url
stringlengths
38
41
headline
stringlengths
4
150
content
sequence
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45082
Lelaki ditahan bawa 800 liter diesel tanpa permit
[ "SIBU: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sibu yang menjalankan tugas Op Taring Kontraban menahan sebuah van yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, sekitar jam 6.45 pagi semalam.", "Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, hasil pemeriksaan telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun yang membawa muatan lebih kurang 800 liter minyak diesel.", "“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM46,720 kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut,” jelasnya menerusi siaran media.", "Oleh AKUN GIMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28132
Simoi mengkang begulai enggau GPS
[ "SIMANGGANG: Tuai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pampang N28 Lingga, Dato Simoi Peri sigi enda setuju enggau tuduh ngumbai iya bisi betemu enggau seiku chalun parti penyakal empai lama ke udah.", "Iya ke kala nya Kaban Kunsil (ADUN) Lingga lebuh meri penerang kena Hari Dua ke udah bisi nyebut chalun penyakal ke disebut nya Dato Wan Abdillah Edruce Abdul Rahman ari Parti Sarawak Bersatu (PSB).", "“Aku dituduh bisi bekerejasama enggau Dato Wan Abdillah ti mega chalun PSB ke bediri ba DUN Lingga maya musin Pengawa Bepilih Besai Nengeri Ke-12 (PRN-12) ke deka datai.", "“Berita sebubu ngapa nya bisi didinga semua rayat Lingga. Aku deka madah ditu tuduh ke baka nya bisi niat ke enda manah sereta deka ngelabuhka nama enggau reputasyen aku maya musin bepilih besai tu,” ku iya.", "Simoi mega enda setuju sereta nyelar jaku ke munyi nya dikumbai iya main politik ari bala sida ke bediri berebutka kerusi DUN Lingga.", "Ku Simoi, taja pan iya enda dichalunka baru ngetanka kerusi DUN Lingga, iya tetap ngereja pengawa begulai enggau Gabungan Parti Sarawak (GPS) sereta Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) maya PRN-12 Sarawak ke sekali tu.", "“Pekara nya udah disebut aku ba akaun Facebook kena 4 Disember ke udah iya nya sehari sebedau madah enggau meri surat kuasa ngagai chalun GPS ke alai aku nemu nama diri enda disengkaum sereta diganti enggau chalun baru ke agi biak.", "“Aku mega meri penerang kena Hari Minggu ke udah ngagai chalun PBB DUN Lingga senentang pengawa nyediaka diri enggau kimpin bepilih besai ke sama bela disereta Kaban Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Andul Karim enggau raba parti ke bukai,” ku iya.", "Ketegal nya Simoi ngarapka rayat DUN Lingga enda pechaya ngagai tuduh ke baka nya tang patut terus nyukung chalun baru GPS iya nya Dayang Noorazah Awang Sohor maya PRN-12 Sarawak kena 18 Disember tu.", "“Aku enggau semua injin parti deka ngatur pengawa enggau naka ulih nentuka chalun GPS menang kerusi DUN Lingga maya PRN-12 Sarawak sereta patut ngembuan runding ngemeranka pengawa digaga parti,” ku iya.", "Dulu ari tu kerusi DUN Lingga nyau angat laban bepekit enam sukut berebutka kerusi nya maya PRN-12 ke sekali tu.", "Pekit enam sukut berebutka kerusi DUN Lingga nya disereta GPS, PSB, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Sedar Sarawak (SEDAR) enggau Bibas.", "Bala chalun ke bediri nya Dayang Noorazah Awang Sohor (GPS), Dato Wan Abdillah Edruce (PSB), Abang Abdul Kassim Abang Bujang (PKR), Baha Imam (PBK), Abang Ahmad Abang Suni (SEDAR) enggau Mohd Sepian Abang Daud (Bibas).", "", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=44631
Jalan empat lorong dua hala Serian – Sri Aman ditutup esok
[ "SERIAN: Empat lorong dua hala Serian – Sri Aman akan ditutup sepenuhnya esok bermula 10.00 hingga 11.00 pagi bagi kerja-kerja pemasangan ‘steel box trusses’ untuk jejantas dan kerja-kerja menaik taraf jalan.", "Pihak Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching menerusi satu kenyataan media memaklumkan lokasi yang terlibat ialah CH25+700 – CH26+100 (KM208.9 – KM209.3) Sekolah Jenis Kebangsaan (C ) Sg. Menyan Jalan Serian – Sri Aman.", "Pengguna jalan raya justeru diminta berhati-hati ketika memandu di kawasan terlibat sepanjang tempoh menaik taraf jalan sedang berlangsung.", "Selain itu, mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan bersama di samping itu merancang perjalanan di kawasan-kawasan terlibat.", "Sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan terlibat dengan kerja-kerja ini akan dimaklumankan dari semasa ke semasa oleh pihak kontraktor.", "Orang awam juga boleh menghubungi Pejabat JKR Bahagian Kuching di talian 082-203400 untuk sebarang aduan atau pertanyaa lanjut berkaitan aliran trafik di kawasan terlibat.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23317
One Stop Center ‘perangi’ Covid-19
[ "KUCHING: Berikutan daripada peningkatan kes berterusan di Sarawak, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif dengan mewujudkan sebuah Pusat Sehenti atau ‘One Stop Center’ Covid-19 di Bahagian Kuching.", "Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, pusat sehenti tersebut merupakan satu projek perintis yang bermatlamat menempatkan semua jabatan dan kakitangan yang terlibat dalam operasi memerangi Covid-19.", "Jelasnya, pusat sehenti yang akan mula beroperasi pada Isnin depan iaitu 3 Mei 2021 ditempatkan di Dewan Masyarakat Kuching Jalan Padungan.", "“Ini adalah One Stop Center yang pertama yang kita telah dirikan di Sarawak dan ini adalah satu ‘pilot project’ yang mempunyai matlamat untuk menempatkan semua jabatan dan kakitangan yang terlibat sama dalam operasi memerangi Covid-19.", "“Ini termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dewan Bandaraya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Residen, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke pusat tersebut di sini pada Sabtu.", "Datuk Amar Douglas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak berkata, beliau berharap dengan inisiatif itu, segala pengurusan kes Covid-19 dapat dipertingkatkan.", "“Disinilah kita berharap satu pusat yang dapat menentukan segala pengurusan kes COVID-19 ini dapat kita tingkatkan dan pengesanan kontak dapat dibuat dengan lebih cepat,” katanya.", "Turut mengiringi Datuk Amar Douglas ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Chin Zin Hing serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain.", "Oleh JEAKQLEYN YACHO", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=16653
Cherpan: Remban
[ "AKU gelegensai angkat,agi bepurus mata. Menua petang tegayam. Aku ngasaika jari ini nyagam sebelah peninduk kami dua. Udah nya ditekis iya machis lalu jampat nguing nuju alai iya engkah kelita malam. ", "Bilik terang ba lingkar penerang kelita ti kelap-kelap. Ayuk ini nyau uram-uram lalu endur bekelingi dia chelum nadai dipeda utai. Bilik nyau dengam-dengam baka lubang tibang.", "Munyi utai tunga ke ruai ti ngasuh aku tedani ensugau majak inggar. Kaki orang bekeredup ngindik geladak kayu. Munyi orang bekegut nadai nyengala ke datai ari setak ili enda ngetu-ngetu. Sangap nyawa orang kaung-kaung ngangau bisi didinga apas. Ini megai lengan kanan aku urung dekuan lalu kami dua beiring-iring bejalai geguai nuju munyi nya.", "Kelita udah bekecheli muak ke setak kin. Manuk di luar berikuk. Babi di baruh rumah baus. Ukui nekus-nekus sereta ngengar.", "Sekeda sida meraung besaut-saut. Bulu pegu aku nyeregu. Tanya aku deka nemu kebuah utai enda disaut ini. Aku nitih sereta nurut aja.", "MASANG LAMPU GIS", "Datai kami dua ba bilik sida indai Mulok di setak din, ti bisi takah dua puluh Cherpan: Remban pintu ari bilik kami, orang udah dedat ba urung ruai sepiak-seiak enggau di tempuan.", "Siku apai tuai orang pansut ari bilik lalu bejaku enggau siku apai orang ke baru badu masang lampu gis.", "“Indai Mulok remban.Kaung-kaung ngangau minta tulung. Iya meruan tinduk tang kering deka rari,” ku iya.", "“Bedau nemu kitai nya dia? ku tanya siku nya.“Apin. Seruran ngerijat. Kering amat iya”.Ini mesulka diri ensara tugung bala. Iya enggai enda usul kini. Ini mai aku semak agi enggau alai orang ke benung bepasungka indai Mulok. Eh, nyelai amat. Aku berasai takut.", "Buk indai tuai nya sesibui merundai panjai. Ba petang baka nya gamal iya amat ngasuh geli.", "“Tulung. Tulung bala nak kitai ditaban orang. Tu..uu..lung” ku iya ngerijat sambil mua iya nunga ke ujung bilik. ", "LUPUT BEDAU NGELEDA", "Apai Mulok enggau siku apai tuai orang seruran nangkap lengan indai Mulok. Kala aku meda orang baka nya lebuh sida ngerijat. Diperening aku ke kiba ke kanan aku nadai meda kaban nembiak. Semina aku laban ti dibai ini bisi ba tugung bala. Ari aku ti duduk di belakang ini aku meda semua utai ti nyadi.", "Dua iku apai tuai orang, apai Satik enggau apai Beragai udah ditarit orang semak ngagai peninduk indai Mulok ke garing-garing enda ngerijat agi taja pan iya baka ke luput apin ngeleda. Mata iya dipeda aku menchelak tang iya enda ngelala orang ku sida. ", "Seduai iya lalu ngambi kuran kapu lalu nyulit mimit kapu.Apai Satik dulu. Iya lalu ngenyemakka diri ngagai indai Mulok lalu nyunting tanda regang ba kening indai Mulok. Iya lalu nekan tunjuk iya ba tanda nya. Peda aku mulut iya kimut-kimut nyebut utai enda bemunyi. Jari iya kekitau deka nyingkau kung ai ti udah disediaka semak nya. Iya neguk mimit ai nya.", "Kuyu iya bisi gembo mimit udah nya lalu ngenyit nyembur ai nya ba mua indai Mulok sambil nyebut “Fa…aa!”Indai Mulok bisi tegepang.", "Peda aku ukai semina indai Mulok ke tekenyit.Bisi dua tiga iku orang tekenyit. Taja pia, Indai tuai nya apin nemu orang.Udah nya apai Beragai nguji. Iya pan baka apai Satik lalu nyangkam urung kening indai Mulok.", "Mulut iya pan kulap-kulap. Abis nya iya pan neguk ai lalu nyembur mua indai Mulok.", "Peda indai Mulok tekenyit angkat udah nya lalu gali baru. Gaga gamal mensia mayuh tang udah nya irau baru. Sekali tu ku sida ke semak, mata iya tebelenit.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33720
Pasukan bomba berhempas-pulas
[ "MIDPINES: Anggota bomba berhempas-pulas dalam memerangi kebakaran hutan terbesar di California pada musim panaas berhampiran Taman Negara Yosemite selain memaksa ribuan penduduk berpindah, kata pegawai.", "Kebakaran Oak di tengah California meletus sejak Jumaat minggu lalu dan sedang marak, manakala sebahagian Amerika Syarikat (AS) berdepan gelombang panas, termasuk Barat Laut Pasifik yang biasanya sejuk.", "Menurut Jabatan Bomba Negeri, Cal Fire, kebakaran di Daerah Mariposa menyambar 17,241 ekar dan 16 peratus berjaya dikawal,", "“Kru bomba bekerja secara agresif menggunakan jentolak, kru dan pesawat dengan hanya pertumbuhan minimum pada kebakaran dilihat pada Isnin lalu,” kata jabatan itu.", "Ia adalah kebakaran yang paling dahsyat setakat musim kebakaran ini, menurut Cal Fire setelah ia memusnahkan lebih daripada tiga kali ganda keluasan Kebakaran Washburn berdekatan dengan hampir 90 peratus berjaya dikawal.", "Tetapi, ia kekal lebih kecil daripada Dixie Fire tahun lepas yang membakar hampir satu juta ekar.", "Ketua Batalion Cal Fire, Jon Heggie memberitahu CNN kebakaran hutan terbaharu adalah “lebis ganas” daripada kebakaran lain yang dilihat di rantau ini sejak dua tahun lepas.", "“Kebakaran ini merebak dengan kelajuan dan lebih besar menjadikannya sangat mencabar dan sangat berbahaya untuk orang awam dan anggota bomba.", "“Ia bergerak begitu pantas ia tidak memberi banyak masa kepada orang ramai dan kadangkala mereka hanya perlu berpindah dengan hanya memakai baju,” kata Heggie.", "Cal Fire berkata 55 bangunan kediaman, komersial dan lain-lain telah musnah.", "‘Hasil langsung’ perubahan iklim", "Jurucakap bomba, Jonathan Pierce berkata, kelembapan rendah dan suhu tinggi mencetuskan kebakaran, diburukkan lagi dengan jumlah pokok mati dan cerun curam di kawasan itu.", "Kebakaran Oak memaksa pemindahan sekitar 3,000 orang setakat ini, kata pegawai.", "Hampir 3,000 anggota bomba yang disokong oleh 24 helikopter  dikerahkan berhampiran pinggir barat daya Taman Negara Yosemite.", "Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, California dan bahagian lain di barat AS dimusnahkan oleh kebakaran hutan yang besar dan bergerak pantas, didorong oleh kemarau bertahun-tahun dan iklim yang semakin panas.", "“Apa yang saya boleh beritahu anda ialah ini adalah hasil langsung daripada perubahan iklim. Anda tidak boleh mengalami kemarau selama 10 tahun di California dan mengharapkan perkara yang sama. Kemarau itu yang mendorong apa yang kita panggil kebakaran mega,” kata Heggie.", "Suhu melampau boleh dilihat di tempat lain di negara itu, kerana 60 juta rakyat AS berada di bawah keadaan berjaga-jaga ekoran haba pada Isnin lalu.", "Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) berkata, amaran haba disediakan di Dataran Selatan dan Lembah Mississippi Bawah, manakala suhu panas akan menurun di Timur Laut dan pertengahan Atlantik sejak semalam.", "Pasifik Barat Laut yang biasanya sejuk akan menyaksikan suhu melepasi 37 darjah celsius di Columbia River Gorge dan Basin.", "NWS berkata, rekod tertinggi harian mungkin akan dipecahkan dari utara California ke kawasan Portland, Oregon dan Seattle, Washington.", "Bandar terlibat membuka stesen penyejukan dan meningkatkan jangkauan kepada komuniti berisiko seperti gelandangan dan mereka yang tidak mempunyai penghawa dingin.", "Dunia dilanda gelombang panas yang melampau sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk Eropah Barat pada Julai ini dan India pada Mac dan April tahun depan, insiden yang dikatakan saintis sebagai tanda jelas iklim pemanasan.", "Cuaca ekstrem mendorong bekas naib presiden AS Al Gore, penyokong iklim lama, mengeluarkan amaran keras pada Ahad lalu mengenai “tiada tindakan” oleh penggubal undang-undang AS.", "Ditanya sama ada beliau percaya Presiden AS Joe Biden harus mengisytiharkan darurat iklim, yang akan memberinya kuasa dasar tambahan, Gore berkata, “Bumi sendiri mengisytiharkannya sebagai kecemasan global”. -AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12043
Sambut baik penubuhan SADA
[ "SRI AMAN: Penduduk perlu menyambut baik usaha Kerajaan Sarawak dalam menubuhkan Jawatankuasa Kawasan Pembangunan Sri Aman atau SADA kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang.", "Beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidiladha kepada Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kampung Melayu Tanjung Bijat di sini berkata, penubuhan SADA penting kerana ia secara tidak langsung dapat merancakkan lagi proses pembangunan Sri Aman pada masa akan datang.", "“Penubuhan Jawatankuasa SADA adalah penting kerana Sri Aman perlu mencontohi beberapa badan berkuasa dalam negeri ini yang telah berjaya melaksanakan pelan pembangunan di kawasan tadbir mereka dengan lebih efektif.", "“Antara Badan berkuasa tersebut adalah Upper Rejang Development Agency (URDA), Intergrated Regional Samarahan Development Agency (ISDA), Highland Development Agency (HDA) dan Northern Region Development Agency (NRDA),” kata Mong.", "Beliau turut menambah, penubuhan badan berkuasa itu telah berjaya merancak proses pembangunan di Kapit, Samarahan, Baram, Limbang dan Lawas dengan Sri Aman juga mampu mencapai harapan seperti itu jika kerajaan selesai menubuhkan SADA kelak.", "Selain itu, beliau pada ucapannya juga memberitahu penubuhan Jawatankuasa SADA adalah perlu memandangkan Sri Aman termasuk beberapa bahagian dalam negeri ini berjiran dengan Kalimantan Barat, Indonesia.", "“Presiden Indonesia, Joko Widodo mahu memindahkan ibu kota negara mereka dari Jakarta ke Kalimantan Barat di sini yang secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya ‘spill over effect’ dari segi ekonomi di Sri Aman.", "“Atas sebab itulah pentingnya kewujudan SADA agar badan berkuasa ini dapat membantu menggubah budaya kerja dan niaga yang sedia ada di Sri Aman menerusi ‘spill over effect’ dari negara jiran itu nanti,” kata beliau.", "Mong juga yakin penubuhan SADA akan dapat mengubah wajah pembangunan Pekan Lubok Antu, Pekan Engkilili, Pekan Batu Lintang, Bandar Simanggang, Pekan Lachau, Pekan Pantu dan Pekan Balai Ringin secara drastik pada masa akan datang.", "Mong pada program itu mengumum peruntukan Program Transformasi Luar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan berjumlah RM100,000 untuk pembinaan padang futsal dan  RM150,000 untuk pembinaan parit di penempatan Kampung Melayu Tanjung Bijat.", "Beliau juga bertindak meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM20,000 untuk Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Tanjung Bijat dengan RM15,000 lagi diumum untuk Masjid Nadhatul Islam di kampung berkenaan.", "Oleh Valentine Ngumbang", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=1350
Tiga ekor burung hantu berjaya diselamatkan
[ "MIRI: Tiga ekor burung hantu ‘Collared Scops Owl’ jenis\nhaiwan terlindung sepenuhnya berjaya diselamatkan oleh seorang wanita tempatan\ndi sini, semalam. ", "Tiga ekor burung tersebut dijumpai di hadapan sebuah\nkedai di Taman Tunku dan kemudiannya diserahkan oleh wanita tersebut kepada\npihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut. ", "Burung tersebut kini diletakkan di Taman Alam Semula Jadi\nPiasau (Piasau Nature Reserve) di Kem Piasau sebelum dibebaskan ke habitat\nasal.", "Burung hantu adalah haiwan yang dilindungi sepenuhnya di\nbawah Ordinan Perlindungan. Hidupan Liar 1998", "Mana-mana orang yang didapati memelihara spesies yang\ndilindungi boleh dikenakan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM10,000.", "Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton\nmenerusi satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut  atas tindakannya yang sedar dalam melindungi\nhidupan liar.", "“Kesediaan masyarakat untuk menyerahkan haiwan\nmenunjukkan bahawa masyarakat kita pada amnya kini lebih menyedari\ntanggungjawab mereka dalam menjaga kewujudan hidupan liar kita,” katanya. ", "Beliau menekankan bahawa haiwan liar sebaiknya dibiarkan\ntidak terganggu di alam semula jadi sebagai sebahagian daripada komuniti hutan.", "Mereka yang mempunyai maklumat mengenai hidupan liar  digalakkan untuk menghubungi talian hotline\nSARAWAK FORESTRY di Kuching (019-8859996, 016-8565564), Sibu (019-8190140,\n019-8894474), Bintulu (019-8223449, 019-8332737),  atau Miri (019-8224566, 019-8290994).", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13254
Lee Kim Shin serah geran MRP kepada 32 NGO
[ "MIRI : Sejumlah RM239,000 geran Projek Kecil Luar Bandar (MPR) diagihkan kepada 32  penerima terdiri daripada pertubuhan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin di sini, semalam.", "Majlis ringkas penyerahan cek kepada penerima disempurnakan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin di Pusat Khidmat DUN Senadin.", "Antara yang menerima geran tersebut ialah Kesatuan Guru Sarawak Cawangan Miri,  Persatuan Ketua Masyarakat Cina Bahagian Miri dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  Lembah Hijau.", "Geran berkenaan disediakan oleh kerajaan negeri bagi membantu persatuan, kelab dan NGO menganjurkan aktiviti mereka termasuk program berkonsepkan sosial dan kemasyarakatan.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27408
CSO berperanan penting
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan menganggap Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) memainkan peranan penting dalam tempoh-tempoh pemulihan Covid-19, terutama menerusi pelaksanaan langkah-langkah Bajet 2022 bagi memperkasa masyarakat terbabit.", "Sehubungan itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerjasama kerajaan dengan CSO adalah amat penting, khususnya dalam memastikan semua individu di bawah kendalian mereka mendapat sokongan yang diperlukan.", "“CSO dan perusahaan sosial adalah pihak berkepentingan utama dalam usaha negara untuk pulih. Ini berikutan kedua-dua pihak ini mempunyai akses lebih baik serta berkesan ke atas kelompok masyarakat, sekali gus membolehkan usaha pelaksanaan yang lebih khusus dan sewajarnya.", "“Ringkasnya, pertubuhan sivil ini adalah rakan pembangunan utama bagi kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada acara Forum Hasanah 2021 secara maya, semalam.", "Menurut Tengku Zafrul, kepentingan peranan pertubuhan sivil yang sering dianggap sebagai ‘sektor ketiga’ juga semakin ketara sejak bermulanya pandemik Covid-19.", "Malah, ketika kemuncak pandemik itu, kerajaan telah mewujudkan Geran Khas Hasanah (HSG) yang menjadi sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dengan matlamat menyokong program yang dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan daya tahan sosioekonomi golongan B40, termasuk kanak-kanak, warga pelarian, Orang Asli, warga emas dan gelandangan.", "“Ini dilaksanakan menerusi kerjasama dengan CSO dalam bidang pendidikan, menyokong aspek mata pencarian atau sumber pendapatan dan menyalurkan bantuan makanan secara langsung, terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "“Di bawah kerjasama ini, HSG setakat ini telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta dalam dua fasa.", "“Sebanyak 110 projek telah berjaya dilaksanakan pada fasa pertama dan ada di antara projek tersebut telah disenaraikan untuk diperluaskan supaya lebih banyak manfaat dapai dikongsi dengan komuniti,” katanya.", "Menurut Tengku Zafrul, 110 projek terbabit itu merangkumi 140,000 penerima manfaat, sebahagian besarnya daripada komuniti mudah terjejas dan kira-kira 400 haiwan terancam bagi tujuan dijaga dan dipelihara.", "Berikutan itu katanya, kerajaan berharap untuk meneruskan serta memperkukuh kerjasama dengan CSO bagi memanfaatkan kepakaran serta jangkauan pertubuhan itu.", "Beliau berkata, sebagai mengiktiraf peranan penting CSO, pada tahun depan sejumlah RM100 juta akan disalurkan dalam bentuk geran padanan dengan yayasan milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi usaha membabitkan bidang utama yang digariskan dalam Bajet 2022.", "Ini termasuk memperkukuh aspek kesihatan mental dan perkhidmatan sokongan sosial, pendidikan selepas persekolahan, penjanaan pendapatan untuk golongan mudah terjejas, dan memulihara warisan seni dan budaya.", "Tengku Zafrul berkata, dalam usaha memupuk ekosistem pengumpulan dana yang mampan dan pesat berkembang, Bajet 2022 turut menyediakan insentif dalam bentuk pengecualian cukai bagi pendapatan perusahaan sosial sehingga tiga tahun taksiran yang tertakluk kepada Akreditasi Perusahaan Sosial daripada pihak berkuasa berkaitan.", "Menurutnya, langkah itu akan menyokong perusahaan sosial untuk mampan secara kewangan dalam misi mewujudkan impak sosial atau alam sekitar yang positif.", "“Kita juga bekerjasama dengan Yayasan Keluarga Malaysia untuk menyediakan serta melindungi aspek kebajikan, pendidikan dan masa depan kanak-kanak yang menjadi yatim piatu akibat Covid-19.", "“Sudah pasti, senarai ini belum menyeluruh dan kerjasama dalam bidang berpotensi lain yang turut merangkumi kerja-kerja sosial, program-program bagi sumber pendapatan dan kebertanggungjawaban sosial,” katanya.- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46168
Joe Biden tersasul panggil Rishi Sunak ‘Tuan Presiden’
[ " WASHINGTON: Joe Biden keliru mengenai gelaran Perdana Menteri Britain Rishi Sunak apabila kedua-dua pemimpin itu bertemu di Rumah Putih, sehingga memanggilnya sebagai “Tuan Presiden”, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).", "Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan segera membetulkan kesilapannya, sambil bergurau bahawa beliau telah “menaikkan pangkat” Sunak.", "Pemimpin berusia 80 tahun itu yang duduk bersebelahan Sunak dalam mesyuarat dua hala, berkata: “Baiklah, Tuan Presiden – Tuan Presiden, saya baru sahaja menaikkan pangkat anda. Tuan Perdana Menteri, saya gembira menerima anda kembali.”", "Sunak, yang tertawa, tidak pernah ke Rumah Putih sebelum ini sebagai perdana menteri, hanya memegang jawatan Oktober lalu.", "Biden memberitahunya: “Dalam beberapa bulan lalu, kami telah berjumpa antara satu sama lain di San Diego dan kemudian kami bertemu di Belfast dan sekali lagi di Hiroshima.", "“Dan sekarang, kami di sini akan menyelesaikan semua masalah dunia dalam 20 minit akan datang.”", "Ini bukan kali pertama presiden AS kelihatan tergagap-gagap dalam percakapannya.", "April lalu, semasa lawatannya ke Republik Ireland, Biden dilihat keliru nama pasukan ragbi All Blacks New Zealand dengan “Black and Tans” – pasukan polis kontroversi era Perang Kemerdekaan di Ireland. – Bernama-dpa", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32889
RWMF serlah kreativiti anak tempatan
[ "PENGUNJUNG tertarik dengan pameran kraf tangan yang tersedia di RWMF 2022.", "RWMF yang berlangsung selama tiga hari bermula 17-19 Jun 2022 tersebut pastinya meninggalkan impak besar terhadap industri ekopelancongan dengan pengisian program seperti bengkel muzik, pertunjukan kebudayaan, pameran kraftangan, gerai-gerai makanan, dan konsert malam utama, malah turut disenaraikan sebagai salah satu festival muzik terbesar di Malaysia dalam kalendar pelancongan Sarawak dengan jumlah penonton menghampiri 30,000 orang.", "Penggiat ekonomi perusahaan sosial Vianney Evana Vide dari negeri di bawah bayu memanfaatkan peluang berkongsi tapak RWMF sebagai platform mengembangkan empayar perniagaannya dan menyifatkan peluang bersejarah ini mungkin datang hanya sekali sebagai permulaan jenama beras lokal keluaran Sabah ‘Wagas de Asi’ lebih dikenali dan digemari suatu masa kelak.", "“Awalnya saya cuma ingin membantu petani tanaman padi luar bandar untuk memasarkan produk mereka namun melihat kepada permintaan serta potensi beras lokal tanpa bahan pengawet ini untuk dikomersialkan ke peringkat global lantas wujudlah idea penjenamaan, pembungkusan, pernilaian kualiti, penjualan, pemasaran melalui media sosial dan ekspo-ekspo pertanian serta mulai menerima tempahan sekaligus menyediakan perkhidmatan penghantaran, sehingga kini sambutan orang awam amat baik malah untuk RWMF ini, syukur semuanya laris terjual” katanya. ", "Pengasas sabun organik yang diperbuat daripada ‘Engkabang’ atau ‘IIIipe Butter’, Darren Wee turut tidak melepaskan peluang yang diberikan oleh pihak penganjur RWMF berhasrat meletakkan jenama SAVO sebagai pilihan utama produk penjagaan diri yang selamat dan aman digunakan seharian seperti Bario Rice Bang Bar, Pink Clay Bang Bar dan Bang Balm.", "“SAVO baru sahaja dilancarkan tahun ini dan strategi pemasaran hanyalah melalui media sosial seperti instagram @thisissavo sebagai percubaan pasaran semasa, memandangkan masih baru ianya belum terkenal dan kami belum ada premis fizikal namun begitu setakat ini, kami menerima jumlah tempahan yang memberangsangkan, pengguna amat meyakini produk organik sebegini kerana ianya tidak meninggalkan kesan sampingan ke atas kesihatan kita,” jelasnya.", "Pengusaha kraftangan, Pengurus dan Pemilik Syarikat Bumi Bertuah Josefine Midong Jubin berjaya mencuri perhatian pelancong apabila turut membawa perkakasan lengkap tenunan pua kumbu dan demostrasi proses menenun pua kumbu bertemakan ‘Sugu Tinggi Kumang’ pada RWMF kali ini, ianya mengambil masa sekitar tiga bulan untuk disiapkan dan ditanda harga RM3000 berdasarkan harga pasaran semasa.", "“Pua Kumbu kini tidak asing lagi kerana ianya telahpun terkenal di persada antarabangsa dengan keberanian penggiat industri fesyen memperagakan rekaan mewah dan bersejarah ini sebagai pelengkap busana mereka, saya sedar kekayaan tradisi budaya ini perlu diwariskan kepada generasi muda sebab itulah, syarikat saya di Sibu menyediakan bengkel, pameran, jualan kraftangan dan pembelajaran secara terus kepada mereka yang berminat, ayuh sertai kami, bersama kita pelihara keunikan ini,” katanya.", "Ruangan Skrang Tattoo Studio Dayak of Sarawak Borneo antara tapak tumpuan pengunjung dalam dan luar negara yang menampilkan pelukis tatu hebat antaranya Ejau Tatu dan Nicholas Jenta yang berkemahiran menghasilkan karya sepertimana permintaan pelanggan sama ada mengikuti corak contoh yang tersedia ataupun pilihan tersendiri pelanggan merangkumi reka bentuk moden, kontemporari dan tradisional.", "“Seronok bila ramai menyukai ‘kalingai’ Iban, inilah suatu cara berkongsi kebudayaan tradisi dengan masyarakat luar, pastinya ini sebuah kenangan yang sukar dilupakan, tiga hari terlalu singkat untuk kami memenuhi permintaan pelanggan, kiranya masih berminat, kami amat mengalu-alukan orang ramai mengunjungi premis kami ataupun ikuti kami di platform instagram @boi_skolang,” ujar salah seorang pelukis tatu. -JAPEN", "Oleh JAED TEPUS, MOHD IBNU MUNIR", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31539
Niaga hadapan MSM diniagakan antara RM6,100, RM6,500 satu tan
[ "ANGKAAN JUMLAH EKSPORT TERUS BERI SOKONGAN… Niaga hadapan MSM dijangka meningkat pada pembukaan pasaran hari ini berikutan pengumuman larangan Indonesia terhadap eksport minyak masak mulai 28 April.", "KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM6,100 dan RM6,500 satu tan pada minggu ini dengan kecenderungan meningkat. ", "Peniaga minyak sawit, David Ng berkata, jangkaan jumlah eksport yang tinggi akan terus memberi sokongan kepada komoditi itu.", "Sementara itu, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics, Dr Sathia Varqa berkata, niaga hadapan MSM dijangka meningkat pada pembukaan pasaran hari ini berikutan pengumuman larangan Indonesia terhadap eksport minyak masak mulai 28 April. ", "Menurut laporan berita, Presiden Indonesia Joko Widodo telah melarang eksport minyak masak dan bahan mentahnya mulai 28 April sehingga diberitahu kelak, menyatakan beliau akan terus memantau dan menilai pelaksanaan dasar itu untuk memastikan Indonesia, pengeluar minyak sawit terbesar dunia, mempunyai bekalan minyak masak mampu milik yang banyak dalam negara.", "Bagi minggu baharu berakhir, niaga hadapan MSM diniagakan kebanyakannya tinggi dalam persekitaran harga minyak kacang soya kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago, harga minyak mentah tinggi dan jangkaan eksport yang kukuh. ", "Pasaran ditutup esok sempena cuti Nuzul Al-Quran.", "Pada asas Jumaat kepada Jumaat, Mei 2022 naik RM179 kepada RM6,871 satu tan, Jun 2022 meningkat RM168 kepada RM6,625 satu tan dan Julai 2022 menambah RM45 kepada RM6,355 satu tan.", "Sementara itu, Ogos 2022 merosot RM19 kepada RM6,162 satu tan, September 2022 berkurangan RM22 kepada RM6,045 satu tan dan Oktober 2022 jatuh RM44 kepada RM5,966 satu tan.", "Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 204,757 lot daripada 271,054 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 203,392 kontrak daripada 231,959 kontrak sebelum ini.", "Harga MSM fizikal bagi April Selatan meningkat RM80 kepada RM6,900 satu tan.- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21858
Hargai pejuang veteran – Fabian Wong
[ "Fabian Wong Boon Soon lahir pada tahun 1944 di bandar pesisir Matu dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Membesar sebagai anak kepada seorang penjawat awam, Wong menghadiri sekolah rendah di Kanowit, Bintangor dan Limbang, manakala sekolah menengah pula di Sacred Heart School, Sibu.", "Kerjaya beliau bermula sebagai Renjer dan kemudian bersara sebagai Leftenen Kolonel. Wong berkahwin dengan Anna Lau dan dikurniakan tiga anak dan kini bergelar datuk kepada cucu-cucunya.", "Beliau berkongsi pengalaman 32 tahun di dalam tentera bersama Stail serta bagaimana kehidupan sebagai penegak keamanan dalam tahun 1960-an.", "Stail: Boleh anda bercerita tentang kehidupan anda di dalam tentera?Wong: Saya bermula sebagai Pegawai Renjer dan kemudian sebagai Pegawai Risikan di dalam perkhidmatan bersama Angkatan Tentera Malaysia.", "Saya terlibat secara aktif sepanjang Konfrontasi, terlibat di dalam Operasi Menentang Pemberontakan terhadap Parti Komunis Malaya (PKM), terlibat di dalam Public Orders Operations semasa peristiwa 13 Mei di George Town Pulau Pinang, terlibat di dalam Operasi Menentang Pemberontakan terhadap Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) di Sarawak atau lebih tepat lagi di dalam 3 Divisyen Sarawak. Saya telah berkhidmat di dalam beberapa tugasan dan jawatan, misalnya sebagai Komander Platun, Komander Kompeni, Pegawai Risikan Tentera, Komandan Sekolah Pertahanan Risikan, Kakitangan Pengarah Kolej Malaysian Armed Staff College, Pegawai Risikan Umum dan Pegawai Kanan Misi Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.", "Stail: Apakah pengalaman peribadi dan memori anda di dalam tentera?Wong: Saya masih ingat semasa saya di dalam 1 Renjer (Batalian Pertama Renjer Malaysia) dan sekarang ini dikenali sebagai Batalion Pertama Renjer Diraja Malaysia, batalion ini amat dikenali dan dihormati disebabkan oleh keupayaannya beroperasi serta kejayaannya.", "Semasa Konfrontasi, 1 Renjer melakukan apa yang tidak dilakukan oleh unit infantri yang lain. Ia melaksanakan operasi berterusan selama 13 bulan, tujuh bulan di kawasan sempadan Bahagian Kedua (Simanggang) dan enam bulan di kawasan sempadan Bahagian Pertama (Semarang-Lundu). Kejayaannya memang tidak boleh dibandingkan dengan apapun, termasuk unit-unit British dan Australia.", "Di dalam menangani pemberontakan, 1 Renjer yang mempunyai askar-askar yang berani dan mempunyai kemahiran di dalam hutan, menimbulkan ketakutan dalam kalangan musuh. Ia meraih kejayaan besar tetapi kehilangan beberapa anggota juga. Malah pegawainya memenangi banyak pingat keberanian hasil menangani dua pemberontakan, dan kejayaan ini memang diingati dan dibanggakan.", "1 Renjer bukan sahaja cemerlang semasa Konfrontasi dan Operasi Menentang Pemberontakan tetapi juga semasa peristiwa 13 Mei di Pulau Pinang dan Province Wellesley (Seberang Perai), menukar kawasan panas itu menjadi “Tiada Seorangpun Mati” sehingga menimbulkan rasa kagum dalam kalangan semua orang, seterusnya menggembirakan rakyat Pulau Pinang.Begitu sekali kejayaan 1 Renjer di dalam membantu pihak polis untuk menjaga keamanan, menegakkan undang-undang dan peraturan.", "1 Renjer berdisiplin tinggi, tegas, adil dan bertanggungjawab melaksanakan operasi bagi menghentikan individu atau kumpulan daripada menimbulkan kekacauan atau kekecohan. Kemudian, Ketua Menteri Pulau Pinang, semasa ucapan pada majlis Makan Malam Gawai dan Joget yangdbeliau taja, memuji 1 Renjer setinggi langit. Pada bahagian akhir ucapan, beliau berkata “Saya amat berharap Renjer-Renjer Sarawak adalah Renjer Pulau Pinang. Hidup 1 Renjer”.", "Stail: Bagaimana dengan pengalaman peribadi bertembung dengan musuh atau insiden yang pernah anda alami?Wong : Ada beberapa insiden yang saya alami yang hampir meragut nyawa saya. Sebahagiannya amat sensitif dan saya tidak mahu berkongsi dengan sesiapa. Semasa insiden pembunuhan Inspektor Herman Wong pada Disember 1970, saya keluar dari rumah dan bertarung dengan pembunuh tersebut. Mereka datang dengan tiga buah motosikal dengan empat orang berjaga di jalan utama dan dua lagi mencari sasaran atau mensasarkan lorong kami. Inspektor Herman ditembak pada jarak 20 kaki dari rumahnya ketika dia keluar untuk memeriksa dua orang yang mencurigakan melintasi rumahnya dengan motosikal. ", "Pembunuh tersebut berpatah balik, berhenti dan mula menembak kea rah Herman. Dua tembakan mengenai Herman dan dia tersungkur ke tanah. Saya terdengar tembakan ini dan meluru keluar dari rumah untuk melawan mereka. Melihat saya keluar, mereka menembak ke arah saya pula. Saya menembak balik dan berjaya membunuh seorang daripadanya mereka, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri melalui lorong yang lain.", "Saya mengejar hingga ke jalan utama tetapi gagal menemuinya. Pada ketika itu keadaan sudah agak gelap. Saya pergi ke sebuah rumah dan meminta bantuan. Pada ketika itu, isteri Herman telah membuat panggilan untuk meminta bantuan. Saya kembali kepada Herman dan memintanya untuk bertahan serta membantunya mengucapkan doa. Dalam beberapa minit, kenderaan polis pun tiba. Herman dikejarkan ke Hospital Umum Sibu. Dia meninggal sebaik tiba di hospital atau beberapa minit selepas itu. Tindakan susulan kemudian membawa kepada penangkapan dua orang pada malam yang sama dan seorang lagi ditangkap pada keesokan paginya.", "Pembunuh keenam dan yang terakhir, terbunuh setahun kemudian berhampiran sebuah perkuburan di lapangan terbang lama Sibu, di mana Herman dikebumikan.", "Khabar angin bertiup kencang. Ada yang mengatakan bahawa kubur Inspektor Herman diceroboh dan jasadnya dipotong-potong. Kami tahu itu adalah khabar angin yang disebarkan bagi menakut-nakutkan orang ramai dan pihak polis, terutama Cawangan Khas dan kakitangan awam kerajaan. ", "Isteri Herman menelefon saya dan mahu tahu kisah sebenar. Sejak khabar angin itu bertiup, saya secara diam-diam membawa isteri Herman untuk melihat kubur itu sendiri bagi meyakinkannya bahawa kubur itu selamat dan tidak pernah diceroboh. Hanya selepas itu baharulah dia yakin dan lega. Saya ingin menegaskan bahawa kubur mendiang Inspektor Herman Wong tidak pernah digali dan dipotong-potong. Semoga rohnya aman.", "Oleh CONNIE CHIENG", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28368
28 rumah panjang terima warta
[ "SARATOK: Sebanyak 28 rumah panjang menerima Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN).", "Timbalan Ketua Menteri,Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penerima warta adalah dari kawasan Mapar, Babang dan Rimbas;Krangan Rusa Ulu, Krian dan Kedap/Melupa, Awik.“Kawasan yang telah diwartakan di bawah Seksyen 6 adalah kawasan Mapar,Babang dan Rimbas meliputi 1,723.65 hektar dimiliki oleh empat rumah panjang.", "“Kedua ialah kawasan Kedap/Melupa, Awik berkeluasan 2,143.20 hektar dimiliki 17 rumah panjang dan ketiga ialah kawasan Krangan Rusa Ulu, Krian berkeluasan 901.00 hektar dimiliki oleh tujuh rumah panjang,” katanya.B e l i a u berkata demikian pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) Dan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 KTN Bagi Kawasan Krian, pagi semalam.", "Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian,Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah mengucapkan tahniah kepada semua penerima yang telah bersetuju untuk tanah tersebut disukat dibawah Seksyen 6.“Di Krian ini, masih ada beberapa tempat, masyarakat telah dihasut oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan bahawa Seksyen 6 ini adalah usaha kerajaan mengambil tanah kita. Itu adalah cerita bohong dari pihak tidak bertanggungjawab.", "“Penerima yang menerima Warta Rizab Komunal Bumiputera,tanah-tanah ini milik anda dan diiktiraf oleh kerajaan. “Saya dimaklumkan bahawa ada tempat di Saratok belum disukat kerana ada pihak-pihak tertentu menghasutmasyarakat.", "“Saya harap, mulai hari ini,janganlah tidak bersetuju untuk menyukat tanah tersebut,”ujarnya. Sementara itu, katanya, penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 KTN bagi kawasan Krian pada hari semalam pula adalah di bawah penyukatan Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu.", "“Seramai 79 penerima menerima surat hakmilik tanah ini adalah dari kawasan Sungai Krian dan Sungai Kabo.“Ini adalah bukti nyata bahawa setelah disukat dengan Seksyen 6, ia akan disukat dengan Seksyen 18 dimana surat hak milik tanah diberi percuma kepada pemilik tanah.", "“Hari ini (semalam) juga,kita menyerahkan surat hakmilik tanah Seksyen 18 kepada 141 pemilik tanah di kawasan pembangunan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) iaitu di Salcra Roban South dan Roban North,” jelasnya.Dalam pada itu katanya,sehingga kini, sebanyak 7,233 surat hak milik tanah telah dikeluarkan untuk kawasan tersebut.", "“Ini adalah satu manfaat menyertai program pembangunan SALCRA. Selain mendapat dividen, pemilik tanah juga menerima surat hakmilik tanah di bawah Seksyen 18. “Di Sarawak, kawasan yang telah disukat bagi warta rizabkomunal bumiputera Seksyen 6 adalah berkeluasan 1,051,871 ha dan kawasan seluas 783,346 telah diwartakan,”katanya.", "Oleh EARL ANEK", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17637
Masa depan cerah bangunkan sektor tenaga
[ "LAWAS: Sarawak mempunyai masa depan yang paling cerah dalam membangunkan sektor tenaga berasaskan hasil bumi dan laut.", "Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr. Abang Johari Tun Abang Openg memberi bayangan awal bahawa Utara Sarawak akan menjadi nadi pembangunan Sarawak dalam sektor hidro karbon seperti gas dan minyak.", "Namun kata beliau, inisiatif tersebut mempunyai kaitan dengan sumber asli negeri ini yang mana hak ke atasnya telah diiktiraf oleh mahkamah baru-baru ini.", "“Memang benar Sarawak mempunyai 54 peratus rizab gas negara ini.", "Bermula dari Lawas, perut bumi Sarawak melandai hingga ke Baram, ke Balingian dan dari Balingian terus ke Natuna,” jelas beliau ketika memberi petunjuk kepada ciri-ciri inisiatif tersebut.", "Mengenai cadangan oleh pelabur untuk membina loji penapisan minyak di sini, beliau berkata kajian hidrolik akan dilaksanakan sebagai fasa terakhir beberapa siri kajian yang harus dijalankan.", "Ketua Menteri menjelaskan demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Sarawak di Stadium Tertutup Lawas anjuran Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) malam kelmarin.", "Ketua Menteri menyeru agar rakyat terus memberi kepercayaan dan mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan masa depan yang lebih gemilang untuk Sarawak dan rakyatnya.Kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk memindahkan cadangan tapak lapangan terbang baharu Lawas ke lokasi lain untuk memberi laluan kepada projek tersebut.", "Oleh itu, Lawas memerlukan sebuah lapangan terbang baharu yang lebih besar untuk memudahkan usaha menarik pelaburan ke kawasan utara Sarawak.", "Mengenai pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasan-kawasan pembangunan baharu di bawah RECODA, Abang Johari menyatakan bahawa program pembangunan di kawasan URDA, HDA dan NRDA adalah berdasarkan kehendak rakyat tempatan.", "Pembangunan di kawasan ini berbentuk ‘bottom-up’ dan bukan ‘top-down’ dan merupakan kaedah ‘empowerment’ untuk memberi ruang kepada rakyat bertindak berdasarkan kehendak mereka.", "RM1.5 bilion telah diperuntukan bagi setiap agensi seperti URDA, HDA dan NRDA bagi tempoh dua tahun untuk melaksanakan program pembangunan di kawasan tersebut, khususnya infrastruktur dan utiliti.", "Seterusnya, pemerkasaan dalam bidang pendidikan juga perlu diberi penekanan serius melalui pembinaan sekolah antarabangsa.", "Ini penting kerana kemampuan menguasai berbagai bahasa antarabangsa akan memudahkan anak-anak Sarawak meneruskan pengajian di luar negara.", "“Dulu sekolah antarabangsa dikenali sebagai sekolah untuk anak-anak orang kaya dan elit.", "Kini kita mahu anak-anak nelayan, petani dapat belajar di sekolah antarabangsa agar mereka mempunyai masa depan yang lebih baik dan mampu memenuhi keperluan tenaga kerja penting di Sarawak,” ujarnya.", "Sarawak di bawah GPS tidak akan bangkrap sebaliknya banyak lagi hasil baru akan menjana ekonomi Sarawak untuk terus berkembang.", "Kini dengan pematuhan pihak berkenaan dalam cukai jualan mampu memberi hasil yang besar dan dalam tempoh lima tahun kita memperoleh RM15 bilion.", "Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian & Pembangunan Usahawan, Sarawak, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Sameon, Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian & Pembangunan Usahawan, Sarawak Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pemodenan Pertanian dan Tanah Adat Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia Dato Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Haji Hasbi Habibollah, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan kenamaan lainnya.", "", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4267
Pasar Sabtu Pendam ‘syurga’ hasil tani
[ "FAIZAL BUJANG", "PASAR Sabtu Pendam, Sadong Jaya yang mula diperkenalkan awal tahun ini sesungguhnya memberi impak yang cukup hebat buat masyarakat setempat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Sadong Jaya.", "Manakan tidaknya, pasar tersebut yang beroperasi pada hari Sabtu setiap minggu berperanan sebagai medan untuk memasarkan produk hasil tani yang ada.", "Tidak hanya mencakupi hasil tuaian, sayur-sayuran bahkan meliputi segala keperluan untuk bidang pertanian seperti anak benih pokok buah-buahan yang pelbagai.", "Perkara tersebut diakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo sendiri tatkala mengulas sejenak disebalik penubuhan ‘Pasar Sabtu Pendam’ berkenaan.", "Menurut Ir Aidel, kita melihat Daerah Sadong Jaya yang begitu terkenal dengan pengeluaran produk hasil tani selain hasil laut yang tidak perlu diperkenalkan lagi.", "Oleh yang demikian katanya, melihat kepada kawasan terbabit yang sering menjadi anjung singgah kepada masyarakat pelbagai suku kaum saban hari.", "Justeru, cetusan idea untuk mewujudkan ‘Pasar Sabtu Pendam’ yang tujuan dapat dijadikan tempat untuk menghimpun sekali gus memasarkan produk hasil mahsul pertanian dikawasan berkenaan.", "“Satu pendekatan yang amat tepat disebalik kewujudan ‘Pasar Sabtu Pendam’ di Daerah Sadong Jaya.", "“Saya melihat ia dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat menjual hasil pertanian dari ladang masing-masing,” kata beliau.", "Sambil menjelaskan secara tidak langsung berupaya memberi peluang kepada masyarakat luar kawasan untuk memperolehi bahan mentah yang diinginkan mereka.", "Katanya, apa yang menariknya peranan yang dilihat cukup berkesan dengan adanya ‘Pasar Sabtu Pendam’ yang berupaya mencetus satu fenomena baharu terhadap industri tani di Daerah Sadong Jaya dan Bahagian Samarahan secara keseluruhannya.", "“Apa pun diharap ‘Pasar Sabtu Pendam’ suatu hari kelak berupaya menjadi syurga pembelian produk pertanian masyarakat sejagat dengan lebih banyak hasil petani yang dapat diketengahkan dari semasa ke semasa,” tambah beliau lagi.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=2616
JBPM Limbang amal pendekatan norma baharu
[ "ADENG IDRUS", "LIMBANG: Sejajar perkembangan semasa berkaitan pandemik Covid-19, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang mengorak pendekatan ke arah norma baharu sebagai petugas barisan hadapan memerangi virus itu.", "Menurut Ketua Zon Tujuh Limbang, Edmund D. Mahai Amboh berkata pasukan mereka kini menjadi sebahagian petugas barisan hadapan dalam memutuskan rantaian Covid-19.", "Sehubungan itu, persiapan rapi sudah dilakukan ke arah pelaksanaan norma baharu dalam memerangi Covid-19.", "Beliau yang ditemui media menjelaskan, kini mereka perlu memakai peralatan perlindungan diri (PPE) walaupun berdepan dengan kes kecemasan biasa.", "“Kita ambil contoh semasa mengendalikan mangsa kemalangan jalan raya, anggota akan memakai PPE seperti sarung tangan, penutup mulut, apron dan peralatan PPE lain bagi memastikan risiko jangkitan Covid-19 dikurangkan,”ujarnya.", "Beliau memberitahu aspek penjarakan sosial semasa bertugas di balai turut diamalkan.", "Jelasnya kebersihan balai menjadi keutamaan dengan melakukan sanitasi di kawasan bangunan balai dan ruangan pejabat serta kawasan yang dikenalpasti menjadi titik sentuhan untuk dilaksanakan setiap hari.", "Malah pemeriksaan suhu badan ke atas anggota semasa masuk dan keluar bertugas turut dilakukan bagi memastikan anggota berada dalam keadaan yang sihat.", "Semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan perlu dipatuhi setiap anggota JBPM apabila terlibat operasi Covid-19 kerana penugasan mereka tidak seperti dahulu lagi.", "Pada masa yang sama, sebagai petugas barisan hadapan menurutnya anggotanya turut berkhidmat memerangi Covid-19 dengan melakukan sanitasi awam selaras dengan keperluan bagi membendung penularan Covid-19.", "Jelasnya sanitasi tidak terhad kepada kawasan terbuka, tetapi melibatkan ruangan tertutup seperti pejabat dan sebagainya.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28847
Rakyat mahu ditadbir anak Sarawak sendiri
[ "DEBAK: Kemenangan bersejarah Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak baru-baru ini bukti jelas bahawa rakyat mahu anak Sarawak sendiri mentadbir negeri ini.", "Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Mohamad Razi Sitam menyifatkan kemenangan bergaya GPS adalah hadiah cukup bermakna untuk orang Sarawak selaras dengan slogan ‘Intu Sarawak’ atau Jaga Sarawak.", "Beliau dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di atas kemenangan besar GPS pada pilihan raya kali ini.", "“Saya yakin kemenangan yang besar kali ini, merupakan hadiah untuk orang Sarawak dengan semangat ‘Intu Sarawak’, diikuti juga dengan pesan serta nasihat daripada Allahyarham Tok Nan dulu, jaga sarawak dengan baik, agar kita mampu buktikan bahawa GPS merupakan parti yang terbaik untuk memimpin negeri Sarawak ini sendiri.", "“Alhamdulillah syukur kepada hadrat Allah SWT kerana dengan berkat doa, kerjasama dan kerja keras jentera kita, daripada barisan ahli jawatankuasa Ranting Bapa, Wanita dan Pemuda hingga ke Cawangan yang bertungkus lumus dan berhadapan dengan pelbagai provokasi, tohmahan dan sebagainya,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Jentera PRN-12 di Riveria Sport Centre Debak di sini, semalam.", "Razi berkata, kerja keras jentera parti terutamanya di setiap ranting memastikan GPS yang menggunakan logo baharu menang, bukan sahaja menang di Saribas malah menghadiahkan kemenangan besar dengan 76 kerusi.", "Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana memberinya peluang menyertai Kabinet Sarawak dengan jawatan Menteri Muda Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang merupakan salah satu komponen dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Komuniti Sarawak.", "Antara pengisian lain program tersebut ialah Majlis Berzikir, Persembahan Ngajat dan penyampaian cenderahati sebagai kenangan kepada Razi di atas perlantikan beliau sebagai Menteri Muda baru-baru ini.", "Oleh ADI SAFARMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41523
Anwar harap Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei muktamadkan beberapa perkara
[ "BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) Malaysia-Brunei pada tahun ini akan dapat memuktamadkan beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama.", "Ia termasuk kerjasama dalam bidang kesukanan dan belia, kehakiman syariah serta pendidikan yang sedang giat dibincangkan oleh kedua-dua pihak.", "“Pada tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi ALC ke-24 di Kuala Lumpur. Ia merupakan wadah utama bagi kedua-dua pemimpin negara membincangkan isu-isu berkepentingan bersama dan ia sewajarnya diteruskan,” kata beliau pada Majlis Santapan Rasmi sempena lawatan rasmi beliau ke Brunei di Istana Nurul Iman di sini hari ini.", "Santapan rasmi itu dihoskan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. ", "Raja Isteri Pengiran Anak Saleha turut berkenan berangkat ke majlis itu.", "Hadir sama isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.", "Perdana Menteri berkata selain komitmen untuk memelihara kerjasama sedia ada, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan beliau akan sentiasa meneroka kerjasama strategik baharu dengan Brunei.", "“Antara lainnya, patik amat mengalu-alukan hasrat dan tawaran dari Brunei untuk melabur di dalam pelbagai sektor ekonomi berpotensi tinggi di Malaysia, termasuklah oleh Brunei Investment Agency (BIA),” kata beliau.", "Anwar menzahirkan rasa begitu gembira kerana lawatan beliau dan delegasi pada kali ini akan membuahkan hasil yang pastinya membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara.", "“Patik yakin lawatan ini akan disusuli oleh usaha-usaha berterusan oleh kedua-dua pihak untuk memperkukuhkan lagi kerjasama erat sedia ada,” kata beliau.", "Perdana Menteri turut menzahirkan rasa kesyukuran di atas hubungan erat antara kedua-dua negara yang tidak sekadar terbatas di peringkat kerajaan, malahan juga dalam kalangan rakyat dan beliau berterima kasih kepada Kerajaan Brunei di atas segala bantuan dan layanan baik yang diberikan kepada kira-kira 25,000 orang rakyat Malaysia yang menetap di negara ini.", "Beliau turut gembira melihat persefahaman dan kerjasama erat yang terjalin untuk kesekian lamanya antara kedua-dua negara yang telah membawa manfaat yang begitu besar, termasuk semasa dunia dilanda pandemik COVID-19.", "Anwar turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Brunei yang telah memutuskan untuk membuka sepenuhnya sempadan negara itu bemula pada 1 Ogos 2022 dan langkah tersebut menjadi ramuan penting ke arah usaha pemulihan pasca pandemik COVID-19.", "“Dengan pembukaan sempadan ini, Malaysia turut gembira menerima kembali pengunjung-pengunjung dari Brunei yang meningkat begitu ketara bermula pada Ogos tahun lalu. Begitu juga, bilangan pelajar-pelajar dari negara ini yang melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia menunjukkan peningkatan yang begitu positif setelah penurunan ketara ekoran penutupan sempadan kedua-dua negara bermula pada 2020,” kata beliau.", "Anwar tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari semalam dan diberikan sambutan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.", "Antara yang turut mengiringi Perdana Menteri ketika di Brunei ialah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.", "Kunjungan ini adalah lawatan rasmi ke luar negara yang kedua beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November tahun lepas. – Bernama.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11986
Persiapan Atletico terjejas
[ "PASUKAN dari Sepanyol, Atletico Madrid semalam melaporkan dua ujian positif Covid-19, hanya empat hari sebelum mereka menghadapi Leipzig di Portugal untuk mencari tempat di separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA.", "“Pada hari Sabtu, semua anggota pasukan pertama dan rombongan kelab ke Lisbon menjalani ujian seperti yang disyaratkan oleh protokol UEFA untuk perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara,” kata satu kenyataan kelab.", "“Di antara keputusan yang diketahui hari ini, dua ujian positif muncul dan mereka mengasingkan diri di rumah masing-masing.”", "Tidak dinyatakan sama ada kedua-dua kes positif itu melibatkan pemain atau kakitangan di sebalik tabir.", "Atletico berkata bahawa UEFA serta pihak berkuasa bola sepak dan kesihatan Sepanyol dan Portugal telah dimaklumkan dan ujian baru akan dilakukan ke atas skuad dan pasukan sokongan.", "Pengakuan mereka bererti perubahan ke atas jadual perjalanan terakhir serta rancangan penginapan di ibu negara Portugal.", "“Kelab ini akan menyelaraskan jadual baru dengan UEFA dan sebaik sahaja ada rancangan baru, ia akan diumumkan kepada umum,” tambah kenyataan itu.", "“Kami juga meminta penghormatan yang tinggi atas identiti dua kes positif tersebut.”", "Pasukan itu akan melakukan perjalanan ke Portugal pada hari Selasa untuk peringkat akhir Liga Juara-Juara yang diadakan di Lisbon sebagai langkah berjaga-jaga terhadap Covid-19  berbanding mengambil risiko mempunyai pasukan yang pergi ke seluruh Eropah untuk pertemuan di tempat sendiri dan lawan.", "Kejohanan lapan pasukan terakhir akan diadakan dalam stadium kosong, bermula pada hari Khamis dengan final diadakan di Lisbon pada 24 Ogos.", "Liga Juara-Juara ditangguhkan sejak Mac kerana virus dengan peringkat pusingan kedua hanya tamat pada hari Sabtu dan Ahad.", "Dalam kenyataan mereka pada hari Ahad, Atletico ingin meyakinkan pihak berkuasa bola sepak, bahawa mereka telah mengikuti protokol yang sangat ketat walaupun setelah berakhirnya musim La Liga Sepanyol pada 20 Julai. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=5155
Sembilan ditahan terlibat judi haram
[ "KUCHING: Polis dari Kontinjen Ibu Pejabat Sarawak telah berjaya menangkap sembilan orang (enam lelaki dan tiga wanita) kerana menjalankan pusat panggilan perjudian haram secara talian pada malam Khamis lalu dan dilaporkan menjana pendapatan sebanyak RM11,000 sehari.", "Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Denis Leong berkata, serbuan dibuat di Skyvilla Residences, Batu Kawa dan Taman Sri Moyan di Jalan Batu Kawa-Matang yang mana mereka yang ditangkap berumur di antara 18 hingga 26 tahun.", "Pusat panggilan yang beroperasi 24 jam setiap hari selama 11 bulan ini akan menghubungi penjudi menggunakan WhatsApp,Telegram, Facebook, Instagram dan WeChat menerusi pautan seperti 918kiss, Mega, LPE88, Joker 123 dan Mega888 XE88.", "Leong berkata, pasukan Siasatan Jenayah telah merampas 14 telefon bimbit, lapan komputer, lima papan tetikus komputer, lima tetikus komputer dan lima unit pemprosesan komputer (CPU).", "Beliau berkata, pihak polis telah membuat risikan untuk mengumpul maklumat dan mengenalpasti lokasi pengendalian perjudian haram ini setelah menerima maklumat.", "Semua yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.", "\nSee author's posts\n" ]