title
stringlengths 12
109
| created_epoch
int64 1.73B
1.73B
| url
stringlengths 58
126
| author_name
stringlengths 6
53
⌀ | word_count
int64 96
6.47k
| created_utc_time
stringlengths 19
19
| created_local_time
timestamp[ns] | body
stringlengths 720
52.1k
|
---|---|---|---|---|---|---|---|
Jamal Nasir cadang Tunku Mahkota Ismail dilantik Presiden FAM | 1,729,504,669 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146928/jamal-nasir-cadang-tunku-mahkota-ismail-dilantik-presiden-fam | Firdaus Hashim | 329 | 2024-10-21 09:57:49 | 2024-10-21T17:57:49 | Kuala Lumpur: Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berpandangan lebih molek pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail dilantik semula sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu, awal tahun depan.Jelas tonggak kebangsaan yang membantu skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow itu, beliau secara konsisten tidak bersetuju seandainya pasukan kebangsaan diswastakan kerana ia tidak pernah dipraktikkan oleh mana-mana negara di dunia ini."Walaupun AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) kata nak swastakan skuad kebangsaan tidak salah, tapi bagi saya ia tidak baik untuk skuad negara."Untuk apa diswastakan dengan memberi kelebihan kepada pihak yang nak mengendalikan skuad negara, sedangkan pasukan kebangsaan itu di bawah kelolaan FAM."Idea berkenaan datang daripada Tunku Ismail, jadi saya fikir kita beri kepercayaan penuh kepadanya untuk kembali menerajui FAM daripada beliau membawa skuad negara secara swasta."Tunku Ismail bukan saja boleh bawa perubahan buat pasukan, malah keseluruhan ekosistem bola sepak negara akan setanding dengan negara lain apabila Indonesia dilihat sudah maju ke depan berbanding kita," katanya kepada Arena Metro.Sebelum ini, Tunku Ismail berkongsi idea untuk menswastakan skuad Harimau Malaya dengan beliau sedia menyediakan segala kemudahan dan fasiliti terbaik buat pasukan, sekali gus cuba menaikkan prestasi skuad negara.Bagaimanapun, pada Mesyuarat Ke-12 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 yang berlangsung 7 Oktober lalu menyaksikan badan induk itu tidak akan mengasingkan atau menswastakan skuad kebangsaan sebaliknya akan diletakkan dalam Unit Khas FAM.Difahamkan Unit Khas itu akan bertanggungjawab memantau dan mengendalikan skuad Harimau Malaya dan pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) negara termasuk membabitkan peruntukan kewangan serta barisan kejurulatihan.Antara perkara yang mungkin berlaku apabila penswastaan dilakukan, Jamal Nasir bimbang kemungkinan isu monopoli dan 'favouritism' berlaku dalam skuad kebangsaan."Jika diteruskan (penswastaan skuad negara), nanti apa jadi pada pemain dari kelab lain. Sudah tentu kelebihan diberikan kepada satu-satu kelab sahaja dan perkara ini tidak sihat."Masalah 'favouritism', monopoli dan sebagainya akan berlaku. Kita perlu melihat secara keseluruhan dan ambil pendekatan yang betul," katanya. |
Gegaran di Ipoh bukan sebab letupan kuari, latihan polis - Ketua Polis Perak | 1,729,492,803 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146838/gegaran-di-ipoh-bukan-sebab-letupan-kuari-latihan-polis-ketua-polis-perak | Muhamad Lokman Khairi | 248 | 2024-10-21 06:40:03 | 2024-10-21T14:40:03 | Ipoh: Kejadian gegaran dan dentuman kuat yang berlaku di bandar raya ini sekitar jam 11.06 pagi tadi bukan berpunca daripada aktiviti letupan kuari atau latihan polis seperti didakwa pengguna media sosial.Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari ini.Selain itu, menurutnya, semakan dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan yang dijalankan di mana-mana kuari sebelum pukul 12 tengah hari."Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati, daerah Ipoh tidak terkesan dengan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi."Polis sedang menyiasat insiden ini dan orang ramai dinasihati supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mencetuskan kegusaran awam," katanya dalam kenyataan, hari ini.Azizi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Perak di talian 05-2451119 atau 05-2451073 untuk membantu siasatan.Terdahulu, media melaporkan penduduk Ipoh cemas akibat merasa gegaran selama beberapa saat disusuli bunyi kuat seakan dentuman di bahagian atas bangunan.Tinjauan di media sosial mendapati pengguna mendakwa gegaran terbabit dirasai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru Raya, Falim dan Gugusan Manjoi.Selain itu, pengguna media sosial juga mendakwa kejadian sama berlaku di Tanjung Rambutan, Klebang, Jelapang, Tambun, Silibin serta turut dirasai pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora.Kejadian terbabit turut menimbulkan perlbagai spekulasi dalam kalangan orang ramai. |
Penduduk cemas rasa gegaran, dengar bunyi kuat | 1,729,485,136 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146766/penduduk-cemas-rasa-gegaran-dengar-bunyi-kuat | Muhamad Lokman Khairi | 236 | 2024-10-21 04:32:16 | 2024-10-21T12:32:16 | Ipoh: Satu gegaran kuat dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh, di sini, 11.06 pagi, hari ini, disusuli bunyi kuat hingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk bandar raya ini.Seorang penduduk, M Diviya, 30, berkata, dia dan rakan sekerja berlari keluar dari pejabat mereka di Medan Istana, di sini sebaik merasai gegaran terbabit."Ketika kejadian, saya sedang lakukan kerja di bilik. Tiba-tiba, saya rasa bangunan bergegar, pintu kaca seakan hendak pecah."Dalam masa sama, saya terdengar bunyi seakan dentuman dari bahagian atas bangunan, jadi kami terus berlari keluar dari pejabat kerana risaukan keselamatan diri."Saya sudah hubungi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk maklumkan kejadian ini," katanya.Seorang lagi saksi, Noor Zaiti Nabilah Ahmad, 32, berkata, dia turut berlari keluar dari pejabat guaman di Medan Istana, di sini sebaik merasai gegaran itu."Apabila dengar bunyi yang kuat, terlintas di fikiran saya itu mungkin bunyi bom. Kami rasa amat terkejut."Sepanjang enam tahun bekerja di sini, inilah kali pertama saya rasai pengalaman begini," katanya.Tinjauan di media sosial mendapati pengguna mendakwa gegaran terbabit dirasai sehingga di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru, Falim dan Manjoi serta pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora."Seram betul, baru sekejap tadi bergegar bangunan. Macam bunyi letupan kuat," kata seorang pengguna Facebook, Ayu Balqishah.Bagaimanapun, usaha media mendapatkan maklum balas JMG masih belum berjaya.TERKINI: Gegaran di Ipoh bukan sebab letupan kuari, latihan polis - Ketua Polis Perak |
Bagai 'pekan berhantu' | 1,729,465,521 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146703/bagai-pekan-berhantu | Muhammad Zulsyamini Sufian Suri | 442 | 2024-10-20 23:05:21 | 2024-10-21T07:05:21 | Ipoh: Umpama 'pekan hantu', itu mungkin perkara pertama yang terlintas di fikiran ketika berada di sebahagian kawasan pembangunan pusat komersial Medan Station 18 di Lahat, dekat sini.Ini kerana hampir keseluruhan dari sekurang-kurangnya lima blok bangunan rumah kedai di situ tidak berpenghuni, usang, malah kelihatan terbengkalai.Agak pelik apabila kawasan sejak lebih 10 tahun lalu dirancang untuk dibangunkan sebagai pusat komersial itu sehingga kini masih terbengkalai walaupun kawasan sekitarnya begitu 'meriah' dengan deretan rumah kedai di zon lainnya yang berpenghuni selain terletak berhampiran dua pusat beli-belah.Tinjauan mendapati terdapat lima deretan rumah kedai antara dua hingga tiga tingkat di situ seakan projek terbengkalai.Ia membabitkan tiga deretan bangunan di laluan Medan Stesen 18/4, serta dua lagi bangunan di masing-masing di Medan Stesen 18/6 dan Medan Stesen 18 /22.Ia belum termasuk beberapa lagi deretan rumah kedai di situ yang seakan tidak berpenghuni walaupun pembinaannya dilihat siap dan difahamkan perkara itu sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu. Ada juga antara deretan rumah kedai berhampirannya yang berpenghuni namun hanya kurang separuh daripada jumlah premis di sesuatu deretan sama.Sekurang-kurangnya dua deretan dilihat terbengkalai, malah pemandangannya turut dicemari longgokan sampah, selain tumbuhan menjalar yang tumbuh di kawasan bangunan itu.Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli, 41, berkata, pemandangan di pusat komersial terbengkalai itu menyakitkan mata.Menurutnya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi taraf bandar raya Ipoh yang dikenali sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka.Beliau berkata, suasana sekitar kawasan juga sunyi biarpun terletak tidak jauh dari dua pasar raya besar ternama."Disebabkan itu ia kerap menjadi lokasi tumpuan 'kutu jalanan' termasuk gelandangan serta penagih dadah."Adakalanya ada aktiviti haram dilakukan sekitar bangunan terbengkalai itu termasuk menjadi sarang penagih dadah, kes kecurian selain vandalisme dengan menconteng struktur bangunan kedai itu," katanya yang juga peniaga kecil-kecilan.Pekerja kedai alat telekomunikasi Mohamad Arif, 31, berkata, suasana lengang dan sunyi di kawasan itu dikenal pasti menjadi lokasi sesuai untuk kegiatan haram termasuk premis kedai judi dalam talian."Setakat ini saya belum nampak lagi penagih dadah sedang 'lalok' sekitar kawasan itu tetapi waktu malam memang saya biasa nampak ada orang melepak dan tidur di kawasan kaki lima bangunan terbengkalai itu," katanya.Sementara bagi Amurul Rabbani Rashid, 31, mengakui orang ramai risau ketika melalui kawasan itu yang dikatakan sebagai lokasi kerap berlaku perlakuan jenayah seperti kes kecurian selain 'port' penagih dadah.Menurutnya, keadaan bangunan terbengkalai juga boleh menyumbang kepada masalah demam denggi apabila air bertakung tidak diselenggara secara sepatutnya."Keadaan bangunan terbengkalai sebegitu memang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes."Dulu pun ia menjadi menjadi tempat lepak penagih dadah yang dikatakan turut mencuri beberapa prasarana seperti lampu, fius dan sebagainya," katanya. Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok. |
Kembali 'mendaki' melalui Aksara | 1,729,461,621 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146673/kembali-mendaki-melalui-aksara | Georgie Joseph | 553 | 2024-10-20 22:00:21 | 2024-10-21T06:00:21 | SELEPAS Instagram (IG) digodam pada penghujung 2022, ia benar-benar mengganggu kerjaya seni penyanyi, Shahir Zawawi. Apatah lagi platform itu penting untuk di berkongsi perkembangan diri dan kerjaya nyanyiannya. Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 36, mencuba pelbagai ikhtiar untuk mendapatkan semula akaunnya, termasuk merayu penggodam itu kembalikannya. Namun, nasib tidak berpihak kepadanya. Dalam tempoh hampir dua tahun, dia kehilangan komunikasi dengan industri hiburan sekali gus mencetuskan rasa sangsi untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi. "Hakikatnya saya pernah berada di fasa ingin perlahan-lahan tinggalkan industri hiburan. Saya hilang punca selepas IG (Instagram) digodam. "Saya putus akal sebab sudah cuba bermacam cara bersama orang terdekat, malah peminat pun turut bantu," katanya yang kini sudah membuka akaun Instagram baru pada Julai lalu. Juara Akademi Fantasia 8 (AF8) itu pun sebenarnya masih teruskan kerjaya seni dalam tempoh berkenaan. Dia masih cuba sedaya-upaya untuk semarakkan namanya dengan beberapa karya muzik. Namun, memang dia rasa sangat ralat apabila tiada platform untuknya ke depan. Padahal, dia juga teringin promosi diri dan lagunya sebagai bukti dia masih lagi berada dalam industri. "Dalam tempoh dua tahun kehilangan Instagram itu, saya masih membuat persembahan. Cuma saya tidak dapat kongsi perkembangan kerana tiada platform media sosial. "Ada saja saya keluar lagu bersama Mawi berjudul Qasidah Untuk Kamilah. Tahun lalu ada lancarkan lagu Retak bersama Muniz Hijjaz. "Tapi saya tiada ruang berkomunikasi dengan sahabat-sahabat media, orang industri dan peminat. Itu yang membuatkan saya terfikir orang akan perlahan-lahan lupa," katanya. Apabila sudah buka akaun Instagram baru, Shahir juga ada meluahkan hasrat cuba mendaki semula dari bawah. Semangatnya memang sangat berkobar untuk bermula semula. "Alhamdulillah saya mendapat maklum balas peminat yang mendoakan dan memberi kata semangat. Ada yang cakap suruh kembalilah (menyanyi) dan buat lagu lagi. "Walaupun tidaklah seramai dulu, tapi saya dapat merasakan mereka inilah yang ikhlas mahukan saya berkarya. Kerana merekalah saya dapat semangat balik untuk kembali," katanya. Shahir tidak menafikan timbul rasa cemburu apabila menonton artis lain buat persembahan pentas. Bukan kerana soal punca pendapatan saja tapi kerana cintanya terhadap muzik. Cukup indah aturan takdir, rezekinya untuk kembali membina nama hadir selepas label World Peace Entertainment (WPE) melamarnya jadi artis naungan mereka pada Mac lalu. Tidak menerimanya bulat-bulat, Shahir bertanya mereka sama ada cukup yakin melabur untuknya. Hatinya diketuk untuk bersetuju menerima lamaran itu kerana misi WPE yang tepat dengan jiwanya. "Sebenarnya yang paling menggerakkan saya untuk kembali adalah WPE sendiri. Bila mereka datang lamar saya sebagai artis rakaman, itulah waktu yang paling tepat dan sesuai. "Saya ada bertanya apa hala tuju mereka. Mereka beritahu ingin sebarkan kebaikan dan saya nampak ada unsur-unsur Islamik dalam syarikat itu. Sebab itu saya selesa berada di bawah naungan mereka. "Sebenarnya ada beberapa syarikat juga yang bertanya dan melamar. Tapi mungkin situasi ketika itu tidak mengizinkan, tak berapa sesuai dan saya tak dapat beri komitmen," katanya. Baru-baru ini, Shahir melancarkan lagu baru berjudul Aksara sebagai pertaruhan sulung sejak bersama WPE. Lagu terbabit turut mendapat sentuhan komposer hebat Omar K dan Iqie Hugh. Shahir turut menampilkan isterinya, Jaskin Jaludin, 32, di dalam muzik video (MV) lagu itu. Pemilihan isterinya itu sebagai tanda penghargaan bersempena ulang tahun kedua perkahwinan mereka. "Lagu dan MV itu memang berkisarkan kisah kami. Selama ini, ketika saya melakonkan mana-mana MV saya tak dapat menjayakannya lebih nyata kerana tak boleh berpegangan dan sebagainya. "Kali ini saya ingin bawakan sesuatu yang bila orang tengok, ia nampak nyata," katanya. |
6 jam peluk mayat rakan elak hanyut selepas bot karam | 1,729,408,231 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146517/6-jam-peluk-mayat-rakan-elak-hanyut-selepas-bot-karam | Alias Abd Rani | 458 | 2024-10-20 07:10:31 | 2024-10-20T15:10:31 | Batu Pahat: Seorang nelayan memeluk badan sahabatnya yang tidak bernyawa selama enam jam bagi mengelak hanyut dibawa arus selepas bot dinaiki karam di perairan Batu Pahat dekat Sungai Suloh di sini, awal pagi tadi.Muhammad Nizam Salleh, 56, berkongsi detik akhir memeluk mayat sahabatnya, Norhisham Ahmad, 58, selepas menyedari lelaki itu sudah tidak bernyawa hanya dalam tempoh 10 minit sebaik insiden berlaku pada jam 2 pagi itu.Bekas imam Masjid Sungai Suloh berkata, dia bersama arwah serta dua lagi rakan dikenali sebagai Azlan, 34, dan Man, 23, sedang berehat atas bot sementara menunggu masa melabuhkan pukat kali kedua."Ketika itu, ada tanda-tanda ribut namun belum kuat, jadi kami berempat berehat dengan memasak dan makan bersama-sama. "Selepas melihat arah barat, saya terus beritahu arwah ribut seolah-olah sudah dekat. Sekitar jam 1.45 pagi kami meneruskan perjalanan untuk pulang dalam keadaan angin kuat serta gelombang. "Kira-kira 15 minit kemudian bot mula dimasuki air akibat gelombang lalu tenggelam. Saya jerit kepada mereka supaya mengambil jaket keselamatan dan tong sebelum bot karam."Mula-mula arwah dalam keadaan baik namun kira-kira 10 minit selepas kejadian, badan dia semakin lemah. Saya sempat ajar dia mengucap dan tidak lama kemudian, dia terus senyap," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Suloh di sini.Menurut Muhammad Nizam, ketika terapung di laut, arwah sempat memberitahunya supaya memeluk badannya untuk elak mereka berpisah dihanyutkan arus."Menyedari dia sudah meninggal dunia, saya tidak sesekali melepaskan pelukan itu. Saya ikat dua tong di pinggang kiri dan kanan arwah manakala dadanya, saya letak jaket keselamatan sambil memegang tangannya."Saya pesan pada Man dan Azlan supaya jangan tidur atau terminum air laut. Kami hanyut dari Parit Balak hingga ke Kuala Sungai Ayam."Kedudukan kami kira-kira dua kilometer dari darat namun kami kembali hanyut kembali ke tengah sungai kerana air pasang. Sekitar jam 8 pagi saya ternampak kelong kira-kira 300 meter."Kebetulan ada orang memancing dan mereka terdengar jeritan kami meminta tolong," katanya.Dalam pada itu, Muhammad Nizam berkata, dia sukar menyembunyikan kesedihan bila melihat sahabat karib meninggal dia depan mata."Arwah meninggal dunia bukan kerana lemas saya lihat dia tidak selesa ketika berada dalam air sebab itulah badan dia semakin lemah."Kami bersahabat sejak usia enam tahun dan persahabatan kami kekal hingga hari ini," katanya.Sementara itu, isteri arwah, Noriah Hashim, 56, berkata dia mengetahui kejadian itu jam 8 pagi selepas seorang jiran datang memaklumkan suaminya sudah tiada."Waktu itu, saya keluar bersama anak untuk sarapan sebelum didatangi rakan jiran memaklumkan kejadian sebenar. Saya terpinga-pinga kerana tidak percaya dengan apa yang diberitahu itu," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Suloh selepas waktu Asar hari ini. |
Usia 80 tahun tak halang Rohani genggam ijazah PhD | 1,729,405,540 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146491/usia-80-tahun-tak-halang-rohani-genggam-ijazah-phd | Nazdy Harun | 387 | 2024-10-20 06:25:40 | 2024-10-20T14:25:40 | Kuala Nerus: Di usia 80 tahun, wanita kelahiran Paris, Perancis ini berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Christine Longuet atau nama Islamnya, Rohani Abdullah dari Kampung Pulau Duyung, Kuala Terengganu, berkata, dia mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan tesis dan usahanya itu membuahkan hasil apabila hari ini dia dianugerahkan segulung ijazah PhD.Katanya, kekangan waktu untuk menyiapkan kertas kajian mengakibatkan begitu banyak masa diambil namun dia bersyukur kerana akhirnya dia berjaya menerima ijazah PhD."Ketika di sana (Paris) saya sudah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Sorbonne, Paris, dalam jurusan sejarah sebelum berhijrah ke Terengganu."Ketika di Malaysia, saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang seni bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai."Manakala di UMT, saya melanjutkan pengajian dalam jurusan etnobotani," katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Ke-22 UMT di Dewan Sultan Mizan, di sini, hari ini.Menurutnya, dia bersyukur walaupun mengambil masa lama untuk menyiapkan kertas kajiannya itu namun akhirnya dia berjaya menyiapkan tesis bertajuk 'Places, Plants and People In The State Of Terengganu Malaysia: An Assessment From Two Eras'.Katanya, dia turut mengarang buku iaitu Puisi Duyung Pulau Rakyat, koleksi puisi tempatan dan Amanah: Journey An Architect iaitu buku mengenai hasil arkitek tempatan, Nik Mohamed Mahmood.Katanya, Kampung Pulau Duyung, tempat dia menetap satu ketika dulu amat terkenal dalam dunia pembuatan bot dan kapal layar hingga ramai individu dari benua Eropah yang datang untuk menempah kapal layar yang dibuat oleh tukang tempatan berkemahiran tinggi.Rohani berkata, dia sudah menetap di Terengganu selama 53 tahun membuatkan dirinya sudah sebati dengan persekitaran serta kehidupan masyarakat setempat."Ketika mula-mula datang ke kampung itu saya belajar bertutur bahasa Melayu dengan tukang yang membuatkan bot dan perahu layar di tebing Sungai Terengganu."Saya mengambil masa hampir lima tahun untuk menguasai bahasa Melayu dan pada 1977 ketika berusia 34 tahun saya berkahwin dengan anak seorang imam di Kampung Pulau Duyung."Budaya masyarakat Melayu amat menarik dengan kehalusan bahasa, seni bina, kehidupan bermasyarakat yang utuh membuatkan saya tertarik untuk terus menerap di negeri ini," katanya antara 89 pelajar yang menerima ijazah PhD.Dia berkata, keluarganya satu masa dulu pernah memiliki kapal layar bernama Ganti Rampai dan pernah membuat pelayaran dengan membawa anak-anaknya di Laut China Selatan.Menurutnya, kapal layar milik arwah suami masih ada dan kini ditempatkan di bengkel bagi kerja baik pulih. |
Lima lemas perahu lumba karam: Hasrat dua mangsa dirikan rumah tangga tak kesampaian | 1,729,400,656 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146465/lima-lemas-perahu-lumba-karam-hasrat-dua-mangsa-dirikan-rumah-tangga-tak | Mohd Roji Kawi | 512 | 2024-10-20 05:04:16 | 2024-10-20T13:04:16 | Kuching: Dua mangsa yang lemas dalam kejadian perahu lumba karam di Sungai Sarawak, Jumaat lalu, hanya menunggu hari bahagia bersama tunang masing-masing.Allahyarham Majurie Maharuf, 32, dari Balingian, Mukah, yang mengikat tali pertunangan dengan Norainaa Arbi, Ogos lalu, dijadual melangsungkan pernikahan 27 Disember ini.Norainaa, 30, berkata, semua persediaan sudah dibuat oleh arwah termasuk tempahan pelamin untuk majlis persandingan mereka yang dirancang di rumah pengantin perempuan di Kampung Penakub Hulu, Mukah pada 28 Disember dan di rumah pengantin lelaki di Kampung Baru, Balingian pada 29 Disember."Arwah sudah menyediakan semuanya untuk majlis kami malah dia selalu kata tidak sabar menunggu hari bahagia kami."Selepas kami bertunang Ogos lalu, kami tidak berjumpa kerana arwah bertugas di Kuching manakala saya di Mukah," katanya ketika ditemui di luar Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, hari ini.Norainaa berkata, dia bergegas ke Kuching sebaik dimaklumkan kemalangan yang menimpa tunangnya itu Jumaat lalu."Saya menerima mesej WhatsApp daripada arwah sebelum solat Jumaat dan dia memaklumkan akan menyertai latihan lumba perahu pada petang itu, malah dia juga sempat memberitahu akan balik kampung November nanti."Selepas itu petangnya saya dikejutkan dengan berita yang mengatakan dia hilang apabila perahu dinaikinya karam," katanya.Norainaa berkata, dia sudah lama mengenali arwah Majurie kerana mereka berkawan ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah."Tetapi hubungan kami mula serius pada tahun 2021 sebelum dia menghantar rombongan meminang saya tahun ini dan kami bertunang Ogos lalu," katanya.Jenazah Majurie dibawa balik ke Kampung Baru Balingian selepas selesai proses bedah siasat hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Sayu, Balingian.Sementara itu, Allahyarham Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23, yang baru melangsungkan pertunangan dengan Nur Nazwa Anizan Bujang, 23, Ahad lalu, juga merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.Bapa Nur Nazwa, Bujang Sulai, 64, berkata, walaupun belum membuat sebarang keputusan, mereka merancang untuk menyatukan pasangan itu selepas pernikahan anak lelakinya November ini."Mereka sudah lama kenal dan berkawan kerana belajar di sekolah sama iaitu SMK Asajaya."Kalau nak diikutkan, kami mahu mereka bernikah selepas abang Nazwa yang bertugas di Perak melangsungkan perkahwinannya bulan depan," katanya.Bujang berkata, beliau reda dengan pemergian bakal menantunya itu yang disifatkannya sebagai anak yang baik dan menghormati orang tua."Tak sangka dia pergi begitu cepat dan menyedihkan mayatnya ditemui tepat seminggu selepas mereka bertunang."Saya menerima ketentuan takdir ini, namun sedih dengan keadaan anak saya yang masih terkejut dengan kehilangan tunangnya," katanya.Menurutnya, sebaik menerima berita kemalangan membabitkan Muhammad Khairul, petang Jumaat lalu, Nur Nazwa terpaksa dikejarkan ke hospital kerana pengsan."Saya hanya berharap agar anak saya dapat menerima kenyataan. Saya faham perasaannya apabila kehilangan orang tersayang, apatah lagi hanya seminggu selepas mereka bertunang," katanya.Menurutnya, jenazah Muhammad Khairul akan dibawa ke Kampung Rebak, Asajaya, hari ini.Dalam kejadian jam 3.40 petang Jumaat lalu, seramai 16 kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Jabatan Premier Sarawak menjalani latihan lumba perahu sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak pada 1 hingga 3 November ini.Seramai 11 peserta berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing namun lima mangsa hilang.Perahu panjang yang mereka naiki karam selepas dibadai gelombang yang terhasil oleh kapal nelayan yang datang dari arah bertentangan. |
Pengkelasan mengenai kategori T15 sedang diperhalusi - Rafizi | 1,729,399,985 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146461/pengkelasan-mengenai-kategori-t15-sedang-diperhalusi-rafizi | Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid | 195 | 2024-10-20 04:53:05 | 2024-10-20T12:53:05 | Putrajaya: Pengkelasan mengenai kategori T15 sedang diperhalusi bagi memastikan penyasaran subsidi yang dibuat oleh kerajaan nanti adalah adil kepada semua pihak, kata Menteri Eknomi, Rafizi Ramli.Beliau berkata, kerajaan kini sedang beralih kepada satu konsep baharu perbelanjaan bersih sesebuah isi rumah agar mereka menjalani kehidupan wajar."Secara konsepnya, yang itu telah dibentangkan secara mendalam di peringkat kerajaan."Perbincangan mengenai pelaksanaan itu sedang berlaku dan saya rasa adalah lebih baik kita menunggu reka bentuk terakhir mengenainya."Saya tidak rasa (kita gunakan) pendapatan isi rumah seperti sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) dan Pra Pelancaran Laman Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia di Presint 2, hari ini.Yang turut hadir, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.Sebelum ini, semasa pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beberapa subsidi akan dikurangkan bagi golongan T15.Bagaimanapun timbul reaksi oleh ramai pihak mengenai pengkelasan golongan T15 berkenaan.Mengulas lanjut, Rafizi berkata, semasa Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) sebelum ini, kerajaan telah membuat keputusan bahawa penentuan ekonomi bagi pendapatan sesebuah isi rumah mengikut pendapatan mereka.Disebabkan itu pada masa berkenaan, terdapatnya garis statistik membabitkan golongan seperti T20, B40 dan M40. |
Selicik Siti Hajartul | 1,729,396,819 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146442/selicik-siti-hajartul | Muhaamad Hafis Nawawi | 385 | 2024-10-20 04:00:19 | 2024-10-20T12:00:19 | Kuala Lumpur: Terpedaya dengan harga emas 916 yang rendah dari pasaran, lebih 100 orang mangsa berputih mata apabila kerugian lebih RM110 juta selepas diperdaya seorang ahli perniagaan wanita dikenali Siti Hajartul Haini Abd Hamid sejak dua bulan lalu.Lebih malang, kebanyakan mangsa bekerja di satu unit hospital awam di Lembah Klang selain guru di beberapa negeri, kini diburu kerana menjadi orang tengah yang mengumpul wang.Sama seperti beberapa skim kutu memperdaya mangsa sebelum ini, pelabur ditawar harga murah sehingga ada yang sanggup meminjam daripada saudara mara, rakan dan along semata-mata untuk merebut 'tawaran hebat' terbabit.Malah, dengan menggunakan dua orang kanannya yang juga penjawat awam di hospital dan guru sekolah, mereka mencari mangsa sebelum menawarkan pelaburan terbabit.Mariam (bukan nama sebenar) berkata, dia diperkenalkan kepada skim itu oleh wanita terbabit sekitar Februari lalu yang memberi jaminan pulangan berdasarkan harga emas semasa pada waktu pelaburan.Menurutnya, pada waktu itu, harga emas ditawar jauh lebih murah daripada harga emas pasaran pada kadar sekitar RM169 sehingga RM195 per gram dengan tempoh pulangan antara tiga hingga enam bulan dari tarikh pelaburan."Saya teruja dan menjemput rakan lain memasuki pelaburan dengan Siti Hajar dan mereka setuju memasuki ke dalam pelaburan itu dengan membuat pembayaran kepada saya."Sebaik wang dikumpul saya memindahkannya ke akaun milik wanita terbabit membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM2 juta di mana wang saya sendiri dilaburkan RM408,110," katanya kepada Metro Ahad.Mariam berkata, mereka dijanjikan pulangan bermula Julai hingga Disember ini namun sehingga kini pelbagai alasan diberi bagi mengelak pembayaran dan penyerahan emas kepadanya dan rakan. Sementara itu, seorang lagi mangsa ingin dikenali Sarinah (bukan nama sebenar) berkata, dia diperkenalkan kepada skim pelaburan emas itu oleh seorang lelaki yang juga kenalan wanita terbabit pada Januari lalu."Saya dijanjikan pelaburan ini dijamin dan saya akan terima pulangan berdasarkan harga emas semasa pada waktu pelaburan."Tertarik dengan pelaburan itu saya buat pembayaran RM298,100 dan turut dijanjikan pulangan bermula Julai lalu namun sehingga kini tidak menerima apa-apa pemulangan hasil pelaburan itu," katanya.Katanya, dia ada bertanya kepada lelaki terbabit namun pelbagai alasan diberikan bagi mengelak pembayaran atau penyerahan emas itu.Sehubungan itu mereka berdua yang turut meminta bantuan Pengarah Advokasi Khidmat Guam, Dr Mahmud Jumaat tampil membuat laporan di Kedah semalam bagi meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan.Dua orang kanan giat perdaya penjawat awamKeluar RM70,000 beli emas ditawar |
Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat | 1,729,395,072 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146436/bunuh-kerat-lapan-abah-hayat-menyesal-bertaubat | Noorazura Abdul Rahman | 529 | 2024-10-20 03:31:12 | 2024-10-20T11:31:12 | Alor Setar: "Saya sedar perbuatan mengerat mangsa lapan bahagian sesuatu yang amat berat dan tidak boleh dimaafkan, namun kini saya mahu buka buku baru dan menjadi manusia baik," kata Khairul Anuar Zakaria. Di usia senja meniti 64 tahun, pengalaman menjadi penghuni penjara selama 23 tahun banyak mengajar bekas pengurus jualan itu erti kesabaran selepas diberi peluang mendalami ilmu agama. Katanya, dia sangat menyesali atas perbuatan jenayah yang dilakukan itu dan mengakui ketika itu dia jauh dari Allah sehingga hawa nafsu menguasai dirinya."Hari ini Allah takdirkan saya dibebaskan selepas mendapat pengampunan dari Sultan Kedah pada Mei 2018, saya terselamat dari tali gantung dan dibebaskan 3 Oktober lalu. "Perbuatan saya mengakhiri nyawa orang mengubah hidup saya, namun kerana perbuatan itu, saya mahu orang lain mengambil iktibar atas apa yang berlaku."Kini saya cuma harap diberi peluang untuk menjalani sisa hidup sebelum dijemput Ilahi pada usia senja ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini. Bapa kepada sembilan anak itu berkata, kehidupan di sebalik tirai besi banyak mengajarnya menjadi manusia dan berharap masyarakat dapat menerimanya. "Dulu saya tidak kenal Allah, saya jauh dari-Nya, pada usia 40 tahun saya merasakan berada pada puncak hidup dan berjaya menjadi orang kepercayaan syarikat, namun semuanya berubah kerana perbuatan saya. "Apabila berada di dalam penjara, saya banyak menghabiskan masa membaca di dalam sel, dan paling banyak mengubah saya apabila saya dapat solat berjemaah dengan banduan lain. "Saya mendalami agama, dalam masa yang saya juga diberi peluang menjadi pembantu kepada guru agama dan mengajar banduan lain untuk solat dan mengenali Allah bersama-sama, apa yang penting jika kita hendak berubah, kita baiki solat dan solat di awal waktu," katanya. Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai Abah Hayat berkata, dia sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan berbakti kepada ibunya yang kini sudah berusia 84 tahun. Katanya, dia masih ingat kejadian pilu ibunya yang menangis dan pengsan ketika hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya."Ibu menangis dan merayu supaya hakim ringankan hukuman, ibu bagaikan histeria. Hati saya runtun dan pilu apabila terkenangkan detik itu."Ketika di penjara, saya tidak fikir diri saya sangat, saya hanya fikir mak kerana detik itu sangat meruntun hati saya," katanya sebak.Khairul berkata, dia berhasrat untuk terus memberikan motivasi kepada bekas banduan yang pernah menjadi anak didiknya semasa di penjara sebelum ini."Ramai yang hubungi saya dan jika ada peluang, saya mahu bantu bekas banduan memberikan motivasi kepada mereka. Saya tahu ramai yang terjebak semula dalam kegiatan tidak baik kerana pengaruh sekeliling," katanya.Media pada 22 September 2008 melaporkan Khairul Anuar, seorang jurujual dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh seorang tukang besi, Chuah Leng Hai, 38, dengan tubuh mangsa dikerat lapan bahagian.Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Ariffin Ahmad, 47, dan Muhammad Zaidi Salleh, 42, dibebaskan setelah didapati tidak bersalah.Mengikut pertuduhan, Khairul Anuar didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Datuk Kumbar, di sini antara pukul 5 pagi hingga 6.35 pagi, 4 Jun 2001.Khairul Anuar kemudian mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah pada Mei 2018 dan status banduan akhir berubah kepada banduan hayat.Seterusnya pada Februari 2024, kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Alor Setar semula kerana kerajaan memansuhkan hukuman hayat ke atas semua banduan di penjara dan hukumannya digantikan dengan hukuman penjara selama 35 tahun dari tarikh tangkap iaitu pada 2001. |
Lima mayat peserta lumba perahu timbul berhampiran satu dengan lain | 1,729,392,493 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146424/lima-mayat-peserta-lumba-perahu-timbul-berhampiran-satu-dengan-lain | Mohd Roji Kawi | 232 | 2024-10-20 02:48:13 | 2024-10-20T10:48:13 | Kuching: Kesemua lima mayat mangsa perahu lumba yang karam Jumaat lalu ditemukan di kawasan berdekatan antara satu dengan lain di Sungai Sarawak, hari ini.Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, satu daripada mayat mangsa ditemukan di tebing manakala empat lagi terapung di tengah sungai. Beliau berkata, lokasi semua mangsa ditemui berkedudukan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi perahu mereka karam."Semua mayat ditemui di dalam bahagian baraj (sistem Skim Pengawalan Sungai Sarawak)."Tempoh operasi pencarian adalah selama 43 jam sehingga mayat pertama ditemui pada jam 6.16 pagi tadi selepas kejadian berlaku pada jam 3.47 petang, Jumaat lalu," katanya.Mohd Farhan berkata, semua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut."Ahli keluarga semua mangsa juga sudah dimaklumkan berhubung penemuan itu dan mereka dipanggil ke HUS untuk membuat pengecaman," katanya.Lima mangsa terbabit ialah Mohammad Ikhmal Sama'ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Mohamad Khairul Bidin, 26 dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23.Kesemua mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Foreksik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.Mereka adalah kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Jabatan Premier Sarawak.Ketika kejadian jam 3.40 petang Jumaat lalu, mereka bersama 11 lagi rakan sepasukan menjalani latihan perlumbaan perahu sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak pada 1 hingga 3 November ini.Perahu panjang yang mereka naiki karam selepas dibadai gelombang yang terhasil oleh kapal nelayan yang datang dari arah bertentangan. |
Mayat 5 mangsa bot regata karam ditemukan pagi ini | 1,729,383,810 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146404/mayat-5-mangsa-bot-regata-karam-ditemukan-pagi-ini | Mohd Roji Kawi | 184 | 2024-10-20 00:23:30 | 2024-10-20T08:23:30 | Kuching: Semua mangsa yang hilang selepas perahu lumba mereka karam pada Jumaat lalu, ditemukan lemas, hari ini.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kelima-lima mangsa ditemukan terapung di muara Sungai Sarawak, pagi ini.Beliau berkata, dua mayat ditemukan oleh anggota JBPM berdekatan Baraj Sungai Sarawak jam 6.16 pagi."Mangsa ketiga juga ditemukan oleh anggota JBPM di muara Sungai Sarawak pada 6.40 pagi."Mangsa keempat ditemukan terapung oleh anggota Sarawak Coastguard pada 7.07 pagi, manakala mangsa terakhir dikesan menerusi dron polis pada 7.09 pagi," katanya.Lima mangsa terbabit ialah Mohammad Ikhmal Sama'ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Mohamad Khairul Bidin, 26 dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23.Kesemua mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Foreksik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.Mereka adalah kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Jabatan Premier Sarawak.Pada kejadian 3.40 petang Jumaat lalu, mereka bersama 11 lagi rakan sepasukan menjalani latihan perlumbaan perahu sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak pada 1 hingga 3 November ini.Perahu panjang yang mereka naiki karam selepas dibadai gelombang yang terhasil oleh kapal nelayan yang datang dari arah bertentangan. |
'Kalau basuh, nanti tapak tercabut' | 1,729,382,422 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146398/kalau-basuh-nanti-tapak-tercabut | Sudirman Mohd Tahir | 331 | 2024-10-20 00:00:22 | 2024-10-20T08:00:22 | Kuala Lumpur: "Saya nak tunjuk kepada pelajar lain bahawa ada kawan mereka di sekolah ini walaupun kasutnya koyak dan berlubang, dia masih ada semangat datang ke sekolah. Itu tujuan asal saya muat naik video berkenaan." Demikian kata Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai, Kunak, Sabah, Jumat Mat Salleh, 35, yang memuat naik hantaran video di TikTok memaparkan seorang pelajar lelaki di sekolah itu yang mamakai kasut dalam keadaan daif hingga menjadi tular. Jumat berkata, apa yang lebih meruntun hatinya apabila pelajar tingkatan 1 itu juga hanya mempunyai sehelai stoking. "Macam biasa minggu ini saya guru bertugas dan datang awal untuk sambut pelajar di pintu pagar sekolah. Dari jauh saya nampak seorang pelajar memakai kasut yang sangat kotor. Saya tahan dan tanya, kenapa kasut kotor? "Dia jawab dengan takut. Katanya kalau cuci nanti tapak kasut jatuh dan tak boleh pakai lagi. Bila saya angkat kasutnya, bukan sahaja tapak itu hilang, malah sudah berlubang. Malah, stoking juga berlubang. "Apabila saya tanya kenapa tak beli kasut baru? Sambil rasa malu dia menjawab tidak ada duit. Saat itu juga lidah terkelu dan hati ini tersentap. Jadi, saya dan seorang lagi rakan iaitu Cikgu Shihar terus bawa dia pergi ke pekan Kunak untuk beli stoking dan kasut baru," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, pelajar yang datang dari keluarga susah itu juga baru dua kali menjejakkan kaki ke ke pekan Kunak. "Ketika di kedai, dia beritahu kami yang mana itu baru kali kedua menjejakkan kaki di pekan. Lagi luluh hati ini. "Selepas berbelanja, saya sempat memeluknya sambil menasihatkan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk ubah nasib diri dan keluarga. Jika sudah berjaya boleh bantu lebih ramai orang lagi," katanya. Menurutnya, video yang tular itu turut mendapat maklum balas pelbagai pihak termasuk pemimpin tempatan. "Mungkin rezeki pelajar ini, apabila video tular banyak pihak dalam kalangan individu dan pemimpin tempatan cuba membantu. Alhamdulillah, kami di pihak sekolah juga berusaha untuk tengok apa keperluan yang boleh kita tolong untuk anak dan keluarga ini," katanya. |
Sumber pembekal senjata Israel | 1,729,380,619 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146393/sumber-pembekal-senjata-israel | Agensi | 408 | 2024-10-19 23:30:19 | 2024-10-20T07:30:19 | Barat menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk menghentikan penjualan senjata kepada Israel kerana kebimbangan mengenai cara negara itu menjalankan kempen ketenteraannya terhadap Hamas di Gaza, lapor BBC.Walaupun menjadi pengeksport senjata utama, Israel masih banyak bergantung pada import asing untuk mengekalkan operasi ketenteraannya. Berikut sumber utama senjata Israel:• Amerika Syarikat (AS)AS adalah pembekal senjata terbesar Israel, menyumbang 69 peratus daripada import senjata konvensional utamanya antara 2019 dan 2023, menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (Sipri).Israel menerima AS$3.8 bilion (RM17.1 bilion) dalam bentuk bantuan ketenteraan tahunan bernilai AS$3.8 bilion (kira-kira MYR17.1 bilion) daripada AS. Angka ini termasuk AS$500 juta (RM2.25 bilion) untuk sistem pertahanan peluru berpandu seperti Iron Dome, Arrow, dan David's Sling.Menurut BBC, bantuan ini bagi memastikan "kelebihan ketenteraan kualitatif" Israel di Timur Tengah. Selepas serangan 7 Oktober 2023, AS dengan pantas menghantar ribuan peluru berpandu dan amunisi lain untuk menyokong usaha pertahanan Israel.• JermanNegara ini pembekal senjata penting kepada Israel, menyumbang 30 peratus daripada import senjata Israel antara 2019 dan 2023, menurut Sipri. Pada 2022, Israel menandatangani perjanjian 3 bilion euro (kira-kira MYR 15.6 bilion) untuk membeli tiga kapal selam diesel kelas Dakar dari Jerman, dengan penghantaran dijangka bermula pada 2031. Kapal selam ini akan menggantikan kapal selam kelas Dolphin sedia ada yang sedang dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Israel. Berikutan serangan 7 Oktober 2023, jualan senjata Jerman kepada Israel meningkat secara mendadak kepada 326.5 juta euro (kira-kira MYR 1.7 bilion), iaitu peningkatan 10 ganda berbanding tahun sebelumnya. • ItaliWalaupun sumbangan Itali adalah lebih kecil, ia kekal sebagai pembekal senjata penting kepada Israel. Israel memperoleh pesawat latihan dan peralatan ketenteraan lain daripada Itali.Firma Itali, Leonardo menyediakan jet M-346 untuk Tentera Udara Israel. Itali meneruskan eksport senjatanya ke Israel walaupun di tengah-tengah perdebatan antarabangsa mengenai konflik berkenaan.• United Kingdom (UK)UK membekalkan Israel dengan komponen untuk dron, sistem radar dan teknologi ketenteraan lain. Bagaimanapun, susulan konflik Israel-Hamas, UK menggantung 30 lesen eksport untuk peralatan ketenteraan yang dituju ke Gaza, berikutan tekanan daripada kumpulan kempen dan beberapa tokoh politik.Namun begitu, jumlah eksport UK ke Israel masih agak kecil berbanding negara lain, walaupun Israel mengkritik langkah UK sebagai "memalukan." • Industri Pertahanan Dalam Negeri IsraelMenurut BBC, dengan sokongan AS, Israel membina industri pertahanan yang penting, menjadi pengeksport senjata kesembilan terbesar di dunia.Dari 2019 hingga 2023, Israel memegang 2.3 peratus bahagian jualan senjata global, mengeksport sistem canggih seperti pertahanan udara, radar dan dron.Pada 2023, eksport pertahanan Israel mencecah lebih AS$13 bilion (kira-kira MYR 60.6 bilion), dengan pasaran utama termasuk India, Filipina dan Jerman.AS turut menandatangani perjanjian AS$3.5 bilion (kira-kira MYR 16.4 bilion) untuk sistem pertahanan peluru berpandu Arrow 3 Israel. |
Agihan kekayaan lebih adil, saksama | 1,729,379,120 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146384/agihan-kekayaan-lebih-adil-saksama | Nor ‘Asyikin Mat Hayin | 834 | 2024-10-19 23:05:20 | 2024-10-20T07:05:20 | Inisiatif kerajaan merancang dan mengawal perbelanjaan serta pendapatan negara sudah dibentangkan menerusi Belanjawan 2025 Jumaat lalu.Belanjawan kali ini memberikan penekanan terhadap usaha pemulihan ekonomi dan menguasai aspek inovasi, selain memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil serta saksama.Ikuti wawancara Pakar Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mustazar Mansur bersama wartawan Nor 'Asyikin Mat Hayin bagi mengupas isu ini. Pandangan Dr dengan pembentangan Belanjawan 2025?Pandangan saya belanjawan 2025 ialah pendekatan dasar fiskal mengembang dengan kadar defisit fiskal yang semakin rendah di bawah empat peratus.Kalau dilihat daripada segi jumlahnya, ia melebihi RM300 bilion yang selama bertahun negara mengalaminya.Kini defisit fiskal mencapai RM421 bilion yang menyasarkan beberapa perkara dan inisiatif baik kerana membuka langkah ke arah negara berpendapatan tinggi.Bagi saya, langkah itu sangat penting terutama ketika ini keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan lebih berdaya saing.Oleh itu, saya berharap menerusi langkah ini, kerajaan akan cuba merealisasikan apa sahaja yang dirancang seperti usaha sama antara kerajaan dengan swasta, memperkenalkan cukai baharu terutama kepada golongan kaya dan syarikat atau individu warga asing.Jika kita lihat dengan ada pengenalan rasionalisasi subsidi petrol pada pertengahan tahun depan dan rasionalisasi subsidi, ia dapat meringankan beban negara.Untuk pendidikan pula, jika mereka tidak layak pinjaman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (Mara), maka pastikan sekurang-kurangnya layak mendapat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau pinjaman lain oleh pihak swasta atau agensi lain.Cukai baharu seperti cukai pulangan dividen dan cukai karbon dapat meningkatkan hasil negara dalam masa sama mengurangkan kesan eksternaliti negatif.Misalnya cukai karbon menyebabkan syarikat mengubah penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Maka, isu pemanasan global berkurangan seperti suhu panas, banjir, tanah runtuh dan sebagainya.Manakala cukai dividen, membolehkan negara mendapat sumbangan kekayaan pemegang aset kewangan dalam kalangan golongan T10 demi kesejahteraan rakyat.Adakah pembentangan belanjawan ini menyeluruh?Belanjawan 2025 menyeluruh kerana kerajaan membantu kakitangan awam juga swasta. Sering kali saya mengutarakan pendapat bahawa pendidikan sangat penting termasuk kepada kalangan kakitangan awam. Sekiranya kerajaan mahu memastikan kakitangan awam memilik pendapatan lebih tinggi, maka mereka perlu melanjutkan pengajian lebih tinggi. Alhamdulillah kerajaan menyambut baik saranan itu supaya kakitangan awam tidak terikat dengan tangga gaji rendah.Bagi kakitangan swasta pula, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan.Langkah ini mendapat reaksi berbeza antara majikan dengan pekerja.Bagi pekerja, peningkatan gaji itu memberi kelegaan kepada mereka kerana dapat membantu menampung kehidupan.Manakala majikan pula akan terbeban kerana kos operasi meningkat terutama syarikat industri kecil yang mempunyai pekerja dua hingga tiga orang atau lebih.Ini secara tidak langsung, mereka sebenarnya perlu memikirkan penggantian daripada segi pekerja yang terpaksa dikurangkan atau sebagainya.Di sini peranan automasi dan sebagainya boleh dilaksanakan walaupun syarikat kecil.Mungkin kerajaan kena memikirkan untuk memberikan insentif dan sebagainya supaya pengusaha syarikat kecil dapat meneruskan perniagaan mereka.Bagi wanita pula, mereka mendapat galakan daripada segi pekerjaan dan sebagainya.Cuma saya berharap supaya turut memberikan fokus sokongan berterusan terhadap pekerja wanita ini kerana mereka turut mempunyai tanggungjawab lain sebagai ibu.Apa peruntukan belanjawan luar jangka kerajaan kali ini yang tidak pernah ada dalam belanjawan sebelum ini?Peruntukan RM2 bilion simpanan luar jangka adalah sesuatu yang positif.Belanjawan luar jangka sangat penting untuk kegunaan waktu kecemasan seperti pandemik Covid-19.Sekarang peperangan yang berlaku di Timur Tengah mungkin berlarutan tempoh panjang.Senario seperti ini akan memberi kesan kepada kenaikan harga minyak dunia dan belanjawan luar jangka akan digunakan untuk menampung kos subsidi bagi mengurangkan beban rakyat.Setiap tahun, setiap kali berlaku keadaan luar jangka, kerajaan terpaksa memikir atau membuat belanjawan semak semula.Ini idea yang baik supaya belanjawan luar jangka boleh dibuat dengan segera tanpa kelulusan daripada jemaah menteri dan kabinet atau sebagainya.Bagaimana Dr melihat pemotongan gaji 20 peratus untuk menteri dan pegawai lantikan politik bakal memberi impak kepada ekonomi? Impaknya tidak terlalu besar kepada ekonomi. Pemotongan 20 peratus gaji menteri dan pegawai lantikan politik memberikan gambaran mereka bekerja untuk rakyat bukan kerana menginginkan gaji besar.Namun begitu, diharapkan mereka tidak mengurangkan tanggungjawab kepada rakyat, sebaliknya bekerja dengan lebih kuat.Kerajaan memberi peruntukan besar dalam pendidikan dan kesihatan. Pendapat Dr?Saya menyokong langkah kerajaan memberikan peruntukan belanjawan 2025 yang besar dalam pendidikan tinggi disebabkan bayaran enrolmen guru relatif tinggi.Lebih penting peruntukan ini dapat meneruskan projek untuk membaik pulih tandas sekolah.Perdana Menteri juga ada menyebut untuk menambah infrastruktur lain seperti kantin, kelas dan sebagainya.Selain itu, kita juga ketahui banyak negara masuk ke Malaysia membuat pelaburan dan mencapai pelaburan asing yang tinggi dalam sejarah.Jika ada pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia, contoh dari negara maju, mereka (negara maju) memerlukan tenaga buruh berkemahiran tinggi dan profesional.Pada masa sama, Perdana Menteri turut menekankan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menunjukkan latihan ini sangat penting, begitu juga dengan kecerdasan buatan (AI).Ini membuka lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi, meluaskan peluang perniagaan dan menikmati impak penting limpahan ekonomi.Manakala kesihatan pula, kita tahu selepas pandemik Covid-19, banyak peningkatan kes penyakit kritikal.Bagaimanapun, saya berpendapat kerajaan juga perlu mengenakan cukai lemak untuk makanan berlemak, kolesterol tinggi dan sebagainya seperti diamalkan negara maju. |
Ikhtiar pengikat cinta | 1,729,378,850 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146377/ikhtiar-pengikat-cinta | Norhayati Nordin | 518 | 2024-10-19 23:00:50 | 2024-10-20T07:00:50 | Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dengan penyanyi, Zizi Kirana, Yusuf Bahrin, 32, mengakui mereka sering ditanya mengenai zuriat.Bagaimanapun, hingga kini Yusuf dan Zizi, 39, akur belum ada rezeki anak dan memaklumkan ia juga tiada kaitan dengan konsep 'childfree' atau tak mahukan anak."Kami tetap impikan ada rezeki cahaya mata suatu hari nanti. Konsep 'childfree' itu adalah hak pasangan masing-masing."Bagi saya, setiap pasangan ada pendapat sendiri. Cuma untuk saya tak ada isu dengan 'childfree' ini," katanya.Yusuf yang pernah meledak dengan drama Satukan Rasa sebagai watak Shah berkata, dia dan Zizi juga masih berikhtiar mendapatkan cahaya mata pengikat cinta mereka."Kami masih berikhtiar untuk dapatkan anak. Kami masih dalam proses 'follow up' dengan doktor untuk ke prosedur seterusnya."Cuma sama ada akan buat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), itu kami tak tahu lagi. Setakat ini, kami sekadar buat pemeriksaan kesihatan dengan doktor."Sebab dah tiga tahun kami cuba ikhtiar (untuk anak). Tapi, hingga kini belum ada rezeki lagi dan mungkin bila Allah nak beri (anak) itu, kami kena menunggu dulu," katanya.Yusuf berkata, dia juga percaya bahawa ada orang kena tunggu selepas empat tahun atau beberapa tahun akan datang, baru Allah nak beri anak kerana dugaannya lain-lain dan berbeza rezeki. Ditanya juga sama ada dia rimas apabila asyik ditanya soal anak, Yusuf menjelaskan dia suka melihat positif dengan menyifatkan ia adalah satu doa yang baik."Saya tak boleh nak buat apa (bila orang asyik tanya), sebab itu lumrah kehidupan. Orang suka bertanya dan kita pun kadang-kadang bertanya juga."Jadi, tak boleh nak kata kita tak suka atau rimas. Bagi saya, bila orang selalu bertanya itu bermakna dia ambil tahu mengenai kita dan Alhamdulillah, saya okay," katanya yang bernikah dengan Zizi pada 18 September 2021.Yusuf berkata, orang yang sering bertanya mengenai anak kepadanya itu bukan hanya orang luar, tetapi ahli keluarga serta saudara-mara yang lain.Second lead' dan watak pembantu Tidak memilih watak untuk dilakonkan, Yusuf berasa apa saja watak diberikan kepadanya akan dilihat terlebih dulu sama ada ia sesuai dan boleh memberi lakonan terbaik.Menurut Yusuf, untuk itu dia juga tidak kisah diberi peranan sebagai 'second lead' atau watak pembantu dalam karier lakonan kerana menyifatkan ia berhubung kait antara babak."Dalam karier lakonan, saya tiada masalah terima watak, jadi 'second lead' atau pembantu sebab bagi saya di setiap watak itu mesti ada 'benda' penting. "Tidak kisah saya berlakon watak sampingan ke atau watak utama, sebab kalau tiada salah satunya, pasti tidak akan ada babak yang dapat dibuat selengkap-lengkapnya."Jadi, antara watak itu (second lead dan pembantu) ia berhubung antara satu sama lain (setiap watak). Justeru, sebagai pelakon, itu adalah kerja saya dan tidak perlu bersikap memilih," katanya.Berbicara mengenai sokongan isteri, Yusuf berkata, mereka saling memahami tuntutan kerja masing-masing kerana sama-sama terbabit dalam karier hiburan tempatan."Saya tiada masalah untuk fokus pada karier seni kerana isteri saya sangat faham dan setakat ini semuanya memang okey. Termasuk isteri juga tidak mengawal ketat saya hingga di set penggambaran," katanya.Baru-baru ini, Yusuf tampil dengan drama terbaharu, Uncle Boss Mama yang ditayangkan di Astro Ria dan menggandingkannya bersama pelakon lain seperti Meerqeen dan Ezzanie Jasny. |
Si cilik tunjuk 'taring' main boling | 1,729,339,222 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146271/si-cilik-tunjuk-taring-main-boling | Redzuan Muharam | 430 | 2024-10-19 12:00:22 | 2024-10-19T20:00:22 | Seberang Perai: Lima sekawan ini masih di bangku sekolah rendah namun masing-masing sudah menunjukkan 'taring' ketika bermain boling. Mereka terdiri daripada Muhammad Dafy Irfan Zally Ismandy, 9, Muhammad Maaisy Khayr Mohd Khairi, 8, Muhammad Fakhri Mohd Firdaus, 8, Muhammad Maaliki Khayr Mohd Khairi dan Muhammad Arif Ramadhan yang masing-masing berusia tujuh tahun.Kehebatan mereka dapat dilihat menerusi video dimuat naik di TikTok yang menunjukkan kanak-kanak berkenaan bersorak selepas kesemuanya membuat balingan tepat (strike). Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan memuji kehebatan kanak-kanak berkenaan walaupun bermain secara santai malah ada mengatakan mereka adalah pelapis masa depan. Video itu dimuat naik jurulatih mereka, Adrian Dragon, 36, atau dikenali Dragon yang menguruskan akademi MegaMall Bowling Centre Youth Club Pulau Pinang atau MMBC YOUTH CLUB. Menurut Andrian, video itu dirakam secara spontan ketika sesi latihan bersama anak didiknya itu. "Saya rakam sebab nampak mereka (anak didik) comel waktu itu. Punca mereka bersorak dalam video itu adalah kerana tengok abang senior mereka berlatih dan bertanding di luar pun begitu. "Saya sudah boleh agak ia boleh tular selepas muat naik di TikTok kerana ramai orang suka budak-budak cuma tak jangka pula sampai tahap begitu. "Anak didik saya tahu video itu tular dan mereka pun sangat gembira dan teruja kerana pergi sekolah semua orang bercakap mengenainya (video tular)," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Bercerita lanjut, Andrian berkata, lima anak didiknya itu mengikuti latihan di bawah bimbingannya sejak dua tahun lalu.Katanya, mereka dihantar ke akademi oleh ibu bapa dan bermula sebagai amatur. "Semuanya bermula dengan kosong, kiranya saya memang latih mereka daripada tak tahu main boling. "Mereka adalah kumpulan ketiga atau keempat yang berlatih di bawah bimbingan saya. "Ambil masa enam bulan ke setahun untuk latih mereka sampai mahir. Setiap seorang mereka mempunyai tahap penguasaan berbeza dan ia bergantung kepada kekerapan latihan juga. "Buat masa ini, mereka berlatih empat hari dalam seminggu," katanya juga jurulatih atlet boling peringkat negeri.Andrian berkata, anak didiknya itu sudah diberi pendedahan menyertai kejohanan peringkat sekolah dan sirkit kebangsaan.Sebagai jurulatih, katanya, dia gembira melihat peningkatan anak didiknya itu walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki."Cuma, saya sentiasa ingatkan mereka supaya hormat orang tak kisah siapa pun dan jangan pernah anggap diri sudah hebat. "Itu yang saya titik beratkan kerana mahu mereka sentiasa merendah diri dan ingat daripada mana bermula," katanya yang menguruskan akademi bersama rakan jurulatih, Ahmad Aidil Abdul Halim, 28.Katanya, akademi diusahakan terbuka kepada semua kanak-kanak yang berminat menceburi sukan boling. "Mereka yang berminat boleh terus datang mendaftar di MMBC YOUTH CLUB kerana kita perlukan dan mahu mengasah lebih ramai bakat baru yang boleh jadi pelapis masa depan," katanya |
Muhammad Faqqeh Adha pergi jua... | 1,729,336,796 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146262/muhammad-faqqeh-adha-pergi-jua | Zuliaty Zulkiffli | 236 | 2024-10-19 11:19:56 | 2024-10-19T19:19:56 | Alor Setar: Kanak-kanak berusia tiga tahun, Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian yang menghidap kanser retinoblastoma tahap empat akhirnya meninggal dunia, hari ini.Bapanya, Abu Soffian Ghazali, 51, berkata, anak bongsu daripada 11 beradik itu pergi buat selama-lamanya pada jam 5.25 petang di rumah mereka di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak di Padang Terap.Katanya, anaknya itu baru pulang ke rumah jam 11 pagi selepas dibenarkan pulang dari menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak 8 Oktober lalu."Masa dia balik tadi, keadaan arwah seperti biasa.. Dia makan dan minum seperti biasa dari hospital sehingga sampai di rumah."Lepas itu dia tidur mungkin letih dan akhirnya tidur buat selama-lamanya namun kami reda dengan apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi hari ini.Abu Soffian berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Mukim Tualak jam 11 malam ini.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan kesejahteraan anaknya ketika hayatnya masih ada.Katanya, nasib yang menimpa anaknya itu turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang menyalurkan bantuan melalui akaun bank isterinya selepas kisah anaknya disiarkan melalui akhbar Harian Metro pada 7 Oktober lalu.Muka depan Harian Metro sebelum ini melaporkan, Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian sepatutnya ceria menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain namun kehidupannya berubah selepas dia disahkan menghidap kanser retinoblastoma, tahun lalu.Kanser itu menyerang saraf pada mata kanannya sehingga menyebabkan benjolan pada matanya itu semakin membesar malah besar sedikit daripada bola tenis. |
Mangsa bot karam baru seminggu bertunang | 1,729,331,640 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146237/mangsa-bot-karam-baru-seminggu-bertunang | Mohd Roji Kawi | 309 | 2024-10-19 09:54:00 | 2024-10-19T17:54:00 | Kuching: Salah seorang peserta lumba perahu yang hilang di Sungai Sarawak petang semalam, Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23, baharu saja melangsungkan pertunangan, Ahad lalu.Bapa saudaranya, Mohd Ridzuan Aban berkata, Muhammad Khairul dari Kampung Rebak, Asajaya melangsungkan pertunangan dengan teman sekolahnya yang hanya dikenali sebagai Wawa.Menurutnya, keluarga kedua-dua pihak memutuskan untuk mengikat tali pertunangan kerana mereka sudah lama berkawan."Keluarga bersetuju agar mereka bertunang dulu tetapi belum menetapkan bila akan diijab kabul kerana pada hujung November ini ada seorang lagi anak saudara saya akan melangsungkan perkahwinan."Memang kami semua terkejut dan sedih apabila menerima berita kehilangan Muhammad Khairul malah tunangnya pengsan sebaik mengetahuinya petang semalam," katanya.Mohd Ridzuan mengakui Muhammad Khairul tidak pandai berenang malah dari kecil tidak biasa bermain di sungai atau laut walaupun mereka tinggal berdekatan laut."Sebab itu saya masih hairan, mengapa dia menyertai lumba perahu sedangkan dia bukan saja tidak pandai berenang malah tidak pandai berkayuh juga."Saya memang amat mengenali anak saudara saya itu yang bukannya suka bermain di air dan apabila mendapat berita dia hilang ketika berlatih lumba perahu, saya tertanya-tanya, betulkah dia berkayuh."Kalau saya tahu dia akan menyertai lumba perahu itu, memang saya akan melarangnya kerana saya memang tahu dia tidak pandai berenang," katanya.Mohd Ridzuan berkata, difahamkan Muhammad Khairul yang juga kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UPKS) baru tiga hari menyertai latihan sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak awal bulan depan.Menurutnya, dia reda dengan apa yang berlaku dan berharap semua mangsa akan ditemui dalam apa jua keadaan."Tetapi pada masa yang sama, kami mengharapkan ada keajaiban walaupun harapannya amat tipis," katanya.Selain Muhammad Khairul, empat lagi rakannya yang masih hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama'ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari dan Mohamad Khairul Bidin yang semuanya berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun.Dalam kejadian jam 3.40 petang semalam, seramai 11 lagi peserta yang menaiki perahu sama berjaya menyelamatkan diri. |
Mangsa bot karam baru seminggu bertunang | 1,729,331,640 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146237/mangsa-bot-karam-baru-seminggu-bertunang | Mohd Roji Kawi | 309 | 2024-10-19 09:54:00 | 2024-10-19T17:54:00 | Kuching: Salah seorang peserta lumba perahu yang hilang di Sungai Sarawak petang semalam, Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23, baharu saja melangsungkan pertunangan, Ahad lalu.Bapa saudaranya, Mohd Ridzuan Aban berkata, Muhammad Khairul dari Kampung Rebak, Asajaya melangsungkan pertunangan dengan teman sekolahnya yang hanya dikenali sebagai Wawa.Menurutnya, keluarga kedua-dua pihak memutuskan untuk mengikat tali pertunangan kerana mereka sudah lama berkawan."Keluarga bersetuju agar mereka bertunang dulu tetapi belum menetapkan bila akan diijab kabul kerana pada hujung November ini ada seorang lagi anak saudara saya akan melangsungkan perkahwinan."Memang kami semua terkejut dan sedih apabila menerima berita kehilangan Muhammad Khairul malah tunangnya pengsan sebaik mengetahuinya petang semalam," katanya.Mohd Ridzuan mengakui Muhammad Khairul tidak pandai berenang malah dari kecil tidak biasa bermain di sungai atau laut walaupun mereka tinggal berdekatan laut."Sebab itu saya masih hairan, mengapa dia menyertai lumba perahu sedangkan dia bukan saja tidak pandai berenang malah tidak pandai berkayuh juga."Saya memang amat mengenali anak saudara saya itu yang bukannya suka bermain di air dan apabila mendapat berita dia hilang ketika berlatih lumba perahu, saya tertanya-tanya, betulkah dia berkayuh."Kalau saya tahu dia akan menyertai lumba perahu itu, memang saya akan melarangnya kerana saya memang tahu dia tidak pandai berenang," katanya.Mohd Ridzuan berkata, difahamkan Muhammad Khairul yang juga kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UPKS) baru tiga hari menyertai latihan sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak awal bulan depan.Menurutnya, dia reda dengan apa yang berlaku dan berharap semua mangsa akan ditemui dalam apa jua keadaan."Tetapi pada masa yang sama, kami mengharapkan ada keajaiban walaupun harapannya amat tipis," katanya.Selain Muhammad Khairul, empat lagi rakannya yang masih hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama'ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari dan Mohamad Khairul Bidin yang semuanya berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun.Dalam kejadian jam 3.40 petang semalam, seramai 11 lagi peserta yang menaiki perahu sama berjaya menyelamatkan diri. |
Samun jongkong emas RM5.9 juta: Polis buru Tuan Nazrin Shah dan M Sharuddin | 1,729,325,524 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146192/samun-jongkong-emas-rm59-juta-polis-buru-tuan-nazrin-shah-dan-m-sharuddin | Muhaamad Hafis Nawawi | 188 | 2024-10-19 08:12:04 | 2024-10-19T16:12:04 | Serdang: Polis masih memburu dua lelaki yang terbabit dalam kes samun jongkong emas bernilai RM5.9 juta milik sebuah syarikat pedagang emas di Kompleks Industri Puchong pada 13 September lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek dikenali Tuan Nazrin Shah Tuan Nasir berusia 28 tahun dengan alamat terakhir di Taman Teratai 1, Jerantut, Pahang dan seorang lagi M Sharuddin Majid, 35 tahun beralamat di Taman Setia, Kuala Terengganu, Terengganu."Buat masa ini suspek belum ditahan dan kita sedang memburu mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.Terdahulu Harian Metro melaporkan polis giat memburu dua lagi suspek bagi membantu siasatan kes samun jongkong emas seberat 16.9 kilogram di Puchong, bulan lalu.Hussein dilaporkan berkata, kejadian samun bersenjata pada 11 pagi itu mengakibatkan kerugian RM5.9 juta.Katanya, ketika kejadian, mangsa bersama rakan sekerjanya sedang memasukkan jongkong emas itu ke dalam kenderaan syarikat di tempat letak kenderaan Kompleks Industri Puchong."Empat lelaki bertopeng menaiki Perodua Axia menggunakan nombor pendaftaran palsu menghampiri, dengan suspek pertama memukul tangan dan kaki mangsa dengan kayu."Suspek kedua mengacukan parang, manakala suspek ketiga mengambil beg berisi jongkong emas terbabit yang berada di tempat duduk belakang kenderaan syarikat," katanya. |
Rayuan permohonan tauliah mengajar Ustaz Don ditolak - MAIS | 1,729,320,878 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146152/rayuan-permohonan-tauliah-mengajar-ustaz-don-ditolak-mais | Ruwaida Md Zain | 306 | 2024-10-19 06:54:38 | 2024-10-19T14:54:38 | Shah Alam: Rayuan tauliah mengajar agama Islam semula di Selangor oleh pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ditolak.Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan pihaknya ada menerima permohonan rayuan daripada Ustaz Don dan sudah menelitinya."(Ustaz Don) ada buat rayuan, tetapi tidak berjaya. Kita dengar rayuannya, kita tengok sebab-sebab, tetapi keputusan Jawatankuasa Tauliah MAIS tidak bersetuju."Ini kerana ada perkara yang dilakukan bercanggah dari segi peraturan ditetapkan iaitu Peraturan 17 (d) Peraturan Tauliah Selangor 2008," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan berkenaan.Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Ijtima' Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Selangor 2024 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.Difahamkan, Ustaz Don mengemukakan permohonan rayuan pada 14 Ogos 2024, sebelum keputusan rayuan dikeluarkan dan tidak dipertimbangkan pada 17 September lalu.Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, Ustaz Don masih berpeluang mengemukakan permohonan tauliah mengajar agama Islam yang baharu dalam tempoh setahun selepas tauliah ditarik pada 24 Julai lalu."Jika hendak buat rayuan lagi tahun depan. Walaupun ditarik, masih boleh merayu... syarat kena tunggu setahun selepas ditarik. Tetapi beliau perlu melalui temuduga seperti biasa sebelum ini."Beliau sudah ada pengalaman, jadi tiada masalah tetapi kita berharap jangan ulang perkara-perkara yang silap," katanya.Pada 13 Ogos lalu, media melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan tauliah mengajar Ustaz Don di negeri ini ditarik balik.Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Bil.1/2024 pada 24 Julai 2024.Keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.Pendakwah selebriti itu disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu berdasarkan beberapa aduan diterima JAIS.Beliau sebelum itu dilaporkan ditamatkan khidmatnya sebagai pengacara program Salam Baitullah di sebuah stesen televisyen berikutan memberi kenyataan mengelirukan mengenai ibadah berpuasa pada hari tasyrik. |
'Jit Jit penghibur kami' | 1,729,317,387 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146122/jit-jit-penghibur-kami | Mary Victoria Dass | 319 | 2024-10-19 05:56:27 | 2024-10-19T13:56:27 | Johor Bahru: Seekor kucing dinamakan 'Jit Jit' bukan saja menjadi kesayangan pekerja sebuah stesen minyak di Taman Molek, di sini, malah meraih 4.2 juta tontonan di TikTok hasil video dimuatnaik pelanggan yang terhibur dengan gelagat haiwan itu.Pengusaha stesen minyak berkenaan, Fuad Othman, 46, berkata, premis itu didatangi kucing berkenaan lima bulan lalu. Dia berkata, sebelum ini beberapa kucing turut singgah di stesen minyak itu namun tidak kekal lama atau bersilih ganti berbanding Jit Jit.Menurutnya, Jit Jit kebiasaannya lebih aktif pada waktu malam dan gelagatnya yang gemar bermanja dengan kakitangan stesen minyak menarik perhatian pelanggan."Walaupun saya bukan pencinta kucing namun saya tidak pernah melarang kakitangan untuk memberikan mana-mana kucing yang singgah di sini makanan dan begitu juga dengan Jit Jit."Jit Jit menjadi kucing keempat atau kelima yang singgah di stesen ini setakat ini."Apa yang penting kita tidak menjejaskan kelancaran operasi stesen minyak."Pekerja saya rajin membersihkan Jit Jit dan memberi makanan hingga ia menjadi sebahagian daripada keluarga kami," katanya.Fuad berkata, seorang pelanggan bertindak merakamkan gambar Jit Jit serta berkongsi di media sosial hingga ia tular.Katanya, dia tidak sangka ada dalam kalangan pencinta kucing dari kawasan sekitar yang sanggup ke stesen minyak untuk bertemu dengan Jit Jit."Sebenarnya kami berkongsi populariti Jit Jit dan saya setuju dengan pendapat seorang pekerja di sini yang menyatakan kami tidak memilihnya sebaliknya Jit Jit yang memilih kami, mungkin ia sudah ditentukan dan bawa kebaikan."Saya teruja dengan keprihatinan ramai terhadap Jit Jit yang sanggup menyumbang makanan," katanya.Sementara itu, pekerja stesen minyak, Nabil Ishak, 25, berkata, Jit Jit juga sudah selesa memakai jaket menyamai warna baju pekerja."Kami juga memasang tanda nama pada bajunya yang membuatkannya lebih comel namun didapati ia sudah hilang kerana Jit Jit gemar bergerak terutama waktu malam."Kami akan pastikan makanan dan air bersih disediakan bagi Jit Jit kerana kami menyayanginya serta dia menjadi penghibur bagi kami serta meningkatkan lagi keceriaan ketika bekerja," katanya. |
Nur Sidah buat pelancong kagum | 1,729,296,910 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146003/nur-sidah-buat-pelancong-kagum | Noor Hidayah Tanzizi | 296 | 2024-10-19 00:15:10 | 2024-10-19T08:15:10 | Kota Kinabalu: Kepetahan remaja perempuan ini bercakap dalam bahasa Korea dengan pelancong dari negara itu mendapat perhatian netizen apabila memuji kesungguhannya mempelajari bahasa asing meskipun hanya untuk berniaga.Nur Sidah Faisal, 14, mendapat perhatian selepas videonya bercakap dalam bahasa Korea ketika berniaga di Pasar Anjung Kinabalu, Sabah, baru-baru ini dikongsikan seorang pengguna Facebook, Kate J Quintin yang mengagumi kebolehan remaja berkenaan.Berkongsi kisahnya, Nur Sidah berkata, dia yang dilahirkan di Labuan dan dibesarkan di Kota Kinabalu mengambil upah sebagai pembantu gerai kepak ayam bakar di pasar berkenaan.Menurutnya, dia mengambil inisiatif belajar bahasa Korea untuk memudahkan dirinya berkomunikasi dengan pelancong dari negara itu namun mengakui tidak terlalu fasih dan lancar bahasa berkenaan."Saya hanya belajar ayat yang mudah dan ringkas serta bersesuaian untuk berniaga saja seperti berapa banyak, harga, nombor dan ayat sapaan seperti apa khabar, terima kasih supaya mudah berkomunikasi."Kalau bersembang rancak, saya pun tidak boleh kerana tidak fasih dan faham sangat."Alhamdulillah, pelancong Korea Selatan juga terkejut apabila dengar saya boleh cakap bahasa mereka dan cakap mereka amat gembira mendengarnya," katanya.Katanya, dia mempelajari bahasa itu melalui TikTok dan akan mengalih bahasa Melayu kepada bahasa Korea atau sebaliknya menggunakan Google Translate."Kadang-kadang saya dengar pelancong cakap dan kemudian cuba cari maksudnya... daripada situ saya belajar. Saya tahu ada sebutan ayat tidak tepat, tetapi pelancong Korea cakap mereka 'ok' saja dan akan betulkan."Bagi saya ini hanya untuk menambahkan kemahiran saja, malah boleh dikatakan hampir semua peniaga di pasar ini boleh cakap bahasa Korea walaupun tidaklah lancar."Selain itu, saya juga boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi tidak fasih juga, hanya ayat mudah untuk berniaga saja," katanya.Katanya, dia percaya jika kemahiran itu terus 'diasah' maka tidak mustahil suatu hari nanti dirinya boleh berkomunikasi menggunakan bahasa terbabit dengan lebih baik. |
Aksi sepenuh jiwa | 1,729,288,834 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145976/aksi-sepenuh-jiwa | Ridzuan Abdul Rahman | 496 | 2024-10-18 22:00:34 | 2024-10-19T06:00:34 | HUJAN lebat Sabtu lalu dari petang membawa ke malam langsung tidak melunturkan semangat penonton untuk membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menyaksikan Konsert Dato M N45ir Cipta 2.Melihat kesungguhan mereka, sudah dapat diagak detik menarik pasti tercipta menerusi konsert kesinambungan dari Konsert Cipta yang berlangsung di lokasi sama pada 10 Ogos lalu.Apa yang dijangkakan akhirnya tercipta apabila figura terkenal ini memberikan sepenuh jiwanya untuk persembahan yang disaksikan 8,000 penonton ini.Tepat jam 9 malam, M Nasir atau 'sifu' tampil membuka pentas dengan persembahan bertenaga mendendangkan lagu Pawana (Search) dan Hukum Karma (Wings). Wah! Permulaan pun sudah 'gempak', seterusnya Rajawali Terbang Tinggi dan Kias Fansuri.Diikuti pula berikutnya dengan lagu Senyumlah Kuala Lumpur dan Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats), Malam, Juwita dan Cinta Dewa Dewi (Spider).Pada ketika ini, penonton semestinya dibuai momen-momen indah ketika lagu-lagu yang didendangkan meniti populariti dan menjadi siulan di bibir mereka.Lagu-lagu ini pula bukan dinyanyikan dalam versi asal, sebaliknya diberikan nafas baru sesuai dengan vokal M Nasir serta pemuzik dan penyanyi latar yang menjadikan konsert ini sangat gah.Mereka seramai 23 orang bukanlah baharu, sebaliknya pemuzik profesional yang sudah lama bergiat dalam dunia seni dan tahu rentak permainan M Nasir dalam konsert mega begini.Mereka diketuai pemain gitar, Nan sebagai pengarah muzik, Firdaus Mahmud (keyboard), Eddie Slam (keyboard), Rafi (gitar), Norman (bass), Ujang Exists (dram), Mohar (seruling), Boy (gambus, seruling), Pa'ang (perkusi Latin), Mat Rock, Awe, Mat Din, Che Long, Anas (perkusi tradisional), Ikhman (trumpet), Hanif (trombone), Aizat (seksofon tenor), Farid (seksofon alto) serta Yuaz, Eja, Widy, Juanita dan Awe sebagai penyanyi latar.M Nasir juga tidak lupa menyelitkan karya-karya epiknya iaitu Isabella, Fantasia Bulan Madu dan Tiara dengan idea menampilkan maestro gitar hebat Kid Search menambah lagi perisa konsert ini.Dalam persembahannya, M Nasir turut menyelitkan celoteh dengan penonton dan adakala celoteh spontan itu agak melucukan sekali gus membuat mereka ketawa. Pentas seterusnya dihangatkan lagi dengan lagu Duit, Gerhana, Peronda Jaket Biru (Wings), Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi), Srikandi Cintaku (Bloodshed) dan Awan Nano (Hafiz Suip).Terpukau jadinya penonton apabila lagu Srikandi Cintaku dan Awan Nano disampaikan dengan penuh perasaan sehingga emosi paling dalam mereka.Lagu-lagu lain yang dinyanyikan ialah Bonda, Melawan Arus, Bila Rumi Menari, Apokalips, Mentera Semerah Padi, Aduhai kasih Aduhai, Mencurah Janji Di Daun Keladi, Keroncong Untuk Ana 1, Kenangan Lalu (Flybaits), Hati Emas, Sentuhan Listrikmu, Mustika, Sahabat Gua dan lagu kejutan, Satu Hari Di Hari Raya sebagai penutup.Tambah meriah apabila penganjur menjatuhkan 10,000 sampul duit raya mengandungi not satu ringgit dari bumbung Axiata Arena. Meriah sekali apabila konsert ini seakan Anugerah Juara Lagu apabila turut menarik kehadiran ramai selebriti terkenal tanah air.Antara yang hadir memberikan sokongan ialah kumpulan Wings, Spider, Exists, Lah Ahmad, Datuk Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Azhan Rani, Fizo Omar, Akim Ahmad, Stacy, Wany Hasrita dan ramai lagi.Kehadiran mereka dan penonton dengan tema pakaian denim biru dan putih, memberikan satu aura menarik dalam konsert ini.Semestinya mereka yang hadir puas hati dan kini berkira-kira untuk segera membeli tiket sebaik Konsert Cipta 3 diumumkan. |
Inti pati Belanjawan 2025 | 1,729,256,967 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145912/inti-pati-belanjawan-2025 | Wartawan HM | 1,013 | 2024-10-18 13:09:27 | 2024-10-18T21:09:27 | Kuala Lumpur: Berikut ialah inti pati Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen, hari ini. Belanjawan 2025 bertemakan 'Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', adalah belanjawan ketiga yang dibentangkan oleh Anwar sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022. Inti pati Belanjawan 2025Tumpuan inflasi dan kenaikan gaji penjawat awamSemua golongan dapat manfaaatSubsidi, bantuan sosialBelanjawan 2025 dijangka bernilai RM421 bilionReformasi sistem pencen penjawat awam PENJAWAT AWAMLebih 1.8 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awampelarasan pencen dilaksanakan secara berfasa termasuklah pesara Angkatan Tentera MalaysiaBantuan Khas RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah Menteri serta lantikan politik terus membuat pemotongan 20 peratus gajiPM sendiri tidak terima gaji KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN PERTAHANAN/URUSAN SEMPADAN NEGARALebih 2.12 bilion ringgit peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN Kementerian Pertahanan pula menerima peruntukan 21.2 bilionringgitSejumlah 560 juta ringgit disediakan untuk memperkasa sempadan negaraSebanyak 63 negara menggunakan sistem pagar automatik di KLIA ORANG ASLI/PELUANG KEDUA/SYIAR ISLAMMasyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir 380 juta ringgitDasar Peluang Kedua beri manfaat kepada lebih 170 ribu rakyat yang diisytihar bankrapperuntukan hal ehwal Islam berjumlah 2 bilion ringgitLebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbutterima sumbangan khas 500 ringgit KANAK-KANAK/WARGA EMAS/: ORANG KURANG UPAYA11 Pusat PERMATA baharu dibina bagi pusat didikan anak autistikPeruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan cecah 1 bilion ringgitPeruntukan bantuan OKU di bawah JKM ditingkatkan kepada 1.3 bilion ringgitKerajaan akan meringankan tanggungan pembayar cukai OKU PENGANGKUTAN AWAM/GOLONGAN WANITA/ANAK MUDAPrasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak ke sekolah daripada stesen tren terpilihTambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasiCadang potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerjaProgram Rakan Muda diperuntukkan 25 juta ringgitProgram Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) disediakan 20 juta ringgit RUMAH KEDIAMAN RAKYATHampir 900 juta ringgit bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat dan 14 projek Rumah Mesra RakyatRumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggaraKampung Baru Cina diperuntukkan 84 juta ringgit180 kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan 45 butang cemas akan dipasang di Putrajaya dan Labuan PENJAGAAN KESIHATAN1.35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatanKerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergulaPeruntukan kos perubatan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada 25 juta ringgit PEMERKASAAN TVETgeran padanan 50 juta ringgit disediakan untuk lebih banyak industri mengikuti Program "Anak Angkat ILKA"PTPK menyediakan pembiayaan sehingga 500 juta ringgit untuk manfaat lebih 20 ribu pelatihHRDCorp akan memanfaat dana 3 bilion ringgit untuk menawarkan 3 juta peluang latihanKhazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth)GiatMARA juga akan menyediakan latihan jangka pendek kepada lebih 3,000 pekerja gig PENDIDIKAN ARUS PERDANA/PENDIDIKAN TINGGIKementerian Pendidikan diberi peruntukan 64.1 bilion ringgit2 bilion ringgit disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negaraPeruntukan 870 juta ringgit untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT)Hampir 800 juta ringgit Bantuan Awal Persekolahan disediakanKementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan 18 bilion ringgit PENDAPATAN RAKYAT/PERLINDUNGAN SOSIALKadar gaji minimum dinaikkan daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025250 juta ringgit disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program IPRProgram i-Suri diteruskan secara insentif padananSkim Perlindungan Tenangditeruskan dengan kerjasama Bank Negara KOS SARA HIDUP RAKYAT4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulanKategori bujang akan menerima STR 600 ringgitKadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600 ringgitKadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkanKadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada 150 ringgit BANTUAN DAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN/TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA40 bilion ringgit disediakan sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan800 juta ringgit pembiayaan di bawah MARAdan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera 1.3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera200 juta ringgit disediakan untuk Skim CAKNA 2 DAYA CIPTA KEWANGAN ISLAM/PEMBANGUNAN INDUSTRI HALALSejumlah 100 juta ringgit dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharuSJPP sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal sehingga 1 bilion ringgit PERALIHAN TENAGA/PERLINDUNGAN KHAZANAH ALAMe-Rebat sehingga 70 juta ringgit galakkan beli kelengkapan elektrik cekap tenagaSyarikat PERODUA sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah 100 ribu ringgitGalakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD sehingga 2,400 ringgit akan diteruskanKerajaan meningkatkan lantikan renjer komuniti kepada 2,500 orang ketimbang 2,000 orang dengan peruntukan 80 juta ringgit TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026Hampir 550 juta ringgit disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelanconganSejumlah 110 juta ringgit disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO SYARIKAT MULA NIAGANational Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan hadapan dengan dana 1 bilion ringgitKWAP di bawah Dana Perintis menyediakan 1 bilion ringgit untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatanCradle Fund diperuntukkan 65 juta ringgit bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global KESELAMATAN SIBER/MUSIBAH DAN BENCANAPeranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan 20 juta ringgitRang Undangundang Keselamatan Dalam Talian akan digubalPeruntukan hampir 600 juta ringgit disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)Kerajaan berjaya menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai 540 juta ringgit SEJATI MADANIPeruntukan keseluruhan 1 bilion ringgit disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI600 juta ringgit untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli;200 juta ringgit bagi memperluas Kampung Angkat MADANI100 juta untuk universiti awam turut melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara PERANGI RASUAHBagi tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada 360 juta ringgit ketimbang 338 juta ringgitSejumlah 200 juta ringgit disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat ketimbang 173 juta ringgit ANGGARAN PERBELANJAAN 2025Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu 421 bilion ringgit Bukan masanya melaksanakan projek megaMenunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963 PENYASARAN SUBSIDIKerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025Penyasaran Subsidi Pendidikan dan KesihatanKPDN dan JKDM disediakan 60 juta ringgit untuk terus membanteras ketirisan wang rakyat KUTIPAN HASILPada tahun ini, kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi iaitu kepada 322 bilion ringgit ketimbang 308 bilionKerajaan juga menjangkakan, kutipan hasil tahun 2025 terus meninggi kepada 340 bilion ringgit TANGGUNGJAWAB FISKAL DAN PENGURUSAN HUTANG Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisitlangkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil olehKerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten PENCAPAIAN DAN TANTANGAN EKONOMI• Pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus, ketimbang 4.2 peratus suku pertamaPengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus, kadar ini terendah sejak Januari 2020Tahap inflasi Ogos 2024 turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratusKerajaan mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan 329.5 bilion ringgit – tertinggi pernah direkodkanRinggit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik di dunia |
Belanjawan 2025: Penjawat awam gred 56 ke bawah dapat bantuan khas RM500 | 1,729,248,904 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145861/belanjawan-2025-penjawat-awam-gred-56-ke-bawah-dapat-bantuan-khas-rm500 | Muhamaad Razis Ismail | 202 | 2024-10-18 10:55:04 | 2024-10-18T18:55:04 | Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumkan bantuan khas RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen akan menerima sebanyak RM250. Katanya, semua bantuan akan disalurkan pada Februari 2025."Disember ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari ada bonus, alhamdulillah," katanya. Sementara itu, Anwar turut mengumumkan Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar."Fasiliti kesihatan yang mengguna pakai sistem ini, Kerajaan bersetuju supaya Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara RM55 hingga RM65 kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan jabatan tertentu," katanya. Selain itu, sejajar dengan dasar pembelajaran sepanjang hayat, Kerajaan memperkenalkan Program APEL.Q di bawah kendalian Intan."Di bawah program ini, kerajaan akan menanggung kos pengajian sebanyak 50 peratus atau maksimum RM15,000 kepada penjawat awam yang berkhidmat melebihi 15 tahun untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi," katanya.Katanya, kerajaan turut memperuntukkan RM1.8 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera."LPPSA juga akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun," katanya. |
Belanjawan 2025: Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 | 1,729,245,908 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145807/belanjawan-2025-gaji-minimum-dinaikkan-kepada-rm1700 | BERNAMA | 251 | 2024-10-18 10:05:08 | 2024-10-18T18:05:08 | Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja contohnya gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (RM2,290), Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pekerja Kandungan Kreatif (RM2,985)."Kerajaan MADANI menitikberatkan soal pendapatan rakyat. Penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini. Anwar berkata Dasar Gaji Progresif akan dikuatkuasakan sepenuhnya tahun depan dengan peruntukan RM200 juta yang akan memberi manfaat kepada 50,000 pekerja. "Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan rakyat. Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan," katanya. Beliau berkata RM250 juta disediakan tahun hadapan untuk meningkatkan penyertaan rakyat miskin tegar dalam program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi menambah pendapatan mereka."IPR merupakan ikhtiar kita menoktahkan kemiskinan tegar melalui peningkatan pendapatan rakyat."Melalui ikhtiar IPR INSAN, Saudari Normaladiana Mohd Yazal yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal, telah membantu suaminya berniaga dan berjaya meraih pendapatan untuk keluarga hampir dua kali ganda," katanya.Terkini: Belanjawan 2025 |
Belanjawan 2025: Sumbangan Tunai Rahmah, SARA meningkat RM13 bilion | 1,729,245,769 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145804/belanjawan-2025-sumbangan-tunai-rahmah-sara-meningkat-rm13-bilion | Noor Hidayah Tanzizi | 333 | 2024-10-18 10:02:49 | 2024-10-18T18:02:49 | Kuala Lumpur: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini yang bakal memanfaatkan sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia peningkatan tertinggi disalur kerajaan bagi STR dan SARA untuk membantu rakyat. Katanya, tahun depan, seramai 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan, berbanding 700,000 penerima tahun ini. Menurutnya, bantuan SARA akan dikreditkan kepada penerima bermula April 2025 dan ia boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara. "Kategori bujang akan menerima STR bernilai RM600. Penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700," katanya pada pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. Selain itu, Anwar berkata, penambahan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion berbanding RM2.4 bilion, manakala kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan. Katanya, kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan, dan Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia enam tahun ke bawah. "Kenaikan daripada RM150 kepada RM200 seorang pula bagi anak lingkungan usia tujuh hingga 18 tahun. Ia tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga," katanya. Anwar berkata, bagi Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan. Beliau turut menyeru semua kerajaan negeri turut menambahbaik kadar Bantuan Am Negeri. Jelasnya, berdasarkan hitungan keseluruhan bantuan STR, SARA dan JKM, isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima bantuan lebih RM13,000 setahun, peningkatan amat ketara berbanding RM11,000 ketika ini. Bagi warga emas miskin pula layak menerima bantuan lebih RM10,000 setahun berbanding RM8,000. "Ini bermakna tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang RM1,100 sebulan dan ini belum mengambil kira bantuan daripada Kerajaan Negeri, Zakat dan Yayasan. Maka, tanggungjawab kita adalah untuk pastikan tiada keciciran," katanya. |
Belanjawan 2025: Penyasaran subsidi RON95 dicadang pertengahan 2025 | 1,729,241,097 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145759/belanjawan-2025-penyasaran-subsidi-ron95-dicadang-pertengahan-2025 | Raja Noraina Raja Rahim | 249 | 2024-10-18 08:44:57 | 2024-10-18T16:44:57 | Kuala Lumpur: Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan yang dicapai itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat seperti dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan. "Bagi mengelak kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk rakyat terbabit."Maknanya kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion bagi keperluan 85 peratus rakyat," katanya ketika pembentangan Belanjawan Malaysia Madani 2025 di Parlimen di sini, hari ini.Untuk rekod, harga RON95 ketika ini adalah RM2.05 berbanding Thailand (RM5.85), Indonesia (3.38), Singapura (RM9.02) dan Arab Saudi (RM2.66). Harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun lalu mencecah RM20 bilion.Mengulas lanjut, beliau berkata, subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan yang membawa penjimatan RM4 bilion memberi manfaat kepada rakyat menerusi bantuan tunai Budi Madani berjumlah RM200 sebulan selain sektor logistik terpilih, nelayan dan pengangkutan awal kekal menikmati diesel bersubsidi."Penyasaran subsidi diesel terbukti berjaya mengekang ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh sektor perniagaan tidak layak. "Sejak dilaksanakan, jualan diesel bersubsidi menurun 30 peratus dengan penjimatan lebih RM600 juta sebulan meskipun subsidi masih disediakan untuk pengangkutan awam, nelayan dan sektor logistik," katanya.Justeru, katanya, rakyat tidak harus musykil dengan pendekatan kerajaan yang akan mempertahankan kepentingan rakyat terbanyak.Tambahnya, setiap penyasaran subsidi adalah untuk membetulkan ketempangan amalan subsidi pukal yang memberi manfaat kepada kelompok elit dan warga asing.Terkini: Belanjawan 2025 |
Dalila pencetus bermulanya Op Global | 1,729,239,552 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145743/dalila-pencetus-bermulanya-op-global | Skuad Khas Harian Metro | 279 | 2024-10-18 08:19:12 | 2024-10-18T16:19:12 | Kuala Lumpur: Niat asal wanita ini mahu mendapatkan hak dan pembelaan untuk dua adiknya yang menjadi mangsa penderaan dan seksual ketika ditempatkan di sebuah rumah amal di bawah GISBH Holdings (GISBH).Namun, tindakan wanita itu yang mahu dikenali sebagai Dalila berjaya membongkar tembelang GISBH yang berselindung di sebalik perniagaan Islam.Menurut Dalila, 30-an, dia antara individu pertama membuat empat laporan polis sehingga Op Global dilancarkan, September lalu."Pada mulanya, saya hanya buat laporan untuk kes dua adik saya yang menjadi mangsa amang seksual dan liwat serta seorang yang berumur enam tahun ditekap dengan sudu panas pada 2021 hanya kerana mereka makan jajan pada waktu malam."Tidak sangka selepas empat laporan itu, ramai mangsa diselamatkan selepas Ketua Polis Negara bertindak," katanya pada sidang media di sini, hari ini.Katanya, sebelum tindakan itu dibuat, dia sudah berhubung dan berbincang dengan pihak atasan GISBH, namun tiada kata putus malah diugut dan difitnah."Saya diugut, malah keluarga diekori geng Remaja Pemuda Ummah (RPU)."Seorang ustazah buat laporan polis dakwa saya melacurkan adik perempuan saya.Bercerita lanjut, Dalila berkata, dia juga pernah menjadi mangsa eksploitasi kanak-kanak apabila dipaksa membawa tabung untuk mengutip sumbangan semasa menetap di pusat kebajikan di bawah GISBH."Masa itu saya fikir tempat itu asrama tetapi sebenarnya itu rumah pusat amal kebajikan."Saya dibawa pengurus di Sepang untuk mengutip derma dengan membawa tabung dengan sejumlah sasaran ditetapkan."Hanya dengan cara begitu saya dapat melihat dunia luar dan ragam masyarakat sedangkan kami tidak dibenarkan menggunakan telefon mahupun tengok televisyen untuk mengetahui dunia sebenar," katanya.Katanya, bukan dia saja, malah ramai lagi mangsa mengalami penderaan mental di GISBH."Mereka hanya DM (mesej langsung) saya saja kerana mereka tidak berani tampil," katanya. |
Terkini: Belanjawan 2025 | 1,729,237,916 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145726/terkini-belanjawan-2025 | Wartawan HM | 6,468 | 2024-10-18 07:51:56 | 2024-10-18T15:51:56 | Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan 'Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', di Parlimen hari ini.Ia belanjawan ketiga oleh kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan. Inti pati Belanjawan 2025Tumpuan inflasi dan kenaikan gaji penjawat awamSemua golongan dapat manfaaatSubsidi, bantuan sosialBelanjawan 2025 dijangka bernilai RM421 bilionReformasi sistem pencen penjawat awamIkuti sorotan langsung Belanjawan 2023 yang dibentangkan Anwar seperti berikut: PENJAWAT AWAMLebih 1.8 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awampelarasan pencen dilaksanakan secara berfasa termasuklah pesara Angkatan Tentera MalaysiaBantuan Khas RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah Menteri serta lantikan politik terus membuat pemotongan 20 peratus gajiPM sendiri tidak terima gaji• Sementara itu, menteri-menteri serta lantikan politik juga akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji dan saya sendiri tidak akan menerima gaji.• Bantuan Khas RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan diberi Februari 2025 • Selaras dengan SSPA, pelarasan pencen juga akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM)• Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada 500 ringgit sebulan ketimbang 300 ringgit pada masa ini• Lebih 1.8 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera. KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN PERTAHANAN/URUSAN SEMPADAN NEGARALebih 2.12 bilion ringgit peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN Kementerian Pertahanan pula menerima peruntukan 21.2 bilion ringgitSejumlah 560 juta ringgit disediakan untuk memperkasa sempadan negaraSebanyak 63 negara menggunakan sistem pagar automatik di KLIA• Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar. Bagi fasiliti kesihatan yang mengguna pakai sistem ini, Kerajaan bersetuju supaya Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara 55 ringgit hingga 65 ringgit kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan Jabatan tertentu.• Sejumlah 560 juta ringgit disediakan untuk memperkasa sempadan negara.• Kerajaan akan terus memastikan kesiagaan penuh Angkatan Tentera Malaysia dengan 5.8 bilion dikhususkan untuk kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu.• Kementerian Pertahanan pula menerima peruntukan 21.2 bilion ringgit, bertambah 1.4 bilion ringgit.• Lebih 2.12 bilion ringgit peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN bagi menjamin keselamatan dalam negeri melalui usaha bersepadu membendung peningkatan kes jenayah selain mengekang anasir permusuhan yang memecahbelahkan rakyat.• Kementerian Dalam Negeri menerima peruntukan 19.5 bilion ringgit, menokok sebanyak 500 juta ringgit. • Hampir 40 juta ringgit turut disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia.• Peruntukan Dana Kandungan Digital ditingkatkan kepada 65 juta ringgit bagi mempromosi karya-karya terutamanya yang berteraskan semangat kenegaraan.• Terkait hal yang sama, 50 juta ringgit dana bantuan turut disediakan bagi kerja-kerja baik pulih dan selenggara rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar di seluruh negara. • Baru-baru ini juga, Selangor Red Giants telah bergelar juara dunia bagi e-Sports World Cup. Kerajaan bersetuju menyediakan 20 juta ringgit untuk memperkasa ekosistem e-sukan meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan.• Berikutan sambutan hangat saat berkunjung ke India, Pakistan dan Bangladesh baru-baru ini, saya terpanggil untuk turut mengumumkan peruntukan 1 juta ringgit kepada pembangunan sukan kriket.• Bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak, 15 juta ringgit disediakan kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain. ORANG ASLI/PELUANG KEDUA/SYIAR ISLAMMasyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir 380 juta ringgitDasar Peluang Kedua beri manfaat kepada lebih 170 ribu rakyat yang diisytihar bankrapperuntukan hal ehwal Islam berjumlah 2 bilion ringgitLebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbutterima sumbangan khas 500 ringgit• Menghargai sumbangan besar lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas 500 ringgit dengan peruntukan 35 juta ringgit.• Tahun hadapan, peruntukan hal ehwal Islam berjumlah 2 bilion ringgit.• Masyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir 380 juta ringgit ketimbang 330 juta ringgit. Ini termasuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli melalui projek pembangunan semula ladang Orang Asli seluruh negara. KANAK-KANAK/WARGA EMAS/: ORANG KURANG UPAYA11 Pusat PERMATA baharu dibina bagi pusat didikan anak autistikPeruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan cecah 1 bilion ringgitPeruntukan bantuan OKU di bawah JKM ditingkatkan kepada 1.3 bilion ringgitKerajaan akan meringankan tanggungan pembayar cukai OKU• Syarat kelayakan gaji bagi menerima Bantuan Elaun Pekerja OKU akan ditingkatkan kepada 1,700 ringgit ketimbang 1,500 ringgit.• Peruntukan bantuan OKU di bawah JKM ditingkatkan kepada 1.3 bilion ringgit ketimbang 1.2 bilion.• Peruntukan kebajikan warga emas akan ditingkatkan mencecah 1 bilion ringgit. Ini bagi membiayai bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.• Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan ditingkatkan kepada 6,000 ringgit ketimbang 4,000 ringgit.• Sebuah Pusat Perkhidmatan Autisme akan dibangunkan bagi memanfaat komuniti autisme dengan peruntukan 5 juta ringgit.• Bantuan Yuran Pembelajaran Anak Autisme disediakan bagi meringankan tanggungan ibu bapa yang layak – ini bakal memanfaat 30 ribu anak autisme dengan dana 15 juta ringgit.• Elaun Murid Berkeperluan Khas 150 ringgit sebulan juga terus disediakan kepada lebih 110 ribu murid OKU termasuk murid autisme melibatkan peruntukan 200 juta ringgit.• 11 Pusat PERMATA baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik. Ini termasuklah di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. PENGANGKUTAN AWAM/GOLONGAN WANITA/ANAK MUDAPrasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak ke sekolah daripada stesen tren terpilihTambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasiCadang potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerjaProgram Rakan Muda diperuntukkan 25 juta ringgitProgram Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) disediakan 20 juta ringgit• Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) disediakan 20 juta ringgit untuk terus menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.• Program Rakan Muda diperuntukkan 25 juta ringgit untuk terus menjadi wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri.• Program Latihan Khidmat Negara 3.0 akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu melibatkan peruntukan 50 juta ringgit kepada Kementerian Pertahanan bagi lepasan kadet sekolah. PDRM dan agensi beruniform lain turut terlibat menjayakan PLKN 3.0 menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan.• Sejumlah 470 juta ringgit dana pembiayaan disediakan oleh SME Bank, BSN, Bank Rakyat dan MARA dalam menyokong PMKS wanita mendapatkan modal kerja, membeli aset dan seterusnya meningkatkan kapasiti perniagaan ke tahap lebih tinggi.• Kerajaan bercadang memberikan potongan cukai tambahan sebanyak 50 peratus bagi penggajian yang dibayar untuk tempoh 12 bulan, kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja.• Kerajaan juga bersetuju memberikan tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY.• Prasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen sehala. Sebagai permulaan, stesen yang terlibat ialah di LRT Sri Rampai dan LRT Melati.• Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jugadengan dana 120 juta ringgit bersetuju untuk menambah baik capaian internet di universiti awam, sekolah, kem-kem tentera dan institusi MARA.• Digital Nasional Berhad (DNB) telah diambil alih oleh entiti swasta susulan liputan 5G yang melepasi 80 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia. RUMAH KEDIAMAN RAKYATHampir 900 juta ringgit bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat dan 14 projek Rumah Mesra RakyatRumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggaraKampung Baru Cina diperuntukkan 84 juta ringgit180 kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan 45 butang cemas akan dipasang di Putrajaya dan Labuan• Prasarana asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman terus ditumpukan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dengan peruntukan hampir 2.9 bilion ringgit.• Bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga 7,000 ringgit ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan seperti berikut: Pelepasan cukai sehingga 7,000 ringgit diberikan bagi rumah kediaman berharga sehingga 500 ribu ringgit; Pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit diberikan bagi rumah kediaman berharga melebihi 500 ribu hingga 750 ribu ringgit.• 180 kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan 45 butang cemas akan dipasang di Putrajaya dan Labuan bagi meningkatkan tahap keselamatan• Usaha menangani isu malpemakanan dalam kalangan anak-anak di PPR Lembah Klang diperhebat melalui projek rintis yang turut dibiayai bersama Pertubuhan Kanak-kanak Sedunia dengan peruntukan 5 juta ringgit. Program Anak Kita terus diperkasa dengan peruntukan 30 juta ringgit sebagai ikhtiar bersepadu menangani isu keciciran 80 ribu anak-anak. Yayasan Hasanah juga menelusuri isu keciciran termasuk menarik minat anak-anak menceburi bidang TVET.• Kampung Baru Cina diperuntukkan 84 juta ringgit antaranya untuk menaik taraf kemudahan asas dan sosial bagi kegunaan komuniti. KPKT juga diberi tanggungjawab untuk menyelaras keperluan di perkampungan kaum India.• 48 buah Taman Awam MADANI dinaik taraf meliputi kawasan rekreasi serta landskap serba indah di bandar dan pekan kecil dengan peruntukan hampir 100 juta ringgit. • Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.• Kerajaan bersetuju menyeragamkan dan menaikkan bantuan bina baharu rumah rakyat antaranya penghuni PPRT, nelayan, Kampung Baru Cina, kepada maksimum 90 ribu ringgit. Kadar siling baik pulih rumah rakyat juga ditingkatkan kepada maksimum 20 ribu ringgit.• SJKP telah luluskan 12.8 bilion ringgit Jaminan Kerajaan kepada lebih 57 ribu pembeli rumah pertama.• Hampir 900 juta ringgit bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat termasuk dua projek PRR baharu di Port Dickson dan Seberang Perai Tengah. 30 projek PRR dijangka siap penghujung 2025 yang bakal memanfaat hampir 17,500 penghuni baharu.• Kerajaan MADANI meletakkan keutamaan memastikan perumahan mampu milik untuk rakyat. PENJAGAAN KESIHATAN1.35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatanKerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergulaPeruntukan kos perubatan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada 25 juta ringgit• Kerajaan telah menubuhkan sebuah Tabung Penyakit Jarang Jumpa. Tahun hadapan: Peruntukan bagi menampung kos perubatan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada 25 juta ringgit; Skim Mysalam juga diperluas untuk turut meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis; Sumbangan ke dalam Tabung Penyakit Jarang Jumpa juga layak mendapat potongan cukai bersamaan jumlah sumbangan sebenar• Sebagai menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat, 27 juta ringgit disediakan bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah rakyat termasuk penganjuran Hari Sukan Negara.• Bagi menyokong gerakan War on Sugar, Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter.• Kerajaan juga terus menaik taraf klinik-klinik daif seluruh negara. Di bawah MADANI, peruntukan bagi maksud ini ditingkatkan setiap tahun iaitu 100 juta ringgit (2023), 150 juta ringgit (2024) dan 300 juta ringgit untuk tahun hadapan.• Keutamaan Kerajaan adalah untuk menyediakan kemudahan kesihatan berkualiti, selesa dan mesra rakyat. Sejumlah 1.35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatan termasuk membaiki tandas hospital yang uzur dan wad-wad pesakit yang usang. PEMERKASAAN TVETgeran padanan 50 juta ringgit disediakan untuk lebih banyak industri mengikuti Program "Anak Angkat ILKA"PTPK menyediakan pembiayaan sehingga 500 juta ringgit untuk manfaat lebih 20 ribu pelatihHRDCorp akan memanfaat dana 3 bilion ringgit untuk menawarkan 3 juta peluang latihanKhazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth)GiatMARA juga akan menyediakan latihan jangka pendek kepada lebih 3,000 pekerja gig• GiatMARA dan kolej komuniti disediakan 55 juta ringgit bagi 5 tahun untuk mengupaya 10 ribu anak-anak huffaz dari institusi tahfiz dan pondok dengan latihan kemahiran.• Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan 11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti semikonduktor• HRDCorp akan memanfaat dana 3 bilion ringgit untuk menawarkan 3 juta peluang latihan. • PTPK menyediakan pembiayaan sehingga 500 juta ringgit untuk manfaat lebih 20 ribu pelatih termasuk 100 juta ringgit khusus untuk bidang keutamaan NIMP seperti MRO, EV, aeroangkasa, AI.• Geran padanan 50 juta ringgit disediakan untuk lebih banyak industri mengikuti Program "Anak Angkat ILKA".• Kerajaan mengalu-alukan kerjasama PROTON melalui PROTON Advanced Automotive Technology Institute di Melaka yang menyumbang kurikulum, bantuan tenaga pengajar serta keperluan latihan.• Selaras dengan Dasar TVET Negara, Kerajaan meningkatkan peruntukan TVET kepada 7.5 bilion ringgit ketimbang 6.8 bilion ringgit.• UiTM disediakan peruntukan tambahan 20 juta ringgit bagi melahirkan lebih ramai jurutera E&E mengambil kira pentingnya memastikan penyertaan Bumiputera dalam bidang semikonduktor sebagai sektor berpertumbuhan tinggi negara• Kerajaan bercadang supaya pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun lagi PENDIDIKAN ARUS PERDANA/PENDIDIKAN TINGGIKementerian Pendidikan diberi peruntukan 64.1 bilion ringgit2 bilion ringgit disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negaraPeruntukan 870 juta ringgit untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT)Hampir 800 juta ringgit Bantuan Awal Persekolahan disediakanKementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan 18 bilion ringgit• Ke arah melahirkan graduan dengan kebolehpasaran tinggi, sesuai dengan tuntutan industri, PTPTN menyediakan dana pembiayaan pendidikan berjumlah 500 juta ringgit khusus untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang STEM di IPTA.• Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan 18 bilion ringgit ketimbang 16.3 bilion tahun ini.• Selain itu, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada 180 juta ringgit ketimbang 150 juta ringgit tahun ini.• Hampir 800 juta ringgit Bantuan Awal Persekolahan disediakan kepada semua 5.2 juta murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.• Rancangan Makanan Tambahan (RMT): 870 juta ringgit meningkat ketimbang 784 juta ringgit. RMT bakal memanfaat lebih 860 ribu murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah.• Hanya ketinggian ilmu yang dapat mengeluarkan rakyat dari kepompong kedaifan hidup melarat. Tahun hadapan, 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan 5.3 bilion ringgit.• Sebanyak 44 sekolah baharu mula dibina tahun hadapan antaranya SK Bandar Putra Indah, Batu Pahat, Johor; SMK Bandar Seri Putra (2), Hulu Langat, Selangor; SMK Lok Kawi, Putatan, Sabah; SMK Semeling, Sungai Petani, Kedah; dan SK Dudong, Sibu, Sarawak.• 2 bilion ringgit disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara; ia membabitkan 1 bilion ringgit khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur: Ini termasuklah di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU; dan 1 bilion pula bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak.• Kementerian Pendidikan diberi peruntukan 64.1 bilion ringgit, ketimbang 58.7 bilion ringgit tahun ini– peruntukan tertinggi dalamsejarah. PENDAPATAN RAKYAT/PERLINDUNGAN SOSIALKadar gaji minimum dinaikkan daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025250 juta ringgit disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program IPRProgram i-Suri diteruskan secara insentif padananSkim Perlindungan Tenangditeruskan dengan kerjasama Bank Negara• Kerajaan komited memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa. Kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP. Cadangan ini akan dilaksanakan secara berfasa. • Kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan bayaran premium anuiti tertangguh sehingga tahun taksiran 2030.• Ke arah negara menua, KWSP sedang mengkaji semula skimnya bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi iaitu sebahagian simpanan KWSP ahli boleh dipindahkan terus ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat. • Program insurans sosial iaitu Skim Perlindungan Tenang diteruskan dengan kerjasama Bank Negara, industri insurans dan takaful untuk manfaat sehingga 2 juta penerima STR. Mereka layak menuntut baucar 30 ringgit untuk membiayai sebahagian daripada kos membeli produk Perlindungan Tenang yang menawarkan perlindungan akibat kematian, kemalangan diri dan risiko am seperti kebakaran dan banjir.• Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri akan menanggung sehingga 70 peratus caruman pekerja dengan peruntukan 100 juta ringgit. Ini sebagai persediaan ke arah penetapan caruman wajib sebagai salah satu syarat memperbaharui lesen vokasional bagi individu bekerja sendiri tahun hadapan. Syarikat pengendali juga diseru untuk menanggung baki caruman sebagai iltizam membela kebajikan pekerja.• Program i-Suri diteruskan secara insentif padanan melalui caruman Kerajaan dan caruman secara aktif daripada pencarum.• Bagi menggalak lebih ramai pekerja tidak formal dan mereka yang tidak punyai pendapatan tetap menabung untuk persaraan, insentif padanan i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada 20 peratus ketimbang 15 peratus, tertakluk kepada had maksimum insentif padanan tahunan 500 ringgit atau 5,000 seumur hidup. • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan ikhtiar kita menoktahkan kemiskinan tegar melalui peningkatan pendapatan rakyat. • Selanjutnya, Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja. Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Dasar Gaji Progresif diperuntukkan 200 juta ringgit dan akan memanfaatkan 50 ribu pekerja• Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja. Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (2,290 ringgit), Jurutera Mekanikal (3,380 ringgit) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (2,985 ringgit).• Untuk itu, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025. • Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum 1,700 ringgit membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.• Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada 4,000 ringgit.• Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan telah tertakluk kepada cukai pendapatan di negara sumber serta diterima oleh individu di Malaysia, yang pada masa ini diberikan secara bertempoh sehingga 31 Disember 2026, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036. • Pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga 10 ribu ringgit adalah juga meliputi bahagian bayaran perubatan yang dilakukan oleh pembayar cukai di bawah produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan dengan ciri-ciri pembayaran bersama. KOS SARA HIDUP RAKYAT4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulanKategori bujang akan menerima STR 600 ringgitKadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600 ringgitKadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkanKadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada 150 ringgit• 700 juta ringgit dikhususkan untuk memperbanyak saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang, termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan sebagainya.• Ini meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada 300 juta ringgit, ketimbang 200 juta ringgit. Jualan Rahmah akan diperhebat bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua DUN setiap bulan. • Sejumlah 1 bilion ringgit disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.• Ini bermakna tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang 1,100 sebulan. Dan ini belum mengambil kira bantuan daripada Kerajaan Negeri, Zakat dan Yayasan.• Untuk Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada 150 ringgit ketimbang 100 ringgit dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak 500 ringgit sebulan. Saya menyeru semua Kerajaan Negeri untuk turut menambahbaik Kadar Bantuan Am Negeri. • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan iaitu: daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah; serta daripada 150 ringgit kepada 200 ringgit seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun; tertakluk kepada kadar maksimum 1,000 ringgit sekeluarga. • Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600 ringgit sebulan ketimbang 500 ringgit sebulan.• Penambahan peruntukan 3 bilion ringgit membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada 4,600 ringgit, ketimbang 3,700 ringgit.• Kategori bujang akan menerima STR 600 ringgit.• Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.• Tahun hadapan, 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulan, ketimbang 700 ribu penerima tahun ini.• Maka, untuk tahun 2025 kita akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada 13 bilion ringgit ketimbang 10 bilion ringgit. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.• Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kerajaan MADANI telah bersetuju supaya 50 ekar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai Tanah Rizab Melayu. Ini hanya permulaan dalam mengenal pasti tanah-tanah Kerajaan yang sesuai bagi memastikan aspek pembangunan turut tidak mengabaikan keseimbangan sosioekonomi jangka panjang di kawasan bandar. BANTUAN DAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN/TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA40 bilion ringgit disediakan sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan800 juta ringgit pembiayaan di bawah MARAdan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera1.3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera200 juta ringgit disediakan untuk Skim CAKNA 2• Kerajaan bersetuju memperuntukkan 1.3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera. Ini memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana seperti pembinaan jalan raya serta pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam.• Tahun hadapan, 800 juta ringgit pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan• Kerajaan mencadangkan had amaun pinjaman atau pembiayaan Skim Pembiayaan Mikro bagi tujuan pengecualian duti setem dinaikkan daripada 50 ribu ringgit kepada 100 ribu ringgit mulai 1 Januari 2025.• Dana pinjaman PKS 3.8 bilion ringgit disediakan oleh BNM antaranya bagi menyokong usahawan untuk beralih ke arah digital dan automasi selain terus membantu sektor agromakanan dan amalan lestari• Kerajaan melalui SJPP akan terus menjamin pembiayaan PKS sehingga 20 bilion ringgit termasuk jaminan 5 bilion ringgit khas untuk PKS Bumiputera• Pinjaman bersaiz mikro tersedia sehingga 3.2 bilion ringgit, antaranya oleh TEKUN dan BSN bagi membantu penjaja kecil termasuk komuniti OKU, masyarakat Cina serta Bumiputera. DAYA CIPTA KEWANGAN ISLAM/PEMBANGUNAN INDUSTRI HALALSejumlah 100 juta ringgit dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharuSJPP sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal sehingga 1 bilion ringgit• Tahun hadapan, Wakaf MADANI terus diperkasa dengan penglibatan meluas agensi-agensi Kerajaan• Ke arah mempercepat urusan pengeluaran sijil halal, juruaudit halal JAKIM akan ditambah sebanyak 100 orang lagi. Sistem MYeHALAL juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi Kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.• Program i-TEKAD yang ditawarkan 13 bank dan 70 rakan pelaksana telah membantu lebih 8,000 usahawan mikro berpendapatan rendah. • Sektor kewangan Islam perlu dipacu supaya lebih berdaya cipta. Sejumlah 100 juta ringgit dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam supaya tidak lagi bergantung kepada produk patuh syariah yang mirip 74 konvensional. • Program Galakan Pengeluaran Lateks Pekebun Kecil di bawah RISDA akan dilaksanakan secara geran padanan 60 juta ringgit. Ini sebagai galakan pekebun kecil getah menghasil getah lateksbagi memenuhi keperluan industri. • Belanjawan 2025 meningkatkan peruntukan FELDA, FELCRA dan RISDA kepada 2.6 bilion ringgit ketimbang 2.4 bilion ringgit. • Sejumlah 2.78 bilion ringgit disediakan sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan, meningkat ketimbang 2.6 bilion ringgit. PERALIHAN TENAGA/PERLINDUNGAN KHAZANAH ALAMe-Rebat sehingga 70 juta ringgit galakkan beli kelengkapan elektrik cekap tenagaSyarikat PERODUA sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah 100 ribu ringgitGalakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD sehingga 2,400 ringgit akan diteruskanKerajaan meningkatkan lantikan renjer komuniti kepada 2,500 orang ketimbang 2,000 orang dengan peruntukan 80 juta ringgit• Projek Penanaman Padi 5 Musim 2 Tahun di kawasan MADA Fasa 1 dimulakan melibatkan hampir 1 bilion ringgit dengan keluasan hampir 11 ribu hektar. Ini mampu meningkatkan hasil padi sebanyak 15 peratus selain melonjakkan pendapatan 6,100 pesawah sebanyak 43 peratus.• Kerajaan bersama badan swasta akan memanfaat hampir 8,800 ekar tanah terbiar milik lembaga kemajuan wilayah dan agensi rangkaian mereka untuk melaksanakan projek pertanian seperti perusahaan ayam organik dan lembu serta tanaman berkelompok.• 300 juta ringgit disediakan bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, menokok ketimbang 150 juta tahun ini. Ini antaranya untuk menyokong pengeluaran bawang di Perak, ternakan talapia merah di Pahang dan peningkatan hasil padi di Negeri Sembilan.• Peranan orang asli dan veteran beruniform dalam membenteng kawasan hutan simpan kekal amat dihargai. Kerajaan meningkatkan lantikan renjer komuniti kepada 2,500 orang ketimbang 2,000 orang dengan peruntukan 80 juta ringgit. • Kerajaan akan memperkenalkan Cukai Karbon ke atas industri besi dan keluli serta tenaga di Malaysia menjelang tahun 2026. Cukai ini bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon. Hasil daripada cukai ini akan dimanfaat untuk membiayai program penyelidikan dan teknologi hijau.• Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD sehingga 2,400 ringgit akan diteruskan dengan peruntukan 10 juta ringgit. • Kerangka insentif cukai EV sedia ada telah distruktur supaya selari dengan hasrat untuk menggalakkan peralihan kepada EV pemasangan tempatan CKD. Pada masa ini, syarikat PERODUA sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah 100 ribu ringgit bagi memenuhi permintaan rakyat.• Ke arah Putrajaya bandar rendah karbon, ruang bumbung di laluan pejalan kaki sepanjang hampir 5 kilometer dan tempat parkir kereta akan dipasang solar untuk menjimatkan tenaga elektrik.• e-Rebat sehingga 70 juta ringgit disediakan bagi menggalakkan pengguna dan industri membeli kelengkapan elektrik cekap tenaga• Rencana NETR adalah untuk mengalihkan sektor tenaga ke arah mencapai sasaran gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050. Tahun hadapan, lebih 300 juta ringgit disediakan di bawah Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara, ketimbang 100 juta tahun ini. TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026Hampir 550 juta ringgit disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelanconganSejumlah 110 juta ringgit disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO• Bagi menyokong penggiat kraf tangan sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, Kerajaan menetapkan semua Kementerian dan Jabatan yang terlibat dengan penganjuran mesyuarat dan aktiviti, hendaklah memperoleh kraf tangan daripada pengusaha tempatan yang boleh mengetengahkan kehalusan, keunikan dan keaslian hasil tangan anak tempatan untuk dikongsikan kepada semua. Sebagai contoh, beg dokumen yang saya gunakan hari ini ialah kerja seni tenunan songket hasil pereka tempatan, Adiguru Rasiah Yusoff dari Kampung Tikat Penambang, Kelantan.• Bagi memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif, Khazanah menyediakan 600 juta ringgit untuk memulih serta mengangkat nilai Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara. Ini termasuk membina jambatan bertingkat yang menghubungkan Taman Botani Perdana dengan Carcosa Seri Negara.• Sejumlah 110 juta ringgit disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO • Persiapan rapi dilakukan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Hampir 550 juta ringgit disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan• Pemberdayaan PMKS akan terus diperhebat bagi menyokong usahawan tempatan menembusi pasaran eksport.• Jumlah perdagangan bagi tempoh Januari-Ogos 2024 melonjak 10.2 peratus kepada 2.14 trilion ringgit. Kita meraih lebihan dagangan bagi 53 bulan berturut-turut sejak Mei 2020. • Memorandum Persefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) telah dimeterai pada Januari 2024 menandakan pencapaian besar kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura.• Bagi meningkatkan kapasiti perniagaan PMKS dengan beralih ke arah pendigitalan: 50 juta ringgit disediakan sebagai Geran Padanan Digital PMKS dan Geran Digital Penjaja di bawah BSN untuk usahawan tempatan kekal berdaya saing dalam pasaran; 100 juta ringgit juga disediakan oleh SKMM untuk tempoh 5 tahun bagi memperkasa fungsi Pusat NADI di seluruh negara sebagai platform komuniti meningkatkan pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dalam talian.• Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) disediakan 10 juta ringgit bagi mengadun usaha meningkatkan penggunaan AI melalui kerjasama dengan akademia dan industri. SYARIKAT MULA NIAGANational Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan hadapan dengan dana 1 bilion ringgitKWAP di bawah Dana Perintis menyediakan 1 bilion ringgit untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatanCradle Fund diperuntukkan 65 juta ringgit bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global• Kerangka Dasar transformasi digital yang tegas berjaya menarik pelaburan masuk. Malaysia berjaya meraih pelaburan berjumlah 16.9 bilion dolar Amerika untuk tempoh sehingga 2038 daripada syarikat gergasi teknologi dunia AWS, Microsoft, Google dan Oracle. Ini mencerminkan tahap keyakinan mereka terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi prasarana awan serantau. • Cradle Fund diperuntukkan 65 juta ringgit bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global. Ini juga termasuk 15 juta ringgit geran padanan sebagai galakan untuk GLC bekerjasama dengan syarikat mula niaga melalui ikhtiar modal teroka korporat• KWAP di bawah Dana Perintis menyediakan 1 bilion ringgit untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan dengan 200 juta khusus untuk 2025.• National Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan hadapan dengan dana 1 bilion ringgit. NFOF akan menyokong pengurus dana modal teroka melabur dalam syarikat mula niaga dengan 300 juta ringgit disediakan untuk 2025.• Kerajaan juga telah menyatakan kesediaan melaksanakan cukai minimum global (GMT) ke atas syarikat multinasional. Kendatipun GMT memberi hasil tambahan, masih terdapat risiko negatif terhadap iklim pelaburan. Dalam mengurangkan kesan GMT, Kerajaan komited untuk memperkemas insentif sedia ada, mewujudkan insentif bukan cukai baharu serta mengkaji kebolehlaksanaan Kredit Cukai Pelaburan Strategik.• Bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah, insentif cukai pendapatan pada kadar istimewa ditawarkan bagi pelaburan dalam 21 sektor ekonomi di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada keberhasilan limpahan ekonomi. KESELAMATAN SIBER/MUSIBAH DAN BENCANAPeranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan 20 juta ringgitRang Undangundang Keselamatan Dalam Talian akan digubalPeruntukan hampir 600 juta ringgit disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)Kerajaan berjaya menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai 540 juta ringgit• Setakat ini, Kerajaan telah berjaya menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai 540 juta ringgit. Seterusnya, 12 projek RTB dengan kos 3 bilion ringgit telah dikeluarkan SST dan berjalan mengikut jadual antaranya melibatkan: RTB Sungai Damansara, Selangor; RTB Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah; RTB Sungai Triang, Bera, Pahang; RTB Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih, Kuala Nerus, Terengganu; dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 2, Kota Bharu.• Kita menghadapi musibah banjir kilat yang melanda ibu kota dan beberapa bandar lain. Sebagai langkah segera, saya telah arahkan untuk penyaluran segera 150 juta ringgit kepada PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai di kota-kota yang terkesan.• Bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal. Ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya melibatkan kanak-kanak• Bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal. Ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya melibatkan kanak-kanak.• Transaksi mencurigakan lebih 380 juta ringgit berjaya disekat dalam membendung kes scam di Malaysia. Kendatipun demikian, isu scam masih dilihat parah dengan kes yang kian meningkat.• Dalam transformasi digital, paksinya ialah MyDigital ID. Sepertimana kad pengenalan diri, MyDigital ID ialah Aplikasi Tunggal Kerajaan yang memusatkan semua agensi meliputi antaranya PADU, JPJ dan LHDN. Kerajaan terus berusaha meningkatkan kefungsian dan pengalaman pengguna MyDigital ID. SEJATI MADANIPeruntukan keseluruhan 1 bilion ringgit disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI600 juta ringgit untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli;200 juta ringgit bagi memperluas Kampung Angkat MADANI100 juta untuk universiti awam turut melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara • Tahun hadapan, ikhtiar Sejati MADANI bakal diperhebat dengan jalinan kerjasama yang lebih meluas. Lebih banyak pengurusan tertinggi jabatan akan dilibatkan untuk mengetuai ikhtiar Kampung Angkat MADANI. Universiti dan institusi TVET juga dilibatkan bagi memberi khidmat di peringkat komuniti. Syarikat-syarikat mega diseru untuk terlibat sama dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang susah dan memerlukan. Peruntukan keseluruhan 1 bilion ringgit disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI meliputi: Pertama: 600 juta ringgit untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli; manakala jawatankuasa kampung yang akan memutuskan aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan tambahan kepada komuniti masing-masing. Kedua: 200 juta ringgit bagi memperluas Kampung Angkat MADANI di 200 kampung seluruh negara yang diterajui pengurusan kementerian dan jabatan. Ketiga: 100 juta untuk universiti awam turut melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET memberi khidmat TVET seperti baik pulih rumah dan pendawaian elektrik kepada komuniti. Keempat: 100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara melalui pelbagai program sosioekonomi. Kelima: Saya amat menerima baik tawaran syarikat sawit utama seperti KLK, IOI, SD Guthrie, TH Plantations dan United Plantations yang sudi untuk mengambil pekebun kecil sawit angkat yang berjiran dengan ladang mereka. Syarikat ini sedia menyediakan bantuan meliputi bekalan benih terkini dan baja terbaik serta pematuhan piawaian mampan.• Sejati MADANI sepertimana diumumkan bahawa setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara 50 ribu hingga 100 ribu ringgit. Pendekatan ini merupakan suatu anjakan bagi memperkasa rakyat akar umbi untuk memutuskan sendiri aktiviti ekonomi pilihan mereka. Kerajaan hanya bertindak memantau dan memberi galakan, seraya kekuatan adalah daripada akar umbi. • Perkhidmatan Bergerak terus diperbanyak dengan peruntukan 100 juta ringgit. Ini bagi memenuhi keperluan masyarakat desa dan pedalaman yang terpaksa menempuh perjalanan panjang untuk keluar. PERANGI RASUAHBagi tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada 360 juta ringgit ketimbang 338 juta ringgitSejumlah 200 juta ringgit disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat ketimbang 173 juta ringgit• Perkhidmatan kaunter-kaunter Kerajaan terus ditambah baik: Jabatan Pengangkutan Jalan telah mula menambah 1 jam waktu operasi di kaunter; Sebuah UTC akan dibangunkan di Seberang Perai, Pulau Pinang; Semua UTC juga akan dibekalkan dengan Sistem Penggiliran (QMS) supaya rakyat mendapat nombor giliran secara dalam talian sebelum berurusan; Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI akan dilaksanakan dengan menghimpun pelbagai kiosk perkhidmatan Kerajaan di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah supaya rakyat bolehberurusan dengan Kerajaan di luar waktu pejabat.• Tahun hadapan, 25 juta ringgit disediakan kepada STAR antaranya untuk bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi memperluas Ikhtiar Reformasi Kerenah Birokrasi di semua agensi 36 Kerajaan. Ini termasuk mengkaji peraturan yang boleh memendekkan proses kelulusan untuk kemudahan rakyat, peniaga dan pelabur.• "Follow The Public Money Audit". Akta Audit telah dipinda untuk memberi Ketua Audit Negara kuasa menyemak dan mengaudit pengurusan dana awam termasuk syarikat yang menerima jaminan Kerajaan. Sejumlah 200 juta ringgit disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat ketimbang 173 juta ringgit. Ini sesuai dengan peranan lebih besar bagi memulakan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan dan jaminan Kerajaan.• Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula. Kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan bagi menerajui pengemaskinian khususnya undang-undang komersial seperti Akta Kontrak 1950 supaya seiring dengan peredaran zaman.• Bagi tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada 360 juta ringgit ketimbang 338 juta ringgit ANGGARAN PERBELANJAAN 2025Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu 421 bilion ringgit Bukan masanya melaksanakan projek megaMenunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963• Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit. Saya memuji kesediaan Sarawak yang mendahulukan pembiayaan bagi pembinaan projek. • Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan Lapangan Terbang Miri, Sarawak dengan kos 253 juta ringgit. • Kerajaan telah memuktamad empat pakej kerja Sabah Sarawak Link-Road (SSLR) Fasa 2 bernilai 7.4 bilion ringgit. Dua pakej sudah dianugerahkan, manakala baki pakej sebelum hujung tahun.• Sebanyak 17 pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B telah dikeluarkan SST dengan nilai kontrak 9.7 bilion ringgit. Ini meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau. Sementara, Pan Borneo Sarawak dijangka siap November 2024. Secara keseluruhan, Projek Pan Borneo Sarawak dan Sabah telah menelan belanja sebanyak 25.1 bilion ringgit.• Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969. Di bawah MADANI, tahun ini kita telah menaikkan kadar kepada 300 juta ringgit ketimbang 16 juta (Sarawak) dan 125.6 juta (Sabah). Mulai 2025, Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada 600 juta ringgit.• Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan dan adalah yang tertinggi antara negeri iaitu masing-masing 6.7 bilion ringgit dan 5.9 bilion ringgit.• Kerajaan MADANI menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963. Maka tidak harus dipertikai sebab Sabah Sarawak diberi perhatian khusus. Jurang pembangunan antara negeri perlu dirapatkan khususnya melibatkan prasarana asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih• Sekarang bukan masanya melaksanakan projek mega. Pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri PENYASARAN SUBSIDIKerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025Penyasaran Subsidi Pendidikan dan KesihatanKPDN dan JKDM disediakan 60 juta ringgit untuk terus membanteras ketirisan wang rakyat• Penyasaran subsidi seumpama ini akan turut melibatkan kesihatan awam. Golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital Kerajaan. Penjimatan diraih dapat dimanfaat untuk membiayai peranti perubatan untuk pesakit miskin dan menaik taraf peralatan hospital dan klinik awam.• Seandainya subsidi pendidikan dikurangkan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas, kutipan yang diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana SBP dan IPTA tersebut untuk manfaat semua pelajar.• Begitu juga di peringkat pendidikan tinggi, umpamanya purata yuranpengajian setahun yang dibayar oleh penuntut sarjana muda farmasi ialah 3,000 ringgit ketimbang kos keseluruhan pengajian berjumlah 30 ribu ringgit. Subsidi ini diberikan tanpa mengambil kira pendapatan keluarga.• Matlamat asal penubuhan sekolah berasrama penuh (SBP) adalah untuk membantu murid cemerlang dan dari keluarga susah serta pedalaman mendapatkan pendidikan terbaik. Subsidi bagi seorang murid SBP mencecah 15 ribu ringgit setahun. Namun, berdasarkan angka terkini, didapati 30 peratus murid dari keluarga berpendapatan tinggi.• Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025. Penjimatan yang dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.• Namun, Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan. Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat. Maknanya, Kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah 12 bilion ringgit untuk keperluan 85 peratus rakyat.• Sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah 2 ringgit 5 sen ketimbang negara tetangga seperti Thailand (5 ringgit 85 sen), Indonesia (3 ringgit 38 sen), Singapura (9 ringgit 2 sen) dan Arab Saudi (2 ringgit 66 sen). Harga yang rendah menyebabkan Kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah 20 bilion ringgit.• Kenyataan yang tidak dapat dimungkiri adalah bahawasanya, warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai 8 bilion ringgit. Seyogia diperingatkan bahawa dana 8 bilion ringgit ini lebih baik dimanfaatkan • Subsidi dari segi prinsip sepertimana juga sedekah tidak sewajarnya diambil manfaat oleh golongan maha kaya. Selama ini, kita membelanjakan subsidi secara pukal untuk bahan api, elektrik, air, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan hatta barangan asas seperti ayam. Pastinya pendekatan sedemikian tidak munasabah tatkala negara terhimpit dengan bebanan hutang dan asas hasil yang rendah. KUTIPAN HASILPada tahun ini, kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi iaitu kepada 322 bilion ringgit ketimbang 308 bilionKerajaan juga menjangkakan, kutipan hasil tahun 2025 terus meninggi kepada 340 bilion ringgit• Pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan Kerajaan seperti KWSP, amanah saham di bawah PNB dan pendapatan dividen dari luar negara.• Kerajaan bercadang meluaskan asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen pada kadar 2 peratus ke atas pendapatan dividen melebihi 100 ribu ringgit yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025. Ikhtiar ini dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya 19 bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit. TANGGUNGJAWAB FISKAL DAN PENGURUSAN HUTANG Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisitlangkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil olehKerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten• Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan. Peluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025. Sebahagian hasil akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.• Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.• Cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat. Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado. • Bagi maksud menambah hasil dan meluaskan asas percukaian, maka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif dan tidak membebankan rakyat awam.• Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit. Maka, langkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu: daripada 5.5 peratus (2022); kepada 5 peratus (2023); seterusnya anggaran 4.3 peratus (2024); dan unjuran 3.8 peratus (2025).• Kerajaan MADANI mewarisi bebanan hutang yang menggunung. Paras hutang tahun lalu adalah pada 1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK. Jika termasuk liabiliti, paras hutang telah mencecah 1.5 trilion ringgit atau 80 peratus KDNK. Bagi setiap seringgit pungutan cukai, 16 sen perlu dibelanja hanya untuk membayar faedah hutang; dan ini tidak termasuk hutang pokok. • Justeru, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) telah menetapkan penanda aras yang jelas terkait pengurusan hutang dan defisit fiskal. PENCAPAIAN DAN TANTANGAN EKONOMI• Pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus, ketimbang 4.2 peratus suku pertamaPengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus, kadar ini terendah sejak Januari 2020Tahap inflasi Ogos 2024 turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratus• Kerajaan mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan 329.5 bilion ringgit – tertinggi pernah direkodkanRinggit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik di dunia• Tahun hadapan, kita yakin ekonomi negara berkembang kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus, didukung langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025• Prestasi ekonomi mengatasi jangkaan, sama ada dari segi pertumbuhan, pelaburan dan nilai ringgit; menggambarkan keyakinan pelabur dan kejayaan awal daripada langkah pembaharuan Ekonomi MADANI. Dengan itu, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2024 diunjur lebih kukuh antara 4.8 hingga 5.3 peratus; ketimbang antara 4 ke 5 peratus sebelumnya. Malah, Bank Dunia juga menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.9 peratus, ketimbang 4.3 peratus April lalu.• Sejarah tercipta tahun ini apabila nilai pasaran ekuiti domestik mencecah angka tertinggi melepasi 2 trilion ringgit selain Indeks Bursa FBM KLCI kembali melepasi 1,600 mata.• Ringgit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik di dunia. Kesungguhan semua pihak berjaya mengukuhkan ringgit 14.4 peratus ketimbang dolar Amerika dalam suku ketiga 2024; pencapaian terbaik sejak tahun 1973. • Kita mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan 329.5 bilion ringgit – tertinggi pernah direkodkan. Bagi separuh pertama 2024, kita berjaya meraih pelaburan diluluskan 160 bilion ringgit, melonjak ketimbang 135.6 bilion ringgit.• Tahap inflasi Ogos 2024 turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratus. Namun, kita tidak berganjak dalam hal meredakan kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat.• Belanjawan Madani Ketiga 2025 tercerna daripada usaha gigih perencana setelah ambil kira tantangan, ketidaktentuan global yang semakin mengganas• Belanjawan Madani Ketiga 2025 tercerna ambil kira tantangan serta ketidaktentuan global yang semakin mengganas |
'Saya dikhianati adik kandung, dipaksa kahwin pemimpin GISBH' - Anak sulung Ashaari Muhammad | 1,729,235,188 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145712/saya-dikhianati-adik-kandung-dipaksa-kahwin-pemimpin-gisbh-anak-sulung-ashaari | Skuad Khas Harian Metro | 532 | 2024-10-18 07:06:28 | 2024-10-18T15:06:28 | Kuala Lumpur: Dikhianati adik kandung dan dipaksa berkahwin dengan salah seorang pemimpin atasan GISBH Holdings (GISBH) sehingga mengalami penderaan mental dan fizikal.Itu episod hitam pernah dilalui anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah yang berusia 41 tahun.Ummu Atiyyah berkata, selepas bapanya meninggal dunia 2010, dia dipaksa berkahwin dengan individu berpengaruh dalam kumpulan itu dikenali sebagai Fadil pada 2015 bertujuan memperkukuhkan organisasi sesat itu."Kononnya saya akan dijadikan isteri keempat, tetapi saya menolak kerana Fadil bukan pilihan saya."Saya melarikan diri ke rumah kawan saya di Jordan, namun Fadil dan pengikutnya yang juga adik beradik saya sendiri datang seawal 1 pagi buat kecoh paksa saya serah diri. "Akhirnya selepas seminggu alami gangguan, kawan saya meminta saya keluar dari rumah itu selepas dia diugut Fadil dan pengikutnya," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.Ummu Atiyyah yang juga ibu tunggal seorang anak berkata, dia tiada pilihan akhirnya terpaksa menurut kemahuan lelaki lebih berusia itu sebagai isteri keempat sebelum dibawa ke Turkiye."Saya dipisahkan dengan anak daripada bekas suami terdahulu selama dua tahun. Disebabkan enggan 'bersama' dengan lelaki itu, saya dicucuh dengan pemetik api dan dikurung dalam bilik serta direndam dalam kolam berulang kali."Perbuatan itu dilakukan adik saya sendiri, malah didesak membogelkan diri di depan Fadil."Akhirnya disebabkan takut mati kerana sudah sejam direndam dalam air, saya terpaksa akur dengan kemahuan lelaki itu selain turut dilibas dengan getah paip oleh adik saya," katanya.Katanya, dia turut dibawa ke Indonesia dan melalui pelbagai penderaan mental dan fizikal sebelum berjaya melarikan diri."Apa yang hendak saya sampaikan di sini, betapa sikap mereka itu bernafsu dan tidak bermaruah."Malah, mereka mempromosikan syarikat GISBH ini sebagai syarikat Islam supaya ramai orang percaya dan meraih pelanggan semata-mata," katanya.Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mohamad Adam, 33, berkata, dia, isteri dan anak tidak dapat menjalani hidup normal seperti keluarga lain, malah dipaksa bekerja tanpa menerima bayaran sepanjang 10 tahun.Katanya, dia dan isteri masing-masing dipisahkan di asrama berlainan jantina manakala anak mereka diletakkan di rumah amal GISBH."Saya dikahwinkan dengan sesama ahli GISBH, namun kami tidak dapat tinggal bersama sehingga perlu mendapatkan kebenaran daripada pemimpin atasan untuk berjumpa isteri dan anak hanya kerana saya tidak mampu menyewa rumah."Selama tempoh 10 tahun, saya bekerja untuk GISBH tidak dibayar gaji dan tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)."Hanya diberi makan, minum dan tempat tinggal," katanya.Katanya, anaknya yang berusia empat tahun dikurung dalam sangkar anjing sehingga trauma hanya disebabkan terkencing dalam seluar."Saya masih terasa sampai sekarang kerana anak itu masih umur empat tahun. Saya tidak dibenarkan buat laporan kepada pihak berwajib ketika anak saya terpaksa menerima jahitan (akibat cedera). Malah saya terkejut melihat satu video tular anak saya dirotan," katanya.Mohamad Adam berkata, dia berjaya melarikan diri pada Oktober 2021, namun dipisahkan dengan anak dan tidak dapat bertemu dengan isteri sehingga sekarang. "Saya hanya dapat bertemu anak selepas dia diselamatkan dalam Ops Global baru-baru ini."Isteri dipaksa menuntut fasakh dengan alasan saya culas bayar nafkah yang sememangnya alasan biasa digunakan GISBH untuk mereka yang keluar GISBH."Saya masih sayang isteri dan mahukan kami dapat hidup normal seperti keluarga lain."Saya harap isteri kembali ke pangkuan saya terima dengan hati terbuka," katanya. |
Indahnya pemergian Eng Kook Kit | 1,729,233,886 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145702/indahnya-pemergian-eng-kook-kit | Noor Hidayah Tanzizi | 481 | 2024-10-18 06:44:46 | 2024-10-18T14:44:46 | Shah Alam: "Alhamdulillah, arwah papa melafazkan kalimah syahadah dengan kerelaan dirinya bulan lalu dan setiap kali saya baca al-Quran serta Yasin, papa akan menunjukkan reaksi mahu mendengar," kata Nur Jannah Eng Abdullah. Nur Jannah Eng adalah kakitangan anak syarikat Media Prima Berhad (MPB), WowShop, yang kehilangan bapa tersayang, Eng Kook Kit@Sin Kook Chia, 85, kelmarin kerana masalah paru-paru dan pendarahan pada otak. Warga emas itu memeluk Islam secara rasmi pada 18 September lalu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras dengan kerelaan dirinya. Berkongsi mengenai bapanya, Nur Jannah Eng berkata, bapanya terjatuh di rumah pada awal September lalu dan pemeriksaan mendapati berlaku pendarahan di otaknya selain paru-paru lelaki itu juga mempunyai masalah. Menurutnya, disebabkan faktor usia pembedahan otak tidak dapat dilakukan dan keadaan itu juga menyebabkan bapanya terlantar serta bergantung dengan susu sahaja sebelum menghembuskan nafas terakhir. "Beberapa hari ketika baru dimasukkan ke hospital arwah papa masih boleh bercakap dan tidak menggunakan bantuan pernafasan. Sebelum melafazkan kalimah syahadah, berulang kali suami (Syed Amali Zawawi Syed Abdul Zahid) tanya papa dan dengan jelas papa cakap dia mahu (memeluk Islam). "Suami ajar papa lafaz syahadah dan dengan jelas arwah memahami Allah SWT itu satu dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah pada 10 September. Papa memeluk Islam secara rasmi selepas ustaz dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) datang ke hospital pada 18 September lalu. "Perkataan pertama papa selepas selesai mengucapkan kalimah syahadah adalah 'Alhamdulillah'. Arwah menyebut Alhamdulillah dan Allah dengan sangat jelas dan lancar," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini. Katanya, sebelum ini bapa seorang free thinker (pemikir bebas) namun apabila lelaki itu berbual dengan suami, perbualan itu akan diselitkan mengenai Islam dan mengakui ibu serta abangnya juga menerima keputusan Eng untuk memeluk Islam. "Selepas dibenarkan pulang, kami sepakat hantar papa ke pusat penjagaan kerana papa perlukan perhatian perubatan sepenuh masa tetapi setiap hari saya dan suami datang ke sana untuk berjumpa papa. "Saya akan beritahu papa yang saya mahu bacakan Yasin dan al-Quran, papa akan menganggukkan kepalanya serta dia juga menunjukkan reaksi mahu mendengar bacaan itu. "Kemudian saya akan terjemahkan dalam bahasa Inggeris dan Cina. Saya cakap dengan papa, nama saya Jannah iaitu syurga dan kita beriman dengan Allah kita selamat dan papa cakap bukan dia saja tetapi semua akan selamat," katanya yang memeluk Islam sejak 12 tahun lalu. Dia yang menetap di Desa Subang Permai, di sini, berkata, walaupun bapa tiada peluang untuk belajar agama dengan keadaannya namun lelaki itu sentiasa menyebut Allah dan Alhamdulillah dengan jelas biarpun dirinya semakin lemah. "Memang sedih dengan pemergian papa tetapi saya bersyukur papa sempat mengucapkan kalimah syahadah dalam keadaan sedar dan atas kemahuan dirinya sendiri. Alhamdulillah keluarga juga menerima perkara itu. "Keluarga arwah papa dan mama juga ada datang menziarahi jenazah papa. Mama dan abang juga datang ziarah papa," katanya memaklumkan jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini. |
Dicerai suami kerana kanser | 1,729,206,919 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145546/dicerai-suami-kerana-kanser | null | 1,181 | 2024-10-17 23:15:19 | 2024-10-18T07:15:19 | Kuala Lumpur: Berkali-kali pesakit kanser payudara berusia 47 tahun membaca surat yang ada di tangannya, raut wajahnya memancarkan pelbagai emosi, antara sedih, kecewa, marah mungkin juga rasa bingung.Namun apabila wanita ini berbicara, suaranya kedengaran tegas."Rasa terkilanlah. Sebab dia sakit saya boleh jaga. Tapi bila saya sakit, dia macam nak mengelak," wanita bernama Noraniza Ismail itu memberitahu Bernama.Surat yang dibaca itu adalah dari mahkamah syariah di Bukit Mertajam. Dia yang tinggal di kawasan itu perlu hadir ke mahkamah berkenaan pada 29 Oktober 2024.Pada hari itu, suaminya yang berusia 49 tahun akan melafazkan cerai terhadapnya di mahkamah. Alasan yang diberikan? Penyakit kanser payudara yang dihidapinya.Sejujurnya kata Noraniza, dia amat berasa marah. Dia dan suaminya sudah berkahwin selama 13 tahun dan mempunyai dua orang anak perempuan, masing-masing berusia 8 tahun dan 6 tahun. Noraniza juga mempunyai seorang anak lelaki berumur 24 tahun, hasil perkahwinan pertamanya.Sewaktu suaminya menghidap komplikasi penyakit kencing manis dan terlantar di katil pada tahun 2021, dialah yang menjaga suaminya di samping bekerja untuk menyara kehidupan keluarga. Anak perempuannya yang berusia 8 tahun itu menghidap penyakit Sindrom Down, yang sudah tentu memerlukan perhatian yang lebih.Noraniza banyak melayan perasaan, memikirkan hakikat bukankah perkahwinan itu sepatutnya untuk setiap pasangan setia dan berkasih-kasihan, dalam apa jua keadaan, termasuklah apabila jatuh sakit.Pada Ogos 2022, dia berasa ada ketulan di payudara kanannya. Suaminya yang hilang pekerjaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, tidak banyak memberi sokongan. Noraniza terpaksa menjalani pembedahan, menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi, di samping melakukan tugasnya sebagai ibu. Syukur anak lelakinya membantu menjaga adik-adik tirinya.Rumah tangganya terus bergolak."Dulu dia OK, selepas diagnosis. Yang dia tak OK tu sebab saya bagi tau dia saya nak buat pembedahan, saya nak kena buang sebelah payudara," katanya menerusi Zoom, dan menambah yang kansernya sudah merebak ke payudara kirinya.Pada bulan Mei, suaminya beritahu Noraniza dia mahu menceraikannya. Seperti wanita-wanita lain yang senasib dengannya, Noraniza terpaksa bergelut sendirian untuk mempertahankan perkahwinannya, di samping juga bertarung dengan penyakit kanser payudara.Apa yang dilalui oleh Noraniza mungkinlah dianggap teruk, namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ketika kebanyakan suami/isteri tidak meninggalkan pasangannya apabila penyakit yang dihidapi menjadi serius, mereka yang berbuat demikian - sekitar enam peratus - adalah lelaki, demikian menurut kajian oleh Amelia Karraker dan Kenzie Latham. Hasil kajian itu diterbitkan di dalam Journal of Health and Social Behavior, edisi September 2015. Para penyelidik itu menganalisis 2,701 perkahwinan pasangan Amerika.Malaysia tidak mempunyai sebarang data mengenai jumlah perceraian dalam kalangan pesakit kanser payudara, atau penyakit-penyakit lain. Bagaimanapun, profesional perubatan dan ahli akademik memberitahu Bernama, adalah trend biasa bahawa ramai wanita tidak mahu memberitahu suami mereka atau melibatkan suami mereka dalam proses rawatan atas rasa kebimbangan mereka akan diceraikan.Untuk wanita Muslim, mereka juga bimbang si suami akan berkahwin lain.Bercerai atau tidak, beban menguruskan rumah tangga dan menjaga anak/orang tua tetap jatuh ke atas bahu kaum wanita, malah ketika mereka sedang menjalani rawatan, yang tentunya membuatkan mereka berasa begitu tertekan. Para pakar berkata, situasi itu boleh merumitkan rawatan dan pemulihan mereka, berkemungkinan menyumbang kepada kadar survival 5 tahun Malaysia yang rendah, di belakang China dan Singapura, demikian menurut laporan 2018 MYScan.Dari tahun 2017 hingga 2021, kanser payudara adalah kanser paling biasa menyerang 38.9 wanita bagi setiap 100,000 di Malaysia, demikian menurut Registri Kanser Kebangsaan Malaysia. Majoriti kes (50.5 peratus) masih dikesan pada Tahap III dan IV.Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) , Prof Dr Nirmala Bhoo-Pathy memberitahu Bernama, pengurusan kanser payudara dan hak wanita adalah sama-sama penting.Menurut beliau, dalam kebanyakan kes, wanita lewat mendapatkan rawatan termasuk kurang berasa terdesak untuk memberi perhatian kepada kesihatan mereka dan beban yang terpaksa dipikul."Kurang berasa terdesak, kurang kuasa untuk membuat keputusan. Tidak ada kawalan ke atas tubuh sendiri. Perlu meminta izin daripada seseorang dan untuk ini, saya fikir ia bukan hanya kerana pendidikan yang rendah kerana ada wanita yang berpendidikan tinggi juga berbuat yang sama," katanya menerusi Zoom.Beliau menambah, seringkali, suami atau keluarga mereka mahukan wanita itu mencuba perubatan tradisional terlebih dahulu. Sekiranya wanita itu membantah, sebagai contoh, menjalani saringan untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal, ada yang akan berdepan dengan tindakan keras.' "Menjalani saringan dilihat sebagai 'mencari masalah'," kata Dr Nirmala. "Apabila berdepan dengan keadaan ini, ianya dianggap tidak mengutamakan keluarga, sebaliknya untuk kepentingan diri sendiri." Peranan gender ketara di mana-mana, tetapi lebih ketara dalam masyarakat Asia. Di Malaysia, wanita diharapkan untuk menjalankan tugas penjagaan, termasuk anak dan orang tua, memasak dan kerja rumah yang lain. Peranan lelaki dalam soal penjagaan biasanya pengangkutan, demikian menurut kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Khazanah bertajuk 'Time To Care 2019: Gender Inequality, Unpaid Care Work and Time Use.' Antara hasil kajian itu ialah apabila pasangan wanita ditimpa penyakit yang serius, terdapat perubahan dalam dinamiks, yang bermaksud, apabila wanita yang biasanya melakukan kerja-kerja memasak dan membersih rumah, si suami sukar untuk menyesuaikan diri untuk melakukan tugas itu bila diperlukan.Dr Lai Suat Yan, pensyarah kanan program pengajian gender di Universiti Malaya (UM) berkata, apabila kaum lelaki tidak biasa menguruskan rumah, mereka sering memandang rendah bahawa urusan memasak, membersih dan menjaga anak adalah sesuatu yang berat."Lelaki biasa dibantu isteri di rumah dan apabila bantuan ini tiada, saya fikir mereka akan berasa sukar," katanya.Wanita sering menghadapi dilema dalam soal tanggungjawab keluarga dan penjagaan diri sendiri. Ada yang terpaksa bersendirian menguruskan anak dan rumah, yang menyebabkan stres, dan tidak baik untuk pemulihan kesihatan mereka."Apabila kita menanggung terlalu banyak stres, sebenarnya untuk jangka pendek, stres itu membantu, tetapi apabila ia berpanjangan untuk masa yang lama, ia boleh membahayakan untuk sistem imun," kata Dr Hafizah Zaharah Ahmad, pakar onkologi klinikal, Sunway Medical Centre Velocity Sesetengah wanita akan gagal menepati jadual rawatan atau lagi teruk, langsung tidak meneruskan rawatan. Seperti kes Noraniza, apabila dia sendiri berhenti mendapatkan rawatan, ia bukan sahaja menyebabkan kansernya membesar kepada tahap yang membuatkan rawatan akan menelan kos yang tinggi, malah peluang untuk berjaya pula kecil. Gejala kanser juga menjadi lebih menyakitkan tatkala kanser merebak.Salah satu cara untuk meningkatkan kadar 'survival' pesakit kanser payudara ialah untuk si suami turut membantu isteri dengan melakukan kerja rumah dan menguruskan anak. Pakar menyatakan, lelaki perlu juga mendidik diri mereka tentang kanser payudara dan kanser-kanser lain. perkhidmatan seumpama ini hanya boleh didapati di bandar sahaja.Namun demikian, meskipun jika semua perkhidmatan boleh didapati secara percuma, ini tidak bermakna kaum lelaki dengan sewenang-wenangnya boleh melepaskan diri mereka daripada memberi sokongan kepada isteri mereka."Wanita adalah tonggak masyarakat. Perkahwinan adalah perkongsian," kata Dr Chin.Bagaimanapun, kes Noraniza membuktikan, lebih mudah untuk berkata-kata daripada melakukannya.Ketika dia menyiapkan dirinya untuk menjadi ibu tunggal, Noraniza berkata, kekecewaan paling utama bagi dirinya ialah masa yang dihabiskan untuk menjaga suaminya ketika dia terlantar sakit, sepenuh masa. Akibatnya, dia melewatkan rawatan kansernya, menyebabkan kansernya merebak daripada Tahap berkII kepada Tahap III."Sangat-sangat menyesal (saya abaikan kesihatan saya kerana terpaksa jaga dia). Sebab bila kena kat saya, dia tak menghargai pun apa yang saya buat kat dia. Langsung dia abaikan saya," katanya.Namun dia tidak kecewa bila payudaranya dibuang, meskipun itu membuatkan suaminya menceraikannya.Meskipun amarahnya membuak-buak, namun dia masih menaruh harapan, mahu menang dalam pertarungan dengan kanser."Saya tak kisah terpaksa buang benda tu pun. Janji boleh sihat, saya boleh jaga anak-anak saya," katanya. |
Peluang besar Amir Masdi | 1,729,203,637 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145529/peluang-besar-amir-masdi | Ridzuan Abdul Rahman | 683 | 2024-10-17 22:20:37 | 2024-10-18T06:20:37 | PEMBABITAN sebagai penyanyi Search menerusi Konsert Gemuruh di Zepp Kuala Lumpur, pada 29 Jun lalu menjadi nilai tambah populariti Amir Masdi di mata peminat.Bekas juara Akademi Fantasia 2016 ini semakin terbang tinggi mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi popular apabila tampil dengan album kedua AM:PM.Tahun lalu, Amir atau Amir Syazwan Masdi, 28, tampil dengan album pertamanya dan amat mengejutkan ia habis dijual dan diulang cetak tiga kali bagi memenuhi permintaan peminat."Album kali ini dibuat kelainan apabila dihasilkan dalam dua side iaitu AM dan PM. Album penuhnya ialah AM:PM tapi PM akan dikeluarkan pada tahun hadapan."Sekarang hanya side AM dahulu dikeluarkan yang mengandungi enam lagu. Untuk side PM juga sudah hampir siap sepenuhnya dalam masa terdekat. Insya-Allah awal tahun depan akan keluar."Strategi ini dipilih sebab saya rasa ini satu perkara yang menarik juga bagi kami dan pendengar apabila buat dua bahagian untuk satu album yang penuh."Kebetulan nama AM:PM jadi kami ada idea untuk asingkan. Bila buat begini peminat ada masa dan ruang untuk lebih fokus kepada lagu-lagu untuk dua bahagian ini," katanya.Melihatkan judulnya yang unik, semestinya album ini memuatkan pelbagai emosi dan pengalaman hidup Amir Masdi sejak melangkah masuk dalam industri hiburan tanah air.Peminat akan dibawa menikmati perjalanan muzik yang dinamik dan penuh variasi melalui lagu-lagu yang dicipta khas bagi membawa mereka melalui pengalaman emosi yang berbeza."Mungkin benda ini pernah ada sebelum ini. Kami sama-sama berbincang. Orang akan memiliki album AM dan menikmati lagu-lagunya. Pada masa sama, mereka pasti tak sabar tunggu album PM. "Kalau sebelum ini, kita ada drama bersiri. Sekarang kita ada album bersiri pula. Kita fikirkan sesuatu yang di luar kotak, yang mana orang akan rasa lain dari yang lain. Jadi kami hasilkan lagu bertajuk Luar Kotak."Serta tajuk album AM:PM agak menarik kerana AM mewakili nama saya juga Amir Masdi manakala PM adalah singkatan kepada Projek Manchester. Kebetulan jadilah Amir Masdi Projek Manchester."Selain itu, AM:PM juga mencerminkan situasi sewaktu Edry berada di Manchester dan kami di Malaysia di mana ketika buat mesyuarat, masa di kedua negara berbeza. Kalau di sini siang, di sana pula malam," katanya.Bukan hanya sekadar mempertaruhkan vokal, malah Amir juga diberi peluang memperlihatkan kemampuannya mencipta lagu dan bergelar penerbit bersama dengan komposer terkenal Edry Abdul Halim dalam album ini."Saya diberi peluang menulis lagu daripada 'zero' sehingga ia diterbitkan. Proses awal dibuat pada November tahun lalu dimana fasa satu membabitkan konsep, hala tuju dan apakah jenis lagu yang ingin ditulis."Februari lalu, saya dan pasukan menggunakan duit yang kami kumpul hasil daripada persembahan saya buat selama ini untuk bergerak ke fasa seterusnya."Kemudian, pada Mac kami terbang ke Manchester, United Kingdom untuk merealisasikan dan mengejar impian untuk terbitkan album kedua yang dirakam di Volta Lab Studios, Rochdale, Manchester," katanya.Selama 18 hari di sana, Amir dan Edry yang juga Pengarah Seni Muzik AF 2016 menulis kesemua 12 lagu selain merakamkan vokal dan video muzik."Justeru, perjalanan untuk menghasilkan album ini sangat istimewa buat saya selain memberikan inspirasi buat saya untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik. Album 'AM' menampilkan lagu-lagu "Luar Kotak", "Calar", "Take Me Home", "Langit Biru", "Bakal Kekasih" dan "Nur Cinta".Terdahulu, promosi AM:PM sudah dimulakan lebih awal apabila poster album ini dipaparkan di papan iklan gergasi (billboard) di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Kelana Jaya dan Bukit Bintang sebulan sebelum album dipasarkan."Bagi saya, ini sesuatu yang sangat eksklusif bukan saja buat album ini tapi secara peribadi sepanjang kerjaya seni saya."Selain itu, pelbagai cenderahati istimewa seperti baju-T, lanyard, cawan, tote bag dan hoodie turut dihasilkan untuk mengiringi pelancaran album AM:PM ini," katanya.Selain dalam bentuk fizikal, album ini boleh distrim di semua platform penstriman muzik.Menariknya lagi, sebelum album dilancarkan lagi, lagu Nur Cinta dipilih sebagai lagu OST utama drama rantaian 36 Episod, Andai Tiada Dia terbitan Global Station di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam mulai 21 Oktober ini.AM:PM diterbitkan oleh AR United Music, syarikat rakaman milik Amir sendiri dan diedarkan oleh Nova Music.Siaran perdana muzik video rasmi Nur Cinta single peneraju dari album AM boleh ditonton sepenuhnya di saluran YouTube 'Nova Music Videos. |
Budak maut dipercayai didera, suami isteri ditahan | 1,729,172,479 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145482/budak-maut-dipercayai-didera-suami-isteri-ditahan | Erika George | 162 | 2024-10-17 13:41:19 | 2024-10-17T21:41:19 | Bintulu: Suami isteri ditahan polis di kediaman mereka di Sungai Setiam di sini, hari ini, disyaki mendera anak lelaki mereka sehingga maut. Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, pasangan warga tempatan 28 dan 34 tahun itu ditahan reman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Menurutnya, pada 7.50 malam Selasa lalu, polis menerima aduan berkaitan kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun tujuh bulan di Hospital Bintulu, yang disyaki didera. "Hasil siasatan awal yang dijalankan menemui unsur penderaan pada tubuh mangsa dengan kesan kecederaan pada bahagian pinggang dan kepala. "Siasatan juga mendapati mangsa dipercayai didera ibu tirinya di rumah mereka di Sungai Setiam," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyerbar berita tidak benar mengenai kejadian. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu ASP Mohamad Hashim Kasman di talian 011-15377837 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304. |
Datuk Seri bekas pemilik kelab bola sepak dipenjara seminggu | 1,729,170,021 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145466/datuk-seri-bekas-pemilik-kelab-bola-sepak-dipenjara-seminggu | Syazwan Msar | 292 | 2024-10-17 13:00:21 | 2024-10-17T21:00:21 | Kuala Lumpur: Bekas pemilik kelab bola sepak bergelar Datuk Seri hanya mahu membayar RM100,000, selain meminta tempoh seminggu untuk pembayaran menyebabkan beliau meringkuk dalam penjara.Peguam mewakili bekas pemain dan pegawai dua pasukan bola sepak itu, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak memaklumkan, permohonan itu tidak dipersetujui kerana sudah memberikan tempoh lama kepada bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United itu menjelaskan bayaran terbabit.Beliau berkata, individu berusia 50-an itu terpaksa meringkuk di Penjara Kajang bagi tempoh seminggu seperti yang ditetapkan mahkamah."Dia dimasukkan ke Penjara Kajang selama seminggu. Jika diikutkan beliau sememangnya mahu membayar, tapi bukanlah jumlah yang dipersetujui iaitu RM1.4 juta."Individu itu hanya mahu membayar RM100,000 dan meminta pula tempoh seminggu untuk menyelesaikannya. Oleh itu, beliau dikenakan hukuman penjara dan tidak boleh membayar ikat jamin kerana ini bukan reman," katanya ketika dihubungi Arena Metro.Terdahulu, Arena Metro melaporkan seorang bekas pemilik kelab bola sepak bergelar Datuk Seri ditahan sekali lagi selepas didapati melanggar perintah mahkamah untuk membayar baki tunggakan gaji berjumlah RM1.4 juta membabitkan 46 pemain dan 12 pegawai kelab berpangkalan di pantai timur itu pada 2018.Difahamkan, individu terbabit ditahan secara kebetulan selepas selesai prosiding sebutan kes jenayah berkaitan dengan dakwaan penipuan projek lebuh raya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.Menurut Suhail, individu itu ditahan mengikut peraturan sedia ada iaitu perintah komital yang sudah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun ini.Mahkamah sama turut membuat keputusan bahawa individu itu harus dipenjarakan selama seminggu atas kesalahan komital iaitu penghinaan terhadap perintah berkenaan.Sebelum ini, Arena Metro secara eksklusif melaporkan pemilik bergelar Datuk Seri itu sering mengelak untuk membayar tunggakan gaji kepada bekas pemain sehingga mereka terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan seperti pengawal keselamatan, penghantar makanan, pemandu e-hailing selain menjual semua koleksi bola sepak demi meneruskan kelangsungan hidup. |
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari | 1,729,138,953 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145250/kontraktor-anak-saudara-didakwa-bunuh-sabari | M Hifzuddin Ikhsan | 158 | 2024-10-17 04:22:33 | 2024-10-17T12:22:33 | Jitra: Seorang kontraktor dan anak saudaranya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh pesara pegawai kewangan FELCRA, Sabari Baharom, 62, pada 4 September lalu.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Huda Idris.Mengikut kertas pertuduhan, Mazuan dan Muhd Asyraf secara bersama melakukan bunuh dengan niat menyebabkan kematian ke atas Sabari pada jam 5.30 pagi pada 4 September lalu.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di titi Kampung Empa, Sungai Padang Terap di dalam Daerah Kubang Pasu.Berikutan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun dan minumum 12 kali sebatan.Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Noridien dan Mohamad Rizal Fadzil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Januari tahun depan. |
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari | 1,729,138,953 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145250/kontraktor-anak-saudara-didakwa-bunuh-sabari | M Hifzuddin Ikhsan | 158 | 2024-10-17 04:22:33 | 2024-10-17T12:22:33 | Jitra: Seorang kontraktor dan anak saudaranya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh pesara pegawai kewangan FELCRA, Sabari Baharom, 62, pada 4 September lalu.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Huda Idris.Mengikut kertas pertuduhan, Mazuan dan Muhd Asyraf secara bersama melakukan bunuh dengan niat menyebabkan kematian ke atas Sabari pada jam 5.30 pagi pada 4 September lalu.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di titi Kampung Empa, Sungai Padang Terap di dalam Daerah Kubang Pasu.Berikutan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun dan minumum 12 kali sebatan.Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Noridien dan Mohamad Rizal Fadzil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Januari tahun depan. |
Bicara kes khalwat Aliff, Ruhainies, Februari tahun depan | 1,729,134,900 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145212/bicara-kes-khalwat-aliff-ruhainies-februari-tahun-depan | Georgie Joseph | 394 | 2024-10-17 03:15:00 | 2024-10-17T11:15:00 | Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan tarikh 20 dan 27 Februari tahun depan bagi perbicaraan kes khalwat penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium, di sini, Mac lalu.Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan."Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20 Februari dan 27 Februari 2025 bagi tarikh perbicaraan," katanya.Terdahulu, Pegawai Pendakwa Syarie, Masroha Duki dan Mohd Nahar Mohamad dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan bahawa pihak pendakwaan sudah menyerahkan dokumen kes antaranya senarai saksi-saksi.Peguam syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A Ghani yang masing-masing mewakili Aliff dan Ruhainies mengesahkan dokumen terbabit.Pada 3 Julai lalu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.Mengikut pertuduhan, Aliff didakwa berada bersama Ruhainies yang bukan isteri atau mahramnya dalam keadaan boleh menimbulkan syak bahawa tertuduh (Aliff) melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah unit kondominum di Bukit Bintang, di sini, jam 12.35 pagi, 9 Mac lalu.Ruhainies pula didakwa bersama seorang lelaki beragama Islam Mohamad Aliff yang bukan suami atau mahramnya dalam keadaan boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral pada tempat, masa dan tarikh sama.Justeru pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.Sebelum ini kisah khalwat mereka hangat diperkatakan apabila Ruhainies mengesahkan dia dan Aliff diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis di kediamannya di ibu negara pada 8 Mac lalu.Ruhainies, dalam satu kenyataan berkata, keberadaan Aliff di dalam rumahnya adalah bertujuan untuk bertemu dengan ahli keluarganya yang dikenali aktor itu sejak 10 tahun lalu.Katanya, kakaknya, Risteena Munim juga antara individu yang menjadi saksi kerana berada di lokasi ketika tangkapan khalwat itu berlaku.Pada masa sama, Ruhainies turut mengakui kekhilafannya di sisi agama, kerana berada dalam situasi tersebut sekali gus menimbulkan syak wasangka negatif yang sepatutnya dapat dielakkan.Pada 13 Jun lalu, Aliff dan isterinya Bella Astillah sah bercerai talak satu kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah di sini.Aliff melafazkan talak itu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Bella selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. |
Bila KJ jadi DJ | 1,729,119,634 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145140/bila-kj-jadi-dj | Najiy Jefri | 585 | 2024-10-16 23:00:34 | 2024-10-17T07:00:34 | Nama Khairy Jamaluddin cukup sinonim dengan dunia politik, namun beliau kini berjaya mencipta nama sebagai penyampai radio di Hot FM.Selepas lebih setahun berkecimpung sebagai penyampai radio, Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ membuktikan beliau mampu menakluki industri penyiaran dengan penuh bergaya.Buktinya, KJ mencatatkan sejarah manis apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36), baru-baru ini sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri hiburan.Kejayaan yang dikecapi juga jelas membuktikan ke mana saja kakinya melangkah, KJ mampu 'menggegarkan' dan memberi impak baharu. Dari dunia politik yang pernah menjadi pentas utamanya hingga ke industri penyiaran, KJ menunjukkan kebolehan luar biasanya untuk menyesuaikan diri dan cemerlang.Namun, setiap apa yang diceburi tentunya bukan satu perkara yang mudah. Dalam tempoh lebih setahun, KJ bekerja keras untuk mengadaptasi dirinya dalam dunia radio yang berbeza dengan arena politik yang pernah diceburinya sebelum ini."Saya kena belajar benda yang saya tak tahu. Dia macam hari pertama di sekolah, kita tak tahu apa-apa dari A sampai Z. Cara pembawakan atau penyampaian di radio sangat berbeza jika dibandingkan dengan dunia lama saya," katanya mengenai cabaran yang dihadapi ketika mula-mula menjadi penyampai radio.Bagi KJ, peralihan kerjaya ini memerlukan pembelajaran yang cepat. Namun, beliau tidak bersendirian kerana rakan-rakan penyampai di Hot FM banyak membantu dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar. "Saya terpaksa belajar dengan cepat sebab itu saya tujukan kemenangan ini terutama kepada rakan-rakan penyampai saya kerana mereka menjadi guru saya. Kemenangan ini adalah disebabkan guru yang baik dan sedikit sebanyak memberi kemahiran kepada saya," katanya.Ditanya mengenai perkara-perkara lucu yang sering menghiasi tugas hariannya sebagai penyampai radio, KJ mengakui persekitaran kerja yang santai di Hot FM menjadikan kerjayanya lebih menyeronokkan."Momen lucu banyak sangat sampai orang cakap saya dah dirosakkan, terutamanya oleh Johan. Tetapi itu adalah sesuatu yang akan menjadi kenangan indah kepada saya."Jika saya kembali ke dunia lama satu hari nanti, ini akan menjadi pengalaman yang sangat berharga," katanya sambil ketawa mengimbau kenangan.Menurut KJ, walaupun beralih ke dunia hiburan, beliau tetap memandang serius pengaruh dan tanggungjawabnya sebagai penyampai radio.Baginya, pengalaman ini memberikan satu sudut pandang baru dalam memahami masyarakat. "Saya percaya kalau saya kembali ke dunia asal (politik), saya akan menjadi seorang yang lebih baik selepas ini dari segi pemahaman orang ramai," katanya.Mengulas mengenai ucapannya yang mengajak orang ramai untuk mempercayai perancangan Allah sekiranya satu pintu rezeki ditutup, KJ berkata, kehadirannya sebagai penyampai membuktikan rezeki Tuhan itu cukup luas untuk setiap hamba-Nya."Ketika itu, saya sekadar nak sampaikan mesej kepada orang ramai yang kita kena percaya kepada perancangan Allah. Macam saya, pintu rezeki ditutup, saya dikeluarkan daripada kumpulan dan dunia asal saya, tapi saya tidak tujukan kepada sesiapa."Apa yang penting dalam hidup ini kita buat apa yang terbaik, Insya-Allah, Tuhan akan permudahkan segalanya," katanya.Rezeki baru sebagai penyampai radio di Hot FM disambut dengan rasa syukur. Walaupun sering dipandang sinis oleh sesetengah pihak yang menyindir mengenai peralihannya dari bekas Menteri kepada deejay, beliau kekal positif."Alhamdulillah, Dia membuka pintu rezeki baharu buat saya dan saya tak rasa kekok atau pelik apabila orang ejek kata dulu saya Menteri sekarang jadi DJ."Saya tak pernah rasa begitu, sebaliknya saya bersyukur kerana dapat peluang baharu ini," katanya.Kejayaan KJ di ABPBH36 bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi juga menjadi bukti beliau mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi dan kerjaya.Suara KJ buat kali pertama berkumandang di stesen radio Hot FM mengendalikan slot Bekpes Hot bersama Johan dan AG pada 15 Februari tahun lalu. |
Rancak ekonomi Pulau Tuba | 1,729,119,560 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145136/rancak-ekonomi-pulau-tuba | Noor Hidayah Tanzizi | 718 | 2024-10-16 22:59:20 | 2024-10-17T06:59:20 | Terletak kira-kira lima kilometer di barat daya Jeti Kuah, Pulau Langkawi, Kedah, Pulau Tuba yang kaya dengan keindahan alam semula jadi terus memacu imej positif sebagai destinasi ekopelancongan apabila kemudahan dan fasiliti dinaik taraf menerusi program Kampung Angkat Madani. Pulau Tuba dan Selat dipilih sebagai Kampung Angkat Madani di bawah Kementerian Kewangan dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menjadi agensi pelaksana yang mana ia menerima peruntukan RM2.5 juta bagi pembangunan kawasan berkenaan sebagai tarikan pelancongan, sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk. Melalui inisiatif itu, sebanyak 12 projek sudah selesai dilakukan dan sedang dalam pelaksanaan dengan antaranya ialah program gotong-royong, program komuniti dan peralatan bantuan, pembinaan telaga tiub, pemasangan lampu solar, menaik taraf masjid dan surau, membaik pulih tandas dan landskap. Selain itu, ia turut meliputi kerja menaik taraf papan tanda dan pintu gerbang, membina gerai atau ruang niaga, menaik taraf dewan, balai raya, tandas, gelanggang, padang bola dan trek riadah serta pembaikan jalan kampung. Pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MKK) Kampung Selat Bagan Nyior, Hasmadi Mat Hashim, 48, berkata, program itu bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk serta pelancong, malah turut menjana ekonomi penduduk setempat. Menurutnya, selain itu jaringan pekerjaan dan pendapatan juga lebih meluas apabila penduduk tempatan tidak lagi hanya bergantung kepada pendapatan nelayan semata-mata apabila mereka juga boleh berniaga dengan suri rumah juga mengambil peluang itu untuk menjana ekonomi keluarga. "Banyak manfaat diperoleh melalui program Kampung Angkat Madani yang terus merancakkan lagi industri pelancongan di sini, malah banyak juga kemudahan dinaik taraf yang memberi manfaat kepada penduduk dan pelancong yang datang ke sini. "Kami bersyukur apabila masalah bekalan air dan jalan gelap dapat diselesaikan dengan pembinaan tiga telaga tiub serta pemasangan lampu solar. Lampu jalan memang ada cuma kurang dan pemasangan lampu solar ini menambahkan bilangannya, sekali gus menjadikan kawasan lebih terang pada waktu malam. "Sebelum ini ada laluan kampung agak gelap dan pelancong juga bimbang mahu keluar mencari makan sekitar kampung, tetapi kini masalah itu dapat diatasi dan laluan yang lebih terang menjadikan kami semua selesa," katanya. Katanya, pembinaan tiga telaga tiub mengatasi keluhan penduduk ketika krisis air berlaku apabila musim kemarau yang membawa keceriaan kepada 5,000 penduduk pulau itu yang berdepan masalah bekalan air sejak beberapa tahun lalu. "Setiap kali musim kemarau kami berdepan masalah bekalan air dan walaupun ada bantuan bekalan tetapi ia tetap tidak dapat menampung keperluan kami, malah penduduk terpaksa menggali telaga sendiri untuk mendapatkan sumber air sebelum ini. "Tetapi, kini kami sudah boleh menarik nafas lega apabila tiga telaga tiub itu sudah siap dibina dan boleh menampung keperluan penduduk bagi mendapatkan air untuk urusan harian," katanya. Sementara itu, anak jati Pulau Tuba yang juga pengusaha keropok lekor sejak 2018, Rosnani Che Ghazali, 49, berkata, dia menerima bantuan peralatan untuk mengembangkan perniagaannya, sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga. Menurutnya, melalui program Kampung Angkat Madani dia menerima bantuan mesin pengadun berkapasiti besar dan pembungkusan vakum yang memudahkan operasi perniagaannya terutama untuk pembungkusan keropok lekor. "Saya menerima mesin pengadun berkapasiti 30 kilogram (kg) dan pembungkusan vakum bagi mengembangkan usaha saya untuk memenuhi permintaan pasaran sekitar Langkawi. Sebelum ini saya boleh menghasilkan 40 bungkus keropok lekor sehari, tetapi sekarang dengan penambahan mesin ini lebih 100 bungkus boleh dihasilkan. "Malah, sekarang pembungkusan juga lebih mudah kerana sebelum ini mesin pembungkusan vakum saya rosak. Dengan adanya bantuan ini ia memang melegakan saya kerana pembungkusan lebih pratikal dan sesuai untuk pelancong bawa pulang keropok lekor kerana ia tidak mudah rosak," katanya. Bagi Ismail Masa, 53, sebagai anak jati Kampung Pulau Tuba dia bersyukur dan gembira melihat kemudahan serta projek pembangunan di pulau berkenaan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat, sekali gus menarik lebih kehadiran pelancong ke Pulau Tuba. Menurutnya, Pulau Tuba juga kaya dengan keindahan alam semula jadinya dan kian mendapat tumpuan dengan tarikan seperti hidangan mi udang, hasil laut segar, lokasi aktiviti mendaki bukit dan beberapa lokasi lain seperti Gua Wang Buluh dan Gua Kelawar. "Banyak manfaat yang penduduk peroleh daripada program ini seperti jalan kampung dibaiki, pemasangan 100 lampu solar yang sudah selesai dilakukan juga menggembirakan kami, malah kini kanak-kanak dan belia mempunyai lokasi beriadah apabila gelanggan futsal yang sebelum ini rosak sudah dibaik pulih. "Program ini juga menaik taraf masjid dan dewan orang ramai yang mana dengan kemudahan yang baik serta landskap menarik ia bukan saja memberi keselesaan kepada penduduk dan pelancong, sekali gus boleh menarik lebih ramai kehadiran pegunjung serta merancakkan aktiviti pelancongan di Pulau Tuba," katanya. |
Injap jantung Rizki semakin sempit | 1,729,117,823 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145127/injap-jantung-rizki-semakin-sempit | Zuhainy Zulkiffli | 338 | 2024-10-16 22:30:23 | 2024-10-17T06:30:23 | Teluk Bahang: Ketabahan seorang ibu menguruskan anaknya yang menderita penyakit Mucolipidosis tahap dua sejak dilahirkan terus teruji apabila dimaklumkan doktor hayat zuriatnya, Muhammad Izz Ar Rizki Mohd Zaki hanya berbaki tiga tahun. Kanak-kanak malang berusia empat tahun itu disahkan doktor mengalami gejala injap jantung sempit. Ibunya, Noridayu Azih, 42, berkata, terdahulu penyakit Mucolipidosis dihidapi anaknya dikesan doktor ketika dalam kandungan selepas mendapati tulang janin tidak membesar. Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu kini tidak mampu bercakap, namun boleh memahami pertuturan orang di sekeliling. "Penyakitnya itu menyebabkan dia kerap diserang sawan sekurang-kurangnya tiga kali dalam sehari dan perlukan pengawasan. "Lebih tiga tahun lalu, paru-parunya disahkan rosak selepas dijangkiti Covid-19 dan sehingga kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan (mesin BiPAP). "Bagaimanapun, pada bulan lalu, doktor mengesahkan hayat Muhammad Izz Ar Rizki mungkin tidak lama berikutan injap jantungnya yang semakin sempit dan nafas boleh berhenti pada bila-bila masa," katanya ketika ditemui, di sini. Mengulas lanjut, Noridayu berkata, dia sudah kering air mata mengenangkan nasib yang menimpa anak istimewanya itu. Katanya, Muhammad Izz Ar Rizki perlu berada dalam keadaan hawa yang dingin bagi mengelak sawan dan berikutan itu, kos perbelanjaan bagi bil elektrik di rumahnya melebihi RM400 sebulan berikutan penggunaan penyaman udara. "Selain mesin BiPaP, Muhammad Izz Ar Rizki turut menggunakan dua lagi peralatan iaitu mesin penyedut kahak dan tangki oksigen yang semua berjumlah RM46,000. "Muhammad Izz Ar Rizki juga masih pakai lampin pakai buang selain minum susu khas dan suplimen pengenyang berjumlah RM100 sekali belian," kata suri rumah itu lagi. Noridayu berkata, anaknya juga adalah penerima sumbangan daripada Pusat Urus Zakat sebanyak RM1,000 bagi pembelian peralatan di farmasi. "Bukan mahu meminta-minta, tetapi kos bagi memenuhi keperluan Muhammad Izz Ar Rizki setiap bulan juga tinggi dan hanya bergantung harap kepada pendapatan suami yang juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Dia anak yang istimewa dan kami reda dengan keadaannya. Selama mana hayatnya, saya akan pastikan Muhammad Izz Ar Rizki sentiasa dalam keadaan sihat," katanya. Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat Noridayu Azih bernombor 2239656552. |
Jawi milik kita semua - Lorenica Frenila | 1,729,085,301 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145083/jawi-milik-kita-semua-lorenica-frenila | Mahaizura Abd Malik | 394 | 2024-10-16 13:28:21 | 2024-10-16T21:28:21 | Kuala Lumpur: Gaya guru berketurunan Rungus, Sabah ini bersahaja menulis jawi, mencuri tumpuan sehingga mengimbau kembali ke zaman 70-an ketika tulisan itu pernah menjadi lambang perpaduan kaum di negara ini kerana digunakan kebanyakan rakyat Malaysia. Dalam satu video tular di Facebook (FB), Lorenica Frenila Masundim dilihat menulis peribahasa Bagai Aur Dengan Tebing dalam tulisan jawi dengan kemas. Menurut Lorenica, 34, dia mengambil inisiatif itu sebagai sebahagian daripada tugasnya mengajar topik jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang K9, Beluran. Katanya, dia berpeluang mempelajari jawi ketika menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, pada 2009. "Mungkin ramai tidak tahu, sejak 2020 tulisan jawi dimasukkan dalam subjek Bahasa Melayu Tahun Empat sebelum diteruskan hingga ke Tahun Enam bertujuan memperkaya murid dari aspek seni, warisan dan sejarah Melayu. "Disebabkan peribahasa yang ditulis menggunakan tulisan jawi sangat sedikit dalam buku teks Bahasa Melayu, saya merakam satu video sebagai kenangan pada 10 Oktober lalu. "Selepas murid selesai menyiapkan tugasan, saya merakam beberapa video hasil kerja mereka seperti kebiasaan rutin saya sebelum berkongsikannya di laman FB," katanya kepada Harian Metro. Lorenica berkata, dia tidak menyangka perkongsian di FB miliknya, Loren Fren, Khamis lalu meraih perhatian ramai dan reaksi positif termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. "Ramai mengimbau masa lalu zaman 70-an dan 80-an ketika tulisan jawi masih dikenali dan digunakan kebanyakan rakyat Malaysia yang mana paling mereka rindukan adalah persefahaman kaum dan kesatuan pada waktu itu. "Ramai juga yang rindu belajar tulisan jawi dan mereka juga berharap pembelajaran tulisan jawi diperluaskan lagi dan tidak kurang juga melontarkan komen negatif," katanya. Katanya, dia berharap persepsi mengenai jawi adalah tulisan umat Islam sahaja perlu diperbetulkan berikutan ia tulisan klasik yang digunakan untuk menulis Bahasa Melayu sama seperti tulisan lain di dunia termasuk tulisan rumi, China, India, Korea dan Thailand. "Mengajar dan belajar jawi sama sekali tiada kaitan dengan pengislaman mahupun mencemarkan kesucian agama Islam. Ingat Jawi bukan tulisan agama, jawi milik kita semua. "Jadi apabila tulisan ini diselitkan dalam sistem pendidikan sebagai pengenalan asas sahaja, janganlah kita melulu berfikiran negatif. "Pandanglah dari aspek positif iaitu ke arah melestarikan warisan seni, budaya dan sejarah tulisan khas Bahasa Melayu yang susah payah diwujudkan nenek moyang kita dan pernah menjadi tulisan yang menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum. "Jika kita ingin melihat masa depan negara yang lebih aman, bukalah sedikit ruang untuk menerima budaya sesama rakyat Malaysia," katanya. |
'Saya tidak berhasrat ke mahkamah lihat suspek, bimbang emosi saya terganggu' | 1,729,079,508 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145063/saya-tidak-berhasrat-ke-mahkamah-lihat-suspek-bimbang-emosi-saya-terganggu | Noorazura Abdul Rahman | 393 | 2024-10-16 11:51:48 | 2024-10-16T19:51:48 | Alor Setar: "Saya tidak berhasrat pergi ke mahkamah esok melihat suspek bunuh ayah, saya bimbang emosi saya akan lebih terganggu apabila melihat mereka berdua," kata Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25. Anak bongsu Sabari Baharom, 62, ini berkata dia dimaklumkan perkara itu oleh pegawai penyiasat pagi tadi bahawa dua suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kubang Pasu, esok. Bagaimanapun katanya, kakak sulungnya Suraiya Izzati, 29, akan pergi ke mahkamah esok bagi melihat sendiri pendakwaan terhadap dua suspek terbabit. "Saya harap kes ini akan berjalan lancar di mahkamah dan suspek akan mengaku di mahkamah, selepas ini saya harap mereka akan dikenakan hukuman paling maksimum supaya dia tidak akan ada peluang lagi buat perkara sama kepada orang lain. "Sekiranya dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati pun dia perlu terima, sebab dia pun ambil nyawa orang, apa yang dia buat dia akan dapat balik," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Amir berkata, dia tidak dapat menerima perbuatan suspek yang dianggap terlalu kejam untuk insan sebaik ayah yang selalu melayan suspek dengan baik. Katanya, kejadian seperti ini perlu menjadi iktibar kepada masyarakat kerana ketagihan judi juga boleh menyebabkan manusia bertindak di luar batas sehingga sanggup membunuh. "Selalu kita dengar orang ketagih dadah akan boleh buat tindakan kejam seperti bunuh ahli keluarga tapi kali ini agak luar biasa kerana ketagihan judi orang sanggup bunuh orang. "Suspek buat kepada ayah tanpa rasa bersalah, selepas campak ayah ke sungai dia boleh pergi berseronok berjudi di Batam, Indonesia, seperti tiada apa yang berlaku, jika manusia ada hati perut, dia akan rasa takut dan gelisah selepas bunuh orang," katanya. Amir berkata, sebagai anak dia tetap mahu keadilan untuk ayahnya dan dia yakin apa saja keputusan yang diambil mahkamah kelak akan menjadi contoh kepada masyarakat. Katanya, dia tidak mahu mengganggu perjalanan kes mahkamah malah apabila siasatan mula dilakukan secara terperinci dia menyerahkan segalanya kepada polis. "Kita tidak tahu apa yang suspek cakap mungkin dia hanya campak ayah ke sungai, atau mungkin dia pukul ayah dulu atau sebagainya, mayat ayah tidak ditemui. "Cara pembunuhan ayah pun akan jadi contoh, namun saya yakin dengan polis undang-undang negara, kes ini perlu jadi pengajaran kepada semua orang," katanya. Sebelum ini, dua lelaki masing-masing berusia 26 dan 38 tahun ditahan 27 September bagi membantu siasatan. Hasil siasatan, suspek terbabit membuat pengakuan mencampak mangsa ke dalam Sungai Padang Terap di Derang, Jitra dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat. |
Tiada jeritan minta tolong, hanya bunyi aneh | 1,729,076,377 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145055/tiada-jeritan-minta-tolong-hanya-bunyi-aneh | Muhammad Zulsyamini Sufian Suri | 320 | 2024-10-16 10:59:37 | 2024-10-16T18:59:37 | Taiping: Hanya bunyi aneh dan benda jatuh yang kedengaran, tetapi tiada langsung jeritan minta tolong, kata isteri kedua mangsa serangan harimau di hutan dekat Bersia di Gerik, semalam. Saina Binsa-i, 54, yang juga warga Thailand berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan dia ketika itu sedang bersiap untuk menunaikan solat sunat, kira-kira 5 pagi. Katanya, dia menyedarinya suaminya, Adnan Ismail, 54, tiba-tiba keluar dari rumah kongsi dihuni mereka sejak sebulan lalu, yang berkemungkinan untuk ke tandas. "Saya kemudian dengar bunyi macam 'kiuk' disusuli benda jatuh. Saya terus batalkan solat dan ketika itu saya yakin abang (Adnan) belum sampai ke tandas dan saya jenguk ke luar tetapi dia tidak kelihatan. "Beberapa kali saya panggil 'abang' tetapi tiada sahutan... memang tidak kedengaran bunyi lain pun selepas itu dan kemudian pekerja lain yang mendiami rumah kongsi sama beritahu suami dibaham harimau. "Disebabkan ketika itu masih gelap, kesan harimau yang baham abang tidak nampak. Apabila hari sudah cerah baru nampak kesan tapak kaki haiwan itu dan kesan seretan di tanah. Kesan darah pula dijumpai jauh sedikit dari rumah kongsi kami," katanya. Dia ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Taiping, di sini hari ini. Wanita itu yang mengambil upah sebagai tukang masak di tapak projek itu di hutan itu memberitahu, mereka sudah menduduki rumah kongsi berkenaan yang berdekatan laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli sejak sebulan lalu dengan Adnan sebagai pemandu jentera. Katanya, arwah ada menyatakan keinginan untuk pulang ke Kampung Kenor di Kuala Krai, Kelantan bagi bertemu anak-anaknya pada hari kejadian, bagi membeli barang keperluan. "Saya tak perasan tingkah laku (pelik) abang, cuma sehari sebelum, kejadian dia kata hendak balik berseorangan, menjenguk isteri pertama dan 10 anak mereka sebab ada duit lebih sedikit (beli barang keperluan). "Saya menyuruhnya balik pada Isnin, namun arwah mahu tunggu hingga esoknya (semalam)... tunggu hujan baru boleh keluar. Jika tidak hujan, dia perlu bekerja," katanya. Jenazah Adnan akan dikebumikan di Kampung Kenor, Kuala Krai selepas selesai proses bedah siasat. |
Atuk 'power' | 1,729,072,310 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145019/atuk-power | Redzuan Muharam | 440 | 2024-10-16 09:51:50 | 2024-10-16T17:51:50 | Johor Bahru: "Saya tak suka jatuh sakit kerana nanti kena jumpa doktor jadi sebab itu cuba jaga kesihatan dengan aktif bersukan walaupun dalam usia begini. "Satu lagi, sejak kecil saya suka tengok watak adiwira seperti Superman dan Incredible Hulk jadi karakter itu juga mendorong dapatkan badan seperti sekarang." Itu kata Tajudin Mustaffa ketika ditanya apa dorongannya mendapatkan badan sihat dan cergas walaupun dalam usia yang sudah mencecah 61 tahun. Kisah bapa dua anak dan datuk seorang cucu itu perhatian selepas salah seorang anaknya memuat naik video di TikTok. Video itu menunjukkan rangkuman perjalanan Tajudin ketika menyertai kejohanan Ironman hingga rata-rata netizen kagum dengan semangat dan tahap kecergasannya yang seperti orang muda. Bercerita lanjut, Tajudin yang sudah bersara sebagai pegawai bank pada tahun lalu berkata, dia aktif dalam sukan endurance (ketahanan) sejak 1984 dengan penyertaan sulungnya adalah dalam kejohanan KL Maraton. "Pada 1988, saya berhenti dalam sukan itu dan beralih ke bina badan selama dua tahun malah sempat menyertai Mr Johor 1990 serta mendapat tempat keempat. "Dalam tahun 1997 dan 1998, saya belajar berenang namun hanya yakin menyertai acara Ironman Triathlon pada 2009 dengan jumlah (jarak) 226 kilometer (km) iaiu jarak yang sukar disempurnakan," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Menurut Tajudin, dia sudah menganggap rutin senaman dan kecergasan seperti satu ketagihan buatnya. "Saya ibaratkan senaman macam orang merokok kerana perokok resah kalau tak dapat hisap. "Begitu juga saya yang gelisah kalau tak bersenam sehingga pergi bercuti ke mana-mana pun, saya akan bawa kasut dan gogal renang'," katanya. Ditanya soal penjagaan makanan, Tajudin berkata, dia tidak mengamalkan rutin diet dalam mengekalkan berat badan. "Saya tak diet kerana suka makan nasi campur, nasi padang malah Laksa Johor pun. "Cuma kalau orang tanya macam mana dapat badan begini, cara saya adalah gandakan latihan jika makan terlalu banyak. "Contoh kalau pergi kenduri makan nasi minyak, saya makan bertambah tapi esoknya lari tiga jam tapi ada tekniknya," katanya yang sudah lima kali menyertai kejohanan Ironman dengan penyertaan paling jauhnya di Thailand. Menurut Tajudin, dia belum terfikir untuk berhenti daripada terus aktif kerana seronok dan menganggap aktiviti itu sudah sebati dengan dirinya. "Dalam usia begini, saya masih bersemangat malah konsisten berlatih enam hari dalam seminggu dengan purata lapan jam ketika tiada pertandingan atau 15 jam jika perlu buat persediaan untuk kejohanan. "Tapi dalam seminggu pasti ada satu hari rehat kerana pemulihan penting namun buat masa ini tiada ada jurulatih dan hanya berpandukan buku berkaitan kecergasan serta bahan bacaan di Internet. "Bagi saya, tiada istilah terlambat untuk orang di luar sana yang ingin aktif dalam sukan baik muda mahupun berusia dengan syarat kesihatan dalam keadaan baik serta dapatkan nasihat doktor rutin senaman apa sesuai dilakukan jika ada penyakit," katanya. |
Datuk Seri bekas pemilik kelab ditahan akibat ingkar bayar tunggakan gaji | 1,729,067,791 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144991/datuk-seri-bekas-pemilik-kelab-ditahan-akibat-ingkar-bayar-tunggakan-gaji | Amirul Fazli Zulkafli | 349 | 2024-10-16 08:36:31 | 2024-10-16T16:36:31 | Kuala Lumpur: Liga Malaysia (Liga Malaysia), hari ini, gempar apabila seorang pemilik kelab bola sepak bergelar Datuk Seri ditahan sekali lagi selepas didapati melanggar perintah mahkamah untuk membayar baki tunggakan gaji berjumlah RM1.4 juta membabitkan 46 pemain dan 12 pegawai kelab berpangkalan di pantai timur itu pada 2018.Difahamkan, bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United itu ditahan secara kebetulan selepas selesai prosiding sebutan kes jenayah berkaitan dengan dakwaan penipuan projek lebuh raya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dekat sini.Menurut peguam mewakili bekas pemain dan pegawai dua pasukan bola sepak itu, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak, lelaki berusia 50-an itu ditahan mengikut peraturan sedia ada iaitu perintah komital yang sudah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun ini.Beliau berkata, pada 13 Februari lalu, mahkamah sama membuat keputusan bahawa individu itu harus dipenjarakan selama seminggu atas kesalahan komital iaitu penghinaan terhadap perintah berkenaan."Mahkamah bagaimanapun memberi penangguhan selama dua minggu kepada individu itu bagi memberi peluang terakhir melunaskan tunggakan gaji berkenaan. "Namun, dia bertindak mendiamkan diri dan hanya membayar RM600,000 setakat pertengahan 2023 dan semua tunggakan masih berbaki RM1.4 juta sehingga kini," katanya.Katanya, bekas pemilik kelab itu akan dibawa ke Penjara Kajang dan pihaknya akan memulakan tindakan jenayah di bawah kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kelak.Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu terbabit dapat membayar ikat jamin atau tidak.Ketika ini, terdapat sekurang-kurangnya dua kelab di Liga Super yang cukup kronik dalam isu tunggakan gaji iaitu Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City).Namun, kelab dari utara itu paling mencuri tumpuan apabila sehingga kini masih gagal menyelesaikan tunggakan gaji sehingga pemain utama memilih untuk memboikot latihan dan perlawanan ketika menentang KL City pada 14 September lalu.Bagaimanapun, mereka sudah menjalani latihan sebagai persiapan bertemu Terengganu FC (TFC) pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.Terdahulu, Arena Metro secara eksklusif melaporkan pemilik bergelar Datuk Seri itu sering mengelak untuk membayar tunggakan gaji kepada bekas pemain sehingga mereka terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan seperti pengawal keselamatan, penghantar makanan, pemandu e-hailing selain menjual semua koleksi bola sepak demi meneruskan kelangsungan hidup. |
Bekas jurulatih Penang FA, Tiago peluk Islam | 1,729,067,474 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144987/bekas-jurulatih-penang-fa-tiago-peluk-islam | Siti Aminah Mohd Yusof | 243 | 2024-10-16 08:31:14 | 2024-10-16T16:31:14 | Georgetown: Bekas ketua jurulatih Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (Penang FA), Jacksen Ferreira Tiago kini menggunakan nama Samir Jacksen Ferreira Tiago selepas memeluk Islam di Indonesia, Isnin lalu.Jurulatih kelahiran Rio De Janeiro, Brazil berusia 56 tahun itu mengucap dua kalimah syahadah dibimbing Ustaz H Nasikhin di Pondok Pesantren Nabil Husein, Samarinda, Indonesia.Khabar gembira itu dikongsi anak lelakinya, Samir Hugo, 19, yang juga pemain bola sepak profesional di negara seberang itu menerusi laman Instagram miliknya, @hugosamir28, semalam."Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya sekarang ayah. Saya saya menyayangi anda Mr Samir Ferreira Tiago," tulisnya."Cintaku padamu dan keluarga kita abadi, anak muda," balas Tiago di ruangan komen.Sebagai rekod, Tiago mendirikan rumah tangga bersama isterinya warga Indonesia beragama Islam, Nadira Bajamal yang juga berdarah keturunan Arab sejak 2004.Pasangan itu memiliki dua orang anak lelaki yang juga beragama Islam dan Tiago sebelum ini pernah dilaporkan berkata, keluarganya hidup dalam keadaan harmoni meskipun berbeza pegangan agama.Bekas pemain bola sepak Brazil yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Teknik PSSI Kaltim itu pernah mengendalikan Penang FA pada 2015 hingga 2016.Tiago sebelum itu mengambil alih tugas K Devan selaku ketua jurulatih pada 2015 dan membawa Penang FA melangkah ke suku akhir Piala FA selepas 13 tahun sebelum akhirnya tewas kepada Pahang.Pada ketika itu, Skuad Harimau Kumbang dinobat sebagai Naib Juara Liga Premier 2015 selepas mengharungi musim 2015 yang sungguh dramatik sehingga ke perlawanan terakhir liga.Pada 2 Disember 2020, Penang FA bertukar teraju pengurusan dan dikenali sebagai Penang FC sehingga kini. |
'Terima kasih Mara, semua yang bantu... saya janji belajar bersungguh-sungguh' - Nur Nasuha | 1,729,066,627 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144978/terima-kasih-mara-semua-yang-bantu-saya-janji-belajar-bersungguh-sungguh-nur | Nor Amalina Alias | 264 | 2024-10-16 08:17:07 | 2024-10-16T16:17:07 | Bachok:"Terima kasih pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan semua yang membantu saya dan keluarga, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh," kata pelajar cemerlang, Nur Nasuha Nusi, 12. Nur Nasuha meluahkan rasa gembira selepas menduduki ujian Kecenderungan MRSM (UKKM), 10 pagi tadi di MRSM Kuala Krai.Dia yang ditemani ibu, Nurul Izzati Nor, 31, menduduki peperiksaan khas itu yang berlangsung selama dua jam membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi kelayakan ke Tingkatan Satu di MRSM. Mereka dibawa pergi dan pulang oleh guru maktab berkenaan sebagaimana yang dijanjikan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Nur Nasuha berkata, dia lega kerana akhirnya tertunai sebahagian impian untuk ke MRSM dan hanya menunggu keputusan, Januari depan. "Alhamdulillah setakat ini, saya boleh jawab peperiksaan pagi tadi, rasa suka sangat lepas dah habis periksa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Nibong,Pak Badol, di sini, hari ini. Bapanya, Mohd Nusi Mamat, 38 berkata, keluarganya bersyukur dengan bantuan yang diterima sebaik kisah mereka sekeluarga tular sejak petang semalam. Katanya, mereka akan memanfaatkan bantuan termasuk tunai dan bantuan bulanan secara berhemat untuk keperluan keluarga terutamanya untuk perbelanjaan sekolah anak-anak dan persiapan bersalin isterinya, Nurul Izzati yang mengandung tujuh bulan. "Kami terkejut dengan bantuan yang diterima, hanya Allah SWT mampu membalas jasa semua," katanya. Dia berkata, kesusahan keluarga tidak diketahui ramai memandangkan sebelum ini dia bekerja dan keadaan keluarga melarat selepas dia mendapat penyakit gastrik teruk sehingga tidak dapat bekerja seperti biasa.Kisah Nur Nasuha terus dapat perhatian ramai Nur Nasuha akan duduki ujian khas MRSMPelajar cemerlang tercicir MRSM kerana miskin, harap dapat ubah nasib keluarga |
Rumah sudah tiada, nak duduk mana? - Saemah | 1,729,055,230 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144859/rumah-sudah-tiada-nak-duduk-mana-saemah | Alias Abd Rani | 336 | 2024-10-16 05:07:10 | 2024-10-16T13:07:10 | Muar: Hati mana tidak sedih mengenangkan 'syurga' yang menjadi tempat berteduh serta membesar sembilan anak sejak hampir sedekad lalu, lenyap dibadai ribut dan ombak susulan air pasang besar di pantai Parit Kedondong Laut, di sini, Ahad lalu.Saemah Marwan, 71, yang hanya mampu beristighfar sebaik melihat sebahagian dinding rumah diperbuat daripada batu tumbang manakala bumbung berterbangan akibat dibawa arus dan angin.Namun, Saemah bernasib baik kerana suaminya, Tumira Mukrin, 72, yang terlantar akibat diserang strok tujuh tahun lalu, tiada di rumah kerana menumpang rumah anak lelakinya, kira-kira 100 meter dari lokasi terbabit."Pada hari kejadian, saya ditemani anak lelaki ke Johor Bahru untuk rawatan kemoterapi akibat kanser pangkal rahim sejak tahun lalu. Apabila tiba di rumah pada petang, saya lihat bahagian hadapan sudah roboh."Malam itu jugalah rumah kami menyembah bumi, saya bernasib baik kerana beberapa hari sebelum kejadian, suami tinggal bersama anak buat sementara waktu."Bila tengok rumah sudah tiada, saya teringat waktu dulu masa anak masih kecil, rumah itulah jadi tempat mereka membesar," katanya ketika ditemui.Menurut Saemah, kejadian itu menyebabkan banyak barangan berharga tidak dapat diselamatkan selepas dibawa arus ke laut."Anak (Mohd Shafie, 37) hanya sempat menyelamatkan pinggan dan beberapa lagi barangan. Saya reda mana barang yang hilang biarlah nak buat macam mana," katanya. Saemah berkata mereka membina rumah terbabit di atas tanah miliki Jabatan Pengairan Saliran (JPS).Sebelum ini, pasangan itu menetap di ladang sawit di Segamat sebelum berhijrah ke Muar dengan suaminya ketika itu bekerja sebagai nelayan."Kami pun tak tahu hendak cakap apa, rumah sudah tiada. Habis nak duduk mana lagi, kami tidak ada tanah untuk bina rumah baru."Waktu mula-mula menetap di sini, ombak masih jauh lagi sekarang sudah makin dekat, selalu sangat berlaku hakisan. Kalau ribut tak usahlah cakaplah, kami terpaksa melaluinya," katanya.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Selamat Takim turut mengadakan lawatan ke rumah Saemah yang roboh akibat bencana itu."Pusat Khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) akan membantu keluarga ini untuk permohonan bantuan sara hidup dan perawatan sakit dihidapi," katanya. |
Ketepi bersosial demimu Muaz | 1,729,033,301 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144736/ketepi-bersosial-demimu-muaz | Redzuan Muharam | 413 | 2024-10-15 23:01:41 | 2024-10-16T07:01:41 | Cyberjaya: Biarpun tinggal berjauhan, kasih sayang Muhammad Ammar Mohamad Yusup terhadap adiknya, Muaz yang menghidap Cerebral Palsy (CP) tidak pernah berkurangan. Ini kerana hubungan mereka sangat rapat berikutan Muhammad Ammar, 22, yang selalu membantu keluarga menjaga adiknya sebelum ini. Namun, sejak menyambung pengajian dalam Diploma Pengurusan Umrah dan Haji di sebuah kolej, di sini, Muhammad Ammar tiada kesempatan untuk bersama Muaz, 14, tetapi akan 'mencuri masa' ketika pulang ke kampung pada hujung minggu atau cuti semester. Muhammad Ammar berkata, kepuasan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana dia sudah menjaga Muaz sejak kecil. "Saya ada 14 adik-beradik, tetapi sembilan daripadanya sudah berkahwin dan saya paling rapat dengan adik (Muaz). "Ia kerana sejak dulu saya yang bantu dan ambil alih tugas menjaganya kerana adik lumpuh, jadi tak boleh berjalan dan perlu bergantung dengan orang untuk bergerak. "Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, saya sudah sambung belajar, tapi ketika itu pembelajaran di rumah, jadi dapat bantu jaga adik. "Kini, saya hanya dapat pulang dua kali dalam sebulan dan ketika cuti semester, jadi waktu itu akan ambil alih tugas menjaga adik macam biasa," katanya. Bercerita lanjut, Muhammad Ammar berkata, cabaran awal ketika menjaga Muaz adalah membiasakan diri untuk mengetepikan masa luang bersama rakan. "Kadangkala, kita perlukan masa kita, tapi bila rumah tak ada orang, saya perlu tolak ajakan kawan untuk lepak untuk jaga adik. Mahu atau tidak, kena bantu dan itu antara pengorbanan perlu dilakukan. "Tapi, bila jaga adik, saya dapat rezeki yang tak dijangka kerana orang akan bagi duit untuk adik dan syukur kerana urusan mudah, malah sangat senang menjaganya," katanya. Menurut Muhammad Ammar, Muaz kini mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Muda di Parit Raja, Muar, Johor. "Dia (Muaz) boleh bercakap, cuma pelat, jadi orang yang tak biasa susah nak faham. "Sebagai abang, saya memang rindukannya bila sudah lama tak jumpa dan apabila nampak anak istimewa, saya secara automatik akan teringat adik. "Adik pun sama kerana bila saya hubunginya, dia akan tanya bila nak balik," katanya. Selagi ada kudrat, Muhammad Ammar akan terus membantu keluarga menjaga Muaz setakat yang termampu. "Cuma saya sudah mula fikir bagaimana masa depannya nanti. Siapa yang nak jaga adik jika saya tiada atau bila usianya semakin meningkat. "Moga yang baik-baik saja untuknya di kemudian hari dan syukur kerana ramai beri kata semangat selepas saya kongsi mengenai adik di TikTok. "Malah tak sangka akan tular kerana saja kongsi video untuk suka-suka," katanya yang bakal menamatkan pengajian setahun lagi dan menyimpan hasrat bergelar mutawif. |
Ketepi malu cari rezeki nyanyi 'busking' | 1,729,033,264 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144732/ketepi-malu-cari-rezeki-nyanyi-busking | Redzuan Muharam | 368 | 2024-10-15 23:01:04 | 2024-10-16T07:01:04 | Kuantan: "Malu itu memang ada kerana kena menyanyi depan orang ramai dalam keadaan diri ada kekurangan. "Tapi, saya teruskan juga kerana menyanyi di jalanan (busking) punca rezeki saya buat masa ini." Itu kata Nik Muhammad Noor Ameerul Khushairie, 29, mengenai kisahnya yang dilahirkan sumbing, namun berusaha mencari pendapatan dengan menjadi penyanyi jalanan di sekitar bandar ini. Bapa tiga anak menetap di Tanjung Lumpur, dekat sini, berkata, pekerjaan itu dilakukan sepenuh masa sejak akhir 2021. Katanya, dia dilakukan kerana minat menyanyi dan waktu kerja fleksibel yang membolehkannya menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga berbanding bekerja tetap. "Sebelum ini, bermacam pekerjaan pernah saya lakukan termaduk kerja sebagai tukang cuci di Singapura. "Lebih dua tahun juga saya bekerja di sana dan berhenti disebabkan pandemik Covid-19. "Pulang ke tanah air, saya bersama rakan tubuhkan kumpulan busker dan idea itu datang spontan saja kerana saya pun minat menyanyi. "Alhamdulillah, kami berjaya dapatkan undangan nyanyian dan kumpulan itu masih ada sampai sekarang walaupun ada yang sudah keluar cuma bukan selalu kami bersama kerana jika di pasar malam misalnya saya akan bergerak solo," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Nik Muhammad Noor berkata, rutin kerjanya bergantung kepada tawaran menyanyi di sesuatu tempat, namun lazimnya empat hari dalam seminggu. Berkongsi pengalaman membuat persembahan pula, Nik Muhammad Noor berkata, sejak sekolah dia memang suka menyanyi dan pernah menyertai pertandingan nasyid, jadi pengalaman itu banyak membantu. "Tapi, jujurnya saya ambil masa dua hingga tiga tahun juga nak sesuaikan diri dengan dunia pemuzik jalanan kerana ada cabarannya termasuk cuaca kerana ada masanya panas, kadangkala hujan. "Itu belum lagi nak hadap segelintir orang yang pertikaikan dan kecam, bukan waktu buat persembahan, tetapi di media sosial. "Orang itu tahu saya boleh menyanyi, tapi cuma menidakkan fakta dengan kata saya nyanyi sengau, tak betul dan sentuh bab fizikal kerana saya sumbing. "Tipu kalau kata tak tersinggung langsung dengan kata-kata mereka kerana sedar itu kekurangan saya, tapi lama-kelamaan sudah lali sampai tak ampil peduli dengan hinaan dilemparkan. "Apa yang penting, saya bersyukur kerana masih boleh bertahan selama tiga sebagai penyanyi jalanan dan boleh meraih paling tinggi RM400 dalam semalam serta anggaran RM8,000 sebulan," katanya.Berhubung perkongsiannya di TikTok, Nik Muhammad Noor mengakui awalnya tidak berani berkongsi videonya menyanyi di platform berkenaan. |
Gergasi sudah kembali! | 1,729,030,826 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144714/gergasi-sudah-kembali | Syafil Syazwan Jefri | 721 | 2024-10-15 22:20:26 | 2024-10-16T06:20:26 | "KE tepi! Ke tepi! Gergasi sudah kembali!".Lebih tiga dekad memperkasakan jenama KRU, kumpulan yang dianggotai trio adik beradik, Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim hadir dengan deretan karya hebat dan menambat hati jutaan peminat. Sebut saja karya-karya hebat mereka antaranya Awas!, Ohh! La! La!, Apa Saja, Fanatik, Jangan Lafazkan dan banyak lagi, tentunya KRU yang pernah mencipta fenomena ini akan mengisi bayangan memori mereka yang membesar di era 1990-an hingga 2000-an. Kini, tiga beradik ini kembali bersatu selepas mengumumkan mengenai persaraan mereka beberapa tahun lalu dan bakal hadir dengan buah tangan terbaru, namun kekal dengan DNA asal mereka. "Ini satu hari yang bersejarah dan kami harap satu detik terbaik untuk peminat juga. Kami ada sebuah album yang akan dihasilkan berjudul Kaset, memuatkan 10 lagu yang akan turut diadakan konsert bersiri yang akan berlangsung pada tahun depan," kata Norman. Menurut Norman, kehadiran album baharu ini umpama jawapan buat persoalan yang sering diajukan peminat kepadanya di media sosial. "Setiap kali saya muat naik hantaran di media sosial, orang akan tanya bila KRU nak keluarkan lagu baharu. Kadang-kadang, saya tertanya-tanya, adakah mereka lupa yang kami dah umumkan persaraan kami. "Tapi, Alhamdulillah, atas harapan mereka juga kami rasa kena buat dan saya rasa bukan hanya kami nak buktikan apa-apa. Kalau dapat tarik sokongan peminat baharu, Alhamdulillah," katanya. Berkongsi mengenai penghasilan album Kaset itu, Norman berkata, kali ini, semuanya dilakukan secara kerjasama bertiga. "Dari sudut penulisan lagu, kami buat secara bersama mungkin pada lima hingga enam tahun pertama KRU saja. Selepas itu, Edry ada bahagian dia, saya ada bahagian saya dan Yusry ada bahagian dia. "Jadi, masing-masing buat bahagian sendiri dan kadang-kadang, kita tahu lagu muzik itu muzik siapa. Jadi, yang berbeza dalam album baharu ini, kami buat semuanya bersama. "Malah, bahagian rap saya pun, mereka betulkan. Kalau tak, mereka tak pernah nak ajar saya rap. Jadi, perkataan atau cara penyampaian rap itu, semuanya hasil kerjasama yang lebih mantap berbanding sebelum ini," katanya. Bagi Yusry, keutamaan adalah untuk mereka sendiri menaruh kepercayaan dan jatuh cinta dengan karya yang dihasilkan sebelum diperdengarkan kepada peminat. "Pertama sekali, kami buat lagu untuk kami sendiri. Kami kena betul-betul percaya dengan karya itu dan tak boleh berpura-pura sukakan lagu itu sedangkan kami tak suka. "Kedua, untuk peminat KRU yang sedia ada, yang dah lama. Manakala, untuk peminat baharu, itu semua bonus buat kami. Kalau mereka suka, Alhamdulillah. Kami takkan keluarkan lagu untuk sesuaikan dengan zaman sekarang. Tak boleh. Ia takkan berhasil," katanya. Bagi Edry selaku penerbit, kerjasama ketiga-tiga mereka menjadi elemen penting dalam melengkapkan karya seni ini. "Kami memang bersetuju untuk saya terbitkan album ini, tetapi dari sudut lagi, saya sendiri juga sedar untuk kami kembalikan 'trademark' bunyi KRU itu, kami perlukan elemen Yusry dan Norman juga. Masing-masing ada identiti sendiri, tetapi, apa yang peminat gemari adalah bunyi bertiga itu. "KRU ini tiada formula. KRU punya lagu, kalau dimainkan tiga saat saja pun orang dah tahu itu lagu KRU. Dengan pengaruh hip hop Norman, Yusry dengan pop R&B dan saya lagu-lagu yang berat sikit, bunyi itu menjadi bunyi KRU. "Band lain tak boleh ambil bunyi itu sebab nanti orang akan cakap, mereka kedengaran seperti KRU. Jadi, cabaran dia adalah untuk bekerjasama dengan adik beradik yang dah sekian lama tak bekerjasama. Tapi, bagi saya secara peribadi, saya terbuka," katanya. Kompromi, tolak ansur dan ketepikan ego masing-masing menjadi tunjang utama buat ketiga-tiga mereka. "Apa pendapat mereka mengenai demo saya dan saya pun dengar pandangan mereka juga. Kelebihan kami selepas melalui pelbagai peringkat dan pengalaman, kami lebih terbuka sekarang. Mungkin dulu, darah muda, kamu mahu ikut cara kamu, kan? "Tapi, apa yang kami sedar dan bina bersama jenama KRU itu, dulu kami mencari arah untuk bawa karier ini ke mana. Tapi, apabila kami dah rehatkan sebentar jenama itu, kembali bersama dan kami kena buat semua seni bunyi itu. "Saya tak boleh lakukannya secara individu, kami kena buat bersama. Jadi, kompromi itu agak terbuka sekarang. "Dulu, kami bermula begitu, duduk dalam satu bilik bertiga. Itu magis yang kami rindukan kerana dah tak perlu ego masing-masing dan cara sendiri. Apa yang saya dengar daripada demo yang dihasilkan, bunyi KRU itu bakal dikeluarkan bermula 20 November ini," katanya. Tidak mustahil sekiranya muzik yang dibawakan KRU akan dapat mencuri perhatian peminat generasi baharu memandangkan nama dan sentuhan muzik mereka masih relevan sehingga ke hari ini. |
Nur Nasuha duduki ujian khas MRSM esok | 1,728,988,958 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144634/nur-nasuha-duduki-ujian-khas-mrsm-esok | Nor Amalina Alias | 344 | 2024-10-15 10:42:38 | 2024-10-15T18:42:38 | Bachok: Kisah sedih murid cemerlang yang tidak dapat menjalani ujian kelayakan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana kemiskinan keluarga mendapat perhatian segera daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).Kisah murid itu mendapat reaksi segera Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memuat naik hantaran mengenai Nur Nasuha Nusi, 12, di laman Facebook (FB) beliau kurang dua jam berita kanak-kanak itu dipaparkan media.Dalam hantaran itu, Asyraf Wajdi memaklumkan, pihaknya sudah meminta MRSM Kuala Krai untuk berhubung dengan ibu bapa murid itu dan menguruskan pengangkutan untuk Nur Nasuha menduduki Ujian Kecenderungan MRSM (UKKM). Beliau berkata, dia sering menyebutkan banyak kali supaya tidak menjadikan kemiskinan atau kekangan kewangan sebagai penghalang untuk menyambung pengajian. "MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu supaya tiada murid cemerlang yang tercicir. "Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini," tulisnya. Asyraf Wajdi turut memaklumkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA akan memberi tarikh baru UKKM kepada calon yang memohon penukaran tarikh ujian atas pelbagai sebab yang akan dimaklumkan pada 23 Oktober ini. Sementara itu, bapa Nur Nasuha, Mohd Nusi Mamat, 38 ketika dihubungi mengucapkan berterima kasih atas maklum balas segera Asyraf Wajdi dan pihak MARA berkenaan kisah anak keduanya itu. Katanya, dia sudah dihubungi pihak guru daripada MRSM Kuala Krai petang tadi untuk mengambil anaknya menduduki ujian UKKM, esok. Katanya, selain tercapai hasrat menduduki ujian untuk ke MRSM, keluarga turut menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada keluarganya."Anak (Nasuha) sangat gembira dengan berita ini dan nampak tak sabar nak menduduki ujian esok, saya berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaan kami," katanya.Terdahulu, kisah Nur Nasuha dari Kampung Lubuk Nibong,Pak Badol yang sedih kerana tercicir menduduki ujian UKKM ke MRSM kerana kemiskinan keluarga selepas bapanya, Nusi disahkan menghidap penyakit gastrik kronik sejak dua tahun lalu. Keadaan kesihatan bapanya, menyebabkan dia dan empat adik beradik serta ibu, Nurul Izzati Nor, 31 yang sarat mengandung tujuh bulan hidup dalam keadaan daif dengan hanya mempunyai sebuah motosikal serta sering terputus bekalan makanan. |
'Dah cerai tak semesti kena ada konflik' - Fazley | 1,728,981,013 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144574/dah-cerai-tak-semesti-kena-ada-konflik-fazley%C2%A0 | Syafil Syazwan Jefri | 290 | 2024-10-15 08:30:13 | 2024-10-15T16:30:13 | Kuala Lumpur: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob masih lagi melakukan aktiviti kebiasaan keluarganya seperti mana yang dilakukan sepanjang 18 tahun bersama bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz walaupun sudah bercerai. Fazley, 46, berkata, perceraian itu tidak bermakna mereka harus melalui fasa konflik kerana ia berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak. "Saya, Azrene dan anak-anak sangat okay. Tak ada masalah. Bahkan, kalau kalian tengok hantaran di Instagram saya semalam, kelmarin, seperti biasa saja kan. "Kami keluar makan, pergi melawat Azrene, kemudian kami keluar tengok wayang. Semua itu masih macam biasa. "Walaupun kami berpisah dalam akad, dan tak ada lagi perkataan yang melambangkan kami ini suami isteri, tapi, hubungan kekeluargaan itu masih utuh seperti mana 18 tahun kami bersama," katanya kepada Harian Metro. Tambah Fazley, penceraian juga tidak bererti hubungan kekeluargaan akan musnah dan tidak mahu anak-anak menderita. "Anak-anak juga tidak ada rasa apa-apa kekangan dalam hubungan saya dan Azrene. "Hubungan kami anak beranak masih sama, 'group' WhatsApp kami masih sama, nak jumpa pun masih sama, pergi makan pun di tempat yang sama. "Yang membezakan kehidupan kami sekarang adalah perhubungan yang tidak lagi berlandaskan hubungan suami isteri. "Saya percaya, perceraian itu tak bermakna berakhir sebuah kasih sayang dan berakhir hubungan kekeluargaan dan tidak bermakna anak-anak perlu menderita," katanya. Fazley juga berpegang dengan kata-kata yang menjadi pembakar semangat buat mereka sekeluarga. "Pada saya, ungkapan yang boleh saya kongsikan, yang saya, Azrene dan anak-anak saya jadikan pegangan tidak semua yang pahit itu racun dan tidak semua yang manis itu madu. "Kehidupan perlu diteruskan dan anak-anak semua memahami dan menghormati," katanya. Fazley bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh dan punca penceraian mereka. Rumah tangga Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13; dan Alayna Selma, 7. |
'Kasut itu hadiah daripada syurga saya, janji gembira' - Muhammad Arman | 1,728,976,336 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144536/kasut-itu-hadiah-daripada-syurga-saya-janji-gembira-muhammad-arman | Noor Hidayah Tanzizi | 537 | 2024-10-15 07:12:16 | 2024-10-15T15:12:16 | Bangi: "Itu hadiah daripada mak, syurga saya dan saya tahu kasut itu bukan asli tapi tak mengapalah. Saya tidak kisah sebab tahu harga kasut 'ori' (asli) mahal lalu minta mak belikan menyamai jenama itu," kata Muhammad Arman Mohd Khairi. Muhammad Arman, 11, mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi videonya berjoging sambil menunjukkan kasut 'baru' pemberian ibunya, Puspa Diyana Hussin, 40, yang meraih 3.3 juta tontonan. Kanak-kanak terbabit berkongsi kegembiraan menerima kasut berkenaan sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober lalu. Bagaimanapun, keterujaan Muhammad Arman mengayakan kasut itu tidak bertahan lama apabila netizen mengesan ia adalah kasut tiruan dan meminta kanak-kanak terbabit mendedahkan harga sebenar. Berkongsi kisahnya, Muhammad Arman berkata, dia sangat meminati model kasut jenama itu, namun menyedari harganya terlalu mahal lalu meminta hadiah seakan kasut sama kerana tidak mahu membebankan ibu bapanya."Saya beritahu mak mahu kasut itu dan cakap cari yang seakan sama kerana harganya mahal sangat. Saya tak kisah kasut itu asli atau tidak, janji saya dapat model seperti itu. "Mak belikan kasut itu dalam talian dan harganya tidak sampai RM80. Saya rasa gembira sehingga melompat apabila dapat 'kasut' itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam. Katanya, dia bersyukur dengan hadiah diberikan ibu dan bapanya, Mohd Khairi Othman, 41, malah akan selalu menhargainya kerana sangat bermakna kepadanya. "Setiap kali hari jadi, mak selalu beri hadiah seperti baju, beg dan dompet atau belanja makan. Semua hadiah diberikan tidaklah mahal, tetapi saya tetap menghargainya kerana ia pemberian mak, syurga saya."Sebab itu saya buat video di TikTok untuk menghargai hadiah itu dengan mengikut trend (buat-buat barang jatuh, tunjuk kasut), tetapi tak sangka pula dapat perhatian, malah ada yang salah sangka cakap saya nak menunjuk kasut tiruan, ada suruh saya beritahu harga kasut itu. "Terasa juga hati baca komen, tetapi saya sabar sahaja dan tak sangka ada rezeki lain apabila ramai yang memberi sokongan serta mahu hadiahkan saya kasut, malah stesen radio belikan kasut untuk saya dan keluarga," katanya. Sementara itu, Puspa Diyana berkata, dia terkejut apabila perkongsian anak kedua daripada tiga beradik mendapat perhatian dan menerima kecaman, namun mengakui dia dan keluarga memaafkan individu terbabit.Menurutnya, perkongsian Muhammad Arman juga bukan untuk meraih simpati atau mengambil kesempatan, sebaliknya hanya kandungan video biasa untuk akaun sosial anaknya.Katanya, dia tetap berterima kasih kepada semua pihak kerana memberi sokongan dan menghadiahkan kasut kepada anaknya. "Apabila video Arman dikecam, dia rasa 'down' dan tunjuk kepada saya semua komen. Saya minta dia bersabar kerana perkara seperti itu adalah biasa jika di media sosial. Dia yang sedih kemudiannya terus tidur. "Saya juga ada tinggalkan komen untuk menerangkan isu itu dan sejujurnya memang komen agak menguris hati hingga buat saya sedih tetapi kami maafkan, malah ada yang kecam pun, mesej kami minta maaf," katanya. Katanya, Muhammad Arman disifatkan seorang anak sangat memahami, ringan tulang, suka membantu, disenangi ramai dan pandai menghargai pemberian orang. "Ini kali pertama Arman minta hadiah kerana dia sangat suka kasut itu dan saya belikan juga walaupun bukan asli kerana tidak mahu berasa ralat. "Kalau nak beli kasut asli boleh... cuma kena simpan wang kerana kalau beli terus ketika itu, macam mana dengan keperluan lain kerana harga kasut itu mahal," katanya yang juga suri rumah dan mengambil tempahan memasak, manakala suami adalah pekerja penyelenggaraan sebuah hotel. |
Fazley dah cerai beberapa bulan lalu | 1,728,974,920 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144527/fazley-dah-cerai-beberapa-bulan-lalu | Syafil Syazwan Jefri | 141 | 2024-10-15 06:48:40 | 2024-10-15T14:48:40 | Kuala Lumpur: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 46, mengesahkan dia sudah bercerai dengan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan lalu. Fazley dalam satu kenyataan berkata, dia berharap dengan pengumuman ini akan menutup kekeliruan masyarakat mengenai rumah tangga mereka yang sudah dibina sejak 18 tahun lalu itu. "Semoga dengan adanya berita ini, tidak akan ada lagi kekeliruan mengenai hubungan kami berdua selepas ini," katanya. Bagaimanapun, Fazley tidak menyatakan bila tarikh mereka bercerai, namun berkongsi bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh edah beberapa minggu lalu. Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini berkata, hubungan dia dan Azrene masih lagi baik seperti mana ketika mereka mula-mula berkenalan dulu. Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13; dan Alayna Selma, 7.Fazley turut memaklumkan keempat-empat anak mereka itu adalah atas jagaan bersama. |
Fazley dah cerai beberapa bulan lalu | 1,728,974,920 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144527/fazley-dah-cerai-beberapa-bulan-lalu | Syafil Syazwan Jefri | 141 | 2024-10-15 06:48:40 | 2024-10-15T14:48:40 | Kuala Lumpur: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 46, mengesahkan dia sudah bercerai dengan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan lalu. Fazley dalam satu kenyataan berkata, dia berharap dengan pengumuman ini akan menutup kekeliruan masyarakat mengenai rumah tangga mereka yang sudah dibina sejak 18 tahun lalu itu. "Semoga dengan adanya berita ini, tidak akan ada lagi kekeliruan mengenai hubungan kami berdua selepas ini," katanya. Bagaimanapun, Fazley tidak menyatakan bila tarikh mereka bercerai, namun berkongsi bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh edah beberapa minggu lalu. Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini berkata, hubungan dia dan Azrene masih lagi baik seperti mana ketika mereka mula-mula berkenalan dulu. Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13; dan Alayna Selma, 7.Fazley turut memaklumkan keempat-empat anak mereka itu adalah atas jagaan bersama. |
11 laluan utama di Kuala Lumpur dinaiki air | 1,728,969,738 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144475/11-laluan-utama-di-kuala-lumpur-dinaiki-air | Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil | 286 | 2024-10-15 05:22:18 | 2024-10-15T13:22:18 | Kuala Lumpur: Taburan hujan lebat sehingga 114 milimeter (mm) sejam mengakibatkan 11 laluan di sekitar ibu negara, di sini dinaiki air hari ini.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, hujan lebat bermula 8.30 pagi mengakibatkan limpahan air terutama di Sungai Batu,Sungai Klang, dan Sungai Gombak."Kawasan yang terjejas adalah Jalan Pantai Baharu, Jalan Parlimen (Bulatan Dato' Onn), Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Travers, Jalan Damansara (Bawah jejambat Semantan), Jalan Ledang dan Jalan Segambut."Turut terjejas, Jalan Genting Klang (berhadapan Shell) Jalan Genting Klang (berhadapan UTAR), Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Sultan (Petaling Street)," menurut kenyataan hari ini. Dalam kenyataan sama DBKL berkata, kejadian banjir itu berpunca berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi iaitu melebihi 60 mm sejam.Katanya, bacaan taburan hujan di stesen pusat bandar mencatatkan bacaan melebihi 114 mm."Petugas DBKL turun ke lapangan bagi memastikan situasi di kawasan tersebut dalam keadaan terkawal. "Kerja-kerja yang dijalankan adalah seperti penyuraian trafik bagi membantu melancarkan pergerakan aliran trafik. "Setakat 10.45 pagi, semua laluan utama di pusat bandar telah dibuka kecuali di Jalan Rahmat ditutup satu hala," katanya. Menurutnya, dua buah pam statik diaktifkan di Jalan Sultan Azlan Shah dan tiga buah pam mudah alih diatur gerak bagi mengepam air air bertakung. Katanya, keadaan kembali beroperasi seperti biasa tidak lama kemudian susulan tindakan proaktif pihak DBKL.Berdasarkan tindakan diambil DBKL, majoriti kawasan yang terlibat dapat dikawal dan air yang bertakung surut dalam tempoh 30 minit."Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati apabila hendak melalui kawasan yang masih belum surut sepenuhnya," katanya.Banjir kilat turut landa UMTaburan hujan tinggi lebih 60 mm punca Kuala Lumpur banjirAmaran ribut petir di 8 negeri, KL, Putrajaya hari iniMurid taska cemas, bilik darjah dilanda banjirTanah runtuh 30 meter cemaskan pendudukHujan lebat, banjir kilat, sidang Parlimen mula lewat |
Pemandu wanita didakwa bunuh 3 penuntut UiTM Dungun | 1,728,964,944 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144433/pemandu-wanita-didakwa-bunuh-3-penuntut-uitm-dungun | Zatul Iffah Zolkiply | 232 | 2024-10-15 04:02:24 | 2024-10-15T12:02:24 | Dungun: Pemandu wanita yang menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, 9 Oktober lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.Tertuduh, Norizan Ismail ,49, berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara berasingan dih adapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Jalan Pantai berhadapan UiTM di sini, jam 7.35 malam pada 9 Oktober lalu.Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahanMahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bharu dan menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azizan Abdullah dan Nur AzhaniAzman manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin.Selain itu, tertuduh yang juga ibu kepada tiga anak itu akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.Media sebelum ini melaporkan tiga penuntut UiTM Dungun maut manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.Dalam kejadian itu, tiga penuntut itu meninggal dunia d ilokasi kejadian manakala rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, cedera pada anggota badan. |
'Badan sakit cuci lumpur!' | 1,728,964,825 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144431/badan-sakit-cuci-lumpur | Safuri Kamarudin | 358 | 2024-10-15 04:00:25 | 2024-10-15T12:00:25 | Baling: "Balik dari PPS (Pusat Pemindahan Sementara), saya cuci rumah bila tengok cuaca agak cerah tapi malang selepas bersih di ruang tamu tiba-tiba hujan. Tak sempat nak kering terpaksa berpindah semula ke PPS petang semalam (kelmarin)," kata Nuridah Setu, 48, dari Kampung Batu 8, Mukim Siong, dekat sini.Nuridah berkata, kediamannya sekali lagi dilanda banjir malam kelmarin menyebabkan dia sekeluarga berpindah semula ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari.Menurutnya, banjir kali ini paling buruk hanya selang sehari berlaku banjir dengan lumpur penuh di dalam serta becak keliling kawasan rumah."Saya tak daya lagi kalau sering dilanda banjir sehingga badan sakit dan demam. Baru cuci sekejap banjir melanda lagi," katanya.Nuridah dan suaminya, Mohd Zaimi Md Zaki, 47, berkata malam kelmarin air naik lebih tinggi berserta selut dan menyukarkan untuk membersihnya."Air naik sehingga satu meter dan banyak barangan tidak sempat untuk diselamatkan kerana terlalu letih," katanya.Seorang lagi mangsa banjir, Zaliza Salleh, 39, dari Kampung Pantai Lubuk Pedati, berkata air naik jam 5 pagi menyebabkan dia berpindah ke PPS Kompleks Rakan Muda, Batu 42 tengah hari kelmarin.Katanya, dia pertama kali berpindah ke PPS kerana sebelum ini air masuk ke rumah tidak seteruk kelmarin kerana air mencecah hampir satu meter."Kami keluar cepat-cepat takut terperangkap kerana arus Sungai Ketil semakin deras."Banyak barangan dan perabot tidak sempat di selamatkan kerana tidak menyangka banjir berlaku dengan teruk kali ini."Biasanya air naik paras lantai sahaja tetapi kali ini paling teruk pernah saya alami," katanya.Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata seramai 867 mangsa banjir daripada 309 keluarga masih berada di sembilan PPS setakat tengah hari semalam.Katanya, hujan lebat berterusan selama empat jam malam kelmarin menyebabkan pertambahan mangsa yang berpindah ke PPS "Hujan lebat selama empat jam sejak jam 7 malam menyebabkan air Sungai Ketil terus melimpah ke penempatan penduduk."Kebanyakan mangsa yang dipindahkan tinggal berdekatan tebing sungai," katanya.Beliau berkata, semua mangsa berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Seri Bayu, Maktab Mahmud Bongor, Surau Kampung Lahar, Dewan Tun Abdul Razak Baling (lama), Dewan Tun Abdul Razak (baru), Kompleks Rakan Muda, Batu 42 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Seng York. |
Pemandu wanita sebabkan 3 penuntut UiTM Dungun maut didakwa hari ini | 1,728,960,822 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144409/pemandu-wanita-sebabkan-3-penuntut-uitm-dungun-maut-didakwa-hari-ini | Zatul Iffah Zolkiply | 110 | 2024-10-15 02:53:42 | 2024-10-15T10:53:42 | Dungun: Pemandu wanita yang menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan seorang lagi cedera pada 9 Oktober lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.Pemandu wanita berusia 49 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Dungun pada 8.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.Turut kelihatan, suami dan beberapa ahli keluarga wanita itu yang hadir bagi mengikuti prosiding pada hari ini.Sebelum ini, wanita itu direman selama empat hari sehingga Ahad lalu (kelmarin) namun, perintah reman terhadapnya disambung dua hari lagi hingga hari ini.Media sebelum ini melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan. |
RM1.287 juta kos perkukuh benteng | 1,728,946,857 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144368/rm1287-juta-kos-perkukuh-benteng | Amirul Aiman Hamsuddin | 378 | 2024-10-14 23:00:57 | 2024-10-15T07:00:57 | Sekinchan: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) sudah melaksanakan projek kawalan hakisan dan memperkukuh benteng di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, di sini, dengan kos RM1.287 juta.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Selangor, Izham Hashim berkata, projek itu sudah bermula pada 20 Jun lalu dan dijangka siap 20 Mei tahun depan."Projek itu adalah penambahbaikan membabitkan struktur pengukuhan benteng pantai (rock revetment) sepanjang 18 meter."Sebelum ini, JPS sudah membina tembok konkrit sepanjang 25 meter di tapak sedia ada sejak 2016 dengan kos sebanyak RM 20,000 dan projek kawalan hakisan ini adalah inisiatif tambahan diambil untuk mengatasi banjir kilat akibat air pasang besar," katanya kepada Harian Metro.Semalam Harian Metro melaporkan keluhan peniaga di kawasan pelancongan Pantai Batu 23, Sungai Nibong, di sini yang terpaksa berdepan banjir kilat akibat fenomena air pasang besar saban tahun.Bukan sahaja terpaksa menutup premis, malah kawasan persekitaran juga turut dipenuhi lumpur dan sampah sarap apabila banjir surut.Difahamkan, kawasan pelancongan itu terdedah kepada risiko fenomena air pasang besar sehingga lima kali setahun.Izham turut mengingatkan peniaga dan penduduk di kawasan terbabit supaya berwaspada dan peka dengan fenomena air pasang besar, khususnya yang akan berlaku pada 17 hingga 20 Oktober ini."Pihak berwajib akan sentiasa memantau dan memberi makluman awal kepada anggota masyarakat," katanya.Dalam perkembangan sama, Izham memaklumkan Kerajaan Negeri sudah selesai melaksanakan Kajian Keberkesanan Benteng Pantai Selangor Ke Atas Perubahan Aras Laut pada tahun lalu."Kajian ini dibuat bagi menilai keutuhan benteng pantai sedia ada di sepanjang garis pantai yang dikenal pasti di Selangor dan merangka pelan induk yang komprehensif dan bersepadu bagi pengurusan fenomena banjir pantai."Berdasarkan kajian itu, Selangor mempunyai panjang pantai sepanjang 492.1 kilometer yang meliputi lima daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang."Daripada keseluruhan pantai tersebut, sepanjang 198.87 kilometer telah dilindungi dengan ban pantai dengan perincian Sabak Bernam (59.22 kilometer), Kuala Selangor (60.44 kilometer), Klang (58.82 kilometer), Kuala Langat (12.55 kilometer) dan Sepang (7.84 kilometer)," katanya.Bagaimanapun, katanya, terdapat jajaran pantai yang memerlukan kerja-kerja menaiktaraf dan pembinaan ban baru."Berdasarkan anggaran awal, kos yang diperlukan bagi menaiktaraf keseluruhan jajaran di Selangor adalah sebanyak RM292 juta yang mana terdapat jajaran yang memerlukan pembaikan segera dan terdapat jajaran yang perlu dinaiktaraf sebagai penyelesaian jangka masa panjang," katanya.Sebarang masalah di kawasan anda boleh dikongsi ke e-mel ke Suara Anda, Kami Dengar di am@hmetro.com.my |
'Penyelamat' di bulan penting | 1,728,946,838 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144366/penyelamat-di-bulan-penting | Noor Hidayah Tanzizi | 709 | 2024-10-14 23:00:38 | 2024-10-15T07:00:38 | Kuala Lumpur: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 diperuntukkan kerajaan bagi lima juta murid dan pelajar memberi peluang kepada ibu bapa menyediakan keperluan sekolah lebih baik dan serba lengkap kepada anak. Bantuan berkenaan, sekali gus melegakan ibu bapa apabila ia meringankan beban dalam menyediakan keperluan sesi baharu terutama ketika peningkatan kos sara hidup ketika ini. Malah, BAP juga disifatkan 'penyelamat' terutama ketika sambutan Ramadan dan Aidilfitri lalu hampir sama dengan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun ini. Kakitangan swasta, Norzilawati Md Said, 41, berkata, dia menghargai inisiatif kerajaan yang disifatkan adil dalam membantu semua golongan ibu bapa untuk menyediakan keperluan persekolahan anak bagi sesi persekolahan baharu. Menurutnya, dia mempunyai tiga anak berusia antara enam hingga 12 tahun dengan dua daripadanya sedang bersekolah dan mengakui dirinya memerlukan belanja yang agak besar untuk keperluan persekolahan. "Seorang anak memerlukan RM500 untuk barang kelengkapan termasuk yuran serta buku bagi sekolah pagi dan petang (sekolah agama), jadi bantuan ini dapat meringankan beban kami. "Bantuan ini memberi peluang kepada ibu bapa membeli barangan baharu seperti kasut sekolah yang biasanya memang perlu digantikan setiap tahun selain beg dan baju seragam," katanya. Katanya, biarpun jumlah bantuan disalurkan tidak dapat menampung keseluruhan kos perbelanjaan, namun ia tetap memberi kesan baik kepada perancangan perbelanjaan keluarga, malah memberi kelegaan kepada ibu bapa terutama yang mempunya anak lebih ramai. "Wang bantuan diterima sangat membantu walaupun ia tidak dapat menampung semua tetapi boleh mengurangkan kos belanja membeli kelengkapan persekolahan baharu. "Mungkin RM150 dilihat jumlah agak sedikit, tetapi untuk anak yang ramai ia memberi impak yang besar, malah saya yang mempunyai dua anak bersekolah rasa BAP sangat meringankan beban kami," katanya. Menurut Norzilawati, bantuan berkenaan juga menunjukkan komitmen kerajaan membantu rakyat segenap lapisan apabila semua pelajar dan murid layak menerima bantuan itu. "Insiatif seperti ini bagus dan perlu diteruskan untuk memberi manfaat kepada rakyat kerana sebelum ini ada bantuan tertumpu kepada golongan B40 sahaja, tetapi BAP diberikan kepada setiap murid dan pelajar," katanya. Jurutera, Nur Ainni Ramli, 36, berkata, ini kali pertama dia menerima bantuan berkenaan dan mengakui menarik nafas lega apabila ia mengurangkan kos persediaan anak ke sekolah terutama apabila pembukaan sesi baharu lalu hampir dengan sambutan Aidilfitri. Katanya, bantuan itu juga dapat memastikan barangan keperluan untuk persediaan persekolahan anak mencukupi, malah ia turut membantu persediaan mental dan emosi anak untuk menghadapi sesi pembelajaran. "Pemberian bantuan ini bantu tampung kos perbelanjaan persediaan kemasukan sekolah kerana bulan itu juga (pembukaan sesi persekolahan) memerlukan perbelanjaan untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri. "Justeru, ia membantu kami merancang perbelanjaan lebih baik menggunakan bantuan itu sebagai wang tambahan untuk fokus kepada persediaan kelengkapan persekolahan anak," katanya. Ibu tiga anak itu berkata, persediaan kelengkapan persekolahan yang lebih baik memberi keyakinan kepadanya untuk membolehkan anaknya belajar dengan selesa di sekolah. "Justeru, bantuan ini sangat baik dan wajar diteruskan bagi membantu ibu bapa setiap golongan dalam menghadapi kos perbelanjaan yang semakin meningkat. "Bantuan ini menunjukkan bukti keprihatinan kerajaan meringankan beban ibu bapa bagi menyediakan persediaan pembelajaran anak," katanya. Bagi Nur Azrin Ramli, 36, bantuan itu digunakan untuk membeli alat tulis, kasut dan beg baharu bagi kegunaan dua anaknya menggantikan barangan lama yang sudah tidak boleh digunakan tahun ini. Menurutnya, ia mengurangkan peruntukan keperluan persekolahan anak di mana wang yang disediakan untuk keperluan itu sebelum ini boleh digunakan untuk keperluan lain seperti wang belanja anak ke sekolah setiap hari. "Dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini, ia membantu ibu bapa dan bantuan diterima itu dimanfaatkan sebaiknya untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak bagi memudahkan mereka belajar dalam suasana lebih kondusif di sekolah. "Untuk dua anak saya dapat BAP RM300. Walaupun jumlah itu tidak cukup terutama dalam keadaan harga barang semakin meningkat, tetapi saya buat survei di beberapa kedai dan dengan bajet itu saya dapat barangan yang dijual pada harga paling berpatutan namun berkualiti. "Sumbangan untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pembelian buku sekolah dibayar dengan wang yang kami sudah peruntukkan untuk anak kerana ia lebih penting dan menjadi keutamaan, jadi BAP RM150 ini memang dimanfaatkan sepenuhnya untuk kelengkapan lain," katanya. Selain BAP, kerajaan juga komited untuk terus memberikan suasana lebih kondusif kepada murid dan pelajar di sekolah dengan sasaran 40 projek pembangunan semula bangunan daif sekolah yang diluluskan dapat disiapkan pada tahun ini. Peruntukan itu membabitkan RM582 juta dan sehingga kini RM257 juta sudah dibelanjakan untuk menaiktaraf 16 sekolah di seluruh negara setakat ini. |
Marsha tak fikir lama | 1,728,943,224 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144345/marsha-tak-fikir-lama | Ridzuan Abdul Rahman | 480 | 2024-10-14 22:00:24 | 2024-10-15T06:00:24 | PEMBABITAN Marsha Milan Londoh bukan hanya bertumpu dalam nyanyian, malah kini semakin mengharum sebagai juri program nyanyian.Terbaru, Marsha, 38, ditampilkan sebagai juri rancangan realiti terbaru, A Million Voice (AMV) bergandingan dengan dua nama besar dalam bidang nyanyian iaitu Datuk Awie dan Datuk Hattan yang menawarkan hadiah RM1 juta."Program AMV diterbitkan untuk lapan episod dan boleh dikatakan ia sesuatu yang segar untuk penonton kita. Sebelum ini saya pernah jadi juri Suara Viral musim kedua dan ketiga."Tak dinafikan ada juga persoalan kenapa saya dipilih? Tapi penerbit tentu ada alasan sendiri dalam pemilihan. Saya pun ada pengetahuan dalam muzik, belajar muzik."Saya rasa matlamat saya dan dua juri lain adalah sama, mencari pelapis yang boleh mewarnakan lagi industri kita," katanya.Pada masa sama, Marsha juga meluahkan kesyukuran kerana pemilihannya selaku juri program nyanyian diterima baik peminat."Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi netizen yang mempertikaikan pemilihan saya sebagai juri program nyanyian. Syukur saya masih selamat di mata netizen."Menjawab persoalan berkenaan bayaran, ia bukanlah terlalu tinggi melampau tetapi dikira munasabah dengan nama, pengalaman dan ilmu yang saya ada."Tidak ada (bayaran lumayan). Bayaran tahap episod biasa saja. Siapalah saya mahu mengenakan kadar bayaran yang terlalu tinggi. Bayaran Marsha Milan masih munasabah," katanya.Program AMV akan dihoskan oleh Joey Daud. Hadiah bernilai RM1 juta itu merangkumi sebuah kereta elektrik, kontrak rakaman album dan membuat persembahan dalam konsert roadshow selama tiga tahun."Sebaik ditawarkan jadi juri, saya tak fikir lama terus setuju. Dah tentu selain cari pelapis baharu untuk mewarnai industri, saya sendiri nak juga ada platform besar untuk karier."Saya pasti ramai yang tanya bagaimana cara bekerja dengan Datuk Hattan. Dia kalau bekerja lain karakternya, agak mesra. Saya agak rapat dengan dia"Manakala dengan Datuk Awie pula saya segan sikit sebab ini kali pertama saya bekerja sebagai juri bersamanya. Tapi insya-Allah kami boleh capai keserasian bila bekerjasama," katanya.Marsha yang juga aktif dalam lakonan kini tampil menerusi filem aksi Danum yang ditayangkan di pawagam bermula 10 Oktober.Ia berkisarkan berkenaan misteri Lembah Danum yang terletak di Sabah."Saya melakonkan watak sebagai anggota polis. Penggambarannya dah lama dibuat tapi baru ditayangkan. Watak saya memerlukan saya memegang pistol. Untuk babak menembak saja kena buat 20 kali."Memang kekok. Ada anggota polis yang pantau macam mana caranya untuk pegang pistol dengan betul. Ini antara filem yang buka mata saya kerana saya tak pernah bawa watak seperti itu."Apapun saya tak pinggirkan nyanyian dan akan rakam lagu baharu selepas ini. Ikutkan saya dah lama menyanyi cuma orang tak nampak. Sekarang orang dah terima saya sebagai penyanyi yang serius," katanya.Menurutnya, dia tidak akan mengecewakan peminat dan akan menghiburkan mereka dengan hasil karya yang bermutu."Banyak perancangan saya antaranya hasilkan sebuah album kompilasi lagu-lagu yang pernah saya keluarkan dibawah label baru saya Alternate Records."Ia termasuk tiga lagu versi Anugerah Juara Lagu iaitu Darah, Cinta dan Kembali Terang. Selepas itu baru saya siapkan album solo," katanya. |
Reda suami 'pergi' selepas kehilangan bapa mentua | 1,728,913,779 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144308/reda-suami-pergi-selepas-kehilangan-bapa-mentua | Zuliaty Zulkiffli | 328 | 2024-10-14 13:49:39 | 2024-10-14T21:49:39 | Sik: "Kami baru bersedih selepas kematian ayah mentua Selasa lalu, kini dia (suami) pula menyusul apabila meninggal dunia dihempap pokok semalam," kata Nurshuhada Ramli, 38. Nurshuhada adalah isteri kepada Mohd Rizal Aziz, 47, yang maut selepas dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya. Menurutnya, suaminya dalam perjalanan pulang dari rumah ibu mentuanya di Kampung Tanjung Besar untuk ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeniang kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan syif malam. "Suami ketika itu pulang selepas menjaga ibunya (Umi Kalsom Man, 67) yang terlantar sakit akibat kencing manis dan buah pinggang. "Suami bergilir dengan dua adiknya yang lain sejak ibu mentua sakit dan minggu ini dia bekerja syif malam," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Tanjung Besar, di sini hari ini. Nurshuhada berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan suaminya dihempap pokok tumbang di lokasi kejadian pada 5.45 petang. Katanya, dia bergegas ke lokasi dengan memandu kereta seorang diri dari rumahnya di Kampung Bandar Hilir dan terkejut apabila mendapati jasad suaminya ditutup payung. "Bila dah tutup dengan payung, saya faham keadaannya memang dia sudah tiada dan hampir pengsan melihat jasadnya yang terbujur kaku. "Arwah suami yang menjadi tunjang dalam keluarga menyara saya dan tiga anak berusia dua tahun hingga 12 tahun selain menjaga ibunya yang sakit," katanya. Nurshuhada berkata, bagaimanapun mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya. Dia berkata, suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar, di sini 2.30 petang hari ini. Sementara itu, adik arwah, Mohd Syukri Aziz, 46, berkata, kali terakhir dia menghubungi abang sulungnya itu pada 9 pagi semalam. Katanya, ketika itu dia berada di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik untuk menguruskan bantuan bapa mereka yang meninggal dunia pada Selasa lalu. "Abang seorang yang penyayang dan kami pernah hidup susah sama-sama sejak kecil. "Bila dia dah tak ada ni, memang kami terasa sangat sampaikan adik perempuan bongsu pengsan sebaik mendengar berita mengenai abang," katanya. Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal di Kampung Bandar Hilir. |
Jakim perkenal empat modul rehabilitasi ahli GISBH | 1,728,909,683 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144294/jakim-perkenal-empat-modul-rehabilitasi-ahli-gisbh | Skuad Khas Harian Metro | 376 | 2024-10-14 12:41:23 | 2024-10-14T20:41:23 | Kuala Lumpur: Empat modul dirangka dalam program rehabilitasi secara sukarela kepada ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang akan dijalankan di 20 pusat rehabilitasi seluruh negara. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, modul itu membabitkan pemulihan akidah, latihan dan kemahiran, kenegaraan serta pendidikan dan kaunseling. "Satu pasukan dibentuk bukan saja membabitkan pasukan di peringkat persekutuan tetapi juga peringkat negeri untuk melaksanakan program pemulihan ahli GISBH. "Mereka yang menyertai program ini akan diberi bimbingan mengikut modul disediakan oleh setiap agensi terbabit mengikut bidang masing-masing," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah MKN, Raja Datuk Nurshirwan Zainal Abidin; Timbalan Ketua Pengarah MKN (Keselamatan Strategik), Datuk Baharuddin Ahmad dan Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dr Sopian Brahim. Mengulas lanjut, Dr Sirajuddin berkata, pemulihan peserta GISBH dinilai bergantung kepada penerimaan terhadap pemulihan yang dilaksanakan itu. "Tempoh yang kita anggarkan selama tiga bulan atau 90 hari yang kita laksanakan itu sudah memadai. "Namun begitu, tahap kesannya ada perbezaan antara seseorang dengan seorang yang lain. Jika memerlukan bimbingan lebih terperinci akan ada proses bimbingan susulan terhadap mereka," katanya. Ditanya mengenai adakah ahli GISBH di negeri belum difatwakan sesat boleh menyertai program rehabilitasi itu, Sirajuddin berkata, program ini terbuka kepada semua ahli yang mahu mendapatkan bimbingan. Kata beliau, ini adalah peluang dan ruang yang dibuka oleh kerajaan kepada mangsa yang mungkin sedar apa diamalkan sebelum ini menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. "Alhamdulillah sehingga hari ini, sudah ada tiga negeri yang telah menfatwakan bahawa GISBH menyeleweng daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ada beberapa negeri lagi masih dalam proses. "Bagi kami ia tidak menjadi halangan atau masalah, walaupun negeri itu belum fatwa sesat mereka boleh tampil untuk dapatkan pemulihan," katanya. Dalam pada itu, beliau juga mengalu-alukan kepada mana-mana ahli yang mahu mendapatkan kebenaran mengenai pegangan diamalkan GISBH boleh tampil menyertai program. Katanya, ini bagi membolehkan mereka mendapat gambaran sebenar dan maklumat lanjut dalam meneruskan kehidupan. "Mereka yang berasa betul dan mahu mendapatkan kebenaran juga boleh hadir untuk mendapatkan maklumat lanjut supaya mereka dapat meneruskan ajaran Islam sebenar," katanya. Program rehabilitasi yang dibangunkan oleh Jabatan Perdana Menteri menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Jakim itu bertujuan memberi bimbingan akidah dan kelangsungan hidup kepada ahli GISBH yang berdaftar. |
Kerajaan wujudkan 20 pusat rehabilitasi untuk ahli GISBH | 1,728,907,226 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144285/kerajaan-wujudkan-20-pusat-rehabilitasi-untuk-ahli-gisbh | Skuad Khas Harian Metro | 454 | 2024-10-14 12:00:26 | 2024-10-14T20:00:26 | Kuala Lumpur: Kerajaan mewujudkan 20 pusat rehabilitasi di seluruh negara bagi menempatkan ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) termasuk kanak-kanak yang memerlukan bimbingan dan sokongan untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pusat yang akan dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu akan menyediakan program rehabilitasi selama 90 hari kepada ahli GISBH yang mendaftar secara sukarela. Timbalan Ketua Pengarah MKN (Keselamatan Strategik) Datuk Baharuddin Ahmad berkata, pihaknya diberi tanggungjawab mengendalikan program terbabit bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi berkaitan lain. "Kerajaan mengambil berat terhadap ahli GISBH yang memerlukan bimbingan akidah dan kelangsungan hidup selepas tindakan penguatkuasaan terhadap organisasi berkenaan. "Kumpulan ini yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak kecil tidak seharusnya disisihkan, tetapi mereka memerlukan bimbingan dan sokongan penuh kerajaan serta masyarakat untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah MKN Raja Datuk Nurshirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dr Sopian Brahim. Mengulas lanjut, Baharuddin berkata, ahli GISBH terbabit akan menjalani program pemulihan daripada aspek akidah, syariah, pendidikan, kesihatan, kenegaraan dan latihan kemahiran secara komprehensif. Beliau berkata, peserta kemudian akan dinilai oleh pengarah di setiap pusat mengenai tahap pemulihan mereka sebelum menamatkan program. "Mereka yang terbabit program ini bukan dianggap sebagai pesalah, sebaliknya mereka adalah mangsa yang memerlukan bimbingan selaras prinsip ihsan Kerajaan Madani," katanya. Katanya, program rehabilitasi itu akan dilaksanakan secara berfasa di pusat latihan kerajaan terpilih termasuk di Sabah dan Sarawak, dengan peserta turut disediakan penginapan serta makan minum sepanjang program berlangsung. "Bagi ahli yang berkeluarga, kami tidak akan pisahkan dan akan berusaha menyediakan penginapan untuk mereka bersama," katanya. Dalam pada itu, Baharuddin berkata, pada peringkat awal, MKN menyasarkan ribuan ahli GISBH yang akan mendaftar program berkenaan. "Permulaan ini, kami (MKN) tumpu ahli GISBH yang berada dalam negara, namun bagi mereka yang berada di luar negara, kami akan fikir usaha seterusnya. Kami difahamkan GISBH mempunyai rangkaian perniagaan di 19 negara, antaranya Australia dan New York, Amerika Syarikat," katanya. Difahamkan, ketika ini terdapat 10,500 ahli GISBH di seluruh negara. Justeru, beliau merayu semua ahli GISBH di seluruh negara supaya mendaftar program itu bagi membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih lestari. Beliau berkata, pendaftaran dibuka selama 30 hari bermula semalam, hingga 14 November depan dan ahli GISBH yang ingin mendaftar boleh melayari https://form.jotform.com/242760538389468. Mereka yang memerlukan bantuan pendaftaran pula boleh menghubungi pusat panggilan Jakim di 03-88707294/7295/7296 atau Bilik Situasi Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON) MKN di talian 03-88880733 atau mendaftar di Jabatan Agama Islam Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Sekiranya ahli GISBH yang ingin menyertai program itu menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tidak bertanggungjawab, mereka boleh tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran. |
Perancang utama kumpulan samun pembekal emas maut ditembak | 1,728,894,144 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144237/perancang-utama-kumpulan-samun-pembekal-emas-maut-ditembak | Zahratulhayat Mat Arif | 285 | 2024-10-14 08:22:24 | 2024-10-14T16:22:24 | Ipoh: Polis menembak mati lelaki dipercayai perancang utama kumpulan samun pembekal emas di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim, awal pagi ini. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, Pusat Kawalan Daerah Muallim menerima maklumat mengenai kejadian tembak-menembak antara seorang penjenayah dengan polis pada jam 3.10 pagi."Semasa menjalankan rondaan, polis terserempak dengan sebuah Nissan Almera disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu di Jalan Slim. "Polis mengarahkan pemandu berusia 43 tahun menghentikan kereta namun dia memecut serta melepaskan beberapa tembakan ke arah kenderaan polis."Dalam usaha mempertahankan diri, polis membalas tembakan dan mengenai suspek menyebabkan dia meninggal dunia di lokasi kejadian."Kematian disahkan pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Tanjung Malim," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.Azizi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang berasal dari Klang, Selangor, mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan rompakan berkumpulan, menyebabkan kecederaan, dan penipuan."Susulan pemeriksaan ke atas kereta suspek, polis merampas sepucuk pistol Sig Sauer, satu kelopak peluru, enam butir peluru, tiga botol mengandungi peluru dan dua parang. "Dalam insiden tembak-menembak itu, kereta peronda polis terkena peluru di pintu penumpang belakang kiri," katanya sambil menambah tiada anggota cedera dalam kejadian itu.Beliau berkata, pemeriksaan latar belakang menunjukkan suspek perancang kumpulan jenayah yang mensasarkan emas yang dalam proses transit."Siasatan mendapati kumpulan itu terbabit dalam sekurang-kurangnya 25 kes rompakan emas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, dan Perak sejak 2018. "Jumlah kerugian dianggarkan daripada 25 kes ini adalah RM34.2 juta," katanya.Azizi berkata, dalam insiden terbaru, suspek terbabit dalam rompakan pembekal emas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pada 27 Ogos tahun ini. "Insiden itu mengakibatkan kehilangan 4.5kg emas, yang dianggarkan bernilai RM1.485 juta," katanya.Menurutnya, polis sedang menjejaki saki-baki ahli kumpulan jenayah yang masih bebas. |
New Zealand belasah Harimau Malaya di Auckland | 1,728,893,537 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144233/new-zealand-belasah-harimau-malaya-di-auckland | Syazwan Msar | 325 | 2024-10-14 08:12:17 | 2024-10-14T16:12:17 | Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya perlu lebih banyak menuntut ilmu lagi apabila dibelasah New Zealand 0-4 pada perlawanan persahabatan Tier-1, sebentar tadi.Walaupun mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri, ternyata skuad kendalian Pau Marti Vicente dilihat sukar untuk merencanakan serangan berbahaya ke kubu lawan.Malah, perlawanan yang berlangsung di stadium North Harbour, Auckland itu menyaksikan tuan rumah mengawal hampir keseluruhan tempoh perlawanan dengan melancarkan serangan berbahaya sebaik aksi bermula.Skuad kendalian Darren Bazeley hampir berada di depan seawal minit kelima, namun sepakan Ben Waine ditepis penjaga gol, Syihan Hazmi.New Zealand bagaikan beraksi separuh padang apabila sentiasa melancarkan serangan berbahaya sepanjang tempoh 30 minit tanpa ihsan sehingga memaksa skuad Harimau Malaya berkampung di kawasan sendiri.Kepantasan Liberato Cacace sentiasa membuatkan benteng Harimau Malaya yang diterajui Dominic Tan hampir putus nafas.Cacace hampir mencipta nama sebagai penjaring gol, namun sepakannya ditepis Syihan sekali gus memberi kelegaan kepada kem negara apabila terikat 0-0 ketika rehat.Babak kedua bersambung menyaksikan New Zealand tampil lebih garang dalam merencanakan serangan.Tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk memecah kebuntuan gol apabila Elijah Just meletakkan New Zealand di hadapan pada minit ke-52 apabila mudah menolak masuk bola hasil hantaran Cacase.Kealpaan benteng skuad Harimau Malaya terus dihukum selang lapan minit kemudian kali ini menerusi Matthew Garbet sebelum Chris Wood menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-71 selepas Syihan gagal menepis bola ke luar.Melihat jentera serangan dan pertahanan skuad Harimau Malaya kurang menyengat menyebabkan Vicente membawa masuk Safawi Rasid, Paulo Josue, Feroz Baharudin dan Azam Azmi Murad.Ternyata keputusan itu menyaksikan Malaysia melakukan beberapa serangan berbahaya terutama menerusi gerakan Azam Azmi dan Safawi, namun gagal diterjemahkan kepada gol.Ketika Malaysia sibuk mengatur serangan, New Zealand secara tenang menyumbat gol keempat menerusi percubaan di luar kotak penalti Logan Rogerson ketika perlawanan berbaki dua minit sebelum tamat.Keputusan kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus memperlihatkan jurang ketara antara Malaysia yang menduduki ranking ke-132 dunia dengan New Zealand di ranking ke-95 dunia. |
Rumah umpama 'ditelan' sampah, APM terpaksa dipanggil keluarkan warga emas | 1,728,884,250 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144182/rumah-umpama-ditelan-sampah-apm-terpaksa-dipanggil-keluarkan-warga-emas | Zuhainy Zulkiffli | 294 | 2024-10-14 05:37:30 | 2024-10-14T13:37:30 | Georgetown: Bagaikan 'ditelan' sampah sarap, begitu keadaan rumah dua tingkat di Jalan Mano, di sini, yang dihuni seorang wanita warga emas berusia 86 tahun.Keadaan itu dikatakan berlaku susulan tabiat wanita berkenaan yang gemar mengumpul barangan lusuh dan kitar semula di rumahnya sejak beberapa tahun lalu.Semalam, pasukan penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang melakukan tugas khas mengeluarkan wanita itu dari rumahnya pada jam 4.40 petang.Tugas penyelamatan dilakukan selepas APM menerima panggilan daripada ahli keluarga yang mendakwa wanita yang dalam keadaan tidak sihat itu sukar dikeluarkan dari rumahnya berikutan terdapat timbunan sampah.Pegawai APM Daerah Timur Laut Kapten (PA), Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, mangsa didakwa tidak dapat berjalan dan sukar bergerak keluar daripada kediaman dua tingkat itu berikutan dipenuhi dengan barangan lusuh dan kitar semula yang dikumpulnya. "Mangsa dikatakan mahu tinggal di pusat jagaan warga emas berhampiran namun berikutan keadaannya yang tidak sihat dan sukar keluar daripada timbunan sampah di dalam rumah, keluarga menghubungi APM bagi mendapatkan bantuan."Seramai empat anggota APM terbabit dalam tugas itu dengan menggunakan pengusung dan teknik 'berekor' bagi membawa mangsa keluar daripada rumah," katanya ketika dihubungi di sini.Muhammad Aizat berkata, mangsa yang berjaya dibawa dikeluarkan turut diberi rawatan awal.Katanya, wanita terbabit mempunyai sejarah penyakit kencing manis, hipertensi, gangguan pendengaran dan lemah badan."Mangsa tidak berkahwin dan tinggal bersendirian di rumah itu serta dipercayai sudah lama mengumpul barangan terpakai dan lusuh."Keluarganya mendakwa mangsa yang kerap terjatuh sering menelefon mereka pada tengah malam bagi meminta bantuan."Berikutan itu, keluarganya mahu menghantar mangsa ke pusat jagaan dengan persetujuan wanita berkenaan," katanya.Difahamkan, wanita itu bukan saja menyimpan barangan di dalam rumah, tetapi juga di halaman kediamannya.Tinjauan di rumah itu mendapati longgokan sampah boleh dilihat daripada luar pagar kediaman yang turut menempatkan tiga kereta. |
SPRM geledah dua lagi 'safehouse' ahli politik berpengaruh | 1,728,883,771 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144175/sprm-geledah-dua-lagi-safehouse-ahli-politik-berpengaruh | Rafiqah Dahali | 462 | 2024-10-14 05:29:31 | 2024-10-14T13:29:31 | Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah dua tempat lagi yang dipercayai dijadikan sebagai 'safehouse' oleh seorang ahli politik berpengaruh, malam tadi.Penggeledahan dua tempat terbabit susulan operasi yang menemui sejumlah mata wang asing berjumlah sekitar RM5 juta di pangsapuri di Kuala Lumpur, semalam.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dua tempat itu membabitkan sebuah pejabat dan satu lagi tempat yang tidak diperincikan "Pegawai saya kira, ada tambahan (penggeledahan) dua 'safehouse' lagi. Salah satu daripadanya, ada penemuan SG$74,000 lebih kurang duit kita RM243,000."Kemudian di satu tempat di pejabat, dijumpai wang lebih kurang RM78,000. Kita juga mendapat maklumat ada wang dibuat pelaburan di Singapura ... yang itu saya tidak boleh dedahkan berapa jumlahnya, siapa pemiliknya."Rasanya akan ada lagi penemuan di 'safehouse' lain. Ini kita masih lagi menjalankan siasatan dan risikan terhadap penyimpanan wang ini. Mungkin ada dibuat penyimpanan di bank lain. Ini sedang kita siasat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.Program dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.Azam berkata, suspek yang ditahan adalah seramai empat individu iaitu tiga lelaki dan seorang wanita.Menurutnya, sebelum ini pihaknya memberi maklumat terdapat dua suspek ditangkap seperti yang dilaporkan media semalam."Seorang ditangkap pada 10 Oktober dan direman sehingga 15 Oktober. Suspek ini berkaitan dengan pengarah syarikat ataupun seorang ahli perniagaan. "Ada seorang itu pernah bertugas di Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan dia berusia 45 tahun. Tetapi kita hanya dapat reman selama satu malam saja kerana dia mempunyai masalah kanser prostat."Ketiga, seorang berjawatan sebagai pemandu berumur 43 tahun. Dia direman selama tiga hari dan sudah dilepaskan. "Suspek wanita pula adalah bekas pegawai kewangan syarikat yang mana syarikat ini mendapat konsesi perlombongan pasir. Berumur 46 tahun dan sudah dilepaskan selepas direman lebih kurang tiga hari," katanya.Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM akan memanggil ahli politik yang terbabit untuk siasatan selanjutnya selepas mendapat bukti mencukupi."Ya, dia akan dipanggil pada satu masa yang difikirkan sesuai oleh pegawai penyiasat saya. Seperti mana lazimnya, kami perlu mendapatkan segala bukti yang kita rasa wajar, kita perlukan dan disahkan, barulah orang berkenaan akan dipanggil."Saya memang tidak akan menolak atau menafikan beliau akan dipanggil tapi selepas kami ataupun pegawai penyiasat berpuas hati mengenai beberapa lagi penemuan dokumen dan wang berkaitan."Sekarang ini pun lebih kurang 15 saksi dipanggil. Saya jangka akan ramai lagi saksi yang akan dipanggil untuk penyiasatan."Selain daripada Akta Pencegahan Rasuah 2009 yang di bawah Seksyen 16, kami juga akan membuka beberapa kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)," katanya.Semalam, dilaporkan SPRM menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan 'safehouse' seorang ahli politik berpengaruh dan menemui sejumlah mata wang asing berjumlah kira-kira RM5 juta. |
Kami terpaksa menutup kedai! | 1,728,860,480 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144073/kami-terpaksa-menutup-kedai | Amirul Aiman Hamsuddin | 275 | 2024-10-13 23:01:20 | 2024-10-14T07:01:20 | Sekinchan: Bukan hanya terpaksa tutup kedai, kawasan persekitaran turut dipenuhi lumpur dan sampah-sarap akibat banjir kilat. Itu dihadapi peniaga di kawasan pelancongan Pantai Batu 23, Sungai Nibong di sini yang saban tahun berdepan fenomena air pasang besar.Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga, malah menjejaskan keindahan pesisiran pantai itu juga apabila dicemari timbunan sampah.Pekerja kedai makan, Abu Hadi Poniman, 50, berkata, setiap kali air pasang berlaku ia membawa bersama lumpur dan sampah yang menyebabkan kawasan berkenaan kotor."Kami sudah biasa dengan air pasang besar. Setiap tahun mesti (paras) air terus naik."Dulu sebelum (pantai) ditambak, keadaan lagi teruk (barang kedai makan dihanyut), tetapi masalah lain timbul apabila banyak sampah hanyut kelihatan sebaik air surut," katanya. Peniaga minuman, Mohd Azharul Abu Bakar, 34, berkata, banjir kilat yang disebabkan fenomena air pasang besar boleh dielakkan sekiranya faktor kebersihan diutamakan.Dia berkata, setiap kali berlaku air pasang kawasan bersebelahan pesisiran pantai ditenggelami air."Pihak berwajib perlu turun padang memastikan saluran longkang di kawasan tumpuan pelancongan ini tidak tersumbat dan terhalang daripada objek."Saya minta kerjasama semua, tidak kira peniaga atau pengunjung untuk sentiasa menjaga kebersihan kawasan ini," katanya. Penduduk yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 60, berkata, fenomena air pasang besar kali ini tidak seteruk tahun lalu selepas pihak berkuasa menaik taraf benteng penahan di pesisiran pantai."Syukurlah keadaan sekarang terkawal apabila air laut yang melimpah ke kedai makan dan kawasan sekitar cepat surut dan tidak seperti dahulu."Biasanya, banjir kilat berlaku dalam tempoh 30 minit sahaja dan keadaan itu bertambah baik jika sistem perparitan tidak tersumbat dan diselenggara sempurna," katanya.Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok. |
'Ini maruah anak saya' | 1,728,860,448 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144064/ini-maruah-anak-saya | Nurul Hidayah Bahaudin | 458 | 2024-10-13 23:00:48 | 2024-10-14T07:00:48 | Petaling Jaya: "Ini bukan soal nilai barang kemas yang hilang itu, tetapi maruah anak saya apabila barang berharga itu diambil dari tubuhnya yang sudah tidak bernyawa," luah Syazwan Abddulah, 59, yang mendakwa barang kemas dipakai anak perempuannya yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta di parkir sebuah kondominium di Setapak di sini pada 1 Oktober lalu, hilang.Syazwan berkata, dia dimaklumkan oleh pemilik rumah sewa anaknya yang berusia 26 tahun itu berhubung penemuan mayatnya pada awal pagi, 1 Oktober lalu."Difahamkan anak ditemukan anggota polis peronda yang membuat rondaan selepas menyedari kereta Proton Saga dinaikinya diparkir di kawasan terbabit dalam keadaan berkunci dengan enjin masih hidup dan lampu menyala."Selepas dimaklumkan perkara itu, saya dan isteri menaiki penerbangan dari Lahad Datu, Sabah ke Kuala Lumpur sebelum dimaklumkan jenazah anak sudah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL)."Berdasarkan pemeriksaan awal, anak saya dipercayai terkena serangan jantung yang meragut nyawanya," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.Sebaik jenazah anaknya selamat dikebumikan di Banting, Selangor, dia terdetik untuk mencari rantai, loket serta gelang emas pemberian nenek serta kakaknya itu."Saya dimaklumkan pihak hospital serta polis anak tidak memakai barang kemas ketika dia ditemukan dalam kenderaan itu."Pencarian di seluruh rumah sewa berkenaan juga tidak menemui barang kemas itu menyebabkan saya merujuk perkara berkenaan kepada bomba yang memecahkan cermin kenderaan berkenaan yang berkunci."Pada hari kejadian, bomba ada mengambil gambar sebelum dan selepas mereka memecahkan cermin kereta itu memandangkan kenderaan berkenaan berkunci," katanya.Menurutnya, berdasarkan gambar daripada bomba, terdapat rantai serta gelang emas dipakai anaknya sebelum jenazah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut."Sangat jelas dalam gambar itu (daripada pihak bomba) anak saya masih memakai barang kemas berkenaan, tetapi dalam gambar diberikan polis pula sudah tiada rantai serta gelang emas terbabit."Ketika polis menemukan kereta itu, ia dalam keadaan berkunci dengan enjin masih hidup. Tiada siapa yang dapat mengambil barang kemas berkenaan ketika itu."Perkara itu menyebabkan saya syak barang kemas berkenaan diambil ketika jenazah anak saya masih di dalam kereta terbabit (sebelum dihantar ke HKL)," katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Setapak pada 8 Oktober lalu.Beliau yang juga bekas pegawai kanan polis berasa ralat apabila pegawai penyiasat kes seakan tidak mahu memberikan kerjasama berhubung kes itu."Saya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan maklumat, tetapi tiada maklum balas. Malah, saya juga sudah merujuk perkara ini kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman untuk siasatan lanjut."Apa yang saya kecewa adalah siasatan ini hanya dibuka kertas inkuiri (KEP) dan bukannya kertas siasatan," katanya.Katanya, dia serta ahli keluarga reda dengan pemergian anaknya yang meninggal dunia tanpa sebarang unsur jenayah, tetapi mahu keadilan ditegakkan atas kehilangan barang kemas berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang menyiasat berhubung dakwaan terbabit. |
Balas jasa melalui karya | 1,728,856,825 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144037/balas-jasa-melalui-karya | Georgie Joseph | 631 | 2024-10-13 22:00:25 | 2024-10-14T06:00:25 | SEDEKAD lamanya dia merangkak mencetak nama dalam industri seni. Kini, aturan rezeki buat Aina Abdul cukup indah menerusi kemenangan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-36 (ABPBH36), Jumaat lalu.Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, sebagaimana anak seni lain pasti mengimpikan dapat menggenggam trofi keramat itu. Kini, namanya sudah memasuki senarai elitis itu.Teruja dan sebak, semestinya dia terasa di awang-awangan dengan pencapaian cukup besar itu. Langsung tidak terjangkau dalam fikiran, namun katanya terlalu ramai menyumbang dalam merealisasikannya."Saya tak menjangka langsung kemenangan ini kerana perjalanan ini tidak mudah. Nak mendapat trofi ini menuntut terlalu banyak benda, pengorbanan, masa dan tenaga. 10 tahun dalam industri ini tidak sia-sialah."Rasanya agak pentingkan diri sendiri bila saya naikkan angka 10 tahun kerana ramai lagi selebriti di luar sana yang lebih lama berbanding saya. Tapi saya nak tujukan kemenangan ini untuk ibu, abang dan Ainations"Yang mengundi sampai berjuta-juta, saya harap karya-karya saya selepas ini dapat membayar jasa mereka. Saya tahu tiada wang ringgit dalam dunia dapat membalas mereka," katanya.Menerusi ucapannya, Aina tetap mendahulukan ibunya sebagai tonggak utama setiap kejayaan selain Ainations. Baginya, berada di tahap sekarang adalah sebab banyak doa ibunya termakbul."Di awal dulu, mungkin ini bukanlah karier yang diidamkan ibu untuk saya. Tapi sejak arwah abah meninggal dunia, ibu yang menggalas tanggungjawab itu dan sokong saya 100 peratus. Rasanya lebih daripada saya percaya diri sendiri."Sejak 2009 sampailah sekarang, betullah orang cakap doa ibu tak terhijab. Hal itu terbukti malam ini (Jumaat lalu)," katanya.Namun, Aina tidak pernah melihat pengiktirafan itu sebagai titik untuknya merasa selesa dalam industri muzik. Titik di mana dia sudah merasa popular dan pasti disanjungi ramai orang.Trofi itu sebaliknya datang dengan satu amanah yang cukup-cukup berat buatnya. Berbanding terlebih seronok, dia sebenarnya merasa 'gerun' dengan gelaran yang baharu dan sarat mata-mata memandang."Kemenangan ini sebenarnya adalah sebuah peringatan untuk saya berkerja keras. Kalau nak cakap gembira, saya lebih kepada takut sebenarnya kerana ini bermakna makin banyak perlu saya buktikan dalam industri."Namun pada usia 31 tahun ini, selagi saya jujur dengan karya saya, apa yang diketengahkan, Insya-Allah lagu itu akan melekat, cepat atau lambat," katanya.Jarang melihat Aina hadir sesebuah acara tanpa membuat persembahan. Namun pada ABPBH36, dia memang hadir sebagai calon dan jemputan yang sekadar duduk di kerusi penonton saja.Katanya, dia sebaiknya mahu menikmati keseronokan sebagai penonton saja pada malam itu. Untuk menerima sebarang trofi, paling-paling dia mengidam untuk memang kategori penyanyi semata-mata."Saya sebenarnya memang sasar untuk trofi Penyanyi Wanita Popular. Saya kan bekerja sebagai penyanyi. Tapi sebagai seorang bintang itu, saya berserah saja."Saya cakap dengan peminat, apa saja berlaku, saya tak mahu mereka berubah. Apa yang kami bersama rasa semalam, saya tak nak kemenangan ataupun kekalahan itu mengubah apa-apa," katanya.Bagi Aina, punca kejayaan sebenarnya malam itu tidak lain adalah Ainations. Dia tidak akan pernah lupakan betapa besarnya jasa mereka selain pihak-pihak lain dalam industri yang memberi kepercayaan kepadanya."Ini semua 100 peratus disebabkan peminat saya, juri-juri, TV3, Berita Harian. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Aina Abdul. Saya sempat sertai proses mengundi mereka. Saya tahu jasa mereka," katanya.Dalam pada itu, Aina turut menjadi perbualan kerana tampil ayu dan manis berkebaya ringkas pada acara itu. Dia tidak lagi mengenakan busana yang aneh dan kurang praktikal.Ternyata, dia sendiri memilih untuk tampil sebagai seorang yang minimalis tetapi dengan cara tersendiri. "Pilihan untuk tampil berkebaya ini adalah keputusan saya. Saya cakap dengan pasukan, saya nak kelihatan manis-manis. Saya datang boleh menikmati acara itu dan ada rezeki, senang saya bergerak."Mereka sambut baik idea itu dan ada 'signature' yang ingin saya tampilkan menerusi pakaian ini. Saya nak hadir sebagai Nurul Aina sebab di mata peminat, saya selamanya Nurul Aina mereka."Walau pelik macamana pun, apabila bertemu mereka, saya akan terus putuskan karakter itu. Saya tak boleh nak serius lama-lama," katanya. |
Sze Fei-Izzuddin padu...! | 1,728,824,353 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144003/sze-fei-izzuddin-padu | Aida Adilah Mat | 175 | 2024-10-13 12:59:13 | 2024-10-13T20:59:13 | Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila muncul juara Terbuka Artik sebentar tadi. Tewas di set pertama, Sze Fei-Izzuddin berjaya bangkit dan menang dua set berikutan dengan menundukkan pasangan di ranking kedua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 15-21, 21-15, 21-19.Menyajikan perlawanan penuh mendebarkan di Energia Areena, Vantaa, Finland, Sze Fei-Izzuddin bangkit di set ketiga biarpun satu ketika ketinggalan 16-19.Tetap tenang biarpun ketinggalan, mereka yang menghuni ranking kelapan dunia mengejar mata demi mata sehingga berjaya mengikat kedudukan 19 sama dan akhirnya menang 21-19 di set ketiga dalam masa 72 minit. Gelaran juara Terbuka Artik itu adalah yang ketiga buat Sze Fei-Izzuddin selepas menjuarai kejohanan berstatus Super 1000 di Terbuka China awal bulan lalu selain menjuarai Terbuka Jepun pada Ogos.Ini adalah kemenangan kedua, Sze Fei-Izzudin ke atas Astrup-Rasmussen dari lapan pertemuan yang mana pertemuan terakhir mereka menyaksikan gandingan negara itu tewas 19-21, 17-21 di peringkat suku akhir di Malaysia Masters pada Mei lalu.Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah kemenangan RM142,282. |
Khai Xing-Aaron tamatkan kemarau 13 tahun, beregu wanita raih perak | 1,728,820,379 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143996/khai-xing-aaron-tamatkan-kemarau-13-tahun-beregu-wanita-raih-perak | Aida Adilah Mat | 339 | 2024-10-13 11:52:59 | 2024-10-13T19:52:59 | Kuala Lumpur: Beregu lelaki remaja negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai memberi khabar gembira buat kem badminton apabila berjaya menamatkan kemarau 13 tahun kejuaraan di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nangchang, China. Turun selaku beregu pilihan, Khai Xing-Aaron menepati ramalan apabila menewaskan pilihan kedua kejohanan dari China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 21-18, 15-21, 21-18 dalam perlawanan yang cukup mendebarkan selama 65 minit di Pusat Sukan Nanchang, China hari ini."Kemenangan ini cukup menggembirakan dan saya hanya nak balik Malaysia, nak makan sepuas-puasnya dan jumpa keluarga," kata Khai Xing, kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).Menurutnya, kejayaan itu bagaikan mimpi menjadi kenyataan, terutamanya selepas gagal pada percubaan pertamanya pada edisi tahun lalu."Secara keseluruhan, kami tidak mempamerkan permainan terbaik, di set kedua kami tidak stabil, tetapi kami perlahan-lahan mengawal situasi."Walaupun mereka mengejar dan memberi tekanan, kami berjaya mengatasinya," kata Khai Xing.Dalam perlawanan akhir itu, Khai Xin-Aaron kelihatan sedikit goyah apabila ketinggalan 1-8 di set pertama sebelum mencipta kebangkitan menakjubkan untuk menang 21-18.Namun di set kedua pasangan China bangkit untuk membawa perlawanan ke set penentuan apabila berjaya mencatat kemenangan 21-15.Tidak mahu melepas peluang terbaik, Khai Xin-Aaron mula menyusun rentak di set ketiga untuk menang sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan mereka kepada Ke Yuan-Xiang Yi pada aksi final Kejohanan Remaja Asia di Indonesia Julai lalu.Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia bergelar juara dunia remaja dalam acara beregu lelaki adalah pada 2011 menerusi gandingan Nelson Heg-Teo Ee Yi.Sejak dipertandingkan pada 1992, skuad remaja negara berjaya meraih tujuh gelaran bermula dengan gandingan Jeremy Gan-Chan Chong Ming pada edisi 1996.Sementara itu, hasrat beregu wanita negara untuk melakar sejarah bergelar juara tidak kesampaian selepas tewas di pentas final.Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi tewas kepada pasangan Jepun, Ririna Hiramoto-Aya Tamaki straight set 17-21, 17-21 dalam tempoh 43 minit."Kami minta maaf kepada peminat badminton tanah air kerana gagal bawa pulang pingat emas."Meskipun ada peluang untuk bangkit di set kedua, mereka (Jepun) tukar taktikal dan bermain lebih laju lalu kami tidak dapat mengikuti rentak mereka," kata Dania, kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF). |
Khai Xing-Aaron tamatkan kemarau 13 tahun, beregu wanita raih perak | 1,728,820,379 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143996/khai-xing-aaron-tamatkan-kemarau-13-tahun-beregu-wanita-raih-perak | Aida Adilah Mat | 339 | 2024-10-13 11:52:59 | 2024-10-13T19:52:59 | Kuala Lumpur: Beregu lelaki remaja negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai memberi khabar gembira buat kem badminton apabila berjaya menamatkan kemarau 13 tahun kejuaraan di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nangchang, China. Turun selaku beregu pilihan, Khai Xing-Aaron menepati ramalan apabila menewaskan pilihan kedua kejohanan dari China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 21-18, 15-21, 21-18 dalam perlawanan yang cukup mendebarkan selama 65 minit di Pusat Sukan Nanchang, China hari ini."Kemenangan ini cukup menggembirakan dan saya hanya nak balik Malaysia, nak makan sepuas-puasnya dan jumpa keluarga," kata Khai Xing, kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).Menurutnya, kejayaan itu bagaikan mimpi menjadi kenyataan, terutamanya selepas gagal pada percubaan pertamanya pada edisi tahun lalu."Secara keseluruhan, kami tidak mempamerkan permainan terbaik, di set kedua kami tidak stabil, tetapi kami perlahan-lahan mengawal situasi."Walaupun mereka mengejar dan memberi tekanan, kami berjaya mengatasinya," kata Khai Xing.Dalam perlawanan akhir itu, Khai Xin-Aaron kelihatan sedikit goyah apabila ketinggalan 1-8 di set pertama sebelum mencipta kebangkitan menakjubkan untuk menang 21-18.Namun di set kedua pasangan China bangkit untuk membawa perlawanan ke set penentuan apabila berjaya mencatat kemenangan 21-15.Tidak mahu melepas peluang terbaik, Khai Xin-Aaron mula menyusun rentak di set ketiga untuk menang sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan mereka kepada Ke Yuan-Xiang Yi pada aksi final Kejohanan Remaja Asia di Indonesia Julai lalu.Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia bergelar juara dunia remaja dalam acara beregu lelaki adalah pada 2011 menerusi gandingan Nelson Heg-Teo Ee Yi.Sejak dipertandingkan pada 1992, skuad remaja negara berjaya meraih tujuh gelaran bermula dengan gandingan Jeremy Gan-Chan Chong Ming pada edisi 1996.Sementara itu, hasrat beregu wanita negara untuk melakar sejarah bergelar juara tidak kesampaian selepas tewas di pentas final.Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi tewas kepada pasangan Jepun, Ririna Hiramoto-Aya Tamaki straight set 17-21, 17-21 dalam tempoh 43 minit."Kami minta maaf kepada peminat badminton tanah air kerana gagal bawa pulang pingat emas."Meskipun ada peluang untuk bangkit di set kedua, mereka (Jepun) tukar taktikal dan bermain lebih laju lalu kami tidak dapat mengikuti rentak mereka," kata Dania, kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF). |
'Dua malam ini banyak darah keluar dari mata anak' | 1,728,810,660 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143965/dua-malam-ini-banyak-darah-keluar-dari-mata-anak | Noor Hidayah Tanzizi | 324 | 2024-10-13 09:11:00 | 2024-10-13T17:11:00 | Kuala Lumpur: Pesakit kanser retinoblastoma, Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah kerana kekurangan air dalam badan. Kanak-kanak berusia dua tahun yang mesra disapa Faqqeh itu dirawat di hospital sejak Rabu lalu dan kini keadaannya dilaporkan stabil. Bapanya, Abu Soffian Ghazali, 51, berkata, berat badan anaknya itu menyusut dan dilihat lemah selain tiada selera makan selama seminggu dan hanya minum susu saja. Menurutnya, isteri, Nor Ashma Abdullah, 43, yang menyedari perubahan Muhammad Faqqeh Adha memintanya membawa anak ke hospital sebelum kanak-kanak itu diberikan rawatan. "Anak juga mengalami sawan kira-kira 11 kali semalam dan pagi tadi juga dia diserang sawan, namun keadaannya stabil ketika ini. Dua malam ini banyak darah keluar dari mata anak," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Dia yang menetap di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak, Padang Terap di Kedah berkata, anak kini dijaga isteri di hospital, manakala dia menguruskan anak lain di rumah. "Setakat ini belum pasti lagi bila Faqqeh dibenarkan pulang ke rumah. Saya akan ke hospital selepas selesai menguruskan anak untuk membantu isteri menjaga Faqqeh sementara dia mahu menguruskan diri dan solat. "Kami reda dengan ujian ini tetapi sebagai ibu bapa, kami sentiasa berdoa supaya Faqqeh sembuh dan ada keajaiban untuknya. Saya dan isteri tidak pernah putus harapan untuk melihat anak sembuh dan sihat," katanya. Menurutnya, dia juga berterima kasih kepada penyumbang dan orang ramai yang memberi sumbangan, sokongan dan doa untuk anak serta keluarganya sejak kisah Muhammad Faqqeh Adha disiarkan Harian Metro, baru-baru ini. "Kami dapat panggilan telefon yang memberi sumbangan dan sokongan. Sumbangan diterima itu digunakan untuk kos berulang alik ke hospital dan keperluan anak," katanya yang berharap orang ramai terus mendoakan kesembuhan anaknya. Sebelum ini Harian Metro menyiarkan kisah Muhammad Faqqeh Adha yang kehidupannya berubah sepenuhnya selepas dia disahkan menghidap kanser retinoblastoma, tahun lalu. Kanser itu menyerang saraf pada mata kanannya sehingga menyebabkan benjolan pada matanya itu semakin membesar malah besar sedikit daripada bola tenis. |
Dipuji pelajar secara keterlaluan, Syeikh Muhd Zainul Asri akui perkara berlaku secara spontan - JHEAIK | 1,728,809,547 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143957/dipuji-pelajar-secara-keterlaluan-syeikh-muhd-zainul-asri-akui-perkara-berlaku | Noorazura Abdul Rahman | 303 | 2024-10-13 08:52:27 | 2024-10-13T16:52:27 | Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sudah memanggil dan memberi nasihat kepada seorang pendakwah berkaitan video tular sekumpulan pelajar mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab memuji guru mereka secara keterlaluan dalam sebuah majlis meraikan hari lahir beliau. Pengarahnya, Datuk Dr Abd Ghani @Zulkifli Zainuddin berkata, pihaknya sudah mendapatkan penjelasan daripada pendakwah berkenaan iaitu Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli bagi mendapatkan penjelasan berkaitan video terbabit. Katanya, Muhd Zainul mengakui video itu dirakam pada tahun 2020 namun hanya tular baru-baru ini. "Menurut beliau, perkara itu berlaku secara spontan bukan atas kehendak beliau. Beliau turut tidak bersetuju dengan perkara itu dan sekadar meraikan hasrat pelajar beliau bertujuan meraikan sambutan hari lahirnya. "Pihak JHEAIK memberi teguran dan nasihat agar lebih berhati-hati dalam membesarkan mana-mana individu secara keterlaluan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan ketaksuban melampau sekiranya tidak dibendung. "Ia juga boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah," katanya dalam kenyataan hari ini. Abd Ghani berkata, JHEAIK turut mengarahkan Muhd Zainul agar menyampaikan teguran dan nasihat kepada pelajar dan pengikut beliau.Katanya, pendakwah itu akur dan mengakui kesilapan yang berlaku dan bersedia menerima teguran serta akur dengan tindakan susulan yang akan diambil oleh pihak JHEAIK."JHEAIK berharap semua pihak di negeri ini berhati-hati dalam memberi penghormatan kepada mana-mana individu yang boleh membawa kepada pemujaan melampau agar perkara seumpama ini tidak berulang," katanya. Klip video berdurasi 54 saat terbabit dimuat naik seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan tindakan sekumpulan pelajar memuji Muhd Zainul secara keterlaluan sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilaporkan berkata, pihaknya sudah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan Mufti Negeri Kedah bagi menyiasat isu berkenaan.Kata beliau, secara umumnya hukum memuji seseorang adalah harus dengan syarat ia perkara benar dan bukannya dusta. |
SPRM geledah 'safehouse' temui RM5 juta didakwa milik ahli politik berpengaruh | 1,728,799,819 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143904/sprm-geledah-safehouse-temui-rm5-juta-didakwa-milik-ahli-politik-berpengaruh | Muhaamad Hafis Nawawi | 274 | 2024-10-13 06:10:19 | 2024-10-13T14:10:19 | Kuala Lumpur: Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di sini, yang didakwa dijadikan 'safehouse' seorang ahli politik berpengaruh semalam.Tindakan adalah susulan penahanan dua individu baru-baru termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkait siasatan skandal rasuah jutaan ringgit berhubung konsesi perlombongan pasir di bawah anak syarikat cabang pelaburan negeri itu.Menurut sumber, kedua-dua suspek didakwa ada kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor."Susulan penahanan itu, seorang suspek mendedahkan kewujudan 'safehouse' yang bertujuan menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh. "Penggeledahan dilakukan pada sekitar jam 10 malam semalam di sebuah pangsapuri bertempat di Kuala Lumpur di mana ia disewa oleh seorang ahli perniagaan sebagai tempat penyimpanan wang hasil rasuah yang diperolehi," katanya.Sumber berkata, hasil penggeledahan menemui sejumlah wang mata wang Singapura SGD1,529,000 atau kira-kira RM5 juta. "Wang disimpan bertujuan untuk kegunaan ahli politik berkenaan bagi aktiviti politiknya. Wang ini sudah disita oleh SPRM bagi siasatan lanjut. "Dipercayai wang ini diberikan oleh seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan ini atas arahan ahli politik berpengaruh terbabit," katanya.Sumber juga berkata, SPRM sudah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah."SPRM ketika juga sedang menyiasat pembabitan ahli politik berpengaruh itu. Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009," katanya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek terbabit "Saya sahkan ada dua orang ditangkap yang (didakwa) terbabit dalam perbuatan rasuah berhubung mendapat konsesi pasir daripada MBI," katanya. |
Kanak-kanak hilang ketika ambil makanan di kereta ditemukan selamat, dipercayai diculik | 1,728,795,672 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143878/kanak-kanak-hilang-ketika-ambil-makanan-di-kereta-ditemukan-selamat-dipercayai | Norzamira Che Noh | 274 | 2024-10-13 05:01:12 | 2024-10-13T13:01:12 | Shah Alam: Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, pada 8 Oktober lalu ditemukan dalam keadaan selamat petang semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa ditemukan jam 2.30 petang. Beliau berkata, hasil siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berdekatan mendapati kanak-kanak itu berjalan sebelum menaiki sebuah Perodua Myvi dipercayai diculik. Katanya, polis mengklasifikasikan semula kes mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik mana-mana orang atau dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang. "Bertindak atas maklumat, pada jam 5 petang semalam, enam individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan di Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran oleh anggota Cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan. "Hasil semakan terhadap kesemua suspek berusia 13 hingga 23 tahun itu mendapat seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu mengenali salah seorang daripada suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan. Katanya, polis turut merampas Perodua Myvi yang dipercayai digunakan ketika kejadian. "Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. Media pada Rabu lalu melaporkan kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang. Hoong Fong berkata, kanak-kanak itu ke tempat parkir selepas disuruh ibunya mengambil makanan dalam kereta pada Selasa. "Kanak-kanak itu turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah. Pada jam 3 petang, ibu mangsa bertindak mencari namun tidak menemuinya sebelum membuat laporan polis," katanya. |
Gajah dah tak takut manusia | 1,728,792,918 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143855/gajah-dah-tak-takut-manusia | Mohd Jamilul Anbia Md Denin | 298 | 2024-10-13 04:15:18 | 2024-10-13T12:15:18 | Kuala Lumpur: "Berderau darah setiap kali mengetahui gajah liar menceroboh 'masuk' kampung. Saya masih trauma berikutan datuk pernah menjadi korban kepada serangan gajah pada tahun 2008," kata Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Kampung RPS Kemar, Kamel Alang. Dia tidak menyangka kehilangan datuk, Ateh Itam, 74 (ketika itu) yang berpengalaman luas dalam selok-belok hutan. "Memang terkejut kerana kebiasaannya gajah liar akan melarikan diri sebaik bertembung dengan manusia. "Namun mungkin jarak gajah itu terlalu dekat menyebabkan datuk menjadi mangsa serangan. "Ketika ditemui penduduk kampung, datuk saya ditemui terbaring dan mengalami pendarahan dalaman yang menjadi punca kematiannya," katanya. Menurut Kamel, jarak dengan kampung dan tempat datuknya ditemui kira-kira dua kilometer dan bukanlah terlalu jauh di dalam hutan. "Serangan gajah liar kebelakangan ini lebih kerap dan ketara. Malah, jaraknya semakin dekat dengan kampung dihuni penduduk. "Pada saya, ancaman keselamatan terhadap serangan gajah liar semakin serius dan serangan terbaru pada Jun lalu mengakibatkan kematian penduduk kampung Katong, Alang Aluej, 65, juga akibat dipijak gajah. "Kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa masuk ke kebun mengutip sayur. Sehingga kini sudah lima kes kematian akibat serangan haiwan liar itu," katanya. Tambah Kamel, ancaman serangan gajah ini menyebabkan penduduk tertekan dan tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa. "Penduduk kampung berada dalam ketakutan setiap hari berikutan gajah liar semakin kerap menceroboh kampung dan merosakkan rumah. "Ketika musim buah-buahan pada Jun hingga Ogos lalu, serangan gajah turut meningkat. "Seawal jam 10 pagi, kelibat gajah boleh ditemui dalam kawasan kampung. Walaupun dihalau, gajah liar tidak mahu beredar pergi. Pihaknya berharap mereka dapat mencari rezeki tanpa perlu berdepan ketakutan menjadi mangsa serangan gajah. "Ketegangan meruncing dalam konflik membabitkan gajah liar atau gajah dipindahkan dari kawasan lain ke sini perlu diatasi. "Seboleh-bolehnya pihak berkaitan termasuk Perhilitan boleh memantau dan mencari alternatif supaya gajah liar tidak boleh sampai ke kawasan dihuni penduduk," katanya. |
Tidur tak lena diganggu gajah | 1,728,792,620 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143851/tidur-tak-lena-diganggu-gajah | Mohd Jamilul Anbia Md Denin | 422 | 2024-10-13 04:10:20 | 2024-10-13T12:10:20 | Gerik: "Saya tidak boleh tidur lena berikutan kerap diganggu dengan kehadiran gajah liar," kata seorang penduduk Pos Kemar, Roni Aset. Menurutnya, gajah liar yang muncul adalah gajah berlainan setiap hari dan ia membuatkan mereka sekeluarga ketakutan. "Gajah tidak aktif hanya pada malam, sebaliknya mamalia ini kerap merayau di kawasan kampung pada waktu siang. "Saya pernah terserempak gajah berkeliaran di sekitar kampung pada jam 10.30 pagi. Saya segera lari masuk ke dalam rumah sebaik terserempak 'abang besar'. "Gajah setinggi lebih 2.5 meter itu hanya berada kurang 50 meter dari kediaman saya. Haiwan itu 'tercogok' di depan rumah. "Saya terpaksa berkurung kerana bimbang amukan gajah liar jika dia sedar kehadiran saya," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, gajah liar 'versi' sekarang lebih agresif berdasarkan tingkah laku gemar merosakkan tanaman dan struktur yang ada sekitar kampung. "Kalau dahulu, gajah liar hanya singgah ke kampung untuk mengutip buah atau sayur. Namun sejak kebelakangan ini gajah sudah mula 'mengopek' kulit batang pokok tanaman. Kesannya pokok akan mati. "Dahulu haiwan ini sekadar mengambil dan memakan buah tanpa merosakkan pokok. "Selain itu, saya dapati gajah liar lebih berani dan tidak lagi takut kepada manusia. Jika dihalau dengan mercun, gajah liar terbabit akan lari sebelum muncul kembali tidak lama kemudian," katanya. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan penduduk kampung 'mati akal' dalam usaha mencari cara menghalau gajah liar terbabit," katanya. Dia berharap Perhilitan boleh mencari solusi sebelum konflik gajah dan manusia memburuk. "Kalau boleh kami tidak mahu insiden meracun gajah terjadi di hutan Royal Belum kerana selama ini masyarakat Orang Asli menjaga hubungan dengan alam semula jadi," katanya.Gajah liar sudah berubah tabiatGerik: Ancaman gajah liar menjejaskan kehidupan 5,000 penduduk masyarakat Pos Kemar di sini. Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak, Hairulnizam Abdul Rahim berkata, isu konflik di antara gajah liar dan penduduk perlu diselesaikan segera berikutan kekerapan kes dilaporkan. "Tolong simpati dengan masyarakat Orang Asli yang terpaksa bersaing dengan gajah. Apatah lagi pendapatan mereka tidak seberapa. "10 tahun dahulu, penduduk masih boleh merasai hasil hutan dan tanaman.Namun kini tanaman mereka dimusnahkan gajah. "Dahulu gajah liar tidak memakan spesies pisang hutan menyebabkan penduduk menanam spesies pokok buah itu. "Namun kini tanaman itu menjadi sasaran gajah liar. Gajah liar sudah berubah dari segi tabiat dan tingkah laku," katanya.Tambah Hairulnizam, masyarakat Orang Asli amat bergantung dengan tanaman dan hasil hutan untuk meneruskan kehidupan. "Usaha meningkatkan sosio-ekonomi mereka berdepan tugas sukar akibat ancaman gajah. "Banyak projek pertanian yang dapat menjana pendapatan penduduk Orang Asli namun tidak dapat dilaksanakan. "Ini menyebabkan masyarakat Orang Asli sukar keluar dari garis kemiskinan apabila menerima kekangan seperti ini," katanya. |
'Abang besar' semakin ganas | 1,728,792,331 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143847/abang-besar-semakin-ganas | Mohd Jamilul Anbia Md Denin | 875 | 2024-10-13 04:05:31 | 2024-10-13T12:05:31 | Kuala Lumpur: Kes bersiri amukan gajah liar hingga mengakibatkan kematian mangsa terus meningkat apabila tiga individu terkorban sejak Januari lalu. Malah, sejak Januari lalu, mamalia sama turut menyerang dan menyebabkan kecederaan tiga mangsa lain. Dalam kejadian baru-baru ini, Musa Ahmad, 65, ditemui meninggal dunia di bawah talian kabel di Kampung Basung, Terengganu, dipercayai dipijak gajah di bahagian dada, kepala dan tangan. Sementara itu pada 26 September lalu, seorang pemuda, Mohamad Syafik Yakob, 31, meninggal dunia akibat dipijak gajah di kawasan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh di Felda Tenggaroh 5 di Mersing, Johor. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, berdasarkan kajian dilakukan, serangan gajah liar terhadap manusia tidak akan berlaku tanpa alasan munasabah. "Impak konflik manusia dan gajah adalah kesan kehilangan habitat haiwan berkenaan. Ia berkait rapat perubahan guna tanah untuk aktiviti-aktiviti pertanian, perladangan, penempatan, perbandaran serta pembangunan infrastruktur. "Serangan turut boleh berlaku apabila haiwan liar itu diganggu selain wujud tindakan provokasi terhadap haiwan berkenaan. "Orang awam dinasihati tidak mengambil tindakan sendiri terhadap gajah liar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Sebarang tindakan yang diambil orang awam perlulah mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Perhilitan selaras dengan peruntukan dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]," katanya. Kadir berkata, pihaknya menerima sebanyak 953 jumlah aduan berhubung kes kacau ganggu gajah liar di Semenanjung Malaysia sejak awal tahun ini. "Berdasarkan rekod dikemaskini Jabatan Perhilitan bagi tahun 2023, sebanyak 56 ekor gajah liar berjaya ditangkap dan dipindahkan. "Kaedah tangkapan pindah gajah adalah kaedah dipraktikkan Jabatan Perhilitan bagi membantu mengatasi masalah ancaman gajah liar di Semenanjung Malaysia," katanya. Menurutnya, kaedah yang dijalankan ini adalah salah satu kaedah pengurusan in-situ hidupan liar serampang dua mata yang berkesan di mana ia bukan hanya dapat mengurangkan konflik gajah dan manusia bahkan menjamin konservasi gajah bagi jangkamasa panjang. "Bagi kes membabitkan serangan hidupan liar dikategorikan Perhilitan sebagai binatang buas, mangsa atau waris boleh membuat tuntutan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Manakala bagi kes membabitkan kerugian atau kerosakan harta benda, satu bentuk bantuan kewangan secara one-off diberikan kepada penduduk kampung, komuniti setempat, Orang Asli, petani, nelayan dan penternak yang terjejas. "Bantuan diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) boleh dimohon melalui Jabatan Perhilitan," katanya. Tambahnya, anggaran populasi gajah Asia atau nama saintifiknya Elephas maximus di Semenanjung Malaysia kini antara 1,220 dan 1,677 ekor ketika ini. "Manakala populasi gajah di Sabah dianggarkan antara 1,000 dan 1,680 ekor. Bagaimanapun, saiznya agak kecil berbanding gajah yang ada di Semenanjung Malaysia. "Bagaimanapun, populasi gajah tidak terdapat di Sarawak," katanya kepada Harian Metro. Ditanya sama ada populasi gajah di Malaysia berdepan isu kepupusan, beliau memaklumkan gajah tidak mengalami kepupusan di Malaysia berikutan ia sejenis hidupan liar yang mampu beradaptasi dengan perubahan alam sekelilingnya dan tidak mempunyai masalah dalam memilih sumber makanan. "Gajah boleh makan pelbagai jenis makanan sama ada yang tumbuh secara semula jadi atau jenis tanaman pertanian oleh manusia," katanya. Beliau berkata, berdasarkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (2023-2030) NECAP 2.0, gajah di Semenanjung Malaysia kebanyakannya bertaburan di tiga lokasi iaitu di Kompleks Hutan Belum-Temenggor, Kompleks Taman Negara dan Kompleks Hutan Endau-Rompin. "Ia merangkumi enam negeri iaitu Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor," katanya. Tambahnya, gajah Asia adalah hidupan liar darat terbesar di Semenanjung Malaysia yang mempunyai fungsi ekologinya tersendiri. "Keperluan kawasan keliaran atau habitat yang luas menjadikan gajah sebagai salah satu spesies hidupan liar utama yang perlu dilindungi. Melindungi gajah dan habitatnya secara tidak langsung akan melindungi spesies hidupan liar lain yang berada di dalam habitat yang sama. "Pelbagai langkah serta usaha konservasi sudah dan sedang dilaksanakan Jabatan Perhilitan bagi memulihara spesies Gajah di negara ini. Antaranya adalah menjalankan aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada orang ramai. "Perhilitan turut menjalankan aktiviti tembak halau bagi menakutkan gajah liar dan menghalau haiwan itu kembali ke dalam hutan. Operasi tangkapan dan pemindahan gajah liar ke habitat yang lebih sesuai turut dilakukan," katanya. Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan program penguatkuasaan seperti rondaan kuatkuasa di kawasan hotspot berlakunya pemburuan haram. "Perhilitan turut menjalankan program pemantauan pergerakan kumpulan gajah liar secara pemasangan kolar satelit. Ia akan berfungsi sebagai Sistem Amaran Awal (Early Warning System) bagi mengesan pergerakan gajah liar ke kawasan pertanian atau penempatan manusia. "Kami turut membangunkan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) terutamanya di kawasan kampung atau pertanian tradisional yang berdekatan dengan habitat utama gajah liar. "Selain itu, Perhilitan menyediakan pelan menyelamat hidupan liar bagi mengurangkan impak pembangunan ke atas hidupan liar terutamanya gajah liar bagi projek pembangunan membabitkan pembukaan habitat gajah liar berskala besar," katanya. Sementara itu, bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya, banyak papan tanda amaran didirikan di kawasan hotspot lintasan gajah liar. "Menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11, Projek Pembinaan Santuari Gajah Johor sudah bermula dan akan berperanan mengurangkan kadar aduan gangguan gajah liar di negeri Johor dan memberi peluang pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat menerusi aktiviti eko pelancongan. "Selain itu, Projek Pengurusan dan Pembangunan Central Forest Spine (CFS) juga banyak membantu menyambungkan rangkaian habitat gajah liar yang terpisah menerusi projek pembinaan viaduct di rangkaian ekologi utama di negeri Terengganu (Taman Negara – HSK Tembat), Pahang (HSK Sg. Yu – HSK Tanum) dan Perak (Taman Negeri Royal Belum – HSK Temengor). Manakala projek terkini pembinaan viaduct sedang dijalankan di negeri Johor yang akan menyambungkan HSK Labis Timur - HSK Mersing dan HSK Lenggor," katanya. |
Hanya bayar serendah RM100 setahun | 1,728,792,027 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143838/hanya-bayar-serendah-rm100-setahun | Fairul Asmaini Mohd Pilus | 976 | 2024-10-13 04:00:27 | 2024-10-13T12:00:27 | ISU persijilan halal menjadi antara isu hangat yang sudah lama dibincangkan di negara ini. Sebagai negara dengan penduduknya majoriti beragama Islam, masih banyak premis makanan terutama rangkaian popular yang tidak mendapatkan sijil halal meskipun dikunjungi ramai pengunjung beragama Islam. Isu berkenaan juga semakin panas sejak kebelakangan ini apabila ada pihak yang menganggap pensijilan halal perlu bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa. Wartawan, FAIRUL ASMAINI MOHD PILUS bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), MUHYIDIN AZIZ @SAARI mengulas mengenai isu persijilan halal untuk Kafe Ahad minggu ini.Adakah benar tanggapan segelintir pihak bahawa proses memohon sijil Halal Malaysia rumit, memerlukan kos yang tinggi dan tempoh masa yang panjang?Sindrom LSM (lambat, susah dan mahal) adalah antara perkara yang sering dibangkitkan apabila berbicara mengenai pensijilan halal.Saya amat percaya bahawa, setiap perkara atau satu proses dilalui mana-mana pihak perlu kepada maklumat dan pengetahuan mencukupi terhadap aspek tersebut. Ia penting sebagai salah satu langkah melancarkan apa jua urusan yang sedang hadapi.Perkara ini, sama juga seperti memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Sekiranya mana-mana pemohon yang tidak bersedia dengan maksud lain, tidak pernah ketahui prosedur pensijilan halal Malaysia, syarat-syaratnya, keperluan umum dan khusus, maka mereka akan berdepan dengan kesukaran untuk menjalani proses permohonan SPHM itu.Pada masa ini, Jakim sendiri melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia di mana semua permohonan SPHM boleh diselesaikan dalam tempoh 30 hari bekerja.Walau bagaimanapun, tanggungjawab industri sebagai pemohon SPHM adalah penting bagi memastikan kecukupan dan kesediaan dari segala aspek termasuklah permohonan yang dikemukakan adalah lengkap, bahan mentah jelas dari sumber yang halal, premis sudah bersedia sepenuhnya dan pihak syarikat juga mematuhi apa jua perundangan atau peraturan-peraturan daripada pihak berkuasa.Dalam konteks kos permohonan SPHM, tanggapan bahawa ianya mahal adalah tidak benar.Jika ada pihak yang mengatakan kos untuk sijil halal ini tinggi, anda boleh rujuk pada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 pada Bahagian 3 berkaitan fi pensijilan.Dalam klausa itu jelas menyatakan bahawa, fi pensijilan yang ditetapkan adalah mengikut kepada kategori industri iaitu mikro, kecil, sederhana dan besar.Sebagai contoh, fi yang dikenakan bagi skim produk makanan dan minuman bagi industri mikro (nilai perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.00) hanyalah serendah RM100 setahun manakala untuk industri besar (nilai perolehan tahunan melebihi RM50 juta) pula hanyalah RM1,000 setahun.Jika dibuat perbandingan antara fi pensijilan yang dikenakan dengan nilai perolehan tahunan syarikat, ianya amatlah rendah.Pihak yang mengatakan sijil halal memerlukan kos yang tinggi adalah kerana mereka menggabungkan bersama kos-kos permohonan sijil halal yang mereka lantik untuk diuruskan melalui pihak ketiga. Apa faktor yang menyebabkan proses permohonan SPHM mengambil masa?Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Belanjawan 2024, tempoh memproses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dipendekkan daripada 51 hari kepada 30 hari.Untuk makluman, pada masa ini, Jakim melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia dan statistik Januari hingga Julai 2024 menunjukkan 96 peratus berjaya diuruskan dalam tempoh 30 hari bekerja.Selain itu, pihak Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri yang menguruskan pensijilan halal di negeri masing-masing juga sudah mula mengikuti jejak langkah Jakim untuk memperkasa pengurusan pensijilan halal Malaysia.Apakah wujud tanggapan tertentu yang menyebabkan masih ramai pengusaha restoran yang menyediakan makanan halal tidak memohon persijilan halal?Selain daripada tanggapan mahal dan lambat, ramai dari kalangan pengusaha dimomokkan dengan sijil halal itu susah. Sebenarnya sijil halal tak susah seperti yang dikatakan kerana sekiranya pengusaha menyediakan makanan yang halal dan semua bahan ramuan yang digunakan juga halal, ianya sudah memenuhi salah satu keperluan halal yang ditetapkan.Walau bagaimanapun, aspek keselamatan dan kebersihan juga perlu dititkberatkan oleh pemohon.Tanggapan susah wujud kerana mereka menganggap proses pensijilan yang dilakukan dengan terperinci ini sangat menyusahkan.Contohnya, dokumen pengesahan halal bagi setiap bahan ramuan yang digunakan perlu disertakan, maklumat berkaitan pekerja perlu lengkap, kawalan halal dalaman perlu dilaksanakan dan lain-lain. Jika dilihat kepada keseluruhan perkara ini, keperluan ditetapkan itu penting bagi memastikan keterjaminan halal satu-satu produk dihasilkan. Inilah asas dan tunjang utama kepada pensijilan halal Malaysia dan dilengkapkan dengan pematuhan standard dan piawaian halal ditetapkan.Walaupun pensijilan halal ini hanya bersifat sukarela, tetapi Alhamdulillah, Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri sentiasa berusaha keras untuk mempromosikan kepentingan pensijilan halal selain mengambil langkah pentadbiran dengan mempermudahkan birokrasi permohonan, tetapi pada masa sama tetap mengutamakan integriti pensijilan.Teras integriti adalah pasak kepada pensijilan halal Malaysia, ia tidak boleh dikompromi sama sekali kerana membabitkan amanah agama.Adakah cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil? Sehingga kini permohonan SPHM yang dilaksanakan oleh Jakim dan Majlis Agama Islam (Main) atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) bersifat sukarela.Ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.Melalui SPHM yang diperoleh itu, ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang SPHM atas komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal.Apakah tindakan kepada pihak ketiga yang mendakwa boleh membantu mendapatkan sijil halal dengan mengenakan kos tertentu?Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia Bil 1/2014, jelas menyatakan bahawa urusan pensijilan halal Malaysia hendaklah diuruskan terus oleh pemohon, tanpa melalui pihak ketiga.Ini bertujuan supaya pemohon sendiri memahami segala syarat, keperluan, peraturan dan prosedur pensijilan halal sebelum membuat permohonan dan seterusnya lebih bertanggungjawab terhadap pematuhan sistem kawalan halal dalam syarikat pemohon.Walau bagaimanapun, Jakim dan MAIN/JAIN tidak pernah melarang pihak syarikat untuk melantik pihak-pihak tertentu bagi membantu dan membimbing industri dalam membangunkan sistem pengurusan dalaman halal syarikat ke arah mematuhi segala keperluan pensijilan halal Malaysia. Semuanya bergantung kepada pemohon sama ada ingin melalui pihak ketiga atau menguruskan secara sendiri.Setakat ini Jakim juga mendaftarkan 41 Rakan Strategik sebagai sistem sokongan untuk membantu pihak industri bersedia ke arah pensijilan halal Malaysia .Ia juga disediakan bagi melaksanakan latihan halal bersama untuk melaksanakan program Pembangunan Kapasiti Halal (PKH) secara Training & Coaching (T&C) sama ada dalam dan luar negara ke arah melahirkan lebih ramai profesional halal. |
Kalau boleh, ambillah mata ayah | 1,728,788,638 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143824/kalau-boleh-ambillah-mata-ayah | Redzuan Muharam | 431 | 2024-10-13 03:03:58 | 2024-10-13T11:03:58 | Labis: Ketika kanak-kanak seusia dengannya dapat melihat dunia, Alisa Umairah Nur Hisham yang berusia setahun 11 bulan melalui kehidupan dalam kegelapan selepas kedua belah matanya terpaksa dibuang akibat barah mata.Mata kirinya dibuang Mei lalu diikuti mata kanan pada Julai yang terpaksa dilakukan atas nasihat doktor kerana berisiko membawa maut.Bapanya, Nur Hisham Abd Hamid, 30, yang bekerja sebagai mekanik berkata, Alisa adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dilahirkan normal, bagaimanapun dia disahkan menghidap barah mata ketika berumur setahun dan penyakit itu kini berada pada tahap empat."Alisa dulu anak yang ceria dan aktif macam kanak-kanak lain. Tapi satu hari, Alisa menunjukkan simptom mata hitam memutih dan kerap menggosok mata."Melihat keadaannya, saya dan isteri bawa Alisa ke Hospital Segamat sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk pemeriksaan lanjut."Di situ, Alisa menjalani pemeriksaan Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) sebelum disahkan barah mata kemudian dirujuk ke Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan sampai sekarang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.Sebagai bapa, Nur Hisham berkata berat juga untuknya merelakan kedua mata Alisa dibuang namun terpaksa akur kerana enggan melihat anaknya bertambah menderita jika dibiarkan."Bila diberitahu mata Alisa perlu dibuang, saya sendiri menawarkan diri untuk menggantikan tempatnya namun doktor kata tidak boleh."Jadi selepas berbincang dengan isteri, kami akur tetapi sedih kerana Alisa masih kecil dan belum mengerti apa yang berlaku," katanya.Nur Hisham berkata, buat masa ini dia dan isteri, Siti Salbiah Samsol, 30, perlu membawa Alisa untuk menjalani rawatan susulan di HTA, Kuala Lumpur mengikut tarikh temujanji ditetapkan.Bermula Ramadan lalu, Alisa sudah menjalani rawatan kemoterapi dan kesemua tujuh sesi sudah selesai."Akhir bulan lalu kami bawa Alisa ke HTA untuk pemeriksaan mata dan doktor memaklumkan Alisa boleh pakai mata palsu tapi ambil masa juga."Setakat ini, Alisa stabil cuma dia mempunyai tabiat kerana ada ketikanya nak duduk dalam peti sejuk pada waktu malam terutama apabila badannya panas."Jadi saya turutkan kerana bukan selalu Alisa buat permintaan itu," katanya.Di sebalik ujian itu, Nur Hisham bersyukur kerana ramai prihatin dan mendoakan Alisa terutama selepas dia berkongsi kisah anaknya di Tiktok."Niat aktifkan akaun TikTok dan muat naik video Alisa sebenarnya untuk simpan sebagai kenangan."Alhamdulillah, ramai beri kata semangat kepada saya malah berkongsi rezeki dengan menyumbang duit buat Alisa. "Terima kasih saya ucapkan, hanya Allah SWT saja dapat membalasnya dan saya berdoa semoga ada keajaiban untuk Alisa sembuh nanti," katanya yang sudah memohon bantuan daripada agensi kerajaan namun belum mendapat kelulusan.Orang ramai yang berhasrat membantu meringankan beban boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 151119244310 atas nama Nur Hisham Abd Hamid. |
Enggan insan tersayang dikecam | 1,728,770,423 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143733/enggan-insan-tersayang-dikecam | Norhayati Nordin | 571 | 2024-10-12 22:00:23 | 2024-10-13T06:00:23 | PADA masa kini, media sosial pastinya menjadi pilihan ramai apabila kebanyakan pengguna memilih berkongsi perihal peribadi dan rutin harian mereka di platform itu secara terbuka. Namun, agak menyedihkan dengan tindakan segelintir netizen yang sanggup mengecam dalam komen ditulis sehingga ada kala dilihat cukup melampau dan tiada rasa hormat. Tidak hanya mengkritik pedas pemilik akaun, malah kecaman netizen turut terkait dengan keluarga, ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik serta anak kecil. Mengambil kira hal itu, pelakon Datin Elvina Mohamad, 29, kini tidak terlalu berkongsi lagi kisah berkaitan suami dan anak-anaknya di media sosial kerana enggan insan tersayang dikecam."Komen netizen di media sosial sekarang agak menakutkan. Jadi, apabila terbaca komen kecaman ditulis itu memang boleh buat kita rasa 'down' dan sedih."Tipulah, kalau saya kata tak baca (komen) langsung. Sebagai manusia biasa, kita tetap ada keinginan nak baca komen juga walaupun tak kuat terima (kecaman)," katanya. Menurut Elvina, menyedari penjagaan kesihatan mental juga lebih penting membuatkan dia berasa mencegah dulu amat perlu diutamakan dengan tindakan segera yang diambil."Kalau saya seorang saja dikecam, memang boleh faham sebab kerjaya saya sebagai selebriti. Tetapi, apabila suami dan anak juga dikaitkan, itu benda tidak sihat. "Maka, peranan saya sebagai isteri dan ibu untuk lindungi keluarga saya. Syukur Alhamdulillah, sekarang lebih tenang apabila saya banyak berkongsi hal kerja di media sosial."Mengenai suami dan anak, biarlah ia menjadi 'privacy' saya daripada semuanya hendak dikongsikan di media sosial untuk jadi tatapan umum," katanya ditemui baru-baru ini. Elvina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Mohd Haniff Borhan, 38, pada Mac 2018 dan mereka mempunyai dua cahaya mata lelaki, Karl Mateen, 6, dan Ean Maleeq, setahun. Muncul dengan drama terbaharu, Ternyata Sebuah Bahagia, Elvina atau nama sebenarnya, Norzalina Mohamad berkata, kesibukan kerja di set penggambaran membuatkan dia perlu meninggalkan anak dalam jagaan pembantu."Disebabkan saya dan suami bekerja, bagi penjagaan seketika anak di rumah memang kami perlukan khidmat pembantu. Walaupun sebelum ini saya pernah alami kes pembantu (rumah) lari, tapi khidmat itu tetap diperlukan."Saya pula selesa anak saya dijaga di rumah sendiri berbanding hantar mereka dengan pengasuh. Jadi, saya selalu jugalah hubungi pembantu."Anak sulung saya pun dah bersekolah dan kalau 'call' itu bercakap dan tanyalah apa saja dengan dia. Saya pun minta juga padanya untuk tengokkan adik. Alhamdulillah, dia pun dah faham," katanya. Elvina berkata, meskipun pembantu rumahnya sekarang ini boleh disifatkan bekerja dengan baik, tetapi dia perlu berhati-hati juga kerana tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' sebagaimana kisah yang lalu. Teruja bawa watak antagonisMelakonkan watak Rhea iaitu seorang gadis kampung yang bercita-cita tinggi untuk hidup senang di ibu kota sehingga sanggup 'bermadu' dalam drama Ternyata Sebuah Bahagia, Elvina mengakui ia cabaran besar buatnya. Katanya, agak gementar juga melakonkan watak antagonis yang buat penonton benci memandangkan dalam situasi masa kini masalah keretakan rumah tangga semakin menjadi-jadi dan banyak pasangan berpisah."Apapun, watak Rhea bukan penyondol suami orang. Dia berkahwin dengan Datuk Zamani (lakonan Zamarul Hisham) kerana dilamar sendiri isteri pertama lelaki itu untuk menjadi 'madu'."Cuma, saya tak nafikan gementar bawa watak Rhea kerana faham penonton mesti tak suka dan marah. Tapi, saya sudah bersedia terima kecaman itu."Sebagai pelakon, saya hanya lakonkan watak Rhea sebaik mungkin dan kalau ada yang tak suka, maksudnya menjadilah lakonan saya," katanya. Selain Elvina dan Zamarul, barisan pelakon lain menjayakan drama 40 episod mengenai cabaran rumah tangga dan kecurangan dalam perkahwinan itu ialah Che Puan Sarimah Ibrahim, Azah Aziz, Kenji Sawahi, Lorenzo Irmann dan Myra Afrina. |
'Sebagai seorang Islam, saya maafkan dia' | 1,728,713,712 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143577/sebagai-seorang-islam-saya-maafkan-dia | Rosli Ilham | 315 | 2024-10-12 06:15:12 | 2024-10-12T14:15:12 | Dungun: "Sebagai seorang Islam, saya maafkan dia." Demikian kata Jamaludin Hussin, 53, bapa kepada salah seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun yang maut dalam kemalangan di hadapan universiti itu di Kampung Sura Hujung, di sini, Rabu lalu.Jamaludin berkata demikian susulan permohonan maaf daripada Azhar Ahmad, 53, iaitu suami kepada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit kemalangan hingga mengorbankan tiga penuntut universiti itu manakala seorang lagi cedera.Dia berkata, buat masa ini, dia dan keluarga masih bersedih dengan kehilangan anak bongsu, Allahyarham Khairil Anwar, 20, dan belum bersedia bertemu dengan suami wanita terbabit."Saya reda dan terima dengan dengan apa yang berlaku, saya maafkan dia, kalau tak maaf, dendam tidak akan habis sampai bila-bila."Bagaimanapun saya tetap akan mengambil tindakan undang-undang untuk keadilan arwah anak saya," katanya ketika dihubungi hari ini.Menurutnya, kehilangan Khairil Anwar mendatangkan kesan yang mendalam kepadanya kerana semua anak lelakinya pergi meninggalkan dia."Saya kehilangan anak sulung, Muhammad Khairul Izzudin tujuh tahun lalu dan kali ini anak bongsu pula. Kehilangan mereka sangat menyedihkan."Ibu mereka, Norma Mohamed Nor, 52, sangat terasa dengan kehilangan ini. Isteri sangat rapat dengan anak dan sepanjang masa memegang baju arwah untuk melepaskan rindu, " katanya.Jamaluddin berkata, mereka yang pernah merasai kehilangan orang tersayang saja akan faham betapa sedihnya berdepan dengan situasi sebegini."Kehilangan anak bongsu sangat perit, saya rasa lagi berat ujian ini namun saya tetap kuat dan reda dengan ketentuan ini," katanya.Harian Metro semalam melaporkan Azhar yang mewakili isterinya memohon maaf kepada semua keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan itu.Dia berharap agar ahli keluarga mangsa dapat memaafkan dan mahu bertemu dengan mereka sekiranya bersedia.Dalam kemalangan jam 7.20 malam, Rabu lalu, Honda CRV dipandu seorang wanita merempuh dua motosikal yang ditunggang empat penuntut dari arah belakang.Kemalangan mengorbankan Khairil Anwar, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, manakala Mohd Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, parah dan dirawat di Hospital Dungun. |
3,068 sijil halal ditarik balik | 1,728,705,630 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143513/3068-sijil-halal-ditarik-balik | NurNazwa Alya Azman | 295 | 2024-10-12 04:00:30 | 2024-10-12T12:00:30 | Kuala Lumpur: Sejumlah 3,068 Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sudah ditarik balik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setakat semalam, atas pelbagai faktor ketidakpatuhan terhadap keperluan dan piawaian pensijilan halal Malaysia. Antara sebab penarikan itu ialah, berlaku kesalahan serius dalam memenuhi piawaian syariah atau teknikal di premis yang dipersijilkan halal dan lain-lain seperti mana yang dinyatakan dalam Klausa 32 MPPHM 2020. Ia menunjukkan pemantauan berterusan terhadap SPHM giat digerakkan pihak berkuasa berwibawa pensijilan halal Malaysia iaitu Jakim serta pihak berkuasa di negeri-negeri. Ia dilihat satu langkah ini penting untuk mengekalkan keyakinan pengguna terhadap integriti perkhidmatan dan produk halal serta memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri halal global. Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim Muhyidin Aziz@Saari berkata, pihaknya mahupun Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri-negeri sentiasa mengadakan pemantauan berkala serta berjadual mahu pun pelaksanaan penguatkuasaan berterusan dipergiatkan bagi menangani sebarang isu salah guna logo halal dan penipuan terhadap perbahasan halal. Katanya, maklumat juga sering diperoleh daripada aduan serta proactive enforcement ketika menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengannya. "Terdapat tiga jenis ketidakakuran yang sering kali kita temui yang membolehkan sijil halal ditarik atau digantung semasa pemantauan dijalankan. "SPHM boleh digantung dan boleh dinaikkan kepada status ditarik balik jika pemegang gagal melaksanakan tindakan pembetulan dalam tempoh diarahkan, ini contoh ketidakakuran kecil dan keputusan penarikan sijil boleh dibuat bergantung kepada keputusan Panel Pengesahan Halal Malaysia kerana ini menunjukkan mereka tiada komitmen sebagai pemegang SPHM."Sekiranya pihak industri melakukan ketidakakuran besar, SPHM juga boleh ditarik balik dan bagi ketidakakuran serius, SPHM ditarik balik serta merta semasa pemantauan dijalankan," katanya. Walau bagaimanapun, pada masa ini, katanya, hasil pemantauan dan penguatkusaan berterusan membawa kepada pematuhan piawaian pensijilan halal semakin meningkat dan ia menunjukkan keseriusan pihak industri dan kesedaran mengenai isu halal di negara ini.Ada yang guna sijil halal palsu kaburi mata pelanggan |
Zaidatul lebur rekod 31 tahun G Shanti | 1,728,703,959 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143501/zaidatul-lebur-rekod-31-tahun-g-shanti | Aida Adilah Mat | 152 | 2024-10-12 03:32:39 | 2024-10-12T11:32:39 | Kuala Lumpur: Selepas 31 tahun, akhirnya rekod kebangsaan dalam acara 100 meter (m) wanita milik G Shanti lebur di tangan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli. Zaidatul atau lebih mesra disapa dengan panggilan Adik, mencatatkan masa 11.49 saat (s) di Terbuka Perlis memadam rekod G Shanti, 11.50s yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.Pingat perak dimenangi oleh Nur Afrina Batrisyia Rizal dengan catatan 11.91s diikuti Azreen Nabila Alias ketiga, 12s. Kejayaan itu pastinya memberi petanda positif buat arena olahraga negara yang dalam persiapan menghadapi Sukan Sea Thailand tahun depan. Bagi jurulatih Husniah, Mohd Poad Md Kassim berkata, tidak apa yang mampu diucapkan ketika ini selain daripada 'Alhamdulillah'.Usaha kerasnya selama ini untuk menghasilkan pelari terbaik Malaysia akhirnya terlaksana ketika laporan mengatakan bahawa kontrak Poad tidak akan disambung.Untuk rekod Husniah sebelum ini pernah mengatasi rekod G Shanti pada 2017 menerusi catatan 11.36s, namun atas alasan bantuan angin, catatan itu tidak diiktiraf. |
'Cinta saya tiada tuah' | 1,728,684,027 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143416/cinta-saya-tiada-tuah | Syafil Syazwan Jefri | 536 | 2024-10-11 22:00:27 | 2024-10-12T06:00:27 | "SAYA tahu saya sendirian. Sebenarnya saya lagi rela hidup sendiri daripada berpasangan, namun rasa sunyi".Itu luahan dan perkongsian rasa penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha ketika ditanya mengenai kehidupan dan hubungan cinta. Kisah cinta itu juga kini dituangkan ke dalam bentuk lagu dan kesemua 11 trek itu dimuatkan ke dalam album baharunya, Lovelorn. "Dalam Lovelorn ada 11 lagu. Yang paling lama saya simpan adalah lagu yang saya tulis pada 2019 sehinggalah kini. Semuanya adalah cerita saya. "Lagu paling terkesan, saya rasa semuanya. Mungkin ada tiga atau empat lagu yang saya tulis ketika pandemik. Jadi, waktu itu pun saya ada melalui fasa berkaitan hubungan cinta juga. "Tahun ini, lagu Lovelorn juga adalah trek terakhir saya tulis dan melengkapkan seluruh album ini," katanya. Berkongsi mengenai lagu Lovelorn, Daiyan berkongsi mengenai tuah yang tidak menyebelahinya dalam percintaan. "Sebenarnya, Lovelorn itu saya menceritakan mengenai betapa kurang bertuahnya saya dalam bercinta. Mungkin saya terlalu bercita-cita tinggi atau bekerja keras. Memang sasaran saya adalah untuk berjaya dalam karier dan sebagainya. "Saya tak menentang cinta. Saya suka sangat hubungan cinta dan perkahwinan, cuma saya rasa belum ada rezeki lagi. Saya rasa, saya akan tunggu yang paling tepat untuk saya," katanya. Berkongsi mengenai luahan kisah percintaan ke dalam bentuk lagu dan puisi, Daiyan berkata, dia selesa mengungkapkannya dalam bentuk karya seni. "Ada satu ketika, saya rasa macam saya nak keluarkan semua kata-kata. Waktu itu adalah masa untuk saya keluarkan kesemua kesedihan saya ke dalam empat hingga lima lagu. "Kebanyakan lagu membuatkan saya menangis. Album ini garis waktu kehidupan saya juga. Sekarang pun, album ini menjadi sandaran buat saya untuk melihat semula permulaan saya. "Banyak kisah cinta yang tergabung dalam album ini sejak 2019. Adalah beberapa individu yang pernah hadir dalam hidup saya," katanya. Dikenali sebagai selebriti yang enggan terlalu terbuka mengenai kisah cinta dan siapa pasangannya, Daiyan merasakan langkah itu adalah pilihan terbaik. "Dari dulu saya memang tertutup mengenai hubungan cinta. Tapi, ia bukan rahsia. Kadang-kadang, bila saya ada pasangan, orang memang tahu mengenai hubungan cinta saya, tapi tak tahu siapa pasangan saya. "Saya rasa ia lebih baik untuk kesihatan mental saya dan baik juga untuk hubungan cinta itu. Sampai dia 'lock' saya, contohnya nak kahwin, barulah saya akan dedahkan. "Saya tak tahu apa akan berlaku dan karier saya pun berjalan pada masa sama. Saya tak tahu saya akan jadi isteri individu itu atau tidak. Jadi, saya berhati-hati di sudut itu. "Kalau individu-individu itu mendengar lagu-lagu dalam album ini, mereka akan tahu ia mengenai mereka. Saya seorang pencerita dan saya bercerita dalam lagu-lagu saya," katanya. Bukan seorang yang cerewet, Daiyan enggan bercinta hanya kerana dia perlu berpasangan semata-mata. "Bukanlah saya cerewet sebab saya rasa, bila tengok balik, ada macam-macam jenis. Saya rasa, kalau saya serasi dengan orang itu, saya okay. "Saya cari duit sendiri dan keluarga pun tak adalah memaksa atau apa. Saya sendiri pun secara peribadi sangat pentingkan kerja. Saya tak mahu bercinta hanya sebab saya perlu dan nak bercinta. "Ada orang tanya, rumah besar-besar tapi saya sendirian. Ya, saya sendirian. Tapi, saya lagi okay hidup sendiri, daripada hidup berpasangan, tapi rasa sendirian. Saya percaya, jodoh saya akan datang. Insya-Allah," katanya. Selain album Lovelorn, Daiyan juga bakal tampil dengan Showcase Daiyan Trisha Live di Aurum TRX Kuala Lumpur pada 1 dan 2 November ini. |
Aina Abdul Bintang Paling Popular | 1,728,663,320 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143404/aina-abdul-bintang-paling-popular | Georgie Joseph | 425 | 2024-10-11 16:15:20 | 2024-10-12T00:15:20 | Shah Alam: Penyanyi dan komposer Aina Abdul, 31, dinobatkan Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 (ABPBH 36) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.Aina atau nama sebenarya Nurul Aina Abdul Ghani beterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mengangkatnya sampai ke tahap sekarang sehingga menggenggam trofi keramat itu."Terima kasih ibu saya. Dia selalu rakam rancangan. Ini untuk Aination, terima kasih atas usaha-usaha undi saya, Berita Harian dan TV3. TV3 khususnya sejak saya sertai Mentor Legend."Kepada pasukan Aina Abdul yang sentiasa tolak insan ini bekerja dan berkarya. Satu saja saya nak cakap, jangan mengalah, Allah di atas," katanya menerusi ucapan kemenangan itu.Penyanyi Terus Hidup itu unggul dengan undian 8,882,662.Sewaktu namanya diumumkan, seluruh dewan bergema dengan jeritan menandakan kemenangan itu memang direstui ramai.ABPBH 36 juga menjadi medan bersejarah buat nama-nama lama termasuk Senario yang menang trofi Artis Komedi Popular, Rita Rudaini menang trofi pertamanya menerusi Aktres Pembantu TV Popular, dan Raja Ema (Aktres Pembantu Filem Popular).Pemenang lain termasuk Shah Radhy menerusi ,Artis Baharu Lelaki Popular , Artis Baharu Wanita Popular - Erysha Emyra, Artis Kolaborasi/ Duo/Berkumpulan Popular - Dolla, Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar, dan Penyanyi Wanita Popular - Aina Abdul.Aktor Filem Popular dimenangi Aedy Ashraf, Aktres Filem Popular - Fasha Sandha, Aktor Pembantu Filem Popular - Alif Hadi, Aktor TV Popular - Hun Haqeem, Aktres TV Popular - Anna Jobling, Aktor Pembantu TV Popular - Shah Iskandar, Penyampai Radio Popular - Khairy Jamaluddin, dan Pengacara TV Popular - Uyaina Arshad.Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada penyanyi legenda, Datuk S Atan.Sementara lima kategori sampingan Ekstra Tonton Paling Popular adalah Couple Drama Popular yang dimenangi Amir Ahnaf & Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah), Couple Filem Popular - Bront Palarae & Nadiya Nissa (Harum Malam), Watak Antagonis Drama Popular - Aleza Shadan, Lagu Paling Boom Popular - Masing-Masing (Ernie Zakri & Ade Govinda), dan Artis Sensasi Popular - Siti Nordiana.ABPBH 36 dihoskan Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana. Acara itu dihangatkan dengan persembahan daripada Zamani, Spider, Hazama, Haqiem Rusli, Hael Husaini, Syamel, Ernie Zakri, Marsha Milan, Shiha Zikir, De Fam, Usop, Ghidd, Tuju, Meerfly, dan Benzooloo.Penyampai trofi adalah Aniq Dhurar, Fitri Farouk, Kak Engku, Hanna Delisha, Adi Putra, Atu Zero, Syarif Zero, Azhar Sulaiman, Anna Jobling, Bella Astillah, Muaz Zabir, Datuk Seri Eizlan Yusof, Rita Rudaini, Adira Suhaimi, Puteri Sarah, dan Mawar Rashid. ABPBH 36 mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia.ABPBH 36 diinspirasikan CONBOO sebagai penaja utama. |
Kau sahabat yang baik Mal... selalu buat orang sekeliling senang... | 1,728,649,822 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143356/kau-sahabat-yang-baik-mal-selalu-buat-orang-sekeliling-senang | Mahaizura Abd Malik | 327 | 2024-10-11 12:30:22 | 2024-10-11T20:30:22 | Kuala Lumpur: Dua sahabat ini pernah mengukir janji bersama mahu menamatkan pengajian dan membanggakan keluarga masing-masing dengan kejayaan dilakar mereka. Namun, takdir Allah SWT tertulis apabila salah seorang daripada mereka, Muhammad Akmal Md Tukirin, 20, terkorban dalam kemalangan tragis, di hadapan kampusnya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, malam kelmarin. Berkongsi kesedihan kehilangan mengejut sahabat baiknya itu, individu dikenali sebagai Zhafrannz berkata, dia dan Muhammad Akmal pernah berjanji mahu sama-sama meraikan konvokesyen mereka selepas tamat pengajian sarjana muda masing-masing. "Aku terkilan sebab kau tak dapat habiskan degree (ijazah sarjana muda) sama-sama. Kau janji nak amik (ambil) gambar degree pakai jubah konvo (konvokesyen) sama-sama. "Kau janji sama-sama nak banggakan parents (ibu bapa) tetapi Allah lebih sayang kau Akmal," katanya dalam perkongsian di TikTok, semalam. Perkongsian penuh menyentuh hati itu yang dilatari dengan lagu Pergi nyanyian Aizat Amdan itu turut dilampirkan dengan beberapa gambar kenangan ketika mereka menuntut di Politeknik Merlimau, Melaka dan meraikan konvokesyen bersama beberapa tahun lalu. Sepanjang mengenali insan itu, Zhafrannz berkata, Muhammad Akmal memiliki keperibadian mulia selain seorang periang dan menyenangkan individu sekeliling. "Kau sahabat yang baik Mal... Kau kawan yang periang dan selalu buat orang sekeliling senang dengan kau. "Aku reda dengan pemergian kau... semoga tenang di sana sahabat, Muhammad Akmal Md Tukirin," katanya. Muhammad Akmal yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan UiTM Dungun maut bersama dua lagi rakannya, Ku Adib Aizad Ku Azmi serta Khairil Anwar Jamaludin manakala seorang lagi rakan mereka, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan yang parah kini dilaporkan stabil di Hospital Dungun. Kejadian tragis itu berlaku apabila motosikal ditunggangi mereka yang dalam perjalanan pulang ke UiTM Dungun selepas keluar makan di kedai berhampiran, dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV di hadapan kampus mereka, kira-kira 7.20 malam, Rabu lalu. Wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh dua motosikal terbabit pula direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.#kw muhammad akmal, mahu banggakan, keluarga, tamat pengajian, bersama, janji dua sahabat, rakan baik, kemalangan, uitm, dungun, |
Nobuyo Oyama, pelakon suara Doraemon meninggal dunia | 1,728,638,843 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143308/nobuyo-oyama-pelakon-suara-doraemon-meninggal-dunia | Bernama-KYODO | 96 | 2024-10-11 09:27:23 | 2024-10-11T17:27:23 | Tokyo: Nobuyo Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular "Doraemon" meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.Berasal dari Tokyo, Oyama memulakan kerjaya cemerlang sebagai pelakon suara selepas menamatkan pengajian dari sekolah lakonan Haiyuza. Doraemon, yang disuarakannya selama lebih suku abad, menjadi karakter ikonik yang disayangi oleh kanak-kanak.Beliau meninggal dunia atas sebab semula jadi pada 29 September di sebuah hospital di Tokyo, menurut agensinya.Selain berjuang melawan kanser kolorektal dan pernah mengalami strok, Oyama mendedahkan pada 2015 bahawa beliau juga berhadapan dengan masalah demensia. |
'Saya mewakili isteri ingin mohon maaf, tiada siapa mahu kejadian ini berlaku' | 1,728,633,543 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143278/saya-mewakili-isteri-ingin-mohon-maaf-tiada-siapa-mahu-kejadian-ini-berlaku | Rosli Ilham | 415 | 2024-10-11 07:59:03 | 2024-10-11T15:59:03 | Dungun: "Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu. Saya mewakili isteri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit," kata Azhar Ahmad, 53. Dia adalah suami kepada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit kemalangan di hadapan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat Kampung Sura Hujung, kelmarin yang mengorbankan tiga penuntut universiti itu dan seorang cedera. Azhar berkata, memang niatnya daripada awal kejadian berlaku, mahu berjumpa ahli keluarga mangsa dan meminta maaf namun, ditangguhkan atas nasihat pihak berkuasa. Menurutnya, isterinya yang berusia 49 tahun adalah seorang isteri yang baik dan penyayang, sebelum mengalami masalah kesihatan dan gangguan mental. "Ketika mengandung anak keempat, 10 tahun lalu, doktor mengesahkan isteri mengandung di luar rahim dan terpaksa menggugurkan kandungan itu. "Ketika mendapat rawatan di hospital di Kuala Terengganu, dia koma selama empat hari dan kehilangan banyak darah. Selepas sedar dari koma, isteri mula alami gangguan dan sering berhalusinasi dan bercakap sendirian. "Sudah puas saya berubat, termasuk secara tradisional.. apa sahaja saya lakukan namun semuanya tidak berhasil," katanya yang sudah berkahwin 30 tahun dengan pasangannya. Azhar berkata, walaupun keadaan isterinya begitu, wanita berkenaan tetap bertanggung jawab, malah mengemas rumah, memasak dan tidak suka keadaan rumah yang bersepah. "Dia juga penyayang dengan anak cucu, sering membeli dan memasak makanan untuk mereka," katanya. Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang menunaikan solat maghrib dan isyak bersama anak bongsu apabila isterinya keluar rumah sambil memandu kereta. Katanya, dia terkejut apabila mendapati isterinya yang sebelum itu menonton televisyen tiada di ruang tamu, bahkan pintu pagar rumah terbuka, dua pasang kasut isteri dan sehelai pakaiannya juga tidak ada. "Dia tidak pernah keluar waktu malam. Kalau keluar, mesti ditemani saya dan anak-anak. Dia memandu pada waktu siang dan minum di kedai tidak jauh dari kampus," katanya. Menurutnya, dia bergegas ke lokasi kejadian bersama anak bongsu sebaik dihubungi rakan yang memaklumkan SUV saya terbabit kemalangan. "Terkejut saya melihat mayat pelajar di atas jalan raya. Saya ingat seorang mangsa, rupanya tiga orang. Saya cuba cari ahli keluarga mangsa di tempat kejadian ketika itu tetapi semua orang luar Dungun. "Kemudian saya diarah polis untuk ke balai bagi diambil keterangan," katanya yang memaklumkan cuba bertemu keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Dungun namun dinasihatkan tidak berbuat demikian bagi mengelak kekecohan. Katanya, dia sangat kesal dengan kejadian yang berlaku bahkan sudah menyorokkan kunci kenderaan sebelum kejadian. "Tiada siapa mahu kejadian sebegini, saya sudah sorok kunci kereta namun perkara tetap terjadi," katanya yang berharap pihak pengurusan UiTM membantunya bertemu keluarga penuntut terbabit untuk memohon maaf. |
Bapa, tiga anak berentap siapa lebih hebat di Ironman Langkawi | 1,728,632,831 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143274/bapa-tiga-anak-berentap-siapa-lebih-hebat-di-ironman-langkawi | BERNAMA | 363 | 2024-10-11 07:47:11 | 2024-10-11T15:47:11 | Langkawi: Walaupun perlu bersaing dengan tiga anak yang berusia 30-an, Ayob Yahaya, 62, tekad untuk mencatatkan masa terbaik pada Kejohanan Ironman 70.3 di Langkawi, esok.Ayob dari Shah Alam dan bekerja sebagai jurutera minyak berkata dia bersama tiga anaknya, Arif Azraei, 30; Amira Alysa, 33, dan Arif Ashraf, 35, perlu menamatkan kejohanan itu yang melibatkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 1.9 kilometer (km), berbasikal 90km dan larian 21.1km."Saya mula menyertai Ironman ini pada 2022 iaitu saya sertai Ironman 70.3 dan ketika itu anak saya, Amira Alysa yang datang beri sokongan. Pada 2023 pula, saya buat Ironman Malaysia dan pada masa itu ketiga-tiga anak saya juga sertai Ironman 70.3 tetapi mereka buat secara berkumpulan."Tahun ini, saya cabar mereka untuk sertai Ironman 70.3 secara individu dan saya belikan basikal untuk mereka...jadi, kita akan lihat esok macam mana, mungkin mereka lebih laju dari saya dalam disiplin berenang dan larian tetapi berbasikal mungkin saya lebih pantas," katanya ketika ditemui hari ini.Beliau yang berjaya menamatkan Ironman Malaysia tahun lepas dengan catatan masa 16 jam setengah berkata dia juga mula berjinak dengan dunia triathlon pada 2021 selepas berjaya mengatasi fobia berenang di laut terbuka. "Kalau ikut, saya mula pada usia yang agak lewat kerana saya takut untuk berenang di laut terbuka tetapi selepas beberapa cubaan, saya berjaya atasi perasaan takut itu...begitu juga anak-anak, mereka berjaya menguasai disiplin berbasikal dalam tempoh setahun sahaja," katanya.Sementara itu, anak sulung Ayob, Arif Ashraf yang juga bekerja sebagai jurutera minyak berkata dia dan dua adiknya menyertai Ironman 70.3 secara individu tahun ini selepas dicabar ayahnya."Ayah sudah berusia tetapi dia dapat habiskan Ironman Malaysia tahun lepas, jadi kalau dia boleh, kenapa kami tidak boleh. Jadi, kami ambil ia sebagai cabaran...masing-masing yakin boleh tamatkan kejohanan dengan catatan masa yang baik."Kami adik-beradik memang aktif sukan tetapi dalam acara berlainan yang mana saya aktif berlari, Amira Alysa aktif angkat berat manakala Arif Ashraf pelbagai jenis sukan, jadi untuk Ironman ini kami memerlukan skil yang baharu sebab itu kami akan berlatih dan menyertai kejohanan yang lain bersama sebagai persediaan untuk esok," katanya.Seramai 1,800 atlet dari lebih 50 negara akan berentap membuktikan kekuatan dan kecergasan masing-masing pada Kejohanan Ironman 70.3 dan Ironman Malaysia 2024, di sini, esok.Ironman Malaysia melibatkan berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan larian 42.2km. |