[["ada can", "Ada peluang."], ["ada nasi di balik kerak", "Masih ada lagi sesuatu perkara yang belum disiapkan"], ["adakah air yang penuh dalam tong itu berkocak, melainkan air yang setengah tong itu juga yang berkocak", "Orang yang tidak berilmu juga yang banyak cakapnya"], ["adat lembaga", "Adat lama yang dilakukan turun-temurun."], ["ahli patung", "Orang yang pandai mengukir patung"], ["air ditetak tidak akan putus", "Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula."], ["air rabung", "Air pasang pada paras maksimum"], ["akan pembasuh tangan", "Hadiah kepada orang yang berjasa"], ["alah pinta dibuat sempena", "Walaupun diharapkan, kalau bukan haknya, ia tetap tidak akan dimiliki"], ["alang-alang mandi biar basah", "Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai."], ["alih muka", "Menyamar"], ["alas kubur", "Orang yang memikul kesalahan orang lain"], ["alas dulang", "Wang hadiah yang diletakkan di dulang sebagai penghargaan"], ["aliran masyarakat", "Kehendak atau harapan masyarakat"], ["anak bongsu", "Anak yang paling muda dalam keluarga."], ["anak kambing takkan menjadi anak harimau", "Orang yang pengecut tetap pengecut"], ["anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran", "Urusan sendiri ditinggalkan kerana lebih mementingkan urusan orang lain"], ["anak tunggal", "Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain."], ["anak seluang", "Orang kecil."], ["angin berkisar", "Hati berpaling"], ["anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga", "Orang yang sentiasa berbuat jahat, sekali-sekala akan mengulangi perbuatan jahat juga"], ["anjing itu meski dirantai dengan rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis", "Orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya"], ["apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh", "#NAME?"], ["apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar", "Pengetahuan hendaklah diajarkan kepada orang lain, kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (= kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau)"], ["ayam bertelur di atas padi mati kelaparan", "Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji tinggi (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. (biasa juga: ayam di kepuk mati kelaparan)"], ["babi merasa gulai", "Menyama-nyamai orang yang berpangkat tinggi atau kaya. merasa gulai = mencuba masin pedas gulai"], ["babi buta", "Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir."], ["bagai ada gigi dengan lidah sahaja", "Cuma boleh bercakap sahaja"], ["bagai akan memikul tiada berbahu; akan menjunjung kepala luncung", "Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang"], ["bagai anjing bercawat ekor", "Pergi oleh kerana malu"], ["bagai anak kuda bulu kasap", "Anak muda yang tidak tahu susah"], ["bagai anjing itu jika dipukul sekalipun, berulang jua ia ke tempat yang banyak tulang", "Orang tamak, walaupun dikata, tidak akan malu"], ["bagai asal ayam hendak ke lesung; asal itik hendak ke pelimbahan", "Tabiat semula jadi sukar diubah"], ["bagai asing udang, asing nikmat", "Lain orang, lain pendapat; lain tempat, lain adat"], ["bagai ayam bertelur di atas padi", "Hidup mewah"], ["bagai ayam naik ke surau", "Bertamu ke rumah orang tetapi tidak dijamu"], ["bagai berlaki anak semang", "Perempuan yang tidak senonoh kelakuannya"], ["bagai beting dipalu ombak", "Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang."], ["bagai gulai lengkitang", "Perihal orang yang mahu menebus kejahatan diri tetapi kebaikan dirinya pula yang turut hilang"], ["bagai jampuk kesiangan hari", "Seseorang yang bingung kerana kehilangan akal"], ["bagai kaca jatuh ke batu", "Hati yang hancur kerana dukacita."], ["bagai lembu dicucuk hidung", "Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain tanpa mempersoalkannya."], ["bagai kucing main daun", "Perihal kehebatan rupa dan lain-lain seseorang (pahlawan)"], ["bagai melihat ulat", "Sangat benci (meluat) melihat sesuatu"], ["bagai menentang matahari", "Melawan atau membantah pendapat orang yang berkuasa itu akhirnya menyusahkan kita juga"], ["bagai menyandang lukah tiga", "Menjalankan (melakukan) pekerjaan yang sukar sungguhpun tidak berat"], ["bagai menjaga permata intan ketika dicanai", "Kasih sayang yang tidak tertanding"], ["bagai menatang minyak yang penuh", "Memelihara anak dengan penuh kasih sayang."], ["bagai murai dicabut ekor", "Perempuan yang suka bercakap banyak"], ["bagai si kudung mendapat cincin", "Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya."], ["bagai rotan, asal berinsang dicucuk sahaja", "Perihal orang yang tidak memilih pekerjaannya (perbuatannya)"], ["bagai rupa tokak dibasuh", "Sangat buruk rupa"], ["bagai tuntung jarum dilaga", "Tidak tetap (lekas berubah, rosak, dan lain-lain)"], ["bajak patah, banteng terambau", "Kemalangan yang datangnya dengan tidak terhenti-henti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang"], ["beban berat senggulung batu", "Tanggungan yang sangat berat"], ["belah hati", "Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan."], ["belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam", "Orang yang bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya"], ["berat kepala", "Pening atau sakit\u00a0kepala."], ["berbadan dua", "Hamil atau mengandung."], ["bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau", "Perbuatan yang sia-sia itu ditertawakan orang"], ["bergoncang iman", "Tergoda hati"], ["berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang", "Orang yang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali"], ["berputih dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk", "Perempuan yang hamil sebelum kahwin"], ["berpaut sehasta tali", "Tidak dapat berbuat sesuatu dengan sesuka hati"], ["bertunggul ditarah, kesat diempelas", "Segala perselisihan mesti diselesaikan dengan seadil-adil. empelas = pohon yang daunnya kasap"], ["biar putih tulang, jangan putih mata", "Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidam."], ["bongkok kail nak mengena", "Tipu muslihat itu ialah untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri"], ["buang anak", "Menggugurkan anak."], ["buah kalam", "Hasil tulisan atau karya."], ["buka mata", "1. Melihat dan meluaskan pandangan.2. Menyedarkan atau menginsafkan orang lain."], ["buang nama", "Memburukkan nama sendiri"], ["buang sauh", "Berlabuh"], ["buru nafsu", "Melakukan sesuatu secara terburu-buru."], ["buta belalang", "Buta, tetapi mata tidak rosak"], ["burung terbang dipipiskan lada", "Belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya."], ["busut betina", "Timbunan tanah yang besar dan bulat"], ["dapat karun timbul", "Mendapat keuntungan besar dengan tidak bekerja susah-susah"], ["di lahir serupa tidak, di batin menggunting angin", "Orang yang menyembunyikan tabiat yang sebenarnya (tidak jujur)"], ["dianjungkan seperti payung, diambak seperti kasur", "Terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (terutama orang besar-besar)"], ["digenggam tiada tiris", "Paling hemat dengan wang dan lain-lain"], ["disisih bagai antah", "Diasingkan dari yang lain kerana tidak disukai"], ["duduk dengan sukatan", "Orang yang kaya"], ["dulu permata intan, sekarang batu belanda", "Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya"], ["dukun beranak", "Bidan"], ["emas putih", "Platinum"], ["fikiran sempit", "Mempunyai fikiran yang cetek."], ["gajah mati tulang setimbun", "Orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya"], ["garis besar", "Hal-hal pokok, tema utama"], ["garuda diburu layang-layang yang dapat", "Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan"], ["gelang bajang", "Benang yang dipakai di bahagian lengan sebagai tangkal"], ["gulung tikar", "Muflis."], ["habis akal", "habis segala usaha dan tidak tahu apa yang harus dilakukan"], ["hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga", "Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati."], ["hari depan", "Masa yang akan datang"], ["harta pulang ke tuan", "Sudah sangat cocok untuk seseorang"], ["harimau mati kerana belangnya", "Perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya"], ["hati hendak semua jadi", "Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan."], ["hati palingan allah, mata palingan setan", "Fikiran (pendirian dan lain-lain) seseorang itu boleh berubah-ubah"], ["hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa", "Pada ketika hidup eloklah berbuat baik untuk diri sendiri dan untuk masyarakat"], ["hina lata", "Berpangkat rendah dan kurang bersopan"], ["hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih", "Jangan disangka sesuatu yang buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yang cantik itu ada kalanya kurang berharga)"], ["ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait", "Ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan"], ["ini hari orang, besok hari kita", "Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat)"], ["jadi air mandi", "Perkara yang sudah menjadi kebiasaan"], ["jadi alas cakap", "Hadiah (sagu hati) yang diberi kepada seseorang yang telah berjasa"], ["jalan serung", "Cara atau tindakan curang"], ["janji sampai bilangan genap", "Sudah sampai ajal"], ["jangan ditentang matahari condong", "Jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yang berkuasa"], ["jerat semata bonda kandung", "Anak tunggal yang sangat dimanjakan"], ["jika kasih akan padi, buangkanlah akan rumput", "Jika kasihkan anak isteri, berhentikanlah daripada mengasihi orang lain"], ["jong pecah yu kenyang", "Dalam keadaan kacau (huru-hara) tentu ada orang yang mendapat keuntungan"], ["kain tersangkut kain tinggal", "Tergesa-gesa melarikan diri"], ["kaki ayam", "Tidak memakai kasut."], ["kalau tiada senapang, baik berjalan lapang", "Jikalau tidak bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah"], ["kalau tak kulit leraklah tulang", "Sangat kurus (tubuhnya)"], ["kasih itu semangat yang buta", "Kasih itu tidak memilih yang baik atau yang cantik sahaja"], ["kasihan gajah berusung", "Kasihan yang tidak kena pada tempatnya"], ["kecil-kecil anak harimau", "Kecil tetapi berbahaya juga"], ["kebenaran di hujung lidah", "Tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yang berkuasa sahaja)"], ["kecil-kecil cabai melaka", "Sungguhpun kecil, tetapi garang (berani)"], ["kelik-kelik dalam baju, musuh dalam selimut", "Musuh berhampiran dengan kita yang boleh menyusahkan (merosakkan) kita"], ["kemarau keras", "Musim kemarau yang panjang"], ["kemudi hidup", "Pedoman hidup"], ["kena hati", "Jatuh cinta"], ["kembang loyang", "Kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan gula"], ["kena tembak", "Tertipu"], ["kepala desa", "Ketua kampung"], ["keras semangat", "Tabah dan bersungguh-sungguh semasa melakukan sesuatu perkara, sangat giat."], ["ketuk di luar sangkar, bertanam di luar pagar", "Mengemukakan keterangan-keterangan lanjut sesudah selesai perkara diputuskan"], ["kucing garung", "Kucing hutan"], ["kuman menjadi barah", "Perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan"], ["kumbang putih", "Peluru senjata api"], ["kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu", "Perkara kecil yang dibesar-besarkan orang"], ["lagi teduh lagi berkajang", "Membuat sesuatu dengan sebaik-baiknya"], ["lah baris nan berpahat, lah jalan nan berturut", "Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya"], ["lain bengkak, lain bernanah", "Orang lain yang bersalah orang lain yang menanggung akibatnya"], ["laksana apung dipermainkan ombak", "Peri kesusahan anak dagang yang miskin di rantau orang"], ["lain orang, lain hati", "Kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dan lain-lain)"], ["lancar jalan", "Kemajuan yang pesat"], ["laut budi tepian akal", "Orang yang cerdik dan pandai"], ["lepas tangan", "Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan."], ["lesung mencari alu", "Perempuan mencari lelaki"], ["limau masak seulas", "Kepandaian yang melebihi kepandaian saudara-saudaranya yang lain"], ["linggi diserang, riau yang alah", "Menyerah tanpa berjuang"], ["makan tanah", "Tersungkur"], ["makanan enggang hendak dimakan oleh pipit", "Hendak melakukan sesuatu yang bukan padan dengan taraf (kesanggupan dan lain-lain)"], ["mati raga", "Memperteguh hati untuk menolak segala kesenangan."], ["melahirkan kekacauan", "Menimbulkan kekacauan"], ["memberi lauk kepada orang membantai", "Menolong orang yang tidak perlu ditolong"], ["membasuh najis dengan mala", "Menutup kesalahan atau rasa malu dengan cara yang lebih menghinakan lagi"], ["membuka suara", "Mengemukakan atau menyatakan pendapat"], ["mempertinggi semangat anjing", "Bersusah payah memperbaiki nama yang jahat akhirnya akan mengecewakan sahaja"], ["menanggung rahsia", "Menyimpan rahsia"], ["mencongak rupa kerbau jantan kemudian", "Lelaki yang berjalan di belakang isterinya"], ["menciritkan pahat", "Sudah tua sangat (orang)"], ["mendapat pisang kobak", "Mendapat faedah atau keuntungan dengan tidak bersusah payah"], ["menepek mata pedang", "Menentang orang yang kuat (berkuasa)"], ["menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai", "Fikirkan dengan teliti sebelum bertindak"], ["mengalangkan leher", "Menyabung nyawa untuk membantu orang"], ["mengajar itik berenang", "Perihal membuat sesuatu pekerjaan yang sia-sia"], ["mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih", "Mencari salah\u00a0orang, diri sendiri\u00a0lebih\u00a0banyak salah."], ["mengangin padi", "Membuang hampa padi"], ["menggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit", "Berkelakuan seperti kanak-kanak. gelinjang = mendompak-dompak; berulit = tidur bersama-sama"], ["menggerutus macam buluh diperun", "Bercakap dengan cepat"], ["menjemur bangkai ke atas bukit", "Mengaibkan diri sendiri"], ["menohok kawan seiring", "Mencelakakan kawan sendiri"], ["minta dedak kepada orang mengubik", "Minta bantuan pada orang yang tidak mampu menolong"], ["merenangi laut lepas", "Perihal pergi ke negeri lain dengan tiada tentu tujuan"], ["modal dengkul", "Tidak ada modal, hanya perkataan sahaja"], ["muka manis", "Menunjukkan muka yang gembira dan tersenyum."], ["muda bestari", "Muda dan berbudi baik"], ["musuh jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan", "Musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut"], ["orang larat", "Pengembara atau orang yang tiada tempat tinggal yang tentu"], ["orang merdeka", "Bukan hamba tebusan"], ["orang yang bertanam pokok nyiur, terkadang-kadang tiada makan buahnya", "Orang yang menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu ada kalanya tidak mendapat faedah daripadanya"], ["padi ditanam, lalang yang tumbuh", "Nasib malang."], ["padi tugal", "Padi ladang"], ["pakaian seragam", "Pakaian yang sama potongan dan warnanya"], ["pasang pelita dilanggar tikus", "Keadaan yang menyenangkan tetapi hapus oleh sesuatu yang kecil"], ["pemandangan alam", "Alam semesta"], ["pilin telinga saring-saring", "Hendaklah difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu"], ["pipit hendak jadi enggang", "Ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan"], ["pipit pekak makan berhujan", "Sangat rajin"], ["politik busuk", "Akal yang tidak baik atau niat jahat"], ["pusaka tinggi", "Harta pusaka yang bernilai tinggi"], ["puncak tujuan", "Tujuan cita-cit"], ["pulang nama", "Mati di negeri asing atau dalam perjalanan"], ["puncak pengetahuan", "Pengetahuan yang tinggi."], ["putus arang", "Penceraian yang tidak dapat didamaikan lagi."], ["Pak Pandir", "Orang lurus dan bodoh."], ["rasa hati", "Apa yang terasa dalam hati"], ["ratna cempaka", "Manikam kuning"], ["rendah gunung tinggi harap", "Dipakai untuk menyatakan besarnya harapan"], ["rezeki mahal", "Sukar mendapat rezeki"], ["rosak bawang ditimpa jambak", "Menyusahkan keluarga akibat perubatan sendiri."], ["rumah gedang bersendi perak", "Orang bangsawan dan kaya pula"], ["sahabat pena", "Sahabat yang berhubung dengan cara berutus surat"], ["salah gelogok", "Melakukan sesuatu tanpa berfikir"], ["salah rajin", "Terlalu rajin"], ["salung asap", "Semperung atau corong"], ["salah sangka", "Tersilap membuat ramalan atau dugaan"], ["sambil lalu", "Dengan tidak sepenuh hati"], ["sebagai kucing di atas tembok", "Orang yang melakukan dua pekerjaan; orang yang cermat dengan tingkah lakunya sendiri"], ["sedap manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan", "Sebarang bicara orang hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum diterima atau ditolak."], ["sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu", "Seorang hanya boleh ditipu sekali sahaja"], ["sekali mengorak pura dua tiga hutang terbayar", "Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai"], ["sembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika", "Sesuatu pekerjaan hendaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna"], ["seperti anjing menggonggong tulang", "Orang yang mendapat sesuatu yang disukai dia akan bersifat tamak dan kedekut."], ["seperti ayam mendapat ubi", "Seronok mendapat sesuatu barang"], ["seperti baung dipukul", "Penat sahaja mengerjakan kerja orang yang terbengkalai"], ["seperti bertih digoreng", "seseorang yang bagaikan tidak tahu berhenti bercakap atau mengomel"], ["seperti daun delima dengan bunganya", "Hidup yang tidak berguna"], ["seperti daun kering ditiup angin di tengah padang", "Sangat melarat"], ["seperti cencaru makan petang", "Mendapat kejayaan pada saat-saat akhir."], ["seperti kacang lupakan kulit", "Orang yang tidak tahu mengenang budi."], ["seperti kapak naik pemidangan", "Tidak kena pada tempatnya; tidak cukup persediaan kerja"], ["seperti kerbau tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar", "Orang yang mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan"], ["seperti memekik di tengah padang luas", "Seruan yang tidak dipedulikan"], ["seperti polong kena sembur", "Berlari dengan pantas kerana ketakutan (jera dan lain-lain)"], ["serba kurang", "Kurang dalam segala hal"], ["si bingung makanan si cerdik", "Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik."], ["silang siur", "Saling merintangi, bersimpang-siur"], ["sigai dua segeragai", "Perkara yang ada sangkut pautnya dengan perkara yang lain"], ["subuh gajah", "Waktu selepas subuh"], ["sudah tua dari kakak, sudah cerdik dari mamak", "Anak muda yang takbur (tidak mahu bermuafakat lagi dengan keluarganya dalam sesuatu pekerjaan)"], ["surat wasiat", "Surat yang ditulis oleh si mati sebelum dia meninggal"], ["surat kuasa", "Surat kepercayaan"], ["tajam lidah manusia melebihi tuntung keris", "Kadang-kalanya perkataan manusia lebih membinasa daripada senjata"], ["tajam akal", "Pintar."], ["tak ada itik yang bertenger", "Perkara yang mustahil"], ["tak ada padi yang bernas setangkai", "Tidak ada sesuatu yang sempurna segala-galanya"], ["tak panas punggung", "Sebentar sahaja."], ["tanah kelahiran", "Tanah air"], ["tangan terbuka", "Menerima sesuatu dengan senang hati."], ["tangga nada", "Nada bunyi"], ["tedeng aling-aling", "Perbuatan yang dilakukan secara bersembunyi-sembunyi"], ["tangkai kering", "Kedekut"], ["telah habis maka dimakan", "Berhemat cermatlah dalam semua perkara"], ["telah jauh maka dipanggil", "Telah terlambat"], ["terjemahan kulit", "Terjemahan yang hanya menurut erti kata-kata sahaja tetapi bukan berdasarkan isi atau maksud sebenar"], ["terlampau panggang jadi hangus", "Terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya"], ["tersaukkan ikan, suka, tersaukkan batang, masam", "Ketika untung bersuka ria tetapi ketika rugi marah-marah"], ["tidak makan siku-siku", "Cakap seseorang yang berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya)"], ["tidur mati", "Tidur yang sangat nyenyak."], ["tingkah perangai", "Kelakuan, tindak tanduk; tingkah laku."], ["titik ditampung, meresap dipalit", "Pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua"], ["titian air polongan asap", "Orang pengantara yang menolong kita mencari keuntungan dan lain-lain"], ["tolak bala", "Sesuatu yang digunakan untuk mengelakkan bencana, menghalangkan bencana dengan mengadakan kenduri"], ["tua-tua terung asam, makin tua selera makin tajam", "Orang tua yang berlagak orang muda"], ["tukang loak", "Peniaga barang lama"], ["tuan rumah", "pemilik rumah"], ["tukang sulap", "Pemain silap mata"], ["tunggul kayu ditarah pelicin, dia elok juga, jangankan manusia", "Perempuan yang buruk itu akan cantik juga kelihatannya apabila diberi pakaian yang elok"], ["turun darah", "Keluar darah dengan banyak (perempuan yang bersalin atau keguguran)"], ["usul menunjukkan asal", "Perangai menunjukkan bangsa (darjat)"], ["wali rumah", "Ketua rumah atau ibu bapa"], ["yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi", "Orang yang berwajah elok tetap akan dihina jikalau berbudi bahasa buruk"]]