketika itu Pakatan Rakyat keluar dengan slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa.“Dah mula la daripada situ bukan saya nak ungkit benda lama, Pas pun ada dalam tu.“Selangor pun ada tema dan logo dia sendiri.“Kini menteri-menteri kata cabul semangat federalisme – ‘come on’ lah dulu pun kamu buat, jadi dua-dua salah,” katanya.Khairy berkata demikian menerusi Program Keluar Sekejap disiarkan di Youtube pada Isnin.Khairy secara berseleroh berkata, slogan Hari Kebangsaan di Malaysia adalah sesuatu yang sangat penting.“Kalau tak dak slogon bulan merdeka boleh ada rusuhan.“Pakailah apa sahaja kerajaan dah putuskan,” katanya.Terdahulu, media melaporkan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN yang dilancarkan baru-baru ini.Tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ dan logo dengan elemen bunga raya akan digunakan.Cadangan Pemuda PN itu, berikutan tema Hari Kebangsaan yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ didakwa mempunyai perkataan yang diulang-ulang semasa kempen politik.BACA:Empat Negeri PN Akan Teruskan Penggunaan Logo, Tema Hari Kebangsaan Sendiri – Fadhli ShaariJusteru, penggunaan logo dan tema alternatif itu tercetus apabila melihat kerajaan pusat telah mempolitikkan sambutan Hari Kebangsaan yang secara terang-terangan berbaur politik kepartian. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/spm-2023-diawalkan-kementerian-pendidikan-akan-keluar-kenyataan-rasmi/
SPM 2023 Diawalkan, Kementerian Pendidikan Akan Keluar Kenyataan Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember depan.Menterinya,Fadhlina Sidekberkata, pihaknya setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.“Kita (kementerian) memang belum keluarkan kenyataan lagi.“Tunggu sahaja laporan penuh kita itu nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, pada Selasa.Media melaporkan peperiksaan SPM 2023 bermula pada 5 Disember depan sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.Peperiksaan itu akan bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, diikuti Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan.Bagi peperiksaan bertulis, ia berlangsung pada 30 Januari dengan kertas terakhir pada 7 Mac. Ini berbeza dengan jadual yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac lalu.Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menyifatkan langkah mengawalkan SPM itu merupakan langkah pertama untuk mengembalikan jadual persekolahan kembali seperti sediakala.Perkara itu penting kerana tarikh peperiksaan paling sesuai adalah seperti sebelum pandemik iaitu pada November dan Disember yang merupakan tempoh cuti yang panjang, sekali gus memudahkan KPM menggunakan waktu dan ruang yang ada untuk menjalankan peperiksaan. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/iya-itu-memang-sayasaya-memang-pergi-jumpa-bekas-isteri-kedua-zainal-abidin-jawab-foto-tular/
[V] “Iya, Itu Memang Saya…Saya Memang Pergi Jumpa Bekas Isteri Kedua…” – Zainal Abidin Jawab Foto Tular
Bekas jurulatih bola sepak kebangsaanDatuk Zainal Abidin Hassanmengakui ada bertemu bekas isteri keduanya, Fyna Jebat baru-baru ini.Tidak menafikan foto yang tular, Zainal berkata dia bertemu bekas isterinya itu untuk menyelesaikan beberapa perkara.“Iya, itu memang saya. Saya jumpa bekas isteri kedua. Pergi makan, berjumpa ada benda nak selesaikan beberapa masalah,” ujarnya menerusi program Nindia Bola menerusi saluran Astro Arena pada malam Isnin.Menerusi program itu juga Zainal secara terbuka menjawab soalan pengacara, Hafizal Hamad mengenai status rumah tangganya dan Fyna.Zainal, 62, berkata, mereka berpisah secara baik.“Kami sudah berpisah secara damai,” jawabnya ringkas tanpa mendedahkan tarikh sebenar mereka bercerai.Terdahulu, tular foto seorang lelaki dan wanita mirip Zainal dan Fyna sedang makan di sebuah restoran.Mengulas mengenainya, Zainal berkata, dia menganggap perhatian orang ramai tentang kehidupan peribadinya sebagai perkara biasa memandangkan dia dan Fyna mempunyai kelompok peminat tersendiri.“Itu biasalah,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/dr-samhan-calon-tiktok-award-best-of-education-2023-pernah-dibuang-universiti/
Dr Samhan, Calon TikTok Award Best of Education 2023 Pernah Dibuang Universiti
Bangkit dan dikenali di era pasca COVID-19, pemilik 7 buah klinik dan pempengaruh terkenal,Dr Ahmad Samhan Awang, 37, mengakui bukan perjalanan mudah untuk berada di tahap sekarang.Pelbagai ujian harus ditempuhi hingga pernah berdepan detik cemas nyawanya seperti telur di hujung tanduk saat diuji dengan penyakit Ameloblastoma atau ketumbuhan rahang pipi sekitar tujuh tahun lalu.Pengasas Forhimclinic.com itu menegaskan bukan kecil ujian dan dugaan yang ditempuhi.“Kerana sakit dan memerlukan pembedahan Ameloblastama ini juga saya tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen bagi ijazah perubatan saya di University Tanta di Mesir.“Saya terpaksa pulang ke Malaysia untuk melakukan pembedahan yang memerlukan tulang rahang saya dibuang. Seterusnya diambil tulang betis bagi menggantikan tulang rahang.“Pembedahan mengambil masa 12 jam dengan kos keseluruhan RM20,000. Ketika diuji itu saya sendiri pasrah kerana selama ini tidak mempunyai masalah kesihatan. Tuhan menguji tak pernah terhenti,” kata penerima TikTok Malaysia Popular Creator Award 2021 itu.Gambar kenangan selepas pembedahan.Menurut Dr Samhan lagi, fasa memeritkan lagi ialah selepas pembedahan.“Saya tak boleh bercakap langsung sebab leher saya ditebuk di bawah kotak suara. Tak boleh makan kerana gigi diikat dan hanya minum susu melalui hidung selain membuang najis menerusi tiub. Bahkan saya tak boleh berjalan selepas tulang betis diambil.“Bahkan saya kali pertama meminum susu melalui hidung. Tak selesa tapi kena reda. Selang beberapa minit kemudian, perut mula tak selesa.“Ada suatu ketika saya sesak nafas sekitar jam 3 pagi. Siksanya hanya Tuhan saja tahu. Saya yang tak boleh bersuara hanya mampu menggoncangkan katil sebagai isyarat.“Akhirnya goncangan katil itu disedari seorang jururawat. Dia seterusnya menyedut kahak dan saya kembali boleh bernafas,” katanya.Dr Samhan sukar berjalan selepas pembedahan Ameloblastoma.Kata Dr Samhan lagi ketika bergelut dengan detik cemas itu nafasnya terhenti.“Mata saya terbeliak. Saya terus mengucap dalam hati. Mungkin ini pengakhiran buat saya.“Saya berdoa dalam hati kepada Allah, jika ini pengakhiran bagiku akhiri aku dengan sebaik-baik pengakhiran. Jika tidak, panjangkan umur aku untuk aku beri manfaat pada orang lain.“Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dipanjangkan umur,” katanya.Malah, laluannya untuk bergelar doktor juga bukan mudah kerana harus melalui 10 tahun perjuangan dan kehidupan tanpa kenal erti putus asa.“Dengan keputusan matrik 4 flat, saya terus ditawarkan dalam bidang perubatan di sebuah universiti tempatan. Bagaimana ketika pengajian memasuki tahun ketiga dan keempat, saya gagal dua kali.“Bererti kegagalan itu akan membuatkan saya ‘dibuang’ dari universiti dan tak boleh meneruskan bidang perubatan. Ibu bagaimanapun meminta saya membuat surat rayuan. Bagaimanapun rayuan itu ditolak bulat-bulat oleh dekan. Surat itu tidak dibaca, malah terus dibuang ke tong sampah.“Ibu saya berlinang air mata. Namun saat itu, saya berjanji kepada diri untuk tidak lagi membiarkan air mata ibu menyentuhi bumi lagi disebabkan kegagalan saya,” katanya.Dr Samhan bersama isteri tercinta Dr Shida.Dipendekkan cerita, saya berpeluang melanjutkan pengajian perubatan di Mesir pada 2010.“Saya bagaimanapun terpaksa bermula dari tahun pertama kembali. Alhamdulillah, sepanjang tempoh pengajian, saya tak pernah mengulang tahun dan menamatkannya dengan keputusan baik.“Malah setiap kali rasa lemah semangat untuk belajar, terbayang muka ibu. Jadi saya terus kembali bersemangat. Tiap kali rasa nak berhenti kerja masa ‘housemen’, teringat janji pada diri, terus rasa semangat. Doa ibu sentiasa mengiringi diri ini,” katanya.Menyingkap kerjayanya kini sebagai doktor dan pempengaruh, Dr Samhan menjelaskan ia bukan tugas mudah.“Namun, saya gembira kerana impian jadi doktor dan memberi manfaat kepada orang ramai dalam masa sama dapat direalisasi. Dua tahun lalu juga saya menemui dan meneroka platform Tiktok.“Saya juga harus membiasakan rutin merakam dan menyunting video sendiri. Malah tugas memuat naik di laman sosial juga saya lakukan sendiri.“Tanpa diduga, kandungan yang saya muat naik mendapat tontonan berjuta-juta dan dikongsi ramai. Malah dalam tempoh enam bulan, saya meraih 1 juta pengikut di TikTok,” katanya.Ketika menghadiri majlis konvokesyen isteri tercinta pada 2017, malah Dr Samran sempat menggayakan jubah yang sama dipakai Dr Shida.Dr Samhan berkata lagi, dia gembira dan terharu kerana perkongsian bermanfaat dilakukannya menjadi asbab kebahagiaan orang lain.“Ada yang komen mengucapkan terima kasih kerana perkongsian dibuat mengubah skala hidup mereka. Malah tak ketinggalan mendoakan apa saya lakukan sebagai asbab untuk masuk syurga.“Justeru, kata-kata indah itu menjadi pembakar semangat untuk saya meneruskan apa yang dimulakan. Hidup saya seharian takkan lengkap tanpa memuat naik video bermanfaat. Jadi sekurang-kurangnya kena ada video manfaat setiap hari untuk dikongsi,” katanya.Dalam masa sama, Dr Samhan juga berentap sebagai calon dalam Anugerah TikTok 2023 berlangsung Ahad ini bagi kategori Best Of Education.“Saya teruja dan bersyukur di atas pencalonan ini. Orang kata sudah tercalon itu cukup baik. Tapi kalau menang itu bonus. Namun menang atau kalah, bukan noktah untuk saya terus berkongsi perkara manfaat.“Malah di sebalik ujian saya lalui, saya kenal erti untuk tidak putus asa. Ia kekuatan kita. Tak lupa minta dititipkan doa ibu yang diumpamakan seperti keberkatan dalam hidup kita,” katanya.Hingga kini Dr Samhan mempunyai 1.5 juta pengikut di TikTok, 645,000 (Facebook),240,000 (telegram), 165,000 (Instagram) dan 70,000 (Twitter). – JURNALTikTok Dr Samhan:https://vt.tiktok.com/ZSLpBFFMo/
https://jurnal-malaysia.com/v-ahmad-zahid-bantu-penunggang-motosikal-kemalangan/
[V] Ahmad Zahid Bantu Penunggang Motosikal Kemalangan
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidimembantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim untuk segera mendapatkan rawatan.Menerusi perkongsiannya di Facebook, kejadian tersebut berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang setelah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan MIC.“Saya secara kebetulan melihat berlakunya kemalangan yang baru terjadi melibatkan sebuah kereta dan penunggang motosikal berdekatan Jalan Tuanku Abdul Halim.“Kami bergegas membantu Satnam dan saya telah pastikan agar rawatan serta urusan perubatan beliau dapat disegerakan,” katanya pada Isnin.Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa agar mangsa tersebut sembuh dan dipermudahkan segala urusan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/ini-punca-kedai-arab-di-tengah-bukit-bintang-disita-dbkl/
Ini Punca Kedai Arab Di Tengah Bukit Bintang Disita DBKL
Akhirnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi penjelasan mengapa kedai manisan timur tengah yang terletak di Bukit Bintang, berhadapan dengan pusat beli-belah Lot10, Kuala Lumpur, disita baru-baru ini.DBKL menerusi sebuah kenyataan berkata pihak mereka melalui Jabatan Penguatkuasaan DBKL sebelum ini telah menjalankan pemantauan di premis tersebut.Hasil daripada pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja.Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan). Selain itu, aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.Susulan daripada hasil pemantauan tersebut, sebuah operasi penguatkuasaan telah dijalankan pada 19 Ogos 2023 (Sabtu) di premis terbabit.Dalam operasi yang telah dijalankan itu, satu notis kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK3 (1) UUK Pelesenan Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah dari DBKL dan premis tersebut turut diambil tindakan tutup serta merta (SEALED) dibawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.Tindakan dan pemantauan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Untuk sebarang aduan, orang awam boleh boleh menyalurkan melalui portal ADU@KL di laman sesawanghttp://adukl.dbkl.gov.my.Terdahulu tular sebuah video di media sosial mengenai premis ‘Zaitoun’ yang menjual khunafa dan manisan arab disita DBKL.Turut tular aksi kurang manis orang awam terutama wanita, yang berinteraksi dengan peniaga kedai berkenaan sehingga ramai beranggapan premis tersebut disita disebabkan perkara tersebut. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/suami-siti-nurhaliza-datuk-k-saksi-kes-zahid-bintang-16-bucu-pada-logo-merdeka-pn-abang-tesla-kata-sorry/
Suami Siti Nurhaliza Datuk K Saksi Kes Zahid | Bintang 16 Bucu Pada Logo Merdeka PN | Abang Tesla Kata “Sorry…”
SOROTAN MENARIK ISNIN 21/08/20231.Suami Siti Nurhaliza, Datuk K Tiba Di Mahkamah, Dijangka Beri Keterangan Dalam Kes Zahid2.Empat Negeri PN Akan Teruskan Penggunaan Logo, Tema Hari Kebangsaan Sendiri – Fadhli Shaari3.Bimbingan Richworks Dan DPMM Sasar Nilai Jualan RM1 Juta Untuk Ahli4.Kontroversi Logo Hari Kebangsaan PN: Bintang Ada 16 Bucu, Warna Biru Parti – Netizen Bagi Gred F!5.[V] “Ada Yang Kena Bebel Tak Berhenti Ke Tu?”- Abang Tesla Minta Maaf6.Amirudin Kekal MB Selangor, Selesai Istiadat Angkat Sumpah7.Tragedi Elmina: Kotak Perakam Suara Kokpit Pesawat Hangus Terbakar8.[V] Tular Sanusi Ketuk Kepala Wanita Guna Gulungan Kertas – “Kami Orang Kedah Memang Bergurau Kasaq…”
https://jurnal-malaysia.com/v-tular-sanusi-ketuk-kepala-wanita-guna-gulungan-kertas-kami-orang-kedah-memang-bergurau-kasaq/
[V] Tular Sanusi Ketuk Kepala Wanita Guna Gulungan Kertas – “Kami Orang Kedah Memang Bergurau Kasaq…”
Sejak semalam, tular rakaman video Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noryang memukul kepala seorang wanita dengan gulungan kertas.Gurauan kasar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu dalam video berdurasi 18 saat tersebut turut disambut gelak tawa orang sekeliling yang menganggap ia sebagai jenaka biasa.Bagaimanapun ada juga yang menganggap tundakan Sanusi sebagai tidak wajar.Tindakan Sanusi turut dianggap tidak beradab oleh Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz.Amira berkata, perbuatan tersebut bukan gurauan lebih-lebih lagi bersama rakyat.Kata Amira lagi, Sanusi perlu menjaga adab apabila ingin bergurau dengan rakyat dan tidak menormalisasikan semua perkara sebagai jenaka.“Jangan normalisasi semua benda sebagai jenaka,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.Amira Aisya berpandangan, Muhammad Sanusi perlu menunjukkan rasa hormat terhadap rakyat yang mengundi dan memilihnya kerana pengikut akan mengikuti segala perkara yang dibuat pemimpin mereka.“Pemimpin besar buat, pengikut akan ikut sekali.“Tunjukkan sedikit rasa hormat,” ujar beliau. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/tragedi-elmina-kotak-perakam-suara-kokpit-pesawat-hangus-terbakar/
Tragedi Elmina: Kotak Perakam Suara Kokpit Pesawat Hangus Terbakar
Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berdepan kesukaran mendapatkan data dari kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, selepas disahkan hangus terbakar.Menteri PengangkutanAnthony Lokeberkata, pihak berkuasa itu bagaimanapun berhasil membuka CVR terbabit dan berjaya mengeluarkan komponen ‘memory puck’ yang mengandungi data rakaman suara dalam pesawat terbabit.Katanya, CVR bersama komponen itu sudah dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan di Singapura untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir dalam kokpit pesawat berkenaan.“Apabila (CVR) dihantar ke makmal BSKU, (mereka) mendapati CVR terbabit rosak teruk di bahagian luar dan selepas itu kita mendapat tawaran bantuan teknikal dari pihak Singapura.“Pakar mereka datang ke Malaysia pada Jumaat lalu dan keesokannya berjaya membuka CVR serta mengeluarkan komponen ‘memory puck.’“Komponen ‘memory puck’ itu didapati masih dalam keadaan baik, namun oleh kerana kita tidak ada peralatan untuk mendapatkan data dalam ‘memory puck’ itu, ia dihantar ke Singapura semalam,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan nahas pesawat berkenaan, hari ini.Loke berkata, ketika ini pegawai BSKU yang mengetuai siasatan nahas terbabit, Brigadier Jeneral Tan Chee Kee dari Tentera Udara Diraja Malaysia masih berada di Singapura bersama pakar lain untuk mendapatkan data rakaman suara itu.Katanya, disebabkan keadaan CVR tidak sempurna, pihaknya tidak boleh memberikan jangka masa tepat mengenai bila data itu akan diperoleh kerana ada isu teknikal perlu diatasi oleh pakar siasatan.“Memang kita sedang cuba mendapatkan data terbabit. ‘Memory puck’ sudah dikeluarkan dan kita perlu mendapatkan data berkenaan, setakat ni kita masih mencuba di makmal di Singapura.“Jadi saya berharap semua pihak memberikan sedikit masa kepada pakar kita untuk mendapatkan (data) rakaman (suara dalam kokpit) terbabit,” katanya.Ditanya aspek lain yang disiasat BSKU, Loke berkata, pasukan penyiasat terbabit akan melengkapkan laporan awal yang dijangka dikeluarkan dalam tempoh sebulan.“Siasatan juga akan dibantu beberapa pihak lain termasuk Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS).“NTSB terbabit dalam siasatan ini kerana pesawat terbabit adalah buatan AS, malah pendaftarannya juga di bawah AS.“Jadi mengikut Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), pengeluar pesawat itu perlu terbabit dalam membantu siasatan,” katanya.Dalam kejadian 2.50 petang, Khamis lalu, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat terbabit terhempas di Elmina.Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat manakala dua lagi ialah pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun antara individu yang disahkan terkorban dalam nahas itu. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/amirudin-kekal-mb-selangor-selesai-istiadat-angkat-sumpah/
Amirudin Kekal MB Selangor, Selesai Istiadat Angkat Sumpah
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor,Datuk Seri Amirudin Sharisekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dalam satu istiadat di Istana Alam Shah, hari ini.Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta pengurniaan Surat Cara Lantikan diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Istiadat itu disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.Amirudin turut melafazkan ikrar Aku Janji merangkumi beberapa perkara yang perlu beliau penuhi dan patuhi sepanjang memegang jawatan itu.Beliau turut melafazkan untuk bersedia ditimpa bencana diturunkan Allah SWT serta daulat Sultan Selangor jika melanggar sumpah sebagai Menteri Besar.Amirudin memegang jawatan Menteri Besar sejak 2018 dan adalah Menteri Besar termuda dalam sejarah kerajaan negeri apabila dilantik ke jawatan itu pada usia 38 tahun pada 2018.Beliau berjaya mempertahankan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos lalu dengan jumlah undi 19,678 meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN), Hanif Jamaluddin dan calon Bebas, Suman Gopal.PH-BN memenangi 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 12 Ogos lalu. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-ada-yang-kena-bebel-tak-berhenti-ke-tu-abang-tesla-minta-maaf/
[V] “Ada Yang Kena Bebel Tak Berhenti Ke Tu?”- Abang Tesla Minta Maaf
Pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Abang Tesla memohon maaf kepada kaum Adam yang dimarahi isteri gara-gara videonya berpoligami menjadi tular.Abang Tesla atau nama sebenarnyaMuhammad Khal Iltizam Yusrymenerusi sebuah video terkini di TikTok berkata, dia menyedari ramai kaum isteri jurang selesa dengan videonya yang tular.“Saya nak minta maaf kepada kaum lelaki, disebabkan video saya ramai kena marah dengan bini.“Saya yang kahwin dua, kau orang yang kena marah,” katanya sambil menyertakan video ketawa.Bagaimanapun di ruangan komen, hantaran tersebut telah dikecam warga TikTok yang menganggap ia tidak lucu.Malah ada juga kaum hawa yang menanda nama pasangan masing-masing dan menasihati mereka supaya tidak terpengaruh dengan Abang Tesla.“Harap jangan jadi macam ni.”“Aku ni dah lah baran, tengok kau ni tambah baran aku bang!”“Kau ketawa ke? Hari ini kau di atas, esok lusa kau jatuh ke bawah padan muka!”@abg.teslaAda yg kena bebel tak berenti ke tu?? 🤣🤣#abgtesla♬ original sound – ABG.TESLAAntara reaksi warga TikTok di ruangan komen.Abang Tesla pada Sabtu lalu telah mengejutkan warga TikTok apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi.Menerusi video yang dikongsikan, Abang Tesla berkata penikahan keduanya itu telah mendapat restu daripada isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.Malah, menurut Abang Tesla isteri pertamanya reda dan hanya menjaga aibnya sebagai suami.Tiga jam sebelum saya melangsungkan pernikahan yang kedua.“Saya dan isteri pertama solat subuh sama-sama sambil diiringi air mata.“Mungkin ramai yang kahwin tanpa pengetahuan isteri pertama, tapi saya tidak! Saya tidak akan membelakangi isteri saya.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)“Isteri saya reda dan sangat-sangat menjaga aib dan maruah suami dia. Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia tentang hasrat saya,” katanya.Dalam hantaran sama, Abang Tesla turut memuat naik momen dia dan isteri keduanya diijabkabulkan.Tambah Abang Tesla lagi, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.“Isteri yang baik adalah isteri yang taat pada suami dan menjaga maruah suami.“Selesai akad nikah kedua saya terus cari isteri pertama untuk pastikan dia tidak emosi.“Poligami adalah sesuatu yang Allah beri untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan disebabkan orang lain, poligami dipandang hina dimata manusia,” katanya.Video tersebut telah menerima pelbagai reaksi positif dan negatif pelayar laman sosial.Malah, pelakon Nabila Huda turut meninggalkan komen ‘garang’, seolah-olah tidak bersetuju dengan cara Abang Tesla memberitahu tentang pernikahannya itu. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/kontroversi-logo-hari-kebangsaan-pn-bintang-ada-16-bucu-warna-biru-parti-netizen-bagi-gred-f/
Kontroversi Logo Hari Kebangsaan PN: Bintang Ada 16 Bucu, Warna Biru Parti – Netizen Bagi Gred F!
Kecoh tentang pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN), netizen lebih awal lagi sudah menjalankan ‘kerja’.Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan cadangan empat buah negeri PN yang mahu menggunakan logo dan tema berbeza, mula mempertikai beberapa kesalahan pada logo yang dilancarkan gabungan tersebut.Menurut netizen antara kesalahan ‘besar’ pada logo tersebut ialah penggunaan warna biru yang tidak menggunakan tona Jalur Gemilang, sebaliknya ia merupakn warna bendera PN.“Kata tak mahu politik, tapi warna biru tu warna PN. Apa cerita?”, komen seorang warga X.Selain itu, kesilapan memalukan yang dikesan warga X ialah bintang yang bentuknya tidak sama dengan Jalur Gemilang dan memiliki 16 bucu.“Bintang Jalur Gemilang mempunyai 14 bucu yang melambangkan 13 negeri dan 1 Kerajaan Persekutuan. Bintang kat logo Hari Kebangsaan PN mempunyai 16 bucu, dua bucu tambahan itu apa benda?,” soalnya warga X lagi.Selain itu ada juga yang mendakwa logo tersebut sebenarnya ialah inspirasi Bersatu yang memaparkan logo bunga origami dengan meniru logo Mitsubshi.“Oren tu nadir bumi,” kata pengguna lain pula.Keseluruhannya, netizen memberi gred F kepada logo tersebut.Pada Sabtu, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN.BACA:Empat Negeri PN Akan Teruskan Penggunaan Logo, Tema Hari Kebangsaan Sendiri – Fadhli ShaariFadhli berkata, logo yang diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.Susulan itu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menyiasat dakwaan empat negeri di bawah pemerintahan PN yang menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza tahun ini. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/bimbingan-richworks-dan-dpmm-sasar-nilai-jualan-rm1-juta-untuk-ahli/
Bimbingan Richworks Dan DPMM Sasar Nilai Jualan RM1 Juta Untuk Ahli
Konsultan perniagaan terkenal, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) memetrai perjanjian perfehaman (MoU) bagi membantu ahlinya mengatur perniagaan mereka.Antara sasaran mereka termasuklah, mencapai nilai jualan mencecah RM1 juta setahun bagi kira-kira 30 ribu DPMM.Pengerusi RichWorks,Dr Azizanberkata, beliau percaya banyak perkara boleh dilaksanakan menerusi MoU itu dalam membantu usahawan DPMM menaiktaraf perniagaan mereka.“Paling utama kita bersama-sama berusaha untuk mengurang isu tutup perniagaan serta survival masing-masing.“Lebih dari itu, menerusi perkongsian ilmu melalui usaha sama ini mampu membantu usahawan terbabit bangkit semula,” katanya.MoU itu ditandatangani berhubung polikrisis yang berlaku ketika ini sedang menekan ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga menyebabkan jualan merudum malah hingga ada yang tutup perniagaan.Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, polikrisis yang dibangkitkan Dr Azizan adalah tepat pada masanya untuk usahawan sedar bahawa cabaran dihadapi mereka lebih besar kerana banyak faktor termasuk disrupsi teknologi, pengliberalisasian perdagangan dan juga peningkatan kos-kos input perusahaan termasuk kos buruh serta pekerja.“Usahawan berdepan banyak cabaran ketika ini dengan kenaikan harga barangan, kekurangan bekalan bahan mentah ditambah kadar pinjaman di bank menyebabkan kos operasi sesebuah perniagaan makin meningkat,” katanya.Tambah Norsyahrin, tekanan semasa kepada usahawan itu memerlukan perubahan dan langkah yang tepat dalam memastikan tiada usahawan tercicir dan kecundang.Terdahulu, satu majlis menandatangi MoU antara DPMM dan RichWorks diwakili Norsyahrin bersama Dr. Azizan diadakan.Sementara itu, Dr. Azizan memberitahu, usahawan saat ini tiada pilihan lain untuk tingkatkan ilmu, kemahiran dan strategi bagi berdepan polikrisis yang dijangka akan berpanjangan.Katanya, polikrisis ini benar dan bukannya dibangkitkan untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama usahawan.Sehubungan itu, Azizan memberitahu, RichWorks ambil inisiatif melancarkan program yang membantu usahawan-usahawan dalam memberikan solusi langsung kepada permasalahan dihadapi mereka dalam 10X Bina Bisnes Berjaya dari 2 & 3 September nanti. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/empat-negeri-pn-akan-teruskan-penggunaan-logo-tema-hari-kebangsaan-sendiri-fadhli-shaari/
Empat Negeri PN Akan Teruskan Penggunaan Logo, Tema Hari Kebangsaan Sendiri – Fadhli Shaari
Pemuda Perikatan Nasional (PN) menegaskan tetap akan meneruskan penggunaan logo dan tema Hari Kebangsaan yang dicadangkan oleh mereka sebelum ini.Ketua Pemuda PN,Ahmad Fadhli Shaari, bagaimanapun berkata tidak ada majlis sambutan yang berasingan bagi menyambutnya, selain ia hanyalah kempen melalui media sosial agar rakyat lebih menghayati dan bersifat patriotik serta tidak berbaur unsur politik kepartian.Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, pihaknya juga tidak akan berunding dengan kerajaan negeri yang ditadbir oleh PN untuk menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan dicadangkan berkenaan.“Bukan soal kita pergi berunding dari satu negeri ke satu negeri. Tidak. Tetapi hanya sekadar melontarkan (idea) ke khalayak.“Kalau kerajaan negeri nak ambil, boleh ambil. Tidak ada masalah. Kalau kerajaan negeri bawah PN merasakan bahawa mereka lebih berminat atau tidak ada masalah dengan tema Kerajaan Persekutuan, tidak ada masalah.“Bagi pihak kita, itu bukan satu isu yang besar,” katanya.Terdahulu, Ahmad Fadhli mengumumkan empat negeri bawah pentadbiran PN mungkin akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri.Beliau dilaporkan berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan akan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN.Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, dilaporkan berkata pihaknya akan meneliti dan menyiasat perkara berkenaan kerana tidak mahu perbezaan berlaku yang akan mewujudkan jurang serta suasana tidak bersatu padu.Fahmi berkata, sambutan Bulan Kebangsaan bukan bersifat politik, sebaliknya ia adalah sambutan yang diadakan pada peringkat negara.Mengulas kenyataan Fahmi yang akan meneliti serta menyiasat perkara itu pula, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan sedemikian dan menggesa ia bermula dengan siasatan terhadap tindakan pada tahun lalu oleh Kerajaan Selangor bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).“Saya fikir, menteri bolehlah menyiasat bermula daripada tindakan kerajaan negeri bawah PH menggunakan logo dan tema yang berlainan ketika Kerajaan Persekutuan ditadbir oleh PN.“Sebagai contoh pada tahun lalu, Kerajaan Selangor juga menggunakan tema dan logo berlainan untuk sambutan kemerdekaan peringkat negeri,” katanya. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/suami-siti-nurhaliza-datuk-k-tiba-di-mahkamah-dijangka-beri-keterangan-dalam-kes-zahid/
Suami Siti Nurhaliza, Datuk K Tiba Di Mahkamah, Dijangka Beri Keterangan Dalam Kes Zahid
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, suami kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dijangka memberikan keterangan sebagai saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Khalid yang juga dikenali sebagai Datuk K tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pada 8.46 pagi untuk memberikan keterangan sebagai saksi pembelaan.Seramai tujuh saksi bagi pihak Ahmad Zahid sudah memberikan keterangan dalam perbicaraan kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi itu sebelum ini.Ahmad Zahid, 70, dibicarakan dengan 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.Presiden Umno itu didakwa dengan 12 tuduhan pecah amanah iaitu menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans dan lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).Ahmad Zahid juga didakwa dengan lapan tuduhan rasuah iaitu menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd.Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga didakwa dengan 27 tuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung berhubung pendapatan daripada aktiviti haram antara 26 Mac 2016 dan 11 April 2018. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/allahyarham-johari-prihatin-masalah-rakyat-minta-maaf-saya-dah-cuba-selamatkan-dia-anak-pemandu-grab-cerita-terakhir-bersama-ayah/
Allahyarham Johari Prihatin Masalah Rakyat | Minta Maaf, Saya Dah Cuba Selamatkan Dia… | Anak Pemandu Grab; Cerita Terakhir Bersama Ayah
SOROTAN MENARIK JUMAAT 18/05/20231.PM, Menteri Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas Pesawat2.Tragedi Elmina: Allahyarham Johari Prihatin Kebajikan Rakyat, Tegas, Komited3.“Arwah Merangkak, Menjerit Minta Tolong, Saya Minta Maaf Saya Dah Cuba…” – Pemandu Lori Cuba Selamatkan Rider4.Tragedi Elmina: Anak Cerita Malam Akhir Pemandu e-hailing Sebelum Maut – “Ayah Ajak Borak Panjang…”5.Tragedi Elmina: Kerajaan Bersedia Ringankan Beban Keluarga Mangsa – PM6.Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tukar Hakim7.Kementerian Pengangkutan Minta CAAM Siasat Semua Pesawat Beechcraft Model 390 Di Malaysia
https://jurnal-malaysia.com/kementerian-pengangkutan-minta-caam-siasat-semua-pesawat-beechcraft-model-390-di-malaysia/
Kementerian Pengangkutan Minta CAAM Siasat Semua Pesawat Beechcraft Model 390 Di Malaysia
Kementerian Pengangkutan akan meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menjalankan siasatan terhadap semua pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang digunakan di Malaysia.Menteri PengangkutanAnthony Lokeberkata pada masa ini pihaknya tidak mahu membuat sebarang keputusan terburu-buru mengenai penangguhan operasi model pesawat tersebut.“Saya akan minta CAAM untuk buat siasatan terhadap model tersebut dan apa sahaja keputusan perlulah kita buat secara teliti selepas siasatan oleh pihak teknikal dan pihak berkuasa.“Pada ketika ini belum ada apa-apa keputusan terburu-buru diambil, jadi pihak CAAM sudah tentu akan buat siasatan terperinci terhadap semua model yang sedang digunakan di Malaysia berkenaan dengan pesawat tersebut,” katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman antara Yinson Holdings Bhd, RRJ Capital dan Farosson di sini hari ini.Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor mengakibatkan 10 lelaki maut termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.Lapan yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu e-hailing yang lalu di tempat kejadian.Ketika insiden berlaku, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang. – JURNALSumber:AWANIBerita berkaitan:[V] Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pesawat Ringan, Juruterbang Dan Penumpang Turut MautPesawat Terhempas Di Elmina, Polis Sahkan 10 Terkorban Termasuk Exco PahangPesawat Berkecai, Mangsa Korban Ditemukan Dalam Keadaan Tidak Sempurna“Arwah Merangkak, Menjerit Minta Tolong, Saya Minta Maaf Saya Dah Cuba…” – Pemandu Lori Cuba Selamatkan RiderTragedi Elmina: Kerajaan Bersedia Ringankan Beban Keluarga Mangsa – PMPM, Menteri Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas PesawatTragedi Elmina: Allahyarham Johari Prihatin Kebajikan Rakyat, Tegas, Komited
https://jurnal-malaysia.com/mahkamah-tolak-permohonan-najib-tukar-hakim/
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tukar Hakim
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonanDatuk Seri Najib Tun Razakuntuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada prosiding pendengaran kes berhubung penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak permohonan bekas perdana menteri itu supaya menarik diri, disebabkan hubungan beliau dengan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.Sequerah pada bulan lepas mendedahkan bahawa beliau pernah berkhidmat di sebuah firma bersama dengan Loo, yang kini dalam tahanan polis.Dalam keputusan hari ini, Sequerah berkata ia memandangkan sejak Loo meninggalkan firma berkenaan pada 31 Dis 2008, beliau tidak pernah berkomunikasi dengan Loo, sama ada secara profesional atau peribadi, iaitu sejak kira-kira 15 tahun lepas.“Sejak Loo meninggalkan firma itu pada 31 Dis 2008, tiada sebarang asas yang dikemukakan di mahkamah ini bagi menunjukkan sebarang hubungan, sama ada profesional atau peribadi, dan kini 15 tahun telah berlalu,” katanya.“Tiada kemungkinan, tiada sedikit pun bukti untuk membentuk sebarang asas bagi menunjukkan wujud sebarang bentuk perhubungan mungkin boleh ditimbulkan.Berikutan perkara di atas, tidak ada keperluan di pihak saya untuk mendedahkan fakta pekerjaan lepas di firma guaman itu sebenarnya.“Keputusannya ialah berdasarkan alasan yang dinyatakan, permohonan untuk saya menarik diri, dengan ini ditolak,” katanya.Pada 14 Ogos, Muhammad Shafee memfailkan permohonan untuk Sequerah menarik diri daripada mendengar kes itu, selepas Sequerah mendedahkan bahawa Loo pernah menjadi bekas rakan sekerjanya kira-kira 10 hingga 15 tahun lepas.Loo yang namanya disebut lebih 600 kali semasa perbicaraan 1MDB, sebelum ini dianggap sebagai orang yang menjadi buruan pihak berkuasa sehingga baru-baru ini, apabila dia berada di bawah tahanan polis Malaysia.Pada 12 Julai lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa Loo telah ditahan polis pada 7 Julai bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.Di kandang tertuduh ialah Najib, 70, yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama. – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/tragedi-elmina-kerajaan-bersedia-ringankan-beban-keluarga-mangsa-pm/
Tragedi Elmina: Kerajaan Bersedia Ringankan Beban Keluarga Mangsa – PM
Kerajaan bersedia dengan sebarang bentuk bantuan kepada waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, semalam.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan berkenaan akan melibatkan kesemua pihak, termasuk kerajaan pusat, kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan.“Sekarang ini, kita berikan bantuan diperlukan untuk urus jenazah dan apa saja bentuk bantuan, terutamanya kepada waris mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.“Saya mohon keluarga terus bersabar. Tiada siapa yang boleh jangka (kemalangan berlaku). Kerajaan akan bantu untuk ringankan beban waris,” katanya.Anwar berkata demikian selepas melawat keluarga mangsa di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, fokus utama ketika ini adalah bagi menyegerakan proses bedah siasat dan mengenal pasti identiti mangsa.Beliau dalam masa sama menzahirkan penghargaan terhadap semua pihak yang terlibat serta kecekapan mereka mengendalikan operasi kemalangan tersebut.Terdahulu, Anwar dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling.Bagaimanapun, beliau membuat keputusan menuju terlebih dahulu ke HTAR sebelum bergerak ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang.Beliau sempat meluangkan masa menziarahi waris mangsa yang terlibat dalam nahas terbabit.Antara yang turut hadir di HTAR, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.Dalam kejadian petang semalam, 10 lelaki disahkan maut apabila pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina.Antara yang turut terkorban ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang. – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/tragedi-elmina-anak-cerita-malam-akhir-pemandu-e-hailing-sebelum-maut-ayah-ajak-borak-panjang/
Tragedi Elmina: Anak Cerita Malam Akhir Pemandu e-hailing Sebelum Maut – “Ayah Ajak Borak Panjang…”
Anak kepada pemandu e-hailingSharipuddin Shaari, 53, yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam, menceritakan detik terakhir bersama Allahyarham pada malam sebelum kejadian.Muhammad Sharul Izuan, 16, berkata, ayahnya mengajak dia bersembang panjang dan bersungguh-sungguh memintanya untuk makan.Namun disebelah pagi, pada hari kejadian Allahyarham tidak bercakap semasa menghantarnya ke sekolah.Katanya, pagi semalam dia bertemu bapanya di luar rumah ketika arwah sedang memeriksa enjin kereta.“Ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian.“Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan.“Petang semalam kira-kira jam 6 petang, anggota peronda polis datang ke rumah memaklumkan ayah terbabit kemalangan dan berita itu amat mengejutkan kami sekeluarga,” katanya.Malah dua minggu sebelum kejadian, Allahyarham ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, memberikan dua keping gambar kepada Sharul Izuan untuk disimpan.“Ayah beri saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpan sebagai kenangan,” katanya.Tambah Sharul Izuan lagi, ketika bapanya memberikan gambar itu, mereka sekeluarga terdiri daripada ibu, Suriana Muda, 43, dan adik bongsu, Nur Izzara Arissya,9, ada bersama dalam kereta.“Saya tidak menyangka permintaannya menyuruh menyimpan gambar itu menjadi petanda ayah akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Taman Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, pada Jumaat.Kata pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Salak Tinggi itu lagi, kali terakhir bapanya menghubungi ibu pada 2.15 petang semalam ketika sedang berehat di sebuah restoran dan memaklumkan berada di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan dan pulang awal selepas selesai bekerja.Pelajar Tingkatan Empat berkata, sebelum ini mereka sekeluarga tinggal di Arau, Perlis dan berpindah menyewa di taman itu sejak hujung tahun lalu.“Pemergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya. – JURNALSumber:Harian MetroBerita berkaitan:[V] Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pesawat Ringan, Juruterbang Dan Penumpang Turut MautPesawat Terhempas Di Elmina, Polis Sahkan 10 Terkorban Termasuk Exco PahangPesawat Berkecai, Mangsa Korban Ditemukan Dalam Keadaan Tidak Sempurna“Arwah Merangkak, Menjerit Minta Tolong, Saya Minta Maaf Saya Dah Cuba…” – Pemandu Lori Cuba Selamatkan RiderTragedi Elmina: Allahyarham Johari Prihatin Kebajikan Rakyat, Tegas, Komited
https://jurnal-malaysia.com/arwah-merangkak-menjerit-minta-tolong-saya-minta-maaf-saya-dah-cuba-pemandu-lori-cuba-selamatkan-rider/
“Arwah Merangkak, Menjerit Minta Tolong, Saya Minta Maaf Saya Dah Cuba…” – Pemandu Lori Cuba Selamatkan Rider
Seorang pemandu lori yang juga saksi dalam insiden pesawat terhempas di Elmina dekat Shah Alam, Selangor pada Khamis,Muhd Affendi Sobrimemohon maaf kerana gagal menyelamatkan penunggang motosikal, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh.“Masih tak boleh tidur terbayangkan arwah. Kapal terhempas depan mata saya dan saya turun dari lori, terdengar mangsa minta tolong. Dan saya ambil pemadam api yang ada di dalam lori.“Saya terus pergi dekat mangsa, masa tu dia masih bergerak. Saya nak dekati dia yang masih bergerak, tapi masih ada barang-barang yang meletup.“Saya terus pergi tembak pemadam api, tapi tak cukup untuk padam api di badannya. Saya sudah cuba nak menyelamatkan rider motor, maafkan saya,” katanya.Muhd Affendi meluahkan perasaan serba salahnya kerana tidak membantu penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie dekat Elmina.“Arwah jerit minta tolong. Saya tak sanggup tengok dia merangkak sebut nama Allah minta tolong.“Pemadam api saya dah habis pakai untuk (padamkan) mangsa. Saya rasa bersalah sebab tak dapat bantu dia dari terbakar.“Maafkan saya tak dapat selamatkan arwah, saya dah cuba,” katanya pada Jumaat.Menurut Muhd Affendi lagi, ketika kejadian, sahabatnya yang merupakan kelindan lori menghubungi panggilan kecemasan, manakala dia keluar untuk menyelamatkan mangsa.Malah video yang dirakam Muhd Affendi mengundang sebaknya dan insiden yang berlaku disaksikan di depan mata membuatkannya tidak tenang.Muhd Affendi Sobri.“Saya mula-mula sebak sebab arwah minta tolong, badan dia terbakar. Tapi tak mampu nak tolong sebab masa tu ada benda yang meletup. Selepas itu, baru saya tolong.“Mungkin Allah nak uji saya dengan cara ni. Saya kuat kerana arwah… saya masih terbayangkan kejadian,” katanya lagi.Terdahulu, sebuah pesawat ringan terhempas di Elmina, dekat Denai Alam, Shah Alam pada Khamis petang.BACA:Pesawat Terhempas Di Elmina, Polis Sahkan 10 Terkorban Termasuk Exco PahangPesawat yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah, pada pukul 2.08 petang, dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.Seramai 10 individu termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, maut dalam nahas tersebut.Allahyarham adalah antara lapan individu yang menaiki pesawat ringan berkenaan. Dua mangsa lain yang terlibat adalah seorang penunggang motosikal dan pemandu sebuah kereta.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pada sidang media bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) memaklumkan mayat kesemua mangsa pesawat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan berkecai. – JURNALSumber:MSTAR
https://jurnal-malaysia.com/tragedi-elmina-allahyarham-johari-prihatin-kebajikan-rakyat-tegas-komited/
Tragedi Elmina: Allahyarham Johari Prihatin Kebajikan Rakyat, Tegas, Komited
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau,Datuk Seri Johari Harunadalah seorang yang tegas, komited bekerja serta sangat prihatin dengan kebajikan rakyat dan rakan.Keperibadiannya menjadikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai itu seorang yang disenangi dan dihormati ramai dan pemergian beliau dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam mengejutkan banyak pihak.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tokoh korporat berusia 53 tahun itu adalah seorang yang lembut tutur katanya dan menghormati orang lain terutama mereka yang lebih tua serta berpengalaman.“Kami ibarat abang dan adik, sangat rapat kerana berada dalam UMNO. Selepas dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang, kami juga banyak berbincang kerana ada portfolio beliau disandang oleh saya sebelum ini.“Malah kami sepatutnya ada perbincangan semalam memandangkan kedua-dua kami ada urusan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang namun tidak kesampaian kerana Allahyarham terus keluar walaupun pada awalnya sudah berkata okey… mungkin beliau mengejar masa,” katanya semasa dihubungi di sini.Mohd Sharkar merupakan Exco Pahang dan memegang portfolio alam sekitar sebelum DUN negeri itu dibubarkan tahun lepas.Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Piatu di Bentong, Amir Rozaini Abdul Rani pula berkata, Allahyarham merupakan seorang yang teliti dan akan memastikan setiap tugasan diselesaikan segera terutama jika membabitkan kebajikan murid.Berkongsi cerita, Amir Rozaini berkata, Johari pernah hadir merasmikan majlis di sekolah dan ketika itu, beliau meminta bantuan untuk menambah susur gajah (laluan beratap) bagi kemudahan murid dan tanpa disangka, pihak berkaitan hadir bagi tindakan susulan dalam tempoh yang singkat.Bagaimanapun, Amir Rozaini berkata, tindakan segera itu bukan perkara luar biasa kerana ia adalah keperibadian Allahyarham sejak beliau bekerja sebagai setiausaha kerja kepada Johari selama dua tahun bermula pada 2008.“Ketika itu, Allahyarham merupakan Ketua Pemuda UMNO Bentong dan mudah bergurau dengannya. Tapi semakin meningkat usia dan bertambah tanggungjawab, beliau lebih tegas terutama semasa bekerja dan kena sentiasa bersedia dengan jawapan kerana beliau sering membuat susulan bagi kerja yang diberikan.“Namun begitu sikap prihatinnya masih kuat. Jika mendengar ada kematian atau ada yang sakit, beliau sedaya upaya akan hadir bertemu atau jika tidak, akan menghantar wakil,” katanya.Amir Rozaini berkata, beliau baru bertemu dengan Johari pada Selasa di sebuah majlis di Bentong semasa Allahyarham menyerahkan cek sumbangan kerajaan negeri untuk kegunaan sekolah dan berkali-kali berpesan supaya wang itu digunakan sebaiknya.Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa menyifatkan Johari, yang dikenalinya sejak beliau bertugas di negeri itu pada 2020, sebagai seorang yang kerap berpesan tentang kepentingan berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat.“Ini peringatan yang kerap diberikan setiap kali berjumpa atau pada majlis melibatkan bomba. Sebelum dilantik sebagai Exco, beliau ada bertanya mengenai kebajikan kami dan keprihatinan itu semakin bertambah bila kami ini secara rasminya berada di bawah portfolio Allahyarham,” katanya.Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar, yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Johari, pula menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang komited dengan amanah yang diberikan walaupun masih baru menyandang jawatan dalam kerajaan negeri.Mangsa korban nahas pesawat.Johari, yang berada dalam senarai penumpang, merupakan seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina.Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat itu telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2:08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.Beliau berkata, hubungan pertama oleh pesawat itu dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang ialah pada 2.47 petang dan kebenaran untuk mendarat telah diberikan pada 2.48 petang.Katanya, pada 2.51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat itu. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/pm-menteri-ucap-takziah-kepada-keluarga-mangsa-nahas-pesawat/
PM, Menteri Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas Pesawat
Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahimmengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, pada petang Khamis.Menerusi hantaran di semua platform media sosial, Anwar turut mendoakan keluarga mangsa yang terbabit tabah menghadapi dugaan itu.View this post on InstagramA post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi. Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya.Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan semua ahli keluarga tabah dengan ujian itu.“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah buat semua keluarga mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina petang tadi. Semoga keluarga mangsa tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya.Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut termasuk seorang kenamaan dalam nahas pesawat itu.BACA:Pesawat Terhempas Di Elmina, Polis Sahkan 10 Terkorban Termasuk Exco PahangMenurut Hussein, lapan daripada mereka ialah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi adalah orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/tragedi-elmina-10-terkorban-pesawat-berkecai-mangsa-ditemukan-tidak-sempurna-rosmah-dapat-pasport/
Tragedi Elmina, 10 Terkorban | Pesawat Berkecai Mangsa Ditemukan Tidak Sempurna | Rosmah Dapat Pasport
SOROTAN MENARIK KHAMIS 17/08/20231.Kes Ebit Lew: Ada Data Dipadam Daripada Telefon Bimbit Pengadu Wanita2.Mahkamah Rayuan Benarkan Rosmah Dapat Pasport Melawat Nooryana Najwa Di Singapura3.[V] Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pesawat Ringan, Juruterbang Dan Penumpang Turut Maut4.Lakukan Amang Seksual Bukan Fizikal Terhadap Dua Remaja Lelaki Di Instagram, Safiey Illias Dilepas Tanpa Dibebaskan5.Pesawat Terhempas Di Elmina, Polis Sahkan 10 Terkorban Termasuk Exco Pahang6.Pesawat Berkecai, Mangsa Korban Ditemukan Dalam Keadaan Tidak Sempurna7.Kes Opai Pamer Plat Palsu Di Kereta McLaren, Polis Masih Tunggu Arahan Timbalan Pendakwa Raya
https://jurnal-malaysia.com/pesawat-berkecai-mangsa-korban-ditemukan-dalam-keadaan-tidak-sempurna/
Pesawat Berkecai, Mangsa Korban Ditemukan Dalam Keadaan Tidak Sempurna
Semua mayat mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dekat Elmina, Shah Alam, ditemui dalam keadaan tidak sempurna.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata keadaan mayat mangsa sedemikian disebabkan impak pesawat yang berkecai.Ketika ini, identiti dua lagi mangsa iaitu orang awam sedang dikenal pasti oleh pihak berkuasa.Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, identiti semua mangsa, walaupun sudah dikenal pasti perlu disahkan melalui ujian forensik.“Pengesahan akan diumumkan oleh polis kelak,” katanya.Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, dilaporkan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas jet persendirian dekat Elmina petang ini.Ketika kejadian, Johari yang juga Ketua UMNO bahagian Bentong, dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.Kematian Johari dikongsi oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, menerusi ciapan di Twitter sambil berkongsi gambar kenangan dalam mesyuarat bersama Allahyarham.“Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham YB Dato’ Sri Johari Harun, EXCO Pahang yang juga ADUN Pelangai di bawah Parlimen Bentong.“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja 2 hari lepas, saya bersama Allahyarham Dato’ Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak,” katanya menerusi hantaran itu.Setakat ini, Kementerian Pengangkutan mengesahkan identiti dua kru pesawat iaitu Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, manakala penumpang ialah Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Datuk Seri Johari Harun, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib Ramali. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/pesawat-terhempas-di-elmina-polis-sahkan-10-terkorban-termasuk-exco-pahang/
Pesawat Terhempas Di Elmina, Polis Sahkan 10 Terkorban Termasuk Exco Pahang
Sekurang-kurangnya 10 terkorban dalam nahas pesawat persendirian terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina, petang tadi.Dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang tadi, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas di Elmina.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.“Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.“Semasa terhempas pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.BACA:[V] Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pesawat Ringan, Juruterbang Dan Penumpang Turut MautHussein berkata pada masa ini pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 10 mangsa yang terkorban.Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil masa hampir 10 minit bagi memadam kebakaran.Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-penunggang-motosikal-maut-dirempuh-pesawat-ringan-juruterbang-dan-penumpang-turut-maut/
[V] Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pesawat Ringan, Juruterbang Dan Penumpang Turut Maut
Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah pesawat ringan yang dipercayai terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie, di sini, tadi.Juruterbang dan penumpangnya turut dipercayai maut dalam kejadian itu.Difahamkan model pesawat itu ialah Fouga CM-170 Magister dan kejadian berlaku tidak jauh daripada landasan Lapangan Terbang Subang.Video dan gambar pesawat yang terbakar sudah tersebar di media sosial sejak 3.10 petang tadi.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Difahamkan sidang media mengenai tragedi ini akan dijalankan pada jam 4 petang ini. – JURNALBerita lanjut menyusul.
https://jurnal-malaysia.com/kes-opai-pamer-plat-palsu-di-kereta-mclaren-polis-masih-tunggu-arahan-timbalan-pendakwa-raya/
Kes Opai Pamer Plat Palsu Di Kereta McLaren, Polis Masih Tunggu Arahan Timbalan Pendakwa Raya
Polis masih menunggu arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagaiOpaiselepas mempamerkan nombor pendaftaran palsu di kereta McLaren.Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Saleh berkata, kertas siasatan sudah dirujuk ke TPR dan sedang menunggu arahan selanjutnya.“Kertas siasatan masih berada di Putrajaya (TPR) dan sedang menunggu arahan selanjutnya,” katanya.Media sebelum ini melaporkan polis sudah merekodkan keterangan suami Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai selepas mempamerkan nombor pendaftaran palsu di kereta McLaren.Kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Terdahulu, suami kepada seorang pelakon wanita dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan ‘supercar’ pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/lakukan-amang-seksual-bukan-fizikal-terhadap-dua-remaja-lelaki-di-instagram-safiey-illias-dilepas-tanpa-dibebaskan/
Lakukan Amang Seksual Bukan Fizikal Terhadap Dua Remaja Lelaki Di Instagram, Safiey Illias Dilepas Tanpa Dibebaskan
Usahawan kosmetik, Safiey Ilias dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan seksual terhadap dua remaja lelaki, dua tahun lalu.Hakim Norhazani Hamzah memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memaklumkan pihaknya memohon Safiey, 29, atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu.“Kes dibatalkan. Tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan itu dan wang jaminan dikembalikan,” katanya.Terdahulu, Nurfadzlin berkata, permohonan itu dibuat atas alasan tertuduh akan didakwa semula di mahkamah Pahang dan Johor memandangkan mangsa yang juga saksi dalam kes itu masing-masing berada di dua negeri berkenaan.“Sekiranya perbicaraan dijalankan di mahkamah ini, ia menyukarkan mangsa dalam kes itu untuk berulang-alik,” katanya.Peguam Harjeet Singh Sidhu yang mewakili Safiey bagaimanapun memohon usahawan itu dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.Harjeet berkata, kes terhadap anak guamnya sudah tergantung agak lama dan dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen Putrajaya ke Ampang, tahun lalu.“Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk sesi penghujahan kedua-dua pihak berkaitan bantahan awal pihak pembelaan terhadap dua daripada empat pertuduhan yang disifatkan cacat dan mengandungi butiran tidak lengkap,” katanya.Pada 24 Julai lalu, Harjeet mengemukakan bantahan awal secara lisan terhadap kedua-dua pertuduhan atas alasan pertuduhan itu cacat kerana tidak menyertakan butiran khusus yang menjadi asas pertuduhan yang dihadapinya.Peguam itu menyatakan, dua daripada empat pertuduhan itu cacat kerana tidak menjelaskan butir-butir komunikasi seksual yang didakwa berlaku antara tertuduh dengan kedua-dua remaja berkenaan.Safiey didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual melalui platform Instagram dengan dua remaja lelaki yang ketika itu berusia 14 tahun.Usahawan kosmetik itu yang popular dengar lagu ‘Syinta Gila’ turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menggoyang-goyangkan payudara di hadapan dua remaja sama bagi maksud seksual.Safiey didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, jam 9 pagi pada 9 Jun 2021.Sementara itu, Safiey ketika dihubungi, dia bersyukur selepas mahkamah membebaskannya daripada pertuduhan itu.“Alhamdulillah, saya dilepaskan daripada empat pertuduhan berkenaan selepas hampir tiga tahun turun naik mahkamah.“Saya hairan apabila pihak pendakwaan gagal mengemukakan apa yang sepatutnya menjadi hak pasukan peguam saya untuk meneliti video berkenaan,” katanya.Katanya, dia sudah bersedia sekiranya akan dituduh di Temerloh, Pahang dan Johor. “Saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, dan tetap akan melawan kes ini,” katanya. – JURNALSumber: HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/mahkamah-rayuan-benarkan-rosmah-dapat-pasport-melawat-nooryana-najwa-di-singapura/
Mahkamah Rayuan Benarkan Rosmah Dapat Pasport Melawat Nooryana Najwa Di Singapura
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonanDatin Seri Rosmah Mansoruntuk kali keempat mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan melawat anaknya, Nooryana Najwa Mohd Najib dan keluarga di Singapura.Keputusan itu dibuat panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.Terdahulu, peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh, memohon pasport itu bagi membolehkan anak guam yang juga isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke republik berkenaan dari esok hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 September dan 9 September hingga 31 Oktober ini.“Nooryana Najwa (anak sulung Rosmah) akan melahirkan anak ketiga dalam masa terdekat.“Difahamkan, pendakwaan tidak membantah permohonan ini,” katanya.Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn, mengesahkan tidak membantah permohonan berkenaan.Nooryana Najwa berkahwin dengan warga Kazakhstan bernama Daniyar Kessikbayev dan mereka kini menetap di Singapura.Media melaporkan, notis usul permohonan itu difailkan menerusi Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu.Notis berkenaan antara lain menyatakan alasan pergi ke negara itu untuk melawat ahli keluarga, termasuk Nooryana Najwa yang dijangka bersalin pada 28 Ogos ini.Dalam permohonan ketiga yang dibuat melalui notis usul bertarikh 2 Jun lalu, isteri Najib itu memohon mendapatkan sementara dokumen perjalanan berkenaan untuk ke Singapura selama empat minggu dari 6 Jun sehingga 7 Julai lalu.Rosmah sebelum ini dibenarkan untuk mendapatkan sementara pasportnya pada 15 Oktober 2021 bagi melawat Nooryana Najwa yang bersalin anak kedua dan kali kedua pada 21 Mac lalu, juga untuk melawat Nooryana Najwa dan cucu lelakinya yang tidak sihat.Rosmah merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 1 September tahun lalu, yang mendapati beliau bersalah atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.Hakim Mohamed Zaini Mazlan, memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu, namun membenarkan permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan yang akan didengar di Mahkamah Rayuan. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/kes-ebit-lew-ada-data-dipadam-daripada-telefon-bimbit-pengadu-wanita/
Kes Ebit Lew: Ada Data Dipadam Daripada Telefon Bimbit Pengadu Wanita
Mahkamah Majistret, di sini, semalam diberitahu perisian XRY yang digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengenal pasti data yang dipadam daripada telefon bimbit pengadu wanita dalam kes pendakwahEbit Irawan Ibrahim Lewatau Ebit Lew.Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM, Latifah Abdul Aziz, 43, berkata beliau menggunakan perisian itu untuk mengekstrak data dalam telefon bimbit pengadu.Saksi pendakwaan ketujuh itu bersetuju dengan cadangan peguam Ram Singh, yang mewakili Ebit Lew, bahawa sebagai pihak yang menyediakan laporan forensik dan menganalisis telefon bimbit tersebut, ada kemungkinan mesej teks telah dipadam.Latifah berkata, beliau turut menganalisis telefon bimbit yang dirampas daripada saksi pertama iaitu Mohd Fairuz Abu dan saksi ketiga, Firdaus Wong Wai Hung.“Hasil analisis mendapati terdapat kumpulan WhatsApp dinamakan ‘Nobody’ mempunyai empat ahli iaitu Mohd Fairuz, Firdaus dan dua individu lain,” katanya pada perbicaraan kes Lew di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Perbicaraan bersambung hari ini. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/pengkid-tak-mengaku-dera-budak-nassuruddin-mula-tugas-mb-kelantan-tikam-kekasih-minta-putus/
‘Pengkid’ Tak Mengaku Dera Budak | Nassuruddin Mula Tugas MB Kelantan | Tikam Kekasih Minta Putus
SOROTAN MENARIK RABU 16/08/20231.Panglima Perang Pas Kelantan, Nassuruddin Mulakan Tugas Rasmi Hari Ini2.Perhimpunan Solidariti Nik Amar Satu Fitnah – Pas Pengkalan Chepa3.Pindah Arab Saudi, Neymar Minta Lapan Kereta Mewah, Jet Peribadi, Tiga Sauna4.[V] Ibu Dan Rakan ‘Pengkid’ Mengaku Tidak Bersalah Dera Budak Lelaki Tujuh Tahun5.Tak Boleh Terima Kekasih Minta Putus, Penganggur Tikam Bekas Teman Wanita6.Majestic Johor Festival 2023 Dengan Kerjasama Starvendors Di Puteri Harbour, Sasar 650,000 Pengunjung
https://jurnal-malaysia.com/majestic-johor-festival-2023-dengan-kerjasama-starvendors-di-puteri-harbour-sasar-650000-pengunjung/
Majestic Johor Festival 2023 Dengan Kerjasama Starvendors Di Puteri Harbour, Sasar 650,000 Pengunjung
Majestic Johor Festival 2023kini kembali lagi buat tahun kedua anjuran Tourism Johor terapi lebih istimewa kerana melibatkan kerjasama bersama Star Vendors Event Sdn Bhd.Acara gilang gemilang tersebut akan berada di Puteri Harbour, Kota Iskandar, Johor, sembilan hari berturut-turut bermula 26 Ogos sehingga 3 September ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, sambutan hangat yang diterima Majestic Johor Festival tahun lalu, antara sebab acara ini diteruskan lagi pada tahun ini.“Tahun lalu festival ini berjaya menarik 500,000 ribu pengunjung dan kita harap dengan kerjasama Starvendors, lebih ramai lagi yang akan membanjiri Puteri Habour.“Tahun ini sasaran kami ialah seramai 650,000 pengunjung,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media acara tersebut di Hard Rock Cafe, Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor, pada petang Rabu.Sementara itu, Pengarah Tourism Johor, Haji Suhairi Haji Hashim berkata, acara ini mengumpul usahawan-usahawan daripada pelbagai sektor seperti fesyen, kecantikan, kesihatan, kembara, makanan, minuman dan lain-lain.Menariknya kali ini, sejarah bakal terpahat kerana kek hari kebangsaan terbesar di Malaysia, seberat 750 kilogram akan dibawa ke Majestic Johor Festival 2023 dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.Selain itu, penglibatan agensi-agensi kerajaan dan juga penglibatan 10 daerah Negeri Johor akan juga membawa pelbagai produk dan perkhidmatan dari daerah masing-masing.“Objektif utama acara ini dijalankan adalah untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan keluarga yang mesti di kunjungi.“Tambahan lagi, bagi meningkatkan jalinan kerjasama dengan semua pihak yang bertanggungjawab dalam usaha untuk mempromosikan negeri Johor dan keistimewaan setiap daerah,” katanya.Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bh juga artis versatil popular, Datuk Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran ini juga adalah untuk memberi platform eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.“Kami amat bebesar hati dengan Tourism Johor yang telah member peluang kepada Star Vendors Event Sdn Bhd untuk menguruskan acara untuk tahun ini.“Tahun ini, penampilan khas Pasukan JDT sempena ulang tahun penubuhannya ke 10. Selain itu, pengunjung akan diberi peluang untuk menyaksikan Konsert“Road Tour Gegar Vaganza yang akan di ditayangkan di Astro.“Antara aktiviti menarik yang akan diadakan adalah aktiviti kanak-kanak seperti mewarna, karaoke Star Voice, permainan kanak-kanak dan sebagainya.“Acara festival ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Masuk adalah percuma termasuk konsert percuma setiap malam,” katanya.Aktiviti lain yang akan diadakan ialah pesta kopi dan dessert, ‘booth’ Hard Rock café dan Harley Davidson.Antara tarikan menarik sempena bulan kemerdekaan, acara seperti perarakkan kemerdekaan dan semestinya sambutan kemerdekaan ke 66 diakhiri dengan pertunjukkan bunga api.Turut memeriahkan minggu tersebut adalah Hot Air Balloon yang dibawakan oleh Golden Value Ventures Academy secara percuma untuk 160 pengunjung terawal dengan syarat yang ditetapkan.Selain daripada memberi peluang kepada usahawan tempatan, Majestic Johor Festival 2023 bakal menyaksikan pembabitan 60 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.Antaranya, Wak Doyok, Dato Sri Aliff Syukri, Khai Bahar, Sherry Ibrahim, Black Hanifah, Noraniza Idris, Hafiz Suip, Reen Rahim, Nadia Brian, Ramlah Ram dan ramai lagi. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/tak-boleh-terima-kekasih-minta-putus-penganggur-tikam-bekas-teman-wanita/
Tak Boleh Terima Kekasih Minta Putus, Penganggur Tikam Bekas Teman Wanita
Seorang lelaki ditahan selepas menikam bekas teman wanita gara-gara tidak berpuas hati cinta terputus di tengah jalan di pekarangan Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn, Johor Bahru, semalam.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Daerah Ampang menahan suspek berusia 41 tahun yang juga penganggur itu sekitar pukul 5 petang.“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing mendapati negatif dadah.“Punca kejadian suspek menikam mangsa menggunakan senjata pisau adalah disebabkan mangsa mahu memutuskan hubungan percintaan.“Suspek turut bertindak memancitkan tayar kereta milik mangsa dan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa ketika mangsa berada di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.Tambah Mohd. Azam, suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini.“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata,” katanya.Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita mengalami kecederaan selepas ditikam bekas kekasihnya dalam kejadian di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, 6 Ogos lalu.Mangsa yang berusia 45 tahun itu mengalami luka di bahagian tengah, kiri perut dan lengan kiri sebelum dibawa ambulans ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.Dilaporkan, mangsa baru mengenali suspek sejak tiga bulan lalu melalui media sosial. – JURNALSumber:KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/v-ibu-dan-rakan-pengkid-mengaku-tidak-bersalah-dera-budak-lelaki-tujuh-tahun/
[V] Ibu Dan Rakan ‘Pengkid’ Mengaku Tidak Bersalah Dera Budak Lelaki Tujuh Tahun
Seorang ibu dan rakan ‘pengkid’ (perempuan berpewatakan lelaki) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.Kenyataan itu dibuat oleh kedua-dua suspek di hadapan hakim dalam perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada pagi tadi.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Kedua-dua suspek didakwa melakukan pengabaian ke atas mangsa di Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos.Terdahulu, seorang ibu dan rakan perempuannya ditahan, kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang di sini, semalam.BACA:[V] Ramai Sakit Hati Tengok Ibu Mangsa Dera Dan Kekasih ‘Pengkid’ Menangis Minta AmpunKetua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata ibu kandung mangsa yang juga ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala rakannya seorang warga asing berusia 30 tahun, ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam pada 12.30 tengah malam (12 Ogos).Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam, pada 12.02 tengah malam (12 Ogos).“Pihak polis turut merampas dua batang rotan. Mangsa pula telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini bagi rawatan lanjut. – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/pindah-arab-saudi-neymar-minta-lapan-kereta-mewah-jet-peribadi-tiga-sauna/
Pindah Arab Saudi, Neymar Minta Lapan Kereta Mewah, Jet Peribadi, Tiga Sauna
Permintaan lumayan Neymar untuk berpindah ke Arab Saudi didedahkan.Bintang Brazil itu melengkapkan perpindahan ke Al-Hilal dengan kontrak dua tahun yang akan menyaksikannya meraih gaji mega £2.5 juta (RM14.7 juta) seminggu.Neymar, 32, tidak syak lagi antara bintang terbesar untuk berpindah ke Arab Saudi pada musim panas kali ini di samping Karim Benzema.Bagaimanapun, dia tidak didapati dengan harga murah ketika Al-Hilal membayar majikan terdahulunya Paris Saint-Germain £78 juta (RM459.4 juta) selain memberikan Neymar gaji lumayan.Bekas bintang Barcelona itu difahamkan meminta pemilik Al-Hilal tiga kereta mewah untuk dirinya sendiri dan buat ahli keluarga serta pengiringnya empat Mercedes G Wagons dan satu van Mercedes dengan seorang pemandu.Neymar juga dilaporkan meminta pemandu itu supaya bersedia 24 jam setiap hari sepanjang tahun buat dirinya, rakan-rakan dan ahli keluarga.Kereta mewah itu termasuk Bentley Continental GP, Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan, yang jika digabung bernilai kira-kira £510,000 (RM3 juta).Di rumah, Neymar meminta peti aisnya dipenuhi sepanjang masa dengan minuman jus Acai daripada jenama kegemarannya selain minuman Guarana untuk rakan dan keluarganya.Dia turut meminta tiga sauna dibina di rumahnya selain lima pekerja sepenuh masa, termasuk cef sos bagi membantu cef peribadinya dari Brazil serta dua orang bagi kerja pembersihan.Sumber memberitahu, Neymar meminta semua kos penginapannya di hotel, restoran dan bandar yang mungkin dilawatinya pada hari tiada perlawanan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik Al-Hilal.Didedahkan juga terma peribadinya bersama kelab itu termasuk menggunakan jet peribadi bila mana dia atau keluarganya memerlukan untuk bercuti.Dia juga mahukan kolam renang di rumahnya dengan ukuran khusus sekurang-kurangnya 10 meter lebar dan 40m panjang.Manakala rumah itu perlu minimum 25 bilik jadi rakan-rakannya, keluarga, pengiring serta pembantunya boleh tinggal bersamanya. – JURNALSumber: AGENSI
https://jurnal-malaysia.com/perhimpunan-solidariti-nik-amar-satu-fitnah-pas-pengkalan-chepa/
Perhimpunan Solidariti Nik Amar Satu Fitnah – Pas Pengkalan Chepa
Pas Kawasan Pengkalan Chepa menafikan pihaknya akan mengadakan perhimpunan solidariti untuk bekas Timbalan Menteri Besar,Datuk Mohd Amar Abdullahpada Selasa.Ini ekoran tular beberapa poster mengajak penyokong untuk bersoladiriti kepada Mohd Amar selepas beliau tidak dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan.Setiausahanya, Muhammad Abdul Munib Assyakirin Zakaria berkata, perkara tersebut bercanggah dengan pendirian parti itu.“Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, Pas Kawasan Pengkalan Chepa menerima dengan reda dan hati terbuka atas ketentuan ALLAH SWT dalam urusan pelantikan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan.Ujarnya, mereka mengucapkan tahniah kepada Datuk Mohd Nassuruddin Daud atas pelantikan Menteri Besar dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan sebagai Timbalan Menteri Besar.Muhammad Abdul Munib Assyakirin memberitahu, Pas Kawasan Pengkalan Chepa yakin dengan kemampuan dan kebijaksanaan kedua-dua tokoh tersebut dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus negeri dengan adil, amanah dan bijaksana. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/panglima-perang-pas-kelantan-nassuruddin-mulakan-tugas-rasmi-hari-ini/
Panglima Perang Pas Kelantan, Nassuruddin Mulakan Tugas Rasmi Hari Ini
Menteri Besar Kelantan,Datuk Nassuruddin Daudyang baru dilantik semalam memulakan tugas secara rasmi, hari ini.Terdahulu, beliau meletakkan ibu jari pada mesin perakam waktu pada jam 8.30 pagi sebagai simbolik melaporkan diri di pejabatnya di bangunan Mabna, Kompleks Kota Darulnaim di sini.Beliau juga sempat meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan Pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugas.Semalam, Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Kelantan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.Beliau adalah Menteri Besar Kelantan ketiga selepas PAS mengambil alih Kelantan pada 1990.Nassuruddin berkata, beliau akan meneruskan kepemimpinan kerajaan negeri sebelum ini bagi Kelantan dengan dasar membangun bersama Islam.“Saya menyeru semua rakyat untuk meneruskan legasi membangun bersama Islam ini. Kerajaan Kelantan juga akan mengekalkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat.“Keutamaan saya menjadi Menteri Besar kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan sebagainya.“Untuk pembahagian portfolio bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), ia akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media hari ini.Nassuruddin mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zahri Omar dengan majoriti 9,154 undi.Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri itu mempertahankan kerusi berkenaan sejak 1999. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/muhyiddin-bebas-4-kes-rasuah-kontroversi-sanusi-faktor-kedah-menang-prn-pdrm-terima-notis-merah-menantu-muhyiddin/
Muhyiddin Bebas 4 Kes Rasuah | Kontroversi Sanusi Faktor Kedah Menang PRN | PDRM Terima Notis Merah Menantu Muhyiddin
SOROTAN MENARIK SELASA 15/08/20231.Muhyiddin Bebas 4 Kes Salah Guna Kuasa Melibatkan Suapan RM232.5 Juta2.Sanusi Tak Tolak Populariti, Kontroversi Dirinya Antara Faktor PN Menang Di Kedah3.Prestasi Buruk Umno Di PRN, Zahid Sedar Digesa Berundur4.PDRM Terima Permohonan Notis Merah Menantu Muhyiddin Dan Peguam Hanya Secara Lisan5.“Pas Dah Lama Jangka Muhyiddin Bebas Tuduhan Rasuah” – Takiyuddin6.[V] 7 Pelajar Melampau Belasah Remaja Kerana Cemburu Akan Dikenakan Tindakan Disiplin7.Usahawan Perlu Perubahan Supaya Tidak Tercicir Dan Kecundang
https://jurnal-malaysia.com/usahawan-perlu-perubahan-supaya-tidak-tercicir-dan-kecundang/
Usahawan Perlu Perubahan Supaya Tidak Tercicir Dan Kecundang
Polikrisis yang berlaku ketika ini telah, dan sedang menekan ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga menyebabkan jualan merudum malah hingga ada yang tutup perniagaan.Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, polikrisis yang dibangkitkan mentor usahawan,Datuk Wira Dr. Azizan Osmanadalah tepat pada masanya untuk usahawan sedar bahawa cabaran dihadapi mereka lebih besar kerana banyak faktor termasuk disrupsi teknologi, pengliberalisasian perdagangan dan juga peningkatan kos-kos input perusahaan termasuk kos buruh serta pekerja.Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon bersama Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menandatangani perjanjian persefahaman di antara DPMM dan RichWorks di Anjung Melayu, hari ini.Katanya, di Malaysia kira-kira 60 peratus PKS gagal dalam tempoh lima tahun penubuhan, menurut artikel Jurnal Keusahawanan ASEAN yang dikeluarkan 7 Ogos lalu.“Enam daripada 10 PKS pula menghadapi cabaran yang berkaitan dengan pertumbuhan mereka.“Usahawan berdepan banyak cabaran ketika ini dengan kenaikan harga barangan, kekurangan bekalan bahan mentah ditambah kadar pinjaman di bank menyebabkan kos operasi sesebuah perniagaan makin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Usahasama antara DPMM dan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) diwakili Norsyahrin bersama Dr. Azizan merangkap Pengerusi RichWorks.Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman.Yang turut hadir, Setiausaha Agung, Ahmad Yazid Othman; Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad dan Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd.Tambah Norsyahrin, tekanan semasa kepada usahawan itu memerlukan perubahan dan langkah yang tepat dalam memastikan tiada usahawan tercicir dan kecundang.“Saya percaya kolaborasi dengan RichWorks yang berpengalaman dalam membimbing usahawan PKS akan membantu ahli-ahli Dewan Melayu untuk lebih dinamis dan mampu berkembang (scale-up) dalam bidang yang mereka ceburi.“Kami percaya kesemua kolaborasi dengan pakar-pakar seperti RichWorks dan agensi kerajaan akan membantu mencapai hasrat untuk membina masyarakat ekonomi bumiputera (BCIC) yang lebih berpotensi.Sementara itu, Dr. Azizan memberitahu, usahawan saat ini tiada pilihan lain untuk tingkatkan ilmu, kemahiran dan strategi bagi berdepan polikrisis yang dijangka akan berpanjangan.Katanya, polikrisis ini benar dan bukannya dibangkitkan untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama usahawan.“Ketika ini, saya melihat sendiri sesetengah usahawan alami kejatuhan jualan sekitar 30 ke 40 peratus.“Keadaan polikrisis saat ini berbeza dengan semasa pandemik bermula Mac 2020 di mana tekanan dari kenaikan harga bahan mentah dan kos tenaga kerja antaranya mengugat ‘survival’ bisnes.“Situasi ini dijangka akan berpanjangan hingga 2025, di mana usahawan tidak mudah untuk bertahan bahkan keupayaan untuk bangkit seperti dikatakan dalam World Economic Forum pada awal tahun lalu,” jelasnya.Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon dan Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama barisan pengurusan kedua organisasi di Anjung Melayu, hari ini.Sehubungan itu, Azizan memberitahu, RichWorks ambil inisiatif melancarkan program yang membantu usahawan-usahawan dalam memberikan solusi langsung kepada permasalahan dihadapi mereka dalam 10X Bina Bisnes Berjaya dari 2 & 3 September nanti.Mengulas mengenai perjanjian persefahaman bersama DPMM, pihaknya menghargai jemputan DPMM untuk berkolaborasi dengan satu matlamat jitu iaitu membangun dan memperkasakan usahawan Melayu dan Bumiputera.“Alhamdulillah, melalui pengalaman dan kepakaran kami bermula 2008 yang terbukti berjaya melahirkan ribuan jenama tempatan dan usahawan jutawan.“Kami akan berkongsi kepakaran dan pengalaman yang ada untuk bantu dalam usaha membawa perniagaan-perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-7-pelajar-melampau-belasah-remaja-kerana-cemburu-akan-dikenakan-tindakan-disiplin/
[V] 7 Pelajar Melampau Belasah Remaja Kerana Cemburu Akan Dikenakan Tindakan Disiplin
Pihak sekolah di Taman Puteri Wangsa di sini akan mengambil tindakan disiplin terhadap tujuh pelajarnya yang terlibat dalam kes memukul seorang remaja di Taman Bistari Indah di sini pada 9 Ogos lalu.Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norlizah Noh berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu proses siasatan daripada pihak polis selepas semua pelajar berkenaan ditahan reman.“Pihak sekolah boleh mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya. Pelajar berkenaan dalam proses siasatan dan masih belum boleh digantung atau dibuang sekolah. Kita tunggu keputusan mahkamah (keputusan pendakwaan kes tersebut),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.Norlizah berkata, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang akan membantu pihak sekolah dalam siasatan kes berkenaan.View this post on InstagramA post shared by CguJinggo (@elas_cgujinggo)Pada Selasa, tujuh pelajar berusia 14 hingga 17 tahun itu yang memukul remaja berkenaan di kawasan rekreasi dalam taman tersebut pada 9 Ogos lalu direman dua hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan.Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, remaja berkenaan ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian depan dan belakang badan selain di bahagian perut, paha serta lengan kiri dan kanan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/pas-dah-lama-jangka-muhyiddin-bebas-tuduhan-rasuah-takiyuddin/
“Pas Dah Lama Jangka Muhyiddin Bebas Tuduhan Rasuah” – Takiyuddin
Pas sudah menjangkakan sejak awal bahawa bekas Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassinbebas daripada empat pertuduhan guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Program Jana Wibawa.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana Pas yakin pertuduhan yang dikenakan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu merupakan pertuduhan terpilih dan berbaur politik.Menurutnya, Pas selaku sekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di dalam PN sememangnya pasti tuduhan itu sebagai satu perancangan untuk melemahkan PN.“Namun saya tidak nampak ia akan menjejaskan prestasi kita (PN), malah telah menambahkan lagi sokongan dalam pilihanraya negeri di enam negeri Sabtu lalu.“Jelas, pendakwaan ke atas Tan Sri Muhyiddin adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang.“Pas turut yakin tindakan terhadap Muhyiddin juga adalah bagi menutup aib dan melencongkan perhatian rakyat daripada isu yang berlaku di dalam parti UMNO yang menjadi sebahagian daripada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pada Selasa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dibebaskan daripada empat pertuduhan berkenaan.Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan.BACA:Muhyiddin Bebas 4 Kes Salah Guna Kuasa Melibatkan Suapan RM232.5 JutaMengulas lanjut, Takiyuddin menzahirkan rasa syukur dengan keputusan tersebut.“Alhamdulillah, Pas bersyukur dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi yang telah melepas dan membebaskan Muhyiddin.“Pas menentang sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik,” tegas beliau. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/pdrm-terima-permohonan-notis-merah-menantu-muhyiddin-dan-peguam-hanya-secara-lisan/
PDRM Terima Permohonan Notis Merah Menantu Muhyiddin Dan Peguam Hanya Secara Lisan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima permohonan notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassindan seorang peguam hanya secara lisan.Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, yang mengulangi akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).“Insya-Allah ia (notis merah) akan disampaikan kepada kita nanti.“Bagaimanapun, kita akan bekerjasama dengan maklumat yang diberikan kepada kita untuk tindakan. Setakat ini ia (notis merah) hanya secara verbal,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siastaan Jenayah baharu di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, pada Selasa.Yang turut hadir, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengumumkan untuk memohon notis merah Polis Antarabangsa (INTERPOL) terhadap dua individu yang dipercayai melarikan diri keluar negara.BACA:SPRM Minta Imigresen Beku Pasport Menantu MuhyiddinKedua-dua mereka, Muhammad Adlan Berhan, 48, yang juga menantu Muhyiddin dan peguam Mansoor Saat, 69, disiasat SPRM berkaitan kes penyelewengan projek pendaftaran pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/prestasi-buruk-umno-di-prn-zahid-sedar-digesa-berundur/
Prestasi Buruk Umno Di PRN, Zahid Sedar Digesa Berundur
Presiden Umno,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidimengambil tanggungjawab terhadap prestasi buruk Umno dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.Justeru, beliau melafazkan ikrar dan berjanji untuk memperbaiki nasib parti, namun tidak dinyatakan sama ada beliau akan melepaskan jawatan.“Saya sedar tentang gesaan sebegitu (berundur). Apa yang saya boleh berikrar ialah saya, dengan bantuan kepimpinan parti, akan melakukan lebih banyak lagi untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat.“Kami akan meneliti pendekatan dan strategi dengan mengguna pakai yang baharu, supaya dapat memenangi hati serta minda pengundi sekali lagi,” katanya kepada The Star.Umno, pada PRN baru-baru ini hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang dipertandingkan.Parti tersebut kehilangan semua kerusi di Terengganu dan Kedah serta hanya menang dua di Pulau Pinang dan Selangor serta satu di Kelantan.Bagaimanapun, pemilihan lebih baik di Negeri Sembilan dengan 14 kerusi.Ahmad Zahid berkata beliau sedar ada pihak dalam parti yang mahu beliau bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan.“Ini bukan kali pertama presiden Umno didesak untuk berundur.“Ia pernah berlaku sebelum ini, termasuk kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan juga kepada Datuk Seri Najib (Razak), apabila keputusan pilihan raya tidak memihak kepada kami,” katanya.Abdullah meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno pada 2009, setahun selepas pilihan raya umum ke-12, di mana Barisan Nasional menunjukkan prestasi buruk.Pada 2018, Najib meletak jawatan sebagai presiden Umno selepas BN kalah dalam pilihan raya umum.“Walaupun saya bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya, seperti yang (Datuk Seri) Johari (Abdul Ghani) tegaskan, ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kepimpinan Umno,” katanya.Johari, salah seorang daripada tiga naib presiden Umno, berkata semua pemimpin Umno mesti memikul tanggungjawab untuk prestasi buruk Barisan.Umno adalah satu-satunya parti Barisan yang mengambil bahagian dalam enam pilihan raya negeri.Ahmad Zahid berkata antara isu yang perlu ditangani ialah kerjasama parti itu dengan DAP dalam kerajaan perpaduan.“Kami melakukan beberapa sesi untuk menjelaskan perkara ini di peringkat bahagian. Mungkin mesej itu tidak sampai ke akar umbi atau mungkin perlu dijelaskan lagi di peringkat itu,” katanya.Tambahnya, disebabkan itu terdapat ahli Umno yang masih keliru dengan kerjasama tersebut.Ini, katanya, mungkin menjejaskan parti dalam pilihan raya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/sanusi-tak-tolak-populariti-kontroversi-dirinya-antara-faktor-pn-menang-di-kedah/
Sanusi Tak Tolak Populariti, Kontroversi Dirinya Antara Faktor PN Menang Di Kedah
Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Normengakui populariti dan kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya menjadi antara penyumbang kepada kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Kedah.Beliau berkata, kedua-dua elemen tersebut disumbangkan oleh pengundi muda dan generasi baharu di media sosial yang mengikuti perkembangan politik berkaitan dirinya.Menurutnya, dua faktor tersebut dipercayai berjaya meraih undi golongan muda termasuk yang pertama kali mengundi selain faktor calon, gelombang PN serta apa yang rakyat mahukan.“Saya rasa betul apa yang dikatakan itu, ia benar.Saya rasa (disumbangkan) juga oleh pengundi muda selain orang tua.Sudah ramai yang ada akaun TikTok, bapa dan mak saya pun ada TikTok mereka pun tengok.“Ada TikTok senang tengok kan, kalau tak suka paparan yang keluar, tak mahu tengok scroll sahaja, berapa peratus (sumbangan) saya tak tahu lah,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman selepas selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit pada Isnin.Pengerusi PN Kedah itu berkata, kemenangan PN di Kedah juga disumbangkan oleh sokongan rakyat yang memahami hala tuju kepimpinan negeri serta prestasi ditunjukkan sepanjang mentadbir selain tidak menolak kemungkinan sentimen Melayu yang menebal di negeri ini.Bila orang faham orang ikut lah,” ujarnya.Menurutnya, ia juga merupakan referendum oleh rakyat terhadap agenda negeri yang dipimpin PN.“Sekarang dapat sokongan sepenuhnya dan beri kita kemenangan.Saya perhatikan kawasan yang PN tak menang itu adalah tempat-tempat berasaskan kaum bermakna pengundi memilih berdasarkan kaum, bukan parti.“Perkara ini perlu diperhalusi, memanglah parti ditubuhkan berdasarkan kaum.Namun ketika mengundi tengoklah keupayaan, jangan sekadar sentimen kaum.Banyak faktor lain perlu dipertimbangkan,” jelasnya.Sanusi berkata, parti pembangkang juga membuat penilaian sewajarnya dalam pemilihan kawasan untuk ditandingi bagi mengelak mereka tewas teruk.“DAP pun tak bertanding di tempat-tempat yang mereka tak boleh menang. Mereka tak letak calon DAP di kawasan majoriti Melayu,” ujarnya.Menurutnya, faktor kemenangan besar di negeri ini disumbangkan pelbagai faktor sama ada secara langsung atau tidak.“Yang tu kena tanya pengundi, saya tak tahu,” katanya apabila ditanya sama ada aura beliau antara faktor penyumbang kemenangan. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/muhyiddin-bebas-4-kes-salah-guna-kuasa-melibatkan-suapan-rm232-5-juta/
Muhyiddin Bebas 4 Kes Salah Guna Kuasa Melibatkan Suapan RM232.5 Juta
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Tan Sri Muhyiddin Yassinberjaya membatalkan empat tuduhan salah guna kuasa untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.Pada 18 April lalu, Muhyiddin memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan itu dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.Beliau turut memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu selain berhasrat agar prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat tuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah berikutan tiada mana-mana satu pun mendedahkan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.Ekoran kes ini, Muhyiddin menjadi bekas Perdana Menteri kedua selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, dituduh atas pertuduhan mengikut peruntukan seksyen sama di mahkamah itu.Pada 13 Mac lalu, Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ketujuh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, selaku Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank, milik parti itu. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/puad-bidas-muhyiddin-pengkid-kantoi-dera-budak-sanusi-kekal-mb-kedah/
Puad Bidas Muhyiddin | Pengkid Kantoi Dera Budak | Sanusi Kekal MB Kedah
SOROTAN MENARIK ISNIN 14/08/20231.“Bila PN Kalah Teruk Di Melaka, Johor Dia Tak Letak Jawatan, Sedangkan Dia Kluster Mahkamah!” – Puad Bidas Muhyiddin2.[V] Ramai Sakit Hati Tengok Ibu Mangsa Dera Dan Kekasih ‘Pengkid’ Menangis Minta Ampun3.“MB dan Timbalan MB Kelantan Bukan Gandingan Teknokrat – Agamawan” – Takiyuddin4.Najib Fail Permohonan Supaya Hakim Tarik Diri, Batal Perbicaraan 1MDB5.[V] Syahir Ajak Debat, Fadhlina Bagi Pantun! – “Tik, Tik, Tik…Ja, Ja, Ja…”6.Aurawhite Lancar Dazzle Glopeptide, Pengguna Paling Kreatif di TikTok Berpeluang Ke Korea7.Menang Besar, Sanusi Kekal Menteri Besar Kedah Dua Penggal Berturut-turut
https://jurnal-malaysia.com/menang-besar-sanusi-kekal-menteri-besar-kedah-dua-penggal-berturut-turut/
Menang Besar, Sanusi Kekal Menteri Besar Kedah Dua Penggal Berturut-turut
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Norselesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah hari ini.Muhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, pada 10.15 pagi tadi.Muhammad Sanusi dilantik semula ke jawatan itu selepas PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.Beliau sebelum ini adalah Menteri Besar Kedah yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan tersebut pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti ADUN ketika itu.Pada PRN kali ini, Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri yang disandangnya sebelum ini, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.Dilahirkan pada 4 Ogos 1974, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak antara 2008 hingga 2013.Beliau mula menjadi calon dalam pilihan raya ketika bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) di kerusi DUN Belantek, namun tewas kepada calon BN Datuk Mohd Tajudin Abdullah dengan majoriti 252 undi.Pada PRU14, beliau bertanding di DUN Jeneri dan berjaya menewaskan dua calon lain iaitu Mahadzir Abdul Hamid (BN) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PKR) dengan majoriti 2,455 undi.Muhammad Sanusi yang berkelulusan ijazah dari Universiti Sains Malaysia mendirikan rumah tangga bersama Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh dan dikurniakan lima anak. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/aurawhite-lancar-dazzle-glopeptide-pengguna-paling-kreatif-di-tiktok-berpeluang-ke-korea/
Aurawhite Lancar Dazzle Glopeptide, Pengguna Paling Kreatif di TikTok Berpeluang Ke Korea
Pada tahun ini,Aurawhiteyang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide.Produk terbaharu ini, bahan aktifnya lebih tinggi dan premium kerana kolagen peptida adalah kolagen yang dihidrolisis dimana ia lebih halus dari kolagen biasa dan memberikan penyerapan lebih cepat untuk tubuh badan.Dengan ciptaan ‘all in one formula’, ternyata kolagen terbaru ini memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran dengan membekalkan nutrien penting dengan rasa laici beri yang lazat.Dalam pada itu, produk minuman premium untuk kecantikan luaran dan dalaman diri ini bakal memberi tuah kepada penggunanya yang menyertai kempen #aurawhitedazzle2023.Pembeli produk keluaran Aurawhite Global Sdn Bhd (Aurawhite) itu berpeluang memenangi hadiah pakej percutian ke Korea tajaan Aurawhite berdasarkan terma dan syarat.Pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer berkata, mereka boleh wujudkan kandungan video menarik bersama produk Aurawhite Dazzle Glopeptide dan kongsikan ia di Tiktok masing-masing beserta tag @aurawhitehq dan tanda pagar #aurawhitedazzle2023.“Pada tahun ini, Aurawhite melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi ‘all in one’, dengan 11 ramuan premium semulajadi.“Ramai pengguna setia pasti teruja dengan keluaran produk terbaharu daripada Aurawhite ini,” katanya.Beliau yang mengasaskan Aurawhite bersama Datuk Saiful Safwan sejak 2012, berkata demikian pada majlis pelancaran produk berkenaan di Park Royal Collection Kuala Lumpur , baru-baru ini.Dalam majlis tersebut, turut diumumkan Ayda Jebat masih dikekalkan sebagai pengguna dan duta Aurawhite, memasuki tahun kesembilan.Bagi Furyna, Ayda Jebat merupakan selebriti yang mudah memberikan kerjasama.“Kami juga memilih untuk mengekalkan Ayda Jebat sebagai duta Aurawhite sejak 2014, bermakna sudah sembilan tahun Ayda bersama Aurawhite.“Sangat senang berurusan dengan Ayda, malah sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya cukup tersentuh dan masih mahu dia menjadi sebahagian daripada Aurawhite,” jelasnya lagi.Mengulas lanjut mengenai produk baharu itu, 11 ramuan berkenaan antaranya litchi chinensis (ekstrak laici), kelopak ros, rosa canina (rosehips), aloe vera (lidah buaya), kranberi, biji anggur, tomato, dan tambahan khasiat biotin, vitamin C, E dan A.Katanya, Aurawhite Dazzle Glopeptide dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit, sangat baik untuk kuku, rambut dan tumit kaki.“Kandungan biotin juga adalah bahan yang terbaik membantu masalah keguguran rambut dan kuku rapuh selain menguatkan struktur kuku dan rambut.“Apabila usia semakin meningkat, kadar kolagen dalam tubuh menurun, jadi Aurawhite Dazzle menjana semula protein kolagen dalam bentuk peptida, melalui proses hidrolisis canggih ia menghasilkan molekul yang boleh diserap dengan baik untuk tubuh badan,” katanya.Beliau menambah, Aurawhite Dazzle Glopeptide didatangkan dalam dua saiz iaitu saiz 800g dan edisi terhad 400g, dengan kandungan kolagen diiktiraf dan dilulus oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Aurawhite, adalah syarikat bumiputera dengan lebih 40 rangkaian produk kesihatan dan kecantikan berkualiti tinggi seperti Aurawhite Sparkle Diamond Collagen, Aurawhite Sparkle Diamond Skincare, Aurawhite Gold Collagen, Auramen Whey Protein, Auramen M16 untuk pasaran Malaysia dan luar negara, sejak 10 tahun lalu.Syarikat ini turut menerima pengiktirafan Super Health Brand Asia Pacific, dan Keris Entrepreneur Award.Aurawhite membuka peluang kepada yang berminat untuk sertai mereka menjana pendapatan sebagai menjadi stokis, ejen atau affiliate.Untuk info lebih lanjut mengenai rangkaian produk Aurawhite, boleh terus melayari laman web rasmi mereka diwww.aurawhite2u.com, ikuti di Facebook dan Instagram @aurawhiteofficial, Tiktok @aurawhitehq atau hubungi 0142388884 @ 03-90111114. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-syahir-ajak-debat-fadhlina-bagi-pantun-tik-tik-tikja-ja-ja/
[V] Syahir Ajak Debat, Fadhlina Bagi Pantun! – “Tik, Tik, Tik…Ja, Ja, Ja…”
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menasihatkan agar semua pihak menumpukan perhatian kepada khidmat untuk negara dan masyarakat, susulan tamat pilihan raya di enam negeri (PRN) Sabtu lalu.Tegas beliau, wakil rakyat yang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing perlu melupakan politik seketika dan teruskan bekerja selepas selesai proses PRN tersebut.pic.twitter.com/UlFNOscj5s— Khadzim (@KajimSharibi)August 14, 2023“Kini masa untuk bekerja. Saya nak bagi satu pantun.“Tik, tik, tik, ja, ja, ja. Sudah-sudahlah berpolitik, kini masa untuk bekerja,” katanya selepas menghadiri program Eksplorasi Rukun Negara 2023, pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan debat pendidikan dengan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang dibuat Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, pada Ahad.Syahir mencadangkan satu debat berkaitan isu pendidikan diadakan antara Fadhlina dan ADUN Jitra, Dr Haim Hilman.Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan pada program itu, Fadhlina berkata, warga pendidik memainkan penting bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.Katanya, guru adalah agen dalam usaha menerapkan semangat perpaduan kepada anak muda, bermula dari bangku sekolah.“Guru adalah agen perpaduan. Kita boleh lihat bagaimana guru menyampaikan hasrat, impian dan tekad, bagaimana perpaduan patut dilaksanakan di sekolah,” katanya.Program itu diadakan untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara dalam diri murid sekolah dan menjadikannya sebahagian daripada sikap dan tingkah laku mereka bagi mengukuhkan semangat jati dan cintakan negara.Selain itu, Fadhlina berkata Kelab Rukun Negara akan diperluaskan di semua sekolah termasuk sekolah swasta bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/najib-fail-permohonan-supaya-hakim-tarik-diri-batal-perbicaraan-1mdb/
Najib Fail Permohonan Supaya Hakim Tarik Diri, Batal Perbicaraan 1MDB
Bekas Perdana MenteriDatuk Seri Najib Razakhari ini memfailkan permohonan supaya Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.Perkara itu dimaklumkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah apabila menyatakan beliau mendapat arahan daripada Najib untuk memfailkan permohonan berkenaan.Menurut Muhammad Shafee, pihaknya telah memfailkan permohonan itu pagi tadi dan Najib turut mengikrarkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonan berkenaan.“Permohonan dibuat susulan pendedahan hakim itu pada bulan lalu bahawa beliau dan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, pernah menjadi rakan kongsi di firma guaman sama sebelum ini,” kata Muhammad Shafee.Justeru sekiranya, permohonan ini dibenarkan pihaknya memohon supaya keseluruhan perbicaraan ini dibatalkan dan tertuduh dibebaskan daripada tuduhan.“Secara alternatif, pilihan kedua ialah supaya perbicaraan ini didengar oleh hakim baharu dan pilihan ketiga, supaya perbicaraan bersambung dan diteruskan oleh hakim mahkamah tinggi baharu,” katanya.Selepas mendengar makluman pemfailan permohonan itu, hakim Collin kemudian menetapkan 17 Ogos ini untuk mendengar permohonan berkenaan.Sebelum ini, dalam prosiding pada 26 Julai lalu, hakim Collin mendedahkan bahawa Jasmine pernah menjadi rakan kongsi (di firma Zain & Co), ketika beliau menjadi peguam 10 hingga 15 tahun lalu.Isu itu dibangkitkan apabila Muhammad Shafee ingin mendapat pengesahan sama ada Jasmine akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.Ini kerana Jasmine dikatakan salah seorang sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB, dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.Prosiding bersambung dengan mendengar keterangan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. – JURNALSumber:KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/mb-dan-timbalan-mb-kelantan-bukan-gandingan-teknokrat-agamawan-takiyuddin/
“MB dan Timbalan MB Kelantan Bukan Gandingan Teknokrat – Agamawan” – Takiyuddin
Setiausaha Agung PAS,Datuk Seri Takiyuddin Hassanmemberi bayangan Menteri Besar (MB) Kelantan yang baharu dan timbalannya bukan daripada gandingan teknokrat-agamawan.Bagaimanapun, katanya, pemimpin dipilih semestinya berpengalaman dan merupakan seorang daripada Exco sebelum ini.“Gabungan Menteri Besar dan Timbalan sebagaimana yang saya katakan sebelum ini iaitu seorang teknokrat dan agamawan tetapi yang baharu ini tidak membabitkan gabungan (gandingan) itu.“Jadi terpulang kepada Sultan Kelantan (Sultan Muhammad V) memilih calon MB yang mana selepas senarai nama dipersembah oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa harian PAS negeri dan pusat yang turut dihadiri Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang lewat malam tadi.Kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut memberi gambaran nama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak tersenarai dalam calon yang akan dipersembah kepada Sultan Kelantan, hari ini.Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, soal calon MB dan barisan Exco juga sudah dianggap selesai.“Malam ini (tadi) PAS Pusat mengadakan mesyuarat dengan pimpinan tertinggi PAS Kelantan untuk membincangkan pelantikan MB, timbalan serta barisan Exco.“Di pihak parti, parti hanya akan mengangkat nama yang dirasakan sesuai untuk Tuanku lantik dan senarai nama berkenaan akan dipersembah esok (hari ini).“Proses pemilihan berjalan lancar dan mendapat persetujuan pimpinan parti,” katanya.Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan beberapa senarai nama calon MB yang baharu sudah ada dan akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan hari ini.Malah, majlis angkat sumpah MB akan diadakan pada 3 petang esok. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/v-ramai-sakit-hati-tengok-ibu-mangsa-dera-dan-kekasih-pengkid-menangis-minta-ampun/
[V] Ramai Sakit Hati Tengok Ibu Mangsa Dera Dan Kekasih ‘Pengkid’ Menangis Minta Ampun
Pada Sabtu lalu, tular video seorang wanita dan pasangannya seorang ‘pengkid’ (wanita berperwatakan lelaki) meraung minta maaf selepas perbuatan mereka mendera kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun terbongkar.Hasil video tular tersebut telah membawa penangkapan pasangan terbabit.Difahamkan, kakak-kanak malang tersebut merupakan anak kepada suspek wanita berusia 27 tahun, disyaki telah didera pengkid berusia 30 tahun tersebut.Menerusi video tular, pasangan tersebut dilihat menangis dan merayu memohon ampun daripada penduduk supaya tidak diapa-apakan.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Sebelum itu, jiran di kawasan perumahan dipercayai di sekitar Bandar Layangkasa di Pasir Gudang, Johor menyerbu rumah didiami dua beranak itu.“Sakitnya hati tengok pengkid ni! Barulah sekarang nak merayu, meraung! Masa kau dera budak tu mana pergi kemanusiaan kau?”.“Dasar binatang dua-dua! Tapi nak kata binatang pun, binatang tak sakitkan anak dia sendiri!”“Bercinta sesama jenis dah satu hal! Dera pula anak yang tak berdosa! Meringkuklah kau dalam penjara sana!”Antara komen yang ditinggalkan netizen kerana berang dan bersimpati selepas melihat kecederaan mangsa.Terdahulu, video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsaDalam video berkenaan, turut memaparkan kecederaan yang agak teruk di bahagian belakang badan kanak-kanak berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam semalam.“Tangkapan telah dilakukan pada ibu kandung dan teman perempuan (tomboy) dan mangsa telah dihantar ke HSI (Hospital Sultan Ismail) untuk rawatan,” katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.Mohd Sohaimi bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes berkenan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/bila-pn-kalah-teruk-di-melaka-johor-dia-tak-letak-jawatan-sedangkan-dia-kluster-mahkamah-puad-bidas-muhyiddin/
“Bila PN Kalah Teruk Di Melaka, Johor Dia Tak Letak Jawatan, Sedangkan Dia Kluster Mahkamah!” – Puad Bidas Muhyiddin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang mendesak Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan.Puad turut menyifatkan Muhyiddin sebagai seorang yang angkuh apabila mengeluarkan kenyataan tersebut.BACA:PRN: Dakwa PH-BN Kalah Teruk, Muhyiddin Gesa Anwar, Zahid Letak Jawatan Serta-mertaPuad menerusi hantaran di Facebook (FB)nya berkata, ketika PN kalah di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini, Muhyiddin tidak meletak jawatannya selepas gabungannya mengalami kekalahan teruk.“Jangan menuding jari. Ia beban bersama. Mendesak Ahmad Zahid letak jawatan bukan penyelesaian. Semua bertanggungjawab.“Muhyiddin angkuh bila suruh Ahmad Zahid letak jawatan.“Bila PN kalah teruk di Melaka dan Johor, dia tidak letak jawatan. Dia kekal Presiden BERSATU sedangkan dia kluster mahkamah,” katanya.Beliau berkata, UMNO yang mengalami kekalahan terburuk dalan PRN di enam negeri kelmarin perlu mendapatkan semula sokongan orang Melayu.“Menteri-menteri UMNO mesti serius menjayakan agenda Melayu dan rakyat. Kuasa di tangan mereka.“Sebab itu UMNO mesti kekal dalam Kerajaan Perpaduan. PH-BN perlu mengukuhkan kerjasama. Ahmad Zahid sesuai pikul misi ini. Dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah,” katanya.Selain Ahmad Zahid, Muhyiddin kelmarin juga mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan serta-merta susulan penolakan pengundi Melayu dalam PRN di enam negeri.Muhyiddin menyifatkan, kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh serta perpaduan palsu yang diterajui oleh Anwar dan Ahmad Zahid. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/altimet-menang-prn-sanusi-tayang-kertas-undi-azmin-ali-menang-di-hulu-kelang/
Altimet Menang PRN | Sanusi Tayang Kertas Undi | Azmin Ali Menang Di Hulu Kelang
SOROTAN MENARIK AHAD 13/08/20231.Kakitangan Pakai Lencana ‘Pengurusan KWSP Zalim’ Tanda Protes, Lancar Bantahan Aman Seminggu2.PRN: Balik Mengundi, PLUS Jangka 1.9 Juta Kenderaan Guna Lebuhraya Utara-Selatan3.Dakwa Sami Membolehkan Minum Arak Dalam Agama Buddha, Syahir Digesa Mohon Maaf Kepada Masyarakat Siam4.PRN: “Azmin 50/50 Di Kampung Sendiri Dengan Apa Yang Dia Dah Labur Selama Ini- Rafizi Ramli5.PRN: Isnin Cuti Jika PH-BN Tawan Selangor Esok! – Amirudin6.“Sorry La, Tapi Puas Tengok Bapak Budak Tu ‘Bantai’ Balik Pengasuh Yang Dera Anak Dia!” – Netizen7.PRN: Sanusi Sengaja Tayang Kertas Undi, Langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 19548.PRN: “Penat, Tetapi Kena Jalankan Tanggungjawab…Lepas Ni Nak Ambil Cuti 1 Hari” – Altimet9.Altimet Menang Di Lembah Jaya, Tewaskan Calon PN10.PRN: Azmin Ali Menang Di Hulu Kelang, Terima Tentangan Sengit Juwairiya Zulkifli11.PRN: PH-BN Kuasai Selangor, N9 Dan P.Pinang…PN Pegang Kedah, Kelantan Dan Terengganu12.PRN: PN Akan Kemuka Nama Calon Menteri Besar Di Tiga Negeri Dalam Masa Terdekat – Muhyiddin13.PRN: Dakwa PH-BN Kalah Teruk, Muhyiddin Gesa Anwar, Zahid Letak Jawatan Serta-merta14.“Pusing Sana, Pusing Sini Ambil Gambar…Kertas Tu Terbuka” – Sanusi Tak Berniat Pamer Kertas Undi
https://jurnal-malaysia.com/pusing-sana-pusing-sini-ambil-gambarkertas-tu-terbuka-sanusi-tak-berniat-pamer-kertas-undi/
“Pusing Sana, Pusing Sini Ambil Gambar…Kertas Tu Terbuka” – Sanusi Tak Berniat Pamer Kertas Undi
Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Normendakwa beliau tidak berniat untuk mempamerkan kertas undinya kepada pihak media ketika mengundi pada Pilihan Raya Negeri pada Sabtu.Sebaliknya, beliau berkata, kertas undi itu terdedah secara tidak sengaja ketika melayani permintaan pihak media untuk mengambil gambarnya.BACA:PRN: Sanusi Sengaja Tayang Kertas Undi, Langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954“Bukan saya berniat mempamerkan kertas itu. Tapi bila kita pusing sini pusing sana (untuk mengambil gambar) kertas itu terbuka.“Tak terniat saya untuk pamer. Tapi bila kelam-kabut melayani permintaan rakan-rakan wartawan, dia jadi macam itu,” katanya.Petang semalam, tular gambar Muhammad Sanusi dengan kertas undi yang memaparkan pilihan beliau sebelum memasukkannya ke dalam kotak undi.Perkara (39) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyebut tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.Akta tersebut selanjutnya menyebut kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.Mengulas kejayaan mempertahankan kerusi DUN Jeneri, Muhammad Sanusi berkata, ini menggambarkan pengundi menolak kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/prn-dakwa-ph-bn-kalah-teruk-muhyiddin-gesa-anwar-zahid-letak-jawatan-serta-merta/
PRN: Dakwa PH-BN Kalah Teruk, Muhyiddin Gesa Anwar, Zahid Letak Jawatan Serta-merta
Perikatan Nasional (PN) mahuDatuk Seri Anwar IbrahimdanDatuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidimeletakan jawatan serta-merta.Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peletakan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai tanggungjawab moral susulan penolakkan besar-besaran orang Melayu dan bukan Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.Katanya, PN berjaya memenangi 146 daripada 245 calon atau 60 peratus kerusi ditandingi mereka.“Ini adalah satu pencapaian memberansangkan kepada PN selain berjaya memenangi kerusi campuran seperti Kulim dan kerusi majoriti kecil Melayu seperti Derga.“Maka benarlah PRN ini merupakan referendum penolakan rakyat terhadap gabungan politik rapuh dan perpaduan palsu diterajui Anwar dan Zahid,” katanya.Kata beliau, pembuktian juga dapat ditunjukkan menerusi kemenangan besar di Kelantan, Kedah dan Terengganu.Malah, Muhyiddin menegaskan, PN telah berjaya memenangi 22 kerusi berbanding lima kerusi yang disandang PN sebelum ini.“Kejayaan itu bermakna PN menafikan majoriti dua pertiga majoriti PH-BN di Selangor yang merupakan kubu kuat mereka. Saya percaya sekiranya peratusan keluar mengundi lebih tinggi, PN akan berjaya merampas Selangor,” katanya.Mengulas lanjut, beliau menjelaskan gelombang sokongan pengundi Melayu di Pulau Pinang juga telah membawa kejayaan besar kepada PN dengan menang 11 daripada 15 kerusi majoriti Melayu.“Ini membuktikan PN adalah wadah politik bangsa Melayu pada masa kini berbanding UMNO yang tidak lagi relevan dengan hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 kerusi ditandingi mereka,” katanya. – JURNALSumber: KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/prn-pn-akan-kemuka-nama-calon-menteri-besar-di-tiga-negeri-dalam-masa-terdekat-muhyiddin/
PRN: PN Akan Kemuka Nama Calon Menteri Besar Di Tiga Negeri Dalam Masa Terdekat – Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan nama calon Menteri Besar baharu di ketiga-tiga negeri yang dimenangi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dalam masa terdekat.Pengerusi PN yang juga Presiden BersatuTan Sri Muhyiddin Yassinberkata, ini bagi mendapatkan perkenan daripada Sultan di negeri terbabit iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.“Kalau sekiranya nama-nama itu diperkenankan maka upacara angkat sumpah akan ditetapkan, mungkin dalam tempoh beberapa hari akan datang,” katanya.Turut hadir, Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai serta kepimpinan tertinggi gabungan itu.Pada PRN kali ini, PN menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah selain kerusi Parlimen Kuala Terengganu, serta 11 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, 22 di Selangor dan lima di Negeri Sembilan. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/prn-ph-bn-kuasai-selangor-n9-dan-p-pinangpn-pegang-kedah-kelantan-dan-terengganu/
PRN: PH-BN Kuasai Selangor, N9 Dan P.Pinang…PN Pegang Kedah, Kelantan Dan Terengganu
Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023)membabitkan enam negeri – Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.Sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan kali ini iaitu 36 DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).Kredit Foto: Agenda DailyMenepati ramalan, PH-BN kekal menguasai tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.Keputusan rasmi merekodkan, gabungan terbabit berjaya memenangi 34 kerusi, di Selangor dan 22 lagi menjadi milik PN.Di Negeri Sembilan, gabungan berkenaan cemerlang menguasai 31 kerusi manakala lima lagi dimenangi Perikatan Nasional (PN).Sumber statistik: AWANIPulau Pinang pula menyaksikan, PH-BN dengan penguasaan 29 kerusi manakala PN hanya 11 kerusi.PN sapu bersih kesemua 32 kerusi di Terengganu.Sementara itu PN menakluk 43 kerusi di Kelantan. Hanya dua kerusi menjadi milik gabungan PH-BN di negeri tersebut.Di Kedah, PN memberi kejutan apabila menang 33 kerusi, cuma tiga kerusi menjadi milik PH. – Jurnal
https://jurnal-malaysia.com/prn-azmin-ali-menang-di-hulu-kelang-terima-tentangan-sengit-juwairiya-zulkifli/
PRN: Azmin Ali Menang Di Hulu Kelang, Terima Tentangan Sengit Juwairiya Zulkifli
Percaturan Perikatan Nasional (PN) meletakkanDatuk Seri Mohamed Azmin Alidi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang membuahkan hasil selepas bekas Menteri Besar Selangor itu menang di kerusi berkenaan.Keputusan rasmi di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan Mohamed Azmin menang dengan majoriti 1,617 undi.Pengerusi PN Selangor itu memperoleh 25,597 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli dengan 23,980 undi.Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan PN sebelum ini memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa atas tiket Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Susulan perpindahan itu, PN menampilkan peguam yang juga aktivis kemasyarakatan, Shasha Lyna Abdul Latiff untuk mempertahankan DUN Bukit Antarabangsa. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/altimet-menang-di-lembah-jaya-tewaskan-calon-pn/
Altimet Menang Di Lembah Jaya, Tewaskan Calon PN
Calon Pakatan Harapan,Syed Ahmad Syed Abdul Rahman AlhadadatauAltimetmenjadi penyanyi rap mainstream pertama di negara ini yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Beliau yang bertanding di DUN Lembah Jaya, menang dengan majoriti 6,707 dan memperoleh 26,116 undi.Pencabarnya, Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 19,409 undi.Kerusi Lembah Jaya sebelum ini disandang Haniza Mohamed Talha dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 14,790 selepas memperoleh 22,512 undi.Beliau menewaskan Muhamad Nizam daripada BN (7,722 undi), Khasim Abdul Aziz (Pas), 7,358 undi dan Norizwan (Parti Rakyat Malaysia), 177 undi yang kehilangan wang deposit. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/prn-penat-tetapi-kena-jalankan-tanggungjawablepas-ni-nak-ambil-cuti-1-hari-altimet/
PRN: “Penat, Tetapi Kena Jalankan Tanggungjawab…Lepas Ni Nak Ambil Cuti 1 Hari” – Altimet
Selepas 14 hari tempoh berkempen sempena pilihan raya negeri (PRN), calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya,Syed Ahmad Syed Abdul Rahmanatau dikenali sebagaiAltimet, 45, mengakui perkara itu amat memenatkan.Menurutnya, selepas proses pengundian selesai dia akan berehat selama satu hari.Menurut penyanyi itu, setiap lapisan masyarakat perlu melaksanakan tugas dengan keluar mengundi di kawasan masing-masing.“Saya penat tapi kena jalankan tanggungjawab sebab lepas ini saya akan ambil cuti satu hari untuk tidur.“Kita mengharapkan lebih ramai pengundi dapat hadir bersama-sama untuk jalankan kewajiban sebagai rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat pada Sabtu.Pada 22 Julai lalu, Altimet membuat kejutan apabila diumumkan bertanding kerusi DUN Lembah Jaya oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Altimet berhadapan dengan calon Perikatan Nasional, Sharifah Haslizah. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/prn-sanusi-sengaja-tayang-kertas-undi-langgar-akta-kesalahan-pilihan-raya-1954/
PRN: Sanusi Sengaja Tayang Kertas Undi, Langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nordidakwa telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila dengan sengaja menayang kertas undi beliau kepada petugas media.Memetik perkongsian seorang pengguna laman X, @La_FarEast, gambar yang dilampirkan jelas menunjukkan Muhammad Sanusi, mempamerkan pilihan beliau di atas kertas undi itu, sebelum memasukkannya ke dalam kotak undi.Semakan ke atas akta berkaitan mendapati ia merupakan satu kesalahan di bawah Perkara (39), yang menyebut – tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.Akta tersebut selanjutnya menyebut, kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.Portal Malaysiakini melaporkan kejadian serupa pernah berlaku sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Besut pada 2013, apabila calon BN ketika itu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman melakukan perbuatan yang serupa, dan ditegur oleh Pengerusi SPR ketika itu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. – JURNALSumber: Awani