url
stringlengths
23
111
headline
stringlengths
36
164
content
sequence
https://bidadari.my/kelebihan-minyak-argan/
Kesihatan 10 Kelebihan Minyak Argan (Inilah Rahsia Cantik Wanita Timur Tengah) Oleh Siti Awadah
[ "Bila terpandang wanita timur tengah naik cemburu pula rasa dalam hati. Cantiknya mereka ni! Kulit nampak lembab dengan rambut yang hitam berkilat. Tak macam orang yang tinggal di kawasan bersuhu panas pula gayanya. ", "Tapi itu semua tak mustahil. Kalau anda nak tahu, salah satu rahsia cantik untuk gadis dan wanita Timur Tengah ini adalah dengan menggunakan minyak argan secara rutin untuk bantu mencantikkan diri.", "Maka tidak hairanlah mengapa minyak argan ini semakin terkenal di seluruh dunia. Malah permintaannya juga telah melonjak naik dengan drastik. Namun bukan mudah untuk mendapatkan minyak argan yang asli 100% tanpa sebarang campuran bahan lain. ", "Ini kerana minyak argan ini sangat sukar untuk di dapati di tambah dengan harganya yang agak mahal. Almaklumlah, minyak argan ini adalah salah satu jenis minyak yang paling mahal di dunia. ", "Bagaimanakah Sebenarnya Minyak Argan Ini Terhasil?", "Minyak argan adalah minyak yang berasal dari ekstrak biji pohon argan yang hanya tumbuh di daratan Maroko. Minyak argan sering disebut โ€˜carian emasโ€™ dek karena khasiatnya yang banyak pada tubuh. Minyak argan ini telah dikenal sejak zaman sebelum masehi lagi. ", "Kebiasaannya untuk mendapatkan minyak, kaum perempuan dari penduduk setempat yang terdiri dari suku Berber akan menggunakan cara manual untuk memecahkan kacang. Di dalam kacang ini ada biji dan biji inilah yang mengandungi minyak di dalamnya. ", "Bukan mudah untuk lakukan proses bagi mendapatkan minyak argan secara manual ini. Kini sudah ada pihak yang dapat menyudahkan proses bagi mendapatkan minyak argan ini dengan cara yang lebih canggih dan mudah.", "12 Kelebihan Minyak Argan Pada Kulit Wajah Dan Tubuh", "#1 โ€“ Kaya Dengan Vitamin dan Antioksidan", "Minyak ini sangat kaya dengan kandungan vitamin A dan vitamin E. Malah kandungan vitaminnyaadalah dua kali ganda lebih banyak berbanding Minyak Zaitun. ", "Vitamin E kaya dengan antioksidan dan secara tidak langsung ianya dapat membantu untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan masalah penuaan pada kulit wajah. ", "#2 โ€“ Merawat dan Menyembuhkan Penyakit Kulitย Danย Masalahย Jerawat", "Minyak argan ini juga dipercayai dapat membantu merawat jerawat ringan dan menyembuhkan parut jerawat. Untuk jerawat yang baru tumbuh, cepat-cepat sapu minyak argan pada kawasan jerawat tersebut. Inshaa Allah bangun pagi esok jerawat tu dah surut. ", "Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah pertumbuhan ketuat pada tubuh. masa yang sama minyak argan ini juga dapat merawat beberapa jenis penyakit kulit sepertiย eczema, psoriasis, cacar air, chicken pox, kudis, kurap dan sebagainya. ", "#3 โ€“ Mengurangkan Kedutan Yang Muncul Pada Kulit Wajah", "Apabila usia kita makin bertambah, mula lah datangย wrinklesย atau kedutan pada wajah. Kedutan paling banyak berlaku pada kawasan bawah mata dan juga dahi. Makin tak cantik kan? ", "Nak cuba kawal kedutan dari banyak berlaku boleh cuba amalkan penggunaan minyak argan ini. Ramai yang berkata minyak argan ini dapat bantu masalah kedut pada muka dan siapa tahu anda juga boleh mendapatkan kesan yang sama nanti. ", "#4 โ€“ Mencerahkan Tona Kulit Secara Semulajadi", " Minyak argan juga berfungsi untuk mencerahkan kulit dengan membuat tona kulit lebih sekata. Tak perlu guna kosmetik yang berbahaya, guna sahaja minyak argan. ", "Mungkin hasilnya agak lambat berbanding dengan produk khusus untuk cerahkan kulit yang ada di pasaran namun bukankah cantik dengan cara selamat itu adalah jauh lebih baik untuk sifat yang lebih kekal lama. ", "#5 โ€“ Melembapkan Kembali Kulit Yang Kering", "Minyak Argan juga berfungsi melembapkan kulit yang kering dan membuatkan kulit anda lebih lembap. Jika anda mempunyai kulit kering, anda memang dinasihatkan menggunakan produk yang berasaskan semulajadi seperti minyak argan ini untuk mengembalikan kelembapan kulit. ", "Berkerja terlalu lama di dalam suasana berhawa dingin adalah salah satu punca utama hilang kelembapan sehingga boleh menjadi kering. ", "#6 โ€“ Boleh Menjadi Penganti Toner Untuk Kulit Yang Lebih Segar", "Tak dinafikan ramai yang rasa malas nak guna toner walaupun tahu toner tu penting. Ya benar toner agak melecehkan tetapi fungsi toner itu sangat bagus untuk kulit. ", "Bagi yang punya masalah malas nak beli dan nak pakai toner ni, anda bakal dapat pengganti toner dengan pemakaian minyak argan ini. Caranya mudah saja, sebelum tidur titiskan 2 atau 3 titis minyak argan pada tapak tangan dan gosok. Kemudian sapulah ke seluruh wajah dan pangkal leher dengan urutan secara memutar. ", "#7 โ€“ Mengurangkan Kadar Kolestrol Dalam Badan", "Anda tahu minyak zaitun itu bagus kan? Sedangkan minyak zaitun itu bagus inikan pula minyak argan yang ada khasiat dua kali ganda darinya. Amalkan pengambilan minyak argan dalam diet pemakanan dan anda akan lihat bagaimana berat badan anda akan mula menurun. ", "Ini kerana minyak argan ini mampu untuk membantu menurunkan tahap kolestrol dalam badan dengan cara menghalang penyerapan kolestrol yang tidak baik dari saluran usus. ", "#8 โ€“ Membantu Proses Penghadaman Yang Baik", "Tidak hanya boleh bantu turunkan kolestrol malah ia juga dapat bantu tingkatkan proses penghadaman dan pencernaan yang baik. Secara tidak langsung tubuh badan akan semakin sihat dan kekal solid tanpa masalah berat badan yang berlebihan lagi seperti dulu. ", "#9 โ€“ Menguatkan Kukuย Danย Rambut", "Kuku lebih kuat dan lebih sihat secara semulajadi dengan menggunakan minyak argan. Ciri-ciri anti radang dan anti bakteria yang ada pada minyak argan membantu melawan infeksi pada kulit dan kuku. Kuku bukan hanya akan kelihatan lebih sihat tetapi juga semakin bersinar dan bermaya. ", "Masalah kulit bibir kering, pecah dan menggelupas memang sering berlaku. Biasalah cuaca di negara kita ini kan agak panas. Jika anda seorang yang kurang minum air kosong maka masalah bibir pecah sebegini akan menjadi lebih teruk lagi.", "Dengan penggunaan minyak argan pada bibir, masalah bibir pecah dan kering dapat di atasi. Malah penggunaan yang scara berterusan akan menjadikan bibir lebih sihat, lembab dan cantik. Barulah sapu lipstik pun jadi lebih mudah dan menarik.", "Cara Menggunakan Minyak Argan Dengan Betul", "Cuci bersih permukaan kulit wajah dengan pembersih muka kegemaran sehingga bersih. Titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah. ", "Urut perlahan-lahan sehingga minyak argan meresap kedalam kulit. Boleh guna waktu siang dan malam sebagai pelembap dan boleh dicampurkan dengan sebarang jenisย foundationmakeup. ", "Untuk rawatan rambut, anda hanya perlu titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada permukaan kulit kepala serta rambut dengan cara mengurut. Gunakan sikit demi sedikit secara berterusan berulang kali pada bila-bila masa yang anda suka. Anda juga boleh biarkan semalaman sebelum di cuci rambut tersebut pada esok hari. ", "Minyak Argan Mudah Disesuaikan Dengan Semua Jenis Kulit", "Akhir sekali, apa yang best dan menarik mengenai minyak argan ini adalah ia sesuai dengan semua jenis kulit. Jadi dah tak perlu risau kalau tak sesuai dengan kulit. Minyak argan selamat digunakan! Selamat mencuba. " ]
https://bidadari.my/bagaimana-rasulullah-mendidik-anak-anak-bersikap-amanah/
Anak Bagaimana Rasulullah Mendidik Anak-Anak Bersikap Amanah? Oleh Hisham Sharif
[ "Dalam kisah-kisah kehidupan Rasulullah SAW, terlalu banyak mutiara berkenaan pendidikan anak-anak yang boleh dikutip. Bermula dari sebelum seorang bayi lahir, hinggalah pendidikan anak-anak menjelang remaja. Dari ibadah khusus seperti kepentingan solat kepada anak-anak, hinggalah adab makan yang diajar terus oleh Rasulullah SAW kepada anak-anak.", "Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah tentang bagaimana Rasulullah SAW mendidik seorang anak agar bersikap amanah.", "Diriwayatkan daripada Abdullah bin Busr Al Mazini RA, dia mengatakan, โ€œPada suatu ketika, ibuku memerintahkan aku membawa setangkai anggur kepada Rasulullah SAW. ", "Lalu aku memakan sebahagian anggur itu sebelum aku serahkan kepada baginda. Sesampai di hadapan Rasulullah, maka baginda menjentik telingaku dan mengatakan,โ€Wahai pengkhianat.โ€", "Mungkin bagi sesetengah orang, ada yang akan berkata, โ€œala, anggur je pun, biar je la, dah budak tu nak makan.โ€", "Rasulullah SAW memang terkenal sebagai seorang yang cukup menyayangi anak-anak, bahkan dalam banyak hadis kita akan dapat lihat betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada anak-anak, terutamanya kedua cucunya dan anak-anak yatim.", "Akan tetapi dalam kes ini, ia sedikit berbeza. Walaupun yang tidak sampai kepada Rasulullah itu hanyalah sedikit anggur, tapi Rasulullah ingin mendidik anak itu tentang sikap amanah. Kasih sayang Rasulullah untuk menjadikan anak itu seorang yang bersifat amanah lebih besar dari kasih sayangnya terhadap kepuasan anak itu memakan anggur.", "Inilah satu perkara yang kita perlu beri perhatian secara khusus dalam pendidikan anak-anak. Contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan kita hari ini, bila anak-anak kita suruh untuk pergi ke kedai bagi membeli beberapa barang keperluan, pastikan anak-anak itu membeli apa yang disuruh sahaja dan memulangkan wang bakinya dengan cukup.", "Audit anak-anak dan pesan agar mereka amanah walaupun hanya sepuluh sen. Jika ingin memberi upah, berikan kepada mereka selepas itu. Apa yang penting, adalah sikap amanah mesti diterapkan sejak kecil.", "Begitu juga ketika anak-anak kita yang masih kecil pergi ke pasar. Kadang-kadang, ada anak yang mengambil coklat atau buah dan terus memakannya sebelum membayarnya. Walaupun pekedai itu mungkin tidak kisah, tapi pastikan anak-anak kita dididik dengan sifat amanah.", "Budayakan mereka meminta izin jika ingin mendapatkan sesuatu. Walaupun buah jambu air yang terjulur di halaman rumah kepunyaan jiran tetangga.", "Moga anak-anak kita semuanya akan menjadi orang yang amanah, insya-Allah." ]
https://bidadari.my/sebab-lelaki-lambat-kahwin/
Keluarga, Rohani Kenapa Masih Ada Lelaki Lambat Kahwin? Ini 15 Sebabnya! Oleh Siti Awadah
[ " Ramai dikalangan kaumย lelakiย di Malaysia ini yang nakย kahwinย dan ramai juga yang masih belum berkahwin. Yang nikah banyak pun berlambak juga. Bila difikir secara rasional, siapa yang tidak mahu berkahwin. Tidak kira lelaki atau perempuan semuanya mahu berkahwin. Cuma lambat atau cepat ja sesatu perkahwinan itu. ", "Dulu, sering kita dengar kaum lelaki dalam umur 20an kebanyakkannya sudah berkahwin. Berbanding dengan la, semuanya nak mengelak bila di tanya tentang perkahwinan. Kadang-kadang tiada jawapan yang boleh diberi. ", "Tambah pula bila si lelaki dah ada pasangannya, persoalan tentang bila nak kahwin mesti akan timbul dan mereka seakan mengelak dengan persoalan itu. Ini menyebabkan si perempuan akan mengaanggap si lelaki tidak serius dan hanya main-main dengan mereka.", "Tidak mustahil dan pelik bila kita dengar, trend sekarang, ramai lelaki berkahwin lewat ataupun tidak berkahwin langsung. Dan dalam kehidupan sekeliling kita, pasti ada saudara atau kenalan kita yang tidak berkahwin lagi walaupun umur mereka dah masuk 30an atau 40an.", "15 Sebab Mengapa Lelaki Lambat Kahwin", "DUIT. Ya duit adalah sebab utama mengapa ramai lelaki lambat kahwin. Faktor duit adalah salah satu sebab yang paling popular. Tapi kalau difikirkan balik memang betul juga. Kalau duit tak cukup macamana nak berkahwin dan nak sara anak orang. Macam-macam yang perlu difikirkan, duit hantaran duit kenduri. Semuanya guna duit.", "Bukan kaum perempuan jer yang cerewet, malah kaum lelaki pun ada cerewetnya dalam cari pasangan. Malah ada yang lagi teruk sikap cerewetnya. Serba tak kena, semuanya nak yang perfect di mata mereka. Pilih punya pilih, tetap tak jumpa pilihan hati. Sedar tak sedar, umur semakin berganjak naik dari 20an ke 40an.", "Sebab ramai lelaki lambat kahwin yang seterusnya adalah kerana mereka masih lagi menanggung keluarga mereka. Pengorbanan seorang lelaki yang cukup besar bila sanggup tepikan perasaan mereka dalam memenuhi tanggung jawab mereka terhadap keluarga.", "Alasan yang selalu juga diberi tetapi sampai bila si lelaki baru nak bersedia. Kalau tak bersedia jawapannya kena belajar. Dalam kehidupan seharian kita, kita akan belajar tentang kehidupan dan semua tu kita boleh praktikkan selepas berkahwin. Kalau kita kata kita tak bersedia sampai bila-bila pun kita tak akan bersedia.", "5. Pernah Kecewa Dan Gagal Dalam Bercinta", "Pengalaman putus cinta di masa lalu menyebabkan si lelaki ada sebab lambat berkahwin. Pengalaman yang menyakitkan, perit ditinggalkan membuatkan si lelaki serik untuk bercinta lagi.", "6. Banyak Perkara Nak Kena Fikirkan", "Ya, memang banyak perkara yang nak difikirkan. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Banyak benda nak kena fikir dan buat. Bukan boleh redah sesuka hati saja. Patutlah ramai lelaki lambat kahwin, banyak benda nak fikir rupanya.", "Sebab lambat berkahwin bila si lelaki kata โ€˜ tak sampai seru lagiโ€™. Salah 1 ayat yang paling glamour bila ditanya tentang soalan perkahwinan. Tapi macam mana nak sampai serunya kalau pasangan pun tak ada lagi.", "Bila si lelaki tidak yakin untuk berkahwin kerana sakit. Masih dalam rawatan dan nak tunggu penyakit itu sembuh dulu baru nak fikir soal kahwin. Perasaan itu membuatkan mereka teragak-agak dan mengambil masa untuk berfikir untuk memikirkan tentang soal perkahwinan. Biar jadi penyumbang kepada kumpulan ramai lelaki lambat kahwin asalkan diri sihat dulu untuk bersama bakal isteri.ย ", "Sambung belajar antara sebab lambat berkahwin. Ada yang boleh fokus bila berkahwin ada yang tak boleh. Mereka akan tunggu sampai habis belajar baru nak fikirkan soal perkahwinan.", "Akibat dari pengalaman penceraian ibu bapa mereka di masa lepas membuatkan si lelaki ambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkahwinan. Mereka dah lalui situasi penceraian itu dan takut kejadian itu akan berulang dalam kehidupan mereka.", "Sebab lambat berkahwin bila si lelaki baru mula bekerja dan ingin bina kerjaya mereka dahulu untuk kehidupan yang lebih stabil. Tak dinafikan memang ramai lelaki lambat kahwin kerana nak siapkan rumah, kereta dan lain-lain untuk hidup dalam keadaan ekonomi yang lebih kukuh bersama keluarga yang bakal dibinanya kelak.ย ", "12. Ada Jodoh Tetapi Tidak Direstui Famili", "Ada lagi zaman sekarang ni bila jodoh anak-anak masih ditentukan oleh ibu ayah. Kadang-kadang si lelaki sudah ada calon pilihan hati dan tidak direstui keluarga menyebabkan si lelaki berlengah-lengah dalam soal perkahwinan.", "Kerap kita dengar โ€˜enjoy puas-puas dulu pastu puas baru kahwinโ€™ . Macam-macam hendak dilakukannya sementara masih single. Mungkin kerana takut kalau lepas kahwin nanti dah tak boleh nak suka-suka dengan kengkawan macam ketika masih bujang.ย ", "14. Ingin Rasa Hidup Bebas Tanpa Dikongkong", "Lelaki kerapa merasakan yang segalanya akan berubah setelah berkahwin. Kadang-kadang, lelaki ni banyak sangat outdoor activity mereka. Bila berkahwin maka mereka rasakan semuanya akan tersekat. Tapi boleh saja berbincang dahulu dengan pasangan mengenai masalah ni. Yang penting kena ada sikap bertolak ansur.", "Salah satu sebab lambat berkahwin bila si lelaki ada masalah kecelaruan dalam diri. Tidak tahu sama ada suka lelaki ataupun perempuan. Memang beetl-betul bermasalah ni. Mereka boleh mengambil masa yang sangat lama dalam memulihkan masalah tersebut.", "Sebab Lelaki Lambat Kahwin Bukan Semua Sengaja Di Buat-Buat, Jangan Paksa!", "Jadi, tidak jadi masalah bila lelaki berkahwin lewat. Sudah semestinya kita tidak boleh memaksa mereka berkahwin hanya untuk penuhi impian orang lain. Pasti mereka ada sebab dan alasan tersendiri kenapa mereka lewat berkahwin. ", "Soal jodoh itu semuanya rahsia Allah tapi takkan kita nak tunggu jodoh tu datang bergolek macam tu saja. Kita kena juga berusaha dalam mencari jodoh kita. " ]
https://bidadari.my/kisah-uwais-al-qarni/
Keluarga, Rohani Kisah Uwais al-Qarni (Pemuda Terkenal Di Langit) Oleh Aniuna
[ "Jom kenali salah satu tokoh Islam iaitu kisah Uwais al-Qarni terkenal di langit tidak terkenal di bumi.", "Nama Uwais Al Qarni adalah Uwais bin โ€˜Amir bin Juzโ€™in bin Malik al-Qarni al-Muradi al-Yamani. Manakala nama gelarannya adalah Abu โ€˜Amr. Beliau merupakan golongan tabiโ€™in yang hidup pada zaman Nabi saw semasa beliau masuk Islam, namun tidak pernah berjumpa dengan Nabi saw sepanjang hayatnya.", "Beliau tidak berpeluang menziarahi Nabi saw di Madinah kerana menjaga serta berkhidmat kepada ibu beliau yang sudah tua dan uzur (Hilyatul โ€˜Auliya 2/87).", "Itulah sebabnya beliau tidak dikategorikan sebagai sahabat (kerana tidak bertemu dengan Nabi saw), tetapi dikategorikan sebagai tabiโ€™in. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Yaman. Az-Zahabi berkata mengenai beliau,", "โ€œUwais al-Qarni adalah seorang teladan yang zuhud, penghulu para tabiโ€™in di zamannya, termasuk di antara wali-wali Allah yang soleh lagi bertaqwa, dan hamba-hambanya yang ikhlas.โ€ (Siyar Aโ€™lam An Nubalaโ€™ 4/19)", "1) Dari Usair bin Jabir, bahawa penduduk Kufah mengutus beberapa utusan kepada Umar bin Khattab, dan di antara mereka ada seseorang yang biasa mencela Uwais. Maka Umar berkata; โ€œApakah di sini ada yang berasal dari Qaran. Lalu orang itu menghadap Umar. Kemudian Umar berkata: โ€œSesungguhnya Rasulullah saw telah bersabdaโ€:", "ุฅูู†ู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ู‹ุง ูŠูŽุฃู’ุชููŠูƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ูŠูŽู…ูŽู†ู ูŠูู‚ูŽุงู„ู ู„ูŽู‡ู ุฃููˆูŽูŠู’ุณูŒ ู„ูŽุง ูŠูŽุฏูŽุนู ุจูุงู„ู’ูŠูŽู…ูŽู†ู ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุฃูู…ู‘ู ู„ูŽู‡ู ู‚ูŽุฏู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุจูู‡ู ุจูŽูŠูŽุงุถูŒ ููŽุฏูŽุนูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ููŽุฃูŽุฐู’ู‡ูŽุจูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽูˆู’ุถูุนูŽ ุงู„ุฏู‘ููŠู†ูŽุงุฑู ุฃูŽูˆู’ ุงู„ุฏู‘ูุฑู’ู‡ูŽู…ู ููŽู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู‚ููŠูŽู‡ู ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ููŽู„ู’ูŠูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู’ ู„ูŽูƒูู…ู’", "Maksudnya, โ€œSesungguhnya akan datang kepadamu seorang lelaki dari Yaman yang biasa dipanggil dengan Uwais. Dia tinggal di Yaman bersama ibunya. Dahulu pada kulitnya ada penyakit belang (berwarna putih). Lalu dia berdoa kepada Allah, dan Allah pun menghilangkan penyakit itu, kecuali tinggal sebesar wang dinar atau dirham sahaja. Barangsiapa di antara kalian yg menemuinya, maka mintalah kepadanya untuk memohon ampun kepada Allah untuk kalian.โ€ (HR Muslim No.4612)", "2) Dari Umar al-Khattab, dia berkata;", "ุฅูู†ู‘ููŠ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุฅูู†ู‘ูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑูŽ ุงู„ุชู‘ูŽุงุจูุนููŠู†ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ูŠูู‚ูŽุงู„ู ู„ูŽู‡ู ุฃููˆูŽูŠู’ุณูŒ ูˆูŽู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ูุฏูŽุฉูŒ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุจูู‡ู ุจูŽูŠูŽุงุถูŒ ููŽู…ูุฑููˆู‡ู ููŽู„ู’ูŠูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู’ ู„ูŽูƒูู…ู’", "Maksudnya,ย โ€œAku mendengar Rasulullah shallallahu โ€˜alaihi wasallam bersabda: โ€œSebaik-baik tabiโ€™in adalah seorang lelaki yang dipanggil Uwais, dia mempunyai seorang ibu, dan padanya terdapat tanda putih, maka suruhlah dia untuk memintakan ampun bagi kalian.โ€ (HR Muslim).", "3) Dari Usair Bin Jabir, dia berkata;", "ย ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูู…ูŽุฑู ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุทู‘ูŽุงุจู ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุชูŽู‰ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฃูŽู…ู’ุฏูŽุงุฏู ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ูŠูŽู…ูŽู†ู ุณูŽุฃูŽู„ูŽู‡ูู…ู’ ุฃูŽูููŠูƒูู…ู’ ุฃููˆูŽูŠู’ุณู ุจู’ู†ู ุนูŽุงู…ูุฑู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุฃูŽุชูŽู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃููˆูŽูŠู’ุณู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุฃููˆูŽูŠู’ุณู ุจู’ู†ู ุนูŽุงู…ูุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู†ูŽุนูŽู…ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูู†ู’ ู…ูุฑูŽุงุฏู ุซูู…ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽู†ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู†ูŽุนูŽู…ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ุจููƒูŽ ุจูŽุฑูŽุตูŒ ููŽุจูŽุฑูŽุฃู’ุชูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽูˆู’ุถูุนูŽ ุฏูุฑู’ู‡ูŽู…ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู†ูŽุนูŽู…ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽูƒูŽ ูˆูŽุงู„ูุฏูŽุฉูŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู†ูŽุนูŽู…ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ูŠูŽุฃู’ุชููŠ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุฃููˆูŽูŠู’ุณู ุจู’ู†ู ุนูŽุงู…ูุฑู ู…ูŽุนูŽ ุฃูŽู…ู’ุฏูŽุงุฏู ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ูŠูŽู…ูŽู†ู ู…ูู†ู’ ู…ูุฑูŽุงุฏู ุซูู…ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽู†ู ูƒูŽุงู†ูŽ ุจูู‡ู ุจูŽุฑูŽุตูŒ ููŽุจูŽุฑูŽุฃูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽูˆู’ุถูุนูŽ ุฏูุฑู’ู‡ูŽู…ู ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ูุฏูŽุฉูŒ ู‡ููˆูŽ ุจูู‡ูŽุง ุจูŽุฑู‘ูŒ ู„ูŽูˆู’ ุฃูŽู‚ู’ุณูŽู…ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽุฃูŽุจูŽุฑู‘ูŽู‡ู ููŽุฅูู†ู’ ุงุณู’ุชูŽุทูŽุนู’ุชูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑูŽ ู„ูŽูƒูŽ ููŽุงูู’ุนูŽู„ู’ ููŽุงุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู’ ู„ููŠ ููŽุงุณู’ุชูŽุบู’ููŽุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‡ู ุนูู…ูŽุฑู ุฃูŽูŠู’ู†ูŽ ุชูุฑููŠุฏู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ูƒููˆููŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽู„ูŽุง ุฃูŽูƒู’ุชูุจู ู„ูŽูƒูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุนูŽุงู…ูู„ูู‡ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽูƒููˆู†ู ูููŠ ุบูŽุจู’ุฑูŽุงุกู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅูู„ูŽูŠู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุนูŽุงู…ู ุงู„ู’ู…ูู‚ู’ุจูู„ู ุญูŽุฌู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ู…ูู†ู’ ุฃูŽุดู’ุฑูŽุงููู‡ูู…ู’ ููŽูˆูŽุงููŽู‚ูŽ ุนูู…ูŽุฑูŽ ููŽุณูŽุฃูŽู„ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ ุฃููˆูŽูŠู’ุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุชูŽุฑูŽูƒู’ุชูู‡ู ุฑูŽุซู‘ูŽ ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุชู ู‚ูŽู„ููŠู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุชูŽุงุนู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ูŠูŽุฃู’ุชููŠ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุฃููˆูŽูŠู’ุณู ุจู’ู†ู ุนูŽุงู…ูุฑู ู…ูŽุนูŽ ุฃูŽู…ู’ุฏูŽุงุฏู ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ูŠูŽู…ูŽู†ู ู…ูู†ู’ ู…ูุฑูŽุงุฏู ุซูู…ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽู†ู ูƒูŽุงู†ูŽ ุจูู‡ู ุจูŽุฑูŽุตูŒ ููŽุจูŽุฑูŽุฃูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽูˆู’ุถูุนูŽ ุฏูุฑู’ู‡ูŽู…ู ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ูุฏูŽุฉูŒ ู‡ููˆูŽ ุจูู‡ูŽุง ุจูŽุฑู‘ูŒ ู„ูŽูˆู’ ุฃูŽู‚ู’ุณูŽู…ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽุฃูŽุจูŽุฑู‘ูŽู‡ู ููŽุฅูู†ู’ ุงุณู’ุชูŽุทูŽุนู’ุชูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑูŽ ู„ูŽูƒูŽ ููŽุงูู’ุนูŽู„ู’ ููŽุฃูŽุชูŽู‰ ุฃููˆูŽูŠู’ุณู‹ุง ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู’ ู„ููŠ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุฃูŽุญู’ุฏูŽุซู ุนูŽู‡ู’ุฏู‹ุง ุจูุณูŽููŽุฑู ุตูŽุงู„ูุญู ููŽุงุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู’ ู„ููŠ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู’ ู„ููŠ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุฃูŽุญู’ุฏูŽุซู ุนูŽู‡ู’ุฏู‹ุง ุจูุณูŽููŽุฑู ุตูŽุงู„ูุญู ููŽุงุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู’ ู„ููŠ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‚ููŠุชูŽ ุนูู…ูŽุฑูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู†ูŽุนูŽู…ู’ ููŽุงุณู’ุชูŽุบู’ููŽุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ููŽููŽุทูู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ููŽุงู†ู’ุทูŽู„ูŽู‚ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูˆูŽุฌู’ู‡ูู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูุณูŽูŠู’ุฑูŒ ูˆูŽูƒูŽุณูŽูˆู’ุชูู‡ู ุจูุฑู’ุฏูŽุฉู‹ ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูู„ู‘ูŽู…ูŽุง ุฑูŽุขู‡ู ุฅูู†ู’ุณูŽุงู†ูŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠู’ู†ูŽ ู„ูุฃููˆูŽูŠู’ุณู ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ุจูุฑู’ุฏูŽุฉู", "Maksudnya, โ€œKetika Umar Bin al-Khattab didatangi oleh rombongan orang Yaman, dia selalu bertanya kepada mereka;", "โ€˜Apakah Uwais bin Amir ada dalam rombongan kalian?โ€™ ", "Hingga pada suatu hari, Khalifah Umar bin Khattab bertemu dengan Uwais seraya bertanya;", "Uwais menjawab; โ€˜Ya. Benar saya adalah Uwais.โ€™", "Khalifah Umar bertanya lagi; โ€˜Kamu berasal dari Murad dan kemudian dan Qaran?โ€™", "Selanjutnya Khalifah Umar bertanya lagi; โ€˜Apakah kamu pernah diserang penyakit kusta lalu sembuh kecuali tinggal sebesar mata wang dirham pada dirimu?โ€™", "Khalifah Umar bertanya lagi; โ€˜Apakah ibumu masih ada?โ€™", "Uwais menjawab; โ€˜Ya, ibu saya masih ada.โ€™", "Khalifah Umar bin Khattab berkata; โ€˜Hai Uwais, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: โ€˜Uwais bin Amir akan datang kepadamu bersama rombongan orang-orang Yaman yang berasal dari Murad kemudian dari Qaran. ", "Ia pernah terserang penyakit kusta lalu sembuh kecuali tinggal sebesar wang dirham. Ibunya masih hidup dan dia selalu berbakti kepadanya. Kalau dia bersumpah atas nama Allah maka akan dikabulkan sumpahnya itu, maka jika kamu dapat memohon agar dia memohonkan ampunan untuk kalian, lakukanlah! Oleh kerana itu wahai Uwais, mohonkanlah ampunan untukku!โ€™ ", "Lalu Uwais pun memohonkan ampunan untuk Umar bin Khattab.", "Setelah itu, Khalifah Umar bertanya kepada Uwais; โ€˜Hendak ke mana kamu pergi wahai Uwais?โ€™", "Uwais bin Amir menjawab; โ€˜Saya hendak pergi ke Kufah ya Amirul Mukminin.โ€™", "Khalifah Umar berkata lagi; โ€˜Apakah aku perlu membuatkan surat khusus kepada Gabenor Kufah?", "โ€˜Uwais bin Amir menjawab; โ€˜Saya Iebih senang berada bersama rakyat jelata ya Amirul Mukminin.โ€™", "Usair bin Jabir berkata; โ€˜Pada tahun berikutnya, seorang Gabenor Tinggi Kufah pergi melaksanakan ibadah haji ke Mekah. Selesai melaksanakan ibadah haji, dia pun pergi mengunjungi Khalifah Umar bin Khattab. Lalu Khalifah pun menanyakan tentang berita Uwais kepadanya. Gabenor itu menjawab;", "โ€˜Saya membiarkan Uwais tinggal di rumah tua dan hidup dalam keadaan yang sangat sederhana.โ€™ ", "Umar bin Khattab berkata; โ€˜Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: โ€˜Kelak Uwais bin Amir akan datang kepadamu bersama rombongan orang-orang Yaman. ", "Ia berasal dari Murad dan kemudian dari Qaran. Ia pernah terserang penyakit kusta lalu sembuh kecuali tinggal sebesar mata wang dirham. Kalau dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya akan dikabulkan sumpahnya. Jika kamu dapat meminta agar dia berkenan memohonkan ampunan untukmu, maka laksanakanlah!โ€™", "Setelah itu, Gabenor Kufah tersebut Iangsung menemui Uwais dan berkata kepadanya; โ€˜Wahai Uwais, mohonkanlah ampunan untukku!โ€™", "Uwais bin Amir dengan perasaan hairan menjawab; โ€˜Bukankah engkau baru saja pulang dari perjalanan suci, ibadah haji di Mekah? Maka seharusnya engkau yang memohonkan ampunan untukku.โ€™", "Gabenor tersebut tetap berkeras dan berkata; โ€˜Mohonkanlah ampunan untukku wahai Uwais?โ€™", "Uwais bin Amir pun menjawab; โ€˜Engkau baru pulang dari ibadah haji, maka engkau yang Iebih baik berdoa untukku.โ€™", "Kemudian Uwais bertanya kepada Gabenor itu; โ€˜Apakah engkau telah bertemu dengan Khalifah Umar bin Khattab di Madinah?โ€™", "Gabenor Kufah itu menjawab; โ€˜Ya. Aku telah bertemu dengannya.โ€™", "Akhirnya Uwais pun memohonkan ampunan untuk Gabenor Kufah tersebut.", "Setelah itu, Uwais dikenali oleh masyarakat ramai, tetapi dia tetap tidak berubah hidupnya dan tetap seperti dahulu.", "Usair berkata; โ€˜Maka aku memberikan Uwais sehelai selendang yang indah, hingga setiap kali orang yang melihatnya pasti akan bertanya; โ€˜Dari mana Uwais memperoleh selendang itu?โ€ (HR Muslim)", "Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak (penyakit kulit tompok-tompok putih). Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh dan amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sehingga beliau dewasa.", "Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais al-Qarni bahawa dia sangat berhajat untuk mengerjakan ibadat haji di Mekah. Kerana kemiskinan, Uwais al-Qarniย tidak mampu untuk mencari perbelanjaan buat ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya โ€˜Haudatโ€™.", "โ€˜Haudatโ€™ ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan. Selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.", "Pada suatu hari, ibu Uwais al-Qarni yang semakin uzur berkata kepada anaknya: โ€œAnakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.โ€", "Uwais al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau telah membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah kecil untuk anak lembu tersebut di atas sebuah bukit. Apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu itu naik ke atas bukit.", "Manakala, pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari bukit tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada kalanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit di mana tempat untuk lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.", "Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni adalah seorang yang bijak.", "Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah dia mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.", "Sebenarnya perbuatan Uwais al-Qarni selama ini adalah satu latihan dan persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah mendukung ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya.", "Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan beliau juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.", "Gambar sekadar untuk tujuan ilustrasi. Imej via edysmail", "Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: โ€œUwais, apakah yang kamu doakan sepanjang kamu berada di mekah?โ€", "Uwais al-Qarni menjawab: โ€œSaya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibuโ€.", "Ibunya bertanya lagi: โ€œBagaimana pula dengan dosa kamu?โ€", "Uwais Al-Qarni menjawab: โ€œDengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.โ€", "Ibunya berkata lagi: โ€œIbu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.โ€", "Uwais Al-Qarni berkata: โ€œSaya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, seperti saya tidak bersyukur dengan Allah taala.โ€", "Ibunya menambah: โ€œKalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.โ€", "Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan penyakit putih sopak yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: โ€œTolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.โ€", "Allah swt menyembuhkan penyakit sopaknya serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais al-Qarni inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:", "โ€œDahulu pada kulitnya ada penyakit belang (berwarna putih). Lalu dia berdoa kepada Allah, dan Allah pun menghilangkan penyakit itu, kecuali tinggal sebesar wang dinar atau dirham sahaja.โ€", "Nabi Muhammad saw berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra untuk mencari pemuda yang bernama Uwais al-Qarni supaya mendoakan keampunan buat mereka. Dari sini, sudah jelas bahawa Uwais al-Qarni bukanlah seorang pemuda yang biasa-biasa.", "Dia adalah pemuda yang sangat istimewa sehingga doanya begitu makbul. Itulah sebabnya ramai yang menyifatkan Uwais al-Qarni sebagai pemuda yang tidak mahsyur di bumi, tetapi tersangat mahsyur di langit.", "Hadis berkenaan Uwais al-Qarni ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim. Namun begitu, kisah berkenaan Uwais dan ibunya terdapat banyak versi dan penulis sendiri tidak pasti dari mana sumber asli tentang kisah ini. Namun begitu, dari kisah ini, kita dapat ketahui bahawa Uwais al-Qarni merupakan seorang anak yang sangat taat kepada ibunya dan sanggup berbakti kepada ibunya yang uzur.", "Berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah Allah swt kepada setiap insan yang bergelar anak. Malah, keredhaan Allah swt juga terletak pada keredhaan ibu bapa. Seperti mana hadis Nabi saw,", "ุฑูุถูŽุง ุงู„ุฑู‘ูŽุจู‘ู ููู‰ ุฑูุถูŽุง ุงู„ู’ูˆูŽุงู„ูุฏูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุณูุฎู’ุทูู‡ู ููู‰ ุณูุฎู’ุทูู‡ูู…ูŽุง", "Maksudnya, โ€œRedha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.โ€ (HR at-Tabrani)", "Mudah-mudahan, kisah Uwais al-Qarni ini menjadi inspirasi kepada kita semua agar berbakti kepada ibu bapa selagi hayat mereka ada. Jika mereka telah pergi menghadap Ilahi, menjadi tanggungjawab kita sebagai anak untuk mendoakan kebahagian serta kesejahteraan ibu bapa di alam sana.", "Bagaimana dengan artikel berkenaan Kisah Uwais al-Qarni yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?", "Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk nd abaca iaitu:" ]
https://bidadari.my/resepi-cendawan-shiitake/
Resepi Resepi Cendawan Shiitake Sos Tiram (Sedap Berselera) Oleh Rahayu Z
[ "Pada perkongsian kali ini kami menuliskan resepi cendawan shiitake yang menarik dan patut cuba. Resepi cendawan shiitake sos tiram.", "Cendawan shiitake berwarna hitam dan agak bulat. Ianya lembut dan beraroma khas. Biasanya dimasak sebagai pelengkap dalam sizzling, mee dan sup.", "Resepi cendawan shiitake sos tiram, sedap dihidang panas-panas, gandingkan dengan tom yam dan telur dadar. Juga sedap dimakan dengan nasi ayam madu.", "Hidangkan cendawan shiitake sos tiram untuk makan tengah hari ini. Mestilah ramai ahli keluarga yang suka. Resepi daripada Rozmaliza Omar di laman Facebook. Selamat mencuba.", "Selain resepi cendawan shiitake , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-hati-ayam/
Resepi Resepi Hati Ayam Goreng Pedal Kacang Panjang Goreng (Mudah Amat) Oleh Rahayu Z
[ "Ada sebahagian orang yang suka dan tidak suka makan hati ayam. Namun begitu hati ayam juga kaya akan nutrien dan mineral.", "Pada perkongsian ini kami menuliskan resepi hati ayam goreng pedal dan kacang panjang yang mudah. Bahan lain yang diperlukan dalam resepi ini ialah hati dan pedal dan kacang panjang. Hati dan pedal digoreng dulu baru kemudian ditumis bersama kacang panjang.", "Tumis menggunakan cili padi, lagi menggigit rasanya. Hidangan ini sedap dimakan bersama nasi putih. Ada juga yang menjadikan hidangan ini sebagai ganingan kepada lauk lain.", "Maka itu anda yang inginkan resepi hati pedal sila tengok pada perkongsian di bawah ini. Resepi daripada Miya Airaโ€Ž di laman Facebook.", "Resepi Hati Pedal Goreng Kacang Panjang", "Selain resepi kacang panjang goreng pedal hati, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.", "Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-daging-masak-paprik-power-memang-sedap/
Resepi Resepi Daging Masak Paprik Power (Memang Sedap!) Oleh Nabilah Ruza
[ "Anda selalu teringin nak makan daging masak paprik? Jika ya anda datang ke tempat yang betul kerana hari ini kami akan kongsikan resepi daging masak paprik yang power", "Kalau anda sebut tentang paprik, perkara pertama yang terlintas di fikiran mesti nasi goreng. Ya, nasi goreng dan paprik tidak dapat dipisahkan.", "Anda boleh cuba sendiri resepi ini di rumah dengan hanya menggunakan bahan bahan yang ada di dapur sahaja. Mudah bukan? Sememangnya ia memudahkan urusan untuk ibu ibu di luar sana", "Kini anda tidak perlu keluar ke rumah lagi untuk makan nasi goreng paprik. Anda hanya perlu ke dapur sahaja! Apa tunggu lagi. Ayuh cuba resepi ini sekarang.", "Resepi ini dikongsikan olehย Nurul Hawa Nadila Sariย dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.", "Kite ada lada besar je. Lobak takde", "*guna barang yang ada dalam peti je", "Selain resepi daging masak paprik, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.", "Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye." ]
https://bidadari.my/tempat-menarik-di-surabaya/
Travel 30 Tempat Menarik Di Surabaya Yang Wajib Anda Lawati Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Surabaya juga dikenali sebagai Kota Pahlawan. Terlalu banyak catitan sejarah di sini semasa rakyat Indonesia berjuang untuk kebebasan dari Belanda. Jom kami kongsikan 30 tempat menarik di Surabaya yang wajib anda lawati.", "Dibangunkan pada tahunย  1862, muzium yang terletak di tengah-tengah kota Surabaya ini memiliki reka bentuk kolonial Belanda. Pada asalnya, bangunan muzium ini dijadikan pusat pendidikan oleh pihak Belanda, namun pada tahun 1932 ianya dibeli oleh Liem Seeng Tee untuk dijadikan kilang rokok Sampoerna.", "Sebaik menjejakkan kaki ke dalamย Muzium House of Sampoernaย ini anda akan disambut dengan bau tembakau dan kolam ikan dengan bunyi pancuran air yang mewujudkan atmosfera menyenangkan. Antara pameran yang dapat dilihat di sini adalah koleksi antik mesin percetakan kotak rokok, peralatan yang digunakan di dalam makmal untuk menguji kualiti bahan rokok dan banyak lagi.", "Di tingkat kedua muzium ini pula anda dapat melihat pekerja kilang ini menyiapkan rokok, dikatakan setiap pekerja di sini dapat menyiapkan sekitar 300 batang rokok dalam masa sejam.", "Kya Kya Kembang Jepun menempatkan pasar malam yang terkenal di Surabaya. Sekiranya anda ingin membeli pelbagai barangan cenderamata yang menarik kepada yang jauh di mata, jadikan ini salah satu lokasi shopping anda.", "Sambil membeli-belah disini, anda boleh mencuci mata melihat banyak bangunan-bangunan klasik yang terdapat disekitarnya yang termasuklah tokong-tokong cina dengan warna yang membuatkan mata anda sentiasa terbuka.", "Jembatan Biru Kenjeran merupakan sebuah tarikan yang masih baru di Surabaya.ย Jambatan ini dibina untuk menghubungkan Pantai Ria Kenjeran Baru dan juga Pantai Kenjeran Lama. Pada waktu malam, pemandangan di sini sangat cantik apabila lampu berwarna-warni dipasang. Jika anda datang pada malam sabtu dan ahad, ada persembahan pancuran air yang berwarna-warni.", "Pada asalnya bangunan perpustakaan ini merupakan tempat tinggal kepada Gabenor De Javasche Bank. Kini, fungsinya adalah sebagai Perpustakaan Bank Indonesia yang mana anda dapat menemui pelbagai koleksi jurnal dan buku berkaitan ekonomi.", "Anda boleh menjamu minda sambil bersantai di tempat-tempat duduk yang selesa seperti di taman dan di ruang lobi perpustakaan ini. Bukan ulat buku? Di sini anda juga boleh bergambar dalam bangunan dengan reka bentuk klasik ini.", "5. De Mata Trick Eye Museum", "Ini bukanlah muzium arkeologi mahupun sains, tapi merupakansebuah muzium dengan 200 karya-karya 3D, 4D, 5D, ilusi danย augmented realityย yang pelik dan menakjubkan. Anda pasti akan menghabiskan masa yang sangat lama untuk bergambar di sini.", "Air Terjun Coban Rondo adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang terletak di Gunung Panderman. Air terjun yang berketinggian 60 meter ini mempunyai lagenda yangย  tersendiri. Konon pada suatu ketika dahulu terdapat pasangan puteri dan putera yang baru sahaja berkahwin. Mereka dalam perjalanan menuju ke rumah keluarga si putera.", "Namun, perjalanan mereka dihalang oleh seorang lelaki bernama Joko Lelono yang terjatuh hati dengan sang puteri. Putera dan Joko Lelono bergaduh berebutkan puteri. Para hulubalang terpaksa menyelamatkan puteri dengan membawanya ke kawasan yang selamati aitu air terjun ini.", "Joko dan suaminya mati sewaktu bertarung.ย Rondoย di dalam bahasa Jawa bermaksud janda dan air terjun pula adalahย coban.ย Jadi, begitulah kisah air terjun ini mendapat nama.", "Di Selecta Recreational Park,ย  terdapat pelbagai tarikan untuk anda seisi keluarga seperti kolam renang, taman tema air,ย flying fox, akuarium bersaiz gergasi, taman bunga dan banyak lagi. Apa yang menarik, taman ini berkedudukan pada ketinggian 1100 meter dari aras laut membuatkan cuacanya sejuk dan nyaman.", "Batu Secret Zoo adalah sebuah zoo yang menggabungkan taman haiwan dan taman tema, gabungan yang menyeronokkan bukan sahaja kanak-kanak malahan juga orang dewasa. Setelah puas melihat pelbagai jenis haiwan di sekitar zoo ini, anda akan sampai ke kawasan taman temanya.", "Taman tema ini terbahagi kepada dua, iaitu Jatim Park 1 dan Jatim Park 2. Jatim Park 1 menempatkan banyak permainan yang bersesuaian untuk remaja, manakala Jatim Park 2 pula lebih sesuai untuk kanak-kanak.", "Museum Sepuluh November didirikan untuk memperingati pahlawan Indonesia, Sutomo ataupun lebih dikenali oleh rakyat Indonesia sebagai Bung Tomo yang terkenal dalam menyemarakkan semangat rakyat Indonesia untuk mempertahankan kemerdekaan Indonesia dan menentang pihak Belanda daripada cubaan menjajah. Di sini anda dapat melihat senjata, dokumen dan juga video yang berkaitan dengan perjuangan ini.", "Monumen yang berketinggian 41 meter ini bukanlah sekadar sebuah Tugu Pahlawan. Di dalamnyaย  koleksi-koleksi patung, senjata, model 3D pertarungan dahulukala. Persekitarannya juga sangat menarik dengan kehijauan.", "Ianya merupakan sebuah zoo. Kebun Binatang Surabaya menempatkan sekitar 2000 ekor haiwan yang terdiri daripada 315 spesies haiwan yang berbeza. Di sini juga ada kedai makan, kedai cenderahati dan juga ruang pendidikan di mana anda dan anak-anak berpeluang memberikan haiwan-haiwan di sini makan.", "Monumen Bambu Runcing telah dibina untuk menunjukkan penghargaan kepada para pejuang Surabaya yang telah banyak berkorban sewaktu Indonesia di bawah penjajahan. Di samping dapat melihat monumen yang penting di Surabaya ini, anda juga dapat menikmati pancuran air yang terdapat di sekitarnya.", "Kalau anda ingin melihat pemandangan yang lebih indah di sekitar monumen ini, anda boleh rancang untuk ke sini di malam hari iaitu waktu ketika taman ini disirami dengan cahaya berwarna-warni.", "Taman Bungkul adalah sebuah taman rekreasi yang lengkap dengan tempat bermainย skateboard, laluan basikal, trekย joggingย dan lain-lain. Di sini anda boleh melihat bagaimana masyarakat tempatan Surabaya menghabiskan masa bersantai di waktu petang. Di sini ada disediakan wifi percuma.", "Indonesia pernah menjadi salah satu negara dengan kekuatan ketenteraan yang digeruni di Asia suatu ketika dahulu?ย Indonesia memiliki bilangan kapal selam yang agak banyak kerana lokasinya yang terletak di kawasan yang berlautan luas. Anda ingin melihat dengan lebih dekat salah satu kapal selam yang dimiliki kerajaan Indonesia? Singgahlah ke Monumen Kapal Selam.", "Di Surabaya Carnival Park, anda akan berseronok di taman temaย indoorย danย outdoor. Tarikan taman temaย indoornya adalah seperti muzium seni 3D, bioskop 4D dan patung lilin manakala taman temaย outdoornya pula terkenal denganย ferris wheelย danย roller coaster. Dariย ferris wheelย di karnival ini anda boleh menikmati pemandangan sekitar bandar Surabaya.", "Taman Remaja Surabaya juga merupakan sebuah taman tema. Di antara yang menarik di sini adalah kolam mandi,ย kiddy boat,ย boom boom car,ย roller coaster mini,ย flying fox, rumah hantu dan bermacam lagi. Selain tarikan ini, kemudahan lain yang disediakan adalah cafe dengan persembahan muzikย liveย dan kedai cenderamata.", "Gunung Bromo adalah gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Berketinggian 2000 meter dari aras laut, suhu di puncak gunung cukup sejuk sekali. Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan matahari terbenam dan naik yang terindah namun tidak berdaya untuk mendaki gunung, anda boleh mendapatkan khidmat lawatan menggunakan jeep yang disediakan oleh beberapa penginapan yang terdapat di sini.", "Terletak di kawasan yang dikatakan sebagai โ€˜Chinatownโ€™ Surabaya, di sekitar Pantai Ria Kenjeran ini terdapat banyak bangunan dengan reka bentuk Cina yang menarik untuk dilihat seperti Pagoda Tian Ti, Dewi Kwan In, Klenteng Sanggar Agung dan banyak lagi.", "Di kawasan Pantai Ria Kenjeran ini pula lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak, gazebo, kedai cendramata, kedai makan dan lain-lain. Di pantai ini juga anda boleh menyewa kapal ataupun perahu.", "Klenteng Sanggar Agung adalah tokong Cina yang terletak di tepi laut. Tokong ini dikelilingi oleh pohon bakau yang tumbuh secara semulajadi. Destinasi ini memberikan latar belakang yang cantik bagi pencinta fotografi.", "Ciputra Waterparkย merupakan taman tema air yang terbesar di Indonesia. Antara tarikan utama di sini ialah Sinbadโ€™s Playground dengan drum air raksasa yang mencurahkan 3000 liter air. Syracuse Beach pula adalah kolam ombak berkeluasan 1800 meter persegi. Di Roc Tower, jantung anda akan berdegup kencang bermain gelongsor-gelongsor panjang yang terdapat di sini.", "Ingin melawat tempat yang indah pada waktu malam semasa di Surabaya? Taman Pelangi adalah lokasi yang wajib anda lawati. Ianya sangat cantik pada waktu malam dengan lampu yang berwarna-warni. Dari pintu masuknya anda pasti terpesona dengan cahaya yang dipancarkan dari 31 batang tiang dengan reka bentuk daun. Di sini juga ada taman permainan kanak-kanak dan air pancuran.", "22. Kebun Bibit Wonojero @ Taman Flora", "Kebun Bibit Wonorejo adalah taman flora indah dengan taman bunga dan rumah anggerik beserta sebuah tasik buatan. Di sini juga terdapat bukit kecil yang cukup luas untuk anda sekeluargaย  beraktiviti dan berseronok sambil menikmati udara segar. Tarikan lain yang terdapat di Kebun Bibit Wonorejo ini adalah tarikanย wall climbingย yang sesuai untuk kanak-kanak dan lengkap dengan segala peralatan memanjat, laluan jogging, peralatan senaman dan taman permainan.", "Pernah terfikir dari mana datangnya nama โ€˜Surabayaโ€™ ini? Apakah maksudnya? Jika anda lihat dari Monumen Suroboyo yang terletak di hadapan Kebun Binatang Surabaya ini, anda dapat melihat dua ekor haiwan iaitu ikan jerung ataupun โ€˜suraโ€™ dan buaya.ย  Dua ekor haiwan inilah yang menjadi inspirasi nama Surabaya.", "Terletak di dalam taman bunga yang indah dengan udara yang segar iaitu Taman Apsari, Monumen Patung Gubernur Suryo ini didirikan untuk memberikan penghormatan kepada gabenorย  pertama Surabaya yang terbunuh sewaktu pemberontakan PKI pada tahun 1948.", "Wisata Citra Rayaย merupakan sebuah tarikan kota yang dibina dengan menjadikan Singapura sebagai inspirasi dan konsep utamanya. Dengar sahaja Singapura, pastinya anda membayangkan sebuah kota yang membangun dan dalam masa yang sama bersih dan terjaga lanskapnya.", "Inilah fokus sebenar pembinaan Wisata Citra Raya iaitu untuk mewujudkan โ€œkota yang bersih, hijau dan moden.โ€ Antara kemudahan yang tersedia di sini adalah lapangan golf, sekolah antarabangsa, pasar, gym, taman tema air dan sebagainya.", "Terletak di pusat membeli-belah Lenmarc Surabaya, Trans Studio Mini merupakan taman temaย indoorย yang mengetengahkan konsep bandaraya New York. Dah namanya pun New York, sudah semestinya terdapat patung ikonik New York iaitu patung Liberty untuk anda bergambar sepuas hati.", "Selain itu, di dalam taman tema ini juga terdapat Jurassic Park yang menempatkan banyak patungย  dinosaur yang boleh bergerak.ย Tarikan lain yang terdapat di sini adalah pelbagai mesin permainan dan juga roller coaster mini yang akan membawa anda melingkar keluar dari bangunan dan kemudiannya masuk kembali.", "Ingin melihat bagaimana batik dihasilkan? Anda sekeluarga dapat melihat secara percuma demonstrasi pembuatan batik di Rumah Batik. Corak-corak batik yang dihasilkan di sini adalah menggunakan teknik tulis ataupun teknik cap. Motif-motif yang dapat anda lihat daripada pameran batiknya pula adalah gabungan motif dari Surabaya sendiri, Sumenep, Jombang, Tuban, Sidoarjo, Bojonegoro dan banyak lagi.", "Terdapat lebih daripada 1000 barangan yang dipamerkan di Muzium Surabaya. Antara yang dipamerkan di sini adalah wayang kulit, kerusi dan meja yang digunakan pda tahun 1950-an, mesin kira, Grand Piano yang digunakan pada suatu ketika dahulu untuk menghiburkan penjajah dan banyak lagi. Pencinta barangan aktik wajib datang ke sini.", "Monumen ini merupakan salah satu monumen penting di Surabaya yang wajib anda lawati. Sebagai Kota Pahlawan, monumen ini adalah salah satu simbol kekuatan Surabaya. Jalesveva Jayamahe membawa maksud โ€œdi lautan kita jayaโ€ yang juga merupakan motto Angkatan Laut Indonesia. Monumen yang berketinggian 30.6 meter ini didirikan di atas bangunan yang menempatkan muzium angkatan laut Indonesia.", "30. Hutan Bambu dan Taman Sakura", "Hutan Bambu dan Taman Sakura mengetengahkan konsep taman bandar dan hutan bandar.ย Di Taman Sakuranya anda akan disajikan dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang tersusun rapi mengikut warna seperti putih, jingga, merah, ungu, merah jambu dan kuning. Pastikan anda datang pada waktu peralihan musim iaitu antara musim hujan dan panas untuk nikmati pemandangan bunga-bungaan yang tumbuh dengan mekar.", "Itulah dia 30 tempat menarik di Surabaya yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Best juga kan? Selamat bercuti.", "Kami harap anda sukakan senarai tempat menarik di Surabaya, tidak kisalah sama ada hutan di Surabaya ataupun tempat yang lain. Selain tempat di surabaya, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan." ]
https://bidadari.my/kenapa-perempuan-membebel/
Keluarga, Petua Tips 15 Sebab Kenapa Perempuan Membebel Kepada Lelaki Oleh Zuraidah Muhidden
[ "Nak tahu kenapa perempuan membebel kepada lelaki?", "โ€œPenat kemas rumah tak habis lagi, budak-budak ni dah buat sepah lagi. Abang pun satu, kalau nampak anak-anak tu sepahkan rumah, cuba tegur. Saya tengah masak kat dapur. Haaiii, ingat kita robot ke apa. Macam ni kena upah bibik, bolehlah saya berehat sedikitโ€ฆbla bla blaโ€ฆ.โ€", "Situasi macam ni bukanlah sesuatu yang ganjil dalam sesebuah keluarga. Di sebalik sifat semula jadi yang penuh dengan kasih sayang dan kelembutan, jangan dijolok sarang tebuan. Itulah bahananya kalau perempuan dah mula membebel.", "Walau pun kebanyakan lelaki tak suka, kalau ibu, adik-beradik perempuan atau isteri membebel, namun ada sebabnya bebelan tu. Cuba tahankan hati untuk dengar butir-butir bebelan tu. Ada maklumat-maklumat penting di sebalik cakap tak henti tu.", "Dalam artikel ni, penulis akan berkongsi 15 sebab perempuan suka bebel. Mungkin lelaki tak suka dengar bebelan yang membingitkan telinga. Ada sebabnya wanita suka membebel. Mungkin ada perkara yang boleh dibetulkan untuk kebaikan bersama.", "Jangan pula ingat penulis menyokong wanita yang suka membebel. Itu memang fitrah semula jadi kebanyakan wanita yang tanpa sedar menjadi bertih jagung. Artikel ni hanya bertujuan mengorek beberapa rahsia di sebalik kenapa perempuan membebel panjang tu.", "Mana tahu lelaki ada terlepas pandang beberapa perkara penting. Ah, jom baca kenapa perempuan membebel sama-sama!", "Mana-mana wanita pun akan jadi gunung berapi yang meletus kalau barang yang dicari hilang dari tempatnya. Boleh buat gaduh tu. Sebagai pengurus rumah tangga, tentunya mereka lebih arif tentang susun atur barang-barang di rumah.", "Namun, kadang-kadang suami atau anak-anak tak ambil endah sangat perkara sebegini. Lepas ambil barang yang diingini, mulalah letak merata-rata. Contohnya selepas mandi, tuala yang sepatutnya disangkut pada penyidai, dicampak pula di atas katil.", "Bayangkan dah janji nak keluar makan pukul 6.00 petang, batang hidung tak nampak sampailah pukul 7.00 lebih. Memang tahanlah telinga kena bebelan dari rumah sehingga ke dalam kereta. Kalau nasib tak baik, lepas makan sambung lagi membebel di rumah.", "Mana taknya, berbanding lelaki, perempuan tentunya lebih lambat bersiap. Dengan nak cari bajunya. Kena pula padankan dengan tudung yang sesuai. Belum lagi bersolek dan pakai tudung. Semua ni ambil masa yang lama. Kalau dah siap tapi tak sampai-sampai juga memang cari masalah.", "Wanita memang dilahirkan dengan sifat yang kompleks dan mempunyai sentimen yang tinggi atas perkara-perkara tertentu. Itulah sebabnya mereka tak pernah lupa tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun kelahiran, perkahwinan dan sebagainya.", "Berbeza dengan lelaki, bagi mereka tu semua perkara remeh. Kalau tiba-tiba kekasih hati atau isteri tarik muka, cuba ingat betul-betul sebelum kena bebel.", "Biasanya lelaki yang akan memandu kereta dan si isteri lebih selesa menjadi penumpang di sebelah. Yang jadi masalahnya, ketika leka membelek telefon bimbit, suami menekan brek secara tiba-tiba.", "Jawabnya tak hentilah mulut si isteri membebel kerana fikirkan keselamatan mereka. Yang lebih teruk, kalau semasa tekan brek si isteri sedang pakai gincu. Hmmmmmโ€ฆ.", "Ada lelaki yang mempunyai hobi bermain game. Jika ada waktu terluang memang fokusnya hanya pada game. Jika keterlaluan, si isteri boleh hilang sabar dibuatnya. Mana taknya, masa habis begitu saja. Bil elektrik juga melambung naik.", "#6 Suami Lebihkan Kawan Berbanding Isteri", "Berbanding wanita, kaum lelaki masih bebas berjumpa dengan kawan-kawan tak kira masa. Wanita pula sibuk di tempat kerja dan di rumah. Mereka perlu masak dan uruskan anak-anak. Bila suami sering tiada di rumah, pastinya mereka akan berasa bosan.", "Jika dah tak mampu nak simpan lagi, mereka akan mula membebel untuk meluahkan perasaan marah dan geram. Jangan pula masa tu marahkan isteri sebab tak memahami.", "Walaupun kelakar, kena bebel tu pasti berlaku. Lain yang suruh dibeli, lain pula yang dibawa pulang. Minta daun sup, dibelikan daun ketumbar. Malah, ada yang tak tahu jenis-jenis ikan yang isteri minta. Nak masak ikan siakap 3 rasa, terpaksa masak ikan tongkol pula.", "Mencari nafkah tentunya tanggungjawab kaum lelaki. Namun, ada juga kes suami yang malas bekerja dan isteri pula sibuk cari rezeki. Jika sihat tubuh badan dan mental, tiada alasan untuk tak bekerja.", "Suami yang ambil kesempatan macam ni memang perlu dielakkan sama sekali. Isteri mana yang sanggup tahan. Tak cukup penat cari duit, perlu pula uruskan makan minum suami dan anak-anak. Jika dah tak larat lagi, memang kena bebel 24 jam.", "#9 Dah 10 Tahun Tak Tukar Perabot", "Belek-belek katalog Ikea, terdetik dalam hati nak tukar perabot untuk raya tahun ni. Dah bagi macam-macam hint pada suami. Hujung-hujung janji tinggal janji. Bila pergi beraya rumah saudara-mara atau kenalan, hati berapi-api tengok perabot baru.", "Balik rumah, tadahlah telinga kena bebel dengan isteri sebab perabot tak pernah tukar dari dulu. Yang penting kalau masih elok dan boleh digunakan, jangan bazir beli baru jika ada komitmen lain.", "#10 Berat Mulut Puji Masakan Isteri", "Pastinya sedih kalau penat-penat bersilat di dapur menyediakan makanan kegemaran, suami hanya makan tanpa cakap apa-apa. Kalau beli lauk di gerai Cik Siti, puji bukan main lagi. Memang bernanahlah telinga kena bebel kalau masakan isteri sendiri liat nak puji.", "#11 Jika Sakit Malas Nak Pergi Klinik", "Ada orang yang tak suka ke klinik atau hospital kalau sakit. Mereka lebih suka berehat di rumah atau makan ubat tahan sakit. Sebagai isteri yang mengambil berat akan kesihatan suami, tentunya mereka akan paksa suami untuk dapatkan rawatan.", "#12 Tiap Tahun Beraya Rumah Mertua", "Setiap kali raya, kes yang paling banyak diperkatakan adalah tentang pergaduhan suami isteri tentang destinasi balik kampung. Kalau setiap kali raya puasa atau raya haji asyik nak balik ke rumah mak bapa suami, isteri mana boleh tahan.", "Sepatutnya hari yang mulia disambut dengan kemeriahan dan kesyukuran berakhir dengan pergaduhan dan leteran tanpa henti. Bertolak-ansur lebih baik dan buatlah sistem giliran balik kampung.", "#13 Kereta Rosak di Tengah-Tengah Jalan", "Baru nak mood gembira dapat berjalan-jalan dengan keluarga tercinta, tiba-tiba kereta boleh buat hal. Yang lebih haru, kereta rosak di tengah-tengah jalan yang kiri kanannya hanya hutan tebal saja.", "Bukan tak memahami keadaan suami, namun disebabkan risau keselamatan diri dan anak-anak, biasanya wanita akan terbebel tanpa sengaja. Suami yang sedang kalut bertambah stres jadinya.", "#14 Habiskan Duit Pada Hobi Kegemaran", "Bila dah bergaji, mulalah si suami beli barangan aksesori kereta. Yang minat alat permainan seperti kereta kawalan jauh sanggup cari yang lebih terkini. Kebanyakan hobi yang disukai lelaki memerlukan kos yang tinggi.", "Ada isteri yang tak suka suami yang obses dengan hobi sebegini. Jika beli sesekali, masih boleh diterima. Ni kalau sampai setiap bulan, memang saja buat isteri marah.", "#15 Tanpa Bebelan, Tak Adalah Hiburan", "Jangan salah faham, bebelan seorang wanita bukan semuanya kerana rasa marah, geram atau sakit hati. Kadang-kadang mereka membebel untuk bergurau dengan suami dan anak-anak.", "Seronok bila tengok respon suami yang kena bebel untuk hal-hal kecil. Anggaplah ia hiburan dalam keluarga. Bosan jadinya rumah yang sunyi tanpa gurauan dan tawa.", "Macam mana kaum lelaki? Setuju tak dengan senarai 15 sebab kenapa perempuan membebel? Bagi kaum wanita jangan jadikan tabiat suka membebel sebagai suatu cara untuk menunjukkan kemarahan atau tak puas hati.", "Cara yang paling baik ialah berbincang dan berterus-terang. Ini kerana kadangkala kita tak menyampaikan sesuatu secara telus, bebelan sekadar untuk menyindir dan sampaikan secara tersirat. Bebelan akan membuat lelaki menjadi semakin ego dan sakit hati.", "Jemput juga baca tanda suami tak sayang dan urutan untuk suami" ]
https://bidadari.my/resepi-kek-cheese-leleh/
Resepi Resepi Kek Cheese Leleh (Pasti Mahu Lagi) Oleh Nur Dini Abd Aziz
[ "Sejak kebelakangan ini, penggunaan cheese di dalam makanan di Malaysia semakin terkenal dan ramai juga yang meminatinya. Daripada pisang goreng cheese sehinggalah ke popia cheese. Kesemuanya mendapat sambutan yang baik daripada semua segenap lapisan masyarakat tidak mengira umur dan bangsa.", "Kombinasi cheese dan kek juga tidak terlepas dan sudah pun menjadi terkenal. Kek cheese leleh ini sudah semestinya akan membuatkan anda ketagih dengan cheese. Rasanya yang manis manis dan diselangi dengan rasa cheese yang enak membuatkan kek cheese leleh menjadi kegemaran ramai orang.", "Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara penyediaannya. Resepi kek cheese leleh ini telah dikongsikan oleh Aaliaanis Kitchen di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian.", "Resepi โ€“ resepi lain yang menarik:", "Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang. Oh, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda! " ]
https://bidadari.my/manfaat-ibu-ayah-nyanyi/
Anak, Keluarga 7 Manfaat Bila Ibu Ayah Rajin Nyanyi Untuk Si Kecil Oleh Eyza Faizah
[ "Nyanyian sangat sinonim dalam kehidupan seharian kita semua termasuk kanak-kanak dan juga bayi. ", "Masing-masing pasti mempunyai minat yang tersendiri tidak kira sama ada ianya adalah alunan zikir, lagu nasyid, lagu kanak-kanak, lagu rakyat dan sebagainya.", "Tahukah anda, dengan menjadikan nyanyian sebagai rutin harian bersama si kecil, ia sebenarnya memberi pelbagai manfaat buat mereka?", "Ikuti perkongsian Puan Masturah A. Latib yang merupakan seorang guru atau lebih dikenali sebagai Teacher Mas, melalui laman Facebook peribadinya tentang 7 manfaat menyanyi untuk anak kecil ini.", "Apabila bayi berada dalam keresahan dan tidak tenteram, nyanyian ibu bapa dapat menjadi salah satu sumber ketenangan bagi mereka.", "Psychology Today melaporkan bahawa sejak usia 25 minggu dalam kandungan, bayi mempunyai kelebihan untuk mengingati getar suara dan irama dari persekitarannya, lebih-lebih lagi jika nyanyian tersebut didengari daripada individu terdekat dan sering diulang-ulang.", "Mindanya yang sedang pesat berkembang amat mudah untuk mengenali lagu tersebut dan seterusnya memberi bayi rasa โ€˜familiarโ€™ dengan lagu tersebut. Secara tidak langsung, ianya dapat memberi ketenangan dan keselesaan kepada bayi dan anak kecil.", "Menyanyi merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan hubungan (bonding) antara bayi dan individu di sekelilingnya. ", "Menariknya, kajian yang dilaporkan oleh The Times mendapati bahawa dengan menyanyi kepada bayi, wanita dapat mengurangkan risiko โ€˜postpartum depressionโ€™ atau tekanan emosi yang dialami.", "Ibu dan ayah juga boleh memberi galakan buat si abang atau kakak untuk berkomunikasi dengan bayi yang baru lahir dengan cara menyanyi. Ini kerana, lebih kerap kita menyanyi untuknya, lebih mudah untuk bayi mengingati suara dan mengenali kita. ", "Sekaligus, ianya dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.", "Melalui nyanyian, ibu dan ayah dapat melatih kemahiran si kecil untuk mendengar dengan baik. Nyanyian merupakan salah satu kaedah terbaik bagi mengasah kebolehan bayi dan anak kecil untuk mendengar bunyi serta perkataan yang berbeza, dalam lirik lagu yang didengarinya.", "Melalui perkataan yang didengari melalui nyanyian juga, bayi dan anak kecil dapat belajar memahami emosi yang digambarkan melalui mimik muka kita semasa menyanyi.", "Dengan terbinanya kemahiran mendengar yang baik, lama-kelamaan bayi dapat memberi tindak balas yang baik apabila kita berbicara dengannya. Kelak, anak kecil ini akan dapat menggunakan perkataan yang dipelajari melalui nyanyian tersebut dalam perbualan seharian.", "Seperti yang dijelaskan dalam sebuah artikel oleh National Association for the Education of Young Children, apabila kita menerapkan nyanyian tertentu dalam setiap aktiviti yang dilakukan โ€“ seperti bangun pagi, mandi atau tidur, semakin lama minda bayi akan semakin terlatih untuk melakukan sesuatu perkara dengan tertib dan mengikut rutin.", "Sebagai contoh, apabila kita menyanyikan lagu Didi & Friends kepada anak semasa bermain dan alunan zikir semasa mendodoikan mereka tidur, mereka akan terbiasa dengan nyanyian ini dan dapat mengenal pasti jenis nyanyian tertentu bagi melambangkan aktiviti tertentu.", "Cara ini dapat memudahkan ibu dan ayah untuk menarik perhatian si kecil untuk mengajak mereka melakukan aktiviti berkenaan. Kelak, bayi dan anak kecil akan terlatih untuk mengikuti aktiviti harian tersebut secara semulajadi.", "Dengan irama yang menarik, bahasa akan menjadi lebih indah melalui lagu. Selain berbual dengan si kecil, menyanyi juga memberi kesan positif kepada otak mereka untuk menerima serta mempelajari bahasa asing dengan mudah dan lancar, pada usia 3 tahun pertama mereka. ", "Menurut kajian yang dilaporkan oleh Frontiers Academy, apabila anak mencecah usia 8 hingga 12 tahun, kebolehan semulajadi mereka ini akan semakin berkurang.", "Di Malaysia, kita cukup bertuah kerana terdapat banyak bahasa yang boleh didedahkan kepada anak-anak seperti bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil, dan bahasa Arab.", "Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyanyi bersama bayi dan anak kecil, dalam usaha memberi pendedahan pelbagai bahasa buat mereka sejak awal usia.", "Dalam setiap bait-bait lirik yang dinyanyikan, sama ada melalui lagu moden mahu pun lagu rakyat, bayi dan anak kecil pasti dapat menangkap dan mengingati perkataan yang kerap disebut melalui nyanyian itu.", "Apabila kita menyanyi sambil memandang tepat ke mata si kecil, mereka akan berasa lebih yakin untuk turut sama menyebut perkataan-perkataan yang didengari, sekaligus menggalakkan mereka untuk bertutur.", "Melalui nyanyian, ianya dapat memperluas perbendaharaan kata si kecil dan seterusnya akan digunakan untuk bertutur serta membina ayat apabila tiba masanya kelak.", "Bagi anak yang aktif, mungkin agak sukar untuk menarik perhatian mereka supaya belajar serta menumpukan perhatian melalui aktiviti membaca dan duduk setempat. Maka, ibu dan ayah boleh menggunakan pendekatan nyanyian beserta gaya agar mereka dapat belajar pelbagai perkara sambil bergerak aktif dalam nyanyian.", "Sebagai contoh, ibu dan ayah boleh menyanyikan lagu mudah seperti lagu Anggota Badan beserta dengan pergerakan mengikut lirik lagu tersebut. ", "Memandangkan anak kecil berkebolehan dan gemar meniru gaya melalui apa yang dilihat di persekitaran mereka, secara tidak langsung, anak kecil dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dengan cara yang lebih menarik, iaitu meniru gaya tersebut sambil menyanyi. Anak kecil juga turut belajar cara mengawal anggota badan mereka melalui aktiviti menyanyi sambil menari ini.", "Terdapat banyak pilihan lagu yang โ€˜catchyโ€™ di internet yang boleh dinyanyikan dan dimainkan. Namun, ibu dan ayah wajib memantau dan tidak โ€˜lepas tanganโ€™ dengan membiarkan anak menyanyi menghadap gajet semata-mata. Bagi memastikan proses pembelajaran berlaku dengan berkesan, ibu dan ayah perlu menyanyi serta sama-sama aktif menari dengan anak.", "Sangat banyak manfaat yang diperolehi melalui aktiviti menyanyi untuk bayi dan bersama anak kecil ini, bukan?", "Memandangkan terdapat banyak perkara dapat disampaikan dengan berkesan melalui kaedah nyanyian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa aktiviti menyanyi merupakan medium pembelajaran yang baik buat kanak-kanak. ", "Ianya bukan sahaja sesuai untuk dilaksanakan di sekolah, malah sangat berguna untuk mempersiap anak kecil sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ini kerana,", "Oleh itu, jadikan aktiviti menyanyi untuk bayi dan menyanyi bersama anak kecil sebagai rutin seharian yang sangat menyeronokkan buat mereka.", "Jom ibu ayah, kita nyanyi sama-sama dan cipta memori indah bersama anak-anak melalui nyanyian!", "(Kredit kepada Puan Nik Eliani Nik Nawi iaitu penulis buku bersama Bacalah Anakku dan Read Easy untuk perkongsian beliau kepada Puan Masturah A. Latib tentang manfaat menyanyi bersama anak ini).", "*Sumber asal perkongsian ini adalah daripada Puan Masturah A. Latib melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau." ]
https://bidadari.my/hadiah-untuk-ayah/
Keluarga 14 Hadiah Untuk Ayah Yang Luar Biasa (Birthday Dan Fatherโ€™s Day) Oleh zulrina
[ "Apabila hampir hari jadi ayah atau hari ayah sedunia, pasti ramai mencari-cari apakah hadiah terbaik untuk ayah anda. Percayalah, konsepnya sama sahaja, anda pasti berikan hadiah yang cukup ringkas buat ayah anda. Apa kata anda buat sedikit kelainan dengan memberikan hadiah yang luar biasa untuk mereka.", "Anda perlu elakkan dari memberi hadiah yang selalu ayah terima, tetapi berilah hadiah yang unik dan luar biasa jarang atau tidak pernah mereka terima. Sama ada barang kegunaan atau perhiasan, asalkan ayah amat sukakannya. ", "Untuk itu, penting bagi anda ketahui minat mereka supaya mudah anda memilih hadiah untuk ayah. Jom lihat hadiah untuk ayah yang menarik dan luar biasa.", "1. Smart Bluetooth A1 Smart Watch ", "Berikan hadiah untuk ayah yang belum pernah mereka ada. Jam smart bluetooth ini berfungsi menghubungkan jam dengan telefon bimbit anda. Dengan melihat di jam sahaja, ayah anda akan melihat mesej dan panggilan telefon yang masuk. Ia juga dapat memantau waktu tidur ayah anda supaya ayah mendapat tidur dan rehat secukupnya.", "Sekiranya ayah anda seorang kaki pancing, apa salahnya anda jadikan set memancing sebagai hadiah untuk ayah. Mereka pasti teruja mendapat hadiah berupa minat mereka. Ayah akan bertambah gembira dan tersenyum sepanjang hari.", "Wangian adalah sesuatu yang menenangkan. Hadiahkan perfume atau wangian kegemaran ayah anda untuk memberikan ketenangan kepada mereka. Apa sahaja minyak wangi yang anda pilih, pasti mereka terima, namun berilah minyak wangi kegemaran mereka dan bersesuaian untuk seorang lelaki.", "Hadiah untuk ayah yang sesuai diberikan juga adalah Rayban. Rayban berwarna hitam dan dilengkapi khas dengan kad hadiah, kotak hadiah adalah sangat cantik dijadikan hadiah ayah anda. Anda boleh pilih pelbagai rayban yang cantik dan sesuai di Lazada.", "Set penjagaan diri adalah set terbaik untuk ayah anda memanjakan diri di rumah. Mereka pasti akan gunakan set penjagaan diri pemberian anda itu. Pastikan jenama yang anda pilih menepati citarasa anda. Sebagai contoh, pilihlah set grooming for men Nivea. Ia pasti menjadi pilihan ramai lelaki.", "Pilihan jam tangan sebagai hadiah untuk ayah bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ramai yang akan membeli jam tangan untuk ayah, namun bezanya jenis jam tangan bagaimana yang harus anda beli? Bergantung kepada minat ayah anda juga, jika mereka sukakan jam tangan klasik, anda boleh dapatkan jenama DANIEL WELLINGTON Classic Black St Mawes Watch. Banyak lagi pilihan yang boleh anda pilih selain jam tangan minimalis ini.", "Terdapat banyak jenis baju kurta yang mempunyai design menarik akhir-akhir ini, baju kurta ini juga sesuai dipakai keluar rumah ke kerja dan majlis-majlis. Apa kata hadiahkan ayah anda sehelai baju kurta. Pilih sahaja design kurta yang anda inginkan, ayah pasti sukakannya. Hadiah untuk ayah ini sesuai dipakai ke mana sahaja yang mereka pergi.", "Hadiah untuk ayah yang amat bernilai adalah supplemen vitamin. Vitamin seperti Berocca, Blackmores dan lain-lain lagi sesuai diambil oleh mereka yang berusia seperti ayah anda. Ia penting untuk kesihatan jantung dan tubuh badan mereka. Belilah satu untuk mereka!", "Sama seperti surprise delivery yang lain, set buah-buahan dan coklat adalah hadiah untuk ayah yang amat mengejutkan. Ayah pasti tak sangka akan hadiah yang mereka terima ini. Tambah-tambah apabila anda meminta surprise planner menghantar set hadiah ini ke pejabat ayah anda.", "Beg poket lelaki ini sesuai dijadikan hadiah untuk ayah. Mereka boleh gunakannya untuk ke mana sahaja bagi meletak barang-barang penting seperti dompet, kunci kereta, rokok, kitab dan lain-lain lagi. Untuk travel, ia amat sesuai digunakan.", "Ayah siapa yang tidak pernah ada jambang, janggut atau misai? Pasti semuanya ada dan pasti akan suka untuk kemaskan bahagian tersebut, bukan? Inilah dia mesin cukur lelaki yang boleh anda jadikan hadiah untuk ayah anda. Mesin pencukur lelaki elektrik ini agak mewah dan mudah untuk digunakan.", "12. Set Kitab Selawat Barakah Makkiyah", "Kitab selawat Barakah Makkiyah adalah himpunan selawat-selawat nabi SAW yang sesuai untuk diamalkan oleh anda sekeluarga dalam mendapatkan sesuatu hajat. Hadiah untuk ayah ini mempunyai dua jenis iaitu kitab selawat dan juga kitab terjermahan. Ayah anda akan menghargainya sekiranya mengetahui nilai dan kebaikan beramal dengan kitab ini.", "Mesin urut sama ada mesin urut badan, tangan atau kaki sesuai untuk digunakan oleh ayah anda. Anda boleh menghargai mereka dari segi menghadiahkan sesuatu yang dapat melegakan otot dan saraf mereka. Ia juga amat bagus untuk kesihatan, ayah pasti akan menghargainya!", "Hadiah untuk ayah yang pasti akan buatkan mereka teruja adalah pakej spa lelaki. Pakej spa yang merangkumi facial, menicure, pedicure, shaving, srub, massage dan lain-lain lagi akan membuatkan ayah anda tenang dan gembira. Jarang sekali seorang lelaki bergelar ayah menghabiskan masa di spa, inilah masanya untuk anda hadiahkan pakej ini kepada mereka.", "Menarik bukan hadiah untuk ayah kali ini? Pilihlah mana satu hadiah yang sesuai untuk diberikan pada ayah anda. Semuanya luar biasa dan agak unik, mereka pasti akan suka. Semoga hadiah untuk ayah ini juga menjadi kenangan indah seorang ayah dan diingati selamanya.", "Jemput baca Hadiah untuk ibu dan ayah, Hadiah untuk ibu dan Hadiah hari jadi anak perempuan." ]
https://bidadari.my/penyebab-kerap-sakit/
Kesihatan 5 Penyebab Anak Kerap Jatuh Sakit Yang Anda Harus Tahu โ€“ Dr Ezairy Oleh Dr Ezairy M. Salih
[ "Anak-anak kalau sudah sakit tu, memang tidak tidurlah ibu bapa hendak memastikan mereka kembali sihat seperti sebelumnya. Sudah namanya sayang kan.", "Macam biasalah, asyik-asyik demam, batuk dan selesema. Tetapi, para ibu bapa pernah tidak tertanya-tanya bagaimana caranya supaya anak tidak kerap jatuh sakit?", "Di sini, terdapat perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih untuk dijadikan pedoman bagi para ibu bapa di luar sana.", "1. Selalu dibawa ke tempat ramai orang. Jangkitan virus mudah berlaku apabila anak kita terdedah kepada orang ramai. Titisan cecair ketika batuk dan bersin boleh mengakibatkan penularan kuman.", "2. Pengudaran di dalam rumah yang kurang baik. Pastikan tingkap dibuka, ruang tidak terlalu tertutup, ada ruang untuk udara keluar masuk.", "3. Terdedah kepada mereka yang sedang alami jangkitan. Ini akan meningkatkan risiko anak kita turut mendapat jangkitan. Cuba jauhkan daripada anak-anak kecil lain sekiranya mereka sedang alami flu dan demam.", "4. Kebersihan diri yang kurang dijaga. Sebaik keluar tandas atau bilik air, pastikan tangan dibasuh bersih-bersih dengan sabun. Jangkitan boleh merebak secara terus atau secara tidak langsung seperti meja makan, alat permainan, tombol pintu m, stroller dan sebagainya.", "5. Lewat dibawa berjumpa doktor. Sekiranya anda mendapati anak anda tidak sembuh walau sudah memberi rawatan awal di rumah, jangan tunggu lagi. Bawa segera berjumpa doktor. Rawatan awal amat membantu.", "*Apa tunggu lagi, marilah kita bersama-sama kongsi info ini kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana ya!", "*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini. " ]
https://bidadari.my/keluarga-bahagia/
Keluarga 13 Tips Keluarga Bahagia Hingga Ke Syurga Yang Anda Boleh Amalkan Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Keluarga bahagia merupakan impian setiap wanita yang sudah berumah-tangga. Suami yang penyayang, setia, dan sentiasa ada bersama disaat susah dan senang. Anak-anak yang comel, bijak, soleh, dan mendengar kata. Satu keluarga hidup dengan bahagia, aman, dan harmoni. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips keluarga bahagia.", "Sebagai manusia yang beragama islam, solat adalah tiang agama. Oleh itu, jika anda inginkan keluarga bahagia, pastikan anda sekeluarga solat dengan sempurna 5 waktu sehari semalam. Solat awal waktu sekiranya berkesempatan.", "Bagi suami, boleh amalkan bersolat jemaah di masjid pada waktu subuh dan maghrib. Jadikan juga solat berjemaah sebagai amalan harian anda sekeluarga.", "2. Jadikan Al-Quran & ceramah agama sebagai hiburan di rumah", "Berapa ramai yang menjadikan Al-Quran dan ceramah agama sebagai hiburan di rumah? Berapa ramai yang mengaji bersama keluarga selepas solat maghrib berjemaah? Kebiasaanya, keluarga biasa menghabiskan masa menonton rancangan hiburan di televisyen.", "Apa kata mulai hari ini anda tukar, buka saluran agama dan dengar ceramah dari para cendekiawan agama sebagai santapan rohani anda sekeluarga.", "Sentiasa ingat bahawa Allah ada bersama kita. Apabila terdetik dihati untuk melakukan sesuatu yang bakal melukakan perasaan pasangan, ingat bahawa Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Sebagai anak, sekiranya kita melakukan maksiat, ingatlah bahawa mungkin ibu bapa anda tidak tahu, tapi Allah maha mengetahui. Keluarga yang sentiasa mengingati Allah akan menjadi sebuah keluarga yang bahagia.", "Setiap hari, pastikan anda sekeluarga makan bersama sekurang-kurangnya sekali, sama ada waktu bersarapan pagi atau makan malam. Keluarga yang makan bersama biasanya lebih rapat dan bahagia berbanding keluarga yang tidak mengamalkan aktiviti makan bersama.", "Untuk menjadi sebuah keluarga bahagia, setiap ahli keluarga perlu mengamalkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain. Walau pun anda bergelar ibu, tidak bermakna anak anda tidak layak untuk membuat keputusan, terutamanya apabila anak sudah dewasa dan memulakan kehidupan sendiri. Jika ingin dihormati, anda juga perlu menghormati orang lain.", "6. Saling memaafkan & melupakan kesalahan yang lalu", "Dalam kehidupan seharian, kita takkan lari dari melakukan kesalahan. Akan ada perbuatan anak atau suami yang melukakan hati anda. Namun, untuk mendapat keluarga bahagia anda perlu belajar untuk memaafkan dan melupakan kesalah yang dilakukan. Berikan peluang kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya kerana keluarga adalah yang paling utama dalam hidup anda.", "Sukar untuk memafkan kerana anda terlalu terluka? Mungkin hati anda hancur apabila dapat tahu ada wanita lain dihati suami. Tak dinafikan, ianya sangat menyakitkan namun anda harus ingat bahawa tiada manusia yang sempurna. Mungkin suami anda tersilap langkah, terperdaya dengan godaan di luar rumah tapi itu tak bermakna suami tidak layak untuk mendapat peluang kedua.", "Siapa tahu, selepas anda memberi kemaafan dan berikan suami peluang kedua, suami anda menjadi suami dan ayah yang lebih baik kepada anda dan anak-anak. Kalau selama ini suami kurang memberikan perhatian kepada anda, mungkin selepas menyedari kesilapannya, anda akan dilayan bak permaisuri.", "Dalam hidup berumah tangga, perlu ada sikap bertolak-ansur dan tidak mementingkan diri sendiri. Bertimbang rasa akan menjadikan keluarga anda lebih harmoni. Anda takkan rugi sekiranya sudi bertolak-ansur dalam sesuatu perkara.", "Sebagai contoh, sepatutnya cuti sekolah nanti anda sekeluarga telah merancang untuk bercuti ke luar negara selama seminggu namun tiba-tiba ibu mertua anda jatuh sakit. Tak salah jika anda tunda percutian sehingga ibu mertua anda sihat semula. Malah pasti suami akan lebih menghargai anda.", "9. Sentiasa ada untuk satu sama lain", "Keluarga adalah insan yang akan sentiasa ada untuk satu sama lain setiap masa. Semasa anak anda berhempas-pulas untuk menghadapi peperiksa akhir tahun, tak salah kalau anda dan suami memberikan sokongan dengan belajar bersama-sama. Jika suami anda perlu berjaga malam untuk menyiapkan kerja, apa salahnya kalau anda temankan sambil bancuhkan kopi dan sediakan sedikit juadah untuk menghilangkan mengantuk.", "Jika ada ahli keluarga sedang menghadapi masalah, anda sebagai ibu perlu menjadi pendengar yang setia supaya anda akan sentiasa menjadi orang yang paling rapat dengan anak. Begitu juga dengan suami, pastikan anda sentiasa mendengar luahannya jika ada masalah di tempat kerja. Ingatlah, jika anda gagal menjadi pendengar setia untuk mereka yang tersayang, akan ada orang lain yang mengambil tempat anda.", "Sekali-sekala, bawa keluarga berjalan-jalan makan angin untuk mencipta memori bersama, lebih-lebih lagi semasa anak-anak masih kecil. Semua memori ini akan diingati sampai bila-bila dan mengeratkan hubungan anda sekeluarga.", "12. Kurangkan penggunaan gajet semasa bersama keluarga", "Di zaman moden ini, gajet terutamanya handphone sudah menjadi pesaing untuk anda mendapat perhatian orang yang tersayang. Berapa ramai di antara kita yang duduk bersama keluarga, namun masing-masing leka dengan handphone di tangan? Seolah-olah ada tapi tiada.", "Untuk mendapatkan keluarga bahagia, kurangkan penggunaan gajet semasa bersama keluarga. Tinggalkan group whatsapp sekolah yang sedang bergelak ketawa berjenaka, dan pilih untuk bergelak-ketawa bersama ahli keluarga.", "Jangan pernah lupa harii istimewa setiap ahli keluarga, contohnya tarikh lahir. Tak salah kalau anda belikan hadiah dan masak makanan istimewa untuk meraikan hari istimewa tersebut. Penghargaan yang diberikan akan membuatkan keluarga anda lebih bahagia.", "Itulah dia 13 tips keluarga bahagia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tips selesaikan masalah perkahwinan, doa untuk anak, danย tanggung jawab isteri." ]
https://bidadari.my/resepi-pai-ayam/
Resepi Resepi Pai Ayam Cendawan Cheese (Sedaaaaap Sangat) Oleh Rahayu Z
[ "Jika datang mood rajin masak, mesti pelbagai jenis makanan ingin dibuat. Berbagai-bagai jenis makanan yang menarik patut untuk mengisi masa kosong sebelum mood masak jadi hilang.", "Resepi pai ayam cendawan atau mushroom chiken pie dengan cheese amat tular dalam kalangan masyarakat melayu sejak kebelakangan ini. Mak patut cubakan resepi ini apabila ada masa lapang.", "Cara yang sama dan resepi crust yang sama dengan pai telur yang sempat viral masa itu. Cuma Nor Izyanti Ismailโ€Ž dalam perkongsiannya di laman Facebook mengolah inti telur jadi ayam dengan rasa yang semestinya lagi sedap.", "Kepada sesiapa yang tidak punya oven boleh buat pai ini. Senang saja cara buatnya walaupun hanya menggunakan sukatan yang diagak-agak sahaja. Hidangkan untuk minum petang-petang. Selamat mencuba.", "Nota : Sayur-sayur boleh digantikan dengan mix vegetables.", "Selain resepi pai ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-tart-nenas/
Resepi Resepi Tart Nenas (Lemak, Berkrim dan Gebu) Oleh Rahayu Z
[ "Tart nenas, biskut yang tidak pernah lekang oleh masa. Tart nenas selalu dicari untuk dihidangkan pada hari raya. Letak sebalang dua balang tart nenas untuk tetamu konfirm akan cepat habis.", "Kalau selalunya anda beli tart nenas di kedai, apa kata tahun ini anda cuba buat sendiri. Resepi tart nenas gebu dan sedap akan kami berikan secara percuma kepada anda.", "Buat sendiri tart nenas lebih puas dan berbaloi, boleh dapat berbalang-balang, boleh simpan stock sampai habis masa raya. Tanpa perlu tunggu masa raya pun, anda boleh saja buat tart nenas hari ini juga. Dijadikan camilan untuk seluruh ahli keluarga.", "Tanpa buang masa, jom tengok resepi tart nenas yang dikongsikan oleh Suhaila Azhar di laman Facebook ini. Walaupun jem nenas boleh anda dapatkan di kedai kek, namun dalam resepi ini pula ada cara membuat jem nenas homemade. Selamat mencuba dan menikmati tart nenas anda.", "1. Mula-mula gaul sebati bahan bertanda * guna senduk.2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.3. Uli kesemua bahan hingga tidak melekat di tangan. Kalau lembik, tambahkan tepung gandum sedikit.4. Kemudian terapkan, letak inti dan glaze kuning telur. (Glaze = 2 kuning telur, 1sudu air dan beberapa tiris pewarna kuning, dikocak sebati dan sapu ke atas tart sebelum dibakar).", "5. Seterusnya bakar selama 30 minit pada suhu 180โ€™C menggunakan api atas bawah/sehingga garing.", "1. 3 biji nenas diblend/sagat dan sejat airnya.2. Masak nenas dlm kuali hingga kering air4. Kemudian masukkan 1/2 kg gula, 1 batang kayu manis, sedikit pewarna kuning telur.5. Akhir sekali, kacau lagi hingga gula larut dan jem kental, jika sudah siap terus sejukkan dan simpan dalam peti supaya senang diguna bila jem sejuk.", "Nota : Acuan untuk terap doh tart nenas.", "Selain resepi tart nenas, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. " ]
https://bidadari.my/kucing-munchkin/
Umum 12 Fakta Kucing Munchkin Menarik Yang Tidak Kita Ketahui Oleh Saiful Izzuan
[ "Artikel di bawah menunjukkan beberapa fakta kucing munchkin yang mungkin tidak ramai yang tahu. Bagi pencinta kucing, baka munchkin pasti membuatkan anda gemas. Kemunculan kucing munchkin ini telah membuatkan semua orang terkejut. Walau bagaimanapun, kucing munchkinn ini dikira sebagai kucing yang cacat kerana mempunyai kaki yang pendek.", "Sama seperti bentuk tubuhnya yang unik, nama โ€œmunchkinโ€ juga diambil dari karakter fiksi dalam serial buku Oz milik penulis L. Frank Baum. Walaupun begitu, nama pertama kucing ini ialah Blackberry. Hal ini kerana seseorang yang bernama Hochenedel yang menemukan kucing ini secara tidak sengaja menamainya dengan Blackberry.", "Sekiranya anda menyatakan bahawa baka kucing ini akan dibiakkan sesama mereka, ianya tidak benar. Ha ini kerana, kucing Munchkin dilarang untuk dibiakkan sesama baka mereka disebabkan faktor genetic mereka yang berisiko. Seperti yang anda tahu, baka kucing ini dikatakan mempunyai kecacatan kerana kakinya yang pendek. Disebabkan itu, jika baka ini dibiakkan sesama mereka, anak mereka kemungkinan besar akan mempunyai risiko untuk mati dan banyak lagi.", "Selain itu, kucing ini kebiasaannya akan dibiakkan dengan kucing domestik shorthair atau longhair. Sekiranya anda lihat baka munchkin pada masa kini, kebanyakan mereka mempunyai bulu berkilau, halus, dan kaki yang tidak terlalu pendek.", "Fakta kucing munchkins yang tak ramai tahu adalah pergerakannya yang lincah. Jika dilihat daripada bentuk fizikalnya iaitu kakinya yang pendek, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa kucing munchkins dapat bergerak dengan laju. Walau bagaimanapun, baka kucing ini mempunyai jumlah tenaga yang tinggi menjadikannya lebih aktif berbanding baka kucing yang lain.", "Baka kucing ini juga mempunyai kelebihan iaitu dapat bergerak dengan lebih stabil. Disebabkan kakinya yang pendek, kucing ini boleh bergerak dengan stabil walaupun ketika berlari melalui selekoh. Kakinya yang rendah menjadikan badannya tetap dekat dengan tanah dan mengelakkan mereka dari tergelincir mahupun jatuh ketika berlari. Baka ini juga sangat laju dan tangkas.", "Sekiranya anda menyangka bahawa kucing ini tidak dapat hidup dengan lama disebabkan kelainan genetiknya, anda silap. Hal ini kerana jangka hayat baka kucing ini tergolong dalam baka kucing yang hidup dengan lama.", "Kucing munchkin ini dianggarkan dapat hidup selama 12 hingga 15 tahun lamanya jika dirawat dengan baik oleh pemiliknya. Rawatan yang diperlukan oleh baka ini sama dengan kucing lainnya. Antaranya ialah memberi vitamin pada kucing serta menyuntik vaksin.", "Seperti yang anda semua tahu, baka kucing ini memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih. Baka kucing ini mengalami kesusahan untuk membersihkan diri. Hal ini kerana keadaan kaki dan tangannya yang pendek menyebabkan dia tidak dapat mencapai bahagian-bahagian tertentu untuk dibersihkan.", "Disebabkan hal ini, kebanyakan pemilik kucing ini kebiasaannya akan membantu menguruskan kucing ini serta membersihkan diri mereka. Walaupun begitu, masih ramai yang berminat untuk menjaga kucing ini disebabkan sifatnya yang comel dan manja.", "Berbanding dengan kaki kucing normal yang lain, kaki kucing munchkin lebih pendek. Hal ini kerana kucing ini merupakan mutasi genetic alami. Dikatakan kucing ini mula dijumpai pada sekitar tahun 1980-an di Amerika Selatan.", "Kebiasaannya, kucing yang memiliki bentuk kaki yang pendek akan mengalami penyakit yang berkaitan dengan gangguan tulang punggung tetapi bagi kucing munchkin, mereka tidak mempunyai sebarang gangguan menyebabkan ramai yang mula menjadikan kucing ini sebagai kucing peliharaan mereka.", "Kakinya yang pendek menjadikannya lebih comel walaupun ketika berjalan. Kucing ini juga pernah dimasukkan dalam buku Guinnessโ€™ Book of Record kerana memiliki kaki yang terpendek dalam kalangan genetic kucing yang lain.", "Walaupun kucing ini dikatakan lebih senang untuk mendapat penyakit seperti lordosis iaitu pertumbuhan otot tulang belakang yang pendek, tetapi terdapat juga kucing dari baka biasa yang terkena penyakit ini. Hal ini menjadikan baka kucing ini sama seperti kucing yang lain.", "Bagaimanapun, masih ramai yang beranggapan genetik kucing ini tergolong sebagai cacat. Walaupun begitu, jika dibandingkan dengan genetik kucing yang lain, kucing ini lebih sihat kerana kucing ini boleh hidup sehingga 15 tahun lamanya.", "Sama seperti kucing lain yang membawa balik serangga sebagai hadiah untuk tuannya, baka kucing ini tidak jauh bezanya. Lebih menarik lagi, mungkin disebabkan sifat ingin tahunya yang tinggi menyebabkan kucing Munchkin suka mengumpul barangan yang dilihatnya.", "Sekiranya anda mempunyai baka kucing ini sebagai haiwan peliharaan, pastikan anda menyimpan barang yang berharga dan berkilau di tempat yang selamat dan jauh dari penglihatan kucing ini. Hal ini kerana, kucing ini suka melihat barangan yang berkilat dan akan mengumpulkannya di satu tempat rahsia sama seperti simpanan harta karun.ย ย ", "Menariknya mengenai baka kucing ini, kucing ini mempunyai gaya duduk yang unik atau lebih kepada gaya duduk Arnab. Mungkin disebabkan kaki mereka yang pendek, mereka akan duduk di atas kaki mereka seakan berdiri. Kucing Munchkin akan kerap duduk seperti ini jika terdapat benda yang menarik perhatian mereka.", "Kucing Munchkin sangat manja dengan pemiliknya. Hal ini kerana baka ini memerlukan mental yang kuat untuk membantunya kekal cerdas. Sama seperti kucing yang lain, kucing munchkin juga sangat suka dengan pelukan dan belaian dari pemiliknya.", "Perbezaan antara kucing ini dengan kucing yang biasa adalah kucing ini memerlukan lebih perhatian dari pemiliknya. Sekiranya anda terfikir untuk mengambil kucing ini sebagai kucing peliharaan, pastikan anda selalu meluangkan masa untuk bermain dan membelainya.", "Sifat ingin tahu yang ada pada kucing biasa lebih rendah berbanding dengan sifat ingin tahu yang terdapat di dalam diri kucing munchkins. Kucing munchkins cenderung untuk meneroka tempat kediaman anda untuk mengetahui setiap sudut dan celah yang menarik minatnya. Kemungkinan anda akan melihat kucing ini datang ke sudut yang sama beberapa kali untuk meneliti lebih lagi.", "Seperti kucing lain yang membawa serangga untuk diberikan kepada tuan mereka, kucing munchkin pula cenderung untuk mengumpulkan barangan yang dilihat menarik di matanya. Barang tersebut mungkin mempunyai kilauan dan sesuatu yang cantik.", "Fakta kucing Munchkin yang lain ialah dari namanya sendiri. Kemunculan nama pertama untuk kucing ini sebelum dikenali dengan Munchkin adalah Blackberry. Walau bagaimanapun, nama kucing ini mula berubah apabila baka pertama ini diperkenalkan dalam rancangan Good Morning America.", "Pemilik kucing Munchkin ini iaitu Pflueger memberitahu bahawa nama baka ini adalah โ€˜Munchkinโ€™ sebagai penghargaan kepada filem klasik dan novel Wizard of Oz. Nama โ€œmunchkinโ€ diambil dari karakter fiksi dalam serial buku Oz milik penulis L. Frank Baum.", "Baka kucing Munchkin ini telah dikesan seawal tahun 1930-an, kucing Munchkin hari ini adalah hasil penemuan yang tidak sengaja pada tahun 1983 di Louisiana, di mana seorang guru muzik bernama Sandra Hochenedel. Di sebabkan bentuknya yang unik dengan kaki pendek, kucing ini tidak diakui oleh banyak kelab pencinta kucing. Hal ini kerana, mereka berpendapat kucing ini cacat dan tidak sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan.", "Walau bagaimanapun, genetik kucing ini mula dikaji dan dikatakan mengalami mutasi genetik menjadikan kaki kucing ini lebih pendek. Mereka berpendapat, sekiranya baka kucing ini diiktiraf, perkembangan baka kucing cacat ini akan semakin berleluasa dan menyebabkan banyak kucing jenis ini mati dengan cepat sekiranya dijadikan haiwan peliharaan.", "Walau bagaimanapun, kemunculan kucing ini telah diiktiraf dengan rasmi oleh The International Cat Association (TICA) dan South African Cat Council (SACC). Bagaimanapun, sehingga kini, masih banyak kelab kucing yang tidak mengiktiraf kehadirannya.", "Kucing munchkins sememangnya cukup unik. Bentuk tubuh badannya yang comel menyebabkan ramai pencinta kucing yang tergila-gila dengan baka ini. Walaubagaimanapun, kos untuk merawat kucing ini menjadikan beberapa dari pencinta kucing terpaksa melupakan Hasrat mereka untuk memiliki kucing ini.", "Sememangnya kucing baka ini memerlukan penjagaan yang rapi. Hal ini juga adalah untuk memastikan baka kucing munchkin terus kekal sehingga ke generasi yang akan datang.", "Anda juga dijemput untuk membaca beberapa artikel menarik kami yang lain seperti:" ]
https://bidadari.my/dipuji-suami/
Keluarga 5 Cara Menarik Boleh Di Cuba Untuk Dipuji Suami Oleh Pak Utih
[ "Nota Editor : Wanita adalah makhluk ciptaanNya yang berbeza daripada lelaki. Lebih-lebih lagi dari sudut kehendak emosi. Wanita mahukan lebih pujian daripada lelaki. Semoga artikel ini membantu dalam memperolehi pujian yang betul.\n\n____________________________________________________________________", "Bagaimanakah caranya seorang isteri ingin mendapatkan pujian daripada suaminya yang matanya jenis โ€œbuta warnaโ€. Kerana hanya pujian daripada orang yang disayangi sahaja yang boleh menambahkan hormon oxytocinnya (hormon keceriaannya).", "Jika dia terima pujian daripada orang lain, hormon oxytocinya belum pasti keluar kerana fikirannya berputar-putar memikirkan apakah maksud pujian orang itu kepadanya jujur atau sebaliknya.", "Tetapi kalau daripada orang yang dia sayang yang ada โ€œchemistryโ€ pasti melonjak oxytocinnya.", "Setiap kali anda beli pakaian atau asesori, tunjukkan kepada suami anda agar dia sedar perkara itu. Jangan harap suami anda tahu dengan sendiri melainkan anda sendiri beritahu kepadanya.", "Jika inginkan pandangan dia mengenai pakaian baru anda itu, carilah waktu suami yang sesuai. Iatu semasa dia selesai makan dan sedang bersantai merehatkan badan di sofa kesayangannya. Waktu dia tidak sibuk dengan tugasannya.", "#3 Meminta Pandangan Dan Bukannya Keputusan", "Hanya meminta pandangannya bukan meminta buat keputusan serius mengenai pakaian itu. Contoh, โ€œAbang, Yam nak minta pandangan abang je, bukan apa-apa, Yam baru beli baju ni, nak kongsi dengan Abang jeโ€.", "Jika percakapan anda menggambarkan dia perlu menyelesaikannya, dia terus stres. Dia sedar yang dirinya buta warna dan tidak pandai membuat keputusan.", "Sila sediakan soalan objektif yang ada dua jawapan untuk dia pilih. Contoh, โ€œAbang, sesuai tak baju baru ni jika Yam pakai ke pejabat?.โ€ โ€œDiantara baju merah ini dengan baju biru, yang mana abang suka?โ€", "Jangan gunakan soalan subjektif yang memerlukan jawapan terbuka. Ini menyebabkan dia terus stres. Contoh, โ€œApa pandangan abang baju baru ini?โ€.", "Beri kucupan di pipinya jika dia telah memenuhi kehendak emosi anda walaupun anda tahu yang dia buta warna dan mungkin dia sendiri tidak faham akan pujiannya tadi." ]
https://bidadari.my/resepi-makanan-bayi-6bulan/
Resepi Resepi Makanan Bayi Umur 6 Bulan (Sihat dan Bergizi) Oleh Rahayu Z
[ "Kebanyakan ibu selalu pening memikirkan resepi apa yang sesuai untuk baby setiap hari. Terutamanya untuk bayi umur 6 bulan kerana pada usia 6 bulan, anak akan mula lalui proses โ€œweaningโ€. Maksudnya dari hanya menyusu susu badan atau susu tepung, bayi akan mula makan.", "Antara zat penting yang mula merosot dalam badan bayi pada usia 6 bulan ke atas ialah zat besi. Susu ibu sudah tidak dapat menampung permintaan (demand) zat besi yang mencukupi bila bayi mula cecah usia 6 bulan. Sebab itu proses weaning sangat penting untuk dimulakan seawal umur 6 bulan. Maka dari makanan bayi, barulah bayi dapat zat besi yang mencukupi.", "Oleh itu, kami mengongsikan resepi makanan yang sesuai untuk bayi berumur 6 bulan. Di bawah ini ada 10 resepi yang penuh khasiat untuk bayi umur 6 bulan. Resepi ini cukup mudah dan senang. Lepas ini mommy tak payah pening-pening kepala. Cukup 15 minit, mommy sudah boleh duduk bersila breakfast di atas sofa empuk.", "Penting diketahui bahawa selepas mula makan ini, susu jangan dilupa pula. Naikkan jumlah makanan yang diberi dan mula kurangkan jumlah susu yang diberi sehingga usia anak cecah 2 tahun. Yang terbaik kalau anda bagi anak makan dulu sebelum bagi susu. Kalau bagi susu dulu, baby jadi kenyang dan kurang minat makan.", "Puri ini boleh dibuat banyak-banyak dan simpan sehingga 2-3 bulan di dalam freezer. Anda tidak perlu risau untuk menyimpannya lama. Sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Redza Zainol di Facebook ini dan kongsikan kepada jiran belakang rumah, rakan pejabat dan adik beradik anda.", "Resepi Makanan Bayi Umur 6 Bulan (Sihat dan Bergizi)", "1. Puri Lobak Merah dan Labu", "โ€ข 50 g labu.\nโ€ข 1/2 batang lobak merah (saiz sederhana).", "1. Labu dan lobak merah dipotong dadu.\n2. Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.\n3. Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut lembut.\n4. Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.", "2. Puri Keledek dan Bunga Kubis", "โ€ข 1 biji keledek ( saiz sederhana ).\nโ€ข 50 g bunga kubis.", "1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.\n2. Bersihkan bunga kubis dan potong kecil.\n2. Stim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut.\n3. Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.", "โ€ข 1 biji keledek ( saiz sederhana ).\nโ€ข 50 gram labu.", "1. Labu dan keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.\n2. Stim labu dan keledek yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.\n3. Masukkan labu dan keledek ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.", "4. Puri Lobak Merah dan Kentang", "โ€ข 1 biji kentang (saiz sederhana ).\nโ€ข 1 batang lobak merah saiz sederhana.", "1. Lobak merah dan kentang dibersihkan dan dipotong dadu.\n2. Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.\n3. Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.", "5. Puri Kentang dan Kubis Bunga", "โ€ข 2 biji kentang ( saiz sederhana ).\nโ€ข 50 gram kubis bunga.", "1. Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.\n2. Bersihkan kubis bunga dan potong kecil.\n3. Masukkan kentang ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.\n4. Kemudian, masukkan bunga kubis dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga kubis bunga menjadi lembut.\n5. Masukkan kentang dan kubis bunga ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga sebati.", "6. Puri Epal , Pir dan Kayu Manis", "โ€ข 1 biji epal merah.\nโ€ข 1 biji pir hijau.\nโ€ข Sebatang kayu manis.\nโ€ข 3-5 sudu air.", "1. Potong dadu epal dan pir.\n2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.\n3. Tutup periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah-buahan tadi lembut.\n4. Setelah lembut, keluarkan kayu manis dan kisar di dalam mesin pengisar sehingga sebati.", "โ€ข 1 biji pir hijau.\nโ€ข 1 biji avocado.", "1. Potong dadu pir dan renehkan dalam periuk selama 10 minit atau hingga pir jadi lembut.\n2. Masukkan pir dan avocado yang didadu ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.", "โ€ข 1 biji epal merah.\nโ€ข 1 biji pisang ( saiz sederhana ).", "1. Potong dadu epal dan renehkan di dalam periuk selama 10 minit atau hingga buah-buahan tadi lembut.\n2. Masukkan epal dan pisang yang telah dipotong-potong ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.", "โ€ข 1 biji mangga ( saiz sederhana ).\nโ€ข 2 biji avocado.", "1. Potong isi mangga dan avacado dan masukkan ke dalam mesin pengisar.\n2. Kisarkan sampai sebati. Campurkan sedikit air atau susu ibu jika perlu untuk memudahkan proses pengisaran.", "10. Puri Epal, Pic Kering dan Kurma", "โ€ข 1 biji epal merah.\nโ€ข 4-5 pic kering.\nโ€ข 1 biji kurma.", "1. Potong dadu epal.\n2. Hiris kasar kurma dan pic kering.\n3. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan 4-6 sudu air.\n4. Renehkan semua bahan selama 10 minit atau sehingga lembut.\n5. Setelah lembut, kisar semua bahan hingga sebati di dalam mesin pengisar.", "* Untuk semua resipi yang menggunakan air boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan.\n* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging.", "Selain resepi Makanan Bayi Umur 6 Bulan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-ikan-siakap-tiga-rasa/
Resepi Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Simple (Mudah Sangat) Oleh Rahayu Z
[ "Hidangan ikan tiga rasa antara resepi kegemaran ramai. Tidak kira kanak-kanak hingga orang tua suka makan ikan tiga rasa.", "Rasa masakan ini haruslah terasa manis, pedas dan masam barulah menjadi tiga rasa tersebut. Apalagi kalau ikan yang digunakan ialah ikan siakap yang memang terkenal paling sedap dimasak tiga rasa. Lagi berselera makan.", "Dari banyak-banyak resepi, resepi ikan siakap tiga rasa daripadaย โ€ŽAfy AL Habibiโ€Ž di laman Facebook ini antara yang mendapat perkongsian ramai. Kerana ia menggunakan resepi yang sedikit berbeza berbanding resepi lainย  umumnya.", "Tanpa membuat anda tertunggu, sila intip resepi ikan siakap tiga rasa di bawah ini dan kongsikan kepada jiran dan rakan anda. Selamat mencuba.", "Selain resepi ikan siakap tiga rasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/hamil-minggu-2/
Hamil Trimester Pertama: Tips Kehamilan Minggu 2 Oleh Editor Bidadari.My
[ "Keadaan Anda Pada Minggu Kedua Kehamilan", "Haid anda sudah pun tamat pada masa ini. Salah satu daripada ovari anda sudah bersedia untuk melepaskan ovum. Ovari juga turut menghasilkan banyak estrogen. Estrogen adalah permulaan beberapa proses penting di dalam tubuh anda.", "Ovulasi biasanya berlaku dalam pada kira-kira hari ke 14 jika anda mempunyai kitaran menstruasi sebanyak 28 hari. Anda berkemungkinan besar untuk hamil jika melakukan hubugan seks pada 1-3 hari sebelum ovulasi." ]
https://bidadari.my/resepi-roti-jala-ros/
Resepi Resepi Roti Jala Ros Cantik Sangat!! Oleh Rahayu Z
[ "Roti jala termasuk makanan melayu yang paling sederhana cara membuat namun rupanya menarik. Dikatakan roti jala sebab makanan ini bentuknya menyerupai jala dan cara membuatnya seperti โ€˜menjalaโ€™.", "Namun, pernahkah anda terfikir mencipta dan berkreasi dengan roti jala tersebut? โ€Žโ€ŽIntan Zulhilmi telah mencubanya. Ia membuat roti jala rose dan berkongsikan resepi di laman Facebook. Tentunya bentuk roti jala yang macam ini menarik perhatian ramai dan mendapat banyak perkongsian.", "Walaupun tampak sukar, tapi untuk membuat bentuk ros amatlah senang. Di bawah kami jelaskan tahap demi tahap untuk membuat roti jala ros disertakan gambar. Selamat mencuba.", "Selain roti jala ros, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya." ]
https://bidadari.my/cara-elakkan-keguguran-rambut-selepas-bersalin/
Hamil, Kesihatan 5 Cara Untuk Elakkan Keguguran Rambut Yang Banyak Selepas Bersalin Oleh aqirah
[ "Keguguran rambut bukan lagi perkara asing bagi wanita. Wanita yang bertudung atau pun tidak bertudung semestinya akan mengalami masalah rambut gugur samada banyak atau sikit. Maka, penjagaan rambut wanita lebih terperinci daripada lelaki.", "Tetapi lain pula bagi wanita yang baru lepas bersalin. Mereka akan mengalami keguguran rambut yang lebih banyak berbanding sebelum bersalin. Jangan risau kerana ia adalah perkara yang normal akan berlaku kepada setiap wanita selepas bersalin. Mengapakah perkara tersebut berlaku?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 cara untuk elakkan keguguran rambut yang banyak selepas bersalin. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai โ€˜serviceโ€™ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan โ€˜serviceโ€™ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.", "Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh kehilangan antara 50-100 urat rambut setiap hari. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik sahaja bayi mencecah umur setahun.", "Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.", "Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih sedar akan masalah ini.", "Teruskan mengambil makanan yang berkhasiat serta kaya dengan protein dan zat besi.", " Elakkan membuat rawatan rambut seperti melurus dan mengerintingkan rambut.", " Elakkan menggunakan bahan kimia seperti mewarna rambut sehingga lah rambut kembali normal.", " Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.", " Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.", "*Berikut adalah cara-cara untuk elakkan keguguran rambut yang banyak. Rambut gugur adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Maka, selepas bersalin perlu mengambil makanan yang sihat dan kurangkan pengambilan garam dan gula yang berlebihan. Oleh kerana itu, selepas bersalin wanita perlu berpantang untuk mendapatkan semula tubuh badan yang asal. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/rabiatul-adawiyah/
Rohani Kisah Rabiatul Adawiyah Wali Allah Yang Patut Jadi Inspirasi Wanita Oleh Aniuna
[ "Rabiatul Adawiyah atau nama sebenar beliau Umm Al-khair binti Ismail al-Adawiyah telah tergolong dalam senarai wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam.", "Beliau dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah, iaitu pada tahun 99H/ 717 M berhampiran kotaย Basrahย diย Iraq dan meninggal dunia di kota itu juga pada tahun 185H/ย 801M.ย Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan, namun kaya denganย ibadah kepada Allah swt.", "Semasa beliau kecil, beliau hidup seperti kanak-kanak biasa yang selalu bermain dan sebagainya. Akan tetapi, ada yang menyatakan bahawa kebijaksaan Rabiatul Adawiyah sudah terserlah sejak beliau kecil.", "Diceritakanย bahawaย Rabiah menghafal Al-Quran pada usia sepuluh tahun. Rabiah sering dibawa beribadat danย bermunajat oleh ayahnya sejak kecil di masjid berdekatan pinggiran Kota Basrah.", "Tidak banyak catatan tentang keluarga Rabiatul Adawiyah. Antara yang tercatat dalam kitab-kitab ialah Rabitul Adawiyah telah dididik oleh bapanya untuk menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikan oleh bapanya kepada Rabiatul Adawiyah adalah bersumberkan Al-Quran. Kesannya, Rabiah berjaya menghafal al-Quran dan menghayati isi kandungannya. Sejak kecil lagi, Rabiah sememangnya berjiwa halus serta mempunyai keyakinan yang tinggi dan keimanan yang mendalam.", "Namun, menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadiย sempit dan susah.ย Keadaan itu semakinย burukย setelahย ibu dan ayahnya meninggal dunia. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian Allah swt untuk membuktikan keteguhan imannya.", "Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah serta asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembaliย bertaubat. Babak-babak taubat Rabiatul Adawiyah inilah yang sangat berguna buat kita semua untuk diambil iktibar dan pengajaran.", "Rabiatul Adawiyah merupakan orang pertama yang mengalunkan irama cintai Ilahi. Hal ini kerana generasi sebelumnya merintis aliran Islam berdasarkan rasa takut (khauf) dan pengharapan (rajaโ€™) kepada Allah (zuhud) seperti yang diajarkan oleh Hasan al-Basri.", "Manakala, Rabiatul Adawiyah mempelopori rasa tulus ikhlas serta cinta kepada Allah swt. Sikap dan pandangan Rabiatul Adawiyah tentang cinta dapat difahami dari kata-katanya, baik yang langsung mahupun yang disandarkan kepadanya. Beliau memperkayakan penulisan Islam dengan kisah-kisah pengalaman sufinya dalam sajak-sajak yang tinggi nilai bahasanya.", "Rabiatul Adawiyah juga mempopularkan konsep Mahabbah dalam kalangan ahli sufi, Konsep ini dibahagikan kepada berikut:", "Pertama adalah memeluk kepatuhan kepada Allah dan membenci sikap melawannya;", "Kedua adalah menyerahkan seluruh diri kepada yang dikasihi; dan", "Ketiga adalah mengosongkan hati dari segala-galanya kecuali yang dikasihi.", "Abu Nashr as-Sarraj at-Thusi mengatakan, cinta para sufi dan maโ€™rifat itu timbul dari pandangan dan pengetahuan mereka tentang cinta abadi dan tanpa mengharap balasan daripada Allah swt.", "Cinta itu timbul tanpa ada maksud dan tujuan apa pun. Apa yang diajarkan Rabiโ€™ah melalui konsep mahabbah ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Hasan al-Basri dengan konsep khauf (takut) dan rajaโ€™ (harapan).", "Cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah sebegitu kuat membelenggu hatinya, sehingga hatinya pun tidakย mampu untukย berpaling kepadaย selainย Allah.", "Pernah suatuย ketikaย Rabiโ€™ah ditanya, โ€œApakah Rabiโ€™ah tidak mencintai Rasul?โ€", "Ia menjawab, โ€œYa, aku sangat mencintainya, tetapi cintaku kepada Pencipta membuat aku berpaling dari mencintai makhluknya.โ€ Allah adalah teman sekaligus Kekasih buat Rabiatul Adawiyah, sehingga ke manaย saja Rabiโ€™ah pergi, hanya Allahย sahaja yang ada dalam hatinya. Dia mencintai Allah dengan sepenuhย hati dan keimanannya.", "Disebabkan kecintaannya kepada Allah swt terlalu mendalam, Rabiah merelakan dirinya menjadi โ€˜gadis abadiโ€™. Dia tidak mahu bernikah bukan kerana tidak ada yang meminangnya, tetapi dia memilih โ€˜kegadisan abadiโ€™ kerana tidak tertarik dengan kenikmatan hidup duniawi.", "Ketika Rabiah ditanya: โ€œKenapa engkau tidak bernikah, wahai Rabiโ€™ah?โ€", "Dia menjawab: โ€œTidak ada tempat di hatiku kecuali untuk Kekasih Sejati.โ€ Rabiah menyembah Tuhan dengan penuh cinta dan kerinduan, yang sukar untuk diluahkan melalui pena, diungkapkan melalui pemahaman. Pada pandangan Rabiah, cinta pada Penciptanya adalah kehidupan spiritual, cinta berasal daripada Allah dan untuk Allah swt.", "5 Sifat Rabiatul Adawiyah Yang Patut Dicontohi", "Sewaktu di istana, Rabiah menjadi penghibur yang digemari raja. Ada riwayat mengatakan beliau sudah terjebak dalam kancah dosa. Namun dengan limpah hidayah, beliau mulai insaf dan kembali mengingati Allah.", "Di kesunyian malam, Rabiah bermunajat setulus hati kepada Allah swt:", "โ€œYa Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripadaMu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!", "Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.", "Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan hiburannya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu.", "Maka semoga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.โ€", "Setelah Rabiatul Adawiyah dibebeaskan oleh raja, dia membuktikan kesyukurannya dengan meningkatkan amalan kerohaniannya. Dia dipimpin oleh seorang mursyid bernama Hassan al-Basri dan akhirnya Rabiatul Adawiyah telah beriktikad untuk menghambakan diri sepenuh masa terhadap penciptaNya.", "Rabiatul Adawiyah menghabiskan sisa hidupnya untuk tinggal di dalam pondok kecil dan tidur berbantalkan serpihan tembikar dan berselimutkan tikar lusuh. Tiada sekelumit pun rasa keduniaan yang membenam dalam hatinya.", "Suatu hari, seorang pencuri telah menyelinap masuk ke pondok Rabiatul Adawiyah. Kemudian dia mendapati tiada apa-apa barang berharga. Sebelum keluar, Rabiatul muncul dan menyuruh pencuri itu mengambil bekas air milik beliau untuk berwuduk.", "Kemudian pencuri itu menunaikan solat dua rakaat. Ternyata pencuri tersebut merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tidak pernah dirasa sebelum ini. Rabiatul Adawiyah lantas berdoa,", "โ€œYa Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapanMu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmatMu.โ€", "Kecintaan Rabiatul Adawiyah kepada Allah sering diluahkan dalam kuntuman syair-syairnya,", "โ€œAku mencintaiMu dengan dua cinta, cinta kerana diriku dan cinta kerana diriMu.", "Cinta kerana diriku, adalah keadaan sentiasa mengingatMu,", "Cinta kerana diriMu, adalah keadaanMu mengungkapkan tabir, hingga Engkau kulihat, baik untuk ini mahupun untuk itu,", "Pujian bukanlah bagiku, bagiMu pujian untuk semua itu.โ€", "Ada petikan syair yang mengatakan betapa pasrahnya hati beliau akan Tuhan,", "โ€œKekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.โ€", "โ€œJika aku menyembahMu kerana takut daripada api nerakaMu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu maka haramkanlah aku daripadanya!", "Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.โ€", "5) Berserah Diri Hanya Kepada Allah", "Menjelang akhir hayatnya, banyak sekali orang alim duduk mengelilinginya. Rabiatul Adawiyah meminta kepada mereka,", "โ€œBangkit dan keluarlah; berikan jalan kepada pesuruh-pesuruh Allah Yang Maha Agung!โ€", "Maka, semua orang bangkit dan keluar, dan pada saat mereka menutup pintu, mereka mendengar suara Rabiah mengucapkan kalimat syahadah dan mereka mendengar sebuah suara,", "โ€œโ€ฆ Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu, berpuas-puaslah denganNya. Maka masuklah bersama golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyurgaKu.โ€ Surah al-Fajr, ayat 27-30", "Rabiatul Adawiyah adalah ikon bagi Muslimah yang meletakkan kecintaannya hanya kepada Allah swt. Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Namun pengajaran yang besar dari kisah Rabiatul Adawiyah adalah keikhlasan taubat kita kepada Allah swt.", "Bagaimana dengan artikel berkenaan Rabiatul Adawiyah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:" ]
https://bidadari.my/mandi-nifas/
Keluarga Mandi Nifas: Info Cara Dan Niat ( Mandi Wajib Selepas Bersalin ) Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Sebagai seorang yang beragama islam, seorang ibu yang baru melahirkan anak wajib untuk mandi nifas setelah darah nifasnya kering. Malangnya masih ada ibu yang tidak mengetahui perkara ini dan tidak mandi nifas pada waktu yang sepatutnya. ", "Ia adalah satu perkara yang sangat menyedihkan kerana akan menjejaskan ibadah kita seumur hidup. Ilmu tentang mandi nifas adalah ilmu fardhu ain yang wajib diketahui oleh suami dan isteri agar kita tidak terlepas daripada melakukannya apabila perlu.", "Istimewa\nuntuk anda, hari ini kami akan kongsikan kepada anda info lengkap tentang mandi\nnifas termasuk hukumnya, cara mandi nifas, hikmah, dan tips untuk ibu baru\nbersalin cepat segar dan cantik berseri seperti tuan puteri semula. Pastinya\nanda tak sabar nak baca.", "Apakah hukum\nmandi nifas ke atas ibu yang baru melahirkan?", "Bersalin\nadalah satu proses yang menyakitkan dan membuatkan seorang ibu menjadi lemah\ndari segi fizikal dan mental. Salah satu daripada puncanya ialah kerana proses\nbersalin itu sendiri adalah sangat menyakitkan dan memenatkan. Selain itu,\nbersalin akan menyebabkan seorang ibu kehilangan banyak darah dari tubuh badan.\nTerdapat dua jenis darah yang keluar iaitu:", "Walau bagaimana pun, ada ibu yang bersalin dan mengeluarkan darah wiladah namun tidak mempunyai darah nifas. Ia bukanlah sesuatu yang pelik. Selain bersalin, darah wiladah dan darah nifas juga berlaku kepada ibu yang keguguran atau mengalami anak meninggal dunia semasa berada dalam kandungan. ", "Apabila darah sudah kering dan tidak keluar lagi, maka ibu tersebut wajib mandi nifas atau mandi wiladah. Hukum mandi nifas dan mandi wiladah adalah wajib ke atas ibu yang melahirkan dan mengalami keguguran.", "Persoalan\nyang selalu timbul ialah perlukah ibu tersebut melakukan mandi nifas dan mandi\nwiladah sebanyak dua kali dan secara berasingan. Jawapannya ialah tidak. Cukup\nCuma mandi satu kali sahaja. Sebagai contoh, jika ibu tersebut Cuma mempunyai\ndarah wiladah tanpa didatangi darah nifas, maka sebaik sahaja darah wiladahnya kering,\nmaka ibu tadi boleh terus mandi wiladah dan dianggap sebagai suci dan boleh\nmelakukan ibadah wajib seperti solat, puasa, dan lain-lain.", "Bagi ibu yang didatangi darah wiladah dan darah nifas, perlu menanti sehingga darah nifa betul-betul kering sebelum mandi nifas. Tidak perlu mandi wiladah memandangkan keadaan diri yang masih berdarah nifas dan bukannya berada dalam keadaan suci. ", "Sebaik sahaja darah nifas kering, ibu tadi boleh terus mandi nifas. Cukup mandi sekali sahaja untuk meliputi darah nifas dan darah wiladah yang keluar. Sebaik sahaja anda mandi nifas, anda dianggap sebagai suci dan wajib melakukan ibadah seperti biasa.", "Mandi nifas\nadalah mandi wajib yang dilakukan oleh seorang wanita yang baru melahirkan apabila\ndarah nifasnya sudah betul-betul kering. Cara mandi nifas yang bakal kami\nkongsikan sebentar lagi juga boleh digunakan untuk tujuan mandi wiladah. Cara\nmandi nifas adalah seperti berikut:", "Perlu\ndiingat bahawa wuduk anda akan terbatal sekiranya anda menyentuh kemaluan\nsemasa mandi wajib, oleh itu jika anda mahu bersolat selepas mandi nifas, anda\nperlu mengambil wuduk semula selepas selesai mandi nifas.", "Apakah tips\nuntuk ibu lepas bersalin cepat cergas dan cantik berseri semula?", "Sekarang\nkami nak kongsikan tips yang boleh anda amalkan supaya cepat cergas dan cantik\nberseri semula. Kalau anda amalkan tips yang kami kongsikan ini, insya Allah\nanda akan kelihatan berseri-seri apabila masuk kerja semula. Pastinya ramai\nyang akan cemburukan anda. Di antara tips yang boleh anda amalkan ialah:", "Itulah dia info tentang mandi nifas yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tidak period selepas bersalin dan resepi lobak putih." ]
https://bidadari.my/resepi-sambal-tempoyak-goreng-petai-ikan-bilis/
Resepi Resepi Sambal Tempoyak Goreng Petai Ikan Bilis (Senang dan sedap) Oleh Nur Dini Abd Aziz
[ "Anda sudah tahu apa yang hendak anda masak untuk makan pada hujung minggu nanti? Sudah muak makan makanan yang sama berulang-ulang kali? Anda peminat tempoyak dan petai? Sudah tentu resepi pada kali ini akan menarik perhatian anda. ", "Resepi yang akan kita kongsikan pada hari ini ialah resepi sambal tempoyak goreng petai ikan bilis. Hidangan ini boleh disediakan untuk makan malam atau tengah hari pada hujung minggu nanti. Sudah tentu hidangan ini boleh menambah selera anda di meja makan nanti. Dihidangkan bersama nasi panas-panas pun sudah cukup buat anda terliur.", "Tanpa membuang masa mari kita lihat resepi yang telah dibawakan oleh Aishah Masri yang telah dikongsikan di laman sosial Facebook.", "Resepi Sambal Tempoyak Goreng Petai Ikan Bilis", "Nota: Bahan yang ditanda dengan * hendaklah dikisar.", "Resepi โ€“ resepi lain yang menarik:", "Saya telah berkongsi banyak lagi resepi-resepi yang menarik di sini. Anda boleh melihat resepi-resepi tersebut di bawah ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang lain ya!" ]
https://bidadari.my/sakit-pinggang-semasa-mengandung/
Hamil, Keluarga, Petua Tips Sakit Pinggang Semasa Mengandung : Ketahui Punca Dan Cara Atasinya Oleh Siti Awadah
[ "Sakit pinggang ketika hamil boleh berlaku pada mana-mana wanita yang sedang mengandung sejak kandungan masih di peringkat awal lagi. Dalam erti kata lain, sakit pinggang ketika mengandung adalah satu perkara biasa yang boleh berlaku pada mana-mana bakal ibu. Ada juga di kalangan ibu mengandungย ini akan mengalami rasa sakitย di bahagian punggung yang juga dikenali sebagai โ€˜tulang ekorโ€™. ", "Makin besar usia kandungan maka akan bertambahlah sakit pinggang ini. Walaubagaimanapun, para bakal ibu tidak perlu panik kerana ini adalah perkara biasa yang bisa terjadi pada sesiapa saja. ", "Apakah Punca / Penyebab Kepada Masalah Sakit Pinggang Semasa Mengandung Ini? ", "Menurut kajian dan pendapat pakar perubatan berdasarkan bahan bacaan yang banyak terdapat di internet (Google), terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan sakit pinggang semasa hamil ini berlaku. Antara tips untuk atasiย masalah sakitย belakang dan pinggul ketika hamil ini adalah seperti : ", "#1 โ€“ Berat Badan Si Ibu Yang Semakin Bertambah ", "Penambahan berat si ibu semasa sedang mengandung akan menyebabkan bentuk tubuh akan mula berubah. Berat badan yang semakin meningkat sesuai dengan usia kehamilan adalah antara punca sakit belakang paling utama. ", "Ini kerana apabila berat badan bertambah maka beban tersebut akan bertambah pada otot-otot pinggang dan tulang belakang. Sekaligus ia akan menyebabkan otot pada bahagian pinggang dan tulang belakang ini mula berasa sakit tekanan yang sedang berlaku pada bahagian ini. ", "#2 โ€“ Pusat Graviti Yang Telah Berubahย ", "Semakin besar rahim (baby) dan perut si ibu, maka pusat graviti juga akan turut berubah ke hadapan. Apabila keadaan ini berlaku maka ia akan menyebabkan tubuh si ibu yang sedang mengandung ini akan lebih cenderung ke hadapan. ", "Maka apabila di lihat dengan mata kasar keadaan ini akan menyebabkan postur tubuhย si ibu akan mula berubah dengan lebih cenderung untuk tunduk dan membongkong dengan sendirinya tanpa disedari. ", "Selain daripada dua perkara di atas, ada juga di antara ibu yang sedang hamil ini akan berasa sakit pinggang dan tulang belakang akibat oleh peningkatan hormon di dalam tubuhnya. Ini sering berlaku sejak kandungan berada di awal kehamilan lagi. Selalunya peningkatan hormon ini akan menyebabkan berat badan si ibu akan meningkat naik dengan mendadak. ", "Ada juga dikalangan ibu hamil ini yang menyifatkan bahawa peningkatan hormon itu sendiri adalah punca sakit belakang semasa hamil. Hormon yang dilepaskan ini sebenarnyaย adalah untuk mempersiapkan tubuh si ibu untuk melalui proses kehamilan tersebut. Dalam masa yang sama ia ia mungkin akan menyebabkan berlakunya sendi yang melembut dan ligamen yang mengendur hingga mempengaruhi beban kerja tulang belakang. ", "Apakah Tips / Cara Untuk Melegakan Sakit Pinggang Semasa Mengandung Ini?", "Di sini akan turut dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk melegakan sakit pinggang semasa mengandung. Kebanyakan daripada tips ini memang telah sering digunakan oleh ibu-ibu yang sedang hamil dan semoga ianya akan dapat membantu anda juga. ", "Antara kaedah untuk melegakan sakit pinggang semasa mengandung ini adalah :", "Untuk ibu yang sedang hamil ini, terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan seperti yoga, senaman kegel dan juga senaman perut. Ibu yang sedang hamil ini juga boleh bersenam untuk membantu mengurangkan tekanan dan memberi kelegaan pada bahagianย sakit pinggang dan belakang. ", "Terdapat beberapa jenis senaman yang sangat sesuai bagi wanita hamil seperti:", "Antara senaman yang harus dielakkan pula adalah:", "#2 โ€“ Pakai Kasut Yang Bertumit Rata ", "Ibu yang sedang hamil adalah tidak digalakkan untuk memakai kasut bertumit tinggi. Ianya bukan kerana boleh membawa bahaya tergelincir dan sebagainya namun ia akan turut memberi rasa kurang selesa dan juga kurang sokongan pada tubuh ketika sedang melangkah. ", "Kasut rendah bertumit rata adalah lebih cocok untuk membantu ibu bergerak dan dalam masa yang sama dapat juga kurangkan rasa sakit pada pinggang dan tulang belakang itu. ", "#3 โ€“ Minta Suami Lakukan Urutan ", "Mengurut juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit pinggang semasa mengandung ni cuma pastikan urutan tu tidak terlalu kuat. Lebih afdal jika suami sendiri dapat mengurut si isteri yang sedang berbadan dua ini. Barulah pasangan menjadi semakin erat dan bahagia. ", "Tidak perlu pakar mengurut melainkan urut secara perlahan-lahan dan gunakan juga minyak aromaterapi untuk kesan yang lebih baik.", "#4 โ€“ Selalu Lakukan Regangan Pada Tubuh", "Elakkan daripada duduk atau berdiri terlalu lama dalam satu-satu masa. Setiap 30 minit atau 1 jam, lakukan senaman regangan yang mudah untuk melancarkan peredaran darah. Perhatikan postur dan janganย duduk membongkok. Cuba duduk di atas kusyen lembutย dan tambahkan sokongan seperti bantal atau kain lembut jika perlu.", "#5 โ€“ Gunakan Bantal Lebih Sebagai Bantuan Semasa Tidur", "Bukan mudah mendapatkan posisi tidur yang selesa sepanjang kehamilan, lebih-lebih lagi apabila saiz kandungan semakin membesar. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menyusunkan bantal-bantal lembut mengikut keselesaan anda seperti pada kaki atau sisi. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pregnancy pillow yang direka khas bagi mendapatkan posisi tidur yang optimum. Memang empuk dan sangat selesa!", "#6 โ€“ Mandi Dengan Air Panas Untuk Lebih Selesa", "Sungguhpun mandian air panas seperti sauna atauย bath tubย tidak digalakkan, pancuran air yang sederhana panas atau shower sangat membantu untuk memberi kelegaan. Oleh itu, sekiranya sakit pinggang semasa hamil bertambah kerap dan sakit, cubalah melegakannya dengan cara ini.", "#7 โ€“ Gunakan Tali Pinggang Sokongan Pada Bahagian Perut", "Beli dan guna taliย pinggangย sokongan khas untuk ibu mengandung. Taliย pinggangย ini dapat menampung berat bayi dan mengurangkan rasa sakit belakang. Ramai ibu mengandung terutama dari luar negara menggunakan tali pinggang ini dan rata-rata berpendapat ianya benar dapat bantu kurangkan rasa sakit pinggang semasa mengandung tersebut. ", "#8 โ€“ Dapatkan Rehat Yang Cukup", "Akhir sekali, cuba dapatkan rehat yang cukup dan elakkan stres yang melampau. Amalkan juga pemakanan yang seimbang dan lebihkan pengambilan makanan daripada sumber kalsium dan magnesium seperti sayuran berdaun hijau.", "#9 โ€“ Jangan Mengangkat Benda Berat", " Ibu yang sedang hamil tidak boleh terlalu lasak dengan mengangkat benda yang berat. Ini kerana dikhuatiri masalah sakit pinggang tersebut akan semakin parah. Ini juga membawa risiko mengalami masalah slip disc.", "#10 โ€“ Elakkan Diri Dari Mengikuti Perjalanan Yang Jauh ", "Sakit pinggang boleh menjadi semakin teruk jika si ibu hanya duduk saja dalam masa yang sangat lama. Lebih-lebih lagi jika duduk di dalam kereta untuk satu perjalanan yang jauh. Jika benar perlu lakukan perjalanan tersebut ada baiknya duduk di tempat duduk belakang yang lebih luas dan selesa. Baring bila perlu dan jangan hanya duduk saja selama berjam-jam. ", "Perlukah Berjumpa Dengan Doktor Untuk Maklumkan Tentang Sakit Pinggang Semasa Mengandung Ini?", "Sakit pinggang semasaย hamil ini mungkin nampak biasa saja di mata orang lain namun hakikatnya ia benar-benar boleh memberi rasa sakit yang agak memeritkan. Sakit pinggang ini bukan saja boleh mengganggu aktiviti harian malah boleh juga mengganggu emosi. ", "Para suami perlu sentiasa peka untuk sebarang kesakitan yang di adu oleh isteri dan jika di tanya apakah perlu berjumpa dengan doktor? Jawapannya adalah YA! Berjumpalah doktor dan beritahulah masalah ini supaya doktor dapat beri nasihat dan bekalkan ubat jika perlu. " ]
https://bidadari.my/resepi-buttermilk-chicken/
Resepi Resepi Buttermilk Chicken (Sesuai untuk semua) Oleh Nur Dini Abd Aziz
[ "Buttermilk Chicken merupakan resepi yang amat lazat untuk dimakan bersama nasi. Aromanya dapat menarik minat sesiapa sahaja dan rasanya memikat hati sesiapa yang merasainya. Tambah pula kepedasan daripada cili api, sekali makan pasti nak lagi. ", "Akan tetapi, kalau makan diluar sahaja, habislah duit kita. Lagi lagi buat yang keluarga besar, tak puas kalau hanya makan di restoran. Oleh itu, kami bawakan khas kepada anda, resepi buttemilk chicken. Kini, anda bolehlah mencuba resepi ini. ", "Resepi ini dikongsikan oleh Rozmaliza Omar dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.", "Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!" ]
https://bidadari.my/anak-lambat-bercakap-pelat-dan-gagap/
Anak, Petua Tips Anak Saya Lambat Bercakap, Pelat dan Gagap. Siapa Patut Saya Jumpa? Oleh Aishah Kassim
[ "Anak saya lambat bercakap, pelat dan gagap. Persoalan ini andalah antara persoalan yang ditanya bagi kebanyakkan ibubapa. Jawapannya adalah satu.\n\nBawa dirinya berjumpa doktor atau Terapis Pertuturan Bahasa. Terapis Pertuturan Bahasa atau secara ringkasnya disebut SLT (Speech & Language Therapist).", "Siapakah Terapis Pertuturan Bahasa? Apa yang mereka lakukan?", "Ramai yang tidak mengetahui terdapatnya profesionals yang dipanggil Terapis Pertuturan bahasa ini, tidak kurang juga yang tidak tahu apakah yang dilakukan oleh SLT ini.", "Jika dilihat dari nama profession itu sendiri, ia mestilah berkaitan dengan bahasa dan pertuturan tidak kira bagi orang dewasa ataupun kanak-kanak.", "Jadi secara ringkasnya peranan yang dimainkan oleh SLP adalah untuk menilai dan merawat masalah yang berkaitan dengan bahasa, pertuturan dan komunikasi. SLP juga terlibat dalam menilai dan merawat masalah-masalah yang melibatkan kesukaran untuk makan dan menelan.", "Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah bahasa & pertuturan. Antaranya adalah:-", "Dalam setiap kes yang dirujuk, SLT akan melakukan penilaian lengkap terlebih dahulu yang mana ianya berbeza mengikut masalah/kecelaruan yang dialami oleh kanak-kanak atau orang dewasa tersebut.", "Perlu diingatkan bahawa setiap kes adalah unik. Pada kebiasaannya, penilaian yang dilakukan akan merangkumi kefahaman dan penghasilan bahasa, sebutan bunyi perkataan, kemahiran komunikasi, kebolehan makan dan menelan dan juga fungsi oral motor.", "Daripada maklumat penilaian yang diperolehi, SLT akan mereka program yang spesifik bagi setiap masalah yang dihadapi. Rawatan yang diberikan juga akan berbeza-beza mengikut masalah dan keperluan seseorang kanak-kanak atau orang dewasa tersebut.", "Terapi pertuturan โ€“ bahasa biasanya dilakukan secara perseorangan (one-one) dan boleh juga dilakukan secara berkumpulan. Semoga artikel ini membantu." ]
https://bidadari.my/cara-pakai-tudung-bawal/
Keluarga, Petua Tips 5 Cara Pakai Tudung Bawal Untuk Lebih Glam dan Cantik Oleh Zuraidah Muhidden
[ "Siapa di sini yang suka pakai tudung bawal? Penulis percaya kebanyakan pembaca bidadari.my suka pakai tudung bawal. Apa sebenarnya yang ada pada tudung bawal sehingga menjadi kegilaan para wanita tanpa kira peringkat umur.", "Seingat penulis, tudung bawal mula terkenal pada awal tahun 2000. Ketika menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan, kebanyakan pelajar suka memakai tudung bawal. Termasuk juga penulis!", "Antara sebab ia digilai kerana senang dipakai dan nampak kemas. Walaupun ada yang mahal, namun ada juga yang cukup murah. Paling penting, wajah boleh berubah nampak lebih awet muda. Tak percaya? Cuba pakai.", "Pada penulisan kali ini, penulis akan kongsikan beberapa cara untuk pakai tudung bawal agar kelihatan lebih glam dan cantik. Taklah asyik dengan gaya yang sama kan. Apa kata tukar gaya silang depan yang biasa dibuat dengan style yang lebih terkini.", "Sebelum tu apa kata kita baca dulu serba sedikit sejarah tudung bawal ni. Kenapa nama ikan pula yang diberi?", "Tudung bawal sudah mula diperkenalkan di negara kita pada tahun 1998. Asalnya tudung ini diperbuat daripada kain voile. Perkataan voile ini berasal dari Perancis yang kemudiannya ditukar kepada bahasa Melayu dengan nama glamournya โ€˜bawalโ€™.", "Jadi, tudung bawal tak ada kena-mengena dengan ikan bawal tau. Kain voile ini diperbuat daripada fabrik 100% kapas (cotton). Ada juga cotton yang dicampur dengan linen, polister atau sutera.", "Kainnya sangat lembut dan mudah dibentuk. Itulah sebabnya tudung bawal tak pernah dimakan zaman. Pelbagai jenis tudung datang silih berganti, namun tudung bawal tetap mempunyai peminatnya tersendiri.", "Tudung bawal berbentuk segi empat. Biasanya cara memakai tudung ini ialah dilipat menjadi bentuk segi tiga dan dipakai mengikut fesyen yang disukai. Kini, terdapat pelbagai jenis tudung bawal di pasaran dari segi corak dan jenis kain.", "Kalau dulu, yang paling terkenal ialah jenis kain polos (plain). Namun, sekarang ada jenis corak, sulam dan batu tampal. Terdapat juga pelbagai jenis fabrik seperti chiffon, satin, georgette dan sebagainya.", "Walaupun ada yang kata, fabrik-fabrik selain voile bukannya tudung bawal, namun tetap bawal juga yang akan disebut. Terpulang kepada pemahaman pembaca.", "Jom tengok cara-cara memakai tudung bawal agar anda kelihatan lebih glam dan cantik. Pautan video di bawah memudahkan anda untuk mencubanya.", "Minat pakai shawl tapi tak pandai nak belit-belit. Atau anda tak suka pakai peniti banyak sangat sampai rasa nak tercekik? Cuba tengok video ni. Pasti rakan-rakan pejabat ingat yang anda sedang pakai shawl. Cantik dan menjimatkan masa.", "2. Gaya bertudung ala orang Arab", "Nak cantik macam wanita Arab? Apa kata anda cuba cara pakai tudung gaya mereka. Biasanya wanita Arab suka memakai tudung cotton jenis crumple (berkedut). Lebih mudah dan jimat masa. Anda tak perlu menggosok tudung sebelum memakainya. Hasilnya tetap elegan.", "(Tutorial Bawal Boleh Buat Shawl Labuh)", "Bagi yang menitikberatkan soal aurat dan penampilan diri, anda masih boleh bergaya. Yang penting tudung yang dipakai tetap labuh. Bagi mencuba cara ini, pastikan anda pilih tudung yang tebal dan tidak jarang. Ada pelbagai jenis kain di pasaran yang ringan namun tidak nipis.", "( 4 Gaya Cantik โ€“ Cara Pakai Tudung Bawal Paling Rare & Simple For Ramadan)", "Dalam video ini ditunjukkan pelbagai cara untuk memakai tudung bawal dengan cara yang mudah, ringkas dan cukup bergaya. Cara ini sesuai dengan para remaja yang masih belajar di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Percayalah anda tak akan terlambat ke kelas nanti.", "5. Buat bentuk muka nampak lebih runcing", "(3 Cara Pakai Tudung Luxe Crochet ( Square Scarf ))", "Bagi pembaca yang mempunyai bentuk muka bulat, segi empat, yang ada masalah pipi pau atau double chin, anda wajib tengok video ni. Selain fabrik yang digunakan mestilah sesuai dengan bentuk muka, cara pakai tudung juga perlu betul.", "Di bawah ini dikongsikan sekali tips-tips memakai tudung bawal. Jom semak.", "Sekiranya anda memakai baju bercorak, padankan baju dengan tudung plain dan sebaliknya. Jangan memakai baju dan tudung yang mempunyai corak berlainan. Anda akan kelihatan sangat sarat.", "Pilihlah warna yang bersesuaian dengan tona kulit anda. Jika anda memakai baju bercorak, pilihlah warna minimum untuk dipadankan dengan tudung bawal. Jika baju anda plain pula, anda boleh mencuba tudung plain colour block yang menarik.", "Misalnya jika baju anda berwarna maroon, anda boleh menggayakan tudung bawal berwarna kelabu cair, krim, putih atau beige. Warna yang kontras akan menghasilkan kombinasi yang menarik untuk si pemakai.", "Berbanding selendang atau shawl yang lebih panjang dan lebar, tudung bawal kurang digayakan. Namun, anda boleh cuba teknik-teknik yang dikongsikan di atas. Pasti anda akan kelihatan lebih bergaya dan menarik.", "Seeloknya tudung bawal jenis voile dibasuh menggunakan tangan berbanding dibasuh menggunakan mesin basuh. Ini untuk memastikan kualitinya akan lebih tahan lama. Cara penjagaan yang betul akan membuatkan tudung bawal tidak mudah menipis, berbulu dan luntur warnanya.", "Nampaknya, itu saja perkongsian penulis tentang cara pakai tudung bawal agar anda kelihatan lebih glam dan cantik. Semoga anda akan mendapat idea untuk bergaya nanti. Tak kiralah sama ada untuk menghadiri majlis keramaian, ke kolej, tempat kerja, malahan ketika hari raya juga.", "Tak perlu beli tudung bawal yang mahal-mahal. Kalau pandai digayakan, yang murah pun tetap akan nampak cantik. Yang penting, anda mestilah yakin dan sentiasa nampak kemas. Cubalah!", "Jemput juga baca tentang cara-cara pakai shawlย dan manfaat memakai hijab. Semoga bermanfaat." ]
https://bidadari.my/kad-jemputan-kahwin/
Artikel Popular, Keluarga, Petua Tips 6 Panduan Kad Jemputan Kahwin DIY (Tips) Oleh Zuraidah Muhidden
[ "Bagi bakal raja sehari, kad jemputan kahwin pastinya amat penting bukan? Kad jemputan kahwin akan mula diedarkan sebulan atau 2 bulan sebelum majlis berlangsung.", "Kad jemputan ini lebih praktikal berbanding jemputan secara lisan. Selain terdapat nama bakal pengantin, alamat dan tarikh juga akan dipaparkan. Ia akan memudahkan para tetamu untuk menyusun jadual aktiviti hujung minggu mereka.", "Kad Jemputan Kahwin Tempah VS Kad DIY", "Kini, terdapat pelbagai jenis kad jemputan kahwin di pasaran. Kebanyakan pasangan pengantin akan menempahnya melalui syarikat percetakan. Ada yang murah, ada juga yang mahal. Harganya bergantung kepada design, kualiti kertas dan juga saiz.", "Kita sedia maklum bahawa majlis kahwin menelan kos yang cukup tinggi. Dari aspek makanan tetamu, dekorasi, pelamin, pakaian pengantin, goodies dan macam-macam lagi. Itu tak termasuk majlis risik, majlis tunang hinggalah ke majlis kahwin.", "Bagi bakal pengantin yang mempunyai kewangan yang kukuh mungkin tiada masalah. Namun, jika anda bercadang untuk membuat majlis yang sederhana dan simple, apa kata cuba buat kad jemputan kahwin DIY.", "Gunakan kreativiti untuk menghasilkan kad jemputan kahwin yang cantik dan begitu dekat di hati anda. Ini kerana semuanya merupakan sentuhan peribadi anda nanti. Walaupun DIY, kosnya cukup rendah dan senang dibuat.", "Dalam artikel ini, penulis akan kongsikan beberapa panduan membuat kad jemputan kahwin DIY. Pastinya para tetamu akan terbeliak mata melihat kad yang cantik dan sangat unik. Jom baca!", "Kad jemputan kahwin yang dijual di kedai percetakan biasanya mengikut jenis dan kualiti kertas. Jika anda hendak membuat kad kahwin yang bajet saja, terdapat beberapa jenis kertas yang boleh digunakan.", "Antaranya ialah kad manila, kertas lukisan dan kertas kraf (art paper). Kesemua jenis kertas ini boleh dibeli di kedai atas secara online. Harganya juga murah dan mampu milik.", "Jika anda mempunyai tema warna tertentu, anda boleh memilih kad manila dan kertas kraf. Biasanya kertas jenis ini mempunyai pilihan warna yang pelbagai. Anda mempunyai banyak pilihan warna untuk mengikut kesesuaian tema.", "2. Design Kad Jemputan Kahwin Menggunakan Software", "Biasanya kad jemputan kahwin yang dibeli melalui kedai atau secara online akan mengenakan upah untuk design kad. Anda boleh mengurangkan kos ini dengan cara design sendiri kad jemputan kahwin anda.", "Untuk buat design sendiri, benda pertama yang anda perlukan ialah komputer sama ada desktop atau laptop. Tiada masalah untuk menggunakan Windows atau pun Mac.", "Jika anda mahir menggunakan software seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, bonus di situ. Namun, jangan risau, anda masih boleh menggunakan Microsoft Word ataupun PowerPoint.", "Malahan, ada juga software online seperti Canva dan Crello untuk design kad jemputan kahwin anda. Di bawah ini, penulis sertakan beberapa tutorial buat kad kahwin untuk memudahkan anda mendapat idea.", "3. Tentukan Jumlah Kad Jemputan Kahwin", "Selepas membuat design yang diingini, anda perlu menetapkan jumlah kad yang akan diedarkan nanti. Jika banyak kad kahwin yang hendak dicetak, semakin tinggilah kos anda nanti.", "Bincang dengan ahli keluarga untuk menentukan jumlah jemputan. Pastikan kad jemputan nanti tak dibazirkan.", "Jika majlis perkahwinan anda hanya dibuat secara kecil-kecilan, misalnya bawah 200 orang, anda boleh mencetaknya sendiri. Cuma pastikan anda dapat siapkan kad kahwin itu lebih awal sebulan sebelum kad diedarkan.", "Anda memerlukan beberapa peralatan penting jika anda bercadang untuk mencetaknya sendiri, iaitu:", "Kalau anda mencetaknya sendiri, kebanyakan kertas boleh dicetak saiz A4. Sekeping kad kahwin A4 boleh dipotong kepada 3 bahagian bagi saiz 4โ€ x 6โ€ atau 4โ€ x 8โ€. Anda boleh menentukan saiz yang diingini.", "Jika anda tak yakin dapat mencetaknya dengan cantik dan menghasilkan potongan kad yang kemas, anda boleh ke kedai percetakan. Di sana nanti anda boleh mengupah mereka untuk memotong kad kahwin yang dah siap design.", "Kedai-kedai percetakan sememangnya mempunyai printer yang canggih. Printer ini boleh mencetak dengan banyak dan pantas. Malahan, mereka juga mempunyai peralatan memotong yang besar. Dalam masa cepat, ratusan kad dapat dipotong.", "Anda boleh survey dulu kedai-kedai berdekatan rumah yang menawarkan harga yang rendah. Jika anda mencetak dalam jumlah yang banyak, berbincang dengan mereka untuk mendapatkan diskaun dan sebagainya.", "Bagi para tetamu yang rapat dan istimewa misalnya majikan, rakan sekerja, rakan baik dan ahli keluarga terdekat, anda boleh memberikan kad yang istimewa. Tanpa mengeluarkan kos yang tinggi anda boleh menghiasnya sendiri.", "Oleh kerana jumlah tetamu istimewa ini tak ramai, anda boleh DIY kad kahwin agar kelihatan eksklusif. Misalnya dilekatkan reben, dihias bunga-bunga kering dan batu tampal. Pastikan kosnya masih rendah dan tak membebankan.", "Ada sesetengah kedai percetakan yang akan memberi sampul kad secara percuma saja. Jika anda tidak mahu menggunakan sampul yang biasa, apa kata cuba cara lain pula.", "Anda boleh membeli kertas-kertas nipis yang mempunyai pelbagai corak yang cantik. Letak di bahagian bawah atau tengah kad. Kertas yang boleh digunakan ialah kertas alas kek. Anda boleh membelinya di kedai menjual barangan membuat kek.", "Malahan, anda boleh mengikat kad anda itu dengan reben atau tali jerami yang cantik. Semua barang-barang ini boleh dibeli di Eco atau Mr DIY. Malahan, ada juga orang yang membuat kad kahwin seperti penanda buku.", "Anda boleh menghiasnya mengikut kreativiti anda. Pastinya anda hendakkan sebuah majlis perkahwinan yang indah, istimewa dan mempunyai sentuhan peribadi. Jangan risau, jika anda tak ada bajet yang tinggi.", "Tak perlu membazir wang membuat kad yang mahal-mahal kerana hujungnya nanti ke tong sampah tempatnya. Anda hanya memerlukan sedikit masa, usaha dan kreativiti untuk menghasilkan kad jemputan kahwin DIY.", "Jika dah cuba buat nanti, jangan lupakan kongsikan dengan kami di page Facebook Bidadari.my. Anda juga boleh baca tentang cara buat bunga manggar DIY dan idea doorgift kahwin yang cantik." ]
https://bidadari.my/doa-doa-nabi-ibrahim/
Rohani Doa-doa Nabi Ibrahim a.s Dalam al-Quran yang Boleh Dijadikan Amalan Oleh Rabiatul Adaweeyah Othman
[ "Ayuh ketahui doa-doa Nabi Ibrahim yang wajar dijadikan amalan kita bersama.", "Nabi Ibrahim a.s merupakan salah seorang nabi ย  dalam ย golonganย  Ululโ€™ Azmi. Baginda merupakan utusan terpenting yang membawa ajaran benar kepada kaum Yahudi dan Nasrani.ย  Kisah Baginda yang terselamat daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud, serta pengorbannya yang sanggup menyembelihkan anaknya Ismail atas perintah Allah SWT telah membuktikan ketaatan Baginda. Bahkan dengan keimanannya itu Baginda diberi gelaran Khalil Ullahย iaitu โ€˜Sahabat Allahโ€™", "Malah, daripada Bagindalah menyusur keturunannya kepada Nabi Muhammad SAW, sehinggakan dalam selawat ke atas Rasulullah SAW pun terdapat nama Baginda.", "Disebutkan, terdapat sebuah hadis tentang pertanyaan para sahabat, bagaimanakah cara berselawat kepadamu? Rasulullah SAW pun menjawab, โ€œBacalah:", "โ€œYa Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. (Ya Allah), berkahilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya, Engkau Maha Terpuji dan Maha mulia.โ€", "Doa-doa Nabi Ibrahim a.s yang Boleh Dijadikan Amalan", "Terdapat banyak doaย  yang dikirimkan oleh Baginda Nabi Ibrahim a.s kepada Allah SWT, malah doa-doa tersebut sangat sesuai diamalkan oleh kita pula dalam membuat permintaan terhadap Allah SWT. Antara doa-doa tersebut ialah:", "#1. Doa Agar Dianugerahkan Kemuliaan oleh Allah SWT di Hari Akhirat", "โ€œYa Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang memusakai syurga yang penuh kenikmatan, dan ampunilah bapaku,kerana sesungguhnya ia adalah termasuk golongan orang-orang yang sesat, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.โ€ย ", "#2. Doa Memohon Dijauhkan Dari Menjadi Fitnah Bagi Orang Kafir", "โ€œYa Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.โ€ย ", "#3. Doa Memohon Dikurniakan Zuriat Yang Soleh", "โ€œYa Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.โ€ย ", "#4. Doa Agar Dijauhkan daripada Berpaling kepada Allah", "โ€œWahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.โ€", "โ€œWahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat)โ€", "#6. Doa Memohon Dibukakan Pintu Hati dan Rezeki", "โ€œWahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.โ€", "#7. Doa Agar Dikurniakan Keturunan yang Mendirikan Solat", "โ€œWahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.โ€", "#8. Doa Memohon Ampun Untuk Diri dan Kedua Orang Tua", "โ€œWahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasanโ€", "Jemput baca artikel menarik kami yang lain. Anda pasti menyukai kisah syaikh sudais waktu kecilย ย dan doa neelofa untuk murah rezeki" ]
https://bidadari.my/resepi-sup-kaki-ayam/
Resepi Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai (SEDAP sangat) Oleh Rahayu Z
[ "Penggemar kaki ayam patut cuba resepi sup kaki ayam ala Thai yang kami kongsikan di bawah ini.", "Kaki ayam terdapat sedikit daging pejal, banyak kulit dan daging lunak. Ia pula banyak terdapat sumsum tulang. Sehingganya kaki ayam sangat disukai oleh sebahagian orang.", "Resepi yang paling sesuai untuk kaki ayam ialah sup. Kerana lembut dagingnya terjaga kekal dan tidak dikikis oleh minyak seperti kalau digoreng.", "Bayangkan setiap kelazatan yang ada di kaki ayam ketika anda mula menggigit-gigit manja kaki ayam. Hisap sumsum tulang bagian favorit. Hirup kuah sup makan dengan nasi putih. Nyaman sungguh! Sila buat sup kaki ayam ala Thai, resepi kredit kepada Leeina Qaliena di laman Facebook.", "Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai", "Selain resepi sup kaki ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.", "Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya" ]
https://bidadari.my/resepi-nasi-ayam-penyet-special/
Resepi Resepi Nasi Ayam Penyet Special (Nampak Mudah Tapi Lazat!) Oleh Nur Dini Abd Aziz
[ "Hari ini kami bawakan resepi yang teristimewa, sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu sewaktu makan tengahari iaitu nasi ayam penyet. ", "Nasi Ayam Penyet berasal daripada Indonesia dan apa yang menarik tentangnya adalah sambalnya yang sangat pedas dan unik. Nasi ayam penyet ini juga mempunyai ayam goreng berempah yang amat lazat digabungkan dengan sup yang sangat sedap. Sambal tomat ataupun teras yang terdapat sekali bersama ayam penyet ini juga merupakan keistimewaan nasi ayam penyet ini. ", "Tak lengkaplah nasi ayam penyet tanpa tempe, tahu dan ulam. Gabungan kesemua ini pasti membangkit selera sesiapa sahaja. Pasti anda semua sudah kecur air liur kan? ", "Resepi kali ini dibawakan oleh Habibah Badar Bajrai dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. ", "Resepi โ€“ resepi lain yang menarik: ", "Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!" ]
https://bidadari.my/resepi-mee-kari-2/
Resepi Resepi Mee Kari (Mudah, Jimat, Cepat dan Sedap) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Mee Kari merupakan resepi yang amat lazat untuk dimakan bersama seisi keluarga. Aroma karinya dapat menarik minat sesiapa sahaja dan rasanya memikat hati sesiapa yang merasainya. Dari jauh pun dah boleh bau tau. Kalau tetamu nak datang, bolehlah sediakan resepi mee kari nih. Sebab caranya mudah, murah dan jimat. Yang paling penting sedap !!", "Oleh itu, kami bawakan resepi yang tersangatlah mudah kepada anda. Kini, anda bolehlah mencuba resepi ini. Resepi ini dikongsikan oleh Wan Ricikย dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook.", "1. Ayam 1/2 ekor (potong kecil)2. 10-15 biji cili kering (blend) โ€“ pastikan direbus dahulu3. 3 biji bawang besar (blend)4. 3 ulas bawang putih (blend)5. Serai 3 batang6. Daun kari (agak2)7. Tauhu goreng ( dibelah 2 @ 3)8. Fish cake 3 (dipotong)9. Santan 1 kotak kecil10. 1 biji Kentang (saya mendurharkakanย resepi.. Haha sbb tetiba ada kentang.. Hahaha!)11. Fish ball 15 biji (potong tengah)12. 3 sudu besar serbuk kari (saya bancuh dengan air suam dulu)", "1. 20-25 biji cili kering (blend) โ€“ pastikan direbus dahulu2. 4 biji bawang besar3. 3 ulas bawang putih", "1. Panaskan minyak dan goreng sekejap serai2. Letakkan barang yang diblend tumis sehingga pecah minyak4. Letakkan serbuk kari5. Letakkan ayam dan masak seketika6. Letakkan santan 1 kotak7. Letakkan kentang8. Letakkan air secukupnya dan biarkan mendidih10. Letak daun kari11. Sudah mendidih letak fish cake, fish ball dan tauhu goreng12. Letakkan garam dan secukup rasa, kacau.. Dan siap", "1. Tumis bahan diblend sehingga pecah minyak2. Letakkan garam dan gula. Dan sedia dihidang", "1. Cili merah dipotong serong2. Bawang goreng3. Sayur sawi di celur4. Taugeh di celur5. Telur direbus", "Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya! " ]
https://bidadari.my/kenapa-saya-tidak-mahu-tambah-cawangan-lagi/
Keluarga Kenapa Saya Tidak Mahu Tambah Cawangan Lagi? Oleh Wan Asrul Al-Kalantani
[ "Sang faqir seringkali diajukan oleh sahabat-sahabat, kebanyakannya dalam bentuk gurauan, dengan soalan.", "โ€œBila hendak tambah cawangan lagi? Kalau ada 2 mudah uruskan urusan.โ€", "Lazimnya sang faqir akan tersenyum sahaja.", "Adakala ada dari kalangan sahabat begitu bersungguh untuk berpoligami dan kalimat yang sering mereka garistebalkan adalah Sunnah, sang faqir akan soalkan semula,", "โ€œBerapa banyak sunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam yang antum dah istiqomah setakat ini?โ€", "Ada yang tersenyum siput, ada yang menjawab dengan yakin dan ada yang hanya terdiam.", "Adakah sang faqir tidak berminat untuk berpoligami?", "Jawapan persoalan itu sebenarnya harus hadir dalam bentuk Iman dan Empati (bukan simpati). Apabila jawapan sang faqir berikan, ada juga yang berbunyi,", "โ€œAla, jenis takut bini ni. Tidak mahu mengaku.โ€", "Izinkan sang faqir berkongsi sebuah cerita benar kisah seorang wanita hebat di sisi sang faqir, tatkala susah, tatkala senang.", "Sang faqir bernikah dengan isteri sang faqir yang tiada meminta sebarang hantaran dan dengan mas kahwin sebanyak rm88.80 sahaja serta sebentuk cincin belah rotan berharga rm90.", "Seawal pernikahan kami, kami diuji dengan kesusahan yang tiada tergambar bagi pasangan yang baharu menikah.", "Seawal pernikahan, yang waktu itu masih belajar, diuji akan kami dengan masalah kewangan, sehinggakan 10 sen yang bergolek masuk ke longkang dari poket, kami kejar, dek kerana tiada wang yang cukup untuk membeli makan. Dan ketika itu, sang faqir hanya mampu menahan air mata melihat isteri sewaktu itu ALLAH hadirkan benih ke dalam rahimnya.", "โ€œAbang, jangan risau, Nur ok, kita susah sama-sama. Nur selalu dengan abang. ALLAH selalu dengan kita.โ€", "Kata-kata semangat ini masih segar sehingga saat ini yang diucapkan ketika sebulan sang faqir sakit terbaring sakit, tidak mampu bangun dan bekerja, malahan wanita inilah yang bekerja dan dalam masa yang sama menjaga kebajikan sang faqir yang terbaring lemah. Apatahlagi dalam keadaan membawa benih di dalam rahim.", "Kami diuji ALLAH dengan jiran langsung tidak mengambil tahu hal ehwal kami. Kami dipandang seumpama kucing kurap. Ketika sang faqir dalam keadaan yang lemah dengan keadaan ini, wanita ini bersuara,", "โ€œTakpe abang, biarlah orang tidak pandang kita, asal kita tidak buat pun benda salah, kita buat yang betul saja.โ€", "Ketika sang faqir diuji ALLAH dengan hal keadaan semua majikan tidak mahu menerima sang faqir bekerja, wanita ini bersuara,", "โ€œMacam ni, abang jaga anak di rumah, biar Nur yang kerja, kita makan apa yang ada saja. Nanti ada rezeki, abang pula kerja. Abang sabar ya.โ€", "Sewaktu sahabat lain sedang gembira menyambut majlis konvokesyen meraikan tamat zaman pengajian, wanita ini sedang sibuk di rumah menjaga suami yang terbaring sakit walaupun pada hakikatnya dia sepatutnya berada di majlis tersebut kerana kecemerlangannya, apabila ditanya, kenapa tak pergi ikut rombongan konvo, jawab wanita ini,", "โ€œAbang lebih penting bagi Nur, lebih penting dari segalanya. Nur nak duduk di sisi abang.โ€", "Sewaktu sedang sarat hamil membawa Hafidz Nuruddin di dalam kandungan, dek kerana ingin mengumpul wang sendiri supaya tidak menyusahkan sang faqir apabila dirinya dalam pantang kelak, wanita ini sanggup mengambil upah membuat urutan dan bekam sehingga beberapa kali hampir pitam.", "โ€œNur kerja untuk kita semua, kita sama-sama susah, kita sama-sama senang. Apa-apa jadi kat Nur, abang guna duit Nur, jaga anak-anak kita.โ€", "Jadi, dengan pengorbanan demi pengorbanan ini, adakah suatu yang baik dan elok untuk sang faqir merasakan poligami itu baik untuk sang faqir?", "Sebagaimana keadaannya Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam tidak menduakan Sayyiditina Khadijah At Thohirah sewaktu dalam hayat beliau, kerana pengorbanan dan kesetiaan Sayyiditina Khadijah RadhiyALLAHu Anha, seperti itulah keadaannya sang faqir kepada isteri tersayang.", "Maka, tidak berpoligami bukan bermaksud tidak menyokong sunnah dan berpoligami juga bukan bermaksud hidup dalam sunnah.", "Imbangilah sesuatu keadaan dengan waras, empati dan kasih sayang.", "Sunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam bukan poligami semata-mata." ]
https://bidadari.my/tips-jaga-luka-khatan/
Petua Tips 10 Tips Bagi Ibu Bapa Menjaga Luka Anak Yang Sedang Berkhatan Oleh aqirah
[ "Amalan berkhatan ini diwajibkan dalam islam bagi lelaki dan wanita. Perbezaannya, wanita dikhatankan ketika bayi manakala lelaki dikhatankan ketika berusia lebih 6 tahun. Kajian juga telah menunjukkan bahawan berkhatan bagus dan dapat mengelakkan daripada terkena penyakit yang merbahaya.", "Apabila tiba musim berkhatan, ibu bapa akan sibuk untuk daftar anak berkhatan. Sekarang klinik juga menyediakan tempat untuk berkhatan. Tidak seperti dulu-dulu, berkhatan beramai-ramai di kampung yang begitu meriah sekali. Bermacam ragam kita dapat lihat kelakuan anak-anak lelaki, ada yang menangis, lari dan ada yang tenang sahaja.", "Masalah pertama untuk menghantar anak untuk berkhatan tidak begitu merisaukan ibu bapa. Masalah yang merisaukan ibu bapa adalah ketika menjaga anak yang sedang berkhatan. Bagi ibu bapa yang kurang pengalaman, mereka tidak tahu cara yang betul untuk menjaga luka berkhatan.", "Apakah cara yang betul untuk menjaga luka berkhatan?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips bagi ibu bapa menjaga luka anak yang sedang berkhatan. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. ", "10 Tips penjagaan luka anak yang sedang berkhatan", "Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh doktor :", "1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam.", "Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:", "2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline.", "โ€” Bersihkan daki / darah beku sekitar luka", "โ€” Cuci luka dengan normal saline", "โ€” Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan", "โ€” Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda", "3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan", "โ€” Tahan sakit: diambil bila perlu", "โ€” Antibiotik: perlu diambil ikut jadual", "โ€” Ubat cucian: lazimnya normal saline", "โ€” Elak sapu minyak/herba pada luka", "4. Rasa ngilu di bahagian kepala zakar adalah normal", "Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.", "Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.", "Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.", "Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.", "Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.", "9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari.", "Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor :", "Mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.ย ", "โ€” Jahitan konvensional: tak perlu dibuka", "โ€” Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka", "โ€” Gam: tak perlu jumpa doktor semula", "โ€” Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.", "*Ibu bapa yang begitu risaukan anak yang sedang berkhatan boleh mengikut tips yang dikongsikan oleh doktor ini. Apa-apa pun dapatkan nasihat daripada doktor pakar yang terdekat kerana mereka lebih mengetahu dan berpengalaman dalam bab ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/ajari-anak-adab-berkomunikasi-dengan-orang-tua-ini-cara-pakar/
Rohani Ajari Anak Adab Berkomunikasi Dengan Orang Tua, Ini Cara Pakar Oleh aqirah
[ "Remaja zaman kini, susah untuk kita cari yang beradab dengan orang yang lebih tua. Ramai di kalangan remaja sekarang yang kurang beradab di hadapan orang tua. Mereka berkomunikasi dengan orang tua menggunakan bahasa yang kurang enak didengari.", "Mungkin disebabkan pengaruh dari barat yang membuatkan remaja di Malaysia menjadi kurang beradab. Oleh itu kita perlu membuat sesuatu agar perkara ini berhenti dan melahirkan remaja yang penuh adab sopan di hadapan orang tua. Bagaimana?", "Itu sememangnya tanggungjawab ibu bapa. Siapa lagi yang akan mengajar anak untuk beradab di rumah kalau bukan ibu bapanya sendiri. Jadi sebelum anak memasuki usia remaja, ibu bapa perlu mengajar anak cara-cara adab berkomunikasi.", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ajari anak adab berkomunikasi dengan orang tua. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas โ€œTelegram Channel Parentingโ€ terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. ", "5 Adab berkomunikasi dengan orang yang lebih tua", "1. Ajar anak MINTA IZIN kalau nak menggunakan atau pinjam barang orang lain", "2. Ajar anak MINTA MAAF ketika tersilap atau terbuat kesalahan secara sengaja ataupun tidak sengaja", "3. Ajar anak guna perkataan MINTA TOLONG jika nak minta sesuatu daripada orang lain", "4. Ajar anak ucap TERIMA KASIH dan berikan SENYUMAN kepada orang yang memberikan bantuan ataupun ketika mendapat pemberian daripada seseorang", "5. Ajar anak untuk gunakan seindah indah perkataan ketika bergaul dengan kawan kawannya kerana anak anak yang pandai memilih perkataan akan menjadi lebihย hebatย dan menyerlah dibandingkan anak anak yang bercakap sesuka hati tanpa sebarang tapisan.", "*Di usia kanak-kanak, mereka akan lebih terbuka untuk belajar benyak perkara. Jika kita serapkan adab di dalam diri mereka, adab itu akan kekal sehingga mereka dewasa. Kemudian, mereka akan ajar pula adab-adab kepada waris seterusnya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/resepi-biskut-cornflakes-super-mudah/
Resepi Resepi Biskut Cornflakes (Super Mudah) Oleh Fazeeda Abdul Malik
[ "Kami pasti ramai yang mempunyai tabiat suka mengunyah makanan seperti gula-gula, kekacang, biskut, kuih muih dan sebagainya. Bagi yang tidak mempunyai masalah kesihatan, memang bahagialah mengunyah sampai ke sudah yer dak? Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, mengunyah tu haruslah berpada-pada agar tidak menjejaskan kesihatan diri.", "Nampak macam sedikit je apa yang kita ambil sebagai snek, namun awas kandungan kalori yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh, sekeping biskut coklat chip mempunyai 30 kalori. Tapi, biasanya orang akan makan 3-4 keping jugak yer dak habis minimum pun. So, total lebih kurang 120 kalori. Kalau bertambah lagi selera, makin bertambah lah lagi kalori tu. Bila nak buang kalori tu?", "Ha sebab tu kita kene berjaga-jaga dengan jumlah kalori makanan yang kita ambil. Sesuaikan diri kita dengan tahap olahraga dan senaman harian kita. Kalau kalori banyak yang diambil namun senaman tidak dilakukan, itu boleh mengundang bahaya pada tahap kesihatan diri kita.", "Bercakap pasal makanan dan kalori, hari ini kami akan kongsikan resepi biskut cornflakes buat anda. Resepi ini menggunakan bahan utama bijiran cornflakes berkhasiat buat santapan snek anda. Namun, kalori tetap ada ya, jadi berpada-padalah dalam mengambil portion yang betul untuk diri sendiri.", "Resepi ini telah dimuatnaik oleh saudari Nur Kaseh di laman facebook. Selamat mencuba ya!", "Selain resepi biskut yang mudah ini, terdapat banyak lagi resepi-resepi sedap yang lain. Jemput lihat kesemuanya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!" ]
https://bidadari.my/resepi-spaghetti/
Resepi Resepi Spaghetti Bolognese Simple Tapi Sedap Sangat Oleh Rahayu Z
[ "Mencari resepi spaghetti yang sedap? Spaghetti ialah salah satu masakan tradisional dari Italia yang dibuat daripada gandum giling dan air. Sedangkan Bolognese ialah sos daging yang sangat digemari daripada kawasan Bolona, Italia.", "Mulanya sos ini hanyaย  berbasiskan daging tanpa tomato, tetapi semakin lama banyak yang membuat sos bolognese menggunakan daging dan tomato. Makanan bercita rasa western ini sangat digemari di seluruh nusantara.", "Anda patut untuk mencuba memasak spaghetti bolognese ini. Memanjakan lidah anda dengan makanan cita rasa Italia dengan spaghetti yang lembut dan mengenyangkan serta sos bolognese yang menggigit lidah.", "Berikut ini kami menyajikan untuk anda resepi membuat spaghetti bolognese yang lazat dan mudah yang didapatkan daripada resepi oleh โ€ŽAfrina Zulqarnaenโ€Ž di facebook. Tidak perlu masa lama untuk membuat spaghetti ini dan sangat memanjakan selera anda. Sila dicuba..", "1 packet pasta (rebus selama 13 minit)", "1 botol sos pasta mushroom (adabi)", "1 botol sos pasta asli (adabi)", "Sedikit air (ikut pekat kuah yang kita nak)", "Sedikit garam (*optional, saya tak letak sebab kuah dia dah cukup rasa)", "2. Masuk daging hancur dan tunggu sehingga empuk.", "3. Masukkan carrot dan tunggu sehingga empuk.", "4. Masukkan sos pasta, sos cili, dan sedikit air.", "5. Masukkan sosej, cili padi dan blackpapper. Tunggu sehingga sos menggelegak. Tutup api dan hidangkan bersama pasta.", "Selamat mencuba dan menikmati masakan anda.", "Selain resepi Spaghetti Bolognese ini, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.." ]
https://bidadari.my/resepi-pizza-mini/
Resepi Resepi Pizza Mini Tular Ini Mudah Dan Sedap( Jom Try) Oleh Rahayu Z
[ "Siapa suka pizza dan suka membuat pizza? Boleh cuba pizza mini resepi daripadaย Natasha Jeffrey yang dikongsikan di Facebook.", "Kanak-kanak suka pizza mini ini kerana saiznya yang kecil dan comel yang membuat ianya mudah dimakan. Tentunya kanak-kanak akan lebih suka dan tertarik dengan pizza mini.", "Pizza mini boleh dijadikan menu petang-petang. Boleh juga dijadikan antara menu kudapan untuk kenduri kendara mahupun untuk jualan.", "Rasanya sedap dan lazat. Dengan pizza mini anda boleh menikmati pizza ala restoran dengan saiz yang lebih kecil lagi berbaloi. Selamat berpizza.", "Membuat Doh Pizza @ Roti Pizza :", "Selain resepi pizza mini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-bebola-daging/
Resepi Resepi Bebola Daging Kuah Mihun (Terlajak Sedap) Oleh Rahayu Z
[ "Siapa di sini teringin buat bebola daging namun tidak tahu resepi yang sedap dan perlu diikuti? Tidak perlu risau kerana kami akan berkongsikan resepi bebola daging yang super sedap! Lengkap dengan kuah.", "Bebola daging biasanya dibuat daripada campuran daging lembu dan tepung ubi kayu, tetapi boleh juga dibuat daripada daging ayam, ikan atau udang.", "Di Indonesia, bebola daging dipanggil bakso dan disajikan dengan kuah yang mengandungi mihun, sayur, kailanย  dan dihidangkan bersama bawang goreng dan daun saderi. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Nasariah Aziz di Facebook pada resepi di bawah ini.", "Banyak variasi masakan bebola daging seperti dipanggang, disayur mahupun digoreng. Masakan perancis pula menyajikan bebola daging dengan pasta.", "Mesti anda teringin membuat bebola daging yang super sedap seperti pada gambar di bawah kan! Melihatnya saja sudah menitikkan air liur.", "Sila cuba resepi bebola daging yang mendapat perkongsian ramai ini.", "1. Masukkan semua bahan bebola daging dalam satu bekas.", "2. Gaul hingga adunan menjadi halus.", "3. Selepas itu masukkan pada bekas lain dan tutup guna plastik.", "4. Masukkan adunan tadi dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.", "5. Kemudian bulat-bulatkan ikut saiz yang kita suka.", "6. Rebus air dalam periuk kemudian masukkan bebola daging.", "7. Rebus menggunakan api kecil hingga bebola timbul. Tutup api.", "1. Tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.", "2. Rebus tulang lembu hingga sedikit empuk. Simpan sedikit air baki rebusan untuk sambal.", "3. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.", "4. Masukkan serai yang sudah diketuk.", "5. Masukkan tulang lembu bersama air, rebus hingga empuk.", "6. Kemudian masukkan kiub daging, lada hitam/sulah, perasa, garam. Bila sudah masak, tutup api.", "7. Hidangkan bersama mihun/sohun, daun sup/bawang, bawang goreng, hirisan kobis.", "2. Asingkan cili hijau dan merah.", "3. Tumbuk kasar cili merah, letak sedikit cuka dan perasa, tambah sedikit air rebusan tulang tadi.", "4. Cara yang sama untuk sambal hijau.", "Masa menyajikan bebola daging boleh letak kicap manis untuk dapatkan rasa yang lagi sedap.", "Selain resepi bebola daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-daging-masak-hitam-3/
Resepi Resepi Daging Masak Hitam (Sedap hingga Menjilat Jari) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Daging dalam peti banyak? Tak tahu nak masak apa? Asyik-asyik daging goreng kunyit dan kari daging sahaja. Nak cuba resepi baru yang mudah dan sedap. Apa kata jom hidangkan lauk Daging Masak Hitam. Semestinya bahan-bahnnya mudah disediakan, mudah di cari, mudah di masak dan yang paling penting sedap sehingga menjilat jari. Jadi, apa lagi. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Noor Farhana di laman muka buku ini. Senang difahami dan diikuti. Serius sedap tau daging masak hitam yang simple ni. Tapi kalau makan memang boleh bertambah. Tambah makan dengan pulut ke perghhh memang berebut.", "-daging โ€“ anggaran 1 kg -Rempah 4 sekawan -Kerisik -Santan -Daun kari -Gula merah -kicap pekat -kicap manis -garam", "-Bawang besar 3 bji -Bawang putih 4 ulas -Tomato 2 bji besar -Halia 2cm -Lengkuas 2cm -Serai 3 batang -Cili blend", "1) Tumis rempah 4 sekawan, bahan blender, cili blend (ikut kepedasan) , daun kari. Tumis kejap. 2) Lepas tu masukkan daging, kicap pekat, kicap manis, gula merah 2 sudu besar dan kerisik. Masak sampai daging empuk dan pecah minyak 3)Bagi kuah kering sedikit dan masukkan pati santan. Perasakan dengan garam. Dah siap. Mudah ke mudah? Bolehlah hidang panas panas makan dengan nasi putih atau pulut. Jangan lupa share resepi Daging Masak Hitam ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Ikan Cencaru Bakar ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba." ]
https://bidadari.my/anak-anwar-ibrahim/
Keluarga Jom Kenali Anak Anwar Ibrahim, Latar Belakang Keluarga Politik Ikonik Di Malaysia Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik di Malaysia yang paling banyak kontroversi, selain Dato Seri Najib tun Razak dan Tun Dr Mahathir sendiri. Perjalanan politik Anwar Ibrahim adalah sangat menarik. Dari parti Umno berhijrah ke parti Keadilan Rakyat. Malah pernah dipernjarakan. Perjalanan politik beliau adalah sangat menarik.", "Selain karier politiknya, ahli keluarga Anwar Ibrahim juga menjadi perhatian ramai. Terutamanya isteri beliau Dr Wan Azizah dan anak perempuan mereka Nurul Izzah Anwar. Jom kami kongsikan nama dan sedikit latar belakang anak Anwar Ibrahim. Pastinya banyak info menarik tentang keluarga ini yang anda belum tahu.", "Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947. Beliau adalah satu-satunya ahli politik ikonik di Malaysia yang dikenakan hukuman penjara dengan kesalahan yang berikut:", "Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail", "Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan isteri kepada Anwar Ibrahim. Beliau bergiat aktif dalam dunia politik selepas penangkapan suaminya pada tahun 1999. Beliau adalah insan yang bertanggung jawab menubuhkan Parti Keadilan Rakyat. Apa yang membanggakan, Dato Seri Dr Wan Azizah adalah Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama di Malaysia.", "Datoโ€™ Seri Dr. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas,ย Alor Setar dan kemudiannya meneruskan pengajian keย Kolej Tunku Kurshiahย diย Seremban.ย Kemudian beliau melanjutkan pelajaran keย Dublin,ย Ireland dan mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di sana beliau menerima anugerah pingat emas โ€˜MacNoughton-Jones Gold Medalโ€™.", "Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorangย pakar oftalmologiย diย Hospital Besar Kuala Lumpurย dan di Hospital Universiti Universiti Malaya namun meletak jawatan pada tahun 1993 apabila suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.", "Nurul Izzah merupakan anak Anwar Ibrahim yang paling terkenal dan menjadi perhatian kerana karier politiknya. Beliau dilahirkan pada 19 November 1980 dan merupakan seorang ahli politik yang berjaya. Nurul Izzah bersekolah diย Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara,ย Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Sri Bandaraya dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.", "Kemudian beliau melanjutkan pelajaran diย Universiti Teknologi Petronasย (UTP) diย Tronoh,ย Perak namun kemudian berpindah keย Universiti Tenaga Nasionalย (UNITEN) diย Bangiย dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004. Kemudian Nurul Izzah menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS),ย Universiti Johns Hopkins,ย Washingtonย di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan menamatkan pengajian pada Mei 2007.", "Nurul Izzah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Raja Nur Safiyah & Raja Harith. Apa yang menarik, Anwar Ibrahim masih bergelar banduan di Penjara Sungai Buloh semasa Nurul Izzah bernikah. ", "Anwar Ibrahim dibenarkan untuk keluar dan mewalikan anaknya. Turut hadir dalam majlis perkahwinan tersebut ialah Tan Sriย Azizan Zainul Abidin, Tan Sriย Hassan Mericanย dan Datuk Seriย Nazri Aziz. Apa yang lebih hebat,ย Sultan Terengganu iaituย Sultan Mizan Zainal Abidinย turut hadir dalam majlis berkenaan. ", "Nurul Nuha merupakan anak kedua Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau juga bergiat aktif dalam bidang politik namun tidak serancak kakaknya Nurul Izzah. Nuruh Nuha memilih untuk menjalani hidup yang lebih low profile. Semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan pada tahun 1999, Nurul Nuha baru berusia 13 tahun. Namun beliaun sangat matang dan memahami apa yang berlaku.", "Ehsan Anwar adalah satu-satunya anak lelaki Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail. Ehsan agak kurang dikenali kerana tidak berminat untuk menyertai arena politik. Beliau memilih untuk menjadi seorang aktivis dan bukannya seorang ahli politik.", "Nama Nurul Iman Anwar tidaklah segah kakaknya Nurul Izzah. Ini kerana Nurul Iman masih baru dalam arena politik. Namun kita dapat melihat kesungguhan beliau semasa pilihan raya umum baru-baru ini dimana Nurul Iman banyak memberikan ucapan semasa kempen pilihanraya.", "Seperti Nurul Iman, Nurul Ilham juga tidak semahsyur kakaknya Nurul Izzah. Namun pada hari ini Nurul Ilham bergerak aktif dalam Parti Keadilan Rakyat. Nurul Ilham bernikah dengan Mohd Reza Bin Mohd Rafie pada 24 Disember 2011. ", "Nurul Hana merupakan anak bongsu dalam keluarga ini dan dilahirkan pada 19 November 1980 . Semasa Anwar Ibrahim ditangkap pada tahun 1999, Nurul Hana baru berumur 6 tahun. ", "Nurul Hana turut merekodkan peristiwa penangkapan ayahnya di mana rumah mereka diserbu dan ditangkap di hadapan ahli keluarga yang lain. Buku hasil tulisannya yang bertajuk โ€˜Sayang Buat Papaโ€™ yang dilancarkan pada 2015 menceritakan peristiwa ngeri malam tersebut secara terperinci.", "Itulah dia info tentang nama anak Anwar Ibrahim yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Sama-sama kita doakan semoga Malaysia bumi tercinta sentiasa berada dibawah rahmat dan perlindungan dariNya. Aamiin." ]
https://bidadari.my/rotavirus-ketahui-punca-dan-cegah/
Kesihatan Bahaya Penyakit Rotavirus, Ketahui Punca Dan Cegah Penyakit Ini. Ibu Bapa Wajib Tahu Oleh aqirah
[ "Kita sebagai rakyat Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk membangunkan negara agar lebih dikenali di seluruh dunia. Seperti negara Jepun, Korea, China dan lain-lain lagi. Negara-negara tersebut adalah negara yang maju dari segi teknologi.", "Apabila negara terlalu maju, akan ada banyak rintangannya. Antaranya adalah penyakit yang merbahaya. Negara terlalu fokus untuk membangunkan negara sehingga lupa benda yang penting iaitu kebersihan. Kebersihan amat penting dalam sesebuah negara kerana ia akan memberi kesan terhadap kesihatan rakyat.", "Penyakit yang dimaksudkan adalah Rotavirus. Apakah penyakit Rotavirus?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai penyakit rotavirus, ketahui punca dan cegah penyakit ini. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai โ€˜serviceโ€™ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan โ€˜serviceโ€™ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. ", "Rotavirus adalah sejenis virus yg menjadi punca utama cirit-birit teruk atau AGE di kalangan kanak-kanak di negara maju dan negara membangun. Ia juga dikenali sebagai pembunuh kedua kanak2 di seluruh dunia selepas radang peparu.", "Penyebab utama rotavirus adalah tahap kebersihan keadaan sekeliling yg kurang baik. Rotavirus tersebar melalui najis yg mengandungi rotavirus ke mulut serta makanan dan air tercemar. Virus ini juga boleh berjangkit melalui permukaan peralatan spt permainan, tombol pintu dan pinggan-mangkuk yg tak dibasuh dgn betul.", "Rotavirus boleh kekal selama beberaja jam di atas kulit manusia dan mampu bertahan beberapa hari di permukaan yg keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dlm najis individu yg dijangkiti. Cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak biasanya 5 tahun ke bawah.", "Bayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak. Jaga kebersihan kawasan rumah lebih-lebih lagi kalau ada bayi yang kecil.", "Selain itu kita juga perlu ;-", "*Penyakit Rotavirus ini sangat merbahaya untuk kanak-kanak. Jika ada anak kecil di rumah yang suka makan, jilat dan gigit barang di rumah, lebih baik bersihkan terdahulu sebelum bagi anak bermain. Terutama sekali barang mainan anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/carta-pergerakan-janin/
Hamil Carta Pergerakan Janin, Ini Cara Betul Kira Pergerakkan Bayi Dalam Kandungan Oleh Aniuna
[ "Jom ketahui cara betul mencatat carta pergerakan Janin.", "โ€œAduhhhโ€ฆ Kuatnya sayang mama tendang perut mama.โ€", "Inilah situasi yang perlu dihadapi oleh setiap ibu hamil apabila kandungannya telah masuk bulan ke-4. Janin pada waktu ini sudah sempurna sifatnya. Malah, Islam menyatakan setelah janin berusia 4 bulan, roh telah ditiupkan ke dalam jasadnya. Ini bermakna, janin itu sudah bernyawa.", "Pergerakan janin dalam kandungan bukan sekadar penghibur hati buat ibu. Tetapi ia juga adalah suatu perkara penting yang menjadi petanda bahawa bayi dalam kandungan anda aktif dan selamat. Itulah sebabnya, apabila kandungan anda memasuki 28 minggu, anda akan dikehendaki untuk mencatat pergerakan janin dalam buku pink atau buku catatan kehamilan yang dibekalkan oleh pihak klinik setiap kali anda melakukan pemeriksaan bulanan (monthly check-up).", "Apakah Pergerakan Yang Dilakukan Oleh Janin Di Dalam Rahim?", "Imbasan ultrabunyiย (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dilakukan oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula sejak usia kandungan 2 bulan, tetapi waktu ini ibu tidak dapat merasai pergerakannya kerana saiz janin yang masih kecil.", "Pada usia ini, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut. Bayi anda juga mula menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan. Dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat, menguap dan menggerakkan matanya.", "Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda rasai. Malah, semakin bertambah usia kandungan, semakin kerap bayi anda menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya. Namun, bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa kerana ada masa tertentu, bayi akan berehat dan tidur.", "Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).", "Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair. Hal ini membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.", "Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.", "Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Tendangannya semakin kuat namun jarang-jarang. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.", "Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.", "Sekiranya iniย bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.", "Badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Mulai sekarang, bayi anda sudah tetap pada posisinya dalam pelvis anda dan sedang menunggu masa untuk membuat perjalanan keluar. Anda mungkin rasa kepalanya seolah-olah sebiji tembikai yang menekanย lantai pelvisย anda.", "Carta pergerakan janin seperti yang terdapat dalam buku pink adalahย method pemantauan pergerakan bayi dalam kandungan. Ibu wajib mencatatnyaย setiap hari tanpa gagal bermula dari kandungan 28 minggu sehingga bayi dilahirkan. Ia perkara penting keranaย kita tidak nampak keadaan bayiย dan hanya ibu sahaja yang โ€˜rasaโ€™ sama ada bayi sihat atau tidak.", "Melalui carta pergerakan janin ini, kitab oleh menilai kebiasaan pergerakan bayi dalam kandungan. Sekiranya ibu merasakan bayi kurang aktif atau kurang pergerakan seperti kebiasaan, ibu perlu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Ini kerana, bayi kurang gerak membawa tanda bahawa keadaannya kurang sihat. Mungkin keadaannya terbelit tali pusat, dijangkiti kuman atau faktor lain yang membuatkan janin tidak sihat.", "Melalui carta pergerakan janin, kita boleh lihat pola pergerakan bayi anda. Kebiasaannya, jam 4,5,6 atau 7 malam, 10 gerakan janin sudah lengkap. Bayi juga kebiasaannya melakukan 1-2 tendangan kuat atau gerakan dalam masa 1 jam. Namun, kadang kala bayi akan tidur untuk tempoh masa tertentu. Jika anda tidak dapat merasai gerakan dalam masa 1 jam, ia masih lagi normal kerana kemungkinan bayi anda sedang tidur. Namun, sekiranya dalam masa 3 jam berturut-turut, anda masih tidak merasai tendangan bayi, anda boleh segera ke klinik/hospital untuk pemeriksaan lanjut.", "Selain itu terdapat juga 2 keadaan yang menentukan pergrakan janin anda tidak normal.", "Jika kebiasaannya pergerakan bayi anda lengkap 10 gerakan pada jam 4-5 petang, namun pada satu hari, gerakan bayi anda hanya lengkap pada jam 9 malam atau selepas jam 9 malam, makan ini adalah pergerakan yang tidak normal.", "Jika satu hari, anda merasakan pergerakan bayi anda terlalu aktif, sehinggakan 10 gerakan telah lengkap terlalu awal (contoh, jam 11 pagi telah lengkap 10 gerakan), ini juga adalah pergerakan yang tidak normal.", "Sekiranya anda mendapati pergerakan bayi anda tidak normal, anda perlu segera ke klinik/hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Ini kerana, kita tidak tahu apa yang terjadi pada bayi di dalam kandungan. Hanya doktor di klinik/hospital sahaja yang boleh melakukan pemeriksaan ultrasound atau cardiotograph CTG untuk mengetahui keadaan bayi.", "Adakah Ibu Perlu Pantau Pergerakan Janin Setelah Lengkap 10 Gerakan?", "Ya. Ibu masih perlu memantau pergerakan janin sekalipun 10 gerakan telah lengkap untuk hari tersebut. Sebagai contoh, anda tidak merasa sebarang gerakan bayi selama 4 jam berturut-turut bermula jam 8 malam hingga 12 malam, maka ia juga satu perkara yang tidak normal.", "Perlu segera ke klinik/hospital (bahagian kecemasan bersalin) sekiranya:", "1) Tidak cukup 10 gerakan dlam tempoh 12 jam.", "2) Gerakan bayi sangat cepat daripada kebiasaan.", "3) Gerakan bayi sangat perlahan daripada kebiasaan.", "4) Bayi tidak melakukan sebarang gerakan dalam tempoh 3 jam berturut-turut.", "Bagaimana dengan artikel berkenaan Carta Pergerakan Janin yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?", "Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:" ]
https://bidadari.my/resepi-tempe-goreng/
Keluarga Resepi Tempe Goreng Rangup dan Sambal Kicap (Rangup Sedaaaap) Oleh Rahayu Z
[ "Adakah anda merupakan peminat yan suka makan tempe goreng dengan sambal kicap? Ataupun jenis yang suka makan dengan sambal tumis?", "Orang darah jawa memang penggemar tempe goreng. Hingga kebiasan ini turun ke orang melayu.", "Tempe goreng biasanya digandingkan untuk makan bersama dengan ayam penyet. Di mana tempe digoreng rangup ini sedap dimakan dengan sambal penyet atau dicicah sambal kicap atau diratah macam itu sahaja. Makin sedap jikaย  dimakan bersama-sama dengan ayam goreng dan sayur.", "Ingin makan tengah hari anda jadi makin berselera? Sila cuba hidangkan tempe goreng, mesti ramai yang suka dan berselera makan. Resepi didatangkan daripada Noraini Hussinโ€Ž di laman Facebook. Selamat mencuba.", "Selain resepi tempe goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]