url
stringlengths 23
111
| headline
stringlengths 36
164
| content
sequence |
---|---|---|
https://bidadari.my/tanda-bawaan-haba/ |
Kesihatan
Tanda Mengalami Penyakit Bawaan Haba (Strok Haba Kesan Cuaca Panas)
Oleh aqirah
| [
"Cuaca panas yang dihadapi sekarang ini boleh mengakibatkan penyakit iaitu bawaan haba atau bahasa barat adalah Heat Illness. Tahukah anda tentang penyakit bawaan haba? Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira muda atau tua. Info sebenar mengenai bawaan haba.",
"Mari kami kongsikan info ini yang ditulis oleh Dr. Suhazeli Abdullah mengenai penyakit bawaan haba.",
"Perlu diingatkan bahawa stress haba (heat stress) juga boleh berlaku di dalam keadaan cuaca bukan panas, iaitu di suasana persekitaraan yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Ini adalah kerana persekitaran yang berkelembapan tinggi boleh menghalang penyejatan peluh berlaku dengan sempurna. Terutamanya apabila seseorang itu berada dalam lautan manusia. Haba panas setiap individu akan mempengaruhi persekitaran yang sudah sedia panas.",
"(i) Merasa kepala huyung, pening kepala.",
"(v) Kehilangan kebolehan daya dan kordinasi/kekalutan ataupun hilang keseimbangan badan yang jelas.",
"(vi) Kekeliruan dalam percakapan dan tingkahlaku ",
"(vii) Bertindak agresif ataupun menunjukkan perangai yang tidak rasional.",
"(x) Warna kulit bertukar menjadi kelabu-keputihan.",
"Jika berlaku tanda-tanda di atas; Dapatkan bantuan segera dari ahli yang mahir dalam merawat pesakit. Panggil pasukan perubatan dengan mendial 999 untuk tindakan segera.",
"Sementara itu, langkah berikut wajar diikuti:",
"(i) Bawa keluar mangsa daripada padang/ tempat berhimpun yang sesak dengan orang ramai. ",
"(ii) Baringkan/rehatkan mangsa terbabit di persekitaran yang nyaman. ",
"(iii) Meninggikan kedua-dua kaki dan pinggul untuk melancarkan tekanan darah. ",
"(iv) Melonggarkan/menanggalkan lebihan pakaian yang ketat",
"(v) Membasahkan kulit dengan air/ais dan pengipaskan badan.",
"(vi) Meletakkan ais di kawasan tengkok, celahan ketiak dan paha. Ais tidak bahaya. Badan kita akan beradaptasi dengan segera apabila diletakkan ais kepada badan atau kulit.",
"(vii) Memberikan air minuman sekiranya sedar. Tiada masalah memberikan air sejuk atau air suam. Ianya tidak mendatangkan mudarat kepada mangsa. Malah membantu memulihkan hidraasi badan.",
"Walau bagaimanapun, selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas, jika individu berkenaan masih kelihatan sakit, kekeliruan (confusion), muntah-muntah (vomiting) atau menunjukkan perubahan pada tahap kesedarannya (altered consciousness), bantuan perubatan wajiblah diperolehi dengan kadar segera.",
"Perlu diingatkan bahawa Strok Haba tidak sama dengan Strok (Angin Ahmar). Angin ahmar adalah melibatkan salur darah di bahagian otak mangsa samada tersumbat atau pecah. Manakala Strok Haba tidak berlaku sedemikian, mangsa pengsan akibat kepanasan yang melampau. ",
" Amat disarankan kepada semua mangsa, sebelum terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness), ianya boleh dielakkan,",
"Langkah-langkah pencegahan penyakit bawaan haba (heat illness):",
"(i) Menghadkan aktiviti luar semasa cuaca panas terik atau menggunakan pelindung dari panas terik matahari seperti payung atau khemah. ",
"(ii) Mengelakkan melakukan aktiviti pada masa cuaca paling panas pada siang hari, pada kebiasaannya di antara jam 11 pagi – 3 petang.",
"(iii) Memastikan badan sentiasa mendapat air yang secukupnya iaitu dengan meminum air kosong sebelum, semasa dan selepas aktiviti/kerja luar. Minima keperluan meminum air seharian adalah 2 liter atau 8 gelas. ",
"(v) Pemakaian seharuslah berkebolehan untuk menyejat peluh daripada kulit dengan baik, berwarna cerah, ringan dan tidak ketat serta memberikan perlindungan daripada sinaran matahari. ",
"*Kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang. Sekarang kita tidak pernah menghadapi bawaan haba tetapi mungkin satu hari nanti kita atau orang-orang terdekat akan terkena bawaan haba. Sebelum terkena, mari kita ikuti nasihat doktor seperti minum air yang bersih secukupnya. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini."
] |
https://bidadari.my/jenis-cincin-dalam-perkahwinan/ |
Keluarga
Kenali 3 Jenis Cincin Dalam Perkahwinan (Risik, Tunang Dan Nikah)
Oleh Siti Awadah
| [
"Orang Melayu kaya dengan adat. Ini termasuklah dalam urusan peminangan dan perkahwinan. Ada tiga langkah utama yang sering dilakukan dalam masyarakat Melayu yakni merisik, bertunang dan juga berkahwin. Dan ketiga-tiga acara untuk peminangan ini akan memerlukan cincin. Setiap jenis cincin dalam perkahwinan ini sering dijadikan sebagai simbolik dalam sesuatu acara yang melibatkan peminangan.",
"Jenis Cincin Dalam Perkahwinan Untuk Masyarakat Melayu",
"Terdapat 3 jenis cincin dalam adat perkahwinan melayu ini iaitu :",
"#1 – Cincin Belah Rotan Untuk Merisik",
"Cincin belah rotan ini bermaksud cincin yang sangat simple dan ringkas. Ia dipanggil cincin belah rotan bukannya disebabkan diperbuat daripada rotan. Ia masih juga cincin daripada emas cuma reka bentuknya sangat ringkas tanpa sebarang batu, berlian mahupun permata.",
"Mudah cakap, cincin belah rotan ini adalah cincin emas kuning kosong biasa yang sangat ringka. Harganya pun lebih murah berbanding cincin tunang dan juga cincin nikah. Jika pergi ke kedai emas, sebut cincin belah rotan memang setiap kedai emas tahu cincin bagaimana yang diperlukan. Tapi awas, jangan pula di beli cincin belah rotan dari jenis emas putih kerana takut nanti pihak pengantin perempuan tersalah anggap yang itu adalah cincin diperbuat dari perak.",
"Tujuan merisik ini adalah untuk bertanyakan sama ada bakal pengantin perempuan itu masih belum ada yang punya ataupun belum. Sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri atau tidak.",
"Ia juga bagi menyampaikan hasrat pada bakal pengantin perempuan termasuk ahli keluarganya sekali bahawa saat itu ada seorang lelaki ingin menyunting si perempuan tersebut. Maka jika setuju cincin akan disarung sebagai tanda awal sebelum rombongan pertunangan di hantar pada tarikh yang dibincangkan.",
"Cincin nikah adalah yang paling grand sekali berbanding dengan cincin merisik dan juga cincin bertunang. Sesuailah dengan majlis pernikahan itu sendiri yang jauh lebih penting daripada majlis merisik dan juga pertunangan. Selalunya cincin perkahwinan dibeli dengan letakan batu di atasnya. Tidak kisahlah hanya berbatu satu yang agak besar ataupun batu kecil-kecil yang agak banyak.",
"Untuk zaman sekarang, cincin kahwin banyak di pilih dari jenis emas putih dengan letakan batu berlian di atasnya. Cincin sebegini dikenali sebagai Solitaire ring.",
"Ada juga cincin kahwin yang di tempah khas secara berpasangan untuk si pengantin lelaki dan si pengantin perempuan. Pemakaian cincin yang sedondon begini sering di pilih dengan cincin perempuan dari emas putih dan cincin si lelaki dari perak bermutu tinggi ataupun platinum.",
"Kenapa Cincin Penting Dalam Urusan Perkahwinan?",
"Cincin ini sering digunakan sebagai simbolik kepada sebuah pakatan janji di antara pihak bakal pengantin lelaki dan juga pihak bakal pengantin perempuan. Malah dalam agama Islam itu sendiri amat melarang mana-mana perempuan yang telah ditunangkan untuk menerima lelaki lain di dalam hidupnya. Dalam istilah lebih mudah, si perempuan yang telah bertunang ini tidak boleh berlaku curang kepada bakal suaminya.",
"Ikatan pertunangan ini juga merupakan sebuah janji untuk menyatukan dua buah keluarga dan jika berlaku apa-apa yang tidak sepatutnya maka tindakan lanjut boleh di ambil. Malah pernah terjadi kes putus tunang yang turut di bawa sehingga ke mahkamah disebabkan oleh sesuatu peristiwa hingga timbul rasa malu.",
"Untuk urusan pernikahan, cincin ini digunakan dalam acara membatalkan air sembahyang. Jika kebetulan tak nak cincin maka boleh saja digunakan barangan emas yang lain seperti rantai leher, rantai tangan dan gelang tangan.",
"4 Panduan Memakai Cincin Risik dan Cincin Tunang Untuk Wanita",
"Ini cara yang betul untuk memakai cincin tunang dan risik untuk bakal si pengantin perempuan yang sudah dilamar orang. Ada empat pilihan cara memakainya dan terpulanglah nak pakai dengan cara yang mana satu.",
"Cincin Ini Hanyalah Adat Maka Janganlah Hingga Tahap Menyusahkan",
"Paling penting kena ingat yang cincin ini hanyalah sekadar adat. Jika diikutkan ajaran dalam Islam, sebut akad dan lafaz itu adalah yang paling penting sekali. Maka janganlah si pengantin perempuan meminta cincin yang agak keterlaluan saiz dan harganya hingga boleh menyusahkan diri bakal si pengantin lelaki.",
"Lebih afdal berikan kuasa membeli cincin ke atas si pengantin lelaki hanya dengan memberitahu saiz kerana cincin itu sendiri adalah hadiah yang ingin di beri sebagai tanda cinta, kasih, sayang dan sebuah tanggungjawab yang bakal di pikul."
] |
https://bidadari.my/tanda-sakit-jantung/ |
Kesihatan
12 Tanda Sakit Jantung Ramai Orang Malaysia Mungkin Tak Perasan (BAHAYA)
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Jom pelajari tanda sakit jantung yang mungkin menyerang seseorang.",
"Penyakit jantung adalah digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat pada bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit biasanya akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.",
"Sebab sebenar berlakunya rasa kesakitan ini adalah disebabkan oleh kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut.",
"Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan serangan sakit jantung.",
"Apabila usia seseorang wanita bertambah, kurang senaman dan berat badan meningkat secara beransur-ansur, ini menyebabkan masalah seperti sesak nafas atau sukar untuk bernafas. Ramai juga dalam kalangan wanita yang mengadu darah menjadi panas semasa menopaus.",
"Tetapi simptom ini boleh dianggap sebagai isyarat masalah jantung apabila ia berlaku dalam keadaan tertentu. Antaranya, masalah pernafasan yang semakin melarat dari masa ke masa, sesak nafas ketika berbaring dan bertambah baik ketika duduk.",
"Bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila ia memasuki saluran darah, melekat pada plak berlemak di dalam pembuluh darah jantung dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Ini berkemungkinan jantung anda mempunyai masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. Individu yang mengalami penyakit periodontal, dua kali lebih cenderung menderita penyakit arteri koronari yang menyebabkan serangan jantung.",
"3. Kebas pada tangan kiri dan lengan",
"Pernahkah anda rasa tangan kebas selang 10 minit. Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. Namun biasanya bagi wanita, anda akan rasa kebas di kedua-dua belah tangan. Jika anda pernah merasa kebas berpanjangan di bahagian tangan kiri dan kanan, anda dinasihatkan untuk dapatkan rawatan lanjutan bagi pencegahan awal.",
"Menurut pembacaan sebelum ini, jika kadar denyutan tidak teratur, ia adalah sesuatu yang sangat membimbangkan kerana menunjukkan ada masalah yang sedang terjadi. Tambahan pula, apabila ianya disertai dengan sesak nafas, pening, ataupun letih. Ini merupakan tanda seseorang mengalami serangan jantung atau aritmia. Jika tidak diubati dengan segera, dapat membuat penderita mengidap stroke dan bahkan mengalami kematian secara mendadak.",
"Mengalami kesukaran untuk tidur juga sering dialami oleh penderita penyakit jantung. Hal ini dilihat berdasarkan hasil survey dari sejumlah wanita, yang mana 50% mengalami gangguan tidur pada beberapa hari sebelum positif mengidap serangan jantung. Sekiranya gangguan tidur anda berlanjutan, sila dapatkan rawatan lanjut.",
"Tanda yang mungkin anda rasa ialah pedih ulu hati. Rasa tidak selesa dan pedih di bahagian dada, di belakang tulang dada. Ini merupakan keadaan yang serius dan harus di kenal pasti sama ada pedih ulu hati ini serius atau tidak.",
"Angina ialah sakit dada disebabkan oleh kekurangan aliran darah ke jantung dan ianya mirip dengan rasa pedih ulu hati. Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua penyakit ini, perhatikan jika anda rasa pedih ulu hati semasa melakukan kerja-kerja berat atau melakukan aktiviti ringan.",
"7. Loya-loya dan hilang nafsu makan",
"Disebabkan berlakunya pembengkakan pada perut, hal ini membuat pesakit tidak mempunyai selera makan, rasa mual dan ingin muntah. Gejala penyakit jantung ini merupakan ciri-ciri yang dapat dilihat secara fizikal dan mudah untuk dikenal pasti dengan lebih awal.",
"Kadang-kadang orang beranggapan bahawa sakit perut adalah disebabkan demam, atau salah makan. Namun ada beberapa kes serangan jantung, seorang wanita mengalami tekanan perut yang teruk seperti ada benda berat di atas perut. Malah, ada yang menyamakan kesakitan umpama gajah menimpa perut sehingga sukar bernafas. Jika perkara ini terjadi dan anda tidak mengalami haid, sila dapatkan pengesahan daripada doktor untuk kepastian.",
"Berpeluh pada waktu sejuk selalu terjadi walaupun tanpa sebarang pergerakan fizikal. Kenapa ianya berlaku? Apabila jantung mengepam darah melalui laluan yang tersumbat, ia memerlukan daya yang lebih dan untuk memastikan badan berada dalam keadaan selesa, badan akan mengeluarkan peluh untuk mengurangkan pergerakan.",
"Bagi wanita terutamanya, berpeluh pada waktu malam adalah perkara biasa bagi individu yang ada masalah jantung. Ramai yang akan salah faham dan menganggap ianya akibat daripada kesan menopaus.",
"Sakit kepala yang menyerang secara tiba-tiba boleh menyebabkan seseorang rasa pening dan pusing sehingga hilang daya keseimbangan dan jatuh. Punca yang berkait dengan pening dan serangan jantung ialah penyakit darah rendah. Selain itu, kekurangan darah dalam badan juga berkait rapat dengan penyakit koronari jantung.",
"Jika anda mengalami pening seperti ini, anda perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin. Pastikan anda membuat pemeriksaan awal bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan dan mengurangkan risiko serangan jantung.",
"11. Sakit pada bahagian leher, rahang dan belakang",
"Sama seperti sistem tubuh badan kita yang rumit, mereka sangat mahir memberi isyarat apabila terdapat sesuatu yang tidak kena. Apabila terdapat masalah dengan jantung, ia akan mencetuskan kesakitan saraf di kawasan tersebut, tetapi kadang-kadang anda merasa sakit di tempat lain.",
"Sakit di rahang, belakang atau lengan boleh dikaitkan dengan keadaan jantung, terutamanya jika ia sukar untuk dijumpai seperti tiada otot atau sendi tertentu yang sakit. Sakit ini kadang terasa dan boleh membuatkan anda terjaga pada waktu malam.",
"Anda mungkin merasa sakit yang spesifik di sebelah kiri, bahagian bawah rahang. Jika anda mula merasa tidak selesa, anda perlu dapatkan rawatan.",
"Seperti kebanyakan wanita, anda semestinya sibuk melakukan tugasan seharian dan menguruskan keluarga. Ini adalah rutin harian normal wanita. Jika anda mengalami kepenatan yang luar biasa, anda mungkin memerlukan pemerhatian. Keletihan yang melampau selalunya dianggap letih atau sebahagian dari simptom demam dan bukannya sakit jantung.",
"Tekanan dan stres pada jantung juga berlaku apabila jantung cuba mengepam darah di mana terdapat aliran yang tersumbat dan boleh menyebabkan anda mengalami kepenatan yang melampau. Jika anda selalu merasa penat, tanpa sebab yang munasabah, ini mungkin tanda serangan jantung.",
"Itulah dia tanda sakit jantung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat timun, khasiat pisang, dan khasiat avokado."
] |
https://bidadari.my/hadiah-untuk-lelaki/ |
Umum
60 Idea Hadiah Untuk Lelaki (Simple Dan Praktikal)
Oleh Nur Syafiqah
| [
"Kebanyakan wanita mempunyai kesukaran untuk memilih dan mencari hadiah untuk lelaki yang sesuai dan mengikut bajet yang ada. Sebenarnya terdapat banyak barangan sesuai yang boleh diberikan sewaktu hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan atau sekadar penghargaan buat mereka.",
"Jangan risau, kami telah menyediakan 50 idea hadiah untuk lelaki yang boleh anda pilih mengikut citarasa dan kemampuan anda. Idea yang dipilih semestinya bermanfaat buat kaum lelaki. Jom baca senarai yang boleh anda pilih.",
"Dompet merupakan hadiah yang selalu muncul atau lazim diberikan untuk lelaki. Jadikan dompet sebagai hadiah luar biasa dengan memilih dompet yang boleh ukirkan dengan muka penerima tersebut agar kelihatan eksklusif.",
"Selain gambar, anda juga boleh letak logo ataupun ayat-ayat manis. Ukiran gambar pada dompet kulit ini dibuat menggunakan laser. Terdapat empat pilihan warna dompet yang cantik dan boleh anda pilih.",
"Sudah menjadi trend kini memakai kurta untuk menghadiri sebarang majlis atau perayaan. Ramai lelaki lebih memilih memakai kurta kerana selesa dan kelihatan moden.",
"Kurta yang diperbuat daripada kain jenis premium como crepe ini sangat selesa, sejuk dan mudah digosok. Bertangan pendek dan ‘loose’ memang sesuai untuk lelaki yang tidak suka memakai baju yang ketat atau fit.",
"Terdapat dua poket di bahagian atas dan bawah kurta. Saiz yang ada dari S sehingga 3XL dengan lapan warna yang memukau.",
"Sneakers menjadi pilihan ramai lelaki untuk dipakai sewaktu pergi kerja atau menghadiri sebarang majlis. Sebut sahaja sneakers, jenama Converse sudah tentu menjadi bualan dan pilihan ramai kerana kualitinya bagus, design yang cantik, selesa dan tahan lama sesuai dengan harganya.",
"Hi-top sneaker antara yang popular dalam kalangan peminat lelaki Converse. Beli sahaja di Shopee Mall, ketulenan dan keaslian kasut dijamin sepenuhnya.",
"Bagi jam tangan sebagai hadiah untuk lelaki pasti tidak akan mengecewakan mereka. Sekali-sekala, berilah jam tangan yang berjenama agar tahan lama dan kelihatan eksklusif. Jangan risau tentang harga kerana Wishdoit adalah salah satu jam tangan berjenama yang berharga bawah RM 100.",
"Ciri khas yang ada adalah kalis air. Boleh dibawa mandi atau berenang. Jam besi ini disertakan dengan kotak khas dan tali kulit. Tambah kad ucapan dengan penjual dibawah agar hadiah jadi lebih bermakna.",
"Jika penerima hadiah ini kaki motor, memang sangat sesuai anda beri topi keledar atau helmet. Nak naik motor pun perlu bergaya. Shoei adalah salah satu jenama helmet yang berkualiti tinggi dan ringan.",
"Helmet ini dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik membuatkan pengguna lebih selesa memakainya. Pakej pembelian helmet Shoei di kedai ini termasuk manual penggunaan, beg shoei dan kotak.",
"Tak perlu tunggu hari raya untuk beli songkok baru, bagi je pada hari istimewa mereka. Setidaknya boleh pakai ketika hendak solat Jumaat, hadiri majlis keagamaan dan majlis berkaitan yang lain.",
"Songkok Daffa Imran antara songkok yang amat berkualiti kerana diperbuat daripada baldu khas dari Jepun yang tahan lasak dan kalis air. Lining dalam songkok diperbuat daripada PU Leather yang membuatkan pemakai lebih selesa dan tidak sakit kepala.",
"Ramai lelaki yang suka pakai cap atau topi yang mempunyai stail baseball caps tak kira kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas. Pakai topi membuatkan si pemakai lebih bergaya dan terlindung dari cahaya.",
"Topi dari HealthGuru antara topi yang terlaris yang diperbuat daripada nylon dan cotton. Terdapat beberapa design dan warna yang boleh anda pilih. Topi ini juga sesuai untuk perempuan. Bolehlah anda beli yang sama agar sedondon bersama pasangan.",
"Minyak rambut juga merupakan hadiah yang pasti digunakan oleh kaum Adam. Hadiahkan mereka set penjagaan rambut pasti mereka suka kerana mahkota bagi mereka adalah rambut.",
"Bad Lab adalah antara minyak rambut atau pomade terbaik di Malaysia. Bukan hanya untuk bergaya malah minyak rambut ini membantu merawat kulit, anti-bakteria, anti-jerawat dan pelbagai kelebihan lain. Terdapat 7 jenis minyak rambut dengan tekstur,bauan dan fungsi berlainan.",
"Beri hadiah istimewa seperti baju atau t-shirt berjenama pasti penerima suka. Jangan risau, bukan semua barang berjenama dijual dengan harga yang mahal. Harga standing kualiti pasti tak menyesal untuk dijadikan hadiah.",
"Beli baju dari Al-Ikhsan je, pasti jenama asli dan berkualiti. Al Men Thiso Polo antara t-shirt yang terlaris di Al-Ikhsan. Walaupun design yang simple, namun selesa dan cantik bila dipakai. Kolar yang ada membuatkan si pemakai boleh memakainya untuk keluar bersama pasangan, menghadiri sebarang majlis dan lain-lain.",
"Minyak wangi dari Mistixmen membuatkan si penerima dan pemakai lebih konfiden dengan bau yang harum. Bauan premium khas untuk lelaki ini memiliki isipadu sebanyak 30 ml dan penggunaan boleh bertahan sehingga 2 bulan.",
"Sekali sembur bauan boleh tahan selama 8 hingga 12 jam. Yang penting boleh di bawa ketika solat. Terdapat dua jenis bauan iaitu Light & Dark. Jika pasangan anda sukakan bauan yang lembut dan segar, Light pasti sesuai untuk mereka.",
"Ray-Ban adalah sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam kalangan pemakai dan pecinta cermin mata. Design yang unik dan klasik yang menjadi gaya utama dalam penghasilan cermin mata jenama ini menjadi tumpuan buat ramai peminat.",
"Cermin mata Ray-Ban dapat melindungi dari cahaya matahari dan silau. Pasti pasangan seronok menerima hadiah yang berjenama dan berkualiti. Lebih konfiden untuk bergaya.",
"Kalau anda menjalani perhubungan jarak jauh dengan pasangan atau ahli keluarga lelaki, beli sahaja bouquet coklat di Shopee mengikut bajet anda. Coklat bukan sahaja menjadi pemanis, malah terbukti dapat menghilangkan stress.",
"Harga serendah RM 11.11 sehingga RM 85.89 mengikut pakej yang ada. Anda boleh memilih aneka coklat untuk diberi seperti Kit Kat, Cadbury, Snicker dan sebagainya. Anda tak perlu lagi susahkan diri untuk menghias coklat ini kerana bouquet yang dijual lengkap, cantik dan turut menyediakan kotak hadiah dan kad ucapan.",
"Sejadah sudah tentu ada di setiap rumah. Namun ianya akan menjadi sejadah teristimewa jika diberi oleh anda. Sejadah Rawda khas diterbangkan dari Madinah pasti disukai oleh pemakai.",
"Sejadah ini antara sejadah yang paling laris terjual kerana memiliki corak seperti karpet yang terdapat di kawasan Raudhah di Masjid Nabawi. Kain sejadah lembut dan selesa. Tak perlu balut untuk diberi hadiah kerana kotak eksklusif yang disediakan sangat cantik dan kemas.",
"Khas untuk lelaki yang kaki game pasti mereka suka apabila dihadiahkan kerusi gaming ini. Sudah menjadi trend ramai kaki game memiliki ruang gaming tersendiri yang sangat eksklusif.",
"Hadiahkan kerusi gaming yang cantik, besar dan lembut pasti membuatkan mereka selesa untuk bermain game sepanjang hari. Beli kerusi yang mempunyai LED pasti menambah feel untuk berada di alam maya.",
"Wireless earbuds ini sesuai dijadikan hadiah buat lelaki yang suka mendengar musik. Sesuai dipakai ketika bersenam, memandu kereta atau sewaktu bekerja. Wireless earbuds mempunyai mikrofon dan boleh berfungsi ketika membuat panggilan.",
"Fungsinya yang kalis air seperti hujan dan peluh juga boleh digunakan sehingga 5 jam. Bukan itu sahaja, produk ini mudah untuk dikawal melalui sentuhan. Jenama dari Aukey pasti tidak menghampakan anda.",
"Tali Pinggang adalah salah satu aksesori bagi lelaki untuk kelihatan lebih bergaya. Jenama dari Lancestor Polo amat berkualiti kerana diperbuat daripada microfiber.",
"Istimewanya tali pinggang ini kerana dapat diselaraskan sehingga 37 saiz berbeza dan boleh dipotong dengan mudah mengikut kepanjangan yang anda mahukan tanpa menggunakan tali ukur.",
"Terdapat lima design yang mempunyai logo yang kemas dan rapi. Harga semestinya bawah RM 70 memang tulen dan asli dari Lancestor Polo. ",
"Tie sesuai diberikan kepada lelaki yang bekerjaya dan bekerja di pejabat. Bukan itu sahaja, ianya sesuai untuk dipakai bersama suit ketika menghadiri sebarang majlis formal, menghadiri seminar, konvokesyen, majlis perkahwinan dan sebagainya. Tie dari Emmer Zecna mempunyai kualiti yang baik.",
"Diperbuat 100% daripada microfiber yarn memang sangat mudah untuk diseterika. Design dan warna yang dikeluarkan pula dipilih dari gaya Eropah.",
"Tak pelik jika ada lelaki yang suka memotong rambut sendiri kerana lebih jimat, selamat dan dapat mengikut citarasa yang diingini. Jika pasangan anda salah satu golongan tersebut, berikan hair trimmer dari jenama Kemei ini sebagai hadiah pasti seronok. ",
"Setiap pembelian anda akan peroleh 11 item lain. Bukan sahaja dapat memotong rambut, malah dapat mencukur misai, janggut, bulu hidung dan sebagainya.",
"Bukan wanita sahaja yang perlukan set penjagaan diri, malah lelaki turut memerlukan set ini agar lebih bergaya, segar dan berseri.",
"Set asas penjagaan diri dari Nivea sangat berbaloi dijadikan hadiah. Harga bawah RM 50 anda boleh dapatkan pencuci muka, deodoran dan krim rambut. 3 produk ini sangat diperlukan oleh setiap lelaki dan menjadi keperluan harian bukan untuk orang lain, tetapi untuk keselesaan diri. ",
"Smart watch adalah hadiah untuk lelaki yang terbaik lebih-lebih lagi lelaki yang pentingkan kesihatan dan suka bersenam. Hal ini kerana, kebanyakan smart watch termasuk dari jenama Realme mempunyai fungsi untuk bersukan.",
"Jam tangan pintar Realme mempunyai skrin yang besar dan mengandungi lebih 90 mode bersukan seperti mendaki, berbasikal dan yoga. Keistimewaan jam ini adalah bateri mampu bertahan sehingga 12 hari, kalis air dan dapat mengawal oksigen dalam darah dan lain-lain.",
"Tak perlu membazir masa, duit dan tenaga untuk ke gym membina badan. Hadiahkan pasangan anda kerusi six pack care ini pasti berbaloi dan puas hati. Tak perlu lagi berebut alat di gym.",
"AB Six Pack Care mempunyai pelbagai fungsi untuk melakukan pelbagai senaman seperti press-up, sit-up, reverse crunch, leg raise dan sebagainya. Hanya dengan satu alat, pengguna boleh melakukan banyak senaman untuk mengurangkan berat badan, membakar lemak, membentuk tubuh six pack dan sebagainya.",
"Juicer juga boleh dijadikan hadiah buat mereka yang pentingkan penjagaan makanan yang sihat dan kesihatan diri. Bukan sahaja sihat, malah minum minuman berjus yang dibuat sendiri akan lebih segar dan berkhasiat kerana 100% tanpa bahan pengawet atau pewarna.",
"Juicer dari Imbaco pasti berkualiti dan menjadi pilihan ramai. Walaupun kecil namun boleh menghasilkan sehingga 500ml isipadu jus. Pembelian dari penjual di bawah akan mendapat 9 item lain yang akan memudahkan proses menghasilkan jus.",
"Buat pasangan anda yang gilakan musik, anda boleh hadiahkan mereka sebuah gitar. Gitar merupakan alat musik yang perlu ada buat penggemar musik untuk menyanyi dan menghasilkan lagu.",
"Lagi istimewa jika gitar yang diberikan mempunyai logo atau nama penerima. Pasti ianya menjadi sebuah hadiah bermakna buatnya. Gitar yang berkualiti ini mempunyai enam pilihan warna dan dijual dengan harga yang berbaloi.",
"Salah satu aksesori kereta yang perlu ada dalam sesebuah kereta adalah phone stand holder. Dengan alat ini, pengguna dapat menonton drama dalam telefon bimbit serta melihat waze tanpa memegangnya.",
"Phone stand ini boleh diletakkan pada cermin depan, dashboard atau mana-mana permukaan yang rata. Selain itu, ianya kukuh dan boleh diputar sehingga 360 darjah. Reka bentuk yang padat dan fleksibel tidak akan menghalang pandangan pemandu.",
"Jika pasangan anda seorang yang bekerja kuat pasti selalu lenguh-lenguh badan dan jika anda tiada masa nak mengurutnya, hadiahkan mesin urut badan sahaja padanya. Tak perlu ke spa untuk hilangkan rasa sengal, mesin ini sudah cukup membantu.",
"Mesin ini boleh mengurut tengkuk, bahu, belakang badan, pinggang dan lain-lain. Sesuai digunakan semasa di rumah atau pejabat. Hadir dengan remote memang senang untuk dikawal. Warga emas, dewasa dan remaja juga boleh menggunakannya.",
"Buat pasangan anda yang menggilai jam tangan, apa kata anda berikan organizer atau kotak jam agar segala koleksi jam dapat dikumpul pada satu tempat. Lebih mudah mencari dan jam tangan juga terlindung dari habuk dan debu.",
"Kotak ini boleh memuatkan 12 jam tangan, 4 tali jam dan ada laci di tingkat bawah dengan 5 kotak. Bukan jam sahaja boleh letak, cincin dan aksesori yang lain pasti muat. Design sangat eksklusif setanding kualitinya.",
"Powerbank sudah menjadi satu keperluan kerana fungsinya yang memudahkan setiap individu dan boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Gamer atau mereka yang sering keluar bekerja di luar kawasan terutamanya amat memerlukan powerbank.",
"Powerbank jenama Pineng tidak asing lagi dalam kalangan pengguna kerana berkualiti dan mampu bertahan dengan lama. Kapasiti sehingga 30000mAh yang boleh mengecas sehingga 8-10 kali.",
"Kain pelikat antara barang yang pasti digunakan oleh kaum Adam. Apa kata anda belikan kain baru dan hadiahkan kepada mereka. Kain pelikat yang berjenama, terkenal dan mempunyai kualiti yang bagus adalah Gajah Duduk.",
"Kain pelekat dari Gajah Duduk sangat lembut, tak panas dan tidak jarang. Edisi hitam & putih merupakan antara yang terlari kerana warna dan corak yang cantik. Yang penting kain pelikat ini siap jahit. Pembelian disertai dengan kotak eksklusif.",
"Sekali sekala bagi hoodie berjenama pasti tidak akan membazir. Malah menjadi hadiah yang sentiasa diingati kerana kualitinya yang baik dan jenis kain yang tahan lama.",
"Plain hoodie dari jenama Champion ini mempunyai warna hitam dan putih serta berlengan panjang. Kainnya selesa, sejuk dan lembut. Pastikan original baru berbaloi untuk dijadikan sebagai hadiah.",
"Kad hadiah Netflix sesuai dijadikan hadiah memandangkan ianya kini tidak memerlukan kad kredit atau debit untuk membelinya. Jika pasangan anda seorang kaki movie, pasti mereka gembira menerimanya.",
"Hot wheels atau dikenali sebagai diecast merupakan model kereta miniatur bukan sahaja menjadi kegilaan kanak-kanak, dewasa terutamanya lelaki juga mempunyai hobi mengumpul barangan ini. Kebanyakan lelaki suka mengumpul hot wheels yang merupakan kereta idaman mereka.",
"Reka bentuk hot wheels sangat kukuh dan menarik kerana dapat dimainkan di trek. Beli dengan seller di bawah, anda boleh dapatkan 5+1 hot wheels yang eksklusif.",
"Tak perlu tunggu raya untuk beli baju melayu. Hadiahkan saja pada bila-bila masa kerana ianya sesuai untuk dipakai sewaktu menghadiri majlis perkahwinan, solat Jumaat dan majlis lain. Baju melayu bersama sampin songket pasti memukau setiap mata yang memandang.",
"Songket Dunia cukup terkenal dalam dunia baju melayu. Pembelian baju melayu ini termasuk kotak eksklusif, butang baju, sarung dan sarung tangan.",
"Kain sangat selesa dan sejuk kerana diperbuat daripada premium duchess dengan potongan slim fit. Jangan lupa tambahkan samping pada setiap pembelian kerana gayanya yang sangat mewah, berbaloi dengan harganya.",
"Tak kurang hebat, jubah juga menjadi pilihan ramai lelaki untuk memakainya terutama ketika menghadiri majlis keagaamaan dan solat jumaat.",
"Jubah dari Starvilion ini mempunyai potongan regular fit, satu poket di bahagian atas dada dan dua poket di sisi membuatkan baju ini kelihatan simple tetapi menarik dan terletak kemas. Kainnya tebal, tidak jarang dan kelihatan mewah.",
"Tidak menjadi masalah jika anda memberikan selipar sebagai hadiah untuk lelaki kerana barangan ini sudah tentu bermanfaat dan dapat dipakai oleh penerima tersebut setiap hari.",
"Selipar berjenama Tropix antara selipar yang selesa dipakai walaupun harga bawah RM 30. Senang dipakai kerana hanya perlu disarung. Material kasut lembut, selesa dan anti-slip.",
"Jika pasangan, adik lelaki atau mungkin ayah anda seorang yang aktif dengan sukan terutama bola sepak, hadiahkan kasut bola yang baru dapat menjimatkan bajet mereka. Mana tahu mungkin kasut bola yang kini sudah rosak.",
"Kasut bola dari PUMA antara yang terlaris di pasaran. Pelbagai design dan warna yang menarik setanding dengan kualitinya. Beli dengan seller di bawah tentu original.",
"Bean bag sofa ni lagi selesa untuk duduk atau baring berbanding sofa biasa. Sangat lembut, gebu dan tidak panas. Memang best untuk merehatkan diri sehingga kadangkala boleh tidur dengan lena di atas sofa ini.",
"Bean bag sofa mampu menampung sehingga 250kg dan mempunyai waranti selama setahun jika ada tetasan jahitan dan kerosakan zip. Tengok movie sambil baring atas sofa gebu ini pasti terlena.",
"Khas untuk kaki game, keyboard memang sesuai dijadikan hadiah buat mereka. Paling spesial, gaming keyboard ini mempunyai lampu LED dan disertakan dengan mouse LED.",
"Setiap gamer sudah pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai ruang atau bilik game tersendiri. Apa kata anda menyumbang salah satu alat yang memang diperlukan sebagai menyokong minat terhadap hobi mereka.",
"Pelajar atau sesetengah pekerjaan memang memerlukan kad nama diri yang digantung pada leher. Namun kini, sudah menjadi trend memakai lanyard kerana kelihatan lebih bergaya terutama golongan remaja.",
"Hadiahkan lanyard yang mempunyai kata-kata hikmah atau semangat pasti menaikkan motivasi mereka setiap hari sambil bergaya dengan konfiden. Lanyard ini sesuai untuk menggantung telefon bimbit, keychain, mp3, kamera dan sebagainya.",
"Tak pelik sekiranya ada lelaki yang lebih gemar memakai clutch berbanding dompet. Hal ini kerana clutch mempunyai ruang yang besar dan boleh memuatkan pelbagai barang seperti kunci, telefon bimbit, mini ipad, sikat, powerbank dan sebagainya.",
"Oxwhite clutch bag yang diperbuat daripada nylon mempunyai kualiti yang baik. Terdapat dua poket di dalam clutch dengan satu poket berzip. Penggunaan clutch sesuai di bawa ke mana-mana seperti ke majlis korporat, majlis formal, pasar dan lain-lain.",
"Baju jersey bukan sahaja sesuai untuk dipakai sewaktu bersukan, malah pakai harian di rumah atau sewaktu berkebun juga selesa kerana kainnya yang ringan, sejuk dan lembut.",
"Jersey keluaran Al-Ikhsan antara jersey terbaik. Harga sememangnya setanding dengan kualitinya yang bagus.",
"Sejadah sudah menjadi satu keperluan lagi-lagi ketika mengunjungi masjid ketika pandemik ini. Hadiahkan pasangan atau ahli keluarga dengan sejadah poket memang memudahkan kerana senang dilipat, kecil, ringan dan mudah dibawa.",
"Letak sahaja sejadah poket dalam kereta agar mudah untuk anda solat jika pergi bercuti di tempat yang jauh. Beli sejadah poket yang mempunyai corak seperti sejadah atau karpet di Raudhah, Masjid Nabawi pasti dapat mengimbau kenangan sewaktu berada di sana.",
"Backpack sangat sesuai dijadikan hadiah untuk lelaki yang suka mengembara, berkhemah atau mendaki gunung. Hanya dengan satu beg yang mempunyai banyak ruang penyimpanan barang pasti dapat memudahkan mereka untuk mengemas pakaian dan alatan lain.",
"Beg yang kalis air ini mampu memuatkan pelbagai barangan seperti khemah, portable gas, laptop, kasut dan sebagainya.",
"Ramai yang memilih aktiviti berbasikal sebagai senaman kerana dapat layan keindahan sekeliling sambil mengeluarkan peluh dan meningkatkan stamina. Jika pasangan anda seorang yang gemar berbasikal, hadiahkan mereka basikal lipat agar mudah dibawa ke mana-mana. ",
"Basikal 26 inci ini mempunyai 21 tahap kelajuan dengan berat 19kg-21kg mengikut jenis basikal. Walaubagaimanapun sangat mudah untuk dilipat dan disimpan di dalam kereta mahupun di rumah. Basikal lipat ini sesuai untuk mereka yang mempunyai ketinggian 150cm ke atas.",
"Lelaki terutama remaja dan dewasa sudah tentu ada yang suka mendengar musik yang kuat untuk menghilangkan stress dan menghiburkan hati. Dengan harga tak sampai RM 50 anda boleh dapat 3 set speaker yang mempunyai bunyi yang kuat dan jelas.",
"Lebih menarik apabila speaker ini boleh disambungkan dengan Bluetooth. Speaker dari jenama Vinnfier sememangnya berkualiti dan memuaskan.",
"Baju kemeja sesuai dipakai untuk ke pejabat, menghadiri majlis formal dan untuk keluar bersama pasangan. Pakai baju kemeja kelihatan lebih segak dan bergaya.",
"Kemeja dari jenama Forest sangat berkualiti dan diperbuat daripada kain cotton dan woven. Kolar yang klasik mencantikkan lagi design kemeja ini dengan lengannya yang pendek.",
"Buat anda yang mempunyai pasangan yang suka bermain game, pasti mereka seronok jika menerima hadiah 3D VR. Alat ini mampu membuatkan pemakai merasai pengalaman sebenar dalam game walaupun realitinya berada di alam maya kerana memaparkan pandangan 360 darjah.",
"Produk ini mempunyai kanta blu-ray dimana dapat melindungi mata dari cahaya biru yang terhasil daril skrin yang merbahaya. Pembelian termasuk VR 3D, kain pencuci dan controller.",
"Tak dinafikan ramai peminat kopi terutama dalam golongan lelaki, tak kira warga emas mahupun dewasa. Kopi dapat menyegarkan mata dan memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan. Namun jika berlebihan, pasti dapat memudaratkan diri.",
"Walaupun begitu, jika pasangan anda gemarkan kopi berikanlah mesin kopi sebagai hadiah. Mesin kopi dari Konka antara yang terbaik kerana fungsi dan bentuknya yang minimal namun dapat menghasilkan pelbagai jenis kopi yang sedap, mudah dan cepat.",
"Butang baju melayu juga seperti pin tudung wanita yang sering hilang ketika hendak digunakan. Solusinya, anda boleh borong banyak butang baju dengan harga yang murah di Shopee dan jadikan koleksi di rumah.",
"Walaupun murah, kualitinya terjamin serta tahan lasak dengan pelbagai design dan warna yang memukau. Antara design yang laris adalah butang keris membuatkan baju kelihatan lebih eksklusif.",
"Pasti ramai lelaki akan suka jika dihadiahkan set alatan bertukang termasuk cordless screw driver ni. Pelbagai alat lain juga diletakkan dalam satu beg ini seperti penukul, plier, tali pengukur dan banyak lagi.",
"Cordless screw driver mampu digunakan sebanyak 250 kali jika di caj penuh selama 60 minit. Tak perlu lagi mencari plug point ketika bertukang, dengan alat ini semua kerja bertukang menjadi mudah.",
"Belikan jam loceng buat lelaki yang mempunyai masalah sukar untuk bangun pagi. Jam digital pasti dapat membangunkan mereka dengan pelbagai fungsi lain.",
"Istimewanya, jam loceng digital ini mempunyai fungsi Bluetooth, speaker dan cermin bersama lampu LED. Memang sesuai dijadikan lampu tidur. Setiap pembelian akan peroleh 1 jam digital, 1 usb dan panduan penggunaan.",
"Sapu tangan bukan sahaja digunakan untuk mengelap, malah kini menjadi trend untuk berfesyen terutama sewaktu memakai suit atau tuxedo. Sesuai untuk lelaki bekerjaya atau yang sering menghadiri majlis korporat.",
"Gundam atau turut dikenali sebagai Gunpla adalah model mini atau miniatur anime yang perlu dipasang sendiri. Ianya menjadi satu hobi khususnya buat pencinta anime walaupun cara pemasangannya agak sukar tetapi memuaskan. Setiap gundam boleh dicipta mengikut citarasa dan kreativiti sendiri.",
"Massage gun sering digunakan untuk mereka yang aktif bermain atau bersenam di gym. Kalau ada di rumah macam-macam boleh buat. Contohnya, jika mengantuk dan penat urut guna massage gun ini terus segar.",
"Massage gun boleh digunakan untuk mengurut seluruh badan menggunakan enam kepala berlainan seperti fork head, flat head, shavel head, bullet head dan lain-lain. Terdapat 30 kelajuan berbeza mengikut jenis urutan yang anda mahukan. ",
"Kaki pancing pasti memerlukan alatan yang lengkap untuk memancing pada waktu lapang. Hadiahkan untuk suami set memancing yang baru pasti beliau suka. ",
"Set memancing di atas lengkap dengan beg memancing, joran, kelili, mata kail dan lain-lain. Memang mudah di bawa ke mana-mana kerana rekabentuk joran yang boleh diselaraskan dengan sepanjang 33cm sahaja.",
"Kini bukan sahaja golongan wanita yang sukakan fotografi dan videogarfi, malah golongan lelaki turut mempunyai hobi seperti ini. Jika pasangan anda salah satu yang memiliki minat yang sama, hadiahkan Go Pro yang mudah di bawa bersama kerana bentuknya yang kecil.",
"Walaupun kecil namun kualiti gambar dan video sangat jelas dan cantik. Sesuai untuk rakam gambar, buat vlog dan sebagainya. Antara kelebihan Go Pro adalah mempunyai wide angle, kalis air, mampu merakam gambar dari jauh dan aktiviti lasak. ",
"Go Pro Hero 10 Black merupakan go pro terbaru yang mempunyai berat 153g dan kamera aksi yang menawarkan 5.3K rakaman video. Antara kelebihan Go Pro Hero 10 Black adalah salutan kanta hidrofobik serta kadar bingkainya meningkat.",
"Komik bukan sahaja digemari oleh golongan kanak-kanak, golongan dewasa turut menjadikan ia sebagai hobi pada waktu lapang. Khas untuk penggemar anime, hadiahkan mereka siri-siri anime yang menarik di pasaran.",
"Salah satu komik yang terlaris di pasaran adalah Attack On Titan yang mempunyai 33 volume. Borong sebanyak mana yang anda mampu untuk hadiahkan buat yang tersayang.",
"Planner sangat sesuai untuk golongan yang bekerjaya, ahli perniagaan dan lain-lain. Dalam kesibukan bekerja, planner diperlukan agar setiap urusan disusun teratur, catat perkara atau peristiwa penting dan sebagai peringatan terhadap apa yang ingin dilakukan.",
"Plain planner yang berbentuk segi empat tepat sesuai untuk lelaki kerana tidak terlalu besar dan mudah untuk di bawa. Planner ini menggunakan kualiti kertas yang tinggi serta mempunyai penanda buku.",
"Set stoking dari jenama Nike juga boleh dijadikan hadiah untuk lelaki. Terdapat 5 pasang stoking yang mempunyai logo Nike. Design yang simple tapi kelihatan eksklusif. Kualiti selesa yang tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Sesuai dipakai untuk bersukan, kasual dan lain-lain.",
"Electric Cooker ini sangat efisyen dan sesuai untuk lelaki yang baru belajar untuk memasak atau selalu kerja ke luar kawasan. Mudah untuk digunakan kerana menggunakan elektrik dan tidak perlu dikawal tahap kepanasan. Sistem keselamatan juga baik kerana jika melebihi paras 200 degree celsius, electric cooker ini automatik akan ditutup sendiri. ",
"Selain itu, ianya tidak mudah melekat, mudah dibasuh dan boleh digunakan untuk menggoreng, mengukus dan rebus. Dengan sekali tekan pada butang on/off sahaja sudah boleh digunakan.",
"Dashcam juga merupakan salah satu aksesori kereta yang amat diperlukan sekarang. Ianya penting sebagai bukti rakaman jika berlaku sebarang kemalangan atau sesuatu kejadian berlaku terhadap diri atau orang sekeliling. ",
"Ddpai dash cam antara model yang terlaris dan terbaik di pasaran. Bentuknya yang minimal tidak menyesakkan pandangan pemandu. Kualiti gambar jelas walaupun dalam gelap. ",
"60 hadiah untuk lelaki sudah kami sediakan untuk anda dengan link pembelian di Shopee agar urusan anda lebih mudah. Idea hadiah tersebut sudah tentu bermanfaat buat penerima dan tahan lama. Kami juga ada menulis artikel lain seperti hadiah untuk ibu, hadiah untuk ayah dan hadiah untuk suami",
"Pendapat di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia merupakan pendapat dan pandangan penulis."
] |
https://bidadari.my/resepi-chocolate-chip-cookies/ |
Resepi
Resepi Chocolate Chip Cookies (Rasa mahal!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
| [
"Kalau kita mengidam akan chocolate chip cookies, pasti sahaja kita akan ke kedai seperti Famous Amos ataupun Subway. Namun begitu, cookies ini tidaklah murah dan sekiranya kita perlu membeli dalam jumlah yang banyak, pasti menelan kos yang tinggi. ",
"Oleh itu, ada satu lagi alternatif untuk anda yang ingin jimat akan tetapi masih lagi menyediakan sesuatu yang lazat dan menyelerakan. Ya, anda boleh menyediakan sendiri chocolate chip cookies ini! ",
"Resepi yang kami bawakan kali ini telah dikongsikan oleh Zulaikha Ika dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Cara pembuatannya juga mudah dan boleh diikuti oleh sesiapa sahaja. Tanpa membuang masa, jom! Let’s check it out! ",
"Nota: Campurkan bahan bertanda * dahulu dan kacau sehingga sebati.",
"Resepi – resepi lain yang menarik: ",
"Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!"
] |
https://bidadari.my/anak-lambat-berjalan/ |
Keluarga, Petua Tips
Anak Lambat Berjalan? 5 Tips Untuk Bantu Anak Jalan Sendiri
Oleh Siti Awadah
| [
"Apabila anak lambat berjalan, mesti ibu bapa akan mula berasa risau kan? Mana tidaknya, berjalan adalah salah satu fasa yang boleh memberitahu kita bahawa anak sedang membesar dengan baik dan jika sudah lambat berjalan begini sudah tentu pelbagai andaian muncul dalam diri setiap ibu bapa yang sedang mengalaminya. ",
"Anak Lambat Berjalan, Normal Atau Tidak?",
"Sebenarnya setiap anak itu berbeza tahap perkembangan masing-masing. Kerana itu ada anak yang cepat berjalan dan ada juga yang sedikit lambat atau ketinggalan di belakang usia kanak-kanak yang sebayanya. Sebab itu ada kanak-kanak yang sudah mula boleh berjalan seawal 10 bulan dan sebaliknya. ",
"Maka ibu bapa janganlah cepat membuat andaian bahawa lambat berjalan itu adalah tidak normal. Ada baiknya cuba untuk faham situasi sebelum membuat sebarang kesimpulan. Apa yang kita perlu risau adalah apabila anak tidak tahu berjalan selepas usia 18 bulan. Maka pada ketika itu ibu bapa akan di minta untuk berjumpa dengan pakar bagi mengenalpasti punca kelewatan anak berjalan. ",
"Di rumah, ibu bapa boleh melakukan pemeriksaan awal untuk tahu apakah anak ada masalah atau tidak dengan memeriksa bahagian tapak kakinya. Sebagai contoh, apabila anak dah masuk umur setahun dan lambat jalan boleh check bahagian tapak kaki anak tu kalau-kalau ada sebarang tanda lain yang tidak sepatutnya seperti bengkak dan lain-lain lagi. ",
"Antara Punca Mengapa Anak Lambat Berjalan Berbanding Kanak-Kanak Lain",
"Untuk pengetahuan anda juga, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini lewat bejalan. Antara faktor-faktor tersebut adalah : ",
"Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak itu lewat berjalan semasa mereka kecil, maka anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama.",
"Bayi yang dilahirkan pramatang lazimnya mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan termasuk lewat berjalan.",
"Masalah saraf disebabkan kecederaan pada otak kanak-kanak yang sedang berkembang. Ia menjejaskan koordinasi otot dan pergerakan.",
"Penyakit seperti muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy menyebabkan banyak otot menjadi lemah.",
"Kekurangan zat dan penyakit berlarutan menjejaskan perkembangan fizikal kanak-kanak dan secara tidak langsung jejaskan pergerakannya.",
"Kondisi seperti keting bengkok (bow leg), tinjit (talipes equinus), CTEV, kaki tidak sama panjang (leg length discrepancy) yang ketara.",
"6 Tips Untuk Ajar Anak Berlatih Hingga Pandai Berjalan Sendiri",
"1 – Mulakan Dengan Aktiviti Merangkak Bersama",
"Sebelum boleh mula berjalan, anak-anak perlu pandai merangkak dulu. Ini penting supaya anak akan berasa lebih yakin untuk menapak dengan menggunakan ke dua-dua kakinya. Ohya elakkan guna dari guna walker bagi menggalakkan anak merangkak dan menjelajah untuk mengetahui apakah benda yang ada di sekelilingnya dengan rasa bebas.",
"Anda juga boleh lumba merangkak dengan anak. Caranya adalah dengan meletakkan barang atau permainan yang baby suka sedikit jauh. Kemudian biarkan si anak merangkak ke arah objek tersebut dan anda juga boleh ikut sama merangkak bersamanya.",
"2 – Ajak Anak Bermain Di Sofa Rumah",
"Perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan. Nak lagi mudah ajak anak bermain di sofa dengan kaedah turun naik.",
"3 – Bawa Anak Main Pasir Pantai",
" Ajak anak berjalan di permukaan kasar, sejuk dan berpasir. Ini bagi anak tahu bahawa tidak semua permukaan itu sama. Si anak juga dapat mula membiasakan diri dalam apa juga keadaan permukaan. ",
"4 – Ajak Anak Bermain Di Atas Hamparan Rumput Hijau",
"Kerap berjalan berkaki ayam di atas rumput juga dapat membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman. ",
"5 – Pegang / Pimpin Tangan Anak Selalu",
"Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi. ",
"6 – Urut Kaki Anak Dengan Minyak ",
"Ibu bapa juga boleh melakukan urutan lembut pada anak untuk membantunya bersedia dengan lebih awal. Urutan sebegini boleh dilakukan dengan bantuan minyak aromaterapi dan sebagainya. Bayi bukan saja bertambah tenang malah terasa lebih selesa dan bersedia. ",
"7 – Pakaikan Bayi Dengan Kasut Pertama Yang Sesuai",
"Dapatkan kasut untuk anak berlatih berjalan di luar dengan memastikan yang kasut itu di beli dalam saiz yang sesuai. Cara paling mudah adalah dengan memakaikan kasut tersebut ke kaki anak sendiri sebelum di buat bayaran. ",
"Seperkara lagi, dikatakan juga yang tapak kaki boleh membesar sebanyak 5% berbanding awal pagi. Jadi, seelok-eloknya dapatkan saiz kaki bayi yang paling stabil pada waktu petang.",
"Adakah ‘Walker’ Boleh Membuatkan Bayi Lebih Cepat Berjalan?",
"Jawapan mudahnya, TIDAK! Walaupun ‘walker’ atau apa-apa jenis kerusi yang membantu bayi duduk ini dapat membantu kita memudahkan kerja, para penyelidik bersepakat bahawa ia sama sekali tidak membantu kepada perkembangan bayi. Sebaliknya, bayi akan menjadi lebih kuat apabila mereka dilatih untuk bangun dan menahan badan sendiri di atas lantai atau katil. "
] |
https://bidadari.my/lampin-bayi/ |
Keluarga
Lampin Bayi: Tips Dan Petua Jimat Beli Yang Anda Tak Pernah Terfikir Selama Ini!
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Membesarkan bayi memerlukan kos yang sangat tinggi. Ia adalah kenyataan yang perlu kita semua hadapi. Kita perlu membayar yuran taska atau pengasuh, membeli susu dan lampin pakai buang, malah pemeriksaan dan imunisasi juga bukan murah harganya. ",
"Oleh itu, kami faham bahawa anda cuba untuk berjimat selagi yang mampu. Salah satu daripada perkara yang boleh dijimatkan ialah lampin bayi yang dipakaikan kepada bayi setiap hari.",
"Pernah tak anda kira berapa ringgit yang anda belanjakan untuk membeli lampin bayi anda setiap bulan? Pastinya anda terkejut kalau kami katakan total duit yang anda keluarkan untuk membeli lampin bayi anda setiap bulan, kalau disimpan boleh dapat sebentuk cincin emas setiap bulan. Anda mesti teruja nak tau tips jimat beli lampin bayi yang nak kami kongsikan sekejap lagi, betul tak?",
"Gunakan lampin kain pada waktu siang, gunakan lampin pakai buang pada waktu malam sahaja",
"Pernahkah anda terfikir bahawa anda boleh berjimat dengan sangat banyak jika bertukar kepada lampin kain yang boleh dibasuh dan digunakan semula? Malah harga lampin kain adalah sangat murah dan tidak membebankan untuk dibeli. Jika anda ingin menggunakan lampin kain, di antara perkara asas diperlukan ialah:",
"Walau bagaimana pun, walau pun lampin kain adalah murah dari segi kos, tidak ramai ibu yang memilih untuk menggunakannya memandangkan lampin kain perlu dibasuh dan dibersihkan setiap hari. Ianya adalah amat memenatkan. ",
"Tambahan lagi, lampin kain tidak sehebat lampin pakai buang dalam aspek serapan. Lampin kain perlu disalin dengan lebih kerap berbanding lampin pakai buang, jadi pada waktu malam pastinya ia akan menjejaskan tidur si ibu akibat perlu menukar lampin bayi dengan kerap.",
"Oleh itu, kami sarankan agar anda menggunakan lampin kain pada waktu siang sahaja. Pada waktu siang anda berada dalam keadaan jaga maka tiada masalah untuk selalu menukar lampin bayi jika memakai lampin kain. ",
"Pada waktu malam atau jika membawa bayi anda keluar berjalan-jalan, pakai lampin pakai buang seperti biasa bagi memudahkan urusan anda. Bijak kan idea kami?",
"Selain menjimatkan wang, pemakaian lampin kain juga mengurangkan risiko bayi anda terkena ruam bayi kerana ia tidak mempunyai bahan kimia seperti lampin pakai buang. ",
"Jika bayi anda dipakaikan lampin pakai buang, setiap kali bayi anda membuang air kecil atau air besar, najis akan bertindak balas dengan bahan kimia yang ada dalam lampin pakai buang tersebut lalu menyebabkan kerengsaan pada kulit. Akibatnya bayi anda akan mula mengalami ruam lampin. ",
"Itulah puncanya kalau anda perasan, bayi anda cuma serasi dengan jenama lampin yang tertentu sahaja. Jenama yang lain akan menyebabkan bayi anda mengalami ruam lampin. Jika bayi anda dipakaikan dengan lampin kain, kebiasaannya masalah ruam lampin sangat jarang berlaku kerana tiada bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kulit bayi anda yang lembut. Maka anda tidak perlu lagi risau dengan masalah ruam lampin yang memeningkan.",
"Walau bagai mana pun jika anda meninggalkan bayi dengan taska atau pengasuh, disarankan supaya anda berbincang dengan mereka terlebih dahulu sebelum menukar lampin bayi anda kepada lampin kain semasa menghatar bayi anda untuk dijaga. Ini kerana pemakaian lampin kain agak leceh. Malah ada taska yang mempunyai polisi yang melarang sama sekali penggunaan lampin kain. ",
"Beli lampin pakai buang secara online",
"Setiap kali membeli lampin pakai buang untuk bayi anda, pastinya anda akan membandingkan harga di antara setiap kedai dan pasaraya, bukan? Kat mana harganya paling murah, di situlah anda akan beli setiap bulan. Atau pun jika anda dengar ada jualan murah lampin pakai buang bayi, anda akan memborong setakat yang mampu untuk berjimat.",
"Namun tahukah anda bahawa pada zaman moden ini, membeli lampin pakai buang secara online di laman web seperti shopee dan lazada adalah jauh lebih murah memandangkan ada ramai penjual yang bersaing untuk mendapatkan jualan yang banyak. Persaingan yang wujud akan menyebabkan lampin pakai buang bayi dijual dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga yang dijual di kedai atau pasaraya.",
"Apa yang lebih menarik, laman web seperti shopee selalu mengadakan jualan murah. Dah lah harganya memang sedia murah daripada harga yang dijual di kedai dan pasaraya, ada jualan murah lagi. Untung berganda-ganda untuk anda. ",
"Oleh itu, selepas ini jika anda nak membeli lampin pakai buang untuk bayi anda, sila beli secara online untuk mendapat penjimatan yang banyak. Kalau anda bernasib baik, anda juga akan mendapat free gift yang menarik dari penjual di sana.",
"Itulah dia info tentang tips jimat membeli lampin bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang ruam bayi dan bayi tidak berak"
] |
https://bidadari.my/resepi-batang-buruk/ |
Resepi
Resepi Batang Buruk @ Popia Kacang Hijau (Rangup Garing)
Oleh Rahayu Z
| [
"Perkongsian kali ini iaitu popia kacang hijau a.k.a. batang buruk. Kenapa dipanggil batang buruk ya?",
"Bentuknya yang panjang menyerupai batang. Diambah taburan kacang hijau menambah andaian seakan ia sebuah batang pokok yang buruk.",
"Namun rasanya tidaklah seburuk tampilannya. Batang buruk dibuat menggunakan kulit popia menjadikan ia rangup. Taburan gula aising dan susu tepung membuat ia terasa lemak manis.",
"Batang buruk sedap untuk dijadikan camilan hari Raya. Tidak bosan makan dan tetamu mesti suka. Kanak-kanak hingga orang dewasa selalu menginginkannya. Selamat mencuba resepi perkongsian daripada Sarina MdNayan di laman Facebook.",
"Selain resepi batang buruk , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/7-resepi-ayam/ |
Resepi
25 Resepi Ayam Viral Menarik Mak-Mak Boleh Cuba Masak (2023)
Oleh Rahayu Z
| [
"Masakan berbahan asas ayam memang selalu digemari. Hampir seluruh masyarakat malaysia sangat menyukai ayam dan menjadikannya makanan harian. Daging ayam yang wangi dan lembut serta perpaduan rempah-rempah dalam masakan sangat membangkitkan selera.",
"Aneka resepi ayam viral yang menarik dan banyak dicari oleh rakyat Malaysia telah kami tuliskan di bawah ini. Secara keseluruhan resepi ini sangat mudah diikuti.",
"Dengan 25 resepi ayam viral yang gempak ini, anda boleh mencipta hidangan sedap dan menarik macam restoran di rumah anda. Konfirm ahli keluarga akan suka hidangan ayam yang anda sajikan, selamat mencuba.",
"1. Resepi Ayam Goreng Kedai Mamak",
"Siapa yang tak suka ayam goreng mamak. Kerangupan dan kriuk-krik nya yang lazat sangat disukai tekak orang melayu. Berikut ini resepi ayam goreng ala kedai mamak yang dikongsikan oleh Nurul Syafiqah di Facebook. Sila cuba resepi ini.",
"Ayam goreng kunyit selalu menjadi lauk pilihan di kedai makan melayu. Ayam ini dimasak dengan menggaulkan rempah kunyit dan pelbagai rempah lainnya dengan bahan lauk sehingga menampakkan warna yang kekuningan. Kami hadirkan untuk anda resepi ayam goreng kunyit yang mudah dikongsikan oleh Nina Mahdar di Facebook. Selamat mencuba.",
"Masakan asal Jawa ini merupakan salah satu makanan terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bagaimana tidak, rasanya yang garing dikombinasi dengan pelengkap dan ratus rempah, sangat disukai untuk dijadikan makanan tengah hari. Merujuk resepi yang dikongsikan oleh Nur Alyani di Facebook, sila ciptakan ayam penyet sedap buatan anda.",
"Masakan ayam satu ini juga merupakan makanan yang famous dalam kalangan masyarakat Melayu. Yang paling menarik dari makanan ini ialah serdak-serdaknya yang kaya akan rempah. Ayam goreng berempah sangat sesuai dimakan bersama nasi putih. Sila cuba dirumah anda resepi ayam goreng berempah yang dikongsikan oleh Murni Rahmat di Facebook.",
"Boleh juga cuba resepi ayam goreng berempah versi lain di sini yang menarik.",
"Mendengar namanya saja sudah menarik apalagi memakannya. Kerana rasa yang unik inilah chicken mango menjadi salah satu antara makanan yang paling dicari 2018. Kami tuliskan untuk anda resepi chicken mango yang paling mudah dan sedap dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di Facebook. Selamat mencuba.",
"Ayam masak merah dapat dijumpai dimana-mana kedai Melayu. Ayam masak merah biasa dijadikan lauk untuk nasi putih mahupun nasi lemak. Sila baca dan ikuti resepi ayam masak merah yang dikongsikan oleh Maimunah Binti Zulkifli di Facebook seperti di bawah ini.",
"Boleh cuba juga resepi ayam masak merah viral ini.",
"7. Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers",
"Ini ialah resepi yang paling dicari. Ayam bakar Kenny Rogers telah menarik hati orang ramai. Mulai sekarang anda tak perlu lagi pergi restoran untuk menyantap hidangan ini. Sila cuba resepi ayam bakar yang dikongsikan di Facebook oleh Cik Pooja di bawah ini dan ciptakan ayam bakar restoran di rumah anda.",
"Boleh juga cuba versi resepi ayam bakar lain yang menarik di sini.",
"8. Resepi Ayam Masak Cili Kering",
"Aduhai! Tiba-tiba sahaja rasa terliur terbayang jika dapat makan ayam masak cili kering tengah hari ini. Ayuh buat ayam masak cili kering untuk makan tengah hari ini. Resepi dibagikan oleh Fatin Pauzi di laman Facebook. Selamat mencuba.",
"9. Resepi Ayam Goreng Pedas Korea",
"Fafae Mimie berkongsikan cara memasak ayam goreng pedas Korea mudah di laman Facebook. Dengan resepi ini anda boleh masak dan mengisi perut tanpa harus pergi ke restoran Korea, sudahlah harganya mesti mahal bukan?",
"10. Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style",
"Masakan ini sedap dimakan dengan nasi panas. Ianya berkuah dan kuahnya pula sedap jadi makin menambah nafsu makan, anak-anak pun suka. Tanpa buang masa, mari lihat resepi yang dikongsikan oleh IsMa Lyeza di laman Facebook sekarang juga. Selamat mencuba.",
"Resepi ayam percik Kelantan menggunakan teknik Chef Wan yang sangat simple yang dicubakan oleh Yuss Aisya di laman Facebook. Tekstur ayam juicy dan empuk dicecah dengan kuah percik yang creamy. Tidak hairanlah mengapa ramai beratur panjang di kedai ayam percik di sekitar Kelantan. Resepi di bawah ini ialah untuk satu ekor ayam.",
"Lumur bahan tumbuk dengan ayam, biarkan satu jam.",
"Senang cara buat ayam bakar berempah ini. Rasa enak yang berasal daripada rempah perapan ayam yang dilumurkan bersama ayam membuat ayam terasa amat juicy dan beraroma merangsang semasa dibakar. Resepi perkongsian ramai di laman Facebook dikongsikan oleh Cik Epal di laman Facebook.",
"Kalau suka ayam bahagian dada, masa yang diambil untuk masak lagi singkat. Sebab dada ayam cepat masak. Masa untuk bakar bergantung kepada jenis ayam atau size ayam. Kalau guna thigh macam maka sama dengan resepi ini.",
"13. Resepi Ayam Madu Bakar Pasar Malam",
"Ramai sangat yang cari resepi ini. Oleh itu, pada perkongsian ini kami hadirkan resepi ayam madu bakar khas pasar malam untuk anda cubakan di rumah. Resepi mudah daripada Yaya VictoryYaya di laman Facebook.",
"Ayam panggang BBQ biasanya selalu menjadi peneman acara kemah mahupun acara outdoor lainnya. Tentunya kepiawaian dalam memasak menggunakan resepi yang sedap adalah sangat penting. Resepi daripada Rosma Ros ini dibuat dengan penuh kasih sayang dan khas untuk anda pecinta BBQ.",
"15. Resepi Ayam Kukus Chinese Style",
"Berbicara tentang sihat, ayam kukus memang antara hidangan yang cukup sihat. Ia tidak berminyak, tiada kolesterol tinggi. Sesuai untuk orang yang sedang dalam masa berpantang. Hairul Nizam Ijam dan Illyani Daud telah berkongsikan resepi menarik ini di laman Facebook tentang resepi ayam kukus. Selamat mencuba.",
"Ayam masak kicap biasa dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi. Ayam masak kicap boleh disantap pada waktu petang mahupun malam. Kanak-kanak sangat menyukai ayam masak kicap kerana rasanya tidak pedas. Resepi ini dikongsikan oleh Zur Ain Salim di Facebook. Sila cuba dan buat ayam masak kicap versi anda.",
"Boleh juga cuba versi resepi ayam masak kicap yang lain.",
"Makan tengah hari dengan nasi putih dan asam pedas ayam, siram dengan kuah pekat yang merecik menjilat jari, makan jadi berpinggan-pinggan. Tidak terasa habis 3 pinggan sekali. Bukan main sedap resepi Shashika Alia yang dikongsikan di laman Facebook.",
"Nota : Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak itu.",
"Mengikut selera masing-masing janji sedap dan kenyang. Resepi kari ayam mamak kali ini dikongsikan oleh Nazhatulshima Hashim di laman Facebook. Resepi senang untuk ditiru. Selamat mencuba.",
"19. Resepi Stew Ayam versi Tengku Puan Pahang",
"Mesti ramai yang inginkan resepi stew ayam Tengku Puan Pahang versi cik Shiela Husin yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Jom cuba resepinya. Jika dipekatkan, boleh dijadikan inti chicken pie.",
"20. Resepi Rendang Ayam Cili Api",
"Lain macam resepi rendang ayam cili api. Kami hadirkan kepada anda resepi rendang cili api yang dikongsikan oleh Ainun Sanusi di Facebook. Resepi rendang ayam cili api yang telah mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cuba resepi ini.",
"21. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi",
"Ayam masak lemak cili padi nogori style. Saking mudahnya resepi ini hanya campak semua bahan kemudian biar mereneh dan jadilah dia. Mari lihat resepinya daripada Anith Natasha di laman Facebook. Jemput baca dan selamat mencubanya.",
"22. Resepi Ayam Paprik Ala Restoran",
"Ayam paprik menu paling senang, sebab tak perlu masak menu tambahan lain. Cukup semua ada, termasuk sayur dan ayam. Masyarakat malaysia dengan ayam paprik berpisah tiada. Resepi perkongsian ramai hingga 4.4K ini dikongsikan oleh Nora Abdullah di laman Facebook. Sila cuba resepinya.",
"Boleh juga cuba versi resepi ayam paprik lain di sini.",
"Hidangan jawa ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi putih panas. Makan bersama kuah, bahkan minyak dalam kuahnya itu pun lagi sedap. Kami hadirkan resepi ayam masak ungkep yang dikongsikan oleh Atier Syah di laman Facebook. Selamat mencuba resepi yang mendapat perkongsian ramai ini.",
"24. Resepi Ayam Goreng Seringgit Rangup Krup Krap!",
"Bukan main sedap resepi ayam goreng seringgit cik Murni Rahmat Murni Rahmat yang berkongsi di laman Facebook. Bahkan ayam KF* pun kalah sedap. Anda patut cuba resepi laris yang dikongsikan ini. Rangup dan lazat.",
"Resepi seterusnya amat senang dan cepat masak. Resepi ayam sos tiram dikongsikan oleh Nur Sarah Nur Sarah di laman Facebook. Lauk macam gini budak-budak mesti suka.",
"Selain aneka resepi ayam, ada lagi koleksi masakkan menarik yang boleh anda cuba. Semuanya menarik."
] |
https://bidadari.my/resepi-sotong-goreng-kunyit/ |
Resepi
Resepi Sotong Goreng Kunyit (Campur Petai Memang Terangkat)
Oleh Rahayu Z
| [
"Anda kena cuba resepi sotong goreng kunyit ini. Lauk pembuka selera dan pemusnah diet anda. Sotong goreng kunyit bersama petai. Mendengar namanya saja bisa menitik air liur ini.",
"Rasa jangan disoal lagi. Memang terbaik. Paling sedap dijadikan lauk makan dengan nasi putih. Makan tengah hari dengan sotong goreng kunyit petai sangat sedap.",
"Bersotong pada tengah hari. Konfirm bertambah makan nasi. Imah Rahman telah berkongsikan resepinya di laman Facebook. Dan tidaklah hairan resepi ini mendapat perkongsian ramai kerana memang rasanya sungguh enak.",
"Selain resepi sotong goreng kunyit petai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/tempat-menarik-di-perth/ |
Travel
13 Tempat Menarik Di Perth Yang Pasti Membuatkan Anda Tak Sabar Nak Book Tiket Ke Sana
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Selain Sydney dan Melbourne, Perth merupakan di antara bandar di Australia yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Nak tahu apa yang best di sana? Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Perth yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.",
"Hyde Park yang terletak di Perth ini terkenal dengan pokok-pokok hijau yang tua dan rendang.Ada juga yang mengatakan bahawa taman ini merupakan yang terindah di Perth dengan tumbuhan yang berbunga warna-warni, dan kawasan berjalan kaki di sekitar tasik.",
"Sambil anda dan keluarga berkelah di sekitar tasik di sini, anda boleh melihat kecomelan itik-itik dan burung yang terdapat di sini. Bukan orang dewasa je yang seronok di sini, kanak-kanak pun turut teruja melihat fauna yang ada.",
"Setibanya anda di Avon Valley, anda akan dapat melihat keindahan kawasan perkampungan yang sangat menenangkan jiwa. Lagi best kalau anda ke sini pada musim bunga, anda dapat melihat pelbagai tumbuhan dan bunga kembang mekar, bolehlah dijadikan latar belakang untuk anda bergambar.",
"Banyak juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga untuk melihat pemandangan di sekitar Avon Valley dari sudut yang berbeza seperti menaiki belon udara panas, paragliding dan skydiving. Kalau dah puas memacu adrenalin, anda juga boleh membawa keluarga melawat galeri-galeri seni, kedai-kedai antik, muzium dan tarikan bersejarah yang banyak terdapat di sini.",
"Hillarys Boat Harbour adalah lokasi pilihan ramai orang untuk beraktiviti bersama keluarga. Di sinilah juga terletaknya AQWA ataupun The Aquarium of Western Australia yang menempatkan pelbagai hidupan laut yang terdapat di lautan Western Australia.",
"Antara tarikan lain yang terdapat di Hillarys Boat Harbour adalah penerbangan helicopter, menaiki kapal layar atau bot, memancing, bermain gelongsor air, menyelam skuba dan banyak lagi! Tak kisahlah berapa pun usia anda, ada sahaja aktiviti yang sesuai untuk dibuat di sini.",
"Tak perlu pergi menyelam, pengalaman di sini terasa seperti berada dalam air laut dalam. Melalui kaca akuarium anda dapat melihat ikan jerung, ikan pari dan banyak lagi hidupan laut yang lain dengan dekat. Bukan sikit ikan-ikan yang ada di sini sebab anda boleh melihat lebih daripada 4000 kesemuanya yang terdiri daripada 400 spesies yang berbeza.",
"Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 5.00pm)",
"Bayaran: Dewasa (16 Tahun Dan Ke Atas) AUD 30 | Kanak-kanak (4-15 Tahun) AUD 18",
"Di sini anda dapat berseronok dengan aktiviti sandboarding. Anda cuma perlu pergi ke kawasan pasir yang lebih tinggi, kemudian berdiri di atas papan luncur ini dan meluncurlah anda sepuasnya di kawasan padang pasir ni.",
"Lebih kurang je seperti snowboard cuma sandboard ini boleh dikatakan versi hipster untuk aktiviti meluncur. Kalau anda tak ada board sendiri, anda boleh menyewa board dengan harga AUD 10 untuk 2 jam. Anda juga boleh menyewa basikal dengan harga AUD 50 untuk 30 minit. Apa-apa pun, jangan lupa untuk memakai pelindung mata dan sunblock!",
"Sekitar 3 jam perjalanan dari bandar Perth, anda akan sampai ke kawasan padang pasir The Pinnacles yang mana terdapat banyak batuan besar yang unik untuk anda jadikan subjek atau latar belakang foto. Kalau anda bernasib baik, mungkin anda dapat bertembung dengan kanggaru yang menjadikan kawasan ini habitat mereka.",
"Sekiranya anda ke sini pada musim panas, lebih baik untuk anda datang pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan sinaran mentari yang terik. Tapi musim yang paling best untuk ke sini adalah antara bulan Ogos ke Oktober iaitu pada musim bunga untuk melihat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini hidup mekar.",
"Nasihat untuk anda sebelum ke sini, jangan lupa juga untuk membawa air minuman yang secukupnya kerana tiada air yang disediakan di sini.",
"Pusat sains di Australia yang diberi nama Scitech Discovery Centre ini tidaklah besar mana, tapi mudah untuk anda melihat anak-anak bebas bergerak menerokai alam sains dalam set-up yang cukup interaktif dan menyeronokkan.",
"Cukup padat dengan lebih daripada 160 jenis pameran yang kesemuanya interaktif dan khas untuk kanak-kanak. Memang tak sempatlah kalau satu jam je kat sini. Antara yang terdapat di sini adalah simulasi taufan, permainan atau eksperimen fizik dan kejuruteraan, ruang bacaan, lego, stesen buih, kereta pintar, dan lain-lain lagi.",
"Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.30am – 4.00pm) | Sabtu & Ahad (10.00am – 5.00pm)",
"Bayaran: Dewasa AUD 19 | Kanak-kanak AUD 12 | Kanak-kanak (Bawah 4 Tahun)",
"Dibina pada tahun 1830, Round House merupakan bangunan yang pertama dibina di Swan River Colony. Dikatakan bahawa bangunan Freemantle Round House ini merupakan yang tertua sekali di Western Australia. Pada asalnya bangunan ini digunakan sebagai penjara bagi tahanan-tahanan penduduk asli dan penjajah sehinggalah tahun 1990. Selepas itu, ia dijadikan kuarters bagi ketua konstabel dan keluarganya.",
"Namun kini ia dijadikan destinasi pelancongan sebagai penjara pertama yang dibina di Fremantle. Jika anda datang ke sini, anda boleh memasuki terowong yang terletak di bahagian bawah bangunan dan berjalan-jalan di bahagian penjara yang turut lengkap dengan foto-foto lama dan informasi berkaitan penjara di sini.",
"Kalau dah puas berjalan, anda boleh naik di tingkat atas bangunan untuk menikmati pemandangan indah lautan yang terletak berdekatan dengan Round House sambil menikmati bayu laut. Alang-alang dah sampai ke sini, jangan lepaskan peluang melihat meriam dibunyikan pada setiap pukul 1.00pm.",
"Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30am – 3.30pm)",
"Mula dibina pada tahun 1835, Old Mill merupakan tempat pemprosesan tepung sehinggalah tahun 1859. Kilang ini kemudiannya telah banyak diubah kegunaannya dari sebuah hotel, kepada tempat tinggal dan bermacam lagi. Namun pada tahun 1992, Old Mill ini telah dibaikpulih dan diletakkan di bawah penjagaan National Trust. Nak kembali ke masa silam? Jom ke sini!",
"Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (10.00am – 4.00pm) | Sabtu & Ahad (1.00pm – 4.00pm) | Cuti Umum (Tutup)",
"Kalau dah sampai ke luar negara tu, mesti nak bawa pulang sesuatu untuk orang tersayang bila balik nanti kan? Jadi, jangan lupa singgah ke Fremantle Markets. Dekat sini anda boleh jumpa pelbagai barangan dari barang-barang antik, hasil kayu, barangan kulit sehinggalah ke barangan basah untuk dimasak sepanjang percutian anda di Australia ni.",
"Bukan itu sahaja tarikan Fremantle Markets ni ya, sebenarnya, bangunan pasar ini dibina pada tahun 1897, pada waktu ketika masih ramai orang menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan utama. Masih terasa aura klasik pasar ini bila anda sampai ke sana nanti.",
"Waktu Operasi: Jumaat (9.00am – 8.00pm) | Sabtu & Ahad (9.00am – 6.00pm) | Isnin – Khamis (Tutup)",
"Perth Zoo yang berkeluasan 41 ekar ini telah lama dibuka, sejak 1898 lagi. Oleh sebab itu, tersangatlah banyak haiwan yang dapat dilihat di sini iaitu lebih daripada 1250 ekor haiwan yang terdiri daripada 164 spesies yang berbeza.",
"Perth Zoo terbahagi kepada 3 bahagian berbeza iaitu Australian Walkabout, African Savannah dan Asian Rainforest serta beberapa pameran mini yang melibatkan burung-burung dari selatan Amerika, kura-kura Galapalagos dan bermacam lagi. Ambil masa 2 atau 3 jam juga kalau anda nak habis melihat semua haiwan yang terdapat di sini, memang berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.",
"Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)",
"Bayaran: Dewasa AUD 31 | Kanak-kanak (4-15 Tahun) AUD 15 | Warga Emas AUD 24",
"Jaraknya hanya 45 minit perjalanan dari Perth dengan menaiki feri. Sepanjang perjalanan, anda dapat melihat singa laut dan ikan lumba-lumba yang berkeliaran di sekitar perairan. Sampai sahaja di Penguin Island anda dapat mendekati penguin-penguin yang tercomel dan terkecil di dunia.",
"Dah puas bermain-main dengan penguin, anda boleh menghabiskan masa di pulau ini dengan aktiviti snorkeling, berenang, berjalan-jalan untuk menikmati flora dan fauna atau bersantai sambil menikmati pemandangan di sekitar pulau yang cukup mengasyikkan.",
"Waktu Operasi Penguin Island Discovery Centre: Setiap Hari (10.00am- 3.30pm)",
"Bayaran (Penguin Island Ferry & Discovery Centre): Dewasa AUD 27 | Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) AUD 20 | Warga Emas AUD 24",
"Kawasan perikanan ini telah wujud sejak tahun 1919 lagi. Pemandangan di sekitar Fishing Boat Harbour ini cukup menyegarkan pandangan mata. Untuk menikmati pemandangan indah di sini, anda boleh menaiki bot atau feri yang disediakan ataupun berjalan-jalan di ruang berjalan kaki di atas papan kayu yang terdapat di sini.",
"Kalau dah puas menikmati keindahan panorama, jangan lupa untuk ke The Western Australian Maritime Museum Shipwreck Galleries yang juga terletak di sini. Rugi kalau tak pergi!",
"Itulah dia 13 tempat menarik di Perth. Menarik sungguh kan? Jom kita bercuti ke Perth!",
"Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Korea yang dikongsikan? Anda teruja?",
"Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
] |
https://bidadari.my/asas-pendedahan-awal-sex-education/ |
Keluarga, Rohani
6 Asas Mengenai Pendedahan Awal Tentang Pendidikan Seksual (Sex Education)
Oleh aqirah
| [
"Pergaulan bebas di kalangan generasi sekarang amat aktif dan diluar kawalan. Oleh kerana pergaulan bebas ini, banyak kes mengenai anak luar nikah, hubungan intim sesama jantina dan banyak lagi. Bukan sahaja di luar negara yang mengalami krisis ini, malah di Malaysia juga tidak kurang juga dari negara luar.",
"Berdasarkan statistik, seramai sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan cergas dalam hubungan seks. Ini menunjukkan hal ini amat serius. Seawal umur 12 tahun, mereka sudah tahu apa itu seks.",
"Ibu bapa perlu memantau anak-anak, lebih-lebih lagi semasa mereka melayari internet. Selain itu, ibu bapa juga perlu memberi pendedahan awal kepada anak-anak agar mereka tidak salah faham maksud seks tersebut.",
"Bagaimanakah kita mahu memberi pendedahan awal kepada anak-anak?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 asas pendedahan awal tentang pendidikan seksual. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. ",
"Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. ",
"6 Asas awal pendedahan pendidikan seksual",
"Ini 6 basic rules yang ibu bapa boleh buat untuk slowly jadi contoh dan beripendedahan awal pada anak2 tentang sex education:",
"1. Jaga aurat depan anak (pusat ke lutut). Seeloknya dedahkan anggota wudhu sahaja (lengan, kaki, kepala). Yg lain, tutup. Dan elak pakaikan anak pakaian yang dedahkan terlalu banyak kulit badan. Biar dia biasa pakai sopan dari kecil. ",
"2. Setiap kali bawa anak pergi toilet– TUTUP PINTU. Walaupun kita mandikan atau teman dia membuang, always remember to close the door. WALAUPUN TAKDE ORANG LAIN DALAM RUMAH. ",
"3. Minta izin anak sebelum peluk cium dia. Simply ask, “Mama nak peluk sekejap, boleh?” Dan sila hormat pendirian anak jika dia TAK MAHU. This will teach the child to respect themselves and to respect other people’s privacy.",
"4. Izinkan anak salam cium tangan HANYA DENGAN ORANG YANG DIA SELESA. Dan kalau ada orang yang dia pilih untuk tak bersalam, tanya anak, find out why, hormat keputusan dia, and never paksa. ",
"5. Never bogelkan anak depan orang. NEVER. Budaya bogelkan anak utk pakaikan diapers/seluar di depan mata orang lain, dengan alasan anak masih kecik dan bontot masih hijau, PATUT DIHENTIKAN. Apatah lagi membiarkan orang lain memegang kemaluan anak yg kononnya comel.",
"6. Ajar anak untuk menjaga 4 bahagian ini: kemaluan, punggung, dada, mulut. Dan ajar mereka untuk beritahu ibu bapa secepat mungkin jika mana2 bahagian itu disentuh oleh orang lain. ",
"*Didikan ibu bapa di rumah lebih baik berbanding didikan di sekolah. Anak-anak akan mengikuti kata-kata dan tingkah laku yang diajar oleh ibu bapa. Jika anak sudah mencapai umur akhil baligh, ibu bapa perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka kerana waktu itu mereka akan lebih sensitif. Bertanya dan berbual dengan mereka tentang sekolah dan aktiviti harian mereka seperti seorang kawan. Cara ini dapat membuat mereka lebih selesa untuk berkongsikan masalah.",
"Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/biodata-ebit-lew/ |
Keluarga
Biodata Ebit Lew: Kenali Agamawan Berhati Mulia, Dikasihi Rakyat
Oleh Zuraidah Muhidden
| [
"Tidak kira yang beragama Islam mahupun bukan, semua orang mengenali insan hebat ini. Tokoh agama ini sangat terkenal keperibadiannya dalam menyantuni masyarakat. Malahan, beliau juga sering membantu orang yang hidup susah tanpa mengira agama dan bangsa.",
"Insan yang dimaksudkan sudah tentunya pendakwah bebas terkenal negara, Ustaz Ebit Lew. Figura hebat ini telah berjaya membuka mata kita tentang akhlak yang perlu ada dalam diri seorang muslim.",
"Dalam artikel kali ini, penulis ingin mengajak para pembaca yang dikasihi untuk mengenali lebih dekat Ustaz Ebit Lew. Beliau yang sering menggunakan tagline ‘Keluarga Sunnah’ sering mengajak masyarakat agar mencontohi keperibadian Rasulullah.",
"Pastinya ramai yang hendak tahu sejarah hidup beliau. Dalam slot ‘Islam Agamaku’ di ruang udara radio IKIM.fm, beliau pernah berkongsi kisah hidupnya serba ringkas.",
"Ustaz Ebit Lew merupakan seorang lelaki berbangsa Cina dan beragama Buddha. Beliau mula meminati Islam seawal usia 12 tahun. Insan yang banyak mengubah pandangannya tentang agama dan kehidupan ialah guru matematiknya, Muhamad Noor.",
"Gurunya itu bukan sahaja mengajar subjek matematik di sekolah tetapi juga sentiasa berdakwah kepada anak-anak muridnya. Beliau sering menyebarkan kepentingan penerapan ilmu dan akhlak yang baik kepada pelajarnya.",
"Antara nasihat cikgu yang memberi kesan dalam diri Ustaz Ebit Lew ialah akibat buruk jika meninggalkan solat 1 waktu. Jika kita lalai, Allah akan masukkan umatnya yang ingkar ke dalam neraka selama 80 tahun.",
"Kata-kata itu benar-benar buat beliau risau dan menangis ketakutan. Itulah titik permulaan Ustaz Ebit Lew mendekatkan diri dengan surau dan masjid. Walaupun tiada pendidikan formal dalam bidang keagamaan, beliau gigih belajar agama ketika berumur 13 tahun.",
"Demi mencapai matlamat itu, beliau belajar agama di beberapa madrasah di Thailand dan Pakistan. Setiap kali cuti persekolahan, beliau akan ke negara berkenaan untuk mendalami agama bersama jemaah tabligh.",
"Di bawah ini disertakan sekali 15 nasihat yang dititipkan oleh Ustaz Ebit Lew untuk manfaat dan pengajaran kita semua.",
"Diharapkan kita semua dapat mencontohi keperibadian Ustaz Ebit Lew yang mulia. Penulisan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengenali siapakah dia Ustaz Ebit Lew yang wajahnya sering terpampang di media sosial dan cetak.",
"Yang paling penting nasihat dan pesanan beliau sentiasa dingati dan dipraktikkan dalam kehidupan harian. Kemampuan beliau untuk mengajak masyarakat yang terpesong agar kembali ke pangkuan jalan amat dikagumi.",
"Ini bukannya tugas yang mudah. Kita perlu memberikan contoh dan tauladan yang baik sebelum mengajak orang ke arah kebaikan. Semoga Ustaz Ebit Lew akan terus gigih berdakwah dan membantu kebajikan masyarakat yang memerlukan.",
"Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan budi baik beliau. Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau terus dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah. Aamin.",
"Anda suka artikel biodata Ebit Lew ini? Jemput juga baca kisah Imam Syafie dan ibu susuan Nabi Muhammad"
] |
https://bidadari.my/tempat-menarik-terengganu/ |
Keluarga, Travel
42 Tempat Menarik Di Terengganu 2022 Yang Best (Panduan Epik)
Oleh Nabilah Ruza
| [
"Mencari tempat menarik di Terengganu? Artikel ini ada jawapannya. Banyak tempat sebenarnya boleh dilawati di Terengganu. Pantai, pulau dan sinonim juga dengan penyu. Pulau Perhentian dan Pulau Redang, misalnya merupakan nama besar di Terengganu.",
"Begitu juga Tasik Kenyir. Berikut adalah sebahagian tempat menarik yang boleh dilawati serta tempat-tempat yang dinyatakan.",
"Air terjun ini terletak di kawasan Hutan Lipur Lata Tembakah yang luasnya 300 hektar. Ia mempunyai tujuh tingkat air terjun dan kolam-kolam takungan kecil. Kolam-kolam ini sesuai untuk kanak-kanak kerana ia lebih selamat.",
"Lata Tembakah sudah lama menjadi pilihan penduduk tempatan sama ada untuk berkelah atau berkhemah serta ‘jungle trekking’",
"Mendengar i-City, ramai yang cuba membandingkannya dengan i-City di Shah Alam. Namun, ia sebenarnya agak berbeza. Pulau Warisan Terengganu merupakan pulau buatan manusia yang terletak di belakang Kampung Cina.",
"Ia menjadi pelengkap Taman Tamadun Islam yang berada di Pulau Wan Man. Menariknya di Pulau Warisan antaranya adalah terusan yang dibina bagi menyusuri sungai yang bermula dari Taman Tamadun Islam.",
"Kemudian ada pula jambatan merentasi terusan ini persis di Putrajaya. Pulau ini tidaklah sesak dengan aktiviti sebagaimana i-City Shah Alam, tapi sesuai untuk tujuan bersantai dan merakamkan foto bersama keluarga.",
"Alamat: belakang Pasar Payang, 20300 Kuala Terengganu",
"Sains dan kreativti adalah bidang yang menarik dan besar sumbangannya kepada dunia. Kerana itu, penubuhan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ini amat diperlukan. Pameran dibahagikan kepada beberapa bahagian dan maklumat Sains disampaikan dengan kreatif.",
"Alamat: Jalan Kampung Laut, Taman Chendering Utama, 21080 Kuala Terengganu",
"Mungkin sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kampung kecil ini cukup terkenal sebagai lokasi penyu bertelur diantara bulan Mei dan Ogos suatu masa dulu. Tapi, jumlahnya semakin berkurang walaupun penyu masih datang.",
"Pantainya yang cantik elok menjadi tempat bersiar-siar dan bersantai untuk seisi keluarga. Hendak ke sini hanya perlu menaiki bas dari Kuala Terengganu, jika tidak memandu.",
"Taman Tamadun Islam membawakan masjid-masjid terkemuka di dunia kepada anda. Replika masjid Suleymen dari Turki, Alhambra dari Sepanyol, Masjid Sultan dari Singapura serta 23 yang lain dipamerkan di ruang terbuka. Itu di Zon A.",
"Zon B pula terletaknya Masjid Kristal, Pusat Konvensyen, Arked Terengganu, Restoran, Rumah Tetamu, dan Warrior Park.",
"Terdapat juga aktiviti menaiki ‘buggy’, menunggang basikal, menaiki trem, menonton Light & Show Sound, serta TT River Cruise yang menghubungkan ke Taman Warisan.",
"Harga Tiket: RM21.20 (dewasa), RM15.90 (kanak-kanak)",
"Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu.",
"Waktu Operasi: 10am-7pm (Isnin, Rabu, Khamis), 9am-7pm (Jumaat-Ahad)",
"Banyak tempat di Malaysia yang memberikan anda pengalaman menyaksikan kelip-kelip. Ini ‘wakil’ dari Terengganu. Beribu kelip-kelip menemani pengunjung yang menelusuri Sungai Chukai. Tempat ini merupakan tempat menarik di Terengganu pada waktu malam.",
"Tanpa bunyi bot dan suara manusia, pandangan hanya tertumpu kepada beribu kelip-kelip yang berterbangan di pohon berembang, putat dan bebaru.",
"Alamat: Sungai Yak Yah, Kg. Ibok, Mukim Hulu Cukai, Kemaman",
"Terengganu memang terkenal dengan lokasi pelancongan mereka. Semak juga jadual-jadual pesta dan festival yang diadakan di sana pada bulan-bulan tertentu di laman web Tourism Malaysia.",
"Ia meliputi kawasan hutan seluas 256 hektar, namun hanya 10% sahaja dibangunkan. Bakinya dikekalkan sebagai hutan untuk menjadi tempat tinggal gajah.",
"Gajah-gajah yang berada di sini adalah gajah tempatan yang kebanyakannya tertinggal daripada kumpulan atau sesat di dalam hutan, selain kematian keluarga akibat perbuatan pemburu haram. Ketika ini, 13 ekor gajah berada dalam jagaan KECV.",
"Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm), Ditutup sementara pada pukul 1230pm – 230pm",
"Harga Tiket: RM40 (dewasa 12tahun ke atas), RM20 (kanak-kanak 7-12thn), RM5 (kanak-kanak 1 – 6thn)",
"Mereka yang menyukai kraftangan tempatan, pasti mahu melawat Pusat Budaya ini. Ia menyatukan semua keperluan berkaitan kraftangan Malaysia.",
"Di dalamnya ada banyak barangan kraftangan termasuk maklumat mengenai bagaimana menghasilkan semua barangan ini. Antara kraftangan yang dihasilkan ada dalam bentuk tekstil, logam, kayu, dan seramik.",
"Antara aktiviti lain di sini adalah penyelidikan dan pembangunan kraf Malaysia serta program pembangunan usahawan kraf.",
"Alamat: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering, Peti Surat 69, 20700 Kuala Terengganu",
"Sungai Yak Yah adalah habitat semulajadi kelip-kelip atau kunang-kunang. Kerana itulah ia dijadikan salah satu lokasi pelancongan di Terengganu. Penduduk tempatan menawarkan khidmat membawa pengunjung bagi menyaksikan kecantikan malam di sepanjang sungai yang dihiasi cahaya kunang-kunang. Bermula jam 8 malam, anda akan dibawa menaiki bot bagi merasai pengalaman ini. Pengunjung juga diberikan kemudahan tandas, wakaf dan surau.",
"Taman Rekreasi dan Zoo Terengganu (Mini Zoo Kemaman)",
"Zoo ini merupakan satu -satunya zoo yang terdapat di Zon Pantai Timur. Tapi, zoo ini agak berbeza berbanding zoo yang lain. Kawasan ini menggabungkan zoo mini dengan taman, buah-buahan, tanaman herba, bunga anggerik, bonsai, taman tema air dan habitat semulajadi dalam kawasan seluas 35 ekar.",
"Taman Rekreasi dan Zoo Terengganu menempatkan kira-kira 54 jenis haiwan termasuk singa, harimau, gajah dan buaya.",
"Alamat: Majlis Perbandaran Kemaman, 24000 Kemanan, Terengganu",
"Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM7 (kanak-kanak 5 – 12), RM5 (kumpulan 20 orang)",
"Ikan Kelah mengalami masalah kepupusan akibat perbuatan manudia dan kemusnahan alam sekitar. Pembukaan Santuari Kelah adalah bertujuan untuk mengawal ancaman tersebut terhadap ikan kelah.",
"Santuari Ikan Kelah terletak di Lubuk Kejor di Sungai Petang dalam kawasan Tasik Kenyir. Ia dibuka kepada orang ramai kecuali pada musim tengkujuh yang berlaku antara November sehingga Februari.",
"Inilah juga masa untuk ikan-ikan ini bertelur. Bagi menjaga persekitarannya dan juga ikan kelah di sini, hanya 100 pengunjung sahaja dibenarkan pada setiap kali kunjungan. Ikan-ikan ini amat manja dengan pengunjung.",
"Ia akan mengelilingi pengunjung dan anda boleh bermain-main dengannya serta memberikannya makanan.",
"Alamat: Lubuk Kejor, Sungai Petang, Tasik Kenyir",
"Waktu Operasi: Mac sehingga Oktober (9am – 12pm)",
"Ia antara pulau yang terbesar terdapat di Pantai Timur. Ia juga pulau yang terkenal di Terengganu selain Pulau Perhentian.",
"Pulau Redang amat dikenali kerana airnya yang biru, pasirnya yang halus dan lokasi kegemaran bagi para penyelam. Ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu Teluk Bakau, Teluk Kalong, Pasir Panjang, dan Teluk Dalam.",
"Pasir Panjang menjadi lokasi tumpuan kerana terdapat banyak hotel dan chalet di sepanjang pantainya.",
"Sebagaimana namanya, Masjid Kristal dibina dengan gabungan besi, kaca dan Kristal. Senibinanya bertambah indah ketika ia memantulkan sungai yang mengelilinginya.",
"Inilah yang menjadikan masjid ini unik dan amat terkenal di Terengganu dan Malaysia. Masjid Kristal terletak di Taman Warisan Islam. Ia mengambil masa selama dua tahun untuk dibina iaitu 2006 sehingga 2008.",
"Di sekeliling masjid ini juga ada banyak tarikan seperti replika senibina-senibina hebat di dunia.",
"Alamat: Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu",
"Hutan Lipur Sekayu / Air Terjun Sekayu",
"Hutan Lipur Sekayu adalah lokasi perkelahan yang memiliki sungai yang cantik. Airnya jernih sejuk serta dikelilingi pohon-pohon yang menyamankan.",
"Ia terletak di dalam kawasan hutan simpan Hulu Terengganu Tambahan. Kawasan ini sentiasa dijaga dengan baik jadi persekitarannya dikekalkan dalam keadaan bersih.",
"Selain itu, mereka juga menyediakan penginapan khas buat pengunjung yang mahu lebih daripada sekadar perkelahan.",
"Air Terjun Chemerong terletak di Hutan Lipur Chemerong. Ia lokasi tumpuan untuk perkelahan dan mandi-manda yang menarik. Pengunjung juga dibenarkan untuk bermalam, berkhemah dan mendaki Gunung Berembun.",
"Namun, ketiga-tiga aktiviti ini mestilah mendapat kebenaran daripada Jabatan Perhutanan terlebih dahulu.",
"Alamat: Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Tingkat 7, Wisma Negeri, 20200 Kuala Terengganu",
"Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 5pm)",
"Harga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)",
"Letakkan tempat ini dalam senarai lawatan anda jika anda menggemari lokasi bersejarah atau pun senibina. Ia dibina oleh Dato’ Biji Sura iaitu seorang pegawai kanan Pentadbiran Negeri Terengganu.",
"Rumah ini unik kerana ia satu-satunya rumah yang dibina dengan batu-bata di daerah ini. Ia digelar Kota Lama kerana binaannya yang dikelilingi oleh tembok batu.",
"Binaan ini meliputi dua aras utama yang menempatkan beberapa ruang di rumah dan ruang pameran juga.",
"Alamat: Pulau Duyung Kecil, 7km dari Kuala Terengganu",
"Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (8am – 6pm), Ditutup pada hari Jumaat",
"Nama Noor Arfa tidak asing dalam dunia fesyen batik. Kompleks yang menelan belanja sebanyak RM10 juta ini merupakan impian Noor Arfa yang mahu produknya dipasarkan dan dipamerkan di bawah satu bumbung.",
"Selain membeli produk batik, Noor Arfa juga menyediakan ruang demonstrasi batik di mana pengunjung dapat cuba mencanting dan mewarna batik. Kompleks ini turut membuka ruangnya untuk produk kraf lain seperti tenunan, anyaman, pembuatan blok dan kraf kaca.",
"Banyak produk hasil seni tempatan yang dapat dibeli oleh mereka yang berkunjung ke Kompleks Kraf Noor Arfa. Restoran Garden Chendering melengkapkan lagi kunjungan anda di sini.",
"Alamat: Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu",
"Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)",
"La Hot Spring (Kolam Air Panas)",
"La Hot Spring berada di kawasan yang cantik iaitu dikelilingi pepohon hijau semulajadi dengan batu-batuan sungai. Suasananya amat mendamaikan. Tambahan pula, ia dijaga dengan rapi bagi mengelakkan pencemaran.",
"Air panas semulajadi ini mengandungi sulfur yang dikatakan boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti penyakit saraf, strok, tekanan darah tinggi, penyakit kulit dan lumpuh.",
"Airnya mempunyai suhu kepanasan 50 sehingga 75 darjah celcius. Tandas, gerai makan dan cenderamata serta chalet turut disediakan bagi kemudahan pengunjung.",
"Lata Tembakah merupakan satu lagi sungai yang sering dikunjungi pelancong. Ramai yang datang ke sini bagi tujuan perkelahan.",
"Perkhemahan juga dibenarkan, tetapi perlu menghubungi Unit Hutan Lipur dan Rekreasi terlebih dahulu. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menyediakan kemudahan chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, dan lorong pejalan kaki untuk pengunjung yang ke sini.",
"Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat kawasan ini dengan mengunjungi pondok informasi.",
"Alamat: Hutan Simpan Pelagat, Jertih, Terengganu. 24km dari Bandar Jertih melalu Jalan ke Kuala Terengganu – Jertih dan 130km dari Kuala Terengganu.",
"No. telefon Unit Lipur dan Rekreasi Terengganu: 09-6274155",
"Pantai ini sering dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara kerana pasirnya yang putih dan airnya yang biru. Kecantikannya tidak diragui kerana dari sini anda dapat melihat Pulau Perhentian iaitu antara pulau tercantik di Malaysia.",
"Oleh itu, ia menjadi pilihan ramai yang mahu melakukan aktiviti perkelahan dan bermandi-manda. Pengunjung juga selesa berada di sini kerana terdapat gerai-gerai jualan, taman permainan kanak-kanak, wakaf, tandas, dan kerusi bagi kemudahan pengunjung.",
"Selain itu, terdapat beberapa chalet dan homestay di sekitarnya bagi mereka yang mahu bermalam.",
"Alamat: 4km dari Kuala Besut dan 3km dari Bukit Keluang",
"Hujung minggu adalah masa terbaik untuk berada di sini. Ini kerana keindahan pantainya menenangkan hati sesiapa sahaja yang berada di sini.",
"Gua, batu-batu besar, bukit yang terdapat di sini menambah lagi kecantikan pantai ini. Pantai Bukit Keluang turut dikenali sebagai Pantai Dendong. Pengunjung yang ke sini melakukan banyak aktiviti termasuk luncur air, jet ski, mandi, memancing, meneroka gua dan bermain wau.",
"Ada jambatan kayu sebagai laluan pengunjung yang cantik untuk dirakamkan dalam foto kenangan anda.",
"Alamat: Kampung Bukit Keluang, Besut, Terengganu",
"Bukit Keluang terkenal dengan pemandangan indahnya. Selain pantainya yang cantik, pemandangan dari puncak bukitnya juga amat memukau pandangan sesiapa sahaja.",
"Melihat lautan biru yang terbentang luas dan kehijauan pulau-pulau sekitarnya memberi terapi kepada hati yang memerlukan rehat. Sebab itulah ramai pengunjung yang mengambil peluang merakamkan gambar mereka di sini terutama pada waktu petang.",
"Adakalanya sukar juga hendak bergambar kerana terpaksa menunggu ‘barisan’ yang panjang. Jika takut terlepas peluang, bermalamlah di resort atau chalet berhampiran.",
"Tidak lengkap kunjungan ke Terengganu jika tidak mendapatkan produk dari Terengganu. Pasar Besar Kedai Payang memang terkenal di kalangan pelancong yang mahu mendapatkannya.",
"Banyak hasil kraftangan ada dijual disini seperti batik, kain sutera, songket, kain broked, dan logam. Malah, sayur-sayuran turut dijual di sini.",
"Pasar ini bersaiz besar jadi ia mungkin boleh memakan masa sehingga berjam-jam untuk anda berjalan-jalan di dalamnya. Jangan lupa dapatkan keropok lekor asli dari Terengganu!",
"Desa Murni merupakan pengeluar dan penjual batik yang sudah wujud sejak 1974. Ia berkembang dari menghasilkan batik secara tradisional iaitu menggunakan blok sehingga kepada batik lukis tangan yang bermula pada 1990.",
"Oleh kerana ada peningkatan dalam permintaan, Desa Murni mula membina kilang berteknologi yang baharu. Dengan teknologi moden, mereka menghasilkan pula batik sutera yang sebelum ini dimonopoli pengusaha dari Itali dan Jepun.",
"Desa Murni sudah mengeluarkan kira-kira 100,000 rekaan sehingga kini. Mereka mempunyai dua cawangan di Terengganu iaitu di Kuala Terengganu dan Kemaman. Jemput membeli-belah di sini untuk mendapatkan antara batik yang terbaik di Malaysia.",
"Alamat: 1929-A, Pengadang Baru, Kuala Terengganu (Caw. Kuala Terengganu), 7750 Taman Bersekutu, Jalan Kubang Kurus, Cukai, 24000 Kemaman (Caw. Kemaman)",
"Taman ini amat sesuai untuk perkelahan. Ia juga menjadi lokasi mereka yang suka memancing.",
"Anda juga akan melihat ada pengunjung mandi-manda di sini walaupun kebanyakannya lebih suka bersenam dan bersantai di bawah pepohon rendang terutamanya pohon rhu.",
"Muara sungainya cantik dan lokasinya juga menarik iaitu bersebelahan dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah. Kerana kesesuaiannya sebagai taman rekreasi, maka beberapa kemudahan disediakan untuk orang awam.",
"Taman permainan, pondok-pondok untuk pengunjung berehat, dan juga gerai-gerai untuk mendapatkan snek.",
"Alamat: 20, Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu",
"Kuala Terengganu Waterfront berkeluasan 2 hektar ini berhadapan Sungai Terengganu dan dibina dengan konsep taman.",
"Pengunjung datang ke sini untuk makan di medan selera yang dibuka bermula lewat petang sehinggalah ke malam. Namun, itu bukanlah satu-satunya aktiviti yang boleh dilakukan di sini.",
"Taman ini merupakan taman rekreasi di mana pengunjung melakukan pelbagai aktiviti seperti berjogging dan memancing sambil melihat pemandangan indah di sekelilingnya. Kemudahan lain yang disediakan termasuk tempat meletak kereta, pentas persembahan, tandas, jeti dan taman permainan.",
"Alamat: Jalan Hiliran, Pulau Kambing, Kuala Terengganu",
"Istana Maziah dibina pada lewat abad ke-19. Ia menjadi tempat berlangsungnya peristiwa-peristiwa bersejarah. Istana Maziah terletak di pinggir sebuah bukit yang terkenal dengan pemandangan indahnya iaitu Bukit Puteri.",
"Istana Maziah dibina menghala ke Laut China Selatan. Kebanyakan kayu untuk pembinaannya diambil dari Dungin. 20 orang tukang mahir dari bangsa Melayu dan Cina terlibat dalam pembinaannya.",
"Istana ini masih dikekalkan bentuknya sehingga kini, termasuklah pintu gerbangnya.",
"Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20000 Kuala Terengganu",
"Muzium terbesar di Asia Tenggara ini ditubuhkan pada tahun 1976. Ia dibina di atas tapak seluas 27 hektar dengan senibina melayu tempatan yang amat menariki iaitu Rumah Tele. Ia boleh dikatakan muzium tercantik yang ada di Malaysia.",
"Muzium Negeri Terengganu dibahagikan kepada empat buah blok iaitu Muzium Utama, Muzium Maritim, Rumah Tradisional dan kawasan landskap. Setiap muzium menyimpan galeri-galeri menarik.",
"Muzium Utama, contohnya, mempunyai galeri seperti Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Diraja, Galeri Petroleum, dan Galeri Ilmu Kejadian. Muzium Maritim pula ada Galeri Perikanan dan Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.",
"Alamat: Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu",
"Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9am – 5pm), Jumaat (9am – 12pm, 3pm – 5pm), Cuti umum (9am – 5pm)",
"Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)",
"Terengganu memiliki banyak pantai yang cantik. Pantai Tok Jembal ini salah satu daripadanya. Ia sudah pun terkenal di kalangan pelancong tempatan dan asing. Ramai orang berkongsi gambar pemandangan indah di pantai ini.",
"Lebih-lebih ketika dengan ‘hiasan’ bot-bot nelayan yang tersadai di tepi pantai. Mereka yang datang ke sini tidak melepaskan peluang mandi di pantainya.",
"Mendapatkan makanan juga tidak sukar kerana ada banyak gerai menjual makanan ringan seperti keropok, aiskrim dan sate.",
"Alamat: Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu.",
"Pantai Pandak memang diminati oleh mereka yang menyukai fotografi. Pantainya landau dengan bentuk batu-batan yang dikatakan membuatkan anda berasa berada di luar negara.",
"Pemandangannya indah sama ada pada waktu pagi, petang atau pun malam. Pantai yang cantik ini selalu menjadi pilihan untuk perkelahan bagi para pengunjung. Walaupun begitu, pengunjung dinasihatkan untuk berhati-hati jika mahu mandi di sini.",
"Cari tempat yang landai, tidak dalam dan tidak berbatu untuk mengelakkan kemalangan yang sudah pun meragut beberapa nyawa setakat ini.",
"Alamat: Chendering, Kuala Terengganu (berhampiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia dan kira-kira 2km dari Masjid Kuala Ibai)",
"Teluk Bidara mempunyai keadaan pantai jernih yang sesuai untuk bermandi-manda. Sebagaimana pantai-pantai yang lain di Terengganu, Teluk Bidara juga memiliki pemandangan yang indah. Ia dihiasi batu-batan dan gua.",
"Ia juga dikatakan antara yang tercantik di Terengganu. Ini terbukti dengan lokasinya yang berdekatan dengan resort terkemuka iaitu Tanjong Jara Beach Resort.",
"Ada rumah api di puncak bukit berhampiran pantai ini yang mana anda boleh menyaksikan panorama yang indah. Dari puncak ini juga anda dapat melihat Pulau Tenggol. Pulau ini mempunyai banyak kemudahan asas untuk pelanggan termasuk tandas, bilik persalinan dan gerai.",
"Pulau Tenggol mungkin tidak terkenal sebagaimana pulau yang lain di Terengganu walaupun ia mempunyai pantai berpasir yang jernih airnya.",
"Ia hanyalah pulau kecil tanpa penempatan di dalamnya kecuali dua buah resort untuk pengunjung yang bermalam di sini. Tarikan utama pulau ini adalah keindahan dasar lautnya yang menarik ramai penyelam.",
"Pulau Tenggol mempunyai lebih daripada 20 lokasi menyelam! Jika menyelam bukan dalam aktiviti anda, anda masih boleh melihat batu karang dan ikan-ikan yang cantik menerusi aktiviti snorkeling.",
"Atau, anda boleh bersiar-siar di pantainya dan menikmati pemandangan indah yang mendamaikan.",
"Waktu Operasi: Mac sehingga Oktober. Ditutup dari Februari sehingga November kerana musim tengkujuh.",
"Penginapan: Tenggol Coral Beach Resort dan Tenggol Island Beach Resort",
"Tidak lengkap rasanya jika Pantai Batu Buruk tidak dimasukkan dalam senarai ini. Ini kerana namanya sudah cukup popular sejak lama dahulu. Ia sering mendapat kunjungan pelancong dalam dan luar negara.",
"Kedudukannya yang tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu juga adalah salah satu sebab ia mempunyai pengunjung yang ramai. Pengunjung tidak dibenarkan mandi di sini kerana keadaan lautnya yang berbahaya.",
"Namun, ini tidak menghentikan kedatangan pengunjung yang datang untuk beristirehat sambil menikmati pemandangan indah. Tambahan pula, banyak aktiviti lain boleh dilakukan di sini termasuk menunggang kuda.",
"Gunung Tebu adalah puncak tertinggi di Terengganu dengan ketinggian 1039 meter. Ramai pendaki yang datang ke sini untuk menjadikan ia salah satu puncak gunung yang perlu ditawan di Malaysia.",
"Walaupun laluannya dikatakan mudah berbanding gunung-gunung yang lain, ia tetap menjadi tarikan terutaman kerana kekayaan flora dan faunanya. Pendakian memakan masa kira-kira 5 jam.",
"Di penghujung pendakian, pendaki dihadiahkan dengan pemandangan indah Laut China Selatan. Dari situ juga kelihatan Pulau Perhentian.",
"Jika anda di Kuala Terengganu, singgahlah di Bukit Panorama untuk menjamu selera di puncaknya. Restoran Puncak Panorama yang menyediakan makanan citarasa tempatan dan antarabangsa.",
"Suasana malam dari puncaknya amat indah kerana anda dapat melihat cahaya-cahaya lampu dari seluruh bandar Kuala Terengganu.",
"Pada waktu pagi pula, ramai yang datang ke sini untuk berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan mengambil udara nyaman.",
"Anda beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara. Pertama, merentis hutan di mana anda boleh menyaksikan keindahan flora dan fauna. Kedua, meneroka Gua Bewah dan Gua Taat untuk sedikit kelainan.",
"Apa yang menarik di gua ini adalah ada artifak purba berusia 4000 tahun yang pastinya bukan perkara biasa. Jika anda suka aktiviti air, gunakan peluang berada di",
"Taman Negara untuk mandi di air terjun, berkayak, berkenu dan menaiki bot. Aktiviti memancing juga dibenarkan kecuali di Sungai Cacing.",
"Alamat: Pekan Kuala Berang. Masuk melalui dua jeti pilihan iaitu Pengkalan Gawi atau Jenagor.",
"Keindahan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara ini telah menarik ramai pelancong. Ia berkeluasan 260,000 hektar dengan 340 buah pulau di dalamnya.",
"Mereka yang ke sini adalah mereka yang mahu menikmati keindahan alam semulajadi di mana terdapat sungai yang kaya dengan pelbagai jenis ikan, hutan yang meriah dengan flora dan fauna, pemandangan bukit dan gunung yang memukau, gua dan air terjun yang mententeramkan jiwa selepas aktiviti tasik yang panjang.",
"Selain chalet dan resort, tapak perkhemahan, banyak juga rumah bot yang disediakan untuk pengalaman yang lebih menarik.",
"Alamat: Hulu Terengganu. Masuk dari jeti Pengkalan Gawi atau Jenagor",
"Hutan rekreasi dari jenis hutan dipterokarpa bukit ini amat sesuai untuk bersantai bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Sungainya yang jernih menarik bagi tujuan perkelahan. Air terjunnya pula tinggi dan bertingkat.",
"Mata tidak akan puas memandang kecantikannya. Bagi kemudahan pengunjung, pondok rehat, surau, taman permainan dewan serbaguna dan denai ke Gunung Berembun disediakan untuk mereka.",
"Malah, pengunjung juga dibenarkan untuk melakukan aktiviti perkhemahan dan pendakian. Tapi mestilah berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi yang terletak di Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu terlebih dahulu. Hubungi mereka di 09-6274155.",
"Alamat: Hutan Simpan Pasir Raja. 30km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah melalui Jalan Jabor",
"Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 5pm)",
"Lata Belatan merupakan satu lagi lokasi yang sesuai untuk tujuan perkhemahan dan berehat sambil dikelilingi kehijauan dan ketenangan alam. Ia dari jenis hutan dipterokarpa bukit dan konifer.",
"Oleh kerana ia kawasan untuk beriadah, maka tandas, kemudahan elektrik dan gerai disediakan kepada pengunjung. Lata Belatan adalah pintu masuk kepada para pendaki yang hendak mendaki ke Gunung Tebu.",
"Jika anda berminat untuk berkhemah atau bermalam di sini serta mendaki gunung, sila hubungi Unit Hutan Lipur dan Rekreasi di 09-6274155.",
"Alamat: Hutan Simpan Gunung Tebu. 24km dari Bandar Jertih melalui Jalan Kuala Terengganu",
"Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 5pm)",
"Pulau Perhentian adalah pulau pelancongan yang amat terkenal sama ada di kalangan pelancong tempatan atau pun asing.",
"Ia meliputi beberapa buah pulau dengan pemandangan indah serta isi lautan yang digemari oleh penyelam. Antara bahagian pulau yang terkenal adalah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.",
"Perhentian Besar menjadi kegemaran mereka yang menyukai aktiviti mendaki dan jungle trekking kerana adanya hutan tropika yang memenuhi pulau. Ia juga menjadi pilihan penyelam dan mereka yang tidak terlepas daripada aktiviti air yang lain seperti snorkelling, belayar, dan berkenu atau sekadar untuk berenang dan memancing.",
"Perhentian Kecil pula mempunyai pantai yang panjang dengan pasir putih dan air yang jernih.",
"Penyu adalah haiwan yang dilindungi. Empat daripada tujuh jenis penyu di dunia singgah di perairan Malaysia. Dibuka kepada umum pada tahun 1998, kawasan perlindungan penyu ini terletak di Pantai Chendor.",
"Apa yang menarik adalah anda dibenarkan untuk datang ke sini pada waktu malam. Oleh kerana penubuhannya adalah untuk mendidik orang awam mengenai penyu dan memastikan penyu-penyu terus hidup, maka orang awam akan dimaklumkan jika ada penyu yang singgah ke pantai untuk bertelur.",
"Mereka juga menyediakan ruang pameran yang mempunyai banyak maklumat mengenai penyu bagi tujuan yang sama.",
"Waktu Operasi: Selasa – Ahad (930am – 430pm), Ditutup pada hari Isnin dan cuti umum",
"Dari atas bukit ini anda akan menyaksikan keindahan bandar dan muara Sungai Terengganu. Bukit Puteri adalah lokasi bersejarah yang ada di Kuala Terengganu.",
"Ia dibuka oleh Tuk Raja Menteri, seorang ketua suku yang berasal dari Johor. Tujuannya adalah untuk melantik Sultan Zainal Abidin I sebagai Sultan Terengganu yang pertama ketika itu.",
"Antara yang menanti pengunjung ialah singgahsana, tempat simpanan bedil dan meriam, kubu, loceng besar yang dikenali sebagai Genta, rumah api, tiang bendera dan Meriam yang datang dari pelbagai negara seperti Sepanyol dan Portugis.",
"Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20200 Kuala Terengganu",
"Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 6pm), Harga Tiket: RM1 (dewasa), 50sen (kanak-kanak)",
"Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Cameron Highland yang dikongsikan? Anda teruja?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati."
] |
https://bidadari.my/rukun-haji/ |
Rohani
Rukun Haji Berserta Dengan Syarat Wajib & Sunat Yang Perlu Diketahui
Oleh hannani
| [
"Syariat Islam mewajibkan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji dalam seumur hidup sebagai refleksi keberimanan seseorang dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Sebelum seseorang itu tunaikan haji, mereka perlu memahami akan rukun haji, serta syarat-syarat penting sepanjang ibadah tersebut.",
"Justeru itu, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang rukun haji, syarat wajib haji, syarat sah haji, dan manfaat besar yang boleh kita perolehi.",
"Kata haji berasal dari Bahasa Arab yang mempunyai erti secara bahasa dan istillah. Dari segi bahasa beerti menyengaja, dari segi syari’i haji bermaksud menyengaja mengunjungi kaabah untuk mengerjakan ibadah yang meliputi tawaf, sa’i, wukuf, dan ibadah-ibadah lainnya untuk memenuhi perintah Allah SWT dan mengharapkan keredhaan Nya dalam masa yang tertentu.",
"Hukum haji adalah fardhu ain, wajib bagi setiap Muslim yang mampu, wajibnya sekali seumur hidup. Haji merupakan bahagian dari Rukun Islam yang kelima, iaitu pada rukun yang kelima yang wajib dikerjakan bagi setiap Muslim.",
"Hal ini termasuklah bagi lelaki mahupun perempuan yang mampu dan telah memenuhi syarat. Orang yang melakukan ibadah haji wajib memenuhi ketentuan-ketentuannya. ",
"Mengenai wajibnya haji telah disebut dalam Al-Quran, hadis dan ijma’ (kesepakatan para ulama).",
"Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 97:",
"“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”",
"Dari Abu Hurairah RA, ia berkata:",
"“Rasulullah SAW pernah berkhutbah di tengah-tengah kami. Beliau bersabda, “Wahai sekalian manusia, Allah telah mewajibkan haji bagi kalian, maka berhajilah.” Lantas ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun (kami mesti berhaji)?” ",
"Beliau lantas diam, sampai orang tadi bertanya hingga tiga kali. Rasulullah SAW lantas bersabda, “Seandainya aku mengatakan “iya”, maka tentu haji akan diwajibkan bagi kalian setiap tahun, dan belum tentu kalian sanggup.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 1337)",
"Dalam masa yang sama para ulama pun bersepakat bahawa hukum haji itu wajib sekali seumur hidup bagi yang mampu. Bahkan kewajipan haji termasuk perkara al ma’lum minad diini bidh dhorurah (dengan sendirinya sudah diketahui wajibnya) dan yang mengingkari kewajipannya dinyatakan kafir.",
"Mampu yang dimaksudkan kepada individu-indivudu yang wajib mengerjakan haji adalah:",
"Terdapat tiga jenis haji yang perlu anda tahu iaitu:",
"Mengerjakan ibadah haji dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan umrah. Cara ini tidak wajib membayar dam.",
"Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan ibadah haji di tahun yang sama. Cara ini wajib membayar dam.",
"Berniat ihram haji dan umrah serentak pada bulan haji, kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji. Cara ini wajib membayar dam.",
"Ihram adalah berniat mengerjakan ibadah haji dengan memakai pakaian ihram, pakaian berwarna putih bersih dan tidak dijahit. Pakaian yang tidak dijahit hanya berlaku untuk lelaki. ",
"Wukuf maksudnya hadi di Padang Arafah pada waktu zuhur, dimulai sejak tergelincir matahari tanggal 9 sampai matahari terbit tanggal 10 Zulhijjah. ",
"Tawaf adalah mengelilingi kaabah tujuh kali putaran dimulai dari Hajar Aswad dengan posisi kaabah di sebelah kiri yang bertawaf (berputar kebaikan arah jarum jam).",
"Orang yang tawaf harus menutup aurat serta suci dari hadas najis. Antara tawaf adalah seperti:",
"4. Sa’i antara Safa dan Marwah",
"Sa’i iaitu lari kecil diantara Bukit Safa dan Marwah. Ketentuan sa’i harus dimulai dari Bukit Safa dan diakhiri di Bukit Marwah. Ia dilakukan sebanyak 7 kali dan dikerjakan setelah tawaf.",
"Tahallul ialah diperbolehkan atau dibebaskannya seseorang itu dari larangan atau pantangan ihram.",
"Pembebasan tersebut ditandai dengan tahallul iaitu dengan mencukup atau memotong rambut sedikit sekurang-kurangnya 3 helai rambut.",
"Tertib maksudnya kesemua rukun haji secara berurutan dari awal sampai akhir.",
"Di antara hikmah disyariatkannya haji adalah untuk membersihkan jiwa seorang Muslim dari ekses-ekses dosa sehiingga jiwa layak menerima kemuliaan Allah SWT. Di dunia dan akhirat.",
"Rasulullah SAW bersabda dalam hadis, “Barangsiapa haji ke rumah ini (baitullah), kemudian tidak berkata kotor, dan tidak fasik, ia keluar dari dosa-dosanya seperti hati ia di lahirkan ibunya.”",
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda:",
"“Barangsiapa berhaji ke Baitullah tanpa berkata keji, tanpa bersetubuh dan tanpa berbuat kefasikan (selama ihram), maka dia pulang (tanpa dosa) bagaikan bayi yang baru lahir.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)",
"“Orang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan ‘umrah adalah tamu-tamu Allah. Allah memberi kepada mereka apa yang mereka minta, dan Dia mengabulkan semua doa mereka; kemudian Dia akan mengganti semua harta yang mereka belanjakan untuknya, satu dirham menjadi sejuta dirham.” – (Hadis Riwyaat Baihaqi)",
"Selain dari panduan rukun haji ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan haji dan umrah seperti:"
] |
https://bidadari.my/tanda-tanda-anak-lambat-cakap/ |
Featured, Petua Tips
Tanda-Tanda Anak Lambat Cakap (Mak Ayah Kena Alert)
Oleh aqirah
| [
"Anak-anak membawa penyeri dalam kehidupan seharian kita. Setiap perbuatan dan percakapan mereka yang pertama akan membuatkan kita rasa gembira dan ingin merakamnya sebagai memori. Memori terindah yang tidak akan dilupakan.",
"Setiap kanak-kanak mempunyai ragam dan kemahiran yang berbeza. Tidak semua kanak-kanak dianugerahkan untuk cepat bercakap atau berjalan. Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu tanda-tanda anak lambat bercakap. Apakah tanda-tanda anak lambat bercakap?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tanda-tanda anak lambat bercakap. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor. Beliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya. ",
"Tanda-tanda anak lambat cakap mengikut umur.",
"– Tidak ketawa atau menghasilkan bunyi",
"– Tidak mencari sumber bunyi spt nama dipanggil",
"– Tidak memberi respon pada nama",
"– Tidak mengenali objek2 mudah spt susu, baju etc",
"– Tidak pandai menggunakan gesture spt angguk, geleng, lambai tngn, menunjuk, dan lain-lain.",
"– Menyebut perkataan kurang dari 50 perkataan",
"– Tidak berminat dengan interaksi sosial",
"– Tidak boleh menyambung ayat 3 perkataan",
"– Tidak boleh menjawab soalan mudah spt apa, mana dan siapa",
"– Tidak boleh bercerita cerita yg mudah",
"– Belum menyambung ayat sekurang kurangnya 5 perkataan",
"– Pertuturan sukar difahami (sepatutnya 90% blh difahami)",
"– Tidak boleh menjawab soalan apa, mana, siapa, kenapa, bila dan macam mana",
"– Tidak boleh mengikut arahan 3 langkah tanpa kiu gesture (cth: ambil bola, pergi dapur dan letak dalam sinki)",
"– Tidak boleh memberi tumpuan pada cerita dan memahami cerita",
"– Tidak boleh bercerita perkara lepas dan menggunakan kata hubung",
"*Sebagai ibu bapa kita perlu memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak. Jika anak lambat bercakap, tidak perlu rasa risau. Sekarang ini sudah banyak program atau sekolah khas untuk kanak-kanak sebegini. ",
"Ibu bapa juga boleh mendidik di rumah secara perlahan-lahan agar mereka boleh belajar dan bercakap dengan lancar. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/tonsil-ganggu-anak/ |
Kesihatan
Tonsil Ganggu Kehidupan Anak? 6 Pendapat Dari Pakar ENT
Oleh Dr Ezairy M. Salih
| [
"Adakah anak anda di antara mereka yang disahkan menghidapi tonsil? Jadi, persoalan seterusnya perlukah anak anda dikuarantin di dalam rumah, mengelak pergaulan dengan orang lain seperti untuk penyakit-penyakit tertentu?",
"Mesti ibu bapa risau dan bingung jadinya, takut nanti anak-anak tidak dapat masuk belajar ke sekolah pula seperti buda-budak lain pada usia mereka. Mari kita lihat pendapat pakar telinga, hidung dan tekak iaitu Dr Ezairy M.Sallih mengenai tonsil pada kanak-kanak.",
"Menurut beliau, kadang-kadang berlaku juga pembengkakan pada kelenjer di bahagian leher apabila berlaku jangkitan pada tonsil.",
"Tahukah anda walaupun anak anda mempunyai saiz tonsil yang besar, ia mungkin tidak perlukan pembedahan? Tidak semua masalah sakit tekak perlu kepada pembedahan.",
"Jika terlalu kerap alami jangkitan dan demam, serangan sawan, mengganggu pernafasan, menyebabkan jangkitan nanah di kawasan sekitar ‘peritonsillar abscess’, ia mungkin perlu dibuang.",
"Walaupun saiz tonsil besar, jangan bimbang jika anak anda :",
"1. Tiada masalah di sekolah dari segi pembelajaran.",
"2. Tidak mengadu kerap mengantuk di siang hari",
"3. Tiada masalah pernafasan dan berdengkur yang teruk",
"4. Tidak kerap alami demam dan sakit tekak",
"5. Makan dan minum seperti biasa, tiada gangguan ketika menelan",
"6 Aktif di rumah dan sekolah",
"Dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor. Anda akan dibantu.",
"Maklumat yang tepat hanyalah hasil daripada pemeriksaan doktor. Jumpalah, kami akan bantu.",
"*Jangan lupa share ya! Berguna bagi ibu bapa di luar sana yang ragu-ragu samada mahu menyekolahkan anak mereka atau tidak, khuatir memudaratkan tonsil yang mereka hidapi.",
"*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini. "
] |
https://bidadari.my/tentang-kuman/ |
Kesihatan
Info Menarik: Kuman, Kawan Yang Patut Kita Kenali
Oleh Dr Hafiz Sulaiman
| [
"Anti bakteria di sana sini. Takut kepada kuman menjadikan kita benci dan takut segala jenis kuman yang secara fitrahnya mungkin mempunyai fungsi menyihatkan badan. Mungkin strategi untuk kita lebih sihat patut mengambil kira kepentingan kuman komensal penghuni asal badan kita.",
"Kuman Kawan Yang Patut Kita Kenali",
"1) Kuman perut membantu pencernaan, berfungsi sebagai sistem pertahanan badan penting dan mengawal pelbagai fungsi agen pemancar saraf (neurotransmitter) badan. Agen ini penting dalam pelbagai fungsi badan termasuk mood, respon badan, kawalan stres, aktiviti automatik badan seperti pergerakan usus dan sebagainya.",
"Penggunaan antibiotik perlu indikasi kritikal kerana ia bukan sahaja membunuh kuman baik, malah merosakkan lapisan dan hidupan sistem pencernaan. Elakkan mengambilnya tanpa preskripsi doktor perubatan.",
"Appendiks dikatakan tiada fungsi sejak sekian lama. Kajian tahun 2007 dan 2017 juga menunjukkan appendiks mungkin berfungsi sebagai simpanan kuman baik @ “reservoir”. Di samping itu, apendiks juga penting dalam mengimbangi sistem imuniti badan.",
"2) Kuman telinga terkandung dalam lilin cerumen (tahi telinga) memerangkap dan membunuh kuman patogenik. Begitu juga di hidung mukus dan pergerakan bulu hidung melindung daripada jangkitan kuman.",
"3) Kuman mulut membantu penghasilan nitrik oksida yang mengembangkan salur serta melancarkan perjalanan darah. Luis Ignarro yang menjumpai nitric oxide ini memenangi hadiah nobel perubatan pada tahun 1998. Paras optimum nitrik oksida ini mampu mencegah dan mungkin merawat penyakit jantung dan salur darah.",
"Penggunaan ubat kumur antikuman adakah saintifik? Mungkinkah ia mengganggu keseimbangan flora dalam mulut kita? Wallahua’lam.",
"4) Kuman pada kulit mengawal pH kulit dengan merembeskan asid lactic. Antikuman pada kulit juga berfungsi secara optimum pada pH berasid. Jika bunuh kuman baik dengan sabun, lebih mudah sebenarnya kulit terkena jangkitan kuman terutama di bahagian celahan.",
"5) Kuman pada faraj wanita mengandungi kuman lactobasilus yang berfungsi mencegah jangkitan kulat keputihan seperti kulat candida dan juga kuman penyebab penyakit “kencing kotor”.",
"Merosakkan keseimbangan keasidan faraj menjadi lebih daripada pH 4.5 menggunakan sabun/cecair yang bersifat alkali menyebabkan kuman asal lactobasilus ini menjadi lemah. Maka kulat dan bakteria akan mengambil alih. Apatah lagi jika sabun/jamu/bahan kimia yang anda gunakan mengandungi pengganggu hormon xenoestrogen.",
"Banyak kajian menunjukkan bahan mimik hormon estrogen ini meningkatkan pembiakan kulat jenis candida ini. Sebab itu wanita datang bulan ataupun wanita mengandung senang mengalami masalah keputihan.",
"Kuman badan mempunyai banyak fungsi isyarat arahan atau “signaling” dalam badan yang penting untuk fungsi badan yang sihat. Kuman juga mampu mengubah ekspresi genetik sama ada jadi lebih sihat..ataupun mungkin bermutasi menjadi penyakit kronik, kanser dan sebagainya.",
"Mekanisma ini masih lagi dalam kajian dan banyak lagi yang belum kita ketahui. Apa yang pasti, keseimbangan hidupan “makhluk halus” ini amat penting dijaga supaya tidak mendatangkan penyakit.",
"Kita harus yakini ialah ciptaan Tuhan itu tidaklah sia-sia.. pasti ada hikmahnya terutama bagi mereka yang berfikir. Wallahua’lam."
] |
https://bidadari.my/diet-ibu-mengandung/ |
Hamil
Diet Ibu Mengandung: Buah-buahan Dan Sayur-sayuran Terbaik Untuk Kandungan
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Kita adalah apa yang kita makan. Pastinya anda bersetuju dengan kenyataan ini. Adalah sangat penting untuk kita menjaga pemakanan agar tubuh badan kekal sihat dan cerdas serta mendapat semua nutrien yang diperlukan. Apatah lagi sekiranya anda sedang mengandung. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan diet ibu mengandung terbaik agar bayi lahir dengan sihat dan bijak.",
"Jangan lupa makan vitamin prenatal yang dibekalkan oleh klinik",
"Adalah sangat penting untuk anda makan semua vitamin prenatal yang dibekalkan oleh klinik agar anda dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan mendapat semua nutrien yang diperlukan, terutamanya jika anda sedang mengalami morning sickness dan tidak dapat makan dengan normal seperti biasa. Di antara vitamin yang penting ialah:",
"Amalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan",
"Adalah sangat penting untuk setiap ibu mengandung mengamalkan amalan pemakanan seimbang mengikut garis panduan yang diberikan oleh piramid makanan. Menurut piramid makanan, diet anda harus terdiri daripada makanan yang mengandungi:",
"Selain vitamin prenatal yang dibekalkan oleh klinik, adalah sangat penting untuk ibu mengandung mengamalkan amalan pemakanan yang baik serta mengambil makanan sebenar atau real food. Di antara makanan yang baik untuk ibu mengandung ialah buah-buahan. Pastinya anda nak tahu apakah jenis buah yang terbaik untuk dimakan sepanjang tempoh kehamilan. Berikut ialah di antara buah-buahan yang baik untuk kesihatan ibu mengandung dan membantu perkembangan bayi di dalam kandungan:",
"Selain buah-buahan, sayur-sayuran juga adalah sangat baik untuk ibu mengandung. Di antara sayur-sayuran yang boleh anda amalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah:",
"Ibu mengandung juga perlu memasukkan produk tenusu kedalam diet seharian. Di antara prosuk tenusu yang boleh anda ambil setiap hari ialah susu segar, keju, dan juga yogurt. Jika anda minum susu segar setiap hari, kami cadangkan anda pilih susu rendah lemak kerana ianya lebih baik berbanding susu penuh krim.",
"Akhir sekali, kekacang juga adalah makanan yang baik untuk diet ibu mengandung. Anda boleh jadikan kekacang sebagai snack selain buah-buahan dan sayur-sayuran. Di antara kekacang yang baik untuk ibu mengandung ialah kacang gajus, kacang badam, kacang tanah, kacang parang, dan sebagainya.",
"Itulah dia info tentang diet ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang pantang-larang ibu mengandung, surah amalan ibu mengandung, dan tanda keguguran."
] |
https://bidadari.my/resepi-ikan-pari/ |
Resepi
Himpunan Resepi Ikan Pari (10 Hidangan Menarik)
Oleh Rahayu Z
| [
"Siapa makan ikan pari? Sebahagian orang punya pendapat ikan pari punya bau busuk. Namun sebenarnya ikan pari yang bau hancing itu disebabkan ikan tersebut tidak segar, di mana ikan itu disimpan dalam peti ais dalam masa yang cukup lama sehingga makin lama ianya akan berbau tidak sedap. Lain halnya bila anda beli dan masak ikan pari yang segar maka tidak ada lah bau tersebut. Oleh itu, beli ikan pari kena cium bau dulu.",
"Ada banyak resepi ikan pari namun yang paling banyak dicuba antaranya ialah ikan pari masak asam pedas dan ikan pari bakar. Untuk masak ikan pari lebih beragam, kami hadirkan resepi ikan pari menarik lainnya yang telah dikemas dalam 10 resepi kumpulan di bawah. Beragam resepi dari laman Facebook ini sangat patut untuk dijadikan rujukan di masa hadapan.",
"Selepas ini tidak pening pikirkan resepi ikan pari, boleh dicuba bila-bila masa sahaja. Lauk ini memang sesuai sangat dimakan dengan nasi putih. Beli lauk ikan pari di kedai pula boleh tahan mahal bukan? Ayuh baca resepi ikan pari di bawah.",
"Asam pedas ialah resepi handalan mak-mak bila dihadapkan dengan ikan pari, sebab memang lauk ini yang paling terkenal, bahkan di kedai-kedai makan pun senang jumpa asam pedas ikan pari. Ayuh tengok resepi asam pedas Johor ikan pari yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di laman Facebook. Campur sayur bendi makin lazat.",
"Ikan pari bakar marvelous ini pula guna kuali pemanggang ajaib sahaja. Namun jika ingin guna oven pun boleh. Balut ikan dengan daun pisang dulu baru aluminium foil untuk dapatkan wangi ikan yang melazatkan. Erma Azizie berkongsikan resepi ikan pari bakar sambal di laman Facebook.",
"Hati Ikan Pari Masak Pais Cili Api",
"Ada yang makan? Kalau ada yang makan boleh geng dengan Hayati Hj Hasnan di laman Facebook. Dipersilakan mencuba pada yang teringin mencuba. kena rendam dan basuh dengan air asam banyak-banyak baru hilang hanyir dia. Sebelum masak pun kena buang hempedu dia dulu, kalau tidak pahit dia tidak boleh bawa bincang. Lauk ini memang unik, masak macam resepi cik Hayati ini sedap tidak terkata.",
"Ikan pari dimasak cekur pula beri kelazatan berlainan. Gerenti akan ketagih apabila makan masakan ini. Wangi cekur amat menambah selera makan. Ikan pari pula lembut hingga ke tulang. Sedap jadi lauk makan tengah hari. Khaulah Abdullah berkongsikan resepi ikan pari masak pecal di Facebook.",
"Jarang-jarang orang buat ikan pari masak gulai. Suriani Mohd mencuba resepi berlainan tersebut dan berkongsi di laman Facebook. Rasa dia tidak pelik pun, lemak sedap gulai amat sesuai dengan ikan yang lembut ke tulang.",
"Pari Bakar Air Asam Belimbing Itang",
"Bakar-bakar ikan pari untuk makan malam mesti seronok bukan? Apatah lagi dapat ikan pari segar baru siap mancing dekat sungai makin lazat. Makan ikan pari bakar dengan air asam belimbing itang. Sedap ada rasa pedas-pedas manis. Sila cubakan resepi air asam belimbing untuk cicah dengan pari bakar ala Nurulhidayah Abd Wahab di laman Facebook.",
"Jenjalan ke pantai timur Sabah pula kita. Menu ikan pari ayam masak sinagol namanya. Menu ini dibuat dengan ikan yang direbus dan dipotong-potong dan kemudian ditumis dengan bawang, cili, halia, kunyit, dan serai. Kawan-kawan semenanjung ada yang pernah makan sinagol? Sherilyn Aidala berkongsikan resepi di laman Facebook.",
"Kelainan ikan pari seterusnya ialah ikan pari goreng seperti dimasak oleh Nurul Shuhada Nsar yang dikongsi di laman Facebook. Walaupun resepi ini simple tapi sedap ya amat. Rasa lemak pedas manis makan dengan nasi putih memang sedap betul.",
"Masak asam kali ini kita guna air asam jawa. Lauk ini lebih sedap jika dibuat agak berair. Bila ikan pari kering direndam dengan air asam jawa maka akan mencetuskan rasa asam masin pedas yang memikat. Nikisyaron Nikiysa berkongsi resepi ikan pari masak asam di laman Facebook.",
"Lain negeri lain masaknya. Asam pedas melaka ini kalau letak belacan lagi sedap. Kalau ingin rasa kesedapan lagi biar masak awal [email protected] jam sebelum dimakan, lagi lama lagi sedap kerana baru sebati rasa dia. Gunakan ikan segar, lagi terasa kesedapannya sampai boleh hirup kuah. Ayuh kita cubakan resepi daripada Nazarina Che Man di laman Facebook.",
"Selain resepi ikan pari, kami juga menulis resepi menarik lain yang patut anda cuba. Terima kasih sudah berkunjung ke website kami. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-pisang-kastard-sos/ |
Resepi
Resepi Pisang Kastard Sos (Manis dan Segar)
Oleh Rahayu Z
| [
"Terdapat pelbagai cara untuk menghidangkan pisang. Salah satu antaranya ialah dengan menyediakan pisang dengan sos kastard. Jom cuba resepi pisang kastard sos.",
"Pisang kastard sos senang amat menyediakannya. Hanya dengan mencampurkan kesemua bahan maka jadilah ia. Paling sedap jika dimakan dengan pisang nangka.",
"Rasa hidangan pencuci mulut ini manis dan segar. Apalagi kalau dihidangkan sejuk-sejuk jadi makin segar dan lazat rasanya.",
"Pisang kastard sos berkrim sedia menghiasi hari anda. Sila cubakan resepi mudahnya yang dikongsikan oleh Yati Koondari di laman Facebook.",
"Selain resepi pisang kastard sos, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/tempat-menarik-johor/ |
Keluarga, Travel
55 Tempat Menarik Di Johor Yang Wajib Pergi 2022 (Serius Best)
Oleh Nur Syafiqah
| [
"Cuti-cuti ni nak jalan di mana?Nah kami kongsikan 5 bandar menarik di Johor serta 55 tempat menarik di Johor wajib anda pergi.",
"5 daerah menarik di Johor untuk dilawati bersama keluarga",
"Nah! 5 Senarai Bandar Menarik Di Johor Untuk Dilawati Cuti Sekolah",
"Setiap daerah di negeri Johor mempunyai keunikan tersendiri. Kerana itulah, senarai ini ditulis berdasarkan daerah dan bukan tempat-tempat tertentu. Menerusi setiap daerah, penulis senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di sana:",
"Bandar Maharani merupakan nama rasmi bagi bandar bersejarah, Muar. Ia terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah, makanan, dan kopinya. Antara aktiviti yang menarik di sini ialah",
"Ibu negeri Johor ini tidak kurang hebatnya dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Bagi mereka yang mahu percutian di bandar di mana ada banyak penginapan atau kemudahan pengangkutan, ada beberapa aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah:",
"Daerah terbesar di Johor ini letaknya kira-kira 40km dari Johor Bahru. Bukan sahaja dikenali kerana sejarahnya tetapi juga beberapa lokasi untuk berekreasi. Antara yang menarik di sini ialah:",
"Mersing terkenal dengan pantai-pantai dan pulau-pulaunya yag cantik. Pulau-pulaunya kerap muncul di media sosial sebagai destinasi yang menyamai pulau-pulau indah di luar negara. Namun, Mersing lebih awal dikenali kerana pengunjung boleh mendapatkan keropok lekor di sana. Antara aktiviti menarik di Mersing ialah:",
"55 Tempat Menarik Di Johor Yang Wajib Pergi",
"Nama Lego memang cukup dikenali di serata dunia. Bermain dengannya amat menyeronokkan. Apalagi jika berada di dalam dunia yang dipenuhi dengan Lego! Legoland menyediakan semua keseronokan dalam satu tempat.",
"Mereka ada taman tema termasuk taman tema air dengan berpuluh permainan menyeronokkan sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa, taman kota mini yang pastinya mengagumkan, kedai yang menjual cenderamata comel secomel permainan Lego anda, dan tempat untuk anda makan selepas penat bermain.",
"Bukan itu sahaja. Mereka turut mengadakan banyak aktiviti seperti aktivit mewarna, membina lego, perbarisan kostum, malam untuk menonton filem dan banyak lagi. Memandangkan terlalu banyak tarikan ada di sini dan anda mungkin tidak mampu menghabiskan semuanya hanya dalam masa sehari, jadi anda digalakkan untuk tinggal di hotel mereka.",
"Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Iskandar Puteri (Nusajaya), Johor",
"Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 6pm)",
"Double Park (Theme Park & Sea Life)",
"Triple Park (Theme Park + Water Park + Sea Life)",
"Johor memang terkenal dengan negeri yang mempunyai banyak taman tema air. Desaru Gold Coast juga tidak ketinggalan kerana mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Sesuai untuk seisi keluarga merehatkan diri dengan pelbagai aktiviti menarik bersama.",
"Terdapat 5 zon iaitu Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef, Tidal Wave Beach dan Kids Ahoy. Antara tarikan dan permainan yang lain dari taman tema air yang lain adalah Kraken’s Revenge. Satu-satunya roller coaster di Malaysia yang menjunam dengan laju menerusi kolam air.",
"Alamat: No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor.",
"Banyak tarikan yang ada di Menara JLand dan salah satunya adalah Skyscape. Jom uji keberanian anda bersama rakan atau keluarga berdiri dan berjalan di lantai kaca berketinggian 149 meter. Nak tengok permandangan sekitar bandar ini pun boleh. Bahkan anda boleh turut melihat landskap negara jiran, Singapura.",
"Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dari ketinggian yang cukup mendebarkan. Datang seawal mungkin kerana sesi akhir pembelian tiket adalah pada pukul 4.00 petang.",
"Alamat: Level 34, Menara JLand Johor Bahru City Centre (JBCC, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru, Johor.",
"Nak aktiviti lagi mencabar dan luar biasa di JB? Mungkin aktiviti lasak di air pasti memenuhi citarasa percutian anda. Di Flyboard City Watersport, aktiviti utama adalah flyboard. Pasti seronok bila seakan terbang di atas air.",
"Dengar kata memang senang nak belajar main flyboard ni. Cuma ambil 5 minit untuk terapung atas air manakala 20 minit seterusnya anda boleh terapung dengan mudah dan seimbang.",
"Jika anda bawa anak-anak, jangan risau kerana pelbagai aktiviti lain mereka boleh cuba seperti kayak, towable, jetski dan flyboard tandem. Suasana pantai juga sangat cantik. Sesuai untuk mereka yang suka bergambar.",
"Alamat: Flyboard Watersport, Forest City, 81550 Kampong Tanjong Kupang, Johor, Malaysia.",
"Taman tema air yang berkonsepkan dinasour ini berada di perkarangan KSL Hotel dan Resort. Jika anda sedang mencari penginapan sesuai dengan bajet anda, hotel ini antara yang sesuai boleh anda diami. ",
"Banyak replika dinasour yang sangat besar dan kanak-kanak pasti teruja untuk bermandi-manda di sini kerana terdapat air pancut yang keluar daripada mulut dinasour. Paling menarik, audio atau bunyi dinasour sebenar turut diperdengarkan kepada pengunjung. ",
"Alamat: 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor.",
"Muzium berkonsepkan lukisan 3D ini pasti memberi bayangan ilusi yang pasti memukau dan menguji penglihatan anda. Terdapat 9 zon dengan tema dan latar berbeza yang sangat menarik. Ada latar laut, dinasour dan cupcakes gergasi yang comel.",
"Berada di tingkat 5 City Square, anda boleh bergambar sepuasnya sambil melakonkan watak sesuai dengan latar yang dipilih. Pastikan memori telefon anda kosong kerana banyak sudut dan gaya menarik yang perlu dirakamkan sebagai memori.",
"Alamat: Johor Bahru City Square, M5-02, LEVEL 5, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor",
"Taman Laut Sultan Iskandar (Sultan Iskandar Marine Park)",
"Taman Laut Sultan Iskandar meliputi 13 pulau di gugusan 6 buah pulau utama iaitu Pulau Tinggi, Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Rawa.",
"Semua kawasan ini mempunyai hutan bukit, paya bakau, dan hutan pesisir pantai. Selain mandi dan menyelam, aktiviti lain seperti memberi makanan kepada ikan, mendaki bukit, trekking, dan barbeku turut mengisi masa pelancong.",
"Kunjungan ke pulau-pulau utama yang terletak di Mersing ini memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Air yang jernih, pasirnya yang putih, kaya dengan batu karang dan hidupan laut, lalu menjadikan ia lokasi kegemaran bagi penyelam dan pencinta laut.",
"Tidak banyak penginapan di setiap pulau, malah ada pulau yang tiada penginapan langsung. Ini menjadikan kecantikan pulau-pulau dan hidupannya terpelihara.",
"Kahang Organic Rice Eco Farm (KOREF)",
"Jika anda mahu lari dari kesibukan bandar tapi pulau atau laut bukan pilihan, KOREF adalah pilihan terbaik untuk anda. KOREF memberikan anda pengalaman eko pelancongan berkonsepkan perladangan dan akuakultur, siap dengan chalet terapung dan tapak perkhemahan.",
"Ada sawah padi, kolam ikan dan udang, dan haiwan ternakan seperti lembu dan itik.",
"Terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Anda dapat merasai kehidupan petani dengan aktiviti penanaman padi. Berseronok dengan menyertai sukan air seperti berakit, menangkap ikan, dan water walking ball.",
"Tambah cabaran anda dengan flying fox dan nikmati keindahan alam dengan jungle trekking. Pemandangan di sekitarnya amat mendamaikan apa lagi jika anda memilih untuk berbasikal di sekitarnya.",
"Alamat: KM42, Jalan Kluang, Kg. Sri Lukut, 86700 Kahang, Johor",
"Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)",
"Hutan Lipur Gunung Arong menyediakan beberapa tarikan kepada pengunjung iaitu sungai untuk perkelahan dan tapak perkhemahan bagi menikmati keindahan hutan dipterokarpa tanah pamah ini.",
"Aktiviti trekking memberi peluang kepada pengunjung untuk menelusuri hutan sambil mengenali jenis-jenis pokok di dalamnya. Jadi, hutan lipur ini juga sesuai bagi tujuan kajian dan pendidikan juga. Banyak kemudahan di sini iaitu tandas, masjid, parkir, pondok rehat, chalet dan dewan serbaguna.",
"Alamat: Hutan Simpan Gunung Arong, 86800 Mersing, Johor (17km dari Bandar Mersing melalui Jalan Mersing – endau dan 151km dari Bandaraya Johor Bahru)",
"Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8am – 6pm)",
"Peminat kopi digalakkan ke sini untuk mendapatkan pelbagai jenis kopi yang turut disukai Sultan Iskandar saat kali pertama ia dihidangkan kepada Baginda. Jenama ini sudah wujud sejak 1966 dengan televisyen menjadi logonya.",
"Televisyen dipilih kerana pada zaman itu, televisyen merupakan barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh semua orang. Orang ramai berkumpul untuk menonton bersama-sama. Jadi, kopi ini dicipta untuk meraikan momen itu.",
"Alamat: 76, Jalan Besar, 86000 Kluang, Johor",
"Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 5pm)",
"Bangunan bersejarah ini dirasmikan pada tahun 1942 sebagai pusat pentadbiran negeri Johor. Ia mempamerkan senibina gabungan barat dan timur (Melayu Johor dan Islam). Tiangnya diukir dengan bunga cengkih dan lada hitam yang menjadi hasil utama negeri Johor ketika itu.",
"Bangunan Sultan Ibrahim direka oleh firma British iaitu Palmer dan Turner. Ia menelan kos RM2 juta dengan keluasan bangunan 60,000 kaki persegi. Bangunan ini gah sebagai bangunan tertinggi di Johor Bahru suatu masa dahulu sehinggalah tahun 1970an.",
"Alamat: Jalan Bukit Timbalan, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor",
"Sebagaimana namanya, Pekan Nanas dikenali kerana sumbangannya sebagai pengeluar nanas di Malaysia. Dengan perkembangan agro pelancongan di Malaysia, ladang nanas di Pekan Nanas turut mendapat perhatian.",
"Agro pelancongan memberi pengalaman kepada pelancong untuk melawat dan menyaksikan sendiri ladang yang terbentang luas.",
"Ladang milik kerajaan ini berkeluasan 300 ekar dan turut dijadikan tempat membuat kajian baja dan penyakit nanas. Pemandangan ladang nanas yang luas ini tampak amat menarik. Setelah puas bergambar, dapatkan juga nanas yang datang daripada pelbagai jenis yang dijual di gerai untuk dibawa pulang.",
"Alamat: Alor Bukit, pekan Nanas, 81500 Pontian, Johor",
"Waktu Operasi: Ahad – Khamis (9am – 5pm)",
"Taman Herba Nasuha (Nasuha Spices and Herbs Paradise)",
"Ladang seluas 1,295 hektar ini telah dinobatkan sebagai ladang herba yang terbesar di Asia. Ia memiliki lebih 10,000 tanaman herba dan pokok kayu berkhasiat. Tapi, pengunjung yang ke sini bukan sahaja untuk melihat tanaman herba, mereka juga menyediakan penginapan dari jenis log kabin dan set dormitori.",
"Udara segar yang sejuk daripada tiupan angin gunung menjadikan ia lokasi pilihan untuk aktiviti hari keluarga. Tambahan pula, terdapat restoran di ladang ini yang menyediakan menu berasaskan herba seperti beriani herba ayam dan sup herba bersama-sama teh daripada pelbagai jenis herba.",
"Tubuh yang letih dan lemah pula boleh disegarkan dengan urutan tradisional di pondok Spa Herba dan Terapeutik yang terletak di puncak bukit.",
"Alamat: KM13, Jalan Muar – Pagoh, 84500 Muar, Johor",
"Harga Penginapan: RM250 – RM600 untuk satu malam",
"Ia merupakan taman negara kedua terbesar di Malaysia selepas Taman Negara. Ia meliputi kawasan seluas lebih 80,000 hektar. Taman Negara Endau – Rompin berusia 250 juta tahun lalu menjadikannya antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Ia kaya dengan flora dan fauna termasuk yang jarang-jarang ditemui.",
"Di sini ada harimau, tapir, gajah, badak, dan juga Beruang Matahari serta 230 jenis burung, 43 jenis ikan, 26 jenis katak, 14 jenis ular, 9 jenis cicak, dan 3 jenis kura-kura. Lebih menarik adalah di sini juga ada air terjun. Berada di taman negara membolehkan anda menyertai banyak aktiviti luar yang sihat seperti berkayak, night walk, jungle trekking, mandi di air terjun dan berbabeku.",
"Alamat: Taman Negara Endau – Rompin, Mersing, Johor",
"Apabila anda tiba di Taman Negara Tanjung Piai, ada sebuah tugu yang menyatakan anda sedang berada di penghujung benua Asia. Taman negara ini merupakan gabungan 526 hektar kawasan bakau dan 400 hektar tanah lembut dan berlumpur. Ia menjadi tempat tinggal bagi kira-kira 20 spesis tumbuhan bakau sebenar dan 9 spesis bakau berkaitan.",
"Taman Negara Tanjung Piai turut tersenarai dalam senarai Ramsar iaitu senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap.",
"Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah mengelilingi hutan paya bakau, melihat sekeliling hutan dari menara tinjau, berkhemah dan memancing. Ada banyak haiwan yang anda boleh lihat di sini termasuk, siput laut, burung, ketam dan ikan tembakul. Jadi, taman ini amat sesuai untuk mereka yang menyintai alam semulajadi.",
"Alamat: Mukim Serkat, 82030 Pontian, Johor",
"Harga Tiket: RM5 (warganegara), RM10 (bukan warganegara)",
"Pulau ini 647 hektar dan dikelilingi oleh 800 hektar tanah paya. Walaupun ia kecil, ia adalah pulau hutan bakau kedua terbesar di Dunia. Ia juga tersenarai dalam senarai tapak Ramsar.",
"Taman Negara Pulau Kukup menjadi kawasan pembiakan bagi 12 spesis fauna dan 76 spesis burung. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah mengelilingi hutan paya bakau, menyusuri Sungai Ular dengan menaiki bot, dan menyaksikan pemandangan pulau dari menara tinjau.",
"Alamat: Lot 1319, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor",
"Harga Tiket: RM5 (warganegara), RM10 (bukan warganegara)",
"Bangunan yang dibina pada tahun 1910 ini menyimpan banyak sejarah. Asalnya ia adalah kediaman Menteri Besar Johor yang ketiga, Dato’ Abdullah Jaafar. Ia juga pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun, pejabat sementara RISDA, dan asrama kakitangan serta pelajar Jabatan Pendidikan.",
"Pada tahun 1994, ia dijadikan galeri seni yang menyimpan artifak berkaitan seni dan budaya negeri Johor, sebelum diubah sepenuhnya menjadi Galeri Seni Lukis yang mengumpulkan, mempamerkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti seni lukis.",
"Alamat: JKR 144, Jalan Petrie, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, JohorWaktu Operasi: Ahad – Khamis (9am – 5pm), ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu",
"Kalau mahu melihat dan membeli ikan, Nanyang Fish Farm merupakan kedai menjual ikan peliharaan yang sangat besar dengan pelbagai jenis ikan termasuk yang jarang-jarang ditemui. Kanak-kanak suka berada di sini.",
"Nanyang Fish Farm juga ada kolam ikan untuk kaki pancing. Anda boleh menjangkakan untuk memperolehi ikan patin, rohu, tongsan sisik ikan, dan ikan pacu semasa memancing.",
"Alamat: MLO 197, Air Bemban, 81020 Kulai, Johor",
"Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 5pm)",
"Sama ada anda mahu memakainya untuk majlis tertentu atau harian, menyimpannya sebagai koleksi, menghadiahkannya untuk seseorang, semuanya sesuai untuk anda. Galeri Terompah Mastor amat digemari peminat terompah dan mereka yang suka untuk memiliki barangan bercirikan Jawa Klasik.",
"Mereka menyiapkan lebih 1000 tempahan terompah setiap bulan untuk pelanggan mereka. Galeri Terompah Mastor ada tujuh rekaan dengan warna-warna yang menarik. Harga sepasang terompah mencapai RM45.",
"Istana Bukit Serene merupakan kediaman rasmi Sultan Johor. Ia lokasi popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Anda tidak boleh masuk ke dalamnya kerana ia dikawal rapi oleh askar Diraja. Walaupun begitu, anda boleh mengambil gambar yang menarik terutama di hadapannya terutama dengan pemandangan menaranya yang setinggi 35 meter.",
"Replika mahkota di puncaknya selalu menarik perhatian pelancong. Jika anda bernasib baik, Sultan Johor akan bertemu dengan pelancong di pintu masuk dan berbual-bual dengan anda.",
"Alamat: Jalan Straits View, Bukit Serene, 80200 Johor Bahru, Johor",
"Ladang lebah ini memberikan anda pengalaman dan pengetahuan penghasilan dan pengurusan madu lebah selain anda dapat membeli madunya yang unik di penghujung lawatan.",
"Apa yang menarik dan unik mengenainya adalah madu lebah di sini mempunyai rasa seperti nanas disebabkan oleh proses penghasilannya yang melibatkan nektar daripada pokok nanas. Jadi, anda juga akan dibawa melawat ladang nanas yang mengkacukkan nanas dari Johor dengan nanas dari Sarawak.",
"Alamat: Parit Sikom, 82010 Pontian Kecil",
"Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 5pm)",
"Asalnya ia kilang yang mengeluarkan bateri Eveready. Kini, ia menjadi lokasi menyeronokkan terutama bagi anak muda. Hiasannya dianggap hipster bagi ramai pengunjungnya. Suasananyalah yang menarik ramai pengunjung untuk ke sini.",
"Selain membeli-belah, ia lebih dikenali sebagai lokasi makan kerana ada pelbagai menu lazat dengan hiasan kedai yang membangkitkan selera. Selain makanan tempatan, ada shell out, makanan Thai, barbeku, dan banyak lagi. Banyak acara diadakan di sini seperti persembahan live, konsert, dan sambutan Tahun Baru.",
"Alamat: No. 83, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor",
"Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 12am)",
"Zoo Johor dibina pada tahun 1928 dan merupakan zoo tertua di Malaysia. Ia menempatkan lebih 100 jenis haiwan. Antara haiwan yang ada di sini termasuk singa, harimau, gajah, kuda dan haiwan-haiwan eksotik yang lain.",
"Jadi, bawalah anak-anak anda ke sini untuk memperkenalkan mereka dengan haiwan-haiwan yang ada di Malaysia.Alamat: Jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru, Johor",
"Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)",
"Muzium Bukit Kepong membawa anda untuk mengimbau kembali sejarah pahit negara ketika Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh komunis. Kunjungan anda ke sini adalah untuk mempelajari lebih banyak sejarah mengenai Bukit Kepong dan menghargai pengorbanan wira-wira negara untuk keselamatan dan keharmonian negara ini.",
"Bagi para pelajar atau pengkaji, ini adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan bahan-bahan rujuakan yang dijaga dengan baik di muzium ini. Antara barangan pameran adalah senjata, bilik lokap, peralatan polis, dan artifak.",
"Alamat: Jalan Muar – Labis, Bukit Kepong, 84600 Muar, Johor",
"Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10am – 6pm)",
"Muzium Diraja Sultan Abu Bakar (Royal Abu Bakar Museum)",
"Pengunjung berpeluang melihat koleksi milik kesultanan Johor sejak 1800 di Muzium Diraja Sultan Abu Bakar. Ia merangkumi hampir 60,000 harta termasuk peralatan memburu, kulit binatang, lukisan dan gambar. Sesiapa sahaja yang mengunjunginya akan berasa kagum dengan koleksi milik Sultan Johor ini.",
"Muzium ini menyimpan banyak sejarah termasuk hiasan dalamannya. Bangunannya mengikut gaya Renaissance yang dibina oleh rakyat tempatan dengan seliaan arkitek Eropah, manakala permaidaninya mempunyai motif lada hitam dan gambir yang menjadi sumber ekonomi negeri Johor suatu ketika dulu.",
"Alamat: Jalan Seri Belukar, Kebun Merah, 80000 Johor Bahru, Johor",
"Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9am – 5pm)",
"Ia sudah berusia lebih 120 tahun dan terletak di puncak bukit yang menghadap Selat Johor. Masjid Sultan Abu Bakar dibina sekitar tahun 1892 sehingga 1900. Rekabentuknya dihasilkan oleh arkitek tempatan bernama Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak.",
"Senibinanya menggabungkan beberapa jenis gaya termasuk Melayu dan Moor, serta zaman Viktoria. Malah, menaranya juga mengambil bentuk menara jam British abad ke 19.",
"Gaya bangunan masjid adalah mirip dengan beberapa bangunan dan istana di Johor pada waktu itu. Masjid Sultan Abu Bakar boleh memuatkan sehingga 2000 jemaah pada satu-satu masa.",
"Alamat: Jalan Abu Bakar, 80100 Johor Bahru, Johor",
"Hutan Bandar MBJB merupakan hutan di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru yang amat sesuai untuk tujuan riadah. Ia meliputi kawasan seluas 50 ekar. Banyak kemudahan disediakan di dalamnya termasuk laluan jogging, taman dengan alatan senaman, beberapa kolam ikan dan kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak.",
"Ramai penduduk tempatan datang ke sini untuk sekurang-kurangnya mengambil udara segar di bawah pepohon hijau, makan di restoran, dan melihat kecantikan orkid di taman khas bunga orkid mereka. Pemandangannya yang indah juga menyebabkan ramai pasangan pengantin juga suka untuk mengambil gambar hari bahagia mereka di sini.",
"Alamat: Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, JohorWaktu Operasi: Setiap hari (6am – 10pm)",
"Taman Rekreasi Tanjung Emas menghadap Sungai Muar. Dari Jeti Tanjung Emas, pengunjung dapat menaiki bot menusuri Sungai Muar selama kira-kira 45 minit dengan pemandangan pokok bakau di sepanjang sungai. Taman ini turut memiliki sebuah kelab golf dengan 9 lubang.",
"Alamat: Jalan Puteri, 84000 Muar, Johor",
"Taman Negara Gunung Ledang (Mount Ophir)",
"Gunung Ledang terkenal dengan kisah seorang puteri cantik yang mendiaminya dan telah menolak peminangan Sultan. Namun, Gunung Ledang memiliki lebih daripada itu. Pada tahun 1854, seorang ahli alamiah terkenal, Alfred Russel Wallace, telah pergi ke Gunung Ledang dan telah terpesona dengan keindahan hutan Gunung Ledang.",
"Anda yang ke sini bukan sahaja boleh melakukan aktiviti pendakian gunung setinggi 1276 meter, malah anda juga boleh memilih untuk aktiviti yang lebih santai iaitu menikmati kesegaran air sungai dan mandi di bawah air terjunnya.",
"Kota Iskandar gah dengan senibina bangunan-bangunan di dalamnya. Ia merupakan kota pentadbiran sebagaimana Putrajaya. Senibina bangunan-bangunan di sini mengambil elemen kesenian Islam dan mengharmonikannya dengan sejarah dan budaya negeri Johor. Kota Iskandar menjadi bandar destinasi ikon untuk dikunjungi pelancong dari merata tempat.",
"Alamat: Kota Iskandar, 79000 Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor",
"Waktu Operasi: Setiap hari kecuali cuti umum (830am – 530pm)",
"Pantai ini mendapat namanya daripada kisah mengenai lanun yang singgah di pantai ini dan diceritakan turun-temurun. Oleh itu, terdapat juga kisah yang lanun-lanun ini telah menyembunyikan harta karun di dalam gua yang ada di situ.",
"Walaupun begitu, kebenarannya tidak dapat dipastikan selain pintu gua itu juga semakin tertutup oleh pasir. Dari pantai ini, pengunjung dapat melihat beberapa buah pulau termasuk Pulau Acheh. Pantai ini sering dikunjungi penduduk tempatan bagi tujuan perkelahan atau bersantai.",
"Tanjung Balau merupakan antara pantai yang sering menerima kunjungan orang ramai untuk beriadah. Jika tidak mahu mandi di laut atau bermain laying-layang, menikmati pemandangan di sekitarnya pun sudah mencukupi.",
"Di sini jugalah tempat seluruh keluarga berkumpul, berkelah dan berbabeku. Ia tenang, jauh dari kesibukan bandar, dengan penginapan ada banyak di sekitarnya. Ini sudah tentu memudahkan pengunjung yang datang dari luar daerah.",
"Alamat: Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor",
"Desaru terkenal dengan pantainya. Peminatnya bukan sahaja datang dari Johor, tapi kebanyakannya dari Singapura. Ia sudah menjadi tempat berehat bagi warga negara jiran. Ini kerana terdapat banyak aktiviti untuk dilakukan di sini seperti berenang, menaiki bot, memancing, jungle trekking, menunggang kuda, bermain golf, dan berkayak.",
"Jika tidak mahu terlibat dengan mana-mana aktiviti air, cukuplah untuk menikmati pemandangan dan tiupan angin laut sepanjang hari.",
"Air Terjun Kota Tinggi merupakan lokasi yang sentiasa dipenuhi pengunjung terutama ketika hujung minggu. Ia merupakan air terjun yang popular di kalangan rakyat Johor terutama bagi tujuan perkelahan.",
"Air Terjun yang bertingkat dengan kedalaman yang berbeza memberi pilihan kepada para pengunjung untuk memilih bahagian yang mereka gemari. Namun, bahagian yang agak dalam dan berbahaya telah dipasang dengan jaring bagi tujuan peringatan dan amaran.",
"Pengunjung juga boleh menyewa pelampung dengan harga dari RM5 sehingga RM8 sebuah. Gerai makanan turut disediakan memandangkan pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa makanan dari luar. Ini bertujuan untuk menjaga kebersihan air terjun dan sekitarnya.",
"Alamat: KM16, Jalan Lombong, 81900 Kota Tinggi, Johor (15km dari Bandar Kota Tinggi)",
"Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 7pm)",
"Harga Tiket: RM7.50 (dewasa mykad), RM10 (dewasa antarabangsa), RM3.50 (kanak-kanak mykid), RM5 (kanak-kanak antarabangsa)",
"Percutian yang menyeronokkan adalah makan makanan yang sedap-sedap. Jika dapat makan buah-buahan tempatan yang segar dari dusun tentulah lebih menyeronokkan. Desaru Fruit Farm mempunyai lebih 100 jenis pokok buah-buahan tempatan dan ladang sayur-sayuran. Desaru Fruit Farm turut menambah keseronokan dengan menyediakan tarikan lain seperti permainan go-kart, paint ball, ATV dan melihat kunang-kunang serta bermain di taman tema air.",
"Alamat: Sungai Camaran, Desaru, 81900 Kota Tinggi, Johor",
"Ladang buaya ini telah dibina sejak tahun 1979. Ia menempatkan kira-kira 1000 ekor buaya di mana ada di antaranya yang sudah berusia 130 tahun dan tidak bergigi. Buaya-buaya di sini adalah dari jenis buaya air masin.",
"Anda akan melihat, malah merasai pengalaman bermain dengan anak buaya, memegang dan menyentuh buaya. Semua ini dilakukan di bawah seliaan staf berpengalaman. Kedai cenderamata turut disediakan agar anda dapat mengingati pengalaman baharu yang menyeronokkan di sini.",
"Alamat: Lot 1289 & 1290, Jalan Sembilan, Kampung Belading, Teluk Sengat, 81940 Kota Tinggi, Johor",
"Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)",
"Harga Tiket: RM8 (dewasa), RM4 (kanak-kanak)",
"Lokasi muziumnya menarik kerana hanya beberapa meter sahaja dari pantai. Muzium yang dibuka sejak 1992 ini membawa anda mengenali kehidupan masyarakat yang hidup sebagai nelayan atau secara umumnya aktiviti lautan.",
"Muzium Nelayan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Galeri Nelayan, Galeri Geologi, Galeri Lautan, dan Galeri Kapal Karam. Galeri Nelayan ada perahu dan sampan sebenar selain alatan yang digunakan untuk menangkap ikan.",
"Lebih 100 jenis batu dipamerkan di Galeri Geologi. Galeri Lautan pula adalah untuk mereka yang mahu mempelajari mengenai komunikasi dan navigasi di lautan. Manakala Galeri Kapal Karam mempamerkan barangan daripada sebuah kapal China yang karam pada tahun 1830an.",
"Alamat: Tanjung Balau, 81920 Kota Tinggi, Johor",
"Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)",
"Pulau Rawa destinasi yang sesuai untuk backpackers, mereka yang mencari lokasi berbulan madu dan sebagainya. Walaupun pulau ini kelihatan kecil, namun tempatnya sangat cantik dan pasti memukau setiap mata memandang.",
"Terdapat dua buah penginapan di sini iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa Resort. Tempat ini sesuai jika anda ingin bersantai jauh dari kesibukan kota. Pasir pantai yang putih dan air laut kehijauan, kebiruan dan jernih memang sangat indah.",
"Nak ke Pulau Rawa, anda perlu menaiki boat dari jeti Mersing selama 30 minit. Banyak aktiviti boleh dilakukan di Pulau Rawa seperti snorkeling, bermain bola pantai, hiking, kayak dan sebagainya.",
"Bawa anak-anak anda ke sini dan mereka pasti akan menyukainya. Puteri Harbour Theme Park mempunyai 2 tarikan utama di dalamnya iaitu Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town. Rambang mata apabila melihat terlalu banyak produk Hello Kitty, Pingu, Bob the Builder, Thomas the Tank Engine dijual di kedai khas di tingkat satu.",
"Lebih menyeronokkan apabile memasuki rumah Hello Kitty yang sudah tentu bertemakan warna merah jambu. Terdapat jug ataman permainan indoor dan pentas khas di mana Hello Kitty atau Barney tampil membuat persembahan dan berkenalan dengan kanak-kanak yang mengunjungi mereka.",
"Begitu juga semasa memasuki dunia Thomas Town. Ada permainan-permainan khas sesuai dengan tema yang menyeronokkan kanak-kanak.",
"Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, 79000 Johor",
"Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 6pm)",
"Harga Tiket: Sanrio Hello Kitty Town – RM68 (Mykad), Thomas Town – RM68 (Mykad)",
"Mereka yang hendak ke Tanjung Piai melalui mukim Kukup, pasti akan teruja apabila lalu di hadapan sebuah rumah tradisional Bugis. Rumah yang diberi nama Seri Salewangeng ini menelan kos berjumlah RM2.3 juta dan 80 peratus mirip rumah asal yang dibina sejak 75 tahun dahulu.",
"Rumah ini sering dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara yang mahu melihat sendiri keindahan rumah tradisional sama ada pada bahagian luar mahupun bahagian dalamannya yang mempamerkan budaya masyarakat Bugis.",
"Mereka turut dikunjungi pengkaji baik dari dalam dan luar negara. Rumah ini dibina sepenuhnya menggunakan kayu belian dari Jambi dan Kalimantan, Indonesia.",
"Alamat: Kampung Sungai Kuali, 82000 Pontian",
"Bazar Karat di Johor Bahru terletak di tengah-tengah bandar. Ia meliputi Jalan Tan hiok sehingga Jalan Segget. Ramai orang mengunjungi tempat ini bagi mendapatkan pelbagai barangan termasuk makanan dan minuman yang dijual oleh kira-kira 560 orang peniaga.",
"Maka, tidak mengejutkan apabila jumlah yang mengunjunginya mencecah 6000 orang pada hari biasa dan 10,000 pada hujung minggu dan cuti umum. Sambil membeli-belah, anda akan dihiburkan dengan pemuzik jalanan. Bazar Karat ini sememangnya berjaya menghidupkan malam di Johor Bahru.",
"Alamat: Jalan Segget, 80000 Johor Bahru, Johor",
"Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (6pm – 12pm), Sabtu – Ahad (730pm – 12pm)",
"Walaupun ia dipanggil sebagai gunung, namun ketinggiannya hanyalah 654 meter sahaja. HUtan Lipur Gunung Pulai menang pada sisi hutan dipetrokarpanya di samping mempunyai air terjun yang menarik kedatangan ramai pengunjung kepadanya.",
"Melihat hutan dan berada di tengahnya cukup mendamaikan. Ia kaya dengan tumbuh-tumbuhan hutan yang menarik terutama bagi pencinta alam. Bagi yang suka mendaki, anda boleh mendaki sampai ke puncak bukit.",
"Jika pendakian bukan pilihan, pilih untuk berada di air terjunnya yang mempunyai ketinggian sehingga 40 hingga 50 meter dan bertingkat. Ia sering menjadi pilihan keluarga dan rakan-rakan untuk tujuan perkelahan.",
"Muzium ini terletak di Kota Johor Lama iaitu sebuah kawasan yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Oleh itu, bukan sahaja muzium ini menyimpan bahan penting berkaitan sejarah, malah lokasinya juga memainkan peranan penting dalam sejarah negara.",
"Muzium dengan rekabentuk rumah tradisional ini dibahagikan kepada beberapa segmen yang merangkumi pengenalan Kota Johor Lama sehingga kepada kajian-kajian arkeologi yang pernah dijalankan oleh penyelidik tempatan dan luar negara di kawasan ini.",
"Muzium Kota Johor Lama menyediakan lawatan berpandu atas permohonan pengunjung, tandas dan tempat meletak kereta.",
"Alamat: Lot 1468, Kampung Johor Lama, 81940 Kota Tinggi, Johor",
"Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9am – 6pm), ditutup pada hari pertama Aidilfitri dan Aidiladha",
"Ia dibuka pada tahun 2002 dan merupakan muzium pertama seumpamanya di Malaysia. Muzium ini berfungsi sebagai monumen untuk semua pemain layang-layang di seluruh dunia.",
"Oleh itu, ia dipenuhi dengan banyak perkara mengenai layang-layang termasuk sejarah layang-layang dunia dan video tentang Festival Layang – Layang Antarabangsa yang dijalankan setiap tahun di Pasir Gudang. Pengunjung sudah tentu dapat melihat pelbagai jenis layang-layang dari pelbagai bentuk dan negara termasuk wau.",
"Mereka turut mempamerkan peralatan dalam permainan layang-layang.",
"Alamat: Kompleks Pusat Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor",
"Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 5pm)",
"Harga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)",
"Tarikan utama muzium tokoh ini adalah rekabentuk bangunannya dan landskap yang menarik. Bangunan muzium ini asalnya merupakan merupakan kediaman Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Dato’ Jaafar bin Muhammad.",
"Oleh itu, nama bangunan ini iaitu Bangunan Dato’ Jaafar adalah bersempena nama beliau. Muzium Tokoh Johor terletak di atas Bukit Senyum di kawasan berkeluasan 100 ekar.",
"Bangunan ini dibina pada tahun 1893 dengan rekabentuk menyerupai bentuk bangunan keluarga Diraja Inggeris iaitu Mahligai Matlock dan Hardwick Hall di England. Muzium Tokoh mengisi semua maklumat mengenai Kesultanan Melayu Johor.",
"Alamat: Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum, 80400 Johor Bahru",
"Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 5pm)",
"Galeri Glulam mempunyai rekabentuk bangunan yang menarik. Ia tersenarai dalam Malaysia Book of Records kerana menggunakan perekat atau glulam sebagai bahan struktur menanggung beban melebihi 80% penggunaan kayu.",
"Bangunan yang menelan kos RM24.061 juta ini dijadikan rujukan dan pameran kepada pakar profesional dari kalangan arkitek, jurutera, dan kontraktor serta pemegang saham dan agensi-agensi kerajaan.",
"Struktur utama bangunan menggunakan kayu resak dan keruing dengan bumbung daripada kayu belian. Dindingnya pula diperbuat daripada kayu kekatong dan kayu balau, belian. Bangunan ini memiliki kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, 3 dewan serbaguna, surau dan bilik mesyuarat eksklusif yang boleh disewa.",
"Alamat: Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru",
"Bangunan yang kini menjadi Muzium Mersing telah dibina pada tahun 1920an. Ia pernah menjadi pejabat pentadbiran daerah Mersing dan pernah berfungsi sebagai markas operasi Tentera Imperialis Jepun semasa Jepun menjajah Tanah Melayu. Antara yang dipamerkan di sini ialah peralatan perang, pakaian, dan banyak lagi. Muzium Mersing turut menjalankan pelbagai pameran khas yang menarik dalam tempoh masa tertentu seperti pameran kapal karam dan seni.",
"Alamat: 243, Jalan Ibrahim, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor",
"Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9am – 5pm)",
"Taman Merdeka merupakan antara taman rekreasi yang terdapat di Johor Bahru. Ia dibina bagi memperingati usaha negara dalam mencapai kemerdekaan. Taman Merdeka adalah antara lokasi pilihan untuk berjogging, berenang, memanjat dinding batu, menaiki bot, berkayak dan senaman berkumpulan seperti aerobik dan Tai Chi. Ia sibuk dengan program kemasyarakatan, aktiviti sekolah dan sukan.",
"Taman Merdeka mempunyai kemudahan tandas awam, gerai makanan, taman permainan kanak-kanak, alatan senaman, dan tempat duduk serta arca dan catatan sejarah. Landskap di sini amat menarik. Ia dipenuhi pokok dan tasik buatan serta air pancuran berirama yang cantik, sesuai untuk ketenteraman jiwa. Taman Merdeka dibahagikan kepada 12 zon yang mana setiap satunya mewakili peringatan kepada sejarah kemerdekaan.",
"Alamat: Jalan Kolam Ayer, 80200 Johor Bahru",
"Sebagaimana namanya, Chinese Heritage Museum mempamerkan barangan dan maklumat yang menceritakan sejarah kaum Cina di Johor. Antara barangan yang dipamerkan di sini termasuk foto, syiling lama, alat muzik dan porselin.",
"Antara maklumat yang menarik adalah kaum Cina yang datang ke Johor berasal daripada pelbagai tempat. Ini menyebabkan kaum Cina yang menetap di Johor bertutur dalam dialek yang berbeza iaitu Kantonis, Hakka, Hainan, Hokkien, dan Teochew. Muzium empat tingkat ini mewakili pameran secara kronologi mengikut tingkat.",
"Alamat: 42, Jalan Ibrahim, Johor Bahru, Johor",
"Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9am – 5pm)",
"Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak dan warga emas)",
"Johor Premium Outlet (JPO) merupakan antara kompleks membeli-belah barangan berjenama antarabangsa. Ia adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Kompleks ini mempunyai 130 kedai semuanya dan memiliki landskap yang menarik iaitu pokok-pokok dan air pancuran.",
"Ia lantas memberikan pengalaman berbeza semasa pengunjung membeli-belah. JPO turut menyediakan medan selera kepada pengunjungnya.",
"Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 10pm)",
"UK Farm dikenali sebagai ladang kambing dan biri-biri terbesar di Malaysia. Ia memiliki 100 ekar padang rumput yang mampu menempatkan 4000 biri-biri pada satu-satu masa. Selain itu, mereka juga mempunyai 15 ekar tanah yang ditanam dengan pokok buah markisah, kelapa, betik, jambu batu dan banyak lagi.",
"UK Farm turut menanam sayur-sayuran. Antaranya seperti cili, bendi, bayam dan kacang panjang. Jika anda mahu merasai tinggal di ladang, UK Agro Resort memberikan anda pengalaman itu. Mereka menyediakan chalet dan bilik asrama siap dengan dewan makan, kawasan BBQ, pentas terbuka, restoran, kafe, dan bilik mesyuarat.",
"Alamat: Plot 8, Project Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor",
"Harga Tiket: Layari www.ukfarm.com.my untuk mendapatkan harga mengikut pakej serta promosi menarik",
"Ia sering dikunjungi penduduk setempat kerana airnya yang bersuhu 50 hingga 70 darjah celcius didakwa mampu merawat kaki yang lenguh dan sakit sendi.",
"Walaupun begitu, pengunjung juga suka ke sini sekadar untuk berehat dan menghilangkan keletihan. Air kolamnya mengandungi mineral yang tinggi. Pejabat Daerah Muar menaiktaraf kawasan Kolam Air Panas Sungai Gersik dengan menyediakan kemudahan parkir, tandas, bilik persalinan, wakap, chalet, medan selera dan kolam berbumbung.",
"Waktu Operasi: Setiap hari (830am – 7pm)",
"Austin Height Water & Adventure Park",
"Austin Height Water & Adventure Park merupakan taman tema yang sesuai untuk seluruh keluarga. Taman tema ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu taman tema air, taman cabaran, dan taman sukan.",
"Setiap bahagian mempunyai pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan sesuai untuk setiap peringkat umur. Mereka juga menyediakan ruang bagi mereka yang mahu aktiviti merehatkan.",
"Contohnya, Lazy River di taman air. Taman cabaran sesuai untuk mereka yang tidak takut dengan ketinggian dan suka aktiviti memanjat serta berjalan di udara. Taman sukan pula ada aktiviti seperti geluncur ais, go-kart, dan trampoline.",
"Alamat: No. 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru",
"Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 10pm)",
"Harga Tiket: Harga berbeza mengikut usia dan taman. Layari https://www.funtime.my untuk tempahan tiket.",
"Bawa anak-anak anda ke sini untuk melihat banyak dinasour. Ini tempat yang akan menyeronokkan mereka. Don Hu Jrassic Park dibina di kawasan tapak semaian pokok yang dihias dengan patung dinasour yang ditempah khas dari China.",
"Don Hu Jurassic Park memiliki kira-kira 20 ekor replika dinasour bersaiz gergasi yang bergerak dan mengeluarkan bunyi. Mereka turut menjual cenderamata bertemakan dinasour dan baju-T dengan gambar dinasour yang comel.",
"Jika anda bernasib baik, ada maskot dinasour yang berjalan-jalan dalam kawasan taman.",
"Alamat: 2700, Jalan Pintasan Muar, Kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor",
"Waktu Operasi: Jumaat – Ahad (8am – 8pm)",
"Cari mural-mural yang terkenal ini apabila anda berada di Muar.",
"Ia merupakan mural terbesar di Malaysia. Pelukis, Julia Volchkova telah melukis dua adik-beradik iaitu Nur Najwa dan Nur Najiyah untuk mural ini.",
"Lokasi: 1986, Jalan Arab, Pekan Muar, 84000 Muar",
"Pelukis Thomas Powell telah melukis 2 lelaki dan 2 wanita yang mewakili setiap kaum utama di Malaysia.",
"Lokasi: Taman Sri Tanjung, 84000 Muar",
"Mural 3D yang terletak di lorong antara dua bangunan ini memaparkan pembangunan yang berlaku di situ. Terus berjalan di lorong ini untuk melihat mural lain di sepanjang laluannya.",
"Mural yang sangat cantik ini menggambarkan perkembangan industri perabot di Muar. Ia dihasilkan oleh empat orang pelukis.",
"Lokasi: Jalan Haji Abu, Pekan Muar, 84000 Muar",
"Mural ini meraikan budaya opera Kantonis. Ia dilukis oleh seorang pelukis dari Taiwan.",
"Lokasi: Wisma Kwong Sui Koon, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor",
"Mural yang memaparkan seorang wanita berbaju kurung menaiki harimau ini dilukis oleh pelukis dari Sepanyol iaitu Alberto",
"Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Johor yang dikongsikan? Anda teruja?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati."
] |
https://bidadari.my/punca-kulit-kering/ |
Kesihatan, Petua Tips
5 Punca Kulit Kering Masalah Kulit dan Tips
Oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof
| [
"Selain muka berminyak, muka naik jerawat dan parut kesan jerawat, masalah kulit kering turut merupakan salah satu masalah kulit yang dialami ramai orang khususnya wanita. Masalah kulit kering juga boleh berlaku di permukaan kulit yang lain seperti di bahagian kulit kepala, siku, tapak kaki, lengan dan sebagainya. Ayuh teruskan bacaan artikel ini untuk mengetahui punca kulit kering.",
"Kulit wajah merupakan aset yang paling penting terutamanya sebagai penampilan diri dan keterampilan semasa berkomunikasi. Penjagaan kulit muka bukan setakat pada penjagaan masalah acne atau jerawat, tetapi merangkumi kebersihan kulit daripada noda dan kulit yang sihat serta lembap.",
"Sebagai organ paling luar yang melindungi tubuh daripada ancaman fizikal, lapisan epidermis kulit berperanan sebagai lapisan penghadang.",
"Epidermis terdiri daripada lapisan nipis dan rentan terhadap air yang dipanggil stratum corneum. Terdapat 4 lapisan epidermis iaitu:",
"Kulit yang sihat mengandungi tahap korneosit (sel pada lapisan stratus corneum) yang mempunyai kepekatan Natural Moisturizing Factor (NMF) atau Faktor Kelembapan Semula Jadi yang tinggi.",
"Ini menjadikan kulit sentiasa lembab dan sihat.",
"Keadaan kulit kering ini menyebabkan rasa tidak selesa dengan kemunculan gatal-gatal, rekahan dan sisikan. Banyak faktor yang menjadi punca kulit kering, malah boleh berlaku secara semula jadi.",
"Ironinya, bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, anda masih boleh mendapat masalah kulit kering dari semasa ke semasa, menurut pakar perubatan kulit.",
"Antara bahagian kulit yang selalu menghadapi masalah kekeringan ialah tangan, lengan, kaki dan muka.",
"Anda boleh merasakan sendiri perubahan kulit jika berlaku kekeringan. Kulit merasa kesat dan keras secara amnya.",
"Namun, terdapat kes kulit kering yang ekstrim dalam dunia perubatan yang digelar dermatitis atau keradangan kulit.",
"Terdapat 3 jenis dermatitis yang boleh berlaku, iaitu:",
"Jenis ini berlaku apabila kulit anda bersentuhan atau berhubungan dengan sesuatu yang boleh menyebabkan keradangan setempat. Antara bahan merengsakan yang boleh mendatangkan keradangan tersebut ialah agen kimia, contohnya peluntur.",
"Boleh jadi juga mereka yang mengalami alahan, mendapat masalah dermatitis sentuhan ini apabila kulit anda terdedah kepada bahan yang mendatangkan alahan dan gatal-gatal.",
"Masalah ini muncul apabila kulit anda menghasilkan terlalu banyak minyak.",
"Hal ini mengakibatkan kemerahan dan ruam bersisik, khususnya di bahagian kulit kepala. Jenis dermatitis ini banyak dilaporkan dalam kalangan bayi yang baru lahir.",
"Nama lain bagi dermatitis atopik ialah eczema. Jenis ini merupakan keadaan kulit yang paling kronik yang menyebabkan tompokan bersisik yang kering pada permukaan kulit.",
"Hal ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan boleh berlaku ke atas orang dewasa.",
"Punca Kulit Kering dan Faktor Risiko",
"Pada tahun 2000, penyelidik bersama Beford, UK dan New Jersey menulis kertas kajian mengenai fenomena kulit kering ini dan diterbitkan dalam International Journal of Cosmetic Science.",
"Berdasarkan kertas kajian tersebut dan kajian lepas yang lain, berikut ialah punca kulit kering dan faktor risiko yang perlu diambil perhatian:",
"Individu berusia lebih mudah mengalami masalah kulit kering. Ini disebabkan sistem tubuh badan yang kurang menghasilkan minyak di permukaan liang pori. Seterusnya, meninggikan risiko mendapat kulit kering.",
"Keturunan atau genetik boleh mewariskan masalah kulit kepada anda. Selain itu, jika anda pernah mengalami masalah kulit sewaktu kecil, insiden sama boleh berulang apabila anda meningkat dewasa.",
"Bagi masyarakat negara Barat, mereka memerhatikan bahawa masalah kulit kering banyak terjadi semasa musim luruh berbanding musim sejuk. Ketika itu, tahap kelembapan adalah rendah. Musim sejuk yang mempunyai kelembapan tinggi membantu kulit kekal lembap dan tidak kering.",
"Sementara itu bagi kita di Malaysia, keadaan cuaca panas bahang boleh menyumbang kepada masalah kulit kering.",
"4. Tabiat penjagaan kebersihan diri dan mandi",
"Kekerapan mandi atau mencuci tangan akan meningkatkan kadar kulit kering. Mandi dengan air panas juga boleh menyebabkan kulit kering jika diamalkan dengan kerap. Hal ini menyingkirkan kandungan minyak yang sepatutnya melembabkan kawasan kulit.",
"Terdapat kajian yang mengaitkan penyakit dengan respon kulit menjadi kering. Antaranya ialah psoriasis dan kencing manis. Kawalan penyakit ini didapati mampu mengurangkan faktor risiko kulit kering yang lebih teruk.",
"Selain penggunaan produk pelembab di pasaran, masalah kulit kering boleh dielakkan dengan mengubah gaya hidup. Antaranya:",
"Masalah kulit kering ini boleh memberi kesan ke atas semua orang tanpa mengira lapisan umur atau jantina.",
"Jika anda mengalami masalah kulit kering secara bermusim dan tidak berlarutan, anda boleh merawat atau mencegahnya dengan penggunaan produk pelembap dan mengubah gaya hidup seharian. Walau bagaimanapun, bagi kes yang mengalami masalah kulit kering sehingga menimbulkan keradangan, anda sangat disarankan untuk berjumpa dengan pakar perubatan bertauliah dengan segera.",
"Rawatan awal dapat membantu anda untuk merasa lebih selesa dan mengurangkan risiko komplikasi lain seperti jangkitan kulit dan luka akibat kulit kering.",
"Jemput juga bac artikel tentang punca hormon tidak stabil , punca jerawat pasir dan masalah kulit sensitif"
] |
https://bidadari.my/resepi-sushi/ |
Resepi
Resepi Sushi Jepun Sedap (Tambahan Bahan Special)
Oleh Rahayu Z
| [
"Siapa suka makan sushi? Sushi ialah makanan khas berasal dari Jepun. Ianya terdiri dari nasi (menggunakan beras khas sushi) yang digulung dengan seaweed bersama bahan-bahan pelengkap lain seperti ayam, crab stick dan sayur.",
"Namun tidak semua masyarakat Melayu suka sushi di mana budaya dan selera masyarakat Melayu dengan Jepun memang berbeza. Oleh itu Siti Nor ‘Ain Mayan di laman Facebook berkongsikan resepi sushi yang sesuai tekak Melayu. Jangan risau ianya masih guna resepi asas sushi asli Jepun dengan modifikasi sedikit saja pada resepi.",
"Resepi Puan Siti menggunakan secret weapon iaitu sambal bilis hitam yang membuat rasa sushi buatan air tangannya ini digilai ramai. Kalau malas buat sambal bilis boleh ganti dengan sambal nasi lemak ataupun guna sos apapun yang sesuai. So, shushi anda akan lebih sedap dan tidak rasa tawar.",
"Tips penting agar sushi sedap ialah elok guna timun jepun kerana timun jepun bentuknya kecil-kecil. So, kurang berair berbanding timun biasa. Cuka pula penting untuk elakkan nasi cepat basi.",
"Seaweed pula kena pandai beli kerana ada yang untuk makan saja dan bukan untuk buat shushi. Boleh tengok tanda halal dan rujuk gambar di belakang plastik untuk arahan buat sushi. Lain kalau anda pandai baca hiragana boleh terus beli.",
"Pisau pula kena tajam. Kalau tidak tajam maka potong shushi tidak cantik. Selamat mencuba.",
"Selain resepi sushi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.",
"Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-nasi-ayam-geprek/ |
Resepi
Resepi Nasi Ayam Geprek Sambal Padu Terangkat
Oleh Faten Asnida
| [
"Masakan Indonesia amat popular di Negara kita boleh dikatakan semua makanan disana menjadi kegemaran rakyat kita. Mungkin kerana berkongsi rasa yang sama menyebabkan kita mudah terima dengan makanan mereka. Antara makanan Indonesia yang popular di Malaysia ialah nasi ayam geprek. Tak perlu susah lagi nak kesana, kerana kami akan kongsikan resepi nasi geprek ini. ",
"Anda jangan keliru antara ayam geprek dan ayam penyet. Kedua-dua menu ini berbeza dari segi sambal dan penyediaan ayam goreng. Bagi ayam geprek ini, Ayam akan dicelup tepung dan digoreng, manakala sambal nasi ayam geprek ini hanyalah cili dan bawang putih sahaja.",
"Untuk anda penggemar makanan pedas, menu ini khas untuk anda. Pasti membuatkan anda berpeluh-peluh ketika makan. Pasti anda dah kecur air liur kan, jom follow resepi popular Indonesia yang dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadila Sari",
"Kami yakin anda pasti dah kecur air liur kan bila membaca resepi ini. Jangan lupa cuba buat jika anda penggemar makanan pedas. Kalau nak tahu banyak lagi resepi menarik dan padu kami sediakan untuk anda sebagai rujukan. Terima kasih juga ye singgah dan jangan lupa share dan like jika anda rasa resepi ini beri manfaat untuk anda."
] |
https://bidadari.my/tanda-ada-cacing-dalam-perut/ |
Kesihatan
10 Tanda Ada Cacing Dalam Perut, Orang Dewasa Pun Berisiko? Ini Jawapannya
Oleh hannani
| [
"Apakah tanda ada cacing dalam perut? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi mengenai 10 tanda perut yang mempunyai cacing dan langkah pencegahan yang boleh diambil.",
"Mungkin kita sudah terbiasa dengan penyakit berjangkit yang datangnya dari virus atau bakteria. Namun masalah jangkitan cacing dalam badan jarang sekali kita ambil serius. Sedangkan penyakit ini turut mengakibatkan risiko kematian yang tinggi di Malaysia khususnya.",
"Bahaya terkena tanda ada cacing dalam perut!",
"Cacing yang masuk ke dalam tubuh manusia akan mencuri nutrisi mikro dan mineral dalam badan. Hal ini justeru sehingga menyebabkan simptom jangkitan seperti kekurangan darah merah (anemia), sakit perut, dan kegatalan pada bahagian dubur.",
"Apa yang mungkin orang dewasa terlepas pandang adalah, masalah kecacingan tidak hanya terjangkit pada kanak-kanak bahkan orang dewasa juga tidak terkecuali. ",
"Cacing boleh berjangkit melalui sesiapa sahaja dari faktor pemakanan dan sentuhan. ",
"Perbuatan sering atau kerap menggaru di kawasan dubur adalah tanda ada cacing dalam perut. Kekerapan kita menggaru akan mengakibatkan ruam atau kemerah-merahan dari jangkitan telur cacing. ",
"Seseorang yang ada cacing dalam perut biasanya akan mudah diserang sakit perut atau kembung perut. Sakit perut kerana cacing disebabkan jangkitan usus pada mulanya.",
"Namun, ia sedikit demi sedikit akan menular ke mana-mana organ badan tertentu yang lain. Implikasinya, kita akan mudah kembung perut dan cirit-birit atau bahkan terjadinya kesan lebih parah dengan usus menjadi tersumbat.",
"Ada sesetengah kes juga, najis akan menjadi tidak normal dan mengeluarkan bau busuk yang terlalu busuk. ",
"Terlalu kerap demam tetapi lambat pulih",
"Cacing dalam badan akan menjejaskan sistem kekebalan tubuh badan. Larva cacing yang bebas bergerak dari satu organ ke satu organ yang lain akan memberi kesan berbeza-beza pada tubuh badan seseorang.",
"Dan sudah semestinya kerana ketahanan antibodi yang rendah, mereka yang terkena jangkitan cacing kemudian demam akan lambat untuk pulih.",
"Tanda ada cacing dalam perut yang seterusnya adalah kurang nafsu makan. Jangkitan cacing boleh menggangu malnutrisi seseorang. ",
"Malnutrisi ini secara umumnya, ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau nutrien yang tidak mencukupi. ",
"Cacing atau parasit masuk ke tubuh manusia dengan memberi kesan kepada gangguan pencernaan seperti sembelit. ",
"Ia berpotensi untuk menyekat laluan nutrien ke dalam badan, dan bahan buangan dari badan keluar di pelbagai tempat dalam sistem penghadaman. Bila kita makan, sukar untuk makanan itu dihadamkan.",
"Tekanan perasaan seperti kemurungan, kebimbangan, sakit badan, sakit kepala, sakit mata, halusinasi visual, perubahan tingkah laku, dan bayangan aneh bahawa ada sesuatu yang tersangkut di kepala menjadi perkara biasa jika seseorang dijangkiti masalah cacing.",
"Dalam usus manusia, ia mempunyai kedua-dua neuron dan neurotransmitter, khususnya serotonin. Kesemua ini membentuk menjadi sebuah sistem saraf enterik. ",
"Justeru tidak hairan jika kita simpulkan bahawa usus dan otak mempunyai hubung kait secara tidak langsung. ",
"Sindrom IBS ( irritable bowel sydnrome) dan artritis reaktif adalah gangguan pada autoimun yang berkaitan jangkitan usus. Biasanya, parasit usus akan duduk di kawasan dinding usus.",
"Hal semacam ini akan membawa kepada keradangan dan kerengsaan pada kawasan ini. Bahkan dalam tempoh yang lama juga membawa kepada kekejangan dan usus tersumbat.",
"Gangguan tidur, sukar tidur atau bahasa sainsnya adalah insomnia sering menjadi salah satu tanda perut yang mempunyai cacing. Ini semuanya kerana, gangguan kepada sistem saraf yang disebabkan oleh parasit.",
"Oleh kerana parasit mengurangkan bekalan nutrien pada tubuh, ia membawa kepada keletihan pada tahap mental, fizikal dan emosi. ",
"Seseorang yang letih, tidak akan mampu untuk fokus pada kerja atau apa jua yang mereka lakukan pada ketika itu. ",
"Bruxism adalah istilah perubatan yang diberikan kepada tabiat asah gigi ketika tidur. Pada pandangan pertama, hubungan antara pengisaran gigi dan parasit mungkin tidak jelas dan tak logik.",
"Perbuatan mengasah gigi ketika tidur berlaku disebabkan oleh kebimbangan dan keresahan oleh parasit melepaskan sisa dan toksin ke dalam badan.",
"Berikut adalah beberapa langkah penting yang boleh anda ambil peduli untuk diri dan keluarga anda bagi mengelak daripada terjangkit masalah cacing dalam perut.",
"Semoga perkongsian mengenai tanda ada cacing dalam perut dapat memberikan anda maklumat yang bermanfaat khususnya bagi semua tidak kira dewasa atau kanak-kanak. ",
"Selain dari artikel berkenaan dengan tanda ada cacing dalam perut ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan kesihatan seperti:"
] |
https://bidadari.my/cara-tukar-nama-cukai-pintu/ |
Keluarga
Ketahui Cara Tukar Nama Cukai Pintu
Oleh Zuraidah Muhidden
| [
"Setiap orang yang memiliki rumah, premis perniagaan termasuk kedai, hotel dan restoran, tanah kosong dan sebagainya perlu membayar cukai pintu. Namun cukai pintu ini hanya perlu dibayar oleh pemilik yang mana asetnya terletak di dalam kawasan Majlis.",
"Oleh itu, sekiranya anda ingin membeli rumah atau kedai ‘second hand’, pastikan pemilik asal sudah menyelesaikan segala bayaran tunggakkan cukai pintunya. Pertukaran hak milik perlu dilakukan kerana selepas tukar nama, aset itu akan menjadi milik anda. Anda pula perlu membayar cukai pintu tersebut.",
"Artikel ini akan berkongsi cara tukar nama cukai pintu boleh dilakukan. Diharapkan penulisan ini dapat membantu memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang cukai pintu.",
"Cukai pintu juga dipanggil sebagai cukai taksiran. Ia merupakan bayaran yang dikenakan ke atas pemilik atau penghuni pegangan berkadar yang terletak di kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.",
"Malah, jika kita memiliki bangunan atas tanah yang tiada dokumen hak milik berasingan, cukai pintu tetap perlu dibayar. Selain itu, cukai pintu juga perlu dilunaskan jika kita memiliki tanah rizab untuk tujuan awam.",
"Nilai cukai pintu bergantung kepada jenis bangunan, keluasan lantai, lokasi, bahan-bahan pembinaan dan kegunaan bangunan.",
"Jika kita membeli bangunan rumah kedai atau rumah secara langsung dengan pemaju, tiada masalah untuk tukar nama cukai pintu. Ini kerana anda merupakan pemilik pertama aset tersebut. Bagaimana pula jika anda membeli aset ‘second hand’?",
"Pembeli aset ‘second hand’ perlu membuat beberapa pertukaran nama pada dokumen dan bil. Antaranya ialah cukai pintu. Ramai yang terlepas pandang aspek paling penting ini.",
"Sebagai pemilik yang baru, anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk membuat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu. Di bawah ini disenaraikan beberapa perkara penting yang perlu dilakukan.",
"Sebelum Membeli Bangunan atau Tanah Kosong",
"Buat semakan dengan Majlis untuk mengetahui pemilik yang berdaftar dan sebarang tunggakkan yang berbaki bagi aset tersebut. Di bawah Seksyen 146 Akta 171, menegaskan bahawa semua jumlah tunggakkan menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu.",
"Oleh itu, sebelum membuat sebarang urus niaga pembelian, pastikan dengan agen yang dilantik untuk menyemak sebarang tunggakkan. Jika masih ada tunggakkan, minta pemilik asal menyelesaikan bayaran dulu.",
"Cara Tukar Nama oleh Pemilik Asal",
"Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pemilik asal bangunan atau tanah tersebut, iaitu:",
"a. Isi Borang I dan J yang boleh didapatkan di kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah yang berkenaan. Boleh juga dimuat turun dari laman web Majlis Daerah.",
"b. Lampirkan dengan salinan penuh semua muka surat S & P (Perjanjian Jual Beli) atau salinan geran.",
"c. Pastikan Borang I dan J diisi dengan lengkap termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon dan ditandatangani oleh penjual dan pembeli.",
"d. Telah menjelaskan bayaran semasa cukai pintu dan semua tunggakkan yang terlibat.",
"Cara Tukar Nama Atas Dasar Kasih Sayang",
"Ada juga kes yang melibatkan pemberian aset seperti rumah atas dasar kasih sayang yang melibatkan pewarisan harta, hadiah dan sebagainya. Untuk situasi ini, apa yang perlu dilakukan oleh pemilik dan penerima?",
"a. Penerima pindah milik perlu memberi notis dalam Borang I, Jadual Pertama, Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) kepada Pihak Berkuasa Tempatan.",
"Notis perlu diberikan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik disempurnakan sebelum tukar nama dalam bil cukai pintu boleh dibuat.",
"b. Pemilik pula perlu kemukakan Borang 14A (Borang Pindah Milik Tanah, Bahagian atau Pajakan).",
"Borang tersebut mestilah lengkap ditandatangani dan diperakui sah salinannya bagi membuktikan kesahihan pindah milik tersebut.",
"Harta yang belum ditukar milik, tempoh 3 bulan diberikan untuk membuat pertukaran nama. Namun, jika pemilik asalnya telah meninggal dunia, tempoh masa dilanjutkan selama 1 tahun.",
"Jika gagal membuat pertukaran dalam tempoh yang diberikan, denda akan dikenakan.",
"Anda perlulah membuat bayaran untuk setiap proses pindah milik. Bayaran bergantung kepada negeri. Misalnya Johor (RM 50.00), Selangor (RM 20.00) dan sebagainya.",
"Bayaran juga boleh dibuat menggunakan cek atau wang pos (sila rujuk negeri masing-masing).",
"Dokumen-Dokumen yang Diperlukan untuk Tukar Nama",
"Pastikan anda menyediakan kesemua dokumen ini untuk memudahkan proses tukar nama dijalankan, iaitu:",
"b. Salinan geran hak milik terkini, surat perjanjian jual beli atau Borang 14A dan resit bayaran di Pejabat Tanah dan Galian.",
"d. Salinan kad pengenalan pemilik baru",
"e. Surat pengesahan pemilik (tuan tanah) yang disetemkan bersama salinan kad pengenalan bagi tanah yang disewakan daripada pemilik.",
"Nama pemilik yang baru akan diproses dan seterusnya dibilkan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) melalui surat atau sistem pesanan ringkas (SMS).",
"Anda boleh membuat bayaran cukai pintu melalui beberapa kaedah, iaitu:",
"d. Kiosk dan Terminal Tanpa Tunai",
"Diharapkan perkongsian tentang cara tukar nama cukai pintu untuk pembelian aset ‘second hand’ ini memberi maklumat yang berguna kepada para pembaca. Jangan terlalu seronok untuk membeli harta tanpa mengambil kira aspek yang penting ini.",
"Jika sambil lewa saja, kita sebagai pemilik baru pula yang terpaksa menanggung tunggakkan pemilik asal. Oleh itu, dapatkan maklumat yang lengkap daripada agen yang dilantik.",
"Ini kerana jika tukar nama telah dilakukan, secara automatik kita yang bertanggungjawab atas semua hutang yang ditinggalkan. Oleh itu, ambil langkah berjaga-jaga dengan menyemak di Majlis Daerah atau Perbandaran tentang rekod bayaran pemilik asal.",
"Jangan lupa kongksikan artikel ini kepada rakan-rakan atau saudara mara yang ingin membeli aset ‘second hand’.",
"*Jemput juga baca artikel tentang dekorasi rumah dan cara servis aircond rumah",
"Soalan Lazim Cukai Taksiran. https://www.mdhs.gov.my/ms/mdhs/pusat-media/pengumuman/soalan-lazim-cukai-taksiran (link)"
] |
https://bidadari.my/resepi-kek-lumut/ |
Resepi
Resepi Kek Lumut (Sedap dan Moist)
Oleh Rahayu Z
| [
"Tak pernah tak jatuh cinta dengan kek lumut ini. Kek lumut berasal daripada Sarawak, dipanggil kek lumut mungkin kerana warna hijaunya yang serupa macam lumut.",
"Kek lumut sudah jadi favorit ramai dari dulu hingga sekarang. Jika teringin makan kek lumut kena rajinkan diri dan cuba resepi kek lumut sedap dan moist yang kami kongsikan ini.",
"Terdapat pelbagai versi resepi untuk membuat kek lumut. Ada setengah resepi menggunakan tepung suji, ada yang menambah serbuk Almond, tapi asas yang sama mesti ada horlick dan nestum, dan untuk rasa yang lembab dan lemak berkrim mesti menggunakan butter.",
"Tapi pada resepi yang di kongsikan oleh Mazliza Ahmad di Facebook ini tidak menggunakan nestum, hanya horlick dan butter sahaja sudah memberikan bau dan rasa yang sedap dan lembut. Kalau anda tak suka manis boleh kurangkan sukatan gula.",
"Kek lumut sudah siap untuk dihidangkan bersama keluarga anda, sila kongsikan kepadan jiran supaya mereka tahu sedapnya kek lumut buatan anda.",
"Selain resepi kek lumut, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!"
] |
https://bidadari.my/telefon-asus-terbaik/ |
Umum
5 Telefon Asus Terbaik 2023: Harga dan Spesifikasi
Oleh Nur Syafiqah
| [
"Mencari telefon Asus terbaik untuk tahun ini? Anda berada di laman yang tepat kerana kami menyediakan informasi berkaitan spesifikasi dan harga yang boleh anda bandingkan dan pilih mengikut bajet dan citarasa anda.",
"Kesemua model yang kami paparkan adalah model yang dikeluarkan untuk tahun 2022 dan 2021. Buat pengetahuan anda, model pada dua tahun tersebut terdiri daripada siri ZenFone dan ROG Phone.",
"Berita baik buat para gamers kerana pada tahun ini Asus menumpukan dan mengeluarkan banyak model yang mempunyai perincian khas untuk anda bermain permainan dalam talian dengan puasnya, sesuai dengan nama sirinya ROG iaitu Republic Of Gamers.",
"Nak tahu perbezaan setiap model Asus ini? Jom teroka spesifikasi dan harganya.",
"Asus ZenFone 9 dilancarkan pada September 2022, antara telefon model Asus terbaik terbaru dikeluarkan untuk tahun ini. Jika anda menginginkan telefon bersaiz poket, kalis calar dan kalis air, ini pilihan yang tepat buat anda!",
"Smartphone ini dikuasakan oleh chipset Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1, iaitu pemproses yang terbaik dan terbaru setakat ini. Dengan storan 256GB, ia dipadankan dengan 8GB RAM. Jika tidak mencukupi, pilih saja 16GB RAM.",
"Bateri pula berkapasiti 4300 mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W berwayar. Paling menarik adalah pada bahagian kameranya. Mana tidaknya kerana kamera utama dengan 50MP Sony IMX766 manakala kamera selfie 12 MP. Ia lengkap dengan panorama, HDR dan penstabilan. Harga Asus Zenfone 9 pada masa ini adalah bermula RM2969.",
"Asus ROG Phone 6 dan Asus ROG Phone 6 Pro",
"Mencari smartphone terbaik untuk bermain video game yang terkini? Asus ROG Phone 6 dan Asus ROG 6 Pro perlu dimasukkan ke dalam senarai pilihan anda! Tengok sahaja reka bentuk luarannya, memang cantik dan melambangkan ciri gamers. Banyak perincian khas dalaman dan aplikasi buat pemain dengan Asus ROG Phone 6 Pro ini.",
"Salah satu sebab smartphone ini sesuai untuk para gamers adalah kuasa penyegarannya meningkat berbanding model Asus ROG sebelum ini dengan kadar 165Hz dan hadir dengan ciri touch sampling rate 720Hz dan input lag. Dengan ciri AMOLED dan HDR10+ yang dikuasakan pemproses Pixelworks i6, pasti layar atau paparannya memuaskan.",
"Peranti ini beroperasi dengan chipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan GPU Adreno 730 yang sudah pasti anda tahu keupayaannya yang sempurna. Bukan itu sahaja, ia hadir dengan ciri dwi pembesar suara hadapan dengan bicu audio 3.5mm serta kapasiti bateri yang mantap iaitu 6000mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W.",
"Jika anda hanya menumpukan untuk bermain game, kualiti kameranya juga tidak menjadi masalah. Kamera utama 50MP dengan Sony IMX766 manakala kamera selfie 12MP dengan IMX663. Gambar yang dihasilkan masih berkualiti dan jelas.",
"Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro",
"Tak banyak perbezaan antara Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro. Antara perbezaan dua model ini adalah Asus ROG Phone 5s menggunakan paparan monokrom manakala Asus ROG Phone 5s Pro menggunakan paparan belakang dari panel PMOLED .",
"Kedua-dua model Asus terbaik ini menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 888+ yang pasti menghasilkan prestasi yang pantas. Kapasiti storan sebanyak 512GB UFS 3.1 beserta 18GB RAM LPDDR5. Sistem audionya juga sangat berkualiti kerana dibekalkan dengan ciri pembesar suara stereo bersama GameFX dan Dirac HD Sound.",
"Bukan itu sahaja, dengan ciri input sentuh kedua-dua model dapat beroperasi dengan lebih pantas dengan kadar 360Hz. Para gamers pasti berpuas hati untuk bermain video game dengan lama kerana kapasiti baterinya 6000mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas HyperCharger dengan 65W.",
"Dikeluarkan pada 2021, kamera utama dengan 64MP manakala kamera selfie adalah 24MP. Cukup untuk menghasilkan gambar yang jelas, warna yang baik dan tidak pecah. Tak hairanlah telefon ini terdapat dalam senarai Asus terbaik pada masa kini.",
"Dikategorikan sebagai salah satu smartphone ‘flagship’ terbaik masa kini, Asus ZenFone 8 Flip dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888 5G dengan GPU Adreno 660. Kapasiti storan yang dibekalkan adalah 256GB dengan 8GB RAM.",
"Salah satu kelebihan yang terdapat pada model ini adalah kamera belakang yang boleh dijadikan kamera hadapan dengan cara ‘flip’ kameranya, sama seperti Asus ZenFone 7 sebelum ini. Sesuai untuk pengguna yang sering membuat video atau vlog. 64MP kamera utama dengan sensor Sony IMX686 manakala kamera hadapan 16MP, pasti menghasilkan gambar berkualiti.",
"Paparan pada peranti ini juga menakjubkan hingga digelar NanoEdge Display dengan ciri 6.67” Super AMOLED. Kadar penyegarannya adalah 90Hz. Dengan kapasiti bateri 5000mAh, ia pasti bertahan dengan lama.",
"Dari segi kamera, Asus ZenFone 8 Flip menampilkan Sony IMX686 dengan kamera utama 64MP, kamera ultrawide 12MP dengan sensor Sony IMX363 serta kamera telefoto dengan sensor 8MP yang membolehkan zoom 3 kali optikal.",
"Terdapat beberapa perbezaan ketara terhadap Asus ZenFone 8 dan Asus ZenFone 8 Flip. Salah satunya adalah pada kameranya. Kamera pada Asus ZenFone 8 tidak boleh dikilas, sama seperti model biasa yang lain. Terdapat dua kamera belakang iaitu 74MP kamera utama serta 12MP kamera ultrawide manakala kamera hadapan 12MP.",
"Model ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888 dipadankan dengan GPU Adreno 660. Peranti ini sesuai untuk kegunaan harian atau bermain permainan video.",
"Paparan pada model ini adalah Super AMOLED yang menampilkan mod always on display. Kadar penyegarannya lebih tinggi berbanding Asus ZenFone 8 Flip iaitu 120Hz. Kapasiti bateri pula sekadar 4000mAh namun masih menyokong pengecasan pantas 30W beserta teknologi QC4.0 dan PD dengan pengecas pihak ketiga.",
"Antara kelebihan model ini adalah saiznya yang kecil dan bersaiz poket, sesuai untuk mereka yang suka akan smartphone kecil dan boleh memegang dengan satu tangan. Walaupun bersaiz kecil, jangan pandang rendah dengan prestasinya yang sangat mantap.",
"Bukan itu sahaja, ia dilengkapi dengan ciri DC dimming yang baik untuk mata terutama buat pengguna yang banyak menghabiskan masa dengan telefon. Paling best, peranti ini menggunakan sistem operasi ZenUI 8 dengan Android 11 yang membolehkan banyak perincian terkini seperti twin-apps, smart key, game genie dan lain-lain.",
"Secara ringkasnya, Asus terbaik dengan model ROG sesuai untuk gamers dan yang suka akan reka bentuk smartphone yang unik dan kelihatan garang. Model ZenFone pula sesuai untuk kegunaan harian dan kelihatan mewah.",
"Semua model Asus di atas memang terbaik dari segi reka bentuk luaran dan perincian dalamannya. Memang berbaloi untuk digunakan pada tahun ini dan akan datang. Telefon pintar Asus mana yang menjadi pilihan anda?",
"Kami juga ada menulis artikel mengenai smartphone yang lain seperti:"
] |
https://bidadari.my/resepi-popia-nestum/ |
Resepi
Resepi Popia Nestum Rangup Digilai Ramai
Oleh Rahayu Z
| [
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi popia nestum step by step yang paling senang dan sedap. Pasti menjadi kesukaan tetamu, suami dan anak-anak. Krup krap makan camilan ini.",
"Kami pasti ianya menjadi kegemaran ramai. Ianya garing dan rangup. Popia digoreng hingga rangup kemudian ditaburkan nestum kisar ke atasnya. Rasanya manis-manis rangup manja. Sedap sangat!",
"Selain itu, popia nestum juga boleh dibuat untuk hidangan raya. Konfirm sekejap saja sudah licin berbalang-balang. Anak-anak paling suka kudapan seperti ini.",
"Anda sudah tidak sabar bukan ingin tahu resepinya? Mari tengok resepi perkongsian ramai daripada Adriana Qistina Zamri di laman Facebook. Selamat mencuba.",
"Selain resepi popia nestum, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/bedak-compact-terbaik/ |
Petua Tips
11 Bedak Compact Terbaik Untuk Kulit Wanita Asia
Oleh zulrina
| [
"Wanita kian keliru dan celaru memikirkan jenis bedak compact terbaik yang sesuai dengan wajah mereka. Apa tidaknya, kulit wanita asia tak sama macam kulit mat salleh. Pakai apa pun cantik! Tetapi tidak bermakna tiada bedak compact terbaik yang sesuai untuk kulit wanita asia. ",
"Terdapat banyak bedak compact terbaik untuk kulit wanita asia namun begitu terdapat beberapa faktor penting perlu anda titik beratkan dalam pemilihan bedak compact. ",
"Faktor Penting Untuk Memilih Bedak Compact Untuk Kulit Anda",
"11 Bedak Compact Terbaik Untuk Kulit Wanita Asia",
"Mari kami cadangkan 12 bedak compact terbaik untuk anda yang khasnya orang Asia! Bedak compact ini sudah pastinya selamat dan diyakini ramai. Ia juga telah mendapat tempat dalam pasaran Malaysia sejak dari dulu lagi sehingga sekarang.",
" 1. MAC Studio Fix Powder Plus Foundation",
"Tahukah anda, MAC Studio Fix Powder Plus Foundation adalah bedak compact terbaik untuk semua kulit wanita asia. Ia berfungsi 2 dalam 1 iaitu anda boleh gunakannya sebagai foundation dan bedak juga. Liang roma dan pori-pori wajah anda akan tertutup cantik dan licin.",
"Bedak Compact Terbaik ini tidak akan mengeringkan kulit wajah anda justeru kulit anda lebih segar dan lembab. L’OREAL Infallible Pro-Matte Powder terdiri daripada pelbagai ton warna sesuai untuk semua jenis kulit anda. Ia juga boleh digunakan sebagai foundation.",
"3. MAYBELLINE Super BB Cushion Fresh Matte",
"MAYBELLINE Super BB Cushion Fresh Matte yang merupakan bedak compact terbaik ini mempunyai SPF 25+ dan sesuai digunakan untuk wanita asia yang berkulit sensitif. Ia juga tahan lama sehingga 12 jam. Amat sesuai untuk anda gunakan di tempat kerja dan ke mana sahaja.",
"Bedak Compact Terbaik untuk kulit wanita Asia yang boleh anda cuba adalah Sephoracolour Compact Powder. Sephoracolour Compact Powder merupakan bedak compact berjenama dan eksklusif. Ia diperbuat daripada bahan berkualiti serta dapat melembabkan kulit dengan sempurna.",
"REVLON ColorStay™Pressed Powder ini amat sesuai diaplikasikan pada wajah wanita yang kulit berminyak. Ia dapat mengawal minyak di wajah dan menutup lubang-lubang kulit muka. Anda boleh menggunakannya ketika mekap natural mahupun mekap tebal. Pasti cantik!",
"Ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan Pixy atas alasan ia ringan, tidak panas, tidak berpeluh dan amat selesa. Anda juga boleh memilih tona warna yang sesuai mengikut warna kulit wajah anda.",
"7. NARS Cosmetics Makeup Double Layer Oil Control Face Foundation Compact Powder Cake (2 in 1)",
"Pergh! Memang berbaloi beli bedak compact terbaik di Malaysia ini. Artis pun ramai yang gunakannya apatah lagi mekap artis di luar sana. Bukan sahaja dijadikan sebagai foundation, tetapi dah macam flawless sangat bedak ni! Nampak natural dan nice.",
"8. Lancome Teint Miracle Natural Light Creator Compact SPF 15",
"Tekstur bedak compact terbaik di Malaysia ini sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang dan tidak terlalu putih. Dengan SPF 15, kulit akan lebih lembab dan segar sepanjang hari. Lancome Teint Miracle ini memberikan kecerahan semulajadi kepada semua jenis kulit wanita.",
"9. Etude House – Secret Beam Powder Pact 16g",
"Jenama Etude dikatakan mesra pengguna untuk semua jenis kulit wajah wanita. Bagaikan mutiara, kulit wajah anda kelihatan lebih putih dan cerah setelah memakai bedak compact terbaik ini. Bedak compact ini terbukti selamat digunakan oleh semua jenis kulit wanita asia.",
"10. SILKYGIRL Hydra White 2-Way Foundation",
"Selain dijadikan bedak compact, Silkygirl Hydra White ini juga dijadikan foundation untuk anda yang sukakan mekap ringkas! Tekstur bedak amat ringan sekali dan tidak panas. Muka tidak berpeluh malah tampak lebih berseri-seri kerana vitamin dan kandungan bedak compact terbaik ini. Ia amat sesuai untuk semua peringkat umur bagi wanita Asia.",
"11. L’Oreal Paris True Match Two Way Powder Foundation",
"Jangan risau kenapa kebanyakan bedak compact terbaik boleh dijadikan foundation. Ia adalah berita baik untuk kulit wajah anda. Liang pori-pori tidak tersumbat lagi dengan bermacam produk yang lain. L’Oreal Paris True Match Two Way Powder Foundation mampu meratakan warna kulit anda untuk lebih gebu, halus dan cantik!",
"Itulah dia 11 bedak compact terbaik sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia. Bedak compact terbaik untuk semua wanita ini amat mampu milik dan tidak terlalu mahal. Apa kata anda pilih mana satu bedak yang menjadi pujaan hati anda!",
"Semoga artikel ini memudahkan untuk anda membuat pilihan bedak compact terbaik untuk kecantikan dan wajah anda. Jemput baca Moisturizer Terbaik, Serum Terbaik dan juga Sunblock Terbaik."
] |
https://bidadari.my/panduan-kalori-makanan/ |
Kesihatan, Petua Tips
Panduan Kalori Makanan: Apa Yang Perlu Makan Sebenarnya?
Oleh Zuraidah Muhidden
| [
"Apa yang anda tahu tentang panduan kalori makanan? Jika anda seorang yang menekankan aspek kesihatan, pastinya isu ini sangat penting untuk anda. Anda tentunya akan berhati-hati dalam pemakanan harian.",
"Bagaimana pula dengan orang yang tidak kisah tentang kalori. Yang penting nasi lemak, roti canai atau teh tarik kaw menjadi menu sarapan yang wajib. Itu belum lagi makan tengah hari dengan lauk banjir. Makan malam pula burger saiz xxl dan makanan segera yang lain.",
"Justeru, dalam penulisan kali ini penulis dengan besar hati ingin menyentuh topik panduan kalori makanan. Tujuannya supaya rakyat Malaysia lebih celik tentang kesihatan berkaitan pemakanan.",
"Tahukah anda bahawa penyebab utama kematian dan morbiditi di Malaysia adalah disebabkan penyakit kronik. Antaranya ialah penyakit jantung, darah tinggi, diabetes dan kanser.",
"Yang paling menakutkan kebanyakan penyakit ini menyerang disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat dan gaya hidup yang kurang aktif. Dalam agama Islam, kita diseru makan secara bersederhana dan tidak berlebihan.",
"Sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam Riwayat Ad-Dailami:",
"“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.”",
"Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca yang dikasihi. Teruskan pembacaan anda.",
"Terdapat beberapa saranan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan panduan kalori makanan.",
"Pastikan anda mengamalkan diet harian berdasarkan gabungan pelbagai jenis kategori makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia (boleh rujuk MyNutri). Setiap kumpulan makanan mestilah perlu ada dalam hidangan kita dan diambil ikut jumlah yang ditetapkan.",
"Makanan yang diambil mestilah seimbang dari segi karbohidrat, protein, vitamin, kalsium, lemak dan sebagainya. Ini bertujuan agar anda mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.",
"Pilih saiz makanan yang sesuai dengan keperluan harian. Jangan makan secara berlebihan sekiranya anda seorang yang tidak aktif dan mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang tinggi.",
"Wanita yang tidak aktif dan golongan yang sudah berusia memerlukan 1500 kcal setiap hari. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja yang tidak aktif memerlukan 2000 kcal sehari. Manakala, bagi lelaki, wanita dan remaja yang sangat aktif memerlukan 2500 kcal sehari.",
"Pilih cara masak yang lebih sihat seperti kukus, rebus, panggang dan bakar. Elakkan menggoreng kerana penggunaan minyak yang banyak tidak baik untuk kesihatan. Kalori sepinggan ikan goreng lebih tinggi daripada ikan kukus.",
"Kurangkan pengambilan garam dan gula dalam makanan atau minuman. Gunakan herba, rempah dan buah-buahan sitrus untuk memberi lebih rasa pada masakan. Lagi satu, elakkan menyalut makanan dengan tepung untuk menggoreng kerana ia menambah lemak dan kalori.",
"Kurangkan pengambilan ayam dan daging. Lebihkan makan ikan untuk sumber protein. Jika anda memasak ayam, pilih bahagian yang kurang lemak. Begitu juga ketika hendak memasak daging, paling bahagian batang pinang.",
"Buang sebanyak mungkin lemak yang terdapat pada ayam dan daging. Buang juga kulit ayam kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Dada ayam tanpa kulit ialah bahagian yang paling baik berbanding peha dan kepak.",
"Tahukah anda air masak tidak mempunyai sebarang kalori? Selain diperlukan oleh tubuh, minum air secukupnya akan membuatkan perut terasa kenyang. Ini dapat mengelakkan anda untuk mengambil makanan secara berlebihan.",
"Air kopi, teh atau jus buah-buahan tetap boleh diambil. Cuma anda perlu elak menggunakan gula berlebihan dan susu pekat. Sebaliknya gantikan dengan susu segar dan sedikit madu.",
"Anda boleh menggunakan Panel Maklumat Pemakanan (PMP) untuk membantu membuat pilihan makanan. Dalam PMP anda akan dapat maklumat tentang jumlah kalori dan jenis nutrien yang terkandung dalam produk yang ingin dibeli.",
"PMP terdapat pada bahagian bungkusan atau kotak setiap makanan atau minuman. Jangan tertipu dengan sesuatu jenama yang popular kerana kemungkinan nutrien yang terdapat dalam produk tersebut sangat rendah.",
"Sentiasa membuat perbandingan PMP ketika membeli produk. Jangan terus ke rak dan capai makanan tanpa menyemak maklumat yang disertakan.",
"Di sini, penulis akan kongsikan beberapa fakta pemakanan yang perlu anda tahu. Semoga dengan pendedahan ini, kita akan lebih berhati-hati ketika memilih makanan. Jom baca!",
"1 set makanan segera yang mengandungi 2 ketul ayam goreng, 1 senduk kentang kenyek, 1 senduk salad, sebiji bun dan segelas minuman karbohidrat 1300 kcal. Nilai kalori ini bersamaan 65% keperluan tenaga harian.",
"Itu belum dicampur makanan tengah hari, makan malam dan sebagainya. Bayangkan berapa kalori yang telah diambil bila dicampur kesemuanya.",
"Sebungkus mi segera mengandungi sodium sebanyak 1540 mg. Maksudnya ia mengandungi 77% had pengambilan sodium sehari (<2000 mg). Ini hanya untuk sebungkus mi, tidak termasuk sodium daripada makanan yang lain).",
"1 tin minuman berkarbonat mempunyai jumlah gula sebanyak 30 g. Ini merupakan 60% had pengambilan gula sehari iaitu 50 g. Jangan lupa nasi yang dimakan ketika sarapan dan tengah hari juga mempunyai kandungan gula. Belum lagi kek, biskut dan minuman lain.",
"4. Fakta sos cili dan tomato",
"Resepi ikan masam manis yang menggunakan sos cili dan tomato mengandungi 10 g gula dan 1286 mg sodium. Disebabkan rasanya yang enak, kita terlupa tentang kalorinya juga.",
"Bagi sesiapa yang bercadang untuk mengamalkan diet deficit calorie (kurangkan kalori), anda boleh cuba idea menu mengikut kalori.",
"Setakat ini saja perkongsian penulis tentang panduan kalori makanan. Semoga kita mendapat manfaat daripada kupasan artikel ini. Ingat, apabila kita jaga perut, maka jauhlah kita daripada pelbagai jenis penyakit.",
"Jemput juga baca tentang menu diet untuk kurus dan jadual diet. Moga bermanfaat."
] |
https://bidadari.my/tanda-alami-tekanan-perasaan/ |
Kesihatan
Tekanan Perasaan Boleh Membunuh! Kenali 10 Tanda Ini
Oleh Siti Awadah
| [
"Tanda alami tekanan perasaan patut diketahui oleh semua orang. Tekanan perasaan ini adalah situasi di mana seseorang itu sedang mengalami gangguan pada mental dan ia boleh berpunca daripada tekanan di tempat kerja, menjadi mangsa buli di sekolah atau tempat pengajian dan sebagainya. ",
"Wanita juga boleh mengalami masalah kemurungan selepas bersalin. Paling sedih apabila terjadi banyak kes di mana ibu yang dalam berpantang ini boleh membunuh anak kecil mereka sendiri yang baru saja dilahirkan itu. Dalam kalangan masyarakat Melayu ia lebih dikenali dengan nama meroyan. ",
"Penyakit mental terdiri daripada pelbagai jenis seperti skizofrenia, kemurungan yang teruk dan bipolar. Skizofrenia berlaku apabila individu berhadapan masalah halusinasi. ",
"Sedang Alami Tekanan Perasaan, Kenali 10 Tanda Ini",
"#1 – Menyendiri Dan Melakukan Perkara Yang Pelik",
"Jika ada dikalangan sahabat, saudara atau pasangan kita mula bersikap ingin menyendiri dengan tanda-tanda kurang keyakinan diri dan sudah tidak mahu ambil peduli tentang dunia luar, maka ada baiknya kita cuba pantau akan perkembangannya. Takut juga kalau dia sedang ke arah kemurungan. ",
"Perhatikan juga jika beliau ada sesuatu perkara yang sebelum ini tidak dilakukan. Ini mungkin untuk cuba mencari perhatian dengan melakukan pekara yang bukan-bukan. Awas, petanda ini mungkin disebabkan oleh kesihatan mentalnya yang sudah mula terganggu. ",
"#2 – Hidup Rasa Tidak Lagi Gembira ",
"Tanda seseorang sedang alami tekanan perasaan yang seterusnya adalah apabila hidupnya seakan sudah tidak gembira dan tidak bahagia lagi walaupun sudah berada disamping orang-orang tersayang termasuk pasangan dan anak-anak. ",
"Baginya keseronokan dalam hidup sudah hilang. Apa yang ada sekarang hanyalah rasa susah dengan tanggungjawab dan bebanan yang berat untuk dipikul.",
"#3 – Hidup Dengan Rasa Penuh Keraguan",
"Seseorang yang sedang mengalami tekanan perasaan akan turut mula rasa keliru dengan hidupnya sendiri. Beliau seakan sudah hilang arah tuju pada semua benda seperti kerjaya, hubungan dengan pasangan, ikatan dengan keluarga dan sebagainya. ",
"Baginya dia sudah tidak berdaya untuk membuat apa-apa keputusan kerana dan dia juga tidak akan sesekali percaya dengan orang-orang sekeliling termasuklah juga pada dirinya dia sendiri. ",
"#4 – Cepat Melenting Atau Naik Angin",
"Antara tanda alami tekanan perasaan, dia akan jadi cepat meleting dan menjadi seorang pemarah, berubah sikap, tak boleh silap sikit dia akan mengamuk tak tentu pasal malah kemarahannya sangat sukar dikawal. ",
"#5 – Tidak Bertenaga Dan Nampak Lesu",
"Jika seseorang mula kemurungan dia mula hilang semangat dalam hidup,Tidak bertenaga lagi untuk pergi kerja, rasa letih dan lesu sepanjang masa, hilang nafsu makan Dia mula rasa penat dari segi fizikal dan mental.",
"#6 – Mudah kecewa dan beremosi ",
"Bila seseorang mudah tertekan dengan pekara kecil itu tanda alami tekanan perasaan Contoh bila sesuatu perancangan yang dirancang tidak jadi dia akan bersedih sepanjang hari, dan suka membesarkan masalah masalah-masalah kecil, malah suka menyalahkan diri sendiri.",
"#7 – Terlampau risau akan hari ini dan masa depan",
" Jika dia mudah berasa risau itupun boleh menjadi tanda alami tekanan perasaan dan kemurungan, Risau tentang semua pekara. Risau yang tak boleh dikawal dan suka fikir yang bukan-bukan. ",
"Kesedihan adalah tanda masalah kemurungan yang paling jelas, Bila seseorang bersedih terlampau lama, Dan dia cuba menutup kesedihan itu dengan senyuman. Dia akan rasa hidupnya paling menyedihkan Rasa kehilangan harapan untuk teruskan hidup. Ini tanda-tanda yang paling bahaya.",
"#9 – Mula ada sifat tidak ambil peduli ",
"Sekiranya seseorang mula tidak ambil peduli dengan hidupnyaIni tanda alami tekanan perasaan yang serius, dia mula minum arak, ambil dadah, tidak mahu mendengar nasihat, abaikan kerja, abaikan keluarga dan nak lari dari masalah hidup. ",
"#10 – Rasa diri tidak cukup sempurna ",
"Kalau seseorang mula rasa rendah diri, rasa dia tidak sempurna, rasa tidak berjaya, Itu tanda-tanda awal kemurungan, dia mula membandingkan diri dengan orang lain, Rasa hidupnya serba kekurangan dan keseorangan.",
"Tanda Alami Tekanan Perasaan Boleh Dikenali Melalui Soalan ",
"Di sini turut disenaraikan beberapa perubahan dalam bentuk soalan yang boleh diajukan pada diri sendiri. Ia juga boleh diperhatikan pada ahli keluarga tersayang dan jika ada simptom di bawah, hendaklah segera diberi perhatian yang khusus.",
"a. Adakah anda tidur sepanjang masa atau sukar untuk tidur?",
"b. Adakah berat badan anda bertambah atau tidak berasa lapar sepanjang masa?",
"c. Adakah anda menunjukkan reaksi keterlaluan apabila dikritik?",
"d. Jika anda pelajar, adakah anda tiba-tiba hilang keinginan untuk ke kelas?",
"e. Adakah gred dan prestasi di sekolah merosot?",
"f. Adakah anda kini kerap menangis tanpa sebab munasabah?",
"g. Adakah anda tidak pedulikan lagi penampilan atau tidak menjaga kebersihan diri sendiri?",
"h. Adakah anda mengambil dadah atau minum banyak minuman beralkohol?",
"i. Adakah anda menunjukkan perlakuan yang boleh membahayakan diri atau orang sekeliling?",
"j. Adakah anda mengancam untuk mencederakan diri sendiri atau bercakap mahu mencederakan atau membunuh diri?",
"k. Adakah anda ada bercakap atau menulis mengenai bunuh diri yang biasanya tidak dilakukan oleh orang normal?",
"h. Adakah anda pernah mencari jalan untuk membunuh diri dengan melihat akses kepada pil, bahan bakar dan lain-lain?",
"Masalah Buli Boleh Menyebabkan Punca Tekanan Yang Drastik ",
"Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kes kematian seorang pelakon Korea popular dengan nama Sulli yang meninggal akibat bunuh diri dek kerana tekanan dan kemurungan. Sedihnya Sulli baru saja berusia 25 tahun.",
"Ini bukan kejadian pertama artis bunuh diri sebab tekanan, terutamanya di Korea Selatan. Faktor utama Sulli membunuh diri bukan saja kerana tekanan, tetapi lebih kepada tekanan emosi dan kemurungan akibat di kritik teruk oleh nitizen di sosial media. ",
"Rata-rata setiap post Sulli di sosial media di hentam teruk setiap masa, jadi sedarkah anda bahawa jari yang menulis boleh membunuh manusia. Ingatlah kritikan, komen dan body shaming adalah jenayah buli cyber yang tidak patut dilakukan. ",
"Masalah Tekanan Perasaan Boleh Membunuh Dalam Diam, Awas!",
"Setiap tiga daripada 10 rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas (atau 29.2 peratus) mengalami pelbagai masalah kesihatan mental. Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar membahayakan rakyat negara ini selepas penyakit jantung. ",
"Ini sememangnya satu info yang agak mengejutkan. Nampaknya majoriti masyarakat sekarang cenderung ke arah rasa tertekan dengan kehidupan. Awas! Ini sangat bahaya kerana masalah tekanan perasaan boleh membunuh diri seseorang individu dalam diam. ",
"Agama Adalah Sebaik-baik Pelindung Yang Paling Ampuh",
"Anda pernah rasa ada lintasan di fikiran untuk membunuh diri? Ini sebenarnya satu tanda yang sangat bahaya dan perlukan rawatan segera. Tolong jangan biarkan ini berterusan. Jika anda ada rasa kerap sakit kepala, masalah penghadaman dan juga kesakitan yang kronik tanpa ada rasa kurang walau dah ambil ubat dan dah jumpa doktor untuk rawatan biasa, jangan tunggu!",
"Ya, jangan tunggu sebaliknya dapatkan rawatan dari pakar dan paling baik dekatkan segera diri dengan Allah SWT. Sejukkan kembali tubuh tu dengan curahan wudhu, tenangkan semula hati tu dengan menyebut nama Allah SWT dan tenangkan semula fikiran tu dengan kalimah suci Al Qur’an. InshaAllah segala yang berlaku akan kembali reda kerana agama adalah sebaik-baik pelindung yang paling ampuh!"
] |
https://bidadari.my/kelebihan-mandi-air-panas/ |
Kesihatan
5 Kelebihan Mandi Air Panas Berbanding Air Sejuk
Oleh Siti Awadah
| [
"Antara mandi air panas dengan air paip yang sejuk, rata-rata akan mandi dengan air paip yang sejuk saja. Fenomena mandi air panas di negara kita ini tidak meluas seperti di negara yang lain. Mandi, walaupun sama perbuatannya tetapi mandi dengan menggunakan air panas dan air sejuk ternyata sangat berbeza.",
"Dan tahukah anda yang mandi air panas ini banyak kelebihannya. Bahkan menurut pembacaan , mandi dengan air panas ini seakan sama manfaatnya seperti berjalan kaki selama 30 minit. Bagi yang punya alasan tak ada air panas tak boleh nak mandi, eh kalau dah susah sangat rebus air paip yang sejuk tu sampai panas untuk di mandi. Apa susah!",
"5 Kelebihan Mandi Air Panas Berbanding Air Sejuk",
"Bagi anda yang tertanya-tanya apakah kelebihan mandi air panas berbanding dengan air sejuk, di sini akan dikongsikan beberapa sebab sebagai info untuk diri masing-masing. Harap-harap anda akan dapat memahami akan kelebihan mandi air panas ini untuk kesihatan diri sendiri. Antara kelebihan mandi air panas tersebut adalah ;",
"#1 – Dapat Memberi Tidur Yang Lena",
"Anda ada masalah tidur tidak lena? Jika ya, bolehlah cuba atasinya dengan cara mandi menggunakan air panas ini. Untuk pengetahuan, waktu malam biasanya suhu badan kita akan menurun kerana faktor hormon tidur yang turut dikenali sebagai melatonin. ",
"Maka dengan berendam dalam air panas ini, ia dapat meningkatkan suhu badan kita ke tahap yang normal untuk memberikan keselesaan pada tubuh bagi mendapatkan tidur yang nyenyak. Kalau sebelum ini anda gemar mengamalkan mandi sebelum tidur dengan menggunakan air sejuk, kali ini tukarkan kepada mandi menggunakan air panas. ",
"#2 – Dapat Merehatkan Otot Badan ",
"Antara kelebihan mandi air panas yang lain ialah dapat merehatkan otot badan. Sudah seharian suntuk menggunakan otot badan, tak kiralah sama ada bekerja mahupun bersukan. Jadi sebelah malam adalah masa untuk anda merehatkan otot supaya tidak berlaku apa-apa kecederaan yang serius. ",
"Salah satu cara nak rehatkan otot adalah dengan berendam dalam air panas. Ia juga dapat merawat keredangan pada otot anda. Bukan itu sahaja, dengan menambah garam pada air panas ia dapat merawat luka di badan dan membunuh kuman atau bakteria.",
"#3 – Dapat Melegakan Demam Dan Selsema ",
"Selsema dan demam pastinya akan membuatkan anda rasa tidak selesa kan? Kadangkala tu, dah bermacam cara di buat tetapi demam dan selsema tetap tidak hilang. Bila mandi air sejuk semasa selsema, akibatnya keadaan akan menjadi semakin teruk. ",
"Jadi penyelesaiannya ialah dengan mandi air panas. Kalau nak tahu, mandi air panas ini dapat membuka rongga hidung anda yang tersumbat. Haba yang dihasilkan dari air panas dapat memberikan kelegaan dan keradangaan pada hidung. Bukan itu sahaja, dengan berendam dalam air panas ia dapat membunuh bakteria jahat dan menggantikannya dengan bakteria yang baik. ",
"#4 – Dapat Membantu Bakar Kalori Pada Tubuh",
"Percaya tak kalau dikatakan dengan mengamalkan mandi air panas, ia dapat membakar kalori yang terdapat dalam badan anda. Ini juga antara salah satu kelebihan mandi air panas yang mungkin anda di luar sana tidak tahu. Haba yang ada pada air panas sebenarnya dapat membakar kalori dan juga lemak yang ada dalam badan seseorang. ",
"Haba ini juga dapat menjadikan badan anda lebih sihat dan terhindar dari penyakit. Jadi jika sebelum ini anda gemar mandi air sejuk, kini dah tiba masanya anda mandi air panas. Bagi yang suka mengamalkan hidup yang sihat dan gemar bersenam, anda juga boleh mengamalkan tips ini untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan kalori. Bagus juga untuk anda yang ingin kuruskan badan. ",
"#5 – Dapat Mengurangkan Tekanan Darah ",
"Selain dari empat kelebihan yang sudah diberitahu tadi, kelebihan mandi air panas yang ke lima pula adalah mengurangkan tekanan dalam darah. Bila tekanan darah sudah berkurangan ia dapat mengelakkan anda daripada penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat kenapa di negara Jepun mereka mengamalkan mandi menggunakan air panas supaya mereka tidak terkena penyakit yang merbahaya. ",
"Waktu Sesuai Untuk Mandi Air Panas ",
"Ramai sudah tahu yang orang Jepun amat menitik beratkan soal kesihatan mereka. Bila difikirkan semula kenapa rakyatnya kurang terkena penyakit berbahaya ya? Tidak mustahil, salah satunya adalah kerana mereka gemar mandi menggunakan air panas bagi mengantikan air sejuk. Lagi-lagi di negara Jepun ini memang ada banyak kolam air panas semulajadi. Patutlah ramai pelancong gemar ke Jepun untuk mandi dalam kolam air panas. ",
"Air panas sering menjadi pilihan di waktu pagi dek kerana tak berani nak tanggung rasa sejuk. Tapi sayangnya masih ramai yang belum tahu akan kelebihan mandi air panas ini. Tetapi dalam masa yang sama ada juga yang sudah terbiasa dengan mandi air panas hinggakan tak nak lagi mandi dengan air sejuk.",
"Selain dari waktu pagi, air panas ini juga bagus untuk diamalkan sebagai rutin sebelum tidur pada waktu malam. Tak kisahlah apapun alasannya, yang penting khasiat atau manfaat akibat mandi air panas ini harus kita ketahui."
] |
https://bidadari.my/6-perkara-yang-lebih-penting-dari-mendisiplinkan-anak/ |
Anak, Keluarga
6 Perkara Yang Lebih Penting Dari Mendisiplinkan Anak
Oleh Ummu Hatim
| [
"Lumrah menjadi manusia, kita lebih fokus akan perkara yang kita tidak ada berbanding perkara yang kita ada. Begitu juga dalam aspek keibu bapaan. Kita lebih cenderung untuk membandingkan anak kita dengan anak orang lain.",
"“Kenapa anak saya tidak lancar bercakap macam anak si Timah tu?”\n“Macam mana nak buat anak aku mendengar kata macam anak kau, Siti?”\n“Apa yang patut saya lakukan bila anak saya mengamuk di kedai jika tidak dapat apa yang diberi?”",
"Kerap kali, ibu bapa akan menjadi terlalu fokus dalam mendisiplinkan anak mereka – termasuklah saya. Sedangkan hakikatnya, terdapat banyak lagi perkara yang lebih penting dalam mencorakkan budi pekerti anak kita berbanding teknik-teknik untuk mengubah tingkahlaku mereka.",
"Disini saya kongsikan 6 perkara yang lebih penting berbanding mendisiplinkan anak. Saya percaya, jika kita memperbaiki 6 perkara ini, inshaAllah proses mendisiplinkan anak anda akan menjadi lebih mudah di masa hadapan.",
"Kerana satu masalah bukan sahaja harus diselesaikan dari aspek luaran semata. Aspek dalaman juga harus diperbaiki.",
"Pendedahan agama adalah sangat penting dalam mana-mana individu. Secara peribadi saya berpendapat, sekiranya asasnya tidak kukuh, maka sangat sukar untuk mencorakkan perkara lain.",
"Memberikan ilmu agama pada anak bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama, atau menjemput ustaz datang mengajar al-Quran pada anak kita.",
"Semuanya bermula dengan ibu bapa sendiri. Kita dan pasangan hendaklah menjaga solat dan solat berjemaah dengan konsisten. Si bapa pula mestilah kerap bersolat jemaah dimasjid.",
"Lebih cantik sekiranya anak lelaki diajak menurut serta. Jangan takut sama ada anak anda akan menggangu jemaah lain atau belum lagi pandai bersolat.",
"Ikatan hubungan ibu bapa dan anak-anak memberi impak yang sangat penting dalam membentuk karekter anak tersebut. Sekiranya anak tersebut membesar dengan penuh hormat, kasih sayang, empati, ehsan dan iman, kita telah meletakkan satu standard kepada mereka.",
"Hubungan yang baik dengan mereka juga memberi impak yang besar terhadap pengaruh ibu bapa dengan anak-anak. Anak-anak akan lebih mahu mendengar kata dan bekerjasama dengan orang dewasa yang rapat dengan mereka.",
"Dalam erti kata lain, sekiranya kita membina kepercayaan dan komunikasi yang kuat semenjak anak-anak masih kecil, mereka akan sentiasa mencari kita walaupun mereka sudah membesar.",
"Ingat, anak-anak bagaikan cerminan diri kita sendiri. Jika kita melayan anak mengikut mood anda semasa mereka masih kecil, jangan berharap untuk mereka melayan anda dengan baik apabila anda sudah berusia kelak.",
"Cuba renung jauh pada muka setiap anak anda. Apa yang anda lihat? Segala yang baiknya, atau segala yang buruknya?",
"Ketahuilah, tanpa anda sedari, apa yang anda fikirkan pada mereka akan mempengaruhi cara anda melayan mereka. Pemikiran anda juga akan mempengaruhi emosi dan fizikal anda sebagai ibu bapa.",
"Padangan “Angah di nakal. Susah nak kawal”, akan menyebabkan anda kerap mencari kesalahannya dan cuba memperbetulkannya – setiap masa.",
"Cuba ubah pemikiran negative anda 360 darjah. Cuba cari kebaikan dari setiap perlakuan anak anda.\nIslam juga menggalakkan kita supaya sering bersangka baik dengan orang lain, apatah lagi dengan anak sendiri.",
"“Angah mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan cergas! Alhamdulillah”",
"Paling penting, jaga bahasa dan tona suara anda dengan mereka.",
"Awas! Jangan melabel anak anda dengan label seperti “pemalas”, “bodoh”, “nakal” ataupun “lembap”. Mereka akan mudah melihat diri mereka sepertimana yang anda labelkan sekaligus merendahkan keyakinan diri mereka.",
"Ingat, anak sentiasa memerhati kita dan belajar darinya. Sekali lagi, anak kita adalah cerminan diri kita.",
"Mulakan menunjukkan contoh yang baik dengan melayan pasangan anda dengan sebaiknya. Sekiranya anak anda melihat anda dan pasangan mempunyai hubungan yang sangat baik, saling menghormati dan menyokong, tidak mustahil anak-anak akan melayan adik-beradik lain dan rakan-rakan dengan cara yang sama.",
"Tunjukkan juga contoh yang baik dengan memperbaiki cara kita melayan orang lain. Makcik cleaner, orang gaji dirumah, posmen yang datang menghantar barang, makcik menjual pisang goreng di gerai, pelayan restoran atau sesiapa sahaja.",
"Pendek kata, untuk memperbaiki tingkah laku anak-anak, mulakan dengan diri sendiri dahulu. Anak-anak pasti akan menyusul kemudian.",
"#5 Pengaruh Rakan-rakan dan Media Sosial",
"Anak-anak zaman sekarang pasti tidak akan terlepas dari pengaruh youtube, internet, tv atau apa sahaja. Zaman bermain congkak, batu seremban, tarik upih atau guli sudah lama berlalu. Semestinya cabaran yang mereka hadapi juga berbeza.",
"Tidak bermakna anda harus menyekat semuanya dari mereka. Cuma anda perlu sentiasa memantau dan berjaga-jaga apa yang anak anda tonton atau lihat. Sedikit sebanyak, ia pasti memberi impak dalam membentuk karekter mereka.",
"Rakan sebaya mereka juga memainkan peranan penting dalam hidup mereka – lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Kenalpasti rakan-rakan mereka dan cuba mengenali mereka dengan lebih rapat.",
"Dengan cara ini, anda bukan sahaja tampak cuba berbaik dengan rakan mereka, anda juga boleh memantau sejauh mana mereka mempengaruhi anak-anak anda.",
"Jangan memandang rendah peranan keperluan asas yang cukup dalam membentuk sifat peribadi anak-anak. Anak-anak semestinya wajib dilengkapi dengan nutrisi, tidur dan senaman yang mencukupi.",
"Ia bukan sahaja penting untuk membentuk karakter mereka, ia juga memberi impak pada kesihatan fizikal dan mental mereka untuk jangka masa yang panjang sekaligus mempengaruhi tingkah laku mereka.",
"Tidak terlambat untuk mengubah tingkah laku anak anda.Bina keyakinan diri anak-anak terlebih dahulu, barulah sibuk memikirkan untuk membina rumah.",
"Lebihkan menghabiskan masa dengan anak-anak, kurangkan menunding jari mencari kesalahan sesiapa.Banyakkan memeluk, hindarkan membebel. Paling penting, positifkan diri, jauhkan pemikiran yang negatif.",
"Jika kita sering bersangka baik dengan Allah serta memperbetulkan kembali niat dan hati kita, inshaAllah Allah akan mempermudahkan semua urusan kita."
] |
https://bidadari.my/tempat-menarik-tawau/ |
Travel
21 Tempat Menarik Di Tawau Yang Pasti Buatkan Anda Tak Sabar Nak Ke sana
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Tawau bukanlah destinasi perlancongan yang popular di Malaysia. Kalau kami minta anda berikan satu tempat menarik di Tawau, pasti anda tak dapat bagi jawapan.",
"Betul tak? Yang sebenarnya terdapat banyak destinasi menarik di Tawau. Jom kami kongsikan 21 tempat menarik di Tawau yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.",
"1. Teck Guan Cocoa Village & Cocoa Museum",
"Tawau sememangnya terkenal sebagai pengeluar utama koko di Malaysia. Di muzium ini ada diceritakan sejarah bagaimana Tawau menjadi pengeluar utama koko. Selain sejarah, muzium ini juga ada mempamerkan proses pengeluaran dan pengilangan koko. Anda berpeluang melihat proses penghasilan koko dari seawal dipetik sehingga menjadi coklat kegemaran ramai. Menarik kan?",
"Bagi pencinta coklat, anda boleh membeli pelbagai coklat di sini. Di antara yang menarik di sini ialah jem koko dan minuman koko.",
"Pasar Tanjung Tawau adalah bangunan pasar terbuka empat tingkat antara yang terbesar di Malaysia. Memandangkan Tawau bersempadan dengan Indonesia (Sungai Nyamuk, Nunukan, Tarakan) banyak barangan dari Indonesia diperdagangkan di pasar ini. Kuih-muih dan makanan yang dipamerkan di pasar ini dipek dengan kemas. Di antaranya ialah kuih bangkit bugis (bangkek), baulu gula merah, amplang, kerepek pisang sekaki, gajus, belinju, gula merah dan lain-lain.",
"Pasar ikan yang menjual makanan laut dengan harga murah terletak di belakang Pasar Tanjung, sementara UTC Tawau berada di atas pasar ini.",
"Taman Bukit Tawau atau Tawau Hill Park merupakan destinasi yang wajib anda kunjungi jika sampai ke Tawau. Taman Bukit Tawau terletak banjaran Brassey telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979. Ianya terletak 22 kilometer dari bandar Tawau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat. Taman Bukit Tawau adalah pusat ekoperlancongan dan menjadi habitat flora dan fauna yang unik.",
"Bagi yang sukakan aktiviti outdoor seperti jungle trekking dan bird watching, anda wajib pergi ke Meliau Basin. Di sini terdapat 12 jenis hutan. Jika anda memilih untuk berjungle trekking di sini, anda akan sampai ke puncak Air Terjun Meliau Basin yang mempunyai 7 tingkat. Pemandangannya, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Anda kena pergi sendiri untuk merasainya.",
"Bagi pencinta alam sekitar, satu lagi tempat wajib anda singgah ialah Hutan Simpan Bukit Gemok. Bukit Gemok merupakan salah satu Hutan Simpan yang boleh dikunjungi dan mempunyai keluasan seluas 445 hektar dan ketinggian 428 meter dari paras laut. Terletak kira-kira 20 minit jika memandu dari bandar Tawau di Jalan Merotai.",
"Terdapat juga Jalan di Kanopi iaitu Titian Silara sepanjang 231 meter panjang dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak sejauh 1 kilometer. Permandangan seluruh bandar Tawau dapat dilihat dari atas puncak bukit. Ia merupakan permandangan yang amat cantik.",
"Jalan masuk ke Bukit Gemok dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, pokok getah serta pokok koko. Ketika menaiki Titian Silara, ia dikelilingi dengan pokok-pokok tropika.",
"Central Market Tawau juga dikenali dengan nama Pasar Gantung yang menjual pelbagai barangan perhiasan dan kraftangan seperti perhiasan dari mutiara atau kraftangan dari siput-siput laut dari daerah Semporna. Kalau anda nak membeli barangan cenderamata, bolehlah shopping di sini.",
"Bagi yang pernah ke Balung River Eco Resort Tawau, pusat percutian itu menawarkan pakej percutian unik berbanding dengan resort-resort lain di negara ini. Selain menawarkan penginapan selesa kepada pengunjung, Balung River Eco Resort juga mengusahakan tanaman pertanian di resort berkenaan di kawasan seluas 1,295 hektar.",
"Antara tanaman yang diusahakan adalah kelapa sawit, koko, kopi, kayu jati, serai, pandan, gaharu dan pelbagai jenis ulam serta buah-buahan seperti buah naga, ciku, manggis, limau dan lada. Lebih menarik, bagi kaki pancing mereka dibenarkan melayan joran di kolam buatan khas di situ.",
"Jika anda sampai ke Tawau, anda wajib bergambar dengan Menara Jam Loceng Tawau.",
"Di antara tempat bersejarah di Tawau ialah monumen Menara Loceng yang dibina pada tahun 1898. Monumen di pinggir Padang Bandaran Tawau yang dahulunya terletak berhadapan dengan Pejabat Residen Inggeris yang kini tapaknya menjadi pejabat Pos 2020. Menara loceng yang berusia lebih 100 tahun ini adalah monumen paling lama pernah wujud di Tawau dan menjadi bukti sejarah kewujudan Tawau dan pemerintahan Inggeris di Tawau sebelum kemerdekaan Sabah bersama Malaysia.",
"Tempat bersejarah di Sabah ini adalah kawasan perkuburan tentera Jepun yang terkorban semasa perang dunia kedua. Tugu Peringatan Tentera Jepun dan tapak perkuburan ini selalu menerima kunjungan saban tahun dari warga-warga Jepun yang mempunyai hubungan tali kekeluargaan dengan mereka yang dikebumikan di tapak perkuburan itu. Tempat ini sebenarnya menjadi bukti yang Tawau pernah menjadi sebahagian mangsa kekejaman tentera Jepun. Mendiang Stephen Tan (pemimpin bangsa Cina di Tawau) dan Allahyarham Habib Hussein (pemimpin masyarakat Melayu di Tawau) adalah sebahagian mangsa kekejaman pemerintahan tentera Jepun. Nama-nama kedua pemimpin berjasa yang dibunuh tentera Jepun ini telah diabadikan pada dua buah jalan utama di bandar Tawau pada ketika ini.",
"Tempat bersejarah di Sabah ini dibina pada tahun 1969 sebagai monumen memperingati kehilangan 11 perajurit negara yang terkorban ketika peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia.",
"12. Tawau Mural Art di Bangunan Majlis Perbandaran Tawau bersebelahan HSBC Bank Tawau",
"Street art sememangnya semakin popular di Malaysia. Tidak ketinggalan juga di Tawau. Jika anda sukakan street art, jangan lupa untuk berkunjung ke Tawau Street Art di Bangunan Majlis Perbandaran Tawau, bersebelahan dengan HSBC Bank Tawau.",
"13. Columnar Basalt, Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos",
"Di sini terdapat batu unik batu-batu yang terbentuk dari lava gunung berapi. Columnar Basalt adalah batuan igneus jenis ektrusif terbentuk daripada penyejukan lava basalt yang terdedah sangat dekat dengan permukaan planet atau bulan. Menariknya apabila setiap saiz batu bulat-bulat lebih kurang sama saiz dan membentuk seperti tangga di tebing sungai.",
"14. Taman Rekreasi Air Panas Tawau",
"Antara daya tarikan utama pengunjung ke taman yang jauhnya lapan kilometer dari bandar Tawau ini ialah penyediaan beberapa petak kolam air panas untuk mandi atau merendam kaki mengikut cita rasa anda sendiri.",
"Petak-petak kolam air panas berkenaan mempunyai kepanasan berbeza iaitu antara 30 hingga 60 darjah selsius dan sesuai untuk orang dewasa atau kanak-kanak berendam di dalamnya, yang dipercayai baik untuk kesihatan termasuk kulit.",
"Selain mandi air panas, anda juga boleh menikmati kesegaran udara hutan kecil berhampiran yang diliputi dengan pokok kayu tropika selain pelbagai jenis bunga- bungaan yang indah. Itulah dia 11 tempat menarik di Tawau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Kalau anda pergi ke Tawau, jangan lupa untuk singgah di lokasi yang kami senaraikan di atas.",
"Anda juga boleh berjoging di trek joging yang disediakan dan jika terasa letih dan ingin berehat boleh singgah di lebih 20 pondok rehat yang disediakan. Harga:",
"Teringin nak pergi ke gunung berapi? Di Tawau pun ada. Anda boleh pergi ke Gunung Berapi Bombalai. Berkedudukan pada ketinggian 530 meter di atas paras laut, anda cuma perlu mengambil masa satu jam untuk sampai ke atas. Dari puncak gunung ini, anda akan dapat menikmati pemandangan Lautan Sulawesi dan seluruh Pekan Tawau.",
"Untuk kaki hiking, Air Terjun Bukit Gelas adalah destinasi wajib untuk anda lawati jika pergi ke Tawau. Ianya terletak di Taman Bukit Tawau. Bayaran masuk ialah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk 18 tahun ke bawah bagi warganegara. Jika anda pelancong dari luar Malaysia, bayarannya ialah RM10 dewasa dan RM5 untuk 18 tahun ke bawah.",
"Air Terjun Teck Guan terletak di Bukit Quinn, Tawau. Apa yang menarik, jumlah air yang melalui air terjun ini boleh dikawal oleh pekerja ladang di kawasan tersebut. Kalau kawasan tadahan air ( empangan ) dibuka, maka banyaklah air yang lalu di air terjun ini. Meriah. Tapi kalau musim kemarau atau empangan tak dibuka, air terjunnya akan kecil sahaja. Namun pemandangan di sini tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Airnya sangat sejuk, seronok untuk bermandi-manda.",
"Taman tema air ini terletak di Jalan Hotspring dan berdekatan dengan Taman Rekreasi Air Panas Tawau. Bayaran masuk ialah RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Anda akan dapat kupon makanan bernilai RM10. Warga emas 60 tahun ke atas masuk dengan percuma.",
"Kolam di sini sangat sesuai untuk kanak-kanak. Anda tak perlu risau kerana kedalamannya cuma separas lutut orang dewasa. Makanan di sini boleh tahan sedapnya. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan yang dijual di restoran di sini.",
"Rumah api ini dibina pada tahun 1916 oleh orang British dan masih digunakan untuk membantu kapal-kapal masuk ke daerah Tawau sehingga tahun 2007. Rumah api yang unik dan bersejarah ini terletak di sebelah Sungai Kinabutan Besar. Struktur yang mempunyai ketinggian sebanyak 9 meter ini dibina oleh syarikat Chance Brothers and Co, iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Birmingham, England.",
"Rumah api ini telah dibaikpulih sebagai warisan sejarah dareah Tawau pada tahun 2011. Kalau tangkap gambar disini, memang cantik. Lagi-lagi kalau pakai kamera DSLR. Sangat nostalgia.",
"Kalau anda datang ke Tawau membawa anak-anak kecil, memang sesuai sangat melawat ke sini. Mini Zoo Yuk Chin terletak di belakang sekolah SJKC Yuk Chin, Tawau. Kami sendiri pernah melawat zoo berkenaan, dan ianya memang menarik. Banyak haiwan seperti burung merak, arnab dan macam-macam lagi terdapat di dalam zoo itu.",
"Anda juga boleh menangkap gambar yang cantik berlatar belakangkan patung-patung dinosaur besar yang ada di dalam zoo berkenaan. Lokasi dari bandar hanya 8 minit sahaja. Memang seronok tempat ni. Ohsem!",
"Ini adalah tempat yang paling happening di Tawau setiap hari Ahad. Kalau datang ke Tawau memang tak sah lah kalau tak ke tempat ni. Pasar Minggu ini terletak di perkarangan Pertama Commercial Complex, atau lebih di kenali sebagai Takada. Di sini macam-macam ada. Dari makanan basah, sayuran, daging payau, pakaian, benda unik dan pelik, semuanya ada.",
"Jadi tidak hairanlah tempat ini menjadi tumpuan seawal jam 6 pagi lagi setiap hari Ahad. Dijangka hampir seribu lebih orang menyerbu pasar ini setiap hujung minggu. Jadi pastikan anda menjadi salah seorang dari mereka. Tempat ini memang best, rugi kalau tak datang.",
"Itulah dia 21 tempat menarik di Tawau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Kalau anda pergi ke Tawau, jangan lupa untuk singgah di lokasi yang kami senaraikan di atas.",
"Jemput juga baca artikel mkami tentang tempat menarik yang lain."
] |
https://bidadari.my/resepi-kulit-karipap/ |
Resepi
Resepi Kulit Karipap Rangup Pasti Suka
Oleh Rahayu Z
| [
"Mahu hasilkan dan etrcari resepi kulit karipap yang rangup?",
"Beza orang beza pula kesukaannya. Macam kulit karipap. Tidak semua orang suka kulit karipap yang mulus, bersih dan halus. Kata rasanya bukan macam karipap kalau kulit terlalu halus sangat. Logiknya bukankah bagus yang halus itu? Namun begitulah faktanya.",
"Siapa peminat karipap jerawat batu? Diberi nama itu kerana kulitnya tidak mulus dan ada bonggol-bonggol macam jerawat gitu. Ayuh datang ke laman ini, kerana kami akan berkongsi kulit karipap jerawat batu perkongsian daripada Mariani Said di Facebook.",
"Keenakan karipap bukan hanya bergantung pada isian intinya sahaja. Namun tekstur kulit luaran karipap juga berperan dalam kelazatan karipap. Kulit yang rangup garing namun lembut saat dikunyah, itulah jenis yang paling banyak disukai.",
"Dengan resepi perkongsian mudah dan lazat ini, sudah boleh lah anda buat karipap ala kedai Melayu. Namun resepi ini hanya setakat kulit karipap sahaja, tidak dengan isian. Kulit yang rangup dan kriuk masa dimakan. Sila cuba.",
"Selain resepi kulit karipap, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/tempat-menarik-untuk-lawatan-sekolah/ |
Keluarga
20 Tempat Menarik Untuk Lawatan Sekolah Di Sekitar KL Dan Selangor
Oleh Faz
| [
"Buat guru-guru, sudah pasti setiap tahun anda akan merancang program lawatan sambil belajar bersama dengan para pelajar. Program lawatan seperti ini sangat bagus dalam membantu memberi pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan yang berbeza dengan apa yang diajar di dalam bilik darjah.",
"Tahukah anda terdapat pelbagai tempat yang menarik boleh dilawati di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tanpa memerlukan kos perbelanjaan yang besar?. Jom kita lihat senarai lokasi menarik di bawah untuk merancang lawatan para pelajar anda pada tahun ini.",
"1. Kg. Sg. Hj. Dorani, Sg. Besar",
"Bawa pelajar anda merasai suasana kampung dengan melawati Kg. Sg. Hj. Dorani yang terletak di daerah Sg Besar, Selangor. Bukan sahaja ada homestay yang bercirikan kampung di sini, malah pelbagai aktiviti kampung turut disediakan untuk para pengunjung yang ingin mencubanya seperti menampi padi, menggagau ikan, mandi palong di bendang.",
"Para pelajar juga akan berpeluang untuk melawat pelbagai kilang IKS yang terdapat di sana seperti Kilang Nata D’ Coco, Minyak Kelapa Dara, Kerepek dan Baulu. Mereka akan dapat melihat secara langsung bagaimana setiap produk IKS ini dihasilkan.",
"Pengalaman yang berharga ini terutamanya buat para pelajar yang tinggal di bandar pasti akan memberi kenangan dan memori manis buat mereka. Jom lihat pakej yang ditawarkan oleh Syarikat Dorani Homestay Resouces untuk sesiapa yang ingin membuat lawatan ke sini.",
"2. Kg. Sg. Sireh, Tg. Karang",
"Lebih kurang sama konsepnya dengan lawatan ke Kg. Hj. Dorani, Kg. Sg. Sireh juga memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai suasana kampung dan melihat sendiri cara kehidupan orang kampung.",
"Jika para pelajar datang melawat ke sini, sudah pasti mereka akan merasai pengalaman yang berbeza daripada kehidupan seharian mereka. Melihat sawah padi, belajar cara memproses padi dan sebagainya.",
"3. Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya",
"Lokasinya terletak di Bestari Jaya, Selangor. Mempunyai kawasan yang sangat luas dengan pelbagai daya tarikan yang menanti para pengunjungnya. Para pelawat akan dibawa menaiki tram untuk menikmati kawasan sekeliling dengan pelbagai aktiviti menarik. ",
"Antara aktiviti yang sesuai untuk pakej lawatan sekolah ialah:",
"Pengunjung juga akan berpeluang untuk merasai pelbagai jenis buah tempatan antaranya nangka, belimbing, jambu batu serta merasai kenikmatan meminum air kelapa yang sangat segar yang disediakan di sana.",
"Para guru boleh membawa para pelajar merasai pengalaman sendiri membuat pizza di setiap cawangan Domino’s Pizza yang berdekatan. Program ini adalah salah satu bahagian di dalam Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat mereka. ",
"Pengalaman mengadun doh pizza, meletak topping di atas pizza sendiri dan membakarnya di dalam ketuhar industri yang berganda besar daripada ketuhar biasa di rumah, sudah pasti memberi pengalaman yang mengujakan buat pelajar.",
"Sushi King juga mempunyai Educational Programme mereka sendiri untuk pelajar sekolah jika ingin membuat lawatan ke stor mereka. Program yang dibangunkan memberi peluang kepada pelajar membuat beberapa jenis sushi yang mudah secara hands on. ",
"Antara kandungan program yang dibangunkan oleh pihak Sushi King ialah:",
"Boleh hubungi Customer Service Sushi King untuk tempahan program seperti ini ya.",
"Kilang Roti Gardenia telah lama mengalukan masyarakat untuk mengadakan lawatan ke kilang mereka. Bukan hanya terhad kepada lawatan sekolah sahaja, malah terbuka kepada orang awam. Mereka mengajak masyarakat untuk melihat secara lebih dekat bagaimana pemprosesan roti kegemaran rakyat Malaysia sejak dahulu lagi.",
"Kilang yang terletak di Seksyen 26 Shah Alam ini merupakan kilang roti yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara. Dengan kelengkapan yang moden dan canggih sudah tentu kilang Gardenia ini sangat sesuai dijadikan salah satu destinasi lawatan para pelajar untuk melihat pelbagai kelengkapan mesin yang digunakan dalam pemprosesan roti. ",
"Kilang ini turut dilengkapi auditorium, bilik jamuan dan laluan khas untuk melihat terus ke bahagian produksi. Sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi 03-5542 3228 sambungan ke 161 atau 166.",
"Untuk melawat ke Kilang Vitagen, anda perlulah membuat permohonan 3 bulan lebih awal sebelum tarikh lawatan untuk dihantar ke pihak pengurusan. Tiada sebarang lawatan walk in atau pembelian terus dari kilang untuk produk-produk yang dihasilkan. ",
"Namun begitu, jika anda berpeluang ke sini pasti dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru tentang bagaimana produk vitagen dihasilkan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. ",
"Para pengunjung akan diberi taklimat awal oleh pegawai yang terlibat tentang syarikat dan seterusnya akan dibawa melawat sekitar kilang untuk melihat bahagian produksi. Di akhir lawatan, sudah pasti pihak syarikat akan menyediakan pelbagai cfcenderahati buat pengunjung. Mesti penuh beg!",
"Lokasinya hanya terletak berdekatan dengan Pusat Bandar Kota Damansara. Namun, pasti ramai yang tidak perasan akan kewujudannya kerana bangunannya berada di dalam kawasan industri perkilangan.",
"Pengunjung akan dibawa menerokai sejarah awal pembuatan coklat apabila masuk ke dalam muzium ini serta beberapa peralatan dan mesin yang digunakan dalam pemprosesan coklat mengikut peredaran zaman. ",
"Apa yang menarik jika membawa para pelajar ke sini ialah pihak muzium akan mengadakan demostrasi membuat coklat secara live buat pengunjung. Selesai demostrasi, sudah pasti pengunjung akan dapat merasai coklat yang dihasilkan. Pasti sedap!.",
"Lokasinya berdekatan dengan Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Mudah diakses kerana terletak di tengah ibu kota. Apa yang menarik disini, para pengunjung berpeluang merasai dan melihat tayangan tentang angkasa lepas dan berasa seolah-olah anda berada di sana. Wajib datang untuk merasai kelainannya!.",
"Peluang memasuki bilik anti graviti juga adalah satu pengalaman yang menyeronokkan buat para pelajar dan pengembaraan ke angkasa lepas dengan menaiki space pod juga pasti meninggalkan kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh mereka.",
"Lokasinya terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Dari jauh sudah nampak gahnya bangunan ini dengan seni bina yang menarik. Kedatangan pengunjung akan disambut dengan ikan-ikan dari pelbagai spesies yang terdapat di dalam akuarium yang besar.",
"Dibahagikan kepada beberapa tingkat, setiap tingkat terdapat ruang pameran yang berbeza. Pelbagai informasi tentang dunia sains dan teknologi dapat diperolehi di sini. Tambahan lagi, terdapat ruang makmal yang akan mengadakan demostrasi eksperimen-eksperimen mudah bersama para pengunjung.",
"Jika anda selalu ke KLCC pasti sangat familiar dengan Petrosains. Tempat ini memang kerap dikunjungi oleh para pelajar bersama guru pengiring mereka. Menurut pihak Petrosains, purata sehari mereka akan menerima kunjungan lawatan sekolah ialah antara 5 hingga 10 buah sekolah.",
"Dibahagikan kepada beberapa seksyen, para pelajar akan didedahkan dengan dunia sains dan teknologi dari pelbagai cabang bermula dengan penerokaan angkasa lepas, bahan galian, simulasi di pelantar minyak sehingga dunia automatif.",
"Rasanya memang sejak dahulu lagi lawatan ke balai bomba adalah lawatan wajib terutamanya bagi taska atau tadika. Kanak-kanak kecil ini memang seronok apabila pihak bomba yang terlibat mengadakan demostrasi pembakaran dan cara memadamkan api. Lagi-lagi apabila mereka juga dapat ‘menumpang’ mandi hujan dek siraman air oleh pihak bomba.",
"Para pelajar juga akan diberi peluang untuk mengeksplorasi kenderaan bomba dan mengenali dengan lebih dekat lagi segala kelengkapan yang ada di dalamnya.",
" Elemen permainan olok-olok, pretend play juga boleh diselitkan apabila mereka dipakaikan seragam bomba. Secara tidak langsung akan mengalakkan daya imaginasi mereka tentang profesyen seorang ahli bomba.",
"Siapa sangka di tengah-tengah hiruk piruk kotaraya Kuala Lumpur ada sebuah hutan yang kini mejadi tumpuan warga kota untuk beriadah. Laluan Taman Tugu telah dibuka kepada orang awam setiap hari dari 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran masuk adalah PERCUMA!",
"Sudah pastinya, hutan ini mesra kanak-kanak. Taman Tugu menjadi lokasi terbaharu untuk riadah sekeluarga sambil mendidik generasi muda mengenai hutan dan kelestarian alam. Terdapat juga buaian dan tempat duduk untuk berehat di dalam laluan hutan untuk melepaskan lelah. ",
"Kini, Taman Botani Shah Alam memang menjadi daya tarikan buat ibu bapa, para guru atau pelajar untuk berkunjung ke sini kerana dengan adanya pelbagai aktiviti menarik terutamanya kunjungan ke Rumah 4 Musim.",
"Jika musim sejuk, pengunjung berpeluang merasai bermain dengan salji ibarat berada di luar negara. Dekorasi akan berubah berdasarkan musim-musim yang ada di dunia seperti musim panas, luruh dan bunga. ",
"Selain itu, pelbagai lagi kemudahan yang disediakan kepada pengunjung seperti poster di bawah. Pusing satu hari di sini tidak cukup ye. Wajib datang lagi baru puas bereksplorasi.",
"Muzium ini terletak di tengah nadi bandaraya Shah Alam. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. ",
"Pameran bermula dengan sejarah negeri Selangor dan pelawat boleh mempelajari sejarah tanah melayu juga di sini. Replika basikal dan beca lama juga dapat dilihat untuk memberi pendedahan kepada generasi muda tentang kenderaan yang ada pada zaman dahulu.",
"Pengunjung juga boleh belajar adat istiadat dan budaya orang Melayu, bermula daripada amalan menyambut kelahiran sehinggalah cara pengurusan jenazah. Replika kubur mengisahkan alam kematian sangat mengujakan kerana kanak-kanak diberi peluang melihat lebih dekat lagi bagaimana urusan pengurusan jenazah dilakukan sehingga proses pengebumian.",
"Terdapat juga tempat untuk pengunjung berehat setelah penat meneroka sejarah demi sejarah di dalam muzium ini. Sememangnya, Muzium Shah Alam ini sangat sesesuai untuk lawatan sekolah kerana banyak informasi boleh diperolehi oleh para pelajar.",
"Lokasinya terletak di Bank Negara Malaysia iaitu di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Mungkin ada yang baru maklum akan muzium ini dan tidak menyangka Bank Negara Malaysia juga mempunyai muzium mereka sendiri. ",
"Untuk pengetahuan anda semua, pihak muzium memang aktif menganjurkan pelbagai program pendidikan untuk pelajar sekolah terutamanya untuk 7 tahun dan ke atas.",
"Contohnya, Program Sains, Energy Experiment. Para pelajar akan belajar bagaimana menjana kuasa daripada tenaga angin dan tenaga air. Program seperti ini memang kerap diadakan terutamanya pada musim cuti sekolah.",
"Lokasinya bersebelahan dengan Masjid Negara. Pelbagai pameran yang terdapat di sini dan pastinya para pelajar akan mendapat pelbagai ilmu dan informasi tentang keindahan Islam itu sendiri.",
"Pihak muzium juga kerap menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak bagi menarik minat mereka mendekati muzium terutamanya pada musim cuti sekolah. Jangan ketinggalan untuk membawa anak atau pelajar ke sini ya!",
"Siapa yang tidak tahu tentang Zoo Negara Malaysia?. Saya pasti anda semua tahu dan pernah datang melawat ke sini. Kawasan yang luas dan pelbagai spesies haiwan dapat dilihat secara dekat oleh para pengunjung.",
"Selain aktiviti melawat sekitar zoo negara, pihak zoo juga ada menyediakan program pendidikan untuk para pelajar. Program ini dinamakan Zoo Camp Programme. Antara pengisiannya ialah:",
"Berminat untuk menyertainya? Anda boleh email terus ke [email protected] untuk informasi lanjut.",
"Tidak perlu rasanya diperkenalkan lagi akan lokasi ini. Taman Burung Kuala Lumpur memang terkenal dan menjadi perhatian lokasi percutian untuk seisi keluarga. Pelbagai spesies burung ada di sini. Memang tidak puas menjelajah sekitar Taman Burung KL jika pergi hanya sekali. Harus datang berkali-kali!",
"Apa yang menariknya, pihak taman burung telah menawarkan pakej khas untuk lawatan sekolah atau berkumpulan minimum 15 orang peserta. Pakej yang disediakan sangat berbaloi dari segi harganya. ",
"Tentatif program lawatan juga padat antaranya Free flying Birds Feeding, Bird Show dan Milky Stork Feeding. Layari laman web Taman Burung KL http://www.klbirdpark.com untuk maklumat lanjut akan pakej ini.",
"Lokasinya juga berdekatan dengan Taman Burung KL, Taman Rama-Rama ini juga turut menjadi daya tarikan utama lokasi percutian di ibu kota. Sentiasa menjadi pilihan seisi keluarga dikala hujung minggu untuk bersiar-siar.",
"Tahukah anda dimana Taman Rama-Rama, KL ini adalah terbesar di dunia yang menempatkan hampir 5000 spesies rama-rama. Wah!menarikkan?. Memang sesuai untuk bawa lawatan pelajar ke sini, tambahan lagi harga tiket sangat berbaloi.",
"Kuala Lumpur dan Selangor memang terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati. Rancang takwin sekolah anda untuk bawa para pelajar mengadakan lawatan di luar bilik darjah, sekaligus menimba pengalaman baru yang menyeronokkan."
] |
https://bidadari.my/resepi-nugget-homemade/ |
Resepi
Resepi Nugget Homemade (Yakin, Bersih dan Sihat)
Oleh Dhiaa Syamimi
| [
"Sekarang ini banyak di viral kan makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebagainya tidak baik untuk kesihatan berikutan cara pembuatannya yang menggunakan bahan yang tak berkualiti seperti urat, lemak dan sebagainya. Tapi apakan daya, nak berhenti 100% memang tak dapatlah. Tambah-tambah untuk kanak-kanak dan orang muda.",
"Tahukah anda? Sebenarnya kita boleh cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Bahan dan caranya pun mudah. Mesti terkejut punya bila tengok resepi di bawah nanti. Tak sangka dek akal rupa-rupanya nak membuatnya semudah abc dan 123. Siap boleh simpan lagi tuh. Bolehlah untuk beberapa kali makan. Yang paling penting yakin berkhasiat, bersih dan sedap. ",
"Jom tengok resepi Nugget Homemade dulu. Resepi ini daripada Shai Anne Ahemed. InsyaAllah sama macam yang dijual di luar tuh. Jom tengok resepinya. Yang penting, homemade & bebas bahan pengawet. Nugget Homemade 100%. ",
"Dah siap. Bila-bila nak makan bolehlah defrost dan goreng. Kalau nak bekalkan ke anak-anak pun boleh. Nugget Homemade yakin, bersih dan sihat. Selain resepi Nugget Homemade ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. "
] |
https://bidadari.my/resepi-bebola-ikan/ |
Resepi
Resepi Bebola Ikan Sedap Mudah (Wajib Cuba Si Penggemar Ikan)
Oleh Rahayu Z
| [
"Di mana jua, mesti ada orang yang lebih suka makan ikan berbanding lauk lain. Mesti ada yang pantang makan ayam dan daging, sedangkan ikan ialah keutamaan.",
"Dan banyak antara penggemar ikan ini selalu mevariasikan resepi masakan ikan yang ada. Namun pernahkah anda terfikir masak bebola ikan? Mesti anda pernah makan. Apakata kalau kali ini anda buat sendiri bebola ikan sendiri. Mesti lebih puas bukan?",
"Bebola ikan biasanya dijadikan makanan gandingan dengan mee sup, mee bakso dan lain-lain. Selain makanan berkuah, bebola ikan juga sedap kalau di bakar dengan sos dan dimakan dengan kuah kacang.",
"Kepada anda penggemar ikan sejati, sila perhatikan resepi bebola ikan di bawah ini. Dikongsikan oleh Ilya Nornid Lieya, baca, fahami dan cuba. Resepi ini mudah untuk pemula. Selamat mencuba.",
"Cara Menyediakan Sup Bebola Ikan :",
"Selain resepi bebola ikan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/tanggungjawab-seorang-bapa-terhadap-anak/ |
Keluarga
13 Tanggungjawab Seorang Bapa Terhadap Anak
Oleh zulrina
| [
"Hubungan bapa dengan anak merupakan faktor penentu peranan seorang ayah dalam kehidupan. Kebanyakan ayah secara semulajadi melindungi, menyokong dan bertanggungjawab. ",
"Mana-mana lelaki boleh sahaja menjaga anak, tetapi peranan sebagai seorang bapa sebenarnya tidak senang. Sebagai ketua keluarga yang bergelar suami dan ayah, anda mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.",
"Tanggungjawab seorang bapa terhadap anak sangat penting sekali dalam keluarga. Mengikut psikologi, cara seorang bapa mendisiplinkan anak juga berbeza dari ibu. Bapa akan lebih suka menegakkan keadilan, kesaksamaan dan tanggungjawab. ",
"Bapa akan menggunakan kaedah-kaedah sistematik dan tegas untuk mengajar anak akan perbuatan yang baik dan yang salah. Manakala, ibu lebih ke arah simpati, penjagaan anak ,ingin membantu, lembut dan selalu memberi harapan. Jom lihat beberapa tanggungjawab seorang bapa terhadap anak.",
"Bapa bertanggungjawab untuk menjaga kestabilan dalam keluarga. Hal ini demikian, bapa adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab dalam menguruskan semua perkara dan boleh memperbaiki hubungan sesama keluarga ataupun urusan kewangan.",
"Kajian ini menunjukkan bahawa jika bapa seorang penyayang, seorang yang selalu memberi sokongan dan suka melibatkan diri dengan aktiviti keluarga, dia boleh memberi sumbangan besar kepada anak. Tamsilnya, aktiviti harian seperti makan malam bersama-sama, menonton TV dan bermain di halaman. ",
"Tanggungjawab bapa adalah untuk menjadi pelindung kepada anak-anak. Dengan ini, bapa seolah-olah menjadi hero yang boleh menjauhkan segala keburukan dari memudaratkan anak. ",
"Tahukah anda, Rob Palkovitz iaitu seorang pakar psikologi telah memberitahu The Atlantic bahawa Para sarjana yang selalu menggunakan ketiadaan seorang bapa, sebagai faktor penyumbang kehamilan remaja muda. ",
" Ini menunjukkan bahawa apabila bapa lebih terlibat, mereka boleh memantau apa yang berlaku di dalam kehidupan anak mereka termasuk interaksi anak dengan rakan sebaya dan orang lain. Oleh itu, bapa bertanggungjawab dalam melindungi anak supaya mereka tidak tercedera atau disakiti oleh orang lain.",
"Bapa adalah model kepada anak-anak. Tanggungjawab bapa dalam hubungan antara anak dengan bapanya boleh mempengaruhi corak interaksi anak dengan kawan-kawan, kekasih dan pasangan. ",
"Jika ayah seorang yang panas baran, suka mengawal dan memerintah, inilah ciri-ciri yang akan ditiru dan dicontohi. Oleh itu, bapa bertanggungjawab memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.",
"Tanggungjawab bapa terhadap anak juga adalah seorang berdisplin. Bapa yang bertanggungjawab haruslah menjadi pendisiplin kepada keluarganya untuk menyingkirkan tabiat-tabiat buruk yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka. ",
"Contohnya, si ayah perlu mendidik anak-anaknya bahawa sikap tamak, menipu, berbohong, mencuri, bersikap kurang ajar serta tingkah laku buruk adalah sikap-sikap yang tidak baik. ",
"Bak kata peribahasa, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Tujuan seorang bapa yang bertanggungjawab adalah dengan mendisiplinkan anaknya supaya mereka menjadi orang yang berguna kelak.",
"5. Menyediakan Tempat Tinggal, Pakaian Dan Makanan",
"Seorang bapa memang menjadi tanggungjawabnya dalam menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan kepada anak. Memberi keselesaan kepada anak-anak juga adalah nafkah yang bapa perlu sediakan.",
"Dalam surah al-Talaq ayat 6 menyatakan bahawa:",
"Tempatkan mereka di mana kamu bertempat tinggal sekadar menurut kemampuanmu dan janganlah kamu mempersulitkan mereka supaya sempit kehidupan mereka. ",
"Oleh itu, Ia menjadi tanggungjawab bapa dalam menyediakan keperluan tersebut supaya mereka tidak merasa terlalu susah dalam menempuh kehidupan yang akan datang.",
"6. Memberi Nafkah Sekadar Yang Mampu",
"Tanggungjawab bapa adalah dengan memberi nafkah kepada anak-anak mengikut kemampuan. Bapa bertanggungjawab dalam menanggung nafkah anak dalam apa jua keadaan walaupun hak penjagaan diberikan kepada bekas isteri. ",
"Berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith, sependapat menyatakan bahawa seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat bahawa anak itu belum boleh berdikari dan bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehingga ia ada pekerjaan.",
"7. Mendidik Anak Menunaikan Kewajipan Fardhu Ain",
"Selain itu, seorang bapa juga bertanggungjawab mendidik anak menunaikan kewajipan fardhu ain. Fardhu ain wajib dilaksanakan dan menjadi tanggungjawab bapa untuk mengajar anak mereka.",
"Antaranya adalah solat, berpuasa, menunaikan zakat , menimba ilmu dan sebagainya. Tanggungjawab bapa ini sangat berat dalam mendidik anak mengenai kewajipan fardhu ain supaya anak lebih mengeratkan hubungan dengan Allah Swt.",
"8. Bergaul Dengan Anak Dengan Cara Baik",
"Setiap bapa bertanggungjawab untuk bergaul dengan anak dengan cara baik. Sebagai anak yang merupakan darah daging kepada bapa, ia menjadi tanggungjawab bapa untuk mengeratkan lagi hubungan antara bapa dan anak. ",
"Bapa boleh berbual dengan anak tentang perkara yang mereka suka seperti bola, mewarna, melukis dan sebagainya. Dengan ini, ia dapat mendekatkan lagi anak dengan bapa. Bapa juga bertanggungjawab melatih anak untuk mudah bergaul supaya mereka merasa selesa dengan semua orang.",
"Memberi pendidikan yang baik adalah salah satu tanggungjawab seorang bapa terhadap anak. Tanggungjawab seorang bapa untuk menjadikan anak seorang yang berguna apabila sudah meningkat dewasa nanti adalah dengan pendidikan.",
"Menghantar ke sekolah tadika, kelas tambahan dan sekolah berpendidikan tinggi adalah contohnya. Tanggungjawab bapa juga dalam memberi pendidikan supaya anak berkemahiran tinggi dan dapat membantu ibubapa suatu hari nanti dengan ilmu yang ada.",
"Bapa bertanggungjawab untuk bersifat rahmah kepada anak-anak memandangkan bapa adalah ketua keluarga. Sebagai contoh, bersifat belas kasihan, adil, baik hati dan sebagainya amat penting. Sifat rahmah perlu ada pada bapa yang bertanggungjawab supaya dapat meningkatkan nilai murni dalam diri anak. ",
"Bapa yang bertanggungjawab akan menjadi penasihat buat anak. Hal ini demikian kerana, nasihat bapa yang bertanggungjawab amat berguna sekali. Ketika anak berada dalam kesusahan, kesedihan, kecewa, marah dan sebagainya, bapa perlu menjadi penasihat. ",
"Beri semangat dan kekuatan kepada anak! Semangat dan kekuatan dari bapa yang bertanggungjawab akan memberi impak yang mendalam terhadap anak. Pada saat anak bersedih, sukar menghadapi peperiksaan dan sebagainya, waktu itulah bapa memberi semangat dan kekuatan untuk mereka terus berjuang berjaya. ",
"Memberi keyakinan kepada anak adalah tanggungjawab bapa. Hal ini demikian kerana, tanggungjawab bapa dalam memberi keyakinan dapat membantu anak untuk menghilangkan rasa takut. ",
"Keyakinan boleh diberi semasa anak membuat persembahan, pencapaian hadiah, memberi ucapan, dan lain lagi situasi. Oleh itu, bapa yang bertanggungjawab akan sentiasa tidak putus asa untuk memberi keyakinan kepada anak supaya anak dapat menempuh segala rintangan dengan penuh keyakinan dan berani.",
"Itulah dia 13 tanggungjawab seorang bapa terhadap anak perlu anda tahu. Jom baca Statistik anak luar nikah Malaysia, Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa dan Cara pikat hati mak mertua."
] |
https://bidadari.my/10-tips-berkongsi-waktu-sukar-dengan-anak-anak/ |
Anak, Petua Tips
10 Tips Berkongsi Waktu Sukar Anda Dengan Anak Anak
Oleh Dr Rozanizam Zakaria
| [
"Isteri saya yang bekerja di unit onkologi (kanser) telah berkongsi cerita tentang pesakitnya, seorang ibu muda yang menghidap kanser meninggal dunia dalam dakapan suaminya (Sinar Harian 2.8.15).",
"Soalan biasa yang terkeluar dari lisan saya – ‘berapa umurnya?’.’Muda lagi, baru 35 tahun, anak kecil-kecil lagi, seorang 3 tahun, seorang 6 bulan’ jawab isteri saya.",
"Sambil memandu ke tempat kerja, fikiran saya tertumpu kepada anak-anak kecil yang saya tidak pernah kenal itu. Mendengarnya sahaja sudah cukup meruntun naluri. Apatah lagi bagi ibubapa yang menghadapinya sendiri.",
"Kisah ringkas itu telah mengilhamkan saya membaca dan menulis serba sedikit tentang tips berkongsi cerita sakit serius kita (seperti kanser) kepada anak-anak.",
"Berbual tentang topik ini memang sukar, tetapi percayalah ia adalah isu yang mesti disampaikan kepada anak-anak. Tidak ada cara betul atau salah, namun komunikasi yang baik oleh ibubapa mampu memberi kesan positif kepada anak-anak.",
"Kanak-kanak bijak mengesan sebarang perubahan dalam dinamik keluarga. Apa yang ditakuti, bila mereka bersangka-sangka tanpa maklumat yang tepat. Mereka mungkin menyangka sesuatu yang lebih buruk ataupun menyalahkan diri mereka sendiri.",
"#3 Cipta Suasana Perbincangan Yang Terbuka.",
"Galakkan mereka bertanya. Akan tetapi jangan memaksa mereka memahami sesuatu yang mereka tidak bersedia.",
"#4 Mulakan Perkongsian Dari Hati Ke Hati",
"Berkongsi secara jujur dengan bahasa yang mudah dan jelas mengikut kesesuaian umur mereka. Jangan mereka-reka cerita kerana ia akan menghakis kepercayaan mereka terhadap anda. ‘Tak tahu’ juga adalah jawapan.",
"#5 Beritahu Mereka Apa Yang Bakal Berlaku",
"Maklumkan pada mereka rawatan anda dan apa yang akan terjadi – kesan sampingan, keadaan anda pada waktu itu.",
"#6 Bersedia untuk mengulang maklumat berkali-kali.",
"Kanak-kanak memerlukan masa untuk memahami sesuatu perkara baru. Adakalanya mereka hanya perlukan ‘reassssurance’.",
"#7 Beri Ruang Untuk Mereka Meluahkan Perasaan Dan Emosi Mereka. ",
"Minta pandangan mereka, berikan ruang seperti menulis dan melukis untuk mereka mempamerkan emosi dalaman mereka.",
"#8Pastikan Aktiviti Harian Anak Tidak Terganggu",
"Apa pun yang berlaku, cuba pastikan rutin anak-anak seperti sekolah, waktu bermain dan sebagainya tidak terjejas. Ini akan membantu mengelakkan masalah penyesuaian atau gangguan emosi kepada mereka.",
"Anda sendiri perlukan sokongan pasangan dan keluarga dalam menyelesaikan isu ini bersama anak-anak. Kenalpasti limitasi anda dan jangan bebankan anda dengan perasaan bersalah atau emosi negatif yang lain. minta bantuan sewajarnya atas perkara yang bukan dalam kemampuan anda.",
"Monitor perkembangan emosi anak anda. Jika mereka terkesan secara emosi, dapatkan bantuan yang sepatutnya untuk mereka.",
"Siapapun anda, jika anda merasakan apa yang tertulis ini bernilai untuk waktu sukar anda, saya doakan Allah mempermudah urusan anda dan anak-anak. Ingat, sesukar mana pun laluan hidup anda, “Allahkan ada!”."
] |
https://bidadari.my/ancaman-pd-pada-kanak-kanak/ |
Kesihatan
Ancaman Pneumococcal Disease PD Pada Kanak-Kanak
Oleh Nabilah Ruza
| [
"Nota Editor: Arikel tentang penyakit ini telah menarik pihak Bidadari.my utnuk dikongsikan. Semoga ianya membantu ara ibubapa untuk memahami tentang apa itu sebenarnya penyakit ini. Sumber datangnya daripada myhealth.gov.my",
"Penyakit pneumokokal atau pneumococcal disease (PD) merupakan penyakit kronik berpunca daripada bakteria streptococcus pneumoniae.",
"Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10 peratus boleh menyebabkan penyakit yang serius di seluruh dunia.",
"Bakteria ini boleh menyebabkan beberapa komplikasi pada tubuh berbeza seperti meningitis (jangkitan selaput otak dan saraf tunjang), bakteremia (jangkitan dalam darah), pneumonia (jangkitan paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).",
"Konsultan Neonatologist dan Paediatrik, KPJ Damansara Specialist Hospital, Datuk Dr. Musa Mohd Nordin berkata, di seluruh dunia setiap tahun sebanyak 1.6 juta pesakit meninggal kerana dijangkiti bakteria streptococcus pneumoniae ini.",
"Katanya, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, PD menjadi penyebab utama kepada kematian kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah di seluruh dunia.",
"“Sebanyak lima peratus kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun yang dijangkiti meningitis meninggal atau sebahagian mereka akan mempunyai masalah buta kedua-dua belah mata dan hilang pendengaran.",
"“Sementara itu, jangkitan kuman pada hidung dan jangkitan telinga tengah (otitis media) selalunya berada pada tahap biasa dalam kategori penyakit PD,” jelasnya.",
"Tambah Dr. Musa lagi, selain kanak-kanak PD juga boleh menjangkiti orang dewasa.",
"Individu yang dijangkiti PD lebih berpotensi untuk menyebarkan virus berkenaan kepada individu berdekatan melalui bersin dan batuk.",
"“Begitu pun tidak semua yang individu yang berada dengan pesakit PD akan dijangkiti. Risiko tinggi untuk dijangkiti adalah di kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun, khususnya kepada kanak-kanak berumur dua tahun atau lebih muda daripada umur tersebut.",
"“Orang dewasa yang berumur lebih daripada 55 hingga 65 tahun juga mempunyai risiko mendapat jangkitan PD.",
"“Mereka yang tidak menyusu badan, pendedahan terbuka kepada asap rokok, banyak menghabiskan masa di pusat jagaan harian kanak-kanak dan kekurangan imunisasi pneumokokal akan lebih berisiko untuk dijangkiti,” jelasnya.",
"Dr. Musa menambah, keempat-empat jenis jangkitan daripada PD yang menyerang kanak-kanak ini mempunyai simptom berbeza yang perlu dikenal pasti oleh penjaga pada anak-anak mereka.",
"“Bagi meningitis, apabila kanak-kanak tersebut telah diserang dia akan mengalami sakit kepala, muntah-muntah, demam, dan dalam beberapa kes yang kritikal dia akan mengalami koma.",
"“Kanak-kanak yang berumur bawah setahun mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti dengan meningitis dengan purata 10 kes daripada 100,000 kanak-kanak.",
"“Otitis media iaitu jangkitan berkaitan dengan telinga tengah boleh dikenal pasti melalui simptom berlaku pembengkakan pada gegendang telinga yang menyebabkan mereka mengalami sakit telinga. Apabila terkena jangkitan ini mereka akan demam, sentiasa mahu tidur, meragam dan tidak selesa.",
"“Pneumonia dan bakteremia juga adalah penyakit serius yang menyebabkan kanak-kanak yang dijangkiti demam, meragam dan kadar pernafasannya laju,” katanya",
"Tambah Dr. Musa lagi, PD boleh dirawat dengan antibiotik, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini bakteria tersebut didapati bersifat kebal terhadap antibiotik yang biasa digunakan.",
"Ini membuatkan rawatan menjadi lebih sukar dan mengakibatkan tempoh rawatan di hospital yang lebih panjang dan kos yang tinggi.",
"Beliau berkata, cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit pneumokokal adalah melalui suntikan vaksin.",
"Kini terdapat dua jenis vaksin pneumokokal untuk kanak-kanak iaitu Vaksin Konjugat Pneumokokal 10 Valen (PCV10) bagi melindungi kanak-kanak daripada 10 jenis bakteria pneumokokal dan Vaksin Konjugat Pneumokokal 13 Valen (PCV13) iaitu untuk melindungi kanak-kanak daripada 13 jenis bakteria pneumokokal.",
"Vaksin polysaccharide pula digunakan kepada orang dewasa."
] |
https://bidadari.my/resepi-pau-cendawan/ |
Resepi
Resepi Pau Cendawan Gebu Dan Mudah (Puas Makan Buat Sendiri)
Oleh Rahayu Z
| [
"Menantikan resepi pau cendawan? Kali ini kami tunaikan permintaan resepi pau cendawan sedap dan mudah.",
"Rupa macam cendawan tapi isi pau. Rupanya ramai lagi yang tidak tahu resepi langkah demi langkah untuk membuat pau cendawan gebu dan sedap. Ianya tidak sukar sebenarnya. Boleh sahaja buat di rumah dengan versi lebih banyak.",
"Oleh itu, resepi pau cendawan daripada Khaled M. A. Abdul-jawad di laman Facebook dapat ditiru dan dicubakan di rumah. Resepi ini menghasilkan pau yang lembut dan gebu.",
"Corak cendawan diperbuat menggunakan serbuk koko cair. Macam menarik bukan? Jom buat resepinya.",
"Selain resepi pau cendawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/10-tips-supaya-anak-cepat-pandai-membaca/ |
Anak, Petua Tips
10 Cara Mengajar Anak Membaca Dengan Cepat Mak Ayah Boleh Cuba
Oleh Ummu Hatim
| [
"Nak tahu cara mengajar anak membaca dengan cepat?",
"Tetapi sebelum itu, amri kita hadam statistik di bawah dahulu.",
"Tahukah anda, menurut kajian, belajar membaca merupakan satu cabaran untuk lebih daripada 40 peratus kanak-kanak? Oleh itu, jangan risau sekiranya anak anda belum pandai membaca seperti anak rakan-rakan anda.",
"Paling penting, jangan membandingkan anak anda dengan mereka kerana dikhuatiri anak anda akan hilang keyakinan diri dan menyebabkannya hilang minat untuk belajar lagi. Ingatlah, setiap anak-anak mempunyai potensi diri yang berlainan.",
"Kita sebagai ibu bapalah bertanggungjawab untuk mencungkil dan mengasah potensi mereka supaya menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan, inshaAllah.",
"Artikel kali ini adalah berkenaan 10 tips supaya anak cepat pandai membaca. Sekiranya anda menyedari anak anda lambat membaca berbanding rakan sebaya, jangan diabaikan sahaja mereka. Ini kerana, semakin meningkat usia anak-anak itu, semakin sukar untuk mereka belajar membaca.",
"Oleh itu, pendidikan awal adalah sangat penting bagi mereka. Semoga tips ini bermanfaat pada ibu bapa diluar sana, inshaAllah.",
"#1 Peruntukkan masa tetap setiap hari untuk membaca pada anak ",
"Kajian mendapati bahawa membacakan buku pada anak setiap hari boleh meningkatkan pemahaman anak dan membolehkan anak menangkap kosa kata atau beberapa perkataan yang rumit. Selain itu, dengan membacakan buku pada anak-anak, ia boleh mencetus sifat kreativiti dan minat mereka untuk membaca.",
">Tidak kira sama ada anak anda masih belum bersekolah atau sudah meningkat remaja, cara ini boleh meningkatkan keinginan anak untuk membaca dengan sendiri.",
"Kita sering melihat orang barat gemar membacakan buku cerita fantasi atau cerita kanak-kanak pada anak mereka sebelum tidur. Apa kata kita pula mengaplikasikan cara ini pada anak kita pula.",
"Bezanya, sebelum mereka tidur, kita bacakan ayat al-Quran mudah atau doa tidur, dituruti dengan membacakan kisah Nabi dan Rasul pada mereka. Disamping boleh menggalakkan mereka pandai membaca, kita juga boleh mengajar mereka kisah teladan dan sejarah Nabi.",
"Selain itu, tahukah anda, antara perkara yang boleh meninggalkan kesan dalam ingatan anak-anak adalah membacakan mereka buku! Rujuk artikel ini untuk bacaan lanjut: 10 Perkara Yang Meninggalkan Kesan Dalam Ingatan Anak.",
"#2 Besarkan anak dalam persekitaran yang penuh dengan bahan bacaan",
"Kanak-kanak yang dibesarkan di rumah yang mempunyai sumber bahan bacaan yang banyak didapati lebih cemerlang dalam pelajaran. Galakkan anak anda membaca dengan melengkapkan rumah anda dengan pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, komik dan buku.",
"Lebih elok sekiranya wujudkan perpustakaan kecil di rumah, atau letakkan bahan bacaan di sekeliling anak anda seperti dalam bilik tidur, ruang tamu ataupun dalam kereta!",
"Wujudkan waktu membaca keluarga yang tetap. Sebagai contoh, setiap Jumaat malam, anda sekeluarga menetapkan satu jam dimana semua orang membaca bersama-sama dalam keadaan senyap.",
"Dengan melihat anda membaca, anak anda juga akan terdorong untuk membaca. Hanya 15 minit setiap hari pun memadai bagi meningkatkan tahap kelajuan pembacaan anak anda.",
"#4 Galakkan pelbagai aktiviti membaca yang menarik",
"Jadikan membaca itu sebahagian daripada hidup anak anda. Galakkan mereka membaca menu makanan di restoran, papan tanda atau iklan di tepi jalan, tajuk rancangan kegemaran mereka atau apa sahaja informasi yang praktikal.",
"Anda juga boleh memberikan apa sahaja bentuk bacaan diwaktu lapang mereka sementara mereka menunggu temujanji doktor gigi atau dalam perjalanan menaiki keretapi.",
"Pelbagaikan bahan atau sumber yang boleh membantu mereka cepat belajar seperti flashcard, permainan atau ipad apps yang sesuai. Dengan cara ini, anak anda akan lebih teruja untuk belajar membaca sekaligus menarik minat mereka.",
"5) Menanam kebiasaan untuk ke perpustakaan",
"Terimbau kenangan saya semasa zaman kanak-kanak dahulu. Dahulu, kami tidak mempunyai kereta, jadi, jika mahu kemana-mana kami akan menaiki bas. Teringat kesusahan ibu saya membawa kami tiga beradik yang masih kecil ke perpustakaan seminggu sekali.",
"Tidak kira apa jua keadaan, perpustakaan menjadi tempat wajib kami kunjungi setiap minggu. Sewaktu cuti sekolah, ibu memilih untuk menghantar kami ke perpustakaan setiap hari. Di penghujung hari, selepas pulang dari pejabat barulah ibu menjemput kami.",
"Meletihkan dan kami juga tidak dapat pergi bermain. Tetapi dengan cara tersebut, kami lebih berminat untuk membaca berbanding aktiviti lain.",
"6) Pantau setiap perkembangan anak anda",
"Ketahui secara terperinci setiap perkembangan anak anda. Dapatkan maklumat dari guru di sekolah berkenaan sejauh mana perkembangan yang anak anda tonjolkan di sekolah. Kenalpasti kemahiran membaca yang sepatutnya mengikut peringkat umur.",
"Kebanyakan ibu bapa gemar meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mengajar anak mereka di bahu guru di sekolah tanpa mengambil tahu perkembangan anak mereka sendiri.",
"Hakikatnya, itu adalah perbuatan yang salah! Sesi pembelajaran dan pengajaran tidak sepatutnya berlaku hanya disekolah. Ia sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah pendidik terawal dan utama bagi anak mereka.",
"Pembelajaran di sekolah hanya untuk perkara yang tidak mampu diajar oleh ibu bapa di rumah. Apalah gunanya anda belajar tinggi sehingga ke peringkat Ijazah dan Doktor Falsafah jika anak anda sendiri diajar oleh pembantu rumah Indonesia yang tidak pernah bersekolah.",
"Kenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak anda semasa proses membaca. Mungkin, anak anda tidak boleh menyebut suatu huruf dengan betul. Mungkin, dia sendiri tidak faham apa yang dia baca.",
"Dan mungkin juga anak anda keliru dengan huruf-huruf yang ada. Kenalpasti masalah ini dan dapatkan kerjasama dari guru di sekolah sekiranya anda tidak tahu cara terbaik untuk menanganinya.",
"#7 Jujur pada diri dan letakkan sasaran yang realistik",
"“Saya mahu anak saya pandai membaca dalam masa satu bulan!”. Sekadar berimpian tidak boleh menyebabkan anak anda membaca dengan cepat. Jujur pada diri, dan letakkan matlamat yang realistik. Hanya anda mengetahui sejauh mana potensi dan tahap perkembangan anak anda.",
"Anda boleh meletakkan matlamat seperti ‘berusaha melatih anak membaca 15 minit setiap hari’ atau ‘menggalakkan anak membaca tiga buah buku sebulan’. Apa sahaja matlamat mengikut kemampuan anak anda.",
"Terlalu mendesak anak mencapai matlamat yang anda tetapkan sendiri bukan sahaja menyebabkan anak tertekan, malah boleh meragut minat mereka untuk membaca. Jadikan membaca ini suatu perkara yang menyeronokkan, bukan merunsingkan.",
"#8 Memberi galakkan dan motivasi, bukan merendahkan",
"“Anak saya membaca terlalu perlahan”. Antara keluhan yang sering diluahkan oleh ramai para ibu. Tidak mengapa untuk anak anda membaca lambat. Setiap anak-anak mempunyai keupayaan belajar yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat.",
"Jangan sesekali membanding-banding anak anda dengan anak orang lain – lebih-lebih lagi dihadapannya. Dikuhatiri, semangat dan minatnyanya untuk belajar hilang sedikit demi sedikit.",
"Jangan terlalu bimbangkan selaju manakah anak anda membaca. Sebaliknya, tumpukan lebih perhatian pada bagaimana anak anda menyebut sesuatu perkataan dengan tepat dan betul.",
"Jangan terlalu memberi tekanan pada anak anda supaya laju membaca. Lebih baik sekiranya anda boleh membantunya mengingati apa yang dia baca sebentar tadi. Sebagai contoh, anda boleh menulis beberapa perkataan atau melukis sesuatu yang menggambarkan apa yang berlaku. Dengan cara ini, minat anak anda untuk membaca boleh bercambah hari demi hari.",
"Reaksi dan respon dari anda mempunyai pengaruh yang besar dalam menggalakkan anak anda membaca. Pastikan anda memuji dengan ikhlas setiap usaha mereka. Sekali sekala, hadiahkan barang impian mereka untuk mengiktiraf segala usaha mereka dan membuatkan mereka rasa dihargai. Ingat, usaha yang kecil tetapi diamalkan setiap hari boleh menyumbang pada kejayaan yang besar dikemudian hari.",
"#9 Berkongsi kesusahan dan cabaran anda dengan anak-anak",
"Anak anda tidak mahu membaca? Fahami perasaan mereka. Kebiasannya apabila sesuatu perkara tersebut dianggap terlalu sukar untuk dilakukan, ditambah lagi dengan tekanan pelbagai pihak termasuk guru di sekolah dan ibu di rumah, anak anda seringkali memilih untuk tidak melakukannya lansung!",
"Kongsikan pada anak anda apa jua perkara yang anda tidak pandai atau menghadapi masalah untuk melakukannya. Akui padanya, sebagai manusia biasa, tidak mengapa untuk tidak pandai – asalkan berusaha dan mencuba.",
"10) Raikan setiap kejayaan dan usaha",
"Paling penting, raikan setiap kejayaan dan usaha anak anda – setiap satu kejayaan! Jangan hanya bergantung pada kad kemajuan sekolah anak anda untuk mengetahui tahap kemajuan mereka dalam pelajaran.",
"*Raikan apabila anak anda berjaya menyebut satu perkataan yang sukar dengan betul.",
"*Raikan apabila beliau sudah semakin membaca dengan lancar.",
"*Raikan apabila mereka memperbetulkan sebutan bacaan sendiri.",
"*Raikan apabila mereka menghabiskan banyak buku untuk dibaca,",
"Dalam mendidik anak membaca, saya mendapati diri saya kerap memuji walau sedikit pun kejayaan yang dilakukan oleh mereka. Bukan memuji untuk menggalakkan sikap riak dalam diri mereka, tetapi memuji untuk menghargai setiap usaha yang mereka lakukan.",
"Kerana hakikatnya, dalam apa jua perkara, Allah memberi pahala pada hamba-Nya berdasarkan usaha, bukan pada hasil semata-mata. Hanya manusia yang mengharapkan hasil yang baik. Sedangkan, kita hidup kerana Allah, bukan hidup untuk memenuhi apa yang diharapkan manusia.",
"Saya sendiri tidak begitu meletakkan harapan yang tinggi pada anak-anak saya terutamanya dalam pelajaran mereka. Saya percaya, asalkan mereka berusaha, mereka sudah pun berjaya di mata saya. Kejayaan tanpa usaha adalah rezeki. Tetapi kejayaan dengan usaha lebih manis nilainya dan lebih dihargai.",
"Saya juga percaya, setiap anak mempunyai bakat dan kemampuan tersendiri. Membanding dan menghakimi mereka berdasarkan bilangan A yang diperolehi adalah tidak adil pada mereka sama sekali.",
"Anak-anak bukan dilahirkan untuk memenuhi segala kehendak dan impian kita. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa hanyalah sekadar melatih dan mendidik mereka menjadi manusia yang lebih baik dikemudian hari. Asalkan mereka berusaha untuk memperbaiki diri, itu sudah memadai.",
"Walau apa pun cara yang anda praktis bagi membolehkan anak anda membaca dengan cepat sekaligus memupuk minat mereka membaca, semuanya terletak pada diri anda sendiri. Anak-anak akan dicorak mengikut acuan anda sendiri. Sekiranya anda sendiri malas membaca, bagaimana untuk berharap anak anda mengikut seperti yang anda mahukan?",
"Bak kata pepatah English, “we must lead by example”. Sekiranya kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik, walau dipaksa sekalipun, anak anda tidak akan melakukan perkara baik tersebut.",
"Kredit gambar: Arnau M. Bertran, Subhendu Sarkar, Yasser Chalid, Farrukh"
] |
https://bidadari.my/manfaat-kolostrum-susu-ibu/ |
Keluarga
Manfaat Kolostrum Susu Ibu Amat Banyak (Rugi Kalau Tak Beri Bayi)
Oleh Siti Awadah
| [
"Pernah dengar tentang kolostrum? Jika belum tahu, kolostrum adalah cecair yang dihasilkan oleh semua mamalia (termasuk manusia). Kolostrum hanya akan ada dalam masa beberapa hari pertama selepas melahirkan. Manfaat kolostrum susu ibu ini juga sangat banyak. Disebabkan itu ibu-ibu yang baru bersalin akan dinasihatkan untuk susukan bayi masing-masing terutama pada hari-hari awal kelahiran. ",
"Untuk pengetahuan, kolostrum akan muncul sebelum susu ibu yang sebenarnya dan jumlahnya hanyalah sedikit saja berbanding dengan susu ibu yang berwarna putih biasa. Manfaat kolostrum susu ibu ini pada bayi sangat banyak dan disebabkan itu cecair kolostrum ini sangat ‘mahal’ harganya dan sangat rugi jika tidak di beri pada anak secara langsung. ",
"Apakah Maksud Dan Manfaat Kolostrum Susu Ibu Ini Sebenarnya?",
"Jika dibaca pada wikipedia, Kolostrum merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Untuk pengetahuan anda juga, kolostrum adalah ‘makanan’ yang paling baik untuk semua bayi yang baru lahir. ",
"Dari segi manfaat kolostrum susu ibu ini pada bayi, ia dapat memberikan sistem pertahanan yang lebih baik untuk melawan penyakit yang ada di sekeliling bayi. Lagi-lagi bila bayi baru dilahirkan di mana bayi perlu sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Ditambah pula dengan pelbagai penyakit yang ada di persekitaran. ",
"Antara Ciri-Ciri Utama Yang Ada Pada Kolostrum ",
"Tubuh seorang ibu mampu memberikan susu badan yang hebat manfaatnya. Ini termasuklah dengan kolostrum yang hanya akan dihasilkan oleh tubuh dalam masa beberapa hari selepas melahirkan anak. Namun sayangnya ada ibu yang membuang kolostrum ini dengan alasan ianya adalah susu yang telah rosak. Eh, jangan di buang tau! Rugi sangat-sangat. ",
"Maka untuk membantu para ibu mengenali apakah kolostrum ini sebenarnya, di sini turut disertakan sekali antara ciri-ciri yang ada pada kolostrum sebagai rujukan. Antara ciri-ciri yang ada pada kolostrum ibu tersebut adalah :",
"#1 – Cecair Ini Lebih Pekat Berbanding Susu Ibu Yang Biasa",
"Anda boleh lihat perbezaan antara susu badan dengan kolostrum ini dengan mata kasar. Walaupun kedua-duanya merupakan cecair yang keluar dari payudara si ibu namun kolostrum mempunyai tekstur yang lebih pekat berbanding susu ibu yang biasa. ",
"#2 – Mempunyai Warna Kekuningan Seakan ‘Emas’",
"Kolostrum tidak sama dengan warna susu matang. Susu lebih kepada warna putih sedangkan kolostrum lebih kepada warna kuning. Kerana itu kolostrum ini turut digelar sebagai cecair emas disebabkan oleh warna dan khasiatnya. ",
"#3 – Rupanya Kelihatan Seakan Susu Yang Telah Rosak / Basi",
"Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, kolostrum adalah susu awal terbaik yang sangat bagus untuk kuatkan sistem imuniti bayi kita. Rugi besar jika bayi tak dapat kolostrum ini dan jangan terkejut dengan rupanya yang seakan susu basi. ",
"Beri susu badan secara terus pada anak mana nak timbul isu susu basi kan? Jangan risau dan beri saja susu secara terus dari badan pada bayi terutama di hari-hari teawal kelahiran. ",
"#4 – Sangat Kaya Dengan Kandungan Protein Yang Bagus",
"Cecair kolostrum yang berwarna kuning ini bukan saja pekat malah berlemak dan bersifat rendah tinggi karbohidrat juga. Selain dari itu ia turut kaya dengan kandungan vitamin K dengan kandungan rendah yang lemak dan menyihatkan. ",
"Manfaat Kolostrum Susu Ibu Pada Bayi",
"Cara Untuk Susukan Bayi Baru Lahir Dengan Kolostrum Untuk Pertama Kali",
" Sebagai ibu bapa yang baru pertama kali mendapat baby, tak dinafikan ia merupakan satu cabaran. Soalan tentang penyusuan susu ibu seperti berapa kerap kena menyusu bayi baru lahir dan bagaimana pula cara menyusukan bayi baru lahir ini sudah biasa sangat di dengar. ",
"Menyusukan bayi boleh terus dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. Jangan bimbang kerana baby sudah ada naluri untuk menghisap yang telah Allah SWT kurniakan. Tugas si ibu yang baru melahirkan ini adalah untuk fokus kepada kepada cara menyusu badan yang betul untuk keselesaan bayi dan diri sendiri. ",
" Langkah atau cara menyusukan bayi baru lahir dengan betul itu adalah :",
"Menyusu bayi boleh dilakukan sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi itu sendiri. Bayi juga memiliki usus perut yang masih kecil maka mereka perlu di beri susu dengan kerap. Waktu paling ideal adalah 2 jam sekali.",
"Menyusu bayi baru lahir tidaklah serumit yang disangka sebenarnya cuma ia memerlukan kesabaran dan praktik dengan merujuk kepada beberapa tips dan panduan menyusu dengan betul. Dengan adanya pengetahuan asas tentang cara untuk menyusukan bayi ini, pasti semuanya akan menjadi mudah dan menyeronokkan. "
] |
https://bidadari.my/khasiat-susu-kambing/ |
Kesihatan
11 Khasiat Susu Kambing; Terasa Terus Nak Minum!
Oleh Tasneem Haneem
| [
"Nak tahu khasiat susu kambing? Artikel ini adalah tentang khasiat ssusu kambing dari sudut kesihatan dan sains.",
"Di negara-negara Asia, susu kambing masih belum mendapat tempat sebagai pilihan utama dalam diet makanan seharian. Susu lembu lebih menjadi pilihan kerana lebih mudah didapati dan murah harganya. Namun, di kebanyakan negara Eropah, susu kambing berada pada kedudukan yang lebih premium dan dinikmati sebagai produk istimewa.",
"Disebabkan susu lembu lebih banyak dikomersialkan, ramai yang tidak menyedari akan manfaat susu kambing ini. Bahkan, susu kambing sering dikaitkan dengan baunya yang kurang menyenangkan dan rasanya yang kurang enak berbanding susu lain.",
"Namun, kini bertepatan dengan teknologi dan kecanggihan, susu kambing boleh didapati dalam pelbagai bentuk serbuk serta dalam pelbagai campuran perisa yang tentunya lebih sedap. Selain diminum sebagai susu begitu sahaja, susu kambing juga selalu diproses menjadi keju, mentega, aiskrim serta yogurt.",
"Selain susu yang rendah kolesterol, terdapat banyak kebaikan susu kambing kepada kesihatan. Fakta-fakta ini diolah daripada kertas penerbitan saintifik oleh penyelidik Amerika Syarikat pada tahun 2004.",
"Susu kambing mempunyai kalsium yang tinggi yang mampu menjaga tulang ke tahap optimum, berbanding susu lain. Umum mengetahui yang kalsium amat baik untuk menghalang masalah osteoporosis atau kerosakan tulang.",
"Satu gelas susu kambing mengandungi lebih 300 mg kalsium yang merupakan 1/3 daripada keperluan untuk kanak-kanak, berbanding kalsium dalam susu lembu sebanyak 125mg.",
"Kajian ke atas 38 kanak-kanak selama 5 bulan yang mengambil diet susu kambing menggantikan susu lembu mendapati kesan perbezaan yang positif dari segi pertambahan berat, ketinggian, pembentukan mineral dalam tulang dan kandungan darah yang tinggi dengan vitamin A, kalsium, sel darah merah dan sebatian antioksidan yang lain.",
"Dengan meminum susu kambing juga dapat mengelakkan keradangan atau ketidakselesaan kepada perut yang biasanya terjadi kepada mereka yang minum susu lembu.",
"Menurut kajian, dalam susu kambing terkandung prebiotik semulajadi yang dapat mengurangkan keradangan usus lalu menjadikan sistem pencernaan lancar dan sihat.",
"#3 Komposisi Yang Lebih Hampir Pada Manusia",
"Komposisi kimia susu kambing lebih dekat kepada susu manusia berbanding susu lembu. Oleh itu, badan kita mendapat lebih nutrien menerusinya. Menurut kajian, susu kambing juga mempunyai khasiat yang hampir menyamai susu ibu.",
"Susu kambing kurang memberikan tekanan kepada proses pencernaan. Selain itu susu kambing sendiri juga mudah dicerna. Proses pencernaan susu kambing hanyalah 20 minit berbanding susu lembu yang melebihi 2 jam.",
"Tambahan pula, kajian klinikal di Perancis dalam tempoh pemantauan 20 tahun mendapati bahawa susu kambing lebih mudah dicerna kerana tidak menyebabkan alahan sebagaimana yang disebabkan oleh susu lembu. Terdapat peningkatan sebanyak 93% bagi kanak-kanak yang mengambil susu kambing berbanding susu lembu.",
"#5 Satu Cawan Pun Sudah Hampir Cukup",
"Satu cawan susu kambing memberikan hampir 40% keperluan kalsium harian kita, 20% pengambilan vitamin B, selain fosforus dan potassium.",
"Bagi mereka yang menghidap anemia, susu kambing sangat baik dan sesuai untuk anda kerana ia boleh meningkatkan kadar zat besi.",
"Di Sepanyol pula, penyelidik mereka mengkaji serapan susu kambing oleh sampel tikus makmal. Pencernaan dan serapan zat besi dan kuprum didapati meningkat.",
"Hal ini ternyata membantu dalam pencegahan anemia dalam tubuh.",
"#7 Mengimbangkan Asid Lemak Dalam Tubuh",
"Susu kambing dapat mengimbangkan asid lemak dalam tubuh. Ini dapat mengelakkan kita daripada penyakit strok, jantung, dan pelbagai lagi komplikasi koronari.",
"Jika dibandingkan dengan susu lembu, susu kambing menyeimbangkan pertambahan lemak dan berat. Kandungan kolesterol didapati berkurangan manakala kandungan kolesterol baik yang lain adalah kekal normal.",
"Kajian saintifik menemui kehadiran rantaian trigliserida medium (36% dalam susu kambing berbanding 21% dalam susu lembu) yang berperanan menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.",
"Kandungan potassiumnya yang tinggi membantu merendahkan tekanan darah.",
"Selenium dalam susu kambing melindungi kita daripada penyakit dan menghalang jangkitan. Ini kerana selenium merupakan komponen penting dalam sistem ketahanan badan.",
"Susu kambing kaya dengan protein yang penting untuk pertumbuhan. Ia membentuk sel, tisu, otot, dan tulang. Oleh itu, proses metabolisme kita dilindungi, pertumbuhan dirangsang, dan sekaligus memastikan kesihatan tubuh secara keseluruhan.",
"Namun, komposisi protein dalam susu kambing ini sebenarnya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti baka genetik, peringkat pemerahan susu, iklim cuaca dan usia kambing tersebut.",
"Protein dalam susu kambing adalah lebih kurang dengan susu lembu dan berbeza pada struktur molekul sahaja. Namun, perkara ini yang membezakan alahan susu lembu yang lebih teruk kepada manusia berbanding susu kambing.",
"#11 Asid Lemak Yang Lebih Tinggi",
"Asid lemak yang ada dalam susu kambing lebih tinggi berbanding yang ditemui dalam susu lembu. Tapi, ia kurang lemak jahat. Ini bermaksud yang ia membantu dalam menurunkan berat badan tanpa mengabaikan keperluan nutrien.",
"Jadi, anda boleh mula menyimpan susu kambing dalam peti sejuk anda untuk mendapatkan keperluan nutrisi harian anda. Ia juga pengganti yang bagus bagi mereka yang tidak suka minum susu lembu tapi mahu mendapatkan khasiat daripada susu.",
"Kandungan Dalam Susu Kambing Yang Perlu Anda Tahu",
"Nilai pH susu kambing adalah beralkali. Dalam kajian yang dijalankan, didapati kandungan asid lemak dalam susu kambing adalah lebih tinggi berbanding dalam susu lembu. Kandungan selenium pula adalah paling tinggi berbanding semua jenis susu",
"Berikut kandungan gizi dalam susu kambing adalah lebih tinggi berbanding susu lembu, iaitu:",
"Sebelum itu, suka untuk diingatkan bahawa kanak-kanak sangat tidak digalakkan untuk meminum susu kambing semasa mereka masih menyusu badan sama ada menggunakan botol, mereka juga tidak digalakkan meminumnya selepas berhenti menyusu.",
"Tunggulah sehingga usia mereka meningkat pada tahap komposisi nutrien susu kambing lebih serasi dengan mereka. Justeru, pilihlah susu yang lebih sesuai untuk kanak-kanak dan bayi.",
"Ini kerana terdapat kajian yang membuktikan susu kambing tidak sesuai diminum oleh kanak-kanak kerana keperluan nutrisi yang tidak sesuai dalam tempoh perkembangan mereka.",
"Kesimpulannya, susu kambing adalah susu yang sangat digemari oleh Rasulullah SAW, bahkan jika diamalkan ianya menjadi perbuatan sunnah. Pasti ada sebabnya Baginda sangat menggemari susu kambing ini berbanding susu lain. Selain itu, ada pendapat menyatakan susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu.",
"Jadi dengan segala kebaikan khasiat dan keistimewaan kandungannya kita mestilah menghargai anugerah Allah ini dengan menjadikan susu kambing ini sebagai diet tambahan ataupun sumber makanan utama seharian. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Jenis susu kambing terbaik? Banyak sahaja, boleh dapatkan di Shopee atau Lazada pada harga yang berbaloi.",
"Artikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof.",
"Selain artikel ini, ada beberapa artikel lain yang boleh anda baca."
] |
https://bidadari.my/resepi-ikan-talapia/ |
Resepi
10 Kumpulan Resepi Ikan Talapia Paling Syok
Oleh Rahayu Z
| [
"Beli ikan talapia tapi pening ingin masak apa? Setakat ini resepi goreng-goreng sahaja yang tahu? Oleh itu, kami sediakan resepi mulai dari masakan kampung melayu hingga ala Thai. Cara masak mudah serta bahan-bahan pula senang beli.",
"Ikan talapia merupakan spesies ikan air tawar biasa hidup di air payau, sungai kecil, tasik, dan muara. Ikan talapia merupakan sumber protein yang tinggi dan merupakan kesukaan orang ramai.",
"Mungkin ada beberapa orang yang tidak suka rasa hanyir ikan talapia, namun jika dibersihkan dengan betul dan dimasak dengan resepi yang betul mesti sedap. Kami ada tuliskan resepi talapia yang mudah selain daripada goreng-goreng. 10 kumpulan resepi di bawah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook boleh jadi idea masak ikan talapia anda.",
"Makan malam dengan talapia masak pedas Thai terus tak pandang orang sebelah. Tengku RosElyza Raja Muhammad berkongsi resepi talapia masak pedas Thai sedap. Seperti biasa masakan Thailand mesti ada ciri masam sama ada daripada daun limau mahupun serai. Rasa masam dan wangi masakan ini bangkitkan selera.",
"Afy AL Habibi berkongsi resepi ikan bakar kegemaran yang paling mudah. Cicah isi ikan dengan air asam mabeles. Guna pes ikan bakar Adabi sahaja dan sedikit bahan tumbuk bagi sedap lebih. Rencahnya terasa hingga ke tulang, isi ikan pula langsung tidak kering.",
"Paih pakai tempoyak dan rempah-rempah macam cili, bawang merah, kunyit, daun kesum, dan daun kunyit diracik halus. Pais ikan talapia dibuat cara Zanna Shapeai di laman Facebook memang sedap. Dapat makan dengan nasi putih panas-panas dan ulam-ulaman, terus tak mahu pandang belakang.",
"Ikan Talapia Hitam Tumis Sambal Belacan",
"Masak talapia hitam tumis kena dengan sambal belacan. Sambal belacan versi Amy Aurora Qaisarah II yang berkongsi di laman Facebook amat sedap dan memikat selera. Guna air asam jawa supaya rasa lebih ngam ya.",
"Amaran jangan makan depan mertua, takut-takut terpapar muka tidak senonoh mak mertua lalu kita tidak perasan. Tempoyak berlada boleh buat siram pada ikan bilis goreng juga. Resepi campak-campak Pia Sofieya ajar, walaupun campak-campak tapi sedap. Pekena pulak ada petai makin sedap.",
"Pada sesiapa yang sudah muak makan yang berlemak-lemak dan bersantan. Ayuh cuba yang masam-masam pula. Bila sudah masak, makan panas-panas dengan telur dadar ais batu. Resepi dikongsikan oleh Adnan Bin Mat Abu di laman Facebook.",
"Ini antara menu kesukaan keluarga. Resepi versi Yusma Mustafa paling simpel dan sesuai sangat bila suntuk nak masak. Percaya tidak percaya menu talapia masak tiga rasa dalam 10 minit siap.",
"Ini menu terkenal di Cambodia. Meriah makan ramai-ramai, sedap sampai menghirup pinggan. Nampak mudah sangat cara dan bahannya. Cukup masam, masin, manis dan pedas. Sesuai sangat dipadankan dengan isi talapia yang segar dan sedap. Resepi dikongsikan oleh Marina Ismail di laman Facebook.",
"Ikan Talapia Masak Lemak Belimbing Buloh",
"Kalau ingin jadi menantu orang nismilan, masak gulai jangan sampai pecah minyak. Kunyit kalau boleh yang hidup. Masak lemak talapia campur belimbing buloh jadi makin sedap. Bagi pedas cili api biar makin sedap. Resepi dikongsikan oleh Nur Aisya di laman Facebook.",
"Rasa jemu makan nasi? Boleh cuba buat ini pula. Myira Idora masak miang pla pao, iaitu masak ikan talapia digoreng garing yang dimakan dengan sambal hijau yang diperbuat dengan cili hijau, bawang putih, gula perang, sos ikan, dan paling penting ialah daun ketumbar dan akar ketumbar ciri masakan Thailand.",
"Selain kumpulan resepi ikan talapia, kami juga menulis resepi menarik lain yang patut anda cubakan. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/hair-dryer-terbaik/ |
Umum
12 Hair Dryer Terbaik Berkualiti Mudah Gigunakan
Oleh zulrina
| [
"Bagi menjimatkan masa bersiap, hair dryer diperlukan untuk mengeringkan rambut setiap hari. Untuk mencari hair dryer terbaik, pastikan ia berkualiti tinggi dan tahan lama. Sama ada untuk kegunaan sendiri atau ingin menghadiahkannya kepada insan yang tersayang, jom lihat antara hair dryer terbaik yang boleh anda cuba.",
"Pengeringan yang dilakukan oleh hair dryer GHD Air Hair Dryer dikatakan dua kali lebih pantas daripada hair dryer biasa. Ramai yang gemar hair dryer ini kerana habanya boleh dilaraskan dengan mudah justeru dapat mengeringkan rambut dalam sekelip mata. Bunyinya juga tidak terlalu bising.",
"Dengan penggunaan hair dryer ini, rambut akan kelihatan lebih licin kerana muncung hair dryer ini mengarahkan aliran udara dengan tepat. Haba yang digunakan juga selamat dan tidak merosakan kulit kepala.",
"Hair dryer Flower Ionic Pro Dryer ini diasaskan oleh bintang Hollywood terkenal iaitu Drew Barrymore. Beliau amat arif tentang penjagaan rambut dan kerana itulah hair dryer ini dicipta untuk memenuhi penjagaan rambut yang sangat sempurna. ",
"Menariknya, hair dryer ini dikatakan antara hair dryer terbaik untuk rambut yang jenis kerinting secara semulajadi. Ia juga mampu mengeringkan rambut jenis kerinting dengan cepat dan rambut menjadi lebih lembut serta lebih sihat. Jadi, bagi anda yang memiliki rambut kerinting, hair dryer ini amat sesuai untuk digunakan oleh anda.",
"Rambut kusut dan kerinting memerlukan lebih banyak TLC dalam mengeringkan rambut, di mana ciri-ciri tersebut dimiliki oleh hair dryer Panasonic EH-NA98. Kebanyakan pengguna yang memiliki rambut kerinting amat menyukai mod panas dan sejuknya.",
"Ia boleh dilaraskan secara automatik agar rambut tidak rosak. Juga dilengkapi dengan mod yang dapat menurunkan suhu supaya tidak membakar kulit kepala dan membuatkan rambut agar kekal berkilat, lembut dan utuh sepanjang hari.",
"Cloud Nine The Airshot Pro Hair Dryer",
"Kita pasti inginkan rambut yang cantik selepas melakukan dandanan rambut. Jadi, hair dryer Cloud Nine The Airshot Pro Hair Dryer ini akan merealisasikan impian tersebut dengan menjadikan rambut lebih sihat, licin dan lembut selepas menggunakannya. ",
"Walaupun hair dryer ini mengeluarkan bunyi yang agak kuat tetapi kesannya dalam mengeringkan rambut amat pantas. Ia juga boleh digunakan untuk semua jenis rambut. Suhunya yang panas sejuk juga dapat mengeringkan rambut secara semulajadi.",
"Brand GHD sememangnya amat popular dalam kalangan mereka yang gemar bergaya. Baru-baru ini GHD telah mengeluarkan hair dryer terbaru untuk mengatasi masalah rambut bercabang dan melicinkan sel-sel rambut agar kelihatan anggun dan berseri. Hair dryer tersebut adalah GHD Helios Professional Hair Dryer.",
"Ia terbukti menjadikan rambut berkilat dan lembut selepas menggunakannya dan proses pengeringannya sangat bagus. Dari sudut pandangan estetik, ramai yang mengagumi rupa bentuk hair dryer yang cantik ini. Ia tersedia dalam beberapa warna yang berbeza yang menarik.",
"Hair dryer terbaik ini sesuai dimasukkan ke dalam beg gim atau bagasi anda untuk percutian di mana ia boleh dilipat dengan sangat kecil. Hair dryer T3 Compact ini juga sangat ringan dan selesa untuk dipegang. Walaupun kecil, ia berfungsi mengeringkan rambut.",
"Namun, hasilnya tidaklah begitu pantas dan tidak mampu menandingi kecepatan hair dryer terbaik yang lain. Oleh itu, ia hanya sesuai untuk mereka yang sering bercuti dan kerap berada di luar rumah.",
"Hair dryer Remington Proluxe Ionic Hair Dryer pula direka dengan bentuk yang premium dan mewah. Tiupan udara hair dryer ini sangat kuat yang sememangnya dapat membantu mengeringkan rambut pada kadar terbaik. Sekaligus ia menjadikan rambut lebihlembut dan segar.",
"Hair dryer ini mempunyai tetapan dengan 5 fungsi yang boleh disesuaikan dengan jenis rambut yang diingini. Bagi anda yang turut mencari hair dryer terbaik untuk dijadikan hadiah majlis perkahwinan, kami syorkan hair dryer Remington Proluxe Ionic Hair Dryer.",
"Hair dryer Babyliss 2100W Hydro-Fusion Dryer sangat hebat dalam membantu anda mengeringkan rambut. Ia amat sesuai untuk mereka yang sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengeringkan rambut. ",
"Ramai pelanggan memberi komen bahawa hair dryer terbaik ini sangat pantas mengeringkan rambut basah dan membuatkan 83% rambut kelihatan lebih berkilat dan lembut.",
"Bentuknya kelihatan sangat mewah dan mudah untuk dikendalikan. Walaupun ia sedikit perlahan untuk mencapai suhu maksimum tetapi ia tidak menjejaskan kelajuan pengeringannya.",
"Alfa Italia Forza Pro Hair Dryer",
"Alfa Italia Forza Pro Hair Dryer mempunyai kelebihan dalam menjadikan rambut kelihatan bersinar. Selain itu, hair dryer terbaik ini dapat mengurangkan kerinting dan mengembalikan kesegaran rambut. Reka bentuknya amat selesa untuk dipegang tetapi ada juga yang mendapati hair dryer ini terlalu berat.",
"Hair dryer terbaik pilihan ramai seterusnya ini adalah Hair dryer Dyson Supersonic. Hair Dryer ini mengagumkan semua pihak kerana ia dapat menghilangkan kekusutan pada rambut dan menjadikan rambut kekal lembut sepanjang hari. Seronoknya, ia juga sesuai untuk semua jenis rambut.",
"Jenama T3 memiliki hair dryer terbaik untuk wanita iaitu T3 Cura Luxe Hair Dryer. Ia telah mengagumkan ramai pihak dengan aliran udara yang senyap, pemegang yang selesa dan reka bentuk yang cantik. ",
"Hair dryer terbaik ini dapat mengeringkan rambut dengan cepat dan menjadikan rambut lebih lembut, berkilat serta mengekalkan bentuk semulajadinya. Selain itu, tetapan suhu pada hair dryer ini juga sangat mudah untuk dikendalikan dan mesra pengguna.",
"Akhir sekali dalam senarai kami adalah hair dryer Revamp Progloss 4000 Advanced Protect & Care Hair Dryer DR-4000. Ia sangat terbaik dalam mengeringkan rambut dan mengurangkan bentuk rambut kerinting. Bunyinya tidak terlalu kuat dan selamat digunakan walaupun suhunya mungkin sedikit panas daripada hair dryer terbaik yang lain.",
"Berikut adalah 12 mesin pengering baju terbaik di Malaysia yang berkualiti tinggi. Mesin pengering baju , Mesin basuh terbaik dan Air Fryer terbaik. ",
"Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis. "
] |
https://bidadari.my/bantal-terbaik/ |
Kesihatan
12 Bantal Terbaik Berkualiti Ramai Tak Tahu
Oleh zulrina
| [
"Tidur dalam keadaan yang lebih selesa adalah penting untuk mereka yang penat bekerja seharian. Kualiti rehat bergantung kepada beberapa faktor seperti suasana dan tempat yang baik seperti katil dan bantal. ",
"Bantal terbaik bukan sahaja membuatkan kita tidur dengan selesa, tetapi juga dapat melancarkan peredaran darah serta membuatkan badan terasa sangat segar. Jom lihat antara 12 bantal terbaik berkualiti di Malaysia pilihan ramai.",
"Bantal Peluk Kartun Berbentuk Hotdog Washable",
"Bantal peluk kartun berbentuk hotdog ‘washable’ ini bukan sahaja bercorak kartun yang menarik, malah ia juga diperbuat dari kapas yang sangat lembut dan fabrik berbulu gebu. Bantal terbaik ini sangat nyaman dan menyejukkan apabila dipeluk ketika tidur. ",
"Dengan menggunakan bantal peluk ini, pasti akan lebih selesa dan tenang ketika tidur. Ia mudah dicuci dengan mesin basuh. Terdapat pelbagai corak bantal dan amat sesuai dijadikan bantal terbaik untuk anak anda.",
"Bantal u-shape maternity pillow ini direka khas untuk ibu mengandung agar dapat menyokong perubahan kontur dan lengkung badan. Ia menawarkan sokongan kepada pinggang. Bentuk rekaannya jenis tahan lama dan boleh gunakan pada bila-bila masa sahaja kerana mudah dibawa. ",
"Antara kebaikan bantal ini adalah badan akan lebih selesa dan tidak tertekan dengan tekanan yang dialami di bahagian badan, meningkatkan peredaran darah dan boleh digunakan selepas bersalin. ",
"Selepas anda bersalin, bantal ini juga sesuai digunakan semasa menyusu bayi anda. Wah, memang bantal terbaik untuk digunakan oleh para ibu!",
"Sesuai dibawa ke mana sahaja ketika melancong atau menyertai aktiviti luar seperti berkhemah, pastinya Bantal Inflatable Outdoor Travel Pillow. Bantal terbaik ini diperbuat daripada bahan yang dilapisi dengan bahan lembut dan sejuk (bahan sintetik).",
"Ia mudah disimpan tanpa memerlukan ruang yang banyak. Oleh kerana bantal ini menggunakan angin, ia akan menyokong leher anda ketika tidur dan memberikan waktu rehat menjadi lebih selesa.",
"Bantal 2 in 1 Nursing + Sitting Baby Soft Cushion",
"Bantal bayi dwifungsi ini direka khas untuk melatih si kecil agar duduk dengan posisi yang betul dan digunakan juga oleh para ibu supaya bayi berada dalam keadaan selesa ketika menyusu. ",
"Reka bentuknya yang tinggi dan condong dibahagian belakang menghalang bayi dari tergolek ke belakang. Bantal terbaik ini juga membantu si kecil membentuk tulang serta otot yang lebih kuat sememangnya menjadi antara bantal terbaik untuk bayi anda.",
"Bantal Ikea sememangnya terasa amat lembut dan selesa kerana ia diperbuat daripada bahan berkualiti seperti kekabu atau bulu binatang. Dengan produk bantal terbaik ini, anda dapat tidur malam dengan lebih selesa. ",
"Bagi anda yang gemar tidur secara meniarap, bantal ini sesuai untuk anda. Ia membantu menyamai kedudukan kepala dan tulang belakang anda supaya leher anda tidak lenguh jika bangun dari tidur pada keesokkan harinya.",
"Bantal Porcelain Patterned Sofa Throw Pillow",
"Terdapat 5 jenis corak yang berbeza sememangnya amat sesuai digayakan di ruang tamu dengan bermotifkan bantal corak porselin cina yang menarik. ",
"Bantal terbaik Porcelain ini diperbuat daripada material fabrik linen yang bersifat tahan lama dan harganya pula sangat berpatutan. Jadi, anda mampu merealisasikan dekorasi idaman rumah anda dengan hiasan bantal terbaik ini!",
"Bantal leher dari jenama Ogawa ini merupakan bantal yang mempunyai motor pengurut didalamnya yang mampu mengurut leher dan bahu anda. Ia membantu mengurangkan tekanan pada otot serta menenangkan. ",
"Bahagian dalaman bantal terbaik ini dilengkapi dengan teknologi yang direka khas untuk membantu si pemakai agar tidur dengan selesa dalam waktu yang lama. Dengan fungsi mod getaran rendah, ia menjamin keselesaan dan ketenangan anda ketika tidur.",
"Bantal terbaik untuk kegunaan ibu yang mempunyai bayi kecil adalah bantal Realeos Anti-Roll Baby Pillow. Ia mengelakkan bayi kecil daripada tergolek jatuh daripada katil. ",
"Reka bentuk bantal terbaik ini direka dengan sudut darjah yang sesuai supaya bayi tidak mengalami masalah ketika berbaring. Selain itu, bantal ini juga dilengkapi dengan penghadang lembut dibahagian kiri dan kanan untuk si kecil bergerak bebas tanpa pengawasan ibubapa.",
"Ramai pakar kiropraktik telah mengesyorkan bantal Itata Bamboo Fibre Slow Rebound Memory Foam ini kerana ia menyokong kepala anda untuk tidur dengan lebih selesa dan nyaman. ",
"Bantal terbaik ini amat sesuai digunakan di hotel kerana ia dapat mengekalkan bentuknya walaupun telah berkali-kali digunakan dan tahan lasak. Menariknya, harganya juga tidak jauh berbeza dengan harga bantal biasa.",
"Mempunyai ruang untuk posisi kepala dan leher yang betul, Ia memiliki kesan penyejukan kerana terdapat gel khas di dalam bantal ini. Dengan penggunaan bantal ini, keletihan akan berkurangan, sakit di bahagian leher hilang dan lebih bertenaga.",
"Bantal terbaik ini sesuai untuk kegunaan dewasa dan terdiri dari 3 saiz. Untuk pengetahuan anda juga, bantal ini sangat popular di seluruh dunia.",
"Bantal jenis Coppento ini merupakan bantal terbaik yang memenuhi semua standard antarabangsa dan harganya pula sangat berpatutan. Ia menawarkan keselesaan yang optimum bagi mereka yang menggunakannya. Kebanyakan pengguna berpuas hati dengan bantal terbaik berkualiti ini kerana fungsinya. Ia dapat menghilangkan sakit kepala dan menjadikan seseorang itu lebih sihat.",
"Sesuai untuk mereka yang ingin mencegah osteochondrosis dan meningkatkan kualiti tidur, bantal terbaik ini adalah Togas Royal. Ia juga berfungsi mengikut bentuk kepala dan tulang belakang anda. Namun, apa yang mengecewakan adalah ia tidak sesuai bagi anda yang mempunyai alahan kerana diperbuat daripada bulu.",
"Berikut adalah antara bantal terbaik berkualiti yang ramai tak tahu. Jom baca juga Seterika wap terbaik, Mesin pengering baju terbaik, Vacuum Terbaik dan Blender Terbaik.",
"Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
] |
https://bidadari.my/resepi-mee-sanggul-goreng-basah/ |
Resepi
Resepi Mee Sanggul Goreng Basah (PADU Sedap Menyelerakan)
Oleh Rahayu Z
| [
"Mencari resepi mee sanggul sedap? Mee sanggul amat popular di kawasan belah utara. Ianya biasa dimasak cara goreng.",
"Pada perkongsian kali ini pula kami akan berkongsikan resepi mee sanggul goreng basah. Resepi sedap dan menyelerakan kali ini didatangkan daripada Akma Abdullah di laman Facebook.",
"Mee sanggul teksturnya nipis dan lembut. Ramai yang suka mee sanggul kerana lebih sedap daripada mee kuning biasa. Jom masak mee sanggul untuk makan petang ini. Gerenti ramai yang suka masakan anda. Selamat mencuba.",
"Selain resepi mee sanggul, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-udang-butter/ |
Resepi
Resepi Udang Butter Creamy Cheese (Sedap Menjilat Jari)
Oleh Rahayu Z
| [
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi creamy butter cheese prawn. Mendengar namanya saja sudah sangat menggiurkan bukan? Ya, bukan hanya nama dan gambar saja tampak menggoda namun rasanya juga sangat teramat menarik dan lazat.",
"Kelazatan udang butter resepi daripada Azlan Syazani Adanan di laman Facebook ini sangat terkenal kerana ia menggunakan creamy cheese yang berlemak. Kesedapan udang butter ini sangat menjilat jari.",
"Yang paling menarik daripada resepi ini ialah sarang telur yang ditabur meraup di atas udang butter. Banyak yang tertanya-tanya cara membuat sarang yang rangup tersebut. Maka dalam resepi ini akan kami kupas semua rahsia memasak udang butter yang viral ini.",
"Tanpa membuat anda tertunggu-tunggu, sila baca resepi perkongsian ramai di bawah ini. Jadikan hidangan untuk makan petang. Konfirm siapapun yang makan suka dan mahu lagi.",
"Cara Membuat Kuah Creamy Cheese :",
"Selain resepi udang butter creamy cheese, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/punca-dan-tips-anak-tidak-mahu-ke-sekolah/ |
Anak
Punca Dan Tips Anak Tidak Mahu Ke Sekolah
Oleh Dr. Norharlina Bahar
| [
"Anda pernah mengalamai masalah ini? Anak tidak mahu ke sekolah. Telah pelbagai cara dipujuk dan dibuat, namun semuanya gagal? Di sini dikongsikan artikel dan tips anak tidak mahu ke sekolah. Kredit kepada DoktorBudak.",
"Saya mempunyai seorang anak yang bernama Siti, 9 tahun dan tidak mahu ke sekolah. Pada awal tahun, Siti sangat bersemangat untuk ke sekolah. Masuk minggu ketiga, Siti telah ditegur oleh guru kerana tidak membawa buku sekolah.",
"Siti tidak mahu ke sekolah pada keesokan hari, dan juga pada hari-hari selepas itu. Puas papa dan mama memujuk, Siti tetap tak mahu ke sekolah. Siti mengadu sakit kepala, dan kadangkala sakit perut.",
"Selalunya sakit bermula pada malam sebelum sekolah. Doktor telah mengesahkan Siti tidak mempunyai apa-apa masalah dengan perut, atau kepala. Di rumah, Siti akan menonton tv, atau bermain dengan komputer.",
"Tips anak tidak mahu ke sekolah [Claudio]",
"School refusal (tidak mahu ke sekolah) sangat merisaukan ibubapa, dan juga guru. School refusal kerap berlaku terutamanya di awal tahun, atau di masa permulaan sekolah (ketika tadika, darjah 1-2) atau di masa transisi (pertama kali ke sekolah; atau dari tadika ke sekolah rendah; atau dari sekolah rendah ke sekolah menengah)",
"Apakah maksud di sebalik keengganan ke sekolah? Cuba fahami apa agaknya sebab dan meaning of the behaviour yang cuba disampaikan oleh anak?",
"Dibuli di sekolah, kerja sekolah yang banyak, guru yang garang, atau kawan-kawan, dan lain-lain. Ibubapa boleh bertanya dan berbincang dengan cikgu atau kawan-kawan di sekolah untuk mengetahui tentang anak di sekolah.",
"Adakah terdapat apa-apa perubahan di rumah? Kadangkala anak nak duduk rumah kerana mahu ‘melindungi’ ahli keluarga (terutamanya ibu). Ia boleh berlaku jika ahli keluarga sakit, atau ada krisis di rumah. Contohnya pertengkaran kecil antara ibubapa, walaupun pertengkaran kecil, tetapi kanak-kanak boleh melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.",
"Ada 4 sebab utama kenapa anak tidak mahu ke sekolah: Kearney and Silverman (1999)",
"1. Untuk mengelakkan emosi tertentu (anxiety, takut, risau)",
"2. Untuk mengelakkan situasi tertentu (peperiksaan, dan sebagainya)",
"3. Untuk mendapatkan perhatian (terutamanya anak yang kecil, yang mempunyai separation anxiety)",
"4. Untuk melakukan aktiviti tertentu (menonton tv, bermain video games).",
"Ibubapa perlu cuba dapatkan pola/ pattern kelakuan tidak mahu ke sekolah. Ada hari-hari tertentu, atau masa-masa tertentu? Adakah subjek pelajaran atau seseorang yang anak cuba hindari?",
"1. Cari punca/ sebab. Cuba fahami apa yang merisaukan anak. Kanak-kanak selalu sukar bercerita secara lisan mengenai apa yang dirisaukan, terutama kalau ditanya ‘kenapa tak nak pergi sekolah?’.",
"Tetapi ibubapa boleh memahami dengan mengajak anak bercerita, atau melukis mengenai sekolah atau rumah. Dari lukisan, kanak-kanak akan ‘bercerita’.",
"2. Berbual mengenai perasaan dan fear (ketakutan) beliau. Ini membantu.",
"3. Tekankan aspek-aspek positif sekolah: boleh berjumpa & bermain dengan rakan-rakan, subjek kegemaran dan sebagainya.",
"4. Berjumpa & berbincang dengan guru dan guru kauselor di sekolah. Bekerjasama dengan pihak sekolah. Work together, not against each other. Sekiranya masalah utama adalah buli, berbincanglah bersama dengan pihak sekolah bagaimana untuk menangani buli di sekolah.",
"5. Tangani isu-isu keselamatan di sekolah melalui program antibuli dan anti keganasan, bersama-sama dengan pihak sekolah.",
"6. Sekiranya anak murid mempunyai masalah pembelajaran yang menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah, pastikan mereka mendapat bantuan untuk masalah itu.",
"7. Bersama-sama dengan pihak sekolah, jadikan sekolah satu persekitaran yang welcoming, engaging. Ini membantu pelajar merasa connected kepada sekolah dan guru.",
"8. Kenalpasti satu tempat selamat safe place di sekolah (seperti di pusat sumber, di bilik kaunselor). Anak yang merasa sangat stressed atau overwhelmed boleh menggunakan safe place tersebut.",
"9. Buat perancangan bersama guru untuk membenarkan anak ke sekolah secara berkala (progressive reentry).",
"10. Sekiranya anak di rumah sebab tidak mahu ke sekolah, pastikan dia tidak terlalu selesa di rumah. Anak perlu mengikuti rutin sekolah & jadual sekolah di rumah. Jangan biarkan dia menonton tv, tidur, bermain komputer. Masa Mathematik, buat latihan mathematik, masa English, buat latihan English, masa rehat, baru boleh rehat.",
"11. Mulakan ‘reward system’ seperti ‘Star Chart’. Setiap hari ke sekolah akan mendapat satu bintang. Cukup bilangan bintang (seperti yang dipersetujui oleh anak), akan dapat hadiah (reward). Reward tidak semestinya barang atau sesuatu yang mahal. Antara contoh reward yang tidak memerlukan wang adalah masa eksklusif bersama ibubapa, atau bermain bersama ibubapa.",
"12. Sekiranya masalah tidak mahu ke sekolah berlarutan dan anak mempunyai masalah psikologi seperti anxiety dan depression, dapatkan rawatan."
] |
https://bidadari.my/sifat-suami-tercela/ |
Keluarga
15 Sifat Suami Tercela Yang Tidak Boleh Dimaafkan Isteri
Oleh Siti Awadah
| [
"Seperti yang kita tahu, seorang suami berperanan sebagai ketua keluarga untuk menjaga keluarga dan juga merupakan imam bagi isteri dan anak-anaknya. Syurga seorang isteri juga di bawah telapak kaki suaminya. Seorang isteri yang menurut perintah suami insyaallah akan lebih mudah untuk masuk ke syurga yang dijamin oleh Allah SWT.",
"Ya, mungkin ada sesetengah daripada suami yang elok perangainya. Syukur dan bertuah pada para isteri yang berjaya berdampingan dengan seorang suami yang soleh. ",
"Namun ada juga dikalangan lelaki yang bergelar suami ini dengan sengaja menyakiti isterinya dengan sifat yang tercela. Sifat yang benar-benar boleh biki hati isteri merana. Sifat yang memang akan menggangu kehidupan rumah tangga dan yang paling menyedihkan hingga menyebabkan si isteri tidak boleh memaafkan kesilapan si suami lagi. ",
"Suami Tidak Berhak Untuk Menyakiti Hati Isteri",
"Perkahwinan adalah untuk hidup bahagia bersama. Tetapi ada juga diantara suami yang suka menyakiti hati si isteri hanya kerana merasa dia berhak berbuat demikian. Kadang-kadang dengan tanpa rasa bersalah setiap perbuatan dan kelakuan suami telah menyebabkan si isteri susah untuk memaafkan mereka. ",
" Jom baca 15 di antara sifat suami yang tercela hingga boleh menyebabkan suami berasa sakit hati dan kecewa hingga tahap meruntun jiwa.",
"15 Sifat Suami Tercela Yang Patut Dijauhkan",
"Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap isteri. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga suami yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup menipu dirinya masih bujang dan sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai isteri.",
"2. Kerap menggunakan bahasa yang kasar tahap maki hamun",
"Jika dilihat ada sesetengah diantara suami yang suka berbahasa kasar dengan isteri. Dah jadi 1 rutin untuk bercakap kasar dan kadang-kadang disumpah seranah si isteri dikhalayak ramai. Sampai tiada 1 pun perkataan yang lembut dan manis keluar dari mulut si suami. Cuba belajar untuk menyumpah seranah dan buang segala bahasa kasar.",
"3. Ego dan tidak boleh menerima pendapat isteri dalam apa jua hal",
"Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan,isteri selalu dipersalahkan. Tidak mahu mengaku salagh dan semua kesalahan terletak atas isteri.",
"Jika kita lihat, masalah yang ini memang boleh merosakkan rumah tangga. Perlu dielakkan kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah . Perbuatan yang salah dan boleh diri sendiri dan masa depan juga. Takut terjebak dengan perkara yang tak sepatutnya terjadi. Jika si suami terperangkap dengan ketagihan terhadap pornografi, perlu jumpa kaunselor untuk atasi masalah ini. Daripada dok tengok pornografi, lebih baik tengok‘ bini sendiri.",
"5. Membuka kisah hubungan suami isteri yang peribadi pada orang lain",
"Hubungan suami isteri salah 1 perkara yang tak boleh kita ceritakan kepada orang lain. Mungkin si suami tak puas hati hubungannya dengan si isteri lalu diceritakan kepada orang lain. Suami wajib menjaga kehormatan isteri dan menjaga rahsia hubungan antara mereka berdua saja.",
"6. Kerap menipu isteri dengan pelbagai helah dan alasan",
"Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Ada saja semua nak ditipunya semua ada alasannya. Munkin di awalnya saja suka-suka. Lama-kelamaan perbuatan akan menjadi sebati dalam diri mereka.",
"7. Lebih mementingkan kawan daripada isteri dan anak-anak",
"Ya..memang sering terjadi perkara ni. Bila si suami sanggup lebihkan kawan-kawan dari isteri dalam segala hal. Kedengaran macam perkara remeh tapi boleh menjejaskan hubungan suami isteri.",
"8. Suka bandingkan isteri sendiri dengan isteri orang lain",
"Buat para suami, jangan suka bandingkan isteri anda dengan isteri orang lain. Tak kira dari segi fizikal dalam segala hal. Perbandingan itu lambat laun akan merendahkan harga diri isteri anda. Terimalah isteri anda dengan seadanya. ",
"9. Panas Baran dan suka naik tangan",
"Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat naik nak tunjuk dia yang berkuasa. Lama kelamaan si isteri akan hidup dalam keadaan tertekan. Jadi, si suami perlulah belajar untuk mengawal sikap panas barannya itu. Memukul juga jangan sesekali di cuba ye, awas dah boleh jadi kes polis tau!",
"10. Tidak tahu menghargai kelebihan dan jasa baik isteri",
"Ada sesetengah suami yang tak tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan isterinya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Si ister dah buat sehabis yang baik dalam menjaga hubungan rumah tangga dan semuanya tapi tak diendahkan dan tak dihargai oleh suami. ",
"Segala gerak-geri isteri dikawal. Hendak keluar ke mana mana pun tidak boleh. Buat apa pun tak boleh. Segalanya dikawal sampai isteri tak boleh bergerak ke kanan atau ke kiri. Segala keputusan semuanya di tangan suami.",
"12. Fitnah dan suka buruk sangka",
"Salah satu perbuatan yang tak boleh dimaafkan. Bila suami dengan sengaja membuat fitnah tentang si isteri. Tak kira dari segi apa pun, bila mana fitnah tu mendatangkan mudarat kepada isteri maka ia bukanlah satu sifat yang terpuji. Buruk sangka juga seeloknya janganlah di amalkan. Tolonglah beri rasa percaya tu pada isteri. ",
"13. Curiga dan suka mencari salah isteri dengan sengaja",
"Bila si suami terlalu curiga dengan isteri. Apa sahaja yang isteri buat mesti ada curiga. Tidak percaya dengan apa yang isteri lakukan dan kerap mencari kesalahan ai isteri. Ada sahaja tidak kena di mata suami.",
"Hanya tidak suka dan berminat terhadap isteri. Tanpa rasa bersalah si suami menceraikan isterinya dengan sesuka hati tanpa persetujuan si isteri.",
"Seorang suami perlu membimbing isteri kearah kebaikkan dan isteri mengharapkan tunjuk ajar dari si suami tetapi si suami pula yang mengajar dan menyuruh isteri melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa.",
"Janganlah Menjadi Suami Tercela Wahai Lelaki ",
"Sebuah kehidupan rumahtangga adalah untuk saling lengkap melengkapi. Allah SWT telahpun memberi panduan di dalam AlQuran atas apa yang patut di lakukan oleh si suami dan juga si isteri itu sendiri. Di sini suami adalah pembimbing, imam (ketua keluarga) dan juga pelindung maka jalankanlah tanggungjawab itu sebagai satu amanah yang patut di pikul dengan penuh berhemah.",
"Si isteri pula jika ditakdirkan anda mendapat seorang suami yang solehah maka bersyukurlah. Itu tanda anda sangat bernasib baik dan janganlah dengan sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan suami. ",
"Perkahwinan bukan untuk dicuba-cuba tetapi hingga ke akhir hayat. Semoga Tuhan sentiasa melindungi perkahwinan kita semua. "
] |
https://bidadari.my/qunut-nazilah/ |
Rohani
Doa Qunut Nazilah
Oleh Aniuna
| [
"Qunut (قنوت) berasal daripada perkataan Bahasa Arab. Ia membawa beberapa maksud, namun dalam hal ini, Qunut bermakna membaca doa ketika berdiri di dalam solat. Manakala Nazilah pula bermaksud bencana yang sangat berat seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.",
"Doa Qunut Nazilah ialah doa yang dibacakan setelah ruku’ (sewaktu i’tidal) pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah hai’ah (jika terlupa dan tertinggal, tidak perlu sujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa musibah yang menimpa, seperti bencana alam atau peperangan.",
"Terdapat banyak hadis sahih yang menceritakan tentang amalan Nabi saw membaca doa Qunut Nazilah dalam solat ketika ditimpa musibah. Antaranya,",
"1) Riwayat Abu Hurairah r.a, Abu Hurairah berkata:",
"“Ketika solat Subuh, selepas Rasulullah saw selesai membaca (al-Fatihah dan surah), baginda bertakbir (untuk rukuk) dan mengangkat kepalanya kembali, lalu baginda membaca: “Sami’allahuliman hamidahu, rabbana walaka al-hamdu”.",
"Kemudian, baginda membaca doa dalam keadaan berdiri: “Ya Allah, selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisham, ‘Iyash bin Abi Rabia’h dan semua golongan yang tertindas dari kaum mukminin. Wahai Allah, hancur dan musnahkanlah kaum kafir yang memberi mudharat, dan jadikanlah ke atas mereka tahun-tahun yang sengsara seperti yang berlaku pada zaman nabi Yusuf”. (HR Bukhari dan Ahmad)",
"Di dalam hadis ini menceritakan bahawa Rasulullah saw mendoakan supaya Allah swt menyelamatkan beberapa orang sahabat Baginda yang masih tinggal di Mekah. Selepas masuk Islam, orang Muslimin diseksa dan diazab oleh kafir Quraish. Dengan keberkatan doa Rasulullah saw, mereka semua selamat dan kemudian terus berhijrah kepada baginda di Madinah.",
"2) Riwayat Anas bin Malik r.a, Muhammad bin Sirin berkata:",
"“Anas bin Malik pernah ditanya: Adakah Nabi saw membaca doa qunut dalam solat Subuh? Jawab Anas: Ya. Ditanya lagi: Adakah baginda berqunut sebelum atau selepas rukuk? Anas menjawab: Selepas rukuk dalam tempoh yang sekejap sahaja.” (HR Bukhari & Muslim)",
"Yang dimaksudkan dengan ‘tempoh yang sekejap’ ialah selama sebulan seperti yang dijelaskan dalam riwayat ‘Asim. Boleh juga dikatakan maksudnya ialah dalam kadar masa yang sekejap sahaja iaitu tempoh antara rukuk dan sujud.",
"3) Dalam riwayat lain ada menyebut, Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi saw pernah mengutuskan seramai 70 orang yang terdiri daripada para qurra’ (yang alim dan mahir dalam bacaan al-Quran). Kumpulan para qurra’ ini dihantar untuk memenuhi permintaan beberapa kabilah seperti Ri’l dan Zakwan. Apabila rombongan tersebut sampai kepada kabilah Ri’l dan Zakwan berhampiran dengan sebuah telaga, dikenali telaga Mau’nah (Bi’r Mau’nah), kabilah tersebut berkata: “Demi Allah, bukan kamu semua yang kami perlukan, sesungguhnya kami inginkan Nabi saw.”",
"Kabilah-kabilah tersebut telah menipu dan khianat kepada Rasulullah saw. Mereka telah membunuh semua 70 orang para qurra’ tersebut. Apabila berita ini sampai kepada Nabi saw, baginda amat sedih. Lalu, baginda berdoa (laknat) ke atas kabilah-kabilah tersebut selama sebulan di dalam solat Subuh. Maka, inilah permulaannya doa qunut. (Rujuk kisah ini dalam Sahih al-Bukhari (4088).",
"Jumhur Ulama’ sepakat menyatakan hokum membaca Doa Qunut Nazilah adalah tidak wajib, dan meninggalkannya tidak membatalkan solat.",
"Namun begitu, para fuqaha’ berbeza pendapat tentang hukum membaca Doa Qunut Nazilah ketika umat Islam dilanda musibah. Walau bagaimanapun, pendapat yang lebih tepat (rajih) ialah pendapat para ulama’ dari mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali iaitu disyariatkan untuk membaca Doa Qunut Nazilah\nketika berlakunya musibah seperti mana yang dilakukan oleh Nabi saw.",
"Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah. Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu. Sebagai contoh, ketika rakyat Palu di Indonesia yang ditimpa bencana alam, kita oleh mendoakan khusus untuk mereka di dalam Doa Qunut Nazilah yang dibaca. Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana.",
"Namun begitu, terdapat teks Doa Qunut Nazilah yang biasa diajarkan kepada kita, seperti dalam lagu kumpulan nasyid UNIC. Doa tersebut ialah;",
"Bolehkah Qunut Nazilah dibaca dalam semua solat fardhu?",
"Para ulama’ berbeza pendapat dalam hal ini. Menurut pendapat yang rajih, doa Qunut Nazilah boleh dibaca di dalam semua solat fardhu. Pendapat ini dipegang oleh para ulama’ mazhab Syafie, ulama’ mazhab Hanbali, sebahagian ulama’ mazhab Maliki dan majoriti ulama’ hadis.",
"Sebagai contoh, hadis riwayat Ibn Abbas, Ibn ‘Abbas berkata bahawa Rasulullah saw membaca doa qunut selama sebulan berturut-turut di dalam solat Zohor, Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh di penghujung setiap solat. (HR Ahmad & Abu Daud). Menurut Al-Albani di dalam kitabnya Irwa’ al-Ghalil 2/163, hadis ini adalah hasan).",
"Oleh itu, doa Qunut Nazilah ini boleh dibaca pada rakaat terakhir dalam semua solat fardhu. Pendapat ini jugalah yang dipegang oleh Ibn Taimiyah, Ibn al-Qayyim, Ibn Hazm, al-Syaukani dan lain-lain lagi.",
"Islam sangat menitik beratkan persaudaraan sesama Muslim.",
"Dari Nukman bin Basyir ra, ia berkata Rasulullah saw bersabda, “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam.” (HR Muslim)",
"Oleh sebab itu, bila mana terdapat saudara semuslim kita yang dilanda musibah, kita juga turut bersedih dengan kejadian yang menimpa mereka. Doa Qunut nazilah merupakan suatu bentuk keprihatinan dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya yang dilanda musibah sekalipun mereka berada jauh daripada kita. Qunut Nazilah adalah doa yang dipanjatkan kepada Allah swt, yang mana di dalamnya terdapat kebergantungan kepada Allah swtndan persaudaraan terhadap sesama muslim.",
"Bagaimana dengan artikel berkenaan Doa Qunut Nazilah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?",
"Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
] |
https://bidadari.my/resepi-chicken-grill/ |
Resepi
Resepi Chicken Grill Gebu Gebas (Juicy Menyelerakan!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
| [
"Selalunya, apabila kita menyediakan chicken grill, salah satu isu yang akan menjadi masalah adalah ianya akan menjadi terlebih masak. Kemudian, apabila ayam itu tidak gebu dan keras, maka kuranglah selera kita untuk makan hidangan itu. ",
"Kini, tiada lagi masalah itu. Kami datang dengan solusi yang anda boleh cuba bagi menyediakan chicken grill yang gebu dan berjus. Bukan setakat itu, ayam yang digril juga lebih sihat jika hendak dibandingkan dengan ayam yang digoreng. Jadi, anda bolehlah mencubanya bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat. ",
"Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Ezra Erlyna Ibrahim menerusi Facebook dan diperoleh daripada Imanannur Kitchen. Resepi ini telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif di Facebook. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!",
"Nota: Rasa dulu sebelum letak garam sebab kesemua bahan sudahpun ada bahan perisa. Kalau kurang rasa, barulah letak garam. ",
"Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba: ",
"Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang. Oh, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda! "
] |
https://bidadari.my/berbuat-baik-kepada-ibu-bapa/ |
Keluarga
15 Cara Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa. Jom Praktikkan!
Oleh zulrina
| [
"Layanlah ibu bapa mu sebagai raya, nescaya rezeki yang diberi kepadamu akan melimpah ruah",
"Sering kita terdengar ayat sebegitu tetapi kita tidak yakin akan kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa. Sedarlah seketika, sebenarnya setiap kali kita berbuat baik kepada ibu bapa, semakin mencurah-curah rezeki kita, malaikat mencatatkan rezeki terhadap kita malah kita berada dalam lindungannya.",
"Sebagai seorang anak, kita haruslah berbuat baik kepada ibu bapa. Banyak cara untuk anak berbuat baik kepada ibu bapa, tetapi masih ramai yang tidak sedar akan hal ini. Lebih menyedihkan lagi, ramai yang menganggap ibu bapa sebagai bebanan dan tidak berbuat baik kepada mereka.",
"Jom lihat 15 cara berbuat baik kepada ibu bapa yang boleh anda praktikkan.",
"Jagalah kebajikan ibu bapa dari segi menyediakan tempat tinggal, makanan, memberikan duit belanja, barang dapur dan lain-lain kebajikan ibu bapa anda. Membawanya ke klinik atau hospital jika ibu bapa sakit juga merupakan kebajikan mereka yang harus anda jaga. Ia adalah cara berbuat baik kepada ibu bapa yang ramai tak sedar.",
"Tefelon ibu bapa anda selalu dan bertanya khabar adalah salah satu cara berbuat baik kepada mereka. Kadang kala, cukuplah anda menghubungi ibu bapa anda sahaja, mereka amat merindui anak-anak dan berharap ingin bercakap dengan anak-anak.",
"3. Menjaga Ibu Bapa Ketika Sakit",
"Cara berbuat baik kepada ibu bapa yang anda boleh praktikkan adalah sentiasa mengambil berat akan kesihatan ibu bapa. Jagalah mereka ketika mereka sakit dan belilah ubat-ubatan mereka. Kebaikan menjaga orang sakit amat banyak, apatah lagi anda menjaga ibu bapa anda yang sakit.",
"4. Sering Ada Di Sisi Ibu Bapa",
"Jangan tinggalkan ibu bapa anda dan tidak menghubungi mereka terus. Walaupun tinggal berasingan, selalunya melawat mereka dan berada di sisi mereka. Cara berbuat baik kepada ibu bapa ini amat digalakkan dalam Islam.",
"Bersikap taat kepada ibu bapa ada dinyatakan di dalam Al-Quran. Ia adalah salah satu cara untuk anda berbuat baik kepada ibu bapa. Allah swt juga memuliakan orang yang taat kepada ibu bapa.",
"Jelas dinyatakan di Surah Luqman (31:14)",
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(Luqman 31:14)",
"6. Bercakap Dengan Baik Dan Sopan",
"Cara percakapan yang baik juga menunjukkan bahawa anda berbuat baik dengan ibu bapa atau sebaliknya. Cakaplah dengan sopan dan lembut untuk menenangkan hati ibu bapa anda. Perkataan seperti ‘ah’, ‘cis’ dan cacian juga akan menyebabkan malaikat mencatitkan dosa buat anda.",
"Bantulah ibu bapa anda melakukan kerja-kerja rumah, memasak, basuh baju dan sebagainya. Walaupun anda bekerja, curilah masa untuk membantu mereka pada hari cuti. Berbuat baik kepada ibu bapa dengan cara sebegini amat mudah dan juga dianggap sedekah kerana membantu mereka.",
"Cara berbuat baik untuk kedua ibu bapa adalah dengan mendoakan mereka. Doa yang baik-baik kepada kedua ibu bapa anda seperti dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati Allah dan dibahagiakan hidup mereka.",
"Sekiranya orang tua anda sudah jauh dari agama, jangan malu untuk mengajar mereka kembali akan ilmu agama. Nasihati mereka untuk menunaikan solat dan sebagainya adalah cara anda berbuat baik kepada ibu bapa.",
"Bawalah ibu bapa anda bersiar-siar mengambil udara segar dan merasai keseronokan di luar. Mereka pasti selalu menghabiskan masa yang banyak di rumah. Dengan membawa ibu bapa bersiar-siar, anda telah berbuat baik kepada ibu bapa.",
"Sayanglah ibu bapa anda sepenuh hati, jangan lakukan perkara yang menyakitkan hati mereka. Tunjukkan juga sayang anda dengan cara menyentuh tangan mereka dan mencium mereka.",
"12. Meminta Restu Dan Redha Ibu Bapa",
"Restu dan redha ibu bapa sangat penting untuk anda mendapat keberkatan hidup. Ibu bapa redha bermaksud Allah swt pun redha. Minta mereka doakan anda sementara masih hidup, doa ibu bapa tiada tandingannya.",
"13. Menunaikan Umrah Dan Bersedekah Bagi Ibu Bapa",
"Bawalah ibu bapa anda menunaikan umrah dan haji. Pastinya ia adalah idaman untuk semua ibu bapa. Sekiranya ibu bapa telah tiada, anda boleh melakukan upah umrah untuk mereka. Ia adalah cara berbuat baik kepada ibu bapa tanpa anda sedari.",
"14. Berikan Hadiah Kepada Ibu Bapa",
"Sekali sekala, apa kata berikan ibu bapa anda hadiah. Hadiah berupa barang-barang atau makanan juga tidak mengapa. Sebagai contoh, berikan set buah-buahan untuk mereka. Berbuat baiklah kepada ibu bapa selagi anda mampu dan sihat.",
"Muliakanlah ibu bapa anda setiap hari. Junjungilah mereka sebagai idola anda dengan cara memberikan yang terbaik buat mereka dan berbuat baik kepada mereka. Allah swt suka orang yang memuliakan ibu bapa dan berbuat baik kepada ibu bapa.",
"Jom lakukan 15 cara berbuat baik kepada ibu bapa yang telah kami kongsikan. Mungkin kehidupan anda akan menjadi lebih baik dan lebih bahagia. Jom baca juga Adab terhadap ibu bapa, Cara balas jasa ibu bapa, Adab ziarah kubur dan Senarai hadiah untuk ayah."
] |
https://bidadari.my/berdengkur-tidur-petua/ |
Kesihatan
Berdengkur Semasa Tidur? 3 Petua Yang Pasti Membantu Anda – Dr Ezairy
Oleh Dr Ezairy M. Salih
| [
"Anda perasan tidak, yang berdengkur ni lain orang lain iramanya, lain juga paras kekuatan bunyinya. Kadang-kadang, terasa lucu mendengarnya. Tetapi, boleh juga terganggu kan terutamanya apabila hendak tidur waktu malam.",
"Kita yang sudah dewasa ini bolehlah cuba untuk tidur dengan menutup telinga menggunakan bantal atau selimut. Kalau ada bayi atau kanak-kanak di rumah tu, hmmm boleh terbangun jadinya.",
"Selagi dapat tahan dengan dengkuran mereka, tahanlah. Tetapi, kami kongsikan juga petua berguna bagi mereka yang ingin melakukan sesuatu mengenainya, dipetik khas untuk anda dari laman Facebook Dr Ezairy M.Sallih. Disertakan juga imej pandangan sisi struktur hidung dan tekak dari facebook beliau bagi pemahaman semua.",
"Bagaimana Struktur Di Dalam Mulut Anda?",
"Anda boleh lihat bagaimana struktur di dalam mulut seperti lidah, tonsil dan kawasan sekelilingnya. Apabila ia bersaiz besar, sekatan semasa kita bernafas akan mengakibatkan sekatan dan menghasilkan bunyi seperti berdengkur. Ini lebih kerap dan biasa berlaku ketika kita keletihan dan mereka yang mengalami masalah obesiti.",
"1. Cuba turunkan berat badan. Ramai pesakit saya dapat dibantu setelah berjaya menurunkan berat badan. Cuba ya.",
"2. Jalani aktiviti sihat. Ini bukan sahaja memastikan tubuh dan sistem tubuh sentiasa baik, tetapi pada masa sama memberi kita berat badan yang ideal.",
"3. Lakukan pemeriksaan doktor. Kita mungkin dah lama alami masalah berdengkur, tetapi tidak pernah lakukan pemeriksaan. Jumpalah doktor, kenal pasti punca. Anda akan dibantu.",
"*Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tidak susah jika anda dedikasikan diri anda untuk kesihatan yang lebih baik. Jom share info ini!",
"*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini. "
] |
https://bidadari.my/resepi-ikan-tenggiri/ |
Resepi
Himpunan 10 Resepi Ikan Tenggiri Gerenti Sedap
Oleh Rahayu Z
| [
"Ikan tenggiri merupakan jenis ikan laut kegemaran ramai di penjuru negeri. Ikan tenggiri bentuk moncongnya agak panjang, tidak punya sisik, dan lumayan memipih.",
"Isi ikan tenggiri putih dan lembut. Ikan ini sesuai dimasak berkuah seperti gulai, kari, masak asam, mahupun sup. Ikan ini pula jadi pilihan utama orang berpantang.",
"Ikan tenggiri termasuk ke dalam jenis ikan mahal. Ikan tenggiri mentah dapat dijual RM25-RM35 sekilo. Bahkan harga masakan ikan tenggiri di kedai makan pula boleh tahan mahal. Namun, rasanya yang lazat tidak hentikan kemahuan untuk beli ikan tersebut.",
"Oleh itu kami telahpun adakan 10 resepi ikan tenggiri daripada laman Facebook yang lazat dan patut anda cuba. Resepi tenggiri mudah, sihat dan sedap, sedia di atas meja anda. Dapat makan dengan nasi putih panas-panas memang paling syok.",
"Sesiapa suka masakan asam jawa pedas sedikit, boleh cuba masak tenggiri guna resepi ini. Cuba bayangkan lauk ini dapat makan dengan nasi panas, agak-agak menambah tidak? Makan pula bersama sambal belacan, memang meletop. Resepi daripada Nurul Ateekah di laman Facebook.",
"Pernah cuba masakan ini? Kalau pernah cuba mesti tahu rasanya ada sedikit kelainan daripada rasa sambal tumis. Yang belum cuba, jom masak dan cuba rasa sendiri masak merah ikan tenggiri. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.",
"Ini bukan lemak cili padi atau lemak kuning, tapi masak lemak Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Guna rempah-rempah senang saja. Kalau masak ikan tenggiri, bahagian ekor sampai ke tulang jadi kegemaran. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.",
"Sedap ikan tenggiri berlado makan dengan nasi putih panas. Lauk ini pedas-pedas membangkitkan selera. Apalagi dapat makan dengan ulam-ulaman makinlah merecik. Ayuh cuba masak tenggiri berlado ala Nurul Ateekah di laman Facebook.",
"Menu seterusnya ialah ikan tenggiri masak taucu. Lauk kegemaran ramai ini memang lazat sangat. Wangi taucu itu mampu bangkitkan selera makan. Dapat makan dengan nasi putih sambal belacan memang meletop. Resepi dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook.",
"Seterusnya ada ikan tenggiri goreng masak berempah citarasa Laila Aznam di laman Facebook. Resepi masakkan ini tidak ada sukatan, main letak sahaja. Kalau masak jangan lokek rempah ratus ya.",
"Masakan paling simple dan senang ikan tenggiri masak cuka nama diberi. Bahan yang diguna pula senang dapat di dapur. Paling penting jangan lupa cuka. Resepi simpel dikongsikan oleh Roskaryati Abu Bakar di laman Facebook.",
"Masak ikan tenggiri paprik ala Thai minta ampun sedap. Lagi kalau masak resepi cara Hairul Nizam Ijam di laman Facebook makin menjadi sedap. Ikan kena goreng dulu dan sementara tunggu itu sediakan bahan-bahan paprik lain.",
"Bayangkan dapat makan asam pedas ikan tenggiri bubuh bendi, tomato, dan daun kesum. Dapat hirup kuah pedas Umphh! rasa terbang ke langit. Anda yang suka asam pedas, cubalah petua dari Azizah Daud di laman Facebook, iaitu air jangan buang.",
"Ayuh buat stock tenggiri jeruk untuk makan dengan nasi putih, pulut, bubur nasi, nasi goreng ikan masin, atau kailan ikan masin dan banyak lagi lainnya. Resepi dikongsikan oleh Sherry Aini di laman Facebook. Bahan perapan ikut anggaran untuk 8 keping isi ikan. Kalau ingin kurangkan atau lebihkan terpulang masing-masing.",
"Selain resepi di atas, kami juga menulis kumpulan resepi lain yang tidak kalah sedap dan menarik. Sila cubakan. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/pokok-ketapang/ |
Petua Tips
Pokok Ketapang: Manfaat dan Tips Hiasan Rumah
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Para ibu semestinya suka menghias halaman rumah. Salah satu daripada hiasan yang menjadi pilihan utama para ibu di Malaysia ialah bunga-bungaan dan pokok yang redup dan rendang. Kehadiran pokok bunga yang berwarna-warni dan pokok yang menghijau rendang bukan sahaja membantu mencantikkan suasana malah membantu memberikan efek ketenangan dan menyejukkan halaman rumah anda. Salah satu pokok yang menjadi pilihan ialah pokok ketapang.",
"Pokok ketapang menjadi kegemaran ramai kerana rupanya yang cantik dan sangat mudah untuk dijaga. Selain itu pokok ketapang juga mempunyai 1001 manfaat yang tak ramai orang tahu. Bukan sahaja daun ketapang boleh digunakan malah buah dan akarnya juga sangat berguna.",
"Ramai yang menanam pokok hiasan cantik ini tapa mengetahui apakah kebaikan dan manfaatnya. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang manfaat pokok ketapang serta tips hiasan rumah dengan pokok yang cantik dan rendang ini.",
"Pokok ketapang berasal dari Asia Tenggara dan biasanya ditemui hidup secara liar di tepi pantai dan kawasan tanah berpasir. Namun yang menariknya, walau pun pokok ini menyukai kawasan tanah berpasir, ia juga mampu untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan tanah yang lain menyebabkan ia boleh ditanam di mana-mana sekali pun tak kira apa jenis tanah.",
"Pokok ketapang membiak melalui biji benih, keratan batang dan juga ranting. Sangat mudah untuk membiakkan pokok ketapang. Itulah sebabnya ia merupakan di antara pokok yang paling popular untuk menghiasi lanskap di Malaysia. Pokok ketapang biasanya ditanam oleh Majlis Perbandaran di sepanjang jalan dan juga di taman-taman.",
"Jika anda ingin menghiasi halaman dengan pokok ketapang, pastikan anda menanam ia jauh sedikit dari rumah kerana ia merupakan sejenis pokok yang tinggi, besar dan rendang. Jika ditanam terlalu dekat dengan rumah, dahannya akan terkena rumah anda dan perlu dipotong dengan kerap.",
"Seperti yang kami nyatakan di atas, pokok ketapang mempunyain 1001 khasiat dan seluruh pokokya boleh digunakan dari daun sehingga ke akar. Di antara khasiat pokok ketapang yang pasti membuatkan anda terkejut adalah seperti berikut:",
"Kayunya yang keras digunakan dalam pembuatan perabot, bahan binaan dan bahan bakar. Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya buah ketapang ini boleh dimakan samada kulit luar atau bijinya. Bijinya perlu dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan. Minyak yang terhasil daripada biji buah ketapang ini boleh dijadikan minyak masak.",
"Itulah dia info tentang pokok ketapang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pokok dukung anak, idea pokok hiasan dalam rumah, dan manfaat bunga telang."
] |
https://bidadari.my/susu-formula-terbaik-untuk-bayi/ |
Keluarga
17 Susu Formula Untuk Bayi (Pilihan Ramai)
Oleh Siti Awadah
| [
"Tubuh bayi biasanya akan mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap jenis susu bayi yang diberikan. Lebih memeningkan untuk para ibu di luar sana, tindak balasnya tidak sama untuk bayi yang berbeza dan terdapat susu tepung yang tidak sesuai hingga menyebabkannya muntah, kembung perut, alahan, sembelit & sebagainya. ",
"Oleh itu, kami akan kongsikan 15 susu formula untuk bayi bagi membantu anda memilih susu bayi terbaik untuk bayi anda.",
"Dari pengalaman kebanyakan ibu di Malaysia amat berpuas hati dengan susu formula S26 ini. Kandungan susu ini diperkaya dengan pelbagai khasiat seperti, AA, DHA, S Nucleotides, Lutein dan banyak lagi. Harga susu formula S26 ini adalah diantara RM55.00 bagi pek 600g.",
"2. Susu Enfalac A+ Gentlease S1",
"Susu Enfalac A + Gentlease S1 yang sesuai untuk bayi di bawah 12 bulan ini telah menjalani proses hidrolisis protein. ",
"Kandungannya tidak jauh berbeza dengan susu Enfalac A+ yang biasa namun apa yang membezakannya adalah susu ini khusus untuk bayi dengan masalah pencernaan. Harga susu Enfalac A+ Gentlease S1 dengan berat 1.2kg ini adalah berharga RM148.00.",
"3. Susu Enfalac A+ Step 1",
"Satu lagi susu Enfalac iaitu susu Enfalac A+ Step 1 yang sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berumur satu tahun. Kandungan dalam susu ini dapat membantu kepada tumbesaran bayi dan harganya adalah RM78.69 untuk pek 600g.",
"Susu NAN 1 Pro ini sesuai untuk bayi berusia 0 hingga 12 bulan dan sekiranya anda tidak mempunyai sejarah alahan keluarga, susu ini mungkin terbaik untuk bayi anda. Susu ini amat sesuai untuk bayi yang tidak mengalami alahan dan harga untuk pek 900g ialah RM90.50.",
"6. Susu NAN HA 1 BL",
"Susu NAN HA 1 BL pula khas untuk bayi yang baru lahir yang mempunyai alahan. Susu ini mungkin mempunyai sedikit rasa yang berbeza berbanding susu lain kerana telah menjalani proses hidrolisis tetapi rasanya mudah diterima oleh bayi. Formula susu NAN HA 1 BL ditambah dengan Nucleotides, Asid Docosahexaenoic (DHA) dan Asid Arachidonic (ARA).",
"Ianya juga mengandungi probiotik yang membantu memperbaiki mikroflora usus dan dapat mengurangkan cirit-birit. Harganya pula adalah sekitar RM107.90 untuk pek 800g.",
"7. Susu Similac 1 Infant Milk Formula",
"Susu langkah 1 Similac adalah susu bayi untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan. Ianya mengandungi AA, Omega 3 & 6, Taurine, Choline, dan diformulasikan dengan gabungan DHA & Lutein. ",
"Susu ini juga disokong oleh campuran minyak sayuran untuk membantu penyerapan nutrien dan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Harganya dianggarkan RM110.90 untuk pek 900g.",
"8. Susu Wyeth S-26 Gold SMA",
"Susu Wyeth S-26 Gold SMA adalah satu susu bayi yang paling mahal di Malaysia. Susu ini mengandungi lebih banyak nutrien yang bermanfaat bagi bayi dan yang paling penting ianya mengandungi lipid alfa. ",
"Bahan ini bermanfaat untuk pengembangan sistem saraf dan menyumbang kepada penyambungan sel otak bayi yang lebih pantas. Harga bagi setiap pek 600g susu ini adalah sekitar RM78.",
"9. Susu Lactogen 1 Infant Milk Formula",
"Susu Lactogen 1 Infant Milk Formula juga amat sesuai untuk bayi yang berusia bawah 12 bulan. Susu Lactogen 1 ini mengandungi lactobacillus untuk membantu membuatkan usus bayi lebih sihat. Harga bagi pek 650g susu Lactogen 1 ini ialah RM24.40.",
"10. Susu Dutch Baby 0-6 Bulan",
"Bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak, susu bayi ini menjadi pilihan mereka kerana harganya lebih murah. Ianya dilengkapi dengan nutrien penting yang sangat diperlukan oleh anak-anak kita seperti DHA, AA, protein dan banyak lagi.",
"Susu Pre Nan adalah merupakan susu untuk bayi pramatang daripada Nestle. Ianya adalah salah satu pilihan susu formula terbaik untuk bayi pramatang dan dapat memenuhi keperluan pemakanan untuk perkembangan bayi pramatang sehingga berat badan mereka naik sehingga 4kg. ",
"Ia juga diperkaya dengan DHA dan ARA yang penting untuk pertumbuhan khas bayi pramatang.",
"Susu Similac Neosure ini juga merupakan salah satu susu khas untuk bayi pramatang dari Abbott. Ia mengandungi nutrien yang diperlukan oleh bayi pramatang dan tidak mengandungi hormon pertumbuhan yang tidak wajar. ",
"Antara nutrien yang terdapat dalam susu ini adalah DHA untuk perkembangan otak, lutein untuk kesihatan mata dan vitamin E untuk tumbesaran bayi.",
"Susu Anmum Infacare Step 1 Infant Formula Milk Powder mengandungi nutrien yang penting untuk bayi tetapi harganya jauh lebih murah berbanding dengan susu bayi bawah 12 bulan yang lain. ",
"Susu formula bayi ini kurang manis dan tidak menyebabkan sembelit atau cirit-birit pada bayi anda. Ianya mengandungi DHA & AA, Omega 3 & 6, Nukleotida, Lutein, Vitamin E dan Asid Folik. Harga untuk setiap pek 900g adalah RM100.",
"14. Susu Soya Formula Bayi Isomil",
"Susu Soya Formula Bayi Isomil ini bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi ianya juga formula susu berasaskan soya 100% laktosa. Bahan tambahan dalam susu ini termasuklah duo karbohidrat untuk memudahkan penyerapan lutein (untuk penglihatan) dan prebiotik (FOS) yang sesuai untuk bayi bawah 12 Bulan. Harga susu Isomil ini pula adalah RM71 untuk pek 850g.",
"Susu formula Dumex Mamex Cherish ini direka khas untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan. Sekiranya anak anda berusia 6 bulan ke atas, susu ini juga telah ditambah dengan makanan cerai susu seperti bijirin, bubur dan buah-buahan. Harga susu Dumex Mamex Cherish ini dianggarkan berharga sekitar RM 158.49 untuk pek 1.5kg.",
"Susu premium dari Dutch Lady ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 bulan ke bawah. Ianya mengandungi Vitamin B6 & C, zat besi, zink, DHA dan banyak lagi nutrien penting untuk bayi. Harga susu Frisolac 1 untuk setiap pek 600g adalah sekitar RM71.20.",
"Eh eh lain macam je nama susu formula ni kan? Susu Formula S26 SMA Langkah 1 ini adalah keluaran daripada Wyeth yang dirumus khas untuk bayi baru lahir hingga si bayi meningkat usia 12 bulan. ",
"Ia bagus untuk bantu tingkatkan tumbesaran terutama pada perkembangan awal bayi. Ia turut diperkaya dengan pelbagai khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida yang bagus untuk anak. ",
"Jom baca juga hadiah untuk ibu. dan ayah, serum terbaik dan moisturizer terbaik.",
"Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my"
] |
https://bidadari.my/gegata/ |
Kesihatan
Gegata: Jenis, Punca, Dan Petua Berkesan Menghilangkannya Tanpa Perlu Berjumpa Doktor
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Gegata juga dikenali sebagai sopak garam, kelopak garam, dan ludah jin. Dalam terma perubatan, gegata dikenali sebagai urticaria. Gegata boleh timbul secara tiba-tiba. Alih-alih kulit berbintat macam kena gigit nyamuk. Makin digaru makin membesar dan mula bengkak. Daripada satu biji bintat, boleh jadi peta merebak satu badan.",
"Yang sebenarnya gegata terjadi kerana bahan kimia bernama histamine telah dibebaskan ke dalam darah. Kehadiran histamin akan menyebabkan salur darah menjadi kembang lalu menyebabkan tisu di bawah kulit membengkak. Kesannya kulit jadi kemerahan dan gatal yang amat sangat.",
"Biasanya didapati pada bayi-bayi dan kanak-kanak. Berlaku disebabkan oleh mendapat jangkitan virus ataupun alahan makanan seperti susu lembu, telur dan kacang tanah.",
"Melebihi enam minggu. Boleh berlaku secara spontan tanpa pencetus.",
"1. Hama pada tilam atau karpet",
"Gigitan hama dari tilam atau karpet adalah punca pertama gegata. Purata hama yang mendiami sesebuah tilam ada sekitar 100,000 hingga sejuta ekor. Bergantung pada berapa lama kita dah guna tilam tersebut.",
"Kitaran hidup hama ialah 100 hari. Dalam tempoh 100 hari ia akan bertelur dan membiak membentuk di katil sehingga mencapai berjuta-juta hama dalam sebuah katil. Bahkan hama juga boleh masuk dan bersarang di liang kulit manusia.",
"Dalam sehari Hama membuang kotorannya sebanyak 20 kali. Najis hama mengandungi enzim-enzim terutamanya protease yang boleh menjadi alergen atau penyebab gegata.",
"Sesetengah orang terkena gegata disebabkan oleh alahan kepada makanan atau pun dikenali sebagai reaksi imunologik. Anda mungkin terkena gegata keranaalahan kepada telur, kekacang atau makanan laut. Kehadiran bahan pewarna, serbuk perasa, atau bahan pengawet juga seringkali dikaitkan dengan gegata.",
"3. Terdedah kepada cuaca sejuk dalam tempoh yang lama",
"Pendedahan kepada cuaca sejuk dalam tempoh yang lama juga boleh menyebabkan gegata. Contohnya berenang terlalu lama atau bermain ski terlalu lama.",
"4. Terdedah kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama",
"Pendedahan kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama adalah punca gegata yang seterusnya. Sinar matahari, sinar uv, sinar radiasi dan panas pembakaran adalah antara pencetus gegata.",
"Anda mungkin terkena gegata disebabkan alahan kepada ubat atau antibiotik. Contohnya aspirin, penisilin, analgesik, pencahar hormon dan diuretik. Ada juga ubat yang menyebabkan badan kita melepaskan histamin ke dalam darah, contohnya kodein, opium dan zat kontras.",
"6. Reaksi kepada bahan-bahan tertentu seperti latex",
"Jika anda mempunyai alahan kepada bahan-bahan tertentu seperti latex contohnya, ia boleh menjadi punca gegata jika tersentuh latex secara tidak sengaja.",
"Selain itu, sengatan dan bisa binatang seperti lipan, kala jengking dan ular juga boleh menyebabkan gegata.",
"Gigitan nyamuk atau pepijat adalah di antara punca yang biasa dijumpai.",
"Bahan seperti sabun mandi, sabun cuci baju, kosmetik dan produk kecantikan, debu, bulu binatang dan debunga boleh menyebabkan alahan lalu menyebabkan anda mengalami gegata.",
"Jangkitan disebabkan oleh virus dan bakteria juga boleh menyebabkan gegata.",
"Jika anda mengalami kecacingan, biasanya akan timbul masalah kulit termasuk gegata.",
"Jika ibu bapa atau nenek moyang anda pernah terkena gegata, anda juga berisiko untuk mempunyai masalah yang sama.",
"Tekanan pada tubuh badan yang dimaksudkan ialah urutan atau getaran.",
"Habuk, debu, asap, kotoran, dan pencemaran udara juga boleh menyebabkan anda mendapat gegata.",
"Sekarang kami akan kongsikan petua menghilangkan gegata. Anda boleh mencuba salah satu daripada petua dibawah:",
"Caranya, ambil sesudu bedak sejuk dan sesudu garam. Campurkan sedikit air ke dalam bedak sejuk dan garam tDI. Pastikan campuran bedak sejuk, garam dan air tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cari bagi memudahkan ianya melekat pada kulit. Sapukan pada tempat yang gatal.",
"Caranya, bersihkan & potong lengkuas. Kelas ataupun guris-guriskan dengan pisau pada permukaan lengkuas yang dipotong. Gosok lengkuas tadi pada tempat yang gatal. Ulang setiap kali air lengkuas kering.",
"Campurkan tepung beras dengan sedikit air. Uli dan kepal tepung sehinggalah menjadi doh. Golekkan tepung beras pada kulit yang terkena gegata.",
"Caranya, kupas dan tumbuk bawang merah sehingga lembut kemudian sapukan di seluruh badan yang terkena gegata. Kaedah ini dilakukan selepas mandi setiap hari dan gegata anda akan sembuh dalam masa seminggu.",
"Caranya, campurkan 1 penutup cuka epal dengan satu gayung air suam. Jadikan campuran ini sebagai bilasan terakhir semasa mandi. Tidak perlu dibilas dengan air biasa. Atau boleh juga sapukan campuran air tadi pada kulit yang gatal dan biarkannya kering sendiri.",
"Caranya, ambil seinci kunyit dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian tambahkan setengah sudu kapur makan.Sapu di tempat yang gatal atau terkena gegata.",
"Cara pertama, campurkan segenggam garam ke dalam separuh baldi air. Kemudian, campuran air garam dijadikan sebagai bilasan terakhir setiap kali mandi. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.",
"Cara kedua ialah dengan mengambil secubit garam dan campurkan dengan setengah gelas air. Kacau sehingga larut dan sapukan pada kulit yang gatal.",
"Itulah dia info gegata yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga perkongsian kami bermanfaat buat anda."
] |
https://bidadari.my/resepi-roti-bun-2/ |
Resepi
Resepi Roti Bun (Sedap Sangat!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
| [
"Selalunya, roti bun hanya boleh didapati di bakeri. Rasanya amat lazat dan ianya boleh dimakan dengan apa apa sahaja. Namun begitu, anda juga boleh menyediakan sendiri roti bun. ",
"Roti bun ini boleh dihidangkan diwaktu minum petang dan dihidangkan kepada sesiapa sahaja. Ianya juga mungkin boleh menjadi pendekatan kepada anak – anak anda untuk makan. Haruman daripada roti bun yang dibakar ini juga dapat menarik minat sesiapa sahaja. ",
"Resepi ini telah dikongsikan oleh Noorsam Mairan dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook milik beliau. ",
"Resepi – resepi lain yang menarik:",
"Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya! "
] |
https://bidadari.my/resepi-cream-puff/ |
Resepi
Resepi Cream Puff (Lazat dan Gebu!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
| [
"Jom cuba resepi cream puff yang pasti mengecurkan air liur anda.",
"Cream puff sering dimasak dan dihidangkan sebagai pencuci mulut terutamanya selepas main dish. Ianya mnggunakan bahan- bahan yang ringkas dan nampak mudah. Walaubagaimanapun, cara pembuatannya agak rumit dan mencabar.",
"Akan tetapi, sekiranya anda berjaya sudah pastinya ia akan dapat memberi kepuasan yang berbaloi. Practice makes perfect dan tidak salah untuk kita mencuba. Semestinya, ianya akan menjadi sesuatu yang lazat digemari ramai. Jadi jom! Mari kita cuba resepi cream puff ini.",
"Resepi ini telah dikongsi oleh Noraida Durani dan telah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook. Wah, sudah tentu menjadi!",
"Nota: Jangan keluarkan puff sebelum puff betul betul masak kerana ianya akan turun dan penyek.",
"Cara – cara memasak creamy custard:",
"Resepi – resepi lain yang menarik dan anda boleh cuba:",
"Selain daripada resepi cream puff ini, anda juga boleh mencuba resepi yang bervariasi yang terdapat di dalam Bidadari.my! Jangan lupa untuk kongsikan resepi bersama yang tersayang dan menekan butang Like."
] |
https://bidadari.my/anak-cepat-menangis/ |
Anak
Anak Mudah Menangis? Petua Mudah Boleh Dicuba
Oleh Dr Siti Ujila
| [
"Jangan risau kalau anak mudah menangis. Sebenarnya ia peluang untuk tanamkan satu karakter yang sangat power.",
"Anak saya Yaya memang cepat menangis. Empangan air matanya cepat pecah. Lutut tergores kecil pun menangis macam kaki tu kena potong.",
"‘Macamana nak buat?’ Soalan ini yang saya selalu tanya. Sebab saya taknak dia terus membesar dengan karakter ‘cepat menangis’ walaupun sebenarnya masalah yang dihadapi kecil.",
"Biarlah dia ada ‘kekuatan dalaman’. Nanti apa pun masalah yang datang, dia tak mudah down dan lost.",
"Macam-macam tips saya dapat dari seminar parenting. Saya cuba, ada yang berjaya ada yang sebaliknya.",
"“Yaya, Allah suka orang yang syukur. Orang yang syukur dia happy. Sebab Allah baik sangat kat dia, bagi dia rumah, mata, tangan”",
"Saya teringat satu ayat Quran yang sangat power. “Cuba Yaya baca surah Fatihah”",
"Dia pun baca dan selepas ayat ‘Alhamdulillahi rabbil ‘alamin’ saya mencelah",
"“See, Allah pun suruh kita cakap Alhamdulillah”",
"Cuba Yaya cakap ‘Alhamdulillah’…saya mengajaknya, siap dengan nada lagi hehe.",
"Anda pun tahu magiknya perkataan ini. Bila kita sebut, secara automatik hati akan menjadi lebih tenang, lebih happy, lebih positif.",
"Muka ‘cemek’ Yaya mula hilang selepas dia menyebutnya.",
"“Ha..kan comel macam tu..” Dia mula tersenyum.",
"“Sebab tu Yaya tak boleh nangis-nangis selalu. Allah bagi Yaya banyak sangat yang best..tengok yaya tidur pun ada aircond. Ingat tak kawan yaya yang kat Soup Kitchen tu..tidur pun tepi-tepi jalan, atas kotak”",
"Dia angguk perlahan. “Sebab tu yaya kena syukur. Nak syukur kita kena happy. OK sayang?”",
"Alhamdulillah, banyak perubahan pada Yaya. Dia masih akan menangis tapi tak secepat dulu. Yang paling saya suka, bukan menangis atau tidaknya tu. Tapi bila dia mula tahu yang dalam hidup ni kita perlu bersyukur. Sebab Tuhan baik sangat dengan kita.",
"Ia adalah satu karakter yang sangat power. Yang kalau anak ada masalah pun, ‘live goes on as usual’. Sebab mindsetnya penuh syukur. Dia faham yang memang masalah ada, tapi masalah cuma 1, sedangkan nikmatnya beribu. Takkan sebab masalah yang satu terus rasa hambar dalam hidup.",
"Sebab itu saya melihat ‘cepat menangis’ ini sebagai peluang untuk menanam ‘rahsia hidup bahagia’ ini dalam diri anak: syukur.",
"Dan yang paling penting, dia perlu tahu yang rahsia ini datang dari Al-Quran, kalam Tuhannya.",
"Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat semua"
] |
https://bidadari.my/punca-kurang-rezeki/ |
Rohani
13 Punca Kurang Rezeki, Sebab No.12 Paling Tak Sangka!
Oleh Siti Awadah
| [
"REZEKI DI TANGAN TUHAN, kita seringkali mendengar ayat itu. Rezeki ini juga ada kaitan dengan usaha. Bak kata pepatah melayu, usaha itu tangga kejayaan. Tapi bayangkan bila mana usaha sudah cukup kuat namun rezeki masih juga sempit. Adakah ini bermakna Allah SWT sedang himpitkan rezeki? Jika ya, kenapa? Apakah pula punca rezeki kurang ini?",
"Bagi anda yang tertanya-tanya akan soal ini, di sini akan disenaraikan 13 sebab rezeki kurang atau sempit untuk sama-sama kita renungkan. Walaubagaimanapun, suka untuk diingatkan yang Allah SWT itu tidak pernah kejam! Malah Allah SWT merupakan sebaik-baik pencipta yang ingin kita selamat di sana kelak. ",
"Kerana itu Allah SWT datangkan ujian dalam pelbagai cara untuk kita terus sentiasa mengingatiNya. Ya, jika ada masalah rayulah pada Dia. Begitu juga dengan masalah yang berkaitan dengan rezeki sempit ini. ",
"Antara Sebab Mengapa Rezeki Menjadi Sempit (Rezeki Susah Nak Masuk)",
"10 Amalan Untuk Murah Rezeki Yang Patut Dipraktikkan ",
" Nabi Nuh berkata kepada kaumnya, Firman Allah SWT maksudnya : ",
" “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).”(Surah Nuh ayat 10 – 12) ",
" “Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a) ",
"#2 – Menjaga Ibadah Kepada Allah Agar Tidak Ditinggalkan",
"Bagaimana mahu mendapatkan rezeki dari Allah SWT seandainya segala perintah tidak dituruti. Allah meminta kita untuk solat kepadanya sehari lima waktu juga susah, bagaimana nak dipermudahkan urusan untuk mendapat rezeki dariNya.",
" Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya : ",
" “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”.(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a) ",
"#3 – Hindari Dosa Dan Maksiat",
"Dosa dan maksiat juga boleh menjadi salah satu punca kenapa rezeki tersekat. Dosa dan maksiat boleh membawa ke arah neraka, bertaubatlah! Jangan terus mengejar seronok dunia hingga nikmat syurga menjauh.",
" “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya”( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan) ",
" #4 Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa ",
"Selalu doakan ibubapa yang telah bersusah payah untuk kita. Berdoalah untuk mereka dan tidak mustahil berkat doa yang baik itu akan menyebabkan pintu rezeki kita ikut terbuka.",
" Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : ",
" “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) ",
"Amalan bersedekah sudah diterangkan oleh Rasulullah SAW sebagai salah satu cara untuk memperbanyakkan harta. Banyakkan bersedekah, jangan takut dan kedekut kerana amalan bersedekah ini akan menyucikan dan memperbanyakkan lagi harta kita. ",
" “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.”(Al Baqarah: 261) ",
"#6 – Berbuat Baik Pada Orang Lain Dan Bantu Mereka Yang Lemah",
"Jika ada dikalangan saudara, kenalan mahupun sesiapa saja yang baru dikenali, berbuat baiklah pada mereka. Jika jumpa orang yang lemah dan sedang memerlukan bantuan, bantulah mengikut kadar kemampuan masing-masing. ",
" “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”(Hadis Riwayat Bukhari) ",
"#7 – Mudahkan Urusan Orang Lain Dan Penuhkan Hajat Mereka",
"Kita permudahkan urusan orang lain maka Allah SWT akan mempermudahkan urusan kita. ",
" “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim) ",
"Tetamu yang datang akan membawa bersama rezeki maka layanilah tetamu dengan baik dan sopan santun. Muliakan tetamu kerana ia datang dengan rezeki ke rumah kita. ",
" Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali, ",
" “Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. ",
"Solat dhuha juga boleh bantu untuk membukakan pintu rezeki. Mereka yang rajin solat dhuha tidak akan berasa rugi kerana ia memang dapat bantu bukakan pintu rezeki dengan luas.",
"“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)",
"Syukur selalu. Sebutlah alhamdulillah dan bersyukurlah juga pada waktu sujud semasa tunaikan solat. Sujud sambil ucapkan syukur adalah satu amalan yang baik. ",
" “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7) ",
"Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah SAW Kepada Anas Bin Malik",
"\n\nاَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله\n\n",
"Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.",
"Ubah Sikap Dan Amalkan Yang Baik Supaya Rezeki Tidak Sempit Lagi",
"Jika sebelum ini tidak pernah amalkan apa yang telah diberitahu tadi, jangan risau kerana kita masih punya peluang. Dengan Allah SWT selagi hayat masih di badan, berubahlah! Jika dulu tidak solat kini boleh mula kenal tikar sejadah untuk sembahyang. ",
"Jika dulu rajin naik tangan ke muka isteri kini taubat dan layanilah isteri dengan baik. Ini semua tidak mustahil yang pasti jangan lupa untuk berubah sikap dan jangan lupa untuk terus berusaha dengan tubuh badan yang telah Allah SWT ciptakan ini. InshaAllah, rezeki yang dulu sempit akan mula menampakkan diri, aamiin. "
] |
https://bidadari.my/orang-yang-lepas-tangan/ |
Keluarga
Motivasi: Sakit Hati Dengan Orang Yang Lepas Tangan
Oleh Nabilah Ruza
| [
"Saya pernah menerima satu soalan dari pembaca. Ya Allah seronok rasanya, sebab sebenarnya beliau adalah ‘adik angkat’ saya di sekolah dulu yang dah lama lost-contact. Kali terakhir kami berjumpa ialah ketika saya pulang dari US, kami lunch sama-sama.",
"Dipendekkan cerita, adik angkat saya mengadu tentang masalah yang beliau hadapi. Beliau menjaga ibu mertuanya yang sakit. Mula-mula ok, beliau tidak berkira untuk membantu. Dijaganya ibu itu seperti ibunya sendiri.",
"Tapi makin lama semakin adik beradik yang lain buat ‘donno’ dan semua ‘lepas tangan’ sehinggalah hanya beliau seorang saja yang menjaga ibu mertua tersebut. Boleh anda bayangkan perasaannya?",
"Dengan izinnya, saya mohon untuk kongsikan di sini. Sebab saya percaya sebenarnya bukan beliau seorang yang berhadapan dengan situasi macam ni.",
"Berhadapan dengan orang yang lepas tangan. Tidak memikul tanggungjawab.",
"Bila saya baca mesej adik angkat ni, saya teringat pada seseorang yang saya kenali secara tak sengaja tahun lalu. Sebenarnya saya hampir lupa tentang kisah ini. Entah kenapa, tiba-tiba wajah seorang adik muncul semula di ingatan.",
"Waktu itu saya kerap ke Perpustakaan Awam Bangi untuk buat kerja. Adakalanya marking, sebab kalau marking di office ada saja orang yang mengetuk pintu. Saya takut nanti markah yang saya bagi tak fair antara student, so saya perlu fokus.",
"Maka Perpustakaan Awam Bangi selalu menjadi ‘port’ saya. Saya pilih tingkat atas, sebab view mengadap tasik boleh mengurangkan stress marking.",
"Beberapa kali saya ke sana, saya perasan ada seorang adik ni. Selalu ada. Duduk sorang-sorang dengan buku-buku SPM yang tersusun di hadapannya. Memang biasanya agak ramai juga orang yang menggunakan tingkat atas ni, tapi saya memang cam beliau.",
"Sebab orang lain sibuk buat kerja sambil bergurau. Ada yang duduk berdua lelaki-perempuan. Ada yang bersembang lebih.",
"Tapi adik yang seorang ni lain. Memang tekun habis. Kalau anda nak tahu macamana tekunnya dia, bayangkan orang tengah ambil SPM dalam dewan periksa. Ha macam tu lah dia.",
"Saya tidak nampak walau satu minit pun dibazirkan dengan berangan-angan atau bergurau. ‘Fuh dasyat. Rajin betul adik ni, untung mak ayahnya’ saya memuji-muji di dalam hati.",
"Satu hari saya duduk di hadapannya. Kebetulan waktu itu tiada meja lain yang kosong. Adik itu hanya tersenyum bila saya menegurnya. Tengah-tengah saya kusyuk marking, tiba-tiba dia bertanya “kak, nak pinjam kalkulator kejap boleh? saya tertinggal kalkulator di rumah”",
"Saya ambil kalkulator dan terus pass kat dia “Gunalah, akak pun tak guna sekarang”. Itulah permulaan perbualan kami.",
"Petang itu bila saya nak keluar dari perpustakaan, saya ternampak dia sedang duduk seorang diri di tangga di luar perpustakaan. Entah kenapa, tiba-tiba saya terdetik untuk duduk di sebelahnya.",
"Hobi saya memang suka berkenalan dan mengorek rahsia bila jumpa orang yang luar biasa. Sebab saya percaya, ada sesuatu yang saya boleh pelajari.",
"“Tunggu parents ke dik?” Saya duduk sambil offer adik tu gula-gula. Beliau tersenyum dan ambil gula-gula tu satu. “A ah tunggu mak ambil”",
"“Akak, thank you tadi bagi pinjam kalkulator” Dalam hati saya puji lagi adik ni. Pandai dia berbudi bahasa. Siapalah mak ayahnya.",
"“Mmm..takpe. Akak pun tak guna” Saya lihat dia tersenyum sambil menikmati gula-gula yang saya bagi. Sedap agaknya.",
"Kami berborak seketika. Saya tanya dia duduk mana, sekolah di mana. Dia bercerita macam dah lama kenal saya. Siap minta gula-gula lagi. Katanya memang itu gula-gula kegemarannya.",
"“Dik, boleh tak akak nak tahu kenapa adik rajin betul belajar?” Entah kenapa ringan saja mulut saya bertanya. Mungkin sebab adik tu pun dah mesra berborak dengan saya.",
"Tiba-tiba saya tengok adik tu berhenti menguyah gula-gula dalam mulutnya. ‘Alamak, aku salah tanya ke?’ Saya dah risau semacam dalam hati.",
"Baru saja nak say sorry, saya tengok dia mula tersenyum. Fuh lega.",
"“Sebab saya kasihan tengok mama” jawabnya sepatah.",
"Saya diam, hoping dia akan sambung cerita. Ikutkan hati nak je tanya, ‘kenapa, mama adik tak sihat ke?’ tapi takut pula salah tanya.",
"Seketika suasana sunyi. Orang lalu pun takde.",
"“Mama kerja keras nak besarkan saya dengan adik-adik. Saya kasihan tengok mama, semua benda mama kena buat” cerita adik itu, nadanya mula beremosi.",
"“Ayah ada sama macam takde, kak. Yang dia tahu dia nak marah mama. Tapi mama tak pernah melawan ayah. Ayah je yang suka-suka hati nak marah mama. Dahla hal kami adik beradik dia buat tak tahu. Saya kasihan tengok mama, kak”",
"Ceritanya perlahan. Suaranya sudah mula sebak. Ada kemarahan dalam hati yang ditahan-tahan anak remaja ini. Dia seperti ingin meluahkan satu rasa yang dipendam. Tiba-tiba saya tak tahu nak cakap apa dan hanya mampu membiarkan beliau meluahkan perasaannya.",
"Allahuakbar, tak sangka saya di sebalik ketekunannya itu rupanya ada cerita yang tersembunyi. Di sebalik senyumannya itu rupanya ada kepahitan yang sedang ditelan.",
"“Saya selalu bengang dengan ayah. Kenapa buat mama macam tu. Tapi mama selalu cakap dengan saya takpelah ayah macam tu. Dia tetap ayah saya. Dia tetap suami mama. Yang penting mama kata mama tetap akan jadi isteri yang baik untuk ayah…”",
"“Sebab mama kata mama nak masuk syurga”",
"Allahuakbar. Tersentuhnya hati saya. Kali ini air mata saya jatuh juga akhirnya.",
"“Tiap-tiap kali kami solat bersama, mama akan minta saya doakan mama masuk syurga” Ceritanya dengan air mata yang mengalir laju. Sesekali disekanya.",
"Saya betul-betul tidak sangka dengan apa yang saya dengar. Baru tadi saya melihat adik ini gigih menjawab soalan latihan SPM. Rupanya di sebaliknya ada seorang ibu yang berhati cekal.",
"Seorang isteri yang faham bahawa syurga di bawah telapak kaki suaminya. Seorang wanita yang faham bahawa tidak apa-apa masalah yang dihadapinya, asalkan dia ‘lulus’ di sisi Tuhan Rabbul Izzati.",
"“Sebab tu saya nak belajar rajin-rajin kak. Saya nak hadiahkan kejayaan saya untuk mama. Saya nak mama gembira”",
"Katanya lagi dengan air mata mengalir laju. Saya peluk dia, tidak tahu nak kata apa apa. Sungguh Tuhan memang baik. Diberinya seorang anak yang berhati baik untuk membahagiakan seorang ibu.",
"“Insha Allah dik. Adik teruskan apa yang adik buat. Akak doakan adik berjaya” kata saya perlahan sambil menepuk bahunya.",
"Dikesatnya air mata cepat-cepat. “Terima kasih kak”",
"Saya lihat dia mula tersenyum “oklah kak, kita cerita benda lain pulak. Akak kerja mana?”",
"Oh adik, sungguh tabah hati mu. Pastinya setabah hati ibu mu.",
"Saya rasa ada dalam sepuluh minit saya berborak dengannya. Cerita pasal sekolah, pasal kerja saya sebagai pensyarah. Baru saya tahu rupanya adik ni bercita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi.",
"Tengah syok-syok cerita, tiba-tiba phone saya berbunyi. Bibik call, sebab anak saya aqif nangis tidak henti dan badannya mula panas. Saya bergegas minta diri untuk pulang.",
"Dalam hati saya mengomel ‘Allah..ruginya tak dapat jumpa mak dia’",
"Ya, sebenarnya saya stay berborak dengan adik ni sebab saya teringin nak jumpa mamanya. Saya nak salam dan cium tangannya. Orang yang hidupnya cukup Allah baginya.",
"Yang faham benar bahawa hidup ini hanya sementara. Biarlah orang lain melayannya bagaimana, yang penting adalah redha Tuhan ke atas dirinya.",
"Subhanallah. Sungguh akak ini adalah idola saya.",
"Sejak itu saya tidak berkesempatan ke perpustakaan dan itulah kali terakhir saya berjumpa dengan adik itu. Sekarang bila saya pergi ke sana saya dah tak nampak beliau lagi.",
"‘Maybe dah masuk u’ saya meneka di dalam hati. Semoga beliau berjaya dalam mengejar cita-citanya untuk membahagiakan mama tercinta.",
"Kini cerita ini segar semula di ingatan. Kepada adik angkat saya, saya katakan, apa yang dihadapi adalah satu cara Allah nak tengok sejauh mana dia mengejar redhaNya. Setiap orang ada ‘part’ masing-masing.",
"Tugas kita untuk melaluinya dengan ikhlas, sabar, syukur dan redha. Sebab kita boleh mati anytime, semoga bila masanya tiba Tuhan redha dgn kita. Seperti mama kepada adik ini yang faham benar bahawa tiada yang lebih penting dari ‘lulus’ di sisi Tuhan.",
"Bukan maksudnya membiarkan orang lain lepas tangan.",
"Tapi ayuh kita berhenti memeningkan kepala dan menekan perasaan kita dek sikap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebab pening kepala kita itu tidak akan mampu mengubah sikap mereka.",
"Sebenarnya orang yang lepas tangan itulah yang sepatutnya berfikir, bagaimanakah nanti bila ajal menjemput mereka. Adakah mereka lulus penilaian Tuhan?",
"Lets care about ourselves in the right way. Care, that we have the blessing from Allah."
] |
https://bidadari.my/resepi-kek-coklat-karamel/ |
Resepi
Resepi Kek Coklat Karamel (Wow Sedapnya Tak Terhingga)
Oleh Dhiaa Syamimi
| [
"Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, dan sebagainya. Sedapnya kalau dapat makan kek coklat. Rasa coklatnya boleh buat kita gembira selalu kot. dari mood sedih boleh tukar ke mood happy. Tapi kan selalu sangat dah makan kek coklat moist. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Coklat Karamel. Lain sikit.",
"Jom tengok resepi dari Princess Scha Zura. Selamat mencuba.",
"Bahan C: Bahan untuk di ayak",
"1 cwn tepung gandum1 sudu kecil soda bikarbonat1 sudu kecil baking powder",
"Bahan D: Bahan lain yang diperlukan",
"Selain resepi Kek Coklat Karamel, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
] |
https://bidadari.my/barang-umrah-untuk-wanita/ |
Rohani
20 Senarai Barang Umrah Untuk Wanita (Penting! Jangan Lupa Bawa Bersama)
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Sekiranya anda dijemput untuk menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan umrah, tahniah kami ucapkan. Pastinya anda sedang bersiap sedia untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai barang umrah untuk wanita sebagai panduan anda dalam menyediakan kelengkapan sebelum berlepas.",
"Sudah pasti anda sudah menyertai kursus umrah sebagai salah satu persediaan sebelum anda menunaikan umrah. Namun adalah lebih baik sekiranya anda bawa sekali buku panduan umrah bersama-sama anda. Bolehlah anda baca dalam perjalanan atau pun anda rujuk sekiranya berlaku sebarang kekeliruan.",
"Barang kedua yang anda perlukan ialah passpost yang sah dan mempunyai tarikh luput melebihi 6 bulan. Sekiranya anda tidak mempunyai passport yang cukup syarat, anda tidak akan dibenarkan berlepas.",
"Telekung adalah di antara pakaian utama anda semasa di Tanah Haram nanti. Oleh itu bawalah 2 atau 3 pasang telekung yang berwarna putih. Selakkan daripada memakai telekung berwarna-warni dan terang.",
"Barang keperluan umrah untuk wanita yang seterusnya ialah jubah atau baju kurung. Kedua-dua pakaian ini adalah selesa dan menutup aurat dengan sempurna. Sesuai untuk anda pakai semasa menunaikan umrah. Warna putih dan hitam adalah pilihan utama.",
"Selain jubah dan baju kurung, jangan lupa untuk membawa tudung yang cukup labuh untuk menutup dada anda dengan sempurna. Elakkan membawa tudung yang jarang atau penuh dengan batuan yang akan menjadi perhatian Jemaah yang lain di sana nanti.",
"Jangan lupa untuk bawa stokin kaki. Kaki adalah aurat seorang wanita. Ianya wajib ditutup dari pandangan lelaki bukan mahram, lebih-lebih lagi semasa anda menunaikan ibadah umrah.",
"Stokin tangan juga adalah salah satu barang keperluan umrah buat wanita yang wajib anda bawa bersama, terutamanya jika anda memakai baju tanpa butang di lengan. Stokin tangan akan mengelakkan lengan anda kelihatan apabila lengan baju anda tersingkap.",
"Kasut tawaf atau saie yang juga dikenali sebagai Kuff adalah satu lagi barang keperluan yang penting untuk anda semasa menunaikan umrah. Ia adalah bagi mengelakkan kaki anda daripada melecet atau menggelupas.",
"Buku doa juga merupakan satu lagi kelengkapan umrah buat wanita yang ingin kami cadangkan untuk anda bawa. Ini kerana sepanjang menunaikan umrah, kita digalakkan untuk banyak berdoa kepada Allah. Dengan adanya buku doa, anda boleh buka sahaja buku tersebut dan pilih doa yang menjadi pilihan.",
"Selain berdoa, para Jemaah juga digalakkan untuk banyak berzikir dan berselawat semasa di Tanah Haram. Oleh itu, bawalah tasbih bersama anda agar mudah untuk and berzikir dan berselawat. Boleh bawa tasbih biasa atau tasbih digital.",
"Selain itu, sebelum berangkat anda juga boleh memuat turun aplikasi yang boleh membantu anda semasa berada di Mekah dan Madinah seperti aplikasi untuk menyewa kenderaan dan penghantaran makanan.",
"Semasa anda berada di luar negara, anda boleh membeli simkad prabayar untuk anda pakai sementara berada di sana memandangkan international roaming menelan kos yang tinggi. Dengan adanya simkad sementara semasa di sana, bolehlah anda berhubung dengan orang yang tersayang.",
"13. Sedikit duit simpanan dalam akaun",
"Pastikan juga ada sedikit duit simpanan dalam akaun yang mempunyai kad agar anda mempunyai back up sekiranya anda kehabisan wang semasa menunaikan umrah. Manalah tahu kot ada barang yang anda berkenan untuk dibawa pulang sebagai kenangan.",
"Bawa juga bantal kecil untuk mengalas kepala anda semasa tidur di mana-mana. Ia adalah untuk keselesaan anda.",
"Borol spray boleh digunakan untuk mengambil wuduk sekiranya tandas sesak dan anda tidak berpeluang untuk masuk ke dalam untuk berwuduk. Spraykan sahaja anggota wuduk anda, selesai.",
"Memandangkan dunia masih deselubungi pandemic Covid-19, jangan lupa untuk membawa hand sanitizer yang secukupnya untuk perlindungan diri anda. Pastikan anda membasuh tangan dan menggunakan hand sanitizer dengan kerap memandangkan ramai Jemaah semasa di sana.",
"Seperti hand sanitizer, pelitup muka juga adalah sangat penting untuk perlindungan diri. Bawa sekurang-kurangnya sekotak. Peliput muka tidak mempunyai tarikh luput, maka tak rugi kalau anda bawa lebih.",
"Keperluan umrah buat wanita yang seterusnya ialah plastik kecil. Kegunaannya ialah untuk menyimpan kasut anda. Di sana banyak berlaku kejadian kecurian kasut. Selain itu, plastik juga boleh digunakan untuk menyimpan sampah kecil anda.",
"Jarum dan benang adalah satu lagi barang penting yang perlu anda bawa. Manalah tahu kalau ada pakaian anda yang terkoyak, bolehlah anda jahit sendiri. Bawa lebih supaya boleh dipinjamkan kepada Jemaah lain yang memerlukan.",
"Kebiasaannya makanan disediakan bersama pakej umrah anda namun nasihat kami bawa sedikit makanan untuk dimakan semasa berada di hotel. Bawa makanan kering yang sedia untuk dimakan seperti biskut, roti kering, dan air 3 in 1. Semasa menunaikan umrah biasanya anda banyak melakukan qiamullail, dan pastinya anda akan berasa lapar.",
"Itulah dia info tentang senarai barang umrah untuk wanita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:"
] |
https://bidadari.my/resepi-ikan-selar/ |
Resepi
Resepi Ikan Selar Goreng Cili Padi (Pasti Merangsang Selera Suami)
Oleh Rahayu Z
| [
"Mencari resepi ikan selar yang sedap untuk makan tengah hari? Ikan selar digoreng garing bersama-sama sambal cili padi. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.",
"Lauk yang simple tetapi kami pasti inilah yang sedap.",
"Ikan digoreng garing macam keropok. Makan sampai bertambah nasi 2 pinggan. Bikin lupa dunia makan ikan selar macam ini.",
"Effinorlianawati Rosdzali berkongsikan resepi ikan selar masak sambal cili padi di Facebook. Sedap baunya sampai pada jiran sebelah rumah.",
"Resepi Ikan Selar Goreng Sambal Cili Pedas",
"Selain resepi ikan selar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/tanah-tinggi/ |
Travel
10 Kawasan Tanah Tinggi Terbaik di Malaysia Untuk Percutian
Oleh zulrina
| [
"Kawasan tanah tinggi dikatakan sebagai kawasan yang sejuk dan dingin bagi mereka yang sukakan travel atau kaki jalan. Pastilah cuacanya sejuk kerana kawasan tanah tinggi selalunya terletak di atas bukit, gunung dan seolah-olah seperti luar negara.",
"Kali ini, kami akan berkongsi 10 kawasan tanah tinggi terbaik di Malaysia untuk percutian. Anda boleh membuat ranking tempat peranginan tanah tinggi kesukaan anda dan mengunjunginya suatu hari nanti. ",
"Jangan lupa bawa baju sejuk ke tempat menarik di kawasan tanah tinggi di Malaysia ini. Anda bakal kesejukan dek anginnya yang menghembus-hembus riang bersama kabus-kabus putih. ",
"Namanya Bukit Tinggi tetapi strukturnya juga agak tinggi berada di atas kawasan bukit. Di sini, anda boleh melawat dan berjalan-jalan sambil menikmati udara yang amat segar. Ia turut dijadikan tempat peranginan untuk anda bergambar dengan menarik dan penuh kreatif. ",
"Antara tarikan utama di Bukit Tinggi ini adalah Colmar Tropicale yang dicipta berdasarkan seni reka bina bangunan di Colmar, Japanese Tea House & Botanical Garden, Perancis dan Animal Park.",
"Bukit Larut terletak di daerah Taiping, Perak yang juga dikenali sebagai Bukit Maxwell. Maxwell adalah nama penolong Residen British Pertama di Perak dari British pada tahun 1884, iaitu William Edward Maxwell. ",
"Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak di sini. Salah satunya adalah aktiviti jungle tracking. Sambil beraktiviti, anda boleh menikmati keindahan alam di sini.",
"Broga Hill terkenal sebagai tempat pendakian yang boleh anda terjah. Lebih sesuai lagi, jika anda berkunjung ke sini pada waktu pagi dan petang. Masa itu adalah pemandangan terbaik untuk anda lihat. Tidaklah jauh, ia terletak di Broga, Semenyih dimana mengambil masa tidak sampai 1 jam dari Kuala Lumpur.",
"Sangat sejuk apabila berada di puncak Gunung Jerai. Walaupun anda masih mendaki, suhu badan sudah dikelilingi suhu antara 19 hingga 24 darjah celcius. Bolehlah anda bersantai dan mendapatkan udara sejuk pada dingin hari di sini. Anda juga dapat melihat keindahan semulajadi seperti sawah padi, hutan dan lain-lain lagi di sini. ",
"Gunung Ledang terkenal dengan alam flora dan faunanya yang indah, gunung yang tinggi lagi mencabar serta hidupan eksotif pelbagai spesis. Anda boleh menaiki gunung setinggi 1,276 m dari paras laut dan berkelah di Air Terjun Sagil. Unik kan? Jangan lupa juga untuk mencuci mata melihat panoraa pantai sumatera dan selat melaka.",
"Bukit Bendera adalah salah satu kawasan tanah tinggi terbaik di Malaysia untuk percutian. Terletak di Pulau Pinang, anda boleh menaiki Bukit Bendera dengan kereta api yang disediakan di sini. Ia berketinggian 830 meter dan 3 darjah lebih sejuk dari tempat yang berdekatan pantai.",
"Apa yang ada di Bukit Fraser? Tanah tinggi di Pahang ini takkan mengecewakan anda. Terdapat aktiviti rekreasi yang boleh anda lakukan seperti Allan’s Water iaitu anda boleh mendayung bot merentasi tasik keruh. ",
"Selain itu, Paddock memberikan anda pengalaman memanah dan menunggang kuda. Ada juga boleh berkunjung ke Air Terjun Jeriau di Bukit Fraser.",
"Cameron highland sangat terkenal sebagai tanah tinggi yang paling tenang, sejuk dan ‘strawberi’. Bukan apa, jika berkunjung di sini, pasti anda boleh merasai kemanisan strawberri yang segar dan manis. ",
"Sepanjang berada di tanah tinggi ini, anda boleh melawat ladang strawberi, taman rama-rama, ladang teh, ladang lebah madu dan lain-lain lagi. Hotel yang disediakan juga sangat klasik, moden dan antik. Tempat makan malam ala Tudor juga terdapat di sini.",
"Ingin bercuti di kawasan tanah tinggi, negeri di bawah bayu pula? Kundasang War Memorial yang terletak 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan 12 kilometer dari pekan Ranau, Sabah adalah tempat terbaik untuk anda lawati. ",
"Anda boleh berkunjung ke pasar sayur-sayuran yang dibuka setiap hari dan melihat barangan yang dijual di sana. Nak beli sayur-sayur yang segar dan susah didapati di negeri sendiri? Beli sahaja di tanah tinggi Kundasang!",
"Lihat dari jauh, hati saya rindu.",
"Memang rindu berkunjung ke Gunung Kinabalu, cuaca yang sejuk dan dingin membuatkan anda berasa tenang. Umumnya, kepanasan kawasan tanah tinggi di Gunung Kinabalu tidak terasa membuatkan ramai yang teruja untuk mendaki gunung tersebut. ",
"Apa kata kali ini anda bercuti di Gunung Kinabalu dan meluangkan masa bersama tersayang dengan mendaki tanah tinggi ini? Pasti menyeronokkan dan takkan dapat anda lupakan. Datang bersama pasangan, keluarga, kawan-kawan membuatkan suasana percutian anda lebih meriah.",
"Gunung tertinggi di Malaysia adalah Gunung Kinabalu. Beruntunglah jika anda dapat merasa mendaki Gunung Kinabalu sampai ke puncak. Pernahkah anda terfikir, dari manakah nama ‘Gunung Kinabalu’ didapatkan? Ya, sungguh ada kisah di sebalik nama kawasan tanah tinggi ini.",
"Kisah seorang isteri bernama Kina yang menanti suaminya yang merupakan seorang nelayan. Suaminya tidak pulang-pulang dari lautan dan dikatakan telah mati di lautan. ",
"Namun, Kina sering mendaki gunung tersebut untuk melihat-lihat bot suaminya dengan harapan suaminya pulang ke kampungnya. Akhirnya, gunung tersebut diberi nama ‘Gunung Kinabalu’ kerana Kina yang dikatakan menjadi balu sering naik ke situ.",
"Itulah dia 10 kawasan tanah tinggi terbaik di Malaysia untuk percutian. Anda boleh memilih mana-mana kawasan menarik ini untuk mengatur perjalanan percutian anda! Jemput baca Tempat menarik di Kota Tinggi, Tempat menarik di Pahang dan Homestay di Cameron Highland."
] |
https://bidadari.my/makanan-tinggi-serat/ |
Featured, Kesihatan, Petua Tips
6 Tips Makanan Tinggi Serat Untuk Kesihatan
Oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof
| [
"Nak tahu makanan tinggi serat? Jom kita lihat makanan tinggi serat serta kepentingannya yang diulas dalam artikel ini. Serat dalam makanan banyak datang dari sumber tumbuh-tumbuhan. Terdapat dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tidak larut yang kedua-duanya sangat membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh. ",
"Menariknya, serat tumbuhan yang dimakan ini tidak boleh dicerna oleh enzim tubuh manusia, lalu akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan nyahtinja kita. Hal ini yang menjadikan seseorang yang cukup sumber serat dalam diet makanan, lancar dari segi penghadamannya. Masalah sembelit atau cirit-birit boleh diatasi dengan pengambilan serat yang mencukupi ini.",
"Kandungan serat larut biasa dikenal pasti dengan keupayaannya larut di dalam air. Apabila dimakan, serat larut akan ditapai di dalam usus untuk menghasilkan gas dan produk biokatif untuk kegunaan tubuh oleh bakteria dalam perut.",
"Antara contoh serat larut ialah (1) beta glukan yang boleh ditemui dalam oat, barli dan cendawan dan (2) gam guar mentah yang dijumpai dalam kacang guar. Psyllium pula merupakan sejenis serat larut yang tidak ditapai dalam usus tetapi akan mengandungi air yang melalui saluran pencernaan dan memudahkan proses membuang air besar.",
"Seterusnya, antara sumber makanan yang kaya dengan serat larut ialah:",
"Sementara itu, serat tidak larut tidak boleh dicerna oleh enzim dalam badan dan tidak pula boleh terlarut dalam air. Antara contoh serat tidak larut ialah bran gandum, selulosa dan lignin. Permukaan ‘kasar’ molekul serat tidak larut ini akan menggalakkan penghasilan mukus pada usus besar yang akan bergumpal dengan bahan lain dan memudahkannya disingkirkan dalam bentuk najis.",
"Terdapat juga sesetengah serat tidak larut seperti kanji boleh dicerna enzim dan ditapaikan dalam usus besar.",
"Makanan yang mempunyai serat tidak larut yang tinggi boleh diperolehi melalui sumber makanan berikut:",
"Berdasarkan analisis makmal dan laporan kajian lepas, berikut merupakan jenis serat beserta sumber makanan yang boleh anda ambil bagi memastikan diet seharian anda cukup dengan keperluan serat bagi sistem penghadaman yang sihat.",
"Serat makanan boleh dijumpai dengan banyak dalam buah-buahan, sayuran-sayuran dan bijirin penuh. Jumlah kandungan serat yang terdapat dalam makanan-makanan tertentu adalah seperti berikut:",
"Serat makanan mempunyai ciri-ciri fizikokimia yang berbeza. Kebanyakan makanan semi-pepejal, serat dan lemak ialah kombinasi unsur-unsur yang membentuk serat makanan. Buah-buahan dan sayuran segar merupakan bahan selular semula jadi yang membentuk serat ini.",
"Berdasarkan kajian lepas, serat memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh, antaranya:",
"Diet yang mengandungi serat perlulah diamalkan oleh setiap daripada kita untuk mendapatkan kualiti kesihatan yang terbaik. Malahan, makanan yang tinggi serat ini boleh didapati dengan mudah di sekeliling kita dan dijual dengan harga yang berpatutan. Banyak manfaat kesihatan boleh diperolehi dengan menjaga diet makanan yang seimbang ini. Semoga artikel makanan tinggi serat ini membantu."
] |
https://bidadari.my/ibu-susuan-nabi-muhammad-saw/ |
Rohani
Kenali Ibu Susuan Nabi Muhammad SAW. Siapa 3 Wanita Bertuah Ini?
Oleh zulrina
| [
"Sudah menjadi lumrah masyarakat Arab ketika itu dimana bayi seseorang disusukan oleh wanita lain. Muhammad SAW disusukan oleh Ummu Aiman pada mulanya. Kemudian, Thuwaibah. Selepas itu, Nabi Muhammad SAW juga mempunyai seorang ibu susuan yang sangat sayang akannya iaitu Halimatus Sa’diyah. ",
"Pasti anda pernah mendengar nama wanita ini bukan? Ibu susuan Nabi Muhammad SAW adalah orang penting yang juga telah membesarkan Nabi sejak bayi lagi. Mari kita lihat satu persatu kisah ibu susuan Nabi Muhammad SAW. ",
"Ibu Susuan Nabi Muhammad SAW – Ummu Aiman",
"Ummu Aiman Barakah Al-Habasyiyah adalah ibu susuan pertama Nabi Muhammad SAW. Setelah dilahirkan dan disusukan selama 3 atau 7 hari oleh Aminah, ibu Nabi Muhammad SAW, Ummu Aiman menyusukan Nabi SAW. ",
"Setelah meningkat dewasa, Rasulullah SAW sering dirindui oleh Ummu Aiman. Beliau sendiri telah memerdekakan Ummu Aiman. Ummu Aiman setelah ibu bernikah dengan Zaid bin Haritsah. Selepas Rasulullah SAW meninggal dunia, Ummu Aiman juga meninggal dunia lima bulan selepasnya.",
"عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ بَعْدَ وَفَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعُمَرَ انْطَلِقْ بِنَا إِلَى أُمِّ أَيْمَنَ نَزُورُهَا كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزُورُهَا فَلَمَّا انْتَهَيْنَا إِلَيْهَا بَكَتْ فَقَالَا لَهَا مَا يُبْكِيكِ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ مَا أَبْكِي أَنْ لَا أَكُونَ أَعْلَمُ أَنَّ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ أَبْكِي أَنَّ الْوَحْيَ قَدِ انْقَطَعَ مِنَ السَّمَاءِ فَهَيَّجَتْهُمَا عَلَى الْبُكَاءِ فَجَعَلَا يَبْكِيَانِ مَعَهَا",
"Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat, Abu Bakar pernah berkata kepada Umar, “Marilah kita pergi mengunjungi Ummu Aiman, sebagaimana dahulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengunjunginya”. Tatkala kami sampai kepadanya, Ummu Aiman menangis. Maka keduanya berkata kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis wahai Ummu Aiman? Sedangkan apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.” Kemudian Ummu Aiman menjawab, “Aku menangis, bukan karena aku tidak tahu bahwa apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tetapi aku menangis karena wahyu telah terputus dari langit.” Maka Ummu Aiman menggerakkan Abu Bakar dan Umar untuk menangis, sehingga keduanya menangis bersama Ummu Aiman.” (HR. Muslim, no. 2454)",
"Ibu Susuan Nabi Muhammad SAW – Tsuwaibah (Mawla Abu Lahab)",
"“Aku dan Abu Salamah telah disusui oleh Tsuwaibah.” (HR. Bukhari, no. 5101. Lihat Fath Al-Bari, 9: 144)",
"Tsuwaibah menyusui Muhammad SAW dari puteranya yang pertama lagi iaitu Masruh. Beliau juga telah menyusui Hamzah bin ‘Abdul Muthallib sebelumnya. Abu Salamah bin ‘Abdil Asad juga telah disusuinya setelah Muhammad SAW. (Ar-Rahiq Al-Makhtum, hlm. 72)",
"Tsuwaibah telah dimerdekakan oleh Abu Lahab sebelum menyusukan Nabi Muhammad SAW. Sehingga dewasa, Rasululullah SAW amat memuliakan Tsuwaibah. Setelah menikah dengan Khadijah, beliau juga pernah menemui Tsuwaibah. Khabarnya, Tsuwaibah dan Masruh menghembuskan nafas terakhir setelah peperangan Khaibar (Fath Al-Bari, 9: 145)",
"Dari Urwah bin Az-Zubair radhiyallahu ‘anhuma,",
"وثُوَيْبَةُ مَوْلَاةٌ لِأَبِي لَهَبٍ ، كَانَ أَبُو لَهَبٍ أَعْتَقَهَا فَأَرْضَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، َلَمَّا مَاتَ أَبُو لَهَبٍ أُرِيَهُ بَعْضُ أَهْلِهِ بِشَرِّ حِيبَةٍ – أي بسوء حال -، قَالَ لَهُ : مَاذَا لَقِيتَ ؟ قَالَ أَبُو لَهَبٍ : لَمْ أَلْقَ بَعْدَكُمْ غَيْرَ أَنِّي سُقِيتُ فِي هَذِهِ بِعَتَاقَتِي ثُوَيْبَةَ",
"“Tsuwaibah adalah budak yang telah dimerdekakan oleh Abu Lahab, ia menyusui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Setelah Abu Lahab meninggal dunia, beberapa keluarganya melihat Abu Lahab dalam mimpi bahwa keadaannya nanti buruk, sewaktu dia ditanya, “Apa yang telah kamu temukan?” Dia menjawab, “Saya tidak menemukan sesuatu pun setelah kamu. Hanya saja saya telah mendapatkan minuman sebagai balasan dari memerdekakan Tsuwaibah.” (HR. Bukhari, no. 5101",
"Ibu Susuan Nabi Muhammad SAW -Halimah bin Abi Dzuaib As-Sa’diyah ",
"Ibu susuan Nabi Muhammad SAW yang paling terkenal sekali adalah Halimatus Sa’diah. Beliau adalah Halimah binti Abi Dzuaib As-Sa’diyah radhiyallahu ‘anha yang berasal dari desa pedalaman. ",
"Beliau mengikuti rombongan wanita bagi mencari bayi susuan dan akhirnya ditemukan dengan Nabi Muhammad SAW setelah tiada lagi bayi lain yang diberikan. Masyarakat Arab ketika itu mengamalkan amalan bayi harus disusukan oleh ibu susuan yang lain untuk lebih sihat tubuh badan.",
"Namun begitu, kehadiran Muhammad SAW membawa berkah kepada kehidupan Halimah. Halimah meminta untuk Muhammad tinggal bersama mereka walaupun saat itu dia harus kembalikan Muhammad kepada keluarganya. Akhirnya beliau tetap bersama Muhammad SAW iaitu sehingga nabi Muhammad SAW berumur empat atau lima tahun dan sehingga peristiwa dimana hati baginda dicuci oleh Malaikat Jibril.",
"Halimah Sa’diah juga disifatkan sebagai ibu susu yang bertuah dimana sebagai ibu susuan Rasul junjungan mulia dan dapat menetap bersamanya, beliau adalah orang yang dikira paling rapat dengan Nabi SAW juga. ",
"Tahukah anda, Nabi SAW juga pernah dibawa pulang ke perkampungan Bani Saad oleh Halimatus Sa’adiah. Beliau dibesarkan di sana sehingga usia baginda 4 tahun 2 bulan iaitu lebih kurang 50 bulan. Disebabkan itu, pertuturan Nabi SAW dalam bahasa Arab sangat lancar dan fasih.",
"Itulah dia kisah ibu susuan Nabi Muhammad SAW serta sedikit biodata mereka. Betapa untungnya ibu susuan Nabi Muhammad SAW kerana dapat memberikan jasa yang menjadi darah daging Nabi Muhammad SAW.",
"Jom baca juga Kisah Nabi Yusof dari kecil, Senarai isteri Nabi Muhammad SAW, Kisah Nabi Adam dari Al-Quran dan Kepentingan selawat Nabi Muhammad SAW."
] |
https://bidadari.my/resepi-asam-pedas-ikan-kembung/ |
Resepi
Resepi Asam Pedas Ikan Kembung (Sedap Dan Tambah Selera)
Oleh Rahayu Z
| [
"Malam ini teringin makan asam pedas ikan kembung. Siapa tercari resepi asam pedas ikan kembung, mari cuba resepi di bawah ini.",
"Mana lagi sedap antara asam pedas letak asam keping atau asam jawa? Apapun itu terpulang kepada kesukaan masing-masing. Namun resepi yang dikongsikan oleh Shuhaidah Ibrahim di laman Facebook ini menggunakan asam jawa.",
"Ikan kembung dagingnya enak dan lembut jika dimasak betul-betul. Makin terasa sedapnya jika ikan kembung dimasak asam pedas. Makan dengan nasi putih panas makin merangsang selera. Tanpa tunggu lama, mari cubakan resepi di bawah ini.",
"Nota : Kuah kalau cair sangat tidak sedap. Kuantiti asam jawa terpulang anda, jangan masam sangat.",
"Selain resepi asam pedas ikan kembung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/jenis-jenis-sedekah/ |
Keluarga
Inilah Jenis Jenis Sedekah Yang Disukai Allah Dengan Adab Memberi Dan Menerima
Oleh Siti Awadah
| [
"Sedekah adalah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Terdapat pelbagai jenis jenis sedekah dan sedekah ini merupakan pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah ketika masih hidup sama ada dalam bentuk wakaf, hibah atau hadiah.",
"Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة) yang bermaksud benar.",
"Manakala dari segi syarak pula sedekah adalah suatu pemberian kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.",
"Apa Jenis Jenis Sedekah Yang Boleh Kita Lakukan",
"Ramai yang menyangkakan sedekah adalah dengan memberi harta dan wang ringgit. Sebenarnya sedekah terbahagi kepada banyak jenis. Malah sedekah tidak perlu keluar wang ringgit malah ada juga aktiviti harian yang kita lakukan juga boleh dijadikan sebagai sedekah. Antaranya ;",
"Bagi yang nak tahu, teruskan membaca di bawah ini.",
"Jenis Jenis Perbuatan Yang Boleh Dianggap Sebagai Sedekah",
"Bila sebut sahaja mengenai sedekah, ramai yang akan memilih untuk memberi harta serta wang ringgit. Pada masa kini ramai badan kerajaan serta badan bukan kerajaan sudah mula memberikan bantuan wang ringgit serta barang keperluan kepada mereka yang memerlukan. Pada bulan puasa pula kita akan melihat ramai yang akan berpusu-pusu memberi sedekah kepada anak yatim dan juga fakir miskin. Ia dapat mendekatkan diri kita dengan Allah dan dapat meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.",
"Senyuman juga merupakan salah satu daripada jenis jenis sedekah. Mungkin kita tidak mampu untuk sedekah wang ringgit atau harga, kitab oleh memberikan senyuman kepada orang lain. Ia juga boleh di anggap sebagai sedekah dan mendapat pahala. Bukan itu sahaja, dengan senyuman juga boleh melembutkan hati orang yang sedang merah dan juga mampu merapatkan ukhuwah sesama islam.",
"#3 – Membuang Benda Yang Menghalang Jalanraya",
"Membantu membuang perkara yang boleh menghalang jalan raya juga boleh dianggap sebagai sedekah. Antara benda yang boleh menghalang jalan adalah paku, kaca, atau apa-apa benda yang boleh memudaratkan pengguna jalan raya yang lain. Justeru itu, tidak hairanlah kenapa ada antara mereka yang sanggup membantu membuang benda-benda yang boleh memudaratkan pengguna jalan raya. ",
"#4 – Membantu Meringankan Masalah Orang Lain ",
"Siapa sangka dengan membantu mereka yang sedang menghadapi masalah juga merupakan salah satu dari jenis jenis sedekah. Dengan membantu orang yang berada dalam kesempitan dan dalam kesusahan, ia dapat meringankan lagi beban mereka dan dapat dapat membantu mereka dalam mengatasi masalah yang mereka hadapi.",
"#5 – Membantu Mengangkat Barang Atau Memberi Perkhidmatan ",
"Satu lagi jenis sedekah ialah dengan membantu mengangkat barang atau memberi perkhidmatan secara percuma. Dengan bantuan yang kita berikan ia juga merupakan salah satu sedekah kita. Anda pasti pernah dengar doktor yang memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma di kawasan luar-luar bandar atau luar negara. ",
"Bukan semua orang mampu untuk pergi melakukan pemeriksaan kesihatan. Disebabkan itu ada pihak-pihak NGO yang mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan di kawasan pedalaman dengan memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma.",
" Adab Dalam Memberi Dan Menerima Sedekah",
"Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberi Sedekah Ini?",
"Saban hari orang yang memberi sedekah sudah bertambah ramai. Ramai yang mengetahui dengan memberi sedekah kehidupan kita akan bertambah baik. Jangan takut untuk untuk memberi sedekah kerana Allah akan gantikan sedekah kita dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Ini bertepatan dengan surah Al Hadid ayat 18 yang berbunyi:",
"“Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (Ikhlas) akan digandakan balasanya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”",
"Pasti ramai yang nak tahu macam mana cara terbaik untuk kita beri sedekah. Bagi anda yang nak tahu jawapanya teruskan membaca di bawah ini",
"cara beri sedekah yang pertama adalah dengan meletakkan sedikit makanan dan minuman di hadapan rumah. Ia bertujuan untuk memberi makan kepada kucing atau burung. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli sebungkus makanan kucing dan bawa bersama dengan anda jika anda hendak keluar ke mana-mana. jadi bila anda terjumpa dengan kucing terbiar di tepi jalan anda boleh memberikan mereka makan.",
"cara beri sedekah yang seterusnya adalah dengan mengasingkan sedikit duit dari gaji anda pada setiap bulan. Ia bertujuan untuk anda dapat memberikan sedekah kepada mereka yang memerlukan atau mewakafkan ke projek pembangunan islam.",
"Jika anda merupakan seorang majikan tidak salah jika sekali sekala anda belanja staff anda makan. Ia bukan sahaja dapat pahala tetapi lebih mengeratkan hubungan antara majikan dan juga pekerja. Ia merupakan salah satu dari cara beri sedekah yang boleh diamalkan oleh majikan.",
"cara beri sedekah yang seterusnya adalah dengan membeli barang untuk kemudahan Jemaah masjid atau surau. Jika anda mempunyai bajet yang lebih apa kata jika anda beli barang-barang untuk kegunaan masjid dan surau. Barang seperti kerusi Alquran, buku Yasin dan sebagainya pasti digunakan oleh para Jemaah masjid. Pahala dari anda sedekah itu juga akan sentiasa mengalir kepada anda.",
"cara beri sedekah yang seterusnya pula adalah dengan memberikan sedekah makanan dan minuman. Jika anda menghadiri sebarang majlis apa kata anda berikan sedikit makanan dan minuman dengan niat untuk bersedekah kerana Allah. Ia bukan sahaja dapat pahala tetapi juga dapat beri makan kepada mereka yang kurang berkemampuan."
] |
https://bidadari.my/punca-hidung-berdarah/ |
Kesihatan, Petua Tips
10 Punca Hidung Berdarah Wajib Kita Tahu!
Oleh Noor Hazreen Mohd Mokhtiar
| [
"Mencari tahu punca hidung berdarah? Teruskan pembacaan anda di artikel ini kerana kita akan sama-sama berbincang bagaimana hidung berdarah terjadi dan apa punca yang menyebabkan gejala ini masih berlaku hingga ke hari ini.",
"Sebelum kita terus siasat apakah punca hidung berdarah mari kita kenali anatomi hidung dahulu. Hidung adalah salah satu organ dalam sistem pernafasan yang mempunyai banyak saluran darah.",
"Hidung berdarah atau dalam bahasa perubatannya dikenalli sebagai epitaksis adalah situasi dimana kapilari (salur darah kecil) di rongga hidung pecah dan menyebabkan darah keluar dari rongga hidung.",
"Epitaksis dibahagikan kepada dua iaitu pendarahan dibahagian hadapan hidung (‘nosebleed anterior’) dan satu lagi dibahagian belakang hidung (“nosebleed posterior”).",
"Hampir 90 peratus mereka yang mengalami pendarahan hidung adalah pendarahan bahagian hadapan. Pendarahan dibahagian hadapan hidung selalunya melibatkan hanya sebelah rongga hidung dan ia mudah untuk diubati.",
"Manakala pendarahan dibahagian belakang hidung ia lebih serius dan merbahaya kerana biasanya ia melibatkan saluran darah yang lebih besar seperti arteri. Pendarahan teruk dibahagian belakang hidung berupaya menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan darah tersebut boleh masuk ke dalam paru-paru.",
"10 punca Hidung Berdarah Anda Wajib Tahu",
"Hidung tersumbat akibat jangkitan yang menyebabkan kita menghembus hidung dengan terlalu kuat sehingga menyebabkan saluran darah di rongga hidung pecah dan menyebabkan pendarahan. Mereka yang menghidapi alahan resdung juga mengalami masalah saluran darah di hidung mudah pecah.",
"Seperti yang kita sedia maklum lapisan kulit dibahagian agak nipis dan mudah terdedah kepada jangkitan bakteria. Selesema yang disebabkan jangkitan bakteria boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan pecah.",
"Lokasi atau kawasan yang mempunyai udara kering boleh menyebabkan iritasi pada lapisan dalam hidung. Kelembapan yang rendah akan menyebabkan lapisan mukosa dan saluran darah mudah pecah dan terjadinya pendarahan.",
"Apabila seseorang tertekan atau merasa cemas secara berlebihan akan menyebabkan saluran darah disekitar hidung kembang dan pecah.",
"Apabila seseorang merasa tertekan tekanan darah di dalam sistem badannya akan menjadi tinggi yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang.",
"Kanser darah juga boleh menjadi salah satu penyebab pendarahan hidung.",
"Trauma boleh berlaku apabila seseorang itu suka mengorek hidung yang membawa kepada pembentukan ulser dan menyebabkan pendarahan. Trauma akibat ditumbuk pada bahagian hidung juga boleh menyebabkan pendarahan yang serius dan tidak terkawal.",
"Perbezaan pembekuan darah atau dalam terminologi perubatan dikenali sebagai hemofilia merupakan satu situasi dimana darah pesakit sukar membeku.",
"Kebiasaanya apabila seseorang luka selepas beberapa ketika darah akan membeku dan darah akan berhenti.",
"Tetapi bagi mereka yang menghidapi hemofilia darah mereka lambat membeku dan pendarahan akan terus berlaku.",
"Selain boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh akibat kekurangan kalsium, pendarahan hidung juga boleh berlaku dengan mudah.",
"Bagi mereka yang menghidapi penyakit tekanan darah tinggi juga mempunyai kebarangkalian untuk menghadapi masalah hidung berdarah. Walaupun ia tidak kerap berlaku namun ia tidak mustahil.",
"Penyakit von Willebrand merupakan penyakit genetik di mana darah seseorang penghidapnya sukar untuk beku. Sekiranya pesakit von Willebrand mengalami luka pada rongga hidung mereka akan mengalami kesukaran untuk menghentikan pendarahan tersebut.",
"5 Kaedah Rawatan Segera Menghentikan Pendarahan Hidung",
"Sekiranya ada diantara ahli keluarga mahupun sahabat yang mengalami pendarahan hidung anda boleh melakukan rawatan segera ini sebelum dirujuk kepada doktor.",
"Sekiranya berlaku pendarahan hidung elakkan untuk panik sebaliknya tenangkan diri dan duduk di atas kerusi dalam posisi tunduk ke hadapan.",
"Picit batang hidung selama 5 hingga 10 minit dan bernafaslah menggunakan mulut. Letakkan pek ais atau ais yang dibaluti dengan tuala di atas hidung.",
"Letakkan pek ais itu di bahagian hidung antara kedua mata. Suhu rendah (sejuk) akan menyebabkan saluran darah mengecut dan sekaligus menghentikan pendarahan.",
"Selepas 10 minit memicit hidung periksa sama ada darah masih keluar atau sudah berhenti.",
"Sekiranya pendarahan hidung masih juga tidak berhenti selepas rawatan awal digalakkan untuk menggunakan kaedah ‘nasal packing’.",
"Kain yang dibasahkan dengan ubat epinephrine dimasukkan ke dalam lubang hidung yang berlaku pendarahan.",
"Fungsi ubat epinephrine adalah untuk mengecilkan saluran darah supaya pendarahan hidung dapat dihentikan.",
"Sekiranya pendarahan hidung tidak juga dapat dihentikan selepas anda mengambil inisiatif diatas, segeralah berjumpa dengan doktor dan dapatkan rawatan pembakaran salur darah untuk merawat pendarahan hidung.",
"Anda perlu berjumpa segera dengan doktor sekiranya anda mengalami situasi di bawah;",
"Hidung masih berdarah walaupun sudah memberi tekanan selama 20 minit.",
"Sebenarnya pendarahan hidung ini merupakan satu situasi yang sering kita lihat dalam kehidupan seharian. Ia bukanlah satu peristiwa yang pelik.",
"Jadi amat penting untuk kita ambil tahu mengenai punca dan kaedah rawatan segera bagi mengatasi pendarahan hidung.",
"Semoga dengan sedikit perkongsian info di dalam artikel ini dapat membantu mereka yang sedang mencari maklumat mengenai pendarahan hidung.",
"Jemput juga baca tulisan lain kami mengenai kanser. Antara artikel kanser yang ditulis adalah kanser hati, kanser usus dan kanser darah."
] |
https://bidadari.my/cara-kira-waktu-subur/ |
Hamil, Keluarga, Petua Tips
Cara Kira Waktu Subur Untuk Jarakkan Kehamilan
Oleh Siti Awadah
| [
"Setiap kali selepas bersalin doktor akan bertanyakan pada si ibu, apakah perancangan seterusnya untuk jarakkan kehamilan. Adakah dengan cara memakan pil perancang keluarga, meletakkan implan dan sebagainya. Soalan ini mungkin nampak normal tetapi ianya sangat perlu untuk aturan masa depan. ",
"Namun tidak dinafikan ada dikalangan para ibu ini yang telah berjaya menjarakkan kehamilan mereka tanpa ada sebarang bantuan pil dan alatan untuk jarakkan kehamilan sama sekali. ",
"Kaedah yang mereka guna pakai tidak lain dan tidak bukan adalah dengan belajar mengira waktu subur diri masing-masing. Ternyata kejayaan mereka dengan cara kira waktu subur itu telah dapat elak kehamilan pada waktu yang tidak sepatutnya. ",
"Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Waktu Subur Ini?",
"Menurut Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, ovulasi adalah proses pelepasan ovum atau benih wanita daripada kilang telur ovari. ",
"Ia berlaku hasil daripada perubahan hormon LH (peluteinan) dan FSH (perangsang folikel) dalam badan wanita yang menyebabkan perubahan bukan saja pada ovari bahkan pada dinding rahim.",
"“Perubahan pada dinding rahim penting untuk memastikan wanita bersedia menempuh fasa kehamilan. Apabila persenyawaan berlaku, proses penempelan akan menyusul. Tetapi jika tiada persenyawaan, dinding rahim yang tebal kesan perubahan hormon ini akan luruh dan keluar sebagai darah haid,” katanya.",
"Bilakah Sebenarnya Waktu Subur Untuk Seseorang Wanita Itu?",
"Jelas Dr Muhammad Izzat lagi, wanita yang mengalami kitaran haid normal (28 hari) lazimnya melalui tempoh ovulasi sekitar hari ke-14. Keadaan ini terjadi kira-kira 36 jam selepas hormon LH meningkat secara tiba-tiba.",
"“Kitaran haid normal adalah antara 24 hingga 38 hari. Ini bermakna, anggaran hari ke-14 ini masih tidak tepat. Ia tidak boleh dipakai untuk semua wanita, lebih-lebih lagi jika kitaran haid mereka tidak teratur.",
"“Jika kitaran haid mereka tepat 28 hari sekalipun, tempoh ovulasi masih boleh berubah. Ini kerana setiap wanita mempunyai waktu ovulasi tersendiri dan tidak boleh disamakan dengan orang lain,” katanya.",
"Apakah Tanda Wanita Sedang Berada Dalam Keadaan Sedang Subur?",
"Antara tanda seseorang itu sedang berada di dalam waktu subuh adalah dengan mendapati ada kehadiran lendir yang banyak. Ini adalah tanda amaran bahawa ovum akan dikeluarkan dari ovari. Waktu ini jika sperma hadir maka perjalanannya ke tempat persenyawaan akan menjadi sangat lancar dengan adanya kehadiran lendir yang sesuai di serviks.",
"Sifat lendir ini adalah jernih, licin dan melekit seperti putih telur. Selepas hari kemuncak, lendir ini akan menjadi kelam, melekit atau terus hilang. ",
"Maka jika ingin elakkan diri dari hamil maka jangan sesekali bersama dengan suami pada waktu kemuncak ini namun andainya diri benar inginkan zuriat maka bersamalah dengan suami di waktu-waktu istimewa ini dalam usaha untuk mendapatkan zuiat tersayang.",
"Bagaimana Cara Untuk Ketahui Waktu Subur Bagi Wanita? ",
"Panduan Untuk Kira Waktu Subur Dengan Kaedah Paling Mudah",
"1- Catatkan bilangan hari kedatangan haid, iaitu dengan mengira bilakah hari pertama kedatangan hari (untuk kitaran tersebut) sehingga tibanya hari pertama untuk kitaran berikutnya (bulan depan)",
"2- Dapatkan bilangan purata berapa hari haid tersebut berlaku",
"3- Kemudian tolakkan sebanyak 18 hari dari bilangan hari dalam putara haid yang terpendek.",
"4- Angka ini adalah hari pertama waktu subur. Contohnya jika putaran haid yang terpendek adalah 24 hari maka tolak 18 daripada angka 24 tersebut. Maka akan dapatlah jawapan yang hari ke 6 adalah merupakan hari pertama untuk waktu subur terbabit.",
"5- Kemudian dapatkan jarak kitaran haid yang terpanjang pula. Caranya adalah dengan menolak 11 hari daripada hari yang terpanjang. Angka yang bakal diperolehi ini merupakan jawapan untuk hari terakhir di waktu subur.",
"Bagi mana-mana wanita yang mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur, adalah lebih baik untuk mendapatkah khidmat nasihat daripada doktor yang tauliah terlebih dahulu. ",
"Kuasai Ilmu Cara Kira Waktu Subur Untuk Masa Depan Masing-Masing",
"Ilmu cara kira waktu subur ini bukan saja dapat bantu hindari diri dari memperoleh zuriat dalam jarak masa yang rapat tetapi juga ia dapat membantu untuk mereka yang telah lama berusaha untuk dapatkan zuriat juga. Kiranya, kaedah ini juga sesuai jika anda ingin mengetahui hari subur untuk merancang kehamilan bersama-sama dengan suami. ",
"Namun harus di ingat yang perkara ini tetap agak sukar jika tidak mendapat kerjasama daripada suami. Berbincang untuk menjayakannya adalah langkah yang paling baik dan sama-sama berusaha adalah satu cara untuk rancang kehamilan yang bagus demi keharmonian rumahtangga bersama. "
] |
https://bidadari.my/kek-coklat-kukus/ |
Resepi
Resepi Kek Coklat Kukus (Mudah sangat!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
| [
"Siapa sahaja tidak suka akan kek kan? Jika hendak ke kedai pasti mengambil masa, dengan keadaan lalu lintas yang sentiasa sibuk, kedai kek yang jauh pasti memenatkan. Lagi – lagi bila ada sambutan hari jadi, sudah pasti kita sibuk untuk menguruskan banyak hal. Jadi, untuk ke kedai yang jauh daripada rumah pasti memakan masa dan tenaga yang banyak.",
"Ha, apa kata jika kali ini, anda masak kek coklat kukus? Caranya mudah, bahan – bahannya mudah untuk didapati, dan rasanya terjamin lazat. Tambahan lagi, kebersihannya lebih terjamin dan pasti anak – anak kita makan air tangan kita. Jika anda seorang pelajar atau tidak mempunyai ketuhar, jangan risau, anda masih lagi boleh membuat kek coklat yang amat lazat ini.",
"Jom kita tengok resepi yang telah dikongsikan oleh Rashidah Kamaruddin. Nampaknya resepi ini telah mendapat banyak perkongsian di media social dan juga mendapat komen – komen positif.",
"Resepi – resepi lain yang menarik:",
"Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang boleh menarik minat anda. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!"
] |
https://bidadari.my/tazkirah-pendek/ |
Anak, Keluarga
4 Tazkirah Pendek Untuk Mak Ayah: Amalkan Untuk Keluarga Bahagia
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Menjadi ibu bapa bukanlah perkara yang mudah. Anak-anak adalah amanah dari Allah yang akan dipersoal di akhirat kelak. Sebagai ibu bapa, kita bukan sahaja bertanggung jawab untuk memastikan anak-anak menjadi manusia yang berjaya di dunia malah juga di akhirat.",
"Istimewa untuk anda ibu bapa yang hebat, hari ini kami akan menulis tentang tazkirah pendek untuk mak ayah. Semoga menjadi panduan untuk kita bersama.",
"Ada yang menyangka bahawa anak adalah hak dan harta untuk dibanggakan di dunia. Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya anak-anak adalah amanah dari Allah. Sebagai ibu bapa, kita bertanggung jawab untuk mendidik dan mencorakkan hidup mereka. Bagaimana didikan kita, begitulah akhiran hidup mereka nanti. Malah didikan kita akan menentukan anak-anak menjadi ahli syurga atau ahli neraka.",
"“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28)",
"إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ",
"“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya, anak soleh yang mendoakan untuknya”.",
"(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)",
"Didik anak untuk mengenal Allah dan Rasul",
"Perkara pertama yang perlu kita lakukan sebagai ibu bapa ialah untuk mendidik anak supaya mengenal Allah. Apa yang dimaksudkan dengan mengenal Allah? Mengenal Allah bermaksud anak-anak tahu bahawa kita semua adalah hamba Allah dan hidup kita haruslah berlandaskan islam, agama yang diturunkan oleh Allah.",
"Seawal anak-anak kita masih bayi, ajar anak-anak untuk menyebut kalimah Allah. Jadikan kalimah Allah sebagai di antara perkataan pertama yang boleh disebut oleh anak selain perkata ibu dan ayah.",
"Apabila anak semakin membesar, kenalkan anak-anak dengan Asmaul Husna atau nama-nama Allah. Ajar juga anak-anak tentang sifat wajib dan mustahil bagi Allah. Tanamkan perasaan cinta kepada Allah di dalam diri anak-anak. Ajar anak-anak supaya sentiasa takut untuk melakukan dosa kerana Allah. Insya Allah, anak-anak yang mengenal dan sayang kepada Allah akan bersih jiwa dan hatinya daripada dosa.",
"Selain mengenali Allah, anak-anak juga wajib didik untuk mengenal dan mencintai Rasul. Selalu ceritakan tentang sirah Nabi Muhammad kepada anak-anak aga anak-anak kenal dengan keperibadian mulia rasul junjungan kita. Sirah nabi juga ada menceritakan tentang perjuangan Nabi Muhammad dalam menegakkan syiar islam. Pastikan anak-anak tahu siapa Rasul kita, dan tanamkan rasa cinta kepada rasul dalam diri. Pesan kepada anak-anak untuk berselawat kepada rasul setiap hari.",
"Sesungguhnya solat adalah tiang agama. Jika kita tidak menjaga solat maka runtuhlah agama. Solat juga merupakan perkara pertama yang akan dihisab semasa di akhirat nanti. Tak kira banyak mana pun ibadat dan kebaikan yang kita lakukan, sekiranya kita tidak menjaga solat, maka semuanya akan menjadi sia-sia. Oleh itu, sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memastikan anak-anak menjaga solat dengan sempurna.",
"مُرُوْا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاْءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاْءُ عَشْرِ سِنِيْنَ",
"“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)",
"Perlihara anak-anak daripada azab api neraka",
"Sebagai ibu bapa, salah satu daripada tanggung jawab kita ialah untuk memelihara anak-anak dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimana caranya? Untuk mengelakkan ahli keluarga kita daripada diazab dengan api neraka, apa yang perlu kita lakukan ialah menerapkan ajaran islam kepada anak-anak seawall mereka masih kecil supaya anak-anak menjadi muslim dan muslimah yang menjadikan islam sebagai panduan hidup.",
"Apabila anak-anak kita menjadikan islam sebagai cara hidup, sevara automatic mereka akan berasa takut untuk melakukan dosa dan berlumba-lumba untuk mengumpul pahala. Ketahuilah bahawa azab api neraka dan azab kubur adalah sangat berat. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata, dan tak mampu untuk kita bayangkan di dunia.",
"“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…”. (At-Tahrim: 6)",
"Menurut sebuah kitab yang bernama Tafsir Ibu Kathir, menjauhkan anak-anak dan ahli keluarga daripada api neraka bermaksud:",
"Itulah dia perkongsian tentang senarai tazkirah pendek untuk mak ayah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga keluarga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips didik anak lelaki dan ragam ibu mertua"
] |
https://bidadari.my/punca-tak-boleh-tidur-malam/ |
Kesihatan, Petua Tips
6 Punca Tak Boleh Tidur Malam Beserta Tips
Oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof
| [
"Tidur pada waktu malam sememangnya satu nikmat yang sukar dicari ganti. Sehari kalau tak boleh tidur malam, boleh menyebabkan rehat yang tidak cukup dan kelesuan sepanjang hari. Jom ketahui punca tak boleh tidur malam menerusi bacaan artikel ini.",
"Tidur merupakan satu tempoh tubuh badan kita merehatkan diri selepas seharian menghadapi urusan dunia. Ketika tidur, sistem fisiologi tubuh masih berjalan tetapi pada kadar yang lebih perlahan.",
"Di samping itu, waktu tidur inilah tubuh badan kita membaiki sel-sel yang rosak dan meningkatkan pertumbuhan diri.",
"Seorang manusia dewasa memerlukan tidur yang cukup selama lebih kurang 6-8 jam sehari. Waktu yang disarankan untuk tidur bagi kita umat Islam ialah selepas Isyak dan bangun sebelum Subuh.",
"Bagi mereka yang mengalami masalah tak boleh tidur malam, mereka akan resah gelisah dan sentiasa dalam keadaan letih. Maka, punca tak boleh tidur malam perlulah diketahui bagi mencari langkah penyelesaian masalah ini.",
"Jam biologi ini bermaksud kefahaman tubuh badan kita yang mengenal pasti tempoh waktu tertentu dengan tugas tertentu.",
"Maksudnya, badan kita sudah faham dan bersedia, contohnya bila waktu makan tengah hari? Jika kita tidak makan, perut akan berkeroncong.",
"Sama halnya, tubuh badan kita faham bahawa waktu malam ialah waktu untuk melelapkan mata.",
"Biasanya terjadi dalam kalangan bayi yang baru lahir. Mereka belum pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran siang dan malam kerana sebelum ini mereka berada di dalam kantung rahim. Tidak hairanlah jika ibu bapa yang baru menimang cahaya mata akan ikut berjaga dengan anak mereka.",
"Selain itu, jam biologi akan bertukar jika anda mengamalkan tabiat khususnya tabiat tidak tidur malam selama 3 hari berturut-turut atau lebih.",
"Hal ini biasa dilakukan oleh para pelajar sekolah dan universiti yang berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran di musim peperiksaan. Menjelang habis waktu peperiksaan, mereka sukar kembali kepada amalan tidur sebelumnya kerana sistem badan sudah biasa dengan rutin baharu tidak tidur pada waktu malam.",
"Kafein merupakan sebatian yang dijumpai dalam minuman seperti kopi dan teh. Sebatian ini akan merangsang reseptor pada saraf otak untuk memberikan rasa kecergasan dan berjaga.",
"Ramai yang menggunakan tips ini untuk kekal berjaga bagi tujuan ulang kaji pelajaran atau bekerja di syif malam.",
"Menurut kajian penyelidik USA pada tahun 2005, sebatian kafein akan terurai separuh selepas 4 jam berada dalam tubuh badan. Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin minum kopi, sila pastikan senggang waktu 4 jam sebelum waktu tidur anda.",
"Hal ini supaya mengelakkan anda terus segar tak boleh tidur malam kerana masih kekal berjaga!",
"Diabetes atau kencing manis merupakan keadaan kandungan gula yang tinggi dan tidak terkawal dalam tubuh. Hal ini disebabkan kepekaan insulin yang rendah apabila pesakit pernah mengambil makanan yang tinggi gula sebelum ini.",
"Pesakit kencing manis sering mengadu masalah mereka tak boleh tidur malam. Hal ini ditambah dengan gejala sampingan diabetes seperti kebas, kelesuan dan masalah darah tinggi yang menjejaskan mood ingin tidur.",
"Oleh sebab itu, dinasihatkan pesakit diabetes untuk terus mengambil ubatan atau suntikan insulin sebagaimana yang disarankan oleh doktor bagi mengawal kandungan gula.",
"Ironinya, bagi mereka yang tidak mempunyai diabetes, masalah tak boleh tidur malam ini boleh meninggikan risiko penyakit diabetes sebagaimana yang ada dilaporkan oleh sekumpulan penyelidik dari Boston, USA pada tahun 2003.",
"Budaya melepak di mamak, aktiviti jualan gerai makanan larut malam dan berjaga untuk menonton rancangan TV atau ulang kaji atau bermain media sosial, semua ini menjurus kepada pengambilan makanan pada waktu lewat malam.",
"Apabila kita makan, hormon pencernaan akan dihasilkan bagi mencerna makanan yang memasuki sistem penghadaman. Sekiranya kita makan makanan berat, lebih lama masa yang diambil untuk mencerna makanan.",
"Ringkasnya, aktiviti pencernaan ini akan mengaktifkan reseptor otak supaya masih aktif dan berjaga. Sekurang-kurangnya, anda perlu makan 3-4 jam sebelum waktu tidur anda bagi mengelakkan sistem penghadaman anda bekerja keras pada waktu malam.",
"Tambah membimbangkan bagi mereka yang terus tidur selepas makan larut malam, sistem penghadaman anda akan terjejas. Apabila kita tidur, sistem otak akan menghantar isyarat untuk memperlahankan aktiviti sel termasuklah hormon dalam penghadaman.",
"Maka, kebanyakan makanan karbohidrat yang dimakan akan terus disimpan sebagai tisu adipos atau dikenali juga sebagai lemak. Ini menunjukkan bahawa tidur terus selepas makan malam boleh mengakibatkan masalah berat badan berlebihan atau obesiti.",
"Masalah psikologi dan emosi turut memainkan peranan menjadi punca tak boleh tidur malam.",
"Penyelidik dari University Hospital of North Staffordshire, UK menyenaraikan beberapa kesan emosi yang menjejaskan kualiti tidur, antaranya:",
"Keadaan bilik tidur dan persekitaran sekeliling merupakan antara faktor mempengaruhi punca tak boleh tidur malam.",
"Menurut kajian yang sama juga, penyelidik UK tersebut mendapati bahawa keadaan terang, bunyi bising dan suasana persekitaran di hospital tidak membantu para pesakit mendapatkan tidur yang lena.",
"Antara tips yang boleh diambil dalam mewujudkan persekitaran bilik tidur yang selesa ialah:",
"Secara keseluruhannya, punca tak boleh tidur malam, antaranya jam biologi yang bertukar, pengambilan kafein, penghidap diabetes, makan larut malam, tekanan emosi dan persekitaran yang tidak selesa.",
"Tidur yang berkualiti sangat penting untuk kesihatan kita. Kita boleh mula mengubah gaya hidup yang lebih sihat bagi mendapatkan tidur yang berkualiti tanpa terlalu bergantung kepada pil tidur."
] |
https://bidadari.my/syurga-permainan-kanak-kanak-wajib-singgah/ |
Anak, Keluarga
Syurga Permainan Kanak-Kanak. Wajib Singgah!
Oleh Faz
| [
"Sebagai ibu bapa, pemilihan alatan permainan anak-anak perlulah bijak. Alatan permainan itu haruslah dapat membantu perkembangan mereka juga. Bukan hanya setakat bermain, malah anak-anak turut mendapat manfaat daripadanya.",
"Permainan edukatif atau educational toys memang sering menjadi pilihan ibu bapa kerana membantu dalam perkembangan awal kanak-kanak terutamanya dari segi rangsangan deria dan kognitif mereka. Oleh itu, tidak mustahil kedai-kedai yang menjual peralatan permainan bercorak edukatif ini menjadi pilihan ibu bapa samada membeli secara terus di atas talian atau walk in ke kedai fizikal.",
"Mari lihat senarai kedai permainan kanak-kanak yang wajib anda kunjungi kerana memang penuh dengan pelbagai permainan edukatif atau bahan bantu mengajar untuk digunakan dalam sesi pembelajaram kanak-kanak.",
"1. Azam Perkasa Resource Sdn Bhd",
"Syarikat ini merupakan pembekal peralatan keperluan taska,tadika dan pra sekolah. Namun, orang awam juga boleh walk in ke kedai untuk melihat pameran peralatan yang dijual.",
"Saya yakin ibu bapa dan para pengusaha taska dan tadika pasti rambang mata melihat pelbagai perabot, bahan bantu mengajar dan permainan kanak-kanak yang dijual di sini. Bukan sahaja menawarkan harga yang berpatutan, malah mereka turut memberikan perkhidmatan khidmat pelanggan yang terbaik. Jom singgah!",
"Alamat: Jalan TP 7/2, Taman Perindustrian UEP, 46720 Subang Jaya, Selangor.",
"2. USL Educational Supplies (M) Sdn Bhd",
"Lokasinya terletak di Semenyih, Selangor. Ruang kedai yang luas menempatkan pelbagai jenis permainan edukatif dan bahan bantu mengajar yang menarik.",
"Jika anda mengikuti mereka di laman sosial, pasti sering melihat pelbagai tawaran diskaun yang disediakan oleh syarikat ini buat para pelanggan mereka seperti 11.11 Sale baru-baru ini.",
"Jangan ketinggalan untuk mendapatkan harga runtuh untuk Jualan Mega Akhir Tahun dan pelbagai free gift yang disediakan buat pelanggan setia mereka. Wow! Sungguh menarik!",
"Alamat: Wisma USL, Jalan Kajang Perdana 3A, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor.",
"Mula tertarik dengan kedai online syarikat ini dengan pelbagai tawaran permainan edukatif yang dijual. Mereka aktif mempromosikan kedai mereka dengan pemberian harga dan diskaun menarik buat pelanggan.",
"Bagi saya, barangan yang dijual merupakan antara koleksi yang terbaru di pasaran dan sedikit berbeza dengan kedai-kedai lain yang menjual dan menawarkan servis yang sama.",
"Testimonial daripada para pelanggan mereka turut tidak mengecewakan antaranya tagline ‘Bayar hari ini, Esok barang sampai’. Siapa yang tidak suka bukan? Memang pantas dan terbaik!",
"Alamat: No.29, Jalan Tukul N/15N, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.",
"Perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Moms & Tots Shoppe ialah menjual dan membekal alatan terapi, bahan bantu mengajar, edutoys, buku panduan terapi carakerja dan terapi pertuturan untuk kanak-kanak autism, slow learner, ADHD, ADD (Attention Deficit Disorder), Sensory Processing Disorder (SPD) , Cerebral Palsy, PREM baby, Down Sindrom.",
"Mereka juga adalah salah seorang pembekal alatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Terapi, Playgroup Center Dan Tadika di Malaysia.",
"Apa yang menarik lagi, Moms&Tots Shoppe juga turut menawarkan sesi terapi oleh Terapis Carakerja yang bertauliah pada setiap hari Ahad dan Isnin.",
"Bukan hanya menjual alatan permainan, malah turut menawarkan servis oleh mereka yang bertauliah. 2 dalam 1!.",
"Tidak rugi anda singgah di kedai ini. Bukan hanya bawa pulang permainan buat anak, malah bawa pulang ilmu juga💖",
"Alamat: 3A-2, Jalan PPS 1 Pusat Perdagangan Selaseh Batu Caves, Selangor.",
"Semoga senarai kedai-kedai ini dapat membantu para ibu bapa dalam mendapatkan pilihan yang pelbagai dalam membeli permainan yang bagus buat si jantung hati."
] |
https://bidadari.my/wanita-solehah/ |
Keluarga
Wahai Wanita Seluruh Dunia Teruslah Buat Baik Pada Allah dan Suami
Oleh Ebit Lew
| [
"Saya kagum dan terkesan lihat isteri, wanita yang sangat tabah. Saat suaminya sedang sibuk bekerja dia menguruskan anak-anaknya. Mereka juga bekerja tapi tetap kena uruskan semuanya.",
"Bangun pagi dia uruskan suaminya ke tempat kerja. Siapkan anak-anak ke sekolah. Kejut anak-anak bangun setiap pagi. Bukan sehari tapi dah bertahun lamanya. Tidak pernah jemu menguruskan semua ini. Kadang-kadang di marahi atau dikasari suami dan anak-anak ketika mengejutkan mereka. Dia terus memujuk hati dan terus menguruskan keluarga.",
"Siapkan minum pagi dan barang-barang suami dan anak-anak. Gosokkan pakaian suami dan anak-anak. Kadang-kadang terasa letih dan nak marah bila kena marah. Duduk sekejap tadah tangan",
"“Ya Allah. Tolonglah Ya Allah. Tolonglah”",
"Kemas rumah yang bersepah dan melayan anak-anak. Pastinya rumah ni akan bersepah semula bila anak-anak balik nanti. Siapkan makanan tengah hari. Anak-anak balik selalunya akan campak beg. Campak baju. Campak stokin. Campak semua barang mereka. Terus sibuk bermain atau nak makan. Wanita tadi terus menguruskan rumahtangga.",
"Begitulah sepanjang hari. Basuh baju, jemur baju, angkat baju. Lipat baju, kemas baju dalam almari. Kadang-kadang terasa rumah macam dobi, restoren, panggung wayang buat anak-anak. Taman permainan kerana riuh rendah tangisan dna jeritan anak-anak. Setiap hari bergurau adik baradik selepas tu bergaduh.",
"Maafkanlah wanita ini jika mereka menjerit. Mereka marah. Mereka tak cantik. Mereka membebel. Mereka kurang senyum. Bantulah mereka dan doakan mereka. Urutkan mereka dan belai mereka.",
"Tapi kadang-kadang mereka terlebih penat. Mereka cubit anak-anak. Jerit kuat-kuat. Suami tambah marah dan tak faham dan tak bantu. Suami tidur dalam keadaan marah.",
"Isteri menangis seorang diri kadang-kadang. Isteri belum tidur dan buka beg tangan dan ambil wristlet/ beg duit mereka keluarkan di celah-celah tu gambar suami mereka dan menangis. Abang minta maaf. Saya salah. Cakap seorang diri.",
"Isteri solehah mereka sentiasa nak gembirakan hati suami. Apa sahaja yang menggembirakan hati suami mereka. Itu kegembiraan mereka. Seorang suami yang soleh juga sentiasa berusaha memenuhkan keperluan dan bahagiakan isteri mereka. Dan paling utama mereka ingin redha Allah dan cinta Allah. Ingin bersama dalam syurga.",
"Mereka tadah tangan pada Allah. Mereka sangat tabah dan kuat. Wanita dilahirkan dengan sifat yang sangat kuat untuk berkorban. InsyaAllah tempat yang tinggi buat mereka dalam syurga. Doa dan kerana Allah buat mereka sentiasa kuat. Mereka tak macam wanita biasa. Walau adakalanya mereka juga menangis dan bersedih. Tapi mereka cepat kuat kerana mereka ada Allah.",
"Suami mereka terjaga dari tidur kerana merasai sedang didoakan. Mereka berpelukan dengan perasaan semakin rapat dan berkasih sayang. Cinta Allah segala-galanya.",
"Ya Allah berilah ibu, isteri, semua wanita yang kami cintai dan semua wanita dalam dunia terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan ini sehingga sampai syurga. Berilah wanita ini semua syurga paling tinggi. Mereka tidak akan pernah menyesal atas setiap susah dan pengorbanan yang mereka berikan.",
"Wahai wanita seluruh dunia teruslah buat baik pada Allah dan suami. Takkan rugi orang buat baik dan bersangka baik. Allah jaga dan takkan sia-siakan kamu wahai wanita"
] |
https://bidadari.my/resepi-nasi-goreng-cilipadi/ |
Resepi
Resepi Nasi Goreng Cili Padi (Berlinang Air Mata)
Oleh Rahayu Z
| [
"Jika anda penggemar nasi goreng dan jika anda antara orang yang suka masakan pedas. Anda patut cuba resepi nasi goreng cili padi yang kami kongsikan ini. Soal rasa dia tak perlu tanya lagi. Soal pedas dia, boleh berlinang air mata makan nasi goreng ini.",
"Ramai orang suka masakan pedas. Tidak hanya setakat sambal sahaja yang pedas, namun nasi goreng juga disajikan dengan cili padi sehingga ia memiliki rasa pedas yang luar biasa.",
"Tentunya tak hanya itu sahaja. Nasi goreng ini juga disajikan dengan ikan biasanya ikan bilis yang digoreng kemudian ditumbuk halus. Resepi nasi goreng cili padi yang dikongsikan oleh Norashikin Ekin di laman Facebook ini patut anda cuba.",
"Rasa pedasnya mampu membuat anda menangis dan tergenang air liur. Tanpa buang masa, jom tengok resepinya di bawah ini. Selamat mencuba.",
"Resepi Nasi Goreng Cili Padi (Berlinang Air Mata)",
"Nota : Siapa nak bubuh sayur boleh bubuh segala sayur yang ada.",
"Selain resepi nasi goreng cili padi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/4-sebab-mengapa-anak-berbohong-berdasarkan-psikologi/ |
Anak
4 Sebab Mengapa Anak Berbohong Berdasarkan Psikologi
Oleh Dr Rozanizam Zakaria
| [
"Bila Anak-Anak Cakap ‘bohong’ apa kata Ilmu Psikologi?",
"‘kakak dah ambil wudhu’?’ ‘dah’\n‘sapa yang tumpahkan air?’ ‘bukan kakak..’\n‘tadi dah makan vitamin kan?’ ‘belum lagi..’\n‘ye ker ni???’",
"\nBila mak ayah tahu anak-anak tak cakap benar, atau bahasa lainnya berbohong, ia akan jadi drama yang boleh memecah keheningan rumah.",
"Ada yang akan naik suara, lawan hujah macam laywer, soal jawab macam penyiasat dan ada yang naik marah sampai didik anak dengan ‘tangan’. Bagi yang emosi, ada yang terluka dengan perilaku anak lantas menyalahkan diri.",
"‘Bercakap benar’ adalah sifat/akhlak yang abstract. Kanak-kanak tidak terus memahaminya secara lahiriah. Ianya adalah konsep yang berkembang, sebagaimana perkembangan minda dan personaliti mereka.",
"Oleh itu, ibubapa perlu faham bahawa ianya tidak akan terjadi secara automatik, tetapi ‘develop’ sedikit demi sedikit berdasarkan pendidikan, pengalaman dan persekitaran.",
"Silap ibubapa yang cepat menghukum ialah LUPA bahawa anak-anak tidak semestinya memahami dunia sebagaimana kita faham. LUPA kita juga pernah kecil, pernah curi-curi minum air masa mandi di bulan ramadhan dan tak mengaku bila calarkan kereta ayah masa main basikal.",
"#1 Keliru Dengan Apa Yang Betul/Salah",
"Kanak-kanak bertindak mengikut persekitaran dan interaksi dengan ibubapa/cikgu. Respon mereka pada sesuatu persoalan bergantung kepada reaksi kita. Sebab itu bila kita tanya soalan dalam nada marah, mereka tend untuk menjawab sesuatu yang ‘menyelamatkan’ diri.",
"Pada kita BOHONG, pada mereka TAK MAHU AYAH MARAH. SALAH pada kita, tetapi bagi mereka inilah yang SEPATUTNYA dilakukan. Bila kita hukum mereka tanpa menjelaskan hal sebenar, mereka jadi lebih keliru.",
"Antara teori pendidikan yang famous ialah ‘modelling theory’ – teknik belajar dari orang yang lebih besar.",
"‘nanti ayah belilah’, ‘kalau bising nanti polis datang’, kalau buat lagi ayah hantar dekat luar’, ‘polis tak bagi duduk depan’",
"Semua ini ialah ayat penyedap yang jadi zikir dan wirid ramai ibubapa.",
"Jadi bila anak-anak kena piat telinga bila bohong, si ibu tolong piat telinga ayah juga bila ajar anak bohong. Siayah juga jangan lupa piat telinga ibu. (metafora je ni, jangan buat betul-betul!)",
"Bila kita dimomokkan dengan dunia serba sempurna dalam media, kita cuba didik anak-anak kita bahawa hidup ini tiada ruang untuk silap, salah sebut, tertumpah air, terconteng dinding dan terpukul adik. Semua akan berakhir dengan mak berleter, ayah naik suara.",
"Apa yang lebih teruk, bila hukuman mendahului penjelasan, soal selidik dan budi bicara. Tambah pula dengan ‘perasa’ emosi dan panas baran mak ayah.",
"Bila Kita cipta budaya itu dalam keluarga, anak-anak akan takut ‘buat silap’, when imperfection does happen..jalan paling selamat- bohong.",
"Terutama zaman remaja, pengaruh rakan sebenarnya mendahului pengaruh ibubapa dan guru. Apatah lagi kalau anak-anak tidak nampak sinar bahagia dalam rumah. Kawan bohong dan ajar berbohong adalah sebahagian ‘ilmu’ yang mereka akan saling pelajari dan ulangkaji bersama-sama.",
"Sebelum menghukum, fikirkan dulu apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa ia berlaku. Sudah tentu jalan mudah marah, tengking dan hukum. Tapi jangan harap ia akan jadi kemarahan, tengkingan dan hukuman yang terakhir anda.",
"Nak jadi ibubapa kena jadi macam psikologis juga, kena fikir, analisa dan cari punca, baru ubah."
] |
https://bidadari.my/cara-cepatkan-bersalin/ |
Keluarga
7 Cara Cepatkan Bersalin Secara Semulajadi
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Bila dah ada tanda nak bersalin, berdebar-debar sungguh rasanya. Rasa takut ada, rasa tak sabar untuk berjumpa orang baru lebih kuat. ",
"Apabila tarikh dijangka bersalin semakin dekat, pastinya anda tertanya-tanya apakah tanda nak bersalin dan ada tak cara cepatkan bersalin secara semulajadi yang boleh bantu anda bersalin dengan mudah dan mengurangkan rasa sakit.",
"Apakah tanda-tanda nak bersalin yang perlu anda perhatikan?",
"Semakin dekat dengan tarikh bersalin, tubuh badan anda akan mula memberikan beberapa tanda supaya anda bersedia. ",
"Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah tanda nak bersalin dan memerhatikan jika anda sudah mempunyai tanda berkenaan. Di antara tanda nak bersalin yang selalunya akan berlaku ialah seperti berikut:",
"Apakah cara cepatkan bersalin cara semulajadi yang boleh anda amalkan?",
"Pastinya anda inginkan proses bersalin yang cepat, mudah, kurang rasa sakit dan tanpa koyakan yang besar. Yang sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Jom kami kongsikan cara cepatkan bersalin yang boleh anda amalkan:",
"Hubungan seks yang dilakukan akan membebaskan hormon kasih sayang atau dikenali sebagai hormon oksitosin yang sangat membantu rahim anda mengembang dan mengecut dan mempercepatkan bukaan rahim agar anda mudah bersalin. ",
"Selain itu, air mani yang memasuki rahim anda juga akan merangsang bukaan rahim yang cepat. Itulah sebabnya kenapa kita digalakkan untuk aktif melakukan hubungan seks di trimester akhir kehamilan, nak-nak lagi apabila semakin dekat dengan tarikh dijangka bersalin.",
"Cara cepatkan bersalin secara semulajadi yang kedua ialah dengan duduk dalam keadaan bersujud. Apabila anda meletakkan kepala di lantai dan menaikkan punggung ke atas, ia akan merangsang rahim untuk mengecut dan mengembang dengan aktif lalu mencepatkan bukaan rahim agar anak cepat bersalin. ",
"Selain itu, ia juga mampu mengurangkan rasa sakit bersalin semasa anda mengalami kontraksi. Minta bantuan suami untuk berada di sisi anda supaya lebih stabil.",
"Kedengaran seperti kelakar namun tahukah anda bahawa duduk dalam posisi mencangkung sangat membantu untuk anda cepat bersalin. Ini kerana posisi mencangkung membantu meluaskan bukaan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. ",
"Dalam masa yang sama ia akan membenarkan tarikan graviti untuk menarik bayi be bawah dengan keluar dari laluan dengan cepat. Sebagai bonus, posisi mencangkung akan mengurangkan koyakan pada vagina semasa bayi anda keluar.",
"Duduk di atas gym ball sambil melantunkan diri adalah cara cepatkan bersalin secara semulajadi yang boleh anda lakukan kerana ianya sangat berkesan dan terbukti secara klinikal. Malah hospital di negara barat seperti United Kingdom menyediakan gym ball di dalam bilik bersalin bagi membantu ibu yang sedang dalam proses bersalin. ",
"Bagaimana melantunkan diri di atas gym ball membantu kita cepat bersalin? Apabila kita melantun di atas gym ball, aktiviti tersebut akan membantu meluaskan bukaan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. ",
"Sama seperti posisi mencangkung. Selain itu tarikan graviti akan membantu bayi masuk ke dalam laluan dan turun ke bawah dengan cepat.",
"Selain melakukan hubungan seks, ransangan pada payudara terutamanya pada bahagian puting adalah sangat membantu untuk mempercepatkan proses bersalin. Ini kerana ransangan pada payudara akan menyebabkan tercetusnya kontraksi uterus lalu membantu mencepatkan bukaan rahim. Anda tidak akan mengalami sakit bersalin dalam tempoh yang lama. ",
"Kajian menunjukkan bahawa aktiviti berjalan kaki membantu sehingga 32% untuk mudah bersalin. Ini kerana apabila kita banyak berjalan, tarikan graviti akan menarik bayi ke bawah dan memasuki laluan bersalin. Oleh itu rajinkan diri untuk banyakkan berjalan. Elakkan daripada menaiki lif tapi pilih untuk menaiki tangga. ",
"Selain itu, di hujung minggu banyakkan berjalan-jalan di taman atau window shopping di pusat membeli-belah. Ianya jauh lebih baik daripada menghabiskan masa berbaring dan bersantai di rumah. Semasa anda sedang sakit bersalin, banyakkan berjalan di sekitar bilik dan elakkan daripada asyik terbaring di atas katil.",
"Mandi air panas bukan sahaja akan menyegarkan tubuh badan kita malah dalam masa yang sama akan merelaxkan diri serta mencepatkan proses bersalin. ",
"Ajak suami masuk mandi bersama dan nikmati moment sebelum bersalin yang indah dan pastinya akan menjadi kenangan manis bersama yang akan diingati sampai bila-bila. Jika anda mempunyai tab mandi, berendam dalam air panas juga sangat membantu."
] |
https://bidadari.my/makanan-untuk-diet/ |
Petua Tips
14 Makanan Untuk Diet Boleh Anda Cuba Berkesan
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan makanan untuk diet yang boleh anda amalkan setiap hari.",
"Anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan? Percayalah bahawasanya untuk menurunkan berat badan, sifir yang wajib anda lakukan ialah 80% pemakanan, 20% bersenam. Kalau anda jaga pemakanan, peluang anda untuk kurus akan bertambah.",
"Sekiranya ansa sedang menurunkan berat badan, pilih makanan bersup kerana ia akan mengenyangkan anda dengan lebih cepat. Banyakkan sup, daging, dan sayur-sayuran. Apabila anda dah kenyang dengan semua makanan sihat tersebut, secara automatik anda akan kurang makan nasi.",
"Makanan yang dibakar, grill dan dipanggang adalah jauh lebih sihat berbanding makanan yang digoreng atau makanan bergulai. Kandungan kalorinya berbeza seperti langit dan bumi. Tambahan lagi, memasak dengan cara panggang, grill atau bakar juga jauh lebih mudah. Anda sediakan bahan perapan, perap, letakkan di atas api dan tinggal. Tak perlu dikacau macam gulai.",
"3. Makanan yang dimasak secara stim",
"Makanan yang dimasak secara stim juga sangat baik untuk anda yang sedang berusaha untuk menguruskan badan. Terdapat pelbagai resepi masakan stim yang boleh anda cuba. Gilir-gilirkan menu antara sup, makanan dibakar, dan makanan stim.",
"Selain makanan yang dimasak secara stim, makanan berkukus juga sangat baik untuk kesihatan kerana ianya kurang kalori. Kurang kalori bermaksud ianya baik untuk anda yang sedang berdiet. Memasaknya pun senang. Masukkan ke dalam pengukus, set timer, dan tinggalkan. Siap, terus makan.",
"Bagi mereka yang sedang berdiet, cuka epal atau apple cider vinegar bukanlah sesuatu yang asing. Cuka epal membantu meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan proses penurunan berat badan. Selepas bangun tidur, minum satu gelas air kosong diikuti oleh satu gelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu cuka epal. Ulang sebelum tidur malam. Selain itu, anda juga boleh jadikan cuka epal sebagai salad dressing.",
"Terimalah hakikat bahawa roti wholemeal adalah lebih menyihatkan dan membantu anda untuk kurus berbanding roti putih biasa. Mungkin rasa roti wholemeal kurang sedap berbanding roti putih biasa, tapi lama-kelamaan anda akan biasa dengan rasanya. Roti wholemeal mempunyai indeks glisemik rendah yang menjadikannya makanan untuk berdiet yang wajib ada dalam dapur anda.",
"Nak kurus bukan bermakna anda tak boleh makan nasi. Anda boleh makan nasi tapi dengan sukatan sebesar satu penumbuk untuk setiap kali pinggan. Nak lagi cepat kurus? Tukarkan beras yang anda makan kepada beras perang. Ya, rasanya mungkin tak sesedap beras biasa, tapi yang paling penting anda masih boleh makan nasi. Lama-kelamaan tekak anda akan boleh menerima rasa beras perang.",
"Nak kurus? Jangan ambil gula putih kerana gula putih merupakan musuh utama bagi mereka yang berdiet. Sebagai alternatif, anda boleh gantikan gula putih biasa dengan stevia iaitu pemanis makanan tanpa kalori. Stevia datang dalam bentuk cecair. Cuma masukkan satu titis ke dalam secawan air, sudsh mencukupi. Rasanya juga tak ubah seperti gula.",
"Selain stevia, anda juga boleh gantikan gula putih yang biasa anda gunakan dengan gula tanpa kalori seperti Pal Sweet atau Equal. Rasanya mungkin tidak sesedap gula biasa tapi jauh lebih menyihatkan dan membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.",
"Gula perang merupakan alternatif kepada gula putih yang sangat sedap. Rasanya saling tak ubah seperti gula putih tapi kalorinya adalah jauh lebih rendah. Takdelah anda rasa bersalah sangat waktu membancuh air.",
"Madu juga boleh dijadikan sebagai pemgganti gula putih. Madu merupakan makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiat terhadap kesihatan. Oleh itu, pastikan anda sentiasa ada stok madu di dapur.",
"Kurma merupakan satu lagi makanan sunnah yang sangat sesuai untuk diambil semasa sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang rendah tapi merupakan energy booster yang sangat bagus. Anda boleh makan kurma setiapa pagi atau kisar menjadi jus.",
"Di media sosial, ramai yang mendakwa berjaya mengurangkan berat badan dengan mengamalkan diet telur. Persoalannya adakah benar makan telur setiap hari membantu mengurangkan berat badan? Macam mana? Bukankah telur ada banyak kolesterol, tak takut nanti dapat penyakit?",
"Kajian terbaru menunjukkan bahawa kaitan antara telur dan kolesterol adalah mitos semasa-mata. Telur mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh badan setiap hari menjadikannya sebagai makanan sihat yang baik untuk tubuh badan.",
"Namun ini tak bermakna anda perlu makan telur sahaja setiap hari. Diet terlalu ekstrem seperti memakan telur sahaja untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam kerana dikhuatiri akan memberikan kesan buruk untuk jangka masa panjang.",
"Satu lagi makanan untuk diet yang wajib anda ambil ialah plain yogurt. Pengambilan plain yogurt setiap hari dapat menghalang tubuh badan anda daripada merembeskan hormon leptin yang merupakan antara punca utama obesiti.",
"Terdapat pelbagai cara untuk anda makan yogurt. Anda boleh makan ia begitu saja, jadikan sebagai overnight oat, atau gantikan santan semasa memasak.",
"Pisang merupakan buah murah yang kaya dengan potasium dan serat. Ia memberikan rasa kenyang yang lama dan dalam masa yang sama pisang juga adalah energy booster. Kalau anda tak sempat nak bersarapan pagi, cuma minum satu gelas air kosong dan makan 2 biji pisang.",
"Avokado kaya dengan lemak sihat yang membantu menurunkan berat dengan lebih cepat. Anda boleh makan begitu sahaja atau kisar menjadi jus.",
"Itulah dia perkongsian kami tentang makanan untuk diet. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang tips kurus tanpa, cara kempiskan perut, dan khasiat cuka epal."
] |
https://bidadari.my/angin-pasang-hernia-punca-simptom-dan-rawatan/ |
Keluarga, Kesihatan
Angin Pasang (Hernia) : Punca, Simptom dan Rawatan
Oleh Siti Awadah
| [
"Anda pernah dengar tentang penyakit angin pasang? Penyakit ini turut dikenali dengan nama hernia dikalangan para doktor. Untuk pengetahuan anda hernia ini adalah salah satu jenis penyakit yang banyak berlaku dan hingga kini ia terus berlaku di mana-mana. ",
" Bagi anda yang tertanya-tanya apakah sebenarnya hernia ini dan bagaimana pula ianya boleh berlaku, di sini akan dikongsikan beberapa info mengenai hernia dan semoga dengan perkongsian ini dapatlah anda lebih faham apakah hernia ini sebenarnya. ",
"Maksud Hernia Dan Antara Punca Bagaimana Hernia Ini Boleh Berlaku",
"Hernia ini selalunya akan berlaku disebabkan oleh kelemahan atau kecederaan pada otot. Serangan juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian pusat di celah kelangkang atau bahagian perut yang mempunyai rongga seperti diafram antara dada atau perut.",
"Sebahagian besar komponen hernia ini pula adalah organ yang terdapat di dalam perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus. Serangan ini disebabkan satu benjolan organ atau tisu yang masuk melalui bukaan abnormal. ",
"Ada beberapa jenis hernia dan ianya adalah bergantung kepada tahap pesakit itu sendiri. Ada hernia yang berlaku secara dalaman dengan berada di dalam bahagian tubuh hingga tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Dan ada juga hernia yang berlaku pada secara luaran terutama pada bahagian otot pemisah antara bahagian perut dan dada hingga menyebabkan pembentukan diafragma yang tidak sempurna. ",
"Yang pasti, antara jenis hernia yang paling kerap berlaku adalah hernia inquinal yang selalunya akan muncul pada bahagian lipatan paha dan yang keduanya pula adalah umbilical hernia yang sering muncul pada kawasan pusat (umbilikus).",
"Golongan Lelaki Antara Yang Paling Kerap Berisiko Dengan Hernia",
"Hernia ini lebih banyak dihidapi lelaki kerana risiko seorang lelaki menghidap hernia inguinal adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding golongan kaum wanita. ",
"Malah sebahagian besar bayi baru lahir yang menghidap masalah ini adalah dari kalangan bayi lelaki juga jika hendak dibandingkan dengan bayi perempuan. Golongan kanak-kanak lelaki turut tidak terkecuali dengan jumlah yang agak besar untuk penyakit ini.",
"Manakala hernia yang terjadi pada orang dewasa pula biasanya akan berlaku di saat ketika usia telah semakin lanjut. Ini kerana pada waktu tersebut otot dinding rongga abdomen telah mula menjadi lemah. Seiring dengan usia yang semakin berumur maka organ dan jaringan tubuh juga akan ikut mengalami proses kemerosotan untuk terus berfungsi dengan baik seperti di usia muda.",
"Hernia boleh dikesan secara luaran oleh pesakit itu sendiri. Mengesan hernia pada golongan lelaki dewasa pula adalah jauh lebih mudah daripada mengesan hernia pada bayi. Ketika membuang air besar pula contohnya, orang lelaki dewasa boleh merasai ada benjolan yang muncul pada bahagian perut. ",
"Jangan Pandang Remeh Kerana Hernia Ini Sangat Berbahaya",
"Mungkin ada yang menganggap hernia ini adalah penyakit biasa yang sering berlaku pada golongan lelaki. Namun percaya ataupun tidak hernia ini sebenarnya adalah sangat berbahaya. Menurut info, hernia ini jika terus dibiarkan tanpa mengambil langkah awal yang sewajarnya akan menyebabkan masalah pada pembuluh darah di kawasan yang berkenaan.",
"Malah hernia ini juga akan menyebabkan pesakit mengalami masalah iskemia di mana tisu yang ada pada tubuh akan mengalami masalah kekurangan oksigen. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan berlakunya lambakan toksin yang kemudiannya akan tersebar melalui pembuluh darah sehingga ke serata tubuh. ",
"Kenali Simptom Awal Yang Sering Berlaku Sebagai Tanda Peringatan",
"Antara simptom yang boleh dijadikan sebagai tanda peringatan awal bahawa diri sedang berhadapan dengan masalah hernia ini adalah seperti :",
"Rawatan Pulihkan Hernia Telah Ada Untuk Sesiapa Saja Yang Memerlukannya",
"Pada masa ini, telah ada beberapa jenis rawatan untuk bantu pulihkan pesakit dari masalah hernia. Ianya adalah dalam bentuk pembedahan dan terdapat dua kaedah pembedahan untuk merawat hernia ini iaitu secara konvensional (memerlukan torehan yang agak besar) dan juga secara teknik laparoskopik (hanya perlu lakukan torehan kecil).",
"Tidak kira sama ada secara konvensional mahupun laparoskopik, si pesakit tidak perlu bimbang kerana pembedahan ini akan dilakukan dengan cara pesakit di bius sepenuhnya. Dalam erti kata lain pesakit tidak akan berasa apa-apa kerana akan di bius secara keseluruhan. ",
"Malah proses pemulihan juga akan berlaku dengan sangat cepat. Ramai pesakit telah melaluinya dan selepas pembedahan pesakit telah boleh menjalani aktiviti normal dalam kehidupan semula hanya dalam masa beberapa minggu sahaja selepas selesai pembedahan. ",
"Bagi pesakit yang menjalani rawatan dengan cara teknik laparoskopik pula, sebanyak tiga torehan kecil sepanjang lima hingga 10 milimeter akan dilakukan dan sememangnya rawatan ini memerlukan kepakaran yang tinggi dari doktor pakar yang terpilih. ",
"Bagi pembedahan laparoskopik, pesakit mengalami kesakitan amat kurang manakala risiko jangkitan kuman juga rendah berbanding pembedahan konvensional. Ini kerana luka yang dilakukan hanya kecil saja dan proses penyembuhan juga akan berlaku dengan lebih cepat. ",
"Adakah Pesakit Hernia Masih Berisiko Untuk Mengalaminya Semula?",
"Jangan risau kerana risiko untuk penyakit ini berulang adalah sangat rendah. Walaubagaimanapun peratus kes ulangan masih tinggi. Sememangnya pesakit hernia masih berisiko untuk mengalaminya semula dalam masa yang tertentu bergantung kepada tubuh si pesakit itu sendiri. ",
"Kerana itu setiap pesakit yang telah selesai menjalani pembedahan untuk hernia amat dinasihatkan supaya mulakan amalan gaya hidup sihat dengan segera. Pesakit hendaklah berhenti merokok dan jika sukar membuang air, segera berubat dan elakkan meneran ketika sedang membuang air besar. ",
"Para pesakit ini juga disarankan untuk melakukan kerja yang lebih ringan dan cuba juga turunkan berat badan kerana berat yang berlebihan dengan kerja yang berat-berat boleh menyebabkan organ berkenaan pecah sehingga boleh membawa maut. "
] |
https://bidadari.my/resepi-ayam-panggang-orang-diet/ |
Resepi
Resepi Ayam Panggang Orang Diet (Mudah dan Cepat)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
| [
"Ramai orang kata diet itu susah. Namun tahukah anda, diet sebenarnya amat mudah sekiranya anda pandai menguruskannya. Salah satunya, mestilah melalui pemakanan. Makanan yang tidak bergoreng adalah lebih sihat. Selain daripada itu, pelbagai lagi pendekatan perlu diambil untuk berdiet. ",
"Kali ini kami bawakan resepi ayam panggang yang amat mudah dan cepat. Resepi ini amat sesuai untuk mereka yang ingin mencuba untuk berdiet, atau sesiapa sahaja yang ingin untuk mulakan gaya hidup yang sihat. Resepi ini juga amat sesuai untuk sesiapa yang malas untuk masak memandangkan bahan bahan dan cara pembuatannya yang mudah. Paling penting sekali, resepi ayam panggang ini, walaupun ianya mudah, ianya masih menjamin rasa yang lazat dan mengenyangkan. ",
"Resepi ini telah dikongsikan oleh Raja Amanina di Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen yang positif. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat! ",
"Resepi – resepi lain yang menarik: ",
"Selain daripada resepi ini, terdapat pelbagai lagi resepi yang semestinya anda boleh cuba! Variasikan hidangan anda dengan idea resepi yang terdapat di Bidadari.my! Oh, dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama ahli keluarga dan rakan – rakan anda ya. Selamat mencuba!"
] |
https://bidadari.my/ayat-al-quran-paling-indah/ |
Rohani
30 Ayat Al Quran Paling Indah Untuk Memujuk Hati
Oleh hannani
| [
"Al-Quran adalah peneman kita sepanjang hayat. Terkandung dalam Al-Quran, ayat Al-Quran paling indah untuk menjawab segala kesedihan, kedukaan, kegembiraan, kegelisahan, dan lain-lain perasaan yang kadang kala menganggu jiwa dan sanubari kita sebagai manusia.",
"Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan himpunan ayat Al-Quran paling indah dalam kehidupan yang boleh anda jadikan pegangan untuk menjadi seorang yang bertakwa. ",
"يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّ وَعْدَ اللّٰهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيٰوةُ الدُّنْيَاۗ وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللّٰهِ الْغَرُوْ",
"فَاصْبِرْ اِنَّ وَعْدَ اللّٰهِ حَقٌّ وَّلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِيْنَ لَا يُوْقِنُوْنَ ࣖ",
"وَالّٰۤـِٔيْ يَىِٕسْنَ مِنَ الْمَحِيْضِ مِنْ نِّسَاۤىِٕكُمْ اِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلٰثَةُ اَشْهُرٍۙ وَّالّٰۤـِٔيْ لَمْ يَحِضْنَۗ وَاُولَاتُ الْاَحْمَالِ اَجَلُهُنَّ اَنْ يَّضَعْنَ حَمْلَهُنَّۗ وَمَنْ يَّتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَلْ لَّهٗ مِنْ اَمْرِهٖ يُسْرًا",
"يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اذْكُرُوا اللّٰهَ ذِكْرًا كَثِيْرًاۙ",
"۞ وَاِلٰى ثَمُوْدَ اَخَاهُمْ صٰلِحًا ۘ قَالَ يٰقَوْمِ اعْبُدُوا اللّٰهَ مَا لَكُمْ مِّنْ اِلٰهٍ غَيْرُهٗ ۗهُوَ اَنْشَاَكُمْ مِّنَ الْاَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيْهَا فَاسْتَغْفِرُوْهُ ثُمَّ تُوْبُوْٓا اِلَيْهِ ۗاِنَّ رَبِّيْ قَرِيْبٌ مُّجِيْبٌ",
"وَاَقِمِ الصَّلٰوةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ الَّيْلِ ۗاِنَّ الْحَسَنٰتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّاٰتِۗ ذٰلِكَ ذِكْرٰى لِلذَّاكِرِيْنَ",
"وَاِذْ اَخَذْنَا مِيْثَاقَ بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ لَا تَعْبُدُوْنَ اِلَّا اللّٰهَ وَبِالْوَالِدَيْنِ اِحْسَانًا وَّذِى الْقُرْبٰى وَالْيَتٰمٰى وَالْمَسٰكِيْنِ وَقُوْلُوْا لِلنَّاسِ حُسْنًا وَّاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتُوا الزَّكٰوةَۗ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ اِلَّا قَلِيْلًا مِّنْكُمْ وَاَنْتُمْ مُّعْرِضُوْنَ",
"اِنَّ اللّٰهَ مَعَ الَّذِيْنَ اتَّقَوْا وَّالَّذِيْنَ هُمْ مُّحْسِنُوْنَ ࣖ ",
"وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ اِنَّ ذٰلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْاُمُوْرِ ࣖ",
"وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا",
"قَالَ لَا تَخَافَآ اِنَّنِيْ مَعَكُمَآ اَسْمَعُ وَاَرٰى",
"الَّذِيْ خَلَقَ سَبْعَ سَمٰوٰتٍ طِبَاقًاۗ مَا تَرٰى فِيْ خَلْقِ الرَّحْمٰنِ مِنْ تَفٰوُتٍۗ فَارْجِعِ الْبَصَرَۙ هَلْ تَرٰى مِنْ فُطُوْرٍ",
"وَمَنْ يَّكْسِبْ خَطِيْۤـَٔةً اَوْ اِثْمًا ثُمَّ يَرْمِ بِهٖ بَرِيْۤـًٔا فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَانًا وَّاِثْمًا مُّبِيْنًا ࣖ",
"وَابْتَغِ فِيْمَآ اٰتٰىكَ اللّٰهُ الدَّارَ الْاٰخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَاَحْسِنْ كَمَآ اَحْسَنَ اللّٰهُ اِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِى الْاَرْضِ ۗاِنَّ اللّٰهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِيْنَ",
"قُلْ يٰعِبَادِ الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوْا رَبَّكُمْ ۗلِلَّذِيْنَ اَحْسَنُوْا فِيْ هٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۗوَاَرْضُ اللّٰهِ وَاسِعَةٌ ۗاِنَّمَا يُوَفَّى الصّٰبِرُوْنَ اَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ",
"وَوَصَّيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِۚ حَمَلَتْهُ اُمُّهٗ وَهْنًا عَلٰى وَهْنٍ وَّفِصَالُهٗ فِيْ عَامَيْنِ اَنِ اشْكُرْ لِيْ وَلِوَالِدَيْكَۗ اِلَيَّ الْمَصِيْرُ",
"يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَدْخُلُوْا بُيُوْتًا غَيْرَ بُيُوْتِكُمْ حَتّٰى تَسْتَأْنِسُوْا وَتُسَلِّمُوْا عَلٰٓى اَهْلِهَاۗ ذٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ",
"يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ",
"اُتْلُ مَآ اُوْحِيَ اِلَيْكَ مِنَ الْكِتٰبِ وَاَقِمِ الصَّلٰوةَۗ اِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَاۤءِ وَالْمُنْكَرِ ۗوَلَذِكْرُ اللّٰهِ اَكْبَرُ ۗوَاللّٰهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ",
"وَاِذَا رَاَوْا تِجَارَةً اَوْ لَهْوًا ۨانْفَضُّوْٓا اِلَيْهَا وَتَرَكُوْكَ قَاۤىِٕمًاۗ قُلْ مَا عِنْدَ اللّٰهِ خَيْرٌ مِّنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِۗ وَاللّٰهُ خَيْرُ الرّٰزِقِيْنَ ࣖ",
"اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَهُمْ جَنّٰتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ ەۗ ذٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيْرُۗ",
"لَهٗ مُعَقِّبٰتٌ مِّنْۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهٖ يَحْفَظُوْنَهٗ مِنْ اَمْرِ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ وَاِذَآ اَرَادَ اللّٰهُ بِقَوْمٍ سُوْۤءًا فَلَا مَرَدَّ لَهٗ ۚوَمَا لَهُمْ مِّنْ دُوْنِهٖ مِنْ وَّالٍ",
"وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ اِلَّا لَعِبٌ وَّلَهْوٌ ۗوَلَلدَّارُ الْاٰخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِيْنَ يَتَّقُوْنَۗ اَفَلَا تَعْقِلُوْنَ",
"اَنِ اقْذِفِيْهِ فِى التَّابُوْتِ فَاقْذِفِيْهِ فِى الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّيْ وَعَدُوٌّ لَّهٗ ۗوَاَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّيْ ەۚ وَلِتُصْنَعَ عَلٰى عَيْنِيْ ۘ",
"يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَوْفُوْا بِالْعُقُوْدِۗ اُحِلَّتْ لَكُمْ بَهِيْمَةُ الْاَنْعَامِ اِلَّا مَا يُتْلٰى عَلَيْكُمْ غَيْرَ مُحِلِّى الصَّيْدِ وَاَنْتُمْ حُرُمٌۗ اِنَّ اللّٰهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيْدُ",
"اللّٰهِ الَّذِيْ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِۗ وَوَيْلٌ لِّلْكٰفِرِيْنَ مِنْ عَذَابٍ شَدِيْدٍۙ",
"اِنَّهٗ لَيْسَ لَهٗ سُلْطٰنٌ عَلَى الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُوْنَ",
"Selain dari panduan ayat Al Quran paling indah ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain surah-surah dalam Al-Quran seperti:"
] |
https://bidadari.my/tips-belajar-anak/ |
Petua Tips
Tips: 3 Langkah Bantu Aktifkan Deria Belajar Anak
Oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
| [
"Nota Editor: Disini kami kongsikan tips belajar untuk anak yang dapat diaplikasikan. Secara ringkasnya, terdapat tiga perkara yang dapat digunakan.",
"Anak akan mudah faham bila sesuatu divisualkan atau digambarkan namun cabaran berat di bahagian ini adalah anak kurang fokus dan mudah hilang tumpuan, juga mudah tertarik pada aktiviti lain.",
"Bantulah anak-anak visual dengan menetapkan matlamat dan niat terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran. Contohnya jika anak harus membaca petikan dan kurang tumpuan.",
"Cadangkan kepada anak untuk mencari 5 isi penting berkaitan dengan tajuk. Anak akan mula fokus daya visualnya mencari 5 isi penting tersebut dan menamatkan bacaan dengan mudah.",
"Anak-anak turut belajar melalui pendengaran, terkadang anak buat tak endah atau tak dengar apa yang dikatakan oleh ibubapa mahupun guru. Itulah antara cabaran bagi deria belajar auditori.",
"Bantulah anak dengan membina ayat yang sesuai difahami, pendek dan ringkas, serta melibatkan empunya diri. Biasanya panggil namanya untuk cetus perhatian, ayat yang lebih mudah perlu digunakan.",
"Letak diri kita ditempat anak dan pilih ayat yang kita nak dengar jika kita berada di tempatnya, beri kata galakan dan semangat. Guna tona dan nada suara yang sesuai menurut keadaan.",
"Suasana dan suara ceria bila mula lihat mereka, suara serius bila sampaikan mandat dan nasihat, suara mesra bila berbincang dan sebagainya.",
"Anak-anak kinestatik belajar melalui pengalaman dan peluang melakukan sesuatu dengan tangan dan fizikalnya sendiri. Cabarannya adalah kita tiada masa untuk pantau apa yang anak ingin lakukan dan kurang percaya serta rimas jika anak melakukan kesilapan.",
"Bantulah anak dengan memperuntukkan 15 minit setiap hari untuk explore atau meneroka pelajarannya. Bersedia juga untuk terima kesilapan mereka yang penting anak tak mudah putus asa.",
"Galakkan anak aktiviti praktikal untuk menguasai subjek dan matapelajaran. Beri kepercayaan kita dan fokus pada pencapaian usaha bukan pencapaian keputusan.",
"3 bantuan ini dinilai dari 3 bahagian rukun solat",
"1. Rukun Qalbi -niat & Matlamat",
"2. Rukun Qauli- Bacaan yang betul dengan nada yang sesuai (kuat @ perlahan)",
"3. Rukun Fi’li – Perbuatan. Melakukan dengan sendiri, bersedia untuk mengalaminya sendiri dan melakukan kesalahan serta bersedia untuk dibetulkan."
] |
https://bidadari.my/kata-kata-semangat/ |
Keluarga, Rohani
50 Kata-Kata Semangat Dan Motivasi Diri Untuk Kehidupan Dan Kerjaya
Oleh zulrina
| [
"Mencari kata-kata semangat untuk motivasi diri? Kata kata semangat untuk berjaya? Motivasi kejayaan? Ramai orang kecewa dengan kehidupan dan kerjaya atas perkara yang tidak disukai. ",
"Ya, kadangkala pasti kita akan berasa down atau sedih malah kita memerlukan semangat dari kawan-kawan dan keluarga. Namun, tidak semua orang sekeliling kita adalah positive circle buat kita.",
"Kata-kata semangat penting untuk menaikkan semula semangat motivasi diri dan membangkitkan kita ketika jatuh. Apatah lagi jika kita kecewa dengan kehidupan dan kerjaya. Jom lihat senarai kata-kata semangat untuk kehidupan dan kerjaya anda.",
"Kata-kata semangat untuk membina kerjaya atau bangkit semula sebagai seseorang yang berjaya juga penting. Ada boleh amalkan membaca kata-kata semangat setiap pagi sebelum bermulanya kerja dan juga berkongsi dengan kawan-kawan untuk aura positif. Jom baca kata-kata semangat untuk kerjaya pula! ",
"Itulah dia kata-kata semangat untuk motivasi diri berkaitan kehidupan dan kerjaya. Anda haruslah bersemangat untuk mengecapi kejayaan dalam hidup serta mendapat tempat di arena kerjaya. Semoga kata kata semangat dan motivasi kejayaan untuk berjaya yang dikongsi membantu anda. "
] |
https://bidadari.my/resepi-sup-cendawan-pekat-lemak-berkrim/ |
Resepi
Resepi Sup Cendawan (Pekat Lemak Berkrim)
Oleh Fazeeda Abdul Malik
| [
"Siapa suka makan sup cendawan? Atau nak nama mat salleh sikit, mushroom soup gitu! Biasanya kalau makan pizza, mesti rasa tak lengkap kalau tak ada sup cendawan yang pekat berkrim tu kan. Sup cendawan tu kalau dicicah dengan roti memang sedap dan mengenyangkan. Lagipun, sup cendawan ni x muak sangat. Dah habis, rasa nak lagi je. Nyum nyum!",
"Macam mana nak jadikan sup cendawan korang tu lebih berkhasiat dan lebih sedap? Of course lah kena buat sendiri. Beli cendawan yang fresh tu, hiris-hiris letak dalam sup. Cendawan ni sangat bagus untuk kesihatan kita. Ia boleh meningkatkan system imuniti badan dan membantu dalam memulihkan system badan kita. Kalau baca khasiat tentang cendawan ni, memang banyak lah. Jadi, rajin-rajinlah membacanya ya.",
"Apa yang lainnya sup cendawan ini ialah ia pekat berkrim; bukan macam yang sup sayur tu. Yang sup sayur cendawan tu nanti kami kongsikan di entry yang lain yer. Sup cendawan pekat berkrim ni sangat sesuai untuk dicicah dengan roti atau dimakan begitu sahaja. Kalau time tak lalu nak makan, InshaaAllah ia sangat membantu. Haa pasni bolehla tambah koleksi menu ketika kurang sihat. Moga cepat je proses penyembuhannya nanti.",
"Kali ini kami kongsikan resepi sup cendawan yang pekat berkrim yang telah diupload oleh saudari Rozila Ibrahim di Facebook. Katanya, sejak beliau pandai buat sendiri, memang tak layan dah mushroom soup Pizza nyer tu. Haaa best tau! Selamat mencuba!",
"3 biji bwng holand\n2 biji bwng putih\n1 paket Cendawan tiram\n1/2 paket cendawan shitake segar\n3 SB butter\n1 cwn tepung jagung\n1 liter air",
"(1) Cairkan butter, masukkan bawang dan cendawan. Apabila dah layu masukkan tepung.\n(2) Tunggu sehingga sejuk dan blend dengan 1liter air sampai betul2 halus dan creamy\n(3) Masukkan ke dalam periuk dan reneh atas api perlahan2 sampai mndidih.\n(4) Kemudian, masukkan bahan-bahan 2.",
"1 tin Cendawan butang (potong halus)\n1 tin susu cair\n1 kiub ayam\nGaram\nLada hitam blend\nPasley flakes( optional)",
"(1) Masukkan dalam semua bahan yg dah diblend. Kalau agak pekat tambah air lagi.\n(2) Perasakan semua biar balance semua rasa.",
"# bila sejuk sup akan lebih pekat..\n# kalau cair, ambik sedikit kuah masak semula dgn tepung dlm bekas lain kemudian blender.. jgn direct tambah tepung dlm kuah..",
"Teruja dengan resepi ini? Semestinya WAJIB untuk anda cuba! Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang terdapat di blog eksklusif kami ini. Jemput untuk lihat kesemuanya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
] |
https://bidadari.my/14-produk-hilangkan-parut-pilihan-ramai/ |
Petua Tips
12 Produk Hilangkan Parut Pilihan Ramai
Oleh kiraasla
| [
"Produk hilangkan parut pilihan ramai yang mungkin anda perlu ketahui. Kulit kita sering terdedah kepada persekitaran yang tidak baik dan menjadikan parut kekal sukar dihilangkan. Menghilangkan parut bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ia memerlukan masa yang lama bergantung pada kedalaman dan ukuran parut tersebut.",
"Parut berlaku kerana reaksi pengeluaran kolagen semula jadi yang berlebihan akibat luka. Produk hilangkan jerawat biasanya dapat memberikan kelembapan yang cukup untuk melembutkan dan meratakan bahagian yang berparut. ",
"Bagi anda yang mempunyai luka parut, parut jerawat atau apa sahaja jenis parut disarankan menggunakan produk hilangkan jerawat. Sekiranya anda mencari produk hilangkan parut yang berkesan, pastikan ia mengandungi bahan seperti silikon, vitamin E, vitamin A (retinol), madu dan asid salisiklik.",
"Ia akan menghasilkan kelembapan dan melembutkan bahagian yang berparut tersebut dengan mudah. Jom kami kongsikan antara produk hilangkan parut boleh anda cuba.",
"1. Mama’s Choice Stretch Mark Cream",
"Krim Stretch Mark ini merupakan produk anti-stretch mark pertama yang menggunakan inovasi Lipobelle Soyaglycone yang dapat meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit. Kandungan kolagen yang terdapat dalam produk ini menjadikan garisan stretch mark sukar untuk timbul. Menariknya lagi, ia juga mampu menyembuhkan dan memperbaiki koyakan kecil pada kulit yang menyebabkan tanda regangan.",
"Jenama Mama’s Choice ini bukan sahaja dapat menjadikan kulit anda lebih tebal sebanyak 12%, malah ia juga melindungi kulit anda daripada merenggang secara berlebihan ketika hamil. Kelebihan krim ini ialah kaya dengan antioksidan dan komponen pembinaan kolagen. Krim ini juga mempunyai struktur yang tidak berminyak, melekit dan cepat meresap ke dalam kulit.",
"Selain itu, kandungan krim yang kaya dengan bahan semulajadi seperti aloe vera, minyak zaitun dan minyak jojoba yang meningkatkan keanjalan kulit dan mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit sepanjang hari. Krim ini juga mempunyai cooling effect yang dapat melegakan kegatalan yang selalunya merupakan tanda bahawa stretch mark akan muncul.",
"Menariknya mengenai krim ini, kandungan bahan semula jadinya menjadikan krim ini selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung dan menyusu. Krim ini juga dijamin halal kerana bebas dari paraben, alkohol dan pewarna tiruan. Krim ini juga telah diuji secara dermatologi di makmal Singapura. Krim ini juga mengandungi Hypoallergenic yang menjadikan krim ini sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.",
"Produk hilangkan parut ini mengandungi 100% Vitamin E semulajadi dari sumber soya yang mempunyai daya antioksidan 50% lebih banyak. Justeru, ia menyerap lebih baik berbanding Vitamin E sintetik. ",
"Serum ini juga bertindak dari dalam dan mendorong sel parut naik ke permukaan paling atas kulit untuk proses penukaran kulit.",
"Pada awal penggunaannya, kulit akan mula menggelupas dan terasa sedikit sakit kerana merupakan proses untuk membuang sel-sel kulit mati. Namun, serum ini akan memberikan kelembapan yang cukup agar tidak mengalami kekeringan yang menyebabkan kegatalan atau kerengsaan.",
"3. Shaklee Essential Herbal Blend Multi Purpose Cream",
"Produk hilangkan parut ini yang mempunyai banyak kebaikan sesuai untuk bayi dan juga orang dewasa. Antara kebaikannya ialah semua jenis parut seperti gigitan nyamuk, eksim dan luka bakar dan banyak lagi. Iajuga dapat melembutkan kulit kasar, terutama di bahagian lutut dan telapak kaki.",
"NB Acne Scar Serum dapat memudarkan dan menghilangkan bekas luka, mengecutkan jerawat, menghilangkan jeragat, mengecilkan pori-pori, melembapkan kulit kering dan merawat masalah kulit alergik dan ekzema.",
"Bahan-bahan yang terdapat dalam produk hilangkan parut ini dijamin selamat untuk semua jenis kulit dan dapat mengekalkan penghidratan sambil merawat dan memperbaiki kerosakan pada kulit anda.",
"5. Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil",
"Cosmoderm Vitamin E Cream adalah merupakan krim wajah yang berfungsi untuk melembapkan jauh ke dalam kulit wajah untuk mengelakkan kesan penuaan pramatang. ",
"Produk hilangkan patut ini juga dapat mengurangkan kedutan, garis halus dan parut sambil menegangkan kulit wajah. Dengan ramuan khas yang mampu merangsang penyembuhan parut, kehitaman dan parut jerawat yang sesuai untuk semua jenis kulit.",
"6. Palmer’s Cocoa Butter Stretch Mark Lotion",
"Krim Palmer’s Cocoa Butter Stretch Mark Lotion ini dapat mengembalikan kelembapan pada kulit, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif. ",
"Ia juga dapat mengurangkan penampilan stretch mark dan menjadikan kulit anda kelihatan berseri dan bertenaga. Krim ini juga dapat mengurangkan rasa gatal pada kulit dan juga dapat digunakan sebagai pelembap kulit agar kulit kekal anjal dan terhidrat sepanjang hari.",
"Produk hilangkan parut pilihan ramai yang lain ialah daripada Mederma Proactive Gel adalah krim yang disyorkan oleh pakar dermatologi di Amerika Syarikat dan diuji secara klinikal. ",
"Krim ini dapat mengurangkan masalah parut pada kulit sambil memperbaiki kerosakan pada penampilan kulit anda dengan lebih baik. Ianya mengandungi Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera yang dapat meratakan warna kulit dan merawat tekstur kulit yang bermasalah.",
"Krim ini juga berfungsi bagi merawat parut akibat luka, luka bakar, melahirkan anak dan banyak lagi dan kesannya diperolehi hanya dalam masa beberapa minggu sahaja. Ianya bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti alkohol dan tidak akan menyebabkan masalah kulit yang serius.",
"Krim dari Derma Health ini mempunyai tekstur lembut, kaya dengan pelembap dan merupakan krim antioksidan yang dapat memperbaiki kerosakan kulit dengan sangat baik. ",
"Selain itu, produk ini juga mengandungi 10,000iu Vitamin E pekat tinggi yang dapat melindungi kulit anda daripada bahan radikal bebas. Diformulasikan untuk merawat kulit yang bermasalah, mengurangkan penampilan parut, stretch mark, mencegah kekeringan, keretakan dan juga masalah kerosakan kulit.",
"Krim Dermatix Advanced Scar Formula ini mengandungi bahan daripada teknologi CX5 yang inovatif dan mengandungi ramuan unik Vitamin C. Ia sarat dengan manfaat perlindungan dan bertindak sebagai agen pencerah kulit. ",
"Produk ini amat sesuai untuk anda yang mengalami pelbagai jenis parut dan teknologi silikon pada krim ini dapat membantu mengurangkan kesan parut tersebut. Walaupun kesannya sedikit lebih perlahan daripada krim lain, namun ia tetap dijamin selamat digunakan untuk semua jenis kulit.1",
"10. Rosken Skin Repair High Potency Vitamin E Cream",
"Krim produk hilangkan parut ini mendorong pertumbuhan semula sel untuk parut, kesan regangan dan cela kulit. Selain itu, ia juga dapat mencegah proses penuaan pada kulit dengan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus yang muncul di permukaan wajah. ",
"Disamping itu juga, bahan antioksidan yang terdapat dalam produk hilangkan parut ini juga mampu melindungi sel membran kulit dan memberikan keanjalan agar kelihatan awet muda.",
"11. Shiseido White Lucent Multibright Night Cream",
"Krim Shiseido White Lucent Multibright Night Cream ini merupakan salah satu produk hilangkan parut pilihan ramai. Krim Shiseido White Lucent Multibright Night Cream dengan proses pelbagai fungsi untuk mencerahkan kulit sekaligus mengurangkan penampilan bintik hitam dan parut jerawat. ",
"Selain itu, Semasa tidur, proses kulit akan berjalan dengan baik, pastikan pakai sebelum tidur ya. Ia juga tidak menyebabkan masalah kegatalan atau kerengsaan pada kulit setelah memakainya.",
"Anda disyorkan untuk menggunakan krim ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit yang diinginkan.",
"Pasti ramai yang merasa kurang yakin dengan adanya parut di wajah anda. Jangan risau, Olumes cream pastinya dapat membantu anda. Jenama ini merupakan antara jenama yang terbaik antara krim penghilang parut yang lain. ",
"Lebih menarik lagi, krim ini mengandungi bahan semulajadi yang pastinya dapat membantu menghilangkan parut anda. Hal ini menjadikan produk ini sebagai salah satu produk hilangkan parut pilihan ramai.",
"Selain itu, cream ini bukan sahaja membantu menghilangkan parut, malah ia juga dapat membantu untuk mengecilkan liang pori serta menganjalkan kulit muka anda. Bagi mereka yang mempunyai kulit muka sensitif juga sangat sesuai untuk menggunakan cream ini. ",
"Bahan yang terdapat di dalam cream seperti 10 jenis peptide dan asid hyaluronic yang berfungsi sebagai agen anti penuaan, menjadikan kulit wajah anda agar sentiasa kelihatan muda. Kulit anda juga akan lebih terhidrasi selepas menggunakan cream ini.",
"Berikut adalah antara produk hilangkan parut yang boleh anda pilih. Pasti berkesan untuk kulit wajah anda! Jom baca juga Day Cream Terbaik, skincare Korea Terbaik, serum terbaik untuk kulit kering dan Serum terbaik untuk whitehead.",
"Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
] |
https://bidadari.my/bersalin-normal/ |
Petua Tips
11 Petua Bersalin Normal Tanpa Koyakan Dan Jahitan
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
| [
"Setiap ibu mengandung mengimpikan untuk bersalin normal tanpa sebarang koyak atau perlu guntingan episiotomi selain mengharapkan proses bersalin yang mudah dan cepat tanpa sebarang komplikasi. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips bersalin normal tanpa koyakan yang boleh anda amalkan.",
"1. Minta maaf dan mohon keredhaan dari suami",
"Apabila sampai masa untuk anda melahirkan, mohon maaf kepada suami dan minta supaya diampunkan semua dosa dan kesalahan yang pernah anda lakukan sepanjang bergelar suami isteri. Mohon keredhaan dari suami dan minta suami doakan supaya proses bersalin berjalan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi.",
"2. Minta maaf dan mohon keredhaan dari ibu bapa",
"Selain kemaafan dan keredhaan dari suami, anda juga perlu menghubungi ibu bapa dan laukan perkara yang sama. Minta ibu doakan semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah, dengan berkat doa seorang ibu, anda dan bayi yang bakal dilahirkan pasti selamat dan sihat.",
"3. Minta maaf dan mohon keredhaan dari mertua",
"Dalam islam, kedudukan ibu dan bapa mertua adalah sama taraf dengan ibu bapa anda sendiri. Oleh itu, sebelum masuk ke dewan bersalin, jangan lupa untuk menghubungi kedua mertua untuk meminta maaf dan mohon keredhaan dari mereka.",
"Senaman kegel atau senaman otot lantai pelvis merupakan satu senaman yang membantu menguatkan stamina supaya anda tidak mudah penat semasa meneran. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu membuat kemutan seperti sedang menahan air kencing. Caranya:",
"Senaman kegel boleh dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, pejabat, dan sambil memandu.",
"Jika anda ingin bersalin normal dengan mudah dan cepat, anda perlu belajar teknik meneran dengan betul. Anda ada masa 9 bulan untuk menguasai teknik tersebut. Cara meneran dengan betul ialah:",
"Sepanjang tempoh bersalin, anda boleh belajar teknik pernafasan yang betul semasa melahirkan. Tujuannya ialah supaya anda meneran dengan betul tanpa menghabiskan tenaga untuk perkara yang tidak sepatutnya. Teknik pernafasan yang betul semasa bersalin ialah:",
"Teknik pernafasan yang betul bukan sahaja membantu memudahkan proses bersalin malah ia membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.",
"Untuk bersalin normal dengan mudah dan cepat, anda boleh amalkan urutan perinium sepanjang tempoh bersalin, terutamanya di hujung kehamilan di mana anda semakin hampir dengan tarikh dijangka bersalin. Urutan ini boleh dilakukan oleh anda sendiri atau dibantu oleh suami.",
"Tujuan urutan perinium ialah supaya otot di sekeliling vagina menjadi lebih elastik dan anjal lalu memudahkan proses mengeluarkan bayi tanpa sebarang koyakan atau potongan. Caranya ialah:",
"Anda juga digalakkan untuk mengamalkan Surah Yusuf sepanjang tempoh kehamilan supaya mendapat kemudahan semasa proses melahirkan.",
"Selain Surah Yusuf, Surah Maryam juga merupakan surah yang boleh anda amalkan semasa mengandung.",
"10. Zikir Nabi Yunus semasa berada dalam perut ikan yu",
"Ingat tak kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan yu? Semasa berada dalam perut ikan yu, Nabi Yunus tak putus-putus berzikir kepada Allah memohon jalan keluar dengan selamat. Akhirnya, Allah mengizinkan Nabi Yunus keluar dari perut ikan yu tersebut dengan selamat. Zikir tersebut ialah:",
"Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.",
"Anda juga boleh amalkan doa mudah bersalin yang berikut:",
"فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا",
"“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”. ( Surah Maryam: 26 )",
"هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ",
"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. ( Doa Nabi Zakaria )",
"ا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ",
"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah. ( Surah Faatir: 11 )",
"Itulah dia 11 petua bersalin normal yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang doa mudah bersalin, amalan ibu mengandung, dan senaman kegel."
] |
https://bidadari.my/resepi-kurma-telur/ |
Resepi
Resepi Kurma Telur Paling Sedap (Nak Tahu Kena Cuba)
Oleh Rahayu Z
| [
"Lagi, kali ini kami akan berkongsikan resepi telur kegemaran anak-anak. Ialah kurma telur hidangan yang lazat dan mendapat perkongsian ramai di laman Facebook.",
"Layaknya masakan kurma ayam atau daging, kurma telur dimasak dengan santan, kentang, rempah dan bahan masak kurma di mana telur direbus bulat-bulat dan digoreng terlebih dulu.",
"Kurma telur sesuai untuk anda yang ada alahan ayam/daging, boleh gantikan dengan telur. Makan nasi putih dengan kurma telur sedap sungguh merangsang selera.",
"Di bawah ini kami kongsikan resepi kurma telur senang, mudah dan lazat dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman Facebook. Selamat mencuba.",
"Selain resepi telur kurma, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/salted-egg-cornflakes/ |
Resepi
Resepi Salted Egg Cornflakes (Crunchy Dan Creamy)
Oleh Rahayu Z
| [
"Yang tengah ramai dibincangkan, ialah cornflakes salted egg. Nampaknya salted egg tengah naik daun sekarang sehingga apapun menu yang pakai salted egg gerenti banyak disukai. Siapa suka meratah cornflakes salted egg rangup lagi lazat?",
"Cornflakes ialah makanan/kudapan yang memiliki tekstur keras dan rangup. Apabila dimasak dengan salted egg, cornflakes yang tadi keras kering jadi lebih lembut namun tetap crunchy ketika dikunyah. Salted egg berkrim lapisi permukaan cornflakes jadi seronok dikunyah tidak sakit gigi. Pemakaian daun kari ialah penting dalam semua resepi salted egg ya.",
"Resepi cornflakes salted egg dikongsikan oleh Ija Hafiza Ismail di laman Facebook. Budak-budak pun boleh makan. Namun jika anda suka lagi pedas, anda boleh tambahkan cili padi lebih lagi. Maka jadilah ia spicy salted egg cornflakes. Seronok sangat mengudap cornflakes salted egg ini. Dapat cornflakes yang bulat-bulat besar syok ngunyah botol bersih dalam sekejap. Mesti cuba tau, kalau beli mahal.",
"Selain salted egg cornflakes, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/resepi-udang-galah/ |
Resepi
Resepi Udang Galah Masak Diraja (Padu, Sedap Terangkat)
Oleh Rahayu Z
| [
"Udang masak diraja merupakan favorit semua ahli kelaurga. Dihidangkan bersama nasi dimakan waktu tengah hari mahupun sebagai makan malam.",
"Udang galah memiliki saiz yang besar bahkan sampai sebesar tapak tangan orang dewasa. Kerana saiz yang besar seperti ini ramai orang yang bingung mahu diolah jadi hidangan apa udang galah ini.",
"Antara resepi udang galah yang terkenal ialah udang masak diraja. Sekilas resepi ini menyerupai resepi kari udang. Namun resepi udang masak diraja hanya menggunakan sedikit santan sehingganya sangat pekat kejadiannya, hampir menyerupai rendang.",
"Anda yang memiliki bahan udang galah di rumah namun bingung mahu masak apa, sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Aryati Sarah di laman Facebook ini. Pastikan udang yang digunakan masih segar. Tengok jika udang berkilat dan bila ditekan terasa kenyal maknanya udang masih segar.",
"Kisar kesemua bahan di atas kecuali udang.",
"Selain resepi udang galah masak diraja, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-makanan-bayi-10-bulan/ |
Anak, Resepi
Resepi Makanan Bayi 10 Bulan Senang Untuk Masak
Oleh Aniuna
| [
"Jemput abca artikel resepi makanan bayi 10 bulan. Bayi berusia 10 bulan, sudah memiliki lebih banyak gigi susu yang comel-comel, membuatkan mereka mampu untuk mengunyah makanan enak yang bertekstur padat. Memberi makanan padat yang telah dipotong-potong (finger food) seperti buah pear atau puding.",
"Selain mengenyangkan, finger food juga akan membantu bayi anda mengembangkan kemampuannya dalam menggenggam sesuatu di tangan. Pergerakan bayi memegang makanan dan memasukkan makanan ke dalam mulut boleh melatih koordinasi motor halusnya.",
"Usia 10 bulan adalah saat yang tepat untuk memperkenalkan pebagai jenis makanan pada bayi anda seperti lebih banyak jenis buah, sayuran, biji-bijian, dan daging. Namun, ibu bapa perlu hati-hati dengan makanan yang dapat menyebabkan bayi tersedak, seperti kismis, anggur atau kekacang.",
"Gambar sekadar hiasan. Imej via pama",
"Kredit Resepi : Nonie Noor Aienie",
"Gambar sekadar hiasan. Imej via healthykadai",
"Gambar sekadar hiasan. Imej via oldworldgardenfarms",
"Imej dan resepi via Nonie Noor Aienie",
"Gambar sekadar hiasan. Imej via mymilk",
"Gambar sekadar hiasan. Imej via eyeni",
"6) Sup Bihun, Ubi Keledek dan Sayuran",
"Gambar sekadar hiasan. Imej via ummiaira",
"Gambar sekadar hiasan. Imej via sukaresepmasakan",
"8) Nasi Kuning Dan Ayam Masak Merah",
"Gambar sekadar hiasan. Imej via sahabatnestle",
"Gambar sekadar hiasan. Imej via lifestyle",
"Gambar sekadar hiasan. Imej via dapur-elena",
"Bagaimana dengan artikel berkenaan Resepi Makanan Bayi 10 Bulan yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?",
"Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
] |
https://bidadari.my/kaitan-mainan-anak-dan-psikologi/ |
Anak, Keluarga
Apa Kaitan Mainan Anak-Anak Dari Segi Psikologi?
Oleh Dr Rozanizam Zakaria
| [
"Anak-anak hari ini ‘sibuk’ memenuhi jadual yang disusun oleh ibubapa mereka. Sekolah, tuisyen, kelas petang dan pelbagai jadual akademik anak-anak menjadi penanda aras ‘the perfect child’ idaman ibubapa. Sehinggakan kita kadangkala ‘menyekat’ anak-anak dari bermain.",
"Kadang-kadang kita terlupa, hari ini kita jadi ‘hebat’ kerana sebahagian perjalanan kanak-kanak kita dulu diisi dengan main ‘polis-sentri’, main masak-masak bawah rumah, ‘main tanah’, main biji saga, main cakap depan kipas, berebut colour power rangers dan macam-macam lagi permainan yang kita cipta sendiri.",
"Imej ‘the perfect parents’ yang kita sendiri cipta melupakan kita bahawa melalui permainan, sebenarnya kita dahulu belajar berimaginasi, bertolak ansur, menunggu giliran, menghormati hak orang lain, mencuba pelbagai ‘watak’ lakonan dan pelbagai nilai yang tidak ada dalam ‘buku akademik’.",
"Dr Maria Montessory, pakar pendidikan anak-anak menekankan bahawa permainan penting untuk menjadikan anak aktif, pandai membuat pilihan dan membantu perkembangan otak. Terutamanya permainan yang menggalakkan perkembangan sensory-motor, cognitive dan social-emotional anak-anak. Di sinilah peranan permainan dan pembentukan psikologi sihat anak-anak.",
"Dalam psikiatri, kalau berhadapan dengan kanak-kanak yang mengalami trauma, gangguan emosi, autism dan sebagainya, antara sebahagian dari ‘rawatan’ yang kami berikan ialah ‘play therapy’. Ya, rawatan BERMAIN! That’s how therapeutic play can be for the children.",
"Kalau kita rujuk sirah, kita akan bertemu dengan hadith kisah Aisyah R.A dengan anak patungnya, Abu Umair dengan burung ‘nughar’ dan Hussain R.A dan binatang kecil. Kesemuanya disaksikan oleh Baginda SAW. Sahabat yang hebat, tetapi ada sisi lain dalam usia kecil mereka bersama dengan permainan mereka.",
"Pengarang buku Cara Mendidik anak mengikut Sunah rasulullah SAW, Muhammad Nur Abdul Hafiz Suwaid menggariskan 3 kkriteria mainan yang baik untuk anak-anak.",
"– mainan yang melatih jasmani dan kesihatan anak-anak\n– mainan yang melatih anak-anak menyusun dan mengawalnya sendiri\n– mainan yang mendorong fikiran dan mempelajari/mencuba kemahiran orang dewasa",
"Tak perlu berhabis dengan mainan yang mahal untuk anak-anak. Kadang-kadang kotak, pinggan plastik, pasir, ‘buble wrap’ dan sebagainya lebih memberi ‘kepuasan’ buat anak-anak ni berbanding mainan dengan brand mahal.",
"Bersikap adil dengan anak-anak, beri ruang mereka menikmati zaman kanak-kanak tanpa mengabaikan tuntutan yang lain.",
"Kadangkala kita perlu tolak ego kita ketepi dan katakan, “mainlah”, sambil dalam hati niatkan semoga Allah kurniakan dari permainan ini suatu pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah kelak."
] |
https://bidadari.my/2813/ |
Kesihatan
Jangan Pandang Ringan Pada Penyakit!
Oleh Lily Izzuan
| [
"Sumber artikel adalah daripada myhealth dan artikel ini telah ditulis oleh Siti Aishah Yusoff [Utusan Malaysia 6/12/13]. Semoga kita berhati-hati tentang penyakit yang dialami walaupun kecil.",
"Masalah mata, resdung dan saraf bukanlah penyakit yang perlu diambil mudah. Malah, menyedari kesakitan dan mencari rawatan berkesan dapat membantu mengubati penyakit ini.",
"Jika anda pernah mengalami kebas-kebas kaki dan tangan, lenguh pada bahagian badan yang berlaku dalam tempoh yang sekejap mahupun berlarutan sehingga beberapa hari, sudah cukup menimbulkan perasaan kurang senang pada diri anda.",
"Dalam usaha membantu orang ramai merawat ketiga-tiga masalah tersebut, Al Ansar Health mempunyai rawatan alternatif untuk mengurangkan masalah berkenaan dalam waktu yang cepat dan berkesan.",
"Penasihat Pusat Terapi Al Ansar Health, Adnan Abdul Wahab berkata, seseorang yang sering menanggung kesakitan akibat kebas pada bahagian tertentu pada badan bukanlah perkara biasa.",
"“Kebas perlu dirawat dengan segera. Rasa sakit akibat kebas merupakan petanda seseorang mempunyai penyakit saraf. Jika rasa kebas tidak dirawat dan dibiarkan berlarutan ditakuti akan memudaratkan kesihatan.",
"“Sehingga sampai satu tahap, jika rasa kebas yang dialami pesakit tidak dirawat akan mengundang bahaya kerana boleh menyebabkan darah beku pada bahagian otak.",
"“Walaupun ada antara kita mengalami situasi demikian, namun kita jarang memikirkan rasa kebas sebagai suatu tanda penyakit, malah kita menganggap keadaan ini pernah dialami oleh setiap orang,” jelas Adnan.",
"Tambah Adnan, pelanggan yang mempunyai masalah saraf akan melalui proses rawatan fisioterapi dengan ahli terapi yang berpengalaman dan berkemahiran di pusatnya.",
"“Kaedah menggunakan urutan saraf magnetik aura bersama-sama minyak terapi mujarab akan digunakan pada bahagian badan yang sakit dan kebas.",
"“Urutan untuk masalah saraf bertujuan melancarkan kembali darah dan sel dalam badan supaya kembali cergas dan sihat bertenaga. Alhamdulilllah selepas menjalani urutan di sini, didapati pesakit boleh kembali tersenyum kerana bahagian kebas dan lenguh kembali baik.",
"“Contohnya, terdapat pesakit yang tidak boleh mengangkat tangan akibat masalah urat, namun selepas menerima rawatan di sini tangannya kembali elok dan boleh angkat selepas diurut,” katanya.",
"Ujar Adnan lagi, masalah resdung juga tidak perlu dipandang enteng oleh individu yang menghidapnya. Resdung yang teruk jika tidak dirawat akan menjejaskan kesihatan dan mendatangkan kesakitan yang berlarutan.",
"“Antara tanda-tanda seseorang mempunyai masalah resdung yang perlu dirawat dengan segera adalah sentiasa gatal pada bahagian muka dan telinga, kerap bersin, rambut gugur dan sakit kepala,” kata Adnan.",
"Sebahagian individu katanya, menganggap sakit kepala adalah disebabkan âmigrainâ, tetapi sebenarnya sakit ini terjadi kerana dalam rongga muka tersimpan banyak lendir.",
"“Untuk rawatan resdung, rawatan akan dilakukan jika keadaan memerlukan bergantung kepada masalah resdung yang dihidapi pesakit.",
"“Semasa melakukan rawatan, ibu resdung akan ditarik keluar dari hidung. Selepas proses ini selesai dilakukan pesakit akan rasa kepala lebih ringan , nafas lebih baik dan mata kembali jelas dan tenang,” ujarnya.",
"Beliau menambah, punca seseorang mempunyai masalah resdung adalah melalui pengambilan makan yang berjeruk seperti, belacan dan budu, persekitaran yang tidak bersih dan juga faktor genetik.",
"Sementara itu, Adnan juga mengulas bahawa lebih 90 peratus dalam kalangan kita akan mempunyai masalah mata dalam tempoh waktu tertentu.",
"“Masalah mata terjadi akibat mata tidak mempunyai rehat yang cukup, air mata yang tersumbat dan juga saluran darah di sekeliling mata tidak berjalan dengan lancar.",
"Semoga perkongsian ini dapat membantu yang lain"
] |