url
stringlengths
45
146
headline
stringlengths
7
148
content
stringlengths
30
19.7k
https://www.leaazleeya.com/2021/06/Kisah-inspirasi-cikgu-mohamad-sahaimi-pemenang-anugerah-guru-inspirasi-mcdonals-2021.html
Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 | Kisah Inspirasi Guru Luar Biasa Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal
Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 | Kisah Inspirasi Guru Luar Biasa Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal |  Jasa dan pengorbanan guru sememangnya sangat besar dalam mendidik kita tanpa jemu dan tidak akan pernah terbalas. Jadi, mereka harus dihormati dan dihargai sebaik mungkin. Bagi menghormati dan menghargai jasa guru yang melaksanakan tanggungjawab melangkaui bidang tugas hakiki mereka dalam mendidik, memotivasi dan memberi inpirasi kepada pelajar, McDonald's Malaysia telah meraikan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI2021), sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan tahun ini. Anugerah tahunan ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf guru yang melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki demi menghasilkan impak berpanjangan kepada pelajar. Kini, anugerah ini telah memasuki tahun kelima penganjurannya dengan menerima lebih 4,000 pencalonan daripada rakyat Malaysia sejak 2 April hingga 18 April 2021 dan seramai 25 orang guru luar biasa telah dipilih sebagai penerima anugerah. Anugerah Guru Inspirasi ini juga menjadi platform untuk mengetengahkan golongan pendidik sebagai insan luar biasa dan wira dalam kehidupan seharian kita.  Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar berkata tahun ini pihaknya menerima pelbagai kisah menarik mengenai guru-guru yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan atau 'go the extra mile' untuk memupuk minda generasi muda dan membina asas kukuh yang akan membentuk masa depan mereka. Kisah-kisah yang diterima menceritakan dedikasi dan komitmen tidak berbelah bagi guru-guru dalam melaksanakan tugas harian mereka, sama ada besar atau kecil yang membentuk keseluruhan profesion mereka. Bukan itu sahaja, banyak pencalonan pada tahun ini mengisahkan kekuatan dan ketabahan para guru dalam mendepani keadaan pandemik semasa dengan menerapkan kreativiti dan kesungguhan untuk terus berhubung dengan pelajar mereka serta memastikan supaya tidak ada pelajar yang tercicir dalam pelajaran. Ini termasuk mewujudkan persekitaran yang interaktif dan menyediakan alat yang mencukupi untuk pelajar ketika mereka belajar dari jarak jauh. Sememangnya tanggungjawab seorang pendidik itu sangat besar dan mereka tidak pernah berputus asa serta sanggup menggalas tugas berat ini dengan bersemangat dan sepenuh jiwa raga mereka tanpa berkeluh kesah. Para penerima anugerah dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald's Malaysia, Kementerian Pendidikan dan media. Setiap seorang daripada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 menerima wang tunai berjumlah RM5,000 manakala pencalon mereka pula menerima hadiah McDonald's bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.Senarai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 👇👇https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/winners/2021Dalam 25 orang guru yang memenangi Anugerah Inspirasi Guru McDonald's 2021 ini, aku sangat tertarik dengan kisah inspirasi salah seorang daripadanya iaitu Kisah Inspirasi Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal, guru sekolah SK Simpai.. Kisahnya sangat memberi inpirasi dan membaca kisahnya membuatkan aku rasa sangat kagum dengan beliau di atas usaha dan sumbangan beliau dalam pembangunan pendidikan sekolah Orang Asli, SK Simpai.. Jom ikuti kisah Cikgu Mohamad Sahaimi ini.. Kisah Inspirasi Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal Menjadi Tulang Belakang Kepada Pembangunan Dan Kejayaan SK SimpaiTerima kasih cikgu kerana mendidik saya dan sentiasa memberikan sokongan kepada saya sehingga saya berjaya ke menara gading, dan terima kasih yang tak terhingga kerana menjadi guru yang mempunyai jiwa yang sentiasa memberikan inspirasi kepada kami untuk terus berjaya - Tisah a/p SemaraTitipan penghargaan daripada seorang bekas pelajar buat guru kesayanganya, Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal yang telah dicalonkan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI2021) yang juga merupakan salah seorang pemenang anugerah tersebut. Kisah inspirasi yang dititipkan oleh Tisah a/p Semara ini akan mewujudkan rasa kagum kepada sesiapa sahaja yang membacanya.. Pengorbanan yang cukup besar seorang guru dalam membangunkan pendidikan di sekolah orang asli, SK Simpai.. Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Mie Ubai merupakan guru yang mengajar di sekolah orang asli, SK Simpai, Muadzam Shah, Pahang.. Beliau mula berkhidmat di SK Simpai pada tahun 2014 dan sehingga kini telah hampir 21 tahun beliau mencurahkan bakti membangunkan pendidikan orang asli di sana. Cikgu Mohamad Sahaimi mendapat pendidikan awal di SK Ubai dan menamatkan pembelajarannya diperingkat menengah di SMK Dato Mahmud Mat Pekan, Pahang.. Selepas itu, beliau meneruskan pengajiannya di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan di peringkat Diploma dan menyambung Digree Child Hood Education di MSU..Cikgu Mohamad Sahaimi merupakan tulang belakang kepada pembangunan dan kejayaan SK Simpai. Terlalu banyak sumbangan beliau kepada sekolah seperti membantu menyediakan prasarana sekolah dan kemudahan bagi para pelajar SK Simpai. Kata anak didiknya, beliau mempunyai jiwa yang cukup kental untuk memberikan kejayaan kepada anak-anak masyarakat orang asli di SK Simpai. Bukan sahaja disenangi oleh murid-murid malah beliau juga disegani dan dihormati oleh rakan sejawat serta masyarakat sekeliling kerana sikapnya yang ramah, baik hati dan sentiasa membantu penduduk kampung serta masyarakat orang asli menjadikan hubungan antara ibu bapa, masyarakat dengan pihak sekolah terjalin erat.Sumbangan Dan Jasa Bakti Cikgu Mohamad Sahaimi Dalam Membangunkan Pendidikan di SK Simpai.Pembangunan Kelas Pra-SekolahBagi Cikgu Mohamad Sahaimi, "Anak itu umpama kain putih, ibu bapa dan persekitaranlah yang mencorakkan sama ada menjadi baik atau buruk mereka".. Dari situ jugalah, beliau telah merangka satu pembangunan kelas pra sekolah dengan menyediakan prasarana dan kemudahan kelas pra di SK Simpai. Dalam mencapai matlamat tersebut, beliau sanggup membelanjakan ribuan ringgit dan bekerja melebihi masa seorang guru semata-mata untuk memastikan anak-anak didiknya mendapat pendidikan yang sempurna.Dengan kemahiran yang beliau ada, Cikgu Mohamad Sahaimi telah membina sendiri peralatan dan Taman Prasekolah di SK Simpai. Untuk merealisasikan pembangunan Kelas Pra Sekolah ini, beliau telah menggunakan sumber kewangannya sendiri memandangkan tiada peruntukan untuk kemudahan ini.. Beliau juga telah membeli sendiri keperluan dalam kelas seperti tv, komputer dan lain-lain bagi keselesaan para pelajarnya dalam menimba ilmu pengetahuan seiring dengan kemajuan pendidikan pada hari ini..Hebatnya seorang guru bernama Mohamad Sahaimi bin Zainal ini.. Sanggup berhabis demi kelangsungan pendidikan anak-anak SK Simpai.. Semoga beliau diberkati dan dilimpahi rezeki yang halal dapat berbakti kepada sekolah dan juga masyarakat..Pembangunan Sukan PelayaranCikgu Mohamad Sahaimi merupakan seorang guru yang mempunyai pelbagai kepakaran dan diiktiraf dalam kemahiran di hutan, sungai, laut dan gunung. Beliau juga merupakan jurulatih cemerlang Pusat Kokurikulum Pahang dalam pengendalian aktiviti luar seperti kayak, berakit dan survival. Dengan kepakaran yang beliau ada, pembangunan sukan pelayaran dapat direalisasikan di SK Simpai. Untuk mencapai matlamat itu, beliau telah bertekad untuk memiliki sendiri kemudahan peralatan pelayaran bagi memudahkan latihan dilakukan serta bagi memantapkan kebolehan murid dan sebagai langkah penjimatan kos latihan.. Cikgu Mohamad Sahaimi telah membaikpulih sendiri bot lama dan membuat sendiri peralatan pelayaran. Sesi latihan pula diadakan di lombong yang berada di dalam hutan. Berkat usahanya yang tidak pernah berputus asa, beliau telah berjaya membawa murid-muridnya mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang sebelum ini dianggap sebagai satu usaha yang sia-sia tetapi kerana percaya akan potensi dan kemampuan anak-anak orang asli, beliau telah buktikan mereka juga mampu berjaya sehinggalah SK Simpai melakar pelbagai kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.Pembangunan Unit Beruniform PengakapCikgu Mohamad Sahaimi tidak berhenti hanya disitu sahaja, beliau turut memastikan pembangunan dalam unit beruniform juga dilaksanakan di SK Simpai dengan mewujudkan Unit Beruniform Pengakap.. Ini bertujuan menarik minat murid hadir ke sekolah melalui aktiviti unit beruniform dan rekreasi sekaligus dapat membentuk jatidiri, nilai murni serta semangat berpasukan dikalangan para pelajarnya.Perkhemahan Pengakap Negeri PahangMenjadi tuan rumah dalam penganjuran perkhemahan Pengakap SMOA Negeri PahangPengurus dan Pelaksana Program Maritim & Hubungan Sosial Anjuran Pengakap SK SimpaiPengurus & Pelaksana XPDC Kayak Merdeka Black Water Anjuran Pengakap SK SimpaiKembara Berbasikal PengakapPembangunan Sukan Akuatik SK SimpaiBagaimana ianya bermula?Kata Cikgu Mohamad Sahaimi, Sukan Akuatik SK Simpai ini bermula di sebuah parit yang terdapat di Kg. Simpai. Apabila melihat anak-anak Kg. Simpai berenang dan terjun ke dalam parit membuatkan terdetik di hati beliau untuk membangunkan potensi dan bakat anak-anak ini kelandasan yang betul agar segala bakat dan potensi ini tidak terkubur begitu sahaja..Dengan keazaman yang tinggi dalam diri, beliau berjaya membawa anak-anak orang asli SK Simpai ini menyertai sukan akuatik kerana beliau percaya mereka mempunyai potensi yang besar untuk berjaya.. Demi melihat kejayaan anak didiknya, beliau telah mengadakan sesi latihan bersama mereka dengan membuat latihan di dalam parit di Kg. Simpai kerana tiada kemudahan lain untuk digunapakai di situ.. Walaupun menjalankan latihan dalam keadaan yang serba kekurangan, berkat dari kesungguhan dan tunjuk ajar beliau, anak didiknya telah berjaya meraih kejayaan di peringkat negeri dan kebangsaan serta telah menjadi wakil bagi Negeri Pahang dalam SUKMA dalam sukan akuatik.Kejohanan Akuatik MSS PahangKejohanan Akuatik Pelapis KebangsaanSUKMA Perak 2018ASIAN Games JakartaSetelah kejayaan demi kejaya dikecapi, Cikgu Mohamad Sahaimi mengatur langkah untuk membina pusat akuatik sendiri di SK Simpai bagi memberikan keselesaan kepada pelajar SK Simpai dalam menjalani latihan di tempat yang lebih sempurna.Pembinaan Akademi Akuatik SK SimpaiPembangunan Prasarana SekolahKemahirannya dalam kerja-kerja pertukangan kayu, kimpalan dan kerja binaan juga telah banyak menyumbang kepada sekolah serta masyarakat seperti membina pentas sekolah, pondok bacaan, membaikpulih pam air dan kerosakan binaan di sekolah, membuat kemudahan seperti tiang gol, pasu bunga, lanskap dan pelbagai lagi sumbangan beliau kepada sekolah demi memberikan keselesaan dan kemudahan kepada para pelajar serta warga sekolah. Apa yang membanggakan semua kemahiran yang beliau ada digunakan untuk membangunkan pendidikan SK Simpai tanpa mengharapkan sebarang balasan atau imbuhan dan beliau sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi mencurah bakti tanpa sebarang keluh kesah.Cikgu Mie Redah Hutan Guna Kapcai Agih Bantuan Kepada Orang AsliBukan sahaja mencurah bakti kepada sekolah malah Cikgu Mohamad Sahaimi turut prihatin terhadap masyarakat sekelilingnya dengan menghulurkan bantuan terutamanya dimusim pandemik ini.. Dengan sikap pemurahnya, beliau sentiasa mengambil berat tentang kesusahan masyarakat orang asli di sekitarnya terutamanya pelajar-pelajar miskin, keluarga yang sakit dan dalam kesusahan.Di musim pandemik Covid-19 ini, beliau banyak menyumbangkan bantuan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan. Bukan itu sahaja, malah beliau juga turut bertanggungjawab menghantar sendiri 'homework' para pelajarnya dari rumah ke rumah walaupun terpaksa meredah hutan dengan menaiki motosikal dan ada kalanya terpaksa menaiki bot untuk sampai ke destinasi yang dituju. Disebabkan itu jugalah beliau dihormati, disenangi dan disayangi oleh  masyarakat orang asli di Kg. Simpai.Betapa besarnya sumbangan Cikgu Mohamad Sahaimi terhadap masyarakat orang asli di sini sehinggakan telah membuka minda masyarakat tentang kepentingan pendidikan sekaligus memberi kesan yang amat positif kepada peningkatan penglibatan penjaga dengan pihak sekolah dari 20% kepada 90%. Bukan itu sahaja, malah disebabkan usaha dan kecekalan beliau dalam merealisasikan plan pembangunan pendidikan di SK Simpai telah memberi impak kepada kehadiran murid dari 68% kepada 94% dan sekaligus memberi peningkatan juga kepada akademik pelajar dari 11% kepada 44% sebelum pandemik Covid-19 melanda negara kita. Begitulah pentingnya kokurikulum di sekolah dalam menarik minat pelajar untuk ke sekolah.Sumbangan dan Pencapaian Cikgu Mohamad Sahaimi Sepanjang Bergelar GuruSumbangan Dalam Kerjaya PerguruanJurulatih Pusat Kokurikulum PahangPengerusi Teknik Akuatik MSS PahangTeknik Pelayaran MSS PahangJurulatih Luar (KBS)Jurulatih Kayak (MASCA)Jurulatih Pendakian (PMM, PKK Pahang)Jurulatih Tali Temali Aras Tinggi (KBS, PKK)Jurulatih Wall Climbing (PMM, PKK Pahang)Jurulatih Pelayaran & Akuatik SK SimpaiBoat Handling (Alam)Teknik Rakit Kebangsaan (KPM)Pencapaian Sepanjang Bergelar GuruAnugerah Jurulatih Cemerlang Kebangsaan 2018Anugerah Jurulatih Cemerlang Kebangsaan 2019Anugerah Kecemerlangan SPPK Pahang 2018Anugerah Guru Adiwira Negeri Pahang 2019Anugerah Ikon Kokurikulum Pahang 2020Duta Guru Nadi NegaraKata beliau, kejayaan itu tidak akan dicapai seandainya kita tidak berusaha untuk mendapatkannya dan kejayaan itu tidak akan dicapai sekiranya kita tidak mahu bersatu dan bersama berusaha memilikinya. Tidak akan berubah sesuatu kaum atau bangsa itu jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya.Tuntutlah ilmu yang bermanfaat untuk dirimu dan sampaikan agar ia dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Amalkan sikap membina bukan menjatuhkan. Hanya jiwa yang kental mampu menyerap tekanan - Cikgu Mie UbaiCikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 Setelah membaca kisah Cikgu Mohamad Sahaimi ini membuatkan aku sangat kagum dan terharu dengan setiap pengorbanan dan sumbangan yang telah diberikan beliau kepada sekolah SK Simpai.. Beliau sememangnya seorang guru yang sangat hebat, guru yang mempunyi jiwa, guru yang sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga tanpa meminta balasan demi melihat kejayaan anak didiknya. Bagi aku, sangat sukar untuk menemui seorang guru sepertinya yang tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan dalam membangunkan pendidikan di sekolah SK Simpai.Memang selayaknya beliau dinobatkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 diatas segala usaha dan pengorbanan yang dilakukannya untuk memartabatkan pendidikan negara.Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal diatas kemenangannya dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. Semoga cikgu terus bersemangat juang dan tidak pernah berputus asa dalam mendidik anak bangsa.. Sesungguhnya, pengorbanan cikgu tidak dapat dibalas dengan kata-kata.. Teruslah menjadi guru yang sentiasa memberikan inspirasi kepada anak didik untuk terus berjaya.. Cikgu adalah Guru Luar Biasa!Dalam kegembiraan beliau mengecapi kemenangan ini, Cikgu Mohamad Sahaimi tidak lupa pada mereka yang memerlukan.. Beliau telah membelanjakan separuh daripada wang kemenangannya itu untuk membantu golongan yang memerlukan. Katanya, setiap rezeki kita ada hak orang lain keatasnya. Semoga Cikgu Mohamad Sahaimi dimurahkan rezeki selalu.. Sememangnya beliau adalah seorang yang pemurah.Saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada McDonald's Malaysia kerana telah memilih 'Si Pendayung Buruk' ini sebagai salah seorang pemenang anugerah ini. "Aku hanya si Pendayung Buruk, biar buruk asal berguna, perahu tak hanyut haluan tak lari. InsyaAllah akan sampai juga" -  Cikgu Mohamad Sahaimi bin ZainalGuru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi kegelapan.. Tanpa seorang guru, tidak mungkin kita menjadi kita pada hari ini.. Selepas kedua ibu bapa kita, daripada gurulah kita mengenal erti hidup dan belajar banyak perkara untuk menjadi yang terbaik. Sebagaimana kita menghormati kedua ibu bapa kita, begitulah juga kita harus menghormati seorang guru. Mereka telah mengorbankan masa dan tenaga untuk mencurahkan bakti dan budi kepada kita. Jadi, marilah kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Semoga segala ilmu yang dicurahkan mereka mendapat keberkatan untuk kita semua menjadi seorang yang berjaya..Tahniah Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal!
https://www.leaazleeya.com/2018/04/althea-bare-essentials-3-easy-step.html
Althea Bare Essentials | 3 Easy Step Korean Skincare Routine
Althea Bare Essentials | 3 Easy Step Korean Skincare Routine  |  Annyeonghaseyo! Ewaahh speaking korea pulak kali ni ye.. Almaklumlah tengah bercinta dengan produk dari korea, jadi kenalah belajar cakap korea walaupun sepatah.. Haha..!! Ok, sebelum ni LA dah pernah review produk kosmetik dari Althea dan kali ni sekali lagi LA nak bergossip tentang produk Althea yang diterbangkan terus dari Korea.. Bukan kosmetik tetapi skincare.. Kalau korang nak tahu, skincare ni sedang hangat diperkatakan di media sosial.. Sana sini orang dok bercerita tentangnya.. Dah viral uolls... Produk apa tu?? Memperkenalkan the new babies dari Althea, Bare Essentials - 3 easy step Korean Skincare roution...  Sebelum tu, LA nak ucapkan tahniah buat Althea dengan kelahiran barunya ini, Althea Bare Essentials yang kini menjadi sebutan ramai orang disana sini.. Apa yang bestnya Bare Essentials ni? Haaa kalau nak tahu kenalah baca sampai habis ye sebab LA akan kongsikan dengan korang semua segalanya tentang Bare Essentials ni.. Rugi tau tak baca sampai habis.. Hehe.. Tak nak cakap banyak, jom kita unbox dulu kotak Althea yang sentiasa comel tak pernah tak comel ni..  Setiap kali dapat Althea box, perasaan teruja tu lain macam sikit... Tak sabar-sabar nak tengok isi dalamnya.. Bila dah buka kotaknya, automatik senyuman pasti terukir sampai ke telinga.. Hiks..!  Warna putih bertulisan hitam.. Simple Packaging but nice.. I loikeeee!! Tetap nampak eksklusif... Orite, dalam box ni ada 6 item kesemuanya iaitu :- Bare Essentials 3 Step Skincare Routine ♥♡ The Contour Cleanser (150g) ♥♡ The Primer Water (200ml) ♥♡ The Fixer Cream (50g) + ♥♡ Bare Essentials Sample Sachet ♥♡ Mirror ♥♡ Althea Marble LA kalau bab memlilih skincare ni memang cerewet sikit.. Kena pastikan produk tu betul-betul bagus dan tak memudaratkan sebab dulu pernah tersalah pakai skincare, habis muka naik jerawat.. Jadi, untuk langkah selamat LA memilih produk keluaran Althea ni sebabnya produk ni tak mengandungi bahan kimia berbahaya.. Lagi pun LA dah jatuh cinta sebenarnya dengan produk dari korea ni.. Bukan sahaja selamat digunakan tetapi ada banyak pilihan.. Tambah lagi bila tengok kulit orang korea semuanya cantik-cantik, nak la jugak jadi macam mereka kan.. Terpengaruhhhh sangat aku ni kan.. Haha!! Dulu sebelum wujudnya Bare Essentials ni, LA pernah la jugak risik-risik rutin harian penjagaan kulit orang korea.. Terjumpalah 10 step rutin penjagaan kulit yang orang korea selalu amalkan untuk kekal cantik dan glowing.. 10 step tu weh.. Bukan sikit-sikit.. Tetapi dengan tabah dan rajinnya, LA amal lah jugak beberapa darinya.. Hehe.. Kengkonon nak acah-acah Kpop.. Sanggup amalkan tu.. Tetapi bila dah ada Bare Essentials ni, selamat tinggallah 10 step tersebut sebab dengan Bare Essentials ni, hanya perlu amalkan 3 step penjagaan kulit sahaja setiap hari.. Mudah dan cepat... Tak perlu dah bersusah payah.. Thank You Althea..  3 Langkah Rutin Penjagaan Kulit Yang Mudah Dan Cepat Dengan Bare Essentials Cuba tengok skincare korang, ada berapa item semuanya? Mesti lebih dari 3 item kan.. Ok, kalau korang nak tahu, sebenarnya dalam step penjagaan wajah ni, perlu ada 3 perkara asas iaitu pembersih, penyegar (toner) dan pelembab.. Ini item wajib yang perlu ada dalam setiap skincare untuk memastikan wajah mendapat penjagaan yang sempurna.. Sekiranya terdapat item lain selain 3 step asas ini, itu hanyalah sebagai tambahan sahaja.. Jadi, dengan hanya menggunakan set skincare Bare Essentials ni dah memadai untuk menjaga kulit wajah kita.. Dah lah mudah, cepat pulak tu.. Ok, jom tengok 3 step mudah penjagaan kulit wajah yang LA amalkan setiap hari dengan Bare Essentials ni... ♥♡ The Contour Cleanser (150g) Step pertama!! Harussss cuci muka dulu sebersih-bersihnya dengan Contour Cleanser... Kalau muka tak bersih, macam mana kulit muka nak sihat kan? Jadi, jangan abaikan dan pandang remeh step pertama ni ok! Best tau cleanser ni sebabnya masa cuci muka kulit terasa nyaman dan sejuk aje.. Syiokk sangat!! Cara guna macam biasa, cuci muka dengan air dulu, picit sedikit Contour Cleanser atas tapak tangan dan urut perlahan di wajah.. Kemudian Bilas.. Masa cuci muka dengan Contour Cleanser ni, LA perasan yang teksturnya ada bijik-bijik halus seolah-olah seperti skrub muka.. Nak tahu kenapa? Sebabnya, Contour Cleanser ni mengandungi mikro kapsul dimana ia berfungsi menyah segala kotoran dan sel-sel kulit mati pada wajah.. Contour Cleanser ini mengandungi beberapa bahan aktif seperti Ice Plant, Lemon Myrtle dan Verbana Leaf.. Ice Plant bertindak sebagai penenang yang boleh mengurangkan kesan kemerahan pada kulit manakala Lemon Myrtle pula berfungsi sebagai detoks untuk menyahtoksik kulit muka.. Satu lagi keistimewaan Contour Cleanser ni yang perlu korang tahu.. Dengan penggunaan yang berterusan, ia boleh 'merampingkan' bentuk muka korang memberi kesan 'V' shape pada wajah.. Kalau korang mengimpikan bentuk muka yang 'V' shape, bolehlah guna Contour Cleanser ni.. Sebab itu jugalah pembersih muka ni diberi nama 'Contour Cleanser'.. Selain itu, pembersih muka ini juga dapat membantu melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit halus bak sutera gituuu!! Ehhh satu lagi, kalau korang yang suka make up tebal-tebal tu, LA suggest sangat pakai pencuci muka ini sebab Contour Cleanser ni juga mampu menanggalkan solekan dan membersihkan muka dengan sempurna.. Tak payah dah nak sental muka dengan make up remover bagai.. Cukup hanya dengan Contour Cleanser ni aje... LA sendiri memang pengguna tegar make up remover.. Lepas guna Countour Cleanser ni dah tak perlu Make up remover lagi dah.. Dah boleh skip satu step lagi kan.. Jimat masa dan tenaga.. Hehe.. Harga  :  RM23.00 ♥♡ The Primer Water (200ml) Step kedua!! Seterusnya.... Lepas cuci muka, LA pekena pulak Primer Water sebagai toner.. Macam rutin kebiasaan kitalah kan... Lepas cuci muka mesti nak kene pakai toner.. Eceli, sebelum ni memang LA tak suka pakai toner hokeh!! Rasa tak selesa dan melekit.. OMG!! Memang tak suka!! Tapi tidak dengan Primer Water ni, LA suka sebab baunya wangi dan lembut.. Lagi pulak lepas apply kat muka, rasa segar jerk muka dan ofkos tak melekit serta selesa.. Water Primer ni bukan sekadar toner biasa ye, ia berfungsi 2 in 1 iaitu sebagai toner dan juga primer.. Nama lagik Primer Water kan.. Haruslah untuk primer juga... Primer Water ini juga dihasilkan dengan Macro Fluidic Dispersion Tecnology yang dipatenkan dimana ianya mambantu mengecilkan liang pori dan memberi kelembapan pada kulit.. Diperbuat dari Ekstrak Snow Lotus, Primer Water ini menjadikan kulit lebih licin dan lembut bak sutera dimana ianya dapat meningkatkan sinar semulajadi kulit serta menjadikan kulit lebih sihat sempurna.. Cara guna mudah sahaja sama seperti korang apply toner kat muka korang... Titikkan Primer water di tapak tangan atau di atas kapas muka kemudian sapu atau dapkan ke seluruh wajah.. Best tau Primer Water ni sebab ianya mudah serap... Harga  :  RM43.00 ♥♡ The Fixer Cream (50g) Step ketiga!! Last step... Muka dah cuci.. Penyegar pun dah apply... Apa lagi ye?? Haa untuk step seterusnya kena lah apply Fixer Cream pula untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah.. Fixer Cream ni tidak berminyak tau dan mudah menyerap ke dalam kulit wajah.. Dengan menggunakan Fixer Cream ni, dapat menghalang kehilangan lembapan dan memberi penghidratan kepada kulit selama 24 jam.. Krim yang hebat ini sangat berkhasiat kaya dengan antioksida yang diperolehi dari minyak biji Sinensis (Teh Hijau) dan membantu menghasilkan semula kolagen melalui ekstrak pokok Baobab.. Yang bestnya dengan Fixer Cream ni, semasa penggunaannya, kulit akan kelihatan berseri dan anjal... Harga  :  RM50.00 Pelembab terbaik yang pernah LA cuba.. Tekstur mudah serap dan tak berminyak..  Hanya dengan 3 step sahaja dah boleh jadi cantik persis artis korea.. Hehe.. Lepas pakai Fixer Cream ni dah boleh make up seperti biasa.. Yang penting basicnya kita dah apply dekat muka untuk melindungi muka dari kerosakan.. Pastikan korang juga tak skip 3 step asas ni ye.. Penting tau!! Dapatkan Bare Essentials Dengan Harga Berbaloi-Baloi!! Untuk cantik tak perlu berhabisan sampai beribu-ribu ringgit.. Paling penting, kena jaga asasnya terlebih dahulu.. Itu pun dah mampu menjadikan kulit sihat dan bersinar.. Tak perlu lagi amalkan 10 step rutin penjagaan kulit orang korea, hanya perlu 3 step mudah sahaja dengan Bare Essentials dah mampu kelihatan cantik ala-ala artis korea.. Tak percaya, silalah cuba ye... Hehe.. Dapatkan sekarang Bare Essentials dengan harga berbaloi-baloi, hanya dengan RM116, korang akan dapat 3 step mudah penjagaan kulit dari Althea... Oh ya, Althea juga tawarkan diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian Bare Essentials dan percuma satu unit cermin limited edition.. Cepat tau selagi stok masih ada... Kalau lambat, jawabnya tengok ajelah orang lain cantik.. Haha!! Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :- Website http://www.althea.kr/ Facebook https://www.facebook.com/altheamalaysia/ Instagram https://www.instagram.com/altheakorea/
https://www.leaazleeya.com/2019/02/jualan-buku-big-bad-wolf-meraikan-ulang.html
Jualan Buku Big Bad Wolf Meraikan Ulang Tahunnya Yang Ke-10 Dengan Destinasi Pertama Di Kuantan
Jualan Buku Big Bad Wolf Meraikan Ulang Tahunnya Yang Ke-10 Dengan Destinasi Pertama Di Kuantan | Sebagai usaha memupuk minat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Pahang bakal menjadi destinasi pertama di antara 9 negeri yang lain di 2019. Berita baik untuk para pencinta buku! Selepas Jualan Buku Big Bad Wolf menutup tirai dengan penuh jayanya pada Disember 2018, Jualan Buku Big Bad Wolf kini kembali untuk jualan buku yang selalu dinanti – nantikan di seluruh Malaysia. Jualan Buku pertama tahun ini akan diadakan di Kuantan pada 28 Februari hingga 10 Mac 2019, di mana para pencinta buku boleh mendapatkan beraneka jenis buku pilihan mereka di Universiti Malaysia Pahang, Gambang. “Tahun ini bakal menjadi tahun yang menarik buat kami di Big Bad Wolf Books. Sempena dengan sambutan ulang tahun kami yang ke‐10 dan buat julung kalinya dalam sejarah Big Bad Wolf Books, kami akan membawa Jualan Buku ini ke 10 buah negeri di Malaysia,” kata Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap. Menampilkan buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95%, para pencinta buku boleh berbelanja mengikut kemahuan hati mereka bermula seawal 10.00 pagi hingga ke tengah malam di Jualan Buku Big Bad Wolf di Kuantan. Jualan ini menawarkan pelbagai pilihan buku paling laris, novel remaja, kisah percintaan, sains fiksyen, jenayah, kisah seram, perniagaan, seni bina, seni dan reka bentuk, resipi serta banyak lagi. Para pelanggan boleh mendapatkan kesemua buku berkenaan di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sesuai untuk semua peringkat usia, Jualan Buku ini turut menampilkan tajuk-tajuk buku dari kalangan penulis-penulis ternama, serta buku dari penerbit tempatan yang terdiri lebih daripada 40 penerbit seperti PTS, Karangkraf, Dewan Bahasa dan Pustaka serta ITBM Publishing. 12 penerbit buku indie yang turut mengambil bahagian di Jualan Buku ini termasuk Buku Fixi, Dubook Press, Lejen Press, The Patriots dan Mapple Comics. Buku-buku ilmiah terbitan Sasbadi dan Pelangi serta terbitan universiti di bawah kumpulan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) juga boleh didapati di sepanjang Jualan Buku tersebut selama 11 hari. Di samping itu, dalam usaha untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyerokkan bagi si kecil, ibu bapa yang mengunjungi Jualan Buku tersebut pastinya akan berpuas hati dengan pemilihan buku yang berbagai macam di bahagian kanak-kanak. Antara buku yang disyorkan adalah buku augmented reality (AR) oleh Little Hippo yang mempunyai lapan jenis judul. Menggunakan kecanggihan teknologi AR, buku AR Little Hippo mencipta satu pengalaman pembacaan yang immersive dan berinteraktif untuk si kecil, yang pastinya akan merevolusikan cara membaca, bermain dan belajar pada masa yang sama untuk  generasi akan datang. "Salah satu misi utama Big Bad Wolf adalah untuk memupuk minat suka membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai sebuah jenama yang sedang berkembang,  kami akan terus membawa lebih banyak buku mampu milik ke bandaraya-bandaraya di dalam dan di luar negara, sejajar dengan matlamat kami untuk mencetus inspirasi dan memperkasakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan,” tambah Yap. Di dalam usahanya untuk menyemai bakti kepada masyarakat, Jualan Buku Big Bad Wolf akan meneruskan peranan yang dipertanggungjawabkan oleh sayap Tanggungjawab Sosial Korporatnya menerusi Program Red Readerhood di sepanjang tempoh Jualan Buku di seluruh Malaysia. Untuk Jualan Buku di Kuantan, kanak-kanak kurang bernasib baik dari beberapa rumah kebajikan di bawah seliaan Pertubuhan Komuniti Harap Kuantan (HARAP) akan mendapat manfaat menerusi program berkenaan di mana orang ramai boleh menyumbangkan buku yang dibeli di Jualan Buku ini. Inisiatif tersebut diadakan bagi memastikan kanak-kanak kurang bernasib baik mendapat akses kepada buku-buku berkualiti. Selain daripada buku, para pelanggan juga boleh membeli pelbagai cenderamata seperti lencana, magnet dan barangan Big Bad Wolf. Memandangkan  jualan ini akan berlangsung sehingga tengah malam, Jualan Buku Big Bad Wolf turut menyediakan gerai-gerai jualan makanan berkonsepkan food truck di Universiti Malaysia Pahang bagi memudahkan para pengunjung yang datang untuk menjamu selera dan menghilangkan dahaga dengan beraneka makanan serta minuman yang lazat. Pastikan anda sentiasa mendapat maklumat terkini dengan mengikuti #BBWPahang2019 di : - FACEBOOK : fb.com/bbwbooks  INSTAGRAM : @bigbadwolfbooks
https://www.leaazleeya.com/2014/02/ketika-malas.html
Ketika Malas...
Assalamualaikum.. MALAS... Penyakit tu.. Penyakit yang merbahaya... susah nak ubat.. Hahaha.. Penyakit ni dah berjangkit kat aku semalam.. Bila dah dijangkiti, so ini je la makanan aku untuk malam hari.. Sebab kemalasan melanda.. Hahaha.. Meggi Kekarian.... . . . . Jemput Makan ye... hahaha~!! Smile... :)
https://www.leaazleeya.com/2016/01/berdoalah.html
Berdoalah
Assalamualaikum wbt.. *pixa dr google* Selamat pagi buat kawan-kawan blogger LA... Moga semua diberikan kesihatan yang baik dan memulakan hari ini dengan lebih bersemangat.. Pagi ni LA ada terbaca satu artikel berkenaan doa.. Terus tergerak hati nak buat post berkenaan BERDOA ni... Hihi..!! “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku [berdoa kepada-Ku] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”  (QS al-Mu’min/40: 60) Dalam seharian kita berapa kali kita berdoa?? Paling kurang pown mesti 5 kali kan.. lepas solat mesti berdoa..kan.. kan.. takan tak doa kowt lepas solat...!! agak-agak laa....!! Haha.. Berdoa ni boleh mendekatkan diri kita lagi pada ALLAH tau.. So pas ni kene la berdoa kerap sikit... Insyaallah pasti ALLAH perkenankan sekiranya kita berdoa bersungguh-sungguh.. Korang nak tahu tak?? Orang yang paling dekat dan rapat dengan ALLAH adalah orang yang paling rajin dan banyak berdoa kepadaNYA dengan bersungguh-sungguh dan sekikhlas hati.. Tapikan.... kenapa kita ni berpenyakit MALAS yek untuk berdoa??? Sedangkan ALLAH dah bagi jaminan yang DIA akan perkenankan a.k.a makbulkan doa kita.. Ce tengok ayat kat atas tu.. Haaa.. Dah terang lagik bersuluh.kan.. Kalau tak sekarang pown dia makbul, mungkin kat syurga nanti..!! Insyaallah.. Okeh ni tips untuk kite lebih rajin untuk berdoa.. Jom tengok ape yang boleh dilakukan dan dipraktikkan untuk lebih rajin berdoa.. Moga membantu.. Pertamanya, korang boleh ambil sehelai kertas dan listkan apa yang korang nak dalam hidup korang.. Contohnya nak diampunkan dosa-dosa yang ada, untuk mendapatkan ketenangan hati, bahagia dunia akhirat, dilimpahkan rezeki yang halal, kesihatan yang baik, kelapangan masa, suami/isteri soleh/solehah, isteri lawa.. suami hensem.. Haha.. dan ape sajelah yang korang nak mohon korang boleh listkan.. Pastu ambil masa untuk duduk, renungkan hidup, tanya pada diri, apa yang korang nak dalam hidup ni.. Senaraikan dalam sehelai kertas tersebut. Tak kire la berpuluh-puluh ke.. beratus-ratus ke.. listkan ajerrr..!! Keduanya, bawa lah kertas tersebut setiap kali solat... Ketiganya, tetiap kali habis solat, doa dan mintalah pada ALLAH apa yang korang tulis tadi... Doa dalam bahawa melayu je...Jangan la korang risau ALLAH faham apa yang kita ucapkan.. Tapi jangan lah pulak korang doa mintak bende pelik-pelik lak.. mintak tumbuh sayap la.. doa boleh terbang laa... doa ada superpower laa.. Tu melampau nama nye yek.. meh nak sekeh 100 kali... !! Keempatnya, jangan lupa yek kawan-kawan berkenaan adab dalam berdoa ni.. paling utama hendaklah mengadap kiblat ye.,. pastu tadah la tangan tu.. merendah diri dan mulailah doa dengan memuji ALLAH dan selawat keatas Rasulullah SAW. Last sekali, hendaklah sentiasa bersangka baik yek dengan ALLAH SWT...  So, lepas ni boleh la kita praktikkan cara ni.. Moganya kite lebih rajin berdoa.. Kita ni sebenarnya yang jadi malas berdoa tu sebab kita tak faham apa yang kita doa kan.. Andainya kita faham hakikat berdoa tu, pasti kita berdoa bersunguh-sungguh... Sebabnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin..!!
https://www.leaazleeya.com/2017/04/eversoft-skinz-youth-recall-booster.html
Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist Lembabkan Kulit Wajah
Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist Lembabkan Kulit Wajah  |  Kali ni nak review lagi satu produk yang datangnya dari 5th Lazada Birthday Suprise Box  yang aku dapat ritu...  Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist.....  Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist Baru pagi tadi aku try produk ni.. Wahh baunya sangatlah best.. Nyaman betul.. Tenang rasa.. hehe.. Produk ni just perlu sembur ke muka.. Tapi pastikan jaraknya dari muka 20cm ye... Semburkan muka sekali atau dua kali dan biarkan kering.. Aku guna selepas aku make up.. Ianya akan menampakkan muka kite lebih segar dan lembab.. Aku suka.. Terasa segar jerk lepas sembur... Sejuk muka-muka aku... Tu yang best tu... Hiks.. Banyak kelebihan produk ni tau.. Nak tau tak?? Teruskan bacaan korang hokeh.. Manfaat Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist ➲  Dapat menyegarkan wajah ➲  Mengembalikan keanjalan kulit ➲  Mengurangkan kedukan dan garis-garis halus ➲  Penghidaratan tahan lebih lama untuk mengekalkan kelembutan kulit ➲  Mencerahkan tona kulit tidak sekata ➲  Mengurangkan kemerahan kulit Nak lebih maklumat tentang ini, korang bolehlah tengok gambar kat bawah ni ye.. Baca sendiri apa yang tercatat kat kotak tu.... Hehe.. Baru hari ni aku pakai dan aku sukakannya... Eceli produk ni ada set nye.. 5 step sahaja untuk cantik.. Yang aku pakai ni salah satu daripadanya... Jom pakat skodeng apa yang ada dalam set produk Skinz ni...  Kalau nak lebih berkesan dan cantik, kena lah guna 1 set ni kan... Hehe.. Buat masa ni aku try Booster Mist ni aje la dulu.. Tengok keserasian macam mana kan... Bila dah rasa serasi bersama nanti, baru pulun beli 1 set terus.. Haha.. Kalau korang nak try jugak apa yang aku try ni, korang bolehlah usha dekat Lazada Malaysia ye.. Aku tinggalkan link untuk korang terjah ye kat bawah ni.. Jom shopping di LAZADA MALAYSIA Baca juga : Firstime Try Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte
https://www.leaazleeya.com/2021/06/mcdonalds-malaysia-taja-makanan-kepada-petugas-kesihatan.html
McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan
McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan  |  Sepertimana umum ketahui, pada hari ini negara kita masih lagi berhadapan dengan situasi penularan jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan bukan sahaja wabak ini dihapuskan segera, malah kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan.. Dalam usaha mengawal pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini, tidak akan berjaya tanpa kegigihan, semangat kental dan daya juang pasukan petugas barisan hadapan (Frontliners) terutamanya petugas kesihatan dan perubatan.McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas KesihatanAktiviti kemasyarakatan merupakan satu budaya McDonald's untuk menjalinkan hubungan erat bersama komuniti. Pada tahun ini, McDonald's Malaysia telah memanjangkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kepada para petugas barisan hadapan yang komited untuk membanteras wabak Covid-19 dalam menghargai jasa besar mereka kepada negara.Bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang bertugas di barisan hadapan ini, McDonald's Malaysia telah menunjukkan penghargaannya dengan menaja makanan kepada petugas kesihatan dan perubatan di lebih 70 buah hospital di seluruh negara sejak  tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini yang diumumkan oleh kerajaan.. Ini merupakan salah satu usaha McDonald's Malaysia yang sentiasa peka dan ambil peduli tentang keadaan semasa negara kita. Dengan inisiatif ini, sekurang-kurangnya dapatlah memberi sedikit kegembiraan kepada mereka dalam menghadapi tekanan kerja dimusim pandemik ini..Penghantaran makanan ini dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ke setiap hospital dimana penajaan makanan untuk hospital-hospital yang merawat pesakit Covid-19 ini, secara langsung memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 petugas barisan hadapan kesihatan di seluruh Malaysia yang setiap hari bertungkus lumus bekerja demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.. Inisiatif ini juga bertujuan bagi menghargai petugas barisan hadapan yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka dalam menangani pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini."Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan selama wabak ini." kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.Dalam pada itu juga, McDonald's Malaysia masih lagi meneruskan kempen #KitaBoleh dimana menerusi kempen #KitaBoleh ini, mereka mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.. Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rally organisasi #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan oleh syarikat ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu.Menerusi konsep #KitaBoleh yang dicetuskan dan dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia melalui platform media sosial mereka bertujuan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu dan bersemangat juang dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini. Melalui semangat #KitaBoleh ini juga sekaligus kita dapat menangani apa jua cabaran yang mendatang dan tetap berdiri teguh bersama.Dengan slogan #KitaBoleh ini juga secara tidak langsung dapat menggambarkan keberanian dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang sentiasa bertungkus lumus dan tidak pernah berputus asa tanpa mengenal erti penat lelah bekerja siang dan malam dalam memerangi wabak ini ketika rakyat kekal berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan."Apa yang tetap kekal pada waktu kita diuji ini adalah ketabahan dan kegigihan yang berterusan para petugas barisan hadapan yang bekerja sepanjang masa membuatkan kehidupan seharian kita sentiasa dalam keadaan selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.Azmir juga tidak lupa memberi pengiktirafan kepada pasukan restoran yang bertugas di lapangan sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menghantar makanan dan membuatkan petugas barisan hadapan kesihatan mengukirkan tersenyum kegembiraan dengan makanan kegemaran mereka. Kerana jasamu #KitaBoleh mengharungi pahit getir cabaran ini.."Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pasukan restoran McDonald's di seluruh negara yang telah terlibat dengan tugas menghantar makanan ke hospital ini dan memastikan petugas barisan hadapan kesihatan dan perubatan mendapat makanan kegemaran mereka." kata Azmir.Jika kita lihat, sehingga ke hari ini McDonald's Malaysia sentiasa bersedia untuk memainkan peranan walaupun sekecil-kecilnya demi menyumbang kepada komuniti di sekitarnya. Langkah tersebut adalah sebahagian daripada nilai teras McDonald's Malaysia dalam menghargai petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk membendung penularan wabak Covid-19 ini sekaligus mewujudkan impak positif kepada masyarakat.. Tahniah kepada McDonald's Malaysia diatas inisiatif ini dan semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat darinya di masa-masa akan datang.Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia marilah sama-sama mengharungi saat-saat sukar ini dengan mematuhi semua langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan supaya Covid-19 ini dapat dihapuskan dan marilah menyahut cabaran #KitaBoleh duduk di rumah agar wira-wira kita ini dapat berjuang demi kita, untuk kita. Sama-samalah kita memerangi dan memutuskan rantaian jangkitan covid-19 ini.. 
https://www.leaazleeya.com/2016/04/mood-terbang-tetiba.html
Mood Terbang Tetiba..
Assalamualaikum wbt.. Hadoiii.. Nape mood tergelincir dari landasan hari ni.. Nak hapdet blog pown tarak mood.. Seb bek dapat jugak selesaikan tugas hakiki.. hurmm sebetulnya hanya beberapa tugas hakiki.. hehe... Ape yek aku rasa sebenarnya sekarang ni.. Tataw ape sebenarnya yang aku rasa.. Adehh terkeliru dengan perasaan sendiri.. Sama cam gambar kat atas.. Haha...:D **kredit untuk pelukis... jumpa kat google.. Apakah rasa itu?? Suka Gembira Sedih Menyampah Pelik Keliru Poyo Pedih Lucu Kelakar Haha.. banyak toi rasa... Paling syahdu rasa sedih.. Nape?? sedih bila rasa ada orang tak suka kita.. Nape?? tatau la labuuu... Tersalah cakap ke?? Mengguriskan hati orang ke?? Calarkan perasaan orang ke?? hurmmm masih tataw... Tak pe la aku tataw.. Janji ALLAH Itu Maha Mengetahui..  Arghhh tensen bila dah banyak sangat rasa macam ni yek.. Tak pandai nak tafsirkan perasaan sendiri yang mana lebih jelas rasanya... Gembira?? yep ada sedikit gembira menyelubungi hati... kenapa sikit?? sebabnya bertindih tindih dengan rasa yang lain kann.. Jadinya, sikit aje la space untuk GEMBIRA tersebut bertahta dalam hati.. huhu.. Nape gembira?? sebab gembira bila lihat sahabat-sahabat gembira dan bahagia... Tanya hati tu.. ada space untuk rasa dengki jugak tak dalam hati tu.... Hurmmmm.. dah tanye banyak kali... Alhamdulillah takde langsung kali ni... Syabasssss wahai hati...  Pelik kenapa pulakk?? adehhh.. mane tak pelik bila tetiba ada ayat yang diberikan kita tak faham ditujukan kepada siapa??? adakah aku?? ehhhh tapi cam tak berkaitan.. Tapi nape hati cam ada rasa gerak-gerak soh terasa.. Hahaha... tak ke pelik namanya tuu..  Pedih nyeee ulu ati ni bile tau orang membenci kita dari kejauhan tanpa kita ketahui... Maila... habaq mai ape salah chekk kat hang sampai hang benci kat chek... Chekk jahat kaaa??? hoh... Kalau kerana tugas hakiki itu chek tak dapat membantu sebab chek adalah 'saya yang menurut perintah'.... Harap memahami naaaa... Kalau sebab len meh dekat-dekat habaq kat chekk.. buleh chek mintak maap secara terbuka.. Sebab apa?? sebabnya kengkadang kita tak sedar yang kita telah menyakiti hati orang lain... Kita rasa kita tak buat silap.. sedangkan hati orang terguris dengan nya.... saya tatakkk kuadddd...!! Okeh laa.. perasaan dan rasa yang lenglain tamo ar cite dah... Aku nak p mengunyah makanan sat kat kantin... Kang lauk habis sape yang nak kesah?? aku jugakkkkk sendirian berhad... Haha... k. bai...!!
https://www.leaazleeya.com/2017/11/cipta-detik-scent-sasi-dengan.html
Cipta Detik “Scent-sasi” Dengan Enchanteur Paris Petite Parfum
Cipta Detik “Scent-sasi” Dengan Enchanteur Paris Petite Parfum  |  Wangian dengan wanita memang tak dapat dipisahkan.. Memang sifat semulajadi wanita yang sukakan pada wangi-wangian.. Atau ada yang tak suka pada wangian?? Agak pelik disitu ye.. Hehe.. Macam aku sendiri memang sukakan wangian.. Tetapi haruslah yang tidak 'menyiksa' deria bau aku ni.. Aku sukakan bau yang lembut dan dapat menenangkan.. Lagi pun dalam Islam sendiri tak menggalakkan kita memakai wangian yang terlalu kuat baunya sehingga dapat menarik perhatian orang lain terutama yang bukan muhrim.. Hah gitu... Jadi, aku teruja dengan wangian terbaru dari Enchanteur yang sentiasa memenuhi ciri-ciri wangian yang aku suka.. Jom cipta detik "Scent-sasi" dengan Enchanteur Paris Petite Parfum bersama aku.. Cipta Detik “Scent-sasi” Dengan Enchanteur Paris Petite Parfum Kali ni Enchanteur hadir dengan 'handbag' comel yang didalamnya terdapat 4 jenis mini perfume yang diberi nama Enchanteur Paris Petite Parfum... Semuanya wangi-wangi belaka dan aku suka dengan harumannya yang lembut dan menenangkan.. Sememangnya dari dulu lagi aku adalah pengguna produk Enchanteur.. Dari mandian hinggalah ke perfumenya... Tak perlu beli jenama mahal kerana dengan Enchanteur pun aku dapat menikmati haruman yang setanding jenama antarabangsa... Ok, jom aku cerita sikit tentang Enchanteur Paris Petite Parfum ni.. Mesti korang tak sabar-sabar kan nak tahu.. Hiks.. ENCHANTEUR merupakan rangkaian berkualiti berinspirasikan wangian dan produk penjagaan diri dari Paris.. Wangian ENCHANTEUR dicipta khas untuk menyemarakkan saat kemesraan di dalam setiap perjalanan romantis seorang wanita.. Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain mereka akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, mereka akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu mereka ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan. ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri. ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usahasama bersama pencipta wangian Perancis, Enchanteur menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian Enchanteur Paris, iaitu Belle Amour dan Adore serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa. ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama. Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban. Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan. Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai. Ada 4 haruman yang berbeza iaitu Jolie (Lovely), Cheri (Darling), Belle Amour (Beautiful Love) dan Adore (Adorable)... Keempat-empat wangian ni aku suka.. Kalau tanya aku yang mana sangat- sangat-sangatttttt aku suka, aku suka wangian Jolie.. Kenapa? Sebab aromanya sangatlah lembut hokeh!! Orite, jom kenal dengan kesemua wangian dari Enchanteur Paris Petite Parfum ni.. ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)  Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan istimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.   ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)  Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai. ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)  Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.       ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)  Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.    Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.   ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari :- Website http://www.enchanteur.com.my/ Facebook http://www.facebook.com/EnchanteurMY Instagram https://www.instagram.com/enchanteurmy/
https://www.leaazleeya.com/2015/02/dah-sampai-masa.html
Dah Sampai Masa...
Assalamualaikum wbt.. sumber : google Dah sampai masa... Apakah???  TV aku rosak wehhhh... Adoiii dah sampai masa dia setelah 10 tahun berkhidmat untuk aku... TV tu aku beli dengan gaji pertama aku semasa kerja swata dulu... Sangat-sangatlah berjasa pada aku.. Peneman aku dikala sunyi... Cewahhh...  Yang tak bestnya dia rosak pada masa yang agak tidak sesuai... Rabak lagik la akaun bank aku kali ni.. hehehe... Tapi apa boleh buat... Kene jugak carik yang baru.. So, operasi mencari peneman baru bermula.. Hampir 2 hari aku dok survey kat kedai letrik sekitar bandar Kuantan... Biasalah bila nak beli bende-bende yang mahal ni kene buat servey terlebih dahulu.. Tak boleh nak hentam kromo aje.. Bukan singgit dua bossssss....~!! Kebetulan ada lak kawan opiz nak beli tv jugak... So boleh la 'tugede-gede' beli kan.. hehehehe.. Moga-moga dapat murah lagik.. Aku pown tak berapa tahu sangat market harga tv di pasaran... Tak pernah amek peduli... Sebab tu la p redah banyak kedai dulu buat bandingan harga...   Hajat dihati nak la beli TV LED 42 @ 40 henci Full HD... Bila dah sampai kedai tv, tetiba mata ni tengok kecik je tv 42 @ 40 henci tu... Sebabnya dikelilingi oleh tv yang saiz nye lebih besar gedabak... Hoh... Hati dah beralih arah wehhh... Terpikat ngan tv 48 henci la pulak... Hahaha.. parah-parah... Kawan opiz yang sorang tu cakap, alang-alang nak beli baik beli yang puas ati terus... hoh... Tersangkut lak dengan kata-kata dia tu... fikir punya fikir, betul gak tu... Adehhhh kopak pulak duit gaji aku untuk buat tambahan peribadi kepada duit yang dah di-stenbai-kan itew... huwaaaaaaaaa...~!! makan megi je la bulan ni.. Gaji lambat agik.. tulunnnnn...~!! Tapi tak pe la.. bukan hari-hari beli tv... 10 tahun sekali... harap-harap camtu la.. harapnya 20 tahun la kali ni bertahan.. kekeke... Mula-mula kitorang dok servey tv sony... pastu tetiba beralih arah kepada samsung pulak... Carik punya carik jumpa la kedai yang paling murah harga yang ditawarkan kepada kami.. TV Samsung LED 48 henci Full HD...  sumber : pinjam gambar mudah.my.. Setelah berletih-letihan mencari, kami buat keputusan untuk beli aje kat kedai tu.. Sebabnya rasa agak murah harga yang ditawarkan berbanding kedai-kedai lain... Letih wooo0o0oo masuk kedai keluar kedai.. Dengan keadaan aku yang sekarang ni.. sangat-sangat la tak larat... hehehe So, inilah hasil kami... Samsung LED 48 henci Full HD...  Si peneman baruku... Luas pemandangan mata ini..  Alhamdulillah rezeki tuhan semua ni... Moga dilimpahkan lagi rezeki yang halal oleh-NYA..  Amin..
https://www.leaazleeya.com/2018/08/althea-turn-3-althea-angels-welcome.html
Althea Turn 3 | Althea Angels Welcome Gift Box With Real Fresh Skin Detoxer
Althea Turn 3 | Althea Angels Welcome Gift Box  With Real Fresh Skin Detoxer  |  Happy Birthday to you.. Happy Birthday to you.. Happy Birthday to Althea.. Happy Birthday to you.. Yeyyyyy!! Tak sangka usia Althea dah menjangkau ke angka 3 pada tahun ini.. Rasa macam baru semalam mengenali Althea.. Ini bermakna aku belum puas lagi bersama Althea.. hehehe.. Ada yang belum kenal ke dengan Althea? Althea ni sebenarnya sebuah website yang menjual pelbagai jenis produk K-Beauty yang diterbangkan terus dari Korea. Yang mane peminat K-Beauty, patut berkenalan dengan Althea ni.. Korang pasti jatuh cinta nanti.. Hehe.. Althea Angels Welcome Gift Pinky Box Sempena Althea Turn 3 ini, Althea telah memperkenalkan sebuah komuniti iaitu Althea Angels... Alhamdulillah aku adalah salah seorang yang terpilih sebagai Althea's Beauty Ambassador Community di dalam komuniti Althea Angels.. Bukan semua orang boleh sertai Althea Angels ni tau.. Mereka yang terpilih adalah terdiri daripada Vloggers, Beauty Bloggers, Youtubers atau Influencers. Aku bersyukur sangat kerana terpilih.. Teruja gila!! Mana tak terujanya, Althea ni adalah salah satu nama besar dalam dunia kecantikan yang dikenali bukan sahaja di Malaysia malah terkenal juga di Singapore, Thailand, Indonesia, Filipina dan juga USA. Keistimewaan Sebagai Althea Angels Jangan tak tahu ye, menjadi sebagai salah seorang Althea Angels ni banyak keistimewaan yang akan diperolehi dan dinikmati.. Hehe.. Nak tahu apakah keistimewaannya? Meh kita check sama-sama. Welcome Gift Monthly K-Beauty Giveaway Seasonal Annual Shopping Credits Exclusive Discount Code Birthday Credits Exclusive Althea Review Studio Access dan banyak lagi aktiviti lain yang menarik Bila dah terpilih sebagai Althea Angels, keistimewaan pertama yang aku perolehi ofkoslah Welcome Gift.. Teruja tak payah nak cakap la bilamana sebuah parcel pembalutnya berwarna pink sampai depan muka pintu rumah.. Senyum masa tu dah cecah ke telinga.. Haha!! Tak sabar nak buka Althea Angels Welcome Gift Box berwarna pink yang diterbangkan khas dari Korea ini.. Aku memang teruja setiap kali box dari Althea sampai sebab aku memang pengumpul tegar box Althea.. Comel weh!! Ok, tak nak sembang banyak sangat, jom kita lihat apa yang ada dalam Althea Angels Welcome Gift Pinky Box comel ni..  Dah tonton video unboxing kat atas ni? Haa yang mana tak boleh nak tonton disebabkan line internet sangkut-sangkut atau kuota dah habis (alasan kan? Tamo kawan.. Hahaha), tak pe aku up juga kat sini gambar produk yang ada dalam box comel ni.. Hehe.. Semua best-best tau!! Jom kita lihat apa yang adaaaaaa!! Tu diaaaa.. Banyak kan.. Orite, antara barangan yang ada dalam box pink comel ni adalah :- Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose Althea Real Fresh Skin Detoxer Green Tea Tote Bag #AltheaTurns3 "Spread Your Wings" Make Up Bag "Spread Your Wings" Hand Magic Mirror Cute Small Origami Present Box Discount Card Super Saver! Welcome Card "Spread Your Wings" Make Up Bag & Tote Bag #AltheaTurns3 Cute Small Origami Present Box Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea Banyak gile barang yang ada dalam box pink comel tu.. Happy sangat..!! Ok, kalau korang nak tahu, Althea telah melancarkan satu lagi produk baru sempena Althea Turns 3 ni. Aku memang suka produk keluaran Althea ni. Sebelum ni aku telah mencuba Althea Bare Essentials dan ia sangat sesuai dengan kulit aku.. Sampai sekarang aku masih setia dengan Althea Bare Essentials.. Kali ni aku teruja pula untuk mencuba satu lagi produk keluaran Althea yang terbaru iaitu Real Fresh Skin Detoxer yang kini boleh didapati di website Althea!.. Ehh Real Fresh Skin Detoxer ni ada dua jenis tau iaitu Real Fresh Skin Detoxer Rose dan Green Tea..  Untuk keluaran terbaru ni, Althea telah bergabung dan bekerjasama dengan Get It Beauty (Rancangan TV K-Beauty No.1 di Korea)  untuk memperkenalkan produk Althea kepada semua peminat K-Beauty yang akan bersiaran pada bulan September nanti di GIB's TV. Pastikan anda menonton ye nanti!! Real Fres Skin Detoxer Real Fresh Skin Detoxer ini dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Mask 10 saat ini dipenuhi dengan tenaga dan kesegaran alam semulajadi untuk memastikan kulit kekal sihat dan bersih setiap hari. Real Fresh Skin Detoxer ini didatangkan dalam dua jenis iaitu :- Real Fresh Skin Detoxer Rose Real Fresh Skin Detoxer Green Tea Real Fresh Skin Detoxer Rose (Refining) Real Fresh Skin Detoxer Rose dihasilkan daripada 100% kelopak bunga Ros May yang dipetik dengan menggunakan tangan sepenuhnya sekali dalam setahun dalam bulan Mei di Grasse, Selatan Perancis. Fungsi Kelopak Ros May ini adalah ia membantu menghaluskan kulit wajah sehalus kelopak mawar dan membuatkan kulit kelihatan berseri dalam masa 10 saat sahaja! Manakala bahan pembersihnya pula berasal dari Ekstrak kelapa yang meresap perlahan-lahan kedalam kulit tanpa kerengsaan. Real Fresh Skin Detoxer Rose (Refining) bertindak untuk menapis. Sangat sesuai digunakan pada waktu pagi selepas bangun dari tidur kerana ia berfungsi membantu melindungi dan mengawal keseimbangan tahap pH kulit, membersihkan dan memperbaiki peredaran darah, memastikan kulit kekal segar, lembut dan cerah.  Real Fresh Skin Detoxer Green Tea (Purifying) Real Fresh Skin Detoxer Green Tea ini pula mengandungi Teh Hijau Muda dari Ladang Pulau Jeju yang berfungsi bagi melegakan kulit yang sensitif dan membersihkan kulit dalam masa 10 saat. Bahan pembersihnya juga berasal dari Ekstrak Kelapa yang dapat melembutkan kulit tanpa memberikan kerengsaan pada kulit. Real Fresh Skin Detoxer Green Tea (Purifying) ini pula sesuai digunakan pada waktu malam kerana ia bertindak membersihkan kulit secara sempurna. Jadi sebelum tidur, pastikan detox dulu muka korang dengan Real Fresh Skin Detoxer Green Tea ini kerana ia mengandungi bahan semulajadi iaitu daun Teh Hijau Muda yang mempunyai lima kali lebih vitamin C dari Lemon dan memberi perlindungan kulit dari sinar UV yang berbahaya. Selain itu, ia juga mampu mengawal minyak dan membersihkan segala kotoran yang ada pada kulit.  Cara Penggunaan Real Fresh Skin Detoxer Picit sedikit Real Fresh Skin Detoxer di atas tapak tangan kemudian sapu secara nipis ke seluruh wajah. Biarkan sebentar selama 10 saat. Seterusnya, basahkan tapak tangan dan urut wajah dalam gerakan bulat sehingga keluar buih. Akhir sekali, bilas dengan air bersih. Serius, selepas cuci muka dengan Real Fresh Skin Detoxer ni muka segar lain macam.. Memang best gile!! Paling best, muka nampak bersih sempurna dan berseri.. Bukan itu sahaja tau, baunya pun sangat wangi sekaligus dapat menenangkan perasaan.. Serius weh aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan Real Fresh Skin Detoxer ni.. Kenapalah Althea keluarkan produk semuanya best-best belaka.. Tak tidur lena lah jawabnya selagi tak dapatkan produk-produk terbaik Althea ni.. Haduiyai.. Haha!! Jom Dapatkan Real Fresh Skin Detoxer Sekarang! Ok, bagi korang yang mana rasa muka kelam jerk tu, meh pakat beli Real Fresh Skin Detoxer ni di Althea.. Korang pakai ni, gerenti muka korang tak kelam lagik dah sebab produk ni dapat detox muka kita dengan sempurna cuma dalam masa 10 saat sahaja.. Gile terbaik weh!! Kakak-kakak, abang-abang K-POP yang gilakan K-Beauty, boleh jugak try Real Fresh Skin Detoxer ni.. Korang gerenti suka punye.. Berapa harga Real Fresh Skin Detoxer ni? Dekat mana nak beli? Harga  Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea (Set) RM86 Sahaja!! Untuk pembelian, boleh terjah link dibawah ini :- https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set Untuk maklumat lanjut, sila layari :- Website www.althea.kr/ Facebook www.facebook.com/altheamalaysia/ Instagram www.instagram.com/altheakorea/
https://www.leaazleeya.com/2016/04/qhaliff-sudah-kembali-bertatih.html
Qhaliff Sudah Kembali Bertatih
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah.. Anak Ummi dah kembali nak bertatih... Sebetulnya, sebelum ni Qhaliff dah belajar bertatih.. Entah macam mana tetiba dia jadi takut dan dah tak berani nak bertatih.. Sehinggalah munculnya hari semalam... Haha ayat tak leh blah.. Ceritanya bermula disini... hoho.. Semalam, lepas kerja pergi amek dak kecik ni dekat rumah pengasuh.. Rutin harian... Macam biasala.. Sebelum balik umah, duduk sembang-sembang dulu dengan kak Eda (nama pengasuh adik)... Sesi melaporkan.. hehe.. Kak Eda cakap, adik dah boleh jalan... Terkejut jugak aku.. Terus aje dia test soh adik jalan... Haha.. Gembira aku tengok.. Qhaliff dah boleh dan berani jalan kembali.. yey..!!  Dekat rumah, sebelum dak kecik ni tido, buat latihan bertatih dulu... Terkedek-kedek dia jalan.. Haha.. Kelakar tengok...  Aku ape lagik, terus rakam untuk kenang-kenangan... hehe.. Jom layan video adik bertatih... ** Ummi sayang adik ketat-ketat... Muaxxxx ciked..!!
https://www.leaazleeya.com/2019/04/mulakan-tabiat-makanan-sihat-sejak.html
Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak
Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak | Didatangkan dalam bentuk huruf dan kenderaan bersama tambahan bayam serta tomato untuk lebih kebaikan. Terdapat pelbagai feadah yang boleh diperolehi dengan memulakan diet organik yang sihat untuk anak-anak sejak dari kecil. Istilah ‘organik’ bermaksud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak menggunakan baja buatan manusia dan racun serangga ke atas tanaman, makanan aditif kepada haiwan ternakan, penggunaan radiasi serta organisma yang telah diubahsuai secara genetik.  Kajian menunjukkan manfaat diet seimbang adalah merangkumi makanan organik yang diiktiraf kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia daripada racun serangga. Kandungan bahan kimia ini berkemungkinan boleh memberi impak negatif ke atas tumbesaran fizikal dan otak kanak-kanak.       Walaupun jumlah hormon dan bahan kimia di dalam makanan bukan-organik adalah kecil, kajian menunjukkan ianya masih berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan neorologikal dan tingkah laku jika anak-anak terdedah padanya dalam jangka masa yang panjang. Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan hiperaktif yang boleh mempengaruhi tahap tumpuan kanak-kanak. Selain itu, wujudnya keperluan untuk menukar diet anak-anak anda kepada makanan organik adalah untuk mengurangkan pendedahan terhadap organofosfat, sejenis racun serangga neurotoksik yang boleh menyebabkan aktiviti di dalam sistem saraf pusat dan periferal menjadi lebih pasif dalam kadar yang signifikan. Bahan ini boleh didapati dalam banyak makanan bukan-organik yang komersialkan. Rasional untuk memilih diet yang lebih organik, terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai kecenderungan sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang mengandungi pewarna berkimia, berperisa tiruan ataupun makanan segera yang telah diproses. Salah satu strategi yang efektif untuk ibu bapa praktikkan adalah dengan memupuk tabiat memakan makanan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan organik. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Kaedah ini memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat. Alce Nero, jenama peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan ada di sini untuk membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel. Konsep makanan dari ladang-ke-meja Alce Nero dapat dilaksanakan melalui rangkaian peladang organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100% organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perladangan Organik JAS di Jepun. Memasukkan Sayur-sayuran ke dalam Diet Kanak-kanak Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak gemari huruf-huruf berwarna dan akan berseronok menyusun sebelum memakannya, tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya. Lama-kelamaan, mereka akan sukakan rasa makanan organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran! Minda mereka juga akan dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce Nero! Makanan Organik Mesra Kanak-kanak Kanak-kanak gemar menikmati pasta dengan sos tomato. Oleh itu, Alce Nero adalah sebuah jenama penyelamat untuk perihal itu – dengan menawarkan makanan organik yang mesra kanak-kanak. Untuk menyediakan Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja arahan yang disediakan dan pada masa sama panaskan Sos Tomato Pasta Alce Nero di dalam periuk. Bergantung kepada penerimaan anak-anak anda terhadap sayur-sayuran organik dan protein, tambah bahan-bahan yang mereka sukai. Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda juga boleh meletakkan sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat wajah ceria anak anda. Sos Tomato Pasta Alce Nero sememangnya sedap dan boleh menjadi perisa yang enak kepada pasta organik anda untuk sesi masakan yang singkat! Mahu menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, ibu bapa boleh berseronok bersama anak-anak dengan meminta mereka mengeja perkataan menggunakan huruf-huruf, atau mengenal pasti kenderaan berbeza yang membentuk pasta berkenaan. Mereka pasti bergembira dengan aktiviti tersebut sambil menikmati Pasta Alce Nero untuk Kanak-kanak yang dapat membantu mereka membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia muda, selain mengukuhkan mesej bahawa makanan organik juga sedap dan menyeronokkan! Ibu bapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk-produk Alce Nero dengan yakin kerana ia telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM. Untuk resepi makanan yang sihat, unik dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila layari laman web https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.
https://www.leaazleeya.com/2016/05/selamat-hari-guru-cikgu.html
Selamat Hari Guru, Cikgu..
Assalamualaikum wbt.. Hari ni masuk opiz, sana sini dok bercerita pasai hari guru.. Anak beli hadiah untuk cikgu la.. Buat sendiri hadiah untuk cikgu... Buat kad la untuk teacher... Hehe... Aku anak baru umur setahun tak merasai lagi situasi-situasi tersebut.. Tapi aku pernah lalui semua tu dulu.. Time aku jadi pelajar dulu.. Macam-macam hadiah nak kasi dekat cikgu kalau boleh.. Kebiasaannya hadiah akan diberi kepada Guru Kelas dan Guru-Guru yang terapat sahaja... Haha... Kebiasaannya macam tu la.. Dulu-dulu time aku sekolah dulu mana ada lagik handphone-handphone ni.. Bukan tak ade langsung, ada.. Tetapi tak de la macam sekarang... Tak kire kecik beso semua ada hp masing-masing.. Budak-budak sekolah pown dah ada hp masing-masing... So, dulu-dulunya tak de la nak anto sms ucap Selamat Hari Guru kat cekgu-cekgu kitorang.. Yang hado0oo kene tulis kad la untuk cikgu... Kalau tak beli pun, pakat-pakat buat sendiri untuk cikgu masing-masing... hehe.. Zaman sekarang dah canggih dan semua hanya dihujung jari aje.. Tekan-tekan, send aje.. Mudah kan... Mesti para-para guru berduyun-duyun dapat sms ucapan hari guru dari student-student mereka.. hikss..  Sempena hari guru ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh cikgu-cikgu... Teacher-teacher.. di Malaysia dan seluruh dunia.. Jasamu terlalu besar untuk kami.. Mendidik kami... Moga semua cikgu-cikgu terutamanya yang pernah mengajar aku, sentiasa dilindungi oleh-NYA... Diberi kebahagiaan.. Diberi keberkatan... Dilimpahkan Rezeki yang halal... Dirahmati... dan sentiasa berjaya di dunia dan di akhirat... Teruskan usahamu dalam mendidik wahai cikgu... Jasamu ku kenang hingga hujung nyawa wahai guru-guru ku...  Thank You Cikgu... :)
https://www.leaazleeya.com/2019/03/wajah-lebih-lembut-dan-lembap-dengan.html
Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature
Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature  |  Aku ni sejenis yang suka mencuba produk yang dikatakan bagus.. Asal ada jerk yang cakap produk itu bagus, produk ini bagus, mula la aku rasa teruja nak cuba.. Yelah mungkin bagus untuk orang lain tetapi tidak bagi aku.. Jadi, nak tak nak aku kena jugak cuba sendiri untuk tahu tahap kesesuaiannya dengan kulit aku.. Nasib baiklah kulit muka aku ni jenis yang tak bermasalah.. Jadi, boleh la try macam-macam produk.. Setakat ni Alhamdulillah.. Harapnya selamanyalah tak de masalah ye.. Hehe.. Ok, kali ni aku mencuba pula pencuci muka dari Hansaegee Nature ni iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser.. Wahh kemain aku  tengok kengkawan aku cakap cleanser ni bagus.. Jadi, aku tak tunggu lama terus jerk nak cuba juga.. Haha!! Sesuai ke idokkkk?? Haa nak tau cerita aku, kenelah baca sampai habis ye.. Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature Eceli muka aku ni tak de la masalah sangat.. Kadang-kadang je jerawat akan tumbuh bilamana aku tak cuci muka dengan betul hanya sambil lewa.. Kulit muka aku ni pula jenis kulit kombinasi.. Di bahagian T-zone dan dagu sangat oily manakala di bahagian pipi agak kering.. Jadinya, perlu sesuaikan dengan pencuci yang boleh cover kulit berminyak dan juga kering.. Aku pilih untuk cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kerana produk dari Hansaegee Nature ni diperbuat daripada 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi dimana ia adalah 100% original made in Korea.. Aku kalau nak pilih sesuatu produk tu memang aku akan ambil tahu dulu tentang kandungan produk.. Bila dinyatakan diperbuat daripada bahan semulajadi, barulah rasa senang hati nak cuba sebabnya kalau dah diperbuat daripada bahan semulajadi ofkoslah ianya memberi kesan baik kepada kulit muka dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.. Betul tak? Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni diperbuat daripada dua bahan utama iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Sepertimana yang korang sendiri tahu, Aloe Vera ni memang banyak manfaatnya pada kulit terutamanya dalam fungsi penyembuhan seperti menghilangkan jerawat, menghalus dan mencerahkan kulit, melembapkan kulit, mengecilkan liang pori, melegakan kesan sunburn dan juga memudarkan parut jerawat.. Sebut saja Tea Tree Oil, dah tau fungsinya untuk apa kan.. Tea Tree Oil ni dah sinonim sangat dengan manfaatnya dalam mencegah jerawat dan mengurangkan parut jerawat.. Ia juga dapat protect skin kita, meninggalkan kesan yang lembut dan lembap pada kulit dan menjadikan kulit kembali segar.. Jadi, tak hairanlah aku teruja sangat untuk cuba Cleanser ni kerana ia dapat mencegah jerawat, wajah lebih lembut dan lembap dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature. Antara kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini adalah :- Memberi kelembapan kepada kulit Mengawal sebum/minyak Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori Merawat masalah jerawat Menghilangkan kekotoran dan sel kulit mati pada kulit Packaging Dan Tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni didatangkan dalam botol berpam yang mudah digunakan.. Sangat praktikal bagi aku.. Tak perlu nak bersusah payah nak picit botol bagai, hanya pam sahaja.. Memudahkan kerja.. Bagi aku, dengan packaging yang sebegini, kualiti cleanser itu sendiri lebih terjaga. Tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pula bukanlah sejenis cecair atau gel tetapi ia berbentuk foam dimana bila dipam akan keluar 'soft bubble' yang wangi.. Aku suka baunya yang sangat menyenangkan.. Nak cuci muka pun rasa selesa dengan bau yang segar seperti bau cleanser ni.. Cara Guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser Basahkan muka dan tangan Pam soft bubble dalam kuantiti yang mencukupi Urut muka perlahan-lahan dengan bubble tersebut secara gerakan membulat Bilas dengan air bersih Layan video ni dulu ya! Apa Kata Lea Azleeya Tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser? Firstime guna cleanser ni aku dah rasa seronok sebabnya muka aku jadi lembap dan lembut.. Sesetengah pencuci muka yang pernah aku guna sebelum ni, ada yang meninggalkan kesan kekeringan, rasa tegang pada muka yang agak tidak selesa dan ada juga yang menjadikan kulit lebih berminyak dan melekit.. Itu tandanya tidak sesuai dengan kulit muka aku tetapi tidak bagi Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kerana selepas guna kulit muka aku rasa selesa. Paling penting, kulit sentiasa lembap dan lembut.. Aku suka!! Muka aku pada asalnya memang tiada masalah.. Jerawat pun jarang-jarang ada.. Dengan menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, makin bertambah terlindunglah kulit muka aku dari anasir-anasir jerawat.. Kecuali aku diserang penyakit malas.. Malas mencuci muka dengan sempurna, haruslah jerawat akan tumbuh juga.. Yang tu salah aku sendiri bukan salah pencuci muka tidak berkesan.. hehe.. Bagi korang yang ada masalah kulit kering, berminyak dan berjerawat tu, aku sangat recommend korang try pencuci muka ni.. Serius memang best.. Pencuci muka ni sangat sesuai dengan kulit muka aku dan mungkin juga ia sesuai dengan korang... Apa-apa pun kenalah cuba dulu baru tau tahap kesesuaiannya.. Betul tak.. Sebab kulit manusia ni kan tak sama.. Yang pastinya, produk ini tidak mengandungi bahan berbahaya dan selamat digunakan. Oh ya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga sesuai untuk kulit kering, kulit bermintak, kulit sensitif/berjerawat, banyak kulit mati dan yang mempunyai blackhead dan whitehead. Harga : RM65 (150ml) Beli disini : https://hansaegee.com/shop/aloe-ac-clean-bubble-cleanser.html Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :- Website https://hansaegee.com/shop/ Blog https://hansaegeenature.blog/ Facebook https://www.facebook.com/HansaegeeNature Instagram https://www.instagram.com/hansaegeenature/ Twitter https://www.twitter.com/hansaegee Youtube https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia Contact No. 017-695 6079
https://www.leaazleeya.com/2016/09/love-purevibracion.html
Love - PureVibracion
Assalamualaikum wbt.. Love - PureVibracion Mi not a good man better man for you girl Mi sorry for the wrong that I done to you girl All that you been hurting Mi always make sad, make mad All the promise that mi made, that mi brake In this kind of situation Whne you need a full attention Mi always cant be there, cant be there Dont mean dont care Mi got full of thing on mind that mi want to clarify Mi fell your loneliness... If I dont care for you Then why you have ma love I do care for you.. And I know.. I do care.. Yes I know.. I do care..
https://www.leaazleeya.com/2018/11/petal-velvet-sunaway-sunscreen-terbaik.html
Petal Velvet Sunaway Sunscreen Terbaik Keluaran Althea
Petal Velvet Sunaway Sunblock/Sunscreen Terbaik Keluaran Althea  |  Hello guys!.. Ada yang plan nak pergi berkelah tepi pantai tak hujung minggu ni.. Kalau ada, jangan lupa bawak sunscreen bersama ye supaya kulit korang tak hangussssss dipanah cahaya matahari terik nanti.. hiks.. Dah kebetulan sebut pasal suncreen bagai, ni aku nak share dengan korang semua tentang produk terbaru keluaran Althea iaitu Althea Petal Velvet Sunaway... Bagus tau produk ni.. Nak tahu lebih lanjut, silalah stay sampai noktah terakhir ye.. Ahakz.. Kalau korang perasan, sebelum ni aku pernah share tentang produk keluaran Althea iaitu Bare Essentials dan Real Fresh Skin Detoxer.. Kedua-dua produk ni dah pun menjadi produk wajib bagi aku.. Beberapa bulan lepas Althea Petal Velvet Powders pula dilahirkan oleh Althea dan now, yang terbaruuuuu sekali adalah Petal Velvet Sunaway... Setakat ini produk keluaran Althea tak pernah mengecewakan aku.. Semuanya best-best belaka.. Seriussss baq hang!! Petal Velvet Sunaway ni macam mana pula? Haaa meh aku cite.. Ok, kalau korang nak tahu Althea Petal Velvet Sunaway ni adalah produk pelindung matahari atau dengan perkataan lain yang lebih dekat dengan hati korang iaitu suncreen... Kalau dulu aku tak amek port sangat tentang sunscreen ni bagai sebabnya aku memang tak suka pakai 'mereka'.. Selalunya kalau pakai sunscreen ni kulit aku akan jadi tak selesa, lemas dan melekit-lekit.. Aku cukup anti dengan produk yang membawa kesan yang melekit.. Rimas tau! Tapi tidak bagi sunscreen dari Althea ni.. Sekali pakai dah jatuh cinta uollsss.. Petal Velvet Sunaway ni sangatlah best sebabnya semasa sapuan, ia memberikan kemasan yang sangat licin dan ringan.. Paling best, tak melekit hokeh!! Petal Velvet Sunaway Sunscreen Terbaik Keluaran Althea Sebenarnya pelindung matahari atau sunscreen ni sangatlah penting untuk melindungi kulit kita dari sinaran UVA dan UVB.. Althea Petal Velvet Sunaway adalah pilihan yang tepat untuk tujuan tersebut kerana ia dihasilkan dari formula tanpa bahan kimia dengan tekstur cecair yang ringan dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB dengan SPF50+ PA++++.. Jangan risau ye, korang yang berkulit sensitif pun boleh menggunakan Althea Petal Velvet Sunaway ni kerana sunscreen ni sangat mesra pengguna.. Apa yang bestnye lepas apply Sunaway ni, zarah mikro akan menyerap sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit untuk memberikan kesan yang lebih ringan seperti kelopak bunga ia juga bertindak melembapkan kulit dan kulit akan terhidrat sepanjang hari dengan lebih baik.. Petal Velvet Sunaway ni sunscreen lain dari yang lain tau.. Ia tidak akan meninggalkan kesan bayang putih pada kulit seperti sesetengah sublock yang ada dipasaran.. Ini kerana formula penghalang UV tanpa kimia telah diupgrade dengan lebih telus... Bahan Utama Althea Petal Velvet Sunaway Althea Petal Velvet Sunaway dihasilkan dengan ekstrak Damask Rose yang berfungsi melembapkan dan melembutkan kulit.. Kalau korang nak tahu, Damask Rose ni adalah bahan semulajadi yang berkomposisi molekul nano yang kaya dengan vitamin bagi membolehkan ia bertindak lebih jauh ke dalam kulit dan sesuai juga untuk kulit sensitif.. Selain itu, ia juga berfungsi menegangkan kulit agar wajah kelihatan lebih berseri.. Althea Petal Velvet Sunaway ini HARUS ADA untuk :- Penggunaan harian - Sesuai untuk mereka yang mencari pelindung matahari yang tahan lebih lama dan kuat untuk kegunaan seharian. Kelembapan kawalan sebum - Sesuai untuk mereka yang ingin pelindung matahari yang boleh melembap kulit, tidak melekit dan tidak meninggalkan kesan bayang putih pada kulit Jenis kulit - Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif Cara guna sangat mudah.. Hanya perlu apply pada wajah dengan lapiran yang nipis pada setiap pagi atau sebelum terdedah pada cahaya matahari. Ingat ye, sebelum guna tu, shake dulu botol Sunaway ni.. Lepas shake barulah apply pada muka.. Hehe.. Althea Petal Velvet Powder Tak lengkap rasanya kalau hanya memakai sunscreen semata-mata.. Untuk mendapatkan kesan yang lebih ohsem, bolehlah guna Althea Petal Velvet Powder pula selepas mengenakan Sunaway.. Barulah kulit nampak lebih cantik dan sekata.. Dalam pada kite melindungi kulit, apa salahnya kita sempurnakan lagi wajah dengan Petal Velvet Powder ni kan.. Aku cukup suka dengan Petal Velvet Powder ni.. Dulu cuma ada warna putih.. Sekarang dah bertambah dua code lagi.. Code #0 Translucent Code #23 Warm Beige Code Pink Lavender Kalau korang nak tahu, Petal Velvet Powder ni sejenis loose powder yang teksturnya sangat ringan. Bila pakai muka nampak lebih natural tidak seperti memakai compact powder.. Kire lebih kurang natural beauty la gitu.. ekeke.. Powder ni dihasilkan dari bahan semulajadi seperti ekstrak flower seed yang kaya dengan antioksidan untuk melindungi kulit dari dehidrasi dan menjadikan kulit lebih berseri... Selain itu, ia memberi kemasan sutera pada kulit wajah..  Serius sebelum ni memang aku tak pernah cuba loose powder sebabnya aku ingat ia hanya bedak serbuk yang tak memberikan kesan apa-apa bila pakai.. Rupanya banyak kelebihan bila kita pakai loose powder ni.. Lepas kenal dengan Petal Velvet Powder ni, aku dah mula jatuh cinta.. Hari-hari mesti nak kene apply sebabnya ia dapat membantu mengurangkan sebum dan sekaligus menjadikan kulit lebih halusss bak sutera.. Hehe.. Nasib baiklah saiz bekas powder ni kecik aje.. Senang la aku sumbat dalam handbag aku yang kecik ni.. Boleh dibawa kemana-mana dan digunakan bila-bila masa.. Kadang tu kalau aku malas sangat nak make up, aku guna Petal Velvet Sunaway dan powder ni aje kat muka.. Senang! Yang penting kulit menten terjaga.. Harga Rangkaian Althea Petal Velvet Althea Petal Velvet Set RM 53.10 Althea Petal Velvet Sunaway (55ML) RM 43.00 Althea Velvet Powder (3GM) #0 Translucent - RM 16.00 #23 Warm Beige - RM 16.00 Althea Velvet Powder #Pink Lavender (3GM) RM 17.00 Untuk dapatkan Althea Petal Sunaway dan koleksi Althea Petal Velvet Powder, bolehlah layari https://my.althea.kr/ atau terjah instagram mereka di https://www.instagram.com/altheakorea/.. Pstttt.. Althea selalu buat sales tau.. Jadi, jangan lupa pakat serbu laman web mereka untuk mendapatkan diskaun hebat.. 
https://www.leaazleeya.com/2016/04/slide-image-post-blog-problem.html
Slide Image Post Blog Problem..
Assalamualaikum wbt.. Arghh..!! Tensen.. Slide Image halaman posting blog aku tak berfungsi la pulak.. Kedudukan gambar di sebelah kiri... Kenapa tak center?? Ohh... Puas aku carik coding untuk betulkannya.. Tapi tak jumpa jugak... Mungkin kawan-kawan blogger tahu camne nak selesaikan masalah ni.. leh la kongsi dengan saya... Huwaaa...!! Aku Yang Buntu...!! update... Ehhh dah elok gambarnya center, muncul lak problem baru... sidebar lak tulisan jadik center... arghhhh + + + + tensennn....
https://www.leaazleeya.com/2016/04/hp-membuatkan-kehidupan-menjadi-suram.html
HP Membuatkan Kehidupan Menjadi Suram
Assalamualaikum wbt.. Di tempat kerja... Main hp.. Di Kedai makan... Main hp... Di rumah... Main hp.... Sambil makan... Main hp... Dalam toilet... Main hp.... Bersama keluarga... Main hp.. Time nak tido.. Main hp.. Pendek kata, hp lah segala-galanya dalam hidup.. Haaa inilah fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini... 24 Jam sibuk dengan HP.. Tak kira tempat dan masa.. HP harus ada di tangan... Paling kronik, time solat pown hp masih berada di sisi... (nasib baik tak berada di tangan jugak ye) huhu.. Yang anak-anak, seawal usia dah diberi gadget masing-masing.. Yang ibubapa pula tak payah cakap la.. Secanggih-canggih mungkin gadget menjadi milik masing-masing..  HP dah menjadi sebahagian dari kehidupan kita.. Tanpa HP rasanya ramai yang tak senang duduk.. Rasa ada sesuatu yang tidak lengkap.. Betul tak?? Betapa pentingnya HP kepada manusia di zaman sekarang ni.. Memang betul HP adalah alat komunikasi yang terpenting untuk kita berhubung antara satu sama lain.. Tak dinafikan perkara tu.. Tapi yang menjadi permasaalahannya sekarang, bila dah sepanjang masa berkepit dengan hp makanya semakin kuranglah interaksi secara realiti yang berlaku dengan orang sekeliling... Semuanya melalui maya sahaja.. huhu..  Laaaa ni aku nak sentuh berkenaan ibubapa yang terlalu taksub dengan teknologi yang ada pada hari ini.. Teknologi tu HP laa.. Sekarang ni teknologi semakin mengambil tempat dalam kehidupan manusia, makanya ibubapa pun tidak terkecualilah dalam perubahan hidup yang serba mudah ni... Masing-masing sudah semestinya memiliki gadget peribadi yang membuatkan mereka semakin kurang berinteraksi dengan anak-anak dan keluarga... Betul tak ibubapa sekalian??? huhu.. Kesian kat anak wehhhh!! Dengan ketaksuban ni, ramai ibubapa yang mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak serta gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa.. Dah sibuk dengan HP 24 jam bila masa nak didik anak.. main-main dengan anak.. Ye dakk??  sumber : google Masa anak-anak masih kecil, mereka perlukan perhatian ibubapa untuk mereka belajar, merasa dan mendengar.. Perhatian dan kasih sayang amat mereka perlukan... Tapi, kalau dah mak ayah mereka pown buat tataw aje dekat dorang dan sibuk mengadap hp 24 jam, bila masa pulak dia nak belajar sesuatu dari kita sebagai ibubapa ni.. Silap-silap dapat belajar bercakap pown lambat... Dah kita tak berinteraksi dengan dia.. asek berinteraksi dengan hp aje 24 jam.. iskkk..!!! ehhh emosi betol laaaa.... !! haha... Time dorang masih kecil la dorang perlukan perhatian kita sepenuhnya... Bagila perhatian kat dorang terlebih dahulu.. tinggalkan lah sekejap hp tu... Beri masa dan ruang untuk bermain-main dan berinteraksi dengan dorang... Dorang kecik agik ohhh....!! perlukan perhatian... paham takkkkk!!!! emosi sekali lagik.. haha.. Bagi seorang ibu yang bekerjaya mungkin agak bz terlebih sikit daripada si bapanya.. Yelah.. Yang bekerja office hour, waktu kerja 8 pagi hingga 5 petang.. Balik kerja nak uruskan kerja rumah lagi... Mana nak cuci baju.. Itu tak pe lagik sebab guna mesin basuh.. Boleh tinggal dan buat kerja lain pulak.. Nak masak untuk makan malam... Kemas beg anak ( untuk hantar dirumah asuhan esoknya),  Nak iron baju kerja untuk esok lagi... Nak kemas rumah lagi... Macam rumah aku, memang nak kena sapu lantai hari-hari sebab rumah kuat berabuk.. Pelik!! Dari mana datang habuk tersebut pown tak tahu lahh ehh.. Nak buat nasi anak lagi kalau dah habis dalam simpanan.. Cuci pinggan.. Uruskan anak... Huh banyaknya.. ehhh.. ehhh... cam rutin harian aku jerk tu.. Haha... Memang tak de masa nak tengok tv pown weh aku... huhu... Kadang-kadang keletihan yang dirasai sukar digambarkan... Hanya yang mengalami dapat memahaminya.. hehe.. ehhh tercerita perihal harian aku lak.. wa wa wa... Yang bapa pula, jangan la terlalu asek dengan hp tu aje ye... Tolong la tengok-tengokkan anak, saat isteri sibuk dengan tugasan rumah... Tapikan macam mana kalau si suami pula sibuk dengan hp bila di rumah, apa akan jadi?? Makanyaaaaaa..... Anak akan terabai laa dan isteri pulak sukar untuk menguruskan dan menyelesaikan tugasan rumahtangga dengan sempurna dan cepat.... Yelah, mana nak setelkan kerja rumah lagi.. Nak layan anak lagi sambil-sambil buat kerja rumah... Aduhaii... Kelam kelibut jadinya... Bukan sahaja dengan anak, malahan dengan pasangan masing-masing pown perlukan interasi yang berkualiti.. Berbual-bual santai... Luahan perasaan... Bila masing-masing sibuk dengan hp, tiadalah lagi interaksi sesama sendiri... Maka, suramlah suasana kekeluargaan didalam rumah atau dimana sahaja... Tiada lagi ikatan kasih sayang.. Tiada lagi ikatan kekeluargaan yang erat kerana masing-masing punya dunia tersendiri.. Iaitu dunia bersama HP.. Lebih tepat dunia maya... sumber : google Jadinya, binalah masa yang berkualiti dalam rumah atau dimana sahaja kita berada... Janganlah biarkan masa berlalu tanpa kita memanfaatkan sebaik mungkin untuk membina keluarga yang penuh dengan kasih sayang... Berilah perhatian yang sepenuhnya kepada anak yang masih kecil kerana mereka memerlukan perhatian kedua ibubapanya untuk mempelajari tentang kehidupan ini... Bukan anak kecil sahaja yang memerlukan perhatian, malahan remaja dan dewasa juga... Berikankan ruang dan masa untuk berborak-borak dengan pasangan... Menyelami perasaan pasangan...  Agar kehidupan yang dilalui tidak menjadi suram dan kelam... Kita hidup di zaman sekarang ibarat hidup dalam kematiankan.. Komunikasi secara realiti semakin pudar... Lebih suka berdiam diri kerana lebih banyak berkomunikasi di alam maya... Hanya jari jemari laju bergerak sedangkan mulut diam membisu berbicara.. Ibarat "hidup tetapi dalam kematian"... Maka... bangunlah kamu.. kamu.. aku juga... Haha..!! Berhiduplah sebagaimana manusia itu hidup... Di kala bersama suami/isteri.. simpanlah HP mu..!! Di kala anak-anak mula bercerita... simpanlah HP mu...!! Di kala bersama ibubapa... Simpanlah HP mu...!! Di kala tetamu datang bertandang... Simpanlah HP mu..!! Sekian... ** Panjangnyeeee aku membebel kali ni.. Haha...!!
https://www.leaazleeya.com/2019/04/jom-cantik-bersama-nutri-bear-essential.html
Jom Cantik Bersama Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen
Jom Cantik Bersama Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen | Semakin meningkat usia semakin berkurangan kolagen dalam badan.. Bila kolagen dalam badan mula berkurangan, maka proses penuaan lebih cepat berlaku.. Nampak tua sebelum usia memang merisaukan.. Lagi teruk bila dibiarkan sahaja masalah ini terus membelenggu diri tanpa apa-apa usaha.. Wei, aku tak nak tua sebelum usia.. Huhu.. Kalau boleh, biarlah usia tu kearah 'senja' tapi menten kelihatan awet muda.. Hah gitcheww!! Haha!! Boleh ke macam tu? Haa mesti la boleh guyss!! Yang penting kita jaga pemakanan dan sentiasa ambil supplement.. Now, untuk menghilangkan tanda-tanda penuaan, aku consume Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen.. Bagus tau supplement ni...!! The Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen The Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen ini merupakan makanan tambahan yang sempurna untuk sendi yang sihat, kulit yang lebih cerah, kuku yang lebih kuat dan rambut yang berkilat. Ia dihasilkan daripada ikan air tawar dimana supplement kolagen ikan hydrolyzed ini berat molekulnya adalah 3000 daltons untuk penyerapan lebih mudah. Ia mengandungi gliserin, proline, hydroxyproline, alanine dan arginine dalam dos yang lebih tinggi daripada puratanya sehingga dapat melihat perubahan yang jelas dalam kesihatan diri.. Apa yang berlaku sekiranya mengambil Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen secara berterusan? Soalan yang sering membelenggu fikiran bila aku consume sesuatu supplement.. Begitu jugalah dengan Nutri Bear ni.. Soalan yang sama bermain difikiran aku masa mula-mula aku nak consume dulu.. Nak tahu tak apa yang akan berlaku? Jom kita lihat kebaikan Nutri Bear ini.. Kebaikan Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen Menguatkan sendi dan otot supaya boleh menjadi lebih aktif Menghidratkan kulit untuk melambatkan kedutan dan garis halus Mengurangkan selulit untuk penampilan yang lebih baik Cerah permukaan kuku untuk menghilangkan perubahan warna Menyuburkan folikel rambut untuk menjadikan rambut lebih bersinar dan kuat Kenapa Perlu Consume Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen? Meningkatkan penghidratan kulit Mengurangkan kedutan serta garis halus Mengurangkan pigmentasi Menyeimbangkan pengeluaran minyak dalam kulit Mengurangkan kesan parut Meningkatkan pertumbuhan rambut Membantu mengurangkan keguguran rambut Mencantikkan kuku Mempercepatkan pemulihan luka Meningkatkan pemulihan jantung Mudah larut dalam sebarang minuman Cara Pengambilan Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen Cara pengambilannya amat mudah... Hanya perlu campurkan 1 scoop The Nutri Bear Essential ini ke dalam air kosong atau sebarang minuman kegemaran korang.. Kacau sampai larut dan boleh diminum..  Salah satu yang aku suka tentang Nutri Bear ni adalah ia boleh dicampur dengan sebarang minuman kegemaran aku... Jadi, ini membuatkan aku boleh setia untuk consume Nutri Bear ni sepanjang masa.. Bukan dalam minuman saja boleh dicampur tau tetapi dalam makanan juga.. Oh ya, produk ini dibuat di Malaysia dan selamat digunakan kerana telah mematuhi piawaian HACCP, GMP serta HALAL. Cara mengambil Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen dengan supplement lain :- Jika diambil bersama Vitamin C, Hydrolyzed Collagen dapat menyokong pengeluaran protien dalam tubuh terutamanya kulit, tulang rawan dan organ Jika diambil bersama dengan Vitamin D, Kalsium, Magnesium dan Zink ia akan membantu dalam pemulihan dan pembaikan tulang dari masa ke semasa. Membeli Sambil Menderma Membeli sambil menderma? Menarik!! Yes, jika korang membeli Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen ni, secara automatik korang dah pun menderma.. Derma untuk siapa? Ok, sebelum tu aku nak story dulu kat korang tentang bagaimana supplement ini diberi nama 'Nutri Bear'.. Kenapa Bear? Diperbuat daripada beruang ke? Uisss tak de la sampai macam tu.. hehe Sebenarnya kalau korang nak tahu, dalam masa 10 tahun akan datang, polar ais dijangka akan mencair dengan ketara dan akan meninggalkan beruang kutub. Jadi, bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, dengan setiap pembelian produk ini, sebanyak 5% akan disumbangkan kepada pemuliharaan beruang kutub. Nah nampak tak kat situ.. Korang dapat 2 dalam 1 dengan membeli Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen ni.. Bukan saja cantik dan sihat dapat korang nikmati malah, korang juga menjadi penyelamat kepada beruang kutub yang hampir terancam.. Cantik dapat, pahala pun dapat uollss... Jadi, jangan lupa ye membeli sambil menderma dengan Nutri Bear Essential Hydrolyzed Collagen.. Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :- Website https://nutribear.co/ Instagram https://www.instagram.com/nutribearofficial/ Facebook https://m.facebook.com/nutribearco/
https://www.leaazleeya.com/2016/08/dah-kenapa.html
Dah Kenapa.........??
Assalamualaikum wbt.. Dah Kenapa.........??  |  "Dah kenapa semua kedai tutup hari ni??".... Haiss ini semalam punya cerita daa... Semalam keluar pergi kedai 2ringgit nak beli barang sikit.. Dah selesai beli barang tu, perut lak terasa lapar.. Tekak terasa nak makan roti canai.. Carik la kedai roti canai.. Mula-mula cari kawasan dekat umah tu aje.. Tutup pulak kedai yang biasa kitorang beli roti canai tu.. Adoiyaii..  Aku kalau nak makan roti canai memang akan cari kedai melayu.. hehe.. Sekarang nak cari kedai melayu yang buat roti canai, perghh memang laaa susah.. Dah semalam kedai tu tutup, aku bercadang pulak nak makan roti arab.. Sebagai ganti roti canai kononnye... Dah tahu kalau mengharap roti canai, memang tak makan la aku.. Pergilah kitorang kedai yang jual roti arab dekat area highway bukit rangin tu pulak.. Sampai sana, adoiiii sekali lagik.. Kedai tutup.. !!! Isk3.. Tak de rezeki betol.. Semua tutup..  Dah pergi terlajak jauh dah dari rumah, terus aje call member kowt-kowt dia tau mana ada kedai roti canai melayu lagik.. Katanya ada 2 kedai dekat area IM... Pergilah kami dengan harapan dapat makan roti canai.. Sesampai disana, nan hado0oooo jugakk...!! Haisss.. teroknyeeee rasa.. Lastnya kami dah sampai kedai kedua tu, makan aje la apa yang ada... Aku pekena char kueh teow dan en somi makan kueh teow goreng... Boleh la dari tak de kan...  Dah habis makan, pulang lah aku dengan perasaan hampa.. Pertama, hampa tak dapat makan roti canai... Kedua hampa sebab char kueh teow dia tak sedappppp.. OhMY...!! Moga lepas ni makin banyak orang melayu buat roti canai... Aku nak makan... Plzzzz...!! hahaa... 
https://www.leaazleeya.com/2014/10/akhiri-penantianku.html
Akhiri Penantianku
Dr. En. Google Resah hatiku selalunya ada Fikirkan kamu setiap waktu ku Tenang jiwaku bila kau disisi Dalam dakapanmu buatku mati Jauh ku menunggu Biar ketahuan mu Disini ku merindu Jauh ku berharap Kembali kau pada ku Akhiri penantian ku Tak mampunya aku bila kau tiada Gelap hariku, Sepi hidupku Lemah langkahku mendengar suara mu Laju jantungku bila menyentuhmu
https://www.leaazleeya.com/2017/07/novel-preloved-anna-lee-terukir-cinta.html
Novel Preloved Anna Lee Terukir Cinta
Novel Preloved Anna Lee Terukir Cinta  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Terasa semangat nak update blog bila line internet ok... Dah banyak hari line internet macam siput sampaikan tak boleh nak upload gambar... Naik fedap aku di buatnya... Sejak dua menjak ni aku lebih banyak bercerita pasal novel kan.. Biasalah kalau dah minat buku, memang tak jemu-jemu apdet pasal buku.. Risau kalau-kalau korang yang jemu nanti nak singgah blog picisan aku ni.. Ngeeee!! Now, aku nak cuba kumpul novel karya Anna Lee pulak.. Ramai yang cakap novel karya beliau best.. Baru ni dah beli novel preloved Anna Lee Terukir Cinta... Alhamdulillah, kondisi novelnye masih baru... Harga pun murah jerk..  Anna Lee Terukir Cinta Owner lama novel ni cakap dia baru baca sekali aje novel ni.. Sebab tu keadaan novelnye masih baru.. Buat masa ni aku mencari novel preloved aje la dulu.. Nak beli baru terasa terbeban pulak dengan kekangan kewangan sekarang.. Nak stop beli, rasa cam tak boleh nak pujuk hati ni yang terlebih gilakan buku.. Hahaha..!! Eceli, novel ni aku dah baca separuh pun.. Takat ni jalan ceritanya memang best.. Nanti dah habis baca, aku review yek.. Tak sabar nak baca novel The Unsung Hero pula karya Melur Jelita.. Novel yang dihadiahkan untuk aku oleh seorang blogger.. Nantilah aku update pasal ni.. Hiks..
https://www.leaazleeya.com/2017/07/review-novel-kisah-seram-malam-jumaat.html
Review Novel | Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2
Review Novel | Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2  |  Minggu lepas, mood membaca aku kembali menggila.. Sampaikan meroyan dok usha buku fixi... Dah kenapa!! Buku yang belum baca pun berlambak lagik kot.. Huhu.. Biasalah kalau dah mood membaca dah pulih, mula la mood membeli pun kembali mendatang.. Adehh.. Sabar dulu... Tunggu bila ada duit lebih baru beli... Okeh, baru-baru ni aku selesai baca novel Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2... Belinya dah lama tetapi bila mood membaca tak kunjung tiba, memang kasi peram dulu la jawabnya.. Alhamdulillah, minggu lepas aku berjaya khatam novel ni.. Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2 Baca Juga :- Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1 Aku ambil masa 3 hari untuk khatam novel ni.. Terdapat 4 kisah seram yang terkandung didalamnya.. 3 kisah yang ada di dalam novel ni berjaya membuatkan aku rasa seram semasa menghadam setiap cerita yang ada...Manakala 1 kisah lagi, aku rasa penulis agak tergesa-gesa dalam garapan ceritanya dan seolah-olah jalan ceritanya menyamai kisah filem pemburu hantu.. Huhu.. Itu pendapat aku aje la.. Korang aku tak tahu la ye.. Walaupun cenggitu, aku rasa tak rugi lah beli buku ni sebab 3 cerita daripadanya best dan memang seram... Sampaikan aku stop baca bila time waktu malam.. Haha!! Ini antara cerita yang terdapat dalam novel ni.. Jom tengok review penuh aku tentang novel Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2 ini... Hiks.. REVIEW AKU DI GOODREADS Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2 by Suzani Nadzir My rating: 4 of 5 stars Ada 4 kisah seram dalam sebuah buku.. 1. Bidan Sumiah - Suzani Nadzir Mengisahkan tentang seorang bidan yang memiliki saka turun temurun dari keturunannya.. Setelah kematiannya, saka itu mencari tuan baru yg juga dari keturunan bidan sumiah... Kisah ini berjaya mengganggu gugat perasaan aku semasa membaca.. Sampai aku berhenti baca bila waktu malam.. Huhuhu.. Tahniah kepada penulis kerana menggarap sebuah cerita yg terkesan keseramannya.. 2. Alya - Aida Adia Alya pula mengisahkan seorang student sebuah kolej yg telah mati dibunuh oleh teman lelakinya sendiri setelah dirogol secara beramai-ramai dan dibakar hidup² oleh mereka dan ditaman disebuah hutan di ulu yam.. Mayatnya tak diketemui sehinggalah kaki pancing menjumpai rangka mayatnya ditaman ditepi sebuah sungai semasa mereka memancing.. Cerita ni pun berjaya membuatkan aku rasa suspen dan seram.. Jalan cerita disusun dengan baik.. 3. Hutan - Noorfadzillah Hutan, kisah yang bila aku baca seperti aku sedang baca novel karya Ramlee Awang Murshid kerana berkaitan dengan hutan di sabah sarawak sana.. Cerita yang menarik dan berjaya membuatkan aku baca dengan tekun dan penuh perhatian.. Aku suka cerita ni.. Kisah tentang pembunuhan yg dilakukan oleh penunggu hutan dari kaum keturunan org terdahulu.. Pembunuhan kejam yg dilakukan dengan memakan jantung segar manusia untuk menjadi lebih berkuasa dan juga utk menamatkan sumpahan.. Menarik ceritanya.. 4. Kem Motivasi - Helmi Effendy Kisah ke-4 ni aku tak berapa suka jalan ceritanya.. Mengisahkan sebuah kem motivasi yg ditutup hampir 5 tahun kerana gangguan dan dibuka semula setelah 5 tahun ditutup... Semasa program dijalankan, berlakulah gangguan.. sehingga menyebabkan beberapa kematian.. Sehinggakan 2 org pemburu hantu dtg menyelamatkan keadaan.. Adehh dah mcm filem omputeh jerk gayanya.. Tak seram langsung.. Memang tak memberi kesan pd aku cerita ni... huhuhu.. Jalan cerita yg membosankan dan tergesa-gesa.. View all my reviews
https://www.leaazleeya.com/2016/07/cerita-raya-2016.html
Cerita Raya 2016
Assalamualaikum wbt.. Cerita Raya 2016  |  Holaaa...!! Mownink uolls.. Dah masuk raya ke-7 baru  nak bercerita pasal raya tahun ni... hehe.. Rasanya raya tahun ni tak de ape yang menarik aku lakukan.. Tiada aktiviti yang best kerana korum tak cukup.. hehe.. Kakak aku yang dok KL tu beraya kat kedah tahun ni.. So, tak de kepala untuk plan aktiviti menarik tahun ni.. Ahakz.. Aku nak bercerita sal raya aku tahun ni pown rasa segan dan malas.. Tapi nak jugak bercerita.. Haha..!! Pagi raya pertama bertemakan dusty pink.. RAYA PERTAMA  Okeh untuk raya tahun ni tema kami adalah warna dusty pink.. Gambar kat atas nun tak macam dusty pink pown kan.. Mungkin sebab dek pencahayaan yang agak melampau.. hiks.. Pagi raya macam biasalah pergi beraya umah mak ayah kitorang.. Tak tidur pown umah mak ayah sebab umahnye dokat ajo0o ehh..!!  Aktiviti raya pertama bagi tahun ni cuma pergi beraya kat umah kakak aku dan anak saudara mak aku aje.. Kebiasaannya kalau kakak KL aku tu beraya bersama kami, mesti plan beraya jauh akan dilancarkan.. Haha.. Selalunya kami akan beraya ke Jengka 1.. Kemaman.. Cheneh... Dungun... Pekan... Memandangkan dia tiada tahun ni, hanya sekitar kuantan aje la kami beraya.. Bergaya di pagi raya dengan baju melayu upin ipin..  yey..!! adik dapat duit raya.. hehe Gambar raya pown tak banyak yang di-snap-kan.. (oh... apakah).. Yang hado aje la aku up kan disini ye.. Buat kenang-kenangan.. huhi.. Korang mesti seronokkan beraya tahun ni.. Aku tak de pape yang best untuk tahun ni melainkan dapat bermaaf-maafan dengan mak ayah dan adik beradik... Tahun ni, kawan sekolah aku yang dok muar datang beraya.. Wah seronok bukan main dapat jumpe dia.. Bukan senang nak jumpa tu.. Last jumpa pown masa aku bersalin dulu.. Dah lebih kurang setahun lebih jugak... Raya pertama baru ni baru dapat jumpa balik..  Okeh la.. Tu aje la cerita raya aku untuk raya pertama.. Bosan kan.. huhu.. RAYA KEDUA Raya kedua tak kemana juga.. Asalnya plan nak beraya umah kawan-kawan opiz tapi ramai yang balik kampung... Bila dah tak kemana terasa pulak nak makan KFC.. Reraya layan KFC.. huhu.. Pelik jerk.. Pergi la kami terjah KFC makan kari-kari rangup tu.. Si kecik tu kemain lagik sama naik makan dengan ummi dia ni.. Selera betol dia makan.. Berselera adik makan kentang goreng.. Petangnya kitorang beraya umah owner kantin tempat aku kerja ni.. Pokya..!! hehe.. Selebihnya cam biasa dok umah mengadap tv.. huh.. Bosan kann!! huhu.. RAYA KETIGA Raya ketiga kami beraya di samsung service centre ye.. Haha.. Apa kepeliknya kan.. Mane taknye, hp rosak laa... Pergi la check dekat sana apa sakitnya.. Time-time raya ni la dia nak rosak ye.. Siap check, result yang kami dapat, hp tak dapat diselamatkan lagik.. hadoiii.. Kecewa... Balik dengan perasaan yang penuh kekecewaan.. cewahh... RAYA KE-4 Raya ke-4, kami siap-siap untuk ke bandar Kuantan untuk survey harga hp baru... Apa-apa pown survey harga dulu walaupown tak dapat beli lagik.. Hiks.. Orang paling xcited bila nak p jenjalan.. Yang paling seronok bila dapat tau nak p jenjalan si kecik ni laa... Kemain dia bergumbireeee.. hehe.. Banyak jugak kedai HP yang kami jelajah survey hp baru.. Kemain lagik harga HP sekarang ni ye... Meriah betul harga nya.. Sampai ada yang terbeliak mata kami tengok harga yang dipamerkan.. huhu.. Almaklumla lama dah tak survey harga-harga hp dipasaran... Bila dah penat menyervey harga hp, balik la rumah rehat-rehatkan badan... Lepak-lepak tengok tv.. Tiba malamnya terasa lak nak makan nasi kukus.. Oh tidakkk!! Lepas puasa ni selera makan makin menjadik-jadik lak.. Asek makan je kerja nya.. Risau jugak berat badan naik... Aduhai.. Tapi tekak nak makan.. Nak buat camno kan.. Untuk tidak menghampakan tekak yang berselera lain macam ni, pergi la kami mencari nasi kukus.. Kami makan di Nasi Kukus My Mama dekat Taman Tas.. Nasi kukus dia memang ohsem sedapnye... Ramai jugak orang raya-raya ni makan dekat situ... Pangjang beraturnya.. Nampak tak si kecik tu.. Kemain lagik dia tak sabar nak makan.. Paling berselera makan adalah si kecik ni.. Banyak betul dia makan... Sampaikan ummi dia ni tak terasa makan nasi kukus.. hehe.. Dok suap dia aje.. Separuh jugak dia makan nasi.. Sangat berselera... Ahakz.. Tamat sudah cerita raya aku bagi tahun 2016... Tunggu raya haji pulak kita tengok cerita apa yang dok ada nanti... Moga-moga lebih seronok dari yang ini.. huhu... Adik & Ummi serasi bersama.. Ahakz..~!! Raya kali ni lebih bermakna bila budak kecik ni semakin membesar... Macam-macam keletah yang aku dapat lihat time raya bila dia dah besar ni... Raya tahun lepas dia masih kecik..  Cerita korang pasti lagik menarikkan dari cerita aku... hehe.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
https://www.leaazleeya.com/2022/08/tasneem-marketplace-bakal-menjadi.html
Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Platform Pilihan Untuk Suri Rumah Menjana Pendapatan
Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Platform Pilihan Untuk Suri Rumah Menjana Pendapatan  |  Bila sebut je Tasneem, automatik aku terbayang balm baby.. Sebabnya aku mula-mula kenal jenama ni memang dari produk balm baby keluaran mereka.. Kedua-dua anak aku menggunakan balm Tasneem ni.. Memang serasi sangat dengan mereka.. Rasanya jenama Tasneem ni dah tak asing lagi bagi ibu-ibu di Malaysia ni.. Tasneem memang terkenal dengan jenama yang menjual produk bayi..Baru-baru ni aku ada la terbaca tentang perkembangan terbaru Tasneem ni.. Di mana Tasneem Naturel akan berkolaborasi bersama empat jenama besar malaysia dengan memperkenalkan platform untuk menjana pendapatan dengan mudah iaitu Tasneem Marketplace.. Aku yakin Tasneem Marketplace ni bakal menjadi platform pilihan untuk suri rumah menjana pendapatan.. Aku sendiri pun teruja tau.. Hehe..Kolaborasi Tasneem Naturel Dengan Empat Jenama Besar Malaysia Melalui Platform Tasneem Marketplace Bantu Ramai Golongan Suri Rumah Menjana Pendapatan Dengan MudahKalau korang nak tahu, Tasneem Business Legacy merupakan sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace.  Apa yang lebih menarik, usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik terutamanya suri rumah.. Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, Tasneem Marketplace (TMP) mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.Bagi aku sendiri, ini merupakan peluang yang baik buat kita.. Walaupun aku mempunyai kerja tetap, aku rasa agak teruja untuk turut serta menjana pendapatan dengan Tasneem Marketplace ni.. Yelah, boleh juga aku tambah pendapat aku kan menjadikan hidup lebih selesa dari sebelumnya.. Bagi suri rumah di luar sana, sangat rugi kalau lepaskan peluang ini kerana korang dapat menjana pendapatan hanya dari rumah tanpa perlukan modal.Tak perlu modal?? Biar betul!!!Kelebihan Menjadi Tasneem Marketplace Reseller (TMPR)Ya betul, tanpa modal gais!! Mesti korang nak tahukan lebih detailkan apa kelebihan yang korang akan dapat kalau jadi Tasneem Marketplace Reseller ni kan.. Aku sendiri pun agak teruja dengan kelebihan yang ada.. Mana taknya, cara berniaga paling mudah bagi aku.. Jom kita lihat apa kelebihan yang kita dapat bila jadi Tasneem Marketplace Reseller..Daftar Percuma Modal tidak perlu dikeluarkan HQ uruskan semua postage Pelan pemasaran yang membantu untuk mendapatkan pendapatan dengan mudah Produk berkualiti dan sudah ada pasaran tersendiri Reward yang menarik. Bonus dibayar di awal 7hb bulan seterusnya Ada penyata pendapatanNampak tak siap ada penyata pendapatan tu.. Bukan biasa-biasa tau.. So, aku recommend sangat buat korang yang ingin menambah pendapatan atau yang baru mencari peluang untuk menjana pendapatan tu, ini jalannya.. Jalan yang paling mudah untuk menjana pendapatan.. Yang penting usaha dan konsisten.. Bak kata orang 'usaha tu tangga kejayaan'.. Betul tak? So, kenalah berusaha.. Kejayaan tak datang bergolek tau.. Hehe.. Jalan dah ada, cuma perlu usaha je.. Korang mesti boleh!! Eh, untuk aku juga.. Haha..Haaa bukan sahaja reseller ada kelebihan tau.. Buat bakal-bakal customer Tasneem Marketplace pun ada juga disajikan kelebihannya.. Nak tau apa? Teruskan membaca sampai habis ye.. Hiks!Kelebihan Menjadi Tasneem Marketplace Customer (TMPC)Kalau rasa tak boleh nak jadi Reseller, jadi customer Tasneem Marketplace pun ada kelebihannya.. Sambil membeli sambil menikmati keistimewaan yang disediakan.. Apa pula kelebihan kalau jadi Customer kepada Tasneem Marketplace ni? Haaa ini korang kene tahu..Daftar Percuma Minimum 3% cashback Komisen Kumpul point Postage direct HQSiap dapat cashback tu gaiss.. Bukan tu je, dapat juga kumpul point.. Baru syok kan nak membeli belah di Tasneem Marketplace.. Dah membeli, dapat pulangan balik melalui cashback dan juga point yang dikumpul.. Bagusnya ada platform macam ni kan.. Zaman-zaman gawat ni kenalah bijak dalam membeli kan.. Kena pilih platform yang beri kemudahan yang sebegini.. Baru la best!Tasneem Marketplace Bakal Menjadi Platform Pilihan Untuk Suri Rumah Menjana PendapatanAku yakin ini adalah peluang terbaik dan platform terbaik untuk korang menjana pendapatan terutamanya kepada suri-suri rumah diluar sana.. Walaubagaimanapun, tak kiralah sama ada korang suri rumah atau sesiapa sahaja yang mungkin sekarang ni sedang berhadapan dengan masalah kewangan yang ingin mengubah hidup, inilah jalan dan peluangnya untuk korang bangkit memperbaiki nasib diri dengan menjana pendapatan bersama Tasneem Marketplace.. Dan aku juga percaya Tasneem Marketplace ini bakal menjadi pilihan suri rumah untuk menjana pendapatan mereka..Apa di tunggu lagi.. Jom gais ubah nasib diri dengan menjana pendapatan melalui platform Tasneem Marketplace ini.. Peluang dah ada, so jangan sia-siakannya.. Mana tau, melalui platform ini dapat mengubah kehidupan korang menjadi lebih baik.. Yang penting usaha dan konsisten dengan apa yang kita buat..Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, korang boleh terus klik link di bawah ini ye..❤ Website :  http://www.tasneemmarketplace.com/❤ Facebook :  https://www.facebook.com/tasneemmarketplace❤ Telegram : https://t.me/+WAWjyDQCeT0xMTA1
https://www.leaazleeya.com/2019/12/jeanc-30-days-hydrolyzed-collagen-drink-malaysia-skin-challenge.html
Jeanc 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysia Skin Challenge
Jeanc 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysia Skin Challenge | Assalamualaikum.. Hi korang... Dah agak lama aku tak ambil minuman berkolagen.. Now, aku rasa macam nak amalkan semula.. Biasalah wanita ni tak nak jauh dengan kecantikan.. Ada yang dah cantik tu, masih lagi nak cantik.. Cam aku yang tak berapa nak cantik ni, nak la jugak merasai kecantikan itu.. Ahakz.. Jadi, aku nak sahut JeanC 30 Day Skin Challenge bersama JeanC Hydrolyzed Collagen Drink produk kolagen terbaik untuk wanita 25 tahun dan ke atas ini.. Manalah tahu, lepas 30 hari dah boleh jadi cantik macam wanita cantik diluar sana.. Hiks.. Jeanc 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysia Skin Challenge Minuman kolagen JeanC Hydrolyzed Collagen Drink ni adalah produk keluaran JeanC Malaysia dimana ia mensasarkan pengguna dikalangan wanita berusia 25 tahun dan keatas terutamanya mereka yang merokok, pengambilan gula dan alkohol yang tinggi ataupun yang selalu terdedah pada cahaya matahari.. Kalau korang nak tahu, kolagen dalam badan manusia akan berkurangan selepas kita berumur 25 tahun dan keatas.. Ini akan menyebabkan kulit kita akan mula berkedut, kering dan muncul garis-garis halus.. Sebab itulah kita perlukan minuman tambahan ini untuk mentenkan kolagen dalam badan kita.. Dengan pengambilan JeanC Hydrolyzed Collagen Drink ini secara konsisten, ia dapat meningkatkan keanjalan kulit, penghidratan kulit, mencerahkan dan tahan terhadap sinar UV.. Jangan risau ye, minuman ini bebas dari gluten dan juga GMO.. Kalau korang menghadapi masalah kulit kering, garis halus, kulit kusam, selulit, sakit lutut, rambut gugur, kedutan, jerawat, kuku rapuh dan kulit kendur, aku recommend korang cuba JeanC Hydrolyzed Collagen Drink ni.. Kebaikan JeanC Hydrolyzed Collagen Drink Meningkatkan kelembapan kulit Meningkatkan kesihatan kuku dan rambut Membaiki kesihatan kulit dan usus Anti-penuaan Melindungi sel-sel badan daripada rosak akibat radikal bebas Membaiki kulit yang rosak akibat cahaya matahari Membaiki kulit kusan dan tona kulit tidak sekata Mengurangkan kedutan Memudarkan parut Anti-radang - Merawat jerawat Bahan Utama JeanC Hydrolyzed Collagen Drink Grape Juice Powder Collagen Peptide (fish) Isomaltulosa Vitamin C Vitamin E Amla Extract Acai Extract Baobab Fruit Pulp Powder Sucralose Lingonberry Extract Astaxanthin Nak cantik? Jom cabar diri dengan Jeanc Hydrolyzed Collagen Drink ************* Day 0 Bila tengok orang cantik, aku pun nak jugak cantik.. So, aku sahut cabaran Jeanc 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Skin Challenge ni.. Hari ini (23.11.2019) aku akan start ambil Jeanc Collagen Drink ni dan aku akan update setiap 10 hari tentang kesan yang aku alami.. Wahh semangat ni tau.. Semangat nak cantik.. Haha!! Cara Pengambilan JeanC Hydrolyzed Collagen Drink Cara pengambilan minuman kolagen ni hanya perlu bancuh satu sachet Hydrolyzed Collagen Drink ni dengan 150ml air.. Cam aku biasanya kalau ambil minuman kolagen ni aku suka bancuh dengan air yang sejuk.. Lega jerk tekak bila minum.. hehe..  Ok, bagi korang yang sedang mengambil sebarang ubat-ubatan, mengandung atau menyusukan anak, aku nasihatkan supaya korang berjumpa pakar kesihatan terlebih dahulu untuk meminta nasihat mereka sebelum korang consume produk ini.. Satu lagi, kalau korang mempunyai alahan kepada makanan laut, korang tidak digalakkan untuk mengambil minuman ini..  Ok ya, 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink ni dijual pada harga yang berpatutan.. Bak kata orang harga mampu milik.. Jadi, bagi korang yang nak cantik tu, bolehlah cuba minuman kolagen yang mengandungi antioksidan yang tinggi ni tau.. Sekotak ada 30 sachet cukup untuk sebulan.. Sesambil bolehlah sahut cabaran 30 hari ni.. Aku dah mula!! Days 10 Dah hari ke-10 (02.12.2019) nampaknye aku mencuba Jeanc Collagen Drink Malaysia ni.. Aku suka sangat dengan rasa dia yang sedap.. Rasa berry.. Berwarna pink dan bau dia pun best jerk.. Serasi dengan tekak aku.. Jadi tak perlu nak tutup hidung bagai untuk minum minuman ni..  Untuk kesannya, setakat ni aku dapati kulit aku lebih terhidrat.. Lembap jerk tak kering macam sebelum ni.. Alhamdullilah, nampak la jugak kesannya walaupun baru 10 hari.. Harapnya pada hari ke-20 nanti akan ada kesan yang lebih mengagumkan.. Tak sabar betul aku.. hehe.. Days 20 -Next update- Days 30 -Next update- ************* Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan minuman kolagen keluaran JeanC Malaysia ni, korang boleh grab diskaun sebanyak RM10 serta FREE POSTAGE dengan menggunakan kod "JEANC79" manakala dengan pembelian 3 kotak pula korang akan dapat potongan diskaun sebanyak RM 48 serta FREE POSTAGE dengan menggunakan kod "JEANC219"    Untuk info lanjut, sila layari :- Facebook : http://facebook.com/jeancmalaysia Instagram : http://instagram.com/jeancmalaysia
https://www.leaazleeya.com/2022/02/vits-bersama-sukarelawan-turun-padang.html
Vit's Bersama Sukarelawan Turun Padang Bantu Mangsa Banjir
Vit's Bersama Sukarelawan Turun Padang Bantu Mangsa Banjir  |   Bencana alam seperti banjir besar yang melanda beberapa negeri sehingga meragut hampir 50 nyawa, mengakhiri 2021 yang turut menyaksikan rakyat bersatu hati serta bangkit untuk saling membantu terhadap keluarga mangsa banjir. Kesannya ibarat dilanda Tsunami, puluhan ribu mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan ribuan keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka dihanyutkan arus deras, manakala ribuan kenderaan pula terdampar serta musnah selepas ditenggelami banjir.  Pada 19 Disember 2021, Vit’s sebuah syarikat pengilar mi segera yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu telah memberi bantuan hampir ke semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir di Shah Alam dan Klang. Berikutan bencana banjir yang membadai hampir keseluruhan Lembah Klang dan Mentakab, Temerloh bermula 18/12/21, Vit's telah melancarkan satu program Bantuan Bencana Alam Mangsa Banjir di Mentakab Pahang kolaborasi dengan SME Association Malaysia dan kerjasama dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCORP) HRDCORP CARE pada 27 dan 29 Disember 2021 yang lalu.  Pada 27 dan 29 Disember 2021, Vit’s berjaya mengumpulkan sejumlah 80 orang sukarelawan yang bersama-sama turun padang membantu mangsa banjir di Mentakab, Pahang. Vit’s tidak menyangka rakyat Malaysia amat prihatin terhadap mereka yang terkesan oleh bencana banjir ini walaupun dalam tempoh masa yang singkat.  “Saya betul-betul tak sangka, sukarelawan ini semua sanggup turun padang walaupun ada yang datang dari negeri lain dan berlainan umur, bangsa bersama-sama bersemangat membantu mangsa banjir. Ini kali pertama saya melihat semua sukarelawan berganding bahu membantu dan saya amat kagum” kata Encik YT Lai selaku Pengarah Urusan VIT’S  VITS juga telah menderma sejumlah 50 000 peket mee segera untuk meringankan beban mangsa banjir di Selangor dan Pahang serta amat berharap agar mangsa semua tabah dalam dugaan ini.  Tahniah Vit's..
https://www.leaazleeya.com/2018/10/diet-sihat-dengan-genefood-broccoli.html
Diet Sihat Dengan Genefood Broccoli Sprout
Diet Sihat Dengan Genefood Broccoli Sprout  |  Kadangkala, satu-satu penyakit tu kalau nak datang pada seseorang  tak kira siapa dan tak kira masa.. Datangnya tanpa diundang. Tetiba aje dah disahkan mengidap penyakit.. Tak kiralah penyakit berbahaya atau tidak.. Aku berdoa agar aku dan family dilindungi dan dihindari daripada sebarang penyakit.. Risau jugak sebenarnya.. Apa-apa pun aku selalu berpegang dengan kata-kata 'mencegah lebih baik dari merawat'.. Haaa kali ni aku nak kongsikan dengan korang apa yang aku amalkan untuk memastikan kesihatan aku sentiasa terjaga.. Nak tahu apa aku amalkan? Aku amalkan diet sihat dengan Genefood Broccoli Sprout.. Suka betul aku tengok kotak produk ni.. Cantik! Mula-mula dapat tu, rasa sayang pulak nak bukak.. Yelah, dah la warna warni, ada pulak kotak-kotak kecil kat dalam tu.. hehe.. Setiap kotak mengandungi 10 sachet Broccoli Sprout... Jadinya, untuk satu kotak besar ni, cukup untuk sebulan.. Tapi, apa itu Genefood Broccoli Sprout? Haa aku yakin korang mesti tertanya-tanya produk apakah ini kan?? Jom aku kongsi cerita tentang produk yang terbaik diamalkan untuk diet yang sihat ini.. Sebelum tu, aku nak cerita dulu tentang Sulforaphane.. Apa tu? Haa ini kerana Genefood Broccoli Sprout ni kaya dengan Sulforaphane.. Jadi, korang kena tahu dulu tentang Sulforaphane ni.. Uisss susah bebeno nak sebut dan taip perkataan ni.. haha.. Apa Itu Sulforaphane? Sulforaphane (SFN) adalah isothiocyanate yang mengandungi sebatian sulfur organik. Ia berasal daripada glucoraphanin yang terdapat di dalam sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, kubis bunga, kubi brussels dan kale.. Kalau korang nak tahu, sayuran cruciferous yang berusia 3 hari mengandungi konsentrasi glucoraphanin yang lebih tinggi sebanyak 10 - 100 kali ganda daripada sayur-sayuran matang. Tahap glucoraphanin dan sulforaphane adalah yang paling tinggi dalam brokoli.. Sulforaphane dihasilkan semasa glucoraphanin berkontak  dengan enzim myrosinase, terkandung di dalam sel-sel yang sama tetapi dakan bahagian berbeza.. Sebagai contoh, memotong, mengunyah atau mengganggu sel brokoli memulakan proses penghasilan sulforaphane. Berbanding dengan glucoraphanin yang stabil, sulforaphane mula merendah setelah penghasilan. Agak berbelit-belit lidah kalau nak sebut satu persatu istilah di atas ye.. Hehe.. Banyak sebenarnya kelebihan Brokoli ni kan yang kita tak tahu.. Ianya sangat bagus untuk kesihatan.. Sebab itulah aku jadikan brokoli sebagai sayur utama buat anak-anak aku sejak kecil lagi.. Ok, Sulforaphane ni juga sebenarnya mempunyai sifat-sifat antioksidan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-inflamasi, anti-penuaan, anti-diabetes dan juga melindungi saraf.. Ini bukan omongan kosong tau.. Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa ia dapat menghalang sel kanser (SINI), membaiki kerosakan DNA (SINI), mengurangi risiko diabetes (SINI) dan penyakit jantung (SINI).. Kelebihan Sulforaphane 1.  Melindungi Sel-Sel dan Gen-Gen Sulforaphane menghapuskan oksida radikal bebas yang berlebihan dalam tubuh manusia, melindungi sel-sel dan DNA serta meningkatkan sistem imun  tubuh badan kita.. 2. Antioksidan (Penuaan dengan sihat) Sulforaphane adalah berasaskan tubuhan dan antioksidan yang bertahan lama, boleh menghalang kulit dari penuaan, melambatkan penuaan secara semulajadi dan melindungi tubuh sepanjang 96 jam (vitamin C dan E hanya boleh bertahan selama 3 jam sahaja) 3. Detoksifikasi Hati Sulforaphane membantu hati untuk metabolisme pelbagai toksin, logam berat, bahan kimia, racun serangga, pencemaran udara dan mempercepatkan proses mengeluarkan toksin yang terkumpul dalam badan sekian lama. Detoksifikasi yang konsisten boleh memperbaiki gejala-gejala seperti keletihan, kekurangan tenaga, kulit kusam, jerawat, nafas berbau, mencegah masalah hati yang disebabkan alkohol, pemakanan yang tidak sihat dan lain-lain. 4. Anti-Inflamasi Gula, produk tenusu, minyak masak, lemak trans, daging yang diproses, alkohol, bijirin halus, bahan tambahan tiruan dan MSG boleh menyebabkan inflamasi. Sulforaphane mengurangkan inflamasi, membantu untuk melawan kegemukan dan mencegah inflamasi kronik. 5. Melindungi daripada E.Coli dan H.Pylori Sulforaphane berkesan untuk antibakteria dan menghapuskan E.Coli (bakteria yang menyebabkan cirit birit) dan H.Pylori (bakteria yang menyebabkan ulser perut) 6. Perlindungan Kulit dan UV Sulforaphane melindungi kulit terhadap penuaan, menghalang keradangan kulit, sunburn dan kerosakan kulit disebabkan UV. Diet Sihat Dengan Genefood Broccoli Sprout Untuk mendapatkan segala manfaat Sulforaphane tadi, aku sangat recommend korang amalkan Genefood Broccoli Sprout ni kerana produk ini merupakan minuman kesihatan yang berfungsi secara natural yang diformulasikan di Australia untuk kita mendapatkan manfaat kesihatan sulforaphane dengan mudah setiap hari.. Jadi, lepas ni yang mana tak suka makan sayur tu korang dah tak perlu risau sebabnya korang hanya perlukan Genefood Broccoli Sprout ni aje untuk memastikan bekalan sulforaphane ni dapat korang perolehi sepenuhnya.. Bolehlah amalkan diet sihat dengan Genefood Broccoli Sprout lepas ni kan.. Jom tengok video ni dulu.. Tentang Genefood Ehh korang tau tak siapa founder produk terbaik ni? Masih muda dan cantik tau.. Mari aku kenalkan kepada korang.. Genefood ini ditubuhkan oleh seorang warganegara Malaysia yang masih muda dan cantik, Yew Wan Ting.. Her quest for answers began when her mother passed away after a long illness.. Beliau menjalankan penyelidikan dan mendapati bahawa kebanyakan ahli keluarganya mewarisi gen bermutasi yang memungkinkan mereka untuk berisiko kepada pelbagai penyakit.. Yew Wan Ting - Founder Genefood Ini menjadi inspirsi baginya untuk meneroka diet sihat dan manfaat kesihatan sulforaphane yang membawa kepada pelancaran Genefood siri produk minuman kesihatan yang berfungsi untuk mengoptimumkan ekspresi gen dan membantu semua orang dapat makan dengan baik untuk gen mereka.. Bahan Utama Genefood Broccoli Sprout 1. Brokoli Kaya dengan sumber sulforaphane dan telah terbukti secara klinikal sebagai antioksidan semulajadi yang dapat menghentikan tindakan radikal bebas yang berbahaya, anti-radang dan menghilangkan toksin berbahaya dalam badan. 2. Blueberry, Raspberry, Strawberry, Cranberry dan Anggur Berry kaya dengan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan daya ingatan. Berry juga mengandungi serat yang tinggi yang merupakan nutrien penting untuk sistem pencernaan yang sihat 3. Red Beet Terbukti secara saintifik Red Beet ini mengandungi vitamin C yang tinggi, serat, kalium (untuk saraf dan otot yang sihat) dan mangan (manfaat untuk tulang, hati, ginjal dan pankreas) 4. Vitamin C Membantu pertumbuhan dan memperbaiki semula tisu badan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan pembentukan kolagen serta penyerapan zat besi. 5. Prebiotik Mendorong pertumbuhan bakteria usus yang bermanfaat dan meningkatkan penyerapan kalsium, megnesium, zink dan zat besi dalam usus besar. Semua bahan yang terkandung dalam Genefood Broccoli Sprout ni adalah bahan semulajadi.. Jadi korang tak berlu risau kerana produk ini selamat digunakan..  Untuk pengetahuan korang, produk ini dihasilkan melalui teknologi penghasilan tinggi sulforaphane untuk memastikan bioavailabiliti bahan-bahan aktif tiada pemanasan atau pendidihan yang terlibat. Kilang pengeluaran Genefood memenuhi atau mencapai piawaian Therapeutic Goods Administration (TGA) Autralia, GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard and Critical Control Point Plan, ISO 9001 (Sistem Kualiti, ISO 22000 (Sistem Keselamatan Makanan dan ujian mikrobiologi.. Siapa Yang Patut Mengamalkan Genefood Broccoli Sprout? Panjang lebar aku bercerita kali ni kan.. Hehe.. Almaklumlah terlalu excited dengan produk ni.. Serius weh aku suka Genefood Broccoli Sprout ni.. Aku ni kan jenis yang tak suka makan sayur... Hiks.. Jadi, untuk mendapatkan khasiat sayur itu sendiri aku terpaksa mencari produk yang lebih mudah diterima oleh tekak aku ni untuk diamalkan setiap hari.. Sebab itulah aku memilih Genefood Broccoli Sprout ni untuk diet sihat aku.. Lagi pun produk ini sangat bagus untuk kesihatan dan mencegah dari sebarang penyakit.. Insyaallah.. Dengan izin Allah juga kan.. Janji, kita berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik.. Ok, siapa yang patut mengamalkan Genefood Broccoli Sprout ni? Takan bagi mereka yang tak makan sayur sahaja macam aku ni.. Ehh sabar dulu... Ramai golongan yang patut mengamalkan produk ni.. Antaranya :- Mereka yang makan kurang daripada lima hidangan sayuran dan buahan setiap hari Mengalami sembelit Fungsi hati yang teruk Dewasa yang sibuk dengan gaya hidup yang tidak sihat, tekanan dan kurang tidur Perokok dan peminum yang kronik Mereka yang tergolong dalam kumpulan 3T (high cholesterol, blood sugar and blood pressure) Kulit kusam dan penuaan Pelajar yang memerlukan konsentrasi yang tinggi Wanita hamil yang memerlukan kesihatan keturunan Sebenarnya, selain tak makan sayur aku juga mengalami masalah pencernaan, stress dan kurang tidur.. Biasalah kalau dah nama pun Blogger, memang akan sentiasa kurang tidur kerana nak menyiapkan blogpost-blogpost urgent... Bila kurang tidur, mulalah badan jadi letih dan lesu kurang bertenaga.. Sebab itu jugalah aku consume Genefood Broccoli Sprout ni supaya aku kembali bertenaga, fokus dan paling penting sistem pencernaan aku kembali berfungsi dengan baik.. hehe.. Cara Pengambilan Genefood Broccoli Sprout Kebiasaannya kalau minuman macam ni aku lebih suka bancuh dengan air sejuk dalam peti.. hehe.. Tetapi untuk Genefood Broccoli Sprout ni, cara bancuhannya adalah dengan mencampurkan satu sachet Genefood Broccoli Sprout dengan secawan air (200ml) bersuhu bilik, kacau hingga betul-betul larut dan minum dengan segera untuk mengelakkan oksidasi.. Korang yang dewasa, cadangan pengambilan 1-2 sachet sehari.. Manakala kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun boleh mengambil 1 sachet sehari.. Haaa kanak-kanak seawal 3 tahun boleh consume minuman kesihatan ni tau.. Ok, masa terbaik untuk pengambilan minuman ini adalah sebelum tidur kerana ia dapat membersihkan toksin daripada usus dan menghilangkan toksin yang terkumpul dalam saluran darah dan hati.. Detoksifikasi akan lebih menyeluruh dan berkesan pada hari keesokannya.. Kalau korang nak tahu, 1 sachet Genefood Broccoli Sprout ini bersamaan 1 cawan brokoli dan 1 cawan brokoli bersamaan dengan 7kg brokoli.. Perghhh sekali minum, dah dapat khasiat 7kg brokoli.. Memang terbaik!! Ni nak bagi jadual pemakanan dan manfaat yang korang dapat hasil dari consume produk ini.. Pengambilan selama 1 bulan - Detoksifikasi 3 kali seminggu Pengambilan selama 2 bulan - Memperbaiki kulit, berasa segar dan bertenaga Pengambilan selama 3 bulan - Meningkatkan imun dan kulit jadi berseri-seri Pengambilan dalam tempoh yang lama secara konsisten - Melindungi sel-sel dan gen-gen serta melambatkan proses penuaan Genefood Broccoli Sprout In Media Dapatkan Genefood Broccoli Sprout Untuk Diet Sihat Anda Jangan bertangguh-tangguh untuk menjaga kesihatan.. Pastikan diet seharian kita sihat.. Mungkin ada dikalangan kita pada hari ini tak sempat nak mengambil makanan yang sihat seperti sayuran dan buahan dek kerana sibuk dengan tugasan seharian.. Jadi, apa yang korang perlukan untuk memastikan korang dapat khasiat dari buahan dan juga sayuran itu adalah dengan consume Genefood Broccoli Sprout ni.. Tak payah susah-susah nak masak ke bagai.. Cuma perlu bancuh dan mudah dibawa kemana-mana.. Selit aje dalam beg 1 atau 2 sachet untuk pengambilan sehari.. Hah gitu!! Genefood Broccoli Sprout ini juga boleh didapati di farmasi, kedai makanan organi atau melalui website store Genefood sendiri iaitu di www.genefood.store... Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari :- Instagram www.instagram.com/genefood.store Facebook www.facebook.com/genefood Email hello@genefood.asia Contact No. +6011-1661 3333
https://www.leaazleeya.com/2016/04/qhaliff-buli-pengasuh-setiap-pagi.html
Qhaliff Buli Pengasuh Setiap Pagi
Assalamualaikum wbt.. Krikk... Krikk... Dah 2 hari kejadian sama terjadi... Kesian dekat pengasuh.. Adik membuli pengasuh setiap pagi selama 2 hari ni.. Haha.. :D Apakah??? Camni cite dia... Si budak kecik tu dah 2 hari berturut-turut phuuu-phuuu (membuang/berak) lam kete time aku nak hantar ke rumah pengasuh.. Kebiasaannya, time aku bangunkan dia pagi mesti dia dah siap-siap membuang dah... Hehe.. Mungkin nak mencapai usia setahun kowt dia mula berubah.. Haha...  Tapi kesian la dekat kak pengasuh tu.. Pepagi dah nak kene cuci eyakkk anak aku.. adehh... Maafkan anakku itu akak... hik..!! Selalunya sesampai aje umah dia, aktiviti wajib pepagi, dia ngan si kecik tu mesti jalan-jalan dulu depan rumah tengok burung... tengok kucem... 2 hari ni kene cuci eyakk dulu pulak.. dushh.. dushh.....  -tumbuk rahang- Takpe la.. Nanti aku kasi adiah agik la kat akak tu.. Sebagai tanda terima kasih kat dia sebab jaga anak aku dengan thorrrrbeekkk sekali... Alhamdulillah.. Terima kasih Kak Ida.... Jasamu dikenang... ;)
https://www.leaazleeya.com/2015/09/aidijuma-oh-aidijuma.html
Aidijuma oh Aidijuma
Assalamualaikum wbt.. Lama tak update blog... harini baru berkesempatan menaip-naip kat sini... Alang-alang ada masa terluang ni nak jugak la share minat baru aku kat sini.. Tengok tajuk pown mesti dah tau ape yang menjadi kegilaan baru aku kan.. hukhuk...  Sejak terjebak dengan Aidijuma ni memang tido tak lena... Asal ada je design baru keluar pasti akan mengganggu gugat perasaan.. Hahahaha... Dah tahap meroyan dah ni... Tapi walaupown meroyan masih dalam kawalan lagik...  Banyak jugak koleksi yang terkumpul... antara koleksi yang aku sayang... PeaceLove Songket Paris Sekarang ni aku ngah hunting yang OS pulak.... Kalau dah terjebak dengan virus Aidijuma mesti wajib hunting OS... pelik... tapi benar... hakhak.. Biasa la kalau dah namanye OS harga agak mencekik leher laa.... Terpaksa la hunting lama-lama sikit supaya dapat harga yang berpatutan dan berkasih sayang...  Antara koleksi OS yang dah menjadi koleksi peribadi aku... Misai MoodFace Cat Safari GL Paris Alhamdulillah hunting OS ni dapat harga yang berpatutan... Fenomena Aidijuma makin menjadi-jadi sekarang.. Sampai tak boleh nak stop membeli... kikiki... Beberapa kali usaha untuk pencen tapi tak menjadi... Ada lagik beberapa OS yang masih belum dimiliki... Teruskan hunting la lepas ni jawabnya... Masih hunting....  **selalu jumpa harga tak mampu milik...  Mahai dabak... sedeeehhh~!! Love Grunge Moga-moga nanti dapat la yang dicarik ni dengan harga kasih sayang cinta... Korang ape lak menjadi kegilaan korang disaat ni...??? **Sumber gambar :: encik google
https://www.leaazleeya.com/2017/05/roti-jala-lembut-dan-sedap-menu.html
Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan
Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan  |  Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.. Dah bersediakah korang untuk menghadapi Ramadhan tahun ni? Atau ada yang dah terbayang-bayang suasana beraya di kampung sekarang ni? Hiks.. Bersempena bulan Ramadhan yang akan tiba nanti, Lazada Malaysia tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama meraikannya dengan mengadakan jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bermula 19 Mei 2017 sehinggalah 30 Jun 2017 dengan tawaran diskaun sehingga 90%... Banyak tu uolls.. Rugi kalau tak guna kesempatan yang ada ni untuk borong apa yang patut untuk persediaan Ramadhan dan Hari Raya nanti.. Kemahennn teruja aku bila Lazada Malaysia buat sale sempena Ramadhan ni.. Aku dah usha-usha barang yang best-best untuk dibeli.. Siap buat wishlist lagik.. Haha!! Bukan setakat jualan Ramadhan, Lazada Malaysia juga meraikan para blogger dengan menganjurkan Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest yang berlangsung bermula 19 Mei sehingga 23 Jun 2017 ini dengan tema yang berbeza setiap minggu.. Wahhh memang teruja sangat aku nak  join contest ni... Kalau boleh setiap minggu nak join hokeh!! Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest Contest kali ni akan berlangsung selama 4 minggu dengan topik yang berbeza setiap minggu.... Setiap blogger boleh sertai lebih dari 1 penyertaan.. Ini bermakna peluang untuk menang memang cerah.. Hehe.. Semakin ramai blogger yang menyertainya, semakin banyaklah hadiah yang akan disediakan nanti... So, korang-korang semua yang bergelar blogger, moh le kite pakat join ramai-ramai ye.. Hadiah mingguan pun disediakan tau untuk 3 orang blogger bertuah bagi setiap minggu.. Memang terbaikk!! Orite, jom ikut aku join untuk minggu pertama ni.. Apakah tema untuk minggu ni?? Minggu Pertama Tema : DELICIOUS RAMADHAN Tarikh : 19 Mei 2017 - 01 Jun 2017 Biasa kalau bulan Ramadhan, juadah yang agak istimewa yang biasa aku buat setiap tahun adalah Roti Jala dan Kari Ayam.. Kalau nak buat Roti Jala dan Kari Ayam ni haruss kena tunggu hari cuti.. Kalau hari bekerja memang akan kelam kabut... So, lebih baik tunggu hari cuti baru buat sesuatu yang istimewa untuk juadah berbuka.. Ok, tak yah nak bebel panjang sangat, jom tengok resepi Roti Jala Lembut & Sedap beserta Kari Ayam yang biasa aku gunakan... Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan Roti Jala Lembut & Sedap Bahan-bahan :- 3 cawan tepung gandum 2 1/2 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil garam 1 biji telur 3 cawan air (dicampur sedikit santan) Sedikit pewarna kuning Cara Penyediaan :- Blend semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dengan menggunakan Tefal Blender Blendforce Triplax.. Kalau nak tahu adunan sudah boleh dijala atau tidak, cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan... Jika aduanan tersebut keluarnya tidak putus-putus, maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non stick Tefal Super Cook Frypan.. Kalau pekat, boleh tambah air lagi sehingga boleh dijala... Selepas dijala di atas kuali, biarkan dalam beberapa saat.. Kalau dah masak tak perlu dibalik, terus aje diangkat dan digulung.. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kari ayam..  Kari Ayam Bahan-bahan :- 350gm bahagian isi ayam (potong kecil) 4 sudu besar Serbuk Kari Ayam & Daging Adabi 1 sudu kecil cili giling 2 biji kentang (potong dadu) 2 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 2 tangkai daun kari 3 cawan air 1 inci asam gelugur 1 Kiub Pati Ayam Knorr 1 sudu kerisik 1/2 cawan santan Garam secukup rasa Gula secukup rasa Minyak untuk menumis Bahan Kisar :- 5 ulas bawang merah 1/2 inci lengkuas 1 inci halia Cara Penyediaan :- Tumis bahan kisar hingga beraroma bersama daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga... Masukkan bancuhan serbuk kari + cili giling. Tumis hingga pecah minyak.. Selepas dah pecah minyak, masukkan kentang dan ayam.. Kacau rata. Masukkan air dan renehkan sehingga kentang empuk.. Kemudian, masukkan santan, asam gelugur, kiub ayam Knorr, kerisik, garam dan gula.. Renehkan lagi.. Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan roti jala..  Ni lah resepi yang selalu aku guna untuk buat roti jala dan kari ayam.... Setiap tahun pasti aku akan buat roti jala... Dulu-dulu biasa buat roti jala, guna kuali biasa aje.. Bila buat asyik dok lekat aje kat kuali, terus aje beli kuali non stick... Aku lebih suka guna jenama Tefal.. Sebab tu la blender dan kuali non stick aku dari brand Tefal.. Proses penyediaan Roti Jala pun jadi lebih mudah bila aku menggunakan barangan seperti Tefal Blender Blendforce Triplax dan Tefal Super Cook Fryfan ni.. Aku beli barangan Tefal ni dulu kat Lazada Malaysia.. Sekarang ada diskaun tau untuk 2 barang ni... Jom kita terjah.. Tefal Blender Blendforce Triplax Tefal Super Cook Fryfan Kalau korang nak dapatkan barangan kat atas ni, boleh klik aje link bawah gambar tu ye.. Dah alang-alang beli barangan Tefal tu, beli la terus bahan-bahan untuk buat kari ayam tu kan.. Korang juga boleh dapatkan Serbuk Kari Ayam dan Daging Adabi dan juga Kiub Pati Ayam Knorr di Lazada Malaysia tau..  Serbuk Kari Ayam dan Daging Adabi Kiub Pati Ayam Knorr  Kat Lazada Malaysia apa yang tak de kan.. Sekecil-kecil barang pun ada dijual.. Tu yang bestnya Lazada Malaysia ni.. Kalau korang rasa nak shopping sakan sempena Ramadhan ni, bolehlah terjah laman web Lazada Malaysia sekarang untuk menikmati diskaun hebat sehingga 90% bermula dari tarikh 19 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 ini... Jangan lepaskan peluang ni tau..  Jadi apa tunggu lagi tu?? Jom pakat serbu LAZADA MALAYSIA sekarang!!!
https://www.leaazleeya.com/2019/08/legend-age-lipstick-gincu-bibir-4-dalam.html
Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan
Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan | Hola!! Hi guys.. Cuaca sekarang ni tak menentu kan.. Kejap panas terik, kejap hujan.. Kalau time panas tu memang nak kena minum air masak banyak-banyak.. Kalau tak kering habis bibir dan kulit.. Untuk bibir, alhamdulillah sekarang aku dah ada 'teman' sebagai penyelamat bibir kering dan merekah.. Nak tau siapakah teman itu? Hehe.. Now untuk jaga bibir aku supaya sentiasa lembap dan helok, aku guna Legend Age Lipstick.. Bagus tau lipstick ni.. Gincu bibir 4 dalam 1 tau diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat digunakan.. 4 dalam 1 tu yang menarik!! Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan Apa yang 4 dalam 1 tu.. Haa kalau korang nak tahu keistimewaan Legend Age Lipstick ni fungsinya 4 dalam 1 iaitu boleh digunakan sebagai lip balm atau dalam bahasa melayunya pelembap bibir.. hiks.. Selain itu, boleh digunakan juga sebagai natural colour lipstick, hidrating lip mask dan juga sunscreen dengan SPF... Guna satu lipstik aje dapat 4 manfaat.. Bagus kan? Wajib standby kat rumah kita dan juga dalam handbag. Legend Age Lipstick ni diperbuat daripada bahan semulajadi yang bermanfaat seperti beeswax, west indian cherry essence, minyak vitamin E dan titanium dioxide.. Yang bestnye lipstik ni dapat merawat bibir kering, pecah, merekah dan kusam.. Walaupun ianya diberi gelaran lipstik, tak semestinya hanya untuk kaum hawa ye.. Ia sesuai untuk wanita dan juga lelaki tak kira peringkat umur dan juga selamat digunakan oleh kanak-kanak serta wanita hamil. Kelebihan Legend Age Lipstick Seperti yang aku katakan tadi, Legend Age Lipstick ni diperbuat daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi artificial and harmful chemicals seperti parafin atau plumbum.. Teksturnya yang berwarna kuning juga diperbuat daripada bahan semulajadi yang menjadikan bibir sihat dan menarik.. Setiap produk yang kita pakai mesti kena tau kandungannya sama ada bahaya atau tidak digunakan.. Macam lipstik jugak, kenalah tau apa kandungannya kan.. Cuma kadang tu, kita ni jenis malas nak amek tahu pun.. Janji cantik jerk, kita onz terus.. Haa kalau korang nak tahu, kaum wanita yang memakai lipstik ni menelan antara 4 hingga 9 paun gincu tau sepanjang hayat.. Jangan tatau ye kaum hawa... Sekiranya lipstik yang kita pakai tu mengandungi bahan kimia, maka yang kite telan itu adalah bahan kimia yang berpotensi membahayakan kesihatan kita dan sekiranya mengandung, akan membahayakan juga kandungan kita.. Untuk itu, Legend Age Lipstick ini telah diuji dan diyakini selamat digunakan kerana ramuan semulajadinya yang sihat dan bermanfaat sesuai untuk kanak-kanak dan juga wanita hamil.. Lipstik ini juga tidak diuji pada haiwan sama sekali.. Itu yang bagusnya.. Seperti yang aku katakan tadi, Legend Age Lipstick ini adalah sebagai penyelamat bagi aku mungkin bagi korang jugak kerana ia boleh merawat bibir merekah, kering, gelap, kusam dan pecah.. Madu lebah yang terkandung dalam lipstik ini menghasilkan penghalang yang membantu mengunci kelembapan, meningkatkan penghidratan dan menghasilkan pertumbuhan semula sel kulit.. Manakala ekstrak ceri pula kaya dengan zat besi dan vitamin C yang mudah menyerap ke dalam kulit, meningkatkan warna merah jambu yang sihat pada bibir.. Cara Guna Legend Age Lipstick Nak guna Legend Age Lipstick ni nak kene betul juga caranya.. Kalau tak betul caranya mau rosak lipstiknya... Jadi, korang kene baca step cara guna kat bawah ni ye.. Putar lipstik hanya 1cm sahaja kerana lipstik ni tiada bahan kimia yang digunakan untuk menguatkan tekstur lipstik.. Jadi, ianya sangat lembut seperti lilin.. Jangan putar lebih dari 1cm kerana ia boleh patah atau rosak semasa digunakan.. Apply 2-4 layer pada bibir.. Lapisan yang pertama untuk menghidratkan bibir manakala lapisan yang seterusnya untuk memastikan intipati ceri diserap supaya bibir kelihatan merah jambu.. Untuk bibir lebih merah, boleh sapu lebih dari itu..  Tunggu 2 minit untuk dapatkan kesan.. Untuk mendapatkan warna yang sebenar, kene tunggu kira-kira 2 minit.. Warna akan kelihatan berbeza berdasarkan kepada tahap pH kulit setiap individu.. Sekiranya warna merah menjadi lebih gelap menandakan tubuh seseorang itu berasid manakala merah jambu menunjukkan badan seseorang beralkali.. Best ke Legend Age Lipstick ni? Kalau korang tanya aku best ke idok Legend Age Lipstik ni, ofkoslah best.. Lipstik 4 dalam 1 tu!! Mana mungkin guna satu lipstik aje dalam 4 manfaat dalam 1 masa.. Pengalaman aku sendiri dengan Legend Age Lipstick ni, pada mulanya aku nak tak nak jugak pakai sebabnya kebiasaan bila aku pakai lipbalm ni, aku akan rasa tak selesa, bibir jadi berminyak yang amat dan rasa tebal jerk bibir.. Memang tak best.. Lastnya aku cuba jugak dan hasilnya aku sangat suka dengan lipbalm ni.. Teksturnya tak berminyak dan sangat selesa bila digunakan.. Paling best bibir jadi lembap jerk.. Sebenarnya memang aku ada masalah bibir kering dan ada kalanya sampai merekah luka.. Ada yang suggest aku guna lip balm tapi aku sendiri tak selesa dengannya.. Sampailah aku diperkenalkan dengan Legend Age Lipstick ni barulah tergerak hati nak cuba.. Yess bila aku cuba aku memang sukakannya.. Bibir aku lebih terjaga dan sentiasa lembap.. Tak de dah bibir kering sebabnya lipstik ni merawat bibir aku dengan baik.. Alhamdulillah.. Lagi pun lipstik ni selamat digunakan.. So, tak de la risau sangat.. Selain itu, aku suka packagingnya.. Casing lipstik ni sangat kemas dan teksturnya pun terjaga dengan baik.. Bila tengok teksturnya, aku sebenarnya tak sangka yang ia memberikan kesan pinkish bila kita apply kat bibir.. Tetapi ikut atas bibir jugak ye.. Cam bibir aku agak gelap, so tak nampak la sangat pinkishnye.. hehe.. Siapa yang bibir cerah tu mesti nampak lebih cantik bila pakai lipstik ni.. Its ok, walaupun bibir gelap aku tetap bersyukur sebab tiada cacat cela pada bibir aku.. Hiks.. Atasi Masalah Bibir Kering Dengan Legend Age Lipstick Ok, bagi korang yang mempunyai masalah bibir kering, merekah, pecah, kusam ataupun gelap cam bibir aku ni, korang boleh settlekan masalah tersebut dengan Legend Age Lipstick ni.. Nama pun dah Legend, haruslah boleh selesaikan masalah bibir dengan baik.. Bibir akan terawat dengan baik.. Tapi janganlah korang harapkan dengan penggunaan sekali saja bibir korang dah sihat dan cantik.. Agak-agak la wei!! Kenalah konsisten pakai, barulah dapat bibir yang menawan.. hehe.. Tapi kesan melembap tu memang terbaik.. Jangan lupa dapatkan Legend Age Lipstick tau.. HARGA LEGEND AGE LIPSTICK RM 135.00 MYR $32.30 USD Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :- Website Legend Age Singapore  |  Legend Age Malaysia  |  Legend Age Amazon Instagram Legend Age Official
https://www.leaazleeya.com/2020/05/resepi-sayur-kubis-masak-lemak-paling-ringkas.html
Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!
Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!  |  Salah satu sayur feberet aku adalah kubis.. Selalunya yang dapat membuka selera aku adalah kubis masak lemak putih.. Hari ini memang teringin sangat makan sayur lemak kubis terengganu.. So, kita buat sampai jadi.. Bukan susah pun.. Semudah ABC jerk nak buat sayur kubis masak lemak ni..  Ada juga yang sukakan resepi masak lemak kubis telur.. Tapi bagi aku, kubis masak lemak putih santan kotak ni lagi best.. Di isi bersama-sama ikan bilis.. Rasa dia lagi sedap.. Masak lemak kubis ni jugak boleh letak suhun.. Kot ada yang gemar makan suhun, boleh je tambah untuk banyakkan bahan didalamnya.. Kalau ada yang tak suka warna putih bolehlah buat kubis masak lemak kuning.. Hehe.. Tak salah dipelbagaikan resepinya kan.. Ikut selera masing-masing.. Hiks.. Orite, jom kita tengok resepi sayur kubis masak lemak paling simple tapi sedap rasanya cara aku.. Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap! Bahan-bahan Sayur kubis (hiris kecil dan dibasuh bersih2) 1 kotak santan 1 labu bawang besar saiz sederhana (hiris nipis) 1 biji cili merah (hiris nipis) Sedikit carrot (hiris nipis) Segenggam ikan bilis (cuci bersih)  *kalau takda ikan bilis boleh jugak letak udang kering   Cara memasak Sayur Kubis Masak Lemak Masukkan bawang yang dah siap dihiris ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis/udang kering. Masukkan santan. Tambah air sikit jangan terlalu pekat santan. Buka api dan guna api perlahan. Kacau santan dan semua bahan-bahan. Mesti kacau supaya santan tak pecah minyak ye. Bila dah agak mendidih, masukkan carrot, kubis dan cili merah. Masak sampai sayur masak. Perasakan dengan garam secukupnya. Dah siap boleh la tutup api dan hidang. Selamat mencuba..!
https://www.leaazleeya.com/2016/12/sabun-kopi-scrub-untuk-kulit-menawan.html
Sabun Kopi Scrub Untuk Kulit Menawan
Assalamualaikum wbt.. Sabun Kopi Scrub Untuk Kulit Menawan  |  Firstime tengok sabun ni, aku ingatkan kopi sebab bentuknya sama dengan bijik kopi.. Tapi ni kopi versi besar.. Haha.. Rupa-rupanya sabun... Sabun yang diperbuat daripada kopi.. Patutlah rupa dia sama macam kopi.. Bau dia sangat menyegarkan.. Mana taknye, dah diperbuat daripada kopikan.. Mestilah baunya pown bau kopi.. Semerbakk bau kopi.. Ok.. Malas nak membebal panjang lebar.. Sabun kopi Scrub ni banyak manfaatnya pada kulit.. Nak tahu, jom baca ni.. Kelebihan Sabun Kopi Scrub  Menghaluskan kulit  Menghilangkan bau badan dan ketiak  Menghilangkan selulit  Menyegarkan tubuh dan menghilangkan penat  Melarutkan lemak dan membentuk tubuh  Meneutralkan kulit yang teriritasi dan memberi nutrisi  Menghilangkan bekas jerawat, flek dan noda hitam pada kulit   Mengangkat sel kulit mati & memperbaiki struktur kulit yang rosak  Sesuai untuk semua jenis kulit, lelaki mahupun wanita  Menghilangkan kesan hitam pada ketiak, bahagian gelap di tubuh Cara Pemakaian    Gunakan secara teratur setiap kali mandi iaitu 2-3 kali sehari.   Gosokkan ke seluruh bahagian muka dan tubuh dengan lembut   Untuk hasil terbaik, biarkan sebentar beberapa saat sebelum di bilas dengan air Aku dah cuba sabun ni.. Memang best... Lembut aje kulit.. Hilang habis segala noda hitam yang ada dekat tubuh.. Memang terbaik... 
https://www.leaazleeya.com/2021/07/lameeys-lancar-colla-genic-with-pomegranate-untuk-kulit-lembap-cerah-dan-cantik-semulajadi.html
LAMEEYS Melancarkan Kolagen Peptida 6000mg Penyelesaian Kecantikan dan Kesihatan Dengan Teknologi Korea Terkini
LAMEEYS Melancarkan Kolagen Peptida 6000mg Penyelesaian Kecantikan dan Kesihatan Dengan Teknologi Korea Terkini  | "Eh, kenapa muka ko sekarang ni nampak kering dan kusam kelabu asap ek.." Perghh sentap jugak bila kena tanya dengan soalan macam tu.. Tapi itulah keadaannya yang aku hadapi sekarang.. Kadang-kadang kawan ni punya prihatin dekat aku, pergi tanya soalan koyak camtu.. Tapi tak dinafikan, keadaan muka aku sekarang dah tak sehelokk macam dulu-dulu.. Ada masa nampak kusam dan gelap tak berseri. Almaklumlah faktor umur kan.. Semakin berusia kita, semakin kuranglah kolagen dalam badan tanpa kita sedari.. Bila kolagen kulit semakin merosot, pembaharuan sel kulit semakin perlahan dan kulit mula mengalami proses penuaan. Maka, bermulalah kemunculan kedutan di sekitar mata, garis ekspresi pada dahi dan bibir, kulit kering dan kusam dan sebagainya. So, untuk menghalang proses penuaan daripada berlaku dengan pantas, aku amalkan Colla-genic With Pomegranate dari LAMEEYS ini sebagai penyelesaian kepada masalah kulit yang aku alami sekarang ini..LAMEEYS Melancarkan Kolagen Peptida 6000mg Penyelesaian Kecantikan dan Kesihatan Dengan Teknologi Korea TerkiniLAMEEYS telah melancarkan produk pertamanya bertekstur halus dalam bentuk Kolagen Peptida (Collagen Peptides) yang diiktiraf HALAL iaitu Colla-genic With Pomegranate. Ia diformulasikan dengan peptida kolagen marin yang sinonim atau cenderung menjadi pilihan pengguna sebagai penyelesaian semulajadi kepada masalah kulit dan kecantikan, bermula dari dalam. Siapa Kata Kolagen Dan Peptida Kolagen Itu Sama?Korang tau tak yang kolagen dan peptida kolagen ni tak sama sebenarnya.. Di mana, kolagen merupakan blok binaan terpenting bagi kulit manusia. Protein kompleks ini membentuk hampir 80% kulit dan memberikan struktur, keanjalan, perlindungan, selain berfungsi membantu mengekalkan kelembapan dari lapisan kulit yang paling dalam.Kolagen ni struktur molekulnya besar dan dalam bentuk memanjang. Ini menyebabkan kadar serapannya agak perlahan berbanding dengan Peptida Kolagen yang dihasilkan melalui proses hidrolisis menjadikan molekulnya lebih kecil dan lebih bersedia secara biologi untuk diserap dengan pantas ke dalam aliran darah kerana rantaian asid aminonya lebih pendek. Peptida kolagen mempunyai berat molekul yang jauh lebih rendah (<1,000 Daltons). Semakin rendah berat molekul, maka semakin tinggilah daya serapan yang dibenarkan oleh tubuh.Tentang LAMEEYS LAMEEYS percaya bahawa kunci kepada kecantikan adalah dengan memastikan kesihatan tubuh dari dalam. LAMEEYS berusaha menyediakan pelbagai penyelesaian supaya setiap orang dapat menikmati atau mencapai kecantikan secara semulajadi dari dalam tanpa kesan sampingan. Justeru itu, LAMEEYS menawarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang diperakui bersih, selamat dan bebas daripada unsur-unsur yang membahayakan. LAMEEYS juga memastikan ianya dicipta berasaskan sumber alami dan semulajadi, menepati maksudnya dalam bahasa Arab iaitu, Lembut untuk disentuh. LAMEEYS juga percaya bahawa kecantikan dari dalam adalah hak milik setiap insan, tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita. Untuk itu, produk yang ditawarkan pastinya mampu milik dan mudah didapati di pelbagai platform pemasaran.Industri kecantikan kita telah mencapai piawaian yang terbukti hebat dalam menutupi kelemahan luaran wajah bermula dari concealer, bedak asas hingga pembayang mata. Ia membantu wanita untuk kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan. Malangnya, menutupinya masih tidak dapat membantu wanita untuk mengatasi masalah kulit sedia ada - Pengurus Pembangunan Perniagaan LAMEEYS, Raja Marliza Safia. Itulah sebabnya wanita masih tercari-cari produk kecantikan yang boleh membantu mereka kelihatan bersinar dari dalam, tanpa kesan sampingan. Oleh itu, kami telah mencipta Colla-genic with Pomegranate, untuk membantu wanita tampil yakin dengan kulit mereka sendiri dengan cara yang paling semulajadi. - tambahnya lagi LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate Untuk Kulit Lembap, Cerah dan Cantik SemulajadiKorang ada mengalami masalah kulit kering dan kusam, parut jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam, tona tidak sekata, garis halus penuaan dan kedutan, tanda regangan bersalin, rambut nipis tidak bermaya serta kuku pecah dan rapuh tak? Kalau ada, jangan risau LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate adalah jalan penyelesaiannya. Ia dicipta untuk menangani lima masalah utama yang sering menjadi mimpi ngeri buat wanita.KulitMembaiki kolagen kulit dan serat protien elastin untuk meningkatkan keanjalan, ketegangan dan penghidratan atau kelembapan kulit sehingga 91%PenuaanMengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, mencegah tanda penuaanTanda/Kesan ReganganMinuman kolagen telah terbukti secara saintifik untuk meningkatkan keanjalan kulit sehingga mengurangkan penampilan stretchmarks akibat bersalinRambutMembantu melancarkan pertumbuhan semula sel-sel rambut dan memperbaiki penampilan dan kilauan rambutKukuMembantu meningkatkan kualiti kuku dan kesihatan kukuApa yang menariknya lagi, setiap titisan Peptida Kolagen 6000mg Dengan Jus Delima ini terbentuk hasil daripada elemen berikut :- Teknologi termaju Korea – membantu menghidrolisis Kolagen menjadi molekul terkecil<1000 Dalton – semakin kecil molekulnya, semakin baik penyerapan kepada badan6,000mg Kolagen Peptida – meningkatkan keberkesanan KolagenTambahan Peptida Sutera – memelihara kelembapan, melindungi kulit daripada kekeringanEkstrak buah delima – kaya dengan antioksidan untuk mencegah kerosakan oksidatif kulitTanpa bahan pengawet tambahan. Bebas warna tiruan. Manfaat LAMEEYS Colla-genic With PomegranateSepertimana yang kita tahu, tubuh kita pada usia 20-an masih memiliki banyak kolagen tetapi kulit berisiko terdedah kepada beberapa faktor seperti sinaran UV matahari, pencemaran alam sekitar, gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat, bebanan akademik dan pengajian serta masalah kerja dan tekanan hidup. Seperti yang aku katakan di awal tadi, semakin kita berusia, kehilangan kolagen kulit semakin pantas. Proses penuaan kulit pun mula serius berlaku dengan kemunculan banyak garis halus dan kedutan. Sebab itulah, kita perlukan suplement tambahan atau minuman kesihatan untuk atasi masalah ini dan pilihan aku sudah tentulah LAMEEYS Colla-genic With Pomegrante ini dengan lima manfaat untuk kecantikan kulit..1. Menganjalkan Kulit WajahBertindak menganjal dan menegangkan kulit wajah yang kendur. Kulit kusam menjadi cerah bersinar dan membantu memperbaiki tona kulit tidak sekata2. Menguatkan Struktur KulitDaya serapan peptida kolagen yang tinggi meningkatkan fungsi agen penghadang kulit daripada kesan kerosakan3. Menghidupan Semula KulitMengurangkan garis halus dan kesan kedutan. Membantu penjanaan semula kulit melalui agen utama anti-penuaan4. Mengembalikan Keremajaan KulitKaya dengan antioksidan dan vitamin C demi mengembalikan sumber mineral yang diperlukan oleh kulit5. Membekalkan Kelembapan KulitMembekalkan kelembapan yang diperlukan dengan daya penghidratan yang tinggi agar kulit kekal lembap sekaligus memberi efek kilauan pada wajahSiapa Yang Disyorkan Untuk Mengamalkan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima Berusia 20 tahun ke atasBerhadapan komputer untuk waktu yang lamaBerada di persekitaran berhawa dinginGaya hidup dan diet yang tidak sihatTerdedah kepada cahaya matahariLewat tidur akibat belajar atau bekerjaPengambilan gula yang tinggiPeminum kafein tegarKerap mengembaraCara Pengambilan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus DelimaLAMEEYS Colla-genic With Pomegranate ini didatangkan dalam bentuk sachet yang sedia diminum. Setiap kotak mengandungi 15 paket yang senang dibawa dan boleh diminum pada bila-bila masa di mana sahaja. Untuk pengguna yang baru, disyorkan untuk mengambil 2 sachet sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Selepas itu, boleh mengamalkannya hanya 1 sachet sehari iaitu sebelum sarapan setiap hari. Jangan lupa ye, untuk minum air dengan secukupnya.Macam aku sendiri, selalu tidur lambat dan mengadap komputer terlalu lama untuk menyiapkan tugasan di pejabat mahupun di rumah.. Kadang tu jam 3 pagi aku baru tidur untuk siapkan kerja-kerja blog aku.. Memang struggle jugak la untuk menjadi seorang blogger ni.. Dengan mengamalkan Colla-genic With Pomegranate ni banyak membantu aku untuk refresh balik badan aku untuk kembali bertenaga dan paling best, kulit dah semakin lembap.. Selalunya aku ambil Colla-genic ni 30 minit sebelum sarapan dan sebelum tidur aku akan pastikan aku mengambilnya sekali lagi selama 7 hari berturut-turut dengan konsisten.. Selepas 7 hari, aku hanya amalkan sekali sahaja sehari sebelum sarapan seperti yang disyorkan.. Alhamdulillah selepas seminggu mengamalkannya, nampak la perubahan pada kulit aku.. Kulit nampak lembap tak seperti sebelum ni agak kering dan kusam.. Seronok betul aku tengok perubahan ni.. Terima kasih LAMEEYS kerana mengeluarkan produk yang best ni.. Dapatkan LAMEEYS Colla-genic Dengan Promosi Istimewa Hari Raya Haji Di Shopee dan Lazada Sekarang!LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate ini boleh didapati di www.lameeys.com.my dan diijual pada harga pengenalan RM108 sekotak dan RM188 untuk 2 kotak. Harga Runcit Biasa adalah RM120 sekotak.. Berita baik untuk korang!.. LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate ini juga boleh didapati di platform e-dagang Shopee dan Lazada bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pelanggan yang menjadi pengguna setia bagi platform tersebut..SHOPEE - LAMEEYS_MY, Online Shop | Shopee Malaysia LAZADA - LAMEEYS | Lazada MY So, apa tunggu lagi tu! Jom capai misi kita untuk mendapatkan kulit wajah lembap, cerah berseri dan cantik dengan LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate ini. Bersempena sambutan dan kedatangan Hari Raya Haji ini, LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate ada buat promo tau.. Rugi tak grab.. Harga memang berbaloi-baloi.. Dan mungkin inilah jalan penyelesaian terbaik untuk korang yang ingin mendapatkan nutrien kolagen secara efektif. Rasai penghidratan yang diperlukan oleh tubuh melalui kesannya, hanya dalam 7 hari! Yakinlah bahawa produk ini dibuat hasil penelitian dengan 100% bahan semula jadi, diperakui HALAL dan selamat dimakan. PROMO RAYA HAJIBeli 2 Kotak RM188 (Harga Biasa: RM 240)LEBIH JIMAT dengan BAUCAR RM30 Shopee atau Lazada*Bermakna hanya RM158 untuk 2 kotak!*Tertakluk terma & syaratIngat, penyelesaian kesihatan & kecantikan itu tidak mahal.. pengabaian yang menjadikannya mahal!Untuk info lanjut, sila layari : 👉 Website : http://www.lameeys.com.my 👉 Facebook : Lameeys | Facebook 👉 Instagram : Lameeys (@lameeys_my) • Instagram photos and videos
https://www.leaazleeya.com/2016/06/bila-terlalu-letih-marah-mula-jadi-raja.html
Bila Terlalu Letih, Marah Mula Jadi Raja..
Assalamualaikum wbt.. Bila Terlalu Letih, Marah Mula Jadi Raja.. |  Semalam keletihan melanda diri aku.. Ya ampunn letih yang aku rasa tak dapat digambarkan oh..!! Tuhan aje yang tahu.. Sebab apa?? Sebab sesungguhnya Allah SWT Maha Tahu... hiks.. Seperti biasa, setiap hari selasa ada kelas belajar al-quran.. Jadinya lepas habis aje kerja, terus pergi kelas mengaji... Habis aje kelas mengaji dalam jam 6.40 petang terus berkejar-kejaran balik untuk siap-siap berbuka puasa.. Hoh sempat ke?? Harus la sempat sebab aku berbuka dekat rumah member aku.. Haha.. Ada jemputan berbuka lagi semalam... Alhamdulillah.. Kalau tak de jemputan, harus aku beli aje juadah berbuka.. Nak masak memang tak sempat leeee... Bila dah ada jemputan tu, jangan la pulak pergi time nak makan aje.. Pergi lah ringan-ringankan tulang jugak kan.. Tak dapat tolong masak pown tolong hidang pown dah kira ok... Meluncur dengan lajunya kereta aku semalam risaunya tak sempat nak menolong.. Kang tak pasal-pasal tebal muka 2 depa bila semua dah terhidang tunggu ngap aje.. kehkeh.. Alhamdulillah sampai umah member aku tu, semua tak terhidang lagik.. Aku pown dengan cekapnya buat aksi menghidang juadah berbuka puasa dengan jayanye.. Wahhh ayat cam susah sangat aje kerja-kerja menghidang tu ye dak..Poyo aje lebih Lea Azleeya ni kan.. Haha.. Dah siap berbuka apa semua.. Sekali lagik la kene ringan-ringankan tulang belulang aku yang kurang eksesais ni untuk kemas-kemas meja makan dan membasuh segala ape yang perlu dibasuh.. Jangan tahu makannnn aje bak kata orang-orang  tua.. haha.. Memandangkan perut dah kenyang, servis terbaiikkk aku kasi.. Bersih segala bende dalam sinki aku cuci.. hiks.. Dah siap segalanya, relax-relax jap then terus beransur pulang ke rumah sendirik... Bila dah sampai rumah baru terasa keletihan yang amat... Badan rasa sangat-sangat letih semalam... Sakit-sakit segala sendi mendi yang ada.. huh..  Bila letih yang 'terlampau' melanda diri, dah mulalah kemarahan nak bermaharajalela dengan sewenang-wenangnya... Haaa ni baru masuk bab kemarahan tu.. Panjang betul mukadimah letih tu yerk.. haha.. Semalam terlalu letih agaknya, tu sebab aku asyik rasa nak marah.. Sampaikan anak aku pown kene marah.. Aduii sian pulak bila ingat balik.. Hehe.. Tapi tak de la marah teruk.. Marah-marah manja kata orang... Sian si kecik tu jadi mangsa.. Tapi pastu aku pujuk balik dia.. Pujuk bila aku rasa diri aku agak meroyan marahkan si kecik yang tataw ape-ape tu.. Seb baik en. somi pergi terawih.. Kalau tak mesti dia jadik mangsa aku.. wahaha..!! Pasni aku kene lebih belajar untuk kawal kemarahan yang agak sia-sia macam semalam tu... Kemarahan ni sebenarnya bahaya jugak kan kalau dah tak terkawal.. Macam-macam boleh jadik.. Seb baik kemarahan aku semalam hanyalah seperti melukut di tepian gantang aje.. Ada kaitan ke?? koh-koh.. Untuk tidak terus rasa letih dan rasa marah, aku buat keputusan untuk tidur awal... Baju tak sempat gosok.. Beg anak aku tak berkemas... Semua aku ignorekan aje.. Pas tidurkan si kecik, aku pown ape agik... Membuta jugak laaa... Takan nak tengok saje si kecik tido dengan lenanya tak?? hoho.. Itu aje ubat keletihan dan kemarahan bila time nak menunaikan kewajiban kepadaNYA tak boleh.. Tetttt...  Sebelum aku merapu lebih panjang.......  lebih baik.............................. K.bai...!!
https://www.leaazleeya.com/2017/11/goodreads-2017-reading-challenge.html
Goodreads | 2017 Reading Challenge Tercapai
Goodreads | 2017 Reading Challenge Tercapai  |  Di awal November dan akan beranjak ke Disember nanti.. Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun 2017.. Terlalu pantas masa berlalu sekarang ni kan.. Dunia akhir zaman.. Allahuakbar.. Ok, sepertimana yang korang tahu (bagi yang tahu la.. haha!!), aku ni memang suka membaca dan kali ni aku nak kongsikan kegembiraan aku dimana aku dah capai target membaca aku untuk tahun ni.. Yeahh 2017 Reading Challenge di Goodreads aku tercapai sepenuhnya.. Ok, untuk tahun 2017 ni aku sahut cabaran membaca sebanyak 30 buah buku setahun... Mungkin bagi korang itu adalah jumlah yang terlalu kecil dan sedikit.. Tapi bagi aku yang menghadapi kekangan masa ni, 30 buah buku tu pun menjadi agak besar jumlahnya.. Jika dilihat kengkawan aku yang turut serta dalam Goodreads Reading Challenge ni, jumlah buku mereka agak besar berbanding aku.. Ada yang sampai beratus-ratus buku untuk setahun.. Memang aku tabik spring pada mereka.. Macam mana lah agaknya dorang bahagi masa yek.. Hiks.. Aku masih punya masa sebulan lebih untuk sampai ke penghujung tahun.. Jadi, ada masa lagi untuk aku menambah baik bilangan bacaan aku.. Tapi yang pastinya aku dah berjaya habiskan 30 buah buku dengan jayanya... Tahun depan aku cuba tambah jumlahnya di awal tahun.. Buku apa yang aku dah baca tu? Jom tengok sesama.. Opsss terlebih sebuah buku.. Hehe.. Sekarang ni aku tengah gagahkan diri untuk habiskan Koleksi Novel Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Murshid... Harapan aku agar aku dapat habiskan dalam tahun ni jugak sebab tahun depan dah nak mula dengan novel yang lain.. Biasa la aku ni kalau baca novel kena ada ketenangan.. Senyap sunyi.. Tiada gangguan.. Kalau keadaan yang bising dan tak selesa memang aku tak baca.. Tu sebab aku agak lambat untuk habiskan sesebuah buku..
https://www.leaazleeya.com/2016/08/aku-rindu-kamo0o.html
Aku Rindu Kamo0o..!!
Assalamualaikum wbt. Aku Rindu Kamo0o..!!  |  Hollaaaaa...!! Lama sungguh rasa tak bersiaran... Sibuk bercuti sampai tinggal blog menjadi usang dan berlumut.. Haha.. Aku rindu kam0o0ooo sotskirt.blogspot.com..!! Haaa mesti korang ingat aku rindu sape tadi kan.. Sebenarnya aku rindu nak kembali blogging... Aduhaii.. Kangan bangettt!!... Selama 4 hari rasanya aku tak up entry kerana bercuti bersama family.. cewahhh... Termasuklah beberapa job yang aku dapat sebelum ni yang masih hanging... Lepas ni baru aku akan setelkan semua job tersebut.. Harapnya dapatlah aku kejar sebelum sampai due datenya.. Ahakz.. Tak sabar nk kongsi detik-detik percutian aku yang macam-macam bende yang berlaku.. Hehe.. Ada suka ada duka.. huhu.. Insyaallah aku akan kongsikan nanti... Hari ni buka aje blog, wahhhh banyak betul rakan-rakan buat GA.. Insyaallah nanti aku join ye... Rindu sangat nak join GA wehhh... Sebut pasal GA ni, aku ada menang beberapa GA dan nanti aku akan up jugak entry untuk hadiah kemenangan aku tu.. Aku ulang "Hadiah Kemenangan" aku..!! Haha.. Cam menang sukan olimpik jerk gayanya...  Hurmm takat ni dulu la aku membebel entah apa-apa ni... Malam kang aku bersiaran lagik.. Jumpa malam kang yeeee...!! Babai...
https://www.leaazleeya.com/2021/07/mcdonalds-malaysia-rai-penghantar-makanan-menerusi-kempen-leklumcdbelanja.html
McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja
McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja  |  Semakin hari semakin membimbangkan dengan keadaan negara kita pada hari ini yang mengalami krisis pandemik Covid-19 dimana angkanya semakin meningkat dari sehari ke sehari.. Setiap hari juga ada sahaja kes kematian dilaporkan akibat virus ini.. Bilalah agaknya semua ini akan berakhir.. Malah, baru-baru ini di tempat kerja aku sendiri mengalami penularan virus Covid-19 ini mengakibatkan jabatan kami terpaksa ditutup buat sementara untuk menghapuskan rantaian Covid-19 ini.. Aku sendiri masih lagi dalam tempoh kuarantin.. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Insyaallah..Sepanjang tempoh kuarantin ni, makanan memang aku order secara online sahaja melalui penghantar makanan daripada McDelivery, FoodPanda, dan GrabFood.. Lebih mudah dan selamat. Tak perlulah nak bersesak-sesak di kedai makan untuk membeli makanan sekaligus dapat mengurangkan risiko jangkitan dan insyaallah dapat memutuskan rangkaian Covid-19 juga suatu hari nanti.. Bagi aku, penghantar makanan juga adalah frontliners dimana mereka juga memainkan peranan penting semasa musim pandemik ini dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan pelanggannya selamat dan perniagaan mereka terus berjalan lancar.. Mereka juga patut dihargai..#LekLuMcDBelanja - McDonald's Malaysia Rai 65,000 Penghantar MakananMcDelivery  riders menerima Quarter Pounder with Cheese percuma, menandakan bermulanya kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu pada 12 Julai 2021.Terbaru, McDonald's Malaysia rai penghantar makanan dengan membelanja 65,000 penghantar makanan di seluruh negara dengan set hidangan Quarter Pounder with Cheese sebagai tanda penghargaan  di atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Terima kasih McDonald's Malaysia belanja penghantar makanan dan tahniah kerana sekali lagi berjaya melancarkan inisiatif yang memberi manfaat kepada kepada semua penghantar makanan di seluruh negara.. Terima kasih juga kepada Penghantar Makanan, tanpa perkhidmatan anda, sudah pastinya merumitkan lagi urusan seharian kami rakyat Malaysia..Kalau korang nak tahu, inisiatif dan usaha yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia dalam menghargai Penghantar Makanan Malaysia ini adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera ini untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.."Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar." - Azmin Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's MalaysiaWah, aku baca petikan kata-kata dari Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia ini pun dah rasa sebak.. Tambahan pula lihat pengorbanan mereka yang dikongsikan di media sosial oleh pelanggan-pelanggan mereka.. Ada yang sanggup berpanas, berhujan, berbasikal dan hanya berjalan kaki sahaja semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan.. Bukan itu sahaja malah mereka juga terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelanggan setiap hari.. Allahuakbar, besar betul jasa mereka kepada rakyat Malaysia pada hari ini.. Perwakilan dari McDonald's Malaysia menunjukkan penghargaan mereka terhadap McDelivery riders"Sehubungannya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat" - Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's MalaysiaMcD Belanja Makan Penghantar Makanan dengan set hidangan Quarter Pounder with Cheese Pasukan McDonald's di Kuala Terengganu menyertai program di seluruh negara dalam mengedarkan Quarter Pounder with Cheese secara percuma kepada penghantar makanan sebagai tanda penghargaan."Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald's ingin mengingatkan kepada semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan" - Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's MalaysiaRiders berbaris di McDonald's Kuala Terengganu untuk claim Quarter Pounder with Cheese percuma merekaBersempena dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder with Cheese antara jam 2 petang hingga 5 petang pada 12 Julai di Restoran McDonald's seluruh Malaysia.GrabFood, FoodPanda and McDelivery riders dengan wakil dari McDonald's Sunway City Tambun#LekLuMcDBelanja.. Nama kempen pun sempoi je!... Sebut saje pun dah rasa teruja.. Inikan pula bagi mereka sebagai seorang penghantar makanan sudah pastinya sangat rasa dihargai.. Semoga dengan inisiatif ini dapat menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus berusaha dan berkhidmat untuk masyarakat. Terima kasih abang dan kakak riders!! Korang adalah wira kami.. #LekLuMcDBelanja #RiderKu..Jom Kongsi Gambar atau Video Bersama #RiderKu Tanda Terima Kasih Riders dari pelbagai platform delivery berbaris untuk claim Quarter Pounder with Cheese percuma merekaApa kata, sebagai tanda terima kasih kita kepada semua penghantar makanan, jom kita sama-sama kongsikan gambar atau video kita bersama #Riderku di media sosial dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.. Dengan cara ini, dapatlah kita sama-sama untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam memberi perkhidmatan yang terbaik buat kita semua..McDelivery riders dengan senang hati menerima Quarter Pounder Quarter Pounder with Cheese percumaSeorang wakil dari McDonald's Kuala Terengganu dengan delivery riderTapi apa-apa pun perlu diingatkan ye kepada semua, masa nak ambil gambar atau video bersama #RiderKu tu, kenalah sama-sama jaga SOP.. Mask kena pakai dan penjarakan sosial juga harus dijaga.. Barulah rantaian Covid-19 dapat dihapuskan.. Insyaallah..Apa Kata Mereka Sebagai Penghantar Makanan?Penghantar Makanan McDelivery - Roslina TalhadIbu kepada lima anak ini, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik."Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri." - kata Roslina TalhadPenghantar Makanan McDelivery - William Quah William Quah telah berkhidmat sebagai penghantar makanan McDonald's selama dua tahun."Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuashati dapat mengembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka." - kata William Quah"Pernah sekali ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja." - tambahnya lagiPenghantar Makanan McDelivery - Mohamad Azyhan MusaMohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan Kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatan sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajiannya."Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald's kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami" - kata Mohamad Azyhan MusaTidak dinafikan, setiap penghantar makanan itu mempunyai latar belakang yang berbeza-beza dengan kisah hidupnya tersendiri.. Menjadi sebagai seorang Penghantar Makanan untuk satu kelangsungan hidup.. Maka, dengan inisiatif  LekLuMcDBelanja ini secara tidak langsung dapat meringankan bebanan hidup mereka juga disamping memberikan mereka semangat dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam menghantar makanan kepada pelanggan. Justeru itu, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pengantar makanan dan juga tahniah kepada McDonald's Malaysia kerana telah berjaya melaksanakan inisiatif ini..Untuk info lanjut, korang boleh layari http://www.facebook.com/My.McDonalds/ 
https://www.leaazleeya.com/2019/09/resepi-ayam-masak-kicap-berkuah-sedap.html
Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Sedap. Mesti Cuba!!
Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Sedap. Mesti Cuba!!  |  Kalau datang angin rajin, habis semua menu nak dimasaknya. Tak kiralah kari daging atapun nasi lemak.. Itulah aku.. Hehe.. Biasanya kalau masak pun time hari cuti.. Itu pun kalau tak keluar kemana-mana.. Hari kerja bukanlah tak masak langsung tetapi jarang-jarang.. Biasalah, dah balik kerja tu bila dah rasa letih, tak kuasa dah nak bermesra-mesra dengan dapur.. Mesra dengan sofa lagi syok.. Haha!! Minggu ni kerajinan tu lebih sikit berbanding sebelum ni.. Hari sabtu aku masak Tomyam Putih dan hari ini hajat hati nak masak gulai ayam tapinya bahan pulak tak cukup.. Nak keluar beli, memang malas la.. Encik suami pulak kerja.. Hurmm.. Lastnya masak ajelah Ayam Masak Kicap Berkuah.. Biasa masak simple jerk.. Kali ni kita masak lain sikit dari biasa.. Kali ni aku skodeng resepi dari blog Dari Dapur.. Jom aku turunkan resepinya disini..  Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Sedap Bahan-bahan 8 ketul ayam (diperap dengan serbuk kunyit dan garam selama 15 minit) 4 biji bawang merah** 4 ulas bawang putih** 1 cm halia** 3 sudu besar cili kisar 1/2 sudu besar asam jawa (ramas dan ambil airnya) - aku guna asam keping jerk sebab asam jawa tak de.. hehe Kicap manis Kipas Udang Minyak untuk menumis 1 cawan air Garam, gula dan serbuk perasa Bahan-bahan tambahan 1 biji bawang besar dipotong bulat 4 biji cili merah/hijau - aku guna lada besar merah sebab tak nak pedas, anak nak makan oh! 10 helai daun kari Cara-Cara Tumbuk bahan bertanda **.. Jangan blend tau nanti tak sedap.. Tapi aku blend jerk sebab malas.,. Haha!! Goreng ayam yang diperap tadi separuh masak.. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak dengan api yang kecil Masukkan air asam jawa/asam keping dan air. Biarkan mendidih hingga pecah minyak Tambah garam, gula, serbuk perasa dan kicap secukup rasa.  Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Masukkan potongan bawang besar, lada dan daun kari.. Masak hingga bawang layu.. Siap untuk dihidangkan.. Ayam Masak Kicap Berkuah ni sedap dimakan bersama nasik yang panas.. Boleh bertambah-tambah tau.. Next, aku akan kongsi resepi Tomyam Ayam Putih lak ye.. Tengok kelapangan masa.. Hehe.. Ok, pada yang nak masak simple-simple bolehlah cuba resepi ni.. Memang sedap sehingga menjilat jari.. haha!! Selamat mencuba uolls..!!
https://www.leaazleeya.com/2023/01/kempen-kembali-ke-sekolah-cerahi-kehidupan-bersama-TOP.html
Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Menyokong Kehidupan 200 Kanak-Kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat
Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Menyokong Kehidupan 200 Kanak-Kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) |  Hi guys! Tak lama lagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula.. Time tu ibu bapa la yang terpaling sibuk menguruskan perihal persekolahan anak-anak.. Ni nak share dengan korang tentang kempen terbaru TOP.. TOP kembali lagi dengan kempen terbarunya iaitu Kempen Kembali ke Sekolah "Cerahi Kehidupan Bersama TOP" dengan menyokong kehidupan 200 kanak-kanak komuniti dalam Program Perumahan Rakyat (PPR). Jom aku story!Sebahagian besar keluarga di Malaysia tidak sabar menantikan bermulanya tahun baru persekolahan dengan melengkapkan anak-anak mereka dengan barangan keperluan sekolah serba baru sebagai motivasi untuk mencapai kecemerlangan, khususnya di peringkat pendidikan rendah. Namun, bagi keluarga miskin bandar, sesi baru persekolahan juga bermakna perbelanjaan yang amat tinggi.Walaupun peratusan masyarakat miskin bandar adalah rendah, iaitu 3.8%, Malaysia mempunyai kadar urbanisasi terpantas di Asia Tenggara dengan 77.9% daripada 32.4 juta penduduknya menetap di kawasan bandar. Ini bermaksud hampir 960,000 penghuni bandar hidup dalam kemiskinan.   Kebanyakan daripada golongan miskin bandar menetap di flat-flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang padat dengan kemudahan asas yang terhad. Perumahan PPR juga sering dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol, jenayah dan kecurian serta keganasan rumahtangga dan penderaan, seterusnya mendedahkan penghuni dalam keadaan yang berisiko.    Mereka yang berkelulusan pendidikan peringkat rendah kebiasaannya datang daripada isi rumah berpendapatan rendah, seterusnya menyumbang kepada peningkatan jurang pendapatan. Kunci dalam mengurangkan ketidaksamaan pendapatan masyarakat dapat dicapai menerusi galakan dan meningkatkan peluang pendidikan kepada golongan rentan (vulnerable) ini.Prihatin dengan isu yang membelenggu keluarga-keluarga miskin bandar dan menyedari akan kepentingan pendidikan untuk semua, kempen dana amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP, yang melibatkan kerjasama MYDIN, melengkapkan seramai 200 murid Tahun Satu daripada keluarga miskin dan daif yang menetap di flat-flat PPR di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan barangan kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024.Sebahagian jualan daripada produk-produk detergen TOP terpilih di pasar raya MYDIN di seluruh negara dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 akan disalurkan untuk menyediakan keperluan 200 murid Tahun Satu ini.   Kelengkapan yang disediakan untuk setiap murid termasuk pakaian seragam, kasut dan stokin sekolah, set alat tulis, kotak pensil dan pensil warna. TOP akan menghantar pek-pek kembali ke sekolah khusus kepada keluarga terlibat sebelum bermulanya sesi baru persekolahan, memberikan ibu bapa dan kanak-kanak terlibat ketenangan minda bahawa mereka juga mempunyai kelengkapan baru yang sama dengan rakan-rakan kelas yang lain.    Sejak diwujudkan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah memberi manfaat kelengkapan kembali ke sekolah kepada 3,206 pelajar daripada 97 komuniti di seluruh negara, pada masa sama menyumbang produk-produk detergen TOP kepada keluarga dan penjaga mereka.  TOP baru-baru ini memperkenalkan rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech yang membenarkan pengguna mencuci kesemua pakaian mereka sekali gus dengan penuh yakin kerana warna pakaian tidak akan turun dan menjejaskan pakaian lain. Ia juga memastikan warna pakaian terus cerah berseri dan pakaian berwarna gelap kekal gelap.  Rangkaian terbaharu ini turut mencegah fabrik daripada kelihatan lusuh lebih awal dan memastikan ia sentiasa kelihatan baru. Ini seterusnya membantu memanjangkan hayat pakaian dan menggalakkan kehidupan yang lestari. Setiap keluarga yang terlibat dalam program Cerahi Kehidupan Bersama TOP akan menerima pek 2.1kg serbuk detergen TOP Super Colour dan sebuah dispenser detergen boleh diguna semula.     Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian Colour Signature, dikuasai oleh Advanced Micro-Clean Tech dengan Anti-Mikrobial Tech oleh Lion Japan yang menggunakan teknologi detergen generasi baharu dengan kemampuan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya termasuk (COVID-19, Influenza A dan Coxsackie) serta bakteria secara berkesan. Formulasi pelbagai teknologi yang khusus ini merangkumi fungsi Anti-Hapak, Anti-Hama dan Anti-Sebum, dipertingkatkan dengan Teknologi Haruman Menyerlah (Bolder Scent), iaitu wangian khusus dengan keberkesanan terbukti menyingkirkan bau hapak dan meningkatkan mood si pemakai.    TOP bekerjasama dengan Kloth Cares dan INTI untuk memperkenalkan rangkaian detergen Colour Signature dan pada masa sama, mengumpul lebih 700 kilogram pakaian terpakai elok yang disumbangkan oleh masyarakat umum yang prihatin. Pakaian-pakaian ini akan dibersihkan dan disediakan kepada keluarga mengambil bahagian yang berminat dalam projek-projek kitar semula.   Peningkatan kos kehidupan adalah satu isu global dan golongan miskin bandar adalah kumpulan masyarakat yang paling berisiko. Persediaan kembali ke sekolah bagi untuk seorang pelajar sahajapun mampu memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga ini. Namun demikian, pendidikan juga aspek penting dalam memastikan kanak-kanak terlibat keluar daripada kitaran kemiskinan. Mempunyai kelengkapan kembali ke sekolah yang serupa dengan pelajar lain mampu memotivasikan mereka untuk mencapai kecemerlangan. Inilah sebab kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP menarik perhatian dan menerima sokongan rakyat Malaysia yang ingin membantu rakyat Malaysia lain mencapai potensi penuh mereka. Kami amat menghargai kerjasama MYDIN dalam menjayakan kempen ini -  Cik Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd.   Untuk menyokong kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dalam menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah kepada 200 pelajar Tahun Satu daripada keluarga miskin bandar, orang ramai boleh membeli produk detergen TOP dari mana-mana pasar raya MYDIN yang mengambil bahagian dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.   Kami komited dalam menyokong kehidupan 200 kanak-kanak menerusi kempen ini. Kami juga berharap untuk menghimpunkan dana yang lebih tinggi agar dapat membantu lebih ramai kanak-kanak. Sertai TOP untuk mengubah kehidupan keluarga miskin bandar agar mereka mampu mencapai masa depan yang lebih cerah - Cik Carmen Foo.    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk TOP dan kempennya, sila layari laman http://www.southernlion.com.my atau menghubungi talian khidmat pelanggan di 1800-880-133.  
https://www.leaazleeya.com/2021/10/koleksi-novel-lama-maria-kajiwa.html
Koleksi Terbaru Bulan Oktober Novel Maria Kajiwa
Koleksi Terbaru Bulan Oktober Novel Maria Kajiwa  |  Assalamualaikum.. Hi korang.. Sendu betul blog aku ni sejak kebelakangan ni.. Tambahan pula sekarang ni ramai kengkawan yang hadapi problem loading.. Slow sangat loadingnya termasuk blog aku.. Aku masih mencari jalan penyelesaiannya.. Andai tak berjumpa juga, kenalah tukar template.. Sayang weh nak tukar template ni.. Aduhai.. Harap masalah ni dapatlah setel cepat..Ok, bukan nak cerita pasal tu sebenarnya.. Kali ni aku nak story pasal novel penulis kesayangan aku iaitu Maria Kajiwa.. Gigih betul aku dok mencari novel lama-lama kak Maria ni.. Dapat pun yang preloved jerk sebabnya nak dapatkan yang baru memang dah  takde dalam pasaran dah.. So, terpaksa la mencari yang preloved sahaja.. Asal boleh baca sudah.. Hehe.. Baru-baru ni aku dapat tambah koleksi terbaru aku untuk bulan Oktober ni Novel Maria Kajiwa iaitu "Datang Pada Waktunya" dan "Suara Tengah Malam".. Hope mantap la macam novel beliau yang pernah aku baca sebelum ni.. Kalau baca review kat Goodreads, memang tinggi ratingnya.. Itu yang aku decide nak dapatkannya.. Hiks..Sinopsis Datang Pada WaktunyaJudul Novel  :  Datang Pada WaktunyaPenulis  :  Maria KajiwaTerbitan  :  Fajar PakeerMuka Surat  :  476 m/sTiada yang lebih indah daripada apa yang ada antara kita...Sebuah projek pembinaan jambatan yang sudah 45 tahun terbengkalai, membawa Edri dan kawan baiknya, Adam ke sebuah kampung di tepi Sungai Pahang.Encik Edri pernah melihat hantu? - Encik AminEdri tergamam. Sudah dua kali juga soalan itu ditanyakan kepada dia. Dia semakin keliru. "Apa kena-mengena kerja saya dengan hantu, Encik Amin? Saya bukan Ghostbuster. - EdriDalam ketawa yang dibuat-buat, dia cuba berseloroh..Jawab soalan saya dulu. - Encik Amin Kali ini suara Encik Amin semakin garau dan dalam walau tidak sampai membentak.Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dituju, kereta yang dinaiki telah rosak. Edri dan kawan serumahnya, Adam telah dibantu oleh dua orang gadis kampung yang bernama Saleha dan Murni. Di kampung itu mereka berdua dijaga dan dilayan dengan baik sehinggakan Edri dan Saleha saling jatuh cinta. Namun Hasan, pemuda kampung yang sudah lama mencintai Saleha menjadi penghalang.Kalau saya tak penggal kepada dia, saya bukan Hasanlah, nek. - HasanMampukah Edri menyelesaikan misteri pembinaan jambatan itu? Mampukah dia pulang semula ke kota? Siapakah Saleha yang sebenarnya? Dan Saleha, siapakah yang akan menjadi pilihannya selepas Edri meluah rasa?Sinopsis Suara Tengah MalamJudul Novel  :  Suara Tengah MalamPenulis  :  Maria KajiwaTerbitan  :  Buku PrimaMuka Surat  :  518 m/sDia sudah lama menangis.Dia ingin memanggil, tetapi tidak mampu...Cerita ini mengisahkan tentang seorang penyiasat persendirian bernama Adam yang berkelana mencari isterinya yang diculik tiga tahun yang lalu. Maklumat yang diterima telah membawanya ke Melaka. Di situ, dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah ruman lama.Di situ juga, dia telah berkelana dengan Rafiq yang juga baru menyewa di situ. Suara aneh yang kerap mereka dengari apabila senja muncul membuatkan mereka berdua cuba menyiasat misteri rumah ini. Namun, usaha mereka mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis.Dalam masa yang sama, usaha Adam semakin menemui jalan buntu, apatah lagi halangan daripada penculik isterinya. Akhirnya, Adam membuat keputusan untuk menamatkan pencariannya di Melaka. Namun, kehilangan Mazni, anak tuan rumah telah membawa kepada penemuan baru.Misteri suara budak kecil yang menyanyikan lagu cina di rumah sewa itu juga sering menghantui Adam. Suara siapakah itu? Dapatkah dia menemui semula isterinya?Xiao lau shu, shang deng tai, tou chi you, xia bu lai, miao, miao, miao, mao lai le, jo li ku lu, kun xioa lai. Kemudian, diikuti oleh tangisan yang hiba dan panjang. Terdengar juga bunyi sesuatu yang diketuk atau dipukul bertalu-talu. Kali pertama saya dengar, masa saya balik cuti beberapa tahun yang lalu. Saya cuba cari, tapi tak jumpa. Masa tu, saya ingatkan ada anak kucing dalam rumah tu, tapi mak marah. Mak kata tak payah cari, tak payah campur hal bunyi-bunyi tu. - Mazni Mak minah ada dengan suara budak menyanyi tak? Lagu Cina. - Rafiq 
https://www.leaazleeya.com/2016/04/dp-baru.html
DP Lea Azleeya by Lanun Ranggi
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah... Syukur sangat kerana masih diberi nafas untuk teruskan kehidupan untuk hari ini... Wohaa... Hari ni aku nak cite pasai DP baru aku... Baru jerk dapat semalam... Pepagi ni terus jerk pasang... Seronok tak terkata.. Haha..  Aku tempah dengan blogger Aujinz.. Owner blog Lanun Ranggi... Aku memang peminat dan pembaca setia blog LR... Lukisan dia cantik.. Cerita dia menarik..  Terutama cerita Origami biru.. hoho.. ohsemm cite OB tu dan ramai follower... cam yang aku penah post baru-baru ni.. Sini.. Satu lagik cerita yang menarik bagi aku dan sentiasa aku follow cerita Mem Kecik... Seronok tengok keletah Mem Kecik yang bijak dan pintar tu.. Hehe.. Pada awalnya aku teragak-agak jugak nak tempah DP dengan Aujinz ni.. Kowt-kowt la dia tak amek tempahan kan.. Tapi kuatkan hati jugak untuk bertanya.. Ohh.. Alhamdulillah.. Dia terima tempahan aku.. Dan ini lah hasilnya seperti apa yang aku nak.. Cantik.. Ohsemm... Aku suka..!! Akan datang boleh tempah agik ye dak.. hehe.. Aku doakan moga blogger aujinz maju jaya dalam kerjayanya.. Dan terus menghasilkan lukisan yang cantik-cantik serta cerita yang menarik-menarik.. Hoh.. Berdabel-dabel dahnye ayat aku... Pape pown.. Komik Lanun Ranggi Besttttt...~ p/s : Tq yek Aujinz.. [yang sentiasa mengkonfiuskan orang ramai dengan status jantina nye itew.. Haha.. !!]
https://www.leaazleeya.com/2017/06/review-novel-rindu-awak-separuh-nyawa.html
Review Novel | Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah
Review Novel | Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah  |  Akhirnya aku dapat juga habiskan novel yang tersangatlah tebal ni.. Ketebalannya boleh membawa maut semasa membaca sekiranya tertimpa ke atas muka yang boleh menyebabkan sesak nafas.. Ekekeke.. Memang tebal gile oh! novel ni.. Rindu Awak Separuh Nyawa oleh Siti Rosmizah... Aku memang peminat karya beliau kerana karya beliau tak pernah menghampakan aku.. Jalan cerita superb ohsemmm!! Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah Dah lama sebenarnya aku start baca novel ni.. Bermula 16 Disember 2016 sehinggalah 28 Mei 2017 baru-baru ni aku berjaya tamatkan misi aku membaca buku ni... Memandangkan ianya terlalu tebal, membuatkan aku membacanya dalam tempoh yang agak lama.. Biasala, siang aku baca novel lain.. Malam baru aku hadap novel tebal  ni.. Malam pun hanya beberapa waktu aje aku spend untuk membaca.. Kengkadang sejam.. Kengkadang setengah jam.. Tu sebab lama sangat tempoh yang aku perlukan untuk habiskan pembacaan aku..  Tengok saja dari tepi novel ni.. Betapa tebalnya.. Kalau nak bawak kemana-mana memang tak terbawak oleh aku.. Tak larat ohh!! Bio le dia statik duduk dalam bilik aje dan aku habiskan membacanya dalam bilik aje.. Hehe.. Nak pegang masa baca tu dah sekian hal beratnya.. Sepanjang baca, berapa kali dah jatuh atas perut aku.. Hadoii..  Novel ni ada 156 chapter... Banyak gile.. Tu belum kira muka surat lagi tu.. Korang ghase, boleh habis tak dalam masa 1 hari kalau korang baca?? Kalau boleh, memang aku tabik spring kat korang.. Nak tengok berapa muka surat tak novel ni? Meh ikut ke gambar seterusnya.. Tu dia... 1225 muka surat hokeh!! Korang bayangkanlah ketebalannya.. Ehhh sori, aku terlebih review pulak pasal body novel ni.. Haha.. Biasala, nak la jugak aku bercerita tentang bodynya dulu kan.. Nanti baru review isinya pula.. Okeh, moh baca sinopsis novel ni dulu.. SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA ************ Macam biasa, kemalasan menaip sinopsis masih tersisa pada jari jemari aku ni.. Jadinya, aku harap korang memahami akan jari jemari aku ni.. Hiks.. Nampakkan sinopsisnya kan.. Haa kalau tak nampak, leh baca kat sini jerk.. Sinopsis Rindu Awak Separuh Nyawa... REVIEW AKU ****** Rindu Awak Separuh Nyawa by Siti Rosmizah My rating: 5 of 5 stars Rindu Awak Separuh Nyawa.. Seperti karya Siti Rosmizah yang terdahulu, kisah cinta, kasih sayang kecewa, sedih diterapkan dalam novel ni.. Emosi sedih pasti ada yang membuatkan kita menitiskan air mata membacanye... Jalan cerita yang tak pernah mengecewakan dari penulisnya.. Permulaan cerita agak membosankan dan bergerak terlalu slow dengan kisah romantik antara Nazril dan Kasih Maisarah... Atau aku sendiri yang rasa bosan sebab dah lama tak baca novel romantik kan.. Haha... Sebab sebelum ni terlebih baca novel seram dan ngeri... Huhu.. Sampai di pertengahan novel, jalan cerita kembali menarik perhatian aku.. Aku makin serasi dengan kisah romantik mereka suami isteri... Disulami juga dengan kisah sedih mereka yang menyebabkan aku menitiskan air mata.. Nak tahu tak kisah apa novel ni?? Haha.. Moh aku cite sikit.. Orite, novel ni mengisahkan seorang student kolej, Kasih Maisarah berkahwin dengan seorang student lelaki kolej tersebut juga, Nazril Nazim atas dasar nak balas dendam dan nak menang betting... Pada awalnya, si Nazril ni memang tak suka dengan Kasih Maisarah kerana dia anak orang kaya yang kekwat, sombong, bongkak, bajet best dan bagai-bagailah perangai buruknya.. Lepas berlakunya satu insiden dimana Kasih Maisarah menyelamatkan dia dari dilanggar kereta dan Kasih Maisarah sendiri mengalami kecelakaan dalam kemalangan itu yang menyebabkan dia sukar untuk hamil, Nazril telah jatuh sayang dekat si minah kekwat tu.. Dan bersetuju untuk mengambilnya sebagai isteri... Kasih sayang dan cinta Nazril adalah tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura semata-mata untuk melunaskan dendamnya terhadap lelaki itu dan untuk menang betting.. Seperti cerita novel lain, akhirnya mereka jatuh cinta sesama sendiri.. Masing-masing berjanji setia.. Biasalah dalam sesebuah hubungan tu ada pasang surutnyakan.. Ada cemburu, benci, sakit hati dan bagai-bagailah dilalui mereka.. Sampai satu tahap, bila Nazril dapat tahu Kasih Maisarah tak ikhlas menyayanyinya, dia pergi dari hidup maisarah.. Padahal masa tu Maisarah dah ikhlas sayang dan cintakan dia.. Cuma terdapat salah faham dan mulut-mulut jahat yang menyampaikan cerita sehingga retak rumah tangga mereka.. Sekembalinya Nazril ke kampung halaman membawa diri, dia hendak ditunangkan dengan Huda pilihan uminya.. Uminya tak tahu menahupun dia dah kahwin sebab dia kahwin tanpa pengetahuan uminya.. Huda ni musuh si Maisarah tu sebenarnya,... Bila Maisarah dapat tahu, apa lagi dia pergi serang masa majlis tunang tersebut dan mengatakan dia mengandung untuk rancangan pertuangan tersebut.. Apa lagi jadi selepas tu.... Haaa korang baca sendiri la ye.. Penat aku menaip.. Takan nak cite semua.. Tebal kot buku tu.. Tapi jalan ceritanya memang best dan sedih... Aku siap menangis hokeh!! So, sila lah beli dan baca sendiri kesudahannya... View all my reviews Baca juga : Review Novel | Andai Itu Takdirnya 2
https://www.leaazleeya.com/2014/09/sayang.html
Sayang
Assalamualaikum wbt.. Sekarang kene kerja dengan paras nye.. So takde mase dah nk jenguk blog mau pown nak update.. Ni pown curik-curik aje.. hehehe.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjenguk blog saya yang tak seberapa ni.. Yang ada follow saya tu, insyaallah akan saya follow balik nanti... :)  Nak kongsi lagu ni.. Best...  ehsan google Sayang Gerhana Ska Cinta ft Altimet, Salam, Nabila Huda Sayang Kalau aku diberi sedikit masa Sudikah kamu beri aku kucupan manja Boleh kita kongsi senda tawa Moga kita ceria sentiasa bersama Kita Pegang cermat hatiku dalam tangan Aku kembali selepas aku penat berjalan Cekalkan hatimu aku harus pergi Bila kembali sambutku dengan senyuman berseri Kasih Kau jambatan ke masa hadapan Naikku kamu berdiri di sebelah kanan Ambil alih tugas buat sementara Sambungkan namaku bila aku sudah tiada Tiga bucu jiwa ragaku Tiga suku sudah hampir penuh seluruh hatiku Tinggal lagi satu cuba teka kalau tahu Pelengkap ke empat mamaku si ratu Sayang Kata yang indah diberi kepadanya Sayang Panggilan manis dan mesra ke hatinya Mempersembahkan, salam Masihku teringat kali pertama kau ke sekolah Dalam pelukan ibu tanganku lambai rindu bertambah Masihku teringat kali pertama kau bercuti Dalam pelukan papa bawa pulang kaset Metalicca Jalan bersama lihat indahnya, indahnya alam semesta Waktu berjalan lihat tiada, tiada tanaman hanyalah bangunan Lautan biru kini hitam arusnya Satu perdua habis dirobeknya Satu pertiga tinggallah bakinya Jika anak cucu kita bertanya Gambar kenangan menjadi penggantinya Jika kita.. hey! Sayang Kata yang indah diberi kepadanya Sayang Panggilan manis dan mesra ke hatinya This your one love revolution For the young generation And look into one heart With no competition No racial colour skin And no nationalities Because we come to teach the people love and unity No racial separation No miseducation The propaganda and the misinformation Stop the fist and fight Let us all unite Sayang is the word Everyday and night And every little thing’s gonna be alright
https://www.leaazleeya.com/2014/04/nasi-goreng-lea.html
Nasi Goreng Lea.
Assalamualaikum.. Nasik GoreM.. Entah bila aku buat nasi goreng ni.. Lupe dah hari ape... Hehehe.. Ni la akibat kalau dah lama x update blog kan...
https://www.leaazleeya.com/2019/02/simple-makeup-dengan-althea-makeup.html
Simple Makeup Dengan Althea Makeup Collection
Simple Makeup Dengan Althea Makeup Collection  |  Hey! Kalau korang perasan, bukan selalu aku share produk makeup di blog aku ni.. Haaa kali ni dengan penuh terujanya aku nak share dengan korang semua produk makeup pilihan aku dan akan menjadi feberet aku juga selepas ni ofkoslah makeup collection dari Althea Korea.. Althea Makeup Collection Kalau sebelum ni, Althea keluarkan produk skincare seperti cleanser, toner, mask, body mist, sunscreen dan sebagainya. Now, Althea Korea sekali lagi mengeluarkan baby barunya iaitu rangkaian produk makeup dari jenamanya sendiri.. Aku excited wehh nak cuba produk makeup mereka.. Althea makeup collection kali ni datang bersama-sama Happy Lunar New Year box.. Makeup best, kotak pun cantik sangat.. Lagi la teruja!! Apa ada dalam Happy Lunar New Year box tu? Althea Makeup Collection BCL X Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise Althea Flawless Creamy Concealer (4 shades) Althea Spotlight Eye Glitter (2 shades) Althea Watercolour Cream Tint (4 shades) Althea Skin Relief Spot Film Gel BCL X Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise Eye Palette Sunrise & Moonrise Kali ni, Althea berkolaborasi pula dengan seorang penyanyi popular Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari (BCL) dalam menghasilkan Eye Palette Sunrise & Moonrise.. Sepertimana ramai tahu, BCL juga merupakan seorang ikon kecantikan dan fesyen.. Eye Palette ini mempunyai 8 pilihan warna yang sangat menarik dan lengkap dengan shimmer, glitter dan matte.. Paling best, teksturnya lembut dan sangat mudah untuk diblend... Aku yang jarang-jarang makeup ni pun rasa geram jerk dengan warna-warna yang ada.. Firstime tengok tu pun dah tak sabar-sabar nak cuba.. Hehe.. Real Colour Eye Palette Sunrise & Moonrise Aku suka dengan packagingnya.. Dari kotaknya yang berbunga-bunga seindah Bunga Cinta Lestari dan casenya juga sangat exclusive.. Cuma satu aje, nape tak de berus untuk sapuan.. Nak berusssss!! Haha.. Ok, sebenarnya kalau tak de berus pun, boleh jerk guna jari sebab teksturnya lembut dan mudah di sapu.. Tak pandai sangat makeup tapi aku cuba yang terbaik.. Hiks! Harga : RM 140.00 Beli disini : https://my.althea.kr/eye-palette-sunrise-moonrise-bcl Althea Flawless Creamy Concealer Althea Flawless Creamy Concealer Yeyyy akhirnya aku dapat juga memiliki concealer pelbagai warna... Althea Flawless Creamy Concealer ini didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu :- #01 Vanilla #02 Ginger #03 Honey #04 Mocha Concealer ini mengandungi Aquaxyl (derived from birch tree sap) untuk melembap dan memperbaiki kesihatan keseluruhan kulit sementara sifatnya yang tahan lama membolehkan ia tetap di wajah sepanjang hari.. Dengan memakai concealer dari Althea ni, halangan kelembapan akan terhasil pada kulit dan menghalang dehidrasi.. Jadi, makeup tak mudah retak ye... hehe.. Aku suka teskturnya yang creamy dan sangat ringan.. Coveragenya pun sangat bagus uollss... Habis semua mata panda aku hilang.. Hehe.. Packaging pun masyaallah comel sangat dengan berus yang cute... ok, untuk memastikan ianya berkesan untuk menutup cela, cara penggunaanya juga haruslah betul ye.. Kasi tutup mata panda.. hehe. Cara Guna : Calitkan concealer di kawasan yang hendak ditutup celanya seperti di bahagian mata, hidung dan di bahagian yang tercela.. Kalau ada jerawat ke, parut ke, boleh calit sekali kawasan tu.. Kemudian ratakan dengan jari atau span.. Warna cerah boleh digunakan pada bahagian mata manakala tona lebih gelap boleh buat kontur muka..  Harga : RM 15.00 Beli disini : https://my.althea.kr/flawless-creamy-concealer Althea Spotlight Eye Glitter Althea Spotlight Eye Glitter Althea Spotlight Eye Glitter ni pula didatangkan dalam 2 warna iaitu #01 Gold Light dan #02 Pink Light... Eye Glitter ini juga bertekstur creamy dan ianya serba guna.. Boleh blend dibuat eyeshadow, boleh juga dijadikan eyeliner (glam u!!) atau boleh juga buat highlight... Mengikut kesesuaian dan keselesaan sendiri.. Apa yang penting, bila pakai dapat effect liplap liplap!! hehe.. Serius, lawa sangat warna dia weh!! Packagingnya juga sangat comel bersekali dengan berus eyeliner.. Teksturnya juga sangat mudah diblend untuk digunakan sebagai eyeshadow.. Harga : RM 24.00 Beli di sini : https://my.althea.kr/spotlight-eye-glitter Althea Watercolour Cream Tint Althea Watercolour Cream Tint Maka bertambahlah koleksi tint aku.. Althea Watercolour Cream Tint mempunyai 4 pilihan warna yang sangat menarik.. Tint collection kali ni lebih kepada red shades.. Apa yang bestnye tint dari Althea ni, ia tak mengeringkan kulit dan long-lasting... Time nak makan tu, tak perlu risau dah warna lipstik ilang.. Hehe.. packagingnya pun super cute.. Aku suka!! Nak bawak kemana-mana pun senang.. 4 pilihan warna :- #01 Plum Cream #02 Strawberry Cream #03 Peach Cream #04 Marron Cream Althea Watercolour Cream Tint ini mengandungi asid hyaluronik dan squalene untuk bibir kekal hydrated dan tidak mengelupas.. Ia mudah diapply kat bibir dengan hanya satu atau dua sapuan dah boleh mencantikkan bibir.. Warnanya juga sangat bold.. Nak kasi bold, boleh apply banyak sikit manakala nak nampak lebih light, apply sedikit aje.. Semua boleh ejas bohhh!! Yang ni aku pakai code warna #03 Peach Cream Harga : RM 20.00 Beli disini : https://my.althea.kr/watercolor-cream-tint Althea Skin Relief Spot Film Gel Althea Skin Relief Spot Film Gel Eceli, Althea Skin Relief Spot Film Gel ini digunakan untuk merawat kulit terutamanya jerawat pada wajah kerana ia mengandungi minyak pokok teh, centella dan ekstrak daun pinus.. Dihasilkan dalam bentuk gel dimana ia mampu melega dan merawat sambil melindungi kulit daripada pencemaran luaran. Teksturnya mudah meresap ke dalam kulit dan boleh dipakai sebelum makeup.. Masa sapu gel ni kat muka, aku dapat rasa sedikit sejuk mint gitu.. Selesa jerk! Jangan risau, gel ni sesuai untuk semua jenis kulit.. Cara guna : Apply di kawasan yang diperlukan secara nipis dan biarkan kering selama kira-kira 5 minit.. Pastikan ianya benar-benar kering sebelum mengenakan sebarang makeup pada wajah. Harga : RM 19.00 Beli disini : https://my.althea.kr/skin-relief-spot-film-gel My Simple Makeup With Althea Makeup Collection My Simple Makeup Dengan Althea Makeup Collection Dah ada koleksi lengkap makeup dari Althea ni, bolehlah lepas ni aku improve kan lagi makeup aku ni... Yelah, biasa makeup lebih kurang jerk.. Now, terasa nak cuba makeup cara yang betul dan lebih baik.. Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Althea,  boleh terus terjah ke laman web mereka di :-  Website : http://my.althea.kr/ Untuk info lanjut, boleh ikuti mereka di :- Facebook : http://www.facebook.com/altheamalaysia Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea Youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV Blog : http://blog.althea.kr/
https://www.leaazleeya.com/2019/05/althea-abloom-collection-review.html
Althea A'bloom Collection Review
Althea A'bloom Collection Review  |  Hey guys!! Althea back again with new product!! Wahh apa pula agaknya kali ni ye.. Excited lain macam kali ni  nak cuba new baby dari Althea Korea ni.. Kalau korang nak tahu, setiap tahun tau Althea memperkenalkan produk baru.. Makin lama makin best produk yang dikeluarkan.. Aku sendiri rasa teruja yakmat untuk try setiap produk keluaran Althea.. Memang tak boleh lepaskan peluang untuk mencubanya.. Yang mana belum familiar dengan Althea, aku kenalkan kepada korang.. Althea adalah sebuah laman web yang  menjual pelbagai produk kecantikan dan kosmetik terussssss dari Korea.. Yang mane fanatik dengan produk K-Beauty, bolehlah terjah laman web Althea ye.. Macam-macam produk dan brand ada.. Jangan lupa usha, produk Althea juga.. Semuanya best tau!! Ok, tak nak membebal panjang lebar, apa agaknya produk terbaru dari Althea untuk kali ni ye? Orite, kali ni Althea memperkenalkan pula produk terbarunya iaitu Althea A'bloom collection. Apa yang menarik? Jom kita lihat sama-sama..  Althea A'bloom Collection Kali ini Althea Korea memperkenalkan Althea A'bloom Collection yang terdiri daripada :- A'bloom BHA Blackhead Blaster A'bloom Mask Sheet A'bloom Moisturizing Watermelon A'bloom Nourishing Avocado A'bloom Brightening Lemon Lime A'bloom Anti-Blemish Peach A'bloom Giant Meringue Puff A'bloom Baby Meringue Puff Antara koleksi A'bloom ni, yang paling aku teruja nak cuba adalah A'bloom BHA Blackhead Blaster sebabnya aku memang ada masalah blackhead.. Adakah ini penyelesaian bagi masalah aku? Haa kenelah cuba dulu kan.. Tak cuba tak tahu..  A'bloom BHA Blackhead Blaster Aku memang ada masalah blackhead dekat hidung.. Aku yakin korang kat luar sana pun ada yang mengalami masalah ini kan? Bukan senang tau nak hilangkan blackhead ni dalam sekelip mata.. Kalau boleh tu, kira magik la.... Setiap minggu mesti nak kene picit.. Picit pulak bukan dengan jari tetapi tekan dengan besi khas.. Lahai, sakitnye bukan kepalang woii.. Sampai berair hidung dan mata.. Hehe.. Hidung pun akan bengkak dan merah lepas proses tersebut.. Huii.. Tak sanggup rasanya.. Now, kepada yang ada masalah blackhead dan whitehead ni korang boleh cuba produk terbaru Althea ni iaitu A'bloom BHA Blackhead Blaster... Ia didatangkan dalam bentuk Natural BHA stick berwarna hitam yang bertindak menyingkirkan blackhead dan whitehead dengan formula yang lembut dan tanpa kerengsaan sekaligus merawat dan menghalang pembentukan baru.. Sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi. BHA Blackhead Blaster ini mengandungi bahan utama seperti Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm), Charcoal, Apricot Seed dan Tea Tree Leaf Oil. Kalau korang nak tahu, Apricot berfungsi mengeluarkan sebum yang berlebihan manakala Tea Tree Oil pula dapat menenangkan kulit dan mencegah kerengsaan atau kemerahan pada kulit. Cara Guna Bersihkan muka dari sebarang solekan. Untuk kesan yang lebih baik, selepas cucui muka, letakkan towel hangat ke muka supaya liang pori terbuka. Apply BHA Blackhead Blaster pada kawasan yang diperlukan. Gently massage dalam gerakan bulat untuk release minyak dan kotoran yang terperangkap. Akhir sekali bilas dengan air suam. Saiz : Net 8g Harga : RM16.00 A'bloom Mask Sheet Recipe For Sparkling Skin Aku ni bukanlah kategori yang rajin sangat pakai mask.. Tetapi, bila datang angin rajin tu memang hari-hari aku akan pakai mask terutamanya mask sheet.. Sebenarnya pemakaian mask sheet ni adalah rutin penjagaan kulit yang sangat bagus kerana mask ni berfungsi untuk melembapkan kulit sekaligus melembutkan kulit muka.. Rajin tak rajin, bila aku cuba mask sheet terbaru keluaran Althea ni membuatkan aku rasa cam nak pakai hari-hari.. Haaa.. Ok, A'bloom Mask Sheet keluaran terbaru Althea Korea ni didatangkan dalam 4 variasi iaitu A'bloom Brightening Lemon Lime, A'bloom Moisturizing Watermelon, A'bloom Nourishing Avocado dan A'bloom Anti-Blemish Peach yang mempunyai fungsinya tersendiri.. A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long A'bloom Moisturizing Watermelon ni mengandungi ekstrak buah tembikai.. Seperti yang kita tahu, buah tembikai mengandungi banyak air yang dapat memberikan penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit.. Selain itu juga, ia dapat menyuburkan kulit. Mask ini juga mengandungi ekstrak lavender dengan haruman yang menyenangkan dapat memberikan kesan menenangkan dan sekaligus menyegarkan kulit muka.. Pemakaian mask sheet ini juga dapat menyeimbangan pH kulit dan menjadikan kulit sihat.. Sesuai untuk semua jenis kulit dan bagus untuk kulit kombinasi. A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me A'bloom Nourishing Avocado ini pula kaya dengan antioksidan yang dapat menyuburkan dan melindungi kulit muka daripada faktor alam sekitar yang berbahaya dan mencegah kedutan. Mask ini mengandungi ekstrak Avocado dan bunga raya untuk menjadikan kulit lembut dan bersinar.. Sesuai untuk semua jenis kulit.. Paling ohsem untuk kulit kering.. Memang sesuai sangat pakai yang ini sebabnya ia dapat memberikan kelembapan dan lembutkan kulit juga.. A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright Yeahh yang ni aku suka.. Kalau bab brightening memang akulah yang paling teruja.. Almaklumlah kulit tak berapa nak brightening kan.. Hehe.. Ok, A'bloom Brightening Lemon Lime ni membersih dan mencerahkan kulit yang kusam serta memberikan cahaya semulajadi dari dalam.. Mask ini mengandungi Vitamin C dari ekstrak lemon dan limau yang berfungsi untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah manakala teh hijau pula dapat mencerah dan menenangkan kulit muka.. Bahan utama Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis.. Untuk yang ini, juga sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kombinasi macam aku ni.. hehe.. A'bloom Anti-Blemish Peach - Ac Me Peach A'bloom Anti-Blemish Peach ini pula dapat membersih dan melegakan kulit iritasi dan sensitif. Mengandungi ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit menjadi lembut dan halus.. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.. Best seller tau yang ni dekat website Althea.. Rugi tak cuba.. Saiz : 25g | 0.88oz Harga : RM2.00 A'bloom Baby Meringue Puff Kemain lembut lagi puff ni weh.. Dah macam kuih apam.. Sekali tengok macam cupcake pun ada.. Haduii nak guna pun serba salah sebab comel sangat.. hehe.. A'bloom Baby Meringue Puff ni set dia ada 3 ketol berwarna pink cute.. Saiz dia sangat comel ye.. Kecik jerk.. Kalau kuih tu sekali ngap jerk.. hehe.. Orite, cara penggunaan puff ni ia boleh digunakan secara kering ataupun basah.. Aku lebih suka guna dalam keadaan puff tu kering.. Tak selesa sangat guna dalam keadaan basah.. Dengan saiznya yang kecil, memudahkan untuk digunakan pada sudut yang sukar seperti bawah mata, tepi-tepi hidung, hujung mata dan sebagainya.. Puff ini dihasilkan dari bahan yang high density latex free foam. Saiz : 30*28mm Harga : RM11.00 A'bloom Giant Meringue Puff A'bloom Giant Meringue Puff ni lebih besar saiznya berbanding yang baby tadi.. Nama lagik giant kan.. hehe.. Kelembutannya juga seperti yang baby tadi juga sangat lembut dan mudah digunakan.. Untuk sapuan foundation keseluruhan muka, rasanya lebih mudah pakai yang giant ni.. Sapuannya lebih menyeluruh.. Juga boleh digunakan dalam keadaan puff ini kering ataupun basah mengikut keselesaan masing-masing.. Juga menggunakan material High density latex free foam seperti baby puff tadi menjadikan ia sangat lembut.. Kalau nak sapu tempat yang sukar boleh guna hujung puff.. Alah kalau nak mudah untuk tempat sukar juga aje baby puff dan untuk sapuan menyeluruh boleh guna giant ni.. Lagi ohsem hasilnya nanti.. Saiz : 48*46mm Harga : RM8.00 Apa Kata Lea Azleeya Tentang Althea A'bloom Collection? Yes aku dah jatuh cinta dengan keluaran terbaru dari Althea Korea ni.. Keempat-empat produk dari koleksi A'bloom ni memang best.. BHA Blackhead Blaster buat aku teruja masa menggunakannya sebabnya tekstur dia lembut sangat.. Rasa seronok masa apply dekat muka.. Kulit muka pun jadi lembut selepas guna.. Macam aku katakan tadi, blackhead ni bukan senang nak hilang.. Tak dalam sekelip mata.. Jadi, kesannya bergantung kepada keadaan dan penggunaan produk ini.. Nak cepat hilang blackhead dan whitehead kenalah rajin dan kerap pakai.. Barulah nampak hasil sebenarnya.. Mask sheet pula memang best sangat.. Rasanya ini mask yang paling best pernah aku guna.. Tu yang rajin semacam tu pakai mask.. Haha.. Time pakai tu, muka rasa sejuk dan fresh sangat.. Lepas pakai, muka lembap dan lembut.. Eh memang best la.. Last sekali baby puff dan giant puff.. Kelembutan yang ada pada puff ni membuatkan aku semakin rajin makeup uolls.. Serius.. Sebelum ni, aku ada juga beli span macam ni tetapi tak selembut A'bloom puff ni.. Sapuan lebih rata dan sekata.. Lepas ni memang tak tengok span lain dah.. Nak yang ini jugak.. TQ Althea kerana mengeluarkan produk yang sangat berkualiti dan menepati citarasa pelanggan.. Yeahh terbaik! Lepas ni memang aku akan repeat order untuk koleksi A'bloom ni dan dah menjadi koleksi kegemaran aku... Mesti nak kena ada dalam simpanan sepanjang masa ni tau... Hiks.. Oklah, kalau korang nak dapatkan Althea A'bloom Collection ni, boleh terus ke laman web mereka di https://my.althea.kr/brands/all/abloom
https://www.leaazleeya.com/2014/04/silkygirl-moisture-balm-lipcolor.html
SilkyGirl Moisture Balm Lipcolor + Garnier Facial Foam
Assalamualaikum.. Ritu aku beli lipstik baru setelah aku agih-agihkan lipstik lama aku kepada adik-beradik aku.. Banyak  jugak lipstik yang aku dah dermakan kepada adik beradik aku.. Lipstik yang masih tak luak sebabnya aku pakai sikit aje then aku bosan terus tak pakai pastu beli baru.. Tu yang terjadi lambakan lipstik tu... Daripada dibiarkan tak terpakai baik aku agih-agihkan kepada adik beradik aku kan... Baru-baru ni aku ada lah buat rondaan yang tak disengajakan kat ECM Kuantan... Gatal lak kaki masuk Guardian... Terus kaki melangkah ke bahagian kosmetik... Tetiba terpandanglah bahagian Silkygirl.. Uiss.. Lipstik baru la... (dalam ati lah)... Belek punye belek teruk berkenan.. Pilih punya pilih terus sambar 2 warna yang aku suka.. Silkygirl MBL - Berry + Peach 2 Warna yang menjadi pilihan aku.. Berry (03) dan Peach (02)... Lipstik ni best sebab ada moisture Balm kat tengah-tengah dia... Kirenya 2in1 la kan... Tak yah dah nak sental Lips Balm dulu... Lipstiknye dah pakej dah 2in1... Lipstik + lipsbalm... Terbaik lah silkygirl.. Bila pakai lipstik ni bibir jadik lembab aje.. Soft aje... Pendek kata.. Lipstik ni memang best..  Peach (02) Berry (03) Selain tu aku sempat jugak rembat pencuci muka garnier.. Saje-saje je aku beli.. Untuk standby dalam beg make up aku... Senang sikit nak cuci muka time nak solat... Tak yah la aku susah-susah bawak sabun pinkish kesayangan aku tu kehulu kehilir.. Nasib baik la muka aku tak bermasalah sangat sekarang.. Alhamdulillah... Garnier Pure Active Facial Foam Pencuci muka ni  daripada ekstrak delima.. Saje cuba-cuba kan.. Tapi tak berapa nak best sangat sebab sabun dia kuat sangat.. Susah nak cuci sikit sebab sabun dia terlalu tebal.. Padahal pakai sikit aje.. hehehe.. Kene berusaha untuk cuci keseluruhan sabun pada muka.. Tapi tak pe la kan sebabnye aku pakai time nak solat kat opiz aje...
https://www.leaazleeya.com/2017/08/beli-novel-preloved-untuk-teruskan.html
Beli Novel Preloved Untuk Teruskan Minat Membaca
Beli Novel Preloved Untuk Teruskan Minat Membaca | Beli dah lama tapi baru sempat nak update di blog.. Bulan lepas lagi beli novel-novel ni sebenarnya.. Aku beli novel preloved untuk teruskan minat membaca aku ni... Kalau nk harapkan beli yang baru rasanye tak membaca la aku lepas ni.. Bukan tak beli langsung yang baru, tapi kena berpada-pada mulai sekarang.. Sebuah dua boleh la.. huhu... Sekarang dah kene berjimat cermat.. Almaklumlah, nanti nak sambut 'orang baru' pulak.. hehe.. Beli Novel Preloved Untuk Teruskan Minat Membaca 3 buah novel ni aku beli dari seorang seller dari group Novel Preloved di facebook.. Alhamdulillah dapat dengan harga murah dan berbaloi-baloi dengan kondisi novelnya... Novel Mesej - Anna Lee tu masih baru dan belum dibuka lagi.. Alhamdulillah, rezeki... 2 novel lagi siap berbalut.. Memang kondisi novel dalam keadaan yang baik dan elok lagi..  Lepas baca novel Terukir Cinta karya Anna Lee, hati dah mula jatuh cinta dengan hasil penulisannye.. Jadi aku memang dok usha novel karya beliau untuk dihadam.. Tapi aku cari yang preloved jerk la.. Hehe.. Seperti yang aku katakan tadi, nak save bajet kan.. Preloved pun ok kan, janji isi dalamnya masih boleh dibaca.. Tak gitu?? Orite yang ni pulak koleksi preloved aku beli dari blogger Sha... Kalau beli dengan Sha memang tak pernah mengecewakan keadaan bukunye.. Mesti Tiptop punye.. Harga pun murah.. Novel sedia terbalut.. Tapi kali ni aku terpaksa buang pembalutnya sebab dah terkena salotape di luarnya dan dok melekat-lekat antara satu sama lain.. Hehe.. Kuat betul salotape yang sha guna tu yek.. Ekeke.. Pape pun, buku memang masih dalam keadaan baru... 6 buah novel semuanya aku borong.. Walaupun dah beli lama tapi masih belum ada masa lagi nak baca sebab sekarang aku kena setelkan dulu job dari client.. Dah setel, baru start membaca balik.. Hiks.. Rak buku aku dah penuh dan dah tak boleh nk menampung buku yang ada.. Memang dah nak kena beli rak buku lepas ni.. Yang sedia ada terlalu kecil... Kot ada yang nak sponsor rak buku kat aku, kecik tapak tangan nyiruuuu aku tadahkan..Hahahaa.. Suka ati jerk ye mintak sponsor.. Haha!! Oklah, kite jumpe di lain entry pulak ye.. Masih berbaki 3 buah novel yang dah aku baca untuk direview tapi tak punye masa terluang lagi... Tunggu yek...
https://www.leaazleeya.com/2016/04/fuhh-viral-sana-sini-situ.html
Fuhh!! VIRAL Sana Sini Situ...
Assalamualaikum wbt.. Huyyoohhhh... Sekarang ni femes betul kes-kes viral yang melibatkan budi bahasa.. budi bicara... riak takabur... Bajet-bajet best... Fuhhh.. Banyak betul komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen-netizen yang suka mengomen.. ada yang suka.. ada yang tak suka.. ada positif.. ada gak yang sebaliknya... Adeyyy.. Buley pusing baca komen-komen yang dicicirkan disitu... Aku takat baca jerk laa.. Nak mengomen  ni tak berapa nak pandai dan tak berapa nak minat... Sekarang zaman dah canggih manggih... Bak kata orang 'Dunia dihujung jadi'... Taip aje apa yang nak.. semua keluar berjujut-jujut... Tambah lak dok ada FB laa.. Twitter laa... Intagram laa... entah ape-ape la lagik dok ada.. Canggih kannn.... Tu sebab la banyak betul kes-kes yang diviralkan... Tak kire la kes tu besar ke.. remeh ke... Yang rasa boleh diviralkan pastinya akan di UP nya... Yang remeh pown boleh menjadik besar ohhh sekarang ni... Zaman dah canggih kan.. Dunia lak dah ditempatkan di ujung jari jerk sekarang.. Makanya makin banyak la dosa-dosa yang dapat dibuat koleksi peribadi atau berjemaah... Tak kire la samada yang tukang viralkan ke.. yang tukang komen ke.. Salah viral atau salah komen pastinya akan mendapat penambahan catitan belah kiri mereka... (Dosa laa...) Silap-silap yang tukang baca cam aku  ni pown boleh dapat dosa.. Mane la tau salah baca dan salah faham dengan apa yang dibaca, dah mendapat kat situ.. Adehhh.. Mintah jauh laaa ohhh...!! Oke la... Malas dah nak taip... Pusing-pusing dah cengkerang otak aku... huhu... Cumanya aku berdoa agar ALLAH SWT lindungi aku dan semuanya dari sebarang fitnah dan segala keburukan dan menutup rapat aib aku dan korang jugak... Amin... :) Peace yo.....!!
https://www.leaazleeya.com/2023/04/kempen-kitar-semula-bagasi-tahunan.html
Kempen Kitar Semula Bagasi Tahunan Samsonite Kembali Lagi Dengan Kerjasama Bersama WWF-Malaysia Earth Hour
Kempen Kitar Semula Bagasi Tahunan Samsonite Kembali Lagi Dengan Kerjasama Bersama WWF-Malaysia Earth Hour | Lindungi alam sekitar dan dapatkan penjimatan 40% untuk koleksi OC2LITE dan ENOW apabila anda tukar ganti bagasi terpakai di mana-mana kedai Samsonite. Kempen Samsonite Luggage Trade-in kembali lagi selepas kejayaannya pada tahun 2022. Bermula dari 20 Mac sehingga 1 Mei 2023, para pengguna boleh tukar ganti bagasi terpakai - tanpa mengira jenama, saiz, dan kondisi dan dapatkan penjimatan 30% dan 40% bagi pembelian koleksi OC2LITE dan ENOW Samsonite. Samsonite gembira untuk menyokong WWF-Malaysia's Earth Hour bagi kempen Luggage Trade-In tahun ini. Dalam usaha berterusan mereka untuk melindungi dan memulihkan dunia kita, RM10 akan disumbangkan kepada WWF-Malaysia bersempena dengan Earth Hour, bagi menyebarkan kesedaran tentang kepentingan untuk bersama memelihara alam sekitar, menangani krisis iklim global, dan bekerjasama untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik. Selain daripada sumbangan ini, Samsonite Malaysia juga akan memadamkan lampu yang tidak penting di kedai mereka dari 8.30PM hingga 9.30PM bersempena dengan Earth Hour pada 25 Mac 2023. Pada tahun ini, Samsonite mengetengahkan koleksi OC2LITE dan ENOW. OC2LITE datang dalam tiga saiz (55cm, 75cm, 81cm) dan tiga warna (Navy Blue, Jade Gold, Black) dan memenuhi semua keperluan perjalanan anda. Ia mempunyai kelengkapan penuh, ringan dan tahan lama, dengan rekaan kulit luar unik dan dinamik yang kukuh supaya tahan lasak dan mudah dibawa, dan juga mudah diperkembangkan dalam semua saiz yang tersedia bagi meningkatkan jumlah bagasi yang boleh dibawa.Koleksi ENOW pula menetapkan tahap kecemerlangan reka bentuk yang baru dengan rekaan unik dan rapi, tersedia dalam tiga saiz (55CM, 69CM dan 75CM) dan dua warna (Black dan Latte). Dengan gabungan fungsi dan reka bentuk moden, ENOW menunjukkan kebolehan ketukangan, teknologi, dan pencirian dari Samsonite.Kempen Luggage Trade-In Samsonite akan berjalan dari 20 Mac sehingga 1 Mei, 2023. Lawati mana-mana kedai Samsonite dengan bagasi terpakai untuk ditukar ganti dengan OC2LITE atau ENOW baharu dengan penjimatan 30% dan 40%. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari https://www.samsonite.com.my/trade-in-2023/
https://www.leaazleeya.com/2019/12/kitohana-skincare-rahsia-kulit-glowing.html
Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik
Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik | Bukan senang tau nak cari skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit kita kecualilah kulit kita ni jenis yang tak bermasalah dan boleh terima apa juga jenis skincare tanpa sebarang kesan.. Ada ke? Hehe.. Cam aku sendiri pun tak berani nak pakai sebarangan skincare sebabnya pernah tersalah pakai, habis berjerawat muka.. Lagi teruk muka jadi kering dan mengelupas.. Fuh, mimpi ngeri sangat! Now, aku nak share dengan korang satu jenama skincare yang superb best gile iaitu Kitohana.. Perhh nama pun dah korea kowt.. Aku sekarang ni memang gilakan produk korea... Pantang ada yang baru, teruja jerk nak cuba.. Setakat ni, yang aku cuba semuanya sesuai dengan kulit aku sebabnya aku pastikan dulu produk tu betul-betul selamat barulah aku cuba.. Kalau awal-awal pakai pun dah rasa semacam memang aku akan stop terus.. Tapinya kebanyakan produk yang aku cuba adalah bebas dari bahan kimia berbahaya..  Kitohana Skincare Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit Produk Kitohana ini diformulasikan tanpa Parabens, Phthalates, Formaldehyde, Sulfates (termasuk SLS dan SLES), Mineral Oil, Diethanolamine (DEA), Fragrance dan animal ingredients.. Produk ini dihasilkan daripada bahan-bahan yang selamat dan berkualiti mengikut garis panduan EWG (Environmental Working Group) sebagai guidlines untuk penjagaan kulit yang baik. Kalau korang nak tahu produk Kitohana ni mengetengahkan pelbagai MOIST LI Cious bagi mengekalkan keseimbangan lembapan kulit secara optimum.. Set lengkap Kitohana menggabungkan penghidratan sepanjang hari dengan bahan semulajadi supaya kulit kelihatan lebih muda, segar dan selesa.. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit yang sensitif.. Set lengkap Kitohana terdiri daripada 6 jenis produk iaitu :- Foaming Cleanser Aqua Gel Mask Aqua Essence Day Protector Night Cream O² Bubbly Mask Aku suka packaging produk ni.. Bermula dari box dia sehinggalah packaging produk itu sendiri.. Bagi aku ia memberi daya penarik kepada yang melihat.. Sangat eksklusif.. Firstime tengok tu rasa sayang sangat nak bukak dan guna.. Hehe.. Kitohana Skincare Rahsia Kulit Glowing, Sihat dan Cantik Di usia yang agak senja ni, kenalah cari skincare yang betul-betul boleh jaga muka kita dengan baik dan sentiasa memberi kelembapan pada kulit agar nampak sihat dan muda remaja gitchew!! Hehe.. Korang tau tak, penuaan kulit bermula pada usia 20-an tau... Sebaik sahaja usia mencapai 25 tahun, paras kolagen dalam badan kita ni akan berkurangan secara perlahan-lahan.. Inilah yang menyebabkan kulit kita kelihatan berkedut dan kendur.. Hakak dah senja dik, kena jaga kulit betul-betul supaya tak ketara sangat penuaan tu.. Haha.. Selain amek supplement, kene jugak guna skincare yang terbaik seperti Kitohana ni.. Barulah kulit sihat, muda dan cantik sentiasa.. Hah gitu!! Untuk jaga kulit ni, antioksidan tu sangat penting seperti Vitamin C boleh membantu mengekalkan kulit muda dan sihat.. Samalah juga dengan produk Kitohana ni yang merangkumi semua kebaikan yang diperlukan untuk rejim penjagaan kulit kita.. Hah, sebab tu la selain supplement Vitamin C, aku juga menggunakan skincare Kitohana ni.. Lengkap untuk penjagaan kulit aku.. Hiks!! Oh ya, sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang produk Kitohana ni, aku nak bagi petua pada korang untuk dapatkan kulit yang cantik.. Moh ikuti 4 petua ni ye.. Kekalkan terhidrasi - Dehidrasi adalah penyebab kulit berkedut dan kusam.. Jadi, pastikan korang minum banyak air putih setiap hari untuk terus terhidrasi dan meningkatkan keanjalan kulit. Dapatkan tidur yang cukup - Semasa tidur sel-sel kulit kita memperbaharui diri dan peningkatan pengeluaran kolagen serta membantu kulit kelihatan cantik, sihat dan muda Manjakan kulit - Jangan lupa ye untuk menjaga dan memberi 'kasih sayang' kepada kulit kita.. Haha.. Luangkan masa untuk manjakan kulit kita agar ia sentiasa terjaga dengan baik.. Diet sihat - Selain ambil supplement, korang kena amalkan diet sihat supaya ia memberi kesan yang baik pada kulit. Ia bukanlah penyelesaian yang segera tetapi akan memberi kesan yang bermanfaat dimasa akan datang dan dalam jangka masa panjang. Jom kenal produk Kitohana satu persatu.. 1. Kitohana Foaming Cleanser Perkara yang paling asas dalam penjagaan kulit muka adalah pencuci muka.. Apa-apa nak pakai pun kat muka, kena pastikan dulu muka bersih barulah kulit bebas dari sebarang masalah.. Sekurang-kurangnya cuci muka dua kali sehari untuk menghilangkan segala kotoran, sel kulit mati dan minyak di permukaan kulit..  Kitohana Foaming Cleanser ni bagus sangat tau.. Bersih sangat muka lepas cuci dengan foaming ni.. Foaming Cleanser dari Kitohana ni merupakan pembersih harian bebas sabun didatangkan dalam botol pump yang sangat mudah digunakan.. Ia membersih secara lembut dan memanjakan kulit dengan buih yang menyegarkan.. Foaming Cleanser ni dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti ekstrak Centella, Minyak Biji Delima. Aloe Vera, Allantoin, Acid Hyaluronic dan Trehalose yang boleh meningkatkan kadar antioksida, melindungi kulit dari radikal bebas, dapat menenangkan dan menghidrat kulit.. Bagus tau pencuci muka dari Kitohana ni.. Ia dapat membersihkan minyak, solekan dan kekotoran sehingga ke dalam liang pori.. Lepas guna, muka rasa lembut, licin dan bersih sangat.. Cara Guna Pam Kitohana Foaming Cleanser pada tangan yang telah dibasahkan.. Kemudian urut pada muka dan leher perlahan-lahan.. Bilas dengan air bersih.. Gunakan setiap pagi dan petang.. Untuk keputusan yang lebih baik, biarkan selama 3-5 minit sebelum dibilas.. 2. Kitohana Aqua Gel Mask Untuk treatment muka, lepas cuci muka aku akan pakai Aqua Gel Mask dari Kitohana ni pada hujung minggu... Aku suka sangat gel mask ni.. Bila pakai tu sejuk jerk muka.. Bau dia pun menyenangkan sangat.. Apa yang best sangat dengan Aqua Gel Mask ni adalah ia boleh melembapkan dan mencerahkan kulit..  Apa yang ada dalam Aqua Gel Mask ni? Haaa kalau korang nak tahu, gel mask ni mengandungi Asid Hyaluronik, Urea dan Sodium PCA dan Aloe Vera yang boleh mengekalkan kelembapan, menyihatkan, melindungi kulit, menghalang dehidrasi dan mengurangkan garis-garis halus. Kulit pun tak kusam lagik lepas guna gel mask ni.. Memang terbaik..  Cara Guna Sapukan Aqua Gel Mask ke muka dan leher yang telah dibersihkan.. Biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air bersih.. Gel mask ni mudah je kering.. Tak perlu nak tunggu berjam-jam.. Tu yang best..  3. Kitohana Aqua Essence Toner dan Essence ni sama ke? Kalau korang nak tahu toner digunakan untuk mengimbangi paras pH kulit dan menghilangkan kekotoran yang tersisa pada kulit muka selepas pembersihan manakala essence pula digunakan dalam penjagaan kulit korea sebagai cara terbaik untuk rutin penjagaan kulit.. Sebenarnya kedua-duanya pun penting untuk kulit... Apa yang membezakan kedua-dua ni adalah essence teksturnya lebih pekat berbanding toner yang lebih cair dan mudah menyerap ke dalam kulit.. Bagi aku sendiri, aku dah jatuh cinta dengan Kitohana Aqua Essence ni sebabnya ia memberikan kelembutan dan menenangkan kulit aku.. Paling penting, ia boleh mengekalkan kelembapan kulit secara optimum dan menyampaikan nutrien penting kepada sel-sel kulit serta membaiki tisu kulit dan meningkatkan keanjalannya.. Ada lagi tau, ia juga membantu melambatkan kemunculan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis halus.. Kitohana Aqua Essence ni mengandungi Asid Hyaluronic, Aloe Vera, ekstrak bunga matrikaria dan derivatif ekstrak akar licorice dan minyak biji delima yang dapat menghidrat dengan optimum, menyembuh, melembut, melega dan memberi perlindungan kepada kulit.. Essence ni sangat ringan tau dan mudah menyerap ke dalam kulit.. Selain itu, ia dapat membantu menghasilkan kulit yang berseri, sihat dan segar.. Cara Guna Titiskan beberapa titik di atas tangan ataupun guna kapas muka pun boleh.. Sapu perlahan-lahan pada muka dan leher setiap pagi dan petang selepas membersihkan muka dengan Kitohana Foaming Cleanser.. 4. Kitohana Day Protector Dah guna essence kenalah cover muka dengan krim protector pulak supaya kulit sentiasa terlindung dari cahaya matahari.. Day Protector ni bertindak sebagai pelembap yang boleh kembalikan seri pada kulit menjadikan kulit lebih muda untuk lebih lama.. Perghh terbaik weh!! Hehe Kitohana Day Protector ni mengandungi natrium PCA dan asid hyaluronik yang menawarkan penghidratan yang bukan berminyak berfungsi sebagai pelembap semulajadi.. Ekstrak lidah buaya dan ekstrak matricaria pula dapat menenangkan dan menyembuhkan kulit semasa hydroxyacetophenone mengurangkan kemerahan dan menyegarkan kulit.. Selain itu, ia juga dirangsang dengan minyak biji delima dengan antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat UV dan penuaan.. Aku suka day protector ni.. Serapannya sangat cepat dah tak melekit.. Teksturnya warna putih dan ringan jerk.. Pakai kat muka tak rasa tebal malah selesa.. Cara Guna Guna pada waktu pagi lepas bersihkan muka dan pakai essence.. Sapu krim pada muka dan leher secara nipis..  5. Kitohana Night Cream Bukan waktu siang jerk kena jaga muka ni tau.. Malam pun kena jugak ada perlindungannya.. Nak lagi ohsem, kenalah guna Night Cream dari Kitohana ni pada waktu malam.. Nama lagi krim malam kan, mestilah kene pakai waktu malam.. hehe.. Satu formula yang dihasilkan khas untuk waktu malam yang sangat bagus dalam melembapkan kulit secara mendalam, menenangkan kemerahan dan kerengsaan kulit serta dapat meningkatkan keanjalan kulit sekaligus dapat mengembalikan keremajaan kulit.. Kalau pakai night cream ni kan, yang bestnya bila bangun pagi muka glowing gile.. Seronok jerk tengok muka.. Antara kelebihan krim malam ni adalah ia dapat membaikpulih, meremajakan dan menyuburkan kulit dengan ekstrak botani.. Sodium Hyralurunate dan natrium PCA yang terkandung dalam night cream ni berfungsi untuk melembapkan manakala vitamin E pula menggalakkan penyembuhan kulit yang rosak.Dalam krim ni ada kolagen jugak tau yang boleh meningkatkan keanjalan kulit sementara argireline pula dapat mengurangkan kedutan.. Oh ya, dalam krim ni juga ada ekstrak minyak biji delima tau dimana ia kaya dengan antioksidan dan vitamin c yang mampu melawan radikal bebas. Cara Guna Sapu krim di seluruh muka dan leher secara nipis setiap malam selepas cuci muka.. 6. Kitohana O² Bubbly Mask Yang ini aku suka! Bila pakai tu dia akan bertukar menjadi buih-buih oksigen halus pada kulit.. Ia berfungsi untuk menghilangkan kotoran, minyak berlebihan dan menghasilkan kulit yang lebih cerah.. Mask ni dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi seperti Aleo Vera, asid hyaluronik dan minyak biji delima untuk menjadikan kulit lebih berseri.. Solekan pun jadi lebih cantik tau lepas pakai bubbly mask ni.. Kelebihan lain menggunakan mask ni adalah kulit kelihatan lebih lembut, licin, sihat, lebih muda dan garis-garis halus serta kedutan akan berkurangan... Cara Guna Biasanya aku guna mask ni 2 kali seminggu sebab aku suka sangat dengan bubbly mask ni.. Cara guna dia, sapukan bubbly  mask ni ke muka yang telah dibersihkan.. Elakkan sapu dikawasan mata dan bibir ye... Selepas beberapa saat, akan kelihatan buih-buih oksigen diseluruh muka yang disapu tadi.. Biarkan selama 5-10 minit dan bilas selepas semua buih hilang.. Korang akan rasa perbezaannya lepas guna mask ni..  Guna 3-4 kali seminggu atau bergantung kepada keperluan..  Rutin Kitohana Skincare Nak Kulit Cantik dan Sihat? Kitohana Skincare jawapannya! Set lengkap Kitohana ni memang memenuhi rutin penjagaan kulit harian kita.. Ada cleanser, essence, krim siang, krim malam dan mask.. So, dah tak perlu nak cari skincare lain dah.. Cukup hanya satu set skincare Kitohana ni dah lengkap rutin seharian kita.. Lagi pun produk ni selamat digunakan sebabnya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.. Nak kulit cantik dan sihat cam kulit orang korea tu, moh try Kitohana Skincare ni.. Sangat recommended!! Tapi perlu diingat ye, setiap kulit kita ni berbeza-beza kesesuaiannya.. So, kene cuba dulu.. Kesannya juga berbeza bagi setiap kulit kita.. Apa-apa pun skincare dari Kitohana ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Ok, untuk info lanjut, boleh layari :- Website : https://www.kitohana.com/ Instagram : https://www.instagram.com/kitohana.club/ Facebook : https://www.facebook.com/kitohana.official/
https://www.leaazleeya.com/2016/07/header-baru-sempena-raya.html
Header Baru Sempena Raya
Assalamualaikum wbt.. Header Baru Sempena Raya |  Woha..!! Nampak takkkk?? Bila raya semua nak baru termasuklah header blog ku ini.. Ahakzz... Tetiba rasa nak tukar header untuk blog aku ni supaya ada perubahan sikit.. So, create aje la yang baru.. Puas pusing sana.. ejas sana... padam sana.. Last-last aku berpuas hati dengan hasil yang ini... Tataw la sampai bila boleh bertahan mengadap header ni.. hehe..  Harap korang tak sakit mata tengok header baru aku ni.. Ye laa.. Macam-macam warna dok ada nun... Kalau rasa pijar mata sila pakai spek itam yee.. hiks...
https://www.leaazleeya.com/2014/02/tuhan-aku-kembali-semai-benih-benih.html
Tuhan, Aku Kembali Semai Benih-Benih Syurga..
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hujung minggu aku baru-baru ini dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.. Sabtu malam baru ni, adik aku adakan majlis sambutan hari lahir anaknya yang pertama.. Dah setahun budak kecik kesayangan aku tu... Paling penting dapat berkumpul dengan semua adik beradik.. Seronok sangat-sangat.. Besday boy Itu cerita sampingan aje.. Yang aku nak cite ni sal buku-buku yang dah lama aku beli dan dah selesai dibaca pown.. Baru nak hapdet sebab banyak sangat buku sampai tertinggal nk update yang ini.. Hahaha..  Koleksi Peribadi Tu dia... 3 buah hokeh... Semua dah selesai baca... Paling best dalam 3 buah buku ni, buku Tok Guru - Semai Benih-Benih Syurga.. Huh.. Memang memberi kesan pada aku.. Sampai tahap aku gerun dengan dunia dan akhirat.. Gerun dengan dunia kerana takut untuk menambah koleksi dosa yang sedia ada.. Gerun dengan akhirat pulak kerana takut dengan azab siksa di akhirat nanti... MasyaALLAH.. Moga hidup aku dilindungi sehingga keakhirat...  Semai Benih-Benih Syurga Setiap orang seharusnya memiliki buku ni.. Sangat-sangat bagus untuk kite berubah kearah yang lebih baik dalam membaiki diri..  Tuhan, Aku Kembali Buku Sham Kamikaze ni best jugak.. Tuhan, Aku Kembali.. Sebuah buku yang menceritakan pengalaman Sham Kamikaze dalam berhijrah.. Best.. Jalan cerita dia best... Ramai dah artis-artis berhijrah sekarang.. Setakat ni yang aku tahu baru 2 orang artis yang dah berhijrah terbitkan buku... Dalam entry yang lepas aku ada update buku Diana Amir.. Klik SINI.. Sape-sape nak tahu cerita penghijrahan Sham Kamikaze boleh la beli buku ni..  Buku ketiga aku Bencana Akhir Zaman.. Bercerita berkenaan bencana-bencana akhir zaman.. So nak tahu lebih lanjut boleh la beli ye.. Tapi buku ni pada aku biasa-biasa saje.. hikhik.. Bencana Akhir Zaman
https://www.leaazleeya.com/2018/11/review-novel-undercover-wife-by-zura.html
Review Novel | Undercover Wife by Zura Rahman
Undercover Wife by Zura Rahman  |  Hi korang! Dah lama sangat aku tak review buku.. Dah lama jugak aku tinggalkan minat aku nan satu ni iaitu membaca buku dek kerana kekangan masa yang aku hadapi kini.. Berbelas-belas buah buku lagi dalam rak buku aku tu yang masih belum dibaca.. Bilalah agaknya aku punyai masa itu lagi untuk bersenang lenang dengan buku.. Ahakz.. Sungguhpun begitu, dikesibukan yang hakiki sempat juga aku menghabiskan sebuah novel karya Zura Rahman, Undercover Wife..  Kenapa dalam banyak-banyak novel dalam simpanan aku, Undercover Wife ini juga menjadi pilihan aku untuk dihabiskan walaupun kesibukan melanda? Haaa, sebabnya aku teruja dengan tajuk novel ni.. Undercover Wife... Menarik!! Itu first impression aku.. Bagaimana jalan ceritanya pula? Menarik atau tidak? Undercover Wife adalah sebuah buku hasil karya seorang novelis yang berasal dari Kelantan, Zura Rahman.. Ini adalah buku pertama tulisan beliau yang aku baca.. Sebelum ni, beliau telah menghasilkan 4 buah novel iaitu Jatuh Hati Di Paris, Jangan Goda Aku, #Ghost dan Half Girlfriend.. Undercover Wife merupakan karyanya yang terbaru.. Aku tahu tentang kewujudan novel ni ofkoslah melalui instagram beliau.. Sebelum dikeluarkan lagi aku dah teruja dengan tajuk novel ni dan tak sabar-sabar nak baca... Disebabkan itu juga, aku memilih Undercover Wife ini untuk dihadam terlebih dahulu berbanding buku yang lain bagi menghilangkan kerinduan aku terhadap dunia pembacaan aku.. Tajuk : Undercover Wife Penulis : Zura Rahman Muka Surat : 620 Penerbit : Zura Rahman Publishing Tahun Dikeluarkan : 2018 Sinopsis Undercover Wife Apabila detektif berdedikasi berubah menjadi penjenayah berbahaya; Apabila orang yang dikatakan telah mati muncul kembali; dan Apabila teman sejiwa kini menjadi teman lelaki wanita lain.. Devastated. Despaired. Desperate. Elena ke Itali dengan niat untuk melupakan kisah lalu namun ia membawanya kepada sesuatu yang tidak dijangka. Kepercayaan tentang kematian suaminya goyah apabila dia terlihat seseorang yang menyerupai Roman di Rom. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, Elena nekad untuk menyiasat. Lelaki itu diekori. Roman Iskandar, mengapa dia langsung tidak mengenalinya? Dan siapa pula si cantik jelita berambut kuning emas di sisi Roman? Pertemuan seterusnya membuahkan lebih banyak persoalan. Pencariannya telah membawa Elena ke daerah lain yang tidak pernah terlintas olehnya, walaupun di dalam mimpi. "You are the women in Rome.. What are you doing here?" ~ Wolfe Wolfe, lelaki bertatu serigala yang menyerupai Roman. Jika benar lelaki itu adalah suaminya, mengapa Elena umpama orang asing di matanya? Kata hati Elena, itu lelaki yang dinikahinya empat tahun yang lalu. Satu tanda lain yang tersorok, akan membuktikan bahawa dia adalah Roman, cinta hatinya. Elena nekad untuk membuktikannya. "Sepatutnya aku yang berada di sisi Roman, bukan Si Blondie itu. Dan Roman yang sepatutnya memburu, bukan diburu!" ~ Elena Tapi benarkah Roman sudah mati? Jika benar, dimana mayatnya? Siapakah Wolfe, lelaki bertatu serigala yang punya pendangan menyorot itu? Pencarian Elena telah mencungkil satu konspirasi. Satu persatu rahsia mula terdedah sehingga tiada siapa lagi yang selamat! "You looked as if you bare just killed someone." Review Undercover Wife Alhamdulillah tak sia-sia aku menghabiskan masa aku membaca Undercover Wife ni.. Ternyata pilihan aku tepat..  Plot cerita menarik dan meninggalkan tanda tanye sepanjang pembacaan.. Sambil aku baca sambil aku terfikir apa yang terjadi dan bakal terjadi.. Sehinggakan aku tak sabar-sabar untuk sampai ke puncaknya.. Bermula pertemuan kembali Elena dengan Roman di Rome.. Bagaimana Elena boleh merasakan itu suaminya.. Bagaimana pula dia terjebak dalam dunia penyiasatan sehingga 'menjawat jawatan' undercover wife? Plot cerita menjadi semakin menarik apabila Elana bertemu Roman atau wolfe kali kedua di tanahair sendiri, Malaysia.. Jalan cerita menjadi sedikit laju dan lebih mengujakan.. Aku baca pun semakin bersemangat.. Haha!! Dengan terjadinya pertemuan kali kedua yang tidak dirancang itu, bermulalah undercover wife.. Elena mula menyiasat sehingga mereka berdua jatuh cinta untuk kali kedua.. Uiss, sweet sangat weh.. Tapinya dalam keadaan yang berbeza, dimana Roman bukan lagi seorang polis tetapi seorang penjenayah yang dikehendaki dan dikenali sebagai Wolfe.. Dengan keberanian Elena menyiasat, satu persatu terbongkar.. Sehinggalah kebenaran terbukti..  Ending novel ni best gile!! Berbunga-bunga hati aku.. Haha.. Sweet sangat.. Sampaikan aku tersenyum wehh baca ending dia.. Diakhir cerita, ada juga diselitkan kisah romantik mereka..  "There is only one happiness in this life, to love and be loved." ~ George Sand "I love you," ~ Elena "I love you too. I will keep on loving you till my last breath." ~ Roman Bagaimana pengakhiran cerita ni? Bagaimana roman menjadi Wolfe dan Wolfe menjadi Roman kembali? Haaa kalau korang nak tahu apa yang berlaku, kenalah baca sendiri novel ni.. Barulah syiok! Korang tak akan menyesal baca novel ni tau! Gerenti best punye.. Alhamdulillah, aku akhiri pembacaan novel ni dengan hati yang sangattttt puas dan senyuman mekar di bibirrrrr.. Haha!! Itu tandanya aku sangat puas hati la toh!.. Hiks.. Memang tak rugi aku menghabiskan masa emas aku dengan membaca novel ni.. Korang pun patut baca tau! Rating & Cadangan Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 Bagi pencinta buku a.k.a ulat buku terutamanya yang sangat meminati novel dan inginkan sesuatu yang mendebarkan, aku syorkan korang baca novel ni.. Ceritanya tersusun rapi dengan plot yang menarik.. Tidak meleret-leret dan tidak membosankan.. Thumb up buat penulis kerana berjaya menghasilkan novel yang sangat menarik ini dan jalan ceritanya juga tidak seperti kebanyakan novel-novel yang lain dengan penceritaan yang agak cliche..  Buat Sis Zura Rahman, teruskan usaha untuk menghasilkan novel yang terbaik dan good luck for your next novel.. 
https://www.leaazleeya.com/2018/07/bihun-goreng-tom-yam.html
Bihun Goreng Tom Yam
Bihun Goreng Tom Yam  |  Petang tadi terasa nak makan mee goreng.. Tapinya encik suami request bihun goreng.. Dia memang tak suka sangat mee lebih suka bihun.. Jadi, aku setuju aje lah dengan cadangan dia tu.. Time dok sediakan bahan-bahan, idea nak buat bihun goreng tom yam pun datang.. Terus kerah encik suami belikan pes tom yam.. Tak pernah buat lagi sebelum ni.. Walaupun tak pernah buat, aku tetap kuatkan diri untuk cuba sesuatu yang tak pernah aku buat.. hehe..  Cuma ada sedikit frust bila mana encik suami bawak balik pes tom yam putih.. Huhu.. Pasrah jerk lah aku.. Tapi alhamdulillah bihunnya tetap jugak menjadik.. Pada awalnya nak buat setengah bungkus aje.. Sekali encik suami suruh pulak buat sebungkus terus.. Banyak-banyak siapa nak makan.. Tapi aku buat jugak la.. Haha.. Ok, jom tengok resepi Bihun Goreng Tom Yam versi Lea Azleeya.. Resepi Bihun Goreng Tom Yam Bahan-Bahan 1 bungkus bihun - rendam sehingga lembut dan toskan 1 labu bawang besar - hiris (nak kisar pun boleh) 3 ulas bawang putih - ketuk 200gm ayam - potong kecil 2 senduk cili kisar (aku sukat guna senduk nasik) 3 sudu pes tom yam (terpaksa guna pes tom yam putih sebab encik suami salah beli.. huhu) 1 biji tomato - hiris nipis 3 helai daun limau purut Lobak -hiris nipis memanjang Lada - potong  nipis serong 1 mangkuk air (kalau nak bihun basah lebihkan sukatan air) Cara-Cara Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan Masukkan cili kisar dan pes tom yam.. Tumis sehingga pecah minyak Masukkan ayam dan masak sekejap.. Masukkan air, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Masak seketika dan masukkan lobak, tomato dan sawi Kemudian masukkan daun limau purut yang telah dicarikkan Bila dah sayur dah lembut, masukkan bihun dan goreng sehingga ramuan sebati Last sekali masukkan lada yang telah dipotong nipis.. Masak seketika dan bolehlah dihidang Lebih sedap kalau makan dengan telur dadar.. Perghh terangkat.. Selamat mencuba..
https://www.leaazleeya.com/2022/11/huawei-lancar-siri-mate50-pada-3-november-2022.html
Penantian Anda Sudah Berakhir! Huawei Akan Melancarkan Siri Mate50 pada 3 November 2022
Penantian Anda Sudah Berakhir! Huawei Akan Melancarkan Siri Mate50 pada 3 November 2022  |  Rakyat Malaysia akan mendapat kemajuan telefon pintar terkini dan banyak lagi melalui pelancaran  Siri HUAWEI MATE50, dan banyak lagi! Hi Guys, berita baik untuk korang!!  TIDAK LAMA LAGI! HUAWEI Consumer Business Group (CBG)  Malaysia, peneraju infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global dan peranti pintar  akan melancarkan barisan produk yang dinanti-nantikan pada tahun ini, Siri Mate50 pada 3 November  2022 - membolehkan rakyat Malaysia merasai rekaan elegan dan teknologi inovatif yang ditawarkan  HUAWEI.  Memperkenalkan King of Flagship, HUAWEI Mate50 PRO, yang akan menggunakan sistem operasi  EMUI terkini daripada HUAWEI. Peranti flagship ini dilengkapi teknologi kamera mudah alih  berprestasi yang lebih baik daripada pendahulunya untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman  mengagumkan sambil mengekalkan reka bentuk space ring klasik dengan sentuhan halus corak Clous  de Paris. TUNGGU JAP! ADA BANYAK LAGI NI! Selain daripada Siri Mate50, HUAWEI juga akan memperkenalkan Siri nova 10, Watch GT 3 SE dan Siri  Matepad! HUAWEI berhasrat untuk memenuhi setiap keperluan rakyat Malaysia untuk gaya hidup  yang lancar dan produktif dengan menggabungkan yang terbaik antara fesyen dan praktikal. Siri nova  10, Siri Watch GT 3 SE dan Siri MatePad membuat penampilan julung kalinya pada hari yang sama  dan akan membolehkan pengguna melakukan lebih banyak lagi dengan peneman digital yang unggul  ini. Sebagai tambahan kepada barisan produk baharu, HUAWEI juga akan memperkenalkan EMUI 13  baharu untuk Siri Mate50. Wajah baharu Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS) direka untuk  mewujudkan pengalaman pengguna yang lancar serta melengkapkan pengalaman menggunakan  peranti flagship menyeluruh ini - membolehkan HUAWEI melompat jauh ke arah kepenggunaan  terutamanya untuk Huawei AppGallery. Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada  pengguna, 'Sophia', pembantu AppGallery juga akan tersedia untuk menyelesaikan sebarang  kebimbangan mengenai isu berkaitan aplikasi HMS dengan berkesan. Untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang berita atau promosi menarik seperti Pra-pesanan  Eksklusif RM1 mereka, layari Laman Web Rasmi HUAWEI untuk membuat pra-pesanan sekarang dan  berpeluang memenangi hadiah hebat daripada jumlah hadiah keseluruhan yang bernilai sehingga  RM15,000! Selain itu, jangan ketinggalan pelancaran Siri HUAWEI Mate50 dan Produk HUAWEI lain yang menarik  pada 3 November 2022, melalui Laman Facebook Rasmi HUAWEI atau klik di sini untuk turut serta  pada hari pelancaran nanti!
https://www.leaazleeya.com/2021/06/luangkan-masa-berkualiti-bersama-anak-dengan-lima-aktiviti-menarik-ini.html
Total Lockdown? Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini!
Total Lockdown? Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini!  |  Pejam celik pejam celik, sudah setahun lebih kita berhadapan dengan covid-19.. Sehingga ke hari ini kita masih berjuang membebaskan diri dari pandemik ini dan untuk kali keduanya kita melalui 'total lockdown'.. Sebut sahaja 'total lockdown', dah terbayang betapa bosan dan stressnya duduk berkurung di rumah sahaja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tanpa boleh kemana-mana.Bukan kita yang dewasa ini sahaja merasa bosan, tetapi anak-anak juga dah mula meluahkan rasa bosan dek kerana tak dapat nak ke sekolah bermain dengan kawan-kawan dan tak boleh keluar bersiar-siar seperti sebelumnya.. Bila anak-anak dah mula meluah rasa bosan, kita sebagai ibu bapa perlulah merancang sesuatu bagi menghilangkan rasa bosan anak-anak agar mereka tidak berada dalam keadaan yang tertekan. Apa yang boleh kita lakukan adalah luangkan masa berkualiti bersama anak-anak ketika di rumah dengan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Ketika Di Rumah Bersama Anak-AnakDalam tempoh PKP ni, sekolah ditutup dan PdPR kembali dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.. Selain menghabiskan masa menyiapkan tugasan sekolah, aku selitkan juga aktiviti yang menarik dan menyeronokkan buat anak-anak aku supaya mereka tidak kebosanan mengadap kerja sekolah semata..Kalau nak diikutkan, banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak sebenarnya.. Tapi, manalah sempat untuk kita lakukannya dalam masa satu hari kan.. So, kenalah pandai rancang.. Mungkin setiap hari tu kita boleh lakukan aktiviti yang berbeza-beza.. Yang penting, pilihlah aktiviti bukan sahaja menyeronokkan tetapi dapat juga memberi faedah kepada anak-anak kita.. Ok, di sini aku nak share dengan korang 5 aktiviti yang selalu aku lakukan bersama anak-anak aku sepanjang musim PKP ini.. 5 aktiviti ini merupakan aktiviti kegemaran anak-anak aku yang selalu mereka request di waktu terluang..1.    Menampal dan MewarnaAktiviti mewarna dan melukis ni merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.. Dengan berbekalkan pencil warna, crayon dan pelbagai alatan mewarna menjadikan mereka lebih bersemangat dan seronok untuk melakukan aktiviti ini.. Aktiviti ini dapat merangsang kreativiti anak-anak disamping dapat membantu meningkatkan daya tumpuan serta membentuk kordinasi tangan-mata anak-anak.. Terdapat pelbagai alatan mewarna serta buku mewarna dijual di pasaran sekarang.. Macam aku sendiri, aku lebih suka membeli buku mewarna untuk anak-anak aku dalam pelbagai jenis supaya mereka tidak bosan.. Lagi pun buku mewarna lebih mudah didapati di kedai-kedai dan banyak pilihan.. Untuk alatan mewarna pula aku lebih prefer pencil warna kerana mereka masih dalam fasa belajar.. Pencil warna lebih kemas bagi aku.. Sambil mereka mewarna, sambil mereka belajar tentang warna.. 2.    Permainan Blok / LegoRasanya permainan ni tak asing lagi dikalangan kanak-kanak.. Kalau di pasaran sekarang ni pelbagai jenis permainan blok ada dijual.. Ada yang mahal dan ada yang murah.. So, boleh ikut kemampuan masing-masing.. Yang penting, manfaatnya sama saja.. Permainan blok ini sangat disarankan kepada anak-anak kerana ia dapat meningkatkan daya kreativiti anak-anak disamping mereka dapat berimaginatif dan belajar menyelesaikan masaalah semasa mereka membina sesuatu dari permainan ini.. Permainan ini juga dapat melatih daya konsentrasi dan koordinasi tangan dan mata kanak-kanak.Terbaru aku belikan anak-anak aku permainan blok dalam bentuk yang sedikit berbeza dari kebiasaannya.. Ini juga mengelakkan dari mereka bosan dengan permainan blok dari bentuk yang sama.. Dengan pelbagai warna, menjadikan mereka lebih bersemangat untuk bermain sambil berfikir untuk membina sesuatu yang menarik.. 3.    PlaydohSatu lagi aktiviti yang dapat membina kreativiti anak-anak iaitu Playdoh.. Playdoh ni pun mudah didapati di kedai-kedai.. Ada juga yang lebih suka buat sendiri adunan Playdoh ini untuk anak-anak bermain dengan menggunakan beberapa bahan sahaja..Selain dapat membina kreativiti anak-anak, Playdoh ini juga dapat melatih anak-anak dalam membina huruf atau abjad disamping dapat mengenal warna juga.. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh membina pelbagai bentuk lagi seperti haiwan, bangunan, tumbuhan dan sebagainya mengikut kreativiti mereka sendiri.. Dari sini mereka dapat berfikir dan membina imaginasi kreatif mereka serta membentuk keyakinan diri..4.    Bina Benteng/Kubu/RumahBanyak istilahnya bagi permainan yang satu ni.. Haha.. Permainan ni memang setiap hari anak-anak aku akan lakukan.. Sebelum mereka mula, mereka akan minta kebenaran aku dulu untuk buat rumah katanya.. Mungkin risau aku marah sebabnya akan mengakibatkan rumah bersepah.. Tetapi selalunya aku membenarkan sahaja mereka melakukan aktiviti ini kerana aku tahu aktiviti ini sedikit sebanyak memberi pelajaran kepada mereka..Dengan menggunakan bantal, selimut, kusyen, kotak dan sebagainya, mereka akan membina rumah, kubu atau benteng. Kadang kala aku juga akan dijebakkan bersama mereka membina bila mereka memerlukan pertolongan yang tak mampu mereka lakukan sendiri.. Bagi aku permainan ini dapat membantu mereka menjadi lebih kreatif dan menghilangkan rasa bosan mereka. Selain itu dapat meningkatkan daya imaginasi mereka dalam membina sesuatu.5.    Bermain Online Game Untuk Relax Minda  Sebut saja tentang online game ni, dah terbayang keseronokan bermainnya.. Bukan kita yang dewasa ni sahaja yang seronok bermain online game tetapi anak-anak juga.. Tidak salah untuk mereka bermain online game tetapi haruslah ada pemantauan dari kita sebagai ibubapa supaya tidak berlakunya ketagihan gadget.. Macam aku sendiri, aku akan bagi masa untuk mereka layan online game ini.. Selalunya dalam sehari aku akan benarkan mereka bermain online game 2 kali selama 1 jam sahaja untuk mereka relaxkan minda dengan permainan atas talian ini dan selepas itu aku akan pastikan mereka melakukan aktiviti lain pula supaya mereka tidak kebosanan.. Apa yang penting, aku  akan memilih game yang sesuai untuk mereka dan memberi impak yang positif kepada mereka..Sekarang ni pun, telah banyak online game mesra kanak-kanak yang dapat membantu meningkatkan kecergasan minda mereka.. Selain sebagai hiburan, ada juga yang bersifat pendidikan.. Jadi, kenalah pandai memilih yang bersesuaian dengan anak kita..    Game Online Free Untuk Kanak-Kanak di Plays.orgBaru minggu lepas aku perasan satu website online game free untuk kanak-kanak. Bukan apa, dari masa ke semasa aku akan mencari sesuatu yang bermanfaat untuk anak aku.. Kalau bermain game, aku mahukan mereka bermain sambil belajar.. Bukan hanya untuk keseronokan semata.. Jadi, aku rasa game online free di Plays.org ni sangat sesuai untuk aku masukkan dalam jadual aktiviti harian anak-anak aku di musim PKP ini.. Kalau korang nak tahu, Plays.org ini merupakan sebuah website yang menawarkan lebih daripada 100 FREE game untuk kanak-kanak dan yang paling best ianya tidak perlu dimuat turun, boleh dimainkan secara terus di website tersebut. Hanya perlu ke website Plays.org dan terus je boleh main game. Tak perlu nak download bagai.. Mudah kan!Apa yang menariknya lagi, games di website Plays.org ini juga sentiasa dikemaskini dan diupload dengan games yang terkini. So, banyaklah pilihan yang ada.. Tidaklah hanya bermain game yang sama sahaja setiap hari.. Games di Plays.org Sesuai Untuk Kanak-Kanak Seawal Usia 4 TahunBila dilihat kepelbagaian games yang ada di website Plays.org ini, bagi aku ianya juga sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun kerana terdapat pelbagai kategori yang boleh dipilih mengikut kesesuaian umur.. Di Plays.org, ia bukan semata-mata games untuk keseronokan tetapi ia juga untuk pembelajaran kerana ada juga education game yang dapat membantu anak-anak bermain sambil belajar.. Ini adalah antara kategori yang boleh korang pilih.. Pelbagai kategori ada.. Sesuai untuk semua peringkat umur.. Yang penting pandai pilih.. Hehe..Untuk anak aku Aqiff dan Qhaliff yang berumur antara 4 dan 6 tahun, aku lebih tekankan mereka bermain games dalam kategori kids dan education. Sebenarnya banyak lagi games yang sesuai untuk mereka tetapi aku lebih tekankan 2 kategori ini untuk mereka bermain sambil belajar.. Dengan adanya kategori di Plays.org ni, dapatlah kita kawal jenis game yang anak kita main di website ini agar bersesuaian dengan umur mereka.Antara game yang menjadi pilihan Aqiff dan Qhaliff di Plays.org..1.    Duck Shot - Carnival Shooting Gallery GameKalau mereka main game ni mesti riuh satu rumah dok berusaha tembak itik.. Biasanya mereka akan bertanding siapa yang menang.. Kalau yang menang tu mesti menjerit kemenangan.. Maka gamatlah satu rumah.. Haha.. Game duck shot ni bagi aku dapat memberikan daya fokus yang tinggi kepada mereka..2. Flintstones Yabba Dabba Dinasaour Kids Jigsaw Puzzle GameGame kedua pilihan mereka adalah dari jenis puzzle.. Bagus tau game macam ni kerana dapat membantu anak-anak berfikir dan menyusun strategi dalam menyelesaikan masalah.3.    Connet the Dots Game for Kids With Lever TimerOk, untuk game ini pula memerlukan anak-anak aku menepati masa.. Mereka akan berusaha sedaya upaya dalam mencantumkan dots menjadi bentuk penuh mengikut masa yang diberikan.. So, dalam game ini selain membuatkan mereka fokus, dapat juga mereka menepati masa.. Banyak lagi sebenarnya game favourite anak-anak aku.. Ada game berbentuk kuiz seperti Aliens Vs Math Practice Game for Kids.. Yang ini kebiasaannya aku praktikkan untuk Qhaliff supaya mahir dalam subjek matematik.. Bagus tau game ni untuk anak pandai matematik.. Walaupun nampak simple tetapi ia membantu untuk anak belajar tambah, tolak, darab dan sebagainya..Ada masa aku bagi juga mereka peluang untuk berseronok dengan shooting games.. Aku tahu mereka memang suka games yang sedikit mencabar.. Cumanya aku kena pantaulah dari segi pemilihan shooting games tersebut supaya tidak keterlaluan.. Tapi dalam Plays.org ni aku rasa banyak shooting games yang sesuai untuk kanak-kanak.. Kebanyakannya masih berbentuk atau lebih tepat bergrafik kartun..Untuk keselesaan mereka, aku lebih suka mereka menggunakan tab ataupun pc kerana lebih besar bukaan screennya.. Kalau pakai smartphone, boleh membuatkan mata mereka cepat letih kerana screennya lebih kecil dan memerlukan tumpuan yang lebih kepada screen.. Plays.org Jadikan Aktiviti Anak-Anak Lebih MenyeronokkanAlhamdulillah, jumpa juga aktivti yang menarik buat anak-anak aku di musim PKP ni.. Yelah, aku sebagai ibu berusaha sedaya mungkin merancang jadual harian anak aku di musim pandemik ni dengan aktiviti yang menarik supaya mereka tidak dilanda kebosanan.. Bila duduk terperap aje dekat rumah, buatkan minda mereka kurang berkembang.. Sebab itulah, aku perlu rancang aktiviti menyeronokkan untuk mereka selepas mereka penat belajar dan menyiapkan kerja sekolah.Bagi aku, games percuma di website Plays.org ni sangat membantu mengembangkan pemikiran kreatif, penyelesaian masalah dan penaakulan anak-anak aku.. Bukan kanak-kanak sahaja tau, ianya sesuai juga untuk kita orang dewasa ni.. Haha.. Sekali sekala layan games budak-budak, ok jugak ataupun lebih menarik, bermain bersama-sama mereka.. Tentu mereka lebih seronok..Lepas ni aku dah tak perlu risau kalau anak aku request nak main games kerana games di Plays.org ni sangat sesuai untuk umur seperti mereka.. Lagi pun, secara tidak langsung mereka dapat bermain sambil belajar.. Cara ini lebih bagus sebenarnya untuk anak-anak kerana konsep bermain sambil belajar ini membuatkan pembelajaran anak lebih menyeronokkan..Sebelum mereka main game dalam Plays.org ni, aku terlebih dahulu cuba setiap games yang ada.. Bukan apa, senang aku nak guide mereka.. Cumanya mereka ni cepat belajar.. Ajar sekali pun dah tau cara nak main.. Budak-budak zaman sekarang, lain macam sikit ye 'pick up' mereka.. Hehe.. Dalam pada aku guide tu, dapat la juga aku main dan belajar bersama mereka dan secara tak langsung, ia akan menjadi masa berkualiti bersama anak-anak aku.. Oklah, bagi korang yang ingin luangkan masa berkualiti bersama anak-anak, bolehlah layari laman web Plays.org untuk mencuba sendiri keseronokan bermain games yang ada di dalam website ini.. Yang penting dapat manfaatkan masa yang ada dengan permainan yang bukan sekadar untuk keseronokan tetapi untuk pembelajaran juga.. Sekali gus, dapat peluang untuk bonding bersama anak-anak bagi mengeratkan lagi hubungan..Bagi korang yang kaki game juga bolehlah cuba bermain games free di website Plays.org ni.. Sesuai untuk semua peringkat umur.. Yang penting tak perlu download dan boleh main dimana sahaja korang berada asalkan ada smartphone dan talian internet.. Haha.. Korang pasti sukakannya kerana banyak pilihan dan online games yang ada pun best-best belaka.. Jom layari Plays.org sekarang guys dan rasai keseronokkannya.. :)
https://www.leaazleeya.com/2016/06/dj-mana-lagu-rayanyeee.html
DJ, Mana Lagu Rayanyeee...??
Assalamualaikum wbt... DJ, Mana Lagu Rayanyeee...??  |  Haha awalnya request lagu raya.. Tapi terasa nak dengar lagu raya dah la.. Walapown kita baru berpuasa 9 hari... Dengar cd tak rasa feel.. Dengar radio baru feel.. haha.. So, nak mintak lagu ni dengan DJ-DJ radio ni...  Nak jerit kuat-kuat....!! satu... dua... tigaa....... DJ, nak lagu rayeeeeeeee...!! Haha.. gile aku rini.. Dok kecoh-kecoh nak dengoo lagu raya dalam opiz.. Sampaikan kengkawan opiz yang depan, tepi, belakang.. eh eh belakang tak de...Belakang ada dinding aje... hehe.. Dorang tolong pasangkan untuk aku lagu raya.. haha.. Meroyan tol laa..
https://www.leaazleeya.com/2016/08/no-coverage.html
No Coverage!!
Assalamualaikum wbt.. No Coverage!!  |  Korang perasan tak sesuatu yang pelik pada aku hari ni?? Apakah?? Haha... Aku bersiaran dimalam hari ohhh hari ni.. Tambah lagi hari sabtu pulak tu.. Ahakz.. Dah ada line tenet engkooo kat umah aku.. Setelah berhempas pulas.. Bertungkus lumus.. Kehulu kehilir mencari line intenet yang lalu dekat kawasan umah aku ni.. Huisss Seksooo mak nak.. Semalam seharian aku dok mencarik pakej internet yang boleh on dekat umah aku.. Mula-mula aku p terjah TM Point.. Hajat dihati nak sambar line streamyx (Unifi).. Sekali check coverage dekat kawasan umah aku ni nan hadoooo!!! Frust menonggeng aku kat situ.. Aduhai.. Pastu carik yang lain lak.. Aku pergi terjah YES Centre lak.. Orang cakap laju berdesup jugak dia punya line.. Check sekali lagik coverage kawasan umah aku... Jawapannye tetap sama... Hadoiii... Pergi pulak aku ke P1WIMAX... Mengharap simpati kat sana.. Moga-moga ada harap untuk aku guna intenet dekat umah.. Macam biasa check coverage... Haiss suam-suam kuku jugak nampaknya..  Tapi orang PIWIMAX tu suggest aku bawak balik device dulu untuk test selama 5 hari secara percuma.. Hoh.. Cadangan yang baik.. Dengan senyuman aku bawak balik benda alah tu, dengan harapan ada sinar untuk aku berintenet di rumah.. Haha.. Sampai umah aje terus test.. Line dia ada la tapi suam-suam kuku.. Slow... Memang tak best la kalau nak surf internet.. Pagi tadi aku pergi terminate dan pulang balik device dia dengan hati yang kuciwa.... Hari ni aku terus cari dan mencari.. Lastnya petang tadi aku decide untuk beli simcard prepaid DIGI BEST aje... Ni adalah pilihan terakhir yang aku ada.. Lagi pown line digi dekat umah aku OK boleh dapat 4G.. Tapi sebenarnya CELCOM lagi power dekat kawasan umah aku ni... Cuma agak mahal sikit la.. hiks.. Haaa tak lupa juga aku beli sekali modem adapter D-LINK yang boleh masuk simcard... Masa beli tu, aku tawakal aje... hehe Alhamdulillah, akhirnya usaha terakhir ni tak mengecewakan.. Aku berjaya dapatkan line internet dekat umah aku.. So, tak sia-sialah aku beli PC, beli modem dan beli line digi ni.. hehe.. Alhamdulillah.. Dah boleh online dari rumah.. Hari cuti boleh.. malam boleh.. bila-bila masa pown boleh.. HOyyyeee...!!
https://www.leaazleeya.com/2022/01/leedee-shakolat-pengganti-sarapan-minuman-untuk-turunkan-berat-badan.html
Leedee Shakolat Pengganti Sarapan Minuman Untuk Turunkan Berat Badan
Leedee Shakolat Pengganti Sarapan Minuman Untuk Turunkan Berat Badan  |  Kemain risau lagi aku sebulan dua ni.. Mana tak risaunya gais, bila naik je atas penimbang, angkanya semakin bertambah bukan berkurangan.. Selera makan makin menjadi-jadi pulak sekarang.. Baju pun banyak dah yang sendat.. Huhu.. Itu menandakan berat badan aku dan bertambah.. Bila dah jadi macam ni, barulah nak insofffffff... Baru terhegeh-hegeh nak diet dan sebagainya.. Kalau tak, aku makan tak hingat dunia.. Tengah malam pun makan lagi.. Kehkeh! Sungguhpun aku nampak cam terdesak sangat nak turunkan berat badan, tak de la aku pilih cara yang boleh menjejaskan kesihatan aku.. Sebaliknya aku cuba diet yang sihat dan bersenam.. Biar lambat asal selamat.. Hehe.. Owh ya, kalau korang nak tahu, satu lagi cara aku amalkan untuk turunkan berat badan secara sihat dengan mengamalkan Leedee Shakolat!!.. Korang pernah dengar tak produk ni? Bagus tau produk Leedee ni.. Leedee Shakolat ni minuman pengganti sarapan yang dapat mengawal nafsu makan kita.. Bak kata omputeh "Meal Replacement and Craving Control".. Hehe.. Leedee Shakolat Minuman Pengganti Sarapan Untuk Turunkan Berat BadanBetul ke Leedee Shakolat ni boleh turunkan berat badan?? Ye betul gais tapi kena la konsisten.. Kalau korang bercita-cita nak turunkan berat badan tetapi jenis 'angat-angat tahi ayam' memang tak dapat la hasilnya.. Lepas tu klim, produk tak berkesan.. Padahal diri sendiri tak disiplin.. Betul tak? Haha.. Baik ngaku sape yang macam ni.. !! Hehe..Ok, aku cerita sikit ye.. Leedee ni merupakan produk makanan tambahan keluaran Nadd Empire Sdn. Bhd. Percaya tak percaya sebenarnya jenama Leedee ni dah pun berada di pasaran hampir 4 tahun bermula tahun 2018 lagi.. Sekarang ni di bawah label Leedee dah ada 3 produk makanan tambahan iaitu Leedee Pineapple, Leedee Tox Peach dan juga yang terbaru adalah Leedee Shakolat..Leedee Shakolat Membantu Buat Rasa KenyangPerkara yang paling sukar kita buat dekat Malaysia ni adalah mengawal nafsu makan kita sebabnya dekat negara kita ni terlalu banyak makanan sedap-sedap.. Betul tak? Sebab itu jugalah jumlah mereka yang mengalami masalah obesiti di Malaysia ni mencatatkan jumlah yang tertinggi.. Menyedari masalah ini, Nadd Empire Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Leedee Shakolat yang sedap ini.. Yess memang sedap rasanya.. Sekali minum rasa nak minum lagi dan lagi.. Serius sedap gais rasa dia.. Fungsi utama Leedee Shakolat ni adalah dapat membantu buatkan kita rasa kenyang.. So bila rasa kenyang, tak de la kita nak makan banyak-banyak kan.. Sekaligus dapatlah turunkan berat badan..Kenapa Leedee Shakolat ni sedap sangat??Haa sebabnya Leedee Shakolat ni dihasilkan daripada 5 bahan terbaik dan berkualiti tinggi iaitu :-Coklat  -  Mengawal metabolismaEkstrak Mangga Afrika  -  Membakar lemakEkstrak Apple Fiber  -  Membantu mengenyangkanOat halus  -  Mengawal gula dalam darahEkstrak Chia Seed  -  Dipenuhi antioksidanEkstrak Garcinia Cambogia  -  Mengawal selera makanEkstrak Senna  -  Meningkatkan imunisasiL-Carnatine  -  Membantu lemak badan bertukar menjadi tenagaKelebihan Leedee ShakolatOk, macam yang aku cite kat atas tadi, salah satu kelebihan Leedee Shakolat ni adalah dapat membuatkan kita kenyang.. Sebab apa? Haa sebabnya minuman Leedee Shakolat ni berfungsi sebagai pengganti sarapan.. Kalau korang berniat untuk turunkan berat badan, bolehlah gantikan sarapan korang dengan Leedee Shakolat ni secara konsisten kerana Leedee Shakolat ni boleh menurunkan berat badan jika diambil mengikut peraturannya dan sekiranya korang ni seorang yang sangat sibuk, jadual makan korang tak menentu, haaa bolehlah standby Leedee Shakolat ni untuk dijadikan sebagai pengganti makanan korang.. Memang mengenyangkan tau dan dapat juga mengawal craving guna dan juga karbohidrat.. Memang terbaik!!Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan dan juga nutrisi.. Owh ya, minuman ini juga dapat memberikan tenaga tau pada korang sekaligus dapat meningkatkan metabolisma.. Paling penting, ianya rendah kalori.. Hehe.. Cara Pengambilan Leedee ShakolatDalam satu kotak Leedee Shakolat ni ada 10 sachet untuk 10 hari.. Setiap hari perlu ambil 1 sachet dijadikan pengganti sarapan.. Cara nak consume Leedee Shakolat ni, hanya perlu ambil 1 sachet bersama 150ml air suam atau sejuk sebelum sarapan pagi.. Aku lebih prefer sejuk.. Haha.. Sedap oii minum sejuk-sejuk... Tapi sekali sekala layan jugak Leedee Shakolat suam.. Jom aku ajar cara yang lebih detail..Sediakan 150ml air sejuk / suamAmbil 1 sachet Leedee Shakolat dan tuangkanGoncang / kacau sehingga sebati dan minumCara penyimpanan pula, perlu disimpan di tempat yang sejuk, bersih dan kering..Saya minum tak berkesan pun! Haaa mesti ada sebab tu tak berkesan.. Sama ada tak konsisten ataupun langgar pantang larang.. Apa pantang larangnya?Ok, ini dia..Pastikan air masak cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehariElakkan minuman berkafeinPastikan tidur cukupMakan kerap tetapi dalam kuantiti sedikit.Nak hasil yang lumayan, kenalah ikut pantang larangnya.. Barulah nampak kesannya.. Betul tak? Mungkin juga ada yang risau akan kesan sampingannya.. Jangan risau, kerana bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi dan ada lab test.. Kalau stop consume Leedee, berat badan akan naik balik tak??Waahh ni soalan paling femes ni.. Aku sendiri pun kadang-kadang soalan macam ni bermain di minda.. Yelah, dah kita consume mesti nak tau kesannya kalau kita stop sesuatu produk tu kan.. Untuk produk Leedee ni, dah terbukti ramai pelanggan mereka yang bagi feedback, bila stop memang berat badan masih menten.. Ini kerana kadar metabolisma meningkat dari sebelumnya..Kalau nak lagi hebat kesannya, korang kenalah juga bersenam ye.. Ini akan mempercepatkan lagi kadar penurunan berat badan dari tidak bersenam.. Badan pun lebih sihat dan fit.. Nak badan cantik ni kenalah rajin ye.. hehe..AWAS!!Ibu mengandung dilarang keras ye daripada mengambil sebarang suplemen kurus termasuklah produk Leedee ini.. Manakala untuk ibu menyusu pula, korang boleh mengambilnya tetapi kena pastikan korang jaga pemakanan yang sihat dan mengambil nutrisi yang cukup.. Tetapi perlu diingat ye, ianya bergantung juga kepada setiap badan.. Satu lagi, bagi korang yang ada penyakit kronik, tidak boleh mengambil produk Leede ye.. Apa-apa pun kena dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu..Nak Kesan Yang Lebih Efektif? Ambil Tiga Produk Leedee Ini!Nak lebih berkesan turunkan berat badan? Haaa ni aku nak bagi korang tips.. Kalau nak lebih berkesan untuk turunkan berat badan, korang boleh consume tiga produk Leedee ini iaitu Leedee Pineapple, Leedee Tox Peach dan Leedee Shakolat.. Ketiga-tiga produk Leedee ni mempunyai fungsi yang berbeza untuk turunkan berat badan.. Perbezaan produk Leedee ini adalah :-Leedee Pineapple  -  Membantu menurunkan berat badanLeedee Tox Peach  -  Membuang toksin badanLeedee Shakolat  -  Meal replacement & craving control, membantu buat rasa kenyangMacam mana nak consume ketiga-tiga produk ni? Ok, korang boleh ikut cara consume produk Leedee di bawah ini..Sebelum @ Gantian Sarapan - 1 sachet Leedee ShakolatSelepas 30 minit - 1 sachet Leedee PineappleMalam sebelum tidur - 1 sachet Leedee Tox PeachProduk Leedee ini boleh diambil oleh mereka yang berumur 15 tahun sehingga 50 tahun.. Korang yang berusia lebih dari 50 tahun tidak disarankan untuk mengambil produk Leedee ini tetapi bergantung juga kepada kesihatan diri masing-masing..Leedee Shakolat Sangat Sedap!!Yesss, memang sedap sangat rasa Shakolat ni.. Minum 1 sachet rasa tak puas.. Rasa dia secukup rasa.. Tak manis tak tawar.. Ada lemak berkrim dia.. Memang sedap.. Aku baru je consume Leedee Shakolat ni, kalau pagi tu aku ambil, memang tak perlu sarapan dah.. Rasa kenyang tu boleh sampai ke tengahari.. Time lunch tu pun masih berbaki lagi rasa kenyang dia.. Kalau amalkan bulan puasa ni memang sesuai sangat.. Ramai yang berpuashati dengan produk Leedee Shakolat ni.. Kalau korang tak percaya, jom tengok feedback mereka..Nak Kurus? Jom Amalkan Leedee!Ok gais, sape-sape yang nak kurus tu bolehlah cuba produk Leedee ni.. Memang terbaik.. Aku dah try dan memang berkesan untuk aku.. Harganya pun mampu milik... Apa yang penting produknya memang berkesan.. Owh ya, sekarang ni Leedee Shakolat ada promo tau.. Rugi tak grab..!!PROMO LEEDEE SHAKOLAT Net Price : RM69sm, RM75ss  🍫 1 LEEDEE SHAKOLAT Rm59sm, Rm65ss  🍫 🍫  2 LEEDEE SHAKOLAT Rm118sm, Rm130ss  🍫🍫🍫 3 LEEDEE SHAKOLAT Rm177sm, Rm195ss Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, korang boleh layari :-💧 Website  :  https://www.leedee.my/💧 Instagram  :  https://www.instagram.com/leedee.hq/💧 Facebook  :  https://www.facebook.com/leedeeonlinehq/💧 Contact No. : 017-679 7270 (Nadd Empire Sdn. Bhd.)  /  017-679 0191 (En. Syafiq)
https://www.leaazleeya.com/2015/10/suka-tangguh-kerja.html
Suka Tangguh Kerja
Assalamualaikum wbt.. Terasa lengang sikit hari ni.. Kerja telah banyak diselesaikan dengan sebaiknya.. Ada la sikit-sikit lagi kerja yang memerlukan pendapat Ketua Unit.. Ketua Unit pergi kursus so kena la tunggu beliau balik dulu.. Haha.. Sambil-sambil tu aku blogwalking blog kawan-kawan.. Tetiba terhenti lama aku di satu destinasi ni.. Aku terbaca entri berkenaan 'tangguh kerja' dekat blog Irfan Khairi .. Tertarik pulak dengan apa yang disampaikan oleh beliau.. So aku nak copy paste jugak la kat blog aku ni agar menjadi peringatan buat diri aku sendiri dan kawan-kawan jugak.. Jom kite z0omMmm..~!! Hati mahu melakukan sesuatu yang boleh mengubahkan hidup, tetapi mulut berkata“Tunggu dulu”. Nak risau apa. Esok kan masih ada… hari ini boleh relax-relax dulu sebab nak mengubahkan hidup, bunyi macam susah je… lagi pun ada banyak rutin harian lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Begitulah hakikatnya keadaan yang sering berlaku. Menangguhkan kerja menjadi penghalang semangat dan motivasi untuk berubah. Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Mat Salleh panggilnya procrastination. Terlalu ramai yang tidak mencapai matlamat mereka oleh kerana walaupun mereka sedar dan telah menetapkan matlamat, mereka ada sahaja alasan masa untuk memulakannya adalah salah– hari tidak betul, minggu tidak betul, bulan tidak betul dan tahun tidak betul. Industri tidak betul. Market tidak betul. Sehingga akhirnya terlalu lewat! 3 sebab utama penangguhan kerja: Terlalu banyak alasan Tidak sirius dalam mengambil keputusan Tiada deadline dalam matlamat Untuk mengelakkan penangguhan kerja, tanya diri sendiri pada ketika itu- adakah anda memberi terlalu banyak alasan untuk tidak memulakan kerja? Adakah anda sirius dalam mengambil keputusan? Adakah anda menulis deadline (tarikh) untuk mencapai matlamat kerja tersebut? Jawapannya: Hentikan memberi alasan (Orang lain buat duit, kita buat alasan) Mula serius dalam mengambil keputusan hari ini! (Terlalu banyak anda dan keluarga akan rugi sekiranya anda tidak serious dalam hidup) Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat (walaupun kerja-kerja kecil- tulis tarikh deadline tersebut. Dengan hanya menulis deadline, ia akan mengubahkan mentaliti anda) Mereka yang berjaya, dan mereka yang dalam keadaan “biasa-biasa” sahaja, semuanya mempunyai 24 jam sehari dalam hidup. Apa yang membezakan kedua-dua golongan ini adalah penggunaan masa yang lebih efektif oleh orang yang berjaya. Sememangnya melakukan sesuatu yang baru adalah sukar. Walaupun bagi mereka yang berjaya juga. Namun, orang yang berjaya tahu bahawa untuk mencapai kejayaan, ianya terpaksa dilakukan juga tanpa melengah-lengahkan masa  supaya ianya tidak mencuri masa dan hidup mereka! Klik sini untuk artikel asal   "Menangguhkan kerja = Pencuri Masa + Pencuri Hidup", Irfan Khairi.  Bila baca entri ni rasa macam terkene batang hidung sendiri.. Sebab kadang-kadang aku pown seperti yang disebut.. HAha.. Manusia selalu lalaikan.. Kene cuba ubah la pas ni... Jadi manusia yang lebih yakin dan ada tujuan dalam hidup.. cewahh..  ( berapi-api azam tu.. jadi ke idokkkk tataw agik haha..) yang penting ada gak niat nak berubah tu.. huhu.. Sumber gambar  :  En. Google
https://www.leaazleeya.com/2016/06/jangan-sisihkan-orang-yang-nak-berubah.html
Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah
Assalamualaikum wbt.. Pica from Tarbiah Sentap Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah |  Semalam aku dok baca buku Tarbiah Sentap 3... Pagi ni rasa terpanggil untuk aku share kat sini satu artikel dalam buku tersebut yang aku sendiri rasa menarik dan terbaik... Semalam aku dah share artikel ni kat facebook aku sebenarnya.. Hari ni nak share kat sini lak.. Jom baca... JANGAN SISIHKAN ORANG YANG NAK BERUBAH Bila orang nak berubah, mengapa perlu kau pandang rendah, UNGKIT KISAH SILAMNYA dan patahkan semangat serta pertikaikan niat baiknya? Mengapa perlu begitu?? Umar Al-Khattab yang pernah berniat nak bunuh nabi, bila dia masuk islam, nabi sambut dengan kegembiraan!! Khalid Al-Walid yang telah menjadi dalang utntuk kemenangan kafir quraisyh ke atas umat islam tika perang uhud, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!! Amru Al-Asr, yg menjadi wakil kaum musyrikin untuk menghalang umat islam tika mereka berhijrah ke habsyah, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!! Persoalannya :- "Mengapa perlu kau sisihkan dan pulau mereka-mereka yang mahu berubah??" Adakah dikau DENGKI? Adakah dikau BENCI perubahannya? Atau.... Adakah dikau bencikan kebaikan, dan dikau membenci orang yang ingin melakukan kebaikan? Muhasabahlah bersama wahai temanku.. Berilah harapan dan bimbinglah mereka-mereka yg MAHU berubah.. sumber : Team Tarbiah Sentap #tarbiahsentap3
https://www.leaazleeya.com/2015/09/wajah-baru.html
Wajah Baru...
Assalamualaikum wbt... Kasi tukar lagi... Tukar dah lama tapi baru berkesempatan nak update.. Sempena Hari Raya Aidilfitri ritu, aku nak mendewasakan sedikit blog aku.. so, terus aku mintak khidmat nasihat rakan blogger aku Fiza Si Hati Merah Jambu untuk tukarkan template blog aku... Aku suka sangat hasil kerja dia.. Sangat-sangat memuaskan hati.. hehehe.. ( tq ye fiza ) Blog dah baru tapi update masih berabuk... Memang masa sangat pantas sekarang.. Tak sempat nak mencelah untuk update blog.. banyak bende sebenarnya nak update.. cuma masa je tak mengizinkan.. So simpan aje la dulu semua tu... Pape pown... Moga dengan template baru ni membuatkan aku lebih bersemangat untuk berblog... huhuhu...
https://www.leaazleeya.com/2018/05/rasai-kesegaran-semulajadi-safi-shower.html
Rasai Kesegaran Semulajadi SAFI Shower Dari Dalam Bilik Mandi
Rasai Kesegaran Semulajadi SAFI Shower Dari Dalam Bilik Mandi  |  Dah agak lama juga aku tak tukar jenama mandian aku.. Bukan tak nak tukar tetapi rasa macam tak boleh nak 'move on' dengan jenama lain.. Tak tahu kenapa, bila aku cuba jenama lain mesti tak habis aku guna dan kembali kepada jenama lama kembali.. Huhu.. Tapi tidak kali ini, aku dah jumpa jenama mandian baru yang boleh memberikan kesegaran semulajadi dan menjadikan saat mandi aku menjadi lebih bermakna. SAFI  SHOWER   “Rasai  kesegaran  semulajadi  SAFI  Shower  dari  dalam  bilik  mandi” Selain  kekalutan  dan  tekanan  bekerja,  jangan  biarkan  kulit  anda  terdedah  dengan kotoran  dan  habuk  akibat  pencemaran!  Keadaan  cuaca  yang  tidak  menentu,  udara  yang  kering  akibat  penghawa  dingin,  kualiti  tidur  yang  merosot  serta  tabiat  pemakanan  yang  tidak  sihat  sering  menjadi  faktor  kulit  rosak  bagi  kebanyakan  individu  di  Malaysia.   Bagaimana  kita  memanjakan  diri  adalah  cerminan  terhadap  cara  kita  memberi  layanan  terhadap  orang  sekeliling iaitu  keluarga,  ibu  bapa,  mahupun  rakan  sekerja.  Semakin  tinggi  kasih  sayang  kita  terhadap  diri,  semakin  tinggilah  juga  kasih  yang  di  sebarkan  sepanjang  hari.  Segalanya  bermula  dari  dalam  diri.     Dari  kiri,  Mr.  Sriram  Krishnamurthy,  Ketua  Pegawai  Eksekutif  Unza  (Malaysia)  Sdn.  Bhd.,  Ms.  Pan  Choi  Yen,  Pengurus  Besar  -  Pemasaran  Wipro  Unza  (Malaysia)  Sdn.  Bhd.,  Ms  Jessie  Wong,  Pengurus  Besar  -  Jualan  Wipro  Unza  (Malaysia)  Sdn  Bhd  danPn.  Mahsuri  Sulaiman,  Pengurus  Pemasaran  (Safi)  Wipro  Unza  (Malaysia)  Sdn.  Bhd.  bersama  gel  mandian  pertama  Safi  Shower  untuk  seisi  keluarga  dengan  anti-bakteria SAFI, rangkaian  produk  Halal  yang  sekian  lama  bertapak  di  pasaran  selama  30  tahun  merupakan  jenama  kecantikan  dan  penjagaan  diri  terkemuka  di  Malaysia kini  memperkenalkan  SAFI  SHOWER.  Seiring  dengan  namanya,  rangkaian  ini  amat  sesuai  untuk  seisi  keluarga!  Setiap  bilasan  pada  kulit  amat  berkesan  dalam  menyingkirkan  kuman  serta  memberikan  perlindungan  harian  kepada  seluruh  keluarga.   Umpama  menikmati  ketenangan  biasan  jingga  saat  terbenamnya  matahari  di  ufuk  barat,  rangkaian  SAFI  SHOWER  merupakan  inspirasi  dari  keharuman  aroma  minuman  mocktail  yang  segar  dan  menenangkan  akibat  cuaca  panas  yang  mencengkam  kulit,  digabung  dengan  manfaat  alam  semulajadi  yang  dilengkapi  dengan  perlindungan  antibakteria.   Masa  mandi  seringkali  dianggap  sebagai  rutin  biasa  dan  bukannya  saat  untuk  membelai  dan  memanjakan  diri  dari  tekanan  seharian.  Dengan  rangkaian  SAFI  SHOWER,  saat  mandi  anda  kini  lebih  bermakna!  Selangkah  ke  dalam  bilik  mandi  bagaikan  mencecah  kaki  ke  pasir  pantai  sambil  ditemani  hembusan  angin  yang  mententeramkan.  Setiap  buih  yang  terhasil  membawa  bersama  haruman  yang   menenang  serta  menyegarkan,  sambil  membelai  kulit  agar  lembut,  licin  dan  lembap.   Nuansa  SAFI  SHOWER  hadir  dengan  keunikan  tersendiri.  Adunan  segar  kelazatan  mocktail  yang  hadir  dalam  botol  dengan  rona  tropika - kuning,  jingga,  merah  jambu  dan  hijau  sangat  menarik  perhatian  dan  menceriakan  suasana.   Selain  itu,  bentuk  pam  yang  ekonomik  memberikan  anda  kawalan  menyeluruh  ketika  menggunakan  gel  mandian,  justeru  mengurangkan  pembaziran.  Sejumlah  kecil  gel  mandian  sudah  cukup  untuk  memberikan  anda  kesegaran  dan  perlindungan  yang  diingini  untuk  seisi  keluarga.  SAFI  SHOWER  juga  boleh  didapati  dalam  pek  isian  semula  bersaiz  850g.   Rangkaian  terbaharu  ini  hadir  dalam  4  variasi  yang  diformulasi  secara  unik  bagi  melengkapi  keperluan  keluarga  anda.  Setiap  olesan  pada  kulit  dilengkapi  dengan  ciri-ciri  antibakteria  yang  membuatkan  kulit  anda  lebih  bersih.   2  bentuk  formulasi,  iaitu  gel  dan  krim  mandian  telah  dihasilkan  bagi  melengkapi  citarasa  ramai.  Bagi  anda  yang  sukakan  tekstur  gel,  variasi  Serai  Lime  Splash  dan  Passion  Honey  Frost  merupakan  gel  mandian  bebas  sabun,  tanpa  alkohol,  bebas  paraben  dan  mempunyai  bacaan  pH  yang  seimbang.  Bagi  mereka  yang  gemarkan  tekstur  krim pula,  Kokonut  Shake  dan  Berry  Smoothie  sangat sesuai kerana diperkaya  dengan  kelembapan  tanpa  alkohol  dan  bebas  paraben.  Setiap  sentuhan  pada  kulit  mengandungi  tekstur  yang  sangat  lembut  seperti  menikmati  bisikan  halus  bayu  laut  semasa  bercuti  di  pulau  Hawaii!   Ramuan  terbaik  SAFI  SHOWER  dipilih  dengan  teliti  agar  anda  dapat  menikmati  masa  mandi  umpama  menyedut  segelas  mocktail  yang  penuh  kelazatan  dengan  aroma  yang  menyegarkan!   1. Serai  Lime  Splash Untuk  ‘layanan’  ala  tropika  yang  sebenar,  gabungan  ramuan  segar seperti serai  dan  limau  purut  bukan  sahaja  bertindak  sebagai  bahan  anti-bakteria  semula  jadi,  tetapi  mampu  menenang  dan  melembutkan  tekstur  kulit.  Setiap  percikan  pada  kulit  bagaikan  tamparan  manja  sang  ombak  yang  menyegarkan  malah  mampu  membangkitkan  setiap  deria  anda!   2. Passion  Honey  Frost Bagi  yang  mengimpikan  belaian  romantis  ala  bulan  madu  di  pantai,  kemanisan  madu  yang  dipadankan  dengan  kesegaran  passion  fruit  bukan  sahaja  menghangatkan  suasana,  malah  memberikan  kulit  anda  kelembapan  berganda  apabila  dibilas  bersama  ketika  mandi.        3. Kokonut  Shake Berehat  dan  bermanja  tidak  lengkap  tanpa  merasai  kesegaran  minuman  air  kelapa.  Diperkaya  dengan  ramuan  detoksifikasi  semula  jadi,  ekstrak  kayu  manis  dan  kelapa  bukan  sahaja  dapat  menyegarkan  kulit,  malah  menjadikan  permukaan  kulit  anda  kelihatan  lebih  muda,  lembut  dan  cerah berseri!   4. Berry  Smoothies Buat  si  pengambara  yang  ingin  berasa  seperti  berada  di  tepi  kolam  renang,  gabungan  strawberi,  limau  dan  barli  memberikan  manfaat  pencerahan  semulajadi.  Kini,  anda  boleh  keluar  bersantai  sambil  menikmati  sinaran  matahari  dengan  lebih  yakin!   Produk  ini  boleh  didapati  di  seluruh  negara  termasuk  pasaraya  besar  dan  pasaraya  hyper.  Setiap  variasi  berharga  RM18.90  (1kg)  atau  12.90  (850g  pek  eko  isian  semula). Selain  itu,  bagi  mereka  yang  mempunyai  jadual  harian  yang  padat,  anda  boleh  menjimatkan  masa  melalui  penghantaran  SAFI  SHOWER  terus  ke  pintu  depan  anda  dari  https://shopee.com.my/!   Untuk  maklumat  lanjut  berkenaan  jenama  SAFI  sila  layari :- Facebook  SAFI   www.facebook.com/SAFI.MY Instagram SAFI  https://www.instagram.com/safimalaysia/ Youtube  SAFI www.youtube.com/safimalaysia Website SAFI http://safi.com.my/
https://www.leaazleeya.com/2022/10/the-haven-musical-extravaganza.html
The Haven Musical Extravaganza Menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra Di The Haven Resort Hujung Oktober 2022
The Haven Musical Extravaganza Menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra Di The Haven Resort Hujung Oktober 2022  |  Pada 27, 28 dan 29 Oktober 2022, pemenang Anugerah All Suite Resort, The Haven Resort Ipoh akan mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza hasil kerjasama Selangor Symphony Orchestra dan disokongi oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan  (MOTAC). Wahh bukan selalu boleh layan muzik orkestra ni.. Inilah masanya.. So, bagi tetamu dan peminat muzik bolehlah menikmati penginapan mewah di samping malam muzikal dan gastronomi di persekitaran resort yang indah di The Haven Resort ni nanti.. Bukan senang tau nak tengok persembahan orkestra ni.. Rugi kalau tak ambil peluang ni.. The Haven Musical Extravaganza Menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra Di The Haven Resort Hujung Oktober 2022Ini merupakan pengalaman 'Sensurround' yang pertama seumpamanya. Tetamu resort dapat  membuat pilihan untuk menikmati konsert sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni yang selesa di unit bilik mereka melalui pakej muzik istimewa yang telah  disediakan. Alunan muzik dari tasik menjadi lebih istimewa dengan kedudukan strategik pemuzik di sekitar resort, pinggir hutan dan di setiap aras ketiga-tiga blok. Konsert tersebut akan dipersembahkan oleh konduktor Eugene Pook, mezzo-soprano Jiayao  Sun, pemain biola antarabangsa Dr. Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari  Malaysia. Karya dari The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan Kitaro, serta karya  Selangor Symphony Orchestra akan ditampilkan dalam program ini. Kesemua persembahan  akan bermula tepat pada jam 8:00 malam.(Kiri-Kanan: Konductor SSO Eugene Pook, Pemain Biola Dr. Hyungi Kim, Mezzo-Soprano Jiayao Sun &  Penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi). Peter Chan, Ketua Pegawai Eksekutif  The Haven All Suite Resort, berkata,Selepas  berehat daripada pandemik, kami ingin sambung kembali industri pelancongan. Apakah  lagi cara yang lebih baik kalau bukan menyediakan percutian hujung minggu ke The Haven Resort di Ipoh dengan persembahan muzikal ekstravaganza yang indah?  Tetamu yang menginap bersama kami akan diberikan pengalaman konsert musik yang  unik dan pertama seumpamanya dengan alunan muzik dari pentas terapung di tasik  yang dilengkapi dengan alam semula jadi hutan di sekelilingnya. Diinspirasikan oleh Festival Muzik Tahunan Hutan Hujan Sarawak; kami percaya The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara  tahunan yang paling menarik dan dijadikan tarikan penting untuk negeri Perak. Kami  berharap pertunjukan muzikal ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi acara yang akan mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, turut hadir semasa majlis pelancaran.. Beliau berkata, Sudah tiba  masanya untuk The Haven memperkenalkan Muzikal Extravaganza di Ipoh. Usaha  memperkenalkan muzikal ekstravaganza ini sememangnya kreatif dan dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Perak yang sedang berikhtiar untuk mempromosi Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian Asia. Sokongan sektor swasta, terutamanya dalam  usaha mereka untuk mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama amat  dihargai khususnya untuk pelancong tempatan dan asing.Setelah wabak ini beransur-ansur hilang, Ipoh dijadualkan terus menjadi  perhatian serta pilihan percutian yang indah untuk para pelancong. Dengan kesan  pandemik selama 2 ½ tahun, ia tidak melemahkan semangat The Haven untuk memulih  serta memastikan kemajuan Bandaraya Ipoh lebih hebat lagi.SSO amat teruja untuk bekerjasama dengan The Haven Resort Ipoh dalam  memberikan pengalaman deria baharu dalam muzik. Siri ini menghimpunkan orang  ramai daripada semua latar belakang untuk menikmati muzik bertaraf dunia di dalam  suasana yang paling indah, di salah satu bandar bersejarah Malaysia - Eugene Pook, Pengasas Selangor Symphony Orchestra. L-R: Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Lodin (Senior Technical Director), Dr. Richard Ng (Ipoh City Councillor),Mr Peter Chan (CEO, The Haven), Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud (Datuk Bandar Ipoh),Puan Nurmalis bt Musa (CEO, Tourism Perak), Dato Seri Steve Low (CEO, Ab Life).The Haven Resort juga merupakan penyokong pelbagai inisiatif yang diketuai oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Lembaga  Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak. Dengan itu, The Haven Resort telah iktiraf kepentingan menyokong industri pelancongan Perak dan  peningkatan ekonomi tempatan dengan usaha-usaha mereka untuk menarik  pengunjung dari seluruh Asia. Majlis Bandaraya Ipoh di bawah pimpinan Dato' Rumaizi  bin Baharin @ Md Daud juga telah mula mempromosikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Batu Kapur, Muzik & Kesenian di Asia. The Heven Musical Extravaganza akan diadakan tiga malam berturut-turut bermula dari RM390++ SeorangPengalaman yang imersif ini pasti akan didapati dalam persembahan muzik "Sensurround" yang merupakan  persembahan yang pertama seumpamanya, dilengkapi oleh landskap unik akustik semula jadi dan teknologi di The Haven Resort. Persembahan tersebut akan diadakan selama tiga malam berturut-turut iaitu pada 27, 28 dan 29 Oktober 2022.The Haven Musical Extravaganza ini adalah salah satu daripada persembahan-persembahan yang akan datang. Puan Nurmalis bt Musa, CEO Tourism Perak, juga akan  menghadiri acara tersebut. Pakej muzikal ini bermula dari RM390++/seorang* dan boleh dibeli melalui :-Laman web : https://www.thehavenresorts.com/musical-extravaganzaWhatsApp : +6019-7598285, WhatsApp : +6012-5705498 (Cik Yee Lai Kuan)Keseluruhan pakej yang tersedia termasuk penginapan di suite yang serba lengkap, dan  sarapan yang mewah disajikan pada pagi berikutnya. Para tetamu juga boleh memilih  untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman  mereka dengan harga RM75.00 bersih. Sila layari https://www.thehavenresorts.com/ untuk maklumat lanjut.
https://www.leaazleeya.com/2014/03/update-buku-baru.html
Update Buku Baru..???
Assalamualaikum.. Ihsan google Rindu nak update buku baru.. Banyak gile buku baru yang di beli tak dapat di apdet... Arghhhh tensionn.. Hahahaha... Bila la dapat apdate.. Tunggu RedOne aku ada line tenet baru leh update.. Huisss lambatnyeh... Satu lagik masalahnye.. aku tak dapat nak follow orang lain.. Ada sape-sape dapat bantu tak?? Tulunnn......~!!
https://www.leaazleeya.com/2018/09/snowyskn-rahsia-kulit-cantik-flawless.html
Snowyskn | Rahsia Kulit Cantik, Flawless Dan Glowing
Snowyskn | Rahsia Kulit Cantik, Flawless Dan Glowing |  Zaman sekarang ni ramai yang berlumba-lumba nak cantik! Ada yang mengamalkan petua tradisional dan tak kurang juga yang menggunakan cara moden sama ada buat rawatan kecantikan mahupun consume produk-produk kecantikan.. Haa sebut pasal produk kecantikan, kali ni aku nak bongkar rahsia kulit cantik, flawless dan glowing dengan hanya mengamalkan produk kecantikan dari Dynamic Nutrition iaitu Snowyskn.. Snowyskn adalah inovasi terbaru yang diperbuat daripada ramuan terpilih untuk merawat semula kulit dari dalam.. Campuran buah beri yang mengandungi antioksidan yang tinggi dari pelbagai sumber dapat menahan penuaan kulit... Snowyskn merupakan minuman buah beri yang lazat dan menyegarkan ditambah dengan serat makanan galacto-oligosaccharides (GOS). Setiap hidangan juga menyediakan Vitamin C yang menyumbang kepada penyerapan zat besi dari makanan dan zink yang penting untuk pertumbuhan. Manfaat Snowyskn Menjadikan kulit berseri Meningkatkan penghidratan kulit Mencerahkan dan menjadikan tone kulit sekata Meningkatkan keanjalan kulit Tiada pewarna tiruan atau bahan pengawet Mengandungi Vitamin C dan serat yang tinggi Mengandungi SkinAx2 - Produk yang dipatenkan oleh ACTIV INSIDE dari Perancis Bahan-Bahan Utama Mixed Berries Fruit Powder (Blackberry, Rasberry, Blueberry, Elderberry) Isomaltulose Galacto-Oligosaccharides (GOS) [prebiotic] Yeast Extract SkinAx2 - Grape Seed Extract, Vitamin C, Zinc, Melon Juice Concentrate Stevia. Cara Pengambilan Macam biasa, cara bancuhnya, hanya perlu sediakan air masak suam, biasa ataupun sejuk... Aku lebih prefer air sejuk.. Hehe.. Baru sedap sikit nak minum.. Lepas tu masukkan satu sachet Snowyskn kedalam gelas yang berisi air tadi dan kacau.. Kemudian, bolehlah diminum.. Cadangan pengambilan, boleh ambil satu hingga dua sachet sehari.. kalau nak jimat, ambillah satu sahaja.. Kalau nak cepat nampak kesannya, boleh ambil dua sachet sehari.. Satu pagi dan satu malam.. Hiks.. Jom Dapatkan Snowyskn Untuk Rahsia Kulit Cantik, Flawless Dan Glowing! Ewahhh!! Makcik pun baru consume.. Flawless tak makcik?? haha!! Orite, kalau korang nak kulit cantik, flawless dan glowing bak selebriti, korang bolehlah dapatkan snowyskn ni kerana kulit kita memerlukan antioksidan primer dan sekunder yang berfungsi untuk melawan kerosakan kulit akibat pengoksidaan. Snowyskn adalah formulasi yang unik yang mengandungi antioksidan primer dan sekunder, lebih berkesan dalam mengatasi penuaan kulit dan mengekalkan kulit muda remaja.. Kat mana nak dapatkan snowyskn? Ok, untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :- Website : https://www.dyna-nutrition.com/ Facebook : https://www.facebook.com/dynamicnutrition/ Instagram : https://www.instagram.com/dynamicnutrition123/ No. Telefon : +603 80812128     Email : enquiries@dyna-nutrition.com
https://www.leaazleeya.com/2017/06/safi-shayla-syampu-wanita-bertudung.html
SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung
SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung  |  Rambut adalah mahkota setiap wanita.. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri.. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan.. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya.. SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung Rasanya nama SAFI Shayla tak asing lagi bagi pengguna syampu di Malaysia ni... Nama yang cukup dikenali dengan produknya yang berkualiti dan selamat digunakan... Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung. Antara 8 variasi syampu SAFI Shayla tersebut adalah :- SAFI Shayla - Licin Terurus Melembap dan melicinkan rambut SAFI Shayla - Anti Kelemumur Menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala SAFI Shayla - Hitam Menawan Menyerlahkan kilauan rambut hitam yang sihat dan lembut SAFI Shayla - Kawalan Rambut Rosak Merawat dan mengawal rambut rosak dan kasar SAFI Shayla - Segar Bermaya Membuatkan rambut kelihatan lebih segar dan bermaya SAFI Shayla - Kawalan Rambut Gugur Mengawal keguguran rambut akibat kerapuhan SAFI Shayla - Itch-Kontrol Mengawal kulit kepala berkeruping dan menyamankan SAFI Shayla - Kawalan Minyak Mengawal lebihan minyak serta menyamankan SAFI Shayla juga mengeluarkan produk perapi rambut dan penyegar kulit kepala agar rambut lebih lembut dan terurus serta kulit kepala segar dan sihat selepas bersyampu.. Antaranya ialah :- SAFI Shayla - Perapi Rambut Rambut lembut dan terurus SAFI Shayla - Penyegar Kulit Kepala Kulit kepada segar, nyaman dan kekal wangi SAFI Shayla - Penyegar Kulit Kepala Kulit kepala segar, nyaman dan sihat Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Award 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi kedua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepada yang dihadapi oleh wanita bertudung.. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya.. Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi.. melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan.. Pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi... Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.. Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus atau digunakan sebagai pek isian semula ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.. - Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI. Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Jom tonton video dibawah ini... Untuk maklumat lanjut tentang jenama SAFI, sila layari :- Website www.safi.com.my Facebook http://www.facebook.com/SAFI.MY Instagram https://www.instagram.com/safimalaysia Youtube http://www.youtube.com/safimalaysia BACA JUGA :- SAFI Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Dengan SAFI Balqis OxyWhite
https://www.leaazleeya.com/2019/03/murad-city-skin-age-defense-broad.html
Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum & Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum Review
Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum & Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum Review  |  Panas betul cuasa sekarang ni kan.. Nak keluar rumah pun fikir banyak kali kalau hari cuti.. Hari bekerja tu terpaksa la keluar jugakkan untuk sesuap nasi.. Cewahh.. hehe.. Time cuaca panas camni, mula la terfikir nak lindungi kulit dari sinaran UV.. Mahu terbakar kulit kalau tak dilindungi.. So, kali ni aku nak share dengan korang produk yang boleh melindungi kulit dari sinaran UV.. Produk apa tu? Haa ofkoslah produk Dr Murad iaitu Murad City Skin Age Defence Broad Spectrum dan juga Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum..  Murad City Skin Age Defence Broad Spectrum SPF50 PA++++ Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ merupakan perlindungan kulit yang baru  dimana ia dirumuskan khas dengan Teknologi Perlindungan Alam Sekitar untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya yang boleh merosakkan kulit.. Selain itu, ia juga melindungi kulit daripada 5 punca kerosakan yang mempercepatkan tanda penuaan seperti :- Blue Light dari peranti telefon pintar, laptop dan lain-lain Pencemaran Radiasi Inframerah UVA UVB Tak sangka ye, cahaya dari telefon pintar dan laptop pun memberi ancaman kerosakan pada kulit.. Selama ini aku tak rasa ia berbahaya.. Kalau korang nak tahu,  Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini dapat melindungi kulit kita daripada :- 96% pencemaran* 89% Blue Light dari peranti** 52% Sinaran Inframerah So, lepas ni dah tak perlu risau sebabnya aku dah ada pelindung bagi masalah ini.. Hehe..  Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini mampu melindungi kulit secara menyeluruh.. Orite, untuk teksturnya pula ia sangat ringan dan mudah menyerap kedalam kulit.. Paling penting tak melekit ye... Mungkin ada yang risau, kalau pakai sunblock ni muka bercapuk.. Jangan risau deknon, produk ini didatangkan dalam warna peach untuk serasikan dengan warna kulit kita.. Bila di apply kat muka, memang nampak natural sahaja.. hiks.. Produk ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif kerana ia fragrance free.. Kalau nak letak kat bahagian mata yang lembut tu pun selamat uolls.. Tak menjadi masalah..  Didalam Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini juga terkandung Vitamin C dimana ia membantu mencerahkan kulit, membaiki tona kulit dan membaiki kulit yang rosak..  Cara guna Goncang terlebih dahulu sebelum digunakan. Apply pada muka, leher dan juga dada secara bebas Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan dalam jumlah berukuran nikel selepas memakai pelembap harian untuk perlindungan yang lengkap. Harga : RM298 (50ml) Beli Disini : https://www.murad.com.my/age-defense-broad-spectrum-spf-50-pa Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++ Teruja pulak nak memperkenalkan produk kedua Dr Murad ni iaitu Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++.. Kenapa aku teruja? Hehe sebabnya ia berkaitan dengan makeup.. Kalau korang nak tahu, produk ini sangat sesuai dijadikan makeup primer kerana ia merupakan primer Soft-Focus Complex yang dapat menjadikan kulit flawless dan solekan bertahan selama 12 jam..  Manfaat Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++ Mengurangkan garis halus dan kedut Mengecilkan liang pori Merawat tekstur kulit yang tidak sekata Membaiki tona kulit yang tidak sekata Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.. Apa yang bagusnya, ia tidak mengandungi Paraben, Sulfat, Phthalates dan Gluten iaitu bahan yang berasal dari haiwan. So, ia selamat digunakan ye..  Bahan Utama Peptida Cendawan - Perangi tanda-tanda penuaan yang dapat dilihat untuk membantu memulihkan kekuatan, keanjalan dan ketahanan kulit yang kelihatan muda Soft-Focus Complex - Melicinkan kulit, membaiki tona dan tekstur kulit yang tidak sekata untuk solekan yang lebih ideal dan tahan lebih lama Ekstrak Barli, Bunga Matahari dan Timun - Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan. Result Selepas Menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++ Kesempurnaan dan ketahanan solekan selama 12 jam Pengurangan segera 30% dalam penampilan liang pori Dalam kajian klinikal selama 3 hari pula di dapati :- 71% berkurangan garis halus dan kedutan 94% kelihatan kulit lebih licin dan tekstur kulit menjadi lebih baik 100% invisible perlindungan SPF30 Cara Guna Urus secara merata pada kulit wajah, leher dan dada. Boleh digunakan sebelum solekan sebagai makeup primer ataupun boleh juga dipakai secara solo bergitu sahaja. Harga : RM328 Beli Disini : https://www.murad.com.my/invisiblur-spf-30 Untuk sebarang pembelian atau info lanjut, sila layari :- Website https://www.murad.com.my Instagram https://www.instagram.com/muradskincare/ Facebook https://www.facebook.com/Murad.Malaysia/
https://www.leaazleeya.com/2016/03/lama-tak-dating-dengan-novel.html
Lama Tak Dating Dengan Novel..
Assalamualaikum wbt.. Baru-baru ni mood cam tak berapa nak baik.. Rasa bosan.. Rasa kosong.. Rasa meluat.. eh.. eh.. Haha.. Rasa meluat tu tak betul... hikhik.. Rasa rindu...!! apakah??? rindu ape yekk?? tanya pada diri... hurmm Rindu nak dating... dating dengan siapa?? .............. Oh! dengan NOVEL rupenya.. Lama sungguh aku tinggalkan dunia pembacaan novel setelah berkecimpung dengan dunia pembacaan buku-buku berbentuk islamic... Tetiba aje rasa rindu nak baca novel balik... Bila aku teringat novel maka teringat jugak kawan aku yang pembaca dan pembeli novel tegar.. Haha.. Ape lagik terus wasap dia nak pinjam novel... Aku request buku yang boleh buat aku gelak.. Kan tengah bosan... Maka esoknya ini la hasil pinjaman yang aku dapat... 3 buah novel terus dia suruh aku khatam... Haha.. Dulu masa bujang-bujang dulu boleh la hadam 1 buku sehari... Sekarang ni nak khatam 1 buku.. huh mencabar betul... Mane taknye.. asek berebut dengan si kecik tu... Buku pertama untuk dibaca aku pilih Cik Calla Lily Dan Encik Bos tulisan Airisz... Kawan aku cakap buku ni best... Kelakar... Makanya aku pilih la buku ni dulu untuk santapan mata dan jiwa... Takat ni dah setengah buku aku baca... Nanti dah abeh baca aku buat la review pasal buku ni..  Siap ada chop ye.. hehe..
https://www.leaazleeya.com/2020/05/resepi-sambal-udang.html
Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap
Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap  |  Holaaaaa!.. Hehe setelah berehat beberapa hari berblogging dek kerana dok tukar template blog yang agak mencabar fizikal dan mental.. Nyaris-nyaris demam sebab tak tidur.. Hhaha.. Orite, kali ni nak share dengan korang resepi sambal tumis udang yang sangat mudah nak dibuat dan rasa dia ohsem sedap... Kot la korang dah tak ada idea nak masak ape kan.. Cam aku sekarang ni pun, dah kehabisan idea nak masak ape.. Sampai masa nak masak, mesti termenung dulu fikir nak masak apa hari ini.. Huhu..  Orite , tak nak kecoh sangat.. Moh, cuba resepi sambal tumis udang simple dan sedap ni.. Mudah sangat! Resepi Sambal Tumis Udang Bahan-bahan :- 1/2 kg udang (gunting separuh kepala) - Nak buang kulit semua pun tak pe.. Ikut suka.. 1 sudu kecil pes asam jawa adabi - aku campur dengan sedikit air jadi jus.. hehe 1 sudu kecil garam halus 4 sudu besar gula 1 biji bawang besar - dihiris bulat Bahan Kisar 100gm cili kering - aku guna cili boh je.. 3 sudu besar aku isi sebab nak sambal banyak sikit.. Belacan sebesar duit 50 sen 10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih Cara-cara :- Kalau guna cili kering, sila kisar cili dengan belacan ye.. Pastu barulah kisar bawang merah dan bawang putih.. Cam aku guna cili boh, so belacan tu aku campak je masa menumis.. hehe Masukkan minyak masak dalam kuali dan panaskan.. Guna minyak yang banyak untuk menumis supaya bahan tumisan tu dapat garing dengan sempurna dan sambal tahan lama..  Setelah minyak panas, masukkan bawang kisar tadi. Tumis hingga garing..  Kemudian masukkan cili kisar/ciliboh dan belacan.. Masak hingga cili betul-betul garing dan pecah minyak. Setelah itu masukkan air asam jawa.. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa..  Lepas dah merenih, masukkan pula udang dan bawang besar yang dihiris bulat tadi.... Masak seketika dan bolehlah tutup api.. Selamat mencuba..!
https://www.leaazleeya.com/2023/07/huawei-launches-latest-huawei-matebook.html
Huawei Launches The Latest Huawei Matebook Series To Unlock All-Inclusive Smart Office Possibilities
Huawei Launches The Latest Huawei Matebook Series To Unlock All-Inclusive Smart Office Possibilities  |  Huawei launches a new collection of Super Device in Malaysia featuring flagship laptops and tablets to unlock all-inclusive Smart Office possibilities. Key product highlights include the smart and stylish HUAWEI MateBook D 14 with 12th Gen Intel® Core™ Processor, and the powerful HUAWEI MateBook 16s with 13th Gen Intel® Core™ i9 Processor.  The latest HUAWEI Super Device products are equipped with a multitude of cutting-edge innovations in aesthetics, display, performance, and interconnectivity. Meticulously designed to inspire limitless creativity while facilitating seamless communication, the HUAWEI MateBook Series is packed with upgraded HUAWEI Smart Office solutions for seamless collaboration and smart data sharing for improved productivity.  The all-inclusive Smart Office features include the new and upgraded SuperHub, Smart Search, and Smart Conference features which further extends HUAWEI Super Device capabilities to more devices. The SuperHub for seamless cross-device file transfer, Smart Search feature for searching files on connected cross-devices instantly, and Smart Conference to bolster efficiency with AI noise cancellation and AI camera – bringing Huawei’s Seamless AI Life vision of “Boundless Creation, Seamless Communication” closer to reality. HUAWEI MateBook D 14: Next Generation of Stylish & Smart UltraSlim Laptop The new HUAWEI MateBook D 14 is engineered for excellence and meticulously tested for perfection. It features the iconic FullView Display, sporting a 14-inch 1080p Full HD IPS anti-glare screen, screen-to-body ratio of 90 percent display for a highly immersive viewing experience. With dual eye protection, TÜV Rheinland Low Blue Light and DC Dimming Flicker Free accreditations, prolonged viewing is no longer a concern as it effectively alleviates visual fatigue caused by extended periods of screen time. The HUAWEI MateBook D 14 also brings an enhanced Wi-Fi experience with the improved HUAWEI Metaline Antenna, using a new structure to stimulate more resonance modes and improve antenna performance. Born out of years of research and development, the HUAWEI Metaline Antenna is built with an optimized three-layered interference protection system – a set of unique methods and patent accumulation for an optimized metamaterial antenna design. The result is an ultra-long-distance connection of up to 270 meters. For a fast performance laptop that is lightweight and slim, the HUAWEI MateBook D 14 is packed with an impressive amount of power. Lightweight at only 1.39kg with a sleek metallic body, it is powered by 12th Gen Intel® Core™ Processor to deliver a significant boost to performance and adopts Intel®’s new 10nm SuperFin process, with 12 cores and 16 threads. Once its new, built-in intelligent system optimization, Super Turbo, automatically initiated based on users work intensity therefore it allows users to cope with any complex application scenarios.  Designed to cater to users who prioritizes portability, users can quickly unlock and log into the HUAWEI MateBook D 14 desktop using the Fingerprint Power Button. It is also equipped with Smart Conference features to better facilitate collaborations everywhere and any time. The upgraded Personal Voice Enhancement, now supporting wireless earbuds and Type-C headphones, reduces distractions by suppressing ambient noise around the speaker and enhancing the user’s voice. This is made possible through AI identification of the authentic voiceprint of the speaker’s vocals, which is then processed through machine learning models and isolated in the audio output. HUAWEI MateBook 16s:  Professional-grade Large Screen High-performance LaptopOn the other hand, the HUAWEI MateBook 16s, powered with latest 13th Gen Intel® Core™ i9 Processor, inherits the 16-inch, 2.5K True Colour Touch Screen from previous generation with an upgrade on the brightness and clarity of the screen to 400 nits. This allows users to visualize work better or watch favorite films on a more brilliant screen, while easily navigating across files and pages with the 10-point touch screen feature. This high-performance, lightweight, large touch-screen laptop, is also packed with upgraded features such as HUAWEI Metaline Antenna for stable network connectivity that extends over long distances and Smart Conference with upgraded Personal Voice Enhancement. Adopting a hybrid architecture of performance and energy-efficient cores, the HUAWEI MateBook 16s is made for professionals and creatives who handle fast-paced, complex and multi-tasking work scenarios. Similar to HUAWEI MateBook D 14, the Super Turbo software on HUAWEI MateBook 16s will automatically activate to provide users an added boost when executing heavy-duty tasks and large-gigabyte files such as gaming, real-time rendering, and video clipping. Price and Release DateProductHUAWEI MateBook D 14HUAWEI MateBook 16sColour OptionsSilverGreyRRP8GB+512GB i5 12th RM 3,19916GB+1TB i9 13th RM 6,99916GB+512GB i5 12thRM 3,399Sales Launch15th July ~ 13th AugPre-order/sales launch offerGift worth up to RM858Microsoft 365HUAWEI BackpackHUAWEI Watch fitGift worth up to RM1358Microsoft 365HUAWEI Stylish BackpackHUAWEI Sound joyoffer period15th July ~ 13th Aug15th July ~ 13th AugSales channelHES / /HUAWEI Official Website/Shopee/ LazadaHES / HUAWEI Official Website/ Shopee/ LazadaFor more information, latest updates or promotions about HUAWEI Smart Office Devices, please visit HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Facebook page or Instagram. 
https://www.leaazleeya.com/2023/06/ecolite-collagen-birds-nest-drink-kini.html
Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Kini Dalam Pek Mudah Bawa
Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Kini Dalam Pek Mudah Bawa  |  Hi korang! Ada tak peminat air sarang burung? Kalau ada, korang patut cuba Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni.. Rasa dia memang best dengan pelbagai perisa.. Dulu aku tak berapa minat sangat minum air sarang burung sebab rasa dia tak kena dengan tekak aku.. Tapi sejak kenal dengan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni, memang dah jatuh cinta teruk dengan rasanya.. Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Kini Dalam Pek Mudah BawaSebenarnya Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni dah lama berada di pasaran tau.. Cumanya sebelum ni ianya dibotolkan dalam botol kaca.. Now, Ecolite keluarkan minuman kolagen sarang burung ni dalam packaging yang lebih mudah di bawa dengan harga yang lebih murah berbanding dulu.. Untuk satu pek Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni korang boleh dapat dengan harga RM5 sahaja.. Murah kan! Murah dan sedap! Kalau ada promosi lagilah murah harga dia.. Time promosi tu bolehlah beli banyak-banyak kan.. Boleh beli secara loose ataupun secara cluster pack.. Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni didatangkan dalam 3 perisa iaitu, Original, Longan dan Laici Rose.. Aku paling suka perisa Laici Rose memang sedap rasa dia.. Lagi best minum sejuk-sejuk memang layan habis.. Haha~! Walaupun dah tukar packaging tetapi kandungannya tetap sama dengan yang lama.. Cuma tukar packaging sahaja ya..Kalau ada yang rasa was-was dengan minuman sarang burung dari Ecolite ni, korang tak perlu rasa begitu kerana Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni diperbuat daripada bahan semulajadi seperti sarang burung tulen dan juga kolagen yang diproses menggunakan teknologi canggih masa kini dari resepi tradisional. Sijil Perakuan Halal pun ada dan diiktiraf oleh GMP dan HACCP.Khasiat Ecolite Collagen Bird's Nest DrinkMacam yang kita tahu, sarang burung ni banyak khasiatnya..  Begitulah juga dengan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni untuk kecantikan dan kesihatan kerana mengandungi kolagen dan juga sarang burung.. Ok, jom check satu persatu apakah khasiat yang ada pada minuman sarang burung Ecolite ini..Meningkatkan keanjalan kulitMenggalakkan kulit awet muda dan berseri-seriMenyokong rambut dan kuku yang lebih sihatMeningkatkan penghidratan kulit.Disebabkan umur dah diambang 'senda' sebab tu la aku amalkan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni.. Nak kenalah jaga jugakan supaya kulit sentiasa sihat barulah keyakinan diri tu ada.. Korang yang mana mementingkan penjagaan kulit tu boleh la amalkan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni.. Bukan sahaja murah tapi sedap dan banyak khasiatnya.. Oh ya, bagi korang yang mengamalkan gaya hidup yang sibuk tetapi masih mementingkan penjagaan kulit, Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni sangat sesuai untuk korang kerana peknya mudah dibawa kemana-mana.. Hanya masukkan sahaja dalam handbag korang.. Mudah boleh minum bila-bila masa yang korang rasa nak minum tak kira dimana sahaja...Bagi yang teringin sangat nak minum air sarang burung, boleh la try Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni.. Harga pun murah dan rasanya pun sedap.. Tak perlu nak spend duit banyak-banyak sebabnya satu pek minuman sarang burung Ecolite ni hanya RM5 sahaja.. So, bolehlah penuhkan peti ais dengan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni.. Jadikan minuman harian pun boleh.. Hehe..Dapatkan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Dengan Harga Mampu Milik!Ok, untuk yang rasa nak cuba Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni, korang boleh dapatkan minuman sarang burung kolagen Ecolite ni di Guardian seluruh Malaysia atau kalau malas nak pergi ke outlet guardian, korang boleh je beli secara online di platform Shopee Ecolite. Untuk info lanjut, boleh layari terus website dan sosial media Ecolite.. Mana tahu ada promosi kan, boleh la beli banyak-banyak buat stok.. Hehe.. Website  :  https://store.ecolite.com.my/Facebook  :  https://www.facebook.com/ecolitemalaysiapage/Instagram  :  https://www.instagram.com/ecolite_malaysia/
https://www.leaazleeya.com/2018/09/mama-sutra-cara-merawat-masalah-dalaman.html
Mama Sutra | Cara Merawat Masalah Dalaman Wanita dan Ikhtiar Untuk Mendapatkan Zuriat
Mama Sutra | Cara Merawat Masalah Dalaman Wanita dan Ikhtiar Untuk Mendapatkan Zuriat  |  Assalamualaikum wbt... Hi Korang! Rasanya sebelum ni aku tak pernah lagi kot story mory tentang jamu atau produk yang boleh merawat masalah dalaman wanita kan? Haa kali ni aku nak kongsi dengan korang tentang satu produk yang mampu merawat pelbagai masalah wanita termasuklah sebagai salah satu usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan zuriat iaitu produk Mama Sutra.. Wahh nama produk pun dah mengancam kan.. Belum lagi tahu tentang khasiatnya..  Nak dijadikan cerita, sebenarnya sejak akhir-akhir ni badan aku selalu sangat rasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit... Tu belum lagi masuk bab masalah dalaman yang aku hadapi.. Dengan masalah keputihannya, angin dalam badan dan hilang tenaga dalaman... Haduii naik runsing aku dibuatnya.. Inilah natijahnya bila time berpantang, buat sambil lewa.. Korang tolong jangan jadi macam aku ye.. Huhu.. Bila dah jadi macam ni, barulah sibuk-sibuk nak cari jamu dan produk untuk jaga balik dalaman sekaligus jaga badan jugaklaa kan... Haha!! Kalau boleh nak satu produk je tapi boleh merawat semua masalah yang aku hadapi macam produk Mama Sutra ni.. Hah gitu!! Mama Sutra ni sebenarnya kawan aku yang recommendkan dekat aku.. Dia cakap produk ni bagus dan boleh merawat masalah dalaman wanita sekaligus memudahkan untuk mendapatkan zuriat.. Haaa korang yang mana tengah usaha dan ikhtiar untuk dapatkan zuriat tu bolehlah cuba produk ni.. Apa sahaja yang kita nak dan impikan, kenalah ikhtiar terlebih dahulu kan.. Bukan boleh dapat macam tu aje.. Betul tak? Hiks.. Yang penting aku dah cuba Mama Sutra ni dan ofkos aku sukakannya.. Sebab itulah aku dengan tak sabarnya nak berkongsi cerita dengan korang tentang kehebatan produk ni.. Nak tahu? Baca sampai habis ye story aku ni.. hehe.. Mama Sutra Produk Halal Dan Selamat Diamalkan Cantik luar cantik dalam dengan Mama Sutra.. Ewaahh dah macam iklan tv aje kan.. Ok, kalau korang nak tahu, Mama Sutra ini merupakan produk buatan malaysia yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera, Glamohealth Sdn. Bhd. yang kini bertapak di Negeri Sembilan... Jika ditanya tentang status HALAL produk ni, jangan bimbang sebabnya Mama Sutra ni telah disahkan HALAL oleh JAKIM.. Bukan itu sahaja, produk ini juga diyakini selamat digunakan kerana telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).. Jadi, korang tak perlu risau tentang tahap keselamatan produk ini. Ternyata ia selamat digunakan.. Hehe.. Mama Sutra Antara Produk Terbaik Untuk Dalaman Wanita Yeahhh aku akui memang Mama Sutra antara produk terbaik yang pernah aku cuba bagi merawat masalah dalaman wanita.. Nak tahu kenapa? Ofkoslah kerana kandungannya terdiri daripada bahan-bahan semulajadi yang terbaik dan mempunyai banyak khasiat untuk merawat pelbagai masalah wanita.. Terdapat 16 bahan semulajadi di dalam Mama Sutra ni tau.. Wow!! Banyak tu.. Jom semak satu persatu apakah khasiat disebalik setiap kandungan Mama Sutra ini.. Kurma - Mengandungi potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkitkan nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah payudara dan rahim Prunes - Membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit Delima - Sepertimana yang kita tahu, delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak juga dapat dikurangkan secara perlahan-lahan serta ia membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri dan cerah. Buah Tin - Makanan tambahan untuk kesuburan. Ini disebabkan vitamin dan mineral didalamnya untuk menggalakkan tenaga dan stamina. Kacip Fatimah - Mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual. Air Mawar - Mampu memberikan rasa tenang dan menyegarkan untuk tubuh. Bahkan bagi meraka yang memiliki gejala psikologi seperti stress akibat penyakit jantung akan perlahan-lahan disembuhkan melalui cara ini. Garcinia Combogia - Meningkatkan daya tahan tubuh diperlukan supaya kita tidak mudah sakit. Selain mengandung antioksidan yang berguna untuk  melawan radikal bebas, ia juga dapat digunakan sebagai salah satu solusi bagi mereka yang ingin selalu tampak awet muda. Halia - Halia berkait rapat dengan proses keradangan dan kesakitan termasuk sakit otot selepas bersukan, senggugut dan arthritis. Sirih - Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Siri dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan sistem peranakan. Kunyit Putih - Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka-luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh.  Manjakani - Mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Serapat - Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan. Manggis - Kulit manggis mengandung banyak zat aktif yang berguna untuk mengobati berbagai penyakit, salah satunya untuk mengobati keputihan. Kayu Manis - Ia terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut kerana kulit kayu manis ini mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde.Kajian menunjukkan cinnamaldehyde dapat meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, sekaligus membantu untuk mengimbangi hormon. Habbatussauda - Habbatus sauda meransang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ia juga membantu kesuburan. Kolagen - Kolagen pun adalah jenis protein yang sangat   diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Arabic Gum - Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine. Selain itu Arabic gum dapat membantu melegakan senggugut. Tu dia!! Naik lenguh jari aku menaip tau.. 16 bahan kesemuanya weh!! Apa yang penting, bahan-bahan yang terkandung di dalam Mama Sutra ni merupakan bahan terpilih dan terbaik.. Lagi menarik, makanan sunnah pun terkandung dalam produk ni tau.. Itu menguatkan lagi untuk aku mencuba sendiri Mama Sutra ni.. Korang sendiri pun tahukan, makanan sunnah ni bagus untuk kesihatan dan tubuh badan kita.. Jadi, ini merupakan salah satu sebab kenapa Mama Sutra ni antara produk terbaik untuk merawat masalah dalaman wanita.. Kelebihan Mama Sutra Dah tahu khasiat setiap kandungannya, korang kena pulak tahu tentang kelebihan Mama Sutra ni.. Excited pulak rasanya nak berkongsi tentan kelebihan produk ajaib ni.. Hehe.. Bukan apa, aku yakin ramai wanita diluar sana yang mengalami pelbagai jenis masalah dalaman.. Mungkin ada juga yang rasa segan untuk berkongsi masalah mereka dan tak tahu bagaimana untuk atasinya.. Jadi, kat sini aku nak share dengan korang kelebihan Mama Sutra ni.. Manalah tahu, salah satu darinya adalah kelebihan yang korang cari.. hehe.. Antara kelebihan Mama Sutra adalah :- Membantu merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur Membantu merawat masalah vagina berbau Membantu mengetatkan faraj Membantu merawat masalah lelehan yang banyak pada faraj Membantu melambatkan proses monopous Membantu mengurangkan masalah senggugut Membantu membuang angin dalam badan Membantu mengilangkan bau badan Memberi tenaga dalaman wanita Membantu merawat masalah dalaman dan memudahkan untuk mendapat zuriat Macam mana? Ada tak kelebihan yang korang cari? Hehe.. Kalau ada, cepat-cepat dapatkan Mama Sutra ni sekarang juga supaya masalah korang tu dapat diatasi segera.. Aku ni pun, nasib baiklah kawan aku recommend, kalau tak memang tak tahu tentang kewujudan produk dalaman untuk wanita ni..  Kenapa Mama Sutra Menjadi Pilihan Aku? Korang rasa kenapa? Hehe... Ofkoslah sebab kelebihan yang ada pada produk Mama Sutra ni sendiri yang membuatkan aku memilih produk ini untuk mengatasi masalah yang aku hadapi.. Mana taknya, dengan satu produk sahaja aku dapat banyak kelebihan.. Aku dapat merawat masalah keputihan, angin dalam badan dan juga dapat memberikan aku tenaga... Bukan tu sahaja malah secara tidak langsung aku juga dapat menyerap kelebihan yang lain yang ada pada produk Mama Sutra ni.. Perghh memang terbaik weh produk ni..  Aku consume Mama Sutra ni bukan takat nak rawat masalah dalaman aku ni aje tau tetapi dalam masa yang sama naklah jaga badan ni jugak.. Manalah tahu kot dapat badan macam anak dara dulu.. Haha!! Angan tu kene tinggi selaras dengan usaha.. Kikiki.. Apa-apa pun aku memang dah jatuh cinta dengan Mama Sutra ni.. Rasanya pun best.. Rasa masam-masam manis gitu.. Sumpah tak pahit!! Hehe.. Meh aku ajar cara pengambilannya pula.. Cara Pengambilan Mama Sutra Nak nampak kesan dan hasilnya, kenalah konsisten ye.. Kalau korang ambil cuma sekali dua atau kadang-kadang jarang-jarang, tak payah nak berangan la masalah korang tu boleh diatasi.. Ikut cam aku ni, ambil secara konsisten dan teratur barulah kesannya dapat dirasai.. Hehe (kekwatnya hakak kan! haha).. Orite, meh nak ajar cara pengambilannya.. Mudah ajee!! Pengambilan yang baik adalah dengan mengamalkan :- Pagi - 1 sudu sebelum sarapan Malam - 1 sudu sebelum tidur Amaran kerassss!!  Sila guna sudu plastik ya kerana salah satu bahannya adalah MADU!!  Testimoni Pengguna Setia Mama Sutra Dapatkan Mama Sutra Untuk Merawat Masalah Dalaman Wanita dan Sebagai Ikhtiar Untuk Mendapatkan Zuriat Alhamdulillah aku dah jumpa produk yang dapat merawat masalah dalaman aku ni.. Bukan itu sahaja malah dapat mencantikkan juga sebab didalamnya terkandung kolagen.. Itulah yang dimaksudkan cantik luar, cantik dalam.. Hehe.. Yang mane sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat tu, aku syorkan korang cuba Mama Sutra ni sebagai salah satu ikhtiar untuk korang rawat masalah dalaman korang dan seterusnya memudahkan korang mendapatkan zuriat.. Insyaallah.. Yang penting teruskan usaha dan mencari ikhtiar selagi boleh.. Jangan cepat putus asa tau..!! Apa-apa pun aku sangat suka dengan Mama Sutra ni.. Aku dah cuba, korang bila lagi.. Haa kalau korang rasa nak atasi masalah dalaman yang korang alami tu, bolehlah cuba Mama Sutra ni.. Korang mesti puashati dengannya.. Tapi, seperti yang aku katakan tadi, haruslah konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik.. Jangan angat-angat tahi ayam ajerk ye awak-awak semua!!.. Hehe.. Korang boleh dapatkan Mama Sutra ini dengan harga :- HARGA MAMA SUTRA (250ml) RM 40 (SM) RM 45 (SS) PROMOSI TERKINI!! Kepada yang berminat untuk menjadi ajen Mama Sutra, bolehlah daftar sekarang ye sebabnya PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA!! Cepat tau!! Tempat adalah terhad.. Jadi, daftar sekarang!! Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :- Facebook https://www.facebook.com/mamasutrahq/ Instagram https://www.instagram.com/mamasutrahq/ No. Telefon 014-7116101
https://www.leaazleeya.com/2017/08/review-novel-fixi-gantung-by-nadia-khan.html
Review Novel Fixi | Gantung By Nadia Khan
Review Novel Fixi | Gantung By Nadia Khan  |  Aduiii terlalu banyak bende yang nak kene settle sebelum aku bersalin sampai tak de masa nak siapkan entry review novel Fixi Gantung by Nadia Khan ni... Dah lama kot terperam dalam entry ni.. hehe... Eceli aku start baca novel ni pada 24 Julai yang lalu dan settle menghadamnye dengan jaya pada 29 Julai... Lamanye aku amek masa nak habiskan  novel ni.. Padahal bukannye tebal pun novel ni berbanding Kelabu.. hehe.. Gantung... Firstime baca tajuknye, apa yang aku bayang adalah sebuah cerita yang mengisahkan tentang orang gantung diri.. Yesss, memang betul dalam buku ni ada kisah itu.. Pelajar yang kecewa dan gantung diri.. Cuma perlu diingatkan bahawa novel ini hanyalah untuk mereka yang dah cukup umur ye.. Atau lebih tepat untuk bacaan orang dewasa tak sesuai untuk mereka yamg masih dibawah umur iaitu remaja apatah lagi kanak-kanak... AMARAN KERAS ni tau!!  Bagi aku novel Gantung ni jalan ceritanya agak bercelaru sikit kalau tak dibaca dengan teliti dan fokus betul-betul memang tak akan faham.. Apatah lagi kalau baca skip-skip.. Alamatnye memang tak faham teruslah jawabnye.. Agak struggle jugak untuk aku habiskan novel ni.. Memerlukan penghayatan dan fokus yang lebih berbanding novel Nadia Khan sebelum ni yang pernah aku baca.. Novel ini mengisahkan sebuah kisah sekumpulan pelajar kolej yang agak sosial kehidupannye di dalam dan diluar kolej.. Kalau difikirkan balik, rasa macam tak logik aje kisah sebegini terjadi dalam kolej.. Tapi apa-apa pun tak mustahilkan di akhir zaman sekarang ni kan.. Tapi bila fikir sekali lagi, ehh tak de pemantauan ke dari pihak sekolah sehinggakan kegiatan yang tak bermoral terjadi dalam kolej itu.. huhuhu.. Naseb baik ini hanyalah cerita sebuah novel aje.. hehe... Sekumpulan pelajar lelaki yang berstatuskan anak orang kaya yang menjadi tumpuan di dalam kolej tersebut.. Dengan ketampanan dan kefemesan mereka, jadi mereka menjadi kegilaan pelajar perempuan di kolej tersebut sehingga sanggup menyerahkan segalanya kepada mereka sedangkan mereka hanya sekadar ingin permainkan mereka sahaja selebihnya hanya untuk berseronok semata-mata... Dengan prinsip 'one for all' persahabatan mereka bertambah erat...  Pendek kata novel ni terlalu daring... Terkejut jugak la aku baca sebab ia berlaku dikalangan budak sekolah.. Tak sesuai betul!! Okeh, untuk bab seram pulak, boleh dikatakan novel ni agak seram.. Bermula bila mana seorang pelajar gantung diri kerana kecewa dipermainkan oleh sekumpulan pelajar lelaki tadi.. Sejak itu, pelbagai kejadian aneh berlaku.. Sememangnya kolej tu memang dah berhantu kot.. hehe.. Setiap kejadian seram yang berlaku, memang boleh membuatkan aku keseraman... Rasa macam ada yang memerhati semasa baca novel ni.. Kalau korang nak tahu lebih, kena lah baca yek novel ni.. Orite, jom baca review aku di goodreads pulak.. Kalau nak tahu sinopsisnya, boleh baca cover belakang novel ni kat atas.. REVIEW AKU DI GOODREADS GANTUNG by Nadia Khan My rating: 3 of 5 stars Sebelum aku start review pasal novel Gantung ni, nak pesan ye novel ni tak sesuai utk mereka dibawah umur... Untuk bacaan DEWASA sahaja.. Huk!! Orite, permulaan baca novel ni agak mengelirukan sebab jalan ceritanya berplot-plot.. Sekejap kisah tu.. sekejap kisah ni.. Adehh.. Mula baca memang pening dan tak faham jalan ceritanye.. siapa cikgu.. siapa khalil... (Khalil ke nama lelaki tu ekk. lupe dah aku.. malas nk belek blk buku..) Memang kene byk perah otak untuk faham satu² cerita.. ( atau aku sendiri yg susah nak faham.. hahahha ) Bila dah last² barulah dapat jawapan dari segala-galanye.. Twist yang menarik sebenarnya.. Tapi bab permulaan cerita tu mmg senak otak fikir.. So x dpt nk bagi byk bintang untuk novel ni.. Lebih best novel 'Kelabu' berbanding Gantung ni... Bab seram pulak, tak dinafikan ada part² seram tu boleh meremangkan bulu tengkok.. haha.. Rasa diperhatikan.. Yg tu memang ohsemness dan boleh dipuji... Cuma jalan cerita aje memeningkan aku.. hiks.. View all my reviews
https://www.leaazleeya.com/2021/06/oryn-skincare-produk-berasaskan-vitamin-c-untuk-kulit-lebih-flawless.html
ORYN Skincare Produk Berasaskan Vitamin C Untuk Kulit Lebih Flawless
ORYN Skincare Produk Berasaskan Vitamin C Untuk Kulit Lebih Flawless  |  Nak cantik, makan vitamin C.. Nak kulit lawa suntik vitamin C... Nak flawless pakai skincare vitamin C.. Pendek kata, Vitamin C ni memang berkait rapat dengan kecantikan.. Bila sebut saja perihal Vitamin C ni, dalam fikiran dah set untuk kecantikan.. Betul tak? Tapi, yang suntik muntik tu tak digalakkan ye.. Ayat tu aku guna, sebab kebiasaannya begitulah orang akan sebut kalau berkaitan dengan Vitamin C ni... Hehe.. Aku lebih prefer untuk ambil Vitamin C dalam bentuk tablet dan memilih untuk memakai skincare yang berasaskan Vitamin C.. Rasanya itu lebih selamat.. Cumanya kena pastikan jugalah produk yang kita ambil tu selamat ke tidak ye.. Jangan pula main bedal jerk.. Memang tak selamatlah jawabnya.. Kat sini aku nak suggest satu jenama skincare yang selamat untuk korang guna iaitu ORYN Skincare produk berasaskan Vitamin C untuk kulit lebih flawless.. ORYN Skincare Produk Berasaskan Vitamin C Untuk Kulit Lebih FlawlessORYN merupakan satu jenama skincare yang berasaskan Vitamin C dari buah oren.. Skincare ni bukan skincare biasa-biasa tau tetapi skincare ni adalah salah satu produk tempatan yang berkualiti tinggi.. Ok, set yang aku guna ni adalah Flawless Set.. Almaklumlah muka dah tak berapa nak flawless kan.. So, aku decide untuk guna Flawless Set ni untuk mengembalikan kulit wajah yang lebih sihat dan cantik.. Flawless set ni terdiri daripada tiga produk iaitu :-ORYN Hydrabright Gentle CleanserORYN Hydrabright MoisturizerORYN Hydrabright Clear Gel (For Ance, Whitehead & Blackhead)ORYN Hydrabright Gentle CleanserFirstime guna ORYN Hydrabright Gentle Cleanser ni, suka dengan bau dia.. Memang bau oren.. Tenang je rasa.. Hydrabright Cleanser ini diformulasikan untuk membantu membersih, menghidrat dan mencerahkan kulit. Apa yang menariknya, cleanser ini dihasilkan dengan low foam formulation khas untuk mengurangkan kulit kering dengan mengekalkan tahap kelembapan kulit optimum untuk rasa bersih yang lebih sempurna..Bahan Utama dan ManfaatnyaVitamin C - Membantu memperbaiki penampilan kulit yang berjerawat. Ia juga membantu meratakan tona kulit dan mencerahkan kulit.Sodium Hyluronate + Panthenol - Membantu melembap dan mengelakkan kulit jadi kering dan pecahNiacinamide - Membantu mengecilkan liang pori yang membesar, mengurangkan masalah jerawat, dan membantu merawat kulit rosakSaccharide Isomerate - Membantu memberi penghidratan yang cepat dan tahan lamaNatural Phyto - Membantu pembaharuan kulit dan mengurangkan kegatalan atau kerengsaan pada kulit sensitifCara PenggunaanBasahkan wajah.. Pam cleanser 1-2 pam dan urut perlahan pada kulit dengan gerakan membulat.. Bilas dengan air suam. Untuk hasil terbaik, gunakan ORYN 5-in-1 Hydrabright Moisturizer setelah mencuci muka dengan ORYN Hydrabright Cleanser. Ia akan memberikan penghidratan yang lebih baik pada kulit wajah dengan serta merta.Apa yang bestnya selepas menggunakan ORYN Hydrabright Cleanser ni, wajah dah kurang berminyak, kulit pun rasa lebih segar dan anjal. Bukan tu je tau, wajah rasa lebih bersih sempurna tanpa mengeringkan kulit..Biasanya kalau aku cuci muka mesti dua kali sebab rasa tak puashati.. Rasa tak bersih.. Lepas cuba pencuci muka ORYN ni, tak perlu lagi dah cuci muka dua kali, sekali pun dah cukup buat aku rasa kulit muka aku bersih sempurna.. Bau orennya buat aku tenang dan fresh..ORYN Hydrabright MoisturizerRutin penjagaan wajah aku setiap hari mesti kena ada pelembap muka.. Rasa tak lengkap kalau aku tak pakai pelembap muka.. Muka aku ni jenis kombinasi.. Ada bahagian memang agak kering dan memerlukan pelembap untuk merawat bahagian yang kering itu.. Pendek kata, pelembap ni merupakan step yang penting dalam rutin penjagaan wajah kita.. Ok, ORYN Hydrabright Moisturizer ni bagus tau mampu memberi kelembapan yang berpanjangan pada kulit muka.. Ia juga mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan paling best membantu mencerahkan kulit wajah.. So, sambil merawat muka yang kering, dalam masa yang sama dapat juga mencerahkan kulit.. Hehe..Ini 5 manfaat ORYN Hydrabright Moisturizer yang perlu korang tahu!Moisturizer - melembapkan kulitSerum - Mencerahkan kulitPrimer - sebagai makeup based sebelum mengenakan solekanAnti Wrinkle - Mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada kulitNight Cream - Menyuburkan kulitBahan Utama dan ManfaatnyaVitamin C - Meningkatkan sintesis kolagen dan menganjalkan kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam, mengurangkan masalah jerawat, meratakan tona kulit dan mencerahkan kulitSodium Hyluronate + Panthenol - Melembapkan dan mencegah kulit keringNiacinamide - Membantu mengecilkan liang pori, mengurangkan masalah jerawat, sekatakan tona kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan serta merawat kulit yang rosak.Saccharide Isomerate - Memberi penghidaratan pada kulit sehingga 12 jamNatural Phyto - Anti radang, pelindung kulit, membantu memperbaharui kulit dan mengurangkan kerengsaan pada kulit sensitifHexapeptide - Mengurangkan kedutan, berfungsi sama macam botox tetapi lebih selamat.Serius best pelembap muka ORYN ni.. Aku dah tak perlu pakai foundation lagi untuk menutup cela wajah.. Cukup aku pakai pelembap ORYN ni sebagai makeup based aku dan tambah sikit sunscreen, then pakai powder.. Itupun dah nampak helokkkk!! Make up nampak lebih natural tak tebal macam pakai foundation.. Testurnya yang creamy tapi ringan mudah menyerap mudah blend dengan powder yang aku pakai.. So, nampak muka lebih flawless dan sekata tak bercapuk.. Serius aku suka..!!Cara PenggunaanLepas cuci muka dengan bersih dan keringkan kulit muka, apply ORYN Moisturizer dalam kuantiti yang secukupnya pada wajah. Sapukan keseluruhan wajah.. Biarkan pelembap menyerap ke dalam kulit barulah make up..Apa yang aku suka, pelembap ni tidak berminyak dan teksturnya ringan je mudah menyerap ke dalam kulit.. Pelembap ini dapat memberikan penghidaratan yang lama pada kulit disamping dapat mengurangkan garis-garis halus dan mengurangkan rembesan minyak menjadikan kulit lebih lembut dan segar.. ORYN Hydrabright Clear GelOk, clear gel ni khas untuk jerawat, blackhead dan whitehead.. So, bagi korang yang ada masalah-masalah tersebut, bolehlah cuba gel ini.. Bau dia best.. Bau oren.. Hehe.. Biasa aku pakai gel ni ditempat-tempat yang bermasalah je seperti di kawasan berjerawat, blackhead dan whitehead.. Ada masa, aku rasa muka aku sangat bermasalah, aku sapu satu muka.. Hiks..Clear Gel ini diformulasikan secara khusus dari vitamin C untuk membantu merawat masalah jerawat dan cela.. Gel yang bertekstur ringan ni dapat mengekalkan tahap pH kulit sekaligus dapat membantu mengurangkan jerawat.Antara kelebihan ORYN Clear Gel ini adalah :-Membantu merawat jerawatMengurangkan jerawatMengurangkan bintik-bintik hitamMembantu mencegah nodaMembantu mengurangkan breakoutBahan Utama dan ManfaatnyaVitamin C - Membantu mengurangkan cela kulit, mengawal pengeluaran sebum dan mengurangkan bintin-bintik hitamSilanediol Salicylate - Anti radang dan bebas radikal yang dapat membantu mengatasi masalah kemerahan dan jerawat Ekstrak Aloe Vera - Membantu menenangkan dan mengurangkan kegatalan pada kulitNiacinamide - Membantu mengecilkan liang pori dan mengurangkan pengeluaran sebum yang menyebabkan jerawatAllantoin - Membantu menenangkan dan menyembuhkan kulitCara PenggunaanMacam biasa, bersihkan kulit wajah dulu dan keringkan.. Apply clear gel ni pada kawasan-kawasan yang ada jerawat dan bintik hitam atau putih.. Sapukan clear gel ini sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari untuk kesan yang lebih baik.. Lepas pakai clear gel ni, bolehlah apply ORYN Moiturizer pula.. Alhamdulillah, jerawat kat muka aku yang ada seketul dua ni, dah mengering lepas pakai ORYN Clear Gel ni.. Yang penting konsisten pakai.. Gel ni pun cepat je menyerap dan tak melekit.. Itu yang terbaik bagi aku..Jom Flawless dengan ORYN Skincare Berasaskan Vitamin C iniJom guys, pakat flawless dengan ORYN Skincare berasaskan vitamin C ni.. Memang puas hati.. Sangat sesuai untuk kulit aku.. Korang nak tahu sesuai atau tak dengan kulit korang, kenalah cuba dulu.. Kulit manusia ni tak sama, sesuai untuk aku belum tentu sesuai untuk kulit korang.. So, nak tahu sesuai ke tak, kenalah cuba dulu.. Tak cuba tak tahu kan.. Untuk sebarang pembelian atau info lanjut, korang boleh layari :-⇗ Website : http://www.orynskincare.com/⇗ Facebook : https://www.facebook.com/orynskincarehq/⇗ Instagram : https://www.instagram.com/orynskincare/
https://www.leaazleeya.com/2018/05/kru-dari-langit-hadiah-dari-seorang.html
Kru Dari Langit Hadiah Dari Seorang Sahabat Ulat Buku
Kru Dari Langit Hadiah Dari Seorang Sahabat Ulat Buku  |  Dah lama rasanya tak dapat hadiah peribadi dari seseorang... Kalau dulu time bujang-bujang memang selalu dapat hadiah.. Hehe.. Nak dijadikan cerita, khamis baru ni aku dapat satu parcel dari poslaju.. Teruja gile nak bukak.. Bila bukak aje parcel tu, keluarlah sebuah buku bertajuk 'Kru Dari Langit' hadiah dari seorang sahabat ulat buku aku, Sha Mohamad... Senyum sampai telinga aku eh!! Haha!! Sebenarnya Sha dah maklum dekat aku lebih awal tentang hadiah ni cuma aku tak pasti buku apa yang bakal aku terima.. Rupa-rupanya buku ini yang akan aku hadam nanti.. Hiks.. Eceli, buku ini menceritakan segala kisah yang berlaku di lapangan terbang.. Sebab itulah tajuknya Kru Dari Langit.. Buku ni sha order online terus dari penulisnya.. Jadi, bila beli dengan penulis tak sah kalau tak de tandatangannya.. Itulah kelebihannya bila kita beli buku terus dari penulisnya.. Mungkin bagi orang lain tak memberi apa-apa makna, tetapi bagi aku ia mempunyai sentimental value yang tersendiri.. Bukan itu sahaja, terselit juga bookmark dalam buku ni.. Handmade dari penulis juga.. So cute ok!!  Selain itu, aku dapat juga benda yang paling aku suka.. Pelekat peti.. Comel gile weh!! Alhamdulillah dapat tambah koleksi pelekat peti aku.. Dah banyak juga pelekat peti yang aku dapat hasil dari beli novel.. Pelekat peti yang ini memang superb kiut..  Untuk Sha, terima kasih banyak-banyak sebab telah membuatkan hati ini berbunga riang dengan pemberian hadiah yang tak disangka-sangka ini.. Moga sha dilimpahi rezeki yang halal dan diberi kebahagiaan serta hati yang ceria selalu.. Insyaallah.. Tak sabar rasanya nak baca buku ni.. Mungkin boleh dibuat panduan bila nak terbang kemana-mana suatu hari nanti.. Haha!! Bila la agaknye tu yekk.. Oh ya, bagi korang yang nak baca review novel dan segala macam buku, boleh terus terjah Blog Sha Mohamad ni sebab kat sana korang akan dapat baca review bermacam-macam jenis buku.. Serius best hokeh!!
https://www.leaazleeya.com/2014/06/munajat-keampunan-zikir-taubat-nasuha.html
Munajat Keampunan - Zikir Taubat Nasuha
Assalamualaikum wbt.. Pagi ni LA nk kongsi satu video zikir.... Selalunya LA akan dengar zikir ni time otw nak pergi kerja.. Sayu je rasa hati... Memberi keinsafan bila menghayati zikir ni... Subhanallah.. Indah sungguh zikir ni.. Selalu lah kita mengalunkan zikir yang indah ini dan juga menghayatinya.. Terasa tenang.. damai sangat....
https://www.leaazleeya.com/2017/04/beli-novel-sekolah-bernama-kehidupan.html
Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga 10 Ringgit
Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga 10 Ringgit  |  Assalamualaikum.. Hi korang!! Aku tambah koleksi novel lagi.. Entah bila aku nak baca semua novel tu pown aku tak tahu lah... Kali ni aku beli novel karya Asmar Shah.. Sebelum ni belum pernah beli lagi novel karya beliau.. Ni kira firstime la.. Aku beli novel Sekolah Bernama Kehidupan dengan harga 10 ringgit sahaja... Aku tak pasti sama ada novel ni prelove atau masih baru.. Sebab bila sampai ke tangan novel ni masih ok dan macam belum terusik.. Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga 10 Ringgit RM10?? Yepp RM10 sahaja.. Murahkan.. Nak tahu aku beli dari siapa novel ni.. Haaa aku beli dari seorang penulis juga.. Freelance Writer at Fixi, Fatrim Shah...  Tu dia.. Berlonggok buku untuk dijual... Katanya ada buku prelove dan ada buku baru.. Novel yang aku beli ni tak pasti baru ke prelove.. Tak tanye pulak dia.. Hehe.. Pada asalnya aku nak rembat novel Kelibat tu.. Tapi tak sempat, orang lain dulu yang dah sambar... Huhu.. Kecewa ohh!!  So, koleksi novel aku makin bertambah.. Bila aku nak habiskan semua?? Haha!! Kene tunggu aku habiskan novel Ramlee Awang Murshid dulu ye.. Baru aku boleh start yang lain-lain.. Hiks..
https://www.leaazleeya.com/2016/03/oh-lea-azleeya.html
Oh! Lea Azleeya...
Assalamualaikum wbt.. Barulah terasa lega setelah blog sepenuhnya telah aku edit dan berpuas hati dengan nya.... Nak bercerita kat sini pun rasa bersemangat sikit.. huhu..  Dalam sehari dua ni banyak betul yang bermain difikiran aku... Sampai tahap dah tak tahu nak fikir yang mane dulu... Biasalah kan dalam kehidupan kita, mesti pelbagai ujian dan dugaan yang akan dikirimkan untuk kita sebagai tanda kasih sayang DIA pada kita... Sepanjang kehidupan aku pelbagai dugaan dah aku tempuhi.. Rasanya semua sama jerk kot... Mane ada manusia kat atas muka bumi tuhan ni tak diberikan dugaan kan... Masa berganti masa, berlalu jugak dugaan itu dengan jalan penyelesaian yang kita pilih sendiri... Kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar bila semuanya selesai...  Eh bukan itu yang aku nak bebelkan disini ye... Yang aku nak story kat sini adalah kerenah seorang wanita yang bernama Lea Azleeya dulu dan kini.. Mungkin bukan aku je yang camni... korang pun aku yakin berkerenah cam aku gak kan.. haha!! . . . #Kerenah Dulu Dulu aku free hair tau... Adehhh... time tu punye la gile nak buat rambut bagai-bagai gaya... habis semua gaya aku cuba.. sampai rosak rambut.. Tak hargai betul la pemberian tuhan kan.. Pendek kata duit banyak habis untuk menggayakan rambut.. Rambut aku agak panjang dulu... Gaya paling win adalah rebonding<lurus melidi rambutku>.. aku suka..!! sebab ape... sebabnya senang nak urus dan kemas ajerrr... Bila dah free hair, gaya rambut menjadi kepentingan.. Duit sanggup aku habiskan untuk mendapatkan kepuasan penampilan diri... huhu.. Sama je kot ngan wanita-wanita lain.. ye dak?? #Kerenah Kini Sekarang aku dah berhijab penuh.. dulu time keje je bertudung... Tak ikhlas betul kan.. Alhamdulillah setelah diberikan hidayah olehNYA aku dengan istiqamah berhijab penuh.. dah lama jugak la.. semenjak 2012 kalau tak silap.. <lama keh?? huhu..>  Hah.. Bila dah bertudung dok gile kat tudung lak dah... Bagai-bagai pesen tudung aku beli.. Pakainye idokkk jugekkk.. Permulaan berhijab penuh <ikhlas tau kerana ALLAH SWT> , beli la shawl bagai.. last-last tak pakai pon.. Tak pandai nak melilit.. Lastnye dok pakai la tudung xpress ajerk... Pastu berjinak-jinak dengan tudung syria... Tau kan tudung syria camne... Yang inner asing tuuuu... huhu.. Lama jugak la jatuh cinta dengan syria.. Sampai tak terpikat dengan tudung jenis lain.. Sebabnya mudah nak pakai..  Minat pada shawl muncul lepas tu.. Asbab dari seorang sahabat yang aku kenal time aku berjinak-jinak membeli barangan dengan dia dulu melalui IG.. Dia suka pakai shawl.. cantik.. labuh... Suka sangat tengok dia menggayakan shawl.. sehinggalah aku terjatuh cinta kat shawl pulak.. Dia banyak mengajar aku tentang istiqamah dalam berhijab.. Beri semangat kat aku.. TQ Nadia... Tapi kan tula satu masalah aku.. beli shawl tapi tak pandai nak menggayakannya.. makanya tersimpanlah dalam peti simpanan tudung kat umah.. Huhu.. Sempat jugak la pakai sekali time kenduri kat kelantan... Pastu tersimpan kemas... Pakai jugak lagik syria.. Haha.. Wujud pulak keinginan yang kuat nak pakai bawal balik... Nak pakai tetapi keyakinan takde masa tu.. Takut tak sesuai dengan muka.. Padahal start kerja gomen ni memang bawal yang aku pakai.. Dah sekian lama tinggalkan dunia bawal jadik cam janggal je.. Sehinggalah aku kenal dengan jenama tudung AIDIJUMA... Barulah aku kenakan bawal semula... sampailah sekarang... Tapi sekarang aku dah pandai pakai shawl yang panjang berjela tu.. Haaa... advance tak sekarang aku?? haha!! Berkat pembelajaran daripada kawan aku nadia dan juga sumber inspirasi aku dalam ber-shawl.. Blogger Irine Nadia..  . . . Tulah kan... wanita ni bagai-bagai kerenah dok ada.. itu baru sikit.... bila free hair, sibuk nak gayakan rambut.. bila dah berhijab, bajet dah boleh kurangkan perbelanjaan untuk bahagian tu.. Rupa-rupanya sama jerk.. dok gile beli tudung pulak.. berbondong-bondong tudung dalam lemari.. huh.. dari mana aku dapat perkataan berbondong-bondong tu??  sampai nak runtuh lemari.. leh buat pusat jualan tudung dah gayanye.. haha.. Itulah wanita... Korang cane lak?? sama tak cam kerenah aku ni?? hehe..~!! p/s :- Alhamdulillah kerana diberi hidayah untuk berhijab penuh sebelum dijemput pulang 'kesana'...  Syukur...  TQ ALLAH.. 
https://www.leaazleeya.com/2021/10/rasai-kelebihan-sajian-organik-bersama-alce-.html
Dari Pagi ke Malam Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!
Dari Pagi ke Malam Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!  |  Bulan Organik adalah satu kempen selama sebulan yang bertujuan meningkatkan kesedaran umum terhadap pelbagai manfaat makanan dan kelebihan pertanian organik termasuk makanan yang lebih bersih dan sihat serta kurang terdedah terhadap pestisid. Pengguna juga dapat mengetahui bahawa amalan pertanian yang lebih mampan ini turut membantu membanteras perubahan iklim serta memastikan biodiversiti terus terpelihara.Alce Nero, jenama organik terkemuka di Itali, mencabar anda untuk Go Organic with Alce Nero selama sehari, seminggu atau sebulan untuk merasai pengalaman pemakanan organik dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri. Bagi memudahkan penyesuaian diri dengan pengambilan makanan organik dalam diet seharian, Alce Nero telah membentuk satu siri resipi yang enak dan mudah disediakan bukan sahaja untuk sarapan, makan tengah hari, malah untuk snek dan juga pencuci mulut!Jangan lepaskan peluang untuk mencuba rangkaian jem, sapuan dan madu Alce Nero, termasuk yang baru diperkenalkan di pasaran - Alce Nero Organic Blueberry Jam dan Alce Nero Organic Chestnut Spread yang dijual pada harga RM22.90 sebotol.Alce Nero Organic Blueberry Jam diperbuat daripada lebih 100 gram buah-buahan bagi setiap 100 gram produk akhir. Ia tidak mengandungi pektin serta bahan perisa tiruan dan pewarna makanan. Beri biru yang ditanam dan dituai secara organik dimasak menggunakan kaedah pan vakum yang menggunakan suhu rendah dan tempoh masakan yang amat pendek bagi mengekalkan aroma, rasa dan memastikan nutrien buah-buahan terpelihara.Sementara itu, Alce Nero Organic Chestnut Spread yang unik mempunyai rasa manis dan menyerlah serta kelikatan yang mudah untuk disapu. Hanya buah berangan yang ditanam di Itali digunakan untuk menghasilkan compote ini tanpa sebarang pektin tambahan.Rangkaian meluas pasta, sos pasta, minyak zaitun dan cuka Alce Nero menambah lagi pilihan ramai dan membawakan kebaikan rasa organik yang semula jad dalam setiap hidangan.Tips Untuk Anda!Untuk merasai manfaat makan organik, cuba nikmati sajian organik sekurang-kurangnya sehari seminggu untuk merasai perbezaan rasa dan pengalaman. Gunakan ramuan organik berkualiti semasa tempoh ini. Kurangkan penggunaan bahan perasa tambahan untuk menikmati sajian yang sepatutnya. Jika ada dalam kalangan ahli keluarga anda yang berat hati untuk mencuba, hiasi hidangan anda untuk memberikan mereka pengalaman yang merangsang deria.Sarapan : Apple Cinnamon Chestnut Spread ToastHidangan organik yang menggembirakan ini menyerlahkan suasana musim luruh dengan kehadiran epal, serbuk kayu manis dan buah berangan. Simfoni tekstur sapuan buah berangan, epal rangup dan roti bakar menjadikan hidangan ini satu kegemaran sepanjang masa.Bakar roti bijirin penuh, kemudian sapukan Alce Nero Organic Chestnut Spread dan taburkan sedikit muesli hancur. Kemudian, susun beberapa hirisan epal untuk meliputi semua bahagian roti dan ditambah dengan taburan muesli di atasnya.Lengkapkan hidangan dengan menabur sedikit serbuk kayu manis. Tuangkan sedikit madu sekiranya anda ingin sedikit kemanisan. Makan Tengah Hari : Laksa Johor    Hidangan tempatan menjadi lebih enak apabila ia organik. Sebagai contoh, hidangan seimbang Laksa Johor ini menggunakan Alce Nero Organic Tricolore Pasta dan bukannya mi laksa yang biasa digunakan.Rebus ikan seperti sardin segar. Buang tulang dan kisar. Simpan separuh daripada air rebusan ikan tadi.  Sediakan pasta mengikut arahan pada pek.Kisar 2 batang serai, 5cm halia, 5cm lengkuas, 2 bawang besar, 3 cili kering dan 8 ekor udang kering. Tumis sehingga bau harum.Kemudian, masukkan ikan yang telah dikisar, tambah serbuk kari ikan, santan dan air rebusan ikan yang telah diasingkan. Gaul sebati dan masak sehingga mendidih. Biarkan kuah sehingga pekat.Untuk dihidangkanMasukkan sedikit pasta Tricolore dalam mangkuk. Tuangkan kuah laksa yang telah dimasak dan taburkan hirisan timun, kacang panjang, bawang dan daun selasih, tauge yang dicelur serta potongan limau.Keenakan rasa segar, pedas dan berempah yang dirasai adalah berbaloi dengan tempoh penyediaannya. Anda juga boleh menyediakan air rebusan ikan dengan lebih awal.Snek atau Pencuci Mulut : Parfait Yogurt Parfait Yogurt ini amat lazat, sihat, organik dan gambarnya sesuai dimuat naik di laman Instagram anda. Ia sesuai dijadikan sajian pilihan untuk sarapan, snek mahupun pencuci mulut, khasnya pada hari yang panas.Dalam sebuah gelas atau bekas kaca, masukkan Alce Nero Organic Blueberry Jam mengikut keinginan anda, diikuti oleh yogurt Greek dan taburan granola rangup. Hiasi hidangan anda dengan buah-buahan pilihan - beri seperti strawberi yang bukan sahaja berkhasiat tetapi cantik dilihat. Tuangkan sedikit madu organik Alce Nero untuk kemanisan tambahan.Ambil gambar dan muat naik ke laman sosial anda sebelum menikmatinya. Ada pihak yang gemar untuk mengacau lapisan-lapisan yang ada sehingga sebati, dan ada yang lebih suka menikmati setiap lapisan secara berasingan sehingga ke lapisan jem terakhir.  Hidangan ini juga sesuai untuk majlis dan disediakan dengan lebih awal.  Makan Malam : Penne Goreng Ayam  Penne goreng ayam organik ini adalah satu sajian yang memuaskan selera dan cepat dimasak. Ia adalah pilihan sempurna bagi hari-hari anda penat bekerja tetapi masih mahu mengekalkan pelan pemakanan organik dan sihat.Masak Alce Nero Organic Penne sehingga al dente, tapis dan asingkan.   Dalam sebuah pan besar, tumis potongan bawang besar dan merah, hirisan tomato dan taufu sehingga harum. Masukkan pes cili dan Sos Pasta Organik Alce Nero. Biarkan ia masak.   Kemudian, tambahkan ayam dan lobak merah yang telah dipotong dadu. Gaul sehingga ayam telah masak.   Masukkan penne yang telah dimasak, telur yang telah dipukul dan gaul sehingga telur sebati dengan ramuan-ramuan lain. Akhirnya, taburkan potongan daun bawang dan tauge.   Sebelum dihidang, taburkan sedikit hirisan cili.  Penne goreng ayam ini merupakan hidangan sihat yang enak dan mudah disediakan.Dapatkan resipi penuh dan resipi-resipi lain di  https://alcenero.asia/recipes.html atau layari laman sosial Alce Nero di https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/ dan https://www.instagram.com/alceneromy untuk Go Organic with Alce Nero.  Produk organik Alce Nero boleh didapati di rangkaian AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Ben's Independent Grocer serta pasar raya terpilih di seluruh negara. 
https://www.leaazleeya.com/2018/08/dr-beau-pure-natural-skin-oil-serum.html
DR BEAU Pure Natural Skin Oil | Serum Terbaik Untuk Rawat Masalah Kulit
DR BEAU Pure Natural Skin Oil | Serum Terbaik Untuk Rawat Masalah Kulit  |  Jerawat, jeragat, kulit kusam dan macam-macam lagi masalah kulit muka memang dah sinonim sangat dengan kaum wanita malahan kaum adam juga.. Masing-masing berlumba-lumba mencari jalan penyelesaian bagi masalah kulit yang mereka hadapi.. Tak perlu merujuk kepada orang lain, aku sendiri pun sekarang ni runsing sangat dengan masalah kulit wajah yang aku hadapi seperti jeragat, pori terbuka, kulit kusam, bintik hitam, lebam bawah mata dan juga masalah biji kolestrol.. Huhu.. Walaupun ianya tidak terlalu serius tetapi tetap merunsingkan..  Sebelum ni bermacam cara dah aku cuba untuk tangani masalah ni tapi nampaknya tak berapa nak berkesan sehinggalah aku terbaca satu status kawan aku yang menggunakan satu produk ni yang mampu merawat masalah kulit dengan berkesan.. Produk yang aku maksudkan adalah Dr Beau Pure Natural Skin Oil, serum terbaik untuk rawat masalah kulit.. Bagus sangat ke produk ini? Nak tahu bagus ke tidak, jom kenali produk ini terlebih dahulu..  Dr Beau Pure Natural Skin Oil merupakan Serum Vitamin E yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat Bumiputera, Teja Herbs yang bertapak di Seri Kembangan, Selangor. Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini dirumus khas dari sumber Vitamin E ekstrak herba-herba semulajadi yang telah terbukti berkesan dan telah digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikan di dunia. Kalau korang nak tahu, produk ini bukanlah produk baru dipasaran kerana produk ini telah diperkenalkan sejak penghujung tahun 2015 lagi.. Bukan sahaja dipasarkan di Malaysia malah Serum Muka ini juga turut viral di Thailand, Singapore dan juga Indonesia.. Tidak hairanlah sehingga kini, produk ini telah terjual melebihi 300,000 botol..  Produk keluaran Teja Herbs ini juga diperakui selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dimana produk ini telah mendapat kelulusan oleh KKM dan BPFK (NOT170502921K). Bukan itu sahaja ye, serum muka terbaik ini juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan boleh digunakan tanpa was-was..  Kelebihan Dr Beau Pure Natural Skin Oil  Seperti yang aku maklumkan sebelum ni, Dr Beau Pure Natural Skin Oil ni mampu merawat pelbagai jenis masalah kulit dengan berkesan. Antara kelebihan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini ia mampu merawat :- Jerawat dan jeragat Lebam bawah mata Kulit berminyak Kulit kering Kulit kusam Pori terbuka Masalah Ekzema Masalah biji kolestrol Bintik-bintik hitam Korang jangan risau kerana Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit bermula dari kulit normal sehinggalah kulit sensitif.. Ia juga sangat sesuai untuk wanita asia.  Kandungan Dr Beau Pure Natural Skin Oil Vitamin E - Membantu merawat kulit Rosehip Oil - Membantu melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit Argan Oil - Sangat sesuai untuk semua jenis kulit yang akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering Almond Oil - Mampu merawat sel kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka Apricot Kernel Oil - Sangat ringat dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit sensitif. Ia kaya dengan Vitamin A, C, E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari Wheat Germ Oil - Salah satu sumber terkaya Vitamin E, A, D, Protien dan mineral Evening Primrose Oil - Mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ia memastikan kulit sentiasa segar dan selesa. Cara Penggunaan Dr Beau Pure Natural Skin Oil Cara nak apply serum ini sangatlah mudah.. Mula-mula bersihkan terlebih dahulu muka dan keringkan.. Kemudian titiskan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ke atas tapak tangan dan sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penetrasi pada kulit. Seterusnya, usapkan ke seluruh atau sebahagian kulit muka hingga leher secara merata terutamanya pada kawasan yang biasa terlihat garis-garis penuaan. Setelah Dr Beau Pure Natural Skin Oil di sapu, bolehlah pakai bedak atau sunblock supaya hasilnya lebih berkesan disamping make up pun menjadi lebih cantik dan flawless.  Sebaiknya Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini digunakan pada waktu pagi dan malam. Pada waktu pagi, Dr Beau Pure Natural Skin Oil dapat menjaga kulit dari udara kotor sepanjang hari manakala pada waktu  malam pula ia boleh merehat dan memulihkan kulit wajah. Jom tonton video cara guna Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini. Best Ke Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini? Tidak hairanlah kenapa ramai yang sukakan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ni kerana selepas menggunakan sendiri Serum Vitamin E ni, apa yang aku boleh katakan produk ini sangat bagus untuk kulit aku.. Selain baunya yang harum dan wangi semulajadi, ia juga meresap sangat pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit..  Aku kalau produk yang melekit memang paling tak suka.. Muka akan jadi tak selesa dan berminyak.. Tidak bagi Dr Beau Pure Natural Skin Oil ni sebabnya produk ni tidak melekit langsung malah selepas pakai muka rasa segar dan nyaman.. Memang best sangat!! Tetapi harus diingat ye, setiap orang kesannya berlainan mengikut keadaan kulit.. Mungkin aku guna, hasilnya lain dan korang guna pula hasilnya lain.. Yang pastinya produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif..  Testimoni Pengguna Dr Beau Pure Natural Skin Oil Dapatkan Dr Beau Pure Natural Skin Oil Sekarang! Muka mulus, bersih dan berseri adalah idaman setiap wanita.. Eh! bukan wanita sahaja tau, sekarang ni kaum lelaki pun dah pandai dan sedar akan pentingnya penjagaan muka.. Jadi, kalau korang nak kulit muka yang sihat dan bebas dari sebarang masalah kulit, bolehlah cuba Dr Beau Pure Natural Skin Oil ni.. Aku yakin korang pasti akan puas hati dengan hasilnya nanti.. Aku dah cuba!! Korang bila lagi.. Nak kulit cantik dan sihat, Dr Beau Pure Natural Skin Oil lah jawapannya.. Satu botol mengandungi 30 biji Dr Beau Pure Natural Skin Oil yang boleh didapati dengan harga RM96.00 satu botol.. Jadi, jangan lupa dapatkan DR BEAU Pure Natural Skin Oil, serum terbaik untuk rawat masalah kulit ini sekarang juga!! Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari :- Website http://www.teja.com.my/ Facebook https://www.facebook.com/tejaherbs/ Instagram https://www.instagram.com/teja_herbs/ https://www.instagram.com/drbeau_official/ Youtube https://www.youtube.com/channel/UClHXFfo-FRzC36O-JvQ6vJA No. Telefon 016-963 3443 012-649 3639 Email tejaherbs@gmail.com Alamat Teja Herbs No. 16-1 Jalan Equine 10C Taman Equine 43300 Seri Kembangan Selangor
https://www.leaazleeya.com/2014/01/putera-multazam.html
Putera Multazam
Assalamualaikum.. Berdebar-debar rasa hari ni... Baru kejap tadi aku terpijak kucing dengan kereta aku... Huwaaaa tak disangka-sangka bende ni terjadi.. Kesiannya dia...  Ehsan Google Kebiasaannya aku akan tengok bawah kereta sebelum bergerak...  Tapi arini camne entah lain sikit, masuk je kereta terus gerak... Hurmm... Dah sampai ajal dia la kot kan.. Tapi aku rasa bersalah sangat... Adoiiii bersalah laaaa... ( mood sedeh sangat-sangat ) Ok lah.. Lupakan hal tu dulu.. Aku nak kasi tenang sikit ati aku.. Yang sebetulnya aku nak kongsi berkenaan sebuah buku ni hasil penulisan Ibnurijal... Kan hari tu aku dah janji nak kongsi berkenaan buku-buku hasil penulisan beliau.. So hari ni aku dah selesai baca sebuah buku beliau yang berjudul "PUTERA MULTAZAM"... Buku ni sangat bagus... Sangat memberi kesan bila membacanya.. Banyak pengajaran didalam cerita buku ini.. Buku ini mengisahkan seorang putera daripada seorang insan yang telah banyak berjasa kepada kampung halaman suatu ketika dahulu dengan membawa sinar islam kepada  penduduk kampung tersebut... Ayahnya seorang yang disegani dan dihormati oleh orang kampung kerana pegangan agama beliau.. Setelah kematian beliau, puteranya pula memikul amanah beliau untuk teruskan perjuangan beliau.. Beliau adalah Putera bongsu kepada Haji Idris. Beliau adalah Multazam... Dipendekkan cerita, buku ni memang banyak memberi kesedaran dan pengajaran buat kita.. Sangat-sangat bagus untuk dibaca oleh semua peringkat umur... Banyak kisah suka duka didalam buku ini yang dilalui oleh Multazam dalam memperjuangkan agama islam di kampung halamannya sendiri.... Ada sedih ada juga kegembiraan...  Tahniah buat saudara Muhammad Nazri bin Rijal ( Ibnurijal ) atas kejayaan buku ini...  So korang boleh la serang kedai buku untuk dapatkan buku ni.. Rugi tak baca tau... Jangan lupa tau dapatkan buku ni.. Malam karang aku nak start baca buku lain pulak.. Juga penulisan oleh Ibnurijal... hikhik.. Obses buku kan.. haaa.. Wokeh la... Aku nak uruskan kursus-kursus untuk staff sini pulak.. Tak urgent mana tapi tak nak tangguh-tangguh nanti boleh pusing kepala...  Ok korang.. babai... See u again.. SMILE... :)
https://www.leaazleeya.com/2021/10/kempen-komuniti-penyayang.html
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Pahang
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Pahang  |  Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.Ayam Brand™, satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri.Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 101 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, Pusat Jagaan Chahaya, dan Pertubuhan Kebajikan Rapha Kuantan.Menurut Pengurus Besar Ayam Brand™, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu, telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO.Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). - ujar Cik Chin.Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan. Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.Ayam Brand™ menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik. - kata Cik Rushda Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara. Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati. Hidangan makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Rapha (Group C) yang menjadi Juara dalam pertandingan #SukuSukuSeparuhArianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.Arianna Natasha, usahawan media sosial berusia 18 tahun yang membimbing kanak-kanak cara untuk menjadikan content creator sebagai kerjayaSaya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Program #AyamFutureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka. - ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. Ianya amat mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya dan dapat membimbing yang lain. Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel  #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™  kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti. - jelas Cik Grace daripada Pertubuhan Kebajikan Rapha Kuantan.Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan! - kata salah seorang peserta.Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.
https://www.leaazleeya.com/2023/06/khasiat-california-blueberries.html
Khasiat California Blueberries
Khasiat California Blueberries  |  Jarang aku nak makan blueberry.. Tapi California Blueberries ni sedap betul rasa dia.. Korang tahu tak apa khasiat California Blueberries ni? Nampak je saiznya kecil tapi khasiatnya banyak tau sebab itulah dia dipanggil 'Super Fruits'.. Bak kata orang, kecil-kecil cili padi, walaupun kecil tapi mengandungi pelbagai jenis nutrisi, vitamin dan kaya dengan antioksidan baik untuk tubuh badan kita..Kalau korang nak tahu, California merupakan salah sebuah negara pengeluar Blueberry terbesar di Amerika Utara dan sekarang ni musim blueberry tau.. Seronoknya dapat makan Blueberry kan.. Nak lagi California Blueberries ni adalah antara blueberry yang termanis.. Sebab itulah aku suka sangat makan California Blueberries ni.. Manis oiii dan sedap!Khasiat California BlueberriesBagi aku, California Blueberries ni bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja tetapi boleh juga diolah menjadi pelbagai menu berkhasiat seperti dessert, kek, minuman dan sesuai juga diambil untuk diet yang sihat. Yang mana nak diet tu sesuai sangat kalau ambil buah blueberry ni tau sebabnya buah ni dapat menambahkan tenaga dan meningkatkan imunisasi badan kita..Bukan itu sahaja tau, banyak lagi khasiat California Blueberries ni yang korang kena tahu.. Jom ambil tahu.. Rendah lemak 👉 Satu cawan blueberry mengandungi 80 kalori dan hampir tiada lemak. Jadi boleh nikmatinya seberapa banyak yang boleh.Kaya dengan Serat 👉California Blueberries bukan sahaja lazat, tetapi juga rendah lemak dan sumber serat yang baik dalam mengekalkan kesihatan penghadaman.Vitamin C untuk Penguat Imun 👉Satu hidangan blueberry mengandungi 25%  keperluan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu meningkatkan sistem imun.Kesihatan Tulang dan Penggalak Tenaga 👉Tinggi dengan Manganese, nutrien penting yang memainkan peranan dalam pembangunan tulang dan menukar protein, karbohidrat dan lemak kepada tenaga.Banyakkan khasiat California Blueberries ni.. Nampak je kecil tetapi khasiatnya banyak betul.. Lepas ni bolehlah aku jadikan buah blueberry sebagai buah wajib yang ada di rumah aku.. Bukan sahaja sedap tapi berkhasiat tau.. Memang sangat membantu aku untuk bertenaga sepanjang hari.. Sambil tu bolehlah on diet aku balik lepas ni dengan California Blueberries..Untuk maklumat lanjut boleh layari:-Website : www.calblueberry.org Facebook : https://www.facebook.com/CaliforniaBlueberryCommissionInstagram : https://www.instagram.com/calblueberries/
https://www.leaazleeya.com/2018/12/haruman-stay-fresh-body-sparkling-mist.html
Haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal Sempurnakan Hariku
Haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal Sempurnakan Hariku  |  Naik tensen aku dengan Althea ni... Baru saja keluarkan produk baru-baru ini, now keluar lagi produk baru.. Ni semua nak kasi bocor lagi la ni poket aku.. Dah la semua produk Althea ni best-best belaka dan sesuai dengan kulit aku.. Haissss.. Serius weh, produk keluaran Althea semuanya terbaik... Aku memang tak boleh berkata 'tidak' dengan produk keluaran Althea ni.. Mesti nak kena beli.. Yang terbaru Althea mengeluarkan haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist.. Wooooo, aku sangat suka hokeh! Jom aku kenalkan kat korang.. Kalau nak keluar pergi jenjalan, bersiap bukan main lagi.. Dengan makeupnya, tudung belit-belit, baju vouge-vouge, pendek kata semuanya sempurnalah.. Sekali pandang, perghhh kalah artis uollss... Tetapi, yang menjadi spoilnya, bile dok aje sebelah perghhh bau badan kalah tong sampah.. Agak-agak la kan, bau badan pun nak jugak kena jaga setanding dengan penampilan kita... Jangan disebabkan bau badan kita, habis semua lari bertempiaran tak nak dekat dengan kita.. hehe.. Jadi, aku nak kenalkan kat korang haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal yang boleh menyempurnakan hari-hari anda.. Cewahh dah cam iklan tv aje kan ayat aku.. Haha!!  Haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal Sempurnakan Hari Ok untuk pengetahuan korang semua, Stay Fresh Body Sparkling Mist ini merupakan kolaborasi antara Althea dengan Titi Kamal.. Kenal tak Titi Kamal? Bagi yang belum mengenali beliau, jom kenali serba sedikit tentang beliau..  Titi Kamal bukan sahaja cantik malah beliau merupakan seorang pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia dan beliau juga berbakat besar dalam dunia fesyen dan gaya... Satu lagi, beliau adalah seorang ikon kecantikan bagi peminatnya di seluruh Asia Tenggara... Disebabkan itu, mereka terpanggil untuk bekerjasama bagi memperkenalkan Titi Kamal x Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist kerana mereka memahami kehendak pengguna masa kini.. Oh ya, body mist ni merupakan body mist pertama keluaran Althea..  Haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist ini sangat ringan aromanya yang berasaskan daripada buah dan bunga kegemaran Titi Kamal sendiri iaitu Orange, Peach dan juga Rose. Yang pastinya baunya manis dan sangat segar.. Aku suka weh bau dia.. Satu lagi yang bestnya, body mist ni tidak melekit ye.. Jadi, bila kita sembur ke badan, ia cepat kering dan sangat selesa..  Bahan utama yang terdapat di dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist ini adalah :- Damask Rose Water - Kulit terhidrat dan memberikan aroma yang cukup lembut Sweet Orange Oil - Bau yang cukup menyegarkan Elder Flower Extract - Selain memberi bau feminin, ia turut menyejukkan dan melegakan kulit Satu lagi yang aku suka tentang Stay Fresh Body Sparkling Mist ni, packagingnya cantik dan comel.. Dengan saiz botolnya yang tidak sebesar mana, ia mudah dimuatkan ke dalam bag tangan dan boleh dibawa kemana sahaja.. Jadi, bila-bila masa diperlukan, ainya dah tersedia di dalam handbag.. Kasi sembur saje.. Haha!! Macam aku sendiri, setiap hari aku akan pastikan Stay Fresh Body Sparkling Mist ni ada dalam handbag aku.. Kalau tertinggal satu hari, maka rasa tak lengkaplah hari tersebut..  Cara gunanya sama sahaja seperti body mist yang lain.. Selepas mandi, bolehlah semburkan Stay Fresh Body Sparkling Mist ni pada badan secara ringan untuk mendapatkan kesegaran sepanjang hari.. Harga untuk sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist ni hanya RM35.00 sahaja untuk 100ml..  Untuk dapatkan Stay Fresh Body Sparkling Mist ini, bolehlah layari https://my.althea.kr/ atau terjah instagram mereka untuk info lanjut di https://www.instagram.com/altheakorea/
https://www.leaazleeya.com/2020/06/review-novel-scarlett-by-sha-hanim-ramli.html
Review Novel | Scarlett by Sha Hanim Ramli
Scarlett by Sha Hanim Ramli  |  Kemurungan ni sangat bahaya sebenarnya... Satu penyakit yang  boleh meragut nyawa jika tidak dirawat.. Hilang rasa happy.. Hilang rasa bahagia... Apa yang dirasa hanyalah sepi, kosong, kelam, gelap dan tiada makna... Fuhhh alhamdulillah habis jugak aku hadam novel Scarlett karya Sha Hanim Ramli ni.. Agak tebal juga tetapi aku dapat habiskan dalam masa 2 hari sahaja disebabkan ceritanya agak menarik inspirasi dari sebuah kisah benar... Serius sangat menarik.. Sebenarnya aku tak tahu pun tentang kewujudan novel Scarlett ni.. Ini pun Kak Fa (Blogger Farawaheda) yang kenalkan kat aku.. Bila tengok video tentang novel ni kat IG beliau, tertarik untuk aku baca sendiri lagi pula novel ni dari kisah benar.. Serius teruja.. Sekurangnya kita baca tu, kita tahu itu kisah benar bukan khayalan semata.. Lagi excited untuk baca..  Tajuk : Scarlett Penulis : Sha Hanim Ramli Muka Surat : 450 Penerbit : HuCAD Consultants Tahun Terbitan : Ogos 2018 Sinopsis Scarlett Deprasi, andai tidak dirawat bakal meragut nyawa sendiri. Maka Biarlah badai itu berlalu.. "Tapi kalau tuan berani berdepan dengan wanita psyhco, dialah orangnya. Cuma perlu ingat, jangan berumah di tepi pantai kalau tak sangguh dilambung ombak." "Aku dulu terlatih sebagai tentera risik pun tak terfikir untuk cipta sistem dalam otak sendiri atau untuk hidupkan semula otak yang 'mati' macam otak dia tu." Review Scarlett Ok jujur aku cakap, novel Scarlett ni agak berat jalan ceritanya.. Sampai satu tahap aku baca, aku rasa beratnya.. Terbeban rasanya.. Seolah aku yang hadap bende tu.. Tak sanggup nak lalui satu persatu jalan ceritanya.. Sungguh berat...  Novel ni katanya inspirasi dari sebuah kisah benar.. Mengisahkan seorang wanita yang mengalami kemurungan yang teruk.. Kemurungan sejak kecil lagi sehinggalah dewasa... Setiap satu kisah hidupnya dari kecil hinggalah dewasa sangat menyayat hati.. Aku tak pasti andai aku yang lalui semua tu, aku rasa aku akan masuk tanjung rambutan ataupun mati bunuh diri.. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan ya Allah..  Starting aku baca, agak keliru dengan watak yang ada dalam novel ni.. Yelah sekejap kisah Qaseh.. Lepas tu tetiba kisah Zareef dan Zaifa lak.. Eh, dah kenapa.. Biasa la mula-mula datang keliru tu memang sebal jerk rasa.. Jenis tak sabar gini lah gayanya.. Cepat sangat gelabahnya.. Haha.. Lepas baca habis barulah tau kait mengaitnya.. Hehe.. Maafkan saya.. Haha.. Watak utama novel ni adalah Qaseh.. Qaseh ni mengidap penyakit kemurungan sejak kecil lagi.. Ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya.. Disebabkan itu, ayahnya menghukum dia sebagai punca kematian ibunya.. Dituduhnya anak membawa sial.. Ayahnya abaikan dia setelah berkahwin baru... Mak tiri dia pun sama naiklah jugak dok dera, buli, herdik, hina dan bermacam lagi la perbuatan jahat dia buat pada Qaseh ni yang menyebabkan dia kemurungan.. Dia selalu dipukul dan didera.. Sehinggakan satu masa, deprasi dia tu membawa dia kepada mencederakan diri sendiri.. Kepuasan akan dapat dia rasai bila dia mencederakan diri sendiri.. Allahuakbar.. Aku rasa nak pergi cekik jerk ayah dan mak tiri dia tu weh!! Haaa nampak emosi terlebih.. Tak dapat aku bayangkan budak kecik yang tak tahu apa-apa diperlakukan begitu.. Bukan setakat mak bapak yang buat macam tu tetapi adik beradik tiri pun sama jugak.. Manala tak depress budak tu.. Siot je kan.. Bila dah tak tahan sangat, plan lari dari rumah untuk mencari sinar baru di luar.. Bukan sinar yang dia dapat sebaliknya kegelapan yang dihadap...  Dia berjaya melarikan diri dan dibantu oleh haider dan juga Jaslin.. Dorang ni tokan dan penagih dadah.. Sebagai membalas jasa dorang yang membantu si Qaseh ni larikan diri dari rumah, dorang soh si Qaseh ni jual dadah.. Bila Qaseh berkeras tak nak dan nak blah dari kehidupan dorang, si Jaslin ni berdendam dan buat plan nak hancurkan masa depan si Qaseh.. Dari situlah bermula titik yang lebih hitam dalam hidup Qaseh.. Dia dirogol beramai-ramai.. Seramai 9 orang jantan jahanam.. Allahuakbar.. Tak terluah rasanya bila baca kisah ni..  Tak tergambar dek perasaan macam mana nak hadap masa depan bila diri diperlakukan sebegitu.. Qaseh hidup dalam kegelapan selepas itu.. Hatinya dah mati dek kisah silam yang menjerut rasa bahagia dan gembiranya.. Dia rasa rendah diri dan tak berguna.. Sehinggalah dia pulih semula berkat dari usaha nekadnya yang terdorang oleh satu perasaan cinta terhadap seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menerimanya dan sanggup membantu dia pulih..  Serius best sangat cerita Scarlett ni walaupun jalan ceritanya agak berat untuk dibaca dan diterima.. Kisah yang meruntun jiwa dan dapat rasa kemurungan yang dialaminya.. Seksa.. Sungguh seksa.. Kalau tak kuat, memang boleh meragut nyawa sendiri.. Korang yang nak tahu cerita penuh, kena baca sendiri baru dapat rasa apa yang dirasa..  Rating & Cadangan Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟  Kenapa aku bagi 5 bintang? Hurm sebabnya aku suka novel Scarlett ni.. Mungkin ada kelemahan dimana-mana di dalam novel ni, tetapi kisahnya yang cukup mantap membuatkan kelemahan itu tertutup dengan sendirinya.. Mula-mula nak beli novel ni, aku rasa sedikit mahal harganya.. Yelah sekarang ni aku asek beli novel fixi je kan.. Harga lebih murah.. Bila nak beli novel ni dengan harga RM35 plus postage RM7, aku rasa berat sangat.. Dah biasa beli buku RM50 untuk 3 buah novel sekali postage sebab tu terasa agak mahal untuk novel Scarlett ni.. Bila di fikir banyak kali, aku gagahkan jugak membelinya sebab novel ni dari kisah benar.. Aku nak baca.. Itu tarikannya..  Dah beli dan baca, aku puashati dengan harga tu.. Dengan cerita yang sangat menarik, berbaloi-baloi aku beli dengan harga tu.. Kisahnya masih bermain-main difikiran aku.. Harapnya aku tak depress la lepas ni.. Haha..  Buat penulis, syabas diucapkan kerana berjaya menghasilkan sebuah novel yang sangat menarik seperti ini.. Moga penulis diberi kesihatan yang baik dan dapat menghasilkan novel yang lebih ohsem lepas ini.. Tumb up!
https://www.leaazleeya.com/2017/07/novel-pelaris-datang-dengan-gift-yang.html
Novel Pelaris Datang Dengan Gift Yang Comel
Novel Pelaris Datang Dengan Gift Yang Comel  |  Muhammad Fatrim atau lebih mesra dengan panggilan Ayim adalah salah seorang penulis feberet aku... Antara karyanya yang sudah aku baca seperti Asrama, Revenge dan Pemangsa.. Manakala Teman Roh masih lagi dalam simpanan aku dan tunggu masa yang sesuai aje untuk dihadam.. Mungkin dengan keadaan aku sekarang ni, belum cukup kuat untuk membacanya.. Ekekeke.. Karya beliau yang terbaru, novel PELARIS datang dengan gift yang comel.. Novel Pelaris Datang Dengan Gift Yang Comel Novel Pelaris ni aku beli Pre-Order.. Kiranya lama jugak la aku menunggu untuk mendapatkannya.. Yela dah nama lagi Pre-Order, haruslah kene tunggu sehingga ianya dicetakkan.. Tu sebab la memakan masa.. Seperti Biasa, kalau beli dengan Ayim memang akan dapat gift beserta tandatangannya sekali beserta nota cinta darinya.. Haha!! Tapi kali ni berlainan sikit gift yang aku dapat.. Ada gift comel kat situ ye.. Penanda buku dari batang aiskrim dan klip kertas yang dibuat sendiri oleh penulis.. Ada sentimental value ye disitu.. Harus dijaga dengan baik... Apa-apa pun gift yang aku nak sangat adalah FM Pelaris.. Boleh tambah koleksi FM aku.. Bukan senang nak dapat FM cover novel tau.. Dah 3 keping aku ada semuanya dari penulis Muhammad Fatrim.. Thankz tau Ayim.. Orite, tentang novel pulak aku rasa cover novelnya lebih cantik, menarik, mantap dan matang... Aku suka covernya.. Ini adalah cover yang aku vote di fb penulisnya tempoh hari.. Kulit novel ni juga dari kertas yang berkilat.. Memang terbaik.. Nampak lebih meyakinkan.. Ditambah pula ada bookmark kecil disediakan juga dari cover buku ni.. Aku suka!! Hehe.. Oklah, buat penulis buku Pelaris ni, moga terus berjaya dalam bidang penulisan dan menghasilkan karya yang terbaik dan mendapat tempat dikalangan peminat novel di Malaysia mahupun diluar Malaysia.. Luaskan kuasamu... hehehe!!
https://www.leaazleeya.com/2014/03/aku-kau-dia.html
Aku, Kau & Dia
Assalamualaikum.. Aku Kau dan Dia :: Ella :: Maafkanlah diriku ini Perpisahan yang ku ingin ini Sungguh ku tahu sayang kau kepadaku Tapi semua tak mungkin Oh sayangku lupakan aku Apa jua kenangan lalu Tiada kupinta oh jadi begini Oh kasih pahamilah Maafkanlah Maafkanlah diriku Walau kau masih di hatiku Oh tinggalkan tinggalkan diriku Sayang.. Maafkanlah diriku Ku tahu sakitnya hatimu Tapi percayalah kataku Kau akan menemui teman yang baru Yang kan lebih sayangimu Tiada guna kau merayu lagi kasih Kerna aku kini telah pun berdua
https://www.leaazleeya.com/2016/03/apabila-tua.html
Apabila Tua...
Assalamualaikum.. Apabila dah tua...  Isikan waktu bersama pasangan kerana seorang daripadanya akan pergi dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan. Apabila dah tua... Akan tiba masanya nak ke pintu pun menjadi cabaran. Maka sementara berkemampuan, lawatilah seberapa banyak tempat yang anda boleh. Apabila dah tua... Jangan susahkan diri memikirkan anak-anak secara berlebihan, mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan untuk selesaikan semua hutang sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang ditinggalkan. Apabila dah tua... Rebutlah peluang untuk bersama rakan-rakan lama kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Apabila anda tua... Terimalah penyakit cara optimis. Samada kaya atau miskin, semua akan melalui proses yang sama iaitu lahir jadi kanak-kanak, dewasa, sakit dan seterusnya mati. Qoute hari ini... "Cari kawan biar macam cermin, Kita gembira... Dia gembira.. Kita sedih... Dia sedih... Jangan cari kawan macam duit syiling... Depan lain... Belakang lain..."
https://www.leaazleeya.com/2016/06/maafkan-saya.html
Maafkan Saya....
Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Selamat petang... Korang dok wat pe tu?? Tidoq kaa... Kalau tidoq tu jangan lelama.. Tak elok untuk kesihatan di bulan puasa ni... haha.. Ehh kenapa yek aku mintak maaf tu??  Ankel Jonni pinjam komik lagik sekali ye.. Halal ekk.. hiks.. Cam ni citenye.. Aku nak mintak maap kat korang yang sudi menjelajah kat blog pinggiran aku ni sebabnya waktu aku berblog agak terhad.. Mungkin tak berkesempatan nak berblogwalking kat blog rakan-rakan.. Kadang-kadang terkejar-kejar aku jelajah blog yang mane sempat... Kebiasaannya aku akan jelajah blog kengkawan melalui komen-komen yang diberikan di entry blog aku dan juga yang tinggal jejak dekat ruangan Cit-Cet aku yang berbunga-bunga segar tu.. Haha.. Hurmm tu pown kalau ada masa yang agak terluang.. Kadang-kadang bukak blog pown semata-mata nak update blog.. Pastu terus tutup.. Nak approve comment pown melalui hp.. Huhuhu.. Kerana masa aku hanya di opiz ye.. Kat rumah nan had0o0o.. Kalau guna hp mau kematu mata aku mengadap skrin... Kang tak pasal-pasal berspek lak mak nakkk...!! Tak nokkk leeeeee temannn.. Bio le dulu... Pape pown aku berterima kasih sangat-sangat pada pengunjung-pengunjung blog aku yang usang ni.. Korang memang best... Dan aku nak mintak maaf sekiranya tak berkesempatan nak blogwalking blog korang yek.. Aku akan usahakan jugak untuk blogwalking walaupown dalam kadar yang terhad...  Sudi-sudikanlah korang tinggalkan jejak korang dekat ruangan cit-cet aku tu supaya aku mudah nak jejak balas blog korang walaupun korang tak tinggalkan komen kat entry aku... Rasa bersalah bila tak dapat nak balas jejak korang tau.. huwaaa.... Babai korang...!!
https://www.leaazleeya.com/2017/07/review-novel-sayangku-mr-busybody.html
Review Novel | Sayangku Mr Busybody
Review Novel | Sayangku Mr Busybody  |  Holaaaa!! Bila mood membaca dah sihat, maka akan banyaklah review tentang buku dalam blog aku ni.. Aku harap korang tak jemu baca review aku ni yek.. Hehe.. Kali ni, nak review sebuah novel cinta, Sayangku Mr Busybody... Tak sangka juga aku dapat hadam novel ni dengan begitu pantas.. Mungkin jalan ceritanya dapat menarik minat aku kot.. Tu sebab dapat habiskan dalam masa yang singkat..  Firstime aku baca novel karya Hee-Da ni.. Tidak mengecewakan sebab jalan cerita yang di garap dalam novel ni sangat menarik.. Walaupun novel ni adalah novel cinta, tetapi bukanlah novel cinta yang jenis cinta leleh tu.. Penulis membawa pelbagai 'perisa' dalam novel ni.. Ada cinta, pembunuhan, action, pelacuran, konflik keluarga, penderaan, dendam, benci, suka, duka dan macam-macam lagik.. Mungkin sebab itu aku cuma ambil masa 2 hari sahaja untuk habiskan novel ni.. Jalan cerita yang membuatkan aku sukar untuk berhenti dari terus membaca sampai habis..  Baca Juga :- Rindu Awak Separuh Nyawa Andai Itu Takdirnya 2 Kalau nak baca sinopsis buku ni, boleh baca kat gambar atas ni ye.. Sinopsis berbentuk dialog... Orite, jom baca review penuh dari aku pulak...  REVIEW AKU DI GOODREADS Sayangku Mr. Busybody by Hee-Da My rating: 4 of 5 stars Lama tak baca novel cinta.. Sayangku Mr. Busybody.. Sebuah novel yg menarik jalan ceritanya.. Kiranya lain sikit la dari yang aku pernah baca sebelum ni... Tedapat juga unsur-unsur pembunuhan, action dan kejam disamping disulami rasa sedih, gembira, tertekan dan pelbagai perasaan lagi... Kire cukup sifat lah.. hehe.. Kisah seorang gadis yg bernama hanis, anak org gaji kepada Datuk Hisham yang dipaksa berkahwin dengan seorang anak orang kaya oleh isterinya datin sofiah bagi menggantikan anaknya nurin yang tidak mahu berkahwin dengan iqram.. Tanpa keralaan hati hanis, dia terpaksa terima kerana telah diugut oleh datin dan anaknya.. Setelah berkahwin, pelbagai dugaan dia tempuhi termasuklah dipukul separuh mati oleh sang suami kerana terlalu marah ditipu hidup2 oleh mereka, dijual kepada ibu ayam, hampir dibunuh, disimpah asid dan pelbagai lagi.. Rupanya perkahwinan mereka tidak sah dan palsu kerana tak berdaftar dgn jabatan agama.. Perkara ini diketahui setelah iqram memfailkan penceraian... Semua ini adalah rancangan datin sofiah dan anaknya.. Tak berhenti disitu, banyak lagi konflik yg dihadapi oleh hanis.. Termasuklah kematian ibunya yg dilakukan oleh datin sofiah tetapi tak diketahui oleh sesiapa.. Setelah ibunya meninggal, baru hanis tahu yg datuk hisham tu ayah kandungnya dan ibunya adalah isteri pertama datuk hisham tetapi dirahsiakan dari pengetahuan sesiapa jua utk keselamatan hanis.. Pelbagai dugaan lagi yg hanis terpaksa lalui selepas dia terselamat dari rumah pelacuran.. Sehinggalah dipertemukan dengan danial, abang kepada bekas suaminya.. Banyaklah konflik yg mereka lalui selepas itu.. Jalan ceritanya memang menarik.. Kalau nk tahu kena lah baca sendiri yek.. Yang penting, penghujungnya adalah happy ending.. View all my reviews
https://www.leaazleeya.com/2018/05/mandian-dashing-2-in-1-face-body-wash.html
Mandian DASHING 2 In 1 Face Body Wash Pelengkap Mandian Si Jejaka
Mandian DASHING 2 In 1 Face Body Wash Pelengkap Mandian Si Jejaka  |  Biasanya kalau sebut sahaja DASHING mesti terbayang minyak wangi ataupun deodorant.. Haaa jangan tak tahu ye, DASHING kini kembali dengan produk baru iaitu Mandian DASHING 2 In 1 Face Body Wash sebagai pelengkap mandian si jejaka.. Bagi peminat setia jenama DASHING, mesti teruja dan  tak sabar nak cuba produk terbaru dari DASHING ni kan.. Sabar dulu.. Mari ketahui terlebih dahulu apa yang best tentang produk ni.. Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar  jejaka sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 In 1 Face Body Wash terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!  Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Mandian DASHING 2 In 1 Face Body Wash memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk. Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  mandian DASHING 2 In 1 Face Body Wash. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.  DASHING 2 In 1 Face Body Wash terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki. COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.  ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk. ACTIVE - Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.  HATTRICK - Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.    Variasi Cool dand Hattrick mandian DASHING 2 In 1 Face Body Wash  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar. Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan. Pilihan encik suami - Dashing Cool & Ultimate Kick Mandian DASHING 2 In 1 Face Body Wash boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.    Untuk maklumat lanjut, sila layari :- Website http://www.dashing.com.my/ Facebook https://www.facebook.com/Dashing.MY/ Instagram https://www.instagram.com/dashing_my/
https://www.leaazleeya.com/2016/09/lip-balm-body-shop-malaysia-terbaru.html
Lip Balm Body Shop Malaysia Terbaru
Assalamualaikum wbt.. Lip Balm Body Shop Malaysia Terbaru  |  Hi korang!! Siapa dekat sini pengguna tegar lip balm angkat tangannnnn!! Haha.. Okeh, kali ni aku nak perkenalkan kat korang Lip Balm terbaru keluaran The Body Shop... Kalau korang adalah pengguna setia produk The Body Shop mesti korang tak sabar nak beli Lip Balm yang ohsem ni untuk menambah koleksi make up korang kan.... Hehe.. Ok, tamo bebel pepanjang, moh le aku perkenalkan kat korang Lip Balm Body Shop terbaru... The Body shop merupakan antara jenama kecantikan yang sangat digilai oleh pencinta kosmetik.. Malah di Malaysia terdapat banyak cawangan The Body Shop di pelbagai pusat membeli-belah dan menjadi tumpuan ramai wanita... Jenama ini telah melebarkan sayapnya di pelbagai negara di seluruh dunia dan diakui sebagai antara jenama kecantikan yang paling dipercayai oleh para pelanggannya... Jenama The Body Shop amat terkenal dengan rangkaian produk kecantikan dengan pilihan yang sangat meluas... Antara produknya yang paling popular ialah pelembap bibir... Jom kita lihat 3 jenis Body Shop Lip Balm yang paling menjadi kesukaan wanita di Malaysia! Keep scrolling!.. The Body Shop - Born Lippy Poisonberry Passionfruit Rouges A lips moisturiser in a pot is all you need!! Born Lippy Poisonberry Passionfruit Rouges ni adalah pelembab bibir yang melembapkan dan memberikan tekstur yang bersinar bersama perisa berry eksotik yang membuatkan bibir anda kelihatan 'smooth' dan tampak lembut.. The Body Shop - Born Lippy Stick Lip Balm Pomegranate Born Lippy Stick Lip Balm Pomegranate ini pula adalah sejenis pelembab bibir yang hadir dalam bentuk 'stick'.. Pelembap bibir ini menbuatkan bibir anda a pop of colour, a shot of moisture and a soft shine... Ianya melembapkan bibir anda dan membuatkannya kelihatan bersinar serta hadir dengan perisa buah delima.. The Body Shop - Wild Argan Oil Solid Oil Lip Balm Rich solid oil for soft, radiant lips, enriched with organix Community Fair Trade argan oil form Morrocco.. Ini adalah lip balm yang anda pasti mahukan bagi mendapatkan indulgent solid oil texture with instant hydration.. Lip balm ini memberikan bibir anda rasa lebih lembut and smooth kerana kaya dengan minyak argan Community Fair Trade Wild dari Morocco.. Haaa macam mana?? Ohsem-kan Lip Balm Body Shop ni.. Rugi tau kalau tak cuba Lip Balm keluaran The Body Shop ni.. Kalau korang nak tahu, aku dah pernah guna Lip Balm yang jenis stick tu.. Memang ohsem laa.. Moist aje rasa bibir... Lembut bak sutera.. cewahhh!! Tapi aku dapat guna sekejap je sebab adik aku dah rembat lip balm tersebut.. Katanya, lip balm ni lain dari yang lain... Dia suka... Hurrmmm jawabnya terpaksa la aku  beli yang lain lepas ni.. Huhu.. Tapi serius, bibir aku dah tak kering bila guna lip balm The Body Shop ni.. Memang terbaikk!! So, apa tunggu lagi?? Korang pown kene cuba tau.. Rugi tak cuba.. Seriuss ohhh!!
https://www.leaazleeya.com/2019/07/cuci-makeup-lebih-mudah-dengan-safi.html
Cuci Makeup Lebih Mudah Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water
Cuci Makeup Lebih Mudah Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water  |  Kalau korang yang suka makeup tu wajib baca entry ni sebabnya aku nak kenalkan pada korang makeup remover yang boleh tanggalkan makeup dengan mudah tanpa sebarang rasa pedih atau kesan sampingan.. Haaa sape yang tak kenal dengan jenama Safi kan.. Rasanya rata-rata rakyat Malaysia dah familiar dengan jenama ni.. Safi adalah jenama skincare yang dipercayai sejak dulu lagi sebabnya produknya selamat digunakan tanpa bahan kimia.. Aku sendiri masih setia dengan produk Safi tau dari zaman sekolah lagi... Now, korang boleh cuci makeup lebih mudah dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water iaitu produk terbaru keluaran Safi Malaysia.. Cuci Makeup Lebih Mudah Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water Aku memang seorang yang gemar bermakeup walaupun tak setebal sesetengah orang.. Sungguhpun begitu, keperluan untuk menggunakan makeup remover tu masih diperlukan bagi memastikan muka aku betul-betul bersih supaya aku tak menghadapi sebarang masalah kulit muka.. Bukan semua makeup remover bagus tau.. Aku pernah guna makeup remover yang memedihkan mata, mengeringkan kulit dan juga masih meninggalkan kesan solekan.. Jadi, bila dah jumpa makeup remover yang betul-betul bagus seperti Sadi Micellar Natural Cleansing Water ni, memang aku akan terus setia dengannya.. Kerja-kerja mencuci makeup jadi lebih mudah dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water ni.. Serius best gile..!! Ok, jom aku cerita sikit tentang produk ni.. Safi Micellar Natural Cleansing Water Safi Micellar Natural Cleansing Water merupakan rangkaian makeup remover mesra kulit yang diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi untuk pembersihan yang lembut dan berkesan dalam hanya satu sapuan sahaja... Apa yang lebih menarik tentang produk ini adalah ia sesuai digunakan di sekitar kawasan mata untuk menghilangkan makeup pada mata  kerana kawasan tersebut lebih nipis, sensitif dan boleh mengakibatkan kedutan jika menggunakan makeup remover yang tidak sesuai.. Apatah lagi kalau kita kerja di bandaraya seperti Shah Alam & KL yang banyak kawasan industri ni kan. Safi Micellar Natural Cleansing Water ini didatangkan dalam bentuk cecair jernih. Apa yang istimewanya dengan produk ini, ia membersihkan kotoran dengan berkesan tanpa perlu dibilas disamping mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat secara semulajadi... Korang jangan bimbang ye untuk menggunakan Safi Micellar Natural Cleansing Water ni sebabnya ia telah diuji secara dermatologi dan bebas daripada SLES/SLS, mineral oils, alcohol, paraben, propylen dan glycol.. Paling penting ianya dijamin HALAL yang telah disahkan oleh JAKIM... Safi Micellar Natural Cleansing Water ini terdapat tiga variasi dengan 100% bahan aktif semulajadi untuk memenuhi keperluan kulit korang iaitu :- Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose ni sesuai untuk kulit normal dan kombinasi macam kulit aku ni.. hehe.. Fungsi utamanya adalah untuk membersih dan mengecilkan liang pori wajah.. Dirumuskan dengan bahan aktif semulajadi 100% dari bunga Rose untuk menanggalkan makeup dan kekotoran dengan satu sapuan sahaja sementara meminimumkan liang-liang pori untuk mengurangkan masalah kulit berminyak dan berkilat.. Ia juga dapat menyegarkan kulit sekaligus bercahaya.. Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem ni pula sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.. Fungsi utamanya ofkoslah untuk membersihkan dan mengawal jerawat... Dirumus dengan bahan aktif semulajadi 100% dari Neem (Melia Azadirachta) yang membantu menanggalkan makeup dan kekotoran dengan mudah serta mengawal pertumbuhan jerawat untuk menjadikan kulit lebih bersih dan bebas dari cela.. Muka akan menjadi lebih segar dan berseri-seri.. Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber Haaa yang ini sesuai untuk semua jenis kulit.. Fungsi utamanya adalah untuk membersih dan melembapkan kulit muka.. Korang yang tak sure kulit jenis ape, boleh la pilih yang ini.. Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber ini dirumuskan dengan 100% bahan aktif semulajadi dari timun.. Ia mampu menanggalkan makeup dan kotoran dengan hanya satu sapuan sahaja tanpa rasa pedih sebaliknya meninggalkan rasa terhidrat, lembut dan sihat..  Cara guna Safi Micellar Natural Cleansing Water Titiskan pada kapas muka Lap solekan hingga bersih Tidak perlu dibilas Apa Kata Lea Azleeya Tentang Safi Micellar Natural Cleansing Water? Pilihan aku ofkos la Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose sebabnya sesuai untuk kulit muka aku yang jenis kombinasi.. Walaupun camtu, aku masih lagi boleh menggunakan dari jenis Neem dan juga Cucumber.. Serius dengan menggunakan Safi Micellar Natural Cleansing Water untuk remove makeup sangat berkesan.. Makeup totally tanggal dengan mudah dan bersih.. Paling best, lepas guna muka jadi segar jerk dan tak perlu nak bilas bagai.. Serius weh aku suka sangat!! Satu lagi yang aku kagum dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water ni, ia tidak berminyak seperti sesetengah makeup remover yang pernah aku guna sebelum ni.. Yang ini lepas guna dah tak perlu bilas seolah-olah pakai toner tau.. Muka pun tak kering dan akan rasa lembap jerk.. Ia juga mudah dibawa kemana-mana memandangkan botolnya tak besar mana.. Kalau korang tengah mencari makeup remover yang terbaik dan selamat digunakan oleh semua jenis kulit, korang bolehlah cuba Safi Micellar Natural Cleansing Water ni ye.. Harga pun tak mahal mana.. Dijual pada harga yang mampu milik iaitu hanya RM17.25 untuk 200ml..  Rangkaian produk ini boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia.. Untuk dapatkan info lanjut tentang produk, korang boleh layari :- 🔁 Website : www.safi.com.my   🔀 Facebook : www.facebook.com/SAFIMalaysia   🔁 Instagram : www.instagram.com/SAFIMalaysia
https://www.leaazleeya.com/2014/01/khutbah-terakhir-rasulullah-bersama.html
Khutbah Terakhir Rasulullah bersama Shawl...~
Assalamualaikum... Sunyi sepi opiz hari ni.. Ramai bercuti... Ada yang cuti-cuti malaysia.. Ada jugak yang cuti sakit... Tinggallah aku dan seorang lagi kerani dalam opiz ni... Pergi makan pun sorang-sorang aje pagi ni.. Pas makan tadi terus buat Solat Dhuha... Korang dah selesai keh?? hehehe.. Pejam celik pejam celik kite dah menghampiri penghujung bulan Januari kan.. Masa terlalu pantas berlalu sekarang.. Sampaikan aku terlupa nak update satu bende ni kat sini...  Ape agik kalau bukan berkenaan buku kan... Aku ni kan 'ulat buku'... kihkih.. Tapi kali ni spesel sikit sebab buku ni aku dapat hadiah daripada seseorang... Daripada Adik Angkat aku... Khutbah Terakhir Rasulullah dan sehelai shawl... Wah rezeki daripada ALLAH SWT untuk aku.. Terima kasih Ya ALLAH dan terima kasih juga kepada Adik Angkat aku itu kerana sudi menghadiahkan buku yang istimewa ni dan juga shawl yang cantik.. :) ** Klasik betul gambar ni kan..  Buku ni aku dapat beberapa bulan yang lalu.. Cuma aku terlepas pandang untuk di-apdet kat sini.. Buku ni juga telah habis aku baca... Penulisan Ibnurijal... Buku ni memang dah lama aku cari.. Cumanye sebelum aku dapat dari Adik Angkat aku tu, aku dah carik di serata kedai buku kat Kuantan ni.. Semuanya tiada... Haiss.. Tetiba dapat adiah... Wah amat-amat bersyukur sangat... Buku ni memang sepatutnya dibaca oleh semua orang kerana buku ni menerangkan berkenaan isi khutbah terakhir daripada Rasulullah SAW... Amat berguna kepada kita sebagai panduan..  Saya dah baca... Anda bila lagik?? hehehe..
https://www.leaazleeya.com/2014/05/gerimis-senja.html
Gerimis Senja
Assalamu'alaikum wbt.. ehsan en. google Takde ape-ape nak aku celoteh kat sini sebenarnya.. Cuma nak tempek sebuah lagu yang dipopularkan oleh Alleycats - Gerimis Senja.. Suka sangat lirik + lagu ni..  . . . . Gerimis Senja . . . .