url
stringlengths
45
146
headline
stringlengths
7
148
content
stringlengths
30
19.7k
https://www.leaazleeya.com/2016/06/dulu-suka-make-up-sekarang.html
Dulu Suka Make Up... Sekarang???
Assalamualaikum wbt.. Korang suka make up tak??? ehh aku tanye kaum hawa aje yek.. ekeke... hurmm ni nak cite ni.. Dolu-dolu masa zaman perang aku dulu, aku memang suka sangat make up ni.. Pantang keluar aje mesti kene make up cantik-cantik walaupun dah tau tak berapa nak cantik.. haha.. Fefiling cantik laaa bila dah make up tu.. hoho.. gile ahhh..!! Dolu-dolu make up mau tebal 8 henci.. Foundation mesti mau yang thorrrbaeekkk punye.. Pantang ada yang buat iklan make up yang gut-gut mesti nak beli punye.. Foundation yang paling best aku guna naturactor... hoh kesan dia fuhhh mabeles... thorrrbaiikk... yang lain hareemmmm tak best..!! Foundation Naturactor Ni la foundationnya.. Tapi dulu banyak yang tak ori.. Susah benar nak jumpe yang ori.. Yang tak ori memang hampeh la hasilnya.. Aku usaha carik yang ori sampailah jumpa.. Alhamdulillah akhirnya jumpa.. haha.. Gile ahhh sekali agik..!! Jom layan gamboo lama-lama bersawang aku.. Ehh.. Ehh.. Ni gambo kawen.. hehe.. Gambo kawen ni ter-advance tebal make up aku time ni.. Nak bukak mata pown tak larat.. Bulu mata tebal sangat.. haha..  Ni la gambo lama-lama aku.. Make up seharusnya bagi aku... Tak make up tak leh kuau umah.. haha.. Lam gambo ni tak nampak sangat ekk.. Hurmm ni aje yang hado0o0o... Paling aku gile dulu contact lens.. Huh.. Macam-macam jenis aku cuba.. Macam-macam warna jugak aku dah beli... Tapi paling win di hati aku warna grey and brown... Yang lain senduuuuu,.... Tak suka..!! Tapi tabiat ni berubah bila dah berkahwin.. Tambah pulak dah ada anak.. Nak make up pown dah rasa tak mampu.. Tak sempat... Tak lalu.. Semua rasa dok ada.. Last-last kasi pekena krim muka.. Bedak pastu lipstik... Kadang-kadang bedak pown tak pakai.. pakai krim muka n lipstik ajoo0o...  Bermuka sendu di pejabat.. Pose tepi baru tak cengkung.. haha.. Dengan hero.. Hang out dengan member.. pakai lipstik aje.. Ni bila makcik dah tua.. Pakai spek beso0o.. Nampakkk takkkkk... Muka bosan untuk ditatap.. haha.. Korang jangan muntah yee,... Tu la beza dulu dan sekarang.. Dulu sangat-sangat rajin bermake up.. Sekarang bila dah ada anak memang tak sempat nak tengok diri sendiri.. Tu anak baru sorang ye.. Kalau 2, 3 orang tatau la lagu mana yek... Korang cam aku jugak ke??  Tapi kan.. Sekarang kan zaman makin canggih... Tak make up pown masih boleh menampakkan kita make up.. ekeke.. Kasi edit aje la gambo yang tak make up tu.. Berlambak kan sekarang apps untuk make upkan gambo yang togel tak make up... Tu gambar atas nuuu.. Aku tak make up pown sebenarnya.. Guna aje apps make up terus muka bersinaarrrrrr bak kunang-kunang.. haha..!! Jangan kecam mak yee nakkk...!! Korang cam aku gak ke?? Atau korang menten make up bila dah kawen and ada anak?? - Seb bek en. somi tak kisah aku tak make up sangat noqq...!!-
https://www.leaazleeya.com/2016/11/novel-siti-rosmizah-lagi-menjadi-pilihan.html
Novel Siti Rosmizah Lagi Menjadi Pilihan
Assalamualaikum wbt Novel Siti Rosmizah Lagi Menjadi Pilihan  |  Oke, semalam aku dah review novel Andai Itu Takdirnya 2... Itu menandakan aku dah habis baca novel tersebut dan akan memilih novel atau buku ilmiah lain pula untuk menjadi bahan bacaan aku.. Novel apakah menjadi pilihan aku kali ni?? Jom tengok sesama.. Novel ni lah yang akan menjadi bahan bacaan aku seterusnya.. Rindu Awak Separuh Nyawa juga hasil karya Siti Rosmizah.. Kenapa aku pilih novel ni?? Haa sebabnya penulisnya adalah penulis kegemaran aku.. Haha.. Aku yakin novel ni pown best kerana setiap penulisan Siti Rosmizah tak ada lagi yang mengecewakan aku setakat ini.. Jom belek sinopsis novel ni dulu sebelum baca... Nampak tak?? Boleh baca tak?? Kalau tak boleh sila besarkan mata anda.. kalau tak nampak lagi, korang kene besarkan gambar ni la.. Haha..  Novel ni lagi tebal dari novel Andai Itu Takdirnya 2 tau.. Ketebalannya adalah 1225 m/s... Oh My!! Bilalah agaknya aku akan habis baca novel ni?? Jangan makan tahun sudah.. haha... Macam biasa, kalau aku dah habis baca novel ni nanti, aku akan buat review tentang novel ni ye.. Kalau korang nak tahu tentang apdet bahan bacaan aku dan nak tahu aku tengah baca buku apa sekarang.. Korang boleh tengah dekat Footer Bar aku ni.. Dekat kolum BEING READ tu aku akan update bahan bacaan aku... Kalau dah bertukar buku tu bermakna aku dah habislah baca buku sebelumnya.. Hehe.. Kengkadang ada jugak aku tak sempat nak buat review buku yang aku dah habis baca.. Mungkin masa tu aku terlalu bizi dan terlupa terus untuk buat review.. Ahakz..  Untuk novel ni tataw lah bila akan bertukar kepada yang lain.. Novel ni tebal sangat ohh!! Kene bagi masa yang panjang dekat aku untuk menelaahnya.. Haha.. Oke lah.. sampai sini dulu.. Dah habis baca nanti baru aku review k.. Bubeyy!! Baca juga : Review Novel | Andai Itu Takdirnya 2
https://www.leaazleeya.com/2018/05/ikan-talapia-masak-3-rasa-yang-simple.html
Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Simple Dan Mudah
Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Simple Dan Mudah  |  Hari ahad baru ni encik suami request nak makan Ikan Talapia Masak 3 Rasa... Jadi, aku usahakan juga untuk buat walaupun sebelum ni tak pernah buat.. Haha!! Kiranya firstime la aku try buat ni.. Ada la jugak usha resepi kat internet sekali imbas.... Bende tak pernah buat jadi nak jugak tahu basicnya macam mana ye dak? hehe.. Lepas tu main agak-agak sendiri jerk la... Nasib baik menjadik.. Huhu.. Jom tengok resepinya... Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Simple Dan Mudah Ikan Talapia Masak 3 Rasa Oleh : Lea Azleeya Bahan Untuk Ikan 1 ekor ikan talapia Tepung Tempura Bistari - lumur pada ikan Minyak Masak untuk menggoreng Bahan Untuk Sos 4 ulas bawang putih - ketuk 8 tangkai cili padi - dipotong kecil 1 inci halia - dihiris halus 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram 1 biji bawang besar - dipotong dadu 1 biji tomato - dipotong dadu 1/4 biji lada benggala - dipotong dadu (aku guna warna hijau & merah) kuib nenas dalam tin 3 helai daun limau purut - sila buang tulang daun tu ye! Minyak masak untuk menumis Garam secukup rasa Gula secukup rasa Perasa - Pasti Sedap Knorr secukup rasa Cara-Cara Goreng Ikan Bersihkan ikan sebersih-bersihnya dan gaulkan dengan Tepung Tempura Bistari.. Biasa orang guna tepung jagung kan.. Disebabkan tepung jagung tiada, jadi aku gantikan dengan Tepung Tempura Bistari.. Sedap rupanya.. Panaskan minyak di dalam kuali.. Setelah minyak betul-betul panas, barulah masukkan ikan.. Setelah garing, angkat dan ketepikan.. Cara-Cara Buat Sos Panaskan minyak di dalam kuali.. Tumis bawang putih, halia dan cili padi. setelah bawang putih kekuningan, masukkan pula sos cili dan sos tiram... Seterusnya masukkan juga 5 sudu jus nenas di dalam tin beserta daun limau purut.. Sepatutnya kena isi juga sos tomato untuk cipta rasa masam tu.. Masalahnya aku tak suka sos tomato jadi aku lebihkan sikit jus nenas.. Hehe.. Kacau seketika. Last sekali, masukkan bahan-bahan lain seperti bawang besar, tomato, nenas dan cili benggala.. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu kering dan seterusnya masukkan garam, gula dan serbuk perasa - Pasti Sedap Knorr secukup rasa.. Biarkan kuah mereneh seketika.. Setelah kuah agak pekat dan berkilat, bolehlah diangkat dan terus curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.. Sedia untuk dihidang!! Mudahkan!! Dulu-dulu aku ingatkan masak 3 rasa ni susah dan cerewet.. Bila dah buat ni, rasa senang gile kot!! Anytime boleh buat... Cuma bahan-bahannya agak banyak la.. Boleh aje kalau nak isi nenas saja, tetapi kurang sedap dan tak cantik la persembahan Masak 3 Rasa tu.. Betul tak? Hehe.. Orite, kalau korang nak cuba resepi derhaka aku ni, boleh la cuba.. Kalau nak resepi yang penuh, bolehlah terjah resepi dari Kak Azie Kitchen di SINI.. Biasa kalau nak masak apa-apa mesti aku rujuk blog beliau.. Tapi akan terjadinya resepi derhaka sebab aku suka tukar dan ubah bahan-bahannya.. Haha!! Sorry Kak Azie.. Apa-apa pun, resepi ni memang menjadik..  Selamat mencuba uolls!!
https://www.leaazleeya.com/2023/05/cepat-penat-mungkin-ini-puncanya.html
Cepat penat? Mungkin ini puncanya!
Cepat penat? Mungkin ini puncanya!  |  Adakah anda sering merasa penat dengan cepat walaupun baru menjalani aktiviti harian yang biasa?Keletihan mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi kehidupan kita, seperti kurang tidur, diet yang tidak seimbang, kurang senaman, atau masalah kesihatan mental seperti stres .Era moden yang sibuk seringkali memaksa kita untuk mengabaikan keperluan tubuh kita, dan ini boleh menyebabkan keletihan yang berlarutan. Oleh itu, penting untuk mengenal pasti punca keletihan ini dan mengambil langkah proaktif untuk mengatasinya.Dalam artikel ini, kita akan meneroka punca-punca utama penat yang cepat dan cara mengatasinya agar anda dapat merasa lebih bertenaga dan sihat. Namun, jika anda merasa penat yang berterusan walaupun telah mencuba mengubah gaya hidup anda, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor atau profesional kesihatan. Mereka dapat membantu anda mengenal pasti sebarang isu kesihatan yang mungkin anda hadapi dan memberikan nasihat serta sokongan yang diperlukan.   Mengenali Punca-Punca Keletihan1. Kualiti Tidur dan InsomniaTidur adalah masa tubuh kita untuk berehat dan memulihkan tenaga. Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup atau tidur anda terganggu, ini mungkin menjadi punca utama keletihan. Apabila tidur kita terganggu atau kurang, sistem tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik, yang menyebabkan kita merasa lesu dan penat.Pastikan anda mempunyai rutin tidur yang sihat - cuba tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, dan pastikan anda mendapat antara 7 hingga 9 jam tidur setiap malam.  2. Kurang Aktiviti FizikalWalaupun mungkin kelihatan bertentangan, kurang senaman boleh menyebabkan keletihan. Aktiviti fizikal membantu meningkatkan tenaga dan mood.   Aktiviti fizikal merangsang aliran darah ke seluruh tubuh, membantu meningkatkan metabolisme dan mood, dan memperbaiki kualiti tidur.Cuba untuk menyertakan senaman dalam rutin harian anda, seperti berjalan kaki, berlari, berbasikal, atau melakukan latihan kekuatan.  3. Diet Yang Tidak SeimbangMakanan adalah sumber tenaga tubuh kita. Jika diet anda tidak seimbang, anda mungkin tidak mendapat cukup nutrien yang diperlukan untuk tenaga dan kesejahteraan umum.Pemakanan yang tidak seimbang boleh mengganggu tenaga dan fungsi tubuh kita.  Misalnya, makanan yang tinggi dalam gula boleh menyebabkan 'spike' dan 'crash' tenaga, manakala diet yang rendah dalam zat besi boleh menyebabkan anemia, yang mengakibatkan keletihan.Pastikan anda makan makanan yang seimbang dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein, dan karbohidrat kompleks.  4. DehidrasiAir adalah penting untuk semua fungsi tubuh, termasuk pengangkutan nutrien dan oksigen ke seluruh tubuh dan pembuangan bahan buangan. Dehidrasi boleh membuat anda merasa lesu dan penat. Pastikan anda minum cukup air setiap hari - sekitar 8 gelas adalah panduan yang baik, tetapi ini mungkin berbeza-beza bergantung pada aktiviti dan cuaca.5. Masalah Kesihatan KronikKeadaan kesihatan seperti anemia, diabetes, dan penyakit jantung boleh menyebabkan keletihan. Jika anda merasa penat yang berterusan dan tidak dapat dijelaskan, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan.6. Masalah Kesihatan MentalStres, kemurungan, dan kebimbangan boleh membuat anda merasa penat secara fizikal. Mengurus emosi dan stres melalui teknik seperti meditasi, yoga, dan terapi bercakap boleh membantu dalam mengurangkan keletihan.Jika anda merasa tertekan atau cemas, cuba teknik pengurusan stres seperti meditasi, pernafasan dalam, atau berbual dengan seseorang yang anda percayai.  Mengenali punca keletihan adalah langkah pertama untuk mengatasinya. Selanjutnya, kita akan membincangkan beberapa cara untuk mengurangkan keletihan dan merasa lebih bertenaga.Cara Mengatasi Keletihan dengan Cepat :-Meningkatkan Kualiti TidurLakukan Aktiviti FizikalMakan Secara SeimbangMinum Air SecukupnyaAtur Cara Menghadapi StresMencari Bantuan Profesionaldan sebenarnya ada satu lagi cara untuk mengelakkan keletihan.Adakah anda ingin tahu cara yang lebih mudah?Anda boleh menggunakan salah satu suplemen yang terkenal untuk meningkatkan tenaga anda.  Jika anda sering merasa penat, mempertimbangkan suplemen berkualiti seperti NUVITON™ mungkin dapat membantu.Dirumus khas untuk meningkatkan prestasi fizikal dan stamina, NUVITON™ adalah pilihan ideal, terutamanya untuk lelaki.Lawati laman web NUVITON™ asal di siniNUVITON™ dibuat daripada gabungan 6 bahan semulajadi seperti tongkat ali, cordyceps, ginseng, horny goat weed, devil thorn dan maca root. Setiap bahan ini dipilih kerana khasiatnya dalam meningkatkan tenaga dan kesihatan tubuh.  Mengamalkan pengambilan NUVITON™ dalam rutin harian anda boleh membantu tubuh mendapatkan nutrien tambahan yang diperlukan untuk meningkatkan tenaga dan stamina.Bayangkan merasa lebih cergas dan penuh tenaga setiap hari, itu pasti yang kita semua inginkan!   Jadi, dengan NUVITON™, anda mungkin dapat mengurangi keletihan dan erasa lebih bertenaga untuk menjalani hari anda. Bukan sekadar untuk menambah tenaga, banyak lagi kelebihan NUVITON™, salah satunya ialah mampu meningkatkan hormon testosteron anda.Jika anda masih ingin tahu, jom layari ulasan dari NUVITONKesimpulannya, mengatasi keletihan melibatkan penambahbaikan gaya hidup seperti tidur yang cukup, aktiviti fizikal, pemakanan seimbang, pengurangan stres dan pengambilan air secukupnya.Jika keletihan berterusan, suplemen berkualiti seperti NUVITON™, yang mengandungi 6 bahan semulajadi untuk meningkatkan tenaga, boleh menjadi pilihan baik.Dapatkan NUVITON™ anda di siniNamun, jika keletihan mengganggu kehidupan sehari-hari, mencari bantuan profesional adalah langkah yang penting.   Akhir kata, dengarlah apa yang cuba disampaikan oleh tubuh anda dan ambil tindakan yang sesuai untuk menjaga kesejahteraan anda.
https://www.leaazleeya.com/2017/09/review-novel-parut-dari-zahida-zarkasi.html
Review Novel | Parut Dari Zahida Zarkasi
Review Novel | Parut Dari Zahida Zarkasi | Lama betul peram entry ni.. Dari awal bulan 9 lagik.. Sekarang dah akhir bulan.. Huhu.. Kejung otak nk ingat balik jalan ceritanye.. Nasib baik dah up review di goodreads... Leh jugak buat rujukan balik.. Hehe.. Moh le tengok ape kata aku tentang novel Parut dari Zahifa Zarkasi ni...  Ok ke idokkkk??? First impression aku terhadap novel ni ialah "Tak Best"!!.. Tengok saja tajuknya.. Hanya tentang Parut... Tengok pulak cover dia, sangatlah tak menarik... Tapi bila dah baca, perghh memang terkagum sekejap dengan jalan cerita yang di garap oleh penulis.. Terbaikk toqqq!!.. Aku suka jalan ceritanya.. Walaupun pada awalnya susah jugak nak faham disebabkan watak yang tetiba aje wujud pada awal cerita... Lama kelamaan, ceritanya semakin sebati dan mula menarik minat aku untuk terus baca sampai habis.. Aku ceritalah sikit ye jalan ceritanya.. Kisah bermula bila mana seorang gadis yang bernama Haifa hilang ingatan akibat dari kemalangan.. (tanggapan pertama aku).. Dia tiba-tiba menghilangkan diri disaat dia disatukan dengan kekasih hatinya.. Dia melarikan diri ke utara tanah air tanpa tujuan.. Ada sesuatu yang membawa dia sampai kesana.. Sampai aje disana, dia tinggal bersama tok timah nenek angkatnya yang baru dikenalinya.. Tok timah dah tua dan dia membela.. Dia nak cari pewaris untuk belaannya itu dan Haifa menjadi mangsanya.. Rupanya, haifa hilang ingatan kerana dipengaruhi oleh ilmu hitam tok timah sehingga dia terbawa kesana tanpa sedar....  Parut? Ye novel ni mengisahkan tentang parut yang ada diwajah Haifa.. Yang sebenarnya, Haifa tak de pun parut diwajah.. Itu semua ilmu hitam Tok Timah untuk membuatkan Haifa merasa rendah diri.. Huhu.. Tok Timah yang berparut dimuka sebenarnya.. Sangat hodoh dan menakutkan.. Tapi dek kerana ilmu hitam dia, Haifa tak nampak semua tu.. Sebab tu dia boleh terima untuk tinggal dengan tok timah.. Semua orang kampung pelik dengan keberanian Haifa..  Apa jadi dengan Haifa selepas itu??  Nak tahu kena beli dan baca sendiri yek.. Takat tu jerk la aku cite.. Takan nak cite sampai habis kot kan... Korang beli dan baca sendiri baru syiokk.. Korang tak kan kecewa dengan jalan cerita novel Parut ni.. Banyak lagik plot menarik dalam novel ni... Suspen, seram semua ada.. Best!! Kalau baca mesti tak sabar nak tahu kesudahannya..  Orite, ini sinopsis novel ni.. Korang baca la sinopsisnya dulu.. Pastu korang nilai sendiri dari sinopsis dia best ke tak.. Tapi yang pasti, bagi aku Parut ni best... Tak rugi beli dan baca.. Berbaloi-baloi bak kata orang... Kat bawah ni review aku di goodreads.. Moh baca lagik.. Haha!! Parut by Zahida Zarkasi My rating: 4 of 5 stars AKU SUKA NOVEL NI!! Yess aku suka jalan cerita yang digarap oleh penulis dalam novel ni.. Sangat menarik dan perjalanan cerita yang berjalan lancar tanpa tersekat dimana-mana.. Tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang menarik seperti ini.. Permulaan cerita membuatkan aku semakin ingin tahu apa yang seterusnya akan berlaku.. Sampaikan aku tak sanggup stop baca novel ni sbb nak tahu sangat kenapa dan kenapa...!! Parut mengisahkan seorang gadis bernama haifa yang telah terkena ilmu hitam tok timah yang menginginkan seorang menjadi pewaris belaannya.. Sebelum dan selepas kisah haifa terkena buatan tok timah tu byk la liku-liku yg haifa lalui.. suka duka.. pendek kata novel ni memang cukup lengkap jalan ceritanya.. Aku suka.. Hehe.. Kalau nk tahu jalan ceritanye kena baca sendiri.. Baru feel.. View all my reviews
https://www.leaazleeya.com/2015/12/aku-ingin-berubah.html
Aku Ingin Berubah
Assalamualaikum wbt Mood apdet blog tetiba datang.. firstime apdet blog guna hp ni.. teruja beb.. HAha.. tapi yang tak bestnye line sangat-sangat la slow... cam siput sedang bersiar-siar.. huhu..  oKeh..!! Bukan sal siput yang LA nak ceritakan tetapi tentang sebuah buku yang hampir selesai LA baca.. sebelum tu nk tunjuk dulu cover depan buku ni.. baru syiok nk buat review kan.. . . . **Aku Ingin Berubah by Qamarul Nazrin** . . . (Susah jugak guna hp yek apdet blog.. - x suke!!) Okey kite terus ke topik utama ye puan2 sekalian.. hehe.. Buku ni LA dah baca sampai last capter.. Bab 6 - Syurga Untuk Semua.. LA tertarik dengan artikel untuk tajuk yang ke-2 dalam bab ini.. Jom LA review sikit ape yang ada dalam tajuk NO.2 itew...!! 02. PIMPIN DENGAN HIKMAH Teguran kita kepada orang secara umum seperti ceramah, facebook dan lain-lain sangat berbeza. Bila kita berhadapan secara face to face, pendekatan perlulah berbeza, bukan semata-mata menghukum, lantas mengabaikannya. "Weh kau tau tak couple tu haram?" "Weh tutup la aurat! Tau tak dedahkan aurat tu berdosa?" "Apa ni pakai baju ketat? Tak takut ke orang pandang?" "Aku tengok kau ni macam tak pernah solat je, agama apa ni?" Dan pelbagai lagi teguran-teguran yang sama waktu dengannya. Niat hendak mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan tu dah bagus. Tapi cara tu kene betulkan sedikit. Bila cara tak kene, akhirnya bergaduh. Tak bertegur sapa, merajuk dan sebagainya. Jadi, macam mana nak buat? Kalau nak ajak orang lain melakukan kebaikan, tak semestinya kena ajak melalui perkataan. Boleh je menegur tanpa mengeluarkan sepatah kata. Saya pernah ada seorang junior bilik di kolej dulu yang tak solat. Apa yang saya lakukan adalah seperti berikut, 1. Perkara pertama sekali yang saya lakukan ialah 'menawan hatinya'. Saya akan sentiada lepak dengan dia, study sekali dengan dia, bagi nota-nota pelajaran, ajak jogging sekali dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menimbulkan rasa tsiqah atau rasa percaya dalam dirinya terhadap saya. Bila dia dah percaya pada saya, senang la untuk saya mendidik dirinya untuk solat! Tandanya adalah apabila dia mula bercerita tentang rahsia-rahsia peribadinya pada saya. 2. Suatu hari, junior saya mula menceritakan masalah-masalah peribadi yang dialaminya. Maksudnya dia sudah percayakan saya! Saya terus kepada langkah kedua iaitu merancang suatu tindakan yang dapat mendidik dia untuk menunaikan solat. Apa yang saya lakukan ialah saya akan ajak dia pergi jogging pada setiap petang, diakhiri dengan makan di cafe yang berdekatan dengan masjid. Sengaja saya jadualkan hidup kami untuk makan pada waktu senja yang berdekatan dengan masjid. Setelah selesai makan, azan pun berkumandang. Di situ peluang untuk mendidiknya. Saya terus ajak pergi solat berjemaah di masjid. Dah alang-alang dekat dengan masjid kan. Atas dasar hormat dan percaya, akan jadi lebih mudah. Saya lakukan setiap hari hingga jadi kebiasaan. 3. Apabila sudah menjadi rutin, saya selitkan dengan kisah-kisah teladan berkenaan kelebihan orang yang bersolat jemaah dan ancaman bagi orang yang tak solat. Sehinggalah pada suatu hari, junior datang kepada saya. Kelihatan dia baru lepas menangis. Dia meluahkan yang dia teringin nak solat tapi tak tahu nak solat. Maka saya ajarkan dia untuk bersolat agar lebih sempurna.  Tak perlu tegur direct. Nak ajak orang sekeliling melakukan perubahan ada kala boleh dilakukan dengan hikmah (bijaksana) dan qudwah. Kalau roommate korang kaki drama korea sampai tinggal solat, korang boleh ingatkan mereka dengan mengajak untuk solat berjemaah sekali. Kalau roommate korang jenis orang selekeh, campak baju merata, korang boleh ajak diorang untuk gotong-royong bersihkan rumah sama-sama. Kalau kawan korang free hair dan tak tutup aurat dengan sempurna, ajak dorang temankan korang shopping tudung dan baju-baju labuh. Kemudian belanja dorang tudung dan baju. Puji dorang sampai kembang. Dan perkara yang terpenting dalam mengajak melakukan kebaikan adalah sabar dan doa. Sabar dengan kerenah mereka dan sentiasa doakan mereka. Mungkin korang tak tahu betapa strugglenya dalam hati dorang nak berubah!! Bukankah korang juga pernah lalui kesusahan yang sama dulu?? Jadi, bersabarlah. Pandanglah mereka dengan kaca mata dakwah, jangan sesekali menghukum mereka. Santuni mereka dengan lemah lembut hingga akhirnya mereka juga mampu berubah seperti korang!! Okeh dah setel LA taip tajuk NO.2 tersebut.. panjang gak ohh!! Lenguh jari jemari.. tapi tak pe.. LA nk soh satu donea baca.. haha.. hasil penulisan yang sangat bagus daripada saudara Qamarul Nazrin untuk kite semua.. Nak tegur orang pown biarlah kene dengan caranya ye dak?? Jangan men hentam kromo je.. niat ati dah baik nak tegur tapi kalau dengan cara yang tak betul silap-silap kite lak yang menambah dosa yang sedia ada.. So, berhati-hatilah ye ketika menegur tu.. jangan sampai menghina orang.. Kalau korang baca 1 buku ni lagik best.. lagi banyak la pengetahuan dan pengajaran yang korang akan dapat dalam buku ni.. LA review tajuk diatas sebab LA rasa isinya menarik untuk dikongsikan.. bukan tajuk ni je menarik tau tapi semua tajuk dalm buku ni best.. cumanya, bagi LA tajuk ni istimewa sikit.. haha.. Moga dengan pengkongsian ni kita sama-sama dapat manfaat daripadanya.  Buat korang.. beli la buku ni.. sangat bagus tau.. hehe... OKey la nak chow dulu nak sambung baca sampai abeh.. Assalamualaikum........~!!
https://www.leaazleeya.com/2016/09/tazkirah-jumaat.html
Tazkirah Jumaat
Assalamualaikum wbt..
https://www.leaazleeya.com/2018/09/yakin-cerah-dan-ceria-dengan-8-manfaat.html
Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!
Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty! | Teruja hakak deknon bila dapat tau SAFI Malaysia telah mengeluarkan semula set penjagaan wajah SAFI Fair Beauty.. Tapi kali ni didatangkan sekali dengan BB Cream.. Wahh lagi mantop SAFI sekarang tau.. Kalau dulu-dulu time sekolah hakak selalu guna Cream SAFI yang tutup warna hijau tu.. Sekarang dah keluar SAFI Fair Beauty ni memang kena try la.. Jom kita selongkar rahsia disebalik SAFI Fair Beauty ini!! Tidak yakin ketika menghadiri temuduga?  Selalu menggunakan aplikasi “filter” sebelum memuat naik gambar di media sosial? Dah pakai baju cantik- cantik pun si dia tak perasan? :( Haaa ada yang mengalami masalah seperti ini? Kalau ada, korang jangan risau…. SAFI FAIR BEAUTY jer lah jawapannya..  Kebanyakan gadis mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression” tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru. Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI - jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah - SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan. Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO. Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada rutin  penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuaan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV! Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas. Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja! SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk :- Mencerahkan kulit Menyamaratakan tona kulit Kulit berseri merah jambu Mengawal pengeluaran minyak berlebihan Memberi perlindungan UV Melembutkan dan menghaluskan kulit Melicinkan kulit Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit     “3 beradik” penyeri wajah, pelengkap hari! Dia si ayu penuh keyakinan Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri. Dia si cantik penuh kemanisan Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa. Dia si comel penuh keceriaan Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising). SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY,  Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI - “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama! Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut :- 1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser Saiz pek : 50g/100g Harga : RM5.75/10.20 (0% GST)  2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream Saiz pek : 50g/80g Harga : RM8.15/11.45 (0% GST)  3. SAFI Fair Beauty BB Cream  Saiz pek : 40g Harga : RM8.15 (0% GST)  4. SAFI Fair Beauty  Set (Fairness Cream + Facial Cleanser)  Saiz Pek : Gift Set Harga : RM10.90 (0% GST) Sempena keluaran baru SAFI Fair Beauty ni, aku nak cabar diri aku menggunakan set penjagaan wajah ini selama sebulan.. Tengok apakah hasilnya.. Adakah produk ini terbaik dan sehebat produk SAFI yang pernah aku pakai satu ketika dahulu.. Yang penting ianya HALAL, Selamat dan Suci tanpa kesan sampingan.. Orite, jom start SAFI Fair Beauty 31 Day Challenge!! Yakin, cerah dan ceria dengan 8 manfaat kecantikan SAFI Fair Beauty! Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah! Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY, Instagram SAFI@safimalaysia, laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
https://www.leaazleeya.com/2016/08/dapat-hadiah-jam-tangan-submarine.html
Dapat Hadiah Jam Tangan Submarine
Assalamualaikum wbt.. Dapat Hadiah Jam Tangan Submarine  |  Tak tido lagi ke korang?? Hehe Aku masih disini.. Sesambil layan TV1 - XPDC Mencari Sakinah.. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.. Apa yang aku nak cerita malam ni adalah AKU DAPAT HADIAH...!!! Yeyy... Haaa ini lah hadiah yang aku dapat... Jam tangan Submarine.. Bestkan dapat hadiah.. Lagik best kalau orang lain yang kasi kat kita.. Tapi yang ni aku hadiahkan untuk diri sendiri.. Haha..!! Alah kire hadiah jugak la tu kan.. hiks.. Pada asalnya aku hanya nak belikan jam untuk en. somi aje.. Nak hadiahkan untuk dia... Tetiba terpandang pulak jam Submarine ni.. Wallawehhh lawooo nyee.. Terus sekodeng harga.. Huh tak mahal.. Yesss.. Terus rembat satu untuk aku... Haha.. Warna warni tuuuu baq hang..!! Ni pulak jam en. somi.. Dia pilih yang ni.. Aku soh dia rembat Submarine tak nak.. Tak cantik katanye.. Cessss.. Aku rasa jam Submarine lagik cantik dari yang ni.. haha.. Tapi tak pe la.. Pilihan masing-masing.. Dah mata dia berkenan yang ni kan.. Terpulang la pada dia.. Dia yang nak pakai, bukan aku.. hiks.. Rasanya dah banyak koleksi jam aku.. Cumanya banyak dah yang kehabisan bateri.. Bila la nak p top up balik bateri semua jam aku tu.. Jam kenangan.. Ahakz.. 
https://www.leaazleeya.com/2018/05/bb-jelly-lovera-bb-cream-terbaik-untuk.html
BB Jelly Lovera | BB Cream Terbaik Untuk Kulit Berjerawat Dan Berparut
BB Jelly Lovera | BB Cream Terbaik Untuk Kulit Berjerawat Dan Berparut  |  Kelmarin aku dah cerita tentang keajaiban produk Akar.co Skin Polisher Arang 2 In 1 yang mampu menjadikan kulit wajah flawless dan glowing dalam sekelip mata kan.. Jadi, hari ni aku nak cerita pulak bab makeup.. Hehe.. Baru-baru ni aku diperkenalkan oleh rakan aku dengan satu BB Cream ni.. Serius wehh BB Cream ni sangat lain dari yang lain sebabnya BB Cream ni adalah BB Cream yang pertama di malaysia berteksturkan Gel... Nak tahu tak BB Cream apa? Hehe.. Yeahh BB Jelly Lovera, BB Cream terbaik untuk kulit berjerawat dan berparut..  Kalau bab memilih BB Cream ataupun foundation akulah orang yang paling cerewet.. Sebelum beli, aku mesti kena pastikan dulu ianya bukan dari jenis yang melekit-lekit, susah nak apply, berminyak, susah nak cuci dan bercapuk-capuk bila pakai.. Kalau ada ciri-ciri ni, memang aku tak beli... Pernah la tersalah beli dua, tiga kali.. Apa jadi selepas tu, sama ada bagi pada kakak atau adik, tak pun kalau dorang tak nak, aku simpan aje buat pekasam.. Last sekali, buang bila dah expired.. Haha!! Orite, tak nak bebel panjang lebar lagi, sekarang aku dah jumpa BB Cream yang terbaik untuk aku, iaitu BB Jelly Lovera.. Kebetulan pula foundation aku dah habis, jadi bila kawan aku ceritakan tentang kelebihan yang ada pada BB Jelly Lovera ni, terus aku rembat... Mula tu risau jugak kalau-kalau tak sesuai dengan aku kan.. Almaklumlah tak pernah lagi pakai BB Cream yang berasaskan Gel ni.. Walaupun risau, aku tetap teruja nak cuba.. Hiks.. Apa Itu BB Jelly Lovera? BB Jelly Lovera ni sebenarnya sama sahaja macam BB Cream yang biasa tu tetapi yang menjadikan ianya special adalah ia bertekstur Gel... Macam yang aku katakan diawal tadi, BB Jelly Lovera ni merupakan BB Cream pertama di Malaysia yang bertekstur Gel.. Rugi la kalau aku tak cuba kan.. Hehe.. BB Jelly Lovera ni teksturnya sangat ringan, sejuk dan sangat cepat menyerap berbanding BB Cream biasa yang lain... BB Jelly Lovera ini sesuai untuk semua jenis kulit.. Diformulasikan di Malaysia dengan menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi seperti Aloe Vera, Ektrak Daun Zaitun dan Vitamin B. 9 Manfaat BB Jelly Lovera Setiap produk mesti ada manfaatnya kan? Kalau beli produk tak membawa apa-apa manfaat buat apa beli kan.. Begitulah juga dengan BB Jelly Lovera ni... Banyak manfaatnya.. Ada 9 manfaat BB Jelly Lovera yang perlu korang tahu.. Antaranya :- Mencerahkan kulit serta merta Cover parut dan cela di wajah Membantu masalah jerawat Sunblock SPF15 Mengecilkan pori Menyerikan dan mencantikkan kulit Meratakan warna kulit Melembapkan kulit Melembutkan kulit Haaa nampak tak, BB Jelly Lovera ni bagus juga untuk membantu masalah jerawat.. Walaupun aku tak ada jerawat tetapi muka aku tetap ada parut jerawat dan sedikit jeragat... Sebab itulah aku guna BB Jelly Lovera ni untuk cover parut dan cela kat wajah aku ni.. Barulah muka nampak flawless dan glowing.. Hehe!! Bukan tu sahaja tau, eyebag pun boleh cover sekali.. Memang terbaikk wehh!! Kenapa BB Jelly Lovera Menjadi Pilihan Ramai? Yang ni perlu korang tahu!! Kenapa BB Jelly Lovera menjadi pilihan ramai dan juga menjadi pilihan aku khususnya.. Nak tahu kenapa? Ofkoslah BB Jelly Lovera ni menepati ciri-ciri BB Cream yang aku suka.. Apa ciri-cirinya? Jom semak!! Senang dicuci hanya dengan menggunakan air sahaja dan tidak perlu makeup remover Mesra solat Tidak melekit Tidak berminyak Senang apply di muka Tidak mengandungi bahan berbahaya Diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat digunakan Tidak bercapuk Serius firstime guna memang best sangat sebab mudah gile apply dekat muka, tak perlu nak beria tenyeh muka... Just calit dan sapu rata pada muka dah boleh nampak kulit muka glowing dan sekata... Jadi, lepas ni aku dah tak perlu nak mengambil masa yang lama untuk bersiap dengan adanya BB Jelly Lovera ni..  Pandangan Aku Tentang BB Jelly Lovera Honestly, sebelum ni memang aku tak pernah lagi jumpa BB Cream yang terbaik seperti BB Jelly Lovera ni.. Firstime guna, aku dah terpaut dengan manfaat yang ada padanya... Paling aku suka, ianya tak melekit... Itu ciri-ciri utama yang aku cari pada BB Cream mahupun Foundation.. Sekali pakai dah rasa muka lain sangat.. Rasa kulit muka lebih lembut dan ofkoslah kelihatan flawless dan glowing..  Selain itu, aku suka BB Jelly Lovera ni sebab senang gila nak apply dekat muka dan sangatlah mudah nak cuci... Sebagai seorang muslim, bila nak solat kena pastikan kita berada dalam keadaan yang betul-betul bersih termasuklah makeup.. BB Jelly Lovera ni ternyata mesra solat sebab ianya mudah sangat dicuci.. Tak perlu lagi makeup remover.. Cuci dengan air pun dah boleh hilang... Serius best!! Oh ya satu lagi, BB Jelly Lovera ni tak bercapuk ye... Jadi, aku sangat recommend dekat korang semua yang ada masalah kulit muka tak kiralah masalah jerawat, jeragat, parut atau cela dan sebagainya untuk cuba BB Jelly Lovera ni.. Aku yakin korang akan sukakannya.. Jom tengok aku makeup.. Tutorial Makeup Paling simple Dengan BB Jelly Lovera Bagaimana Nak Dapatkan BB Jelly Lovera? Ok, kalau korang rasa korang nak muka korang flawless, glowing dan bebas dari masalah jerawat, bolehlah cuba BB Jelly Lovera ni... Dengan 1 tiub BB Jelly Lovera ni korang akan dapat 9 manfaat daripadanya.. Sangat berbaloi-baloi dengan harganya yang mampu milik... Berapa harganya? Murah saje hokeh!! Harga BB Jelly Lovera (30ml) RM 45 Sahaja!! ( Tidak termasuk postage) Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :- Website http://www.lovera.com.my/ Facebook https://www.facebook.com/loveramalaysia/ Instagram https://www.instagram.com/loveramalaysia/
https://www.leaazleeya.com/2023/04/tena-memilih-empat-rakyat-malaysia.html
TENA Memilih Empat Rakyat Malaysia Aktif Berusia 50 Tahun Ke atas Sebagai Juara TENAcity Band Search
TENA Memilih Empat Rakyat Malaysia Aktif Berusia 50 Tahun Ke atas Sebagai Juara TENAcity Band Search  |  Para pemenang membawa pulang hadiah berjumlah RM60,000 dan akan menjelajah Malaysia bagi membawa mesej penuaan aktif untuk menggalakkan dan memberi inspirasi kepada warga emas Malaysia untuk terus hidup dengan berkeyakinan.Para hakim dengan finalis TENAcity Band SearchTENA, jenama peneraju dunia dan Malaysia dalam penjagaan inkontinen, dengan bangganya memperkenalkan TENAcity, Kumpulan muzik pertama Malaysia yang dianggotai oleh ahli berumur 50 tahun ke atas dengan tujuan menyebarkan mesej penuaan aktif dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus hidup dengan berkeyakinan tanpa mengira usia.Panel Hakim TENAcity Band Search Dari kiri : Cheryl Wang, Pengurus Pemasaran, Vinda Malaysia, Yapp Pau Ling, Pengarah Komersial, Vinda Malaysia, Sandeep Joseph, Ketua  Pegawai Eksekutif, Penasihat Ampersand dan Hakim selebriti, Reshmonu dan ManbaiPada hujung minggu yang lalu, rakyat Malaysia dari seluruh negara mempamerkan bakat muzik mereka di hadapan panel hakim yang terdiri daripada artis terkenal Manbai dan Reshmonu. Seramai 111 peserta yang terdiri daripada penghibur solo dan berkumpulan telah tampil ke pentas, dan menyanyikan lagu kegemaran mereka untuk merebut tempat dalam kumpulan TENAcity dan hadiah utama RM60,000. Gerard Singh, 56, Colin Thaddeus Jansen, 60, Raymond Chia, 52 dan Mark George Felix, 56, masing-masing berjaya meraih tempat sebagai vokalis/pemain bass, pemain gitar, keyboard dan dram, dengan pameran kebolehan muzik, kehadiran pentas dan kebolehan teknikal yang mengagumkan para hakim. Pemenang TENAcity Band Search (Dari kiri : Mark, Raymond, Gerard dan Colin)  Kumpulan itu menyuarakan kegembiraan mereka selepas dinobatkan sebagai juara pencarian kumpulan TENAcity. Walaupun berdepan dengan saingan sengit daripada pemuzik berbakat lain, mereka berbangga untuk mewakili rakan sebaya mereka dan menyebarkan mesej penuaan aktif kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara. Ahli kumpulan mengucapkan terima kasih kepada TENA atas peluang dan platform yang diberikan untuk mengejar impian mereka dalam menyebarkan mesej mengenai penuaan aktif.Gerard Singh, vokalis kumpulan berkata, “Gaya hidup yang aktif merupakan sesuatu yang amat penting, lebih-lebih lagi apabila usia kita meningkat. Ahli kumpulan berharap agar kami dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengutamakan penuaan aktif, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental.” Tambah beliau lagi, “Kami menghargai usaha TENA dalam mewujudkan sebuah saluran supaya warga emas Malaysia dapat kekal aktif, kerana tidak ada banyak pilihan yang tersedia untuk golongan ini.” Su Ting Nee, Presiden Vinda Group SEA berkata, “Saya gembira untuk melihat sokongan dan jumlah kehadiran bagi acara pencarian kumpulan TENAcity kami yang pertama. Menyaksikan para peserta mencurahkan jiwa dan raga mereka di atas pentas pada hari ini merupakan satu pengalaman yang menyentuh perasaan dan pasti tidak dapat dilupakan. Kami dapat menyaksikan antara persembahan terbaik yang pernah kami lihat dan kami tidak sabar untuk lihat TENAcity membawa mesej penuaan aktif kepada lebih ramai rakyat Malaysia.” “Kami amat gembira dengan pemilihan ahli kumpulan yang akan mewakili jenama dan mesej kami. Mereka merupakan bukti dan simbol bagi penuaan aktif dan saya tak sabar untuk kongsikan kebolehan mereka dengan seluruh negara dengan harapan kami dapat terus memperkasakan semua orang untuk menjalani kehidupan secara aktif dari segi fizikal dan mental,” tambahnya lagi.  TENAcity akan memulakan jelajah Malaysia mereka pada Jun 2023, bermula dengan persembahan di Shah Alam, diikuti dengan Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru dan akhirnya kembali ke Petaling Jaya. Tumpuan akan diberikan untuk membawa kumpulan itu ke masyarakat akar umbi bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif tanpa mengira usia.Su menambah, “Kami percaya untuk menyebarkan mesej penuaan aktif, adalah penting untuk kami mendekati seramai mungkin rakyat Malaysia. Kami ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia dari semua latar belakang bahawa TENA sentiasa bersedia untuk menyokong mereka menjalani kehidupan dengan gigih tanpa dihalang faktor seperti umur dan status sosioekonomi untuk meneruskan legasi mereka. Sepanjang penjelajahan ini, kami juga akan bekerjasama dengan NGO Malaysia dan organisasi lain untuk menyebarkan mesej kami dan meningkatkan usaha dalam menyokong penuaan aktif.”Peserta Irene Tham, 71, mengikuti uji bakat untuk posisi pemain dramPenjelajahan TENAcity ke seluruh negara akan berlangsung dari Jun hingga November 2023. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang TENAcity seperti tarikh dan lokasi lawatan, sila layari Laman Facebook TENA di www.facebook.com/TENA.Malaysia atau Laman Web TENA di www.TENA.com.my
https://www.leaazleeya.com/2014/05/lagu-time-kecik-kecik.html
Lagu Time Kecik-Kecik..
Assalamu'alaikum wbt.. Terlalu lama rasanya tak menghapdet blog... Rindu sangat-sangat nak berblog.. Tapi apekan daya masa menghadkan segalanya... Bukan tu aje.. KEMALASAN yang melampau pown menjadi punca-punca terjadinya blog ni tak berhapdet... hehehe.. Teringat aku masa kecik-kecik dulu... Dengar lagu omputih tapi tataw ape yang dorg sebut .. Almaklumlah kecik agik time tu kan... Bukannya tahu bahasa2 inggeris ni... Takat dengar dan buat lirik sendiri boleh la.. Janji bunyik ala-ala gitu... Hahaha.. Banyak jugak lagu yang aku reka sendirik lirik dia.. tapi bunyiknye lebih-lebih kurang la dengan versi asal.. Time-time kecik dulu mesti la dengar lagu kanak-kanak kan,.. Takan dengar lagu jiwang-jiwang dewasa lak.. Tapi budak sekarang dah pandai dah.. Dah update la budak-budak sekarang.. layan lagu orang-orang dewasa dah.. Tak layan lagu kanak-kanak hingusan ni.. hehehe Salah satu lagu yang masih aku ingat sampai sekarang.. Aku pown tak pasti ape tajuk lagu ni yang sebenar.. Tapi aku masih ingat lirik yang aku buat dulu.. Agak lucu  bunyinye.. Tapi menarik bagi aku.. HAhahaha..Poyos betol rasenya bila nyanyikan balik.. Sape-sape yang tahu lagu  ni, boleh la nyanyi sama-sama aku.. sape tataw, just buat muka terkejut je ye,.. hahaha.. jummm..~!! "lets go to the zoo, de wat supi sudu, de de winggu" HAhahaha... itu la lirik yang sering aku nyanyikan masa kecik-kecik dulu.. Bila dah beso 'gajah' ni, terasa lucu lak.. Tapi tetap menghiburkan hati aku sendiri.. Bila aku nyanyi kuat-kuat, mesti semua cakap "ape yang ko mengarut ni.. dah x betul ek".. HAhahaa.. itu lah dialog yang biasa aku dengar sesudah aku habis nyanyikan lagu yang 'kiut' ni.. Teringat lak satu 'peristiwa' tu.. Dulu-dulu aku memang selalu p karok.. Kalau pergi KL mesti karok kat Redbox.. Karok tu adalah xtvt wajib aku dulu... Memang gile karok la dulu... Satu hari tu, aku pergi karok dengan seseorang ni yang juga kaki karok cam aku.. Memang sekepala la aku ngan dia dulu.. Hantu nyanyi betul kitorang ni dulu... Dok tengah-tengah syok menyanyi, aku teringat dengan lagu 'kiut' aku ni la.. Terus aku amik mic dan terus nyanyi lagu berhantu aku ni.. Terus dia tercengang dan tanye aku "Lagu ape tu".. Sambil dia buat muka konfius dan gerun + cuak.. Hahahaha.. Tak leh blah tengok muka dia.. Aku ape lagik, terus buat penderaan mental keatas dia.. Aku paksa dia nyanyi lagu misteri aku tu.. Dia tak nak sebab lagu tu "terlampau best".. Wakakaka.. Aku tetap buat paksaan sampai hampir-hampir dia mengidap penyakit mental ketika itu.. (dasyat tak cerita aku ni yang ditokok tambah)... ekeke.. Last-last dia TERPAKSA menebalkan muka dan mengikut aku nyanyi lagu tu.. hahahahahahaha (gelak besar aku)... Aku siap ajar dia cara-cara nak nyanyikan lagu tu... Dia bukan tau melody dan lirik lagu tu.. hahaha  Tapi ok la sebab dia sporting sangat.. Nak jugak dia memenuhi permintaan aku tu.. Sampai dia suka lak lagu simple aku tu.. hahaha.. Ingat lagik ke dia ngan lagu ni ek.. Ape la cite dia sekarang.. hehehe.. Kenangan betul la semua ni.. hikhik.. Simpan semua kenangan dalam buku "hati"... Itu je yang ada sekarang.. huhuhu Best tak cerita aku?? Korang pown mesti ada lagu yang korang reka sendirik kan time-time hingusan dulu... Tapi mesti korang tak leh tiru aku punye lagu yang sangat-sangat comel ni kan.. hahaha.. Okeh la kawan-kawan.. Moga lain kali aku coretkan lagik pape cite.. Aku nak p hadap kerja lak.. Jumpa lagik deh...  Bubeyy... Smile Sokm0~!!
https://www.leaazleeya.com/2013/11/indah-perjalanan-yang-allah-ciptakan.html
Indah Perjalanan Yang ALLAH Ciptakan Untuknya
Assalamualaikum Munajat kepada ALLAH.. ya.. pagi tadi on the way datang keje tadi aku sempat la dengar Munajat Taubat Nasuha dalam radio.. syahdunye rasa.. time tu teringat berkenaan Almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang telah pergi kepada Sang Penciptanya untuk selama-lamanya dengan meninggalkan kesedaran kepada umat Islam atas muka bumi ini.. Sungguh terkesan pemergian beliau... Sewaktu jenazah Ahmad Ammar selesai dikhafan kan.. terlihat ada peluh @ keringat di dahi dan sekeliling kelopak mata beliau.. Bukankah itu petanda seorang yang mati syahid?? Ya ALLAH... Subhanallah... Indah sungguh perjalanan yang ALLAH telah ciptakan untuk Almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam... Beliau mati syahid... Alhamdulillah... Tahniah kepada kedua ibubapa Almarhum...  Mesti baca kisah yang hebat ini :') Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.  Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya. ☞ Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. الفاتحة بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين الرَّحمـنِ الرَّحِيم مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين  آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْنَ Jom kite saksikan video perjuangan Ahmad Ammar bin Ahmad Azam sepanjang hidup beliau.. ( 1993 - 2013 ) Al-Fatihah
https://www.leaazleeya.com/2021/06/tip-untuk-mempelbagaikan-pilihan-pakaian-anda-tanpa-membeli-banyak.html
Tip Untuk Mempelbagaikan Pilihan Pakaian Anda Tanpa Membeli Banyak
Tip Untuk Mempelbagaikan Pilihan Pakaian Anda Tanpa Membeli Banyak  |  Fesyen boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan bagi sesetengah orang, tetapi boleh juga memudaratkan. Tidak semua orang mampu mengisi almari mereka dengan semua pakaian trend terkini dan jenama mewah. Sebilangan daripada kita mungkin tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpannya. Namun, itu bukan alasan untuk hanya memakai baju yang kelihatan membosankan atau tidak ceria.Terdapat banyak cara untuk memanfaatkan pakaian dan aksesori anda tanpa perlu mendapatkannya dalam pelbagai warna atau corak. Dalam artikel ini, saya akan membincangkan tip untuk mempelbagaikan lagi pilihan pakaian dari almari anda tanpa membeli banyak.Pilih Hanya Yang AsasTip pertama adalah pilih yang mudah untuk digayakan dan sesuai, tidak kira usia, jantina, atau di mana anda tinggal. Pakaian gaya asas mungkin kelihatan membosankan kerana tidak mempunyai banyak warna atau rekaan tetapi sebenarnya pakaian tidak semestinya berwarna-warni atau bercorak. Tujuan sebenar pakaian gaya asas ini adalah untuk menjadi kanvas kosong untuk aksesori lain seperti kasut atau beg anda. Apabila memilih pakaian asas, pilihan yang terbaik adalah pakaian berwarna hitam-putih. Kemeja-T putih akan sentiasa bergaya, dan anda boleh memakai seluar slack berwarna hitam untuk bekerja atau makan tengah hari dengan rakan-rakan. Hampir semua jenama fesyen mempunyai koleksi pakaian asas mereka sendiri. Sebagai contoh, peruncit fesyen Zalora mempunyai labelnya tersendiri yang memfokuskan pada pakaian asas dan yang tidak lapuk dek zaman.Beli Aksesori Pelbagai FungsiRamai pakar fesyen yang mencadangkan anda untuk membeli dan menggunakan aksesori, dan mereka memberi sebab mengapa anda harus melakukannya. Walau bagaimanapun, tidak semua aksesori akan kekal dalam trend, dan anda mungkin menyesal membeli rantai leher choker setahun yang lalu jika yang dalam trend sekarang adalah rantai emas. Walaupun kelihatan kecil, aksesori juga boleh mengambil ruang di almari pakaian jika anda sentiasa membeli aksesori baru. Oleh itu, satu lagi tip fesyen yang boleh anda lakukan adalah untuk mencuba melabur dalam beberapa aksesori pelbagai fungsi.Dalam era teknologi yang semakin maju, lebih ramai orang memilih untuk memakai jam tangan pintar dan bukan lagi jam tangan tradisional di atas sebab-sebab tertentu. Salah satu sebab terbesar adalah kerana jam tangan pintar melakukan lebih daripada sekadar memberitahu masa. Jam tangan pintar boleh digunakan untuk menjawab panggilan, memeriksa cuaca, dan juga mengukur degupan jantung anda. Sebab yang lain adalah kerana ianya kelihatan lebih hebat dan sesuai dengan semua stail pakaian. Anda mungkin berfikir bahawa hanya jenama teknologi yang mengeluarkan jam pintar tetapi sebenarnya terdapat jenama jam tangan seperti Fossil dan Mont Blanc yang turut mengeluarkan koleksi jam pintar mereka sendiri. Jam pintar ini bukan sahaja kelihatan hebat tetapi juga sesuai digunakan dengan sistem operasi telefon bimbit iOS dan Android.Fikir Tentang Jangka Hayat ProdukPernahkah anda mendengar orang membeli pakaian jenama mewah kerana mereka percaya bahawa itu adalah pelaburan yang lebih baik? Ini adalah benar kerana dalam beberapa aspek, jenama mewah kebiasaannya mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan tahan lebih lama. Ini bermakna anda boleh memakai barang itu untuk masa yang lama, dan mungkin menjimatkan anda dalam jangka masa panjang. Namun, jangan ambil tip ini sebagai alasan untuk hanya membeli barang-barang mewah kerana itu boleh memudaratkan dompet dan akaun bank anda. Sebaliknya, gunakan tip ini sebagai peringatan untuk memikirkan tentang kualiti barang dan bukan harganya. Terdapat banyak jenama yang menghasilkan barang mereka secara besar-besaran dengan bahan yang tidak berkualiti untuk membolehkan jualan dengan harga yang lebih murah. Tetapi, produk sebegini tidak akan bertahan lama seperti jenama yang menghasilkan barang dengan bahan berkualiti dan menitikberatkan perincian seperti jahitan dan butang. Apabila anda membeli pakaian berkualiti, walaupun harganya lebih mahal, anda akan mendapat produk yang tahan lebih lama dan lebih bernilai.
https://www.leaazleeya.com/2016/03/solat-lah.html
Solat lah...
Assalamualaikum..
https://www.leaazleeya.com/2015/02/buatmu-seorang-lelaki-yang-dikagumi.html
Buatmu Seorang Lelaki Yang Dikagumi...
Assalamualaikum wbt.. Buatmu seorang LELAKI... Seorang pejuang Islam... Al-fatihah..
https://www.leaazleeya.com/2016/07/aku-yang-berdosa.html
Aku Yang Berdosa
Assalamualaikum wbt.. Aku Yang Berdosa  |  Korang pernah dengar tak lagu ni.. Aku yang berdosa nyanyian Shahir AF.. Lirik lagu ni memang ohsem.. Aku suka lagu ni.. Aku nak abdikan lagu ni dalam blog aku..  Aku Yang Berdosa by Shahir AF Sejauh mana langkah ku di sana Aku melupakan-MU Seluas mana kau beri padaku Masih ku angkuh pada-MU Segalanya dusta Gelap mengaburi ku Ya Allah, Apa yang bisa Ku tebus kepada-MU Atas dosaku Ya Allah, Hina terasa Biarku bersujud Untuk ke syurga-MU
https://www.leaazleeya.com/2017/07/the-unsung-hero-hadiah-dari-sahabat.html
The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger
The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger  |  Sebuah lagi novel Melur Jelita berada dalam koleksi novel aku.. The Unsung Hero... Alhamdulillah novel ni aku dapat dari seorang sahabat blogger aku, Siqah.. Dia hadiahkan kepada aku.. Aku pernah cerita dah sebelum ni kan.. SINI.. Katanya dia tak larat dah nak  baca sebab terlalu tebal.. Hehe.. Memang tebal pun novel ni... Berapa lama la agaknya masa yang aku ambil untuk habiskan sebuah novel ni nanti.. Hehe..  The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger Kebanyakan novel Melur Jelita memang tebal-tebal belaka.. The Unsung Hero ni ketebalan novelnya 1156 muka surat dengan 151 chapter.. Huhu.. Sekarang ni aku tengah berusaha habiskan novel Terukir Cinta karya Anna Lee.. Lepas tu baru aku akan baca novel ni kot.. Tengok mood macam mana nanti.. Hiks.. Oklah, apa-apa pun, moh le kite pakat baca sinopsis buku ni dulu sebelum kita menghadam ketebalan novel ni.. haha!!
https://www.leaazleeya.com/2019/05/mireina-m1-luminence-serum-24k-gold.html
Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold Membantu Mencerah, Menghidrat dan Meremajakan Kulit Wajah
Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold Membantu Mencerah, Menghidrat dan Meremajakan Kulit Wajah | Hi readers!! Dah masuk ramadhan 15 ramadhan dah ye hari ni.. Cepat jerk masa berlalu.. Ok, bukan nak cerita tentang ramadhan tetapi nak share cerita dengan korang tentang serum muka best yang aku guna sekarang ni iaitu Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold yang dapat membantu mencerah, menghidrat dan meremajakan kulit muka.. Serius best weh serum wajah ni.. Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold Membantu Mencerah, Menghidrat dan Meremajakan Kulit Wajah Aku memang agak fanatik sikit dengan serum ni.. Pantang ada serum baru dan bagus mesti aku nak cuba.. Tapi tak de la aku main bedal aje.. Mesti kene tengok jugak kandungannya sama ada selamat digunakan ataupun tak.. Muka nak pakai lama woih!! Hehe.. Kalau korang nak tahu, Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold ni merupakan serum yang difromulasikan oleh Doktor Pakar Aestetik.. Ia dihasilkan dari gabungan 9 bahan semulajadi dimana ia membantu mencerah, menghidrat dan meremajakan kulit muka.. Serum ini juga telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Selain tu, M1 Luminence Serum 24K Gold ini telah berdaftar dengan NPRA.. Nak beli serum atau sesuatu produk tu kenalah check dulu sama ada ia selamat digunakan atau tak.. Jangan main beli jerk tau.. Nanti muka korang jugak yang binasa.. Aku dah kena dulu-dulu.. Dek kerana main pakai beli tanpa usul periksa kandungannya, menyebabkan muka aku breakout teruk.. Dulu la.. Sekarang memang aku ambil tahu dulu tentang satu-satu produk yang aku nak guna... Sayang muka aku ni wehh!! Hehe.. Bahan Utama Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold Sepertimana yang aku katakan diawal tadi, serum ni mengandungi 9 bahan utama yang terdiri daripada ekstrak bahan semulajadi yang sangat bagus untuk kulit dimana ianya dapat memberi kesan yang sangat efektif kepada kulit wajah kite.. Antara 9 bahan utama tersebut adalah :- 1. Pyrus Malus (Apple) Epal adalah astrigen semulajadi yang boleh membantu mengecilkan liang pori yang besar terutama jenis kulit yang berminyak. Disebabkan sifatnya mengetatkan menjadikan epal sesuai dijadikan sebagai toner.. Kaya dengan vitamin C dengan kombinasi manfaat astringen dapat membantu merawat jerawat dan meremajakan kulit. 2. Camelia Japonica Leaf Extract Daun Camelia Japonica ini menunjukkan aktiviti antioxidative yang tinggi dan anti penuaan kerana ia mengandungi sebatian polifenol. 3. Tricholoma Matsutake Juga dikenali sebagai cendawan pain dimana ia mempunyai antioksidan bioaktif, immunomodulatoey dan sifat antitumoral yang kuat. Ia juga berkesan merawat anti-wrinkle kerana ia menghalang degradasi kolagen dan gentian anjal. 4. Galactoarabinan Bertindak sebagai pengelupasan. Dengan peningkatan kadar perolehan sel kulit, menyebabkan pengurangan garis halus, kedut dan juga menegangkan kulit. Galactoarabinan mengurangkan kehilangan air transepidermal (TEWL) yang membolehkan penghalang kulit kita lebih berkesan dalam mengekalkan kelembapan. 5. Paper Mulberry Root Extract Komponen aktif yang dihasilkan dari ekstrak akar paper mulberry ini menunjukkan melanogenesis yang unggul (menghentikan penghasilan pigmen) dan juga memberikan manfaat anti-penuaan, anti-oksidan dan pencerahan kulit. 6. Green Tea Extract Bukti saintifik menunjukkan keupayaan teh hijau dalam mencerahkan warna kulit, melindungi sel kulit terutamanya dari kerosakan sinar UV, anti-penuaan dan juga mengurangkan keradangan. 7. Alpha Arbutin Bahan pencerahan kulit semulajadi dari ekstrak bearberry. Menghalang pengeluaran melanin (pigmen) oleh enzim pigmen (tyrosinase). 8. Morus Alba Bark Bahan semulajadi yang kuat dengan kesan pencahayaan kulit. Ia juga mempunyai sifat anti-keradangan. 9. Centella Asiatica Extract Juga dikenali sebagai Gotu Kola. Tersenarai dalam "miracle elixirs of life" disebabkan sifat anti-penuaan yang kuat yang menunjukkan keupayaannya untuk memudahkan penyembuhan luka, merangsang pertumbuhan sel kulit baru, membina kolagen dan meningkatkan peredaran darah. Kandungan Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold ni pun korang dah  tau.. Memang semuanya dari bahan semulajadi yang dapat memberi banyak manfaat kepada kulit.. Satu lagi keistimewaan serum ini yang perlu korang tahu, ia mengandungi 24K gold dimana di dalam serum ini mengandungi gold flakes.. Nampak mewah uolls serum ni.. hehe.. Korang tau tak apa fungsi gold flakes ni? Haa ini bukan sekadar hiasan saja tau.. Ia mempunyai manfaatnya yang tersendiri untuk kulit muka.. Antara manfaat 24K gold ini adalah :- Mengurangkan kesan rekahan halus, kedutan dan cela pada wajah Merangsang sel Mengurangkan kekeringan kulit Mencerahkan wajah dengan sekata Melambatkan kadar penyusutan kolagen dalam kulit Merawat kerosakan kulit dari kesan matahari Merawat alergi Merawat inflamasi dan kerengsaan pada kulit Menambah keanjalan kulit Menjadikan kulit sihat bersinar Cara Guna Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold Cara guna serum ni sama jerk cam guna serum yang lain.. Just apply kat muka macam biasa.. Cuma satu yang unik tentang packaging serum ni adalah kalau nak keluarkan serumnya kena picit penutup putih botol tu.. Kalau korang picit botol, memang takde nye serum tu nak keluar sebabnya serum ni didatangkan dalam botol kaca.. hehe.. Apa Kata Lea Azleeya Tentang Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold First impressions tengok box serum ni nampak simple but nice.. Bila dah buka boxnya, uis besar juga rupanya botol serum ni.. hehe.. Ingatkan saiz comel cam serum yang lain yang pernah aku guna sebelum ni.. Menarik!! Boleh pakai lama sikit kan.. hehe.. Satu lagi yang buat aku kagum, cara packagingnya sangat teliti dan berkualiti.. Mereka menjaga kualiti produk dengan baik sebabnya botol serum diseal dengan kemas supaya kualiti serum terjaga dengan baik.. Sealnya pun agak susah jugak nak buka.. Mula-mula cam terpinga jugak camne nak bukak bende alah ni.. Rupa-rupanya manual cara buka serum ni ada tersedia dalam kotak.. Haha.. Apa la aku ni kan.. Tak check betul-betul.. Hiks.. Ok, selalunya aku akan guna serum ni sebagai base makeup aku.. Sebelum makeup mesti pakai serum dulu untuk melindungi kulit dari kerosakan.. Yang bestnya serum ni cepat absorb dan tak melekit ataupun berminyak .. Wangi tau serum ni.. Kesan ketara yang aku rasai adalah kulit jadi lembut dan lembap.. Sekarangkan musim panas, kulit muka aku ni jenis kombinasi.. Ada tempat kering dan ada tempat berminyak.. Bila pakai serum ni, memang ngam sebabnya dia mengatasi masalah kulit kombinasi aku ni.. Makeup pun nampak flawless jerk uolls.. Bagaimana Nak Dapatkan Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold? Ok, mesti ramai yang tertanya-tanya harga Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold ni kan.. Orite, serum ini didatangkan dalam saiz 50ML yang dijual pada harga RM149 sahaja... Nak best lagi, korang beli sekarang sebabnya now, ada promosi tau beli 1 percuma 1 sempena Parents Day... Rugi tau tak grab peluang ni.. Boleh buat stok uolls.. Dah tak payah nak pening-pening kalau botol pertama dah habis.. Tak pun, boleh kongsi dengan kawan-kawan.. Lagi baik, bagi gift kat orang yang tersayang.. Hah gittew.. Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :- ⬗ Website : https://www.mireinacosmetics.com/ ⬗ Facebook : https://www.facebook.com/mireinacosmetics/ ⬗ Instagram : https://www.instagram.com/mireina_cosmetics/   
https://www.leaazleeya.com/2022/01/perjuangan-richworks-2021-bantu-605000-usahawan.html
Perjuangan RichWorks 2021 - Tampil Bantu 605,000 Usahawan Terjejas Bangkit Semula
Perjuangan RichWorks 2021 - Tampil Bantu 605,000 Usahawan Terjejas Bangkit Semula | Tahun 2021 merupakan tahun paling mencabar bagi rakyat Malaysia.. Pelbagai ujian di tempuhi sepanjang tahun 2021.. Mana tidaknya, belum pun reda masalah pandemik di negara kita ini, kita diuji sekali lagi dengan musibah banjir pada akhir Disember tahun lalu.. Ramai yang terkesan dan terjejas dengannya termasuklah kawan-kawan aku malah ahli keluarga aku sendiri ada yang menjadi mangsa banjir tahun lalu.. Meskipun aku tidak melaluinya, tetapi bila melihatkan keadaan mereka yang terjejas, aku sendiri rasa hilang punca.. Terbang segala semangat yang ada.. Aku yakin, untuk bangkit semula dari keadaan ini amat sukar apatah lagi jika yang terlibat adalah peniaga-peniaga dan para usahawan.. Mana taknya, barang berniaga habis rosak dan lagi parah bila tidak mengambil sebarang insurans untuk banjir.. Macam mana nak mulakan semula perniagaan? Modalnya nak ambil dimana? Disebabkan inilah ramai yang berputus asa dan hilang arah.. Memahami perasaan dan situasi yang dialami ramai orang di luar sana termasuklah golongan usahawan yang terkesan, RichWorks tampil dengan komited bantu 605,000 usahawan untuk bangkit semula dari ujian ini.. Perjalanan RichWorks 2021 - Ujian Dan Dugaan Tanda Allah Sayang RichWorks International Sdn. Bhd atau RichWorks merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan.. Nama besar ini telah banyak melahirkan ramai usahawan berjaya. Disebalik kejayaan yang dikecapi rupanya ada ujian besar yang dilalui oleh Pengasasnya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman di mana beliau bersama 31 ahli keluarganya pernah dijangkiti Covid-19 tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila Ibu Mertua beliau meninggal dunia disebabkan Covid-19 dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan yang beliau sudah tiada harapan lagi sekiranya tiada perubahan positif selepas disambungkan dengan alat mesin bantuan pernafasan. Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik selepas itu dan bagi Dr. Azizan sendiri, ini adalah peluang kedua yang dikurniakan oleh Allah SWT buatnya yang akan digunakan sebaik mungkin untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutamanya dalam bimbingannya melalui RichWorks Academy. Bukan setakat itu sahaja ujian dan dugaan yang dilaluinya malah RichWorks juga turut terkesan dengan musibah banjir namun mereka tetap kuatkan semangat untuk terus berjuang membantu golongan usahawan yang terjejas untuk bangkit semula.. RichWorks Bantu Rakyat Dengan Menjalankan Program Percuma Meskipun dilanda ujian dan dugaan, Dr. Azizan tidak pernah mengalah dan putus asa malah beliau tetap komited menjalankan program percuma selepas beliau keluar dari hospital dan sedang dalam proses pemulihan daripada penyakit Covid-19. Program seperti Zero To Million RichWorks, RichWorks Bootcamp dan banyak lagi telah dihadiri oleh ribuan peserta. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang telah beliau luangkan untuk memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Secara keseluruhannya pada tahun lalu, RichWorks prihatin membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks International pada tahun lalu. Usaha RichWorks Bantu Peniaga Wanita Disebut Dalam Dewan Rakyat Satu lagi kejayaan yang cukup membanggakan, bila mana satu program yang dianjurkan oleh RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. RichWorks prihatin menggalakkan wanita berniaga walaupun dari rumah atau secara online sahaja. Sementara itu, Ketua Pegawai Pernigaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). Kempen #RichWellBantu yang digerakkan oleh Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu menandakan RichWorks prihatin. Program ini berjaya mengumpul sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih 2,000 keluarga. Tidak terhenti di situ sahaja, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 juga telah dikumpulkan daripada usahawan mereka dan dari RichWorks sendiri dalam tempoh hanya 24 jam sahaja untuk mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu. Menurut Radz lagi, RichWorks bersama ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. RichWorks Lahirkan Usahawan Berjaya From Zero To Million Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (Virtual Online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan. Itulah realitinya RichWorks prihatin. RichWorks International yang merupakan syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan menaikkan usahawan ke tahap lebih tinggi lagi. Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul adalah RM3.7 bilion. Bagi ahli Titanium sahaja, sebanyak 312 usahawan berjaya menghasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX) Melalui program bimbingan Spire, RichWorks sasarkan usahawan capai jualan RM1 juta pertama dalam setahun dan hasilnya sebanyak 72 orang usahawan telah berjaya mencapainya.. Bukan itu sahaja, malah 77 buah perniagaan di bawah bimbingan RichWorks telah mencapai jualan lebih RM10 juta manakala 5 perniagaan RM50 juta ke atas dan 5 perniagaan lagi RM100 juta ke atas. Jom Tonton Video Perjalanan RichWorks Tahun 2021 Kini, visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorentasikan result dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. Ok, jom tonton video perjalanan RichWorks sepanjang tahun 2021.. Mungkin ianya boleh dijadikan inspirasi buat korang.. Tahniah di atas kejayaan yang telah dicapai oleh team RichWorks.. Ianya satu kejayaan yang amat membanggakan walaupun pelbagai ujian yang dihadapi pada tahun 2021.. Mereka masih teguh berdiri berusaha membantu para usahawan yang terjejas bangkit semula.. Semoga RichWorks dapat membantu lebih ramai lagi bangsa usahawan dan agar misi mereka tercapai dan dipermudahkan segalanya.Ok buat korang yang nak join program Dr. Azizan bolehlah dapatkan maklumat lanjut di website rasmi RichWorks. Banyak tau program percuma yang dianjurkan.. Rugi tak grab!
https://www.leaazleeya.com/2014/04/rendang-daging.html
Rendang Daging
Assalamualaikum.. Puasa dah semakin menghampiri kita kan... Sape-sape yang belum ganti puasa boleh la ganti segera... Nanti tak sempat pulak nak menggantikan... Bila ingat puasa, terus la teringat hari raya kan.. hehehe.. Bila ingat raya terus terbayang-bayang rendang dengan nasik impit.. Tu makanan kegemaran aku bila hari raya.. Kueh mueh ni tak berapa nak pandang sangat la.. Yang kene terkam dulu seharusnya rendang dengan nasik impit.. Uis.. belum raya lagik dah sebut semua tu kan... Bukan pe.. Tadik aku dok belek-belek gambar dalam komputer aku ni.. Terjumpa lak gambar rendang yang aku penah masak untuk menjamu rakan-rakan opiz ni selepas raya dulu-dulu.. Wah dulu-dulu tu.. Kiranya dah lama la kan... hikhik.. Rendang Daging Uis.. bila lagik la nak terbuat rendang ni... Penyakit malas berleluasa sekarang ni.. Teringin lak nak makan tu time-time camni... Ada satu agik masakan daging yang aku suka... Aku tataw nak kasi nama ape... Aku bantai aje masak.. Last-last menjadik dan sedap jugak la.. Tataw nak tarok nama ape kat masakan ni... Tapi bawang mesti mau banyak kasi tarok dalam.. Baru manis dan sodap.. hahaha.. Daging Masak bantai aje lah...~!! Adeh lapoooo0o0ooo....
https://www.leaazleeya.com/2016/10/move-on-dan-semusim-di-barzakh-menjadi.html
Move On dan Semusim Di Barzakh Menjadi Pilihan
Assalamualaikum wbt.. Move On dan Semusim Di Barzakh Menjadi Pilihan  |  Lama dah rasanya aku tak update pasal buku... Baru-baru ni aku ke kedai buku Popular teman member aku.. Dia nak beli novel.. Pada awalnya sekadar teman sahaja.. Last-last aku terjebak sama membeli buku.. Aduiii.. Aku dan buku tak dapat dipisahkan.. Hajat hati nak berpencen dah beli buku sebab dekat rumah banyak lagi buku yang belum dihabiskan pembacaannya.. Ni dah tambah lagi.. Dah tanam dalam hati "stop beli buku dulu.. Baca habis dulu yang mana ada baru beli lagik lepas tu"... Hurmmm ketabahan kecundang juga akhirnya.. Jom la tengok apa hasil tuaian aku di Kedai Buku Popular tu.. Move On karya Reyna Ibrahim MOVE ON Buku pilihan aku.. Aku tak pasti kenapa aku beli buku ni.. Time aku pegang buku ni dan belek isi dalam, aku terus rasa nak beli dan baca.. Ada sesuatu yang menarik di dalamnya.. Kisah benar.. Tentang sebuah penceraian dan bagaimana penulis bangun kembali dari kegagalan.. MENARIK!! Rasa ingin tahu bagaimana penulis Move On dari kegagalan yang dia alami, membuak-buak.. Jadi aku batalkan nekad aku yang tak nak beli buku kepada nak beli buku MOVE ON ini... Haha.. Cover belakang Move On Isi Kandungan Move On Sebetulnya aku belum habis baca buku ni.. Aku tengah menelaah buku ni.. Setakat apa yang aku baca memang menarik dan penulisan penulis pown sangat baik.. Mungkin sebab penulis adalah seorang guru... Hiks.. Banyak pengajaran yang penulis kongsikan dalam buku ini.. Buku ni sangat sesuai bagi mereka-mereka yang sedang berada dalam kegagalan hidup dan ingin bangkit kembali dari kegagalan tersebut.....  Kata-kata semangat Sajak penuh makna Biodata penulis.. Dalam buku ni bukanlah sekadar penceritaan kisah hidup semata-mata.. Terdapat juga kata-kata semangat diselitkan sebagai panduan pembaca dan juga sajak yang penuh makna tersirat.. Muka surat last sekali, kita diperkenalkan dengan penulis buku ini.. Reyna Ibrahim... Tak rugi aku beli buku ni.. Best dan rasa bersemangat bila baca buku ni.. Serius beb..!! SEMUSIM DI BARZAKH Buku kedua menjadi pilihan aku adalah Semusim di Barzakh.. Tajuk yang agak mengerikan.. Tapi itulah yang kita sebagai makhluk ALLAH akan lalui bila tiba masanya nanti.. Apakah isi kandungannya?? Meh tengok.. Banyak juga isi kandungannya.. 21.. Aku tak dapat nak komen apa-apa tentang buku ni sebab aku belum start baca lagi.. Nanti dah habis baca insyaallah aku akan buat satu lagi entry tentang buku ini... Cover belakang berserta sinopsis Kenapa aku beli buku ni?? Hurmm aku memang suka beli buku berkaitan hari akhirat.. Tentang alam barzakh... Tentang Syurga.. Tentang Neraka... Tak tahu la kenapa.. Mungkin aku nak tahu bagaimana keadaan disana.. Walaupown dalam buku hanya gambaran tetapi ianya tetap memberi kesan keinsafan pada aku.. Jom kenali penulisnye pula..  Biodata Hadi Fayyadh Firstime aku beli buku karya Hadi Fayyadh ni... Tak tahu la penulisan penulis ni menarik atau tidak.. Sebab aku belum lagi baca buku ni.. Harapnya buku ni dapat beri keinsafan jugak pada aku yang tak berapa nak insaf ni.. Adehhhh!! Ok la.. itu aje nak kasi tau korang.. Hehe.. Babai...
https://www.leaazleeya.com/2019/01/iviora-oxybright-atasi-masalah-kulit.html
Iviora Oxybright Atasi Masalah Kulit Menjadikan Kulit Kekal Remaja Dan Sihat
Iviora Oxybright Atasi Masalah Kulit Menjadikan Kulit Kekal Remaja Dan Sihat | Bila kulit tak sihat, bermulalah episod mimpi ngeri dalam hidup bilamana jerawat, jeragat, Kulit kusam, kulit kering, berkedut dan sebagainya mula muncul... Nak tak nak memang kena cari cara untuk atasi masalah tersebut.. Aku agak beruntung kerana disaat memerlukan, Iviora Oxybright datang menyelamatkan keadaan.. Cewahh.. Serius, memang Oxybright banyak membantu dalam mengatasi masalah kulit yang aku hadapi.. Nak tahu, kena baca sampai habis ye.. Apa itu Iviora Oxybright? Iviora Oxybright adalah minuman kecantikan yang mempunyai manfaat pencerahan, dengan astaxanthin yang berasal dari Micro-Algae yang mempunyai 20 kali ganda antioksidan yang menjadikannya sebagai produk yang hebat terutamanya dalam mendapatkan kulit yang sihat, kesihatan mata yang baik dan menguatkan sistem imun. Ia juga membantu untuk mengekalkan kuit muda remaja, melindungi kita dari kerosakan UV dan meminimumkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, bintik-bintik hitam dan sebagainya. Manfaat Iviora Oxybright Membaiki tona kulit Mencerah dan melembapkan kulit Menegang dan menganjalkan kulit Kekalkan keremajaan dan kesihatan kulit Melindungi dari sinar uv dan halang kulit dari terkena radikal bebas secara semulajadi Menghidrasikan kulit Mengurangkan kedutan, tanda penuaan, garisan halus, jerawat dan jeragat Menggalakkan pertumbuhan kolagen dan meningkatkan sistem imun badan Cara Pengambilan Iviora Oxybright Iviora Oxybright ini didatangkan dalam bentuk sachet.. Ia boleh dibancuh bersama jus pilihan atau sekadar dengan air kosong sahaja.. Pastikan ia diambil sebelum sarapan pagi ketika perut kosong.. Aku sangat sukakan rasanya... Sedap, rasa berry.. Ofkos rasa berry kerana ia dihasilkan daripada superberries  seperti blackberry, blueberry, raspeberry dan olderberry. Jadi, memang tak jadi masalah walaupun dibancuh dengan air kosong sahaja kerana rasanya memang sedap.. Campurkan 1 sachet Iviora Oxybright bersama 150ml air Shake atau kacau sehingga betul-betul larut Amalkan 1 - 2 kali sehari sebelum  makan Apa Kata Lea Azleeya Tentang Iviora Oxybright? Sampai part ni memang aku suka.. Yelah nak la jugak bagi feedback dari pengambilan Iviora Oxybright ni kan... Bila ambil sesuatu produk, haruslah nak tahu apa hasil dan kesannya kan.. Tapi harus diingat ye, setiap produk yang diambil, kesannya adalah berbeza bagi setiap individu.. Begitu jugalah dengan produk Iviora Oxybright ni.. Tetapi yang pastinya korang akan dapat melihat perbezaannya selepas sekotak pengambilan.. Bagi aku sendiri, selepas consume sekotak Iviora Oxybright ni iaitu sebanyak 15 sachet, aku rasa kulit aku lebih lembap dan lembut.. Serius aku seronok.. Sebelum ni kulit aku selalu sangat kering, kusam dan tak bermaya.. Lepas ambil Oxybright ni, dah nampak sedikit perubahan.. Baru satu kotak tu tau.. Belum lagi berkotak-kotak.. Lepas ni bolehlah target untuk cerahkan kulit pulak.. Haha!! Nak Cuba Iviora Oxybright Secara Percuma? Orite, berita baik buat semua pembaca setia Blog Lea Azleeya.. Berikut adalah peluang untuk korang mencuba sendiri Iviora Oxybright secara PERCUMA! 5 set Reader Gift  Set  bernilai RM50 akan diberikan kepada pembaca Blog Lea Azleeya.. Bagaimana untuk dapatkan Reader Gift Set ini? Haaa mudah saja.. Ikut step dibawah ni ye.. Like FB Page - Iviora Malaysia PM mereka "I want Free Oxybright Gift Set, Azleeya2018" Mudahkan.. Siapa cepat dia dapat tau.. Jadi, terjah FB Page Iviora Malaysia sekarang juga!! Dimana Untuk Dapatkan Iviora Oxybright? Untuk pengetahuan korang, di dalam setiap kotak Iviora Oxybright terdapat borang penebusan hadiah dimana dengan mengumpulkan 4 pelekat hologram, korang boleh menebus 1 kotak Oxybright secara percuma. Jadi, jangan lupa kumpulkan pelekat hologram korang sekarang.. Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :- Website http://www.iviora.com Facebook https://www.facebook.com/ivioramalaysia Alamat PRIMA KELANA SDN. BHD. No. 19-02, Jalan Kuchai Maju 8, Kuchai Entreprenuer Park, Off Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur. No. Telefon +603 - 7971 7129
https://www.leaazleeya.com/2016/11/cipta-detik-detik-istimewa-bersama.html
Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Haruman Menawan ENCHANTEUR
Assalamualaikum wbt Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Haruman Menawan ENCHANTEUR  |  Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan mahupun kerjaya.. Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan juga hobi, tetapi mereka tidak menjadikannya hambar.. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran.. Anda mahu tahu rahsianya?? Enchanteur untuk hari penuh keajaiban Inilah rahsianya yang aku ingin kongsi dengan semua wanita di dunia.. ENCHANTEUR... Siapa yang tak kenal dengan rangkaian produk ENCHANTEUR kan... Enchanteur telah lama diyakini oleh kebanyakan wanita moden masa kini.. ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan diri berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman perancis.. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.. ENCHANTEUR, Langkah Mudah Untuk Hari Penuh Keajaiban Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori.. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara.. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekaligus menerbitkan pelbagai perassan termasuklah tarikan romantis.. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu.. Justeru itu, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis.. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan.. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda.. Rangkaian penjagaan diri Enchanteur Perfumed Shower Creme & Lotion Mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Creme.. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai setiap hari anda.. ENCHANTEUR Perfumed Shower Creme ini bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda.. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari.. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih.. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesonakan ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan... Untuk ENCHANTEUR Perfumed Shower Creme, kali ini aku memilih untuk mencuba haruman ELEGANT pula.. Sebelum ini aku sangat setia dengan haruman Romantic dimana harumannya sangatlah aku gemari.. Kini aku ingin rasakan sesuatu yang berbeza dari kebiasaan, so aku memilih untuk menukar haruman Romantic kepada Elegant.. Dengan mandian Elegant ini aku mendapat ketenangan, kepuasan dan kesegaran sepanjang hari dengan haruman rose dan jasmine yang dapat membangkitkan semangat.. Korang pown patut cuba mandian dari haruman Elegant ni.. Ianya juga dapat memberi keyakinan pada diri untuk menjalani kehidupan seharian... Harumannya juga kekal sepanjang hari tau.. Bagi rangkaian penjagaan diri ENCHANTEUR Perfumed Lotion pula aku terpikat dengan haruman ROMANTIC.. Sebelum ni aku tak pernah cuba lagi lotion dari ENCHANTEUR ni... Setelah aku bertukar kepada mandian Elegant, aku memilih untuk terus mendapatkan haruman Romantic melalui ENCHANTEUR Perfumed Lotion pula.. Haruman Romantic sangat mempesonakan.. Selepas mandi, mesti aku akan menyapu ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk mendapatkan kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal.. Losyen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR ini mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari.. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda...  Koleksi Penjagaan Badan Enchanteur Perfumed Roll-On Deodorant Sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodorant atau semburan badan body mist.. Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.. ENCHANTEUR Charming Roll-On Deodorant menjadi pilihan aku untuk perlindungan diri sepanjang hari.. Kenapa aku pilih wangian Charming?? Haaa ni sebabnya.. Enchanteur Charming Roll-On Deodorant caresses your body with its long-lasting sensual floral fragrance. It glides on smoothly with a quick-drying, non-sticky formula that helps prevent body odour to give you confidence and freshness all day long.. Koleksi haruman Enchanteur Eau de Toilette Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu.. Jangan langkaui langkah tanpa wnagian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan... Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik.. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka, jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan. Perfume ENCHANTEUR mane yang menjadi pilihan aku agaknya ye?? Yeahh aku pilih ENCHANTEUR Celebrate Love sebagai wangian untuk diri aku.. Harumannya kekal sepanjang hari.. Aku sangat suka dengan baunya yang romantik.. Wangi!! Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesonakan sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik.. Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama.. HARGA RANGKAIAN PENJAGAAN DIRI ENHANTEUR Rangkaian produk ENCHANTEUR dijual pada harga :-  ENCHANTEUR Perfumed Shower  - RM 9.20 sehingga RM 13.65  ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion  - RM 7.50 sehingga RM 21.00  ENCHANTEUR Perfumed Deodorants - RM 4.90 sehingga RM 11.90  ENCHANTEUR Eau de Toilette - RM 18.75 sehingga RM 33.50 WHERE TO BUY?? Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi.. Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur, sila layari :- Website www.enchanteur.com.my Facebook www.facebook.com/EnchanteurMY Ada berita baik untuk korang ni...!!  ENCHANTEUR ada menganjurkan sebuah Contest "ENCHANTEUR Creat Magical Moments Every Day" sehingga 30 November 2016 ini.. Banyak hadiah menarik untuk dimenangi.. Rugi tak join tau...  Bagaimana nak menyertainya?? Haaa mudah aje.. Korang ikut je step seperti dibawah ni ye..!! Mudahkan..!! So, ape tunggu lagi.. Create your magical moments everday... All the best..!!!
https://www.leaazleeya.com/2018/10/formula-1006-membersihkan-kulit-dan.html
Formula 10.0.6 Membersihkan Kulit Dan Liang Pori Tersumbat
Formula 10.0.6 Membersihkan Kulit Dan Liang Pori Tersumbat  |  Selalunya aku sangat konfiden dengan hanya mencuci muka dengan pencuci muka sahaja aku rasa kulit muka aku ni dah dibersihkan dengan sempurna.. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali setelah aku diperkenalkan dengan produk terbaru dari Formula 10.0.6 ni.. Produk ape tu? Haaa kalau korang nak tahu, Formula 10.0.6 ini merupakan salah satu produk terbaik yang pernah aku cuba.. Nak tahu cerita aku tentang produk  ni, stay sampai noktah terakhir ye.. Hehe Formula 10.0.6 Formula 10.0.6...!! Nama pun dah unikkan.. Hiks.. Ok, kalau korang nak tahu, Formula 10.0.6 ni adalah produk penjagaan kulit yang berkesan untuk menangani masalah kulit terutamanya jerawat muda.. Ia mengandungi gabungan tumbuhan semulajadi yang terbukti berkesan. Sebenarnya, dibawah jenama ini terdapat pelbagai jenis produk seperti Cleanser, Mask, Moisturizer, Patches dan sebagainya.. Buat masa ni, Formula 10.0.6 telah melancarkan 12 produk di Malaysia dan 4 topeng muka baru yang dilancarkan pada September 2018.. Best weh!! Orite, untuk kali ni aku nak kongsi cerita dengan korang tentang tiga produk dari Formula 10.0.6 ni yang dah aku cuba yang mampu membersihkan kulit dan liang pori tersumbat dengan sempurna.. Serius aku dah jatuh cinta dengan produk Formula 10.0.6 ni...  Antaranya :- So Totally Clean Micellar Cleansing Water Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask (New Product!) Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask (New Product!) Firstime tengok produk ni, ada sesuatu yang menarik perhatian aku iaitu packagingnya... Smart!! Menarik!! Tertarik!! Ko memang kebabooommm!! Haha.. Mane tak nye weh, cuba tengok font yang digunakan.. Besar gedabak tu.. Memang boleh menarik perhatian pengguna.. Serius aku suka!! Senang sikit nak baca.. Haha!! Lagipun, ia mampu membuatkan hati aku cair untuk membelinya.. Ahakz!! Ok jom aku cerita pengalaman aku guna produk ni.. Formula 10.0.6 So Totally Clean Micellar Cleansing Water Ok, sebenarnya So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni dah lama berada di pasaran.. Cuma aku aje yang lambat kenal dengan jenama ini.. Jadi, bila dah kenal ni, memang harus cuba produk terbaik dari Formula 10.0.6 ni..  Kalau korang nak tahu, So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni merupakan produk yang unik sebabnya ianya tanpa alkohol.. Haaa sebab itu jugalah aku memilih untuk mencuba produk ni.. Bukan tu saje, apa yang lagi buat aku jatuh cinta dengan So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni ia bertindak sebagai toner muka yang mampu menangkis kotoran dan minyak di kulit dengan lebih bersih serta menjadikan kulit lebih licin.. OMG!! I like it!! Oh ya, So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni juga sangat sesuai untuk korang yang berkulit sensitif kerana ia dihasilkan daripada ekstrak campuran botanikal seperti Timun, Rumpai LAut, Chamomile, Witch Hazel, Echinacea, Lavender dan juga Fennel yang membantu memelihara kulit wajah.. Jangan tak tahu ye, rumpai laut berupaya menyingkirkan kotoran sementara timun dan chamomile dapat mengecilkan liang pori serta mengurangkan minyak pada kulit.. Nak lagi berkesan, guna setiap hari ye... Nanti kulit akan lebih lembut dan seimbang.. Kebaikan So Totally Clean Micellar Cleansing Water Sesuai untuk kulit sensitif Membersih dan menyegarkan kulit Membuang kekotoran dan mengawal kulit daripada kelihatan berminyak dan berkilat Tanpa alkohol Mengecilkan liang pori kulit Cara nak guna macam biasalah.. Memerlukan kapas muka ye.. Titiskan So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni pada kapas muka dan lapkan pada wajah serta leher secara perlahan-lahan.. Elakkan dari terkena mata ye.. Nanti pedih pulak mata.. Hehe.. Pakai So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni tak perlu bilas hokeh sebab ianya bertindak sebagai toner.. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, boleh gunakan 2 kali sehari... Best sangat produk ni!! Sampaikan aku sendiri tak boleh nak move on dengan kesannya.. Firstime guna, kulit aku jadi lebih lembut dan wajah pun sangat segar.. Paling best, kulit aku betul-betul bersih lepas guna So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni.. Sebenarnya, selain dari toner, aku juga jadikan produk ni sebagai make up remover aku tau sebabnya ia mampu membersihkan solekan yang tebal.. Jadi, sebelum cuci muka aku remove dulu make up aku guna So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni dan lepas cuci muka aku bersihkan lagi muka aku dengan cleansing water ni sebagai toner pula.. Serius, memang muka aku benar-benar bersih lepas menggunakannya.. Formula 10.0.6 Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask Ini satu lagi produk yang aku suka.. Bila pakai akan terhasil gelembung buih-buih halus.. Rasa geli-geli jerk kulit muka time gelembung buih tu terhasil.. Eh lupa nak kenalkan.. Produk ini bernama Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask yang boleh menyegarkan kembali kulit yang kusam dan tidak bermaya.. Kalau korang nak tahu, gelembung buih yang terhasil itu disebabkan mask ini kaya dengan oksigen dan mengandungi tanah liat rhassoul yang bertindak menyingkirkan kotoran yang degil dan menjadikan kulit bersih dan berseri.. Kelebihan Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask Menyingkirkan kotoran untuk menjadikan wajah segar dan cerah Tanah Liat Rhassoul membersihkan liang pori tersumbat manakala Teh Hijau berfungsi sebagai anti-oksidan untuk kulit Bahan Utama Kaolin Bentonite Tanah Liat Rhassoul Teh Hijau Bahan pelembap semulajadi Berasal daripada Sugar Beet Molasses Cara guna, pump Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask ni dalam kuantiti yang secukupnya dan sapu pada wajah secara lembut.. Seterusnya tunggu selama 3-5 minit untk buih terhasil.. Aku biasa tunggu sampai 5 minit baru cuci sebabnya nak pastikan buih terhasil secara keseluruhannya.. Memang best guna mask ni.. Kalau korang mempunyai pori terbuka, aku sangat rekomen korang guna Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask ni.. Gerenti korang suka sebabnya, liang pori akan terasa bersih sangat lepas guna..  Formula 10.0.6 Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask Dah bersih, kalau boleh nak bersih lagi.. Inilah jawapannya, Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask.. Jom bertukar menjadi hitam!! Haha.. Mane tak hitamnya, mask ni dirumus khas daripada arang buluh dan juga plum.. Topeng muka ni sangat best sebabnya bila time nak tanggalkannya, muka relax jerk tak sakit tak sama macam topeng muka arang yang lain yang pernah aku guna sebelum ni..  Peel mask ini berfungsi seperti magnet yang sangat kuat untuk menarik dan menyingkirkan kotoran yang tersumbat jauh di dalam liang pori muka.. Bamboo Charcoal dan plum ni bertindak dengan cepat untuk mengecilkan liang pori dan mengelupaskan kulit secara lembut dan ringan.. Jangan risau, pengelupasan yang terjadi bukanlah pengelupasan yang menyakitkan dan berbahaya.. Ia cuma pengelupasan ringan menyingkirkan sel-sel kulit mati.. Kulit muka akan kembali berseri dan segar.. Kebaikan Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask Bamboo Charcoal dapat mendetoksifikasi liang-liang pori, menyingkirkan kekotoran dan toksin serta mengelupaskan kulit secara ringan Ekstrak buah Plum pula merupakan gabungan yang complex dari 3 jenis plum Australia yang berbeza untuk membantu menyubur, melembap dan menyegarkan kulit. Bahan Utama Bamboo Charcoal Wild Plum Fruit Complex Bahan pelembap semulajadi Berasal daripada Sugar Beet Molasses Hitam itu menawan.. Hehe.. Hitam likat warnanya.. Cara pakai sama sahaja macam pakai charcoal mask yang lain.. Sebelum pakai tu pastikan muka dah dibersihkan.. Picit Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask ke atas tapak tangan dalam kuantiti yang secukupnya.. Kemudian, sapu pada keseluruhan wajah.. Lepas tu tunggulah ia benar-benar kering supaya mudah ditanggalkan.. Serius peel mask ni tak sama dengan peel mask yang lain.. Sebelum ni pernah juga pakai Charcoal mask, time nak cabut tu tuhan saja yang tahu betapa sakitnye kulit.. Terlalu kuat sangat.. Tapi Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask tak macam tu tau.. Ia lebih lembut dan tak menyakitkan.. Lepas pakai kulit aku rasa lembut sangat dan ofkoslah bersih je kulit muka.. Semua kekotoran dah melekat dekat peel mask ni.. Haha.. Best gile!! Dah tak nak bebel panjang lebar, meh pakat tengok video aku pakai ketiga-tiga produk ni..  Dapatkan Formula 10.0.6 Untuk Kulit dan Liang Pori Bersih Sempurna Nahhh tu dia dah macam iklan tv "dapatkan Formula 10.0.6 untuk kulit dan liang pori bersih sempurna".. Haha!! Ok, aku dah cuba ketiga-tiga produk Formula 10.0.6 ni dan sangat puas hati dengan keberkesanan produk ini.. Tak mustahil aku akan setia dengan ketiga-tiga produk ni sebabnya ia sangat sesuai untuk kulit aku dan jangan lupa ye, sesuai juga untuk kulit yang sensitif.. Harga pun tak mahal mana dan mudah didapati.. Harga Produk Formula 10.0.6 So Totally Clean Micellar Cleansing Water - RM 39.90 Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask - RM39.90 Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask - RM49.90 Untuk mendapatkan produk Formula 10.0.6 ni, korang boleh beli di :- Watsons Online https://bit.ly/2y7fKJm Selected Watsons Store LIST STORE Luxor Beauty World Official Store https://bit.ly/2MplZhi Astro Go Shop http://www.goshop.com.my/ Lazada http://bit.ly/2vxHWUB
https://www.leaazleeya.com/2014/02/kek-coklat-moist.html
Kek Coklat Moist
Assalamualaikum.. Teringin pulak nak makan kek coklat moist.. Lama dah tak buat kek ni.. Dolu-dolu aje rajin buat.. hehehe.. Sekarang ni serba-serbi jadik malas.. Kalau dah penyakit 'M' ni hinggap susah nak baik balik.. Kek Coklat Moist Ada sape-sape rajin tak nak buat untuk aku??? hikhik.. Gurau aje.. Nanti tunggu rajin kembali baru leh buat balik...
https://www.leaazleeya.com/2018/01/jom-kurus-tanpa-perlu-berlapar-dengan-c.html
Jom Kurus Tanpa Perlu Berlapar Dengan C-TriMax
Jom Kurus Tanpa Perlu Berlapar Dengan C-TriMax  |  Minggu lepas seminggu aku bercuti bersama family menyebabkan berat badan aku naik.. OMG!! Mana tak naiknya diknon, hakak makan tak hingat dunia.. Sepanjang bercuti asyik dok mencari makan aje.. Dah macam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan aje gayanya... Makan pulak yang sedap-sedap belaka.. Fast food pun aku rembat.. Kek coklat pun aku tibai.. Memang memberatlah badan aku ni.. Haha.. Macam mana nak kurus balik ni oiiii??? Nak tahu apa aku ambil untuk kembali kurus.. Aku ambil produk kurus C-TriMax yang super sedap dan paling best aku tak perlu berlapar... Yeahh!! Firstday minum C-TriMax ni dah buatkan aku jatuh cinta.. Rasanya masam manis buah.. Sedap.. Aku suka rasanya.. Macam nak minum berpeket-peket aje dalam masa sehari.. Hehe.. Tapi perlu diingat ye, ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan untuk mengambil C-TriMax ini.. Nasib baik anak aku dah mula menyusu susu formula.. Hiks.. Korang mesti nak tahu lebih lanjutkan tentang produk kurus ni kan.. Meh aku story sikit kat korang tentang C-TriMax ni.. Kurus Tanpa Perlu Berlapar Dengan C-TriMax C-TriMax ini merupakan agen pembakar lemak yang dapat membantu mengatasi masalah kegemukan dan lemak berlebihan.. Produk ini dirumuskan dengan campuran serbuk buah markisa bersama ekstrak guarana.. Selain itu, terdapat beberapa lagi bahan yang digunakan dalam C-TriMax ini iaitu Serbuk Campuran Buah-Buahan, Serbuk Roselle, Ekstrak Buah Anggur, Citric Acid dan juga Fructose.. Eceli hari ni dah hari ke-10 aku ambil C-TriMax ni.. Aku ambil 30 minit sebelum sarapan pagi.. Setiap pagi mesti teruja nak minum C-TriMax ni.. Haha.. Dah macam seronok pulak meminumnya.. Selama 10 hari pengambilan ni, aku rasa selera makan aku sedikit berkurangan.. Rasa kenyang tu lebih lama...  Tak macam sebelum ni, asyik nak makan aje kerjanye...  Lagi bestkan, lepas aku amalkan C-TriMax ni, aku dah kurang rasa nak makan dan minum bende manis.. Kalau tak sebelum ni, aku suka sangat makan dan minum benda-benda manis.. Korang pun tahukan, benda manis ni boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.. Lebih parah kalau mencecah kepada obesiti.. OMG!! Aku tak nak wehh!! Selain tu kan, badan aku lebih bertenaga dan ringan.. Siap boleh berjaga malam lagik tu siapkan blogpost urgent.. Hebat gile... Haha.. Ok, kalau korang nak tahu, produk ini boleh membuang toksin di dalam badan secara natural dan mencairkan lemak yang tertumpu pada semua anggota badan... Kalau korang nak kurus dengan lebih cepat korang kena sertakan sekali dengan senaman.. Efek dia lagi ohsem.. Macam aku ni malas sikit nak senaman.. Cara lain, aku banyakkan minum air masak setiap hari sebabnya dengan pengambilan C-TriMax ni, aku kerap terasa haus dan perlu minum air dalam kuantiti yan banyak.. Paling penting C-TriMax ni lulus KKM hokeh!! Kebaikan C-TriMax Sebelum mengambil apa-apa produk, mesti nak tahu jugak apa kebaikan dan kelebihannya kan.. C-TriMax ni juga banyak kebaikannya... Antara kebaikan C-TriMax yang perlu korang  tahu adalah :- Menghalang pembentukan lemak Mengawal berat badan Mengurangkan dan mengawal selera makan Mengurangkan kolestrol Menambah tenaga Melancarkan dan membaikpulih peredaran darah Membuang toksin dalam badan Perbezaan C-TriMax Berbanding Produk Kurus Yang Lain Sekarang ni kat pasaran memang banyak gile kot produk kurus.. Macam-macam jenama ada dijual.. Tetapi apa bezanya C-TriMax berbanding produk kurus yang lain? Ada beza ke? Haaa ini yang perlu korang tahu.. Perbezaan C-TriMax berbanding produk kurus yang lain adalah :- Mampu menghilangkan selulit Mampu mencairkan lemak tepu Tiada cirit-birit Tak perlu kurangkan nasi Membuang sisa lama dalam usus perut Agen pembakaran lemak paling utama 100% daripada buah-buahan Selamat dan lulus KKM Cara Pengambilan C-TriMax Sekotak C-TriMax ni mengandungi 15 sachet.. Aku cukup suka kalau sesuatu produk tu dikeluarkan dalam bentuk sachet sebab senang dibawa kemana-mana.. Tak payahlah nak angkut botol atau bekas yang besar kehulu kehilir kan.. Mudahkan.. Ok, cara pengambilan C-TriMax ni tidak la susah mana.. Mudah saje.. Bak kata orang semudah ABC gitu.. Hehe.. Jom ikut cara yang disyorkan ini.. Minum C-TriMax sebelum sarapan dan sebelum dinner atau ambil sebelum sarapan dan 15-30 minit sebelum bersenam (petang) Bancuh C-TriMax bersama-sama 1/2 gelas air sejuk. Kacau sehingga sebati dan minum serta merta.! Pastikan minum air masak 6 liter sehari sepanjang hari untuk memaksimumkan proses pembakaran lemak Bagi berat 100kg ke atas boleh minum 3 sachet sehari sebelum sarapan, sebelum lunch dan sebelum dinner. Bagi berat 70 kg ke atas boleh minum 2 sachet sehari... Memandangkan berat badan aku belum mencecah 70, jadi aku hanya mengambil 1 sachet sehari sahaja.. Aku ambil belah pagi 30 minit sebelum sarapan.. Dengan hanya 1 sachet sahaja sehari aku sentiasa rasa kenyang sebab produk ni mampu mengawal selera makan aku yang maha dasyat ini.. Hehe.. Setakat 10 hari pengambilan C-TriMax ni, berat badan aku dah turun sikit sebanyak lebih kurang 2kg.. Kemain seronok lagi aku bila tengok berat badan turun.. hehe.. Memang la slow sikit turun sebab aku ni malas nak bersenam.. Kalau korang  nak cepat turun berat badan, jangan jadi malas macam aku ye.. Korang kena ambil C-TriMax ni dan buat senaman sekali.. Lagi cepat berat badan korang turun.. Paling penting, minum air banyak-banyak ye.. Bagus minum air banyak ni tau, boleh buang segala toksin dalam badan..  Satu lagi tips nak bagi kat korang untuk cepat kurus.. Tolong kurangkan minum minuman berkafein ye seperti teh, kopi dan coca cola bagi mendapatkan kesan yang optimum.. Korang makanlah supplement apa pun, kalau dok minum jugak minuman berkafein, memang tak kuruslah korang.. huhu..  Kenapa Aku Nak Kurus? Ini sebagai motivasi diri aku sendirilah untuk cepat kurus.. Kenapa aku nak kurus? Yesss ada beberapa sebab.. Ini sebabnya.. Senang nak pilih saiz baju dan ofkos supaya dapat pakai baju lama aku balik Untuk jimatkan duit makan.. Hehe Supaya konfiden level aku lebih tinggi Tak malu nak bergambar.. Haha...  Untuk kepuasan diri sendiri Supaya kesihatan aku berapa pada tahap yang lebih baik Aku perlu kurangkan 6kg lagi berat badan aku ni.. Harapan aku agar aku berjaya turunkan berat badan aku dengan pengambilan C-TriMax ni.. Kira macam azam aku tahun ni la nak turunkan berat badan sebanyak 6kg.. Jadinya, lepas ni kene lebih konsisten dan kena banyak minum air masak.. Senaman? Hurmm bab senaman tu kena fikir dulu.. Haha.. Ok, jom tengok testimoni pengguna C-TriMax yang dah berjaya turunkan berat badan mereka.. Testimoni Pengguna C-TriMax Dapatkan C-TriMax Sekarang Untuk Cepat Kurus Tanpa Perlu Berlapar Aku dah cuba C-TriMax ni dan sangat berpuashati dengan hasilnya.. Testimoni pengguna juga menunjukkan produk ini benar-benar berkesan untuk menurunkan berat badan dan kurus dengan cepat tanpa perlu berlapar.. Jadi, bagi korang yang ingin kuruskan badan bolehlah try C-TriMax ni.. Aku yakin korang akan suka dengan hasilnya.. Jom dapatkan sekarang C-TriMax untuk cepat kurus tanpa perlu berlapar.. Harga C-TriMax 1 kotak mengandungi 15 sachet (10gm per sachet) RM 120.00 (SM) RM 130.00 (SS) Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :- Facebook C-TriMax Malaysia Instagram C-TriMax Malaysia Contact No. 010-330 0886
https://www.leaazleeya.com/2017/06/resepi-sardin-sedap-meletop.html
Resepi Sardin Sedap Meletop
Sardin memang feberet aku.. Dari dulu sehinggalah sekarang ni.. Dulu-dulu time bujang, bila pergi kedai makan mesti cari lauk sardin dulu.. Selera lain sikit aku ni.. Ingat lagi time aku pergi KL.. Pergilah cari makan dekat SOGO.. Alaa dekat food court kat atas tu.. Tingkat berapa entah, aku pun dah lupa.. Lama dah tak pergi KL.. hehe.. Member aku pelik sebab aku cari lauk sardin... Padahal berlambak lauk yang lagik sedap-sedap.. Sardin jugak yang aku carik.. hehe.. Resepi Sardin Sedap Meletop. Resepi Sardin Sedap Meletop Biasanya sardin ni dikaitkan dengan lauk terdesak bila duit dalam poket dah hampir kering.. Tapi sekarang, aku rasa harga sardin dah mahal berbanding dulu.. Dan boleh dikatakan juga, sardin zaman sekarang adalah makanan orang-orang kaya.. Bila tengok harga setin sardin di pasaran, mangaiii!! Mahai toq!!.. Tapi dah feberet beli la jugak kan.. Kalau makan dekat kedai lagik la rabak poket... Mahal tau harga sardin kalau kita makan dekat kedai sekarang.. Baik beli dan masak dekat rumah.. Berbaloi-baloi.. Aku lebih suka makan sardin jenama Botan.. Rasa dia sedap dan ikannya tak lembut sangat dan tak keras sangat.. Memang best..Sejak dulu sehinggalah sekarang,  masih setia dengan Botan.. Nak beli Ayam Brands mahai sangat.. Kikiki.. Orite, kat sini aku nak share resepi Sardin Sedap Meletop cara aku sendiri... Dari dulu memang camnilah caranya aku masak... Orang lain aku tak tahu la camne caranya kan.. Kalau korang dah tak tahu sangat nak masak ape untuk sahur atau berbuka, boleh la masak sardin aje... Simple tapi menyelerakan.. Jom tengok stepnya.. RESEPI SARDIN SEDAP MELETOP Bahan-Bahan 1 tin sardin cap botan (aku selalu guna sardin botan.. sedap) 2 biji bawang besar - 1 biji dihiris & 1 biji lagi dipotong bulat 3 ulas bawang putih - diketuk 2 sudu besar cili blend/cili boh (aku biasa guna cili boh aje) 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram Sedikit kicap manis cap kipas udang 1 biji cili besar (merah) - dihiris 5 biji cili padi (hijau) 1 biji tomato - belah 4 1 keping asam keping 2 helai daun limau purut Garam, gula secukup rasa Cara-cara memasak resepi sardin yang sedap! Panaskan minyak.. Tumis bawang putih dan bawang yang telah dihiris sehingga naik bau.. Kemudian masukkan cili blend/cili boh... Tumis sehingga pecah minyak.. Seterusnya masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.. Tumis sekejap dan masukkan sedikit air.. Setelah mendidih, masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.. Aku lebih suka masukkan garam sebelum masukkan ikan.. Senang nak kacau..  Setelah semua perasa sebati, masukkan pula ikan sardin yang telah siap dibelah dua.. Tak nak belah pun takpe.. Terpulang la pada korang ye..  Kemudian last sekali barulah masukkan daun limau purut, bawang potong bulat, tomato, cili merah dan cili api.. Lebih kepada hiasan sebenarnya.. Haha!! Kacau rata dan biarkan seketika...  Siap dan sedia untuk dihidangkan..  Mudah jerk kan cara ni.. Kasi campak-campak aje dah siap.. Masak sardin jerk kot... Bukan susah sangat.. Kalau korang nak tukar daun limau purut tu kepada daun kari pun boleh.. Aku biasa jugak isi daun kari.. Rasanya pun memang ohsemnesss sedap... Berbeza dari biasa..  Oklah.. Selamat mencuba..!! Baca juga : Resepi Sup Ayam Simple Resepi Kari Ikan Tanpa Santan  Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap
https://www.leaazleeya.com/2023/05/4-best-kota-kinabalu-hotels-recommended.html
4 Best Kota Kinabalu Hotels Recommended
4 Best Kota Kinabalu Hotels Recommended  |  Sabah’s state capital is located in Kota Kinabalu on the island of Borneo. Mount Kinabalu, which is located very close to the city, is the inspiration for its name, “Kota Kinabalu.” It is a significant tourist attraction as well as an established gateway for tourists going to Sabah in general. There are a number of interesting places to visit in the surrounding area, such as the Sabah State Museum, Tunku Abdul Rahman Marine Park, and Gaya Island. Spend the evening in one of the luxurious hotels in Kota Kinabalu hotel, many of which are located in this area.Best Hotels in Kota Kinabalu1.  Sabah Oriental Hotel Address : Jalan Kemajuan, Kota Kinabalu City Centre, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000 Price : starts from RM 149 Leisure travelers should begin their stay in Kota Kinabalu at the Sabah Oriental Hotel. Views of Mount Kinabalu, the South China Sea, the islands, and the lively city are just some of the highlights of a stay at this luxurious 4-star hotel. The Sabah Oriental Hotel is conveniently placed near many popular sights in the heart of Kota Kinabalu.  It is on the street known as Lorong Kemajuan. All of the amenities and services at the Sabah Oriental Hotel are designed with the guests' comfort in mind. The hotel offers five different room kinds to its visitors. Each room has a contemporary aesthetic and is supplied with the essentials. They also offer supplementary amenities tailored to individual quarters.The hotel’s main restaurant offers a fine dining experience for its guests. A wide selection of meals from the restaurant’s specialty cuisine are available. Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu is prepared to provide the best for business and leisure travelers to Kota Kinabalu with its convenient and comfortable facilities.2.  Ming Garden Hotel And ResidenceAddress : Lorong Ming Garden, Jalan Coastal, Kota Kinabalu City Centre, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000Price : starts from RM 126 The Ming Garden Hotel & Residences is an elegant, 5-star establishment. It can be found in the heart of Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, at Jalan Ming Garden, Jalan Coastal, Postal Code 88000. Because of its cutting-edge design and innovative take on the hospitality industry, dining, art, and music, this hotel is a favorite among both domestic and international guests.Some updates have been done to modernize the architecture and make it simpler to attract tourists and business travelers. The location of this five-star hotel in the center of Kota Kinabalu must be maintained, and it makes it easier for both tourists and businessmen to reach services such as restaurants, banks, and shops.3.  Promenade Hotel Kota KinabaluAddress : No. 4, Lorong Api-Api 3, Api Api Centre, Kota Kinabalu City Centre, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000Price : starts from RM 246Kota Kinabalu is home to the Promenade Hotel. It’s 4.75 kilometers frohe Kota Kinabalu International Airport. Distance from Jesselton Point to the hotel is 1.94 kilometers. (Ferry to Tunku Abdul Rahman Marine Park). Centre Point Sabah is 0.33 kilometers away, while KK Plaza is 0.9 kilometers.The Promenade Hotel Kota Kinabalu has everything you and your coworkers may need for any business function or corporate meeting. The Promenade Hotel Kota Kinabalu is a great place to stay for a family vacation because of its convenient location and many enjoyable amenities. 4.  Sky Hotel Kota Kinabalu Address : Lorong Kemajuan Karamunsing,, Kota Kinabalu City Centre, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000 Price : starts from RM 196 The luxurious Sky Hotel Kota Kinabalu is complemented by excellent service and a convenient location. The front desk is open around the clock to help you with any aspect of your stay, from arrival to departure. Staying in touch with loved ones is easy thanks to the free Wi-Fi available throughout Sky Hotel Kota Kinabalu.  The Sky Hotel Kota Kinabalu is an excellent option for visitors to the heart of Kota Kinabalu. This hotel enjoys a prime location, with easy access to various attractions, including a wide selection of shops, restaurants, and entertainment options. Book Hotels and Entrance Ticket Destinations on Traveloka Planning the best holiday is always good when you have the best way to do it. Get your best holiday offers for hotels, flight tickets, activities, and many more with Traveloka. You can make your reservation on favorite hotels, destinations, and the best flight tickets at the best price!
https://www.leaazleeya.com/2018/11/review-novel-ghost-by-zura-rahman.html
Review Novel | #GHOST by Zura Rahman
#GHOST by Zura Rahman  |  Fuhh tak sangka berjaya juga akhirnya menghabiskan bacaan novel #ghost dalam masa yang singkat... Bila dah mula, pasti susah nak berhenti.. hehe.. Lepas satu novel ke satu novel dapat aku habiskan.. Lagi pulak, job aku semua dah settle.. Moga ada rezeki lain yang akan masuk nanti.. Haha!! Bila dah semua settle, bolehlah aku bersenang-senang mengadap novel tanpa gangguan.. Tapinya, untuk melengkapkan Goodreads Challange aku memang dah tak sempat sebabnya dah akhir tahun ni.. Huhu.. Sedihnya la.. Apa pun, malam semalam aku berjaya menamatkan kisah #Ghost hasil karya Zura Rahman.. Ini novel kedua dari penulis Zura Rahman yang aku baca.. Novel ni aku beli bersekali dengan Undercover Wife.. Aku tertarik untuk membeli novel ni sebabnya banyak review yang best-best tentang novel ni.. Pendek kata, ramai yang berpuashati dengan jalan cerita novel ni.. Jadinya, aku pun teruja jugak la nak baca novel #Ghost ni.. Hehe.. Aku ni pantang orang cakap best, mesti nk baca jugak..  Tajuk : #GHOST Penulis : Zura Rahman Muka Surat : 614 Penerbit : KarnaDya Publishing Sdn Bhd Tahun Diterbitkan : Disember 2017 Sinopsis #GHOST Dia bagaikan seorang halimunan. Kewujudannya diakui, tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya, dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama. Codenamenya - GHOST. Apabila Geng Gagak Hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat. Budi yang ditabur, telah mengheret Dr. Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang bergelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu? Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr. Daryn Areen tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dengan tidak, dia keliru. "If there is no one else that you can trust, trust yourslef. But, if you can't even trust yourself, you have to trust me" - GHOST Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr. Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu? Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu.... penuh kedukaan. Dia.... diselubungi tanda tanya. Misteri tentangnya tiada bernoktah. - Dr Daryn Areena Siapa dia yang sebenarnya? Review #GHOST Ok, secara jujurnya aku tak sangka jalan cerita #GHOST ni seperti ini.. Diluar jangkaan aku.. Aku mati-mati ingat jalan ceritanya seram dan menakutkan memandangkan tajuknya yang sebegitu.. Haha!! Sebab itu ada pepatah mengatakan,  "Don't judge a book by its cover" Begitulah juga dengan novel #GHOST ni.. Janganlah menilai tajuk sahaja tetapi bacalah isinya terlebih dahulu.. Ahakz.. Seperti yang sering terjadi bila kita baca surat khabar atau apa-apa berita, kadang kita baca tajuknya sahaja sedangkan kita tak tahu apakah isi kandungan beritanya.. Dari tajuk, kita dah buat pelbagai konklusi.. Haa tak adil macam tu.. Jadi, kenalah baca isi kandungannya juga ye barulah boleh komen atau kecam mengecam.. Haha!! Keyboard warrior sangat korang!! Serius, bila aku baca novel #GHOST ni aku teringat filem PASKAL.. Eh sama ke? Tak de la sama jalan ceritanya tetapi bila watak utamanya berada dalam skuad khas, itu yang mengingatkan aku pada filem Paskal.. Plot cerita yang ditampilkan oleh penulis agak menarik bagi aku.. Permulaan cerita dimana boleh terjadinya GHOST mengheret Dr Daryn Areena ke kancah dunia gelapnya menjadikan novel ini hidup.. Walaupun pada mulanya aku tertanya-tanya, bagaimana GHOST boleh muncul di rumah Dr Daryn Areena setelah tercedera? Sebabnya tetiba sahaja dia sampai ke situ.. Akhirnya aku dapat ignore tanda tanye itu setelah beberapa babak menarik selepas itu berjaya memadam segala persoalan dalam benak aku.. Haha!! Ceritanya banyak berkisarkan kisah di negara jiran iaitu Thailand... GHOST seorang perahsia boleh menguasai 6 bahasa asing.. Ini memudahkan dia menjadi undercover bagi skuadnya untuk mengumpul bukti kegiatan haram musuhnya dengan mudah.. Dia atau nama sebenarnya Kimi Rafael atau dikenali sebagai Rid didalam kumpulan kongsi gelap atau menggunakan codename GHOST lelaki yang digeruni oleh semua penjenayah atau kongsi gelap kerana kebolehannya dalam menumpaskan pihak lawan.. Dia seorang sharpshooter dan terlalu berani.. Dalam aku menghadam satu plot ke satu plot, sebenarnya aku tak sabar-sabar nak sampai ke penghujung sebabnya aku nak tahu siapa sebenarnya GHOST ni dan bagaimana kesudahan cerita cinta dia dengan Dr Daryn Areena yang dikahwininya secara paksa.. Aku sedikit geram dengan GHOST ni sebabnya dia terlalu perahsia, hati kering, membosankan dan banyak lagi la perangai dia yang menyakitkan hati.. Aku pulak emosi.. Haha.. Dr. Daryn Areena ni pulak aku sakit ati sebab degil mengalahkan ape entah.. Isk, geram betol.. Ehh emosi lagi.. Haha!! Bila dua-dua punya sikap yang sebegitu membuatkan aku lebih tak sabar nak tahu apa kesudahannya.. Bila dah sampai ke penghujung cerita, yesssss aku tersenyum puas.. GHOST kembali untuk merebut cintanya kembali.. Hatinya dah lembut akhirnya.. Tapi kenapa lambat sangat GHOST oiii.. Hehe.. Endingnya sweet-sweet gitu.. Cumanya endingnya yang sweet tu terlalu pendek.. hiks.. Tapi okla, janji happy ending kan.. "I hate you..." - Dr. Daryn Areena "No, you don't" - Kimi Rafael "I hate you, you know..." - Dr Daryn Areena "No, you don't... But you love me.." - Kimi Rafael Kalau korang rasa baca review aku ni korang tak puas, itu bermakna korang kena beli dan baca sendiri dari awal hingga akhir.. Barulah perasaan puas tu akan datang.. Serius novel #GHOST ni tak mengecewakan.. Jadi, sila beli hokeh! Haha.. Rating & Cadangan Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 Thriller : 60% Aksi : 30% Cinta : 10% Kaki-kaki novel thriller, boleh rebut peluang baca novel ni.. Gerenti korang menyukainya.. Novel ni menyajikan plot yang menarik.. Peperangan, pergaduhan, perhubungan, percintaan, kekeluargaan dan banyak lagi yang boleh korang hadam dalam pelbagai situasi.. Jalan ceritanya agak panjang dan korang pasti tak sabar-sabar nak sampai ke penghujungnya untuk tahu kesudahan ceritanya.. Dari satu persoalan ke satu persoalan lain yang akan menghuni fikiran korang.. Banyak bende yang korang perlu tahu dan nak tahu.. Ini menjadikan jalan ceritanya lebih menarik dan tertarik.. Tahniah sekali lagi buat Sis Zura Rahman kerana menghasilkan karya yang tak terduga jalan ceritanya.. Serius, rasa kagum kerana setiap plot berjaya diolah dengan baik sekali.. Seolah-olah penulis tahu semua dan pernah berada dalam situasi itu.. Hah gitu!! Tak sabar nak baca next novel Sis Zura Rahman lagi.. Moga lebih baik dan terussss baik serta jadi yang terbaik.. Insyaallah...
https://www.leaazleeya.com/2016/06/shopping-raya.html
Shopping Raya...??
Assalamualaikum wbt.. Shopping Raya...??  |  Hi korang... Persiapan raya camne korang-korang semua?? Dah settle ke..?? Raya dah semakin menghampiri.. Kalau buat persiapan last minit, risaunya jadi kelam kabut nanti kan.. Cam aku lak, dah settle untuk anak kire dah beres laa.. hehe.. Untuk aku tak perlu sangat.. Dah tua-tua ni tak yah nak raya sangat la.. Kasi anak-anak jerk beraya.. Haha.. Korang camne lak?? Aku pown baru kelmarin pergi carik baju raya untuk anak.. Dapat la sehelai baju melayu bersoping dekat Jakel... Katanya ada sale... So, pergi la menyoping dekat sana.. Ceh menyoping tu.. Padahal beli selai jerk pown.. Haha.. Tahun ni pilih tema dusty pink... Pemilihan tema ni datangnya secara tetiba.. Kebetulan baju aku dah ada yang warna tu yang masih belum di pakai.. Jadinya beli baju anak saje la.. Untuk aku, pakai aje yang mana ada... Save bajet kata orang.. huhu... Tapikan, baju aku warna rossy brown.. huhu.. Warnanya berbeza la sikit dari baju anak aku.. Alah kire boleh la tu kan.. Nak carik yang sedondon ni susah kalau dah beli pown asing-asing.. Ye dak...!!  Raya tahun ni , aku macam tak berapa nak ada mood untuk beraya.. Mood raya dah melayang entah kemana.. Mungkin faktor usia kowt.. haha.. Kalau tak nak raya boleh tak?? hahahaha...  Apa-apa pown raya tetap akan tiba jugakkan... Raikan la seadaanya kita.. Hurmm..~!!
https://www.leaazleeya.com/2016/05/nak-jadi-jutawan-tak.html
Nak Jadi Jutawan Tak??
Assalamualaikum wbt.. Salam Jumaat buat semua... Semoga hari ni akan lebih bermakna nak bermanfaat buat korang dan aku juga.. Mencari keberkatan hari jumaat.. Jom pakat-pakat baca Yaasin kejap agik... Kat tempat aku ni macam biasa la hari jumaat belah pagi ada bacaan Yaasin dan mesyuarat pagi.. Hehe.. mencari keberkataan hari Jumaat... Disamping dapat menyedekahkan Yaasin kepada sesiapa yang kita niatkan..  Okeh pagi Jumaat ni, aku nak share sikit macam mana nak jadi JUTAWAN.. Semoga menjadi amalan kite sepanjang masa agar apa pon bisnes yg kite ceburi sentiasa diberkati Allah.. Amiin.. Maksud REZEKI adalah :- - kasih sayang - kewangan - kesihatan - ibadah Nak dapat income RM50,000 sebulan, wajib SEDEKAH 10% dalam RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000.... Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dengan mak.. Mintak mak redha dengan apa yg kita buat.. Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak la tabung-tabung berikut :- 1. Tabung Zakat 2. Tabung Sedekah 3. Tabung Wakaf 4. Tabung Infak Ramai yg sibuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT) AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT :- 1. Solat di awal waktu Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada kat masjid! 2. Solat Dhuha Eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila) Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat   kena bagi salam.. *** Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain! 3. Tahajjud Buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten.. Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia.. kalau orang tak nak, kita akan kecewa! Tapi present plan pada Allah.. kita takkan rasa kecewa.. merintih pada Allah apa yang kita nak.. Apa yang kita impikan.. Apa yg kita nak capai dalam hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan.. doa nak jadi jutawan berkat tahun ni.. Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yang besar-besar terus sebab Allah maha kaya maha pemurah! Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah dan ujian yang Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ada orang pinjam 90ribu dah bertahun-tahun tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yang 10 tahun lepas punya kes.. 4. Sedekah Beri sedekah dengan perasaan..  Contohnya, Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macamm ni dengan penuh perasaan) 5. Buat TABUNG SUBUH Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan dan doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan dan sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll.. 6. Formula YAKIN 1. Yakin 2. Yakin 3. Yakin 4. Yakin 5. Yakin 6. Yakin 7. Yakin 8. Yakin 9. Yakin 10. Doa 11. Usaha 12. Tawakkal 9 kali kena yakin!! 7. Baca Al-Quran Paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan! Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran.. 8. Istighfar setiap hari Baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir.. 9. Jaga Wuduk setiap hari Latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik.. 10. Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA! 11. Ada satu lagi kaedah untuk menjemput Rezeki dengan Zikir Asmaulhusna Semoga bermanfaat untuk semua..
https://www.leaazleeya.com/2018/05/aktifkan-diri-anda-bersama-safi-shayla.html
Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung
Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung  |  Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran. Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan  wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA.  Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar. SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar. Product Executive Safi, Sakinah Amirah giving a speech on the relaunch of SAFI Shayla with new and improved formula as well as introducing the new products to complete the haircare range of SAFI Shayla Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri. SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi  Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam. Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut  syampu  Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat. Safi Group Photo during the launch, from left - Cik Sakinah Amirah (Product Executive), Ms Jessie Wong (Sales General Manager), Ms Doris Gwee (Senior Product Manager), Pan Choi Yan (General Manager of Marketing), Mr Sriram Krishnamurthy (Chief Executive of Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd) and Puan Mahsuri Sulaiman (Marketing Manager) Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan. Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan. Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan. Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat. Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik : 1. Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)  a) SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.   b) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih  mudah untuk djaga/dimanja.   c) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.   d) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.   e) SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan – Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam  berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.   f) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol – Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.   g) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak – Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.   h) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.   2. Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)  a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan  Rambut Gugur  b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya  c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol   d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur  e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus   3. Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)  a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur  b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya  c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol   d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur  e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus   4. SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)  Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.   5. SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)  Juga terdapat dalam dua variasi. Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi :-    a) Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.    b) Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut. c) Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting. d) Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.   6. SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)   SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-   a) SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran  cahaya matahari. b) SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh. c) SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.   Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak.   Safi Shayla Zumba activity with media SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.    Chief Executive of Wipro UNZA (Malaysia) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy (right) and Safi Marketing Manager, Puan Mahsuri Sulaiman introducing the relaunch of SAFI SHAYLA with new formulation and updated premium packaging Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasaraya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila layari :- Facebook https://www.facebook.com/SAFI.MY/ Instagram https://www.instagram.com/safimalaysia/ Youtube https://www.youtube.com/user/SAFImalaysia
https://www.leaazleeya.com/2016/05/65-gambaran-kehidupan-sahabat.html
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Assalamualaikum wbt.. Sesungguhnya rezeki datangnya tanpa diduga... Hari ni aku dapat hadiah senaskah buku yang sememangnya aku cari-cari untuk dijadikan bahan bacaan aku... Semalam aku terima wasap dari rakan opiz aku ni, yang aku panggil Siti (bukan nama sebenar tetapi nama manja.. hehe).. Dia maklumkan yang dia dah beli buku 65 Gambaran Kehidupan Sahabat ni yang pernah aku pesan pada dia satu ketika dulu untuk dia belikan dulu untuk aku sekiranya dia jumpa buku ni.. Dia belajar lagi dan selalu menjelajah kedai-kedai buku agama... Sebab tu la aku mintak tolong dia tengok-tengokkan buku ni kalau ada... Pagi tadi dia hantar buku ni pada aku dan dia cakap dekat aku yang dia hadiahkan buku ni pada aku.. Terkejut jugak aku.. Sebab apa aku terkejut?? Haaa sebabnya aku dengan dia takde la rapat mana kerana department kitorang lain-lain.. Dia jauh dari department aku.. Tapi tak rapat tu bukan la bermasam muka atau tak bertegur sapa... Tak rapat tu maksudnya tak selalu duduk bersembang sama-sama.. Makan sama-sama.. Tu la maksud aku dengan 'tak rapat' tadi.. Sebab itu la aku agak terkejut bila dia cakap nak hadiahkan buku ni buat aku..  Itu lah aku maksudkan rezeki tu datangnya tanpa diduga.. Tuhan beri pada aku rezeki melalui kawan aku tadi.. Apa pun aku nak titipkan doa buat Siti, Moga beliau dilimpahkan rezeki yang halal dan mendapat keberkatan olehNYA... Semoga dengan pembacaan aku ni sedikit sebanyak menyumbang pahala kepada beliau.. InsyaALLAH...  Tak sabar nak baca buku ni.. Oh.. Buku ni ada siri 1 & 2.. So, lepas ni aku kene carik siri 2 pulak.. Haha..!!
https://www.leaazleeya.com/2020/07/revitalise-hair-strands-from-within-with-biolife-revitiz.html
Revitalise Hair Strands From Within With BiO-LiFE® reVitiz
Revitalise Hair Strands From Within | BiO-LiFE® reVitiz is 4-in-1 special formula, providing essential nutrients for healthy hair growth, hair strengthening from within and essential scalp care to manage issues due to over-styling hair, poor nutrition & aging.  It has long been established that hair is our crowning glory, regardless if you’re a woman or a man. A treasured ‘crown’, our hair exhibits our femininity or masculinity, personality and foremost, our health. Maintaining our hair in pristine condition takes effort, whether you are following trendy hairstyles of celebrities, fashionistas or simply trying to retain your shiny, thick mane. Short, mid length or long, our quest for great looking hairstyles has led to frequent chemical-based perming, hair straightening, hair dyes and extensive use of hair products for in-vogue styles. Unfortunately, over a long period of time, these chemical processes can weaken hair follicles until they become dry, brittle and fragile. Ultimately, our hair will be lackluster and unhealthy! Certainly, when tresses suddenly become unhealthy and malnourished, it’s a concern for many! What nutrients can women and men take to strengthen hair from within for healthy hair growth? Take Haircare Management Seriously  With over 30 years of experience, Haircare Advisor Rozzana Chung Abdullah has seen several thousand scalps and helped women and men overcome their hair challenges and guided them towards having nourished and healthy hair. “If you find your hair starting to show lackluster, it is likely not as nourished as it should be. It’s time to take action and ensure you give it the right nutrients to allow for a healthier hair growth. Identify and avoid poor haircare practices and start adopting the right measures to best care for your hair,” said Rozzana. According to Rozzana, hair is made up of a protein called keratin that is produced in hair follicles in the outer layer of skin.  Hair follicles require nutrients such as proteins, vitamins and minerals to build healthy hair shafts to produce healthy hair. Reasons for Malnourished Hair Min Lee, Consultant at BiO-LiFE® Marketing Sdn. Bhd, shared, “When you don’t get enough proteins, minerals, essential fatty acids and vitamins (namely vitamin B-complex) in your diet, this can lead to structural defects in hair. “Those observing strict diets over a period must also ensure they pay attention to the health of their hair. A poor protein diet within two or three months can adversely affect the quality of your hair. While on your diet, be sure to nourish your hair with the right nutrients. Also, do remember that as we age, we also need to ensure our hair receives the right nutrients as we may have poor nutrition as a result of poor absorption rate with increasing age. “Equal attention must be given if we discover that our hair is brittle, dry, dull and shows sign of premature greying. These are also indicative of nutritional deficiency and must be addressed from within by supplementing our diet with the right nutrients,” she added. Haircare Tips for Younger Women “These days it’s especially important that we educate consumers on the right haircare management. Aside from modern day stressors that affect our hair, many women especially younger ones are opting for various kinds of hair treatments involving over-styling, colouring and bleaching of hair. This can be detrimental to the health of our hair. We are literally stripping our hair of nutrients when we undergo these intense treatments. So, all the more, taking the right hair nutrients is essential.  “It’s important to also remember that a healthy head of hair has a positive psychological effect on us, particularly among women. We feel good when our hair is looking its best and it adds to an overall positive image. So, let’s start properly caring for our hair and nourishing it,” opined Rozzana.   Sharing her personal experience, Shivani Balraj, Digital Content Creator, YouTuber & Editor of Pen My Blog, ShivB said, “When I was in my late teens, I experienced problems with my poor haircare management. It started when I coloured my hair for the first time. My hair became problematic and malnourished. It breaks easily too as the hair is fragile and weak. It definitely wasn't easy then to cope with it. I was quite worried during that time. I took every effort to ‘nurse’ it back to health. Since then, I always try to care for my strands the best way I can, whether it is investing in hair vitamins, good haircare products or even following simple haircare tips like air-drying my hair after a shower or being gentle when I style it. Plus, today's session has kept me well informed on the effects of stress, over-styling, colouring and bleaching my hair. I will certainly put to practice what I have learnt to ensure my hair is strengthened from within, nourished and revitalized.” Meanwhile, Nadia Johari, a mother of two, who dons a hijab shared that she has challenges managing her hair. “After a day of wearing the hijab especially in Malaysian weather, I perspire a lot and my scalp is usually itchy. I notice my haircare regime became more challenging especially after I got married. I have tried various methods to no avail and I hope to now be able to effectively address my haircare and scalp care management more effectively. I know now that the secret lies in feeding my hair and scalp with the right nutrients,” said Nadia. Revitalize Hair Strand From Within  Aiding in hair revitalisation, hair strengthening and scalp care, BiO-LiFE® reVitiz, a health supplement, is a 4-in-1 formulation comprising essential nutrients that offers in the market. It comes with one of the highest sulphurated amino acid with L-Cysteine Hydrochloride, the building block for hair keratin to build strong healthy hair. Vitamin B Complex (B3, B5, B6 and B7) and Vitamin C in BiO-LiFE® reVitiz nourishes the scalp to strengthen hair strands. Iron deficiency, often cited as one of the key reasons for malnourished hair is minimised with a Minerals Combo of iron, zinc and copper helps to improve hair nutrition and revitalise hair. The Horsetail Extract herb provides natural silica (naturally found in hair and is the third most abundant trace element in the body ) to give hair its pretty shine! Safe to consume, halal-certified BiO-LiFE® reVitiz comes to you in convenient once-a-day capsules and contains no added sugars, yeast, milk derivatives, gluten, preservatives and artificial flavours.   Mr. Balaji Rajagopal, General Manager Malaysia & Singapore of BiO-LiFE® Marketing Sdn. Bhd. said, “Having poor and malnourished hair at any age is disheartening. However, with the right haircare management regime and nourishment, both men and women can confidently address their hair concerns. BiO-LiFE® reVitiz works to nourish hair from within with the right nutrients so our hair grows healthily and is also strengthened. We look to bringing more products of value to our consumers through constant improvement and innovation.”   BiO-LiFE® reVitiz is available at all leading pharmacies nationwide including Aeon Wellness, Caring, Guardian, Watsons and other local pharmacies. BiO-LiFE reVitiz retails at RM 64.90 per pack of 30 capsules. Please visit http://Biolife.2.vu/reVitizML for more information on BiO-LiFE® reVitiz (MAL 18096014NCR).
https://www.leaazleeya.com/2016/09/pakcik-sudin-vs-monster-biru.html
Pakcik Sudin vs Monster Biru
Assalamualaikum wbt.. Pakcik Sudin vs Monster Biru  |  Woha!! Mai rapat-rapat nak cite pasal Monster Biru... Ahakz.. Seram tak?? hehe.. Okeh citenye bermula camni... Semalam time dok layan novel "Andai Itu Takdirnya 2" dalam bilik sambil teresak-esak nangis, tetiba perut rasa lapar pulak.. Time tu kalau tak silap dah dekat pukul 11 malam.. Lapar punye pasal, terus aje pergi dapur tengok ape yang ada... Apa yang ada?? Apa lagi kalau bukan Megi... Huhu.. Buat le aku megi Asam Laksa... Time tengah syok menyantap Megi Asam Laksa dekat dapur, tetiba aku terperasan ada kelibat kecik lalu berdekatan dengan meja aku makan... Huhu.. Aku toleh, rupe-rupenya Pakcik Sudin rupanya.. Hehe Jangan keliru, Pakcik Sudin tu si Qhaliff la sebenarnya.. hehe.. Boleh pulak dia sedar.. Padahal dah tido kowt.. Dia bau megi aku masak kowt.. Huhu.. Tengah-tengah aku mengisi perut, aku nampak la dia buat aktiviti menyarung selipar aku yang beso gedabak tu.. Kebetulan hp ada pada aku masa tu... Terus aje aku rakam perbuatan dia... Moh tengok ape dia buat!! Pakcik Sudin Pinjam Selipar Ummi Jumpa Monster Biru.. Monster Biru?? Mesti korang tertanya-tanyakan mana Monster Biru nye?? Haa korang nampak tak yang tercongok dekat tong sampah antik aku tu.. Kalau tak nampak itu bermakna pendekk umurrrrrr bak kata P.Ramlee.. hehe.. Monster Biru tu aku maksudkan Vacuum yang dekat tong sampah tu.. Nape aku panggey Monster Biru sebabnya Qhaliff sangatlah takut sama itu Vacuum... Dia takut bunyi kuat Vacuum tu.. Kadang-kadang kesian jugak tengok dia ketakutan.. Jom tengok Video seterusnya apa dia buat..   Dok usha baeekk punye Monster Biru Gelak aku sorang-sorang tengok keletah dia semalam.. Dah la pakai selipar sebelah pastu dok ushaaa jerk Monster Biru dia tu... Nak pergi dekat takut.. Dah kenapa aku tak simpan aje dalam stor?? Haaa nak tahu kenapa, sebabnya si Qhaliff tu suka sangat dok main sampah dalam tong sampah.. Sebab tu aku letak dekat dengan tong sampah supaya dia tak selongkar sampah tu lagik.. Huhu.. Mujarab betul cara ni,.. Memang tak pergi langsung dekat tong sampah tu.. Usha dari jauh jerk... Ahakz.. Bukan niat nak takutkan dia sebenarnya, tapi untuk elak dia main sampah dalam tong tu... Jom tengok episod terakhir cerita ini.   Di akhir episod pakcik sudin dah berputus asa dah nak berbaik-baik dengan Monster Biru.. Haha.. Terkedek-kedek jalan pakai selipar sebelah... Macam-macam Qhaliff ni.. Kadang-kadang tu rasa tercuit tengok gelagat dia.. Penyeri hidup aku.. Okeh la.. tamat dah cite pakcik sudin vs monster biru.. Tunggu episod cerita lain pulak ye nanti.. Ahakz.. 
https://www.leaazleeya.com/2021/07/muka-nampak-natural-glowing-dengan-hansaegee-nature-gold-nano-cc-cream.html
Muka Nampak Natural Glowing Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature
Muka Nampak Natural Glowing Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature  |  Aku bukanlah orang yang suka mengenakan makeup yang tebal.. Kalau boleh, memang tak nak pakai apa-apa dekat muka.. Tapi itulah, kulit muka aku ni bukanlah jenis kulit yang licin, halus mulus.. Banyak juga kekurangannya.. Nak tak nak kenalah makeup juga bagi menutupi cela yang ada pada muka ni.. Hehe.. Lagi pun kulit muka kita ni juga perlukan perlindungan.. So, paling tak pun kena pakai cc cream atau sunscreen untuk melindungi kulit muka kita dari sinar uv berbahaya.. Itu paling penting! Dah alang-alang sebut tentang perlindungan kulit muka ni kan.. Kali ni aku nak share dengan korang cc cream yang aku guna sekarang ni untuk melindungi kulit muka aku dari sinar uv berbahaya kerana cc cream yang aku pakai ni mempunyai SPF50+ PA+++.. Apa yang bagusnya cc cream ni, kalau tak nak mekup pun tak pe.. Pakai cc cream ni sahaja pun dah cukup untuk cover muka kita.. Muka nampak natural glowing je bila pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni..  Muka Nampak Natural Glowing Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Serius aku dah betul-betul jatuh cinta dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni tau.. Aku dah tak perlu nak buang masa setiap pagi sebelum pergi kerja untuk makeup beria.. Bila time lambat tu, aku boleh chill je sebab aku hanya perlu pakai CC Cream ni sahaja untuk based makeup aku.. Tak perlu lagi nak pakai foundation bagai..  Nak blend foundation pun makan masa tau.. So, kerja aku bertambah mudah dan cepat sekarang dengan Gold Nano CC Cream ini.. Selebihnya aku akan top up la sikit compact powder, eye brow, mascara dan lisptik supaya lebih nice look kan.. Kalau tak pakai lipstik, maunya muka aku ni nampak macam mayat hidup.. haha..!! Dah dekat dua minggu juga aku cuba Gold Nano CC Cream ni.. Yang boleh aku katakan di sini adalah, CC Cream dari Hansaegee Nature ni bukan sekadar CC Cream biasa tau, tetapi ianya banyak kebaikan dan banyak berikan perubahan pada kulit muka aku.. Paling best, bila aku dengan begitu yakin berada di khalayak ramai tanpa makeup dengan hanya memakai Gold Nano CC Cream ini sahaja pada muka tanpa sebarang solekan lain kecualli lipstik.. Haha.. Yes, itulah satu kelebihan yang ada pada Gold Nano CC Cream, yang boleh membuatkan muka kita kelihatan natural glowing.. Dan jeragat aku pun dah semakin pudar!! Alhamdulillah..  Seperti yang aku nyatakan tadi, kulit muka kita ni perlukan perlindungan uv.. Gold Nano CC Cream ini mempunyai perlindungan UV SPF50+ PA+++.. Dengan Gold Nano CC Cream ni korang dah tak perlu pakai sunscreen lagi kerana cc cream ini juga bertindak sebagai sunscreen untuk kulit kita.. Baguskan? Satu lagi yang perlu korang tahu, sunscreen sangat penting untuk kulit, kerana ianya dapat menghalang pertumbuhan jeragat pada muka kita.. Jadi, dengan Gold Nano CC Cream ni, korang dapat banyak kebaikan selain bertindak sebagai sunscreen, kulit juga nampak cantik, natural dan glowing gittchewww!! Oh ya, CC Cream ni bermaksud Colour Control Cream ye.. Kot la ada yang belum tahu kan.. Hehe.. Ok apa yang bestnya, CC Cream ni merupakan all ini one day cream dimana krimnya berwarna putih secara fizikalnya tetapi bila dipakai pada kulit, ia akan berubah warna mengikut tona kulit kita.. So, tak kiralah apa jua warna kulit korang, yang pastinya Gold Nano CC Cream ni sesuai untuk semua jenis dan warna kulit... Ia juga Anti-Wrinkle, tidak berminyak dan tidak melekit..  Tentang Hansaegee Nature Aku cerita la sikit tentang Hansaegee Nature ni ye.. Hansaegee Nature ini merupakan produk skincare original yang diperbuat dari Korea dan telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2011 lagi.. Aku sendiri pun tak sangka dah lama produk ni berada di pasaran.. Aku dapat tahu tentang CC Cream ini pun dari kawan-kawan aku.. Ramai kawan-kawan aku dah guna CC Cream ni dan aku mendapat feedback yang positif dari mereka.. That why la aku pun nak cuba sendiri.. Setelah mencubanya sendiri, yes!, memang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni best gile.. Oh ya, Bukan hanya Gold Nano CC Cream ni saje, malah mereka telah mengeluarkan pelbagai lagi produk seperti cleanser, whitening cream, dan banyak lagi.. Lepas ni bolehlah cuba produk keluaran mereka yang lain pula kan.. Hiks.. Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Sebelum ni dah bermacam jenis CC Cream aku cuba.. Tapi, banyak yang tak menepati ciri-ciri cc cream yang aku cari..  Aku lebih suka dengan cc cream yang teksturnya ringan kerana bila pakai, muka kita tak rasa tebal macam pakai foundation.. Itu yang paling best! Satu lagi, banyak cc cream yang aku cuba warnanya terlalu putih bila di pakai pada muka.. Nampak muka berkepuk-kepuk putih.. Perghh, cc cream jenis ini memang aku tak suka.. Sebab itulah, aku falling in love sangat dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni.. Semuanya perfect bagi aku.. Banyak kelebihannya tau.. Antaranya :- Mengandungi perlindungan UV SPF50+ PA+++ Mengimbangi tona kulit secara semulajadi Meminimumkan penampilan pori muka Bertindak sebagai makeup base atau primer Mencerahkan kulit Anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit Menjadikan kulit muka lembut, glowing dan natural Mengekalkan kelembapan Melegakan masalah kulit Siapa yang memerlukan Hansaegee Natura Gold Nano CC Cream ini? Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini juga selamat digunakan kerana ia bebas paraben, sulfate dan alkohol serta bebas dari mana-mana sumber haiwan.. So, boleh guna tanpa was-was... Bahan Utama Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Ok, mesti korang nak tahu bahan utama yang terkandung dalam Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni kan.. Jom check! Mineral Water - Dapat mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - Anti bakteria, dapat melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah Nano Gold - Dapat mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi Cara Penggunaan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Cara guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mudah je.. Sebelum pakai cc cream, kena pastikan dulu muka benar-benar bersih supaya tidak mendatangkan masalah lain pula nanti.. Lepas cuci muka boleh je terus pakai cc cream ni atau kalau korang dah terbiasa dengan rutin penjagaan wajah yang lengkap, korang bolehlah pakai toner, moisturizer dan seterusnya barulah pakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini.. Nak apply dekat muka pun senang tau cc cream ni..  Korang guna je jari jemari korang tu untuk apply cc cream ni pada wajah.. Calit-calitkan cc cream ni pada wajah, kemudian sapu rata keseluruh wajah sehingga sekata.. Korang akan dapat lihat kulit wajah korang nampak lebih cerah, halus dan pori-pori pun tak kelihatan sangat dah.. Itu yang bestnye.. Satu lagi, cc cream ni juga tak berminyak dan tak melekit.. Best gile!! Aku memang guna cc cream ni sebagai makeup primer aku sebabnya makeup akan tahan lebih lama dan tak bercapuk.. Lagi pun, bila muka berpeluh atau berminyak, muka akan nampak lebih cantik, natural dan glowing.. Itu yang aku suka!!  Lihat gambar di atas.. Perbezaan kesan dari penggunaan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini yang aku jadikan sebagai makeup primer tanpa foundation.. Kalau korang nampak, bahagian yang menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream nampak lebih terang dan tahan lebih lama berbanding bahagian yang tidak menggunakan cc cream, warnanya lebih pudar dan cepat luntur.. So, dengan hanya menggunakan cc cream ini, korang dah dapat 'look' yang lebih natural, segar dan glowing..  Bagi korang yang tak suka sangat bermakeup tu, aku recommend sangat korang guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni sebabnya muka korang akan nampak natural dan korang juga akan lebih berkeyakinan dengan kesan daripada penggunaan cc cream ini..  Berpeluh tak bercapukBerminyak tak bercapuk Dapatkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Untuk Kelihatan Natural dan Glowing Bagi aku sangat berbaloi-baloi dengan harganya RM128 kerana bukan sahaja boleh dijadikan makeup primer tetapi ia juga bertindak sebagai sunscreen.. So, tak perlu nak bazirkan duit beli dua produk untuk dua fungsi.. Cukup hanya dapatkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini untuk kelihatan natural dan glowing sekaligus dapat melindungi kulit dari sinar uv berbahaya.. Jimatkan!! Dengan isipadu 50ml, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini dapat bertahan penggunaannya selama 2-3 bulan, bergantung pada kadar penggunaan masing-masing.. Oh ya, dengan setiap pembelian sebanyak RM70 ke atas di website Hansaegee Nature, korang akan dapat pekhidmatan penghantaran percuma.. Lagi jimat kan.! Untuk malumat lanjut dan sebarang pembelian, boleh layari :- 👉 Website : https://hansaegee.com/shop/ 👉 Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/ 👉 Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature/ 👉 Youtube : https://www.youtube.com/HansaegeeNatureMalaysia
https://www.leaazleeya.com/2021/11/cara-atasi-rambut-gugur-dan-kelemumur-dengan-set-primadona-faith-.html
Cara Atasi Rambut Gugur dan Kelemumur Dengan Set Primadona Faith Fleur
Cara Atasi Rambut Gugur dan Kelemumur Dengan Set Primadona Faith Fleur  |  Ok, sebelum  ni aku dah pernah cerita tentang produk penjagaan rambut Faith Fleur ni.. Now, aku nak share sekali lagi rutin penjagaan rambut aku dengan Set Primadona Faith Fleur ini kerana bagi aku ianya sangat serasi dan berkesan untuk aku.. Bukan mudah untuk aku cari produk penjagaan rambut yang sesuai dengan aku.. Dah banyak juga aku cuba dan Faith Fleur yang paling sesuai dengan aku..Aku memang menghadapi masalah rambut gugur yang agak teruk dan juga kelemumur.. Masalah rambut gugur aku ni bermula selepas aku melahirkan anak pertama.. Semakin hari semakin teruk.. Setiap hari mesti nak kena sapu lantai sebabnya banyak sangat rambut aku gugur.. Bila tengok rambut banyak atas lantai tu rasa agak risau dan sedih.. Satu lagi punca menjadi penyumbang kepada rambut gugur ni adalah stress!! Yess, sekarang aku selalu sangat stress.. Sebab itulah aku perlukan produk yang betul-betul selamat digunakan dan boleh atasi rambut gugur dan kelemumur yang aku hadapi ini.. Now, aku dah jumpa produk penjagaan yang tepat untuk atasi masalah aku ini iaitu Set Primadona Faith Fleur..Rawat Sendiri Rambut Gugur dan Kelemumur Di Rumah Dengan Faith FleurSiapa yang ada masalah rambut gugur, kelemumur, rambut rosak, rambut bau kepam boleh la cuba Set Primadona Faith Fleur ni.. Ada syampu, perapi dan juga serum.. Sangat recommended!! Aku sendiri dah cuba sebab tu aku berani rekomen dekat korang.. Sekarang ni dah masuk set kedua tau.. Bila dah suka tu, memang akan setia la jawabnya.. Haha.. Packagingnya pun dah bertukar.. Dulu warna pink putih, now dah tukar warna Purple... Warna kegemaran aku guyss!! Botol serum pun dah bertukar kepada botol yang jernih.. Simple but nice.. Aku suka!! Yang penting produknya tetap mantap macam dulu jugak.. Paling aku suka bau dia.. Entah la, aku suka sangat bau produk ni.. Lembut je dan menenangkan..Ok, apa yang aku suka sangat selepas guna Set Primadona Faith Fleur ini?Rambut aku ada perubahan.. Jumlah rambut gugur di lantai dah kurang.. Yeyyy!!Rambut lembut gile.. Yang ni paling best lepas mandi.. Mudah diurus.. Guna jari pun boleyyyy!!!Masalah kelemumur pun dah semakin kurang.. Hope dengan set kedua ni terus hilang.. Hehe..Bau rambut wangi je.. Sepanjang hari rasa selesa dan segar dengan bau honey dew yang tenang..Tentang Faith FleurDah alang-alang aku menulis ni.. Nak la jugak aku cerita serba sedikit tentang Faith Fleur ni.. Mesti korang pun nak tahu kan asal usul Faith Fleur ni.. Ok jom aku story..Faith Fleur adalah satu jenama penjagaan rambut yang telah beroperasi lebih kurang 5 tahun dan telah membantu lebih 1 juta pengguna mendapatkan rambut lebat dan cantik.. Diasaskan oleh Puan Mariam binti Abdul Samad, di mana Faith Fleur kini telah mempunyai 10 jenis produk penjagaan rambut yang dapat mengatasi apa juga masalah rambut yang dihadapi tidak kira sama ada daripada golongan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.. Kanak-kanak pun boleh guna tau!! Itu yang best dengan produk Faith Fleur ni..'Faith Fleur'.. Korang tau tak ape maksudnya? Ok, Faith tu maksudnya 'Kesetiaan' dan Fleur pula adalah 'Bunga' dari perkataan perancis.. Itulah maksud 'Faith Fleur'.. Ok, Faith Fleur ni adalah sebuah syarikat pengeluar produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampu, conditioner, serum, tonic dan hair mist.. Bahan-bahan yang digunakan juga telah mendapat kelulusan daripada KKM dan tidak mengandungi sebarang barang kimia berbahaya seperti Paraben, SLS dan Soap.. Paling terpenting bagi aku dan seluruh umat Islam adalah ianya HALAL dan MESRA WUDUK!!Faith Fleur Set Primadona Pilihan AkuFaith Fleur Set Primadona tetap menjadi pilihan aku.. Set Primadona ni terdiri daripada Shampoo Hair Loss, Conditioner Hair Loss dan juga Anti-Frizz Hair Serum.. Alahai sukanya aku tengok packaging baru Faith Fleur ni.. Love sangat!! Orite, jom aku story tentang kelebihan setiap satu produk dalam dalam set ini..  Best ke idok?? Jom check it out!!Faith Fleur Shampoo Hair LossRM 35 (250ml)Tanpa Paraben dan SLESMengandungi Vitamin Pro-V-B5Haruman Honey DewKelebihan Shampoo :-Menghilangkan kotoran dan minyak pada rambut serta kulit kepalaMengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepalaMenghalang kekeringan, kegatalan, rambut kasar dan kulit kepada bersisikMengurangkan kekusutan dan membantu mengurangkan rambut gugurFaith Fleur Conditioner Hair LossRM 35 (250ml)Tanpa Paraben dan SLESMengandungi Vitamin Pro-V-B5Haruman Honey DewKelebihan Conditioner :-Diperkaya dengan Mineral Oil untuk mengurangkan masalah rambut putus dan keringMenjadikan rambut lebih lembut dan bersinarMemberikan kelembapan kepada rambutAnti-Frizz Hair SerumRM 20 (65ml)Oil-based tetapi mudah menyerap dan mudah dibersihkanBerbau lembut dan segarTidak berminyak dan tidak melekitMesra solatKelebihan Serum :-Mengandungi bahan-bahan berkualiti seperti minyak zaitun untuk mengatasi masalah rambut rosakMembantu mengurangkan rambut bercabang dan rapuhMelembut dan melebatkan rambutDapat mengurangkan masalah rambut gugurMerawat masalah kelemumur dan kulit kepala keringCara Penggunaan Faith Fleur Set PrimadonaPakai sesuatu produk tu, kalau nak dapat result yang best, kenalah guna mengikut aturan yang betul dan nak dapatkan kesan yang terbaik, kenalah konsisten..  Jom aku ajarkan cara penggunaan Faith Fleur Set Primadona yang betul supaya ianya lebih berkesan..Step 1 - Shampoo Hair LossBasahkan rambut sehingga kena pada kulit kepala.. Kemudian ratakan cecair syampu di bahagian rambut dan kulit kepala.. Urut lembut kulit kepala 2 - 3 minit dengan Faith Fleur Shampoo Hair Loss.. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.Step 2 - Conditioner Hair LossBersihkan rambut dari kesan syampu. Kemudian ratakan cecair conditioner di bahagian rambut sahaja. Elakkan daripada terkena kulit kepala. Kemudian biarkan 2 - 3 minit. Akhir sekali bilas dengan air sehingga bersih.Step 3 - Anti-Frizz Hair SerumPicit serum ke tapak tangan dan gosok.. Kemudian ratakan ke seluruh rambut dan kulit kepala. Boleh juga digunakan ketika rambut masih basah.Nak Rambut Lebat Dan Cantik, Gunalah Faith Fleur. Yang Penting Konsisten, No Malas-Malas!!Aku dah cuba, Faith Fleur sangat membantu mengatasi masalah rambut gugur dan kelemumur yang aku alami.. So, bagi korang yang menghadapi masalah sama macam aku, aku recommend sangat korang guna Faith Fleur ni.. Mana tahu sesuai dan dapat bantu korang juga.. Nak rambut lebat dan cantik, gunalah Faith Fleur!! Yang penting kenalah konsisten, no malas-malas!! HeheUntuk info lanjut, korang boleh layari :-👉 Website : https://www.faithfleur.my/👉 Facebook : https://www.facebook.com/faithfleurhq/👉 Instagram : https://www.instagram.com/faithfleurhq/👉 Youtube : https://www.youtube.com/c/FAITHFLEURHQ/👉 Whatsapp : https://wa.me/60125144231
https://www.leaazleeya.com/2017/06/fantech-speaker-murah-dan-berkualiti.html
Fantech Speaker Murah Dan Berkualiti Dari Lazada Malaysia
Fantech Speaker Murah Dan Berkualiti Dari Lazada Malaysia  |  Baru-baru ni aku cuci mata dekat website Lazada Malasyia.. Mencari-cari speaker yang sesuai untuk PC kat rumah aku ni.. Almaklumlah PC aku tu tak berspeaker... Nak tengok youtube pun tak boleh... Takan nak tengok tanpa suara kan... So, dah puas mencari, aku berkenanlah dekat satu brand speaker ni.. Fantech Speaker... Harga pun ok.. Mampu milik.. Dan paling penting bila beli barang dekat Lazada Malaysia ni, aku akan tengok dulu review dari pembeli.. Tengok pada feedback customer, semuanya kata ok.. So, aku on aje la beli Fantech Speaker  ni.. Fantech Speaker Murah Dan Berkualiti Dari Lazada Malaysia Fantech Speaker ni sebenarnya didatangkan dalam 2 warna.. Putih dan Hitam.. Aku pilih hitam sebab tak nampak kotor.. Rumah aku ni tau aje la, kuat bebenooonye berdebu.. Jadinya, untuk langkah selamat baik pilih warna hitam.. Tak nampak kotor walaupun yang sebenarnya mata aku ni lebih suka melihat warna putih.. Hehe.. Putih cantik woooo.. Tapi ape boleh buat, keadaan rumah tak mengizinkan..  Cantikkan warna putih tu.. Kot rumah korang tak de masalah debu dan habuk yang maha dasyat, bolehlah pilih warna putih itewwww!!.. Aku beli speaker ni dengan harga hanya RM 31.80.. Ada potongan sebanyak 34%.. Harga sebelum diskaun adalah RM 48.00..  Fantech Speaker Aku dah pun try and error Fantech Speaker ni.. Bunyinya memang umpphh...!! Terbaikk dari ladang... Sekarang PC aku dah ada speaker, so lepas ni bolehlah selalu mengadap youtube.. Hehe... Dah macam tak pernah ada speaker jerk gayanye kan.. Haha!! Sebenarnya ada.. Cuma terlalu besar.. Aku dah ada speaker jenama Sonic Gear Evo 7.... Dah pernah pasang pun dekat PC ni.. Yang jadi masalahnya, bila dah besar sangat speaker tu tak boleh nak sorok belakang monitor.. Dan budak kecik dalam rumah ni, suka sangat menekan on/off nye.. Cocok sana cocok sini.. Hadoiii... Tensen mak nakkk...!! Tu sebab aku beli speaker kecik comel ni.. Supaya si Qhaliff tu tak dapat lagik nak kacau speaker aku.. Haha..  Dah siap pasang pun.. Nampak tak tu, seno'et jerk speakernya.. Untuk snap gambar ni aku letak la depan dulu speaker tu.. Pastu baru letak belakang monitor tu supaya selamat.. Haha!! Oklah.. Bagi aku memang berbaloi-baloi aku beli speaker ni setanding dengan kualitinya.. Berapa lama boleh guna tu aku tak pasti la ye.. Kite tunggu dan lihat aje la.. Moga-moga jangka hayatnya lama.. Hiks.. Kalau korang rasa nak jugak beli speaker comel macam yang aku beli ni, bolehlah beli di Lazada Malaysia.. Masih ada diskaun sekarang  ni tau... Nanti kalau diskaun dah tak de tolong jangan nangis belakang pintu bilik ye...  Beli Fantech Speaker di SINI Baca juga : Faber Slow Cooker Dan Nasty Girl Guess Clutch Dari Lazada Malaysia
https://www.leaazleeya.com/2016/04/layan-komik-best.html
Layan Komik Best
Assalamualaikum wbt... Baru aku tahu rupanya ada blog komik yang boleh dijadikan sebagai penglipurlara kehidupan yang gundah gulana ni.. Haha...:D Syok gak layan komik ni... Nak pulak gambo yang dipamerkan cun-cun dan ohsem belaka.. Disamping cerita yang gut-gut.... Baru-baru ni terserempak beberapa blog komik... Wahhh teruja aku dok baca komik... Paling win pada hati dan jiwa aku blog Lanun Ranggi... Perghhh lukisan dia ohsem.. cerita dia thorrrrbekkk... Sekarang LR tengah femes cerita Origami Biru... Now ada Origami Biru 2016 pulak.. Baru masuk EPISOD 3.. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya... Banyak permintaan untuk sambungan cerita ni.... Harap admin LR dapat buat sambungan secepatnya.. Haha... :D sumber pic  : blog Lanun Ranggi Kalau korang suka baca komik boleh la follow Lanun Ranggi.. Bestt oh....Tak rugi follow tau.. 
https://www.leaazleeya.com/2017/06/salad-telur-hancur-terlebih-sedap.html
Salad Telur Hancur Terlebih Sedap
Salad Telur Hancur Terlebih Sedap  |  Lama betul tak buat Salad Telur Hancur ni.. Sekali buat bertambah-tambah nasi... Salad Telur Hancur ni sedap kalau dimakan dengan nasi dan sedap juga di makan begitu sahaja.. Wahh dah macam iklan tv pulak ye... hehe.. Tapi serius memang sedap rasanya... Kalau dulu-dulu rasa nak diet sikit tak nak makan nasi, aku buat aje salad telur hancur ni.. Kengkonon la nak diet kan.. haha!! Salad Telur Hancur Terlebih Sedap Orite, inilah rupa Salad Telur Hancur tersebut... Ini yang dah aku gaul semua sekali termasuk mayones dan sos cili... Dah nak makan kene la gaul semua.. Kalau buat untuk amek gambar aje, memang mayones dan sos cili tu hanya sebagai hiasan ajerk la kan.. Ahakz.. Jom tengok bahan-bahannya dan cara penyediaannya... Mudah aje.. Petik jari dah boleh siap.. Opssss!! Haha...~!! RESEPI SALAD TELUR HANDUR TERLEBIH SEDAP Bahan A 3 biji telur 2 biji cili merah (Ditumbuk @ dikisar) 2 biji bawang merah 2 sudu makan  minyak masak Garam secukup rasa Bahan B - Untuk Sayur (Dihiris) Sedikit kubis (Kuantiti mengikut citarasa) 2 biji tomato 3 biji cili merah 1 batang lobak merah 1 labu bawang besar Bahan C - Sebagai hiasan 1 cawan mayones 3 sudu makan sos cili Cara Membuat Gaulkan bahan untuk telur kecuali minyak dan masakkan di dalam kuali sebagai telur hancur Gaulkan semua bahan sayur bersama telur hancur HIaskan dengan mayones dan sos cili Hidangkan bersama roti ataupun nasi Mudahkan.. Simple aje cara nak membuatnya.. Oh ya, aku dapat resepi ni dalam buku masakan sebenarnya... Buku ni aku dah beli tahun 2012 dulu lagi... Sebelum kawen lagik uolls.. Buku apakah?? 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza.. Aku percaya ramai yang dah memiliki buku masakan yang terbaik di pasaran ni.... Terdapat 365 resepi di dalam buku ni... Sepanjang tahun, kalau ikut betul-betul, memang 1 hari 1 resepi... Tapi rajinkan anda?? Ehhh rajinkah aku?? Huhuhu..  Buku Resepi 1 Hari 1 Resepi by Chef Hanieliza Resepi Telur Handur Terlebih Sedap itewww!!
https://www.leaazleeya.com/2016/04/kisah-suka-duka-si-kecik-sepanjang-1.html
Kisah Suka Duka Si Kecil Sepanjang 1 Tahun
Assalamualaikum wbt... Memandangkan umur anak  aku ni dah mencecah 1 tahun pada 13.04.2016 beberapa hari yang lepas, tergerak lak hati aku ni nak up entry tentang si kecik kesayangan beta ni.. Kisah suka duka si kecik ni sepanjang kehidupannya di atas muka bumi tuhan ni... hik..!! Oh...!! Bukan arini ke nak up tu...???? Haha... Sori, bukan rini k...  Biasa la kalau dah suka duka sepanjang 1 tahun mesti la panjang berjela kan.. So, memakan masa jugak la nak kasi siapkan entry tersebut.. Dah siap nanti aku publish ekk..... eh.. aku lak rasa tak sabo ni dah kenapaaaa... Hoh..!!
https://www.leaazleeya.com/2019/01/unboxing-althea-chrismas-gift-box.html
Unboxing Althea Chrismas Gift
Unboxing Althea Chrismas Gift  |  Hello Readersss!! Hah, kali ni nak cerita tentang hadiah pula.... Ada ke dikalangan korang yang tak suka bila dapat hadiah? Kalau ada, itu satu yang agak pelik bagi aku.. Aku yakin pasti ramai yang teruja bila dapat hadiah, terutamanya dari orang yang tersayang.. Betul tak? Begitu jugalah aku.. Tapi kali ni aku dapat hadiah bukanlah dari orang yang tersayang tetapi dari sebuah brand kesayangan aku iaitu Althea.. Sempena hari Krismas yang lalu, Althea bermurah hati menyediakan hadiah buat Althea Angels.. Aku ada buat wishlist 10 barang yang ingin aku beli di Althea.. Nak tahu tak, 5 daripadanya terkandung di dalam box Althea Chrismas Gift tersebut.. Seronok sangat weh!! Apa yang ada dalam kotak Althea Chrismas Gift ni? Uisss serius aku cakap.. Masa terima box ni, teruja bukan main aku nak bukak... Yelah, setiap satu barang pasti memberi manfaat pada aku kan.. hehe.. Jom lihat, barang apa yang ada dalam kotak ni.. Pobling - Pore Sonic Cleanser Lama dah sebenarnya nak beli pobling ni.. Cumanye selalu sangat pertimbangkan harganya yang agak meriah tu.. Akhirnya dapat jugak aku memiliki pobling ni.. TQ Althea.. Ramai sangat bagi feedback yang bagus tentang pobling ni.. Mahunya aku tak tertarik untuk turut memilikinya.. Hehe.  Berus pobling ni sangatlah halussss dan lembut bebulussnye.. Jadi, tak perlu risau kulit muka calar atau luka.. Pobling ni menggunakan sebiji bateri AAA sahaja untuk berfungsi.. Ringan dan mudah dipegang.. Aku dah try pobling ni.. Yesssss, memang terbaik kerana dapat membersihkan muka dengan sempurna.. Serius, muka sangat bersih lepas menggunakan pobling ni... Satu lagi yang best tentang pobling ni, ia seolah² sedang mengurut muka kita.. Sambil cuci sambil urut kan. hehe..  It's My - Eyelash Curler Comb Eyelash curler yang jenis ni memang aku tak pernah try guna lagi.. Ini firstime aku guna yang ada comb macam ni.. Bagi aku, kalau bulu mata yang jenis pendek memang tak sesuai pakai jenis ni.. Setakat ni aku guna, masih boleh capai la bulu mata aku walaupun x sebanyak mane.. Haha.. Jangan risau, tak rugi pun kalau beli yang ni sebabnye comb tu boleh dicabut dan boleh guna seperti biasa..  Tony Moly - Delight Tony Tint (Cherry Pink) Warna Cherry Pink ni cantik.. Next boleh cuba warna yang lebih terang pula.. hehe.. Aku memang tak pernah pakai tint sebelum ni sebabnye rasa macam tak sesuai dengan bibir aku yang agak gelap ni.. Sorry ye, aku tak merokok! Haha.. Walaupun korang tak tanye, aku tetap jugak nak menjawab.. kikiki.. Missha - 4D Mascara Missha Mascara ni memang feberet aku.. Rasanye setakat ni, inilah mascara yang paling best pernah aku guna.. Tak comot dan bergumpal-gumpal... Serius aku sangat suka..  Selalunye kalau aku shopping di Althea, mesti tak miss untuk beli mascara ni miskipun yang aku guna masih belum habis.. Buat stok kata orang.. hehe.. Yang penting, lambat lagi expired...  Althea - Contour Cleanser Yesss, produk Althea memang terbaik.. Ini salah satunye.. Contour Cleanser ni sangat sesuai untuk kulit muka aku.. Bertiup-tiup dah aku beli.. Macam mascara tadi juga, pencuci muka ni aku akan beli setiap kali aku shopping dia Althea.. Siap aku letak satu bilik air satu tiup Althea Contour Cleanser ni.. hehe..  Apa yang best tentang pencuci muka ni, korang boleh baca kat SINI.. Rire - Bubble Bubble Lip Mask Aku memang ada masalah bibir kering dan selalu mengelupas.. Alhamdulillah Rire Bubble Lip Mask ni sangat membantu.. Nape warna kuning botolnye? Sebabnye bahan utamanye adalah lemon.. Masa apply kat bibir memang terasa lemonnye.. Rasa nak makan pun ada.. Seronok tau pakai lip mask ni.. Dia akan menghasilkan buih-buih halus selepas beberapa minit dipakai.. Hasilnye, bibir terlebihhh lembut.. Aku suka weh!! Aprilskin - Magic Snow Cushion 2.0 (#23) Memang betul Aprilskin Cushion ni harganya boleh tahan mahalnye.. Tetapi, jangan tak tahu ye hasilnye sangat ohsem bila apply kat muka... Muka nampak sangat smooth dan flolesss... Tak tipu sebabnye sebelum ni aku dah pernah pakai cushion ni.. Ini adalah unit kedua untuk aku.. Memandangkan harganye agak ehem ehem, memang aku guna berpada-pada dan ia boleh tahan lama.. Hiks.. Nampak tak kedekut disitu.. Gile ko, takan nak beli tetiap bulan.. Rabak poket.. Haha!! Serius, Aprilskin Magic Snow Cushion ni memamg thorrrrrbahekkk!!!! Tony Moly - Panda's Dream Brightening Eye Base Last sekali aku dapat cuba benda alah yang comel ni.. Memang comel casing dia.. Bersesuaian dengan manfaatnya.. Panda's Dream Brightening Eye Base dari Tony Moly ni fungsinya untuk menutup lebam bawah mata.. Teksturnya ala-ala cream jugak.. Nak cakap berjaya tutup seratus peratus lebam bawah mata tak jugak.. Tetapi membantu la sedikit sebanyak.. Aku cover dengan panda ni bawah mata aku, still lagi kena cover dengan concealer dan bb cushion barulah kurang sikit kelihatan.. Hehe.. Ataupun memang lebam bawah mata aku ni dah sememangnya parah sampaikan susah dah nak cover dengan lapisan yang nipis.. Haha.. Tak pe la, sekurang-kurangnya kita usaha untuk menutupnya kan dan hampir berjaya.. Hiks.. Unboxing Althea Chrismas Gift Box Itulah 8 barang yang aku dapat dari Althea.. Alhamdulillah semuanya sangat bermanfaat untuk aku.. Melengkapkan lagi rutin penjagaan wajah aku.. Paling buat aku teruja adalah Pobling.. Serius best weh.. Muka gerenti bersih sebersih bersihnya.. Oklah, bagi korang yang nak usha produk K-Beauty, bolehlah layari https://my.althea.kr/... Semua produk sangat best... Standby duit jerk ye dalam akaun.. Hehe..
https://www.leaazleeya.com/2019/06/dashing-semburan-badan-deodoran-dan.html
Dashing - Semburan Badan Deodoran Dan Wangian Badan Untuk Lelaki
DASHING - Semburan Badan Deodoran Dan Wangian Badan Untuk Lelaki  |  Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka. Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.  Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki. Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki, DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari. Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!  Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi. DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai :-  HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber. ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky. SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky. HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif. DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.  Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING, sila layari :- FACEBOOK  https://www.facebook.com/Dashing.MY/  INSTAGRAM https://www.instagram.com/dashing_my/.
https://www.leaazleeya.com/2016/08/borong-botol-susu-qhaliff.html
Borong Botol Susu Qhaliff
Assalamualaikum wbt Borong Botol Susu Qhaliff  |  Sabtu lepas aku menghabiskan masa dekat bandar.. Menyelesaikan beberapa urusan yang harus diselesaikan.. hehe.. Termasuklah mencari barang-barang yang telah aku listkan.. Salah satu barang yang ada dalam list aku adalah botol susu si Qhaliff.. Botol susu dia dah lama tak bertukar.. Pengasuh pown mintak satu lagik botol baru..  Pigeon Peristaltic Plus Qhaliff memang guna botol susu Pigeon Peristaltic Plus ni dari baby lagi.. Botol susu ni aje yang dia terima.. Yang lain-lain semua dia tak nak.. Sebab tu la aku masih setia dengan botol susu ni.. Risau nak tukar botol lain, takut dia tak nak... Rugi ohh..!! Sabtu tu aku terjah Butik Manjaku dulu... Usha-usha dekat sana kot-kot ada sale kan... Baru syok nak membeli kalau ada sale kan.. Botol tu mahai kowt wehh...!! Tapi malangnya tak de sale la pulak dekat Butik Manjaku.. Aku tawakal pulak pergi ke Parkson.. Dengan harapan ada sales dekat sana.. Sampai aje dekat parkson terus meluru bahagian Pigeon.. Woohaaaaa... Ada sales wehhh...!! Horreeyyyy... Plan asalnye nak beli 2 botol aje.. Harga Asal botol susu ni RM 60 lebih jugak untuk satu unit... After sale 40% dapatlah dengan harga RM36.24 sahaja untuk satu botol.. Alhamdulillah.. Terus aje aku memborong 3 botol susu Pigeon Peristaltic Plus tu.. Time tu rasa cam nak rembat semua sekali botol yang ada atas rak tu.. Haha.. Gile betol.. Bukan senang nak dapat harga camni tau.. Jarang-jarang jerk sales dapat harga camni.. Separuh harga tu wehh..  Aku beli jugak puting yang saiz besar sikit untuk Qhaliff.. Puting pada botol tu, lubang dia kecik sangat.. Kang mengamok pulak si kecik tu.. Hehe.. Dapat amek gambar 2 botol aje.. Satu lagik dah rasmi lebih awal.. Haha.. Tak menyempat kan.. Aku suka botol ni sebab botol ni plastik dia macam kaca.. Takkan kuning sebab botol nye memang dah kuning ye.. kiki... Kelemahan botol ni, bila dah lama-lama dia akan calar.. Biasalah kalau dah guna dan basuh dengan kerap, calar lah dia kan.. Tak nak calar sila beli dan simpan ye.. ahakz.. Tapi penggunaannya agak lama dari botol biasa... Best sangat botol susu ni.. Dah letih mencari barang, kitorang berhenti makan dulu.. Si kecik dah kelaparan.. Kesian pulak... hehe.. Kemain lagik bila ajak bergambar.. Buat macam-macam gaya memek muka.. Gut Boy...!!
https://www.leaazleeya.com/2017/04/firstime-try-maybelline-super-bb.html
Firstime Try Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte
Assalamualaikum wbt.. Firstime Try Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte   |  Punyalah lama peram entry ni.. Bukan apa sebabnya tak punya masa nak menerai produk ni.. Dok asek kelam kelibut jerk pepagi time nak p kerja.. Nak make up pown  tak sempat dik nonn.. Main pakai bedak aje la.. Hehe..  Sebagaimana yang korang tahu (aku main agak-agak jela korang dah tahu.. hehehe), Maybelline Super BB Cushion Frest Matte ni aku dapat hadiah dari 5th Lazada Birthday Surprise Box hari tu.... TQ Lazada Malaysia..  Btw, baru pagi tadi aku berkesempatan untuk mencuba keohseman BB Cushion ni.. Firstime tau... Biasa-biasa pakai pondesen yang teksturnya bukan unik cenggini.. Yang ni memang unik.. Patutla dipanggil 'cushion', sebab tekstur dia bila ditekan-tekan dah macam kite duduk atas cushion sofa.. Haha.. Baru la den faham.. Almaklumlah sejak dua menjak ni dah kurang ber-make-up dek kerana bizi manjang... huh.. Untuk percubaan pertama aku ni, aku suka akan teksturnya.. Bila pakai kat muka, memang nampak sekata dan muka nampak licin jerk.. Memang terbaiklah... Kirenye boleh la cover para 'jururawat' yang ada kat muka aku ni.. Ehh, kemaheenn gemilang lagik jerawat tumbuh kat muka aku sejak dua menjak ni.. Adakah muka aku tak dijaga?.. Haisss tak boleh jadi ni.. Kena siasat pasni.. Hiks.. Nak tengok tak hasil aku pakai BB Cushion ni.. Segan sebenarnya nk up gambo sendirik yang thorrrrlebey "cohomel" ni.. Haha!! Tapi dek kerana nak buktikan aku suka akan BB Cushion ni, terpaksa la jugak up gambo aku.. Jangan muntah hijo dah la ye... Hiks.. Sememeh muka.. Ni gambo guna camera biasa aje..  Nampak tak ada 'jururawat' kat tepi hidung tu.. Dapat cover hokeh!! Dah up gambo yang guna camera biasa nak jugak la up gambo yang guna camera setting beauty.. Hakak nak fefiling flowlesssss jugeeekk kan... Haha.. Jangan kecam hakak hokeh!! Beauty setting.. Sorry!! Huhuhu Kesimpulannya, aku suka sangat dengan BB Cushion ni.. Cumanya yang aku pakai ni tone - 02 Light.. Agak cerah untuk kulit aku yang tak berapa nak cerah ni.. So, lepas ni kalau nak beli aku kene beli yang medium punye... Baru ngam dengan warna kulit aku... Huhu.. Paling best, sampai ke tengahari ni kulit masih menten tak berminyak.. Memang terbaik!! Kalau korang rasa nak usha harga Maybelline Super BB Cushion Frest Matte ni, boleh la usha di Lazada Malaysia ye.. Mane tau ada offer menanti anda.. 
https://www.leaazleeya.com/2020/04/review-novel-nota-by-shaz-johar.html
Review Novel | Nota by Shaz Johar
Nota by Shaz Johar  |  Lama gila rasanya tak review novel di platform aku ni.. Itu bermakna lama dah aku tinggalkan dunia membaca aku dek kerana kekangan masa yang kronik.. Now, time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni di mana kena bekerja dari rumah, membolehkan aku meluangkan masa untuk membaca buku setelah kerja yang diarahkan selesai.. Sungguhpun begitu, bukanlah sepanjang PKP aku bekerja dari rumah sebaliknya bila tiba giliran aku bekerja, aku tetap kena bertugas di pejabat.. Mengikut jadual yang dikeluarkan.. Aku baru sahaja selesai habiskan sebuah novel yang berjudul Nota hasil tangan novelis Shaz Johar ni.. Sebenarnya baru beberapa hari aje novel ni sampai.. Baru beli ceritanya.. Haha.. Dok rumah kebosanan, jadi aku mula balik hobi membaca aku.. Novel pilihan aku haruslah keluaran Fixi.. Kenapa aku pilih cerita Nota ni? Sebelum beli selidik dulu best ke tak kat Goodreads.. Bila tengok review banyak yang bagi 4 bintang dengan komen yang menarik, baru lulus untuk aku beli dan baca.. Baru rasa berbaloi beli.. Hiks..  Tengok cover dia pun dah rasa teruja nak tau ceritanya.. Apatah lagi baca review pembaca lain kan.. Ini adalah novel pertama aku baca dari penulis Shah Johar ni.. Nota ni adalah buku Shaz Johar yang keenam sebenarnya selepas Kougar, Tabu, Mental, Cerpen Shaz Johar dan Sanctuaria.. Semua bukunya adalah keluaran Fixi.. Tajuk : Nota Penulis : Shaz Johar Muka Surat : 299 Penerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd Tahun Terbitan : Jun 2015 Sinopsis Nota "OK, Siapa dalam dunia ni yang percaya cakap orang gila?" - Rekha Dalam menghasilkan novelnya yang kedua, Ray cuba menyelami kisah hidup seorang wanita yang telah dituduh membunuh penculik anaknya dengan kejam. Kata Rekha, sewaktu polis tiba di tempat kejadian, wanita itu didapati sedang memegang tukul besi manakala baju dan mukanya berlumuran darah. Darah terpercik hingga ke siling. DNA mangsa ada di mana-mana tetapi tubuh mangsa hilang tanpa dapat dikesan. Ray telah diberikan dengan beberapa siri nota yang ditulis oleh wanita itu sendiri untuk mengetahui kisahnya yang sebenar. Tugas Ray, dia hanya perlu membaca nota itu hingga sampai ke penghujung. Review Nota Wahh fikiran kene kuat, otak kene ligat, mental kene ketat baca buku Nota ni.. Mulanya agak biasa-biasa untuk aku faham jalan ceritanya.. Lama kelamaan makin complicated ceritanya.. Plot dia melompat-lompat.. Kejap kisah penulis, sekejap kisah kakak yang dikatakan gila tu.. Owh ya, novel ni mengisahkan seorang penulis novel yang tak berapa nak berjaya mencuba nasib untuk mencari cerita yang lebih mindfuck katanya untuk dibukukan.. Kisah benar yang di fiksyen kan.. Haa gitu la lebih kurang.. Dia tak nak menulis cerita atas rekaan semata sebabnya dia dah ada pengalaman untuk novel pertamanya yang tak laku.. So dia cari kisah benar yang boleh memberi kejayaan dalam dunia penulisannya.. Kisah yang menarik minatnya adalah kisah seorang perempuan yang dipercayai telah membunuh penculik anaknya dimana kesnya ditutup begitu sahaja.. Dia jejak seorang demi seorang yang terlibat dengan kes ini untuk mendapatkan cerita sebenar.. Sehinggalah dia dapat bersua dengan kakak yang dikatakan membunuh penculik anaknya.. Bermula dari situlah setiap kali berjumpa kakak tu, dia akan mendapat satu nota untuk kisah kakak tu.. Gitulah lebih kurang.. Tapi asalnya dia nak tulis kisah pedo yang berkait jugak dengan kes ni iaitu kisah penculik anaknya itu.. hehe Novel Nota ni kalau tak dibaca dengan teliti, agak mengelirukan sebabnya sekejap dia cite kisah hidup penulis dan sekejap dia tulis kisah kakak tu.. Novel ni dah betul, cuma yang membaca tu kena faham konsep yang nak disampaikan oleh penulis novel ni.. Faham ke idok aku cakap? Hehe.. Kang korang gile sebelum baca novel nota ni disebabkan baca tulisan aku ni.. Haha!! Perlu dingat, kat cover novel ni dah tertulis "Untuk Permbaca Matang".. Maksudnya untuk bacaan orang dewasa sahaja.. So, korang yang rasa umur tu belum cukup dewasa, tolong jangan gedik abadi nak baca ye.. Tak sesuai untuk pembacaan korang..   Serius aku cakap, novel ni mampu buat aku jadi gila.. Haha.. Cerita dia memang best.. Setiap plot ada je bende menarik yang nak disampaikan.. Bercampur jugak dengan hubungan cinta, bukan sekadar cerita pembunuhan semata... Jalan cerita yang menarik bagi aku.. Namun, diakhir cerita, nampaknya ada sambungannya.. Itu bermakna, novel ni tergantung ending dia.. Apapun Nota ni, best! Tak sia-sia aku beli.. Rating & Cadangan Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟  4 bintang aku bagi untuk novel Nota ni.. Aku suka jalan cerita dia.. Penceritaannya walaupun melompat-lompat dari satu plot ke satu plot yang lain, tapi aku faham konsep yang penulis terapkan dalam Nota ni.... Cuma masa baca kene fokus dan tau cerita tu mula dari mana dan kemana arah tujunya.. Haaa.. Jangan sampai jadi gila sama cam jalan cerita tu udah la ye.. Haha.. Aku cuma ambil masa 2 hari je nak habiskan novel ni.. Serius aku teruja nak tau jalan cerita seterusnya dan sampai habis.. Dah start baca memang dah tak boleh lepas.. Nak jugak baca sampai habis sampai tahu kesudahannya... Apa-apa pun, tahniah buat penulis kerana menghasilkan karya yang agak berbeza dari yang pernah aku baca sebelum ni.. Walaupun aku hampir gila untuk menghabiskannya.. Haha.. Next, harap penulis dapat hasilkan lagi novel yang bagus dari Nota ini.. Baru extra 'mindfuck' kan.. Haha.. Aku dah gila!! Haha.. Tak sabar nak habiskan Nota 2 pulak ni.. Nanti aku review lagi.. Hiks..
https://www.leaazleeya.com/2014/06/kanta-kesedaran.html
Kanta Kesedaran
Assalamualaikum wbt.. Setelah bertungkus lumus menyiapkan segala bagai untuk majlis malam mesra silaturahim 2014 sabtu nanti, sempat lah jugak aku menyelit untuk menaip kat sini.. Bukan menjadi 'ular' tau.. tapi cuma sekadar berehat sebentar bersama blog Lea Azleeya.. Ahakkzz..~!! Sambil-sambil menaip, kembang kuncup hidung aku ni bau buah kuini.. Satu opiz berbau..  Okeh jangan nak melalut panjang-panjang sangat... Sebenarnya aku nak kasi tau kat hangpa semua yang aku baru je habis baca buku Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad... Best tau buku ni.. Banyak pengajaran yang kite boleh dapat dalam buku ni... Aku nak kongsi sikit secebis coretan yang ada lam buku ni.. huh.. "secebis coretan" tu kowt.. Ayat melampaui batas kan.. hahaha.. Ada salah satu perenggan tu banyak memberi kesan pada diri aku.. Baca saje peranggan tersebut, seolah-olah aku tersedar akan diri aku yang serba kekurangan ni.. Jom tengok ape ayat itu... "Untuk lebih membina keyakinan diri, apabila kita hendakkan satu-satu jodoh, kita tulis ciri-ciri jodoh yang kita hajati. Antaranya, sebagai wanita yang baik, kita mengharapkan seorang lelaki yang beriman, hidup sihat, tidak merokok, lelaki penyayang, lemah lembut, dan lelaki yang baik dengan keluarga kita. Namun begitu, selagi kita sendiri tidak ada ciri-ciri seperti lelaki yang kita idamkan itu, pada pengalaman dan pandangan saya, kita tidak akan mendapat orang seperti yang kita idamkan itu. Sebabnya, kita akan menarik orang yang sama auranya dengan kita. Kalau kita seorang wanita yang gedik-gedik dan seorang yang tidak menutup aurat, agak-agak lelaki soleh mahu atau tidak dengan kita?" Begitulah kata-kata Prof Dr Muhaya dalam bukunya.. Bila baca perenggan ni, aku seolah-olah baru tersedar dari mimpi... Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga hubungan kita dengan ALLAH SWT dan bertakwa kepadaNya. Sekiranya kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH dan sentiasa bertakwa kepadaNya, pastinya ALLAH akan menyayangi kita dan membantu kita menyampaikan segala hajat kita. Binalah keyakinan yang kukuh kepada ALLAH agar keyakinan diri kita lebih kukuh. Bagi menghilangkan rasa waspada terhadap apa-apa tindakan kita, berdoa dan bermohonlah kepada ALLAH. Buatlah solat Istikharah dan solat Hajat bagi memohon petunjuk ALLAH, agar pilihan dan keputusan yang kita buat itu betul dan dapat menghilangkan rasa was-was serta akan terbinalah keyakinan diri. InsyaALLAH, dengan ketakwaan kita kepadaNya, ALLAH akan melindungi kita daripada sebarang musibah.. Wallahu'alam
https://www.leaazleeya.com/2018/04/livecollagen-untuk-kulit-kekal-sihat.html
LiveCollagen Untuk Kulit Kekal Sihat, Anjal Dan Cantik
LiveCollagen Untuk Kulit Kekal Sihat, Anjal Dan Cantik  |  Semakin berusia kita, semakin menyusutlah peratus kolagen dalam badan.. Masa tu, kulit akan hilang keanjalan dan garis-garis kedutan mula menghuni kulit kita.. Mengikut kajian, semasa kita berusia 25 tahun, tubuh mula beransur-ansur kehilangan kolagen sebanyak 1.5% setiap tahun. Akibatnya, kulit tidak lagi mempunyai sokongan yang baik untuk lapisan kulit teratas dan kulit mula melahirkan kedutan kerana kolagen sudah tidak berfungsi lagi.. Ini bermakna, kolagen sangatlah penting untuk memastikan kulit kekal sihat, anjal dan cantik.  Bagaimana nak kekalkan kolagen dalam badan ni supaya kekal sihat, anjal dan cantik? Haaa itu soalan yang sering bermain difikiran mereka-mereka yang dah berusia termasuklah aku sendiri.. Haha!! Dulu mungkin aku tiada jawapan bagi soalan itu.. Tetapi sekarang ianya sudah terjawab sejak aku diperkenalkan dengan LiveCollagen untuk kulit kekal sihat, anjal dan cantik..  Apa Itu LiveCollagen? LiveCollagen merupakan makanan kesihatan dan juga kecantikan yang dirumus daripada rumusan unik yang terdiri daripada Hydrolyzed Marine Collagen dari Perancis, Glisin (Asid Amino) dan 9 jenis Buah Beri Liar dari Amerika Syarikat iaitu :- Blackberry Rasberry Merah Rasberry Hitam Blueberry Strawberry Boysenberry Mulberry Cranberry Ceri Minuman lazat dan berkhasiat ini tidak mengandungi kalori yang tinggi, tiada pengawet, tiada pewarna tiruan, tiada penapis atau agen bulking dan paling penting tanpa bau ikan yang kuat.. Minuman ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin cantik, awet muda (anti-penuaan) dan ingin mencapai tahap kesihatan semulajadi.. Apakah Manfaat LiveCollagen? Manfaat Untuk Kesihatan Melindungi tulang rawan dan cecair sinovial Mengurangkan kerosakan oxidative kepada sendi dan mengurangkan sakit sendi Mengurangkan rasa sakit akibat gangguan keradangan seperti arthritis Mencegah pembekuan darah dan membantu mengekalkan jantung yang sihat Meningkatkan kemampuan dan corak tidur Mencegah kerosakan sel dari tekanan emosi dan fizikal Menggalakkan penyembuhan luka Menguatkan sistem imun badan Manfaat Untuk Kecantikan Menggalakkan kehilangan inci badan Mengurangkan selulit Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku Menghilangkan garis-garis kerutan, kaki merekah, garis pada hidung dan juga kedutan Meningkatkan keanjalan dan kelebihan kulit Membantu kulit agar lebih bersinar dan berseri-seri Membaiki kulit kering, kulit merekah dan kulit rosak akibat panahan cahaya matahari Anti-Penuaan Membantu pembesaran payudara secara semulajadi Mempercepatkan keberkesanan produk penjagaan kulit Tahukah Anda? Apakah Yang Menyebabkan Radikal Bebas? Radikal bebas akan terus terhasil di dalam badan akibat dari :- Reaksi metabolisme Semasa bersenam Perokok aktif dan pasif Alkohol yang berlebihan Pendedahan kepada pencemaran alam sekitar, cahaya matahari, X-Ray dan radiasi Mengambil beberapa ubat terutamanya antibiotik Tekanan fizikal dan emosi Kesan Kerosakan Radikal Bebas Kepada Badan Dan Kulit Manusia terdedah kepada lebih daripada 70 jenis penyakit dan 90% daripada mereka adalah berkaitan dengan radikal bebas.. Radikal bebas boleh merosakkan sistem saraf, penglihatan, kulit, organ, dan kecergasan secara keseluruhan dan dikaitkan dengan :- Penuaan awal kulit Pengerasan dan pembengkakan arteri Penyakit radang kronik seperti arthritis Imuniti terjejas Boleh dikatakan hampir setiap hari kita terdedah dengan radikal bebas.. Betul tak? Aku juga tidak terkecuali.. Sebab itulah aku amalkan LiveCollagen ni sebab ianya memberi manfaat bukan sahaja untuk kecantikan tetapi juga untuk kesihatan..  Bagaimana Cara Penggambilan LiveCollagen? Best tau rasa LiveCollagen ni... Walaupun ada sedikit rasa pahit tetapi ianya masih sedap diminum.. Terasa keenakan berry di dalamnya.. Seriusss wehh!! Ok, untuk cara pengambilannya sangatlah mudah dan tidak rumit.. Jom lihat step dibawah beserta arahan pengambilannya. Cara Bancuh Campurkan 1 sachet LiveCollagen dalam 125ml air masak atau jus dibawah suhu 50"c Kacau sehingga betul-betul larut Kemudian minum segera... Arahan pengambilan Minum sebelum waktu tidur Untuk 2 minggu pertama, ambil 2 sachet sehari sebelum sarapan dan sebelum waktu tidur  Maintenance : 1 sachet sehari sahaja sudah memadai Apa Kata Aku Tentang LiveCollagen? Eceli aku dah consume LiveCollagen ni habis sekotak iaitu 20 sachets selama 10 hari.. Sehari aku amalkan 2 sachet pada pagi dan malam.. Almaklumlah, nak result yang cepat kan.. Rasa LiveCollagen ni ofkoslah rasa berry.. Nama lagi diperbuat daripada 9 jenis berry kan.. Mestilah rasa berry... Ada sedikit masam, manis dan pahit.. Kira balance la rasa dia.. Sedap!! Selain rasa yang sedap, LiveCollagen ni dah bantu tidur aku.. Serius, lepas amalkan LiveCollagen ni tidur aku lebih baik dari sebelum ni.. Bila bangun tidur pun, badan lebih segar.. Bukan itu saja tau, emosi aku pun makin stabil sekarang.. Kalau tak asyik stresssss aje.. Haha!!  Yela, bila badan sihat, sudah tentu emosi pun stabil kan.. Yang paling best, aku dapati kulit aku ni lebih lembut dan lembap tak seperti sebelum ni, kering merekah.. Haha!! Adalah sedikit berlakunya keanjalan di situ.. Kalau nak lebih anjal, kenalah consume LiveCollogen ni berterusan dan konsisten.. Betul tak? Paling penting, minum air yang mencukupi.. Korang makanlah supplement ape saja, perkara yang paling utama kena minum air putih yang banyak, barulah kesan tu lebih powerrrrr!! Bagaimana Untuk Dapatkan LiveCollagen Ini? Orite, bagi korang yang rasa-rasa nak jugak alami apa yang aku alami lepas consume LiveCollagen ni dan nak kekal sihat, anjal dan cantik, bolehlah dapatkan LiveCollagen ni sekarang kerana aku ada berita baik buat semua pembaca blog aku... Dengan setiap pembelian LiveCollagen atau mana-mana produk keluaran Dynamic Nutrition di website, anda layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM5 dengan menggunakan promo code seperti dibawah ini :- leaazleey5 Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :- Website Dynamic Nutrition Facebook Dynamic Nutrition No. Telefon +603 80812128 Email enquiries@dyna-nutrition.com
https://www.leaazleeya.com/2021/03/best-ke-body-wash-dan-lotion-puremae-ni.html
Best ke Body Wash dan Lotion PUREMae ni? Nak tahu baca sampai habis!
Best sangat ke produk PUREMae ni? Asyik produk ni je aku dok cerita kat blog aku ni! Haaaa nak tahu kenalah baca sampai habis ye.. Baru tau apa yang bestnye dengan produk keluaran PUREMae ni.. Ok, kalau sebelum ni aku perkenalkan kat korang Shampoo dan Conditioner PUREMae, kali ni aku nak gebang pulak pasal Body Wash dan Lotion PUREMae.. Haruman apa pula pilihan aku kali ni? Jom tengok! PUREMae Aromatherapy Body Wash - Lavender & ChamomileUntuk body wash aku pilih haruman Lavender dan Chamomile.. Aku memang cukup suka dengan bau lavender dapat menenangkan aku.. Time mandi tu rasa tenangnya guna body wash ni PUREMae ni.. Apa yang bagusnya Body Wash Lavender & Chamomile ni adalah ia diperbuat daripada 100% pure essential oils...Apa yang patut korang tahu tentang minyak lavender adalah ia dapat membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan keradangan. Ia juga dapat mengurangkan bintik-bintik gelap pada kulit.. Bukan itu sahaja tau, tapi ia juga dapat membantu mengurangkan kegatalan dan kemerahan pada kulit.. Sekiranya korang mengalami hiperpigmentasi pada kulit, minyak lavender dapat membantu mengatasi masalah ini.. Minyak lavender juga dapat memberi manfaat kepada kulit dengan pelbagai cara sebenarnya. Ia mempunyai kemampuan untuk mengurangkan jerawat, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan kedutan. Bahkan ia juga digunakan untuk  merawat masalah lain seperti dapat meningkatkan kesihatan rambut dan pencernaan..Ok, PUREMae Aromatherapy Body Wash Lavender & Chamomile ni, selain 2 bahan utama tersebut terdapat juga bahan lain yang terkandung didalamnya seperti Aloe Vera Organik, Trehalose dan Gliserin.. Apa yang bestnya bila pakai body wash dari PUREMae ni, kulit akan jadi lembap dan lembut.. Jangan risau dengan kesan sampingannya kerana produk PUREMae ni selamat digunakan kerana diperbuat daripada bahan semulajadi.. PUREMae Aromatherapy Lotion - Lavender & ChamomileProduk kedua aku try adalah PUREMae Aromatherapy Lotion juga haruman Lavender & Chamomile... Kenalah pakai satu set kan.. Body wash dan lotion satu aroma.. Barulah harum tu lebih lama.. Hehe.. Ok, apa yang bestnya dengan lotion ni? Orite, kalau aku pilih lotion haruslah yang  tak melekit dan berminyak-minyak.. Huh sangatlah tak selesa kalau pakai.. Lotion yang penyerapannya bagus, sangat aku suka.. Tak meninggalkan kesan melekit sama sekali.. Samalah dengan lotion PUREMae ni.. Aku suka sebab tak melekit.. Lagipun baunya pun best.. Tu lagi menambahkan kesukaan aku.. hikhik..Tentang minyak lavender aku pun dah cerita tadi kan.. Kali ni aku cerita pulak tentang apa yang bestnya lotion ni.. Aromatherapy Lotion ni teksturnya sangat ringat dan tidak berminyak dengan krim yang lembut yang menyerap dengan cepat.. Lepas guna kulit akan lembut dan licin dengan hanya sekali apply aje.. Penghidratannya pula sehingga 72 jam tau.. Untuk nikmati bau wangiannya, korang boleh tarik nafas selama beberapa saat untuk menikmati wangian dari minyak pati semulajadi tanpa parfum tiruan..PUREMae Aromatherapy Lotion - Peppermint & RosemaryLast product dan juga merupakan lotion kedua PUREMae pilihan aku adalah Aromatherapy Lotion Peppermint & Rosemary.. Untuk lotion ni juga menggunakan 100% pure essential oils dari peppermint dan juga rosemary.. Apa yang menariknya bila pakai lotion ni, sifat rangsangan pudina dapat melancarkan aliran darah yang menghidupkan kulit.. Mentholnya pula dapat membantu mencerahkan dan membangunkan kulit agar kelihatan segar dan terhidrat..Lotion ini juga bertekstur ringan dan tidak berminyak.. Krimnya pun lembut dan menyerap dengan cepat.. Nampak tak, lotion dari PUREMae ni sangatlah bagus sebab cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan berminyak mahupun melekit.. Penghidratannya juga sehingga 72 jam guys!Rosemary dalam lotion ni pula memberikan sifat anti-penuaan dan mencegah kerosakan kulit daripada agen persekitaran kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.. Ia juga merangsang dan meningkatkan peredaran darah mengurangkan bengkak dengan membuang lebihan air dari kulit.. Selain peppermint dan rosemary, didalam lotion ini terkandung juga saccharide isomerate, aloe vera organik dan trehalose..Dengan memakai lotion peppermint ni, korang akan rasa sejuk je setelah melakukan kerja, bersenam atau latihan yang memenatkan disamping memberi korang ketenangan sambil melembapkan kulit.. Wanita boleh guna, lelaki pun boleh.. Tak de masalah..!Ok, kalau korang nak tahu lotion PUREMae ni didatangkan juga dalam miniature version. Cute miniature, mudah dibawa kemana saje.. Masukkan je dalam handbeg dan boleh digunakan dimana sahaja.. Didatangkan dalam 6 variasi aroma untuk dijadikan pilihan.. Body Wash dan Lotion PUREMae, yang mana satu pilihan korang?Aku dah ada pilihan sendiri.. Korang camne pulak? Bagi aku produk PUREMae ni memang bagus.. Lagipun ia selamat digunakan kerana diperbuat daripada 100% pure essential oils bebas bahan kimia.. Bagus untuk kegunaan harian kerana korang dah tak perlu risau tentang bahan kimia... Oh ya, semua produk PUREMae ni free from Silicon, SLS, Paraben, Petroleum, Petrochemical Paraffin, MCIT, MIT, EDTA, Alcohol, Mineral Oil, Synthetic fragrance dan articial colour... Jelaskan? Hehe..Orite, untuk pembelian dan info lanjut, sila layari :-➤ Website : https://www.puremae.com/➤ Facebook : https://www.facebook.com/puremaemy➤ Instagram : https://www.instagram.com/puremaemy/
https://www.leaazleeya.com/2019/07/mee-goreng-basah-sedap.html
Mee Goreng Basah Sedap
Mee Goreng Basah Sedap  |  Nampak tajuk! Hehe lama dah tak up entry pasal makanan.. Yang hado semua tentang beauty.. Eh! Dah nama lagi niche pun Lifestyle and Beauty kan... Hiks.. Hari ni aku lari  tajuk sikit... Aku nak kongsi resepi Mee Goreng Basah Sedap.. Memang sodap weh.. Biasa buat mee goreng biasa jerk.. Baru ni teringin nak makan mee goreng basah.. So, kita buat sampai jadi.. Moh tengok resepinya.. Simple tapi sedap meletop.. Hehe.. Oh ya, resepi ni aku cuba dari resepi kak Azie Kitchen, blogger masakan yang aku selalu kagumi.. Boleh dikatakan semua resepi yang beliau kongsi, semuanya menjadi dan sedap.. Termasuklah resepi kari daging. Resepi Mee Goreng Basah Sedap Bahan-Bahan 1 bungkus kecil mee kuning 4 ulas bawang putih - ketuk & cincang 1 sudu besar cili kisar 3 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 2 tangkai sawi 2 biji tomato 1 biji lada besar Ayam 1/2 gelas air Kicap secukupnya Garam secukup rasa Serbuk perasa Cara-Cara menyediakan mee goreng basah yang sedap! Panaskan  minyak.. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing Setelah itu, masukkan sos cili, sos tiram, kicap, dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan pecah minyak. (1/2 gelas air dimasukkan sedikit-sedikit supaya mee tidak terlalu lembik) Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan batang sawi.. Kacau rata Kemudian masukkan mee dan daun sawi..  Kacau rata.. Seterusnya, bolehlah masukkan tomato, hirisan lada besar, garam dan serbuk perasa.. Kacau rata.. Siap! Kalau nak best lagi, boleh perah limau nipis time nak makan tu.. Perghh memang meletop toq!! Ni dah kering sikit.. hehe Selamat mencuba!
https://www.leaazleeya.com/2016/05/hati-mesti-di-jaga.html
Hati Mesti Di Jaga
Assalamualaikum wbt.. Hati kena jaga Ia adalah wadah Rebutan di antara malaikat dan syaitan Kedua-duanya berlumba-lumba mengisinya. Jiwa yang bersih,malaikat yang mengisinya  Iman, ilham, pimpinan insan. Jiwa yang kotor, syaitanlah yang mengisinya Isinya keraguan, kekufuran dan was-wasnya Hati kena pelihara Ia raja dalam kerajaan diri yang memerintah Bila syaitan dan nafsu menjadi penasihatnya Kederhakaanlah yang terjadi memenuhi kerajaan diri Bila malaikat penasihatnya Atau hati yang murni Ketaatan, kepatuhan, ketertiban yang terjadi memenuhi kerajaan diri yang di laksanakan oleh rakyatnya iaitu Jawarih yang dapat di lihat oleh mata Jagalah hati Ia hakikat diri Bahkan menjadi raja di dalam kerajaan diri.
https://www.leaazleeya.com/2015/10/red-label-pink-eiffel.html
Red Label Pink Eiffel
Assalamualaikum wbt.. Baru-baru ni pergi maybank untuk urusan keluar duit.. Tetiba mata aku ternampak seseorang memakai tudung yang menjadi idaman aku.. Huhu.. Syahdunyeeeeee ku melihatnyee.. Red Label - Pink Eiffel Entah bila la aku dapat membelinye kan... Angan-angan je la.. Sebab harganye telah melambung sangat-sangat la tinggi sekarang ni.. Harga memang lah tak mampu untuk aku miliki..  Sob sob sob ( nangis bucu lemari ).....
https://www.leaazleeya.com/2020/06/review-novel-salafi-by-shaz-johar.html
Review Novel | Salafi by Shaz Johar
Salafi by Shaz Johar  |  Hidup ni kalau terlalu dikongkong dan mengongkong tak boleh jugak.. Akibatnya binasa badan andai perbuatan tu tak mampu diterima dan menerima.. Nak menjaga ada caranya.. Bukan sesedap rasa jerk.. Huh bebel ape la gamaknya aku ni kan.. Keadaan ini ada hubung kaitnya dengan novel Salafi tulisan Shaz Johar ni.. Best ke novel ni? Salafi merupakan novel ke-6 yang aku baca hasil karya dari novelis Shaz Johar.. Bermula dengan novel Nota, aku terus terpaut dengan hasil tulisannya.. Lepas satu, satu aku cari novel penulis ini.. Now, aku hadam pulak kisah Salafi.. Kisah yang mungkin boleh dijadikan teladan buat kita walaupun ini adalah cerita rekaan semata namun terdapat banyak pengajaran didalamnya.. Jom ikut aku kupas.. Cewahhh!! Tajuk : Salafi Penulis : Shaz Johar Muka Surat : 318 Penerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : Mac 2018 Sinopsis Salafi Sewaktu aku memulas tombol pintu untuk keluar, suara abang terdengar lagi. "Abang sanggup bunuh kau kalau kau conteng arang dalam keluarga kita. Simpan kata-kata aku ni dalam otak tu elok-elok." Jantung berdegup kencang. Separuh otakku berkata yang aku tak perlu khuatir kerana abang takkan sanggup membunuh adiknya sendiri. Dia tidaklah sebodoh atau sekejam itu. Tapi separuh lagi meminta aku terus berfikir dan berwaspada. Melihat karekter abang, tak mustahil dia mampu lakukan semua itu. Review Salafi Salafi.. Apa itu Salafi?.. Korang mesti nak tahukan maksudnya.. Tapinya aku tak nak ulas tentang tu takut tersalah ulasan.. Hehe.. So, nak tahu carilah sendiri.. Haha!! Apa yang aku nak ulas adalah tentang  buku Salafi.. Jalan ceritanya sahaja.. Hiks..  Sebenarnya aku tak terduga langsung novel ni agak berat jalan ceritanya.. Kisah penderaan dan pembunuhan.. Aku ingat jalan ceritanya hanya biasa-biasa saja memandangkan startingnya agak ringan sahaja flow ceritanya..  Salafi mengisahkan seorang gadis kampung bernama Fatihah atau Farah yang berhijrah ke bandar untuk bekerja.. Aku tak pasti sama ada gadis ini seorang yang cantik atau tidak sebabnya pada permulaan kisah menggambarkan dia seorang gadis yang biasa-biasa sahaja.. Tidak tahu berfesyen dan muslimah sejati bertudung labuh.. Bila dah dipertengahan sikit, lain pulak gambarannya yang seolah-olah dia seorang yang cantik.. Camno tu...? Eh, kesah pulak aku!! Haha.. Starting dia datang ke bandar untuk tolong jagakan kakak iparnya yang sakit.. Dah setel masalah kakak iparnya, dia terus je bekerja di bandar tu dengan keizinan abang dia.. Apa yang buat dia tertekan adalah sikap abang dia yang terlalu mengongkong.. Hidup dia ditentukan oleh abangnya tanpa boleh dibantah setiap keputusan yang dibuat.. Kisah semakin berat bila dapat tahu abang dia sebenarnya seorang yang baran dan kaki pukul.. Mangsanya adalah Fatihah dan isterinya sendiri.. Gile betul la.. Lagi menyiksakan bila Fatihah kenal dengan Brian dan bercinta.. Dapat tentangan oleh abangnya.. Dikatakannya pula Fatihah nak masuk kristian bila jumpa bible dalam bilik.. Padahal ada kisah disebaliknya.. Brian serius dengan Fatihah.. Ikhlas mendalami Islam..  Apa yang aku terkilan, abang dia ni bertopengkan agama.. Dilihat alim tetapi sebenarnya alim tu hanya untuk mengaburi mata orang sekeliling dengan sikap sebenarnya.. Siot jerk! Watak yang menghiburkan dalam novel ni adalah Kimk atau Qayyum.. Dia pondan yang sentiasa menghiburkan hati Fatihah dan sentiasa mendengar keluh kesah Fatihah.. Memahami Fatihah dan sentiasa ada bila Fatihah memerlukan bantuan... Sampai satu tahap, kata-kata abangnya yang ingin membunuh Fatihah menjadi kenyataan.. Fatihah dibunuh tanpa belas kasihan dan dibakar.. Allahuakbar.. Korang nak tahu cerita detail, kenalah baca sendiri ye.. Takan aku nak cite semua sekali.. haha!! Tapi cite dia menarik la.. Tak mustahil dalam dunia ni ada yang bersikap seperti ini.. Mintak dijauhkan aku dari sikap seperti ini.. Amiin YRA.. Rating & Cadangan Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 Aku suka dengan kata-kata ni dalam novel Salafi... "Orang memang selalu pelik dengan sesuatu yang mereka tak biasa lihat. Dia orang takut nak bertanya, tapi lebih senang mengata." 4 bintang untuk novel Salafi kerana berjaya membawa aku mengembara dalam dunia Fatihah yang sangat rumit untuk dilalui kerana hidup ditentukan oleh orang lain.. Bak kata kimk, kalau aku duduk di tempat Fatihah dah lama aku bunuh diri kerana tak sanggup hadapi tekanan demi tekanan yang dicipta oleh abangnya sendiri.. Seperti Fatihah yang beberapa kali cuba membunuh diri tetapi tidak berjaya.. Dah habis pun aku hadam novel ni.. Aku suka jalan ceritanya.. Tahniah buat penulis, Shaz Johar.. Moga akan datang dapat menghasilkan novel yang lebih owsem dan jalan cerita yang lain pula.. Sentiasa berbeza.. Itu yang best.. Next nak rembat Sumpah.. Novel Shaz Johar tahun 2020.. Insyaallah..
https://www.leaazleeya.com/2022/07/antabax-dan-real-kids-berganding-kurangkan-hfmd.html
Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut | Sementera Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia. Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga akan menghadapi risiko. HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.   Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil? Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri , dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD. “Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna, Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk meningkatkan tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bersih. Penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan tangan boleh membantu mencegah penularan HFMD. Melalui penyelesaian produk Antabax, kami percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat permbersihan tangan sebelum dan selepas makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas aktiviti berkumpulan atau menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan elakkan berkongsi atau menyentuh kanak-kanak lain, berkongsi botol air, makanan atau mainan. Sediakan cecair pembasmi kuman dan tunjukkan cara penggunaan kepada anak anda, dan juga masa bila menggunakannya! Kami selamat dengan tangan yang bersih,” ujar Chua Su Fee, Pengurus Pemasaran dari Antabax. Beliau seterusnya berkata aktiviti ini hanyalah permulaan komitmen jangka panjang Antabax untuk terus menyumbang dan membawa impak positif kepada keluarga Malaysia.  Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Antabax, Ng Ming-yan, Pengurus Operasi di R.E.A.L Kids berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Antabax sekali lagi, kerana jenama ini terus mendidik dan memupuk kesedaran tentang penyakit berjangkit ini untuk kanak-kanak melalui idea kreatif dan pada masa yang sesuai. Kami juga akan mengingatkan ibu bapa untuk membina tingkah laku kebersihan yang baik di rumah, dan mengelap barang-barang anak kecil untuk mengurangkan penularan. Sentiasa mengingatkan anak anda untuk jauhi tangan mereka dari mulut, dan tidak perlu menghantar mereka ke sekolah jika tidak sihat tetapi bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.”  Antabax akan berkongsi bahan pendidikan dan cara untuk mengurangkan penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di seluruh negara. Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para pelajar memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD. Jenama ini terus memainkan peranan sebagai pendorong untuk menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan kebersihan diri yang baik, selaras dengan tema #BaxInAction.Jenama ini akan menyumbang produk mereka termasuk semburan antibakteria sanitizer, sabun buku dan tisu lap antibakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan anak mereka. Baucer promosi yang boleh digunakan untuk pembelian produk Antabax teleh disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya. Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, sila layari http://www.lamsoon.com.my/ atau ikuti kami di Facebook https://www.facebook.com/Antabax.Malaysia/ dan di Instagram https://www.instagram.com/antabax.
https://www.leaazleeya.com/2018/04/bioxcellent-cupplus-white-rahsia.html
BioXcellent Cupplus White Rahsia Payudara Tegang Dan Kulit Anjal Putih Gebu
BioXcellent Cupplus White Rahsia Payudara Tegang Dan Kulit Anjal Putih Gebu  |  Bila dah pegang status mak-mak orang ni, memang tak boleh lari dari masalah dalaman dan luaran.. Almaklumlah dah beranak pinak kan.. Kalau yang rajin jaga dari awal, kira ok la masih boleh menten persis 'anak dara'.. Yang tak berapa rajin, apa jadi? Huhu mulalah rasa rendah diri sebabnya kulit dah tak anjal, aset-aset penting pun dah gelebeh dan kendur, tak kurang juga kelihatan kedutan-kedutan di sana sini.. Lebih teruk jika berlaku tua sebelum usia.. OMG!! Aku tak nak jadi macam tu... Tak dinafikan ramai wanita yang telah bergelar ibu merungut tentang masalah payudara kendur dan kulit hilang keanjalan.. Kenapa? Tak perlu ditanya kenapa, memang sudah menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang telah bersalin dan menyusukan.. Seperti yang aku katakan tadi, jika malas nak menjaga dari awal, itulah natijah yang bakal ibu-ibu terima.. Tambahan pula ramai wanita bekerjaya sekarang terlalu sibuk dengan urusan kerja tanpa menitikberatkan perihal diri sendiri.. Bagaimana penerimaan encik suami? Hah, kalau sang suami dapat menerima kekurangan tersebut, mungkin isteri masih boleh menarik nafas lega dan berlapang dada.. Tetapi bagaimana jika suami tidak dapat menerima kekurangan itu? Apa harus dilakukan oleh isteri? Ada tak alternatif lain yang boleh mengembalikan keadaan diri persis 'anak dara' terutamanya aset-aset penting yang dah mengendur dan menggelebeh tu... Haaa baru gelabah nak mencari alternatif ye.. Kalau tak korang buat relax buat peace aje kat rumah tu kan.. Haha!! Tidak la kata kat korang jerk sebenarnya.. Aku pun sedikit sebanyak terjebak juga dalam masalah tersebut.. Mana taknya, kalau dah melalui pengalaman mengandung dan bersalin, tak payah nak tipulah diri tu masih bergetah macam anak dara kalau tak dijaga dari awal... Jadi, untuk menyelesaikan masalah ni, aku ada rahsia yang nak dikongsikan dengan korang.. Rahsia apa tu? Yeahh, Rahsia Payudara Tegang dan Kulit Anjal Putih Gebu.. BioXcellent Cupplus White Rahsia Payudara Tegang Dan Kulit Anjal Putih Gebu Inilah rahsia aku.. BioXcellent Cupplus White, produk khas untuk payudara dan pencerahan kulit.. Sebenarnya, mula-mula ritu time nak cari produk untuk tujuan mengembalikan keanjalan ni, kemain survey lagi aku.. Yela, risau jugak kalau terkena produk yang berbahaya kan.. Lagi pun terlalu banyak produk di pasaran sekarang.. Jadi, memang kena hati-hati memilih produk kecantikan ni.. Nak dijadikan cerita, time jenjalan kat watson untuk beli keperluan diri, tetiba ternampak la barisan produk BioXcellent.. Nampak menarik.. Terus aje terjah setiap produk yang ada... Akhirnya, hati terpaut dengan BioXcellent Cupplus White ni sebab menepati apa yang dihajati.. Siap google lagi kelebihan dan selamat atau tak produk ni sebelum beli.. Memang bagus dan selamat diamalkan produk ni dan banyak kelebihannya.. Nak tahu apa kelebihannya? Meh aku kongsi dengan korang.. Bab selamat tak selamat pun nanti aku ceritakan kat korang ye.. Teruskan membaca.. Kehkehkeh!! Kelebihan BioXcellent Cupplus White Sebenarnya BioXcellent Cupplus White ni bukan sahaja untuk menganjalkan kulit dan payudara tau, tetapi ada kelebihan lain yang perlu korang tahu... Ianya baik untuk dalaman dan juga luaran.. Antara kelebihan yang bakal korang perolehi dari mengamalkan BioXcellent Cupplus White ni adalah :- Dapat menambahkan saiz payudara menjadikan ia lebih pejal, tegang dan terangkat Memadatkan punggung yang mengendur dan jatuh Mencerah serta menggebukan kulit termasuklah kulit pada bahagian puting payudara Menganjalkan kulit yang melendut dan kedutan halus pada payudara Mengetatkan vagina, mencegahkan keputihan dan senggugut Menghangatkan hubungan suami isteri Menambahkan tenaga dan kecergasan Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut Membentuk payudara lebih padat dan berisi Menghaluskan dan menegangkan kulit payudara Menaikkan payudara yang kendur dan jatuh Mencantikkan payudara yang leper Memontokkan payudara Nampak tak kelebihan yang ada pada produk ni.. Bukan mak-mak budak aje yang boleh ambil produk ni tau tetapi korang yang belum jadi mak orang pun boleh amalkan produk ni.. Yang mana ada masalah keputihan dan senggugut sangat recommended.. Bahan-Bahan Utama BioXcellent Cupplus White Kalau korang nak tahu, ramuan BioXcellent Cupplus White ini mengandungi bahan-bahan yang telah diuji secara klinikal untuk meningkatkan pencerahan kulit, keanjalan payudara dan kulit cerah bersinar.. Jangan risau kerana produk ini selamat digunakan dan mengikut standard penyulingan yang diluluskan oleh KKM dan GMP.. Antara bahan-bahan utama yang terkandung dalam BioXcellent Cupplus White ini adalah seperti :- Maltodextrin Fructose Gum Acacia Tricalcium Phosphate Serbuk Jus Strawberry Serbuk Jus Betik Pueraria Lobata Serbu Red Beet Citric Acid Serbuk Fenugreek Tahukah Anda? Acacia Gum - Acacia Gum atau lebih dikenali dengan Arabic Gum sangat bermanfaat dan baik untuk sistem pencernaan dan sistem imum dengan menyuburkan bakteria baik dalam usus.. Ia juga membekalkan serat larut yang membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik dan mengawal kandungan dula serta kolestrol dalam darah.. Selain itu, ia juga berfungsi membuang toksin dan lemak berlebihan dalam badan..  Pueraria Lobata - Pueraria Lobata adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan Isoflavones, iaitu phytoestrogen yang membantu menyeimbangkan dan menyelaraskan hormon wanita.Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Lobata juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara. Selain itu, ia juga mampu membantu melambatkan menopause, merapatkan vagina, menegangkan dan memperindahkan payudara serta punggung. Cara Pengambilan BioXcellent Cupplus White Cara pengambilannya sangatlah mudah.. Tak memerlukan  masa yang panjang untuk membancuhnya.. Bagaimana tu?? Jom ikut step dibawah :- Campur 1 skop (20 gram) ke dalam 200ml/250ml air suam atau air sejuk Kacau atau goncang sehingga larut Minum serta merta selepas bancuhan benar-benar larut Amalkan selepas sarapan Jom tengok video ni dulu... (pilih setting HD untuk video yang lebih memuaskan) Ok, nak nasihat sikit ni.. Dalam pengambilan apa-apa jua supplement, korang mesti dan harusssss minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.. Kalau korang malas minum air putih secukupnya, korang ambillah supplement apa sahaja, memang tak berkesan.. Jadi, pastikan korang ambil air putih secukupnya setiap hari.. No skip hokeh!! Satu lagi aku nak tekankan disini, kesan bagi setiap individu adalah berbeza ye mengikut keserasian tubuh badan masing-masing.. Tip/Pantang Sepanjang Pengambilan BioXcellent Cupplus White Untuk masalah jerawat sila berpantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya Elakkan pengambilan kafein kerana boleh mempercepatkan proses penuaan Masa period tidak digalakkan untuk mengambil BioXcellent Cupplus White kerana ketika itu sistem penyerapan badan masih lemah dan rugi jika ambil semasa period. Jarakkan 5 jam pengambilan jika mengambil ubat dari hospital/klinik Jarakkan 1-2 jam pengambilan jika mengambil apa-apa jenis produk/supplement/jamu dan lain-lain Untuk ibu mengandung, boleh diambil selepas kandungan berusia 4 bulan keatas manakala untuk ibu menyusu pula boleh diambil selepas baby berusia 4 bulan keatas. Produk slimming/detox tidak sesuai untuk ibu menyusu atau ibu mengandung Amalkan minum air masak 2-3 liter sehari untuk kesan terbaik Jika mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk Produk yang mempunyai kolagen tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut, masalah kulit sensitif atau masalah resdung Apa Kata Lea Azleeya Tentang BioXcellent Cupplus White? Ok, dari segi rasanya, aku memang suka sebab rasa masam manis strawberry yang tak melampau dan boleh diterima dengan amannya oleh tekak aku ni.. Aku biasa bancuh 1 scoop bersama 200ml air sejuk.. Kalau korang suka minum yang lebih tawar, bolehlah bancuh 1 scoop bersama 250ml air.. Nak bancuh dengan air suam pun boleh tetapi aku lebih suka bancuh dengan air yang sejuk... Segar rasa bila minum..  Eceli dah 2 minggu aku consume BioXcellent Cupplus White ni.. Banyak juga perubahan yang aku rasai.. Paling ketara adalah aku lebih bertenaga dan cergas dari sebelumnya.. Bangun pagi pun lebih bersemangat dan lebih segar.. Kulit pun ada sedikit perubahan.. Nampak lebih lembut dan sedikit cerah dari sebelumnya.. Seronok weh bila ambil apa-apa produk, nampak hasilnya.. Paling penting, minum air putih secukupnya.. Itu syarat paling utama untuk dapat hasil yang maksima.. Aku yakin dengan BioXcellent Cupplus White berbanding produk lain kerana produk ini telah diiktiraf oleh Asia Pacific Super Health Brand Excellence, 100% Natural dan ada GMP Certified.. Selain itu, produk ini mudah didapati kerana ada dijual di Watsons...  Dapatkan Sekarang BioXcellent Cupplus White Rahsia Payudara Tegang Dan Kulit Anjal Putih Gebu  Memiliki kulit cerah dan payudara besar dan montok sememangnya impian setiap wanita terutamanya mereka yang mementingkan penampilan diri. Bagi kaum hawa, memiliki kulit yang cantik adalah seperti satu kemestian kerana PUTIH itu CANTIK! PAYUDARA BESAR dan TEGANG itu MENARIK! Betul tak? Jadi, untuk mencapai impian korang tu, apa tunggu lagi? Rahsia payudara tegang dan kulit anjal putih gebu dah pun terbongkar.. Dapatkan sekarang BioXcellent Cupplus White untuk dapatkan payudara dan kulit yang diimpikan.. BioXcellent Cupplus White ini boleh didapati di cawangan-cawangan Watson yang berhampiran ataupun korang juga boleh terus dapatkan secara online melalui website BioXcellent.. HARGA BioXcellent Cupplus White - 700g (30 hari) RM66 (Termasuk postage jika beli terus dari HQ) Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :- Website https://www.bioxcellent.com/ Facebook https://www.facebook.com/bioxcellentherbs/ Instagram https://www.instagram.com/bioxcellent/
https://www.leaazleeya.com/2017/05/nak-beli-barang-sila-pastikan-dulu-kos.html
Nak Beli Barang, Sila Pastikan Dulu Kos Penghantarannya
Nak Beli Barang, Sila Pastikan Dulu Kos Penghantarannya  |  Yeahh itulah tajuk untuk entry kali ni.. Entry yang akan membongkar satu cerita yang sadissssss!! Huhu... Aku nak pesan dulu ye kat korang sebelum aku menceceh lebih banyak lepas ni.. Kalau nak beli barang, sila pastikan dulu kos penghantarannya!!!.. Kenapa?? Haaa jom ikuti cerita lanjut aku ni... Novel Preloved Kontroversi Nampak tak gambar kat atas ni.. Ini novel preloved yang aku beli dengan seorang seller... Harganya agak murah aku dapat.. Berbaloi-baloi dengan harganya walaupun novelnya agak teruk sedikit kondisinya... Bagi aku itu perkara biasa.. Nama lagi barang prelovedkan.. Walaupun sebelum ni aku pernah beli novel preloved dengan harga yang sama macam yang aku dapat ni tetapi kondisi novelnye tiptop berbanding yang ini.. Tapi itu perkara kecil bagi aku...  Ni bahagian dalam novel tersebut.. Dah nak terbelah dua.. Mungkin novel ni tebal, sebab tu jadi macam ni... Kebiasaannya camtu lah.. Bila novel terlalu tebal, makanya tak dapat nak menampung bukaan mukasurat.. Mungkin... hehe.. Tak kesahlah janji masih boleh dibaca.. Kecuali terkoyak rabak ye kan.. Kiranya kondisi novel-novel yang aku dapat ni berpadanan dengan harganya...  Habis apa yang sadissssss nya tu?? Ini yang sadisnya... Harga pos mencecah RM 24.40... Terkejut beruk aku time dimaklumkan oleh seller.. Yang menjadi masalah lagi, novel-novel tersebut telah diposkan sebelum diberitahu tentang kos pos yang agak tinggi ini..  Macam mana boleh jadi cmni?? Begini ceritanya.. Aku ada tanya seller, berapa kos pos untuk 2 buah novel tersebut.. So, seller cakap yang dia tak pasti dan akan maklum kemudian bila dia ke pejabat pos nanti.. Aku setuju aje la.. Ingatkan dia maklum terlebih dahulu sebelum pos novel, sekali dia pergi pos terus dan selepas tu baru maklum pada aku kos pos tersebut.. Lagik parah bila dia guna khidmat pos G-dex.. Aku memang maklum, kos pos G-Dex agak mahal setanding dengan servis yang diberikan... Tetapi yang mengecewakan aku, seller tak maklum terlebih dahulu kosnya sebelum pos..  Sangat kecewa... Bila dikira-kira balik kosnya, baik aku ke kedai buku dan beli novel yang baru.. Lagi berbaloi-baloi.. Ritu ada juga usha novel I Love You Stupid! di kedai muku online.. MPH Bookstore.. Ada potongan dan kos pos dalam RM 8 - RM 12 sahaja... Tapi ingatkan nak cari yang preloved aje, sebab sebelum ni beli novel preloved ok jerk tak de masalah.. Baru-baru ni aku beli 4 buah novel.. Berat lagi dari yang ni.. Harga baru RM50 sekali pos.. Boleh baca kat SINI... Sebab tak de masalah la aku bercadang cari novel preloved aje untuk kali ni.. Tak sangka jadi macam ni pulak.. Huhu.. Tak pe lah, nii sebagai satu pengajaran buat aku.. Lepas ni, kalau nak membeli apa-apa, aku akan pastikan seller kasitau terus harga pos berapa.. Kalau tak memang aku tak beli.. hehe.. Ini juga sebagai peringatan buat korang ye.. Berhati-hati semasa membeli.. Pastikan dulu kos pos tu berapa.. Dah semua pasti, baru beli.. Jadilah pembeli yang bijak.. Jangan jadi macam aku.. Haha!! *** Mungkin ada khilaf aku kat mana-mana kot, Tuhan tarik sikit rezeki aku.. Bersangka baik je la ye..
https://www.leaazleeya.com/2017/08/enchanteur-stunning-serlahkan-aroma.html
ENCHANTEUR Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona
ENCHANTEUR Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona  |  Semalam aku dikejutkan dengan satu bungkusan yang tak di sangka-sangka.. Bila tengok alamat pengirim, oh! ok dah tahu dari siapa tetapi belum tahu isi dalamnya.. Agak surprise disitu ye.. Kemain tak sabar aku nak balik rumah untuk selongkar bungkusan itu.. Hehe.. Sampai aje rumah tak sempat buat apa-apa, terus aje terkam bungkusan dan bukak.. Agak gelojoh ye di situ.. Haha.!! Dan bila aku bukak bungkusan tersebut, alangkah wanginya dunia aku dengan haruman yang keluar dari sebuah kotak baldu berwarna peace bersama taburan bunga-bungaan yang membuatkan pandangan mata aku nyaman dan indah dihidangkan dengan ENCHANTEUR Stunning serlahkan aroma keanggunan mempesona... Dengan haruman memikat terasa diri ini begitu berharga.. Wahhh drama sangat ayat aku kan hari ni.. Hiks..!! Jom mewangi bersama aku dengan haruman terbaru dari Enchanteur ni..  Box eksklusif dari Enchanteur Inilah box yang aku katakan tu.. Sangat exclusive.. Kotak baldu berwarna peace ni bukan sebarangan kotak tau.. Ia boleh dijadikan kotak menyimpan barang make-up atau aksesori... Jom kita bukak kotak ni tengok apa ada didalamnya pula...  ENCHANTEUR Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Cuba korang tengok tu... Camne aku tak keluarkan ayat 'drama' aku kat atas tadi kan.. Berbunga-bunga dalam kotak baldu ni.. Haruman yang keluar tak payah cakap la.. Memang semerbak harum.. Wangian dari Enchanteur tak pernah mengecewakan aku.. Sebab itu aku setia dengan Enchanteur sampai sekarang... Harumannya pun kekal lama... Aku suka!! Ok, jom kita sama-sama belek satu persatu apa yang ada dalam kotak ni.. “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.  ENCHANTEUR Stunning Eau De Toilette Boleh didapati pada harga RM 28.20 (termasuk GST) bagi setiap botol 50ml ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya. Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari. ENCHANTEUR Stunning Perfumed Body Lotion Boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM 5.40 hingga RM 17.60  ENCHANTEUR Stunning Perfumed Deo Roll-On ENCHANTEUR Deodarant hadir dalam pelbagai bentuk/format iaitu stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM 4.90 hingga RM 8.40. ENCHANTEUR Stunning Perfumed Deo Mist ENCHANTEUR Deodarant hadir dalam pelbagai bentuk/format iaitu stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM 4.90 hingga RM 8.40. ENCHANTEUR Stunning Perfumed Talc Boleh didapati  dari harga RM 4.40 hingga RM 11.80 ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.   Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri ENCHANTEUR boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari :- Website www.enchanteur.com.my   Facebook  www.facebook.com/EnchanteurMY
https://www.leaazleeya.com/2014/03/kad-pengenalan-baru-pelepas-rindu.html
Kad Pengenalan Baru Pelepas Rindu...
Assalamualaikum.. Fuhhh.. Berkejar-kejaran aku hari ni.. Berlumba-lumba dijalan raya... Rasa cam dah boleh daftar untuk F1 tahun akan datang.. hahaha.. Mengarutkan aku.. Bukan ape, bukan sesaja aku nk berlumba-lumba dijalan raya.. Cuma aku kesuntukan masa dan mengejar masa supaya waktu mengulo aku tu dapat dipendekkan..  Pagi tadi dalam pukul 11.00 pagi aku berkejaran ke JPN untuk mengolek atau dalam bahasa lain, mengambil IC baru aku.. Wahh dapat IC baru kan kan.. Orang lain dah berjaman buat, aku baru terhegeh-hegeh nak buat kan.. Pulak tu IC lama aku tu, time-time zaman jahiliah aku dulu.. Dengan tak bertudungnya.. Isk3x.. Terukkan aku... Bukan tak nak buat awai-awai tapi aku tunggu muka aku yang cengkung dulu jadik tembam sikit.. hahaha... Boleh camtu?? ekekeke.. Alhamdulillah, IC aku dah berubah kepada aku yang dah bertudung.. Tenang sikit ati ni...  Satu lagik yang menarik time aku kat JPN tadik.. Aku terserempak dengan Mak 'kawan lama' aku... Terkejut beruk aku... Kenapa aku terkejut beruk?? haaaa ni nak cite ni.. Mane tak terkejutnya, pagi tadi sebelum pegi JPN tu tergerak dekat ati aku ni, "haiss, camne la kalau terjumpa dengan makcik"... Tup-tup, time aku dekat kaunter JPN untuk amek IC aku, aku berpaling ke belakang dan nampak la makcik dengan anak perempuannya dok kat kerusi tunggu giliran untuk buat IC jugak.. Tu yang terkejut beruk aku tu... Mungkin kebetulan aje la kan... hurmm.. Lama gile la tak jumpa dengan makcik.. Sampai makcik dah tak cam aku.. Sempat la borak-borak kejap dengan makcik melepaskan rindu... hehehe.. Segan betul aku.. Malu pun ada.. Sedih tak payah nak cerita la.. Aku buat-buat gumbire je tadik tu.. Kalau tak buat camtu mesti dah nangis.. huwaaaa huwaa... Tapi Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak jumpa makcik setelah sekian lama tak jumpa.. Terlepas jugak rindu aku kat dia.. Syukur pada tuhan.. Terima kasih ALLAH... Tak sia-sia aku berlumba-lumba dijalanraya.. Akhirnya aku selamat sampai ke pejabat tepat pukul 1.45 petang.. Hahahaha.. ( karangan cam ampeh ) Smile Sokmo~!!
https://www.leaazleeya.com/2022/12/carina-rangkaian-tisu-berkualiti-tinggi.html
Carina Rangkaian Tisu Berkualiti Tinggi Yang Lengkap Untuk Kegunaan Harian
Carina Rangkaian Tisu Berkualiti Tinggi Yang Lengkap Untuk Kegunaan Harian  |  Tisu adalah antara benda yang terpaling penting dalam kehidupan aku seharian.. Rasanya kalau tak de tisu, hidup aku untuk hari tu memang tak lengkap dan rasa tak selesa.. Tak kira la kat mana aku berada sekali pun, memang tisu mesti kena ada terutamanya pada waktu pagi.. Almaklumlah hidung aku ni jenis sensitif pada waktu pagi mesti dilanda selesema dan memerlukan tisu.. hehe..Setiap bulan, pastinya item tisu akan berada dalam list barang keperluan aku.. Dari tisu muka sehinggalah ke tisu dapur.. Rangkaian tisu dekat rumah aku haruslah lengkap setiap bulan.. Bukan sahaja tisu kering yang aku guna malahan tisu basah juga menjadi satu keperluan bagi keluarga aku.. Sebab itulah aku harus menggunakan rangkaian tisu yang berkualiti tinggi untuk kegunaan harian aku seperti rangkaian tisu dari jenama Carina ini.. Lengkap tau! Semua jenis tisu ada.. Jom aku story..Tentang CarinaCarina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan negara tropika tersebut. Penghasilan tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk. Ia adalah pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan oleh Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak. Carina dicipta untuk penduduk Asia Tenggara yang terkenal dengan pulau-pulau yang indah, restoran ternama, masakan yang lazat dan pedas serta pelbagai budaya. Dengan iklim subtropika yang lembap di rantau ini, Carina percaya tisu berkualiti tinggi adalah penting dan sangat berguna kerana ia lebih bersih, mudah dan mesra keluarga, serta untuk kegunaan sendiri. Selain itu, tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air, melindungi bukan sahaja anda tetapi juga alam sekitar. Bertempat di Lembah Klang, Malaysia, produk Carina dihasilkan dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna. Oleh itu, di sebalik kualiti produk Carina yang baik, harganya turut berpatutan untuk setiap lapisan masyarakat. 4 Ciri Utama CarinaPenjagaan Kecantikan (Beauty Care) - Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) - Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan. Peralatan Dapur (Kitchenware) - Siri Tisu Dapur kami menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair. Penjagaan Kesihatan (Health Care) - Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan. Carina Rangkaian Tisu Berkualiti Tinggi Yang Lengkap Untuk Kegunaan HarianMacam yang aku cakapkan di awal tadi, tisu Carina ni memang berkualiti tinggi.. Aku suka jenama ni walaupun baru guna.. Firstime guna, aku dah rasa woww sangat terutama tisu muka dia lembut je.. Takde la rasa pedih time sapu muka dan hidung aku ni kan.. Haha.. Serius la Carina ni memang terbaik bagi aku..Kalau korang nak tahu, tisu Carina ni didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada pembungkusan yang kecil sehinggalah yang lebih besar. So, sangat sesuai untuk digunakan oleh individu mahupun seisi keluarga. Ok, seperti yang aku katakan tadi produk Carina ini didatangkan dalam 4 ciri utama iaitu Beauty Care, Toiletries Care, Kitchenware dan Healthcare dimana ianya terbahagi kepada 3 kategori iaitu :-Product Dry TissueCarina Handkerchief TissueCarine Wallet TissueCarina Box TissueCarina Kitchen TissueProduct Wet TissueCarina WipesCarina Antibacterial WipesProduct Cotton SetCarina Cotton BudCarina Facial CottonCarina Dry Tissue1. Carina Handkerchief TissueHandkerchief Tissue ni memang wajib ada dalam handbeg aku.. Aku suka packagingnya, kecil dan kemas tak mudah renyok.. Warna packagingnya pun cantik sangat, warna purple warna kegemaran aku tau.. haha.. Sejak kenal dengan jenama Carina ni, lagilah aku suka dengan tisu jenis hankerchief ni.. Mudah dibawa kemana-mana.. Pembungkusannya yang sederhana, menjadikan Carina Handkerchief Tissue ni ideal dan sesuai untuk kegunaan harian. Tambahan pula tisunya yang lembut, sangat selesa digunakan.2. Carina Wallet TissueSementara itu, Carina Wallet Tissue dengan pembungkusan yang mengikut trend masa kini, juga membolehkan aku menggunakannya sebagai on-the-go wallet atau dompet harian aku.. Packagingnya memang macam wallet sebab tulah dinamakan wallet tisu.. Yang ni pun mudah dibawa kemana-mana sebab saiznya kecik  dan nipis.. Cumanya aku lebih suka hadkerchief tisu sebab bungkusannya lebih smart dan kukuh.. hehe..3. Carina Box TissueTisu kotak ni wajib ada dekat rumah dan pejabat.. Rasanya korang pun macam aku jugakkan.. Pelbagai guna tau.. Time makan nak tisu, time minum nak tisu, time makeup nak tisu pendek kata setiap masa nak tisu.. Tisu ni ibarat rakan karib dah walaupun di mana aku berada.. Korang pun sama kan? Betul tak? Jangan tak tahu ye, tisu Carina ni diperbuat daripada 100% Pure Virgin Pulp bagi memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit termasuklah kulit sensitif.. So, aku recommend sangat korang guna tisu Carina ni.. Berbaloi-baloi..4.  Carina Kitchen TissueKebiasaannya ramai yang guna tuala untuk kegunaan dapur kan.. Macam aku dulu-dulu, memang tuala la aku guna untuk lap dapur.. Sebenarnya banyak keburukannya guna tuala ni.. Kalau tuala tak dicuci dengan betul, maka bermaharajalelalah bakteria dok membiak dekat kain tu.. Itu dulu la.. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni aku dah mula menggunakan kitchen tissue.. Pelbagai jenama dah aku guna dan sekarang aku guna jenama Carina pula.. Sangat puashati kerana tisu dapur Carina ni sangat membantu aku di dapur.. Ia sangat efektif untuk menghilangkan kesan kotoran dan minyak.. Bukan tu je, tisu dapur Carina ni juga boleh digunakan untuk mengelap buah, sayuran, tangan, pinggan-mangkuk, singki dan sebagainya.Apa yang aku suka dengan Carina Kitchen Tissue ni adalah tisunya tebal dan susah nak koyak, penyerapan sangat bagus dan tak berhabuk semasa mengelap.Carina Wet TissueWipes memang antara yang terpenting dalam kehidupan seharian.. Penggunaan wipes dah meluas sekarang.. Kalau dulu, time ada baby je guna wipes ni.. Sekarang aku rasa sangat memerlukan wipes terutamanya bila time makan di kedai.. Aku sejenis yang nak kena meja bersih, baru aku selesa.. Memang aku akan stenbai wipes untuk aku lap meja dan tangan aku..Carina Wet Tissue ni ada 2 jenis tau iaitu Carina Wet Wipes dan juga Carina Antibacterial Wipes.. Tekstur Carina Wipes yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. Paling penting tisu basah Carina ini tidak mengandungi Paraben dan alkohol. So, memang selamat digunakan kerana telah diuji secara klinikal.Carina Cotton SetRangkaian Carina Cotton pula juga diperbuat daripada kapas asli, lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Carina Cotton set ni terdiri daripada Cotton Bud dan juga Facial Cotton.. Untuk Carina Cotton Bud didatangkan dalam 2 packaging iaitu dalam botol plastik dan bungkusan plastik sebagai refill.. Manakala untuk Facial Cotton pula, kapasnya sangat lembut dan tahan lasak.. Tanggalkan solekan pun mudah dengan Carina Facial Cotton ni tidak memedihkan kulit.. Rangkaian produk yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian kita untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat. Carina "We Care, We Love"Carina telah menghasilkan konsep terbarunya sempena tahun 2023 nanti dengan tema "We Care, We Love" ini kerana CARINA 2023 berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Konsep terbarunya ini menekankan beberapa aspek seperti :-Menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran Menjaga kulit penggunanya dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran "We Care, We Love", menyatakan kepercayaan mereka bahawa menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga. #CarinaCares terhadap anda dan keluarga anda!Jom layan video ini..Dimana Boleh Dapatkan Produk Carina? Majoriti produk Carina boleh diperolehi di pasaraya mahupun atas talian (Online). Aeon Big, Aeon Wellness, Econsave, Mydin, NSK, Hot Mart dan farmasi adalah beberapa peruncit luar talian. Pada masa yang sama, korang juga boleh mendapatkan Carina menerusi platform e-dagang rasmi mereka dan produk akan dihantar terus di depan pintu rumah korang! Terpaling mudah kalau nak buat pembelian adalah melalui Shopee dan Lazada.Jom aku senaraikan disini dengan lebih details dimana korang boleh dapatkan produk Carina ini..Secara OFFLINE 👇Aeon BigAeon WellnessEconsaveMydinNSKAscen+ PharmacyMiX StorePotBoy GroceriesC-Mart Penang, Kedah, PerlisCeria 99 Penang, Kedah, PerakFamily Stores Seremban, MelakaOppa Mart Melaka, Seremban Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan Target Supermarket Johor Song Mart Malaysia Johor Pasaraya Hwa Thai Johor  Secara ONLINE 👇Shopee : https://shopee.com.my/carina.osLazada : https://www.lazada.com.my/wangzheng-care/TopzMall : https://topzmall.com/store/789Carina Gift BoxSelain produk di dalam Carina Gift Box ini terdapat juga :-Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher Review & Win campaign flyer  Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG   Untuk pengetahuan korang, di pasaran Carina Gift Box Set TIDAK TERMASUK :- Carina Kitchen Roll (boleh dibeli di kedai fizikal atau online) Carina Limited Edition We Love We Care Bag (GWP dengan pembelian RM 40 dan ke atas)     Dimana boleh dapatkan Carina Gift Box?Aeon Big (Cawangan terpilih) Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall) Hot Market @ Berjaya Times Square Tong Hup Trading, Melaka CARINA Review & *WIN Kalau korang beli produk Carina, jangan lupa tau join 'Review & *Win' ni! Rugi tak join, hadiah menarik menanti korang semua untuk dimenangi... Bagaimana nak join? Jom baca cara penyertaan di bawah ini..Hadiah100 pemenang dicari untuk *MENANGI 3 bulan Bekalan Rumah setiap bulan Hadiah bernilai RM 150 untuk seorang pemenang   Cara PenyertaanMuat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/TiktokBeritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook/Instagram/Tiktok Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah mood 'public'). *Terma & SyaratTempoh kempen : SEKARANG - 30 April 2023 #300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Kami akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook kami bermula dari Feb 2023. Sila nantikan! Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Kami berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu. Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah. Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja. Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan. Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.Jom Dapatkan Carina Sekarang!!Jom lengkapi keperluan harian kita dengan Carina kerana Carina dapat memenuhi keperluan harian kita untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi Carina melalui emel wangzhengcarina@gmail.com. Jangan lupa follow Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.  👇SOSIAL MEDIA CARINAFacebook    |    Instagram    |    Tiktok#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature 
https://www.leaazleeya.com/2022/11/rebut-tawaran-jam-tangan-terbaru-huawei.html
Rebut Tawaran Jam Tangan Terbaru Huawei GT3 SE Dengan Hanya RM899!
Rebut Tawaran Jam Tangan Terbaru Huawei GT3 SE Dengan Hanya RM899! | Peminat kesihatan dan sukan kini boleh mendapatkan jam tangan pintar yang sangat  dinanti-nantikan daripada HUAWEI, WATCH GT 3 SE. Huawei Consumer Business Group (CBG) baru-baru ini melancarkan jam tangan pintar edisi terbaharunya, HUAWEI WATCH GT 3 SE.  Kini boleh didapati di  Kedai Dalam Talian Rasmi HUAWEI dan Kedai Pengalaman HUAWEI dengan hanya RM899, pengguna boleh membuat permintaan pra-pesanan mereka sehingga 11 November 2022.   Menyampaikan jam tangan pintar peringkat kemasukan yang canggih, HUAWEI WATCH GT 3 SE merangkumine keperluan penjelajah bandar, peminat sukan dan kecergasan, dan individu yang berfokuskan kesihatan. Menggabungkan fesyen dan fungsi, HUAWEI WATCH GT 3 SE membantu menangani masalah pengguna dan membolehkan mereka bergerak ringan untuk merangkul alam sekitar dengan reka bentuk yang ringan dan pemakaian yang selesa. Ringan dan penuh ciri memenuhi keperluan peringkat kemasukan Dibina dengan mengutamakan peminat sukan, estetika ringan dan berongga HUAWEI WATCH GT 3 SE menggabungkan fesyen dan fungsi, membolehkan pengguna meneroka persekitaran mereka dengan pakaian pergelangan tangan yang mudah dibawa dan ringan.  Terdiri daripada rupa yang sama sekali baharu, jam tangan ini memberikan pengguna pilihan yang lebih bergaya dan halus dalam reka bentuk antara muka baharu pada paparan warna AMOLED 1.43 inci. Paparan warna definisi tinggi jam tangan menggunakan resolusi definisi tinggi 466 x 466 dengan 326 PPI, membolehkan warna yang jelas dipersembahkan pada skrin. Tambahan pula, skrin Corning Gorilla Glass digunakan, membawa jaminan rintangan haus dengan gentian polimer yang kukuh.   Walaupun menggunakan teknologi indah dan bahan tahan lama, HUAWEI WATCH GT 3 SE hanya mempunyai berat 35.6g (tanpa tali) dan ketebalan keseluruhan hanya 11mm (badan jam tangan). Jam tangan ini didatangkan dalam dua warna, hitam dan hijau, dengan pelbagai pilihin muka jam tangan. Selain daripada beribu-ribu tema muka jam tangan, pengguna boleh menggunakan foto OOTD dan Mod Potret untuk mencipta wajah jam tangan yang diperibadikan yang unik untuk mereka.  Dengan penggunaan yang meluas dan pengecasan pantas, HUAWEI WATCH GT 3 SE menyediakan penggunaan berterusan selama dua minggu sebelum perlu dicaj.  HUAWEI WATCH GT3 SE ialah Jam Tangan Pintar yang sempurna untuk sukan harian  Persekitaran fizikal di mana kita bersenam boleh menjadi keras pada masa-masa tertentu. Oleh itu, peminat sukan perlu diiringi oleh jam tangan pintar yang dapat menahan keadaan cuaca yang keras dan melampau.  HUAWEI WATCH GT 3 SE menyokong rintangan  air 5ATM  yang memenuhi standard ISO 22810:2010, membolehkan ia beroperasi pada kedalaman sehingga 50 meter selama 10 minit. Bekerjasama dengan lima sistem satelit utama: GPS, BeiDou, GLONASS, Galileo dan QZSS, jam tangan ini menggunakan cip kedudukan GNSS lima sistem terbina dalam, berketepatan tinggi yang memberikan prestasi anti-gangguan yang sangat baik untuk semua latihan.  Untuk terus membantu pengguna dalam senaman mereka, HUAWEI WATCH GT 3 SE menyediakan lebih daripada 100+ mod sukan, pelan larian pintar dan juga algoritma TruSport™ Huawei yang dibangunkan sendiri yang memberikan penilaian dan cadangan sukan berwawasan berdasarkan pelbagai data berjalan.    Pembantu kesihatan yang sempurna untuk melindungi kesihatan anda dengan HUAWEI TruSleep™ 3.0  HUAWEI WATCH GT 3 SE menyediakan bacaan yang tepat mengenai keperluan keseluruhan pengguna bagi membantu dalam pemantauan kesihatan. Melalui HUAWEI TruSeen™ 5.0+ yang dibangunkan sendiri, HUAWEI TruSleep™ 3.0 dan teknologi pemantauan kesihatan siri Tru yang lain, HUAWEI WATCH GT 3 SE menyokong pemantauan kesihatan menyeluruh  yang mengesan kadar denyutan jantung, tidur, SpO2, tekanan dan kitaran haid.  Menyediakan pemantauan kadar denyutan jantung yang tepat, HUAWEI TruSeen™ 5.0+ mempunyai kapasiti data yang meningkat dengan kadar kehilangan isyarat yang dikurangkan. Dengan reka bentuk anti-gangguan dan pengurangan bunyi yang kuat, HUAWEI TruSeen™ 5. 0+ boleh mengatasi bunyi gerakan dengan lebih baik dan meningkatkan lagi ketepatan pengukuran kadar jantung apabila bersenam.  HUAWEI TruSleep™ 3.0 adalah satu lagi bahagian daripada siri HUAWEI Tru yang menggunakan teknologi terkemuka dalam industri berasaskan cahaya inframerah untuk memantau tidur. Ia telah meningkatkan ketepatan dalam pengesanan tidur dengan pengesanan automatik tempoh tidur pengguna dan membentangkan struktur tidur dan tidur yang komprehensif (termasuk tidur ringan, tidur nyenyak, REM dan terjaga) dengan menganalisis fisiologi berdasarkan pergerakan badan, kadar jantung dan HRV. Selain itu, HUAWEI TruSleep™ 3.0, melalui Aplikasi Kesihatan HUAWEI, menyokong rakaman perbualan tidur dan penjejakan berdengkur untuk memberikan pandangan berguna kepada pengguna mengenai tabiat tidur mereka.  Untuk membantu pengguna mengekalkan gaya hidup sihat, HUAWEI Health App menyediakan banyak peringatan peribadi mengenai cabaran Hidup Sihat, pengambilan air harian, peringatan ubat-ubatan dan banyak lagi untuk memastikan pengguna kekal berada di landasan yang betul.  HUAWEI WATCH GT 3 SE ialah pembantu peribadi yang berguna untuk pengalaman pintar  Memperluaskan lagi ekosistem pintar setiap pengguna, HUAWEI WATCH GT 3 SE menyediakan pengalaman pintar yang lebih mudah. Sama ada menjawab panggilan telefon, carian maklumat, penjejakan kecergasan dan banyak lagi, pengguna akan dapat melakukan semuanya dari pergelangan tangan mereka sahaja. HUAWEI WATCH GT 3 SE melangkaui sempadan jam tangan pintar dengan merangkumi semua aspek senario kehidupan.  HUAWEI WATCH GT 3 SE menawarkan ciri-ciri berguna untuk pelbagai senario. Bagi pengguna yang ingin melancong, jam tangan ini menawarkan Map Navigation, fungsi penting bagi sesiapa sahaja di kawasan yang tidak dikenali. Dalam bidang permainan dan hiburan, ia menyokong  Radio MyTuner,  Infinity Loop, Muzik eSound dan banyak lagi. Dan untuk meningkatkan kecekapan dan kesihatan, ia menyediakan  TickTick Focus To-Do, Senaman Rumah dan banyak lagi.  HUAWEI WATCH GT 3 SE menyokong ciri pembantu suara pintar seperti muzik, senaman dan kawalan suara untuk menetapkan penggera. HUAWEI WATCH GT 3 SE serasi dengan telefon pintar Android dan iOS untuk sokongan ciri yang menyediakan pengguna menggunakan pembantu peribadi terbaik.  Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI WATCH GT 3 SE, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook Rasmi HUAWEI  atau Instagram untuk maklumat terkini. 
https://www.leaazleeya.com/2016/08/bila-lagi-ku-punya-masa.html
Bila Lagi Ku Punya Masa
Assalamualaikum wbt.. Bila Lagi Ku Punya Masa  |  Selamat malam korang?? Malam ni aku nk membebel kosong aje.. Rasa macam terbantut idea jerk malam ni.. Otak tak bekerja keras malam ni.. Dok relax sambil goyang-goyang dalam cengkerang kepala ni.. Haha.. Sebenarnya aku dok fikir-fikir bila aku boleh menghabiskan bacaan novel aku yang dok ada kat footer blog aku tu... ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 karya penulis yang aku kagumi siti Rosmizah.. Rasanya lama dah kowt aku dok up gambar novel ni di bahagian BEING READ blog aku ni.. Tapi sampai sekarang tak jugak habis aku baca... huhu.. Sesungguhnya aku tak punya masa yang lengang untuk aku duduk santai sambil baca novel.. Bila time aku relax, time tu adalah time untuk aku rehatkan diri, minda dan segalanya.. Ahakz.. Buku bersusun-susun lagik yang belum aku baca... Tapi bukan novel la yek.. hehe... Aku teringin nak tahu kesudahan cerita ni, tapi itulah novel ni punya ketebalan yang agak ohsemnesss iaitu 920 m.s... huhu.. Korang nak tahu tak aku baru baca muka surat berapa?? Haha.. Baru muka surat 49 weehhhhh!!! Adoiiiiilaaaa.. Kalau dulu aku boleh habiskan satu novel dalam masa 2 hari sahaja.. Tapi tu memang stok tak tidur la.. Haha.. Bila dah start baca novel memang susah nak berhenti dolu-dolu.. Kalau baca sikit-sikit mula la tak senang duduk, dok fikir apa seterusnya yang akan terjadi... Sebab tu dulu, aku akan habiskan jugak sebuah novel tu dengan segera.. Supaya aku tak terfikir-fikir jalan cerita yang seterusnya.. mengganggu hidup ko tahuuuu!! Haha.. Alah, kaki-kaki novel mesti faham punyelah situasi aku ni..  Aku harap dapat le aku habiskan novel ni secepat mungkin.. Nak jugak buat review tentang novel siri 2 ni kan... Yang pertama dulu, jalan cerita memang best la.. Siap menangis agik baca siottt... Adoiiii.. Kene bantai gelak dengan geng serumah.. Hampeh betol laa... Mulanya aku gelakkan dia sebab dia nangis baca novel.. Aku ajet-ajet berhati kental, tak kan nangis.. Sekali bila time aku baca, nangis teresak-esak ohhh!! Kuang ajo0oo betol novel tu.. Haha..!! Dah kecoh satu opiz, aku baca novel nangis teresak-esak... Isk.. Lemau betol laaa.. hoho..
https://www.leaazleeya.com/2014/04/merundum.html
Merundum
Assalamualaikum Lama tak apdet blog... Rindu sebenarnya tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan... Banyak bende yang nak di apdet tapi belum kesampaian.. Ni pown curi-curi menaik sebab rindu sangat-sangat... hehehe.. InsyaALLAH ada masa terluang pasti akan diapdet nanti.. Giveaway pown dah lama tak join.. Sori sangat-sangat kepada yang mempelawa Lea untuk join.. Bukan sombong tetapi memang keadaan tak mengizinkan.. Smile.. :)
https://www.leaazleeya.com/2016/05/you-are-my-best-friend.html
You Are My Best Friend
Assalamualaikum wbt.. Kadang - kadang Sahabat yang suka belanja kita makan,  bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit.. Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja,  bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.. Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan,  bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.. Kadang - kadang yang sukarela membantu kita,  bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Sahabat.. Kadang-kadang sahabat yang selalu sms dan whatsapp anda,  bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka ingat pada anda.. Satu hari,  kita semua akan terpisah,  kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.. Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing.. Satu hari anak-anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya, "Siapa mereka semua tu?"..... Dan..... kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu,  lalu berkata... "Dengan merekalah saya ada hari... yang paling indah dalam hidup saya..."
https://www.leaazleeya.com/2017/05/takut-orang-mengata.html
Takut Orang Mengata...
Takut Orang Mengata...  |  Korang suka tak kalau orang mengata korang..?? Tak pun korang seorang yang takut orang mengata korang.. Rini aku nak bercerita tentang tajuk Takut Orang Mengata.. Tajuk ni aku ambil dari buku 20 Sen Untuk Ke Syurga karya Ustaz Elyas Ismail... Seperti yang aku janjikan di entry INI... Aku akan upkan kat sini kupasan Ustaz Elyas Ismail dibawah tajuk tersebut yang terdapat dalam buku ini... Takut Orang Mengata... 20 Sen Untuk Ke Syurga Buku ini menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat. Lebih teruk lagi kalau kita sedar dan tahu, tapi sengaja buat. Dah namanya pun manusia, Tapi ini bukan alasan untuk terus 'mengumpul harta' yang tidak baik itu ya. Kita carilah pahala, walaupun dari sekecil-kecil tindakan kita. Contoh? Kalau dalam poket kita ada RM50.20, mana yang kita bagi? Kita kata kita bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, yang masih tinggal RM50. Agaknyalah mana satu milik kita? RM50 yang masih tinggal atau 20 sen yang diberi itu? 20 sen.. Ingat, kita adalah apa yang kita beri. Bukan apa yang kita miliki. Inilah pahala buat kita. Kita buang 'harga yang tidak baik' itu, gantikan dengan yang baik-baik sahaja. Okey?.. Takut Orang Mengata... Salah ke kalau dulu kita beramal, tapi sekarang kita tak beramal sebab takut orang kata? Kalau nak kira orang nak mengata, sampai bila? Itu sebab kot mana pun, kembalilah kepada panduan ALLAH SWT dan rasul. Kita mungkin boleh ambil iktibar daripada kisah seekor keldai dengan seorang lelaki tua (ayah) dan seorang budak lelaki (anak). Ketika si ayah menunggang keldai dan membiarkan  anaknya berjalan, orang yang nampak mereka berkata,  "Apalah orang tua itu, pentingkan diri. Tak ada rasa belas kasihan. Sanggup biarkan anak kecilnya berjalan sedangkan dia bersenang-lenang di atas keldai tunggangannya."  Mendengar komen orang ramai, lelaki itu memberikan peluang kepada anaknya menunggang keldai dan dia berjalan seiring dengan anak dan keldainya. Orang ramai berkata pula,  "Apalah budak tu, sanggup dia biarkan ayahnya yang tua berjalan, sedangkan dia selesa di atas keldai. Tak berperikemanusiaan betul!" Mendengarkan komen itu, mereka berdua memutuskan untuk berjalan sahaja bersama-sama mengiringi keldai itu. Tapi, kemudiannya mereka mendengar orang lain berkata, "Bodohnya orang tua dan anaknya tu, ada kemudahan tapi tak digunakan." Setelah mendengarkan komen itu, orang tua dan anaknya menunggang keldai itu bersama-sama. Mereka mendengar orang mengata mereka lagi, "Zalim dan malasnya orang tua dengan anaknya itu. Sanggup berdua tunggang keldai yang kecil tubuhnya." Ini satu contoh yang terbaik. Apa yang berlaku kalau kita bertindak kerana mengikut kata-kata orang dan sibuk memikirkan apa yang kita buat, takut apa orang kata. Pasti setiap yang kita mahu buat tak akan menjadi. Itu sebab akhirnya buat amal kerana orang itu salah, tinggalkan amal kerana orang pun salah. Kata Fudhail bin Iyadh, meninggalkan sesuatu amalan kerana bimbang dilihat oleh orang lain adalah riyak manakala berbuat sesuatu amalan untuk dilihat oleh orang lain adalah syirik. "Ismail, aku selalu nampak kau pergi masjid. Tapi kenapa hari ini tak pergi?" "Aku malaslah sebab jiran mengata aku tunjuk warak." Itu bahaya! Meninggalkan amal kerana orang itu salah. Sebab itu ALLAH SWT berfirman dalam surah al-An'am ayat 162, "Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana ALLAH." Siapa yang buat kerja bukan kerana ALLAH SWT, dia akan rasa penat. Itu sebab jangan kita remehkan amal walaupun sedikit. Janganlah kisah kira orang nak mengata. Rasa nak buat amal yang sedikit pun, buatlah... Contohnya ada kucing datang minta sisa makanan. Bagilah sikit makanan kita. Pernah tak kita berfikir kenapa kucing datang kepada kita minta makanan? Mungkin ALLAH SWT nak tingkatkan pahala kita, kurangkan dosa kita dan bersihkan hati kita. Mungkin di situ laluan, ruang kita dan peluang kita untuk mendapatkan pahala. Jika maka sebab itu, teruskan beramal. Jangan kisah orang nak kata apa... Beristiqamahlah. Kata Nabi Muhammad SAW, "Katakanlah aku beriman kepada ALLAH, kemudian istiqamahlah." Kata Syeikh Uthaimin dalam syarah Riyadus Salihin, istiqamah ada 4. Pertama, laksanakan yang wajib mengikut sunnah Rasulullah. Kedua, menambahkan ibadah sunnah. Ketiga, menjauhi yang haram. Keempat, konsisten dalam amalan kita. Biar sikit tapi berterusan. Amalkanlah... Oleh : Ustaz Elyas Ismail     Jom kenali Ustaz Elyas Ismail..
https://www.leaazleeya.com/2017/03/kulit-wajah-sihat-berseri-dan-cerah.html
Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Dengan Safi Balqis OxyWhite
Assalamualaikum wbt Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite  |  Hamboiii panjang lebar tajuk entry kali ni ye.. Haaa ni nak cerita sikit kat korang semua.. Dedulu time-time sekolah dulu produk pertama aku untuk jaga kulit muka aku ni SAFI la... Kemaheeen mulus kulit time tu tau penangan produk SAFI ni.. Dulu SAFI BALQIS tak wujud lagi.. Sekarang SAFI dah berkembang maju dengan mengeluarkan pelbagai produk baru.. Yang terbaru SAFI BALQIS OxyWhite.. Haaa meh aku story mory kat korang tentang keistimewaan produk keluaran terbaru dari SAFI ni..  Sebelum aku cerita pasal produk SAFI BALQIS OxyWhite ni kat korang, aku nak terangkan sikit tentang proses pencerahan kulit wajah... Korang mesti nak tau jugak kan..  Meh baca apa yang aku nak bebelkan ni.. Haha.. Ok.. Kalau korang nak tahu proses pencerahan kulit wajah akan menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi.. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.. Tambahan pula, ramai yang tak sedar, sinaran IR (Infra-Merah) daripada matahari dan benda berbahang boleh menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.. Haaa korang dah tahukan serba sedikit tentang proses pencerahan kulit wajah kan.. Oleh sebab itu lah, SAFI iaitu sebuah jenama HALAL No.1 Malaysia ini telah memperkenalkan formulasi baru dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI BALQIS yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna.. Kelahiran baru dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.. Korang nak tahu kenapa SAFI memperkenalkan produk terbarunya ini? Sebabnya SAFI memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah sihat berseri dan cerah sempurna... Hah gituuu!! Jom ikuti apa kata Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman tentang produk terbaru keluaran SAFI ini.. Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BAlQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin. Dengan kelahiran baru SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi. Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam. Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI "Selamat dan Suci". Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa. Kata beliau lagi, Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano BioWhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan  oksigen tambahan ke dalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit lebih sihat berseri dan cerah sempurna.  Bukan sekadar menggabungkan 2 jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mempu menanggalkan solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindungan IR bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap.  Itulah kata-kata dari Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman... Banyak kelebihan produk SAFI ni tau.. Paling penting HALAL, SELAMAT DAN SUCI..  Okeh, sekarang jom layan cerita aku tentang keistimewaan setiap produk SAFI BALQIS OxyWhite pula.. Formulasi baru SAFI BALQIS OxyWhite ini hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak. Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baru ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden dan menarik. Logo baru ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa. SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka ( Kawalan Minyak & Jerawat ) Saiz Pek & Harga 50g  :  RM 7.30 100g  :  RM 12.30 Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untuk kulit berminyak ini bertindak :- ⇝ Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak ⇝ Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran yang terkumpul di dalam liang pori kulit ⇝ Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat ⇝ Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar Saiz Pek & Harga 100g  :  RM 10.90 Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak :- ⇝ Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan ⇝ Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan ⇝ Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel Saiz Pek & Harga 45g  :  RM 20.20 Pelembap Gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam ini bertindak :- ⇝ Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah ⇝ Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka ⇝ Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan ⇝ Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit ⇝ Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam Ada banyak lagi sebenarnya variasi produk dibawah SAFI BALQIS OxyWhite ni.. Untuk kali ni aku story 3 produk ni dulu la ye.. hehe.. Kalau korang nak tahu produk apa lagi yang ada boleh tengok gambar kat bawah ni... Memang banyak jenis.. Mengikut jenis kulit korang.. Banyakkan... Hehe.. Ok la, kalau korang nak dapatkan rangkaian produk SAFI BALQIS OxyWhite ni, korang boleh dapatkan produk ini di seluruh Malaysia termasuklah pasaraya dan pasaraya hiper utama.. So, lepas ni korang bolehlah terjah pasaraya berhampiran korang ye untuk dapatkan produk ni..  Untuk keterangan lanjut mengenai jenama SAFI ini, sila layari :- Facebook www.facebook.com/SAFI.MY Instagram www.instagram.com/safimalaysia Youtube www.youtube.com/safimalaysia Baca juga : SAFI Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi
https://www.leaazleeya.com/2021/10/sinopsis-novel-pak-imam-dan-demi-allah-aku-tidak-kuat.html
Book Haul | Novel Pak Imam dan Demi Allah Aku Tidak Kuat Kerana Allah Aku Harus Kuat
Pak Imam dan Demi Allah Aku Tidak Kuat Kerana Allah Aku Harus Kuat | Lama dah tak beli buku motivasi.. Asyik dok layan buku Fixi dan Prolog Media jerk, sekali sekala kita ubah la angin untuk bagi motivasi pada diri yang sememangnya kurang motivasi ni.. hehe.. Hari tu tertengok member dok post pasal buku Pak Imam dan Demi Allah Aku Tidak Kuat Kerana Allah aku Harus Kuat.. Wahh, panjang betul tajuknya.. Tapi itulah daya tarikannya.. Tajuk yang penuh makna.. Nampak menarik.. So, aku pun beli la dua buah buku ini..Sebenarnya agak lama dah tak beli buku.. Buku yang lepas-lepas pun masih banyak yang belum dibaca.. Ni tambah lagi koleksi buku aku.. Susah betul nak elak mata ni dari memerhatikan buku-buku yang bagus... Hehe.. Buku Pak Imam ni apa yang menarik adalah ia ditulis oleh Muhammad Rusydi.. Aku pernah baca buku tulisannya "Tunangku Tidak Tampan (3T)" memang best jalan ceritanya.. Sebab itulah aku yakin dengan karya Muhammad Rusydi ni.. Ianya ada daya tarikan tersendiri.. Sinopsis Pak Imam Chapter 1Judul Novel  :  Pak Imam Chapter 1Penulis  :  Muhammad Rusydi a.k.a Abang BikaiTerbitan  :  Rusydee Artz StudioMuka Surat  :  347 m/sSeperti memilih tembikai. Luaran tidak menentukan isi dalamannya. Kadang Manis. Kadang tidak. Hidup ini juga begitu. Kadang suka. Seringkali duka. Namun, Allah kurnia hadiah namanya iman. Dengan anugerah ini, meski dunia penuh duga dan derita, engkau tidak boleh putus asa. - Pak ImamSebenarnya, bila kau berada di media sosial, hati kau jauh dari mati. Majoriti yang sedang asyik dibuai status-status, bilangan likes dan share, mereka sedang menjauhi diri dari mengingati mati. - Pak ImamSemua yang kita ada, tidak pernah akan ada selamanya. Begitu juga dengan nafas ini, nyawa ini, jasad ini, hati ini. Semuanya sementara. - Pak ImamSeorang manusia itu, luarannya nampak sempurna. Cantik, segak, berbaju lengkap dan berjenama. Nampak sihat dan bertenaga. Tapi, siapa tahu apa sebenarnya yang berada di dalam jiwanya? Berkelodak hitam! - Pak ImamDalam buku Pak Imam ni aku suka capter 52.... Jom aku kongsikan..Hidup ini memang seronok bila apa yang kita hajati kita dapati. Tapi, kena ingat. Suatu saat, kau pasti bakal mati. Akan mati.Dan kau kena ingat, mati itu bukan akhir bagi segalanya. Tetapi permulaan bagi hidup baru yang kekal di sana.Akhirat.Kau boleh senyum, boleh have fun dengan media sosial, boleh berseronok outing ke mana sahaja, meeting dengan orang itu dan orang ini, bergelak ketawa, tapi kau kena ingat, semua itu ada noktahnya.Noktahnya bila kau mati..Selama ini dunia ini bising, sejak kecil sampai dewasa, ibu ayah bising tentang duit, cari duit, tak cukup duit, ekonomi turun naik.Selama ini, remaja dan dewasa bising tentang cinta, mencari cinta, kecewa dengan cinta, meraih cinta, cinta dusta, cinta kecewa.Selama ini, orang-orang berkehendak dan berkepentingan bising tentang status, pangkat, jawatan, mahu memimpin dan sebagainya.Akhirnya semua mereka itu!Akan diam!Yang bising-bising itu! Akan senyap-sunyi!Bila mati menyapa diri....Buatlah apa yang kamu suka di dunia, tetapi kau kena ingat, dunia ini akan mati dan kau sendiri akan mati!Kau tak bawa benda yang kau cintai bila kau mati..Kau tak bawa orang yang kau cintai bila kau mati..Kau tak bawa harta yang kau cintai bila kau mati..Kau tak bawa status dan pangkat bila kau mati..Kau tak bawa media sosial kau bila kau mati..Setelah kau mati..Kau sendiri..Survive sendiri..Perjalanan jauh lagi nak jumpa Ilahi. Bukan setakat mati..Jadi, bila saatnya boleh jumpa Ilahi di dunia?Bangun malam. Solat..Mari kita lihat perbandingan kita dengan orang mati pulaOrang mati badannya ada seperti kita. Mulutnya ada. Tapi tak mampu berbicara lagi. Mulut kita pun ada, tapi kita berhenti berzikir. Kita tak berhenti berkata buruk.Orang mati tangannya ada seperti kita. Tapi kaku seperti tengah solat. Tangan kita juga, tapi kaku dari bersolat. Tangan kita laju membuat maksiat. Ada saja dosa dari tangan-tangan kita.``Orang mati kakinya ada seperti kita. Tapi, kaku tak bergerak lagi. Rapat-rapat. Kaki kita ada, bergerak. Tapi, kaku tak bergerak ke arah masjid atau surau. Bergerak laju ke tempat hiburan dan shopping mall. Cinema dan tempat lepak.Orang mati hatinya ada seperti kita. Tapi, hatinya penuh penyesalan, gerun dan takut setiap masa. Hati kita pun ada, tapi tidak menyesal, tidak gerun, tidak takut. Hati kita berani. Kerana keberanian hatilah, kita ikut kata hati. Buat sesuka hati. Kita suapkan pada hati makanan hitam setiap hari. Biarkan gelap. Seronok berada dalam gelap. Beruda-duaan dalam gelap apatah lagi.Orang mati ada otak seperti kita. Tapi, tak berfungsi lagi. Kita otak masih berjalan, tapi mereng. Kerana selalu saja memikirkan jalan bagaimana untuk melakukan dosa tiap ketika tetapi tidak nampak berdosa. Nak buat dosa pun ada trick ya? Kita lagi mati dari orang mati sebenarnya.Sinopsis Demi Allah Aku Tidak Kuat Kerana Allah Aku Harus KuatJudul Novel  :  Demi Allah Aku Tidak Kuat Kerana Allah Aku Harus KuatPenulis  :  Hikmatul IslamTerbitan  :  Rusydee Art StudioMuka Surat  :  190 m/sKau tahu apa bezanya antara orang yang hidup kerana Allah dan yang tidak?Umpama kau lihat ke langit malam, hanya satu dua bintang yang bergemerlapan - Pak ImamRamai orang kata, "Cinta itu ujian".. Tapi ramai yang tidak sedar, "Ujian itulah sebenarnya cinta"..Ujian dan cinta saling berkait rapat. Andai ingin memiliki cinta, harus tempuhi dahulu akan peritnya ujian.Begitu juga dengan cinta Allah. Mahal, terlalu mahal. Perlu dibayar dengan deraian air mata. Perlu dibayar dengan lelahnya sebuah jiwa.
https://www.leaazleeya.com/2017/04/review-novel-semangat-hutan-dan.html
Review Novel | Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir
Review Novel | Semangat Hutan & Tombiruo Terakhir  |  Alhamdulillah akhirnya habis jugak aku baca 2 buah novel sambungan daripada novel Tombiruo.. Kalau nak ikutkan memang susah untuk habiskan pembacaan novel-novel ni dalam masa yang singkat.. Biasa memakan masa berminggu-minggu baru boleh habis.. Tapi disebabkan ni adalah novel PINJAM, so aku habiskan jugak secepat yang mungkin.. Kalau boleh tak nak la pegang novel orang lelama kan.. Hehe.. Jom tengok review novel Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir... Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir Review Novel Tombiruo by Ramlee Awang Murshid Sebenarnya kisah Tombiruo ni ada 3 buah novel kesemuanya... Novel pertama dah aku review sebelum ni.. Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir ini adalah sambungan daripada novel Tombiruo.. Aku suka penulisan Ramlee Awang Murshid kerana jalan ceritanya agak berbeza dengan novel-novel yang ada di pasaran yang pernah aku baca sebelum ni.. Atau aku sendiri yang hanya suka membeli novel cinta sebelum ni.. Haha.. Sebab tu tak pernah jumpe novel seperti novel RAM ni.. Ahakz..  Semangat Hutan Semangat Hutan Semangat Hutan ni kisah dia lain sikit dari novel yang pertamanya.. Kisah bermula apabila Amiruddin datang ke KL untuk melamar Wan Suraya tetapi terjadi salah faham antara mereka sehingga membuatkan mereka membawa haluan sendiri.. Bila silap faham terungkai, Wan Suraya bertindak untuk menjernihkan salah faham tersebut sehinggalah terjadinya perkenalan antara Wan Suraya dan Tan Sri Nasir.. Tan Sri Nasir ni bujang terlajak dan terpikat dengan Wan Suraya.. Tan Sri Nasir plan untuk sambut birthdaynya di dalam pesawat peribadinya dan menjemput Wan Suraya untuk membuat liputan majlis tersebut sedangkan ada niat lain disebalik jemputan tersebut.. Hanya beberapa orang dijemputnya termasuk Lucy yang mendesak Tan Sri Nasir untuk turut serta dalam majlis tersebut dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang wartawan.. Rupanya Lucy adalah penjenayah dan telah merancang untuk menawan pesawat tersebut sebagai tebusan untuk melepaskan ketuanya dipenjara yang berhadapan hukuman gantung.. Penawanan pesawat tersebut menyebabkan berlakunya kejadian pesawat terhempas sehinggakan mereka terdampar di Hutan Keningau tempat Tombiruo tinggal.. Pelbagai kejadian buruk berlaku keatas mereka mangsa-mangsa terhempas yang terselamat itu.. Dalam masa yang sama, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut yang digelar Rogon yang juga digeruni oleh penduduk setempat.. Dari satu mangsa ke satu mangsa mati akibat diserang Rogon..  Hanya beberapa orang yang terselamat.. Amiruddin juga terkorban menjadi mangsa Rogon semasa mempertahankan rakan-rakan daripada menjadi mangsa Rogon.. Akhirnya Rogon dibunuh oleh Tombiruo Hutan Keningau iaitu Ejim.. Di akhir cerita, Ejim dibawa ke Kuala Lumpur untuk menjalankan pembedahan bahagian mukanya menjadi manusia biasa oleh Dr. Haslia yang juga mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut.. Ejim dibawa bukan dalam keadaan rela tetapi di rancang oleh Dr. Haslia dan rakannya Dr. Rashid turut dibantu oleh Ondu.. Dia di tembak dengan pelali..  Review By Me!! Untuk kisah kali ni, aku rasakan juga menarik tetapi novel Tombiruo pertama lagi mendebarkan aku jalan ceritanya.. Walau bagaimanapun, kisah dalam novel Semangat Hutan ni juga aku suka kerana watak utama iaitu Amiruddin mati dalam novel ni.. Kirenya tak de la klise sangatkan jalan cerita ni.. Kesedihan ada disitu.. Ada part-part yang membuatkan aku menitiskan air mata hokeh!! Nampak tak novel ni ada pelbagai emosi bila membacanya.. Seram ada, suspen ada, sedih ada, gembira ada.. Pendek kata semualah ada.. Hehe.. Novel ni aku mula baca pada 14 April 2017 dan tamat pada 16 April 2017.. 3 hari uolls.. huhu Habis aje, terus sambung novel Tombiruo Terakhir pulak.. Okeh, jom ke novel yang terakhir.. Tombiruo Terakhir Tombiruo Terakhir Tombiruo Terakhir mengisahkan pembawaan Ejim ke KL untuk pembedahan plastik terhadap mukanya yang cacat itu.. Pembedahannya berjaya dengan kadar penyembuhan yang singkat.. Janji awal, setelah selesai pembedahan Ejim akan dibawa balik ke Hutan Keningau kembali tetapi janji tinggal janji apabila Dr. Haslia telah jatuh cinta dengannya.. Hasil pembedahan, rupa Ejim saling tak tumpah seperti wajah adik kembarnya Amiruddin.. Kerana cinta, Dr. Haslia uruskan segalanya tentang Ejim termasuk menukar nama dan membuat dokumen diri buat Ejim serta membiasakan dia dengan keadaan bandar.. Tapi semua tu tak lama kerana jiwa Ejim tetap pada Hutan Keningau.. Situasi yang tak diingini berlaku dimana Tan Sri Nasir telah mengungkit segala jasanya untuk membaikpulih wajah Ejim sedangkan pada awal mereka lakukan atas dasar membalas jasa baik Ejim kerana menyelamatkan mereka semasa dalam Hutan Keningau dahulu.. Ini berlaku kerana Tan Sri Nasir takut akan kehilangan Wan Suraya yang ketika itu telah menjadi tunangannya dimana rupa Ejim sama dengan Amiruddin kekasih hati Wan Suraya yang telah meninggal dunia..  Akhirnya setelah pelbagai peristiwa dilaluinya dan 10 tahun berlalu, Ejim telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Suriani.. Mereka hidup di KL dan sampai satu masa Ejim terlalu rindukan Hutan Keningau.. Dia pulang bercuti kesana untuk  melepaskan rindunya dan berlakulah peristiwa dimana terdapat semangat hutan yang lain menjaga hutan tersebut dan Ejim juga menjadi penyelamat kepada manusia-manusia yang tersesat dalam hutan dan mendapat ancaman dari semangat hutan itu.. Review By Me!! Bila habis aje baca buku ni pada hari ni 18 April 2017, aku rasa lega dan aku suka kisah Tombiruo ni.. Aku seronok bila Ejim ada kehidupan yang baru dengan wajah yang baru.. Terasa bersemangat je.. Sekurang-kurangnya ending cerita ni menyeronokkan dan bahagia walaupun sepanjang kisah ni berliku-liku situasi yang dorang harungi..  Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni.. hehe.. Insyaallah aku akan baca juga novel dari penulis yang sama iaitu Laksamana Sunan.. Juga buku pinjam ye.. Haha.. Nasib baik aku baca buku pinjam, kalau baca buku baru keluar tak ke haru aku nak menunggu sambungan kisah dia.. Hadoii tak best ohhh!! Oke lah, sampai sini jerk review aku yek.. Panjang leboo dah.. Kang korang bosan lak baca.. Huhuhu..
https://www.leaazleeya.com/2017/05/review-novel-pemangsa-by-muhammad-fatrim.html
Review Novel | Pemangsa By Muhammad Fatrim
Review Novel | Pemangsa By Muhammad Fatrim  |  Yeahhh!! Sebuah lagi novel dari penulis Muhammad Fatrim atau lebih dikenali dengan panggilan sweetnya Ayim.. Pemangsa...  Pemangsa by Muhammad Fatrim 3 hari aku ambil masa untuk baca novel Pemangsa ni.. Dari 15 hb  hinggalah 17hb Mei 2017... Novel Pemangsa ni boleh dikatakan sebagai novel sambungan dari kisah Revenge kerana ada watak dari novel Revenge di dalam Pemangsa.. Novel ni juga bersifat dendam kesumat.. Bersifat hokeh!! Haha.. Tapi bezanya, cara balas dendamnya agak berbeza dari Revenge.. Mungkin disebabkan wujudnya watak dari siri Revenge tersebut.. Biasalah orang terdahulukan lebih berpengalaman.. Bak kata pepatah terlebih dahulu makan garam.. Hehe.. Aku up sinopsis novel ni dulu ye.. Korang boleh baca dan hayatinya.. Cerita Pemangsa ni juga ada kelainannya tersendiri cuma persamaannya adalah jalan ceritanya bertunjangkan dendam kesumat.. Review Aku Jalan cerita menarik.. Masih mengekalkan kisah pembunuhan.. Terdapat sedikit kisah seram dalam novel ni.. Watak heroin dalam cerita ni juga bertukar identiti diri seperti Revenge... Mungkin novel ni kesinambungan dari Revenge tu sebab watak heroin tu ada persamaan.. Kisah yang digarap dalam novel ni, seorang suami yang sanggup membunuh isterinya dengan melemaskannya di tengah laut untuk hidup bersama isteri pertamanya.. Pelikkan.. Dah kenapa pulak nak bunuh isteri kedua.. Biasa-biasa isteri pertama jadi mangsa.. Hehe.. Sebabnya perkahwinan pertamanya disorok dari pengetahuan orang termasuk keluarganya kerana isteri pertama adalah seorang artis terkenal yang mementingkan kerjayanya.. Lepas dah sampai masa nak dedahkan perkahwinan, cara camtu yang dorang pilih dengan bunuh isteri kedua yang naif dan tak tahu pape.. Gila meroyan betul dorang ni..!! Lepas tu wujudlah watak Fattah Amin.. Adehh nama pelakon terus penulis amek.. haha.. Tersedak mak nakk!!   Fattah menyelamatkan Aisha dari lemas.. Kebetulan si Fattah ni dok tepi pulau dan nampak kejadian tersebut.. Si Aisha ni ingat suami dia si Amsyar tu dah mati lemas.. Sebenarnya suami dia dah diselamatkan oleh isteri pertamanya.. Plan dorang jugak tu semua.. Sian pulak Aisha diperbodohkan camtu jerk..  Bermulalah dendam Aisha bila dah tahu semuanya.. Bermula juga kehidupannya yang baru dengan keluarga barunya iaitu keluarga Fattah tadi.. Dengan nama barunya Indah Suraya Abdullah, dia memulakan langkah untuk membalas dendam terhadap mereka-mereka yang telah menghancurkan hidupnya.. Cara dia balas dendam bukan dengan membunuh atau apa-apa cara yang kejam.. Tapi dengan bangkit semula dalam hidup dan berjaya menjadi usahawan terkenal dan menjatuhkan perniagaan musuhnya.. Cara bijak kot.. Tapi dalam pada tu pelbagai dugaan jugak dia harus tempuh kerana pemangsa ada dimana-mana.. Korang nak tahu siapa pemangsa??  Kalau nak tahu moh pakat order buku ni.. Leh la tahu siapa pemangsanya.. Haha..  Apa yang aku boleh simpulkan kat sini, novel ni tak rugi aku beli sebab jalan ceritanya menarik dan tak membosankan..  Baca juga : Novel Seram Dari Penulis Muhammad Fatrim Review Novel | Revenge By Muhammad Fatrim
https://www.leaazleeya.com/2018/05/kulit-sempurna-tanpa-bintik-hitam-dalam.html
Kulit Sempurna Tanpa Bintik Hitam dalam Masa Dua Minggu Dengan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum
Kulit Sempurna Tanpa Bintik Hitam dalam Masa Dua Minggu Dengan NanoWhite Dark Spot Corrective Serum |  Kalau bab pemilihan skincare ni akulah yang paling cerewet... Nak mencari yang sesuai dengan kulit muka bukannya mudah.. Tambahan pula umur semakin meningkat ni, jeragat dah mula menampakkan bayang dekat muka aku ni.. Risau juga kalau tak dicegah dari awal, mahunya bertompok-tompok muka aku ni.. Korang jangan tak tahu ye, jeragat ni bukan mudah nak hilang.. Jadi, cepat-cepatlah cari skincare yang bagus dan mampu menghilangkan jeragat.. Aku dah jumpa ke? Haaa ni nak cerita ni.. Aku dah jumpa skincare yang mampu menjadikan kulit sempurna tanpa bintik hitam dalam masa dua minggu dengan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum.. Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada pelbagai produk penjagaan kulit untuk memerangi bintik hitam dan parut jerawat. Tetapi bolehkah masalah ini dapat ditangani dalam hanya masa dua minggu? Ketika mencuba Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dalam ujian penggunaan di rumah baru-baru ini, wanita Malaysia mendapati kulit mereka bertambah baik dengan cepat. Apa Itu NanoWhite Dark Spot Corrective Serum? Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dengan LumiLiteTM baharu diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Ia mempunyai gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semula Jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama.   Ini bukanlah kata-kata kosong ye kerana ianya telah terbukti berhasil dalam ujian penggunaan di rumah yang telah dijalankan. Percubaan tersebut memantau keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama 28 hari, melaporkan hasil yang menakjubkan - hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama dua minggu!   Wanita Malaysia nampak perbezaan ketara dengan  Nanowhite Dark Spot Corrective Serum Mengikut hasil ujian penggunaan di rumah, pemulihan paling ketara dapat dilihat di bahagian pipi, dagu dan juga dahi. Oleh itu, masalah ketidaksempurnaan kulit hanya akan tinggal sejarah dan wanita-wanita ini kini tampil gembira dengan tona kulit yang sempurna dan lebih cerah.   Majoritinya mendapati kulit mereka lebih berseri dalam hari pertama menggunakan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Bilangan peserta yang berpuas hati semakin meningkat selari dengan bilangan hari penggunaan.   84% daripada wanita melaporkan bintik hitam dan parut jerawat yang semakin kurang dalam hari pertama penggunaan serum. Selepas 14 hari, bilangan wanita yang mendapat hasil yang sama meningkat kepada lebih 90%. Dari segi tona kulit sekata, 50% daripada wanita mengatakan mereka nampak penambahbaikan yang ketara dalam tempoh 24 jam pertama selepas penggunaan, dan 60% melaporkan perkara sama selepas dua minggu.   Muat Turun Aplikasi Mudah Alih 'Nanowhite AR+' Wanita yang telah lama mengalami masalah kulit mungkin sukar membayangkan melihat wajah mereka di cermin tanpa bintik-bintik hitam dan parut jerawat. Dengan itu, Nanowhite ingin membantu mereka membayangkan kulit yang lebih cerah – menerusi aplikasi realiti berperantaraan (AR) mudah alih yang baharu. Untuk melihat wajah bebas cela anda, cari dan muat turun aplikasi mudah alih 'Nanowhite AR+’ dari Apple App Store atau Google Play Store. Kemudian, imbas pembungkusan serum dengan aplikasi tersebut dan ketahui lebih lanjut mengenai produk-produk Nanowhite dan panduan langkah-langkah penjagaan kulit sambil membayangkan penambahbaikan kulit melalui fungsi realiti berperantaraan.   Bukan itu sahaja ye, pengguna aplikasi berpeluang memenangi hamper produk Nanowhite bernilai RM2,500! Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik dalam aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, dan pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui telefon. Rutin Penjagaan Kulit Penuh Dengan Menggunakan Produk Nanowhite Ok, bagi korang yang sedang mencari-cari skincare yang sesuai dan berkesan untuk hapuskan jeragat, aku recommend sangat korang guna Nanowhite Dark Spot Corrective Serum ni.. Masalah jeragat korang akan selesai dalam temph 2 minggu.. Ini bukan omongan kosong tau.. Dah ramai mencubanya dan ternyata berkesan.. Nak lagi best, aku suggest korang pakai 1 set skincare Nanowhite ni.. Baru power hasilnya.. Meh aku kenalkan korang set skincare Nanowhite ni.. 1. Nanowhite Awakening Snow Wash Snowy cool cleanser yang melembapkan semasa ia membersih dan tidak menghilangkan lapisan pelindung semulajadi kulit Dirumuskan dengan teknologi Omega White-C dan Nano Sesuai untuk kulit yang normal 2. Nanowhite Refining Treatment Toner Mengetat dan mengecilkan liang pori Bekerja sebagai astringen. meminimumkan liang pori dan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit Dirumuskan dengan teknologi Nano, Omega White-C, Witch Hazel Extract, Orange Extract, Lemon Extract and Bilberry Extract Sesuai untuk semua jenis kulit 3.  Nanowhite Dark Spot Corrective Serum  Dirumuskan dengan Teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semulajadi. Serum pemutihan yang berkesan bertindak jauh ke dalam kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan mencerahkan tona kulit. Kulit sempurna dan berseri dari dalam 4.  Nanowhite Double Action Whitening Gel Cream Memberi tindakan pemutihan berganda untuk kulit yang lebih licin dan lembap sepanjang masa Meminimumkan penampilan bintik-bintik hitam dan mencerahkan tona kulit Mengandungi Nanowhite Super Antioxidant (Vitamin E & C) Memberi kesan pencahayaan yang maksimum dan mencegah pengoksidaan untuk kulit yang lebih tahan lama Ultra-light, tidak berminyak dan mudah diserap Sesuai untuk semua jenis kulit Cara Penggunaan Set Skincare Nanowhite After cleansing and toning, apply Nanowhite Dark Spot Corrective Serum evenly to your face before using day or night moisturizer. Apply another layer over areas with dark spots. Untuk step penggunaan set skincare Nanowhite ni, korang boleh rujuk gambar kat atas ni ye... Mudah jerk.. Cuma ada 4 step sahaja.. Kalau tak nampak, boleh klik pada gambar di atas.. Dapatkan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum  Sekarang!! Jom pakat serikan kulit wajah tanpa bintik-bintik hitam, parut jerawat dan tona kulit tidak sekata.. Jadikan kulit sempurna tanpa bintik hitam dalam masa dua minggu dengan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum... Korang mampu mengubahnya!! Untuk dapatkan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum mahupun skincare Nanowhite yang lain, korang boleh dapatkannya di semua farmasi, watson, guardian dan pasaraya utama di seluruh negara.. Nanowhite Dark Spot Corrective Serum 30ml dijual pada harga RM69.90 sahaja.. Untuk maklumat lanjut, sila layari :- Website http://www.nanowhite.com.my/ Facebook https://www.facebook.com/nanowhite
https://www.leaazleeya.com/2022/03/murad-rapid-dark-spot-correction-serum.html
Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 Hari
Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 Hari  |  Holaaa!! Hi Gais... Aku nak share dengan korang tentang satu produk best ni yang aku tengah guna sekarang.. Memang terbaik la baq hang! Dah lama aku mencari produk yang boleh hilangkan atau paling tidak pun boleh kurangkan bintik hitam dekat muka aku ni.. Now, aku dah jumpa produk best yang dapat bantu aku menyelesaikan masalah ini iaitu Murad Rapid Dark Spot Correction Serum yang dapat kurangkan bintik hitam dalam masa 14 hari sahaja! Serius best gais produk ni!! Tekstur dia aku suka..Tentang MuradClinical, but cool. Doctor, but hardly dull. Science, but not stuffy.Itulah slogan yang dilontarkan oleh jenama besar ini, Murad.. Jenama Murad ini tidak asing lagi di Malaysia.. Jika korang seorang pencinta kecantikan, sudah pastinya korang dah sinonim dengan jenama ini.. Pada tahun 1989, pakar dematologi dan ahli farmasi Dr. Howard Murad telah mengasaskan Murad, Inc., jenama doktor moden pertama produk penjagaan kulit klinikal, menetapkan standard baharu untuk penjagaan kulit berprestasi tinggi dengan menggunakan formula dan teknologi yang terbukti secara saintifik, untuk membantu orang ramai mendapatkan kulit yang paling sihat dan cantik.Sebagai pakar klinikal dalam pencerahan selama lebih 30 tahun, Dr. Murad telah berjaya mencipta penyelesaian bagi masalah bintik hitam untuk next-generation dengan memanfaatkan teknologi yang dipatenkan untuk mengurangkan dan mencegah bintik hitam dengan berkesan.Disebabkan itulah aku percaya dan yakin dengan produk Murad ni sebabnya produk mereka terbukti secara saintifik.. Jadi, nak guna pun lebih yakin dan selamat..Murad Rapid Dark Spot Correction SerumSepertimana yang korang sendiri tahu, bukan senang nak hilangkan atau pudarkan bintik hitam ni.. Bukan boleh hilang dalam masa satu hari tetapi kena ada usaha yang konsisten untuk dapat kesan yang terbaik.. Kalau korang sejenis yang malas dan suka skip-skip, jangan haraplah masalah bintik hitam ni boleh selesai walaupun korang pakai produk yang mahal.. So, kenalah konsisten barulah dapat hasil yang bagus.. Betul tak?Untuk penyelesaian muktamad kepada pigmentasi dan pembentukan bintik hitam di wajah aku ni, pilihan aku sudah tentunya Murad Rapid Dark Spot Correction Serum yang dapat mengurangkan bintik hitam dalam masa 14 hari.. Telah terbukti secara klinikal tau.. Dengan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ni dah tak perlu jumpa doktor lagi kerana serum intensif ini dapat menggalakkan pembentukan sel permukaan untuk kulit yang lebih cerah dan sekata. Teknologi resorcinol yang dipatenkan, eksklusif untuk Murad, berkesan mengurangkan bintik-bintik hitam dan dapat menyelesaikan juga masalah tona kulit yang tidak sekata..Murad Rapid Dark Spot Correction Serum Kurangkan Bintik Hitam Dalam Masa 14 HariKajian telah menunjukkan 84% pengurangan bintik hitam dalam masa 14 hari dengan menggunakan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ni.. Wow!! Hebat.. Kalau korang nak tahu, semasa mereka membuat kajian ini, Dr. Murah telah menggunakan bahagian bintik hitam yang paling degil untuk dirawat dengan penjagaan yang sama seperti yang dilakukan oleh pakar dermatologi.. Serum ini dengan penggunaan harian yang konsisten telah menunjukkan ianya satu langkah melangkaui dengan resorcinol antioksidan yang membantu menghalang penampilan bintik-bintik hitam dan menjadikan warna kulit lebih sekata. Asid Glikolik pula berfungsi menanggalkan sel-sel permukaan yang kusam untuk meningkatkan keserian semulajadi wajah.Jangan risau, Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit iaitu kulit normal, berminyak, kombinasi dan kering.. So, tak perlu risau dengan kesesuaian jenis kulit kerana ianya sesuai untuk semua jenis kulit yang aku sebutkan tadi.. hehe...Ahli panel ujian juga telah bersetuju dalam masa 14 hari sahaja penggunaan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini telah menunjukkan :-84% menunjukkan pengurangan penampilan bintik hitam91% terlihat kulit lebih cerah94% terlihat kulit lebih licin89% terlihat kulit lebih bercahaya dan berseri-seri3 tunjung utama keberkesanan Murad Rapid Dark Spot Correction Serum iniTeknologi Resorcinol yang dipatenkan - Eksklusif hanya untuk Murad yang dapat mengurangkan penampilan bintik hitam dan tona tidak sekataTranexamic Acid - Membantu menenangkan, mencerahkan dan menghidupkan semula kulit yang kusam dan tona tidak sekataGlycolic Acid - Mengelupas untuk membantu menghilangkan kekusaman, memperbaiki tekstur kulit dan membersihkan sel kulit kusam untuk mendapatkan kulit yang lebih cantikCara Menggunakan Murad Rapid Dark Spot Correction SerumLangkah 1Bersihkan muka dengan pencuci muka yang biasa korang guna atau nak best lagi boleh guna pencuci muka Murad Essential-C Cleanser.Langkah 2Apply Murad Rapid Dark Spot Correction Serum. Urut secara perlahan dan rata pada muka dan leher.Langkah 3Diikuti dengan sunscreen Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++Murad Rapid Dark Spot Correction Serum ini boleh dipakai pada waktu siang dan malam.. Didatangkan dalam bentuk gel yang mudah menyerap dan tidak melekit.. Bila apply dekat muka, ada rasa sejuk.. Best gila.. Pakagingnya pun dalam botol pump, so mudahlah nak guna..Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++Mencegah lebih baik daripada mengubati.. Oleh itu, pentingnya penggunaan pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.. Kalau korang nak tahu, salah satu punca terjadinya pigmentasi dan bintik-bintik hitam ni adalah sinaran UV.. So, sangat penting tau penggunaan pelindung matahari.. Dulu aku sendiri pun tak tahu.. Tapi bila ditegur oleh teman-teman tentangnya, barulah datang kesedaran itu.. Sekarang memang aku dah tak skip lagi pelindung matahari.. Risau bintik hitam makin memburuk ni muka aku ni.. Hehe..Now aku guna Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++.. Aku suka teksturnya yang  ringan, mudah menyerap dan tidak melekit.. Teksturnya berwarna skin tau dan akan mengikut warna kulit kita bila kita pakai.. Paling penting tidak bercapuk dan meninggalkan kesan glowing pada kulit.. Best gilaaa!!Oh ya, jangan tak tahu ye bukan sinaran UV sahaja yang menyebabkan kerosakan kulit dan menampakkan tanda-tanda penuaan lebih awal, sinaran ultra biru daripada skirn yang berlebihan juga boleh menjejaskannya.. So, dengan menggunakan Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ni dapat melindungi kulit kita kerana ianya 100% mineral.Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Ianya bebas pewangi dan memberikan 100% pelindungan. Serius, aku dah jatuh cinta dengan sunscreen Murad yang ini.. Luv Sangat!!Nak Kulit Cantik? Murad menyediakan penyelesaiannya!Siapa yang tak nak cantikkan.. So, kalau korang bercita-cita nak kulit cantik bolehlah cuba produk Murad ni.. Seperti biasa aku tegaskan di sini, setiap orang mempunyai kulit yang berbeza-beza.. Begitulah jua dengan kesan dan hasilnya bagi setiap orang pasti berbeza-beza.. Yang penting kita kena konsisten untuk mendapatkan yang terbaik.. Tak cuba tak tahu kan.. So, jom cuba produk Murad! Di yakini berkesan dan selamat digunakan.. Aku dah cuba, korang bila lagi? hehe..Info lanjut, boleh layari :-❤ Website  :  https://www.murad.com.my/❤ Facebook  :  https://www.facebook.com/Murad.Malaysia/    ❤ Instagram  :  https://www.instagram.com/muradskincaremy/
https://www.leaazleeya.com/2017/12/cara-berkesan-merawat-jerawat-dan-parut.html
Cara Berkesan Merawat Jerawat Dan Parut Dengan Lovera Magic Jelly
Cara Berkesan Merawat Jerawat Dan Parut Dengan Lovera Magic Jelly  |  Rasa macam dah lama tak bersiaran... Almaklumlah terbizi dengan kehadiran cahaya mata kedua.. Ok, untuk entry kali ni aku nak bercerita tentang jerawat.. Dah kenapa pulak dengan jerawat? Haaa ni nak cerita  ni.. Baru-baru ni aku ada tersalah pakai produk.. Kononnya nak muka flawless dengan cepat.. Sekali, bukan flawless yang aku dapat, tetapi jerawat yang aku ternak.. Hehe.. Nasib baik tak banyak hanya beberapa ketul sahaja.. Sungguhpun begitu, ianya tetap menjadi mimpi ngeri bagi aku sebab aku dah pernah alami masalah jerawat yang kronik suatu ketika dahulu.. Ngeri wehhh!! Jadi, untuk menghalang jerawat aku dari terus merebak, aku gunakan Lovera Magic Jelly cara berkesan merawat jerawat dan parut sekaligus menjadikan wajah flawlessss gitu.. Haaa mesti korang yang tengah menghadapi masalah jerawat tu tak sabar-sabar nak tahu tentang produk ajaib ni kan.. Aku sendiri pun agak teruja mencuba produk yang berasaskan Aloe Vera ni.. Mana tak nya, bila aku baca manfaat yang ada pada Lovera Magic Jelly ni, tak mampu rasanya untuk aku berkata 'tidak' bagi mencuba produk ini.. Tambahan pula, ramai yang dah cuba produk ni dan berpuas hati dengan hasilnya.. Ini membuatkan aku bertambah yakin untuk menggunakannya bagi mengatasi masalah jerawat yang aku hadapi.. Bukan jerawat je boleh dirawat, parut jerawat pun boleh hilang tau.. Paling penting, produk ni diformulasi dari bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya.. So, bolehlah digunakan dengan selamat tanpa was-was.. Meh aku cerita serba sedikit tentang Lovera Magic Jelly ni.. Lovera Magic Jelly Produk Berasakan Aloe Vera Dan Timun Lovera Magic Jelly merupakan gel pelbagai guna yang diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera dan ekstrak Timun sebagai bahan utamanya yang boleh digunakan pada wajah, badan dan juga rambut.. Aloe Vera sememangnya telah digunakan sejak dulu lagi kerana mempunyai banyak manfaat seperti dapat menyuburkan rambut, menyembuhkan luka dan juga melembap serta mencantikkan kulit.. Manakala timun pula mampu meremajakan kembali kulit serta sangat bagus dalam proses revitalisasi.. Oh ya, kalau korang nak tahu, formulasi Lovera Magic Jelly telah dipertingkatkan dengan gabungan 2 bahan aktif lain yang juga mempunyai banyak khasiat iaitu Chamomile dan Jicama (sengkuang).. 4 Bahan Utama Lovera Magic Jelly Chamomile Chamomile mempunyai sifat penyembuhan dengan bertindak dalam proses penyembuhan luka-luka kecil dengan cepat.. Selain itu, ia juga mampu merawat masalah jerawat, mencerahkan kulit, mengecilkan liang-liang pori, mengurangkan lingkaran hitam disekeliling mata, anti penuaan dan dapat mengurangkan kelemumur.. Jicama (Sengkuang) Jicama kaya dengan khasiat penjagaan kulit dan badan dan terbukti mampu mencerahkan kulit dan menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah.. Selain itu juga, ia merupakan bahan semulajadi untuk menyerikan kulit kusam, melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menyihatkan kulit. Lovera Magic Jelly Produk Selamat Tanpa Bahan Kimia Berbahaya Lovera Magic Jelly dihasilkan dari bahan semulajadi dan tidak mengandungi mercury, bebas paraben, tiada pewarna tiruan serta tiada bahan kimia berbahaya.. Seperti yang aku nyatakan tadi, produk ini boleh digunakan dengan selamat dan tanpa was-was kerana telah mendapat kelulusan dari KKM dan mempunyai sijil HALAL dari JAKIM.. Selain itu, Lovera Magic Jelly ini juga telah mendapat kelulusan GMP... Lovera Magic Jelly Merawat Jerawat dan Parut Jerawat Eceli aku dah guna sendiri Lovera Magic Jelly ini dan aku sangat berpuashati.. Rutin aku setiap hari, aku akan apply gel ajaib ini selepas aku cuci muka dan sebelum tidur.. Hasilnya memang superb.. Dengan kerajinan dan tahap konsisten yang aku berikan dalam penggunaan produk ini, jerawat aku yang dua tiga ketul hidup meliar atas muka aku tu dah pun terawat dengan sempurna.. Yeayy!! Lagi best parut jerawat yang sedia ada kat muka aku ni pun dah nampak perubahan sikit.. Semakin pudar dan muka pun nampak lebih segar dan bermaya... Misi aku seterusnya, aku nak hilangkan terus parut jerawat tu sekaligus mendapatkan muka yang flawless.. Kira macam azam aku untuk tahun baru nanti la kan.. Azam tahun 2018 gitu..! Berjayakah aku? Nak tahu berjaya ke idok, aku kenalah lebih rajin dan konsisten lagi lepas ni guna gel ajaib ni.. Barulah dapat hasil terbaik... Tak gitu? Lovera Magic Jelly Tidak Melekit Dan Baunya Menyegarkan Firstime aku apply Lovera Magic Jelly ni kat muka, aku dah mula jatuh cinta dengan teksturnya... Selesa gile muka aku ni sebab gel ni meresap dengan baik pada kulit muka tanpa meninggalkan kesan melekit.. Kulit muka pun nampak glowing dan lembut sangat.. Satu lagi yang aku suka tentang gel ni, baunya sangat wangi, sejuk dan segar serta menenangkan.. Boleh hilang stress tau bau gel ni.... Seriusss!! Aku juga jadikan gel ni sebagai makeup primer aku.. Sebelum makeup, aku akan apply dulu gel ni kat muka supaya makeup aku tahan lebih lama, sekata dan tidak bercapuk... Banyakkan kelebihan Lovera Magic Jelly ni.. Bukan setakat boleh digunakan pada muka sahaja tetapi boleh juga digunakan di seluruh badan dan juga rambut.. Sesuai untuk semua golongan.. Manfaat Lovera Magic Jelly Khasiat dari 4 bahan utamanya membuatkan Lovera Magic Jelly ini dapat memberikan pelbagai manfaat kepada penggunanya... Gel pelbagai guna ini boleh digunakan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki... Ia mampu merawat masalah kulit dan rambut..Antara manfaatnya yang perlu korang tahu ialah :- Manfaat Untuk Kulit Merawat jerawat dengan berkesan Menghilangkan kulit yang kusam Memudarkan parut lama dan baru Memudarkan bintik-bintik hitam Menenangkan Ekzema Menghidratkan kulit yang kering Merawat kulit sunburn Mengecilkan liang pori Membantu meringankan ruam, kulit alergi dan sensitif Anti-penuaan Membaiki dan meremajakan kulit dari dalam Menjadikan kulit glowing dan flawless Manfaat Untuk Rambut Membantu mengurangkan kelemumur Melicinkan rambut yang tidak terurus Boleh digunakan sebagai serum rambut Menggalakkan pertumbuhan rambut Manfaat Lain Membantu merawat luka-luka kecil seperti kesan melecur Merawat bibir mengelupas dan kering Untuk kegunaan luaran Hanya dengan 1 botol gel ajaib ini, korang boleh mendapat banyak manfaat darinya.. Boleh juga digunakan seisi keluarga... Jimatkan.. Selain itu juga, Lovera Magic Jelly ini juga boleh digunakan sebagai :- Pelembap kulit Makeup Primer Makeup remover Serum muka Pelembap bibir Serum rambut Serum bulu mata (panjang dan pertumbuhan) Cara Penggunaan Lovera Magic Jelly Untuk cara penggunaannya, korang boleh rujuk gambar dibawah ini ye.. Tak susah, sangat mudah.. Semudah ABC.. Satu Beg Satu Lovera Magic Jelly Oleh kerana manfaatnya yang pelbagai dan boleh digunakan seisi keluarga, aku sangat sarankan setiap rumah harus ada 1 botol Lovera Magic Jelly ini untuk kegunaan family korang... Gel ini didatangkan dalam botol pump yang comel dan sangat mudah dibawa kemana-mana.. Jadi, pastikan Lovera Magic Jelly ni sentiasa berada di dalam beg korang walau dimana korang berada.. Satu beg satu Lovera Magic Jelly.. Hah gitu konsepnye... Manelah tahu, diperlukan pada masa-masa kecemasan... Boleh aje terus guna... Senangkan... Macam aku sendiri pun akan pastikan gel ni sentiasa berada dalam handbag aku ni supaya aku boleh guna dimana saja aku berada terutama dalam opiz yang ber-aircond, kulit aku mudah jadi kering.. Jadi, dengan adanya gel ni bolehlah aku sapu bila kulit kering...  Testimoni Pengguna Lovera Magic Jelly Orite, sepertimana yang aku dah mention sebelum ni, ramai yang dah cuba Magic Jelly ni dan berpuashati dengan hasilnya... Begitu jugaklah dengan aku sendiri... Produk terbaik yang pernah aku cuba setakat ini... Jadi, mari kita lihat apa kata pengguna-pengguna Magic Jelly... Dapatkan Lovera Magic Jelly Sekarang Untuk Merawat Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan Dengan menggunakan Lovera Magic Jelly ini korang dapat merawat masalah jerawat dan parut diwajah korang dengan berkesan.. Malah korang boleh menggunakan gel ini untuk pelbagai kegunaan lain.. Jadi, tunggu apa lagi.. Jom pakat beli Lovera Magic Jelly ini untuk kegunaan seisi keluarga.. Harga  :  RM70.00 Saiz   :  60ml Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :- Website http://www.lovera.com.my/ Instagram https://www.instagram.com/LoveraMalaysia Facebook https://www.facebook.com/lovera.malaysia
https://www.leaazleeya.com/2014/03/masalah-sebenar.html
Masalah Sebenar..
Assalamualaikum Hai uols... hehehe rindu banget ni mau update buku-buku yang belum di update... Banyak tu.. Tapi tak boleh  nk update lagik sebab ada masalah sikit.. Intenet sangat-sangat lah teruk.. Kuasa mentransfer gambar-gambar tidak dapat dilakukan buat masa ni.. Bukan saje buku-buku nak update.. Adiah yang dapat dari penyertaan GA pown tak dapat lagik nak update.. Mane lagik dapat adiah dari member a.k.a rakan niaga agik... Entah bila la baru boley hapdet kan... Sekarang ni pown aku pelik sebabnya aku tak boleh nak follow blog orang lain.. Tataw ape masalah.. Masalah dari aku ke? Masalah dari sistem blog ni ke? atau... Masalah intenet? haisss tak boleh nak tambah kenalan dah ni.. Sape-sape yang follow Lea tu, thankz naaa... Nanti dah ok, Lea follow back ye.. hikhik.. Bila semua ni akan ok??? hurmmm.. Jawapan nye.... . . . ENTAH LA LABU......
https://www.leaazleeya.com/2020/02/produk-ecostore-selamat-digunakan-dan-mesra-alam.html
Produk ecostore Selamat Digunakan dan Mesra Alam
Produk ecostore Berasaskan Tumbuhan Mesra Alam Sekitar  |  Banyak betul jenama produk penjagaan diri kat pasaran sekarang  ni kan.. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.. Tapinya, dalam excited dok pilih tu, kena hati-hati jugak takut-takut tersalah pilih produk yang mempunyai bahan kimia yang berbahaya.. Mau sopak kulit kalau pakai.. Hehe.. Dah kebetulan mandian dan shampoo aku habis baru ni, nak lah jugak bertukar ke produk penjagaan diri yang lain.. Now, aku cuba produk ecostore iaitu Jenama eco No.1 di New Zealand.. Bagus tau produk ni.. Jom aku cerita.. Firstime sebenarnya dengar jenama ni.. Bila ada yang kenalkan kat aku dan cerita tentang kebaikan produk ni, aku pun jadi tertarik la nak cuba jugak.. Apa yang menariknya, produk ecostore ini berasaskan tumbuhan tanpa bahan kimia dan semestinya mesra alam sekitar.. Ok, ada 4 produk yang aku cuba iaitu :- ecostore Rose & Geranium Body Wash ecostore Normal Shampoo ecostore Lemongrass Soap ecostore Manuka Honey & Kelp Soap Apa yang best dengan produk-produk ni? Moh le aku cite satu persatu ye..!! ecostore Rose & Geranium Body Wash Aku suka bau mandian ni.. Bau yang menyenangkan.. Apa yang bagusnya mandian body wash dari ecostore ni, ia diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan tanpa bahan kimia berbahaya..  Bukan makanan jerk nak yang selamat kan, produk untuk diri pun kena jugak guna yang selamat.. tak gitu? Hehe.. Lagipun kulitkan organ terbesar kita.. So, kena jaga dengan sebaiknya.. Masa guna body wash ni, memang rasa bersih sangat dan kulit pun rasa segar.. Semestinya ia dihasilkan untuk membersihkan kulit daripada kekotoran dan minyak serta melindungi kulit secara semulajadi.. ecostore Normal Shampoo Untuk syampu ni pulak aku suka sebabnya ia secara perlahan-lahan membersih, menghidrat dan mengembalikan sinar pada rambut aku sekaligus membuatkan rambut aku lembut dan sihat.. Sebelum ni, rambut aku agak kejung.. Haha.. Pas guna syampu ni, ok sikit rambut.. Ini bermakna ia sesuai dengan rambut aku.. Hiks.. Nak tunjuk rambut tak boleh la ye.. Aku wanita berhijab.. Hehe.. Korang yang normal sehinggalah rambut kering, bolehlah cuba syampu ecostore ni ye.. Rambut ni memang tak buat rambut kita jadi kering sebaliknya ia menghidrat rambut kita.. Lepas ni cantek laaaa rambut aku wei!! Hehe.. ecostore Lemongrass Soap Apa yang bagus dengan sabun Lemongrass dari ecostore ni adalah ia tanpa pewangi.. Ini bermakna ia adalah produk yang selamat digunakan.. Sabun ni mampu membersihkan dan menyuburkan kulit tanpa menyingkirkan minyak semulajadi pelindung kulit.. Kalau korang nak tahu, sabun ni diperbuat daripada minyak sayuran bukan lemak haiwan yang biasa digunakan dalam menghasilkan sabun.. So, tak perlu risau ye.. ecostore Manuka Honey & Kelp Soap Sabun Manuka Honey & Kelp ni pulak dihasilkan daripada campuran madu dan rumpai laut.. Fungsinya sama jugak dengan Lemongrass soap tadi dapat membersih dan menyuburkan kulit tanpa menyingkirkan minyak semulajadi pelindung kulit.. Juga bukan dihasilkan dari lemak haiwan ye.. Selamat digunakan tidak mengandungi bahan nasty seperti pewarna sintetik, paraben, minyak mineral dan minyak sintetik.. Kedua-dua jenis sabun ni pun aku suka.. Biasa juga sabun untuk kulit akan mengeringkan kulit aku tetapi tidak bagi sabun dari ecostore ni.. Sebab itu aku recommend sangat korang guna produk keluaran ecostore ni.. Ia selamat digunakan dan sangat sesuai untuk kulit aku.. Korang nak tahu sesuai ke idok, kene la cuba dulu ye.. Keistimewaan ecostore Radiant Winner NZ Best in Beauty 2018 Tiada paraben, steroid, pewarna dan wangian Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan berasaskan tumbuhan Mesra alam sekitar Packaging diperbuat daripada bahan yang boleh mampan Tahukah korang? Kalau korang guna produk ecostore ni, korang telah memainkan peranan korang dalam menyelamatkan bumi..  Berita baik untuk korang! Korang boleh gunakan kod diskaun kat bawah ni untuk dapatkan 20% diskaun dari No.1 Eco Brand.. Banyak tu weh! Sah sehingga akhir bulan April ini dan hanya terpakai untuk produk ecostore radiant sahaja ye.. Boleh klik di sini → https://bit.ly/35jDM1A
https://www.leaazleeya.com/2016/11/sinopsis-novel-awak-sangat-nakal.html
Sinopsis Novel Awak Sangat Nakal!
Assalamualaikum wbt.. Sinopsis Novel Awak Sangat Nakal!  |  Sebuah lagi novel diadaptasikan ke drama... Awak Sangat Nakal! Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat.. Drama ni dah mula ditayangkan pada hari semalam 07 November 2016 di Astro Ria.. Best ke novel ni sampai diadaptasikan ke drama...?? Haaa kalau nak tahu kenalah baca novel dan tonton dramanya.. Sebelum tu, jom kita baca sinopsis novelnya dulu... SINOPSIS NOVEL AWAK SANGAT NAKAL! Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.  “Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.” “Jo..” “Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?” Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.  Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.  Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.  Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati? “Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.” Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!
https://www.leaazleeya.com/2016/07/lagu-raya-reggae-salam-lebaran-mark.html
Lagu Raya Reggae : Salam Lebaran - Mark Adam ft Eyza Bahra & WARIS
Assalamualaikum wbt.. Lagu Raya Reggae : Salam Lebaran - Mark Adam ft Eyza Bahra & WARIS | Korang nak tau tak yang aku baru jerk tahu lagu Salam Lebaran ni dinyanyikan oleh Mark Adam.. Haha.. Sebelum ni dok dengar aje lagu ni.. Syokk punye layan.. Baru beberapa hari yang lepas aku tahu yang lagu ni dinyanyikan oleh Mark Adam and the geng.. hoho.. Aku suka lagu ni sebabnya lagu ni berentak reggae.. Aku memang peminat lagu-lagu reggae.. Biasa dok layan lagu dari kumpulan Pure Vibration la.. Kumpulan reggae paling ohsem bagi aku.. haha.. Dah minat dengan reggae, tetiba ada lak lagu raya rentak reggae memang layan arr... Kalau korang pown minat reggae, kita geng.. hehe.. Jom layan lagu ni.. SALAM LEBARAN by Mark Adam ft Eyza Bahra & WARIS ************ Syawal telah tiba Berkumpul kita sanak saudara Teman-teman setia dan kasih yang di cinta Udara hening pagi Tak ku bising mulakan hari Lebaran menjelma lagi Masing-masing tampak berseri Berdoalah kita agar dirahmati Dengan keharmonian kasih dan cinta di hari bahagia ini Bersamalh kita merai pemberian Senyuman tawa riang insani Salam hari lebaran Sambutan kemenangan Hari mulia untuk kita meraikan segala kebahagiaan Salam hari lebaran sambutan kemenangan Hari mencipta untuk kesalahan dilupakan Bahagia bersama Jari disusun tanda kemaafan Penghapus duka lara penghubung sesama kita Selamat hari raya Ayuh kita semua gembira Menziarah keluarga dan sanak saudara W.A.R.I.S Bongka la poit buang ghoba Nijam dogheh poei mandi Buju melayu dah gosok ko Apo ekau buek malam tadi Wan dah tanyo, bilo nak ko sojid? Kuthbah dah mulo, nak solat ghayo Polak den tunggu ekau tak bongka juo Angek lak ati, kang den lak kau bonci Ghondang itik, sodap bona Itik eh boli kek juasseh Dogheh bongka, dogheh bongka Ghayo ghumah mato air Kisah di pagi ghayo, bermacam tawo, bermacam hibo Lomang ketupek tosodio, Apo ekau tunggu laei, Makan..!!
https://www.leaazleeya.com/2016/04/1-tahun-menghampiri.html
1 Tahun menghampiri...
Assalamualaikum... Mood ok sikit petang ni lepas aku solat zohor tadi.. Alhamdulillah... Wehhhh sekejap je masa berlalukan sekarang ni.. Pejam celik pejam celik dah menghampiri 13.04.2016 dah..... Tarikh apakah itu...?? hehe.. Itu lah tarikh keramat dimana aku bergelar seorang ibu... ehh ehh.. Ummi.. Haha.. :D kepada seorang baby boy bernama Muhammad Qhaliff Amsyar... Kebiasaannya aku tengok ramai yang teruja untuk sambut ulang tahun pertama anak mereka.. Hurmm takat ni aku tak de pape perancangan lagik ke arah itu... Yang ada dalam kepala ni hanyalah RISAU semata-mata.. Kenapa aku risau lak yek...?? huhu.. Mane tah risau ohhh anak nak kene suntik 1 tahun.. Haha.. Maknya terlebih risau lak ye... Harapnye anak aku kuat untuk menghadamkan jarum suntikan dan menahan kesakitan ketika ubat ditekan masuk.. Adehhh... -nangis teresak-esak- Alhamdulillah sekarang ni tidur si anak semakin ok di waktu malam... Dalam pukul 8.30 atau 9.00 malam dia mula tidur dan terus ke pagi... Syukur sangat-sangat.. TQ ALLAH... Belah siangnya dia kuat main... Biasalah rumah pengasuhnya banyak geng... Tu sebab tak berapa nak tido.. Paling lama dia tido pown belah siang 1 jam aje.. Itu pown kadang-kadang aje... Tak pe la.. Janji dia sihat... Hehe...^ ^ Hero Ummi paling encem dalam donea.. Dah beso anak ummi yek.. Kejap jerk... Akal pown makin panjang dah... Macam-macam ragam dok ada.. Penghibur hati ummi... Moga adik menjadi anak yang soleh dan terbaik buat Ummi... Sayang kam0 ketat-ketat ohhh....!!
https://www.leaazleeya.com/2021/12/ubat-gigi-fresh-and-white-volcanic-whitening-terbukti-berkesan-memutihkan-gigi-dalam-14-hari.html
Senyuman Sinar Berkilau Dalam Hanya 14 Hari dengan Ubat Gigi Baharu Fresh & White Volcanic Whitening
Senyuman Sinar Berkilau Dalam Hanya 14 Hari dengan  Ubat Gigi Baharu Fresh & White Volcanic Whitening | Terbukti mempunyai kuasa pemutih dan mencegah pembentukan kesan kotoran pada gigi. Gigi yang putih dan berkilau bersama senyuman yang bersinar merupakan trend penjagaan oral terbesar sejak lebih sedekad lalu, dipengaruhi oleh persekitaran media sosial yang bersifat visual. Semasa menghadiri mesyuarat-mesyuarat maya, adakah anda lebih memberi perhatian dan tertarik kepada individu yang mempunyai senyuman yang berseri? Adakah senyuman anda sendiri bersedia untuk dizumkan di hadapan kamera ketika menggunakan Teams?Cuba ini, Senyum dengan lebar, ambil swafoto (selfie) dan kemudian zum untuk melihat keadaan gigi anda dengan lebih dekat. Jika terdapat kesan kotoran atau perubahan warna pada gigi anda, Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening boleh membantu anda mendapatkan gigi yang lebih putih dan senyuman yang lebih berseri dalam hanya 14 hari. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk mencegah pembentukan kesan kotoran pada gigi.Fresh & White adalah jenama LION Japan, syarikat penjagaan oral No. 1 di Jepun yang disokong oleh pengalaman selama 130 tahun dalam bidang pembangunan dan inovasi penjagaan oral. Ikon beruang kutub Fresh & White adalah produk kegemaran yang mudah didapati di bilik mandi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia digemari kerana memberikan rasa pudina yang menyegarkan dan kuasa nafas segar yang berpanjangan.Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening telah dirumus khas dengan memberi perhatian terhadap gaya hidup digital hari ini yang telah menyebabkan kita lebih peka terhadap penampilan dan senyuman.Adakah anda tahu, apakah yang menyebabkan kesan kotoran pada gigi? Lebih utama, sebagai rakyat negara yang mencintai makanan, adakah anda ingin melepaskan makanan dan minuman ini?Kopi, teh tarik, teh boba, jus buah-buahan dan minuman berkarbonat yang memberikan kegembiraan kepada kita dan sering dinikmati pada acara-acara sosial adalah antara punca utama kesan kotoran pada gigi. Selain itu, makanan berwarna dan kaya dengan rasa seperti kari, kicap, sos berasaskan tomato, cuka, limau, ubi bit dan gula-gula berwarna juga menyumbang kepada kesan kotoran pada gigi. Anda boleh cuba elakkan dari mengambil makanan dan minuman ini, atau hanya tukar ubat gigi anda kepada Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening untuk memastikan gigi anda lebih putih bersama senyuman yakin yang bersinar dan berkilau.Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening ini dirumus dengan mineral gunung berapi Jepun dan ejen pemutih berteknologi terkini untuk memutihkan gigi secara efektif, pada masa yang sama lembut pada enamel gigi, membolehkan anda mendapatkan senyuman yang lebih berseri sepanjang masa.Mudah untuk digunakan, jimat dan tanpa sebarang kesan sampingan, jadikan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening sebahagian daripada rutin penjagaan diri anda. Sertai #FreshNWhite2WeeksChallenge. Berus gigi anda selama dua minit, dua kali sehari dengan menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening sebagai sebahagian daripada amalan penjagaan oral yang baik bagi mencapai hasil yang terbaik. Anda dapat melihat senyuman yang lebih bersinar dan yakin hanya dalam dua minggu. Perbandingan Kadar Penyingkiran kesan kotoran antara Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening vs Ubat Gigi Biasa Jenama TerkemukaPenyingkiran kesan kotoran menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening adalah dua kali ganda lebih berkesan berbanding ubat gigi biasa, terbukti menerusi ujian makmal yang dijalankan di Jepun. Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening terbukti menyingkirkan kesan kotoran dengan lebih berkesan daripada ubat gigi biasa, keputusan dilihat pada enamel gigi artifisialUjian makmal melibatkan gigi digosok selama dua minit sebanyak dua kali sehari pada enamel gigi artifisial yang terdiri daripada bahan yang menyerupai gigi manusia. Satu set ujian dijalankan menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening dan satu lagi set menggunakan ubat gigi biasa. Keputusan ujian mendapati Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening berkesan menyingkirkan pembentukan kotoran degil pada enamel gigi artifisial.Manfaat Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening melangkaui penyingkiran kesan kotoran pada gigi. Ia juga mempunyai teknologi Perisai Anti-Gula yang diperkukuhkan dengan dua kali ganda kandungan dwi fluorida, seterusnya mengukuhkan pertahanan enamel gigi terhadap tindakan asid gula yang dihasilkan oleh bakteria. Di samping itu, ia turut meningkatkan pembentukan semula mineral bagi enamel gigi yang lebih kuat. Dengan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening, anda boleh memiliki senyuman sinar berkilau dengan gigi yang lebih kuat tanpa kaviti!Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening menyempurnakan senyuman sinar berkilau anda dengan rasa kesegaran pudina. Kesegaran pudina yang manis dan sempurna ini menjadikan mulut dan nafas rasa lebih bersih dan segar, memberikan anda keyakinan walaupun ketika memakai pelitup muka!Nikmati solusi pemutih gigi ini di rumah pada harga berpatutan untuk gigi yang lebih putih, tiada kesan kotoran, lebih kuat, tanpa kaviti serta senyuman yang sinar berkilau bagi seisi keluarga.Mandy Tan, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Oral Southern Lion Sdn Bhd berkata, “Senyuman berseri adalah aset terbaik bagi sebarang hantaran media sosial, tetapi memastikan gigi kita bebas daripada kesan kotoran adalah satu cabaran, khasnya apabila kebanyakan kita gemarkan kopi, teh dan pelbagai sajian tempatan. Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening adalah tambahan terbaik untuk rutin penjagaan oral anda dan keluarga. Ia memutih, menguat, dan melindungi gigi, serta menyegarkan nafas dengan berkesan, pada harga mampu milik. Cubalah selama 14 hari dan anda akan nampak perbezaannya. Jadi bintang yang berkeyakinan pada mesyuarat maya anda seterusnya dengan senyuman yang sinar berkilau dengan Fresh & White.”  Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening dihasilkan di bawah standard keselamatan dan kualiti terbaik. Kesemua rangkaian produk Fresh & White telah menerima pengiktirafan Halal. Tiub ubat gigi 140g dijual pada harga RM6.10, sementara pek berkembar (2x140g) boleh didapati pada harga RM10.50. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://freshandwhite.com.my . 
https://www.leaazleeya.com/2016/09/blogspot-bertukar-kepada-dotcom.html
Blogspot Bertukar Kepada DotCom
Assalamualaikum wbt.. Blogspot Bertukar Kepada DotCom  | www.LeaAzleeya.com... Alhamdulillah terlaksana jugak akhirnya nak pakai domain sendiri... Lama dah fikir nak tukar, baru kali ni jadi kenyataan.. Sampai naik pening member aku sorang tu asek kene request dengan aku nak pakai domain tapi selalu tak jadi.. Haha..  Asalanya banyak nama yang aku senaraikan.. Mulanya aku nak pakai sotskirt sebagai domain... Bila tanye pendapat beberapa orang kawan aku, semua cakap baik pakai nama sendirik.. Lagi pown sotskirt tu cam budak nakal katanye.. haha.. Tapi aku sayang sebenarnya dengan nama 'sotskirt' tu.. Dah lama guna kowt.. Ahakz.. Tak pe la, simpan dalam ati jerk la.. hiks.. Oke, aku beli domain ni melalui web www.syokhost.com.. Web ni kawan aku yang kenalkan pada aku.. Untuk permulaan, aku dikenakan cas RM 55 iaitu RM 45 bayaran untuk setahun dan RM10 bayaran untuk setting... Tahun-tahun seterusnya aku hanya perlu  bayar RM45 sahaja.. Kalau korang nak beli domain, aku suggest korang beli dekat SyokHost ni.. Harga murah dan berpatutan dan servis sangatlah cepat... Layanan pown terbaik dari ladang.. hehe.. Servis yang ditawarkan Kalau ada yang berhasrat nak punya domain sendiri dan terniat nak beli domain tu boleh la singgah di web SyokHost ni ye..  Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut, sila skodeng web seperti dibawah :- SyokHost.com
https://www.leaazleeya.com/2019/01/claigio-led-magic-eye-patch-review.html
Claigio LED Magic Eye Patch Review
Claigio LED Magic Eye Patch  |  Kalau sebut 'mata panda' mesti ramai yang mengeluh terutamanya di kalangan wanita.. Betul tak? Mana taknya, masalah lingkaran gelap bawah mata merupakan masalah terbesar bagi wanita.. Tak yah cakap orang lain la, aku sendiri pun menghadapi masalah tersebut.. Bukan senang nak hilangkannya tau.. Dah  bermacam-macam cara jugak aku cuba sehinggakan aku terfikir nak buat rawatan hilangkan 'mata panda' ini dengan kos rawatan mencecah ribuan ringgit..  Nasib baiklah aku tak buat lagi rawatan tu uolls... Kalau tak, rugi aje sebabnya aku dah jumpa satu alat terapi bawah mata untuk atasi masalah 'mata panda' aku ni.. Nak tau kat mana aku jumpa? Haaa special tau alat ni.. Ritu aku ada la menonton drama korea "Encounter".. Dalam drama tu, ada la nampak pelakonnya pakai satu alat terapi bawah mata ni.. Nampak menarik!! Terus jerk aku google gerangan alat terapi tersebut.. Akhirnya, tahulah aku namanya iaitu Claigio LED Magic Eye Patch... Sebenarnya Claigio LED Magic Eye Patch ni hanya dijual di Korea sahaja sebelum ni.. Alhamdulillah, pada awal tahun 2019 hari tu, ia telah mula dipasarkan di Malaysia.. Yeahhh, inilah berita paling gembira buat aku.. Gile tak gembira, boleh cuba sendiri Claigio LED Magic Eye Patch tu..!! Leh la fefeeling cam artis korea tu.. Haha!! Kekwat sangatkan.. Kikiki.. Ok, jom berkenalan dengan Claigio LED Magic Eye Patch ni..  Claigio LED Magic Eye Patch - LED Eye Patch Pertama Di Dunia Kalau korang nak tahu, Claigio LED Magic Eye Patch ini merupakan LED Eye Patch pertama di dunia.. Aku ulangi, yang pertama di dunia.. Hah tu dia..!! Memang teruja sangat nak cuba weh!! Claigio LED Magic Eye Patch ini menggunakan red light therapy untuk meningkatkan pengeluaran kolagen kulit.. Kalau dah berumur, kolagen pun semakin berkurangan.. Maka, timbullah pelbagai masalah kulit.. Ada yang berkedut, kusam dan tak kurang jugak dengan masalah lingkaran gelap bawah mata ni.. Haa, dengan menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni, bolehlah menjana kembali kolagen kulit dan merawat segala masalah kulit..  Kalau korang perasan, ada juga spa kecantikan yang menawarkan rawatan menggunakan terapi cahaya merah ni tetapi dalam bentuk mask.. Fungsinya sama juga sebenarnya tetapi rawatannya agak mahal berbanding rawat sendiri dirumah menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Hehe.. Serius aku dah jatuh cinta dengan alat terapi bawah mata ni..  Red Light Therapy Untuk Merawat Kulit Ok nak share sikit tentang Red Light Therapy ni.. Sejak kebelakangan ni, dah semakin popular pulak terapi cahaya merah ni dalam dunia kecantikan.. Banyak spa kecantikan yang menggunakan konsep ini.. Tak dinafikan Red Light Therapy ni mampu merawat kulit.. Mungkin sebab itu juga mereka tertarik untuk menggunakan kaedah ini.. Apa yang perlu korang tahu tentang red light therapy ni adalah ia merupakan teknik terapeutik yang menggunakan gelombang cahaya merah untuk merawat masalah kulit seperti kedutan, parut, jerawat, pigmentasi dan luka yang berterusan. Sebenarnya, red light therapy ni telah digunapakai sejak awal tahun 1990 lagi oleh NASA untuk menanam tumbuh-tumbuhan di ruang angkasa dalam usaha menggalakkan pertumbuhan dan fotosintesis sel tumbuhan tersebut.. Wahh gile hebat weh.. Sekarang kite guna untuk kecantikan pulak.. Terbaik!! Cara Guna Claigio LED Magic Eye Patch Cara nak guna Claigio LED Magic Eye Patch ni mudah aje.. Hanya perlu tampal eye patch di bahagian bawah mata atau dimana-mana kawasan yang bermasalah seterusnya sambungkan wayar device ke telefon bimbit dan tekan button 'on'.. Rawatan ini akan mengambil masa selama 8 minit sahaja.. Korang tak perlu nak set masa bagai sebabnya alat ini akan turn off sendiri setelah 8 minit berlalu.. Mudah kan? Kalau rasa masih keliru, boleh tengok step kat bawah ni.. Manfaat Claigio LED Magic Eye Patch Mengurangkan kedutan dan meningkatkan ketahanan lapisan kulit Memperbaiki tekstur dan tona kulit Mengawal generasi melanin dan meningkatkan peredaran darah Menggunakan non-toxic silicon gel Pemulihan yang lebih baik dan boleh dibasuh pelbagai peringkat umur boleh menggunakan produk ini pada harga yang rendah Kenapa Claigio LED Magic Eye Patch Menjadi Pilihan Aku? 1. Mudah Alih Paling aku suka, Claigio LED Magic Eye Patch ni saiznya kecil dan ringan.. Jadi, mudahlah aku sumbat dalam handbag aku dan boleh bawak kemana saja aku pergi.. Kat tempat kerja pun aku boleh guna uolls..  2. Mudah Bukan setakat saiznya yang kecil aje tetapi Claigio LED Magic Eye Patch ni mudah digunakan.. Tak perlukan bateri atau tak perlu nak cas bagai! Hanya perlukan telefon bimbit untuk connect dah boleh guna.. Memang mudah..  3. Cepat Kalau pergi spa kecantikan, rasanya berjam-jam jugak nak tunggu siap satu-satu sesi tu.. Betul tak? Haa dengan Claigio LED Magic Eye Patch hanya memerlukan 8 minit sahaja untuk satu sesi.. Memandangkan aku ni seorang yang agak bizi, jadi sangat sesuailah alat ni untuk aku..  4. Selamat Mula-mula tu aku cuak jugak nak guna Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Yelah alat-alat camni, mane nak tau tahap keselamatannya kan.. Bila dah kaji serba sedikit tentang alat ni, alhamdulillah ia memang selamat digunakan kerana telah mendapat kelulusan dan mengikut semua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Red light therapynya juga tidak menyebabkan kerosakan pada permukaan kulit.. 5. Affordable Paling best, dengan menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni aku dah tak perlu nak keluarkan belanja yang banyak untuk rawat masalah kulit muka aku ni.. Dah tak perlu nak pergi ke spa kecantikan untuk buat terapi laser atau LED mask.. Cukup hanya dengan Claigio LED Magic Eye Patch ini sahaja... Apa Kata Aku Tentang Claigio LED Magic Eye Patch? Ok, jujur aku katakan yang aku memang sangat suka device Claigio LED Magic Eye Patch ni sebabnya alat terapi bawah mata ni bukan saja boleh merawat lebam bawah mata tetapi boleh juga merawat kedutan dimuka dengan penghasilan semula kolagen kulit.. Bila umur dah semakin meningkat ni, kolagen kulit pun semakin berkurangan.. Maka, kedut-kedut dan garis halus pun semakin banyak kat muka.. Nasib baiklah ada Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Dah hampir seminggu lebih aku guna Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Aku guna sekali sehari sahaja kerana sangat sibuk dengan jadual yang agak padat.. Sungguhpun begitu, aku tetap akan selitkan satu sesi rawatan bersama Claigio LED Magic Eye Patch ni di dalam jadual seharian aku agar aku dapat merawat masalah kulit aku setiap hari... Nak cantik kenalah usaha kan... Selalunya pada waktu bekerja, aku akan buat sesi rawatan time rehat selepas solat zohor dan weekend pula selepas maghrib.. Kesannya??? Ofkos nampak perubahan uolls... Walaupun penggunaan hanya sekali sehari tetapi kesannya tetap ada... Perubahan yang paling ketara, lingkaran bawah mata aku dah semakin pudar dan kedut bawah mata pun nampak berkurangan sedikit... Itu baru seminggu menggunakan alat terapi bawah mata ni tau.. Kalau berpanjangan dan secara konsisten mesti hasilnya lebih ohsem!! Lepas ni aku akan cuba untuk buat dua atau tiga sesi sehari untuk rawat beberapa bahagian di muka aku ni.. Tak sabar rasanya wehh nak tengok result akhirnya.. Phewww!! Adakah Berbaloi Dengan Harganya? Bagi aku ofkos berbaloi-baloi kerana kesannya tidak mengecewakan.. Dengan hanya RM249 sahaja, aku dapat menikmati manfaat yang sememangnya aku sendiri inginkan selama ini... Tak perlu lagi aku fikir nak buat rawatan mahal-mahal di pusat kecantikan.. Hanya menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni sahaja pun dah boleh dapat hasil seperti kita pergi ke pusat rawatan kecantikan tu.. Jadi, aku sangat recommend korang untuk cuba Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Hasilnya superb!! Tapi, nak jugak la berpesan kat korang.. Jangan pulak korang pakai sekali aje korang dah nak nampak kesannya.. Memang tak lah...!! Kenalah rajin dan konsisten barulah kesannya superb... Setiap apa yang kite lakukan dan cuba, perlu berusaha dan konsisten baru mendatangkan hasil yang lumayan.. Betul tak? Aku sendiri pun cabar diri aku guna Claigio LED Magic Eye Patch ni secara konsisten tau sebab aku nak lihat sendiri resultnya... Dimana Untuk Dapatkan Claigio LED Magic Eye Patch Di Malaysia? Seperti yang dilihat dalam drama TVN Korea Selatan "Encounter / Boyfriend" yang dibintangi oleh Song Hye Kyo dan Park Bo Gum, Claigio LED Magic Eye Patch merupakan alat kecantikan kulit yang optimum untuk menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dengan merawat kawasan kulit yang gelap seperti lingkaran gelap bawah mata, mencerahkan kulit, mengurangkan kedut dan menegangkan kembali kulit. Hanya 8 minit diperlukan untuk satu sesi, penggunaan 2-3 sesi sehari atau lebih dapat menggandakan kesan penjagaan anti kedut.. Serius best!! No pain hokeh!! Boleh didapati dengan harga hanya RM249 sahaja... Di mana nak dapatkan Claigio LED Magic Eye Patch ni di Malaysia? Oh ya sebelum aku terlupa, ada berita baik buat korang pembaca setia Blog Lea Azleeya... Apakah? Use coupon code - LEA30 and get RM30 off with FREE shipping now! Offer valid for first 30 orders till 28th February 2019 only! Shop now at https://www.kbeautyagent.com/claigio-led-magic-eye-patch
https://www.leaazleeya.com/2020/05/penyediaan-hidangan-sihat-di-hari-raya-dengan-california-raisins.html
Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins
Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins  |  Hanya beberapa hari je lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut Hari Raya... Namun, perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 ini mungkin agak sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas dari segi kemeriahan dan suasana memandangkan kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi mencegah wabak COVID-19 merebak. Walaupun tak dapat beraya bersama family di kampung, namun kita masih boleh menyambutnya secara sederhana bersama family sendiri dan inilah peluangnya untuk kita cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Hari Raya ini, mungkin sudah ramai sedang merancang juadah Hari Raya yang boleh dimasak memandangkan kita semua tidak dapat pulang ke kampung. Sungguhpun begitu, pengambilan makanan yang sihat juga harus dititikberatkan dimusim perayaan ini.. Jangan pula nanti, selepas raya ramai yang merungut naik berat badan atau sakit-sakit.. Oleh itu, kita sangat di sarankan agar sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang musim perayaan yang bakal tiba nanti.. Bagaimana nak menyediakan hidangan hari raya yang sihat? Haaaa menurut Pakar Dietition iaitu Cik Rushda Adiba Ismail antara penduan penyediaan hidangan sihat di Hari Raya ialah : Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit. Gunakan susu rendah lemak Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek. Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding. Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis. Cik Rushda Adiba Binti Ismail, Pakar Dietation KPJ Damansara Specialist Hospital Ramai individu cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan. Kismis California sesuai digunakan untuk penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan.  Tambahan pula, Kismis California dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.   Harga Kismis California berpatutan dan mudah didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa.. Bagi Syawal ini, penyediaan biskut Raya, pencuci mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California sangat digalakkan untuk menggantikan penggunaan gula. Resepi ringkas menggunakan Kismis California boleh dicuba seperti resepi di bawah ini.. Puding Roti Kismis California Dengan Sos Kastard Bahan-Bahan Puding Roti Kismis California 60 gm Kismis California 8 keping roti putih  500ml susu rendah lemak  2 biji telur,saiz sederhana  1 sudu kecil gula  1 sudu kecil esen vanila Bahan-Bahan Sos Kastard 300ml susu rendah lemak 1 sudu kecil gula 2 sudu besar tepung kastard Bahan tambahan 1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang Cara-cara Penyediaan Puding Roti Kismis California Dengan Sos Kastard Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen vanila dalam satu bekas. Koyakkan roti atau boleh potong.. Kemudian rendam roti ke dalam campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap bahan cecair tadi. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti. Salad Sayur Bersama Kismis California Bahan-Bahan 60 gm Kismis California Daun salad (merah dan hijau) Ceri tomato Lobak merah, hiris panjang Sos salad (thousand island dressing) Cara Penyediaan Salad Sayur Bersama Kismis California Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan.  Selamat mencuba! Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org atau https://caraisins.com/ Facebook : https://www.facebook.com/RACASEAN/ Instagram : https://www.instagram.com/LoveYourRaisins/
https://www.leaazleeya.com/2016/07/beraya-di-aspa-cottage-lagi.html
Beraya di Aspa Cottage Lagi
Assalamualaikum wbt.. Beraya di Aspa Cottage Lagi  | Second time beraya di rumah kakak di Aspa Cottage, Kuantan... Biasa la kalau kakak aku yang dok KL tu beraya di rumah mak mentua dia pastinya akan ada repeat untuk beraya ke rumah saudara mara dia Kuantan pula... Aku follow aje.. hehe.. Pepagi dah siap-siap untuk pergi beraya.. Kebetulan pulak pagi tu dapat panggilan untuk menjamu selera di rumah tuan kantin pusat ni.. Makan Lontong katanye.. Sebelum balik umah mak, aku pergi dulu mengisi perut dengan lontong yang hebat lagik sedap tu.. hehe.. Dah siap mengisi perut di pagi hari, terus berangkat ke rumah mak aku sebab kakak aku dah bertukar menjadi 'hijau' disebabkan aku lambat.. hahaha... Sampai umah mak aku, encik somi lak sakit perut.. cehhh.. Potong betul la.. Ambil masa lagik tunggu dia pulak.. Dah settle semua urusan barulah kami bergerak ke rumah kakak aku di Aspa Cottage..  Sebenarnya banyak undangan rumah terbuka pada hari ahad yang lalu.. Cumanya aku pergi yang mana sempat aje.. Kat umah kakak aku ni, dihidangkan pulak dengan nasi minyak gulai ayam dan nasi impit serunding daging.. Fuhhh makan lagik aku... Sedap pulak tu gulai ayam tu... Makin gemok la jawabnyaa.. huhu.. Dah setel makan macam biasa kitorang berkeliaran dekat laman rumah dan kebun belakang rumah...  Kitorang merembat buah mangga.. Buah kelapa.. Petai pown ada, tapinye pokok agak tinggi dan susah nak kait buahnye... So, dapat tengok jerk la.. Buah ciku masih muda.. Kecik agik.. Jom layan gambar yang tak berapa nak banyak aku amek buat santapan mata dan kenang-kenangan.. Aktiviti mengait buah kelapa.. Jauh nampak berdiri.. Ngumpat ekk.. Haha.. Budak kecik tu pown sama naik dengan orang besoo.. "Adik nak jugak buah kelapa", kata Qhaliff Yey dapat dahhh.. Larikk...!!! Haaa dapat tangkapp...!! Kemain happy lagik si Qhaliff dapat jumpa tanah yang luas.. Merata dia jelajah.. hehe.. Bila dah berkumpul ramai-ramai camni rasa seronok sangat.. Bukan senang kitorang nk berkumpul.. Terutama satu keluarga.. Jom tengok pica Qhaliff bawak lari pelepah kepala lak.. huhu Puas la mengejar dia.. Laju sangat dia larik nye... Pape pown kitorang sangat lah enjoy.. Kakak aku tak terlayan dah dak kecik ni... Kemain susah nak ajak dak kecik ni bergambar sekarang Susah betol la sekarang nak bergambar dengan si kecik ni.. Dia tak nak bergambar... Rimas kowt... Nak bebas... Hurmm.. Dah settle beraya di rumah kakak aku tu, aku pown bergerak ke rumah terbuka member-member opiz pulak.. Penuh jugak la perut aku asek makan aje kerjanya.. Berat badan pown dah naik 5 KG.. OMG...!! Pasni kena diet hokeh...!! Gemoookkk!!! Bergambar sebelum pulang.. Moga tahun depan masih berpeluang untuk kami sekeluarga berkumpul di hari raya.. Insyaallah... :)
https://www.leaazleeya.com/2019/05/gulai-kuning-ikan-kembung-sedap-dan.html
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah  |  Teringin nak makan Gulai Kuning Ikan Kembong.. Cara buatnya mudah jerk sebenarnya, cuma bila penyakit M tu selalu sangat menyerang tu yang tak terbuat tu.... Kali ni aku gagahkan diri jugak untuk memasak menu kegemaran aku ni sebabnya memang teringin sangat-sangat nak makan.. Dah macam orang mengidam jerk gayanya ye.. hehe.. So, kali ni kita buat sampai jadi..  Jadi ke idok??? Jom kita check resepi dan jangan lupa cuba ye.. Hiks.. Makan ngan sambal belacan sedap woii.. Tapi aku jerk malas nak buat sambal belacan.. Jadi, kita bedal jerk dengan sambal belacan adabi.. Haha..  Resepi Gulai Kuning Ikan Kembong Sedap dan Mudah Bahan-Bahan 4 ekor ikan kembung 2 ulas bawang merah* 1 inci kunyit hidup* 2 hiris lengkuas* 3 keping asam gelugor 4 bij cili api 1 biji timun  1 kotak santan ayam brand Garam secukup rasa Cara-Cara Bersihkan ikan dengan sempurna.. Kalau rasa besar boleh potong dua..  Kisar halus bawang merah, kunit hidup dan lengkuas. Aku campur santan sikit masa blend tu.. Hiks.. Belah dua timun dan potong mengikut citarasa masing-masing.. Biasa kalau buat gulai ni kene potong tebal sikit.. Macam aku guna timun jepun.. hehe Itu jerk yang ada dalam freezer. Masukkan santan, bahan kisar dan asam gelugor ke dalam periuk atau kuali mengikut keselesaan masing-masing ketika memasak.. Panaskan sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan, timun, cili api, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masak jangan terlalu lama ye, nanti ikan akan hancur.. Kacau supaya masak pekat sekata. Siap dan boleh dihidangkan.. Selamat mencuba..!!
https://www.leaazleeya.com/2019/04/cara-mudah-tanggalkan-makeup-dengan.html
Cara Mudah Tanggalkan Makeup Dengan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes
Cara Mudah Tanggalkan Makeup Dengan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes  |  Holaaa!! Hai guys... Aku kembali lagi dengan kembara kecantikan.. Haa kali ni aku nak ajar korang cara paling mudah nak tanggalkan makeup... Memang mudah sangat uolls hanya dengan menggunakan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes.. Mungkin ada yang belum familiar lagi dengan brand Sweet & Summer ni kan.. Tak pa, toksah dok kalut.. Aku habaq kat hangpa semua, apa yang best sangat dengan makeup remover wipes ni... Haa kan dah keluaq loghat kedah.. Hehe.. Sweet & Summer Makeup Remover Wipes Sweet & Summer Makeup Remover Wipes ni diperbuat dari Korea dan menggunakan bahan-bahan semulajadi sepertu Teh Hijau, Delima dan banyak lagi.. Paling penting, wipes ni tidak mengandungi alkohol dan juga paraben.. Selain itu, ia memberikan kelembapan tambahan dan super soft.. Oh ya, satu lagi korang boleh guna wipes ni tanpa perlu risau kerana ia telah diluluskan oleh KKM.. Ok sebelum tu, aku nak kasitau kat korang yang Sweet & Summer Makeup Remover Wipes ni terdiri daripada 3 jenis iaitu :- Sweet & Summer Greeny 30s (Travel pack) - Dirumuskan dengan ekstrak teh hijau untuk blemish skin dan kulit berjerawat Sweet & Summer Peachy 30s (Travel Pack) - Dirumuskan dengan ekstrak delima untuk kulit kering dan sensitif Sweet & Summer Greeny 100s (Household use) - Dirumuskan dengan ekstrak teh hijau untuk blemish skin dan kulit berjerawat Macam aku sendiri, aku memang seorang yang memerlukan wipes tissue untuk memudahkan aku tanggalkan solekan aku terutamanya bila nak solat.. Tak yakin rasa bila hanya sekadar menggunakan pencuci muka sahaja untuk hapuskan segala kotoran makeup ni sebabnya ada kala makeup aku tebal jugak.. haha.. Jadi, aku lebih prefer untuk guna yang travel pack kerana ia mudah dibawa kemana-mana sahaja dan boleh disimpan di dalam handbag..  Bahan Utama Dan Manfaat Sweet & Summer Makeup Remover Wipes Selalu kalau nak beli Wipes Tissue untuk muka, aku pastikan terlebih dahulu kandungan bahan yang ada dalam wipes tu.. Risau jugakkan nak guna sebarangan dekat muka.. Salah pakai, boleh breakout muka weh!! Aku tak sanggup nak hadap semua tu.. Seperti yang aku katakan di awal tadi, Sweet & Summer Wipes ni dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi terbaik yang selamat digunakan dan bagus untuk kulit.. So, aku decide untuk menjadikan ianya salah satu brand wipes feberet aku.. Jom tengok apa bahan yang terkandung dalam Sweet & Summer wipes ni serta manfaatnya.. 1. Sweet & Summer Greeny Quinoa Seed - Kurangkan kedutan, membantu tegangkan dan sekatakan tona kulit serta sebagai ejen penghasilan kolagen Chia Seed - Ejen penyaman kulit dan menenangkan kulit Spanish Moss - Penyembuhan luka Ekstrak Oat - Menenangkan kulit dan kaya dengan sumber protien Teh Hijau - Oxidising agent, mointurizing, anti-aging, mencerahkan kulit, melawat jerawat, nourishing skin dan kecilkan liang pori 2. Sweet & Summer Peachy Wild Cherry - Anti-oksidan dan menenangkan kulit Cranberry - Anti-keradangan, penjanaan semula sel dan mengaktifkan sel Raspberry - Tonic, keratolitik dan astrigent Dogwood Fruit - Ejen penyaman kulit dan anti-bakteria Delima - Vitamin C yang tinggi dan anti-oksidan Banyak juga manfaat yang kita dapat dari penggunaan Sweet & Summer Wipes ni kan.. Setiap satu bahannya memberi banyak kebaikan kepada kulit.. Bukan sahaja boleh tanggalkan makeup dengan mudah, sebaliknya kita dapat jaga kulit muka dengan khasiat yang ada pada wipes ni..  Cara Mudah Tanggalkan Makeup Dengan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes Bagi aku, untuk tanggalkan makeup dengan mudah adalah menggunakan makeup remover wipes kerana aku hanya perlu lap muka dengan sekeping tisu basah sahaja.. Dah tak perlu nak sediakan kapas muka, lepas tu picit botol mekaup remover bagai.. Semua tu agak menyusahkan.. Lagi pun, wipes ni mudah dibawa kemana-mana.. Cuma perlu selit aje dalam handbag dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja.. Dah tak payah nak sedia kapas muka dan bawak kehulu kehilir botol makeup remover.. Susah la weii!! Apa Kata Lea Azleeya Tentang Sweet & Summer Makeup Remover Wipes Yesssss aku SUKA!! Nampak tak huruf besar lagi aku guna.. Itu tandanya aku sangat suka hokeh dengan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes ni.. Honestly, apa yang aku suka tentang wipes ni adalah yang pertamanya ia diperbuat bahan-bahan semulajadi yang aku rasakan ia selamat digunakan untuk muka aku ni.. Aku agak cerewet ye bila pilih wipes ni.. Selain itu, pertama kali aku gunakan Sweet & Summer ni aku dah pun jatuh cinta sebabnya makeup aku sangat senang ditanggalkan menggunakan wipes ni.. Tak payah nak tonyoh beria sangat.. Just, lapkan sahaja makeup dah boleh diremove dengan mudah..  Hey, wipes ni bau dia best la... Fresh jerk rasa.. Bau dia sangat menenangkan.. Nak guna pun rasa confident... Wipes ni bercirikan 'super soft' jadi bila apply kat muka, memang rasa lembut jerk tak rasa sakit atau perit pun kulit muka macam sesetengah jenama wipes lain.. One more thing yang aku suka, ianya tak melekit langsung!! I loikeeee and i luv it!! Kulit pun terasa lembap, lembut dan bersih.. Serius weh aku suka sangat brand Sweet & Summer ni.. That why la aku jadikan brand ni brand wipes feberet aku..  Kedua-dua jenis wipes ni pun aku suka.. Greeny bau dia sangat menyegarkan, bau tea tree dan Peachy baunya sedikit manis.. Aku rasa nak makan jerk bila bau Peachy ni.. Best gile.. Ofkos bau buah-buahan.. Kedua-duanya aku suka.. Pakai dua-dua, dapatlah manfaat yang berganda-ganda.. Tak gitu? Hehe.. Di Mana Boleh Dapatkan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes Ini? Aku dah dapatkan ketiga-tiga jenis wipes dari Sweet & Summer ni iaitu untuk travel pack dan juga household use.. Bagi korang yang suka makeup tu, eloklah dapatkan wipes ni sebabnya nak remove makeup sangat mudah.. Bagi yang tak suka makeup pun boleh guna wipes ni tau untuk menghilangkan kotoran pada muka dengan lebih sempurna.. Lagi pun tak rugi guna Sweet & Summer wipes ni sebabnya banyak manfaat yang korang boleh dapat dari penggunaannya..  Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :- Website http://sweetandsummer.avana.asia/ Instagram https://www.instagram.com/sweetsummer_my/ Facebook https://www.facebook.com/sweetandsummer/ Whatsapp http://sweetsummer.wasap.my/
https://www.leaazleeya.com/2016/05/berus-gigi-untuk-qhaliff.html
Berus Gigi Untuk Qhaliff
Assalamualaikum wbt.. Sakan betul harini update blog... Almaklumla.. Jumaatkan rehatnya panjang... Kelmarin aku beli berus gigi baru untuk aku punye hero sorang tu... Mama dia ada cakap yang mulut adik berbau... Mungkin berus gigi silicon dia yang lama tu dah tak support untuk mulut dia yang dah makan macam-macam sekarang ni...  Balik kerja lepas ambil Qhaliff dari rumah pengasuh, aku berhenti di pasaraya Tunas Manja, Taman Tas untuk beli berus gigi baru untuk Qhaliff... Pilih punya pilih aku decide untuk beli jenama Oral-B.. Berus dia agak kiut dan comel... Offcos la gambar katon kan.. Aku ambil yang stage 1... Sesuai untuk baby 1 tahun... Yang tercatat dekat berus gigi tu, untuk 4 - 24 month.. 4 bulan dah ada gigi ke?? Konfius sekejap di situ.. hehe.. Kalau dah nama lagi untuk baby, mesti la berus dia berbulu soft aje kan.. Ini dia hasilnya... Harga Rm5.99 sahaja.. Berus yang comel... Untuk Qhaliff... Sebenarnya aku beli sekali dengan ubat gigi tau... Aku ingat baby umur 1 tahun dah boleh guna ubat gigi... Tapi bila aku search berkenaan hal ini, rupanya kanak-kanak berumur 3 tahun baru boleh start guna ubat gigi... Baca Sini... --->>>  Dental Care Dah terbeli ubatnya, maka buat pekasam aje la.. 2 tahun lagi baru boleh guna.. Tu pown kalau tarikh belum expired.. ngeeee...!! Mulanya bajet beli yang pureen punye, baby 1 tahun boleh guna la.. sekali sama jerk kandungan dia dengan kodomo lion... Haha.. Teruk sungguh ummi mu ini adik... Tak pe la.. Belajar dari pengalaman kan kata orang... Ini lah pengalaman namanya... Kena banyakkan lagi pembacaan berkenaan baby lepas ni.. Banyak lagik benda yang tataw... Cetek benarrr pengetahuan aku dalam bab-bab ni...  Nak berus gigi si kecik ni agak mencabar.. Bukan senang dia nak buka mulut.. Kene kita yang 'selakkan' bibir dia... Haha.. sesuai ke idokkkk perkataan tersebuttt...!!!!! Tapi tak mengapa, usaha tangga kejayaan.. Moga gigi adik dapat dijaga dengan baik.. Gigi adik comel.. haha..!! Jom layan video Qhaliff... Makin menceriakan hari-hari ummi...
https://www.leaazleeya.com/2018/07/pasta-goreng-pedas-versi-melayu.html
Pasta Goreng Pedas Versi Melayu
Pasta Goreng Pedas Versi Melayu  |  Pagi tadi aku sarapan nasi goreng.. Lunch aku bedal pulak nasi berlauk.. Balik kerja, mood makan nasik dah tak de sebab hari ni rasanya dah banyak makan nasik.. Sedang aku dok fikir nak masak apa, encik suami terlebih dahulu dah santap nasi dengan lauk semalam yang masih elok dan powerrrrr rasanya.. Haha!! Katanya tak nak membazir.. Bagus betul laki aku ni.. Kikiki.. Lastnya aku teringat pasta yang berbaki yang sebelum ni aku buat makanan untuk si Aqiff.. Sekarang ni dia dah tak nak dah pasta, dia layan nasik pulak.. Jadi, tak nak membazir aku decide masak Pasta Goreng Pedas Versi Melayu.. Kohkohkoh!! Sebenarnya ni kali pertama aku buat pasta goreng ni.. Kire resepi campak-campak jerk la ni.. Main agak-agak jerk.. Yang pastinya harus pedas.. Tapi kesian jugak anak aku si Qhaliff tu makan pedas-pedas.. Tapi yang peliknya, dia layan baik punye walaupun pedas.. Biasa, kalau tengok makanan merah-merah dah tak nak makan.. Katanya pedas!! Tapi kali ni, boleh pulak dia makan.. Makan pun 3, 4 mulut jerk la.. Pastu layan telur goreng pulak sebijik.. Haha!!  Dah ada masa ni, bolehlah aku up resepinya terus.. Walaupun resepi campak-campak, alhamdulillah boleh dimakan tanpa ada yang pengsan.. Haha!! Encik suami dah makan nasik, boleh layan lagik Pasta Goreng Pedas Meletop ni 2 pinggan.. Uisss, ada tangki spare ke dia? Haha!! Aku masak ni guna bahan yang ada jerk.. Kalau ada daging cincang atau ayam atau udang lagik best.. Tapi malangnya semua tiada kecuali ayam yang keras kejung dalam peti ais.. Takan nak tunggu cair kot!! Malam buta kang baru dapat makan jawabnya.. Jadi, guna ajelah apa ada ye.. Jom belek Resepi Pasta Goreng Versi Melayu aku ni.. RESEPI PASTA GORENG PEDAS VERSI MELAYU Bahan-Bahan :- 300g pasta (aku guna yang jenis sayuran) 1 biji bawang besar - cincang halus 2 ulas bawang putih - cincang halus 2 sudu besar cili kisar 1 biji tomato - potong dadu 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 1 sudu Chicken Stock Knorr Lobak Merah Cili Besar (Merah) - Hiris (Guna lada benggala merah + hijau + kuning lagik cunnn) Cili Padi (Hijau) - Potong kecil-kecil 1 cawan kecil air rebusan pasta Garam, gula dan Pasti Sedap Knorr secukup rasa Minyak untuk  menumis Cara-Cara :- 1.  Rebus pasta terlebih dahulu sehingga lembut.. Jangan lupa isi sedikit garam tau masa merebus tu. Dah siap sila toskan ye.. 2.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga keperangan. Selepas itu masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.. Kemudian masukkan buah tomato yang telah didadukan tadi dan masak sehingga layu.. Aku guna tomato segar sebab aku tak suka sos tomato.. Hehe 3.  Masukkan sos cili, sos tiram dan Chicken Stock Knorr.. Kacau rata dan tuangkan air rebusan pasta tadi.. Kacau sebentar dan biar mendidih..  4.  Masukkan sedikit gula dan sekiranya kurang masin, boleh tambah sedikit garam.. 5.  Last sekali, masukkan pasta yang telah ditoskan airnya.. Gaul rata dan masukkan Cili Besar Merah, Cili Padi Hijau dan juga Lobak merah.. Gaul rata dan masak sebentar.. Kemudian bolehlah tutup api dan nikmatinya bersama keluarga.. Cewahh!!.. Lagi sedap makan bersama telur goreng.. Nyumm nyummm!! Selamat mencuba.. :)
https://www.leaazleeya.com/2021/06/resepi-masak-lemak-kuning-telur-itik-simple-tapi-sedap.html
Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap
Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Lamanya tak share resepi kat sini.. Yang ada pun kat sini, banyak yang repost balik.. hehe.. Hari ni agak rajin sikit nak masak dan share resepi sebabnya resepi kali ni agak menjadi dan rasanya lebih sedap dari sebelum ni.. hehe.. Hari ni, kita masak menu telur itik.. Masak lemak kuning telur itik.. Ini merupakan kali kedua aku cuba masakan ni.. Kenapa baru kali kedua? Haaaa sebabnya sebelum ni aku tak makan telur itik.. Ada rasa geli.. Tak tahulah kenapa.. Tapi bila dah cuba, sedap rupanya.. Sampaikan dah jadi feberet aku dah masakan ni.. Hehe.. Jom aku share dengan korang resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap..Resepi Masak Lemak Kuning Telur ItikBahan-bahan :-5 biji telur itik1 helai daun kunyit2 inci kunyit hidup10 tangkai cili padi kampung hijau + merah (ikut tahap kepedasan masing2 ye)2 batang serai - dititik1 kotak santan2 asam kepinggaram & serbuk perasaCara memasak :-Tumbuk/mesin kunyit hidup dan cili padi.. Kalau bahan ditumbuk, bolehlah titik serai di dalam batu lesung..Masukkan bahan tumbuk/mesin tadi ke dalam periuk dan masukkan air sedikit. Masak seketika bersama serai yang  telah dititik tadi..Selepas itu boleh masukkan asam keping.. Ini juga bertujuan untuk hilangkan bau hanyir telur itu..Masukkan santan yang dicampur sedikit air.. Kalau tak campur air, nanti terlalu pekat pulak.. Hiks..Masak seketika, then barulah masukkan telur itik yang dipecahkan dalam mangkuk bagi mengelakkan terkena telur yang dah busuk. Masuk sebiji demi sebiji ye.. Jaga api dan jangan kacau terlalu kuat supaya telur tidak pecah.Bila dah hampir masak telurnya, bolehlah masukkan daun kunyit yang dihiris halus mahupun kasar.. Ikut citarasa masing-masing.. Macam aku lebih suka hiris halus.. heheLast sekali baru masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.. Selamat mencuba guys!!
https://www.leaazleeya.com/2016/09/check-up-bulanan-qhaliff.html
Check Up Bulanan Qhaliff
Assalamualaikum wbt Check Up Bulanan Qhaliff  |  Hari ni adalah hari untuk bawak Qhaliff ke klinik untuk check up... Dah masuk 1 tahun 5 bulan dah anak ummi tu.. Dah besar dah.. hehe.. Sepatutnya tarikh check up dia jatuh pada hari raya haji yang lepas... Takan la nak pergi check up hari raya kowt.. Ye dak?? Aku pergi la tukar tarikh temujanji lain.. Mungkin nurse yang letak tarikh tu pown tak perasan yang 12hb tu hari raya haji.. Hiks.. Dan dapat lah tarikh baru pada hari ni 15hb sebelah petang... So, halfdaylah aku hari ni..  Kata nurse yang check Qhaliff aitu, hari ni Qhaliff akan menjalani saringan.. Maksudnya ujian memastikan sama ada di kategori lembam atau tak.. Haisss berdebar lak aku.. Tapi Qhaliff aktif.. Hehe.. Moga-moga saringan tersebut berjalan lancar la.. Ahakz.. 
https://www.leaazleeya.com/2017/05/resepi-nasi-lemak-dan-sambal-bilis-sedap.html
Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap! Memang sedap & mudah disediakan.
Yeahhh main masak-masak aku hari ni.. Hari ni aku buat nasi lemak.. Mood rajin tu datang tetiba-tiba.. Kalau tak, memang tak kuasa aku nak masak nasi lemak bagai.. Biasa paling rajin pun masak nasi goreng atau mee goreng aje pagi.. Hari ni jerk pelik sikit.. hehe... Eceli, aku tak pernah okeh buat nasi lemak.. Mesti korang tak percaya kan..?? Tapi itulah kenyataannya.. Aku memang tak pernah buat nasi lemak sepanjang hidup aku... Haha.. Hari ni lah firstime aku buat.. Alhamdulillah menjadik.. Risau jugak tak jadi kan.. Yela, dah tak pernah buat.. Biasa beli kedai aje.. Kikiki.. Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap Inilah hasilnya.. Nasi Lemak Dan Sambal Bilis terlebih sedap... Untuk pertama kalinya ni, aku masak Sambal Bilis menggunakan pressure cooker... Agak susah sikit nak masak sebab tak dapat nak kontrol kepanasan... Pressure Cooker aku bukanlah yang jenis noxxa ye.. Tapi jenis kenwood sahaja.. Hehe.. Kalau guna dapur gas ni rasanya lebih mudah... Sebab boleh kontrol api.. Abaikan telur goreng tu ye.. Guna pressure cooker, telur tak berapa nak cantik bentuknya.. Kikiki.. Janji boleh makan.. Bebel dah panjang berjela... Tapi resepi belum aku perturunkan lagi kat sini.. Moh le kite pakat tengok Resepi Nasi Lemak dan Sambal Bilis Sedap ni.. Aku dapat resepi ni dari Blog Azie Kitchen ye... Tq Kak Azie... ****************** Nasi Lemak Sedap & Tahan Lama sumber : Azie Kitchen Bahan-bahan :- Beras - dibasuh & toskan 1 - 2 helai daun pandan - carik & simpulkan 1 - 2 inci halia - hiris kasar 1 cawan santan pekat @ 1 kotak santan kotak (aku guna santan kotak aje) Sedikit Garam Cara-cara menyediakan nasi lemak yang sedap Masak nasi dengan air secukupnya.. Bergantung kepada jenis beras masing-masing. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari. Masukkan sedikit garam dan juga daun pandan yang telah dicarik & disimpul tadi.. Masukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat.. Kacau rata.. Sambung masak sehingga nasi masak sepenuhnya. **Kak Azie siap sediakan video lagi uolls.. Memang terbaik.. Sambal Tumis Sedap sumber : Azie Kitchen Bahan-bahan :- 1 mangkuk ikan bilis 1 biji bawang besar - dihiris 2 - 3 sudu besar gula pasir Sedikit gula merah / gula melaka 1 sudu kecil pes asam jawa / asam keping Garam  Bahan kisar :- 1/2 mangkuk cili kisar / 20 tangkai cili kering - direbus dan ditoskan 2 biji bawang besar 1 inci halia (aku tak masukkan.. terlupa.. haha) Sebesar ibu jari belacan bakar (ni pun terlupa nak masukkan.. huhu) Cara-Cara menyediakan sambal tumis sedap Panaskan minyak yang banyak, tumis bawang besar hiris sehingga naik bau.. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar-benar masak dan pecah  minyak. Ianya memakan masa yang agak lama. Jika minyak kurang, bolehlah ditambah ketika menumis. Macam mana nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tandanya dah garing. Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal cantik dan berkilat. Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Masukkan air asam jawa / asam keping, garam dan ikan bilis. ** Warna sambal akan lebih cantik jika menggunakan asam keping. Kacau rata dan biarkan masak dengan api yang perlahan. Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Siap masak boleh la diangkat dan dihidangkan.. **Sambal lebih sedap jika disediakan sehari sebelumnya. ****************** Camtu la resepinya.. Aku lebih suka guna ikan bilis yang dah digoreng dan dimasukkan kedalam sambal.. Kalau ikan bilis yang belum digoreng tak syok rasanya... Hehe.. Korang boleh la try resepinya.. Memang best... Kalau nak lebih detail kena terjah page Kak Azie Kitchen la.. Banyak kot resepi kat sana.. Selamat mencuba..
https://www.leaazleeya.com/2014/05/sedih-tak-tenang.html
Sedih ~ Tak Tenang ~
Assalamualaikum w.b.t. sumber : google "Aku tak tenang la hari ni"... "Sedihnya hati"... Hehehe... macam-macam keluhan kite dengar bila hati tak tenang, bila timbul rasa sedih, bila gelisah bertandang dan ketika hati sedang berduka oleh sebab-sebab yang boleh menyebabkan keadaan itu terjadi.. (faham tak) hahaha.. Setiap manusia di dunia  ni pasti akan merasai perasaan yang sebegitu.. Apatah lagi ketika berlaku perkara-perkara yang tak diingini.. Tapi percaya lah.. semua tu mengajar kite tentang erti sebuah kehidupan.. Bila terasa tak tenang, rasa sedih, gelisah dan berduka, ape biasa korang buat? Mesti ada yang mengisi masa lapang supaya dapat melupakan semua tu kan.. MeBZkan diri seharian.. Tak kurang jugak yang menangis semahunya kan.. Percayalah, penawar yang paling mujarab ketika kite berada dalam keadaan seperti itu adalah BERZIKIRLAH KEPADA ALLAH.. Itu lah ubat yang paling mujarab untuk merawat hati yang sedang gundah gulana, tidak tenteram, sedih, gelisah dan berduka..  sumber : google Ini lah ayat yang selalu aku amalkan ketika aku berada dalam keadaan tidak tenang dan sedih.. Sentiasalah berzikir kepadaNYA.. Kite pasti mendapat ketenangan.. sumber : google Okeh.. Jam dah menghampiri pukul 5... Takat ni aje la boleh aku bebelkan untuk hari ni.. hehehe.. MOga-moga kita sama-sama mengamalkannya ye... Sucikan hati dengan solat taubat.. Sebagai renungan bersama, aku hadiahkan gambar hati ni untuk semua dan diri aku sendiri.. ehsan google
https://www.leaazleeya.com/2019/03/contact-lens-super-duper-cute-dari.html
Contact Lens Super Duper Cute Dari Barbie Eyesland
Contact Lens Super Duper Cute Dari Barbie Eyesland  |  Hollaaaa!!! Hey, hari ni aku nak share dengan korang semua tentang contact lens super duper cute dari jenama Barbie Eyesland.. Serius weh, designnya sangat cantik dan menarik.. Sampaikan aku pun rambang mata nak pilih yang mana satu.. Oh ya, aku sebenarnya tiada masalah rabun pun, tetapi aku tetap obses dengan contact lens ni hanya untuk melaram sahaja.. hehe.. Kalau dulu time bujang, memang contact lens ni adalah benda wajib ada.. Now, aku guna untuk bergambar dan sekali sekala pergi jenjalan.. Hehe.. Tengok orang bermata cantik, aku pun nak jugak.. Hiks.. Contact Lens Super Duper Cute Dari Barbie Eyesland Memandangkan aku dah lama tak memborong contact lens, baru-baru ni aku terlebih excited memilih contact lens di website Barbie Eyesland.. Macam-macam design dok ada.. Bukan tu aje, malahan banyak pilihan warna sampaikan aku sendiri tak tahu nak pilih yang mana satu sebabnya semua lawa-lawa belaka... Ok, aku memang tak de masalah rabun, so aku tak perlu pilih power.. Maka aku ambil saja yang 0 power.. Yang mana ada masalah rabun, korang tak perlu bimbang kerana korang boleh pilih power mata dari 0 - 800.. Nampaknya aku tak boleh lari dari memilih warna grey dan brown.. Ini adalah warna wajib aku.. Rasanya untuk warna lain setakat ni aku tak berani lagi pakai.. Risau tak sesuai dengan muka aku.. So kali ni aku memilih design Oh My Spark Grey 14.5mm (2 pcs) dan juga Adore Brown 16mm.. Kenapa aku ambil design Oh My Spark Grey 14.5mm sampai 2 unit? Haaa sebabnya aku suka design ni.. Jadi, aku buat stock 1 unit.. hehe.. Untuk Design Eclipse Brown tu pula, bukan yang aku sebenarnya.. Hehe.. Itu yang kawan aku punya dimana dia hanya menumpang beli bersama aku.. So, tak dapatlah nak tengok design tu aku pakai ye.. Maybe nextime aku beli yang tu pulak.. Nampak macam cantik jerk.. Hiks... Kalau nak diikutkan, banyak yang aku berkenan.. Memang rambang mata aku dibuatnya.. Ada juga yang aku minat tetapi untuk power 0 dah habis.. Tak pe, nextime kite boleh order lagi.. Orite, untuk lens diameter pula ia bermula dari 14mm sehingga 16.5mm..  Sebenarnya aku lebih suka yang diameternya besar sebab bila pakai, boleh dapat efek mata besar.. Almaklumlah mata tak berapa nak besar kan.. Hiks.. Tetapi, untuk diameter besar yang aku berkenan banyak dah habis.. So, terpaksa la memilih yang lebih kecil.. Melekat jugak la satu yang bersaiz 16mm.. Ahakz.. Servis Penghantaran Di Barbie Eyesland Orite, untuk order kali ni aku sangat berpuashati dengan servis penghantarannya kerana sangat cepat.. Shipped out mereka dalam masa 24 jam dan hanya mengambil masa 1 hingga 3 hari waktu bekerja bagi penghantaran dalam Malaysia.. Manakala untuk penghantaran ke Singapura pula mengambil masa 2 hingga 5 hari waktu bekerja... Pantas kan! Lagi best di Barbie Eyesland ni, kos penghantaran bagi semua item adalah FREE SHIPPING untuk Malaysia dan RM25 untuk Singapura.. Untuk kaedah pembayaran pula, korang boleh guna ipay88 atau PayPal.. Mudah sangat.. Packaging Yang Menarik Ok, untuk setiap pembelian di Barbie Eyesland, barang akan dihantar dalam bungkusan yang bagus dan selamat.. Contact lens akan diletakkan di dalam kotak untuk memastikan ianya selamat.. Manakala untuk packaging contact lens itu sendiri, aku boleh katakan ia super duper cute.. Ia didatangkan dalam botol yang comel dan kedap udara bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti contact lens itu terjaga dengan baik..  Contact lens dihantar bersekali dengan case box.. Beli 4 dapat 4 case box.. Tak perlu dah nak fikir, beli asing.. Di Barbie Eyesland, ia disediakan untuk memudahkan pembeli menyimpan contact lens yang telah digunakan.. Bagusnya Barbie Eyesland ni kan..  Contact Lens Berkualiti Di Barbie Eyesland Kalau korang nak tahu, walaupun contact lens di Barbies Eyesland harganya sangat murah tetapi jangan tak tahu ye produk meraka adalah 100% authentic dan berkualiti tinggi.. Untuk jangka hanyat bagi setiap contact lens, ia boleh dipakai sehingga 3 bulan sahaja.. Lepas 3 bulan, sila tukar contact lens yang lain ye.. Jadi, korang kena set sendiri date.. Jangan sampai terlebih tempoh pulak korang guna untuk satu-satu contact lens tu.. Tak nak nanti masalah lain pula timbul.. Mata kena jaga dengan betul oiiii!! Satu lagi nak pesan, pemakaian untuk sehari adalah sehingga 8 jam sahaja ye.. No lebih-lebih!! hiks.. Nak tengok tak contact lens pilihan aku? Jom layan gambar di bawah.. hehe.. Oh My Spark Grey 14.5mm Beli di SINI Adore Brown 16mm Beli di SINI Serius, aku sangat suka dengan contact lens dari Barbie Eyesland ni.. Selain designya yang ohsem dan pilihan warna juga banyak, ia juga jenis soft lens dan sangat selesa.. Selain itu, ia juga tidak memedihkan dan mengeringkan mata.. Memang best lah!! Paling aku suka, warna juga sangat natural seolah-olah seperti mata asal kita.. Lepas ni bolehlah aku repeat order lagik sebab aku dah jatuh cinta dengan contact lens di Barbie Eyesland ni.. Macam mana nak order? Meh tonton video kat bawah ni.. Order Guna Mobile Order Guna PC Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :- Website : https://www.barbieeyesland.my/ Facebook : https://www.facebook.com/BarbieEyesland/ Instagram : https://www.instagram.com/eyesland_lens/
https://www.leaazleeya.com/2015/01/masih-aku-cinta.html
Masih Aku Cinta..
Assalamualaikum.. Wahhh lama betul tak buka blog ni... Banyak sangat sangat sangat perkembangan baru kawan-kawan... Haisss.. Masa sangatlah tak mengizinkan aku untuk membuka blog sekarang ni...  . . Semalam mesti korang dok mengadap tv kan tengok AJL... Best jugak la AJL semalam.. Banyak kelainan yang ditonjolkan... Pape pown tahniah kepada pemenang terutamanya penyanyi kesayanganku... hehehe.. Dayang Nurfaizah... Dengan lagunya yang superb... Dipintu Syurga...  . . Tapi pagi ni aku nak coretkan lagu lain kat sini... Lagu dendangan Shila Hamzah... Aku tak minat pown dia.. Cuma lagu ni je, lirik dia agak best jugak la.. Aku suka lirik dia... kikiki.. Jom hadappp...~!! . . En. google kasi . . Masih Aku Cinta ******************* Biarpun kau tak lagi ada denganku Takkan ku bisa melupakanmu Caramu memanggil namaku Terasa seolah kau masih ada Jauh di dalam sanubariku Tak ku relakan pemergianmu Namun ku kan selalu doakanmu Agar kau takkan terus terluka Kau kan temui bahagia Walaupun aku tidak bersama Jangan kau gusar Aku akan selalu ada Dari jauh engkau masih ku cinta Dari jauh aku masih mencinta Tak pernah ada penggantimu Yang mempertahankanku sepertimu Satu dunia, menentang cinta kita Akhirnya kita terpisah jua Yang mengenalmu cuma aku Tidakku menyesal mencintaimu Yang ku harapkan Kau juga mendoakanku
https://www.leaazleeya.com/2016/08/exam-kpsl-memanggil-lagi.html
Exam KPSL Memanggil Lagi
Assalamualaikum wbt.. Exam KPSL Memanggil Lagi  |  Sebenarnya aku dah lupa yang aku ada mohon Exam KPSL bagi tahun 2016.. Semalam kawan opiz tanye, dah print slip exam ke belom?? Adehh, dalam hati, dah sampai masa nak exam keh?? Adoiyaiii, dah la tak study satu hape lagik... Aku memang dah lupa bila tarikhnye...  Nak kompomkan lagik, aku print la slip exam.. Adoiyaiiiiweehhh!! Minggu depan kowt exam... Matilaaa makk nakkkkk!!! Makcik tak ulangkaji agik wehhh,... Camno neh...?? Apo den nak buekk?? Haha.. Dah banyak kali sebenarnya amek exam ni.. Sekali pown tak pernah lulus.. Susah wehh.. Sampai kejang jari jemari dok menulis... Tulisan dah lebih dari cakar ayam dah... Rasanya dah bukan cakar ayam lagik dah, tapi cakar biawak dah.. Haha... Bila baca balik, diri sendiri lak tensen.. Hehe.. Tapi kan, ada jugak kawan aku.. Amek exam KPSL ni kali pertama dah lulus.. huhu.. Itu dinamakan rezeki kan... Aku ni tataw la bila nak lulus... Ni pulak tak ulangkaji bagai, lagik la nipis harapan senipis kulit bawang... Hoho.. Minggu ni kena xsersais jari jemari.. Minggu depan nak bertarung dah.. Menulis dengan pantas sepantas kilat dengan tulisan yang ajet-ajet sweet... Ahakz.. Korang doakan aku untuk menulis dengan cantik ekk.. Hehe.. Doakan aku jugak dapat jawab dengan tenang dan selamba badak... Doakan aku lagik supaya aku LULUS.... Peace no war..!!
https://www.leaazleeya.com/2016/06/review-novel-pengantinku-jatuh-dari.html
Review Novel | Pengantinku Jatuh Dari Langit by Mia Kiff
Assalamualaikum wbt.. Pengantinku Jatuh Dari Langit by Mia Kiff | Alhamdulillah semalam baru selesai aku habiskan baca novel ni... Bercita-cita jugak nak habiskan sebabnya dapat baca sikit-sikit aje dalam satu-satu masa... Tak punya masa dan kesempatan yang terluang... Sebelum aku buat review aku tentang novel ni, aku nak up dulu sinopsis novel ni...  Sinopsis :-   RINIETA AINI - Gadis miskin yang mempunyai tabiat melatah dan lurus bendul. Dia disuruh oleh Opah Milah, neneknya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berdikari. Berbekalkan SPM yang hampir gagal semua mata pelajarannya, dia bangga bekerja sebagai cleaner di Menara Mercu Holdings.  WALAUPUN pekerjaannya dihina, dirinya dianggap bodoh, kelurusan dan kejujurannya banyak membantu hati dan jiwanya...  “Maaf ya, encik. Rasanya laluan lain banyak lagi. Boleh encik ke tepi? Saya ingin menjalankan tugas.”  Lelaki itu menanggalkan kaca matanya menampakkan biji mata yang terbeliak. Nampak merah padam mukanya. Menghadiahkan renungan yang cukup tajam.  Rinieta jatuh rahang. Alamak, Encik Arfylah.  “How dare you say this to me. Do you know who I am?” Tengking lelaki itu, bernada kasar. Berjela lagi Arfy marah di dalam Bahasa Inggeris sebaik melihat cleaner itu terkebil-kebil sahaja.   Rinieta menggaru kepalanya. Alamak, speaking la pulak. “Sorry encik, I don’t understands one sepatah haram. Buat penat aje encik marah saya tadi. Saya bukannya faham bahasa orang putih. Cuba encik marah sekali lagi dalam Bahasa Melayu?” Pinta Rinieta, senyum tawar.  Arfy Qhairant menggeleng. Sabar sajalah menghadap pekerja bawahan seperti gadis ini.  NAMUN kerana salah faham dan tanpa dijangka, perempuan itu yang Tuk Mummy mahu jodohkan dengan Arfy. Datuk Khadijah menyangka Rinieta kekasih Arfy. Banyak perkara menjurus ke arah situ lalu plan menjodohkan cucu yang fobia mahu bernikah ini dijalankan…  “Cucilah otak Arfy bagi bersih. Banyak sangat kotoran dalam otak dia. Biar dia sedar sikit, langit itu tinggi atau rendah. Hanya cinta saja penawar segala masalah, cinta pada Allah, Rasul dan manusia. Jadilah cinta hati Arfy yang mampu menghilangkan belenggu yang memenjarakan dia selama ni. Bahagiakan hidup dia, ya.” – Tuk Mummy  “Kau dengar sini, sampai aku dapat segala harta yang aku nak, sehingga itulah kau akan menjadi isteri aku. Faham?” – Arfy Qhairant  “Jangan kita mencari kesempurnaan, tapi keikhlasan yang akan menyempurnakan kita,” – Rinieta Aini  BERJAYAKAH pertelingkahan hero ego yang punya A hampir semua subjek dengan heroin lurus bendul yang ada D hampir semua subjek tatkala sebumbung? Bagaimana pula perasaan dan tindakan Arfy apabila adik kesayangannya yang baru pulang dari luar negara jatuh cinta dengan ‘orang gaji’nya itu aka isterinya yang dianggap ‘alien’! Review aku :- Ok aku cerita dulu yek serba sedikit jalan cerita novel ni..... Last nanti baru aku bagi bintang kat novel ni ekk... Aku buat review pendek aje la yek.. Masa tak mengizinkan aku menaip dengan lebih panjang.. haha.. First baca novel ni kita dikenalkan dengan watak Rinieta Aini, watak utama dalam novel ni.. Kira heroin la.. Hehe Panggilan manja dia Rin.. Rin ni datangnya dari kampung.. Dia anak yatim yang tinggal dengan Opah Milah di kampung... Ibunya telah meninggal dunia dan ayahnya pula entah kemana menghilang..  Dah habis belajar dia tolong Opah Milah berniaga kuih di kampung nya.. Sampailah dia disuruh oleh Opah Milah untuk berhijrah ke KL bagi mencari pekerjaan disamping menjejak ayahnya... Fatimah rakan sekampung dengan Rin telah mendapat pekerjaan terlebih dahulu daripadanya di KL.. Ini memudahkan Rin untuk berhijrah ke KL kerana dia boleh menumpang tinggal di kediaman Fatimah kawan baiknya itu.. Rin hanya berkelulusan SPM.. Itu pown keputusan SPM nya tak berapa nak ok... Jadinya dia buat keputusan untuk mencari pekerjaan sebagai tukang cuci sahaja sebagaimana kelayakan akademiknya... Pada awalnya dia diterima bekerja sebagai kerani di syarikat Menara Mercu Holding... Itu pown bukanlah kerana kelulusan yang dia ada.. Ianya pertolongan daripada Ayman Heyqal adik kepada CEO syarikat tersebut yang Rin kenal sewaktu tragedi lemas di kampungnya tempoh hari... Dimana Rin telah menyelamatkan Ayman Heyqal daripada lemas... Dari situlah perkenalan mereka bermula.. Semasa Rin menjawat jawatan kerani tersebut, terjadilah kejadian yang tidak ingini, dimana dia telah merosakkan mesin fotostat syarikat tersebut dan telah dimarahi oleh CEO dan dia meminta maaf serta berjanji untuk menggantinya tetapi dia memohon untuk diterima bertugas sebagai tukang cuci disyarikat itu seperti yang menjadi cita-citanya sebelum ni... Ingin menjadi Cleaner yang hebat dan berjaya.. Haha.. Aduhaii Rin.. Rinieta Aini adalah seorang yang lurus bendul... Tetapi dia berpegang teguh akan ajaran Islam... CEO syarikat Menara Mercu Holding, Arfy Qhairant... Seorang yang bongkak dan sombong serta berego yang tinggi...  Dipendekkan cerita, terjadinya perkahwinan antara Rinieta Aini dan Arfy Qhirant adalah angkara Tuk Mummy yang memaksa dorang supaya berkahwin di atas salah faham yang berlaku antara mereka bertiga.. Tuk Mummy ni nenek kepada Arfy Qhirant ni... Orang yang baik dan tidak memilih pangkat atau darjat untuk dijadikan menantunya... Cleaner pown okey ajee... Janji berhati baik...  Dalam perkahwinan mereka yang tidak diikhtiraf oleh Arfy menyebabkan Rin dijadikan oleh suaminya sendiri sebagai Orang Gaji... Dia jijik dengan cleaner sebenarnya.. Tak suka.. Benci.. Kotor.. Jijik.. Itulah perasaan dia terhadap cleaner yang dah pown jadi isterinya tu... Sepanjang perkahwinan dia tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami terhadap Rin.. Rin selalu diherdik.. Dikeji.. Dibenci... Dimaki... Tapi Rin hanya wat lek wat pisss aje.. Haha..  Dipendekkan cerita lagik... Rupa-rupanya Rin tu cucu kandung kepada Tuk Mummy sebenarnya... Pak Su Arfy atau lebih tepat anak Tuk Mummy iaitu Rashidi yang telah menghilang diri setelah perkahwinannya di pecah belahkan oleh Tuk Mummy sebelum ni adalah ayah Rienita Aini..  Nak tahu cerita selanjutnya... Bagaimana hubungan suami isteri Rienita Aini dan Arfy Qhirant seterusnya?? Nak tahu kene la beli novel ni.. Baca sendiri baru best... Bagi aku cerita ni pada permulaannya agak bosan dan ayat yang digunakan agak detail dan tak berapa nak santai... Tapi lama-lama baca jadi syok dan dah tak kisah ayat yang digunakan yang agak membosankan tu... Cuba la korang baca... Best cite ni... Aku kasi 4 bintang dari 5 bintang.. Haha... Adoiii panjang jugak rupanya aku menaip... hiks.. K-Bai...!!   
https://www.leaazleeya.com/2014/01/aku-terima-nikahnya.html
Aku Terima Nikahnya
Assalamualaikum Lengang opiz rini.. Semua pergi program khidmat masyarakat... Huiii boleh bersenang-senang hari ni setelah bertungkus lumus beberapa hari bagi memastikan persiapan program tersebut mantap... Haiss bukan itu yang aku nak cerita ceriti ari ni.. Yang aku nak cerita sal Aku Terima Nikahnya.. hikhik.. Bagi pasangan baru nak kawen pasti berdebar-debarkan baca tajuk ni.. Hahaha.. Tapi sebenarnya tu tajuk sebuah buku.. Aku ni kan obses buku... hakhak... Buku ni hasil tulisan Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil... Dengar cerita buku ni adalah buku BEST SELLER... Pada awalnya, kawan aku yang dok sibuk carik, katanya nak hadiahkan kepada saudaranya yang bakal mendirikan rumah tangga.. So, projek mencari buku ni pun dilancarkan.. Tetapi malangnya semua kedai yang dia kunjungi semua kehabisan buku ni.. Gile laju buku ni dijual.. Mesti bestkan?? So aku pun bercadang jugak nak memiliki buku ni.. Nak tahu jugak la ape istimewanya buku ni.. Mesti ada diantara korang-korang semua ni dah baca kan... Boleh la kongsi-kongsi kalau dah baca... hehehe... Ehsan encik google Operasi besar-besaran untuk mencari buku ni akan dijalankan lagi nanti.. Sebenarnya buku ni adalah gabungan 3 buah buku... Antaranya, Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga & Murabbi Cinta... Disatukan menjadi satu buku.. Aku ada jugak buat research berkenaan buku ni.. Kebanyakannya semua bagi fedback yang baik... So aku memang bercadang untuk memiliki buku ni... hehehe.. Tak sabar rasanya nak buat operasi mencari dengan sahabat aku yang juga obses buku.. ekekeke.. Ehsan encik google Korang semua pun bolehlah mendapatkan buku ni sekiranya korang yang jenis obses dengan buku... Yang jenis suka baca buku dan suka menambahkan pengetahuan... Baru-baru ni aku baru je memborong semua buku tulisan Ibnurijal ... Aku memang peminat penulisan Iburijal.. Sebab penulisan dia sangat memberi kesan kepada aku... Nanti ada masa aku akan update berkenaan buku-buku penulisan Ibnurijal ye... Tungguuuuu... Ehsan encik google Oki la.. Sampai sini aje dulu... Nak blogwalking pulak lepas ni.. Oh sebelum lebih terlewat dan memang dah agak lewat nak ucap... Tapi nak ucap jugak tak kire.. hehehe.. Salam Maulidur Rasul 1435H Ehsan encik google
https://www.leaazleeya.com/2017/09/belaian-menawan-sepanjang-hari-dengan.html
Belaian Menawan Sepanjang Hari Dengan ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion
Belaian Menawan Sepanjang Hari Dengan ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion  |  Wahh kemain panjang lagik tajuk entry kali ni yekk.. Mane tak nya terlebih teruja dengan surprise dari Enchanteur Malaysia.. Baru-baru ni aku ada terima sebuah kotak menawan dari Enchanteur Malaysia.. Siap berikat reben lagik.. Tak sabar-sabar rasanya nak tahu isi dalamnya.. Bila dah buka, nahhhh bau harum menerjah deria bau aku.. Kalau sebut aje Enchanteur, tak sah kalau tak dikaitkan dengan keharuman produknya.. Jenama yang diyakini sejak dulu lagi dengan keharumannya yang semerbak.. Betul tak? Kali ni Enchanteur muncul dengan produk baru yang akan memberi belaian menawan sepanjang hari dengan ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion... Sebelum korang berkenalan dengan rangkaian produk ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion, aku nak tunjuk dulu kotak indah yang aku terima tu.. Inilah kotaknya.. Comel jerk siap ber-reben lagik.. Kotaknya pun cantik, berbunga-bunga... Jom tengok isi dalamnya pula.. ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion Dalam box indah ini terdapat 3 item iaitu 2 wangian losyen dan memo bottle bersaiz A5... Kenapa disertakan sekali botol air tu? Haaa kalau korang nak tahu, ini jawapannya.. Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.  Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.    Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!  Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit. ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan. Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.  ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion menawarkan 3 variasi iaitu Romantic, Alluring dan Charming yang akan memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.  ENCHANTEUR Romantic  (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)   Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.   ENCHANTEUR Alluring  (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)   Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.     ENCHANTEUR Charming  (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)  Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.  Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol bersaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi.  Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari :-  Website www.enchanteur.com.my Facebook  www.facebook.com/EnchanteurMY.
https://www.leaazleeya.com/2022/09/top-5-reasons-why-you-should-choose-darry-ring.html
Top 5 Reasons Why You Should Choose Darry Ring?
Top 5 Reasons Why You Should Choose Darry Ring?  |  Choosing an engagement ring is a huge investment and you have to do careful research on it. But in recent years, a variety of ring brands have emerged on the market, with different brand philosophies and missions. No matter what style of diamond engagement ring you prefer, you can find a ring brand online to suit your various needs. But to save you the trouble of searching, we've researched some of the top jewelry brands on the jewelry market, pawn shop and gathered our top picks.   For the avant-garde bride-to-be who seeks true love, focuses on the promise of true love and wants something unique, Darry Ring is the place for you.  Darry Ring is a well-known leading engagement ring brand that shows a pledge of commitment and agreement for a lifetime. This brand emerged in Paris, France and launched in 2010. From there, it started spreading and growing in different parts of that country. Today, Darry Ring has almost 400 diamond stores Worldwide.Darry Ring is selling many useful and worth-having products across the globe. Well, Darry Ring sells high-end diamond rings, customized jewelry products, necklaces, bracelets, wedding bands, and rings made with cutting-edge diamond technology. It also caters to the personalization of engagement rings. The primary intention of this brand is to spread a romantic and true love culture with DR diamond ring.  Top 5 Reasons Why You Should Choose Darry Ring There are a lot of reasons that will make you choose the Darry Ring for making your purchase. Let's dig out the following five reasons here.  1.  Unique brand concept The unique brand concept of Darry Ring is all about adhering to the fact that one can get only one DR ring for his/her love in his/her lifetime. One can customize any ring under other ring brands, but this does not apply to Darry Ring. The desire and urge for true love are surpassing the increasing divorce rate, which is what makes Darry Ring unique in its brand concept and is still attracting a lot of customers to its products.  2.  High-quality DR diamond The quality of DR jewelry, especially diamond rings, needs special mention. Darry Ring is committed to providing every customer with high quality DR diamonds. Each DR diamond is carefully selected and produced in accordance with the 4Cs of diamonds. Moreover, each DR diamond ring is supplied with a ring certification from an authoritative body.  3.  Equip with top ring designer team The diamond rings made by Darry Ring are designed and created by the top ring designer team. Darry Ring has top designers from all over the world to design unique DR diamond rings according to your individual needs. These diamond rings are tested in the laboratory. You won't get any compromise on the quality, manufacturing, and ethical sources from which these rings are sourced.  4.  Security Darry Ring has no such match when it comes to security. It all has become possible with the Darry Ring Agreement and a valid ring certification. One can purchase a diamond ring once he commits to his love. Only then will he get an agreement to sign. This signing will provide him with a valid ring certification. Aside from this certification, the security of your personal information lies at the heart of the Darry Ring, which will be kept confidential.  5.  Chosen by famous stars The thing that will appeal to you the most towards the Darry Ring and its product is that it has been chosen by celebrities, such as Olympic diving champion, Wu Minxia, since it was introduced.  Verdict When it comes to choosing the quality diamond ring for your partner, you will look around and find many renowned brands. However, Darry Ring will attract you instantly because of the reasons mentioned above. So, if you find this diamond ring brand unique and the right fit for your purchase, then don't miss out on this opportunity and make your love feel special.  
https://www.leaazleeya.com/2022/11/hadiah-eksklusif-bernilai-sehingga.html
Hadiah Eksklusif Bernilai Sehingga Rm6,500* Menanti Anda! Pra-Tempah Siri Huawei Mate50 Sekarang
Hadiah Eksklusif  Bernilai Sehingga Rm6,500* Menanti Anda! Pra-Tempah Siri Huawei Mate50 Sekarang |  Jangan ketinggalan tawaran ini untuk pra-tempah Siri HUAWEI Mate50 dan bawa pulang hadiah eksklusif di HUAWEI Experience Store terpilih! Perhatian warga Malaysia! Panggilan terakhir untuk pra-tempah King of Flagship, Siri HUAWEI Mate50! Rebut peluang anda untuk membuat pra-tempahan siri HUAWEI Mate50 di serata HUAWEI Experience Store. Laman Web Rasmi HUAWEI, Stor Rasmi HUAWEI di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan Kedai Rakan Kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic untuk menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,450*. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah hebat bernilai sehingga RM6,500 sekiranya anda pra-tempah Siri HUAWEI Mate50 di HUAWEI Experience Store tertentu, hadiah hebat termasuk Siri HUAWEI FreeBuds, Pin Touch 'n Go eWallet bernilai RM300*  dan berpeluang memenangi HUAWEI Vision S 65"*! Model flagship terbaru ini didapati dalam tiga varian iaitu HUAWEI Mate50 (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM3,699, dalam pilihan warna Hitam dan Perak; HUAWEI Mate 50 Pro (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM 4,499 dan HUAWEI Mate 50 Pro Orange Vegan Leather (8GB RAM + 512 GB ROM), berharga RM 5,299. Freebies ekstra untuk pengguna Mate50 : Log masuk atau daftar di aplikasi My HUAWEI untuk tebus ZUS Coffee secara PERCUMA. Tunggu Apa Lagi! Pra-Tempah Sekarang Kerana Hadiah Menarik Menanti Anda! Jadi apa yang anda tunggu lagi? Pra-tempah siri HUAWEI Mate50 sekarang sehingga 11 November 2022 di HUAWEI Experience Store yang disenaraikan di bawah, dan pergi ke HUAWEI Experience Store yang anda pra-tempah siri HUAWEI Mate50 pada Sabtu ini, 12 November 2022 untuk dapatkan telefon anda dan hadiah-hadiah menarik! (*T&S terpakai, sementara stok masih ada)    HUAWEI Experience StoreHUAWEI Experience Store Pavilion EliteHUAWEI Experience Store Sunway CarnivalHUAWEI Experience Store Queensbay MallHUAWEI Experience Store Sunway PyramidHUAWEI Experience Store MidvalleyHUAWEI Experience Store IOI City MallHUAWEI Experience Store MidValley SouthkeyHUAWEI Experience Store Aeon Tebrau City SenQ Gurney PlazaUrban Republic at Pavilion KL   *Tertakluk kepada terma dan syarat. Hadiah eksklusif hanya layak untuk 50 Pelanggan Pertama yang beratur untuk dapatkan siri HUAWEI Mate50 pada 12 November 2022.  Jika anda terlepas berita menarik ini, tertera adalah perkara yang anda perlu tahu mengenai King of Smartphone Huawei :  Point and Shoot Seperti Pro Melompat terus ke tarikan utama Mate50 baharu  adalah  teknologi pengimejan kamera mudah alih terkini, XMAGE, yang mempunyai  apertur fizikal boleh laras 10 saiz, Kamera Ultra Aperture, Mod Super Night, Potret Profesional dan Super Makro. Dengan memberi tumpuan kepada empat tonggak teknikal;  sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan pengimejan  - Mate50 menampilkan kamera mudah alih unik Huawei yang membawa kemajuan ketara dalam sistem pengimejan mudah alih.  Sistem Kamera Ultra Aperture dengan Aperture Fizikal Boleh Laras 10 Saiz, Apertur Terbesar Industri F1.4, Mod Super Night, Potret Profesional, dan Super Makro semuanya termasuk dalam Sistem Kamera XMAGE, yang mengatasi prestasi pendahulunya pada setiap peringkat.   Dengan Kata Lain, Anda Tidak Perlukan Pelindung Skrin Selain itu, versi Huawei Mate50 Pro Orange Vegan Leather menggabungkan skrin dengan teknologi ketahanan seperti Anti-Scratch, Anti-Fall, dan tahan air sehingga kedalaman 6 meter. Pensijilan tahan jatuh kaca lima bintang yang pertama dari SGS Switzerland, KunLun Glass, menubuhkan standard baru untuk ketahanan skrin. Dengan ketahanan sepuluh kali lebih kuat daripada siri Mate sebelumnya hasil daripada 10-quadrillion level nanocrystal pada skrinnya.  Bateri yang Lebih Pintar, Penggunaan Yang Lebih Lama Peranti utama ini juga dilengkapi dengan teknologi bateri yang dipertingkatkan dengan Super Energy Boosting Technology untuk memaksimumkan sepenuhnya keupayaan telefon anda Untuk mencari titik manis antara hayat bateri, pengecasan pantas dan mudah alih, HUAWEI melengkapkan telefon pintar utamanya dengan 4,700mAh dan 66W HUAWEI SuperCharge. Di samping itu, Mod Kecemasan Bateri Rendah daripada HUAWEI menggabungkan bateri spesifikasi tinggi dan  teknologi SuperEnergy Boosting untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi telefon anda. Membolehkan anda terus berjalan walaupun berada dalam keadaan yang sukar, memberi anda sehingga 2 jam standby atau sehingga 12 minit panggilan telefon dengan hanya 1% bateri.  Langkah-Langkah Dipertingkatkan Untuk Melindungi Privasi Pengguna Tidak perlu risau lagi kerana maklumat peribadi anda selamat dengan Huawei AppGallery kerana ia mempunyai pemeriksaan keselamatan terbina. Dengan mekanisme pemeriksaan privasi 4 peringkat yang menyediakan privacy lengkap dalam apa jua keadaan :  Pengesahan nama sebenar developerEmpat langkah pemeriksaan keselamatanKeselamatan pemasanganOperasi pertahanan  HUAWEI memastikan bahawa aplikasi selamat dari peringkat pembangunan sehingga ia dipasang dengan pemeriksaan keselamatan terbina dalam. Dengan hanya satu klik, pengguna boleh mengimbas virus, menyemak scammer, melindungi privasi anda, dan petua keselamatan.  Memperkenalkan EMUI13 Dalam meneruskan matlamat mereka untuk mewujudkan antara muka pengguna yang produktif dan cekap, Mate50 akan menjadi yang pertama untuk menggunakan EMUI13 untuk memberikan pengguna mereka Super Device Experience. HUAWEI komited untuk membangunkan antara muka pengguna yang menyenangkan dari segi estetika dan fungsi. EMUI13 merangkumi elemen antara muka pengguna yang dipertingkatkan melalui Widget Perkhidmatan yang boleh memaparkan semua data yang diperlukan oleh pengguna. Tidak lupa fungsi di belakang tabir, EMUI13 akan membantu anda membebaskan sehingga 20GB ruang pada peranti anda dengan menggabungkan data yang serupa, memampatkan program yang jarang digunakan, dan mencegah muat turun berlebihan yang mungkin tidak diketahui oleh pengguna.   Untuk maklumat lanjut, mengenai berita terkini atau promosi mengenai Siri Mate50, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook atau Instagram rasmi HUAWEI.
https://www.leaazleeya.com/2019/11/eversoft-skinz-timeless-youth-kembalikan-keremajaan-wajah.html
Kembalikan Keremajaan Wajah Dalam Masa 3 Hari Dengan Eversoft Skinz Timeless Youth Baru
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth BAHARU Mengembalikan Keremajaan Wajah dalam masa 3 Hari | Wanita Jepun mempunyai raut wajah seolah-olah tidak menjangkau usia. Rejim penjagaan wajah serta amalan pemakanan yang sihat harus dikreditkan kepada kulit halus, anjal dengan kompleksi selicin porselin. Kini anda juga boleh memiliki kulit wajah yang muda remaja tanpa cela bagaikan wanita Jepun dengan rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth. EVERSOFT SKINZ skincare terbaik malaysia kini melancarkan rangkaian anti penuaan baharu Timeless Youth yang menggunakan manfaat alam semulajadi dengan teknologi canggih dari Jepun. Mengandungi ekstrak tumbuhan serta BEBAS daripada bahan berbahaya seperti Paraben, pewarna tiruan, wangian tiruan, minyak mineral, alcohol dan Phthalates; rangkaian ini direka untuk menggalakkan serta mengekalkan raut wajah kulit yang mulus dan gebu. Jenama ini juga menentang kajian keatas haiwan; oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu kerana tiada haiwan yang terancam di dalam proses penghasilan produk. Kesemua produk di bawah rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth mengandungi 100% ekstrak tumbuhan yang membantu melawan tanda-tanda penuaan. Ume, turut dikenali sebagai Aprikot Jepun, digunakan secara tradisional dalam perubatan Jepun untuk melembutkan serta menyamaratakan tona kulit disebabkan anti-glycation yang terkandung, menentang kesan penuaan sehingga ke lapisan sel kulit seperti kedutan, kehilangan keanjalan, perubahan warna, dan fungsi pertahanan kulit terjejas. Wakame Seaweed, yang kaya dengan Phyto-collagen pula membantu mengurangkan kedutan dan garis halus, manakala Minyak Rosehip berupaya untuk menguatkan lapisan pertahanan kulit, mengekalkan lembapan, serta mengurangkan bintik hitam. Rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth mengandungi 5 jenis produk berfungsi bagi tujuan anti penuaan dan amat berkesan apabila digunakan mengikut aturan :- 1. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Cleansing Foam - (100ml RM20.90*)  Pembersih buih ini bebas-sabun, mengandungi kadar pH seimbang, dan lembut pada kulit. Ia menanggalkan kotoran, menghindari pencemaran berbahaya dan mengekalkan kelembapan kulit. Kulit tetap licin dan lembut. 2. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Toning Lotion - (100ml RM29.90*)  Toner berasaskan air ini ringan, dan cepat meresap ke dalam kulit. Ia memberikan 2x penghidaratan segera, mengunci lembapan sepanjang 24 jam, mengecilkan pori, serta menggalakkan penghasilan pertahanan kult untuk penghidratan kulit wajah dari dalam. 3. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Replumping Repair Serum – (30ml RM69.90*) Serum muka terbaik ini adalah Produk penting untuk rejim penjagaan kulit wanita, terbukti untuk mengurangkan kedutan agar kulit tampil licin dan anjal dalam masa 3 hari. Tidak berminyak, pantas meresap, dan mempunyai sentuhan sehalus baldu direka khas untuk meningkatkan penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan, menguatkan pertahanan kulit, dan menghindar dari kehilangan lembapan. Sesuai digunakan pada muka dan sekitar kawasan mata. 4. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Day Defence SPF 30 PA++ - (40g RM45.90*) Pelembap bertekstur ringan, tidak melekit dan pantas meresap dengan 3x kesan pelembap dengan SPF30 PA++ untuk perlindungan sepanjang hari daripada sinaran UV berbahaya yang menyumbang kepada penuaan kulit. Penggunaan pelembap ini akan meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.  5. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Night Solution - (40g RM49.90*) Rawat dan baiki kulit wajah yang rosak dengan pelembap berasaskan air yang tidak melekit ini, selepas terdedah kepada faktor alam sekitar yang berbahaya sepanjang hari, seperti pencemaran, suhu lembap, dan udara kering dari penghawa dingin. Selain itu, tekanan kerja harian juga merupakan faktor penyumbang kepada penuaan kulit. Pelembap Malam ini mampu mengekalkan lembapan kulit sehingga 12 jam dan meperlahankan proses penuaan. Pengguna akan dapat mengalami kulit yang anjal, halus, licin, serta liang pori semakin mengecil. Gaya hidup yang terdedah kepada panas terik dan sinaran ultra ungu yang merupakan punca kepada penuaan kulit pramatang menjadi penyebab kebimbangan ramai. Selain itu, perubahan suhu dan cuaca turut memberi kesan kepada keanjalan kulit kita, menjadikan EVERSOFT SKINZ Timeless Youth ini penyelesaian terbaik bagi mengurangkan semua masalah dan kebimbangan terhadap penuaan kulit pramatang. Dengan penggunaan berterusan rangkaian lengkap penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth, anda akan dapat menyaksikan perubahan pada kontur wajah yang kelihatan lebih anjal, tegang, sihat dan berseri dalam masa 3 hari! Jom tengok testimoni dari pengguna Eversoft Skinz ini.. Rangkaian penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth boleh didapati di semua farmasi utama dan pasaraya terkemuka seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi EVERSOFT SKINZ di https://www.facebook.com/EversoftSkinz/   *Harga tertera adalah termasuk 6% SST.
https://www.leaazleeya.com/2014/04/isabella-hantaran-kasih-tuhan.html
Isabella, Hantaran Kasih Tuhan
Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah abih membaca untuk buku ni... Buku ni mengisahkan seorang penganut agama kristian yang sangat taat dan juga seorang anak daripada keluarga yang sangat berpegang teguh dengan agama kristian dan akhirnya memilih Islam sebagai agama yang benar... Best buku ni... Sila lah beli ye kalau nak tau cerita buku ni ye... Payah gile nak dapatkan buku ni.. Asek sold out aje... Ni pown bernasib baik je masih ada... Setelah sekian lama mencarik... Buku ni pown dah abeh aku baca... Buku ni menceritakan tentang seorang wanita yang sangat tabah dengan keadaan fizikalnya yang cacat pada kaki akibat sakit polio yang dihidapinya sewaktu kecil kerana demam panas yang teruk...Namun kecacatannya itu tidak menjadi penghalang kepada kejayaannya sebagai penaung Yayasan Darul Wardah... Ibunya telah tiada dan hanya ayah menjadi penawar kepada nya...  Banyak lagik la suka duka dalam buku ni.. Buku ni adalah novel islamik.. Diselitkan jugak surah-surah yang membawa maksud atau berkaitan dengan situasi didalam penceritaan novel  ni... Secara tidak langsung, ianya boleh menambahkan pengetahuan kitakan... Banyak pengajaran dalam novel ni yang boleh kita dapat dari pembacaannya... So, tak rugi la kalau nak beli pown kan... Sape-sape yang suka Novel Islamik, bolehla try baca novel ni lak... :)