link
stringlengths 46
145
| text
sequencelengths 0
363
|
---|---|
https://umno-online.my/2022/01/07/rakyat-malaysia-perlu-jaminan-keselamatan-laksanakan-dasar-jelas-tindakan-nyata/ | [
"Pelajaran paling besar dari 2021 ialah Malaysia sedang menyaksikan peningkatan ketara ancaman terhadap keselamatan insan.",
"Penyebab utama ialah pandemik COVID-19 dan perubahan cuaca. Kedua-duanya adalah ancaman keselamatan bukan tradisional, yang telah menjadi ancaman utama kepada keselamatan negara.",
"Bukan sahaja jumlah yang terkorban sangat ketara, kedua-duanya juga menjerumuskan jutaan rakyat ke tahap lebih miskin kerana kehilangan pekerjaan, tertutupnya peluang pendidikan dan kesukaran untuk membangun perniagaan dan keusahawanan.",
"",
"Rakyat yang terjejas merasa tidak lagi selamat. Kehilangan punca pendapatan, harta benda, kemusnahan prasarana serta pergerakan yang terbatas kerana protokol kesihatan yang ketat, semuanya adalah ancaman nyata kepada keselamatan insan.",
"Semua ini menuntut perubahan paradigma, dalam kita mengurus dasar keselamatan negara.",
"Modernisasi aset keselamatan dan pertahanan sahaja, tidak akan mencukupi untuk menangani kedua-dua ancaman tersebut. Apalagi sekadar memperbaiki kemudahan prasarana yang terjejas teruk kerana banjir yang luar biasa.",
"Malaysia memerlukan tindakan aggresif menangani punca perubahan cuaca. Fenomena kemarau yang berpanjangan, krisis air yang meruncing, musim hujan yang semakin tidak menentu, banjir luar biasa serta pencemaran pada skala mega yang akan menjadi suatu kelaziman baru jika tiada tindakan radikal dilakukan dalam dasar alam sekitar kita.",
"",
"Menjadikan negara neutral karbon menjelang 2050 adalah sasaran yang tidak realistik, jika tiada perubahan radikal dalam cara kita mengurus hutan, merancang pembangunan, mengurus sungai dan yang yang paling penting, menukar gaya hidup rakyat.",
"Sudah sampai masanya Malaysia mengkaji semula dasar penebangan dan pengurusan hutan, menghentikan penggunaan plastik sekali guna, mewajibkan semua pembangunan baru beralih kepada teknologi tenaga cekap sepenuhnya , juga mensasarkan penggunaan kenderaan eletrik sepenuhnya menjelang 2035.",
"Dasar kelestarian kita memerlukan sesuatu yang benar-benar ‘menggoncang dan menggegarkan’. Sesuatu yang benar-benar luar biasa dan berdampak berganda. Bukan sesuatu yang ‘incremental’ dan reaktif.",
"Memberitahu dunia bahawa Malaysia tidak terkesan dengan perubahan cuaca adalah kenyataan penafian yang sangat dikesali, tidak benar dan tidak jujur.",
"Rakyat Malaysia memerlukan jaminan keselamatan insan, melalui dasar yang jelas dan tindakan nyata. Kerajaan yang tidak boleh memberi jaminan keselamatan insan, adalah Kerajaan yang tidak mengerti kehendak semasa dan keperluan masa depan rakyatnya.\n\nDato Seri Mohamad Hasan\nTimbalan Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2022/01/04/ahli-parlimen-pkr-tak-faham-atau-niat-memfitnah-kwap-kwsp-tak-pernah-dimusnahkan-najib/ | [
"",
"SAYA tak pasti bahawa Ahli Parlimen PKR ini benar-benar tak faham ataupun dia ada niat memfitnah.",
"KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen) tak pernah dimusnahkan.",
"Malah dalam tempoh saya PM (Perdana Menteri), nilai aset KWAP naik dari RM52 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM141 bilion pada tahun 2017 sebelum jatuh ke RM136 bilion pada tahun 2018 bawah kerajaan PH (Pakatan Harapan).",
"Ya. Naik 3 kali ganda – bukan dimusnahkan.",
"“The fund’s total assets under management (AUM) now total a record RM150 billion, more than triple its initial size in 2007. KWAP is the country’s third largest fund manager by asset size. Its audited 2019 and 2020 financial results have yet to be tabled in parliament, but the fund size stood at RM136.5 billion as at December 2018.”\nPautan: https://www.theedgemarkets.com/…/cover-story-protecting…",
"",
"KWAP juga tidak rugi satu sen pun dari pinjaman RM4 bilion kepada SRC. KWAP juga tetap dibayar balik pokok dan faedah pinjaman tersebut.",
"Dana RM4 bilion SRC juga tak “lesap”. Seperti didedahkan dalam perbicaraan SRC, dana sebanyak US$1.2 bilion SRC telah dibekukan di Switzerland dan Hong Kong setelah dipindah ke sana pada tahun 2012 semasa US$1 = RM3.00 akibat orang Atok ke sana untuk membuat laporan.",
"Jika dibawa balik sekarang, nilai tersebut sudah cecah RM5 bilion sebelum mengira faedah yang diterima semasa dibeku – iaitu lebih tinggi dari RM4 bilion yang dipinjam KWAP kepada SRC.",
"Namun ianya tidak pernah dibawa balik oleh kerajaan PH dan kerajaan PN (Perikatan Nasional) sebab bila dibawa balik maka tuduhan Najib curi wang pencen RM4 bilion akan terbongkar sebagai fitnah.",
"Dana berhubung RM42 juta di mana saya dijatuhkan hukuman pula sebenarnya dana yang diluluskan daripada keuntungan SRC untuk tujuan CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang dibayar kepada Ihsan Perdana yang dilantik SRC untuk melakukan CSR.",
"Tetapi dana itu dipindah tanpa pengetahuan saya dan juga pengatahuan boss Ihsan Perdana kepada akaun atas nama saya dan turut dibelanjakan untuk CSR.",
"“Hari ke-18: Bekas pengarah Ihsan Perdana kata tak tahu akaun Ambank milik Najib”\nPautan: https://www.malaysiakini.com/news/476168",
"Sekiranya ahli parlimen PKR ini ikhlas nak “selamatkan” KWAP maka dia patut tuntut kerajaan untuk menjelaskan kenapa wang SRC yang dibeku masih tidak dituntut dan dibawa balik.",
"KWAP tak musnah. KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) juga tak musnah.",
"Sebaliknya, nilai KWSP naik dalam tempoh saya PM dari RM300b ke lebih RM800b dengan kadar-kadar dividen antara paling tinggi dalam sejarah.",
"Tapi memang ada orang yang nak musnahkan KWSP.",
"Pada tahun 2011 semasa saya PM, syarikat lebuhraya PLUS telah distruktur semula dan akhirnya menjadi 51% milik Khazanah Malaysia dan 49% milik KWSP – bukan milik pihak swasta lagi.",
"Lepas itu, kerajaan BN (Barisan Nasional) bekukan sebarang kenaikan kadar tol bagi semua lebuhraya tol milik PLUS dengan membayar pampasan setiap tahun kepada pemilik PLUS – termasuk KWSP.",
"Tapi masuk kerajaan PH dan Menteri Kewayangan dorang, mereka hapuskan pampasan tahunan dibayar kerajaan kepada KWSP bagi PLUS dengan memberi diskaun tol 18% tapi melanjutkan tempoh konsesi tol 20 tahun lagi dari tahun 2038 hingga ke tahun 2058 biarpun janji mereka adalah hapuskan semua tol sebaik sahaja menang PRU14.",
"Masa itu, bila saya tunjukkan bahawa diskaun 18% bagi Lebuhraya PLUS sebenarnya ditanggung KWSP, ini jawapan Menteri Kewayangan PH:",
"“Lim also said Najib tried to justify paying compensation to PLUS (for not increasing toll rates) by saying that the money would go to the Employees Provident Fund (EPF) and that EPF belongs to the people.",
"“But how much is its contribution to EPF? The dividend given to EPF is just 0.5%. I ask you, would you want 0.5% (dividend) or an 18% reduction?” he said after launching Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad’s Budget 2020 schemes.\nPautan: https://www.freemalaysiatoday.com/…/what-a-liar-you…/",
"Guan Eng kata pendeposit KWSP lebih rela dengan dividen tahunan mereka untuk diturunkan sebanyak 0.5% setiap tahun (setelah kerajaan tidak lagi bayar pampasan pada KWSP) sebab mereka lebih suka mendapat diskaun 18% bagi tol tetapi tempoh tol dilanjut 20 tahun lagi.",
"Selepas PRU14, Teresa Kok pula membidas saya sebab tanah Lembaga Getah Malaysia dijual tanpa tender dengan harga bawah pasaran kononnya ini rasuah.",
"Sebab itu saya pun jawab Teresa sekiranya dia tak berpuas hati bahawa tanah LGM dijual pada harga murah kepada KWSP untuk dijadikan projek KWASA Damansara bagi menjana keuntungan amat besar maka tuntutlah KWSP jual balik tanah tersebut supaya korang boleh jual dengan harga lebih tinggi kepada pemaju-pemaju swasta.\nPautan: https://umno-online.my/2019/01/04/tanah-lgm-teresa-kok-kena-balun-lagi-diminta-tuntut-balik-duit-rm780-juta-dari-guan-eng/",
"Jadi, siapakah yang ingin musnahkan KWSP dan siapakah yang benar-benar jaga kepentingan KWSP? – UMNO ONLINE",
"Najib Razak\nPerdana Menteri Keenam"
] |
https://umno-online.my/2021/12/28/pasca-banjir-tolak-hasutan-tanam-kebencian-urus-musibah-dengan-tertib/ | [
"Hari ini hari ke-11, macam-macam komen netizen tentang ahli politik sejak musibah banjir melanda negara. Maki hamun, cercaan, hinaan dan ugutan berlegar dalam media, menjadi bahan viral yang membanggakan untuk di kongsi…",
"Pelik namun itulah realiti mentaliti sebahagian kecil dari kita, yang suka sungguh memandang dari sisi yang sangat negatif, saya tak pasti sama ada mereka turun ke lapangan atau tidak namun yang jelas mereka ingin popular dengan maki hamun, menanam kebencian dan hasutan tanpa sebarang idea positif atau menggerakkan tenaga seperti abg viva!!!",
"",
"Kasihan PM kita, hari-hari beliau berada di lapangan, kehadiran beliau jikapun ada aksi-aksi berposing (kebiasaannya mengikut arahan media yg agak lapuk mencari sudut berita) menyebabkan PM dan ramai menteri menjadi bahan hentaman lumat berkecai.",
"Namun hakikatnya, kehadiran PM atau mana-mana menteri sudah semesti membawa impak positif pada kawasan yang dilawati, tak bolehlah kita mengharap PM dan para menteri ini pulang dengan baju, rambut penuh lumpur untuk menunjukan kehadiran membantu mangsa seperti gambar pemimpin muda, yang singgah minum di restoran dengan vest, muka dan rambut berselut.",
"Mungkin ini pun lakonan juga cuma bila bukan menteri tak ada media nak buat story terpaksalah update sendiri kat media sosial untuk menampakkan turun membantu rakyat!",
"Pada menteri yang pergi bercuti sebelum banjir dan pulang selepas di arahkan PM, turun dan buatlah sesuatu yg dalam bidang kuasa anda, buat menteri yang pergi bercuti ketika rakyat sedang ditenggelami banjir, sedarlah, anda punca rakyat marah pada kerajaan, anda harus bertanggungjawab atas kebebalan anda sendiri!",
"Apa pun syabas pada semua yg terlibat, pedulikan sudut pandang sebahagian kecil itu, kita perlu melihat kesungguhan PM dan para menteri yang turun membantu dengan pelbagai pengumuman untuk mangsa banjir kali ini. Tentang RM10k itu mungkin selain KWSP atau pinjaman bank kerajaan pasti ada cara lain untuk bantu mangsa.",
"Mengenali PM beliau adalah insan yang sangat peduli pada rakyat, keputusan beliau bukan untuk mencari populariti semata-mata tetapi untuk masa depan rakyat tercinta, jika ada tuntutan saat banjir ini, membawa kebaikan pada rakyat, saya yakin lambat laun beliau pasti akan menyetujuinya. Jika keputusan itu hanya memberi keuntungan politik jangka pendek pada beliau namun membawa kesan buruk pada rakyat di masa depan, beliau pasti tidak akan melakukannya! Itulah Ismail Sabri, anak penjual ikan yg kini menjadi pemimpin no 1 negara!!!",
"Untuk semua rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama berganding tenaga menguruskan era pasca banjir ini dengan penuh tertib agar mangsa yang terlibat dapat bangun kembali membina kehidupan yang lebih baik di masa depan! sesungguhnya kitalah Keluarga Malaysia. – UMNO Online",
"Petikan daripada Facebook Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, Ketua UMNO permatang Pauh",
"https://www.facebook.com/zaidi4ptgpauh"
] |
https://umno-online.my/2021/12/26/pengajaran-banjir-nilai-malaysia-dalam-perpaduan-toleransi-gotong-royong/ | [
"Bencana banjir dampak perubahan iklim yang melanda negara sangat menginsafkan. Sangat perit melihat kehilangan, kemusnahan dan kesengsaraan yang dilalui oleh ramai rakyat Malaysia.",
"Disebalik duka nestapa yang melanda negara dan bangsa, telah terbit pengajaran yang sangat besar. Malaysia adalah ‘more a society and less state’.",
"Kebaikan, bantuan serta segala daya usaha orang persendirian dan badan bukan Kerajaan membuktikan bahawa cerita dan nilai Malaysia yang sebenarnya ialah setiakawan, perpaduan, toleransi dan gotong royong.\n\nMelihat orang ramai berbondong-bondong membantu tanpa lelah, meyakinkan saya bahawa rakyat Malaysia sangat tanggungjawab menjaga satu sama lain.",
"Kerajaan mesti mengambil pengajaran bahawa kelemahan ia mengurus krisis tidak akan mudah dilupakan oleh rakyat Malaysia.",
"Wakil Kerajaan yang berucap di pentas antarabangsa bahawa perubahan iklim tidak mempunyai impak besar terhadap Malaysia mesti belajar menggunakan dataraya sebelum membuat kenyataan sepenting itu.",
"Wakil Kerajaan yang keliru tentang fungsi NADMA dan MKN dan bagaimana harus ia dikelolakan, wajar melakukan perkara paling terhormat dan mengundur diri.",
"Wakil Kerajaan yang berbaju Melayu segak dengan segala keramaian demi sebuah pelancaran gerakan kesukarelawanan, telah menjerumuskan Kerajaan kepada kemuncak kemarahan rakyat.",
"Dan yang paling malang ialah ketidakterlihatan ramai wakil kanan dan bukan kanan dalam Kabinet semasa krisis amatlah dikesali. Rupanya ramai yang telah pergi bercuti dalam keadaan negara berantakan.",
"Perdana Menteri sedari awal nampaknya bersendirian dalam pengurusan krisis ini. Walaupun beliau segera turun kelapangan dan gigih mengumumkan pelbagai intervensi Kerajaan, kemarahan rakyat terhadap prestasi anggota kabinet lain amat sukar dibendung.",
"Mereka tidak sedikitpun memaparkan kebingkasan setimpal 90 peratus markah pencapaian prestasi mereka.",
"Mewarisi Kabinet yang lemah dari kerajaan Perikatan Nasional yang gagal adalah masalah yang Malaysia perlukan penyelesaian.",
"Malaysia akan terus berhadapan dengan pelbagai lagi krisis alam sekitar dan ekonomi yang tidak terjangka. Negara memerlukan anggota Kerajaan yang berprestasi dan kompeten.",
"Perdana Menteri mempunyai peluang untuk melakukan reset ini dan beliau tahu bagaimana untuk melakukannya. Rakyat pula telah menghantar isyarat yang jelas.",
"Segala perkembangan mutakhir ini menunjukkan bahawa ‘kedudukan semasa Kerajaan’ adalah rumus pentadbiran yang tidak sesuai lagi untuk Malaysia.",
"\nDATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN\nNaib Presiden UMNO "
] |
https://umno-online.my/2021/12/25/banjir-setiap-kritikan-bir-membina-ikhtiar-disebalik-kesedihan/ | [
"Di tengah-tengah musibah banjir ini, banyak pihak yang giat berikhtiar sebaik mampu disebalik segala kekurangan, kesedihan dan kekesalan yang timbul.",
"Usaha-usaha tersebut apabila ia dibuat oleh orang politik, pertama ia tidak sempurna dan kedua ia tidak membuat pihak berkuasa atau ahli politik kebal dari kritikan.",
"Apabila kritikan dan kemarahan itu datang dari rakyat, terutamanya dari mangsa banjir, maka yang dikritik itu sudah tentu menerima dan menilai dengan berlapang dada. Pasti ada banyak pengajaran dan iktibar dalam soal pengendalian pra, semasa, dan pasca banjir.\n\nCuma, apabila komen dan kritikan itu datang dari pihak berkepentingan seperti ahli politik lain, biarlah ia membina.",
"Jika orang politik berjawatan sekadar mahu komen dan mengulas sensasi di media sosial menyalahkan semua orang lain kecuali diri/parti sendiri, tak perlu keluarkan kenyataan pun tak apa. Lebih baik fokus kerja membantu mangsa banjir dari sibuk fikir bagaimana memburukkan parti lain.",
"Kurang minat hendak beradu dalam permainan sama menunding jari ke pihak lain disaat ini. Tidak juga menafikan kekurangan yang wujud dari segi penyelarasan antara agensi/persekutuan/negeri mahupun kepantasan respon setelah banjir melanda. Ini semua mesti diperbaiki setelah selesai urusan mendesak depan mata sekarang.",
"Sekadar ingin menekankan apa yang telah dibuat oleh rakan-rakan dalam UMNO dan Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri dari UMNO, tanpa menidakkan sumbangan parti lain apatah lagi NGO/orang perseorangan.",
"—",
"1. UMNO Bahagian (termasuk sayap-sayap) di setiap kawasan terjejas bergerak pantas dari hari pertama bencana.",
"2. Hari Ahad 19 Disember, Presiden mengarahkan seluruh jentera BN melalui Pengerusi Perhubungan BN Negeri untuk menyalurkan bantuan kepada kawasan-kawasan terkesan. Ini diselaraskan oleh Dato’ Sri Shamsul Annuar Nasarah sebagai Penyelaras Bantuan Bencana BN.\n\n3. Ketua Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Azeez Rahim juga bertungkus lumus turun ke hampir semua kawasan banjir untuk menghantar bantuan asas seperti makanan, toto, tilam, bantal, dan lain lain.",
"4. Rangkaian nasional UMNO digerakkan membantu dengan sumbangan barangan dan tenaga kerja. Misalnya UMNO Perak membantu di Hulu Langat dan Pemuda UMNO Terengganu membantu rakan-rakan Pemuda UMNO Pahang.",
"5. Pimpinan utama parti, termasuk Ketua-ketua sayap juga dah habis pusing semua kawasan banjir. Pusing bukan sekadar hadir tetapi bersama-sama mengedar, mencuci, mengangkat. YAB Perdana Menteri sendiri telah turun ke Kota Raja, Klang, Jelebu, Bera, Mentakab, Bentong dan beberapa lokasi lain. Ya, di Pahang beliau terpaksa menggunakan helikopter bukan disebabkan mahu\nbermegah, tetapi kerana jalan Karak-Lanchang-Mentakab masih tutup.",
"Dalam soal Kerajaan, antara inisiatif:",
"1. Kerajaan mengumumkan terus bantuan RM1000 kepada mangsa-mangsa banjir. Tidak terhad kepada hanya mangsa yang ke PPS. Hanya perlu pengesahan ketua komuniti.",
"2. Peruntukan awal RM100 juta untuk baikpulih infra.",
"3. Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Bomba digerakkan di kawasan-kawasan banjir. Kedua-dua Menteri banyak berhubung bersama Panglima dan Ketua Pengarah Bomba untuk tujuan penyelerasan. Ini boleh dilihat melalui gambar-gambar yang dimuatnaik oleh dua-dua menteri. Banyak lagi yang sedang diselamatkan oleh semua agensi kerajaan.",
"4. Kementerian Kesihatan membuka klinik medan di kawasan seperti Sri Muda untuk terus membantu mangsa yang diselamatkan. Di kawasan saya, seawal 4 pagi di SMK Telok Panglima Garang, Petugas KKM sudah berada untuk memeriksa serta membuat ujian Covid bagi mangsa.",
"5. Kementerian Pengajian Tinggi menggerakkan sukarelawan universiti awam dan agensi-agensi di bawahnya.",
"6. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia & SKMM giat memastikan pemulihan kemudahan telekomunikasi akibat bencana banjir yang melanda negara berjalan secepat mungkin, disamping tindakan jangka pendek penyediaan genset di lokasi infrastruktur komunikasi yang tiada bekalan elektrik & pemasangan ‘Coverage on Wheels’ (COW – sistem peqmancar mudah alih bagi memberi liputan perkhidmatan sementara)",
"7. Banyak juga cerita sensasi yang disebarkan untuk memburukkan PM seperti dakwaan Majlis kesyukuran 100 hari sebagai Perdana Menteri. Namun, setelah diperiksa, ini merupakan anjuran Pertubuhan Anak Bera yang sudah dirancang sebelum bencana banjir. Selepas kejadian tersebut, penganjur tukar aturcara dan melancarkan tabung bantuan mangsa banjir.",
"—\n\nSama-sama kita doakan agar keadaan kembali pulih secepat mungkin dan perancangan untuk memastikan agar bencana seperti ini tidak berlaku lagi. Pelbagai pihak ada sumbangan, baik dari NGO, parti sendiri mahupun parti lain. Maka sejauh mampu, ambillah semangat itu untuk meneruskan khidmat bakti.",
"SHAHRIL HAMDAN\nKETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA "
] |
https://umno-online.my/2021/12/23/semangat-dan-keprihatinan-rakyat-malaysia-sememangnya-wajar-dipuji/ | [
"Kehidupan terjejas di lebih separuh kawasan di negeri Selangor dengan ribuan klip video dikongsi dalam media sosial menunjukkan ramai penduduk dan pemandu kenderaan terperangkap di jalan yang dinaiki air.",
"Dalam tempoh ini banjir merupakan bencana tahunan, tetapi tahun ini ia lebih mencabar bagi pihak berkuasa kerana pelbagai agensi masih berperang dengan pandemik COVID-19 yang setakat ini mencatatkan hampir 3,000 kes baru setiap hari.",
"Pada masa sama terdapat juga beberapa laporan mengenai kejadian tanah runtuh dan banjir yang menyebabkan aliran trafik di beberapa jalan raya dan lebuh raya terpaksa ditutup dalam tempoh 24 jam lalu, dengan Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat pada hari mendatang.",
"Dalam masa yang sama, pihak berkuasa yang telah ditanggungjawabkan WAJIB bersiap sedia bagi menghadapi banjir yang kian memburuk di seluruh negara. Dalam hal tersebut, pihak berkuasa jangan terlalu legalistik, berlengah dan berkira dalam soal memberikan bantuan kepada rakyat terkesan akibat bencana banjir.",
"Apa sahaja keluh-kesah masyarakat adalah tanggungjawab pihak kerajaan melalui Kementerian & pihak pengurusan bencana untuk turun ke bawah dan melihat sendiri serta mencari jalan untuk membantu menghilangkan keresahan mereka.",
"Semangat dan keprihatinan rakyat Malaysia sememangnya wajar dipuji! Suasana memilukan yang sedang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia pada hari ini menunjukkan betapa murninya sifat rakyat Malaysia apabila orang awam berganding bahu membantu menyelamatkan nyawa mangsa dan menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk mangsa banjir yang terjejas.",
"Tanpa mengira bangsa, agama, mahupun latar belakang, rakyat Malaysia tidak putus-putus cuba menyalurkan bantuan, boleh dikatakan sejak hari pertama bencana banjir berlaku di beberapa kawasan terjejas.",
"",
"Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah. Inisiatif bantuan tersebut termasuklah bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan.",
"Selain itu, TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan. Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan.",
"Menurut Perdana Menteri, inisiatif yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan sektor perbankan itu mengambil kira kepayahan yang didepani Keluarga Malaysia.",
"Kita berharap segala bantuan dapat disalurkan dengan segera tanpa menuntut kerenah birokrasi yang menekan dan membebankan.",
"Tidak dinafikan ada beberapa kelemahan dalam sistem pengurusan banjir di Selangor yang wajar di tambah baik. Namun begitu, serumpun bak serai, sesusun bak sirih adalah terjemahan terbaik Keluarga Malaysia yang hidup saling bermuafakat dan sentiasa bersama seperti yang tersingkap dalam bencana banjir kali ini.",
"Hikmah yang terserlah setakat ini adalah keikhlasan rakyat kita yang tidak boleh tidur lena apabila ada rakyat lain yang kelaparan dan kesejukan. Kebanyakan kita menghabiskan cuti akhir tahun dengan membaca laporan berita dan perkongsian terkini mengenai banjir kilat ini. Kebanyakan kita juga berkerah tenaga untuk membersihkan rumah ibadat, rumah jiran tetangga dan insan yang tidak dikenali hanya kerana kita prihatin.",
"Semoga semua yang terkesan dari bencana ini terbela nasib mereka dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menjaga kebajikan pastinya terpahat dalam setiap sanubari kita.",
" Datuk Norshida Ibrahim\nKetua Penerangan Wanita UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/12/22/mengurus-musibah-pentingnya-kerajaan-stabil-bukan-retorik-politik/ | [
"BANJIR yang melanda negara sekarang ini terus meningkat dengan angka sehingga 21 Dis ialah 71,876 mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan tujuh negeri, dengan Selangor dan Pahang antara yang terjejas teruk.",
"Di laman media sosial pula rancak dengan pelbagai pihak meluahkan rasa dan tentunya yang paling tidak menyenangkan apabila terdapat tindakan saling menuding jari.",
"Sememangnya, dalam keadaan rakyat dilanda musibah dan tragedi, kebersamaan untuk membantu dan saling menyokong adalah keperluan dengan fokus kepada rakyat menjadi keutamaan.\n\nWalaupun ramai yang sedar bahawa bencana bah dalam penghujung tahun adalah ibarat musim dalam negara namun apabila ianya melibatkan kawasan-kawasan yang tidak pernah berlaku banjir sejak puluhan tahun lalu, maka adalah sesuatu yang di luar kelaziman.",
"Apa-apa pun, dalam keadaan rakyat terkesan dan masih terbelenggu dengan kebimbangan serta keresahan, semangat kesatuan dalam menghadapi kesusahan diangkat sebagaimana rakyat melalui pelbagai badan bukan kerajaan, persatuan atau kumpulan tertentu menggerakkan usaha.",
"Sebenarnya, ini adalah satu usaha murni yang menunjukkan bahawa rakyat negara kita menongkah onak cabaran dengan cara tersendiri namun persoalannya wajarkah ada pihak berlapang dada dan berlepas tangan?",
"Netizen membuat aduan, memberikan laporan bergambar, melontarkan kritikan dan mempersoalkan kedudukan atau kewujudan pihak-pihak tertentu tetapi gagal melunaskan amanah tatkala rakyat memerlukan.",
"Ya, rakyat dalam keadaan gundah gulana. Soal nyawa bukan satu mainan apatah lagi menjadi bahan jenaka untuk ‘content’ dalam media sosial mereka.",
"Rakyat mahukan pertolongan, mahukan bantuan segera dan enggan berada dalam keadaan yang antara ‘hidup dan mati’ lantaran kesejukan di atas bumbung atau terperangkap dalam rumah bahana air yang naik mendadak. Nilai nyawa tidak ada galang ganti, malah ramai mangsa yang sehelai sepinggang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) sedangkan harta benda ditenggelami air, diseliputi selut malah ada yang hanyut hanya meninggalkan tapak.",
"Rakyat kini sudah ibarat jatuh ditimpa tangga lantaran kesempitan hidup mendepani pandemik COVID-19 belum berakhir namun terpaksa pula melalui keperitan bencana banjir selain kerenah pelbagai pihak yang menyulitkan.",
"",
"Sesungguhnya kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak menafikan terdapat kelemahan dalam pengurusan banjir terutamanya di Selangor adalah makna sebuah kekecewaan yang seharusnya tidak berlaku.",
"Dalam hal ini, perlu difahami bahawa soal kelemahan atau pengurusan tidak sepatutnya diletakkan pada pundak PM sahaja kerana kerajaan negeri adalah pihak utama yang wajar akui kesiapsiagaan yang gagal dilaksana.",
"Apatah lagi apabila kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ditadbir oleh pengurusan yang berbeza maka barangkali tentunya kelancaran aliran dari segi komunikasi dan pelaksanaannya juga ada sekatan atau mungkin juga tidak akan diambil serius.",
"Ini belum lagi dengan kedudukan menteri-menteri tertentu yang terdiri dari ideologi berbeza namun mempunyai kuasa penuh dalam mengeluarkan arahan apabila terjadinya bencana kepada rakyat, maka hal tersebut juga mengundang hujah dari netizen.",
"Memang rancak juga nama-nama pemimpin tertentu disebut-sebut oleh netizen tetapi dalam keadaan musibah belum berakhir itu semua tidak mendatangkan makna. Namun begitu tauladan terbaik adalah untuk memahami makna sebenar sebuah kerajaan stabil yang memiliki mandat penuh dengan setiap menteri dan negeri sealiran sebagaimana yang pernah dilaksana oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.\n\nTak cukup dengan itu, lihat pula bagaimana Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun yang tidak sealiran dengan pemimpin kerajaan apabila menolak usul tergempar dan tidak membenarkan perbahasan isu banjir sedangkan ia adalah isu nasional yang meruncing dan wajar diangkat di Parlimen.",
"Sungguh, kerajaan stabil sangat bermakna dan sangat penting dalam menentukan soal haja tuju negara dan kesejahteraan rakyat. Mandat menetukan kerajaan adalah kuasa rakyat namun rakyat sendiri perlu bijak membuat pilihan kerana kerajaan yang stabil adalah jaminan masa depan bukanlah satu retorik politik.",
"Tak apalah… kesukaran hari ini kita tangani bersama kerana pemimpin UMNO/BN tidak duduk diam biarpun ada antara mereka tidak menjadi menteri, waima bukan juga wakil rakyat namun khidmat UMNO bersama rakyat tidak pernah padam.",
"",
"Dari Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan Majlis Kerja Tertinggi UMNO hinggalah kepada ahli-ahlinya di akar umbi, gerak kerja dilaksana sebagaimana menjulang cogankata ‘Bersatu, Besetia, Berkhidmat’.",
"Apa yang pasti, UMNO/BN ‘terus melangkah’ dengan mendukung kepimpinan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO untuk mendepani pelbagai krisis dan menjuarai rakyat demi kejayaan masa hadapan khususnya Pilihan Raya Umum ke-15.",
"Pada rakyat khususnya pengundi pula… sememangnya musibah adalah ruang untuk muhasabah, ingatlah kesakitan hari ini untuk menjadi tauladan agar kelak tidak silap melakukan penilaian dalam memilih wakil rakyat. Inilah masa terbaik untuk melihat dan menilik antara kaca atau permata. Moga kita semua dalam rahmat Ilahi dan sama-sama keluar dari pelbagai bencana. Wallahuahlam",
"EDITOR UMNO ONLINE\nRopikah Ahmad "
] |
https://umno-online.my/2021/12/18/demi-agama-bangsa-tanah-air-umno-semarakkan-bersatu-bersetia-berkhidmat/ | [
"Tarikh 18 Disember adalah manifestasi keampuhan sebuah parti dalam satu landasan perjuangan mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan tanah air.",
"Pada tarikh ini, mesyuarat UMNO bahagian dilaksanakan secara serentak di seluruh negara yang melibatkan 191 bahagian selepas persidangan peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berlangsung dengan jayanya. Terdahulu, mesyuarat Cawangan yang diadakan pada 15 Oktober hingga 30 November lalu merealitikan sokongan akar umbi terhadap parti dengan satu aplikasi perjuangan tanpa.",
"Sesungguhnya, mesyuarat UMNO dalam setiap peringkat adalah bukti bagaimana pentingnya parti ini berperanan untuk memastikan kesinambungan satu-satunya wadah yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara terus segar malar.\n\nPerjuangan UMNO bukanlah bersifat populis dan retorik semata-mata kerana realiti menjadi bukti, dalam keadaan di tampuk kuasa malah sekalipun bergelar pembangkang, UMNO tetap melaksanakan khidmat bakti. Nyata bahawa tanpa pangkat dan kedudukan sekalipun, perjuangan UMNO diteruskan sebagaimana pepatah ‘patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku’.",
"Telah terbukti perjuangan UMNO bukan untuk kemerdekaan semata-mata malah lebih daripada itu pelbagai lapisan generasi telah merasai jasa dan baktinya kepada setiap individu di negara ini.",
"Sebagaimana asas dan tujuan penubuhannya yang berjuang untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara, UMNO bertanggungjawab mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.",
"Apa yang pasti, usaha untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara selain terus menghormati prinsip kebangsaan beragama tetap menjadi pegangan biarpun telah lebih enam dasawarsa usia UMNO.",
"Jika pada hari ini ada pihak yang mahu memperjuangkan keadilan dan hak bersuara maka sebenarnya, perjuangan UMNO telah meliputi pertalian tersebut. Apatah lagi jika ada yang mengakui memulakan langkah muafakat kerana UMNO adalah perintis malah mengekalkan permuafakan itu menerusi kebersamaan kompenan Barisan Nasional demi rakyat Malaysia. Keutamaan untuk mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.\n\nDengan kata lain, hak keadilan yang diberikan adalah berlandaskan undang-undang dan bukanlah perjuangan membuta tuli tanpa matlamat apatah lagi untuk menghancurkan negara sepertimana yang telah dilakukan oleh kerajaan 22 bulan atau yang selepasnya.",
"Sememangnya, UMNO adalah parti yang jelas bukan sahaja dari segi matlamat penubuhan dan fokus perjuangannya malah konsisten teguh atas nama Islam, bangsa Melayu dan Malaysia, tanah air tercinta. Lebih dari itu, kemantapan organisasi dan sistem yang didukungnya tidak dapat dipertikai selain daripada keluhuran dan keikhlasan memastikan tekad untuk terus berkerja, dari rakyat, kerana rakyat dan untuk rakyat keseluruhan.",
"Inilah wadah perjuangan UMNO yang perlu terus dipertahankan dari semasa ke semasa, diwariskan kepada setiap generasi negara kembali stabil dan sejahtera. Perjuangan UMNO bukanlah semata-mata menyemarakkan kepimpinan dan ahli-ahlinya dengan jati diri bangsa semata-mata tetapi juga perjuangan ke arah kestabilan dan kemakmuran rakyat dalam negara bernama Malaysia.\n\nJusteru, kejituan dan keperkasaan parti ini perlu terus dimantapkan sebagai warisan perjuangan kepada setiap lapisan generasi. Ini penting agar mereka mampu mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara di samping mendukung Perlembagaan Malaysia yang menjadi teras keharmonian, menegak serta mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara.",
"Masa menjadi bukti, semalam yang berlalu menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 adalah realiti bahawa gagalnya UMNO dalam mengekalkan kuasa menjadikan negara kucar-kacir ibarat tiada hala tuju hinggakan rakyat menjadi mangsa.",
"Oleh itu, pentingnya persidangan kali ini bukan saja perlu untuk membincangkan permasalahan parti dan bangsa Melayu kerana apa yang lebih utama adalah masa hadapan yang akan dilalui untuk kesiapsiagaan berdepan dengan ‘perang politik’ dan mengharungi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.",
"Perkukuhkanlah ikatan, sematkanlah kesetiaan dan terus semarakkan semangat juang untuk menjadi azimat dalam menghadapi apa jua rintangan yang mendatang kerana UMNO tidak pernah goyah dalam matlamat demi agama Islam, untuk bangsa Melayu dan kerana tanah air tercinta, Malaysia!",
"Selamat Bersidang",
"EDITOR UMNO ONLINE \nRopikah Ahmad"
] |
https://umno-online.my/2021/12/16/terima-kasih-tun/ | [
"Saya amat berbesar hati kepada Tun Mahathir kerana turut mengatakan mengenai saya dalam buku terkini beliau berjudul, ‘Capturing Hope’.",
"Saya dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum. Saya dan keluarga saya juga telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, serta akan terus membantu kebajikan semua kaum.\n\nTetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan Agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD.",
"Berkenaan isu Statut Rom dan ICERD ini, Tun Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, tetapi Tun juga tidak jujur sepenuhnya kepada rakyat Malaysia. Perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan mengugat kesejahteraan\nrakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu.",
"Dengan menyerang institusi diraja, Tun tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah negara yang telah dicipta sendiri oleh Tun termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum.",
"Satu lagi pengkhianatan kepada rakyat Malaysia adalah apabila janji-janji yang dibuat kepada rakyat tidak ditunaikan.",
"Apa-apapun saya berdoa semoga Tun panjang umur, sentiasa menghormati semua kaum di Malaysia dan berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara. ‘I will see you soon, Tun’.",
"DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor",
"———",
"THANK YOU TUN",
"I am honoured to be mentioned by Tun Mahathir in his latest book entitled ‘Capturing Hope’.",
"I was educated from an early age to always respect all religions and people of different races. My family and I have also made contributions to people of all races and religions, and will continue to assist in the welfare of all races.",
"But I am also a Malay and have not forgotten my duty to defend Islam. That is why I opposed the Rome Statute and ICERD.",
"With regard to the Rome Statute and ICERD issues, not only was Tun Mahathir dishonest to the Conference of Rulers, but Tun was also not completely honest to the people. Things done in a hurry at that time would’ve threatened the well-being of the people and affected the privileged rights of the Malays.",
"By attacking the royal institution, Tun will not be able to solve national problems that were created by Tun yourself, including racial divide and assimilation issues.",
"Another betrayal to the people was when the promises made to the people were not fulfilled.",
"Whatever it is, I pray Tun will live a long life, always respect all races in Malaysia and upholds the Federal Constitution.",
"I will see you soon, Tun.",
"HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor"
] |
https://umno-online.my/2021/12/14/kenapa-lantik-individu-yang-dikaitkan-kes-rasuah-di-india-ketuai-dnb/ | [
"",
"MENGAPA dilantik Ralph Marshall yang dikaitkan kes jenayah rasuah di India mengepalai Digital Nasional Berhad (DNB) untuk projek 5G RM11 bilion negara?",
"Rakyat tidak pertikaikan usaha kerajaan untuk menambah baik agenda pendigitalan dengan menyegerakan rangkaian 5G di Malaysia yang dianggap ketinggalan berbanding Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina.",
"",
"Rakyat juga umumnya tiada masalah jika Kementerian Kewangan (MoF) mahu menubuhkan anak syarikat milik penuhnya untuk melaksanakan rangkaian dan infrastruktur 5G.",
"Lapan Persoalan asas yang wajib dijelaskan secara tuntas.",
"Namun, yang rakyat persoalkan…",
"1. Kenapa tiada ketelusan dalam perlantikan syarikat dan penawaran tender yang melibatkan kos besar RM11 bilion dan dijangka meningkat sehingga RM20 bilion?",
"2. Mengapa dilantik Ralph Marhall, seorang yang dikaitkan dengan kes jenayah rasuah melibatkan jumlah ratusan juta di mahkamah di India sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada DNB, syarikat tunggal mengendalikan agenda 5G negara ini?",
"Atas prinsip ketelusan juga, siapakah lagi anggota lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi DNB?",
"",
"3. Apakah berkemungkinan wujud sebarang bentuk penyelewengan, ketirisan dan musibah rasuah apabila melantik secara tidak telus individu-individu yang dianggap kroni kepada beberapa kepimpinan parti politik?",
"4. Apakah keputusan untuk melantik DNB sebagai syarikat tunggal mengendalikan projek RM11 bilion yang dibuat ketika tempoh Proklamasi Darurat waktu Perdana Menteri ke-8 ini dianggap semacam agak tergesa-gesa dan membuka kepada pelbagai polemik melibatkan ketelusan dan tadbir urus yang baik?",
"5. Yang dipertikaikan juga adalah soal tadbir urus (governance), penglibatan semua pemegang taruh ‘stakeholders’ dan ketelusan dalam perlaksanaan agenda pendigitalan negara 5G oleh DNB.",
"Kenapa persoalan-persoalan yang diutarakan oleh umum tidak diperincikan dan dijawab secara berfakta?",
"6. Dari aspek tadbir urus juga, walaupun DNB adalah milik penuh Kementerian Kewangan (MOF), kenapa DNB tidak diletakkan di bawah kawal selia Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang lebih mahir dalam industri telekomunikasi?",
"",
"7. Adakah DNB akan bertindak secara bebas dalam operasi perniagaannya terutamanya dalam perkara-perkara yang melibatkan penawaran tender dan pemberian kontrak bernilai tinggi, pemilihan kontraktor dan pembekal?",
"8. Disebabkan tiada koordinasi dan kawal selia yang baik, lebih kepada menjadikan DNB sebagai sebuah GOC bebas, ada berita mengatakan bahawa setakat ini, ‘roll out’ 5G di Lembah Kelang tidak mendapat kerjasama syarikat-syarikat telco untuk menyewa spektrum DNB. (https://www.businesstimes.com.sg/…/no-takers-for… )",
"Kesemua lapan persoalan asas di atas yang bermain di fikiran rakyat wajar dijawab secara tuntas oleh Menteri Kewangan.",
"Bekas Perdana Menteri ke-8 juga nampaknya begitu bersungguh-sungguh mempertahankannya. – UMNO ONLINE",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/12/13/aktifkan-gerakkan-secara-maksima-mekanisme-sistem-maklumat-forensik-dan-keahlian-parti/ | [
"HARI ini 12 Disember 2021 (Ahad) sekali lagi berlangsungnya sejarah keramat di Malaysia iaitu perhimpunan terbesar wanita dan kaum ibu yang mengoncang dunia, iaitu perhimpunan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, sebuah pertubuhan orang Melayu bahagian Bukit Bintang sahaja.",
"Tunggulah 13 hingga 15 Januari tahun depan nanti bagi perhimpunan dari seluruh Malaysia bakal menyaksikan perhimpunan terbesar dari atasan hingga akar umbi UMNO.",
"Segalanya ada ibunya. Anak ayam pun ada ibunya. Apalagi anak-anak yang masih mentah yang dahagakan bimbingan, didikan, pandu arah dalam menghadapi dunia dan bunia, nyata dan ghaib yang semakin mencabar ini.",
"Malah adat, adab dan istiadat Melayu sentiasa ingat, rujuk dan berpandukan kepada amalan, ajaran dan cara hidup berharmoni dan berkasih sayang yang diterapkan oleh nenek moyang Melayu. Takkan Melayu hilang di dunia dan bunia. Selagi anak cucu ingat tok nenek. Tanpa tok nenek tiadalah mereka hari ini.",
"",
"Namun setelah UMNO jatuh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu akibat hasutan dan fitnah yang semakin berleluasa, yang mengikut Islam diharamkan tetapi dihalalkan oleh puak yang menggunakan topeng agama, anak muda generasi pelapis Melayu dan UMNO khususnya seolah anak ayam kehilangan ibunya.",
"Itulah cabaran terbesar Wanita UMNO dalam mempersiap siaga dan menghadapi pertempuran selanjutnya pada PRU-15 nanti.",
"Tidak ada pilihan. Walau apa pun yang dilakukan wanita tunjang belakang UMNO ini mesti bangun, berdiri teguh, bertindak dan turut sama berperang di barisan hadapan.",
"Tambahan pula peperangan akhir zaman adalah peperangan yang tidak menggunakan pedang.",
"Telah pun terbukti dan dapat dilihat bahawa UMNO kalah pada PRU-14 adalah kerana kedegilan pihak tertentu dalam UMNO yang tidak mahu mengikuti perkembangan semasa dan mengeksploitasi perkembangan ilmu sains dan teknologi.",
"Asyik-asyik bermimpi dengan keris dan pedangnya sahaja.",
"UMNO sudah pun kukuh sedia ada dengan berbagai senjata yang tidak menggunakan pedang, telah membelanjakan beratus juta ringgit ke arah itu.",
" ",
"Persoalannnya adakah hendak dibiarkan menjadi gajah putih, mereput dan syok sendiri sahaja? Sudah tentu tidak!",
"Wanita dan Puteri mesti berganding bahu bersama Veteran dan Pemuda, sebagaimana falsafah Melayu, ‘Lelaki pemimpin negara wanita pemegang kuasa’.",
"",
"Kalau dulu tangan yang menggoncang buaian itu boleh menggoncang dunia, kenapa tidak tangan itu yang mengetuk ‘keyboard’ tidak boleh meledakkan dunia?",
"Penulis selaku ahli UMNO cawangan KLCC mengusulkan supaya diaktifkan dan digerakkan secara maksima mekanisme dan sistem maklumat forensik dan keahlian parti bukan sahaja bagi unit ICT tetapi wajib bagi semua ahli UMNO sebagaimana wajibnya memiliki telefon pintar.",
"Sistem dan mekanisma inilah antara senjata paling ampuh setakat ini bagi menghadapi lawan. Janganlah ragu-ragu.",
"Sedikit yang sengaja dicicirkan dan dikutip serta digunakan oleh pembangkang telah menjadikannya kerajaan.",
"Jangan ulangi kesilapan, angkuh dan bongkak yang sama. Seperti kata orang Perak ‘bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut’.",
"Kami memiliki sistem dan mekanisma ini. Banyak masalah tertunggak boleh diselesaikan serta merta. UMNO/Barisan Nasional (BN) mempunyai formula untuk menang besar pada PRU-15 nanti. Lanjutkan momentum kemenangan besar di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.",
"Tidak perlu diulang peratusan keluar mengundi yang rendah.",
"Seperti yang kami ‘pernah’ jumpa, lebih separuh daripada 22 ribu ahli UMNO di satu bahagian yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi! Bagaimanakah hendak menang pilihan raya?",
"UMNO tidak bertanding atas tiket bersendirian tetapi bersama atas tiket BN. Namun adakah ianya satu realiti atau lakonan wayang sahaja?",
"Mekanisme ini membolehkan kerjasama diselaras, disepadu, disusun, distrategi, diseragamkan sehingga di peringkat akar umbi. Automatik mengelakkan sebarang kelemahan pengurusan pentadbiran, keciciran, kebocoran dan pembaziran.",
"Misalnya segala yang berkaitan dengan kebajikan dan warga emas lebih mudah diselaraskan mengikut bangsa atau etnik parti komponen utama seperti UMNO, MCA, MIC dan sebagainya.",
"Tambahan pula dengan adanya sistem pengkalan data khusus untuk golongan B40 atau rakyat miskin, papa, kedana, tidak akan ada golongan ini yang tercicir dalam segala bentuk bantuan dan keprihatinan.",
"Dengan mekanisma SOKIP, iaitu Sistem Online Kira Indeks Pendapatan, ia menjadikan UMNO mempunyai perisai dan baju bagi menghadapi dan mematikan sebahagian besar serangan lawan.",
"Malah sehingga ke peringkat paling ekstrem jika sistem dan mekanisma ini digunakan sepenuhnya, pengguna (parti) boleh tahu akan menang atau kalah di sesuatu kawasan sebelum pun dipilih calon yang bertanding.",
"Jika digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Malaysia boleh menjadi satu-satu negara di dunia ini yang mencapai sifar peratus pengundi atau undi hantu, selain mengadakan pilihan raya secara hibrid (manual tradisional dan ‘online’).",
"Soalannya, PRU-15 semakin hampir, gabungan parti semakin banyak dan berpecah, siapakah yang hendakkan sistem dan mekanisma ini?",
"Sistem ini telah mula dicipta pada PRU-12 dan sehingga kini masih gagal ditiru oleh sesiapa pun walaupun telah ditunjuk dan digunakan. – UMNO ONLINE",
"",
" ",
" ",
" ",
" ",
" ",
" ",
" ",
" ",
"Oleh: Wan Noor Hayati Wan Alias\nAhli UMNO Cawangan KLCC, Bahagian Bukit Bintang"
] |
https://umno-online.my/2021/12/09/najib-akan-terus-membela-diri-menegakkan-kebenaran/ | [
"Saya dibicara di mahkamah.",
"Saya juga dibicara di mahkamah rakyat.",
"Didapati bersalah dan dihukum penjara 12 tahun sebab hakim kata ianya bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta yang saya tidak pernah sorok, tidak pernah minta dan tidak pernah arahkan untuk dipindah kepada akaun saya.",
"Bahawa ini adalah kesalahan bawah AMLA.",
"Malah mahkamah juga telah diberitahu oleh pihak Ambank dan SPRM bahawa saya turut menerima RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang saya juga telah sedekahkan sepenuhnya bagi pelbagai aktiviti CSR dan program Rakyat.",
"Saya tidak didapati bersalah mencuri RM42 juta untuk kegunaan peribadi saya.",
"",
"Sebaliknya maklumat dan bukti bahawa keluarga dan proksi individu-individu tertentu yang merupakan saksi kes SRC yang telah didapati menerima sekurang-kurangnya RM65 juta dan RM85 juta untuk disorok dalam akaun Singapura tidak pula pernah didakwa dan diberikan peluang kepada saya untuk digunakan sebagai bukti baharu bagi pembelaan kes saya.",
"Sudah tentu, setiap individu termasuk saya juga akan dibicara di mahkamah akhirat nanti.",
"Saya mungkin tidak mempunyai kebebasan untuk mengulas lebih lanjut di sini mengenai proses mahkamah.",
"Tetapi saya katakan di sini bahawa sehingga hari ini, saya sentiasa menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan telah dianiayai.",
"Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia.",
"Peringkat rayuan seterusnya adalah Mahkamah Persekutuan dan saya percaya akan mendapat keadilan.",
"Sebagai seorang yang beragama Islam, saya nyatakan atas nama Allah.",
"Wallahi, wabillahi, watallahi bahawa saya tidak minta dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan dana RM42 juta itu.",
"Mahkamah akhirat nanti hakimnya Allah.",
"Saya amat berterima kasih dan menghargai keyakinan, kepercayaan dan keprihatinan saudara-saudari semua.",
"Saya tahu ada yang hadir di mahkamah semalam, datang jauh dari Terengganu, dari Pahang, dari Johor dan tempat-tempat lain.",
"Saya ada lihat gambar-gambar yang dihantar kepada saya.",
"Ada yang datang menaiki bas sejauh Kedah, ada yang bekerja sambilan sahaja, menjual roti dan keperluan asas di kampung.",
"Ramai dari golongan wanita dan golongan B40 yang menghargai dasar-dasar berkebajikan kerajaan pentadbiran saya dahulu.",
"Awal minggu ini saya menerima kunjungan pemimpin-pemimpin parti, kenalan dan sahabat.",
"Sehari dua ini juga saya telah menerima panggilan-panggilan dan mesej-mesej daripada rakan-rakan.",
"Saya mungkin tidak dapat balas setiap satu, atau berjumpa dengan setiap seorang dan menyampaikan isi hati penghargaan saya.",
"Tetapi izinkanlah saya sampaikan di sini – terima kasih saudara-saudari atas sokongan dan kata-kata semangat yang disampaikan.",
"Bertenang.",
"Mungkin inilah perjalanan yang ditakdirkan.",
"Saya hadapi dengan tenang dan redha.",
"Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia.",
"Ini bukan pengakhiran juga. Tidak sama sekali.",
"Kerana ikrar saya kekal, berjuang ke nafas akhir untuk kebajikan rakyat.",
"Semoga Allah SWT terus merahmati dan melindungi kita dan permudahkan segala urusan kita. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak\nBekas Perdana Menteri / Ahli Parlimen Pekan"
] |
https://umno-online.my/2021/12/08/agenda-muafakat-nasional-itu-satu-etos-yang-lebih-besar-dari-survival-ppbm/ | [
"1. Di atas prinsip dan semangat setiakawan, molek rasanya diingatkan Ketua Pemuda Pas yang baharu bahawa penolakan kerjasama dengan PPBM dibuat oleh hampir lebih 2/3 Bahagian UMNO, diabsahkan melalui Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 seterusnya dimuktamadkan oleh pembuat dasar tertinggi parti UMNO iaitu Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ianya tidak diputuskan oleh hanya seorang figura bersifat ‘veto’ tapi oleh sebuah institusi disokong akar umbi.",
"2. Kita tidak pasti apa kaedah sebenar yang dijalankan dan digunapakai oleh Pas dalam meletakan dasar dan hala tuju partinya namun inilah tatacara dan proses berhemah yang dijalankan di dalam UMNO dan sepatutnya Pas lebih arif bahawa UMNO terikat dengan pendirian ini.",
"3. Asas penubuhan PPBM itu sendiri adalah untuk gantikan UMNO melalui muslihat ‘Scheme of Things’ ciptaan Tan Sri Mahiaddin Yassin maka sebab itulah parti tersebut itu dipenuhi dengan pelbagai rupa ‘katak politik’ berkepentingan, mana mungkin UMNO boleh menerima kerjasama sebuah Parti yang penuh muslihat sebegini.",
"",
"4. Justeru, selaku Ketua Pemuda Pas, Pemuda UMNO berharap agar YB Fadhil Shaari menghormati pendirian UMNO yang merupakan sebahagian daripada gagasan Muafakat Nasional yang disepakati. Tidak perlulah Pas cuba cuba mengajar, sebaiknya Ketua Dewan Pemuda Pas tidak perlulah banyak berhikayat, kononnya bertindak sebagai ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional namun akhirnya ternampak seperti budak suruhan PPBM.",
"5. Muafakat Nasional digagaskan bagi menahan dan memperjuangkan kepentingan umat yang sebelumnya diracik-racik oleh Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan. Malah jika saudara terlupa, watak dan teraju utama tonggaknya adalah datang dari PPBM sendiri. Kemudian sejarah merekodkan ianya disusuli muslihat dan pengkhianatan berlaku dari kalangan PPBM yang berebut jawatan Perdana Menteri meruntuhkan kerjasama PH.",
"6. Saudara juga mungkin terlupa bahawa Muafakat Nasional bukan hanya kolisi dan kerjasama politik semata, demi kepentingan bersama ianya dipersetujui untuk tidak didaftarkan dan tidak mengikat. Maka atas kepentingan itu jugalah kita BN dan Pas yang membentuk MN berjiwa besar, demi Ummah dan demi negara bersetuju membentuk kerajaan sementara bersama PPBM sebagai terajunya walaupun mereka hanya tinggal bersisa.",
"7. Sewajarnya Muafakat Nasional perlu diangkat dengan idealisme yang lebih besar, sebagai ‘ETOS’ hala tuju baru pedoman dan kepercayaan seluruh kepelbagaian rakyat untuk satu matlamat yakni melihat Malaysia kembali berjaya. Pas tidak sepatutnya ‘memangsakan’ MN demi survival PPBM, dengan menyalahkan UMNO.",
"8. Pemuda UMNO juga ingin bertanya pada Ketua Dewan Pemuda Pas, apa pula alasan dan dalil Pas berkenaan tindakan Pas meletakan calon di PRN Sarawak membelakangi keputusan PN? Apakah kemahuan Pas sebenar benarnya?",
"Kita telah bersama mengharungi perjalanan politik yang panjang bersendirian dengan cara masing-masing. Penyatuan kita juga telah disambut dengan penuh pengharapan umat. Janganlah kita ‘bunuh’ harapan itu hanya kerana kepentingan survival kelompok kecil yang tiada prinsip.",
"9. Oleh itu, pesan kita pada Ketua Dewan Pemuda Pas janganlah berhikayat tanpa tujuan. Tidak perlu mengajar UMNO erti setiakawan dan belajarlah menghormati UMNO. Pemuda UMNO tetap redha dengan apajua keputusan Pas dan menghormatinya selaku rakan gagasan Muafakat Nasional. Namun jika Pas menolak untuk bersama MN hanya kerana PPBM, maka biarlah kami terus komited membawa Agenda ini demi Ummah dan Rakyat Malaysia. – UMNO ONLINE",
"Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri\nPengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/12/05/kronologi-berfakta-sanggah-dakwaan-kononnya-umno-khianati-piagam-muafakat-nasional/ | [
"BERIKUT diperincikan kronologi berfakta berpandukan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) bagi menyangkal tuduhan bahawa UMNO mengkhianati Piagam Muafakat Nasional:",
"Setiap keputusan besar politik dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional.",
"Dalam Piagam Muafakat Nasional tidak disebut secara khusus bahawa MN dikhaskan hanya kepada parti-parti politik tertentu, namun haruslah selaras dengan aspirasi yang dibawa oleh kedua-dua parti teras yang membentuknya iaitu UMNO dan PAS.",
"UMNO menyatakan pendirian tidak bersetuju untuk Perikatan Nasional didaftarkan sebagai parti politik apabila idea tersebut kali pertama dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada kepimpinan Biro Politik UMNO pada 1 Jun 2020 di kediaman beliau. Alasan UMNO, BN masih lagi relevan dan biarlah PN kekal sebagai satu kerjasama politik longgar 13 parti-parti yang membentuk kerajaan pada 1 Mac 2020.",
"",
"UMNO membawa cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional pada 4 Jun 2020 dan menyatakan pendirian UMNO yang menolak cadangan tersebut. PAS bersetuju dan menyatakan pendirian yang sama dengan UMNO.",
"Pada mesyuarat Jawatankuasa Induk MN pada 17 Jun 2020, sekali lagi isu pendaftaran PN ditimbulkan. Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk MN merangkap Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan pendirian PAS masih kekal tidak bersetuju untuk menyertai Parti Perikatan Nasional sebagaimana UMNO dan menegaskan apa jua keputusan akan dibuat secara bersama.",
"Dalam mesyuarat yang sama pada 17 Jun itu juga telah disepakati bahawa MN juga tidak perlu didaftarkan sebagaimana PN. MN harus kekal sebagai gagasan permuafakatan dan penyatuan ummah melangkaui parti. Semua parti adalah sama rata kedudukannya.",
"Mesyuarat pada 8 Julai 2020, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi menegaskan bahawa “Kalau UMNO tidak setuju pendaftaran PN dan BERSATU tidak setuju pendaftaran MN, pandangan PAS kita tidak perlu daftar kedua-dua”.",
"Dalam minit mesyuarat juga Dr Asyraf Wajdi menyatakan pandangan balas terhadap cadangan Dr Zuhdi untuk mendaftarkan MN, “Saya cadang kita kekalkan MN sebagai satu gagasan atau etos dan konsep permuafakatan melangkaui parti. Untuk ia dijadikan parti perlu banyak masa itu. Lebih baik perkasakan dahulu MN”.",
"Mesyuarat pada 6 Ogos 2020 mencadangkan untuk menjemput PPBM secara rasmi untuk menyertai MN. Dicadangkan juga kedua-dua Presiden UMNO dan PAS mengutuskan surat rasmi jemputan kepada PPBM.\n\nPada 13 Ogos 2020, satu surat rasmi Jemputan kepada PPBM untuk menyertai MN diutuskan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden PPBM. Surat ini ditandatangani oleh kedua-dua Presiden UMNO dan PAS.",
"Dalam masa yang sama secara senyap-senyap UMNO mendapat perkhabaran bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Parti Perikatan Nasional telah ditubuhkan yang disertai PPBM, PAS, MIC dan STAR.",
"9 Ogos 2020, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan media di Awani menafikan PAS menyertai Parti PN dan mengeluarkan sebarang surat sokongan yang menamakan Datuk Seri Samsuri dan Datuk Seri Takiyuddin sebagai wakil PAS dalam Jawatankuasa Penaja Parti PN.",
"17 Ogos 2020 diumumkan Pilihan Raya Negeri Sabah.",
"19 Ogos 2020 Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin dilaporkan media bahawa “PAS akan sertai Parti Perikatan Nasional”.",
"27 Ogos 2020, MIC menarik diri daripada Parti Perikatan Nasional untuk kekal sebagai komponen dalam Barisan Nasional. MIC menulis surat kepada pihak ROS mengenai pendiriannya.",
"18 November 2020 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN, UMNO menyatakan rasa terkilan namun menghormati keputusan PAS untuk menyertai Parti PN walaupun berkali-kali menafikan dalam beberapa mesyuarat sebelum ini dan dalam kenyataan media.",
"Mesyuarat juga bersetuju untuk terus mencari jalan untuk memperkukuhkan kerjasama UMNO-PAS dalam MN yang dibina atas linangan air mata di PWTC.",
"",
"Kesimpulannya:",
"1. UMNO tidak pernah mengkhianati MN, jauh sekali untuk mengkhianati mana-mana parti.",
"2. Benar UMNO dan PAS menjemput secara rasmi PPBM untuk menyertai MN, namun setelah PPBM secara senyap-senyap menubuhkan PN dengan menarik PAS bahkan parti komponen BN sendiri MIC untuk menjadi penaja kepada parti PN, maka penyertaan ke dalam MN sudah menjadi akademik dan tidak lagi relevan.",
"3. Muafakat Nasional adalah gagasan besar yang dijelmakan untuk memenuhi hasrat penyatuan ummah yang melangkaui sempadan politik kepartian, tidak mengikat, jauh sekali hanya sekadar untuk memenuhi citarasa politik mana-mana pihak.",
"4. Mana-mana permuafakatan yang hendak dibina mesti berteraskan kepada kejujuran, ketelusan dan keikhlasan, barulah mampu kekal bertahan lama. – UMNO ONLINE",
"#FaktaBukanAuta\n#PemudaTerasKebangkitan\n#BangkitKembali\n#MuafakatNasional",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/12/03/apa-guna-pnb118-dan-trx106/ | [
"Apa guna ada PNB118 dan TRX106 kalau rakyat kita masih miskin?",
"I guess you already taste your own medicine. But, you stay being deluded.",
"PNB118, TRX106, Bandar Malaysia, HSR, ECRL, MRT3, LRT3. Semua projek-projek ni perlu selari dengan pembangunan. Semua projek dah ada research. Apa multiplier effects dia, apa manfaat yang rakyat dapat.\n\nSemua projek-projek ni dijangka akan mengeluarkan Malaysia daripada middle income trap. Sepatutnya, tahun 2020 lagi negara kita dah capai status Negara Berpendapatan Tinggi.",
"Apa yang negara kita dapat daripada status ni? Foreign investment. Gaji naik, high skill worker, high technology transfer, R&D kita meningkat.",
"Sebagai orang yang terlibat dalam sektor pembinaan. Kau tahu apa yang rakyat dapat daripada dua pembinaan bangunan tinggi PNB118 dan TRX106 ni? Banyak engineering field yang baru rakyat Malaysia dapat terokai macam\n1. Facade engineering\n2. Green building\n3. Anti-terrorism building management\n4. Fire engineering\n5. Lifting engineering\n6. Skyscraper project and construction management\n7. Skyscraper structural analysis & engineering design",
"Kau ingat semua benda-benda ni boleh belajar dekat Universiti? Kau tahu berapa ramai lecturers/researchers dalam Malaysia yang nak explore new fields ni? Dan kau cakap benda ni tak guna? Ataupun kau yang sebenarnya yang kurang gunakan tahap pemikiran kau?",
"Tapi, itulah. ‘Engkorang’ jugak yang shove off apa yang Barisan Nasional nak buat. Kau nak sumbat Najib dalam penjara? Sekarang Najib lagi seronok duduk main FB. Harta dia yang kena rampas dah dapat balik. Penemuan baru dalam kes 1MDB berkaitan Tan Sri Zetty Aziz dan Jhow Low pun dah ditemui.",
"Back to my words again.",
"You already taste your own medicines. Unfortunately, you still stay being deluded.",
"MOHAMAD KHALED NORDIN "
] |
https://umno-online.my/2021/11/27/harga-makanan-yang-naik/ | [
"Sepanjang 2021 negara mengalami kenaikan harga makanan antaranya ayam, telur ayam, minyak masak, roti dan sayur-sayuran.",
"Sebagai contoh harga ayam proses meningkat dengan mendadak sepanjang 2021. Ia mencecah RM10 sekilogram walau pun sebelum ini, ia hanya sekitar RM7-RM8 sekilo.",
"—",
"PUNCA?",
"Seperti mana yang diterangkan oleh kementerian dan agensi berkaitan, punca utama kenaikan harga ayam adalah kerana kenaikan harga dedak menyumbang kepada kenaikan harga ayam hidup di peringkat penternakan kemudiannya meningkatkan harga ayam proses di peringkat borong dan juga runcit yang kita beli di pasar-pasar.",
"Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Malaysia mengimport hampir 100% keperluan membuat dedak dari luar negara. Tahun lepas sahaja kita mengimport 3.85 juta tan jagung dengan nilai RM3.3 bilion dan 732 ribu tan kacang soya dengan nilai RM1.3 bilion dari negara pengeluar seperti Argentina dan Brazil.",
"Kebergantungan Malaysia kepada pengimportan komoditi jagung dan kacang soya memberi kesan kepada harga ayam apabila harga jagung naik meningkat mendadak terutamanya sejak wabak Covid-19 melanda, sebelum ini sekitar USD300-USD400 sepanjang tahun 2 lepas meningkat sehingga setinggi USD800 sekarang sekitar USD600. Sama juga kacang soya, sebelum ini sekitar USD900-USD1,000, tahun ini pernah mencecah USD1,700 dan sekarang kekal tinggi pada USD1,200.",
"Antara punca kenaikan harga komoditi ini adalah kerana cuaca kemarau berpanjangan yang mengurangkan pengeluaran jagung dan kacang soya di ladang-ladang ditambah pula dengan permintaan yang melonjak selepas sektor ekonomi dibuka di seluruh dunia terutamanya permintaan yang tinggi daripada negara pengguna seperti USA dan China. Apabila penawaran (supply) terhad, dan permintaan (demand) meningkat, kita semua tahu apa yang akan berlaku – harga meningkat.",
"Begitu juga dengan harga gandum yang merupakan ramuan utama untuk membuat roti, harga komoditi ini juga meningkat mendadak jika sebelum ini sekitar USD500-USD600 kini sekitar USD850 satu peningkatan yang signifikan yang menyebabkan kilang-kilang roti terpaksa menaikkan harga borong dan runcit untuk menampung kos menghasilkan roti.",
"Kita perlu faham bahawa harga komoditi antarabangsa termasuk komoditi yang dihasilkan di dalam negara kita adalah mengikut kuasa pasaran dan di luar kawalan Kerajaan. Sama seperti harga minyak mentah antarabangsa untuk menghasilkan petrol dan diesel, ia bergantung kepada supply dan demand di dalam pasaran antarabangsa. Secara kebetulan sepanjang 2017 sehingga sebelum Covid-19 melanda pada tahun 2020 harga-harga komoditi ini stabil dan kekal rendah dan sejak setahun kebelakangan ini.",
"Sama juga dengan harga sayur-sayuran yang meningkat dengan begitu mendadak sekali. Faktor bermusim seperti cuaca hujan yang mempengaruhi pengeluaran sayur-sayuran seperti di Cameron Highlands. Terdapat juga komponen import yang meningkat harganya iaitu baja yang meningkatkan harga untuk menghasilkan sayur-sayuran. Disamping itu Malaysia juga mengimport sayur-sayur tertentu daripada luar untuk memenuhi keperluan pengguna contohnya cili dan kubis bulat yang mana lebih 65% diimport dari negara seperti Thailand yang juga mengalami musim tengkujuh dan hujan berlarutan yang mengganggu pengeluaran sayur.",
"—-",
"LANGKAH JANGKA PENDEK",
"Semua ini bukanlah bermakna Kerajaan tidak mempunyai langsung kuasa untuk campurtangan dengan melakukan intervensi membantu mengurangkan beban pengguna yang terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan pengguna seperti ayam, telur, minyak masak, roti dan sebagainya.",
"Pertamanya, sebagai langkah jangka pendek, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan tambahan RM262 juta untuk membantu kos petani dan peladang yang terkesan dengan kenaikan harga input – dengan sasaran ia akan mampu mengawal kenaikan harga runcit kepada rakyat.",
"Selain itu, penguatkuasaan yang lebih ketat juga wajar dilaksanakan pada saat ini untuk memastikan tiada orang tengah yang mengambil kesempatan menaikkan harga dan marjin keuntungan sambil menyalahkan petani dan peladang.",
"Saya yakin usaha-usaha ini dan kemungkinan lain sedang dibincangkan oleh MAFI, MOF dan KPDNHEP untuk keputusan dan tindakan segera.",
"Keduanya, seperti yang dicadangkan oleh KPDNHEP, Kerajaan boleh memberi subsidi input di peringkat pengeluaran contohnya subsidi harga dedak kepada penternak untuk mengurangkan kos menternak ayam. Di dalam Bajet 2022, Kerajaan telah pun mengumumkan peruntukan sejumlah RM1.5 bilion subsidi dan insentif untuk subsidi benih dan baja.",
"Walaubagaimanapun langkah-langkah ini hanya untuk jangka pendek dan tidak menyelesaikan masalah asas struktur – iaitu kadar import input yang terlalu tinggi.",
"—",
"LANGKAH JANGKA PANJANG",
"Matlamat utama sudah tentunya mengurangkan kebergantungan import tidak kira import bahan mentah input seperti jagung dan baja atau import barangan siap seperti sayur-sayuran.",
"Contohnya dedak – Malaysia perlu memperhebat usaha sedia ada untuk menghasilkan dan menggunakan produk alternatif sebagai dedak. Pada tahun 2015, MPOB dan UPM mula menghasilkan produk dedak berasaskan isirong sawit. Usaha seperti ini wajar diperhebat. Malaysia pengeluar sawit dan jika tumpuan diberi serta R&D mendalam dilakukan, kelebihan ini perlu diterokai. Kebergantungan kepada kacang soya dan jagung akan berkurang jika alternatif seperti isirong sawit boleh digunakan sebagai dedak.",
"Kerajaan juga melihat bagaimana untuk menggalakkan pertanian sayur yang mempunyai nisbah kebergantungan import yang tinggi seperti cili dan kobis bulat. Dalam Bajet 2022, Kerajaan mengumumkan insentif di bawah Program Jaminan Bekalan Makanan Negara dan Program Galakan Usahawan Tekno PKS bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Kerajaan juga bercadang membenarkan tanah-tanah terbiar dan tidak dibangunkan yang dimiliki Kerajaan Persekutuan dan juga tanah rizab Melayu untuk disewakan kepada golongan belia dan berpendapatan rendah bagi projek pertanian untuk meningkatkan hasil pertanian di samping memberi peluang mereka menjana pendapatan dan secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan negara kepada import bahan makanan.",
"Insentif-insentif lain seperti program pembiayaan berjumlah RM1.25 bilion di bawah Agrofood Facility yang disediakan oleh Agrobank dan BNM melengkapkan usaha jangka panjang Kerajaan untuk menstabilkan harga makanan dengan memastikan pembekalan yang mencukupi di dalam pasaran.",
"Disamping itu, jika semua ini dilihat terlalu perlahan, Kerajaan melalui syarikat pelaburan milik Kerajaan boleh melabur di dalam penghasilan baja di dalam negara. Jika tiada teknologinya, bolehlah melabur di dalam syarikat-syarikat pengeluar baja di luar negara untuk memindahkan teknologi ke dalam negara di samping memastikan bekalan baja dari luar negara tidak putus dan harganya berpatutan.",
"—",
"Kebergantungan yang tinggi kepada import membawa risiko kepada negara seperti halangan eksport daripada negara pengeksport yang mahu memberi keutamaan kepada rakyat di negara mereka seperti mana berlaku tahun lepas apabila Vietnam menghalang daripada beras mereka untuk dieksport ke negara luar.",
"Jadi dasar-dasar Kerajaan yang diumumkan dan dilaksanakan adalah demi Keselamatan dan Kedaulatan Makanan (Food Security and Sovereignty) untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi pada harga yang berpatutan bagi menampung keperluan pengguna seperti kita semua.",
"Yang terakhir sudah tentu penyelesaian terbaik adalah menyediakan pekerjaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah dan rakyat di negara kita untuk menampung kenaikan kos sara hidup. Dengan Inisiatif Jamin Kerja yang diumumkan, 600 ribu peluang pekerajaan akan diwujudkan termasuk insentif peningkatan kemahiran yang boleh membantu rakyat meningkatkan kemahiran dan seterusnya pendapatan mereka. Disamping itu Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sedang menjalan sesi libat urus bersama pemegang taruh untuk menaikkan gaji minimum tahun depan (2022).",
"Kenaikan harga makanan perlu ditangani untuk mengurangkan beban pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang terkesan teruk dengan krisis ekonomi akibat wabak Covid-19. Harga kawalan dan subsidi adalah langkah jangka pendek sebagai “stop-gap measures” tetapi isu kenaikan harga ini hanya boleh diselesaikan melalui pengurangan kebergantungan import dan juga meningkatkan pendapatan isi rumah yang memerlukan komitmen, dasar dan pelaburan oleh Kerajaan.",
" ",
"",
"",
"",
"",
" ",
" "
] |
https://umno-online.my/2021/11/25/umno-pelopori-reformasi-khaled-nordin/ | [
"Reformasi dan pembaharuan adalah retorik politik yang senang diucap tetapi sukar dilaksanakan.",
"Halangan terbesar terhadap pembaharuan ialah ‘mindset’. Minda yang telah sebati dengan cara lama tidak mudah diubah.",
"Tetapi untuk kekal pegun dan ‘changeless’ adalah langkah ke belakang, bukan jalan ke hadapan.",
"Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah meletakkan agenda pembaharuan politik sebagai keutamaan. Penampilan hampir semua calon baru membawa kesegaran kepada kepimpinan dan sangat dinantikan.",
"",
"Iltizam meminda perlembagaan untuk menghentikan pelacuran politik dengan membenteras politik lompat-melompat jelas sangat diterima rakyat. Insya-Allah akan BN laksanakan segera.",
"Demikian juga iltizam untuk mewujudkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, bagi menjelmakan keterangkuman dalam perwakilan politik di peringkat DUN.",
"Belia, aktivis dan pejuang masyarakat adalah mereka yang wajar diberikan suara di DUN.",
"Tanpa slogan dan retorik yang berapi-rapi, BN telah menjiwai dan menterjemahkan reformasi politik dan institusi dengan lebih tuntas.",
"Begitu juga semenjak Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat (YAB) Ismail Sabri mengambil alih jawatan, pelbagai reformasi politik telah beliau zahir dan mula laksanakan.",
"Memorandum Persefahaman (MoU) antara pembangkang dan kerajaan adalah ‘inovasi’ politik yang telah mencipta kestabilan yang sangat Malaysia perlukan.",
"Malaysia sekarang telah mempunyai Ketua Pembangkang dengan taraf dan kelayakan seorang Menteri. Insya-Allah pelbagai lagi pembaharuan institusi akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri dalam tempoh MoU Kerajaan Pembangkang beroperasi.",
"Moral dari semua ini ialah reformasi itu bukan agenda milikan Pakatan Harapan (PH) lagi. BN bukan sahaja tegas untuk melakukan reformasi, malah telah mendahului dalam pelbagai segi.",
"Malaysia yang lebih baik memerlukan parti dengan ‘sophistication’ politik yang bersifat sezaman. Justeru, bagi BN, pembaharuan adalah suatu kemestian untuk semua pergerakan politik.",
"PH bukan lagi pelopor pembaharuan di Malaysia. Keputusan di Melaka menunjukkan bahawa sebenarnya PH yang memerlukan pembaharuan, reformasi dan peremajaan.",
"Anwar dan rakan seangkatannya dalam DAP telah melepasi zaman mereka. Masa untuk penyesuaian pastinya telah tiba. – UMNO ONLINE",
" ",
"\nDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/11/23/prn-melaka-referendum-rakyat-umno-bn-bukan-sekadar-menang-tapi-sokongan-untuk-kestabilan/ | [
"",
"Kejayaan menganjurkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam persekitaran norma baharu bermula pada hari penamaan calon, tempoh kempen dan hari pengundian pada tarikh 20 November 2021 merupakan satu indikator penting yang boleh berperanan sebagai simulator kepada pilihan raya negeri Sarawak dan PRU 15 yang akan datang.",
"Pelbagai pihak sama ada daripada institusi kerajaan mahupun parti-parti politik perlu menilai secara serius impak sosial, keselamatan kesihatan dan keberkesanan pelaksanaan pengurusan PRN lebih efisien.",
"",
"Oleh demikian, keputusan kerajaan yang diterajui oleh YAB Dato Seri Ismail Sabri mewujudkan persekitaran pilihan raya norma baharu yang masih mendokong elemen-elemen demokrasi dan tidak menghalang partisipasi rakyat menerusi pendekatan baharu dalam aktiviti berpolitik sepanjang tempoh PRN Melaka adalah tepat.",
"Malah tindakan beliau dan pasukan Keluarga Pentadbiran Putrajaya dalam mengolah pendekatan baru baru pilihan raya telah mendorong kejayaan besar UMNO-BN di Melaka bukan sekadar menang tetapi berjaya mewujudkan kestabilan politik dengan majoriti lebih 2/3 kerusi di DUN Melaka.",
"Keputusan PRN ini merupakan referendum jelas daripada rakyat dan pengundi yang bersetuju dengan langkah Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan Persekutuan yang mengetatkan SOP demi keselamatan rakyat Melaka sekaligus diterjemahkan menerusi kemenangan besar dalam PRN tersebut.",
"Kini, di peringkat awalnya tema manifesto BN iaitu kestabilan untuk kemakmuran telah berjaya dicapai dan perlu diperluaskan ke dalam pilihan raya negeri lain dan peringkat Persekutuan sebagai usaha dan ikhtiar daripada pihak kerajaan bagi memastikan keselamatan kesihatan rakyat dipelihara dan pada masa yang sama amalan demokrasi negara terus disuburkan dalam konteks norma baharu.",
"Namun kejayaan besar yang diperolehi UMNO-BN di Melaka tidak boleh dijadikan indikator utama dalam megeneralisasikan bahawa PRU-15 boleh di adakan dengan segera dan pada bila-bila masa disebabkan oleh beberapa faktor iaitu peningkatan peratusan undi yang diterima oleh BN (38.39) adalah rendah dan hanya berbeza 2.57% sahaja dengan PH (35.82).\n\nPerbezaan peratusan ini sangat kecil dan memerlukan kerja-kerja politik yang lebih agresif dan gigih jika PRU-15 ingin dijalankan dalam tempoh terdekat. Jentera pilihan raya UMNO-BN baru sahaja selesai bertempur di Melaka, sudah pasti lebih masa perlu diperuntukkan bagi memastikan tenaga dan strategi jentera dapat dikerahkan secara maksimum serta berkualti untuk memenangi PRU-15 dengan lebih berjaya dan bergaya.",
"Di samping itu, faktor tiga penjuru yang berlaku di PRN Melaka merupakan faktor sampingan kepada kemenangan UMN-BN, terdapat faktor-fkator utama lain yang perlu dicontohi dan dibawa meluas ke negeri-negeri lain dan Persekutuan menjelang PRU-15 seperti penyelesaian isu-isu tempatan, kewibawaan calon-calon dan pemimpin-pemimpin yang akan mewakili UMNO-BN dalam pilihan raya dan manifesto yang realistik kepada politik lokal.\n\nKepimpinan parti dan gabungan BN perlu terus berpegang kepada pendirian untuk mengambil iktibar daripada PRU-14 lalu untuk membina laluan baru perjuangan politik agar tidak terus menerus terjerumus dan berhadapan dengan kekecewaan sekali lagi.\nKeyakinan politik bahawa impak pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14 lalu telah lapuk dan tidak relevan adalah satu ke\npercayaan politik yang bahaya kepada parti dan gabungan BN.",
"Meskipun BN menang besar dengan pertandingan 3 penjuru di Melaka, budaya politik Melaka berbeza dengan politik negeri lain dan peringkat Persekutuan.",
"Hatta jika individu luar dari Melaka yang tidak memahami dari segi loghat bahasa dan gurau rakyat Melaka boleh menimbulkan kekeliruan, apatah lagi mentafsir budaya politik rakyat Melaka juga perlu dihayati oleh semua pihak dan tidak boleh diterjemahkan sebagai denyut nadi politik semasa seluruh rakyat Malaysia.",
"Secara keseluruhannya, parti dan BN perlu mengambil langkah berhati hati dalam menyediakan persekitaran politik yang menguntungkan masa depan parti.",
"Keselamatan kesihatan rakyat adalah keutamaan kerajaan,tetapi pada masa yang sama strategi norma baharu mampu memberi impak kepada kejayaan UMNO-BN untuk terus kembali menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam setiap pilihan raya.\n\nDr. Mohammad Tawfik Yaakub\nPenganalisis Politik Tempatan\nPensyarah Kanan Jabatan Pengajian Politik & Pentadbiran Universiti Malaya"
] |
https://umno-online.my/2021/11/21/bn-muhasabah-dalam-kemenangan/ | [
"Kemenangan semalam memberi suatu suntikan semangat kepada BN. Keseronokan yang kita masih rasai pagi ini sukar diungkapkan dengan kata-kata.",
"Syabas kepada kepimpinan dan jentera UMNO dan tak kurang juga senyum kita melihat parti komponen yang berjaya menyumbang kepada kemenangan.\n\nBelum sampai beberapa jam setelah keputusan diumumkan, tidak dinafikan pelbagai rumusan dan teori yang mula diutarakan, khususnya tentang apa erti keputusan PRN ini kepada senario politik dan pengundi keseluruhan.",
"Di peringkat awal ini, saya cuma ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan pendukung parti supaya kita cermat dalam membuat beberapa perkara.",
"1. Tidak riak atau mendongak dengan kemenangan, terutamanya dalam kenyataan dan tindakan kita di mata rakyat – ini paling penting.",
"2. Membuat analisa mendalam tentang semua aspek yang berlaku di Melaka di pihak kita, pihak lawan dan pihak pengundi. “Postmortem” bukan hanya penting sewaktu keputusan tidak berpihak kepada kita. Tetapi ia sama penting sewaktu menang, supaya kita tak tersilap membuat kesimpulan meluas.",
"Jika ada yang dah umum akan kaji punca kalah, tidak rugi kita kaji punca menang. Faktor-faktor penyumbang yang dikenalpasti, kita kaji sama ada ia terpakai di tempat dan masa lain. Sejarah PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar dan PRU14 dijadikan iktibar agar tak berulang. Pendekatan dan naratif yang menjadi, kita teruskan. Yang perlu diperbaiki, kita kemaskan. Tak rugi kita kekal dalam mode “mengejar” berbanding mode selesa.",
"3. Fokus kepada janji manifesto kita, terutamanya yang telah dihebahkan untuk pelaksanaan 100 hari. Tiada ramuan lebih padu untuk kejayaan berterusan daripada kredibiliti sesebuah parti dimata rakyat.",
"Mudah-mudahan segala perancangan kita selepas ini membawa kemenangan bukan hanya kepada parti tetapi kemakmuran kepada negara dan rakyatnya.",
"Syabas dan selamat berkhidmat YAB Ketua Menteri, bakal exco dan rakan-rakan YB",
"Alhamdulillah.",
"\nSHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/11/19/pilih-bn-kestabilan-kerajaan-adalah-katalis-kemakmuran-melaka/ | [
"",
"Sabtu ini, rakyat Melaka akan memilih Kerajaan yang baharu.",
"Saya menyeru pengundi Melaka menggunakan peluang ini untuk menghantar isyarat yang tegas dan jelas. Sampaikan pada semua. Bahawa kestabilan politik mesti dikembalikan.",
"Semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, Melaka dan Malaysia menyaksikan amalan politik yang sangat kucar-kacir.",
"Ia adalah sesuatu yang tidak pernah kita lalui dalam sejarah demokrasi Malaysia. Dan yang pasti, ia telah sangat menyusahkan semua pihak, khususnya rakyat.",
"Kerajaan silih berganti kerana tidak wujud sebuah parti yang dominan dan menjadi teras.",
"",
"Bayangkan, Kerajaan terbentuk hasil gabungan parti-parti kecil yang memutuskan untuk bekerjasama sambil mengumpan Ahli-ahli Parlimen yang tergamak melompat untuk menyertai mereka. Sudah pastilah rakyat menjadi mual dengan politik. Ahli politik sudah tidak dipercayai sama sekali.",
"Semua ini perlu dihentikan. Sekarang.",
"Kestabilan kerajaan adalah katalis kemakmuran Melaka. Selama lebih enam dekad, Barisan Nasional (BN) satu-satunya parti yang boleh dan telah mengurus Melaka dengan jayanya, menjadikannya antara negeri paling membangun di Malaysia.",
"Benar BN tidak sempurna dan tidak akan mungkin menjadi sempurna. Tetapi dalam segala kebaikan dan kelemahan BN, ia adalah formula politik paling ideal untuk Malaysia dan Melaka.",
"Melalui BN, kuasa dikongsi secara bersama selama puluhan tahun dan kepentingan kaum diuruskan secara muafakat. Tiada masalah yang BN tidak selesaikan secara kolektif dan harmoni.",
"Bagi memastikan tawaran kestabilan ini boleh dicapai, BN menampilkan kira-kira 87% calon baru.",
"Mereka adalah taruhan BN untuk Kerajaan yang berwajah dinamik, segar dan progresif.",
"Mereka adalah generasi penerus yang berwibawa, bersih, berilmu dan berpendirian. Bukan golongan yang memperdagangkan politik dan kedudukan untuk kuasa.",
"Mereka adalah jawapan BN untuk membasmi pengkhianatan, politik lompat melompat yang tidak bermoral dan sindrom kegilaan kuasa yang memualkan.",
"Mereka juga adalah generasi yang akan menguruskan masa depan Melaka dengan Kerajaan yang terangkum, kompeten dan amanah.",
"Insya-Allah, setelah terpilih, BN akan mengembalikan era terbaik Melaka seperti suatu waktu dulu.",
"Selamat mengundi rakyat Melaka. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/11/18/keluarlah-mengundi-tekad-pilih-bn/ | [
"Rakyat Melaka keluarlah mengundi pada Sabtu ini. Ini rayuan saya kepada para pengundi Negeri Melaka. Hal ini sangat penting dan kesannya kelak juga sangat besar. Walaupun saya faham sekarang ini ramai yang muak, jelak malah rasa menyampah dengan polemik politik tapi marilah tamatkan hal ini dengan mengundi BN.",
"Cukup-cukuplah apa yang kita lalui selepas PRU-14 dulu. Ya, BN tak jadi kerajaan dan PH mendapat mandat tapi PH runtuh kerana tindakan politik mereka sendiri. Bukan salah UMNO/BN. Ingatlah semula apabila PM-7 letak jawatan yang menjadikan kerajaan PH tumbang. Kemudian PN diwujudkan demi rakyat dan negara iaitu agar tak berlaku pilihan raya. Waktu itu UMNO/BN sokong PN demi rakyat juga, sebab nak elakkan pilihan raya apatah lagi COVID-19 baru menular yang juga disebabkan kegagalan PH buat kawalan dari awal.\n\nKemudian kenapa UMNO/BN tarik sokongan dari PN kan dah jelas yang PM-8 gagal mentadbir malah nak bunuh pula UMNO yang berikan sokongan pada mereka. Cukuplah UMNO/BN dipersalahkan. PRN Sabah pun UMNO/BN dikhianati apabila dalam diam ada calon bebas yang sengaja ditaja oleh meraka agar UMNO/BN kalah. Tak payahlah cerita soal ‘curi’ ahli di Cawangan kerana jelas hanya UMNO yang mempunyai jentera akar umbi sedangkan dalam parti sebelah sana… kalau ada pun adalah mereka yang serpihan dari UMNO.",
"Pengundi PRN Melaka mesti keluar mengundi. Ini tanggungjawab, amanah untuk memilih pemimpin bagi mentadbir negeri. Pilihlah BN. Tak kan dah lupa apa janji-janji PH yang tak ditunaikan waktu dah jadi kerajaan. Tak kan tak tahu bagaimana ‘cekap’ mereka mengadu domba bangsa kita dan memecah perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?",
"Kan dah jelas yang mana-mana pemimpin UMNO/BN yang didakwa di mahkamah adalah kerana tak sokong mereka, termasuk saya sendiri. Yang lompat ke sana terus nama mereka digugurkan dari pendakwaan sebagaimana calon mereka di DUN Tg Bidara. Saya masih tak lupa… memang saya masih ingat macam-macam tawaran mereka untuk saya sendiri. Bila ditolak… jadilah saya turun naik mahkamah. Memang saya tak akan lupa, maka pengundi PRN Melaka pun janganlah lupa. Jangan biarkan mereka yang menipu dan mencetuskan polemik politik negara dibiar berkuasa.",
"Bantulah BN hentikan polemik politik ini. BN nak mentadbir dengan baik supaya stabil dan makmur untuk rakyat dan masa depan Melaka, juga pada negara.",
"Beberapa kali saya sendiri turun ke Melaka, saya sendiri dah jumpa beberapa pengundi di tempat-tempat yang saya singgah. Saya minta, pohon dan rayu agar keluarlah mengundi dan pilihlah BN. Bantulah BN untuk menjadi kerajaan semula. Lebih 60 tahun BN jadi kerajaan dan bawa negara kepada kemajuan maka janganlah serahkan kembali pada PH yang memundurkan rakyat, apatah lagi PN yang ibarat gunting dalam lipatan. Undi BN untuk ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’.",
"TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR\nBendahari UMNO "
] |
https://umno-online.my/2021/11/17/batal-projek-hsr-kl-singapura-rugikan-rakyat-melaka-benarkah-abah-sayang-melaka/ | [
"Apabila Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum 14 (PPRU-14), banyak projek mega zaman Barisan Nasional (BN) dibekukan walaupun kontrak sudahpun dimeterai. Antaranya Projek Keretapi Laju (High Speed Rail-HSR) yang menghubungkan dua ibukota utama ASEAN iaitu Kuala Lumpur dan Singapura diumumkan oleh Kerajaan BN.",
"Dalam perancangan Kerajaan BN terdahulu, rakyat Melaka antara penerima manfaat besar daripada projek HSR ini terutamanya apabila Ayer Keroh dijadikan antara 7 stesyen utama.",
"Malangnya apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin naik sebagai Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda PH yang pernah beliau dokongi dengan MEMBATALKAN terus HSR yang menghubungkan Singapura.\n\nApakah kesannya?",
"1. Melaka sebagai negeri yang bergantung sepenuhnya kepada industri pelancongan terlepas peluang besar untuk dipacu ekonominya dengan lebih hebat apabila HSR dibatalkan.",
"2. Pembatalan juga merencatkan perkembangan industri pelancongan Melaka terutamanya pelancong-pelancong daripada Singapura yang membawa bersama potensi kemasukan dana berbillion Dollar Singapura. Ini tidak termasuk pulangan besar kepada ekonomi melaka yang bakal dibawa pelancong asing yang boleh transit ke Melaka untuk beberapa hari dalam perjalanan antara SIngapura-Kuala Lumpur.",
"3. Integrasi ekonomi dua ibukota ini akan menarik pelaburan asing bernilai tinggi dan bakal mewujudkan lebih 110,000 peluang pekerjaan yang boleh dinikmati bersama oleh rakyat Melaka.",
"4. Limpahan keuntungan daripada pembangunan Bandar Malaysia yang dianggarkan mencecah lebih RM200 billion juga terlepas daripada untuk dinikmati rakyat Melaka.",
"5. Jangka panjang, ‘connectivity’ atau jaringan perhubungan yang terbina daripada HSR ini akan melimpahkan kekayaan dan kemakmuran kepada rakyat Melaka di samping menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat.",
"6. Tempoh pembinaan HSR sendiri akan memberikan peluang pekerjaan di dalam sektor Rel Berteknologi Tinggi kepada anak-anak muda professional lebih-lebih anak Melaka kerana Ayer Keroh adalah antara stesyen utama.",
"7. HSR akan membawa Pembangunan Berorentasikan Transit (TOD) kepada kawasan-kawasan sepanjangan jajaran HSR seperti pembukaan kawasan-kawasan perumahan, komersil dan industri yang baru, sekaligus boleh mencambah kekayaan rakyat di Melaka.",
"Namun semua 7 fakta kemakmuran yang direncanakan oleh Kerajaan BN terdahulu begitu mudah dileburkan hanya kerana dendam politik Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang akhirnya memangsakan rakyat Melaka.",
"Bukankah ini satu pengkhianatan terbesar buat rakyat Melaka?",
"Lebih malang lagi apabila rakyat terpaksa menanggung pula kos sebanyak RM320 juta akibat pembatalan yang dibuat oleh Abah sebagaimana yang didedahkan oleh seorang Menteri Singapura pada bulan Januari 2021 di Parlimen Singapura.",
"Justeru, wahai rakyat Melaka apakah pengkhianatan seperti ini bukti #AbahSayangMelaka sebagaimana yang terpampang di poster-poster dan Billboard seluruh Melaka ketika ini.",
"Atau sebenarnya lebih tepat #AbahSailangMelaka?",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/11/12/bn-bukan-parti-ekstrem-pendukung-kemajmukan-malaysia-khaled-nordin/ | [
"MalaysiaKini hari ini melaporkan kenyataan Presiden PAS yang dipetik berkata bahawa Perikatan Nasional (PN) adalah satu pakatan kesederhaan yang ditubuhkan sebagai ‘perikatan menentang parti-parti ekstrem’.",
"2. Memandangkan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang tidak berada dalam pakatan tersebut, secara tidak langsung beliau turut bermaksud bahawa BN adalah parti yang ekstrem.",
"3. Sudah tentu pandangan sebegini tidak benar. BN bukan parti yang ekstrem atau menyokong ekstremisme. Jika tidak, mana mungkin selama 61 tahun rakyat Malaysia memilih BN dan bukannya PAS. Saya rasa semua orang tahu jawapannya.",
"KOTA MELAKA 11 Nov–BERKIBAR… Bendera Barisan Nasional (BN) berkibar di sepanjang jalan dalam Duyong bagi menghangatkan suasana menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka di sini hari ini.",
"4. PAS tidak pernah menang besar dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU), kerana kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia secara umumnya, PAS adalah parti dengan ideologi Islam yang ekstrem.",
"5. Mereka tidak yakin PAS boleh menawarkan solusi untuk Malaysia dengan komposisi kemajmukannya yang kompleks.",
"6. Kerana itu, walau berpuluh tahun kewujudannya, dengan Islam yang dicanangkan sebagai landasannya sekalipun, majoriti orang Melayu tidak pernah menerima PAS sebagai parti yang boleh mewakili mereka.",
"7. Sekarang PAS berkicau seolah-olah ia lebih ‘sederhana dari yang sederhana’. Tetapi rekod dan prestasi PAS jelas menunjukkan bahawa ia bukan parti sederhana.",
"8. Ia mungkin kelihatan sederhana hari ini bukan kerana ideologi dan pendekatan politiknya, tetapi kerana PAS menyedari bahawa untuk terus diajak menjadi Kerajaan ia terpaksa menjadi sederhana.",
"9. Sepanjang kewujudannya, BN kekal dengan pendirian mendukung kepelbagaian Malaysia. Kerana itu BN tidak pernah menyertai pelbagai perikatan lain untuk kononnya tampak sederhana.",
"10. Lihatlah rekod PAS. Perikatan mana yang ia tidak pernah sertai untuk melunakkan persepsi radikalnya, termasuklah merangkul erat DAP sebagai sekutunya.",
"11. Jadi apabila parti di luar pakatan yang disertai PAS dilabel sebagai parti ekstrem, maka saya teringat bidalan orang tua-tua. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.",
"12. Kepada PAS dan PN, BN ada kelemahannya. Namun kelemahan BN bukannya kerana ia parti yang ekstrem.",
"13. Sekali pun BN itu mungkin ada sisinya yang ‘ekstrem’, ekstrem BN itu bersebab dan berasas. BN ekstrem mempertahankan kemajmukan Malaysia. BN ekstrem menentang mereka yang khianat pada mandat rakyat dan meludah demokrasi dengan melompat sesedap rasa. BN ekstrem mengembalikan demokrasi dan memulihkan Malaysia dengan sebaiknya.",
"14. Kepada ‘perikatan menentang parti yang ekstrem’ itu, alhamdulillah, akhirnya anda menyedari bahawa Malaysia ini majmuk dan sederhana. Tetapi kalau di hulu airnya keruh, tidak dapat tidak, di hilirnya keruh juga.",
"Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden"
] |
https://umno-online.my/2021/11/09/umno-di-pasca-muafakat-nasional-khaled-nordin/ | [
"MAKA PAS telah memilih Perikatan Nasional (PN) daripada mengutamakan Muafakat Nasional (MN). Kepimpinan PAS juga telah menetapkan bahawa ahlinya akan mengundi PN dan bukan Barisan Nasional (BN).",
"UMNO menerima keputusan itu dengan berlapang dada. UMNO tegas dengan pendirianya untuk bertanding atas tiket BN secara sendirian.",
"Jelas sekali bahawa MN tidak mudah dioperasikan. Keputusan PAS bermakna MN itu hanya wujud pada nama, tidak pada semangatnya.",
"Laungan MN demi perpaduan ummah hanyalah halwa telinga. Hakikatnya, dalam politik, pelbagai kepentingan lain adalah keutamaan.",
"UMNO tegas untuk tidak bekerjasama dengan PPBM bukan kerana ia membelakangkan kepentingan ummah dan bangsa Melayu.",
"Tetapi kerana PPBM itu dibidani kelahirannya untuk mengganti UMNO. Ia secara terang dan jelas, seteru UMNO. PAS wajar mengerti kedudukan ini.",
"",
"Kerana itu UMNO tidak memerlukan PAS untuk mendamaikan ia dengan PPBM. Seperti UMNO juga tidak pernah mengusahakan damai antara PAS dan Amanah demi kepentingan ummah kerana UMNO tahu sejarah keduanya.",
"PAS tidak boleh mengikat UMNO dengan MN dan pada masa yang sama mendambakan PN. PAS wajar terus dengan PN kerana ia tidak boleh terus keliru dengan apa yang ia kehendaki.",
"Dalam politik, tiada parti yang patut mencari keuntungan dari pelbagai pihak, dalam pelbagai keadaan dan pada setiap masa.",
"Keputusan PAS sebenarnya memberikan UMNO ruang dan peluang untuk kembali kepada BN yang sederhana, ‘multicultural’ dan progresif. Ia tidak lagi terbelenggu dengan sesiapa, bebas mencorakkan jalan kehadapannya.",
"Kerana UMNO sedar, jalan kemenangan ialah sokongan semua kaum dan bukan hanya Melayu. Kerjasama parti Melayu bukan satu-satunya jalan untuk menguasai kerajaan.",
"Dalam politik yang telah sangat ‘disruptive’, kemenangan akan banyak bergantung kepada tawaran dasar yang lebih baik, kepimpinan yang lebih dinamik, rencana ekonomi yang lebih lestari dan rencam generasi muda yang mesti difahami.",
"Jika hanya mencongak jumlah undi UMNO, PAS dan PPBM itu sebagai tanda aras kemenangan, maka sangatlah simplistik. Politik Malaysia bukan sebegitu simplistik.",
"Kerana rumitnya politik itulah, maka BN adalah taruhan terbaik UMNO untuk Malaysia. Yang lain hanya sampingan. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/11/07/umno-ni-sombong-khianat-perjanjian-berasa-diri-kuat/ | [
"“UMNO ni sombong. Khianat perjanjian. Berasa diri kuat.”",
"Bila dapat respon-respon sebegini, saya cuba lihat balik apa persetujuan yang asalnya ada dalam mesyuarat Muafakat Nasional. Ada dua persetujuan asas ketika rundingan kerusi:",
"Syarat pertama. Kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) hendaklah dikekalkan kepada penyandang.",
"Faktanya daripada lapan kerusi yang akan ditandingi PAS, empat daripadanya adalah kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU14.",
"Syarat kedua. Kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) akan dibahagikan antara UMNO dan PAS. Asas utama pembahagian adalah parti yang mendapat lebih undi pada PRU14 akan diberi keutamaan untuk bertanding di kerusi tersebut.",
"Faktanya daripada 20 kerusi yang ditandingi UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kesemuanya adalah kerusi yang mana undi UMNO melebihi undi PAS pada PRU14.",
"Ini adalah dua perkara asas. Dalam kedua-dua syarat asas ini, saya tidak nampak satupun syarat yang dimungkiri UMNO. Jadi bagaimana kita boleh kata UMNO khianat kepada Muafakat Nasional?",
"Malahan daripada kerusi-kerusi ini pun, asalnya UMNO menawarkan dua kerusi kepada PAS sebelum tawaran itu ditolak. Ini adalah kerusi-kerusi berstatus boleh menang. Bukan kerusi-kerusi sukar yang menjadi kubu PH.",
"Saya fikir adalah hak PAS untuk memilih bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan melawan UMNO. Begitu juga hak UMNO / Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di semua kerusi kali ini. Ia sesuatu yang tak dapat dielak memandangkan kedua-dua parti masih bereksperimen sebelum masuk ke gelangang sebenar (PRU15).",
"Tetapi sekurang-kurangnya berlawanlah secara seorang kawan. Kita buat secara friendly match. Kita saling hormat hak masing-masing. Kita tidak demonize satu sama lain. Kita tidak play victim untuk mencari simpati pengundi.",
"Friendly match adalah budaya yang sudah biasa dalam politik pilihan raya negara Barat. Bukan sesuatu yang pelik pun.",
"Saya bagi contoh Jerman. Parti pemerintah di peringkat persekutuan adalah gabungan Social Democratic Party of Germany (SPD) dan Christian Social Union (CSU). Ia dibentuk beberapa bulan selepas PRU 2017.",
"Tetapi dalam Pilihan Raya Negeri Bavaria 2018, kedua-dua parti bertembung. Walaupun berlawan antara satu sama lain, kedua-dua parti masih mempertahankan dasar kerajaan persekutuan, tidak cari simpati dengan memburukkan parti rakan dan fokus untuk mengalahkan parti pembangkang.",
"Inilah budaya politik normal di negara-negara maju. Kita juga akan mengalami perkara itu.",
"Masing-masing sudah memilih dengan jalan yang berbeza. Istiqamahlah dengan jalan tersebut sahaja. – UMNO ONLINE",
"Abdul Rahim Hilmi Zakariya\nKuala Terengganu"
] |
https://umno-online.my/2021/11/03/bajet-2022-penanda-aras-kesejahteraan-rakyat/ | [
"1. Pantun Keluarga Malaysia",
"Dalam taman, berkarya seni,\nHidup sihat, panjang usia;\nHidup Aman, makmur harmoni,\nItulah hasrat, keluarga Malaysia.",
"Suasana ceria, di Hari Raya,\nWarna biru, cantiknya baju;\nSatu Malaysia, keluarga berjaya,\nMasyarakat padu, negara maju.",
"Satu dua, tiga empat,\nLima enam, tujuh lapan;\nHidup keluarga, jangan merempat,\nBina impian, masa hadapan.",
"Dua tiga, empat lima,\nEnam tujuh, lapan Sembilan;\nHidup keluarga, bekerjasama,\nBangkit teguh, capai wawasan.",
"2. Di setiap agensi pelbagai Kementerian dicadang adakan 5 anugerah berikut untuk jadi pemangkin kepada gerakan sosial rakyat di peringkat Parlimen:-",
"ABC – Anugerah Belia Cemerlang Peringkat Parlimen;\nAUC – Anugerah Usahawan Cemerlang;\nASC – Anugerah Sekolah Cemerlang;\nADC – Anugerah Desa Cemerlang;\nAMC – Anugerah Masjid / Surau Cemerlang;\nBoleh diadakan semua ini di bawah inisiatif Keluarga Malaysia.",
"3. Minta semua Kementerian menyatakan apakah program dan jumlah peruntukan di bawah Kementerian dan agensi-agensi mereka untuk pembangunan negeri Melaka dan negeri Sarawak dan Sabah. Contohnya Bantuan Tunai 2021, untuk Sarawak seramai 978,434 penerima dengan jumlah RM1.5 bilion, Sabah 864,464 penerima berjumlah RM1.3 bilion dan Melaka RM412 juta.\n\n4. Adalah di minta EPU bersama MOF, Kementerian Kewangan menyenaraikan projek pembangunan untuk manfaat rakyat mengikut semua kawasan parlimen. Data dan maklumat itu perlu agar semua parlimen mendapat peruntukan yang lebih adil dan merata.",
"4.1. Contohnya Bukit Bintang, Cheras, Kepong, Seputeh, Petaling Jaya mendapat billion ringgit pembangunan MRT, LRT, Jalur Lebar, 5G, lingkaran lebuh raya, lampu jalan dan bangunan-bangunan kerajaan.",
"4.2. Maka, kawasan lain perlu diberikan pembangunan yang sesuai agar keadilan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, dengan pembangunan merata bagi merapatkan jurang.",
"5. Bagi mewujudkan kehidupan yang lebih baik maka adakan penanda aras / KPI pembangunan tertentu untuk sesebuah kampong/desa di luar bandar contohnya:-\n\n5.1. Penyelenggaraan parit dan saliran oleh JPS 4 bulan sekali / 3 kali setahun untuk semua parit, sungai besar dan kecil.",
"5.2. Memasang lampu jalan dengan jumlah yang mencukupi untuk semua kampung. Data yang ada dengan TNB mesti diselaras agar pemberian, lampu jalan ini ini diberi dengan adil dan sama banyak.",
"5.3. Membersihkan rumput semak samun oleh JKR untuk semua jalan kampung dan menurap semula dalam tempoh masa yang tertentu. Jalan pula mesti ada keluasan yang wajib bagi membolehkan kenderaan dapat berselisih.",
"6. Untuk mengatasi keciciran sekitar 60% daripada 400 ribu lepasan SPM yang berjumlah sekitar 250 ribu anak muda setahun, maka:-",
"6.1. Kajian perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan, EPU dan NGO tertentu seperti GPMS, bagi mendapatkan data yang tepat.\n\n6.2. Kajian mendalam oleh universiti tempatan di bawah KPT agar formula yang tuntas diperolehi bagi memastikan isu ini selesai untuk manfaat rakyat dan negara.",
"6.3. Kajian mesti dibuat oleh MEDAC, Kementerian Pembangunan Usahawan bagi menyediakan subjek baru keusahawan sebagai satu mata pelajaran teras daripada tingkatan 1 hingga 5 dan boleh dilanjutkan ke Tingkatan 6.",
"7. Kementerian Kewangan, LHDN dan Kastam perlu membuat kajian terperinci secara akademik dan professional berhubung\ncukai VAT (Value Added Tax) atau apa juga sistem percukaian yang boleh mentransformasikan pendapatan negara agar lebih mantap dan stabil.",
"7.1. Minyak naik, maka subsidi naik. Tahun ini RM8 bilion subsidi. Tahun depan RM15 bilion subsidi minyak. Dicadang subsidi dibuat secara bersasar dan bukan tersasar. Subsidi pukal menguntungkan orang kaya dan tidak adil kepada yang kurang berada.",
"7.2. Akta Tanggungjawab Fiskal yang diumumkan wajar menggariskan langkah-langkah perlu bagi memastikan pendapatan kerajaan sentiasa bertambah untuk manfaat rakyat. Seperkara yang penting, hutang yang terlalu banyak dan membebankan generasi akan datang mesti dielakkan. Kementerian juga mesti sediakan senarai dan nilaikan segala aset tetap dan mudah alih milik kerajaan dan kerajaan negeri, bukan hanya senarai hutang.",
"8. Menyediakan 600 ribu pekerjaan adalah kejayaan yang hebat namun berapa banyak jumlah yang bergaji tinggi dan merupakan kerjaya nilai tambah dan professional. Kadar pengangguran 4% wajar diturunkan lagi kepada 3% untuk mendapatkan guna tenaga penuh (full employment level).",
"8.1. Perlu ada keseimbangan antara keperluan pasaran dengan kursus di Universiti dan program TVET. Kerjasama antara pemain industri dengan institusi pengajian perlu sentiasa ada.",
"8.2. Peningkatan kemahiran perlu sentiasa dilakukan sewaktu bekerja atau diberi peluang menghadiri kursus-kursus profesionalisme bagi meningkatkan kadar gaji sedia ada. Rakyat perlukan ekonomi dan pelaburan yang dibawa MITI dan MIDA bernilai dan berkualiti tinggi bagi menjamin pendapatan rakyat yang sewajarnya juga tinggi.",
"9. Kepada Kementerian Kewangan, MITI, JPM (Ekonomi) dan Kementerian Usahawan. Seorang bekas Menteri Besar di sebuah negeri bila berdiskusi tentang bantuan kepada Bumiputera menyebut “Sudah 60 tahun saya melihat sendiri dasar kerajaan menolong Bumiputera. Yang saya nampak dalam bidang pelajaran ada kemajuan. Namun dalam bidang ekonomi tidak maju-maju. Dapat tanah, tanah dijual. Dapat lesen, lesen dijual. Dapat saham free, saham dijual. Dapat permit, permit dijual…”",
"Kenyataan bekas MB itu adalah fenomena menyedihkan yang mesti diubah dan mesti berubah. Maka agensi-agensi yang membantu Bumiputera mesti lebih teliti dan teratur dalam memberi bantuan agar kesan jangka panjang penyusunan masyarakat dapat dicapai.\n\n10. Secara umumnya bantuan tunai langsung ini boleh membantu meringankan beban golongan rentan dan terjejas semasa pandemik. Pada masa yang sama juga boleh merancakkan ekonomi melalui aktiviti perbelanjaan.",
"10.1. Isi rumah yang berpendapatan RM2500 ke bawah dengan 3 orang anak akan terima RM2000 di bawah skim Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berbanding Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM1800. Ingin dicadangkan untuk jangkamasa panjang mereka ini juga diberi bantuan dalam bentuk saham seperti ASM/ASB dan diberikan juga dividen pada hujung tahun kewangan.",
"11. Kerajaan dilihat bersungguh sungguh untuk membantu perusahaaan peringkat PMKS mikro, kecil dan sederhana dengan mengadakan berbagai skim bantuan pinjaman mudah. Pengumumnan ini selari dengan kehendak peniaga dan pengusaha. Tetapi dalam pada masa yang sama ramai juga yang merungut proses pemohonan terlalu birokrasi.",
"11.1. Untuk mengatasi masalah ini diharapkan kerajaan dapat lebih bertolak ansur dalam memberikan kemudahan dan dalam masa yang sama pemohon diberikan latihan yang lebih efektif dalam soal pengurusan kewangan dan dokumentasi.",
"11.2. Jumlah RM40 bilion kepada PMKS untuk program Semarak Niaga. 38% PMKS Bumiputera terima RM15.2 bilion dan 62% PMKS bukan Bumiputera terima RM24.8 bilion. Sila sahkan data ini.",
"11.3. Subsidi upah RM20 bilion untuk PMKS Bumiputera RM7.6 bilion (38%) dan bukan Bumiputera RM12.4 bilion (62%). Sila sahkan data ini.",
"12. Bantuan kewangan sebenarnya banyak membantu peniaga semasa pandemik ini. Maka sebab itulah mereka mengharapkan kepada kemudahan pengeluaran KWSP. Kita memahami dengan laporan bahawa hampir 50% pencarum hanya mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 di dalam KWSP tetapi kita juga harus memikirkan baki 50% lagi yang mempunyai simpanan lebih daripada itu. Maka dicadangkan kerajaan menimbang semula permohonan ini dan pada masa yang sama lanjutkanlah lagi tempoh moratorium supaya dapat membantu rakyat yang terjejas.",
"13. Nampaknya tiada perubahan bantuan kepada pekebun kecil getah, kecuali pembentukan gabungan koperasi. Pekebun kecil getah perlu dipertimbangkan harga lantai RM3.00 – RM3.50 kerana mereka menyumbang kepada pengeluaran sarung tangan getah yang mendapat keuntungan dan pada masa yang sama syarikat pengeluar menikmati insentif subsidi dari kerajaan. Menguruskan kebun getah melibatkan baja dan racun. Yang mana kedua bahan ini telah naik harga hingga 100% sejak akhir-akhir ini. Diminta KPDNHEP dan MAFI mengawal dan memantau harga input pertanian.",
"14. Dalam pada itu kerajaan harus mempunyai idea atau model baru untuk menggalakkan pekebun kecil mengusahakan tanah terbiar. Melalui statistik Jabatan Pertanian terdapat 120,000 hektar tanah terbiar yang melibatkan Tanah Rezab Melayu, Tanah Adat, Tanah Pegangan Melayu dan Tanah Wakaf. Tanah terbiar ini didapati berpunca dari berbagai faktor seperti faktor undang-undang pemilikan, kepemilikan tanah yang bertindih, kekurangan pekerja untuk mengerjakan tanah pertanian, sikap penduduk yang lebih gemar bekerja di luar sektor pertanian dan usia tua. Melalui usaha ini jika tanah tersebut ditanam sayur atau buah seperti nenas dan tembikai maka ianya boleh mendatangkan hasil pendapatan bagi pekebun kecil.",
"15. Umum mengetahui sejak akhir-akhir ini perbatasan negara sering dicerobohi terutamnya di Laut China Selatan. Di dalam Belanjawan 2022 Kementerian Pertahanan menerima peruntukan sejumlah RM16.14 bilion bagi tahun 2022. Memandangkan perairan dan ruang negara yang sering diceroboh ternyata Malaysia memerlukan aset pertahanan yang lebih canggih.",
"15.1. Berlaku provokasi yang dilakukan oleh negara tertentu kepada kawasan minyak negara di Laut Cina Selatan, maka pembelian aset amat penting untuk mempertahankan kedaulatan negara. Melalui peruntukan yang terhad ini diharapkan kerajaan dapat berbuat sesuatu dengan mengadakan lebih kerjasama ketenteraan dengan negara lain sebagai memelihara kestabilan & keselamatan negara.",
"16. Dalam usaha menjana dan mengekalkan pekerjaan, para belia harus digalakkan untuk menyertai kepesatan teknologi maklumat dengan menjadi usahawan digital, influencer dan gamers.\n\n16.1. Usahawan digital wajar diberi geran selepas pendaftaran SSM, diberi geran lagi selepas 6 bulan menunjukkan peningkatan di dalam perniagaan.",
"16.2. Pembabitan belia di dalam keusahawan mesti diberi perhatian. Untuk membolehkan mereka mendapat gaji yang berpatutan dan lebih tinggi daripada sijil pendidikan asas iaitu SPM, dicadangkan para belia yang sudah berkerja lebih 2 tahun dalam bidang-bidang tertentu diberikan persijilan pengiktirafan seperti Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1.",
"17. Di dalam belanjawan, tax relief banyak diberikan kepada perbelanjaan perubatan, pembelian gajet, pembelian kereta elektrik dan aktiviti pelancongan domestik.",
"17.1. Jangan terlepas pandang golongan M40 kerana semasa pandemik baru-baru ini mereka terjejas dan secara tidak langsung telah ‘downgrade’ ke dalam B40. Memandangkan golongan ini adalah juga pembayar cukai, dicadangkan supaya golongan M40 diberikan potongan cukai yang istimewa dan lebih tinggi atau ‘rebate’ ke atas sumbangan ekonomi mereka seperti pembelian laptop atau percutian di dalam negara. Ini penting supaya mereka tidak berasa dipinggirkan di dalam Bajet 2022.",
"18. Kesimpulannya belanjawan kali ini banyak menumpukan kepada pemulihan ekonomi dan kebajikan rakyat. Namun pengurusan Belanjawan 2022 ini yang cekap dan cepat dapat dilaksanakan supaya pembangunan ekonomi negara dan ekonomi rakyat dapat pulih dengan segera.",
"\nYB DATUK SERI AHMAD BIN MASLAN\nAHLI PARLIMEN PONTIAN\nUcapan Ketika Sesi pembahasan Bajet 2022 di Dewan Rakyat"
] |
https://umno-online.my/2021/11/02/umno-penyatuan-fahami-manipulasi-untuk-lemahkan-parti-rosakkan-bangsa/ | [
"Penyatuan!!!\nPerkataan ini amat terkesan sekira ianya digunakan kepada kumpulkan yang “dikatakan” menolak penyatuan. Perlu di beri penjelasan, sekira tidak, ramai yang mempergunakan perkataan ini untuk menarik sokongan kepada hala tuju yang terpesong.",
"UMNO tidak pernah memungkiri janji di dalam melaksanakan dasar parti, senantiasa berpegang kepada keputusan Mesyuarat yang diambil, apa sahaja gerakan malah desakan sebelum keputusan diambil, ianya adalah optik politik untuk mencapai sesuatu kehendak, namun, keputusan Parti adalah keputusan yang akan diambil menjadi dasar dan hala tuju.",
"Disiplin mengikut keputusan Majlis Tertinggi Parti sering kali menjadi cakap-cakap di luar, ada yang mengambil keputusan sendiri dan pemahaman sendiri untuk mencapai kehendak kumpulan-kumpulan tertentu, ini menyukarkan lagi pemahaman di akar umbi, lebih buruk lagi, tafsiran yang berbeza-beza.\n\n“Sejarah jangan kita lupa”",
"Ada beberapa peristiwa besar terjadi semasa BN tidak menjadi kerajaan, ICERD, ROM Statute, Penjualan Hartanah Tabung Haji, sebahagian contoh yang membawa kepada kebangkitan orang Melayu demi menjaga tiang seri negara tercinta, UMNO dan PAS serta NGO Melayu bangkit menjadi “Presure Group” untuk memastikan Kerajaan PH tidak melakukan khianat kepada Perlembagaan Negara.",
"Ini semua rupanya telah menjadi intipan oleh kumpulan kecil Melayu di dalam PPBM, mereka mengintai dan membuat gerakan memecah belahkan PH dari dalam, malah, mereka mempengaruhi kumpulan Azmin dan Zuraidah untuk terus bergaduh untuk mengkhianati sesama sendiri, hanya untuk kuasa. Kumpulan PPBM dan Azmin, Zuraidah tahu sekira Tun Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, mereka akan dijadikan kumpulan “melukut di tepi gantang” kumpulan yang akan diketepikan didalam pentadbiran Anwar Ibrahim. Lalu, pengkhianatan demi pengkhianatan terus dilakukan, memanupulasi Tun Mahathir untuk terus berkuasa.",
"Di dalam UMNO dan PAS, ketika itu, sudah PASAK diri untuk terus bersetia bersama demi mempertahankan kesucian perlembagaan Negara, jangan kita lupa, ICERD adalah ciptaan PH dan Menterinya adalah Saifuddin, salah seorang yang sedang berada didalam kumpulan yang melompat dan sekarang menjadi menteri luar semula, mana mungkin ianya terjadi sekira “niat” suci mereka untuk melihat tiang seri Negara dijaga! Ianya tidak lain tidak bukan hanya mahukan kuasa.\n\nUMNO dan PAS menandatangni Piagam Muaafakat Nasional demi perjuangan ikhlas untuk melihat Melayu itu tidak berpecah lagi, menjaga bersama tiang seri perlembagaan negara demi untuk merampas semula kepimpinan Negara ini secara bersama, MIC dan MCA serta Sarawak juga sudah bersetuju untuk terus memperkuatkan parti bagi menghadapi PRU 15.",
"BN dan PAS tidak mempunyai niat untuk menubuhkan kerajaan bersama PPBM. Rombongan Ahli Parlimen BN dan PAS naik bas dua tingkat ke Istana untuk meminta Parlimen dibubarkan.",
"Kita merancang, mereka juga merancang, melihat kebangkitan ini, kumpulan PPBM dan serpihan PH terus menggunakan “Kuasa” untuk mempengaruhi Ahli-ahli parlimen untuk menubuhkan Kerajaan, ketika itu, untuk mengagalkan Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri, UMNO melalui Majlis Kerja Tertinggi memutuskan memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen melaksanakan langkah terbaik untuk menjaga kepentingan Rakyat, ketika itu, jalan terbaik adalah untuk memilih Tan Seri Muhyddin Yassin sebagai Perdana Menteri, ianya bagi mentadbir Negara sementara sebelum diberi semula mandat kepada Rakyat memilih, tiada Perjanjian Politik diantara Parti selain mewujudkan Kerajaan!",
"Marathon Politik, masa yang amat panjang sekali sekira menjadi ahli politik ketika ini, saban hari ada sahaja pandangan dan borak politik yang di cartur banyak pihak, yang tidak mendapat jawatan merajuk, yang pegang kuasa pula sibuk mencampuri hal dalaman parti, yang diluar parti pula sibuk mencatur kekuatan, ramai sudah terlupa asas kenapa kita bangkit bersama ketika kita kalah.\n\nUMNO terus kekal untuk memperkuatkan Muaafakat Nasional bersama PAS, UMNO tidak pernah menolak Penyatuan demi kebaikan Ummah, UMNO terus bersetia dengan memastikan Muaafkat Nasional itu terus bergerak dikalangan orang Melayu di kampung-kampung.",
"Akibat kuasa dan permainan segelintir mereka yang berkuasa, pertalian Muaafakat Nasional ini terus di cemari dengan lakonan baik PPBM. Masa depan orang Melayu terus dijadikan taruhan. Tidak lagi wujud semangat perjuangan jitu.",
"PRN Melaka.",
"PPBM bukan mahu menang di Melaka, mereka mahu melihat UMNO dilemahkan di Melaka, mereka sudah meletakan asas kerusi yang tidak akan diterima oleh BN di Melaka, PPBM mahukan 8 Kerusi untuk bertanding, belum masuk lagi PAS dan Gerakan. PPBM mahu bertanding di Masjid Tanah dan Jasin (kerusi kuat UMNO). Stretegik ini memang sengaja dibuat kerana mereka tahu, ini adalah permintaan tidak masuk akal dan akan ditolak oleh UMNO. Lakonan baik PPBM ini ternyata sudah berjaya mengamit PAS untuk bertanding menggunakan logo PN.\n\nPerancangan PPBM untuk mengantikan UMNO tidak pernah luput dalam Grand Design mereka, mereka tidak khuatir dan fokus kepada kerja mereka, tujuan mereka mengantikan UMNO bukan untuk PRN Melaka, tujuan mereka untuk mengantikan UMNO semasa PRU15 nanti.",
"UMNO tidak pernah penolak penyatuan, kita mesti terus dengan menjaga sempadan dan kesucian Parti ini. UMNO hanya mahu memberikan yang terbaik kepada Rakyat tanpa ada pengaruh pihak lain untuk melemahkan parti UMNO, tidak akan wujud kestabilan politik sekira Negeri Melaka ditakbir dengan formula kuasa separuh-separuh.",
"Jangan kita lalui apa yang terjadi di Sabah sekali lagi, UMNO tidak pernah menolak Penyatuan, malah ketika BN memerintah, logo BN menyatukan Negara dari Sarawak hinggalah ke Johor.",
"\nRazlan Rafii\nAhli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/10/26/semarakkan-perjuangan-waspada-pihak-nak-bunuh-umno/ | [
"",
"Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan segala apa yang berlaku hari ini malah iklim negara kita yang sebelum ini bercelaru pun dan beransur-ansur tenang. Lagilah bila saya mengikuti perkembangan mesyuarat Cawangan UMNO yang diadakan di seluruh negara bermula 15 Okt – 30 Nov nanti. Walaupun saya bukan lagi Setiausaha Agung UMNO, tetapi saya memantau situasi semasa berkaitan UMNO.",
"Sungguh, sekalipun persidangan Cawangan UMNO kali ini terhad dan akur dengan SOP yang dijalankan namun dapat dilihat bahawa semangat perjuangan di peringkat akar umbi amat memberangsangkan malah jiwa perjuangan UMNO tidak pernah mati.",
"Walaupun ada persidangan yang terpaksa patuh pada kehadiran ahli yang terhad sementara ada yang melaksanakan secara maya namun ia masih menggalas tanggungjawab untuk terus berjuang mendukung cita-cita kebangsaan demi agama, bangsa dan negara.",
"Keputusan MKT UMNO menjelaskan mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau gabungan bersemuka dan maya mengikut situasi COVID-19 di kawasan masing-masing asalkan mengikut SOP yang dibenarkan dari kerajaan.\n\nTerbukti bahawa bukan hanya ahli-ahli UMNO malah bangsa Melayu dan rakyat keseluruhan inginkan perubahan dan tentunya mahukan ke arah yang terbaik selepas tumbangnya kerajaan BN bersama UMNO. Selepas melalui PRU ke-14 hinggalah kini, ternyata ramai yang sedar bahawa UMNO harus terus relevan dan perlu terus berjuang sebagaimana kewujudannya dari sebelum merdeka hinggalah mengecapi kegemilangan yang akhirnya runtuh akibat fitnah dan tohmah.",
"Melihatkan kehadiran anggota akar umbi yang menghidupkan Cawangan-cawangan UMNO, ternyata mereka yang hadir bukan hanya golongan veteran yang kononnya hidup bersandarkan sejarah sebaliknya, ramai juga golongan muda belia turut menyertai yang tentunya bakal mencipta sejarah untuk membawa UMNO kembali sebagai tampuk pentadbiran negara.",
"Sememangnya amat penting bagi golongan muda ada dalam UMNO kerana mereka adalah pewaris perjuangan, lebih dari itu mereka inilah bakal pemimpin masa hadapan untuk teraju negara. Janganlah pula anak muda ditegah bersama UMNO sebaliknya libatkanlah mereka dan janganlah penglibatan dalam UMNO dibuat demi bersandarkan kepentingan tertentu.\nUMNO tak menjanjikan apa-apa, bukan untuk jadi proksi demi harta benda, kemewahan dan kuasa atau dijadikan batu loncatan. Sebaliknya UMNO adalah platform perjuangan yang telah digarap dengan begitu elok. Ada asas tujuan yang jelas, ada organisasi yang mantap, ada Perlembagaan dan etika yang mengikat malah sistem teratur yang disokong anggota akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan teratas.\n\nKerana itu, jagalah imej UMNO, jangan lagi robekkan dengan sifat dangkal tanpa beralas perjuangan. Jadikanlah pengalaman PRU lalu sebagai pengajaran kerana kita sedar bahawa fitnah amat bahaya natijahnya. Ikatlah silaturrahim dan kesepaduan dalam bangsa kita tanpa sebarang sifat prejudis dan prasangka sebaliknya ikhlaskan diri laksanakan amanah atas perjuangan agama, bangsa dan tanah air.",
"Ketahuilah bahawa bangsa Melayu tak akan kemana jika berpecah-belah. Tewasnya UMNO adalah kerana berpecahnya Melayu. UMNO ini terasnya bangsa Melayu yang tentunya Islam adalah keutamaan dalam perjuangan.",
"Lihat sahaja bagaimana parti-parti politik yang ada hari ini adalah lahir dari serpihan UMNO sendiri. Kegagalan merebut jawatan Yang DiPertua UMNO pada tahun 1951, Tuan Haji Ahmad Fuad yang merupakan Pengerusi Badan Agama UMNO telah menubuhkan Pas, yang kemudiannya serpihan dari Pas ada pula PAN sekarang ini.",
"Begitu juga dengan Semangat 46, kewujudan PKR, PPBM malah parti Pejuang pun adalah kerana kegagalan mereka dalam UMNO yang lahir daripada rasa tidak puas hati. Mereka ini keluar dari UMNO membentuk parti lain yang secara nyata telah menyebabkan bangsa Melayu berpecah belah.",
"Berhati-hatilah berdepan dakwaan atau macam-macam spekulasi berkaitan UMNO.",
"Pihak yang nak ‘bunuh’ UMNO mengatakan bahawa UMNO hanya tinggal sejarah tapi fahamilah sejarah yang membentuk UMNO dan kajilah juga parti-parti lain yang hari ini adalah serpihan UMNO. Jika sekarang mereka nak tuduh UMNO tamak kuasa kerana nak tanding sendiri… maka fikirkanlah mana pernah UMNO tanding dalam mana-mana pilihan raya menggunakan bendera UMNO malah sejak pilihan raya pertama hingga kini UMNO tetap bersama parti lain dalam ikatan Parti Perikatan dan kemudian hari ini BN.",
"Nak tuduh UMNO tamak kuasa… kalau tamak kuasa dulu taklah MP-MP UMNO sokong lantik PM dari parti lain, tapi kenapa UMNO tarik sokongan pun mestilah bersebab… semuanya adalah demi rakyat, demi agama, bangsa dan negara.",
"Kita bukanlah parti yang suka buka pekung pihak lain atau saling mengata tapi ketahuilah bahawa UMNO lakukan demi masa hadapan yang baik setelah pelbagai kucar-kacir berlaku. UMNO parti perjuangan dan akan terus berjuang selari dengan matlamat asal yang akan terus kukuh untuk setiap lapisan generasi.",
"Selama ini pun, dari sebelum sehinggalah merdeka, semasa berkerajaan dan dalam keadaan kita menjadi pembangkang sekalipun, UMNO tetap mahu mendahulukan rakyat. Biarpun kita akui ada kepincangan dalam seorang dua namun ia bukanlah mewakili kesemuanya. Kita bukan sempurna malah dalam setiap kebaikan yang kita lakukan tetap ada kecacatannya.",
"Sekarang ini, lihatlah manfaat yang telah dituai oleh bangsa kita hasil daripada pelbagai perjuangan dari kepimpinan UMNO malah ada yang diusulkan dalam Perhimpunan Agung UMNO, dan diluluskan. Dari RIDA kepada MARA,Tabung Haji termasuklah wujudnya ITM yang kini jadi UiTM diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO lantaran tidak mahu bangsa Melayu/Bumiputera ketinggalan khususnya bagi mereka yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.\nSungguh, jika mahu jadi kacang lupakan kulit sekalipun, janganlah sampai jadi Si Kitol yang khianat pada bangsa sendiri.",
"Sekarang nilailah kembali antara lebih 60 tahun kerajaan dalam BN/UMNO menerajui negara dengan suasana selepas PRU-14 lalu. Moga Allah SWT rahmati perjuangan kita dalam UMNO.",
"TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR\nBendahari UMNO "
] |
https://umno-online.my/2021/10/23/prn-melaka-bakal-menentukan-kerjasama-politik-pru-15/ | [] |
https://umno-online.my/2021/10/22/pulau-batu-puteh-kerajaan-ph-cuai-pertahankan-kedaulatan-wilayah-malaysia-khaled/ | [
"Menjawab Tun Mahathir",
"1. Tun Mahathir tidak menjawab persoalan sebenar tentang Pulau Batu Puteh.",
"2.Persoalan sebenar ialah apakah sebab sebenarnya Kerajaan PH tidak meneruskan semakan terhadap penghakiman Pulau Batu Puteh.",
"3. Benar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak boleh di rayu. Tetapi dengan timbulnya bukti terbaru, satu permohonan untuk semakan telah dikemukakan oleh Malaysia pada Februari 2017.",
"",
"4. Pada 30 Jun 2017, Malaysia juga mengemukakan permohonan untuk ICJ mentafsirkan penghakimannya pada 2008 tentang Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. ICJ telah bersetuju untuk mendengar penghujahan Malaysia dengan memberikan tarikh untuk pendengaran semakan tersebut.",
"5. Apa Tun Mahathir lupa bahawa dua daripada bukti baru yang ditemui itu adalah dokumen yang hanya boleh diakses setelah tahun 2008. Secara undang-undang, dokumen tersebut hanya boleh diakses setelah tamat tempoh kerahsiaanya.",
"6.Dokumen pertama menunjukkan bahawa pegawai tertinggi Singapura tidak pernah menggangap Pulau Batu Puteh sebahagian dari Singapura.",
"7. Dokumen kedua menunjukkan bahawa Tentera Laut British memperakui bahawa perairan di kawasan ketiga-tiga pulau tersebut adalah perairan dan wilayah Johor.",
"8.Dan dokumen terakhir menujukkan bahawa peta peta operasi tentera laut British menunjukkan sempadan wilayah Singapura tidak termasuk Pulau Batu Puteh.",
"9. Semua dokumen tersebut, dengan jelas menunjukkan bahawa Pulau Batu Puteh tidak berada dalam wilayah republik itu.",
"10.Sudah sewajarnya penemuan bukti material ini memerlukan ICJ memutuskan nilainya terhadap tuntutan Malaysia.",
"11.Jadi kenapa disebalik semua bukti baru ini, Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskannya proses semakan tersebut.",
"12.Jika Tun Mahathir telah dinasihati oleh sekumpulan pakar undang-undang antarabangsa, siapakah mereka dan apakah nasihat yang mereka kemukakan dalam konteks bukti baru yang ditemui.",
"13.Yang jelas, Kerajaan PH telah cuai dalam tindakannya mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia dan wajar dipertanggungjawabkan ke atas tindakan culas tersebut. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/10/17/kepimpinan-cawangan-teras-perjuangan-akar-umbi-umno/ | [
"SEJAK ditubuhkan 75 tahun lalu, UMNO terbukti berjaya menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sama ada yang mendepani ombak kecil, ombak besar waima tsunami sekalipun.",
"Formula kekuatan bahtera UMNO itu sebenarnya adalah hasil kesepakatan kira-kira 3.35 juta ahli dari hampir 22,000 cawangan keseluruhannya. Daripada jumlah itu, pendayung cawangan-cawangan sudah mula bermesyuarat dan berhimpun sejak 15 Oktober lalu atas semangat kebangkitan semula.",
"Semua akar umbi cawangan bermusyawarah berdasarkan kepentingan bersama, mengambil kira keputusan yang dapat diterima dengan akal yang sihat dan sesuai hati nurani pada setiap tahun berlangsungnya mesyuarat UMNO.\n\nMesyuarat cawangan itu adalah sebahagian proses musyawarah yang membuat pertimbangan moral, realistik dan menghala tuju politik yang semakin dinamik lebih diutamakan dan bersumber dari hati nurani yang luhur.",
"Sementara kepemimpinan UMNO di Pusat merencanakan agenda dan hala tuju yang lebih besar terangkum dengan pelbagai persiapan, terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 yang semakin menghampiri.",
"Ironinya, kebersamaan musyawarah cawangan, tidak kiralah kepimpinan Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri, saya melahirkan keyakinan suara pada peringkat akar umbi pasti terus bergema, termasuk suara-suara mengenai transformasi kepartian yang dekat di hati akar umbi, pengundi dan rakyat.",
"Usah bimbang kerana hampir 22,000 UMNO cawangan tetap utuh walaupun pada satu ketika bahtera itu hampir karam, tetapi kini UMNO kembali menerajui kerajaan dan negara di bawah konsep Keluarga Malaysia.",
"Kebangkitan sudah mula dirasai, maka ayuh UMNO cawangan, langkah sederap membingkai ikatan demi kemakmuran dalam kalangan pemimpin UMNO pada peringkat akar umbi",
"Namun, diyakini perbezaan pandangan itu tidak akan memudaratkan perjuangan UMNO yang tidak pernah alpa terhadap tanggungjawab membela orang Melayu.",
"Kepimpinan UMNO cawangan sudah semestinya memiliki rasa kasih akan parti, selain memiliki semangat perjuangan kental untuk merealisasikan hasrat kepemimpinan UMNO pada peringkat Pusat dan Bahagian.",
"Pemimpin UMNO cawangan termasuklah Wanita, Pemuda dan Puteri diyakini mampu meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi dan tidak bertindak melulu hanya kerana ada persepsi yang timbul dalam satu-satu isu berkaitan parti dan sebagainya.",
"Yang penting kepimpinan UMNO cawangan sentiasa mampu melakukan perubahan berasaskan perubahan landskap politik semasa kerana cabaran politik sekarang tidak sama seperti ketika UMNO ditubuhkan.",
"Kesepakatan dan kesatuan ahli UMNO di peringkat akar umbi bukan terjadi dengan sendiri.",
"Sebaliknya ia adalah hasil kebijaksanaan kepemimpinan UMNO menyusun strategi pengukuhan melalui pelbagai program di peringkat bahagian yang terus melebar ke cawangan masing-masing.",
"Sifat rasional dan dinamik UMNO yang sentiasa membuka pintu kepada pandangan UMNO di peringkat akar umbi sentiasa ditegaskan pada pihak kepimpinan Pusat.",
"Dalam hal ini, saya yakin kebersamaan mendukung kepemimpinan. Perbezaan pendapat biar pun diraikan, akhirnya UMNO diperkukuhkan, pemimpin itu hendaklah diberi sokongan sepenuhnya.",
"Pada masa sama, UMNO perlu membuka ruang yang lebih kepada golongan intelek, wanita, agamawan dan orang muda khususnya sebagai meningkatkan sokongan terutama pada ketika negara bakal menerima pengundi UNDI18.",
"Berilah generasi muda yang bakal mengambil alih tampuk kepemimpinan parti pada masa depan. Generasi muda perlu diberi peluang seluas-luasnya peluang dan diketengahkan bermula dari peringkat cawangan lagi dan bahagian demi kelangsungan perjuangan UMNO.",
"Bagi memastikan UMNO terus kekal sebagai tunjang kekuatan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara ini, pemimpin dan ahli UMNO harus berfikir di luar kotak dan mencari formula baharu dalam usaha menarik sokongan rakyat.",
"Situasi politik semasa yang semakin mencabar sangat memerlukan UMNO memikirkan kebijaksanaan baharu untuk menangani cabaran itu.",
"Namun demikian, UMNO akan tetap berfungsi sebagai parti yang mampu memartabatkan masyarakat Melayu Islam dan Bumiputera menjadi bangsa yang dihormati dan unggul, selain tidak meminggirkan mana-mana bangsa dan kaum lain.",
"\nDatuk Norliza Abdul Rahim\n(Penulis ialah Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia)"
] |
https://umno-online.my/2021/10/15/masa-untuk-kurangkan-kebergantungan-kepada-pekerja-asing/ | [
"",
"1. Antara perkara positif yang kita dengar sepanjang episod pandemik COVID-19 bermula seawal Januari 2020 sehingga kini adalah betapa syarikat-syarikat mega pengeluar sarung tangan terus menerus mencatatkan keuntungan yang sangat besar.",
"2. Di sebalik cerita kesempitan, kesengsaraan dan penderitaan banyak pihak, kebanyakan syarikat ini dan para pemilik mereka mendapat durian runtuh dan muncul sebagai bilionair baharu negara kita. Sehingga kini mereka semua dijangkakan akan terus merekodkan keuntungan besar berlipat kali ganda untuk tahun-tahun mendatang. Ada yang sampai merekodkan pertumbuhan tertinggi dalam sejarah melepasi syarikat petroleum negara.",
"3. Bagi tahun kewangan 2020 (berakhir pada 31 Ogos 2020), Top Glove misalnya, telah meraih keuntungan bersih berjumlah RM1.79 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 384% daripada tahun kewangan 2019 (RM0.37 bilion). Bagi tahun kewangan 2021 (berakhir pada 31 Ogos 2021), syarikat tersebut meraih keuntungan bersih berjumlah RM7.87 bilion iaitu peningkatan sebanyak 350% daripada tahun kewangan 2020.",
"4. Manakala, pada tahun kewangan 2021 (berakhir 31 Mac 2021), Hartalega Holdings Berhad meraih keuntungan bersih sebanyak RM2.9 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 568.4% daripada tahun kewangan 2020.",
"5. Dalam kes Kossan Rubber Industries Bhd, mereka dilaporkan meraih keuntungan bersih sebanyak RM1.06 bilion pada suku kedua 2021, iaitu peningkatan lebih daripada lapan kali ganda keuntungan bersih suku kedua tahun 2020 (RM131.06 juta). Malah, jumlah keuntungan bersih Kossan pada 6 bulan pertama 2021 (RM2.11 bilion) adalah lebih tinggi daripada jumlah keseluruhan keuntungan bersih mereka dua tahun sebelumnya : 2020 (RM1.08 bilion) dan 2019 (RM224.8 juta).",
"6. Maka wajarlah jika dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada tahun lalu, sesetengah syarikat ini tampil bersama-sama menyumbangkan kira-kira RM400 juta sebagai usaha memerangi pandemik. Ini adalah satu tindakan yang baik dan wajar dihargai.",
"7. Namun, semua itu sebenarnya sangat tidak memadai. Kita tidak seharusnya melihat siri-siri keuntungan besar ini sebagai satu urusan perniagaan dan ekonomi semata- mata. Sebaliknya, ini adalah satu asas dan penunjuk aras penting yang mewajarkan berlakunya beberapa perubahan pendekatan dan amalan perniagaan.",
"8. Kita semua maklum bahawa kebanyakan syarikat yang mencatatkan keuntungan lumayan ini sebahagian besarnya menggunakan hampir keseluruhan pekerja asing untuk beroperasi.",
"9. Menurut pengiraan Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), terdapat 71,800 individu yang bekerja dalam industri sarung tangan getah di Malaysia pada tahun 2019. Daripada jumlah ini, hanya 39% (28 ribu orang) adalah warganegara Malaysia. Manakala baki 61% bersamaan 43,800 lagi adalah pekerja asing. Dengan kadar permintaan yang semakin meningkat, dijangkakan sektor ini memerlukan kira-kira 25,000 lagi pekerja tambahan.",
"10. Berbekalkan keuntungan yang berlipat kali ganda ini, sekarang adalah masa terbaik untuk semua syarikat mega ini mengambil langkah serius mengurangkan kebergantungan dan eksploitasi pekerja asing. Inilah masa untuk membuka lebih banyak ruang kepada bakat dan tenaga tempatan dengan lebih radikal.",
"11. Segala keuntungan lumayan yang dinikmati selama ini harus menjadi pendorong, malah pendesak kuat, untuk syarikat-syarikat besar ini menyumbang kepada negara dengan cara yang lebih bersepadu selain jalan cukai, sumbangan melalui CSR dan lain-lain.",
"12. Dan ia boleh dimulakan dengan mengurangkan kebergantungan besar-besaran kepada pekerja asing.",
"Kos Meningkat Bukan Alasan",
"13. Memandangkan keuntungan dan laba perolehan yang dikaut selama ini sangat besar dan lumayan, peningkatan kecil kos operasi kerana mengurangkan pekerja asing dan mengutamakan bakat serta warga tempatan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak melakukannya.",
"14. Ia harus dilihat sebagai agenda nasional atau national service oleh syarikat-syarikat ini. Malah, dalam konteks polisi, tidak pelik kalau ikhtiar mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing ini dilihat sebagai satu bentuk harm reduction policy kepada ekosistem ekonomi Malaysia.",
"15. Kita mungkin tidak boleh menyekat dan mengetepikan pekerja asing sepenuhnya. Namun sekurang-kurangnya syarikat-syarikat dengan keuntungan ratusan juta ini boleh memulakan langkah untuk mengutamakan pekerja dan bakat tempatan.",
"16. Saya sangat berharap yang syarikat-syarikat tempatan yang mengumpul kekayaan besar di negara kita ini akan lebih berjiwa besar. Pastikanlah segala kemewahan dan kemakmuran negara yang dikaut selama ini dikongsikan dengan cara yang lebih bermakna dan menyeluruh dengan menggaji lebih ramai pekerja tempatan.",
"17. Saya yakin, sekiranya syarikat-syarikat pengeluaran di negara kita menawarkan insentif yang baik seperti gaji yang bermaruah, manfaat perubatan dan kesihatan yang munasabah, peluang latihan yang berkualiti, keseimbangan alam pekerjaan dan kehidupan, ramai sahaja anak tempatan yang mahu menyertai industri pembuatan dan pengilangan. Malah, segala industri yang lain. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/10/13/pulau-batu-putih-perlu-terus-diperjuang-sebagai-kedaulatan-negara/ | [
"1. Kerajaan Persekutuan telah dengan rasminya mengumumkan yang negara kita tidak akan meneruskan usaha dan prosiding rayuan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) daripada Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).",
"2. Keputusan tersebut bukan sahaja tidak disertakan dengan justifikasi atau alasan yang kukuh. Malah, ia diputuskan ketika Peguam Negara (AG) sedang bercuti.",
"3. Biarpun AG barangkali sudah memberikan nasihat dan pandangan, namun keputusan yang dibuat ketika AG bercuti boleh menimbulkan kontroversi dan kelihatan tidak teratur (improper).\n\n4. Lebih penting, keputusan ini secara tidak langsung memberikan satu mesej moral yang tidak baik kepada kita selaku rakyat. Ia menggambarkan yang kita telah berputus asa untuk berjuang berhabis-habisan dalam menuntut perkara yang menjadi hak kita.",
"5. Ini bukanlah satu contoh keputusan yang baik. Kerajaan pastinya diharapkan oleh rakyat untuk terus mencuba sedaya upaya untuk menuntut perkara yang menjadi hak dan kedaulatan kita.",
"6. Pedra Branca sentiasa dilihat sebagai sebahagian daripada Johor, dan ia seharusnya kekal sebagai sebahagian daripada Johor dan Malaysia.",
"7. Keputusan untuk tidak meneruskan prosiding tersebut seolah-olah kita menyerah kalah dan melepaskan kedaulatan kita kepada Singapura dengan mudah tanpa mempertahankannya dengan sehabis daya dan usaha.",
"8. Ini adalah isu kedaulatan. Dan bukannya perkara remeh. Ia adalah perkara yang tidak boleh digalang ganti. Jadi, ia mesti dipertahan dan diperjuangkan dengan setegas-tegasnya.",
"9. Lebih-lebih lagi, ekoran wujudnya bukti dan keterangan baharu yang boleh dikemukakan sebelum ini, pihak AG sendiri yakin bahawa kita masih mempunyai kes yang boleh dibawa dan dipertahankan dalam isu ini. Peluang tersebut seharusnya kita gunakan dengan sehabis baik.",
"10. Atas dasar inilah UMNO Johor berpendirian yang Kerajaan Persekutuan seharusnya meneruskan kes dan prosiding ini dan tidak menghentikannya.",
"11. Lebih malang, keputusan tersebut langsung tidak mendapat sebarang maklum balas Kerajaan Negeri Johor.",
"12. Pihak YAB Menteri Besar Johor hanya membisu dan tidak sedikit pun bersuara menyatakan pendirian Kerajaan Negeri, sama ada bersetuju atau tidak dengan keputusan tersebut.",
"13. Tindakan sedemikian amat mendukacitakan. Kerajaan Negeri seharusnya peka, aktif dan tegas menyatakan pendirian berhubung perkara ini. Terutamanya Pedra Branca terletak berhampiran dengan Johor dan sudah pastilah kedaulatan dan pemilikannya akan memberi kesan yang besar kepada persempadanan dan aktiviti laut di perairan Johor.",
"14. Kerajaan Negeri tidak boleh sekadar bersikap acuh tidak acuh dan memilih untuk tidak mengambil peduli perkara yang besar dan sepenting ini.",
"15. Biar apa pun keputusan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor seharusnya mempunyai ketegasan dan menyatakan pendiriannya yang tersendiri berhubung perkara ini.",
"16. UMNO Johor menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk memberikan penjelasan dan menyatakan pendiriannya dalam perkara ini.",
"\nMohamed Khaled Nordin \n* kenyataan akhbar yang disiarkan pada 2 Jun, 2018 mengenai tindakan kerajaan PH tidak meneruskan rayuan terhadap tuntutan Pulau Batu Puteh ketika beliau Pengerusi Perhubungan UMNO Johor. Salinan kenyataan tersebut dimuatnaik supaya kita memahami tindakan yang di ambil oleh kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri."
] |
https://umno-online.my/2021/09/30/lima-rasional-kenapa-projek-mega-berimpak-tinggi-wajar-diteruskan-dr-asyraf/ | [
"SELAIN daripada pelaburan swasta, pelaburan kerajaan seperti pembinaan projek mega termasuk dalam kategori gross fixed capital formation (pembentukan modal tetap kasar – PMTK).",
"Statistik menunjukkan PMTK negara pada tahun 2020 mengalami penguncupan sebanyak 14.5% kepada RM281.1 billion berbanding tahun sebelumnya. Ini merupakan penguncupan terbesar semenjak krisis kewangan tahun 1998 dulu. Faktor utama yang menyumbang kepada penguncupan PMTK adalah kelembapan ekonomi akibat pandemiK Covid-19. (pautan)",
"Pada tahun 2020, pelaburan Kerajaan mewakili 21.3% dari jumlah keseluruhan PMTK, menurun dari paras 25.1% berbanding tahun 2019.",
"Pelaburan sektor swasta dijangka akan terus menguncup sekiranya kelembapan ekonomi berterusan. Dengan itu kerajaan disarankan melaksanakan tanggungjawapnya dengan meningkatkan pelaburan kerajaan menerusi pelaksanaan projek mega berimpak tinggi.",
"Di samping kesan berganda (multiplier effect) yang diberikan oleh projek mega berimpak tinggi ini kepada pertumbuhan ekonomi negara, di bawah disenaraikan 5 RASIONAL kenapa projek mega ini mustahak untuk dilaksanakan sebagai sebahagian dari pelan pemulihan ekonomi pasca Covid terutamanya dalam situasi kelembapan ekonomi sekarang;",
"1. Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi",
"Pertumbuhan PMTK meningkatkan keupayaan produktif negara (productive capacity) pada masa akan datang. Potensi pertumbuhan ekonomi negara sangat bergantung kepada pelaburan yang dibuat ketika ini bagi meningkatkan keupayaan produktif yang boleh digunakan untuk membantu pengeluaran produk dan perkhidmatan pada masa akan datang.",
"Contohnya ECRL dan HSR dapat membantu pergerakan orang dan barangan menjadi lebih efisyen, cepat dan selesa setelah ianya siap dibina nanti. Pelaburan besar-besaran kerajaan dalam telekomunikasi 5G dan sektor tenaga misalnya akan menjamin jaringan telekomunikasi yang baik di seluruh negara dan sumber tenaga yang tidak terganggu untuk kemudahan rakyat dan sektor perniagaan.",
"Pelaburan dalam sektor ini jelas dapat meningkatkan pertumbuhan pelbagai perniagaan dalam sektor perkhidmatan pada masa akan datang.",
"2. Mewujudkan Peluang Pekerjaan Berproduktiviti Tinggi",
"Projek pembinaan transportasi awam berbasis rel elektrik akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan berproduktiviti tinggi. Ini jelas terbukti ketika Kerajaan Barisan Nasional melaksanakan pembinaan projek MRT1 dan ECRL sebelum PRU ke 14 dulu.",
"Latihan dalam bidang teknikal (upskilling) yang paling berkesan berlaku menerusi learning by doing dan on the job training. Jadi, selain dari technology transfer, pembinaan projek mega seperti HSR, MRT dan ECRL merupakan tempat terbaik untuk pekerja tempatan memperolehi skill baru dengan mempelajari penggunaan teknologi terkini secara terus di lapangan.",
"Ini seterusnya akan menambahkan bilangan tenaga kerja berkemahiran tinggi di sektor pembinaan dan rel elektrik dalam negara.",
"3. Pemangkin Pelaburan Swasta Dan Pertumbuhan SME",
"Walaupun sektor swasta merupakan penyumbang terbesar kepada PMTK di negara kita, tetapi oleh kerana pelaburan swasta dibuat bermotif keuntungan, maka ia sangat dipengaruhi oleh situasi ekonomi semasa. Kelembapan ekonomi ketika ini menyebabkan PMTK swasta menguncup dalam jumlah yang besar.",
"Pembinaan projek mega oleh kerajaan dapat meningkatkan jangkaan keuntungan pihak swasta dalam sektor tertentu, ini seterusnya akan mempengaruhi pelaburan banyak SME yang berkaitan.",
"Justeru dalam keadaan kelembapan ekonomi sekarang, pembinaan projek mega berimpak tinggi oleh kerajaan yang dicadangkan Barisan Nasional tidak akan mewujudkan kesan crowding-out dalam ekonomi, sebaliknya akan menjadi faktor penarik kepada pelbagai pelaburan swasta juga.",
"4. Mengurangkan Pembaziran Sumber Produktif",
"Kelembapan ekonomi bukan sahaja meningkatkan jumlah pengangguran buruh, malah terdapat banyak faktor produktif seperti jentera dan mesin dibiar tidak digunakan (excess capacity). Ini merupakan satu bentuk pembaziran sumber.",
"Selain itu, pembatalan projek PR1MA, MRT3 dan HSR, serta penangguhan ECRL oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang tiada kena mengena dengan pandemi telah menyebabkan banyak jentera berat berteknologi tinggi yang sudah sedia ada dalam negara tidak digunakan. Pembatalan projek transportasi awam berbasis rel elektrik oleh PH telah mengakibatkan banyak pekerjaan berproduktiviti tinggi terhapus, juga menyebabkan kehilangan kemahiran (skill lost) di kalangan pekerja terlatih dalam sektor tersebut.",
"Kini, pembaziran sumber produktif dalam negara menjadi semakin parah akibat pandemi kerana ia turut memberi dampak negatif kepada sebahagian besar lain-lain sektor dalam ekonomi.",
"Dengan itu pelaksanaan projek-projek mega berimpak tinggi dapat mengurangkan pembaziran sumber terutamanya dalam sektor pembinaan dan sektor lain yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung.",
"Justeru, pembinaan projek-projek mega yang memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat seperti ECRL dan HSR tidak wajar dilihat sebagai satu bentuk pembaziran, sebaliknya ia perlu dilaksanakan sekarang ketika kelembapan ekonomi supaya pembaziran sumber-sumber produktif dalam sektor pembinaan sama ada dalam bentuk jentera berat yang tidak diguna mahupun tenaga mahir dalam sektor pembinaan yang berada dalam kondisi underemployed dapat diaktifkan semula.",
"5. Menyediakan Peluang Pelaburan Dan Menjamin Dana Persaraan",
"Ketika kelembapan ekonomi, pertumbuhan pelaburan kewangan yang kurang berisiko turut terbantut. Ini berlaku kerana kurangnya pertumbuhan potensi pelaburan dalam kegiatan ekonomi. Akibatnya sektor pelaburan kewangan cenderung menjadi lebih spekulatif setiap kali pertumbuhan ekonomi mengalami kelembapan. Keadaan ini menyukarkan pelbagai institusi pelaburan termasuk dana persaraan seperti KWSP dan mutual funds untuk membuat pelaburan jangka panjang yang diperlukan.",
"Pembinaan projek-projek mega berimpak tinggi membolehkan pihak kerajaan menerbitkan instrumen pelaburan kewangan jangka panjang yang menjanjikan pulangan keuntungan yang selamat. Dengan itu ia dapat membantu dana persaraan yang punya obligasi jangka panjang untuk membuat pelaburan baru dan mengurangkan exposure kepada instrumen kewangan yang berisiko dan berbentuk spekulatif.",
"Kesimpulan",
"Bantuan-bantuan lain kepada rakyat tidak akan terhalang dengan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan projek mega berimpak tinggi, kerana keduanya bukan bersifat mutual eksklusif. Sebaliknya ia dapat membantu mempercepat proses pemulihan ekonomi pasca pandemi.",
"Oleh kerana wujud excess capacity dan banyak sumber produktif yang tidak digunakan dalam ekonomi terutamanya dalam sektor pembinaan ketika ini, maka pembinaan projek-projek mega berimpak tinggi tidak akan mendatangkan kesan negatif berupa crowding-out effect. Sebaliknya dapat jadi pemangkin kepada pelbagai pelaburan swasta.",
"Oleh kerana satu-satu pembangunan infratruktur itu akan punya nilai kewangan yang jauh lebih tinggi berbanding nilai obligasi kewangannya apabila ia sudah disiapkan kelak, maka penilaian kewangan tidak wajar dibuat hanya pada nilai kos pembinaannya sahaja. – UMNO ONLINE",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia",
""
] |
https://umno-online.my/2021/09/29/rancangan-malaysia-ke-12-selari-strategi-pembangunan-negara/ | [
"Walaupun rancangan pembangunan penting ini telah ditunda beberapa kali, akhirnya Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) untuk tahun 2021 – 2025 telah dibentangkan. Secara keseluruhannya, hala tuju RMK-12 yang berteraskan konsep Keluarga Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan adalah jelas dan selari dengan pelbagai strategi pembangunan Malaysia selama ini. Setiap Rancangan Malaysia mesti memastikan setiap rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah menikmati manfaat yang terbaik dan tidak tercicir dari arus pembangunan negara.",
"Saya mempunyai beberapa pemerhatian yang mungkin boleh diambil kira oleh Kerajaan dalam merealisasikan RMK-12 ini.",
"Pertamanya, rancangan ini hanya mempunyai masa 4 tahun untuk dilaksanakan. Kerajaan wajar menjelaskan bagaimana RMK-12 ini akan dibiayai. Rancangan yang baik hanya akan menghasilkan impak terbaik dengan pembiayaan yang mapan. Dalam keadaan hasil mahsul negara sangat terkesan akibat pandemik, hutang negara hampir mencecah 65 peratus GDP dan pertumbuhan yang terencat semenjak dua tahun lepas, maka kejayaan RMK-12 sangat bergantung kepada pembiayaannya. Ketelusan tentang bagaimana rancangan ini akan dibiayai, akan menjadikan RMK-12 bukan sahaja realistik tetapi mempunyai daya kebolehlaksanaan.\n\nKedua, amat penting untuk Kerajaan mengambil kira bahawa impak pandemik telah menghapuskan pelbagai status quo dalam pencapaian ekonomi dan kehidupan masyarakat kita. Malaysia telah kehilangan hampir 2 tahun yang produktif, di samping kesusutan luar biasa golongan kelas menengah, penggandaan golongan miskin mutlak dan tegar, kehilangan daya saing pelbagai sektor ekonomi serta kelohongan jelas dalam pelbagai sistem kesihatan, pendidikan dan sosial. Justeru, rancangan ini mesti dilaksanakan dengan mengambil kira semua kesusutan ini. Ia mesti diselarikan dengan strategi pemulihan untuk mengembalikan semula status quo Malaysia sebelum lonjakan sewajarnya disasarkan. Pada perkiraan kasar saya, Malaysia telah mengalami kesusutan nilai pembangunan sebanyak 5 ke 8 tahun ke belakang dalam senario kes terburuk. Contohnya, penengah gaji dan upah yang mengambil kira kesan inflasi menyusut lebih daripada 5 tahun ke belakang akibat krisis ekonomi kini. Mampukan Malaysia mengembalikan semua kehilangan ini dalam masa 4 tahun akan datang?\n\nKetiga, strategi mengurangkan jurang ekonomi dalam negara adalah sangat penting. Pelbagai negeri dan wilayah dalam Malaysia mempunyai kesenjangan yang sangat ketara. Oleh itu, strategi pembangunan untuk Sabah dan Sarawak wajar lebih radikal. Ia adalah wilayah yang menyumbang hasil mahsul yang besar kepada negara dan mempunyai kawasan geografi yang sangat meluas dan jurang keberadaan yang sangat kritikal. Namun ia juga mempunyai potensi luar biasa terutama dari segi ekonomi dan sumber asli. Dengan pelaburan dan peruntukan berganda, Sarawak dan Sabah boleh menjadi ‘the new economic powerhouse’ untuk Malaysia. RMK-12 masih lagi dengan paradigma biasa dalam perancangannya untuk Sabah dan Sarawak.",
"Keempat, penyediaan infrastruktur terus menjadi strategi penting RMK-12. Penekanan terhadap pelbagai infrastruktur digital adalah sangat bertepatan. Namun tiada projek prasarana baru berskala mega yang diperkenalkan dalam rancangan kali ini. Pembangunan pelbagai mod sistem rel nasional berskala mega seharusnya diperkenalkan kerana pelbagai daerah dan wilayah dalam Malaysia masih lagi tidak terhubung dengan pengangkutan berkelajuan tinggi. Bandaraya utama seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang masih lagi tidak terhubung dengan Kuala Lumpur dan Singapura melalui sistem rel berkelajuan tinggi. Prasarana termaju akan menjadi asas kepada ekonomi yang moden dan masyarakat yang maju. Pembiayaan secara besar-besaran dalam sektor ini adalah sangat strategik.\n\nKelima, dari segi penjagaan kesihatan, pemodenan sektor kesihatan negara seharusnya melangkaui pelaburan infrastruktur fizikal termasuk pembinaan lebih banyak hospital serta menaiktaraf kualiti hospital nasional. Tambahan pula, Kerajaan perlu memperuntukkan dana lebih besar untuk melipatgandakan latihan kepakaran, memperkenalkan sistem pembiayaan kesihatan yang lestari, mengupayakan pelbagai penyelidikan kesihatan serta memperhebat strategi pencegahan penyakit. Tuntasnya, sektor kesihatan perlu menjadi asas keutamaan dalam setiap perancangan dan belanjawan negara. Kesejahteraan Keluarga Malaysia hanya akan direalisasikan apabila kesihatan warganya menjadi keutamaan nasional.",
"Keenam, RMK-12 tidak memberikan penekanan yang wajar dan penting kepada sektor pertanian, penternakan, kelautan dan makanan negara. Sewajarnya ia menjadi dokumen yang mencetuskan satu revolusi pertanian dan perikanan yang sangat diperlukan oleh Malaysia. Potensi sektor pertanian dan maritim Malaysia tidak terletak dalam radar penting keutamaan pembangunan negara sedangkan Malaysia mempunyai sumber asli yang besar dan kaya. Agenda sekuriti makanan negara dapat wajar dikukuhkan dengan memacu FELDA sebagai peneraju pertanian pintar dan pengeluaran makanan negara, di samping mengurangkan kebergantungan terhadap industri kelapa sawit. Penerokaan ekonomi maritim wajar menjadi keutamaan kerana sumber kekayaan Laut China Selatan itu sangat besar sehingga ia menjadi medan sengketa wilayah pelbagai negara kerana kekayaannya.",
"Dan terakhir, segi kedudukan fiskal negara pula, RMK-12 sepatutnya menerapkan usaha konsolidasi fiskal terutamanya menjelang tahun 2024 dan 2025. Hal ini penting disebabkan baki fiskal kepada KDNK tahun 2020 sebanyak -6.2% jauh terpesong dari sasaran RMK-11 sebanyak 3.0%. Dalam jangka masa sederhana semasa ekonomi negara semakin pulih, kerajaan perlu komited terhadap reformasi cukai. Hal ini termasuk melebarkan asas cukai dengan mempertimbangkan perlaksanaan semula cukai kepenggunaan dengan mereka bentuk cukai GST yang lebih progresif.",
"Pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi yang melanda telah menjejaskan trajektori pertumbuhan sosioekonomi negara. Akibatnya, hanya satu daripada enam matlamat pembangunan sosioekonomi pelbagai dimensi RMK-11 telah dicapai. Justeru bagi RMK-12, setiap rakyat Malaysia perlu berganding bahu dan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan negara ke landasan pembangunan sosioekonomi yang mampan, demi merealisasikan impian ‘Malaysia Utuh, Masyarakat Kukuh’.",
"\nDato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan"
] |
https://umno-online.my/2021/09/28/rmk-12-satu-dokumen-dan-agenda-kritikal-khaled-nordin/ | [
"Perdana Menteri telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025. Dokumen lengkap sepanjang 556 muka surat tersebut memuatkan hala tuju serta fokus Malaysia untuk lima tahun akan datang. Antara lain, sembilan pemacu ekonomi negara dengan peruntukan kira-kira RM400 bilion dengan 14 tindakan inovatif.",
"2. Secara umumnya, RMK-12 masih berkisar tentang sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi. Jadi, ia membayangkan banyak perkara. Misalnya, menjelang tahun 2025 pendapatan purata isi rumah di Malaysia akan mencecah RM10,000 sebulan.",
"3. Pada masa yang sama, pelaburan atau aktiviti ekonomi yang mengangkat kelestarian alam sekitar akan diberikan perhatian yang lebih serius akan semakin mendapat tempat.",
"4. Kesemua ini adalah perkara yang relevan dan kritikal. Lebih-lebih lagi apabila mutakhir ini, isu kecukupan pendapatan untuk memastikan kehidupan yang bermaruah serta kerosakan alam sekitar akibat kerakusan pembangunan sering menjadi subjek utama dalam banyak wacana kesejahteraan sosial rakyat.",
"5. Walau bagaimana pun, saya mempunyai beberapa perkara yang diharapkan akan turut diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dalam menterjemahkan RMK-12.",
"6. Pertama sekali, selain penekanan aspek pembangunan mega yang bersifat fizikal, wujud keperluan mendesak untuk Kerajaan memastikan adanya intervensi khusus yang menyeluruh dan berkesan bagi memastikan generasi tertinggal (the lost generation) sama ada di bangku sekolah atau IPT diberikan perhatian.",
"7. Mereka yang sudah kehilangan hampir dua tahun pengajian, mesti mendapat peluang atau diberikan program khas sepanjang empat tahun akan datang untuk mengejar kembali pendidikan mereka yang sudah jauh tertinggal. Selaras dengan Policy Enabler 1 berkaitan Pembangunan Bakat Masa Depan, aspek kritikal ini tidak boleh dikesampingkan sama sekali. Malah, ia sebenarnya menuntut keseluruhan sistem dan pendekatan pendidikan sedia ada disemak dan diselaraskan semula secara besar-besaran.",
"8. Kedua, dalam konteks adaptasi teknologi dan pendigitalan, lonjakan harus dimulakan secara radikal dalam sektor perkhidmatan awam. Segala pelan pertumbuhan, inovasi dan pemfokusan terhadap aspek ekonomi baharu sangat bergantung kepada kecekapan dan kepantasan perkhidmatan awam.",
"9. Ketiga, Malaysia adalah antara salah satu negara yang selama ini sangat mesra pelabur dan pelawat. Program dan dasar utama kita mesti mengembalikan imej mesra dan welcoming ini. Misalnya, semakan semula dasar dan peraturan Malaysia My Second Home (MM2H). Ia mesti memudah dan menarik minat orang luar ke negara kita untuk bekerja, membina kehidupan dan tinggal di sini. Peraturan sedia ada tidak bersifat sedemikian.",
"10. Keempat, keseimbangan kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan (decentralisation of power). Bagi membolehkan satu lonjakan pembangunan yang rancak dan lancar, kerajaan negeri harus diberikan kuasa dan mandat yang lebih besar, penting dan bermakna. Bukan sekadar menurut sahaja pelan dan arahan kerajaan Persekutuan.",
"11. Pembahagian kuasa dan tanggungjawab yang lebih seimbang ini membolehkan semua kerajaan negeri (sama ada dari pihak kerajaan atau negeri pembangkang) memeta hala tuju dan agenda pembangunan mereka dengan lebih strategik dan bersesuaian.",
"12. Secara kesimpulannya, RMK-12 adalah satu dokumen dan agenda kritikal. Kita mesti memberikan perhatian dan fokus yang serius dalam memastikan ia bukan sekadar mencapai sasaran. Tetapi berupaya memberikan lonjakan yang besar kepada negara.",
"13. Kita sudah kerugian dan tertinggal dalam banyak perkara. Bukan sahaja kerana pandemik global yang masih belum reda. Tetapi disebabkan percaturan politik yang tidak berkesudahan dan kegagalan kita untuk selalunya melaksanakan apa yang dirancang dengan baik. Ini adalah masa untuk Malaysia sebagai sebuah negara menebus kembali jalan masa depannya. Dengan yakin, bermaruah dan membanggakan.",
"DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/09/24/laporan-audit-2019-th-membuktikan-sekali-lagi-penipuan-pakatan-harapan/ | [
"ANTARA perkara yang pemimpin Pakatan Harapan (PH) seronok sangat hari ini adalah kononnya langsung tidak ada teguran daripada Ketua Audit Negara (KAN) tentang prestasi kewangan Tabung Haji bagi tahun 2019. Kononnya betullah tindakan mereka selama ini telah berjaya menyelamatkan Tabung Haji.",
"Inilah masalah dah jadi menteri, dah jadi Yang Berhormat (YB) sekalipun masih tak reti baca laporan kewangan.",
"Memang betul dalam Laporan Kewangan 2019, tidak dinyatakan emphasis of the matter oleh KAN. Tetapi jika anda baca betul-betul perenggan ke 6 dan 7 muka surat (ms) 69 (Lampiran 1), KAN telah menyatakan bahawa Lembaga Pengarah Tabung Haji bertanggungjawab penuh dalam menilai kemampuan berterusan Tabung Haji.",
"",
"Isu kemampuan Tabung Haji ini pula berkait dengan teguran KAN pada 2018 yang menyatakan ketidakpastian beliau adakah Tabung Haji mampu memperoleh semula bayaran RM27 bilion daripada Urus Harta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) (Rujuk Lampiran 2).",
"Soalnya, kenapa kali ini KAN seolah-olah melepaskan diri dalam isu ini? Sebab dalam Nota 10 ms 148 (Lampiran 3), Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tabung Haji telahpun mengisytiharkan keyakinan mereka bahawa sukuk ini akan dibayar penuh apabila tiba masanya.",
"Masalahnya sekarang pada ms 146 pula (Lampiran 4) dinyatakan bahawa sukuk ini tidak dijamin kerajaan. Malah pada ms 148 Nota 10 vi) (Lampiran 5) pula dinyatakan bahawa surat sokongan kewangan Kementerian Kewangan yang menjadi asas keyakinan Lembaga Pengarah Tabung Haji bahawa sukuk ini akan dibayar juga menyatakan bahawa ia tidak boleh dianggap sebagai satu jaminan kerajaan.",
"Jadi bagaimana Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tabung Haji zaman PH boleh yakin bahawa sukuk ini akan dibayar kalau tidak ada satupun jaminan daripada kerajaan?",
"Ini yang pertama.",
"",
"Sekarang kita pergi isu kedua. Adakah tanpa jaminan kerajaan UJSB ini mampu membayar RM27.6 bilion kepada Tabung Haji dalam tempoh 9 tahun?",
"Pada Lampiran 6, saya kemukakan laporan audit UJSB bagi tahun 2019. Pendapatan mereka bagi tahun tersebut adalah RM233.98 juta. Ini adalah pendapatan daripada dividen dan sewaan aset Tabung Haji yang telah dipindahkan kepada mereka pada tahun 2018.",
"Soalan saya kalau setahun income tak sampai RM234 juta, kalau 9 tahun jadi berapa?",
"Nak bayar macam mana sampai RM27.6bilion? Kau darab pakai sifir berapa?",
"Satu lagi rujuk Lampiran 7. Finance cost UJSB tahun 2019 adalah RM472.6 juta.",
"Nak servis macam mana kalau income pun tak sampai RM234 juta?",
"Jadi Laporan Kewangan Tabung Haji 2019 ini telah membuktikan bahawa PH berbohong. Sukuk ini sebenarnya TIDAK PERNAH DIJAMIN KERAJAAN.",
"Isu ketiga, apakah benar Tabung Haji telah pulih di bawah pentadbiran PH?",
"Tak payah pening kepala. Tengok ms 21 (Lampiran 8. Dinyatakan bahawa:",
"i. Jumlah pendapatan 2019 adalah RM3.217 bilion – merosot RM1.33 bilion berbanding 2017 (RM4.55b).",
"ii. Jumlah keuntungan bersih 2019 adalah RM1.837 bilion – menurun RM1.567 bilion berbanding 2017 (RM3.4b).",
"iii. Bilangan pendeposit 2019 adalah 8.75 juta orang – jatuh 520 ribu orang berbanding 2017.",
"iv. Simpanan pendeposit 2019 adalah RM69.4 bilion – turun RM786 juta berbanding 2017.",
"Jadi kalau semua merosot, semua menurun, semua jatuh, maka pulih kut mana?",
"Dan paling penting adalah isu keempat.",
"Iaitu selama ini dituduh bahawa Tabung Haji telah menipu keuntungan pada zaman kerajaan Barisan Nasional (BN).",
"Tapi Laporan Kewangan kali ini mengiktiraf semua angka-angka keuntungan operasi, keuntungan bersih dan jumlah pendapatan yang telah dilaporkan sebelum 2017.",
"Kalau pengurusan lama menipu, yang masih pakai angka mereka pasal apa?",
"Nak buat propaganda dodoikan budak-budak PAN boleh lah. Kalau nak tipu kami, usaha la lagi. – UMNO ONLINE",
"Abdul Rahim Hilmi Zakariya\nKuala Terengganu"
] |
https://umno-online.my/2021/09/14/persefahaman-rentas-parti-membantu-kestabilan-tidak-lebih-tidak-kurang/ | [
"1. Untuk apa MoU ini?\nPersefahaman antara blok Kerajaan dan pembangkang adalah sejajar dengan tuntutan semasa iaitu kestabilan politik sehingga PRU 15.",
"—\n2. Adakah persefahaman ini bermakna Kerajaan=Pembangkang? UMNO sudah bersama dengan parti lain?\nSepertimana disebut oleh Anthony Loke sendiri, ini tidak bermaksud pembangkang akan berhenti menjadi pembangkang, jauh sekali menjadi sebahagian Kerajaan. Saya yakin pembangkang masih akan menjalankan peranan mereka mengkritik dan memberi semak imbang kepada Kerajaan. Mereka tidak akan lepaskan lesen tersebut.",
"Sama juga bagi pihak Kerajaan, persefahaman ini tidak bermaksud kita terus memadam sebarang perbezaan antara parti, ataupun berkongsi kuasa memutuskan sesuatu. Keputusan akhir apa sahaja dasar masih ditangan Kerajaan – dan pembangkang juga memahami hakikat ini.\n\n—\n3. Kalau masih Kerajaan yang “control”, dan pembangkang tetap pembangkang, untuk apa tandatangan MoU?\nPengisian penuh persefahaman ini akan diteliti. Namun, di peringkat awal, ia memberi harapan bahawa Kerajaan dan pembangkang dapat bekerjasama mengamalkan demokrasi bermusyawarah terutamanya dalam Parlimen ke arah melahirkan keberhasilan yang terbaik untuk rakyat melalui kestabilan politik.",
"Contohnya, dengan pembabitan pembangkang dalam jawatankuasa pilihan khas di Parlimen. Atau pembabitan dalam pelan memerangi Covid-19.",
"Walaupun yang buat keputusan tetap Kerajaan, dengan pembabitan pembangkang dalam perbincangan atau idea, tentunya ia membantu ke arah mereka menyumbang kepada kestabilan politik yang menjadi isu pokok kebelakangan ini. Dari segi konsepnya, kerjasama bipartisan bukan perkara baharu – cuma kali ini diperhebat dan kaedahnya lebih formal daripada biasa.",
"—\n4. Apa lagi tujuan MoU ini selain kestabilan politik?\nSebahagian dari reformasi institusi yang lewat ini juga semakin banyak diperjuang oleh UMNO dan pemimpinnya seperti DS Azalina Othman, akan dapat dilaksanakan. Sebelum ini soal “reform” dan pembaharuan kerap dilaungkan oleh Pakatan Harapan, tetapi kali ini UMNO boleh lebih kehadapan mempeloporinya.",
"—\n5. Adakah ini bermaksud “No DAP No Anwar” sudah lapuk?\nApa yang disebut di PAU bukan sekadar No DAP, No Anwar untuk PRU15. Malah juga disebut No PPBM. Jika ada sebarang perubahan dasar, ia hanya boleh dibuat oleh PAU atau MKT.",
"Seperti disebut diatas, persefahaman ini bukan kerjasama untuk berkongsi kuasa dengan PH, jauh sekali untuk mengangkat mereka menerajui negara.\nIa untuk kestabilan politik pada situasi unik sekarang; buat masa sekarang, tidak lebih, tidak kurang dari itu.",
"—\n6. Adakah begitu mudah kita percaya dengan PH?\nTahap skeptikal antara Kerajaan dan Pembangkang tidak hilang sekelip mata. Masing-masing akan melihat tindakan pihak lain. Masih ada ruang untuk PH tidak mengotakan janji membantu Kerajaan – jadi amat bersetuju dengan DS Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan agar Kerajaan berwaspada. Ia bukan lesen untuk selesa di tampuk kuasa menganggap takkan dikritik mahupun dibangkang.",
"",
"—\n7. Siapa yang mendapat kelebihan melalui MoU ini? Adakah UMNO atau PH?\nUtamanya, diharapkan rakyat dan negara mendapat keuntungan persefahaman ini melalui dasar yang dilaksana dan kestabilan yang tercapai, jikapun untuk seketika.\nKedua, hal PH itu biarlah wakil PH yang hujahkan, sama ada mereka mahu dilihat matang, berkorban demi rakyat atau naratif lain – masih belum jelas setakat ini.",
"Tetapi dari sudut UMNO dan BN, kita mampu mendapat kelebihan kerana buat ketika ini Kerajaan pimpinan UMNO diberi ruang mentadbir. Jika orang lain mahu menyokong pentadbiran UMNO atas sebab mereka sendiri, dan selagi kita boleh merasionalkan tuntutan mereka tidak mencederakan rakyat atau melangkaui batasan parti, kita uruskan-lah ke arah kelebihan sendiri juga.",
"—\nApapun, segalanya masih tertakluk kepada prestasi Kerajaan dan pengadilan rakyat. Persefahaman apa sekalipun, jika Kerajaan tidak menggunakan peluang yang ada berkhidmat dengan baik, UMNO juga yang akan dihukum PRU15. Namun, jika Kerajaan berprestasi cemerlang, imej UMNO juga meningkat.",
"Jadi bagi orang UMNO, ada baik kiranya memberi peluang dan ruang melihat sebarang persefahaman yang memperkuat kedudukan Kerajaan pimpinan UMNO sekaligus mampu membantu meningkatkan kebarangkalian prestasi yang baik.",
"Wallahua’lam.",
"\nSHAHRIL HAMDAN\nKETUA PENERANGAN UMNO "
] |
https://umno-online.my/2021/09/11/20-cadangan-transformasi-parlimen-demi-pulihkan-kestabilan-negara/ | [
"KUALA LUMPPUR, 11 Sept – Ahli Parlimen Pontian yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melontarkan 20 cadangan transformasi parlimen demi memulihkan kestabilan negara.",
"Beliau yang juga calon bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat memberikan 20 cadangan seperti berikut :",
"1. Menyediakan setiap Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan / Backbenchers dan Pembangkang seorang pegawai penyelidik bagi membantu membuat kajian dasar, ucapan, soalan dan yang berkaitan dengan tugasan di Dewan Rakyat.",
"2. Mengemaskini Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat/Standing Orders agar lebih sesuai, terkini dan relevan dengan kehendak semasa.",
"3. Mewujudkan seorang lagi Timbalan Yang di-Pertua / Timbalan Speaker menjadikan tiga orang yang mana Timbalan Speaker ke-tiga dikhususkan untuk wakil Pembangkang. Sementara itu, satu daripada tiga Timbalan Speaker seeloknya daripada Sabah atau Sarawak.\n\n4. Parlimen terlibat dengan aktif dalam memberi pendidikan demokrasi kepada seberapa ramai rakyat melalui seminar, wacana, pameran, dialog, lawatan dan libat urus/engagement.",
"5. Mewujudkan Program Parlimen Pelajar untuk mereka yang di Tingkatan 4 hingga 6 bagi menambah kepada Program Parlimen Belia dan Parlimen Mahasiswa yang ada sekarang. Penglibatan Wanita adalah sangat digalakkan dalam ketiga-tiga Program Parlimen itu. Langkah ini sesuai dengan Undi18.",
"6. Melanjutkan masa persidangan yang rasmi antara 10.00 pagi hingga 5.30 petang kepada 10.00 pagi hingga 6.30 petang. Tambahan sejam ini adalah bagi membolehkan Ahli Parlimen diberikan peluang masa yang cukup untuk berbahas. Ini tidak termasuk masa-masa tambahan hingga sebelah malam jika diperlukan. Menambah Masa Pertanyaan Menteri (MQT) daripada 30 minit pada hari Selasa dan Khamis kepada 40 minit.",
"7. Memastikan minima 12-15 soalan lisan dapat dijawab dalam masa 120 minit sesi pertanyaan dengan had sekitar masa 8-10 minit untuk setiap soalan. Ini bermakna sesi Pertanyaan Lisan ditambah daripada sejam setengah kepada dua jam.",
"8. Memastikan ucapan Ahli Parlimen untuk dasar penting diberikan sekurang-kurangnya 20-30 minit dan jika perlu tambahan sehingga ke sebelah malam bagi memenuhi keperluan 20 minit itu. Perbahasan penting adalah seperti Usul Titah Menjunjung Kasih Diraja, Belanjawan, Pindaan Perlembagaan, Rancangan Malaysia, RUU baru seperti Akta Pendanaan Politik dan seumpamanya.",
"9. Rang Undang-undang yang ingin dibentangkan hendaklah diberi minima 5 hari kepada Ahli Parlimen sebelum Rang Undang-Undang itu dibahaskan bagi membolehkan Ahli Parlimen cukup masa untuk membuat kajian dengan syarat kerahsiaan dan Embargo diletakkan.",
"10. Memperuntukkan RM60,000.00 setahun dengan kiraan RM5,000.00 sebulan kepada Ahli Parlimen Pembangkang dan Ahli Parlimen Bebas untuk menguruskan Pusat Khidmat di kawasan masing-masing. Peruntukan itu dianggar mencukupi untuk elaun dua staf dan sewa sebuah pejabat.",
"11. Mengadakan Hari Terbuka Kementerian secara berkala di Parlimen untuk Ahli Parlimen bertemu secara terus dengan Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Pengarah dengan penjadualan yang tersusun pada setiap kali sesi sidang.",
"12. Sesi Kamar Khas perlu ditambah waktu dan diadakan pada setiap hari pada sebelah petang dengan membenarkan Ahli Parlimen bertanya soalan tambahan dan disiarkan juga secara langsung oleh media perdana.",
"13. Mengadakan latihan pendedahan media sosial kepada Ahli Parlimen dan Kakitangan Ahli Parlimen dan juga latihan komunikasi, pengurusan, antarabangsa serta ilmu terkini yang relevan dari masa ke semasa.",
"14. Menambah bilangan Jawatankuasa Pilihan Khas yang meliputi pendidikan, agama, sosial, pekerjaan, perumahan, indeks gaji, gejala sosial, bisnes online, kesihatan, ekonomi, kewangan, pembangunan tanah, pelaburan, alam sekitar, mencari pendapatan baru kerajaan dan lain-lain yang sesuai.",
"15. Menyokong cadangan kerajaan untuk Transformasi Parlimen sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 10 September 2020, iaitu:-",
"i. Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen\nii. Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik dalam tempoh terdekat. Justeru, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan.\niii. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.\niv. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang.\nv. Setiap Rang Undang-Undang termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujukan secara bersama.\nvi. Ahli Parti Pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.\nvii. Ketua Pembangkang diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang Menteri.",
"16. Setiap Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan / Backbenchers dan Pembangkang diberikan peruntukan khas untuk sesi Townhall/libat urus dengan rakyat dan pemegang taruh di kawasan bagi mendapatkan pandangan untuk isu pembangunan, kebajikan rakyat dan Rang Undang-Undang baru.",
"17. Mencadangkan agar Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas diberi elaun kehadiran mesyuarat atau apa-apa elaun khas dengan jumlah yang kecil namun munasabah dengan kekerapan mesyuarat yang sesuai.",
"18. Mencadangkan agar Sesi Dialog dengan rangkaian media arus perdana diadakan secara berkala melibatkan Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan / Backbenchers dan Pembangkang untuk memberikan pandangan mengenai isu-isu semasa.",
"19. Meletakkan adab dan tatasusila yang tinggi dalam perbahasan agar imej Parlimen dihormati pada pandangan rakyat bagi mengelakkan Parlimen dianggap sebagai “sarkas ahli politik”.",
"20. Menghidupkan kembali Akta Perkhidmatan Parlimen supaya Parlimen mempunyai autonomi daripada segi peruntukan, tanggungjawab, kebajikan kakitangan dan perjawatan.",
"DATUK SERI AHMAD BIN MASLAN\nAHLI PARLIMEN PONTIAN",
"20 CADANGAN OLEH CALON TIMBALAN SPEAKER DEWAN RAKYAT (DS AHMAD BIN MASLAN)"
] |
https://umno-online.my/2021/09/11/pendirian-umno-terbaik-tepat-negara-perlukan-kestabilan-politik/ | [
"Saya meneliti kenyataan terbaru Presiden UMNO mengenai pendekatan parti terhadap pelbagai keputusan yang dibuat oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Saya percaya pendirian UMNO ini adalah yang terbaik dan tepat ketika ini walaupun kelihatan sangat asing kepada amalan politik cara Malaysia yang kita ketahui selama ini.",
"Sejujurnya, UMNO tidak pernah terbayang keadaan di mana pemimpin tertingginya memimpin parti tetapi tidak menguasai Kerajaan, dan sebaliknya. Inilah yang sedang berlaku sekarang. Era ideal di mana pemimpin UMNO bukan sahaja memimpin parti tetapi turut menguasai Kerajaan, telah berakhir.",
"Apakah makna dari semua ini? Maknanya UMNO dan Kerajaan, adalah dua entiti dengan kebebasan, pendirian dan haluan yang tersendiri. Adakala ia akan bertemu dalam pendirian dan haluannya, adakala ia akan terpisah dan mengalir dengan haluan sendiri.",
"Dengan keadaan sedemikian, kita boleh menjangkakan bahawa UMNO akan mendukung Kerajaan selagi mana pendirian Kerajaan itu mengangkat kepentingan dan kebaikan umum serta tidak bercanggah dengan aspirasi parti.",
"Tetapi ada juga keadaan dan perkara yang akan menyaksikan UMNO membawa pendirian berlainan dan terpulanglah kepada Perdana Menteri menjalankan tanggungjawabnya mengurus Kerajaan. Ada dasar dan pendirian UMNO yang Perdana Menteri tidak boleh laksanakan dan UMNO memahaminya.",
"Tetapi perkara tentang parti dan urusan parti, itu adalah tanggungjawab Presiden dan kepimpinan parti dan tiada siapa wajar mencampurinya. Dalam hal ini, Presiden membuat penegasan tiga tugas yang UMNO akan utamakan.",
"Pertama, Presiden dan Majlis Tertinggi akan menguruskan parti sebaiknya dan menjalankan segala tugas seperti yang diperlukan.",
"Kedua, ia akan menetapkan pendirian parti dalam pelbagai isu dan Kerajaan bebas untuk menerimanya atau tidak. Ketiga, parti akan menjadi wadah semak dan imbang yang berprinsip serta menggunakan pelbagai saluran yang ada untuk membantu Kerajaan.",
"Untuk mengatasi situasi kurang ideal di mana Kerajaan tidak dikuasai oleh parti, Presiden memberi pencerahan bahawa jalan terbaik ialah mengadakan pilihan raya umum.",
"Mengikut kenyataan Presiden, ia mesti diadakan sebaik sahaja Malaysia memasuki fasa endemik dan apabila kadar vaksinasi telah mencapai keadaan wajar dan munasabah untuk melakukan pilihan raya umum dengan selamat. Dalam hal ini lebih 80 negara telah melaksanakan PRU semasa pandemik dan Malaysia tidak boleh terkecuali.",
"Bagi menghadapi pilihan raya, semua persediaan adalah tanggungjawab parti dan hanya budi bicara parti. Penentuan kerusi, manifesto, pemilihan calon dan sebagainya adalah urusan parti dan tidak seharusnya ada campur tangan.",
"Yang jelas, Presiden memberi komitmen bahawa parti akan menggunakan segala masa yang berbaki untuk menyediakan diri menghadapi PRU. Ia akan cuba menang di semua kerusi tradisinya.",
"Kerusi UMNO yang ditandingi dalam PRU-14 akan terus menjadi kerusi UMNO untuk PRU-15. Ini adalah perkara yang jelas. Tiada kompromi tentang perkara tersebut.",
"Semoga keadaan janggal Kerajaan tidak dikuasai oleh parti akan segera berakhir melalui PRU. Saya percaya negara sangat perlukan kestabilan politik mengatasi segala perkara lain.",
"DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/09/07/10-tuntutanrakyat-solusi-ekonomi-jangka-pendek-jamin-safety-net-rakyat/ | [
"Dalam teori asas ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara berkadaran atau bergantung kepada 4 faktor utama iaitu; (1) Perbelanjaan Pengguna, (2) Pelaburan, (3) Perbelanjaan Kerajaan (G) dan (4) Net Eksport (Jumlah Eksport tolak Import).",
"Sebab itulah untuk memastikan ekonomi negara kembali dijana bagi tujuan memankinkan pertumbuhan ekonomi negara selepas negara berhadapan dengan pandemik covid-19 yang panjang, solusi jangka pendek dan panjang diperlukan untuk memastikan keempat-empat faktor penting di atas mampu dijana kembali.",
"KENAPA 10 #TuntutanRAKYAT PENTING UNTUK SOLUSI JANGKA PENDEK?",
"1. Menangani masalah safety net (jaringan keselamatan sosial rakyat).",
"Jutaan rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Pandemik samaada diberhentikan kerja, dicutikan tanpa gaji, perniagaan lingkup dan pendapatan gaji hari yang terencat, menyebabkan perbelanjaan rakyat dan aliran tunai dalam ekonomi terjejas teruk.",
"Rakyat terdesak untuk bayar komitmen bulanan (sewa rumah, ansuran kereta, bil-bil utiliti, kad kredit dll), pada masa sama tertekan untuk penuhi tuntutan perut, keperluan dapur keluarga, keperluan persekolahan anak-anak (PdPR) dll.",
"2. Pendekatan sama dilakukan Amerika Syarikat",
"10 #TuntutanRakyat yang dicadangkan mampu menyelesaikan masalah safety net (jaringan keselamatan sosial rakyat). Malah tuntutan ini hampir sama dengan Pakej Rangsangan USD1.9 trilion yang diluluskan di bawah Joe Biden Presiden US awal bulan Mac",
"Antaranya termasuklah pemberian USD1400 kepada rakyat (naik daripada USD600), tambahan bantuan kepada perniagaan serta USD350b peruntukan khas bagi kerajaan negeri.",
"Membenarkan akses kepada dana-dana pencen rakyat (seperti KWSP) dengan had tertentu dan penangguhan bayaran ansuran agensi-agensi kredit dan sektor perbankan.",
"Justeru, 10 #TuntutanRAKYAT merangkumi suntikan fiskal tambahan kerajaan bagi menambah nilai BPN, BPR dan BKC, penambahbaikan i-Citra KWSP dengan minimum RM10,000 ‘one-off’, moratorium tanpa faedah terakru, moratorium LPPSA, bantuan tambahan kepada pengusaha SKS yang terjejas dan lain-lain hakikatnya mampu menangani keperluan jangka pendek rakyat untuk mengembalikan aliran tunai rakyat, menjana kembali ekonomi dan membina keyakinan pasaran agar rakyat mampu dan berani berbelanja.",
"APA SOLUSI EKONOMI JANGKA SEDERHANA DAN PANJANG?",
"Bagi memastikan keseimbangan dalam pertumbuhan agar tidak berlakunya inflasi akibat lambakan tunai semata-mata, kerajaan perlu lakukan beberapa strategi berikut:\n\n1. Mencipta output dalam bentuk pakej infrastruktur awam.",
"Amerika Syarikat juga mengumumkan pembangunan baru dalam bentuk pakej infrastruktur awam bernilai USD 1 trilion pada bulan Julai, hampir sama dengan pengumuman pakej rangsangan.",
"Ini juga dilakuan pada zaman Datuk Seri Najib Razak ketika BN memerintah, yang mana BR1M diisytiharkan setiap tahun pada masa sama diumumkan juga projek-projek infrastruktur berskala mega seperti Lebuhraya Pan Borneo, kemudiaan tahun berikutnya diumumkan projek ECRL, tahun seterusnya High Speed Rail KL -Singapore, kemudian Bandar Malaysia, kemudian MRT, kemudian LRT3.",
"Semua projek mega ini mempunyai kesan gandaan ekonomi yang besar (multiplier effect) yang memangkinkan pertumbuhan ekonomi dengan cepat.",
"2. Mencipta peluang-peluang pekerjaan",
"Projek-projek infrastruktur awam berskala mega juga mampu mencipta peluang-peluang pekerjaan secara langsung mahupun tidak langsung melalui pelbagai industri hiliran yang tercipta di lokaliti yang terbabit dengan pembangunan tersebut.",
"3. Menyediakan ekosistem perniagaan yang ‘friendly’ dan mudah",
"Di samping projek-projek infrastruktur mega, kerajaan juga harus menyediakan ekosistem yang baik dan mudah untuk membolehkan anak-anak muda berkecimpung dalam bidang perniagaan termasuk ‘online business’.",
"Mengkaji semula sistem percukaian termasuk insentif cukai yang diberikan kerajaan kepada golongan usahawan amat membantu peniaga terutamanya di kalangan SKS untuk memulakan kembali perniagaan selepas pandemik.",
"Semua agensi-agensi kerajaan yang menawarkan pelbagai geran dan latihan perlu digemblengkan dan diselaraskan kembali agar wujud sinergi yang berkesan untuk membolehkan usahawan-usahawan baru mendapat bantuan yang efektif.",
"Kesimpulannya, 10 #TuntutanRAKYAT adalah suatu solusi ekonomi jangka pendek yang penting untuk menyantuni keperluan mendesak rakyat yang amat tertekan, susah dan gelisah untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika ini.",
"Namun, kerajaan juga wajar mengimbanginya dengan solusi jangka sederhana dan panjang agar tidak berlakunya inflasi, malah mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang berkesan dalam mengharungi bahana pandemik. Lebih parah jika berlakunya stagflasi lantaran aliran tunai yang terjejas sehingga rakyat tidak mampu berbelanja, pada masa sama inflasi pula melanda.",
"DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI\nKetua Pemuda UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/09/04/peningkatan-had-statutori-hutang-kerajaan/ | [
"Dalam senario hari ini, peningkatan had statutori hutang Kerajaan melebihi 60% nilai KDNK ialah wajar.",
"Tetapi lebih utama ialah apa yang akan dibelanjakan. Bukan hanya bantuan tunai, tetapi perbelanjaan yang mampu merancakkan dan memulih ekonomi.",
"Sebenarnya, itulah sebabnya ahli ekonomi memantau nisbah hutang Kerajaan kepada KDNK.",
"Bukan sebab hutang Kerajaan itu perlu dibayar semula (saya dah terangkan beberapa kali sebelum ini konsep “hutang” Kerajaan tidak sama seperti hutang lain). Kita pantau dan kaji nisbah “debt to GDP” ini kerana andaikata perbelanjaan Kerajaan mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi, maka KDNK (GDP) itu akan naik lebih laju.\n\nNamun, andai kata perbelanjaan Kerajaan tertumpu atau tertiris kepada perkara yang tidak merancakkan pertumbuhan KDNK, sebaliknya akan berlaku. Dalam erti kata lain, % itu menjadi kayu ukur kepada “produktiviti” perbelanjaan sesebuah Kerajaan.",
"Jadi, bukan angka hutang yang perlu kita khuatir. Sebaliknya, adakah hutang itu mampu menjana pertumbuhan tinggi atau tidak? Dan adakah rakyat kebanyakan menikmati keuntungan dari pertumbuhan ini?",
"Dalam era Covid-19 sejak 2020, nisbah % ini meningkat di seluruh dunia. Kerana rata-ratanya, perbelanjaan Kerajaan hanya mampu meminimakan impak Covid kepada ekonomi dan rakyat masing-masing. Bantuan tunai, subsidi gaji, geran dan sebagainya. Dunia belum mampu kembali kepada angka pertumbuhan pra Covid, apatah lagi dengan sekatan pergerakan yang merencatkan perniagaan dan perdagangan.\n\nNamun ini tidak boleh berkekalan. Kini menghampiri penghujung 2021, Malaysia perlu mula membiasakan diri hidup bersama virus yang diklasifikasi sebagai “endemik”.",
"Ke arah itu, diharapkan perbelanjaan Kerajaan setelah peningkatan had statutori ini perlu lebih berani, luar kotak, dan menjurus kepada usaha jangka panjang dan bukan “plaster” semata-mata lagi.",
"Belanja yang mampu menjana pekerjaan. Belanja yang mampu menjana pelaburan. Belanja yang mampu membantu pembukaan sektor-sektor ekonomi dengan selamat seperti:-",
"1. Subsidi dan pelepasan cukai bagi perniagaan membeli test-kit untuk menjalankan ujian Covid-19 ke atas pekerja-pekerja secara kerap dan berkala",
"2. Peningkatan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam melalui pembesaran hospital dan penambahan katil hospital-hospital Kerajaan dan penyerapan kakitangan kesihatan kontrak ke dalam skim tetap",
"3. Insentif pelaburan ekonomi hijau seperti penggalakan penggunaan “renewable energy”, ke arah perlindungan iklim dan alam semulajadi\n\n4. Pengenalan skim jaminan pekerjaan atau “Job Bank” untuk membantu sekurang-kurangnya 300 ribu yang hilang pekerjaan sepanjang krisis pandemik Covid-19 dan 400 ribu graduan universiti\nsetiap tahun",
"5. Skim Matching Topup Jaringan Keselamatan Sosial untuk pekerja yang telah mengeluarkan wang KWSP mereka melalui skim i-Sinar, i-Lestari, i-Citra untuk menjamin simpanan yang mencukupi pada usia persaraaan",
"Dan pelbagai lagi jenis perbelanjaan untuk memastikan bukan sahaja kita selesai isu bantuan tunai dan kampit beras untuk rakyat, tetapi juga ke arah memulihkan daya saing ekonomi sekaligus membina ketahanan negara untuk menghadapi sebarang krisis di masa hadapan – tidak kira sama ada krisis pandemik, krisis ekonomi mahupun krisis iklim.",
"Maka apabila Parlimen bersidang kelak, saya harap tiada yang terlalu obses tentang nisbah hutang Kerajaan dan KDNK. Setelah memahami apa sebenar maksud nisbah atau peratus ini, saya harap Ahli Parlimen lebih fokus berbahas dan memberi cadangan serta kritikan membina mengenai jumlah dan jenis perbelanjaan apa yang wajar.",
"SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia "
] |
https://umno-online.my/2021/09/01/masa-untuk-rakyat-menguasai-wakilnya-perkenalkan-akta-pemecatan-ahli-parlimen/ | [
"SETELAH 64 tahun kita meraikan kemerdekaan tanah air Malaysia, kini terdapat gejala berleluasa di mana wakil-wakil rakyat membelakangi bukan sahaja parti politik yang memberikan watikah pencalonan kepada mereka, tetapi juga masyarakat akar – umbi yang bersusah payah meraih undi dari pintu ke pintu, malah lebih-lebih lagi rakyat yang telah membuang undi untuk wakil rakyat tersebut di atas kepercayaan perwakilan mereka sebagai wakil parti politik dan manifesto yang dijanjikan.",
"Ramai rakyat mempersoalkan: Apa ertinya mengundi jika wakil rakyat boleh memajak- gadaikan mandat rakyat selepas pilihan raya?",
"Pemimpin generasi saya harus menerima persaingan antara parti-parti politik sebagai sesuatu yang positif dan menguntungkan rakyat. Jika persaingan ini berdasarkan peraturan permainan (Rules of the Game) yang munasabah, dan bukan dicetuskan dari perpecahan parti politik yang memudaratkan.",
"",
"Persaingan politik perlu dimurnikan – bukan dihapuskan, ditekan, diisi dengan kebencian ataupun dihuru-harakan. Demi kemajuan negara, pemimpin politik generasi saya dan generasi lebih muda, mesti berani bermuafakat dan berpakat untuk menjadikan politik sesuatu pilihan kerjaya yang profesional, yang dihormati dan disegani, bukan dikeji dan dicaci.",
"Tanggapan rakyat terhadap ahli-ahli politik hari ini sangat memalukan dan secara peribadi, saya terkilan dengan keadaan ini.",
"Saya amat berbesar hati dengan perbincangan di antara kerajaan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob bersama Blok Pembangkang dan Bebas untuk memperkenalkan undang-undang mencegah lompat parti.",
"Walaubagaimanapun, saya ingin menyarankan bahawa bentuk terbaik untuk undang-undang mencegah lompat parti adalah untuk memperkenalkan ‘Akta Pemecatan Ahli Parlimen’ (Recall Act) di mana pengundi boleh menarik balik mandat yang telah mereka berikan kepada wakil rakyat yang membelakangi mereka.",
"Oleh itu, hak untuk memilih wakil rakyat yang baru atau mengekalkan wakil rakyat tersebut dikembalikan kepada pengundi.",
"Bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-64, saya Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang berhasrat untuk menghantar suatu notis Usul kepada YDP Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk Rang Undang-undang (RUU) Ahli yang Bukan Ahli Kerajaan.",
"Usul RUU yang dicadangkan bertajuk ‘Rang Undang-undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021’ dan saya berharap usul ini menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan Pilihan Raya Pecat atau “Recall Election” di dalam sidang Parlimen September 2021 ini.",
"Di samping itu saya juga berhasrat untuk mencadangkan penubuhan ‘Kaukus Reformasi Parlimen dan Demokrasi Pelbagai Parti’ di antara Ahli- ahli Parlimen yang berminat. Ini adalah untuk memperkasakan institusi Parlimen Malaysia dan memartabatkan Demokrasi Berparlimen di negara kita.",
"Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada penyelidikan asal yang dilakukan oleh BERSIH 2.0 yang telah berjaya memberi pemahaman kepada orang awam tentang mekanisme pemecatan wakil rakyat.",
"Politik dan kuasa berpisah tiada,\nDemokrasi bukan sekadar kata-kata,\nAhli Politik selalu beradu kuasa,\nJangan sampai rakyat sengsara. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Azalina Othman Said\nAhli Parlimen Pengerang\n1 September 2021"
] |
https://umno-online.my/2021/08/30/64-tahun-merdeka-lestarikan-semangat-nasionalisme-demi-kerajaan-malaysia/ | [
"ULANG tahun ke-64 kemerdekaan negara masih terus diselubungi usaha memerangi pandemik COVID-19 yang masih menular. Saban hari angka kes baharu COVID-19 masih mencatat nilai yang tinggi menjadikan terkini jumlah kumulatif kes di negara ini menghampiri dua juta.",
"Sungguh, sejak tahun lalu iaitu apabila COVID-19 menular, kemeriahan dan keceriaan rakyat Malaysia dalam meraikan sambutan hari kemerdekaan tidak lagi seperti sebelumnya iaitu sambutan secara besar-besaran dalam perarakan di Ibu Kota selain ambang kemerdekaan yang juga diangkat sebagai satu perayaan.",
"Namun demikian, COVID-19 bukanlah alasan untuk melunturkan semangat patriotik kerana aplikasi dalam menzahirkan kecintaan kepada negara boleh dilaksana dalam keadaan apa pun melalui kibaran ‘Jalur Gemilang’ di mana-mana sahaja.\n\nLebih dari itu, COVID-19 bukanlah satu alasan untuk menenggelamkan semangat nasionalisme sebaliknya ia wajar diangkat sebagai asbab kepada kebersamaan rakyat untuk mengharungai pelbagai krisis yang melanda sekarang ini.",
"Lebih dari itu, kebersamaan yang diharapkan adalah inspirasi dalam sebuah pentadbiran baharu Kerajaan Malaysia yang ditunjangi Naib Presiden 1 UMNO selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Kerajaan Malaysia hari ini didukung oleh ‘kabinet berorientasikan hasil’ berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah serta usaha mengembalikan semula keyakinan rakyat.",
"Sebagaimana konsep bernegara itu sendiri, rakyat adalah keutamaan dan kerajaan baharu yang menekankan ‘Keluarga Malaysia’ perlu menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka. Ini termasuklah penambahbaikan pakej-pakej bantuan rakyat (BPN, BPR dan BKC), moratorium tanpa faedah terakru, pengeluaran i-Citra secara one-off dengan jumlah minimum RM10,000 dan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik.",
"Hal tersebut juga adalah selari dengan hasrat UMNO yang turut mempunyai perjuangan panjang dan mempelopori semangat nasionalisme untuk merdeka sejak penubuhannya pada tahun 1946.\n\nKali ini, UMNO sebagaimana digariskan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas berlangsungnya mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Jumaat lalu iaitu UMNO mesti menjadi pelopor kepada usaha reformasi institusi dalam pelbagai cabang kerajaan.",
"Ini termasuklah untuk mewujudkan Parlimen yang lebih efisien, pentadbiran telus dan bersih, pendanaan politik, Akta Anti Lompat Parti, campur tangan politik dalam pelbagai institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang seperti Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan lain-lain.",
"Dalam hal ini, mewujudkan satu ikatan perpaduan atas tujuan menyelesaikan permasalahan dalam negara untuk kepentingan bersama adalah langkah terbaik sebagaimana penekanan Perdana Menteri Perdana yang komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.",
"Demi mensyukuri kemerdekaan 64 tahun Malaysia, sebagai sebuah negara merdeka yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan iaitu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, maka konsep Raja Berperlembagaan ini mesti terus ditekankan.",
"Malah, konsep Rukun Negara mesti kembali disemarakkan dan diangkat sebagai manifestasi terbaik membentuk warga ‘Keluarga Malaysia’.\n\nMengambil inspirasi daripada tema Hari Kebangsaan tahun ini ‘Malaysia Prihatin’ maka sewajarnya pelaksanaan ikrar Perdana Menteri semasa mengumumkan Kabinet baharu iaitu untuk menekankan budaya kerja berprestasi tinggi dan membuat perancangan jangka pendek dan panjang, serta mencapai sasaran yang ditetapkan, selain perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.",
"Untuk itu, ketidakmatangan berpolitik perlu diketepikan lantas jalan yang benar-benar mengikut perundangan dijadikan landasan dengan setiap keputusan dibuat setelah ditelusi tanpa mengambilkira kepentingan diri sendiri atau untuk tujuan tertentu.",
"Sesungguhnya, situasi yang berlaku dalam masyarakat hari ini, jika tidak dibendung dan ditangani maka tidak mustahil akan menimbulkan kepincangan yang juga akan mampu untuk membawa peristiwa kepada ‘kehancuran negara’ berlaku.",
"Lantaran itulah, kewajaran perlu diletakkan di tangga teratas dalam melaksanakan tanggungjawab yang bukan hanya tertumpu kepada kepentingan politik semata-mata sebaliknya juga aspek ekonomi dan sosial perlu turut dipertimbangkan; lantas mengutamakan rakyat dan negara dengan menerobos masa hadapan amat penting.",
"Perlu difahami bahawa matlamat mulihkan negara bukanlah boleh dilakukan dengan mudah oleh kerajaan atau mana-mana parti politik namun peluang akan tetap terbuka luas asalkan usaha atas kesepaduan dan sokongan semua pihak diperkukuh.",
"Justeru, biarpun kemerdekaan kali ke-64 ini disambut dalam suasana berbeza tetapi kesyukuran tetap dipanjatkan lantas konsep ‘Keluarga Malaysia’ tidak mustahil menjadi realiti dengan memastikan kelancaran perjalanan pentadbiran kerajaan yang diterajui kepimpinan UMNO disepakati.",
"Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-64 tahun!",
"Editor UMNO Online "
] |
https://umno-online.my/2021/08/29/pks-dalam-keadaan-kritikal-tetapi-gst-bukan-jawapannya-sekarang-shahril-hamdan/ | [
"Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) menyarankan agar Kabinet baharu memfokuskan usaha bukan hanya kepada segmen pengguna tetapi juga perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).",
"Mereka memberi beberapa cadangan untuk dipertimbangkan untuk membantu aliran tunai PKS. Antaranya:",
"1. Pengurangan cukai korporat untuk tahun taksiran 2021 dan 2022.",
"2. Pengecualian dan pengurangan bayaran ke Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).",
"3. Menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 4%.",
"Saya setuju sepenuhnya bahawa pemulihan ekonomi tidak boleh tertumpu 100% kepada bantuan kewangan kepada pengguna tanpa intervensi sesuai kepada usahawan dan PKS.",
"Tetapi, saya kurang setuju GST diperkenal semula pada saat ini, walaupun pada kadar rendah dari SST.",
"Benar, GST ialah cukai lebih telus dan membantu perniagaan SME untuk ‘claim’ cukai input. Tetapi dengan pengenalan GST juga, kos akan diturunkan ke pengguna.",
"Kalau GST tidak dimansuhkan dahulu, isu ini tak berbangkit. Tetapi apabila telah dimansuh, kemudian perkenal semula, akan ada kesan kos peralihan yang mampu memberi kesan kepada pengguna. ‘Timing’ tidak sesuai.",
"Intervensi tidak boleh mencederakan tahap kepenggunaaan pada ketika belanja pengguna masih rendah berbanding sebelum COVID-19.",
"Bukan sahaja ia akan merencatkan perbelanjaan oleh pengguna malah tidak akan menambah hasil yang signifikan kepada kerajaan.",
"Setelah ekonomi pulih, barulah sesuai kita melihat semula pelaksanaan GST.",
"Cadangan lain dari SAMENTA boleh dipertimbangkan, seperti cadangan pengurangan sumbangan levi HRDF.",
"Tahap kewangan agensi tersebut dilihat masih baik dengan dana dari kerajaan di samping sumbangan dari syarikat lebih besar yang mencatat keuntungan.",
"Di samping itu, beberapa usaha lain yang saya pernah catit untuk pertimbangan:",
"– Langkah yang mampu meningkatkan pinjaman dari institusi kewangan pembangunan (DFI) kepada PKS.",
"– BNM salurkan dana kepada bank komersil pada kos sifar, dengan syarat dana itu disalurkan dalam bentuk pinjaman kepada PKS.",
"– (Jika tiada jalan lain) Suntikan modal ke dalam PKS sepertimana Danaharta dahulu.",
"Selagi langkah itu boleh membantu aliran tunai PKS, ia wajar diperhalusi kerana bank komersil hari ini dilihat tidak bersedia memanjangkan kredit kepada SME. – UMNO ONLINE",
"Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia merangkap\nNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/08/25/paradigma-politik-baharu-malaysia-milik-semua-khaled/ | [
"1.Persefahaman dan kenyataan bersama antara Perdana Menteri dengan kepimpinan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dalam menyelesaikan kemaslahatan negara adalah permulaan era baharu yang sangat positif.",
"2. Persetujuan bersama ini berlaku hanya tiga hari setelah Perdana Menteri menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama rentas parti dan ideologi dalam semangat Keluarga Malaysia.",
"",
"3. Politik Malaysia tidak boleh lagi dalam takuk yang lama. Paradigma baru dalam amalan demokrasi kita mesti harus lebih luwes, terbuka dan progresif.",
"4. Prejudis terhadap pembangkang mesti berakhir. Begitu juga persepsi negatif terhadap kerajaan harus berubah.",
"5. Semua adalah rakan penting dalam kesuburan demokrasi dan tatakelola yang lebih baik.",
"6. Saya berharap agar langkah besar yang dimulakan oleh Perdana Menteri akan disusuli dengan pelbagai tindakan yang lebih terangkum dari kedua-dua pihak.",
"7. Malaysia adalah milik semua. Ia tanah air semua untuk semua dan kita mesti bersepakat deminya.",
"8. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/08/15/umno-mesti-kembali-bersatu-hati-sebuah-ketumbukan-melayu/ | [
"1. Saya mengakui keputusan UMNO menarik sokongan dan keluar dari Perikatan Nasional (PN), bukan sahaja memberi kesan langsung kepada PN sebagai sebuah Kerajaan dan keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri, tetapi UMNO sendiri berhadapan dengan pelbagai cabaran kesan keputusan ini.",
"2. Pastinya keputusan sebesar dan sepenting ini mempunyai risiko dan geloranya. Sudah lumrah politik, pasti ada badai dan gelombangnya. Yang mustahak adalah cara kita berhadapan dengan segala cabaran tersebut.",
"3. Namun seperti yang telah saya tegaskan berulang kali, perjuangan, kekuatan dan pendirian parti adalah lebih besar dan lebih utama dari segala kedudukan dan jawatan mana-mana individu dan personaliti.\n\n4. UMNO mesti hadir dan berdiri sebagai sebuah ketumbukan orang Melayu yang mempunyai kebersamaan tekad dan kebulatan hati. Bukannya berpecah-pecah dan berlainan haluan.",
"5. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang sangat jelas bahawa PM dan PN sudah tidak berupaya untuk mempertahankan kerajaan yang ada.",
"6. Maka, UMNO mesti kembali bersatu hati. Kepada semua Ahli Parlimen UMNO di dalam PN, ruang dan tempat kalian dalam parti tidak pernah hilang.",
"7. Perjalanan kita semua dalam UMNO telah sama-sama mendewasakan. Persahabatan mesti kekal dan abadi. Kita jangan sampai berkerat rotan berpatah arang. Mereka yang berbeza pandangan dengan kita bukan musuh. Ingat gigi dengan lidah, ada masa tergigit jua.",
"8. Yang mesti kita ingat, PN itu tidak lebih dari sekadar ruang untuk UMNO menyumbang kepada bangsa dan negara. Kita menyokongnya apabila wujud kebaikan yang jelas kepada bangsa dan negara. Kita sanggah saat ia gagal dan sudah tidak berada di landasan yang betul.",
"9. Namun, UMNO tidak hidup hanya untuk hari ini. UMNO melihat masa depan. Atas dasar itu, insya-Allah UMNO akan segera meninggalkan episod ini untuk membuka lembaran baharu yang lebih penting.",
"10. Buat masa sekarang, keutamaan UMNO adalah untuk memberikan sentuhan kepada penyelesaian krisis nasional dan kemenangan UMNO dalam PRU akan datang.",
"11. Untuk melakukan perkara ini, UMNO mesti segera bersatu hati dan mengeratkan semula perpaduannya di semua peringkat sama ada ahli, pemimpin apatah lagi Ahli-ahli Parlimen. Kita mesti kembali menjadi parti yang kuat, bersatu dan memfokuskan kepada perkara yang betul.",
"\nDATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/08/14/perlembagaan-is-non-negotiable-pm-hilang-sokongan-majoriti/ | [
"Rakyat Malaysia telah menyaksikan pelbagai parti politik dan ahli Parlimen tampil dengan kenyataan menolak kepimpinan Perdana Menteri.",
"Semua ini membolehkan kita merumuskan bahawa Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti di Parlimen.",
"Khabar bahawa Istana Negara telah menulis untuk mendapatkan pengesahan Speakar Dewan Rakyat tentang jumlah sokongan Ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri jelas membuktikan bahawa Istana Negara sangat meragui dakwaan Perdana Menteri bahawa beliau masih mempunyai majoriti.\n\nTindakan ini adalah ‘unprecedented’ dan meletakkan kewibawaan Perdana Menteri pada tahap yang tidak boleh diyakini dalam tindakan dan kenyataannya.",
"Malah dakwaan masih mempunyai majoriti oleh Perdana Menteri adalah tindakan yang tidak berpelembagaan. Apatah lagi beliau sengaja menunda pengesahannya di Parlimen tanpa alasan yang wajar.",
"Nampaknya DYMM SPB Yang di Pertuan Agong sangat bersungguh-sungguh mempertahankan Perlembagaan Negara dengan bertindak mengikut lunas Perlembagaan.",
"Perdana Menteri pula jelas menggunakan Perlembagaan untuk kelangsungan hayat politiknya dan bukan untuk memelihara kewibawaan institusi Perdana Menteri.",
"Tindakan Perdana Menteri yang nyata hilang keabsahan dan kelayakan setelah hilang sokongan majoriti dan tidak bertindak segera meletakan jawatan akan menyebabkan pelbagai tindakan yang diputuskan oleh Kerajaan mempunyai risiko perundangan yang besar.",
"Semua keputusan Eksekutif tersebut boleh dicabar keabsahan dan keperlembagaannya. Ini meletakkan Kerajaan dalam kedudukan terdedah kepada pelbagai pertikaian undang-undang dan risiko kerugian kewangan.",
"Bagi mengelakkan negara terus berada dalam kancah kecelaruan Perlembagaan sebegini, wajarlah pihak Eksekutif tampil dan melakukan tindakan yang benar dan berpelembagaan.",
"Mereka harus memudahkan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong melaksanakan tugas Perlembagaan baginda dan bukan bertindak sebaliknya.",
"Tiada yang lebih penting kepada seorang Perdana Menteri selain melaksanakan tanggungjawabnya selari dengan batas dan mandat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.",
"Perdana Menteri waktu ini nampaknya bersendirian mempertahankan kedudukan yang tidak boleh dipertahankan lagi. Beliau seharusnya tahu bahawa Perlembagaan ‘is non-negotiable’.",
"Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan",
"===============================",
"Malaysians have witnessed various political parties and Parliament members releasing statements rejecting the Prime Minister’s leadership.",
"All these allow us to conclude that the Prime Minister no longer has the majority support in Parliament.",
"The news that Istana Negara has written to the Dewan Rakyat Speaker to confirm on the number of Members of Parliament supporting the Prime Minister clearly proves that Istana Negara is very sceptical of the claims made by the Prime Minister that he still holds majority support.",
"This is an unprecedented turn of events and casts doubt upon the credibility of the Prime Minister’s statement and action.",
"The Prime Minister’s claim of still holding majority is unconstitutional, including his decision to deliberately postpone parliament sitting to confirm his support without any valid reasoning.",
"It seems that DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong is very serious in upholding the National Constitution, acting within the boundaries set by the Constitution.",
"The Prime Minister, on the other hand, is using the Constitution for his political mileage instead of preserving the integrity of the Prime Minister’s institution.",
"The actions of the Prime Minister who has clearly lost his legitimacy after losing the support of the majority and does not step down immediately will cause the various actions decided by the Government to have significant legal repercussions.",
"The legitimacy and constitutionality of every decision made by the Executive can be challenged. This will put the Government in a difficult position, exposing them to a multitude of legal disputes and financial loss risks.",
"To prevent the nation from continuing to spiral down in the midst of this constitutional disarray, the Executive must come through and take the right action and uphold the Constitution.",
"They must ease and assist DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong in carrying out his constitutional duty rather than complicating it.",
"Nothing is more important to a Prime Minister than fulfilling his responsibilities within the limits and mandate provided by the Constitution.",
"Currently, the Prime Minister seems to be the only one defending a position that can no longer be defended. He should know that the Constitution is non-negotiable.",
"Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan "
] |
https://umno-online.my/2021/08/13/speaker-dewan-rakyat-sila-berkata-benar-khaled/ | [] |
https://umno-online.my/2021/08/12/kerajaan-gagal-rakyat-sedih-dan-marah/ | [
"Ramai bertanya bahkan macam-macam spekulasi timbul bila saya memuat-naik status “Saya Sedih dan Marah…).",
"Kenapa Saya Sedih?",
"– Saya sedih dan amat berdukacita kelmarin, kerana dalam tempoh tidak sampai dua minggu saya kehilangan 5 rakan sepengajian UIA akibat Covid. Dalam tempoh sebulan saya juga kehilangan ramai sanak saudara, kenalan dan sahabat handai.",
"– Saya sedih kerana angka kematian setiap hari mencanak naik hingga mencecah jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang mati akibat Covid-19 ialah 11,373.",
"Kenapa saya marah?",
"Saya bukan marah atas kehilangan sahabat-sahabat saya, kembalinya ke pangkuan Ilahi. Sebagai seorang mukmin kita pasrah akan takdir Ilahi.",
"Saya marah kerana:",
"1.Saya marah kerana angka kematian yang mencanak naik sehingga 11,373 orang ini, boleh kita elakkan jika Kerajaan buat TOTAL LOCKDOWN betul-betul sejak dari awal. Berbanding negara lain, makin lama lockdown, makin tinggi pula kes Covid.",
"2.Saya marah kerana ada suara sumbang yang memberikan alasan membandingkan negara lain lebih ramai yang mati berbanding Malaysia.",
"3.Saya marah kerana Kerajaan macam acuh tak acuh dalam buat tindakan preventif, 3 bulan rakyat dikurung sejak PKP 3.0, tapi kilang-kilang penyebab utama penularan virus dibenarkan dibuka.",
"4.Saya marah kerana dalam keadaan kes makin meningkat dengan varian baru yang lebih ganas termasuk varian Delta Plus dan varian Lambda, Kerajaan beri pula kelonggaran kepada pengembara luar yang pulang tanpa perlu kuarantin di Pusat Kuarantin Kerajaan dan hanya perlu kuarantin di rumah.",
"5.Saya marah kerana Kerajaan sampai hari ini membutakan mata dan menulikan telinga akan keresahan rakyat sehingga tidak ada satupun #TuntutanRAKYAT berkaitan i-Citra RM10,000 one-off, moratorium tanpa faedah, moratorium LPPSA, tuntutan untuk naikkan jumlah BPN, BKC dll tidak dilayan.",
"Ketua Pemuda UMNO",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki"
] |
https://umno-online.my/2021/08/09/pengangguran-naik-lagi-apa-fungsi-majlis-pekerjaan-negara/ | [
"HARI ini, keluar laporan bahawa kadar pengangguran kembali meningkat ke 4.8% atau 767,700 orang. Meningkat 40 ribu orang di Jun berbanding Mei.",
"Tetapi sebenarnya keadaan lebih teruk dari itu.",
"– Nisbah guna tenaga jatuh seramai 33 ribu orang dari Mei ke Jun. Bermakna dalam tempoh sebulan ada 33 ribu orang yang tak lagi termasuk dalam kategori penganggur kerana terus “give up” mencari kerja. (Kita hanya dianggap penganggur jika kita dianggap aktif mencari kerja tapi tidak dapat)",
"– Jumlah rakyat yang “bekerja sendiri” meningkat 4 ribu orang. Dalam keadaan sekarang, kita sedia maklum “bekerja sendiri” tidak memberi gambaran optimistik dari sudut pendapatan",
"– 1.85 juta yang ada pekerjaan pula underemployed dari segi kemahiran atau bekerja tetapi dalam bidang yang lebih rendah daripada kelulusan atau kepakaran contohnya ada Degree tapi kerja yang memerlukan kelulusan SPM",
"– 330 ribu pula “underemployed” dari segi jumlah tempoh bekerja (mereka bekerja separuh masa atau tidak cukup masa untuk dikategorikan sebagai bekerja penuh)\nPaling mengejutkan,",
"– Jumlah rakyat status bekerja, tetapi terpaksa “tidak bekerja buat sementara” disebabkan PKP – naik sebanyak 661,400 orang ke 801,100. Sebahagian besar dari 800 ribu mereka ini sama ada gaji dipotong atau kosong. Kelompok ini tak dikira dalam angka pengangguran 4.8% tadi itu.",
"Sebab itu bila kita bercakap angka pengangguran dalam erti kata sebenar, bukan hanya 700/800 ribu atau 4/5%. Jelas, angka mereka yang benar-benar terkesan sudah jauh melangkaui 1 juta orang.",
"Belanjawan 2020 tempoh hari, penubuhan Majlis Pekerjaan Negara dihebahkan sebagai pendekatan hebat dan segar. Tak pernah wujud sebelum ini. Dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.",
"Apa yang telah dicapai oleh MPN ini? Tempoh hari dilaporkan 320 ribu peluang pekerjaan diwujudkan oleh MPN.",
"Pertama, angka itu amat tidak memuaskan.",
"Kedua, bukan semua 320 ribu itu takkan wujud kalau MPN ini tak tertubuh pun.",
"Jadi, apa sebenarnya kerja mereka selama ini? Saya pun kurang faham. Lebih sejuta orang tak ada pendapatan – Majlis ni buat apa??",
"Apa yang diperlukan ialah satu siri inisiatif radikal dengan perbelanjaan Kerajaan yang secukupnya untuk memerangi isu pengangguran sepenuhnya. Skim Jaminan Pekerjaan atau Bank Pekerjaan telah dicadangkan banyak kali sebagai contoh. Namun, nampaknya Kerajaan dengan Majlis ini masih selesa dengan inisiatif-inisiatif biasa yang mungkin niatnya baik, tetapi masih berpendekatan “old school” sehingga tidak mencapai sasaran.",
"Seperkara lagi, jangan kita anggap henti sahaja “lockdown” masalah selesai. Kalau lihat data yang dikongsi tadi, masalah sekarang sudah teramat mendalam. Buka ekonomi, mungkin angka bertambah baik sedikit. Mungkin sebahagian dari yang 800 ribu “tak bekerja sementara” tadi boleh kembali bekerja. Sebahagian yang kerja separuh masa boleh kembali penuh masa? Tapi berapa ramai? Berapa ramai dari mereka akan diberhentikan terus? Bagaimana pula angka kategori yang lain? Ini yang patut Kerajaan dan Majlis Pekerjaan fikirkan, rancang dan bentang dahulu lagi.",
"Jika sesebuah Kerajaan membentangkan cadangan perbelanjaan yang:",
"– Benar-benar mampu menyelesaikan masalah.",
"– Tidak membazir.",
"– Lebih dianggap suatu pelaburan kepada kapasiti ekonomi dan rakyat",
"Saya yakin Dewan Rakyat tidak akan teragak-agak meluluskan sebarang peningkatan had hutang negara atau apa sahaja perundangan yang perlu dipinda. Tapi…ye lah, kena bentang la di Dewan.",
"Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia\nmerangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/08/07/usaha-haramkan-umno-scheme-of-thing-ppbm-terbaru/ | [
"Bulan Jun ketika kes covid baru mencecah 6 ribu, ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan)TOLAK permohonan PKR untuk adakan Perhimpunan Agong Tahunan parti mereka.",
"Bulan Ogos ketika kes Covid sudah mencecah 20 ribu, ROS TOLAK permohonan UMNO untuk tangguh pemilihan parti melibatkan lebih 66 ribu cawangan dan 3.2 juta Ahli termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh Malaysia.",
"Apakah ROS sebagai agensi Kerajaan dibawah Menteri Dalam Negeri juga terperangkap dalam ‘Scheme of Thing’ orang politik?",
"Sedangkan keputusan MKT UMNO pada 18 Jun 2021 (52/56 Ahli MKT SETUJU) untuk menangguhkan pemilihan dibuat setelah merujuk kepada:",
"1. Surat Balas Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertarikh 10 Mei 2021, dan ditandatangani oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah sendiri yang mengesyorkan agar “Mesyuarat Perwakilan UMNO bagi tahun 2021 ditangguhkan demi kepentingan perlindungan kesihatan awam, sehingga ke satu keadaan pandemik Covid-19 yang lebih terkawal dan selepas lebih 70% penduduk Malaysia telah diliputi dengan vaksin covid19”",
"2. Surat balas Majlis Keselamatan Negara bertarikh 11 Jun 2021 yang mengesyorkan: “Mesyuarat Perwakilan UMNO bagi tahun 2021 dipohon supaya ditangguhkan demi perlindungan kesihatan awam dengan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.",
"3. Malah permohonan UMNO untuk menangguhkan Mesyuarat Perwakilan UMNO kepada ROS bertarikh 24 JUN 2021 telah dibalas melalui surat bertarikh 19 JULAI 2021 dengan menyebut “Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) TIADA HALANGAN terhadap keputusan MKT UMNO bagi menangguhkan pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan dalam tempoh 18 BULAN bermula 30 Jun 2021 dan mendapati ia adalah mematuhi Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO”.",
"Persoalannya;",
"Macam mana tiba-tiba boleh keluar dua surat berbeza daripada ROS tidak sampai sebulan?",
"Kenapa pula keluar surat baharu daripada ROS semalam bertarikh 6 Ogos yang secara tiba-tiba dan tergesa-gesa mengatakan keputusan penangguhan adalah tidak sah?",
"ROS tidak wajar dijadikan alat terbaru PPBM untuk membunuh seteru politiknya!",
"Insya-Allah Peguam UMNO telahpun menjelaskan segala keputusan penangguhan dan permohonan kepada ROS yang dibuat MASIH MENGIKUT PROSEDUR. Setiausaha Agong juga telah mengutuskan jawapan balas kepada ROA bagi menjernihkan kekeliruan.",
"Justeru, buat Ahli-Ahli UMNO jangan bimbang! Usaha mengharamkan UMNO tahun lepas juga gagal setelah keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada kita, Alhamdulillah.",
"Kali ini insyaAllah, Peguam-Peguam UMNO punya hujah lebih kuat untuk mencabar ROS kerana keputusan penangguhan dibuat setelah merujuk kepada MKN, KKM dan ROS sendiri dan semua rekod didokumentasikan dengan sempurna, bahkan semua keputusan adalah mengikut prosedur dan Perlembagaan UMNO.",
"Moga dibukakan hati pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak bersekongkol dengan Kerajaan PN yang bukan sahaja gagal menguruskan hal kebajikan rakyat di kala Pandemik tapi sanggup derhaka kepada Raja bahkan menyalah-gunakan agensi-agensi Kerajaan demi mengekalkan kuasa.",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pemuda UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/08/04/apabila-seorang-perdana-menteri-sudah-kehilangan-majoriti-apa-yang-akan-berlaku-menurut-perlembagaan/ | [
"1. Perkara 43 (4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka dia boleh pilih untuk sama ada:\n(i) Meletakkan Jawatan atau;\n(ii) Menasihati Agong untuk Membubarkan Parlimen.",
"2. Namun Agong Mempunyai Kuasa di bawah Perlembagaan Perkara 40(2) untuk TIDAK MEMPERKENANKAN permintaan pembubaran Parlimen atas alasan KERANA KEADAAN PANDEMIK COVID-19.",
"3. Agong boleh menggunakan kuasa di bawah Perlembagaan Perkara 40 (1) melantik seorang Perdana Menteri baharu mengikut BUDI BICARANYA. Perkara 43 (2a) pula dinyatakan perlantikan berasaskan “seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”.",
"4. Maknanya Agong boleh melantik sesiapa sahaja di kalangan 220 Ahli Dewan Rakyat (2 meninggal dunia) mengikut BUDI BICARANYA dan PADA HEMATNYA MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI.",
"5. Jika Agong sudah melantik seseorang menjadi Perdana Menteri, dia ada tempoh 60 hari untuk mengabsahkan kedudukannya yang dianggap mempunyai majoriti di Parlimen (floor test) dengan mengemukakan usul percaya kepada Perdana Menteri.",
"6. Sesudah itulah baru Perkara 43 (2b) menyatakan Agong atas nasihat Perdana Menteri melantik Jemaah Menteri sama ada dari Dewan Rakyat atau Dewan Negara untuk membantu Perdana Menteri.",
"CADANGAN:",
"1. Dilantik seorang Perdana Menteri Interim yang TIDAK KONTROVERSI, TIDAK DIANGGAP ANCAMAN KEPADA SESIAPA dan TIDAK ADA CITA-CITA POLITIK UNTUK BUNUH PESAING-PESAING POLITIKNYA.",
"2. Perdana Menteri Interim boleh mewujudkan ‘WAR CABINET’ atau sebuah kabinet sepertimana pengalaman UK dalam beberapa peristiwa besar untuk melawan pandemik penyakit tangan dan kuku, ‘Brexit’ dan Perang Dunia di zaman Winston Churchill.",
"3. ‘War Cabinet’ bersifat inklusif, terdiri daripada wakil-wakil semua parti besar tidak kira kerajaan atau pembangkang.",
"4. TUJUAN KERAJAAN INTERIM melalui fungsi Perdana Menteri dan ‘War Cabinet’nya dengan fokus yang khusus kepada hanya 3 perkara:\n(i) Menangani COVID-19.\n(ii) Mempercepatkan Vaksinasi agar negara segera capai imuniti kelompok.\n(iii) Membantu kebajikan rakyat yang kesempitan ketika ini (termasuk #TuntutanRAKYAT)",
"5. Kabinet dikecilkan daripada 70 Menteri dan Timbalan Menteri seperti yang ada dalam Kerajaan Perikatan Nasional sekarang (tak tahu efektif atau tidak?) kepada hanya beberapa atau maksimum 10 Menteri Koordinator.",
"6. Kerajaan Interim hanya untuk tempoh sehingga imuniti berkelompok tercapai iaitu lebih 90% rakyat divaksin. Sasaran tidak boleh lebih 6 bulan.",
"7. Jika imuniti kelompok berjaya dicapai, Perdana Menteri Interim mesti menasihati Agong untuk membubarkan Parlimen bagi diserahkan mandat kembali kepda rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).",
"Kerajaan Interim boleh meredakan suhu politik dengan semua parti terlibat untuk tangani COVID-19, dengan sendiri wujud Gencatan Senjata Politik (Political Ceasefire). Ini kerana matlamat akhir selepas 6 bulan dan setelah berjaya mencapai imuniti kelompok, PRU-15 boleh diadakan.",
"Sepanjang Kerajaan Interim ini;\n– tidak ada lagi aktiviti ‘horse trading’ (jual beli ahli Parlimen dan orang politik).\n– Tidak ada lagi aktiviti persaingan sengit dengan kecenderungan penguasa menggunakan kaedah ‘knife, pen and cheque book’, ugut dan tawaran untuk melemahkan pesaing di kalangan parti-parti lawan.\n– Semua parti bekerjasama fokus COVID-19 bukan membina ‘war chess’ sepanjang dalam kerajaan.\n– ‘Political Ceasefire’ untuk seketika sehingga PRU-15.",
"Siapa TOKOH Perdana Menteri Interim pilihan anda yang punya kriteria seperti disebut di atas? (TIDAK KONTROVERSI, TIDAK DIANGGAP ANCAMAN KEPADA SESIAPA dan TIDAK ADA CITA-CITA POLITIK UNTUK BUNUH PESAING-PESAING POLITIKNYA). – UMNO ONLINE",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/08/02/fahami-institusi-raja-berperlembagaan-peranan-ydpa-berkaitan-darurat/ | [
"1. Pada 31 Julai lepas, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, mempersoalkan peranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berkenaan dengan penamatan semua Ordinan Darurat.",
"2. Sebelum melihat dengan lebih mendalam, adalah penting untuk kita menegaskan punca kita berada dalam kekalutan ini. Adalah jelas daripada nada dan konteks Tan Sri SA Vigneswaran, beliau kelihatan lebih cenderung mempertahankan tindakan-tindakan kerajaan dan bukannya untuk mengangkat Perlembagaan sehingga tidak mengendahkan institusi Diraja. Ia sangat menyedihkan bagi seluruh rakyat Malaysia apabila pemimpin yang kita harapkan gagal untuk menegakkan kedudukan tertinggi negara dan telah menghina asas demokrasi negara ini. Malaysia sebagai negara berdaulat tidak seharusnya melupakan sejarah dan ketinggian institusi yang menjadi sumber kuasa negara ini semata-mata mahu mengambil hati mereka yang berkuasa.\n\n3. Pertama, Presiden MIC beranggapan bahawa tindakan kerajaan membatalkan ordinan darurat sebelum waktunya adalah sesuatu yang berasas. Beliau berpendapat kerajaan sebenarnya mengambil pemahaman bahawa apabila Yang di-Pertuan Agong menzahirkan perkenan yang Darurat mestilah tidak diteruskan selepas 1 Ogos, secara tidak langsung Baginda berkenan untuk membatalkannya.",
"4. Walau bagaimanapun, hujah ini pincang dan tidak bernas. Di bawah Perlembagaan, hanya ada dua cara untuk menamatkan Proklamasi Darurat. Pertama, jika Yang di- Pertuan Agong membatalkannya. Kedua, melalui pembatalan yang dibuat melalui ketetapan oleh kedua-dua dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.",
"5. Berdasarkan kenyataan tersebut, Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja telah mengeluarkan kenyataan bahawa “Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda”. Yang di-Pertuan Agong menekankan bahawa “Artikel 150 (2B) dibaca bersama dengan Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas akan kuasa baginda untuk menggubal dan membatalkan Ordinan”, yang mana tidak dilakukan dalam hal ini.",
"6. Kedudukan ini telah dihuraikan dalam kes The Cheng Poh lwn PP, di mana Privy Council memutuskan bahawa:\n“Kuasa untuk membatalkan, walau bagaimana pun, seperti kuasa untuk menggubal proklamasi, adalah terletak pada kuasa Yang di-Pertuan Agong, dan Perlembagaan tidak mensyaratkannya untuk dilakukan melalui sebarang instrumen rasmi”\n\n7. Justeru, kerajaan sebenarnya telah membuat andaian semata-mata bahawa hanya kerana Yang di-Pertuan Agong berhasrat untuk tidak meneruskan Ordinan Darurat selepas 1 Ogos, maka ia juga bermaksud Baginda telah memberikan Perkenan Diraja untuk menamatkan semua Ordinan Darurat. Justeru, kenyataan yang dibuat oleh Presiden MIC adalah tidak benar dan telah membelakangkan prosedur yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan sangat jelas bahawa kenyataan yang dibuat oleh Menteri Undang-Undang telah mengelirukan Parlimen serta orang awam dan menimbulkan krisis perlembagaan.",
"8. Kedua, Tan Sri SA Vigneswaran berpandangan bahawa tiada keperluan untuk membahaskan Ordinan Darurat dan ia merupakan sesuatu yang bersifat “represents a setback towards rebuilding the stability of our nation”. Beliau seterusnya menyatakan bahawa persidangan khas Parlimen kali ini adalah bertujuan membahaskan Pelan Pemulihan Covid-19 dan isu-isu yang berkaitan dengan pandemik. Ini dengan jelas menunjukkan ketiadaan pemahaman yang jelas di pihak beliau berkenaan kesan ordinan darurat ke atas kehidupan rakyat. Ordinan tersebut mengandungi undang- undang yang memberi kesan secara terus ke atas kehidupan rakyat dan mempunyai peranan kritikal dalam pengurusan pandemik.\n\n9. Tambahan pula, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Baginda YDPA berhubungan dengan pembukaan Parlimen, Baginda menggesa agar Parlimen dibenarkan untuk dibuka bagi membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara. Namun, agenda Persidangan Khas tersebut telah mengeluarkan usul untuk membahaskan Ordinan Darurat, yang bercanggah dengan perkenan Baginda YDPA dan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan. Nampaknya Tan Sri SA Vigneswaran telah gagal memberi perhatian kepada kenyataan ini.",
"10. Ketiga, Tan Sri Vigneswaran bersandar kepada Perkara 40 (1A) yang menyatakan bahawa Baginda YDPA hendaklah bertindak mengikut, atau setelah mempertimbangkan nasihat, Kabinet dan Perdana Menteri. Presiden MIC turut menyatakan bahawa kita kini berhadapan situasi di mana YDPA yang menasihati Kabinet tentang apa yang perlu dilakukan.",
"11. Adalah jelas bahawa Tan Sri SA Vigneswaran gagal memahami bahawa tindakan Kerajaan telah menyebabkan berlakunya krisis Perlembagaan, dan merupakan satu keingkaran terhadap titah YDPA. Sekalipun Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa YDPA hendaklah bertindak atas nasihat atau setelah mempertimbangkan nasihat Kabinet atau Perdana Menteri, YDPA masih mempunyai kuasa budi bicara seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 150 (2B) yang dibaca bersama Perkara 150(3) berhubung perkara-perkara-perkara berkaitan pengisytiharan dan pembatalan darurat.",
"12. Kita mengakui bahawa senarai Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen disediakan oleh pihak kerajaan dan bukannya institusi istana. Namun, Presiden MIC gagal untuk mengambil maklum bahawa peranan YDPA di bawah Perkara 150 (2B) dan (3) adalah jelas. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang menyaksikan YDPA sebagai Ketua Negara. Dalam sistem Raja Berperlembagaan, YDPA mempunyai peranan untuk mengukuhkan keabsahan demokrasi di dalam negara dan titah baginda mesti dijunjung.",
"13. Benar ungkapan Tan Sr SA Vigneswaran bahawa kita sedang “indeed treading on uncharted waters”. Oleh yang demikian, Presiden MIC harus turut memahami bahawa kita sedang berhadapan dengan krisis perlembagaan. Isunya sekarang adalah tentang tindakan seorang menteri yang mengelirukan Parlimen dan masyarakat awam. Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara, dan tiada pihak yang boleh mengatasinya. Sebagai sebuah negara, kita mesti menghormati peranan dan fungsi YDPA, dan membiarkan pihak yang gagal memahami perkara ini adalah satu tindakan membuka jalan yang mengancam institusi Raja Berperlembagaan.",
"\nDatuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin"
] |
https://umno-online.my/2021/07/30/pm-heret-negara-ke-kancah-krisis-perlembagaan/ | [
"1. Kenyataan balas YAB Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin yang keluar lewat petang semalam menimbulkan 1001 persoalan yang hanya menjurus ke arah untuk membuktikan dirinya dan Menteri Undang-undang betul dan pihak lain adalah salah.",
"2. Di dalam kenyataan tersebut, Mahiaddin telah menyatakan bahawa pada 22 Julai 2021 beliau menerima deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 untuk dimasyurkan oleh Seri Paduka Baginda pada 21 Julai 2021.",
"3. Kemudian, hanya pada 23 Julai 2021, Mahiaddin mengutuskan warkah tanpa menghadap Seri Paduka Baginda supaya ordinan-ordinan darurat berkenaan dibatalkan.",
"",
"4. Susulan daripada itu, pada 24 Julai 2021 barulah Takiyuddin dan Peguam Negara menghadap untuk memberi penjelasan tersebut.",
"5. Namun, pada 26 Julai 2021 yang lepas Takiyuddin telah mengumumkan bahawa ordinan tersebut telah dibatalkan hanya setelah didesak oleh ahli-ahli parlimen pembangkang dan seterusnya menimbulkan kekecohan di dalam Dewan.",
"6. Pada 27 Julai 2021, Mahiaddin pula telah menghadap untuk menjelaskan kedudukan tersebut namun pada hari semalam 29 Julai 2021 setelah mendengar dua kali penjelasan Takiyuddin dan Mahiaddin, Seri Paduka Baginda tetap mengeluarkan kenyataan menzahirkan rasa amat berdukacita terhadap Kerajaan PN yang gagal menurut titah Baginda supaya ordinan tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat.",
"7. Persoalan yang timbul daripada situasi ini adalah mengapa Seri Paduka Baginda walaupun telah perkenan menerima penjelasan sebanyak 2 kali tetap menzahirkan rasa amat dukacita terhadap apa yang telah berlaku.",
"8. Apa yang dilakukan oleh Mahiaddin melalui kenyataan media tersebut adalah seperti mahu mengugut dan mengingatkan Seri Paduka Baginda mengenai kewajipan Baginda untuk patuh kepada apa sahaja nasihat Kerajaan dengan berselindung dengan Perkara 40 (1) dan Perkara 40 (1A).",
"9. Perlu diingatkan bahawa kenyataan Baginda yang dikeluarkan terlebih awal telah jelas menyatakan sedia maklum terhadap perkara tersebut dan menegaskan bahawa selaku Ketua Utama Negara, Baginda mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran terutamanya Perkara 150 (2B) dan Perkara 150(3) yang melibatkan kuasa yang terletak pada Seri Paduka Baginda.",
"10. Saya melihat ketika ini Kerajaan PN terutamanya Perdana Menteri ingin mengheret negara ke kancah krisis perlembagaan.",
"11. Negara ketika ini sudah pun menghadapi tri-krisis iaitu krisis pandemik COVID-19, krisis ekonomi dan krisis politik yang mana semuanya adalah akibat kelemahan Kerajaan PPBM-PN menguruskan ia dengan baik.",
"12. Ketika ini, akibat daripada ‘kedegilan’ Mahiaddin untuk membentangkan Ordinan Darurat di Parlimen untuk diungkaikan melalui perbahasan, negara berdepan dengan satu lagi kemungkinan krisis.",
"13. Saya mendesak agar Mahiaddin memikirkan mengenai hal ehwal negara serta memberi keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat seperti mana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda melalui kenyataan yang sama.",
"14. Tidak ada jalan keluar yang lain melainkan mengambil tanggung jawab penuh ke atas perkara ini dan janganlah ‘bertikam lidah’ dengan Seri Paduka Baginda mengenai hal yang mudah untuk diselesaikan di kala negara menghadapi krisis.",
"15. Sekiranya Mahiaddin benar-benar menjunjung titah dan menghormati institusi raja maka beliau dan Takiyuddin sewajarnya melepaskan jawatan.",
"16. Jika tidak mahu, maka berdepanlah dengan amarah rakyat!",
"Mustafa Shah Abdul Hamid\nEXCO Pemuda UMNO Malaysia\nKetua Pemuda UMNO Kuala Kangsar"
] |
https://umno-online.my/2021/07/27/mengapa-ahli-parlimen-ph-minta-menteri-ketepikan-prosedur-data-dan-sains/ | [
"Saya berpandangan sesiapa yang bukan doktor, jauh dari pakar perubatan penyakit – eloklah akur kepada pakar. Tak semua perkara ahli politik perlu berebut mendahului pakar.",
"Dalam hal meluluskan penggunaan sesuatu ubat, eloklah juga akur kepada sistem kelulusan yang telah terbina dan ditambahbaik selama berpuluh tahun.",
"Adakah Ivermectin berkesan untuk merawat Covid? Semestinya saya tidak tahu. Hanya data dan pakar perubatan dalam bidang yang tahu mentafsir data wajar membuat rumusan dan pendirian.",
"Yang kita tahu,",
"1) Pakar perubatan ada pandangan berbeza tentang potensi Ivermectin setakat ini, tetapi majoriti besar setuju bahawa data belum mencukupi untuk suatu tahap keyakinan penggunaan tanpa kesan sampingan yang serius.\n\n2) Apatah lagi, andai selamat untuk menggunakan untuk tujuan rawatan Covid sekalipun, belum ada kesepakatan saintifik tentang soalan asas penggunaan, misalnya:\n– apa dos yang betul?\n– bila waktu sesuai digunakan kepada pesakit? Sebagai pencegah? Sewaktu tahap 1? Tahap 2? Tahap 4?\n– berapa lama rawatan?",
"Ini semua soalan asas yang penting untuk ada jawapan hakiki dan mutlak. Sekali lagi yang boleh menjawab soalan-soalan ini bukan ahli politik, tetapi pakar perubatan dalam bidang yang sepatutnya.",
"3) Di Malaysia, ujian klinikal sedang dilaksanakan oleh KKM dan akan berakhir bulan depan. Keputusan ujian tersebut akan dibentangkan bulan 9 nanti.",
"4) Ada beberapa negara telah mencuba penggunaan Ivermectin untuk Covid, tetapi jauh lebih banyak yang belum bersedia meluluskan. Yang sering dirujuk adalah India. Tetapi Kerajaan India juga baru-baru ini telah memberhentikan penggunaan Ivermectin untuk merawat Covid.",
"5) Kelulusan di Malaysia akan melalui prosedur NPRA di bawah KKM. NPRA tidak akan meluluskan produk tanpa perincian yang mendalam.",
"Dalam group WhatsApp, Facebook, mungkin terbaca teori ini dan itu. Itulah realiti media sosial hari ini.\nTetapi sesiapa pun yang menjadi Kerajaan, pentadbir sistem perubatan Malaysia tidak boleh buat keputusan mengikut teori dan andaian, ataupun populariti hasil desakan ahli politik.",
"Sebaliknya, mesti buat keputusan dan kelulusan mengikut prosedur, data dan sains. Ini bukan bab SOP PKP, pakej ekonomi dan lain-lain yang lebih terbuka untuk dipertikai. Ini soal ubat yang hendak diluluskan untuk digunakan keatas rakyat.",
"Saya kira ramai yang boleh terima rasional ini.\n\nTetapi dalam kalangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan hari ini, nampak mereka menolak rasional asas ini. Sebaliknya dalam keghairahan menyerang Menteri Kesihatan dalam Dewan, mereka (Kota Raja, Shah Alam, Sg Buloh, Sg. Petani, Bayan Baru, Selayang, Batu) berperilaku tidak bertanggungjawab sewaktu ditonton rakyat dengan mendesak agar Ivermectin digunakan segera, dan agar Menteri “bypass” atau “overrule” prosedur dan NPRA.",
"Ada implikasi besar apabila Ahli Parlimen yang bukan doktor, bukan pakar, tetapi berpengaruh di mata rakyat, bertindak sebegini. Sehingga sanggup mendesak agar Menteri menggunakan “kuasa eksekutif” untuk mengetepikan prosedur yang dibina untuk memelihara keselamatan rakyat tak kira siapa yang jadi Menteri.",
"Dalam erti kata lain, menolak sistem dan prosedur kelulusan, menolak peranan penjawat awam dan pakar perubatan yang tidak terikat pun dengan mana-mana parti politik.",
"Diakui, bekas Menteri Kesihatan YB Dr Dzulkefly Ahmad tidak terikut rentak ini tadi. Diharapkan beliau boleh main peranan mendidik rakan-rakannya dalam PH untuk sama bertanggungjawab. Jikapun seronok menghentam di Parlimen, tak semua yang nampak bulat itu mesti ditendang.\n\n\n",
" ",
" ",
" ",
"SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/07/25/parlimen-bukan-sekadar-sesi-penerangan-bahas-usul-sama-ada-lulus-atau-tidak/ | [
"1. Parlimen yang akan bermula esok sehingga 2 Ogos mesti membenarkan Ahli-Ahli Parlimen untuk membahaskan dan menentukan kelulusan sekurang-kurangnya dua usul besar iaitu Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya dan Pelan Pemulihan Negara beserta Pakej-Pakej Bantuan Rakyat.",
"A. Kenapa Ordinan Darurat Wajar Dibahas dan Ditolak?\nDarurat bukan sahaja gagal dan lebih memudaratkan bahkan rakyat diperlaku zalim dengan kompaun melampau hingga RM10,000 dan bersifat pilih kasih (double standard).\n\nB. Kenapa Pelan Pemulihan Negara dan Pakej Bantuan Rakyat Wajar Dibahas?\nWajib bahas dan suarakan dengan tegas berkenaan #TuntutanRAKYAT mengenai penambah-baikan Pakej Bantuan Rakyat termasuk i-Citra RM10,000 one-off, Moratorium tanpa faedah terakru, Moratorium LPPSA, tambahan nilai BPN/BKC, isu birokrasi dalam proses permohonan dan rayuan, bantuan khas peniaga kecil yang gulung tikar dan lain-lain.",
"2. Selain DUA rasional di atas, sudah tentu ada sebab apabila Yang di-Pertuan Agong bertitah berkali-kali agar Parlimen bersidang dan membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara. Secara tersiratnya Tuanku Agong dan Raja-Raja Pemerintah juga amat memahami suara keresahan rakyat yang dibangkitkan selama ini.",
"3. Malah pakar-pakar Perundangan dan Perlembagaan juga telah menegaskan keperluan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat diperbahaskan dan ditentukan kelulusan dan pembatalannya oleh Ahli-Ahli Parlimen sejajar dengan kehendak Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutan, sebagaimana berikut:\n\nPerkara 150 (3) “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).”",
"4. Justeru Kerajaan melalui Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen mesti membenarkan Usul Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat diperbahaskan dan dilakukan pengundian oleh Ahli-Ahli Parlimen bagi memenuhi HAK BERPERLEMBAGAAN (Constitutional Right) yang juga membawa suara rakyat secara rasmi di dalam Parlimen.",
"5. Kegagalan melakukannya bukan sahaja boleh dianggap menderhakai Titah Yang di-Pertuan Agong, malah lebih berat lagi melanggar sumpah setia jawatan Ahli Parlimen untuk “memelihara, melindungi dan mempertahankan” Perlembagaan Persekutuan!",
"Dr. Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/07/22/syukur-tetap-bersatu-bersetia-berkhidmat-yakin-keluhuran-perlembagaan-tengku-adnan/ | [
"Alhamdulillah… dengan rasa kerdil dan rendah diri saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana keputusan Mahkamah Rayuan pada 16 Julai telah membatalkan sabitan dan hukuman penjara serta bebas dari tuduhan rasuah. Kepada Allah SWT saya berserah dan saya amat menghargai sokongan orang ramai yang mengikuti kes saya.",
"Namun malangnya, masih ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini khususnya mantan Perdana Menteri Ke-4 & ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Dikatanya saya terlepas dari hukuman kerana bersekongkol dengan PM ke-8 hari ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.",
"Aduhai Tun… Sungguh menggelikan hati sebenarnya kerana Tun M sendiri sepatutnya amat kenal siapa saya. Bukankah Tun yang telah menjerumuskan saya dalam kancah politik… menarik saya untuk menceburi politik negara sedangkan saya ketika itu lebih selesa dalam bidang perniagaan. Alasan Tun adalah untuk saya berada dalam UMNO demi membantu perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara. Lillahi Taala saya letakkan diri saya untuk agama, bangsa dan tanah air sehinggalah hari ini biarpun Tun sendiri menongkah arus dan merosakkan semuanya… jati diri saya masih lagi ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ demi ‘Alif Ba Ta’ – Agama, bangsa, tanah air.\n\nPersoalan kenapa saya diheret ke mahkamah memang bukan lagi rahsia. Saya adalah antara mangsa pendakwaan terpilih apabila enggan mengikut arahan dari Tun. Bukan sekali pelawaan yang bertukar jadi pujukan dan kemudian arahan untuk saya meninggalkan UMNO serta menyertai ‘pengkhianat’ bangsa. Akhirnya ugutan sekiranya saya enggan tunduk bertukar menjadi realiti apabila saya didakwa di mahkamah atas alasan yang diada-adakan. Saya bukanlah lembu yang dicucuk hidung kerana jati diri dan maruah saya adalah tersemat untuk agama, bangsa dan tanah air yang telah saya ikrarkan.",
"Saya didakwa dengan tuduhan rasuah bernilai RM2 juta yang tentunya bagi orang yang mengenali saya, waima Tun sendiri tahu bahawa nilai wang itu terlalu kecil. Malah sewaktu saya dilantik sebagai Timbalan Menteri di JPM tahun 2000, saya telah mengsiytiharkan nilai aset saya berjumlah RM980 juta ketika itu sehingga Tun sendiri terkejut.",
"Memang, bukan nilai harta yang jadi perhatian, kerana nilai aset saya menyusut selepas penglibatan aktif saya dalam politik lantaran saya yang lebih gemar menggunakan wang sendiri daripada menjarah wang parti atau kerajaan. Itu bukan saya yang menggunakan jawatan untuk menambah harta sebagaimana yang Tun manfaatkan kuasa kepada barisan anak-anak Tun dengan limpahan jawatan dan kontrak pelbagai hinggakan mereka kaya raya.",
"Barangkali pandai mereka berniaga sehinggakan menjadi bilionair… tapi sebenarnya kerana Tun yang menjadi proksi sedangkan insan lain malah bangsa sendiri melarat untuk bangkit dari bawah yang kemudiannya Tun anggap Melayu pemalas dan hanya tahu mengharap ‘tongkat’.",
"Sepanjang Tun berkuasa kembali dan sehingga ke hari ini, Tun masih gelarkan saya pencuri, penyangak, penyamun hanya kerana saya enggan menjadi ‘budak suruhan’ Tun khususnya meninggalkan UMNO. Tun jaja dan burukkan nama saya. Saya dipalit fitnah, dihimpit dengan macam-macam kesusahan, ditekan dan dimalukan dengan pendakwaan rasuah. Tak apa… saya redha kerana yakin pada Allah… biarpun saya melalui ruang yang panjang… sesi perbicaraan, naik turun mahkamah sepanjang tiga tahun tetapi saya tidak akan alah.\n\nSaya tahu… andainya saya memilih bersama parti Tun, jawatan menteri telah sedia ada untuk saya malah kes pendakwaan saya dimahkamah juga tentu akan digugurkan sekelip mata. Bukankah itu yang berlaku dalam pentadbiran Tun melalui kerajaan PH apabila membela pemimpin Dap pada 3 Sept 2018 dengan Mahkamah Tinggi umum melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri P. Pinang Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah sedangkan perbicaraan kes itu sedang berjalan dengan 25 saksi sudah dipanggil memberikan keterangan.",
"Begitu sahaja kerajaan PH gugurkan kes Guan Eng yang kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan. Hal yang sama dalam kes mahkamah Rafizi Ramli, Tian Chua, Siti Kassim, YB Thomas Su MP Kampar, R. Sivarasa MP Sungai Buloh dan N. Surendan mantan MP Padang Serai.",
"‘The rule of law’ menjadi ‘law of the jungle’ dalam pentadbiran PH namun saya masih akur kerana yakin kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan tetap akan terserlah.",
"Sungguh, pada awalnya selepas keputusan dibacakan, ada terdetik untuk saya mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun, serta dua ahli Parlimen Dap yang terlibat di samping bekas AG Tommy Thomas dan Gopal Sri Ram selain sebuah NGO yang menggunakan nama persatuan penduduk kerana telah mempalit lumpur di muka saya dan keluarga… sebab mereka banyak usaha perniagaan saya terjejas yang bukan saja dalam negara malah diperingkat antarabangsa juga terkesan… tapi kemudian, demi Allah SWT, saya redha dan laluan yang tertulis dalam hidup ini saya ambil sebagai perjuangan untuk parti saya yang berjihad demi agama, bangsa dan tanah air.\n\nMoga apa yang berlaku ini jadi inspirasi buat anak muda untuk akur dan berjuang dengan ikhlas. Sebagaimana saya terbaca tentang bekas menteri muda yang didakwa kerana pertuduhan pecah amanah. Inilah nilai yang ada apabila tersalah pilih, gemar menggunakan jalan pintas sedangkan bekas menteri muda ini terkenal hasil daripada pendidikan yang dilahirkan oleh kepimpinan UMNO/BN… waima diangkat menjadi ikon 1Malaysia oleh kerajaan BN tapi memilih untuk membangkang.",
"Hari ini, dalam keadaan kita masih berperang dengan musuh tak kelihatan yang saban hari ratusan kematian berlaku, marilah sorot kembali bagaimana keadaannya apabila kita gagal merancang, gagal mentadbir, gagal mengawal dan yang utama… gagal memilih kerajaan sehinggakan kerajaan BN yang kukuh diruntuhkan hanya kerana fitnah.",
"Beringatlah bahawa bahana fitnah mampu memusnahkan, merosakkan malah menjerumuskan kita dalam kehancuran… Moga Allah SWT lindungi kita dari wabak penyakit COVID-19 dan negara kita kembali aman sejahtera pada masa hadapan. Wallahuahlam.",
"\n\n",
" ",
" ",
" ",
"TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR"
] |
https://umno-online.my/2021/07/21/tujuh-rasional-kenapa-th-tidak-wajar-diletakkan-di-bawah-bnm/ | [
"",
"(1) Asas penubuhan Tabung Haji (TH) sebagaimana yang dimaktubkan dalam Akta Tabung Haji 1995 mempunya DWIFOKUS iaitu (i) menguruskan segala aspek berkaitan operasi dan kebajikan Haji dan Jemaah Haji dan (ii) memperkasakan ekonomi umat Islam tidak terhad kepada hanya ruang lingkup aktiviti tertentu.",
"Berikut 7 RASIONAL UTAMA mengapa TH tidak wajar diletakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM):",
"1. TH bukannya bank yang menjalankan aktiviti menawarkan pinjaman (credit/lending) mahupun insurans/takaful kepada orang ramai.",
"2. TH bukannya terdedah kepada risiko kredit (credit risk) iaitu risiko yang terkait dengan keberangkalian peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman yang menjadi FOKUS UTAMA Bank Negara Malaysia.",
"3. TH bukannnya bank yang jaminan ke atas wang-wang pendeposit hanya dijamin sebanyak RM250,000 oleh Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM), sebaliknya di bawah Akta Tabung Haji 1995, setiap sen wang pendeposit dijamin oleh Kerajaan tanpa had.",
"4. TH bukannya bank yang mana kadar Hibah bank-bank dikawalselia oleh Bank Negara supaya tidak terlalu jauh nilainya agar wujud padang yang sama rata, bagi mengelakkan pendeposit mudah berpindah dari satu bank ke bank lain. Sebaliknya TH bebas menawarkan Hibah berasaskan keuntungan selepas tolak zakat selagi mana tidak melanggar Akta dan dipersetujui oleh Lembaga Pengarah dan diluluskan Ketua Audit Negara.",
"5. TH bukannya bank kerana aktiviti utamanya selain menguruskan hal ehwal operasi Haji, TH adalah sebuah institusi yang menguruskan dana-dana pendeposit untuk dilaburkan sama ada dalam bentuk jual-beli saham/sekuriti, terlibat dalam aktivisi perkongsian dan perusahaan, ataupun dibenarkan menubuhkan anak syarikat untuk terlibat dalam pelbagai bentuk perniagaan seperti perladangan, hartanah, perhotelan, minyak dan gas dan lain-lain.",
"6. TH bukan bank yang hanya fokus aktiviti memberi pinjaman, sebaliknya terlibat dalam banyak bentuk perniagaan selaras dengan mandat Akta Tabung Haji yang jelas di luar skop kawalselia dan kepakaran Bank Negara. Sebagai contoh, Bank Negara sebagaimana peranan Bank Pusat di seluruh dunia tidak punya kepakaran mengawalselia aktiviti perniagaan selain pinjaman/insurans yang terdedah kepada pelbagai risiko lain selain risiko kredit, seperti perladangan, hartanah, perhotelan, minyak dan gas dan lain-lain.",
"7. TH adalah insitusi seperti syarikat pengurusan dana (asset management company) yang lebih sesuai dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti berbanding Bank Negara Malaysia.",
"(2) Jika aspek tadbir urus (governance) yang menjadi asas pertimbangan utama untuk TH diletakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia, maka Pemuda UMNO mencadangkan agar 5 PERKARA berikut dapat dilakukan tanpa mengorbankan asas dan matlamat penubuhan TH:",
"Pertama, TH boleh dipecahkan kepada dua sektor utama:",
"(i) Sektor Pengurusan Dana yang bertanggungjawab menguruskan wang simpanan bakal Haji dan ditadbir secara profesional oleh pihak pengurusan dana yang bertauliah dan berlesen mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.",
"(ii) Sektor Operasi Pengurusan Haji yang bertanggungjawab sepenuhnya perihal pengendalian kebajikan dan urusan Jemaah Haji daripada aspek sebelum menunaikan haji (kursus, dokumentasi) sehinggalah pengurusan manasik Haji sepanjang berada di Tanah Suci yang menjadi kelebihan dan kepakaran utama TH sejak awal penubuhan.",
"Kedua, pembahagian dua sektor ini bagi memastikan mereka yang mengurus dana dan membelanjakan dana adalah daripada dua entiti yang berbeza. Ini dapat meningkatkan lagi tahap keberkesanan dan kecekapan tadbir urus korporat TH.",
"Ketiga, Lembaga TH adalah badan induk yang mengawal kedua-dua sektor ini dengan lembaga pengarah dan pengurusannya masing-masing dan tidak boleh berlaku pertindihan personaliti mahupun tanggungjawab. Ini memastikan wujud kemandirian (independence) antara dua sektor yang terlibat dengan pengurusan dana dan penggunaan dana dalam bentuk operasi haji.",
"Keempat, pemilihan ahli Lembaga TH dan Lembaga Pengarah kedua-dua sektor di atas boleh dilakukan oleh sebuah Jawatankuasa Parlimen yang bertindak memilih calon-calon yang benar-benar berkelayakan, profesional dan mempunyai kepakaran khusus yang diperlukan mengikut keperluan aktiviti perniagaan yang TH terlibat.",
"Kelima, pemilihan ahli Lembaga TH dan Lembaga Pengarah kedua-dua sektor di atas mesti bebas daripada mereka yang berjawatan dalam mana-mana parti politik. Amalan ini boleh diambil manfaat daripada Garis Panduan Tadbir Urus Institusi Kewangan oleh BNM yang mensyaratkan antara kriteria Ahli Lembaga Pengarah Bank tidak boleh menjawat jawatan parti politik.",
"Seharusnya apa jua tindakan untuk memperkemaskan dan menambah baik aspek tadbir urus TH mestilah bersandarkan kefahaman holistik mengenai tabii dan sifat organisasi tersebut yang unik dan istimewa. Ini bagi mengelakkan sebarang pendekatan simplistik yang dilihat terburu-buru hingga bakal mengorbankan matlamat penubuhan TH yang selama zaman BN menunjukkan prestasi kewangan yang amat baik dan diyakini oleh rakyat!",
"Dr. Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/07/16/merekayasa-ekonomi-malaysia-sediakan-rakyat-skills-to-succeed/ | [
"Foreign Affairs dalam terbitan terbarunya mengisytiharkan bahawa SAR-Cov-2 adalah ‘virus forever’. Ia akan menjadi sebahagian dari peneman kehidupan manusia, abadi dan tidak akan hilang selamanya.",
"Kita mesti bersedia dengan paradigma baru bahawa pandemik ini akan menjadi endemic(selesema biasa). Strategi pemulihan kita harus dirumus dengan pemikiran sebegini.",
"Dalam masa terdekat, kita mesti meningkatkan pengumuman dan memviralkan jumlah vaksinasi dan ‘booster doses’ harian dan peratusan rakyat yang sudah menerima vaksin. Ia adalah strategi meningkatkan keyakinan!\n\nKedua, ikhtiar memulihkan negara mesti berlaku sekarang. Bukan menunggu pelbagai fasa yang diumumkan. Bersedialah untuk membuka ekonomi kita kepada 17% mereka yang telah di vaksinasikan penuh.",
"Benarkan mereka bekerja, belajar, merentas daerah, ke masjid dan berniaga dengan syarat protocol kesihatan yang ketat dan jelas. Kita tidak boleh terus menunggu sehingga semua untuk divaksinasi.",
"Bermulalah sekarang dan secara perlahan kerana itulah manifestasi bahawa kita percaya kepada solusi sains melalui vaksinasi. Peningkatan aktiviti ekonomi dan sosial akan berlaku dengan kecepatan vaksinasi, Insya-Allah.\n\nKetiga, pandemik ini menyedarkan kita bahawa tenaga kerja kita memerlukan skill berlainan bila sektor ekonomi di buka secara total. Sebahagian tenaga kerja mesti dilengkapkan dengan ‘rare and super skills’.",
"Sistem, kemahiran, sikap dan budaya kerja kita tidak lagi boleh ‘changeless’. Ekonomi Malaysia menjadi parah dan meleset dengan deras kerana kebanyakan tenaga kerja kita adalah dalam ‘non-essential services’.",
"Mereka tidak berada dalam sektor kewangan, maha data, teknologi maklumat serta teknologi termaju. Kerana itu ‘work from home’ itu tidak boleh dijayakan dengan berkesan.",
"Tidak seperti Singapura di mana kebanyakan tenaga kerjanya adalah dalam ‘essential services’ dan mereka boleh bekerja dengan efektif walau di mana jua.",
"Lalu segera sediakan rakyat kita dengan ‘skills to succeed’. Program ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ boleh dilakukan sekarang. Usah tunggu hingga semua sektor dibuka baru ingin dilatih semula tenaga kerja. Latih mereka semasa mereka berada dirumah waktu ini dan dengan kemahiran kalis masa depan.",
"Akhirnya, pembukaan pelbagai sektor ekonomi dan sosial memerlukan kita menggunakan pelbagai teknologi termaju secara besar-besaran dan segera. Berikan pelbagai insentif untuk digitilisation dan apa jua peralihan kepada ‘mechanisation’, kepintaran buatan (AI) dan ‘robotic technology’.",
"Inilah peluang keemasan untuk Malaysia merekayasa ekonominya, didorong dengan teknologi dan innovasi dan meninggalkan orientasi abad lepas dalam sistem ekonominya yang lapuk.",
"\nDato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan"
] |
https://umno-online.my/2021/07/16/usah-derhaka-titah-tuanku-yang-mewakili-suara-rakyat/ | [
"1. Apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah menitahkan supaya Parlimen bersidang untuk bahaskan dan luluskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara tentu ada maksud tersurat dan tersiratnya!",
"2. Tuanku sudah tentu sedar dan faham keluhan rakyat mengenai kegagalan Darurat menangani Covid-19 sebagaimana yang diluahkan di merata tempat hingga membawa kepada TITAH yang dikeluarkan.\n\n3. Fakta kegagalan Darurat menangani Covid-19 yang tidak boleh dinafikan seperti berikut:",
"SELEPAS 6 BULAN 5 HARI DARURAT (11 Jan-15 Julai):\n●Kes Baharu meningkat: 2,232 –> 13,215\n●Jumlah kumulatif kes meningkat: 138,224 –> 880,782\n● Kes aktif meningkat: 28,554 –> 108,369\n● Kes kematian baharu meningkat: 4 –> 110\n●Jumlah kumulatif kematian meningkat: 555 –> 6,613",
"KEBAJIKAN DAN SOSIAL RAKYAT SEPANJANG DARURAT:\n■ Pengangguran meningkat bahkan ramai dipaksa cuti tanpa gaji.\n■ Pendapatan rakyat makin kronik\n■ Bantuan yang penuh birokrasi\n■ Kes Bunuh Diri meningkat\n■ Tuntutan Rakyat untuk ditambah baik moratorium, i-Citra, BPR, BKC belum ada sebarang berita.\n■ Kerajaan semacam takut berbelanja defisit demi bantu rakyat yang kesempitan.\n■ Kompaun yang diperkenalkan melalui Ordinan bersifat melampau dan pilih kasih.",
"4. Semua ini menyebabkan rakyat tertekan dan terdesak!",
"5. Tuanku Agong yang berjiwa rakyat hakikatnya mendengar semua rintihan rakyat sebab itulah TITAH jelas supaya isu-isu rakyat di atas diperbahaskan dan biar rakyat melalui wakil mereka yang dipilih iaitu Ahli-Ahli Parlimen tentukan sama ada Proklamasi Darurat dan segala Ordinan yang diluluskan di luar Parlimen kembali diabsahkan.",
"6. Malangnya TITAH Tuanku Agong dan Raja-Raja Pemerintah tidak dihormati malah sebelum ini diremehkan sehingga TIGA KALI perutusan terpaksa dikeluarkan untuk menegaskan polemik Parlimen mesti bersidang ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’.",
"7. Malah kegagalan Kerajaan memenuhi hasrat yang dititahkan Tuanku Agong dan Raja-Raja Pemerintah boleh dipersepsikan sebagai suatu bentuk DERHAKA bahkan menafikan hak Ahli-Ahli Parlimen untuk menentukan keabsahan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan di bawahnya sebagaimana yang dijamin dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan:",
"“Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).”",
"8. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Kerajaan menghormati hasrat yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah untuk membentang, membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara, bukannya sekadar sesi Penerangan daripada Menteri-Menteri.",
"Dr. Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/07/14/belanjalah-kerajaan-shahril-hamdan/ | [
"KUALA LUMPUR, 14 Julai – Data gaji di Malaysia untuk 2020 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan amat merisaukan.",
"A. Purata gaji jatuh 9% ke RM2,993",
"B. Gaji penengah (median) jatuh 15% ke RM2,062",
"– Bermakna separuh dari 9.8 juta pekerja Malaysia bergaji bawah RM2,062.",
"– Selain itu, jika gaji penengah jatuh lebih banyak dari gaji purata, bermakna golongan bawah terkesan lebih teruk dari yang atas. Malah dari segi pembahagian boleh disebut ada “transfer of income” dari miskin ke kaya.",
"– Kejatuhan gaji (9%) juga lebih tinggi daripada kejatuhan KDNK (5.6%) bermakna pekerja lebih terkesan daripada syarikat dan perniagaan.",
"– Pada masa yang sama, 720 ribu orang masih menganggur – bermakna pendapatan dari kerja adalah sifar.",
"Kerajaan mungkin merasakan ia telah buat banyak pengumuman. Pakej-pakej “bernilai RM300b” dan sebagainya.",
"Tapi realiti di bawah menunjukkan, semua ini, tidak cukup. Jauh dari cukup. 100 pengumuman pun, kalau suntikan fiskalnya masih sedikit (6% daripada KDNK), tetap tidak memadai.",
"—",
"Intervensi segera:",
"Bantuan kewangan yang munasabah.",
"Kadang kala apa yang diperlukan bukan suatu yang rumit atau “sophisticated”. Kadang kala penyelesaiannya “straightforward”. Cuma perlu keyakinan dan keberanian.",
"Beri suntikan kewangan ke sektor isi rumah dengan nilai secukupnya. Dari awal pandemik saya cuba tekankan perkara ini, tetapi masih tiada kemahuan kerana semua masih dalam kerangka takut hutang, takut tukar undang-undang (tapi dah darurat?), takut rating, takut inflasi dan pelbagai lagi ketakutan yang tidak penting. Bayangkan jika bantuan secukupnya diberi dari awal.",
"Bukan RM350 untuk bujang dibayar 2 kali dalam tempoh 3 bulan. (Sebulan RM117)",
"Bukan RM1,800 untuk isi rumah B40 dibayar 3 kali, untuk tempoh 7 bulan. (Sebulan RM257)",
"Bukan subsidi upah yang tidak cukup untuk membantu menyelamatkan pekerja.",
"Bukan Geran PKS yang nilainya tidak cukup untuk menyelamatkan perniagaan.",
"Sebaliknya, belanjalah yang secukupnya.",
"Contoh, RM1,000 setiap bulan untuk tempoh 3 bulan buat semua B40 dan M40.",
"Tiada risiko besar inflasi disebabkan idea seperti ini. Saya tiada kemahuan hendak berbahas teknikal disaat ini, tetapi secara ringkasnya, bukan dengan suntikan RM1,000 itu, tiba tiba “aggregate demand” akan melampaui batas dan membawa inflasi. Sebarang kenaikan harga sementara sekarang adalah disebabkan “supply bottleneck”, bukan sebab rakyat terlalu banyak duit.",
"Lihat cara negara lain tangani isu ini. Mengapa mereka sanggup belanja? Mengapa sanggup letak duit dalam kocek rakyat tanpa terikat kepada ideologi konvensional?",
"Beranilah buat perbelanjaan Kerajaan yang perlu, bukan takut kepada hutang Kerajaan atau “rating” agensi penaarafan antarabangsa atau apa-apa lagi pertimbangan yang sebenarnya tidak penting pada saat ini.",
"Dalam jangka masa sederhana nanti, bolehlah buat dasar yang lebih kekal, seperti Skim Job Bank atau Jaminan Pekerjaan, Skim Pendapatan Wajar dimana ada mekanisme automatik untuk Kerajaan “topup” pendapatan rakyat.",
"Boleh dah mula kajian buat perundangan mengehadkan nisbah gaji antara atas dan bawah.",
"Itu antara idea dari #SambungYangTergendala. Tapi saya pun tahu, idea itu tak selesai masalah sekarang. Itu selesai masalah post-lockdown atau post-Covid.",
"Tapi buat masa sekarang, “give people money”. Sebab tak cukup “money” lah, rakyat minta pengeluaran KWSP walaupun ambil duit persaraan sendiri. Sebab tak cukup “money” lah, rakyat desak moratorium.",
"Jadi tiada apa yang perlu dibanggakan kita antara negara yang terpaksa masih beri moratorium atau i-Citra. Sebabnya Kerajaan mengikat tangan sendiri. Kerajaan tak mahu belanja secukupnya, sampai terpaksa dua dasar ini dilaksana.",
"Rakyat sedang susah. Ada yang murung, ada bunuh diri. Angka kes mencanak naik dengan varian Delta yang menggusarkan. Syarikat dan perusahaan sedang tutup atau nyawa-nyawa ikan. Tidak ada pengambilan pekerja besar-besaran. Tidak ada keyakinan untuk syarikat buat pelaburan. Satu atau dua “headline” berita positif tak mampu menutup realiti keseluruhan. Permudahkan pinjaman dan lain-lain pun, iklim ekonomi tidak menggalakkan pengambilan risiko. Bank ada modal secukupnya, tapi mereka tak akan mudah keluarkan pinjaman selagi keyakinan ekonomi di tahap rendah.",
"Bukalah hati. Give people Money",
"Shahril Hamdan",
"Ketua Penerangan UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/07/13/jangan-sampai-kita-terlupa-titah-istana-demi-rakyat/ | [
"16 Jun 2021 – Istana mengeluarkan titah agar Parlimen bersidang dengan kadar segera dan meminta Pelan Pemulihan Negara di bentangkan.",
"16 Jun 2021 – Takiyuddin mendefinasikan Segera itu bulan September atau Oktober seperti di umumkan oleh Perdana Menteri.",
"Bermula perdebatan berkenaan istilah SEGERA.\n\n26 Jun 2021 – Speaker dan Timbalan Speaker kedua-dua dewan dipanggil mengadap. Istana sekali lagi memberi penjelasan kepada Kerajaan berkenaan istilah Segera.",
"5 Julai 2021 – Setelah Tuan Speaker memahami erti segera mengikut Perundagan dan Kamus Bahasa Malaysia, Perdana Menteri memahami dan melaksanakan titah untuk membuka Parlimen.",
"Istana berpandangan Ordinan Darurat harus dibentangkan dan diluluskan didalam Parlimen sebelum ianya ditamatkan. Perdana Menteri mungkin berpendapat dan mungkin dalam pemikiran beliau dari awal lagi bahawa darurat ini tidak akan di tamatkan sehingga tahun hadapan, jeseru itu, beliau tidak mahu Parlimen dibuka.",
"Ada banyak perdebatan yang tersasar dari isu asal “Istana panggil mengadap ketua-ketua Parti termasuk Perdana Menteri”",
"Ramai yang menuduh dengan pelbagai andaian dan meletakan kesalahan kepada UMNO. Adakah Titah Istana itu bertentangan dengan tutuntan UMNO kepada Kerajaan ?\n\nHari ini, sistem kesihatan Negara akan lumpuh pada bila-bila masa, rakyat semakin tertekan malah ramai yang hilang harapan. Media Kerajaan dijadikan bahan untuk memberikan pelbagai alasan untuk menujukan Negara Malaysia antara yang baik diantara yang tercorot.",
"Untuk menjadi negara yang berjaya, seharunya Perdana Menteri menjadikan Negara-negara yang berjaya sebagai contoh, adalah salah apabila Kerajaan Malaysia menjadikan contoh Negara yang gagal untuk mengambarkan kejayaan Malaysia.",
"Kali terakhir Perdana Menteri keluar di muka tv pada 12 hari yang lepas, beliau dikatakan tidak sihat dan perlu menjalankan rawatan kesihatan, sekali lagi kita terus berdoa agar beliau sembuh dan dibukakan hati beliau untuk menyerahkan jawatan. Malaysia sudah punyai Timbalan Perdana Menteri, serahkan sahaja jawatan ini kepada Timbalan agar keputusan-keputusan pantas dan efektif dapat dilaksanakan.",
"Sekali lagi, dalam masa pengkritik UMNO sedang gembira mengkritik, jangan dilupakan bahawa UMNO tidak pernah berpakat dengan Istana untuk mewujudkan krisis ini. Kebawah Duli Tuanku amat risau keadaan Negara yang tidak menentu, malah Ke Bawah Duli Tuanku mengharapkan Kerajaan bersikap terbuka, menjunjung Perlembagaan Negara dan meletakan sistem demokrasi untuk membantu Kerajaan menyelesaikan masalah ini.",
"\nRazlan Rafii"
] |
https://umno-online.my/2021/07/10/menukar-pemimpin-ketika-krisis/ | [
"KEPUTUSAN UMNO menarik sokongan ke atas Perdana Menteri tempoh hari menerima reaksi yang pelbagai dan bercampur aduk. Ada yang bersetuju. Tidak kurang yang mengecam.",
"Namun, tidak ada pihak yang menafikan bahawa 7 kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) / Perdana Menteri yang disenaraikan UMNO sebagai asas untuk menarik diri tersebut adalah hakikat yang jelas.",
"Kegagalan-kegagalan tersebut bukan sahaja fakta yang kritikal, malah sesuatu yang sebenarnya dapat dielakkan sekiranya Perdana Menteri / PN bertindak pantas serta bersedia mempertimbangkan beberapa saranan UMNO.",
"Memandangkan kita sudah berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan ini, persoalan yang lebih besar adalah, adakah desakan untuk menukar pemimpin negara dalam tempoh krisis sedang meruncing adalah sesuatu yang munasabah atau bersifat pentingkan diri?",
"Lee Iacocca dalam Where Have All The Leaders Gone? menyenaraikan yang salah satu ukuran pemimpin yang baik adalah keupayaan untuk menguruskan krisis. Kegagalan untuk meredakan krisis dan mewujudkan keyakinan dalam kalangan masyarakat adalah bukti kelemahan seseorang pemimpin.",
"Jadi, tidak pelik jika terdapat banyak situasi di seluruh dunia yang menunjukkan bahawa menukar pemimpin ketika krisis bukan sahaja wajar. Malah perlu. Terutamanya setelah seseorang pemimpin itu sudah lemas dan gagal untuk terus mengemudi keadaan dengan lancar dan meyakinkan.",
"Januari lalu, Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte terpaksa meletak jawatan setelah parti Italia Viva yang diketuai oleh Matteo Renzi keluar dari pakatan kerajaannya akibat kegagalan beliau menguruskan pandemik Covid-19. Selain menyaksikan kegawatan ekonomi terburuk selepas Perang Dunia Ke-2, Itali pada ketika itu merekodkan 86 ribu kematian dan merupakan negara dengan jumlah kes ke-2 tertinggi di Eropah dan ke-6 tertinggi di dunia.",
"Pada Ogos tahun lalu pula, Menteri Kesihatan Poland dan Menteri Luar negara tersebut meletak jawatan setelah dikecam teruk atas kegagalan menguruskan pandemik ini.",
"Keadaan yang sama dilihat di Slovakia pada Mac 2021 apabila Presiden Zuzana Caputova telah menggantikan Perdana Menterinya, Igor Matovic dan menaikkan Menteri Kewangan, Edward Heger sebagai pengganti apabila negara tersebut merekodkan kadar kematian akibat Covid-19 antara tertinggi di dunia.",
"Kesemua ini adalah antara contoh pertukaran pemimpin, sama ada secara sukarela mahupun dipecat atau akibat hilang sokongan, semasa tempoh pandemik.",
"Ada yang berhujah bahawa, adalah penting untuk kita semua memfokuskan kepada ikhtiar memerangi Covid-19 dan mengetepikan sebarang tindakan berunsur politik.",
"Pandangan sedemikian ada benarnya, namun tidak tepat. Ini kerana, optimisme tersebut berlandaskan andaian bahawa mereka yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan pandemik adalah kumpulan yang paling berkelayakan dan mampu membawa pemulihan yang diharap-harapkan.",
"Malangnya, dalam konteks penarikan sokongan UMNO kepada Perdana Menteri ini, sebaliknya yang berlaku.",
"Perdana Menteri jelas gagal menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik. Bukan sahaja keadaan ekonomi tidak pulih. Sebaliknya darurat kesihatan negara terus meruncing dengan kritikal dan menakutkan. Petugas barisan hadapan sudah sangat kelesuan. Sistem kesihatan negara mencecah kapasiti maksimum dan berisiko lumpuh. Rakyat terhimpit dan tertekan.",
"Paling penting, semua itu berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berpanjangan dan Darurat yang menyaksikan penggantungan institusi demokrasi seperti Parlimen.",
"Jadi, apa sebenarnya yang diharapkan UMNO dengan penarikan sokongan ini?",
"Terdapat beberapa perkara yang diharapkan berlaku daripada semua ini. Antaranya:",
"Pertama, Perdana Menteri / PN akan melihat dengan jelas dan terbuka bahawa strategi dan gerak kerja mereka sebelum ini telah gagal sama sekali. Jadi, adalah sangat dangkal untuk terus bertahan dengan pelan atau pendekatan yang sama. Ini mesej besar yang mesti dihadam dengan berlapang dada.",
"Kedua, penarikan sokongan ini dapat menghentikan sebarang desas desus, teka-teki atau apa-apa khabar angin berkaitan sokongan/majoriti yang dipunyai Perdana Menteri. Penarikan sokongan ini akan membuka ruang yang telus untuk dilakukan penilaian semula kepercayaan dan keyakinan Dewan Rakyat kepada Perdana Menteri.",
"Ketiga, penarikan sokongan ini dapat menunjukkan dengan lebih tegas bahawa UMNO sebagai sebuah parti sangat serius dengan tuntutannya berkaitan kebajikan rakyat. UMNO mahu isu rakyat dan kemaslahatan negara menjadi perkara pokok yang tiada kompromi. Bukannya sesuatu yang dipandang enteng dengan strategi yang bersifat separa masak dan berulang-ulang sekalipun terbukti gagal.",
"Malah, sebarang tawaran jawatan kepada sesetengah pemimpinnya tidak akan mengubah pendirian UMNO yang mahukan perkara terbaik untuk masyarakat dan negara.",
"Keempat, kita mengharapkan wujud keyakinan atau harapan baharu di pihak rakyat. Pemimpin yang baharu sudah tentunya akan membawa bersamanya satu harapan dan jangkaan yang segar.",
"Maka, strategi, pendekatan berbeza dan pelan yang lebih radikal adalah sangat diharapkan.",
"Yang pasti, biar apa pun pandangan dan persepsi yang timbul dari penarikan sokongan ini, penukaran pemimpin dalam tempoh krisis bukanlah sesuatu yang pelik dan tidak bertanggungjawab.",
"Semoga selepas ini, sesiapa sahaja yang diangkat atau menawarkan diri untuk mengemudi negara akan memberikan komitmen dengan keseriusan yang jauh lebih meyakinkan.",
"Menguruskan pandemik kesihatan dan kegawatan ekonomi yang mempunyai kesan domino di peringkat global bukan satu amanah kecil. Hanya mereka yang berjiwa besar harus digalaskan dengan tanggungjawab ini.",
"Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/07/09/kebijaksanaan-majlis-kerja-tertinggi-umno/ | [
"Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dua hari lepas amat mengelirukan:(i) Keputusan rasmi UMNO ialah tarik balik sokongan kepada PM Mahiaddin.(ii) Ucapan tahniah kepada Naib Presiden UMNO yang dilantik Timbalan Perdana Menteri oleh PM Mahiaddin.(iii) Kebebasan kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk terus sokong PM Mahiaddin. Keputusan yang diharap oleh banyak pihak ialah Majlis Tertinggi hanya menjadi “pembaris” untuk mengukur laluan yang tidak pernah lurus. Mereka jangkakan keputusan berikut:(i) UMNO tarik diri terus daripada kerajaan PN (ii) UMNO arahkan Naib Presiden tidak terima lantikan TPM yang dilantik oleh PM Mahiaddin(iii) UMNO arahkan semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO supaya jangan lagi sokong kerajaan PN.",
"Apa jua keputusan Majlis Tertinggi tetap tidak akan disenangi dan dipersetujui oleh sekumpulan Ahli-Ahli Parlimen yang perasan diri mereka lebih layak menentukan halatuju UMNO. Ahli Parlimen yang kalah dalam pemilihan MT pun bukan main lagi berasa hebat nak mencatur itu dan ini. 1. TARIK SOKONGAN TERHADAP PM MAHIADDINPendirian rasmi UMNO untuk tidak lagi sokong PM Mahiaddin adalah bersandarkan kepada senarai panjang kegagalan demi kegagalan yang disertakan dalam kenyataan media tempoh hari. Tidak disebut bahawa UMNO menarik diri daripada kerajaan PN. Maka, jika sebelum ini UMNO (dan parti-parti lain) boleh memberi sokongan kepada PM Mahiaddin, mungkin tiba masa untuk semua parti yang bekerjasama membentuk kerajaan PN kembali duduk berbincang mencari calon Perdana Menteri baru yang boleh dipersetujui semua pihak. 2. TAHNIAH KEPADA NAIB PRESIDENUcapan tahniah yang dizahirkan kepada Naib Presiden UMNO selepas dilantik oleh PM Mahiaddin menjadi Timbalan Perdana Menteri turut dijadikan isu.Orang terima jawatan baru, mestilah ucap tahniah. Takkan nak ucap takziah pulak?Namun begitu, keputusan rasmi parti untuk menarik balik sokongan kepada PM Mahiaddin tetap kekal. Beban membuat keputusan dipulang-balik kepada Naib Presiden. Fikir-fikirlah sendiri jalan mana yang dirasakan terbaik. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara sedang menilai.3. KEBEBASAN UNTUK AHLI PARLIMENApabila sekumpulan Ahli Parlimen berlagak lebih daripada Ahli Majlis Tertinggi untuk menentukan halatuju parti UMNO, banyak pimpinan pelbagai peringkat dalam UMNO yang kurang senang dan mendesak tindakan disiplin diambil keatas kumpulan tersebut.Walaubagaimanapun, Ahli-Ahli Parlimen daripada UMNO sebaliknya diberi kebebasan untuk menentukan sendiri polariti sokongan mereka semasa sidang Parlimen nanti. Semua Ahli-Ahli Parlimen sedia maklum bahawa keputusan rasmi parti untuk menarik balik sokongan kepada PM Mahiaddin tetap kekal. Beban membuat keputusan kini dipulang-balik kepada mereka. Fikir-fikirlah sendiri jalan mana yang dirasakan terbaik. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara sedang menilai.",
" ",
"Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau",
"Syed Atif Syed Abu Bakar "
] |
https://umno-online.my/2021/07/08/asyraf-rungkai-persoalan-umno-tarik-sokongan-terhadap-pm/ | [
"KUALA LUMPUR, 8 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyenaraikan tujuh sebab berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi yang menarik sokongan serta merta terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.",
"Menerusi catatan di Facebooknya, Asyraf turut menyentuh panjang lebar bagaimana kegagalan Perdana Menteri dalam memenuhi aspirasi rakyat serta menjelaskan dengan tegas segala keputusan yang diambil adalah selaras dengan Perhimpunan Agung UMNO 2020.",
"“MKT berpandangan Tan Sri Muhyiddin selaku Perdana Menteri gagal untuk memenuhi aspirasi rakyat sebagaimana UMNO meletakkan dua garis panduan utama MKT gariskan untuk terus menyokong beliau sebagai PM pada 11 Mac 2020, 10 hari selepas dilantik selaku PM iaitu kerajaan perlu memenuhi aspirasi rakyat dan Kerajaan perlu ada pelan berkesan tangani Pandemik COVID-19.",
"“Keputusan MKT semalam juga jelas mengekalkan pendirian Perhimpunan Agong untuk tidak sesekali akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mahupun menyokong Kerajaan yang ditunjangi PH-DAP (PH-DAP Led Government),” ujarnya.- UMNO Online",
"Berikut merupakan artikel penuh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki",
"1. KENAPA UMNO TARIK SOKONGAN TERHADAP TAN SRI MUHYIDDIN SEBAGAI PERDANA MENTERI?",
"Kelmarin adalah hari yang penuh dramatik. Masakan tidak, di sebelah petang semacam tergesa-gesa keluar kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri mengenai perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan semacam menghidu bahawa UMNO bakal membuat ketetapan penting di sebelah malamnya.",
"Sudah berulang kali Perdana Menteri melakukan sesuatu tindakan yang sengaja membelakangi UMNO sebagai sebuah parti.",
"1. UMNO dalam Mesyuarat MKT pada 11 Mac 2020 setelah tertubuhnya Kerajaan Baharu 1 Mac 2020, telah meletakkan 3 Garis Panduan dan 6 syarat untuk Tan Sri Muhyiddin segera ambil tindakan sebagai asas sokongan terhadap beliau selaku PM. Antaranya termasuklah (1) Penubuhan RCI Tabung Haji; (2) Pendakwaan segera kes Allahyarham Adib; (3) Buka semula kes-kes jenayah yang ditarik balik zaman PH; (4) Hentikan polisi jualan aset-aset strategik negara; (5) Hentikan Dasar Pengurangan Penjawat Awam; dan (6) Batalkan IPCMC. Malangnya hanya satu yang dilayani.",
"2. UMNO telah menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan mendaftarkan Perikatan Nasional sebagai sebuah PARTI POLITIK dalam pertemuan antara Biro Politik UMNO (saya hadir) dengan PM di rumahnya di Bukit Damansara pada bulan Jun 2020. Namun tidak diendahkan apabila secara senyap-senyap 28 Julai 2020, PPBM menubuhkan Jawatankuasa Penaja Parti PN dengan menarik rakan MN iaitu PAS dan juga peringkat awal komponen BN MIC (sebelum MIC umum tarik diri pada 27 Ogos 2020).",
"3. Terbaru perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang tidak langsung dirujuk kepada UMNO, sedangkan PM tahu bahawa pendirian UMNO yang diputuskan dalam Mesyuarat MKT pada 19 Februari 2021 di ILMU Janda Baik telah menetapkan pendirian untuk tidak bersetuju dan meletakkan titik noktah kepada sebarang tawaran jawatan TPM (sehingga Mesyuarat MKT malam tadi, keputusan ini belum dibatalkan oleh mesyuarat). Walaupun itu hak mutlak PM tetapi seharusnya sebagai rakan kongsi yang membentuk kerajaan, beliau sewajarnya mengemukakan tawaran terlebih dahulu kepada Parti untuk menominasi sesiapa. (Apa-apapun saya mewakili Pemuda UMNO turut menzahirkan ucapan tahniah buat Datuk Seri Ismail Sabri atas perlantikan).",
"2. KENAPA MKT BUAT KEPUTUSAN SEKARANG?",
"MKT berpandangan Tan Sri Muhyiddin selaku Perdana Menteri gagal untuk memenuhi aspirasi rakyat sebagaimana UMNO meletakkan 2 GARIS PANDUAN UTAMA MKT gariskan untuk terus menyokong beliau sebagai PM pada 11 Mac 2020, 10 hari selepas dilantik selaku PM:",
"1. Kerajaan perlu memenuhi aspirasi rakyat\n2. Kerajaan perlu ada pelan berkesan tangani Pandemik Covid-19",
"Berasasakan kepada GARIS PANDUAN ini, MKT memberikan alasan berpandukan 7 perkara yang menunjukkan kegagalan Perdana Menteri menangani Pandemik Covid-19 sekaligus gagal memenuhi harapan dan tuntutan rakyat.",
"Beberapa indikator penting:",
"– Dalam tempoh 38 hari semenjak ‘TOTAL LOCKDOWN’ diumumkan PM yang separa masak (rakyat dikurung; tauke kilang dijunjung) hanya menggandakan jumlah kematian dari 2,800 kepada lebih 5,768 korban.\n– Dalam tempoh 175 hari semenjak Darurat yang kononnya untuk tangani Covid-19 diproklamasikan, daripada 578 kematian (14 Januari 2021) meningkat 10 kali ganda kepada 5,768 pada 7 Julai 2021.\n– Tuntutan UMNO bagi pihak rakyat dalam isu Moratorium tanpa caj terakru, dasar moratorium untuk diperluaskan kepada agensi-agensi kredit lain samaada di bawah kerajaan seperti LPPSA mahupun swasta, i-Sinar, i-Citra tidak diendahkan.",
"3. APA BERLAKU JIKA TAN SRI MUHYIDDIN GAGAL MELETAKKAN JAWATAN SECARA TERHORMAT?",
"Kedudukan Tan Sri akan terjawab setelah Darurat tamat pada 1 Ogos sebagaimana Titah Yang di-Pertuan Agongb dan DYMM Raja-Raja Pemerintah, manakala Parlimen mula bersidang untuk menentukan secara sah samaada beliau masih punya majoriti ataupun tidak.",
"4. SIAPA CALON PERDANA MENTERI DARI UMNO?",
"Presiden UMNO sudah menyatakan bahawa beliau berjiwa besar untuk tidak dicalonkan selaku PM kerana mahu menumpukan kepada membersihkan namanya di Mahkamah dan akan mencadangkan beberapa nama yang akan diputuskan oleh MKT. UMNO tidak ketandusan pemimpina-pemimpin termasuklah Datuk Seri ismail Sabri, Datuk Seri Hishamuddin, dan ramai lagi yang punya pengalaman luas sebagai anggota pentadbiran zaman BN memerintah.",
"5. PRU TIDAK BOLEH DIADAKAN, JADI APA CADANGAN MKT UMNO UNTUK CALON ALTERNATIF PERDANA MENTERI?",
"Memandangkan keadaan tidak mengizinkan untuk diadakan Pilihanraya Umum, seorang Perdana Menteri yang bakal dicadangkan kelak untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin hanya berfungsi untuk satu TEMPOH TERHAD antara 6 bulan ke setahun bergantung kepada keadaan Covid-19 terutamanya aspek vaksinasi dan imunisasi. Sekiranya sudah mencapai tahap Imunisasi Berkelompok (Herd Imunity) 80-90%, maka rakyat dalam keadaan selamat untuk diadakan Pilihanraya Umum.",
"6. KENAPA PRU PENTING?",
"Selagi Kerajaan tidak mendapat mandat sebenar rakyat selagi itulah tahap keyakinan dan kepercayaan pelabur untuk melabur di Malaysia tidak akan tercapai. Kita memerlukan pelabur (real investor) yang masuk untuk tempoh masa panjang yang mampu mencipta perkerjaan dan menjana ekonomi bukannya hanya di pasaran modal yang bersifat jangka pendek. Pelabur seperti ini hanya melabur dalam ekonomi yang mempunyaim sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.",
"7. APAKAH AKAN ADA JAJARAN BARU DENGAN ANWAR?",
"Keputusan MKT semalam jelas mengekalkan pendirian Perhimpunan Agong untuk tidak sesekali akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mahupun menyokong Kerajaan yang ditunjangi PH-DAP (PH-DAP Led Government).",
"#UMNOBersamaRAKYAT"
] |
https://umno-online.my/2021/07/05/pemuda-umno-kemuka-penambahbaikan-i-citra-satu-saiz-tidak-muat-untuk-semua/ | [
"",
"PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia menerima terlalu banyak keluhan rakyat mengenai skim i-Citra (menggantikan i-Sinar dan i-Lestari) bagi lebih 12.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).",
"Antaranya:",
"1. Bayaran RM1,000 yang hanya akan dibuat pada bulan Ogos adalah agak lewat tatkala rakyat sedang terdesak memenuhi keperluan hidup ketika ini. Itupun jika diluluskan apabila kaunter permohonan mula dibuka bermula pada 15 Julai 2021.",
"2. Bayaran pertama sebanyak RM1,000 juga amat tidak berbaloi kerana ramai punya komitmen tertunggak yang perlu dilangsaikan setelah 3 bulan berada dalam keadaan terkurung tanpa pendapatan ataupun berkurangan.",
"3. Ramai berpendapat mekanisme i-Citra bakal ‘menghilangkan’ sepenuhnya simpanan Akaun 2 ahli KWSP yang telah dirancang untuk pelbagai komitmen lain seperti pembiayaan rumah, pelajaran dan kesihatan sebelum simpanan Akaun 1 dapat digunakan.",
"4. Golongan M40 yang mempunyai simpanan lebih RM100 ribu hakikatnya amat terkesan kerana rata-rata punya komitmen jauh lebih besar daripada B40, namun mengalami nasib serupa dengan pendapatan terjejas akibat terkurung 3 bulan.",
"Justeru, Pemuda UMNO mendesak Kerajaan khususnya Menteri Kewangan dan pihak KWSP dapat menambah baik pelaksanaan i-Citra, antaranya:",
"1. Polisi ‘one size fits all’ atau ‘satu saiz muat untuk semua’ tidak wajar diamplikasikan, sebaliknya harus dibenarkan had pengeluaran dengan kadar lebih tinggi sehingga sekurang-kurangnya RM10,000 ke RM20,000 kepada pencarum yang ada baki simpanan RM100,000.",
"2. Benarkan pengeluaran secara ‘lump-sum’ RM5,000 berbanding pengeluaran berkala setiap bulan. Kaedah begini memberi lebih ruang untuk rakyat merancang sendiri dengan terbaik bagaimana simpanan mereka dapat dibelanjakan.",
"3. Jika masih mahu berkala, pastikan bayaran pertama lebih tinggi berbanding bayaran seterusnya. Sebagai contoh; Sekurang-kurangnya RM2,000 bayaran pertama dibenarkan bagi membantu rakyat yang punya komitmen tertunggak bahkan amat terdesak kerana keadaan mereka lebih parah berbanding PKP 1.0 dahulu.",
"4. Benarkan akses ke Akaun 1 berbanding kaedah mengutamakan penggunaan Akaun 2 KWSP.",
"5. Permudahkan dan percepatkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui proses permohonan dan kelulusan yang panjang. Sebaik-baiknya 17 Julai ini proses pengeluaran pertama dibuat secara automatik bagi mereka yang berhajat.",
"Pemuda UMNO amat berharap Kerajaan segera ambil serius akan penambahbaikan ini kerana situasi dan kondisi rakyat di bawah amat mencemaskan dan membimbangkan. Rakyat mendambakan keikhlasan Kerajaan untuk membela nasib mereka yang kesempitan sehinggakan ‘Bendera Putih’ terpaksa dikibarkan seolah-olah kehabisan ikhtiar untuk meneruskan kehidupan seharian. – UMNO ONLINE",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia\n5 Julai 2021"
] |
https://umno-online.my/2021/07/04/moratorium-2-0-bagi-macam-tak-nak-bagi/ | [
"KUALA LUMPUR, 4 Julai – Dalam Wawancara Money Matters yang disiarkan petang semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendakwa bahawa Bank bakal rugi RM20 bilion jika memansuhkan faedah semasa moratorium.",
"Isu utama yang Pemuda UMNO bangkitkan sebelum ini setelah mendapat pelbagai maklum balas daripada rakyat ialah ketidak-seragaman dari segi penawaran Moratorium oleh Bank-bank, sehinggakan Rakyat dipaksa untuk membayar balik jumlah pinjaman dengan faedah yang lebih tingi nilainya dan amat membebankan.",
"Maybank umpamanya meletakkan syarat jika Rakyat memilih untuk Moratorium selama 3 bulan maka tempoh pinjaman akan dipanjangkan kepada 12 bulan, manakala jika Moratorium 6 bulan dikenakan lanjutan pinjaman 24 bulan. Ini pastinya memberi makna bahawa Rakyat dipaksa membayar balik pinjaman dengan kadar lebih tinggi jika memilih untuk mengambil Moratorium kerana Bank mengenakan caj/faedah tambahan.",
"Maknanya Bank tidak rugi apa-apa bahkan mengaut keuntungan lebih banyak atau dengan kata lain Bank mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat.",
"Ini dibuktikan dengan keuntungan bersih berbillion-billion ringgit bank-bank utama bagi tahun kewangan berakhir 2020; Maybank RM6.48 bilion, Public Bank RM4.87 bilion, CIMB Bank RM1.19 bilion, Hong Leong Bank RM1.40 bilion, RHB Bank RM1.80 bilion dan Ambank RM0.87 bilion; walaupun bank-bank menawarkan Moratorium bagi tempoh 6 bulan (1 April 2020- 30 September 2020).",
"Pemuda UMNO juga telah mengemukakan 10 Cadangan yang memerlukan campur tangan Menteri Kewangan melalui Bank Negara Malaysia dan 3 Punca Kuasa iaitu Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Akta Bank Negara 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.",
"Antara cadangan termasuklah menyeragamkan kaedah penawaran, kaedah pengiraan faedah, memperkenalkan Zero-Interest Rate Policy yang akan memungkinkan Bank mengurangkan atau memansuhkan faedah dalam tempoh polisi ini dibuat kerana ‘cost of fund’ yang amat minima, memberikan insentif cukai bagi bank yang tidak memindahkan faedah terakru semasa tempoh moratorium kepada rakyat di penghujung tempoh bayaran balik, memanfaatkan konsep ‘Value-Based Intermediation’ yang baru diperkenalkan Bank Negara dan mengadakan satu tabung khas yang mengumpulkan sebahagian keuntungan bank-bank bagi menyerap sebarang kemungkinan kerugian bank akibat penawaran Moratorium. (Boleh rujuk 10 Cadangan Pemuda sebelum ini)",
"Apapun alasan bak kata pepatah ‘Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih’. Menteri kena lebih menjiwai kepayahan rakyat bawahan barulah boleh memikirkan secara kreatif dan inovatif bagaimana nak membantu rakyat di kala krisis luar biasa Pandemik ketika ini.",
"Kami selalu ingatkan kepada industri perbankan, jangan sesekali lupa peristiwa besar krisis kewangan 1997-98, berbilion wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan bank-bank pada waktu itu bagi tujuan memindahkan pinjaman tak berbayar (non-performing loan) kepada Danaharta dan Danamodal. Apakah ketika rakyat tengah susah Bank-Bank tidak pula bersedia berkorban pula demi rakyat yang kesempitan ketika ini?",
"Tepuk Dada Tanyalah…….?",
"#PemudaJurubicaraRakyat",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki",
"Ketua Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/06/30/pemuda-umno-kemukakan-10-cadangan-tambah-baik-tawaran-moratorium-agar-tidak-bebankan-rakyat/ | [
"PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia menerima ratusan mesej dan maklum balas daripada orang ramai mengenai kepelbagaian kaedah tawaran moratorium yang diamalkan oleh bank-bank sehingga sebahagiannya amat membebankan rakyat dengan tambahan jumlah bayaran balik pinjaman akibat penangguhan ansuran bulanan.",
"2. Setelah meneliti amalan dan pendekatan yang berbeza-beza diambil oleh institusi-instiusi perbankan dalam menawarkan Moratorium sehingga mencetuskan polemik meresahkan rakyat yang ketika ini sudahpun terbeban dan tertekan dengan kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19, maka Pemuda UMNO Malaysia ingin mencadangkan agar Kerajaan terutamanya Menteri Kewangan untuk mengambil 10 langkah-langkah seperti berikut:",
"",
"(1) Memanfaatkan 3 PUNCA KUASA yang ada di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Akta Bank Negara 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dengan menyelaras dan menyeragamkan kaedah penawaran Moratorium termasuklah dalam aspek penangguhan pinjaman, mekanisme bayaran balik dan pengiraan untung dan faedah.",
"(2) Memastikan tiada faedah tambahan mahupun keuntungan terakru yang dikenakan sama ada secara zahir mahupun tersembunyi melalui Moratorium yang diberikan kepada rakyat. Ini termasuklah caj-caj berkaitan yang amat membebankan rakyat.",
"(3) Memberikan insentif cukai kepada bank-bank yang tidak memindahkan keuntungan atau faedah terakru semasa tempoh moratorium kepada rakyat di penghujung tempoh bayaran balik atau dalam tempoh penambahan jangka masa bayaran balik.",
"(4) Memanfaatkan garis panduan baharu Bank Negara iaitu ‘Value-Based Intermediation -VBI’ dengan mengamalkan konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui penawaran Moratorium semasa pandemik dengan bank menyerap keuntungan atau faedah terakru yang dikenakan kepada pelanggan. Dengan melakukan ini, pelanggan hanya kekal membayar nilai ansuran pinjaman yang sama bagi tempoh 3-6 bulan penangguhan bayaran diberikan.",
"(5) Mengambil kira bank sebagai perantara kewangan (financial intermediation) yang punya komitmen terhadap pendeposit dan pelabur, Kerajaan melalui Bank Negara boleh memperkenalkan polisi ‘Zero Interest-Rate’ bagi satu tempoh tertentu dalam keadaan pandemik.",
"(6) Polisi ‘Zero Interest Rate’ terutamanya bagi OPR-Overnight Policy Rate boleh mengurangkan tekanan kepada bank akibat kos-kos dana (cost of fund) yang terpaksa diambil kira dalam pengiraan caj faedah (profit margin). Melalui polisi ini, bank-bank tidak lagi perlu mengenakan caj faedah terakru ke atas rakyat yang menerima tawaran Moratorium untuk tempoh 6 bulan (Nota: Dana-dana bank termasuk daripada Pasaran Kewangan (Money Market) selain daripada dana deposit pelbagai jangka masa adalah kos bagi bank).",
"(7) Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia juga boleh mengarahkan bank-bank untuk mewujudkan tabung khas dengan memindahkan (provision) sebahagian daripada keuntungan pada kadar tertentu bagi dimanfaatkan untuk tujuan menyerap sebarang kemungkinan kerugian (Expected Losses) akibat kegagalan pelanggan membayar balik pinjaman selepas moratorium diberikan. Ini penting bagi membolehkan mekanisme pengiraan keuntungan bank tidak lagi memasukkan elemen ‘Expected Loss’ yang menaikkan nilai faedah terakru yang dikenakan pihak bank kepada pelanggan.",
"(Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia mengawal selia kaedah pengiraan faedah terakru agar tidak sesekali membebankan rakyat sepanjang tempoh pandemik COVID-19).",
"(9) Insentif cukai juga boleh diperkenalkan Kerajaan kepada bank-bank yang mempermudahkan tawaran Moratorium kepada para Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk penstrukturan semula pembiayaan tanpa faedah atau kadar faedah amat minimum bagi mengurangkan beban dan tekanan hingga melumpuhkan operasi perniagaan mereka.",
"(10) Memandangkan kebanyakan bank tidak menawarkan moratorium bagi produk-produk pinjaman yang mengenakan faedah yang tinggi (17-18%) seperti Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi, dicadangkan Kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP khas untuk menyelesaikan obligasi hutang-hutang ini. Pada masa sama Bank Negara Malaysia boleh mengarahkan bank-bank memberikan diskaun 20-30% kepada pelanggan yang mahu menyelesaikan hutang pinjaman peribadi dan kad kredit.",
"3. Pemuda UMNO mengharapkan agar Kerajaan terutamanya Menteri Kewangan dapat mengambil serius segala tuntutan dan cadangan di atas bagi memastikan moratorium yang diumumkan Kerajaan benar-benar bermanfaat dan bukannya menambahkan beban baharu kepada rakyat yang sememangnya sudah terdesak, tertekan dan menderita akibat Pandemik COVID-19 ini. – UMNO ONLINE",
"Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/06/25/pdpr-di-mana-muridnya-peranan-semua-pihak-amat-penting-mahdzir/ | [
"ISU berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekali lagi menarik perhatian untuk saya bicarakan selaku Ketua Pasukan Khas Pendidikan Barisan Nasional (BN) yang dipertanggungjawabkan kepada saya.",
"Ia rentetan bermula pada 13 dan 14 Jun lalu, proses PdPR 3.0 kembali mengambil tempat bagi semua murid dan pelajar sekolah selama 25 hari persekolahan sehingga cuti pertengahan penggal pada 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri kumpulan B.",
"Sebelum itu pada 25 April 2021, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan sesi PdPR 2.0 akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.",
"Dengan angka kes jangkitan COVID-19 yang masih tiada tanda penurunan yang signifikan selain sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa 1 Jun lalu, saya sememangnya menjangkakan sesi persekolahan secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan dan PdPR akan terus bersambung.",
"Menurut laporan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), sejumlah 203 juta pelajar di seluruh dunia terkesan dengan penutupan sekolah berikutan pandemik COVID-19.",
"Meneliti Manual PdPR Versi Dua yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada bulan Februari lalu, iaitu Perenggan 5.1 yang menyebut:-",
"“Tiada Murid Tercicir Dalam Pembelajaran – Sekolah perlu memastikan semua murid dapat mengikuti PdPR berdasarkan keperluan dan kesediaan mereka. Guru perlu mengenal pasti kaedah PdPR yang sesuai supaya murid dapat menguasai kandungan mata pelajaran yang ditetapkan. Guru hendaklah meneroka cara yang berbeza dan bersesuaian untuk kelangsungan dan peningkatan penglibatan murid dalam PdPR.”",
"Isu utama yang hendak saya bangkitkan adalah berkaitan kehadiran murid atau keberadaan murid yang mengikuti PdPR.",
"Kebimbangan saya ini adalah berasaskan kepada hasil kajian Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati kehadiran murid dalam proses PdPR tidak mencapai 80 peratus.",
"Dapatan kajian itu sungguh menakutkan bagi saya sebagai seorang bekas Pengetua Sekolah yang tentunya risau akan jumlah kehadiran muridnya ke kelas.",
"Mungkin dapatan kajian itu boleh dipertikaikan kerana proses PdPR mempunyai pelbagai mod iaitu ‘on-line’, ‘off-line’ dan ‘off-site’.",
"Dalam situasi kita sekarang, sukar untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana hakikatnya banyak faktor mempengaruhi apa yang berlaku di rumah.",
"Secara mudah, para ibu bapalah yang seharusnya mengambil peranan dalam memastikan anak-anak mereka memasuki kelas dalam talian.",
"Angka kehadiran tidak mencapai 80 peratus itu sebenarnya boleh dianggap sebagai satu isu besar kepada proses PdPR secara keseluruhannya.",
"Persoalannya, adakah murid bosan dengan apa yang dihidangkan oleh guru menerusi PdPR?",
"Adakah PdPR tidak lagi mendatangkan keghairahan kepada murid untuk terus belajar secara norma baharu?",
"Atau murid sudah lelah dan penat mengadap skrin komputer atau gajet masing-masing?",
"Adakah murid kini lebih seronok tidak perlu lagi bangun di awal pagi untuk ke sekolah secara bersemuka dan lebih seronok berjaga hingga ke larut malam serta dapat bangun lewat?",
"Di sini mungkin peranan guru-guru kaunseling amat diperlukan untuk memperbaiki situasi yang timbul.",
"Pandangan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin dalam satu kenyataannya kepada akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini wajar diambil kira.",
"Murid katanya, tidak boleh memberikan fokus 100 peratus jika guru mengajar secara dalam talian dalam tempoh 30 hingga 40 minit mengikut jadual kelas biasa.",
"Menurut beliau lagi, tempoh pengajaran dalam talian perlu dipendekkan dengan menambah baik dan mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti membuat video pendek tidak melebihi 10 minit.",
"Pendapat itu selari dengan kajian UKM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azlin Norhaini Mansor yang mendapati kebanyakan murid tidak memberikan fokus dalam PdPR kerana faktor suasana rumah kediaman yang tidak kondusif.",
"Sejumlah 70-80 peratus guru melaporkan, cabaran utama PdPR adalah kesukaran mendapatkan perhatian murid.",
"Kajian juga menunjukkan kaedah pengajaran guru kurang berkesan kerana kurang selari dengan tahap kebolehan dan pembelajaran murid.",
"Manakala 50-60 peratus guru tidak selesa melaksanakan pengajaran secara dalam talian dan 50-60 peratus guru melaksanakan PdPR antara satu hingga dua jam sahaja.",
"Kemahiran guru menggunakan peralatan IT pula hanya sekitar 50-60 peratus. Manakala hanya 40-50 peratus sahaja guru yang mahir mempelbagaikan pengajaran secara dalam talian.",
"Kajian juga menunjukkan komunikasi murid dan guru melalui PdPR sangat terbatas. Ada guru memberikan terlalu banyak latihan kepada murid hingga membebankan ibu bapa kerana terpaksa membantu anak-anak membuat latihan.",
"Guru pula terikat kerana perlu habiskan silibus selain perlu memberikan laporan sebagai bukti PdPR dilaksanakan.",
"Semua yang diutarakan itu mungkin sebahagiannya menjadi faktor penyumbang kepada masalah ketidakhadiran murid ke dalam kelas PdPR.",
"KPM seharusnya tampil mengemukakan segala data berkaitan proses PdPR secara komprehensif bagi membuka mata semua pihak terutama ibu bapa, khususnya berkaitan isu keciciran PdPR ini.",
"Satu mekanisme perlu dicari untuk mengelakkan murid daripada terus ‘menyepi’ di rumah dan tidak memasuki kelas PdPR tanpa rasa bersalah.",
"Mungkin tindakan tegas seperti hukuman gantung sekolah perlu dikuatkuasakan jika seseorang murid tidak hadir ke kelas PdPR tiga hari berturut-turut tanpa sebarang sebab munasabah.",
"Kementerian Pendidikan juga perlu melihat dari aspek teknikal dan teknologi yang mampu untuk memenuhi keperluan murid.",
"Langkah dan sumber kewangan yang luar biasa amat diperlukan untuk menangani segala permasalahan yang timbul berkaitan proses PdPR.",
"Pihak KPM juga harus ada ‘roadmap’ yang jelas untuk memulakan kembali sesi persekolahan secara bersemuka agar kebimbangan para ibu bapa terhadap jankitan COVID-19 di sekolah dapat dilenyapkan.",
"Seterusnya, sebaik sekolah mula dibuka, KPM perlu juga melakukan proses ‘rehalibitasi’ untuk murid-murid yang tidak dapat mengambil bahagian dalam PdPR.",
"Perlu ada jawapan komprehensif untuk memastikan tiada murid yang tertinggal di belakang akibat tidak dapat mengikuti PdPR secara dalam talian.",
"Dalam pada itu, kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), berkaitan pandangan ibu bapa tentang PdPR juga perlu diperhalusi.",
"Kajian ke atas 16,554 responden itu meminta agar pihak KPM meneliti masalah PdPR yang berlaku kini.",
"Antara keluhan ibu bapa adalah jadual belajar yang padat serta lambakan kerja sekolah. Ibu bapa yang tidak mempunyai latar pendidikan tinggi juga merasa terbeban untuk membantu anak-anak mereka menyiapkan kerja rumah atau projek yang diberikan.",
"Ada pihak mencadangkan agar satu modul khas yang mempunyai set arahan kepada ibu bapa supaya boleh memainkan peranan lebih sistematik dan berkesan dalam membantu anak-anak meneruskan proses pembelajaran di rumah.",
"Bercakap mengenai PdPR, paling berkait rapat adalah peranti atau gajet. Satu kajian lain pula menunjukkan, kurang 10 peratus murid mempunyai komputer riba yang sesuai untuk digunakan semasa PdPR.",
"Manakala Khazanah Research Institute dalam laporan kajiannya bertajuk ‘COVID-19 and Unequal Learning’ mendapati 37 peratus daripada 900,000 murid yang ditinjau oleh KPM, tidak memiliki alat peranti yang sesuai.",
"Itu juga satu lagi polemik yang masih membelenggu semua pihak dan masih gagal diurus dengan baik dalam isu memperkasa PdPR.",
"Masalah akses capaian internet khususnya di kawasan luar bandar dan bantuan alat peranti kepada pelajar dari kalangan keluarga B40 juga harus menjadi keutamaan kerajaan sekarang.",
"Insentif khas kepada warga guru dengan pemberian data internet tambahan untuk proses pengajaran secara digital, penambahbaikan sistem jalur lebar dan kos pembelian alat bantu mengajar secara digital perlu juga diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan.",
"Merujuk kepada pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan sudah menyediakan peruntukan sebanyak RM50.4 bilion atau 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan kepada sektor pendidikan.",
"Jumlah itu menjadikan pendidikan sebagai sektor kedua tertinggi menerima peruntukan selepas sektor kesihatan.",
"Bagaimana pula dengan peruntukan untuk program pemberian komputer riba kepada murid?",
"Setakat 12 Jun 2021, dilaporkan sejumlah 40,290 unit komputer riba telah diserahkan kepada murid di seluruh negara hasil sumbangan daripada sektor korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).",
"Sewajarnya peruntukan tambahan yang lebih besar untuk projek bantuan komputer riba kepada murid dan penambahbaikan akses capaian internet di kawasan luar bandar menjadi keutamaan kerajaan dalam Belanjawan 2022 yang akan datang.",
"Apa sekalipun masalah yang timbul, jalan penyelesaiannya tetap ada jika kerajaan mempunyai iltizam yang tinggi untuk menerajui perubahan.",
"Masalah capaian internet jalur lebar di kawasan luar bandar misalnya, sudah ada solusinya jika mengambil kira perkhidmatan rangkaian jalur lebar terbaharu yang disediakan oleh anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Allo Technology Sdn Bhd.",
"Perkhidmatan Allo menyediakan rangkaian fiber optik milik TNB sedia ada di seluruh Semenanjung yang membekalkan rangkaian internet berkualiti tinggi, terutama ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang belum tersedia perkhidmatan sedemikian.",
"Satu kerjasama seharusnya dirangka secara terperinci antara pihak kerajaan dengan penyedia perkhidmatan jalur lebar itu bagi memberi manfaat kepada sektor pendidikan negara dan rakyat di luar bandar khususnya untuk menikmati akses internet itu. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Mahdzir Khalid,\nNaib Presiden UMNO merangkap\nKetua Pasukan Khas Pendidikan Barisan Nasional",
"Nota:",
"Penulis merupakan Mantan Menteri Pendidikan Malaysia (2015-2018) dan juga Ahli Parlimen Padang Terap serta Pengerusi TNB"
] |
https://umno-online.my/2021/06/25/bertautlah-demi-umno-khaled-nordin/ | [
"",
"UNTUK mewujudkan Kerajaan yang stabil di Malaysia, UMNO mesti jadi sebahagian dari angkubahnya.",
"Pakatan Harapan tumbang kerana peranan UMNO menjadi pendesak dan pengaturcara. Perikatan Nasional tertubuh kerana UMNO memberikan talian hayatnya.",
"Maka nasib Perikatan Nasional seterusnya adalah dalam percaturan UMNO. Pada UMNO-lah kunci sebuah pemerintahan yang berfungsi boleh dijelmakan.",
"Tetapi UMNO juga berhadapan dengan masalahnya tersendiri. Pelbagai kabilah dalam UMNO dengan cita-cita masing-masing.",
"Cita-cita untuk diri sendiri dan bukan untuk negara, parti, orang Melayu dan Islam. Masalah inilah yang akan menewaskan UMNO jika tidak diatasi.",
"Para pemimpin dalam UMNO mesti mengendurkan aspirasi peribadi dan mengutamakan hanya aspirasi parti dan negara.",
"Kekadang terlalu banyak pertindihan pendirian sehingga ahli dan rakyat jadi bingung pendirian mana yang UMNO ini sebenarnya perjuangkan.",
"Jika UMNO ingin berkelangsungan, maka UMNO harus teguh dengan keputusan parti dan hanya keputusan parti. Ini maksudnya hanya institusi Presiden dan Majlis Tertinggi sebagai pengemudi perjalanan UMNO.",
"Segala yang di luar institusi ini bukan mewakili kepentingan parti malah adalah elemen canggahan kepada parti.",
"Sama ada kita bersetuju dengan individu atau tokoh tertentu dalam kepimpinan parti, itu biarlah kita simpan dalam nurani kita. Namun disiplin parti mesti kita kekalkan.",
"Mereka yang terpilih dek keputusan perwakilan adalah wakil sebenar parti dan kepada merekalah kita sandarkan keyakinan.",
"Tanpa disiplin, parti akan jadi persendaan ahli dan rakyat. Tanpa kesatuan, UMNO akan meleset dalam seteruk-teruk kemelesetan.",
"Kepada semua kabilah dalam parti, kendurkanlah cita-cita kalian demi menyelamatkan UMNO. Kembalilah semua sebagai hanya satu pasukan demi tanah air.",
"Namun ini tidaklah bermakna kalian harus memadam cita-cita untuk memimpin bangsa suatu hari nanti. UMNO senantisa bersedia menonjolkan hanya yang terbaik jika saat dan ketikanya sampai tetapi mesti dengan mengikut resmi dan tradisi UMNO.",
"Semoga Allah membuka seluas-luasnya pintu persaudaraan di kalangan kita dan semoga Allah melembutkan hati sang ‘panglima’ dalam UNMO untuk bertaut kembali demi UMNO yang satu-satunya. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/06/24/tekanan-emosi-tekanan-perasaan-semakin-teruk-waktu-pkp-kerajaan-perlu-segera-bertindak/ | [
"𝟏𝟓 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 : Seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 11 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara, kerana mengalami tekanan emosi disebabkan tiada pekerjaan dan hidup sebarang kara.",
"𝟏𝟕 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 : Seorang wanita cuba terjun dari tingkat 32 sebuah Kondominium di Sungai Buloh kerana tertekan dibuang kerja dan dihalau dari rumah sewanya.",
"𝟏𝟖 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 : Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat 8, Apartment Aman Putra, Jinjang Utara.",
"𝟐𝟏 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 : Di Seremban, seorang lelaki berusia 31 tahun yang kehilangan kerja sebagai jurujual kereta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, dipercayai mengurung isteri dan anaknya sejak pagi sebelum mereka diselamatkan oleh anggota bomba.",
"𝟐𝟑 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 : Seorang lelaki yang berdepan masalah kemurungan sejak perniagaan diusahakannya gagal, maut selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Jalan Bagan Ajam, Butterworth.",
"1. Lima kejadian yang saya tulis di atas, berlaku dalam tempoh tidak sampai 10 hari. Ini adalah satu perkara yang sangat mengejutkan kita.",
"2. Sebelum ini saya telah banyak kali membangkitkan di dalam Dewan Rakyat mengenai masalah kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan sama ada di kalangan rakyat biasa, penjawat awam ataupun remaja.",
"3. Pelaksanaan PKP sejak Mac 2020 yang lalu, sedikit sebanyak telah memburukkan lagi keadaan. Mungkin bagi sesetengah dari kita, pelaksanaan PKP ini tidak memberikan kesan yang terlalu besar. Hanya terpaksa duduk di rumah, tapi masih ada gaji seperti biasa.",
"4. Tapi, bagi sesetengah rakyat di luar sana, PKP ini umpama satu seksaan dunia untuk mereka. Ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang kehilangan pendapatan, anak-nak memberontak akibat terlalu lama duduk di rumah tidak dapat keluar. Apabila anak-anak memberontak, ibu bapa stress, sampai bergaduh suami isteri, dan akhirnya rumah tangga porak peranda.",
"5. Ini satu realiti pahit yang sedang berlaku dalam masyarakat kita. Mungkin ada yang beranggapan ianya adalah isu terpencil. Tapi sebenarnya, jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan segera, akhirnya masalah ini akan semakin membusuk.",
"6. Setiap hari, akan ada sahaja orang yeng menghubungi saya sama ada secara terus, kepada pegawai saya, atau pun melalui facebook, mengadu nasib berkenaan masalah kekangan kewangan mereka.",
"7. Ada 1 hari, seorang mak cik, mesej saya, beritahu sudah tidak ada langsung lauk untuk dimasak di rumahnya, dan dia tidak ada duit untuk membeli lauk. Ada ibu tunggal yang mesej, beliau memohon bantuan untuk membeli beras dan telur, tidak minta banyak, cukuplah jika dapat RM30 sahaja asal lepas untuk beli beras. Dan macam-macam lagi keluhan rakyat yang saya terima.",
"8. Allahuakbar… Hati saya ini sayu bila mengenangkan ada rakyat di luar sana yang mengikat perut kerana tidak mampu beli walau sekampit beras. Saya cuba bantu seadanya.",
"9. Berbalik kepada isu tekanan perasaan ini, semua pihak perlu segera mainkan peranan. Kerajaan sudah tidak boleh berdiam diri. Keadaan ekonomi negara sekarang ini sudah jatuh kepada no 2. Ekonomi dan kocek rakyat ini yang perlu keutamaan segera sekarang.",
"𝟏𝟎. 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐋𝐀 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈, 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀. 𝐈-𝐒𝐈𝐍𝐀𝐑 𝟐.𝟎, 𝐌𝐎𝐑𝐀𝐓𝐎𝐑𝐈𝐔𝐌 𝟐.𝟎 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐔𝐓𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍. 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍-𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐔𝐌𝐔𝐌 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐈𝐍𝐈 𝐉𝐔𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐂𝐄𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒𝐍𝐘𝐀.",
"𝟏𝟏. 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐟𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝟒𝟎, 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐌𝟒𝟎 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧. Ramai juga golongan T20 yang telah menjadi M40.",
"12. Rakyat juga ada peranan penting untuk dimainkan. Jika kita tahu ada jiran kita yang susah sampai tidak ada makanan, jangan berdiam diri. Jika tidak mampu untuk membantu dari segi wang ringgit, bantu dengan hubungi pihak yang sepatutnya. Ketua penduduk, Ketua Kampung, Penghulu, Wakil Rakyat, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pihak yang boleh menyalurkan bantuan.",
"13. Ini bukan soal jaga tepi kain orang, ini adalah soal #KitaJagaKita. Kita perlu prihatin dan peka dengan keadaan jiran di sekeliling kita.",
"14. Dan jika anda ketika ini menghadapi tekanan perasaan, jangan dipendam, jangan disimpan. Cari orang untuk berkongsi, cari orang yang boleh membantu. Tindakan memendam ini akhirnya akan memakan diri kita sendiri.",
"15. Marilah kita sama-sama berdoa agar keadaan pandemic ini akan beransur pulih dengan cepat. Semakin lama keadaan ini berterusan, rakyat akan semakin tertekan.Datuk Seri Jalaluddin Bin AliasAhli Parlimen Jelebu"
] |
https://umno-online.my/2021/06/20/tuntutan-rakyat-kerajaan-wajib-junjung-titah-raja/ | [
"",
"PERGERAKAN Pemuda UMNO Terengganu berpendirian untuk bersetuju dengan saranan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar Parlimen Malaysia perlu segera bersidang dalam tempoh 14 hari.",
"2. Sebagai kerajaan yang mendukung tinggi prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaaan seharusnya memahami Titah pandangan dan pendirian Yang Di Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Pemerintah sebagai panduan menyelesaikan kemelut rakyat kini, dan bukannya membuat tafsiran-tafsiran di luar konteks asal.",
"3. Melewat-lewatkan titah ini dilaksanakan menggambarkan sebagai tindakan berpolitik yang menjurus kepada penderhakaan. Pemuda UMNO Terengganu percaya parlimen adalah platform rasmi untuk ahli-ahli Parlimen mewakili rakyat masing-masing berbahas mencari formula paling ampuh membantu percepatkan proses vaksinisasi dan program bantuan ekonomi rakyat di musim PKP ini.",
"4. Kerajaan juga sepatutnya lebih bersifat inklusif terutama di dalam menerima idea semua pihak dalam membantu saku rakyat yang jelas-jelas semakin berkurangan. Sebagai contohnya, perlaksanaan I Sinar dan I Lestari 2.0 wajar dibuka kembali kepada rakyat ataupun setidak-tidaknya berilah peluang perbahasan di parlimen agar ruang cadangan membantu rakyat lebih bercambah.",
"5. Sikap sambil lewa kerajaan pusat melayani Terengganu dalam peruntukan tambahan PKP 3.0 ini juga mengecewakan kami. Dalam rekod kenaikan harga minyak mentah dunia, purata 6 bulan tahun ini adalah bersandar pada harga $68.85 per tong maka seharusnya Terengganu memperolehi sedikit tambahan pendapatan sekurang-kurangnya RM 600++ juta hasil royalti Petronas untuk Terengganu.",
"6. Oleh yang demikian, sangat penting bagi kami agar parlimen bersidang segera untuk ahli-ahli Parlimen Terengganu menyampaikan hasrat rakyat tempatan yang sangat memerlukan bantuan tunai terutama kelompok B40.",
"7. Pemuda UMNO Terengganu juga menzahirkan kerisauan terhadap program vaksinasi di negeri ini agak perlahan sedangkan pendaftaran rakyat telah mencecah 440 ribu orang iaitu melebihi separuh rakyat yg diberi keutamaan untuk divaksinkan. Pusat vaksin yang dibuka juga pula terhad kepada 14 buah sahaja seluruh negeri dan ditingkatkan hari ini kepada 21 buah menyebabkan pencapaian pevaksinisasian kepada rakyat kurang berkesan.",
"8. Akhir sekali, Pemuda UMNO Terengganu bersetuju dengan ketetapan Pemuda UMNO Malaysia untuk UMNO membuat keputusan tegas sekiranya kerajaan masih gagal untuk membuka PARLIMEN SEGERA! DAN SETERUSNYA KAMI INGIN MENCADANGKAN AGAR UMNO PERLU SEGERA KELUAR DARIPADA KERAJAAN INI SUPAYA TIDAK TERPALIT DENGAN POLITIK DERHAKA RAJA SEANDAINYA PENDIRIAN KERAJAAN INI TERUS ACUH TIDAK ACUH MEREALISASIKAN TITAH RAJA DAN TUNTUTAN RAKYAT. – UMNO ONLINE",
"Tengku Haphiz Tengku Putera\nKetua Pemuda UMNO Negeri Terengganu"
] |
https://umno-online.my/2021/06/16/pentingnya-keperlembagaan-ditegakkan-dewan-rakyat-tergantung-rakyat-kecewa/ | [
"1. Rakyat Malaysia terutamanya mereka yang miskin kini berada dalam keadaan terdesak dan kecewa. Mereka ketakutan terhadap perkara yang tidak dapat dikenalpasti dan curiga mengenai keadaan keselamatan diri. Mereka amat tertekan oleh kegelisahan mengenai masa depan.",
"2. Yang dianggap musuh tidak kelihatan dan ini menimbulkan kebimbangan. Ia mampu bertindak lebih bijak dan ini seolah-olah perjuangan melawan kuasa ghaib. Keadaan biasa tidak lagi wujud. Apa yang dapat diharap pada masa depan bergantung kepada sama ada kepimpinan negara dapat membawa perubahan.\n\n3. ",
"Kepimpinan negara masa kini amat penting kesannya terhadap cara hidup rakyat. Sesungguhnya kita berada di dalam keadaan serba salah. Persoalan yang timbul adalah apakah negara ini dapat meneruskan kedudukannya sepertimana keadaan terdahulu. Kepimpinan seperti yang terdapat di masa lampau kini tidak relevan lagi. Di samping itu ia tidak dapat menangani berbagai masalah berkaitan dengan ekonomi yang dihadapi serentak termasuklah masalah pengangguran tinggi, kehilangan pendapatan dan kewangan semakin kurang untuk membiayai, sebagai contoh, makanan dan kesihatan.",
"4. Keadaan sebegini tidak pernah berlaku di masa-masa lampau. Pada masa dahulu keadaannya tidak serumit kini dan orang ramai lebih optimis. Kini mereka tidak lagi begitu.",
"5. Perlembagaan dan institusi-institusi negara tidak terbentuk untuk meghadapi keadaan yang sedang melanda kita. Sama ada institusi-institusi kenegaraan kita dapat menangani keadaan ini adalah suatu keraguan oleh kerana mutu kepimpinan pada masa kini menjadi tanda tanya.",
"6. Terdapat tiga kekurangan Dewan Rakyat, yang ditauliahkan oleh perlembagaan sebagai penentu muktamad untuk memilih Perdana Menteri daripada kalangan Wakil Rakyat, iaitu:\n\na) Ia tidak berfungsi secara menyeluruh oleh kerana sebahagian daripada Wakil Rakyat mempunyai kepentingan kewangan (sama ada secara terbuka atau pun secara senyap) dan hilang kelayakan mengikut Akta Majlis Parlimen (Kestimewaan dan Kuasa) 1952.",
"b) Dewan Rakyat kini dalam keadaan tergantung dan tiada pihak mempunyai majoriti untuk membuat keputusan.",
"c) Juga terdapat ahli-ahli yang tidak menepati peruntukan perlembagaan berkaitan dengan pemilihan mereka dan ini merupakan penipuan terhadap perlembagaan.",
"Tidak terdapat peruntukan di dalam pelembagaan atau mana-mana undang-undang untuk menyelesaikan masalah ini.",
"7. Kini perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat mengenai keadaan semasa semakin tebal, walaupun ia tidak disuarakan oleh mereka. Gelombang sepi ini mencerminkan kehilangan keyakinan oleh rakyat terhadap pemimpin mereka. Kita tidak harus membenarkan keadaan ini membiak.",
"\n8. Maka itu, Raja-Raja Melayu bertanggungjawab untuk memainkan Peranan Keperlembagaan yang dianggap penting ketika negara berada dalam keadaan genting ini. Peranan ini timbul selaras dengan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di hadapan Raja-Raja Melayu yang memilih baginda mewakili Majlis Raja-Raja Melayu. Peranan ini wujud selaras dengan Sumpah Jawatan itu.",
"9. Tanggungjawab ini memerlukan pemilihan seorang pemimpin tanpa kepentingan peribadi, parti politik mahu pun pertimbangan peribadi. Pemimpin tersebut semestinya mempunyai kemampuan, keupayaan, visi dan pemahaman mendalam mengenai keadaan semasa demi memimpin kerajaan yang mampu membantu kita mengatasi keadaan teruk yang melanda rakyat sekarang.",
"10. Sekarang ini kita menghadapi krisis bertubi-tubi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sistem ekonomi kita merudum. Di samping itu, kita mengalami krisis berkaitan dengan keperluan asas seperti bekalan makanan, keadaann kesihatan dan isu keselamatan. Kita ada dua pilihan, sama ada hadapinya dan selesai kesemua masalah atau menempuhi kegagalan. Sedia maklum bahawa kepimpinan mempunyai hubung kait rapat dengan kemajuan negara dan kehidupan rakyat yang baik. Lipatan sejarah banyak merakam kegagalan kepimpinan. Kita tidak harus memberi ruang kepada kegagalan.\n\nYBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH\nAHLI PARLIMEN GUA MUSANG"
] |
https://umno-online.my/2021/06/10/minyak-masak-manfaatkan-cukai-windfall-untuk-bantu-pembeli/ | [
"KITA tahu: Harga minyak masak dalam botol sememangnya tidak lagi disubsidi oleh Kerajaan selepas 2016.",
"Kita faham: Apabila harga kelapa sawit mentah (CPO) meningkat, harga minyak masak juga akan meningkat. Ekoran kenaikan harga CPO sejak tahun lepas, harga minyak masak tidak bersubsidi juga meningkat mendadak – sebotol minyak masak 5kg berharga lebih daripada RM30.",
"Tetapi adakah bermaksud Kerajaan tiada kuasa atau pilihan buat apa-apa?",
"Kerajaan mengutip hasil berkaitan kelapa sawit seperti duti eksport CPO dan juga cukai keuntungan luar biasa (windfall tax) kepada syarikat-syarikat kelapa sawit apabila harga CPO melebihi RM2,500/metrik tan di Semenanjung Malaysia dan melebihi RM3,000/metrik tan di Sabah dan Sarawak.",
"Ini bukan cukai baru yang dicadangkan. Ini cukai sedia ada.",
"Belum lagi termasuk cukai pendapatan korporat yang dikutip daripada syarikat-syarikat tersebut seperti Sime Darby, FGV, IOI, KLK, Genting Plantations, United Plantations dan lain-lain.",
"Menteri Industri Perladangan dan Komoditi sendiri mengakui bahawa Kerajaan akan mengutip hampir RM300 juta bagi 3 bulan yang pertama 2021 sahaja melalui ‘windfall tax’ ini.",
"Jika harga kekal tinggi maka Kerajaan akan mengutip lebih RM1 bilion tahun ini. Berbanding seluruh tahun lepas, Kerajaan mengutip RM348 juta ‘windfall tax’ ke atas syarikat perladangan kelapa sawit.",
"Maka lebihan hasil Kerajaan ini cukup untuk menampung perbelanjaan berkaitan mengurangkan beban rakyat yang menanggung kenaikan harga minyak masak.",
"Selain daripada memperketatkan penguatkuasaan untuk menghapuskan ketirisan yang menyebabkan minyak masak bersubsidi (1kg) tak sampai ke golongan sasar, berikut beberapa ‘option’ untuk pertimbangan pihak Kerajaan:",
"1. Program subsidi minyak masak botol bersasar kepada isi rumah B40 dan M40 dalam bentuk harga yang lebih rendah mengikut data BPR sedia ada di bawah seliaan LHDN. Pembelian minyak masak mengikut had kuota setiap isi rumah yang bersesuaian.",
"Jika tidak mahu,",
"2. Penambahan program bantuan tunai BPR kepada kumpulan B40 dan M40. Apatah lagi, jumlah bantuan Pemerkasa+ yang diumumkan baru-baru ini tidak cukup memuaskan dan telah diulas banyak pihak.",
"Jika tidak mahu juga,",
"3. Tambah kuota subsidi minyak masak 1kg di bawah Program COSS melebihi jumlah sedia ada, di samping mengetatkan penguatkuasaan bagi mengelakkan ketirisan",
"Benar, kenaikan harga CPO mampu memberi manfaat kepada pengeluar termasuk peneroka Felda dan pekebun kecil – itupun jika pengeluaran mereka tidak terlalu rendah.",
"Yang jelas untung adalah pengeluar/syarikat besar. Yang jelas dapat pulangan adalah Kerajaan melalui cukai yang telah disebut di atas.",
"Tetapi kesan akhir kepada isi rumah B40 dan M40 lebih penting.",
"Jumlah nilai eksport, nilai KDNK dan sebagainya tiada erti bagi mereka jika lebih tertekan dengan kenaikan harga barang asas. – UMNO ONLINE",
"Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia /\nNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/06/10/umno-tak-tuntut-mageran-umno-tuntut-5-perkara-utama-untuk-rakyat/ | [
"",
"PELIK juga apabila Pejabat Perdana Menteri sendiri tampil buat perutusan bantahan terhadap cadangan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk ganti kerajaan.",
"Tidak pernah dengar pula mana-mana parti utama tuntut MAGERAN!",
"Kalau di pihak UMNO, yang pasti kepimpinan setakat ini secara konsisten hanya tuntut lima perkara utama untuk rakyat:",
"(1) DARURAT ditamatkan dan tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021 ini kerana selama hampir 6 bulan ternyata tidak mengurangkan kes COVID-19 kepada dua angka.",
"(2) Manfaatkan Kuasa Darurat di bawah Ordinan Darurat yang ada, untuk bantu rakyat termasuk arah bank tawar Moratorium tanpa caj/faedah tambahan.",
"(3) Manfaatkan Kuasa Darurat di bawah Ordinan Darurat yang ada, untuk kawal harga barang dan bantu rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0",
"(4) Manfaatkan Kuasa Darurat di bawah Ordinan Darurat yang ada, untuk buat ‘TOTAL LOCKDOWN’ secara total bukan separa masak.",
"(5) Buka Parlimen untuk pertahankan semangat dan prinsip demokrasi agar ada akauntabiliti terhadap segala keputusan kerajaan seperti perbelanjaan wang rakyat, penggunaan Kumpulan Wang Amanah, pengurusan COVID-19, proses imunisasi dan vaksinasi termasuk aspek perolehan dan kontrak-kontrak pembelian vaksin dan lain-lain.",
"UMNO sebagai sebuah parti, walaupun sebahagian Ahli-ahli Parlimen berada dalam kerajaan sementara Perikatan Nasional, tidak pernah bersetuju bahkan tidak langsung dirujuk mengenai PROKLAMASI DARURAT. Malah, alasan DARURAT kerana hendak menangani COVID-19 juga turut diragui.",
"Sebab itulah, lima tuntutan di atas secara konsisten diperjuangkan UMNO agar tempoh Darurat yang berkuat-kuasa dimanfaatkan sepenuhnya untuk kerajaan menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk bantu rakyat.",
"UMNO tidak pernah menuntut MAGERAN ditubuhkan yang pastinya bertentangan dengan pendirian yang diputuskan setakat ini untuk DARURAT ditamatkan atau tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021! – UMNO ONLINE",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/06/10/kerajaan-digesa-laksanakan-i-sinar-2-0-dan-i-lestari-2-0/ | [
"i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.",
"Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum keuntungan bagi suku 1 2021 sebanyak RM19.3 bilion.",
"Jumlah aset terkumpul KWSP juga diumumkan telah jatuh sedikit ke RM982 bilion pada akhir suku 1 2021 dari RM998 bilion pada akhir tahun 2020 tapi masih lebih tinggi berbanding RM925 bilion pada tahun 2019 sebelum pandemik.",
"Penurunan RM16 bilion (atau 1.6%) dari RM998 bilion ini adalah akibat pengeluaran RM78.8 bilion melalui skim i-Sinar dan i-Lestari.",
"6.49 juta ahli mengeluarkan purata RM8,937 melalui i-Sinar manakala 5.27 juta ahli ambil purata RM3,947 dari skim i-Lestari.",
"Memandangkan:\n1. Jumlah aset KWSP masih kukuh dan tinggi;",
"2. Pengeluaran melalui i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 sebelum ini cuma membawa kepada penurunan 1.6% daripada jumlah aset KWSP;",
"3. Kesan dari ‘Total Locdown’ sekarang adalah jauh lebih genting setelah kegagalan bersiri PKP 2.0 dan PKP 3.0 separuh masak;",
"Maka saya saran kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk laksanakan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 sebelum ini untuk tempoh 3 bulan.",
"Jika dulu, impak i-Sinar/i-Lestari 1.0 adalah RM78.8 bilion maka impak i-Sinar/i-Lestari 2.0 pada kadar separuh tidak akan sampai RM39.4 bilion – atau 4% daripada jumlah aset RM981.7 bilion KWSP terkini.",
"Biarlah Rakyat uruskan sebahagian dari duit sendiri pada tempoh ‘Total Lockdown’ ini sebab keadaan apa yang lebih parah berbanding ‘Lockdown’ selepas menghadapi 5 bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan PKP 3.0?",
"Jika bukan sekarang, maka bila?",
"Sistem-sistem sudah ada. Logo ada. Elya pun ada.",
"Cuma tengok kerajaan nak buat ke tidak.",
"‘Total Lockdown’ yang amat ketat sepatutnya dibuat awal-awal lagi semasa Rakyat mula mendapat duit i-Sinar 1.0.",
"Akibat kegagalan kerajaan yang buat PKP demi PKP separuh masak yang berpanjangan maka apa yang dikeluarkan pada masa i-Sinar 1.0 sudah kehabisan.",
"PKP separuh masak ini bukan salah Rakyat tetapi salah kerajaan yang berulang kali buat perkara sama yang terbukti gagal.",
"Sebab itu, harap kerajaan akan berbesar hati untuk benarkan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.",
"Usah risau sangat.",
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) masa saya Perdana Menteri (PM) berjaya naikkan berganda jumlah aset KWSP dari RM300 bilion ke RM850 bilion dari tahun 2009 ke 2017 dengan memberi kelebihan kepada projek-projek KWSP.",
"Sebab itu, kerajaan BN pada masa depan mampu naikkan semula simpanan Rakyat yang berkurang dalam masa kritikal pandemik ini.",
"Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak\nPerdana Menteri Keenam / Ahli Parlimen Pekan"
] |
https://umno-online.my/2021/06/02/ketelitian-beri-kelulusan-vaksin-mesti-seiring-dengan-kesegeraan/ | [
"\nHanya 3 vaksin telah mendapat kelulusan bersyarat untuk tujuan kecemasan oleh NPRA iaitu Pfizer, Astra Zeneca dan Sinovac.",
"Kerajaan wajar mempercepatkan kelulusan bersyarat untuk tujuan kecemasan bagi beberapa vaksin lain seperti Sputnik V, Sinopharm, Moderna dan Johnson & Johnson.",
"Kebanyakan vaksin tersebut telah mendapat kelulusan agensi kawal selia antarabangsa dan telah melalui pelbagai skrutini klinikal yang sangat rumit dan komprehensif.",
"Vaksin seperti Sputnik V contohnya, mempunyai keberkesanan yang sangat tinggi dan datanya telah diterbitkan dalam Lancet, jurnal perubatan berwasit paling berwibawa, yang hanya menerbitkan hasil penyelidikan paling unggul.",
"Kita tidak boleh terlalu optimistik bahawa bekalan vaksin kita akan mencukupi kerana kita sangat bergantung kepada bekalan luar.",
"Malah kepelbagaian kelulusan vaksin adalah sangat strategik kepada negara. Ia memastikan kita mempunyai akses kepada pelbagai vaksin lain dalam waktu yang memerlukan.",
"Kedua, ia akan mempercepatkan proses vaksinasi nasional.",
"Ketiga, kemunculan varian baru mungkin akan memerlukan Malaysia memberikan dos ketiga bagi merangsang imuniti. Apatah lagi bila pengeluar seperti AstraZeneca telah mula mengeluarkan vaksin yang telah ditambah baik untuk dan berkesan terhadap varian Beta yang dahulunya dikenali sebagai varian Afrika Selatan.",
"Dan keempat, banyak negara telah menempah bekalan untuk empat tahun mendatang bagi memastikan mereka mempunyai simpanan vaksin mencukupi kerana tiada siapa boleh meramalkan bilakah pandemik ini akan berakhir dengan sepenuhnya.",
"Perancangan kesihatan awam kita mesti mengambil kira pendekatan jangka masa panjang. Kita tidak boleh terus dengan strategi ‘firefighting’.",
"Oleh yang demikian, Kerajaan mesti segera meluluskan secara bersyarat, penggunaan beberapa vaksin lain tanpa berlengah.",
"Ketelitian kita dalam memberikan kelulusan mesti seiring dengan kesegeraan yang sangat diperlukan oleh negara dalam saat kritikal ini. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/06/01/lebih-95-ribu-syarikat-dibenarkan-operasi-menteri-miti-perlu-jelaskan-tujuh-persoalan-asas/ | [
"",
"95,142 syarikat dengan aggaran 1.2 juta pekerja sudah mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk terus beroperasi dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN.",
"Tujuh Persoalan Asas dan Mendasar berikut perlu mendapat penjelasan tuntas oleh Menteri bertanggungjawab kepada MITI iaitu YB (Yang Berhormat) Datuk Seri Azmin Ali:",
"1. Apakah asas dan justifikasi sebanyak itu syarikat dibenarkan beroperasi dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN?",
"2. Apakah benar semua ini termasuk di bawah kategori ESSENTIAL SERVICES atau Sektor Perkhidmatan Berkeperluan?",
"3. Ada yang berkongsi maklumat dengan Pemuda UMNO, syarikat dan kilang tempat mereka bekerja yang terbabit dalam perusahaan mainan kanak-kanak, perabut yang tiada kaitan dengan Essential Services juga mendapat kebenaran beroperasi.",
"4. Semenjak semalam juga tular surat kelulusan untuk kilang arak terkemuka iaitu Carlsberg juga mendapat kebenaran beroperasi? Apakah kaitan minuman keras dengan Essential Services sehingga mendapat pengecualian dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN ini?",
"5. Apa sebab tiba-tiba berlaku U-Turn di saat akhir kelmarin, untuk memberikan kuasa mutlak kepada MITI sedangkan Menteri umumkan untuk mengagihkan kepada semua Kementerian bagi meneliti setiap permohonan?",
"6. Apakah MITI sudah menjadi Agensi Pusat (Central Agency) yang menyelaraskan semua aktiviti dan operasi ekonomi negara?",
"7. Apakah MITI cukup tenaga kerja dan sistem yang berintegrasi untuk menguruskan apa jua keputusan-keputusan besar dan penting yang melibatkan perubahan SOP dalam pengurusan ekonomi dan pandemik yang melanda negara ketika ini?",
"Semua persoalan di atas amat penting bagi memastikan keberkesanan TOTAL LOCKDOWN yang dilaksanakan bermula hari ini.",
"Rakyat sudah banyak berkorban, pasrah dan rela untuk menghadapi tindakan tegas kerajaan mengenakan TOTAL LOCKDOWN untuk tempoh 14 hari.",
"Namun Rakyat mengharapkan biarlah TOTAL LOCKDOWN yang betul-betul ketat supaya ‘once and for all’ kita dapat putuskan rantaian pandemik COVID-19 ini dan tidak perlu untuk berterusan dikenakan perintah PKP separa masak – sekejap ketat, sekejap longgar, yang berterusan tanpa kesudahan. #SusahSekaliBukanBerkaliKali.",
"Kesan ekonomi lebih parah jika kita berterusan melaksanakan PKP yang separa masak berbanding pengalaman banyak negara-negara maju lain yang fokus TOTAL LOCKDOWN secara menyeluruh dan mampu memulihkan dan melonjakkan kembali ekonomi negara.",
"Bersetujukah semua dengan pandangan ini? – UMNO ONLINE",
"#PemudaJurubicaraRakyat\n#SusahSekaliBukanBerkaliKali",
"DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/05/28/total-lockdown-berapa-sebenarnya-kerajaan-belanja/ | [
"SAYA tidak pasti apa lagi yang kerajaan sedang tunggu sebelum umum lockdown seluruh negara.",
"Dengan sekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kesukaran bergerak, adalah lebih baik rakyat disuruh duduk saja di rumah daripada menghadap kesesakan berjam di jalan raya.",
"Tapi suka atau tidak, rakyat kena keluar juga. Suka atau tidak, boss suruh datang pejabat juga.",
"Begitu juga saya tidak faham kenapa kerajaan terlalu susah nak keluarkan peruntukan bagi memastikan kebajikan rakyat terjaga.",
"Alasannya kita tidak ada wang. Alasannya hari tu sudah beratus bilion kerajaan belanja.",
"Belanja apa? Ratus bilion itu duit kita. Bukan duit kerajaan. Tunai kerajaan yang masuk ke dalam pasaran dalam pakej rangsangan adalah sekitar RM70 bilion saja. Itupun yang dapat manfaat besar adalah kilang-kilang yang mempunyai ratusan pekerja.",
"Kalau tidak ada duit, keluarkan saja bon. Bukak Parlimen sekejap bagi luluskan kenaikan had hutang negara. Tambahan 10% sahaja had hutang akan membolehkan kerajaan mendapat tambahan tunai RM150 bilion.",
"Lockdown sebulan tak memerlukan RM150 bilion pun. Cukup bantuan RM1,500 kepada 7 juta ketua keluarga, subsidi upah RM1,000 kepada 5 juta pekerja bergaji rendah dan insentif RM1,000 kepada 907,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seluruh negara.",
"Semua itu tak sampai pun RM16.4 bilion.",
"Sekurang-kurangnya dengan lockdown, kita akan dapat mengurangkan keletihan petugas kesihatan, memberikan nafas kepada barisan hadapan dan memastikan program vaksinasi yang sekarang ini semakin baik (hampir 100 ribu dos sehari) berjalan tanpa halangan.",
"Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – as good as it sound – biarlah menjadi pilihan paling akhir. Biarlah kerajaan pula yang lebih bertanggungjawab memberikan tunai kepada rakyat dan bukannya sampai rakyat terpaksa mendesak untuk mengorek tabung mereka buat kali ketiga.",
"Suka atau tidak RM78 bilion telah dikeluarkan oleh KWSP bagi i-Sinar dan i-Lestari sepanjang tahun ini. Sedangkan kebiasaannya tunai di tangan KWSP hanyalah sekitar RM50 bilion sahaja pada satu-satu masa. Selebihnya telah dilabur pada ekuiti saham dan pelaburan fizikal.",
"Sekiranya mahu dikorek lagi, maka ekuiti ini terpaksa dicairkan. Dalam keadaan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sedang merudum, harga saham yang rendah dan pelabur luar pula melarikan diri, menjual ekuiti akan menjadi satu perkara yang merugikan.",
"Ingat rumus ini. Apabila ekonomi jatuh, maka pelabur akan berpusu membeli bon / sukuk (kerana dividennya tetap). Apabila ekonomi naik, maka pelabur akan berpusu membeli saham pula (kerana keuntungannya berganda).",
"Kadang-kadang saya tidak faham apa yang kerajaan masih fikir sebenarnya. Takkan nak tunggu mayat tergolek atas jalan baru nak sedar masalah kita?",
"—-\nAbdul Rahim Hilmi Zakariya\nKuala Terengganu"
] |
https://umno-online.my/2021/05/27/kenapa-menteri-ppbm-lepas-tangan-tidak-serius-bantu-selesai-covid-19/ | [
"KUALA LUMPUR, 27 Mei – Semalam dilaporkan bahawa kes baharu COVID-19 di Malaysia terus melonjak kepada 7,478 kes dalam tempoh 24 jam, yang merekodkan angka tertinggi sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lepas.",
"Dalam urusan membabitkan COVID-19, pihak yang dipertanggungjawabkan lebih tertumpu kepada Menteri Pertahanan, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang secara kebetulan semuanya adalah dari Barisan Nasional (BN)/UMNO sedangkan sewajarnya ia melibatkan barisan menteri kabinet secara holistik kerana melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat.",
"Namun persoalannya, kemana menteri-menteri lain dan kenapa mereka tidak melibatkan diri secara langsung atau serius membantu menangani usaha memutuskan rantaian COVID-19.\n\nDalam hal ini Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii telah senaraikan kenapa menteri-menteri PPBM lepas tangan dan tidak berfungsi membantu secara serius menyesaikan COVID-19. Ia adalah kerana:",
"ISU SATU- PENDAFTARAN VAKSINASI RENDAH",
"Malaysia ada banyak ketua kampung dan pemimpin masyarakat dibawah KKLW, Dr Latip, kenapa tak arahkan ketua kampung… kenapa tak turun pandang setiap negeri jumpa pemimpin-pemimpin ni suruh bantu daftarkan, setiap pelusuk kampung ada wakil, kenapa Kelantan 10k lebih tidak hadir ambil vaksin, kenapa bertindak pentingkan Projek-projek dari melihat kepentingan menyelesaikan dengan membantu register rakyat untuk Program Vaksinasi!",
"ISU DUA – KLUSTER GENTING HIGHLAND",
"Isu Pelancongan, kenapa Menteri MOTAC lepas tangan bila ada Kluster Pelancongan? Kenapa tak turun padang buat kerja, tengok perlaksanaan Gelembung Pelancongan secara dekat, pantau semuanya, tapi peluk tubuh, Genting Highlands, kes tinggi, tanggungjawab siapa, bukankah ini dibawah Kementerian Pelancungan!\n\nISU TIGA – EKONOMI RANAP",
"MITI di bawah Azmin Ali, kenapa diam walaupun permit perniagaan diberi oleh beliau, ada banyak industri kilang-kilang menyebarkan Covid, kenapa tak turun sendiri melihat keadaan ! Apabila Pergi Arab Saudi, mana duit bawa masuk negara? Kenapa pentingkan gambar Sapu dari tanggungjawab membawa pelaburan ke dalam Negara !!",
"ISU KEEMPAT – PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT MANA",
"YB Rina, bawa juru solek dalam Pejabat, ini ke waktu selesaikan krisis? Rakyat sedang dahagakan bantuan, rakyat susah, logik akal ke ada menteri sibuk bersolek dari menyelami masalah kesusahan rakyat!",
"Kementerian ini juga punyai rangkaian yang besar untuk membantu Pendaftaran Vaksinasi, kenapa tidak membantu ?",
"ISU KELIMA – NGO KPKT SIBUK ATUR PROGRAM BUAT PROGRAM POLITIK",
"KPKT dibawah Zuraidah, melantik NGO Pengerak Negara, kenapa tidak fokus membantu isu asas Covid, dari buat program Politik membantu PN, kenapa tidak melihat setiap sen yang dibelanjakan oleh NGO ini membantu register Vaksinasi!",
"Mana lebih penting dalam waktu Darurat ini? Program Politik ataupun program Vaksinasi!\n\nISU KEENAM – LAPTOP OH LAPTOP",
"Menteri Pendidikan sampai sekarang masih belum selesaikan isu laptop untuk murid-murid, yang dia sibuk adalah buat kerja2 kebajikan di Putrajaya, hantar beras, pek makanan, pek makan berbuka puasa, masalah murid-murkd sekolah tidak selesai, sampai kan kluster sekolah meningkat!",
"ISU KETUJUH- DOUBLE STANDARD SOP",
"Menteri KDN, Hamzah yang jaga PDRM tak boleh pastikan SOP tidak kuatkuasa secara strategik & berkesan. Banyak sangat cluster kayangan yang langgar tapi tindakan diambil dan jadi bahan lawak rakyat. Perdana Menteri sendiri yang tak memakai pelitup muka, macam tak rasa bersalah tetapi jika yang salah rakyat marhein, berpuluh ribu dikompaun malah anak dan ibu angota Polis yang ambil peluang melawat ayahnya bekerja untuk sedikit waktu pun di kompaun.",
"DAP menuduh Kerajaan “penjenayah” dibiarkan begitu sahaja, sepatutnya terus tangkap dan lockup apabila mendapat tahu bahawa mereka ini menipu dalam sidang media.",
"KESIMPULAN\n\nKesimpulannya, Tan Sri Muhyddin sepatutnya bertindak sebagai Ketua Negara yang mengarahkan setiap Kementerian berganding bahu di dalam menyelesaikan krisis ini, setiap Kementerian mesti diarahkan memberi fokus kepada Krisis Covid, duit Negara semakin habis, budget pembangunan telah habis di edarkan, apa gunanya Projek-projek diagihkan sekarang sedangkan Covid tidak selesai!",
"Dalam waktu krisis ini, semua kena berganding bahu, bukan bekerja secara silo, ini soal nyawa rakyat, kesian Frontliner kita, kasihanilah Rakyat yang sedang bergelumang dengan kehidupan yang sukar ini. Hentikanlah aktiviti Politik PN, setiap sen duit rakyat harus digunakan untuk selesaikan Krisis Covid 19.",
"Negara akan menerima jumlah Vaksin dalam kadar yang lebih besar bulan depan, selesaikan dan selaraskanlah semua agensi untuk membantu bagi penyelesaian Covid-19 ini Once For All.",
"Rakyat kita bukan maju seperti difikirkan oleh Menteri Komunikasi! Rakyat kita masih bergantung harap dengan kaedah Coventional, melalui Pemimpin Masyarakat, melalui kaedah bersemuka sekiranya di kampung-kampung.",
"Ini bukan isu mahu menunding jari mencari ataupun sebgaja mencari kesalahan, ini adalah isu kelemahan yang perlu atasi dalam tindakan untuk selesaikan masalah Covid ini.",
"Tolonglah Perdana Menteri, masa mencemburui kita, rakyat makin ramai mati. Wallahualam. – UMNO Online "
] |
https://umno-online.my/2021/05/26/pemuda-umno-pahang-bidas-desakan-muda/ | [
"Assalamu’alaikum Warahmatullah,",
"Berikut adalah jawapan kami Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang ke atas satu kenyataan media yang dibuat oleh Parti MUDA Negeri Pahang.",
"Jawapan 1:",
"Agihan bakul makanan memang sedang diagihkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, bukan sekadar tempoh PKPD malah sejak PKP 1.0 bermula sejak Mac 2020 lagi termasuk ketika bencana Banjir berlaku awal tahun ini.",
"Bakul terbabit walaupun tidak dalam bentuk bakul adalah dalam bentuk makanan asas dan ada kalanya dalam bentuk barangan basah telah diagihkan bukan sahaja di Kuantan malah seluruh negeri ini dan antara bilangan yang terbesar adalah ketika Bandar Muadzam Shah dikenakan PKPD yang melibatkan hampir 15,000 penduduk.",
"Bantuan ini disalurkan oleh agensi kerajaan, wakil rakyat, Parti Barisan Nasional dan Muafakat Nasional, Penghulu, Ketua Kampung, MTSP dan pelbagai lagi NGO dalam Negeri Pahang.",
"Jawapan 2:",
"Begitu juga bantuan kewangan, ianya juga telah bermula sejak PKP 1.0, termasuk ketika bencana banjir, termasuk pengumuman terbaharu melibatkan peruntukkan sebanyak RM 7.8 juta yang bakal diagihkan secara berperingkat, bukan sahaja di Daerah Kuantan, tetapi meliputi seluruh Negeri Pahang.",
"Jawapan 3:",
"Kerajaan Negeri juga telah membenarkan taska di buka bagi membolehkan ibu-bapa yang perlu bekerja menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan.",
"Jika dirujuk kepada Daerah Kuantan, dengan kerjasama pelbagai NGO, sebuah pusat bagi melindungi golongan kanak-kanak di kalangan mereka yang kurang bernasib baik juga telah dibuka di Jalan Wong Ah Jang.",
"Golongan ini bukan sahaja akan dibela untuk tempoh PKPD, malah pusat ini merupakan satu projek perintis untuk pusat-pusat seumpamanya dibuka di lokasi-lokasi lain yang berhadapan dengan permasalahan sebegini.",
"Jawapan 4:",
"Keperluan untuk melaksanakan Mass Testing bagi seluruh Rakyat Kuantan memang sedang dilaksanakan bertempat di Dewan Jubli Perak (Dewan Konvensyen) berhampiran Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang.",
"Bukan itu sahaja, sebagai persediaan, sebuah Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 dengan kapasiti 1200 katil juga telah disiapkan untuk menerima pesakit-pesakit tahap 1-3 di Gambang, melengkapi pusat sedia ada di Stadium Tertutup Sukpa dan Kolej Universiti Sultan Haji Ahmad Shah.",
"Sukacita saya maklumkan, 1,200 katil yang disediakan ini telah dipasang oleh Sukarelawan yang terdiri daripada ahli Pemuda UMNO Pahang, Puteri UMNO Pahang, Unit Amal Pas Pahang, Majlis Mahasiswa Anak Pahang, Majlis Belia Pahang, Majlis Tindakan Sosial Pahang dan Skuad Bencana Pahang.",
"MUDA Pahang boleh bersama membantu di lain masa sekiranya tenaga diperlukan bagi membuka pusat-pusat seumpamanya di negeri ini. Gambar-gambar pemasangan ini tidak dapat kami viralkan atas arahan Majlis Keselamatan Negara Negeri Pahang.",
"Jawapan 5:",
"Bagi dana atau tabung pembelian vaksin, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan dana bagi membeli sebanyak 10,000 unit vaksin sekiranya ianya dibenarkan oleh Kerajaan Pusat.",
"Buat masa ini bekalan Vaksin di Negeri Pahang adalah mencukupi, namun masih ramai yang enggan mendaftar dan enggan hadir apabila dipanggil.",
"MUDA Pahang boleh membantu sukarelawan kami mempercepatkan proses ini dengan mengadakan program atau kempen pendaftaran vaksin seperti mana yang sedang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Negeri Pahang dan MTSP.",
"Jawapan 6:",
"Bagi kemudahan PdPR, sebanyak 1,100 unit laptop telah diagihkan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan pendaftaran yang dibuat oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.",
"Mereka ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 5 di kalangan keluarga miskin tegar dan anak yatim. Kami percaya inilah golongan memerlukan yang disebut dalam Kenyataan MUDA Pahang.",
"Kami berharap agar maklumat ini dapat disampaikan kepada pimpinan dan ahli MUDA Pahang.",
"Berdasarkan kenyataan media ini, kami percaya yang mereka ini sama ada tidak pernah peduli atau mengambil tahu nasib rakyat di Negeri Pahang, namun hanya sekadar melihat peluang dalam kegawatan yang ada untuk menjadikan kewujudan mereka disedari.",
"Ianya amat malang sekali apabila kaedah berpolitik sebegini diamalkan oleh mereka yang menggelar dirinya mewakili golongan muda.",
"Sekian. Terima Kasih. – UMNO ONLINE",
"Mohd Farid Mohd Nor\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang"
] |
https://umno-online.my/2021/05/24/tujuh-rasional-ekonomi-mewajarkan-total-lockdown-dr-asyraf/ | [
"",
"RAMAI yang masih berharap Total Lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh 14-21 hari sebagaimana PKP 1.0 dilaksanakan, berbanding pendekatan PKP dengan SOP ‘sekejap ketat sekejap longgar’ yang berpanjangan bagaikan tiada kesudahan.",
"7 Rasional dari segi ekonomi yang mewajarkan TOTAL LOCKDOWN:",
"1. Lebih 55% ekonomi negara dipacu sektor perkhidmatan seperti Makanan dan Minuman, Pelancongan, Peruncitan, Logistik dan lain-lain yang bergantung apabila rakyat berbelanja.",
"Selagi PKP separa masak dilaksanakan dan berpanjangan, kes-kes COVID-19 tidak berkurangan, selagi itulah sektor-sektor utama ini sukar berfungsi untuk menjana kembali ekonomi.",
"2. Kenyataan seorang Menteri yang mendakwa firma besarlah tempat ramainya rakyat bergantung hidup hingga merasionalkan tindakan Kerajaan untuk lebih menjaga hati tauke-tauke besar, adalah tidak tepat.",
"Hakikat sebenar sektor mikro, kecil dan sederhana (SME) adalah tulang belakang ekonomi negara yang menyumbang lebih 38.9% kepada KDNK atau RM552.3 bilion (Jabatan Perangkaan Negara, 29 Julai 2020).",
"Justeru PKP separa masak dengan SOP ‘kejap ketat kejap longgar’ tidak membantu sama sekali sektor SME bahkan menyukarkan operasi mereka.",
"3. Data dan Sains menunjukkan walaupun 37% ekonomi disumbangkan oleh sektor perkilangan, namun data dan sains juga membuktikan bahawa kilang-kilang penyumbang terbesar hingga 50% penularan wabak Covid-19.",
"Tiada jaminan penularan wabak ini boleh dihentikan begitu sahaja tanpa TOTAL LOCKDOWN.",
"4. Jika TOTAL LOCKDOWN atau SEPARA LOCKDOWN, syarikat-syarikat besar hampir pasti boleh terus bayar gaji pekerja-pekerja mereka atau tawar insentif potongan gaji.",
"Sebaliknya SME yang bergantung pendapatan harian yang lebih teruk terkesan dengan PKP ‘kejap ketat kejap longgar’ yang tiada kesudahan.",
"Justeru, lebih baik TOTAL LOCKDOWN 14-21 hari yang sifatnya susah dan perit sekali tetapi tidak berpanjangan.",
"Kerajaan juga boleh fokus tawar bantuan (intervensi) untuk sektor ini bagi tempoh masa yang singkat.",
"5. Jika benar kos sehari PKP 1.0 adalah RM2.4 bilion sehari ditanggung kerajaan (Bicara Khas YAB Perdana Menteri (PM) 23 Mei 2021), maka TOTAL LOCKDOWN selama 21 hari bersamaan RM50.4 bilion bukanlah sampai RM500 bilion.",
"RM50.4 bilion hanyalah 3.57% daripada KDNK negara iaitu sekitar RM1.4 trilion.",
"Lebih baik rugi sekali daripada berpanjangan hingga ekonomi tak mampu dijana kembali.",
"6. Kerajaan masih boleh membiayai bantuan-bantuan khas sepanjang TOTAL LOCKDOWN 21 HARI melalui pinjaman-pinjaman baharu kerana YB Menteri Kewangan sendiri menyatakan jumlah hutang negara masih dibawah had siling (60% daripada KDNK) yang ditetapkan Akta Hutang Negara.",
"Lagipun Moratorium 2.0 tanpa caj tambahan untuk tempoh 3 bulan, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 tiada kos tambahan kepada kerajaan.",
"7. Tempoh TOTAL LOCKDOWN 21 hari mampu beri kesan besar dan paling maksima untuk mengawal penularan COVID-19 kerana jangka hayat virus hanya sehingga 14 hari.",
"Justeru fokus Kerajaan boleh dimanfaatkan untuk menyusun strategi dan sumber daya kesihatan Kerajaan seperti saringan pengesanan dan pengasingan di kalangan rakyat dalam skala besar dan pemberian vaksin dengan lebih berkesan secara meluas.",
"Dengan kadar kes positif COVID-19 yang kian meningkat, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi memohon agar Kerajaan dapat mengkaji semula keputusan untuk hanya mengetatkan PKP bukannya TOTAL LOCKDOWN sebagaimana yang diharapkan majoriti rakyat.",
"Lebih baik susah sekali daripada berkali-kali.\nLebih baik utamakan dahulu nyawa rakyat daripada ekonomi.\nLebih baik perit seketika daripada merana berpanjangan. – UMNO ONLINE",
"Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/05/23/20-fakta-menarik-apa-yang-menteri-besar-perak-buat-untuk-bantu-rakyat-hadapi-covid-19/ | [
"Apa yang Menteri Besar Negeri Perak buat untuk bantu rakyat hadapi COVID-19?",
"20 Fakta Menarik untuk anda.",
"1) Februari 2021: Selepas dimaklumkan banyak pelajar berdepan kesukaran sepanjang PKP 1.0, Dato’ Saarani luluskan peruntukan RM2.71 juta untuk sediakan makanan percuma kepada lebih 37,000 calon peperiksaan melalui program Tuisyen Cikgu Saarani.",
"2) Februari 2021: Selepas mendengar taklimat dalam sesi turun padang di Taiping Perak – kawasan terjejas COVID – Dato’ Saarani luluskan peruntukan RM115,800 untuk pembelian peralatan kepada Penjara Negeri Perak. Ketika itu, Kluster Penjara menjadi penyumbang peningkatan kes COVID sehingga merebak kepada ahli keluarga dan kakitangan.",
"3) Februari 2021: Kepada Frontliner, Menteri Besar Perak juga meluluskan peruntukan bagi pembelian kelengkapan Thermal imaging screening system RM6,000.00 kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping pada 12 Februari 2021",
"4) Februari 2021: Ketika meninjau pelaksanaan PKPD di Felda Lasah, Menteri Besar Perak telah meluluskan RM10,000.00 untuk Program Khidmat Masyarakat di Felda Lasah khusus untuk membantu keluarga yang terjejas.",
"5) Februari 2021: Susulan pelaksanaan PKPD di Gerik, Menteri Besar telah meluluskan sumbangan kerja-kerja kecemasan memasang dinding penghadang dan lain–lain kemudahan penting di Hospital Gerik yang menelan kos sebanyak RM 46,000.00",
"6) Februari 2021: YAB Menteri Besar yang meninjau oprasi PKPD di Gerik telah meluluskan sebanyak RM 43,700 kepada PPD Hulu Perak untuk pembelian Smart TV, Capaian Internet dan Laptop bagi kemudahan PdPR kepada guru dan pelajar yang dikuaratin ketika PKPD.",
"7) Peruntukan sebanyak RM33,325 kepada MKN Perak untuk membantu melicinkan operasi termasuk pegawai penugasan semula secara sementara dalam tempoh darurat.",
"8) April 2021: Kerajaan negeri juga telah memberi bantuan dana bagi bantuan pandemik COVID-19 kepada golongan B40 DUN Chenderoh RM25,000.00.",
"9) Sumbangan pasca COVID-19 sekitar DUN Changkat Jering RM 20,000.00 pada 15 April 2021",
"10) YAB Menteri besar turut menyalurkan sumbangan Rm40,200.00 komputer riba serta makanan kering untuk Petugas PPV Kinta",
"11) Berikutan peningkatan jangkitan COVID-19 di Hulu Perak, Menteri Besar MB telah memberi Bantuan Dana Bagi Alat Kelengkapan Pusat Vaksinasi COVID-19 Daerah Kecil Lenggong pada 28 April 2021 sebanyak RM15,116.00",
"12) Menteri Besar umum peruntukan RM300,000 melalui Program Kesejahteraan Rakyat bagi membantu keluarga yang ditimpa malang terutamanya ketika musim COVID-19 termasuk mereka yang terkesan akibat bencana ribut.",
"13)Pembayaran pampasan hampir RM30,000 kepada lebih 50 peniaga yang terkesan akibat pembatalan Bazar Aidilfitri yang sepatutnya diadakan menjelang hari raya",
"14) Menteri Besar Perak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM6,084,000 bagi tujuan penyediaan makan minum petugas di 13 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh Negeri Perak",
"15) Sumbangan Dana Bekalan Pelitup Muka Dan Hand Sanitizer DUN Rungkup sebanyak RM 20,000.00.",
"16) Ketika Mengadakan lawatan ke Kawasan PKPD di Gerik, YAB Menteri Besar telah meluluskan RM30,000 untuk membendung wabak COVID-19 di Daerah Kecil Pengkalan Hulu dan juga telah menyalurkan sebanyak RM 10,000.00 kepada MRSM Pengkalan Hulu yang terkesan dengan PKPD.",
"17) BANTUAN TELEFON PINTAR DAN SIMKAD PERCUMA\n-20,000 pelajar dari kumpulan B40 bagi membolehkan mereka mengikuti Pembelajaran dan Pelajaran di rumah (PdPr)\n– kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan YTL Foundation.",
"18) Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pemberian diskaun air secara bersasar kepada pelanggan-pelanggan Perniagaan/Industri yang terkesan susulan wabak COVID-19 pada tahun 2021. Diskaun ini melibatkan RM1.05 juta.",
"19) DISKAUN AIR SECARA BERTERUSAN\n– diberikan kepada pelanggan air domestik iaitu pemberian air percuma sebanyak 25 m3 sebulan kepada golongan sasar iaitu rakyat miskin.\n– penurunan tarif air melalui pemberian diskaun kepada semua pelanggan domestik pada kadar 10% bagi penggunaan 20 m3 pertama sebulan yang melibatkan anggaran jumlah diskaun sebanyak RM9.2 juta setahun.",
"YAB Menteri Besar telah memperuntukan RM1.2 juta kepada rakyat di empat daerah terlibat dalam PKPd melalui 4 PDT yang untuk memberi bekalan makanan kepada rakyat dengan pecahan berikut:\nPDT KINTA RM400k\nPDT LMS RM400k\nPDT HULU PERAK RM200k\nPDT MUALLIM RM200k.",
"#BN4Perak\n#BNCommsPerak\n#PeneranganPerak"
] |
https://umno-online.my/2021/05/21/covid-19-peningkatan-kes-amat-membimbangkan-langkah-drastik-perlu-demi-rakyat/ | [
"Peningkatan kes amat membimbangkan. Perlukan tindakan drastik oleh kerajaan dalam menentang Covid-19 namun memastikan kelangsungan hidup rakyat tetap dipelihara.",
"UMNO dari awal lagi konsisten agar PKP yang ketat perlu dilaksanakan bagi membendung peningkatan kes jangkitan Covid-19 ini namun sayangnya kerajaan tidak mengendahkan suara UMNO.\n\n1. PKP PENUH MINIMUM 21 HARI SEPERTI HONG KONG, VIETNAM DAN SINGAPURA",
"PKP yang akan dilaksanakan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri ini hakikatnya masih membenarkan sektor ekonomi beroperasi seperti biasa sedangkan fakta menunjukkan lambakan kluster jangkitan Covid-19 ini adalah berpunca daripada sektor perkilangan, tapak pembinaan dan pusat membeli-belah. Kerajaan seharusnya melaksanakan PKP yang ketat dengan menutup semua sektor ekonomi dan sosial selama 21 hari. PKP yang sekadar hangat-hangat tahi ayam ini tidak akan membantu mengurangkan kes jangkitan Covid-19 ini dan buktinya ialah PKP 2.0 serta pelaksanaan darurat sebelum ini yang tidak menyumbang langsung kepada pengurangan kes jangkitan Covid-19.",
"2. MORATORIUM PUKAL",
"Kerajaan harus dengan segera mewajibkan sektor perbankan melaksanakan moratorium 3-6 bulan tanpa apa-apa syarat dalam usaha mengurangkan beban rakyat ketika PKP 3.0 ini. Sepanjang PKP 1.0 dan PKP 2.0, sektor perbankan masih mampu menjana keuntungan maka kerajaan seharusnya tegas memastikan kebajikan rakyat terbela dengan memberikan moratorium tanpa syarat.",
"3. TAMBAHAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT DISEGERAKAN\n\nBantuan prihatin kepada rakyat ditingkatkan dan dilaksanakan serta-merta. Bantuan-bantuan ini tidak hanya memfokuskan kepada B40 semata-mata tetapi juga kepada golongan M40 serta pengusaha-pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Kerajaan PN harus pertimbangkan untuk meneruskan i-lestari dan I-Sinar sementara bantuan one-off diberikan kepada sektor yang terjejas teruk ketika ini seperti pelancongan dan IKS. Bantuan pinjaman kewangan juga harus disediakan oleh kerajaan kepada rakyat.",
"4. KOMPUTER RIBA 150,000 DIPERCEPATKAN DAN DITAMBAH UNIT",
"Dalam Bajet 2021 Kerajaan memperuntukkan 150,000 komputer riba kepada pelajar dari 500 buah sekolah tetapi sehingga ke hari ini para pelajar masih belum menerima komputer riba ini. UMNO mendesak agar kerajaan dengan segera melaksanakan program ini dengan pemberian terus komputer riba kepada pelajar dan bukannya diberikan sebagai pinjaman. Malah, pemberian komputer riba harus meliputi semua pelajar peringkat rendah dan menengah dan bukannya bertumpu kepada 150,000 pelajar sahaja. Persekolahan boleh diteruskan secara maya dan pastinya akan mengurangkan beban ibu bapa dan melancarkan pembelajaran secara maya.\n\n5. PERHEBAT PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN",
"Program imunisasi negara harus diperhebatkan. Walaupun negara pada fasa pertamanya berjaya mencapai sasaran imunisasi dengan 895,204 penerima satu dos suntikan vaksin namun Malaysia dilihat jauh kebelakang dalam mencapai sasarannya melibatkan fasa kedua dan ketiga yang melibatkan hampir 23 juta rakyat Malaysia.",
"6. SKIM BAKUL MAKANAN HENDAKLAH DITAMBAH BAIK KAEDAH PENYAMPAIAN",
"Program bakul makanan RM100 melalui Skim bantuan PERMAI 2021 diperhebatkan. Bakul makanan ditambah dan melonggarkan syarat penerimaannya serta dicadangkan untuk turut memfokuskan isi keluarga M40. Ekonomi yang lembap dan kegagalan pengurusan krisis pandemik ini turut menjejaskan golongan M40 maka adalah wajar untuk pertimbangkan keluarga M40 untuk turut menjadi penerima program bakul makanan ini.",
"7. UTC DAN RTC SEBAGAI ONE STOP CENTRE BANTUAN RAKYAT MEMERLUKAN",
"Urban Transformation Center (UTC) dan Rural Transformation Center (RTC) harus bertindak sebagai Pusat Hentian Setempat atau One Stop Centre dalam pengagihan bantuan kerajaan seperti bakul makanan misalnya. Pusat ini juga harus dijadikan sebagai pusat pengumpulan data maklumat dimana rakyat yang terhimpit dengan kesusahan akibat PKP ini boleh mendapatkan bantuan terus di Pusat Hentian Setempat tanpa karenah birokrasi politik.",
"8. TAMBAHAN HOSPITAL MEDAN",
"Kerajaan harus serius dalam menambah hospital medan serta Pusat Rawatan Risiko Rendah Covid-19 (PKRC) diseluruh negara. Malah, aset-aset kerajaan seperti Kem Wawasan Negara, pusat-pusat latihan dan akademi juga harus ditukar fungsi menjadi PKRC dalam usaha mengurangkan beban hospital kerajaan dan swasta ketika ini.\nPKP 3.0 ini seharusnya tegas meliputi semua sektor. Pendek kata, biar rakyat derita seketika tetapi hasilnya merangkumi kesejahteraan kesihatan negara. Dan adalah menjadi tanggungjawab mutlak kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat sewaktu PKP 3.0 ini. Rakyat selamat, sejahtera negara!\n\nAHMAD ZAHID BIN HAMIDI\nPresiden UMNO / Pengerusi Barisan Nasional "
] |
https://umno-online.my/2021/05/18/7-asas-mengapa-lapangan-terbang-subang-tidak-wajar-dijual-dan-wajib-dipertahankan/ | [
"",
"PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia memandang serius isu cadangan pengambilalihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang oleh WCT Berhad melalui anak syarikat mereka Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB).",
"LTAAS adalah di antara 39 lapangan terbang di seluruh negara yang diuruskan oleh Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB). MAHB adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dimiliki oleh institusi seperti Khazanah Nasional Berhad, KWSP, KWAP dan ASB yang bertindak sebagai operator lapangan-lapangan terbang ini melalui satu perjanjian konsensi jangka panjang bersama Kerajaan Malaysia.",
"Antara mandat MAHB adalah untuk memastikan caj perkhidmatan penumpang yang dikenakan kepada rakyat yang menggunakan lapangan terbang di negara ini adalah berpatutan dan memastikan agar semua 39 lapangan terbang ini beroperasi dengan lancar dan baik.",
"Pemuda UMNO Malaysia berpendapat agar sebarang usaha pengambilalihan oleh WCT Berhad ini harus dihentikan serta merta berasaskan 7 ASAS berikut:",
"1. Aset lapangan terbang adalah aset strategik bagi negara terutamanya melibatkan soal keselamatan negara, ketenteraan, keterhubungan wilayah dan rancangan pembangunan ekonomi negara.",
"Kawalan ke atas aset ini melalui syarikat GLC adalah penting bagi menjamin kepentingan negara (national interest) tidak terlepas ke tangan pihak swasta yang lebih berorientasikan ‘memaksimumkan keuntungan’.",
"2. LTSAAS adalah antara lapangan terbang yang memberikan keuntungan besar kepada MAHB dan hasil pendapatan dari LTSAAS digunakan untuk membiayai operasi atau subsidi bersilang (cross-subsidy) lapangan-lapangan terbang lain termasuklah lapangan terbang kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak.",
"3. Cadangan oleh WCT Berhad dibuat dengan tergesa-gesa dan dilihat mengambil kesempatan di kala kekeliruan negara sedang dilanda gelombang baru wabak pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara.",
"Cadangan ini difahamkan cuba diangkat tanpa melibatkan entiti penting seperti Kerajaan Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan lain-lain",
"4. Model perniagaan yang ditawarkan oleh WCT Berhad untuk LTSAAS adalah lebih bercorak pembangunan hartanah mewah dan gedung membeli belah untuk keuntungan jangka masa singkat semata-mata.",
"5. Cadangan WCT Berhad untuk LTSAAS juga tidak holistik dan tersasar jauh dari Pelan Induk Pembangunan lapangan Terbang Subang yang dibangunkan oleh oleh MAHB sendiri.",
"Pelan ini bertujuan untuk meletakkan Subang sebagai Hub Aeroangkasa Global yang boleh mencipta lebih 19,000 pekerjaan berpendapatan dan berkemahiran tinggi dan seterusnya menyokong sebanyak 74,000 pekerjaan lain dalam keseluruhan ekonomi.",
"6. MAHB mempunyai kepakaran, keupayaan dan pengalaman untuk melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Lapangan Terbang Subang ini termasuklah perlaburan berjumlah RM1.3 billion yang dibiayai sendiri oleh MAHB.",
"7. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini tidak boleh meneruskan lagi pendekatan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ghairah menjual aset-aset strategik dan bernilai tinggi milik Kerajaan kepada pihak swasta untuk membiayai operasi Kerajaan.",
"Justeru, Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar cadangan yang dimaklumkan sudah sedia untuk dibawa ke peringkat Kabinet haruslah dihentikan serta merta bagi menjamin kepentingan MAHB yang hakikatnya mewakili kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhannya! – UMNO ONLINE",
"Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki\nKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/05/11/kembalikan-panji-umno-pembela-rakyat-pembangun-negara-dr-zambry/ | [
"",
"SEJAK 75 tahun penubuhannya, tentunya UMNO menghadapi pelbagai laluan dan jalur politik selaras dengan perjalanan dan perkembangan negara sejak 1946 hinggalah sekarang.",
"Setiap kali krisis kepimpinan banyak yang menjangkakan UMNO akan terkubur.",
"Apabila pengasas UMNO Dato Onn meninggalkan UMNO tahun 1951; kumpulan agamawan UMNO menubuhkan PAS tahun 1951; krisis kepimpinan Tunku Abdul Rahman pasca-1969; pengharaman UMNO 1988; penyingkiran Anwar Ibrahim 1998; dan pemecatan Tan Sri Muhyiddin 2016; kita mendengar bagaikan bacaan talqin politik terhadap UMNO.",
"Namun UMNO masih dipayungi oleh 3.3 juta ahli dan pimpinannya. Sehinggalah pada pilihan raya ke 14, peristiwa besar kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya. Kali ini UMNO berada di luar koridor kuasa.",
"Tiba-tiba UMNO hilang kuasa. Allah menghantar mesej untuk kita sedar bahawa apabila berlaku fasad dan fitnah, kehebatan dan kekuasaan itu runtuh dalam sekelip mata.",
"Bagi para sarjana dan pemerhati politik, ia dianggap sebagai fasa “the ends of UMNO”. Kali ini kata mereka UMNO pasti terkubur.",
"Sebagai alternatifnya, wujud pula sebuah parti lain yang hampir sama dengan UMNO dalam segala seginya. Parti ini menjadi sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan mempunyai perdana menteri (PM), justeru menganggap dirinya sebagai pengganti kepada UMNO.",
"Namun kerajaan PH itu hanya mampu mentadbir selama 22 bulan sahaja. Dan UMNO pula menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibina kini. Meskipun bukan itu yang direncanakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).",
"Apakah semua petanda ini? Apakah UMNO perlu terus berbangga bahawa ianya tidak akan ditelan tiupan sangka-kala politik yang lebih ganas?",
"Confucius pernah berkata “our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall”. (kehebatan teragung kita bukan kerana kita tidak pernah tumbang, tetapi kita bingkas bangun setiap kali kita tumbang)",
"Kita telahpun tumbang dan tewas dalam PRU14, tetapi kehebatan teragung itu ialah setiap ahli akar umbi bingkas bangun memegang obor api perjuangan dan menyalakannya semula di setiap ceruk rantau.",
"Ketika ramai pemimpin dan wakil rakyat UMNO kecundang dan menyerah diri melalui pengkhianatan lompatan parti, pendokong-pendokong akar umbi bersama dengan pemimpin-pemimpin yang cekal terus bergerak mengatur setiap langkah ke hadapan.",
"Justeru dalam menempuh jalan ke hadapan apakah kita punya kemampuan dan keberanian untuk bangun atas nama menyelamatkan parti dan meletakkannya semula di persada politik nasional?",
"Di sinilah erti pengorbanan menjadi mantra yang perlu dihembus di setiap telinga dan daya sedar kita.",
"Dari catatan dan luahan rakyat masih menyangkut harapan buat kita untuk kembali memimpin. Namun kita perlu jujur dan ikhlas untuk menerima hakikat akan keberadaan kita di tengah-tengah gelombang persepsi.",
"Manakala persepsi itu pula akan berubah kepada yang baik sekiranya kita melakukan perekayasaan, membetulkan kepincangan dan kelemahan serta membuat pengorbanan yang mulia.",
"Saya yakin dengan “cara UMNO” (UMNO’s way) untuk kembali menawarkan sesuatu yang segar kepada rakyat bagi kembali memimpin negara.",
"Cara UMNO ialah memahami isyarat rakyat, musyawarah dalam semangat kesatuan agar parti tidak berpecah, mengatur jalan penyelesaian berhemah dan beradab, dan memelihara maruah parti dan pemimpin serta ahlinya.",
"Dinamika politik yang pantas pasti menangkap daya fikir pemimpin UMNO dan BN untuk melakukan perubahan.",
"“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sampai mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri” ( Al-Ra’d:11)",
"Peninju agung Muhammad Ali pernah berkata: “A Man who views the world the same at fifty as he did at twenty has wasted thirty years of his life” (seorang manusia yang masih berfikir sewaktu dia berusia 20 tahun perkara yang sama ketika sudah mencapai usia 50 tahun, bermakna dia telah membazirkan 30 tahun kehidupannya).",
"Perubahan zaman yang ada di hadapan kita memerlukan keberanian kita untuk menyegarkan UMNO sesuai dengan zaman kini.",
"Suara rakyat dan keinginan mereka perlu didengari sepanjang zaman. Itulah ramuan menjadikan UMNO pilihan rakyat selama ini.",
"Kini kita berhadapan dengan pandemik Covid-19. Kesedihan dan kesusahan rakyat adalah juga kesedihan dan kesusahan kita. Membicarakan ehwal rakyat dan menyalurkan bantuan dan sokongan moral saat kesedihan ini pasti menyentuh jiwa mereka.",
"Belajarlah dari sejarah jatuh bangun kita. Marilah bersama kita mendengar suara rakyat, suara hikmat.",
"Parti adalah akar tunjang dalam perjuangan politik. Selamat parti, selamatlah ahli dan matlamat perjuangannya.",
"Lantaran itu hentikanlah perbalahan dalaman dan luaran. Kembalilah atas nama perjuangan yang satu. Maka peranan kepimpinan dalam hal ini, Almarhum Pak Tenas Effendi pernah mengungkapkan:",
"Tempat kusut diselesaikan\nTempat keruh dijernihkan\nTempat sengketa disudahkan\nTempat hukum dijalankan",
"Mari bersama kembalikan panji “UMNO Pembela Rakyat, Pembangun Negara”.\nSelamat Ulangtahun ke-75 UMNO. – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir\nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/05/11/jubli-intan-umno-bukan-sekadar-parti-politik-semata-mata-norliza/ | [
"",
"NUKILAN PERJUANGAN 75 TAHUN JUBLI INTAN “UMNO”",
"Salam Jubli Intan,",
"Salam 75 Tahun,",
"Salam perjuangan buat parti keramatku, UMNO yang dikasihi, dirahmati, disayangi “DULU, KINI, SELAMANYA”",
"Saya bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah rahmat daripada-Nya juga, saya dapat menempuhi perjalanan sebahagian perjuangan UMNO yang telah berakar umbi lebih tujuh dekad yang lalu.",
"Institusi politik kepartian UMNO tidak boleh lari dengan pembentukan sistem Raja Berperlembagaan,Demokrasi Berparlimen mempunyai landasan sejarah dan tradisinya.",
"Parti UMNO lahir di Istana Johor dengan linangan air mata orang Melayu, kini telah menitip 75 tahun.",
"Institusi kepartian UMNO ini amat menghidupkan minda saya yang berakar umbi di dalam keluarga jua.",
"Atas landasan itu, institusi UMNO secara awal dan masakini mencerminkan amalan kesederhanaan sebagai penyatu sosial yang membentuk perikatan dan barisan rakyat Malaysia sejak sekian lama.",
"Konsep mendahulukan rakyat dan amalan kesaksamaan serta kemakmuran rakyat pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa adalah sebahagian daripada sifat dan citra UMNO.",
"Mengutamakan kemajuan, ilmu pendidikan dan toleransi berpegang semangat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, mengambarkan UMNO tidak mudah dipadamkan, dipijak, diperlekehkan dan dihina waima sekali pun.",
"UMNO sinonim dengan orang Melayu. UMNO sinonim dengan perjuangan dan pergerakan Wanita. Seiring dengan perjuangan 75 tahunnya, Wanita telah menjadi benteng tulang belakang, benteng barisan hadapan jua, benteng penghalang dari anasir-anasir luar serta benteng keharmonian kepada rakyat jelata.",
"Kerana itu, perjuangan Wanita tidak mungkin tercicir atau dicicirkan kerana selama ini pun, kami, WANITA UMNO peka dan memahami denyut nadi, denyut jantung rakyat, keluh kesah rakyat, mempertahankan kemuliaan Agama Islam serta penggunaan Bahasa Melayu dan hak-hak orang Melayu dan wanita yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.",
"Tiba masanya dalam tempoh 75 tahun ini, penyertaan Wanita sebanyak 30 peratus perlu digapai secara nyata sebagai satu manifestasi – satu lambang keagungan tamadun bangsa terutama wanita di bumi Malaysia ini.",
"Kuasa Wanita dalam kepartian UMNO dan suara rakyat pabila digabung dan diimbang berpegangkan semangat dan mengekalkan yang dikendong dalam usaha mencipta yang baharu dalam dinamika politik yang mencabar kini, pastinya menjadi syarat penting untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU-15).",
"Ketetapan untuk terus memesrakan institusi UMNO adalah satu pelanjutan perjuangan dan kesinambungan betapa parti UMNO masih terus diterima, relevan dan berbakti kepada rakyat dan negara.",
"Justeru, jiwa besar terus dituntut usah dilekakan dengan kesombongan, keangkuhan, kerakusan, gila kuasa dan jawatan maka UMNO hendaklah dicerminkan sebagai sebuah parti yang benar-benar ikhlas, bersih, bermuafakat dan kata sepakat.",
"UMNO bukan sekadar parti politik semata-mata kerana hakikatnya mengandungi semangat dan roh, mencerminkan semangat persefahaman, mempamerkan kesediaan berkompromi serta mencerminkan kehalusan sepakat yang mengimbangkan kepentingan-kepentingan yang saling bercanggah, namun amalan tolenrasi direalisasikan dengan hati yang terbuka.",
"Tidak kalah, tidak menang, itulah Wanita dan UMNO berdiri teguh, berpendirian tegas, tidak berundur walau setapak sekalipun. UMNO perlu bebas dipagari dengan kepalsuan dan dihiaskan dengan kepura-puraan. Adalah penting UMNO pada masa seusia 75 tahun ini, perlu segar dalam perjuangan baharu berlandaskan kebenaran. – UMNO ONLINE",
"Datuk Norliza Abdul Rahim\nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia\nNaib Ketua Wanita UMNO Malaysia\nKetua Wanita Barisan Nasional Pulau Pinang\nKetua Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang\nKetua Wanita UMNO Bahagian Gelugor\n11 Mei 2021"
] |
https://umno-online.my/2021/05/10/jadikan-ulang-tahun-umno-ke-75-sebagai-hari-kebangkitan-baharu-bangsa/ | [
"TANGGAL 11 Mei adalah hari kelahiran parti politik orang Melayu yang terulung di negara ini iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau dalam bahasa Inggeris United Malays National Organization (UMNO).",
"Parti politik yang lahir di Istana Johor dengan linangan air mata orang Melayu itu kini telah berusia 75 tahun.\n\nSaya adalah veteran UMNO yang menyertai UMNO pada tahun 1947, iaitu setahun selepas UMNO dilahirkan, Sebenarnya saya telah melibatkan diri sejak awal penubuhanya pada tahun 1946 lagi tetapi ketika itu saya tidak dapat mendaftar keanggotaan kerana masih dibangku sekolah menengah.",
"Dalam meniti usia Jubli Intan ini, kita saksikan UMNO sedang bergelumang dengan pelbagai masalah.",
"Saya yakin ramai veteran UMNO sangat sedih dan kecewa melihat UMNO sekarang ini.",
"Ini kerana UMNO sebuah parti yang sangat sinonim dengan orang Melayu dan jasa UMNO terlalu banyak untuk dibandingkan dengan mana-mana parti politik lain di egara ini.",
"Menyingkap kembali perjuangan UMNO, seluruh rakyat Malaysia harus mengetahui fakta dan sejarah bahawa negara ini dibentuk oleh UMNO. Ini kerana UMNO adalah antara pihak yang terlibat dalam merangka Perlembagaan Negara ini.",
"UMNO juga membentuk Malaya menjadi Malaysia dan tiada sesiapapun boleh menafikan segala kemudahan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia adalah hasil perjuangan Pemimpin UMNO terdahulu.",
"Ketika British cuba mengambil alih kuasa Raja-Raja Melayu menerusi gagasan Malayan Union, tiada sesiapa pun yang melawan British kecuali orang Melayu yang bersatu dalam UMNO menentang sehingga rancangan British itu gagal.\n\nUMNO telah menyelamatkan Institusi Raja-Raja Melayu di negara ini dan UMNO yang memastikan Perlembagaan Negara mengandungi perkara berkaitan Syiar Islam dengan menjadikan Islam sebagai Agama Persekutuan disamping agama-agama lain bebas diamalkan oleh rakyat Malaysia.",
"Siapapun tidak dapat menafikan fakta bahawa sebelum Tanah Melayu dijajah British, negeri-negeri dalam negara ini diperintah dan dikuasai oleh orang Melayu menerusi Sistem Monarki.",
"Sudah tersurat dalam takdir Illahi bahawa walaupun negara ini dirempuh dan dijajah dengan kuasa asing bermula dengan Siam, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun namun kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak tergugat sehingga ke hari ini.",
"UMNO mengetuai gerakan memerdekakan negara ini dan setelah British menyerahkan semula negara ini kepada Raja-Raja Melayu, UMNO mengubah sistem kerajaan daripada Raja berkuasa mutlak kepada sistem Raja berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.",
"UMNO yang memberi ruang dan peluang kepada semua kaum bukan Melayu untuk menikmati kehidupan yang adil dan saksama di negara yang disebut oleh British sebagai Federation of Malay States atau Persekutuan Tanah Melayu.",
"UMNO jugalah yang menyatupadukan semua kaum di negara ini dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan UMNO jugalah yang mempelawa kaum Cina dan India menerusi Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) untuk sama-sama terlibat dalam politik dengan menyertai pilihan raya.",
"UMNO bersetuju memberi keistimewaan kaum bukan Melayu sehingga layak menjadi Menteri, Ketua Menteri dan ketua-ketua jabatan kerajaan.",
"UMNO membentuk sistem ekonomi dan pembangunan negara secara terancang dengan pelan yang dikenali sebarang Rancangan Malaysia dan membangunkan kawasan luar bandar dengan mewujudkan Felda, Felcra, MARA dan PNB.\n\nNamun hari ini terdapat segelintir generasi muda sedang membangkit sikap membenci UMNO dan tidak mengenang jasa UMNO.",
"Bertambah menyedihkan ialah bukan setakat orang bukan Melayu memperlekehkan UMNO malah orang Melayu sendiri mencerca UMNO yang begitu banyak berjasa kepada mereka.",
"UMNO tidak bersalah. Jika berlaku kepincangan dalam pentadbiran negara, ia adalah atas kesalahan pemimpin atau individu tertentu. Pemimpin datang dan pergi tetapi UMNO harus teguh berdiri.",
"Janganlah kerana marahkan nyamuk maka kelambu dibakar. Begitulah kerana kesalahan pemimpin tertentu, tidak sewajarnya UMNO pula dihukum, dicerca dan dihina seolah-olah tidak lagi relevan.",
"Janganlah kerana tidak berpuashati dengan pemimpin tertentu, orang Melayu terus berpecah dan menubuhkan parti-parti baru bagi bersaing dan “membunuh” UMNO pada pilihan raya.",
"Sejarah telah membuktikan perpecahan dikalangan orang Melayu tidak pernah menguntungkan Melayu malah musuh-musuh UMNO hanya bertepuk tangan dalam melihat perpecahan itu.",
"Adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan apabila ada pihak menawarkan kedudukan dan jawatan dalam kerajaan untuk anggota UMNO jika mereka sanggup keluar dari UMNO.",
"Apakah makna semua ini? Tepuk dada tanyalah iman.",
"Sebagai orang yang berpengalaman dalam krisis kepimpinan UMNO 1987, saya ingin menasihatkan semua pemimpin UMNO sekarang agar henti bertelagah sesama sendiri.",
"Percayalah, kita sendiri sedang menggelapkan masa depan parti dan anak bangsa. Jika terdapat perselisihan faham dan tidak berpuashati sesama sendiri, UMNO mempunyai Majlis Penasihat UMNO.",
"Rujuklah kepada saluran yang dibentuk oleh UMNO itu bagi mencari penyelesaian terbaik dan bukannya saling memburukan pemimpin sesama sendiri dalam media massa dan media sosial.",
"",
"Anggota UMNO janganlah menjadi seperti mata lalat iaitu hanya mencari kekotoran dan kebusukan sebaliknya jadilah mata lebah iaitu mencari bunga yang cantik dan harum sahaja serta mengeluarkan madu untuk manfaat manusia.",
"Kita semua harus terima hakikat bahawa pada PRU 12 lagi, rakyat telah memberi isyarat awal kepada UMNO bahawa parti itu akan kehilangan kuasa jika sikap pemimpinnya tidak berubah.",
"Ketika itu UMNO mulai hilang pengaruh dan kalah di beberapa buah negeri tetapi malangnya pemimpin UMNO masih tidak sedar dengan isyarat yang diberikan dan akibatnya kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO tumbang sepenuhnya\ndiperingkat nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 tiga tahun lepas.",
"UMNO sebelum ini cuba mencari pelbagai formula untuk memperbaiki kelemahan dengan “meremaja UMNO” kemudiannya “UMNO\nperlu berubah jika tidak mahu diubah”.",
"Malangnya semua slogan itu setakat retorik dan rakyat semakin hilang keyakinan apabila terdapat pemimpin yang mengkhianati amanah dan akhirnya rakyat menyingkirkan UMNO dari tampuk pemerintahan.",
"Saya melihat selama 22 bulan UMNO menjadi pembangkang, rakyat mula menilai semula kesilapan mereka menyingkir UMNO.\nKebanyakan rakyat mula sedar bahawa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak secekap Barisan Nasional untuk mentadbir negara dan gagal menunaikan janji-janji untuk membela rakyat seperti yang tercatat dalam manifesto mereka dalam pilihan raya.",
"Tetapi perkara telah berbeza apabila UMNO berkongsi kuasa menjadi kerajaan pusat dalam satu pakatan baharu bersama dua buah parti serpihan UMNO sendiri iaitu Parti Pribumi Bersatu dan PAS.",
"Gabungan yang dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) pula mula dikritik oleh rakyat kerana kelemahan-kelemahan kerajaan dalam menangani masalah negara dan akibatnya UMNO turut terpalit dengan kritikan itu.",
"UMNO tidak dominan dalam kerajaan sekarang dan inilah buat pertama kali dalam sejarah apabila Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan.",
"Ingatlah amanat Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengenai orang yang cuba mengambil alih kuasa politik UMNO:",
"“Jaga-jagalah mereka kerana mereka cuba menjaja lampu baharu untuk mendapatkan lampu lama yang ajaib itu”.",
"Bagi Pemimpin UMNO, tolonglah muhasabah diri, jika kita tidak lagi mendapat sokongan dan gagal membawa bahtera perjuangan, berundur secara terhormat dan jangan biarkan bahtera terus hanyut seperti tanpa nakhoda.",
"Sayangilah UMNO lebih dari sayangkan jawatan anda dan diri sendiri anda kerana jika bahtera UMNO karam, orang Melayu yang lemas.\n\nJika UMNO terpaksa berundur dari menyertai kerajaan PN, maka berundurlah segela demi nama baik parti dan bersiap sedia untuk mengambil semua mandat rakyat bagi menubuhkan kerajaan pimpinan (Muafakat Nasional) dan Barisan Nasional.",
"UMNO kini hendaklah segera memperkasakan Muafakat Nasional di tiap-tiap negeri dan juga memperkukuhkan Barisana Nasional di tiap-tiap negeri.",
"Pemimpin UMNO harus berjiwa besar dan jadilah lelaki budiman. Jika diri kita dikaitkan dengan sebarang masalah berkaitan undang-undang, segera berundur dan beri laluan kepada penganti.",
"Teladanilah sikap Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang tidak pernah mengambil sesen pun wang kerajaan untuk kepentingan dirinya.",
"Almarhum Tunku pernah menceritakan kepada saya bahawa beliau pernah ditawarkan komisen secara sah sebanyak 10 peratus oleh sebuah Syarikat Jentera di Eropah dalam lawatannya kerana kerajaan membuat pembelian yang bernilai jutaan ringgit menerusi Perancangan Malaya Pertama.",
"Tunku menolak habuan komisen nerjumlah ratusan ribu ringgit itu sebaliknya meminta syarikat berkenaan menurunkan harga pembelian sebanyak 10 peratus sebagai menganti komisen yang dimaksukan itu.",
"Begitu juga tanpa sebarang kes mahkamah pun, Tunku Abdul Rahman berundur memberi laluan kepada Tun Abdul Razak penggantinya. Begitu juga Tun Hussein Onn berundur memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir.",
"Saya juga merayu kepada bekas Pemimpin UMNO yang kini berada dalam parti serpihan UMNO, kembalilah semula ke pangkuan UMNO.\n\nBiduk berlalu, kiambang bertaut, begitulah seharusnya kita berbaik semula dan sudah-sudahlah menyimpan dendam kemarahan. Kembalilah bersama-sama demi memertabatkan semula Agama, Bangsa dan Negara.",
"Ingatlah janji dan ikrar semasa berada dalam UMNO. Jika UMNO yang tidak memberi ruang dan peluang untuk kita jadi Pemimpin, tidak mungkin kita dikenali dan mendapat kedudukan seperti sekarang.",
"Kejayaan adalah apabila kita mampu bangkit dari kejatuhan.",
"Sehubungan itu, sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan UMNO 2021, jadikanlah tarikh Keramat 11 Mei 2021 sebagai Hari Kebangkitan Semula Perpaduan Melayu UMNO.",
"Akhir sekali marilah kita merenungi Firman Allah SWT dalam surah Az Zumar ayat 53 yang bermaksud:",
"Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.\nSesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. \n(Surah Az-Zumar 53).",
"\nTan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Mohd Yussof Latiff \nVeteren UMNO\nTokoh Kemerdekaan Negara 2014\nTokoh Melayu Terbilang UMNO 2018"
] |
https://umno-online.my/2021/05/07/era-pandemik-sekolah-jangan-dibiar-sakit-khaled/ | [
"HARI ini 7 Mei bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kesekian kalinya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekali gus menyertai beberapa daerah lain di Selangor dan Johor yang telah terlebih dahulu dikenakan PKP.",
"Ia sudah pasti mengingatkan pada 18 Mac tahun lalu ketika kita mula-mula melaksanakan perintah kawalan pergerakan ini. Dalam tempoh kira-kira 14 bulan ini, banyak perkara yang sudah kita dengar, tempuh dan saksikan.",
"Peningkatan mereka yang dibuang kerja, kemelaratan golongan B40, kelesuan frontliners yang bertugas tanpa henti, kemeruduman ekonomi, keputusan pelabur-pelabur besar lari meninggalkan negara dan pelbagai lagi. Banyak intervensi yang cuba diperkenalkan oleh Perikatan Nasional untuk berhadapan dengan semua ini biar pun tidak banyak yang akhirnya berhasil.",
"Malangnya, di sebalik kerencaman usaha tersebut, tidak banyak yang kita dengar tentang pendidikan. Melainkan 3 perkara. Pertama, pemansuhan UPSR dan PT3. Kedua, sekolah dibuka. Ketiga, sekolah ditutup.",
"Hanya perkara pertama yang melibatkan polisi dan perubahan sistem. Perkara kedua dan ketiga, hanyalah keputusan yang dibuat berulang-ulang, berselang-selang. Itu pun dalam kebanyakan waktu, dilakukan pada minit-minit akhir. Malah, dalam keadaan tertentu, guru dan sekolah sampai ada yang diugut untuk didenda.",
"Sekolah kita dalam keadaan cacamerba. Ibu bapa bingung. Guru-guru runsing. Murid- murid, lebih teruk. Mereka sudah tidak faham dengan sistem persekolahan yang ada. Malah, mereka berisiko besar menjadi generasi yang ketinggalan.",
"UNESCO melaporkan bahawa rata-rata pelajar di seluruh dunia kehilangan 2 per 3 tahun akademik kerana penutupan sekolah. Dan negara kita telah menutup sekolah selama kira-kira 36 minggu atau lapan bulan sepanjang tempoh setahun semenjak pandemik COVID-19 melanda.",
"Tanpa polisi dan langkah yang jelas, bayangkan berapa banyak masa (tahun) yang kehilangan dan sedang terbuang? Malah, dianggarkan kira-kira 1.6 bilion pelajar di seluruh dunia akan terkesan dengan anggaran 23.8 juta orang bakal tercicir sekiranya pandemik ini berterusan.",
"Terdapat beberapa perkara yang sepatutnya dilakukan atau dipertimbangkan oleh Menteri Kanan Bersatu yang menjaga portfolio pendidikan.",
"Pertama, wujudkan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji pendekatan dan polisi terbaik pendidikan negara era pandemik.",
"Jawatankuasa ini mesti meneliti keperluan dan jalan keluar yang praktikal dan radikal. Bukannya sekadar membincangkan sama ada membuka atau menutup sekolah mengikut jumlah kes harian COVID-19. Semak dan bangunkan pendekatan terbaik untuk diguna pakai oleh sistem persekolahan agar pembelajaran tidak terbantut sekali pun dalam era pandemik.",
"Sasaran pendekatan atau perubahan polisi yang diusulkan mesti menjangkau jauh sehingga 5 tahun ke depan. Bukannya mengeluarkan saranan untuk 2 bulan akan datang. Malah, inilah masa terbaik untuk menyelaras dan menyusun semula peruntukan pendidikan kita, agar perbelanjaan terbesar negara ini benar-benar dimanfaatkan dengan cara yang menampakkan hasil.",
"Kedua, optimumkan penglibatan semua pihak dalam mewujudkan ekosistem pendidikan era pandemik yang anjal dan berkesan.",
"Isu pendidikan adalah isu nasional yang merentas ideologi, bangsa dan kasta sosial. Semua pihak mesti terlibat dan membantu. Sudah tiba masanya untuk Menteri Kanan menyantuni (reach out) pihak-pihak lain seperti PIBG, pemain industri, penyedia teknologi pendidikan dan open learning online platform, para penyedia tuisyen swasta, NGO, persatuan penduduk setempat dan pelbagai gerakan sukarelawan. Semua pihak mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk sama-sama menyumbang.",
"Pedagogi dan sistem penilaian yang digunakan mesti berubah. Dan itu belum lagi kita bercakap tentang keperluan sekolah untuk dilengkapkan dengan tenaga dan sumber manusia dalam aspek kaunseling, moral dan kesihatan mental, yang kini merupakan isu genting. Pada masa yang sama, adalah kritikal agar Murid Berkeperluan Khas (MBK), tidak diabaikan sama sekali.",
"Yang pasti, kita mesti sedar bahawa pelajar hari ini bukan sahaja berhadapan dengan beban akademik, tetapi cabaran pandemik.",
"Ketiga, lihat dan contohi negara lain. Kalau Menteri Kanan pendidikan sudah kekontangan idea, jangan segan dan teragak- agak untuk mencontohi dan mengambil pedoman dari negara lain.",
"Dalam laporan oleh OECD 2020 bertajuk Initial Education Policy Responses To The COVID-19 Pancemic: Norway dilaporkan bahawa Kerajaan Norway bukan sahaja memastikan wujud akses percuma kepada semua platform pembelajaran online kepada semua sekolah, malah wujud program khas secara bersasar untuk membantu kelompok pelajar tertentu.",
"Dalam Education in Japan Beyond the Cricis of COVID-19 – Leave No One Behind, yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun (MEXT) pada September 2020, negara matahari terbit tersebut telah memperuntukkan fokus yang serius untuk menambah kakitangan dan sumber tenaga manusia sokongan kepada semua institusi pendidikan bagi memastikan proses pembelajaran semasa pandemik berjalan dlancar tanpa terlalu membebankan guru.",
"Malangnya, kita tidak pernah mendengar sekali pun tentang pertambahan kakitangan dan guru bantuan di negara kita. Barangkali Menteri Kanan Pendidikan berpandangan, semakin banyak sekolah ditutup, maka semakin sedikitlah guru yang diperlukan. Sedangkan realiti adalah sebaliknya.",
"Tidak ada pihak yang menyatakan bahawa era pandemik adalah era yang mudah. Ia zaman sukar. Namun, ini bukan alasan untuk kita mengambil mudah sistem dan keberkesanan pendidikan.",
"Benar, sekarang ini era pandemik. Namun, sekolah jangan sesekali dibiar ‘sakit’! – UMNO ONLINE",
"Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin\nNaib Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/05/07/mentaliti-ph-pn-asyik-jual-aset-negara-boleh-mudaratkan-masa-depan-negara/ | [
"Semakin membimbangkan. Apakah Lapangan Terbang Subang juga nak dijual oleh kerajaan PN?",
"Apa nak jadi negara kita ini?",
"Minggu lepas Khamis, 29hb April the Malaysian Chronicle bertajuk “Bombshell – billions & billions being squandered or pocketed? Muhyiddin regime comes under scrunity again”.",
"Artikel itu menyebut Lapangan Terbang (LT) Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) nak dijual. Mungkin ramai akan katakan ianya berita palsu atau spekulasi tapi yang saya tahu ini bukan pertama kali usahawan tempatan dan luar negara bercita-cita nak membeli atau ambil alih lapangan-lapangan negara kita terutama sekali KKIA kerana ianya satu-satu lapangan terbang dari 7 lapangan terbang negara yang untung dan pendapatannya pun lumayan – tak hairanlah ia menjadi rebutan kroni kroni yang tamak.",
"Sudah tentu mereka tak nak ambil mana-mana 32 lapangan-lapangan terbang lain yang tidak beruntung.",
"1. Semasa pemerintahan BN, Kerajaan begitu bervisi, innovatif and bersungguh-sungguh membina industri penerbangan awam dan institusi-institusi berkaitan seperti MAHB Malaysia Airlines, Mavcom & CAAM.",
"MAHB sebagai salah satu Kumpulan Pengusaha Lapangan Terbang terbesar dunia dengan pencapaian termasuk pemilikan 100% dan pengoperasian salah satu lapangan terbang terbesar diEropah iaitu Sabiha Gokchen, Istanbul dapat mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa.",
"2. Malangnya sejak 2018, Kerajaan PH dan PN yang mengambil alih dari BN bukan sahaja tidak membantu pembangunan industri yang sangat berjaya ini malah melalui tindak tanduk mereka hanya melemahkan dan memudaratkan industri ini.",
"Dua contoh yang ketara adalah cadangan pembubaran MAVCOM, iaitu satu badan bebas kawalselia industri penerbangan awam yang sangat berjaya contohnya melindungi hak para penumpang dengan mansuhkan caj-caj yang tidak patut oleh syarikat-syarikat penerbangan.",
"Dengan penubuhan MAVCOM melalui Akta Parlimen Malaysia kini setanding dengan negara-negara seperti UK, Australia untuk mewujudkan badan kawalselia yang bebas.",
"a) MAVCOM sebagai badan bebas hendak dibubarkan kerana enggan ikut telunjuk YB Menteri Pengangkutan pada masa itu.",
"b) Untuk melemahkan dan memecahkan MAHB serta cubaan untuk menjual Syarikat yang beruntung ini kepada sebuah syarikat Mat Salleh pada tahun 2019.",
"Tuan Puan mungkin ingat saya telah expose perkara ini dan buat teguran. Alhamdullilah mujurlah Tun Dr. Mahathir masuk campur dan membatalkan rancangan tidak bertanggung jawab pihak-pihak tertentu.",
"Saya juga telah beri teguran kepada Menteri Pengangkutan pada ketika itu atas beberapa kenyataan umum yang dibuatnya sehingga mnyebabkan saham MAHB merundum hingga kerugian berbilion ringgit.",
"Malangnya usaha usaha merosakkan institusi seperti MAHB, Malaysia Airlines, Mavcom masih tak berhenti lagi.",
"3. Cerita Kota Kinabalu International Airport (KKIA) yang nak dijual, sejak hari Khamis saya berusaha mendapat maklumat lanjut untuk mengesahkan kesahihan berita penjualan KKIA.",
"Apa yang saya dengar lagi menggerunkan bahawa buat ketika ini yang tengah hangat adalah Subang Airport nak diserahkan kepada kroni satu syarikat swasta milik seorang taikun dengan tujuan pembangunan secara besar-besaran hingga ada perumahaan, komersial, riadah dengan keuntungan yang besar.",
"Sekiranya Subang Airport berjaya diserah kepada taikun ini bermakna satu lagi oufit Bumiputra berpindah tangan kepada kaum yang lain.",
"4. Saya difahamkan bahawa MAHB tidak bersetuju dengan perkara ini kerana Subang Airport adalah salah satu dari tujuh (7) Airport yang menguntungkan dan hasilnya diguna untuk membiayai 32 Airport lagi yang tidak untung dengan prinsip cross-subsidy.",
"Lagipun mereka dah banyak melabur untuk membangunkan beberapa komponen MRO dan aeroangkasa di Subang. Subang memang dibangunkan dengan visinya sebagai hab aeroangkasa dan MRO dan Business Aviation. Di Subang banyak syarikat aeroangkasa seperti AirBus, Senior Aerospace, Dassault Aviation, Leonardo, Safron dan lain-lain yang kesemuanya merupakan syarikat global tier 1 industri aeroangkasa yang sudah pun bertapak di situ.",
"Malah saya ingat lagi pada awal tahun 2018 MAHB telah membentangkan ‘Subang Airport Regenartion Master plan’ kepada Majlis Ekonomi untuk mengkukuhkan Subang kepada satu hab aeroangkasa yang ulung di rantau ini.",
"Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Seri Mohd Najib yang memang gembira melihat pelan innovatif MAHB bagi Subang itu.",
"Beliau dengan serta merta mengarahkan MAHB untuk datang balik ke EC dalam tempoh satu bulan dengan perincian perbelanjaan yang mana kerajaan boleh bantu dengan peruntukkan kewangan. Tapi malangnya dengan kejatuhan Kerajaan BN, pelan MAHB hingga kini tidak terlaksana.",
"5. Kerajaan PH dan PN nampaknya ada pelan mereka sendiri nak bagi kepada kroni-kroni sehingga hari ini tidak nak luluskan Pelan MAHB yang akan menggunakan dana mereka sendiri.",
"Saya ada beberapa soalan kepada Kerajaan PN terutama sekali mereka yang akan membuat keputusan termasuk YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Kewangan:",
"a) Adakah wajar aset kerajaan yang sangat bernilai termasuk tanah yang begitu tinggi nilainya berbilion ringgit kepunyaan rakyat terutamanya orang Melayu (melalui Khazanah, PNB, KWAP, KWSP) diagihkan kepada satu syarikat kepunyaan beberapa orang bukan Melayu? Macam inikah nak jaga hak dan kepentingan orang Melayu dan Bumiputra.?",
"b) Mengapa tidak beri peluang yang sama kepada MAHB yang bersedia untuk meneruskan rancangannya untuk membangunkan Subang Airport.?",
"Saya difahamkan juga MAHB memang ada dana mereka dan tidak akan bergantung kepada kerajaan. Seperti disebut tadi, MAHB adalah syarikat kerajaan dipunyai MoF dan lebih 60% daripada sahamnya dipunyai oleh Khazanah, KWSP, PNB, KWAP yang mana rakyat jelata mempunyai kepentingan dan jika berjayanya MAHB, berjuta rakyat terutama sekali Melayu dan Bumiputra memperolehi keuntungan melalui dividen.",
"Mengapa bertindak menjejaskan pendapatan rakyat?",
"c) Adakah Kerajaan PN ingin melihat satu lagi syarikat kerajaan yang sangat berjaya ini mengalami kerugian dan kerajaan terpaksa menyelamat (bail out) seperti Malaysia Airlines.",
"Saya bimbang mentaliti asyik menjual aset kerajaan ini akan memudaratkan masa depan negara.",
"Datuk Aziz Kaprawi\nBekas Timbalan Menteri Pengangkutan"
] |
https://umno-online.my/2021/05/04/yang-pelik-adalah-menggalakkan-lompat-parti/ | [
"KETUA Penerangan PPBM menyerang Tan Sri Hamid Bador – menganggap gesaan bekas Ketua Polis Negara itu agar SPRM menyiasat budaya Ahli Parlimen melompat parti sebagai sesuatu yang pelik.",
"Bukan hanya Tan Sri Hamid yang musykil ada unsur rasuah apabila begitu ramai Ahli Yang Berhormat berhijrah semenjak PRU14. Ramai pihak lain terutamanya rakyat menolak budaya katak berleluasa.\n\nJadi yang pelik bukannya kenyataan sewaktu sidang media Tan Sri Hamid. Itu tidak pelik. Gesaan ramai pemimpin UMNO untuk diadakan siasatan terhadap dakwaan Tan Sri Hamid itu juga tidak pelik.",
"Yang pelik adalah apabila suatu parti pemerintah mengatakan lompat parti adalah hak Ahli Parlimen yang tak patut menjadi isu.",
"Saya petik kata-kata Ketua Penerangan PPBM dalam Utusan Online",
"“Masa mula-mula ambil alih tanggungjawab beliau sendiri melompat daripada Cawangan Khas dan terus menjadi Ketua Polis Negara. Selain itu, kejadian melompat parti ini paling banyak berlaku semasa beliau bertugas di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dulu.\n\n“Jadi kenapa baru nak timbulkan isu ini sekarang? Bagi saya, ini hak ahli Parlimen atau wakil rakyat untuk memainkan peranan dengan cara terbaik di bawah parti mana sekali pun dan perkara itu tidak seharusnya menjadi isu,” katanya.",
"1. Menyamakan peralihan jawatan dari Cawangan Khas ke Ketua Polis Negara dengan tindakan lompat parti Ahli Parlimen yang dipilih rakyat? Suatu analogi yang tak masuk akal. Saya tak rasa perlu diterangkan sebab memang tak masuk akal YB lompat parti dihalalkan dengan alasan penjawat awam pun ada yang pindah jabatan atau naik pangkat. Jangan esok guna alasan: rakyat pun tukar kerjaya – dulu kerja pejabat hari ini berniaga kedai makan, jadi lompat parti ini OK. Bertuah…\n\n2. Soal bila Tan Sri Hamid timbulkan persoalan: semalam, esok, bulan depan, tahun depan – itu soal kedua. Siasat dulu dakwaannya, bukan persoal motif sebagai alasan mengalih perhatian. Rakyat boleh menilai sendiri motif Tan Sri Hamid, tapi ia tidak mengurangkan seriusnya dakwaan beliau.",
"Kalau hendak persoal motif, elok juga persoal motif figura PPBM dahulu mendukung Tun Mahathir. Sekarang orang sama juga menunding jari ke Tun Mahathir sebagai PM yang memperlihat banyak episod lompat parti.",
"3. Sama ada sengaja atau tidak, Ketua Penerangan PPBM seakan mengaku banyak lompat parti berlaku di bawah PM7 dan PM8. Mungkin sebab itu beliau terpanggil menyerang Tan Sri Hamid, kerana bekas KPN itu secara tidak langsung mengingatkan rakyat parti mana yang paling mengaut untung hasil pesta melompat parti besar-besaran 3 tahun kebelakangan ini.",
"4. Soal lompat parti adalah hak Ahli Parlimen – ya pada ketika ini mengikut undang-undang ia bukan jenayah mutlak. Tapi jika ada unsur rasuah, unsur ugutan – adakah ia menjadi hak dan halal lagi? Jika mempermain mandat rakyat, mempermain jentera parti yang memenangkan calon-calon itu, adakah ia menjadi hak dan halal lagi? Tepuk dada tanya selera.",
"\nShahril Hamdan"
] |
https://umno-online.my/2021/05/02/hanya-kritik-tanpa-bantu-najib-jawab-tuduhan/ | [
"ADA Jkom yang kritik kata saya hanya mengkritik kerajaan sahaja. Najib patut bantu kerajaan. Jangan hanya menghasut sahaja.",
"Tapi mereka lupa atau enggan mengaku ialah dari mula perlaksanaan PKP 2.0 saya dah berulang-kali kata cara perlaksanaan PKP 2.0 kerajaan tidak akan berjaya.",
"Tak perlu darurat sebab PKP 1.0 tiada darurat boleh berjaya dan tiada sebab PKP 2.0 tidak boleh berjaya tanpa darurat jika dibuat dengan betul.",
"Tapi dari mulanya niat PKP 2.0 sudah tidak betul, tentu akan gagal dan hanya akan menyusahkan Rakyat secara berpanjangan, membazir duit kerajaan dan hasilnya ialah kita akan terpaksa buat PKP 3.0 tak lama lagi.",
"Dari bulan Januari lagi saya dah kata sasaran kerajaan untuk kurangkan kes ke dua angka supaya Rakyat boleh balik kampung untuk raya tidak akan kesampaian sebab logik, sains, data dan pengalaman PKPB untuk beberapa bulan pada akhir tahun 2020 adalah petunjuk bahawa ianya tak akan berjaya.",
"Dari hari pertama PKP 2.0 dilaksanakan, terlalu banyak kelonggaran diberi.",
"Sehingga hari ini, tiada seorang pun dalam kerajaan boleh jawab apa logiknya kilang dan tapak pembinaan yang merupakan penyumbang terbesar gelombang ketiga dibenarkan beroperasi dalam PKP2.0 yang tujuannya untuk membendung gelombang ketiga.",
"Sehingga hari ini, tiada seorang pun dalam kerajaan boleh jawab apa logiknya Ikea, shopping mall termasuk kedai emas dan kedai pakaian dalam mewah Victoria’s Secret dibenarkan beroperasi manakala kedai-kedai lain dan peniaga-peniaga kecil disuruh tutup dari hari pertama PKP 2.0.",
"Adakah Victoria’s Secret ini satu essential service yang terpaksa dibuka?",
"Siapa boleh jawab?",
"Dari awal lagi, saya dah seru bahawa kerajaan perlu buat PKP 2.0 secara amat ketat tanpa kelonggaran untuk tempoh sehingga 4 minggu dengan bantuan penuh kerajaan untuk memberi impak maksima supaya kita tidak perlu buat PKP 3.0 dalam masa terdekat.",
"Jangan panjangkan penderitaan Rakyat dan jangan korbankan dan bazirkan Rakyat menghadap PKP 2.0 secara sia-sia.",
"Amaran saya bahawa perlaksanaan secara separuh masak ini tidak akan berjaya terbukti benar 1 1/2 bulan kemudian apabila kerajaan terpaksa umum pada 2 Mac bahawa PKP akan tamat dan diganti dengan PKPB biarpun jumlah kes baru 2 Mac sebenarnya lebih tinggi dari masa darurat diumum sebab Rakyat dah tak boleh tahan dengan PKP dan bantuan kerajaan tak seberapa.",
"Ya, kita keluar PKP dengan kes baru lagi tinggi berbanding masuk PKP. Di mana logiknya?",
"Bayangkan Rakyat hanya boleh lega sedikit pada bulan Mac selepas korban dua bulan dalam PKP 2.0.",
"Tapi tak sampai dua bulan kelegaan kemudian, Rakyat bakal berdepan dengan PKP 3.0 sekali lagi.",
"Dua bulan korban secara sia-sia, dua bulan lega sedikit dan perlu korban lagi dua bulan.",
"Adakah ini apa yang Rakyat mahu? Adakah ini adil pada mereka?",
"Perlukah Rakyat menderita sebab niat, perancangan dan perlaksanaan kerajaan sudah terlalu jelas akan tempah tiket ke kegagalan dari permulaan?",
"Jika mahu buat lockdown dan rakyat perlu berkorban dan bertahan, kenapa tak buat dengan betul?",
"Ko ingat saya suka kata “I told you so” ke?",
"Tidak.",
"Yang saya sedih dan kecewa ialah berjuta-juta Rakyat menderita secara sia-sia dan kelangsungan hidup mereka terganggu semula dalam tempoh yang terlalu singkat.",
"Ini namanya, Rakyat dikorbankan selepas mereka telah berkorban secara sia-sia.",
"Najib Razak"
] |
https://umno-online.my/2021/05/01/sambung-yang-tergendala-bersama-rider-penghantaran-makanan/ | [
"BIASANYA mereka yang menghantar makanan kepada kita. Hari ini kita pula yang meraikan mereka.",
"Berbuka puasa dan berdialog bersama rider Grab, Foodpanda dan Rempitz.",
"Menyantuni dan mengumpul maklumbalas penambahbaikan industri ekonomi gig yang semakin meluas.",
"Malaysia tidak boleh terkebelakang dalam merangka dasar yang melindungi kebajikan mereka.",
"Mungkin pada era awal industri ini, banyak kelonggaran diberikan kepada syarikat-syarikat yang disifatkan sebagai “startup”. Tetapi setelah beberapa tahun, syarikat-syarikat ini bukan lagi kecil malah sudah bernilai tinggi yang menuntut suatu perhatian serius kepada sistem perundangan yang terpakai kepada pekerja “gig”.",
"Terima kasih kepada semua yang bergelumang dalam pekerjaan ini – sebahagian besar daripada kita sentiasa tersentuh dengan perkhidmatan penghantaran mereka.",
"Dalam mengejar rezeki tatkala ekonomi mencabar, didoakan semoga semuanya selamat terpelihara di jalan raya.",
"#SYT",
"Shahril Hamdan\nKetua Penerangan UMNO Malaysia\nNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/04/28/sidang-parlimen-timbalan-speaker-bangkitkan-persoalan-mengenai-kenyataan-menteri-undang-undang/ | [
"SAYA ingin menujukan beberapa persoalan berhubung kenyataan media oleh YB Datuk Seri Takiyuddin Hasan yang bertajuk ‘Sidang Parlimen diadakan selepas tamat darurat, tulis Ahli Parlimen Pengerang Datuk Sri Azalina Othman Said.",
"Katanya apabila menyentuh tentang “Constitutional Responsibilities” seperti yang disebut oleh Datuk Seri Takiyuddin, konsep sistem demokrasi berpalimen dan doktrin pemisahan kuasa tidak boleh diabaikan dan perlu diberikan perhatian yang seimbang oleh sebab konsep dan dokrtrin ini masing-masing terukir di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bab 3 (Badan Eksekutif) dan Bab 4 (Badan Perundangan Persekutuan) di bawah Bahagian IV serta Bahagian IX (Badan Kehakiman).",
"Azalina yang juga merupakan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkata keputusan Kerajaan untuk menggantung Parlimen melalui Seksyen 14 Ordinan Darurat No. 1 secara langsung dan tidak langsung menjejaskan kesinambungan dan kelestarian doktrin pemisahan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen di negara.",
"”Tidakkah sistem demokrasi berparlimen dalam negara ini seolah tidak lagi wujud memandangkan badan Eksekutif bukan lagi bertanggungjawab kepada Parlimen?”",
"”Jika Eksekutif seakan-akan tidak lagi bertanggungjawab kepada Parlimen selaras dengan konsep sistem demokrasi berparlimen, kepada siapakah badan Eksekutif bertanggungjawab.”",
"Dan tidakkah YB Kota Bharu berpendapat ada kebenaran dalam pepatah Inggeris yang berbunyi “the Constitution is not a document for the government to restrain the people; it is an instrument for the people to restrain the government”? soalnya lagi menerusi satu kenyataan pagi ini.",
"Berikut adalah kenyataan media penuh beliau:-",
"Saya ingin menujukan beberapa persoalan berhubung kenyataan media yang dimuat naik dalam hantaran Facebook YB Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan (“YB Kota Bharu”) yang bertajuk “Sidang Parlimen Diadakan Selepas Tamat Darurat” (“Kenyataan Media”).",
"Kesedaran Kerajaan mengenai “constitutional responsibilities”",
"2. Apabila menyentuh tentang “constitutional responsibilities” seperti yang disebut oleh YB Kota Bharu, konsep sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa (separation of powers) tidak boleh diabaikan dan perlu diberikan perhatian yang seimbang oleh sebab konsep dan dokrtrin ini masing-masing terukir di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bab 3 (Badan Eksekutif) dan Bab 4 (Badan Perundangan Persekutuan) di bawah Bahagian IV serta Bahagian IX (Badan Kehakiman).",
"3. Konsep sistem demokrasi berparlimen membayangkan negara ditadbir oleh badan Eksekutif yang bertanggungjawab kepada Parlimen manakala doktrin pemisahan kuasa antara cabang-cabang Eksekutif, Kehakiman dan Legislatif pula melibatkan kewujudan prinsip semak dan imbang (check and balance) yang melindungi penumpuan kuasa dalam mana-mana satu cabang.",
"4. Sehubungan ini, keputusan Kerajaan untuk menggantung Parlimen melalui Seksyen 14 Ordinan Darurat No. 1 secara langsung dan tidak langsung menjejaskan kesinambungan dan kelestarian doktrin pemisahan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen di negara.",
"5. Sungguhpun YB Kota Bharu memberi jaminan bahawa Kerajaan menyedari “constitutional responsibilities” tersebut, namun demikian menurut YB Kota Bharu, keutamaan pada masa ini adalah untuk memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya. Dalam hal ini, saya menjemput YB Kota Bharu untuk memberikan pencerahan tentang beberapa persoalan yang sering ditanya oleh Ahli-ahli Parlimen dan rakyat:",
"5.1. Tidakkah sistem demokrasi berparlimen dalam negara ini seolah tidak lagi wujud memandangkan badan Eksekutif bukan lagi bertanggungjawab kepada Parlimen?",
"5.2. Jika Eksekutif seakan-akan tidak lagi bertanggungjawab kepada Parlimen selaras dengan konsep sistem demokrasi berparlimen, kepada siapakah badan Eksekutif bertanggungjawab?",
"5.3. Tidakkah YB Kota Bharu berpendapat ada kebenaran dalam pepatah Inggeris yang berbunyi “the Constitution is not a document for the government to restrain the people; it is an instrument for the people to restrain the government”?",
"YB Kota Bharu ada menyatakan bahawa pandangan boleh disalurkan kepada Kerajaan melalui saluran-saluran yang dibenarkan seperti Jawatankuasa Khas Bebas",
"6. Dalam Kenyataan Medianya, YB Kota Bharu seakan-akan menyamakan Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat No. 1 dengan institusi Parlimen walhal kedua-duanya memainkan peranan yang jauh berbeza sama sekali. Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi bagi Kerajaan Persekutuan meluluskan dan meminda undang-undang Persekutuan, memeriksa dan menyoal dasar-dasar Kerajaan melalui pertanyaan bagi jawab lisan, sesi kamar khas dan waktu pertanyaan Menteri serta meluluskan bajet Kerajaan dan cadangan cukai baru.",
"7. Sebaliknya, Jawatankuasa Khas Bebas hanya sekadar bertanggungjawab untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong (“YDPA”) sama ada Darurat perlu diteruskan atau tidak. Sekiranya YB Kota Bharu membayangi bahawa Jawatankuasa Khas Bebas akan menggantikan peranan dan fungsi Parlimen, tidakkah YB Kota Bharu merasakan lebih baik jika suatu Ordinan dimasyhurkan supaya suatu “Jawatankuasa Bebas 2.0” baru yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen dan dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ditubuhkan untuk memainkan peranan tersebut?",
"8. Jika ya pun pendapat-pendapat boleh disalurkan kepada Jawatankuasa Khas Bebas, tidakkah YB Kota Bharu merasakan bahawa terma-terma rujukan yang baru patut diperkenalkan atau dipinda supaya proses bagi penyaluran cadangan dan pendapat dapat dilakukan? Tambahan lagi, Ahli-ahli Parlimen dan rakyat tidak mempunyai akses kepada prosiding mesyuarat yang diadakan antara ahli-ahli Jawatankuasa Khas Bebas dan Jawatankuasa Khas Bebas tidak menjalankan siasatan atau inkuiri berdasarkan pendengaran awam yang disiarkan di media massa.",
"Tidak wajar mewujudkan perasaan syak wasangka dan sangsi berlakunya salahguna kuasa oleh Kerajaan walaupun “action speaks lounder than words”",
"9. Berbalik kepada hujahan saya di atas, soalan saya kepada YB Kota Bharu adalah; bagaimanakah YB Kota Bharu boleh menyatakan bahawa sistem Kerajaan berfungsi seperti biasa jika Jemaah Menteri dalam Kerajaan tidak lagi bertanggungjawab kepada Parlimen menurut Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan dalam keadaan di mana Parlimen digantung?",
"10. Saya turut menyatakan kenyataan YB Kota Bharu bahawa pentadbiran oleh Kerajaan boleh terus dipantau oleh pihak penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (“PAC”) adalah bagaikan melepaskan batok di tangga.",
"11. Sebaliknya, saya boleh faham mengapa Pengerusi PAC, YB Ipoh Timur telah bertanya YB Kota Bharu pada 26 April 2021 bagaimana Kerajaan boleh dipantau sekiranya prosiding dan mesyuarat PAC digantung. Adakah Kenyataan Media oleh YB Kota Bharu mengatasi (supersedes) dapatan perundangan yang telah diberikan oleh pihak Peguam Negara dan bererti bahawa aktiviti-aktiviti PAC kini boleh diteruskan? Seiring dengan ini, adakah aktiviti-aktiviti Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan di Parlimen juga boleh diteruskan?",
"Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya soalan-soalan bagi pihak rakyat dan Ahli-Ahli Parlimen menggores hati YB Kota Bharu. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada YB Kota Bharu, seluruh warga Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri, warga Parlimen dan semua umat Islam, Maaf Zahir & Batin. – bnnewsonline",
"AZALINA OTHMAN SAID\nAhli Parlimen Pengerang"
] |
https://umno-online.my/2021/04/27/hutang-1mdb-rm32-bilion-hasil-rm33-4-bilion-hutang-tak-dibayar-ke-mana-pergi-duitnya/ | [
"SETELAH kantoi belanja RM600 bilion dan nak korek dana KWAN sebanyak RM16.9 bilion, Menteri Kewangan PN beri alasan kerajaan terbeban dengan hutang RM32 bilion 1MDB pulak.",
"Dah mula cakap macam Guan Eng ni walaupun ini bulan Ramadan.",
"Ratib hutang 1MDB tapi tak jelaskan berapa dana yang sudah dibayar balik dan aset-aset yang masih dalam 1MDB.",
"Ini realitinya.\nHutang 1MDB ditinggal BN: RM32.2 bilion\nHutang 1MDB pada tahun 2021: RM32.3 bilion\n(satu sen prinsipal hutang pun tak pernah dibayar PH dan PN sejak PRU14)",
"Dana diperolehi dan diumum kerajaan setakat ini:\n– dikembalikan oleh DOJ: RM2.7 bilion\n– penjualan kapal Equanimity: RM523 juta\n– penyelesaian Riza Aziz: RM443 juta\n– penyelesaian Goldman Sachs: RM16.1 bilion\n– penyelesian Ambank: RM2.83 bilion\n– penyelesaian Deloitte’s: RM324 juta\n– penjualan 60% Bandar Malaysia tahun 2019: RM7.41b\n– penjualan tanah Pulau Indah milik 1MDB: RM416 juta\n– penjualan tanah Pulau Pinang milik 1MDB: RM2.7 bilion",
"Jumlah yang telah diambil balik kerajaan setakat ini: RM33.4 bilion\n(ke mana perginya duit ini dan kenapa tak guna untuk selesaikan sepenuhnya hutang RM33.2 bilion 1MDB?)",
"Dana belum diumum kerajaan:\n– penyelesaian KPMG: dalam rundingan\n– penyelesaian Wong & Partners: dalam rundingan\n– penjualan Bangunan Exchange 106: belum diumum\n– penyelesian dengan IPIC, Abu Dhabi (masa BN ianya sebanyak RM21 bilion): dalam rundingan",
"Aset yang masih tinggal dlm 1MDB:\n– penjimatan dari penyelesaian IPP berat sebelah ketinggalan PM4 (sebab itu, rizab tunai Petronas naik ke RM176b tapi semua telah dikikis PH dan PN melalui dividen tinggi) Sekitar RM50 bilion\n– Pembinaan dan naik taraf 8 pangkalan MINDEF termasuk Sendayan: RM2.7 bilion\n– Baki 40% kepentingan dalam Bandar Malaysia: 40% dari GDV RM140 bilion\n– 100% TRX: GDV RM40 bilion",
"Aset-aset ini belum kira lagi ke?",
"Hutang 1MDB membebankan tapi wang RM33.4 bilion dan baki aset 1MDB yang masih bernilai ratusan bilion Ringgit tak ringankan beban ke?",
"Aset yang naik RM1.2 trilion oleh kerajaan BN masa saya PM dari RM800 bilion pada akhir 2008 ke RM2 trilion pada akhir 2017 untuk PH jarah dan PN belanja RM600 bilion termasuk tabung KWAN RM16.9 bilion itu tak ringankan beban pulak?",
"Wang RM600 bilion yang PM8 kata dia belanja itu, PN dapat dari mana? PN menabung dari kecil ke?",
"SOALAN TAMBAHAN bagi kerajaan dan Jkom: Najib yang jadi mastermind untuk curi RM2.6b tapi orang lain yang bayar gantirugi RM33.4 bilion ke? – UMNO ONLINE",
"Najib Razak",
"—–\nHutang 1MDB ditinggal BN: RM32.2 bilion\n“17 Julai 2019: RM32.2 bilion hutang bersih 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada akhir tahun 2018”\nhttps://www.sinarharian.com.my/…/Jawatankuasa-Pilihan…",
"Hutang 1MDB pada tahun 2021:\n“26 Mac 2021: 1MDB masih miliki hutang RM32.3 bilion”\nhttps://www.bharian.com.my/…/1mdb-masih-miliki-hutang…",
"“15 April 2020: 1MDB: Malaysia terima AS$620 juta dari AS setakat ini”\nhttps://www.sinarharian.com.my/…/1MDB-Malaysia-terima…",
"“2 April 2019: Kapal mewah ‘Equanimity’ dijual pada harga RM514 juta kepada Genting”\nhttps://www.astroawani.com/…/kapal-mewah-equanimity…",
"“Mei 2020: Dengan perkiraan penyelesaian dengan Riza Aziz ini, Kerajaan Malaysia dijangka akan menerima kembali sejumlah kira-kira USD108 juta\nhttps://www.hmetro.com.my/…/tommy-thomas-secara-prinsip…",
"“24 Julai 2020: 1MDB: Goldman Sachs setuju bayar AS$3.9 bilion”\nhttps://www.bharian.com.my/…/1mdb-goldman-sachs-setuju…",
"“27 Feb 2021: 1MDB: Ambank setuju bayar RM2.83 bilion”\nhttps://www.utusan.com.my/…/1mdb-ambank-setuju-bayar…/",
"“17 Dis 2019: Pembayaran oleh IWH-CREC untuk kepentingan 60 peratus itu dimeterai pada tanah Bandar Malaysia yang bernilai RM12.35 bilion. Projek dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion itu juga membolehkan langkah kerjasama berpotensi dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.”\nhttps://www.bharian.com.my/…/projek-bandar-malaysia…",
"“27 Mei 2019: Newsbreak: 1MDB’s land in Pulau Indah up for sale”\nhttps://www.theedgemarkets.com/…/newsbreak-1mdbs-land…",
"“31 Julai 2018: Malaysia to probe 1MDB Penang land deal: Finance Minister Lim Guan Eng”\nhttps://www.straitstimes.com/…/malaysia-to-probe-1mdb…",
"“3 Mac 2021: Putrajaya settles with Deloitte for RM324m in relation to 1MDB scandal”\nhttps://www.theedgemarkets.com/…/putrajaya-settles…",
"“4 Mac 2021: MoF looking at 1MDB settlements with KPMG, Wong & Partners — sources”\nhttps://www.theedgemarkets.com/…/mof-looking-1mdb…",
"“5 April 2021: Zafrul also said settlement talks were ongoing with Abu Dhabi sovereign wealth fund IPIC”\nhttps://www.theedgemarkets.com/…/malaysia-confident…"
] |
https://umno-online.my/2021/04/26/mkt-25-4-dan-demokrasi-yang-tergendala/ | [
"Ramai pihak yang sentiasa memerhati perjalanan mesyuarat MKT, sepertimana juga liputan meluas berkenaan PAU.",
"2. Apapun spekulasi di luar sana, keputusan diambil atas semangat musyawarah dan bijaksana bagi memperjuang agenda rakyat dan parti. Dan apabila bercakap agenda parti pun, ia bukan atas pertimbangan kepentingan pemimpin atau ahli parti semata-mata, tetapi juga kerana kita percaya kepimpinan oleh UMNO adalah yang terbaik untuk Malaysia.",
"Apatah lagi dengan segala pembuatan dasar setelah melihat 22 bulan PH dan 14 bulan PN yang menimbulkan keresahan rakyat – antara lain seperti yang digariskan dalam kenyataan rasmi Setiausaha Agung UMNO.\n\n3. Dalam mesyuarat tadi, ketetapan PAU 2020 dijulang, dan hasrat untuk mengembalikan mandat kepada rakyat sejurus setelah situasi Covid-19 terkawal tetap menjadi keutamaan.",
"4. Tetapi semua ini menjadi tergendala selagi Parlimen ditutup dan darurat menjadi penghalang kepada proses semak dan imbang.",
"Jangankan soal membuktikan keabsahan majoriti Kerajaan PN, sedangkan bersidang pun tidak.",
"Jangankan hendak melulus perbelanjaan, sedangkan bersidang pun tidak.",
"Jika ada hujah mahu mengadakan pilihanraya kelak sebagai jalan keluar dari kemelut politik, itupun tidak mampu berlaku selagi Parlimen tak bersidang dan darurat terpakai.\n\n5. Maka, antara keputusan utama mesyuarat tadi sepertimana terkandung dalam kenyataan rasmi – menggesa agar Parlimen dan DUN dibuka terlebih dahulu supaya demokrasi boleh dikembalikan ke tempat asalnya.",
"6. UMNO percaya selagi demokrasi berparlimen tergendala, selagi prinsip akauntabiliti dikesampingkan, selagi itulah pelabur menjauhi, selagi itulah ekonomi hambar, akibat pembuatan dasar negara tidak terurus seperti sediakala.",
"7. Sebarang ketetapan berkenaan kelangsungan pembabitan UMNO dalam Kerajaan PN pula akan diputuskan atas semangat musyawarah.",
"Apabila keputusan itu diambil, MKT yakin bahawa semua ahli parti termasuk yang menjadi anggota Kerajaan hari ini akan mematuhinya, sekaligus mempamerkan kesatuan tindakan dalam parti.",
"8. Dalam hal pemilihan parti, sekali lagi UMNO mengambil pendekatan komprehensif dan berhikmah yang memeriksa segala sudut sebelum menetapkan sebarang tarikh.",
"MKT memutuskan untuk mendapat panduan dari pihak berwajib berkenaan kaedah terbaik, mengambilkira kekangan SOP Covid-19.",
"Shahril Hamdan"
] |
https://umno-online.my/2021/04/22/program-vaksinasi-negara-perlukan-strategi-terpadu/ | [
"KERAJAAN telah mula melaksanakan fasa kedua vaksinasi COVID-19. Walau bagaimanapun ramai yang mula mempersoalkan kenapa proses vaksinasi nasional sangat perlahan.",
"Rakyat sebenarnya memahami bahawa bekalan yang tidak stabil adalah penyebab perlahannya proses vaksinasi nasional ini.",
"Di sinilah penjelasan kerajaan sangat diperlukan. Maklumkan jadual sebenar perolehan vaksin agar jangka waktu yang lebih realistik dapat meredakan segala kegusaran rakyat.",
"Berkaitan pendaftaran vaksin, sangat perlu ia digiatkan. Dasar “Lindung Diri, Lindung Semua” amatlah penting.",
"Kita tidak boleh memaksa rakyat untuk divaksinasi. Namun kita boleh meyakinkan mereka melakukannya dengan sukarela.",
"Kepada warga asing pula, ramai tidak mengetahui cara untuk mendaftar sebagai penerima, terutama di kalangan mereka yang tidak mempunyai dokumen sah. Meyakinkan mereka bukan tugas mudah.",
"Setelah lebih setahun kita berhadapan dengan pandemik ini, Malaysia telah menanganinya dengan baik walaupun banyak lagi ruang untuk penambahbaikan. Apatah lagi kita tidak pernah berhadapan dengan masalah serumit begini.",
"Semua episod ini mewajarkan Malaysia mempunyai strategi klinikal, vaksinasi, mitigasi dan ‘prevention’ yang benar-benar terpadu.",
"Pembangunan vaksin umpamanya, adalah antara kebitaraan penting yang Malaysia mesti punyai. Kita tidak boleh selamanya menjadi negara pengguna atau medan ujian klinikal semata-mata.",
"Pandemik adalah ancaman keselamatan baru bukan tradisional yang merbahaya.",
"Pelaburan dalam sains serta penyelidikan berkaitan vaksin, adalah suatu kemestian strategik.",
"Benar kita tidak mempunyai kepakaran waktu ini. Tetapi sains adalah tentang kolaborasi dan perkongsian dalam ekosistem yang produktif.",
"Menjadi sebahagian dari ekosistem penyelidikan sains termaju rentas disiplin dan geografi ini bukan lagi pilihan buat Malaysia, tetapi suatu kemestian.",
"Strategi terpadu ini sangat diperlukan kerana pendekatan ‘piecemeal’ dalam menangani persoalan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyatnya adalah tidak selari dengan kepentingan Malaysia.",
"Datuk Seri Mohamad Hasan\nTimbalan Presiden UMNO"
] |
https://umno-online.my/2021/04/16/jamin-tiada-lanjutan-darurat-antara-tiga-perkara-perlu-kerajaan-buat-jika-tiada-udang-di-sebalik-batu/ | [
"AYAT yang dilaporkan oleh media: “Sila yakin bahawa tidak ada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat ini.”",
"Sejak awal lagi, contoh yang selalu digunakan untuk merasionalkan langkah pengisytiharan Darurat adalah kemampuan kerajaan untuk “penggunaan aset hospital swasta, mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan menggunakan sumber hospital swasta bagi merawat pesakit COVID-19.”",
"Tanpa memanjangkan polemik, kerajaan mampu meyakinkan tiada udang di sebalik batu dengan tiga perkara:",
"1. Membuka sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).",
"– Wakil-wakil rakyat hampir selesai divaksin.",
"– Kuasa mengambil milik aset hospital swasta, mengenakan denda tinggi dan lain-lain kuasa di bawah Ordinan Darurat tidak terkesan pun jika Parlimen bersidang.",
"2. Membentang perancangan perbelanjaan tambahan.",
"– Semak dan imbang perbelanjaan kerajaan adalah fungsi asas demokrasi.",
"– Sekali lagi, membentang perancangan belanja tambahan tahun 2021 untuk dibahas dan disemak oleh wakil-wakil rakyat tak memberi kesan kepada kuasa darurat lain yang sering dijadikan justifikasi.",
"3. Menjamin bahawa tiada perancangan untuk melanjutkan darurat melangkaui 1 Ogos.",
"– Sekiranya tidak boleh laksana (1) dan (2) sekalipun, langkah paling utama untuk memberi keyakinan dalam hal ini adalah segera menjamin bahawa darurat akan berakhir pada 1 Ogos.",
"– Sekaligus ia membuktikan tiada niat untuk demokrasi terus tergendala, termasuklah dalam hal pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat kelak. – UMNO ONLINE",
"SHAHRIL HAMDAN\nKetua Penerangan UMNO Malaysia merangkap\nNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia"
] |
https://umno-online.my/2021/04/08/kenapa-saya-bimbang-sebab-isu-ini-sudah-jadi-isu-antarabangsa/ | [
"BAB Datuk Seri Najib (DSN) Razak dikenakan notis kebangkrapan ini sebenarnya menyebabkan saya sangat bimbang. No, saya tak bimbang pasal dia. Dia pernah hadapi masalah lebih besar daripada ini.",
"Saya bimbang tentang negara kita. Tentang apa sebenarnya pandangan pelabur terutamanya tentang dasar percukaian kita. Dasar percukaian ini adalah salah satu faktor utama yang akan menarik atau menolak pelabur keluar.",
"Ramai yang kata, Najib masuk je lah court. Jangan sembang dalam Facebook sahaja. Tapi tahukah anda semua, memang isu cukai ini cuba diselesaikan di mahkamah. Untuk dibicarakan seadil-adilnya.",
"Malangnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah impose Seksyen 103 ACP 1967 ke atas DSN. Seksyen ini menyatakan bahawa apabila assessment cukai ini telah selesai di bawah seksyen 91(A), maka pembayar cukai mesti bayar jumlah cukai yang telah ditentukan tersebut tanpa mengira pembayar itu ada buat rayuan ataupun tidak.",
"You see, seingat-ingat saya LHDN tidak pernah menggunakan seksyen ini pada mana-mana kes. Sama jugak macam seksyen yang memperuntukkan pertuduhan jenayah bagi individu yang tak hantar borang cukai (Seksyen 112). Tapi tak ada lagi orang masuk penjara.",
"Peruntukan kuasa itu ada. Cuma LHDN tak guna sebab isu duit ini lebih baik diuruskan melalui budi bicara. Ya lah, kalau orang tu bankrap apabenda yang LHDN boleh dapat?",
"Dah tu buat apa seksyen itu wujud?. Eh, dalam undang-undang sememangnya banyak peruntukan kuasa yang wujud bagi persediaan untuk unforseen future. Tapi bukan untuk tujuan politik, bukan untuk aniaya musuh.",
"Sebab itu mana ada ahli politik pembangkang zaman dulu yang kena pertuduhan seperti ini pada derma-derma yang pernah mereka terima?",
"Kenapa saya bimbang? Sebab isu ini sudah jadi isu antarabangsa. Apabila dasar cukai kita dilihat tidak konsisten dan apabila badan percukaian dilihat lebih berminat untuk membangkrapkan orang daripada berunding, pelabur mana yang berani datang?",
"Tak ada orang marah pun jika DSN dicukaikan. Tapi biarlah melalui saluran dan perbicaraan yang sewajarnya. Bukannya sampai ke tahap dilihat cuba membunuh maruah dan kehidupan manusia.",
"Ingatlah. الرضا بالظلم ظلم",
"Redha kepada kezaliman adalah satu lagi kezaliman\n—-\nAbdul Rahim Hilmi Zakariya\nKuala Terengganu"
] |