url
stringlengths
50
235
headline
stringlengths
13
123
content
sequence
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/memorandum-tuntut-masuh-auku-diserah-kepada-kerajaan-campuran/
Memorandum tuntut masuh AUKU diserah kepada kerajaan campuran
[ "Gerakan Mahasiswa hari ini menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen blok kerajaan bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, bagi memperkasakan peranan golongan mahasiswa.", "Memorandum itu diserahkan Timbalan Setiausaha Agung Kesatuan Mahasiswa Univerisiti Malaya V. Dhurgesswaran kepada Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui, di bangunan Parlimen hari ini, menurut laporan Bernama.", "“Sudah sampai waktunya untuk kita perkenalkan akta baharu, menggantikan AUKU sebagai asas dan kerangka kepada aktivisme mahasiswa yang lebih progresif, adil, seimbang dan lestari selari dengan transformasi di negara kita,” katanya.", "Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dalam persidangan Parlimen baru-baru ini berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), tidak berhasrat memansuhkan AUKU namun terbuka untuk sebarang pindaan terhadap akta itu.", "Sesi penyerahan memorandum itu dihadiri Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Miri\nChiew Choon Man dan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari.", "Dalam pada itu, Yii berkata pihaknya telah berhubung dengan pihak KPT dan akan membawa tuntutan mahasiswa hari ini, untuk mencari satu titik persamaan bagi memperkasakan golongan ini.", "Memorandum itu melibatkan wakil mahasiswa dari 12 IPT tempatan antaranya Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (IIUM Student Union), Suara Siswa Universiti Malaya, Suara Siswa Universiti Utara Malaysia, Demokrat UniSZA dan Universiti Tunku Abdul Rahman Student Representative Council (UTAR SRC)." ]
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-koyak-dulu-dia-tiup-api-benci-pn-sekarang-mengelupur-kena-balik/
Zahid koyak, dulu dia tiup api benci PN sekarang mengelupur kena balik
[ "Ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, antara individu yang paling banyak meniupkan sentimen kebencian, termasuk mengatakan ‘kerajaan gagal’ adalah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.", "Bersama sekutunya – beberapa pemimpin dalam UMNO – selain disokong blok pembangkang Pakatan Harapan (PH), Zahid bertalu-talu menyerang pelbagai program yang diatur dan dirancang Muhyiddin serta Kerajaan PN.", "Hinggakan program yang memberi manfaat kepada rakyat seperti langkah mengekang penularan Covid-19 dan pelbagai bantuan kewangan, termasuk Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk rakyat yang terkesan, turut menjadi sasaran kecaman dia dan sekutunya.", "Ini tidak cukup, itu tidak cukup, ini tidak betul, itu tidak betul, ini salah, itu salah, kes Covid naik, orang mati ramai, semuanya dimuat naik dalam media sosialnya – yang betul hanya dia sahaja.", "Ini dilakukan semata-mata untuk mencetuskan sentimen kebencian terhadap Muhyiddin yang tidak mahu mengikut telunjuk ‘orang tertentu’ untuk membebaskan ‘individu tertentu’ daripada tuduhan jenayah di mahkamah.", "Menyerang dengan pernyataan negatif mengenai keperibadian dan integriti adalah salah satu strategi yang digunakan untuk menundukkan lawan politik.", "Seperti teori domino, susunan gerakan membenci karakter sekali gus akan menumbangkan kerajaan. Dan itulah yang dilakukan sehingga akhirnya Kerajaan PN yang berusaha membantu rakyat, menjadi mangsa mereka yang dengki dan iri hati.", "Namun, apabila perkara sama berbalik kepada batang tubuh sendiri, Zahid mengelupur ibarat ‘bagai ayam berinduk, sirih berjunjung’ meminta simpati Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengambil tindakan.", "Mentang-mentanglah yang menjadi menteri KKMM sekarang orang UMNO. Tapi orang ini berlainan sedikit daripada Zahid dan sekutunya. Orang ini kekal berusaha mempertahankan Kerajaan PN dan Muhyiddin.", "Dalam kenyataannya jam 9 malam tadi, Zahid mendakwa sejak kebelakangan ini dia melihat banyak akaun media sosial yang berselindung di sebalik nama samaran dan identiti palsu.", "Kata Zahid akaun media sosial itu memuat naik ulasan bertujuan menyerang peribadi pemimpin tertentu.", "“Mutakhir ini kita menyaksikan kebanjiran akaun media sosial yang berselindung di sebalik nama samaran dan identiti palsu.", "“Memuat naik komen jelek politik bertujuan menyerang peribadi pemimpin tertentu dengan agenda mereka yang mudah untuk kita rumuskan.", "“Bertujuan meniup api kebencian dan membina imej buruk kepada individu yang mereka tidak suka atau disasarkan untuk tidak disuka,” kata Zahid dalam Facebooknya.", "Adakah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu baharu melihat bahayanya permainan sedemikian? Sedang pada masa pentadbiran Kerajaan PN dan Muhyiddin siapa yang memulakannya? Siapa yang setiap hari meniup api kebencian terhadap Muhyiddin dan Kerajaan PN?", "Namun, Zahid tetap mengatakan gejala akaun palsu media sosial itu berbahaya kepada kestabilan politik dan perpaduan masyarakat dan sudah berlarutan agak lama sejak Pilihan Raya Umum Ke-14.", "Baharu sekarang Zahid menyatakan perbuatan ini perlu disekat sehabis baik oleh pihak berwajib kerana Malaysia sedang memasuki dimensi politik baharu, sedangkan dia antara yang memainkan peranan menjatuhkan Muhyiddin dan Kerajaan PN dengan membangkitkan sentimen kebencian.", "Ulasan beliau berhubung akaun palsu itu turut mendapat perhatian netizen. Salah satunya menulis:", "“Datuk Zahid Hamidi, pedulikan fake akaun tu, tumpukan perhatian kepada ahli2 UMNO yang terang2 membenci Datuk sebagai president parti.”", "Ramaikah ahli UMNO yang tidak suka Zahid menjadi presiden?" ]
https://www.agendadaily.com/politik/cukuplah-guan-eng-tipu-rakyat-nak-mansuh-tol-gerakan-bidas-dap/
Cukuplah Guan Eng tipu rakyat nak mansuh tol, Gerakan bidas DAP
[ "Lim Guan Eng digesa berhenti daripada menipu rakyat dengan menawarkan janji lama sekali lagi untuk memansuhkan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).", "Timbalan Pengerusi Gerakan, Oh Tong Keong meminta Pengerusi DAP, Guan Eng tidak terus memperbodohkan rakyat dengan janji bulan dan bintang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti kerana rakyat sudah serik ditipu lagi.", "“Lim Guan Eng pernah menjadi Menteri Kewangan, tetapi dia tidak boleh memansuhkan tol. Siapa percaya jika Pakatan Harapan berkuasa semula tol akan dimansuhkan?", "“Rakyat telah ditipu sekali dan saya percaya tiada siapa yang akan ditipu untuk kali kedua!” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.", "Mengulas lanjut, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang itu juga mengingatkan Guan Eng, semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan, beliau pernah berkata ‘manifesto pilihan raya umum bukan bible’.", "“Pada masa itu, beliau jelas menolak pemansuhan tol di Lebuhraya Utara Selatan,” Kata Tong Keong lagi.", "Menurut beliau lagi, sejak kebelakangan ini, pemimpin PH sering menekankan tempoh 22 bulan tidak cukup untuk menyelesaikan masalah.", "“Semuanya mengarut dan menipu pengundi. Justeru, beliau berharap PH akan berkhidmat kepada rakyat secara turun-temurun, bukannya berbohong.", "“Tiga negeri diperintah PH itu kucar-kacir, dan tidak ada gunanya berbohong lagi. Guan Eng dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain berhentilah menabur janji manifesto yang tidak jadi dalam pilihan raya umum ini untuk menipu pengundi sekali lagi,” kata beliau lagi.", "Pada Isnin, Guan Eng dilaporkan berjanji tol PLUS akan dimansuhkan sekiranya PH diberi mandat membentuk kerajaan selepas PRU15.", "Bekas Menteri Kewangan itu berkata, semasa menerajui kerajaan selama 22 bulan selepas menang PRU14 pada 2018, PH telah mengurangkan bayaran tol untuk lebuh raya itu sebanyak 18 peratus." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/65535-kes-hfmd-tiga-dirawat-di-icu/
65,535 kes HFMD, tiga dirawat di ICU
[ "Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan hanya tiga pesakit dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) daripada 65,535 kes yang dilaporkan sehingga 28 Mei lalu, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes pertama dan kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan disahkan dijangkiti EV71, manakala kes ketiga untuk pemantauan selepas pembedahan perut.", "“Kes ketiga ini telah pun dipindahkan ke wad pembedahan biasa pada 27 Mei untuk pemantauan lanjut. Kes pertama dan kedua masih di bawah pemantauan rapi di ICU,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Menurutnya sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 21/2022 (pada 28 Mei) sejumlah 65,535 kes HFMD telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 27 kali ganda bagi tempoh sama bagi 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,333 kes.", "Jika dibandingkan dengan tempoh sama pada 2019 (sebelum pandemik COVID-19) dengan kes sebanyak 29,846, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2 kali ganda manakala kes HFMD yang dilaporkan bagi ME 21/2022 adalah 18,602 berbanding 15,548 pada ME 20/2022 iaitu peningkatan sebanyak 19.6 peratus, katanya.", "Beliau berkata sehingga 28 Mei, Selangor menyumbang jumlah kes HFMD tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 18,525 kes (28.27 peratus), diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 8,088 kes (12.34 peratus), Perak 5,810 kes (8.87 peratus), Kelantan 4,905 kes (7.48 peratus), dan Sabah 4,077 kes (6.22 peratus).", "Dr Noor Hisham berkata wabak dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD.", "Katanya sehingga kini, sebanyak 1,505 wabak dilaporkan di Malaysia dengan tiga negeri mencatatkan kejadian wabak tertinggi iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya (502 wabak atau 33.4 peratus ), diikuti Selangor dengan 172 wabak (11.4 peratus) dan Perak 168 wabak (11.2 peratus).", "“Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan prasekolah iaitu 913 wabak (61 peratus) diikuti di rumah persendirian dengan 526 wabak (35 peratus) dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 51 wabak (tiga peratus),” katanya.", "Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menegaskan kepentingan menjalankan saringan kesihatan kepada kanak-kanak di pintu masuk taska/tadika/tabika/prasekolah dan pusat-pusat asuhan serta pembelajaran kanak-kanak bagi mengesan gejala penyakit berjangkit termasuk HFMD.", "Beliau berkata premis terbabit adalah tempat mudah berlaku penularan jangkitan penyakit berjangkit disebabkan perhimpunan ramai kanak-kanak.", "“Kanak-kanak adalah kumpulan rentan kepada jangkitan kerana sistem imuniti belum matang terutama pada kanak-kanak berumur bawah setahun, terdapat kanak-kanak yang belum pernah dijangkiti penyakit berjangkit lazim berlaku kepada kanak-kanak seperti HFMD, Upper Respiratory Tract Infection (URTI) dan lain-lain serta terdapat kanak-kanak belum lengkap vaksin rutin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.", "Menurut Dr Noor Hisham sehingga 29 Mei, sebanyak 1,174 premis taska/tadika/tabika/prasekolah telah ditutup iaitu 228 premis secara sukarela dan 946 premis ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.", "Sebanyak 715 premis (61 peratus) dibuka semula setelah pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah mendapati langkah basmi kuman dan kawalan pencegahan lain telah dilaksanakan oleh premis tersebut, katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/18-penerima-dos-penggalak-antara-pesakit-covid-meninggal-semalam/
18 penerima dos penggalak antara pesakit Covid meninggal semalam
[ "Seramai 65 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam pada Rabu (23 Mac 2022), turun berbanding 73 kes yang dilaporkan pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.", "Kes kematian baharu itu termasuk, 26 pesakit tidak divaksinasi, lengkap vaksinasi (20 kes), penerima dos penggalak (18 kes), dan tidak lengkap vaksinasi (satu kes).", "Jumlah itu menjadikan keseluruhan kematian sejak dua pesakit pertama meninggal dunia akibat Covid-19 pada 17 Mac 2020 lalu, meningkat kepada 34,600 kes, termasuk 6,284 kes BID.", "Menurut data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini jam 9 pagi tadi, kes kematian semalam, turut melibatkan 15 pesakit yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan sebelum dibawa ke hospital atau dikategorikan sebagai kes ‘brought in death’ (BID).", "Namun, tiada maklumat diberikan sama ada kes BID itu turut melibatkan kalangan individu yang diarah menjalani kuarantin di rumah kerana positif Covid-19 pada tahap rendah dan dianggap tidak memerlukan rawatan intensif.", "Statistik menunjukkan, Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi berbanding negeri-negeri lain, apabila merekodkan 12 kematian, termasuk membabitkan lima individu tidak divaksinasi, lengkap vaksinasi (lima) dan dua kes telah menerima dos penggalak.", "Negeri itu kini mencatat 10,469 kes kematian sejak awal 2020 lalu, sementara kumulatif positif sebanyak 1,118,544 kes.", "Selangor turut mencatat 77,444 kes aktif, termasuk 75,812 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 290 ditempatkan di PKRC; 1,293 dimasukkan ke hospital; dan 49 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sehingga semalam, 4,807,243 atau 95.0 peratus daripada populasi di negeri itu telah lengkap divaksinasi, 5,116,544 atau 100.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 3,918,618 atau 92.1 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.", "Kes kematian akibat Covid-19 di negeri-negeri lain semalam turut membabitkan:", "Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Putrajaya semalam.", "Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 23 Mac 2022." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/muhyiddin-minta-dibicarakan-pertuduhan-tidak-melibatkan-wang-masuk-ke-akaun-peribadi/
Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi
[ "Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengakuan tidak bersalah dan meminta diminta dibicarakan terhadap satu pertuduhan lagi dihadapinya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini.", "Presiden Bersatu itu yang sedang berdepan pendakwaan bermotif politik oleh kerajaan pemerintah berhubung dana kepada partinya juga memohon perbicaraan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan sekali dengan pertuduhan lain dihadapinya.", "“Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan (PN) dan bekas Perdana Menteri.", "Mengikut pertuduhan, Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti.", "Kesalahan itu dilakukan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, 7 Januari 2022.", "Pertuduhan tersebut juga menyebut berhubung wang dimasukkan ke akaun peribadi Muhyiddin, berbeza dengan kes seorang pemimpin UMNO sebelum ini yang menyimpan wang tunai dan barangan kemas di rumah peribadi.", "Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.", "Oleh demikian, tertuduh boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan berkenaan dilakukan atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.", "Muhyiddin pula diwakili sembilan peguam iaitu Datuk K Kumaraendran, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Saleh Mohamed Garbaa, Mohd Isa Mohamad Basir, Shahir Ab Razak, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/banjir-di-kedah-makin-buruk-air-enam-sungai-pula-naik/
Banjir di Kedah makin buruk, air enam sungai pula naik
[ "Keadaan banjir di Kedah bertambah buruk sehingga tengah hari tadi (29 Oktober 2022), dengan mangsa kini melibatkan tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Baling.", "Jumlah mangsa juga dilaporkan meningkat kepada 269 orang, dengan lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan.", "Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah melaporkan tiga diaktifkan di Baling, dengan satu dibuka petang semalam bagi menyediakan perlindungan kepada 181 mangsa.", "Di Kubang Pasu, 86 mangsa banjir sedang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai di Jitra.", "APM Kedah berkata Baling merupakan daerah yang paling teruk terjejas, dengan 108 orang dipindahkan ke tiga PPS petang semalam.", "“Daripada jumlah itu, 57 mangsa daripada 20 keluarga sedang berteduh di PPS SK Tanjung Pari; 33 mangsa daripada 11 keluarga di PPS SK Sri Bayu; dan 18 mangsa daripada sembilan keluarga di PPS SK Siong.", "“Di Kota Setar, 75 orang daripada 22 keluarga telah berpindah ke PPS SK Suka Menanti,” katanya.", "Sementara itu, sehingga jam 2.30 petang ini, paras enam sungai di empat daerah merekodkan bacaan melebihi tahap waspada, amaran dan bahaya.", "Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar mencatat bacaan melebihi paras bahaya apabila merekodkan 2.71 meter (m), lebih tinggi berbanding 1.50m paras normal.", "Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu, pula pada tahap melebihi amaran apabila mencatat bacaan 21.31m, berbanding 18.50m paras normal.", "Empat sungai lagi mencatat bacaan melebihi paras waspada iaitu:" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/undi-percaya-amalan-baik-bagi-tunjuk-kerajaan-ada-majoriti/
Undi percaya amalan baik bagi tunjuk kerajaan ada majoriti
[ "Pakar perundangan menyifatkan langkah mengabsahkan kedudukan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi undi percaya di Dewan Rakyat adalah amalan baik bagi menunjukkan kerajaan sedia ada memiliki majoriti.", "Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata walaupun pelantikan Ismail Sabri sudah disahkan mengikut Perlembagaan Persekutuan namun adalah lebih baik sekiranya ia diabsahkan di Parlimen bagi membuktikan kedudukan majoriti dimiliki PM.", "“Walaupun tidak dinyatakan dalam Perlembagaan, tujuan Yang di-Pertuan Agong supaya diadakan usul undi percaya adalah untuk memastikan kerajaan benar-benar mendapat sokongan.", "“Ini amalan baik dan pernah berlaku ketika Allahyarham Tun Hussein Onn selepas pelantikannya sebagai perdana menteri, mengemukakan usul undi percaya walaupun mendapat sokongan dua pertiga.", "“Jika perkara ini diikuti oleh perdana menteri seterusnya, ia akan menjadi amalan dan sebahagian daripada konvensyen Perlembagaan,” katanya dipetik dalam laporan sebuah portal.", "Undi percaya pernah dijalankan semasa PM ketiga Hussein yang menggantikan Tun Abdul Razak pada 1976 dan dilakukan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003.", "Semalam, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata, pelantikan Ismail Sabri diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.", "Beliau berkata, selaras proses pemilihan yang dijalankan dengan teliti dan telus untuk melantik PM kesembilan, secara jelasnya pelantikan Ismail Sabri adalah sah dan menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.", "Pendirian Idrus itu menimbulkan rasa tidak puas hati blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) yang sudah kecewa mengangkat ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM kesembilan dan mendesak undi percaya dijalankan pada sidang Dewan Rakyat 13 September ini.", "Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Presiden PH beranggapan kenyataan Peguam Negara bagi pihak Kerajaan ini adalah amat biadab, melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan, malah melanggar titah dan juga derhaka terhadap Seri Paduka Baginda." ]
https://www.agendadaily.com/politik/rumah-terbuka-aidilfitri-bukankah-sepatutnya-kerajaan-berjimat-cermat/
Rumah terbuka Aidilfitri, bukankah sepatutnya kerajaan berjimat cermat?
[ "Adakah wajar kerajaan berbelanja besar dengan mengadakan majlis rumah terbuka di tiga buah negeri seperti diumumkan semalam pada ketika rakyat sedang mengikat perut berjimat cermat?", "Kerajaan campuran mengumumkan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri di tiga negeri di perintah parti lawan iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang pastinya akan menelan belanja daripada wang pembayar cukai iaitu rakyat.", "Ironinya, tidak pasti sama ada penganjuran tersebut bertujuan untuk meraikan orang ramai menyambut hari raya Aidilfitri atau pun semata-mata bermotif untuk kempen politik memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lama lagi.", "Bagaimanapun, orang ramai berhak untuk mempunyai pandangan penganjuran tersebut semata-mata bermotif politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan pengundi pada ketika kerajaan sekarang ini berdepan kritikan berhubung beberapa isu.", "Mengapa semua lokasi yang dipilih untuk penganjuran rumah terbuka kali ini tertumpu di negeri di perintah oleh parti lawan, kenapa tidak ada pula penganjuran di negeri yang diperintah kerajaan seperti Pulau Pinang, Melaka, Johor atau Selangor?", "Umum mengetahui, rakyat ketika ini tidak berpuas hati dengan kerajaan campuran yang dilihat tidak menunaikan janji dan menangani pelbagai isu seperti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kenaikan harga barang dan banyak isu-isu lain.", "Langkah kerajaan tidak membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar sebaliknya memilih langkah dengan membenarkan pencarum mencagar akaun mereka untuk meminjam wang dengan institusi kewangan mengundang kecaman teruk terhadap kerajaan.", "Orang ramai dan penganalisis kewangan menyifatkan langkah membenarkan pencarum mencagar akaun mereka untuk meminjam bukan satu langkah terbaik untuk membantu rakyat yang sedang berdepan kesempitan hidup, malah ia mengakibatkan mereka menanggung hutang kerana perlu membayar balik pinjaman yang diluluskan nanti.", "Langkah mencagarkan akaun KWSP adalah sama seperti memohon pinjaman peribadi dan ia tidak akan menyelesaikan masalah kewangan dihadapi rakyat.", "Selain isu KWSP, pengumuman pihak kerajaan baru-baru ini kononnya berita baik untuk rakyat juga disambut dingin apabila dalam media sosial pelbagai kritikan dan kecaman dibuat terhadap kerajaan campuran.", "Paling tidak masuk akal apabila kerajaan mengumumkan penurunan harga simen dan memperkenalkan ‘simen rahmah’ pada ketika rakyat sedang bersiap sedia menyambut hari raya Aidilfitri.", "Rakyat bingung apakah kaitan penurunan harga simen dengan sambutan hari raya Aidilfitri kerana ia tidak membantu mereka sama sekali untuk membeli barang keperluan untuk berhari raya nanti.", "Apakah rasional pengumuman penurunan harga simen dengan sambutan hari raya kali ini?", "Selain itu, peniaga juga mengeluh pada Ramadhan kali ini apabila hasil jualan mereka tidak laku berbeza sebelum ini.", "Dalam media sosial juga tular para peniaga yang mengeluh apabila produk mereka tidak mendapat sambutan daripada orang ramai dan tidak kurang juga ada yang terpaksa berdepan kerugian puluhan ribu kerana tidak laku barang dijual.", "Fenomena ini mempunyai kaitan dengan kesempitan hidup rakyat yang tidak mempunyai wang di tangan untuk berbelanja, malah belanja kemasukan anak ke sekolah sebelum ini juga menyebabkan orang ramai sudah kehabisan wang mereka untuk berbelanja.", "Persediaan anak ke sekolah memerlukan belanja yang tinggi kerana perlu membeli pakaian sekolah dan buku-buku, jadi orang ramai sudah kehabisan wang untuk berbelanja pada hari raya kali ini.", "Perkara ini menyebabkan orang ramai terpaksa mengambil langkah berjimat cermat dan membuat catuan perbelanjaan.", "Berbalik kepada penganjuran rumah terbuka yang dirancang kerajaan, timbul pertikaian sama ada wajar ia diadakan pada ketika rakyat sedang mengikat perut mereka tetapi kerajaan pula dilihat berbelanja mewah.", "Bukankah sepatutnya kerajaan mengambil langkah berjimat cermat dan menggunakan wang pembayar cukai untuk membantu rakyat yang sudah pun terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.", "Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga yang mengumumkan langkah penjimatan pada Disember tahun lalu dengan mengarahkan kementerian dan agensi kerajaan perlu menghentikan penganjuran majlis besar-besaran untuk mengelak pembaziran.", "PMX ketika itu berkata, jika amalan itu dapat dihentikan, peruntukan berkenaan dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.", "“Setiap agensi perlu mengurangkan pembaziran…menghentikan pembaziran. Mengurangkan acara yang meriah dan megah,” katanya dipetik laporan media pada 22 Disember 2022 lalu.", "Tetapi penganjuran rumah terbuka Aidilfitri kali ini bukankah juga akan menelan belanja besar yang perlu dibelanjakan kerajaan, jadi dimanakah langkah penjimatan yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini?", "Adakah penganjuran rumah terbuka kali ini disebabkan PRN bakal berlangsung tidak lama lagi?" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-covid-di-semua-negeri-kecuali-kuala-lumpur-melonjak-tinggi/
Kes Covid di semua negeri kecuali Kuala Lumpur melonjak tinggi
[ "Hanya Kuala Lumpur sahaja yang merekodkan penurunan jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, manakala 15 negeri dan Wilayah Persekutuan lain mencatat peningkatan.", "Jangkitan harian di Selangor dalam tempoh itu melonjak melebihi 2,000 kes, manakala kes di Sabah pula melepasi 1,000.", "Johor yang akan berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, turut merekodkan peningkatan jangkitan harian daripada 757 kes semalam kepada 901 kes hari ini.", "Selangor hari ini merekodkan kes tertinggi sejak September 2021 apabila mencatat 2,490 kes baharu, berbanding 1,987.", "Kali terakhir Selangor merekodkan kes harian melebihi 2,000 adalah pada 25 September 2021 iaitu sebanyak 2,341 kes.", "Kes harian di negeri itu hari ini adalah peningkatan lima hari berturut-turut dan mengekalkannya sebagai ‘titik panas’ Covid-19 di Malaysia.", "Sehingga kini, negeri itu merekodkan kumulatif positif sebanyak 824,437 kes, dengan sehingga semalam seramai 794,401 pesakit telah sembuh, 10,060 kematian dan 17,486 kes masih aktif.", "Daripada jumlah kes aktif itu seramai 16,347 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 427 lagi ditempatkan di PKRC; 689 dimasukkan ke hospital; dan 23 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Manakala kes jumlah kumulatif kes di Sabah juga kini meningkat kepada 251,645 kes, dengan sehingga semalam 240,534 pesakit telah sembuh, 2,833 kes kematian, dan 7,073 kes masih aktif.", "Sementara itu, kumulatif kes positif di Johor meningkat kepada 264,121 kes dengan sehingga semalam seramai 248,639 pesakit sembuh, 3,924 kes kematian, dan 10,657 kes masih aktif.", "Sehingga hari ini, negara merekodkan 2,904,131 kumulatif kes positif dengan 2,806,154 pesakit atau 96.6 peratus daripada kes positif, telah sembuh.", "Pada masa sama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 134 lagi kes import dikesan hari ini membabitkan 50 warganegara dan 84 rakyat asing.", "Sebanyak 8,983 kes lagi adalah penularan tempatan yang turut melibatkan 268 rakyat asing.", "Sehingga hari ini katanya, seramai 123 pesakit masih dirawat di ICU dengan 67 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, katanya, sebanyak 10 kluster baharu Covid-19 dikesan menjadikan setakat ini 353 kluster masih aktif, manakala 6,135 lagi telah ditamatkan.", "“Daripada 9,117 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 47 kes atau 0.5 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 9,070 kes (99.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dewan-negara-kerajaan-digesa-perkenal-semula-gst/
Dewan Negara: Kerajaan digesa perkenal semula GST
[ "Kerajaan disaran menimbang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar yang munasabah bagi meluaskan pendapatan yang mampan dan komprehensif.", "GST kali pertama dilaksanakan di negara ini adalah pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.", "Cukai itu kemudian digantung pada 1 Jun 2018, dan akhirnya dimansuhkan apabila ia digantikan semula dengan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September 2018.", "Langkah ini sekali gus akan dapat mengukuhkan pungutan hasil negara, kata Senator Tan Sri Low Kian Chuan, yang juga merupakan Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara, disini, hari ini.", "“ACCCIM menyokong sepenuhnya pengenalan semula GST. Kami mencadangkan penambahbaikan sistem bayaran balik dan penentuan nilai ambang tahunan ditetapkan pada paras munasabah.", "‘’(Sebagai contoh) Katakan…RM1 juta dengan pendaftaran secara suka rela untuk memastikan perniagaan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bebas GST,’’ jelasnya.", "Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak memperkenalkan kembali cukai GST buat masa ini dan yakin hasil yang bakal dikutip dan penguatkuasaan kutipan yang cekap mampu menambah pendapatan negara.", "Ini memandangkan pendapatan rakyat yang masih rendah berbanding negara lain yang mengguna pakai sistem GST seperti Singapura dan Kanada, katanya.", "Sementara itu Low juga menyarankan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang dicadangkan merangkumi aspek kawalan liabiliti luar jangka yang ditanggung kerajaan.", "Ini, katanya, bagi memastikan penyata kewangan kerajaan persekutuan berasaskan perakaunan terakru (accrue accounting) dan dapat memberi gambaran holistik serta tepat berasaskan kedudukan kewangan semasa negara." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bekas-mb-johor-diserang-angin-ahmar-sedang-dirawat/
Bekas MB Johor diserang angin ahmar, sedang dirawat
[ "Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sedang dirawat di hospital susulan serangan angin ahmar yang dialaminya hari ini.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu dilapor dikejarkan ke hospital selepas mengalami mengalami sesak nafas dan difahamkan sedang menerima rawatan di Hospital Pakat KPJ Johor di Jalan Abdul Samad awal hari ini.", "Anaknya, Nornekman Osman mengesahkan bapanya tersebut diserang anging ahmar dan sudah diberikan rawatan, menurut laporan sebuah portal.", "“Tolong doakan kesembuhan beliau,” kata anaknya itu.", "Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Senator Md Nasir juga mengesahkan Osman kini sedang menerima rawatan selepas diserang penyakit tersebut.", "Osman merupakan MB Johor ke-16 dan pertama dari Bersatu selepas kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.", "Beliau kemudiaannya meletak jawatan pada April 2019." ]
https://www.agendadaily.com/politik/umno-bn-patut-bantah-beri-gelaran-tan-sri-kepada-kit-siang-lim-sian-see/
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
[ "Seorang aktivis politik UMNO-Barisan Nasional (BN), Lim Sian See menggesa supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) membantah\npemberian gelaran Tan Sri kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.", "Siam See yang juga pemerhati politik pro UMNO-BN itu berkata langkah pemberian gelaran Tan Sri itu kurang bijak dan boleh menjejaskan sokongan terhadap gabungan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.", "“Kit Siang adalah poster uncle bagi kebencian majoriti orang Melayu terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH).", "“Mungkin Kerajaan Perpaduan berhasrat untuk hilang hampir semua undi Melayu dan seterusnya menjahanamkan UMNO dengan memberi pangkat Tan Sri kepada Kit Siang sebulan sebelum enam PRN akan datang?", "“UMNO dan BN patut membantah timing yang kurang bijak ini,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.", "Terdahulu, sebuah portal melaporkan Kit Siang merupakan antara penerima gelaran Tan Sri dalam istiadat penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.", "Gambar Kit Siang menghadiri raptai istiadat tersebut turut dikongsi oleh bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam laman Facebook beliau.", "Dalam hantaran berasingan, Sian See bertanya sama ada pemimpin UMNO akan mengucapkan tahniah kepada Kit Siang atas penganugerahan gelaran Tan Sri itu.", "“Jika ada, siapa agaknya?” soalnya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rm5-9-juta-disumbangkan-beli-dua-banglo-untuk-diwakaf-peguam-zahid/
RM5.9 juta disumbangkan beli dua banglo untuk diwakaf: peguam Zahid
[ "Peguam mewakili Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi sebanyak RM5.9 juta wang dana Yayasan Akalbudi disumbangkan kepada sebuah yayasan lain bagi membeli dua lot banglo untuk diwakafkan.", "Peguam Presiden UMNO itu, Hisyam Teh Poh Teik dalam hujahnya berkata sumbangan tersebut merupakan sedekah dan amal jariah, malah salah sebuah banglo itu telah dibangunkan menjadi sebuah surau lengkap dengan bilik mesyuarat.", "Jelasnya, pendakwaan gagal membuktikan bahawa wang yang dikeluarkan daripada akaun pemegang amanah Tetuan Lewis & Co. yang disalurkan kepada Yayasan Al-Falah itu adalah hasil daripada aktiviti haram.", "Hujah Hisyam lagi, wang RM5.9 juta itu sebaliknya merupakan sumbangan daripada dua ahli perniagaan, Junaith Asharab dan Mubarak Hussain Akhtar Husin yang mana kedua-duanya merupakan saksi pendakwaan.", "Mubarak Hussain yang merupakan saksi pendakwaan ke-66 dalam keterangannya menyatakan, wang tersebut adalah sumbangan bagi membangunkan sekolah tahfiz milik bekas Timbalan Perdana Menteri.", "Selain itu, Junaith Asharab (saksi pendakwaan ke-36) menyatakan, cek turut diserahkan kepada Zahid untuk membangunkan masjid di Bagan Datuk, Perak.", "Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan prosiding penghujahan bersambung esok.", "Mahkamah mendengar penghujahan pembelaan pada akhir kes pendakwaan terhadap Zahid yang menghadapi 47 pertuduhan iaitu 27 pertuduhan pengubahan wang haram, 12 pecah amanah dan lapan rasuah melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.", "Presiden UMNO itu didakwa menggunakan dana tersebut untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.", "Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.", "Bagi lapan pertuduhan rasuah, Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn. Bhd.", "Suapan itu sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.", "Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.", "Zahid juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 2016 dan 2018.", "Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/prn-kelantan-bersatu-tanding-lapan-kerusi-dun-dikuasai-umno/
PRN Kelantan: Bersatu tanding lapan kerusi DUN dikuasai UMNO
[ "Bersatu akan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan yang tujuh daripadanya sekarang ini disandang oleh wakil rakyat daripada UMNO, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) beberapa bulan lagi.", "Tujuh daripada kerusi terbabit ialah:", "Satu lagi kerusi dimenangi UMNO ialah DUN N.37 Ayer Lanas, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Datuk Seri Mustapa Mohamed, telah menyertai Bersatu.", "Bagaimanapun, tidak pasti sama ada Mustapa akan bertanding mempertahankan kerusinya dalam PRN akan datang kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, beliau tidak mempertahankan kerusi Parlimen Jeli.", "Sebaliknya, setiausaha politik beliau Zahari Kechik daripada Bersatu bertanding atas tiket PAS dan memenangi kerusi berkenaan mengalahkan calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Putra.", "Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang juga Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata Perikatan Nasional (PN) secara dasarnya bersetuju memberi keutamaan kepada parti itu bertanding di DUN dikuasai UMNO, kerana PAS menang 37 daripada 45 DUN pada PRU-14.", "Bagaimanapun beliau dilaporkan berkata rundingan pembahagian kerusi belum muktamad, selain kemungkinan Bersatu mungkin diberi lagi kerusi dimenangi PAS untuk ditandingi.", "Apapun, sebagaimana PRU-15 lalu, semua calon PN, termasuk Bersatu dijangka menggunakan lambang PAS bagi PRN di Kelantan. Langkah sama juga akan digunakan dalam PRN Terengganu, manakala lambang PN digunakan bagi PRN Kedah.", "“Secara dasarnya, kita ada persetujuan, iaitu Bersatu diberi keutamaan untuk bertanding di kerusi disandang Umno.", "“PAS juga mungkin akan bertanding di beberapa kawasan yang kini tidak diwakili mana-mana wakil rakyatnya seperti bawah Parlimen Gua Musang dan Jeli … itu antara cadangan yang mungkin akan dibincangkan,” kata Kamaruddin.", "Kamaruddin berkata tidak wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan komponen PN berhubung pembahagian kerusi DUN Kelantan.", "Negeri Pantai Timur Semenanjung itu sekian lama disifatkan sebagai didominasi PAS.", "“Kita bertoleransi sesama kita untuk kebaikan bersama dan yang penting, kemenangan, supaya kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS sekarang, mewakili PN, dapat dikekalkan.", "“Kita sasar menang semua 45 DUN sepertimana (menang semua) 14 Parlimen pada PRU-15 lalu,” katanya.", "Dalam pada itu, Kamaruddin berkata hanya PAS dan Bersatu akan mewakili PN di Kelantan, memandangkan pengundi Melayu membentuk majoriti di semua kawasan.", "Gerakan pula akan bertanding di kawasan-kawasan majoriti pengundi bukan Melayu di negeri lain, tambahnya.", "Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Zulkifli Mamat dilapor berkata PAS sudah menyelesaikan agihan kerusi bagi semua 45 DUN bersama rakan komponen PN bagi menghadapi PRN tidak lama lagi." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/varian-omicron-5-kali-ganda-lebih-mudah-dijangkiti-daripada-delta/
Varian Omicron 5 kali ganda lebih mudah dijangkiti daripada Delta
[ "Risiko dijangkiti Covid-19 dari varian Omicron adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding varian lain terutamanya Delta dan tiada bukti terperinci mengenai kesan jangkitannya tidak teruk.", "Penemuan kajian dari Kolej Imperial London itu berdasarkan data Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK) dan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS).", "Kajian itu melibatkan pesakit yang disahkan positif Covid-19 dalam ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) di England pada 29 November dan 11 Disember lalu.", "“Kami masih tidak dapat menjumpai bukti jelas untuk kedua-dua risiko seperti kadar kemasukan ke hospital dan status gejala akan kemudaratan Omicron berbeza daripada Delta.", "“Ini kerana, data mengenai kemasukan ke hospital melibatkan jangkitan Omicron dan Delta sangat terhad,” jelasnya.", "Melalui kajian pada 16 Disember lalu, Omicron hanya dikaitkan dengan risiko jangkitan semula sehingga 5.4 kali ganda lebih tinggi berbanding Delta.", "Sebelum ini, dalam satu kajian yang dilaksanakan di Jepun menemui Omicron empat kali lebih mudah menjangkiti berbanding varian Delta.", "Sementara itu, syarikat farmaseutikal, Pfizer turut meramalkan pandemik Covid-19 ini tidak akan dapat ditangani sehingga 2024.", "Jelasnya, suntikan jumlah dos yang lebih rendah untuk golongan kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun menunjukkan reaksi tahap pelalian lebih lemah daripada dijangkakan.", "Menurutnya, ia secara langsung berpotensi melewatkan perintah perlaksanaan program suntikan itu.", "Pfizer memaklumkan pihaknya kini sedang melaksanakan ujian suntikan dos penggalak kepada semua golongan umur di bawah 16 tahun, termasuk kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun", "Pihaknya sebelum ini tidak menjangkakan kelewatan perlaksanaan program ini akan terjadi kerana ia boleh mengubah rancangan mengemukakan permohonan untuk kegunaan kecemasan bagi suku kedua tahun depan.", "“Data yang diperolehi menunjukkan impak akibat pemberian suntikan dos penggalak dan tindak balas vaksin kami berfungsi dengan lebih baik sekiranya disuntik tiga dos,” jelas ketua pegawai saintifik, Mikael Dolsten.", "Sebelum ini, Pfizer membangunkan vaksin bersama-sama syarikat dari Jerman, BioNTech.", "Kedua-dua syarikat ini membangunkan satu versi vaksin khusus untuk memerangi varian Omicron yang pantas menular, meskipun mereka belum memutuskan sama ada ia diperlukan.", "Mereka menjangka boleh memulakan uji kaji klinikal ke atas vaksin yang ditambah baik pada Januari ini, kata eksekutif Pfizer.", "Syarikat itu berkata, ia kini menjangkakan vaksin itu mampu meraih pendapatan AS$31 bilion (RM131 bilion) pada tahun depan.", "Suntikan khusus varian, jika diperlukan, boleh melonjakkan penjualan pada 2022.", "Pfizer dan BioNTech melakukan ujian ke atas satu dos tiga mikrogram vaksinnya ke atas kanak-kanak berusia dua dan lima tahun, selepas menggunakan dos 10 mikrogram ke atas kanak-kanak lima hingga 11 tahun dan dos 30 mikrogram ke atas sesiapa yang berusia 12 tahun ke atas.", "Bagi kanak-kanak berusia enam hingga 24 bulan, versi dos rendah vaksin menyebabkan tindak balas pelalian yang tekal dengan penerima vaksin lebih tua, kata syarikat itu.", "Sekiranya kajian tiga dos itu berjaya, Pfizer dan BioNTech dijangka mengemukakan data kepada pihak pengawalan undang-undang supaya menyokong Perintah Penggunaan Kecemasan ke atas kanak-kanak berusia enam bulan hingga di bawah lima tahun bagi separuh pertama 2022." ]
https://www.agendadaily.com/politik/mat-hasan-beri-amaran-pecat-adun-umno-jatuhkan-kerajaan-melaka/
Mat Hasan beri amaran pecat ADUN UMNO jatuhkan kerajaan Melaka
[ "UMNO tidak teragak-agak memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang terlibat menjatuhkan kerajaan Melaka sedia ada, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.", "Timbalan Presiden UMNO menegaskan tindakan itu akan diambil sekiranya tumbang kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berpunca daripada pembelotan wakil rakyat parti tersebut.", "“Jika didapati ada ADUN UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang melakukan kerja itu dan boleh meruntuhkan kerajaan, maka secara automatik keahliannya akan tergugur.", "“Itu sajalah bagi pihak parti. Saya berharap wakil rakyat, ketua menteri dan speaker dapat memainkan peranan,” kata dipetik laporan.", "Terdahulu, timbul spekulasi mendakwa Kerajaan Melaka diterajui UMNO bakal tumbang selepas dikatakan empat ADUN kerajaan akan melompat menyertai Pakatan Harapan (PH).", "Malah, didakwa keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).", "Selain itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohidee menegaskan tidak terlibat dalam gerakan yang didakwa dirancang boleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menjatuhkan Sulaiman.", "“Saya berharap, segala kemelut politik yang dicetuskan dapat dihentikan dengan segera demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Melaka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.", "Beliau yang juga ADUN Paya Rumput berkata, sepatutnya fokus pada ketika ini adalah tertumpu kepada usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi susulan pandemik Covid-19.", "“Saya berpendapat, segala fokus ketika ini harus tertumpu kepada usaha pemulihan negara dan negeri Melaka terutamanya kesihatan serta ekonomi rakyat,” katanya.", "Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pembangkang pula 11." ]
https://www.agendadaily.com/politik/puluhan-ribu-hadir-rumah-terbuka-pn-tanda-sokongan-rakyat-selangor-muhyiddin/
Puluhan ribu hadir Rumah Terbuka PN tanda sokongan rakyat Selangor : Muhyiddin
[ "Pengerusi Perikatan Nasional (PN) optimis dengan kebanjiran orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka PN malam tadi bakal memberi isyarat positif terhadap gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.", "Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kagum dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Selangor ke majlis itu bagi menyemarakkan semangat ukhuwah, mengeratkan silaturahim serta persaudaraan bukan sahaja sesama Islam tetapi sesama rakyat Malaysia.", "“Saya dapat lihat kehangatan sambutan ini ketika dalam perjalanan ke majlis ini lagi dengan kenderaan sesak di sepanjang jalan.", "“Kehadiran puluhan ribu rakyat yang memenuhi dewan dan khemah di luar menjadi petanda awal sokongan luar biasa rakyat Selangor kepada PN menjelang PRN tidak lama lagi.", "‘Saya yakin jumlah kehadiran yang luar biasa pada malam ini insya-Allah akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada PN pada PRN nanti.", "“Dengan izin Allah kita akan tawan Selangor dan Negeri Sembilan selain mengekalkan kuasa di negeri-negeri yang telah kita kuasai sebelum ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.", "Beliau yang juga bekas perdana menteri berkata rakyat hari ini berdepan kesukaran hidup akibat tekanan ekonomi namun kerajaan campuran PH-BN masih gagal mengurusnya dengan baik", "“Dalam kita meraikan sambutan Aidilfitri, rakyat sebenarnya sedang berhadapan dengan pelbagai kesukaran hidup akibat tekanan ekonomi disebabkan kegagalan kerajaan campuran PH-UMNO mengurus ekonomi dengan betul.", "“Rakyat sangat berharap, kerajaan campuran dapat memikul tanggungjawab dan amanah menyelesaikan masalah dan kesulitan hidup yang sedang mereka alami.", "“Malangnya harapan itu menjadi sia-sia sahaja kerana kerajaan campuran ini tidak berupaya mencari jalan membawa negara keluar daripada segala masalah ini.", "“Lihat sahajalah, harga barang keperluan asas terus melambung, kos sara hidup rakyat tidak terurus dan inflasi terus menekan kehidupan sehingga tidak nampak masa depan rakyat akan lebih terjamin dan selamat, katanya.", "Ahli Parlimen Pagoh itu sempat melahirkan keyakinan pengundi di Selangor dan lima negeri lain bakal memilih dengan bijak.", "“Saya yakin rakyat di Selangor dan negeri-negeri yang akan berhadapan dengan PRN tidak lama lagi akan membuat pilihan bijak memilih PN yang telah membuktikan komitmen serta keupayaan untuk sentiasa membela nasib rakyat ketika menjadi kerajaan Pusat dahulu” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pengerusi-mahb-gesa-pertahankan-ltsaas-daripada-diswastakan/
Pengerusi MAHB gesa pertahankan LTSAAS daripada diswastakan
[ "Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) perlu dipertahankan dan tidak dibiarkan diambil alih oleh pihak tertentu, gesa Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.", "Gesaan itu dibuat Zambry selepas terdapat ura-ura Putrajaya mungkin menimbang untuk menswastakan dan mengeluarkan (carve-out) LTSAAS daripda rangkaian MAHB.", "“Sekali lagi saya telah menyampaikan pandangan dan pendirian saya kepada pemegang tampuk kuasa mengenai kedudukan LTSAAS,” katanya dalam satu kenyataan lapor Bernama.", "Zambry menekankan bahawa pelan Regenerasi LTSAAS yang dikemukakan oleh MAHB merupakan sebahagian daripada kerangka besar perancangan masa depan kerajaan ke arah industri penerbangan dan aeroangkasa negara iaitu Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (PSLTK) dan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030.", "“Ini merupakan kenyataan saya kali ketiga yang membantah langkah penjualan LTSAAS.", "“’Justeru tidak timbul perkara yang dimainkan oleh kalangan tertentu bahawa saya tidak pernah bersama dengan Malaysia Airports dan Kesatuan Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Semenanjung, Sabah & Labuan serta Sarawak (KESMA, KEPEMAB dan KEPMAS) dalam usaha menyelamatkan LTSAAS dan kedudukan syarikat secara keseluruhan.", "“’Saya menghormati pendirian KESMA, KEPEMAB dan KEPMAS kerana mereka mewakili suara warga Malaysia Airports,” tambah Zambry.", "Pelan strategik dan komprehensif MAHB bagi pembangunan semula LTSAAS bertujuan mengembangkan ekosistem lapangan terbang itu, menggandakan jumlah pengendali global dan tempatan melebihi 100 untuk mewujudkan dan menyokong 19,000 tenaga kerja berkemahiran tinggi.", "Kerjasama terbarunya dengan Teknopark Istanbul yang diumumkan pada Rabu bermatlamat membawa kepimpinan inovasi dan teknologi ke Subang Aerotech Park.", "Langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan pengendali lapangan terbang dalam memenuhi aspirasi LTSAAS untuk menjadi hab penerbangan aeroangkasa dan perniagaan di Asia-Pasifik." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/israel-lancar-serangan-besar-besaran-rakyat-palestin-tinggalkan-rumah/
Israel lancar serangan besar-besaran, rakyat Palestin tinggalkan rumah
[ "Ratusan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza mula meninggalkan kediaman masing-masing susulan serangan bertali arus rejim Zionis Israel ke atas penempatan mereka.", "Gelombang serangan Israel secara tiba-tiba dan besar-besaran dari pesawat, artileri dan kereta kebal yang tertumpu di utara Semenanjung Gaza jam 1 pagi waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia) mengejutkan penduduk.", "Media Timur tengah turut melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan bala tentera rejim Israel melakukan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza, khususnya terhadap pejuang Palestin.", "Tentera Israel telah memasuki Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada operasi berterusan menentang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), kata tentera rejim itu, hari ini.", "“Pesawat dan pasukan darat sedang melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza,” kata jurucakap tentera rejim, Jonathan Conricus.", "Media tempatan di Gaza melaporkan lebih 100 serangan udara dan artileri dilakukan ke atas bahagian utara Semenanjung Gaza.", "Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera Hamas pula membalas dengan tembakan lebih 50 peluru berpandu ke arah penempatan Israel di Ashkelon, Ashdod, Beersheba dan Sderot.", "Pesawat tempur dan pasukan darat rejim Israel melakukan serangan besar-besaran ke atas penempatan Palestin di utara Semenanjung Gaza, awal pagi tadi.", "Ibu bapa rakyat Palestin membawa anak-anak mereka mendapatkan perlindungan di kawasan selamat susulan serangan darat tentera rejim Zionis Israel di utara Semenanjung Gaza, awal pagi tadi." ]
https://www.agendadaily.com/politik/bn-tiada-masalah-bayar-kompaun-akui-langgar-sop/
BN tiada masalah bayar kompaun, akui langgar SOP
[ "Kompaun RM10,000 yang dikenakan Kementerian Kesihatan (KKM) akan dibayar Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.", "Zambry menyifatkan tiada masalah untuk BN membayar kompaun tersebut dan mengakui pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berlaku semasa pelancaran jenteranya malam tadi di PWTC.", "“Bagaimanapun sebagai parti yang berpegang dan patuh kepada prinsip undang-undang, maka BN akan membayar kompaun berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Sepatutnya pelancaran tersebut diadakan di Melaka tetapi ditukar lokasi ke Kuala Lumpur susulan pengumuman KKM baru-baru ini yang melarang sebarang aktiviti perhimpunan berkaitan pilihan raya di negeri tersebut.", "Kompaun tersebut dikeluarkan pihak Pejabat Kesihatan Kepong dibawah Akta 342 yang melanggar SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi penganjuran majlis sosial, surat kompaun tersebut juga dimuat naik dalam akaun rasmi Facebook KKM malam tadi.", "Yang majlis tersebut, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan disamping barisan tertinggi parti tersebut.", "Calon Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka juga berada sepentas dengan barisan pemimpin tertinggi gabungan itu.", "Bagaimanapun, PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berada dalam kem berbeza tidak berada dalam pelancaran jentera malam ini, mungkin sibuk dengan urusan lain tidak dapat bersama dalam perhimpunan.", "Dianggarkan kira-kira 5,000 lebih penyokong dan ahli parti memenuhi setiap penjuru dewan dengan baju rasmi gabungan itu, majoriti kelihatan bersemangat untuk berkempen semasa PRN nanti.", "Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.", "Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas).", "Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO hanya memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Bersatu yang ketika itu bersama Pakatan Harapan (PH) menang dua kerusi DUN, manakala PAS gagal merebut sebarang kerusi DUN.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/muhyiddin-rakam-ucapan-takziah-kepada-keluarga-khalid/
Muhyiddin rakam ucapan takziah kepada keluarga Khalid
[ "Mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas pemergiannya malam tadi.", "Muhyiddin menyifatkan jasa Allahyarham kepada negara sangat besar, khususnya dalam pembangunan ekonomi bumiputera dan dunia korporat.", "“Takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi.", "“Secara peribadi saya mengenali Allahyarham sebagai tokoh korporat tersohor tanah air ketika Allahyarham mengetuai PNB Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad sebelum menceburi diri dalam bidang politik.", "“Sesungguhnya jasa dan sumbangan Allahyarham dalam dunia korporat khususnya bagi pembangunan ekonomi bumiputera amat besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Muhyiddin juga mendoakan agar ahli keluarga Khalid bertabah dalam menghadapi saat sedih ketika ini.", "“Marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.", "“Saya juga berdoa semoga ahli keluarga Allahyarham bersabar menghadapi saat-saat yang mendukacitakan ini. Al Fatihah,” katanya lagi.", "Allahyarham Khalid pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dari 2008 hingga 2018, serta memegang jawatan Menteri Besar Selangor dari 2008 hingga 2014.", "Khalid meninggal dunia pada 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.", "Hantaran di laman Facebooknya memaklumkan Allahyarham Khalid, 76, telah dimasukkan ke hospital sejak 23 April lepas akibat jangkitan pada injap jantung." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kementerian-sumber-manusia-akan-hantar-laporan-kepada-muhyiddin/
Kementerian Sumber Manusia akan hantar laporan kepada Muhyiddin
[ "Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menghantar laporan terkini kepada Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu kekurangan tenaga kerja asing, terutama bagi Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS).", "Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dipetik sebagai berkata banyak perkara telah dilaksanakan oleh kementeriannya berhubung isu pekerja asing.", "Beliau beliau yakin Muhyiddin tidak dimaklumkan mengenai perkembangan isu berkenaan, lapor Awani.", "“Mungkin tidak ada orang beritahu Tan Sri Muhyiddin apa yang telah berlaku setakat ini. KSM telah menyelesaikan semua Memorandum Persefahaman (MoU) dan kebenaran untuk membawa masuk pekerja asing juga telah diluluskan.", "“Apabila kita jumpa doktor kalau sakit, kena cakap dengan doktor sakit di mana. Jangan cakap sakit-sakit, sakit di mana? Di KSM, di KDN, negara sumber atau kedutaan?", "“Sudah macam satu fesyen, semua nak bercakap pasal pekerja asing. You don’t even know the process. Pengambilan pekerja asing berperingkat. Satu, di KSM dan MO dan itu tanggungjawab kita. Selepas itu KDN, dan kedutaan akan buat pengesahan dan kemudian ejen dan sekarang KSM kena selesaikan semua masalah kita.", "“Bagaimanapun, mungkin kita akan hantar laporan terkini kepada Tan Sri Muhyiddin. Tidak ada masalah, sebab mungkin Tan Sri tidak dapat laporan penuh,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Dialog Berstruktur Tripartite 2022 Wilayah Tengah di Bangi.", "Pada Selasa, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kecewa apabila hanya 16 daripada 69 perakuan berkaitan isu utama yang diusulkan majlis itu, dilaksanakan kerajaan.", "Katanya, 30 daripada 69 perakuan berkenaan masih dalam pelaksanaan, 14 lagi belum dilaksanakan atau tiada maklum balas daripada kementerian atau agensi berkaitan, manakala sembilan lagi masih menunggu keputusan Kabinet.", "Antara perakuan utama dikemukakan MPN yang Muhyiddin sifatkan prestasi pelaksanaannya tidak memuaskan, termasuk berkaitan isu kekurangan tenaga kerja asing, terutama bagi PMKS yang menjejaskan produktiviti dan merencat proses pemulihan negara." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kerjasama-dengan-umno-di-landasan-betul-kata-dap-sokong-zahid/
Kerjasama dengan UMNO di landasan betul, kata DAP sokong Zahid
[ "DAP menyifatkan keputusan bekerjasama dengan UMNO sudah berada dalam landasan betul, kata Nga Kor Ming.", "Naib Pengerusi DAP itu kerjasama yang singkat selama lapan bulan dengan UMNO sudah nampak membuahkan hasil kepada kerajaan campuran, ia walaupun UMNO-Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan paling teruk berbanding parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) semasa enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu.", "“Kita melihat kerjasama UMNO-DAP telah membuahkan hasil, dan saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan UMNO-BN yang membantu kempen calon PH pada PRN lalu.", "“BN dan PH hanya ‘kahwin’ serta berkawan dalam tempoh lapan bulan, justeru beri kami masa empat hingga lima tahun lagi.", "“Saya yakin Kerajaan Perpaduan akan semakin kukuh, stabil dan menuju kecemerlangan,” katanya dipetik laporan BH hari ini.", "Kor Ming terdahulu menyempurnakan Majlis Pra-pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023.", "Jelasnya, UMNO yang mewakili BN memenangi hampir semua kerusi ditandingi parti itu pada PRN Negeri Sembilan, selain gandingan berkenaan turut membantu mengekalkan penguasaan di Selangor dan Pulau Pinang.", "Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Perpaduan menghormati pilihan dibuat pengundi pada PRN lalu, dan fokus kini terarah kepada tugas serta memastikan rakyat terus hidup selesa.", "“Saya percaya rakyat sudah mula nampak keikhlasan dan komitmen DAP menjadi sebuah parti untuk semua rakyat,” katanya lagi.", "Pilihan raya bagi enam negeri pada Sabtu menyaksikan UMNO hanya meraih 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.", "Keputusan menunjukkan gabungan PH-UMNO hanya berjaya di Negeri Sembilan apabila menang majoriti dua pertiga dengan UMNO menyumbang 14 dari 30 kerusi untuk kerajaan negeri.", "UMNO gagal menyumbang lebih dari dua kerusi kepada gabungan itu di semua negeri lain, termasuk di Kedah.", "Di Terengganu, kedua-dua UMNO dan PH gagal meraih kemenangan dan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua kerusi DUN." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pemberian-dos-ketiga-bermula-awal-okt-kata-khairy/
Pemberian dos ketiga bermula awal Okt, kata Khairy
[ "Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan pemberian dos ketiga kepada kumpulan pertama bermula awal Oktober ini dan keutamaan diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi.", "Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata langkah tersebut diambil susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini yang mengatakan kerajaan bersetuju untuk memberi dos ketiga kepada orang ramai.", "“Selepas itu kita akan buka kepada yang lain, yang ini untuk kumpulan pertama kita mungkin akan dapat laksanakan pada awal oktober", "“Ini sangat penting sebab golongan inilah dari data kematian, data kategori 5 yang berada di ICU (unit rawatan rapi), kebanyakan dari mereka terdiri dari golongan tersebut,” kata Khairy.", "Khairy terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bersama Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 di Kedah hari ini.", "Menurutnya lagi, pemberian dos ketiga itu tidak bermakna dua dos vaksin yang diambil sebelum ini tidak berkesan sebaliknya pemberian tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem imunisasi terhadap Covid-19.", "“Ada yang kata dos ketiga bermaksud dua dos (awal) tidak berkesan. Tidak.", "“Banyak negara sudah memulakan dos penggalak termasuk di AS, UK dan Singapura. Ini untuk kita tingkatkan lagi sistem imun terhadap Covid-19,” jelas beliau.", "Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan setuju untuk memberikan dos ketiga vaksin Covid-19 sebagai langkah meningkatkan perlindungan kepada orang ramai.", "Katanya, keutamaan akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dulu.", "Katanya mereka termasuklah petugas barisan hadapan, pesakit kurang daya tahan imunisasi, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang bekerja atau tinggal di pusat jangka panjang.", "Menurut Ismail Sabri pemberian dos ketiga itu akan dibuat selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara mencapai 80 peratus." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/19-wilayah-di-indonesia-dilanda-varian-omicron-siluman-ba-2/
19 wilayah di Indonesia dilanda ‘varian Omicron siluman’ BA.2
[ "Indonesia mengesahkan sub-varian Omicron, BA.2, telah dikesan di 19 wilayah di negara itu, kata jurucakap Pasukan Petugas Khas Covid-19, Wiku Adisasmito.", "“Tidak kira apa keadaan semasa, matlamat kolektif kami adalah untuk mengawal kes positif dan kematian untuk mengurangkannya secara konsisten,” katanya.", "Menurut data GISAID pada 13 Mac, sejak awal 2022, Indonesia mengalami peningkatan dalam jumlah kes Omicron BA.2.", "Sub-varian itu telah dikesan di 19 wilayah dan jumlah kes mencecah 8,302 berdasarkan pemeriksaan penjujukan genom.", "Malangnya, penularan ini berlaku apabila liputan vaksin Covid-19 semakin berkurangan di peringkat nasional.", "BA.2 juga digelar ‘varian siluman’ atau ‘stealth Omicron’ apabila apabila kehadirannya di dalam tubuh badan tidak dapat dikesan menerusi ujian PCR, sekali gus memberi cabaran kepada pihak berkuasa untuk mengesannya.", "‘Varian siluman’ itu dikatakan mempunyai mutasi yang menyembunyikan salah satu daripada tiga gen virus Covid daripada dikesan.", "Justeru, Adisasmito menggesa orang ramai supaya segera mengunjungi fasiliti kesihatan berhampiran untuk menerima suntikan dos lengkap dan suntikan dos penggalak.", "Sementara itu, beliau juga menggesa kerajaan wilayah untuk mempercepatkan vaksinasi Covid-19 bagi merealisasikan imuniti kelompok dan memastikan orang ramai selamat daripada sub-varian itu.", "Terdahulu, jurucakap Kementerian Kesihatan Siti Nadia Tarmizi berkata sub-varian Omicron BA.2 menyumbang kepada peningkatan bilangan pesakit di beberapa negara.", "“Beberapa negara, yang kadar jangkitannya kami kaji dan perhatikan, seperti Hong Kong, Korea Selatan dan England, mengalami peningkatan dalam kes rawatan berikutan lonjakan bilangan kes varian Omicron baharu, khususnya sub BA.2,” jelasnya.", "Indonesia kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga terhadap potensi lonjakan kes yang didorong oleh sub-varian BA.2, kerana sub-varian itu mempunyai kadar penularan yang tinggi dan lebih pantas.", "Gejala umumnya adalah sama seperti sub-varian BA.1 yang kini mendominasi corak penularan virus di seluruh Indonesia.", "Bagaimanapun, vaksin Covid-19 yang diberikan di Indonesia disahkan masih berkesan dalam pencegahan terhadap semua sub-varian Omicron. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/mt-umno-kecewa-audio-pm-idris-skmm-akan-siasat-zahidi/
MT UMNO kecewa audio PM, Idris, SKMM akan siasat: Zahidi
[ "Majlis Tertinggi (MT) UMNO kecewa susulan tindakan pihak tertentu membocorkan audio perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, baru-baru ini.", "Idris adalah salah seorang daripada dua ADUN UMNO yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, selain dua ADUN Bersatu dan Bebas, menyebabkan kerajaan UMNO Melaka tumbang pada 4 Oktober lalu.", "Selain Idris, bekas ADUN Bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; bekas ADUN Bersatu Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan bekas ADUN UMNO Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, turut menarik sokongan.", "Mengulas lanjut, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat rakaman audio itu.", "Menurutnya mesyuarat MT UMNO malam tadi membangkitkan perkara itu.", "Tindakan membocorkan audio itu bertujuan mencemarkan reputasi ahli politik dan pernah berlaku kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamdi, dan kini kepada Perdana Menteri, katanya malam tadi.", "Beberapa hari lalu tular klip audio berdurasi tujuh minit dalam media sosial dikatakan antara Idris dan Ismail Sabri yang sekali gus mendedahkan situasi sebenar krisis politik yang sedang berlaku di Melaka.", "Daripada perbualan kedua-dua pemimpin UMNO tersebut, ia secara tidak langsung mendedahkan perebutan kuasa melibatkan Idris dengan Sulaiman yang didakwa sekadar menjadi budak suruhan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.", "Suara mirip Idris dalam perbualan telefon tersebut mengadu rasa tidak puas hati terhadap Sulaiman yang didakwa tidak mengutamakan kepentingan rakyat di Melaka dan banyak keputusan kerajaan negeri dipengaruhi oleh Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.", "Suara mirip Ismail Sabri dalam klip tersebut pula cuba memujuk Idris agar menarik balik keputusannya untuk tidak menyokong Sulaiman sehingga mengakibatkan tercetusnya kemelut politik di Melaka." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/trafik-sesak-di-lebuh-raya-utama/
Trafik sesak di lebuh raya utama
[ "Aliran trafik dilaporkan masih perlahan di beberapa lebuh raya utama negara hari ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan.", "Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata setakat jam 3.50 petang tadi aliran trafik di beberapa laluan di bahagian utara, tengah dan selatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), mengalami kesesakan.", "Menurutnya trafik di kawasan utara dilaporkan bergerak perlahan dari Kepala Batas ke Jitra, dari Pendang ke Gurun (berikutan kemalangan di Kilometer (KM) 76.6 arah selatan), dari Permatang Pauh ke Perai, dari Sungai Petani selatan ke Bertam dan sebelum masuk ke Terowong Menora ke Ipoh utara.", "Bagaimanapun, katanya, aliran trafik di Jambatan Pulau Pinang lancar.", "“Di kawasan tengah, trafik kini bergerak perlahan dari hentian sebelah Simpang Pulai arah selatan ke Gopeng, dari Gopeng ke Tapah (di kawasan mendaki), dari Bidor ke Sungkai arah ke Slim River dan dari Slim River ke Sungkai.", "“Kesesakan turut dilaporkan berlaku di laluan dari Bukit Tagar ke Sungai Buaya, dari Rawang ke Sungai Buaya, dari Sungai Buloh ke Restoran Jejantas Sungai Buloh arah selatan,” katanya lapor BH, hari ini.", "Sementara itu katanya aliran trafik keluar dari Plaza Tol Sungai Besi arah ke pusat bandar juga padat dengan kenderaan selain kesesakan berlaku dari Southville City ke Kajang, dari Putra Mahkota ke Southville City dan dari Bandar Ainsdale ke Nilai.", "“Trafik di beberapa lokasi di Lebuhraya ELITE juga kini perlahan iaitu dari Shah Alam ke Seafield dan dari Bandar Gamuda Cove ke Bandar Saujana Putra. Bagaimanapun trafik di Lebuhraya NKVE bergerak lancar.", "“Di bahagian selatan Lebuhraya PLUS, trafik kini perlahan dari hentian sebelah Pedas Linggi arah selatan ke Seremban.", "“Untuk mengatasi kesesakan terus meruncing, SmartLane diaktifkan dari KM259.0 hingga KM262.3 yang mana pengguna lebuh raya menggunakan lorong kecemasan arah selatan dari Senawang ke Seremban,” katanya.", "Tambahnya, trafik juga kini sesak dari Restoran Jejantas Ayer Keroh arah utara ke Simpang Ampat, dari Ayer Keroh ke Jasin, dari Yong Peng utara ke Ayer Hitam, dari Machap ke Simpang Renggam terus ke Sedenak dan dari hentian sebelah Kulai arah selatan ke Kulai.", "Menurutnya lagi, SmartLane turut diaktifkan di KM19.0 hingga KM27.0 arah utara dari Senai utara ke Kulai dan dari Kempas ke persimpangan Bandar Dato’ Onn.", "Setakat jam 3.50 petang tadi, aliran trafik di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dari Malaysia ke Singapura masih sesak.", "Katanya, keadaan cuaca di kebanyakan lokasi sepanjang Lebuhraya PLUS adalah mendung dan semua pemandu dinasihatkan memandu dengan berhemah bagi mengelak sebarang kesulitan.", "Sementara itu, di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kesesakan sejauh 19 km dilaporkan berlaku di lebuh raya berkenaan setakat jam 5.01 petang tadi.", "Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata jumlah kenderaan yang tinggi menyebabkan berlaku kesesakan sejauh 9.6km dari KM61.5 hingga KM51.9 dari Bentong ke Bukit Tinggi.", "“Trafik juga kini sesak sejauh 19km dari KM38.5 hingga ke Plaza Tol Gombak dan kesesakan bercantum dengan trafik menuju ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).", "“Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pada masa ini lancar di kedua-dua arah,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/25-5-juta-lebih-penduduk-terima-suntikan-vaksin-di-arab-saudi/
25.5 juta lebih penduduk terima suntikan vaksin di Arab Saudi
[ "Lebih 25.5 juta penduduk Arab Saudi telah mendapat suntikan vaksin terhadap Covid-19 setakat ini.", "Jurucakap rasmi Kementerian Kesihatan, Dr. Mohammed Al-Abdulaali berkata, lebih 55 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyatnya, lapor Agensi Berita Saudi (SPA) menurut Bernama.", "Abdulaali juga berkata semasa sidang media hari ini bahawa dunia masih menyaksikan peningkatan kes harian Covid-19 dan perlumbaan untuk menyediakan vaksin." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kerajaan-akan-sediakan-pakej-bantuan-kepada-rakyat-semasa-pkp-penuh/
Kerajaan akan sediakan pakej bantuan kepada rakyat semasa PKP penuh
[ "Satu pakej bantuan kepada rakyat akan diumumkan Putrajaya bagi menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang diumumkan seluruh negara hari ini bagi membantu kumpulan yang terkesan dengan pelaksanaan tersebut yang diumumkan hari ini.", "Dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata perincian berhubung bentuk bantuan tersebut akan diperincikan dalam masa terdekat bagi meringankan beban rakyat sepanjang tempoh ‘total lockdown’ yang bermula 1 Jun 2021 hingga 13 Jun 2021 ini.", "“Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.", "“Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.", "Langkah sama sebelum ini diumumkan kerajaan semasa PKP 1.0 apabila beberapa pakej bantuan penting diumumkan kepada rakyat termasuk moratorium automatik disamping pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).", "Sebanyak empat pakej ransangan ekonomi bernilai RM305 bilion diperkenalkan kerajaan sejak pelaksanaan PKP 1.0.", "Ia masing-masing melibatkan Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) melibatkan peruntukan RM250 bilion dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin Tambahan) sebanyak RM10 bilion.", "Selain itu, turut diumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) melibatkan perbelanjaan sebanyak RM35 bilion, selain Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (Kita Prihatin) dengan peruntukan RM10 bilion.", "Awal tahun ini, inisiatif kelima iaitu Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion pula diumumkan.", "Dalam pada itu, kerajaan menggesa orang ramai supaya untuk terus berdisiplin dan patuh prosedur operasi standard (SOP) untuk melandaikan jangkitan kes Covid-19.", "“Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.", "“Yang terbaik ialah duduk di rumah atau stay at home untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19,” kata kenyataan itu lagi." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/jangkitan-covid-19-seluruh-dunia-turun-15-peratus/
Jangkitan Covid-19 seluruh dunia turun 15 peratus
[ "Kes Covid-19 di seluruh dunia turun 16 peratus dari segi kematian dan 15 peratus jangkitan, tiga bulan setelah varian Omicron pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan, lewat tahun lalu.", "Bagaimanapun, jangkitan di Asia meningkat empat peratus, manakala kematian turun 0.9 peratus, dengan Korea Selatan, Indonesia, Vietnam dan Hong Kong mencatatkan rekod harian minggu lalu.", "Terutama, Hong Kong, wilayah China, merekodkan 26,026 kes semalam (27 Februari 2022), sehari selepas mencatat 17,053 pada Sabtu, setelah tidak pernah melebihi 100 kes setiap hari sehingga tahun ini.", "Varian itu turut merebak ke New Zealand, apabila mencatat jumlah jangkitan tertinggi buat kali pertama, 15,016 kes, berbanding 216 kes pada 24 November 2021, sebelum Omicron menular.", "Dalam tempoh tujuh hari lalu, kes global meningkat 10,926,144 menjadikan jumlah 435,633,116, menurut Worldometers.info setakat Ahad. Kematian, juga meningkat kepada 58,841, dengan jumlah keseluruhan 5,967,060.", "Kes pada Sabtu turun kepada 1,308,059 berbanding rekod 3,804,960 pada 20 Januari 2022. Pada 13 Disember 2021, ia turun kepada 486,455 kes. Ketika kemuncak lonjakan varian Delta, kes mencecah 903,836 pada 29 April.", "Sebanyak 6,548 kematian yang dilaporkan pada Sabtu kurang separuh daripada rekod 17,494 pada 27 Januari 2020.", "Sejak Omicron dikesan di Afrika Selatan pada 24 November tahun lalu, kebanyakan negara merekodkan peningkatan kes, termasuk 171,488 kes di Korea Selatan pada Rabu, dan 77,982 kes di Vietnam pada Sabtu.", "Hong Kong dengan 7.6 juta populasi hanya mencatat kumulatif positif sebanyak 158,683 jangkitan dan tidak pernah melebihi empat dijit kecuali pada 7 Februari pada 1,111 dengan tanah besar China merekodkan 239 kes pada Ahad. Hong Kong juga mencatat 83 kematian semalam menjadikan kumulatif 660 kes. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/lebih-2-53-juta-dos-vaksin-covid-19-diberi-kepada-kanak-kanak/
Lebih 2.53 juta dos vaksin Covid-19 diberi kepada kanak-kanak
[ "Sebanyak 2,530,883 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan awal Februari lalu hingga semalam, 10 Mei 2022.", "Daripada jumlah itu, 961,597 atau 27.1 peratus melengkapkan dua dos suntikan, manakala 1,569,286 atau 44.2 peratus lagi menerima dos pertama daripada vaksin dua dos.", "Semalam sahaja seramai 14,594 kanak-kanak menerima dos kedua, sementara 8,931 menerima dos pertama.", "Sementara itu, sejak PICK dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam sebanyak 70,478,577 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.", "Daripada jumlah itu, 26,830,790 atau 82.2 peratus populasi melengkapkan suntikan dos kedua, manakala 27,811,381 atau 85.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.", "Dalam tempoh itu juga sebanyak 62,051,089 dos telah diberikan kepada individu dewasa, dengan 22,969,639 atau 97.6 peratus melengkapkan dos kedua, dan 23,245,044 atau 98.8 peratus lagi menerima dos pertama.", "Seramai 16,049,816 atau 68.2 peratus daripada populasi dewasa telah menerima suntikan dos penggalak.", "Sementara itu, 5,896,605 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun, dengan 2,899,554 atau 93.2 peratus melengkapkan dos kedua, dan 2,997,051 atau 96.3 peratus lagi menerima dos pertama." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/kes-turun-jakarta-bakal-longgar-darurat-tahap-4-mulai-esok/
Kes turun: Jakarta bakal longgar Darurat Tahap 4 mulai esok
[ "Daerah Khusus Ibukota Jakarta (DKI Jakarta) merancang melonggarkan perintah sekatan pergerakan di bawah perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat Tahap 4 (Darurat Tahap 4), susulan penurunan kes baharu Covid-19 di wilayah itu.", "Langkah yang bakal dilaksanakan esok, 10 Ogos 2021, akan membolehkan pusat beli-belah dan restoran di ibu kota Indonesia itu dibuka semula dengan jumlah kehadiran pengunjung dihadkan.", "Peningkatan indikator dan vaksinasi bermakna Jakarta berada pada posisi yang baik untuk melonggarkan langkah kawalannya, lapor The Straits Times yang memetik sumber kerajaan, hari ini.", "“Indikator (jangkitan Covid-19) Jakarta bertambah baik. Kes aktif, kadar positif, nisbah penempatan katil (hospital) semuanya berada pada aliran menurun,” kata sumber itu.", "DKI Jakarta dengan lebih 11 juta penduduknya diletakkan di bawah Darurat Tahap 4 sejak 3 Julai lalu, dengan restoran hanya boleh menjual makanan untuk dibawa pulang, manakala pusat beli-belah pula ditutup kecuali premis farmasi dan peralatan membaiki rumah.", "Pekerja di sektor tidak penting pula bekerja dari rumah, manakala penduduk diarah duduk di rumah dan keluar hanya untuk membeli barangan keperluan selain mendapatkan rawatan perubatan.", "Melonggarkan perintah sekatan kepada Darurat Tahap 3 membolehkan pusat beli-belah dan restoran dibuka dengan kadar 25 peratus kapasiti, sementara 25 peratus pekerja sektor tidak penting boleh kembali ke pejabat.", "Sejak semalam, kadar kekosongan wad pengasingan Covid-19 di kebanyakan hospital di Jakarta berada pada paras 39 peratus, manakala kadar penempatan di unit rawatan rapi pula turun sebanyak 65 peratus.", "Kira-kira 42 peratus daripada 11 juta populasi di DKI Jakarta telah menerima vaksin Covid-19 sepenuhnya manakala 90 peratus lagi memperoleh sekurang-kurangnya satu dos suntikan.", "Sementara itu, jurucakap Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Jodi Mahardi, berkata pemerintah Indonesia belum membuat keputusan sama ada akan melanjutkan lagi Darurat Tahap 4 atau melonggarkannya, setelah tempohnya berakhir hari ini.", "Perintah Darurat Tahap 4 mula dikuatkuasakan pada 3 Julai sehingga 20 Julai 2021. Perintah itu kemudian dilanjutkan tiga kali iaitu pada 21-25 Julai; 26 Julai-2 Ogos; dan 3-9 Ogos. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/masalah-kesesakan-lalu-lintas-tiada-kesudahan/
Masalah kesesakan lalu lintas tiada kesudahan?
[ "Bagaikan tiada penyudahnya kesesakan lalu lintas yang semakin teruk khususnya di ibu negara, Kuala Lumpur. Malah ia semakin bertambah teruk sebaik sahaja negara memasuki peralihan ke fasa endemik mulai 1 April lalu.", "Ramai yang mengadu terpaksa menempuh kesesakan empat jam untuk pergi dan balik walaupun tinggal dan bekerja dalam daerah sama.", "Dua jam berada dalam kereta melayan ‘jam’ menyamai masa perjalanan ke Ayer Keroh, Melaka yang jaraknya hampir 150km atau ke Tapah, Perak.", "Lebih memberi kesan, kesesakan lalu lintas teruk mula dirasai selepas Aidilfitri kerana pekerja sudah kembali ke pejabat dan anak-anak ke sekolah.", "Bukan sahaja jalan utama, jalan pintas di kawasan perumahan juga bertukar merah dalam aplikasi peta, Google Map.", "Pengangkutan awam seperti tren juga sendat pada waktu puncak. Tambang e-hailing turut naik disebabkan kesesakan teruk.", "Walaupun lebuh raya, laluan Transit Aliran Massa (MRT) dan terkini Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dibina, masalah kesesakan di bandar besar terutama di Lembah Klang tidak pernah selesai.", "Kajian sebuah firma teknologi navigasi antarabangsa, Tom Tom berkenaan indeks aliran trafik 2021 menunjukkan Kuala Lumpur menduduki tangga ke-210 untuk kategori bandar paling sesak di dunia semasa pandemik.", "Pada 2020, Kuala Lumpur berada di tangga ke-77, manakala pada 2019 sebelum pandemik, ibu negara berada di tangga ke-46 dengan rekod masa terkandas selama 170 jam.", "Apabila masa banyak diluangkan atas jalan, jadi produktiviti kerja juga menurun. Masa bersama ahli keluarga terutama anak adalah terhad.", "Ada yang mengadu hanya dapat meluangkan masa setengah jam berjumpa anak-anak sebelum mereka tidur dan sejam pada sebelah pagi sebelum ke sekolah.", "Kita akui jumlah kenderaan bertambah setiap tahun, namun kadang-kadang kesesakan boleh dielakkan atau dikurangkan jika tiada pemandu yang terburu-buru dan tidak mematuhi peraturan ditetapkan.", "Kadang-kadang disebabkan kereta rosak atau kemalangan kecil, masa perjalanan akan bertambah 15 hingga 30 minit kerana ramai yang memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.", "Kesesakan juga lazimnya berlaku di susur keluar dan masuk, lebih teruk lagi ada pemandu yang pentingkan diri tidak mengikut lorong yang betul selain ada yang memandu perlahan di lorong kanan.", "Dalam pada itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang semua pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan melibatkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram memasuki jalan raya utama di bandar raya ini dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.", "Hal ini berikutan pemantauan JPJ yang mendapati terdapat pergerakan kenderaan berat memasuki laluan waktu terhad ke pusat bandar raya pada waktu kemuncak iaitu sebelah pagi dan petang yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas serta menjejaskan kelancaran aliran trafik di Lembah Klang." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mufti-perjelas-sebab-umat-islam-singapura-sambut-raya-selasa/
Mufti perjelas sebab umat Islam Singapura sambut raya Selasa
[ "Segelintir umat Islam di Singapura tertanya-tanya mengapa Hari Raya Puasa di republik itu jatuh pada Selasa (3 Mei) sedangkan negara jiran Malaysia, Indonesia dan Brunei menyambut perayaan itu pada Isnin (2 Mei).", "Mufti Singapura Nazirudin Mohd Nasir, mengumumkan pada malam Ahad (1 Mei) bahawa umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Puasa, juga dikenali sebagai Aidilfitri, pada Selasa.", "Ini kerana mengikut pengiraan astronomi, anak bulan bagi bulan Islam Syawal yang menyusuli Ramadan tidak muncul pada waktu petang selepas matahari terbenam pada Ahad.", "Anak bulan – yang secara tradisinya menandakan permulaan bulan baharu dalam Islam – juga tidak dapat dilihat, tambah Mufti.", "Namun begitu, soalan mengenai percanggahan itu terus ditanya di media sosial, memandangkan negara-negara jiran telah menetapkannya pada Isnin.", "Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Mufti Singapura menjelaskan bahawa di wilayah ini, perbezaan dalam permulaan Hijrah, atau kalendar Islam, sangat kerap berlaku pada masa lalu – seperti pada 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2021 – dan mungkin berlaku lagi pada masa hadapan.", "Justeru, pada 2022, tidak semua negara di dunia termasuk negara majoriti Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri pada tarikh yang sama.", "“Malah, anak bulan juga tidak kelihatan di beberapa negara lain, dan akibatnya, mereka akan menyambut Aidilfitri pada Selasa, 3 Mei, seperti Singapura,” kata kenyataan itu.", "Bangladesh, India dan Pakistan adalah antara negara yang meraikan Aidilfitri itu pada Selasa.", "“Selagi kita berpegang teguh kepada prinsip akidah dan tuntunan Nabi Muhammad, perbezaan dalam penentuan kalendar Islam adalah sesuatu yang tidak dijangka dan tidak membimbangkan,” katanya.", "Pejabat Mufti Singapura menjelaskan bahawa umat Islam diajar jika bulan kabur, mereka harus menganggap Ramadan mempunyai 30 hari.", "Mengikut kalendar Islam iaitu lunar, sesetengah bulan boleh bertahan 29 hari dan yang lain 30 hari.", "Ulama telah menggunakan dua kriteria utama – pengiraan berdasarkan astronomi, dan penampakan bulan – untuk menentukan sama ada anak bulan kelihatan.", "Bagaimanapun, di Singapura, secara umumnya sukar untuk anak bulan kelihatan kerana keadaan iklim, yang sering mendung.", "Oleh itu Singapura menggunakan kriteria yang dipersetujui bersama yang digunakan oleh empat negara serantau dalam perhimpunan tidak rasmi menteri agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS), dalam menentukan penampakan anak bulan.", "Kriteria ini telah diperhalusi oleh empat negara sejak 2017, dan disemak pada 2021, berdasarkan lebih daripada 700 titik data penampakan bulan sabit dari seluruh dunia.", "Kriteria baharu mempertimbangkan dua parameter semasa matahari terbenam pada hari ke-29 – ketinggian anak bulan, yang mesti melebihi tiga darjah, dan tahap pemanjangan matahari dan bulan, yang mesti melebihi 6.4 darjah.", "“Berdasarkan kriteria ini, anak bulan tidak kelihatan di Singapura pada waktu matahari terbenam pada 29 Ramadan,” kata kenyataan itu.", "“Untuk pengesahan, Pejabat Mufti bersama pakar ilmu falak (astronomi) cuba melakukan penampakan secara fizikal anak bulan yang tidak berjaya – iaitu anak bulan tidak kelihatan.", "Semasa penampakan, ia juga jelas bahawa ufuk barat dilindungi awan,” tambahnya.", "Kenyataan itu menyatakan bahawa pihak berkuasa agama negara-negara MABIMS lain melaporkan bahawa anak bulan boleh dilihat dalam penampakan mereka hanya di tapak tertentu di wilayah mereka sendiri.", "“Keputusan individu mereka adalah sah dalam konteks masing-masing,” katanya.", "Kenyataan itu menambah bahawa penulis sejarah Islam awal juga mengakui perbezaan dalam menentukan permulaan atau akhir Ramadan di bandar yang berbeza, berdasarkan perbezaan dalam melihat anak bulan.", "Ia menyatakan bahawa tahun ini, Ramadan akan berlangsung selama 30 hari bagi masyarakat Islam Singapura, yang sepatutnya meneruskan puasa pada Isnin. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/99-57-peratus-pelucutan-aset-dikembalikan-kepada-kerajaan-daripada-1mdb/
99.57 peratus pelucutan aset dikembalikan kepada kerajaan daripada 1MDB
[ "Jumlah aset yang berjaya didapatkan kembali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dipulangkan kepada kerajaan adalah sebanyak RM5.1 bilion.", "Daripada jumlah RM5.1 bilion yang dipulangkan kepada kerajaan Malaysia, 99.57 peratus adalah daripada syarikat pelaburan sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.", "Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, sebanyak 152 kes pelucutan harta dikendalikan di mahkamah yang mana sejumlah 121 kes permohonan selesai.", "Beliau berkata, 117 kes atau 96.7 peratus memihak kepada pendakwa raya dan empat kes atau 2.2 peratus tidak memihak kepada pendakwa raya.", "“Dari segi pemulihan aset, jumlah aset yang dilucut hak dan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia tahun lalu adalah RM5.1 bilion yang mana 99.57 peratus adalah dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB),” katanya dipetik laporan BH dalam ucapan semasa majlis Anugerah Media SPRM hari ini.", "Dalam pada itu, Azam berkata berkata SPRM merekodkan kejayaan pada tahun ini apabila 91.1 peratus atau 266 kes salah laku rasuah tahun lalu berakhir dengan sabitan.", "Kejayaan tersebut dianggap sebagai membanggakan bagi agensi pencegahan rasuah itu apabila hampir semua kes yang disiasat berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.", "“Kejayaan siasatan SPRM boleh dilihat dalam kejayaan pendakwaan rasuah di mahkamah. Pada 2021, daripada 1,283 kes perbicaraan rasuah dikendalikan di Mahkamah Sesyen di seluruh Malaysia, sejumlah 292 kes selesai dibicarakan.", "“Daripada jumlah itu, sebanyak 266 kes berakhir dengan sabitan atau 91.1 peratus… ini menunjukkan peratusan sabitan yang amat membanggakan,” katanya dalam ucapan, hari ini dipetik laporan BH.", "Sementara itu, Azam menjelaskan SPRM tidak membuka kertas siasatan semata-mata berdasarkan maklumat seorang blogger atau pengguna media sosial terutama mereka yang disyaki mempunyai agenda politik tertentu.", "Beliau berkata, pihaknya yakin siasatan SPRM tidak akan berjaya berdiri di atas landasan bukti yang teguh jika bersandarkan tuduhan atau dakwaan semata-mata.", "“Nescaya ia (siasatan berdasarkan maklumat seorang blogger) akan dibuang sebelum ia mendapat izin untuk mendakwa oleh Pejabat Peguam Negara… ia tidak akan sampai ke ruang perbicaraan mahkamah sekalipun.", "“Saya harap media faham dan tidak lagi melaporkan SPRM membuka kertas siasatan susulan dakwaan seorang blogger,” katanya.", "Dalam pada itu Azam berkata, bagi mendekati masyarakat akar umbi, doa selepas khutbah Jumaat yang disertai dengan mesej antirasuah dilaksanakan di hampir seluruh negara.", "“Selain itu, di peringkat sekolah SPRM menganjurkan program Wira Anti Rasuah (WAR) sejak 2014 yang mana sehingga kini ia membabitkan lebih 24,000 murid dan 4,100 guru di seluruh negara,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/umno-zahid-pun-gagal-kata-dap/
UMNO, Zahid pun gagal, kata DAP
[ "Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menempelak kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal.", "Memberitahu pemberita di Seremban hari ini Loke yang dilihat ‘lebih mesra’ dengan kerajaan PN menyifatkan UMNO juga turut gagal kerana parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan.", "Katanya UMNO mempunyai 38 Ahli Parlimen yang dikatakan tidak bersetuju dengan tindakan Zahid untuk keluar daripada kerajaan PN.", "“UMNO juga mesti sama-sama mengambil tanggungjawab kerana ia sebahagian daripada kerajaan PN.", "“Sekiranya dia mengakui bahawa kerajaan PN telah gagal, itu bermakna UMNO juga telah gagal,” katanya dipetik daripada laporan Mkini.", "Zahid awal pagi tadi menyatakan pendiriannya menarik balik sokongan kepada kepemimpinan kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.", "Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Rosol Wahid menyifatkan keputusan Zahid itu sekadar melepaskan dirinya kerana gagal mengurus UMNO.", "“Nampak sangat keputusan dibuat ada percanggahan pendapat dalam kalangan ahli MT (Majlis Tertinggi),” kata bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu.", "Sebelum itu, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Zahid tersebut menyeleweng daripada topik perbincangan yang berjalan malam tadi atau dalam erti kata lain yang dibincang tapi lain pula yang keluar dari mulutnya semasa membaca perutusan sidang media itu.", "“Sebaik saja Presiden UMNO selesai membuat kenyataan media lewat tengah malam tadi, saya dihubungi beberapa ahli MT yang menyatakan kenyataan media Presiden tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MT,” katanya dalam satu kenyataan.", "Malah, Annuar mendedahkan hasil daripada maklumat yang diperolehnya, kenyataan media semasa siaran sidang media tersebut sudah dirancang lebih awal sebelum berlangsung mesyuarat MT jam 8.30 malam tadi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/najib-boleh-dapat-pengampunan-diraja-tapi-banyak-lagi-kes-menunggu/
Najib boleh dapat pengampunan diraja tapi banyak lagi kes menunggu
[ "Datuk Seri Najib Razak boleh menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong dalam usaha memohon pengampunan berhubung sabitan kesalahannya dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd (SRC), tetapi dia perlu menjalani hukuman bagi tempoh tertentu terlebih dahulu, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman.", "Abu Talib adalah seorang pendakwa raya pada penghujung 1970-an apabila bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris disabitkan kesalahan rasuah, serta Peguam Negara pada 1982 ketika bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim disabitkan dengan kesalahan membunuh Datuk Mohamad Taha Talib, Speaker Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ketika itu.", "Untuk rekod, Najib dilaporkan masih berdepan lebih 30 pertuduhan jenayah, termasuk kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB); meminda laporan akhir audit 1MDB; pecah amanah RM6.6 bilion; dan pengubahan wang haram RM27 juta SRC.", "“Kedua-duanya (Harun dan Mokhtar) diberikan pengampunan hanya selepas menjalani hukuman penjara untuk beberapa lama,” kata Abu Talib dipetik portal berita FMT.", "Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar dilaporkan bercakap lebih lanjut mengenai proses itu, dengan berkata: “Saya rasa Najib perlu menjalani (tempoh) masa yang agak lama sebelum dia boleh mendapat pengampunan kerana dia tidak mengemukakan faktor meringankan hukuman di hadapan Mahkamah Tertinggi.”", "Syed Iskandar dilaporkan memetik kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diberi pengampunan diraja pada 2018 selepas menjalani hukuman penjara tiga tahun kerana salah laku seksual terhadap seorang bekas pembantunya.", "Beliau juga dilaporkan berkata Agong mesti bertindak atas nasihat – walaupun kuasa pengampunan terletak padanya – dan keputusan mana-mana lembaga pengampunan pada masa ini tidak boleh disemak oleh mahkamah.", "Pengampunan diraja adalah di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan Agong atau Sultan kuasa untuk memberikan pengampunan atau penangguhan hukuman kepada banduan.", "Semalam, Najib gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan bersalah Mahkamah Tinggi, yang menyaksikan Mahkamah Persekutuan memerintahkan beliau menjalani hukuman 12 tahun penjara berkuat kuasa serta-merta. Dia juga didenda RM210 juta.", "Dia telah didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.", "Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata penemuan Mahkamah Tinggi mengenai pembelaan adalah betul dan hakim perbicaraan yang arif telah menjalankan analisis menyeluruh terhadap keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan, menilai dengan betul semua keterangan berhubung dengan pembelaan dan tidak mempercayai naratif pembelaan.", "Beliau juga berkata Najib telah menunjukkan bagaimana pembelaannya tidak konsisten, tidak koheren dan tidak wajar dipercayai, seperti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.", "Selepas menghabiskan satu jam di bilik mahkamah bersama keluarga, pembantu dan ahli parti, Najib dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/peguam-najib-kata-media-putar-belit-kenyataan-enggan-ulas-prosiding/
Peguam Najib kata media putar belit kenyataan, enggan ulas prosiding
[ "Tidak seperti kebiasaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah enggan memberi sebarang komen berhubung prosiding yang sedang dihadapi anak guamnya, Datuk Seri Najib Razak semasa perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bersambung hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.", "Shafee yang sebelum disingkirkan sebagai peguam Najib dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd pada saat akhir dan diganti dengan firma Datuk Zaid Ibrahim berkata pihak media sentiasa memutar belit kenyataannya.", "“Kamu (media) sentiasa memutar belit kenyataan saya walaupun di mahkamah.", "“Sebarang maklumat mengenai beliau (Najib) kamu boleh cari sendiri,” katanya apabila ditanya berhubung situasi dihadapi Najib ketika ini.", "Najib ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada Selasa lalu.", "Muhammad Shafee tiba kira-kira pukul 2.15 petang tadi bagi menyambung perbicaraan membabitkan kes 1MDB sebentar lagi.", "Untuk rekod, Najib ketika ini sedang berhadapan satu lagi pendakwaan di mahkamah melibatkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama." ]
https://www.agendadaily.com/politik/prn-melaka-pn-terbukti-jaga-kebajikan-rakyat-kata-hadi-awang/
PRN Melaka: PN terbukti jaga kebajikan rakyat, kata Hadi Awang
[ "Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pengundi Melaka wajar menjadikan kepemimpinan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) peringkat Persekutuan sebelum ini sebagai rujukan betapa gabungan itu prihatin kepada kebajikan rakyat.", "Menurutnya sepanjang pemerintahan Kerajaan PN telah banyak usaha positif, termasuk menyalurkan bantuan bagi meringankan beban rakyat, terutama ketika berdepan pandemik Covid-19.", "“Sepanjang Perikatan Nasional diberikan amanah bagi memimpin negara, banyak usaha serta tindakan positif yang diambil bagi kebaikan rakyat.", "“Rakyat Malaysia yang dilanda teruk wabak Covid-19 diberikan bantuan dengan sebaik-baiknya di bawah pemerintahan Perikatan Nasional.", "“Ini menunjukkan keprihatinan Perikatan Nasional terhadap keperluan dan kebajikan rakyat sepanjang Malaysia berhadapan dengan krisis tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Justeru, Abdul Hadi berkata untuk PRN Melaka, PN mengetengahkan calon-calon yang berintegriti, prihatin rakyat dan berkebajikan.", "“Rakyat Melaka mesti memilih PN bagi membawa perubahan di negeri itu,” katanya.", "Rakyat Melaka akan memilih kerajaan baharu melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan esok, setelah dua kerajaan yang memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) – tumbang setelah lebih setahun.", "Kerajaan PH pimpinan Adli Zahari memerintah selama 22 bulan sebelum tumbang apabila beberapa wakil rakyat, termasuk daripada DAP, mengisytiharkan keluar parti, menyusul kejatuhan kerajaan PH peringkat Persekutuan dan terbentuknya Kerajaan PN, pimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Kerajaan BN Melaka pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali daripada UMNO pula bertahan kira-kira 17 bulan, sebelum dua wakil rakyat UMNO, dan masing-masing seorang dari Bersatu dan Bebas, menarik sokongan terhadapnya, susulan krisis perebutan jawatan Ketua Menteri serta projek bernilai jutaan ringgit.", "Kerajaan PN peringkat Persekutuan pula tumbang setelah dikhianati 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menarik balik sokongan diberikan kepada Muhyiddin dan PN.", "Keprihatinan Muhyiddin bersama rakan komponen di dalam PN – PAS, STAR, SAPP dan Gerakan – untuk tidak menyusahkan rakyat menghadapi PRU15 tatkala pandemik Covid-19 berleluasa, meleraikan kemelut apabila memberi sokongan kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi Perdana Menteri.", "Namun, sepanjang pentadbirannya, terutama dalam berdepan pandemik Covid-19 yang tidak pernah ditangani oleh mana-mana kerajaan Malaysia sebelum ini, PN mengetengahkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat, walaupun UMNO dan pembangkang berusaha memburuk-burukkan kepemimpinan Muhyiddin dan PN." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/lima-mangsa-sindiket-kerja-di-kemboja-dibawa-pulang/
Lima mangsa sindiket kerja di Kemboja dibawa pulang
[ "Lima lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air hari ini.", "Kementerian Luar dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, kelima-lima individu berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH755 pada 2 petang semalam, lapor Bernama.", "Perkembangan itu menjadikan bilangan kes mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja yang berjaya diselamatkan sehingga hari ini adalah seramai 143 orang, daripada 158 kes yang dilaporkan.", "“Daripada bilangan mangsa yang diselamatkan, 29 masih berada dalam depoh tahanan imigresen di Kemboja manakala selebihnya telah pulang ke tanah air.", "“Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh terus giat menjalankan usaha untuk menjejaki rakyat Malaysia, yang dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan ini di Kemboja,” menurut kenyataan itu.", "Selain Kemboja, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia yang lain sedang mempergiatkan usaha untuk menyelamatkan rakyat negara ini yang menjadi mangsa sindiket di Laos, Myanmar dan Thailand.", "Berdasarkan rekod, seramai 16 orang rakyat Malaysia di Thailand, 27 di Laos dan lima di Myanmar, yang menjadi mangsa sindiket berjaya diselamatkan.", "Sementara itu, bilangan yang sedang dijejaki pula adalah seramai 12 orang di Thailand, 28 di Laos dan 54 orang di Myanmar.", "“Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di negara terbabit, akan terus melipatgandakan usaha dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara itu, dalam usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa-mangsa sindiket berkenaan,” menurut kenyataan itu." ]
https://www.agendadaily.com/politik/umno-sedia-terima-bekas-mp-lompat-parti-tapi-tak-jadi-calon/
UMNO sedia terima bekas MP lompat parti, tapi tak jadi calon
[ "Syarat diletak UMNO kepada 16 Ahli Parlimen (MP) UMNO yang ‘melompat’ sebelum diterima masuk semula adalah mereka tidak akan diletak menjadi calon pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).", "UMNO juga menyatakan kesediaan menerima semua bekas ahli yang keluar parti namun tidak menolak banyak halangan memandangkan mereka sebelum ini pernah mengkhianati parti sendiri, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.", "“Saya yakin orang-orang UMNO amat terkilan kepada 15 orang Bersatu campur seorang dari Warisan kerana ahli-ahli UMNO di 16 kawasan itu mengangkat mereka sebagai calon UMNO dan kemudian mereka lari ketika zaman UMNO dan Barisan Nasional (BN) susah.", "“Jadi, kalau nak kembali itu, saya tak nampak ada jalan untuk mereka, maksud saya kembali menjadi calon. Kalau mereka nak kembali tetapi tidak mahu menjadi calon, itu lainlah. Itu satu perkara yang berbezalah ya.", "“Tapi, kalau nak kembali lepas itu nak jadi calon, tentu sekali halangan itu banyak,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.", "Bagaimanapun, Ahmad berkata setakat ini UMNO tidak menerima sebarang permohonan untuk menyertai semula daripada bekas MP yang melompat sebelum ini.", "“Tak ada (perbincangan). Saya cuma terserempak mereka ketika di Dewan Rakyat sahaja.", "“Tak ada seorang pun yang mohon masuk ke dalam UMNO balik. Jadi apabila tak ada seorang pun, maka tak ada lah harapan mereka untuk mengikut menjadi calon UMNO. Bukankah begitu,” soalnya.", "Dalam pada itu, Ahmad turut mengulas tentang beberapa pimpinan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti, sama ada masih diberi ruang untuk menjadi calon pada PRU kali ini atau sebaliknya.", "“Pemimpin yang berlawanan arus daripada pucuk pimpinan dan dasar parti itu risiko yang mereka ambillah, sama ada mereka akan dapat menjadi calon atau tidak, itu masih belum diputuskan juga.", "“Walaupun demikian, Pre­siden pernah menyebut beliau tidak akan berdendam dalam memberikan watikah selaku Pengerusi BN, itu adalah sedikit harapan pada mereka, tetapi segalanya belum diputuskan,” ujarnya lagi.", "Selepas PRU-14 lalu, beberapa pemimpin UMNO mengisytiharkan dirinya keluar parti sebaik sahaja parti itu kalah.", "Antaranya Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).", "Begitu juga lima MP Sabah turut mengambil tindakan yang sama termasuklah Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Rahim Bakri (Kudat).", "Pada 14 Disember 2018 pula, seramai enam Ahli Parlimen UMNO turut mengisytiharkan meninggalkan parti keramat Melayu itu termasuk Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahya ( Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).", "Seorang lagi bekas MP Labuan, Datuk Rozman Isli turut keluar parti dan menyertai Parti Warisan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/superman-antara-50-mat-rempit-ditahan/
‘Superman’ antara 50 mat rempit ditahan
[ "Polis menahan 50 penunggang motosikal kerana merempit dan berlumba haram dalam operasi samseng jalanan di kawasan pantai Seagate, di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, awal pagi ini.", "Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang Supt Zafri Zolkapli, yang mengetuai operasi bermula 12 tengah malam itu berkata, kesemua penunggang motosikal itu cuba melarikan diri dengan memecut laju, namun mereka gagal meloloskan diri berikutan laluan dari arah Batu Maung menuju pusat bandar terlebih dahulu dikepung polis.", "“Pihak polis menjalankan operasi susulan aduan orang ramai berhubung kegiatan sekumpulan penunggang motosikal yang sering menunggang secara berbahaya dan membuat bising di kawasan itu, lapor Bernama.", "“Berdasarkan risikan dan intipan pasukan polis, ada dalam kalangan mereka yang melakukan aksi tunggangan ‘ala superman’, meniarap atas motosikal dan mengangkat kedua-dua belah tayar motosikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.", "Zafri berkata kesemua penunggang motosikal yang berumur belasan tahun hingga 30 tahun yang ditahan itu, kemudian diarah menolak motosikal masing-masing sambil diiringi polis selama sejam hingga ke Balai Polis Bayan Lepas.", "“Polis turut menyita 50 motosikal dan dua kereta serta mengeluarkan 150 saman atas pelbagai kesalahan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/tujuh-parti-mohon-jadi-komponen-ada-peluang-tanding-bawah-bn/
Tujuh parti mohon jadi komponen ada peluang tanding bawah BN?
[ "Peluang bagi tujuh lagi parti politik untuk menjadi anggota komponen Barisan Nasional (BN) atau sekutu gabungan itu terbuka luas apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak ahli UMNO membuka minda menerima mereka.", "Pengerusi BN itu berkata parti-parti lain mempunyai kebebasan untuk menyertai gabungan politik yang lain, termasuk Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).", "“Kita ada lapan parti-parti rakan BN. Kita ada tujuh lagi yang mahu menyertai BN. Adakah kita tidak membuka minda untuk memberi peluang kepada mereka untuk menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)?", "“Kenapa mereka (parti) yang mempunyai kebebasan untuk menyertai gabungan yang lain. Sekarang ini ada enam parti gabungan… BN, PH, PN, GPS (Gabungan Parti Sabah), GRS (Gabungan Rakyat Sabah) dan GTA (Gerakan Tanah Air),” katanya sambil menyifatkan GTA sebagai “Gila Talak Association”.", "Beliau berkata demikian ketika melancarkan jetera pilihan raya peringkat Parlimen Bagan Datuk – kawasan yang diwakilinya sejak 1995.", "Bagaimanapun, Zahid tidak menyatakan nama parti-parti yang memohon menjadi anggota BB atau rakan BN.", "Sebelum ini, Parti Bangsa Malaysia (PBM) pimpinan bekas ahli PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin memohon menyertai BN tetapi sehingga kini Dewan Tertinggi BN belum membuat keputusan, menerima atau menolaknya.", "Mengulas lanjut, Zahid berkata sekarang ini pengundi-pengundi mempunyai banyak pilihan jika semua gabungan itu meletakkan calon mereka bertanding di kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).", "Oleh itu, beliau menggesa ahli UMNO bekerja kuat bagi memastikan kejayaan calon BN pada PRU-15 akan datang.", "“Kalau kita bekerja kuat… kalau kita bekerja dengan ikhlas dan rekod selama 62 tahun kita mentadbir negara ini pengundi-pengundi akan memberikan kepercayaan kepada calon-calon BN yang akan kita ketengahkan,” katanya.", "Menurutnya satu langkah yang luar biasa perlu dilakukan pada PRU-15 ini kerana semakin hari pengundi muda dan mereka yang pertama kali akan mengundi, semakin bertambah." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ringgit-ditutup-rendah-berbanding-dolar-as-2/
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
[ "Ringgit susut untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan pengukuhan dolar dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global, kata ahli ekonomi.", "Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.5365/5395 berbanding dolar AS daripada 4.5250/5275 ketika ditutup pada Rabu, lapor Bernama.", "Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS terus meningkat memandangkan pasaran mata wang mungkin tidak yakin kebuntuan mengenai siling hutang AS dapat diselesaikan tepat pada masanya.", "“Memandangkan naratif dasar monetari yang terbatas akan menjejaskan ekonomi global, ia juga boleh mengakibatkan penghindaran risiko (kekal ketara), ini membawa kepada permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS.", "“Kami berpendapat pasaran pertukaran mata wang asing sedang terganggu dengan kegagalan siling hutang AS dalam keadaan kebimbangan mengenai pertumbuhan global yang lemah,” katanya kepada Bernama.", "Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang utama.", "Unit tempatan lemah berbanding pound British kepada 5.6452/6490 daripada 5.6300/6331 ketika ditutup pada Rabu dan rendah berbanding euro kepada 4.9076/9108 daripada 4.9006/9033.", "Walau bagaimanapun, ringgit meningkat meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2926/2950 daripada 3.3039/3060 sebelumnya.", "Mata wang tempatan juga didagangkan rendah berbanding mata wang negara Asean.", "Ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 305.0/305.4 daripada 304.2/304.6 pada penutupan dagangan Rabu serta turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3724/3748 daripada 3.3693/3714.", "Unit domestik rendah berbanding peso Filipina kepada 8.11/8.13 daripada 8.05/8.06 dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2105/2247 daripada 13.2059/2182." ]
https://www.agendadaily.com/politik/dapsy-pulau-pinang-pula-persoal-mengapa-guan-eng-tak-digugurkan-bertanding/
DAPSY Pulau Pinang pula persoal mengapa Guan Eng tak digugurkan bertanding?
[ "Krisis dalaman DAP selepas pengumuman calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (Pulau Pinang) baru-baru ini masih belum reda, terbaharu akar umbi parti itu mempersoalkan mengapa Lim Guan Eng masih diberikan tempat untuk bertanding lagi.", "Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang, M Kogilan menggesa penjelasan diberikan berhubung keputusan mengekalkan Guan Eng bertanding tetapi pada masa sama terdapat banyak calon digugurkan selepas pengumuman calon baru-baru ini.", "“Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bahawa membawa pembaharuan dalam setiap pilihan raya termasuk menggugurkan beberapa ‘orang lama’ adalah proses biasa.", "“Justeru saya ingin bertanya kenapa parti tidak menggugurkan nama Lim Guan Eng?", "“Beliau juga orang lama yang bertanding dalam pilihan raya sejak 1986,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.", "Tambah Kogilan dia juga tertanya-tanya jika Guan Eng memang tidak berniat untuk membuka ruang kepada muka baru bagi menggantikannya.", "“Atau adakah dia dilihat sebagai orang muda yang masih perlu bertanding dalam PRN kali ini,” katanya lagi.", "Sebelum ini, Loke berkata keputusan DAP menggugurkan lima exco Pulau Pinang bagi menghadapi PRN kira-kira dua minggu lagi adalah usaha untuk meremajakan parti itu agar ia kekal relevan.", "Katanya, keputusan diambil atas pertimbangan penglibatan muka baru akan membawa nafas baru kepada parti itu yang sudah memerintah tiga penggal di Pulau Pinang.", "“Antara tokoh yang sudah lama berkhidmat termasuk P Ramasamy yang sudah menjadi Timbalan Ketua Menteri II selama tiga penggal, manakala Chong Eng menjadi exco selama dua penggal, dan sebelum itu banyak penggal sebagai Ahli Parlimen,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dua-ruu-pemansuhan-kesalahan-cubaan-bunuh-diri-diluluskan-dewan-negara/
Dua RUU pemansuhan kesalahan cubaan bunuh diri diluluskan Dewan Negara
[ "Dua rang undang-undang berkaitan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri diluluskan di Dewan Negara hari ini.", "Rang undang-undang berkenaan ialah Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2023 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2023, menurut laporan Bernama.", "Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh menggulung perbahasan bagi kedua-dua rang undang-undang berkenaan yang berunsurkan pencegahan kes bunuh diri, setelah dibahas oleh senator.", "Rang Undang-undang berkenaan dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada 4 April lepas dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 22 Mei lepas.", "Dalam penggulungannya bagi perbahasan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2023, Ramkarpal berkata terdapat beberapa peruntukan mewajibkan seseorang yang cuba membunuh diri dibawa ke fasiliti perubatan untuk mendapatkan rawatan.", "“Keutamaan dalam pindaan-pindaan ini adalah untuk memulihkan seorang yang berfikir untuk mengambil nyawanya sendiri. Ini juga akan mengambil masa yang lama oleh kerana terdapat proses dari segi psikologi dan sebagainya untuk memulihkan orang tersebut,” katanya.", "Sementara itu, perbahasan bagi satu lagi rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 bersambung esok.", "Azalina sebelum ini berkata rang undang-undang pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri melibatkan empat dasar, antaranya mengekalkan kesalahan persubahatan membunuh diri di bawah seksyen-seksyen 305 dan 306 Kanun Keseksaan.", "Ini dengan memasukkan persubahatan perlakuan percubaan bunuh diri oleh mana-mana orang sebagai suatu kesalahan jenayah dan seterusnya dibezakan berdasarkan kategori orang yang dihasut untuk melakukan tindakan-tindakan berkaitan.", "Dasar lain pula bertujuan mewujudkan pegawai intervensi krisis dan memberikan kuasa penangkapan kepada pegawai berkenaan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615), selain mencadangkan moratorium terhadap pelaksanaan seksyen 309 Kanun Keseksaan sehingga pemansuhan seksyen itu selesai dilaksanakan dan diwartakan dengan sewajarnya.", "Persidangan Dewan Negara bersambung esok." ]
https://www.agendadaily.com/politik/mas-ermieyati-tawar-lima-teras-manifesto-parlimen-masjid-tanah/
Mas Ermieyati tawar lima teras manifesto Parlimen Masjid Tanah
[ "Selain PN BEST yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran oleh Perikatan Nasional, calon gabungan parti itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menawarkan juga lima teras manifesto tersendiri bagi kawasan Parlimen ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Masjid Tanah, Melaka.", "Berucap melancarkan lima teras manifesto untuk Parlimen Masjid Tanah di Bilik Gerakan Perikatan Nasional Masjid Tanah malam tadi, Mas Ermieyati berikrar melaksanakan lima teras itu jika menang PRU yang akan berlangsung 19 November ini.", "Lima teras manifesto itu merangkumi aspek pendidikan; belia dan anak muda; peluang ekonomi dan keusahawanan; kesejahteraan dan kebajikan; serta infrastruktur kampung dan ameniti awam bagi memajukan kawasan Parlimen diwakilinya.", "“Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi menawarkan lima teras itu sebagai perkara utama akan saya laksanakan jika dipilih mewakili rakyat Masjid Tanah pada 19 November ini,” katanya.", "Mas Ermieyati bakal ditentang calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid; Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang) dan Mutalib Uthman (PH-MUDA).", "Menurutnya beliau turut bercadang menyediakan pusat tuisyen khusus untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) khusus untuk pelajar keluarga B40 dan M40.", "“Kami mahu mewujudkan akademi kecemerlangan anak Masjid Tanah, pusat sukan elektronik untuk anak muda mengasah bakat dalam bidang e-sukan dan akademi kecemerlangan dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) untuk belia serta anak muda,” katanya.", "Beliau berkata, turut dijanjikan adalah peluang ekonomi dan keusahawanan bagi memperkasa agenda ekonomi digital, menyediakan pusat pengumpulan dan pemasaran produk kraftangan, hasil pertanian dan produk perusahaan kecil dan sederhana.", "Bagi meningkatkan infrastruktur kampung dan ameniti awam, beliau bercadang menaik taraf prasarana pelancongan, terutama di pantai peranginan Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak." ]
https://www.agendadaily.com/politik/biar-pru-15-dahulu-berjalan-baharu-umno-buat-pemilihan-parti-mat-hasan/
Biar PRU-15 dahulu berjalan, baharu UMNO buat pemilihan parti: Mat Hasan
[ "UMNO akan menunggu selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan terlebih dahulu sebelum menjalankan pemilihan partinya, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.", "Mohamad atau dikenali Mat Hasan itu berkata pemilihan parti hanya dapat diadakan selewat-lewatnya November tahun depan dan parti perlu menyelesaikan terlebih dahulu berhubung aduan-aduan yang diterima semasa persidangan peringkat akar umbi diadakan.", "“Pemilihan parti ini memang perlu diadakan tahun depan, sebab penggal yang ada ini akan berakhir sehingga hujung Disember 2022 nanti. Jika habis penggal hujung tahun, pemilihan di peringkat cawangan perlu diadakan awal iaitu selewat-lewatnya bulan Julai mesti diadakan.", "“Dua bulan lagi untuk kita tangguhkan mesyuarat di antara cawangan dan juga bahagian kerana semasa musim pemilihan ini, macam-macam perkara, aduan-aduan mesti kita selesaikan dahulu sebelum kita adakan mesyuarat perwakilan bahagian.", "“Kemudian dua bulan lagi, sampai bulan November, boleh kita adakan pemilihan Pusat dan bahagian yang dibuat serentak di bahagian-bahagian,” katanya lapor Utusan Malaysia.", "Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau terdahulu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau Tahun 2021 hari ini.", "Mengulas pandangan supaya pemilihan UMNO diadakan sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Mohamad berkata, Mesyuarat Majlis  Tertinggi (MT) UMNO telah memutuskan supaya lima orang kepemimpinan tertinggi parti akan mengadakan perbincangan mengenainya.", "“Mesyuarat MT baru-baru ini telah memutuskan supaya bagi pihak parti iaitu lima pemimpin tertinggi dengan dalam itu ada juga Perdana Menteri, supaya kita berbincang elok-elok sebaik mungkin untuk parti. Apa yang kita buat adalah apa yang terbaik untuk parti. Kita tidak boleh buat sesuatu yang kadangkala boleh menyebabkan parti mendapat akibat yang tidak baik.", "“PRU-15 ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti dan juga pucuk pimpinan negara untuk berunding dan mencari kata sepakat dengan parti sudah bersedia dan kerajaan juga sudah bersedia. Walaupun kita mahu supaya PRU-15 awal, yang boleh bubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri ialah Yang di-Pertuan Agong.", "“Pemimpin parti dan pemimpin kerajaan akan duduk bersama-sama, pemilihan parti dan juga PRU-15 akan dibincangkan bersama, kita mahu cari yang baik maka apabila kita berunding sama-sama nanti, kita akan dapat kata sepakatnya,” katanya.", "Sementara itu, jelas beliau, tidak ada sebarang cadangan dalam mesyuarat MT UMNO baru-baru ini supaya lima jawatan tertinggi dalam parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu kelak.", "“Kami tidak membincangkan itu, UMNO parti demokrasi, siapapun boleh ingin mencabar, ramai yang mahu mencabar jawatan Presiden, Timbalan presiden, Naib Presiden, UMNO mengamalkan demokrasi yang benar-benar demokrasi, tidak macam dahulu,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/banjir-meningkat-ketika-fasa-bulan-bergoyang-kata-kajian-nasa/
Banjir meningkat ketika fasa ‘bulan bergoyang’, kata kajian NASA
[ "Perubahan semula jadi yang akan berlaku pada orbit Bulan – yang disebut ‘goyangan bulan’ – ditambah dengan kenaikan paras laut disebabkan perubahan iklim, dapat meningkatkan jumlah banjir di bumi pada masa akan datang, kata kajian dilakukan Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) dan Universiti Hawaii.", "Banjir diunjurkan akan bermula pada tahun 2030-an dan 10 tahun terakhir, menurut kajian itu, yang memfokuskan kepada kesan fenomena berkenaan di AS.", "Terdapat 600 banjir yang berlaku di AS akibat air pasang pada tahun 2019, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional. Jumlah itu dijangka meningkat beberapa kali ganda sehingga ke tahun-tahun 2030-an, menurut kajian itu yang diterbitkan dalam majalah Nature Climate.", "Sementara banjir akibat air pasang yang melibatkan hanya sedikit sahaja air dan dianggap kurang memberi kerosakan berbanding banjir disebabkan taufan, air yang terkumpul dari semasa ke semasa akan memberi kesan, kata Penolong Profesor di Universiti Hawaii, Phil Thompson yang mengetuai kajian itu dalam satu kenyataan.", "“Jika banjir berlaku 10 hingga 15 kali sebulan, perniagaan tidak boleh beroperasi sekiranya tempat pakir dipenuhi air. Orang ramai akan hilang kerja kerana mereka tidak boleh pergi bekerja,” katanya.", "Apa yang dikatakan sebagai ‘goyangan bulan’ itu bukan fenomena baharu. Ianya kali pertama dilaporkan pada tahun 1728 dan menjadi sebahagian daripada 18.6 tahun pusingan semula jadi bulan.", "Ketika separuh pertama kitaran bulan, pasang surut air di Bumi sentiasa ditekan. Pada separuh masa kedua, air pasang semakin kuat, menurut NASA.", "Bulan yang ketika ini berada pada tahap setengah kitarannya, sudah menyebabkan peningkatan banjir di kawasan pesisir pantai, ditambah pula hasil daripada kenaikan paras laut disebabkan perubahan iklim, menurut NASA.", "Dalam tempoh satu dekad kenaikan permukaan laut, ia akan memberi kesan teruk, apa lagi ketika Bulan kembali dalam separuh kitarannya dan akan mengakibatkan lonjakan kejadian banjir di semua garis pantai AS, termasuk Hawaii dan Guam.", "Para penyelidik mengkaji dan mengukur 89 lokasi pasang surut di wilayah pesisir di seluruh AS, kitaran astronomi dan kemungkinan fenomena yang mempengaruhi pasang surut untuk membuat unjuran, yang menjangkau hingga tahun 2080.", "Pentadbir NASA Bill Nelson, dalam satu kenyataan, berkata penyelidikan itu sangat penting untuk membolehkan kawasan pesisir bersiap sedia menghadapi banjir pada masa depan.", "“Kombinasi tarikan graviti Bulan, kenaikan permukaan laut, dan perubahan iklim akan terus memburukkan lagi banjir di garis pantai AS dan di seluruh dunia,” katanya.", "“Pasukan Perubahan Aras Laut NASA memberikan maklumat penting sehingga kami dapat merancang, melindungi, dan mencegah kerosakan pada lingkungan dan kehidupan penduduk yang terkesan akibat banjir,” katanya. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kwsp-bersasar-ismail-sabri-sependapat-dengan-mp-pn/
KWSP bersasar: Ismail Sabri sependapat dengan MP PN
[ "Ketika wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) terus mendesak kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) membenarkan pengeluran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar, Ahli Parlimen BN juga didapati turut sependapat.", "Ia dinyatakan sendiri bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen BN Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tatkala Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan, menjawab perbahasan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini (22 Februari 2023).", "Ismail Sabri dilaporkan meminta kerajaan memberi pertimbangan pengeluaran KWSP secara bersasar, kepada yang layak.", "Memetik Harakah, Ismail Sabri berkata individu bergaji RM2,000 sebulan selepas 10 tahun, jumlah simpanan akan mencecah RM50,000 dan tidak akan habis jika simpanan KWSP dikeluarkan sedikit.", "Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) sependapat dengan Ismail Sabri dengan memberitahu bahawa impak pengeluaran KWSP secara bersasar sangat besar terhadap pemulihan ekonomi, selain dapat membantu golongan yang memerlukan.", "Sementara itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) juga bersetuju dengan meminta kerajaan membenarkan pengeluaran kerana cara itu adalah antara kaedah membantu rakyat yang terjejas.", "Namun, Ahmad Maslan ketika menjawab persoalan ini berkata, seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ada kaedah lain untuk membantu golongan yang terkesan.", "Beliau bagaimanapun, tidak dapat memberikan apakah kaedah itu dan bila ianya akan dilaksanakan.", "Ahmad berkata pendirian tidak membenarkan pengeluaran bersasar wang KWSP kekal buat masa ini, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.", "Beliau berkata sebenarnya pencarum yang layak mengeluarkan KWSP tidak mahu mengeluarkan wang mereka tetapi memberi jaminan kerajaan akan mencari jalan lain untuk membantu kumpulan yang memerlukan bantuan.", "Mereka yang layak keluar KWSP, sebenarnya tidak mahu keluarkan pun: Mat Maslan" ]
https://www.agendadaily.com/politik/khalid-buka-mulut-berhubung-dakwaan-terlibat-pindah-lot-tanah/
Khalid buka mulut berhubung dakwaan terlibat pindah lot tanah
[ "Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad membuka mulut berhubung dakwaan penglibatannya dalam membantu syarikat swasta mendapatkan kelulusan pemindahan satu lot tanah ketika menjawat jawatan tersebut.", "Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata tidak dapat memberi penjelasan lanjut berhubung pendedahan portal tersebut memandangkan ia tidak menyatakan secara terperinci kandungan surat yang dikatakan dilihat oleh mereka.", "“Jika diberikan butiran secara terperinci tentang surat (sokongan) itu, saya boleh memberikan respons ke atas dakwaan itu dan memberikan penjelasan mengenainya.", "“Saya memohon mereka mendedahkan secara terperinci tentang surat itu supaya dapat saya respons,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Khalid berkata setakat pengetahuannya tidak ada memberikan sebarang sokongan atau kelulusan kepada sebarang projek atau kontrak seumpama itu.", "Terdahulu, pada 24 September lalu, sebuah portal mendedahkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan minit sokongan kepada sebuah syarikat pemaju swasta untuk mendapatkan kelulusan bagi memindahkan plot tanah pada 2019.", "Portal itu mendakwa Menteri tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen secara peribadi memastikan surat rayuan daripada pemaju tersebut ditangani sendiri oleh pembantunya dan datuk bandar.", "Pemaju tersebut dikatakan menulis surat kepada Menteri itu memohon untuk mendapatkan sebuah plot tanah Kuala Lumpur bagi tujuan pembangunan bercampur.", "Surat tersebut didakwa menulis surat rayuan kepada Menteri sekitar Disember 2018.", "Terdahulu, permohonan tersebut sudah diluluskan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan pada Disember 2017 tetapi dibatalkan pada November 2018.", "Persoalan timbul memandangkan permohonan Menteri tersebut dilakukan ketika kerajaan PH berkata tidak mahu mengamalkan budaya menulis surat sokongan oleh ahli politik bagi permohonan tender atau projek." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/arab-saudi-belum-beri-kata-putus-kuota-haji-tambahan-idris/
Arab Saudi belum beri kata putus kuota haji tambahan: Idris
[ "Kerajaan Arab Saudi masih belum memberikan keputusan mengenai rayuan tambahan kuota 5,000 jemaah haji yang dimohon Malaysia, untuk musim 2022.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata jumlah jemaah dari negara ini yang bakal mengerjakan ibadah haji tahun ini kekal seramai 14,306 orang.", "“Setakat ini kita belum terima maklumat mengenai rayuan kuota tambahan itu…tetapi jumlah yang memohon rayuan untuk mengerjakan haji mencecah 50,000 orang.", "“Memang jumlah kuota tambahan yang dipohon jauh berbeza dengan permohonan rayuan 50,000 ini, namun (jika kuota tambahan dibenarkan) ia terpulang kepada kebijaksanaan pengurusan Tabung Haji (untuk menentukan jemaah yang akan ditawarkan),” katanya memetik laporan Bernama.", "Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Khas Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di kampus induk UniSHAMS Kuala Ketil dekat Baling, hari ini.", "Pada 16 Mei lepas, dalam laporan media Idris dipetik sebagai berkata Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi, bagi musim haji tahun ini.", "Sementara itu, seramai 340 petugas haji akan digerakkan ke Arab Saudi bagi menjayakan perjalanan operasi ibadah haji pada tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.", "Beliau berkata petugas haji yang dipilih pada tahun ini terdiri daripada mereka berpengalaman tinggi, kerana jumlah mereka pada tahun ini adalah kurang berbanding sebelumnya.", "“Jumlah petugas haji sebelum ini adalah 650 orang, tetapi kali ini hanya 340 orang sahaja. Oleh itu kita pilih mereka yang berpengalaman dan boleh bertugas di Makkah dan Madinah.", "“Memang kita pilih yang boleh ‘multitasking’ dan mampu digerakkan ke mana-mana lokasi mengikut keperluan semasa,” katanya.", "Syed Saleh berkata seramai 84 petugas haji yang terdiri daripada petugas perubatan, kebajikan dan media, berlepas ke tanah suci hari ini melalui penerbangan Malaysia Airlines pada pukul 3.10 petang ini.", "Mereka ini adalah kumpulan kedua petugas haji yang berlepas ke tanah suci, sebelum ini 13 petugas telah pergi untuk membuat persiapan.", "“Semua petugas telah membuat persiapan rapi bagi memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada jemaah haji, petugas beri komitmen terbaik,” katanya.", "Ditanya cabaran ibadah haji tahun ini, beliau berkata petugas dan jemaah haji perlu bersedia dengan undang-undang baru diperkenalkan kerajaan Arab Saudi, seperti prosedur operasi standard berkaitan Covid-19." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/covid-19-persekolahan-diteruskan-11469-guru-bertukar-mulai-esok/
Covid-19: Persekolahan diteruskan, 11,469 guru bertukar mulai esok
[ "Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan menghentikan sesi persekolahan bersemuka di semua negeri di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehinggalah cuti penggal bermula 10 Disember ini.", "Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, keputusan yang dibuat itu selaras dengan ketetapan KPM sebelum ini meskipun menerima cadangan daripada banyak pihak agar sesi persekolahan ditutup lebih awal, susulan penularan Covid-19 di sekolah.", "Beliau berkata, keputusan untuk menutup mana-mana sekolah juga hanya boleh dibuat berdasarkan saranan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selepas penilaian risiko penularan Covid-19 di sekolah terlibat dilaksanakan.", "Menurutnya, sehingga kini kes aktif positif Covid-19 adalah sekitar 200 hingga 250 pelajar berbanding jumlah keseluruhan pelajar yang hadir ke sekolah iaitu sekitar 4.5 juta orang.", "“Secara umumnya kita lihat di dalam konteks kita bergerak ke fasa endemik, kita tahu ada kes di luar sana, itu tak dapat dielakkan.", "“Namun dalam konteks data yang kita ada, jumlah (pelajar positif Covid-19) adalah jauh lebih rendah daripada jumlah keseluruhan murid… jadi kita perlu lihat bahawa kita hendak bergerak ke fasa endemik, ini (tetap) akan berlaku.", "“Tetapi dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ada, kita cuba kawal daripada berlaku penularan dengan lebih besar atau banyak dan Insya-Allah sesi persekolahan akan berterusan hingga akhir penggal ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Akademi Sains Pendang, Kedah, hari ini.", "Sementara itu, Radzi berkata, pengumuman pertukaran guru yang akan dilaksanakan esok, bakal menyaksikan sebanyak 11,469 permohonan pertukaran diterima daripada keseluruhan 20,772 permohonan yang dibuat sebelum ini.", "Beliau berkata, jumlah itu juga menunjukkan peratusan permohonan yang berjaya paling tinggi pernah direkodkan iaitu sebanyak 55 peratus berbanding hanya sekitar 20 hingga 30 peratus pada tahun-tahun sebelum ini.", "Menurutnya, kriteria pemilihan bagi kelulusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan terhadap kumpulan guru yang berkhidmat terutama di Labuan, Sabah dan Sarawak yang telah membuat permohonan untuk kembali ke Semenanjung.", "Katanya, penempatan baharu guru akan dibuat mengikut lokasi yang dimohon serta kekosongan mata pelajaran yang diajar.", "“Dalam keadaan tertentu, ada guru tinggal di Sabah, Sarawak, Labuan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Jadi mereka rasakan sudah sampai masa hendak kembali ke Semenanjung.", "“Guru dari Sabah, Labuan, Sarawak mahu ke sesebuah negeri Semenanjung tetapi disebabkan opsyen mata pelajaran sudah penuh di negeri tersebut, kita akan tawarkan negeri terdekat.", "“Sekurang-kurangnya dapat kurangkan tekanan pada guru ini dalam konteks kos penerbangan dan sebagainya. Bawa balik, letakkan mereka di negeri terdekat dimohon,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/setiap-menteri-ada-pas-vip-kata-loke-berhubung-kontroversi-di-klia/
Setiap menteri ada pas VIP, kata Loke berhubung kontroversi di KLIA
[ "Tidak timbul berhubung keistimewaan yang diberikan kepada menteri untuk memasuki kawasan larangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jelas Anthony Loke.", "Loke yang juga Menteri Pengangkutan memberi reaksi berhubung kontroversi melibatkan rakan sejawatnya Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa melanggar protokol keselamatan apabila masuk ke kaunter imigresen.", "“Semasa beliau berada di KLIA itu memang diiringi oleh polis bantuan dan anggota keselamatan MAHB.", "“Dari segi isu pas keselamatan, itu tak jadi isu, sebenarnya setiap menteri ada pas VIP untuk masuk ke lapangan terbang walaupun kadangkala kita bukan mengambil flight.", "“Semalam pun saya berada di lapangan terbang, bukan saya mengambil flight, tetapi saya lancarkan satu penerbangan, jadi saya masuk ke kawasan larangan seperti balai pelepasan dan sebagainya.", "“Bagi saya isu pas tak timbul, dia memang layak untuk masuk ke kawasan larangan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini hari ini.", "Loke terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa negeri DAP di ibu pejabat parti Negeri Sembilan di Seremban.", "Semalam, King Sing mengaku dirinya merupakan menteri yang dimaksudnya oleh laporan media berkait kekecohan di balai ketibaan antarabangsa KLIA pada Rabu lalu.", "Namun beliau mempertahankan tindakannya itu dan menegaskan telah diberitahu bahawa pegawai Imigresen bertugas meminta rasuah untuk membebaskan seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukannya ke negara ini.", "Sebelum itu, Jabatan Imigresen Malaysia memberitahu pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung kejadian tersebut." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/i-citra-kwsp-nampak-asyraf-bodoh-banyak-baki-ahli-tak-sampai-rm10k/
i-Citra KWSP: Nampak Asyraf bodoh, banyak baki ahli tak sampai RM10k
[ "Ada Asyraf Wajdi kisah?", "KWSP telah mendedahkan pengeluaran luar biasa menerusi skim i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra, telah menyebabkan 73 peratus atau hampir tiga perempat ahli berada dalam situasi serius, di mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara, melebihi paras kemiskinan.", "Walaupun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah simpanan yang telah dikeluarkan kini telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka.", "Daripada jumlah itu, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.", "Menurut KWSP, lebih membimbangkan ialah ahli Bumiputera apabila 78 peratus, atau lebih tiga perempat ahli telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.", "Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2.0 juta, atau 25 peratus lagi mempunyai kurang daripada RM1,000, dalam akaun KWSP mereka.", "Ada Pemuda UMNO kisah?", "Namun malangnya, Pemuda UMNO diketuai Asyraf Wajdi telah membuat perkiraan salah mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 secara one-off.", "Asyraf dan kepimpinan tertinggi Pemuda yang rata-rata berkelulusan hebat, sekurang-kurangnya dari universiti di luar negara, gagal membuat pertimbangan dan penyelidikan apabila memberi alasan keperluan pencarum untuk mengeluarkan RM10,000 secara one-off itu.", "Asyraf Wajdi dan Pemuda sebelum ini begitu yakin, kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menerima cadangan mereka. Sehinggakan beliau sendiri memberi bayangan lebih awal bahawa tuntutan i-Citra one-off bakal dilaksanakan.", "“Malam kelmarin, selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, sempat ‘follow-up’ beberapa isu utama untuk diberikan perhatian Perdana Menteri, antaranya tuntutan rakyat mengenai KWSP i-Citra RM10,000 secara ‘one-off’…,” kata Asyraf memuat naik status dalam Facebooknya pada 1 Oktober lalu yang disertakan gambarnya berjalan beriringan dengan Ismail Sabri selepas mesyuarat itu.", "Namun, Jumaat lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz langsung tidak menyebut mengenai i-Citra one-off dalam ucapan Bajet 2022.", "Terkedu Asyraf Wajdi dan Pemuda UMNO. Menjangkakan netizen akan menyerang mereka, alasan mula dicari, kenyataan mula dibuat seolah-olah kerajaan yang salah kerana menghampakan harapan jutaan ahli KWSP, sedangkan merekalah yang beria-ia menjanjikannya. Berita berkaitan", "Namun bagi meredakan kemarahan orang ramai terhadap mereka, Asyraf Wajdi berkata Pemuda UMNO tidak akan ‘melepas tangan’ berhubung i-Citra one-off itu. Masih lagi ingin membuat desakan supaya insentif berkenaan diluluskan dalam bajet tambahan pada masa depan.", "Malangnya, kenyataan KWSP semalam yang memberikan butiran lengkap situasi simpanan ahli ketika pandemik Covid-19 telah membuka mata banyak pihak bahawa tuntutan yang dibuat itu jelas membuktikan ketidakprihatinan Pemuda UMNO terhadap masa depan pencarum KWSP khususnya bangsa Melayu.", "Bayangkan jika desakan Pemuda UMNO diterima. Tentu berebut-rebut pencarum, terutama Melayu akan membuat permohonan pengeluaran berkenaan. Ini sekali gus akan mengurangkan lagi baki akaun wang persaraan mereka.", "Mungkin yang berbaki RM10,000 dalam akaun tidak dibenar mengeluarkan wang itu secara one-off, tetapi mereka yang mempunyai simpanan lebih tinggi akan dibenarkan berbuat demikian sebagaimana diminta Pemuda UMNO.", "Apabila pengeluaran dibuat, simpanan pun berkurangan dan pastinya, bilangan pencarum yang memiliki simpanan di bawah RM10,000 atau RM1,000 akan meningkat.", "Usaha Pemuda UMNO untuk membolehkan RM10,000 one-off dikeluarkan hanya untuk mengembirakan sekejap sahaja pencarum – pemikiran yang singkat – sebaliknya mereka tidak memandang masa depan selepas persaraan itu.", "Memang sepatutnyalah kerajaan menolak cadangan dan desakan Asyraf Wajdi dan Pemuda UMNO, kerana apa yang diminta itu sebenarnya akan membunuh ahli KWSP selepas persaraan kelak.", "Tapi, ada Asyraf Wajdi dan Pemuda UMNO kisah?", "Berita berkaitan" ]
https://www.agendadaily.com/politik/pn-umum-tanding-semua-28-kerusi-sah-pertandingan-banyak-penjuru/
PN umum tanding semua 28 kerusi, sah pertandingan banyak penjuru
[ "Perikatan Nasional (PN) mengumumkan semua calonnya yang akan bertanding bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 20 November ini, ia sekaligus bakal menyaksikan pertandingan banyak penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.", "Daripada 28 kerusi tersebut, Bersatu akan bertanding 15 kerusi, lapan dari PAS dan lima lagi dari Gerakan.", "Pengumuman calon tersebut dibuat Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang dihadiri Presiden parti komponen lain, bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat hadir kerana berada dalam program muktamar tahunan parti itu.", "PAS akan bertanding di Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Bukit Katil, Duyong, Serkam, Kelebang dan Merlimau.", "Hanya kawasan Kelebang saja PAS dijangka tidak akan berdepan dengan cabaran Umno kerana BN menyerahkan kerusi tersebut kepada MCA.", "Sementara itu Bersatu pula akan berdepan UMNO di 11 kerusi yang akan ditandinginya.", "Pengerusi Bersatu Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen akan bertanding di kawasan Teluk Mas dan bukan di kerusi DUN Paya Rumput yang ditandinginya pada 2018 sebelum ini.", "Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah pula akan bertembung Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Tanjong Bidara.", "Awal hari ini, Barisan Nasional (BN) juga mengumumkan bertanding semua 28 kerusi di Melaka.", "Suruhanhaya Pilihan Raya (SPR) menteapkan Isnin ini sebagai hari penamanaan calon PRN Melaka manakala proses pengundiannya pada 20 November ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/200-rakyat-malaysia-di-australia-terjejas-banjir/
200 rakyat Malaysia di Australia terjejas banjir
[ "Seramai kira-kira 200 orang rakyat Malaysia telah dikenal pasti terkesan dalam kejadian banjir di wilayah Queensland, Australia, lapor Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini.", "Dalam satu kenyataan hari ini Wisma Putra berkata seramai 75 daripada mereka telah dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan ke pusat perlindungan sementara (PPS), manakala 35 orang lagi sedang menunggu bantuan untuk dipindahkan.", "Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata 75 mangsa banjir itu adalah pelajar di bawah pelbagai agensi kerajaan dan ditempatkan di PPS University of Queensland.", "Saifuddin memaklumkan keseluruhannya terdapat 348 rakyat Malaysia yang berdaftar di Queensland, termasuk kira-kira 200 pelajar, lapor Bernama.", "Menurutnya Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dengan kerjasama wakil komuniti Malaysia di Brisbane, Chan Wai Kiong dan Presiden Majlis Pelajar Malaysia di Australia (MASCA) Razin Hadi, sedang memantau dan menyelaraskan urusan perpindahan rakyat Malaysia yang terjejas ke PPS.", "“Kerajaan Negeri Queensland melalui siaran televisyen telah memaklumkan bahawa situasi banjir dijangka berlanjutan bagi tempoh tiga hingga lima hari akan datang.", "“Menurut agensi ramalan cuaca, situasi hujan yang sedang bergerak menghala ke arah selatan dijangkakan menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Timur laut New South Wales serta Sydney,” katanya melalui hantaran di laman Twitternya .", "Saifuddin berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dengan kerjasama Konsulat Malaysia di Sydney sentiasa bersiap siaga dan memantau serta melaporkan perkembangan banjir ini dari semasa ke semasa.", "Beliau menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas supaya berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Tinggi melalui talian +61261 200 300/310 atau +61416 334 901 atau e-mel ke [email protected].", "Berdasarkan laporan pihak berkuasa Queensland, hujan yang bermula sejak 25 Februari lalu dijangka akan berterusan selama tiga hingga lima hari lagi.", "Antara kawasan yang terkesan adalah Brisbane City, Bulimba, Hamilton, Milton, New Farm, Newstead, Norman Park, Oxley, Rocklea, South Brisbane, St Lucia, Teneriffe, Toowong, West End, Windsor dan Yeronga.", "Menurut kenyataan Kementerian Luar, tiada kematian akibat banjir yang dilaporkan setakat ini melibatkan rakyat Malaysia.", "Menurut laporan media, ribuan penduduk di pantai timur Australia diarahkan meninggalkan kediaman mereka susulan hujan lebat yang menenggelamkan beberapa buah bandar. Angka kematian meningkat kepada lapan orang setakat ini.", "Seramai 1,544 orang dipindahkan ke PPS, manakala lebih 1,000 sekolah di pantai timur negara itu ditutup." ]
https://www.agendadaily.com/politik/setelah-menzalimi-pn-dan-muhyiddin-sekarang-zahid-minta-nyawa-pula/
Setelah ‘menzalimi’ PN dan Muhyiddin, sekarang Zahid minta ‘nyawa’ pula
[ "Setelah bermacam-macam usaha dilakukannya untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Kabinet pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, berjaya, Presiden ‘caretaker’ UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta tindakan menzalimi parti dan pimpinan lawan dihentikan.", "Selepas membawa keluar 15 Ahli Parlimen (MP) UMNO daripada Kerajaan PN yang turut dianggotai Bersatu, PAS, MCA, MIC, SAPP, STAR dan Gerakan, serta disokong oleh GPS, Bebas dan PBS, Zahid kini merayu pula sokongan semua MP untuk membentuk sebuah kerajaan yang diistilahkannya mirip ‘War Cabinet’.", "Apakah Zahid sudah lupa dia juga pernah dirayu supaya tidak membawa keluar 14 MP UMNO daripada kerajaan PN, dan kini dia pula membuat rayuan MP untuk mendapatkan sokongan membentuk kerajaan, kononnya demi kesejahteraan rakyat?", "Mungkin terlupa bahawa kemelut politik yang berlaku sejak beberapa bulan lalu angkaranya dan beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Zahid dalam kenyataannya lewat malam tadi mengatakan negara telah menyaksikan kemelut politik yang meresahkan semua pihak.", "Malah, Zahid berkata apa yang berlaku itu wajar dijadikan teladan selain mengajak semua pihak memandang ke hadapan dengan memberi tumpuan menjaga kesejahteraan rakyat.", "“Apa yang berlaku perlulah dijadikan teladan dan saya menyeru semua pihak untuk memandang ke hadapan dengan memberi sepenuh tumpuan hanya kepada satu matlamat bagi bersama-sama menjaga kesejahteraan rakyat dan membina kembali negara tercinta ini,” katanya yang mungkin terlupa bahawa Kerajaan PN tidak pernah mengetepikan kesejahteraan rakyat dan negara, sebaliknya berusaha dengan menyediakan pelbagai pakej bantuan susulan kesan pandemik Covid-19.", "Dalam kenyataan itu juga Zahid secara tidak langsung mengakui dia tidak layak menjadi Perdana Menteri apabila mengatakan tidak pernah terlintas untuk menduduki jawatan itu.", "“Demi kepentingan rakyat dan negara ketahuilah, saya tidak pernah terlintas untuk menamakan diri saya sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai sebuah parti terbesar.", "“Justeru, UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai pengalaman luas dan panjang dalam mentadbir negara, akan mempertimbangkan beberapa calon. Sehubungan itu, saya mengharapkan kerjasama serta sokongan semua Ahli-Ahli Parlimen,” rayunya lagi.", "Bagaimanapun kenyataan bahawa dia tidak terlintas untuk menjadi Perdana Menteri berbeza dengan tindakan yang didakwa dilakukannya pada 2016 lalu apabila mengajak MP Barisan Nasional (BN) memberi tekanan supaya Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.", "Zahid ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri, dan jika Najib meletak jawatan tiada orang lain yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri selain dia.", "Zahid tidak pernah menafikan dakwaan di dalam surat yang tersebar itu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pertuduhan-terhadap-muhyiddin-berniat-jahat-3-pertuduhan-juga-harus-gugur-azmin/
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
[ "Selepas empat pertuduhan rasuah terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan hari ini, tiga lagi pertuduhan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (AMLA) 2001 juga perlu digugurkan.", "Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ia susulan kes AMLA itu tidak boleh berdiri sendiri.", "“Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa empat pertuduhan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM adalah cacat, tidak mendedahkan sebarang kesalahan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah.", "Atas sebab itu, Mahkamah melepaskan dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin dari kesemua pertuduhan yg dikatakan perbuatan rasuah salah guna kuasa.", "“Oleh kerana kesalahan utama/predikat telah dibatalkan maka 3 pertuduhan AMLA juga tidak boleh berdiri secara sendiri dan harus juga dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Pagi tadi, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin melepas dan membebaskan Muhyiddin selepas membenarkan permohonan Presiden Bersatu iu untuk membatalkan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.", "Dalam pada itu, Azmin yang juga ADUN Hulu Kelang berkata keputusan mahkamah itu merupakan kejayaan kepada mereka dalam membuktikan wujudnya ‘tangan’ jahat.", "“Kejayaan hari ini membuktikan ada ‘tangan’ yang berniat jahat untuk mencalarkan imej dan kredibiliti Bersatu khususnya Tan Sri Muhyiddin supaya rakyat menolak Perikatan Nasional (PN).", "“PN bertegas dari awal bahawa sekiranya kerajaan berpegang kepada prinsip “rule of law”, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan dituduh dalam Mahkamah.", "Perikatan Nasional yakin bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa. Malahan, beliau adalah seorang yang tuntas menentang amalan rasuah termasuk menentang skandal kewangan terbesar 1MDB sehingga beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.", "“Keputusan Mahkamah pagi ini akan memperteguhkan pendirian kami Perikatan Nasional untuk menentang segala bentuk amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan hari ini dan memberikan fokus untuk membangunkan ekonomi rakyat dan negara,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pemandu-kereta-sapu-pencetus-kluster-baharu-covid-19-di-ranau/
Pemandu kereta sapu pencetus kluster baharu Covid-19 di Ranau
[ "Seorang pemandu kereta sapu di Ranau menjadi kes indeks Kluster Tumbalang yang menyebabkan jangkitan 56 kes positif Covid-19 sehingga semalam.", "Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata lelaki berusia 37 tahun itu dikesan positif Covid-19 di Hospital Ranau pada 19 Oktober lalu dan kes-kes jangkitan kluster komuniti itu dikesan dalam lokaliti sama.", "“Hari ini, dua penduduk Kampung Tumbalang turut dikesan positif melalui saringan kontak rapat di Klinik Timbua menjadikan keseluruhan 56 kes dikesan sehingga hari ini,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Memetik Bernama, beliau berkata Kluster Sawit Jati di Kinabatangan merupakan satu lagi kluster Covid-19 direkodkan hari ini melibatkan 25 kes positif.", "Katanya kes indeks kluster komuniti itu merupakan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 47 tahun yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit dan disahkan positif pada 21 Okt di sebuah klinik swasta di Kinabatangan.", "“Persampelan kontak mendapati seramai 25 kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif Covid-19. Siasatan, persampelan Covid-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan,” katanya.", "Masidi berkata 675 kes positif Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 219,566 dan 436 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 208,572 orang manakala 1,848 pesakit masih dirawat." ]
https://www.agendadaily.com/politik/bukti-akuan-bersumpah-boleh-jadi-asas-untuk-agong-lantik-seorang-pm-kata-pakar/
Bukti akuan bersumpah boleh jadi asas untuk Agong lantik seorang PM, kata pakar
[ "Dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, Agong mempunyai budi bicara yang mutlak berdasarkan Perkara 40(2) yang menyebut Baginda boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu pertama, melantik seorang Perdana Menteri (PM) dan kedua, tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.", "Selain itu, Perkara 3(2)(b) menyebut Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai PM untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.", "Dalam pada itu, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan diadakan esok di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk merungkai kemelut pembentukan kerajaan.", "Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin, berkata perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan PM ke-10.", "Katanya, perbincangan dengan Raja-Raja Melayu itu diadakan selepas Agong menerima menghadap wakil pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pagi tadi.", "Proses selanjutnya susulan daripada sesi menghadap hari ini, Baginda telah menitah perkenan untuk Istana Negara menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara esok, Khamis, 24 September 2022.", "Menurut Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi, langkah mengemukakan akuan bersumpah (SD) adalah perkara sangat penting untuk Agong bertindak mengikut Perkara 43 Perlembagaan Malaysia bagi membentuk sebuah kerajaan absah.", "“SD dibuat berikutan tiada mana-mana parti yang dapat majoriti mudah 112 untuk membentuk sebuah kerajaan..", "“Oleh itu, SD adalah akuan bersumpah Ahli Parlimen yang mewakili parti masing-masing menyatakan kepada Agong bahawa mereka selesa memilih mana-mana parti dalam gabungan untuk pembentukan sebuah kerajaan Malaysia.", "“Ini bermakna SD juga penting berbanding sokongan ketua parti dalam menentukan pemilihan seorang PM,” katanya.", "Tambah beliau, jika mana-mana gabungan tidak mendapat majoriti mudah maka di bawah Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan, yang mana Agong boleh melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, sebagai Perdana Menteri.", "“Maka, kerana itulah Agong mohon semua Ahli Parlimen BN dan GPS menghadap baginda untuk memastikan keabsahan sesebuah kerajaan.", "“Dalam masa yang sama, tindakan Agong bagi memastikan sistem demokrasi berjalan dengan sebaiknya tanpa mengira apa jua ideologi perjuangan,” jelasnya.", "Dr. Hussain menjelaskan krisis pelantikan PM sekali gus melihat bagaimana kebijaksanaan Agong bertindak mengikut Perlembagaaan Malaysia.", "Justeru ia sekali gus, meletakkan ketinggian kuasa Agong dalam pemerintahan Malaysia dan meletakkan harapan tinggi rakyat Malaysia kepada baginda khususnya dalam pelantikan jawatan PM.", "Untuk rekod, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menghantar SD ke Istana Negara pada Isnin lalu selepas berakhir tempoh yang ditetapkan untuk menghantar bukti sokongan bagi melantik seorang PM daripada gabungan tersebut.", "Bagaimanapun, isu pelantikan jawatan PM-10 masih tergantung susulan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) masih belum mengemukakan bukti SD masing-masing berhubung majoriti yang dimiliki mereka.", "Dalam perkembangan lain, tular surat dihantar Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Istana Negara yang didakwa oleh Tan Sri Annuar Musa sebagai cubaan menipu Agong.", "Surat tular yang didakwa cuba menipu Agong itu disahkan juga kesahihannya MIC dan MCA hari ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dua-diplomat-dipanggil-pulang-tak-sambut-pm-ditempatkan-di-wisma-putra/
Dua diplomat dipanggil pulang tak sambut PM ditempatkan di Wisma Putra
[ "Dua diplomat Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dipanggil pulang akan ditempatkan di Wisma Putra sebelum diberikan penugasan baharu dan bukan di ‘pool’ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.", "Beliau berkata dakwaan seperti yang tular di media sosial bahawa dua diplomat itu diletakkan di ‘pool’ JPA dan istilah ‘cold storage’ (dipetisejukkan) adalah tidak tepat dan tidak berlaku, sebaliknya mereka akan diberi kursus meningkatkan kemahiran apabila pulang, lapor Bernama.", "Wisma Putra dalam kenyataan semalam (11 April) berkata Duta Besar Malaysia ke UAE dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai dipanggil pulang ke Kementerian Luar (KLN) setelah gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE pada 29 hingga 31 Mac lalu.", "“Penempatan semula duta-duta untuk menjalani kursus itu merupakan perkara biasa di KLN,” kata Mohd Shafiq dalam perjumpaan bersama media di sini hari ini, serta menambah terdapat 107 perwakilan Malaysia kini ditempatkan di luar negara.", "Mohd Shafiq juga menjelaskan tiada istilah ‘cold storage’ dalam perkhidmatan awam kerana penjawat awam yang dipanggil balik sementara menunggu penempatan baharu akan diberi kursus bagi meningkatkan kemahiran selain gaji mereka masih berjalan.", "“Mereka dibayar gaji, gaji tidak dipotong dan diberi tugasan serta kursus. Dalam perkhidmatan orang pergi kursus dibayar gaji. Interpretasi ‘cold storage’ dalam kalangan masyarakat itu berbeza-beza dan harus diperbetulkan,” katanya.", "Beliau berkata penempatan baharu bukanlah perkara negatif apabila diletakkan dalam sistem ‘pool’ sementara menunggu penempatan baharu.", "“Penjawat awam bersedia ditukarkan dan itu adalah antara ikrar perkhidmatan awam iaitu ‘berkhidmat tanpa rasa takut atau berkepentingan’,” katanya.", "Mohd Shafiq berkata sebanyak 29 perjawatan perwakilan yang masih belum diisi yang mana tanggungjawab itu kini digalas kuasa usaha sementara (charge d’affaires) dan perkara tersebut sedang dibincangkan dengan Ketua Setiausaha KLN Tan Sri M. Shahrul Ikram Yaakob bagi pengisian segera.", "Menurutnya, antara faktor yang menyebabkan pengisian semula tidak dapat dilakukan adalah kebanyakan pegawai telah pencen dan juga pandemik Covid-19 yang menyebabkan penghantaran diplomat tidak dapat dilaksanakan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/pn-kecewa-pm-tak-bersungguh-memenuhi-terma-perjanjian-mahu-jumpa-bincang/
PN kecewa PM tak bersungguh memenuhi terma perjanjian, mahu jumpa bincang
[ "Perikatan Nasional (PN) hari ini menzahirkan rasa kecewa terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilihat tidak mempunyai kesungguhan untuk memenuhi tuntutan terma-terma yang sudah dipersetujui sebelum ini.", "PN yang bermesyuarat malam tadi secara terbuka menyatakan kekecewaan terhadap Ismail Sabri yang masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap terma perjanjian yang dimerterai bagi menyokongnya menjadi PM dan bakal bakal menghantar delegasi untuk berbincang berhubung isu tersebut.", "“Mesyuarat juga melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan YAB Perdana Menteri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi termaterma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan Perikatan Nasional.", "“Sehubungan itu, Perikatan Nasional memutuskan untuk menghantar delegasi untuk menemui YAB Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat,” kata kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini.", "Terdahulu, tular dalam media sosial dokumen berhubung perjanjian yang dimeterai antara Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dengan Bersatu dan PAS.", "Dokumen yang tular dalam platform media sosial Facebook mengesahkan terdapat terma berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), di samping perlu mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) selewat-lewatnya pada Julai tahun ini.", "Dokumen Perjanjian tersebut juga ditandatangani dua saksi iaitu Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah dan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.", "Selain perjanjian untuk melantik TPM, turut dipersetujui adalah berhubung isu pembubaran Parlimen.", "Bagaimanapun, seorang lagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendakwa Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak mengetahui berhubung kewujudan perjanjian tersebut dan ia tidak pernah dibawa berbincang dalam mesyuarat.", "“Setahu saya tidak pernah diberitahu (dalam MT). Dalam ‘Top Five’, biro politik pun setahu saya tiada. Tapi tidak pasti jika saya tidak hadir pada waktu itu,” katanya dipetik laporan media sebelum ini.", "Untuk rekod, Mesyuasat Majlis Tertinggi PN semalam dipengerusikan oleh Pengerusi Parti, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dan dihadiri oleh semua Presiden parti anggota iaitu Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang (Presiden PAS), YB Datuk Seri Panglima Jeffrey G. Kitingan (Presiden STAR), YB Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) dan YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau (Presiden GERAKAN) serta ahli-ahli Majlis Tertinggi PN." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/thailand-kembali-kepada-normal/
Thailand kembali kepada normal
[ "Thailand kembali kepada “normal” sama seperti keadaan sebelum pandemik mulai hari ini (Sabtu, 1 Oktober 2022) setelah menarik balik hampir semua sekatan Covid-19 dengan jangkitan diturunkan daripada “penyakit berjangkit berbahaya” kepada “penyakit berjangkit di bawah pengawasan.”", "Dengan berakhirnya Dekri Kecemasan Covid-19, berkuat kuasa sejak 25 Mac 2020, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 – ditubuhkan untuk merangka strategi bagi memerangi wabak itu – akan “dibubarkan secara automatik, dan semua peraturan, pengumuman, dan arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Kabinet di bawah dekri itu dibatalkan, umum pihak berkuasa Thailand", "Susulan itu semua pelancong antarabangsa yang tiba di Thailand mulai hari ini tidak perlu lagi menunjukkan bukti vaksinasi atau menjalani ujian PCR.", "Selain itu, mereka yang dijangkiti tetapi menunjukkan simptom ringan atau tiada simptom, tidak perlu mengasingkan diri tetapi hanya memakai pelitup muka untuk tempoh lima hari bagi mencegah penularan virus.", "Walaupun pelitup muka tidak diwajibkan di negara ini sejak akhir Jun, Kementerian Kesihatan mengesyorkan agar penduduk terus menggunakannya di tempat tertutup yang mempunyai pengudaraan yang tidak baik atau sesak.", "Menurut kementerian itu, “situasi Covid-19 akan beransur-ansur mereda ke tahap yang sama seperti influenza, sekali gus bermakna ia akan mudah berjangkit tetapi tidak akan menyebabkan gejala teruk kepada mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya.”", "Thailand, yang jumlah kesnya mencecah 4.6 juta pada Jumaat, termasuk 32,764 kematian, mula membuka semula sempadannya secara beransur-ansur pada Julai 2021 di tengah-tengah siri sekatan, yang telah dilonggarkan sedikit demi sedikit.", "Kini, dengan negara “dibuka semula sepenuhnya,” kerajaan berharap untuk memulihkan sektor pelancongan, salah satu pemacu utama ekonomi Thailand dan dilanda krisis kesihatan.", "Pihak berkuasa juga mengumumkan lanjutan penginapan bebas visa di negara itu daripada 30 hari kepada 45 hari mulai Sabtu.", "Pada 2019, sebelum wabak Covid-19, sektor pelancongan menyumbang hampir 20 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, yang menerima kira-kira 40 juta pelancong asing pada tahun itu. – EFE" ]
https://www.agendadaily.com/politik/salah-waktu-pru-15-punca-pas-tak-bubar-dun-tiga-negeri-tuan-ibrahim/
Salah waktu PRU-15 punca PAS tak bubar DUN tiga negeri: Tuan Ibrahim
[ "PAS menyalahkan kesilapan pihak yang membubarkan Parlimen ke-14 lebih awal bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada musim tengkujuh, menyebabkan tiga negeri di bawah pentadbirannya enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.", "Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui pilihan raya berasingan – Parlimen dan DUN – akan menyebabkan kos akan meningkat.", "“Soal kos dan sebagainya, kita akui. Tetapi (ini) kesilapan mereka, bukan kita. Kenapa mereka bubar pada waktu ini? Rakyat susah, kalau banjir berlaku.", "“Kemudian sekolah akan menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) jika banjir, kita bimbang takut-takut kemarahan rakyat sekarang ini sangat ketara,” katanya dalam temu bual bersama lidah rami PAS, Harakah.", "Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata soal mengadakan pilihan raya sepatutnya dilakukan pada waktu yang tenang dan negeri pentadbiran PAS akan menyertainya.", "“Bagi kita, soal pembubaran DUN kita hendak biar tenang, habis musim banjir, kita hadapi pilihan raya dengan keadaan tenang dan negeri-negeri kita pun setuju dengan keputusan itu. Kenapa kita tidak bubar? Sebab kita tak mahu diheret sama dengan kemarahan rakyat sekarang.", "“Kita yakin, kita ada lebih lapan bulan lagi masa (sehingga Mei 2023), dalam tempoh lapan bulan banyak benda kita boleh buat, dan kita tak perlu tergesa-gesa,” katanya lagi.", "Tuan Ibrahim berkata isu sekarang ini ialah rakyat marah dengan pembubaran Parlimen dan PAS tak mahu terheret sama dengan kemarahan rakyat jika DUN juga dibubarkan.", "“Kita juga perlu konsisten, malah kita sudah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan kita tidak bersetuju jika pilihan raya dibuat pada musim banjir.", "“Justeru, jika kita bubarkan juga, nanti bercanggah dengan apa yang kita pernah sebut. Oleh itu, kita konsisten dengan keputusan harian bahawa tiga DUN di tiga negeri tidak akan dibubarkan sekiranya mereka mengambil keputusan untuk membubarkan pada waktu ini,” katanya.", "Pada 10 Oktober lalu Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen ke-14, tanpa mempedulikan rayuan rakyat dan pemimpin lain supaya tidak mengadakan pilihan raya pada musim kemarau.", "Pilihan raya baharu perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran dan UMNO telah mencadangkan awal November sebelum ribut hujan Monsun Timur Laut melanda.", "Bagaimanapun, sejak awal bulan ini, kebanyakan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah mengalami hujan lebat dan sesetengah kawasan telah mula banjir.", "Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.", "Mengenai kerjasama dengan UMNO, beliau menegaskan bahawa PAS telah membuat keputusan muktamad untuk kekal di dalam Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, Gerakan, SAPP dan STAR, bagi menghadapiPRU-15 akan datang, berdepan UMNO dan Pakatan Harapan (PH).", "Malah, PAS melihat bukan salah mereka apabila UMNO enggan bekerjasama dengan PN dalam pilihan raya akan datang.", "Beliau berkata UMNO telah beberapa kali menyatakan akan bergerak sendirian menghadapi pilihan raya itu.", "“Oleh kerana mereka (UMNO) tidak hendak bersama (Perikatan Nasional) dan mereka (UMNO) sudah buat keputusan untuk bergerak solo, jadi sebab UMNO sudah buat keputusan untuk solo banyak kali sudah, mereka hendak solo… jadi takkan kita hendak bersama dia (UMNO)?,” katanya.", "Menurutnya oleh kerana PAS berdaftar sebagai PN, maka parti itu kekal dalam gabungan yang dibentuk bersama Bersatu.", "“Jadi kita akan bersama dengan Perikatan Nasional. Malah, kita sudah menggerakkan kekuatan jentera Perikatan Nasional peringkat negeri-negeri, dan kita harus teruskan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/aset-berkaitan-1mdb-lebih-banyak-akan-dirampas-kpn/
Aset berkaitan 1MDB lebih banyak akan dirampas: KPN
[ "Lebih banyak aset melibatkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dirampas dalam masa terdekat susulan keterangan yang diberikan bekas peguam syarikat berkenaan Jasmine Loo Ai Swan, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.", "Beliau berkata aset-aset yang dirampas itu kemudian akan dilucutkan hak untuk dikembalikan kepada kerajaan melalui proses mahkamah, menurut laporan Bernama.", "“Jasmine Loo yang masih lagi berada di dalam tahanan polis telah memberikan kerjasama yang baik semasa siasatan.", "“Beliau masih lagi ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan siasatan kini dijalankan terutamanya membabitkan pengubahan wang haram,” katanya selepas melancarkan Madani Ride PDRM dan Ipoh Super Bike Club (ISBC) sempena Hari Polis ke-216 dan Bulan Kemerdekaan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.", "Ditanya adakah Loo akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat, Razarudin berkata pihaknya akan berbuat demikian selepas siasatan selesai.", "Pada 12 Julai lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan polis telah menahan Loo pada 7 Julai bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.", "Loo merupakan bekas Pengarah Eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB, dipercayai merupakan individu yang mempunyai maklumat berkenaan 1MDB dan didakwa termasuk dalam lingkaran dekat Jho Low.", "Bloomberg sebelum ini melaporkan, penyiasat Switzerland yang menjalankan siasatan jenayah berhubung skandal 1MDB, memburu Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang dan Loo, berkaitan pemindahan AS$700 juta yang didakwa dilakukan secara haram.", "Terdahulu, sekumpulan 150 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada PDRM dan ISBC terlibat dalam konvoi selama enam hari ke seluruh semenanjung, termasuk selatan Thailand." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/paras-air-10-sungai-tahap-bahaya/
Paras air 10 sungai tahap bahaya
[ "Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan sehingga jam 10 pagi ini 10 sungai di lima negeri mencatat paras melebihi tahap bahaya dengan ada di antaranya menunjukkan trend menaik.", "Tiga daripada sungai itu melibatkan Pahang iaitu sungai di Paya Gintong, Jerantut yang menunjukkan trend menurun; Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan (menaik); dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera (menurun).", "Enam lokasi lain yang melibatkan beberapa sungai di Pahang juga berapa pada tahap amaran dan sembilan lagi tahap waspada.", "Di Johor pula melibatkan tiga sungai iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat; Sungai Segamat di Bandar Segamat; dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak. Ketiga-tiganya menunjukkan trend menurun.", "Paras air di empat lokasi di empat sungai di Johor juga melebihi tahap amaran dan waspada dengan ada di antaranya yang menunjukkan trend menaik.", "Dua sungai di Melaka yang melebihi tahap bahaya ialah Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin yang menunjukkan trend menurun; dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah (menaik).", "Tiga sungai lagi di Melaka berada pada tahap amaran dan waspada.", "Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam, Selangor juga melebihi tahap bahaya dan menunjukkan trend menaik, manakala Sungai Muar Sungai Muar di Pekan Rompin, Negeri Sembilan menunjukkan trend menurun.", "Dua lokasi melibatkan Sungai Langat berada pada tahap amaran dan waspada.", "Sementara itu paras sungai di empat negeri – Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak – berada pada tahap amaran dan waspada." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bencana-banjir-warganet-jangan-bersikap-lebih-sudu-daripada-kuah/
Bencana banjir, warganet jangan bersikap ‘lebih sudu daripada kuah’
[ "BENCANA banjir dahsyat yang berlaku beberapa hari lalu memperlihatkan ribuan penduduk di sekitar Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata selepas rumah mereka ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.", "Lebih memilukan, ada antara mangsa yang terpaksa menunggu selama sehari sebelum diselamatkan oleh orang awam dan pihak berkuasa.", "Ketika itu, muncul persoalan dalam kalangan warganet mengenai kesiapsiagaan dan kebertanggungjawaban pasukan penyelamat seperti bomba, tentera, polis dan pertahanan awam dalam menyelamatkan mangsa-mangsa yang terkandas atau terperangkap di lokasi banjir.", "Ramai yang muat naik dalam status media sosial masing-masing tanpa mengambil kira perasaan pasukan penyelamat yang sanggup meninggalkan keluarga masing-masing dan membahayakan nyawa demi tuntutan tugas mereka menyelamatkan mangsa banjir.", "Hakikatnya, orang ramai terlalu mudah untuk me­nulis dalam media sosial mengalahkan lidah untuk berbicara. Juga terlalu mudah mengarang ayat berban­ding menyusun perkataan untuk berkata-kata.", "Dalam satu kajian lain, mengklasifikasikan Malaysia sebagai salah satu negara paling konservatif secara moral di dunia, namun masyarakat negara ini boleh menjadi pembuli yang kejam dalam alam siber.", "Golongan ini digelar ‘keyboard warrior’, bersikap lantang ketika jari ‘mengetuk’ papan kekunci bagi menyampaikan pendapat dan hujah sehingga mengetepikan rasional serta adab yang membawa implikasi buruk.", "Mereka turut mewujudkan beberapa istilah seperti ‘tentera bawang’ yang kononnya untuk memperjuangkan perkara yang mereka anggap betul, sedangkan tindakan itu sendiri tidak mencerminkan situasi sebenar.", "Masyarakat juga harus faham, buli siber adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyebaran atau perkongsian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya.", "Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr​. Hanafiah Bashirun berkata, perkara ini tidak harus dijadikan satu budaya kerana akan memberi impak negatif kepada masyarakat umum.", "“Kita seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan perkataan kerana boleh menya­kitkan hati seseorang selain me­rosakkan hubungan antara satu sama lain.", "“Saya berharap perkara ini tidak dijadikan budaya kerana bimbang akan menjadi ikutan selain menyebarkan perkara yang tidak dipastikan. Seharus­nya, kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang perkataan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/237-kes-baharu-satu-kematian/
237 kes baharu, satu kematian
[ "Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 15 Februari 2023) naik lagi kepada 237 kes, berbanding 200 pada Selasa dan 164 (Isnin), lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.", "Menurut data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi, jangkitan baharu itu, termasuk 16 kes membabitkan kanak-kanak, meningkat lagi berbanding 14 kes pada Selasa dan sembilan pada Isnin.", "Lima daripada kes itu melibatkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan 11 lagi kes (lima hingga 12 tahun).", "Jumlah itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,040,087 kes, dengan 4,993,758 pesakit telah pulih, termasuk 215 yang sembuh semalam.", "Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 171 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 42 kes (individu lengkap vaksinasi); satu kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 23 kes (individu tidak divaksinasi).", "Menurut data laman sesawang KKMNow pula, sebanyak 9,375 kes masih aktif, naik sedikit berbanding 9,354 yang dicatat pada Selasa dan 9,310 pada Isnin.", "Sehingga semalam juga seramai 9,050 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah (9,010 pada Selasa), sementara 317 pesakit mendapatkan rawatan di hospital turun berbanding 333 pada Isnin.", "Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sehingga semalam adalah seramai lapan orang (11 pada Selasa), dengan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "KKM juga melaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID) di Pahang.", "Ini menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, sebanyak 36,954 kes, termasuk 7,872 kes BID.", "Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/siap-sedia-hadapi-risiko-banjir-pada-nov-rasulullah-utamakan-kepentingan-ramai-agong/
Siap sedia hadapi risiko banjir pada Nov, Nabi utama kepentingan ramai: Agong
[ "Semua agensi pihak berkuasa dan rakyat jelata dinasihati melakukan persediaan menghadapi bencana banjir, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.", "Sultan Abdullah bertitah setiap tahun pada bulan November kebiasaan berlakunya peralihan cuaca dan berisiko mengakibatkan negara dilanda bencana banjir, disamping bertitah agar pemimpin negara mencontohi sifat Rasulullah yang mengutamakan kepentingan ramai bukan individu semata-mata.", "“Setiap tahun pada bulan November, negara akan berhadapan dengan risiko banjir, malah baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Malaysia akan berhadapan dengan hujan lebat serta risiko banjir besar.", "“Beta ingin mengingatkan seluruh rakyat beta untuk memperkemaskan diri dan melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku kelak,” titah Seri Paduka.", "Baginda terdahulu berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur hari ini.", "Untuk rekod, Baginda sebelum ini juga berkenan berangkat mendengar taklimat persiapan menghadapi bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang, Selangor.", "Titah Al-Sultan Abdullah lagi, persediaan itu bukan hanya dalam aspek mengurangkan kesan banjir tetapi merangka satu kaedah bagi memastikan bantuan kepada mangsa dapat diberikan secara terancang, segera dan efektif.", "Seri Paduka bertitah ini selaras dengan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah SAW yang menuntut umatnya untuk sentiasa melakukan persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.", "“Konsep pemerintahan yang dituntut Islam adalah merupakan satu amanah yang sentiasa dalam ruang lingkup ikatan perjanjian antara manusia dengan penciptaNya.", "“Maka setiap apa yang dilakukan pemimpin hendaklah dibuat semata-mata atas dasar menjaga kemaslahatan ummah,” titah Seri Paduka.", "Titah Seri Paduka, pemimpin dan rakyat wajar mengambil iktibar bahawa kecemerlangan Kerajaan Madinah di bawah pentadbiran Rasulullah SAW yang mengutamakan kepentingan orang ramai dan bukan kepentingan individu.", "“Baginda (Rasulullah SAW) mengutamakan kepentingan ramai berbanding individu. Baginda tidak memperjuangkan agenda sempit sebaliknya berlaku adil dengan membangunkan satu gagasan untuk kesejahteraan ummah,” titah Al-Sultan Abdullah.", "Dalam pada itu, spekulasi bertiup kencang UMNO masih mendesak dan mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa musim tengkujuh juga." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/peningkatan-vaksinasi-harian-hasil-pelaksanaan-program-yang-berkesan-kata-pm/
Peningkatan vaksinasi harian hasil pelaksanaan program yang berkesan, kata PM
[ "Keberkesanan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah menunjukkan hasil apabila jumlah pemberian vaksin harian semakin meningkat sejak ia dilancarkan 24 Feb lepas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Perdana Menteri melahirkan rasa bersyukur melihat keberkesanan program tersebut, bagaimanapun menggesa supaya orang ramai untuk mendaftarkan janji temu suntikan vaksin dengan segera dan memberi jaminan vaksin yang diberikan selamat serta mampu memberi perlindungan daripada virus Covid-19.", "“Alhamdulillah vaksinasi sudah meningkat… semalam lebih 156,000 orang (terima suntikan vaksin) dan ia akan meningkat sampai 200,000 ke 250,000 pada Julai dan seterusnya 300,00 hingga 400,000 sehari.", "“Ini membuktikan program imunisasi berjalan dengan baik dan yang penting kita nak lebih ramai mendaftar dengan MySejahtera ini (untuk mendapatkan suntikan vaksin). Tidak perlu bimbang dan takut kerana terbukti, dengan vaksin kita ada perlindungan atau antibodi bagi menjauhkan kita daripada wabak Covid-19,” kata beliau dipetik Bernama.", "Terdahulu, Muhyiddin melawat Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia dan meninjau pusat pemberian vaksin secara pandu lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz.", "Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.", "Muhyiddin berkata kerajaan memberi jaminan setiap rakyat yang layak mendapat suntikan vaksin akan menerimanya bagi mencapai sasaran imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini seterusnya memastikan keadaan negara termasuk sistem kesihatan bertambah baik selain ekonomi terus pulih.", "“Sebab itu kita tambah Pusat Pemberian Vaksin sehingga 600, unit bergerak dan pandu lalu, kita pergi ke luar bandar supaya tiada rakyat yang patut dapat vaksin tertinggal.", "“Ada sesetengah tempat ada Orang Kurang Upaya, kita pergi ke kawasan mereka untuk (mudahkan mereka) dapat rawatan dan langkah yang kita ambil ini adalah secara holistik iaitu ‘whole of society, whole of government’ bagi menentukan kita berjaya memerangi wabak COVID-19,” kata beliau.", "Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata penguatkuasaan Ordinan Darurat bagi membendung penularan wabak Covid-19 berjaya memastikan sistem kesihatan di negara ini tidak runtuh.", "Perdana menteri berkata menerusi ordinan itu, Kementerian Kesihatan boleh menggunakan peruntukan yang ada untuk mengambil alih dan menggunakan mana-mana hospital termasuk swasta bagi dijadikan hospital khusus merawat pesakit Covid-19." ]
https://www.agendadaily.com/politik/tak-sangka-bn-disumpah-seranah-ketua-pemuda-umno/
Tak sangka BN disumpah seranah: Ketua Pemuda UMNO
[ "Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata kepimpinan Barisan Nasional (BN) masih menilai tawaran yang dibuat Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional untuk membentuk Kerajaan Pusat.", "Bagaimanapun, beliau secara peribadi berkata BN boleh kekal sebagai pembangkang untuk tujuan semak dan imbang.", "“Sedang bermesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.", "“Tak sangka pula BN yang disumpah seranah, dikecam, ditohmah dan difitnah dengan pelbagai label dan gelaran, namun akhirnya hari ini kepimpinan diminta pula menilai tawaran-tawaran yang ditawarkan oleh PH dan PN hanya untuk membolehkan kerajaan dibentuk.", "“Pandangan saya secara peribadi, BN boleh kekal sebagai Pembangkang untuk semak dan imbang. Cuma persoalannya, apakah Kerajaan boleh dibentuk tanpa BN? Apakah BN wajar biarkan negara berada dalam keadaan parlimen tergantung (hung parliament)?", "“Apa-apapun prinsip BN tetap satu apa jua tawaran sama ada daripada PH atau PN akan dinilai dan diperhalusi berpandukan kepada prinsip Asas iaitu jika membawa kebaikan dan manfaat kepada Kestabilan dan Kemakmuran untuk rakyat dan negara,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/pemimpin-atasan-umno-sekarang-sudah-ditolak-pas/
Pemimpin atasan UMNO sekarang sudah ditolak: PAS
[ "Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berpendapat kepemimpinan UMNO yang ada sekarang adalah mereka yang tidak lagi dikehendaki oleh rakyat Malaysia.", "“Kita ambil kayu ukur pilihan raya sebelum ini, (PRU14), berlaku penolakan apabila UMNO dengan kepimpinan yang ada dan kepimpinan UMNO masih kekal. Kepimpinan yang ada ini kepimpinan yang telah ditolak baru-baru ini,” katanya.", "Sehubungan itu, beliau berkata, UMNO perlu disusun semula supaya dapat kembali ke jalan asal dan pergi lebih jauh.", "“Majoriti orang UMNO sama ada pimpinan dan ahli bawahan lebih suka parti itu bersama PAS dan Bersatu. Majoritinya nak kekal dalam tiga parti, kita harap suara ini akan mengubah keadaan, saya nampak segelintir saja yang tak setuju.", "“UMNO ini kena susun balik. Kalau dia pergi dengan macam itu, pandangan saya dia tak boleh pergi jauh,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan itu sambil menegaskan usaha masih dilakukan untuk memulihkan hubungan UMNO dan Bersatu.", "Beliau berpendapat, UMNO akan kehilangan lebih banyak kerusi jika bertanding sendirian menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, berdasarkan penolakan pengundi pada PRU14.", "“Saya jangka dengan keadaan yang ada hari ini UMNO akan hilang lebih banyak kerusi jika bertanding secara bersendirian. Sebab itu kita nak ketiga-tiga parti ini bersama, dan kita selesaikan isu-isu yang jadi pertikaian, kita cuba selesaikan setakat yang mampu,” katanya.", "Mengenai Perikatan Nasional (PN), Mohd Amar berkata, PAS dan Bersatu akan mempertahan dan memperkukuh kerjasama dalam gabungan itu dan pada pasa sama meneruskan hubungan dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN).", "“Sebab PAS melihat dari segi keperluan politik yang ada. Dalam tinjauan dan kajian yang kita buat tiada parti yang boleh berdiri sendiri,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/21-pelarian-lemas-bot-karam-di-tunisia/
21 pelarian lemas bot karam di Tunisia
[ "Sekurang-kurangnya 21 pelarian mati lemas selepas bot dinaiki karam di perairan Tunisia ketika mereka cuba menyeberangi Laut Mediterranean menuju Pulau Lampedusa di Itali, hari ini.", "“Bot itu karam dalam perjalanan yang bermula lewat Khamis dari Sfax.., setakat ini pengawal pantai menemukan 21 mayat dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan,” kata Pengarah Perkhidmatan Perlindungan Awam Tunisia, Mouard Mechri.", "Pelabuhan di Tunisia menjadi titik utama pelarian yang melarikan diri daripada konflik di Afrika dan Timur Tengah untuk mencari kehidupan lebih baik di Eropah.", "Bulan lalu, 39 pelarian mati lemas di perairan Sfax, sementara pada Jun tahun lalu sekurang-kurangnya 60 lemas apabila bot mereka karam.", "Sindiket pemerdagangan manusia dikatakan menggunakan kapal dan bot yang kebanyakannya perahu nelayan untuk membawa ratusan pelarian yang mencari suaka di Eropah.", "Sejak 2014 lalu, lebih 20,000 pelarian mati lemas ketika cuba menyeberangi lautan untuk tiba di Eropah dari Afrika. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/mat-maslan-bidas-pihak-kecamnya-gesa-undi-dap-sebagai-tak-berilmu/
Mat Maslan bidas pihak kecamnya gesa undi DAP sebagai tak berilmu
[ "Datuk Seri Ahmad Maslan membalas kritikan terhadapnya berhubung isu sokongan kepada DAP dengan menyifatkan pengkritik sebagai tidak berilmu.", "Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu membidas pengkritiknya tidak matang dan mereka tidak sewajarnya menggelarnya sebagai seorang kafir hanya kerana permintaan kepada ahli parti itu untuk menyokong calon DAP.", "“Ia bukan isu peribadi tetapi isu prinsip, kita tidak boleh mengkafirkan orang hanya kerana saya kata undilah DAP maka timbullah tuduhan menjelikkan.", "“Saya tak kata ia dimiliki parti tertentu tapi ayat disebut itu melambangkan kerendahan ilmu pihak berkaitan.", "“Saya ingin maklumkan, PAS pernah bersama dengan DAP pada gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini, malah Presiden PAS pernah menyebut undi calon DAP, malah Presiden Bersatu pernah menyebut undi calon DAP, tetapi kami tidak pernah mengkafirkan mereka.", "“Tiada kaitan dengan akidah pun sebab apabila kita bersama dalam Kerajaan Perpaduan ini, sekali lagi saya menyebut bukan atas nama DAP tetapi atas nama Kerajaan Perpaduan jadi kita harus saling bantu antara satu sama lain,” katanya dipetik laporan BH.", "Mat Maslan terdahulu menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Penghapusan Cukai Dua Kali mengenai Cukai Atas Pendapatan dan\nPencegahan Pelarian dan Pengelakan Cukai (PPPDK) antara Malaysia dan Maldives di Bangunan Parlimen hari ini.", "Ahmad mengulas mengenai wajahnya dilukis khinzir serta ditulis perkataan kafir oleh pihak tidak bertanggunjawab yang tular di media sosial.", "Isu itu timbul selepas kenyataan beliau meminta ahli UMNO menyokong calon DAP di kawasan masing-masing atas nama memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan, Jumaat lalu yang didakwa diputarbelitkan.", "Mengulas lanjut Ahmad berkata, tindakan politik tidak matang seumpama itu harus dihentikan.", "“Saya kira tentunya pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan siasat perkara ini termasuk pemilik akaun sama ada ‘fake’ akaun atau ada pengendali, orang atau organisasi di sebaliknya.", "“Saya tidak mahu salahkan sesiapa tetapi benda tak baik patut dihentikan. Kita mahu keharmonian dalam politik kita,” katanya.", "Katanya, laporan polis termasuk dari Pemuda UMNO Malaysia dan beberapa tempat termasuk Johor dan Sabah sudah dibuat setakat hari ini." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/2000-lebih-kematian-covid-19-direkodkan-di-britain-dalam-seminggu/
2,000 lebih kematian Covid-19 direkodkan di Britain dalam seminggu
[ "Kematian akibat jangkitan Covid-19 di Britain semakin meningkat berikutan kelonggaran dan langkah pembatalan sekatan yang dilaksanakan kerajaan Perdana Menteri Boris Johnson.", "Pada minggu lalu, hampir 2,000 orang meninggal dunia di Britain akibat Covid-19, kes kematian mencecah paras tertinggi sejak kemuncak wabak itu pada Januari dan Februari 2021.", "Jumlah kes kematian pada 2021 majoritinya disebabkan vaksin belum lagi tersedia secara meluas untuk diberi kepada orang ramai.", "Pada Rabu, 651 orang dilaporkan mati, jumlah tertinggi sejak 17 Februari 2021.", "Sementara itu, pada Khamis sebanyak 1,984 kes kematian direkodkan yang meningkat sebanyak 665 kematian berbanding minggu sebelumnya, atau 50.4 peratus.", "Media tempatan, The Daily Mail menyifatkan jumlah 651 kematian “secara amnya adalah sangat tinggi kerana ia meliputi beberapa kes yang sepatutnya dikira semalam”.", "Bagaimanapun, sehari sebelumnya menyaksikan 288 kematian lagi direkodkan, menjadikannya 939 kematian sepanjang kedua-dua hari tersebut walaupun data dibahagikan secara purata.", "Kemudiaan, ratusan lagi kes kematian direkodkan, terbaharu 350 kes diumumkan pada Khamis.", "Peningkatan kes kematian akibat Covid-19 di Britain adalah sebahagian daripada jumlah kematian yang berterusan di seluruh Eropah dan ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana sekatan perjalanan sudah ditarik balik.", "Lebih 10,000 kematian sudah direkodkan di seluruh benua pada setiap dua minggu terakhir.", "Jika diambil tempoh lebih setahun, ia bakal menambah lebih setengah juta lagi kematian di Eropah, dengan mengandaikan kadar kematian kekal seperti sedia ada, dan menjadikan jumlah kematian rasmi sekitar 2.3 juta orang.", "Semasa UK merekodkan 651 kes kematian, Jerman merekodkan 307; Rusia 267; Itali 155 dan Perancis 152.", "Sementara di Sepanyol, ketika penduduknya sudah lebih 103,000 mati, pihak berkuasa negara itu tidak mengumumkan kes kematian tersebut.", "Media juga tidak melaporkan peningkatan yang mengejutkan dalam kes kematian di UK, atau mungkin menurunkannya dalam laporan kecil." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tapak-pelupusan-sampah-terbakar-400-penduduk-pindah-ke-dua-pps/
Tapak pelupusan sampah terbakar, 400 penduduk pindah ke dua PPS
[ "Kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga yang tinggal di sekitar Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru di Nibung Tebal, Pulau Pinang, dinasihat berpindah buat sementara susulan kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung dekat Nibong Tebal pada Rabu lepas.", "Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri Phee Boon Poh berkata dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Indah dan Sekolah Kebangsaan Bakap Indah akan dibuka untuk penduduk terbabit setelah berbincang dengan agensi berkaitan pada 2 petang tadi, lapor Bernama.", "“Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri telah melakukan lawatan di tapak kebakaran seterusnya memberi taklimat kepada agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan untuk melaksanakan urusan pemindahan penduduk terjejas dan bantuan lain,” katanya.", "Beliau berkata pihaknya sedang meneliti dan mengenal pasti bilangan penduduk terjejas untuk dimasukkan ke dalam senarai bagi memudahkan urusan pemindahan dan bantuan.", "“Kita ambil kira segala prosedur operasi standard agar dapat dilaksana dengan teratur supaya semua penduduk terlibat termasuk tempat tinggal mereka kekal selamat dan pihak KKM juga akan membuat saringan terlebih dahulu sebelum penduduk memasuki PPS bagi mengelak sebarang penularan COVID-19 dalam kalangan mereka.", "“Kita juga hanya benarkan satu atau dua orang lelaki dewasa (bagi sebuah keluarga) yang ingin menjaga rumah kerana khuatir akan keselamatan rumah dan mereka perlu buat laporan kepada pihak polis setiap kali keluar masuk di kawasan rumah yang diklasifikasikan sebagai kawasan larangan,” katanya.", "Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan Marlia Mohd Belia pula berkata JAS telah melakukan pemantauan kualiti udara di tiga lokasi iaitu Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Changkat dan Dewan MPKK Kampung Kebun Baru selain menempatkan stesen pengawasan kualiti mudah alih di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Byram.", "“JAS akan terus membuat pemantauan kualiti udara dari semasa ke semasa dan orang ramai diingatkan untuk terus mematuhi nasihat kesihatan antaranya mengurangkan aktiviti luar, mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas serta tidak sihat dan sentiasa memakai pelitup muka jika berada di luar,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.", "Tapak pelupusan sampah itu dilaporkan terbakar pada kira-kira 5 petang Rabu lepas dan tindakan awal JBPM dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela telah membuat penghalang kebakaran bagi mengelakkan api terus merebak.", "Tapak pelupusan yang terjejas adalah seluas 6.5 hektar daripada 16.2 hektar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-naik-di-semua-negeri-kecuali-pahang-pulau-pinang/
Kes naik di semua negeri kecuali Pahang, Pulau Pinang
[ "Kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menunjukkan peningkatan di seluruh negara, kecuali di Pahang dan Pulau Pinang.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini melaporkan dalam tempoh itu, 5,841 kes positif baharu dikesan di seluruh negara.", "Beliau berkata, kes positif baharu di Selangor kembali naik melebihi paras 2,000 seperti semalam, apabila 2,072 kes direkodkan hari ini, diikuti Negeri Sembilan (781 kes), Sarawak (581 kes) dan Kuala Lumpur (552 kes)." ]
Downloads last month
48
Edit dataset card