The full dataset viewer is not available (click to read why). Only showing a preview of the rows.
The dataset generation failed because of a cast error
Error code: DatasetGenerationCastError Exception: DatasetGenerationCastError Message: An error occurred while generating the dataset All the data files must have the same columns, but at some point there are 1 missing columns ({'url'}) This happened while the json dataset builder was generating data using hf://datasets/tnwei/ms-newspapers/utusan-20230512.jsonl (at revision e6b7a533ec6840b4c954a2d0276342e6df607f27) Please either edit the data files to have matching columns, or separate them into different configurations (see docs at https://hf.co/docs/hub/datasets-manual-configuration#multiple-configurations) Traceback: Traceback (most recent call last): File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/builder.py", line 2011, in _prepare_split_single writer.write_table(table) File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/arrow_writer.py", line 585, in write_table pa_table = table_cast(pa_table, self._schema) File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/table.py", line 2302, in table_cast return cast_table_to_schema(table, schema) File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/table.py", line 2256, in cast_table_to_schema raise CastError( datasets.table.CastError: Couldn't cast index: int64 text: string access_date: string to {'index': Value(dtype='int64', id=None), 'url': Value(dtype='string', id=None), 'text': Value(dtype='string', id=None), 'access_date': Value(dtype='string', id=None)} because column names don't match During handling of the above exception, another exception occurred: Traceback (most recent call last): File "/src/services/worker/src/worker/job_runners/config/parquet_and_info.py", line 1321, in compute_config_parquet_and_info_response parquet_operations = convert_to_parquet(builder) File "/src/services/worker/src/worker/job_runners/config/parquet_and_info.py", line 935, in convert_to_parquet builder.download_and_prepare( File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/builder.py", line 1027, in download_and_prepare self._download_and_prepare( File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/builder.py", line 1122, in _download_and_prepare self._prepare_split(split_generator, **prepare_split_kwargs) File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/builder.py", line 1882, in _prepare_split for job_id, done, content in self._prepare_split_single( File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/builder.py", line 2013, in _prepare_split_single raise DatasetGenerationCastError.from_cast_error( datasets.exceptions.DatasetGenerationCastError: An error occurred while generating the dataset All the data files must have the same columns, but at some point there are 1 missing columns ({'url'}) This happened while the json dataset builder was generating data using hf://datasets/tnwei/ms-newspapers/utusan-20230512.jsonl (at revision e6b7a533ec6840b4c954a2d0276342e6df607f27) Please either edit the data files to have matching columns, or separate them into different configurations (see docs at https://hf.co/docs/hub/datasets-manual-configuration#multiple-configurations)
Need help to make the dataset viewer work? Make sure to review how to configure the dataset viewer, and open a discussion for direct support.
index
int64 | url
string | text
string | access_date
string |
---|---|---|---|
0 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/08/joran-tembusi-badan-remaja/ | Joran tembusi badan remaja
Oleh KOSMO!
8 Julai 2020, 10:00 am
MOSCOW, RUSIA – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terselamat selepas jatuh daripada basikal dengan badannya tertusuk batang joran sepanjang 10 sentimeter yang menembusi hingga ke belakang mangsa, lapor mirror.co.uk minggu ini.
Semasa kejadian, remaja itu dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang basikal selepas memancing di sebatang sungai di sini minggu ini.
Bagaimanapun, nasib malang menimpa apabila remaja terbabit terjatuh sebelum joran yang dibawa tertusuk abdomennya sehingga menembusi bahagian belakang badan. Remaja itu yang parah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Ketua jabatan pembedahan hospital berkenaan, Andrey Zverev berkata, pembedahan sukar dilakukan kerana joran yang menembusi badan menyukarkan mangsa berbaring.
“Pesakit terpaksa duduk ketika pembedahan dilakukan,” kata Zverev.
Menurutnya, doktor tidak dapat menarik keluar joran itu begitu sahaja kerana bimbang berlaku pendarahan yang banyak sekali gus boleh membahayakan nyawa pesakit.
Kata seorang lagi doktor, Yuri Raikhman, remaja itu bernasib baik kerana joran tersebut tidak mengenai organ utama dalam badannya.
“Tusukan itu hanya satu sentimeter daripada urat nadi.
“Kalau terkena, ia akan menyebabkan kecederaan lebih serius,” kata Raikhman.
Remaja yang dirahsiakan identitinya itu selamat menjalani pembedahan dan dibenarkan pulang ke rumah selepas 12 hari dirawat di hospital. – AGENSI | 2023-05-24 22:01:15.572814 |
1 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/10/pasangan-kekasih-kirim-dadah-guna-kurier-diberkas/ | Pasangan kekasih kirim dadah guna kurier diberkas
10 Julai 2020, 1:05 pm
KUALA LUMPUR – Kegiatan sepasang kekasih aktif mengedar dadah menggunakan perkhidmatan kurier sejak dua tahun lalu berjaya ditumpaskan selepas mereka ditahan dalam dua lokasi berasingan di ibu kota kelmarin.
Bertindak atas maklumat sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menyerbu sebuah syarikat penghantaran di Salak South pada pukul 2.30 petang sebelum menahan suspek lelaki berusia 37 tahun.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, hasil pemeriksaan ke atas kotak dibawa peniaga ikan itu polis menemui 1,861 pil ekstasi.
Katanya, suspek menyembunyikan dadah tersebut dalam kotak yang didakwa mengandungi barang ganti motosikal.
“Susulan itu, berpandukan pada maklumat suspek pihak polis menyerbu sebuah rumah di Kepong dan menahan kekasihnya yang juga warga Indonesia.
“Hasil siasatan mendapati wanita berusia 40 tahun itu bekerja sebagai peniaga online dan kita percaya mereka menggunakan taktik menghantar barang lain bersama dadah bagi mengaburi mata pihak polis,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya lagi, kesemua pil ekstasi yang dirampas bernilai RM55,000 dan dipercayai mampu dibekalkan kepada lebih kurang 2,000 orang penagih.
“Siasatan lanjut juga mendapati suspek lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
“Kedua-dua suspek direman selama enam hari sehingga 14 Julai ini bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.572841 |
2 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/10/gagal-letak-tanda-harga-tiga-peniaga-dikompaun-serta-merta/ | Gagal letak tanda harga, tiga peniaga dikompaun serta-merta
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
10 Julai 2020, 1:45 pm
KUALA LUMPUR – Tiga peniaga dikompaun kerana gagal mempamerkan tanda harga pada barangan kawalan di premis mereka dalam satu operasi di sekitar Subang Jaya dan Shah Alam, dekat sini kelmarin.
Operasi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor bermula kira-kira pukul 12 tengah hari.
Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Selangor, Aminuddin Muhammad berkata, hasil pemeriksaan lebih sejam itu mendapati, tiga premis telah dikenakan kompaun serta merta kerana gagal mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual.
Menurutnya, antara barangan yang tidak dipamerkan tanda harga adalah gula dan gas petroleum cecair (LPG) atau gas memasak yang merupakan barangan yang dikawal oleh kerajaan.
“Kita khuatir peniaga mengambil kesempatan menjual barangan yang dikawal ini melebihi harga yang ditetapkan kerajaan kerana mereka tidak mempamerkan harga pada barangan tersebut.
“Oleh itu, tindakan kompaun serta-merta sebanyak RM 1,000 telah dikenakan kepada setiap peniaga terbabit mengikut Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 iaitu ,”katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mengulas lanjut Aminuddin berkata, harga yang ditetapkan bagi gula putih bertapis kasar adalah RM2.85 manakala gas memasak (LPG) 14kg adalah RM26.60.
Justeru katanya, KPDNHEP ingin menasihatkan kepada semua peniaga agar mematuhi perundangan yang telah ditetapkan terutamanya berkaitan penandaan harga ini.
“Tindakan tegas akan dikenakan kepada peniaga yang gagal meletakkan tanda harga pada barangan jualan terutamanya barangan kawalan.
“Pengguna dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang aduan dan salah laku peniaga melalui saluran aduan yang telah disediakan kepada pihak KPDNHEP,” jelas beliau. – K! ONLINE. | 2023-05-24 22:01:15.572847 |
3 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/10/6-termasuk-doktor-patologi-dihukum-gantung-sampai-mati-bunuh-kevin-morais/ | 6 termasuk doktor patologi dihukum gantung sampai mati bunuh Kevin Morais.
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN dan SAIRUL ZAMRI MISRANI
10 Julai 2020, 1:56 pm
KUALA LUMPUR – Seorang doktor patologi dan lima lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais lima tahun lalu.
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap keenam-enam tertuduh.
Mereka adalah pakar patologi, Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S.Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R. Dinishwaran, 28; A.K Thinesh Kumar, 27, M. Vishwanath, 30, dan S. Nimalan, 27.
Semua tertuduh didakwa membunuh Kevin ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara pukul 7 pagi hingga 8 malam, pada 4 September 2015.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Sementara tertuduh-tertuduh diwakili peguam-peguam Datuk N.Sivananthan, Jay Moy Wei Jiun, Dhanyaa Shreeya Sukmar, Datuk Sheelan Arjunan dan R.Ryshinah. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.572851 |
4 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/12/orang-sepang-paling-kaya-gaji-lebih-rm12000/ | Orang Sepang paling kaya, gaji lebih RM12,000
Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
12 Julai 2020, 10:50 am
PUTRAJAYA – Penduduk Sepang di Selangor memperoleh pendapatan isi rumah paling tinggi di negara ini dengan mencatat pendapatan purata sebanyak RM12,254 sebulan. Jumlah tersebut merupakan enam kali ganda lebih tinggi berbanding pendapatan purata penduduk daerah Pusa di Sarawak yang hanya memperoleh RM2,758 sebulan. Laporan Survei Pendapatan & Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES & BA) 2019 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia semalam turut menyenaraikan daerah Petaling sebagai daerah yang mempunyai pendapatan purata kedua tertinggi iaitu RM12,145. Daerah Sepang yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya | 2023-05-24 22:01:15.572855 |
5 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/operasi-benteng-berkas-lebih-1500-pati/ | Operasi Benteng berkas lebih 1,500 PATI
Oleh NOR IDAYU BOSRO
15 Julai 2020, 6:06 pm
PUTRAJAYA – Pihak berkuasa telah memberkas lebih 1,500 pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui Operasi Benteng yang dilakukan bermula 1 Mei hingga 14 Julai lalu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain PATI, pihak berkuasa telah memberkas 526 tekong serta 110 penyeludup dalam operasi bersepadu selama tiga bulan itu.
“Jumlah PATI yang ditahan sebanyak 1,598. Kita turut merampas 54 buah bot dan 156 kenderaan yang terlibat dalam percubaan menceroboh perairan negara.
“Polis turut menahan lima warga asing atas kesalahan imigresen baru-baru ini. Sebanyak 68 sekatan jalan raya telah dilakukan di seluruh negara dan sebanyak 37,001 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.
Operasi Benteng melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Maritim Malaysia dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia yang mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19. -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.572859 |
6 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/lelaki-mengamuk-gara-gara-tidak-dapat-rm50/ | Lelaki mengamuk gara-gara tidak dapat RM50
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 6:01 pm
KUALA TERENGGANU – Gara-gara tidak mendapat wang RM50, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan meja, kerusi dan peralatan berniaga milik seorang penyewa premis kedai ibunya di Padang Midin di sini pada Sabtu lalu.
Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, suspek yang berusia 39 tahun turut dipercayai bertindak agresif dengan mengugut untuk mencederakan mangsa dengan sebilah pisau.
Sumber berkata, mangsa yang berusia 38 tahun bernasib baik apabila lelaki terbabit dikatakan hanya beredar begitu sahaja sambil menendang jerigi besi pintu premis kedai terbabit.
“Sebelum itu, suspek telah datang ke kedai mangsa untuk meminta wang tunai RM50 dengan alasan mahu membaiki keretanya.
“Bagaimanapun, dia tiba-tiba mengamuk kerana berang permintaannya untuk mendapatkan duit tersebut tidak diendahkan oleh mangsa yang merupakan penyewa premis kedai ibunya,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati, ia bukan pertama kali suspek memeras ugut untuk meminta duit daripada mangsa.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya telah membuat laporan di balai polis berhampiran tidak lama selepas kejadian yang membawa kepada penahanan lelaki terbabit pada keesokan harinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abd. Rahim Md. Din mengesahkan kejadian dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama. -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.572863 |
7 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/covid-19-lima-kes-baharu-dikesan/ | Covid-19: Lima kes baharu dikesan
Oleh NOR IDAYU BOSRO
15 Julai 2020, 5:46 pm
PUTRAJAYA – Sebanyak lima kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini membabitkan empat kes penularan tempatan dan satu kes import menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,734 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada empat kes tempatan, tiga adalah warganegara dan satu bukan warganegara.
“Satu kes import adalah bukan warganegara dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan lanjut,” – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.572871 |
8 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/lensa-dunia/ | Dunia sana sini
Oleh WAN AZHAR WAN ABDULLAH
15 Julai 2020, 5:50 pm
SEORANG lelaki menjala ikan di air cetek di Pantai Meulaboh, wilayah Aceh, Indonesia pada 13 Julai 2020. – AFP
AKAUNTAN Tercio Galdino dan isteri, Alicea Galdino memakai sut perlindungan diri bagi mengelak jangkitan koronavirus semasa keluar bersiar-siar di Pantai Leme, kota raya Rio de Janeiro, Brazil pada Isnin, 13 Julai 2020. – AFP
WANITA suku Maasai ini membuat barang kemas daripada manik di sebuah bengkel milik pertubuhan pemuliharan hidupan liar tempatan, Maa Trust di Taman Negara Mara Maasai, Kenya, baru-baru ini. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.572876 |
9 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/lans-koperal-didakwa-terima-rasuah-pekerja-asing/ | Lans koperal didakwa terima rasuah pekerja asing
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 5:46 pm
KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah melibatkan urusan permit pekerja asing pada tiga tahun lalu.
Tertuduh, Mohd. Rosdi Muhammad, 32, yang bertugas di Balai Polis Kluang Baru, Kluang, Johor membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Rosdi didakwa menerima suapan wang tunai RM500 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya dan seorang pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja sah di sebuah kilang di Johor.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah bank di Jalan Air Jernih di sini pada 26 Januari 2017.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Mohd. Rosdi tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan pula dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun.
Jamaludin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM3,000 dan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kluang, Johor. -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.572880 |
10 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/atletico-rindu-kelibat-aguero/ | Atletico rindu kelibat Aguero
Oleh MOHD KHAIRI MOHAMAD
15 Julai 2020, 4:34 pm
MADRID – Bekas bintang Atletico Madrid, Diego Forlan menggesa Sergio Aguero untuk kembali ke saingan La Liga sebelum kariernya berakhir.
Penyerang Argentina itu menghabiskan tempoh selama lima tahun bersama Atletico dengan menjaringkan 100 gol dalam 230 penampilan selain menjulang gelaran Liga Europa dan Piala Super UEFA bersama pasukan itu.
Aguero kemudian berhijrah menyertai Manchester City pada 2011 dan melalui tempoh yang gemilang di England selama sembilan tahun apabila meledak 254 gol dalam 370 penampilan termasuk menjulang empat gelaran Liga Perdana England, lima Piala FA dan satu kejayaan Piala FA.
AGUERO memiliki baki kontrak setahun di Etihad selepas menghabiskan masa lebih sembilan musim bersama City.
Penggempur sensasi itu kini yang sudah berusia 32 tahun hanya mempunyai baki satu tahun kontrak bersama skuad bimbingan Pep Guardiola tetapi The Citizens dilaporkan bersedia untuk menawarkan kontrak lanjutan.
“Saya fikir adalah suatu yang sangat baik untuk menyaksikan Aguero kembali ke Sepanyol. Dia tiba di Atletico pada usia yang muda tetapi telah mempamerkan aksi yang cukup baik.
“Pastinya ia menjadi perkara yang menakjubkan buat Atletico untuk kembali mendapat khidmat Aguero,” katanya.
Atletico ketika ini berada di kedudukan keempat La Liga berkongsi mata dengan Sevilla tetapi ketinggalan 14 mata berbanding pendahulu, Real Madrid berbaki dua perlawanan. – AGENSI | 2023-05-24 22:01:15.572884 |
11 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/adun-slim-meninggal-dunia/ | ADUN Slim meninggal dunia
Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR
15 Julai 2020, 6:42 pm
IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang selepas diserang sakit jantung sebentar tadi.
Berita pemergian Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO tersebut disahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, beliau sendiri tidak mempunyai maklumat lanjut mengenainya dan beliau kini sedang dalam perjalanan ke hospital berkenaan.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam laman sosial Facebooknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah Mohd. Khusairi bagi pihak seluruh rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan negeri.
“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada Negeri Perak dan juga rakyat di kawasan DUN Slim serta UMNO Bahagian Tanjung Malim.
“Saya juga telah kehilangan seorang sahabat yang telah saya anggap sebagai saudara kandung sendiri. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga,” katanya. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.572888 |
12 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/perodua-myvi-hadir-dengan-ciri-warna-baharu/ | Perodua Myvi hadir dengan ciri, warna baharu
Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
15 Julai 2020, 5:48 pm
KUALA LUMPUR – Perodua Myvi tampil dengan ciri keselamatan dipertingkatkan dan warna baharu yang menarik.
Perodua Myvi varian 1.3X, 1.5H dan 1.5AV kini hadir dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran.
Ia merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga kelajuan 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.
Selain itu, Perodua turut membawakan warna baharu iaitu Electric Blue untuk semua varian Myvi.
Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Myvi yang telah diperbaharui kini terdapat di semua pusat jualan Perodua seluruh negara.
ASA 2.0 mula-mula diperkenalkan pada Aruz tahun lalu, sebelum turut dimasukkan pada Axia pada 2019 dan Bezza 2020. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.572892 |
13 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/nelayan-dikhuatiri-hilang-dekat-pulau-payar/ | Nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
15 Julai 2020, 5:46 pm
ALOR SETAR – Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan pada jarak kira-kira 4.1 batu nautika utara Pulau Payar dekat sini pagi tadi.
Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an disedari hilang oleh dua lagi nelayan yang berada di dalam sebuah bot pukat tunda kira-kira pukul 8.50 pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, mangsa yang belum dikenal pasti identiti dipercayai warga tempatan.
“Mangsa dilaporkan keluar ke laut bersama dua lagi nelayan dengan menaiki sebuah bot pukat tunda sebelum dia disedari hilang pada pukul 8.50 pagi tadi.
“Menurut tekong bot, mangsa menggantikan salah seorang kru yang bercuti dan dia dikatakan baru pertama kali bekerja di bot tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, sejurus mendapat maklumat, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9.30 pagi ini.
“Sektor pencarian meliputi kawasan seluas 25 batu nautika dan buat masa ini, selain Maritim Malaysia (APMM), operasi SAR melibatkan aset laut Jabatan Perikanan dan beberapa bot nelayan tempatan yang turut membantu dalam usaha pencarian,” ujarnya.
Mahmad Faizal berkata, pihaknya meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan kes berkenaan supaya menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.-K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.572895 |
14 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/barcelona-mahu-tambah-sengat-jentera-penggempur/ | Barcelona mahu tambah sengat jentera penggempur
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 4:49 pm
BARCELONA – Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengakui pihaknya telah mengadakan rundingan bersama Inter Milan berhubung peluang untuk membawa masuk penyerang, Lautaro Martinez ke Camp Nou.
Martinez dikaitkan dengan Barcelona sejak beberapa bulan lalu dan The Catalan dilaporkan mamasang impian untuk mendapatkan khidmat pemain Argentina itu.
Penyerang Inter itu dilihat sebagai pengganti paling sesuai menggantikan Luis Suarez yang sudah berusia 33 tahun serta sering mengalami kecederaan.
MARTINEZ
Barcelona mempunyai jalan mudah untuk mendapatkan pemain itu dengan mengaktifkan klausa perpindahan RM536.93 juta, namun kelab gergasi Sepanyol itu dilaporkan tidak bersedia untuk mengeluarkan dana sebanyak itu.
“Pasaran perpindahan kali ini pastinya menjadi suatu yang berbeza. Pasukan-pasukan yang besar pastinya berdepan masalah ekoran masalah ekonomi tetapi Barcelona akan terus aktif di pasaran.
“Dalam kes Lautaro, urusan perbincangan terhenti seketika. Kami mengadakan perbincangan beberapa minggu lalu dan ia berada pada fasa penilaian.
“Kami akan memberi keutamaan kepada saingan musim ini terlebih dahulu sehingga ia berakhir sebelum membuat penilaian semula mengenai beberapa perkara dalam pasukan ini,” jelasnya. – AGENSI | 2023-05-24 22:01:15.572899 |
15 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/woods-mahu-tempa-sejarah-jelajah-pga/ | Woods mahu tempa sejarah Jelajah PGA
Oleh SOPI SAMAILE
15 Julai 2020, 12:52 pm
OHIO – Legenda golf dunia, Tiger Woods mendedahkan bahawa tiada apa yang mustahil baginya untuk mencipta sejarah pada kejohanan PGA minggu ini sekali gus meraih kemenangan pertama dalam saingan kompetitif sejak Februari lalu.
Woods, 44, yang bakal menyertai Kejohanan Peringatan di Dublin, Ohio menyasarkan untuk menjulang kejuaraan ke-83 Jelalah PGA sekali gus memadamkan rekod yang dilakukan Sam Snead (82 kemenangan) pada tahun 1965.
“Saya ingin maklumkan bahawa saya mahu meraih kemenangan pada kejohanan itu sekali gus melakar sejarah baharu bagi Jelajah PGA.
“Sebab itu saya menyertainya, malah saya mahu meraih kemenangan pada setiap acara yang akan disertai selepas ini,” kata Woods yang sudah memenangi kejohanan berkenaan sebanyak lima kali.
Woods yang berjaya menyamai rekod Snead dengan kemenangan pada Kejohanan Zozo di Jepun, Oktober tahun lalu memberitahu, beliau tidak kisah untuk memulakan saingan pada Ahad ini dan kekal yakin meraih kejayaan yang diharapkan.
“Tiada sebarang alasan kenapa saya tidak mampu untuk melakukannya sekali lagi pada minggu ini,” tegasnya.
Woods terlepas banyak kejohanan golf disebabkan sakit belakang yang dialaminya selain sukan tersebut terpaksa ditangguhkan akibat wabak Covid-19. – AGENSI
WOODS menyamai rekod Snead iaitu 82 kemenangan Jelajah PGA selepas menjuarai Kejohanan Zozo di Jepun, Oktober tahun lalu. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.572903 |
16 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/28-lelaki-kena-denda-rm560000/ | 28 lelaki kena denda RM560,000
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 12:45 pm
KEMAMAN – Seramai 28 lelaki didenda RM20,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan terlibat dalam aktiviti sabung ayam pada Jumaat lalu.
Hakim Azman Mustaffa menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh yang berusia 20 hingga 57 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.
Empat tertuduh iaitu Suwarno Katono, 56; Muhamad Rizuandi Jusoh, 33; Kamarudin Che Soh, 34; dan Mohd. Yuszy Mohd. Yusof, 40, didakwa atas pertuduhan melaga ayam.
Bagi kesalahan itu, keempat-empatnya didakwa mengikut Seksyen 32(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Baki 24 tertuduh lain termasuk dua lelaki warga Indonesia didakwa atas pertuduhan hadir menonton aktitviti melaga ayam yang dibuat mengikut Seksyen 32(2)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Mahkamah menetapkan hukuman penjara selama enam bulan ke atas Suwarno, Muhamad Rizuandi, Kamarudin dan Mohd. Yuszy sekiranya mereka gagal membayar denda.
Azman turut memerintahkan 24 tertuduh yang lain dihukum penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.
Kesemua tertuduh gagal membayar denda dan dihantar ke Penjara Marang.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pondok tidak bernombor di Jalan Ibok, Ayer Jerneh di sini pada pukul 12 tengah hari, 3 Julai lalu.
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun. | 2023-05-24 22:01:15.572906 |
17 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/ai-aida-sedia-beri-peluang-kepada-mas-khan/ | A. Aida sedia beri peluang kepada Mas Khan
Oleh MOHD. HAIKAL ISA
15 Julai 2020, 12:38 pm
KUALA LUMPUR – Penerbit sensasi, Datuk A. Aida bersedia memberi peluang dan kepercayaan kepada Mas Khan meskipun pelakon muda tersebut didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang atas kesalahan mencuri mata wang kripto miliknya bernilai RM213,805.
Bagaimanapun, penerbit drama bersiri Halimah Jongang itu mahu Mas Khan mengambil iktibar dan insaf mengenai perbuatan buruknya itu.
“Hukuman itu diharap menjadi pengajaran kepadanya yang saya anggap seperti adik sendiri. Saya tidak berdendam dengannya, namun saya harap dia insaf kerana dia masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang.
“Saya akan memberikan dia peluang dan kepercayaan untuk berlakon di bawah produksi A. Aida Production,” katanya kepada Kosmo!.
Kelmarin,Majistret Farah Annuar menjatuhkan hukuman denda RM7,000 atau penjara 12 bulan kepada Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan selepas pelakon itu mengaku bersalah mencuri wallet mata wang kripton milik A. Aida.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Ukay Perdana, Ampang di sini pada pukul 5 pagi 7 Mac lalu. Mas Khan membayar denda itu.
Menurut A. Aida, dia bersyukur dengan keputusan mahkamah itu dan berterima kasih kepada pihak berkuasa yang berjaya menyelesaikan kes tersebut.
“Walaupun begitu, saya akan meneruskan saman sivil terhadap Mas Khan untuk menuntut keseluruhan jumlah wang yang dicuri, ganti rugi teladan, faedah dan kos tindakan di mahkamah,” tegasnya.
Sementara itu, Mas Khan ketika dihubungi enggan mengulas lanjut. | 2023-05-24 22:01:15.572910 |
18 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/polis-chile-latih-anjing-hidu-covid-19/ | Polis Chile latih anjing hidu Covid-19
Oleh WAN AZHAR WAN ABDULLAH
15 Julai 2020, 3:42 pm
SANTIAGO, Chile – Polis Chile kini melatih anjing bagi mengesan individu yang mungkin dijangkiti koronavirus dengan menghidu peluh mereka.
Kesemua empat ekor anjing berkenaan berusia antara empat hingga lima tahun dan sebelum ini dilatih untuk mengesan dadah, bahan letupan serta orang hilang.
Program latihan tersebut adalah usaha bersama antara Polis Nasional Chile, unit Pengawal Sempadan dan pakar-pakar dari Universiti Katholik Chile.
“Chile kini mengikuti usaha serupa yang dilakukan Perancis,” kata ketua sekolah khas polis, Julio Santelices.
Anjing mempunyai 330 juta saraf bau dan boleh mengesan bau 50 kali ganda lebih baik berbanding manusia. Haiwan itu juga boleh menghidu 250 orang pada setiap jam.
Mengulas perkembangan sama, profesor Universiti Katholik Chile, Fernando Mardones berkata, virus Covid-19 tiada bau tetapi jangkitannya menyebabkan metabolisme badan manusia berubah.
“Pesakit akan mengeluarkan peluh berbeza yang akan dihidu anjing tersebut,” kata Mardones.
Menurut Santelices pula, beberapa ujian di Eropah dan Dubai mendapati kaedah pengesanan virus Covid-19 menggunakan anjing adalah 95 peratus tepat.
Pihak berkuasa Chile akan menempatkan haiwan tersebut di kawasan sesak dengan pejalan kaki seperti stesen kereta api, lapangan terbang dan pusat kawalan kesihatan.
Pada Selasa lepas, negara Amerika Selatan itu merekodkan 1,836 kes baharu Covid-19. Ia adalah angka terendah dalam tempoh dua bulan, menjadikan jangkitan keseluruhan koronavirus sejak 3 Mac lalu berjumlah 319,493. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.572913 |
19 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/kedai-roti-stor-barang-terbakar/ | Kedai roti, stor barang terbakar
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
15 Julai 2020, 12:50 pm
SUNGAI PETANI – Dua buah rumah kedai yang menempatkan premis pembuatan roti dan stor simpanan barang di Jalan Kuala Ketil di sini terbakar dalam kejadian pada pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.43 pagi tadi.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mendapati dua buah rumah kedai iaitu premis pembuatan roti dan stor penyimpanan barang terbakar dengan keadaan asap tebal serta api marak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, kerja-kerja memadam kebakaran dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Bakar Arang, Sungai Petani dan Bedong.
“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 10 pagi dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira enam minit kemudian,” ujarnya.
Tambahnya, premis pembuatan roti terbakar hampir 20 peratus manakala stor penyimpanan barang kira-kira 15 peratus.
“Kita masih menyiasat anggaran kerugian dan punca kejadian,” katanya. | 2023-05-24 22:01:15.572917 |
20 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/spesies-predator-bunuh-ikan-tempatan/ | Spesies ‘predator’ bunuh ikan tempatan
Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR
15 Julai 2020, 12:42 pm
IPOH – Tindakan sesetengah pengusaha ikan air tawar melepaskan spesies ikan pemangsa seperti ikan keli Afrika, baung dan raja ke sungai untuk bernazar antara punca ikan air tawar tempatan di Perak dikhuatiri pupus.
Pelepasan ikan import yang tidak dibenarkan dan ikan hiasan yang semakin berleluasa kebelakangan ini bukan sahaja membunuh ekosistem sungai malah pendapatan nelayan ikan air tawar atau nelayan darat ini terjejas teruk.
Antara sungai di sekitar bandar raya ini yang terjejas teruk akibat perbuatan pelepasan ikan pemangsa seperti keli Afrika, baung dan raja ialah Sungai Kinta, Sungai Raya dan Sungai Pinji.
Bekas nelayan ikan air tawar di Ipoh, Roshidi Ahmad Ismail, 37, dia terpaksa berhenti daripada melakukan kerja-kerja menangkap ikan memandangkan kebanyakan tangkapannya merupakan ikan keli Afrika yang tiada harga di pasaran.
“Keli afrika ini biasanya dibela di dalam kolam dan dijual dengan harga RM5.50 satu kilogram. Apabila ia dilepaskan ke dalam sungai oleh pihak-pihak tertentu atas apa jua alasan seperti bayar nazar, ia menyebabkan ancaman besar kepada habitat asal di dalamnya.
“Ikan ini mudah membesar dan apabila ia berada di dalam persekitaran sungai kita, ia akan memakan apa sahaja yang berada di dalam sungai tersebut termasuk anak-anak ikan dan udang.” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.
Roshidi berkata, ikan keli Afrika ini tidak lagi mempunyai harga memandangkan isinya yang tidak sedap dimakan apabila sudah besar.
“Ikan-ikan inilah yang mengganggu habitat ikan air tawar di negara kita sejak tahun 90-an lagi. Pelepasan ikan berkenaan oleh pihak-pihak tertentu sehingga mencecah satu tan dengan tujuan bayar nazar ini telah menyebabkan ekosistem di dalam sungai terancam malahan ada yang telah pupus.
“Seingat saya suatu ketika dahulu, nelayan darat di Ipoh ini masih boleh menangkap ikan kelah, udang galah dan loma di tiga sungai ini. Namun kini pelbagai ikan lain seperti talapia, baung, terbul dan sia juga semakin sukar ditangkap,” katanya.
Menurut Roshidi, dia difahamkan sebanyak enam tempat aktif pelepasan ikan pemangsa berkenaan di sekitar Ipoh melibatkan Sungai Kinta, Sungai Pinji dan Sungai Raya.
Katanya, banyak aduan telah dipanjangkan kepada Jabatan Perikanan mengenai perkara ini namun jawapan yang diberikan amat mengecewakan para nelayan.
“Pegawai menyatakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menangkap individu yang melakukan perbuatan melepaskan ikan keli Afrika dan ikan hiasan seperti ikan raja dan bandaraya ke dalam sungai.
“Menurut pegawai tersebut, hanya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa berdasarkan Seksyen 69 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),” jelasnya.
Seksyen 69 akta berkenaan menyentuh mengenai perbuatan kacau ganggu dalam anak sungai, saluran, parit awam atau lain-lain alur air dalam kawasan pihak berkuasa tempatan yang boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. | 2023-05-24 22:01:15.572920 |
21 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/52-ditahan-ingkar-pkp/ | 52 ditahan ingkar PKP
Oleh NOR IDAYU BOSRO
15 Julai 2020, 3:05 pm
PUTRAJAYA – Sebanyak 52 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan 36 daripadanya melanggar prosedur operasi standard (SOP) manakala 16 lagi melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 11 daripadanya telah direman, 40 lagi dikenakan kompaun manakala seorang dijamin.
Sehingga semalam, task force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia itu telah menjalankan sebanyak 64,414 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.572924 |
22 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/jumlah-pendeposit-th-bertambah/ | Jumlah pendeposit TH bertambah
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 12:51 pm
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) terus mendapat kepercayaan dan sokongan daripada para pendepositnya melalui peningkatan jumlah deposit kepada RM73.86 bilion pada 30 Jun lepas, berbanding RM69.42 bilion pada 31 Disember tahun lalu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff berkata, dalam tempoh itu, lebih daripada 123,000 akaun simpanan telah dibuka.
“Sebagai memberi nilai tambah kepada pelanggan, kami akan memberi tumpuan terhadap perkhidmatan digital kerana sebahagian besar pendeposit TH terdiri daripada golongan celik teknologi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Selain itu, Nik Mohd. Hasyudeen menerangkan, pendapatan pelaburannya dalam tempoh separuh pertama tahun ini adalah sebanyak RM1.55 bilion, disokong pelaburan dalam pasaran sukuk dan saham.
Pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM1 bilion iaitu 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan TH bagi tempoh Januari hingga 30 Jun lalu.
Jelasnya, pelaburan hartanah telah menjana pendapatan RM204.57 juta, manakala pelaburan instrumen pasaran wang Islam menyumbang sebanyak RM187.13 juta dan RM150.27 juta pula daripada pelaburan ekuiti.
“Peningkatan pendapatan ini telah menghasilkan keuntungan bersih sebanyak RM1.25 bilion, berbanding RM849.66 juta pada tempoh enam bulan yang sama pada tahun 2019.
“Jumlah aset TH juga melebihi liabiliti sebanyak RM1.86 bilion pada 30 Jun lalu,” ujarnya.
Tambah Nik Mohd. Hasyudeen, TH sedang membuat persediaan untuk menghadapi pengurusan ibadah haji yang lebih rumit pada tahun hadapan, berikutan penangguhan haji pada musim 1441H/2020. | 2023-05-24 22:01:15.572940 |
23 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/video-enam-kenderaan-nyaris-hanyut-di-sungai-tembeling/ | [VIDEO] Enam kenderaan nyaris hanyut di Sungai Tembeling
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 3:36 pm
JERANTUT – Enam buah kenderaan nyaris hanyut apabila paras air Sungai Tembeling naik mendadak di Jeti Taman Negara Kuala Tahan, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, empat daripada kenderaan terbabit adalah milik pelancong asing dari Perancis, China dan United Kingdom manakala dua lagi kepunyaan penduduk tempatan. Pengerusi Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, kenderaan tersebut diletakkan di kawasan larangan kerana kejadian yang sama telah berlaku sebelum ini. “Kenderaan…
JERANTUT - Enam buah kenderaan nyaris hanyut apabila paras air Sungai Tembeling naik mendadak di Jeti Taman Negara Kuala Tahan, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, empat daripada kenderaan terbabit adalah milik pelancong asing dari Perancis, China dan United Kingdom manakala dua lagi kepunyaan penduduk tempatan.
Langgan | 2023-05-24 22:01:15.572944 |
24 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/chelsea-enggan-terlalu-selesa/ | Chelsea enggan terlalu selesa
Oleh MOHD KHAIRI MOHAMAD
15 Julai 2020, 12:33 pm
LONDON – Pengendali Chelsea, Frank Lampard sedar bahawa pasukannya perlu mengambil kesempatan ekoran kegagalan Manchester United memungut mata penuh setelah terikat 2-2 pada aksi kelmarin dalam usaha kekal di kedudukan empat pasukan teratas.
Pada aksi awal pagi tadi, Chelsea berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 menewaskan Norwich City di Stamford Bridge untuk kekal di kedudukan ketiga liga dengan perbezaan empat mata berbanding pencabar terdekat Leicester City dan United.
Ketika United kecewa apabila bolos pada penghujung perlawanan sewaktu menentang Southampton untuk terikat 2-2, Lampard percaya ia memberi kelegaan kepada Chelsea dalam usaha mereka untuk memastikan tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
“Saya tidak bercakap dengan pemain mengenai kelebihan tersebut kerana saya percaya kami perlu fokus dengan baki perlawanan yang ada. Ia tidak boleh membuatkan kami berasa terlalu selesa walaupun pasukan yang menjadi saingan kami terlepas peluang untuk memberi tekanan kepada kami.
“Kami berdepan pasukan yang berada di zon penyingkiran, ia bukan perlawanan yang mudah tetapi para pemain telah memberikan aksi terbaik untuk membolehkan kami menjarakkan kedudukan,” katanya.
Pada aksi tersebut, penggempur Chelsea, Oliver Giroud berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan sebelum rehat babak pertama untuk membolehkan The Blues meraih tiga mata berharga.
Chelsea bakal berdepan Liverpool pada aksi berikutnya di Anfield ketika skuad bimbingan Jurgen Klopp cuba untuk memecahkan rekod Manchester City dengan meraih 100 mata semusim sebelum kembali ke London berdepan Wolverhampton untuk aksi terakhir. – AGENSI | 2023-05-24 22:01:15.572947 |
25 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/vettel-dilamar-aston-martin/ | Vettel dilamar Aston Martin
Oleh SOPI SAMAILE
15 Julai 2020, 12:25 pm
HUNGARY – Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel difahamkan sedang melakukan perbincangan serius mengenai tawaran untuk menyertai pasukan Formula Satu (F1), Aston Martin pada tahun depan.
Menurut sumber, juara dunia F1 sebanyak empat kali itu dipercayai telah ditawarkan kontrak oleh pemilik pasukan Aston Martin, Lawrence Stroll yang sedia menjenamakan semula pasukan BWT Racing Point F1 bagi saingan musim depan.
Mengukuhkan lagi laporan tersebut, media Jerman iaitu Bild yang sering melaporkan perkembangan terkini Vettel turut menyatakan bahawa urusan antara bekas pemandu Red Bull bersama Aston Martin bakal dipersetujui dalam tempoh terdekat.
VETTEL
Bagaimanapun, pasukan berpangkalan di Silverstone, England itu sudah mempunyai pemandu Sergio Perez yang memiliki beberapa tahun kontrak manakala seorang lagi pemandu ialah anak Lawrence Stroll iaitu Lance yang sudah pasti kedudukannya selamat.
Sejak Vettel bakal bebas daripada sebarang kontrak selepas digugurkan oleh Ferrari pada penghujung musim ini, Principal BWT Racing Point F1, Otmar Szafnauer berterusan menafikan bahawa pasukan itu mempunyai kekosongan untuk Vettel.
Ditanya mengenai situasi kontrak pemandu baru-baru ini, Szafnauer memberitahu, ia sesuatu yang menggembirakan semua orang apabila memikirkan juara dunia F1 empat kali akan menyertai pasukan ini, mungkin disebabkan jentera BWT Racing Point F1 semakin laju.
“Kamu mungkin benar, namun kami mempunyai kontrak panjang dengan kedua-dua pemandu sedia ada, jadi tidak masuk akal kami ada kekosongan ketika ini,” jelasnya. – AGENSI | 2023-05-24 22:01:15.572951 |
26 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/tiada-lagi-rezeki-durian-runtuh-buat-penghantar-makanan/ | Tiada lagi rezeki ‘durian runtuh’ buat penghantar makanan
Oleh SAIRUL ZAMRI MISRANI
15 Julai 2020, 12:31 pm
KUALA LUMPUR – Pendapatan kebanyakan penghantar makanan dan barangan terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat pandemik Covid-19 dilaksanakan bermula 10 Jun lalu.
Seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Toriq Ahmad berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, ia bagaikan ‘durian runtuh’ buat penghantar makanan dan barangan.
Katanya, sepanjang tempoh itu, dia menerima banyak tempahan apabila orang ramai lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan penghantar makanan kerana bimbang dijangkiti Covid-19 jika kerap keluar rumah.
“Sebelum ini kami tidak cukup masa untuk ambil semua tempahan, namun selepas PKPP dilaksanakan, jumlah pesanan menurun secara drastik.
“Ketika PKP, saya boleh dapat sehingga 50 pesanan dengan pendapatan RM250 sehari, tetapi sekarang nak capai 10 pesanan pun sukar. Upah yang diterima kira-kira RM60 sehari,” katanya.
Penghantar barangan di sebuah syarikat kurier, Muhamad Apid Tukiran, 25, berkata, pendapatannya turut terjejas ekoran jumlah pesanan penghantaran barangan daripada pelanggan semakin berkurangan ketika PKPP.
“Ketika PKP mula dilaksanakan, pendapatan bulanan saya mampu mencecah RM4,000.
“Bagaimanapun, sekarang saya hanya menerima gaji pokok,” ujarnya.
Seorang penghantar makanan sepenuh masa, Amirul Amin Abd. Aziz, 24, berkata, selain kekurangan pesanan, dia juga terpaksa bersaing dengan pemandu kenderaan e-hailing.
“Sekarang ramai pemandu e-hailing juga menjadi penghantar makanan kerana tiada penumpang, jadi persaingan dalam perkhidmatan ini lebih sengit. Ini adalah antara faktor terjejasnya pendapatan kami,” katanya. | 2023-05-24 22:01:15.572954 |
27 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/pandemik-covid-19-bantu-tingkatkan-jualan-carsome/ | Pandemik Covid-19 bantu tingkatkan jualan Carsome
Oleh DALIZA MOHAMED ARIFFIN
15 Julai 2020, 12:30 pm
KUALA LUMPUR – Platform dagangan kereta terpakai terbesar di Asia Tenggara, Carsome mengunjurkan pertumbuhan jualan yang lebih baik pada bulan Julai ini.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng berkata, sejak bulan lalu, operasi perniagaan syarikat hampir pulih sepenuhnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin dilonggarkan.
Menurutnya, transaksi bulan Jun dicatat tiga kali ganda lebih banyak daripada bulan sebelumnya dengan peningkatan lebih daripada 70 peratus tahun ke tahun.
Tarif baru faktor pertingkat permintaan pengguna
“Pengenalan tarif baharu di Malaysia, Indonesia dan Thailand juga telah menyumbang kepada permintaan pengguna terhadap kereta baharu dan terpakai.
“Ini mengakibatkan pengguna mengelak menggunakan pengangkutan awam dan perkhidmatan e-hailing pada waktu pandemik ini.
“Peralihan kepada pemilikan kereta persendirian atas faktor keselamatan dan kebersihan menyebabkan peningkatan bilangan pemeriksaan dan penjualan kereta di semua pusat pemeriksaan Carsome,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Selain itu, Cheng menjelaskan, Carsome juga telah mendapat lebih permintaan daripada peniaga kereta terpakai untuk menambahkan inventori mereka bagi memenuhi permintaan pengguna.
“Kami terus maju dengan beberapa pelancaran produk baru, termasuk aplikasi mudah alih CarPartner dan CarsomeGO, yang dapat menaiktaraf aliran kerja dan proses membuat keputusan,” jelasnya.
Aplikasi mudah alih dilancar untuk mudahkan pelanggan
CarPartner adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan rakan kongsi Carsome membuat janji temu pemeriksaan kereta, memeriksa status janji temu dan mendapatkan anggaran nilai kereta dengan serta-merta.
CarsomeGO pula aplikasi mudah alih di Indonesia yang membolehkan peniaga kereta terpakai tempatan untuk mengambil bahagian dalam pembidaan kereta di mana jua mereka.
Selain itu, menurut Tinjauan Pengguna Carsome (Carsome Consumer Survey) yang dijalankan pada bulan April 2020, keyakinan pengguna di Malaysia dan Indonesia terhadap perkhidmatan penjualan kereta secara online seperti Carsome kekal kuat.
Satu dalam setiap empat rakyat Malaysia dan Indonesia yang ditinjau berkata mereka tetap akan terus menggunakan perkhidmatan penjualan kereta dalam talian.
“Tinjauan tersebut juga mendapati bahawa 34 peratus rakyat Malaysia, 43 peratus rakyat Indonesia dan 25 peratus rakyat Thailand yang ditinjau merancang untuk menjual kereta mereka dalam tempoh 12 bulan, dengan kebanyakan alasan untuk melupuskan kereta lama dan mendapatkan lebih wang. | 2023-05-24 22:01:15.572958 |
28 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/cukup-cukuplah-fynn-jamal/ | Cukup-cukuplah Fynn Jamal
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 12:31 pm
SEPANJANG minggu lalu, letih juga Diva dengar cerita tentang Fynn Jamal. Rasanya, ini bukan kali pertama dia mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkaitan agama dalam media sosial hingga mencetuskan perdebatan ramai.
Baru-baru ini, Fynn sekali lagi ‘bersuara’ menerusi IG Storynya mengenai isu rogol. Kenyataan penyanyi lagu Arjuna Beta itu seperti menyalahkan wanita sebagai punca utama masalah itu berlaku. Fynn juga mendakwa gambar swafoto dan menggunakan filter adalah penyebab kejadian rogol. Pening Diva nak ‘hadam’ semua hujah Fynn. Namun, apa yang membuatkan netizen lebih marah apabila Fynn mengeluarkan kenyataan: “Kalau kena rogol, awak bersabar, awak dapat satu pahala kerana ujian rogol.”
Menurut sesetengah netizen, Fynn perlu faham situasi mangsa yang dirogol sebelum keluarkan sebarang kenyataan. Diva ada juga menonton siaran langsung Instagram (IG Live) Fynn bersama Caprice dan Wardina Safiyyah. Agak ‘pahit’ juga hujah yang diberikan oleh mereka kepada Fynn. Tetapi ada juga yang berpendapat, mereka bertiga bukan individu yang layak untuk berbicara soal hukum agama terutama tentang isu sensitif seperti rogol. Diva rasa mungkin Fynn perlu berehat daripada bikin kecoh atau merujuk dulu dengan mana-mana mufti atau ulama jika ingin membahaskan sesuatu isu, terutamanya berhubung perkara agama sebab melibatkan sensitiviti.
Bukan apa pun, yang menjadi perdebatan netizen ialah, siapa Fynn dan apakah tahap Fynn untuk mengulas isu tersebut? Harap Fynn akan lebih berhati-hati jika ingin keluarkan sebarang hujah selepas ini. Mungkin benar kata orang, kerana mulut badan binasa.
DIVA: Ramai artis wanita yang sudah berhijab sekarang. Semoga kekal istiqomah ya semua. | 2023-05-24 22:01:15.572962 |
29 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/pelajar-asrama-tingkatan-4-6-bersekolah-15-julai/ | Pelajar asrama tingkatan 4, 6 bersekolah 15 Julai
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 12:26 pm
PUTRAJAYA – Pelajar tingkatan empat dan enam semester satu tahun 2020 sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan akan kembali bersekolah pada 15 Julai ini.
Kementerian dalam satu kenyataan berkata, keutamaan diberi kepada kumpulan pelajar berkenaan bagi memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk persediaan menduduki peperiksaan awam pada 2021.
“Bagi pelajar tingkatan satu, dua dan tiga di sekolah berasrama, mereka akan memulakan persekolahan pada 3 Ogos depan.
“Pada masa ini, mereka akan meneruskan pembelajaran yang berasaskan home-based learning sehingga mereka kembali semula ke sekolah pada Ogos ini,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, keputusan itu meliputi Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Sukan Negeri dan Sekolah Seni Malaysia.
“Kami sentiasa berusaha memastikan semua murid dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka, manakala dalam konteks sekolah berasrama, beberapa penambahbaikan dibuat ke atas tatacara pengurusan asrama berdasarkan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan.
“Penambahbaikan ini dimasukkan sebagai tambahan kepada Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dan diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bilangan 60 Tahun 2020 pada 9 Julai lalu,” ujarnya.
Menurut kenyataan itu, kementerian membenarkan pelajar untuk pulang ke rumah bagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.
“Kementerian sentiasa mengambil kira pandangan dan saranan Kementerian Kesihatan dalam memastikan semua murid sekolah berasrama dapat mengikuti pembelajaran di sekolah dalam keadaan yang selamat,”jelasnya. | 2023-05-24 22:01:15.572965 |
30 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/legenda-bachchan-positif-covid-19/ | Legenda Bachchan positif Covid-19
Oleh WAN AZHAR WAN ABDULLAH
15 Julai 2020, 12:17 pm
MUMBAI, India – Bintang legenda Bollywood , Amitabh Bachchan dan anak lelakinya, Abhishek disahkan dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke Hospital Nanavati di bandar Mumbai Sabtu lepas.
Mereka mengalami simptom ringan dan berada dalam keadaan baik manakala menantu Amitabh, Aishwarya Rai bersama cucunya, Aaradhya turut positif virus itu sehari kemudian.
“Saya disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke hospital. Sesiapa sahaja yang pernah berhubung rapat dengan saya dalam tempoh 10 hari lalu diminta menjalani ujian saringan,” kata Amitabh,77, menerusi ciapan akaun Twitternya.
ABHISHEK (kiri), Aaradhya (tengah) dan Aishwarya turut dijangkiti Covid-19
Sementara itu, Abhishek,44, pula berkata, isteri dan anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan.
“Aishwarya dan Aaradhya disahkan positif Covid-19. Mereka menjalani kuarantin di rumah.
“Ahli keluarga lain termasuk ibu saya negatif saringan virus tersebut,” ujarnya.
Aishwarya, 46, menjuarai pertandingan ratu cantik Miss World pada tahun 1994 dan membuat kemunculan di layar perak lewat tahun 1990-an.
Angka jangkitan koronavirus di India meningkat kepada 820,916 kes pada Sabtu lepas iaitu ketiga tertinggi di dunia bersama 22,123 kematian. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.572968 |
31 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/alyssa-tertekan-dikecam-netizen-gara-gara-beli-vellfire/ | Alyssa tertekan dikecam netizen gara-gara beli Vellfire
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 12:13 pm
KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi kanak-kanak, Alyssa Dezek mengakui dirinya kini tertekan dengan netizen yang didakwa mengecam ibu bapanya ekoran pembelian sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire bernilai RM250,000.
Alyssa, 12, berkata, netizen mengecam ibu bapanya kerana didakwa tidak menyimpan wang anaknya itu untuk masa depan, sebaliknya membeli kenderaan mewah selain mendakwa mereka menumpang senang kemewahannya.
Menurutnya, pembelian kenderaan itu sebenarnya adalah kehendak dirinya dan menggunakan wang hasil pendapatannya sendiri sebagai bintang YouTube.
“Saya telah lama mengimpikan untuk memiliki sebuah kenderaan sebegitu. Saya memang suka kereta besar sejak kecil.
“Bagaimanapun, saya tidak menyangka ia akan menjadi isu. Saya agak sedih kerana ramai (netizen) mengecam sehingga ada yang menuduh ibu bapa saya tidak pandai menguruskan kewangan anak-anak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Menurut Alyssa, niatnya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimilikinya, tetapi lebih kepada ingin memberi inspirasi kepada kanak-kanak di luar sana untuk berjaya sepertinya.
“Toyota Vellfire ini bukan dibeli semata-mata untuk keselesaan, malah boleh digunakan bagi memudahkan saya bergerak ke lokasi yang jauh ketika bekerja.
“Justeru, saya harap tiada lagi suara-suara (sumbang) yang menuduh ibu bapa saya tidak pandai menguruskan kewangan saya. Kasihan mereka terkena tempias negatif ini,” ujarnya.
Sementara itu, ibu Alyysa, Suzanne Dezek berkata, pembelian kenderaan mewah itu baru-baru ini sebenarnya kemahuan Alyssa, malah dia dan suami, Hafidz Dezek juga tidak pernah bergantung kepada pendapatan anaknya tersebut.
“Saya bersyukur dengan rezeki yang diterimanya terutama menerusi bayaran daripada YouTube,” ujarnya.
Difahamkan, saluran YouTube Alyssa Dezek yang kini mempunyai kira-kira 3.11 juta subscribers dan single terbaharunya yang berjudul Lagu Untuk Kamu juga telah menerima sebanyak 56 juta tontonan.
Alyssa berjaya menjana pendapatan lumayan sehingga ratusan ribu ringgit menerusi YouTube.
Saluran YouTube Alyssa dikendalikan oleh ibunya sejak lapan tahun lalu. | 2023-05-24 22:01:15.572972 |
32 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/city-layak-beraksi-di-saingan-eropah/ | City layak beraksi di saingan Eropah
Oleh MOHD KHAIRI MOHAMAD
15 Julai 2020, 12:14 pm
MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berpendapat pasukannya berhak untuk beraksi dalam saingan elit Liga Juara-Juara (UCL) musim depan biarpun mereka hampir gagal berbuat demikian kerana berdepan penggantungan.
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sebelum ini mendapati City telah melanggar Peraturan Kewangan Adil (FFP) kerana mengeluarkan perbelanjaan yang terlalu besar pada pasaran perpindahan pemain sebelum ini menyebabkan mereka hampir terlepas aksi UCL untuk dua musim.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi The Citizens apabila Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menerima rayuan yang dikemukakan sekali gus menyaksikan mereka berjaya mengetepikan hukuman penggantungan tersebut.
Menurut Guardiola, wang sebanyak RM10.72 bilion sepanjang 20 tahun yang dibelanjakan City berjaya memperlihatkan hasil apabila mereka kini sudah berjaya menandingi pasukan gergasi England lain seperti Manchester United, Arsenal dan Chelsea.
GUARDIOLA percaya City mampu memberi cabaran pada saingan Eropah musim depan.
“Sejumlah wang yang besar telah dilabur seperti juga kelab-kelab lain dan kami berada pada landasan yang betul. Kami terlepas daripada hukuman ini kerana telah mengikuti peraturan yang ditetapkan.
“Banyak kelab lain yang turut membuat pelaburan seperti yang kami lalukan. United dan Arsenal melakukannya sebelum mereka meraih kejuaraan dan ia merupakan pelaburan yang besar.
“Kamu membangunkan kelab ini sejak lebih sedekad lalu untuk bersaing dengan pasukan elit di Liga Perdana England dan UCL. Bagi tujuan itu, kami memerlukan sumber kewangan yang besar tetapi sudah tentu adakalanya kami melakukan kesilapan,” jelasnya. – AGENSI | 2023-05-24 22:01:15.572975 |
33 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/doktor-lima-lelaki-ke-tali-gantung-2/ | Doktor, lima lelaki ke tali gantung
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
15 Julai 2020, 12:23 pm
KUALA LUMPUR – Seorang doktor patologi dan lima lelaki dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap keenam-enam tertuduh.
Mereka ialah pakar patologi, Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S. Ravichandran, 49, dan empat penganggur iaitu R. Dinishwaran, 28; A. K Thinesh Kumar, 27, M. Vishwanath, 30, dan S. Nimalan, 27.
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Kevin ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya di sini ke Nombor 1, Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, Selangor di antara pukul 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dan Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Enam tertuduh diwakili peguam Datuk N. Sivananthan, Jay Moy Wei Jiun, Dhanyaa Shreeya Sukmar, Datuk Sheelan Arjunan dan R. Ryshinah.
Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 6 April 2016, pihak pendakwaan mengemukakan 70 saksi, manakala pembelaan memanggil 14 saksi bagi memberi keterangan.
Pada 28 September 2015, seramai tujuh tertuduh termasuk Kunaseegaran didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Kevin.
Tertuduh kedua, G Gunasekaran kemudiannya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh mendiang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyembunyikan mayat dan melupuskan kereta Kevin.
Gunasekaran dijatuhi hukuman penjara dua tahun.
Mendiang Kevin dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemui di dalam guni dan disimen di dalam sebuah tong di sebuah paya di Subang Jaya pada 4 September 2015. | 2023-05-24 22:01:15.572979 |
34 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/agong-permaisuri-lawat-mural-gergasi/ | Agong, Permaisuri lawat mural gergasi
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 12:25 pm
ISKANDAR SHAH MOHAMED
SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat mural gergasi memaparkan potret pemimpin negara termasuk baginda di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini semalam.
Turut mengiring baginda adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah lskandariah dan anakanda baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah.
Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa beramah mesra selama 30 minit bersama tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27, yang menghasilkan potret baginda itu.
Selain potret Al-Sultan Abdullah, pelukis berkenaan turut menghasilkan potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, keberangkatan Al-Sultan Abdullah adalah atas inisiatif Seri Paduka Baginda sendiri dan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap golongan belia negara.
“la turut mencerminkan keperibadian tinggi baginda menyantuni ketiga-tiga pelukis itu dan menghargai usaha murni mereka sehingga mendapat sambutan hangat dan tular di media sosial.
“AI-Sultan Abdullah menzahirkan harapan supaya usaha mereka menjadi contoh, sumber inspirasi dan teladan kepada golongan belia negara untuk lebih menghargai pemimpin dan negara serta menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Muhammad Suhaimi berasa teruja dan gembira dapat bertentang mata dengan Al-Sultan Abdullah serta menerima surat penghargaan dan cenderahati daripada Istana Negara.
“Saya tidak menyangka usaha kami bertiga dihargai tinggi seumpama ini dan ternyata ia tidak sia-sia.
“Baginda ternyata amat prihatin dengan rakyat jelata dan kami akan meneruskan usaha ini sebagai simbolik menghargai jasa pemimpin negara,” katanya. | 2023-05-24 22:01:15.572983 |
35 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/gagal-pamer-tanda-harga-tiga-peniaga-dikompaun/ | Gagal pamer tanda harga, tiga peniaga dikompaun
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 12:13 pm
KUALA LUMPUR – Tiga peniaga dikompaun kerana gagal mempamerkan tanda harga barangan kawalan di premis mereka dalam satu operasi di sekitar Subang Jaya dan Shah Alam kelmarin.
Operasi itu telah dilaksanakan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor bermula kira-kira pukul 12 tengah hari.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor, Aminuddin Muhammad berkata, antara barangan yang tidak dipamerkan tanda harga ialah gula dan gas petroleum cecair (LPG) yang merupakan barangan yang dikawal oleh kerajaan.
“Kita khuatir peniaga mengambil kesempatan menjual barangan kawalan ini melebihi harga yang ditetapkan.
“Oleh itu, tindakan kompaun serta-merta sebanyak RM1,000 telah dikenakan kepada setiap peniaga terbabit mengikut Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 iaitu ,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Aminuddin menjelaskan, harga yang ditetapkan bagi gula putih bertapis kasar adalah RM2.85 sekilogram (kg), manakala LPG isian 14 kg adalah RM26.60.
Justeru KPDNHEP menasihati semua peniaga agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan terutamanya berkaitan tanda harga.
“Tindakan tegas akan dikenakan kepada peniaga yang gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
“Pengguna dialu-alukan menyalurkan sebarang aduan dan salah laku peniaga melalui saluran aduan yang telah disediakan kementerian,” jelas beliau. | 2023-05-24 22:01:15.572986 |
36 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/intan-najuwa-berani-tayang-perut/ | Intan Najuwa berani ‘tayang’ perut
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 12:09 pm
DIVA tertarik dengan gambar seorang pelakon genit, Intan Najuwa yang teman baik tunjukkan baru-baru ini. Intan dilihat semakin berani ‘membuat tayangan umum’ sebahagian perutnya menerusi beberapa keping gambar dalam akaun Instagram. Sekali imbas seperti tiada apa yang menonjol tetapi dua kali tengok, ternampak pula bahagian perutnya yang terdedah.
Gambar tersebut memperlihatkan dia memakai baju berwarna putih, celana merah jambu dan topi bercorak. Terkejut juga Diva ketika melihat gambar sedemikian memandangkan sebelum ini Intan tidak pernah memuat naik gambar dengan pakaian seksi.
Menurut teman Diva, Intan ada juga memakai pakaian begitu sebelum ini, cuma dia menyorokkan bahagian yang terdedah ketika bergambar. Diva sempat juga baca ruangan komen, ada beberapa pengikutnya yang menegur cara pemakaian Intan.
Mungkin Intan sekadar berfesyen tetapi penerimaan peminat berbeza. Berani juga Intan ni. Rasanya kalau hendak memakai pakaian sebegitu, tak perlulah muat naik dalam media sosial. Buat simpanan peribadi cukuplah. Jadi, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai ya.
DIVA: Lebih seronok tengok perut ‘babybump’ artis-artis cantik seperti Fasha Sandha, Emma Maembong, Fazura, Farah Nabila dan Mawar Rashid. Meriah! | 2023-05-24 22:01:15.572990 |
37 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/apmm-patahkan-cubaan-seludup-syabu-di-perairan-langkawi/ | APMM patahkan cubaan seludup syabu di perairan Langkawi
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 9:37 am
LANGKAWI – Cubaan dua individu untuk menyeludup dadah jenis syabu mampat seberat lima kilogram (kg) bernilai RM769,050 melalui perairan Langkawi gagal apabila bot dinaiki mereka dikesan Maritim Malaysia (APMM) berhampiran Pulau Singa Besar di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, bot dinaiki suspek dikesan Bot Petir 81 yang sedang melakukan rondaan Op Benteng Laut.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, bot tersebut memecut laju setelah menyedari kehadiran bot peronda APMM.
“Bot peronda bertindak mengejar bot itu dan salah seorang suspek didapati mencampakkan satu objek ke dalam laut pada kedudukan 3.1 batu nautika barat daya Pulau Singa Besar sebelum melarikan diri dengan menuju ke arah sempadan negara.
“Dalam keadaan cuaca buruk dan laut bergelora, bot APMM berpatah balik bagi mendapatkan objek yang dibuang dan menemui sebuah kotak berwarna coklat dibaluti plastik lut sinar terapung di permukaan laut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Bukit Malut di sini hari ini.
Kata beliau, hasil pemeriksaan lanjut menemui lima bungkus plastik lut sinar dengan anggaran berat sekilogram setiap satu disyaki mengandungi syabu.
“Kesan cap jari yang ditemui pada bungkusan tersebut telah dihantar ke bahagian forensik untuk siasatan lanjut,” ujarnya.
Menurut Mohd. Zawawi, pihaknya percaya modus operandi sindiket itu adalah dengan menyeludup dadah dari negara jiran dan menjadikan Pulau Langkawi sebagai transit untuk pasaran antarabangsa.
“Gerakan memburu suspek masih giat dilakukan dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750 atau 04-966 5300,” katanya.
Tambahnya, hasil rampasan dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.572994 |
38 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/juruterbang-airasia-maut-ke-tempat-kerja/ | Juruterbang AirAsia maut ke tempat kerja
15 Julai 2020, 12:07 pm
PETALING JAYA – Seorang juruterbang syarikat penerbangan, AirAsia maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Kilometer 22.1, Lebuh Raya Baru Lembah Klang berhampiran Bukit Lanjan di sini semalam. Kejadian pada pukul 5.10 pagi itu mengorbankan mangsa, Mohd. Hafiz Razali, 35, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kelisa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya | 2023-05-24 22:01:15.572997 |
39 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/hari-jumaat-diumum-hari-jawi/ | Hari Jumaat diumum Hari Jawi
Oleh NOR IDAYU BOSRO
15 Julai 2020, 11:59 am
PUTRAJAYA – Hari Jumaat diumumkan sebagai Hari Jawi bermula semalam dalam usaha mengekalkan dan memperkasa tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan berkata, usul itu telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan mendapat sokongan penuh daripada semua menteri pada Rabu lalu.
“Bagi menzahirkan iltizam martabatkan tulisan Jawi di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan jawi bagi urusan rasmi.
“Penggunaan tulisan jawi di media sosial juga diperluas kepada setiap media sosial rasmi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya dalam kenyataan itu.
Zulkifli menambah, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
Katanya, tulisan Jawi menjadi bahasa perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat, perdagangan dan urusan seharian masyarakat sejak dahulu.
“Saya ingin menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat untuk bersama dalam usaha memelihara warisan negara ini,” katanya.
Zulkifli semalam turut menghebahkan kenyataan akhbar bertajuk ‘Kerajaan Serius Memartabatkan Tulisan Jawi’ dengan menampilkan kelainan dengan ditulis dalam tulisan Jawi. | 2023-05-24 22:01:15.573001 |
40 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/lidah-kanak-kanak-tersangkut-corong-botol-air/ | Lidah kanak-kanak tersangkut corong botol air
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
15 Julai 2020, 6:08 am
BALING – Anggota bomba berjaya mengeluarkan corong botol yang tersangkut pada lidah seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Hospital Baling di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.50 petang ini dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.
“Sebaik tiba, kita dapati benar laporan yang diterima daripada pihak hospital bahawa seorang kanak-kanak tersangkut corong botol air pada lidahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Baling kemudian bertindak memotong bahagian botol tersebut menggunakan gunting khas.
“Botol berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan bantuan pihak hospital dalam masa kira-kira 28 minit,” ujarnya.
Tambahnya, kanak-kanak terbabit mengalami sedikit kecederaan pada lidahnya. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573004 |
41 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/15/warung-tepi-sawah-saji-makanan-rm1/ | Warung tepi sawah saji makanan RM1
Oleh KOSMO!
15 Julai 2020, 12:08 pm
KANGAR – Makan apa sahaja dengan harga RM1. Itu tawaran seorang peniaga di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat dekat sini yang menjual pelbagai menu makan tengah hari dan minum petang kepada penduduk sejak Januari lalu.
Warung Selera D’Bendang Senja yang terletak di tepi sawah kampung berkenaan dibuka bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali Jumaat menawarkan menu nasi ayam, nasi daging, nasi gulai ayam dan gulai daging.
Pemiliknya, Zulkifli Ismail, 39, berkata, warungnya turut menjual laksa, bihun sup, kuetiau sup, mi sup, pulut mempelam, pulut kuning dan cendol, selain pelbagai jenis air pada harga RM1
sahaja.
Katanya, selain penduduk tempatan, warung itu turut dikunjungi orang ramai dari seluruh negara termasuk pelancong asing sejak dibuka pada Januari lalu.
“Pelanggan warung ini pernah mencecah 2,000 orang sehari, malah pada hujung minggu saya perlu memasak nasi sehingga 80 kilogram (kg) beras sehari berbanding 40 kg pada hari biasa.
“Saya juga perlu memasak sup sehingga empat periuk kerana permintaan tinggi. Satu periuk hanya cukup untuk 300 orang sahaja,” katanya.
Zulkifli berkata, dia membuka warung berkenaan untuk meringankan beban kewangan penduduk kampung tersebut terutamanya yang mempunyai keluarga besar untuk makan bersama di situ tanpa risau terpaksa berbelanja lebih.
Katanya, dia bercadang untuk memperkenalkan menu baharu iaitu set ikan bakar, ayam bakar dan daging bakar pada harga RM4.99 pada akhir tahun ini.
Sementara itu, seorang pelanggan, Saadan Ismail, 61, berkata, dia sekeluarga memilih warung berkenaan bukan sahaja kerana harga tetapi makanan yang dijual sedap dan menepati selera.
“Walaupun harga makanan murah iaitu RM1, namun mengenyangkan.
“Pengunjung boleh mencuba pelbagai jenis hidangan kerana harganya yang sangat murah,”
katanya. | 2023-05-24 22:01:15.573008 |
42 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/warga-emas-maut-kereta-proton-saga-rempuh-lori-simen/ | Warga emas maut, kereta Proton Saga rempuh lori simen
Oleh MOHD AZLI ADLAN
16 Julai 2020, 6:33 pm
HULU TERENGGANU – Seorang warga emas maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya merempuh sebuah lori membawa muatan simen di Kilometer 33, Jalan Ajil – Bukit Besi berhampiran Kampung Kolam di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 12.10 tengah malam itu, mangsa, Abdullah Daud, 67, yang berasal dari Pulau Kerengga, Marang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, Abdullah yang bekerja sendiri dalam perjalanan ke Bukit Besi, Dungun dari Ajil di sini.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Saga yang di pandu sendirian oleh mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh bahagian hadapan lori membawa muatan simen yang berada di laluan bertentangan.
“Rempuhan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta mangsa remuk teruk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Adli berkata, mayat Abdullah telah di hantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk di bedah di siasat.
Menurut beliau, kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573011 |
43 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/van-dijk-beri-hadiah-buat-arsenal/ | Van Dijk beri hadiah buat Arsenal
Oleh SOPI SAMAILE
16 Julai 2020, 4:22 pm
LONDON – Pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk mengakui aksi hambar yang dipamerkannya menjadi punca utama The Reds gagal mengutip tiga mata penuh selepas tewas 1-2 kepada Arsenal di Stadium Emirates awal pagi tadi.
Keputusan tersebut menyaksikan harapan Liverpool untuk memintas rekod Manchester City yang meraih 100 mata pada musim 2018 tidak dapat dilaksanakan.
Pada aksi tersebut, kesilapan Van Dijk membuat hantaran kepada Alexandre Lacazette berjaya memberi gol penyamaan buat Arsenal sebelum penjaga gol utama, Alisson Becker juga tersilap langkah sehingga menyaksikan Reiss Nelson menjaringkan gol kemenangan.
VAN DIJK (kanan) menerima asakan daripada Lacazettepada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. – AFP
“Gol penyamaan Arsenal adalah kesilapan daripada kami. Sebelum mereka menjaringkan gol tersebut, kami mendominasi permainan sepenuhnya. Gol kedua mereka turut berlaku kesilapan yang sama’
“Saya akui ia bagaikan hadiah buat pasukan Arsenal. Saya akui tersilap percaturan khususnya pada gol pertama dan saya bertanggungjawab sepenuhnya.
“Namun, kehidupan perlu diteruskan dan kami perlu fokus untuk menang pada dua aksi seterusnya,” kata Van Dijk.
Liverpool dijadualkan bertemu dengan Chelsea pada Khamis depan di Stadium Anfield sebelum bertandang ke St. James Park untuk menentang Newcastle United pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris pada Ahad. – AGENSI | 2023-05-24 22:01:15.573016 |
44 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/mira-filzah-kini-tunangan-orang/ | Mira Filzah kini tunangan orang
Oleh KOSMO!
16 Julai 2020, 5:20 pm
SHAH ALAM – “Ya, saya kini pinangan orang”, demikian pengakuan pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengesahkan statusnya sekali gus menjawab teka-teki bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Mira bagaimanapun masih belum bersedia mendedahkan identiti calon suaminya.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, memberitahu, persiapan perkahwinan juga telah mula dilakukan dan semuanya berjalan lancar.
“Insya-Allah saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri dalam masa terdekat.
“Jangan risau, jika semuanya sudah bersedia dan sah, saya akan umumkan tarikh majlis tersebut akan dilangsungkan,” katanya kepada media selepas majlis perlancaran Nurflix.TV di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
Mira berkata, dia juga masih menjaga privasi dan tidak mahu berkongsi terlalu terbuka mengenai calon suaminya kepada umum.
“Saya masih mengekalkan prinsip untuk tidak terlalu banyak bercakap mengenai hubungan cinta kepada umum kerana itu soal peribadi.
“Setakat ini apa yang saya hanya boleh katakan, semuanya berjalan lancar dan harap semua pihak dapat mendoakan untuk saya dan bakal suami,” ujarnya.
Pelakon Pujaan Hati Kanda itu juga bersyukur kerana tidak berdepan sebarang dugaan berat sepanjang bergelar tunangan orang.
Selain itu, Mira juga memaklumkan bakal suaminya memahami dengan kerjaya seninya yang sentiasa sibuk.
Difahamkan, Mira dikhabarkan bakal bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, 30, yang juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid pada Oktober ini.
Pada April lalui, Mira pernah mendedahkan dirinya sudah berpunya dan kedua-dua keluarga juga merestui hubungan tersebut. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573019 |
45 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/223-kawasan-terjejas-sudah-pulih-sejak-9-pagi-syabas/ | 223 kawasan terjejas sudah pulih sejak 9 pagi – Syabas
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
16 Julai 2020, 6:21 pm
KUALA LUMPUR – Sebanyak 223 kawasan atau 77 peratus kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual sejak kelmarin, pulih sepenuhnya setakat 9 pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) Elina Baseri berkata, bagaimanapun 67 lagi kawasan masih dalam proses pemulihan.
“Secara keseluruhan, 77 peratus daripada kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air yang berjadual ini telah pulih sepenuhnya.
“Tiga kawasan mencatatkan peratusan pemulihan 100 peratus iaitu Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Gombak. Manakala, wilayah Klang dan Shah Alam (62 peratus) dan Petaling (89 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, khidmat lori tangki digerakkan ke kawasan yang masih terjejas, sementara sebanyak lapan pusat khidmat setempat (PKS) dan enam pili air awam disediakan mulai hari ini hingga esok.
“Pelanggan turut dinasihatkan mematuhi panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan semasa mengambil bekalan air di PKS atau pili air awam, termasuk memakai pelitup separuh muka dan mengamalkan penjarakan sosial.
“Pili air awam juga akan disanitasi secara berkala untuk mengelakkan penularan bakteria dan virus bagi memastikan keselamatan pelanggan kami,”jelasnya.
Pada 6 Julai lalu, Air Selangor memaklumkan 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Lumpur, akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 14 hingga 17 Julai ini berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3). – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573023 |
46 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/ppsmi-tidak-akan-diperkenalkan-semula/ | PPSMI tidak akan diperkenalkan semula
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
16 Julai 2020, 4:23 pm
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan tidak merancang untuk memperkenal semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di semua sekolah.
Menterinya, Dr. Mohd Radzi Md. Jidin memaklumkan perkara itu menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen (Selayang-Pakatan Harapan), William Leong.
William sebelum itu meminta menteri menyatakan alasan untuk memperkenal semula PPSMI yang dirancang ketika pemerintahan pentadbiran (PH) dan apakah penambahbaikan yang dibuat untuk mengatasi kelemahan terdahulu.
PPSMI mula diperkenalkan pada tahun 2003 bagi murid Tahun 1 di sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 sekolah menengah namun kerajaan telah memansuhkannya pada tahun 2013.
Namun pada Julai tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan kementerian itu sedang mengkaji secara terperinci cadangan untuk melaksanakan semula dasar PPSMI kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa.
Dalam pada itu, Mohd. Radzi turut memaklumkan bahawa kementerian akan turut melaksanakan pengenalan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan dan sekolah mubaligh bantuan kerajaan jika dipersetujui Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta murid.
Namun, kementerian tersebut akan memperhalusi semula perkara berkaitan dengan tulisan Jawi secara menyeluruh dan holistik sebelum ia dilaksanakan.
Perkara tersebut dinyatakan Mohd. Radzi secara bertulis kepada ahli Parlimen (Bukit Mertajam-PH) Sim Chee Keong yang meminta menteri menyatakan pendirian terhadap pengenalan Jawi dalam sukatan buku teks Bahasa Melayu Darjah 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573027 |
47 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/pemilik-hospital-keluarkan-ribuan-sijil-bebas-covid-19-palsu/ | Pemilik hospital keluarkan ribuan sijil bebas Covid-19 palsu
Oleh WAN AZHAR WAN ABDULLAH
16 Julai 2020, 5:31 pm
DHAKA – Seorang pemilik hospital di Bangladesh yang dituduh mengeluarkan beribu-ribu keputusan negatif ujian koronavirus palsu kepada pesakit di dua kliniknya, ditangkap semalam (Rabu 15 Julai 2020) ketika cuba lari ke India dengan memakai purdah, kata polis.
Penangkapan tersebut menandakan berakhirnya pemburuan sembilan hari terhadap Mohammad Shahed. Dia didakwa memberikan sijil bebas koronavirus palsu kepada pesakit tanpa melakukan ujian saringan.
Mohammad Shahed, 42, adalah antara lebih 12 orang ditahan pihak berkuasa sejak beberapa hari lalu berkaitan penipuan tersebut.
Pakar-pakar memberi amaran bahawa sijil palsu itu akan memburukkan lagi situasi wabak koronavirus di Bangladesh yang mempunyai 168 juta penduduk dengan menimbulkan keraguan terhadap kesahihan sijil bebas Covid-19 keluaran hospital tempatan.
“Dia ditangkap dari tebing sebatang sungai di sempadan ketika cuba melarikan diri ke India. Suspek memakai purdah.
“Hospital-hospital miliknya melakukan 10,500 ujian Covid-19 yang mana 4,200 adalah sahih, manakala baki 6,300 sijil dikeluarkan tanpa ujian ,” kata jurucakap Batalion Gerak Cepat, Kolonel Ashique Billah.
Mohammad Shahed juga dituduh mengenakan bayaran untuk sijil dan rawatan pesakit Covid-19 walaupun bersetuju dengan kerajaan bahawa hospital-hospital miliknya di Dhaka akan memberi rawatan percuma.
Polis Bangladesh turut memberkas seorang doktor dikenali ramai dan suaminya kerana disyaki mengeluarkan beribu-ribu sijil bebas koronavirus palsu di makmal mereka di Dhaka.
Setakat ini, Bangladesh melaporkan lebih 193,000 jangkitan Covid-19 dan 2,457 kematian. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.573030 |
48 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/bayi-perempuan-ditemui-masih-bernyawa-dalam-tong-sampah/ | Bayi perempuan ditemui masih bernyawa dalam tong sampah
Oleh MOHD AZLI ADLAN
16 Julai 2020, 6:14 pm
KUALA NERUS – Rasa curiga seorang penduduk bertukar kejutan apabila dia menemui seorang bayi perempuan yang masih bernyawa berbalut kain batik di dalam sebuah tong sampah di Seberang Takir, di sini malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam, wanita terbabit menjumpai bayi tersebut yang dipercayai baru dilahirkan kurang dari tempoh 24 jam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pengadu memberitahu dia ternampak kelibat seorang wanita tidak dikenali yang mencurigakan sedang memegang satu beg plastik besar.
Beliau berkata, suspek tersebut dikatakan telah membuang beg plastik berkenaan ke dalam sebuah tong sampah awam sebelum beredar.
“Pengadu yang curiga telah memeriksa beg plastik tersebut sebelum terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang berada di dalam beg plastik berkenaan mengandungi seorang bayi perempuan masih hidup.
“Dia kemudiannya telah memaklumkan penemuan bayi itu kepada pihak polis,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, bayi perempuan tersebut kemudiannya telah di hantar ke Klinik Kesihatan Teluk Ketapang di sini untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Tambahnya, siasatan lanjut termasuk usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573034 |
49 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/berita-palsu-buat-rossi-angin/ | Berita palsu buat Rossi angin
Oleh SOPI SAMAILE
16 Julai 2020, 3:57 pm
JEREZ – Pelumba legenda, Valentino Rossi menyifatkan laporan yang mendakwa dia sudah menandatangani kontrak menyertai Petronas Yamaha SRT musim depan sebagai berita palsu.
Bagaimanapun, pelumba berasal dari Itali itu mengakui sudah 99 peratus yakin bakal menyertai pasukan satelit dari Malaysia itu.
Rossi, 41, mengakui terdapat beberapa perkara masih diperhalusi termasuk mengenai jumlah kru yang dijangka turut serta bersamanya ke pasukan baharu nanti.
“Laporan yang menyatakan saya sudah menandatangani kontrak itu adalah tidak betul. Ia berita palsu. Namun, kami semakin hampir (persetujuan).
“Saya mahu meneruskan perlumbaan pada 2021. Saya sudah berbincang dengan pihak Yamaha malah saya juga sudah bercakap dengan Razlan (Ketua Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing
Team, Datuk Razlan Razali), Wilco Zeelenberg dan Johan Stigefelt (Pengurus Pasukan). Saya mempunyai firasat yang baik.
“Kami ada beberapa perkara perlu diperhalusi terutamanya mengenai pasukan dan orang-orang yang akan bekerja dengan saya. Tapi 99 peratus saya akan berlumba untuk pasukan Petronas
Yamaha SRT pada musim depan. Walaupun saya masih belum menandatangani (kontrak),” kata Rossi. – AGENSI
ROSSI masih mahu berlumba pada musim depan meskipun usinya kini sudah mencecah 41 tahun. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.573037 |
50 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/mahkamah-batal-saman-deepak-terhadap-najib-rosmah/ | Mahkamah batal saman Deepak terhadap, Najib, Rosmah
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
16 Julai 2020, 6:47 pm
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan tuntutan saman yang difailkan pengarah Carpet Raya Sdn. Bhd, J.R Deepak Jaikishan terhadap bekas Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.
Pesuruhjaya Kehakiman, Quay Chew Soon membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib, Rosmah dan Abdul Azeez bagi membatalkan saman yang difailkan terhadap mereka berhubung cukai yang dialami selepas didakwa bertindak sebagai proksi bagi pasangan itu.
Peguam David Mathews, yang mewakili Najib dan Rosmah selaku defendan ketika ditemui selepas prosiding dalam kamar berkata, mahkamah membatalkan saman itu atas alasan kes plaintif tidak dapat dikekalkan.
“Pernyataan tuntutan tidak mendedahkan alasan yang munasabah berhubung tindakan itu kerana elemen penting untuk menyokong tuntutan konspirasi merosak, misfeasans dalam kedudukan awam dan melanggar tugas tidak dapat dipertahankan,” katanya.
Justeru peguam itu memberitahu, mahkamah turut mengarahkan plaintif membayar kos RM15,000 kepada Najib dan Rosmah serta RM10,000 kepada Abdul Azeez.
Pihak defendan mengemukakan permohonan membatalkan saman tersebut pada 24 September, 2019 atas alasan ia menyusahkan dan plaintif tidak mempunyai alasan untuk bertindak menyaman mereka.
Terdahulu, dalam saman yang difailkan pada 15 November 2018, Deepak mendakwa antara 2004 dan 2010, beliau dan syarikat bertindak sebagai ejen kepada Najib dan Rosmah dalam urus niaga tanah serta urusan perniagaan seperti yang diarahkan oleh pasangan itu.
Beliau juga mendakwa defendan ke-3 iaitu Abdul Azeez bertindak sebagai ejen untuk Najib dan Rosmah untuk menjalankan urus niaga serta bertindak sebagai perantara antara pasangan dan plaintif ke-2, Carpet Raya.
Deepak mendakwa, hasil transaksi itu, beliau menerima surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bertarikh 2 Mac 2018 supaya menyelesaikan tunggakan cukai yang dikenakan oleh Carpet Raya dan cukai pendapatannya berjumlah lebih RM6 juta, tidak termasuk caj penalti dan faedah. | 2023-05-24 22:01:15.573041 |
51 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/mahkamah-bekukan-dana-rm1-4-bilion-1mdb-di-london/ | Mahkamah bekukan dana RM1.4 bilion 1MDB di London
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
16 Julai 2020, 5:55 pm
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan perintah interim dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membekukan wang RM1.452 bilion berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disimpan di London.
Dana tersebut disimpan di dalam akaun escrow sebuah firma undang-undang antarabangsa, Clyde & Co. LLP.
Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membenarkan permohonan tersebut yang dibuat mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
“Mahkamah turut membenarkan perintah berkenaan berkuatkuasa bermula hari ini sehingga pelupusan permohonan yang dijadualkan pada 28 Ogos depan.
“Sehubungan itu, SPRM akan melanjutkan perintah interim tersebut kepada pihak berkuasa di United Kingdom melalui melalui “Mutual Legal Assistance” (MLA) untuk harta itu dibekukan sementara menunggu pelupusan permohonan tersebut,” kata SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, hasil siasatan, SPRM percaya wang tersebut mempunyai kaitan dengan konspirasi penipuan yang antaranya melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PetroSaudi, Tarek Obaid, ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low serta individu-individu berkaitan skandal 1MDB termasuk anak-anak syarikatnya. -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573044 |
52 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/apmm-pulau-pinang-tahan-empat-nelayan-tempatan/ | APMM Pulau Pinang tahan empat nelayan tempatan
Oleh KOSMO!
16 Julai 2020, 11:22 am
GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) negeri menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama empat nelayan selepas disyaki menceroboh di kawasan larangan pada 11.8 batu nautika dari barat Pulau Bidan, dekat sini semalam.
Operasi Pertiwi itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang oleh pasukan penguat kuasa APMM.
Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, pihaknya menahan seorang tekong lelaki warga tempatan berusia 64 tahun bersama tiga awak-awak lelaki warga tempatan berusia antara 45 hingga 61 tahun.
Menurutnya, nelayan berkenaan dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari daratan terhampir.
“Tekong dan awak-awak serta bot bersama dua gulung pukat tunda, dua unit papan tunda, 20 kilogram (kg) ikan baja dan 50kg pelbagai spesies ikan telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban.
“Mereka diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM negeri bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Hamizan menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan dalam memastikan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di laut dapat dibanteras sebaiknya.
Beliau meminta orang awam melaporkan sebarang kejadian mencurigakan, kecemasan atau kemalangan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi APMM negeri di talian 04-2626146 atau 04-2643650. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573048 |
53 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/kedai-jual-rim-kereta-dijilat-api/ | Kedai jual rim kereta dijilat api
Oleh KOSMO!
16 Julai 2020, 2:00 pm
SEBERANG PERAI – Pemilik sebuah kedai tayar kereta di Taman Kota Permai, Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini terpaksa menanggung kerugian apabila sebahagian premis itu terbakar hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun beberapa tayar dan rim kereta hangus dijilat api.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah kedai tayar kereta dua tingkat.
“Kebakaran berlaku di tingkat satu premis dengan kemusnahan dianggarkan kira-kira 10 peratus.
“Api telah dapat dikawal pada pukul 1.01 petang dan kebakaran dipadamkan pukul 1.08 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, operasi melibatkan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda sambil dibantu balai Bukit Mertajam.
Sementara itu, jumlah kerugian yang dialami pemilik premis masih dalam siasatan. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573052 |
54 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/dua-pegawai-imigresen-tiga-individu-didakwa-seludup-pati/ | Dua pegawai imigresen, tiga individu didakwa seludup PATI
Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
16 Julai 2020, 12:46 pm
JOHOR BAHRU – Seorang penolong pengarah dan pegawai imigresen Pasir Gudang dihadapkan Mahkamah Sesyen di sini hari bersama tiga lagi individu atas lapan pertuduhan berasingan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) pertengahan bulan lalu.
Tertuduh, Penolong Pengarah Imigresen, Norhayati Abu Bakar, 50; Pegawai Imigresen Kanan, Haris Fadzilah Abu Bakar, 48, dan buruh binaan, M. Amir Nasir, 61, masing-masing menghadapi lapan pertuduhan.
Manakala ejen tiket, Tengku Jajang Sagita Tengku Redzuan, 54, berdepan dua pertuduhan manakala pengawal keselamatan, Razali Mohamad, 55, menghadapi satu pertuduhan menyeludup migran.
Kesemua tertuduh mengangguk faham atas kesemua pertuduhan dibaca di lima mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, Faiz Dziyauddin, V. Mabel Sheela, Wan Norisham Wan Yaacob dan Aizatul Akma Maharani bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Mengikut semua kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 21, Jalan Feri, Pelabuhan Pasir Gudang di sini pada pukul 12 tengah hari, 15 Jun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang boleh dihukum dibawah akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim, Nor Azizah Mohamad dan Nur Baiduri Mustakim.
Noryati diwakili peguam Zaid Malek; Haris Fadzilah oleh peguam Khairul Nadiah Hasni dan M. Amir diwakili peguam Izzat Muhtar.
Manakala Tengku Jajang diwakili peguam Muhamad Isa Mohamad Basir manakala Razali diwakili peguam Munirah Najihah Shaari.
Mahkamah turut menetapkan 23 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Tiada jaminan diberikan kepada semua tertuduh. -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573055 |
55 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/ruu-covid-19-akan-dibentang-di-parlimen/ | RUU Covid-19 akan dibentang di Parlimen
Oleh NOR IDAYU BOSRO
16 Julai 2020, 3:53 pm
PUTRAJAYA – Cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kaedah Sementara bagi Mengurangkan Impak Penyakit Coronovirus 2019 (Covid-19) Akta 2020 akan dibentangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, melalui cadangan RUU itu, KPDNHEP akan terlibat secara langsung untuk meminda perundangan Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang melibatkan urus niaga jualan kredit.
“Pindaan peruntukan yang dicadangkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 akan memperuntukkan larangan pemberi kemudahan kredit untuk mengenakan caj bayaran lewat serta memulakan prosiding undang-undang terhadap pembeli pada tempoh yang ditetapkan.
“Pindaan ini diharap dapat membantu pengguna mengurangkan beban pembayaran ansuran bulanan serta memberi kelonggaran beban kewangan yang dialami oleh pembeli jualan kredit sedia ada sewaktu pasca Covid-19,” katanya pada Majlis Amanat Menteri di sini hari ini.
Alexander
Dalam perkembangan berbeza, Alexander berkata, nilai jualan Perdagangan Borong dan Runcit melonjak 26.3 peratus bagi bulan Mei lalu berbanding bulan sebelumnya sekali gus memberi petunjuk awal positif bahawa ekonomi negara dapat dipulihkan.
Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem perdagangan domestik merangkumi pelbagai industri yang menyebabkan banyak perniagaan ditutup dan ramai hilang pekerjaan.
“Kerajaan bagaimanapun, tidak berputus asa dalam menetapkan strategi-strategi yang berkesan bukan sahaja untuk mengatasi isu penularan wabak bahkan inisiatif untuk memulihkan aktiviti ekonomi negara yang merosot sehingga memberi kesan terhadap pertumbuhan dan pembangunan negara,” katanya. -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573059 |
56 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/penganggur-mengaku-tidak-salah-bunuh-3-ekor-kucing-jantan/ | Penganggur mengaku tidak salah bunuh 3 ekor kucing jantan
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
16 Julai 2020, 2:58 pm
SELAYANG – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan membunuh tiga ekor kucing jantan di sebuah kedai dobi layan diri Ahad lalu.
Tertuduh Muhammad Najwan Zulkefli ,24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada tiga ekor kucing.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Premis Dobi Layan Diri Altantis, Blok 3, Desa Satu Apartment Desa aman Puri Kepong di sini antara pukul 5 pagi hingga 6.30 pagi pada 12 Julai lalu.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) (e) akta yang sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor N.Nageswara Rao memohon kepada mahkamah untuk tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut memandangkan perwatakan tertuduh tidak stabil.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani pemeriksaan lanjut selama sebulan.
Dalam prosiding itu tertuduh tidak diwakili peguam.
Tarikh 13 Ogos ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita mendedahkan dalam media sosial mengenai tindakan kejam individu yang membunuh tiga kucing dengan cara dilemaskan dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong.
Tindakan kejam itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an kira-kira jam 5.30 pagi.
Lelaki terbabit yang dikatakan kurang siuman dan hidup gelandangan selepas kematian ibu bapanya ditahan bagi membantu siasatan selepas ditemui penduduk di Aman Puri, Kepong. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573063 |
57 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/bekas-isteri-depp-dituduh-curi-kisah-mangsa-cabul-2/ | Bekas isteri Depp dituduh ‘curi’ kisah mangsa cabul
Oleh WAN AZHAR WAN ABDULLAH
16 Julai 2020, 2:23 pm
LOS ANGELES – Bekas isteri Johnny Depp, Amber Heard ‘mencuri’ kisah pembantu peribadinya bahawa dia ialah mangsa serangan seksual, kata bekas pekerja Heard itu kepada sebuah mahkamah Britain pada hari ketujuh perbicaraan saman fitnah bintang hollywood tersebut semalam (Rabu, 15 Julai, 2020).
“Saya terkejut dan kecewa mengetahui Heard mencuri perbualan kami mengenai keganasan seksual yang saya alami dan mengubahnya menjadi kisah sendiri demi kepentingan peribadi, “ kata Kate James kepada Mahkamah Tinggi London menerusi sidang video dari Los Angeles.
James bekerja sebagai pembantu peribadi aktres berusia 34 tahun itu dari tahun 2012 hingga 2015.
“Saya amat tertekan dan marah kerana dia berani menggunakan pengalaman paling ngeri saya sebagai kisahnya sendiri,” tambah wanita itu.
Depp yang memegang teraju utama filem Pirates of the Caribbean, menyaman penerbit dan pengarah eksekutif tabloid Britain, The Sun kerana melabelnya sebagai ‘pemukul isteri’ dalam satu liputan pada tahun 2018.
Depp, 57, sebaliknya menafikan pernah memukul Heard semasa perkahwinan mereka selama dua tahun yang berakhir dengan perceraian pada 2017 disusuli beberapa saman. Aktres tersebut mendakwa Depp pernah mengasarinya sekurang-kurangnya 14 kali.
Terdahulu, James memberitahu mahkamah sama bahawa Heard gemar minum arak dan menghantar mesej biadab di tengah malam.
Saksi kedua perbicaraan tersebut, Ben King yang bekerja dengan bintang Hollywood itu sebanyak tiga kali antara tahun 2014 hingga 2016 berkata, Heard kerap menjadi ‘ si mulut celupar’ dalam perkahwinan tersebut.
“Mereka bergaduh seperti budak tadika,” katanya.
Malah, King pernah menemui semula hujung jari Depp yang didakwa aktor tersebut dikerat isterinya sendiri menggunakan botol arak yang pecah.
Bagaimanapun, Heard yang dijadual memberi keterangan esok mengekalkan dakwaannya bahawa Depp mendapat luka berkenaan semasa menggunakan telefon. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.573066 |
58 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/al-ansar-tawar-kediaman-baharu-melalui-promosi-merdeka/ | Al Ansar tawar kediaman baharu melalui promosi Merdeka
Oleh KOSMO!
16 Julai 2020, 11:36 am
Muhamad Khanafi Husin (dua dari kanan) menyerahkan replika kunci rumah kepada Mohd. Haizan (tiga dari kiri) di Kampung Abu Bakar, Kajang baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Al Ansar IBS PLT, kontraktor perumahan yang terlibat dalam pembinaan kediaman berasaskan kaedah inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS), melancarkan promosi Merdeka sehingga 31 Ogos ini.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, melalui promosi tersebut, syarikat mengunjurkan jualan sebanyak 20 unit pelbagai reka bentuk kediaman yang dapat memenuhi gaya hidup masyarakat masa kini.
Menurut beliau, inisiatif berkenaan merupakan hasil kejayaan daripada promosi pemilikan kediaman berasaskan IBS yang diadakan pada bulan Mei lalu.
Muhamad Khanafi
Al Ansar miliki pengalaman meluas
“Sambutan yang diterima sungguh menggalakkan, ini kerana keyakinan pelanggan terhadap integriti Al Ansar IBS PLT sebagai kontraktor bumiputera yang memiliki pengalaman selama 23 tahun dalam bidang hartanah di Malaysia
“Ditambah pula syarikat kami adalah antara kontraktor perintis teknologi IBS di Malaysia sejak 2016,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis penyerahan kunci kediaman kepada pelanggan bertuah syarikat di sini baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan, pelanggan tersebut Mohd. Haizan Hashim telah menggunakan rekaannya sendiri bagi membina banglo yang memiliki enam bilik tidur dan tiga bilik air pada keluasan 2,400 kaki persegi.
Empat rekaan kediaman dilancar
Mengulas lanjut mengenai promosi Merdeka, Muhamad Khanafi menerangkan, terdapat empat rekaan kediaman yang diperkenalkan iaitu Imtiyaz, Teratai dan Sofea.
Tambah beliau, semua banglo tersebut mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan tawaran harga promosi bermula RM95,000 seunit.
Sebuah lagi rekaan kediaman diberi nama Maliha yang mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air ditawarkan pada harga RM205,000 seunit selepas diskaun.
Salah sebuah rekaan rumah Al Ansar yang telah disiapkan untuk diserah kepada pelanggan.
“Terdapat 42 lagi rekaan di Al-Ansar malah mereka juga boleh mereka bentuk sendiri rumah idaman..
“Selepas tarikh tersebut, pelanggan masih menikmati hadiah merdeka bernilai RM10,000 termasuk lampu dan kipas untuk keseluruhan rumah, table top bersaiz enam kaki, satu unit pemanas air, cornice syiling ruang tamu, ruang keluarga dan ruang makan.
“Pelanggan juga bakal menikmati baucar insuran kebakaran bernilai RM500, perjanjian pembinaan, perkhidmatan sanitasi kediaman dan tiga botol cecair pembasmi kuman”, ujarnya. | 2023-05-24 22:01:15.573070 |
59 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/santuari-kelah-tasik-kenyir-tambah-empat-pelantar-ikan-baharu/ | Santuari Kelah Tasik Kenyir tambah empat pelantar ikan baharu
Oleh KOSMO!
16 Julai 2020, 2:59 pm
HULU TERENGGANU – Santuari Kelah yang merupakan antara tarikan utama di Tasik Kenyir dekat sini dijangka mampu menarik kehadiran 500 pengunjung sehari pada tahun hadapan.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris berkata, pada masa ini kedatangan pengunjung telah dihadkan kepada hanya 100 orang sehari berikutan penularan pandemik Covid-19 dan kekangan infrastruktur.
“Sebelum ini, Santuari Kelah mampu menampung kehadiran 300 pengunjung sehari namun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, ia dihadkan kepada 100 sahaja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu.
“Walaupun dihadkan, sambutan pengunjung amat luar biasa dengan 8,000 orang telah melawat Santuari Kelah dalam tempoh sebulan sejak PKPP dilaksanakan pada 10 Jun lalu,” katanya kepada pemberita di Tasik Kenyir dekat sini semalam.
Razali berkata, kebanyakan pengunjung tersebut terpaksa menunggu giliran untuk ‘bermain’ dengan kumpulan ikan kelah di Lubuk Kejar, Sungai Pertang memandangkan cuma satu pelantar disediakan setakat ini.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, sehubungan itu, Ketengah sebagai agensi bertanggungjawab mengawal selia Tasik Kenyir bercadang mahu menambah empat lagi pelantar di Santuari Kelah demi keselesaan pengguna.
“Penambahan pelantar ini bukan sahaja membolehkan Santuari Kelah menerima lebih ramai lagi pengunjung malah bertujuan mengurangkan risiko ikan-ikan kelah di lubuk terbabit mengalami keletihan dan tekanan.
“Ketengah juga bercadang untuk menyediakan kemudahan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) bagi golongan warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai pengangkutan ke lubuk dari terminal bot agar turut sama dapat menikmati keseronokan ‘bermain’ dengan ikan kelah,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Razali berkata, Ketengah turut akan menyediakan SOP khusus yang lebih ketat kepada pengunjung agar lebih berhemah sewaktu bermandi-mandi bersama ikan-ikan kelah terbabit supaya tidak memberi kemudaratan kepada haiwan tersebut.
Santuari Kelah yang telah dibuka sejak tahun 2008 menawarkan tiket kemasukan RM10 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak manakala bagi bukan warga negara pula, caj RM15 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) dikenakan tidak termasuk perkhidmatan transit bot dan makanan ikan. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573073 |
60 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/bank-rakyat-tawar-hadiah-lumayan-emas-bernilai-rm400000/ | Bank Rakyat tawar hadiah lumayan emas bernilai RM400,000
Oleh KOSMO!
16 Julai 2020, 3:03 pm
Poster Kempen Emas 2 Kilo yang sedang berlangsung dan bakal berakhir sehingga bulan November.
KUALA LUMPUR – Bank Rakyat menawarkan hadiah bernilai RM400,000 atau dua kilogram emas kepada para pelanggannya melalui Kempen Emas 2 Kilo yang dilancarkan semula.
Kempen yang sedang berlangsung dan bakal berakhir sehingga 15 November ini dikhususkan kepada pelanggan Pajak Gadai-i Ar Rahnu dan Ar-Rahnu X’Change.
Pemenang hadiah utama Kempen Emas 2 Kilo bakal memenangi satu kilogram emas manakala hadiah lain ditawarkan termasuklah 500 gram, 250 gram dan 10 gram emas.
Perkhidmatan Ar Rahnu bantu selesai masalah kewangan dan juga sebagai pembiayaan segera kepada usahawan.
Kempen untuk hargai kesetiaan pelanggan
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Rakyat, kempen tersebut bertujuan untuk menghargai kesetiaan pelanggan dan menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan khidmat pajak gadai menerusi 185 cawangan Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.
“Ini merupakan tahun ketiga kempen ini dianjurkan dan ia diteruskan kerana telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
“Pada penghujung kempen tahun lalu, Bank Rakyat telah mencatat peningkatan keuntungan sebanyak RM2.4 juta dalam tempoh empat bulan sejak ia dilancarkan dengan melibatkan seramai 240,000 pelanggan,” katanya di sini baru-baru ini.
Emas menjadi aset berpotensi yang boleh dilaburkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
Bank Rakyat sasar pertumbuhan pengeluaran pembiayaan 20 peratus
Bank Rakyat menjelaskan, pihaknya mengunjurkan pertumbuhan pengeluaran pembiayaan Ar-Rahnu sebanyak 20 peratus dan pertambahan pelanggan sebanyak dua hingga lima peratus menjelang akhir kempen iaitu bulan November ini.
“Kempen ini juga merupakan platform terbaik untuk mempromosikan perkhidmatan Ar-Rahnu kepada masyarakat serta mendidik mereka mengenai emas yang boleh dijadikan sebagai salah satu aset berpotensi untuk dilaburkan bagi melonjakkan ekonomi individu serta mampu menjana ekonomi negara.
Ar-Rahnu kini semakin popular kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah keperluan aliran tunai segera malah ia juga boleh dijadikan alternatif pembiayaan yang mudah untuk diproses terutamanya bagi usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana.
Selain itu, Bank Rakyat juga mahu mengubah persepsi masyarakat tentang perkhidmatan pajak gadai bukan hanya untuk mereka yang menghadapi masalah tetapi juga boleh dijadikan sebagai tempat simpanan aksesori emas yang selamat serta jauh daripada unsur riba. | 2023-05-24 22:01:15.573076 |
61 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/anggota-aadk-cedera-dibaling-kayu/ | Anggota AADK cedera dibaling kayu
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
16 Julai 2020, 11:33 am
SUNGAI PETANI – Seorang anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda cedera pada tangan akibat terkena kayu yang dibaling penagih dadah dalam serbuan Ops Cegah di sebuah rumah di Kampung Rusa di sini semalam.
Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu, seorang penagih berusia 46 tahun bertindak agresif dan cuba meloloskan diri ketika cuba ditahan sepasukan anggota penguatkuasaan tersebut.
Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, penagih terbabit turut membaling sebatang kayu dan terkena pada tangan salah seorang anggota sehingga menyebabkan kecederaan luka.
“Lelaki itu berjaya ditangkap anggota operasi kira-kira 50 meter dari rumahnya dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kecederaan dialami anggota AADK akibat dibaling kayu oleh penagih dadah dalam serbuan Ops Cegah di Kampung Rusa, Sungai Petani.
Kata beliau, dalam operasi sama, pihaknya turut menahan 10 lagi penagih dadah lelaki berusia antara 16 hingga 37 tahun.
“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah dengan lima positif methamphetamine dan morfin, empat positif morfin serta seorang positif ganja,” ujarnya.
Ujarnya, seramai enam penagih akan direman di lokap Kuala Muda manakala lima lagi dibebaskan dengan jaminan bersyarat.
“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998,” katanya.
Tambahnya, operasi berkenaan yang menggempur 14 kawasan dalam daerah Kuala Muda antaranya Flat Paya Nahu, Taman Ria Jaya, Taman Kempas dan Taman Nilam dilakukan berdasarkan aduan hotline serta aduan awam yang terima pihak AADK. -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573080 |
62 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/polis-kesan-waris-mayat-wanita-mangsa-bunuh/ | Polis kesan waris mayat wanita mangsa bunuh
Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
16 Julai 2020, 9:25 am
KAMPAR – Polis kini sedang mengesan waris mayat wanita dipercayai dibunuh yang ditemui terapung di Sungai Kampar, Malim Nawar awal Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, identiti sebenar mangsa yang dianggarkan berusia 40-an itu masih belum dikenal pasti sehingga kini.
“Tindakan untuk mengesan waris mangsa masih diteruskan walaupun kita sudah mewar-warkan mengenainya melalui saluran media tempatan.
“Mayat mangsa kini berada di Bilik Mayat Hospital Kampar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan objek tumpul di kepalanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Hasron Nazri, pihaknya sedang menunggu ujian toksikologi dan perbandingan deosiribonukleik (DNA) Jabatan Kimia Malaysia dalam usaha mengenal pasti mangsa.
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil bagi melengkapkan siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Inspektor Mohd Firdaus Jamil di talian 019-2689481. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573083 |
63 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/16/lelaki-nigeria-dituduh-bunuh-ketua-jururawat-hospital-serdang/ | Lelaki Nigeria dituduh bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
16 Julai 2020, 11:06 am
SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang tahun lalu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Tertuduh, Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 37, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Ab. Karim Ab. Rahman.
Berdasarkan pertuduhan, Alowonle didakwa membunuh Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya di sini antara pukul 12.41 pagi, 9 Mei hingga 2.30 petang, 15 Mei tahun lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Siti Kharina
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hazizah Kassim.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan gambar kejadian kepada pihak pembelaan.
Sementara tarikh perbicaraan pula ditetapkan selama enam hari iaitu pada 1, 2, 3, 15, 21 dan 22 September depan.
Kosmo! pada 17 Mei tahun lalu melaporkan misteri kehilangan seorang Ketua Jururawat Hospital Serdang akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui di sebuah kondominium sewa di Cyberjaya dekat sini pada 15 Mei tahun lalu.
Penemuan mayat Siti Kharina terbongkar hasil maklumat orang awam yang melihat darah mengalir keluar dari salah satu pintu kediaman terbabit kira-kira pukul 2.30 petang. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573087 |
64 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/vettel-kuat-dikait-sertai-racing-point/ | Vettel kuat dikait sertai Racing Point
Oleh KOSMO!
17 Julai 2020, 3:24 pm
LONDON – Juara dunia Formula Satu (F1), Sebastian Vettel dilapor mempertimbang peluang menyertai pasukan Racing Point selepas kontraknya berakhir bersama Ferrari hujung musim ini.
Pelumba kelahiran Jerman itu mengakui masih belum mendapat sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan selepas Ferrari membuat keputusan membawa masuk Carlos Sainz Jr. untuk bergandingan bersama Charles Lecrec musim depan.
Pemilik Racing Point ketika ini, Lawrence Stroll dilaporkan telah bersedia memberikan tempat buat Vettel untuk menjadi pelumbanya musim depan dengan beberapa tawaran menarik.
Jika Vettel bersetuju, bermakna juara dunia empat kali itu akan beraksi bersama pasukan itu yang akan menukar nama kepada Aston Martin F1 Team.
“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, masih belum ada berita menarik mengenai masa depan saya dalam saingan F1. Semua pilihan seperti bersara, berhenti ataupun menyertai pasukan lain masih terbuka.
“Mengenai khabar angin menyertai Racing Point ia adalah sekadar berita sahaja. Sebelum ini saya juga melakukan perbincangan dengan Renault tetapi ia sekadar pertemuan biasa sahaja. Jadi, ia masih terbuka,” kata Vettel.
Jika Racing Point membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat Vettel, mereka terpaksa menggugurkan Sergio Perez tetapi pelumba kelahiran Mexico itu masih mempunyai kontrak hingga musim 2022. – AGENSI
VETTEL mendedahkan bahawa tiada keputusan dibuat mengenai masa depannya setakat ini. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.573091 |
65 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/tunku-azizah-terharu-dianugerahkan-pingat-perkhidmatan-wagggs/ | Tunku Azizah terharu dianugerahkan Pingat Perkhidmatan WAGGGS
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
17 Julai 2020, 5:38 pm
KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima pengiktirafan tertinggi dengan dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) semalam.
Pengumuman rasmi berhubung perkara itu dibuat melalui saluran YouTube WAGGGS oleh Pengerusi Lembaga WAGGGS Sedunia, Ana Maria Mideros hari ini.
Kata saluran itu, ia dianugerahkan kepada Tunku Azizah susulan penglibatan, perkhidmatan serta sumbangan luar biasa Seri Paduka dalam persatuan itu sama ada di peringkat nasional mahupun global.
“Pihak kami sangat berterima kasih di atas komitmen tidak berbelah bahagi Tunku Azizah dan ia terserlah melalui pencapaian serta peranan Seri Paduka.
“Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan khas atas dedikasi dan sokongan Tunku Azizah yang tidak pernah kenal lelah untuk pergerakan,” katanya.
Pingat Perkhidmatan itu adalah pengiktirafan tertinggi diberikan WAGGGS kepada individu cemerlang yang mempamerkan perkhidmatan luar biasa kepada pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri pada peringkat nasional serta global.
Tunku Azizah pernah menyandang gelaran Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Pahang serta Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Pada 2015, baginda berkenan menjadi Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri (EAPW) membabitkan keanggotaan dari 27 negara di rantau Asia Pasifik. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573095 |
66 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/jeritan-mangsa-gagalkan-aksi-samun-bersenjata/ | Jeritan mangsa gagalkan aksi samun bersenjata
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
17 Julai 2020, 5:31 pm
KLANG – Jeritan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri dan ahli keluarga yang lain daripada disamun dalam kejadian di Taman Mutiara Bukit Raja di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku pukul 9.39 malam apabila empat suspek dengan dua daripadanya bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam rumah mangsa.
“Mangsa yang terkejut kemudiannya menjerit meminta pertolongan dengan meluru keluar daripada rumahnya.
“Lima minit kemudiannya kesemua suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan yang dipandu oleh rakan suspek yang menunggu di luar rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, tiada sebarang kecederaan dialami dengan kerugian hanya melibatkan sebuah telefon bimbit.
Jelas Nurulhuda, usaha mengesan kesemua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, video berdurasi 2minit 2 saat yang memaparkan kejadian samun itu tular di laman sosial Facebook. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573098 |
67 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/peniaga-roti-di-tahan-disyaki-jual-tambah-nilai-judi-online/ | Peniaga roti di tahan disyaki jual tambah nilai judi online
Oleh MOHD AZLI ADLAN
17 Julai 2020, 5:38 pm
KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga kedai roti di Kampung Che Wan, Kijal, Kemaman ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menjual tambah nilai judi online secara haram, Ahad lalu.
Dalam serbuan pukul 3.45 petang, wanita berusia 43 tahun itu ditahan ketika disyaki sedang melakukan urus niaga menjual tambah nilai judi online dengan seorang pelanggan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pelanggan tersebut yang merupakan seorang lelaki berusia 28 tahun turut diberkas bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati suspek berselindung di sebalik perniagaan menjual roti dan barangan runcit yang beroperasi di rumahnya bagi aktiviti penjualan tambah nilai judi atas talian terbabit.
“Kebanyakan pelanggan suspek dipercayai terdiri daripada penduduk yang menetap di beberapa kawasan rancangan felda di sekitar Chukai, Kemaman,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Hanyan memberitahu, pihaknya merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama yang disyaki digunakan dalam aktiviti menjual tambah nilai judi online itu.
Katanya, wang tunai berjumlah RM55 dipercayai hasil kegiatan haram itu turut dirampas.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4B (a) akta sama.
“Tenaga Nasional Berhad juga telah diarahkan untuk melakukan operasi pemotongan bekalan elektrik di premis suspek mengikut Seksyen 21 A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573102 |
68 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/74-positif-covid-16-dikesan-di-pintu-masuk-klia-dan-klia-2/ | 74 positif Covid-19 dikesan di pintu masuk KLIA dan KLIA 2
Oleh MOHD RASDAN AHMAD
17 Julai 2020, 5:43 pm
KUALA LUMPUR- Seramai 74 individu yang baru tiba dari luar negara menerusi pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 disahkan positif COVID-19.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keseluruhannya terdapat 19,372 individu yang disaring di pintu masuk KLIA dan KLIA 2 dengan 19,298 diuji negatif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.
“Seramai 74 individu yang didapati positif dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
“Semalam pula, seramai 594 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui KLIA dan KLIA2 dari Singapura, Indonesia, UAE, Oman, Kemboja dan Jepun dengan hanya seorang individu telah dibawa ke hospital,” ujarnya melalui satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573105 |
69 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/pm-nafi-tawar-mohd-shafie-jawatan-tpm/ | PM nafi tawar Mohd. Shafie jawatan TPM
Oleh ZULKIFLI MANZOR
17 Julai 2020, 5:23 pm
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada Mac lalu.
Menurutnya, dakwaan dibuat Mohd. Shafie dalam satu wawancara itu hanya andaian Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) tersebut.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah sekalipun menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau selepas saya menjadi Perdana Menteri.
“Saya menyifatkan kenyataan Mohd. Shafie dalam wawancara itu yang menyatakan ‘Beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu’ sebagai tidak benar. Kenyataan itu adalah andaian beliau semata-mata, ” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Shafie dalam satu wawancara dengan sebuah portal berita pada 14 Julai lalu mendakwa Perdana Menteri pernah menawarkan beliau menyertai kabinet Perikatan Nasional (PN) sebagai timbalannya.
Beliau mendakwa tawaran berkenaan dibuat untuk mendapatkan sokongan Warisan bagi memperkuatkan PN. K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573109 |
70 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/syamel-ernie-nafi-kahwin-tahun-depan/ | Syamel, Ernie nafi kahwin tahun depan
Oleh MOHD. HAIKAL ISA
17 Julai 2020, 5:22 pm
KUALA LUMPUR – Dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan, pasangan duet Syamel dan Ernie sekeras-kerasnya menafikan perkara tersebut.
Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 27, berkata, dia dan Ernie hanya berkawan rapat dan tidak mempunyai perancangan langsung untuk berkahwin setakat ini.
“Kalau sudah ada perancangan ke arah itu (berkahwin), saya sendiri akan beritahu kepada kawan-kawan media. Baik saya dan Ernie, kami tidak pernah membuat pengumuman akan berkahwin dalam masa terdekat atau tahun hadapan.
“Barangkali, apa yang Ernie maksudkan dalam temubual baru-baru ini adalah usia semakin mencemburui dan itu membuatkan dia ingin menamatkan zaman bujang andai jodoh sudah sampai.
“Dengan saya atau dengan lelaki lain, itu semua ketentuan Ilahi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Dalam pada itu, Ernie atau nama sebenarnya, turut menafikan yang dia ada mengeluarkan kenyataan akan berkahwin dengan rakan duetnya itu tahun hadapan.
“Kenyataan saya disalaherti dan disalahtafsir. Saya memang ingin berkahwin kerana bagi saya itu impian seorang orang apatah lagi saya akan menginjak usia 29 tahun hadapan.
“Saya juga ada menyebut ciri-ciri calon suami ada pada Syamel. Itu saya akui tapi memberi pengesahan akan berkahwin tahun hadapan dengan dia, itu tidak betul.
“Sebagai seorang wanita, saya sedar tidak manis untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu. Apapun, saya mohon maaf andai kenyataan saya berhubung perihal ini disalaherti orang ramai,” kata pelantun lagu Ku Bersuara itu.
Terdahulu, sebuah portal tempatan muncul dengan sekeping artikel yang seperti memberi pengesahan pasangan duet yang cukup dikenali lagu Aku Cinta itu akan bergelar suami isteri pada tahun hadapan. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573112 |
71 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/polis-tumpaskan-geng-karu-tahan-lapan-suspek/ | Polis tumpaskan Geng Karu, tahan lapan suspek
Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
17 Julai 2020, 3:21 pm
SUNGAI BULOH – Kelicikan sebuah kumpulan dikenali Geng Karu yang aktif melakukan kegiatan samun dan pecah rumah akhirnya terbongkar dalam beberapa siri serbuan di sekitar Selangor sejak 10 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di beberapa lokasi berdasarkan hasil risikan.
“Serbuan dan tangkapan dilakukan di Bandar Sri Damansara, Taman Datuk Ahmad Razali Ampang, Jalan Bunga Tanjung dan Pangsapuri Program Perumahan Rakyat(PPR) Seksyen 26 Shah Alam, Bandar Baru Sungai Buloh dan rumah kustar Hospital Sungai Buloh.
“Pihak polis turut menahan lapan ahli kumpulan termasuk tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun yang disyaki aktif melakukan kegiatan samun serta pecah rumah sejak awal tahun 2019,” katanya pada sidang akhbar di IPD Sungai Buloh di sini hari ini.
Menurut Shafa’aton, siasatan yang dilakukan mendapati kumpulan berkenaan diketuai oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Karu, 25, dan menyasarkan rumah kediaman serta flat selain aktif melakukan samun di tepi jalan.
“Semakan yang dilakukan mendapati enam daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan samun, pecah rumah serta dadah malah seorang daripada mereka mempunyai 15 rekod jenayah lampau termasuk dua kali ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
“Soal siasatan yang dilakukan juga mendapati kesemua suspek yang ditahan mempunyai hubungan keluarga selain rakan. Penahanan ini dipercayai mampu menyelesaikan 30 kes di daerah Sungai Buloh, Gombak, Shah Alam dan Sentul,” katanya.
Jelas Shafa’aton, pihak polis turut merampas pelbagai barangan seperti barang kemas, televisyen dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai kira-kira RM80,000.
“Kumpulan ini akan menjual barangan hasil samun dan pecah rumah yang diperoleh kepada kedai pajak gadai, orang perseorangan disamping untuk kegunaan sendiri.
“Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 18 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 kerana samun dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” jelasnya. – K!ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573116 |
72 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/bomba-bantu-bawa-pesakit-obesiti-ke-hospital/ | Bomba bantu bawa pesakit obesiti ke hospital
Oleh MOHD SYALMIZI HAMID
17 Julai 2020, 5:40 pm
SEBERANG PERAI – Pihak Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini terpaksa menggunakan khidmat anggota bomba untuk mengangkat dan membawa seorang pesakit yang mengalami masalah obesiti ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di George Town hari ini.
Usaha yang dilakukan kira-kira pukul 1.45 petang itu disertai oleh enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai di sini.
Pesakit wanita seberat 150 kilogram terpaksa menaiki lori untuk dibawa ke HPP di George Town hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, khidmat mereka diperlukan berikutan pesakit berkenaan mengalami berat badan berlebihan dan terpaksa dibawa menggunakan lori milik agensi itu.
“Pesakit tersebut adalah seberat kira-kira 150 kilogram.
“Dia yang dirawat di HSJ perlu dibawa ke HPP hari ini kerana mempunyai temu janji dengan hospital itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Difahamkan, dua petugas HSJ turut menemani pesakit berkenaan sepanjang perjalanan ke HPP. -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573119 |
73 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/wan-kuzri-sedia-rebut-tempat-dalam-skuad-b-19/ | Wan Kuzri sedia rebut tempat dalam skuad B-19
Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI
17 Julai 2020, 3:49 pm
PEMAIN negara kelahiran Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal mengakui cukup teruja dapat menyertai kem latihan pusat skuad Bawah 19 (B-19) bagi persediaan menghadapi Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan pada Oktober depan.
Terdahulu, bintang muda yang mewakili Akademi Bola Sepak St. Louis telah melengkapkan kuarantin wajib selama dua minggu dan diuji negatif Covid-19 sebelum diberi lampu hijau untuk sertai latihan di Wisma FAM, Petaling Jaya bermula Khamis lalu.
Kata Wan Kuzri yang juga adik kepada pemain Sporting Kansas City, Wan Kuzain, kehadirannya diharap boleh memberi impak tambahan buat pasukan bimbingan Brad Maloney berdasarkan pengalamannya menjalani latihan di AS sebelum ini.
“Saya berusaha untuk menyesuaikan diri secepat mungkin dan lihat bagaimana saya boleh membantu pasukan. Apa yang penting, saya perlu buktikan dulu keupayaan di hadapan barisan jurulatih.
“Mengenai corak permainan, apa yang saya akan tampilkan di sini sama sahaja seperti di AS. Bola sepak Malaysia dan Amerika Syarikat juga tidak banyak beza cuma mereka memiliki kelebihan fizikal.” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Khamis lalu.
Mengulas lanjut, pemain posisi tengah berusia 18 tahun itu turut mengakui abangnya, Wan Kuzain banyak memberikan nasihat kepadanya sebelum menyertai skuad negara.
“Dia (Wan Kuzain) berpesan inilah masanya untuk menimba ilmu dan pengalaman di peringkat lebih tinggi terutama dapat mewakili skuad kebangsaan,” katanya.
Kejohanan AFC U-19 2020 dijadualkan berlangsung bermula 14 hingga 31 Oktober di Uzbekistan.
Kejohanan ini penting buat skuad remaja Harimau Malaya kerana ia menjadi pusingan kelayakan ke Piala Dunia B-20 yang akan berlangsung di Indonesia pada tahun depan.
Malaysia diundi berada dalam Kumpulan D bersama tiga jaguh Asia Barat iaitu Qatar, Tajikistan dan Yaman. | 2023-05-24 22:01:15.573122 |
74 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/gempa-bumi-6-8-skala-richter-gegar-papua-new-guinea/ | Gempa bumi 6.8 pada skala richter gegar Papua New Guinea
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
17 Julai 2020, 12:35 pm
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan satu kejadian gempa bumi dilaporkan berlaku di Timur Rantau New Guinea, kira-kira 10.50 pagi tadi.
Met Malaysia melalui Facebooknya berkata, gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala richter itu dilaporkan berpusat di 117 km barat laut Popondetta pada kedalaman 92 km.
Bagaimanapun, tiada sebarang ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia akibat gempa berkenaan. K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573126 |
75 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/sultan-selangor-benarkan-tambah-jemaah-solat-fardu-dan-jumaat/ | Sultan Selangor benarkan tambah jemaah solat fardu dan Jumaat
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
17 Julai 2020, 10:43 am
SHAH ALAM – Masjid dan surau di Selangor dibenarkan menambah bilangan jemaah bagi solat fardu dan Jumaat mengikut jumlah kapasiti sebenar ruang solat bermula hari ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, kebenaran penambahan jemaah itu selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan memastikan penjarakan sosial 1.5 meter.
“Pelaksanaannya berkuat kuasa hari ini di semua masjid termasuk surau yang diberi kebenaran khas solat fardu Jumaat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
“Bagaimanapun, kehadiran jemaah muslimat (wanita) adalah tidak dibenarkan kecuali di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, para jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat perlu melalui proses pendaftaran dan penggiliran yang telah ditetapkan sebelum ini.
Ujarnya, manakala solat fardu lima waktu dilaksanakan dengan kaedah kehadiran jemaah secara terbuka adalah sehingga kapasiti sebenar ruang solat selepas penjarakan sosial 1.5 meter dipenuhi atau diisi.
“Prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi seperti berada dalam keadaan berwuduk dari rumah, memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri dan sihat serta tidak bergejala iaitu bacaan suhu tidak melebihi 37.5 celcius.
“Selain itu, jemaah perlu menggunakan cecair pembasmi kuman atau membersihkan tangan, hadir lebih awal ke masjid atau surau Kebenaran Khas Jumaat (sebelum azan pertama berkumandang) dan sentiasa mematuhi dan menjaga penjarakan sosial,” jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan JAIS akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau pematuhan SOP oleh pihak masjid dan surau oleh jemaah.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang pelanggaran SOP dan JAIS tidak teragak-agak menarik semula kelonggaran yang diberikan demi menjaga keselamatan dan kemaslahatan para jemaah serta imej agama Islam,” katanya.
Sebelum ini, seramai 1,000 orang ditetapkan bagi solat Jumaat dan fardu bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.
Sementara, 500 orang bagi semua masjid lain dan 40 orang bagi surau kebenaran solat dan surau lain. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573129 |
76 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/real-julang-gelaran-la-liga-ke-34/ | Real julang gelaran La Liga ke-34
Oleh MOHD KHAIRI MOHAMAD
17 Julai 2020, 10:56 am
MADRID – Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dinobatkan sebagai juara La Liga buat kali ke-34 selepas berjaya merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Villarreal ketika saingan masih berbaki satu perlawanan.
Pencabar terdekat, Barcelona terpaksa berpuas hati di tangga kedua liga selepas tewas mengejut 1-2 kepada Osasuna di Camp Nou sekali gus ketinggalan tujuh mata apabila hanya mengutip 79 mata berbanding The Galacticos yang meraih 86 mata.
Pengendali Real, Zinedine Zidane mengakui sangat gembira dapat membantu pasukan menjuarai La Liga buat kali pertama selepas musim 2017 sekali gus menamatkan dominasi Barcelona.
“Ini adalah kejayaan yang paling manis buat pasukan kami dan saya sangat gembira. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa trofi La Liga lebih bermakna berbanding Liga Juara-Juara Eropah kerana persaingannya cukup sengit.
“Secara peribadi, saya beranggapan kami adalah pasukan terbaik di Sepanyol tahun ini, bukan sahaja mengutip mata lebih tinggi, malah komitmen pemain sepanjang musim cukup luar biasa,” katanya. – AGENSI
ZIDANE dijulang oleh para pemainnya selepas mereka muncul juara La Liga musim ini. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.573133 |
77 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/harga-ayam-naik-melampau/ | Harga ayam naik melampau
Oleh KOSMO!
17 Julai 2020, 11:27 am
KUALA LUMPUR – Rata-rata pengguna merungut apabila harga ayam segar naik mendadak hingga membebankan mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan Mac lalu. Harga ayam di ibu negara didakwa naik antara RM8.50 ke RM10 sekilogram manakala tinjauan di Pulau Pinang pula mendapati ada peniaga menjualnya sehingga RM11 sekilogram. Pekerja kedai makan, Rosnah Bakhtiar, 55, mendakwa, kenaikan harga itu berlaku secara berperingkat. “Harga ayam naik sedikit demi sedikit sejak beberapa minggu lalu. Dulu sekitar RM6 atau RM7 lebih sahaja sebelum jadi…
“Harga ayam naik sedikit demi sedikit sejak beberapa minggu lalu. Dulu sekitar RM6 atau RM7 lebih sahaja sebelum jadi lebih RM8.50 sekilogram.
“Ia membebankan orang ramai termasuk peniaga kedai makan,” dakwa seorang pengguna ketika ditemui dipasar borong di Jalan Raja Bot di sini semalam.
Daftar/log in di sini untuk berita penuh. | 2023-05-24 22:01:15.573136 |
78 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/langkah-tepat-tidak-laksana-ppsmi-dbp/ | Langkah tepat tidak laksana PPSMI – DBP
Oleh MOHD RASDAN AHMAD
17 Julai 2020, 2:51 pm
KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyifatkan keputusan Kementerian Pendidikan untuk tidak melaksanakan semula Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam sebagai tepat kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, semua kajian menunjukkan PPSMI tidak berjaya mencapai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
“Di sebalik perbelanjaan besar yang melebihi RM5 bilion, pencapaian PPSMI hanya sekitar tiga peratus dan menyebabkan kemerosotan yang nyata bagi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
“Rata-rata kajian menunjukkan bahawa lebih 70 peratus pelajar dan guru tidak menganggap PPSMI sebagai program yang tepat bagi hasrat peningkatan penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya melalui satu kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.
Tambahnya, sebelum ini, Kementerian Pendidikan ketika diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2011 telah memutuskan untuk memansuhkan PPSMI setelah mengambil kira kajian daripada pelbagai pihak yang jelas menunjukkan kesilapan dan kegagalan program itu. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573140 |
79 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/ganguan-bekalan-air-hampir-pulih-sepenuhnya/ | Gangguan air di Selangor, Kuala Lumpur pulih sepenuhnya
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
17 Julai 2020, 10:34 am
KUALA LUMPUR – Ganguan bekalan air berjadual melibatkan lima wilayah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak Selasa lalu, telah pulih sepenuhnya.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) Elina Baseri berkata, gangguan melibatkan 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan itu telah pulih sepenuhnya kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
“Gangguan bekalan di semua lima wilayah Kuala Langat, Kuala Lumpur, Gombak, Klang/Shah Alam dan Petaling telah pulih sepenuhnya.
“Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama baik daripada pengguna dan juga semua warga kerja Air Selangor yang bertugas semasa misi bantuan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Elina berkata, pengguna disarankan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play Store atau Apps Store untuk info terkini bekalan air.
“Pengguna juga boleh merujuk laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter Air Selangor atau dengan melayari laman sesawang www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan,” katanya.
Pada 6 Julai lalu, Air Selangor memaklumkan 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Lumpur, akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 14 hingga 17 Julai ini berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).-K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573143 |
80 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/benzema-mula-rindu-pulang-ke-lyon/ | Benzema mula rindu pulang ke Lyon
Oleh MOHD KHAIRI MOHAMAD
17 Julai 2020, 10:46 am
MADRID – Penggempur utama Real Madrid, Karim Benzema mengakui sangat teruja untuk kembali ke kelab lamanya, Olympique Lyon jika kariernya bersama gergasi Sepanyol itu berakhir.
Bekas ejen pemain berkenaan, Karim Djaziri mendedahkan, para peminat Lyon hanya perlu menunggu sedikit masa lagi untuk menyaksikan Benzema yang dianggap pemain terbaik pernah dilahirkan pasukan itu kembali ke Stadium Groupama.
Bagaimanapun, Benzema melalui tempoh yang cukup cemerlang musim ini di Santiago Bernabeu dengan memainkan peranan penting untuk membawa pasukan itu menjuarai La Liga musim ini selepas mereka kehilangan Cristiano Ronaldo.
Mengumpul 19 gol dalam 35 aksi liga, Benzema layak untuk diberikan kontrak lanjutan ketika kontrak semasanya berakhir pada 2022 atau dia akan kembali ke Lyon untuk mengakhiri kariernya sebagai bintang bola sepak.
“Situasi yang berlaku ketika ini adalah Benzema menikmati musim terbaik seperti yang diidamkan oleh semua pemain bola sepak. Beraksi di Madrid, mempunyai hubungan yang baik dengan jurulatih dan menikmati populariti dalam kalangan peminat menjadikannya sempurna.
“Bagaimanapun, sejak dia meninggalkan Lyon, satu-satunya impian yang mahu dilunaskan adalah untuk kembali menyertai pasukan itu. Kekecewaan yang paling besar buat Benzema adalah Lyon mara ke pentas Liga Juara-Juara selepas dia meninggalkan pasukan itu,” katanya. – AGENSI
BENZEMA hanya memilih untuk kembali ke kelab lamanya, Lyon jika kariernya di Santiago Bernabeu berakhir. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.573147 |
81 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/rossi-bawa-kru-terbaik-ke-petronas-srt/ | Rossi bawa kru terbaik ke Petronas SRT
Oleh KOSMO!
17 Julai 2020, 11:11 am
LONDON – Juara dunia tujuh kali MotoGP , Valentino Rossi mahu membawa semua kru terbaiknya menyertai pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) musim depan.
Rossi dilaporkan hampir pasti akan bertukar tempat dengan pelumba SRT, Fabio Quartararo yang telah sah menandatangani kontrak dua tahun dengan pasukan Monster Energy Yamaha sehingga 2022.
Sejak beraksi pada saingan kelas tertinggi, Rossi sentiasa membawa kesemua kru setiap kali menyertai pasukan berbeza
Pelumba Itali itu pernah membawa semua kru terbaiknya dari Honda ke Yamaha (2004), Yamaha ke Ducati (2011) dan Ducati ke Yamaha (2013).
“Saya telah berbincang dengan Yamaha dan mahu meneruskan perlumbaan dalam saingan MotoGP. Saya juga telah mendapat kebenaran dari Yamaha dan saya juga telah berunding bersama Petronas. Ketika ini ia semakin hampir untuk direalisasikan.
“Ketika ini saya belum menandatangani sebarang perjanjian kerana segalanya masih belum tersedia selain kami perlu membina sebuah pasukan baharu. Saya rasa mungkin terdapat perubahan besar dimana saya dan Fabio akan bertukar posisi.
“Saya rasa ia akan selesai tidak lama lagi,” kata Rossi.
Difahamkan Rossi mahu mengekalkan krew terbaiknya seperti David Munoz, Matteo Flamigni, Alex Briggs.
ROSSI adalah pelumba yang sentiasa mengekalkan kru setiap kali berpindah pasukan. – AFP
Sementara itu, Fabio turut menjelaskan perkara yang sama dan mahu membawa krew terbaiknya menyertai pasukan pengeluar musim depan.
“Sudah pasti saya mahu membawa kru terbaik ke pasukan pengeluar nanti. Saya akan buat keputusan mengenai perkara tersebut tidak lama lagi,” kata Fabio. – AGENSI | 2023-05-24 22:01:15.573150 |
82 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/bekas-pemandu-diarah-bela-diri-bunuh-isteri-anak/ | Bekas pemandu diarah bela diri bunuh isteri, anak
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
17 Julai 2020, 2:37 pm
SHAH ALAM – Seorang bekas pemandu lori diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh isteri dan anak perempuannya empat tahun lalu.
Hakim, Datuk Mohd. Yazid Mustafa memutuskan demikian terhadap Satvender Singh, 34, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Mohd. Yazid menegaskan elemen-elemen penting dalam pertuduhan berjaya dibuktikan menerusi 16 orang saksi pendakwaan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan tersebut.
Jelas beliau, ini termasuk keterangan pegawai Jabatan Kimia mendapati terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) milik tertuduh pada kuku mangsa (isteri).
“Keterangan pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut kukuh apabila tiada berlaku kejadian pecah rumah dengan pintu belakang terbuka semasa bapa mertua mangsa datang ke rumah dengan tiada kesan umpil pada jeriji dan pintu besi.
“Polis turut menyimpulkan adalah mustahil untuk menggunakan pemotong besi daripada luar untuk memotong mangga yang digunakan pada pintu belakang berkenaan kerana lubang yang wujud di situ adalah kecil,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Satvender didakwa membunuh D. Kamaljit, 34, dan bayinya, Ishilyn Kaur Sandhu, di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang antara pukul 3.55 pagi hingga 4.15 pagi, 14 April 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadhir Mohd. Khairudin manakala tertuduh diwakili oleh Datuk Rajpal Singh.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan pembelaan pada 7 dan 8 September depan.
Sementara itu, Rajpal ketika ditemui selepas prosiding itu memaklumkan anak guamnya akan memberikan keterangan bersumpah daripada kandang saksi. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573154 |
83 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/pelajar-ke-harvard-dirai-alumni-samttaj/ | Pelajar ke Harvard dirai alumni SAMTTAJ
Oleh MUHAMAD ADHAM SHADAN
17 Julai 2020, 12:31 pm
KEJAYAAN anak muda, Mohamed Aqil Azmi, 20, terpilih menyambung pelajaran ke Kolej Harvard, sekolah sarjana Universiti Harvard yang terkenal di dunia telah diraikan oleh Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) dalam satu majlis makan malam di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Menurut Pengerusi Persatuan Alumni Sekolah SAMTTAJ (ASSA), Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin, pihaknya berbangga dengan pencapaian Mohamed Aqil yang merupakan bekas pelajar sekolah tersebut dan berharap menjadi inspirasi kepada pelajar lain di seluruh negara.
“Satu kebanggaan kepada persatuan sebab Mohamed Aqil adalah bekas pelajar SAMTTAJ Shah Alam Selangor yang terpilih daripada 40,000 permohonan seluruh dunia. Kejayaan ini
menjadi inspirasi bukan sahaja kepada sekolahnya tetapi juga kepada golongan muda di negara ini.
“Pihak persatuan alumni sekolah meraikannya hari ini kerana ini adalah pertama kali pelajar dari SAMTTAJ dan juga sekolah aliran agama berjaya memasuki universiti berprestij di Amerika Syarikat (AS) itu,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar kepada K2 baru-baru ini.
MOHAMED Aqil menunjukkan sijil penghargaan yang diterima daripada ASSA.
Sementara itu, Mohamed Aqil yang ditemui melahirkan rasa gembira dan terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh persatuan alumni sekolahnya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka atas pemberian sumbangan dan sijil penghargaan. Saya berharap kejayaan ini menyuntik motivasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha memasuki universiti terkemuka dunia,” katanya yang
bakal mengikuti jurusan Matematik dan Falsafah.
Selain Mohamed Aqil, seoarang lagi pelajar Malaysia yang terpilih, Zad Chin Qi Qi, pelajar perempuan dari Ipoh, Perak akan mengikuti jurusan Sains Komputer dan Pengajian Sosial.
Mohamed Aqil anak bongsu daripada tiga beradik beroleh 11A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang mengikuti pengajian A- Level di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, Selangor. Bagaimanapun disebabkan pandemik Covid-19, dia dan Zad Chin belajar di rumah mengikuti pengajian secara online. Kedua-duanya mendapat tajaan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di bawah biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB).
“Saya sepatutnya mendaftar masuk ke Harvard pada 31 Ogos depan tetapi belum ada kata putus dari universiti sama ada pengajian diteruskan atau ditangguhkan kerana Covid-19.
“Kini, saya sedang melakukan ulang kaji awal untuk silibus yang bakal saya pelajari di kolej. Saya juga ada menghubungi pelajar yang menuntut di sana untuk lebih mengenali suasana sebenar,” ujarnya yang bercita-cita menjadi penganalisis kewangan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Harvard Malaysia, pada tahun lalu, sebanyak 40,248 permohonan untuk memasuki kelas pengajian Kolej Harvard diterima, namun hanya 1,980 pelajar diterima masuk dengan hanya 10.8 peratus pelajar antarabangsa.
Untuk rekod, kali terakhir pelajar Malaysia diterima masuk ke Kolej Harvard di Massachusetts, AS adalah pada 2017. | 2023-05-24 22:01:15.573157 |
84 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/17/pesara-bank-rugi-hampir-rm200000-ditipu-macau-scam/ | Pesara bank rugi hampir RM200,000 ditipu Macau Scam
Oleh MOHD SYALMIZI HAMID
17 Julai 2020, 10:31 am
BALIK PULAU – Seorang pesara bank mengalami kerugian wang sebanyak hampir RM200,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam semalam.
Lelaki berusia 65 tahun yang berasal dari Bayan Lepas di sini itu membuat laporan polis selepas menyedari dia telah terperangkap oleh sindiket terbabit.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan berkata, kejadian bermula apabila mangsa telah menerima panggilan telefon daripada sebuah syarikat penghantaran kononnya terdapat satu bungkusan mengandungi MyKad yang ditujukan kepada mangsa pada awal Jun lalu.
“Panggilan itu kemudiannya didakwa disambungkan di sebuah balai polis di Sabah dan mangsa telah bercakap dengan seorang lelaki bernama Sarjan Chong Sin Han yang memberitahu, mangsa ada terlibat dalam kes pengubahan wang haram.
“Mangsa diminta memberi kata laluan perbankan online dengan alasan untuk membuat siasatan selain meminta nombor kod pengesahan transaksi (TAC),” katanya kepada pemberita hari ini.
Anbalagan berkata, mangsa kemudiannya memasukkan wang RM190,000 ke dalam akaun yang diberikan suspek kononnya bagi melengkapkan siasatan.
“Lelaki itu menyedari dirinya telah tertipu apabila mendapati wang sebanyak RM9,999.50 telah ditolak daripada akaun banknya. Jumlah kerugian yang dialami mangsa berjumlah RM199,999.50,” ujarnya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573161 |
85 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/18/hlym-perkenalkan-warna-baharu-yamaha-tracer-900-gt-dan-mt-09/ | HLYM perkenalkan warna baharu Yamaha Tracer 900 GT dan MT-09
18 Julai 2020, 10:18 am
KUALA LUMPUR – Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) memperkenalkan dua model motosikal berwajah baharu iaitu Tracer 900 GT dan MT-09 sebagai strategi mengukuhkan saingan dalam segmen 900cc tempatan.
Motosikal sport tourer Yamaha Tracer 900 GT edisi 2020 ditawarkan dengan dua pilihan warna baharu iaitu jingga hitam (Reddish Copper) dan perak hitam (Midnight Silver).
Pembeli model naked MT-09 pula boleh memilih warna baharu iaitu biru (Yamaha Racing Blu). HLYM turut mengekalkan skema warna lama jenis kelabu lembut (Ice Fluo) dengan padanan rim jingga yang diperkenalkan tahun lalu sebagai opsyen kedua.
Yamaha Tracer 900 GT
Tracer 900 GT dan MT-09 berkongsi enjin sama iaitu jenis tiga silinder sebaris dengan sistem penyejukan cecair dan transmisi enam kelajuan manual. Rangkaian kuasa ini menyalurkan kuasa 115PS dengan tork puncak 87.5Nm ke roda belakang menerusi sistem pacuan rantai.
Kedua-dua model menggunakan sistem brek sama iaitu cakera berkembar 298 milimeter (mm) pada roda depan dan cakera tunggal 245mm pada rim belakang berukuran 17 inci.
Yamaha MT-09
Yamaha Tracer 900 GT dipasang saiz tangki minyak lebih besar iaitu 18.7 liter berbanding MT-09 dengan kapasiti 14 liter. Berat motosikal Tracer 900 GT ialah 215 kilogram (kg) manakala MT-09 adalah seberat 193kg.
Harga jualan asas yang disyorkan bagi Yamaha MT-09 dan Tracer 900 GT tidak berubah iaitu masing-masing kekal pada RM48,920 dan RM58,888 seunit. Harga ini tidak termasuk kos insurans, caj pendaftaran nombor kenderaan dan cukai jalan.
Yamaha Tracer 900 GT
Yamaha Tracer 900 GT
Yamaha MT-09
Yamaha MT-09
Info: Spesifikasi
Enjin: Tiga silinder sebaris, DOHC
Kapasiti: 847cc
Gerek x lejang: 78mm x 59.1mm
Nisbah mampatan: 11.5:1
Output kuasa: [email protected],000rpm
Tork maksimum: [email protected],500rpm | 2023-05-24 22:01:15.573164 |
86 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/18/dua-individu-dikesan-positif-covid-19-pada-gp-hungary/ | Dua individu dikesan positif Covid-19 pada GP Hungary
Oleh SOPI SAMAILE
18 Julai 2020, 3:44 pm
BUDAPEST – Saingan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Hungary cemas apabila dua individu didapati positif Covid1-19 selepas menjalani sesi ujian pada 10 hingga 16 Julai lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) dan pemegang hak komersial F1 menjelaskan, pihaknya telah menjalankan ujian saringan melibatkan 4,997 individu, namun hanya dua individu dikesan positif Covid-19.
Bagaimanapun, kedua-dua individu berkenaan didapati tidak berada di lokasi litar ketika perlumbaan pusingan kedua di GP Austria minggu lalu.
PERLUMBAAN pada saingan GP Hungary hujung minggu ini sedikit cemas susulan dua individu dikesan positif Covid-19.“FIA dan F1 mengesahkan antara 10 hingga 16 Julai lalu, seramai 4,997 ujian saringan Covid-19 telah dilakukan dengan membabitkan pelumba, ahli pasukan dan orang perseorangan.
“Daripada jumlah tersebut, dua individu diuji positif dan mereka tidak berada di Austria. Individu dijangkiti juga akan dikeluarkan daripada operasi dan diasingkan.
“Kami sudah mengesan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan individu berkenaan dan segera diasingkan. FIA dan F1 menyalurkan maklumat ini untuk tujuan integriti dan membuktikan ketelusan kami.
“Tidak ada perincian khusus mengenai pasukan atau individu akan didedahkan, namun hasil ujian akan diumumkan secara terbuka bagi setiap tujuh hari,” katanya.
Dua ujian positif itu adalah kali pertama dicatatkan dalam sukan F1 sejak perlumbaan pembuka tirai GP Australia dibatalkan.
Semua yang terbabit dalam perlumbaan F1 diuji setiap lima hari dan menjadi sebahagian daripada protokol ketat membabitkan semua pasukan dan pelumba. – AGENSI | 2023-05-24 22:01:15.573169 |
87 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/18/bomba-selamat-wanita-terjun-jambatan/ | Bomba selamat wanita terjun jambatan
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
18 Julai 2020, 6:39 pm
ALOR SETAR – Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita berusia 29 tahun daripada terjun dari Jambatan Tok Pasai di Kuala Kedah sini pada petang ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.40 petang tadi.
“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat seorang wanita yang dipercayai mahu terjun dari jambatan tersebut.
“Anggota kemudian bertindak memujuk mangsa selama kira-kira 10 minit dan wanita itu berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, wanita terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan lanjut dengan diiringi pihak polis.
“Operasi ini tamat sepenuhnya pada pukul 5 petang ini,” ujarnya.
Abang kepada wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan itu turut berada di lokasi untuk memujuk mangsa. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573173 |
88 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/18/lampard-nafi-chelsea-miliki-kelebihan-berdepan-united/ | Lampard nafi Chelsea miliki kelebihan berdepan United
Oleh KOSMO!
18 Julai 2020, 2:46 pm
LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard mengakui pasukannya tidak memiliki sebarang kelebihan menjelang aksi separuh akhir Piala FA menentang Manchester United malam esok meskipun memiliki tempoh rehat yang lebih lama.
Sebagai rekod, Chelsea berjaya mengalahkan Norwich di Stamford Bridge pada Rabu lalu, berbanding Manchester United yang turun lewat 48 jam untuk merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace awal pagi Jumaat.
Kata Lampard, dakwaan pengendali The Red Devils, Ole Gunnar Solksjaer bahawa mereka memiliki kelebihan adalah tidak berasas kerana apa yang penting pemain masih sempat menjalani proses pemulihan.
“Pasukan kami mengharungi jadual padat sama seperti pasukan lain dan kami juga tidak terkecuali untuk melakukan penggiliran dalam kesebelasan utama. Apa yang penting adalah proses pemulihan yang betul dan kerja keras dalam latihan untuk mengharungi aksi seterusnya.
“Secara peribadi, ini adalah isu yang lapuk dan ia sama sekali tidak memberi kelebihan buat mana-mana pasukan,” kata Lampard.
The Blues sedikit tempang untuk mengharungi aksi tersebut selepas kehilangan khidmat pemain tengah berpengaruh, N’Golo Kante yang mengalami kecederaan hamstring. – AGENSI | 2023-05-24 22:01:15.573176 |
89 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/18/australia-tutup-parlimen-kerana-covid-19/ | Australia tutup Parlimen kerana koronavirus
Oleh KOSMO!
18 Julai 2020, 5:33 pm
CANBERRA – Parlimen Australia akan digantung dua minggu kerana kebimbangan ahli-ahli politik mungkin menyebarkan koronavirus dari titik-titik panas epidemik ke ibu negara berkenaan, kata Perdana Menteri, Scott Morrison hari ini (18/7/2020).
Penangguhan tersebut diumumkan sehari selepas Canberra selaku bandar kedua terbesar di Australia, merekodkan peningkatan dalam jangkitan Covid-19.
Memetik nasihat perubatan, Morrison berkata, kerajaan tidak boleh memandang ringan risiko wakil rakyat menyebarkan penyakit berbahaya itu ke Canberra.
“Risiko akibat sidang Parlimen adalah tinggi ,” katanya.
Canberra dan kawasan sekitarnya, Wilayah Ibu Negara Australia, berterusan membendung koronavirus seperti negeri-negeri lain di Australia, namun kes Covid-19 terus meningkat di Sydney dan Melbourne.
Pengumuman itu bermakna Parlimen Australia tidak akan bersidang sehingga sekurang-kurangnya 24 Ogos depan selepas disambung semula 8 Jun lepas.
Pada Sabtu lepas, pihak berkuasa negeri Victoria yang mana Melbourne adalah ibu negerinya menyatakan, rantau itu merekodkan lebih 200 kes baharu koronavirus dalam tempoh 24 jam lalu selepas peningkatan sebanyak 438 kes, Jumaat lepas.
“217 adalah lebih baik berbanding angka melebihi 400 tetapi ia adalah angka yang akan mengejutkan kita semua sebulan lalu,” kata ketua pegawai kesihatan negeri Victoria, Brett Sutton.
“Kita perlu ingat bahawa ia masih angka yang tinggi,” tambahnya.
Melbourne kini bergelut dengan lonjakan kes Covid-19 yang menyaksikan lima juta penduduknya kembali dikenakan perintah berkurung.
Wabak itu turut merebak ke bandar terbesar Australia, Sydney, manakala di seluruh negara pula, sebanyak 11,400 kes Covid-19 dilaporkan setakat ini dengan 118 kematian.
Australia mempunyai kira-kira 25 juta penduduk. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.573180 |
90 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/18/aishwarya-masuk-wad-covid-19/ | Aishwarya masuk wad Covid-19
Oleh KOSMO!
18 Julai 2020, 3:36 pm
MUMBAI – Bintang Bollywood dan bekas ratu cantik Miss World, Aishwarya Rai Bachchan dimasukkan ke sebuah hospital di Mumbai bersama anak perempuannya, Aaradhya, hampir seminggu selepas mereka diberitakan dijangkiti koronavirus.
Suaminya, Abhishek Bachchan dan bapa mentua, Amitabh Bachchan masih dirawat di hospital sama akibat Covid-19.
Pada Ahad lepas, Aishwarya dan Aaradhya, 8, menjalani kuarantin di rumah tetapi akhbar The Times of India melaporkan bahawa mereka dipindahkan ke Hospital Nanavati semalam (17/10/2020) selepas mengadu sesak nafas.
“Keadaan mereka baik,” kata sumber hospital kepada agensi berita Press Trust of India.
Amitabh Bachchan, 77, dan anak lelakinya, Abhishek, 44, masih dirawat di wad isolasi hospital berkenaan. Semasa dimasukkan ke hospital tersebut, kedua-duanya dilaporkan mengalami gejala ringan.
Keadaan terkini dua beranak itu belum diketahui tetapi Amitabh kerap memuat naik status di laman Twitter.
“Ketika gembira, ketika sakit, semua yang dekat dan yang kami sayangi, semua yang mendoakan kami dan peminat kami melimpahkan kami dengan kasih sayang,” katanya semalam.
Aishwarya, 46, memenangi Mahkota Miss World dalam tahun 1994 sebelum muncul antara wajah paling popular di Bollywood. Dia dan Abhishek berkahwin pada 2007.
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan menyatakan, Mumbai merekodkan hampir 100,000 kes Covid-19 dengan lebih 1,200 pesakit baharu dilaporkan setiap hari. Lebih 5,582 orang di kota raya itu meninggal dunia akibat virus tersebut.
India yang mempunyai populasi 1.3 bilion pula merekodkan 26,000 kematian akibat koronavirus setakat ini. – AFP | 2023-05-24 22:01:15.573183 |
91 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/18/keluarga-penjual-jagung-layak-didaftar-asnaf-miskin/ | Keluarga penjual jagung layak didaftar asnaf miskin
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
18 Julai 2020, 6:21 pm
SHAH ALAM – Penjual jagung yang tular dalam insiden bersama penguat kuasa sebelum ini layak didaftarkan sebagai asnaf miskin.
Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid berkata, ini berdasarkan mereka telah melepasi haddul kifayah (garis kecukupan) yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan dan Syarat Kelayakan Agihan Zakat Negeri Selangor.
“Penjual itu yang merupakan warga emas memenuhi syarat umum kelayakan agihan zakat iaitu individu atau keluarga mestilah beragama Islam dan warganegara atau Pemastautin Tetap (PR).
“Walaupun warga emas ini berstatus PR namun bantuan zakat disalurkan atas dasar anak-anaknya merupakan warganegara yang beragama Islam dan wajib dibantu agar keperluan kebajikan mereka dipenuhi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, sebahagian warganet mempersoalkan tindakan LZS yang akan membantu penjual warga emas tersebut kerana memiliki kad atau taraf PR.
Basith menegaskan, berdasarkan kepada siasatan LZS mendapati warga emas ini merupakan PR yang mempunyai tujuh orang tanggungan termasuk isteri.
“Dua orang anaknya menyambung pengajian di institut pengajian tinggi (IPT), manakala tiga orang lagi masih bersekolah.
“Selama ini, beliau dan isteri menyara hidup menjual buah-buahan bagi membesarkan anak-anak dengan pendapatan yang tidak menentu, bergantung kepada hasil jualan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan LZS akan menyantuni keluarga ini dengan bantuan pendidikan bagi anak-anak yang sedang bersekolah dan bantuan sewa rumah untuk meringankan beban mereka.
Ujarnya, LZS turut mempertimbangkan bantuan perubatan bagi membolehkan beliau mendapatkan rawatan penyakit yang dihadapinya setelah mendapat pengesahan perubatan daripada hospital.
“Warga emas tersebut menghidap penyakit Retinitis Pigmentosa iaitu masalah penglihatan kabur dan sukar untuk dipulihkan.
“Selain itu, bantuan zakat lain akan disalurkan berdasarkan kepada keperluan mereka bergantung kepada syarat dan kelayakan,” katanya. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573187 |
92 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/18/kami-sudah-kembali/ | ‘Kami sudah kembali’
Oleh SOPI SAMAILE
18 Julai 2020, 2:31 pm
Leeds United kembali gegar Liga Perdana Inggeris
LONDON – Selepas 16 tahun mencuba, Leeds United kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas pencabar Liga Kejuaraan, West Bromwich Albion tewas 1-2 kepada Huddersfield awal pagi tadi.
Skuad kendalian Marcelo Bielsa itu memastikan tempat ke EPL lebih awal memandangkan kekalahan yang dialami West Brom memastikan Leeds secara automatik berada dalam kelompok dua teratas.
Selain itu, Leeds juga dilihat hampir pasti untuk menjuarai Liga Kejuaraan apabila menerajui saingan dengan 87 mata, lima mata mengatasi West Brom di tangga kedua.
“Kami sudah kembali. Leeds United kini adalah pasukan Liga Perdana Inggeris,” kata kelab berkenaan menerusi laman Twitter rasmi.
PARA penyokong berhimpun sambil meraikan kejayaan Leeds United yang kembali bersaing ke kancah EPL musim depan di Elland Road hari ini. – AFP
Dalam pada itu, kapten skuad The Peacocks, Liam Cooper nyata tidak dapat membendung kegembiraannya selain menghamburkan pujian terhadap rakan-rakan sepasukan.
“Amat sukar dipercayai dan saya rasakan seperti mimpi. Pemain serta penyokong sudah banyak berkorban untuk kelab tercinta ini. Selama 16 tahun kami berjuang untuk ke Liga Perdana.
“Sesuatu yang sungguh menakjubkan untuk mengetuai pasukan ini kembali ke tempat asal. Kami memang berhak kerana semua pemain sudah menampilkan aksi terbaik sepanjang musim,” ujar Cooper.
Saingan EPL musim depan pastinya lebih menarik memandangkan Leeds sedia memperbaharui perseteruan dengan Manchester United dan Chelsea. – AGENSI | 2023-05-24 22:01:15.573190 |
93 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/18/lelaki-maut-diserang-sakit-jantung-di-sekolah/ | Lelaki maut diserang sakit jantung di sekolah
Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR
18 Julai 2020, 3:24 pm
KUALA KURAU – Seorang pekerja pembersihan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Siakap di sini dilaporkan meninggal dunia secara tiba-tiba ketika sedang bertugas pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Huda Ismail, 47, dilihat sedang berehat selepas melakukan tugasannya sebelum pengsan secara tiba-tiba.
Pihak sekolah segera menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan.
Bagaimanapun mangsa disahkan telah meninggal dunia ketika pihak perubatan tiba di lokasi kejadian sebelum jenazah mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk urusan bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.
“Hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mangsa di Hospital Parit Buntar mendapati punca kematian adalah disebabkan serangan jantung.
“Tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut,” katanya. K! Online | 2023-05-24 22:01:15.573193 |
94 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/18/lelaki-oku-cemas-ditinggalkan-lebih-12-jam-di-ladang/ | Lelaki OKU cemas ditinggalkan lebih 12 jam di ladang
Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR
18 Julai 2020, 12:47 pm
TAPAH – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) berhadapan detik-detik cemas apabila hilang selama lebih 12 jam di kawasan ladang sawit, Jalan Loji Air, Bukit Temoh di sini semalam.
Mangsa, M. Ganesan, 48, bagaimanapun lega selepas ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pada pukul 10 malam.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang kudung tangan kanan itu segera dijalankan selepas menerima aduan daripada ibunya yang berusia 72 tahun.
“Maklumat awal yang polis terima, mangsa dibawa keluar dari rumahnya di Kampung Samy di sini pada pukul 9 pagi oleh seorang lelaki dengan menaiki pacuan empat roda dengan tujuan untuk minum minuman keras.
“Mangsa bagaimanapun ditinggalkan sendirian di ladang berkenaan selepas kenderaan dinaiki mereka tersangkut akibat jalan licin kerana hujan lebat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Tambah Wan Azharuddin, lelaki berkenaan terpaksa meninggalkan mangsa lima kilometer dari jalan utama dan keluar dari ladang berkenaan untuk meminta bantuan.
“Berpandukan maklumat yang diterima daripada lelaki tersebut, pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui mangsa dalam keadaan lemah kerana tidak makan sejak awal pagi.
“Mangsa dibawa turun menggunakan pengusung dan dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, operasi yang disertai enam pegawai dan 26 anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia itu tamat sepenuhnya pada pukul 1.15 pagi tadi. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573197 |
95 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/19/shell-malaysia-lancar-minyak-enjin-helix-power-dan-helix-protect/ | Shell Malaysia lancar minyak enjin Helix Power dan Helix Protect
19 Julai 2020, 11:01 pm
KUALA LUMPUR – Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. (Shell Malaysia) memperkenalkan dua pilihan minyak enjin Shell Helix baharu iaitu Power dan Protect yang dirumus khas mengikut gaya pemanduan serta keperluan pemilik kenderaan.
Shell Helix Power dirumus khas untuk pemandu yang memerlukan kuasa dan daya pecutan khususnya semasa pemanduan di lebuh raya atau laluan sukar.
Bagi pemilik kenderaan yang terpaksa memandu dalam kesesakan trafik terhenti-henti, Shell Helix Protect memberi perlindungan tambahan pada enjin kenderaan.
Dua produk minyak enjin ini sesuai untuk kebanyakan model kereta di Malaysia, bergantung kepada spesifikasi minyak sama ada 0W, 5W atau 10W.
Minyak enjin baharu Shell Helix Protect dan Helix Power didatangkan dalam pek 4 liter.
Shell Helix Power dan Protect yang didatangkan dalam pek 4 liter adalah bendalir yang menggunakan teknologi PurePlus iaitu minyak asas bersih yang dihasilkan daripada gas asli.
“Seperti yang tertera pada label pek, satu produk menjanjikan lebih kuasa manakala produk yang satu lagi menawarkan lebih perlindungan.
“Anda hanya perlu memilih produk yang paling sesuai dengan cara pemanduan atau keperluan,” kata Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew.
Shell Helix Power ditawarkan pada harga runcit RM280 sebotol manakala harga yang disyorkan untuk Shell Helix Protect ialah RM240 setiap pek. Kedua-dua bendalir ini adalah minyak enjin sintetik penuh yang mempunyai tahap kelikatan rendah. | 2023-05-24 22:01:15.573200 |
96 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/19/kpkt-serah-kepada-undang-undang/ | KPKT serah kepada undang-undang
Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR
19 Julai 2020, 10:21 pm
IPOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyerahkan kepada undang-undang berkaitan saman sivil yang akan diambil keluarga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhamad Adib Mohd. Kassim terhadap Polis Diraja Malaysia.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, pihaknya tidak bercadang untuk campur tangan dalam kes berkenaan dan berharap keadilan terhadap Allahyarham dapat ditegakkan.
“Keluarga Allahyarham tidak berjumpa saya sehingga kini, namun apa yang penting kita berharap keadilan terhadapnya dapat ditegakkan, bukan kes ini sahaja malah kes-kes lain juga.
“Tindakan menyaman PDRM itu hak keluarga Allahyarham. Kita serahkan perkara ini kepada undang-undang,” katanya selepas mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin serta Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman.
Media sebelum ini melaporkan keluarga Muhammad Adib akan mengambil tindakan saman sivil keatas pihak polis berikutan kematian anggota bomba itu dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573203 |
97 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/19/penagih-dadah-tikam-bapa-warga-emas/ | Penagih dadah tikam bapa, warga emas
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
19 Julai 2020, 9:56 pm
ALOR SETAR – Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bertindak menikam bapa sendiri dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Mergong di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, mangsa berusia 73 tahun cedera pada leher, dada dan bahu kanan.
Suspek kemudian menikam seorang warga emas dalam kejadian berasingan di Jalan Putra di sini sehingga mengakibatkan mangsa cedera pada kedua-dua belah bahu.
Kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, bapa suspek ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan di Kawasan Perindustrian Mergong.
“Polis kemudian menerima satu lagi maklumat terdapat seorang lagi lelaki berusia 67 tahun ditikam di Jalan Putra,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kata beliau, suspek dipercayai bertindak menikam bapanya disebabkan perselisihan faham antara keluarga, manakala kejadian kedua berlaku dalam keadaan suspek mabuk.
“Suspek yang melarikan diri ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar dalam tempoh tiga jam selepas kejadian,” ujarnya.
Tambahnya, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan pisau digunakan supek dalam kejadian itu dirampas.
“Suspek ditahan reman sehingga 22 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573207 |
98 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/19/banjir-150-penduduk-dengkil-terjejas/ | Banjir: 150 penduduk Dengkil terjejas
Oleh KOSMO!
19 Julai 2020, 10:31 pm
DENGKIL – Kira-kira 100 penduduk di beberapa kawasan di sini yang terjejas ekoran banjir kilat susulan hujan lebat petang kelmarin ditempatkan di tiga Pusat Penempatan Sementara (PPS).
Tiga PPS yang dibuka adalah Dewan Jenderam Hilir, Dewan Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) Gemilang dan Dewan MP Sepang Dengkil.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sepang, Azli Muhidin berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya akan berusaha memindahkan lebih banyak keluarga yang terjejas secara berperingkat.
“Tiga PPS sekitar Dengkil telah dibuka setakat ini dan kita jangkakan pertambahan bilangan keluarga ekoran hujan lebat petang kelmarin.
“Banjir berpunca dari limpahan air dari Sungai Langat. Anggota APM sudah diarahkan bagi membuat pantuan di kawasan ditenggelami air,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Kawasan yang terjejas adalah Taman Desa, Jenderam Hulu, Kampung Orang Asli Jenderam Hulu, Revolusi Hijau, Taman Lestari, Mewah Kampung Lalang, Kampung Cemperai, Sri Tanjong, Taman Mas, Taman Kristal, Taman Permata dan Taman Baiduri -K! ONLINE | 2023-05-24 22:01:15.573211 |
99 | https://www.kosmo.com.my/2020/07/19/givi-asia-lancar-kotak-simpanan-b42n-antartica/ | GIVI Asia lancar kotak simpanan B42N Antartica
19 Julai 2020, 10:00 pm
KUALA LUMPUR – Pengeluar aksesori motosikal, GIVI Asia Sdn. Bhd. (GIVI Asia) memperkenalkan sebuah kotak simpanan barang jenis top case baharu yang dijangka memasuki pasaran tempatan bermula Ogos ini.
Dinamakan B42N Antartica, kotak simpanan berbentuk segi empat yang dihasilkan menggunakan material polipropilena gred tinggi adalah seluas 420 liter.
B42N Antartica boleh memuatkan seunit topi keledar muka penuh beserta beberapa barangan kecil lain seperti baju hujan. B42N Antartica turut dilengkapi pemantul cahaya pada bahagian kiri dan kanan kotak.
GIVI Asia turut memasang sistem kunci Micro 3 untuk membantu meningkatkan tahap keselamatan simpanan barang di dalam B42N Antartica.
Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata, E43 adalah antara kotak simpanan keluaran syarikat yang mendapat sambutan baik daripada penunggang motosikal disebabkan reka bentuk dan bersaiz besar.
“Oleh sebab itu, B42N Antartica dicipta dengan keluasan kapasiti 42 liter untuk simpanan barang,” katanya.
B42N Antartica boleh didapati daripada kedai GIVI Asia dan kira-kira 300 pengedar di seluruh negara. Harga jualan yang disyorkan ialah RM420 bagi setiap unit. | 2023-05-24 22:01:15.573214 |
End of preview.