link
stringlengths
46
145
text
sequencelengths
0
363
https://umno-online.my/2024/03/13/hilang-semangat-melayu-petronas/
[ "SEMALAM saya menerima dan membaca kenyataan dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang menyentuh ketidakpuashatian kontrak sistem pembekalan solar panel oleh syarikat bukan bumiputera iaitu Solarvest Energy yang memonopoli 300 stesen minyak Petronas di seluruh negara. Dikhabar projek bernilai RM1juta untuk setiap stesyen minyak.", "Saya amat bersetuju dan menyokong kenyataan DPMM. Alasan yg diberikan ada merit dan kebenarannya. Persoalan kenapa tidak diagihkan sekurang-kurangnya kuota 30% dari 300 stesen minyak diberikan kepada syarikat bumiputera/Melayu.", "Apa ingat syarikat orang Melayu tak tahu berniaga industri solar dan tenaga baru dalam negara kita?\n\nMalu jika Presiden atau GCEO dan Pengurusan Tertinggi Petronas sendiri dan megah dengan Menara Berkembar Petronas KLCC tetapi tidak mempunyai jati diri dan semangat bumiputera/Melayu. Hanya sembang kencang dan penuh dengan retorik ketika menjadi panel Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 baru-baru ini.", "Bayangkan sekiranya 30% diagihkan, sekurang-kurangnya kita boleh mencipta satu atau dua syarikat bumiputera untuk berdaya saing dgn syarikat bukan bumi.", "Ini adalah masanya Petronas untuk bantu mewujudkan ‘bumi player’ dalam industri solar. Tak payah beri pelbagai alasan kata syarikat Melayu tak mampu, tak ada kepakaran, tak cukup modal. Sebenarnya kalau nak bantu pepatah ada menyebut “nak seribu daya tak nak seribu dalih”.", "", "Akhir kata, sebagai parti politik UMNO yang telah banyak memain peranan, memperjuang, meletakkan asas dan dasar untuk memperkasakan agenda Melayu/Bumiputera seperti KEB, Dasar Ekonomi Bumiputera (DEB) dan lain-lain sering kali dirosakkan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Petronas ini.", "Saya sendiri pernah membuat kenyataan bahawasanya GLC-GLC ini ‘lebih membunuh’ usahawan-usahawan Bumiputera/Melayu dari membantu mereka untuk berjaya sebenarnya.", "Maaf cakap, inilah salah satu faktor kenapa kita tidak dapat menwujudkan Konsep 3P iaitu penyertaan, pemilikan dan pengusaan seperti apa yang disentuh oleh YAB Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini dalam ucapatamanya di KEB2024.", "Mungkin UMNO kena semak GLC-GLC lain yang dikhabarkan ada lebih 130 syarikat yang mungkin juga ada perangai seperti Petronas. Wallahu a’lam.\n\nGulam Muszaffar Gulam Mustakim\nKetua UMNO Bahagian Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan" ]
https://umno-online.my/2024/02/29/ucaptama-kongres-ekonomi-bumiputera-2024-transformasi-ekonomi-bumiputera/
[ "UCAPTAMA: YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI\nTIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH\nSEMPENA: KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 2024 (TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA)", "TARIKH: 29 FEBRUARI 2024 TEMPAT: PICC, PUTRAJAYA\n*************************************************", "\nSalam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.", "MUKADDIMAH", "1. Mengawali bicara pagi ini, izinkan saya untuk merakamkan rasa keterjuaan kerana dapat bersama-sama dalam peristiwa penting perjalanan perjuangan umat Bumiputera. Lebih menyentuh nurani saya, Kongres kali ini dianjurkan oleh Kerajaan ekoran lontaran cadangan yang dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO pada Jun 2023 yang lalu. Ini mengingatkan kita kepada Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama juga diadakan hasil daripada cetusan pemikiran UMNO pada ketika itu.", "2. Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, adalah merupakan kesinambungan beberapa siri KEB yang telah dianjurkan sejak kali pertama pada 5 hingga 7 Jun 1965. Ia disusuli dengan KEB kedua pada 7 hingga 9 September 1968. Keduadua kongres ini telah menggariskan gagasan-gagasan besar haluan negara yang menyaksikan Malaysia seperti mana yang kita nikmati pada hari ini.", "3. Melalui kongres yang dianjurkan, kita bukan sahaja menyaksikan penubuhan agensi-agensi bermatlamatkan mengangkat agenda Bumiputera, tetapi turut melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membawa kepada kestabilan politik dan pengagihan kek ekonomi negara yang lebih adil untuk semua kaum.", "4. Melalui kongres yang penah dianjurkan, selain DEB, negara juga dicorak melalui matlamat dan gagasan seperti Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, Model Ekonomi Baharu dan Tindakan Pembangunan Bumputera 2030.\n\n5. Bagi Kongres Ekonomi Bumiputera kali ini, ia bagaikan sireh pulang ke gagang. Manakan tidaknya, KEB pertama dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Kini ia dikendalikan oleh Kementerian yang sama, cuma berbeza pada namanya iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, yang turut dilaksanakan bersama oleh Kementerian Ekonomi. Jika KEB pertama dan kedua melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), saya suka mengetengahkan cadangan bagi KEB kali ini untuk kita melaksanakan Transformasi Ekonomi Bumiputera atau TEB sebagai satu dasar untuk mengorak langkah ke hadapan.", "6. Transformasi Ekonomi Bumiputera ini saya gariskan mempunyai tiga matlamat utama yang perlu kita sama-sama capai iaitu: Pertama : Keadilan Sosio-Ekonomi; Kedua : Kemampanan Negara Bangsa; dan Ketiga : Kemakmuran Negara dan Kesejahteraan Rakyat", "7. Ketiga-tiga matlamat utama ini bagi memastikan, dasar dan pelaksanaan agenda ekonomi negara, bukan sahaja menjamin penglibatan dan hak Bumiputera tetapi pada masa yang sama memastikan wujudnya kesalingan atau synergy dengan bukan Bumiputera.", "8. Mahu atau tidak, rela atau tidak, kesalingan antara kaum amat penting dalam memugar aktiviti ekonomi negara. Bertitik tolak daripada hasrat DEB yang tidak mahu lagi aktiviti ekonomi dikaitkan dengan identiti kaum, hari ini tembok itu telah pun berjaya diruntuhkan. Kaum Bumiputera tidak lagi sinonim dengan usaha tani, Cina bukan lagi mendominasi gelaran saudagar begitu juga dengan kaum India, tidak lagi berlegar di perladangan.", "9. Atas semangat ini, tiga matlamat utama yang digariskan, menuntut semua kaum bahu membahu membangunkan negara. Menghormati agihan yang adil di samping menerima hakikat, usaha memartabatkan penyertaan Bumiputera dalam semua sektor ekonomi adalah dalam kerangka Perlembagaan Negara.", "10. Ia juga bagi memadamkan penceritaan ekonomi negara dikuasai oleh kumpulan minoriti, yang tentunya mengundang resah kaum majoriti, dan pada akhirnya mewujudkan kesenjangan sosial. Keadaan sebegini tentunya tidak sihat bagi sebuah negara yang telah melebihi enam dekad dibangunkan secara bersama.", "Sidang kongres yang dikasihi sekalian,", "MATLAMAT 1: KEADILAN SOSIO-EKONOMI", "11. Transformasi Ekonomi Bumiputera merupakan satu dasar baharu yang progresif bertujuan untuk merapatkan jurang sosioekonomi di kalangan rakyat Malaysia. Melalui Tranfosrmasi ini, kita mahu memastikan penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam sektor ekonomi dapat diperkasakan. Malah ia juga bertujuan memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam menyertai peluang-peluang ekonomi dan teknologi baharu, di samping turut serta membesarkan kek ekonomi negara.", "12. Dalam aspek pendidikan, kini masanya untuk kita memecahkan belenggu pemikiran kalangan Bumiputera bahawa bidang kemahiran bukanlah pilihan kedua tetapi sebaliknya menjadi pilihan utama industri. Memperkasa modal insan melalui bidang kemahiran juga penting bagi mempersiapkan generasi Bumiputera sebagai tenaga kerja yang kompeten untuk bersaing di pasaran buruh yang semakin kompleks.", "13. Pada masa yang sama usaha ini diyakini mampu meningkatkan peratusan pekerja mahir Bumiputera yang kini berada pada tahap 29.1% berbanding kaum-kaum lain. Ia sudah tentu menjamin akses terhadap pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lebih munasabah dan stabil di dalam meningkatkan taraf hidup mereka.", "14. Dalam soal pemilikan pula, Bumiputera masih belum mencapai tahap pemilikan yang memuaskan dalam kalangan syarikat korporat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ini mungkin berpunca daripada terbatasnya akses kepada pembiayaan dan pendanaan bagi memula atau memperluaskan perniagaan. Kita berharap inisiatif-inisiatif melalui dasar afirmatif sedia ada, perlu diperkemaskan agar tahap penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dapat dipertingkatkan.", "15. Dengan Transformasi Ekonomi Bumiputera kita akan terus memastikan peranan agensi-agensi amanah Bumiputera seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Tabung Haji serta lain-lain akan lebih terkehadapan dalam pengupayaan Bumiputera bagi semua sektor perekonomian.", "16. Apabila menyebut tentang MARA, kita ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun penubuhan ke-58 yang kebetulan jatuh pada hari esok, 1 Mac. Alhamdulillah kita berhimpunan hari ini bertepatan dengan tarikh lahirnya MARA pada 1 Mac 1966 daripada rahim Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama.", "17. Dengan kita memberikan fokus serta memperkemaskan inisiatif sedia ada, Transformasi Ekonomi Bumiputera diyakini mampu mengatasi cabarancabaran sosioekonomi yang dihadapi dan membuka pintu ke jalan kemajuan yang lebih luas bagi setiap lapisan masyarakat.", "18. Saya suka mengimbau pengalaman 48 tahun lalu semasa saya bertugas di sebuah bank komersil yang berpengkalan di luar negara. Gabenor Bank Negara pada ketika itu telah mengarahkan laporan bulanan mengenai status pembiayaan dan penyertaan Bumiputera (berapa ramai pekerja Bumiputera, pelanggan Bumiputera, peminjam Bumiputera) dalam sektor perbankan, dibuat. Begitulah komitmen pada ketika itu untuk memastikan agenda Bumiputera dilaksanakan oleh sektor perbankan.", "19. Sehubungan itu bagi memastikan semua usaha pengupayaan Bumiputera baik diperingkat Kementerian, agensi, GLC dan GLIC dilaksanakan dengan berkesan, saya suka mengusulkan MARA perlu diperkasakan dengan tanggungjawab penyelarasan, pemantauan dan penilaian di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera. Serentak itu juga, Unit Pemerkasaan Bumiputera di Kementerian, Agensi, GLC dan GLIC perlu diaktifkan semula agar penyelarasan, pemantauan dan penilaian dapat dijalankan dengan berkesan.\n\nMATLAMAT 2: KEMAMPANAN NEGARA BANGSA", "20. Dalam perjalanan kita untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera, kita tidak boleh mengabaikan kekuatan pokok yang membentuk asas kemampanan negara bangsa, iaitu kekuatan dalam pemeliharaan kesatuan dan kesepaduan, kestabilan politik dan struktur sosial yang teguh.", "21. KEB 2024 mesti dijadikan medan untuk kita meningkatkan keupayaan ekonomi Bumiputera agar lebih dinamik dan berani beradaptasi dengan 8 perubahan yang tidak menentu dalam pasaran kewangan, ketidak pastian global, konflik regional dan geopolitik, inflasi, pandemik dan lain-lain cabaran agar Bumiputera mempunyai ketahanan (resilient) serta kemampuan untuk terus bersaing.", "22. Transformasi Ekonomi Bumiputera mestilah dijadikan satu dasar besar yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi Bumiputera dan menarik pelaburan agar kita dapat membina landasan ekonomi yang kukuh untuk kemampanan jangka panjang.", "23. Kita mesti berani mencipta kekuatan dalam menjalin hubungan luar melalui promosi dan diplomasi perdagangan serta kerjasama antarabangsa. Langkah ini mampu membuka pintu peluang yang lebih luas dan membina jambatan kesejahteraan bersama di peringkat global. Janganlah kita hanya berlegar di arena domestik tetapi gapailah pasaran sejagat yang mempunyai potensi nilai pasaran melebihi 5 trilion dollar Amerika menjelang tahun 2030.", "24. Saya percaya, akhirnya dengan dasar Transformasi Ekonomi Bumiputera ini, kita tidak hanya memperkasakan ekonomi Bumiputera tetapi juga membina kemampanan bagi negara bangsa.", "25. Peranan kaum wanita juga menjadi elemen penting sebagai suatu kekuatan yang mendukung pembangunan lebih seimbang dan berkeadilan. Keterlibatan dan pemerkasaan wanita bukan sahaja menjadi tuntutan masa kini. Sebaliknya wanita yang terlibat dalam pelbagai sektor dan peringkat kehidupan membawa sinergi yang tak ternilai kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial kita.", "MATLAMAT 3: KEMAKMURAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT", "26. Dasar Transformasi Ekonomi Bumiputera ini bukan sekadar satu usaha untuk memperkasa ekonomi. Ia adalah langkah inklusif yang membawa impak positif kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Setiap langkah yang diambil untuk memperkasa ekonomi Bumiputera adalah sejajar dengan usaha ke arah pembangunan yang lebih merata dan mewujudkan landasan untuk pertumbuhan ekonomi yang kukuh.", "27. Hakikatnya, kemakmuran negara amat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi. Melalui Transformasi Ekonomi Bumiputera, program sokongan dan pembiayaan yang disediakan tidak hanya membantu usahawan tetapi turut merangsang aktiviti dan melengkapi eko sistem ekonomi negara secara keseluruhan. Sudah pasti ia turut menyumbang kepada peningkatan KDNK negara di samping memberi peluang untuk pembangunan infrastruktur dan pelaburan dalam pelbagai sektor.", "28. Manakala kesejahteraan rakyat pula amat dipengaruhi oleh ekonomi individu. Transformasi Ekonomi Bumiputera bukan hanya memberi fokus kepada inisiatif memperkasakan golongan korporat semata-mata tetapi juga berbicara tentang ekonomi rakyat biasa. KEB 2024 mesti mencari solusi untuk lebih ramai Bumiputera berpartisipasi dalam kegiatan keusahawanan. Berdikari di 10 dalam menjana pendapatan yang akhirnya akan membawa kepada peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.", "6 TEKAD PEMERKASAAN BUMIPUTERA", "29. Atas komitmen untuk menjayakan tiga matlamat utama yang digariskan, bagi mencapai Transformasi Ekonomi Bumiputera ‘yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang’. Suka saya menggariskan enam tekad sebagai rukun bagi kita terus bergerak sederap untuk mencapai cita-cita yang diinginkan bersama.", "TEKAD 1: MEMPERTAHANKAN AGENDA BUMIPUTERA", "30. Tekad pertama, adalah untuk mempertahankan agenda Bumiputera sedia ada. Dasar dan inisiatif yang diperkenalkan termasuk soal pemilikan tanah, ekuiti perniagaan, pendidikan, peluang usaha, pekerjaan dan perbekalan, walaupun masih belum mencapai sasaran perlu terus diperkasakan. Contohnya pemilikan dan penguasaan dalam sektor korporat Bumiputera yang hanya berada pada tahap 17.2 peratus. Sungguhpun sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) sasaran 30 peratus telah ditetapkan, kita tidak boleh menghentikan usaha ini. Malah semua pihak yang terlibat dengan agenda Bumiputera harus mengambil tanggungjawab bersama. Kerajaan punya tanggungjawab. Agensi pelaksana perlu terus melaksanakan mandat dan tidak melupakan asas penubuhan mereka.", "TEKAD 2: MENUTUP KETIRISAN PERLAKSANAAN", "31. Serentak dengan itu, usaha menutup ketirisan pelaksanaan dasar dan inisiatif agenda Bumiputera menjadi tekad kedua yang perlu dipegang. Apabila disebut soal ketirisan semua pandangan menjurus kepada soal tatakelola. Namun tidak kurang juga ketirisan ini berlaku di peringkat pelaksana dan penerima yang mengambil jalan mudah untuk mencapai keuntungan cepat. Caranya dengan melepaskan pegangan Bumiputera yang pada akhirnya menjejaskan matlamat penguasaan dan penyertaan yang disasarkan.", "TEKAD 3: MEWUJUDKAN KESETARAAN ANTARA WILAYAH, KAUM DAN KELOMPOK\n32. Ketiga, dalam kita menjayakan matlamat Transformasi Ekonomi Bumiputera, kita mesti bertekad untuk mewujudkan kesetaraan antara wilayah, kaum dan kelompok. Keseimbangan peluang perlu diagihkan antara wilayah Semenanjung, Sarawak dan Sabah, kaum dan juga kelompok-kelompok masyarakat. Langkah ini akan dapat memastikan pemerkasaan agenda Bumiputera lebih merata dan pada masa yang sama rantaian peluang ini juga memberikan limpahan serta manfaat kepada kaum-kaum lain dan kelompok masyarakat dalam kaum-kaum di negara ini.", "33. Saya percaya, melalui pelaksanaan dasar-dasar yang adil dan inklusif, kita akan berupaya membangunkan berbagai inisiatif baru yang dapat mengurangkan jurang sosial dan ekonomi merentas wilayah, kaum dan kelompok dalam masyarakat.", "TEKAD 4: MENGENALPASTI PELUANG BAHARU", "34. Tekad keempat perlulah memberi tumpuan kepada mengenalpasti peluang dan perkembangan ekonomi baharu masa hadapan. Ia merupakan proses penting dalam merancang strategi yang mampu mendepani derasnya perubahan-perubahan teknologi, model perniagaan dan gaya hidup masa hadapan . Tumpuan kepada tekad ini perlulah melibatkan analisis terhadap trend dan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi dan keperluan industri seperti inovasi teknologi berasaskan Industrial Revolution 4.0, teknologi Artificial Intelligent (AI) dan teknologi digital serta automasi.", "TEKAD 5: MEWUJUDKAN JALINAN TULEN", "35. Bagi tekad kelima pula kita mestilah mewujudkan jalinan tulen ekonomi Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dalam konteks inklusif, sejak DEB diperkenalkan hingga ke hari ini kerjasama ekonomi di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera telah wujud. Namun sebahagian jalinan ini masih boleh dipertikaikan ketulenannya. Melalui Transformasi Ekonomi Bumiputera, kita tidak mahu lagi wujudnya aktiviti ekonomi hanya atas nama Bumiputera sahaja. Kita mahu Ali dan Baba yang benar-benar berfungsi melaksanakan 13 aktiviti perniagaan. Ali dan Baba terlibat dengan pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan perniagaan.", "36. Bukannya ‘Ali Baba’ yang memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan. Tindakan seumpama ini pada akhirnya menyukarkan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam sektor ekonomi. Selain itu, tindakan kelompok Bumiputera sebegini tidak mencerminkan bentuk kekayaan dan pemilikan sebenar.", "TEKAD 6: MENJAMIN TIDAK MEMINGGIRKAN KAUM LAIN", "37. Tekad keenam adalah menjamin untuk tidak meminggirkan atau menafikan hak kaum lain. Tekad ini bagi mewujudkan keadilan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Kita telah menyaksikan sejak pelaksanaan KEB yang pertama pada tahun 1965 dan diikuti beberapa penganjuran seterusnya sehingga kini, pelaksaannya turut mengangkat dasar-dasar yang menghormati hak semua kaum, termasuk dalam akses kepada peluang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan lain. Sejarah telah membuktikan bahawa usaha Kerajaan memperkasa Bumiputera tidak sesekali menyebabkan mana-mana kaum lain di negara ini terpinggir. Begitu juga dengan pelaksanaan Transformasi Ekonomi Bumiputera ini, hak pelbagai kaum akan terus dijamin.\n\nSaudara saudari peserta Kongres sekalian", "14 IKHTIAR PEMERKASAAN BUMIPUTERA", "38. Setelah saya menggariskan tiga matlamat utama dan enam tekad Transformasi Ekonomi Bumiputera, izinkan saya untuk melontarkan tiga Ikthiar Pemerkasaan Bumiputera. Tiga ikhtiar ini saya percaya akan menjadi sebahagian daripada usaha-usaha lain yang bakal digarap sepanjang tempoh kongres ini.", "39. Ikhtiar ini saya fikirkan mampu melonjakkan agenda pemerkasaan Bumiputera menjelang usia satu abad negara merdeka.", "IKHTIAR PERTAMA: PERBADANAN TANAH BUMIPUTERA\n40. Bagi mengekalkan pemilikan tanah Bumiputera yang menjadi asas kepada kestabilan ekonomi dan pemeliharaan identiti kebangsaan, saya menganjurkan agar diwujudkan Perbadanan Tanah Bumiputera. Perbadanan ini bertanggungjawab untuk merangka mekanisme yang membolehkan pemilikan tanah Bumiputera ditingkatkan dan dimanfaatkan pada masa hadapan.\n41. Adalah disyorkan, semua tanah-tanah berstatus pajakan melebihi 50 ekar bagi kawasan pertanian ataupun plot-plot industri yang melebihi 20 ekar, apabila sampai tempoh tamat pajakan dan dipohon untuk penyambungan, 20 peratus daripada tanah berkenaan hendaklah diserahkan semula kepada Kerajaan dan diurustadbir melalui perbadanan ini", "42. Penubuhan Perbadanan Tanah Bumiputera merupakan langkah proaktif untuk menjamin: i. keseimbangan demografi kaum; ii. mewujudkan kelangsungan kawasan usaha Bumiputera bagi tujuan pertanian, perindustrian dan penempatan baharu; dan iii. usaha tambahan mengekalkan pemilikan Bumiputera", "43. Langkah ini saya percaya dapat memberi pulangan dan peluang yang lebih besar kepada Bumiputera untuk memiliki sebahagian daripada aset tanah negara. Melalui perancangan teliti dan strategik, setiap kawasan usaha diharapkan memberi manfaat maksimum kepada komuniti Bumiputera, mencipta kelestarian ekonomi yang berterusan.", "IKHTIAR KEDUA WAQAF KESIHATAN DAN PENDIDIKAN\n44. Saya yakin yang hadir ke Kongres Ekonomi Bumiputera ini sudah pastinya prihatin mengenai masa depan Bumiputera dan menyimpan iltizam untuk sama-sama menyumbang kepada sebarang usaha memperkasakan agenda Bumiputera.", "45. Justeru, ikhtiar kedua yang ingin saya usulkan adalah mengenai Waqaf Kesihatan dan Pendidikan Bumiputera yang akan menjamin perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang berterusan kepada Bumiputera. Ikhtiar ini juga sebagai usaha untuk mendepani isu-isu kenaikan kos perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kepada golongan seperti asnaf, warga emas dan kumpulan sasar yang terjejas.", "46. Bagi menterjemahkan ikhtiar ini, satu Pelan Waqaf Sihat dan Didik Bumiputera (SIDIK) dicadangkan yang bertujuan untuk:", "i. Menyediakan fasiliti, peralatan dan perkhidmatan kesihatan seperti pusat dan mesin Hemodialisis, khidmat penjagaan kesihatan warga emas dan sebagainya;\nii. Pembiayaan rawatan bagi penyakit kronik;\niii. Pemerkasaan institusi pendidikan dan pusat latihan Bumiputera;\niv. Pendanaan Biasiswa untuk anak-anak Bumiputera;\nv. Memperkasa program perkembangan kemahiran untuk meningkatkan keboleh pasaran tenaga kerja Bumiputera", "47. Marilah kita mengambil tanggungjawab bersama dalam membantu dan menyumbang di dalam menyediakan sumber tambahan melalui amalan berwaqaf untuk menjalankan program pembangunan pendidikan, kesihatan mahupun kebajikan.", "48. Demi kesejahteraan Bumiputera saya menganjurkan sistem caruman daripada syarikat-syarikat GLC, GLIC, Yayasan Badan Amanah dan orang perseorangan untuk bersama menjayakannya. Semoga ini menjadi asbab yang mengundang keberkahan daripada Allah S.W.T.", "IKHTIAR KETIGA – MENGINDUSTRIKAN PERTANIAN\n49. Syor untuk mengindustrikan pertanian adalah bertujuan untuk melibatkan Bumiputera dalam sektor pertanian tanaman makanan yang berskala besar, serta dapat menjamin pengeluaran sumber makanan negara.", "50. Saya mengambil contoh kejayaan FELDA dan FELCRA dalam membangun dan memajukan pertanian tanaman komoditi, yang telah menjadikan negara kita antara pengeksport kelapa sawit dan getah terbesar dunia.", "51. Kita sedar sebahagian masyarakat Bumiputera tidak mempunyai tanah yang begitu besar, keluasannya juga mungkin tidak ekonomikal di samping kekangan kewangan untuk mengusahakannya. Namun, sekiranya tanahtanah ini dapat disatukan dan dibangunkan secara skala besar, pastinya setiap pemilik tanah dapat memperolehi manfaat yang berterusan disamping membantu meningkatkan sosio-ekonomi setempat.", "52. Bagi menjayakannya, saya mencadangkan penubuhan sebuah entiti yang dapat memainkan peranan untuk mendana-i dan membangunkan tanahtanah Bumiputera atau tanah-tanah berkelompok milik Bumiputera yang berpotensi untuk diusahakan dengan tanaman makanan.", "53. Melalui ikhtiar ini, kita juga perlu menggunakan teknologi dan inovasi baharu bagi meningkatkan hasil tanaman. Pastinya pengaplikasian teknologi moden dalam pertanian memerlukan kos dan pendanaan yang tinggi bagi menjayakannya. Dengan wujudnya sebuah entiti yang memberi tumpuan khusus kepada sektor ini, usaha pendanaan, kajian dan inovasi dapat dilakukan secara berstruktur untuk meningkatkan pengeluaran hasil.", "54. Pengeluaran hasil berskala besar dan penggunaan teknologi, membolehkan penghasilan kepelbagaian produk hiliran pertanian yang mempunyai nilai tambah dan boleh dipasarkan secara komersial serta membawa keuntungan yang berganda.", "55. Saya percaya, melalui pendekatan yang sama, dalam tempoh beberapa tahun ke hadapan, pengeluaran hasil pertanian makanan dalam negara akan dapat menampung keperluan domestik selaras dengan usaha keterjaminan makanan. Malah kita juga In-Sha Allah berupaya menjadi negara pengeksport hasil pertanian sepertimana hasil komoditi kelapa sawit dan getah.\n\nSaudara saudari peserta Kongres", "MENGUBAH DESTINI BUMIPUTERA", "56. Barang sudah pasti sepanjang kongres tiga hari ini dan siri-siri libat urus yang telah diadakan sebelum ini, kita mendengar pelbagai masalah dan kelemahan Bumiputera telah dan akan dibangkitkan. Sementara kita mengakui kelemahan baik di peringkat Kerajaan mahupun pelaksanaan, apa yang lebih penting ialah bagaimana kita mahu bergerak ke hadapan.", "57. Kesilapan dan kelemahan dahulu, adalah suatu pengajaran. Menangisi atau meratapi bukanlah jawapannya. Sebaliknya bangkit semula daripada kelemahan dan kesilapan lalu dengan tekad yang baharu, adalah semangat yang sepatutnya diangkat melalui Kongres kali ini.", "58. Kita tidak perlu “apologetic” untuk membicarakan agenda-agenda besar Bumiputera kerana kita tidak pernah meminggirkan atau menindas hak kaumkaum lain. Malah santunnya bumiputera sentiasa menghormati kontrak sosial yang menjadi asas keharmonian negara.", "59. Seperti yang pernah diungkapkan oleh Almarhum Tun Abdul Razak semasa merasmikan penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama tahun 1965 saya petik “Kemajuan sesuatu bangsa itu bukanlah dalam tangan kerajaan bahkan bukanlah dalam tangan Menteri, tetapi ialah dalam tangan, dalam nadi dan titik peluh tiap-tiap orang rakyat negara ini. Oleh itu kalau kita semua ada mempunyai keazaman: semangat dan jiwa ingin kepada kemajuan, semangat dan jiwa berani dan bersedia bekerja, berkorban dan bertenaga, dengan berkat Tuhan kemajuan kemajuan akan tercapai – Tun Abdul Razak KEB 7 Jun 1965.", "60. Sehubungan itu, ayuh kita semua – kerajaan, agensi pelaksana, pemimpin, para cendiakawan, profesional dan rakyat dengan tiga matlamat utama, enam tekad dan tiga ikhtiar pemerkasaan, sejujur dan sedayanya menjadikan Transformasi Ekonomi Bumiputera:\n• Tali yang menyatukan simpulan iltizam kita.\n• Jambatan untuk anak bangsa kita menyeberangi masa hadapan dengan penuh keyakinan.\n• Pelantar kukuh untuk kita berdiri sama tinggi sebagai sebuah bangsa Malaysia.", "Pantun:\nAnak kecil main api\nGundahnya hati bila didendang\nTekad dan usaha jangan berhenti\nKuatkan semangat bukan kepalang", "Sekawan serati bersama angsa\nBerenang di tasik tanjong bidara\nWalau ditangis nasibnya bangsa\nPatah sayap ku usahakan jua", "Sekian wabillahi taufik wal hidadayah wassalamualaikum waramahatullahi wabarakatuh" ]
https://umno-online.my/2024/02/26/parlimen-malaysia-titah-diraja-sultan-ibrahim-ibni-almarhum-sultan-iskandar/
[ "Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII\nSultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar\nPenggal Ketiga Parlimen Kelima Belas 26 Februari 2024", "**********************************************", "Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.", "Bismillahir Rahmanir Rahim, Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad, semulia-mulia Rasul, serta keluarga dan para sahabatnya sekalian.", "Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Dewan Negara dan Ahli-Ahli Dewan Rakyat, saudara saudari yang Saya hormati sekalian.\nAlhamdulillah, bersyukur Saya kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya dapat Saya hadir ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas pada pagi yang mulia ini.", "Istiadat hari ini amat bermakna buat Saya kerana ini merupakan kali pertama Saya berangkat ke Dewan Parlimen ini setelah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVII pada 31 Januari 2024 yang lalu.", "Pada kesempatan ini, Saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun yang lalu dengan adil dan bijaksana.", "Insya Allah, dengan limpah kurnia serta izin-Nya, Saya akan memikul amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas dan meneruskan pemerintahan yang mengutamakan kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat.", "Tahniah kepada Perdana Menteri dan barisan Anggota Pentadbiran Kerajaan yang telah menguruskan negara dengan sempurna dan tadbir urus yang baik. Pesanan Saya, sentiasa hayati denyut nadi rakyat kerana menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membela nasib mereka.\n\nAhli-ahli Yang Berhormat sekalian.", "2. Pemerintahan Saya sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah sama seperti Yang di-Pertuan Agong yang terdahulu mengikut Perlembagaan Persekutuan, dasar dan peraturan yang ditetapkan.", "3. Kedudukan Saya di sini adalah bagi menjalankan tanggungjawab dan memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk memastikan kedaulatan tanah air, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat akan sentiasa dipelihara.", "4. Oleh itu, Saya menyeru kepada semua pihak sama ada yang duduk di sebelah kanan Saya atau yang di sebelah kiri Saya, marilah kita bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.", "5. Di mata Saya, kejayaan atau kegagalan negara ini bukan diletakkan di bahu Perdana Menteri sahaja, tetapi ia adalah tanggungjawab semua 222 Ahli Dewan Rakyat kerana Yang Berhormat semua telah diamanahkan oleh rakyat sebagai wakil rakyat mereka di dalam Kerajaan.", "6. Semua pihak sedia maklum keutamaan Saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia di luar sana. Oleh itu, Saya berharap semua Ahli Dewan akan menumpukan usaha untuk membela nasib hidup seluruh rakyat.", "7. Ingin juga Saya tegaskan di sini yang Saya tidak akan melayan sebarang permintaan dari mana-mana pihak yang cuba mengganggugugat kestabilan politik negara. Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk. Jika ada yang hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang.", "8. Saya juga ingin mengingatkan bahawa Parlimen ini adalah tempat para penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan adalah para penggubalnya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal jika penggubal undang-undang itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat.", "9. Oleh yang demikian, Saya harap semua Ahli-ahli Dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di Dewan yang mulia ini dengan mematuhi peraturan sepanjang tempoh persidangan.\n\nAhli-ahli Yang Berhormat sekalian.", "10. Saya perhatikan setelah lebih 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna kerana masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum yang lain. Oleh itu, Saya menyeru kepada Kerajaan untuk merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni.", "11. Pepatah Melayu ada menyebut, “melentur buluh biarlah dari rebungnya” – yang bermaksud jika kita hendak melahirkan generasi masa hadapan yang bersatu padu dan saling memahami, kita mesti membentuk mereka sejak anak kecil.", "12. Saya juga menyeru semua lapisan masyarakat supaya memperkukuh perpaduan negara dan tidak menghasut rakyat dengan memainkan isu 3R (race, religion and royalty).", "13. Kita semua sedia maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama negara yang mesti dihormati. Ia adalah hasil daripada persetujuan Raja-Raja Melayu untuk membentuk Persekutuan dan memberikan punca kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang.", "14. Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan akan terus kekal dipelihara. Namun begitu, agama-agama lain masih dibenarkan untuk diamalkan dengan aman tetapi tidak boleh disebarkan kepada orang Islam. Oleh itu, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba memutarbelitkan atau mempolitikkan asas Perlembagaan ini.", "15. Saya berpuas hati dengan langkah-langkah yang dilaksanakan Kerajaan dalam menyelesaikan perkara-perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963. Saya berharap agar perjanjian yang dimeterai ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak berkepentingan dalam memenuhi hasrat dan aspirasi demi kemakmuran bersama.\n\nAhli-ahli Yang Berhormat sekalian,\n16. Saya berasa amat kecewa apabila dimaklumkan bahawa Kerajaan hari ini sedang menanggung beban hutang yang semakin besar, kerana sejak tahun 1998 Kerajaan sentiasa berada dalam kedudukan defisit fiskal. Adakah beban hutang ini yang akan kita tinggalkan untuk ditanggung oleh anak cucu kita nanti?", "17. Dengan keadaan kewangan Kerajaan yang lemah ini, adalah sukar untuk Kerajaan melaksanakan projek pembangunan baharu atau memberikan suntikan kewangan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi. Oleh itu Saya menyokong hasrat Kerajaan untuk mengambil langkah penjimatan yang drastik dan melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar.", "18. Dalam pada itu, dasar-dasar baharu perlu terus diperkenalkan untuk melengkapi dasar-dasar nasional yang lain seiring dengan pendekatan negara yang lebih menyeluruh. Antaranya pengenalan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang merupakan inisiatif pembaharuan fiskal bagi meningkatkan tatakelola, kebertanggungjawaban dan ketelusan dan pengurusan kewangan awam.", "19. Saya juga sendiri akan melihat perbelanjaan Kerajaan dengan lebih teliti dan memastikan setiap cadangan perbelanjaan adalah untuk perkara yang betul-betul diperlukan. Saya berharap semasa pemerintahan Saya ini, Kerajaan akan berjaya memperoleh lebihan fiskal setiap tahun. ", "hli-ahli Yang Berhormat sekalian,", "20. Kedudukan ekonomi Malaysia pada tahun 2023 telah berkembang sebanyak 3.7% pada tahun 2023 dan kekal mampan walaupun prestasi pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global berada pada tahap sederhana. Kadar pengangguran negara berada pada tahap 3.3% pada tahun 2023 dan kadar inflasi sebanyak 2.5% sepanjang tahun 2023.", "21. Jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2023 adalah sebanyak RM329.5 bilion dan telah mencipta lebih 127,000 peluang pekerjaan dalam tempoh yang sama. Bagi perdagangan antarabangsa pula, eksport negara telah mencatat nilai sebanyak RM1.426 trilion pada tahun 2023.", "22. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada tahun 2024 diunjurkan berada pada tahap antara 4% hingga 5% disokong oleh langkah dan pembaharuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024 tempoh hari.", "23. Sebagai langkah jangka sederhana, kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang telah dilancarkan merupakan komitmen Kerajaan untuk merancakkan dan menstruktur semula aktiviti ekonomi serta pelaburan. Beberapa dokumen utama telah diperkenalkan selari dengan hasrat ini iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Belanjawan 2024 yang bakal mengangkat taraf hidup rakyat ke tahap yang lebih tinggi dan sejahtera berlandaskan keadilan sejagat.", "24. Saya juga amat berharap agar Kerajaan mengambil pendekatan yang proaktif dalam melaksanakan agenda pembaharuan untuk memperkukuh daya saing negara sebagai sebuah ekonomi yang mampan sejajar dengan keperluan semasa.", "25. Kerajaan juga perlu menyediakan insentif yang menarik dan memudahkan segala urusan melalui tadbir urus yang cekap. Polisi yang dibuat di peringkat Persekutuan juga hendaklah disesuaikan dengan keadaan persekitaran di negeri-negeri kerana setiap negeri mempunyai keadaan yang berbeza-beza, terutama dalam sektor pembangunan hartanah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,", "26. Dengan peningkatan taraf sistem pendidikan tinggi dalam negara, ramai graduan yang bermutu tinggi telah berjaya dihasilkan. Namun, peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa ini adalah tidak setaraf dengan kelayakan yang mereka miliki.", "27. Oleh yang demikian, Kerajaan perlu berusaha menarik pelaburan yang bernilai tinggi supaya peluang pekerjaan yang dihasilkan akan memberi pendapatan yang berpatutan.", "28. Di kesempatan ini, Saya menyeru semua pihak agar memanfaatkan Tahun Melawat Malaysia 2026. Pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 akan meneroka peluang ekonomi bagi menjana sumber pendapatan selain mempromosikan budaya dan warisan negara kepada para pelancong yang berkunjung ke negara ini kelak.\n\nAhli-ahli Yang Berhormat sekalian,", "29. Usaha meningkatkan pengeluaran makanan hendaklah dilaksanakan secara lebih tersusun bagi memastikan tahap jaminan makanan negara mencapai sasarannya. Pada masa yang sama, pelbagai program untuk meringankan beban petani, penternak, nelayan dan pengeluar makanan perlu ditingkatkan agar penghasilan dan pendapatan mereka berada pada tahap tinggi.", "30. Oleh kerana kos import yang semakin tinggi, Saya menyeru kepada Kerajaan untuk meningkatkan usaha dan galakan untuk pengeluaran barangan dalam negara, terutama bekalan makanan harian dan bahan mentah.", "31. Saya menyambut baik kedudukan Malaysia di tangga ke-29 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2023 dalam aspek kecekapan Kerajaan. Saya mengalu-alukan usaha berterusan ini bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap keberkesanan perkhidmatan agensi Kerajaan.", "32. Jentera Kerajaan juga mestilah meningkatkan kecekapan dan prinsip kerja berintegriti supaya pembangunan ekonomi dapat dicapai dengan jayanya. Saya tidak suka dengan sistem yang banyak “red tape”. Oleh itu, kecekapan proses kerja dan tadbir urus mestilah sentiasa dinilai dan ditingkatkan.", "33. Saya sangat berharap semua agensi penguatkuasaan dapat menjalankan siasatan dengan lebih cekap dan cepat supaya sesuatu kes itu dapat diselesaikan dengan segera.", "Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,", "34. Pendirian Malaysia dalam mendukung keamanan dan menentang keganasan harus disuarakan dengan lebih tegas di peringkat antarabangsa. Namun pada masa yang sama, peranan aktif Malaysia baik di peringkat ASEAN mahupun peringkat dunia perlu terus dimainkan bagi memupuk semangat perpaduan dan memacu kemajuan mengambil kira cabaran geopolitik dan perkembangan serantau. Malaysia perlu menyuarakan ketegasan pendirian berhubung isu Palestin dengan menggesa supaya gencatan senjata segera diaktifkan dan akses bantuan kemanusiaan dipercepatkan kepada penduduk Gaza di Palestin.", "35. Di kesempatan ini, Saya ingin menzahirkan penghargaan di atas taat setia yang telah dicurahkan kepada Saya dan negara tercinta oleh semua anggota Perkhidmatan Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta seluruh agensi Kerajaan yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi tanpa mengenal penat dan lelah.", "36. Terima kasih juga Saya ucapkan kepada semua rakyat jelata yang mengekalkan perpaduan yang harmoni, hidup bersatu padu dan berpegang teguh kepada Rukun Negara.", "37. Akhir kata, marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar Malaysia terus maju dan makmur, aman dan damai dan seluruh rakyatnya menikmati kehidupan yang sempurna, bahagia dan sejahtera.", "Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh." ]
https://umno-online.my/2024/02/22/the-sultanate-of-sulu-case-shows-the-litigation-funding-industry-is-abusing-the-global-legal-system/
[ "The Sulu case, also known as “The Sulu Fraud,” demonstrates how the pursuit of profit through litigation funding can lead to baseless and extortionate claims against sovereign nations. As I told EU officials during my recent visit to Brussels, Malaysia’s first-hand experience reinforces the need for robust regulation of third-party funding to uphold the integrity of the legal system and prevent similar abuses in the future.", "Read my article with Euronews:\n\nTHE Government of Malaysia is engaged in a $14.92 billion (€13.85bn) legal dispute that challenges the sovereignty of the country.", "The matter involves a group of individuals self-proclaiming to be heirs to the defunct Sultanate of Sulu, Jamalul Kiram II, who received an arbitration award in February 2022 following their claim that Malaysia is in breach of a colonial-era land treaty involving North Borneo or Sabah, which today is an indisputable part of Malaysia.", "Since then, Malaysia has faced an arduous and ongoing battle, incurring significant costs and the deployment of government resources to thwart the claimants’ frivolous claims and protect over 16% of our national budget.", "Malaysia’s position is unwavering — the case represents sophisticated abuse of the arbitration process that has no basis in law, and is nothing more than an attempt to extort a sovereign nation. I call this “The Sulu Fraud”.", "Profit ahead of justice", "One may question what relevance this case has to third-party litigation funding and the EU’s proposed regulation of the funding industry.", "The reality is that the Sulu case would not exist today without the involvement of a litigation funder, Therium, in bankrolling the claimants and their lawyers. Until today, we do not know how much the funder has spent. We do not know how the funder came to be involved.", "And we do not know how the funder came to an arrangement with a group of individuals who largely reside in the Philippines. However, we do know that they are putting profit ahead of justice.", "When an industry becomes worth several billion dollars, one begins to question whether access to justice remains a central tenet or if it is simply a convenient soundbite.", "The litigation funding industry has boomed in recent years across the world. According to some research, Europe’s share of the global litigation funding market is projected to reach nearly 16% of a total of $18bn (€16.7bn) by 2025.", "It has been suggested that the global market could surpass $57.2bn (€53bn) by 2035, as the number of individuals and corporations seeking financial investment in order to pursue legal claims grows exponentially.", "I understand that litigation funding plays a pivotal role in providing access to justice. In legal disputes around the world, litigation costs can easily add up due to legal fees, the costs of going to court, and often other unforeseen costs when a party intends to litigate.", "However, when an industry becomes worth several billion dollars, one begins to question whether access to justice remains a central tenet or if it is simply a convenient soundbite.", "It is evident that litigation funders are betting significant amounts with the hope of collecting a handsome share of the winnings.", "As funding agreements are commonly made in secret, counterparties involved in a dispute, including a judge, may be unaware of what funding is in place, where the money originates, and any potential conflicts of interest that may subsequently arise, unless in rare circumstances where the funded party voluntarily make the necessary disclosure.\n\nFunding as a tool to wage legal warfare", "The opaque nature of the litigation funding sector is a crucial factor in explaining why policymakers around the world should be concerned.", "Funding can serve as a tool through which claims receive funding, where the pursuit of justice is tainted by ulterior motives.", "This is even more true when a sovereign state is involved — whether on the receiving end of vexation claims or ultimately acting as a funder themselves to wage legal warfare.", "Malaysia’s experience of the Sulu case allowed us to see up close the violation and damage that resulted from the funding of vexatious claims.\nTherium has turned a blind eye to a series of irregularities that have always been at the core of the Sulu case.", "These include the sentencing to jail of the arbitrator responsible earlier this year, Mr Gonzalo Stampa, who received over $2.7 million (€2.5m) from Therium for issuing the $14.92bn final award.", "Recent decisions from the Paris Court of Appeal and the Hague Court of Appeal revealed that the tide has turned in Malaysia’s favour and the attempts to seize the country’s sovereign assets have also been fought off.", "That being said, it remains to be seen as to whether transparency and ultimately justice will prevail.", "It’s time to put a stop to the misuse of third-party funding", "As the European Parliament’s proposed regulation of third-party funding demonstrates, we cannot continue with the status quo. I have emphasized this during the series of bilateral meetings in my recent official visit to Brussels.", "I have expressed our interest in understanding in greater detail the European Parliament’s proposed regulation on third-party funding — a regulatory framework that we champion wholeheartedly as a result of the Sulu case.", "The bilateral meetings, among others, acknowledged the proliferation of abuses in arbitration, especially in light of the regulatory vacuum in the third-party litigation funding industry.", "The time is ripe for transnational cooperation to combat the misuse of third-party funding solely for profit-orientated purposes, which subverts the pursuit of justice.", "In this respect, robust safeguards are urgently required to prevent abusive practices, curb excessive profit-seeking at the expense of justice, and introduce comprehensive oversight mechanisms as the sector matures.", "I encourage our EU counterparts to move forward with their efforts to regulate the litigation funding industry, as it is only through concerted global actions and coordinated efforts of global leaders that abuses of the global legal system could be prevented. – euronews ", "\nAZALINA OTHMAN SAID serves as Minister of Law and Institutional Reform in the Government of Malaysia." ]
https://umno-online.my/2024/02/21/teguh-bersama-33-tahun-umno-sabahterus-melangkah/
[ "\nHARI ini 21 Februari 2024, genaplah 33 tahun UMNO bertapak di Sabah. Sepanjang tempoh tersebut, UMNO Sabah telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan, suka dan duka yang telah mematangkan makna sebuah perjuangan selaku parti politik di Sabah untuk terus melangkah ke hadapan, berjuang membela bangsa agama dan negara.", "Memilih slogan ‘Teguh Bersama’, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam perutusannya sempena sambutan 33 tahun UMNO bertapak di Sabah berkata, dengan adanya kebersamaan serta semangat kerja berpasukan di kalangan pemimpin dan ahli UMNO di Sabah yang dianggarkan melebihi 700 ribu orang, merupakan tunjang utama kenapa UMNO Sabah sehingga kini masih teguh dan relevan.", "Katanya, meskipun diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan tidak kurang cemuhan dari mereka yang berhasrat menenggelamkan pengaruh UMNO di Sabah, namun parti tersebut tetap bertahan.\n", "“Sejarah perjuangan UMNO di Sabah amat panjang, banyak ranjau dan onak dilalui dari mula ia bertapak sehingga kini. UMNO pernah menjadi tunjang kerajaan negeri selama 28 tahun di mana semasa pemerintahannya telah membawa banyak kebaikan kepada negeri dan rakyat, berjaya menstabilan politik dan turut mendekatkan hubungan di antara rakyat negeri ini dan Semenanjung.", "“UMNO juga telah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di negeri ini dengan tumpuan terhadap aspek pembangunan dan pembaharuan ke arah kemajuan,” katanya dalam perutusannya yang dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-33 UMNO bertapak di Sabah.", "Namun menurut Bung, UMNO Sabah juga melalui detik duka kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang memberikan kesan kepada kedudukan UMNO di Sabah.", "Lebih memberikan cabaran kepada UMNO Sabah katanya ialah langkah 22 orang terdiri dari Ketua Bahagian dan pemimpin UMNO di negeri ini keluar parti yang kemudiannya mengisytiharkan menyertai parti lawan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).", "Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, selepas tindakan beberapa pemimpin UMNO Sabah ini, pelbagai suara sumbang mula kedengaran antaranya UMNO Sabah akan dibubarkan malah istilah yang lebih kejam UMNO bakal ditalkinkan.", "Bagi menangani krisis ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akhirnya memberikan kepercayaan kepada Bung menerajui UMNO Sabah apabila dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah menggantikan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang keluar parti.", "Memikul tugas dan tanggungjawab tersebut, bagi Bung bukanlah sesuatu yang mudah, namun beliau bersyukur kerana masih ada rakan-rakan seperjuangan dalam UMNO Sabah yang masih setia dan memiliki prinsip kukuh bagi membantu beliau menyusun semula kedudukan UMNO Sabah yang bukan sahaja di peringkat negeri, bahagian malah di peringkat cawangan.", "“Kemenangan Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang mewakili UMNO/BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis pada Januari 2020 merupakan petunjuk UMNO/BN di Sabah masih diterima oleh rakyat Sabah dan kejayaan turut memberikan suntikan semangat serta kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan,” katanya.", "Seperti kata pepatah ‘patah tumbuh hilang berganti’, kemunculan pemimpin-pemimpin muda untuk bersama UMNO yang sebilangannya turut memimpin bahagian-bahagian ketika ini merupakan petanda positif UMNO masih diterima oleh rakyat Sabah.", "Di samping itu, penyertaan mereka yang sebahagian adalah dari usaha UMNO untuk meremajakan parti bagi mencari pemimpin pelapis meneruskan perjuangan parti keramat UMNO amat bermakna.\n\nDalam hal ini, Bung juga mengimbau semasa kerajaan negeri dipimpin oleh parti Warisan sehinggakan keadaan politik di Sabah juga tidak stabil apabila ada percubaan dari bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang mendakwa mendapat sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui akuan bersumpah (SD) pada Julai 2020 untuk menggulingkankan Kerajaan Warisan namun gagal.", "Ini berlaku apabila Ketua Menteri yang juga Presiden parti Warisan ketika itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah setelah mendapat perkenan dari Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah pada Ogos 2020 bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.", "Pada PRN ke-16 UMNO Sabah memilih untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), satu bentuk kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan harapan kestabilan politik di Sabah akan dicapai selepas PRN ke-16.", "Akhirnya selepas PRN-16 ini kerajaan negeri dapat dibentuk. UMNO/BN adalah parti terbesar menyumbang kejayaan tersebut yang memperolehi 14 kerusi berbanding 11 kerusi yang diperolehi oleh Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Hajiji ketika itu dan yang selebihnya PBS, tujuh kerusi dan Star, enam kerusi bagi membolehkan gabungan itu dapat membentuk kerajaan.", "Dari segi jumlah kerusi sudah tentu UMNO lebih berhak menuntut jawatan Ketua Menteri, namun bagi UMNO dan Bung sendiri bukan jawatan yang menjadi keutamaan selain kestabilan politik boleh dicapai untuk membolehkan kerajaan dapat dibentuk meneruskan usaha-usaha membawa pembangunan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.", "Walaupun UMNO berada di dalam Kerajaan Gabungan GRS ketika itu dan Bung diberikan tempat sebagai orang kedua dalam barisan jemaah kabinet Sabah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya, namun banyak perkara dan cadangan yang dibawa tidak didengar oleh kerajaan negeri ketika itu, malah agihan jawatan lantikan politik termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan hanya dimonopoli satu pihak.", "Selepas PRU ke-15 Kerajaan Perpaduan dibentuk di peringkat Persekutuan dan UMNO merupakan antara tonggak mendukung pembentukan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\nTerdahulu, tindakan PGRS yang diketuai Hajiji menyokong PN tanpa berundingan bersama gabungan GRS amat mengecewakan UMNO Sabah.", "Bagaimanapun situasi politik berubah apabila Hajiji membuat pusingan 360 darjah mengubah pendirian untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan.", "Ketika ini UMNO Sabah berharap dengan tindakan tersebut, konsep Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat diselaraskan dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri namun ibaratnya walaupun tinggal satu rumah tapi bilik asing-asing dan tidur satu bantal mimpi lain-lain.", "Keadaan ini mendorong UMNO Sabah di bawah kepimpinan Bung untuk melakukan perbincangan agar konsep Kerajaan Perpaduan di Sabah dapat diselaraskan dengan mengurangkan permainan politik bagi memberikan tumpuan sepenuhnya untuk membangunkan Sabah.", "Setelah melalui pelbagai kemelut politik, Bung dan kepimpinan Sabah mengambil kata sepakat meneruskan perjuangan biarpun tidak lagi membarisi kabinet Negeri di Bawah Bayu malah bersama rakan-rakan lain berpaksikan agenda demi agama, bangsa dan negara malah kestabilan jadi keutamaan.", "Sehubungan itu, sempena ulang tahun ke-33 UMNO bertapak di Bumi Bawah Bayu ini, Bung yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan mengajak pemimpin dan ahli UMNO di negeri terbabit agar terus merapatkan hubungan, memperkukuhkan perpaduan dengan meletakkan ‘Tekad Bersama’ untuk membawa UMNO ke hadapan menghadapi cabaran khususnya dalam persediaan parti itu berhadapan PRN akan datang.", "Menurut beliau, pemimpin dan ahli UMNO di Sabah tidak perlu lagi memandangkan ke belakang mengingati episod duka yang pernah dilalui, sebaliknya terus istiqamah memandang ke hadapan meneruskan perjuangan membela nasib rakyat yang masih merintih dengan desakan kesejahteraan kehidupan terutamanya dalam penyediaan prasarana lantaran pelbagai penyelesaian masih belum ada.\n\n“Kita bersuara menyampaikan suara rakyat di peringkat akar umbi. Sabah kaya dengan sumber asli yang boleh dimajukan sebagai sumber pendapatan utama sama ada dalam sektor pertanian, pelancongan dan lain-lain ia perlu perancangan dan tindakan konkrit dari kerajaan agar sumber yang ada ini boleh digerakkan untuk memacu ekonomi serta kesejehteraan rakyat. Rakyat ketika ini tidak boleh lagi dimomokkan dengan slogan yang sedap didengar namun gagal dalam pelaksanaanya,” katanya.", "Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-33 UMNO bertapak di Sabah, Bung mengajak pemimpin dan ahli parti memberikan keutamaan untuk memperkukuhkan parti di semua peringkat.", "Menurut Bung kekuatan perpaduan serta jalinan kerjasama yang kukuh dalam kalangan semua pemimpin perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan konsep kerja berpasukan bagi menentukan UMNO akan terus kekal relevan di Sabah.", "“Tekad Bersama adalah akujanji yang telah meletakkan UMNO Sabah masih kekal relevan hingga sekarang, ini perlu kita lestarikan dalam bentuk tindakan, pendekatan mesra dan lebih menyakinkan agar ahli dan rakyat akan terus memberikan sokongan bagi membawa Sabah dan rakyatnya menuju ke hadapan, ke arah yang lebih baik dari masa kini,” katanya.", "Oleh: Jaafar Abd Wahid\n" ]
https://umno-online.my/2024/02/21/unjuran-pertumbuhan-perdagangan-dan-kdnk-lebih-baik-bagi-malaysia-dalam-tahun-2024/
[ "KELUARAN Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan pengukur kepada kesihatan ekonomi negara. Selain penggunaan oleh Kerajaan dan rakyat (public and private consumption) dan pelaburan, KDNK juga diwakili oleh perdagangan, yang merangkumi kedua-dua eksport dan import. Dari segi perdagangan, secara amnya, eksport (barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara dan dijual ke luar negara) akan meningkatkan KDNK, manakala import – barangan dan perkhidmatan yang dibawa masuk ke dalam Malaysia – akan mengurangkan KDNK.", "2. Tahun 2023 merupakan satu tahun yang penuh cabaran. Walaupun pada Disember 2023 Malaysia mencatat lebihan dagangan (trade surplus) selama 44 bulan berturut-turut sejak Mei 2020, dengan jumlah dagangan melepasi RM2 trilion untuk tahun ketiga berturut-turut, cabaran ekonomi seperti inflasi, pergolakan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan telah memberi impak kepada hasil perdagangan Malaysia dan juga pertumbuhan KDNKnya.", "", "3. Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) juga telah mengurangkan unjuran pertumbuhan untuk perdagangan global kepada 0.8% pada 2023, berbanding 2.7% pada tahun 2022.", "4. Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka (open trading nation) di mana nisbah perdagangan kita adalah 128% kepada KDNK, tentu sekali Malaysia juga terkesan apabila berlaku penguncupan ekonomi atau KDNK rakan-rakan perdagangan utama kita.", "5. Pelbagai faktor lain yang mempengaruhi prestasi perdagangan Malaysia termasuk rakan-rakan dagang utama Malaysia yang juga mengalami penguncupan perdagangan dan penurunan dalam import global masing-masing:", "a. Perdagangan keseluruhan China jatuh sebanyak 5% pada 2023 berbanding tahun sebelumnya. Kelemahan ekonomi China, dengan penurunan eksport sebanyak 4.6% dan import sebanyak 5.5% telah memberi impak kepada Malaysia, kerana China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, yang menyumbang 17.1% kepada jumlah perdagangan negara pada tahun 2023.", "b. Jumlah nilai perdagangan antarabangsa Taiwan menguncup 13.6% kepada US$784.35 bilion pada tahun 2023, berbanding $907.5 bilion pada 2022.", "c. Perdagangan barangan negara G20 juga menguncup, di mana eksport turun sebanyak 3.1% dan import sebanyak 2%.", "d. UNCTAD pula meramalkan penguncupan perdagangan global sebanyak 5% bagi tahun 2023, atau kira-kira USD1.5 trilion kurang daripada pada tahun 2022.", "e. Di rantau ASEAN, bagi tahun 2023, eksport Thailand menurun sebanyak 1.0%, lebihan dagangan Indonesia berkurang sebanyak 32.4%, dan Singapura mengalami penurunan perdagangan barangan sebanyak 11.7%.", "f. Pengukuhan Dolar AS sepanjang tahun 2023 berbanding pelbagai mata wang, termasuk Ringgit, telah memberi kesan terhadap prestasi perdagangan, kerana walaupun nilai eksport lebih kompetitif, namun kos import bagi bahan mentah juga meningkat.", "6. Kesemua faktor-faktor di atas telah memberi impak kepada eksport utama Malaysia, seperti elektronik (E&E), minyak sawit dan komoditi yang lain, dan mempengaruhi baki perdagangan keseluruhan (overall trade balance) dan KDNK.", "", "PROSPEK TAHUN 2024", "7. Apa prospek untuk tahun 2024? WTO mengunjurkan pertumbuhan perdagangan global di tahap 3.3% pada 2024, dan ini bakal meningkatkan jumlah perdagangan Malaysia, dirangsang oleh pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan elektronik dan elektrik (E&E – dijangka berkembang sebanyak 13.1%) dan peningkatan permintaan daripada rakan dagangan utama Malaysia.", "8. Perdagangan Malaysia diunjurkan tumbuh 5% tahun ini, dengan eksport dan import dijangka meningkat masing-masing sebanyak 5.1% dan 4.9%. Malah, selepas mencatatkan penguncupan tahun ke tahun (y-o-y) bagi 10 bulan berturut-turut, angka perdagangan Malaysia bagi bulan Januari 2024 telahpun menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 13.3% kepada RM234.73 bilion.", "9. Selain itu, landskap pelaburan negara menunjukkan prospek yang baik dengan jumlah pelaburan yang diluluskan mencapai RM225.0 bilion dalam sembilan bulan pertama, meningkat 6.6% berbanding tahun sebelumnya. Pelaburan Langsung Asing (FDI) menyumbang 55.9%, dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) pada 44.1%, dengan DDI mengalami peningkatan tahun ke tahun yang signifikan sebanyak 45.2%. Pelaburan ini bakal menyumbang kepada KDNK yang lebih kukuh apabila direalisasikan kelak.", "10. Unjuran pertumbuhan perdagangan bagi tahun 2024 serta usaha berterusan MITI untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi, adalah sebahagian usaha Kerajaan dalam melaksanakan Kerangka Ekonomi MADANI yang bertujuan menaikkan siling (seperti daya saing eksport, transformasi industri, penciptaan pekerjaan, pemulihan sektor pelancongan). Apabila digandingkan dengan kenaikan lantai ekonomi (seperti peningkatan gaji, peningkatan penggunaan domestik, penambahbaikan penjagaan kesihatan, perumahan awam serta keterjaminan makanan), kesemua ini bakal menyumbang kepada unjuran pertumbuhan KDNK sebanyak 4.0% hingga 5.0% pada 2024, insya-Allah.", "PENYELESAIAN JANGKA PANJANG", "11. Struktur ekonomi/KDNK Malaysia telah berubah dengan ketara, kerana kita semakin bergantung kepada penggunaan domestik dan perbelanjaan kerajaan. Sumbangan eksport bersih kepada KDNK telah menurun daripada 16% pada 2011 kepada 4.7% pada 2023. Jadi, salah satu solusi adalah untuk meningkatkan semula sumbangan perdagangan dan pelaburan kepada KDNK bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.", "12. Tapi, isu struktur ekonomi ini tentunya tak boleh diselesaikan dalam sekelip mata. Selain bersiap siaga untuk menghadapi dinamik perdagangan dan situasi geopolitik global, MITI juga akan mengutamakan DDI dan FDI yang berkualiti tinggi, serta kemampanan dan transformasi digital untuk meningkatkan keberdayaan perdagangan dan ketahanan ekonomi Malaysia.", "13. Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi menangani isu-isu struktur ekonomi dan meningkatkan daya saing Malaysia termasuk:", "a. Pelaksanaan strategi Pelan Induk Perindustrian Baharu / New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) yang bakal meningkatkan kepelbagaian ekonomi, daya saing dan juga nilai eksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.", "b. Memanfaatkani pelbagai perjanjian perdagangan sedia ada dan baharu, untuk memastikan eksport sentiasa meningkat dan lebih tinggi berbanding import.", "c. Komitmen kepada kelestarian dan Kerangka ESG Industri (i-ESG) yang dilancarkan oleh MITI pada tahun 2023 bakal memastikan industri, terutamanya PKS mampu memenuhi permintaan kelestarian dan memastikan akses berterusan kepada pelbagai pasaran seperti EU.", "d. Mempercepatkan transformasi digital melalui pelaburan dalam infrastruktur digital seperti 5G untuk menambahnilai proses pembuatan dan hasil barangan serta perkhidmatan yang bakal dieksport dari Malaysia.", "e. Meningkatkan kerjasama serantau ASEAN bagi menggalakkan perdagangan antara negara-negara ASEAN (intra ASEAN trade). Ada banyak potensi bagi meningkatkan nisbah perdagangan intra-ASEAN yang hanya di tahap 22.3% pada 2023, berbanding 21.3% pada 2021.", "14. Insya-Allah, berkat kerjasama dari semua pihak, kesemua usaha ini bakal berhasil. – UMNO ONLINE", "Oleh:", "Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri\nMerangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO\nTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz" ]
https://umno-online.my/2024/02/15/sedikit-coretan-sejarah-penubuhan-kampung-baru-di-malaysia/
[ "ASSALAMUALAIKUM…", "Sedikit coretan sejarah penubuhan Kampung Baru di Malaysia\nMohon pihak yang beria-ia nak menjadikan Kampung Baru sebagai Tapak Warisan Sejarah UNESCO, mohon faham dan hadam dulu sejarah penubuhan Kampung Baru dan kenapa ia wujud. Sejarah tidak pernah menipu.", "Bagaimana tercetusnya penubuhan Kampung Baru di Malaysia?", "1. Kampung baru atau Chinese New Villages ialah penempatan yang dicipta dan diwujudkan dalam era pemerintahan Britsih di Tanah Melayu bermula tahun 1950. Kampung baru adalah sebahagian daripada Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney bagi menghalang gerakan Min Yuen daripada penyokongnya dalam kalangan rakyat awam semasa Darurat Tanah Melayu berlaku.", "2. Tujuan asal penubuhan perkampungan ini ialah untuk memisahkan penduduk kampung berbangsa Cina daripada mempunyai hubungan dengan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang diterajui Parti Komunis Malaya. Ia menjadi sebahagian daripada Rancangan Briggs, sebuah rancangan ketenteraan yang direka oleh Sir Harold Briggs secara ringkas selepas dilantik sebagai Pengarah Operasi Tentera British di Tanah Melayu pada 1950.", "3. Rancangan ini bertujuan untuk menumpaskan TPRM, yang kebiasaannya bergerak di kawasan luar bandar sebagai gerakan gerila, dengan mencantas ketersampaian mereka kepada bekalan dan sokongan yang terdapat pada penduduk luar bandar.", "Apa itu Rancangan Briggs?", "1. Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs.", "2. Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.", "3. Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.", "4. Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Program besar-besaran untuk menyusun semula penduduk luar bandar dilakukan, dengan hampir 500,000 orang (dalam 10% penduduk Tanah Melayu ketika itu) telah dipindahkan daripada penempatan asal dan ditempatkan dalam kem yang dikawal yang dipanggil “Kampung Baru”. Kampung-kampung ini biasanya dikelilingi dengan wayar berduri dan mempunyai pos kawalan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.", "Kenapa Rancangan Briggs hanya tertumpu kepada kaum Cina sahaja?", "Ini jelas menunjukkan bahawa hanya kaum Cina sahaja yang mempunyai simpati dan menyokong perjuangan komunis.", "Rancangan Kampung Baru dengan menempatkan semula penduduk Cina dengan diberikan pelbagai kemudahan merupakan satu kesilapan besar yang pernah British lakukan ketika menjajah Tanah Melayu. Walhal pada ketika itu taraf penduduk Cina hanya sebagai imigran yang datang ke Tanah Melayu untuk bekerja.", "Persidangan Raja-raja Melayu 1950 Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu, dan pemerhatian bahawa kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di Kampung Baru jauh lebih baik dari apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.", "Raja-Raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948, berasaskan kebimbangan Duli-Duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Henry Gurney.", "Sepatutnya pada ketika itu dengan penduduk Melayu yang sentiasa memberikan sokongan kepada British, pilihan yang paling baik sekali untuk mengekang sokongan terhadap pergerakan komunis ialah dengan menghantar pulang imigran-imigran Cina ini kembali ke Tanah Besar China, bukannya dengan mengurung mereka dalam Kampung-kampung Baru dengan diberikan pelbagai kemudahan.", "Kini, kesilapan yang dilakukan oleh British tersebut terpaksa ditanggung oleh Melayu apabila anak cucu penduduk yang diberikan pelbagai keistimewaan oleh British dalam Kampung Baru semakin berani dan lantang mempersoalkan keistimewaan Melayu dan agama Islam.", "Coretan ikhlas,", "Senator Datuk Dr Azhar Ahmad\nKetua UMNO Bahagian Beruas" ]
https://umno-online.my/2024/02/14/mengenang-pm-kedua-tun-abdul-razak-bapa-pembangunan-negara-malaysia/
[ "AHAD, 14 Januari 2024, sebulan yang lepas genapnya Ulang Tahun Ke-48 berpulangnya ke Rahmatullah Ta’ala Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri Kedua (1970 – Januari 1976) Bapa Pembangunan Negara Malaysia di London dan telah dikebumikan di makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur.", "Bagi mengenangkan jasa-jasa Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein, bersama-sama ini saya nukilkan sebuah puisi sebagai menghargai pengorbanan Allahyarham kepada Negara, Bangsa dan Agama.", "", "TUN ABDUL RAZAK BIN DATO’ HUSSEIN BAPA PEMBANGUNAN DAN BAPA PERPADUAN HARI INI, SEMALAM DAN ESOK", "Anak Jati Pulau Keladi Pekan Pahang\nmembawa berkat\nBuku Merah dasar pembangunan\nMalaysia diperkenal dan diangkat\nMalaysia mula mengorak pencak\nSosial ekonomi politik bersilang padat\nCermin bercerita masa depan negara yang cukup erat.", "Leukemia meragut nyawamu yang singkat\nPergimu diratapi rakyat\nHilangmu dicari umat\nNamamu diabadi di cakerawala keramat.", "Bagai ribut membawa barakah\nMerimbun sawit dan getah\nMenghijau ladang terbesar di dunia\nFELDA ilham dan jasamu untuk mereka tak bertanah.", "Dasar ekonomi baru perisai kemiskinan\nNeraca keseimbangan yang susah dibantu\nDan yang kaya pula membantu\nKek ekonomi nikmat bersama\nMereda antagonisme perkauman.", "Politik sempit terpalit pahit terungkai darah perpaduan\n13 Mei 1969 membawa petaka yang kapal layar terbelah\nBertaut pelangi biru Barisan Nasional pengimbang\nmemupuk kestabilan politik\nMalaysia memacu semula arus perdana\ndi peta antarabangsa.", "Allah lebih menyayangimu pelita hati\nmembawa perginya dengan sedih tongkat sakti\nPetunjuk Bangsa dan Negara yang\nbelum lagi masa untuk menuai budi\nAllah redha kau pergi kerana ada pengganti\nNamun tak sama seperti yang kau pergi\nJasamu tetap dikenang, namamu sentiasa diabadi. – UMNO ONLINE", "Puisi Nukilan:-\nTan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Mohd Yussof Latiff\nPresiden,\nPersatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)\nVeteran UMNO\n14 Februari 2024 / 04 Syabaan 1445h" ]
https://umno-online.my/2024/02/09/umno-terus-komited-membela-datuk-seri-najib-razak/
[ "TANDA-TANYA nasib Datuk Seri Najib telah terjawab setelah Lembaga Pengampunan mengeluarkan kenyataan media mereka baru-baru ini.", "Kita mengharapkan agar Datuk Seri Najib diberikan pengampunan penuh tetapi keputusan Lembaga Pengampunan ialah mengurangkan separuh dari hukuman beliau.", "Sememangnya keputusan ini mengecewakan kita semua. Dan kita berhak untuk rasa kecewa kerana Datuk Seri Najib telah dinafikan hak beliau untuk mendapat perbicaraan yang adil.", "Malah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli dalam penghakiman minoritinya dalam rayuan kes Datuk Seri Najib menyatakan bahawa menegaskan bahawa bekas perdana menteri itu gagal diberi keadilan dan wajar dibebas dari semua pertuduhan.", "", "Namun kita perlu untuk menerima hakikat yang keputusan telah dibuat dan di umumkan. Keputusan ini telah dibuat merupakan hak mutlak Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin selaku Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebelum ini.", "Kita selaku rakyat yang taat serta setia pada Raja patut menjunjung serta menghormati keputusan baginda.", "Dan UMNO juga telah berusaha sebaiknya dalam saluran rasmi mahupun tidak rasmi dalam usaha untuk mendapatkan pengampunan penuh untuk Datuk Seri Najib.", "Tetapi, adakah sudah tertutup segala ruang dan peluang untuk kita berusaha kepada pembebasan Datuk Seri Najib?", "Jawapannya TIDAK. Kita masih boleh lagi berusaha untuk memohon pengampunan penuh untuk Datuk Seri Najib.", "Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah bermesyuarat dan menyatakan komitmen untuk meneruskan langkah-langkah mendapatkan pembelaan terhadap beliau sesuai dengan laras undang-undang negara.", "Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahu usaha pembelaan Datuk Seri Najib diteruskan.", "Hari ini UMNO sedang dalam usaha turun memberi penerangan kepada ahli-ahli tentang keputusan ini. Memberikan penerangan yang jelas tentang situasi sebenar kepada akar umbi agar tidak terpengaruh dengan dakyah serta hasutan dari pihak lawan yang sentiasa mahu melihat kita berpecah-belah.", "Kita juga dalam usaha untuk mendapatkan tandatangan serta sokongan dari akar umbi untuk di dipersembahkan kepada YDPA yang baharu iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.", "Jika selama ini kita hanya duduk dan mengikuti perkembangan kes Datuk Seri Najib dari jauh, sekarang kita boleh memberikan sumbangan kita dalam usaha mendapatkan pengampunan penuh kepada beliau.", "UMNO telah sentiasa tidak berdiam diri membiarkan Datuk Seri Najib berkeseorangan menghadapi dugaan ini dan UMNO sudah pastinya akan menggunakan apa saja peluang serta ruang yang ada untuk mendapatkan keadilan kepada Bossku yang kita kasihi.", "Kita selaku ahli UMNO juga perlu terus memperkukuhkan parti kerana parti keramat ini membawa agenda lebih besar untuk agama dan umat Melayu, terus istiqamah di dalam landasan perjuangan UMNO dan terus memberikan kepercayaan terhadap pimpinan parti.", "Salam Perjuangan,", "", "𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦" ]
https://umno-online.my/2024/02/08/mengenang-bapa-kemerdekaan-dan-bapa-malaysia-almarhum-tunku-abdul-rahman-putra/
[ "HARI ini, Khamis, 8 Februari 2024 bersamaan 27 Rejab 1445(H) adalah hari keputeraan Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan jika ditakdirkan beliau masih hidup, usianya adalah 121 tahun.", "Ketokohannya sebagai pemimpin tiada tolok banding sehingga diiktiraf dalam dunia Islam sebagai pemimpin yang dihormati oleh kawan dan lawan.", "Andainya Almarhum Tunku masih berada bersama kita pada masa ini, sudah tentu beliau “akan menitis air mata” kerana kecewa dan amat dukacita dengan keadaan perpaduan kaum khasnya Bangsa Melayu yang kini dikanca perpecahan.", "", "Beliau telah berusaha tanpa mengenal penat dan lelah dan mengorbankan hartanya untuk menyatupadukan orang Melayu dan membina perpaduan pelbagai kaum sebagai “Batu Asas” bagi mencapai kemerdekaan negara.", "Almarhum Tunku adalah simbol PERPADUAN dan sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia Almarhum Tunku yang sentiasa bersifat MODERATE, BERTOLAK ANSUR, BERHATI MULIA DAN DIHORMATI oleh seluruh Rakyat Malaysia dengan panggilan “TUNKU” yang bermakna seperti berikut:-", "T- for Tolerance (Sabar atau Toleransi)\nU- for Understanding (Memahami atau Bertimbang Rasa)\nN- for Noble (Mulia atau Luhur)\nK- for Kindness (Sifat Baik atau Kebaikan Hati)\nU- for Uniqueness (Tiada Taranya atau Tiada Bandingan)", "Sempena hari ini juga pada 68 tahun yang lalu iaitu pada 8 Februari 1956, Tunku telah menurunkan tandatangan pembentukan negara Merdeka kita yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.", "Tunku adalah orang yang bertanggungjawab menempah sejarah untuk menganjurkan Istiadat Menandatangani Perjanjian di Lancaster House, London diantara Wakil-Wakil Raja-Raja Melayu dan Wakil-Wakil Kerajaan Perikatan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tungku sebagai Ketua Menteri Kerajaan PTM dengan Wakil Kerajaan British, Mr Allan Lynox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British bagi menetapkan bahawa Tarikh 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu mencapai KEMERDEKAAN.", "Mengambil sempena kedua-dua tarikh yang sangat istimewa dan sangat penting iaitu 8 Februari maka Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) yang mengandungi 20 Pertubuhan-Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) etnik kaum di Pulau Pinang telah mengistiharkan bahawa tarikh keramat ini iaitu 8 Februari setiap tahun diraikan sebagai HARI PERPADUAN bagi Negeri Pulau Pinang.", "", "MPMNPP adalah sebuah majlis yang julung kali diwujudkan di negara ini serta penubuhannya dirasmikan pada 22 November 2003.", "Pengisytiharan Hari Perpaduan Pulau Pinang itu telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Abbas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dalam satu perhimpunan berwarna warni yang bersejarah pada 8 Februari 2004.", "Hari ini juga 27 Rejab 1445H kita umat Islam menyambut Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.", "Bersempena dengan ketiga-tiga Tarikh yang sangat penting dan sangat istimewa ini kepada Bangsa Melayu dan umat Islam, saya merayu dan memohon kepada seluruh Bangsa Melayu dan umat Islam “BERSATULAH SEMULA BANGSA MELAYU DAN UMAT ISLAM SEPERTIMANA KITA PERNAH BERSATU” dalam perjuangan sehingga kita berjaya mencapai kemerdekaan negara tercinta ini.", "AL-FATIHAH dihadiahkan kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj, Bapa Kemerdekaan Negara dan Bapa Malaysia yang sentiasa dikenangi, dihormati, disayangi dan Pejuang-Pejuang Kemerdekaan Tanah Air. Aamiin.", "Tunku, namamu harum ibarat Kasturi, Sinarmu bagai bulan purnama, Tingkah lakumu indah mempersona dan hadirmu ibarat membawa dian menyuluh negara setiap masa.", "Wassalam.", "Yang Ikhlas,", "", "Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Mohd Yussof Latiff\nVeteran UMNO Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) Merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP)\nKhamis, 8 Februari 2024 / 27 Rejab 1445 (H)" ]
https://umno-online.my/2024/02/05/jawapan-soalan-lazim-berkaitan-kuasa-pengampunan-oleh-yang-di-pertuan-agong/
[ "1. Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung pengampunan?\nJawapan: Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa YDPA, Raja atau Yang di-Pertua Negeri mempunyai kuasa untuk memberi ampun, tunda hukuman atau lega hukuman. Kuasa YDPA adalah bagi kesemua kes dan kesalahan yang dilakukan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya manakala bagi kes-kes dan kesalahan yang dilakukan di negeri-negeri lain, kuasa pengampunan adalah di bawah Raja, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing.", "2. Apakah peranan Lembaga Pengampunan?\nJawapan: Peranan Lembaga Pengampunan adalah untuk mempertimbangkan permohonan banduan selaras dengan Peraturan 54, Peraturan 113 dan Peraturan 114 Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Selain Itu Lembaga Pengampunan juga boleh mempertimbangkan permohonan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ahli-ahlinya terdiri daripada Yang diPertuan Agong sebagai Pengerusi, Peguam Negara Persekutuan, Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong.\n\n3. Siapakah ahli eksekutif daripada Kerajaan dalam Lembaga Pengampunan?\nJawapan: Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.", "4. Apakah peranan Peguam Negara dalam Lembaga Pengampunan?\nJawapan: Fasal 9 Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:\n“Sebelum memberikan nasihatnya mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.”", "5. Apakah peranan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang sebagai Urusetia kepada Lembaga Pengampunan?\nJawapan: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang merupakan Urusetia kepada Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya dalam menguruskan dokumen permohonan untuk pengampunan sama ada daripada YDPA secara terus atau Jabatan Penjara Malaysia.", "6. Adakah Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada nasihat daripada Lembaga Pengampunan?", "Jawapan: Lembaga Pengampunan hanya bertindak sebagai badan penasihat kepada YDPA dan YDPA tidak perlu mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.", "Terdapat kes perundangan peringkat Mahkamah atasan seperti kes Datuk Seri Anwar bin Ibrahim v Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz & anor [2023] 2 MLJ 545 dan kes Superintendent of Pudu Prison & Ors v. Sim Kie Chon [1986] 1 CLJ 548; [1986] CLJ (Rep) 256 yang menyatakan bahawa YDPA mempunyai prerogatif perlembagaan dalam memutuskan permohonan pengampunan, dan keputusan YDPA tidak boleh dicabar atau disemak melalui semakan kehakiman.", "7. Adakah keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad? Atau dicabar oleh mana-mana pihak di Mahkamah?", "Jawapan: Ya, keputusan yang dibuat oleh YDPA adalah muktamad dan tidak boleh dicabar. Mahkamah di Malaysia secara konsisten berpendapat bahawa apa-apa keputusan yang dibuat oleh YDPA tidak boleh dicabar di Mahkamah seperti mana yang diputuskan di dalam kes Datuk Seri Anwar bin Ibrahim v Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz & anor [2023] 2 MLJ 545 dan kes Juraimi bin Husin v. Pardons Board, State of Pahang & Ors [2002] 4 MLJ 529.", "8. Adakah keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 boleh diangkat semula bagi pertimbangan Yang di-Pertuan Agong ke- 17 supaya hukuman yang dilegakan boleh dikurangkan lagi atau pengampunan penuh (full pardon) atau remitan penjara boleh dibuat mengikut Peraturan 43(1) Peraturan-Peraturan 2000?\nJawapan: Ya, Banduan boleh mengemukakan petisyen pengampunan melalui Peguamnya atau secara peribadi terus kepada YDPA untuk pertimbangan YDPA. YDPA boleh mempertimbangkan permohonan banduan dan tiada apa-apa dalam perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang menyekat atau mengehadkan kuasa YDPA untuk memberikan pengampunan.", "● Di awal tahun 1970an, Datuk Haji Harun Idris, Menteri Besar Selangor, dituduh menerima rasuah berjumlah RM250,000.00. Pertuduhan dengan jelas mengatakan wang itu diterima untuk UMNO. Dalam tahun 1981, Tun Dr. Mahathir, yang pada masa itu, Timbalan Perdana Menteri mengemukakan permohonan kepada Lembaga Pengampunan untuk mendapatkan pengampunan bagi Datuk Harun. Pengampunan diberi dengan dan bebaslah Datuk Harun,", "● Di awal tahun 1980an, Datuk Mokhtar Hashim, Menteri Belia dan Sukan dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh musuh politiknya dalam UMNO, Datuk Mohd Taha Talib. Rayuannya terhadap hukuman mati itu ditolak Mahkamah Persekutuan pada 23 Julai 1983. Bagaimanapun pada 2 Mac 1984, hukuman mati diringankan kepada penjara seumur hidup oleh Lembaga Rayuan. Mokhtar dibebaskan dari penjara selepas menerima Pengampunan Diraja pada 10 Julai 1991 (8 tahun dari tarikh hukuman penjara).", "9. Adakah terdapat sebarang jangka masa dalam mengemukakan permohonan semula kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17?\nJawapan: Mengikut Peraturan 113 Peraturan-Peraturan Penjara 2000, banduan boleh mengemukakan petisyen pengampunan serta merta selepas banduan disabitkan dan seterusnya banduan hanya layak mengemukakan permohonan semula selepas tiga (3) tahun dari tarikh hukuman dikenakan termasuk tarikh hukuman baharu ditetapkan oleh YDPA. Seterusnya banduan boleh mengemukakan petisyen pengampunan pada setiap dua (2) tahun.", "Peraturan 113 – Petisyen\n(1) Seseorang banduan boleh, jika dikehendakinya, membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di Pertua Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara sabitan atau hukumannya, sekali dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas sabitannya dan petisyen sedemikian yang kedua hendaklah dibenarkan apabila seseorang banduan telah menyempurnakan tiga tahun dari tarih sabitan, dan sesudah itu petisyen sedemikian hendaklah diberikan pada lat tempoh dua tahun, melainkan jika terdapat apa-apa hal keadaan khas yang dianggap oleh Pegawai yang Menjaga perlu dibawa kepada pengetahuan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut manamana yang berkenaan. ", "Walau bagaimanapun, banduan masih mempunyai hak untuk mengemukakan petisyen pengampunan kepada YDPA sama ada melalui peguam atau secara peribadi tanpa melalui Jabatan Penjara Malaysia sebagai keadaan khas. YDPA mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan permohonan tersebut selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.\n\nSUMBER: Penerangan UMNO Malaysia \nhttps://umno-online.my/wp-content/uploads/2024/02/SOALAN-LAZIM-FAQ-BERKAITAN-KUASA-PENGAMPUNAN-OLEH-YANG-DI-PERTUAN-AGONG-PENUMNO.pdf" ]
https://umno-online.my/2024/01/29/malaysia-bersedia-saksi-pertukaran-agong-bukti-keunikan-sistem-penggiliran-raja/
[ "MALAYSIA sekali lagi akan menyaksikan momen yang amat bermakna dalam catatan sejarah Raja Berperlembagaan di negara ini dengan berlangsungnya dua istiadat penting dalam tempoh 48 jam ini, sekali gus menonjolkan keunikan sedia ada sistem penggiliran raja-raja Melayu yang telah diamalkan sejak 1957.", "Esok, Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menamatkan pemerintahan selepas memenuhi tempoh lima tahun di atas takhta sebagai Ketua Utama Negara bermula 31 Januari 2019.", "", "Pada Rabu, tampuk pemerintahan negara bakal mencatat era baharu di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang akan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara.", "Mengikut konvensyen penggiliran senarai sembilan negeri beraja, turutan negeri dalam pusingan pertama sistem penggiliran ini sejak 1957 ialah Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.", "Pada 1994, penggiliran ini mula masuk pusingan kedua apabila bekas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-10.", "Kedua-dua peristiwa penting yang akan berlangsung esok dan Rabu ini pastinya dinantikan rakyat Malaysia dengan perasaan bercampur. Rasa sedih dan sebak pastinya mengiringi keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Pahang.", "Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berangkat dari Istana Negara pada 8 pagi esok ke Dataran Parlimen bagi istiadat rasmi perpisahan.", "Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memaklumkan tujuh laluan akan terlibat dengan penutupan penuh manakala 13 laluan di sekitar ibu negara akan ditutup secara\nberperingkat sempena istiadat keberangkatan balik berkenaan.", "Pasangan diraja itu dijadual berangkat balik dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi sebelum berlepas pulang ke pangkuan rakyat Pahang.", "Dalam pada itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 menerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) pada 27 Oktober 2023 akan dimasyhurkan bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah pada Rabu.", "Baginda dijadual menyempurnakan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara yang akan turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh tempoh lima tahun bermula 31 Januari ini.", "Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dijadual berangkat dari Istana Bukit Serene, Johor pada pukul 7 pagi dan berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sejam kemudian.", "Pasangan diraja itu dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang pada kira-kira 10.30 pagi sebelum berangkat ke Istana Negara bagi menyempurnakan istiadat berkenaan.", "Sultan Ibrahim yang diputerakan pada 22 Nov 1958 di Hospital Sultan Aminah, Johor Bahru, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Jan 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015. – BERNAMA" ]
https://umno-online.my/2023/12/29/tidak-perlu-pakar-bukan-islam-dalam-jawatankuasa-mengkaji-undang-undang-syariah/
[ "1. Tidak perlu pakar bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah menurut Perlembagaan Persekutuan.", "2. Cadangan YB Ngeh Koo Ham ini tidak berpijak di bumi yang nyata malah hanya bakal mencetuskan polemik yang tidak perlu dalam suasana harmoni rakyat pelbagai agama dan kaum selama ini.\n\n3. Sejak merdeka, Mahkamah Syariah adalah dikhususkan kepada rakyat beragama Islam. Malah proses menambah-baik dan menaik taraf Mahkamah Syariah yang dilakukan sejak UMNO menerajui Kerajaan sentiasa dibuat secara bertahap dan mengambil kira ruang lingkup kuasa yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.", "4. Malah sepanjang proses menaik taraf Mahkamah Syariah baik dari segi pentadbiran, kompetensi, emolumen dan penggajian hakim dan pegawai mahkamah syariah, bentuk dan tahap hukuman yang diperuntukkan di bawah kuasa Mahkamah Syariah, tidak pernah sesekali mengambil atau mencabuli hak warga bukan Islam.", "5. Ini juga sejajar dengan peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa mutlak Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai pemelihara dan pelindung kepada kesucian agama Islam sebagai Agama Persekutuan; pada masa sama mengiktiraf kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan di negara ini.", "6. Justeru, berikanlah kepercayaan dan keyakinan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dalam menentukan panel-panel yang bakal mengganggotai jawatankuasa ini kelak. Tentunya DYMM Tuanku Raja-Raja Melayu amat bijaksana dan pasti mengambil kira segala aspek termasuk bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam mengabsahkan terma-terma rujukan Jawatankuasa ini.", "7. Apa jua dapatan jawatankuasa ini kelak pastinya akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu setelah diteliti segala aspek yang terkait dengan Perlembagaan. Malah jika ada sebarang cadangan yang melibatkan pindaan Undang-undang mahupun Perlembagaan sekalipun, tentu sekali prosesnya akan turut melibatkan Ahli-ahli Parlimen Bukan Islam yang punya kuasa untuk membahas, menyokong, meminda mahupun menolak cadangan-cadangan yang terkait dengan penggubalan undang-undang mahupun Perlembagaan.", "Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nSetiausaha Agong UMNO" ]
https://umno-online.my/2023/12/20/isu-pelaksanaan-pilihan-raya-kerajaan-tempatan-respon-dari-mantan-menteri-perumahan-dan-kerajaan-tempatan/
[ "\n1. Kenyataan YB Tan Kok Wai, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan yang juga Parlimen Cheras baru-baru ini berkenaan cadangan terbukanya untuk mengembalikan Pilihanraya Kerajaan Tempatan khususnya di Kuala Lumpur mengundang reaksi yang pelbagai.", "2. Pada saya, kenyataan beliau bukanlah sesuatu yang mengejutkan namun meninggalkan tanda tanya, apa yang beliau cuba hamparkan kepada umum.", "3. Pastinya perihal pilihanraya kerajaan tempatan (PRKT) ini menarik perhatian saya apatah lagi saya sendiri ketika menerajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut pernah ditanya berkenaan perkara ini dan telah memberi jawapan bertulis berkaitan perkara ini pada 8 Disember 2021 serta menjawab soalan lisan oleh Marina Chin Abdullah pada ketika itu.", "4. Secara prinsipnya, saya kekal konsisten dengan pendirian bahawa tidak ada keperluan untuk kita berkisah tentang PRKT ini. Bak kata orang, jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai. Ini kerana, jikalau kita tolak tepi perbahasan berkait dengan politik dalam soal PRKT ini, ia pada dasarnya masih bukanlah satu perbahasan yang wajar di kala lebih banyak isu yang menyentuh well-being kehidupan rakyat patut diutamakan.", "5. Dalam konteks perbahasan sains politik, cadangan YB Tan Kok Wai tidak salah. Cadangan ini pastinya mencerminkan idealisme dalam menggambarkan keadaan demokrasi yang lebih baik.", "6. Persoalannya sekarang, dalam konteks realiti, adakah ianya perlu? Adakah selama ini demokrasi tidak subur? Adakah amalan sedia ada ini tidak menggambarkan kesuburan demokrasi?\n\n7. Adakah amalan pemilihan dan pelantikan, bukan amalan demokrasi? Pastinya panjang perdebatan dari aspek falsafah jika kita ingin bincangkan namun saya lebih suka jika kita lihat dalam kaca mata realiti semasa. Hakikatnya, ia sama seperti bidalan orang kita, kalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku.", "8. Pertama, apabila diamati keadaan kerajaan tempatan pada hari ini, amalan demokrasi dan pendekatan semak imbang tetap boleh sahaja dicapai tanpa PRKT. Hal ini demikian kerana dalam lantikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), boleh sahaja ditetapkan kuota tertentu untuk memastikan pihak-pihak yang berbeza boleh menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan tempatan ini.", "9. Malah, pemilihan wakil Kerajaan Tempatan dalam keadaan semasa sudah pun memadai. Sebagai contoh, di negeri Selangor, lantikan ahli majlis kerajaan tempatan adalah berdasarkan kuota 75% daripada calon parti politik manakala baki 25% dari kalangan badan bukan kerajaan. Model sebegini tetap sahaja menjamin bahawa semak imbang boleh dijalankan melalui pandangan profesional oleh pihak yang bebas dari bingkai kepentingan politik serta mencerminkan keberadaan wakil masyarakat sivil iaitu NGO.", "10. Malah di peringkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pelantikan Ahli Lembaga Penasihat turut mengambil kira komposisi serta perwakilan semua pihak berkepentingan dalam soal perbandaran.", "11. Dalam hal ini juga, laporan Economic Intelligence Unit (EIU) meletakkan Malaysia di tangga 40 pada tahun 2022 dalam Indeks Demokrasi, lebih tinggi daripada Singapura di kedudukan ke-70. Malah, Malaysia mencatat skor tertinggi sebanyak 9.58 mata dalam soal “electoral process and pluralism”.", "12. Kedua, saya lebih cenderung melihat penggunaan wang awam kerajaan tempatan disalurkan kepada aktiviti meningkatkan kesejahteraan atau well-being rakyat, tahap daya huni, kualiti perkhidmatan dan juga penyelenggaraan fasiliti utama khususnya di ibu kota Kuala Lumpur. Hakikatnya, inilah ekspektasi utama rakyat dalam menilai perkhidmatan kerajaan tempatan kita.", "13. Di Malaysia, kita mempunyai 155 kerajaan tempatan termasuk empat agensi yang diberi kuasa PBT. Daripada jumlah ini, 132 PBT masih bertaraf majlis perbandaran dan majlis daerah.", "14. Pelaksanaan PRKT ini pastinya akan menelan belanja yang cukup besar. Secara purata, setiap PRKT ini akan memberi implikasi kewangan sebanyak RM3 juta untuk dilaksanakan. Ini bermakna, sekiranya PRKT ini ingin dilaksanakan, jumlah belanja yang dianggarkan adalah hampir setengah bilion ringgit dan ia memberi kesan kewangan yang cukup besar kepada kerajaan tempatan dalam kategori majlis perbandaran dan majlis daerah.", "15. Sebagai perbandingan, peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk KPKT dalam Belanjawan 2024 adalah sebanyak RM5.6 bilion. Ini bermakna, bagi tujuan PRKT semata-mata, jika dilaksanakan, akan menggunakan hampir 10% daripada peruntukan yang terhad ini. Sedangkan jumlah peruntukan ini boleh digunakan untuk tujuan lain yang jauh lebih penting dan dapat memberi manfaat terus kepada rakyat.", "16. Ketiga, melihatkan kepada realiti semasa, rakyat sudah mula menzahirkan bahawa mereka sudah tepu dengan agenda berkisar politik dan aktiviti pilihanraya. Hakikatnya, fenomena kelesuan politik (political fatigue) sudah mula dirasai di negara kita ini. Malah ada laporan menyatakan rakyat sudah rimas dan bosan dengan permainan dan percaturan politik yang seolah-olah tiada penghujungnya.", "17. Data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa statistik keluar mengundi bagi beberapa siri pilihanraya yang diadakan dalam dua tahun kebelakangan ini adalah tidak memberansangkan.", "18. Pilihanraya di enam negeri yang diadakan pada Ogos lalu mencatatkan peratusan keluar mengundi tidak lebih dari 75% pun di mana-mana negeri. Malah di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan, peratusan keluar mengundi tidak sampai 70% pun.", "19. Kerana itulah saya berpendapat bahawa sekalipun PRKT ini dikembalikan dan dilaksanakan, ia tidak mencerminkan ekspektasi dan aspirasi rakyat di bawah sana.", "20. Akhirnya tujuan demokrasi itu tidak semestinya juga boleh dicapai. Manakan tidak, kita menjulang demokrasi sebagai menjunjung suara dan pilihan rakyat, tapi sebenarnya rakyat enggan bersama-sama dalam proses demokrasi ini.", "21. Adalah lebih mustahak pada hari ini, untuk memastikan bahawa fungsi PBT ini boleh dipenuhi dan dilaksanakan dengan baik. Prestasi PBT adalah hal yang paling mustahak dan memberi impak langsung kepada rakyat, bukanlah kaedah pemilihan mahupun lantikan terhadap ahli pentadbirannya.", "22. Kerana itulah di Malaysia ini, banyak sahaja kerajaan-kerajaan tempatan yang cemerlang dan dapat membantu kerajaan negeri membangunkan kawasan bandar mereka menjadi bandar yang selesa dan berdaya huni.", "23. Jabatan Perancangan dan Desa atau PLAN Malaysia merekodkan bahawa 80 PBT di Malaysia ini mencapai skor lebih 80% dalam Indeks Kebahagiaan yang mana penilaiannya mengambil kira aspek yang berkaitan dengan tahap dan kualiti perkhidmatan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan pepejal dan kutipan sampah.", "24. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Daerah Tampin (MDT), Majlis Daerah Jelebu (MDJ), semuanya memperoleh skor lebih 90% dalam indeks ini. Nilai sepunya pada PBT-PBT ini adalah mereka memberi penekanan kepada kekuatan yang ada pada kawasan dan ahli majlis mereka, tanpa memainkan sentimen politik dan demokrasi.", "25. Tuntasnya, pelaksanaan PRKT bukanlah satu keperluan dan keutamaan. Tanpa mengadakan PRKT, tidak bermakna demokrasi di negara kita menjadi canggung, apatah lagi terus menyimpulkan bahawa ia tidak subur. Apa yang penting adalah memperkemas khidmat PBT dalam memenuhi keperluan dan kehendak rakyat terbanyak di luar sana khususnya dalam meningkatkan daya huni serta merancakkan pelbagai aktiviti sosio-ekonomi untuk warganya.", "YB. DATO’ SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN\nMantan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan" ]
https://umno-online.my/2023/12/15/enam-prn-dan-prk-hangatkan-suhu-politik-negara-sepanjang-2023/
[ "KUALA LUMPUR, 15 Dis – Enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan enam Pilihan Raya Kecil (PRK) antara tumpuan utama yang menghangatkan suhu politik negara sepanjang tahun ini.", "PRN 12 Ogos lepas yang melibatkan enam negeri menyaksikan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mendominasi Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor manakala Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Kedah, Kelantan dan Terengganu.", "PRN itu diadakan susulan keputusan keenam-enam kerajaan negeri terbabit untuk tidak mengadakan pilihan raya serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada akhir tahun lepas.", "Turut mencuri tumpuan enam PRK iaitu bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan Parlimen Kemaman yang perlu diadakan setelah mahkamah membatalkan kemenangan calon pada PRU-15, selain PRK Parlimen Pulai, Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, DUN Pelangai dan DUN Jepak yang diadakan susulan kekosongan luar jangka selepas kematian penyandangnya.", "Calon PN daripada PAS, Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim mengekalkan kemenangannya pada PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN di enam negeri manakala Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang di Kemaman pada pilihan raya 2 Dis lepas.", "Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pula kekal milik PH selepas PRK serentak pada 9 Sept itu dimenangi calon daripada Amanah Suhaizan Kayat dan Nazri Abdul Rahman, sekali gus meneruskan legasi ditinggalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.", "", "PRK DUN Pelangai pada 7 Okt lepas yang diadakan susulan kematian Datuk Johari Harun dalam nahas kapal terbang di Bandar Elmina, Shah Alam pada Ogos menyaksikan Datuk Amizar Abu Adam berjaya mengekalkan penguasaan BN di kawasan itu sejak 1986.", "Di Sarawak, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mempertahankan kerusi DUN Jepak menerusi calonnya Iskandar Turkee pada PRK yang diadakan pada 4 Nov susulan kematian Datuk Talib Zulpilip, 15 Sept lepas.", "Selain rentetan pilihan raya pasca PRU-15, tidak ketinggalan mewarnai landskap politik negara ialah keputusan lima Ahli Parlimen pembangkang daripada Bersatu yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI.", "Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat pembangkang terbaru dan kelima menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).", "Tahun 2023 juga menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan beberapa parti utama antaranya UMNO, PAS dan MCA selain pemecatan dan penggantungan oleh parti kepada beberapa nama besar dalam politik serta penubuhan parti baharu.", "", "Bagi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan kekal menduduki dua kerusi tertinggi parti itu bagi tempoh satu penggal lagi selepas usul tambahan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS).", "Pemilihan pada 18 Mac itu turut menyaksikan tiga kerusi Naib Presiden diisi dua muka baharu iaitu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani selain penyandangnya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.", "Pelantikan tiga pemimpin itu pada masa sama menyaksikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya sejak 2018.", "Terdahulu, suhu di kem UMNO ‘panas’ pada Februari dengan menyaksikan nama besar di dalam parti iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan ‘orang lama’ yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Tan Sri Noh Omar dipecat kerana pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO.", "Pemecatan yang berpunca daripada kesalahan dilakukan sewaktu PRU15 itu turut melibatkan lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO dari Pahang.", "Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Sufian Hamdan, Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif digantung hak dalam parti selama enam tahun.", "Muktamar Tahunan PAS Ke-69 pada 22 Okt pula menyaksikan lima kepimpinan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden terus menerajui parti sehingga 2025 selepas kesemuanya menang tanpa bertanding, bermakna Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal memimpin parti itu sejak dilantik\nmemangku jawatan berkenaan pada 2003.", "Turut mengekalkan jawatan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden iaitu Datuk Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.", "MCA pula terus dipimpin Datuk Seri Dr Wee Ka Siong selepas Ahli Parlimen Ayer Hitam itu dipilih semula sebagai Presiden pada pemilihan parti pada Sept dengan Datuk Dr Mah Hang Soon kekal selaku Timbalan Presiden manakala MIC pada Perhimpunan Agung ke-77 berlangsung 18 Nov lepas meluluskan resolusi tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu tahun depan.", "Di kem Bersatu, Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada 25 Nov mengesahkan beliau akan bertanding bagi mempertahankan jawatan disandang pada pemilihan parti akan datang.", "Bagi PKR dan DAP, tiada sebarang perubahan tampuk kepimpinan pada tahun ini selepas kedua-dua parti itu selesai pemilihan pada tahun lepas manakala Amanah dijadual mengadakan pemilihan pada 23 dan 24 Dis ini.", "Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy pada November mengumumkan penubuhan parti baharu iaitu Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), kira-kira dua bulan selepas bekas wakil rakyat di DUN Perai itu bertindak keluar parti dan meletakkan semua jawatan dalam DAP.", "", "Negeri di bawah bayu, Sabah tidak terlepas dari menghadapi gelora politik susulan tindakan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin pada Januari mengumumkan parti itu menarik sokongan kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.", "Kemelut itu bagaimanapun tidak berlarutan dan Hajiji terus menerajui kerajaan negeri disusuli rombakan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah yang menyaksikan pelantikan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), BN dan PH.", "Politik di Sarawak pula sepanjang tahun ini boleh disifatkan sebagai tenang malah Ahmad Zahid ketika berucap di Majlis Ngiling Bidai Upacara Penutupan Hari Gawai Dayak Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Sri Aman pada Julai berkata kestabilan politik di bawah pimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg harus dicontohi.", "Tidak ketinggalan mencuri tumpuan lensa media ialah pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir PN iaitu Kedah,Terengganu, Kelantan dan Perlis dengan berperanan memberikan nasihat mengenai tatakelola berkesan serta pengurusan efektif. – BERNAMA" ]
https://umno-online.my/2023/12/09/tuan-guru-presiden-pas-melakukan-dosa-besar-menggelar-orang-islam-lain-munafik/
[ "1. Saya membaca dengan teliti tulisan Tuan Guru Presiden PAS bertajuk “Cara Golongan Munafiq Menentang Islam diikuti Israel dan Pakatan Harapan” yang disiarkan di Harakahdaily pada 6 Disember 2023.", "Keseluruhan tulisan membawa kepada kesimpulan bahawa beliau cuba membandingkan pendekatan Munafik zaman Nabi dan Zionis yang membunuh umat Islam Palestin dengan pendekatan PH yang menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan supaya dibuat kesimpulan akhir oleh pembaca bahawa Kerajaan Perpaduan adalah Munafik dan Zionis.", "2. Ulasan awal saya ialah tonggak Kerajaan Perpaduan adalah muslim yang mengucap Syahadah yang sayangkan Allah dan Rasul-Nya di kalangan pimpinan UMNO, PKR dan Amanah sama seperti pimpinan dan ahli PAS mengucap Syahadah.", "Amat tidak wajar dan tidak berakhlak menuduh orang Islam lain sebagai Munafik kerana berbeza parti politik dan berbeza dalam kerjasama politik.", "3. Dalilnya ialah Hadis Bukhari dan Muslim bahawa seorang Sahabat bertanya; “Di manakah Malik bin Dukhsyun?” Lalu jawab sebahagian Sahabat: “Dia seorang Munafik yang tidak sayangkan Allah dan Rasul-Nya”.", "Lalu Nabi (saw) segera menegur mereka:\nلا تَقُلْ له ذلكَ، ألا تَراهُ قدْ قالَ لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ يُرِيدُ بذلكَ وجْهَ اللهِ\n“Jangan kamu berkata kepadanya begitu. Tidakkah kamu lihat sememangnya dia menyebut Laailaaha illallah – Tiada Tuhan yang diberikan perhambaan diri melainkan Allah – dia mahukan dengan ucapan itu redha Allah”", "Jawab sebahagian: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Tetapi kami melihat wajahnya dan nasihatnya pada orang-orang Munafikin sahaja.", "Dalam satu riwayat; “tetapi kami tidak melihat kasih sayang dan bicaranya melainkan kepada orang-orang Munafikin sahaja”.", "Tegas Nabi (saw) lagi:\nفإنَّ اللَّهَ قدْ حَرَّمَ علَى النَّارِ مَن قالَ: لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ يَبْتَغِي بذلكَ وجْهَ اللَّهِ.\n“Maka sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas neraka (dimasuki) sesiapa yang menyebut Laailaaha illallah dalam keadaan mencari dengannya redha Allah”", "4. Pengarang kitab Mirqah al-Mafatih (meninggal 1014 H) menjelaskan: “Apabila seseorang menuduh seorang muslim selain daripada zina lalu dia menyebut wahai fasik atau wahai kafir atau wahai si keji atau wahai pencuri dan seumpamanya; wahai pencompet, wahai si jahat, wahai zindiq, wahai si buruk, wahai munafik, wahai Yahudi, dia hendaklah dihukum takzir. Demikianlah secara umumnya dalam fatwa Qadhi Khan. Ia juga disebut oleh al-Natiqi dan beliau mengaitkannya apabila dikatakan begitu kepada orang yang baik”", "5. Gelar-menggelar sesama muslim dengan gelaran munafik dan fasik jelas merupakan dosa besar sebagaimana disebut oleh Ibnu Hajar al-Haitami (909-974 H) dalam al-Zawajir ‘an iqtiraf al-Kaba’ir.", "Allah berfirman\nوَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ\n“Dan janganlah kamu gelar-menggelar dengan gelaran (buruk)” (Surah al-Hujurat : 11)", "Menurut tokoh tafsir di kalangan Tabi’in, Ikrimah (hidup 25-105 H), ayat ini merujuk kepada ucapan seseorang kepada seorang yang lain wahai fasik, wahai munafik.", "Begitu juga kata Qatadah (hidup 21-104 H): janganlah kamu berkata kepada saudaramu yang muslim; orang itu fasik, orang itu munafik.", "Saya menyarankan Presiden PAS kembali merujuk buku Tafsir Surah al-Hujurat yang beliau hasilkan dan menjadi sukatan Usrah PAS.", "6. Tuan Guru Presiden PAS menerusi tulisan beliau cuba mencipta persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan mengikut telunjuk Munafik dan Zionis dalam pentadbirannya.", "Ulasan saya;\nMencipta persepsi adalah perangai Munafik zaman Nabi yang mencipta persepi terhadap Aisyah (r.ah), isteri Nabi (saw) kononnya berzina hingga ada umat Islam terpengaruh lalu menuduh secara terbuka Aisyah berzina sehingga turun beberapa ayat dalam surah al-Nuur. Adakah persepsi-persepsi yang cuba dibina oleh Presiden PAS terhadap Kerajaan Perpaduan meniru perlakuan Munafik zaman Nabi?", "7. Beliau menulis:\n“Pendekatan pemerintahan mereka sama seperti pendekatan golongan munafiq pada zaman Rasulullah SAW terhadap mereka yang beriman supaya menyekat peruntukan kepada pihak lawan.”", "Jika itu perbandingannya maka sifat munafik juga terpalit pada PAS yang turut tidak memberikan peruntukan kepada wakil rakyat UMNO di Terengganu pada 2018. Kemudian pada era Muafakat Nasional diberi sedikit dengan amaun yang jauh tak sama dengan wakil rakyat PAS kerana peruntukan dibahagikan dengan sepuluh orang Penyelaras DUN daripada pimpinan PAS di sepuluh DUN yang dimenangi oleh UMNO.", "8. Tuan Guru Presiden PAS menulis:\n“Maka, konsep yang diguna pakai oleh Pakatan Harapan (PH) menepati demokrasi yang diamalkan oleh Israel terhadap Kerajaan Hamas di Palestin yang memenangi pilihan raya dan mencapai majoriti yang mencukupi. Namun, PLO sebagai kumpulan minoriti yang tunduk menjadi boneka Zionis Israel dan Amerika Syarikat pula yang menubuhkan kerajaan dengan mengikuti telunjuk mereka”.", "Beliau membandingkan Zionis yang menolak kemenangan HAMAS di Gaza dan kononnya mengiktiraf PLO menubuhkan kerajaan yang mengikut telunjuk Zionis sepertimana Kerajaan Perpaduan yang merupakan kerajaan minoriti tetapi menjadi kerajaan?", "Saya tak nak mengulas isu HAMAS dan PLO meskipun ada fakta beliau yang mengelirukan tetapi tidak adakah kalangan pimpinan PAS yang boleh menyedarkah Presiden PAS bahawa PN hanya mempunyai 74 kerusi sahaja berbanding PH 82 kerusi? Siapa yang minoriti sebenarnya?", "Presiden PAS sudah lupa barangkali, pasca PRU ke 15 tiada parti mendapat majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan. Oleh kerana itu YDP Agong menitahkan ditubuhkan Kerajaan Perpaduan yang ditolak mentah-mentah oleh PN. Dan sehingga sekarang PN berterusan mencipta persepsi akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan bagi mewujudkan ketidakstabilan politik dan menghiburkan pimpinan, penyokong dan pendokong PN.", "9. Presiden PAS menulis:\n“Golongan munafiq mengejek dengan lisan, tulisan, lukisan (karikatur), dan sebagainya kerana melakukan penghinaan terhadap mereka yang berjuang menegakkan Islam sebagai pengemis yang hina meminta sedekah.”", "Jika itu perbandingannya maka sifat munafik itu juga turut terpalit pada pimpinan dan penyokong PAS yang berterusan mengejek dengan lisan, tulisan dan lukisan apa sahaja melibatkan DS Anwar Ibrahim, DS Zahid Hamidi dan pimpinan Kerajaan Perpaduan.", "Adakah PAS beserta semua kepimpinan dan pendokong adalah Munafik menurut analogi dan perbandingan yang dibuat oleh Presiden PAS?", "KESIMPULAN", "Saya mencadangkan agar Tuan Guru usahlah menjadikan tuduhan-tuduhan seperti munafik, musuh Allah, zionis dan seumpamanya sebagai modal politik menghentam pihak yang berbeza pendirian politik. Berpolitiklah secara damai dan berakhlak sebagaimana Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS pada 2016.", "Kepada pimpinan 17 orang ulamak dalam Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) silalah menegur Presiden parti kerana MSU diwujudkan bagi menjadi pengimbang kepada kuasa Presiden dan mewujudkan kepimpinan jamaei oleh para ulamak bukan kepimpinan “fardi” individu seorang yang digelar ulamak.", "Sangat malang jika MSU gagal berfungsi menjalankan peranannya menegur Presiden sepertimana sejarah pahit dua tahun lalu ketika Presiden dengan sewenangnya menolak kertas kerja yang telah diluluskan oleh Muzakarah MSU pada 29 Disember 2021. Ketika itu saya memegang amanah sebagai Setiausaha MSU sebelum digugurkan oleh Presiden sebagai AJK PAS Pusat 2 minggu kemudiannya pada 12 Januari 2022 dan percubaan Presiden PAS memecat saya secara tidak sah dan diluar bidang kuasanya mengikut perlembagaan PAS sebagai ahli dan Setiausaha MSU sebulan selepas itu pada 9 Februari 2022.", "Sekian", "Dr Khairuddin Takiri\nSabtu 9 Disember 2023" ]
https://umno-online.my/2023/12/07/menjunjung-setia-membangkitkan-kembali-umno/
[ "Assalamualaikum para pejuang UMNO, saya mendoakan agar kita semua dalam limpahan kerahmatanNya serta terus bersatu padu dalam parti keramat yang kita cintai ini.", "Saya yakin bahawa kebanyakan daripada kita sedang sibuk menguruskan kehidupan masing-masing dengan mendepani rencah politik semasa yang pelbagai.", "Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada Ogos lalu, beberapa pilihan raya kecil (PRK) telah berlaku. Ada yang berpihak kepada Kerajaan Perpaduan dan ada juga sebaliknya. Yang terkini, PRK Kemaman telah menyaksikan kekalahan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 37,720 undi.", "Keputusan tersebut mencambahkan pelbagai perasaan yang tentunya ada keluhan lantaran rasa keletihan dengan kekalahan yang berlaku. Rasa penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN turut menjadi beban yang berat. Namun, tetap yakinlah bahawa jika kita kekal istiqamah dalam perjuangan ini, pasti kita akan mencapai kejayaan.\n\nKita baru sahaja menghadapi beberapa tahun kekalahan, tetapi kita juga tidak boleh melupakan bahawa UMNO telah meraih kejayaan sejak dari penubuhannya. Setiap dari kita dilahirkan dan membesar dalam suasana UMNO berada di puncak kegemilangan.", "Takkan semata-mata kita baru merasai kekalahan kita sudah hendak mengalah? Takkan semata-mata hari ni kita tidak diterima dan ditolak, kita sudah berputus asa?", "Adakah semudah itu hati dan semangat kita, generasi yang dibesarkan pada masa kegemilangan UMNO, untuk menyerah pada saat UMNO mengalami kekalahan? Bukankah lebih baik kita mengambil kekecewaan ini sebagai satu dorongan untuk terus berjuang?", "Ya… banyak yang perlu kita lakukan kalau kita ingin kembali disegani. Kita perlu menyesuaikan gerak kerja kita dengan keperluan semasa. Kita perlu memberi tumpuan kepada indoktrinasi dan perkaderan. Kita perlu mengembalikan roh perjuangan kepada ahli-ahli kita. Ini merupakan antara perkara yang kita telah gagal lakukan sejak sekian lama.", "Namun, ini tidak hanya terletak pada bahu kepimpinan. Ini juga tanggungjawab kita sebagai ahli di akar umbi. Tanggungjawab kita sebagai pewaris perjuangan orang-orang terdahulu dari kita.\n\nKepahitan dan kekalahan yang kita alami adalah cerminan sebenar tentang siapa kita dalam perjuangan ini. Mereka yang begitu bersemangat melaungkan perjuangan di waktu senang belum tentu terus kekal bertahan dalam dugaan kepayahan pada waktu sukar. Tidak ramai yang mampu bertahan dalam saat-saat sukar seperti ini.", "Namun, kita sebagai insan yang sentiasa dalam perjuangan tidak kira di waktu sukar mahupun senang, maka tentunya kita kuat. Benar UMNO/BN tewas dalam PRK terbaharu namun itu tak bermakna perjuangan UMNO sudah mati sebaliknya ia adalah titik permulaan kepada kebangkitan yang lebih nyata.", "Insya-Allah, asalkan kita terus berdiri kukuh di akar umbi ini, UMNO tidak akan terkubur dan pasti akan bangkit kembali.", "Tiada yang lebih berharga daripada kesetiaan; itulah nilai yang besar dalam perjuangan.", "Ambillah bait-bait kata dari Dato’ Onn Jaafar, Pengasas UMNO sebagai renungan kita bersama;", "“𝘔𝘢𝘳𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘶𝘯𝘪𝘢 𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘙𝘖𝘏 𝘥𝘢𝘯 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘕𝘎𝘈𝘛 𝘥𝘢𝘵𝘶𝘬 𝘯𝘦𝘯𝘦𝘬 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘢𝘥𝘢 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢”\n“𝘔𝘢𝘳𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘭𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘵𝘢𝘱 𝘥𝘶𝘯𝘪𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘩𝘢𝘵𝘪𝘯𝘺𝘢…”\n“𝘛𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳-𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘵𝘶𝘳𝘶𝘯𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘶𝘬 𝘯𝘦𝘯𝘦𝘬 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱 𝘮𝘦𝘳𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘵𝘪”", "Salam Perjuangan,\n\n𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡\nPenulis 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦." ]
https://umno-online.my/2023/12/06/puisi-kenangan-bapak-malaysia/
[ "Sempena memperingati kemangkatan Almarhum Yang Teramat Mulia\nTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hari ini\n06 Disember 2023 yang ke-23 tahun (06 Disember 1990)", "\nBapak Kemerdekaan,\nTerangnya Nur keramat dibumi Tanah Melayu/Malaya\nKurniaan Allah Putera Raja\nUntuk watan dan Bangsa\nBerdarah Raja berjiwa rakyat biasa\nMengharungi kesangsaraan semata-mata\nuntuk watan yang tercinta\nMengorbankan kedudukan dan harta semata-mata\nUntuk perjuangan Bangsa.", "Bapak Kemerdekaan,\nJiwa Mu sentiasa tenang penuh dengan aroma, bakti\nSentiasa dihiasi taman yang segar perjuangan sejati\nSunguhpun sarat berdepan rakyat yang tidak batasi\nTetap tabah meneruskan perjuangan tanpa gentar\nmenegak Misi dan Visi", "Bapak Kemerdekaan,\nMu bagai purnama sentiasa terang sinaranya\nKesegenap pelusuk alam maya bumi bertuah yang indah\nmempersona.\nJasa dan bakti Mu bertibaran bak mutiara\nMenjadi hiasan wajah cemerlang\npengikut dan rakyat jelata\nPengorbanan dan jasa bakti Mu seluas lautan biru dan\nseluas hutan belantara dan angkasa raya.", "Bapak Kemerdekaan,\nKehebatan kepimpinan Mu\ndibantu dengan penuh taat dan setia\noleh Pembantu Perkasa\nAbdul Razak Hussein\nWira yang gigih bekerja\nYang kurang berbicara\nFikiranya pelita hati,\nTenangnya hulu bicara,\nKeningnya seribu akal geliga.", "Berdada lapang, panjang fikiranya\nJenih muka, fasih lidahnya bertutur dan bercakap pada\nyang beradab dan yang bermakna\nSangat bijak dalam meneka dan bertindak\nSentiasa cermat awasi dalam memerhati dan lihat\nTuahnya memiliki Pembantu yang amanah jujur dan\nhormat.", "Bapak Kemerdekaan,\nMu sentiasa tekun mengharungi duri dan onak\nMu sentiasa tekun menungkah gelombang arus\nMu, Jika marah dalam ketawa\nMu, Jika senyum dalam susah\nBapak Kemerdekaan,\nMu, memimpin sentiasa sedar yang dipimpin\nMu, Menegur sentiasa sedar yang ditegur\nMu, Mengarah sesuatu sentiasa sedar yang diarah\nMu, Menghukum sentiasa sedar yang dihukum\nMu, Memuji sentiasa sedar yang dipuji\nMu, Menguji sentiasa sedar yang diuji\nMu, Membantu dan Menolong sentiasa sedar kepada yang\nditolong", "Bapak Kemerdekaan,\nMu, Sentiasa peka dan berdiri teguh pada yang benar\nItulah Bapak Kemerdekaan yang kita Hormati,\nsayangi dan tetap diingati dengan tidak akan dilupai\nAamin.", "", "Nukilan\nTan Sri Dato’Seri (Dr) Haji Mohd Yussof Latiff\nTokoh Melayu Terbilang UMNO 2017\nPresiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang)", " ", "****************************************" ]
https://umno-online.my/2023/12/05/setahun-madani-lima-ikhtisar-keberhasilan-kepimpinan-ahmad-zahid-sebagai-tpm-menteri-kkdw/
[ "\nGENAP setahun Kerajaan Perpaduan telah memacu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat berteraskan Agenda Malaysia MADANI, dengan kepimpinan barisan Kabinet yang begitu kompetan telah menjadikan dasar itu sebagai pemangkin kepada kesejahteraan rakyat.", "Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setahun menganggotai Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah malaksanakan pelbagai inisiatif yang meliputi pelbagai manfaat kepada keseluruhan kelompok masyarakat.", "Pencapaian tersebut merangkumi lima ikhtisar keberhasilan kepimpinan Ahmad Zahid sebagai Menteri KKDW dan beberapa Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikannya.", "Pertama: Pembangunan Modal Insan", "Ahmad Zahid telah mewujudkan usaha ke arah melahirkan tenaga mahir warga tempatan untuk memenuhi keperluan industri negara. Melalui Majlis TVET Negara, beliau telah berjaya menubuhkan Sekretariat TVET bagi menyelaraskan program dan kursus di 1,344 institusi TVET seluruh negara.", "Kesungguhan beliau terserlah dengan wujudnya sistem permohonan TVET baharu yang dikenali sebagai UP_TVET yang berfungsi seperti mana portal pengambilan pelajar UPU. Dalam masa yang singkat, portal ini berjaya mencatatkan rekod permohonan pelajar mengikuti aliran TVET seramai 62,000 orang daripada hanya 15,000 penawaran.", "Ahmad Zahid juga berjaya mewujudkan kolaborasi di antara institusi TVET tempatan dengan lebih 200 pemain industri, terdiri daripada syarikat-syarikat dan konglomerat yang terkemuka seperti Petronas, DRB Hicom, GAMUDA Berhad, Turkish Aerospace Inc., TH Brandenburg University of Applied Sciences dan banyak lagi bagi menjayakan pemerkasaan TVET di Malaysia.", "Tidak terhenti di situ, usaha pembangunan modal insan telah diperkasa apabila Ahmad Zahid berjaya memperkasa penghayatan Islam, dan ilmu Al-Quran seawal usia melalui Program Pra Tahfiz KEMAS, dengan sasaran untuk melahirkan seramai 100 ribu huffaz cilik menjelang tahun 2026.", "Usaha ini diperhebat lagi apabila beliau mengusulkan modul pembelajaran berasaskan Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) 2.0 di 10,740 buah TABIKA KEMAS seluruh negara. Modul ini sebagai nilai tambah kepada kurikulum Pendidikan Islam sedia ada, melibatkan kolaborasi di antara Yayasan Pahang, Yayasan PINTA dan UPSI.", "Selain itu, melalui MARA, beliau juga berjaya mewujudkan program baharu melalui penawaran pelbagai program dwi persijilan iaitu sijil profesional dan diploma di Kolej Profesional MARA (KPM). Pada masa yang sama, beliau telah menyasarkan sebanyak 150,000 peserta untuk menyertai TVET Jelita, khusus untuk golongan wanita di seluruh negara.", "Kedua: Pembangunan Infrastruktur", "Beberapa bulan selepas menduduki jawatan, berlaku banjir di Pantai Timur. Kejadian banjir ini menyebabkan terputusnya laluan dari Felda Selancar ke kawasan sekitar. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, beliau dengan segera mengarahkan pembinaan Jambatan Bailey bagi menghubung kembali laluan yang terputus dan hanya 72 jam laluan itu dapat digunakan kembali.", "Beliau turut mengarahkan pembinaan lapan buah dewan untuk dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di sekolah yang sering dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir di seluruh negara agar mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS ini mendapat keselesaan yang sewajarnya.", "Komitmen Ahmad Zahid sebagai Menteri KKDW turut menyumbang kepada infrastruktur di luar bandar seperti:", "•RM300 juta bagi menaiktaraf bekas jalan Ulu Skrang;\n•RM200 juta untuk membaikpulih jalan perkampungan Orang Asli di Gua Musang;\n•RM25 juta bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pemandi;\n•RM5.76 juta untuk pembinaan jambatan konkrik di Nanga Entalau; dan\n•Pelbagai lagi projek infrastrusktur yang lain.", "Antara lain, beliau juga berjaya memacu KKDW ke arah mencapai KPI yang telah ditetapkan seperti:\n•Kejayaan menyiapkan 1,500 projek akses perhubungan luar bandar berbanding sasaran 1,000 projek dengan kadar pencapaian 150 peratus;\n•Kejayaan menyiapkan 388 projek Ameniti Sosial seperti balai raya, masjid, surau, tandas awam dan sebagainya berbanding sasaran 200 projek dengan kadar pencapaian sebanyak 194 peratus; dan\n•Banyak lagi projek-projek KKDW yang telah berjaya mencapai sasaran pada tahun 2023.", "Sebagai ahli Parlimen Bagan Datuk, beliau juga tidak meminggirkan usaha pembangunan di kawasan ini, dengan merealisasikan kewujudan Jambatan Bagan Datuk yang dikenali sebagai Jambatan Sultan Nazrin Shah. Jambatan ini dapat menghubungkan daerah Bagan Datuk dengan bandar-bandar utama seperti Lumut dan Manjung, seterusnya memangkin ekonomi dan kesejahteraan penduduknya.", "Ketiga: Kesejahteraan Rakyat", "Sebagai Menteri KKDW yang membawa misi dan visi untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran di kawasan luar bandar, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 63.75 juta, yang memberi manfaat kepada seramai 318,642 orang pekebun kecil getah di seluruh negara, di mana, masing-masing menerima bantuan berjumlah RM 200 seorang.", "Keprihatinan Ahmad Zahid juga ditonjolkan melalui usaha beliau berusaha menaikkan Elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS), KEMAS daripada RM500, kepada RM800 sebulan yang memberi manfaat kepada 9,439 orang.\n\nHasil usaha beliau juga, sagu hati one-off sebanyak RM900 ribu turut berjaya diagihkan, kepada 900 orang penerima, terdiri daripada Batin, Penghulu, Pengerusi, dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), dengan peruntukan sebanyak RM6.4 juta kepada 437 orang penerima.", "Selain itu, Ahmad Zahid melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) juga telah berjaya menubuhkan Urusetia Pembangunan Ekonomi Orang Asli, yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor, bagi menggalakkan aktiviti perniagaan, dan meningkatkan taraf ekonomi dalam kalangan Orang Asli.", "Keempat: Penghayatan Islam dan Pembangunan Halal", "Umum mengetahui bahawa Ahmad Zahid melalui beberapa Yayasan yang diterajui beliau, memberikan tumpuan khusus ke arah pembangunan Islam, baik dari sudut fizikal mahupun spiritual.", "Meskipun kini beliau menjawat sebagai Menteri KKDW, usaha ke arah memperkasa penghayatan Agama Islam masih menjadi keutamaan. Ahmad Zahid telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan, bagi mengangkat kedudukan al-Quran dari segenap aspek.", "Ini termasuklah menghimpunkan 23,000 huffaz dari seluruh negara dan menyempurnakan 1,000 kali khatam al-Quran serta kembali mengadakan Zikir Perdana Sedunia yang dianjurkan di Putrajaya.\n\nSepertimana usaha beliau dalam mengangkat martabat Islam dengan memperkasa modal insan, melalui pendekatan TABIKA KEMAS dalam melahirkan huffaz cilik, tumpuan yang sama turut diberikan dalam memperkasa sektor industri halal negara, dengan merealisasikan proses kelulusan permohonan persijilan halal hanya dalam tempoh 23 hari bekerja sahaja berbanding sebelumnya boleh mencecah sehingga satu tahun bagi urusan yang sama.", "Ahmad Zahid turut berjaya merealisasikan penganjuran World Halal Business Conference (WHBC) kali ke-15 di London bagi mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global.", "Kelima: Keterjaminan Makanan Negara", "Beliau berjaya menggerakkan usaha membangunkan estet padi FELCRA di Seberang Perak, dengan keluasan lebih 4,000 hektar dengan hasil keluaran kasar untuk 2 musim setahun.", "Selain itu, Ahmad Zahid turut berjaya merealisasikan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah dalam membangunkan antara 15,000 hingga 20,000 hektar tanah untuk penanaman padi secara berkelompok yang menyediakan stok beras hampir 300,000 tan setahun.", "Berdasarkan konsep wahdatul fiqh beserta pendekatan Malaysia MADANI, diharapkan 12 bulan lagi rakyat di seluruh negara akan dapat melihat dan merasi lebih banyak hasil berbentuk pembangunan, ekonomi dan kesejahteraan untuk kelangsungan hidup seluruh rakyat Malaysia.", "Ternyata, banyak usaha yang telah dilakukan oleh Ahmad Zahid berjaya membuahkan hasil yang boleh dirasai dan dilihat secara langsung oleh kumpulan sasar dalam tempoh hanya 12 bulan usia Kerajaan Perpaduan ini. – UMNO Online" ]
https://umno-online.my/2023/11/23/salahkah-bn-failkan-petisyen-batal-kemenangan-pas/
[ "Satu laporan kajian oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) yang dijalankan selama 12 hari bermula 29 Oktober hingga 9 November lalu mula tersebar ketika perang kempen PRK Kemaman sedang berlangsung.", "Dapatan kajian itu kononnya 61% responden tidak bersetuju dengan tindakan BN memfailkan petisyen membatalkan kemenangan PAS dalam PRU15 Parlimen Kemaman yang lepas.", "53% responden anggap keputusan Mahkamah Pilihan Raya terhadap keputusan petisyen tidak konsisten dan 52% responden lagi beranggapan keputusan tersebut didorong oleh motif politik.", "Sementara 58% responden berpendirian bahawa pemberian bantuan tunai oleh Kerajaan Negeri kepada beberapa kumpulan penerima golongan rentan tidak menjadi masalah.\n\nKajian itu juga mendapati sejumlah 74% responden mengatakan mereka akan keluar mengundi.", "Kajiannya katanya dijalankan secara temu bual dalam talian, panggilan telefon serta bersua muka, melibatkan 1,356 orang responden.", "Ada yang mempersoalkan apa perlu kajian itu dibuat? Adakah berniat untuk mempertikaikan keputusan mahkamah?", "Atau sengaja mahu bermain sentimen politik menjelang PRK Kemaman pada 2 Disember depan?", "Atau juga cuba mencipta persepsi buruk kepada sistem perundangan pilihan raya dengan meletakkan kesalahan terhadap pihak yang memfailkan kes?", "Isunya di sini adalah bukan perkara remeh. Isunya adalah KESALAHAN MERASUAH PENGUNDI pada PRU15 lalu yang sepatutnya tidak disukai oleh semua pihak kerana dilarang di dalam Islam.", "Soalnya, mengapa pula PAS yang kononnya anti rasuah dan di dalam kempen politiknya sejak sekian lama mempotretkan parti itu bersih dari amalan rasuah tetapi telah dibuktikan bersalah kerana terbabit dengan amalan jijik itu di dalam PRU15 yang lalu.", "Sekadar bertanya, adakah amalan itu sudah sekian lama bercambah dan berakar umbi di dalam parti PAS? Kalau betul, PAS ibarat menuding jari yang satu kepada pihak lain terlibat rasuah tetapi empat lagi jari menuju arah diri sendiri yang juga terbukti terbabit rasuah.", "", "Malangnya, dalam kes PRK Kemaman, pengundi kini dimomokkan pula dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO dan BN kerana memfailkan petisyen sehingga terbatal kemenangan PAS di Parlimen Kemaman pada PRU yang lalu.", "Paling pelik, mengapa PAS dan ahli-ahlinya seperti tidak kisah dan menerima pemimpinnya mengamalkan politik merasuah pengundi demi untuk meraih kuasa politik, seolah-olah mereka menghalalkan perkara yang mereka kata HARAM.", "Orang Tranung kate kalu kena batang idung dia dok ape belake. Kena batang idung orang saloh belake.", "Adakah dosa dan pahala dalam kamus PAS berlainan dengan yang tertera di dalam Al-Quran? Adakah haram bagi orang lain tetapi halal bagi PAS?", "TEPUK DADA TANYA IMAN.", "#anokjatikemamang" ]
https://umno-online.my/2023/11/22/jangan-perguna-rakyat-untuk-retorik-politik/
[ "1. Saya mengikuti perkembangan politik semasa termasuklah hujah PMX dalam Dewan Rakyat semalam yang nyata tegas membidas kepimpinan pembangkang khususnya Pas dan PN.", "2. Sungguh, isu berkaitan Perlembagaan, perundangan, syariah bukanlah sesuatu yang boleh dipolitikkan sewenang-wenangnya malah secara jelas ada fakta dan bukti nyata maka tidak sewajarnya diputarbelit oleh PN. Apatah lagi mereka adalah terdiri daripada bekas pemimpin negara yang sebelum ini mempunyai kuasa maka kenapa sewaktu mereka sendiri berkuasa tidak bertindak … sebaliknya kini menuding jari ibarat mereka serba ‘bijak’.", "3. Lebih malang apabila kepimpinan PN seakan bersifat membela rakyat sedangkan yang nyata mereka adalah pihak yang acapkali gemar menangguk di air keruh, mengambil kesempatan atas isu rakyat dan menggunakan pentas politik sebagai platform bagi meraih perhatian. Apatah lagi sekarang ini adalah musim pilihan raya apabila Pas mempertaruhkan MB Terengganu di PRK Kemaman.\n\n4. Ingatlah, taktik dan modus operandi PN yang memanipulasi pelbagai perkara kepada rakyat pernah berlaku sebagaimana sebelum PRU lalu. Janji itu ini tapi kemudian setelah menang mahukan Kerajaan Perpaduan sediakan peruntukan kepada mereka…", "5. Persolannya, wajarkah memberi kepada pihak lawan secara terus yang sudah jelas memburukkan dan mencaci maki kerajaan. Kalau pun kerajaan nak bantu rakyat maka lebih baik berikan terus kepada rakyat melalui pelbagai peruntukan, agensi atau apa-apa sahaja daripada melaui mereka yang telah terbukti menjadi lawan.", "6. Yang nyata, jika tidak mampu nak laksanakan jani-janji PRU maka kenapa disuarakan itu ini dan apabila menang lain pula jadinya, menuntut kerajaan Pusat salur peruntukan… mudahnya PN tak tunai macam-macam janji atas alasan bukan kerajaan Pusat, tak ada peruntukan, bukan menteri dan macam-macam lagi. Inilah juga yang berlaku dalam Parlimen Putrajaya apabila janji ‘Era Baharu’ terus malap.", "7. Tak mampu nak mengurus dan mentadbir apabila dah menang, senang-senang pula 4 MP PN mendakwa beralih sokongan kepada PMX. Tentunya mengharapkan agar peruntukan akan disalurkan… mudah sungguh taktik politik PN nak kaburi rakyat walhal ayat mudah sebenarnya mereka tidak mampu mentadbir dan gagal sebagi wakil rakyat.", "8. PN juga pernah menjadi kerajaan dan tahu bahawa bukan mudah mengurus rakyat dan negara… malah secara jelas bahawa mereka gagal. Kini Kerajaan Perpaduan sedang berusaha sebaik mungkin memulihkan keyakinan rakyat hinggalah kepada pelabur luar agar kesejahteraan negara dapat dicapai. Manipulasi fakta masih lagi berlaku bagi menutup kleptokrasi dan korupsi kroni sendiri. Provokasi sana sini dibuat untuk mengelirukan rakyat. Tuduhan itu ini masih dilaksana kepada pemimpin negara.", "9. Rakyat perlukan bantuan dan bukan penipuan dengan pelbagai kekeliruan yang cuba dilakukan sebagaimana agenda politik mereka yang menghalalkan apa-apa sahaja. Lihat sahaja rakyat rakyat Kemaman yang kini berdepan PRK akibat kemenangan Pas dalam PRU yang dibatalkan kerana ada pemberian wang. Apa-apa pun matlamat tidak akan menghalalkan cara, maka inilah peluang menolak mereka yang secara terang memperguna rakyat.", "10. Sekarang rakyat mahukan kehidupan yang tenang… mahu teruskan hidup setelah lama mendepani dalam pelbagai krisis semasa dari politik, ekonomi, kesihatan dan apa yang penting kelangsungan ini ada bersama Kerajaan Perpaduan hari ini. Justeru, tolaklah propaganda politik dan waspadalah tiap masa kerana ‘sesumpah’ menjelang PRK semakin bertambah.", "\n\nTENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR\nBENDAHARI UMNO\nKetua UMNO Bahagian Putrajaya ", "*********************************" ]
https://umno-online.my/2023/11/16/pertahankan-imej-umno-teruskan-perjuangan-demi-agama-bangsa-negara/
[ "Pelbagai perkara berlaku dalam arena politik negara hari ini namun yang pasti kesejahteraan rakyat dan negara perlu terus dipelihara. Apa-apa juga yang berlaku adalah demi kesinambungan perjuangan UMNO dari dulu, kini dan selamanya – insya-Allah. Inilah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan tanah air.", "Justeru, apa-apa cubaan atau dakwaan negatif yang memburukkan parti perlu ditangkis malah ditolak lantaran UMNO terlalu banyak jasanya.", "Memang tak dinafikan, ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan keberadaan UMNO, dahulu cuba nak menguburkan parti keramat ini, meninggalkan perjuangan dan beralih kepada pihak lawan namun UMNO yang kononnya didakwa akan mati kini telah kembali kukuh.\n\nIni kerana UMNO bukanlah parti yang berpaksikan kepada individu atau orang perseorangan sebaliknya ia adalah perjuangan dari segenap ahli-ahli akar umbi yang tulus ikhlas dalam meneruskan hasrat mahukan kedaulatan negara dipertahan, agama Islam terus diangkat dan bangsa menjadi keutamaan.", "UMNO bukanlah parti yang ortodoks tetapi bersifat dinamik, berubah mengikut zaman dan relevan dalam setiap generasi dengan perjuangannya meresap ke akar umbi dan melata ke setiap pelusuk negara. Kelangsungan perjuangannya mengikut zaman sebagaimana kepimpinan yang silih berganti tetapi asas dan tujuannya tidak pernah berubah.", "Lihat Sabah sahaja, pembangunan hasil perjuangan UMNO yang tidak ada sesiapa boleh menafikan. Lebuhraya Pan Borneo adalah bukti nyata bahawa UMNO membawa perubahan, memberi kemajuan, menyemai harapan dan merealitikan suatu mimpi masyarakat untuk mencapai kejayaan.", "Biarpun ada pihak yang menjadi api dalam sekam, duri dalam daging dan menjadikan UMNO sebagai batu loncatan untuk mengecap kemewahan, namun UMNO tidak pernah berubah sebaliknya individu atau pihak terbabit yang akan alah.\n\nBiarlah mereka yang telah menjadi kacang lupakan kulit dan meninggalkan perjuangan sebenar setelah mengecap kemewahan, bersenang-lenang, bergelar dan berpangkat hasil daripada kedudukan yang berpaksikan UMNO namun kemudiannya hari ini lupa diri lantas meninggalkan parti. Tak apalah… UMNO masih juga terus gagah kerana UMNO bukan parti individu.", "UMNO adalah parti yang mempunyai struktur yang mantap, organisasi yang tersusun, ada Perlembagaan dan peraturan serta patuh kepada undang-undang, malah dapat menunjukkan kepada parti-parti lain termasuklah serpihan UMNO, mengenai pelbagai kaedah waima pentadbiran dan mendepani pelbagai krisis.", "UMNO ini telah menjadi suara dalam semua latar belakang, dari golongan muda bergelar mahasiswa, belia, hinggalah kepada pengamal profesional; dari ceruk desa sebagai petani, pesawah, penoreh dan nelayan hinggalah ke pekan-pekan dan bandar-bandar membawa ke Ibu Kota, dan hari ini UMNO terus meniti keupayaan untuk kembali teguh dan mendapatkan sokongan.", "Apa yang pasti, khidmat bakti yang berterusan akan tetap dilaksana oleh UMNO,\nbukan bermusim dan bukan hanya apabila menjelangnya pilihan raya sahaja, bukan juga berdrama atau bermuka-muka namun inilah tanggungjawab tulus ikhlas sepenuh hati demi memastikan setiap individu mendapat pembelaan, merasai keselesaan dan berkongsi kesejahteraan bersama.", "Walaupun UMNO telah diasak dengan pelbagai tohmahan serta berdepan dengan pelbagai cabaran, namun syukur alhamdulillah kerana parti ini terus berupaya untuk kembali ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat’. Marilah kita teruskan perjuangan demia kesinambungan agama, bangsa dan negara.", "\nSharif Musa Sharif Mabul\nKetua UMNO Bahagian Lahad Datu", "*************************************" ]
https://umno-online.my/2023/11/13/round-table-pemuda-umno-malaysia-pre-kongres-ekonomi-bumiputera/
[ "Pemuda UMNO melihat kedudukan Bumiputera dalam tempoh lima dekad pasca Dasar Ekonomi Baru (DEB) menunjukkan wujudnya peningkatan strata sosial dan ekonomi.", "DEB cetusan Almarhum Tun Razak telah mengilhamkan penubuhan pelbagai agensi Bumiputera berserta program dan inisiatif serius pihak kerajaan sehingga ke Tindakan Pembangunan Bumiputera demi merapatkan kesenjangan etnik dan membina masyarakat majmuk yang bersatu padu.\n\nPun begitu, perjuangan membina kehidupan di era pascamoden terus menekan dan menghimpit rakyat Malaysia khususnya Bumiputera akibat pergerakan revolusi industri yang pesat dengan ekonomi global yang semakin kompleks.", "Melihat realiti kedudukan ekonomi Bumiputera secara empirikal seperti kadar pengangguran 2022 Bumiputera 4% melebihi paras nasional 3.9% dengan golongan Bumiputera berusia 20 – 29 tahun paling terkesan sebanyak 17.5%. Cabaran semasa juga turut disumbang dengan nilai pendapatan melebar antara etnik. Cabaran lain yang perlu diberikan perhatian juga termasuklah kedudukan modal kontraktor Bumiputera dan perusahaan Bumiputera yang lain.", "Menjadi tanggungjawab generasi hari ini meneruskan legasi agenda Bumiputera dari pemimpin terdahulu dalam menggalas amanah rakyat. Justeru, Pemuda UMNO Malaysia mengambil inisiatif mengadakan persidangan meja bulat peringkat sayap Pemuda bagi Pre Kongres Ekonomi Bumiputera menyingkapi cabaran ini secara komprehensif agar golongan belia dan bumiputera terus melangkah kehadapan membangun ekonomi dan negara dengan lima (5) tema telah dibahaskan:-", "i. Birokrasi dan urus tadbir yang cekap dan berkesan\nii. Bumiputera dalam sektor bernilai tinggi\niii. Rangkaian ekonomi bumiputera yang mampan\niv. Memudahcara perniagaan yang berdaya\nv. Perusahaan berteraskan koperasi Pemuda\n\nPemuda UMNO Malaysia juga mencadangkan agar proses permohonan disemak dan ditambah baik agar kelulusan geran dan pinjaman dipermudah dan dipercepatkan khususnya untuk syarikat Bumiputera G1 – G4 berserta syarikat Bumiputera PMKS. Di sebalik segala cadangan pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera, sebesar-besar penghargaan dizahirkan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap komitmen agenda Bumiputera melalui pelbagai skim dan inisiatif melalui Belanjawan Kerajaan Madani 2024.", "Mohd Kamal Ulum bin Morsin,\nHasry Sham bin Chasmen\nTengku Muhammed Hafiz bin Tengku Adnan\nPengerusi Bersama Biro Ekonomi & Usahawan Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia", " ", " ", "*************************" ]
https://umno-online.my/2023/11/07/kkdw-melalui-kemas-mempergiat-usaha-meningkatkan-kesejahteraan-masyarakat-desa/
[ "KERAJAAN Perpaduan MADANI merupakan wadah bersepadu dan holistik, bertunjangkan dasar-dasar yang berorientasikan masa depan, demi mewujudkan masyarakat yang madani, berteraskan nilai-nilai yang telah disepakati bersama berlandaskan lunas-lunas perlembagaan negara.", "Usaha Kerajaan Perpaduan MADANI pada hari ini juga telah memberikan penekanan khusus kepada golongan sasar dengan menyediakan bantuan serta dukungan kepada yang memerlukan agar semua mampu mengecap nikmat pembangunan ekonomi negara secara saksama.", "Dalam menjayakan usaha murni ini, Kerajaan perlu memaksimakan potensi setiap agensi yang berkaitan dalam melaksanakan apa jua perancangan dan pelan tindakan ke arah mencapai sasaran Agenda Madani yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Kita boleh melihatkan tumpuan kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi di bawahnya untuk melaksanakan misi dan visi sebagai peneraju kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan.\n\nDalam konteks ini, tumpuan boleh terarah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS sebagai salah satu agensi yang bernaung di bawah KKDW yang telah mengakar umbi di setiap pelusuk negara. Nama KEMAS itu sendiri telah menjadi begitu sinomim dalam kehidupan sebahagian besar masyarakat di Malaysia.", "Mengimbau sejarah penubuhannya pada awal tahun 1990, komitmen KEMAS memberi tumpuan kepada usaha pembangunan sumber manusia yang lebih menyeluruh telah dilaksanakan melalui pendekatan pendidikan non-formal dan pendidikan seumur hidup. Antara program yang diwujudkan adalah Pendidikan Literasi Fungsian (PLF), Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK), Pendidikan Kecemerlangan Kanak-Kanak (PEKA), Kelas Bina Insan, Gerakan Desa Wawasan (GDW), Kelas Literasi Komputer dan Perpustakaan Masyarakat.", "Dalam kata lain, KEMAS berperanan bertanggungjawab untuk memajukan masyarakat luar bandar dan kawasan pedalaman. Ini melibatkan pelbagai usaha untuk meningkatkan taraf hidup, pendidikan, dan kesejahteraan masyarakat tempatan.", "KEMAS sehingga kini giat memberi penekanan ke arah meningkatkan jurang pendapatan masyarakat di bandar dan luar bandar, KEMAS turut memperkenalkan beberapa program dalam melahir dan memperkasakan usahawan melalui program Quick Win dan Kelas-kelas Kemahiran KEMAS.", "Quick Win KEMAS merupakan kursus jangka pendek yang dapat memberi kesan segera kepada pelatih memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan. Melalui strategi ini, KEMAS melaksanakan kursus kemahiran asas yang boleh memberi peluang perniagaan dan pekerjaan terus kepada pelatih KEMAS setelah tamat mengikuti latihan.\n\nMelalui kelas-kelas Kemahiran KEMAS, program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada kumpulan sasar untuk meningkatkan kemahiran sedia ada dan dalam masa yang sama, ia turut memberi peluang kepada kumpulan sasar untuk mempelbagaikan sumber pendapatan melalui ilmu kemahiran dan seterusnya berupaya menambah pendapatan.", "Usaha ini bersifat menyeluruh tanpa ada mana-mana negeri di Malaysia yang terkecuali. Bukan sahaja di KKDW, tetapi hampir setiap kementerian melalui inisiatif masing-masing telah berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat.", "Ini juga jelas membuktikan Kerajaan Perpaduan tidak menafikan hak-hak yang sepatutnya dinikmati oleh semua rakyat. Boleh dikatakan bahawa tidak ada relevannya dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Kerajaan Perpaduan telah bersikap pilih kasih dan menganaktirikan beberapa negeri yang tidak sehaluan politik dengan Kerajaan Persekutuan.", "Justeru, marilah kita melihat dan berfikir dengan lebih rasional terhadap keupayaan Kerajaan Perpaduan MADANI. Apa yang dilaungkan oleh Kerajaan terbukti bukan hanya omongan kosong, tetapi pelaksanaan dan impaknya sebahagiannya telah dapat dirasai oleh semua.", "Semoga kerajaan pada hari ini terutamanya KKDW terus istiqamah dalam mencernakan peluang pembangunan desa dan luar bandar serta mewujudkan pembangunan mampan, berimbang dan saling melengkapi antara aspek sosial, ekonomi dan alam semulajadi.", "Oleh: KKDW" ]
https://umno-online.my/2023/11/06/kkdw-memperkasa-usaha-ke-arah-kesejahteraan-warga-desa/
[ "PERKEMBANGAN teknologi semasa telah memperlihatkan satu paradigma baharu kepesatan industri dan aktiviti keusahawanan bukan sahaja di Malaysia, tetapi seluruh dunia.", "Meskipun perkembangan ini kelihatan positif kepada perkembangan ekonomi negara, tetapi kesan ketidakseimbangan sosio-ekonomi boleh melebar antara kawasan bandar dan perdesaan jika tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan.", "Ini kerana, satu per empat atau 8.01 juta daripada penduduk Malaysia tinggal di kawasan perdesaan. Ini adalah aset negara yang perlu dibangunkan sepenuhnya supaya setiap individu dapat mencapai potensi optimum mereka dan diintegrasikan dalam pembangunan Malaysia Madani.", "Persoalannya sekarang, adakah terdapat usaha dan langkah konkrit daripada pihak kerajaan melalui kementerian-kementerian tertentu dalam memastikan perkembangan ekonomi dan kepesatan teknologi kini tidak memberi implikasi terhadap kesenjangan pendapatan rakyat di bandar dan desa?", "", "Oleh kerana persoalan ini berkisar kepada masyarakat di luar bandar atau perdesaan negara, saya meneliti beberapa usaha oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui dasar yang menyediakan kerangka hala tuju pembangunan perdesaan ke arah mendukung hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi untuk tempoh sehingga tahun 2030.", "Ya, jelas dilihat bahawa KKDW di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW telah mengoptimumkan pelaksanaan program dan projek pembangunan desa bagi meningkatkan ketersambungan di kawasan desa dan bandar, termasuk membina dan menaik taraf jalan dan laluan perhubungan desa, menyediakan kemudahan bekalan air bersih dan bekalan elektrik 24 jam, membina dan membaik pulih rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan lain-lain program pembangunan.", "Walau bagaimanapun, masih wujud cabaran dalam membangunkan masyarakat di perdesaan dari sudut kekurangan pekerjaan berpendapatan tinggi, peluang pasaran yang terhad, tiada economy of scale dan kurang keterlibatan dalam penghasilan produk hiliran yang mempunyai nilai tambah tinggi.", "Bagi mengatasi kelompongan ini, KKDW dilihat aktif menganjurkan Karnival Usahawan Desa (KUD) sebagai salah satu platform yang mengumpulkan pelbagai peluang untuk menjana pendapatan, peningkatan kerjaya serta berbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.\n\nIni adalah satu usaha yang baik kerana penganjuran KUD ini mampu mencetuskan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan masyarakat di kawasan perdesaan. Program ini juga bermanfaat kepada usahawan desa untuk mengembang dan mempromosikan produk mereka. Yang lebih penting, mereka dapat membentuk jaringan pemasaran yang lebih luas dan meningkatkan hasil jualan.", "Tidak dinafikan bahawa usaha seumpama ini telah memberi impak positif dalam pembangunan masyarakat desa, dengan disokong oleh beberapa lagi inisiatif dari beberapa kementerian lain. Keberkesanan usaha memperkasa masayarakat desa boleh dilihat melalui beberapa indikasi seperti kadar kemiskinan, pengangguran dan aliran migrasi dari luar bandar ke bandar yang dilaporkan menurun.", "Namun, seperti ulasan di awal penulisan ini, usaha yang dilakukan perlulah berterusan, konkrit dan menyeluruh. Jika pelaksanaannya hanya bersifat selektif dan bermotif politik semata-mata, pastinya apa yang pernah diuar-uarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk memastikan tidak ada seorang rakyatpun yang tercirir dalam menerima manfaat daripada inisiatif kerajaan, hanyalah sekadar omongan kosong, jauh sekali untuk negara menggapai agenda membasmi kemiskinan tegar di negara ini.", "Buat masa ini, terbukti bahawa usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan khususnya oleh KKDW sebagai peneraju kesejahteraan masyarakat luar bandar berjaya membawa keberhasilan dan berada di landasan yang tepat selaras dengan agenda Malaysia madani.", "Jika keadaan seperti ini terus kekal dan diperkasakan, pastinya jurang ekonomi di antara masyarakat bandar dan perdesaan akan terus menguncup sekaligus impak kemakmuran dan kesejahteraan negara dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya.", "Oleh: KKDW", "*****************************" ]
https://umno-online.my/2023/11/02/isu-palestin-hipokrasi-dan-keenganan-barat-malaysia-harus-mengetuai-bantahan/
[ "1. Setelah hampir sebulan tercetusnya konflik keganasan di Tanah Palestin yang dijajah, adalah amat mengecewakan, namun tidak mengejutkan, bahawa negara-negara maju terutamanya di Barat, masih membawa naratif hitam lawan putih; baik lawan jahat dalam konflik ini. Mereka gagal untuk menyedari bahawa naratif sedemikian tidak akan mungkin dapat memadamkan bukti bahawa terlalu banyak kekejaman Israel dalam pendudukan haramnya di Palestin.", "2. Adalah amat jijik untuk melihat sikap Israel memutar belit dan mengambil kesempatan atas pencerobohan Hamas pada 7 Oktober lalu sebagai alasan untuk menghancurkan Gaza dengan persetujuan penuh, yang sangat memalukan daripada pendokongnya di Barat. Satu-satunya perbezaan antara tindakan semasa Israel di Gaza dan kekejaman Nazi terhadap ghetto Yahudi di Eropah adalah penggunaan senjata api yang dahsyat oleh oleh Israel ke atas Gaza yang kebanyakan penduduknya adalah orang awam.\n\n3. Sudah terlalu lama, naratif Israel, yang disokong penuh oleh sebahagian negara Barat, telah memperlakukan rakyat Palestin lebih hina daripada haiwan. Masyarakat antarabangsa perlu menghantar mesej yang jelas bahawa penghinaan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin adalah salah dan sangat tidak boleh diterima. Israel harus menyedari bahawa rakyat Palestin adalah setara dengan mereka dan merupakan satu-satunya rakan yang boleh menjamin keamanan dan keadilan yang berpanjangan.", "4. Kemarahan, kekecewaan dan ketidakupayaan penduduk Gaza yang menderita di bawah sekatan yang tidak berperikemanusiaan dan serangan besar-besaran oleh tentera Israel, adalah selari dengan suara sebilangan besar masyarakat dunia, yang sebelum ini turut menderita di bawah penjajahan dan penipuan penyokong Israel di Barat. Ironinya, rapat umum membantah kekejaman Israel dan pendudukan haramnya serta penderitaan rakyat Palestin di bandar-bandar besar di Barat menggambarkan betapa pemimpin-pemimpin Barat tidak berpijak di bumi nyata dengan apa yang terjadi di sekeliling mereka.", "5. Golongan elit pro-Israel di Barat harus juga memahami bahawa era dominasi Barat yang menghalalkan penubuhan Israel sudah lama berakhir. Kini, kita berada di persimpangan sejarah di mana bukti kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak boleh disangkal sama sekali. Begitu juga, bukti bahawa sesetengah negara yang telah dan terus memberi sokongan moral, kebendaan dan ketenteraan yang telah membolehkan pendudukan haram Israel, turut sama terpalit dengan darah rakyat Palestin.", "6. Berdekad-dekad lamanya, Barat menyebarkan falasi bahawa Israel merupakan “satu-satunya demokrasi di Timur Tengah”. Walau sebelum kempen keganasannya di Gaza ini pun, hanya penyokong tegar yang tidak waras sahaja yang boleh menerima bahawa Israel mengamalkan demokrasi yang tulen. Tindakan Israel terhadap Gaza sekarang hanya terus membuktikan betapa Israel adalah rasis, etno-sentrik, ultra-nasionalis dan cenderung ke arah ekstremis.", "7. Malaysia, bersama-sama negara-negara lain yang bersependapat, mesti terus memberi tekanan terhadap Majlis Keselamatan PBB (MKPBB) untuk menggalas tanggungjawab seperti mana Piagamnya untuk menamatkan konflik yang berlaku di Gaza kini dan memudah cara dialog antara Palestin dan Israel, tanpa sebarang pra-syarat. MKPBB berisiko tidak lagi dihormati dan tidak lagi relevan dalam urusan antarabangsa jika ia masih berpendirian tanpa sebarang keputusan dalam konflik Palestin-Israel ini, terutamanya dalam konteks semasa. MKPBB mesti kekal tegas bahawa ia sentiasa berpegang menegakkan keadilan dan kemanusiaan.\n\n8. Dalam hal ini, kita memuji usaha berterusan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terus meraih sokongan untuk Palestin, termasuk pertemuan dengan pemimpin-pemimpin berpengaruh dunia antaranya seperti Mesir, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu. Malah usaha ini juga mendapat sokongan penuh rakyat di Malaysia.", "9. Sejak 1948, dunia, melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), telah berulang kali menyatakan hak Palestin ke atas negaranya sendiri. Sejak 1967, dunia juga melalui PBB, telah mengiktiraf dan terus menegaskan bahawa pendudukan Israel ke atas Palestin adalah haram. Pada 2016 sewaktu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, Malaysia sebagai ahli tidak tetap dalam MKPBB telah berhasil menggunakan platform tersebut untuk menegakkan hak rakyat Palestin terhadap tanah air mereka sendiri. Malangnya, naratif media perdana, terutamanya media Barat, sewenang-wenangnya menafikan kebenaran ini.", "10. Memandangkan MKPBB setakat ini telah gagal untuk mengambil tindakan dalam menyelesaikan konflik Palestin-Israel, ikhtiar YAB Perdana Menteri untuk berpakat dengan negara-negara yang bersependapat bagi memulakan proses kerjasama antarabangsa yang bertujuan memberi tekanan kepada MKPBB juga harus diberi sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi. Pada masa yang sama, Malaysia juga harus meraih sokongan negara-negara ahli MKPBB yang bersetuju dengan perjuangan Palestin terutamanya China, Rusia dan juga Perancis.", "11. Sementelah tidak ada jaminan bahawa konflik penjajahan ke atas Palestin ini akan berakhir, adalah jelas bahawa kita tidak boleh berpatah balik kepada keadaan sebelum tercetusnya perang. Sekatan Israel ke atas Gaza mesti dihentikan, kekejaman Israel terhadap Palestin harus ditamatkan, layanan tidak adil Israel ke atas Palestin perlu dinoktahkan dan rundingan serius yang membawa kepada pembentukan negara Palestin berdasarkan persempadanan 1967 dengan Baitul Maqdis sebagai ibu negara, mesti dimulakan.", "\nYB DATUK SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN\nAHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI BERTAM, PULAU PINANG", " ", "****************************************" ]
https://umno-online.my/2023/11/01/sabah-baharu-hasil-perjuangan-umno-demi-rakyat/
[ "TELAH terpahat dalam lembaran sejarah Negeri Sabah betapa besarnya sumbangan UMNO kepada kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat Sabah hari ini.", "UMNO telah berjaya memartabatkan kedudukan bangsa dalam Sabah dan pada masa sama menabur bakti untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.", "\nEmpat jasa terbesar UMNO di Negeri Sabah menjadi kebanggaan rakyat:", "1. Lebuhraya Pan Borneo.\n2. Bangunan Jabatan Ketua Menteri Sabah.\n3. Bangunan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu\n4. Masjid Negeri Sabah.", "Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) UMNO-Barisan Nasional (BN) kalah, tiada lagi satu pembangunan atau projek yang boleh dibanggakan rakyat Sabah. Semua yang kita lihat pembangunan di Negeri Sabah adalah hasil dari pentadbiran UMNO-BN mengemudi Sabah.", "Dalam keadaan suasana politik tunggang terbalik hari ini, hanya UMNO sahaja yang masih kekal pada prinsip asal perjuangannya. Alif, Ba, Ta – Agama, Bangsa, Tanah Air (Negara).", "Selepas PRU-14 hingga kini ternyata terlalu banyak peristiwa yang telah menjadi penilaian dan perbandingan bukan hanya di kalangan anggota UMNO atau parti-parti politik, malah rakyat keseluruhan termasuk yang sebelum ini enggan endah situasi semasa.\n\nInilah masa untuk ‘membuka mata’ dan ‘menajamkan minda’ demi masa depan apatah lagi sejak tempoh dari PRU-14, pelbagai krisis berlaku. Dari polemik politik yang tak berkesudahan, wabak pandemik hinggalah kepada ekonomi dan sosial masyarakat.", "Sungguh kesusahan ini amat menekan dan memeritkan namun lebih derita apabila pentadbiran kerajaan ketika itu hanya bertindak mengurung rakyat selain minda ditanam rasa takut untuk keluar sedangkan di rumah ada mulut perlu disuap dan ada perut mesti diisi.", "Sememangnya kesulitan, kesusahan dan pelbagai rasa yang sebelum ini menyelubungi hidup rakyat diharapkan telah berakhir dan tidak akan berulang lagi dengan keupayaan yang dianggap munculnya cahaya di hujung terowong, dengan UMNO mendepani keupayaan.", "Dengan pelbagai bukti yang menjadi realiti, maka ini adalah ruang terbaik untuk kepimpinan dan ahli-ahli UMNO membuktikan bahawa laungan demi rakyat bukan retorik, janji bukan fantasi dan kesediaan berkhidmat bukan cakap kosong.", "Hari ini kita melihat ada pula pihak termasuk parti lawan yang ‘mencari kredit’ hasil sumbangan UMNO sejak zaman berzaman. Secara mudah mereka ini mendabik dada malah tanpa rasa malu ‘menuai hasil’ dalam kepompong projek mega yang diilhamkan UMNO.", "Tak apalah… memang khidmat UMNO untuk rakyat pelbagai latar belakang sekalipun berbeza ideologi namun janganlah pula bersifat ‘lebih sudu dari kuah’ yang seolah-olah mereka menidakkan jasa UMNO demi kemajuan Sabah.", "Insya-Allah! UMNO akan menjadi bidan kemajuan dan pembangunan kembali selepas pilihan raya negeri Sabah kelak.", "Untuk itu, teruslah bersama UMNO, kekal ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dengan usaha untuk memberikan kejayaan secara holistik.", "Ayuh kukuhkan saf perjuangan, bersama-sama memperbaharui azam serta tekad untuk terus berjuang ke arah ‘Sabah Baharu’.", "\n\nSharif Musa Sharif Mabul\nKetua UMNO Bahagian Lahad Datu " ]
https://umno-online.my/2023/10/14/bajet-2024-komprehensif-bawa-kemakmuran-kepada-negara-norliza/
[ "Tahniah saya ucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pembentangan Belanjawan 2024 yang komprehensif, meliputi semua segmen masyarakat dan meletakkan Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat marhaen.", "2. Selari dengan tajuknya, “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat”, Belanjawan 2024 fokus kepada usaha memperbaiki ketempangan dalam sistem ekonomi negara dengan kebijakan ekonomi yang terarah bukan sahaja kepada pertumbuhan tetapi juga kepada pemerataan ekonomi.\n", "3. Segala langkah yang digaris dalam tiga tumpuan utama Belanjawan 2024, iaitu tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan, penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan dan peningkatan darjat hidup rakyat, pastinya akan membawa kemakmuran kepada negara.", "4. Segenap lapisan rakyat mesti memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada islah yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan, termasuklah meluaskan asas hasil, melaksanakan subsidi bersasar dan membasmi segala bentuk rasuah dan penyelewengan yang sistemik.", "5. Rombakan dan penyusunan semula struktur ekonomi adalah langkah bertepatan dengan masa sekali gus akan membantu usaha untuk meraih lebih banyak pelaburan berimpak tinggi, termasuk melalui pemberian galakan cukai pelaburan semula dan pemudahan urusan perniagaan.", "6. Peruntukan RM58.1 bilion yang disediakan untuk membiayai pelbagai bentuk pemberian Kerajaan kepada rakyat merangkumi subsidi, insentif dan bantuan bagi tahun 2024 adalah bukti jelas komitmen Kerajaan Perpaduan dalam membela nasib dan melindungi kebajikan rakyat.", "7. Pengkhususan RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dan penerusan Agenda Bumiputera dengan peruntukan RM1.6 bilion untuk usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Bumiputera adalah bukti Melayu dan Islam tidak dipinggirkan.", "8. Selaku Naib Ketua Wanita UMNO, saya menyambut baik penetapan penanda aras Kerangka Ekonomi Madani supaya kadar penyertaaan wanita dalam tenaga buruh ditingkatkan kepada 60 peratus dan pelanjutan galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja kepada 31 Disember 2027.", "9. Usaha lebih serius perlu dilakukan bagi membolehkan hasrat Dasar Wanita Negara mengarusperdanakan kepentingan wanita untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya, termasuk dasar 30 peratus Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan, dapat direalisasikan sepenuhnya.", "10. Selaku Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), saya menyambut baik keputusan Perdana Menteri untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024.", "11. Keputusan ini sekali gus membuktikan bahawa laporan sesetengah media sebelum ini bahawa pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN tidak akan diteruskan dalam Belanjawan 2024 adalah satu berita tidak betul yang tidak selari dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan.\n\n12. Masa sama, Perdana Menteri menegaskan pemberian diskaun ini adalah “bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam” dan “hutang mesti dibayar”. Sehubungan itu, PTPTN selepas ini akan lebih komited dalam mendapatkan balik hutang dari peminjam yang mampu tetapi culas membuat bayaran balik pinjaman.", "13. Saya juga menyambut baik arahan Perdana Menteri supaya pada masa hadapan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti bersama-sama PTPTN atau badan lain hendaklah berperanan memudah cara dan membantu mahasiswa dan bakal pelajar yang punyai masalah pembayaran yuran.", "14. PTPTN juga bersama memberi jaminan akan merealisasikan hasrat Perdana Menteri supaya tidak ada mahasiswa dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar atau mengambil peperiksaan di universiti awam hanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran yuran pengajian.", "15. Arahan Perdana Menteri supaya yuran pengajian di universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024 pula adalah selaras dengan jaminan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bahawa ia akan dipastikan tidak dinaikkan.", "16. Saya percaya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Pendidikan Tinggi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri adalah gandingan terbaik yang akan membolehkan bidang pendidikan tinggi menjadi pemangkin kerangka Ekonomi Madani.", "Datuk Norliza Abdul Rahim adalah Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)." ]
https://umno-online.my/2023/10/10/kembali-bangkit-berdiri-teguh-demi-kesinambungan-umno/
[ "PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sudah melabuhkan tirainya, Barisan Nasional (BN) telah menang dengan majoriti yang selesa namun masih ada lagi suara-suara sumbang yang memperlekehkan keputusan PRK ini. Malah ada yang cuba menafikan atau memperlekehkan peranan Presiden UMNO dalam PRK kali ini.", "Kita jangan lupa, salah satu punca utama kegagalan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah apabila rakyat melihat UMNO lebih cenderung untuk berkonflik sesama sendiri, walaupun menggunakan slogan ‘Kestabilan dan Kemakmuran’. Ini adalah suatu paradoks yang kita tidak boleh nafikan dan perlu kita tangani. Rakyat ingin tetapi tidak melihat kesepaduan dan kestabilan dalam kepimpinan UMNO.\n\nSatu lagi sebab mengapa rakyat mungkin kehilangan keyakinan terhadap UMNO adalah walaupun ‘track record’ cemerlang UMNO semasa mentadbir selama 60 tahun, kegagalan ahli UMNO dalam mempertahankan pemimpin serta kehilangan semangat perjuangan Melayu menjadi satu isu utama. Rakyat ingin melihat UMNO yang bersatu padu dan berjaya menghidupkan semula semangat perjuangan Melayu.", "UMNO dilihat sudah berubah dari sebuah parti konservatif kepada sebuah parti yang lebih progresif. Ini mungkin membawa manfaat dalam beberapa aspek, tetapi UMNO seharusnya tidak melupakan akar budayanya sebagai parti Melayu Islam.", "Kegagalan UMNO dalam mengukuhkan imejnya telah memberi peluang kepada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Perikatan Nasional (PN) untuk tampil sebagai pilihan utama dalam kalangan Melayu Islam.", "Ini menjadi jelas dalam PRU-15 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini, di mana negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah tidak berpaling kepada UMNO, dan DUN-DUN yang dikategorikan sebagai ‘Malay Belt’ di Selangor diambil alih oleh PN.", "Kita juga tidak boleh mengabaikan budaya dalaman UMNO yang kerap menjatuhkan presiden menjadi faktor rakyat menolak UMNO. Ahli UMNO seharusnya menyedari bahawa mengkritik dan menjatuhkan presiden secara terbuka boleh merosakkan imej parti di mata rakyat.", "Namun, semakin banyak ahli UMNO yang hanya mengagung-agungkan bekas presiden selepas mereka tidak lagi berkuasa. Ini dapat dilihat selepas Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi presiden, di mana ramai yang sebelumnya mengkritiknya kini memuja beliau dengan slogan “Rindu Najib” dan “Hidup Bossku”. Adakah ahli UMNO memang tidak pandai menilai kaca atau permata?", "", "Perpecahan dalaman UMNO juga disebabkan oleh budaya kesetiaan kepada ‘warlord’ politik daripada kepada parti. Ini semakin merumitkan keadaan dan membuat rakyat semakin jemu dengan UMNO.", "Hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menghadapi masalah yang sama. Walaupun beliau telah berjaya dalam beberapa aspek seperti menyelamatkan UMNO dari pembunuhan sistematik oleh PPBM dan menghadapi kelicikan Pas dalam PN, beliau masih dianggap sebagai punca kegagalan UMNO pada PRU-15.", "Kesimpulannya, cara untuk UMNO kembali bangkit adalah dengan berdiri teguh bersama Presiden. Manakala, Presiden pula perlu membawa UMNO kembali kepada akarnya sebagai juara Melayu Islam, yang merupakan segmen sasaran utama UMNO.", "Jika tidak, UMNO hanya akan menjadi kenangan dalam sejarah yang diceritakan kepada generasi mendatang. Untuk itu, ahli UMNO perlu menyedari bahawa perpaduan dan kesetiaan kepada presiden adalah kunci kepada kejayaan mereka.", "Sejujurnya saya sebagai ahli UMNO amat rindukan UMNO yang bersatu padu, kembali dilihat sebagai pejuang Melayu Islam berbanding parti lain dan kembali diterima oleh rakyat.", "Salam Perjuangan,", "", "𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦." ]
https://umno-online.my/2023/09/25/ayuhlah-kembali-bersatu-bersetia-berkhidmat-fahami-maksud-tersirat/
[ "1. Suasana politik hari ini semakin jauh berbeza dengan keadaan lalu yang menyebabkan kesannya amat besar kepada kehidupan keseluruhan rakyat. Pelbagai kesulitan dan kerumitan dilalui sekarang ini, maka saya imbas kembali bagaimana perlunya kita bersatu dalam apa-apa juga keadaan.", "2. Dalam hal ini saya ambil cogankata UMNO – ‘BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT’. Tiga patah perkataan tetapi mempunyai maksud yang amat mendalam malah akan memberi implikasi sangat positif jika diaplikasi dalam kehidupan keseluruhan masyarakat.", "3. Sungguh, dengan BERSATU pada tahun 1946, maka Tanah Melayu dapat membentuk semangat nasionalisme yang sangat tinggi di seluruh tanah air, menggagalkan perancangan Malayan Union dan memperjuangkan kemerdekaan. Hasil daripada BERSATU yang membabitkan 46 persatuan-persatuan Melayu membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau ‘United Malays National Organisation’ – UMNO – maka kekuatan bangsa dapat dicapai dan gelombang kesatuan ini berjaya mengusir penjajah dan memerdekakan negara.\n4. Melihat suasana hari ini, parti-parti politik terlalu banyak malah bangsa Melayu sahaja pecah sehingga 10 parti atas nama macam-macam yang jika diselusuri kesemuanya adalah berasal dari UMNO. Bermula daripada Pas yang ditubuhkan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad pada tahun 1951 setelah tewas perebutan jawatan Yang DiPertua (Presiden) UMNO kepada Tunku Abdul Rahman.", "5. Kemudian ada bermacam-macam parti lain sepanjang lebih 70 tahun penubuhan UMNO termasuk Parti Negara, Semangat 46, yang sehingga kini pun masih berlakutermasuklah PKR, PPBM, Muda dan macam-macam lagi yang kesemuanya adalah lahir akibat tidak berpuas hati, rasa iri dan mahukan kuasa setelah ditolak dalam UMNO – maka keluar dari UMNO lalu menubuhkan parti politik lain dan menarik orang-orang dari UMNO atas macam-macam janji atau jawatan.", "6. Kerana itulah penekanan BERSETIA diangkat agar jati diri tidak goyah dikalangan ahli-ahli UMNO. Saya telah melaluinya bagaimana janji-janji dan tarikan diberikan dengan jawatan tinggi, kuasa dan kedudukan namun atas tekad bersetia saya pada UMNO lalu saya dipalitkan pertuduhan undang-undang dan diheret ke mahkamah atas dakwaan yang tidak saya lakukan.\n\n7. Sungguh, BERSETIA dalam parti amat penting kerana dengan bersetia ini kekuatan akan dapat dipertahan sebaliknya jika tidak ada kesetiaan kepada ideologi dan perjuangan maka pelbagai keruntuhan berlaku, kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. BERSETIA akan mendukung kita untuk terus BERSATU namun jika tidak setia maka perpaduan akan hilang.", "8. Untuk BERKHIDMAT, itulah sebenarnya nilai perjuangan UMNO iaitu berbakti pada agama, bangsa dan negara. Dengan kuasa yang ada ketika menjadi kerajaan, pelbagai dasar, polisi dan perancangan dilaksana bagi memajukan negara bangsa.", "9. Pengukuhan MARA yang sebelumnya adalah RIDA, penubuhan tanah rancangan FELDA, FELCRA, dasar pendidikan yang mewajibkan pembelajaran, sokongan biasiswa dan kewangan, dasar ekonomi, Rancangan Malaysia yang kini telah memasuki ke-12 adalah antara hasil pentadbiran kepimpinan daripada UMNO. Semuanya dilaksana atas kepentingan BERKHIDMAT yang menjadi fokus utama dalam perjuangan.", "10. Justeru, dalam mendepani kehidupan hari ini, saya menyeru semua agar kita sama-sama untuk bermuhasabah dengan mengembalikan kegemilangan tanah air melalui aspirasi ‘BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT’.", "\n\nTENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR\nBendahari UMNO " ]
https://umno-online.my/2023/09/19/tahniah-kerajaan-pas-kelantan-jangan-jadi-raja-musang-berbulu-ayam-kepada-rakyat/
[ "1. TERLEBIH dahulu saya ucapkan tahniah atas kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan meletakkan nama Kelantan sebagai sebuah negeri yang memiliki ladang Musang King Terbesar di Malaysia.", "2. Tapi saya sedikit hampa, apabila mengetahui ladang tersebut bukanlah milik kerajaan negeri atau mana-mana syarikat milik kerajaan negeri. Ladang tersebut adalah milik sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bukan Bumiputera Kelantan.", "", "3. Semasa berkempen memenangi hati rakyat Pas Kelantan selalu memomokkan kepada rakyat bahawa negeri Kelantan sebuah negeri Melayu akan terancam di bawah penguasaan pihak lain tapi apa yang sebenarnya terjadi sebaliknya.", "4. Sedikit saya cuba huraikan dapatan saya kepada rakyat supaya rakyat turut sama boleh berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pas Kelantan.", "5. Sindiyan Plantation merupakan sebuah syarikat yang mengusahakan ladang Musang King di Tanah Tingi Lojing, Gua Musang Kelantan dengan memiliki keluasan sebanyak 9,588 ekar, di mana hampir kesemua Ahli Lembaga Pengarahnya adalah bukan Bumiputera Kelantan dan seorang wakil dari Navis Capital syarikat pelaburan diasaskan oleh Richard Foyston berpengkalan di Kuala Lumpur, Singapura dan Hongkong.", "6. Pertanyaan saya apakah faedah langsung yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Kelantan dari kerjasama ini, apakah pula faedah yang diterima kepada rakyat Kelantan dari pengiktirafan ladang Musang King terbesar di Malaysia? Adakah dengan sedikit bayaran berbaloi untuk kerajaan negeri?", "7. Difahamkan melalui laman web syarikat ini, unjuran perolehan tahunan dari ladang ini kelak akan mencecah sebanyak USD1.5 bilion (RM7.037 bilion), terlalu besar keuntungan yang diperolehi syarikat dengan air mata rakyat Kelantan yang ramai masih tidak memiliki tanah, malah lebih menyedihkan jumlah ini melebih tujuh (7) kali ganda peruntukan Belanjawan Negeri Kelantan untuk setahun.", "8. Amat memalukan, perkara berkaitan pertanian pun Kerajaan Negeri Kelantan gagal usahakan walau peluang di depan mata sendiri usahkan mahu majukan negeri dengan sesuatu yang memerlukan teknologi tinggi, di mana golongan kepimpinan teknokrat yang dibanggakan sebelum ini?", "9. Saya mendapat maklumat, sebenarnya, bukan satu syarikat sahaja yang mengusahakan ada sebuah syarikat lagi iaitu M7 Plantation Berhad yang mengusahakan ladang Durian Valley di kawasan Pos Simpor yang menjadi kontroversi dengan masyarakat Orang Asli sedikit masa lalu.", "10. Dalam isu, ladang Durian Valley pula ia melibatkan kawasan seluas 2,200 ekar yang dikatakan melibatkan kawasan yang asalnya adalah kawasan untuk projek Tanaman Getah Klon (TLC).", "11. Projek Durian Valley ini pula, menjual pokok secara ‘contract farming’ dengan harga RM5,212 untuk satu pokok kepada ‘orang awam’, namun saya pasti orang awam anak Kelantan ramai yang tidak tahu mengenainya walau pemasaran untuk ‘contract farming’ ini sampai ke Hong Kong.", "12. Bekas juara badminton dunia, Li Yong Bo pula dikatakan memiliki hampir 1,440 pokok di Durian Valley.", "13. Kesan alam sekitar dirasai oleh penduduk Gua Musang sendiri dan mengalir melalui sungai Kelantan untuk mereka di hilir pun terjejas, kawasan penanaman durian ini memerlukan jarak antara pokok lebih luas dan tidak seperti tanaman TLC yang ditanam rapat. Kekuatan tanah dari terhakis itu terjejas dengan lebih mudah.", "14. Gesaan saya, rakyat Kelantan sudah berikan mandat besar untuk kalian memerintah, maka ia adalah amanah yang berat untuk dipikul untuk menjaga kepentingan rakyat, janganlah dengan mandat besar ini Kerajaan Pas Kelantan sendiri menjadi RAJA MUSANG BERBULU AYAM DENGAN RAKYAT. – UMNO ONLINE", "AYUH SELAMATKAN KELANTAN DULU!", "SEKIAN.", "Mohd Azmawi Fikri Hj Abdul Ghani\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan" ]
https://umno-online.my/2023/09/17/berhimpun-konon-selamatkan-malaysia-tindakan-biadab-pemuda-pn/
[ "Berhimpun secara aman adalah hak rakyat Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.", "Namun berhimpun dan berarak dengan tema Selamatkan Malaysia dengan intinya mendesak Zahid agar didakwa pada Hari Malaysia iaitu pada 16 September 2023 adalah tindakan yang bodoh dan biadab dari Pemuda Pakatan Nasional atau PN.", "Bodoh kerana adakah dengan mendakwa kembali Zahid yang telah dilepaskan oleh mahkamah mampu menyelamatkan Malaysia dari konflik politik dan krisis ekonomi?", "Adakah sebegitu besar ancaman yang didatangkan oleh Zahid Hamidi sehingga perlu mengadakan perhimpunan dan perarakan pada Hari Malaysia? Kalau mahu berhimpun dan berarak, kenapa perlu mencemari Hari Malaysia iaitu hari untuk mengingati penubuhan negara ini?", "Bukankah itu satu tindakan yang sangat biadab terhadap negara? Adakah kerana kepentingan parti politik kita sanggup membatalkan kepentingan rakyat dan negara?\nBerfikirlah secara logik dan rasional.", "Gunakan hak kita secara wajar demi kepentingan rakyat dan negara. Bukan hanya untuk kepentingan parti-parti politik kita sahaja.", "Sempena menyambut Hari Malaysia, bukankah lebih baik Pemuda PN mencontohi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang membuat Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat di seluruh negara untuk meraikannya?", "Bukankah majlis seperti itu jauh lebih bermanfaat dan sesuai untuk memperingati penubuhan Hari Malaysia? Kalau mahu berhimpun dan berarak untuk mengekspresi apa yang diperjuangkan, silakan. Tetapi pilihlah tarikh dan hari yang lebih sesuai.", "Dalam setahun ada 365 hari. Kenapa pilih Hari Malaysia? Kalau mahu berpolitik, berpolitiklah secara beretika. Jangan berpolitik secara semberono. Etika itu imperatif sifatnya. Tidak ada sebarang perhitungan lain selain dari nilai etika itu sendiri demi kepentingan rakyat dan negara.", "Matlamat kita hari ini ialah untuk mencapai kestabilan politik demi untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi kita. Tanpa kestabilan politik, mana mungkin kita mampu memulihkan keadaan ekonomi dan memakmurkan rakyat serta negara.", "Seharusnya kita melakukan apa sahaja untuk mencapai kestabilan politik. Bukan melakukan sesuatu untuk terus berada dalam konflik politik. Kasihani nasib rakyat yang semakin hari semakin menderita akibat peningkatan kos sara hidup.", "Pemuda PAS seharusnya tampil di barisan hadapan untuk memperjuangkan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi. Ini kerana nasib dan masa depan generasi muda yang sedang menjadi pertaruhan.", "Seharusnya dalam era Malaysia Madani ini kita bersatu padu menyokong sebarang usaha dari Kerajaan Tuanku untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi kita.", "Hormati dan junjung tinggi titah baginda yang telah membentuk Kerajaan Perpaduan sebagai solusi politik demi kepentingan rakyat dan negara.", "Jangan sampai Raja-raja Melayu tidak ada pilihan lain kecuali mengisytiharkan “darurat politik” demi untuk mencapai kestabilan dalam upaya untuk menyelamatkan negara ini dari krisis ekonomi yang berpanjangan.", "Saya sudah acap kali mengingatkan mengenai perkara ini. Ini kerana kalau berdasarkan kepada situasi politik semasa memang tidak ada solusi lain kecuali mengisytiharkan “darurat politik”.", "Berhimpun dan berarak pada Hari Malaysia demi kepentingan politik sempit adalah tindakan yang tidak beradab dan melampaui batasan. Bukan begini sikap dan tindakan dari golongan pemuda yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan kepentingan sebuah negara bangsa.", "Pihak penganjur dan mereka yang terlibat perlu ditangkap, didakwa dan dihukum kerana bersikap dan bertindak tidak sopan pada Hari Malaysia. Tindakan tersebut telah membatalkan prinsip kelima dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.", "Datuk Dr Ramalan Yunus\nPenganalisis politik & ekonomi bebas" ]
https://umno-online.my/2023/09/14/teruskan-perjuangan-umno-hentikan-pergeseran-dan-pertelingkahan/
[ "Hentikanlah pergeseran dan pertelingkahan.", "UMNO BN nikah dengan PH nak masuk 9 bulan. Pernikahan ini tidak dirancang kerana masing-masing “Go-Solo” ketika pilihanraya umum ke-15.", "UMNO-BN mengenali PH yang di dalamnya ada DAP dan di waktu yang sama UMNO-BN mengenali juga DAP sebagai musuh tradisi yang lebih dari 50 tahun. Tiada yang disembunyikan dengan apa yang diperjuangkan oleh DAP dan PKR selama ini namun jodoh UMNO-BN dengan PH kuat dan akhirnya nikah juga.\n\nSepanjang perkahwinan yang diaturkan sememangnya akan ada tergigit lidah tetapi di akhirnya setiap permasalahan boleh dirungkai jika masing-masing boleh “give and take”. Sikap dan sifat yang selama ini menjadi perangai punca kita tidak berkenan akan boleh diperbetulkan.\nPernikahan atas dasar cinta pun boleh berantakan jika cinta sebelum nikah itu hanya kepuraan. Buktinya UMNO-BN ditinggalkan begitu sahaja apabila PAS mula menggila dengan PPBM.", "Rupanya dalam diam mereka berskandal sedangkan mereka ketika itu bersama UMNO-BN.", "Lumrah, Pas dengan skandal. Itu hubungan sesama bangsa dan agama. Adakah sama apabila UMNO-BN bernikah dengan bangsa dan agama lain? Tanyalah sesiapa yang bernikah dengan aturan dari keluarga dan dengan pasangan berlainan bangsa dan agama. Ketika bercinta tidak semua kita tahu perangai dan pendirian pasangan kita. Yang berjanji nak berhenti rokok selepas nikah pun ramai yang tidak penuhi.", "Berilah sedikit masa kepada pasangan masing-masing. Ada yang “free hair” pun ambil masa bertahun untuk mereka berhijab. Yang lelaki pula bukan senang nak jadikan mereka sebagai imam yang sempurna.", "Kepada sahabat-sahabat saya, Perlembagaan negara yang menyebut tentang hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera amat jelas. Menangislah keluar air mata darah sekali pun tiada siapa boleh merubah intipati hak dan keistimewaan ini. Suami/isteri perlu berusaha bersungguh-sungguh mencari titik persamaan jika tidak ingin mengakhiri pernikahan ini dengan bercerai. Allah letak ‘cerai’ sebagai jalan terakhir jika tidak mampu lagi untuk bersama.", "", "Lebih baik bercerai dengan rasmi daripada berskandal ketika bercinta. Dan perlu diingat bahawa penceraian adalah perbuatan yang tidak disukai oleh Allah swt.", "Jadi sebelum ambil keputusan drastik, harungilah hidup berumahtangga dengan PH dahulu. Tiada cacatnya UMNO-BN apabila nikah yang diaturkan ini diteruskan dan jika masih tidak bersesuaian maka buatlah keputusan demi kepentingan UMNO-BN di masa hadapan.", "Ingat, ramai yang gila bila pernikahan ini berlangsung. UMNO-BN adalah pengantin yang menjadi rebutan. Bayangkan PAS jadi gila talaq bila asyik menyerang UMNO-BN bukan kerana benci tetapi kerana menyesal meninggalkan UMNO.", "Ingat, PH tidak pernah memberi syarat supaya UMNO hentikan perjuangan terhadap bangsa Melayu dan bumiputra.", "Sekadar pandangan sebagai seorang sahabat.", "Oleh: Azmy Awang " ]
https://umno-online.my/2023/09/05/11-alasan-mengapa-ahmad-zahid-perlu-dilepaskan/
[ "PIHAK Pendakwaan memulakan bicara dengan menyatakan akan MEMBERHENTIKAN prosiding ke atas kesemua pertuduhan yang di bawa terhadap OKT (Dato’ Seri Zahid) DILEPASKAN tanpa bebas DNAA (Discharge Not Amounting To An Acquittal)", "Alasan-alasan pihak pendakwaan adalah:\n1. Setelah 15 saksi di peringkat pembelaan, kami berpendapat keterangan 15 saksi perlu diteliti.\n2. Dato’ Seri Zahid juga telah mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara bertarikh 08 Disember 2022 dan 23 Januari 2023.", "3. Lanjutan representasi yang dikemukakan Dato’ Seri Zahid, pihak SPRM telah pada 20 Jan 2023 memaklumkan pada AGC bahawa adalah penting untuk siasatan lebih lanjut, mendalam & menyeluruh dilakukan.", "", "4. Dato’ Seri Zahid telah pada 28 Februari 2023 dan 7 Mac 2023 telah mengemukakan 4 lagi representasi membangkitkan isu-isu dan bukti-bukti baharu yang sudah tentunya memerlukan SPRM untuk menyiasat perkara ini.", "5. Surat representasi Dato’ Seri Zahid turut menyentuh sebelum, semasa dan selepas yang dibuat TERBURU-BURU, CUAI, PRA-MATANG dan tidak lengkap.", "6. Ini menganggu reputasi Jabatan Peguam Negara, pihak pendakwaan & SPRM (selaku badan tercemar dan dari kaca mata umum seolah-olah telah diperalatkan pihak-pihak tertentu.", "7. Untuk tidak menafikan hak Dato’ Seri Zahid dan supaya tiada salah laku (no miscarriage of justice) – PERTUDUHAN TEHADAP DATO’ SERI ZAHID PERLU DIBERHENTIKAN SECARA DNAA SEHINGGA SIASATAN YANG MENYELURUH SELESAI.", "8. Mahkamah ambil maklum penubuhan RCI oleh Jemaah Menteri untuk menyiasat tulisan oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas dan pendedahan yang dibuat tehadap pertuduhan individu-individu tertentu.\n\n9. Dakwaan dalam representasi Dato’ Seri Zahid bahawa ada pendakwaan terpilih (selective prosecution) daripada rejim Kerajaan sebelum ini. Jadi penting utk Pihak Pendakwa Raya dan SPRM melihat dan turut menyiasat.", "10. Selaras dengan tujuan RCI yang bertujuan menyiasat dakwaan-dakwaan berkenaan pelanggaran tanggungjawab profesional oleh pemegang jawatan tertinggi negara ini.", "11. Satu memo dalaman dikeluarkan AGC yang tular – langkah utk menentu-sahkan kerana turut menyentuh isu yg dibangkitkan Dato’ Seri Zahid melalui representasi yang dikemukakan beliau dan menguatkan lagi untuk siasatan menyeluruh kes melibatkan Dato’ Seri Zahid ini.", "AGC di bawah perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk berhentikan yang memberikan kesan DNAA. Kesan DNAA ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan kos pihak-pihak malah lebih adil kepada semua pihak di mana sebarang pertuduhan hendaklah dibuat hanya selepas siasatan lanjut dan RCI selesai bersidang dan mencapai keputusan.", "Peguam Negara berpendapat tidak adil untuk menangguhkan perbicaraan (indefinite postposnement) sehingga tarikh RCI yang mengambil masa bertahun-tahun. Sekiranya penangguhan berlaku, mahkamah akan turut terpalit dan dikecam pihak-pihak tidak bertanggungjawab.", "DITULIS BERDASARKAN PENYAMPAIAN", "RUMUSAN \nAkhirnya pihak Pendakwaan mengambil keputusan untuk DNAA pertuduhan ke atas Dato’ Seri Zahid dah Hakim mengambil keputusan dilepaskan tanpa bebas daripada kesemua 47 pertuduhan pecah amanh, rasuah dan pengubahan wang haram." ]
https://umno-online.my/2023/09/04/zahid-mangsa-pendakwaan-politik-hari-ini-kebenaran-terserlah/
[ "1. Seluruh keluarga besar UMNO menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas keputusan yang telah diambil oleh Peguam Negara untuk memberhentikan pendakwaan kesemua baki 47 kes pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Untuk rekod Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini telah membebaskan dan melepaskan sekaligus membersihkan nama baik Datuk Seri Zahid terhadap 40 kes pertuduhan yang terbukti tiada asas dan prima facie untuk didakwa dan disabitkan sebarang kesalahan jenayah pada 23 September 2022.", "2. Sejak dari awal UMNO yakin dan percaya bahawa Datuk Seri Zahid adalah mangsa pendakwaan politik yang dilakukan ketika Tun Mahathir dilantik kali kedua sebagai Perdana Menteri ke-7 sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-14.", "", "3. Lebih menduka-citakan, kezaliman terhadap Datuk Seri Zahid ini berlaku hanya beberapa minggu selepas Tun Mahathir selaku Pengerusi Parti BERSATU waktu itu mengancam supaya Presiden UMNO Datuk Seri Zahid membubarkan UMNO dalam pertemuan yang diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu dalam satu temuramah media.", "4. Ini diperkukuhkan lagi dengan pendedahan berani dan berbaur angkuh bekas Peguam Negara lantikan Tun Mahathir dalam buku memoirnya “My Story: Justice in the Wilderness” yang dengan jelas memperakui terlibat langsung dalam mengatur beberapa pendakwaan terpilih terhadap individu-individu politik berpengaruh bersama Perdana Menteri ke-7 waktu itu.", "5. Lebih malang lagi, kes pendakwaan politik ini tetap diteruskan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, walaupun Tan Sri Idrus Harun dan Tan Sri Azam Baki masing-masing telah dilantik sebagai Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu menggantikan Tommy Thomas dan Lattheefa Koya.", "6. Namun Alhamdulillah, walaupun kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dikekalkan oleh YAB Perdana Menteri ke-10, akhirnya mereka melakukan keputusan yang betul dengan memberhentikan pendakwaan tersebut.", "7. Bahkan salah satu daripada sebelas alasan Pendakwa Raya di Mahkamah Tinggi memberhentikan pendakwaan hari ini memperakui bahawa pendakwaan yang dibuat selama ini secara tergesa-gesa sedangkan siasatan tidak sempurna boleh menjejaskan kredibiliti Jabatan Peguam Negara dan SPRM, yang diperlihatkan menjadi alat pembunuhan musuh politik oleh pihak berkuasa.", "8. Ini bagaikan mengesahkan satu Memo taklimat yang tular (jika benar keabsahannya) beberapa minggu lepas yang disediakan oleh Ahmad Akram bin Gharib Timbalan Pendakwa Raya kepada Peguam Negara waktu itu Tommy Thomas yang hakikatnya telah mencadangkan bahawa tiada apa-apa pertuduhan boleh dibuat ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana tiada sebarang keterangan dan bukti menjurus kepada sebarang perlakuan jenayah adalah suatu yang amat menggemparkan.\n\n9. Namun, hanya dua hari selepas tarikh Memo tersebut dibentangkan kepada Peguam Negara waktu itu, pendakwaan tetap dilakukan bagaikan tergesa-gesa semacam ada tangan-tangan ghaib berniat jahat yang membuat pengarahan.", "10. Dengan keputusan ini, maka semakin jelas kerakusan kepimpinan Tun Mahathir dan Parti BERSATU yang sanggup menganiayai pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Presiden UMNO dengan memperkakaskan institusi-institusi perundangan di negara ini demi gelojak nafsu dan dendam untuk menghancurkan UMNO dan kononnya boleh menggantikan UMNO dalam perjuangan Islam dan Melayu di negara ini.", "11. Besarlah harapan UMNO agar titik-titik hitam dalam sejarah perundangan Negara sehingga sistem dan institusi keadilan negara begitu mudah diperalatkan hingga membawa kepada ketidak-stabilan politik negara mestilah dititik-noktahkan.", "12. UMNO berpendirian tegas agar di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia ini, segala pendakwaan politik yang memperalatkan institusi-institusi yang menjadi benteng kepada sistem keadilan negara tidak lagi berulang.", "13. Jabatan Peguam Negara dan SPRM mesti terus bebas dan berani melaksanakan amanah mereka untuk melaksanakan keadilan tanpa rasa takut dan pilih kasih terhadap mana-mana pihak termasuklah terhadap pimpinan UMNO dan ahli-ahli UMNO sendiri.", "Dr Asyraf Wajdi Bin Dusuki\nSetiausaha Agung UMNO" ]
https://umno-online.my/2023/08/22/pasca-prn-melangkah-ke-hadapan-bn-perlu-sedia-berubah-aplikasi-teknologi-digital/
[ "1. Tahniah diucapkan kepada Presiden UMNO/Pengerusi Barisan Nasional serta kepimpinan BN atas kejayaan wakil rakyat BN dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di tiga negeri, terutama di Pulau Pinang dan Selangor; di mana Barisan Nasional sebelum ini berada di blok pembangkang sejak 2008.", "2. Ujian pertama telah selesai dan sekarang, kita melangkah masuk ujian kedua iaitu bekerjasama dalam pentadbiran negeri di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.", "3. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, saya membaca dengan teliti semua pandangan-pandangan serta teguran-teguran yang dilontarkan semua pihak, tak kira dari dalam parti mahupun luar parti, kerana kita tahu, sebagai parti yang ditubuhkan sejak 1946, ini satu manifestasi bahawa ramai yang sayang pada parti ini.\n\n4. Inilah amalan demokrasi dalam parti di mana setiap ahli boleh beri pandangan. Tetapi dalam konsep demokrasi juga, ada calon kalah dan ada yang menang dalam pilihan raya. Sudah tentu kita tahu dan faham akan realiti ini.", "5. Memang mudah untuk menuding jari terutama apabila kita kalah. Dalam piliha nraya, kalah satu undi tetap kalah. Menang satu undi, tetap menang. Mungkin kita boleh beri contoh, jika kita kalah ketika bertanding untuk jawatan Yang Dipertua PIBG, usahlah kita bakar dan runtuhkan sekolah.", "6. Ada parti politik bermula di tangga mahkamah, dan ada yang masih di tangga mahkamah, malah bertahun bergolak dengan pihak keselamatan, namun ahlinya tetap teguh merapatkan saf serta berterusan meletakkan keyakinan terhadap pemimpin mereka dan hari ini parti-parti berkenaan telah berjaya memerintah negara selepas PRU14. Mereka yakin kepimpinan parti akan bawa kejayaan.", "7. Pelik dan ajaib sebenarnya, ketika calon dikemukakan, ianya diterima malah bersorak di dalam dewan, bahkan ketika watikah diberi, Pengerusi BN dipuji. Hakikatnya, kita meletakkan calon di 108 di kerusi yang berpotensi menang dan berpotensi kalah. Realitinya, itulah sistem demokrasi pilihan raya.", "8. Sebenarnya bagi kepimpinan Barisan Nasional; parti boleh sahaja ambil jalan mudah, iaitu fokus pada kerusi-kerusi yang mudah menang atau di negeri-negeri yang kita tahu, telah menerima dan faham formula perpaduan di peringkat Kerajaan Pusat. Tetapi ketika kita kemukakan 108 kerusi untuk ditandingi, tiada siapa merungut malah ada juga yang merasakan jumlah itu tak cukup. Tetapi hari ini, ada pula suara-suara sinis apabila ada kerusi yang kalah. Suara-suara ini tidak pula kedengaran ketika watikah diserahkan. Pengerusi BN sendiri beri kebebasan kepada perhubungan negeri dan ketua bahagian dalam pemilihan calon yang difikirkan layak. Sebab itu saya katakan, ia tanggungjawab bersama.\n\n9. Kita lupa, ketika UMNO diserang selepas PRU14, Presiden tidak meninggalkan UMNO. Malah turut didesak untuk membubarkan UMNO namun tetap berdiri teguh mempertahankan parti keramat ini. Selepas enggan akur kepada desakan untuk bubarkan UMNO, terus didakwa di mahkamah sehingga ke hari ini.", "10. Di PRN lalu, tak semua kawasan DUN yang ditandingi calon BN, sempat dikunjungi Pengerusi BN untuk membantu kempen dalam tempoh singkat ini. Tetapi realitinya ada kawasan yang tidak dikunjungi Pengerusi, calon Barisan Nasional tetap dipilih pengundi sebagai wakil rakyat mereka, contohnya bagi DUN Juasseh di Negeri Sembilan.", "11. Memang mudah untuk mendesak Pengerusi BN mengundur tetapi BN adalah satu institusi. Kenapa segalanya diletakkan di bahu Pengerusi walhal, bukan Pengerusi yang bertanding pada PRN lalu. Paling penting sebenarnya, dalam mana-mana pilihan raya, formula kemenangan ambil kira faktor calon, pengundi serta cabaran. Apa yang perlu kita ubah bukan Presiden tetapi cara bagaimana kita bekerja dan menggerakkan kempen kita.", "12. Antara cabaran utama yang kita masih ketinggalan ialah peperangan saraf di platform digital. Pendekatan konvensional bersemuka tidak lagi menjadi tunjang utama kempen hingga ada ceramah fizikal tidak mendapat sambutan walhal, kempen sebenar adalah di platform digital.", "13. Barisan Nasional sendiri perlu faham dan akur bahawa kita menghadapi defisit pengetahuan dan penguasaan platform digital pada ketika pihak lawan berbelanja tanpa had menggunakan platform-platform itu bagi mempengaruhi pengundi.\n\n14. Kita tidak ada peraturan mahupun undang-undang yang boleh menyekat propaganda tanpa had pihak lawan menggunakan dana yang begitu banyak di platform digital kerana penyedia platform berpengkalan di luar negara. Melangkah ke hadapan, Barisan Nasional perlu bersedia untuk berubah menjadi parti yang lebih mahir dan memiliki pengetahuan menguasai teknologi digital dan Kerajaan Perpaduan juga perlu bersedia dengan penguasaan perang saraf di platform digital.", "15. Adalah penting untuk saya tegaskan, gabungan ini bukanlah satu kesatuan yang sempurna namun ada ruang untuk pembaikan dan yang pasti, Kerajaan Perpaduan ini dibina dengan mencari titik persamaan, iaitu demi agama, bangsa dan negara.", "16. Dan sudah tentu, bagi UMNO sendiri, parti ini akan terus menjadi suara dalam Kerajaan Perpaduan selari dengan perjuangannya, iaitu melindungi agama Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Ini termasuk menjadi suara kepada kedaulatan undang-undang dan segala kelemahan, kekurangan dan salahguna dalam pelaksanaan undang-undang dan proses keadilan dibangkitkan melalui saluran yang betul kerana kita perlu menghormati pengasingan kuasa yang terdiri daripada badan eksekutif, kehakiman dan perundangan.", "17. Akhir sekali, izinkan saya untuk melontarkan persoalan ini, adakah sudah tiba masanya untuk UMNO bertanding atas tiket UMNO pada pilihan raya akan datang atau masih lagi di bawah bendera Barisan Nasional; ataupun di bawah Barisan Nasional dengan gabungan baharu?\n\nAZALINA OTHMAN SAID\nAhli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang & Ketua Penerangan UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2023/08/17/susah-senang-umno-tanggungjawab-bersama-jangan-saling-tuding-jari/
[ "1. Pasca-PRN masih lagi jadi perbincangan. Sehubungan itu saya menyeru semua pihak termasuk kepimpinan pelbagai peringkat hinggalah kepada anggota parti di akar umbi agar tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang menyalahkan satu-satu pihak/individu dengan kesan pada akhirnya hanya akan memburukkan keadaan.", "2. Ini adalah berkaitan gesaan dari segelintir pihak termasuklah di luar dari UMNO yang menuding jari kepada Pengerusi BN/Presiden UMNO untuk bertanggungjawab atas keputusan PRN lalu meletak jawatan.", "3. Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang dangkal, apatah lagi gesaan ini turut datang dari pihak luar yang sememangnya mahu melihat UMNO berkubur. Fikirkanlah kembali, sejak BN kalah dalam PRU 2018, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memikul tanggangjawab dalam memastikan perjuangan UMNO terus wujud dan tidak terkubur.", "Jika benar beliau pentingkan diri sudah pastilah beliau tidak berhadapan dengan tindakan perundangan hinggakan terpaksa turun naik mahkamah bertahun-tahun malah berdepan pelbagai cacian serta kejian dari pihak lawan.\n\n4. Ahli-ahli UMNO perlu memikirkan secara bernas berkaitan situasi semasa malah jika dilihat dari keputusan PRN enam negeri baru-baru ini, sebenarnya bukan hanya BN yang menyusut dalam mendapat kerusi kerana ia berlaku juga pada parti-parti lain termasuklah PPBM yang mengalaminya. ", "Lihatlah DUN di Terengganu, Kedah dan Kelantan majoriti kemenangan PN adalah dari Pas dan bukanlah dari PPBM. Justeru tiada pula gesaan untuk Tan Sri Muhyiddin letak jawatan waima sebelum ini dalam PRN Melaka dan PRN Johor pun mereka kalah teruk.", "5. Sehubungan itu, saya sarankan agar kita ahli-ahli UMNO sama-sama muhasabah diri. Buangkanlah sifat menuding jari sesama sendiri apatah lagi terhadap organisasi Presiden yang perlu kita hormati. Janganlah sesekali kita lupa terhadap wadah perjuangan UMNO selaku parti politik yang mendukung cita-cita Kebangsaan demi agama, bangsa dan negara.\n", "6. Usahlah kita sesama dalam keluarga UMNO saling menyalahkan kerana yang terbaik adalah menolak apa-apa sahaja anasir negatif demi tekad memperkukuh matlamat perjuangan UMNO. Janganlah ada lagi tindakan lantang yang saling mengguris dan menyanggah kerana selagi kita bertelagah maka pihak lawan yang akan mendapat untung. ", "Inilah matlamat utama mereka iaitu mahu agar UMNO sentiasa bercakaran dan tidak kembali berpadu; maka janganlah kita jadikan impian pihak lawan untuk menguburkan UMNO sebagai realiti.", "7. Lebih penting lagi, musuh UMNO hari ini juga termasuklah mereka yang pernah mendapat laba hasil dari UMNO, pernah diangkat menjadi menteri kerana UMNO, mendapat kesenangan dan kaya-raya juga kerana UMNO namun kini memilih menjadi seteru. Sememangnya mereka adalah orang-orang kecewa yang telah dibuang dari parti dan bertentangan ideologi perjuangan lantas kini sanggup menikam parti yang memberinya ‘makan’ lantaran sudah tidak sehaluan.", "8. Tugas kita selaku pendukung UMNO adalah untuk bertaut kembali dan perkukuh semula jalinan ikatan hingga ke akar umbi kerana masa hadapan yang lebih panjang adalah amat penting. Gerak kerja dan tingkah kita perlu selari dengan matlamat bagi mengangkat parti ini berteraskan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.\n\nTENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR\nBendahari UMNO ", "**************************************" ]
https://umno-online.my/2023/08/16/prn-2023-analisis-dan-muhasabah-diri/
[ "PILIHAN raya Negeri (PRN) 2023 yang baru-baru ini berlalu telah menyaksikan perubahan politik yang penting di beberapa negeri Malaysia. Keputusan pilihan raya ini memberikan gambaran menarik tentang dinamika politik semasa dalam negara. Gabungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (PH-BN) serta penglibatan Perikatan Nasional (PN) telah mengukuhkan dominasi mereka di negeri masing-masing. Tetapi, apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik keputusan ini?", "𝙆𝙀𝙅𝘼𝙔𝘼𝘼𝙉 𝙋𝙉 𝘿𝘼𝙉 𝘾𝘼𝘽𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙋𝙃-𝘽𝙉:", "Kejayaan PN dalam mempertahankan Kedah, Kelantan, dan Terengganu sebahagian besarnya disumbangkan oleh beberapa faktor utama. Pertama, pemainan isu-isu berkaitan bangsa dan agama telah memberikan manfaat kepada PN di negeri-negeri Melayu mewakili majoritinya. Kedua, kerjasama antara PPBM dan PAS telah membantu mengumpulkan undi dari orang Melayu yang lebih konservatif di negeri-negeri ini. Ketiga, pengaruh dan indoktrinasi kononnya PAS sebagai pembela dan pejuang Islam yang telah lama tertanam dalam fikiran pengundi juga memberikan kelebihan kepada mereka.\n\nDi negeri-negeri Pantai Barat, PH-BN berjaya mempertahankan Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan. Kejayaan ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pengurusan yang cemerlang, prestasi ekonomi yang mantap, dan penekanan terhadap isu-isu pelbagai etnik serta pembangunan lestari.", "Walau bagaimanapun, penurunan undi dan kerugian beberapa kerusi memberikan isyarat bahawa terdapat aspek yang masih perlu diberi perhatian oleh PH-BN, khususnya dalam menjamin golongan Melayu tentang manfaat gabungan ini. Propaganda media sosial yang masih didominasi oleh PN turut memberi kesan terhadap cara pemikiran pengundi.", "𝘾𝘼𝘽𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙐𝙈𝙉𝙊 𝘿𝘼𝙉 𝘼𝙉𝘼𝙇𝙄𝙎𝙄𝙎 𝙁𝘼𝙆𝙏𝙊𝙍-𝙁𝘼𝙆𝙏𝙊𝙍 𝙆𝙀𝙈𝙀𝙉𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝘿𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙆𝘼𝙇𝘼𝙃𝘼𝙉:", "UMNO sebagai komponen utama dalam gabungan PH-BN perlu berhadapan dengan hakikat bahawa kita telah gagal merebut banyak kerusi. Ini mewujudkan persoalan tentang arah dan strategi parti pada masa akan datang. UMNO perlu merangka cara untuk menarik lebih banyak sokongan dari kalangan orang Melayu dan membuktikan manfaat gabungan PH-BN.", "", "Gabungan ini masih baharu, hanya berusia lapan bulan, dan dengan penamat PRN ini, terdapat masa yang mencukupi untuk membangunkan jentera parti dan memperkukuhkan keyakinan di kalangan rakyat menjelang PRU16.", "Analisis faktor-faktor kemenangan dan kekalahan adalah satu tuntutan yang sewajarnya. Sebagai contoh, jika ada penolakan dari kalangan Melayu terhadap gabungan PH-BN, mengapa ada calon seperti YB Datuk Rizam Ismail yang berjaya memenangi kawasan DUN Sungai Air Tawar?", "Ini membayangkan terdapat faktor-faktor lain yang juga mempengaruhi keputusan pengundi. Begitu juga, kekalahan di kawasan lain juga dipengaruhi oleh banyak faktor selain penolakan PH-BN dari kalangan Melayu.", "𝙆𝙀𝙋𝙀𝙍𝙇𝙐𝘼𝙉 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙎𝘼𝘽𝘼𝙃 𝘿𝙄𝙍𝙄 𝘿𝘼𝙉 𝙈𝘼𝙎𝘼 𝘿𝙀𝙋𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙉𝙊:", "Bagi ahli-ahli UMNO, kesediaan untuk menerima hasil analisis dengan hati yang terbuka adalah langkah penting. Pengakuan kesalahan dan kelemahan adalah faktor penting untuk pertumbuhan dan peningkatan. Kesediaan untuk mengubah pendekatan dan memperbaiki di mana perlu adalah faktor penting dalam kelestarian dalam dunia politik.\n\nKesimpulannya, PRN 2023 adalah satu episod penting yang memerlukan analisis dan muhasabah diri yang mendalam. Pembangunan politik negara memerlukan pendekatan yang kritis dan pengajaran daripada keputusan pilihanraya. Melalui refleksi yang mendalam, InsyaAllah, UMNO dapat memperkukuhkan kedudukan dan kembali menjadi kekuatan politik yang relevan dalam negara kita.", "\nSalam Perjuangan,", "𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦" ]
https://umno-online.my/2023/08/14/bn-ph-berjaya-halang-gelombang-hijau-pada-prn-kerajaan-perpaduan-perlu-terus-dipertingkat/
[ "SAYA senada dengan kenyataan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), YB Fahmi Fadzil bahawa gabungan perpaduan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan berjaya menghalang gelombang hijau pada Pilihan Raya Umum di enam negeri Sabtu lalu.", "Saya juga bersetuju bahawa Kerajaan Perpaduan perlu meneliti dan mempertingkatkan pemilihan calon, jentera, manifesto, polisi dan atur kerja kempen menjelang PRU16 nanti.", "Masa yang lebih panjang ini pasti akan memanfaatkan semua peringkat akar umbi dalam memastikan penjajaran serta kefahaman dapat dibentuk dengan lebih kukuh pada masa akan datang.\n\nTempoh singkat lapan bulan sejak pembentukan gabungan perpaduan BN-PH selepas berpuluh tahun di arena pilihan raya sebagai seteru politik adalah ujian pertama kesefahaman gabungan ini namun ia berjaya dilalui dengan baik.", "Ini diperkukuhkan lagi dengan angka diperolehi di mana gabungan Perpaduan berjaya meraih 49.58 peratus iaitu 3,399,472 undi di keseluruhan enam negeri berbanding Perikatan Nasional yang ketinggalan 17,000 undi pada 3,382,455 (49.33 peratus).", "Berpuluh tahun sebagai seteru, hanya lapan bulan terbentuk kerjasama, julung kali disatukan di pentas pilihan raya, dan ia berjaya dilalui serta meraih keputusan yang unik dan positif di peringkat akar umbi di mana segala perbezaan politik berpuluh tahun lamanya dapat diketepikan atas nama perpaduan.", "Sudah tentu ini semua dapat dilakukan kerana aspirasi Perpaduan ini dibentuk bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan keutamaan diberikan kepada rakyat dan negara.", "Banyak perlu diperhalusi dan diteliti bagi menghadapi PRN di enam negeri ini terutama dalam mengenali calon-calon yang dipertandingkan dan memeterai kesefahaman dalam gerak atur kerja di peringkat akar umbi, selepas lapan bulan bergabung.", "", "Penjajaran bagi bergerak bersandarkan satu hala tuju bukan mudah apatah lagi dalam tempoh yang singkat ini namun berjaya direalisasikan dan mampu dipertingkatkan lagi pada masa hadapan.", "Tiada keperluan untuk menuding jari, sebaliknya kita perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran satu halatuju iaitu bertunjangkan aspirasi perpaduan perlu diperjelaskan lagi.", "Seperti kita maklum, yang menang tak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. Gabungan perpaduan ini juga berjaya mengekalkan status quo di tiga negeri dan Barisan Nasional yang sebelum ini bukan sebahagian dari kerajaan negeri, sudah menjadi sebahagian pembentukan kerajaan negeri.", "Kita ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang memberi sokongan kepada aspirasi perpaduan selain beri kepercayaan kepada gabungan ini untuk membentuk kerajaan di tiga negeri. Sambil itu, kita juga akan ambil kira setiap maklum balas untuk Barisan Nasional meningkatkan prestasi, pendekatan dan pelaksanaan khidmat untuk rakyat di seluruh negara.", "\nAZALINA OTHMAN SAID\nKetua Penerangan UMNO Malaysia", "******************************" ]
https://umno-online.my/2023/08/02/prn-2023-tiada-pilihan-bn-mesti-menang/
[ "SABTU lalu setelah selesai proses penamaan calon, maka sah lah calon-calon yang bertanding di enam pilihan raya negeri (PRN) iaitu di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.", "Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 12 kerusi di Selangor, enam kerusi di Pulau Pinang, 14 kerusi di Kedah, 32 kerusi di Kelantan, 27 kerusi di Terengganu dan 16 kerusi di Negeri Sembilan. Secara keseluruhan, BN menyertai pilihan raya negeri kali ini dengan 107 calon.", "Selain daripada memastikan kemenangan di kerusi-kerusi yang ditandingi, BN juga perlu memperlihatkan kesediaan menyokong calon-calon dari Pakatan Harapan (PH) di kerusi-kerusi yang mereka tandingi.\n\nTidak dapat dinafikan bahawa kekalahan demi kekalahan BN di dua PRU sebelum ini telah memberi pengajaran yang mendalam. Kekuatan BN hampir lumpuh dan sokongan kepada parti-parti komponen UMNO, MIC dan MCA telah berkurangan dari para pengundi. GERAKAN juga telah meninggalkan BN.", "Namun, dalam keadaan yang mencabar ini, kita baru dapat mengenali siapa yang sebenarnya kawan sejati. MCA dan MIC tetap setia bersama dalam suka dan duka, dan rakan-rakan sekutu di Malaysia Timur juga tidak meninggalkan kita.", "Ketika kita sedang bergelut dengan kekalahan, Allah swt telah mentakdirkan BN berada dalam kerajaan sekali lagi. Walaupun pada awalnya UMNO dan BN telah bersedia untuk menjadi pembangkang untuk penggal kedua, tetapi demi menjunjung titah Yang Di Pertuan Agong dan memikirkan kepentingan rakyat, BN bersetuju untuk menjadi sebahagian dari kerajaan perpaduan bersama PH.", "Setelah itu, rakan-rakan sekutu BN di Sabah dan Sarawak juga menyertai kerjasama kerajaan perpaduan, membentuk sebuah kerajaan majoriti 2/3.", "Kita perlu memahami bahawa kita bukan menjadi kerajaan atas kekuatan diri sendiri. Penyokong BN dan UMNO juga harus menyedari bahawa BN tidak menjadi kerajaan kerana mendapat mandat majoriti rakyat.", "Kita perlu mengakui dengan jujur dan menelan kenyataan pahit bahawa kita telah kalah dan gagal.\n\nOleh itu, di PRN kali ini, BN tidak dapat mengelak daripada menjadi tumpuan kerana seluruh komuniti politik mahu melihat sejauh mana kita mampu untuk menyumbang kejayaan.", "Sebagai contoh, di Selangor, BN bertanding di 12 kerusi berbanding hanya 5 kerusi yang dimenangi sebelum ini (Kerusi Semenyih dimenangi ketika PRK 2019), jumlah ini lebih dua kali ganda daripada apa yang kita menangi dulu.", "Di Pulau Pinang pula, BN bertanding di enam kerusi berbanding dua kerusi yang dimenangi sebelum ini. Jumlah ini tiga kali ganda daripada apa yang pernah dimenangi oleh BN di PRU14.", "Pastinya PH yang memberikan kerusi-kerusi itu mahu melihat pengorbanan mereka membuahkan hasil yang baik dan menyumbang dalam mengekalkan 𝘴𝘶𝘱𝘦𝘳 𝘮𝘢𝘫𝘰𝘳𝘪𝘵𝘺 mereka sebelum ini.", "Ya… benar, perubahan kerajaan di PRN ini tidak akan mengubah kedudukan kerusi Dewan Rakyat.\nJika BN kalah di kerusi-kerusi yang diberikan, BN tidak akan terkubur. PH masih boleh membentuk kerajaan tetapi apakah yang akan berlaku kepada BN?", "BN akan dilihat sebagai parti yang hanya menumpang kejayaan. Bekerjasama dengan BN hanya akan dianggap sebagai menyokong tanpa memberikan manfaat apa-apa kepada rakan-rakan gabungan.\n\nPastinya akan ada suara-suara sumbang yang akan membangkitkan perkara ini sepanjang kerajaan perpaduan ini diteruskan. Kita juga akan kehilangan kepercayaan rakan-rakan sekutu kita di Sabah serta Sarawak.", "Hidup sebegitu adalah lebih teruk dari mati terkubur.", "Jadi BN tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk menang di PRN kali ini. Jika kita masih mahu melihat UMNO dan BN terus relevan dan tidak dipandang enteng di kalangan rakan-rakan gabungan kita dalam Kerajaan Perpaduan, menang adalah satu-satunya pilihan.", "BN perlu menambah baik strategi kerja yang ada dan berani untuk melabur dana kepada gerak kerja baharu seperti media sosial dan media digital.", "BN perlu berhenti bertikai sesama sendiri dan fokus untuk mencapai kemenangan.", "BN juga perlu belajar dari gerak kerja rakan-rakan kita dalam PH. Bagaimana mereka menggerakkan jentera dengan mengoptimumkan penggunaan dana serta bagaimana mereka menggunakan data raya untuk mencapai kemenangan.", "Kita sudah tidak mempunyai pilihan, wisel permulaan sudah ditiupkan dan kita sudah berada dalam perlumbaan ini untuk sampai ke garisan penamat. Satu-satunya keputusan yang kita mahu capai pada 12 Ogos nanti adalah KEMENANGAN.", "Oleh itu, ingatlah pesanan dari Pengasas UMNO, Dato Onn Bin Jaafar;", "“𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘩𝘶𝘭𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢”", "\nSalam Perjuangan,\n𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡", "Penulis 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦" ]
https://umno-online.my/2023/07/18/mempertahan-sebuah-perjuangan-melangkah-ke-hadapan/
[ "Salam Perpaduan,", "1. Saya antara Ahli Parlimen muda/baru UMNO/Barisan Nasional (BN) yang dipilih majoriti rakyat di kawasan saya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu. Malam 19 Nov 2022, ketika pengumuman kemenangan di Dewan Taman Kota Jaya dihadiri hanya oleh beberapa sahabat setia parti dan yang teramai adalah jentera Pemuda UMNO Tenggara pada ketika itu.", "2. Perasaaan amat bercampur baur. Dan, proses pembentukan kerajaan ambil masa sehinggalah Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menitahkan pembentukan Kerajaan Perpaduan.", "3. Proses pembentukan kerajaan ini dengan drama sepuluh Ahli Parlimen UMNO BN yang menandatangani akaun bersumpah (SD) lain menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan bukanlah rahsia. Saya pada ketika itu diberi kejelasan perihal situasi ini dengan amat teliti oleh Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan YB Datuk Seri Hj. Ahmad Maslan yang masing-masing kini Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Johor. Saya berdiri teguh dengan keputusan parti.\n\n4. Ya, kita melaungkan ‘No Anwar, No DAP’ tapi jangan lupa ‘No PPBM’ juga di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelum PRU-15. Jika, tiada ijtihad yang rasional dan waras. Malaysia sehingga kini tiada kerajaan yang stabil sebab bersama Pakatan Harapan (PH) pun tak boleh, bersama PN pun tak boleh. Tapi kalangan ‘ngai-ngai’ politik hanya cerita dan ungkapkan sebahagian sahaja situasi, seolah-olah ‘No Anwar, No DAP sahaja yang disebut walhal kita juga setuju ‘No PPBM’.", "5. Ringkasnya, ijtihad politik demi Malaysia yang stabil telah dilakukan oleh Presiden UMNO dan pasukan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga Dewan Tertinggi (DT) BN.", "6. Dengan izin Tuhan, walau hanya 30 kerusi BN menang dalam PRU-15 iaitu 26 kerusi oleh UMNO, kita menjadi sebahagian kerajaan.", "7. Keputusan bersama PH bukan bersama PN diperjelaskan berulang kali menerusi pelbagai sesi khas, taklimat Presiden dan PAU oleh Presiden UMNO sendiri. Tiada yang disembunyikan. Ia terkait dengan:", "a) Menjunjung titah YDPA agar Malaysia stabil untuk pulih semula ekonomi Pasca COVID-19;\nb) DAP tidak boleh semberono sentuh hal-hal Islam, Raja dan Melayu dalam Perlembagaan; dan\nc) Kefungsian BN yang mestilah signifikan dalam Kabinet.", "8. Ketika itu, saya masih ingat ungkapan dari Presiden.. petunjuk dari Tuhan, dengan segala mehnah keputusan yang dibuat secara musyawarah MKT UMNO dan DT BN ini tidak ubah seperti hikmah yang boleh disimpulkan;\n“We lose fight, but we win battle..”, dan;", "9. Tok Mat Hasan (Datuk Seri Mohamad Hasan – Timbalan Presiden) pula menasihatkan;\n“Kita seperti orang lemas. Selamatkan diri, cari tempat selamat dan selepas sedia, kita aturkan seterusnya lima tahun ini.. untuk survival parti..”", "10. Keputusan ini bukan mudah.. ia keputusan yang berat.. kita pernah dikhianati pimpinan PAS ketika bersungguh mahu lihat Perpaduan Ummah. Dan, saya yakin PPBM yang hasut pimpinan PAS untuk tidak patuh Piagam Muafakat Nasional. Air mata saya, sia-sia pada ketika pelancaran Muafakat Nasional.\n\n11. Justeru, kita mesti pastikan tidak dipatuk ular dua kali… satu, oleh pimpinan PAS yang mengkhianati Muafakat Nasional dan dari PPBM yang wujud dengan nawaitu membunuh UMNO.", "12. Atas segalanya itu, ugutan personal terhadap Yang Amat Berhormat (YAB) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menambah lagi keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan bersama PH adalah pilihan yang ada. Diugut untuk didakwa jika tidak ‘tutup’ UMNO oleh Tun Mahathir, boss PPBM bukanlah rahsia. Dan, tindakan untuk mempertahan UMNO walau diri didakwa atas pertuduhan terpilih adalah satu kejihadan dan tindakan berani yang diambil oleh seorang Zahid Hamidi.", "13. Atas pendirian itu, saya secara peribadi ucap terima kasih kepada YAB Presiden dan merakamkan penghargaan kepada pasukannya MKT UMNO serta DT BN pada ketika itu yang telah melakukan ijtihad politik yang berat dan paling complicated sejak tanah air kita merdeka. Yang mustahak; bentuk kerajaan stabil dan sejahterakan rakyat.", "14. Kita, ahli parti, orang UMNO sewajarnya bangga dengan ketua yang mempertahankan parti bukan seperti jiwa segelintir pimpinan (sama ada yang telah keluar atau masih duduk dalam parti) yang beria-ia mahu kita bersama parti (PPBM) yang mahu membunuh UMNO dengan pengharaman.", "15. Melalui ucapan YAB Perdana Menteri dalam tag posting ini, inilah penaakulan yang signifikan bahawa kita mestilah secekal Presiden kita, mempertahankan parti dan dalam ketertewasan masih tegar mempertahan Islam dan Melayu. Dan peranan UMNO yang utama adalah memastikan agenda Islam dan Melayu tetap dibela dan terpelihara dalam epik perjalanan sebuah Kerajaan Perpaduan.", "16. Melangkah ke hadapan, mari bersama-sama; Pertahankan Parti, Perjuangkan Agama dan Bangsa.", "Wallahu’alam.", "#SalutePresiden\n#PolitikPermuafakatan\n\nMANNDZRI HJ. NASIB\nAhli Parlimen Tenggara,\nTimb. Ketua UMNO Bahagian Tenggara" ]
https://umno-online.my/2023/07/13/undi-calon-kerajaan-perpaduan-pentingnya-peranan-ahli-umno-pertahan-kedudukan-parti/
[ "DALAM era politik yang semakin kompleks seperti sekarang, adalah penting bagi ahli-ahli UMNO untuk menghargai peranan mereka dalam memastikan kestabilan politik negara dan menjaga kedudukan parti.", "Dalam konteks ini, adalah wajar bagi ahli UMNO untuk mengundi dan menyokong calon kerajaan perpaduan, serta tidak mengundi atau menyokong calon Perikatan Nasional (PN). Tindakan ini tidak hanya akan memastikan kelangsungan UMNO, tetapi juga penting bagi kestabilan negara dan memelihara kepentingan Melayu, agama Islam, dan institusi Raja-Raja.", "", "Sebagai ahli UMNO, kita perlu memahami bahawa survival parti kita bergantung kepada kekuatan kita dalam Kerajaan Perpaduan hari ini. Dalam Kerajaan Perpaduan, UMNO harus dilihat sebagai penyumbang kepada kemenangan supaya pendapat kita didengarkan oleh rakan-rakan parti gabungan. Ini akan memperkuat posisi dan kepentingan kita dalam kerajaan, bukannya hanya menjadi penumpang yang akan dipandang lekeh.", "Sebagai ahli UMNO, kita patut berhati-hati terhadap dakyah bekas pemimpin UMNO mempunyai kepentingan peribadi dalam mempengaruhi sokongan kita. Kita tidak boleh terjebak dalam propaganda dan manipulasi yang bertujuan untuk menyokong agenda mereka.", "Sekiranya memilih calon PN, ia akan dapat melemah kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan dan mengorbankan kepentingan Melayu, agama Islam, dan institusi Raja-Raja yang kita usahakan untuk dipertahankan.\n\nMengundi calon PN atau tidak keluar mengundi pula adalah seperti cuba menenggelamkan kapal yang kita naiki bersama. Dalam konteks politik, ini bermakna merosakkan kestabilan dan menghadapi kemungkinan perubahan yang tidak diinginkan dalam kerajaan.", "Dengan memilih untuk mengundi siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan, kita berusaha memelihara kestabilan politik negara dan menjadi suara utama dalam memastikan keputusan yang diambil oleh kerajaan memelihara kepentingan Melayu, agama Islam, dan institusi Raja-Raja.", "Penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan adalah penting untuk memastikan kepentingan Melayu, agama Islam, dan institusi raja-raja terpelihara dalam setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan.", "Dalam Kerajaan Perpaduan, suara UMNO memainkan peranan penting dalam merumuskan dasar-dasar yang mempengaruhi kaum Melayu dan agama Islam. Oleh itu, dengan mengundi calon Kerajaan Perpaduan, kita membantu memastikan bahwa suara UMNO didengar dan kepentingan kita diutamakan dalam pembuatan keputusan politik negara.\n\nItu satu perkara penting yang perlu kita ingat dan nilai dalam kita membuat keputusan dalam Pilihan Raya Negeri nanti.", "Di samping itu, kehadiran UMNO dalam kerajaan perpaduan juga memberikan kesempatan bagi kita untuk memperjuangkan kepentingan parti dan ahli-ahlinya. Dengan memperkuat kedudukan kita dalam kerajaan, kita dapat memperoleh sumber daya yang diperlukan untuk membangun dan memperkuat UMNO sebagai sebuah entiti politik yang relevan dan berdaya saing.", "Sekali lagi saya mengingatkan diri saya dan ahli-ahli UMNO, mengundi dan menyokong calon Kerajaan Perpaduan adalah tindakan yang penting bagi ahli UMNO.", "Ini tidak hanya akan memastikan kelangsungan dan kepentingan parti, tetapi juga untuk menjaga kestabilan politik negara serta memastikan kepentingan Melayu, agama Islam, dan institusi Raja-Raja tetap terpelihara.", "Oleh itu, marilah kita bersatu dan bersama-sama menjaga kesatuan dalam Kerajaan Perpaduan demi kebaikan UMNO dan kestabilan negara.", "Salam Perjuangan", "\n𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦" ]
https://umno-online.my/2023/07/05/nak-prn-waspada-sesumpah-politik-muncul-kembali/
[ "PILIHAN Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bakal diadakan tidak lama lagi.", "Lantaran itu, tidak mustahil apabila ada pemimpin politik ‘mati hidup semula’ atau menjadi ‘sesumpah’ apabila PRN makin dekat.", "Sungguh… taktik dan modus operandi parti-parti politik yang mula menabur macam-macam kepada rakyat pernah berlaku sebagaimana sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Ayat-ayat manis dan pemberian ‘gula-gula’ tentunya bakal menjadi pemancing undi.\n", "Justeru, orang ramai waspadalah dengan ‘sesumpah’ menjelang pilihan raya. Mereka ini akan muncul saat-saat menjelang pilihan raya seperti sekarang ini… selepas itu hilang semusim sebagaimana penggal pilihan raya berlalu lantas apabila tiba pilihan raya semula akan muncul kembali dengan pelbagai taktik bagi mengaburi pemikiran rakyat.", "Dalam hal ini, Parlimen Putrajaya wajar dijadikan contoh bagaimana janji ‘Era Baharu’ yang dicanangkan namun sehingga kini setelah lebih setengah tahun berlalu selepas menang dan menjadi Ahli Parlimen Putrajaya lain pula jadinya.", "Selepas PRU-15 Putrajaya telah mendapat ‘Ketua Kampung’ atau ‘Penghulu’ baharu hasil pilihan 16,000 pengundi yang majoritinya anak muda mengenepikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor lantaran memilih orang baru dan muda yang kononnya lebih bertenaga dan banyak idea.", "Selepas menjadi Ahli Parlimen Putrajaya, janji-janji yang dilafazkan tidak ditunaikan malah sebaliknya rakyat Putrajaya pula diminta menyumbang kepada pemimpinnya dengan wujudnya tabung khas yang mengajak ‘bersama kita bangunkan era baharu Putrajaya’ walhal sebelumnya warga Putrajaya yang mendapat pelbagai bantuan khusus.", "Sememangnya hal ini bukan hanya berlaku di Putrajaya sahaja tetapi di kebanyakan kawasan pimpinan Perikatan Nasional (PN)/Pas. Alasan mereka amat mudah untuk berlepas tangan iaitu mereka bukan pemimpin pusat, bukan kerajaan, tidak ada duit, tidak ada peruntukan dan macam-macam lagi.", "Sebagai pemimpin, sewajarnya Ahli Parlimen bertanggungjawab dengan menyalurkan bantuan kepada rakyat khususnya apabila pelbagai keluhan berlaku.", "Rakyat perlukan bantuan, bukan penipuan. Apabila sudah menang dan diangkat jadi wakil rakyat maka sepatutnya laksanakan janji-janji. Jangan perdayakan rakyat jika tak mahu atau tak mampu nak tunaikan apa yang telah dilafazkan.", "\nAmbil juga contoh bagaimana tingkah Tengku Adnan ketika menjadi wakil rakyat pada penggal lalu, juga bergelar pembangkang apabila Barisan Nasional (BN) tewas di peringkat pusat. Waktu itu Tengku Adnan dihimpit, ditekan dan diheret turun naik ke mahkamah atas tuduhan yang tidak berasas.", "Namun tidak pula beliau abaikan warga Putrajaya waima ketika pandemik COVID-19 melanda pun. Tidak perlulah untuk beliau turun padang saban waktu namun sumbangan barangan keperluan asas yang disalurkan kepada komuniti setempat tidak pernah terhenti malah makin rancak dengan tambahan barangan dipelbagaikan terus ke pintu-pintu rumah.", "Namun kini sebaliknya, Era Baharu yang dijanji masih tinggal janji hinggakan penduduk tempatan masih tercari-cari lokasi untuk bertemu dengan wakil rakyatnya. Konon diwujudkan Putrajaya Care malangnya ia adalah bersifat online sedangkan rakyat perlukan bantuan bersemuka.", "Sudahnya, Pusat Khidmat UMNO Bahagian Putrajaya juga yang terus berfungsi hinggakan apa-apa bantuan yang diharap rakyat maka ditudingnya ke sana.", "Bukan itu sahaja, pelbagai bantuan dan kemudahan yang telah diwujudkan oleh Tengku Adnan sewaktu menjadi wakil rakyat terus diaktifkan atas faktor kebajikan dan keselesaan komuniti setempat yang menjadi keutamaan.", "Sungguh, UMNO terus melaksanakan tekad ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dan sehingga kini, pejabat UMNO seluruh negara terus-terusan melaksanakan khidmat bakti kepada rakyat, bukan atas taburan jani palsu, bukan retorik politik malah bukan juga timbul bermusim.", "Oleh itu, untuk para pengundi di enam PRN kelak, bijaklah gunakan kelebihan dalam hasil tangan yang memilih setelah menilai kepimpinan yang benar-benar berwibawa kerana natijahnya masa depan bakal tergadai.", "Salam Menjelang PRN! " ]
https://umno-online.my/2023/06/22/kongres-ekonomi-melayu-memacu-pemerkasaan-ekonomi-dan-pembangunan-bangsa/
[ "KONGRES Ekonomi Melayu akan berdiri sebagai mercu tanda pemerkasaan ekonomi dan pembangunan orang Melayu. Kongres ini akan berperanan dalam usaha memacu kemajuan masyarakat Melayu. Ia akan berfungsi sebagai platform untuk kerjasama, perkongsian pengetahuan dan rangkaian dalam kalangan usahawan, pakar industri, cendekiawan dan pegawai kerajaan.", "Melalui kongres ini, kita akan mendalami dengan lebih mendalam bagaimana untuk memperkasa ekonomi orang Melayu selari dengan perkembangan teknologi baharu dan cabaran dunia hari ini.", "Oleh yang demikian, Kongres Ekonomi Melayu yang bakal dianjurkan kelak akan memberi impak yang lebih besar dan boleh memberi hala tuju lebih jelas kepada kerajaan serta pemain industri untuk melihat peluang dan peranan orang Melayu dalam ekonomi di dalam dan luar negara.\n\nMengambil iktibar daripada saranan YAB Presiden dan Timbalan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lepas, saya yakin dengan penganjuran kongres ini nanti akan menghasilkan satu resolusi yang progresif dan sesuai dengan iklim semasa.", "Kongres ini pastinya akan mempromosi usahawanan dan pembangunan perniagaan yang akan memangkin pertumbuhan perniagaan orang Melayu. Dengan penglibatan usahawan yang berjaya, kongres ini bakal memberi inspirasi kepada individu yang bercita-cita tinggi untuk mengejar impian keusahawanan mereka.", "Kongres ini bakal menyediakan persekitaran yang menyokong iaitu kita boleh belajar daripada pemimpin industri, bimbingan dan mendapatkan input tentang pelbagai industri. Penekanan terhadap keusahawanan ini membantu mewujudkan ekosistem perniagaan yang rancak bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan akhirnya dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang Melayu juga.", "Kongres Ekonomi Melayu ini perlu menjadi penghubung kepada pengetahuan dan pembinaan kapasiti yang berkesan dengan pendedahan ilmu, kepakaran, dan amalan terbaik. Melalui ucaptama, perbincangan panel dan bengkel, kita akan memperoleh pandangan berharga tentang arah aliran pasaran, model perniagaan yang inovatif dan strategi untuk berjaya.", "", "Platform perkongsian pengetahuan ini melengkapkan individu dengan kemahiran dan maklumat yang diperlukan untuk mengemudi landskap ekonomi yang sentiasa berubah. Tambahan pula dunia sekarang sedang berhadapan dengan teknologi hebat seperti Artificial Intelligent.", "Dengan perkembangan dunia teknologi, orang Melayu perlu menguasainya. Pastinya ia akan memudahkan pemindahan ilmu antara generasi, menggalakkan generasi muda belajar daripada usahawan berpengalaman dan veteran industri.", "Dalam pada itu, peluang rangkaian dan kerjasama daripada kongres ini nanti akan dapat menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk usahawan, pelabur, penggubal dasar dan ahli akademik. Libat urus kepakaran serta perspektif yang jelas ini mewujudkan peluang rangkaian yang mencukupi, membolehkan kita menjalin hubungan dan kerjasama yang berharga.", "Dengan memudahkan interaksi antara perniagaan, akademik dan agensi kerajaan, Kongres Ekonomi Melayu ini boleh menggalakkan pertukaran idea, pembentukan perkongsian, dan kerjasama. Hubungan ini sudah tentu menyumbang kepada pertumbuhan dan kemampanan ekosistem perniagaan orang Melayu dan negara secara amnya.", "Akhir sekali, Kongres Ekonomi Melayu ini merupakan acara penting untuk memacu pemerkasaan ekonomi dan pembangunan orang Melayu. Ia bukan satu retorik politik.", "Kongres ini melangkaui semua aspek dan memerlukan tekad politik yang besar. Orang Melayu sudah terlepas banyak peluang sejak UMNO hilang dominasi. Itulah realitinya dan walaupun pahit tetap perlu kita telan. Apa yang perlu kita faham, kongres ini tidak menafikan polisi serta dasar terdahulu. Namun cabaran masa kini jauh berbeza. Berdepan dengan geo-politik semasa dalam negara kini, UMNO berusaha untuk memastikan dasar perjuangan orang Melayu terus menjadi teras utama perjuangan parti.", "UMNO mesti dilihat memainkan peranannya untuk membela orang Melayu. Oleh itu, saya yakin dengan penganjuran kongres ini nanti yang diamanahkan kepada Pemuda dan Puteri merupakan satu keputusan yang tepat selain menyediakan pemimpin muda untuk mengambil alih tampuk kepimpinan di masa hadapan.", "\nTENGKU MUHAMMED HAFIZ BIN TENGKU ADNAN\nExco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia\nKetua Penerangan UMNO Putrajaya", "***********************************************************" ]
https://umno-online.my/2023/06/14/pasca-pau-2023-ke-mana-hala-tuju-umno/
[ "PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2023 telah berakhir. Walaupun Barisan Nasional (BN) yang didukung UMNO kalah dua kali Pilihan Raya Umum (PRU), harapan terhadap hasil PAU sangat tinggi, malah lebih tinggi daripada perhimpunan-perhimpunan agung sebelumnya.", "PAU kali ini menyaksikan kedudukan UMNO bukan lagi menjadi peneraju kerajaan, tetapi menjadi sebahagian daripada gabungan parti yang membentuk kerajaan.", "Walaupun begitu, UMNO dilihat dominan dengan Presidennya yang menjadi Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Satu portfolio yang penting dalam pembangunan orang Melayu dan Bumiputera khususnya di kawasan luar bandar.", "Mengapa PAU kali ini memberi tumpuan kepada orang Melayu?\n\nIni kerana kerisauan orang Melayu bukan kerana gusar UMNO tidak mampu mentadbir kerajaan dengan baik, tetapi kerisauan mereka tentang keupayaan UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu, Islam, Raja-Raja Melayu, dan berperanan sebagai pengimbang terhadap PKR yang dianggap liberal dan Dap yang dianggap cauvinis di mata orang Melayu.", "Orang Melayu dan umat Islam di negara ini masih trauma dengan apa yang berlaku selepas PRU14, apabila PPBM yang menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH), malah menjadi Perdana Menteri pada masa itu, tidak mampu melindungi kepentingan Melayu, agama Islam, dan Raja-Raja Melayu.", "Alhamdulillah, PAU kali ini berjaya meredakan kebimbangan dan kekusutan tersebut. UMNO kali ini sangat strategik dalam menyampaikan mesej bukan sahaja kepada wakil-wakilnya, tetapi juga kepada umat Melayu di seluruh negara.", "", "Dalam sesi ‘Townhall Penerangan UMNO Malaysia’, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama Naib-naib Presiden telah menjelaskan dan memberi keyakinan bahawa walaupun UMNO hanya sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, tetapi UMNO tetap teguh dalam mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam sejak awal penubuhan kerajaan lagi.", "Ini terbukti dengan respon pantas UMNO terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilapor menarik balik rayuan kes Jill Ireland yang kemudian disuarakan melalui kenyataan media beliau selepas mesyuarat kabinet.", "Dalam Ucapan Dasar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelas dan terang menyatakan komitmen UMNO dalam memperjuangkan nasib bangsa dan mempertahankan agama tidak pernah berubah sama sekali.", "Malah hingga hari ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan Islam dan kepentingan Melayu/Bumiputera melalui agensi-agensi di bawah kementerian yang dipimpin oleh menteri UMNO. Semua ini dilakukan tanpa halangan atau bantahan dari rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan.", "", "Dalam ucapan penggulungan pula, Presiden UMNO telah mengangkat serta bersetuju dengan usul-usul yang dibawa oleh sayap dan para pembahas usul yang kebanyakannya adalah ke arah membantu meningkatkan kedudukan orang Melayu dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial.", "Ini sekali lagi isyarat jelas komitmen UMNO yang mahukan kepentingan Melayu dan Islam sentiasa menjadi agenda utama.", "Oleh itu, dalam menghadapi pilihan raya di enam negeri akan datang, adalah penting bagi UMNO untuk menzahirkan keyakinan dan jaminan ini kepada orang Melayu.", "UMNO perlu memberi tumpuan kepada segmen asal mereka iaitu orang Melayu dan meyakinkan orang Melayu mengenai keupayaan dan komitmen UMNO dalam menjaga kepentingan bangsa dan agama Islam sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.", "Jika UMNO mampu memberikan keyakinan ini kepada orang Melayu, sudah pastinya UMNO tidak akan menghadapi masalah untuk memastikan kemenangan dalam enam pilihan raya negeri yang akan datang.", "Salam Perjuangan.\n\n𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡\nPenulis 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦." ]
https://umno-online.my/2023/06/11/penyelewengan-maksud-hadis-jamaah-muslimin-oleh-pas/
[ "PERLEMBAGAAN UMNO telah dipinda pada tahun 2019 meletakkan perjuangan mendukung cita-cita agama Islam sebagai keutamaan. Perjuangan menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam adalah perjuangan yang telah termaktub dalam perlembagaan UMNO.", "Jangan hanya mendakwa Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam lalu menafikan perjuangan Islam parti lain. Apabila masuk Pas semua dosa disucikan termasuk ‘dosa Memali’ dan diangkat setinggi-tingginya.", "", "Mereka yang meninggalkan Pas pula dianggap seolah keluar daripada perjuangan Islam lalu dimaki dan dikutuk.", "Sejak bila pula perjuangan Islam hanya milik Pas? Dan sejak bila pula Islam menghalalkan makian dan kutukan pada orang yang berbeza pandangan dan parti. Dan adakah itu ciri-ciri pejuang Islam yang makian menjadi manisan lidah meski di waktu lain lidah basah dengan zikir?", "Orang yang meninggalkan Pas dihukum keluar daripada ‘Jamaah Islam’ sedang hakikat sebenar ialah Pas bukannya ‘Jamaah Islam’ sebagaimana disebut dalam Hadis Sahih Bukhari Muslim riwayat Huzaifah bin Yaman tetapi hanya satu jamaah dan kumpulan kecil dari Jamaah Umat Islam yang besar diketuai oleh seorang Ketua Negara umat Islam.", "Keluar daripada Pas bererti keluar dari satu ‘jamaah kecil’ umat Islam untuk bergabung dengan Jamaah Muslimin yang besar diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong dalam konteks Malaysia.", "Itulah tafsiran yang benar bagi maksud hadis “kamu perlu berpegang dengan Jamaah Muslim dan Imam mereka”. Namun, kerana salah faham tafsiran yang dibuat oleh pimpinan Pas sejak berzaman melahirkan ketaksuban pada parti dan ‘jamaah kecil’ Pas.", "Dalam sejarah Pas, pengasas Pas, Ustaz Fuad Hasan, Presiden Pas, Datuk Asri Muda, panglima jihad Pas dan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Hasan Adli dan pengasas Pas Kelantan, Ustaz Amaludin Darus meninggalkan Pas. Mereka semua dituduh keluar daripada ‘jamaah Islam’?", "", "Salah faham terhadap konsep ‘jamaah Islam’ di kalangan ahli Pas mesti dibetulkan kerana ia adalah penyelewengan terhadap maksud Hadis Sahih. Penyelewengan ini memberi kesan besar kepada sikap taksub berparti sehingga memutuskan persaudaraan Islam dan memecahkan umat Islam.", "Ahli Pas ditarbiyah untuk menerima hanya Pas adalah Jamaah Islam dan satu-satunya jamaah Islam di Malaysia lalu memandang serong pada semua orang Islam di luar Pas sedangkan kefahaman salah inilah menjadi sebab berpecah Jamaah Muslimin di Malaysia.", "Umat Islam yang sepatutnya berpadu dalam jamaah muslimin yang besar dipecahkan untuk berada dalam jamaah islam yang kecil bermula dengan penyelewengan maksud Hadis Sahih.", "Penyelewengan kefahaman inilah yang melahirkan budaya kafir mengkafir di Terengganu. Ia punca ahli Pas tidak solat di masjid kerajaan lalu membina masjid sendiri dan hanya solat Jumaat di masjid Pas sahaja. Inilah punca solat dua imam, akad nikah yang diwalikan oleh ahli UMNO tidak sah malah sembelihan orang UMNO tidak sah.", "Pas telah undur jauh ke belakang di saat gerakan Islam yang lain seluruh dunia menerima kepelbagaian jamaah-jamaah kecil dan kepelbagaian parti politik yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup.", "Keluar dan masuk parti lain serta menubuhkan parti baru adalah fenomena gerakan dakwah di negara-negara Islam lain tetapi ia tidak diiktiraf oleh Pas kerana dakwaan mereka hanya Pas yang memperjuangkan Islam di Malaysia!", "Besarnya kesan pada umat bermula dengan penyelewengan terhadap maksud Hadis Nabi (saw). Saya tidak salahkan ahli Pas yang tidak mendalami Islam dan tidak mampu merujuk kepada syarah-syarah Hadis tetapi saya menyalah alim ulama Pas yang menyelewengkan maksud sebenar Hadis tidak seperti yang dihurai oleh alim ulama Islam seperti Imam Nawawi dalam Syarah Minhaj. – UMNO ONLINE", "Dr Khairuddin Takiri\n11.6.2023" ]
https://umno-online.my/2023/06/06/umno-mendepani-cabaran-serangan-persepsi-luar-dalam/
[ "Assalamuaikum kepada semua sahabat Perwakilan dan ahli UMNO akar umbi.", "Seperti semua sedia maklum esok akan bermulanya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 selama empat hari di bangunan keramat Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur WTCKL.", "Hampir 7,000 perwakilan dari seluruh pelusuk negara akan berkampung, berbahas dan menyuarakan idea bagi mencari solusi demi memastikan UMNO terus memperjuangkan nasib rakyat dan seterusnya mendapat tempat semula di hati warga Malaysia.", "UMNO DAN POLITIK MASA KINI\n\nCabaran UMNO masa kini sangat hebat dan getir apatah lagi sejak kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018. Daripada sebuah parti yang sangat kuat dan dominan dalam negara telah menjadi antara parti yang mendapat keputusan yang merudum pada PRU15 baru-baru ini.", "Semua parti bergabung menyerang UMNO sejak 25 tahun yang lepas mendapat keputusan berbeza. Pakatan Harapan (PH) dan Pas, PH dan PPBM, sebelum ini Pas pernah bergabung dengan Dap; PPBM Bergabung dengan Dap, duduk sekali demi mahu menjatuhkan UMNO dalam Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan merampas Putrajaya.", "Kekalahan UMNO pada PRU14 itu sangat jelas memperlihatkan akibat permainan politik fitnah dan pembunuhan watak oleh pihak pembangkang ketika itu. Kesannya hari ini rakyat sudah melihat sangat jelas dan mengakui bahawa permainan politik yang sangat kotor dan jijik telah membawa Malaysia terjunam ke sebuah negara yang tidak stabil sehingga kini.", "Pembunuhan watak kepimpinan tertinggi UMNO yang diserang bertali arus dari pelbagai sudut iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden UMNO dan Perdana Menteri) dan beberapa individu lain; disambung pula kepada pertuduhan politik terpilih zaman Tun Mahathir (Tun M) menjadikan negara terus dalam keadaan yang tidak stabil.", "Hal ini berlarutan dengan cubaan pembunuhan watak terhadap YAB Datuk Seri Ahmad Zahid pula yang mereka lakukan selepas PRU14 apabila beliau menjadi Presiden UMNO sehingga kini.", "Persolannya, adakah kita mahu tumpang sekaki dan mengiyakan permainan politik seperti ini? Fikir-fikirkanlah!", "POLITIK MATANG UMNO", "", "Selepas 2018, UMNO telah menerima kekalahan dengan hati yang terbuka tanpa turun ke jalanan atau membuat himpunan mahu jatuhkan kerajaan. Kepimpinan parti hinggalah anggota akar umbi berlapang dada malah akur menjadi pembangkang.", "Ini kerana UMNO sentiasa menghormati sistem demokrasi dan Perlembagaan Negara. UMNO sedar dan hormat akan suara rakyat yang mahukan perubahan dan rakyat menolak kerajaan BN biarpun telah memimpin Malaysia lebih 60 tahun.", "Biarpun menjadi pembangkang namun itu bukan bermakna UMNO berdiam diri. Dalam Dewan Rakyat UMNO bersuara menyangkal pelbagai kebobrokan dan kepincangan kerajaan ketika itu yang hanya tahu menuding jari. Kerajaan baharu yang diharap rakyat tidak sebanding dengan janji-janji menggunung sebelum menang PRU. Dah menang lain dikata masih juga semua salah UMNO.", "Tapi satu demi satu kebenaran terbukti dan kerajaan yang bangkit atas fitnah tak akan bertahan lama lantas dengan sendiri runtuh apabila Tun M meletak jawatan. Yang pasti bukan salah UMNO tapi itu pertelingkahan sesama sekutu mereka sendiri.\n\nPOLITIK DINAMIK MALAYSIA ", "", "Politik Malaysia sangat dinamik dan demokrasinya sangat subur. Dulu lawan, sekarang kawan, dulu kawan sekarang lawan. Semua rakyat kerana terima hakikat ini.", "Ketika UMNO memusuhi Dap, Pas pula berkawan; ketika Pas berlawan dengan Dap, PPBM pula berkawan dengan Dap; bila Pas dan PPBM berlawan dengan Dap, UMNO pula berkawan dengan Dap.", "‘In politic, no permanent friend, no permanent enemy’. Ini kenyataan yang harus diterima oleh semua pihak termasuk rakyat. Tetapi yang hairannya, kenapa Pas dan PPBM boleh berkawan dengan Dap, tetapi apabila UMNO duduk dalam kerajaan bersama Dap semua terangkat menjerit jadi panas?", "Harus diingat, keberadaan UMNO dalam kerajaan ini adalah atas titah Tuanku Agong yang berpaksikan kepada kepentingan rakyat dan masa depan negara. Sehingga kini UMNO tak pernah menggadaikan prinsip perjuangan biarpun telah membentuk Kerajaan Perpaduan termasuklah dengan Dap. Semua pihak ‘move on’ kerana yang utama UMNO tidak lari daripada prinsip dan perlembagaan parti, masih tetap mengutamakan agama, bangsa dan negara.", "MASA DEPAN DAN HALA TUJU", "", "Dalam PAU kali ini, UMNO perlu memikirkan masa depan dan hala tuju parti yang jelas demi memastikan UMNO terus releven kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia.", "Pengalaman UMNO dan kecekapan pemimpinnya amat diperlukan untuk mentadbir negara. Kepimpinan UMNO perlu terus fokus dan jangan terpengaruh akan fitnah luar yang kononnya UMNO sudah lari daripada prinsip perjuangan yang sebenar.", "Ahli parti perlu tahu siapa musuh sebenar, perlu tahu pihak mana yang mahu kafankan UMNO dari pentas politik Malaysia sejak lima tahun ke belakang ini. Dap tidak bertanding di kerusi UMNO, majoriti kerusi yang UMNO tandingi baru-baru ini adalah Perikatan Nasional (PN) bukan PH. Realitinya UMNO kalah kepada PN bukan Dap.", "Jangan kita terpengaruh dengan dakyah politik luar yang sangat benci kepada UMNO. Manipulasi dan persepsi negatif terhadap parti masih dibuat oleh pihak yang mahukan UMNO berkubur.\n\nKepimpinan parti dan ahli akar umbi perlu terus bersatu padu di bawah panji UMNO dan memberi kepercayaan kepada YAB Datuk Seri Ahmad Zahid untuk memimpin parti. Inilah Presiden kita, nakhoda yang mengemudi parti bagi mendepani pelbagai cabaran termasuklah pilihan raya dan sehingga pemilihan akan datang. Justeru, kita perlu sama-sama membantu Presiden untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.", "Jentera parti perlu menjawab tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap pemimpin dan parti selama ini. Jangan mengalah dan jangan berdiam diri, apatah lagi nak tumpang sekaki. Bukankah amat sedih sekiranya melihat ada di antara kita pula yang mengiyakan cakap individu yang menghentam parti dan kepimpinannya.", "Kita semua perlu balik semula kepada slogan parti ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat’. Jika kita boleh memegang slogan ini dan menurutinya, insya-Allah zaman kegemilangan UMNO akan dapat dikembalikan. Lantas, dalam ruang yang ada kini, gunakanlah pentas PAU 2023 untuk kita semua berpaut semula demi untuk memastikan parti keramat ini boleh terus berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat Malaysia.", "Kepimpinan dan ahli harus sama-sama amalkan dua pepatah Melayu ini iaitu ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ dan ‘biduk berlalu kiambang bertaut’. Insya-Allah UMNO akan kembali semula sebagai parti dan menjadi payung kepada bangsa, agama dan negara serta tempat berpaut rakyat Malaysia keseluruhan.", "Selamat Bersidang Perwakilan UMNO 2023", "\nDATUK MOHD RAFI ALLI HASSAN\nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO\nKetua UMNO Bahagian Labuan", "*****************************************************" ]
https://umno-online.my/2023/06/01/politik-kepartian-politik-permusuhan-atau-persaingan/
[ "1. AMAT sukar untuk setengah pihak menerima bahawa politik kepartian adalah ijtihad politik. Penglibatan setiap parti hatta parti yang berasaskan kecenderungan Islam dalam pilihan raya adalah persaingan untuk merebut kuasa dan berlumba menampilkan siapa yang terbaik dalam menguruskan kerajaan Malaysia.", "2. Dalam konteks Malaysia kita ada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Sultan serta Raja sebagai Ketua Negeri. Parti-parti bersaing menawan hati rakyat dengan agenda mereka untuk menjadi ketua kerajaan mewakili Yang d-Pertuan Agong atau Sultan sama ada Perdana Menteri di peringkat persekutuan atau Menteri Besar dan Ketua Menteri peringkat negeri.\n\n3. Justeru, jika UMNO, PKR, PAS, Amanah, DAP, MCA, Gerakan, GPS dan GRS serta Warisan bersaing menampilkan manifesto dan kejayaan masing-masing menguruskan kerajaan ia adalah persaingan politik bukannya permusuhan politik.", "4. Jika mereka bekerjasama membentuk persepakatan ia adalah ijtihad masing-masing menurut masa dan keadaan kerana keperluan perjuangan parti masing-masing. Persepakatan mungkin dibina hari ini dan dirungkai esoknya. Saingan politik menjadi rakan kerjasama dan rakan kerjasama bertukar menjadi saingan dan lawan politik. Itulah demokrasi berparti dan berpilihanraya.", "Ijtihad Politik Kepartian di Turkiye", "5. Saya pernah menulis sebelum ini bagaimana Parti Saadat sebagai parti berbasiskan Islam bekerjasama dengan parti sekular Turkiye yang diasaskan oleh Kamal Attartuk iaitu Parti Rakyat Republikan (CHP) dalam pilihan raya Presiden 2023 yang lalu menentang satu lagi parti yang dilihat Islamis iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang diasaskan oleh Erdogan.", "6. Sebelum itu pada pilihan raya kerajaan tempatan 2019 Erdogan menubuhkan Pakatan Rakyat diwakili AKP dan parti Gerakan Nasionalis (MHP) berhadapan dengan Pakatan Negara diwakili parti sekuler CHP, Iyi Parti, Parti Demokratik Rakyat (HDP) dan Parti Saadat.", "7. Ketika lawatan rasmi saya sebagai Menteri ke Turkiye 2021 saya juga berkunjung hormat menemui Presiden Saadat Party, Karamullahaglu di Ankara mendengar sendiri apa hujah beliau dulu apabila membuat keputusan bekerjasama dengan CHP, parti sekular Turkiye dalam pilihan raya kerajaan tempatan 2019 menentang Erdogan meskipun pendirian itu ditegur sendiri oleh Mursyidul Aam Parti Saadat yang lebih cenderung untuk Parti Saadat bekerjasama dengan AKP. Saya juga sempat menemui sendiri Mursyidul Aam tersebut untuk mendengar punca perbezaan pendapat dalam Parti Saadat ini.", "8. Sebelumnya lagi, saya pernah bertemu sendiri dengan Presiden Parti Saadat ini ketika pilihan raya Presiden 2018 mendengar sudut pandang beliau yang juga sebagai calon Presiden menentang Erdogan.", "9. Saya pernah juga menemani Presiden PAS pada tahun 2019 bertemu dengan Dawud Uglu dan Abdullah Gul, kedua-duanya bekas Perdana Menteri dan Presiden Turkiye daripada AKP untuk mendengar sendiri punca mereka meninggalkan AKP dan menentang Erdogan. Krisis antara Erdogan dan Dawud Uglu sendiri telah bermula sejak 2016 lagi. Akhirnya Dawud menubuhkan Parti Masadepan.", "Ijtihad Politik Kepartian di Indonesia", "10. Di Indonesia pada 1998 dan 1999 lahir empat parti berbasiskan Islam iaitu Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Parti Keadilan Sejahtera, Parti Bulan Bintang dan Parti Amanat Nasional.", "11. PKB dipimpin oleh Abdulrahman Wahid yang didokong oleh Nahdah Ulamak sebuah pertubuhan Islam terbesar Indonesia. Penglibatan dalam pilihan raya 1999 membawa beliau menjawat jawatan Presiden Indonesia.", "12. PKS pula bekerjasama dengan parti pemerintah daripada pilihan raya 2004 hingga 2014 selama tiga penggal dan menjadi menteri. Namun sepanjang pemerintahan Jokowi sejak 2014 PKS memilih menjadi pembangkang. Parti ini dilihat mendapat sokongan pertubuhan dakwah Muhammadiyah, Indonesia. Pada tahun 2019 berlaku perpecahan dalam PKS sehingga tertubuh parti Islam baru Partai Gelombang Rakyat Indonesia pimpinan Anis Matta bekas Presiden PKS.", "13. Parti Bulan Bintang yang ditubuhkan pada 1998 pula adalah penerus kepada Parti Masyumi (Majlis Syura Muslimin Indonesia) yang ditubuhkan pada 1945 dan dibubarkan pada 1960. Pada pilihan raya 2019 parti ini menyertai Koalisi Indonesia Maju yang mendukung Joko Widodo sebagai calon Presiden Indonesia.", "14. Parti Amanat Nasional pula ditubuhkan antaranya oleh Prof Amien Rais bekas Presiden Muhammadiyyah. Pada 2021, beliau keluar daripada Parti Amanat Nasional lalu menubuhkan parti baru dinamakan Parti Ummah.", "15. Semua parti-parti utama berbasiskan Islam di Indonesia ini kekal bersaing dalam 5 kali pilihan raya sejak 1999 sehingga pilihanraya 2019.", "Ijtihad Politik Kepartian Di Algeria", "16. Di Algeria, lahir tiga parti Islam daripada pemuka-pemuka dakwah Algeria iaitu Parti Jabhah Inqaz (FIS) pimpinan Dr Abbas Madani pada 1988, Gerakan Nahdah pimpinan Jabullah pada 1989 dan Gerakan Masyarakat Sejahtera (HAMAS) pimpinan Mahfuz Nahnah pada 1990.", "17. FIS menang besar dalam pilihan raya 1991 dengan majoriti 82% kerusi, namun berlaku bantahan besar-besaran dan kemudian tragedi berdarah menyebabkan Dr Abbas Madani ditangkap pada 1991, kemenangan mereka dibatalkan oleh tentera pada 1992 dan parti FIS dibubar oleh pemerintah.", "18. Parti HAMAS pula selepas Konvensyen Perpaduan Nasional anjuran Presiden Algeria menyertai kerajaan pada 1994 sehingga 2012 dan memegang jawatan menteri di beberapa kementerian. Sepanjang tempoh itu HAMAS membuat kerjasama politik dengan Parti Barisan Pembebasan Nasional yang menjadi kerajaan sejak kemerdekaan Algeria 1962 dan berfahaman kiri Sosialis dan Nasionalis.", "19. Namun pada tahun 2009 parti Islam ini berpecah kerana berbeza pendapat dalam isu kerjasama politik dengan parti pemerintah dalam pilihan raya Presiden. Kesannya pimpinan nombor dua HAMAS, Abdul Majid Munasirah yang pernah menjadi menteri beberapa penggal keluar parti dan menubuhkan parti Islam baru dinamakan Gerakan Dakwah dan Perubahan. Saya selalu bersama dengan tokoh ini bermesyuarat dalam satu pertubuhan antarabangsa yang beliau menjadi Presidennya dan saya menjadi ahli jawatankuasanya.", "20. Pada tahun 2012 HAMAS membuat ijtihad politik baru dengan keluar daripada kerjasama politik Pakatan Utama Algeria yang memerintah Algeria untuk menubuhkan pakatan baru dengan parti-parti Islam yang lain iaitu Gerakan Nahdah dan Parti Reformasi yang dinamakan Gabungan Hijau Algeria. Gabungan ini dijangka menang besar dalam pilihan raya 2012 tetapi malang mereka kalah teruk dengan hanya mendapat 48 kerusi berbanding bilangan kerusi yang dimenangi oleh HAMAS iaitu 52 kerusi pada pilihan raya 2007.", "21. Keadaan ini membawa HAMAS keluar daripada Gabungan Hijau Algeria dan parti itu sendiri berpecah lalu lahir 2 lagi parti Islam iaitu parti Himpunan Harapan Algeria (HHA) dan parti Gerakan Pembinaan Nasional pada 2013. HHA berjaya menggabungkan 50 orang ahli Parlimen dan bekas ahli Parlimen HAMAS bersama mereka. HAMAS kemudiannya memulau pilihan raya Presiden pada 2014.", "22. Parti Gerakan Nahdah pula berpecah bermula 1995 dalam isu kerjasama politik dengan parti pemerintah. Presidennya Jabullah menolak kerjasama dengan parti pemerintah pada 1997 menyebabkan beliau dijatuhkan daripada jawatan Presiden pada 1998 dan parti Gerakan Nahdah kemudiannya masuk dalam kerajaan.", "23. Jabullah menubuhkan parti Islam yang baru dinamakan Parti Reformasi. Tahun 1999 beliau bertanding sebagai calon persendirian dalam pilihan raya Presiden dan sebagai calon mewakili Parti Reformasi pada pilihan raya Presiden 2004. Tahun 2012 beliau sekali lagi terbuang daripada parti yang beliau asaskan lalu beliau menubuhkan parti Islam baru dinamakan Barisan Keadilan dan Pembangunan.", "Kesimpulan", "24. Demikianlah ijtihad-ijtihad politik kepartian hatta di kalangan Islamis. Dalam suasana itu siapakah boleh mendakwa dia lebih benar dan tepat pada ijtihadnya? Wajarkah saingan politik hatta di kalangan Islamis digelar sebagai musuh lalu diputuskan hubungan persaudaraan Islam?", "25. Lebih dahsyat lagi apabila digelar dan dituduh rakan dan sahabat yang berbeza ijtihad politik kepartian sebagai musuh Islam yang layak diperangi.", "26. Sesungguhnya mereka yang menyeru kepada perpecahan dan menyuburkan pertembungan permusuhan serta kebencian di kalangan ahli politik Islam dengan menggunakan hujah dan dalil umum al-Quran dan al-Hadis yang masih bersifat ijtihad sangat jauh untuk dinamakan sebagai Islamis.", "27. Kenapa fenomena ini berlaku?", "Antara puncanya ialah tafsiran yang silap dan salah terhadap maksud “Jamaah Muslimin dan Imam mereka” seperti tersebut dalam Hadis.", "28. Mereka mentafsirkan Jamaah Muslimin itu sebagai jemaah dan kelompok mereka sahaja dan merekalah satu-satunya “jamaah muslimin” yang mesti didokong, lalu menafikan keislaman kelompok dan parti serta jamaah yang lain. Mereka mengecilkan sifat umat Islam dan jamaah muslimin yang luas merangkumi semua yang mengucap syahadah kepada kelompok kecil mereka sahaja.", "29. Maka membenihlah taksub berpunca daripada tafsiran yang salah tetapi diyakini benar kerana dihurai oleh mereka yang dilihat berilmu tentang Islam. Pertembungan dan kebencian disuburkan atas nama pertembungan dosa dan pahala, syurga dan neraka lalu saingan politik digelar “musuh” yang perlu diperangi dan tidak melayakkan lagi hak persahabatan dan persaudaraan. Malah saingan politik di”neraka”kan atas perbezaan ijtihad.", "27. Saya akan kupas maksud Hadis “Jamaah Muslimin” yang diselewengkan dalam ruangan yang lain insya-Allah.", "Dr Khairuddin Takiri" ]
https://umno-online.my/2023/05/31/pemuda-umno-aspirasi-konvensyen-generasi-muda-asean-untuk-masa-depan/
[ "Pergerakan Pemuda UMNO terus mengorak langkah mendepani cabaran masa hadapan dengan kesiapsiaagan bersama pimpinan generasi muda parti-parti politik serantau.", "Untuk langkah ulung, Pemuda UMNO bersama ahli jawatankuasanya yang diketuai Dr Muhamad Akmal Saleh sendiri telah mengadakan lawatan ke Indonesia pada 27 – 29 Mei lalu.", "Dalam kesempatan ini, delegasi terbabit telah mengadakan pertemuan dengan Partai Gerindra, sayap Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (Benteng Muda Indonesia), Partai NasDem, Angkatan Muda Partai Golkar dan Angkatan Muda Pembaharuan Indonesia.", "Pertemuan yang dilaksana secara berasingan dengan Dr Akmal sendiri menyampaikan hasrat untuk menjalin kerjasama akrab serta mengadakan konvensyen bagi peringkat ASEAN demi kesejahteraan sejagat.\n\nTujuan utama delegasi tersebut adalah mengadakan konvensyen pemimpin muda dari ketua-ketua parti sayap politik di seluruh wilayah ASEAN.", "Konvensyen ini bertujuan untuk memperkuat hubungan antara negara-negara dalam ASEAN khususnya membabitkan generasi muda dengan jalinan persahabatan lebih akrab agar pelbagai masalah berbangkit dapat diselesaikan secara tuntas.", "Bagi pertemuan pertama yang dilakukan bersama Gerindra, delegasi Pemuda UMNO telah disambut oleh Setiausaha Agungnya Ahmad Muzani dengan perbincangan didasari usaha untuk menghimpunkan golongan muda dari rantau ASEAN bagi membentuk gerakan bersama yang bukan hanya berkaitan politik tetapi juga hal ehwal perdagangan hinggalah budaya serantau.\n\nPertemuan dengan Partai Golkar pula lebih berpaksikan pensejarahan memandangkan UMNO dan Golkar mempunyai persamaan dari segi perjalanan politik, memegang tampuk kerajaan, menjadi pembangkang dan kemudian sebahagian dari kerajaan kembali.", "Delegasi Pemuda UMNO telah disambut mesra oleh Angkatan Muda Partai Golkar (AMPG) dengan Ketua Umumnya, Ilham Permana.", "Dalam ucapannya Ilham Permana menzahirkan penghargaan atas usaha Dr Akmal dan bersama delegasi Pemuda UMNO Malaysia kerana telah mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan bersama AMPG.", "Golkar merupakan partai yang banyak persamaan dengan UMNO malah menyambut baik cadangan untuk mengadakan Konvensyen pemimpin politik ASEAN.", "Begitu juga kunjungan Pemuda UMNO kepada Benteng Muda Indonesia(BMI) dengan disambut Setiausaha Agung BMI-PDIP, Patria Ginting; Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa, Regina Vianney serta Dewan Pimpinan pusat di Pejabat Pusat BMI di Menteng.", "", "Dalam kunjungan ini pimpinan Pemuda UMNO dan BMI PDIP telah bertukar-tukar pandangan dan perkara yang berbangkit seperti sistem pengkaderan, minat pengundi muda, ekonomi anak muda, dan berkaitan isu politik semasa.", "Lebih bermakna, BMI-PDIP telah berkongsi dengan delegasi Pemuda UMNO berkaitan cara mereka menarik minat anak muda untuk memasuki gelanggang politik melalui pendekatan yang kreatif.", "Kunjungan seterusnya ialah ke pejabat NasDem untuk bertemu dengan Ketua Koordinator Kemenangan Pemilu, Prananda Surya Paloh, yang turut disertai Ketua Bidang Internasional, Martin Manurung dan Pemimpin Muda NasDem.\n\nDimaklumkan bahawa NasDem mempelopori kerusi Dewan Perwakilan Rakyat yang ketiga terbesar di Indonesia dan ianya sekaligus menjadi partai komponen politik yang penting bagi koalisi pemerintahan sekarang.", "Dalam pertemuan ini pelbagai isu politik semasa yang dibincangkan termasuk penglibatan dalam parti politik dan penglibatan pengkaderan yang dilaksana melibatkan kelompok rakyat tanpa pengetahuan politik namun kesedaran terhadap hal-hal semasa.", "Tidak ketinggalan, delegasi Pemuda UMNO mengadakan pertemuan dengan Angkatan Muda Pembaharuan Indonesia (AMPI) diketuai oleh Ketua Umumnya Jerry Sambuaga dengan disertai Setiausaha Agung AMPI, Andi Bahri serta Bendahari Umum AMPI, Kevin Tandra dan seluruh kepimpinan pusat.\n\nLebih menarik, kehadiran Pemuda UMNO disambut dengan perarakan kompang dan pertunjukan silat serta acara berbalas pantun.", "Diselusuri, AMPI dan UMNO mempunyai banyak persamaan dari segi pemilihan dan perjuangannya malih masing-masing sepakat untuk memperkukuhkan lagi siraturahim antara sesama organisasi sekaligus dapat membina kolaborasi dalam pelbagai sektor.", "AMPI dan UMNO bersetuju untuk menubuhkan program kepimpinan anak muda dan menjalinkan kerjasama diantara partai partai di Indonesia, Malaysia dan negara negara Asean yang lain.", "Tidak ketinggalan, dalam kunjungan ke Jakarta, delegasi Pemuda UMNO ini turut berkunjung ke Duta Malaysia di Indonesia TYT Datuk Syed Md Hasrin.", "Terbukti hasrat Pemuda UMNO untuk membentuk satu konvensyen pemimpin muda dari ketua-ketua parti di Indonesia dan negara-negara ASEAN yang lain bukan hanya mendapat sokongan malah pelbagai buah fikiran turut disaran agar hasrat ini berjaya direalitikan.", "Apa yang pasti, semoga hasrat ini direalisasikan dengan manfaat tentunya akan memberi ruang dan peluang yang lebih besar bukan sahaja untuk warga Malaysia tetapi juga komuniti besar dalam ASEAN, demi masa hadapan yang lebih baik. – UMNO Online " ]
https://umno-online.my/2023/05/25/surat-terbuka-suara-akar-umbi-untuk-ahli-umno/
[ "ASSALAMU’ALAIKUM para pejuang UMNO.", "Saya mendoakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bersedia untuk menghadapi gelombang fitnah dan dakyah lawan menjelang pilihan raya enam buah negeri yang akan datang.", "Hari ini, propaganda lawan yang beredar di media sosial sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kita. Lebih menyedihkan lagi, ada di antara kita yang mencanangkan dan bahkan mempromosikan dakyah propaganda lawan terhadap kita.", "Tuan-tuan, izinkan saya mengingatkan kita tentang asal-usul penubuhan UMNO. UMNO tidak lahir dari kebencian terhadap Inggeris, tetapi dari kecintaan terhadap nasib anak bangsa. UMNO tidak lahir dari jalanan, tetapi dari perkarangan Istana yang penuh dengan keagungan dan usaha yang gigih.", "", "Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menerima parti Gerakan yang pernah bersama-sama dengan Dap mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969?", "Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menerima Pas yang pernah mengkafirkan kita dan mengharamkan setiap ibadah yang kita lakukan?", "Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menjadi pembela nasib rakyat, walaupun rakyat menolak kita ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)?", "UMNO lahir dari kasih sayang terhadap nasib bangsa dan sumpah setia kepada raja serta ketaatan kepada agama Islam yang tercinta.", "Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat negara ini berkecamuk tanpa kerajaan setelah tidak ada pihak yang mampu mendapatkan majoriti setelah PRU-15?", "Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat rakyat terus menderita setelah ekonomi kita digagalkan oleh tangan rakus Perikatan Nasional (PN)?", "Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat tidak ada ‘check and balance’ di dalam kerajaan untuk memastikan Islam, Melayu, dan kedaulatan Raja-Raja terpelihara seperti pasca PRU-14?", "", "Keberadaan UMNO dalam kerajaan hari ini sebenarnya jauh lebih baik daripada keberadaan Pas dalam kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Kerjasama UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) adalah lebih baik daripada ketika PPBM menjadi sebahagian dari kerajaan PH selepas PRU-14. Kita tidak boleh melupakan bagaimana PPBM menyepi dalam isu ICERD dan Statut Rom, dan kita terpaksa bertindak sendiri untuk membantah hingga mengundang campurtangan Raja-Raja Melayu.", "Kita sama sekali tidak akan lupa bagaimana Pas dan PPBM dengan rakusnya menggunakan Darurat untuk kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan kesan kepada rakyat. Hingga hari ini, negara kita masih belum pulih sepenuhnya daripada kerakusan mereka.", "Dan ingatlah, tuan-tuan, Yang di-Pertuan Agong pernah menzahirkan titah dukacita baginda sebanyak tiga kali terhadap kebiadaban menteri-menteri PN dalam masa kurang dari tiga tahun.", "Hakikatnya, dengan kehadiran UMNO dalam kerajaan hari ini, Dap dan PKR menjadi lebih berhati-hati. Hingga saat ini, mereka tidak melakukan tindakan yang biadap yang melanggar kesucian Islam dan kedudukan orang Melayu.", "Isu yang berkaitan dengan Jill Ireland sebenarnya berhubungan dengan arahan pentadbiran terhadap 3 kulit CD penerbitan Kristian dari Indonesia yang dibawa masuk oleh beliau, dan bukan penerbitan buku atau risalah yang menggunakan perkataan Allah sebagai pengganti God yang boleh digunakan untuk menggugat akidah umat Islam.", "Janganlah kita terpedaya dengan propaganda dan dakyah lawan yang ingin merosakkan kekuatan kita. Belajarlah dari kesilapan yang lalu, tuan-tuan.", "Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), dan apa yang terjadi kepada kita selepas itu?", "Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Datuk Seri Najib Razak, dan apa yang terjadi kepada kita selepas itu?", "Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan apa yang terjadi kepada kita pada PRU-15 yang lalu?", "Sebelum saya berundur, izinkan saya berkongsi kata-kata dari pengasas UMNO, almarhum Dato’ Onn Jaafar, untuk renungan kita bersama:", "“𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘩𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘴𝘦𝘬 𝘣𝘪𝘰𝘭𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘶 𝘨𝘦𝘴𝘦𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢; 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘴𝘦𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘬𝘶𝘵 𝘭𝘢𝘨𝘶 𝘨𝘦𝘴𝘦𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵.”", "Salam Perjuangan,", "", "𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦." ]
https://umno-online.my/2023/05/23/demi-masa-depan-lebih-baik-bawa-semangat-perjuangan/
[ "LAMA tak menulis tentang politik.", "Ramadhan dan Syawal sudah melabuhkan tirai.", "1. Saya ditanya semalam apa pandangan saya tentang UMNO bekerjasama dengan Dap.", "2. Saya jawab ianya berkaitan kerjasama politik. Dan sebenarnya apabila UMNO bekerjasama dengan Dap dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) / Barisan Nasional (BN) maka ianya adalah kemuncak akhir dari segi kerjasama parti-parti politik.", "3. Ini kerana yang belum pernah bersama dan bekerjasama dalam gabungan kerajaan dengan Dap adalah UMNO.\n\n4. Pas pernah bergabung dan bekerjasama dengan Dap lebih kurang selama 15 Tahun membawa Dap ke Kerajaan Negeri Selangor, Perak dan Kedah.", "5. Bersatu pula bersama Dap dalam gabungan PH lebih kurang tiga tahun dan membawa Dap ke Kerajaan Persekutuan dan menjawat jawatan-jawatan penting termasuk Menteri Kewangan lantikan Perdana Menteri (PM) daripada Bersatu.", "6. Maka isu atau polemik penggabungan atau kerjasama parti-parti politik dengan Dap atau mana-mana parti bukan lagi isu yang wajar dimainkan atau dibicarakan oleh Pas dan Bersatu tentunya Perikatan Nasional (PN) dan penyokongnya.", "7. Banyak video kenyataan-kenyataan pimpinan tertinggi Pas dan Bersatu sebelum ini menjustifikasikan kerjasama dengan Dap termasuk meminta ahli mereka menyokong dan mengundi calon-calon Dap semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PRU-13, PRU-12, PRU-11, PRU-10 dan Pilihan Raya Kecil (PRK).", "8. Ya, memang UMNO sebelum ini menolak kerjasama dengan Dap begitu juga sebaliknya. Malah Pas juga dulu menolak kerjasama dengan Dap dengan pelbagai hujah namun akhirnya bekerjasama. Hakikatnya semua sama. Seri dalamm kerjasama politik.", "9. Realitinya kerjasama politik ini berlaku mengikut kepentingan parti masing-masing… tidak mustahil di masa hadapan ada kerjasama politik yang berbeza dan lain pula. Politik itu dinamik atau senang cerita ikut kepentingan.", "10. Dinamika politik berubah-ubah dan setakat ini kestabilan politik masih belum kukuh seperti zaman BN memerintah negara. Sudah lima tahun ekonomi negara terjejas teruk akibat ketidakstabilan politik.", "Halatuju", "11. Bagi saya apa yg lebih penting untuk diperkatakan adalah bagaimana untuk bergerak ke depan… ke tahap lebih atas iaitu nak menjayakan kerjasama parti-parti politik yang membentuk kerajaan semasa.", "12. Hentikan bicara kenapa dan mengapa perlu bekerjasama. Ianya sudah menjadi akademik.", "13. Kerana kestabilan dan kelancaran kerjasama gabungan parti-parti politik dalam kerajaan akan menentukan sejauhmana stabil dan lancarnya kerajaan ini berfungsi menjayakan segala perancangan dan dasar yang digariskan. Dalam masa yang sama membaiki kerosakan dan kelemahan yang wujud.", "14. Sudah-sudahlah berpolemik tetapi inilah masa memberikan yang terbaik untuk negara.", "15. Saya sangat-sangat merindui zaman kegemilangan dan kecemerlangan Malaysia di bawah BN yang stabil dan kukuh. Banyak pencapaian yang membanggakan.", "16. Zaman indeks bursa berada di kemuncak… zaman kekuatan ekonomi negara… zaman keyakinan pelabur kepada negara begitu tinggi… perpaduan rakyat yang erat… kestabilan politik dan pelbagai lagi perkara positif yang ada.", "17. Namun saya tidak mahu lagi bernostalgia… ini masanya kita bergerak ke depan… maju dan progesif bersama mendepani cabaran yang negara hadapi.", "18. Jom bawa semangat dan roh perjuangan UMNO/BN dalam kerajaan Madani ini… gunakanlah segala pengalaman dan kekuatan yang ada bagi mengembalikan zaman kegemilangan negara.", "Demi masa depan rakyat yang lebih baik. Demi masa depan kita bersama.", "Datuk Adnan Seman\n" ]
https://umno-online.my/2023/05/16/impak-konvensyen-nasional-kerajaan-perpaduan-kepada-strategi-hadapi-prn/
[ "KONVENSYEN Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad lalu adalah sebuah peristiwa penting bagi Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan juga lain-lain parti yang bergabung membentuk kerajaan.", "Ia bukan sahaja akan menandakan pengukuhan gabungan BN-PH dan lain-lain, tetapi juga akan memberi impak besar kepada cara BN menggerakkan jentera mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.", "", "Selain itu, konvensyen ini akan membantu BN mengatasi cabaran yang akan dihadapi ketika bersaing khususnya Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan pengundi muda melalui media sosial.", "Konvensyen ini akan memberikan tanda aras baru kepada gabungan BN-PH. Gabungan ini diharapkan oleh ramai rakyat Malaysia yang ingin melihat parti-parti politik bersatu untuk memerangi isu-isu penting dalam negara.", "Rakyat sudah tidak mahu lagi kerajaan yang terus berpolitik tetapi mahukan sebuah kerajaan yang serius dalam menangani masalah rakyat. Dengan adanya konvensyen ini, parti-parti dalam kerajaan menunjukkan bahawa mereka benar-benar serius untuk membawa perubahan dalam politik Malaysia.", "", "Keputusan yang dibuat di akhir konvensyen akan memberi impak besar kepada cara BN melaksanakan misi mereka dalam PRN akan datang. Terdapat beberapa isu penting yang perlu dibincangkan dan diselesaikan, termasuklah strategi kempen, cara-cara untuk menarik pengundi muda, dan isu-isu berkaitan ekonomi dan sosial yang mempengaruhi rakyat Malaysia.", "Selain PN, PH juga mempunyai pengaruh yang tidak kurang hebat di media sosial. Dengan adanya konvensyen ini, BN akan dapat merangka strategi yang lebih baik dan lebih efektif bersama dalam menarik pengundi muda.", "Secara keseluruhan, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan adalah satu peristiwa penting bagi BN. Konvensyen ini merupakan satu platform yang baik bagi BN untuk menunjukkan komitmen mereka dalam memastikan kewujudan kerajaan yang stabil dan fokus kepada menangani isu rakyat.", "Oleh itu, saya berharap bahawa BN akan dapat memanfaatkan peluang ini dengan baik dan memperoleh kejayaan dalam PRN akan datang. – UMNO ONLINE", "Oleh:", "\nMohd Shukry Roslan adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Selayang, mantan penceramah dan Tenaga Penggerak Biro Tatanegara, aktivis serta penceramah bebas untuk literasi politik, perlembagaan dan nasionalisme." ]
https://umno-online.my/2023/05/13/demi-rakyat-dan-negara-jangan-dikacau-kerajaan-yang-ada/
[ "JIKA kita perhatikan sejak PRU15 berakhir dan dek kerana tiada parti yang mendapat majoriti, berlaku sedikit kekalutan dalam usaha menubuhkan sebuah kerajaan. Banyak kerenah daripada pemimpin politik terutamanya orang PN. Berdolak dalih, letakkan macam-macam syarat sampai akhirnya Yang Dipertuan Agong kena bertitah agar PH, UMNO, GPS, GRS dan MP Bebas bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan.", "Bila dah wujudnya Kerajaan Perpaduan, geng PN pula meroyan terutamanya Presiden Pas, Hadi Awang yang nampak seperti tak boleh terima kenyataan bila PH boleh bekerjasama dengan UMNO untuk tubuhkan kerajaan baharu.", "", "– Barangkali Hadi tak puas hati bila UMNO yang menang hanya 30 kerusi boleh berada dalam kerajaan dan wakil UMNO dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga menteri-menteri. Serangan kepada Kerajaan Perpaduan bermula dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan padahal apa yang berlaku sebenarnya berpunca daripada PN sendiri yang kononnya tak mahu gadaikan prinsip bekerjasama dengan PH.", "– UMNO juga yang sering dipersalahkan atau dijadikan kambing hitam oleh puak PN dalam Kerajaan Perpaduan dengan membuat tuduhan melulu serta serang peribadi terutamanya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.", "Seolah-olah Kerajaan Perpaduan ini adalah Kerajaan UMNO/BN seperti sebelum tahun 2018. Puak PN ni tak sedar kot Kerajaan yang wujud hari ini adalah hasil gabungan pakatan parti dan bukan dominasi satu parti sahaja. – Sampai ke hari ini, pemimpin-pemimpin PN dari Pas dan PPBM terus menerus buat kacau untuk mengganggu gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan. Sampai timbul pula cerita ada gerakan cuba menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini melalui SD baharu. – Bagi saya, tak usahlah nak kacau kerajaan yang ada hari ini. Sila buka mata hati masing-masing dan lihat ke depan demi kestabilan negara dan kepentingan rakyat.", "", "Saya menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang bertitah supaya semua pihak menghentikan polemik politik yang boleh menggugat kestabilan negara. Titah baginda itu jelas menggambarkan bahawa baginda bimbang jika berlaku sekali lagi perubahan kerajaan, ia memberi impak yang lebih teruk kepada Malaysia.", "Tak perlu lagi nak huru harakan negara dengan tindakan politik yang tak matang serta hanya mengejar kepentingan kuasa atau mengutamakan kehendak peribadi sahaja. Sejak PRU14 lagi, negara kita sudah banyak berdepan dengan ketidakstabilan politik sehingga berikan impak negatif daripada segi ekonomi dan pelaburan. – Sebaiknya, puak pembangkang ini cubalah jalankan tanggungjawab sebagai pembangkang dengan cara yang terbaik. Jadilah sebagai ‘check & balance’ untuk Kerajaan Perpaduan melaksanakan amanah mentadbir dan membawa Malaysia kembali ke landasannya semula.", "Nak bangkang atau nak kritik, boleh tapi janganlah bangkang atau buat tuduhan yang tak logik kepada setiap usaha kerajaan. Kalau benda baik yang dibuat oleh kerajaan untuk negara dan rakyat pun kamu nak kritik atau perlekehkan, payahlah nak cerita. Rakyat pun tak akan hormati kamu sebagai pembangkang yang bertanggungjawab.", "DATUK ABDUL HALIM SULEIMAN \nSETIAUSAHA UMNO NEGERI JOHOR\nKETUA UMNO BAHAGIAN TEBRAU", "*****************************************" ]
https://umno-online.my/2023/05/11/sempena-ulang-tahun-ke-77-umno-sedang-pulih-dan-bangkit/
[ "1. Dalam menuju sambutan Ulangtahun UMNO ke-77, dapat dilihat musuh UMNO terus cuba membina propaganda negatif kerana tidak senang dengan kedudukan UMNO sekarang.", "2. Musuh tersebut terus ghairah menanamkan perasaan benci dan prejudis yang melampau dalam pemikiran rakyat terutamanya anak-anak muda kita yang baru sahaja bersemangat dalam menunaikan tanggungjawab demokrasi masing-masing.", "3. Permainan persepsi ini diasak-asak sepanjang masa sehingga membentuk satu realiti yang merbahaya di dalam pemikiran dan kehidupan rakyat.", "4. Politik nilai, politik khidmat, ikhtiar untuk membina Negara yang terbaik, iltizam politik untuk meletakkan Negara pada landasan ekonomi yang kukuh dan terbaik semuanya diketepikan, dan digantikan dengan kebencian dan dendam kesumat.\n\n5. Semuanya dihidangkan sebagai soundbyte buffet yang mudah dihadam dan diterima dan berlegar di domain digital sehingga ke hari ini.", "6. Daripada usaha memajukan masyarakat mendepani cabaran abad ke-21, sebaliknya ini telah menganjakkan masyarakat kita jauh ke belakang. Kita telah kembali kepada budaya politik lapuk dan ketinggalan zaman.", "7. Dan yang menerima kesan terburuk adalah anak-anak muda kita sendiri. Bayangkan pelapis-pelapis Negara kita memulakan political journey mereka melalui lensa perkauman dan propaganda kebencian.", "8. Saya yakin, bahawa pihak sana bukannya tidak sedar kesan buruk daripada propaganda ini. Tetapi memilih dengan sengaja untuk memejamkan mata dan membiarkan anak muda kita terus terbuai sehingga membelakangkan semangat perpaduan yang menjadi asas kekuatan Negara.", "9. Semuanya demi laba dan kuasa, bukan demi Rakyat dan Negara.", "10. Justeru itu, bagi mengembalikan Malaysia kepada landasan yang betul, kita semua perlu melihat ke-dalam diri kita semua dan menginsafi tanggungjawab kita dalam masyarakat.", "11. Kesejahteraan Negara bukan semata-mata ditentukan oleh Kerajaan dan pemimpinnya, tetapi oleh pilihan dan tindakan berjuta rakyatnya.", "12. Peranan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan ini merupakan peluang kepada kita untuk menggalas tanggungjawab mentadbir Negara dengan baik dan membuktikan kebolehan kita memimpin harapan rakyat.\n\n13. Cara kita membina Negara perlu lebih cekap dan bermaruah serta berintegriti.", "14. Kita mendukung nilai-nilai hormat dan saling kebertanggungjawaban antara kita dan juga rakan-rakan kita dalam Kerajaan Perpaduan.", "15. Kita mengambil pendirian rasional dan mengiktiraf bahawa kita boleh bergerak seiringan. Bukan sahaja dalam aspek nilai-nilai yang kita kongsi bersama, tetapi juga dalam menentukan hala tuju Malaysia yang terbaik.", "16. UMNO berazam untuk mengurniakan rakyat Malaysia dengan sebuah Kerajaan yang diyakini dan sentiasa mempertahankan nilai-nilai demokrasi dan hak kemanusiaan serta cakna realiti semasa.", "17. Sebab itu, adalah sangat penting untuk kita menjelmakan kembali kekuatan parti UMNO. UMNO perlu kuat dan mantap, mempunyai tapak yang luas lagi inklusif.", "18. Bersempena ulangtahun UMNO yang ke-77, UMNO akan menunjukkan jalan teladan dalam menjayakan politik baru yang lebih matang dan bermakna.", "19. Ingat, Parti bersejarah ini bermula sebagai gerakan amal bakti dan bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga atau kelab ‘eksklusif’.\n\n20. Prinsip perjuangan parti perlu sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Yang bertunjangkan semangat kemasyarakatan yang tinggi. Visi parti bukan pada Malaysia yang kuat semata-mata, tetapi pada rakyatnya yang hidup aman dan makmur.", "21. UMNO tidak akan sesekali lelah dalam menawarkan penyelesaian tuntas kepada permasalahan rakyat Malaysia.", "22. Daripada usaha meningkatkan taraf ekonomi, pembasmian kemiskinan tegar, sehingga kepada usaha menjadikan Malaysia sebagai Negara paling kompetitif dan paling pesat membangun.", "23. UMNO akan menawarkan wawasan ke arah kesederhanaan, kesaksamaan, keadilan, kebebasan, dan pertumbuhan ekonomi bagi jangka masa panjang melalui satu set dasar yang wajar dan boleh dicapai dari pelbagai latar belakang etnik dan agama.", "24. Parti ini akan terus menawarkan rakyat Malaysia pelan jangka panjang yang akan mengubah kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik dan memenuhi keperluan abad ke-21.", "25. UMNO memahami dan mewakili realiti semasa dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan segala tuntutannya, termasuk memperkasa agenda Melayu dalam konteks Malaysia yang semakin moden.", "26. PRU15 mengajar kita bahawa demokrasi bukanlah satu anugerah. Demokrasi adalah hak rakyat.", "27. Sempadan ruang demokrasi bukan ditentukan oleh pemerintah. Demokrasi hanya akan diperolehi melalui perjuangan rakyat.", "28. Kini seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada UMNO untuk meneliti gerak geri, mengadili idea-idea dan dasar, memperhalusi cara kita menyantuni rakyat.", "29. Mari kita gilap semangat dan idealisme perjuangan parti yang bersejarah dan membina UMNO yang lebih progresif dan mendepani dengan idea-idea segar bagi berdepan politik toksik pembangkang yang direncahkan dengan perkauman yang sempit dan sentimen tunggangan agama melampau tanpa memikirkan tanggungjawab untuk\nmembina negara bangsa.\n\n30. Dari latar belakang kaum, wilayah, agama, kelas dan profesion yang pelbagai kita jadikan kekuatan yang perlu diraikan dan bukannya dijadikan jurang pemisah atau tembok politik perkauman sempit.", "31. Seterusnya marilah kita jalin dengan semangat muhibah, setiakawan untuk kita bina parti ini dengan kekuatan yang padu dan satu.", "32. Mari kita jayakan tata kelola politik baharu yang matang dan segar agar UMNO menjadi sebuah parti yang berdisiplin, mendahului kepentingan parti mendahului kepentingan individu, cekap dan efisien, dan seterusnya membuktikan kepada rakyat bahawa parti ini tidak akan sesekali mensia-siakan harapan rakyat.\nKita raikan suara akar umbi, gabungan suara anak muda dan dewasa, membina generasi pelapis masa depan bagi melangkah ke depan.", "33. Sesuai dengan realiti baharu di bawah Kerajaan Malaysia Madani Perpaduan inilah ruang hikmah untuk menguatkan kedudukan parti kembali menjadi lebih relevan dan berfungsi dengan lebih dinamik dan cakna dengan perubahan semasa.", "34. Ulang tahun 77 merupakan tanda kematangan UMNO menempuh suka duka, pahit manis yang lebih mematangkan UMNO untuk pulih, bangkit dan bergerak ke depan. Insya Allah.", "35. Selamat menyambut ulang tahun UMNO ke-77 dengan muhasabah diri, kesyukuran dan keinsafan untuk membina masa depan UMNO lebih gemilang.", "36. Di depan api, di belakang duri, UMNO tidak pernah gentar mengharungi cabaran dan masa depan. Sebaliknya inilah membentuk kematangan baru dan dinamika UMNO masa kini!", "#BersamaUMNO\n#UlangTahunKe77\n#MalaysiaMadani\n#MendepaniRealiti\n#TonggakMasaDepan", "DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI\nPresiden UMNO\nTimbalan Perdana Menteri Malaysia ", "*******************************************" ]
https://umno-online.my/2023/05/10/umno-77-tahun-landasan-perjuangan-ulung-agama-bangsa-negara/
[ "TARIKH 11 Mei adalah manifestasi kepada keberadaan UMNO, tarikh ulang tahun penubuhan parti yang menjadi landasan perjuangan ulung demi agama, bangsa dan negara.", "Tahun ini, usia UMNO 77 tahun selepas ditubuhkan pada tahun 1946. Melewati tujuh dasawarsa, UMNO adalah parti yang mempunyai struktur mantap, organisasi tersusun, ada Perlembagaan dan peraturan serta sentiasa patuh pada perundangan Akta Pertubuhan.", "Asas penubuhan dan perjuangan UMNO tidak pernah berubah biarpun usianya telah 70 tahun. Sebagaimana lahirnya, begitulah UMNO kini iaitu, perjuangannya UMNO masih lagi berteraskan kepada mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.\n\nIstiqamah dalam mempertahankan perjuangan UMNO, parti yang mempelopori semangat kebangsaan sejak 1946, menggerakkan semangat kemerdekaan, menerajui perjuangan untuk kedaulatan dan tetap melaksanakannya sepenuh tanggungjawab, secara telus dan berpaksikan kebersamaan dalam parti serta menjunjung Perlembagaan UMNO.", "Dalam menyorot kembali apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan usia UMNO, sememangnya ia menggariskan perjalanan yang panjang bukan hanya untuk parti tetapi juga dalam kebangkitan sebuah negara bernama Malaysia.", "Cabaran dan pelbagai krisis diterjang dengan suka duka termasuklah peristiwa perit menyusutnya sokongan rakyat yang diterjemah melalui pengundian dalam Pilihan Raya Umum (PRU).", "Namun UMNO mendepani dengan kematangan, biarpun duka namun ia diaplikasi dengan memperbaiki kesilapan, mengurai kekusutan, belajar dari kesilapan dengan berani mengakuinya biarpun ternyata pahit tetapi atas nama kebenaran maka kealpaan lalu menjadi tauladan.", "Keanggotaan UMNO enggan mengalah, berdepan dengan cabaran dan krisis adalah lumrah namun bagaimana untuk mengurus dan menangani gelombang yang datang adalah keutamaan.\n\nUMNO telah melalui pelbagai liku, mendepani laluan, menjadi sasaran manipulasi, provokasi dan persepsi yang diangkat menjadi realiti, menerima pelbagai tohmahan, difitnah dengan macam-macam perkara, diburukkan dengan cerita-cerita palsu sehinggakan apa-apa saja perkara negatif maka UMNO ditudingnya.", "Serangan terhadap UMNO datang bertali arus bukan saja kepada parti tetapi juga kepimpinannya.", "Getirnya laluan, peritnya perjalanan dan sukarnya berdepan dugaan semuanya diketepikan demi memastikan kelestarian UMNO. Biarpun kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) namun parti ini terus menjadi aspirasi dalam menerajui mandat bersama Kerajaan Perpaduan.", "Sememangnya landskap politik negara berubah dalam melestarikan sebuah masa hadapan negara dan UMNO dalam kerajaan biarpun keputusan dalam PRU amat mendukacitakan.\n\nUMNO menerjang perjuangan, anggotanya terus bekerja tanpa lalai kerana sedar bahawa sedikit kesilapan, natijahnya agama, bangsa dan negara menjadi bahana. Ampuhnya semangat perjuangan UMNO untuk terus bersemarak lantaran bersandarkan kekuatan sokongan dari akar umbi yang tidak pernah putus.", "Kesatuan setiap anggota parti mendukung kebersamaan dalam meneruskan perjuangan, bukan sekadar memastikan kesinambungan UMNO terus teguh, tetapi apa yang penting adalah meneruskan penghayatan terhadap asas dan tujuan parti ini ditubuhkan untuk diselami oleh generasi muda dan akan datang.", "Dalam usia 77 tahun UMNO, pasakkan tekad meneruskan kelevanan parti dulu, kini dan selamanya untuk ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.", "Selamat Ulang Tahun UMNO ke-77.", "OLEH: ROPIKAH AHMAD\nEditor UMNO-Online", "****************************************" ]
https://umno-online.my/2023/05/04/kebangkitan-barisan-nasional-mendepani-cabaran-menjelang-prn/
[ "PILIHAN Raya Negeri (PRN) yang akan datang bakal diadakan di enam negeri membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Berdasarkan perkembangan terkini dijangka PRN ini memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), terutamanya di negeri Selangor.", "Faktor utama bagi perkara ini ialah kerjasama antara BN dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah negeri Selangor. Ini memberikan peluang kepada BN untuk menang di kawasan-kawasan yang diperuntukkan kepada mereka dengan sokongan dari pengundi-pengundi.\n\nMenurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) pada tahun 2019, didapati bahawa 49% daripada penyokong PH bersedia memilih BN sebagai pilihan kedua mereka. Ini adalah peluang yang baik bagi BN untuk mendapatkan sokongan daripada penyokong PH di Selangor.", "Sokongan pengundi atas pagar kepada BN juga diperkukuhkan oleh faktor imej Perikatan Nasional (PN) sebagai parti yang “Bersih dan Stabil” semakin tercalar dengan skandal rasuah oleh pemimpin PN dan skandal merasuah pengundi oleh Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15.", "Menurut kajian oleh Institut Penyelidikan Sosial Malaysia (IPSOS), pengundi di Selangor kini lebih mengutamakan faktor kepercayaan dan integriti calon berbanding dengan faktor lain seperti parti politik atau isu-isu lain. Ini memberikan kelebihan kepada BN yang mampu memperoleh sokongan pengundi dengan calon yang mempunyai imej yang baik.", "", "Namun, BN tentunya tidak mengambil mudah dan memahami akan menghadapi cabaran yang besar dalam PRN ini. Apatah lagi PN masih mendominasi media sosial dengan mempengaruhi pengundi muda yang membentuk sebahagian besar daripada segmen pengundi. Ini memerlukan BN untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam media sosial dan menonjolkan wajah-wajah baharu dan muda sebagai calon mereka.", "Menjelang PRN yang akan datang, BN harus mempunyai strategi terbaik untuk memenangi hati pengundi dengan mengambil kira faktor-faktor penting seperti imej calon, isu-isu yang relevan, serta menampilkan muka baharu dan segar. Yang paling penting, strategi efektif dalam penggunaan media sosial untuk mempengaruhi pengundi muda.", "Dengan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh BN, kemenangan dalam PRN akan datang pasti menjadi kenyataan jika BN dapat menjalankan strategi dengan baik. PRN ini amat penting dalam menjadi titik tolak bagi BN untuk memperbaiki imej dan membuktikan bahawa parti tersebut masih relevan dalam arena politik Malaysia.", "BN perlu menunjukkan kesediaan untuk memerintah dengan cara yang berkesan dan membawa perubahan yang positif kepada rakyat di negeri-negeri yang bakal mendepani PRN.\n\nSekiranya BN dapat memenangi PRN yang akan datang, ini akan menjadi langkah yang penting bagi memperbaiki imej mereka dan membangun semula kepercayaan rakyat demi mendepani masa hadapan dalam dunia global yang mencabar.", "Apa yang pasti, BN perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa segala cabaran dapat ditangani dan memanfaatkan kelebihan yang dimiliki bukan sahaja untuk memenangi PRN akan datang tetapi juga dalam menuju arena lebih panjang iaitu bersedia lebih awal ke arah Pilihan Raya Umum ke-16.", "\nOleh: MOHD SHUKRY BIN ROSLAN \nPenulis adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Selayang , mantan Penceramah & Tenaga Penggerak BTN, aktivis serta penceramah bebas untuk literasi politik, perlembagaan & nasionalisme", "*********************" ]
https://umno-online.my/2023/04/17/landskap-baharu-politik-di-media-sosial-bagaimana-mencoraknya/
[ "ZAMAN baharu, media baharu, dan generasi baharu semestinya peredaran masa yang berlaku memerlukan penyesuaian dan perubahan struktur kepada banyak perkara. Trend orang muda pastinya dalam media generasi zamannya. Penyesuaian dan pendekatan sentiasa berubah kadang tanpa mempunyai masa untuk menarik nafas lega, setelah melakukan sesuatu yang baru muncul pula perkara baru yang lain. Politik dan media sosial adalah sesuatu yang sangat sinonim sekarang. Kedua-duanya sangat dinamik dan perlu dimanfaatkan bersama. Korelasi antara kedua-duanya perlu dikaji untuk amalan dan strategi yang optimum.", "Media sosial adalah saluran yang mewakili komuniti dalam talian yang dipimpin oleh internet untuk berkongsi idea, pendapat dan persepsi dengan matlamat untuk memberi kesan dan telah berkembang pesat dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Idea asas berpolitik di media sosial adalah untuk menjana buah fikiran dan pendapat umum khusus mengenai pergerakan politik atau isu tertentu. Perkembangan di media sosial terbukti penting dan memberi kejayaan kepada kempen pilihan raya dan penyertaan masyarakat dalam mengikuti perkembangan politik. Aktivisme politik sedemikian sangat berkesan kerana ia merangsang penglibatan langsung rakyat.\n\nPada Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia ke-14 (2018), pengundi berusia antara 21 hingga 40 tahun adalah 41 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi. Peratusan itu semakin meningkat apabila umur mengundi 18 tahun dan daftar pemilih automatik diperkenalkan dan pengundi daripada kumpulan ini membentuk 58% pengundi berumur 18 hingga 40 tahun pada PRU ke-15 dan ianya boleh melebihi 60% pada PRU ke-16 akan datang. Kumpulan umur ini adalah generasi yang bukan sahaja celik IT tetapi IT, telefon pintar dan media massa sudah menjadi kesebatian dalam kehidupan mereka.", "Walau bagaimanapun, dengan perkembangan teknologi dan inovasi yang menghubungkan mana-mana ciptaan dengan akses internet, realitinya kini tiada julat umur tertentu yang boleh dikatakan aktif menggunakan telefon pintar dan media sosial. Malah mereka yang berusia lebih 60 tahun juga mahir memanfaatkan teknologi sedia ada yang menunjukkan bahawa peratusan pengundi yang boleh didekati melalui media sosial adalah sangat besar dengan jangkaan melebihi 80%. Sesungguhnya suatu hari nanti seluruh penduduk manusia akan celik pada medium media sosial ini.", "Ahli politik berlumba-lumba untuk menjadi juara popular di media sosial, akan tetapi adakah mereka arif bagaimana matlamat ini dapat dicapai atau bagaimana untuk membuktikan keberkesanannya? Kajian dan perbincangan perlu diperluaskan untuk dimanfaatkan oleh ahliahli politik terutamanya parti UMNO yang berusaha untuk memperbetulkan kedudukan parti setelah tewas dua pilihan raya bagi meningkatkan kembali keyakinan, populariti dan pengaruh mereka.", "Sesungguhnya perbicangan tentang ini kurang kerana ianya boleh dikata sesuatu yang baru bagi politik Malaysia selain ianya bukan perbincangan popular dalam dunia politik berbanding isu isu hangat semasa. Walau bagaimanapun apa yang berlaku boleh menjadi asas pengukuhan strategi dan memperkemaskan tindakan. Contoh-contoh di negara luar perlu dijadikan iktibar pengajaran kesan dan akibat manipulasi penggunaan media sosial untuk tujuan politik.\n\nMedia sosial sudah menjadi medan utama penyebaran pengaruh dan perang saraf utama antara parti politik dan ahli politik di seluruh dunia. Jika sebelum ini agenda disampaikan melalui televisyen, radio, risalah, dan ceramah kini ukuran populariti semua mekanisme tersebut tidak lagi relevan. Langkah utama sekarang ialah populariti di media sosial yang dapat dilihat dari bilangan “like”, senarai “comment” dan berapa banyak di”share” untuk setiap “posting”. Melalui blog, catatan media sosial, bahagian komen, “like” dan sebagainya, pengguna media sosial dapat berkumpul dengan individu yang sealiran, menyampaikan mesej mereka dan terlibat secara langsung serta aktif apabila sesuatu isu itu kena dengan kehendak atau minat mereka. Ianya akan membentuk satu rangkaian hubungan yang akrab atau sebaliknya secara yang serius.", "Evolusi politik di media sosial kini sangat pantas. Pelbagai aplikasi baru muncul dan keperluan untuk menukar platform penggunaan kadang tanpa mempunyai masa untuk berfikir. Medium sosial utama, Facebook, sentiasa menjadi pilihan kerana penyesuaian yang selalu dilakukan menjadikan Facebook setakat ini relevan sepanjang ledakan teknologi media sosial. Menariknya, mekanisme komunikasi dua hala semua media sosial adalah sama iaitu adanya “like”, “comment” dan “share”.", "Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjelaskan kelemahan jentera dan pemimpin parti menggunakan media sosial secara serius, konsisten dan dengan strategi yang berkesan. Pasukan siber Pakatan Harapan (PH) memanfaatkan medium mudah dan pantas ini dengan naratif berskala besar secara bersama pihak pihak yang menyokong agenda mereka sehingga mencetuskan gelombang yang berjaya memberi imej negatif kepada BN. PH tidak menggunakan naratif bahawa mereka mampu melakukan apa sahaja, apatah lagi menonjolkan bahawa mereka mempunyai rancangan dan idea yang cemerlang untuk masa depan negara, tetapi secara konsisten mereka menyemai kebencian di media sosial untuk mempengaruhi pengundi muda dan bandar.", "Akibatnya, segala jasa dan pembangunan serta perancangan yang baik BN lakukan terkubur dalam perang saraf. Kita tahu pengundi muda dan bandar adalah orang yang hidup berdampingan dengan media sosial dan PH telah berjaya memanfaatkan teknologi yang ada. Tidak banyak pembaikan serta perubahan yang BN dapat buat selepas itu dan ianya dihukum sekali lagi pada PRU ke 15 lalu. Sukar untuk mencari punca sebenar kenapa perkara sedemikian terjadi, namun struktur dan norma berorganisasi UMNO dari akar umbi lagi dilihat memainkan peranan besar terhadap UMNO itu sendiri. Di ruang yang terbuka ketika itu peluang dapat dihidu oleh PN, dengan menggunakan segala kapasiti yang ada, PN berjaya mengambil kesempatan bernilai yang terhidang.\n\nMedia sosial hanyalah medium penyampaian dan meraih populariti, sokongan rakyat dan pengundi boleh berubah pada bila bila masa. Segala janji apabila gagal ditunaikan akan menjadi bahan dan BN sebagai contoh telah menggunakannya untuk menjatuhkan PH pula pada pilihanraya pilihanraya kecil dan negeri selepas PRU 14. BN selepas hilang banyak kerusi dan sedar akan kekalahan, telah belajar daripada kegagalan. Namun momentum diseret dengan konflik ketidaksatuan akibat kononnya wujud beberapa kumpulan yang dinamakan kluster kluster pimpinan tertentu. Akibatnya keputusan dasar penting tidak terlaksana dan ianya memberikan kesempatan kepada musuh untuk meraih laba. Sudah tentu keputusan PRU 15 adalah berbeza jika ianya diadakan dalam tempoh yang tidak berapa lama selepas PRN Johor.", "Peranan media sosial terbukti berkesan jika digunakan dengan teratur dan berstrategi untuk menebus kekalahan dan mengembalikan BN menjadi kerajaan. BN berjaya memenangi beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN), di mana media sosial digunakan sebaiknya. Pada PRN Johor, setiap calon dibekalkan jurukamera, juruvideo dan pengendali media sosial untuk berkempen di media sosial secara maksimum. Ini memberikan pendekatan yang sistematik dan konsisten bagi meraih kemenangan bermakna buat BN. Namun strategi tersebut tidak diguna pakai secara serius dan terkawal pada PRU 15, malah jentera siber BN lesu seolah ada sesuatu yang tidak kena berlaku.", "", "Begitu juga contoh yang jelas bagi bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Razak yang menjadi subjek serangan sebelum dan pada PRU 14, sekali lagi menjadi fenomena (bossku) dan menyerang mereka yang menyerang beliau sebelum ini, secara sepenuhnya melalui media sosial. Populariti dan pengaruh beliau berubah menjadi sebaliknya dalam tempoh yang singkat. Trend peningkatan penggunaan media sosial untuk kempen politik akan terus meningkat dan dijangkakan bahawa pada pilihan raya umum ke-16 ia akan mencetuskan ledakan luar biasa untuk mempengaruhi pengundi. Mesti ada rahsia, mesti ada cara dan mesti ada hubungan strategik pengaruh politik di media sosial yang boleh dieksploitasi dengan cara yang jelas. Kajian dan perbincangan secara khusus perlu sentiasa dilakukan, apa jua tindak balas atau kemahuan rakyat ianya dapat dinilai melalui reaksi mereka di media sosial.", "Apa yang tersebar di media sosial, seperti aktiviti protes, boleh mencetuskan tindakan di luar talian dan boleh membawa kepada perubahan politik sebenar. Ahli politik dan pasukan mereka perlu tahu untuk mengawal maklumat yang tersebar di media sosial. Terdapat beberapa garis panduan dan pendekatan yang ditetapkan untuk menguruskan media sosial untuk kestabilan politik atau kemenangan dan ianya memerlukan penelitian yang mendalam. Populariti ahli politik sehingga mendapat lebih banyak undi adalah lebih penting daripada keupayaan dan kecekapan seseorang ahli politik itu sendiri untuk dipilih sebagai pemimpin. Keadaan ini pastinya akan menjejaskan kemajuan sesebuah negara. Seseorang pemimpin yang berkualiti dan berintegriti yang tidak popular di media sosial tidak dipilih. Ini akan menjadi situasi yang memberi kesan tak baik kepada negara.", "Peranan media massa dalam politik tidak perlu diperjelaskan lagi. Kepentingannya sudah menjadi pakej politik hari ini. Telah didedahkan bahawa ramai ahli politik melengkapkan pasukan mereka dengan pegawai media yang secara khusus memainkan peranan di media sosial. Malah belanjawan besar diperuntukkan seolah mereka berlumba untuk mendapatkan kemahiran dan berpengaruh bagi meningkatkan populariti. Di media sosial, masa memainkan peranan penting. Tiada istilah, atau ruang untuk berlengah-lengah dan ianya adalah sekarang! bagi seseorang untuk menang atau menakluk sesuatu. Walau bagaimanapun, ia juga perlu dengan pendekatan bermaklumat dan berstrategi yang tentu saja perlu kajian yang komprehensif dan bersasar serta diskusi yang berterusan.", "Perubahan pesat dan evolusi media sosial telah memberikan kesukaran pengkaji untuk melakukan kajian ditambah bidang ini masih baru. Walaupun baru, tempoh kematangannya cukup cepat sehingga setiap hari terdapat perubahan dan perkembangan dalam teknologi berkaitan yang berlaku. Cabaran pengaruh politik di media sosial.", "Pada zaman Facebook, TikTok, Twitter, dan Instagram, penglibatan politik melalui media sosial lebih mudah berbanding sebelum ini. Bagi ahli-ahli generasi milenium, di mana kesalinghubungan didorong oleh suka, komen, perkongsian, dan retweet di laman media sosial, wacana yang dipolitikkan sering menjadi viral, dibantu dengan kos hampir sifar serta topik menarik. Pilihan raya pertama yang anak muda ambil bahagian boleh digambarkan sebagai penglibatan rasmi mereka ke dalam alam politik sebenar. Oleh itu, pengantaraan sosial dengan golongan muda untuk tujuan politik memainkan peranan penting terhadap keputusan yang mereka lakukan. Cara yang berjaya untuk menggerakkan pengundi muda adalah melalui rakan sebaya dan ibu bapa, berbanding kempen luar seperti pendidikan sivik, program politik, dan pendedahan media. Kesemua parti politik telah mengambil pendekatan mendekati pengundi muda sebagai kumpulan sasar tertentu dengan membuat program politik dan membangkitkan isu menarik atau menjuarai isu berkait golongan ini.", "Kesimpulan\nMaklumat yang disampaikan melalui media massa boleh mencapai kepada khalayak yang lebih besar dan menyumbang kepada sosialisasi politik rakyat tanpa perlu kempen politik secara fizikal secara besar besaran. Kematangan parti-parti politik di Malaysia terus meningkat mengikut perubahan semasa. Landskap politik baharu berubah melalui teknologi digital dan gaya hidup digital pengundi. Parti yang sebelum ini bergelar juara atau berpengaruh secara konvensional tidak akan dapat mempertahankan kedudukannya jika gagal membuat penyesuaian siknifikan dengan situasi semasa. Kajian mendalam dan berterusan diperlukan untuk penyediaan dan sokongan untuk strategi politik seterusnya. Juara politik masa depan adalah juara pengetahuan mengikut perkembangan teknologi semasa.", "Oleh: Norman Sapar", "**********************************" ]
https://umno-online.my/2023/04/11/pertahan-kesepaduan-umno-hormati-istitusi-presiden-dan-pelihara-organisasi-parti/
[ "AHLI-AHLI UMNO termasuk para pemimpin dan keseluruhan anggota parti perlu terus sepakat dan fokus kepada hala tuju untuk memperkukuh parti.", "Sehubungan itu saya menyeru agar anggota parti khususnya kepimpinan baharu menyemai semangat perpaduan dengan memelihara institusi Presiden dan organisasi parti.\n\nDalam keadaan UMNO sepakat untuk bangkit kembali selepas melalui ujian getir Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan juga pasca-pemilihan parti maka sewajarnya apa-apa yang negatif tidak wajar diangkat kembali.", "Selama ini pun dalam UMNO tidak ada mana-mana individu yang mendabik dada atau mengaku UMNO milik peribadi waima Presiden parti kerana semua akur & arif bahawa institusi Presiden dihormati sebagai tampuk kepimpinan yang memegang amanah memastikan parti ini terus bersemarak dalam perjuangan.", "", "Pemimpin atasan khususnya Presiden tentunya telah menimbang dan meneliti setiap apa yg berlaku dengan mengambil kira keputusan yang dibuat bukan secara semberono sebaliknya atas kelestarian holistik dan kesinambungan perjuangan.", "Sesungguhnya ketahuilah bahawa tuduhan dan dakwaan ‘kluster’ itu ini diwujudkan oleh pihak lawan maka janganlah pula ada antara kita yang terikut-ikut dengan tingkah sedemikian sebaliknya adalah amat wajar sekiranya semua anggota parti sepakat menolak spekulasi, manipulasi dan persepsi berkaitan kepimpinan UMNO.", "Adalah menjadi tugas kita untuk sama-sama meneruskan tekad menolak tuduhan yang sengaja diwujudkan sebagaimana pelbagai dakwaan terpilih sebelum ini.", "Kita bangkitlah bersama-sama atas semangat ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ demi agama, bangsa dan negara.", "\nTENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR\nBendahari UMNO", "**************************************" ]
https://umno-online.my/2023/04/03/keadilan-buat-bossku-demi-kestabilan-politik-negara/
[ "MAHKAMAH Persekutuan pada Jumaat lalu telah membuat keputusan menolak permohonan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda yang dikenakan ke atas dirinya.", "Sebagai rakyat Malaysia tentunya kita akur kepada undang-undang namun dalam masa yang sama amat kecewa kerana ruang dan peluang untuk Datuk Seri Najib mendapatkan pembelaan dan perbicaraan yang adil terus dinafikan.", "", "Melihat kepada keputusan tersebut, tentunya ia akan mengundang kepada keadaan yang berlarutan berkaitan krisis dan polemik politik serta pentadbiran negara yang telah tercetus sejak 2018.", "Ini kerana Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini terus teguh atas sokongan dan dukungan UMNO/Barisan Nasional (BN) sedangkan mantan Presiden UMNO merangkap mantan Pengerusi BN terus dinafikan dalam mendapat keadilan dalam perbicaraannya.\n\nJika dilihat daripada peringkat pertama pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib, ia adalah pendakwaan politik setelah pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan kemudiannya Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim yang semuanya dilaksana era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 2018.", "Seorang Hakim yang tiada merit pula dilantik untuk menghakiminya sedangkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan hakim ini antara individu yang terlibat secara langsung menubuhkan SRC suatu ketika dulu.", "Sesungguhnya kita dalam UMNO/BN dan rakyat Malaysia bukanlah mahu kes ‘dibuang’ dan Datuk Seri Najib dibebaskan serta-merta tetapi menuntut keadilan yang seadil-adilnya dilaksana kepada Datuk Seri Najib berteraskan saluran perundangan yang telus dan luhur.", "Sebagaimana kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa keputusan yang wajar diberikan terhadap Datuk Seri Najib adalah dibebas dan dilepaskan kerana Panel Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini mungkin tidak berlaku adil semasa ia mendengar dan menolak rayuan apabila tidak diwakili secara sah.\n\nSehubungan itu, saya atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan kepimpinan UMNO mencadangkan demi memastikan politik dan pentadbiran negara terus stabil dengan kerajaan boleh terus fokus memajukan negara, maka beberapa pendekatan dan keputusan serta-merta seperti berikut perlu dilaksana:", "1. SPRM dan Pejabat Peguam Negara perlu membawa Hakim Nazlan kemuka pengadilan tanpa melalui protokol.", "2. Ketua Hakim Negara perlu direhatkan sehingga Kes Datuk Seri Najib selesai sepenuhnya.", "3. Mahkamah perlu membicarakan semula kes Datuk Seri Najib dan melantik seorang hakim yang benar-benar neutral bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.", "Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini sebelum mana-mana pihak menggerakkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan ketidakstabilan politik dalam pentadbiran negara.", "Saya percaya YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang juga pernah berhadapan dan merasakan ketidakadilan dan kezaliman era Tun Dr Mahathir dahulu memahami apa yang berlaku kepada Datuk Seri Najib sekarang ini dan melihat kes ini secara dekat.", "Akhir sekali, saya menyarankan marilah kita sebagai ahli parti terus bersolidariti bersama-sama Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan memberi kepercayaan kepada beliau untuk sama-sama mencari solusi serta memperjuangkan keadilan buat Datuk Seri Najib mantan Presiden UMNO Malaysia.", "\nDATUK MOHD RAFI ALLI HASSAN \nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO\nKetua UMNO Bahagian Labuan", "************************************" ]
https://umno-online.my/2023/03/28/kepimpinan-umno-kekal-relevan-pasca-pemilihan-perkukuh-parti-depani-cabaran/
[ "Mesyuarat Perwakilan UMNO yang dijalankan serentak di seluruh negara pada 18 Mac lepas berjalan lancar termasuklah di Sabah.", "Tentunya dalam proses pemilihan ini, setiap anggota parti memahami dan menghormati prinsip demokrasi yang menjadi amalan sesebuah organisasi, malah yang paling penting ialah mematuhi peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh parti agar UMNO kekal relevan.", "Ini kerana aplikasi pemilihan UMNO diangkat untuk dimanfaat sebagai parti pilihan rakyat dan bukannya atas kepentingan individu, apatah lagi persediaan jangka panjang perlu dibuat dari sekarang untuk mendepani apa-apa juga pilihan raya sama ada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU).", "Apa yang menarik perhatian dari perjalanan mesyuarat perwakilan di 25 bahagian di negeri Sabah apabila tidak ada satu pun usul yang mendesak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk berundur dari terus memimpin UMNO Sabah.\n\nSebelum ini berlaku kemelut politik di Sabah, namun perwakilan yang mewakili suara hampir 600 ribu ahli-ahli UMNO di seluruh bahagian di negeri ini tetap teguh bersama kepimpinan parti.", "Terdahulu beberapa pemimpin parti enggan mematuhi keputusan UMNO Sabah untuk menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) malah sebaliknya bertindak menyertai gabungan tersebut hinggakan terdengar suara-suara sumbang yang mendesak Bung berundur dari memimpin UMNO Sabah.", "Lebih dari itu, keadaan tersebut menular di kawasan Kinabatangan iaitu Bahagian yang Bung apabila ada anggota parti yang menyertai GRS biarpun bilangannya adalah kecil.", "Media pihak lawan menganggap hal tersebut sebagai tsunami kepada UMNO Kinabatangan ekoran gembar-gembur yang diangkat dan diperbesarkan.", "Namun semuanya meleset apabila UMNO bahagian Kinabatangan dapat melaksanakan persidangan dengan kehadiran lebih dari 1,000 orang perwakilan.\n\nLebih bermakna ahli parti jelas bersemangat meneruskan perjuangan UMNO dengan hadir menjayakan mesyuarat perwakilan bahagian Kinabatangan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan pada 18 Mac 2023.", "Apa yang jelas, isu desakan agar Bung berundur dari menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah tiada dalam agenda anggota parti sebaliknya ia diangkat oleh parti lawan di luar yang menggunakan pelbagai platform media sosial termasuk portal dalam talian atas niat buruk terhadap UMNO.", "Tentunya mereka ini mempunyai tujuan untuk melemahkan semangat perjuangan UMNO/Barisan Nasional di Sabah.", "Hakikatnya kepimpinan Bung sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah masih diperlukan oleh ahli-ahli UMNO di negeri ini dan ini diperkukuhkan lagi dengan keyakinan kepimpinan UMNO Pusat apabila Presiden parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengumumkan pelantikan semula Bunguntuk jawatan terbabit.", "Hal ini diumumkan pada mesyuarat pertama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selepas pemilihan 2023-2026 di Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Menara Dato’ Onn Kuala Lumpur pada 22 Mac lepas.", "Bung Moktar berkata, lantikan semula itu adalah satu amanah besar yang perlu digalas bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO di Sabah.", "Beliau turut menyarankan semua ahli UMNO untuk bersatu dalam sebuah keluarga besar bagi membolehkan UMNO meraih semula kepercayaan rakyat.", "Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.\n\nAntara pemimpin UMNO Sabah yang turut dilantik ke jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) termasuk Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk Mohd. Asnol Ayub; Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin dilantik sebagai Ketua Sektretariat Kelab UMNO Luar Negara; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching dilantik menjadi Ketua Sekretariat Pertanian Perladangan dan Komoditi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan menjadi Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Sabah", "Menyorot semula perjalanan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian di Sabah yang diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac lepas, biarpun terdapat beberapa bahagian yang ‘terancat’ kerana ketidakteraturan perjalanan mesyuarat namun secara keseluruhan ianya dianggap lancar dan mematuhir Perlembagaan serta tataetika parti.", "Berkaitan ketidaklancaran beberapa bahagian yang terganggu, ianya telah pun dilaporkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat untuk disiasat dan tindakan selanjutnya.", "Aduan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan proses pemilihan di bahagian telah dikemukakan agar tindakan susulan dapat diambil.", "Apa-apa juga keputusan adalah termaktub kepada JPU yang memungkinkan bahagian atau sayap terlibat akan diminta untuk mengadakan mesyuarat pemilihan semula yang semuanya bergantung kepada keputusan siasatan.", "Sebagai sebuah parti yang mempunyai sejarah panjang, penuh pengalaman dan unggul berorganisasi, pastinya UMNO perlu mempamerkan imej serta pendekatan yang bijak. Usaha ini dilaksana bukan hanya untuk memenangi hati rakyat sebaliknya keluhuran dalam konsep kerja berpasukan dan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan perlu dihayati oleh pemimpin dan ahli UMNO di seluruh negara.", "Selamat meneruskan perjuangan!", "Oleh: Jaafar Wahid ", "***********************************" ]
https://umno-online.my/2023/03/22/pelbagai-citra-ahli-mkt-mantapkan-umno-memeta-hala-tuju-baharu/
[ "KEPUTUSAN Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 berakhir Sabtu lalu dilihat begitu menarik, terutama jika meneliti pemimpin memenangi tiga jawatan Naib Presiden dan 25 jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).", "Gandingan tiga Naib Presiden UMNO yang baharu juga amat unik. Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor merangkap Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempunyai aura politik agak berbeza antara satu sama lain.", "Begitu juga 54 muka baharu ketua bahagian merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan jawatan itu adalah keputusan agak menakjubkan kerana kebanyakan yang menang adalah calon muda yang berjaya menewaskan penyandang, majoritinya lebih veteran dan berpengalaman.", "Contoh klasik adalah UMNO Bahagian Paya Lebar, Pahang menyaksikan Datuk Shahar Abdullah menewaskan calon veteran yang juga bekas ketua bahagian itu, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman.\n\nTidak keterlaluan jika diandaikan cita rasa akar umbi sebenarnya mahukan kepelbagaian dalam hal berkait kepemimpinan parti jika ditinjau kepada keputusan pemilihan Naib Presiden, ketua bahagian dan juga sayap parti.", "Kepelbagaian citra ini membawa maksud bukan hanya satu kumpulan menguasai jawatan tertentu. Ia bermaksud tidak boleh diandaikan hanya calon berpihak kepada Presiden mendapat tempat dipilih ke jawatan penting parti.", "Namun, agak sukar untuk menilai keputusan pemilihan MKT kerana agak bercampur baur dari segi cita rasa akar umbi. Hampir semua 25 calon yang berjaya dipilih mengisi jawatan itu boleh dianggap sebagai veteran kerana mereka dikenali pada peringkat politik nasional.", "Antara 10 calon memperoleh undi terbanyak adalah Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Kelantan dianggap anomali tetapi memberangsangkan kerana beliau sering bersuara menongkah arus dengan kepemimpinan tertinggi UMNO sebelum ini.", "Begitu juga dengan pemilihan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Walaupun beliau dianggap orang baharu dalam UMNO, pemilihannya menggambarkan pengalaman teknokrat beliau amat diperlukan dan diterjemahkan menerusi undi perwakilan.", "Begitu juga dengan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang berjaya menyusup ke dalam kategori undi 10 calon tertinggi, ia adalah manifestasi faktor kepelbagaian ditagih akar umbi UMNO.", "Hakikatnya ialah Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang memperoleh undi tertinggi iaitu 69,494 undi, tanggungjawabnya tetap serupa dengan Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang memperoleh 35,901 undi, terendah dalam kalangan 25 calon menang jawatan MKT.", "MKT dianggap jawatankuasa paling berpengaruh selepas Perhimpunan Agung UMNO kerana ahlinya mampu menentukan hala tuju parti politik itu dalam melaksanakan operasinya.", "Umpama dalam pemilihan calon sama ada mewakili Dewan Rakyat dan DUN, ia ditentukan MKT, termasuk taraf seseorang ahli sama ada perlu digantung atau dipecat.\n\nRancang strategi politik UMNO", "Menariknya, komposisi MKT yang dipilih akar umbi ini kehadiran individu seperti Isham Jalil, Datuk Lokman Adam dan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi serta ditambah tiga Naib Presiden bersama pemimpin ketua sayap UMNO, maka sudah pasti MKT akan menjadi instrumen lebih efektif merencanakan strategi UMNO.", "Persepsi kepelbagaian MKT sebagai jawatankuasa pembuat dasar adalah amat kritikal disampaikan dengan naratif yang betul kerana bakal menentukan kejayaan UMNO dan juga Pakatan Harapan (PH) dalam wadah Kerajaan Perpaduan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) lama lagi.", "Sokongan padu terhadap Kerajaan Perpaduan sudah tidak syak lagi akan menjadi lebih kukuh kerana hampir semua ahli MKT bersama kepemimpinan tertinggi UMNO, khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong kerajaan sedia ada.", "Stabilnya Kerajaan Perpaduan menerusi kukuhnya kembali UMNO akan memberi ruang lebih luas kepada Jemaah Menteri menumpukan perhatian kepada tugas hakiki mereka mentadbir negara.", "Namun, apa yang lebih penting adalah kepelbagaian citra, ciri-ciri dan latar belakang ahli MKT ini mampu diterjemahkan sebagai UMNO lebih stabil dengan percaturan dalaman agak minimum.", "Salah satu sebab utama kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah percakaran dalaman dan sabotaj membuatkan pengundi berasa mual dengan keadaan parti.", "", "Kepelbagaian citra ahli MKT kali ini mampu menjadikan UMNO sebagai parti lebih kontemporari iaitu ahlinya mampu berhujah bersandarkan fakta dan tidak terasing dengan isu semasa.", "Strategi mendekati kumpulan berada di luar UMNO amat penting kerana kumpulan berbeza memerlukan pendekatan berbeza. Naratif berbicara dengan anak muda tidak sama apabila berinteraksi dengan mereka yang lebih berumur.", "Salah satu kelemahan ketara UMNO ialah mereka kurang berupaya mencernakan strategi efektif berbanding dengan parti politik lain. Antara sebab utama ialah UMNO tidak mempunyai satu kumpulan khas ala badan pemikir menggubal strategi perang saraf gerak saraf.", "DAP umpamanya amat efisien dalam hal ini dan sebab itu sering dilihat lebih proaktif dalam menghadapi sesuatu isu meruncing dan juga kelihatan lebih bijak serta terancang menyerang seteru politik mereka.", "Sebab itu kepelbagaian citra ahli MKT baharu dipilih ini bukan sahaja berkisar dalam kalangan 25 terpilih akar umbi, tetapi merangkumi gabungan kepemimpinan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden berserta Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri, satu hierarki yang tidak wujud dalam parti lain.", "Justeru, UMNO perlu menggunakan kepelbagaian citra ini sebaik mungkin untuk memeta hala tuju baharu parti pasca PRU15 dan menjelang PRN serta menghadapi PRU16 kerana 160,000 ahli yang mengundi sudah membuat keputusan mereka.", "Apa saja keputusan bakal keluar dari MKT akan dinilai bukan sahaja akar umbi UMNO tetapi juga mereka yang berada di luar parti terutama kelompok Melayu/Islam. Mereka ini mahukan UMNO yang tidak hanya memperjuangkan kebajikan ahli, tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia.", "Komposisi MKT yang dipilih akar UMNO kali ini adalah peluang terbaik UMNO untuk menghindar persepsi negatif ‘rakus, gila kuasa dan korupsi’ yang bukan sahaja merugikan UMNO, tetapi juga negara.", "Oleh: Azmi Hassan\nGeostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR", "Sumber: bharian.com.my" ]
https://umno-online.my/2023/03/09/pilih-yang-terbaik-peluang-perwakilan-kukuhkan-umno/
[ "Sudah semakin hampir dengan tarikh keramat 11 Mac bagi perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara di 191 Bahagian. Inilah ruang dan peluang bagi membuat keputusan untuk memilih calon yang paling layak dinobatkan sebagai pemimpin bagi menerajui jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO untuk penggal 2023 – 2026.", "Selepas hari akhir menyerahkan borang permohonan calon-calon pada 26hb Februari, kedudukan dua calon bagi jawatan ketua wanita UMNO menyaksikan persaingan yang amat sengit. Pada penulisan sulung Abg Aji sebelum ini merumuskan bahawa perlumbaan di antara Datuk Seri Dr Noraini dengan Tan Sri Shahrizat adalah 50;50.", "", "Namun mutakhir ini, sokongan daripada perwakilan buat calon yang mahu duduk dikerusi nombor satu jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia ini nampaknya semakin cenderung kepada Noraini. Apabila dianjurkan Majlis Pengenalan Calon-Calon dibeberapa negeri, respon dan reaksi perwakilan yang hadir sudah mula memahami tekad Noraini yang berusaha bersungguh-sungguh mahu terus memimpin sayap Wanita UMNO buat penggal kedua.", "‘Susah Senang Bersama’ tagline yang dibawa oleh team Noraini sudah mula diterima baik oleh perwakilan wanita diakar umbi. Hati kaum ibu sememangnya lembut dan mudah memahami masalah dan kepayahan dihadapi oleh Noraini yang berani bangkit memimpin sayap wanita ketika parti UMNO tidak mempunyai punca kuasa sebagai kerajaan.", "“Kita kena akui dan faham…, bukan senang Noraini nak sediakan pelbagai keperluan dan kemudahan kepada Wanita UMNO masa parti kita bukan kerajaan…” kata salah seorang calon Exco Wanita UMNO Malaysia.", "“Inilah peluang untuk Noraini bantu wanita jika dia berada dalam sistem Presiden UMNO. Noraini pula sebagai seorang Ahli Parlimen akan ada platform yang terbaik untuk dia perjuangkan wanita….” tambahnya lagi.\n\nKesimpulannya para perwakilan sayap Wanita tentunya tidak akan melepaskan peluang terbaik kali ini untuk memilih seorang ketua yang berkaliber demi kembalikan kegemilangan Wanita UMNO dan membawa kemajuan kepada parti secara holistik.\nSudah pasti jentera team Norani akan bekerja lebih keras setelah situasi terkini yang menyaksikan adanya cabaran untuk jawatan nombor satu dalam kepimpinan Wanita.", "Sesungguhnya, inilah peluang untuk sejarah tercipta bagi meneruskan legasi perjuangan Wanita UMNO dalam memastikan parti kembali kukuh dan ampuh.", "Selamat bersidang & selamat memilih untuk para perwakilan!", "written by: Abg Aji" ]
https://umno-online.my/2023/02/25/pemilihan-umno-surat-terbuka-kepada-ahli-isham-jalil/
[ "ASSALAMUALAIKUM, Tuan-tuan dan Puan-puan,", "1. Pertama sekali, izinkan saya untuk menulis sedikit panjang buat kali ini. Saya fikir saya perlu menulis lebih daripada hanya beberapa perenggan yang tidak dapat saya gambarkan melalui lukisan untuk menyampaikan hasrat dan pemikiran saya berkenaan parti keramat ini memandangkan perjalanan kita bersama parti ini sudah sekian lama namun masih jauh lagi dan banyak perkara yang perlu kita buat. Saya sebenarnya merancang untuk menulis buku berkenaan hal ini, namun pada masa ini saya ringkaskan dahulu isi buku ini dalam bentuk surat sepanjang 37 perenggan.", "2. Semalam saya telah menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Saya ingin terus membawa suara akar umbi ke peringkat tertinggi parti dan meneruskan perjuangan UMNO di negara ini. Saya ingin serahkan kepada akar umbi UMNO untuk menentukan sama ada saya layak diberi mandat untuk terus berada di dalam Majlis Kerja Tertinggi. Kalah atau menang, saya serahkan sepenuhnya kepada akar umbi dan kepada keizinan Allah SWT. Dan sama ada Presiden melantik saya semula sebagai Ketua Penerangan selepas pemilihan ini, saya serah sepenuhnya jua kepada budi bicara beliau dan dengan izin Allah SWT.", "", "3. Pada saya, mandat akar umbi ini adalah penting, ia adalah keabsahan demokratik yang menjadi pendorong untuk saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam parti dengan lebih berkesan dalam perjuangan ini. Oleh itu dengan rendah hati saya mohon sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk memilih saya ke jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada pemilihan kali ini.", "PERJUANGAN", "4. Sejak kecil saya telah berkhidmat untuk UMNO. Ibu bapa saya adalah akar umbi UMNO sejak tahun 1980an. Banyak pengalaman pahit manis yang telah saya tempuh bersama parti ini. Saya masih ingat pengalaman ketika menampal poster untuk Barisan Nasional semasa pilihanraya umum ke-7 semasa umur saya 10 tahun, dan ketika menyampaikan bacaan Al-Quran untuk majlis perasmian pejabat cawangan UMNO yang baru di Gombak semasa umur saya 11 tahun, serta ketika menulis ucapan pembukaan mesyuarat cawangan UMNO untuk ayah saya semasa umur saya 12 tahun. Tahun ini umur saya sudah mencapai 47 tahun. Saya akan terus berjuang untuk parti yang saya cintai ini.", "5. Selepas kita kalah dalam pilihanraya umum ke-14 lima tahun yang lalu, pada bulan Jun 2018 saya telah menulis buku bertajuk “Halatuju UMNO dan Orang-orang Melayu Pasca 9 Mei 2018”. Dalam buku ini saya nyatakan tentang halatuju perjuangan UMNO dalam era baru ini, tentang masalah politik wang, dan tentang penyatuan orang-orang Melayu. Sebanyak seribu naskah buku ini telah dijual dalam tempoh sejam di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun tersebut. Alhamdulillah, masih ramai yang berminat dengan perjuangan UMNO. Pada pemilihan kali ini saya jangka ramai atau lebih seratus orang akan menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut 25 kerusi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk menentukan dasar-dasar parti. Selagi semangat akar umbi ini terus membara, selagi itu UMNO tidak akan terkubur.", "", "CABARAN", "6. Beberapa minggu selepas kita kalah PRU-14, apabila pemimpin-pemimpin UMNO iaitu Dato’ Sri Najib dan Dato’ Sri Zahid ditekan dan ditahan di lokap SPRM di Putrajaya, saya, rakan-rakan dan tuan-tuan dan puan-puan telah berhimpun di hadapan pejabat SPRM untuk membantah perkara ini dan mendesak supaya Peguam Negara Tommy Thomas meletak jawatan. Selepas itu dan sejak lima tahun yang lepas saya dan rakan-rakan telah kerap dipanggil oleh pihak berkuasa, dirampas telefon, disaman dan terpaksa naik turun mahkamah banyak kali. Saya pasti tekanan-tekanan dan pendakwaan-pendakwaan terpilih ini dibuat kerana pemimpin-pemimpin UMNO dan juga saya serta rakan-rakan tidak mahu tunduk kepada kemahuan parti pemerintah pada ketika itu iaitu PPBM yang mahu membubarkan UMNO dan memenjara pemimpin-pemimpin UMNO yang lantang menentang mereka.", "7. Saya yakin dengan perjuangan UMNO, sebab itu saya istiqamah dalam perjuangan ini walaupun dengan pelbagai cabaran dan dugaan dan tanpa apa-apa balasan. Saya tidak pernah ambil gaji atau elaun bulanan dari UMNO atau Barisan Nasional sejak saya berjuang selama ini termasuk apabila saya menjadi Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor pada tahun 2020 sehingga 2022 dan apabila saya dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia dua bulan yang lepas. Saya percaya ramai antara tuan-tuan dan puan-puan pun begitu juga dalam perjuangan ini, ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair. Perjuangan ini adalah untuk masa depan kita bersama dan saya pohon balasan dan restu dari Allah SWT.", "8. Saya berjuang bukanlah kerana wang atau jawatan, dan saya bukanlah kaki bodek untuk jawatan. Selepas beberapa tahun berjuang tanpa apa-apa dan tanpa rasa takut atau mengalah walaupun sentiasa ditekan oleh pihak berkuasa dan berhadapan menentang parti lawan, mungkin Allah SWT telah membuka hati pemimpin-pemimpin UMNO untuk melantik saya ke jawatan-jawatan di atas sebelum ini. Saya ucap terima kasih kepada pemimpin-pemimpin parti dan Presiden UMNO kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas jawatan dalam parti.", "9. Namun perjalanan politik saya bukanlah mudah. Saya bukan dari keluarga yang kaya atau ternama. Banyak ranjau yang perlu dan telah saya lalui dalam perjuangan ini. Saya juga pernah dipecat daripada jawatan parti sebagai Ketua Penerangan BN Selangor sebelum ini. Suatu hari pada bulan Jun 2022 selepas dua tahun berkhidmat, saya hanya terima surat melalui whatsapp menyatakan saya telah dilucutkan jawatan, alasan yang diberi kepada saya adalah kerana jawatan tersebut tidak ada dalam perlembagaan BN. Sehingga hari ini saya tidak tahu sebab sebenar mengapa saya dipecat. Namun saya redha kerana ianya adalah ketentuan Ilahi dan saya teruskan perjuangan ini walaupun dengan pahit getir yang dilalui.", "", "SAAT MANIS", "10. Di samping pelbagai cabaran dan dugaan, Alhamdulillah saya juga ingat ketika kita sama-sama melalui saat-saat manis dalam perjuangan ini. Selepas PRU-14, kita telah menang di tujuh pilihanraya kecil di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan Slim, dan menang besar di dua pilihanraya negeri di Melaka dan Johor. Walaupun tanpa jawatan atau habuan, kita telah sama-sama berjuang di pilihanraya-pilihanraya ini. Apabila menang kita bersyukur, apabila kalah kita setia. Dan kita telah merasai fenomena “Bossku” sejak November 2018 sehinggalah Bossku dipenjara beberapa bulan sebelum PRU-15.", "REDHA", "11. Apabila kita kalah PRU-15, kita tidak putus asa. Saya sendiri telah melalui kekalahan di Parlimen Shah Alam. Saya telah diamanahkan oleh parti untuk berjuang di kawasan kedua terhitam di Malaysia buat UMNO, kawasan yang digelar media dan penganalis politik sebelum PRU-15 sebagai kawasan mustahil untuk menang untuk UMNO, kerusi “kamikaze” dan kerusi “bunuh diri”. Walaupun demikian, saya tidak patah semangat dan telah berusaha sehabis baik bersama jentera BN Shah Alam di kerusi tersebut dan berjaya menambah enam ribu undi berbanding sebelumnya. Walaupun saya tidak berjaya untuk menang, saya tidak menyalahkan sesiapa atas kekalahan ini, saya redha dan ambil sepenuh tanggungjawab ke atas kekalahan ini.", "12. Dan walaupun kita tewas, Allah SWT telah mengizinkan kita untuk menjadi kerajaan. Dan saat ini juga adalah masa yang kritikal untuk kita membina semula parti kita. Tahun-tahun mendatang ini adalah masa yang mencabar buat UMNO. Apa yang kita lakukan sekarang akan menentukan sama ada UMNO akan terus relevan dan hidup di negara ini atau hilang ditelan zaman.", "DIPERTARUHKAN", "13. Lima tahun yang lalu, sebulan selepas kita kalah PRU-14 pada tahun 2018 dan selepas kerajaan PM-7 Mahathir mengambil alih, saya telah mendesak supaya Tun Mahathir disiasat dan mengambil tanggungjawab ke atas kehilangan Pulau Batu Putih. Pada ketika itu saya tegaskan bahawa Perdana Menteri ke-7 dan Peguam Negara sepatutnya memfailkan rayuan sebelum tempoh rayuan tamat pada tahun 2018 kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa apabila Malaysia mendapat bukti baru dari Arkib negara UK yang menyokong bahawa Pulau Batu Putih sebenarnya berada di bawah jajahan Johor. Tetapi Tun Mahathir tidak menghiraukan dan kita telah hilang pulau dan perairan kita ini buat selama-lamanya. Kini Tun Mahathir perlu jawab tentang perkara ini.", "14. Pada tahun 2019 apabila PPBM membawa cadangan untuk meratifikasikan ICERD, saya dan rakan-rakan telah lantang menentang cadangan ini. Saya yakin bahawa perkara ini perlu ditentang sehingga saya telah menulis buku bertajuk “ICERD: Mengapa Semua Kaum di Malaysia Perlu Menolaknya”. Beberapa minggu selepas itu kita telah bersama-sama dengan berjuta rakyat yang lain dan juga PAS dan NGO-NGO berarak di Kuala Lumpur untuk menentang ICERD.", "15. Saya juga telah menulis menentang Statut Rom yang di bawa oleh PPBM kerana Statut ini jika diterima akan melemahkan institusi Raja-raja Melayu dan kedudukan orang-orang Melayu di Malaysia.", "16. Beberapa bulan selepas perarakan menolak ICERD dan penentangan ke atas Statut Rom yang dibawa oleh PPBM tersebut, kita telah memeterai Piagam Muafakat Nasional bersama PAS. Saya amat menyokong kerjasama ini pada ketika itu. Dalam penulisan-penulisan saya sebelum itu, saya telah beberapa kali nyatakan bahawa salah satu cara untuk menyatukan orang-orang Melayu ialah dengan menyatukan dua parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan PAS.", "17. Namun apakan daya kerjasama antara UMNO dan PAS ini tidak bertahan lama kerana PAS telah memilih untuk bekerjasama dengan pengkhianat UMNO iaitu PPBM. Dalam satu mesyuarat antara saya dengan pemimpin-pemimpin PAS di Selangor dua tahun yang lalu, saya pernah bertanya kepada pemimpin PAS sama ada mereka mahu pilih perjuangan atau pilih wang, jika mereka mahu pilih perjuangan maka pilihlah muafakat dengan UMNO, namun jika mereka mahu pilih wang ringgit maka mereka akan pilih PPBM. Akhirnya mereka memilih untuk bekerjasama dengan PPBM dan meninggalkan UMNO. Beberapa bulan selepas itu mereka (PAS) telah mendaftar gagasan politik Perikatan Nasional bersama PPBM. Tidak sampai setahun selepas piagam dimeterai, Muafakat Nasional telah terkubur oleh kerana pengkhianat dan wang ringgit.", "18. Apabila Perikatan Nasional menang 74 kerusi dalam pilihanraya umum yang lalu, kita telah lihat bagaimana mereka menang kerana politik wang dan rasuah pengundi. Kini kita tahu bahawa mereka telah memperoleh dana yang besar untuk kempen pilihanraya daripada sumber rasuah atau komisyen dari kontrak-kontrak kerajaan bernilai berbillion ringgit yang diberikan secara rundingan terus semasa darurat apabila mereka berkuasa. Kita perlu lawan perkara ini dan bawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Jika tidak, ke manakah arah tuju politik negara ini akan pergi apabila pemimpin politik dalam kerajaan merasuah pengundi untuk menang pilihanraya dengan menggunakan duit rasuah projek kerajaan? Jika ini terus berlaku maka yang akan menang dalam pilihanraya dan menjadi pembuat dasar serta pemegang duit rakyat adalah terdiri daripada perasuah dan orang-orang jahat. Untung nasib rakyat berada di tangan mereka, nauzubillah.", "19. Saya dulu berkhidmat selama 20 tahun dalam kerajaan dan syarikat berkenaan kerajaan dari pegawai rendah sehingga menjadi pengarah. Selama saya berkhidmat saya tidak pernah ambil rasuah atau apa-apa komisyen dan tidak pernah ada kes rasuah. Walhal mereka yang hanya berada dalam kerajaan selama 17 bulan dilihat sudah pandai sakau duit berbillion dan sudah ada tuduhan kes rasuah berjuta. Laporan menyebut salah seorang pemimpin mereka meminta dan menerima sogokan RM6 juta sebagai timbal balas untuk kontrak kerajaan ketika memegang jawatan dalam kerajaan atau agensi kerajaan. Mereka tidak sepatutnya makan komisyen ketika memegang jawatan kerajaan. Ini salah, bukan sahaja dari segi etika tetapi di sisi undang-undang.", "", "PEMBAHARUAN", "20. Untuk membina semula UMNO dan mengembalikan semua keyakinan rakyat terhadap perjuangan UMNO, pertama sekali kita perlu bersihkan reputasi UMNO dan persepsi negatif yang telah dimomokkan terhadap UMNO selama ini. Kita kalah dua pilihanraya umum sebelum ini sebab rakyat melihat UMNO ini adalah sebuah parti rasuah. Tidak ada orang yang akan undi parti yang mereka percaya makan rasuah. Jika kita terus biarkan imej dan reputasi ini berkekalan maka kita akan terus kalah pilihanraya tidak kira apa perubahan lain yang kita buat di dalam parti.", "21. Sebab ini juga kita perlu perjuangkan akta pendanaan politik untuk menangani masalah di atas supaya pendanaan politik di negara ini menjadi lebih telus dan bersih. Ia juga akan membolehkan orang-orang muda yang mempunyai idea dan niat yang baik dan ingin menceburkan diri dalam politik untuk berkhidmat untuk rakyat meraih dana tanpa menjadi korup. Jika tidak, politik Malaysia akan hanya dikuasai oleh orang-orang kaya atau orang-orang korup atau kedua-duanya. Ini tidak baik dan membawa mudarat untuk rakyat.", "22. Sebab itu juga kita perlu menentang perasuah-perasuah dalam Perikatan Nasional dan bawa mereka ke muka pengadilan. Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO telah dituduh rasuah dan dibawa ke mahkamah. Selepas beberapa tahun naik turun mahkamah, ramai daripada mereka telah mendapat penghakiman dan terbukti tidak bersalah. Namun yang kerap terlepas dari pengadilan kerana melompat parti walaupun mereka ada kes rasuah sebelum ini adalah pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional. Kali ini mereka tidak akan terlepas dan mereka wajib berhadapan dengan pengadilan seperti orang lain. Ini juga supaya pemimpin-pemimpin kerajaan lebih berhati-hati dan bertanggungjawab apabila mereka berkuasa dan tidak membuat sesuka hati dengan kuasa yang ada dan dengan wang rakyat.", "23. Namun yang masih belum lagi mendapat pengadilan yang sepatutnya adalah Dato’ Sri Najib. Sejak kita kalah pilihanraya pada tahun 2018 saya telah berdiri bersama beliau di kala saat yang paling getir dan mencabar dalam hidupnya dengan pelbagai dugaan melanda. Pada ketika itu beliau telah jatuh dan tidak lagi ada kuasa. Walaupun demikian, saya tidak tinggalkan beliau sebab beliau adalah sahabat saya dan saya yakin beliau telah teraniaya, dan kini saya lihat beliau telah tidak mendapat perbicaraan yang adil. Sahabat tidak tinggalkan sahabat di kala susah. Semalam genap enam bulan beliau dipenjara. Saya akan terus berusaha supaya Dato’ Sri Najib mendapat perbicaraan yang adil dan sehingga beliau dibebaskan dari penjara.", "PENYELESAIAN", "24. Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO, kita juga perlu mencari penyelesaian kepada masalah-masalah rakyat. Kini rakyat berdepan dengan masalah ekonomi dan kos sara hidup. Selepas pandemik COVID-19, masih ramai rakyat yang tidak ada kerja, yang ada kerja pula bergaji kecil atau dipotong, dan yang berniaga menghadapi masalah kenaikan kos. Dan harga barangan makanan dan keperluan pula semakin meningkat. Kita perlu mencari penyelesaian ke atas perkara-perkara ini.", "25. Sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa, saya telah berkhidmat dengan kerajaan dan syarikat berkenaan kerajaan selama dua dekad dalam pembuatan dan perlaksanaan dasar termasuk dasar-dasar ekonomi. Saya pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi dan terlibat dalam penggubalan dasar ekonomi negara, penyediaan bajet persekutuan, dan pembentangan Rancangan Malaysia.", "26. Beberapa bulan yang lalu saya telah nyatakan bahawa untuk mengembalikan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat dalam jangkamasa pendek dan sederhana pada tahun ini kita perlu mengembalikan saiz ekonomi kita ke tahap yang sama atau lebih besar dari saiz ekonomi sebelum COVID-19. Saiz ekonomi kita kini adalah USD20 billion lebih kecil berbanding saiz ekonomi sebelum COVID-19. Untuk memulihkan ekonomi negara kini kita perlu meningkatkan keyakinan pelabur dari dalam dan luar negeri untuk mengembangkan perniagaan dan pelaburan mereka sebanyak USD20 billion ke USD40 billion dalam tahun ini. Untuk ini kerajaan dan pihak swasta perlu bekerja keras bersama-sama. Dan ahli-ahli politik tidak boleh mencetuskan ketidakstabilan politik lagi yang akan meruntuhkan keyakinan pelabur.", "27. Apabila pelabur yakin dengan keadaan ekonomi dan kestabilan politik Malaysia, mereka akan melabur dan membeli ringgit. Apabila ini berlaku maka ringgit akan mengukuh maka masalah kenaikan kos barangan import terutama barangan makanan akibat tukaran wang asing akan dapat ditangani dengan lebih baik.", "28. Apabila ringgit mengukuh, Bank Negara tidak perlu lagi menaikkan kadar faedah OPR untuk mengawal kejatuhan ringgit. Saya telah menyatakan sebelum ini bahawa kenaikan kadar OPR adalah amat membebankan rakyat dan Bank Negara tidak sepatutnya mengikut langkah Bank Rizab Amerika setiap kali mereka menaikkan kadar faedah kerana struktur ekonomi Malaysia dan struktur ekonomi Amerika Syarikat adalah tidak sama.", "29. Untuk mengembangkan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat dalam jangkamasa panjang dan dalam ruang pandangan jauh pula, kita perlu mengubah struktur pengeluaran ekonomi dan nilai barangan dan perkhidmatan negara kita.", "30. Sepuluh tahun lepas saya telah menulis sebuah buku bertajuk “Malaysia Beyond 2020: Ideologies and Institutions for Growth” (Malaysia Selepas 2020: Ideologi dan Institusi untuk Kemajuan).", "31. Dalam buku ini saya telah nyatakan bahawa untuk meningkatkan purata gaji dan pendapatan rakyat, kita perlu mengeluarkan barangan yang bernilai tinggi dan tidak hanya barangan komoditi yang bernilai rendah. Untuk ini kita perlu meningkatkan keupayaan teknologi kita berbanding negara-negara lain. Kita perlu meningkatkan perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Sejak 30 tahun lalu perbelanjaan R&D di Malaysia adalah hanya dalam 1 ke 2 peratus dari saiz ekonomi (KDNK) kita, ini berbanding perbelanjaan R&D sebanyak 3 ke 5 peratus dari saiz ekonomi di negara-negara lain seperti Korea Selatan, Jepun dan China. Pada suatu masa dahulu, saiz ekonomi Korea Selatan adalah sama besar dengan Malaysia. Tetapi kini saiz ekonomi dan pendapatan rakyatnya telah membesar berkali ganda berbanding Malaysia. Antara sebabnya adalah kerana mereka telah mengeluarkan barangan yang berteknologi dan bernilai tinggi hasil daripada pelaburan dan perbelanjaan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka yang besar. Kita mempunyai ramai jurutera, saintis, dan ahli teknologi yang bertauliah dan berdaya saing di Malaysia, namun ramai antara mereka tidak berpeluang untuk menggunakan ilmu mereka untuk penyelidikan dan pembangunan barangan yang bernilai dan berteknologi tinggi sebab pelaburan dan peruntukan ke atas penyelidikan dan pembangunan di Malaysia adalah kecil berbanding di negara-negara lain. Inilah antara sebab ramai bijak pandai kita bekerja sebagai pakar dan penyelidik di luar negeri dan tidak pulang ke Malaysia.", "32. Banyak lagi idea dan saranan berkenaan ekonomi yang mahu saya tulis di sini namun di kesempatan ini ia terkekang oleh masa dan ruangan surat ini. Saya akan menulis lagi berkenaan hal ini terutama berkenaan isu peningkatan kos sara hidup, isu kehilangan pekerjaan, isu gaji rendah dan isu kenaikan harga barang serta masalah-masalah lain serta cadangan-cadangan penyelesaiannya secara lebih terperinci dalam buku atau penulisan saya yang akan datang, inshaAllah. Saya berasal dari keluarga yang susah, semasa saya kecil ayah saya adalah seorang pembawa lori dan peniaga pasar malam, oleh itu saya amat faham tentang masalah-masalah ini dan pernah melalui banyak daripadanya sebelum ini. Saya akan terus berusaha supaya rata-rata rakyat Malaysia akan dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.", "KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK", "33. Saya juga ingin terus memperjuangkan penyelesaian kepada masalah-masalah besar rakyat yang lain. Dua masalah yang paling utama yang sering saya perjuangkan selama ini ialah masalah air dan banjir. Banyak tahun yang lalu saya telah membawa isu air yang kotor dan selalu terputus sehingga saya telah disaman oleh syarikat bekalan air. Saya telah lawan saman ini dan menang di mahkamah. Air adalah keperluan asas utama, manusia boleh hidup tanpa makanan selama beberapa minggu tetapi tidak boleh hidup tanpa minum air selama beberapa hari. Jika kita kerap minum air kotor yang tercemar, pelbagai penyakit akan dihadapi oleh kita dan rakyat yang lain. Jika kita mempunyai wang untuk membayar sendiri sistem penapisan air setiap bulan, mungkin kita lebih selamat dan bernasib baik, namun bayangkan nasib berjuta rakyat yang berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membayar sistem penapisan air di rumah, mereka mungkin terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan jika kerap meminum air yang tercemar atau tidak bersih. Visi saya adalah supaya suatu hari nanti semua rakyat Malaysia akan dapat minum air yang bersih terus dari paip tanpa penapis persendirian di rumah seperti di beberapa negara maju.", "34. Sejak hampir sepuluh tahun yang lalu saya juga kerap membawa isu dan penyelesaian ke atas masalah banjir. Apabila banjir besar melanda, ramai rakyat terkesan dengan kehilangan harta benda dan kehilangan nyawa. Enam tahun yang lalu saya telah menulis sebuah artikel panjang lebar mengenai kajian banjir yang bertajuk “Banjir Berlaku Kerana Manusia”. Artikel satu mukasurat penuh akhbar ini telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dan telah diambil menjadi rujukan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada ketika itu. Saya nyatakan bahawa banjir besar berlaku kerana penggondolan hutan besar-besaran oleh kerajaan negeri terutama di Kelantan yang telah menyebabkan banjir besar bah kuning pada tahun 2014 dan banjir-banjir besar yang lain selepas itu di negeri tersebut. Keadaan yang sama juga berlaku di negeri Kedah. Beratus-ratus ribu hektar hutan-hutan telah ditebang kononnya untuk pertanian tetapi tidak ditanam semula, mereka hanya berminat untuk menebang dan mengambil balak. Apabila berjuta tan selut dari hutan yang digondol dan tidak ditanam semula ini masuk ke dalam sungai, sungai menjadi cetek dan sistem parit menjadi tersumbat dan menyebabkan banjir. Sebab itu apabila banjir besar berlaku, air banjir ini berwarna kuning, warna ini datang dari selut dari kawasan hutan yang digondolkan di hulu, berpuluh kilometer dari kawasan banjir di hilir sungai yang telah menjadi cetek. Untuk mengelakkan banjir besar dari kerap berlaku, saya pernah sarankan supaya diwujudkan Akta Pertanian Hutan (Forest Farming Act) supaya hutan-hutan tidak digondolkan sesuka hati oleh kerajaan negeri tanpa ditanam semula.", "35. Jika kita terus berusaha dan dapat mencapai sedikit sebanyak penyelesaian ke atas keempat-empat masalah di atas iaitu masalah rasuah, masalah ekonomi, masalah air dan masalah banjir, inshaAllah kehidupan rakyat Malaysia akan menjadi lebih dipermudahkan berbanding kesukaran yang dialami selama ini. Ini adalah perjuangan saya, untuk terus berfikir dan berkhidmat untuk mengurangkan beban rakyat daripada masalah-masalah ini ke arah kehidupan rakyat yang lebih baik di samping membina dan merubah sistem politik di Malaysia supaya menjadi lebih bersih dan positif. Semoga perjuangan kita ini diberkati Allah SWT, inshaAllah.", "DOA", "36. Akhir kata saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kerana menyokong perjuangan saya selama ini. Saya mohon sokongan dan restu tuan-tuan dan puan-puan untuk meneruskan perjuangan ini.", "37. Doakan saya. – UMNO Online", "Isham Jalil\nKetua Penerangan UMNO Malaysia\nCalon Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO\n25 Februari 2023" ]
https://umno-online.my/2023/02/14/hargai-perjuangan-dan-pengorbanan-umno-nurul-hazwani/
[ "DUA perkataan yang paling banyak digunakan atau disalahgunakan dalam dunia politik adalah ‘perjuangan’ dan ‘pengorbanan’.", "Kedua-dua perkataan ini adalah mulia dan juga murni serta memperlihatkan gambaran bahawa mereka yang berpegang kepada perkataan ini pasti mempunyai nilai yang tidak mementingkan diri sendiri.", "Tetapi berapa ramai yang menggunakan perkataan ‘perjuangan’ dan ‘pengorbanan’ itu memahami maksudnya?", "", "Sayangnya, dalam dunia hari ini, sikap tidak mementingkan diri, yang ikhlas ‘perjuangan’ dan ‘pengorbanan’ semakin pupus. Perkataan-perkataan itu hanyalah menjadi permainan di bibir, keikhlasan dengan memahami erti serta semangat perkataan itu sudah lama lenyap di hati.", "Jadi, sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama kembalikan semula erti sebenar ‘perjuangan’ dan ‘pengorbanan’ tersebut dengan semangat penuh keikhlasan.", "Kini tibalah masanya untuk saya menawarkan diri memimpin dan membangkitkan semangat baru supaya kita dapat membentuk suatu kekuatan bagi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.", "Saya mempunyai impian bagi membawa sayap Puteri UMNO menjadi tunggak utama untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan serta amanah yang perlu dilaksanakan kepada ahli UMNO khususnya dan pengundi kepada parti yang disayangi demi agama, bangsa dan negara.", "", "Tidak cukup hanya menjadikan kami Puteri UMNO sebagai pengikut semata-mata atau sekadar penyeri majlis. Perubahan landskap politik hari ini harus dijadikan titik mula untuk Puteri UMNO diletakan sebagai peranan utama barisan hadapan dan bersama-sama menguatkan kembali parti UMNO.", "Mesej kita kepada rakyat adalah ‘UMNO is back, and we are here to stay.’", "UMNO bukan hanya sebuah parti politik. UMNO adalah sebuah institusi yang tercetus selepas berakhirnya perang dunia kedua, oleh golongan bijak pandai Melayu, dan dilahirkan di Istana Johor.", "Tugas pertama selepas penubuhan UMNO ialah menentang rancangan British untuk membentuk Malayan Union yang akan mengakibatkan mengancam kuasa orang Melayu dengan Raja-Raja Melayu. Dua tahun selepas itu, British mengalah dan Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan, diikuti Merdeka sembilan tahun kemudiannya.", "Sewaktu negara lain di Asia memperolehi kemerdekaan mereka melalui tumpah darah, kematian, kemusnahan, dan kekacauan, UMNO telah mengemudi laluan diplomasi dan rundingan secara aman untuk memastikan negara tercinta ditadbir sendiri tanpa campur tangan pihak luar.", "UMNO telah berjaya membangunkan kaum Melayu dari sektor pertanian di luar bandar ke suatu golongan profesional yang berpendidikan tinggi dan dihormati, atas dasar pendidikan UMNO dan azam untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif dan berpendidikan.", "Mulai hari ini, apa sahaja yang telahpun berlaku, dan apa sahaja yang akan berlaku, mestilah berdasarkan tanggungjawab bersama. Mudah untuk menuding jari dan bermain permainan menyalahkan satu sama lain. ‘But no man is an island – it is team effort that wins the day’.", "Oleh itu, saya ingin menyeru supaya kita rapatkan saf dan menuju ke arah kemenangan bersama. Kemenangan ini hanya dapat dicapai apabila kita bergerak sebagai satu pasukan.", "Saya berdoa agar pemimpin dan ahli Puteri UMNO akan menyahut seruan saya untuk memperjuangkan parti UMNO yang keramat ini. – UMNO ONLINE", "Nurul Hazwani Haslan\nSetiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia\nKetua PuterI Bahagian UMNO Seputeh" ]
https://umno-online.my/2023/01/29/pemecatan-keahlian-umno-depani-cabaran-mendatang/
[ "Hari ini beberapa orang bertanya saya tentang pemecatan Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin. Baru-baru ini Lembaga Disiplin UMNO telah membuat keputusan untuk menggantung Tan Sri Noh dari keahlian UMNO, namun dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO kelmarin Tan Sri Noh telah meminta supaya dia terus dipecat.", "Saya dan ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi yang lain tidak ada dalam Lembaga Disiplin UMNO, namun saya yakin Lembaga Disiplin UMNO telah membuat penelitian terhadap laporan-laporan dan bukti-bukti yang ada sebelum membuat keputusan untuk menggantung Tan Sri Noh dan memecat Khairy Jamaluddin, serta mengambil tindakan kepada 40 orang ahli UMNO yang lain.", "Majlis Kerja Tertinggi tidak campurtangan dalam proses siasatan dan keputusan Lembaga Disiplin. Majlis Kerja Tertinggi kebiasaannya memperakukan saranan dan keputusan Lembaga Disiplin berkenaan kes-kes disiplin yang melibatkan ahli-ahli parti.", "Saya telah dimaklumkan bahawa terdapat 16 laporan atau bukti yang menunjukkan Tan Sri Noh telah melanggar disiplin parti semasa pilihanraya umum ke-15 yang lepas apabila dia tidak dicalonkan. Antara hujah pembelaan dirinya, Tan Sri Noh berkata calon BN di Tanjong Karang telah kalah sebab penolakan pengundi terhadap UMNO dan bukan kerana sabotaj yang berlaku kepada parti. Namun demikian, pandangan saya ialah keputusan kalah atau menang itu bukanlah boleh dijadikan alasan untuk lepas dari pelanggaran disiplin, sebab jika kita menang pun tetapi ada ahli yang mensabotaj parti maka orang yang mensabotaj tersebut tetap bersalah dan perlu diambil tindakan, apakan lagi apabila kita kalah.", "Khairy pula telah menyatakan bahawa UMNO telah sesat semasa kempen PRU-15 di Sungai Buloh baru-baru ini. Saya lihat mungkin strateginya adalah untuk menangkan dirinya di Sungai Buloh dengan menghentam partinya sendiri untuk menarik pengundi yang membenci UMNO. Namun demikian, kesan negatif daripada tindakannya ini diterima oleh UMNO di seluruh negara apabila media-media perdana dan media sosial parti lawan menyebarkan kenyataannya secara meluas kepada pengundi. Dia pastinya tahu dia mungkin boleh menang di Sungai Buloh dengan strategi ini tetapi dengan sedikit-sebanyak mengorbankan calon-calon UMNO yang bertanding di tempat-tempat lain.", "Terdapat juga 25 orang yang telah dilucut keahlian kerana mereka telah bertanding sebagai calon atau menjadi penyokong calon di atas tiket lawan iaitu Perikatan Nasional (PN) atau bebas semasa PRU-15 yang lepas. Saya telah dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah memeriksa dan merujuk perkara ini dengan maklumat daripada SPR. Ini termasuklah seorang pegawai Tan Sri Noh yang bertanding sebagai calon bebas di Tanjung Karang menentang calon UMNO.", "Dan 15 lagi orang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin dengan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa mereka telah menyokong parti lawan terutama Perikatan Nasional semasa kempen PRU-15 yang lepas. Saya telah dimaklumkan bahawa terdapat banyak laporan, video dan gambar-gambar yang menunjukkan antaranya mereka telah berkempen dan memakai baju Perikatan Nasional untuk calon lawan menetang calon UMNO.", "Persoalannya, adakah kita perlu menjadi lembut atau lembik dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku tanpa apa-apa tindakan? Dalam hal ini kita perlu bertegas. Sebab UMNO kini berada dalam masa yang penting untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran mendatang, kita tidak boleh berjuang dan menentang musuh dalam perang jika ada duri dalam daging di tubuh. Dalam setiap organisasi perlu ada disiplin, jika tidak organisasi akan menjadi anarki dan lemah serta mudah ditewaskan musuh. Sebab itu contohnya dalam tentera disiplin adalah perkara yang paling utama.", "Semasa zaman Rasulullah, tentera Islam telah kalah dalam perang Uhud kerana sebahagian daripada mereka tidak berdisiplin dan segera ingin mencari harta rampasan perang untuk diri sendiri tanpa menghiraukan arahan Rasulullah. Walaupun UMNO adalah parti politik dan bukan organisasi tentera yang mana hukuman tidak mendengar arahan dalam tentera adalah seberat hukuman mati, namun setiap individu dalam organisasi yang bukan tentera pun perlu ikut disiplin berorganisasi supaya organisasi sentiasa kukuh dan tidak menjadi lemah. Dan hukuman mesti adil kepada semua, jika hanya orang-orang bawahan sahaja dikenakan tindakan namun nama-nama besar dilepaskan begitu sahaja, maka ia tidak adil dan bukanlah suatu contoh tauladan yang baik.", "Tan Sri Noh menyatakan bahawa dia belum dipanggil oleh Lembaga Disiplin untuk memberi kenyataan dan hanya dipanggil untuk hadir pada hari esok. Saya tidak berada dalam Lembaga Disiplin oleh itu saya tidak boleh komen berkenaan mengapa halnya sedemikian. Namun pandangan saya adalah mungkin Lembaga Disiplin telah berpuas hati dengan bukti-bukti yang ada yang jelas menunjukkan pelanggaran disiplin mengikut Perlembagaan UMNO dan membuat rekomendasi kepada Majlis Kerja Tertinggi.", "Ada beberapa pihak yang mempersoalkan tentang prosidur dan isu teknikaliti berkenaan proses pemecatan mereka atau rakan-rakan mereka. Di sini saya ingin nyatakan (dan mengikut makluman dari para peguam UMNO) bahawa sebenarnya mengikut Perlembagaan UMNO proses tindakan pemecatan atau penggantungan ahli hanya perlu dirujuk kepada Majlis Kerja Tertinggi sahaja. Proses-proses lain yang melibatkan Lembaga Disiplin dan sebagainya itu sebenarnya hanyalah pengurusan dalaman yang dipraktikkan. Oleh itu apabila Majlis Kerja Tertinggi telah memperakukan pemecatan dan penggantungan ahli UMNO, maka pemecatan dan penggantungan itu adalah sah di sisi Perlembagaan UMNO dan undang-undang serta peraturan.", "Namun ini tidak bermakna Tan Sri Noh dan yang lain tidak boleh merayu atau berjumpa lagi dengan Lembaga Disiplin untuk membela diri. Dia masih boleh berjumpa dengan Lembaga Disiplin seperti tarikh asal jemputan iaitu 30 Januari 2023 atau esok. Lembaga Disiplin UMNO bukanlah Mahkamah Persekutuan dan hukuman kepada Tan Sri Noh dan Khairy ini bukanlah hukuman penjara atau hukuman mati. Mereka masih boleh membela diri dan merayu beberapa kali. Jika Tan Sri Noh dan Khairy serta yang lain-lain boleh mengalahkan bukti-bukti terhadap mereka yang menunjukkan mereka bersalah, saya percaya Lembaga Disiplin akan membuat keputusan yang seadilnya. Namun saya ingin menasihatkan kepada mereka supaya usahlah mencabar-cabar Lembaga Disiplin atau Majlis Kerja Tertinggi untuk memecat mereka seperti yang mereka telah lakukan sebelum ini, ini akan memburukkan lagi keadaan dan menunjukkan keangkuhan.", "Akhir kata, saya ingin nyatakan supaya ahli-ahli UMNO yang telah digantung dan dipecat di atas supaya bersabar dengan cabaran Allah SWT ini. Saya dahulupun pernah dipecat daripada jawatan parti walaupun bukan kerana kesalahan disiplin, oleh itu saya tahu bagaimana rasanya apabila kita dipecat. Namun saya percaya untung nasib kita ditentukan oleh Allah SWT dan bukan oleh manusia, jika kita berjuang dengan ikhlas dan terus istiqamah, Allah akan bantu kita, inshaAllah.Sekian, ikhlas dan salam.Ketua Penerangan UMNO MalaysiaIsham Jalil29 Januari 2023" ]
https://umno-online.my/2023/01/28/pembersihan-total-dalam-umno/
[ "Pembersihan total telah dilaksanakan dalam mesyuarat MKT malam tadi. Pembersihan total disebut oleh Zahid semasa sesi Taklimat Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2022.", "Beberapa nama penting terlibat. KJ dan Noh Omar dipecat. Hishamuddin, Shahril Hamdan, Salim Sharif dan Maulizan Bujang digantung enam tahun. Manakala Fathul Bari dikenakan surat tunjuk sebab.", "Apakah ini mengejutkan. Parti kena berani sebagaimana mereka yang dipecat itu berani memfitnah parti. Bersatu juga memecat Tun M dan Mukriz. PKR pula memecat Azmin, Tian Chua dan Zuraida. Tiada yang luar biasa.", "Luar biasa ialah tindakan KJ menghentam parti dan Presiden semasa kempen PRU. Parti jadi kambing hitam kononnya untuk meraih undi. Lagi luar biasa tindakan Hishamuddin.", "Dia tidak serik membelakangkan parti. Bawa MP UMNO ke rumah Azmin Ali. Suruh Ketua Bahagian Sabah masuk Bersatu. Penggerak utama MP BN tanda tangan SD sokong Muhyiddin adalah Hishamuddin.", "Ada yang akan kata, anak muda akan lari dari UMNO. Kita tanya balik, berapa ramai anak muda yang mereka bawa masuk untuk sokong perjuangan UMNO?", "Apakah ia demokratik? Ia diputuskan atas syor Lembaga Disiplin UMNO. Ia bukan keputusan Presiden. Cuma kali ini Presiden yang bawa syor tersebut pada MKT.", "Biasanya Pengerusi JK Pengurusan yang bawa syor Lembaga Disiplin. Noh Omar yang hadir mesyuarat MKT malam tadi keliru. Dia tuduh Presiden UMNO buat keputusan sendiri.", "Ini berbeza bila Mahathir pecat Anwar Ibrahim. Tun M bawa ke MKT untuk pecat Anwar tanpa melalui Lembaga Disiplin.", "Noh Omar bukan dipecat kerana isu usul tiada pertandingan jawatan nombor satu dan dua. Dia dituduh sabotaj parti semasa PRU ke 15. Ada 16 laporan sabotaj terhadap Noh Omar.", "Kenapa KJ dipecat? Khairy memang melampau. Memburukkan parti dan Presiden semasa kempen PRU amat keterlaluan. Fitnah pengundi hantu semasa PAU UMNO 2022 berniat jahat.", "Apakah parti akan pecah? Itulah naratif yang akan dieksploit oleh sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati. Tetapi parti sudah lama dipecah belahkan oleh mereka yang suka melawan keputusan parti.", "Selepas UMNO hilang kuasa di PRU ke 14 ada pemimpin menjauhkan diri dari UMNO. Takut terpalit dengan kluster Mahkamah. Mereka takut didakwa kerana telah dipanggil SPRM.", "Mereka duduk di luar pagar. Ada kalanya tikam parti dari belakang. Kini mereka dipecat atau digantung. Apa salahnya mereka sekali lagi duduk di luar pagar.", "Dipecat amat menyakitkan tetapi keperluan. Kalau betul cintakan parti merayulah. Kalau tidak mahu merayu tunggulah 6 tahun. Kecuali mereka sudah ada pilihan lain.", "Buatlah pilihan.", " ", "Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO", "Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi" ]
https://umno-online.my/2023/01/10/perhimpunan-agung-umno-2022-masa-untuk-muhasabah/
[ "KUALA LUMPUR, 10 Jan – Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan membuka tirainya esok menjadi platform terbaik buat parti itu untuk membuat perancangan segera bagi bergerak ke hadapan susulan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Perhimpunan kali ini juga dilihat penting untuk mencerminkan bagaimana parti politik terbesar Melayu itu menyelesaikan semua perkara yang berhubung kait dengan isu dalaman parti, selepas parti itu kalah kali kedua dalam PRU, kali ini dengan rekod paling buruk selepas turut hilang kepercayaan pengundi pada PRU14.", "Walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) berada dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun UMNO dan BN bukan lagi parti yang dominan.", "", "Baru-baru ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengajak ahli parti untuk bermuhasabah dan bersatu dari segi pemikiran, hati nurani serta tindakan bagi mengembalikan semula kekuatan parti yang sebelum ini menjadi tunjang memartabat bangsa, agama dan negara.", "Bagi beliau, agenda memperkukuh semula UMNO, yang merupakan parti tunjang dalam BN, perlu diutamakan setelah ‘terpukul’ pada PRU15 berbanding melayani kehendak individu yang bersifat ‘gunting dalam lipatan.", "Selain isu dalaman, penolakan terhadap UMNO dan BN yang banyak dikaitkan dengan persepsi rasuah kalangan pemimpin turut penting untuk diteliti secara mendalam susulan BN hanya memenangi 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi pada PRU15.", "Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil dilaporkan berkata UMNO perlu berusaha membetulkan stigma masyarakat terhadap parti itu yang sering didakwa mengamalkan rasuah sekiranya mahu bangkit semula selepas dua kali ditolak dalam PRU.\nKatanya sepanjang 60 tahun menjadi parti dominan, UMNO sering menjadi sasaran diserang dengan isu rasuah sehingga ideologi itu berjaya ditanam dalam fikiran orang ramai.", "Pertemuan tahunan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang akan dihadiri 6,198 perwakilan dan pemerhati kali ini menyaksikan jumlah perwakilan dan pemerhati yang bertambah apabila ia turut melibatkan ketua penerangan bahagian dan sayap parti.", "", "Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini telah menyatakan penyertaan secara automatik ketua penerangan bahagian, wanita, pemuda dan puteri itu bertujuan supaya mereka dapat memberi penjelasan kepada ahli UMNO di kawasan masing-masing mengenai ucapan dasar presiden, perwakilan negeri dan sayap.", "Seramai 2,822 perwakilan dan pemerhati akan ke Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung sehingga Sabtu ini, sementara 1,117 perwakilan akan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, 1,146 Pemuda dan 1,113 ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri yang akan dirasmikan secara serentak oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, malam esok.\n\nBuat julung kalinya juga, perhimpunan kali ini tidak akan menjemput perwakilan asing dan tiada sebarang jemputan dikeluarkan kepada parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN untuk menghadirinya bagi memberi laluan kepada parti itu menyelesaikan semua perkara yang berhubung kait dengan isu dalaman parti dan BN.", "Selain itu, perhimpunan kali ini juga akan hanya tertumpu kepada ucapan dasar presiden yang mungkin akan menyentuh hal berkaitan pendidikan, agama, ekonomi, politik dan antarabangsa.", "Antara yang turut menjadi tumpuan pada perhimpunan kali ini ialah perhimpunan agung khas yang akan diadakan pada Jumaat ini bagi membuat pindaan pada dua fasal perlembagaan, termasuk Fasal 20.11 yang menyebut seseorang ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya akan gugur keahlian dengan sendirinya, untuk disesuaikan dengan Akta Anti Lompat Parti.", "Satu lagi fasal perlembagaan parti yang dicadang untuk dipinda ialah Fasal 8.4 iaitu untuk meletakkan ketua penerangan bahagian, wanita, pemuda dan puteri secara automatik menjadi perwakilan dalam perhimpunan agung tahunan pada setiap tahun.", "Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis 2022, telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Jan 2023. – BERNAMA" ]
https://umno-online.my/2022/12/30/umno-perlu-kuasai-politik-persepsi/
[ "SAYA lihat dalam pelan jangka pendek menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), UMNO sudah perlu ubah pendekatan dan strategi mereka mengikut kesesuaian trend semasa jika mahu terus bangkit dan berubah.", "Jika kita perhatikan dalam 10 tahun kebelakangan ini, bila media sosial sedikit demi sedikit mengubah landskap politik Malaysia, trend politik persepsi mula mengatasi cara tradisi politik khidmat kepada rakyat. Sejak ledakan teknologi maklumat, kebanyakan rakyat terutamanya orang muda lebih suka menetapkan pilihan mereka berdasarkan persepsi yang mereka terima melalui media sosial.", "Sebab itulah walaupun ramai Ahli Parlimen pembangkang ketika itu tak buat kerja, tak berkhidmat untuk rakyat, abaikan kawasan tapi hanya lebih berpolitik di media sosial, mereka tetap menang. Rakyat macam tak kisah kalau dapat YB yang tak perform asalkan matlamat politik emosi mereka tercapai. Walaupun sepanjang tempoh 60 tahun wakil-wakil rakyat UMNO majoritinya berkhidmat dan bekerja keras untuk rakyat di kawasan masing-masing, tapi dek terpengaruh dengan politik persepsi yang dibawa pembangkang, akhirnya rakyat menyingkirkan mereka.", "Game pembangkang ketika itu seperti Pakatan Harapan (PH) dan PAS lebih menjurus untuk mencipta persepsi buruk atau negatif terhadap kerajaan BN dengan memberikan pelbagai gambaran, auta yang nampak macam fakta dan macam-macam lagi metod digunakan untuk serang kerajaan. Kumpulan cybertrooper DAP seperti Red Beans Army memang cukup berjaya membina imej buruk kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ketika itu.", "Tambahan pula ketika itu geng cybertrooper UMNO/BN tak dapat nak tangkis majoriti serangan siber yang dibuat oleh RBA. Bukannya UMNO/BN tak ada tentera siber sendiri, ada ramai tapi ramai yang ambil upah saja tapi duduk goyang kaki. Buat kerja acuh tak acuh macam lepaskan batuk di tangga. Sebab itulah sebelum PRU 2018 lagi, kumpulan cybertrooper duduk menggasak dan menyerang pemimpin-pemimpin UMNO sehingga ramai yang nampak jelek di mata rakyat.", "Kalau boleh UMNO juga perlu lahirkan seorang lagi Rafizi versi UMNO yang bijak memanipulasi isu, boleh jadi raja formula dan juga boleh jadi seorang pengkaji yang boleh membuatkan seorang yang bersih nampak kotor. Kita boleh lihat bagaimana Rafizi serang UMNO/BN sepanjang tempoh 2010 sehingga 2018 dengan membangkitkan persepsi negatif pemimpin-pemimpin UMNO di mata rakyat.", "Kemuncaknya kita lihat bagaimana pembangkang dapat manipulasi secukup-cukupnya isu 1MDB sehingga rakyat percaya bulat-bulat dan terus tolak UMNO/BN pada PRU14. Kita boleh lihat bezanya askar siber pembangkang dengan pasukan siber UMNO/BN yang dimewah-mewahkan sampai leka tak buat kerja. Saya difahamkan ramai daripada ahli-ahli RBA ketika itu bekerja secara sukarela semata-mata mahu jatuhkan kerajaan BN.", "Situasi sama juga berlaku pada PRU15 lalu di mana PN bijak kerana cepat belajar daripada contoh-contoh yang pernah dibuat oleh RBA. Team Cybertrooper dan kempen Perikatan Nasional (PN) gunakan semak semaksimum mungkin platform sosial media terutamanya Tiktok yang tengah top untuk berkempen dan memanipulasi politik persepsi. Mereka tahu kebanyakan yang guna sosial media ini adalah golongan muda atau pengundi 18 yang berpaksikan kepada politik emosi.", "Jadi, saya rasa kalau UMNO mahu terus kekal relevan dan mahu tambat hati rakyat terutamanya orang muda, UMNO kena kuasai corak politik persepsi. UMNO tak boleh lagi terlalu fokus pada cara lama seperti politik khidmat, berita syok sendiri mahupun program-program retorik yang nampak gah tapi tiada impak besar. Portal rasmi UMNO/BN perlu lakukan perubahan content supaya lebih menarik dan up to date dan bukannya fokus kepada individu-individu tertentu saja. Begitu juga cybertroopers UMNO sudah boleh membuat content yang berunsur persepsi sama ada dalam bentuk positif kepada pemimpin UMNO atau membina persepsi negatif terhadap pihak lawan. Sudah tiba masanya portal dan cybertroopers UMNO mengambil sikap menyerang dan membalas berbanding tindakan bertahan selama ini.", "Kita sendiri boleh lihat bagaimana kuasa media sosial dan viral membantu Najib bangkit kembali dan menjadi selebriti politik. Biarpun ketika masih bergelut dengan kes-kes mahkamah tapi kemampuan team cybertroopers Najib berjaya menjadikan Bossku sebagai ikon politik baru di dunia siber. Mungkin Najib dan pasukannya cepat belajar daripada situasi sebelum PRU14 bagaimana pembangkang berjaya menguasai minda rakyat hanya melalui politik persepsi.", "MP Kerajaan Dan Pembangkang Kena Berfikir Ikut Blok Sendiri", "Segalanya sudah terbukti. Semuanya sudah disahkan. Kerajaan Perpaduan yang dianggotai PH, BN, GPS, GRS, KDM dan wakil bebas adalah sebuah kerajaan baharu yang stabil bila undi percaya di Parlimen dua hari lepas diluluskan dengan suara majoriti. Pembangkang PN sudah boleh tutup mulut dan terima hakikat bahawa mereka ada pembangkang.", "Cuma saya nak pesan kepada MP-MP kedua-dua belah pihak supaya berfikir dan bertindak mengikut blok masa kini mereka. MP kerajaan terutamanya dari PKR, DAP dan Amanah perlu ubah minda mereka daripada cara berfikir seorang pembangkang kepada corak berfikir sebagai wakil kerajaan. MP-MPH PH tak boleh lagi bertindak sembrono atau membawa budaya pembangkang lagi. Setiap tindakan atau kenyataan mereka mesti sebagai wakil kerajaan kerana kalau masih ikut budaya pembangkang, nama baik Kerajaan Perpaduan akan terjejas.", "Saya bimbang MP-MP baru dari PH terutamanya MP muda yang dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri masih terbawa-bawa cara politik pembangkang. Mereka kena belajar daripada senior-senior dalam PH mahupun BN dan kena bijak beradaptasi dengan realiti sekarang. Berhati-hati ketika bercakap, beringat ketika menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada rakan media supaya tak ada percakapan mahupun kenyataan yang dikeluarkan boleh dimanipulasi oleh orang lain. Saya tak risau dengan MP-MP UMNO kerana majoriti mereka yang menang dan berada dalam Kabinet adalah orang-orang yang berpengalaman luas sebagai wakil pembangkang.", "NOTA KAKI*\n– Hadi Bawang eh silap Hadi Awang keluarkan fatwa baru lagi. Orang Islam yang tak mengundi walaupun dengan alasan tunaikan haji atau umrah sudah melakukan dosa besar dan konsep kerajaan perpaduan yang tak ikut petunjuk Allah adalah haram!", "– Wahhh begitu lancang mulut Hadi ini dan sangat senang keluarkan fatwa serta jatuhkan hukum bila babitkan isu yang beri laba politik kepada puak dia. Tapi sebenarnya saya tak hairan pun dengan mulut lancang Hadi tu sebabnya sudah berpuluh-puluh fatwa politik yang dia keluarkan selama jadi pemimpin PAS.", "– Paling legend adalah Amanah Haji Hadi tahun 1981 yang memfatwakan sokong UMNO akan jadi kafir. Kerana Amanat puaka itulah yang memecah belahkan umat Islam dengan penuh dahsyat. Sehinggakan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 mewartakan Amanat Hadi itu sebagai bertentangan dengan Islam dan sesat.", "– Apa yang saya tak faham, walaupun sudah jelas Hadi selalu mengeluarkan kenyataan yang tak selari dengan tuntutan Islam dan banyak menunggang agama untuk kepentingan politik, masih ramai orang Islam yang percaya dan masih undi dia serta PAS.", " ", "Datuk Nur Jazlan Mohamed", "Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor/ Ketua UMNO Bahagian Pulai", " " ]
https://umno-online.my/2022/12/21/tugas-penting-mengembalikan-maruah-parlimen-malaysia/
[ "1. Semalam (19 Dis) menyaksikan keabsahan kerajaan perpaduan Malaysia diuji dan diiktiraf di Parlimen.", "Ini bukanlah kali pertama keabsahan Kerajaan diuji melalui undi percaya terhadap Perdana Menteri.", "2. Telah ada dua precedent terdahulu yang melaksanakan undi percaya terhadap Perdana Menteri bagi mengabsahkan Kerajaan pimpinannya secara demokratik.\nPertama oleh Tun Hussein Onn pada 1976, dan yang kedua dibuat oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 2003.", "3. Dalam kedua-dua precedent tersebut, tidak pernah dipersoalkan keperluan untuk diadakan undi percaya walaupun lantikan Perdana Menteri telah dilakukan terlebih dahulu oleh Yang Di Pertuan Agong.", "Yang peliknya Pengerusi PN mencabar agar usul undi percaya lakukan, akan tetapi berdalih di parlimen.", "\n4. Malah pembangkang tidak berani mengusulkan undi belah bahagi kerana akan memalukan lagi pembangkang yang dahulu mendakwa cukup majoriti untuk jadi Perdana Menteri dan bentuk kerajaan.", "5. Tindakan mempersoalkan keperluan untuk mengadakan undi percaya atau mempersendakannya sebagai “political gimick” adalah bertentangan dengan lunas demokrasi Malaysia dan mencerminkan keangkuhan dan sikap pembangkang yang tidak konsisten.", "6. Semalam juga menyaksikan perbalahan yang amat merugikan apabila perkara-perkara yang tidak memberi manfaat secara langsung terhadap permasalahan paling mendesak rakyat dibangkit dewan.", "Sikap pembangkang ini amat memalukan pengundi mereka sendiri kerana menunjukkan ketidakmatangan. hingar bingar ini dipersembahkan kepada rakyat yang mahukan kematangan politik dan bukan masih bermain dengan retorik dan sentimen.", "7. Alangkah sedihnya apabila mereka yang sedang dilanda musibah banjir melihat wakil yang mereka pilih untuk memegang amanah masa depan mereka lebih pedulikan retorik dan sentimen.", "Malah hal gosip liar tak ada credential dari luar negara diangkat berbanding daripada memastikan terdapat perlindungan terbaik dari segi nyawa, harta dan emosi mereka.", "8. Betapa dukanya apabila mereka yang terkesan oleh kejadian tanah runtuh di batang kali, melihat wakil yang mereka pilih lebih pedulikan penggunaan istilah kerajaan perpaduan atau gabungan daripada memastikan semua mangsa dapat dikenalpasti, diselamatkan dan dibantu sebaik-baiknya.", "9. Saya berharap mutu perbahasan dalam sidang dewan yang akan datang lebih berwibawa dan berkualiti tinggi daripada kedua-dua belah.", "10. Saya juga berharap pihak pembangkang selepas ini boleh membentuk kabinet bayangannya dan benar-benar berfungsi sebagai pembangkang yang berkesan.", "11. Cabaran yang akan kita depani tahun depan tidak harus diperkecilkan.", "11a. Pertama, inflasi keseluruhan dijangka kekal tinggi pada 2.8-3.3% (Sumber: Bank Negara Malaysia) menjelang tahun 2023, disebabkan tekanan permintaan dan kos serta perkembangan harga komoditi global akibat konflik ketenteraan di Ukraine dan gangguan berkaitan bekalan yang berlarutan.\nKadar inflasi tinggi ini akan terus menjejaskan kuasa beli dan simpanan rakyat.", "11b. Kedua, prospek perniagaan sektor Industri berubah pesimis untuk Suku Tahun Keempat tahun 2022 sehingga Suku Tahun Pertama tahun 2023, dengan imbangan bersih -7.9 peratus. Prospek negatif ini menjunam daripada +14.5 peratus untuk 6 bulan lalu (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia).\nPada masa yang sama, sentimen dalam sektor Pembinaan kekal negatif bagi Oktober 2022 hingga Mac 2023 dengan imbangan bersih -20.7 peratus berbanding -10.3 peratus 6 bulan lepas.", "11c. Ketiga, kemalaran pertumbuhan 3 gergasi ekonomi dunia pada tahun 2023, iaitu US pada 1.0% , China pada 4.4% dan Persekutuan Eropah pada 0.5%. (Sumber: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).", "Hal ini akan memberi kesan meluas terhadap sektor perdagangan dan kewangan di seluruh Asia, terutamanya Malaysia sebagai ekonomi terbuka.", "12. Maka, semua cabaran ini memerlukan kerjasama padu antara semua pihak berkepentingan. Terutamanya bagi semua yang diberi mandat dan kepercayaan sebagai wakil rakyat.", "13. Sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dan penuh amanah, kita perlu kembali membahaskan strategi pertumbuhan yang mapan dan mencari solusi terbaik demi rakyat Malaysia.", "Pembangkang perlu conscious mengenai isu pemulihan ekonomi dan pembangunan dan bukannya sekadar bernada sarkastik, picisan, retorikal dan memainkan sentimen bagi berdepan dengan data dan hujah pihak Kerajaan Perpaduan.", "14. Kerajaan Perpaduan mempunyai agenda ekonomi yang lebih jelas dan isu rakyat sentiasa mendapat tempat dan kedudukan.\nKita tidak boleh terus membiarkan negara kita dilanda ombak ketidakstabilan politik.", "15. Buktinya, Nilai Ringgit yang semakin mengukuh setelah kerajaan baru dibentuk memberi gambaran jelas betapa kestabilan politik merupakan perkara paling asas dalam membina ekonomi yang lebih baik.", "16. Malah agensi penarafan kredit fitch solutions yang menurunkan taraf kredit kredit Malaysia daripada A- kepada BBB+ pada tahun 2020 secara khusus menyatakan ketidakstabilan politik sebagai sebab penting penurunan taraf berkenaan.", "17. Oleh itu, usahlah menggugat kestabilan politik negara. Kelak yang rugi adalah kita semua.", "18. Ikhtiar membina semula negara ini dan mencapai potensi ekonominya yang terbaik bermula daripada Parlimen yang lebih bermaruah.", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\nTimbalan Perdana Menteri\nPresiden UMNO" ]
https://umno-online.my/2022/12/20/politik-khidmat-bakti-lagi/
[ "PANTAI Timur sekali lagi dilanda banjir besar, saya dimaklumkan yang banjir di Kuala Krai mungkin akan seperti banjir besar pada 2014 yang menyaksikan kerosakan yang amat teruk.", "Begitu juga di Pahang & Terengganu serta kawasan-kawasan lain di Kelantan.", "Presiden UMNO juga merupakan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah telah turun padang dan mengumumkan beberapa inisiatif bagi membantu mempercepatkan usaha menangani masalah banjir.", "", "Kedengaran juga suara-suara dari dalam parti bertanya bila UMNO nak mula menggerakkan jentera parti untuk membantu.", "Sejujurnya pasca PRU15 ini saya memahami perasaan ahli-ahli UMNO yang berbelah bahagi.", "Tidak siapa boleh menafikan yang UMNO telah memberikan segala-galanya kepada rakyat selepas PRU14 hinggalah menjelang PRU15.", "UMNO menjadi juara rakyat dalam menghadapi kerajaan PH..", "UMNO menjadi juara rakyat dalam menghadapi kerakusan kerajaan PN Mahaidin.", "UMNO menjadi juara rakyat dalam mengimbangi kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri.", "UMNO menjadi juara rakyat dalam menghadapi bencana-bencana.", "Namun segala usaha UMNO tidak dihargai dan di ambil sebagai merit ketika rakyat memangkah kertas undi.", "Teruknya segala jasa UMNO/BN dibakulsampahkan oleh rakyat hinggakan orang yang merayu-rayu UMNO untuk mendesak pengeluaran One-Off KWSP RM10K sendiri tidak mengundi BN.", "Teruknya segala jasa UMNO/BN dibakulsampahkan oleh rakyat hinggakan orang yang mengibarkan bendera putih dan di bantu UMNO kerana PKP separuh masak di buat oleh Mahaidin sendiri tidak mengundi BN.", "begitu teruk sekali jasa-jasa UMNO dilupakan.", "jadi adakah relevan lagi politik khidmat bakti ini kerana mereka yang tak beriya membantu rakyat lebih dipilih oleh rakyat berbanding mereka yang mengabdikan diri untuk rakyat.", "Adakah patut khidmat bakti itu dilakukan melalui NGO atau secara individu dan bukan lagi parti kalau pahala serta keberkatan Illahi yang kejar.", "atau sepatutnya politik khidmat bakti seadanya sahaja dan tidak sampai perlu perlu ada gerakan skala besar seperti sebelum ini?", "atau sepatutnya UMNO mencontohi parti-parti politik yang berjaya memenangi hati rakyat hari ini dengan hanya perlu bermain persepsi sepanjang masa?", "itu persoalan utama yang UMNO perlu tanyakan dalam merancang hala tuju pasca PRU15 ini.", "Mohd Shukry Bin Roslan\nKetua Penerangan\nPergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang\n𝗡𝗼 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢: 𝟢𝟥𝟧𝟩𝟦𝟩𝟩𝟤" ]
https://umno-online.my/2022/12/13/memakmurkan-luar-bandar-negara-fokus-ahmad-zahid/
[ "1. Pembangunan luar bandar di Malaysia bukan bertujuan membandarkan wilayah atau kawasan luar bandar. Pembangunan luar bandar bukan proses urbanisasi.", "2. Tetapi memastikan luar bandar mencapai tahap kemajuan sesuai dengan acuan kemajuan ukuran standard yang ditetapkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dalam melestarikan pembangunan desa.", "3. Dengan kata lain proses modenisasi dalam konteks cara berfikir, mengurus hal ehwal ekonomi yang progresif dan sesuai dengan keperluan semasa.", "", "4. Jadi, ukuran kejayaan pembangunan luar bandar tidak pernah berasaskan kepada pencakar langit yang tinggi, deretan bangunan mega, jalan raya bertingkat-tingkat mahupun kawasan perumahan yang sesak dan padat.", "5. Sebaliknya, pembangunan luar bandar adalah agenda yang mempunyai fokus dan dimensi tersendiri.", "6. Melihat kepada angka-angka statistik ekonomi dan demografi luar bandar Malaysia, ia agak mencemaskan.", "7. Pertama, jika dilihat daripada penghijrahan penduduk sejak 10 tahun kebelakangan ini, lebih ramai penduduk kawasan bandar berhijrah ke luar bandar berbanding luar bandar ke bandar.", "8. Pada tahun 2020, angka ini adalah 18.1% penghijrahan penduduk dari bandar ke luar bandar berbanding 3.0% luar bandar ke bandar.", "9. Ini adalah angka yang menggalakkan kerana dengan penghijrahan penduduk kembali ke luar bandar, bermakna pengalaman kerja, kemahiran dan ekonomi yang lebih inovatif yang diterokai di bandar dapat dibawa ke luar bandar.", "", "10. Ini sepatutnya dapat meningkatkan limpahan ekonomi dan peluang di kawasan luar bandar.", "11. Tetapi nampaknya tidak.", "12. Ekonomi luar bandar tetap memperlihatkan kesenjangan yang amat tinggi antara kawasan bandar dan luar bandar.", "13. Berdasarkan data terkini pada 2019, pendapatan penengah isi rumah luar bandar adalah RM 3,828 berbanding RM6,561 bagi kawasan bandar.", "14. Secara perbandingan mudah, bagi setiap RM100 yang diraih penduduk di bandar, penduduk luar bandar hanya mampu meraih sebanyak RM58.", "15. Tahun 2019 juga merekodkan kadar kemiskinan yang tinggi di kawasan luar bandar sebanyak 12.4% berbanding kadar kemiskinan keseluruhan Malaysia iaitu 5.6%.", "16. Dan kesenjangan ini terus melebar tahun demi tahun.\n", "17. Meminggirkan penduduk luar bandar daripada kebejatan ekonomi Negara yang didorong kemajuan bandar.", "18. Data ini tidak mengambil kira tahun 2020 ke atas yang mana kita tahu kesan ekonomi disebabkan wabak covid jauh lebih membarah.", "19. Ini adalah sesuatu yang semakin kritikal dan tidak boleh dibiarkan tenat.", "20. Sesuatu yang drastik dan radikal perlu dilakukan daripada sekarang jika tidak mahu kawasan luar bandar Malaysia terus ketinggalan.", "21. Maka penggal ini, isu kesenjangan, penerokaan potensi ekonomi dan peningkatan taraf hidup luar bandar akan menjadi keutamaan dan fokus saya dalam menerajui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).", "22. Untuk itu, saya akan menggembleng tenaga dan kudrat kementerian serta agensi-agensinya untuk bersama-sama menyelesaikan segala isu berkaitan desa di Malaysia sepantas yang mungkin.", "23. Insha Allah, saya akan mengemukakan pelan tindakan dan KPI Kementerian dalam masa terdekat.", "24. Dan Insha Allah, jika kita bersama-sama bersatu hati dan beriltizam, kita akan dapat memakmurkan kembali luar bandar Malaysia.", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\nPresiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri / Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah" ]
https://umno-online.my/2022/12/04/mahiaddin-yassin-perlu-akur-hakikat-kabinet-perpaduan/
[ "1. Mahiaddin Yassin seolah-olah terus meroyan apabila gagal dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak sampai 24 jam kabinet angkat sumpah Mahiaddin menuduh pembentukan kerajaan dan kabinet tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat yang tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.", "2. Mahiaddin lupa kuasa perlantikan Perdana Menteri ialah atas kuasa Baginda Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.\n", "3. Pelantikan yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini juga selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara.", "Perbincangan khas itu juga bertujuan bagi Seri Paduka mendapat pandangan Raja-Raja Melayu untuk membolehkan Baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.", "4. Begitu pelantikan kabinet. Perdana Menteri telah mempersembahkan senarai semua ahli jemaah Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong barulah diumumkan oleh Perdana Menteri.", "Ini berbeza dengan situasi pelantikan Duta Indonesia suatu ketika dahulu yang seolah-olah tiada perkenan Istana Negara.", "5. Dengan kata lain, pelantikan Perdana Menteri kemudian disusuli oleh pelantikan ahli jemaah Menteri ialah perlu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.", "6. Mahiaddin perlu menghormati segala pelantikan ini dan tindakan Mahiaddin dan sekutunya yang cuba mempertikaikan segala pelantikan ini adalah gambaran wajah sebenar Mahiaddin dan sekutunya yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.\n\n7. Mahiadin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu dan perlu mencontohi parti Dap yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu, bergerak ke hadapan demi menjayakan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.", "8. Mahiaddin dan sekutu perlu belajar menjadi pembangkang yang berwibawa dan bukannya merengek serta meroyan tidak dapat menerima hakikat beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan gagal membentuk kerajaan. Belajarlah juga menghormati proses dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.", "9. Kerajaan ini bukan kerajaan Pakatan Harapan. Akan tetapi ialah Kerajaan Perpaduan hasil daripada gabungan parti terbesar dan parti-parti kecil lain yang memenangi pilihan raya bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina negara dan mentadbir lebih baik daripada kerajaan-kerajaan terdahulu.", "10. Kritikan Mahiaddin bahawa tindakan Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan tidak melihat keperluan semasa yang memerlukan Anwar yang dikenali berprestasi tinggi pernah menguruskan kewangan dan ekonomi Malaysia pernah surplus budget, iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan negara. Anwar juga pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh Euro Money Magazine dan Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh Asia Money Magazine.", "Anwar juga pernah mendapat The Asian of The Year dan Malaysia mendapat gelaran The Asian Tiger kalangan negara Asia ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.", "Sudah pasti pelabur asing lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Anwar memegang jawatan menteri kewangan.", "11. Rekod ini tidak pernah dicapai oleh Mahiaddin dan Mahiaddin sangat bermasalah mengurus negara dan dikenali sebagai kerajaan gagal. Kini Mahiaddin berdepan dengan pelbagai skandal dalam pengurusan negara ketika beliau menjadi perdana menteri dan inilah beliau sangat ketakutan dan terdesak untuk menjadi perdana menteri hingga sanggup melanggar adat dan adab membuat kritikan terhadap Istana Negara sejak awal proses menamakan Perdana Menteri. – UMNO ONLINE", "#DaulatTuanku\n#MenjunjungTitah\n#KerajaanPerpaduan", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\nPresiden UMNO / Pengerusi Barisan Nasional\nTimbalan Perdana Menteri" ]
https://umno-online.my/2022/12/01/kita-tidak-mungkin-bangkit-kembali-jika-disiplin-parti-disiplin-berorganisasi-tidak-dipatuhi/
[ "", "KALAU nak ikutkan, yang paling marah dalam kerjasama Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) ni adalah pemimpin, ahli dan pengundi PH. Bertahun lamanya mereka laungkan BN penyamun, kaki rasuah, yang terbaru sakau siap ada lagu hoi hoi ya hoi lagi.", "Bagi pemimpin PH, yang paling mustahak adalah meneruskan agenda mereka, tak kira agenda reform atau agenda peribadi. Yang penting, agenda dapat dilaksanakan apabila sudah berkuasa. Bagi pengundi, yang utama adalah yang terbaik untuk mereka. Bagi ahli PH pula, ikut sahaja kata pemimpin.", "Semua tahu, dalam Pas ada kem Perikatan Nasional (PN) dan kem Muafakat Nasional (MN), tapi mendepani pilihan raya hanya ada kem Pas. Dalam PH, ada kem Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan kem Rafizi (Rafizi Ramli), tapi dalam pilihan raya hanya ada kem PH sahaja. UMNO pula lain ceritanya. Bukan sahaja dua kem, malah ada kem dalam kem.", "Ramai yang salahkan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi punca kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disebabkan kes-kes mahkamah beliau. Tapi suara-suara itu hanya muncul setelah kita tewas. Mengapa tidak lebih awal? Kerana diawalnya tidak ada satu data yang menunjukkan kita akan kalah teruk. Semua yakin, malah kita yakin boleh tubuh kerajaan secara solo.", "Jika ada mana-mana pemimpin di mana-mana peringkat yang tahu Zahid akan menjadi punca kekalahan sebelum PRU15, orang itu seharusnya bertanggungjawab kerana gagal bersuara.\n\nKerana yang bersuara sebelum PRU15 hanyalah sorakan sokongan padu kepada Presiden termasuk dalam kesemua perhimpunan khas yang menuntut parlimen dibubarkan segera. Masih segar di ingatan saya paluan gendang adik-adik mahasiswa dan sorakan Pemuda-Pemuda BN ketika Presiden melancarkan Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa. Dan ironinya sebahagian besar daripada mereka hari ini menuntut Presiden meletakkan jawatan.", "Mereka ini bercakap soal collective responsibility. Kalau collective, maka setiap dari kita perlu meletakkan jawatan. Pimpinan-pimpinan dari mahasiswa kepada Pemuda termasuk saya perlu meletakkan jawatan kerana kita gagal menarik undi orang muda.", "Kalau ditanya siapa yang lebih bertanggungjawab, saya kira mereka yang diamanahkan untuk menarik pengundi barulah yang perlu bertanggung jawab. Pimpinan-pimpinan di Bahagian juga perlu bertanggungjawab, dan pimpinan di pusat termasuk semua Majlis Kerja Tertinggi (MKT) turut bertangungjawab.", "", "Maka, secara kolektif, kita semua patut berundur. Mengapa hanya Presiden seorang?", "Sebab Presiden menjadi punca? Daripada mana data yang mengatakan Presiden adalah punca tunggal? Ya, mungkin salah satu punca, tapi bukan satu-satunya dan bukan juga punca utama.", "Kajian awal mendapati faktor pengaruh TikTok yang diguna hebat oleh PN dan perbelanjaan besar adalah faktor kemenangan PN. Sebab itu, undi memihak kepada PN, tidak PH. BN dan PH masing-masing mengekalkan jumlah undi yang sama ketika PRU14, tetapi tsunami pengundi baru berpihak kepada PN.", "Selain daripada faktor di atas, pada hemat saya, kita tewas pada PRU14 dan diulangi pada PRU15 kerana kita berantakan secara berterusan. Bukan sahaja antara kem di atas, malah di bawah.", "PH masuk bertanding dengan calon Perdana Menteri seorang bekas bantuan, didakwa atas tuduhan rasuah dan salah laku seks. PN dengan calon PM yang punya pelbagai skandal dan kegagalan. Tetapi keduanya tidak ditekan dan diasak parti sendiri. Masing-masing kekal pertahankan Presiden dengan kepercayaan Presiden mereka suci.", "Belum pernah berlaku dalam sejarah politik dunia, calon membalun Presiden parti ketika berkempen pilihan raya. Hanya berlaku dalam UMNO sahaja.", "Itu belum dikira di setiap bahagian berantakan berkaitan isu calon, isu duit dan macam-macam lagi. Sampaikan calon tak singgah pun boleh merajuk. Semua itu formula menempa kekalahan. Sehingga ke detik ini, walau kerajaan sudah dibentuk, masih ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang secara berterusan menyerang parti.", "Bila Pas dan PH kalah teruk, tidak ada seorang pun yang desak Presiden berundur. Tetapi kita, tanah masih merah kita sudah desak dan asak Presiden untuk berundur. Keterujaan kita untuk membuang Presiden tak boleh ditunggu lagi, sedangkan tempohnya kurang dari enam bulan sahaja untuk pemilihan parti diadakan, dan ruang demokrasi memilih Presiden dibuka seluas-luasnya.", "Secara kesimpulannya,", "Bila PH kerjasama dengan penyamun, orang PH relax tapi UMNO serang UMNO.", "Bila Pengerusi PN dan PH dituduh salah laku, mereka relax tapi UMNO serang UMNO.", "Bila kempen pilihan raya, PN dan PH serang UMNO, UMNO serang UMNO.", "Bila kalah, PH dan PN relax, tapi UMNO serang UMNO.", "Dan UMNO terus bercakap soal mahu menang pilihan raya.", "UMNO masih belum belajar dari kesilapan lampau. Kita tidak mungkin bangkit kembali sekiranya disiplin parti dan disiplin berorganisasi tidak dipatuhi.", "Kunci utamanya adalah DISIPLIN. Lepas tu baru boleh bercakap soal strategi.", "Ini bukan soal Zahid Hamidi, ini soal institusi yang perlu dihormati, dan disiplin yang perlu dipatuhi. – UMNO ONLINE", "Shafiq Fhadly\nKetua Penerangan Pemuda UMNO Larut" ]
https://umno-online.my/2022/11/30/kronologi-peristiwa-terbentuknya-kerajaan-perpaduan-malaysia-atas-kebijaksanaan-ydp-agong/
[ "“Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi”. Demikianlah perumpamaan yang boleh digambarkan apabila masih ada yang mempertikaikan hikmah dan kebijaksanaan Tuanku Yang di-Pertuan Agong menyelesaikan konflik kepimpinan negara dalam tempoh yang singkat.", "Sebagai salah seorang kepimpinan tertinggi parti yang berada dalam Dewan Tertinggi BN dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan menyaksikan setiap detik peristiwa yang berlaku, saya kongsikan catatan peribadi kronologi peristiwa yang berlaku sehingga terbentuknya KERAJAAN PERPADUAN MALAYSIA.", "1. Pada 20hb November 2022, SPR mengumumkan tiada parti yang memperolehi 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan pada PRU-15.\nPH = 82\nPN = 73\nBN = 30\nGPS = 23\nGRS = 6\nWarisan = 3\nLain-lain = 4\n\n2. Berikutan keputusan itu, Istana Negara melalui kenyataan media pada jam 2.00 petang 20hb November memaklumkan YDP Agong telah meminta kerjasama Speaker Dewan Rakyat untuk meminta Ketua Parti dan Ketua Gabungan parti-parti yang mempunyai kerusi yang banyak memaklumkan gabungan parti yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan dan mencadangkan nama Perdana Menteri sebelum jam 2.00 petang pada 21hb November 2022 (Isnin).", "3. Pada 21hb November jam 10.00 pagi Pengerusi Barisan Nasional telah memanggil kesemua 30 wakil parti yang menang pada PRU-15 ke Ballroom Seri Pacific bagi satu perjumpaan. Empat wakil BN iaitu Sembrong, Simpang Renggam, Jelebu (demam) dan Kuala Pilah (alasan kesihatan) tidak hadir.", "4. Hasil perjumpaan dipersetujui tiga perkara. Pertama menubuhkan Jawatankuasa Perundingan yang dianggotai oleh Pengerusi BN, Timbalan Pengerusi BN, Presiden Parti-Parti Komponen BN – MCA, MIC dan PBRS serta Setiausaha Agung BN bagi berbincang dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Keduanya bersetuju meminta Perdana Menteri Caretaker (DS Ismail) untuk menghadap YDP Agong bagi memohon penangguhan bagi membolehkan Barisan Nasional mengadakan rundingan dengan PH dan PH yang mempunyai kerusi yang banyak sebelum membuat keputusan. Ketiga bersetuju mesyuarat Dewan Tertinggi diadakan pada jam 3.00 petang.", "5. Jam 11.30 pagi Jawatankuasa Perundingan BN telah bertemu dengan kepimpinan Pakatan Harapan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Seri Pacific bersebelahan PWTC yang secara rasmi mengemukakan tawaran untuk mewujudkan gabungan bagi menubuhkan Kerajaan. Pengerusi BN menyatakan kepada Anwar bahawa BN akan bertemu dengan PN juga sebelum dibentangkan kedua-dua tawaran kepada Dewan Tertinggi BN dan MKT UMNO.", "6. Jam 3.00 petang, Dewan Tertinggi dilangsungkan. Perdana Menteri Caretaker menyertai mesyuarat Dewan Tertinggi BN sejurus selesai menghadap YDP Agong. Beliau memaklumkan maklumat daripada Istana Negara bahawa terdapat 10 Ahli Parlimen BN telah menghantar surat sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 secara bersendirian. (Berulang lagi ‘Scheme of Thing’ Muhyiddin dan PN mencuri Ahli-Ahli Parlimen BN)", "", "7. Dewan Tertinggi BN membuat keputusan semua yang terlibat perlu menarik semula surat sokongan dengan menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD) baharu untuk membatalkan sokongan mereka kerana tindakan secara bersendirian tersebut melanggar PERJANJIAN antara calon dengan parti dan akuan bersumpah yang lebih awal ditanda-tangani. Perjanjian tersebut jelas menyerahkan mandat mutlak kepada Pengerusi Barisan Nasional selaku Ketua Parti untuk merundingi soal pembentukan kerajaan. Sebarang tindakan memungkiri perjaniian akan memberi implikasi kehilangan kerusi yang dimenangi seiring dengan Akta Anti Lompat Parti.", "8. Sehingga tengah malam 21hb November 2022, hanya tiga orang sahaja daripada 10 yang terlibat menandatangani Akuan Bersumpah menarik semula sokongan kepada Muhyiddin.", "9. Pada 21hb November 2022 juga, GPS memberikan kenyataan menyokong Perikatan Nasional membentuk kerajaan bersama-sama dengan BN. Kenyataan ini berikutan mereka salah tanggap kononnya Barisan Nasional telah memberikan sokongan kepada Muhyiddin sebagai PM.", "10. 22hb November sehingga jam 10.00 pagi belum semua daripada 10 yang memberikan sokongan kepada Muhyidddin menarik semula sokongan mereka.\n\n11. Pengerusi BN selaku Ketua Parti telah melaksanakan haknya seperti mana yang telah dipersetujui oleh semua calon dalam Akuan Bersumpah ketika menerima watikah bertanding, bagi mewakili parti telah menghantar semua dokongan akujanji dan Akuan Bersumpah ke Istana Negara bagi memaklumkan pendirian Barisan Nasional.", "12. Setelah jam 2 petang iaitu tamat waktu untuk semua parti dan parti bergabung memaklumkan pendirian kepada YDP Agong, 9 daripada 10 Ahli Parlimen BN telah menandatangani Akuan Bersumpah menarik semula sokongan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Semua Akuan Bersumpah berkenaan telah disampaikan ke Istana Negara melalui e-mail seperti disyaratkan. Kemudian baharulah menyusul Akuan Bersumpah terakhir menarik semula sokongan kepada Muhyiddin.", "13. Pada masa yang sama berlangsung sekali lagi Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang mencapai ketetapan agar semua pihak mengambil tempoh bertenang (cooling of period).", "14. Istana Negara mengeluarkan kenyataan memaklumkan disebabkan tiada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti untuk membolehkan seorang Perdana Menteri dilantik. Ini kerana surat Pengerusi BN yang diutuskan telah menafikan mana-mana pihak punya majoriti. Disebabkan itu, YDP Agong telah menitahkan gabungan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan untuk mengadap pada jam 4.30 petang.", "15. Setelah selesai majlis menghadap, Perikatan Nasional melalui Pengerusinya, Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau menolak titah YDP Agong tentang idea penubuhan Kerajaan Perpaduan. Manakala Pengerusi PH menyatakan persetujuan kepada idea penubuhan Kerajaan Perpaduan.", "16. Seterusnya Istana Negara menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional menghadap secara bergilir bermula jam 10 pagi pada 23hb November.\n\n17. Jam 8.00 malam sekali lagi Dewan Tertinggi bermesyuarat dan disusuli dengan perjumpaan dengan semua 30 Ahli-Ahli Parlimen. Hasil mesyuarat dan perjumpaan, Barisan Nasional memohon penangguhan majlis menghadap secara berasingan 30 Ahli Parlimennya. Pemakluman ke Istana Negara dihantar pada tengah malam melalui e-mail.", "18. 23hb November 2022 (Rabu), Istana Negara tetap menitahkan Pengerusi BN, Timbalan Pengerusi BN dan Setiausaha Agung BN menghadap Ke Bawah DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong pukul 11 pagi. Dalam sesi mengadap itu, Barisan Nasional memberikan komitmen dan mempersetujui titah YDP Agong supaya sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan. Majlis menghadap kemudian disusuli oleh Ketua-ketua Parti GPS.", "19. Istana Negara memaklumkan setelah proses menghadap semua Ketua-Ketua Parti / Parti bergabung selesai, Istana Negara memaklumkan satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan diadakan pada 24hb November bagi mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam soal perlantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan.", "20. Pada sebelah malam jam 9.30, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi telah diadakan. Setelah bermesyuarat hampir empat jam yang berakhir 1.30 pagi, MKT UMNO sebulat suara bersetuju menyokong dan menjunjung titah YDP Agong agar sebuah kerajaan perpaduan diwujudkan bersama dengan PH dan bukan diterajui PN. Ini dinyatakan secara jelas melalui kenyataan Media yang dikeluarkan pada pukul 1.45 pagi.", "", "21. 24hb November, selepas Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja, Istana Negara mengumumkan perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 setelah gabungan PH, BN dan parti-parti lain berjaya memperolehi majoriti melebihi 112 (PH:82 dan BN:30); dan Istiadat Mengangkat Sumpah telah berlangsung pada jam 5.00 petang.", "22. GPS dengan 23 Ahli Parlimen juga mengumumkan perubahan sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk bersama PH dan BN. Pengerusi GPS keluar kenyataan kekesalan kerana tertipu dengan mainan pihak tertentu yang menggambarkan BN menyokong menyertai gabungan PN.", "23. 23 November, GRS dengan 6 orang Ahli Parlimen pula mengumumkan meninggalkan PN untuk menyokong Anwar Ibrahim dan bersedia diambil tindakan kerana mereka adalah ahli-ahli PPBM.", "Kesimpulannya:", "1. Tuanku YDP Agong dengan penuh kebijaksanaan dan amat cermat melaksanakan tugas baginda sebagaimana peruntukan Perlembagaan bagi memastikan proses perlantikan Perdana Menteri dilakukan secara adil dan mengambil kira pendirian parti-parti yang terlibat.", "2. Tidak timbul sebarang manipulasi oleh pihak Istana jauh sekali cubaan sabotaj mana-mana pihak untuk menafikan hak perlembagaan mana-mana individu untuk membentuk Kerajaan.\n\n3. Proses perundingan yang dilakukan oleh BN dengan PH dan PN dilakukan secara telus dan dibentangkan kepada Dewan Tertinggi BN dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum memutuskan untuk akur dan menjunjung saranan titah YDP Agong bagi membentuk kerajaan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran rakyat dan negara.", "4. Kegagalan ‘Scheme of Thing’ buat kesekian kalinya oleh Muhyiddin dan PN untuk pecah dan perintah Ahli-Ahli Parlimen BN dengan mendapatkan 10 SD yang jelas berniat jahat dan bertentangan dengan Akta Anti Lompat Parti.", "5. Dengan keengganan PN (73 Ahli Parlimen) untuk menyertai Kerajaan Perpaduan, maka kerajaan yang terbentuk merupakan Kerajaan Gabungan Parti-Parti Politik yang diketuai parti-parti teras PH-BN-GPS dengan sokongan parti-parti lain termasuk WARISAN, GRS, PBM, KDM dan BEBAS; yang menjadikan jumlah keseluruhan 148 Ahli Parlimen dengan majoriti 2/3.", "#DemiRakyat\n#KestabilanDanKemakmuran\n\nDATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI ", "*****************************************" ]
https://umno-online.my/2022/11/27/masih-terlalu-awal-untuk-puji-atau-kritik-kerajaan-baru/
[ "MASIH terlalu awal kalau kita nak puji atau kritik kerajaan baru. Dan masih terlalu awal untuk kita kata keputusan Perikatan Nasional (PN) kekal pembangkang tunggal itu baik atau buruk.", "Saham melonjak pada hari Khamis bukanlah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Tapi sebab kenyataan media UMNO pada awal pagi yang menandakan ketidaktentuan politik telah tamat.", "Sebab itu pasaran saham telah melonjak walaupun Mesyuarat Raja Raja berkenaan lantikan PM10 belum bermula.", "Saham merudum pada hari Jumaat bukan kerana DS Anwar angkat sumpah. Saham jatuh sebab orang buat profit taking. Market buat correction selepas lonjakan melampau pada hari sebelumnya", "Ringgit naik pada hujung minggu lepas bukan kerana DSAI jadi PM. Tapi sebab Mesyuarat Federal Reserve Amerika Syarikat pada 23 Nov bersetuju untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah negara mereka.", "Hampir semua matawang asing naik berbanding USD pada Khamis lepas.", "Nak kritik atau puji kerajaan kena tunggu dua benda. Saya serik dah puji PM berdoa dalam TV kemudian akhirnya PM sama menyusahkan rakyat dengan buat darurat dan PKP Separuh Masak", "Andai kata PM hari ini tiba2 berkhutbah Jumaat di Masjid Negara minggu depan pun saya takkan ambil sebagai indikator utama. Jangan terkejut kalau DS Anwar buat begitu. Sebab zaman dia TPM dulu pun memang hobi dia berkhutbah Jumaat seluruh negara.", "Apa dua benda tersebut?", "Pertama susunan Kabinet. Kedua polisi dan hala tuju negara.", "Susunan Kabinet penting untuk kita tengok adakah kerajaan hari ini akan stabil. Sekiranya formula zaman Tun Mahathir yang mengutamakan 2nd tier dalam PKR untuk jawatan kabinet berulang, maka kerajaan ini juga takkan bertahan lama.", "Begitu juga susunan kali ini akan menunjukkan adakah ada parti-parti tertentu yang mendominasi kerajaan. Serta adakah wakil yang bermasalah akan dilantik semula.", "Ketidakseimbangan parti dan wakil kaum dalam kerajaan adalah penyebab kepada wujudnya ketegangan kaum dan ketidakstabilan sebelum ini.", "Sebab itu Tuanku titah Kerajaan Perpaduan", "Polisi ekonomi pula kita kena tengok pembentangan bajet mini dan Belanjawan 2023. Di situ kita akan nampak apa sebenarnya hala tuju kerajaan dan reaksi antarabangsa terhadap negara kita.", "Kalau kerajaan ini amal dasar jimat-cermat (austerity), naikkan kadar faedah dan kurangkan bantuan maka kita akan ada masalah. Tetapi kalau kerajaan hari ini berani berbelanja, utamakan ekonomi makro (ekonomi rakyat) berbanding ekonomi mikro, maka kerajaan ini akan ada harapan.", "Pada ketika itu, barulah kita boleh kata turun naik Ringgit atau saham berlaku kerana kerajaan", "Hakikatnya kerajaan ini belum benar-benar teruji walaupun mendapat kelebihan 2/3 majoriti melalui royal decree YDPA.", "Untuk kita benar-benar menilai kerajaan, maka sebulan yang pertama ini akan menjadi waktu paling genting untuk mereka.", "Sepertimana kerajaan PH 2018 dan kerajaan PN 2020, saya juga akan mendoakan kebaikan untuk kerajaan ini dan pentadbirannya", "Sebab kalau kerajaan ini rosak, maka yang merana tetap kita.", "Abdul Rahim Hilmi Zakariya" ]
https://umno-online.my/2022/11/25/umno-bn-teras-kerajaan-perpaduan/
[ "1. Kerajaan Perpaduan bukanlah kerajaan PH. Kerajaan Perpaduan juga bukan kerajaan BN.", "2. Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang dibentuk hasil TITAH DYMM SPB YDPA dan disahut oleh pelbagai pimpinan parti politik yang cintakan kestabilan & kemakmuran rakyat dan negara.", "3. Kerajaan Perpaduan tidak disertai oleh para pemimpin parti-parti politik yang angkuh, sombong, takabbur dan engkar terhadap TITAH Tuanku.", "", "4. TIADA mana-mana pihak atau parti politik boleh mendakwa memenangi PRU15 dan menganggap kerajaan ini adalah hasil kemenangan mereka dalam PRU15.", "5. UMNO dan Barisan Nasional merupakan pemain utama yang membentuk kerajaan perpaduan, akur terhadap TITAH Tuanku serta ‘King Maker’ kepada Kestabilan & Kemakmuran rakyat dan negara, pasca PRU15.", "6. SEKIRANYA UMNO & Barisan Nasional tidak memainkan peranan utama, Kerajaan Perpaduan tidak akan dapat dibentuk, krisis ekonomi & politik negara akan berpanjangan serta kehidupan rakyat tidak akan makmur.", "7. Peranan utama UMNO & Barisan Nasional dalam perkara ini melahirkan Kestabilan & Kemakmuran pada rakyat & negara.", "8. Kestabilan & Kemakmuran merupakan slogan & motto Barisan Nasional sepanjang kempen PRU15.", "9. Slogan Kestabilan dan Kemakmuran kini menjadi realiti di bawah Kerajaan Perpaduan, meski pun Barisan Nasional tidak memperolehi majoriti mudah membentuk kerajaan.", "Syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO & Barisan Nasional yang telah menzahirkan Kestabilan dan Kemakmuran kepada rakyat & negara pasca PRU15.\nSyabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO & BARISAN NASIONAL kerana telah menjadi TERAS KEPADA KERAJAAN PERPADUAN.", "Zamzuri Mohamed Tahir" ]
https://umno-online.my/2022/11/16/pru15-penentu-kerajaan-masa-hadapan-jangan-lupa-nilai-pru14/
[ "PILIHAN RAYA UMUM (PRU) ke-15 penentu parti mana yang akan memerintah kerajaan untuk tempoh lima tahun seterusnya. Pilihan raya pada kali ini merupakan penentu penting bagi pengundi dan rakyat sama ada ingin berubah kepada kerajaan yang boleh fokus membangunkan negara dan menyelesaikan masalah rakyat ataupun membuat pilihan untuk terus berhadapan situasi sama dihadapi dalam tempoh empat tahun lebih kebelakang ini.", "Sudah tentu majoriti rakyat tidak sanggup berhadapan dengan situasi sama, cuma segelintir kelompok sahaja yang mungkin rasa tidak terkesan dan mungkin juga faktor ketaksuban cuba menepis realiti sebenar yang berlaku. Permasalahan yang terjadi adalah tentang ketidakstabilan dan formula untuk mengubatinya hanya dengan mewujudkan kembali sebuah kerajaan stabil melalui pemilihan sebuah parti yang mendapat kerusi terbanyak serta kukuh majoritinya untuk mentadbir negara.", "Dari sudut apa pengundi boleh menilai?\n\nDua perkara menjadi tawaran dalam kempen iaitu parti dan calon. Dalam kriteria melihat dari sudut parti lihatlah kepada tiga sudut iaitu apa yang telah terjadi pada PRU14 dan apa pengajaran yang kita boleh ambil dari pengalaman itu. Keduanya kena tahu dan fahami asas perjuangan parti-parti yang bertanding. Ketiganya apa naratif atau hala tuju parti-parti bertanding hendak bawa Malaysia untuk tempoh seterusnya.", "Untuk PRU15 ini tiada lagi istilah ingin mencuba dan memberi peluang kepada parti selain Barisan Nasional (BN) memerintah sepertimana hasutan dan ajakan yang berlaku pada PRU14. Akibatnya perkara yang tidak pernah terjadi dalam sejarah iaitu berlakunya pertukaran Perdana Menteri dalam sepenggal. Ianya merencatkan segala-galanya, ia meminggirkan Malaysia daripada menjadi pilihan pelaburan yang akhirnya memberi kesan langsung kepada rakyat.", "22 bulan dalam Pakatan Harapan (PH) dan 17 bulan dalam Perikatan Nasional (PN) menyajikan pengalaman perit rakyat dengan ketidakharmoniannya masyarakat pelbagai kaum. Namun mujurlah masih terdapat ahli-ahli Parlimen BN yang membantu di kementerian-kementerian penting iaitu bersama dalam kerajaan PN.", "Selepas itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula diangkat sebagai Perdana Menteri setelah kegagalan Tan Sri Mahiaddin Yasin (TSMY) menguruskan negara terutamanya dalam isu darurat serta PKP yang berpanjangan.\n\nSebenarnya kegagalan Perdana Menteri menguruskan negara dengan baik bukan kerana kelayakan personalnya namun dukungan parti yang berada dibelakangnya sendiri. Jadi resipi untuk sebuah kestabilan adalah parti yang menjadi kerajaan perlulah kukuh majoritinya dan seorang yang berkelayakan dalam gabungan tersebut, diangkat menjadi ketua iaitu sebagai Perdana Menteri.", "Hal ini telah dibuktikan bagaimana seorang yang pernah menjawat jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun gagal mengekalkan jawatannya malah hanya mampu bertahan 22 bulan sahaja. Jadi kestabilan parti itu sangat penting kerana ketidakstabilan akan menguji pelbagai perkara termasuk kesetiaan selain soal ekonomi dan kemakmuran rakyat.", "Tempoh lebih empat tahun lepas telah menyaksikan pencapaian Malaysia telah jauh ketinggalan dari negara jiran yang sudah tentu kita tidak mahu lagi lompong tersebut terus membesar.", "Asas perjuangan parti-parti bertanding adalah antara perkara yang perlu rakyat nilaikan. Asas perjuangan umpama biji benih isitu hasil atau buahnya tidak boleh menjangka akan keluar buah durian jika biji benih yang ditanam adalah rambutan.\n\nRakyat perlu menilai asas perjuangan parti-parti yang terdapat dalam PH, PN dan BN. PH terdiri daripada Democratic Action Party (Dap), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah). Dap dengan memperjuangkan hak sama rata yang ada orang mengatakan ianya adalah parti fahaman komunis, PKR yang asalnya tertubuh untuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang sekarang dah bebas maka apa pula perjuangannya?", "Sebab itu hampir semua pengasas parti telah meninggalkan PKR. PKR tiada hala perjuangan yang jelas selain memastikan kelangsungan hayat politik DSAI juga yang kita nampak isteri dan anaknya mendapat tempat ataupun kerusi di Dewan Rakyat. Bukankah DSAI dahulu konsisten menyatakan yang Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang kronisme dan nepotime? Sekarang itu pula yang menjadi amalannya, jadi ianya boleh dikata cakap tak serupa bikin dan boleh diumpamakan lidah bercabang.", "Macam mana munculnya parti Amanah ni? Amanah tertubuh kerana presidennya Mohamad Sabu membawa bersama penyokongnya dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) setelah tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden, jadi kira merajuklah dan bukan kerana asas perjuangan rakyat. Dari sini jelas tidak nampak pun apa perjuangan PH untuk rakyat dan mereka bijak mengambil peluang, menghasut dan menyemai kebencian demi mendapat tempat dan kuasa untuk diri atau kelompok sendiri, tiada apa-apa manfaat pun untuk rakyat.", "PN, sebuah gabungan antaranya terdiri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PAS dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). PPBM ditubuh oleh bekas pemimpin UMNO yang cuba menyaingi UMNO bagi mendapat sokongan orang Melayu. Hakikatnya PPBM telah menjadi lubuk kepada pelompat dan pengkhianat parti. PPBM sedaya berusaha menutup imej tersebut namun ianya sukar justeru pelbagai slogan digunakan sama ada untuk memburukkan musuh atau menutup aib sendiri.", "PPBM sebelum membentuk PN bersama Pas adalah sebahagian daripada PH yang telah merosakkan negara selama 22 bulan, ianya tidak boleh dimaafkan. Sekarang PPBM cuba membina imej kononnya terbaik dan dengan bersama Pas mereka jangka akan lebih cepat nampak baik kerana kononnya imej lebai yang ditampilkan Pas. Pas lupa ke TSMY pernah menghamburkan kata-kata buruk secara terbuka tentang Pas ni? Tak lupa eh, tapi nak buat macam mana matlamat politik boleh mengenepikan segalanya.", "Pas sendiri pernah bersama Das dalam Pakatan Rakyat (PR) jadi tak ada masalah bagi Pas untuk tidak bersama UMNO membentuk Muafakat Nasional dan memilih PN. Pas yang dulu perjuangkan hudud, kemudian negara berkebajikan sekarang semuanya hilang dek mengejar bilangan kerusi serta jawatan dalam kerajaan.\n\nApa sumbangan Menteri, Duta Khas atau Timbalan Menteri yang pemimpin Pas jawat? Susah juga nak sediakan jawapannya. Gerakan yang dulunya bersama BN meninggalkan gabungan setelah BN tewas pada PRU14, idealogi Gerakan adalah bersederhana dan liberal tak banyak berbeza dengan Das namun Gerakan tidak ekstrim seperti Das. Sebab itu jika suatu masa dahulu Gerakan kuat, Das lemah dan sekarang Das kuat, Gerakan lemah. Pengikut kedua kedua parti lebih cenderung memilih antara dua parti tersebut berbanding MCA dan MIC.", "BN sebuah gabungan parti yang telah lama berbakti dan membangunkan negara. BN ditunjang tiga parti utama mewakili kaum-kaum utama di Malaysia ditubuh atas kesedaran perlunya kerjasama menubuh satu gabungan parti bagi membangunkan negara selepas Merdeka. Matlamat perjuangannya jelas, BN bukan untuk pemimpin atau kelompok tertentu, BN adalah dari rakyat dan untuk rakyat.", "BN bukannya parti legasi atau parti keluarga seperti parti-parti yang lain jadi BN adalah parti pilihan terbaik buat rakyat Malaysia. Sebuah lagi gabungan adalah GTA/Pejuang tidaklah memberi saingan sangat dalam PRU15 ini, begitu juga Warisan dan calon-calon bebas yang lain. Namun beberapa kerusi mampu dimenangi oleh mereka.", "Selepas asas perjuangan, rakyat perlu menilai dari sudut hala tuju atau naratif ke mana negara nak dibawa selepas PRU15. Ianya sangat penting. Setelah ketinggalan negara perlukan langkah yang dinamik dan kerajaan yang bersinergi tinggi kerana negara akan berhadapan dengan cabaran yang bukan biasa-biasa pada masa hadapan. Langkah mengadakan PRU pada masa sekarang sesuatu langkah yang tepat, Malaysia tidak boleh dilengahkan pembangunannya semata-mata untuk memanjangkan hayat politik kelompok tertentu.\n\nMalaysia sebenarnya telah dibazirkan bertahun untuk kepanjangan hayat politik dan korbannya rakyat menjadi mangsa. Untuk tahun baru 2023 nanti kita tidak boleh menoleh kebelakang. Baki masa tahun 2022 yang ada selepas PRU15 harus digunakan sebaiknya untuk merancang dan tiba tahun 2023 kita terus bekerja membetulkan keadaan dan memajukan negara. Kita sememangnya menghormati hak dan keputusan beberapa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri namun di sini rakyat boleh menilai alasan serta motif kenapa ianya tidak dilakukan.", "Parti bertanding di PRU15 rancak berkempen dengan slogan dan motto untuk menarik pengundi. PH dengan ‘Ayuh Malaysia, Kita Boleh’ terus menjadi buah mulut rakyat. Ada yang kata Kita Boleh tipu lagi ke, rata-rata berkisar seperti itu. Malah ada pemimpin PH yang dihalau ketika berkempen gara-gara kegagalan menunaikan janji yang dilontarkan semasa kempen pada PRU14.", "PH boleh dikata berada pada tahap sokongan yang rendah kerana kaum Cina yang menjadi penyokong utama melalui parti Dap sudah mula hilang kepercayaan akibat ekonomi yang teruk setelah PH memerintah. Signal telah ditunjukkan oleh kaum Cina semasa PRK Tg Piai iaitu tidak memberi undi kepada PH dan protes tidak keluar mengundi pada PRN Melaka dan Johor. PRU15 kali ini dijangka kedua-dua sentimen itu akan berlaku iaitu pengundi Cina sama ada tidak akan mengundi PH atau tidak keluar mengundi.", "PN dengan ‘PN BEST Prihatin, Bersih dan Stabil’ sedar bahawa kestabilan itu penting. Seperti yang telah dinyatakan PPBM yang menunjangi PN ini licik dalam mengeluarkan kata kata propaganda. Apabila kita berbicara tentang stabil, sebenarnya stabil ni adalah sesuatu yang inklusif. Stabil wujud disebabkan oleh keprihatinan, bersih dan segala yang positif dan yang baik baik bukan semata prihatin dan bersih sahaja.", "Bagaimana sebuah bot nak stabil jika di dalamnya terdapat penumpang yang tidak prihatin dengan nasib rakyat buktinya sehingga ada rakyat mengangkat bendera putih. Bagaimana bot nak stabil jika di dalamnya terdapat mereka yang suka melompat-lompat dan dalam diam cuba khianat dengan menebuk lubang di bot. Kemudian jika stabil pun ke mana destinasi nak gerakkan bot. Takkan nak statik di tengah laut, harapkan angin atau arus menolak.", "\nBN menawarkan Perancangan Amal dan Usaha (PADU), bersistematik, realisitik dan mampu dilaksanakan. BN tidak menawarkan janji bulan dan bintang sepertimana manifesto PH PRU14 sehingga mampu mempengaruhi pengundi. Dengan motto ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ ianya jelas matlamat BN yang utama adalah membentuk kestabilan bagi membawa kemakmuran kepada Malaysia. Tiada yang mengarut dalam PADU BN, semua golongan akan mendapat manfaat dengan 10 teras dan 99 perkara ianya menyeluruh dan manfaat kemakmurannya akan dapat kepada semua.", "PADU Jauh berbeza dengan apa tawaran PH yang tidak memikirkan secara kritis keperluan dan permasalahan rakyat sehinggakan suatu masa dahulu menterinya menggalakkan penoreh keluar menorah di musim hujan bagi menambah pendapatan, tak tahu bagaimana nak pasarkan minyak kelapa sawit disuruh rakyat minum kelapa sawit pula.", "Itulah huraian perkara perkara yang perlu rakyat pertimbangkan dalam membuat keputusan pemilihan parti pada beberapa hari lagi. Nilailah pada parti yang mampu stabil dan yang mempunyai rekod membawa kemakmuran kepada Malaysia.", "Fikirkan juga risiko-risiko yang bakal rakyat hadapi jika memilih sesuatu parti itu. Rakyat Malaysia perlu diingatkan kepada bagaimana sebuah kedaulatan strategik negara iaitu Pulau Batu Puteh boleh dilepaskan dalam tempoh 22 bulan PH memerintah yang ketika itu PPBM ada bersama. Jika lebih lama tak tahulah kedaulatan apa lagi yang akan hilang. Kedaulatan yang kecil itu tak boleh dijaga apa lagi lebih 30 juta rakyat yang ada di dalamnya, fikir fikirkan.", "Malaysia tiada pilihan, Malaysia perlukan kestabilan untuk kemakmuran masa hadapan. BN mempunyai rekod pencapaian, BN mempunyai kemampuan, tiada lagi cuba-cuba untuk rakyat pada PRU kali ini kerana masa tidak boleh dibazirkan. Kita telah ketinggalan jadi kita tiada pilihan hanya undi kepada Barisan Nasional – BN.", "Undi BN, undi untuk kestabilan, undi BN undi membawa kepada kemakmuran!", "\nOleh: Norman Sapar", "**********************************************************************" ]
https://umno-online.my/2022/11/09/manifesto-bn-komprehensif-cakupi-setiap-aspek-keperluan-rakyat/
[ "Ketiga-tiga parti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sudah pun selesai membentangkan manifesto masing-masing. Alhamdulillah, saya percaya bahawa manifesto BN adalah yang paling komprehensif dan mencakupi setiap aspek keperluan rakyat.", "Kita membentangkan konsep baru ‘Assistive Basic Income’ bagi menampung pendapatan isi rumah di bawah RM2,208 sebulan sekaligus menghapuskan kemiskinan mutlak.", "", "Kita menawarkan potongan cukai individu bagi M40 untuk memperkasakan kuasa beli rakyat. Kita memperkenalkan Kumpulan Wang Pengekalan Kerja bagi memastikan jaminan pekerjaan dan membantu majikan mempertahankan sumber manusia syarikat.", "Kita memperkenalkan manifesto khusus untuk Wanita melalui tawaran Bank Ekonomi Wanita, Hospital Pakar Wanita, Universiti Awam Wanita, insentif bagi penyediaan waktu kerja anjal untuk ibu bekerja serta 0% cukai pendapatan selama 5 tahun bagi wanita yang mahu bekerja semula.", "Kita berani menyediakan laptop percuma untuk B40 agar sistem persekolahan tanpa buku teks dapat dilaksanakan. Kita berikrar memastikan liputan 5G di semua sekolah selesai dalam tempoh 18 bulan. Pendidikan percuma di peringkat tinggi untuk B40, jaminan pendidikan awal kanak-kanak dan asuhan percuma turut kita sediakan.", "", "Malah, kami melawan arus dengan berjanji memastikan wujudnya keseimbangan semula antara pendidikan sains dan sastera. Di saat ada ahli politik berpandangan subjek sejarah, moral dan agama adalah beban, kami pula berpendirian bahawa kemajuan ekonomi mesti seiring dengan jati diri. Tiada guna ekonomi maju, tetapi identiti bangsa menjadi gadaian.", "Masih banyak yang belum saya tulis. Janji kepada Sabah dan Sarawak (walaupun BN tidak bertanding di Sarawak), insentif kepada petani dan nelayan, pemeliharaan hak pekerja gig ekonomi, tawaran menyeluruh sistem kesihatan, keselamatan makanan, pemurnian sistem keadilan, pemerkasaan dasar luar dan perdagangan, bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU), jaminan pekerjaan anak muda serta usahawan.", "Semua ini kami rangkumkan dalam satu manifesto yang insya-Allah cukup lengkap bagi kesejahteraan hidup rakyat.", "BN tidak menawarkan bulan dan bintang. BN tidak menjanjikan kehidupan alam kayangan. BN tidak mendondangkan manifesto palsu untuk akhirnya dimungkiri dengan pelbagai alasan.", "Tetapi BN menawarkan sesuatu yang telah terbukti mampu dilaksanakan. Semua ini kami yakinkan melalui rekod dan pencapaian pada zaman BN menjadi kerajaan.", "Sebab kami sentiasa percaya kepada kebijaksanaan dan timbang tara rakyat. Kami tahu rakyat pasti boleh membezakan antara kaca dan permata. 22 bulan di bawah kerajaan PH amat merosakkan. 17 bulan di bawah kerajaan darurat PN pula amat melelahkan.", "Insya-Allah, BN akan memperbaikinya semula dengan kestabilan dan kemakmuran.", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2022/11/08/pelancaran-pelan-amal-dan-usaha-padu-1-revolusi-pendidikan/
[ "1. Barisan Nasional telah membentangkan pelan 5 tahun yang akan menjadi panduan dan tawaran dalam menguruskan Malaysia yang dikenali sebagai Perancangan Amal dan Usaha (PADU).", "2. PADU menggariskan 99 perkara yang akan menjadi panduan amalan dan usaha Kerajaan Barisan Nasional. Di dalamnya terdapat rangkaian inisiatif yang boleh dirangkumkan seperti berikut.", "3. Pertamanya, PADU adalah pelan yang memberi perhatian / fokus besar kepada pendidikan di semua peringkat.", "4. Di peringkat awal, PADU menawarkan program asuhan dan pendidikan nasional percuma kepada semua kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.", "5. Ini bermakna, ibu bapa atau pasangan muda sudah tidak perlu gelisah dan berasa tertekan dengan tekanan kos sara hidup dan kesukaran memberikan pendidikan awal yang baik.\n\n6. Selain meringankan kos sara hidup, perubahan sistem yang radikal ini akan turut membawa kesan positif lain yang besar.", "7. Misalnya, membolehkan lebih ramai wanita untuk terlibat atau kembali ke alam pekerjaan dengan lebih tenang dan seleas. Tambahan pula, wanita yang kembali ke alam pekerjaan selepas ini, setelah berehat dari kerjaya, akan menerima kelebihan dikecualikan sepenuhnya daripada cukai pendapatan (0%) selama 5 tahun.", "8. Di peringkat sekolah pula, revolusi besar-besaran yang BN tawarkan melalui PADU adalah sistem persekolahan tanpa buku teks. Ini adalah satu lagi perubahan radikal.", "9. Saya akui, untuk menjayakan perkara ini bukan mudah. Setahun dua, pasti banyak kelemahan dan kekurangan. Malah, kita boleh menjangkakan, proses mengagihkan laptop kepada semua pelajar B40 yang memerlukan kelak akan mengambil masa. Malah, untuk menjayakan inisiatif ini, komitmen BN untuk memastikan semua sekolah menerima 100% liputan 5G dalam masa 18 bulan mesti disempurnakan tanpa kompromi.", "10. BN percaya, biar sesukar mana pun revolusi ini, kita mesti berani mengambil langkah mula. Kita akan tersadung. Kita akan tergelincir. Malah, kita akan disindir-sindir.", "11. Tetapi, alah bisa tegal biasa. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Lama-kelamaan sistem ini pasti akan menjadi lebih baik dan semakin mantap.", "12. Bayangkan, sistem persekolahan Malaysia tidak perlu lagi dibelenggu isu beg sekolah berat yang berat, kos mencetak buku teks yang tinggi dan pelbagai lagi. Sukatan dan kandungan pembelajaran juga boleh disemak dan dikemaskini selalu dengan mudah dan murah.", "13. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar sekolah akan mula didedahkan dengan asas komunikasi menggunakan bahasa-bahasa yang ada di Malaysia.", "14. Anak-anak Malaysia, dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang akan boleh bertutur dan memahami secara asas Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil dan bahasa-bahasa etnik besar yang lain.\n\n15. Semua ini bukan sahaja akan menjadikan pelapis masa depan kita sebagai generasi ‘polyglot’, yakni mereka yang fasih bertutur banyak bahasa, malah mampu merapatkan hubungan antara kaum yang menjadi tiang seri masyarakat majmuk seperti Malaysia.", "16. Di peringkat universiti, semua anak-anak siswa dari keluarga B40 akan mendapat pendidikan percuma. Mereka akan menjadi generasi penamat kemiskinan dan duta keluarga yang bakal mengubah nasib dan takdir hidup melalui ilmu dan segulung ijazah.", "17. Malah, berbeza dengan pendirian PH khususnya MUDA yang mahu mahasiswa keluar dari universiti secepat mungkin (sehingga menentang pembelajaran subjek agama / kenegaraan kerana dianggap tidak penting dan membuang masa), BN sebaliknya akan mempromosikan pengambilan tahun senggang (gap year) oleh para pelajar universiti.", "18. Tahun senggang ini boleh digunakan untuk memenuhi minat dan keperluan peribadi serta dimanfaatkan untuk berbakti kepada masyarakat.", "19. Kita mahu pengalaman di menara gading menjadi sesuatu yang bermakna dan mendewasakan mereka. Universiti tidak lagi menjadi kilang melahirkan robot yang mahu disumbat ke alam pekerjaan tanpa kematangan pemikiran dan kekayaan pengalaman hidup.", "20. Marilah kita bersama-sama menjayakan revolusi pendidikan ini. Mendidik anak bangsa dan membudayakan ilmu bukan tugas yang mudah dan murah. Kami nekad melakukan perubahan dan revolusi tersebut. Saya jemput semua untuk bersama-sama dengan BN menjayakan idea besar ini.", "DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN\nNaib Presiden UMNO ", "" ]
https://umno-online.my/2022/11/05/gabungan-bn-grs-dan-gps-mampu-bentuk-kerajaan-pusat/
[ "BILA saya tengok senarai calon dalam PRU 15 kali ini, maka saya merasakan bahawa gabungan BN – GRS – GPS akan membentuk kerajaan pusat dengan majoriti mudah. Tak perlu gabungan dari pihak lain.", "2 kali sebenarnya kesilapan besar dibuat oleh PN – PPBM. Pertama, mereka meletakkan calon di parlimen Sarawak, sedangkan ia dibantah awal oleh GPS. Padahal itu semua kerusi yang sukar untuk menang.", "Kedua, PAS Sabah telah melakukan perkara yang betul apabila menyokong calon gabungan GRS – BN di negeri itu. Tetapi hari ini, PN menghantar Ronald Kiandee untuk bertanding di Parlimen Beluran. Walhal kerusi itu telahpun diserah kepada calon BN berdasarkan perbincangan antara kedua parti.", "", "Bila atas tiket PN, mestilah watikahnya ditandatangani oleh Pengerusi PN TS Muhyiddin.", "Ini memberi dua signal. Pertama, PPBM akan khianat apabila mereka tidak boleh menjadi dominon. Kedua, ia meletakkan PAS Sabah dalam dilema. Jika kekal menyokong GRS – BN, mereka akan menjadi sahabat yang tidak setia. Jika menyokong PN pula, mereka akan dianggap memungkiri janji.", "Berkawan sangat dengan orang gila. Ini penyakitnya.", "Signal jelas GRS untuk bersama dengan BN terbukti apabila mereka menggugurkan 4 penyandang parlimen yang merupakan MP lompat sebelum ini.", "Malah, kedua-kedua GPS dan GRS menyambut baik apabila Pengerusi BN mencadangkan 2 jawatan TPM untuk Sabah dan Sarawak. Tetapi tiada respon sama apabila DS Anwar menawarkan jawatan khas TPM untuk Malaysia Timur.", "Di atas kertas berdasarkan keputusan PRN Sabah dan Sarawak, kedua-dua GRS dan GPS sudah boleh menjamin 42 kerusi parlimen (15 GRS dan 27 GPS).", "Ia menjadi mudah kerana politik Malaysia Timur mementingkan parti tempatan. Tiada parti pembangkang tempatan yang kuat melainkan Warisan di Sabah. Mereka juga tidak terpengaruh dengan sentimen di Malaysia Barat.", "Kerja BN hanyalah untuk menang minimum 69 daripada 167 kerusi di Semenanjung (termasuk Labuan).", "Berdasarkan banyak kajian akademik termasuk dari think tank pro PN dan PH (cth Ideas dan Merdeka Centre), BN pada hari ini sedang menguasai sekitar 38% – 42% undi Semenanjung.", "Kalau kita tengok keputusan di Melaka, BN hanya menguasai 38.9% undi popular tetapi menang 3/4 kerusi. Di Johor, mereka mendapat 43.1% undi tetapi menang 2/3 majoriti.", "Jika tiada sebarang isu besar, dan jika PH dan PN masih memainkan naratif Zahid nak kawan dengan Anwar atau kluster mahkamah atau penyamun duit rakyat, tugas BN akan menjadi terlalu mudah.", "Orang Terengganu kata semesek\n—-\nAbdul Rahim Hilmi Zakariya\nKuala Terengganu" ]
https://umno-online.my/2022/11/01/janji-ph-hapus-tol-untuk-pru15-boleh-percayakah/
[ "IDEA menghapuskan tol ini adalah idea yang sangat populis. Walaupun asasnya ia satu perkara yang boleh membantu rakyat, tetapi membelanjakan RM400 bilion bagi membayar pampasan ke atas konsesi tol berat sebelah pada zaman PM 4 adalah tidak praktikal.", "Sebab RM400 bilion itu akhirnya akan dapat dinikmati sebahagian rakyat yang menggunakan tol sahaja. Rakyat di luar bandar akan mendapat kesan yang sangat minimum.", "Sebab itulah kerajaan BN pada zaman Pak Lah memulakan usaha untuk mengambil alih konsesi tol PLUS daripada pihak swasta. Melalui pemilikan bersama antara KWSP dan Khazanah. Dengan cara itu majoriti rakyat akan dapat merasai keuntungan tol ini daripada dividen KWSP mereka.\n\nWalaupun begitu, kerajaan BN juga masih berusaha menghapuskan tol secara perlahan-lahan. Antara 2009-2017 contohnya, terdapat 11 tol berjaya dihapuskan antaranya Metramac, Teluk Kapas, Batu 9, Batu Tiga, Sungai Rasau dan Tol Bukit Kayu Hitam.", "Begitu juga pada zaman tersebut kita telah berjaya membina lebuhraya tanpa tol. Antaranya, Lebuhraya Pan Borneo, Lebuhraya CSR yang menghubungkan Kota Bharu-Pahang serta Rawang Bypass yang juga merupakan jambatan tertinggi di Malaysia (60 meter dari tanah).", "Lebuhraya CSR membuktikan kerajaan BN zaman PM 5 dan PM 6 sangat menghormati semangat federalisme dengan memberikan peruntukan setara kepada Kelantan walaupun ia diperintah pembangkang.", "Tidak wujud diskriminasi sepertimana zaman PM 4. Malah Kelantan diberikan tambahan stesen ECRL, pembesaran Lapangan Terbang, Pelabuhan Tok Bali, LPT 3, bantuan pengurusan bekalan air serta penghapusan hutang melalui pajakan aset air sepertimana negeri-negeri lain.", "Semua ini akhirnya mencipta peluang pekerjaan dan memberikan pendapatan kepada rakyat tanpa mengira parti.", "Lebuhraya Pan Borneo pula membuktikan keprihatinan kerajaan BN agar negeri-negeri Borneo tidak tertinggal dari segi pembangunan. Ini adalah game changer besar yang akan memberi manfaat terutamanya apabila Indonesia memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan dalam masa terdekat.", "BN tidak pernah menjanjikan bulan bintang. BN tidak mampu menjanjikan dunia utopia yang serba sempurna. Kami tidak akan sesekali berbuat begitu.", "Kami hanya akan menjanjikan sesuatu yang praktikal, boleh dilaksana dan memberi manfaat optimum kepada rakyat.", "Inilah Barisan Nasional !", "", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia", "********************************************************" ]
https://umno-online.my/2022/10/28/isu-th-pembohongan-rafizi-bapa-putar-alam-negara-dibongkar/
[ "MALAM tadi Rafizi (Rafizi Ramli – Timbalan Presiden PKR) keluarkan video propaganda tentang Tabung Haji (TH). Memandangkan dia sudah mula nak menjual, saya sangat tiada masalah untuk membeli.", "Saya akan jawab satu persatu dan tunjukkan pembohongannya seperti di bawah.", "Pertama, Rafizi masih mengulang modal basi bahawa Bank Negara (BNM) telah menegur paras rizab rendah Tabung Haji pada Disember 2015.", "", "Saya sudah jawab berulang kali bahawa teguran BNM itu adalah betul. Oleh itu, TH telah mengambil langkah proaktif dengan memindahkan peruntukan sebanyak RM300 juta ke dalam rizab mereka. Langkah ini dipuji dan diakui telah menyelesaikan masalah oleh BNM pada 26 Januari 2016. [1]", "Ulangan modal basi dan sekerat jalan ini adalah taktik hodoh Rafizi yang ketandusan hujah.", "Kedua, Rafizi mengatakan bahawa terdapat kerugian sebanyak RM549 juta yang mana sebahagian besarnya disebabkan oleh penyelewengan.", "Ini adalah propaganda kotor. Timbalan Menteri Agama pada akhir September 2021 di Parlimen telah mengesahkan TIADA SEBARANG KERTAS SIASATAN DIBUKA bagi menyiasat tuduhan kecurian wang Tabung Haji [2]", "22 bulan pegang kuasa, tapi kertas siasatan pun tak buka. Dakwa di mahkamah tu apatah lagi. Hari ini Rafizi nak buat tuduhan merapu orang lain menyeleweng duit Tabung Haji?\n\nKetiga, Rafizi kata RM436 juta keuntungan Tabung Haji pada 2017 sebenarnya belum dibayar oleh anak syarikat kepada TH selepas hampir setahun. Duit belum dibayar tapi Tabung Haji dah agih hibah.", "Sekarang saya nak ajar sikit Rafizi. Cuba buka Laporan Tahunan Tabung Haji 2018. Buka ulasan Ketua Audit Negara (KAN).", "KAN sebut bahawa daripada RM1.6 bilion keuntungan Tabung Haji pada zaman PH, RM1.39 bilion adalah unrealised profit daripada sukuk UJSB.", "Apa maksudnya? Maksudnya pada zaman PH RM1.39 bilion tu tak dibayar pun lagi. Tapi dah direkod dan dibayar hibah kepada pendeposit.", "Jadi kenapa RM436 juta Rafizi bising tapi bab RM1.39 bilion ni Rafizi jadi macam ayam betina mengeram?", "Kena ingat, RM436 juta itu adalah daripada anak syarikat. TH boleh paksa dan tuntut bila-bila masa sebab dia ada kuasa. Tapi RM1.39b itu daripada UJSB anak syarikat MOF. Bawah kuasa Lim Guan Eng ketika itu. Tabung Haji ada kuasa apa?", "Inilah double standard Rafizi.", "Keempat, Rafizi kata RM19.9 bilion duit wang pembayar cukai diguna untuk pulihkan Tabung Haji.", "Inilah penipuan paling besar yang dibuat dan diulang-ulang. Sebenarnya UJSB setakat ini baru bayar RM300 juta kepada Tabung Haji. RM100 juta dibayar zaman PH dan RM200juta dibayar zaman PN (akhir 2020).", "Itupun selepas UJSB jual aset2 milik asal Tabung Haji pada awal 2020. Termasuklah saham-saham seperti Uzma dan Icon Offshore. [3]", "Jadi bila masa kerajaan PH guna wang cukai untuk tolong Tabung Haji?", "Inilah Rafizi Ramli tuan-tuan. Bapa Putar Alam Negara. – UMNO ONLINE\n—-\nAbdul Rahim Hilmi Zakariya\nKuala Terengganu\nRujukan:\n[1] https://www.bnm.gov.my/…/surveillance-of-non-bank…\n[2] https://www.bharian.com.my/…/parlimen-tiada-individu…\n[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3426445604072105&id=100001200986490" ]
https://umno-online.my/2022/10/26/suruhanjaya-pendidikan-nasional-perlu-ditubuhkan-dr-asyraf/
[ "SELAIN ekonomi, faktor paling utama yang sedang diberi perhatian oleh rakyat adalah kualiti pendidikan negara.", "Ada 4 isu yang sering dibincangkan:\n1. Kekurangan guru.\n2. Kesesakan kelas.\n3. Silibus / sistem yang sering bertukar mengikut menteri.\n4. Masalah beg berat.", "Masalah kekurangan guru ini mula muncul sejak 2013 apabila Kementerian Pendidikan ketika itu mahu merombak Institut Pendidikan Guru (IPG). Boleh rujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 mukasurat e16.", "", "Menteri Pendidikan pada ketika itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini adalah antara kesilapan ketika itu termasuk kontrak-kontrak yang dilihat berat sebelah semasa beliau menjawat jawatan menteri. Terutama 1BestariNet yang didapati gagal akibat kecuaian dan kelemahan tadbir urus.\nhttps://suaramerdeka.com.my/1bestarinet-gagal-sebab…/", "Insya-Allah BN selepas menjadi kerajaan semula kelak akan menilai Pelan ini bagi memastikan IPG diperkasa dan ditambah. Bukannya dirombak atau cuba ditutup ketika zaman Pakatan Harapan.\nhttps://www.bharian.com.my/…/21-ipg-disyor-tutup-mulai…", "Bagi isu kesesakan kelas, ia sebenarnya berkadar langsung dengan jumlah sekolah baru dan naik taraf sekolah sedia ada.", "", "Kerajaan BN pada awal 2018 telah mengesan masalah ini dan telah merancang pembinaan 30 buah sekolah baru pada tahun tersebut.\nhttps://www.astroawani.com/…/30-sekolah-baharu-dibina…", "Namun selepas kejatuhan BN, jumlah purata pembinaan sekolah baru hanyalah antara 8 hingga 10 buah setiap tahun.\nhttps://www.utusan.com.my/…/selangor-johor-perlukan…/", "Lebih buruk adalah pada zaman Pakatan Harapan. Bila mana kerajaan Pusat ketika itu mensyaratkan kerajaan Sarawak untuk membayar hutang negeri terlebih dahulu sebelum dana membaiki sekolah daif disalurkan ke negeri berkenaan.", "Ini adalah satu perkara yang amat jelik apabila pendidikan anak bangsa cuba dipolitikkan.", "Malangnya hari ini menteri yang sama seolah berlagak hero apabila timbul isu berkaitan pendidikan.\nhttps://sabahkini2.com/…/abang-johari-tidak-lupa…/view", "Isu silibus yang mudah bertukar apabila menteri silih berganti juga adalah sesuatu yang menjengkelkan. Kita jangan lupa apabila usaha-usaha menormalisasikan ‘jasa komunis’ ketika kemerdekaan dimasukkan ke dalam buku teks beberapa tahun lepas.", "Ini merosakkan akar bangsa dan jatidiri anak-anak. Menanam jarum halus yang mengelirukan bagi memenuhi ideologi politik sesetengah pihak.", "Justeru itu satu Suruhanjaya Pendidikan Nasional hendaklah ditubuhkan dan ditentukan bidang kuasanya melalui Akta khusus. Ahli-ahli hendaklah dilantik daripada kalangan ahli akademik, guru pakar, wakil NUTP, wakil ibu bapa serta pakar pendidikan lainnya.", "Fungsi Suruhanjaya ini adalah bagi menetapkan silibus dan memastikan laluan pendidikan anak-anak adalah tepat. Menteri atau Timbalannya tidak boleh campur tangan sepertimana sebelum ini. Sehingga menggadaikan kedudukan anak bangsa untuk kepentingan politik.", "Bagi BN, perkara paling utama adalah dengan meletakkan semula pendidikan anak-anak ini kepada ahlinya. Jangan sesekali memperjudikan pendidikan negara. – UMNO ONLINE", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2022/10/22/pru15-tidak-salah-ahmad-zahid-bertanding/
[ "SAYA mulakan tulisan ini dengan persoalan, salahkah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini?", "Persoalan ini dibangkitkan kerana terdapat dakwaan di media sosial dan media arus perdana walaupun ia telah dinafikan oleh pembantu Presiden UMNO itu bahawa Ahmad Zahid tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu dalam PRU15 ini.", "Dalam sistem demokrasi negara, tidak salah untuk Ahmad Zahid bertanding PRU15 kerana beliau belum disabit kesalahan walaupun sedang didakwa di mahkamah.", "Untuk kes pertama dihadapinya, Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).", "Kes kedua berhubung kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi, ia masih lagi berlangsung di mahkamah dan bukan halangan untuk Ahmad Zahid bertanding.", "Siapa kita untuk menidakkan hak demokrasi dalam Malaysia?", "Jika kerana kes mahkamah dihadapi dan pelbagai pihak berpandangan Ahmad Zahid tidak wajar bertanding PRU15, ia tidak adil kerana kenapa Presiden UMNO sahaja diminta atau dicadangkan berbuat demikian?", "Pemimpin pembangkang pun ada yang sedang berdepan kes mahkamah seperti Lim Guan Eng dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Mereka juga sewajarnya diminta supaya tidak bertanding pada PRU15 kali ini.", "Apatah lagi masyarakat dan penduduk di Parlimen Bagan Datuk masih memerlukan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ahli Parlimen mereka.", "Saya melihat ini sebenarnya spekulasi sesetengah pihak yang bertujuan memecahbelahkan BN khususnya dalam kalangan pimpinan UMNO.", "Mereka sedar bahawa UMNO kini berada pada prestasi cukup baik untuk berdepan PRU15 dan dengan cara memecahbelahkan UMNO dari dalam dapat mengalahkannya.", "UMNO bukan parti yang cakap tidak serupa bikin,kota apa yang dikatakan termasuk keputusan mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri jika BN menang PRU15 kali ini.", "UMNO bukan seperti pembangkang, manifesto pun mereka gagal tunaikan dan apabila dituntut, ia dikatakan bukan kitab suci yang wajib dipatuhi.", "Ahmad Mukhlis\nAhli UMNO" ]
https://umno-online.my/2022/10/22/pelantikan-hakim-zaman-ph-tak-ikut-prosedur-undang-undang/
[ "Pendedahan laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-dakwaan Dalam Buku Tommy Thomas kepada awam hari ini akhirnya mengesahkan gambaran yang diberikan beberapa minggu lepas semasa kenyataan media dikeluarkan.", "Menurut laporan siasatan yang sudah boleh dimuat turun dari laman web Bahagian Undang-undang JPM, Tommy Thomas, iaitu Peguam Negara lantikan era Pakatan Harapan, terbabit dalam pelbagai tindakan meragukan. Tetapi yang paling jelas:\n\nPelantikan pemegang jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara pada Julai 2018 adalah individu-individu yang dipersetujui dalam perbincangan sulit antara Tommy Thomas dan Tun Mahathir. Yakni pelantikan untuk Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.", "Nama-nama tersebut berbeza dari pilihan Suruhanjaya Pelantikan Hakim.", "Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang khususnya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dimana – seperti ditegaskan dalam m/s 38-40 laporan pasukan khas – seorang Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk memilih calon Hakim untuk mahkamah-mahkamah seperti diatas. Sebaliknya, sebarang nama yang dipersembahkan kepada SPB Yang DiPertuan Agong hendaklah berasaskan cadangan dari Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. PM boleh mohon untuk beberapa nama lain untuk sesuatu kekosongan, tetapi hendaklah dari kalangan senarai itu. Bukan pilihan sendiri bersama Peguam Negara.", "Selain itu, laporan pasukan khas turut menegaskan, Peguam Negara bukan ahli Suruhanjaya maka tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mencadangkan mana-mana nama kepada Perdana Menteri.", "Ini bukan persoalan integriti mana-mana hakim yang dilantik pada 2018, jauh sekali mempersoal keabsahan pelantikan oleh YDPA.", "Tetapi Pakatan Harapan menang pada PRU14 antara lain dengan laungan dan slogan menambahbaik tadbir urus. Mengurangkan kebarangkalian salah guna kuasa, campurtangan dalam kehakiman dan sebagainya. Hari ini terbongkar satu lagi kegagalan dan penipuan PH.", "Terang, terang, satu prosedur dan undang-undang yang dibuat zaman Pak Lah untuk memperkasa sistem kehakiman dan memperkuat pemisahan kuasa antara cabang eksekutif dan kehakiman, telah dikesampingkan dengan sewenang-wenangnya.", "Hari ini menjelang PRU15 mereka menjaja slogan serupa. Konon mereka bersih. Lebih reformis. Lebih ikhlas. Lebih ‘rakyat’. Mereka tuduh UMNO hendak menang sebab mahu campurtangan kes mahkamah. Mahu percaya lagikah?", "Atau lebih mahu percaya laungan pemimpin mereka yang secara gah berkata dalam ceramah, “kami akan sumbat kamu dalam penjara lepas menang”.", "Ini bukan mirip perjuangan untuk rakyat. Ini perjuangan politik dendam. Mereka benci segala yang berkait dengan UMNO, dengan BN. Mereka mengajak rakyat turut sama benci. Tapi bukannya untuk rakyat. Untuk kepuasan hati dan nafsu mereka.", "#KestabilanDanKemakmuran\n#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia", "***************************************" ]
https://umno-online.my/2022/10/19/antara-agenda-kemakmuran-rakyat-yang-pernah-dipelopori-kerajaan-bn-sebelum-pru14/
[ "1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebuah polisi berasaskan keperluan (Needs-based Policy) tanpa mengira kaum dan agama diperkenalkan. Jumlah kategori penerima atau nilai agihan tunai ditambah tiap-tiap tahun dari RM500 ke RM1,200 lalu ke RM2,000. Diteruskan oleh Kerajaan PH (Bantuan Sara Hidup), Kerajaan PN (Bantuan Prihatin Nasional) dan Kerajaan Keluarga Malaysia (Bantuan Keluarga Malaysia)", "2. Bantuan terus sekolah diberi tiap-tiap tahun. Yuran sekolah dimansuhkan.", "3. Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) / Kad Siswa 1Malaysia (S1M) RM250 untuk mahasiswa/siswi dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).\n\n4. Pemberian percuma lebih 1 juta komputer Netbook 1Malaysia kepada murid dan pelajar.", "5. Program 1AZAM bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti perniagaan kecil-kecilan bagi meningkatkan taraf hidup miskin tegar, miskin dan B40 (AZAM Niaga & Khidmat).", "6. Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah sebuah program penempatan graduan yang menganggur di Jabatan/Agensi/GLC bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran (Employability) dan keupayaan (Upskilling) untuk mendapatkan pekerjaan.", "7. Klinik 1Malaysia sebagai satu inisiatif meluaskan akses rakyat kepada perubatan dan perkhidmatan kesihatan (kini digelar sebagai Klinik Komuniti) dan dikecilkan melalui penutupan banyak lokasi oleh Kerajaan PH.", "8. Amanah Saham 1Malaysia (AS1M), pelaburan unit amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan terbuka buat bumiputera dan bukan bumiputera.", "9. ADAM50 adalah pemberian RM200 bagi setiap anak yang lahir bagi membuka 200 unit pelaburan amanah di ASB (Bumiputera) AS1M (bukan Bumiputera) setelah permohonan dibuat di PNB.", "10. Penghapusan cukai pendapatan bagi golongan yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan. Kadar cukai pendapatan LHDN juga dipotong dari 28% ke 24%.", "11. Bantuan kebajikan melalui pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain.\n\n12. Bantuan khusus untuk para nelayan, pekebun, penoreh getah dan peladang seperti bantuan musim tengkujuh, bantuan tong sejuk beku dan lain-lain.", "13. Peningkatan kadar purata pertumbuhan gaji rakyat paling tinggi dalam sejarah pada masa ini dan Kadar kemiskinan tegar dan nilai Gini jatuh ke paling rendah dalam sejarah.", "14. Indeks kebahagiaan negara (World Happiness Index) Malaysia naik setiap tahun ke tangga paling tinggi dalam sejarah sebelum jatuh menjunam selepas PRU14.", "15. Perumahan Perkhdimatan Awam 1Malaysia (PPA1M) bagi penjawat awam.", "16. Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi meningkatkan pemilikan rumah rakyat Malaysia.", "17. Rumah Mesra Rakyat (RMR) sebuah program bagi membantu golongan B40 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal dirumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah yang lebih sempurna dan selesa melalui agensi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).", "18. Rumah mampu milik/kos rendah.", "19. Pembangunan semula residensi dan banyak lagi seperti Razak Mansion dan lain-lain.", "20. Mass Rapid Transit (MRT), MRT1 Kajang Line (Sungai Buloh-Kajang), MRT2 Putrajaya Line (Sungai Buloh-Serdang Putrajaya) dan MRT3 Circle Line.", "21. Light Rail Transit Line 3 (LRT 3) menghubungkan Bandar Utama – Klang.", "22. East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pantai Barat dan dan Pantai Timur Semenanjung melalui laluan rel sepanjang 665 kilometer yang melalui 4 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor). Projek ini dijangka menjimatkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan dari 6 jam ke 4 jam.\n\n23. MyHSR High Speed Rail adalah projek keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur dengan penjimatan masa perjalanan dari 3 jam kepada 90 minit sahaja. Projek ini bakal memacu pembangunan berasaskan Transit (TOD) bagi bandar-bandar seperti Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan\nIskandar Puteri.", "24. Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan adalah terminal pengangkutan darat bersepadu yang moden.", "25. Bus Rapid Transit (BRT) seperti di Sunway Line dan banyak lagi.", "Walaupun BN bukanlah sempurna, tetapi Kerajaan BN punya rekod pencapaian lampau terbaik yang mampu menawarkan kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat.", "Malah BN tidak pernah bergantung kepada pendekatan hasutan, fitnah mahupun membenihkan kebencian di kalangan rakyat, kerana BN punya kekuatan dan pengalaman lebih 60 tahun membina dan mencipta kegemilangan untuk rakyat dan negara.", "#KestabilanDanKemakmuran\n#BNTradisiMembelaRakyat\n#BNTetapDiHati", "DR ASYRAF WAJDI DUSUKI \nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ", "***********************************************" ]
https://umno-online.my/2022/10/17/masihkah-kau-ingat-67-pencapaian-utama-ph-menjadi-kerajaan-22-bulan/
[ "1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN. Kata BN banyak berhutang, knp PH tambah hutang lebih RM100billion?", "2. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019. Hutang naik⬆️, rizab(simpanan) negara turun⬇️. Mana pakar2 ekonomi PH? Boleh terangkan?", "3. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019. Ini sebelum Covid19 dan peperangan Rusia-Ukraine. Calling for pakar ekonomi PH.\n\n4. Kita jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia. We were not competitive during PH era. Why? Bekas2 Menteri PH boleh tolong jawab?", "5. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN.", "6. KDNK negara pada tahun 2019 dijangka pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019 Dalam 22 bulan, PH buktikan mereka tak competent. Tun dan Anwar x boleh control kebodohan menteri korang?", "7. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion utk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion utk tahun 2017 kepada kerajaan BN. Klau ekonomi sdg meleset, boleh faham knp kita perlukan Petronas. Ini sblm berlaku kemelesetan ekonomi PH dah tekan Petronas.", "8. Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS jatuh.", "9. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di dunia oleh Bloomberg ⭐️fakta – bloomberg adalah global leader in business and financial data yg berpengkalan di United State.", "11. Peruntukan kpd subsidi baja padi dipotong dari RM465 juta (2018) kpd RM232.5 juta dlm bajet 2019. Rakyat tgh susah dan krjaan PH potong pula subsidi. Bajet 2023 Ismail Sabri bg subsidi tinggi PH kata gula2 PRU tp PH juga kata rakyat tgh susah. PH stupidity at its peak", "12. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.\nPH memang terkenal dgn memotong subsidi untuk rakyat luar bandar.", "13. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019. Tanyalah nelayan mcm mana PH ‘bantu’ mereka. Tiada.", "14. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.", "15. Program Food and Agro Council for Export (FACE) dihapuskan dalam bajet 2019 berbanding peruntukan sebanyak RM3 juta pada 2018\n\n16. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.", "17. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy Development Corporation dikurangkan sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019 berbanding 2018.", "18. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.", "19. Pemindahan Khazanah daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri", "20. Penjualan pegangan 0.66 peratus Khazanah dalam bank yang kedua terbesar di Malaysia iaitu CIMB", "21. Keengganan kerajaan Pakatan untuk menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyemak semula rangkaian kompleks GLCs yang berpotensi membawa kepada amalan ‘penaungan selektif’.", "22. Langkah menerima bekas ahli parlimen UMNO secara besar-besaran menimbulkan kecurigaan terhadap komitmen PM terhadap agenda reformasi institusi.", "23. Pelantikan Ronald Kiandee yang menyertai Parti Bersatu sebagai Pengerusi PAC sebelum digantikan menimbulkan persoalan mengenai komitmen Pakatan kepada reformasi. So far ada nampak apa2 reformasi yg dilakukan kerajaan PH? Kahkah", "24. Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR) digesa diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen, selari janji ke-16 dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dirangka ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.", "25. Projek ECRL dikurangkan RM21 bilion melalui perubahan jajaran dan jumlah stesen, tidak dikurangkan RM30 bilion seperti mana dakwaan hutang 1MDB dahulu.", "26. Projek Bandar Malaysia diteruskan dengan kekalkan kontrak rundingan terus kepada IWH-CREC, bercanggah dengan prinsip tender terbuka Pakatan.", "27. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan, malah saiz kakitangan awam juga ingin dikurangkan. PH anti kakitangan awam. Itu jelas.", "28. Kecurigaan melampau kepada kesetiaan penjawat awam.", "29. Pengakuan Tun Daim bahawa ramai Menteri lantikan Tun M berpatah arang berkerat rotan dengan birokrat dan PTD, mengakibatkan dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan kucar-kacir.", "30. Kepakaran birokrat dan PTD kurang dimanfaatkan, sebaliknya nasihat mereka dipinggirkan dek kegopohan Menteri lantikan Tun M melakukan perubahan semata-mata demi dilihat melakukan perubahan tanpa pertimbangan pakar.", "31. Isu sijil akademik palsu dan cubaan menutup pembohongan oleh sebahagian menteri.", "32. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini. Kerajaan sekarang beri peruntukan samarata kpd semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.", "33. Tiada fokus pada usaha menjana pendapatan baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI, Torium, mikrob, dan sebagainya). Terperangkap dengan pemikiran ekonomi abad ke-20", "34. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh diulangi kerana beri kesan kepada perisik negara di luar negara.", "35. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun. Bagaimana dengan negeri-negeri lain?", "36. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura", "37. ‘U-Turn ECRL’, sekejap batal, sekejap tidak, telah menjejaskan kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China untuk tempoh 10 bulan lamanya.", "38. ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di bandar.", "39. MRT2 perlu dirunding kembali susulan penerusan projek Bandar Malaysia. Satu lagi ‘U-turn’.", "40. Amalan ‘bulldozer’ rang undang-undang di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan.", "41. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto sedangkan telah ‘memerah’ RM80 bilion daripada Petronas untuk tahun 2018 sahaja.", "42. Tiada penjelasan mantap dalam penyelesaian kes Banglo Lim Guan Eng\n\n43. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu ditangani dengan lebih tegas, tetapi kini sunyi sepi", "44. Pinjaman Bon Samurai adalah RM7.3 bilion tetapi jumlah masuk yang direkodkan kerajaan Pakatan hanya RM7.06 bilion. Persoalan ke mana RM 200 juta lagi belum dijawab. PH tambah hutang lagi.", "45. SST telah menyebabkan kos naik 10 peratus.", "46. Pemansuhan GST telah menyebabkan kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion pendapatan.", "47. Menteri Pertahanan tidak cekap atasi isu sujud di atas batu Karbala – boleh dilapik kain seperti mana pemimpin lain lakukan, atau tidak perlu solat di belakang Imam Syiah sama sekali. Mat Sabu. Kahkahkah", "48. Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) kategori bujang yang melampau (dan menghina) iaitu 27 sen sehari", "49. FGV Holdings Bhd pula mencatat kerugian besar RM1.08 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM131 juta bagi tahun 2017 di bawah BN.", "50. Axiata umumkan kerugian RM5.03 bilion untuk tahun 2018 berbanding keuntungan RM909.48 juta untuk tahun 2017.", "51. Syarikat Telekom Malaysia juga mengalami kerugian buat pertama kalinya sejak 10 tahun yang lalu.", "52. Syarikat Boustead Holdings milik LTAT juga melaporkan kerugian RM469.2 juta untuk tahun 2018 berbanding untung RM436.2 juta untuk tahun 2017.", "53. Sekali lagi aset negara dijual. Ogos 2018, Khazanah jual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort – RM1.25 bilion.", "54. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion. PH jual aset negara.", "55. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran.\nPH jual aset negara.", "56. Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion. PH jual aset negara.", "57. PH sering memberi alasan bahawa aset-aset FELDA perlu dijual untuk membayar hutang FELDA RM8 bilion. Harga jualan minyak sawit mentah telah jatuh teruk selepas PRU14 di persekitaran RM1,700 sehingga RM2,000 satu tan.", "58. Menteri Hal Ehwal Ekonomi akhirnya mengaku hutang RM8 bilion FELDA yang selalu disebut-sebut oleh Pakatan sebagai telah ‘dirompak’ oleh BN sebenarnya dipinjam semula kepada para peneroka FELDA sendiri.", "59. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. PH jual aset negara.", "60. April 2019, Axiata di bawah Pakatan jual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta. PH jual aset negara.", "61. Janji 30% wanita dalam kabinet tidak ditepati", "62. PH bubarkan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Special Task Force on Organised Crime STAFOC). Tak sepatutnya terjadi.", "63. PH bubarkan Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Special Tactical Intelligence Narcotics Group STING)", "64. Proses untuk menangkap Jho Low terlalu perlahan, hingga menimbulkan keraguan terhadap komitmen kerajaan. Sebelum menang sembang nak A, PH nak tangkap Jho Low. Tapi tak tangkap juga. Skrg Najib dah kedalam. Siapa sebenarnya ‘melindungi’ Jho Low?", "65. Mat Sabu (Menteri Pertahanan) tidak cermat dan terpaksa U-Turn dengan menarik balik kenyataan berkenaan isu penjualan hotel Royale Chulan kepada Singapura.", "66. Pengecualian PTPTN Zaman BN: Automatik dapat pengecualian bagi pelajar cemerlang Kelas Pertama, Zaman PH: Kena merayu untuk pengecualian PTPTN. Siswazah kena tahu sejarah ini. PH menipu pengundi muda.", "67. Peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dipotong daripada RM8.5 bilion pada 2018 kepada RM8.4 bilion dalam bajet 2019. Sekali lagi bukti PH anak tirikan orang kampung dan luar bandar.", "#PHancing\n#PHipokrasi\n#CukuplahSekali\n#JanganDitipuLagi\n#ManifestoBukanKitabSuci", "credit to @zaimuwais", "Dipetik dari Facebook:\n<DR ASYRAF WAJDI DUSUKI \nKetua Pemuda UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2022/10/12/parlimen-secara-rasminya-terbubar-pru15-untuk-kestabilan-dan-kemakmuran/
[ "10.10.22, tarikh dengan susunan nombor cantik yang memberi pelbagai reaksi buat seluruh rakyat Malaysia. Bagi penyokong Barisan Nasional (BN) ianya disambut dengan kelegaan dan semangat untuk mula berkempen seolah ada sesuatu yang telah disimpan dan telah sampai masa untuk dilunas. Bagi penyokong parti lain ada sindiran dan nada kemarahan dengan pelbagai hujah diberi bagi menyalahkan BN atas pembubaran Parlimen ini.", "Apapun ianya adalah noktah atau jawapan yang ditunggu-tunggu atas pelbagai polemik serta pelbagai tuduhan dan label yang diberikan terhadap tiga kerajaan dalam sepenggal yang tidak pernah terjadi dalam sejarah negara. Boleh dikatakan tiada apa apa yang positif atau manfaat siknifikan yang negara perolehi hasil daripada pemilihan rakyat pada PRU14. Sepanjang tempoh lebih empat tahun pelbagai sandiwara dan pergeseran politik disajikan ditambah derita pandemik COVID-19. Kesannya Malaysia ketinggalan berbanding beberapa negara jiran yang mana jika sebelum ini Malaysia mendahului.\n\nInilah akibat walau ada pihak yang telah menjadi kerajaan di dalam tempoh tersebut mengaku berjaya itu ini namun realitinya adalah indah khabar dari rupa. Nyaring dengan kebanggaan diri telah menenggelamkan apa yang ada di sekeliling terutamanya rintihan dan rungutan rakyat.", "Menjunjung kasih Tuanku atas kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen. Ianya juga disusuli dengan kekesalan Baginda dengan ketidakstabilan politik yang berlaku dan menyerah kepada rakyat untuk memberi mandat baru bagi memperbetulkan keadaan.", "Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) Seperti Cacing Kepanasan", "Kisah sebelum pembubaran, pelbagai nada berbelah bahagi di kalangan menteri kabinet walau mereka di dalam kerajaan yang sama sehingga 12 menteri di kalangan mereka mengutuskan surat kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong menolak pembubaran Dewan Rakyat. Ia menjelaskan yang kerajaan sedia ada tidak sehaluan yang selama ini pelbagai cara atau lakonan dibuat bagi menyembunyikannya pada mata rakyat. Matlamat serta ideologi berlainan telah mempengaruhi dasar dan ianya membantutkan banyak perkara tertutamanya dalam hal pembangunan. Bukan itu sahaja keharmonian sesama kaum terjejas akibat dasar PH yang penuh dendam kesumat sehingga terbawa ke hubungan luar negara yang menyebabkan beberapa konflik dingin dengan negara negara penting berlaku.", "Ini jelas, ideologi dan pemikiran akan mempengaruhi tindakan sehingga sesuatu yang positif dan jalan yang terbaik dipolemikkan demi menegakkan apa yang difikir dan dipendam.", "Polemik PRU ketika banjir menyusahkan rakyat, BN tidak mengutamakan rakyat cuba ditimbulkan sehingga mengajak rakyat menyertai petisyen yang dibuat. BN sangat bertanggungjawab, mana mungkin BN menyusahkan rakyat. Pemerintahan lebih 60 tahun jelas agenda mensejahterakan rakyat diusahakan bukti jelas dengan segala apa pembangunan sehingga pencakar langit antara tertinggi di dunia mampu didirikan.", "\nPasti SPR dan para saintis dapat meramalkan tarikh tarikh yang sesuai bagi diadakan pengundian. Jika dikata musim ni musim banjir ianya mengelirukan. Banjir sekarang boleh dikata dah tak mengikut musim akibat fenomena perubahan iklim. Bencana juga tidak boleh dielak namun dengan kemajuan teknologi yang ada kita boleh meramal sebagai langkah persediaan. Apa pun kita kena buat penyesuaian keadaan semasa bukannya berharap persekitaran yang akan menurut kehendak kita.", "Sebenarnya ketika musibah terutamanya banjir ketika itulah karektor pemimpin akan teruji. Sama ada membantu atau sekadar menonton atau datang sekejap untuk merakam gambar. Jadi manfaatnya akan diterima oleh mangsa mangsa banjir. Orang politik yang akan terkesan kerana berkempen dalam keadaan sukar serta terpaksa harungi banjir. PH & PN tak bersedia lagi ke? Tak sanggup ke nak bantu rakyat yang berada dalam kesusahan?", "Masalah Ketidakstabilan Menyukarkan Kemakmuran", "Ianya jelas dengan ketidakstabilan politik akan mempengaruhi dasar, perancangan dan perlaksanaan pembangunan negara. Jawapan kepada masalah ini telah diberikan pada PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor ternyata dengan majoriti lebih lebih lagi majoriti besar yang diperolehi oleh sesuatu gabungan parti yang membentuk kerajaan telah memberikan fokus dan kelebihan buat kerajaan berkhidmat untuk rakyat.", "Alhamdulillah Malaysia terus aman dan diiktiraf yang ke18 paling aman di dunia daripada 163 buah negara dan ianya suatu nikmat dan peluang bagi kita menebus sesuatu yang mungkin kesilapan akibat ketidakbertanggungjawaban sesetengah pihak. Sejarah juga menunjukkan Malaysia terutamanya orang Melayu bangsa yang kaya adab dan sentiasa mengamalkan tolerasi dan penyelesaian melalui rundingan. Oleh itu nikmat peluang peluang yang masih ada harus dimanfaatkan sebaiknya bagi mencipta kestabilan demi kemakmuran yang kekal.", "PH Tak Mahu Pilihan Raya Tapi Sudah Mula Berkempen", "Pilihan raya adalah tiada pilihan jika masanya telah sampai. Kalau hendak diikutkan tempoh sebenar tamat penggal pun tak sampai setahun. Walau pelbagai tuduhan dan alasan dibuat untuk tidak diadakan pilihan raya, parti parti politik dalam PH juga PN tetap rancak berkempen.", "Bukan sahaja berkempen malah meraih simpati sumbangan daripada rakyat untuk menghadapi pilihan raya. Bertanggungjawabkah itu, patutkah dibuat begitu. Sedangkan jika kita lihat kehidupan sesetengah pemimpin politik PH hidup dalam kemewahan. Bila lihat pengawal peribadi ada yang melebihi 10 orang. Kenapa perlu beretorik sehingga sedemikian rupa?", "Beginilah politik permainan persepsi dan psikologi bagi menampakkan sesuatu yang palsu dan menyembunyikan macam macam perkara yang sebenar.\n\nTahun 2023 Titik Tolak Malaysia Kehadapan", "Bajet 2023 ‘Keluarga Malaysia Makmur Bersama’ yang baru baru ini dibentangkan merupakan bajet terbesar dalam sejarah negara. Namun ianya tidak sempat dibahas dan diluluskan di Parlimen. Akan tetapi beberapa insentif untuk penjawat awam telah diumumkan terdahulu dan berasingan yang sememang seolah ada sesuatu kelainan akan berlaku.", "Ada asasnya mengapa bajet yang besar dirangka untuk negara. Kita telah melalui beberapa tahun yang sukar sehingga menyebabkan kita ketinggalan. Untuk mengejar dan memulihkan serta meletakkan negara kembali bersaing pasti memerlukan sinergi yang lebih dan menggerakkan pelbagai aspek secara komprehensif dan berganda daripada biasa. Kita tiada pilihan sama ada untuk terus ketinggalan atau mahu kembali bersaing dalam persekitaran yang mencabar dan tak menentu. Jika mahu kembali bersaing usaha dan langkah yang bukan biasa biasa perlu diambil.", "Langkah tepat bagi Perdana Menteri mengusulkan pembubaran Parlimen pada tahun ini selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah untuk Malaysia tidak membuang masa terus menerus bergelut dengan masalah yang sama yang tiada kesudahan. Cukup cukuplah kita habiskan tahun 2022 ini dengan apa yang berlaku. Tahun 2023 kita buka wadah baru, azam dan tekad baru untuk memperbaiki kerosakan dan kembali meletakkan landasan Malaysia ke arah kemakmuran rakyatnya.", "\nRakyat boleh menilai dan sedar kemampuan dan matlamat pihak pihak yang tidak mahu mengadakan pilihanraya pada tahun ini. Mereka jelas tidak mahu keadaan berubah, mereka jelas tidak berperancangan untuk masa hadapan jadi mereka lebih rela bergelumang dengan apa yang ada selain beranggapan peluang yang mereka ada hanya pada kali ini sahaja jika pilihanraya dibuat bermakna peluang bagi mereka sudah tiada lagi.", "Rakyat nak ke masalah dan ketidaktentuan yang kita hadapi ini berlarutan? Sudah tentu tidak bukan. Jadi tahun 2023 kita memulakan langkah baru dengan sinergi yang baharu bagi membetulkan dan membawa negara kehadapan. Kita ada kemampuan, kita ada kebolehan jadi jangan beri peluang kepada penggemar ketidakstabilan menjejaskan yang baik yang kita ada.", "BN akan masuk gelanggang PRU 15 dengan motto ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ dijangka mampu memperoleh mandat rakyat kerana aspirasi dan perjuangannya berpaksikan rakyat. Namun calon-calon yang ditampilkan perlu diteliti dan berhati hati juga yang memenuhi citarasa pengundi.", "Oleh: NORMAN SAPAR", "**********************************" ]
https://umno-online.my/2022/10/07/bajet-2023-bukan-sekadar-goodies/
[ "ADA komentar menyifatkan belanjawan ini sebagai belanjawan untuk pilihan raya.", "Sehinggakan pihak parti pembangkang pun terpaksa menyerang soal pelaksanaan. Tapi dari segi pengisian, pihak lawan pun mengakui. Isitilah yang mereka guna: “goodies”, “komprehensif”, “benda bagus” (lihat lampiran).\n\nTetapi ini bukan semata-mata mengambil hati dengan bantuan tunai.", "Benar, bantuan tunai kali ini paling tinggi dalam sejarah mana-mana bajet. Benar, pinjaman ASB untuk B40 ditetapkan hanya 1.5% sekaligus hampir menjamin keuntungan tahunan.", "Benar, kali ini M40 pun ada bantuan yang tersasar terhadap mereka. Benar, golongan belia dan e-hailing juga mendapat manfaat khusus dari bantuan tunai, perlindungan insuran sehingga pinjaman mudah untuk pembelian kenderaan mahupun ‘food truck’.", "Namun, Bajet kali ini tidak langsung melupakan agenda jangka panjang yang bukan bersifat populis semata-mata.", "Misalnya perbelanjaan pembangunan RM95 bilion iaitu terbesar dalam sejarah. Misalnya langkah-langkah dan perbelanjaan yang diumumkan dalam menarik pelaburan dalam industri-industri yang dikenalpasti disamping mencapai sasaran top 10 negara berdaya saing di dunia.\n\nAtaupun segala langkah ke arah sasaran karbon neutral, termasuklah pengecualian fi permit import (AP) untuk kenderaan elektrik, dan peluasan kemudahan pengecasan supaya kenderaan berharga sederhana juga dapat membanjiri pasaran.", "Ini hanya beberapa contoh ringkas menggambarkan bahawa kalau pihak lain hendak menyifatkan ini sebagai Bajet Pilihan Raya (pihak lain, bukan saya), mungkin sebab mereka khuatir rakyat mampu menilai beza langkah dan tema Bajet ini berbanding beberapa tahun sebelumnya.", "Ia tidak semata-mata kerana bantuan tunai meletakkan wang ke dalam saku rakyat kebanyakan. Bukan semata-mata subsidi dan bantuan tunai dalam lingkungan RM55 bilion berbanding tak sampai RM25 bilion tahun 2019 dan 2020.", "Tetapi jauh lebih dari itu, kerana ia bajet yang menggambarkan kompetensi dalam mengurus situasi dan kemampuan membina negara bukan hanya untuk hari ini.", "Tidak minta rakyat ikat perut bantu Kerajaan seperti Perdana Menteri 2019. Tidak minta rakyat berkorban seperti Menteri Kewangan 2019.", "Tidak juga menjanjikan bulan, bintang dan kereta terbang. Tetapi bajet yang bervisi sambil berpijak di bumi nyata, demi kemaslahatan Keluarga Malaysia. Itu bezanya. – UMNO ONLINE", "Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO\n" ]
https://umno-online.my/2022/10/03/kalau-nama-bekas-peguam-negara-taufik-atau-tahir-pun-wajar-disiasat/
[ "", "Rafizi Ramli dakwa UMNO sengaja main sentimen perkauman berkaitan isu siasatan terhadap Tommy Thomas.\nUntuk ingatan, ini antara isu berbangkit dalam buku beliau dan dakwaan yang dibuat:", "1. Menggambarkan bahawa Allahyarham Tun Razak mendalangi insiden paling hitam 13 Mei 1969.", "2. Tommy Thomas berpengaruh dan lantikan hakim dibuat berdasarkan cadangan beliau ‘yang arif dengan semua Hakim Mahkamah Persekutuan’", "3. Kematian Allahyarham Muhammad Adib diakibatkan oleh kenderaan bomba dan bukan kerana dipukul seperti yang telah didedahkan oleh Mahkamah Koroner.\n\nKalau hendak tuduh main sentimen perkauman, Tommy Thomas lebih sesuai dituduh buat perkara tersebut.", "Tetapi keputusan Kerajaan untuk menyiasat Tommy Thomas dan respon UMNO kepada keputusan itu, tiada kena mengena dengan perkauman.", "Dakwaan Tommy Thomas menimbulkan tanda soal mengenai integriti dan ketelusan institusi Peguam Negara di bawah kepimpinan Tommy Thomas.", "Rafizi minta siasatan terhadap kapal LCS kerana perkara tersebut melibatkan integriti dan ketelusan sesebuah Kerajaan. Kerajaan telah mendedahkan beberapa laporan penting kepada umum.", "Jadi apa salahnya apabila UMNO bangkitkan perkembangan mengenai siasatan pasukan petugas terhadap Tommy Thomas? Adakah Rafizi merasakan bahawa integriti dan ketelusan dituntut hanya apabila Barisan Nasional terlibat?", "Siasatan akan dijalankan antaranya dibawah Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 124(I) Kanun Keseksaan – Penyebaran Laporan Palsu, dan Seksyen 23 Akta SPRM Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.", "Mungkin Rafizi cuba reka persepsi bahawa UMNO bangkitkan isu ini kerana Tommy Thomas bukan Melayu. Ingin ditegaskan, kalau nama dia Taufik, Talib, Tahir dan dia tulis buku sama, pun patut disiasat.", "Ini soal integriti dan ketelusan bukan perkauman.", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2022/09/30/isu-tommy-thomas-memang-patut-disiasat-kandungan-laporan-pasukan-khas-wajar-didedah/
[ "Pernah ulas mengenai buku Tommy Thomas tahun lepas dan beberapa tuduhan beliau yang jauh terpesong dari realiti.\nKerana itu begitu banyak laporan polis terhadap tuduhan-tuduhan Tommy Thomas. Hari ini setelah pasukan petugas khas melengkapkan siasatan mereka, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa mantan Peguam Negara akan disiasat antara lain di bawah Akta SPRM dan Akta Rahsia Rasmi.", "Mengulangi apa yang pernah disebut sebelum ini, sebagai seorang mantan Peguam Negara, sudah tentunya perlu ada etika dan ‘decorum’ yang sesuai dengan jawatan yang pernah dipegang. Tetapi dalam tulisan Tommy Thomas, semuanya dihina dan dijadikan mangsa dakwaan tak berasas.", "\nMaka pengumuman hari ini bahawa akan ada siasatan rasmi oleh agensi penguatkuasaan amatlah wajar. Malah, kalau boleh dan tiada perkara sulit, kandungan laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat perkara ini juga wajar didedahkan kepada umum.", "Antara petikan buku beliau:", "1. “Why did Malay youths brandishing parangs..turn on their fellow citizens, the Chinese..on..May 13th, 1969? The evidence points to a coup by Tun Razak”", "“(H)e was anxious to take over”.", "“An open challenge by Tun Razak would have failed. The matter was compounded by a critical fact that Malaysians were not aware of. Tun Razak had been told he was suffering from leukaemia, and was given five to six years to live, a medical prognosis that turned out to be accurate”", "“(W)ho benefitted from the riots? – it was Tun Razak”", "Dalam satu muka surat sahaja (m/s 28), TT tanpa berselindung mendakwa bahawa Tun Razak mendalangi insiden paling hitam dalam sejarah negara Malaysia dan juga Melayu pencetus insiden Mei 1969.", "Langsung tidak bertanggungjawab dan menyentuh perkara sensitif tanpa bukti langsung. Hanya menulis seumpama cytro upahan.", "Bukankah ini wajar disiasat?", "2. Tommy Thomas mendedahkan perkara yang sepatutnya menjadi rahsia tetapi dibongkar dan ditelanjangkan dengan tafsiran-tafsiran peribadi tertentu. Hubungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, soal perjumpaan dalam Istana Negara, soal perbualan antara TT dan Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri interim – semua yang patut menjadi sulit diceritakan terbuka. Inikah “standard” bekas Peguam Negara?", "Ini wajar disiasat.\n\n3. Pada muka surat 342-343 buku beliau, Tan Sri Tommy Thomas mendedahkan bahawa, dalam satu pertemuan, pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar di Malaya dan Hakim Besar di Sabah dan Sarawak adalah diputuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atas cadangan beliau yang “arif dengan semua hakim Mahkamah Persekutuan”.\nBukankah lantikan ini semua di bawah bidang kuasa Judicial Appointments Commission? Kenapa beliau seumpama memberi gambaran bahawa wujud campurtangan AGC dalam lantikan hakim?", "Ini wajar disiasat.", "4. Tommy Thomas turut mengulas insiden yang mengakibatkan kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di m/s 456 sehingga 460 dalam bukunya yang mengatakan “kecederaan Adib adalah diakibatkan kenderaan Bomba dan kenderaan yang dinaiki Adib. Adib dilihat cuba memasuki kenderaannya dan ketika itulah beliau dihimpit. Maka ia tidak disengajakan”.", "Dakwaan ini dilihat sebagai sesuatu yang menyeleweng dan terpesong daripada fakta sebenar yang telah diputuskan oleh Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019 bahawa Allahyarham Adib dipukul sehingga mati.", "Ini wajar disiasat.", "Rumusannya, menyingkap segala dakwaan dan tuduhan Tommy Thomas, saranan pasukan petugas khas bahawa Tommy Thomas perlu disiasat adalah keputusan yang tepat.", "Perkara ini tidak boleh diambil dengan mudah kerana orang yang buat tuduhan tersebut merupakan mantan Peguam Negara dan pendedahan beliau banyak mencalarkan institusi AGC.", "Apapun, seperti biasa, kita serahkan kepada pihak berkuasa yang melaksanakan tugas mereka lantas membuat keputusan seterusnya.", "#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia ", "***************************************" ]
https://umno-online.my/2022/09/30/membongkar-mitos-dan-naratif-banjir-pembangkang/
[ "PM Care Taker Masih BN", "1. Akibat pengaruh PH dan musuh BN kalangan pengundi undi Melayu semakin merosot, mereka perlu berusaha melengah-lengahkan pilihan raya agar diadakan tahun depan.", "2.Jelajah pembangkang pula dijangka hanya berakhir pada bulan Februari tahun depan.\nPembangkang percaya semakin dilengahkan pilihan raya maka peratus kemerosotan mereka akan dapat dibaiki dan semakin naik populariti mereka.", "2. Mantera bubar, bubar, bubar oleh PH suatu ketika dahulu kini, hilang dari radar, tidak seperti keyakinan dan semangat mereka pada pilihan raya umum 2018.", "3. Mereka dipeningkan lagi bahawa bekas sekutu mereka, iaitu Dr Mahathir mahu jadi calon Perdana Menteri kali ke-3. Komponen PH seperti Amanah dilihat masih terhutang budi terhadap Mahathir kerana walaupun hanya menang 11 kerusi, 9 dilantik oleh dalam kabinet sebagai menteri dan timbalan menteri. Dap pula diberikan jawatan Menteri Kewangan oleh Mahathir.\n\nItu sebab Amanah dan Dap agak lunak terhadap Mahathir dan kurang kenyataan keras dan tegas terhadap Mahathir. Berbanding PKR dan Anwar Ibrahim parti terbesar PH jawatan ditentukan oleh Mahathir bukannya Wan Azizah presiden PKR ketika itu. Sebab itu Azmin dan Zuraida diberikan jawatan besar oleh Mahathir untuk lemahkan pengaruh keluarga Anwar dan sekutu Anwar dalam politik.", "4. Pembangkang dan musuh UMNO dan BN tahu jika parlimen dibubarkan, mereka dalam keadaan paling tidak bersedia untuk menghadapi rakyat dan tidak ada mekanisne dan jentera untuk membolehkan bergerak dengan berkesan seperti BN khususnya.", "5. Mereka sedar walaupun parlimen bubar, Perdana Menteri care taker ialah dari UMNO dan BN yang bakal menjalankan fungsi sebagai kerajaan sementara. Bermakna perdana menteri BN masih berkuasa sehingga kerajaan baharu dibentuk.", "6. Perdana Menteri care taker inilah melaksanakan tugasan rasmi rutin untuk memastikan kerajaan terus berfungsi. Malah mesyuarat rasmi berhubung urusan kerajaan boleh diadakan termasuk mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Bencana Negara.", "Dari segi kuasa dan kawalan terhadap banjir pada musin tengkujuh Perdana Menteri masih ada kuasa dan sukar pula pembangkang menonjol peranan mereka apabila musim tengkujuh. Ini menyebabkan pembangkang berasa sangat terkesan.", "Pembangkang kurang mampu bersaing di padang sama rata dengan parti pemerintah sementara ketika pembubaran parlimen.\n\n7. Kelebihan ini tidak ada pada pembangkang dan inilah paling dibimbangi oleh pembangkang. Perdana Menteri care taker masih mempunyai kuasa yang besar seperti lazim amalan dan konvensyen yang berlaku di negara komanwel.", "8. Pilihan raya ketika menjelang musim banjir, bukanlah bermakna pilihan raya diadakan pada musim banjir melanda seluruh negara. Insya Allah pilihan raya akan diadakan sebelum itu lagi.", "Pembangkang tersalah langkah menggunakan mitos dan naratif banjir seolah-olah suatu yang tak dapat ditangani dan cuba menakutkan pengundi. Ini juga pembangkang pernah gunakan ketika pandemik covid-19 tapi gagal.", "Akhirnya akibat pembangkang menggunakan isu bencana pandemik sebagai kempen menolak PRN Melaka, Johor dan Sarawak misalnya, pembangkang sendiri tersungkur dihukum oleh pengundi mereka sendiri.", "Pembangkang bakal berdepan ulangan kekalahan ini.", "9. Dalam keasyikan pembangkang menggunakan mitos dan naratif banjir musim tengkujuh pembangkang terperangkap dengan mitos dan naratif mereka sendiri.\n\n10. Banjir di daerah Baling pada berlaku pada bulan Julai lepas. Manakala banjir di Batu Pahat dan Pontian berlaku pada bulan September. Itu pun kelibat pembangkang tidak turun ke kawasan banjir di Pulai, Sri Gading dan parlimen Iskandar Puteri.", "11. Ini juga membuktikan banjir boleh berlaku tidak semestinya pada musim tengkujuh dan apabila banjir berlaku sikap sebenar kelibat ahli parlimen tidak dirasai oleh pengundi mereka sendiri. Inilah kelemahan pembangkang yang mereka cuba tutupi dengan mitos dan naratif mereka ciptakan.", "12. Berbanding UMNO yang sentiasa prihatin dan setiap jentera bahagian, wanita, pemuda, puteri turun membantu bukan sahaja masa tengkujuh tetapi bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Itulah kelebihan dan kekuatan UMNO terletak akar umbi yang kuat yang ditakuti oleh pembangkang dan musuh BN.", "13. Apabila pembangkang tidak ada kelebihan ini, usaha melengahkan pilihan raya umum terus dilakukan. Maka, janganlah kita terpedaya tipu daya pembangkang yang masih cuba bina mitos dan naratif yang lemah dan dangkal.", "DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI\nPengerusi Barisan Nasional / Presiden UMNO " ]
https://umno-online.my/2022/09/28/lima-sebab-kenapa-pilihan-raya-perlu-disegerakan-sebelum-musim-banjir/
[ "LIMA Sebab Kenapa Pilihan Raya Perlu Disegerakan Sebelum Musim Banjir 1. Menstabilkan Semula EkonomiFaktor sebuah kerajaan dengan mandat rakyat adalah antara keutamaan pelabur asing. Pelabur tidak berminat untuk datang ke negara yang mempunyai sebuah kerajaan yang tidak stabil.", "Apabila Melaka mengadakan Pilihan Raya Negeri pada November 2021 dan Barisan Nasional (BN) menang dengan mandat sah rakyat, ia merupakan satu faktor penarik kepada pelabur. Suku pertama 2022, pelaburan dalam sektor pembuatan di Melaka sahaja adalah RM2.6 bilion.", "Melaka catat pelaburan RM2.6 bilion suku pertama 2022", "Ini menjadikan Melaka dalam senarai Top 5 meninggalkan negeri-negeri yang jauh lebih besar daripadanya.", "Johor yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 pada tahun ini juga mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM61b bagi tempoh 6 bulan pertama 2022. Ini menjadikan Johor sebagai negeri yang menerima pelaburan paling tinggi di Malaysia.", "2. Memastikan Kerajaan Efektif Hadapi Bencana", "Tragedi banjir Sri Muda pada akhir tahun lepas adalah satu tanda kerajaan hari ini dianggotai oleh Menteri-Menteri yang tidak kompeten. Dapat kita lihat bagaimana jentera parti, NGO dan orang persendirian lebih pantas dalam menghulurkan bantuan berbanding segelintir Menteri.", "Malah ada agensi yang terpaksa ‘bypass’ arahan Menteri bagi mendahulukan bantuan kepada rakyat. Ini berlaku kerana Menteri dilantik bagi memenuhi kuota, ugutan dan tuntutan parti sekutu. Bukan dilantik berdasarkan kemampuan.", "Sebuah kerajaan dengan jemaah Menteri yang kompeten bukan berasaskan kuota dan uguta akan dapat memastikan tragedi buruk ini tidak lagi berulang. Apatah lagi dalam keadaan bencana banjir diramal berlaku lagi pada akhir November ini.", "3. Memastikan Kerajaan Efektif hadapi Krisis Ekonomi Global", "Seluruh dunia menjangkakan bahawa satu krisis ekonomi besar akan berlaku tahun hadapan. Tanpa sebuah kerajaan yang efektif, kompeten dan berkemampuan, negara ini tidak akan mampu berhadapan dengan krisis yang dijangkakan lebih buruk daripada The Great Recession 1929.", "Kita telah berjaya dengan cemerlang dan antara negara pertama yang berjaya keluar daripada krisis ekonomi 2009. Maka dengan krisis tahun hadapan yang dijangka lebih besar, adakah kita boleh bergantung harap kepada sebuah Kerajaan hibrid atau campuran yang di dalamnya saling bersaing dan ugut-mengugut (untuk tekan ‘button’)?", "Apatah lagi sebahagian Menteri adalah daripada Kerajaan PH terdahulu yang bertanggungjawab membawa punca kerosakan ekonomi negara walaupun tiada sebarang krisis ekonomi global pada 2018-2019.", "4. Memastikan Tiada Sabotaj Dalam Kerajaan", "Sudah beberapa kali TS Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang buruk kepada kerajaan walaupun beliau adalah Pengerusi MPN bertaraf menteri. Kali terakhir adalah pada beberapa hari lepas apabila menuduh Perdana Menteri gagal menguruskan ekonomi.", "Sedangkan Menteri-Menteri utama yang terlibat dalam ekonomi adalah daripada partinya sendiri.", "Kenyataan ini sebenarnya mengganggu tumpuan pelabur dan memberi imej buruk kepada kerajaan secara keseluruhan.", "Potensi sabotaj daripada kelompok ini juga tidak dapat dikesampingkan begitu sahaja. Oleh itu sebuah kerajaan dengan mandat baru yang sah hendaklah dibentuk seberapa segera bagi mengelakkan perkara ini terus berulang.", "5. Kembalikan Mandat Rakyat Bukan Gila Kuasa", "Adalah satu propaganda untuk mengatakan bahawa UMNO gila kuasa kerana meminta pilihanraya segera. Sedangkan UMNO secara konsisten sudah berpendirian bahawa mandat rakyat mesti dikembalikan sejak krisis Februari 2020.", "Jika rakyat memilih untuk menolak UMNO sekali lagi, kami redha selagi mana hak rakyat itu dikembalikan. Andai UMNO gila kuasa, sudah pasti kami akan meminta negara ini didaruratkan sekali lagi melebihi tempoh penggal.", "Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Dan hak rakyat bagi memilih sebuah kerajaan yang stabil adalah tunjang kepada sistem ini.", " ", "Ketua Pemuda BN/ Ketua Pergerakan Pemuda UMNO MalaysiaDatuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki" ]
https://umno-online.my/2022/09/25/jelajah-gelombang-biru-tanda-solidariti-bn-sabah/
[ "KOTA KINABALU: Sambutan luar biasa yang ditunjukan oleh ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional pada setiap program Jelajah Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN yang telah diadakan menunjukkan momentum serta semangat ahli-ahli parti begitu tinggi untuk bergerak secara bersepadu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan diadakan pada bila bila masa.", "Setakat ini sudah tiga tempat program ini diadakan bermula di Zon 6 yang merangkumi Kawasan Tawau Semporna dan Kalabakan, yang diadakan 4 September lepas, disusuli Zon 1 Kota Belud, Tuaran 10 September dan Zon 4 Pedalaman di Pensiangan yang menunjukkan sambutan luar biasa dari kalangan ahli-ahli UMNO/BN cukup membuktikan tahap soladariti BN di negeri ini begitu tinggi untuk menghadapi PRU Ke-15.\n\nSelepas ini akan menyusul pula Perhimpunan Gelombang Biru Zon 5 yang melibatkan bahagian Kinabatangan,Beluan Libaran dan Sandakan yang akan diadakan di Padang Bandaran Sandakan dari 1-2 Oktober 2022 dan seterusnya beberapa zon lain iaitu, Zon 1 Kudat dan Kota Marudu, Zon 4 Ranau, Keningau,Tenom, dan Pensiangan, Zon 3 Papar,Beaufort,Sipitang dan Kimanis dan Zon 2 melibatkan Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang", "Sementara itu Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika ditemui berkata, Perhimpunan Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN yang diadakan merupakan isyarat bahawa gendang perang Pilihan Raya Umum ke-15 sudah berbunyi dan semua ahli parti perlu bersedia untuk ke arah itu.", "Bagaimana pun Bung yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, kehadiran ribuan penyokong pada majlis Perhimpunan Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN bukanlah sebagai titik akhir yang menunjukkan kekuatan sebenarya BN sebelum memasuki gelanggang pilihanraya .\n\nBeliau menegaskan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu membuktikan bahawa terdapat kesepaduan parti yang mempunyai mekanisme jentera di pelbagai lapisan di akar umbi malah menolak mereka yang pernah memperkecilkan kekuatan UMNO /BN dan kepimpinannya.", "“Semangat Gelombang Biru yang menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit untuk mengambialih pemerintahan negara perlu diteruskan sehingga PRU diadakan yang dan perlu membuahkan hasil lumayan iaitu kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)” katanya.\n\nMenurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Gelombang Biru BN perlu digerakkan secara bersepadu untuk menggandakan kekuatan BN dan kesemua ini perlu dilakukan dengan tekad yang kuat dan semangat perjuangan yang luhur.", "“Setiap lapisan PDM, cawangan dan bahagian perlu membina asas kekuatan ini. Atas prinsip ini jika ahli UMNO bersatu hati dan parti komponen BN bersifat realistik dan bergerak berdasarkan fakta dan data, BN akan kembali teguh dan ampuh”", "“Kita akan bekerja kuat bagi mencapai KPI yang diletakkan oleh parti dan hasrat ini dapat dicapai jika kita mendapat sokongan padu semua pemimpin Umno dan BN sepanjang kempen pilihan raya kali ini,” Tambah Bung.", "Jaafar Abdul Wahid\n* Penulis adalah Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerja Raya Sabah" ]
https://umno-online.my/2022/09/19/muhyiddin-tuduh-kerajaan-ismail-sabri-gagal-ini-jawapannya/
[ "", "Tidak dinafikan, keadaan ekonomi global yang tidak menentu telah menyebabkan situasi yang amat mencabar untuk rakyat.", "Sebab itu pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, dari soal kemiskinan sehinggalah menurunkan pengangguran dengan drastik.", "Masih banyak yang perlu dilakukan untuk perbetul keadaan rakyat yang terkesan dari tamparan hebat sejak pandemik Covid.\n\nTapi ini bukan alasan untuk individu tertentu melemparkan label tanpa cermin diri. Terutamanya apabila individu itu ialah:\n– Pengerusi Majlis Pemulihan Negara\n– Bekas Perdana Menteri yang banyak buat keputusan janggal\n– Presiden parti yang ada wakil dalam Kabinet termasuk dalam portfolio ekonomi", "1) Tan Sri Muhyiddin kata:", "Banyak syarikat terpaksa kecilkan operasi atau tutup.", "", "Jawapan:", "Agaknya sebab apa? Agaknya zaman bila? Cuba tengok berapa syarikat yang tutup semasa dia jadi PM? Lebih 100,000 perniagaan tutup operasi semasa Covid.", "Ya sebahagiannya disebabkan Covid memuncak. Tapi sebahagiannya juga sebab Perdana Menteri waktu itu sendiri tidak ada ketegasan apa jalan keluar dari belenggu Covid. Kejap A, kejap B. Kejap buka kejap tutup.", "Mujur DSIS jadi PM, buka semula ekonomi. Tarik pelaburan sehingga angka tertinggi dalam sejarah dicatat sebanyak RM72.9 bilion bagi tempoh 9 bulan.", "Melalui Bajet 2022, PM juga telah memperkenalkan program Semarak Niaga berjumlah RM40 bilion untuk membantu usahawan dan perniagaan bina semula punca rezeki mereka.", "Ini juga dilengkapi oleh inisiatif Jamin Kerja dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi seluruh Keluarga Malaysia yang terjejas.", "Hasil daripada ini, pengangguran turun 12 bulan berturut-turut setelah DSIS jadi PM kepada 3.8% dan jumlah status bekerja naik 600,000 dari Ogos 2021 hingga Julai 2022. Malah, jualan barangan borong dan runcit juga meningkat dengan kadar tertinggi sepanjang tahun ini. Kadar muflis juga menurun tahun ini.", "Kalau Tan Sri Muhyiddin? Lockdown sampai bila? Nak kerja atau berniaga macam mana? Nak dapat pendapatan macam mana?", "2) TSMY kata:", "Ringgit lemah.", "Jawapan:", "– Tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa ringgit Malaysia menyusut berbanding US dolar. Tetapi lebih kukuh berbanding British Pound, Yen Jepun, South Korean Won, dan beberapa matawang lain.", "– TSMY berkata Kerajaan tak bersungguh-sungguh memulihkan Ringgit berbanding Dolar. Apa idea hebat TSMY? Hendak tambat matawang? Hendak buat “capital controls”? Hendak pakai rizab antarabangsa kita? Kalau ya, cakap la. Dan bersedia pertahankan idea itu. Kalau setakat kata Ringgit susut tapi tak ada kesedaran punca jauh sekali idea, apa guna?", "Kadar faedah di Amerika Syarikat naik dengan cepat. Kalau Malaysia ambil tindakan lebih agresif, ringgit berkemungkinan kukuh sedikit tetapi rakyat akan berdepan dengan kadar bayaran hutang yang lebih tinggi. TSMY hendak minta OPR naik berapa peratus?", "3) TSMY kata:", "Ada rakyat yang lambat bayar hutang atau ikat perut.", "", "Jawapan:", "Sememangnya ada rakyat yang sedang susah. Memang ada PKS yang susah. Tetapi lihat usaha yang dibuat dalam Bajet 2022, antaranya seperti disebut di poin (1). Pinjaman tanpa faedah, pinjaman dengan moratorium 6 bulan semua antara usaha dalam Semarak Niaga.", "DSIS juga pernah menyeru kepada institusi kewangan untuk tidak ambil tindakan terhadap mana-mana PKS yang gagal bayar balik pinjaman. Malah, Bank Rakyat dan SME Bank antara institusi perbankan yang tidak ambil apa-apa tindakan.", "Zaman Tan Sri Muhyiddin seolah-olah tidak ada yang ikat perut? Adakah kita lupa apa yang telah berlaku?", "Ramai tidak mampu membeli keperluan asas sehingga rakyat minta bantuan dengan mengangkat bendera putih. Yang itu apa pula komen TSMY?", "4) TSMY kata:", "Malaysia import sebahagian besar keperluan makanan.", "", "Jawapan:", "Dari dulu lagi. Tetapi apa yang TSMY buat semasa jadi PM untuk memperbaiki kedudukan keselamatan makanan?", "Bawah DSIS, tindakan berani dengan penghapusan AP, pembekuan eksport ayam ke luar negara, kemudahan pinjaman untuk petani dan pengeluar makanan, subsidi untuk pengusaha ayam dan lain-lain.", "Isu keselamatan makanan ini semua kesinambungan dari dasar-dasar semasa zaman Pak Lah dan Dato’ Sri Najib. Dari Dasar ‘Pertanian untuk semua’ ke Dasar Agromakanan negara.", "Apa dasar TSMY? Atau legasi beliau?", "5) TSMY kata:", "Eloklah pilihan raya diadakan supaya Kerajaan baharu dapat dipilih oleh rakyat.", "Jawapan:", "Habis tu kenapa tuntut jawatan TPM dan Menteri-menteri? Bab mendapat mandat dari pilihanraya ni BN sudah sebut semenjak Februari 2020 lagi. Berbeza dengan TSMY. Jangankan pilihanraya, sidang Parlimen pun dielak melalui darurat. Jadi agak janggal bila tiba-tiba bercakap tentang mandat rakyat. Apapun, bila PRU sampai kita lihat siapa yang sebenarnya gagal.", "Natijahnya, dalam hal ekonomi ini, tiada yang sempurna. Masih banyak masalah perlu diatasi. Tapi sekurang-kurangnya batu asas telah diletak dan kemajuan dicapai dari kedudukan bawah semasa TSMY letak jawatan. Dari semua kemajuan itu, kita akan teruskan usaha.\n\n#SambungYangTergendala", "SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia" ]
https://umno-online.my/2022/09/19/rafizi-kita-dengar-boleh-percaya-jangan/
[ "Pertamanya, saya amat mengalu-alukan kedatangan Saudara Rafizi Ramli ke kota selatan tanah air ini. Keazaman dan semangat beliau ini amat saya kagumi.", "Tetapi dalam pada beliau cuba untuk menanamkan keazaman dan semangat ini kepada warga Johor Bahru, usahlah ditanam bersama fitnah, tohmahan atau auta yang saya kira tidak selari dengan agenda politik baharu yang cuba dibawakan oleh Pakatan Harapan. Ketika saya turut sama mengikuti ceramah jelajah Ayuh Malaysia beliau malam tadi, ada beberapa perkara yang saya kira kita dengar boleh, tapi percaya jangan. InsyaAllah, warga Johor Bahru bijak untuk menilai.", "Walaupun beliau ini nampak macam lebih pandai daripada saya dalam bab ekonomi, tetapi malangnya dalam banyak-banyak indikator ekonomi yang beliau pernah belajar, hanya kadar matawang yang merosot sahajalah yang beliau cakna.", "Kononnya, kadar mata wang RM yang semakin menyusut berbanding USD merupakan petanda kerajaan BN gagal dalam menstabilkan ekonomi. Realitinya, kadar faedah yang semakin tinggi di US adalah punca kepada kemerosotan mata wang dunia hari ini bukan hanya Ringgit Malaysia tapi juga mata wang – mata wang negara lain. Adakah BN di negara lain juga gagal menstabilkan ekonomi negara mereka?\n\nTidak cukup dengan itu, fitnah beliau terhadap Tengku Zafrul pula, kononnya kaedah Kementerian Kewangan membandingkan keadaan ekonomi semasa dengan ekonomi negara ketika di dalam fasa pandemik amat tidak relevan.", "Ini kerana yang pertama, kaedah inilah yang digunakan oleh Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) dalam mengukur pemulihan ekonomi Malaysia dan negara – negara lain di dunia. Menurut Bank Dunia, ekonomi Malaysia diunjurkan untuk bertumbuh pada kadar 5.5%, manakala IMF mengunjurkan ekonomi negara akan bertumbuh pada kadar 5.75%. Menggunakan kaedah dua badan dunia tersebut, Malaysia kini berada pada landasan yang tepat untuk mencapai unjuran pertumbuhan KDNK 5.3-6.3% bagi 2022.", "Angka dan fakta di atas jelas menunjukkan bahawa setiap kenyataan dan sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan adalah berdasarkan penyelarasan dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh IMF dan Bank Dunia, bukanlah formula atau statistik yang direka-reka hanya untuk menyedapkan hati rakyat. Malah untuk suku kedua 2022, ekonomi bertumbuh pada kadar 8.9% iaitu jauh lebih tinggi daripada sasaran yang ditetapkan.", "Ini jelas membuktikan resepi dan formulanya adalah kestabilan, yang kini dijanjikan oleh Barisan Nasional dan telah dibuktikan oleh Barisan Nasional Johor selepas PRN lalu. Sebagai contoh, pelaburan Negeri Johor pada separuh pertama tahun 2022 sahaja sudah mencapai jumlah RM60.9 Billion, dan jauh meninggalkan negeri – negeri lain termasuk negeri-negeri pimpinan Pakatan Harapan yang dianggotai Rafizi Ramli sendiri.", "Ya, saya tidak nafikan melihat hanya pada satu atau dua indikator tidak menunjukkan realiti sebenar rakyat yang sedang sesak dihimpit bebanan inflasi. Kita akan terus komited melakukan yang terbaik untuk mengurangkan beban rakyat.", "Bermula dengan Jualan Murah Keluarga Malaysia, hinggalah ke Menu Keluarga Malaysia di IPT, kerajaan akan terus cakna dan mengambil berat akan kebajikan dan kestabilan ekonomi rakyat. Kami di Barisan Nasional Johor Bahru juga terus komited membantu warga Johor Bahru sejak dari awal dan bukan hanya membantu ketika tiba Pilihanraya umum sahaja.", "Ingatlah formula sebenar untuk kita kembali kepada keadaan normal ialah ‘Kestabilan Masa Depan’ dan Barisan Nasional sahajalah yang mampu menawarkan kestabilan tersebut kepada Malaysia sekiranya diberikan peluang dan mandat dalam PRU-15 nanti.", "YAHYA JAAFAR\nTimbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru" ]
https://umno-online.my/2022/09/17/jadikan-krisis-perlembagaan-1988-pengajaran-mahkamahathir-shahrir-samad/
[ "SAYA bersetuju sangat dengan saranan Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara yang merujuk kepada pemecatan Allahyarham Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara oleh sebuah Tribunal pada tahun 1988.", "Ia patut menjadi satu pengajaran.", "", "Perkara ini telah juga saya bangkitkan petang semalam (16hb September) dalam ucapan aluan saya di Bicara Neraca anjuran Barisan Nasional (BN) Johor Bahru.", "Pemecatan Allahyarham Tun Salleh sememangnya suatu detik hitam dalam sejarah negara walaupun ia dilakukan secara berperlembagaan.", "Ianya detik hitam sejarah negara dan bukan sahaja sejarah institusi kehakiman negara kerana beberapa hakim-hakim kanan telah turut menjadi mangsa dan kesudahannya ialah dengan peristiwa VK Lingam.", "Saya menekankan dalam ucapan saya petang semalam bahawa pemecatan Allahyarham Tun Salleh adalah antara isu penting kempen saya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Johor Bahru pada tahun 1988.", "Pemecatan ini, pada pandangan saya, ada kaitannya dengan keengganan Tun Dr Mahathir, selaku Presiden UMNO, untuk memulih kembali kedudukan UMNO setelah diisytihar tidak sah oleh mahkamah.", "", "Dari membuat rayuan terhadap keputusan Hakim, Tun Dr Mahathir memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti baru, UMNO Baru.", "Setelah menubuhkan UMNO Baru, Tun Mahathir pula memilih-milih mereka yang boleh menyertai parti itu dan tidak dilakukan penghijrahan ahli secara ‘automatic’ dari yang lama kepada yang baru.", "Kemenangan saya selaku calon bebas dalam PRK Parlimen Johor bersandar kepada kemarahan pengundi Johor Bahru terhadap kemelutan akibat dari:", "● Pengharaman UMNO oleh mahkamah, dan\n● Pemecatan Allahyarham Tun Salleh.", "Dan saya rekakan satu perkataan: MAHKAMAHATHIR.", "Pemecatan Allahyarham Tun Salleh Abas telah mematuhi peruntukan Perlembagaan sepenuhnya, sungguhpun ada pertikaian dari segi kelayakan anggota Tribunal.", "Tapi pada hati rakyat (terutamanya pengundi Johor Bahru) ianya suatu kezaliman.", "Kesimpulan pertama, suara hati rakyat sangat penting dalam menuntut kebenaran dan keadilan.", "Keputusan PRK Parlimen Johor Bahru menjadi bukti dan saya masih ingat lagi kehadiran Allahyarham Tun Salleh bersama saya di Pusat Mengira Undi pada malam Hari Mengundi.", "Kesimpulan kedua pula, peristiwa VK Lingam menjadi bukti bahawa peristiwa pemecatan Allahyarham Tun Salleh sebenarnya tidak menjadi pengajaran pun kepada mereka yang berjawatan tinggi dalam kehakiman negara.", "Maka pengakuan setiap kebebasan tetap perlu juga kepada pengiktirafan suara hati rakyat.", "Saya ulangi kata-kata bijaksana:", "“Keadilan bukan sahaja harus berlaku tapi secara terang dan tanpa keraguan DILIHAT telah berlaku.”", "Dan siapa yang melihat itu?", "Rakyat!", "#HonestPolitics\n#KembalikanMandatRakyat", "Tan Sri Shahrir Samad\nKetua UMNO Bahagian Johor Bahru" ]
https://umno-online.my/2022/09/13/contoh-sikap-berat-sebelah-hipokrasi-majlis-peguam-lim-sian-see/
[ "Tahukah anda, tiada siapa pun boleh pertikaikan bahawa Majlis Peguam sangat berat sebelah dan sangat hipokrit tapi yelah, oleh kerana tak tahu malu, maka mereka pun tak peduli.", "Ini antara contohnya:", "1. Majlis Peguam menyokong pertuduhan terhadap Lim Guan Eng digugurkan walaupun perbicaraan kesnya sudah berjalan. Mereka juga buat bodoh dan tiba-tiba jadi dungu apabila Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan biarpun ketika itu kes rasuahnya sedang dibicarakan.", "2. Majlis Peguam desak Hakim Sofian untuk menarik diri dan digantikan kerana berlaku konflik kepentingan berikutan abangnya adalah ahli UMNO.", "", "Majlis Peguam buat bodoh apabila didedahkan bahawa Hakim Nazlan tidak isytiharkan konflik kepentingan dan berpotensi untuk berat sebelah kerana dia adalah Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat untuk Maybank ketika bank itu menasihatkan 1MDB untuk menubuhkan SRC, malah turut jadi peneraju utama untuk mendapatkan semula pinjaman kepada 1MDB yang ketika itu akan tertunggak.", "3. Majlis Peguam juga menyokong seorang hakim Nazlan yang baru dari mahkamah komersil dengan tiada pengalaman kes jenayah untuk ambil alih dari Hakim Sofian pada ketika perbicaraan kes paling berprofil tinggi sudah berjalan.", "4. Majlis Peguam menafikan hak Najib untuk menggunakan khidmat Queen Counsel bagi mewakilinya dan langsung tak cakap apa-apa apabila mahkamah ambil masa 2 hingga 3 bulan untuk tolak permohonan Najib tetapi buat bising apabila permohonan peguam baru Najib untuk menangguhkan 2 hingga 3 bulan bagi menyediakan hujah ditolak. Majlis Peguam sebenarnya mewakili peguam atau siapa?", "Lagi teruk, Majlis Peguam bersetuju dengan keputusan hakim bahawa peguam Najib (yang juga antara ahli paling lama Majlis Peguam) tidak dibenarkan menarik diri, satu perkara yang tak pernah berlaku dalam sejarah apabila peguam dinafikan begitu.", "Majlis Peguam telah membantu satu kes rujukan terhadap ahlinya sendiri di mana mereka dipaksa bekerja tanpa sebarang bayaran dan tidak bersedia atau tak mahu lagi meneruskan khidmat mereka dan ini sekaligus akan menjejaskan reputasi profesional mereka dan kepentingan serta hak anak guam.", "Ini sama seperti seorang pemain bola yang cedera teruk dan tahu dia tak boleh lagi bermain tetapi dipaksa terus bermain tanpa sebarang bayaran dalam satu perlawanan.", "Majlis Peguam yang hipokrit ini tahu tak, apa yang mereka lakukan ini menjejaskan kepentingan ahli mereka sendiri bagi jangka masa panjang?", "Sebab itu, kita tak terkejut apabila seorang hakim senior memuji melambung Majlis Peguam yang ‘backup’ mereka, tetapi mereka juga kena sedar, itu semua menyokong dan memuji berat sebelah dan penuh hipokrasi.", "Apa guna Majlis Peguam ini?", "Lim Sian See" ]
https://umno-online.my/2022/09/12/respon-kepada-beberapa-ungkapan-yb-datuk-seri-tuan-ibrahim-tuan-man/
[ "", "BEBERAPA ungkapan dari Timbalan Presiden PAS dalam satu wawancara baru-baru ini", "1. “Pemimpin UMNO bukan ego tapi kerusi”", "Pertama, terima kasih kerana tidak melemparkan dakwaan ego terhadap UMNO. Sekurang-kurangnya Timbalan Presiden PAS lebih berhemah daripada sesetengah pemimpin PAS lain yang melemparkan kata-kata kasar terhadap UMNO sebelum ini. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tanpa mengata-ngata orang lain. Ini saya hormat dan cuba ikut.", "Cuma, memang UMNO mahu menang kerusi. Sama seperti PAS, PPBM, PKR, DAP, Amanah, MUDA atau mana-mana parti pun. Semua mahu bersaing menang kerusi dalam pilihan raya. Jadi ini bukan poin negatif atau positif. Ia memang lumrah. Jika semua hendak sesuatu kerusi itu, kita serahlah kepada rakyat nanti.", "", "2. “Mereka ini dulu kalah dalam pilihan raya…” (merujuk kepada suara dalam UMNO yang tidak boleh terima kerjasama dengan PPBM)", "Bukan hanya mereka yang kalah sahaja tidak boleh terima kerjasama dengan PPBM untuk PRU15. Pendirian tersebut sudah menjadi keputusan parti yang disuarakan di PAU. Dan ahli-ahli akar umbi yang majoriti besarnya tidak terfikir pun untuk menjadi YB juga menolak kerjasama agihan kerusi dengan PPBM.", "3. “Kalau kita pakat, kerusi tu nak bagi siapa? Tentu yang incumbent seat tu akan kekal pada dia. UMNO nak balik. Tapi kita kata incumbent BERSATU, jadi kita kekalkan BERSATU..”", "Sekali lagi Tuan Ibrahim betul. Memang UMNO nak kerusi-kerusi yang dimenangi kemudian penyandangnya melompat ke PPBM. Sebab yang menang di situ atas tiket UMNO. Jadi sebenarnya incumbent di situ ialah UMNO/BN.", "Antara banyak sebab kenapa kami tak berpakat dengan PN ialah perkara ini. Kerana “demand” PN itu merangkumi suatu tuntutan bahawa sesiapa yang melompat harus dihormati sebagai incumbent dan tidak diganggu. UMNO tak boleh terima kerana calon itu menang pun atas tiket dan titik peluh UMNO keseluruhannya, bukan tubuh badan individu semata-mata.", "Sebenarnya jika formula Tuan Ibrahim digunapakai, kenapa PAS letak calon melawan “incumbent” AMANAH di PRU14? Contohnya di Pokok Sena, Parit Buntar, Shah Alam, Sepang.", "PRU13 YB Mahfuz Omar menang di Pokok Sena atas tiket PAS. YB Mujahid Rawa menang di Parit Buntar atas tiket PAS. Sama juga YB Khalid Samad dan YB Hanipa Maidin. Kemudian 2015 mereka keluar parti masuk AMANAH. Lalu “dilanggar” juga oleh PAS semasa PRU14 2018 di tempat sama. Tiada siapa yang tuduh PAS penting diri atau penting kuasa. Atau cuba memaksa PAS beri laluan demi “kemaslahatan” lebih besar dan sebagainya.", "Samalah untuk kes UMNO dan PPBM.", "4. “Patut kita melihat kerangka besar”", "Kerangka besar juga merangkumi parti-parti lain. Tapi PAS tak pernah bercakap hendak kerjasama dengan AMANAH untuk pilihanraya. Mereka juga ada peranan dalam kerangka besar itu (kalau ikut logik kerangka besar). Sama-lah kami tak akan bercakap kerjasama dengan PPBM.", "5. “Kita tak usah berebut jawatan, kita fokus rakyat”", "Setuju. Tiada perebutan jawatan pun. Kecuali yang mendesak untuk TPM dan sebagainya.", "Cuma, masa pilihan raya memang kena bersaing untuk mandat rakyat. Sesiapa yang menang nanti kenalah teruskan tanggungjawab kepada rakyat, insyaAllah.", "#SambungYangTergendala", "Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO" ]
https://umno-online.my/2022/09/07/jika-tun-m-rasa-umno-itu-mesti-dikuburkan-bersainglah-dalam-gelanggang-pru/
[ "", "BEBENANG dan kenyataan panjang Tun Mahathir (Mahathir Mohamad) mencemuh UMNO adalah mengecewakan tetapi tidak juga mengejutkan.", "Kerana pendedahan Presiden UMNO bahawa Tun Mahathir pernah memohon UMNO dibubarkan, menyerlahkan tahap kebencian beliau bukan lagi terhadap mana-mana individu dalam UMNO, malah terhadap UMNO itu sendiri.", "Yakni terhadap akar umbi dan berjuta ahli yang tiada dosa terhadap Tun.", "Jadi ini bukan lagi tentang mana-mana Presiden atau bekas Presiden atau mana-mana pemimpin UMNO. Sedangkan waktu Tun berkuasa dan UMNO masih belum bangkit pada awal era PH (Pakatan Harapan), Tun masih hendak usahakan agar UMNO itu hapus.", "Tetapi hasrat itu tak kesampaian kerana istiqamah pemimpin dan ahli.", "", "Saya sebagai anakanda tetap akan cuba menjaga lidah dan tutur bila bercakap tentang Tun Mahathir. Saya membesar era beliau. Beliaulah Perdana Menteri (PM) pertama yang saya kenali. Dari lahir sehingga tamat sekolah, dialah PM.", "Meskipun ada dasar dan pendekatan yang saya kurang bersetuju termasuk sewaktu 22 tahun, saya tak nafikan beliau ada jasa kepada negara ini. Baik buruk, pasang surut, beliau antara PM yang paling meninggalkan kesan kepada Malaysia. Saya tak akan nafikan itu.", "Tetapi ini tak bermaksud Tun boleh cuba bubar kemudian cemuh parti UMNO sesedap rasa tanpa kami membalas.", "Saya faham Tun terkenal dengan lidah tajamnya baik di pentas tempatan atau antarabangsa. Tetapi harapan saya, selepas ini simpanlah sedikit kekasaran itu supaya tidak ditujukan sepenuhnya kepada institusi yang mana Tun pernah menjadi pemimpin dan ahlinya walaupun keluar masuk keluar masuk.", "Mungkin di sebalik kejayaan hidup Tun, ada juga saham dari institusi ini yang menyumbang.", "Jika Tun merasakan UMNO tetap “jahat” dan perlu ditewaskan, Tun bersainglah dalam gelanggang PRU (Pilihan Raya Umum) nanti. Berilah pilihan kepada rakyat. Itu hak Tun.", "Sepertimana hak kami untuk menawarkan diri sebagai parti yang menjanjikan kesetiaan dan kestabilan. Tak perlulah sampai mengata seolah-olah semua kami yang jadi ahli UMNO ini hodoh, bodoh atau kotor.", "Era “My Way or the Highway” mungkin relevan pada era 1980an dan 1990an. Zaman dah beredar… – UMNO ONLINE", "Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO" ]