url
stringlengths 37
166
| headline
stringlengths 1
136
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.melakahariini.my/pm-berbuka-puasa-bersama-ahli-dewan-rakyat-dewan-negara/ |
PM berbuka puasa bersama Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara
| [
"PUTRAJAYA, 10 April- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Seri Perdana di sini.",
"Majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut disertai Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Selain Menteri-Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen kerajaan, turut hadir Ahli Parlimen pembangkang seperti Lim Kit Siang, Anthony Loke Siew Fook, Mohamad Sabu dan Teresa Kok.",
"Sebahagian besar tetamu yang hadir sebelum itu menghadiri taklimat Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Puspanitapuri, Presint 10 berhampiran Seri Perdana.",
"Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 31 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Al-Faeez, Gombak Selangor dan Ismail Sabri meluangkan masa beramah mesra dengan mereka."
] |
https://www.melakahariini.my/hadi-awang-dimasukkan-ke-ijn/ |
Hadi Awang dimasukkan ke IJN
| [
"Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi berkata pemimpin tersebut berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan doktor.",
"“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah. Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini."
] |
https://www.melakahariini.my/koperasi-keluarga-bantu-90-asnaf/ |
Koperasi keluarga bantu 90 asnaf
| [
"ASAHAN 10 Februari – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) membantu 90 asnaf di negeri ini berdikari dan menjana pendapatan sendiri menerusi Projek Khas Bantuan Asnaf Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri (JPAN) Melaka.",
"Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, inisiatif itu adalah menerusi pemilikan saham koperasi kepada Koperasi Keluarga Haji Sharief Melaka Berhad.",
"“Sumbangan ini dapat meningkatkan pemilikan saham Bumiputera dan meningkatkan lagi modal semasa koperasi bagi membesarkan perniagaan. Usaha ini diambil bagi membantu golongan asnaf dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka melalui platform koperasi.",
"“Golongan asnaf mungkin kurang modal jika hendak berniaga secara sendirian, namun melalui konsep kerjasama dalam koperasi, tenaga dan idea mereka dapat digembling bagi memajukan aktiviti yang dilakukan koperasi yang mana manfaatnya dipulangkan kepada mereka semula,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kepada Koperasi Keluarga Hj Sharief Melaka Berhad di Kampung Gubah, di sini, hari ini.",
"“Pada tahun 2022, sebanyak 655 buah koperasi membayar zakat dan pada tahun ini disasarkan sebanyak 1,750 koperasi membayar zakat melalui ANGKASA,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/agong-berangkat-hadir-hari-kedua-mesyuarat-majlis-raja-raja-ke-260/ |
Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-260
| [
"KUALA LUMPUR, 30 Nov – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara, hari ini.",
"Mesyuarat selama dua hari bermula semalam itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 Jun lepas yang dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.",
"Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Tuanku Syed Sirajuddin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.",
"Selain itu, turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, selain dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.",
"Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-ketua Menteri kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Premier."
] |
https://www.melakahariini.my/covid-kes-baharu-kekal-bawah-5000-dua-hari-berturut-turut/ |
COVID: Kes baharu kekal bawah 5,000 dua hari berturut-turut
| [
"Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 4,743 kes direkodkan hari ini, namun meningkat 232 kes berbanding 4,611 semalam.",
"Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,566 kes diikuti Kuala Lumpur (635), Negeri Sembilan (585), Sarawak (507) dan Johor (293).",
"Sementara, Pulau Pinang mencatat 195 kes, Sabah (193), Melaka (167), Kelantan (165), Kedah (142), Pahang (131), Labuan (104), Perak (68), Terengganu (37), Putrajaya (tujuh) dan Perlis (dua)."
] |
https://www.melakahariini.my/pokok-tumbang-adun-telok-mas-salur-bantuan-segera/ |
Pokok tumbang: Adun Telok Mas salur bantuan segera
| [
"TELOK MAS 18 September – Kejadian pokok tumbang yang berlaku di beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri Telok Mas segera mendapat perhatian wakil rakyat kawasan itu.",
"Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, sebaik menerima aduan, pihaknya segera mengambil inisiatif menghubungi agensi berkaitan bagi kerja-kerja mengalih serta membersihkan kawasan terlibat.",
"“Saya turut bersimpati kepada 11 orang ahli keluarga yang datang bercuti dan menginap di rumah inap desa di Taman Seri Telok Mas.",
"“Atas inisiatif sendiri, saya terus menghubungi dan membayar sendiri beberapa kontraktor swasta untuk kerja-kerja segera mengalihkan dan membersihkan kawasan yang terjejas, sambil dibantu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB),” katanya pada hantaran di Facebook rasminya.",
"Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan penghuni empat rumah di Taman Seri Telok Mas berdepan detik cemas apabila pokok dianggarkan sebesar dua pemeluk tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang yang berlaku sekitar jam 4 pagi tadi."
] |
https://www.melakahariini.my/guru-perlu-jadi-ikon-bentuk-keperibadian-murid/ |
Guru perlu jadi ikon bentuk keperibadian murid
| [
"KUALA LUMPUR, 16 Mei – Kerjaya guru bukan sekadar tertumpu kepada penyampaian ilmu, tetapi ia mendesak para pendidik menjadi ikon penting dalam membentuk kemenjadian murid dengan keperibadian unggul, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.",
"Beliau berkata peranan mereka sebagai pembimbing penting dalam usaha melahirkan generasi bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi memiliki nilai sahsiah dan berkemahiran tinggi yang seterusnya dapat menabur bakti kepada kesejahteraan negara.",
"“Ini dapat dilaksana melalui penjiwaan, penghayatan dan pembudayaan berterusan elemen nilai murni, kemahiran serta sikap positif yang diterapkan secara semula jadi di sekolah,” katanya dalam Perutusan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-51 Tahun 2022.",
"Justeru, Radzi berharap warga pendidik dapat terus meningkatkan usaha dalam membentuk keperibadian murid daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi bertepatan tema Hari Guru tahun ini iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’.",
"Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat 14 elemen SEJAHTERA terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA, iaitu selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.",
"Katanya, guru dapat menyampaikan penerapan elemen itu melalui pelbagai aktiviti di dalam dan luar sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung.",
"“Penerapan elemen SEJAHTERA secara semulajadi sejak dari peringkat awal persekolahan tentunya akan dijadikan amalan dalam kehidupan mereka dan seterusnya diwarisi oleh generasi pewaris negara yang berikutnya,” katanya.",
"Tema Hari Guru tahun ini juga menurut Radzi, sangat bertepatan bagi menghargai peranan guru sebagai tunjang penting dalam ekosistem pendidikan untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan negara.",
"“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hampir 500,000 guru di seluruh negara atas segala pengorbanan, keringat, komitmen dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi pewaris negara yang berkualiti tinggi.",
"“Akhir kata, semoga guru dan pendidik sekalian terus bersatu hati dan bertekad untuk memartabatkan profesion keguruan demi pendidikan generasi pewaris negara. Ayuh, laksanakan amanah ini dengan jujur, ikhlas dan berintegriti,” katanya. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/mbmb-hapus-sarang-gelandangan/ |
DUN Klebang: MBMB hapus sarang gelandangan
| [
"KLEBANG 7 Julai- Lokasi tumpuan gelandangan yang mencacatkan pemandangan dan menimbulkan rasa kurang senang orang ramai di hadapan sebuah pasar raya di Klebang, di sini, dibersihkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).",
"Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahli Majlis MBMB Abdul Rafi Muiz berkata, tindakan pembersihan sarang gelandangan itu telah dijalankan pada 5 Julai lalu.",
"“Alhamdulillah tiada lagi isu gelandangan yang berada di hadapan Family Store Klebang apabila semua barangannya dirampas oleh MBMB dan akan dilupuskan.",
"“Terima kasih MBMB atas tindakan pantas membersihkan sarang gelandangan ini. Semoga tidak berulang lagi, kerana ia mencacatkan pemandangan Bandaraya Kita,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/peniaga-makanan-boleh-naikkan-harga-asalkan-tidak-mencatut-rosol/ |
Peniaga makanan boleh naikkan harga asalkan tidak mencatut – Rosol
| [
"Beliau berkata terdapat keluhan dan rungutan daripada para peniaga yang mengatakan barang makanan yang dijual mereka terpaksa dinaikkan harga, kerana barang mentah yang mereka terima hari ini sudah terlalu tinggi.",
"“Mereka (peniaga) boleh menaikkan harga, tetapi keuntungan yang dapat tidak boleh terlalu tinggi. Peniaga memang mahu untung tapi janganlah melampaui keuntungan yang sebenarnya.",
"“Kita lakukan sesi libat urus dan di kementerian kita menjaga dari sudut perdagangan dan pengguna. Kita mahu peniaga berniaga dengan beretika dan pengguna tidak teraniaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.",
"Rosol berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan dan pematuhan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di Pasar Komuniti Stutong yang telah bermula sejak 7 Dis lalu sehingga 4 Feb depan.",
"Sementara itu, bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam yang dijangka timbul selepas SHMKM tamat, Rosol berkata KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), telah mengeluarkan lebih daripada 20 Permit Kelulusan (AP) untuk mengimbangkan harga dalam pasaran.",
"Mengenai SHMKM, Rosol berkata kerajaan akan menilai semula kedudukan harga barang dan inflasi berdasarkan input dari Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), Kementerian Kewangan dan MAFI, sebelum memutuskan sama ada untuk melanjutkan skim itu atau sebaliknya. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/prn-johor-hasni-hadapi-saingan-empat-penjuru-di-benut/ |
PRN Johor: Hasni hadapi saingan empat penjuru di Benut
| [
"PONTIAN 26 Feb – Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berhadapan pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.",
"Bertanding buat kali keempat di DUN Benut, Hasni yang mewakili Barisan Nasional (BN) ditentang calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Iskandar Noor Ibrahim, calon Perikatan Nasional (PN) Senator Datuk Isa Ab. Hamid dan calon Pakatan Harapan (PH) Haniff @ Ghazali Hosman.",
"Pengumuman calon yang layak bertanding itu dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Benut Mohd Rafi Abdullah pada 10.42 pagi di Dewan Serbaguna Benut di sini hari ini.",
"Hasni bertanding di kerusi DUN Benut sejak 2008 dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beliau mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 4,447 undi.",
"Terdahulu, anggota dan pegawai polis melaksanakan kawalan keselamatan di pusat penamaan calon seawal 6 pagi bagi memastikan proses penamaan berjalan lancar.",
"Hasni ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon berkata beliau berpuas hati dengan urusan itu hari ini dan kesemuanya berjalan lancar.",
"“Ini adalah pengalaman pertama DUN Benut ramai yang bertanding. Ini menunjukkan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan penuh kemesraan antara calon yang bertanding. Saya harap kita semua dapat mematuhi SOP ditetapkan SPR dalam siri-siri kempen akan datang,” kata Hasni yang juga Pengerusi BN Johor.",
"Sementara itu, Isa berkata saingan empat penjuru itu dilihat sangat sihat dan beliau akan menggunakan pengalamannya sebagai Ahli Dewan Negara, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Pahang, dan guru dengan sebaiknya.",
"“Menteri Besar (Hasni) mempunyai reputasi baik, namun masyarakat juga mahu kepimpinan baharu dan saya melihat perkara asas yang perlu dilakukan perubahan di kawasan ini atau dijadikan fokus termasuk isu nelayan, perumahan, golongan M40 dan telekomunikasi,” kata Isa yang juga Ketua Bahagian Bersatu Pontian."
] |
https://www.melakahariini.my/rtz-esport-juara-sulung-pertandingan-mobile-legends-online/ |
RTZ Esport juara sulung pertandingan Mobile Legends Online
| [
"PASUKAN RTZ Esports melakar sejarah selepas menjadi juara dalam pertandingan Mobile Legends Online yang dianjurkan kali pertama oleh Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka (MEA) pada 29 November lepas.",
"Dengan kemenangan tersebut, RTZ Esports berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM600 beserta sijil, manakala Bronze3.0xrusuh selaku naib juara terima RM400 beserta sijil.",
"MEA menerusi kenyataan di Facebook rasminya baru-baru ini menyebut MEA akan sentiasa komited dalam menyediakan pertandingan sukan elektronik (Esport) pada masa akan datang, supaya Esport di Melaka dapat diperkasakan."
] |
https://www.melakahariini.my/menu-keluarga-utem-serendah-rm3/ |
‘Menu Keluarga UTeM’ serendah RM3
| [
"DURIAN TUNGGAL 5 Julai – Peka dan prihatin terhadap penuntutnya, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu mahasiswa mendepani cabaran kesan akibat kenaikan harga barangan ketika ini.",
"Naib Canselor UTeM, Prof Ts Dr Masilla Kamalrudin berkata, antara inisiatif tersebut adalah dengan memperkenalkan ‘Menu Keluarga UTeM’ menawarkan harga makanan serendah RM3 hingga RM4 buat semua pelajar.",
"Katanya, bantuan lain seperti kupon makanan kepada pelajar dalam golongan berpendapatan rendah (B40) dan pengecualian sewa bulanan buat pengusaha kafeteria turut dilaksanakan.",
"“UTeM sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar khususnya dalam isu kenaikan harga barangan, kerana kita tidak mahu ada yang terpaksa ikat perut.",
"“Jadi selain daripada pemberian bantuan makanan dalam bentuk kupon kepada B40, kita memperkenalkan Menu Keluarga UTeM untuk pelajar mendapatkan hidangan berat dan berkhasiat seperti nasi, ayam, sayur dan minuman.",
"“Kami juga mengambil kira kebajikan pengusaha kafeteria dengan memberikan pengecualian sewa bulanan dari Julai sehingga Disember 2022 bagi memastikan harga makanan berada pada tahap stabil disamping kualitinya juga terjamin,” katanya.",
"Beliau berkata demikian selepas Wawancara Khas bersama Melaka Hari Ini (MHI) sempena 100 hari pentadbirannya selaku Naib Canselor UTeM di bangunan Canselori, semalam.",
"Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM Prof Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Syarif dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM, Muhammad Amri Hakimi Alias.",
"Sementara itu Sabri berkata, UTeM turut memperhebatkan bantuan lain seperti Food Bank Siswa UTeM B40 kepada pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman dalam dan luar kampus.",
"Manakala Muhammad Amri, ketika ditemui berkata, dia akan menjalankan amanah sebaik mungkin bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam menikmati bantuan tersebut.",
"“Sebagai wakil pelajar saya mengharapkan inisiatif ini dapat membantu, berikutan kenaikan harga ini memberi kesan kepada semua bukan setakat pelajar B40 sahaja.",
"“Saya akan terus memantau setiap aduan daripada rakan-rakan untuk dibawa kepada pihak pengurusan dan semua pelajar tidak berkemampuan dibantu di sini,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/kkm-sedia-laksanakan-pelan-imunisasi-covid-19-kebangsaan-fasa-pertama-februari-ini-dr-adham/ |
KKM sedia laksanakan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama Februari ini – Dr Adham
| [
"PUTRAJAYA, 3 Feb. – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bersedia untuk melaksanakan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama, sebaik bekalan vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia pada 26 Februari ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.",
"Beliau berkata, sesi latihan awal penghantaran vaksin tersebut ke Klinik Kesihatan Belaga di Sarawak pada 29 Januari dan Hospital Bintulu pada 30 Januari sebagai persiapan rapi, telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang isu.",
"Menurutnya, latihan awal penghantaran itu adalah untuk memastikan bekalan vaksin dari kilang syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer, di Puurs, Belgium yang menggunakan bekas ultra sejuk sampai di Malaysia tanpa sebarang masalah.",
"“Ini adalah latihan yang amat penting dan ia telah berjaya dilaksanakan dan data pengelog menunjukkan tiada isu atau kelemahan,” katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan aplikasi pendidikan dalam talian mengenai COVID-19, di sini hari ini.",
"Dr Adham berkata, fasiliti penyimpanan vaksin COVID-19 bagi fasa pertama yang dilengkapi kemudahan seperti Penyejuk Suhu Ultra Rendah (ULTF), bagi memastikan suhu yang bersesuaian untuk penyimpanan vaksin, sebelum dikeluarkan dan diagihkan kepada tempat vaksinasi, telah dikenal pasti.",
"Mengenai aplikasi pendidikan COVID-19 itu, Dr Adham berkata, platform pendidikan idea ahli biokimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penganalisis isu global, Peter Chew itu menerapkan kesedaran dan pendidikan mengenai ikhtiar hidup dengan mengelak daripada dijangkiti COVID-19.",
"“Pendidikan asas juga penting untuk disampaikan kepada masyarakat, khususnya mereka yang jauh dari fasiliti kesihatan supaya lebih peka tentang amalan norma baharu seperti pengasingan diri, guna pelitup muka, kerap mencuci tangan serta mengelak tempat sempit, apabila wabak berlaku di kawasan mereka,” katanya.",
"Sementara itu Chew berkata, pembawa senyap itu telah menyebabkan penularan meluas di seluruh negara dalam gelombang kedua COVID-19, dan oleh itu adalah penting pendidikan asas dan pencegahan awal dilakukan, untuk mengelakkan dijangkiti serta mengurangkan perbelanjaan perubatan."
] |
https://www.melakahariini.my/tawar-pakej-haji-2021-ketika-wabak-covid-19-mungkin-penipuan-bukit-aman/ |
Tawar pakej haji 2021 ketika wabak COVID-19 mungkin penipuan- Bukit Aman
| [
"KUALA LUMPUR 10 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021, yang ditawarkan beberapa agensi pelancongan sejak kebelakangan ini.",
"Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Kamarudin Md Din berkata, penawaran pakej sedemikian amat meragukan, kerana ia ditawarkan walaupun dalam tempoh negara dilanda wabak COVID-19, serta sekatan pergerakan penuh yang dikuatkuasakan kerajaan.",
"Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah menyatakan, bahawa ia masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Arab Saudi berkenaan kebenaran ibadah haji, serta kuota yang dibenarkan bagi musim 2021.",
"PDRM melihat tindakan segelintir agensi pelancongan mengiklankan pakej haji, umrah mahupun badal haji bagi tahun 2021, adalah satu tindakan pramatang serta mungkin merupakan penipuan.",
"“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, boleh dijalankan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penipuan berhubung kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Kamarudin berkata jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan terhadap pesalah yang terlibat.",
"Beliau turut mengingatkan orang ramai, agar lebih berhati-hati dan membuat semakan yang sewajarnya dengan agensi kerajaan berkaitan, sebelum mengambil keputusan membuat bayaran dan menyertai mana-mana pakej yang ditawarkan.",
"“Orang ramai yang berminat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tahun ini juga diingatkan, untuk sentiasa peka dengan perkembangan dan arahan terkini yang dikeluarkan pihak kerajaan, berkaitan sekatan perjalanan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya.",
"Sebelum ini, pada 24 Mei lalu, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan yang mereka masih lagi menunggu pengumuman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi, berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan, dan kaedah pelaksanaan ibadah untuk musim haji kali ini.",
"Berikutan itu, Pengarah Eksekutif TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menyatakan, pihaknya akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada semua bakal haji, sebaik memperoleh keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi, meliputi jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji bagi musim ini."
] |
https://www.melakahariini.my/tiada-ap-import-bahan-makanan-pm/ |
Tiada AP import bahan makanan – PM
| [
"PUTRAJAYA, 18 Mei – Kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan permit import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta merta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"“Ini akan membolehkan semua pihak untuk mengimport sebarang bahan makanan ke negara ini,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri di sini hari ini.",
"“Dulu ada AP daging dan lembu, mulai hari ini tidak ada lagi dan sesiapa sahaja boleh import apa sahaja bahan makanan dari negara luar untuk pastikan cukup bekalan,” katanya.",
"Media sebelum ini melaporkan Malaysia mungkin mengalami krisis makanan yang teruk sekiranya pelbagai masalah seperti inflasi, kenaikan harga minyak, cuaca ekstrem, pandemik COVID-19 dan konflik antara Rusia dan Ukraine berlarutan.",
"Setiap tahun Malaysia merekodkan lebih RM50 bilion import bahan makanan asas, dengan barangan seperti beras sebanyak 30 peratus, daging lembu (78 peratus), daging kambing (hampir 90 peratus) dan sayur kobis bulat (60 peratus).",
"Ismail Sabri berkata beliau juga telah mengarahkan MAFI untuk menyediakan pelan jangka panjang dan pendek bagi mengelak berlakunya krisis makanan di negara ini susulan isu seperti konflik Rusia-Ukraine.",
"“Kita tahu seluruh dunia bimbang, bukan kita sahaja bimbang dengan kesan perang yang sebabkan kekurangan dari segi bekalan makanan. MAFI juga diminta mengambil tindakan segera berhubung isu kos sara hidup yang meningkat,” katanya.",
"Mengenai laporan sekumpulan kartel industri ternakan ayam merancang menutup ladang ternakan sebagai protes kerana bayaran subsidi harga ayam lambat, Ismail Sabri berkata beliau telah meminta MAFI untuk mencepatkan dari segi pembayaran itu.",
"Menurut laporan media, sekumpulan kartel industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/siapapun-pemimpin-ikut-sahaja-blue-print-m-wez-km/ |
‘Siapapun pemimpin, ikut sahaja blue print M-WEZ’ – KM
| [
"KUALA LUMPUR 7 April – Pembangunan koridor ekonomi berimpak tinggi, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang akan melangkaui Rancangan Malaysia Ke-14 (RMK-14) sehingga 2035 diharap dapat diteruskan pemimpin akan datang.",
"Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ini kerana segala perancangan projek mega membabitkan pelaburan RM100 bilion dan lebih 10,000 peluang pekerjaaan itu bukanlah untuk dinikmati generasinya sebaliknya demi masa depan remaja dan kanak-kanak hari ini.",
"“Seluruh pembangunan ini akan memakan masa selama 15 tahun. Kita dah ada blue print (kerangka kerja terperinci), master print (kerangka induk) pun dah ada. Jadi sesiapapun yang akan jadi pemimpin akan datang, we have the blue print, road map (hala tuju), master plan, ikut sahaja yang ini (blue print).",
"“Insya-Allah apa yang kita buat sekarang bukan untuk saya, tapi untuk generasi akan datang,” katanya ketika ditemubual secara langsung dalam rancangan Malaysia Hari Ini terbitan TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya hari ini.",
"Hadir sama, Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif M-WEZ, Mohd Yusof Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini (MHI) merangkap Penasihat Media Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.",
"Majlis Pelancaran M-WEZ akan disempurnakan Sulaiman di sebuah hotel di ibu negara esok yang dijangka turut dihadiri pelabur-pelabur dari luar negara dalam usaha membangunkan koridor pesisir pantai di kawasan seluas 10,117 hektar (25,000 ekar) sepanjang 33 kilometer pesisir pantai Melaka itu.",
"Koridor ekonomi itu akan bermula dari dari Tanjung Kling hingga ke Telok Mas, Jasin membabitkan kawasan pembangunan tambak laut seluas 6,070 hektar (15,000 ekar) yang jika dibandingkan keluasannya adalah lebih besar daripada saiz Putrajaya seluas 4,931 hektar.",
"Mengulas lanjut, Sulaiman turut meminta rakyat di Melaka khususnya dapat bersama-sama membantu kerajaan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan untuk mereka untuk menambahbaik rancangan koridor itu.",
"“Insya-Allah saya yakin kalau kita terus bersama-sama membantu menjayakan, semua agensi kerajaan, pihak swasta juga pun turut sama-sama, saya yakin dalam tempoh 15 tahun ini kita akan dapat melihat hasilnya,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/aksi-gaduh-tular-hanya-latihan-simulasi-kebakaran-di-hospital-taiping/ |
Aksi gaduh tular hanya latihan simulasi kebakaran di Hospital Taiping
| [
"Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata latihan simulasi kebakaran selama lebih sejam oleh pihak Hospital Taiping serta Balai Bomba dan Penyelamat Taiping itu diadakan di Jabatan Diatetik dan Sajian di hospital berkenaan.",
"“Latihan simulasi itu telah menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dan disebarkan melalui media sosial Facebook berikutan gambaran dan aksi semasa latihan itu kelihatan seperti aksi pergaduhan.",
"“Bagaimanapun, peralatan yang digunakan dan setiap aksi yang dilakonkan adalah latihan semata-mata melibatkan 54 petugas hospital berkenaan bagi mempersiapkan kakitangan mengenai prosedur pengurusan bencana seperti kebakaran dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.",
"Beliau berkata latihan simulasi itu diadakan sebagai pendedahan mengenai latihan bencana, kaedah mencegah dan langkah-langkah yang perlu diambil semasa berhadapan dengan situasi kebakaran pada masa akan datang.",
"Sehubungan itu, Razlam menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dengan menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.",
"Video berdurasi 33 saat itu memaparkan seorang mangsa lelaki ditusuk pisau pada kanan dada manakala seorang lagi mangsa lelaki kelihatan melecur dikatakan disiram minyak masak panas."
] |
https://www.melakahariini.my/pemimpin-umno-tidak-setuju-tarik-sokongan-kepada-pn-muhyiddin-ismail-sabri/ |
Pemimpin UMNO tak setuju tarik sokongan kepada PN, Muhyiddin – Ismail Sabri
| [
"KUALA LUMPUR 9 Julai – Arahan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, dan Perikatan Nasional (PN) tidak dipersetujui oleh majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Beliau yang baharu memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini mengakui menjadi seorang daripada ahli MKT yang membantah keputusan itu.",
"Bercakap dalam wawancara bersama Berita Harian, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO beranggapan tindakan itu sebagai sia-sia memandangkan situasi pandemik COVID-19 sedang di tahap membimbangkan.",
"“Ahli MKT yang tidak menghadiri mesyuarat (Rabu) hanyalah (Datuk Seri) Mahdzir Khalid yang tidak sihat dan dalam mesyuarat itu, mereka yang hadir mengatakan tidak setuju dengan keputusan menarik semula sokongan.",
"“Kita yakin kita perlu selesaikan masalah yang melibatkan rakyat terlebih dahulu kerana mereka dibebani oleh banyak perkara dan mereka harus menjadi keutamaan kami.",
"“Kita memahami keadaan rakyat dan kita melakukan yang terbaik untuk mencari jalan menolong mereka, jadi mari kita ketepikan politik buat masa ini. Ini bukan masa untuk menarik sokongan,” katanya kepada Berita Harian.",
"Mengulas lanjut, Ismail berkata, MKT turut memutuskan ahli Parlimen UMNO bebas mengundi di Parlimen dan memutuskan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin atau sebaliknya.",
"“Jadi, tidak seharusnya ada masalah. MKT mengakui ahli Parlimen boleh memutuskan jika mereka mahu menyokong Perdana Menteri atau tidak,” katanya lagi memetik laporan berkenaan.",
"Sebelum ini, pada Rabu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta, selain meminta Muhyiddin meletakkan jawatan secara terhormat."
] |
https://www.melakahariini.my/85-1-peratus-lengkap-divaksin-rentas-negeri-semakin-hampir/ |
85.1 peratus lengkap divaksin, rentas negeri semakin hampir
| [
"Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia terus merekodkan trend menurun bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught) di seluruh negara dengan nilai 0.88.",
"“Berdasarkan R-naught yang masih kekal di bawah nilai 1.0, kerajaan yakin unjuran harian kes baharu jangkitan COVID-19 akan terus mencatatkan trend penurunan dengan kerjasama Keluarga Malaysia mematuhi SOP meskipun jumlah kes jangkitan harian COVID-19 menunjukkan ketidaktentuan.",
"“Setakat semalam PICK merekodkan kadar 85.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin dan perkembangan ini selari dengan matlamat kerajaan yang mahu seramai mungkin pelajar menerima vaksinasi lengkap menjelang pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat bermula Oktober depan.",
"“Seperti yang telah saya umumkan pada 22 September, kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.",
"Selain itu, jelas perdana menteri, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) juga mendapat sambutan menggalakkan, apabila mencatatkan sebanyak 1,217,386 dos vaksin telah diberikan kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun.",
"“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh Keluarga Malaysia, khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing, demi memenuhi nilai ambang yang\nditetapkan,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/mcmc-segerakan-pembinaan-menara-telekomunikasi-baharu/ |
MCMC segerakan pembinaan menara telekomunikasi baharu
| [
"TABOH NANING 18 Mac – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa berusaha untuk menyegerakan pembinaan menara telekomunikasi baharu sedang dalam perancangan bagi memastikan hasrat menjadikan Melaka sebuah negeri digital tercapai.",
"Pengarah MCMC Melaka, Luqman Ali berkata, setakat ini 41 menara telekomunikasi telah siap dibina sementara itu 10 lagi masih dalam pembinaan.",
"Katanya MCMC berdepan pelbagai halangan yang membantutkan perancangan untuk memastikan jaringan telekomunikasi dan jalur lebar di negeri ini sentiasa pada tahap terbaik dan berkualiti.",
"“Pertambahan populasi dan pembukaan kawasan komersial baharu antara cabaran kami hadapi ketika ini. Namun kami cuba memperhalusi masalah ini terutama isu rangkaian dalam bangunan.",
"“Selain itu bagi aktiviti pembinaan menara baharu pula kami berdepan cabaran untuk mendapatkan tapak yang sesuai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Simbolik Penyerahan Menara Telekomunikasi Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) Kepada Pihak Maxis Broadband Sdn. Bhd. di Kampung Solok Uban, Brisu, di sini, semalam.",
"Majlis itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin dan hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings (MICTH), Dr. Nazdiana Ab Wahab,"
] |
https://www.melakahariini.my/kerjasama-malaysia-uae-banteras-covid-19/ |
Kerjasama Malaysia-UAE banteras Covid-19
| [
"KUALA LUMPUR 14 Ogos – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah berkongsi pengetahuan dengan Akademi Rabdan, sebuah institusi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengenai amalan terbaik kedua-dua negara dalam membendung penularan wabak COVID-19.",
"Kerjasama itu terjalin pada persidangan maya merangkumi tiga tema utama iaitu sistem penguatkuasaan dan pemantauan, kesihatan dan isu antarabangsa selain menekankan hubungan diplomatik antara Malaysia dan UAE.",
"Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaffar berkata inisiatif itu penting bagi hubungan masa depan dan kerjasama lebih erat dengan sesi tersebut penting bagi kedua-dua pihak mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang situasi mencabar pada masa depan.",
"“Kami harap ini akan membuka jalan untuk lebih banyak kerjasama antara Malaysia dan UAE,” katanya dalam kenyataan berhubung ucapannya pada sesi pembukaan itu hari ini.",
"Dalam pada itu, Timbalan Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE, Sultan Mohammed Al-Shamsi berkata negaranya mempunyai hubungan erat dengan Malaysia di mana beliau menekankan keperluan untuk bergerak secara bersama ke hadapan serta berkongsi kepakaran dan ilmu, bukan sahaja menghadapi pandemik COVID-19 tetapi juga krisis lain di masa depan.",
"“Faktor penting lain adalah lokasi strategik kedua-dua negara serta infrastruktur mantap dalam membantu mengurus rantaian bekalan, makanan dan peralatan perubatan,” katanya.",
"Sementara itu Duta UAE di Malaysia, Khalid Ghanem Al Ghaith turut memuji inisiatif itu dengan menambah kedua-dua negara itu mempunyai kerjasama erat melalui perkongsian pengetahuan dalam memerangi COVID-19.",
"Misalnya, katanya, dari segi bantuan, UAE telah menyumbang bantuan peralatan perubatan iaitu 20,000 unit kit ujian COVID-19 serta pelitup muka dan Malaysia berbalas dengan menyumbang lapan tan makanan kepada negara itu."
] |
https://www.melakahariini.my/jumpa-najis-tikus-dan-lipas-dua-lot-kedai-makan-diarah-tutup/ |
Jumpa najis tikus dan lipas, dua lot kedai makan diarah tutup
| [
"BANDA HILIR 23 Jun – Padah gagal menjaga kebersihan premis, dua lot kedai makan di Kampung Portugis, di sini, diarah tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.",
"Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, arahan itu dikeluarkan susulan pemeriksaan dijalankan menemui kehadiran serangga seperti lipas, selain najis tikus di premis terbabit.",
"“Penutupan dua premis ini bermula 21 Jun 2023 selepas didapati ada kehadiran lipas dan najis tikus, selain markah kebersihan kedua-dua premis juga hanya pada tahap 69.47 peratus serta 67.37 peratus."
] |
https://www.melakahariini.my/awas-polis-pantau-posting-raya-dalam-facebook/ |
Awas, polis pantau ‘posting’ raya dalam Facebook
| [
"SEREMBAN 13 Mei. – Pemeriksaan polis sempena perayaan Aidilfitri tidak hanya tertumpu kepada sekatan jalan raya (SJR) tetapi ‘posting’ atau hantaran masyarakat dalam media sosial seperti Facebook juga dipantau bagi memastikan arahan ditetapkan kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19, dipatuhi.",
"Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Muhammad Mat Yusop berkata, meskipun jalan raya beberapa hari ini lengang dan kenderaan masuk ke negeri itu juga kurang, pemantauan serta pemeriksaan menyeluruh tetap dilakukan lebih 160 anggota polis di sini.",
"“Selepas solat sunat Aidilfitri mungkin masyarakat akan kunjung-mengunjung, jadi hari ini pasukan pemantau ditambah untuk melakukan pemeriksaan di sekitar taman-taman perumahan dan sempadan daerah di negeri ini.",
"“Kalau pasukan menerima ‘posting’ gambar-gambar tertentu yang menunjukkan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di SJR Tol Senawang hari ini.",
"Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya hari ini mendapati kawasan perumahan di Nilai Impian tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP."
] |
https://www.melakahariini.my/piala-tun-ali-2022-medan-cari-pelapis-sepak-takraw-negara/ |
Piala Tun Ali 2022 medan cari pelapis sepak takraw negara
| [
"BANDARAYA MELAKA 7 Ogos – Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 yang akan diadakan 15 hingga 21 Ogos ini bakal menjadi medan mencari pelapis baharu sukan sepak takraw di negara ini.",
"Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, ia berikutan beberapa pasukan yang beraksi pada kejohanan itu akan menampilkan bakat-bakat muda pada edisi sulung kejohanan itu.",
"Menariknya, beliau berkata, kejohanan ini bakal mempertandingkan acara beregu (double) buat kali pertama yang mana ia sebagai langkah besar kepada persediaan pasukan negara menghadapi kejohanan besar pada masa akan datang.",
"“Selain acara regu, kita akan turut mempertandingkan acara beregu daripada semua pasukan yang bertanding kerana kita mahu ketengahkan acara beregu ini supaya bila ada kejohanan di peringkat Sukan Asia atau Sukan Sea kita sudah biasa.",
"“Pada masa sama, kejohanan ini juga merupakan antara program pembangunan yang kita lakukan untuk mencari pelapis baharu kerana saya difahamkan ada beberapa negeri akan menonjolkan pemain Sukan Malaysia (Sukma) iaitu pemain bawah 20 tahun,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 yang dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Hotel La Crista, hari ini.",
"Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM) Datuk Akramuddin Abdul Aziz.",
"Mengulas lanjut mengenai kejohanan yang akan berlangsung di Dewan Bola Keranjang MBMB Bukit Serindit itu, Sumali berkata, ia akan disertai 16 pasukan dari seluruh negara termasuk satu pasukan jemputan khas dari Singapura."
] |
https://www.melakahariini.my/bekas-jurujual-dihukum-penjara-sebat-dan-denda-tipu-urusan-beli-kereta/ |
Bekas jurujual dihukum penjara, sebat dan denda, tipu urusan beli kereta
| [
"Nadia menjatuhkan hukuman penjara setahun dan satu sebatan serta denda RM1,000 atau penjara 14 hari sekiranya tertuduh gagal membayar denda, manakala di hadapan Aina Azahra, lelaki itu dihukum penjara setahun dan satu sebatan.",
"Mengikut pertuduhan, Rizal didakwa menipu tiga pelanggannya dengan memperdayakan mereka dalam urusan untuk mendapatkan masing-masing sebuah kereta, sehingga ketiga-tiganya menyerahkan wang berjumlah RM92,308.50.",
"Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di ruang pameran syarikat jualan kereta di Sentul, di sini, antara 13 Mei hingga 30 Julai lepas mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda."
] |
https://www.melakahariini.my/km-rasmi-program-kacau-dodol-dan-sambutan-malam-7-likur-pengkalan-batu/ |
KM rasmi Program Kacau Dodol dan Sambutan Malam 7 Likur Pengkalan Batu
| [
"PENGKALAN BATU 16 April – Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hadir merasmikan Program Kacau Dodol Perdana dan Sambutan Malam 7 Likur di Japerun Pengkalan Batu, di sini, hari ini.",
"Dalam majlis ringkas itu, Ab Rauf diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin, menyampaikan sumbangan kepada 20 kanak-kanak merupakan anak yatim.",
"Menerusi program itu juga, sebanyak 10 kawah dodol dimasak dan diagihkan kepada 2,000 penerima terdiri daripada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.",
"Turut menggamit kenangan apabila kira-kira 300 penduduk termasuk wakil 10 cawangan UMNO Bahagian Bukit Katil yang hadir ke program itu, turut bersama-sama menyediakan kuih tradisional seperti kuih goyang, kapit dan bahulu."
] |
https://www.melakahariini.my/kali-ini-arwah-bawa-banyak-bekalan-ubat-berbanding-biasa/ |
‘Kali ini arwah bawa banyak bekalan ubat berbanding biasa’
| [
"“Tetapi kali ini arwah bawa ubat banyak sangat,” kata Fatimah Lambak, 67, isteri kepada Allahyarham Mustafa Puteh, 64, nelayan yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika keluar menangkap ikan di laut.",
"Ketika ditemui Fatimah berkata, mereka tinggal di Selandar, Jasin, namun Mustafa kerap menghabiskan masa di pondok nelayan di Kuala Sungai Baru, yang dijadikan tempat tinggal sementara, setiap kali keluar menangkap ikan.",
"“Selepas sahur kelmarin, arwah membawa bekalan ubat lebih banyak berbanding biasa. Arwah kata kali ini dia akan berada lama di pondok untuk mencari rezeki.",
"“Hanya selepas pemergiannnya buat selama-lamanya, barulah saya perasan rupa-rupanya arwah hendak meninggalkan kami,” katanya ketika ditemui di pondok itu hari ini.",
"Pondok berkenaan adalah satu daripada kira-kira 10 pondok dibina nelayan untuk dijadikan tempat tinggal sementara, selain mengikat perahu gentian kaca dan menyimpan peralatan menangkap ikan masing-masing.",
"Fatimah berkata, arwah kerap turun ke laut berseorangan dan dia terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan suaminya jam 4.30 petang yang memaklumkan Mustafa meninggal dunia ketika menjaring udang di perairan kira-kira satu batu nautika dari pantai Tanjung Bidara.",
"“Saya dimaklumkan ketika ditemukan arwah sudah meninggal dunia, perahunya hanyut hingga ke perairan berhampiran Pelabuhan PETRONAS di Pantai Puteri, Tanjung Kling,” katanya.",
"Nelayan menemui Mustafa kemudian menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang kemudian menunda perahu arwah ke Jeti Kampung Hailam, Tanjung Kling sebelum mayat arwah dibawa polis ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.",
"“Saya reda dengan pemergian arwah pada hari baik, bulan baik pada Ramadan yang mulia ketika umat Islam menjalani ibadah rukun Islam yang ketiga,” katanya.",
"Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dilaporkan berkata, arwah dipercayai meninggal dunia ketika menangkap ikan bersendirian sebelum ditemukan nelayan lain.",
"Katanya, anak lelaki arwah mengesahkan arwah pernah menjalani rawatan penyakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) beberapa tahun lalu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/malaysia-celebrate-commonwealth-day-today/ |
Malaysia celebrate Commonwealth Day today
| [
"Celebrated annually on the second Monday of March, the Commonwealth Day commemorates the common bond, friendship and contributions of the Commonwealth to the creation of peace and harmony.",
"The celebration for this year’s Commonwealth Day is centred on the theme for the forthcoming Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) 2022 – ‘Delivering a Common Future: Connecting, Innovating, Transforming’.",
"CHOGM 2022 aspires to transform the whole of the Commonwealth into societies underpinned by common values such as democracy, multilateralism and sustainable development, a statement from the Foreign Ministry said.",
"During the Summit, the Leaders endorsed the Langkawi Declaration on the Environment – a landmark document for member countries to strengthen cooperation in tackling environmental issues.",
"It added that during the Summit, Commonwealth Leaders were expected to discuss issues of mutual interest relating to economic recovery post-COVID- 19 pandemic, equitable access and distribution of vaccines, environmental issues and achieving the Sustainable Development Goals 2030.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/tarikh-keputusan-spm-2022-tunggu-pengumuman-kpm-fadhlina/ |
Tarikh keputusan SPM 2022, tunggu pengumuman KPM – Fadhlina
| [
"KOTA BHARU, 20 Mei – Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, kata Menterinya Fadhlina Sidek.",
"“Selagi tidak ada pengumuman daripada mulut saya dan Datuk KP (Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali) itu tidak betul. Terlalu banyak spekulasi, tetapi percayalah bila pun tarikhnya keputusan anak-anak tetap sama,” katanya.",
"Fadhlina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di sini hari ini."
] |
https://www.melakahariini.my/parlimen-putrajaya-saksi-perebutan-enam-calon/ |
Parlimen Putrajaya saksi perebutan enam calon
| [
"PUTRAJAYA, 5 Nov – Penyandang kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berdepan saingan sengit untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.",
"Buat kali pertama sejak kerusi itu dipertandingkan pada 2004, Parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang dan dua calon bebas.",
"Selepas proses penamaan calon di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9 tamat pada 10 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Putrajaya Shamshul Joehari Zainal Mokhtar mengumumkan enam calon layak bertanding, dengan semua borang pencalonan diterima tanpa sebarang bantahan.",
"Enam calon itu adalah Tengku Adnan (BN-UMNO), Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Bersatu), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH-PKR), Timbalan Presiden Berjasa Datuk Mohd Rosli Ramli yang menggunakan logo Pejuang, serta dua calon bebas iaitu Lim Fice Bee dan Samsudin Mohamad Fauzi.",
"Pada pilihan raya sebelum ini, saingan Parlimen Putrajaya yang lazimnya melihat pertandingan satu lawan satu menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada PRU14, dengan Tengku Adnan terus mengekalkan kerusi apabila menang dengan majoriti 3,372 undi.",
"“Saya terkejut biasa satu lawan satu dan terakhir pada PRU14 ada tiga penjuru tetapi kali ini banyak… ini hak masing-masing dan kita negara demokrasi.",
"“Siapa nak tawarkan diri boleh tawarkan diri dan yang penting siapa yang boleh beri perkhidmatan, keselesaan dan kemakmuran kepada rakyat,” katanya.",
"Sementara itu, Radzi berkata beliau dan jentera PN hanya akan fokus terhadap kekuatan sendiri, berbanding memikirkan kepada soal calon lain yang bertanding."
] |
https://www.melakahariini.my/khairi-adib-sumbang-emas-dalam-pertarungan-penuh-dramatik/ |
Khairi Adib sumbang emas dalam pertarungan penuh dramatik
| [
"HANOI, 16 Mei – Muhammad Khairi Adib Azhar menyumbangkan pingat emas buat skuad silat negara dalam aksi penuh dramatik final silat tanding kelas B Lelaki (50-55kg) pada Sukan SEA ke-31 di sini hari ini.",
"Ketika Khairi Adib ketinggalan sembilan mata dengan masa pertarungan berbaki empat saat pada kedudukan 50-59, tindakan lawannya Khoirudin Mustakim melakukan sepakan di bahagian muka membawa padah kepada pesilat dari Indonesia itu.",
"Setelah meneliti rakaman video, juri memutuskan untuk menolak 10 mata daripada Khoirudin kerana melanggar peraturan pertandingan sekali gus memberi kelebihan satu mata kepada Khairi Adib dan kedudukan 50-49 berpihak kepada pesilat negara itu kekal sehingga tamat pertarungan.",
"Pencapaian pesilat negara berusia 20 tahun itu sekali gus meneruskan legasi bapanya Azhar Ahmad yang pernah memenangi pingat emas ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2001.",
"Ketika ditemui pemberita, Khairi Adib berkata beliau sangat bersyukur atas kejayaan tersebut kerana misinya di Hanoi adalah untuk meraih pingat emas selepas hanya memenangi gangsa pada edisi 2019 di Manila setelah tumpas kepada lawan yang sama di peringkat separuh akhir.",
"Ditanya sama ada kemenangannya disebabkan nasib kerana lawannya dikenakan penalti 10 mata, Khairi Adib berkata perkara itu tidak timbul kerana beliau sememangnya memberi tentangan sejak permulaan sehingga tamat pertarungan.",
"“Ketika ketinggalan (dengan hanya empat saat berbaki), saya cuba tenangkan fikiran dan berserah kepada Allah SWT, dan alhamdulilah saya berjaya memenangi pingat emas,” katanya yang turut berterima kasih kepada jurulatih Mazlan Shaari dan pesilat senior yang sentiasa memberi tunjuk ajar.",
"Khairi Adib berkata ibu bapanya turut menitipkan pesanan sebelum berlepas ke Hanoi supaya beliau melakukan yang terbaik dan mengharumkan nama negara.",
"Srikandi silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang juga juara dunia empat kali dan diletakkan harapan meraih pingat emas di Hanoi tumpas 32-39 di tangan peserta tuan rumah Quang Thi Thu Nghia dalam kelas F Wanita (70-75kg).",
"Sementara, Siti Shazwana Ajak yang membuka gelanggang acara final hari ini, tewas 22-30 kepada pesilat Singapura Nurul Suhaila Mohamed Saiful dalam kelas E Wanita (65-70kg).",
"Seorang lagi pesilat Malaysia Billage Nakang akan turun bertarung dalam final kelas Terbuka Lelaki (110kg) menentang pesilat Vietnam Le Van Toan, petang ini."
] |
https://www.melakahariini.my/covid-19-11-hari-berturut-turut-tiada-kematian-direkodkan/ |
COVID-19: 11 hari berturut-turut tiada kematian direkodkan
| [
"KUALA LUMPUR, 25 Jun — Kes jangkitan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan perkembangan baik, dengan tiada kematian direkodkan selama 11 hari berturut-turut sejak 15 Jun.",
"Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kematian pandemik itu kekal sebanyak 121 kes atau bersamaan 1.41 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.",
"“Bagi kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pula masih kekal satu digit, iaitu empat kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,600 kes.",
"“Daripada kes baharu dilaporkan, tiga kes import mendapat jangkitan di luar negara, semuanya melibatkan warga Malaysia. Satu kes penularan di dalam negara juga merupakan warga tempatan, iaitu kes saringan ‘Severe Acute Respiratory Infection’ (SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Jelasnya tiada penularan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara dikesan dan sehingga kini, sebanyak dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes memerlukan bantuan pernafasan."
] |
https://www.melakahariini.my/malaysia-indonesia-sepakat-perkasa-bahasa-melayu/ |
Malaysia, Indonesia sepakat perkasa Bahasa Melayu
| [
"JAKARTA, 1 April – Malaysia dan Indonesia akan terus sama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu yang berkemungkinan dijadikan sebagai Bahasa ASEAN satu hari nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"“Kita berterima kasih kepada Bapak Presiden kerana bersetuju dengan Malaysia untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun,” kata perdana menteri.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo selepas menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Istana Merdeka, di sini, hari ini.",
"Menyentuh isu serantau, Ismail Sabri berkata kedua-dua negara bersetuju isu Rohingya perlu diselesaikan secara dalaman oleh kerajaan Myanmar sendiri, dan menurutnya ia adalah isu besar bagi Malaysia memandangkan ketika ini terdapat 200,000 orang pelarian Myanmar Rohingya di Malaysia."
] |
https://www.melakahariini.my/melaka-kerajaan-buat-keputusan-minggu-depan-pm/ |
Melaka: Kerajaan buat keputusan minggu depan – PM
| [
"KUALA LUMPUR 8 Okt – Kerajaan belum membuat keputusan untuk menasihatkan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri Melaka bagi menangguh Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan difahamkan Sultan Nazrin Shah akan menerima taklimat daripada beberapa pihak sebelum menimbang perkara itu.",
"“Sebab kita difahamkan yang Pemangku Yang di-Pertuan Agong (Sultan Nazrin Shah) akan mendapatkan taklimat daripada AG (Peguam Negara) KKM (Kementerian Kesihatan), SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) jadi kita tunggu taklimat itu kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong.",
"“Jadi kita tunggulah selepas briefing kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Kabinet akan membuat keputusan minggu depan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis prapelancaran ‘Keluarga Malaysia’ di Angkasapuri di sini.",
"Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai persoalanan sama ada kerajaan akan menasihatkan Sultan Nazrin Shah sekiranya darurat perlu diisytiharkan di Melaka bagi menangguhkan PRN negeri berkenaan.",
"Pada 4 Okt lepas DUN Melaka dibubarkan kerana kerajaan Melaka hilang majoriti dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu."
] |
https://www.melakahariini.my/pesawat-ringan-terbabas-penerbangan-dari-langkawi-terkandas/ |
Pesawat ringan terbabas, penerbangan dari Langkawi terkandas
| [
"Turut berada di dalam pesawat ialah tiga pengamal media dari Melaka yang datang ke Langkawi sejak kelmarin bagi menghadiri Program Pemukiman Kelab-kelab Media Se-Malaysia yang berakhir hari ini."
] |
https://www.melakahariini.my/dua-adun-positif-covid-19-sidang-dun-kelantan-ditangguh-speaker/ |
Dua ADUN positif COVID-19, sidang DUN Kelantan ditangguh – Speaker
| [
"KOTA BHARU, 5 Dis – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan berlangsung sehingga Selasa (7 Dis) ini ditangguhkan lebih awal berikutan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) positif COVID-19.",
"Speaker DUN Datuk Abdullah Ya’kub berkata keputusan menangguhkan persidangan DUN ini terpaksa dilakukan bagi mengelak berlakunya penularan COVID-19 kepada orang lain.",
"“Sepatutnya kita tamat persidangan pada 7 Dis depan..saya mendapat maklumat, dua ADUN iaitu dari Tanjong Mas (Rohani Ibrahim) dan ADUN Tendong (Mohd Rozi Muhamad) positif COVID-19, jadi kita terpaksa menangguhkan sidang DUN Kelantan sehingga diberitahu kelak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang DUN Kelantan di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.",
"Dalam perkembangan sama, Abdullah turut memaklumkan ADUN Kemuning Mohd Roseli Ismail sedang menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada anaknya yang positif COVID-19.",
"“Kita dapat tamatkan persidangan selepas lulus Belanjawan 2022 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan mengikut Perkara 29 peraturan dewan, Speaker berkuasa untuk menangguhkan dewan pada bila-bila masa,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/utem-sumbang-pakaian-dan-duit-raya-kepada-84-murid/ |
UTeM sumbang pakaian dan duit raya kepada 84 murid
| [
"DURIAN TUNGGAL 21 Mei – Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 84 orang murid sekolah rendah di negeri Melaka apabila menerima sepersalinan baju dan duit raya sumbangan daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).",
"Sumbangan menerusi program Shopping Raya 2022 itu dianjurkan oleh Jawatankuasa ICT dan Masyarakat , Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM.",
"Pengerusi Jawatankuasa ICT dan Masyarakat FTMK, UTeM, Dr Zuraini Othman berkata, program berkenaan diadakan bertujuan membantu pelajar sekolah yang berstatus miskin dan asnaf di sekitar negeri Melaka dari segi kewangan dan bahan-bahan keperluan seperti pakaian.",
"Jelasnya, projek Shopping Raya yang telah bermula sejak tahun 2015 ini telah berjaya membantu anak-anak yatim, miskin, asnaf dan golongan Orang Kelaianan Upaya (OKU) khususnya di Melaka agar sama-sama merasai kemeriahan dan nikmat menyambut Aidilfitri.",
"“Kami telah menyempurnakan penyerahan buat kumpulan sasaran ini kepada 84 orang pelajar dari Sekolah Bukit Lintang, Sekolah Kebangsaan Bukit Cina, Sekolah Kebangsaan Serkam Darat dan Sekolah Kebangsaan Chinchin,” katanya.",
"Sementara itu Pengarah Program Shopping Raya 2022 Dr Zahriah Othman berkata, penyerahan sumbangan sepersalinan pakaian dan duit raya telah disampaikan kepada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah terbabit lalu diserahkan terus kepada penerima terbabit.",
"“Kegembiraan anak-anak ini adalah menjadi ukuran kejayaan buat kami semua walau terpaksa bersusah payah dari peringkat awal hinggalah semuanya sempurna dengan jayanya,” ujarnya lagi.",
"Mengulas lanjut Dr Zahriah berkata, seluruh warga kerja projek Shpopping Raya dan JK ICT dan Masyarakat FTMK amat berterima kasih kepada warga UTeM dan orang awam yang telah menghulurkan sumbangan agar projek ini boleh digerakkan hingga berjaya sebagaimana yang telah dihasratkan sejak awal lagi."
] |
https://www.melakahariini.my/mof-yakin-sektor-kewangan-akan-menyumbang-kepada-kejayaan-agenda-kemampanan-negara/ |
MoF yakin sektor kewangan akan menyumbang kepada kejayaan agenda kemampanan negara
| [
"KUALA LUMPUR, 30 Mac – Kementerian Kewangan (MoF) yakin sektor kewangan akan menyumbang kepada kejayaan agenda kemampanan atau kelestarian negara kerana kementerian itu berserta agensinya telah membuka jalan untuk pembiayaan pembangunan mampan.",
"Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata institusi kewangan mesti bekerjasama untuk memastikan ketersediaan dana untuk pembangunan mampan.",
"“Institusi kewangan harus menerima agenda kemampanan dan menyampaikan komitmen mereka, sama ada melalui pembiayaan atau melalui operasi dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing seperti mengutamakan vendor dan rakan kongsi yang turut komited terhadap agenda kemampanan.",
"“Institusi kewangan juga mesti membantu kerajaan dalam menjadikan agenda kemampanan hala tuju utama merentasi seberapa banyak sektor dan industri secepat mungkin,” kata Tengku Zafrul dalam ucap tama pada persidangan “MARC 360: Sustainable Development Financing 2022” di sini.",
"Bagi mengekalkan momentum proses hala tuju utama, Tengku Zafrul berkata institusi kewangan mesti berkongsi data penting mengenai bagaimana setiap industri ‘’terbentuk’’ dari segi kemampanan supaya dasar masa depan boleh diubah suai dengan sewajarnya untuk menambah baik penyesuaian iklim dan strategi pengurangan krisis secepat mungkin.",
"“Selain daripada menyediakan insentif, kita juga mesti menghapuskan halangan seperti kekurangan maklumat dan pembiayaan, serta kecenderungan tingkah laku dan pasaran yang tidak sempurna — kita boleh menyokong inovasi dan teknologi yang betul untuk mengurangkan iklim dan risiko lain jika kita bekerjasama untuk menjadikan maklumat ini tersedia.",
"“Kita mahu memastikan pembiayaan tersedia untuk penyelesaian alam sekitar atau sosial yang mungkin mempunyai kos pendahuluan yang tinggi dengan membolehkan syarikat baharu melalui platform seperti Penjana Kapital,” kata Tengku Zafrul."
] |
https://www.melakahariini.my/jpj-iring-lori-balak-elak-pemandu-lolos/ |
JPJ iring lori balak elak pemandu lolos
| [
"JPJ dalam kenyataan memaklumkan tindakan kenderaan JPJ mengiringi lori-lori itu untuk ke Stesen Penguatkuasa Mentara, Gua Musang adalah bagi memastikan pemandu lori terlibat tidak meloloskan diri daripada kawalan JPJ seterusnya ke lokasi yang diarahkan untuk menimbang berat muatan.",
"“JPJ memandang serius persepsi negatif terhadap JPJ yang didakwa seolah-olah memberi ‘perlindungan’ kepada kesemua lori balak terbabit. Perkongsian video itu dilihat telah mencalarkan imej JPJ tanpa si pemilik akaun media sosial tersebut mengetahui gerak kerja sebenar JPJ.",
"“JPJ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan dengan membuat laporan polis jika didapati tuduhan itu menggugat kredibiliti dan imej JPJ dalam melaksanakan tugas rutin,” menurut kenyataan itu.",
"Menurut kenyataan itu, JPJ menerusi operasi tersebut menahan 30 lori balak di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dan bertindak membuat pemeriksaan sebelum kesemua lori berkenaan diarahkan untuk ditimbang di Stesen Penguatkuasa Mentara diringi kenderaan rasmi JPJ.",
"“Selain itu, JPJ telah mengeluarkan 56 notis kesalahan iaitu 23 notis mengikut Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, dua notis mengikut Seksyen 224 APAD 2010 dan 31 notis bagi lain-lain kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.",
"Hari ini, tular satu video menerusi media sosial memaparkan kenderaan JPJ yang didakwa mengiringi lori balak di Kelantan dan mendapat pelbagai reaksi warganet sekali gus menyeru JPJ serta Kementerian Pengangkutan memberikan penjelasan lanjut mengenainya. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/pegawai-kerajaan-rugi-rm370000-diperdaya-macau-scam-menyamar-lhdn/ |
Pegawai kerajaan rugi RM370,000 diperdaya Macau Scam menyamar LHDN
| [
"KUANTAN 7 Julai – Seorang pegawai kerajaan kerugian RM370,000 setelah diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bulan lalu.",
"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 33 tahun mendakwa dihubungi oleh seorang suspek lelaki pada 17 Jun lalu, memaklumkan syarikat miliknya tidak membayar cukai untuk tempoh lama.",
"Mangsa yang menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan syarikat itu mendakwa diminta berurusan dengan seorang polis berpangkat Inspektor kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang kerana syarikat itu juga terlibat dalam siasatan jenayah penggubahan wang haram.",
"“Inspektor itu dikatakan meminta bayaran RM120,000 sebelum 21 Jun bagi menyelesaikan siasatan tanpa tangkapan dan mangsa yang bimbang dengan ugutan itu, mendakwa telah membuat beberapa transaksi pemindahan dalam talian semua wang simpanannya kepada suspek.",
"“Bagaimanapun, suspek didakwa terus menekan mangsa untuk membuat pelbagai lagi bayaran sehingga mangsa akhirnya membuat pinjaman peribadi di dua bank bagi tujuan itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.",
"Mohd Wazir berkata, mangsa mendakwa turut diarahkan untuk memuat turun aplikasi kononnya daripada Bank Negara Malaysia di telefon bimbit, selain perlu mengisi butiran peribadinya di aplikasi itu.",
"Mangsa mendakwa hanya menyedari ditipu apabila dihubungi kakitangan bank simpanannya semalam, yang ingin membuat semakan kerana terdapat banyak transaksi dalam talian mencurigakan pada akaun mangsa.",
"“Mangsa mendakwa semakan mendapati wang pinjaman berjumlah RM250,000 telah dipindahkan ke beberapa akaun bank tidak diketahuinya menyebabkan kakitangan bank itu menasihatkannya untuk membuat laporan polis,” katanya.",
"Laporan polis dibuat di Balai Polis Beserah di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan."
] |
https://www.melakahariini.my/rezeki-tersadai-11-tahun-penerbit-filem-spilt-gravy-on-rice-hampir-putus-asa/ |
Rezeki ‘tersadai’ 11 tahun, penerbit filem Spilt Gravy On Rice hampir putus asa
| [
"KLEBANG 4 Disember – Selepas lebih sedekad tersadai akibat mendapat halangan spesifikasi Lembaga Penapis Filem (LPF), kejayaan filem Spilt Gravy on Rice menggondol Filem Terbaik dan enam kategori lain pada Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) umpama mengubat kekecewaan penerbit untuk terus menghasilkan karya terbaik.",
"Zarul Al Bakri Ikmal berkata, filem itu diterbitkan pada tahun 2011 namun ‘sangkut’ antara tahun 2012 hingga 2018 atas pelbagai faktor termasuk karakter dan spesifikasi yang tidak bersesuaian untuk tontonan umum.",
"Bagaimanapun, katanya selepas mengadakan perbincangan dengan LPF, beliau terpaksa melakukan pengolahan semula dari segi dialog dan karakter bagi melepasi kriteria ditetapkan.",
"“Penghargaan pada malam ini amat penting kepada saya, pertama kalinya saya tidak sangka (menang) dan saya pernah hilang harapan untuk menghasilkan filem dan berkarya.",
"“Namun, kejayaan pada malam ini memberikan nafas baharu untuk saya memberikan sumbangan kepada industri sekali lagi kerana sudah lama saya ‘hilang’,” katanya.",
"Filem yang berkisarkan kehidupan lima beradik dari lima ibu berbeza dengan ragam berbeza dan dibesarkan oleh seorang bapa itu berjaya membawa pulang trofi dan Dana Kandungan Digital (DND) bernilai RM500,000.",
"Meskipun kutipan filem gagal mencatatkan pulangan modal kos pembikinan yang mencecah lebih kurang RM3 juta namun Zarul optimis untuk menyeimbangkan antara kualiti dan kehendak pasaran dalam menghasilkan filem baharu pada masa akan datang.",
"“Di pasaran, kami tidak ‘box-office’ (pecah panggung) hanya mendapat kutipan kurang daripada RM1 juta termasuk tayangan di Netflix malah tidak ‘cover back’ kos tetapi pastinya memberi pengajaran yang besar.",
"“Bukan semua filem boleh sukses dan mungkin selepas ini saya bolej berfikir untuk berkarya lagi, kami akan cari jalan penyelesaian supaya lebih seimbang antara perniagaan dan berkarya.",
"“Dana kemenangan itu, saya akan melabur semula dalam filem dan fikirkan apa yang boleh kita lakukan, jadi apa yang kita boleh buat adalah gunakan secara kreatif dan keluarkan hasil yang unik, itu yang penting,” katanya.",
"Dalam pada itu, Zarul juga menitipkan kesedihan kerana tidak dapat meraikan kejayaan itu bersama penulis asal naskah filem berkenaan yang juga teman baiknya, Allahyarham Jit Murad.",
"Katanya, arwah teman baiknya banyak menghasilkan skrip yang bagus serta mempunyai mesej tersirat sekiranya diangkat sebagai naskah filem namun perkara itu akan dibincangkan kemudian."
] |
https://www.melakahariini.my/maulidur-rasul-1-9-juta-kenderaan-dijangka-lalu-lebuh-raya-plus/ |
Maulidur Rasul: 1.9 juta kenderaan dijangka lalu lebuh raya PLUS
| [
"Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata sejak beralih ke fasa peralihan ke endemik, PLUS telah merekodkan jumlah trafik harian sepertimana tempoh prapandemik iaitu purata 1.7 juta kenderaan setiap hari pada hari biasa dan pada masa ini, trend menunjukkan lonjakan 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu dan menjangkakan ia berterusan ketika hujung ini dan cuti sambutan Maulidur Rasul.",
"“Kami jangkakan banyak pengguna jalan raya akan mengambil kesempatan cuti hujung minggu selama tiga hari, trafik akan meningkat dan dijangka banyak perjalanan yang jauh. Oleh itu, kami menasihatkan pelanggan membuat persediaan dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik.",
"“Sebelum memasuki lebuh raya, sebaiknya tambah nilai kad Touch ‘n Go anda dan pastikan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio) mempunyai baki yang mencukupi untuk mengelak kesulitan ketika keluar di plaza tol,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Untuk merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini, pelanggan lebuh raya boleh melayari laman web www.plus.com.my selain Facebook dan Twitter @PLUSTrafik. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/prn-melaka-tidak-jejas-operasi-sekolah-radzi/ |
(Kemas kini) PRN Melaka tidak jejas operasi sekolah- Radzi
| [
"CHENG 17 Okt .- Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan menjejaskan sesi persekolahan yang bakal dibuka tidak lama lagi.",
"Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan menilai beberapa kaedah tertentu selepas pengumuman rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).",
"“Itu tertakluk kepada keputusan SPR apa sahaja yang diperlukan termasuk bantuan fasiliti yang berkaitan dengan pendidikan ini, kita boleh bincang dan akan bantu mudahkan apa sahaja urusan berkaitan.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan persiapan pembukaan sekolah di Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abd Malek, hari ini."
] |
https://www.melakahariini.my/kementerian-kesihatan-arab-saudi-lantik-ketua-kesihatan-untuk-setiap-50-jemaah-haji/ |
Kementerian Kesihatan Arab Saudi lantik ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji
| [
"KUALA LUMPUR, 29 Julai – Kementerian Kesihatan Arab Saudi menugaskan seorang ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji tahun ini, yang diadakan pada skala lebih kecil berbanding musim haji sebelum ini.",
"Langkah yang belum pernah diambil sebelum ini itu bertujuan untuk memastikan semua aspek kesihatan dilaksanakan berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, menurut kenyataan di laman web Kementerian Media Arab Saudi mengenai musim Haji 2020.",
"Langkah-langkah itu merangkumi penjarakan sosial dan pergerakan semasa ibadah haji dijalankan, demi keselamatan dan keselesaan jemaah, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.-BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/pdp-ipt-hibrid-atau-secara-dalam-talian-tertakluk-kepada-keputusan-universiti/ |
PdP IPT: Hibrid atau secara dalam talian tertakluk kepada keputusan universiti
| [
"PUTRAJAYA, 10 Feb – Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institut pengajian tinggi (IPT) secara hibrid atau secara dalam talian adalah dibenarkan, tertakluk kepada keputusan pihak universiti itu sendiri, kata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).",
"KPT dalam kenyataan hari ini berkata IPT juga perlu mempunyai kapasiti untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PdP yang ketat.",
"Ia susulan pengumuman kerajaan semalam yang membenarkan kemasukan pelajar IPT di bawah KPT ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini, dengan jumlah kemasukan pelajar 70 hingga 100 peratus mengikut kapasiti IPT masing-masing.",
"“Keputusan ini dibuat bagi memberi fleksibiliti kepada IPT dalam menentukan mod pembelajaran yang sesuai, selain memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dan menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan dalam kampus,” kata KPT.",
"KPT turut memberi jaminan bahawa aspek keselamatan dan kesihatan pelajar menjadi keutamaannya dalam proses kemasukan dan keberadaan pelajar di kampus, serta akan memastikan kemasukan pelajar ke kampus berjalan lancar.",
"Pelajar yang pulang ke kampus diminta terus mengamalkan penjarakan fizikal dan kebersihan diri, manakala aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM), katanya.",
"Antara SOP ditetapkan KPT dan KKM adalah pelajar dan staf yang lengkap dan tidak lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke kampus, namun mereka yang tidak lengkap vaksinasi perlu membuat ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dan berkeputusan negatif tiga hari sebelum masuk ke kampus.",
"Untuk maklumat lanjut, pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT di talian 03-88706777/6949/6623/6628, melayari laman web IPT atau menghubungi pegawai penyelaras IPT masing-masing.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/agong-kurnia-darjah-sumw-kepada-empat-penerima/ |
Agong kurnia darjah SUMW kepada empat penerima
| [
"KUALA LUMPUR 6 April. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) kepada empat individu kenamaan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.",
"Mendahului senarai penerima ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas yang dianugerahkan darjah SUMW membawa gelaran Datuk Seri Utama.",
"Turut menerima darjah kebesaran itu adalah Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, dan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.",
"Menurut beliau, Abdul Rahman berjasa dalam mengukuhkan jalinan perniagaan dan industri antara Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang membuka peluang perniagaan baharu serta pelaburan bagi komuniti perniagaan dan industri.",
"Sementara, Juhar pula memainkan peranan penting menyuntik semangat yang dibawa dalam Perjanjian Malaysia 1963 dengan Sabah adalah satu daripada rakan sekutu dalam kewujudan Malaysia.",
"“Kemajuan Sabah membolehkan Wilayah Persekutuan Labuan meluaskan rangka kemajuan ekonominya secara bersepadu dengan Sabah sebagai sebuah hab logistik, pengangkutan, minyak dan gas serta pelancongan,” menurut Annuar.",
"Menurut kenyataan itu, Ragad Kurdi adalah penaung pelbagai organisasi kebajikan dan amal bergiat aktif dalam menghulurkan sumbangan serta bantuan kewangan dan peralatan perubatan bagi menangani wabak COVID-19."
] |
https://www.melakahariini.my/dana-bantu-penerbitan-filem-berunsur-kenegaraan-diwujudkan-annuar/ |
Dana bantu penerbitan filem berunsur kenegaraan diwujudkan – Annuar
| [
"Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan OST dan trailer filem ‘Seratus’ di sini hari ini, Annuar berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan, untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tujuan tersebut.",
"“Saya rasa penggiat industri filem perlu dibantu lebih lagi, bukan sekadar DKD (Dana Kandungan Digital) dan FIMI (Insentif Penerbitan Filem di Malaysia) sahaja, kerana kita mahu galakkan penerbitan pelbagai genre filem serta meraikan mereka yang mempunyai idea kreatif,” katanya.",
"Memahami kos penggambaran sesebuah filem adalah tinggi, Annuar berkata penggiat filem perlu dibantu dan disokong sejak dari proses awal penghasilan filem, bagi memastikan ia berkualiti dan setanding filem luar.",
"“Saya sedang cuba untuk melihat kemungkinan membuat suatu itu menjadi lebih fleksibel, jadi Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) boleh pilih filem yang patut diberikan sokongan (dana) khas ini,” katanya.",
"“Saya percaya industri filem tempatan boleh diangkat ke tahap lebih baik, dengan syarat penerbit dan pihak terlibat mestilah bersedia melakukan sesuatu di luar dari kelaziman,” katanya.",
"Mengenai Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32 yang akan diadakan di Melaka pada 2 Dis ini, Annuar berkata festival tersebut setakat ini telah dapat menarik penyertaan daripada 17 syarikat penerbitan filem luar negara.",
"“Penyertaan ini sudah tentu dihadiri penerbit dan pengarah filem dari luar, jadi ini akan jadi ruang pertemuan antara mereka dengan penggiat industri filem tempatan, sekali gus mempromosikan filem tempatan,” katanya. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/lebuh-raya-pesisir-pantai-m-wez-antara-projek-akan-dipertimbangkan-mustapa/ |
Lebuh raya pesisir pantai, M-WEZ antara projek akan dipertimbangkan – Mustapa
| [
"KUALA LUMPUR 21 Jan – Dua projek ikonik di Melaka antara yang akan dipertimbangkan dan diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).",
"Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dua projek itu ialah lebuh raya pesisir pantai Melaka sejauh 52 kilometer dan koridor ekonomi Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).",
"Berhubung projek M-WEZ, beliau berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan mengadakan perbincangan di peringkat teknikal terlebih dahulu sebelum projek berkenaan diangkat ke peringkat lebih tinggi.",
"“Jadi, EPU akan berbincang dengan kerajaan negeri Melaka bagaimana untuk memperhalusinya lagi (Projek M-WEZ). Di pihak saya dan Perdana Menteri, ia sudah dibentang dan dimaklumkan.",
"“Mereka memohon agar diberi pertimbangan memandangkan hampir keseluruhan negeri di Malaysia ada projek koridor ekonomi, namun Melaka terkeluar dan ini ialah permohonan mereka sendiri.",
"“Jadi, apa yang kita akan buat ialah kita akan memperhalusinya lagi dan berjumpa di peringkat teknikal, selepas itu Ketua Menteri (Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali) akan berbincang dengan Perdana Menteri,” katanya.",
"Beliau berkata, demikian dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia ke-12 Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri bersama kerajaan negeri Melaka di sebuah hotel di sini, hari ini.",
"Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan kenamaan lain.",
"Mengulas lanjut, Mustapa berkata, selain dua projek tersebut, peruntukan untuk sektor pelancongan juga akan diberi keutamaan memandangkan Melaka merupakan sebuah negeri pelancongan.",
"Katanya, beberapa insentif dan peruntukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui pakej rangsangan ekonomi juga akan disalurkan kepada Melaka, yang menjadi antara negeri terjejas sejak pandemik COVID-19 melanda negara."
] |
https://www.melakahariini.my/mcmc-akan-buka-kertas-siasatan-terhadap-awesome-tv/ |
MCMC akan buka kertas siasatan terhadap Awesome TV
| [
"PUTRAJAYA, 21 Feb – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membuka satu kertas siasatan terhadap saluran televisyen tempatan, Awesome TV, susulan laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.",
"Menerusi kenyataan hari ini, MCMC berkata kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) iatu kegagalan mematuhi syarat lesen.",
"Menurut MCMC, pertemuan antara MCMC dan pengurusan tertinggi Awesome TV telah diadakan semalam untuk mendapatkan penjelasan lanjut ekoran aduan berkenaan laporan yang disiarkan mengenai cadangan mengurangkan bilangan penjawat awam.",
"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 242 iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.",
"Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata MCMC akan mengadakan pertemuan dengan Awesome TV bagi mendapatkan penjelasan mengenai laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.",
"Fahmi berkata beliau difahamkan Awesome TV telah melakukan enam pelanggaran berhubung menerbitkan bahan berita yang dilihat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang.",
"MCMC berkata ia memandang serius terhadap aduan pengguna dan komited dalam usaha mempertingkat tahap pematuhan para pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I) supaya kandungan yang disiarkan mencerminkan budaya, identiti dan norma-norma masyarakat, selaras AKM 98 dan Kod Kandungan.",
"“Setiap aduan yang diterima akan diteliti berdasarkan peruntukan AKM 1998, peraturan-peraturan yang berkaitan di bawahnya dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.",
"“Antara tatacara atau proses aduan yang dibuat adalah seperti memanggil pihak penyiar yang diadukan untuk tampil mengemukakan penjelasan bagi menentukan bentuk tindakan penguatkuasaan yang akan diambil,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/pembangunan-di-kawasan-tapak-warisan-dunia-perlu-dikaji-semula-exco/ |
Pembangunan di kawasan tapak warisan dunia perlu dikaji semula – EXCO
| [
"GEORGETOWN 14 Jun – Kerajaan Melaka dan Pulau Pinang akan memohon kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) agar melonggarkan syarat berhubung pembangunan di kawasan digazetkan sebagai tapak warisan dunia.",
"“Kita minta kerajaan bekerjasama untuk selaraskan kerana kita bersetuju sebabnya pengiktirafan daripada Jawatankuasa Warisan Dunia, bersidang di Quebec, Kanada diterima bersama dengan Pulau Pinang.",
"“Seperti di Melaka, kita mempunyai zon pemampan termasuklah zon teras yang lebih besar daripada Pulau Pinang yang memerlukan aspek pembangunan dijalankan.",
"“Jadi ini perlu ada persetujuan termasuk peraturan yang ditetapkan buat Melaka dan Pulau Pinang untuk kita bangunkan kawasan-kawasan ini dengan produk-produk pelancongan sedia ada daripada ia dibiar ditelan masa,” katanya",
"“Perkara ini yang ditekankan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, keutamaan beliau adalah kesejahteraan rakyat daripada perspektif ekonomi tanpa ambil kira parti mana memimpin sesebuah kerajaan itu,” katanya.",
"“Matlamat kita adalah untuk memastikan sub-sektor pelancongan kesihatan, pendidikan, agama dan pelancongan keluarga yang terdiri daripada 13 sub-sektor pelancongan Melaka dapat ditingkatkan lagi."
] |
https://www.melakahariini.my/suntikan-dos-penggalak-untuk-ahli-parlimen-di-dewan-rakyat/ |
Suntikan dos penggalak untuk Ahli Parlimen di Dewan Rakyat
| [
"KUALA LUMPUR 2 Nov – Ahli Parlimen hari ini mengambil peluang mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 yang disediakan Kementerian Kesihatan (KKM) di Bangunan Parlimen.",
"Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata pemberian dos penggalak di Bangunan Parlimen itu bagi memastikan tahap keselamatan semua Ahli Parlimen berada pada tahap optimum kerana mereka sering berjumpa rakyat dan pulang ke kawasan masing-masing khususnya ketika musim banjir.",
"“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana menyediakan dos penggalak kepada semua Ahli Parlimen,” katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini selepas meninjau proses pemberian dos penggalak dan turut menerima suntikan itu.",
"KKM hari ini memberikan dos penggalak Pfizer bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 4 petang di Dewan Bankuet di Bangunan Parlimen.",
"Turut kelihatan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin.",
"Pemberian dos penggalak bermula di seluruh negara 13 Okt lepas untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum, khususnya terhadap jangkitan varian Delta.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/perkhidmatan-feri-pulau-pinang-diteruskan/ |
Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan
| [
"KUALA LUMPUR 17 Dis. – Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan mengikut syarat pembiayaan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.",
"“Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan sebelum ini, akan dibayar secara dua ansuran tahunan, iaitu RM15 juta untuk 2021 adalah termasuk dalam peruntukan yang diluluskan dalam Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.",
"“Baki RM15 juta akan disediakan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 di Dewan Rakyat hari ini.",
"Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan feri Pulau Pinang, yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu sejak 126 tahun lepas, akan diganti dengan bot penumpang laju bermula 1 Jan manakala feri sedia ada pula hanya digunakan sebagai medium pengangkutan bagi pengguna basikal dan motosikal."
] |
https://www.melakahariini.my/malaysia-indonesia-tingkat-kerjasama-pelaburan-komoditi-pm-ismail-sabri/ |
Malaysia, Indonesia tingkat kerjasama pelaburan, komoditi – PM Ismail Sabri
| [
"JAKARTA, 1 April – Pembangunan di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia akan diperhebatkan susulan pembukaan ibu negara Indonesia yang baharu, Nusantara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"“Saya berterima kasih kerana Bapak Presiden (Joko Widodo) bersetuju untuk kita turut mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan dimajukan oleh pelabur dari Malaysia di bandar Nusantara nanti,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo setelah menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Istana Merdeka, di sini, hari ini.",
"Menyentuh mengenai kelapa sawit, Ismail Sabri berkata kedua-dua negara bersetuju agar harga minyak kelapa sawit ditentukan bersama dan tidak bersaing dari segi penetapan harga."
] |
https://www.melakahariini.my/lapan-rumah-di-flat-sri-johor-terbakar/ |
Lapan rumah di Flat Sri Johor terbakar
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Dis – Lapan rumah di tingkat empat Blok 31 Perumahan Awam Sri Johor, Cheras di sini terlibat dalam kebakaran malam ini.",
"“Setakat ini, bomba masih menyiasat sama ada kejadian melibatkan kemalangan jiwa. Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.",
"“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.17 malam dan seramai 35 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat dan BBP Cheras digegaskan ke lokasi kejadian.",
"“Kebakaran memusnahkan 100 peratus keseluruhan tingkat empat itu. Operasi pemadaman menggunakan teknik ‘water tower’ jentera khas Aerial Ladder Platform (ALP) dan Turn Table Ladder (TTL),” katanya.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim turut melawat lokasi kebakaran itu.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/pm-muhyiddin-ucap-takziah-pemergian-mufti-perak/ |
PM Muhyiddin ucap takziah pemergian Mufti Perak
| [
"KUALA LUMPUR 30 Mei – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh agama yang amat disegani Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang meninggal dunia hari ini.",
"Muhyiddin menerusi akaun Facebooknya memaklumkan, pemergian Allahyarham yang juga Mufti Perak itu adalah satu kehilangan kepada dunia dakwah, bukan sahaja bagi negeri Perak tetapi kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan.",
"“Selain menjadi Mufti Perak, Allahyarham memang dikenali sebagai seorang pendakwah dan agamawan yang mudah didekati dan disegani oleh seluruh lapisan masyarakat.",
"“Jasa dan sumbangan besar Allahyarham dalam memperjuang dan mengembangkan syiar Islam adalah tidak ternilai harganya,” kata Perdana Menteri menerusi kenyataan itu.",
"Beliau turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang dan berharap semoga mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan itu.",
"“Sama-samalah kita doakan semoga roh Allahyarham yang sepanjang hidupnya mengabdikan diri untuk memperkasakan Islam ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” kata Perdana Menteri.",
"Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu entri di Facebook memaklumkan Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira 3 petang tadi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.",
"Sebelum ini dilaporkan, Harussani, 82, dan isterinya, Puan Seri Ainon Abdul Ghani sedang mendapatkan rawatan di HRPB, sebelum sambutan Aidilfitri berikutan jangkitan COVID-19."
] |
https://www.melakahariini.my/yew-gadget-komited-melabur-demi-masa-depan-e-sukan-melaka/ |
Yew Gadget komited melabur demi masa depan e-sukan Melaka
| [
"BATU BERENDAM 30 Julai – Demi melihat kemajuan sukan elektronik atau e-sukan di Melaka, Yew Gadget komited untuk melabur demi masa depan sukan itu di negeri ini.",
"Pengarah Yew Gadget Malaysia Sdn Bhd, Yew Boon Xiang berkata, sebagai generasi muda yang baharu berusia 28 tahun, dia mahu melihat lebih ramai rakan seangkatannya dan golongan muda berbakat dalam bidang e-sukan untuk pergi lebih jauh.",
"“Setakat ini sudah beberapa program yang ditaja dan saya ingin melihat lebih ramai anak-anak muda yang berbakat dapat mengembangkan sayap ke peringkat lebih tinggi hingga ke antarabangsa kerana melihat kepada potensi e-sukan ini cerah pada masa akan datang.",
"“Di masa akan datang, saya sudi menaja lebih banyak program atau apa sahaja berkaitan e-sukan untuk pembangunan e-sukan ini khususnya di Melaka,” katanya pada sidang media Majlis Penutup Kejohanan Game-on ESports MISDEC, di sini, hari ini.",
"Hadir sama Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Khairul Adri Rosli, Pengerusi Jawatankuasa MISDEC Don Mardzi Ahmad Shamsuddin, Pengurus Besar Todak Academy Sdn Bhd Taufik Rizal Aminuddin dan Pengarah Urusan Hotel La Crista Datuk Rosthman Ibrahim."
] |
https://www.melakahariini.my/indonesia-henti-op-carilamat-penyelam-remaja-warga-belanda/ |
Indonesia henti Op Carilamat penyelam remaja warga Belanda
| [
"MERSING, 18 April – Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia menghentikan Op Carilamat mengesan penyelam warga Belanda Nathen Renze Chesters pada 7 malam tadi.",
"Remaja berusia 14 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas empat hari hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol di sini dan disyaki hanyut ke perairan Indonesia.",
"Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata Pusat Operasi BASARNAS Tanjung Pinang mengumumkan operasi ditamatkan secara rasmi kira-kira pukul 7 malam tadi, berikutan tiada sebarang petunjuk dan penemuan mangsa di perairan Pulau Bintan, Indonesia.",
"“Maritim Malaysia juga memaklumkan kepada pihak kedutaan Britain dan Belanda mengenai laporan tamat Op Carilamat yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Indonesia itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Menurutnya operasi oleh pihak berkuasa Indonesia itu melibatkan kapal dari Tentera Nasional Indonesia (TNI), Badan Keamanan Laut Indonesia (BAKAMLA), Polis Perairan Indonesia (POLAIR) dan BASARNAS.",
"Khairul Nizam berkata Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam operasi berkenaan.",
"Pada 6 April lepas empat penyelam warga asing dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman di sini.",
"Jurulatih selam warga Norway, Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat dalam keadaan terapung, lengkap dengan pakaian dan peralatan menyelam, oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi, 7 April.",
"Warga Britain, Adrian Peter Chesters, 46, dan warga Perancis Alexia Alexandra Molina, 18, pula ditemukan selamat oleh nelayan tempatan pada kira-kira 1 pagi, 9 April.",
"Bagaimanapun, Nathen Renze disahkan telah meninggal dunia berdasarkan kenyataan Adrian Peter mengenai status anak lelakinya itu akibat terlalu lemah dan tidak dapat bertahan.",
"Susulan itu, MRSC Johor Bahru telah meminta bantuan pihak berkuasa Indonesia bagi mencari mayat remaja itu yang dipercayai hanyut ke perairan negara berkenaan."
] |
https://www.melakahariini.my/calon-pengarah-msn-melaka-sudah-dikenal-pasti/ |
Calon pengarah MSN Melaka sudah dikenal pasti
| [
"AYER KEROH 10 Dis. – Calon bagi memegang jawatan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka dijangka akan dimuktamadkan sedikit masa lagi.",
"Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata pihaknya kini sudah mengenal pasti beberapa calon yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang sukan dan memegang ijazah dalam Sains Sukan yang mana pihaknya sedang dalam usaha mendapat kelulusan Pejabat Ketua Menteri sebelum membawanya ke pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diluluskan.",
"“Sebelum ini kita sudah ada nama selepas Pengarah terdahulu ditukarkan pada awal April. Namun, calon yang telah diajukan ke pihak JPA itu tidak mendapat kelulusan memandangkan JPA berkehendakkan individu lebih berpengalaman dalam bidang sukan dan mempunyai kelulusan dalam bidang Sains Sukan.",
"“Jadi, untuk itu, kita sudah kenal pasti beberapa calon yang terbaik sama ada dari kakitangan kerajaan atau luar kerajaan. Kita kini hanya menunggu kelulusan daripada Pejabat Ketua Menteri sebelum dibawa ke JPA.",
"“Meskipun dalam tempoh yang panjang, kita tidak mempunyai pengarah Majlis Sukan Negeri, namun, pemangku jawatan tersebut, Tan Gek Chu sudah tugas dengan baik untuk kemajuan sukan negeri ini,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) berhubung pengosongan jawatan terbabit yang tidak diisi sejak April lalu sehingga kini.",
"Dalam pada itu, mengulas mengenai perbelanjaan MSN Melaka pada 2020, Mohd Rafiq memaklumkan perbelanjaan keseluruhan ialah sebanyak RM1.6 juta membabitkan pecahan bantuan kepada persatuan sukan, elaun jurulatih dan atlet bagi SUKMA, program pembangunan sukan negeri serta operasi dan pentadbiran."
] |
https://www.melakahariini.my/suara-wartawan-boleh-didengari-dengan-kewujudan-badan-induk-iswami/ |
Suara wartawan boleh didengari dengan kewujudan badan induk – ISWAMI
| [
"Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI), Datuk Mokhtar Hussain berkata perkara itu wajar untuk suara wartawan didengari di peringkat lebih tinggi.",
"Katanya, meskipun terdapat persatuan media di setiap negeri namun perlu ada badan induk yang menghimpunkan semua wartawan untuk menyampaikan idea atau apa-apa cadangan menerusi satu suara."
] |
https://www.melakahariini.my/mcmc-beku-pemberian-lesen-baharu-perkhidmatan-kurier/ |
MCMC beku pemberian lesen baharu perkhidmatan kurier
| [
"KUALA LUMPUR 26 Okt. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat keputusan membekukan (moratorium) pemberian lesen baharu perkhidmatan kurier selama dua tahun bermula 14 Sept 2020 hingga 15 Sept 2022.",
"MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat dengan persetujuan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menerusi kuasa pelesenan di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 dan boleh disemak semula pada bila-bila masa berdasarkan keperluan.",
"“Moratorium dilaksanakan untuk memberi laluan kepada kerajaan bersama industri pos dan kurier membuat perancangan baharu bagi memperkukuhkan sektor tersebut yang berdepan pelbagai cabaran akibat perubahan teknologi dan trend pasaran.",
"“Langkah ini juga sejajar dengan gesaan rasmi yang dihantar oleh Persatuan Syarikat Penghantar Ekspres Malaysia (AMEC) iaitu gabungan 25 syarikat kurier utama di Malaysia termasuk Pos Malaysia Berhad, GD Express Sdn Bhd, City-Link Express (M) Sdn Bhd dan lain-lain sejak Ogos lalu,” menurut kenyataan itu.",
"Bagaimanapun, menurut kenyataan itu permohonan yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa moratorium dan permohonan pembaharuan lesen sedia ada akan diproses untuk kelulusan.",
"MCMC turut memaklumkan proses merangka pelan tindakan baharu akan dilaksanakan menerusi penganjuran Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL) yang berlangsung selama tiga minggu bermula 2 hingga 22 Nov ini tertakluk kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).",
"“Laporan penuh yang mengandungi cadangan pelan tindakan bagi menyokong aspirasi pembangunan strategik industri pos dan kurier baharu itu akan dimuat naik dalam laman sesawang MCMC.",
"“Hasil NPCIL penting untuk industri ini yang menjadi teras kepada aktiviti e-dagang dan pembangunan ekonomi digital yang menghadapi pelbagai cabaran baharu. Kajian terakhir mengenai industri pos dan kurier dilakukan pada tahun 2009,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/massila-kekalkan-dna-utem-sebagai-universiti-teknikal-terbaik/ |
Massila kekalkan DNA UTeM sebagai universiti teknikal terbaik
| [
"DURIAN TUNGGAL 7 Julai – “Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bukan hanya agenda selama 100 hari saya berkhidmat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), namun saya akan pastikan UTeM kekal sebagai universiti teknikal terbaik.",
"Itu visi Naib Canselor UTeM, Prof Dr Massila Kamalrudin dalam melaksanakan janjinya untuk mengembalikan UTeM kepada DNA asalnya sebagai sebuah universiti teknikal pertama ditubuhkan di Malaysia.",
"“Seperti selalu kami nyatakan, kami adalah universiti awam dan akan terus mempromosikan kepada rakyat Malaysia untuk masuk ke UTeM bagi mempelopori bidang teknikal.",
"“Bukti teknikal dan vokasional education (pendidikan) ini bukan sahaja di level (tahap) pelajar tetapi juga untuk menambah kemahiran rakyat dan individu yang memerlukan latihan.",
"“TVET salah satu agenda utama saya dan aspirasi saya bukan hanya untuk 100 hari tapi sepanjang tempoh pentadbiran saya yang mana kita nak memperkenalkan UTeM sebagai universiti teknikal yang terbaik di Malaysia,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis 100 Hari Menjajar Universiti Melonjak ke Hadapan di Dewan Canselor UTeM di sini, hari ini.",
"Terdahulu Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Canselor UTeM turut hadir bagi melakukan gimik Pelancaran Produk Penyelidikan UTeM.",
"Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Datuk Seri Dr Hasim Hasan; Pro Canselor UTeM, Datuk Dr Sabirin Ja’afar dan lain-lain pengurusan tertinggi UTeM.",
"Dalam pada itu, Massila berkata pihaknya akan menubuhkan sebuah pusat kerjasama Research, Innovation, Commercialization & Entrepreneurship (RICE) dengan Kerajaan Negeri Melaka selain kerjasama pelbagai pihak.",
"“Beberapa projek RICE juga sudah dibincangkan dengan pelbagai pihak, sebagai contoh projek kerjasama dalam penghasilan bateri untuk beca dan motosikal serta membran penapisan air dengan UMW.",
"“Penggunaan drone dengan anak syarikat Jepun, Terra Drone serta kerjasama dengan Plus Malaysia Berhad (PLUS) untuk menyelesaikan masalah kon amaran di lebuh raya.",
"“Justeru, saya memohon semua pihak terus membantu saya mencapai misi yang telah dirancangkan, sekiranya kita ikhlas maka insya-Allah banyak perkara akan dipermudahkan untuk kita sampai ke puncak,” katanya lagi."
] |
https://www.melakahariini.my/24-peniaga-dikenakan-tindakan-sepanjang-pelaksanaan-harga-maksimum-musim-deepavali/ |
24 peniaga dikenakan tindakan sepanjang pelaksanaan harga maksimum musim Deepavali
| [
"KUALA LUMPUR, 30 Okt – Seramai 24 peniaga dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 yang berkuat kuasa dari 20 hingga 26 Okt lepas.",
"Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata ia hasil pemeriksaan ke atas 111 premis borong dan 4,228 premis runcit sepanjang tempoh berkenaan.",
"“Antara kesalahan yang dikesan adalah menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan, gagal meletakkan tanda harga dan gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata barangan yang disenaraikan sebagai barangan harga terkawal bagi skim itu adalah daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang merah besar import dan kacang dal (Australia).",
"“Kuasa pengguna merupakan langkah pencegahan awal yang boleh diambil agar pengguna tidak mudah dimanipulasi oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dalam situasi sukar ketika ini,” katanya.",
"Beliau turut meminta pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan salah laku peniaga supaya melaporkan aduan kepada KPDNHEP sama ada menerusi WhatsApp di 019-2794 317/019-8488 000, portal e-aduan.kpdnhep.gov.my, pusat panggilan 1-800-886-800, e-mel e-ad[email protected] atau menerusi aplikasi telefon pintar Ez ADU."
] |
https://www.melakahariini.my/bank-era-penjajahan-british-kini-jadi-galeri-warisan-melaka/ |
Bank era penjajahan British kini jadi Galeri Warisan Melaka
| [
"BANDA HILIR 6 September – Siapa sangka bangunan yang asalnya merupakan sebuah bank pada zaman penjajahan British sekitar tahun 1912 kini bertukar menjadi sebuah galeri tarikan pelancong.",
"Pembantu Galeri Warisan Kota Melaka, Zanali Yusof berkata, galeri yang dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang itu bakal memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung untuk mendalami sejarah penubuhan Kota Melaka daripada sebuah empayar perdagangan kepada negeri yang pesat membangun kini.",
"“Tahun 1912 dahulu, bangunan ini adalah Bank HSBC yang kita tahu letaknya di atas kubu atau runtuhan Bastion Hendrik Federick sekitar kurun ke-16 sebelum Jabatan Warisan Negara ambil alih dan pulihara bangunan ini pada 2007.",
"“Dekat sini kita menempatkan 12 segmen pameran dan ratusan koleksi sejarah melalui kajian mahupun ekskavasi yang bertemakan Kota Melaka Dalam Perspektif Sejarah dan Arkeologi.",
"“Kita ada dua tingkat. Di aras bawah kita pamerkan bahan-bahan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, laut Melaka, perdagangan dan lain-lain, manakala di aras atas kita banyak menceritakan susur galur penubuhan kota Melaka itu sendiri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.",
"Tinjauan Melaka Hari Ini ke ruangan dalam bangunan itu nyata mencetuskan rasa teruja dengan penemuan beberapa artifak dan monumen penting berkisarkan negeri ini.",
"Seolah-olah berada pada singgahsana Kesultanan Melayu Melaka, pengunjung dapat merasai penceritaan susur galur Melaka daripada taklukan kuasa asing sehingga penubuhan Kota Melaka itu sendiri.",
"Pada masa sama, mereka yang datang ke sini juga mendapat gambaran jelas mengenai pelbagai aspek kehidupan dan sistem perdagangan yang dijalankan ketika zaman itu, menerusi tayangan video khas yang disediakan.",
"Mengikut rekod, pada 6 Ogos lalu, Majlis Perasmian Galeri Warisan Kota Melaka telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam serta dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali."
] |
https://www.melakahariini.my/tnb-taja-rm6-5-juta-tubuh-tiga-anjung-kasih-ykn/ |
TNB taja RM6.5 juta tubuh tiga Anjung Kasih YKN
| [
"KOTA BHARU, 17 Mac – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menerima tajaan bernilai RM6.5 juta dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi penubuhan tiga buah Anjung Kasih YKN, setakat ini.",
"Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata tajaan itu membabitkan penubuhan Anjung Kasih YKN di Hospital Serdang, Hospital Melaka dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.",
"Katanya, seramai 80,574 waris pesakit telah mendapat manfaat dari 16 Anjung Kasih YKN di seluruh negara yang menjadi rumah penginapan sementara untuk golongan yang memerlukan khususnya ahli keluarga yang kurang berkemampuan tetapi perlu mengiringi pesakit yang sedang mendapatkan rawatan.",
"“Bagi penubuhan Better Brighter Anjung Kasih YKN-TNB HRPZ II Kota Bharu yang membabitkan jumlah bernilai RM1.5 juta ia dijangka akan memberikan manfaat kepada keluarga pesakit bermula Disember ini dengan mempunyai kapasiti sebanyak 84 katil pada satu-satu masa.",
"“Kerajaan sentiasa prihatin dan komited terhadap keperluan rakyat bagi menubuhkan Anjung Kasih YKN di hospital yang menjadi rujukan kepada pesakit yang datang dari luar daerah. Waris pesakit yang mengiringi pesakit tidak perlu berulang alik dari rumah atau menginap di hotel dengan kadar sewa yang agak tinggi,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM1.5 juta kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Malaysia bagi penubuhan Better Brighter Anjung Kasih YKN-TNB Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini.",
"Mengulas lanjut, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kemasukan waris pesakit ke Anjung Kasih YKN itu juga akan dipastikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan temasuk melakukan saringan suhu dan sebagainya bagi mengelak berlaku penularan wabak COVID-19.",
"“Selain itu, tempat tinggal sementara ini juga turut dibahagikan ruang kepada mereka yang berkeluarga, dan ada juga ruang untuk mereka yang datang secara individu sama ada lelaki atau wanita ia akan diasingkan sekali gus untuk memberi keselesaan dan menjamin keselamatan pengiring waris.",
"“Pihak kami juga turut mengalu-alukan sumbangan badan-badan korporat untuk menyalurkan sumbangan kepada YKN bagi memperluaskan lagi pembinaan Anjung Kasih YKN untuk membantu keluarga pesakit di seluruh negara ketika mendapatkan rawatan,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/makmal-forensik-pdrm-akan-diperkasa-selari-peredaran-zaman/ |
Makmal Forensik PDRM akan diperkasa selari peredaran zaman
| [
"KUALA LUMPUR 30 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan penambahbaikan dan memperkasakan Bahagian D10 (Makmal Forensik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selaras dengan perkembangan dan trend jenayah semasa.",
"Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, antara perancangan strategik yang sedang dan telah dilaksanakan termasuk penggunaan teknologi tiga dimensi (3D) dalam rekonstruksi tempat kejadian dalam memantapkan siasatan saintifik dan memantapkan kemahiran dan kompetensi perkhidmatan melalui kursus dan latihan dalam dan luar negara.",
"“Selain itu, PDRM juga akan memperkasakan Unit Siasatan Tempat Kejadian dengan permohonan perolehan kenderaan yang melibatkan 33 buah kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi dengan peralatan bantuan siasatan di tempat kejadian jenayah,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Bahagian Forensik (D10) dan Bahagian Databank DNA (D13) JSJ di Maktab PDRM Cheras, di sini hari ini.",
"“Antara rancangan PDRM adalah untuk membina sebanyak 14 buah Makmal Forensik Digital Satelit di setiap kontinjen polis negeri dan menubuhkan sebuah Makmal Forensik Siber Seksual di Bukit Aman,” katanya.",
"Beliau berkata penambahbaikan berkenaan perlu dilakukan bagi meningkatkan keupayaan siasatan saintifik PDRM sekali gus meningkatkan kadar penyelesaikan kes, pertuduhan dan pendakwaan kes di mahkamah."
] |
https://www.melakahariini.my/ismail-sabri-jamin-pru15-akan-dibincangkan-dalam-top-five-umno/ |
Ismail Sabri jamin PRU15 akan dibincangkan dalam “top five” UMNO
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan isu pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dibincang dalam kalangan “Top Five” UMNO.",
"“Top Five” merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri.",
"Ismail Sabri berkata selepas perbincangan dengan keempat-empat pemimpin parti, beliau akan membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, jemaah menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.",
"”Jika kita (UMNO) yakin dengan kemenangan kita tak akan tunggu walau satu saat pun untuk bubar Parlimen untuk buat PRU15,” katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan UMNO yang berada di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini."
] |
https://www.melakahariini.my/tajuk-tajuk-utama-akhbar-khamis-21-april-2022/ |
Tajuk-tajuk utama akhbar: Khamis 21 April 2022
| [
"-Polis di tiga negeri membabitkan Kedah, Pulau Pinang dan Perak bersama agensi penguat kuasa lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melancarkan operasi besar-besaran memburu saki baki tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari depot imigresen Sementara Sungai Bakap di Relau, dekat Bandar Baharu pagi semalam.",
"-Rohingya detainees at an immigration depot in Kedah went on a rampage, tearing down walls and fences before 528 of them escaped at daybreak yesterday. Six died trying to flee across the Nort-South Expressway while 365 have been rearrested."
] |
https://www.melakahariini.my/the-world-view-of-harun-aminurrashid-creator-of-panglima-awang/ |
The World View of Harun Aminurrashid, Creator of Panglima Awang
| [
"HARUN Muhammad Amin was of the few influential lecturers at the Sultan Idris Training College (SITC) in Tanjong Malim. Harun was of course Harun Aminurrashid of Panglima Awang fame. Without Harun, we would probably not know of Panglima Awang, at least not in the present national imagination.",
"In the formative years of SITC throughout the 1920s, Harun took turns participating in occasional lectures in campus, getting students to think about nationalism and Malay identity.",
"Harun was not alone. Others like Abdul Hadi Haji Hasan and Buyong Adil were together creating the consciousness through writing the history of the Malays. The lectures were usually held on Saturday night in the college Hall.",
"In a subtle way, the lectures manifested an anti-colonial position. As Soda Naoki (2020) explains in Conceptualizing the Malay World, although SITC principal O.T. Dussek was sympathetic to increasing awareness of Malay identity, and the college appearing “to have effective control over the students, the boys still find ways to get around the rules and to become involved in volunteer activities which were neither organized nor sanctioned by the college.”",
"Harun’s Panglima Awang was first published in 1958. The manuscript was completed on 11 September 1957, 11 days after Malaya declared her independence; and reprinted several times in October 1959, January and June 1961, November 1962, as well as January and November 1964. Panglima Awang has in a sense, set the scene for nation-building and nationhood, as well as national identity and a response to colonialism.",
"G.L. Koster’s (2009) “A Voyage to Freedom: Imagining the Portuguese in Harun Aminurrashid’s historical novel Panglima Awang” mentions Harun’s citing of two newspaper articles. One is the Straits Times Special Feature by G.E. in 1955 titled “First man to sail round the world is a Malay.” The other is in the Medan-based Waspada titled “Pengeliling dunia yang pertama adalah seorang Indonesia,” by Mohd. Said (1956). There is another earlier article read by Harun. This was “Anak Melayu yang Pertama Mengelilingi Dunia,” by Taha Suhaimi (1944) in the newspaper Fajar Asia.",
"From the intellectual ferment at SITC in the 1920s and 1930s, Harun undercut the European narrative. It portrayed Harun’s image of the Ferringgi as the problematic Other. He debunked one of the greatest tales of European exploration and navigation.",
"The novel was well received by the Malay reading public. Later it was made into a text for Literature for the Senior Cambridge (SC) and the Malayan Certificate of Examination (MCE). In Singapura, Panglima Awang later was used in the subject of Literature at its level 3 Malay secondary school. Harun realized his ambition in making Panglima Awang accessible through the novel, some called it historical fiction. The story symbolizes Harun’s anti-colonial and nationalist sentiments.",
"Harun wanted to portray the Malay character which has been erased by colonial history. He wanted to resurrect the narrative of Malay civilization. More than 60 years of the nation, we find Malay haters and bashers among Malaysian citizens. They vehemently deny the existence of peradaban Melayu. To them, the term and meaning of “civilization” is incompatible to the word “Malay.” Harun was committed to rebranding the Malay. The Malay image, from Harun’s perspective, needed to be corrected.",
"Harun was born on 8 August in Teluk Kurau Singapura as Harun bin Mukmin. According to Abdullah Hussain, (1982) in the biography Harun Aminurrashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan (Harun Aminurrashid: Reviver of the Spirit of Nationalism), on the first day of school, his father’s name was changed from Mukmin to Muhammad Amin, because his teacher found it difficult to spell the name “Mukmin.”",
"Harun lived with his maternal grandmother upon the death of his father when he was three years-old. His grandmother was an avid reader of syairs (verse) and hikayats (classical narratives). She would read these to her grandson. From his early years, Harun would be familiar with such works are Syair Siti Zubaidah, Hikayat Amir Hamzah, Syair Isma Yatim, Syair Gul Bakawali and others.",
"In 1924, Harun was accepted to study at SITC in Tanjong Malim. There he was initially oriented to think of the Malay as a nation, encouraged to study, develop and promote Malay language, literature and history. One of his teachers was Abdul Hadi, skilled in the art narrating the Malay Sultanate of Melaka, the Portuguese invasion and their cruelty toward the Malays there. Harun, engrossed with Abdul Hadi’s story, developed the ambition to visit Portugal and see for himself face of the colonizers. He was curious as to the life and conditions in Portugal, and how managed they defeated the Malays.",
"To Harun, as retold by Abdullah “mengenal sejarah bererti mengenal akan diri sendiri” (knowing history means knowing oneself). Abdullah also cites Awang Had Salleh (1979) from the latter’s book Malay Secular Education and Teacher Training in British Malaya that Harun’s teacher, Abdul Hadi was exposed to the literature from Indonesia so much so that much of his writings were influenced by the notion of “Nusantara.” According to Awang Had, from a narrow provincial attitude, students were suddenly exposed to national consciousness covering a wider territory, sharing the Nusantara heroes (not without justification though) as their own.",
"This may have also led Harun, who was earlier attracted to the Indonesian struggle, to be a member of the Partai Nasional Indonesia (PNI). Datuk Mohamed Nor Ahmad, an SITC alumnus from Pulau Pinang, revealed that apart from Harun and himself, the other PNI member at Tanjong Malim was Ibrahim Yaacob.",
"Apart from teaching, Harun also made writing a tool for reform. His essays and short stories (cerpen) appeared in the major Bahasa Melayu newspapers at that time – Majlis, Warta Malaya and the Malay edition of Malaya tribune, under the pseudonym Harbma. Occasionally the editors would replace Harbma with Penulis Khas Tanjong Malim (Tanjong Malim Special Writer). All the same, readers know that these were penned by Harun."
] |
https://www.melakahariini.my/dua-pesakit-covid-19-ditahan-curi-4-telefon-di-pkrc-maeps/ |
Dua pesakit COVID-19 ditahan curi 4 telefon di PKRC MAEPS
| [
"KUALA LUMPUR 12 Feb. – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang nyata tidak sepi daripada ‘kontroversi’.",
"Terbaru, tular video kekecohan di dewan kuarantin di situ didakwa berpunca dua lelaki mencuri empat telefon bimbit milik pesakit lain, malah anggota polis lengkap berpakaian pelindung diri (PPE) terpaksa dipanggil bagi mengawal keadaan.",
"Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki berusia 24 dan 40-an itu yang juga pesakit di dewan kuarantin berkenaan, lapor Harian Metro.",
"Beliau berkata, kekecohan dalam kalangan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan itu disedari pegawai perubatan satu daripada dewan di pusat kuarantin berkenaan kira-kira jam 10.30 malam.",
"Wan Kamarul Azran berkata, hasil temubual pegawai perubatan kalangan pesakit mendapati berlaku kecurian telefon bimbit sebelum beberapa pesakit lain menahan dua lelaki itu yang disyaki melakukan jenayah itu.",
"“Pegawai perubatan turut menemui empat unit telefon bimbit yang disyaki dicuri itu,” katanya sambil menambah kedua-dua suspek kemudian dipindahkan ke dewan lain bagi tujuan keselamatan.",
"Menurut Wan Kamarul Azran tempoh kuarantin seorang suspek tamat semalam manakala suspek berusia 24 tahun akan dilepaskan dari kuarantin hari ini.",
"“Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan,” katanya.",
"Pada 21 Januari lalu, polis membuka kertas inkuiri, bagi menyiasat dakwaan berlakunya aktiviti judi di pusat kuarantin itu, seperti yang tular menerusi media."
] |
https://www.melakahariini.my/kapal-bawa-muatan-pasir-karam-dua-pekerja-hilang/ |
Kapal bawa muatan pasir karam, dua pekerja hilang
| [
"SIBU, 26 Jun – Dua pekerja sebuah kapal membawa muatan pasir hilang sementara dua orang lagi berjaya diselamatkan selepas kapal berkenaan karam di Sungai Batang Igan berdekatan Kampung Bungan Kecil, kira-kira 45km dari sini dari awal pagi tadi.",
"Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata identiti dua mangsa yang hilang itu masih belum dikenal pasti namun mereka dianggarkan berumur dalam lingkungan 20-an, sementara yang selamat berumur dalam lingkungan 40-an dan 50-an.",
"Beliau berkata PGO Sarawak menerima laporan dari Balai Polis Sungai Merah pada pukul 6.05 pagi menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam, dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah telah digerakkan ke lokasi. ",
"“Semasa kejadian pelapor sempat menyelamatkan dua orang pekerja kapal dan dipercayai ada dua lagi pekerja kapal itu masih berada di dalam kapal berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Sementara itu Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan pasukan siasatan masih berada di lokasi kejadian."
] |
https://www.melakahariini.my/covid-19-184-kes-baharu-kategori-tiga-hingga-lima/ |
COVID-19 184 kes baharu kategori tiga hingga lima
| [
"KUALA LUMPUR, 7 Mac – Sebanyak 184 kes daripada 27,435 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.",
"Beliau berkata baki 27,251 kes terdiri daripada kategori satu dan dua, dengan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,622,607 kes.",
"“Daripada 184 kes kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan, sebanyak 55 kes tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi; 85 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 44 kes telah menerima dos penggalak,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Beliau turut memaklumkan bagi kes kategori tiga, empat dan lima itu terdapat 98 kes melibatkan berumur 60 tahun dan ke atas, 64 kes mempunyai komorbid dan tiga kes ibu mengandung.",
"Dr Noor Hisham berkata kes COVID-19 sebanyak 1,756 kes dimasukkan ke hospital semalam dan daripada jumlah itu, 724 kes atau 41.2 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala baki 1,032 kes atau 58.8 peratus melibatkan kategori satu dan dua.",
"Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 379 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), 216 kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala 30,335 kes sembuh dilapor semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,281,128 kes.",
"Mengenai penggunaan katil kes kritikal atau ICU di hospital, beliau berkata lima negeri menunjukkan pengisian 50 peratus atau lebih dengan Selangor dan Putrajaya masing-masing merekodkan kadar 83 peratus, Johor (70 peratus), Kelantan (69 peratus) serta Kuala Lumpur (54 peratus).",
"Bagi nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19, Dr Noor Hisham berkata ia kini 1.05, dengan Sarawak mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.38, diikuti Perak (1.24), Kuala Lumpur (1.22), Terengganu (1.14) dan Negeri Sembilan (1.12). – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/tun-mohd-ali-serikan-majlis-makan-malam-amal/ |
Tun Mohd Ali serikan majlis makan malam amal
| [
"AYER KEROH 12 Mac – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyerikan Majlis Makan Malam Amal dan Pertandingan Golf Amal di sebuah hotel, di sini, semalam.",
"Makan malam anjuran Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) & Persatuan Anak-Anak Melaka di Wilayah Persekutuan & Selangor (PERSAKA) itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop.",
"Ketibaan Tun Mohd Ali kira-kira jam 8.15 malam disambut Sulaiman diiringi Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam.",
"Turut diadakan penyampaian Anugerah Ikon Anak Melaka selain memorandum kerjasama antara MDDNM dan PERSAKA, PERSAKA dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Putrajaya, MDDNM bersama PERSAKA & Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) serta MDDNM & Universiti Melaka (UNIMEL).",
"Pada majlis sama Tun Mohd Ali melancarkan buku biografi beliau bertajuk ‘Memoir Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam’."
] |
https://www.melakahariini.my/maaf-tidak-dapat-berjumpa-semua-pengundi-qi-yao/ |
Maaf tidak dapat berjumpa semua pengundi – Qi Yao
| [
"KOTA MELAKA 18 November – “Jangan pikir banyak, terus pandang ke hadapan dan jangan ke belakang lagi,” itu kata-kata semangat yang dilontar Chiew Hong Lan, ibu kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Melaka.",
"Menurut Hong Lan, 66, sebagai seorang ibu pastinya dia mahu kejayaan berpihak kepada anaknya dan berharap agar rakyat memberi peluang kepada Kon Qi Yao untuk mentadbir serta membawa perubahan di Parlimen.",
"Warga emas itu yang juga Ketua Wanita MCA Melaka berkata, sudah pasti tempoh berkempen selama 14 hari, bukan sesuatu yang mudah namun anak sulungnya daripada empat beradik itu mengharunginya dengan penuh semangat.",
"“Saya selalu beri semangat kepada anak agar jangan putus asa dan tumpukan sepenuh perhatian kepada kempen, perkara lain usah risau, keluarga kami tolong uruskan.",
"“Jika dulu saya selalu nasihatkannya sekarang sudah terbalik, dia pula selalu nasihatkan saya, sejak dari kecil dia seorang anak yang sentiasa berdikari oleh itu saya yakin dia mampu menggalas tanggungjawab,” katanya.",
"Sementara itu, Qi Yao atau mesra disapa Ah Kon berkata, dia memohon maaf berikutan tidak mempunyai masa yang cukup untuk berjumpa semua penduduk Kota Melaka yang mempunyai 164,000 pengundi.",
"“Memang susah mahu jumpa semua orang, minta maaf saya tidak dapat jumpa setiap pengundi di Parlimen ini. Jentera cadangkan agar di saat akhir ini, saya guna pendekatan ini (berkonvoi) untuk kenalkan diri kepada pengundi.",
"“Konvoi ini berhenti di setiap tokong dalam Parlimen Kota Melaka untuk berdia agar cuaca esok baik, jadi semua dapat keluar dan proses pengundian berjalan lancar. Malah saya turut mendoakan agar ayah saya diberikan kesihatan,” katanya.",
"Mengulas lanjut Qi Yao berkata, bapanya Kon Siow Pong, 69, dimasukkan ke hospital pada 9 November selepas terbabit kemalangan dan masih dirawat sehingga kini.",
"“Jauh disudut hati saya mendoakan agar ayah sembuh kembali dan esok pihak hospital dapat membenarkannya keluar untuk mengundi,” katanya dalam nada sebak."
] |
https://www.melakahariini.my/tujuh-mou-dimeterai-antara-beberapa-institusi-terkemuka-di-singapura-dan-malaysia/ |
Tujuh MoU dimeterai antara beberapa institusi terkemuka di Singapura dan Malaysia
| [
"SINGAPURA, 5 Sept – Tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai sektor Pendidikan, Seni & Budaya, Perniagaan dan Perkhidmatan Misionaris, dimeterai antara beberapa institusi terkemuka di Singapura dan Malaysia, baru-baru ini.",
"Jamiyah Singapura bertindak sebagai pemudah cara untuk majlis pemeteraian MoU yang disaksikan secara fizikal oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar manakala rakan sejawatannya dari Malaysia menyertai majlis itu secara maya.",
"Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam juga menyertai majlis itu secara maya dari Melaka, selaku Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).",
"“Jamiyah Singapura adalah sebuah pertubuhan yang penting untuk masyarakat Melayu Islam di Singapura yang banyak menjalinkan kerjasama dengan institusi di Malaysia terutama di dalam konteks Dunia Melayu Dunia Islam,” kata Azfar kepada Bernama.",
"Ketua misi yang baharu ini berkata pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan terus memberi kerjasama dengan Jamiyah Singapura di masa akan datang dalam menjayakan aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti yang memerlukan di kedua-dua negara.",
"“Saya juga berharap Jamiyah Singapura dapat berikan kerjasama dalam saya melaksanakan tugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Semoga kita semua dapat melaksanakan apa yang diamanahkan kepada kita dengan jayanya,” katanya.",
"Sementara itu, Presiden Jamiyah Singapura Datuk Dr Mohd Hasbi Abu Bakar berharap hubungan yang “lebih rapat” dan “lebih baik” akan dapat dijalin antara Singapura dan Malaysia.",
"Mohd Hasbi juga berharap Jamiyah Singapura dapat berkolaborasi lebih erat dengan pelbagai pertubuhan dan perniagaan di Malaysia dan peringkat tempatan, dalam sektor Pendidikan, Kesenian & Kebudayaan, Perniagaan dan Perkhidmatan Misi.",
"MoU itu ditandatangani antara Pusat Pendidikan Jamiyah dan KUIM; Sri Warisan Performing Arts Ltd dan Biro Sosio-Budaya DMDI; dan SRIWANA dan Biro Sosio-Budaya DMDI.",
"Perjanjian lain adalah antara Jamiyah Singapura dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia; Jamiyah Singapura dan Nasyrul Quran; Airmark Holdings dan MyJet Express; dan Pure Good Hub dan Classic Agro Resources Sdn Bhd.",
"Jamiyah Singapura, sebuah Pertubuhan Amal Melayu/Muslim bakal menyambut ulang tahun ke-90 penubuhannya, turut menganjurkan satu majlis meraikan Azfar, sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke-17 ke Singapura.",
"Acara hibrid itu diadakan secara fizikal di Dewan Al-Malik Faisal di Pusat Islam Jamiyah, dan ditayangkan secara langsung menerusi Facebook turut disertai rakan korporat dan komuniti Perniagaan, Sukan, Pendidikan, Keagamaan, Kesenian & Budaya dari Jamiyah Singapura.",
"Jamiyah Singapura, juga dikenali Muslim Missionary Society Singapore, ditubuhkan pada 1932 oleh Roving Ambassador of Peace dari Meerut, India, Moulana Abdul Aleem Siddique."
] |
https://www.melakahariini.my/sprm-sabah-tahan-pegawai-kanan-jabatan-kerajaan-terima-rasuah-rm700000/ |
SPRM Sabah tahan pegawai kanan jabatan kerajaan terima rasuah RM700,000
| [
"KOTA KINABALU, 18 Mei – Seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.",
"Menurut sumber kedua-dua suspek dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk melindungi kegiatan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).",
"Tindakan kedua-dua suspek telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan negeri Sabah dan mereka ditahan pada jam 11 pagi tadi ketika hadir di pejabat SPRM Sabah, kata sumber berkenaan.",
"Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.",
"Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dijangka permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu esok."
] |
https://www.melakahariini.my/teroka-potensi-esport-secara-serius-km/ |
Teroka potensi esport secara serius – KM
| [
"BANDA HILIR 26 Jun – Pulangan ekonomi yang amat memberangsangkan dalam permainan digital dalam talian atau esport perlu diberikan perhatian semua pihak.",
"Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, berharap semua pihak menyokong pertumbuhan, esport yang dilihat turut menjana kreativiti dan potensi diri.",
"“Dengan sokongan kerajaan dan penaja dalam kalangan syarikat korporat saya yakin esport dapat dikembangkan dalam kalangan belia hingga menjadi seorang pemain profesional.",
"Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri VP Shanmugam pada Majlis Penutup Kejohanan Melaka Esport Day 2022 di pusat beli-belah Dataran Pahlawan Megamall, malam tadi.",
"Menurutnya dalam Flagship ke-8 Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035) iaitu ‘Melaka Sejahtera’ yang berhasrat memperkasakan belia dan sukan di negeri ini."
] |
https://www.melakahariini.my/cipta-bahan-pembelajaran-guna-barang-buangan/ |
Cipta bahan pembelajaran guna barang buangan
| [
"DUYONG 17 Februari – Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Durian Daun, di sini, menjadi sekolah pertama di Melaka melaksanakan program Pameran Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia.",
"Program yang diadakan pada 16 Februari itu, antara lain mengetengahkan kreativiti murid-murid sekolah berkenaan dalam menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan barangan terpakai.",
"Guru Besar SK Perempuan Durian Daun Suhaili Abd. Rasap berkata, program berkenaan disertai seramai 211 murid sekolah berkenaan terdiri daripada pra sekolah hingga Darjah 6.",
"Katanya, objektif utama program berkenaan adalah bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran artikulasi tinggi, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka berdaya saing selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).",
"“Menerusi projek yang dihasilkan ia berupaya mengasah bakat murid melalui pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seperti pembudayaan amalan inovasi.",
"Antara yang mencuri tumpuan ialah penghasilan jam untuk mengira detik dan waktu seharian dengan hanya menggunakan pinggan kertas, plastik penyedut minuman dan barangan buangan yang lain."
] |
https://www.melakahariini.my/sasar-50-kapal-persiaran-berlabuh-di-melaka/ |
Sasar 50 kapal persiaran berlabuh di Melaka
| [
"BANDA HILIR 12 April – Kerajaan Negeri menyasarkan sehingga 50 kapal persiaran mewah berlabuh di perairan Selat Melaka sepanjang 2023 dan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) nanti.",
"Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berharap usaha itu mampu merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan dengan lebih ramai penumpang kapal berkenaan mengambil kesempatan ketika berlabuh untuk melawat destinasi menarik sekitar Melaka.",
"Abdul Razak berkata, mengikut kebiasaan setiap kapal persiaran mewah membawa sekitar 400 hingga 500 penumpang dan ia dianggap sebagai satu potensi besar yang perlu direbut.",
"Menurutnya ketiadaan jeti khusus untuk penumpang kapal persiaran berlabuh di Melaka bukan satu masalah yang besar kerana kemudahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sudah lengkap.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan pelancong-pelancong dari Jerman dan Eropah yang menaiki kapal persiaran ‘Ms Amadea’ di Kompleks ICQS, di sini, hari ini.",
"Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) negeri, Badaruddin Mohd Kassim dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron."
] |
https://www.melakahariini.my/kerajaan-tiada-hasrat-tarik-lesen-jual-minuman-keras-tengku-zafrul/ |
Kerajaan tiada hasrat tarik lesen jual minuman keras – Tengku Zafrul
| [
"KUALA LUMPUR, 9 Dis – Kerajaan setakat ini tidak berhasrat untuk menarik balik sebarang kelulusan berkaitan perlesenan penjualan minuman keras, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.",
"Jelas beliau, dasar sedia ada telah menggariskan bahawa penjualan minimum keras secara runcit di premis perlu mempunyai lesen di bawah Akta Eksais 1976 dan sebarang perlesenan penjualannya perlu mendapat kelulusan Lembaga Pelesenan selaras dengan Seksyen 35, Akta Eksais 1976.",
"Aspek perlesenan penjualan minuman keras itu adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perlesenan yang dilantik oleh perwakilan kuasa Menteri Kewangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri melalui perintah yang diwartakan pada 1977, kata beliau.",
"“Sehubungan itu, dakwaan atau tohmahan bahawa Menteri Kewangan telah membatalkan perwakilan kuasa tersebut adalah tidak benar. Terdapat kekeliruan dalam pelaksanan dan penguatkuasaan lesen penjualan minuman keras ini di peringkat negeri.",
"“Saya ingin memberi jaminan sekali lagi bahawa perwakilan kuasa melalui perintah yang diwartakan pada 1977 masih kekal. Saya juga telah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan kekeliruan ini tidak berulang dan perlesenan penjualan minuman keras kekal di bawah bidang kuasa Lembaga Perlesenan,” katanya pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.",
"Beliau menjawab soalan tambahan Tony Pua Kiam Wee (PH-Damansara) mengenai alasan Kementerian Kewangan tidak membatalkan secara langsung perintah perlesenan penjualan minum keras supaya tiada kuasa perlu diturunkan kepada kerajaan negeri.",
"Pada Selasa lepas, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi catatan di laman Facebook beliau, memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengarahkan JKDM untuk membatalkan dasar baharu perlesenan arak untuk restoran dan kedai kopi.",
"“Oleh itu, sebarang isu berhubung pelesenan atau pengecualian daripada pelesenan adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri sepenuhnya,” kata beliau. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/eksport-barangan-halal-meningkat-19-peratus-kepada-rm36-60-bilion-pada-2021-timbalan-menteri/ |
Eksport barangan halal meningkat 19 peratus kepada RM36.60 bilion pada 2021 – Timbalan Menteri
| [
"KUALA LUMPUR, 8 September – Eksport barangan halal pada 2021 meningkat 19 peratus kepada RM36.30 bilion berbanding RM30.50 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lim Ban Hong.",
"“Industi halal dijangka terus berkembang di rantau Asia Pasifik susulan daripada ratifikasi Malaysia ke atas perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada 18 Mac, 2022,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis perasmian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-18, di sini hari ini.",
"RCEP merupakan perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia yang merangkumi 15 negara dengan jumlah populasi melebihi 2.3 bilion atau sekitar satu pertiga daripada jumlah populasi dunia, katanya.",
"Lim berkata syarat perlu memiliki Sijil Tempasal untuk menikmati keistimewaan RCEP, seterusnya menarik bukan sahaja perdagangan, malah pelaburan di negara-negara anggota.",
"“Keahlian negara-negara besar serta negara maju dalam RCEP iaitu China, Jepun, Korea, Australia dan New Zealand serta ASEAN, menyediakan peluang keemasan dalam mempelbagaikan potensi halal,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/pemilik-kafe-di-jempol-dikompaun-rm10000-langgar-sop/ |
Pemilik kafe di Jempol dikompaun RM10,000 langgar SOP
| [
"Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pemilik kafe berusia 60 tahun itu didapati tidak menyediakan imbasan kod QR MySejahtera untuk daftar masuk (check-in) atau buku pendaftaran kehadiran pelanggan secara manual di premis berkenaan.",
"“Kafe itu juga tidak menyediakan peralatan saringan suhu dan ‘hand sanitizer’ ketika pemeriksaan dilakukan pada 6.30 petang semalam. Kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.",
"Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata 12 individu termasuk seorang warga Indonesia dikenakan kompaun antara RM1,500 hingga RM4,000 setiap seorang atas pelbagai kesalahan melanggar SOP ketika berkumpul menunaikan solat secara berjemaah di sebuah premis di Nilai.",
"Serbuan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di premis berkenaan pada jam 1.30 tengah hari semalam.",
"Jelasnya, kesemua 12 lelaki itu didapati tidak memakai pelitup muka serta gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk (check-in) di premis atau menulis secara manual dan kesemua mereka dikompaun di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021."
] |
https://www.melakahariini.my/ukraine-rusia-dijangka-adakan-rundingan-pusingan-ketiga-pada-isnin/ |
Ukraine, Rusia dijangka adakan rundingan pusingan ketiga pada Isnin
| [
"Terdahulu pada Jumaat, penasihat Presiden Ukraine Mykhailo Podolyak dilaporkan berkata rundingan pusingan ketiga antara Ukraine dan Rusia akan berlangsung pada Sabtu atau Ahad, memetik media tempatan.",
"Presiden Rusia Vladimir Putin berkata dalam perbualan telefon dengan Canselor Jerman Olaf Scholz pada Jumaat, Rusia terbuka untuk berdialog dengan Ukraine."
] |
https://www.melakahariini.my/ibadah-umrah-dibenar-semula-mulai-8-feb-nancy/ |
Ibadah Umrah dibenar semula mulai 8 Feb – Nancy
| [
"Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat memanjangkan tempoh penggantungan perjalanan ibadah itu yang berkuat kuasa 8 Jan lepas susulan penularan jangkitan varian Omicron COVID-19.",
"“Baru tadi kami (Kabinet) sudah membuat keputusan…kita tidak mahu memanjangkannya lagi (tempoh penggantungan) jadi apabila 8 Feb ini nanti, bolehlah ejen-ejen pelancongan umrah meneruskan aktiviti umrah masing-masing,” katanya kepada media.",
"Nancy berkata prosedur operasi standard (SOP) untuk kebenaran perjalanan itu masih sama seperti sebelum ini antaranya mewajibkan jemaah mengambil dos penggalak.",
"“SOP dari dulu sama. Tinggal (cuma) hanya ada beberapa SOP baharu untuk mereka (jemaah) dan itu akan dibincang bersama pihak ejen pelancongan umrah. Jadi SOP yang terperinci akan dibincang selanjutnya,” katanya.",
"Pada 1 Jan lepas, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadah umrah bermula 8 Jan susulan peningkatan varian Omicron COVID-19 dalam kalangan jemaah yang pulang dari Arab Saudi.",
"Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata penilaian risiko situasi COVID-19 membabitkan varian itu di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala bagi membuat keputusan untuk membenarkan semula aktiviti umrah. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/bantuan-awal-persekolahan-dinaikkan-kepada-rm150-diberi-kepada-semua-murid/ |
Bantuan awal persekolahan dinaikkan kepada RM150, diberi kepada semua murid
| [
"Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan itu akan disalurkan pada Januari 2023 dan diharap dapat meringankan beban ibu bapa yang menyara anak-anak bersekolah.",
"Tengku Zafrul menegaskan Kementerian Pendidikan (KPM) terus menerima peruntukan terbesar sebanyak RM55.6 bilion dalam belanjawan Persekutuan pada 2023 berbanding RM52.6 bilion tahun ini.",
"Selain itu, kerajaan akan menaikkan kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung manakala RM4 berbanding RM3 sebelum ini bagi Sabah, Sarawak dan Labuan yang berkuat kuasa pada bulan ini.",
"Katanya, RM777 juta yang disediakan itu akan memberi manfaat kepada lebih 800,000 murid serta 7,300 pengusaha makanan dan pembekal susu tempatan.",
"Tengku Zafrul turut mengumumkan RM2.3 bilion diperuntukkan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan selamat buat murid-murid sekolah dengan RM1.1 bilion daripada jumlah itu disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah agama.",
"Beliau berkata RM1.2 bilion pula disediakan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah daif terutamanya bagi menggantikan bangunan kayu lama untuk keselesaan khususnya anak-anak di Sabah dan Sarawak dengan melibatkan 123 projek di Sabah manakala 182 projek di Sarawak.",
"Bagi memenuhi keperluan penduduk setempat, beliau memaklumkan kerajaan akan membina lima sekolah baharu dengan kos RM430 juta pada tahun depan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu, Sabah; SMK Dudong, Sarawak; Sekolah Kebangssan (SK) Paya Dusun, Terengganu serta SK Cyberjaya 2 dan SMK Denai Alam, Selangor. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/lebih-3000-meriahkan-rumah-terbuka-aidilfitri-dun-bukit-katil-pertam/ |
Lebih 3,000 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Bukit Katil, PERTAM
| [
"BUKIT KATIL 22 Mei – Yang Di Pertua negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil hari ini.",
"Majlis yang diadakan di Dewan Demang Husin, di sini, itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum.",
"Rumah terbuka itu merupakan anjuran bersama JAPERUN Bukit Katil dan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) yang diketuai Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali."
] |
https://www.melakahariini.my/627-individu-ditahan-disyaki-terlibat-curi-elektrik-bagi-kegiatan-bitcoin/ |
627 individu ditahan disyaki terlibat curi elektrik bagi kegiatan bitcoin
| [
"KUALA LUMPUR, 29 Mac – Polis menahan 627 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik bagi perlombongan bitcoin dan merampas pelbagai barang kes bernilai RM69.8 juta sejak 2020 hingga kini.",
"Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata penahanan mereka dilakukan hasil kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM).",
"Beliau berkata hasil kerjasama itu juga PDRM telah menerima sembilan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton daripada TNB untuk digunakan JSJ dalam membanteras kegiatan mencuri elekrik di seluruh negara.",
"Acryl Sani berkata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din menyerahkan kenderaan itu kepada PDRM di Menara 1, Bukit Aman di sini hari ini.",
"Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan kegiatan melombong bitcoin secara haram dan menyalurkan maklumat kepada PDRM atau TNB jika ada mana-mana pihak selain wakil TNB membuat sambungan atau usikan kepada pepasangan TNB."
] |
https://www.melakahariini.my/agong-kurnia-surat-cara-pelantikan-dua-hakim/ |
Agong kurnia surat cara pelantikan dua hakim
| [
"Turut hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.",
"Mohamad Zabidin sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pada 28 Julai 2006 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 26 Nov 2018.",
"Mohd Nazlan pula pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman mulai 10 April 2015 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Jan 2017. – BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/malindo-air-dijangka-mula-operasi-oktober-ini/ |
Malindo Air dijangka mula operasi Oktober ini
| [
"Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Melaka Datuk Roslan Ahmad berkata, perancangan itu bagi memastikan permintaan penumpang mencapai sasaran ditetapkan Malindo Air.",
"“Penerbangan Malindo Air yang dijangkakan beroperasi bulan September ini terpaksa ditangguhkan disebabkan ‘demand’ (permintaan) daripada masyarakat masih rendah daripada yang dijangkakan.",
"“Buat masa ini akan dilanjutkan lagi sehingga bulan Oktober bagi mendapat satu permintaan yang mencukupi untuk penerbangan berlepas, setakat ini hanya 10 hingga 11 tempahan saja diterima,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Seminar Melaka Rumahku Maju Jaya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.",
"“Jadi saya sarankan buat pakej baharu pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk menarik ‘family group’ khususnya pelancong tempatan menggunakan khidmat Malindo Air,” katanya.",
"“Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) juga diminta untuk bantu mempromosi Malindo Air, selain pihak Malindo Air perlu mengkaji semula pelan perniagaan mereka,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/pembiayaan-kewangan-peribadi-tanpa-faedah-sehingga-rm10000-oleh-bsn-mof/ |
Pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah sehingga RM10,000 oleh BSN – MOF
| [
"KUALA LUMPUR, 26 Dis – Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menawarkan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah MyRinggit-i Banjir sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 yang diumumkan pada minggu lepas kepada mangsa banjir.",
"“RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli peralatan dan kelengkapan rumah baharu bagi menggantikan yang telah musnah akibat bencana,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan pada Ahad.",
"Beliau berkata pembiayaan itu adalah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan dan selanjutnya bayaran balik dalam tempoh sehingga 3.5 tahun.",
"“Bagi pemohon yang mempunyai masalan atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi Cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan,” menurut BSN.",
"Dokumen yang diperlukan bagi permohonan tersebut ialah salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik rumah yang terjejas dan surat pengesahan daripada pegawai daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas.",
"Inisiatif melalui BSN ini telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Dis, 2021, sebagai inisiatif bantuan meringankan beban mangsa banjir.",
"Beliau juga mengumumkan bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan.",
"Selain BSN, Ismail Sabri juga berkata TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan."
] |
https://www.melakahariini.my/restoran-antara-port-premis-judi-dalam-talian/ |
Restoran antara ‘port’ premis judi dalam talian
| [
"AYER KEROH 23 September- Sebuah restoran menyediakan perkhidmatan tambah nilai perjudian dalam talian antara 10 premis perniagaan dikenakan tindakan pemotongan elektrik dalam operasi dijalankan sekitar Melaka Tengah, semalam.",
"Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, operasi pemotongan itu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.",
"“Aktiviti perjudian dalam talian ini berselindung disebalik aktiviti perniagaan seperti kedai telekomunikasi dan restoran. Pada kebiasaannya bahagian belakang premis menjadi tempat aktiviti menyalahi udang-undang itu dijalankan.",
"“Premis ini juga dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kehadiran pihak berkuasa. Tidak kurang ada yang menjalankan urusan itu menggunakan lubang kecil pada pintu di belakang kedai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"“Tindakan pemotongan bekalan elektrik itu dilakukan mengikut Seksyen 44 (a) Akta Rumah PerJudian Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(c) Akta Perjudian Terbuka 195 bagi mengelakkan aktiviti perjudian dalam talian daripada berleluasa.",
"“Sebanyak 61 premis perniagaan telah dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik ekoran terbabit dengan perjudian dalam talian bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini. Setakat ini kami sudah melakukan 440 serbuan telah dilakukan berhubung kegiatan berkenaan,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/jkdm-patah-cubaan-seludup-6-kontena-minuman-keras/ |
JKDM patah cubaan seludup 6 kontena minuman keras
| [
"PELABUHAN KLANG, 4 Mac – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II (Selangor) mematahkan cubaan menyeludup enam kontena minuman keras dianggarkan bernilai RM396,000 menerusi beberapa serbuan di Pelabuhan Utara pada Februari lepas.",
"Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Penguatkuasaan/ Pematuhan) Datuk Abdullah Jaapar berkata kira-kira 155,040 liter minuman keras dirampas dalam serbuan yang dijalankan di sekitar Pelabuhan Utara di sini antara 14 dan 22 Feb lepas.",
"“Enam kontena telah ditahan dengan muatan minuman keras dipercayai merupakan barang larangan di bawah Butiran 3, Jadual Ketiga/ Bahagian 1. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.",
"“Jumlah duti/ cukai yang terlibat dianggarkan sebanyak RM2,294,001.60. Ada di antara barang tersebut diletakkan di sebalik barang lain bertujan untuk mengaburi mata pihak berkuasa ketika pemeriksaan dibuat,” katanya dalam sidang media JKDM di Wisma Kastam Pulau Indah, di sini hari ini.",
"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.",
"Sehubungan itu, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain dengan menyalurkan maklumat berkaitan ke talian bebas tol kastam di 1-800-88-8855.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/ternak-ayam-bantu-kawal-harga/ |
Ternak ayam bantu kawal harga
| [
"AYER KEROH 11 Feb – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengambil inisiatif untuk menjalankan penternakan ayam bagi membantu kerajaan menangani isu kenaikan harga barang mentah itu dalam pasaran semasa.",
"Pengerusi Eksekutifnya, Zazali Haron berkata, koperasi turut memainkan peranan untuk meringankan beban pengguna yang terkesan akibat kenaikan harga ayam dan telur.",
"Justeru katanya, pihaknya menggalakkan semua ahli koperasi memperluaskan perniagaan mereka menerusi penternakan supaya kaedah itu juga dapat membantu kerajaan menangai harga kedua-dua barang mentah itu di pasaran.",
"“Itu (Penternakan) usaha kita hendak buat tetapi sekarang ini tidak banyak koperasi yang terlibat (dan) kebanyakan mereka terlibat dengan ‘contract farming’, maknanya mereka perbesarkan dan jual kepada syarikat tertentu seperti KFC dan sebagainya.",
"“Saranan SKM adalah minta (ahli koperasi) untuk galakkan mereka membela ayam, sekurang-kurangnya dapat digunakan oleh masyarakat setempat atau sekurang-kurangnya membantu isu kenaikan harga ayam dan telur,” katanya.",
"Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Bicara Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bersama Keluarga Gerakan Koperasi Negeri Melaka 2022, di sebuah hotel di Ayer Keroh.",
"Hadir sama, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Pengarah SKM negeri, Mohd Firdaus Shaari.",
"Dalam perkembangan sama, Zazali berkata dalam membantu kerajaan mengurangkan harga barang mentah yang semakin meningkat, SKM menggerakkan usaha kepada semua koperasi menceburi bidang peruncitan.",
"“Kita ada lebih kurang 2,500 outlet koperasi di seluruh Malaysia. Kita hendak menyelaraskan bersama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) supaya ada hubungan bab ‘purchase’ dan sebagainya bagi sekurang-kurangnya membantu dalam mengawal harga barang.",
"“Dan untuk itu kita nak jenamakan semula kedai koperasi ini di bawah satu jenama Coop Mart, jadi ini usaha-usaha yang sedang kita lakukan supaya nampak peranan koperasi-koperasi peruncitan dalam mengawal harga barang,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/konsert-polis-buka-kertas-siasatan-kenyataan-berbaur-perkauman/ |
Konsert: Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
| [
"KUALA LUMPUR, 2 Feb – Polis membuka kertas siasatan berhubung pengguna TikTok yang menggunakan nama ‘fatinamyralee’ yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman mengenai sebuah konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu lepas.",
"Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata semalam, polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.",
"“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan malam ini (tadi).",
"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan."
] |
https://www.melakahariini.my/inspektor-sarjan-direman-bantu-siasatan-terima-suapan-rm5000/ |
Inspektor, sarjan direman bantu siasatan terima suapan RM5,000
| [
"ALOR SETAR 30 Okt. – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang anggota polis berpangkat sarjan masing-masing direman empat dan dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan sebanyak RM5,000 pada awal bulan ini.",
"Perintah reman terhadap lelaki berumur 32 dan 51 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar Muhammad Zul Hilmi Latif selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).",
"Menurut sumber SPRM, kedua-dua polis itu disyaki bersubahat dengan seorang lelaki untuk menerima suapan daripada seorang lelaki lain berjumlah RM5,000 bagi menutup kes dan tidak ditahan atas kesalahan jenayah pecah rumah.",
"Sarjan berkenaan ditahan di depan sebuah restoran di Kulim pada 3.30 petang semalam manakala inspektor terbabit ditahan di pejabatnya di Kulim pada 5.25 petang semalam dan lelaki itu pula ditahan di Juru pada 5.25 petang Rabu lepas sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.",
"Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009."
] |
https://www.melakahariini.my/twitter-umum-dasar-baharu-elak-penyebaran-maklumat-salah-ketika-krisis/ |
Twitter umum dasar baharu elak penyebaran maklumat salah ketika krisis
| [
"WASHINGTON, 20 Mei — Twitter pada Khamis mengumumkan dasar global baharu untuk menangani penyebaran maklumat yang salah atau tidak benar semasa situasi krisis, lapor Sputnik.",
"“Hari ini, kami memperkenalkan dasar mengenai salah maklumat ketika krisis – dasar global yang akan membimbing usaha kami untuk meningkatkan maklumat yang boleh dipercayai, berwibawa, dan akan membantu memastikan maklumat salah tidak disebarkan atau disiarkan oleh kami semasa krisis,” kata Twitter.",
"Syarikat media sosial itu menjelaskan ia mungkin menambah notis amaran pada siaran, termasuk yang mengandungi: gambaran palsu mengenai konflik; dakwaan palsu berkenaan penggunaan kekerasan atau pencerobohan kedaulatan wilayah; dakwaan palsu tentang jenayah perang atau kekejaman besar-besaran terhadap populasi tertentu; dan maklumat palsu berkenaan tindak balas masyarakat antarabangsa, sekatan, tindakan pertahanan atau operasi kemanusiaan.",
"Ulasan yang kukuh, usaha untuk membongkar atau menyemak fakta dan anekdot peribadi atau maklumat orang pertama tidak termasuk dalam skop dasar baharu itu, kata Twitter."
] |
https://www.melakahariini.my/op-hra-2022-jpj-keluar-16377-saman-setakat-8-mei/ |
Op HRA 2022: JPJ keluar 16,377 saman setakat 8 Mei
| [
"TUMPAT, 9 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 16,377 saman kesalahan jalan raya sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 di seluruh negara sehingga semalam.",
"Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata kesemua saman berkenaan dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 89,490 kenderaan sejak aktiviti penguatkuasaan penuh bermula 29 April lepas.",
"“JPJ juga telah mengeluarkan sejumlah 776 saman Notis P22 iaitu notis arah periksa melibatkan lima kesalahan utama iaitu gagal mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong garisan berkembar dan memandu melebihi had laju.",
"“Lima kesalahan utama dalam tempoh Op HRA 2022 itu akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun,” katanya pada sidang media selepas memantau pelaksanaan Op HRA 2022 di Jalan Kota Bharu-Pasir Pekan, di sini malam tadi.",
"Mengulas lanjut, Zailani berkata JPJ turut mengesan sebanyak 58,182 kesalahan memandu melebihi had laju melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dalam Op HRA 2022 setakat semalam.",
"Beliau berkata kesalahan tersebut dikesan menerusi 45 kamera AwAS membabitkan 29 kamera bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju dan 16 kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat.- BERNAMA"
] |
https://www.melakahariini.my/tyt-dan-isteri-hadir-konsert-apresiasi-kem-kesenian-kanak-kanak-kebangsaan-2022/ |
TYT dan isteri hadir Konsert Apresiasi Kem Kesenian Kanak-Kanak Kebangsaan 2022
| [
"Konsert yang diadakan di Panggung Seri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka itu merupakan acara kemuncak kem kesenian yang diadakan selama lima hari bermula 19 Disember lalu.",
"Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman.",
"Paling mencuri tumpuan ialah persembahan memukau daripada peserta cilik kem kesenian yang mempersembahkan beberapa rutin antaranya tarian, teater, muzik dan permainan tradisional gasing.",
"Malah, ia turut diserikan dengan persembahan memukau artis jemputan seperti Naim Daniel, Husna Bunga (juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2022) dan Tuah Adzmi.",
"Untuk rekod, Kem Kesenian Kanak-Kanak Kebangsaan 2022 yang berlangsung selama lima hari di JKKN Melaka itu disertai seramai 230 peserta berumur lingkungan 10 hingga 17 tahun dari seluruh negara.",
"Ia merupakan antara platform yang disediakan JKKN untuk mengasah, melatih dan memberi bimbingan kepada anak-anak muda dalam pelbagai cabang seni budaya seperti seni tari dan teater muzikal."
] |
https://www.melakahariini.my/program-penggalak-emas-senjata-rahsia-melaka-hadapi-sukma/ |
Program Penggalak Emas ‘senjata’ rahsia Melaka hadapi SUKMA
| [
"BANDAR MELAKA 3 September – Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka mewujudkan Program Penggalak Emas dalam menyuntik galakan kepada atlet negeri ini meraih pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini.",
"Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri VP Shanmugam berkata, program itu merupakan tambahan daripada Projek Emas yang telah diwujudkan sebelum ini.",
"Menerusi program itu, katanya, sukan yang disasarkan prospek emas untuk negeri ini akan diberi perhatian khusus dengan pelbagai program yang disediakan.",
"“MSN Melaka sendiri akan menjadi teraju utama untuk membina dan menggalakkan usaha mencapai emas yang dibantu oleh persatuan sukan yang terlibat.",
"“Saya berharap inisiatif mewujudkan program tambahan ini akan dapat menjadi satu lagi pendekatan yang lebih berkesan untuk mencapai sasaran emas,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Melaka kepada Ketua Kontinjen Sempena Sukan Malaysia XX, MSN 2022 di Auditorium Masjid Al Azim, di sini, hari ini.",
"Hadir sama, Exco Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Zaidi Attan; Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Ngwe Hee Sem; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Fairul Nizam Roslan; Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali; Pengarah MSN Melaka Mahathir Mustafa dan ketua-ketua jabatan.",
"Menurutnya, pada SUKMA Edisi Ke-20 yang akan berlangsung pada 16 hingga 24 September ini, seramai 469 atlet, 91 jurulatih, 37 pengurus pasukan dan chaperon serta 63 pegawai akan mewakili kontinjen Melaka.",
"Kesemua 31 jenis sukan akan disertai Melaka pada edisi kali ini dengan sasaran 20 pingat emas akan dibawa pulang ke Negeri Bersejarah."
] |
https://www.melakahariini.my/tidak-putus-doa-suami-dan-rakan-ditemui-selamat/ |
Tidak putus doa suami dan rakan ditemui selamat
| [
"KUALA LINGGI 19 Jan. – “Saya tidak putus berdoa agar Allah menyelamatkan suami dan rakannya yang hilang di laut dan jauh di lubuk hati saya, saya berharap mereka selamat,” kata Rosdiana Mongkin, 41.",
"Isteri nelayan, Irwan Radjab, 47, itu berkata, meskipun sukar menerima hakikat kehilangan suami di laut sejak Rabu lalu, jauh di sudut hatinya tetap berdoa supaya suami dan rakannya, Ahmad Norizan Mohamad, 37, ditemui selamat.",
"Ibu kepada tiga anak berusia 13 hingga 20 tahun itu berkata, setiap kali igauan buruk bermain di fikirannya, dia segera beristighfar dan membaca surah al-Fatihah.",
"“Isteri mana tidak bimbang apabila suami hilang di laut. Bermacam perkara bermain dalam fikiran saya, termasuk yang buruk tetapi saya pujuk hati supaya sabar dan tenang menghadapi ujian Allah,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Telok Gong, di sini hari ini.",
"Rosdiana sekeluarga menerima kunjungan Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, Norihan Bahari yang bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.",
"Yang turut hadir, Pegawai Kebajikan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kuala Linggi, Mohd Azhar Jasin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung\n(JPKK) Telok Gong, Azman Abu Kassim.",
"Rosdiana yang berasal dari Apas, Tawau Sabah berkata, dia dan suaminya yang juga berasal dari Sabah berhijrah ke Semenanjung pada 2000 dan bekerja di pelbagai sektor.",
"Katanya, setiap kali turun ke laut bersama Ahmad Norizan di Jeti Nelayan Padang Temu, suaminya jarang pulang ke rumah dan menumpang di bengkel rakannya itu di Kandang, dekat Padang Temu.",
"“Dia keluar rumah 6 Januari lalu, jam 1.30 petang untuk ke laut dan kali terakhir menghubungi saya pada jam 11 malam, 12 Januari lalu sebelum dilaporkan hilang keesokkan hari ini,” katanya."
] |
https://www.melakahariini.my/lima-generasi-alumni-unimel-dilahirkan-dalam-tempoh-28-tahun/ |
Lima generasi alumni UNIMEL dilahirkan dalam tempoh 28 tahun
| [
"AYER KEROH 6 Disember – Universiti Melaka (UNIMEL) telah berjaya membentuk lima generasi alumni sejak 28 tahun institusi pengajian tinggi (IPT) itu ditubuhkan.",
"Canselornya, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam berkata, usaha Kerajaan Negeri menaik taraf institusi itu sebagai universiti penuh bukanlah satu perkara mudah sehinggakan hari ini ia mampu menghasilkan seramai 18,448 alumni sepanjang tempoh itu.",
"“Tidak dinafikan usaha menaik taraf UNIMEL yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) tidaklah mudah dilaksanakan tanpa berkat usaha dan doa serta sokongan penuh kerajaan negeri sehingga hasrat ini dapat direalisasikan",
"“Sepanjang tempoh 28 tahun ini saya telah menyaksikan sendiri bagaimana UNIMEL menyelurusi detik-detik awal penubuhannya sebagai Kolej Islam Melaka (KIM) kemudian sebagai Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM) diikuti Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM), disusuli nama KUIM dan akhirnya berjaya dinaiktaraf sebagai UNIMEL.",
"“Dalam sistem kajian graduan menunjukkan rekod seramai 1,482 graduan telah bekerja, 274 sedang melanjutkan pengajian manakala 496 graduan sedang menunggu penempatan pekerjaan,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada ucapan penutupannya menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UNIMEL ke-24 diadakan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.",
"Terdahulu, sesi sidang pertama majlis berkenaan dimulakan dengan Istiadat Permahsyuran Canselor UNIMEL sebagai pembuka tirai majlis dengan menyaksikan Tun Mohd Ali dilantik sebagai Canselor pertama selepas UNIMEL diiktiraf sebagai universiti penuh.",
"Dalam istiadat itu, majlis disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dengan sesi penyerahan surat lantikan dan sijil watikah kepada Tun Mohd Ali.",
"Dalam pada itu, Tun Mohd Ali berkata penubuhan institusi itu telah banyak memberi impak besar kepada pembangunan sosial dan ekonomi negeri dan negara dengan pelbagai pencapaian diterima dalam kalangan warganya.",
"“UNIMEL telah merangkul beberapa kejayaan antaranya dalam aspek pencapaian stafnya sehingga kini seramai 19 orang staf memiliki kelayakan akademik peringkat Doktor Falsafah (PhD), 127 memiliki Ijazah Sarjana dan 80 yang lain kini sedang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD.",
"“Malah beberapa pencapaian dalam aspek penyelidikan juga telah diperoleh UNIMEL setelah menerima dua geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dari kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dua geran industri di peringkat negeri dan 24 Geran Penyelidikan Insentif (GPI) pada peringkat universiti.",
"“Raikan dan kenangkanlah hari yang penuh kegembiraan ini sebagai detik bersejarah yang takkan dilupakan kerana sesungguhnya para graduan yang diraikan kali ini amat bertuah kerana merupakan generasi pertama yang akan bergelar alumni UNIMEL,” katanya."
] |