url
stringlengths
23
111
headline
stringlengths
36
164
content
sequence
https://bidadari.my/jenama-barang-china/
Petua Tips Kebangkitan Jenama Barang Dari China Oleh Zafri Anuwar
[ "Industri pembuatan China tidak dinafikan telah meroket disebabkan globalisasi. Banyak barangan berkualiti, terutamanya bahagian elektronik dan teras, kebanyakkannya semuanya datang dari China sekarang.", "Menjelang akhir tahun lepas, sebanyak 124 buah syarikat dari Tanah Besar China (termasuk Hong Kong) berjaya mencapai Fortune 500. Industri teh, makanan Cina, pakaian, kenderaan elektrik, peralatan rumah pintar dan produk penjagaan kulit herba mempunyai potensi besar untuk menghasilkan lebih banyak jenama antarabangsa. China kini mampu menyediakan pelbagai produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif. Sepanjang dekad yang lalu, jenama elektronik pintar China telah aktif secara agresif di pasaran global, yang seterusnya memeningkan Sony, Samsung, Dyson dan juga Apple.", "Memandangkan Xiaomi, OnePlus dan DJI semakin mendapat tempat di pasaran global, ROIDMI juga telah mengorak langkah menjadi wakil jenama China terkemuka dalam industri perkakas pembersihan.", "ROIDMI didedikasikan untuk membangunkan pembersih vakum dan vakum robot yang berkualiti tinggi dan teknologi yang lebih maju. Sejak ia diasaskan pada 2015, ROIDMI telah memfailkan lebih 200 paten teknologi. ", "Pada tahun 2020, ROIDMI X30 berjaya meningkatkan jenama itu ke tahap yang lain: ia menjadikan pendanaan ramai yang memecahkan rekod sebanyak 30 juta. Pada tahun yang sama, ROIDMI menjadi jenama pembersih vakum China pertama yang membuka kedai di gedung mewah Harrods.", "Pada tahun 2021, ROIDMI telah melancarkan vakum robot pensterilan sendiri Eve Plus. Teknologi ‘deodorization ion’ perintis yang mampu mengurangkan 99.99% bakteria, virus dan parasit serta menghilangkan bau dalam sisa isi rumah. Ia berkesan boleh mencegah sisa sekunder dan melindungi kesihatan orang ramai. Di antara banyak robot vacuum yang berkemampuan mengosongkan diri, Xiaomi ROIDMI Eve Plus membezakan dirinya dengan ciri pensterilan sisa khas ini.", "Perlu diingat bahawa pasukan pengasas ROIDMI terdiri daripada profesional teknologi dan reka bentuk seperti Dyson. Pengasas ROIDMI, Wang Zhiqiang, adalah seorang yang sukakan teknologi. ROIDMI telah melabur lebih banyak dalam pembangunan teknologi berbanding jenama pembersih vakum lain. ROIDMI kini boleh dikatakan mempunyai kelebihan dalam persaingan global yang sengit: teknologi teras pembersih vakum dan vakum robot. Ketaksuban terhadap teknologi adalah satu lagi perkara yang dikongsi bersama oleh ROIDMI dan Dyson.", "ROIDMI telah berkembang menjadi perusahaan China yang terkemuka. Dan dengan produk berkualiti tinggi, mesra pengguna, inovatif dan bernilai tinggi, ROIDMI bersedia untuk memenuhi visi yang lebih berani." ]
https://bidadari.my/petua-bibir-merah/
Keluarga 10 Petua Bibir Merah, Tak Perlu Bazir Wang Untuk Dapat Oleh Zuraidah Muhidden
[ "“Wah, cantiknya bibir model ni! Merahnya bibir dia, walau tak bersolek pun. Apa agaknya rahsia dia kan?”", "Inilah persoalan yang sering menerpa di dalam kepala setiap wanita. Bibir merupakan bahagian pada wajah yang selalu dititikberatkan dan menjadi perhatian. Mempunyai bibir yang mungil, merah bak delima dan seksi menjadi dambaan setiap wanita.", "Seperti juga kulit wajah, kesihatan bibir juga perlu dijaga. Untuk mendapatkan bibir yang cantik dan sihat perlu penjagaan yang khusus. Bukan semua wanita dikurniakan dengan warna bibir merah secara semula jadi.", "Ada yang mempunyai bibir yang kering sehingga merekah-rekah dan luka. Malahan, ada juga yang mempunyai bibir yang gelap dan lebam. Salah satu faktor yang menentukan warna bibir ialah warna kulit, keturunan dan genetik.", "Setiap wanita mempunyai warna bibir yang berbeza-beza. Ia bergantung pada berapa banyak pigmen melanin yang terkandung pada bibir. Warna bibir yang gelap disebabkan penghasilan melanin yang tinggi.", "Namun ada juga wanita yang mempunyai warna bibir yang gelap selain daripada 3 faktor yang dinyatakan di atas. Antara sebab berlakunya masalah ini ialah:", "Setelah kenal pasti punca yang menyebabkan berlakunya masalah bibir gelap, anda bolehlah membuat langkah pencegahan dan rawatan. Dalam artikel ni, penulis akan berkongsi beberapa tips mudah untuk membantu anda mendapatkan bibir yang merah.", "Ini merupakan perkara pertama yang perlu anda buat iaitu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari mengikut keperluan badan. Ingat ye! Air yang dimaksudkan bukannya air manis tetapi air putih.", "Air penting untuk proses penghidratan dan membantu kelancaran perjalanan darah. Apabila kita kurang minum air, bibir akan menjadi kering dan pecah-pecah. Apabila bibir luka, ia akan mengelupas dan menyebabkan parut gelap pada bibir. ", "Selain minum air yang cukup, lebihkan sayur dan buah-buahan dalam pemakanan harian anda. Lebihkan sayur hijau seperti timun, bayam, brokoli dan sebagainya. Anda juga boleh buat jus buah-buahan untuk mempelbagaikan hidangan.", "Kandungan vitamin, zat mineral dan kalsium di dalam buah dan sayur dapat melembapkan bibir. Ini menyebabkan bibir tak mudah kering dan merekah. Kurangkan pengambilan jeruk dan kekacang goreng yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Ia akan menyebabkan bibir mudah mengelupas.", "Gunakan gel petroleum atau pelembap bibir", "Penggunaan gel petroleum memang cukup terkenal untuk mengatasi masalah ni. Anda boleh mendapatkannya di farmasi atau klinik. Gel petroleum mampu melindungi dan mengunci kelembapan dalam memperbaiki kulit di sekitar bibir.", "Anda boleh menyapunya pada setiap hari sama ada ketika di rumah, sebelum mengenakan gincu atau sebelum tidur. Kini, terdapat pelbagai jenis pelembap bibir yang diperbuat daripada gel petroleum. Ada yang mempunyai perasa buah-buahan dan mempunyai warna seakan-akan gincu.", "Tujuan kita memakai gincu ialah untuk menyerlahkan warna bibir. Namun, jika anda tak mengambil tahu kandungan yang terdapat dalam gincu tersebut, takut kesan lain pula yang timbul.", "Bahan kimia yang tinggi boleh memberikan kesan alergik yang akan merosakkan bibir. Oleh itu, jika anda sering menghadapi masalah seperti ni, elakkan memakai gincu. Sebagai penggantinya, anda boleh memakai lip balm yang mempunyai warna. Lip balm lebih selamat kerana biasanya diperbuat daripada gel petroleum. ", "Petua menyapu madu pada bibir sebelum tidur merupakan cara yang dilakukan sejak zaman-berzaman. Pastikan anda menyapu madu asli secara konsisten setiap hari. Dikatakan bahawa tips ni sangat mujarab.", "Ni ialah petua yang paling mudah anda boleh cuba. Ambil sesudu gula pasir dan sedikit gel petroleum, gosok pada bibir perlahan-lahan. Ia berfungsi sebagai skrub untuk menanggalkan sisa gincu, sel-sel kulit mati dan kulit yang mengelupas.", "Gosok perlahan-lahan ye! Amalkan rutin ni setiap 2 minggu sekali. Percayalah, anda akan rasai perubahan pada bibir anda. ", "Tahukah anda buah-buahan seperti lemon, nanas, mulberry, buah naga merah dan strawberi boleh menjadikan bibir anda merah. Selain dimakan begitu saja atau dibuat jus, ada cara lain yang boleh anda praktikkan.", "Caranya ialah ambil sedikit isi atau jus buah-buahan tersebut. Kemudian, sapukan pada bibir sebagai masker seminggu 2 atau 3 kali. Khasiat yang terkandung dalam buah-buahan tersebut dapat menjadikan bibir lebih lembap, sihat dan cantik.", "Minyak zaitun memang terkenal dengan 1001 khasiatnya yang tinggi. Kandungan vitamin E dan antioksidan di dalamnya berfungsi untuk melembapkan bibir. Selain itu, ia juga sangat efektif untuk menanggalkan solekan dan sel-sel kulit mati.", "Anda hanya perlu mengambil sedikit minyak zaitun dan sapukan pada bibir setiap malam. Malahan anda juga boleh mencampurkan minyak zaitun ke dalam gula pasir dengan sedikit jus lemon sebagai skrub bibir.", "Selain skrub bibir menggunakan gula pasir, anda boleh menanggalkan kekotoran dan kulit-kulit kering pada bibir menggunakan berus gigi. Pastikan berus tersebut lembut dan tak menyakitkan. Beruskan bibir anda seminggu sekali dengan perlahan-lahan.", " Aloe vera sangat berkesan dalam menghilangkan parut dan melembapkan kulit. Jika anda mempunyai masalah bibir yang sangat kering, gunakan aloe vera sebagai penyegar yang terbaik. Masalah bibir yang hitam dan lebam juga dapat dihilangkan.", "Ambil sedikit gel aloe vera, oleskan pada bibir. Biarkan selama lebih kurang 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.", "Diharapkan dengan perkongsian 10 tips ni, masalah bibir kering dan gelap dapat diatasi. Untuk mendapatkan bibir yang merah semula jadi, anda perlulah konsisten dan jangan hanya buat sekerat jalan saja.", "Jika pembaca Bidadari.my ada tips-tips yang lain, boleh juga kongsikan dengan kami. Jom cantik sama-sama! Jemput juga baca artikel petua kecantikkan dan senaman muka untuk awet muda" ]
https://bidadari.my/produk-kecantikan-muka-yang-selamat/
Petua Tips 10 Produk Kecantikan Muka Yang Selamat Dan Berkesan Oleh zulrina
[ "Kebanyakan bahan semula jadi atau organik yang terdapat dalam produk kecantikan adalah lidah buaya ataupun dikenali juga dengan Aloe Vera. Terdapat banyak lagi bahan semulajadi yang digunakan bagi dijadikan produk kecantikan muka. ", "Produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan sememangnya sangat sesuai untuk kulit gatal seperti sensitif, kemerahan ataupun jerawat.", "Adakah Terdapat Bahan Yang Merbahaya Yang Terkandung Dalam Produk Kecantikan Muka?", "Amat sukar untuk mencari produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan. Terdapat beberapa bahan berbahaya untuk kulit yang sering terkandung di dalam produk kecantikan muka. ", "Antaranya seperti SLS, phthalates, parabens, triclosan, siloxanes, resorcinol, BHA, EG compound (polyethelyne glycol), octinoxate, petrolatum atau wangian buatan.", "Jadi, cara terbaik untuk mencari produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan adalah dengan menggunakan produk yang mengandungi bahan semula jadi. Jom lihat antara jenis produk kecantikan yang selamat digunakan.", "1. The Body Shop – Tea Tree Skin Clearing Facial Wash", "Produk kecantikan muka The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash bercirikan jenis gel yang menyegarkan dan melawan jerawat yang tumbuh pada wajah. ", "Ia juga berkesan untuk mencegah kotoran jerawat dan mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. Produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan ini melindungi kulit dari pelbagai masalah kulit termasuklah jerawat dan bintik hitam. ", "Jadi, anda tidak perlu risau lagi akan kegatalan kulit muka anda kerana ianya selamat dan berkesan.", "2. Benton – Snail Bee High Content Skin Toner", "Produk kecantikan muka Benton Snail Bee High Content Skin Toner ini mengandungi pelbagai bahan semula jadi dimana ia dapat membaiki kerosakan pada wajah seperti parut jerawat dan bintik hitam. ", "Produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan ini juga mampu menghasilkan kolagen dan memberi keanjalan pada kulit wajah anda supaya menjadi lebih segar. ", "Diekstrak dengan arbutin yang terdapat dalam toner ini juga berfungsi untuk melawan penampilan penuaan setelah beberapa penggunaan.", "3. Simple – Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On", "Simple Kind To Eyes Revitalizing Eye Roll On ini merupakan produk kecantikan muka yang memberikan rawatan dan menenangkan kulit di bawah mata sebaik sahaja digunakan. ", "Ia diformulasikan dengan ekstrak timun, Lupin, Vitamin B5 dan Gliserin yang berfungsi untuk memberikan kesegaran pada bahagian bawah mata.", " Produk kecantikan ini sesuai untuk semua jenis kulit yang akan memastikan mata anda berasa lebih segar pada setiap pagi.", "Sekiranya kulit anda sering mengalami masalah jerawat, produk kecantikan muka yang dikeluarkan oleh Kiehl mungkin adalah penyelesaiannya. ", "Teksturnya yang bebas minyak dapat mencegah pembentukan jerawat pada kulit dan menjadikan wajah anda kelihatan berseri. Produk ini juga bebas dari paraben dan wangian tiruan. ", "Ia mengandungi bahan yang diekstrak daripada Cylindrica Root, Vitamin B3 dan Sulfur Mineral yang dapat melindungi kulit anda dari pencemaran udara.", "5. Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream", "Himalayan Herbal Nourishing Skin Cream merupakan produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan, sangat sesuai untuk kegunaan harian kerana teksturnya yang tidak melekit. ", "Ia menawarkan kelembapan yang maksima dan memberikan perlindungan kepada kulit muka sepanjang hari. Selain itu, produk ini juga diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry dan Kino Tree yang akan menjadikan kulit bebas daripada pencemaran alam sekitar.", "Produk kecantikan Dear Dahlia Blooming Blusher ini berpigmen sangat tinggi, tahan lama dan dapat menambahkan seri wajah kepada kulit anda selepas sedikit penggunaanya di pipi. ", "Untuk kemasan yang lebih menarik dan sekata, gunakan berus kecil yang sesuai untuk blusher ini. Ianya selamat dan berkesan untuk menambahkan kecantikan pada muka anda.", "Produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan ini dikeluarkan oleh jenama solek terkenal ZOEVA yang mempunyai tekstur seperti pomade berkrim. ", "Anda tidak perlu menggunakannya terlalu banyak kerana sifatnya berpigmen walaupun hanya disapu satu kali. Dengan formula kalis air, ia dapat membentuk alis mata yang sempurna sepanjang hari.", "Produk kecantikan ini sesuai untuk gaya yang cantik ke pejabat ataupun menghadiri majlis-majlis tertentu.", "8. Physicians Formula The Healthy Lip Velvet Liquid Lipstick", "Gincu dari jenama Physicians Formula ini mengandungi minyak pelembap, ekstrak Avocado serta Vitamin A dan E. Ia berfungsi merawat dan mengekalkan kelembapan di bibir yang sememangnya selamat dan berkesan. ", "Ditambah dengan formula cecair ringan, gincu ini memberikan kemasan yang berbeza bergantung pada jumlah lapisan yang anda gunakan. Terdapat 13 jenis warna yang boleh dipilih untuk anda, pasti menarik!", "Pixi Correction Concentrate Concealer merupakan salah satu jenama produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan yang mengandungi ramuan vegan, selamat dan selesa dipakai walaupun setiap hari. ", "Ia membantu mencerah, menghalus dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri pada setiap penggunaannya. Produk kecantikan muka ini mengandungi Vitamin A, Vitamin E dan buah Rosa Canina yang memberikan penghidratan yang mencukupi pada kulit dan menghalang kesan penuaan awal.", "10. Drunk Elephant Bright Night Duo Set", "Serum malam dan minyak muka dari produk kecantikan yang popular ini mengandungi formula teknologi AHA + BHA membantu dalam penghasilan kolagen dan memperbaharui lapisan kulit dengan cepat. ", "Ianya mengurangkan liang pori terbuka, memulihkan tekstur kulit dan mengembalikan seri wajah yang hilang akibat penuaan. Kandungan minyak Kernel Birrea (Marula) di dalamnya akan mengekalkan kelembapan sehingga kulit anda akan tetap tegang dan anjal secara semula jadi.", "Berikut adalah antara produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan yang boleh anda cuba. Jom baca juga Serum terbaik untuk jerawat, Serum Murah Terbaik, serum terbaik untuk kulit kering dan Serum terbaik untuk whitehead.", "Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis." ]
https://bidadari.my/kesan-makan-pil-perancang/
Keluarga 17 Kesan Makan Pil Perancang Buatkan Ramai Wanita Merana Oleh zulrina
[ "“Nak rancang kehamilan mudah je, makan pil perancang“", "Hanya sebab satu saranan, ramai wanita kini menanggung kesannya. Ya, kedengaran begitu mudah untuk kita merancang kehamilan. Apa susahnya, makan sahaja pil perancang! Itulah kata-kata mereka yang tidak pernah tahu akan kesan makan pil perancang. ", "Sungguhpun ia adalah penyelesaian bagi anda yang ingin jarakkan kehamilan atau merancang keluarga, percayalah, lebih banyak kesan buruknya berbanding kesan baik. Ramai wanita tak sedar akan perkara ini, tetapi apabila umur semakin naik, semua terasa ada yang tak kena dengan badan, otot dan sendi masing-masing. Sedihnya, keadaan badan kita mungkin tak sama seperti umur kita sekarang.", "Sebenarnya, apa kesan makan pil perancang? Kenapa dah bertahun ambil tetapi elok sahaja, tak ada kesan pun. Pil hamil adalah kategori ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan. Ia mungkin bertahan merancang kehamilan anda, tetapi kesan sampingan akan terjadi pada beberapa tahun yang akan datang. Jom lihat kesan makan pil perancang yang bahaya perlu anda tahu.", "Pil perancang mengandungi dos hormon dan bahan-bahan yang mengandungi hormon seks. Menurut kajian, ia boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain sebagai kesan sampingan. Kesan makan pil perancang menyebabkan anda kerap sakit kepala. Sekiranya kesan berpanjangan dan masih sakit, jumpalah doktor segera.", "Takutnya jika ada sesuatu yang tidak normal berlaku kesan daripada makan pil perancang. Payudara semakin membesar dan membengkak selepas mengambil pil perancang, tetapi ia akan berkurangan dalam tempoh masa yang akan datang. Jika berlaku ketulan, segeralah berjumpa doktor!", "3. Tidak Datang Haid Pada Masa Sepatutnya", "Kesan makan pil perancang juga adalah haid anda mungkin takkan datang tepat pada masanya. Adakalanya haid akan datang sedikit sahaja dalam kadar beberapa titis, ia tidak datang seperti biasa. Bukannya anda hamil tetapi itu adalah kesan pil perancang yang diambil.", "4. Berat Badan Naik Secara Mendadak", "Akibat pergolakan ubat dan tindak balas pil perancang dalam tubuh, berat badan juga akan terkesan. Berat badan anda mungkin naik secara mendadak. Ramai kawan-kawan pasti tertanya-tanya kenapa tiba-tiba berat badan anak naik.", "Biarpun pil perancang berfungsi membantu menjarakkan kehamilan, tetapi ia mempunyai bahan-bahan aktif yang boleh menyebabkan berlakunya kanser payudara. Selalunya ia mengambil tempoh masa yang lama, mungkin beberapa tahun lagi bagi pil perancang bertindak secara keseluruhan di dalam hormon tubuh.", "Ubat-ubatan dan pil perancang juga memberi kesan kepada saluran pernafasan. Anda akan terasa selalu sesak nafas tak kiralah malam atau siang hari.", "Walaupun anda tidak mempunyai darah tinggi, tetapi kesan makan pil perancang boleh membuatkan kandungan darah tinggi berlaku pada tubuh anda. Jangan terkejut kalau doktor kata anda ada darah tinggi! Ini sememangnya berlaku jika selalu makan pil perancang.", "Emosi anda juga takkan stabil selepas mengamalkan pil perancang kerana kandungan pil perancang penuh dengan hormon tambahan. Hormon tambahan akan menyebabkan anda tidak selesa sekaligus emosi tidak menentu.", "Kesan makan pil perancang menjadikan anda sering terasa loya dan mual. Selalunya pengambilan pil perancang yang pertama akan membuatkan anda loya. Seterusnya, tidak terasa begitu loya. Anda boleh makan pil perancang sebelum tidur atau bersama makanan untuk elakkan mual. Jika mual dan loya teruk sehingga muntah-muntah, segera dapatkan nasihat doktor.", "Pendarahan atau spotting akan berlaku kerana reaksi badan anda dalam menyesuaikan diri dengan hormon yang bertambah. Darah akan turun biarpun masa tersebut bukanlah haid. Sekiranya darah melebihi dari 5 hari biasa, anda perlu dapatkan nasihat daripada doktor.", "Bahagian intim yang meruang dan mempunyai lendiran tetapi tidak selesa adalah kesan makan pil perancang. Kebersihan penting dijaga untuk mengelakkan daripada hal ini berlarutan.", "12. Penurunan Libido Atau Kurang Keinginan Seks", "Kesan makan pil perancang juga akan menyebabkan keinginan seks anda berkurangan. Kita akan sedar hal ini selepas 3 atau 4 minggu makan pil perancang. ", "Ramai tak perasan kesan makan pil perancang juga boleh menyebabkan tulang belakang menjadi bengkok. Ia adalah kesan dimana tubuh badan terikat dengan pil perancang yang mempunyai kesan terhadap otot dan sendi belakang kita.", "14. Berat Badan Turun Secara Mendadak", "Bukan sahaja berat badan menaik, tetapi berat badan juga menurun secara mendadak. Ia bergantung kepada jenis tubuh badan seseorang. Kesan makan pil perancang ini sebenarnya bahaya bagi anda yang mempunyai tubuh kecil dan lemah.", "Pernah tak rasa perut atau abdomen dalam badan berdekatan usus sakit-sakit? Kebarangkalian sakit perut dan abdomen ini adalah disebabkan oleh kesan makan pil perancang. ", "16. Lenguh Kaki Dan Bengkak Kaki", "Jangan amalkan pil perancang dengan terlalu kerap, takut-takut tubuh badan anda mula menunjukkan kesan-kesan sebegini. Lenguh kaki dan bengkak kaki juga adalah kesan makan pil perancang yang seringkali terjadi.", "Kanser servik adalah kanser yang amat ditakuti oleh para wanita. Ia juga boleh terjadi akibat sakit puan yang melibatkan faktor pemakanan dinihari. Selain itu, jangan terkejut kerana kesan makan pil perancang juga membuatkan anda berpotensi mengalami kanser servik.", "Itulah dia 17 kesan makan pil perancang yang membuatkan ramai wanita merana. Mulai sekarang, fikir sebelum bertindak. Adakah pil perancang yang perlu anda ambil atau gunakan kaedah lain? ", "Jom baca juga Pil perancang tak selamat, Kaedah perancang keluarga dan Cara kira waktu subur." ]
https://bidadari.my/resepi-begedil/
Resepi Resepi Begedil Bakar dan Kukus bersama Sos Homemade (Resepi Sihat) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Ada sesiapa yang suka begedil tapi dalam masa yang sama nak diet. Dilema samada nak makan begedil ataupun tak? Sekarang dah tak payah nak dilema dah. Ada jer begedil versi sihat. Yummy. Khas untuk sesiapa yang nak diet la. Boleh tambah dalam menu diet harian nanti. Masaknya pon mudah sangat. Tapi sangat sedap dan sihat. ", "Resepi Begedil yang dikongsi oleh Habibah Anuar‎ di laman muka buku ini mudah, sedap dan yang paling penting sangat sesuai untuk yang inginkan menu sihat untuk jalankan misi diet. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya. ", "Dah siap resepi sihatnya. Resepi Begedil bersama Sos Homemade versi sihat dan sedap. Yang paling penting mudah dan mengenyangkan. Apa lagi? Selamat mencuba. Bolehlah bergilir-gilir dengan menu sihat yang lain. Barulah semangat nak berdiet. Tak gitu. Oh ya, jemput mencuba resepi menarik yang lain juga ya. Terima kasih." ]
https://bidadari.my/bayi-tabung-uji/
Hamil Bayi Tabung Uji: Maksud, Hukum, Proses Dan Kelebihan Oleh zulrina
[ "Ramai pasangan yang berkahwin tidak dikurniakan anak. Oleh sebab itulah, bayi tabung uji ini dicipta. Ia merupakan satu teknologi bantuan reproduktif bagi membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Proses ini melibatkan persenyawaan ovum oleh sperma di luar badan manusia selepas teknik bantuan reproduktif yang lain telah menemui kegagalan.", "Mengikut sejarah, kajian bayi tabung uji ini telah bermula sejak tahun 1909 lagi. Namun, hanya pada tahun 1965, seorang saintis dari British, Robert Edward telah berjaya mensenyawakan ovum melalui teknik in vitro dengan kerjasama  Howard dan Georgeanna Jones yang bekerja di dalam bidang IVF di Amerika.", "Bayi tabung uji ini, disyorkan kepada wanita yang sudah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat mungkin disebabkan kegagalan tiub fallopian atau ketidaksuburan yang tidak dikenalpasti. ", "Kejayaan IVF memerlukan ovum yang sihat dan baik serta sperma yang mampu mensenyawakan ovum dan rahim yang mampu meneruskan kandungan.", "Proses bayi tabung uji ini dibolehkan dalam islam jika sperma dan ovum itu bersumber daripada suami dan isteri yang sah. Yang dilarangnya adalah sperma dan ovum daripada orang lain. Hal ini dilarang kerana akan menimbulkan kemudaratan bagi pasangan suami dan isteri tersebut di mata agama dan menimbulkan kemudaratan kepada si anak.  ", "Apabila sperma yang ditabung tersebut milik suami dan isteri, tetapi cara mengeluarkannya tidak muhtaram, maka hukumnya juga haram. Mani Muhtaram adalah mani yang keluar yang dikeluarkan dengan cara yang tidak dilarang oleh syara’. ", "Mani yang akan dikeluarkan secara muhtaram itu, adalah sekirannya seseorang lelaki itu sedang berusaha mengeluarkan spermanya (dengan beronani) dengan menggunakan tangan isterinya, maka hal tersebut diperbolehkan dalam islam, kerana isteri memang tempat atau wahana yang dibenarkan untuk bersenang-senang.", "Apabila mani yang ditabung itu mani suami dan steri yang sah dan cara mengeluarkannya termasuk muhtaram serta dimasukkan ke dalam rahim isteri sendiri, maka hukum bayi tabung menjadi mubah (boleh).", "1. Telur Dihasilkan Dengan Merangsang Menggunakan Hormon Terapi", "Terapi hormon ini dilakukan untuk mengatasi masalah kesuburan dengan cara menambahkan hormon dari luar. Terapi ini dilakukan apabila hormon yang menghasilkan FSH dan LH berkurang. ", "Langkah melakukannya adalah dengan ubat yang diberikan pada hari ke-3, 4, 5 kitaran haid. Cara ini dicuba selama enam kali kitaran haid. Seterusnya, apabila selama enam bulan pemberian ubat itu belum ada hasilnya, akan diberikan suntikan hormon pada hari ke-6 sampai 10 kitaran haid dan suntikan itu akan dilakukan setiap hari.", "Apabila kedua-duanya gagal, akan dilakukan cara manipulasi hormon dan ianya betul-betul sama dengan hormon yang ada dalam tubuh. ", "Ultrasound ini digunakan untuk mengesan bilakah telur anda sudah bersedia untuk dilakukan. Doktor anda kemudiannya akan mengeluarkan telur anda daripada ovari. Beliau akan menggunakan sebatang jarum halus dan berongga yang bercantum dengan kuar imbasan ultrasound.", "Kuar ini membantu mengesan lokasi folikel yang mengandungi telur. Anda mungkin rasa sedikit tidak selesa semasa prosedur dijalankan, tetapi jika anda rasa sakit selepas ianya selesai, anda akan diberi ubat tahan sakit. ", "Kegagalan teknik IVF ini boleh berlaku jika pengovulasian tidak menghasilkan bilangan telur yang cukup. Antara sebabnya adalah kerana kegagalan ovari memberi tindak balas dan keadaan ini lebih biasa berlaku ke atas wanita yang sudah berumur.", "Tetapi, jika pengeluaran telur yang terlalu banyak juga boleh menjadi penyebab proses rawatan IVF dibatalkan. Hal ini demikian kerana risiko sindrom hiperstimulasi (hyperstimulation syndrome) menjadi sangat tinggi. ", "Semasa telur anda sedang dikumpulkan, suami anda pula perlu memberi sampel air mani yang segar. Jika sperma yang digunakan ialah sperma daripada penderma atau yang telah dibekukan, sampel itu akan diambil daripada peti sejuk beku. ", "Sperma itu akan dicuci dan sperma yang mempunyai kualiti terbaik sahaja akan diasingkan dan dipersiap-sediakan untuk mensenyawakan telur. Sperma ini kemudiannya digabungkan dengan telur di dalam ceper makmal dan dibiarkan mengkultur dalam inkubator.", "Kebanyakan klinik hanya melaksanakan kaedah IVF ini ke atas lelaki yang memiliki bilangan sperma aktif melebihi 3 juta. Jika bilangan lebih rendah dari 3 juta, ICSI (suntikan mikro) boleh dilakukan sebagai pilihan yang baik.", "4. Telur Dan Sperma Disatukan Untuk Membenarkan Persenyawaan", "Cecair folikel (bersama telur) yang dikumpul akan segera dibawa ke makmal dan akan diperiksa oleh ahli embriologi untuk mengenal pasti telur-telur. ", "Telur-telur akan dipindahkan ke dalam incubator dan sperma akan ditambah kepadanya (proses permanian). Permanian boleh dilakukan sebaik selepas proses pengeluaran telur tetapi biasanya dilakukan selepas 2 hingga 6 jam. ", "Suami biasanya perlu menyediakan air maninya pada hari telur dikeluarkan. Sperma kemudiannya diasingkan dan digunakan untuk persenyawaan telur-telur. ", "Setelah 18 jam selepas permanian, pakar embriologi akan memeriksa dan memilih sampel telur yang tersenyawa. Sampel yang gagal akan dibuang atau digunakan untuk penyelidikan kejayaan.", "5. Persenyawaan Telur Dimasukkan Ke Dalam Uterus", "Campuran telur dan sperma tadi kemudiannya dipindahkan ke dalam salur rahim (sebelah atau kedua-dua). Terdapat juga doktor yang memindahkan telur dan sperma secara berasingan ke dalam saluran rahim.", "Pemindahan ini dilakukan menggunakan caterer khas. GIFT hanya dilakukan ke atas wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya satu salur rahim yang normal. Jika salur didapati rosak, IVF perlu dilakukan, bukannya GIFT. Embrio yang paling sihat akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam uterus. ", "Sebaik sahaja kehamilan anda telah disahkan selepas rawatan IVF, anda sepatutnya mendapatkan imbasan ultrasound awal pada kira-kira enam minggu. Ini bagi memastikan bahawa embrio telah melekat di dalam uterus. ", "Kejayaan IVF ini memerlukan ovum yang sihat dan baik. Seterusnya, sperma yang mampu mensenyawakan ovum dan rahim yang mampu meneruskan kandungan.", "1. Membantu Pasangan Yang Tidak Subur", "Ramai pasangan malu tampil membincangkan isu kesuburan terutama lelaki tapi situasi itu kian berubah dengan kemajuan teknologi perubatan kini. Perkara ini dapat membantu pasangan tidak subur untuk memiliki bayi mereka sendiri (dengan telur mereka sendiri dan sperma).", "Oleh itu, kaedah rawatan moden berjaya memberi harapan baru dan membantu ramai pasangan dalam usaha mendapatkan zuriat. Dengan ini, mereka juga dapat menerapkan perubahan dalam gaya hidup untuk meningkatkan kesihatan dan membantu mempersiapkan diri untuk menjadi orang tua.", "Selalunya bayi yang baru lahir akan mengalami pelbagai masalah penyakit seperti demam kuning,demam campak, penyakit kaki,tangan dan mulut , alergic dan sebagainya. ", "Sebaliknya, melalui analisa selama bertahun-tahun, doktor mengatakan bahawa anak yang lahir dari treatmen bayi tabung, akan lebih kuat bertahan dari serangan penyakit. Mereka tidak terlalu memiliki banyak masalah kesihatan jika dibandingkan dengan anak yang lahir secara normal.", "Ramai wanita mengalami kemurungan akibat tidak boleh mendapat zuriat. Oleh itu, treatment ini memberikan kesempatan kepada wanita yang menderita akibat kerosakan atau penyumbatan tube fallopio untuk memiliki bayi. ", "Dengan ini, tiada lagi masalah tidak boleh melahirkan anak. Selain itu, jika sperma lelaki tidak dapat digunakan atau jumlahnya rendah juga, ada kemungkinan untuk menggunakan tabung uji dalam situasi ini. Perkara ini sudah menjadi satu perkara yang ajaib kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat nanti. ", "Semoga semua pasangan dipermudahkan mendapat zuriat dan rezeki yang melimpah-ruah. Jemput baca juga Makanan kuatkan rahim, Tips Cepat Hamil dari Dr Hamid Arshat, Faktor tidak subur dan Makanan dilarang ketika hamil." ]
https://bidadari.my/kerja-part-time/
Keluarga 10 Kerja Part Time Di Rumah Yang Boleh Suri Rumah Lakukan Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Sejak akhir-akhir ini semakin ramai ibu bergelar suri rumah memilih untuk buat kerja part time di rumah untuk menjana pendapatan. Sambil jaga anak, duit masuk ke akaun bank.", "Menarik kan? Anda teringin nak buat kerja part time di rumah tapi takde idea nak buat apa? Idea yang kami senaraikan di bawah pasti dapat membantu anda.", "Perasan tak, kebalakangan ni homebaker tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau anda suka baking dan ada bakat untuk menghasilkan kek, roti dan pastri yang lazat, kami cadangkan anda mulakan bisnes sebagai homebaker. Kebiasaanya homebaker akan menyediakan makanan seperti:", "Kalau nak mulakan bisnes katering, tak semestinya anda perlu menyewa premis kedai. Anda boleh jalankan bisnes katering dengan memasak dan menyediakan semua persediaan di rumah.", "Kebiasaannya pejabat kerajaan, sekolah, dan pejabat swasta suka menempah makanan untuk jamuan atau majlis yang diadakan. Anda boleh sediakan pakej atau pelanggan boleh pilih sendiri menu yang dikehendaki.", "Atau pun anda boleh masak satu menu istimewa, masukkan ke dalam bekas dan ambil order. Contohnya, kalau di kawasan perumahan anda belum ada yang menjual nasi arab, anda boleh menyediakan nasi arab. Tak perlu masak pelbagai menu, satu jenis masakan sudah memadai. Apa yang penting, perlu ada permintaan untuk makanan tersebut.", "Anda mungkin tak suka memasak nasi atau lauk-pauk untuk buat katering, tapi mungkin anda berminat membuat kuih. Jika anda suka membuat kueh, anda boleh mengambil tempahan kuih-muih seperti:", "Zaman sekarang, ibu moden memilih untuk berpantang sendiri tanpa perlu balik ke kampung untuk berpantang bersama ibu atau mertua. Kebiasaannya, ibu berpantang akan mencari perkhidmatan penghantaran makanan berpantang supaya mereka tidak erlu bersusah-payah memasak di dapur.", "Anda boleh sediakan perkhidmatan menghantar makanan berpantang kepada ibu yang sedang melahirkan. Menunya tak susah. Di antara makanan yang dimakan oleh ibu berpantang ialah makanan sihat seperti:", "Selain ibu mengandung, orang biasa juga ada yang malas untuk keluar dari rumah untuk makan. Nak order makanan segera, dah naik muak.", "Maka ramai yang mencari peniaga yang menyediakan khidmat penghantaran makanan untuk makanan biasa seperti nasi berlauk, nasi goreng, mee goreng, dan sebagainya. Penghantaran makanan merupakan bisnes yang semakin berkembang di Malaysia.", "Kalau anda minat menjahit, anda boleh jadi tukang jahit dari rumah. Tak pandai menjahit tak mengapa, anda boleh pergi ke kelas jahitan. Yang penting sekali ialah anda ada minat untuk menjahit. Sebagai tukang jahit dari rumah, anda boleh mengambil tempahan baju dari orang ramai, atau boleh juga mengambil kontrak menjahit tempahan pukal dari butik-butik.", "Sebagai tukang jahit, bukan bermakna anda menjahit baju semata-mata. Selain baju, anda juga boleh menjahit:", "Kalau anda sukakan kanak-kanak dan mempunyai kesabaran untuk melayan karenah budak kecil, anda boleh menjadi pengasuh. Kalau anda tak yakin untuk menjaga bayi yang masih kecil, anda boleh ambil anak asuhan yang besar, mungkin berumur satu tahun ke atas.", "Apa pun, pastikan anda berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana biasanya ibu-ibu mencari pengasuh yang berdaftar untuk rasa lebih selamat.Untuk menjadi seorang pengasuh berdaftar, anda cuma perlu menghadiri kursus untuk mendapatkan sijil pengasuh. Prosedurnya tak susah.", "Jika anda bukan media sosial, semakin ramai yang mencari duit dengan menjalankan perniaga atas talian. Bukan sahaja suri rumah, wanita bekerjaya pun ramai yang buat online business. Online business merupakan salah satu kerja part time di rumah yang boleh anda lakukan.", "Ada pelbagai pilihan produk yang boleh anda jual seperti:", "Satu lagi kerja part time di rumah yang kami cadangkan ialah menjadi ibu kutu. Tugas ibu kutu ialah sebagai orang yang bertanggung jawab untuk memberikan giliran kepada peserta kutu, mengutip duit setiap bulan, memastikan setia peserta membuat bayaran setiap bulan, dan memastikan peserta yang mendapat giliran mendapat barang kutu.", "Terdapat pelbagai jenis kutu yang boleh anda jaga seperti:", "Anda juga boleh menjana pendapatan dari rumah dengan menjadi personal shopper. Dewasa ini, kebanyakan wanita lebih berminat untuk membeli secara online daripada menghabiskan masa pergi sendiri ke kedai. Tengok katalog, order. Anda boleh menjadi personal shopper untuk produk seperti:", "Itulah dia 10 idea kerja part time dari rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini." ]
https://bidadari.my/keluar-serangga-dari-telinga/
Keluarga 7 Langkah Keluarkan Serangga Dari Telinga. Mak Ayah Boleh Cuba Oleh aqirah
[ "“Serangga masuk telinga saya” ungkapan ini jika kita bayangkan memang amat menggelikan, bukan? Tetapi itulah yang terjadi. Serangga-serangga kecil seperti nyamuk, lalat, semut, malah lipas pun boleh memasuki telinga anda.", "Kes serangga masuk telinga ini sering berlaku. Jadi, tidak usah bimbang kerana masalah ini dapat diselesaikan. Sekiranya, tidak mahu berjumpa dengan doktor, anda boleh ikut langkah-langkah untuk mengeluarkan serangga dari telinga.", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai langkah mengeluarkan serangga dari telinga yang kami ambil daripada nasihat Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Beliau akan memberi langkah untuk mengeluarkan serangga dari telinga.", "7 langkah untuk mengeluarkan serangga dari telinga.", "Apa nak buat jika serangga masuk ke dalam telinga?", "Memanglah ngeri dan geli geleman bila ssrangga masuk dalam telinga, tapi cubalah untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.", "Halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkin akan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.", "Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.", "Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit(twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.", "Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.", "Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.", "Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.", "✅Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.", "✅Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.", "*Jika terdapat serangga di dalam telinga anda, cepat-cepat mengeluarkan serangga tersebut demi keselamatan anda. Telinga adalah salah satu tempat yang sensitif, jadi anda perlu menjaga telinga anda dengan baik. ", "Kalau anda ragu-ragu untuk mengeluarkan serangga dari telinga anda sendiri, baik berjumpa doktor untuk mengeluarkannya. Ia akan lebih selamat dan diyakini tidak akan ada kesan sampingan.", "Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/panduan-membina-keyakinan-diri-kanak-kanak/
Anak, Keluarga Panduan Membina Keyakinan Diri Kanak-Kanak Oleh Tasneem Haneem
[ "Tidak mudah untuk membina keyakinan diri kanak-kanak. Ianya memerlukan satu kemahiran yang tersusun dan berhikmah. Di sini kami kongsikan sebuah perkongsian yang cukup cantik tentang bagaimana membina keyakinan diri kanak-kanak secara Islam oleh DiariMukmin.", "Rasulullah menggunakan beberapa kaedah dalam membina keyakinan dalam diri anak. Beliau melakukan pelbagai kaedah agar anak-anak membesar sebagai insan yang kuat dan berkeyakinan diri.Di dalam kitab Manhaj at-Tarbiyyah an-Nabawiyyah lith Thifl karangan Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, dinyatakan antara kaedah-kaedah yang diguna-pakai oleh Rasulullah dalam membina keyakinan anak-anak adalah:", "4 Panduan Indah Membina Keyakinan Diri Kanak-Kanak", "Kanak-kanak mempunyai perasaan dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Untuk membina kekuatan mengawal keinginan, anak-anak harus dibiasakan dengan dua perkara berikut:", "a.) Membiasakannya menyimpan rahsia. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap kanak-kanak di sekelilingnya seperti Anas dan Abdullah bin Ja’afar RA. Ini kerana apabila si anak belajar untuk menjaga rahsia dan tidak membocorkannya, pada masa itu juga, keinginannya menjadi semakin kuat sehingga timbul rasa percaya yang menebal pada dirinya.", "Aplikasikan pada anak anda: Beritahu sesuatu rahsia pada anak anda dan katakan padanya ia adalah suatu rahsia yang harus dijaga. Contoh: “Along, minggu depan adalah birthday Umi. Jangan beritahu Umi hadiah yang kita beli ini!”", "b.) Membiasakannya berpuasa. Apabila si anak berjaya menahan lapar dan dahaga semasa berpuasa, dia akan merasakan dirinya mempunyai kekuatan untuk mengalahkan dirinya sendiri. Kesannya, keinginannya dalam menghadapi cabaran hidup semakin kuat dan tabah. Perkara ini sudah tentu dapat meningkatkan keyakinan dirinya.", "Aplikasikan pada anak anda: Mengajar anak agar mengambil pengajaran dari ibadah berpuasa. Contoh: “Tahniah! Angah dah berjaya berpuasa sebulan Ramadhan. Waktu berpuasa kita sentiasa bersabar dan menahan dari dari perasaan marah. Sekarang Angah harus lebih sabar dengan karenah adik!”", "Apabila seseorang anak berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan di rumah atau melaksanakan perintah kedua ibu bapanya, perasaan keyakinan dirinya akan tersemai kuat di dalam dirinya. Kebolehannya berdialog dan berkomunikasi dengan orang-orang dewasa, berkumpul dah bermain bersama anak-anak lain juga boleh menumbuh dan mengukuhkan keyakinan sosial di dalam dirinya.", "Aplikasikan pada anak anda: Sewaktu menziarahi teman anda, jangan lupa belikan buah tangan dan suruhlah anak anda untuk memberi buah tangan tersebut. Contoh: “Along, nanti bila kita sampai di rumah Uncle Nizam, jangan lupa bagi kerepek ubi ni. Katakan padanya Abi belikan kerepek ni special untuk Uncle Nizam tau!”", "Keyakinan ilmiah dibina melalui pembelajaran Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan sejarah hidup beliau. Si anak akan tumbuh membesar dengan berbekalkan pengetahuan yang cukup mendalam. Pengetahuan yang terbina dari ilmu yang pasti dan bebas dari pelbagai khurafat dan khayalan ini lebih membentuk keyakinan anak-anak berbanding komik-komik yang bersifat imaginasi dan tidak realistik.", "Aplikasikan pada anak anda: Jangan lupa untuk selalu bercerita pada anak-anak anda tentang sejarah hidup Rasulullah SAW terutamanya ketika mereka hendak tidur. Anak-anak mesti tidak sabar untuk mendengar kisah-kisah menarik daripada anda. Disebalik kisah-kisah tersebut, selitkan moral cerita yang boleh menjadi pengajaran berguna buat mereka.", "Anak-anak yang telah dapat menguruskan dirinya hendaklah dibiasakan untuk membantu dalam urusan menguruskan wang dan berbelanja.Diriwayatkan oleh Malik dari Sulaiman bin Yasar: Makanan Sa’id bin Abi Waqqas telah habis. Dia berkata kepada pembantunya yang masih muda, “Ambillah tepung kemudian tukarkanlah dengan gandum. Timbangannya harus sama.”Rasulullah SAW melihat Abdullah bin Ja’far yang saat itu masih muda sedang melakukan transaksi jual-beli. Lalu beliau mendoakan keberkatan untuknya.", "Aplikasikan pada anak anda: Ajarlah anak anda nilai wang yang diterima dan bagaimana mereka harus menjaga dan menggunakan wang tersebut dengan betul.", "Demikianlah dapat kita perhatikan betapa telitinya Rasulullah SAW dalam membina peribadi anak-anak sehingga mereka berjaya menjadi generasi pewarisnya yang terbaik." ]
https://bidadari.my/pil-hentikan-haid-di-farmasi/
Kesihatan 10 Fakta Tentang Pil Hentikan Haid Di Farmasi & Kesan Sampingannya Pada Kesihatan Oleh hannani
[ "Apakah pil hentikan haid di farmasi yang baik untuk kita gunakan? Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang jenis pil hentikan haid di farmasi yang boleh digunakan dengan selamat.", "Bagi kebanyakan wanita, setiap bulan pasti kita akan melalui proses kitaran haid tertentu secara semula jadi. ", "Semua ini tidak menjadi masalah sama sekali kepada wanita namun dalam keadaan tertentu haid kadang kala memberi kesukaran untuk wanita menguruskan diri mereka misalnya ketika mahu mengerjakan ibadah haji atau umrah. ", "Hormon adalah zat kimia yang dihasilkan oleh sistem endokrin dalam tubuh yang bertindak dalam membantu serta mengendalikan hampir ke semua fungsi tubuh seperti metabolisme, termasuklah organ reproduksi. ", "Secara asasnya, tubuh wanita akan mengalami bermacam-macam proses bermula dari akil baligh, ovulasi, menstruasi, kehamilan dan menyusui. ", "Setiap proses ini sebenarnya melibatkan pelbagai hormon di dalam tubuh wanita. Antara hormon wanita adalah seperti:", "Jenis-jenis pil hentikan haid di farmasi", "Berikut ini kami kongsikan beberapa jenis pil hentikan haid yang boleh didapatkan di farmasi.", "Menurut Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al-Kafi #478, berpendapat bahawa hukum jemaah wanita menggunakan pil pencegah haid adalah harus.", "Hal ini dinyatakan sedemikian atas beberapa perkara yang diteliti antaranya seperti:", "Pil Norethisterone (Primolut-N) disarankan untuk dimakan bermula dari hari ke-5 haid datang atau 7 – 10 hari sebelum anggaran tarikh datang haid yang akan datang.", "Ia perlu diambil sebiji sebanyak 3 kali sehari selepas makan secara berterusan sehinggalah pulang daripada mengerjakan haji atau umrah.", "Kesan sampingan biasa yang boleh berlaku", "Dari segi kesihatan, pil perancang memang selamat untuk digunakan namun ia tentunya memberi kesan sampingan kepada sesetengah wanita pada keadaan tertentu.", "Berikut ini adalah antara kesan sampingan yang pada umumnya berlaku pada wanita. ", "Laporan menunjukkan bahawa 50% pengguna pil perancang biasanya akan mengalami pendarahan vagina di luar tempoh haid itu sendiri. ", "Penyebabnya adalah kerana tubuh bereaksi dengan kesan pil perancang tetapi cuba untuk menyesuaikan diri dengan kadar hormon yang berbeza.", "Pendarahan ini biasanya akan berlaku secara on-off selama 3 bulan dan ketika itu pil perancang masih efektif untuk digunakan. ", "Penting untuk kita pastikan pengambilannya yang betul dan jangan tinggalkan apa-apa dos yang sepatutnya. ", "Sekiranya dalam masa 5 hari masih berlaku pendarahan ringan atau dalam masa 3 hari pendarahan teruk, disarankan untuk dapatkan nasihat dari doktor. ", "Ada juga sesetengah wanita yang mendapat kesan missed period atau langsung tidak datang haid pada waktu yang sepatutnya.", "Jika ada pun, darah hanya keluar beberapa titik atau sangat sedikit. Berkemungkinan ianya ada kaitan dengan pil perancang yang kita ambil.", "Apa-apa pun dapatkan nasihat daripada doktor tentang masalah haid tidak normal dari biasa ini. ", "Loya dan mual sering dikaitkan dengan pengambilan pil perancang yang pertama. ", "Kombinasi makan pil perancang dengan sedikit makanan atau ketika masuk tidur mungkin dapat membantu mengatasi masalah ini.", "Payudara membengkak dan besar kerana pengambilan pil hentikan haid? Memang sesetengah wanita akan merasainya dalam beberapa minggu pertama pengambilan ubat.", "Sekiranya ia berlaku, pastikan anda mengurangkan pengambilan kafein dan garam, serta pakai juga saiz bra yang bersesuaian untuk memberi sokongan yang betul.", "Setiap jenis pil dan dos hormon tertentu yang terkandung di dalamnya boleh memberi simptom sakit kepala yang berbeza.", "Hal ini tidak terkecuali bagi pil perancang kerana ubatan yang berkaitan dengan hormon seks boleh memberi kesan kepada sakit kepala atau migrain. ", "Sebahagian wanita ada mengalami masalah gangguan emosi disebabkan perubahan hormon setelah mengambil pil perancang.", "Bahkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan intim juga terjejas oleh kerana kurangnya lendiran atau discaj pada vagina.", "Kesan berikutnya adalah discaj seperti keputihan atau lendiran boleh bertambah atau berkurang berbanding hari-hari biasa. ", "Masalah ini tidaklah berbahaya, hanya sahaja ia memberi kesan tidak selesa kepada seseorang wanita itu.", "Selain dari pil hentikan haid di farmasi ini, anda juga boleh baca artikel tentang kesihatan wanita yang lain seperti:" ]
https://bidadari.my/suhu-normal-bayi/
Keluarga Suhu Normal Bayi: Suhu Demam Bayi Dan Cara Ukur Dengan Tepat Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, pastinya anda sentiasa mencari ilmu keibu bapaan dan banyak membaca tentang bayi dan kesihatan bayi. Salah satu daripada ilmu yang anda wajib tahu ialah tentang suhu badan bayi. Apakah suhu normal tubuh badan seorang bayi? Apakah suhu badan apabila bayi anda demam? Dan yang paling penting bagaimanakah cara untuk mengukur suhu badan bayi dengan tepat.", "Adalah sangat penting untuk anda memahami perkara ini dengan tepat supaya anda tidak salah mendiagnos bayi anda yang sedang meragam. Ada masanya bayi anda meragam namun tidak demam, dan ada masanya bayi anda nampak normal namun yang sebenarnya suhu bayi anda terlalu tinggi dan hampir mencecah 40 darjah celcius yang sangat bahaya bagi seorang bayi.", "Apakah suhu normal tubuh badan seorang bayi?", "Secara amnya, suhu tubuh badan seorang bayi yang sihat dan tidak mengidap sebarang penyakit ialah dalam anggaran 36.6 sehingga 37 darjah celcius. Bayi anda berada dalam keadaan kesejukan jika suhu badannya adalah dibawah 36.6 darjah celcius dan anda anda sedang demam jika suhu badannya lebih tinggi daripada 38 darjah celcius.", "Walau bagaimana pun, anda harus tahu bahawa suhu tubuh badan bayi anda boleh berubah bergantung kepada keadaan seperti:", "Pada suhu berapakah bayi anda dikira sebagai sedang demam?", "Seperti yang kami nyatakan di atas, bayi anda dianggap sebagai sedang demam apabila tubuh badannya mencatatkan suhu setinggi 38 darjah celcius dan lebih. Adalah sangat bahaya jika suhu badan bayi anda mencecah 40 darjah celcius kerana boleh menyebabkan bayi anda mengalami sawan dan merosakkan otaknya. Malah demam yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kematian.", "Oleh itu, jika anda merasakan bahawa badan bayi anda panas daripada biasa, segera dapatkan suhu badan bayi anda bagi memastikan adakah si comel anda sedang demam atau tidak. Jika anda tidak dapat menyukat suhu badan bayi anda dengan segera, anda juga boleh memerhatikan tanda-tanda yang berikut:", "Jika anda anda sedang demam, pastikan anda selalu memantau suhu bayi anda agar tidak terlalu tinggi. Pastikan juga bayi anda tetap aktif dan masih menyusu seperti biasa. Adalah sangat penting untuk anda memastikan suhu bayi anda tidak melebihi bacaan yang berikut:", "Pergi ke klinik dengan segera sekiranya suhu badan bayi anda melebihi bacaan yang kami nyatakan di atas untuk medapatkan pemeriksaan dan rawatan.", "Apakah cara untuk mengukur suhu badan bayi anda dengan tepat?", "Terdapat pelbagai cara untuk mengukur suhu badan manusia, namun tidak semuanya adalah tepat. Kemungkinan berlaku sedikit ralat dan anda tidak akan mendapat bacaan suhu yang tepat. Cara untuk mengukur suhu badan bayi dengan tepat ialah dengan menggunakan termometer. Jika diperhatikan, terdapat pelbagai jenis termometer yang dijual di pasaran seperti:", "Termometer digital adalah lebih baik daripada termometer merkuri kerana bacaan termometer digital adalah lebih tepat dan ianya lebih selamat berbanding termometer merkuri yang boleh pecah jika jatuh lalu menyebabkan berlakunya kebocoran merkuri. Apabila berlaku kebocoran merkuri, rumah anda perlu dibersihkan oleh pihak bomba dengan sempurna. Anda tidak boleh membersihakan merkuri dengan sendiri.", "Selain itu, termometer digital juga ada pelbagai jenis di mana ia boleh diletakkan di dahi, celah ketiak, telinga, mulut, rektum, dan sebagainya. Untuk makluman anda, termometer yang dimasukkan ke dalam rektum atau dubur bayi anda adalah termometer dengan bacaan terbaik kerana suhu didalam rektum memberikan bacaan tubuh badan yang paling tepat. Berikut adalah cara menggunakan termometer rektum:", "Itulah dia info tentang suhu normal bayi serta suhu demam dan cara sukat suhu badan bayi dengan tepat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang cara banyakkan susu badan dan simpton bayi berak berdarah" ]
https://bidadari.my/punca-dan-tanda-penyakit-batu-karang/
Kesihatan Penyakit Batu Karang : Punca Dan Tanda Yang Ramai Orang Tak Tahu Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Kenali punca batu karang dan tanda tanda awal batu karang yang boleh kita perhatikan.", "Batu karang membawa maksud batu yang terbentuk di dalam saluran pembuangan air kencing iaitu daripada buah pinggang hinggalah ke bahagian pundi kencing.", "Tetapi dalam istilah perubatan, nama penyakit tersebut berbeza-beza dan mempunyai simptom dan tempat kesakitan yang berbeza bergantung kepada lokasi batu tersebut.", "Jika batu itu berada di buah pinggang, istilah perubatan untuk penyakit tersebut adalah nephrolithiasis. Jika ia berada di dalam saluran ureter iaitu saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing, ia dinamakan sebagai ureterolithiasis. Tetapi semua istilah ini boleh di umumkan dengan menamakan penyakit tersebut sebagai urolithiasis. Iaitu batu di dalam saluran pembuangan air kencing.", "Terdapat 4 jenis batu karang iaitu:", "Terdapat pelbagai punca berlakunya penyakit batu karang. Di antara punca yang telah dikenal-pasti ialah:", "Kurang minum air merupakan salah satu penyebab terhasilnya batu ini. Jika seseorang itu kurang minum air, ia akan menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing. Perkara ini akan menyebabkan kepekatan air kencing meningkat. Air kencing akan penuh dengan kompaun yang boleh membentuk batu karang seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik", "Garam dapur yang mengandungi kandungan natrium yang tinggi boleh menyebabkan pembentukkan batu karang. Natrium yang tinggi akan menyebabkan kalsium disingkirkan lebih banyak ke dalam air kencing dan menjadi punca pembentukan batu karang.", "3. Pengambilan Vitamin C secara berlebihan", "Apabila Vitamin C masuk ke dalam badan, ia juga akan diuraikan melalui proses perkumuhan. Produk terakhir Vitamin C adalah kompaun oxalate yang akan disingkirkan melalui air kencing. Kandungan oxalate yang tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang.", "4. Makanan yang tinggi dengan lemak omega 6", "Makanan yang tinggi kandungan omega 6 seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh menyebabkan terbentuknya batu karang. Ini kerana kajian menunjukkan lemak jenis ini boleh meningkatkan penyingkiran oxalate ke dalam air kencing dan mengurangkan penyingkiran citrate ke dalam air kencing.", "5. Penyakit metabolik yang menyebabkan kalsium tinggi dalam badan", "Hypercalciuria adalah salah satu punca lain yang menyebabkan pembentukan batu karang. Hypercalciuria bermaksud seseorang itu mempunyai kandungan kalsium yang banyak dalam air kencing. Ia boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti pengambilan kalsium yang banyak daripada pengambilan supplement kalsium yang berlebihan, penyerapan kalsium yang banyak daripada tulang ke dalam darah, dan sebagainya.", "Anda dah tahu apakah punca penyakit batu karang. Sekarang kami akan kongsikan pula tanda-tanda batu karang yang mungkin anda tidak sedari. Di antara tanda batu karang ialah:", "Batu karang yang bergerak melalui ureter dan tersekat akan menyebabkan saluran ureter mengembang dan menjadi punca sakit belakang yang teruk. Pesakit akan merasa sakit belakang di bahagian kiri atau kanan badan. Rasa sakit tersebut bergantung kepada tempat di mana batu karang itu berada.", "2. Sakit di sisi, dibawah tulang rusuk", "Biasanya terjadi apabila batu dah besar dan menyekat aliran air kencing. Sakitnya boleh sampai ke telur zakar bagi lelaki. Kadang-kadang boleh rasa sakit itu bergerak ke depan apabila batu ditolak oleh air kencing. Ramai orang yang menghidap batu karang mengatakan sakit yang teramat sakit.", "Kencing kotor juga merupakan salah satu daripada petanda anda mempunyai masalah batu karang. Kencing kotor datang dalam pelbagai simptom seperti kencing tak lawas, kencing yang terlalu kerap, air kencing menjadi keruh, air kencing berbuih, air kencing berbau busuk, dan kegagalan untuk mengawal aliran air kencing.", "4. Sakit ketika buang air kecil", "Selain daripada 3 tanda di atas, tanda lain bagi penyakit batu karang ialah sakit ketika membuang air kecil. Anda akan merasa pedih dan terbakar setiap kali air kencing keluar.", "Kencing berdarah bukanlah sesuatu yang patut dipandang ringan. Kencing berdarah boleh menjadi petanda pelbagai jenis penyakit dan salah satu daripadanya ialah batu karang.", "Loya dan muntah juga merupakan tanda anda mengidap batu karang.", "Selain kencing kotor dan kencing berdarah, kencing bernanah juga merupakan tanda anda mempunyai masalah batu karang.", "Kesukaran untuk membuang air kecil bukanlah sesuatu yang normal dan ia boleh menjadi petanda anda mempunyai batu karang.", "Demam menggigil juga merupakan antara tanda anda mengalami masalah batu karang. Anda akan demam secara tiba-tiba dan menggigil dengan kuat.", "Kehadiran batu karang dalam tubuh badan akan menyebabkan badan menjadi lemah, muka kelihatan pucat dan kulit menjadi kering. Adakalanya badan anda juga akan bengkak-bengkak terutama pada bahagian muka.", "Batu karang yang tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan berlakunya komplikasi seperti", "Itulah dia punca berlakunya batu karang dan tanda-tanda yang perlu anda perhatikan. Semoga perkongsian kami pada kali ini bermanfaat buat anda." ]
https://bidadari.my/isteri-derhaka-pada-suami/
Keluarga Isteri Derhaka Pada Suami : Elak 6 Tabiat Ini Untuk Selamat Oleh Siti Awadah
[ "Tugas seorang suami mithali yang soleh adalah untuk membimbing isterinya ke syurga. Cara terbaik untuk seorang isteri ke syurga adalah dengan taat kepada suami. Tetapi sayang, di zaman teknologi serba canggih ini semakin ramai isteri derhaka pada suami tanpa rasa bersalah.", "Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi: “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” -{Riwayat Bazar dan Al-Hakim}", "Awas! Isteri Tidak Boleh Amalkan 6 Tabiat Ini", "1: Jangan menghina dan mengumpat suami di depan orang lain", "Suami juga seorang manusia biasa. Sebagai manusia mana mungkin tidak lepas dari kesilapan. Jika suami ada silap, pastinya anda juga sebagai isteri ada silap. Menghina suami di depan orang lain sama seperti menghina diri sendiri. Mengumpat suami di depan orang lain sama seperti mengumpat diri sendiri. ", "Tidak perlulah menghina dan mengumpat suami kerana itu hanya akan menunjukkan anda seorang isteri yang kurang baik kerana sengaja membuka aib rumahtangga sendiri di sana sini.", "2: Jangan meninggi suara dan mengherdik suami", "Seorang wanita Allah SWT ciptakan dengan sifat yang lembut dan penyayang. Suara wanita juga tidaklah sekeras lelaki. Suara wanita dengan nada yang rendah merupakan senjata yang paling ampuh untuk meruntuhkan ego lelaki. ", "Maka rendahkahlah suara itu. Bercakaplah dengan lembut dengan suami. Tidak usahlah meninggi suara dan mengherdik suami kerana itu akan hanya menimbulkan rasa benci dan tidak senang suami ke atas anda.", "3: Jangan keluar rumah sesuka hati tanpa izin suami ", "Sebelum berkahwin menjadi tanggungjawab seorang bapa untuk mengawal pergerakan seorang perempuan. Setelah berkahwin tugas menjaga batasan seorang perempuan itu akan di ambil alih oleh suaminya. Sebelum berkahwin boleh hormat dan minta izin daripada ayah sebelum keluar rumah, mengapa setelah berkahwin dengan sengaja ke sana sini sesuka hati.", "Keluar rumah sesuka hati tanpa kebenaran suami adalah salah di sisi agama Islam. Hukum untuk seorang isteri keluar rumah tidak dengan izin dan restu suami adalah haram hukumnya. Maka sebelum ke mana-mana beritahulah suami dan mohonlah restunya terlebih dulu.", "4: Jangan mendoakan kecelakaan buat suami", "Subhanallah! Mengapa hingga tahap mendoakan kecelakaan buat suami. Jika benar suami ada melakukan kesalahan tetapi sebagai isteri kita tidak boleh mendoakan kecelakaan untuknya. Tugas isteri adalah untuk memberikan rasa tenang kepada suami bukan sebaliknya.", "Suami adalah ketua keluarga yang memikul tanggungjawab. Isteri pula adalah si penjaga amanah suami sepanjang ketiadaannya. Maka sentiasalah berdoa yang baik-baik supaya rumahtangga sentiasa selamat dan bahagia. ", "Setiap pasangan ada perbezaannya. Kerana itu setiap suami isteri akan saling melengkapi. Ada benda yang suami suka isteri benci. Ada juga perkara yang isteri gemar tetapi suami meluat. Itu semua perkara biasa. ", "Jika suami sukakan sesuatu apa salahnya untuk menyokong. Jika tidak boleh memberi sokongan sekalipun, janganlah pula terus menolak. Cuba dulu untuk jatuh suka dan jika benar tidak boleh biarkan sajalah suami dengan kegemarannya itu. Yang penting, ianya tidak salah di sisi agama. Lainlah jika suami gemar untuk punya isteri lebih, hmmm itu bolehlah dibawa berbincang sehabis daya sebelum memberi apa-apa persetujuan.", "6: Jangan menjadi tekanan kepada suami ", "Isteri itu penyejuk mata. Isteri itu juga pelembut hati. Seorang isteri yang solehah akan sentiasa menjaga perilakunya. Isteri mithali yang tidak derhaka ini juga akan berusaha untuk memenangi hati suaminya. ", "Bila suami pulang dari kerja dalam keadaan letih, layanlah mereka dengan baik. Sediakanlah minuman dan pamerkanlah diri dalam keadaan yang bersih terurus. Jangan sesekali menjadi tekanan kepada suami dengan meminta yang bukan-bukan. Jika suami tidak mampu, bersyukurlah dengan apa yang ada. ", "Isteri Derhaka Pada Suami, Tempatnya Adalah Neraka Jahanam", "Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab: “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” -{HR Muslim}", "Ingatlah wahai para isteri. Seorang suami adalah insan yang mempunyai hak ke atas isterinya selagimana beliau tidak berbuat zalim. Sentiasalah mengingati segala kebaikan yang telah pernah diperbuat oleh suami. ", "Selalulah juga menginsafi kesilapan yang telah dilakukan ke atas suami. Mohonlah keampunan dan sayangilah suami sepenuh hati untuk selamat di dunia dan juga di akhirat. " ]
https://bidadari.my/masalah-ketika-berpantang-petua-mengatasinya/
Kesihatan, Petua Tips 10 Masalah Ketika Berpantang dan Petua Untuk Mengatasinya, Ibu Berpantang Wajib Tahu Oleh aqirah
[ "Selepas bersalin, pelbagai dugaan yang perlu dihadapi oleh si ibu. Banyak perkara yang perlu dipantang dan dijaga dengan teliti. Sekiranya tidak dijaga, kemungkinan akan mendatangkan parah pada si ibu itu sendiri.", "Sakit selepas bersalin tidak patut diambil ringan. Selepas bergelut dengan nyawa untuk melahirkan anak, si suami perlu menjaga isteri selepas bersalin dengan baik. Pengorbanan si isteri perlu dihargai.", "Apabila berpantang, banyak masalah yang timbul dan tidak dapat dielakkan. Tetapi setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Apakah jalannya?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 masalah ketika berpantang dan petua mengatasinya. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah ibu pada 4 hero. Seorang ibu yang bekerja dari rumah. Parenting & Education Blogger. Founder of Ibudoakan TeamIDK. Master Tasneem Naturel dan suka bermain dengan anak ", "Ada beberapa sebab penyebab kepada sakit atau pening kepala ini. Antaranya ialah kurang tidur kerana menyusu bayi, kesan selepas bersalin atau suhu badan yang turun naik. Jika kurang tidur anda boleh gunakan petua nenek ini. Ambil buah limau nipis atau limau kasturi, potong ia dan basahkan ke kulit kepala,biarkan sehingga kering kemudian baru di cuci.", "Lakukan sebelum mandi pagi. Ibu biasanya akan buat ini sebelum bertungku. Selesai bertungku air limau nipis tadi dah kering dan boleh terus mandi. Jika sakit kepala kerana suhu badan, ikat rambut anda ketat- ketat dan tinggi- tinggi. Cara demikian menyebabkan muka anda turut tegang dan dapat menghindarkan sakit kepala.", "Keadaan ini pasti dirasai oleh ibu bersalin kerana telah menggunakan banyak tenaga semasa bersalin, menyusu dan menjaga anak. Oleh sebab itu, para ibu bersalin  dinasihatkan banyak berehat, makan suplemen selepas berpantang atau jamu, makan dan minum dengan secukupnya. Anda juga perlu berurut untuk melegakan ketegangan, dapatkan tidur yang mencukupi serta lain -lain penjagaan kesihatan.", "Ibu yang kurang tidur kerana sering berjaga malam bagi melayan ragam anak yang baru lahir akan memberi kesan pada diri terutama bengkak pada bawah mata. Untuk menghilangkan kesan itu, sapu kulit limau nipis atau kulit timun pada bawah mata, setelah itu baru dicuci. Petua nenek pula ialah gunakan bahagian dalam kulit telur dengan cara mengambil lendirnya dan sapu pada bawah mata yang bermasalah itu.", "Ibu yang selepas bersalin akan mengalami muka pucat dan kusam. Petua nenek senang je, gunakan bedak ramuan istimewa. Ambil secawan beras dan 1 inci kunyit, dibersih dan dikisar atau ditumbuk dengan lumat. Kemudian dibancuh dengan air suam sehingga ia menjadi pekat seperti bedak sejuk. Amalkan sapu 2 kali sehari pada muka dan leher, inshaAllah muka tidak pucat atau kusam lagi.", "Anda juga boleh makan nasi berulamkan kunyit muda. Ulam kunyit bukan sahaja baik untuk mengelakkan wajah pucat, bahkan kulit muka akan kemerah merahan.", "Sekiranya para ibu kurang menjaga kebersihan, kemungkinan akan dijangkiti gatal gatal pada vagina yang luka. Bagi mengatasi gatal -gatal pada vagina, nenek sarankan petua berikut:", "Sakit payudara akibat bengkak susu memang menyakitkan. Si ibu pula mungkin akan diserang demam atau buah dada menjadi keras. Cara senang mengatasi bengkak buah dada ialah dengan menuam tempat bengkak dengan tuala yang telah direndam dengan air suam.", "Petua nenek ialah mengambil sarang tebuan tanah iaitu sarang yang dibuat dari tanah dan campurkan dengan air asam jawa dan air. Setelah itu sapukan pada buah dada beberapa kali sehingga hilang rasa sakit.", "Ada banyak cara untuk mengatasi masalah ini seperti gunakan milkbooster semulajadi. Petua nenek pula ialah minum air lobak putih yang dicampur dengan segelas air suam. Minum air lobak itu 2 kali sehari. Petua lain makan ulam pucuk kaduk yang direbus.", "Selain bertungku, bersalai dan memakan jamu atau suplemen, ada cara lain yang dipetuakan oleh nenek iaitu ambil 2 atau 3 biji buah manjakani. Rendam dalam air panas sehingga lembut. Kemudian gentel halus kira kira sebesar biji kacang dan telan.", "Amalkan pagi dan petang. Selain makan buah manjakani juga boleh ditumbuk lumat dan bancuh dengan air dan sapu pada ari- ari sehingga sekeliling bahagian belakang dari pinggang hingga ke punggung.", "Untuk mengempiskan perut petua nenek ialah tumbuk sehingga lumat dua sudu besar lada hitam. Campur dengan ragi tapai dan kemudian digaul pula dengan cuka dan sedikit air asam jawa. Setelah semuanya sebati sapukan dada perut dan pinggang kemudian balutlah dengan bengkung. Amalkan setiap pagi selepas bertungku.", "Jika ibu- ibu merasa sakit pada ari -ari selepas bersalin, amalkan meminum air panas sebaik sahaja merasa sakit. Sebaiknya campurkan sedikit dengan madu asli. Air panas dapat memecah angin dan mencairkan darah beku. Dapatkan set bersalin yang mampu memberi tenaga untuk berdepan dengan semua masalah ini.", "*Petua orang dulu-dulu banyak gunanya. Sebelum zaman teknologi, petua ini yang diamalkan turun temurun, ia bukan sahaja dapat merawat tetapi dapat menyihatkan tubuh badan kerana menggunakan herba yang bagus. Ia juga dapat mengembalikan semula tubuh badan yang ramping dan cantik.", "Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk ikuti jadual dengan doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/resepi-kuih-kasturi/
Resepi Resepi Kuih Kasturi Atau Kuih Kacang Hijau (Lembut dan Rangup) Oleh Rahayu Z
[ "Resepi kali ini sangat mudah. Boleh dijadikan kudapan ringan waktu petang mahupun biskut raya. Kali ini ialah perkongsian resepi kuih kasturi, siapa peminat kuih kacang hijau atau dikenali sebagai kuih kasturi ini?", "Kuih kasturi diperbuat menggunakan kacang hijau yang direbus lembut bersama gula dan digaul dengan kelapa. Bancuhan tepung salut membuat kuih kasturi rangup di luar selepas digoreng.", "Sesiapa yang suka kacang hijau mesti suka kuih kasturi. Kuih kasturi terbaik untuk dijadikan camilan keluarga bahkan dijual juga ramai peminatnya.", "Tanpa tunggu mari lihat resepi kuih kasturi yang dikongsikan Yayang Waniey di laman Facebook. selamat mencuba.", "Resepi Kuih Kasturi @ Kacang Hijau Sedap", "Nota : Penting kuali kena cuci betul-betul bersih supaya tidak melekat. Kalau kuali bersih kacang akan turun sendiri dalam minyak. Kalau tidak turun curah minyak atas kacang, baru tolak masuk dalam minyak. Pastu alihkan perlahan-perlahan sampai masak.", "Selain resepi kuih kasturi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/sebab-perut-menegang-semasa-hamil-cara-atasi/
Hamil, Petua Tips Ketahui 7 Sebab Perut Menegang Semasa Hamil Dan Cara Atasinya Oleh aqirah
[ "Setiap pasangan inginkan sebuah keluarga yang bahagia. Kedatangan seorang ahli baru dalam keluarga mengundang kebahagian kepada keluarga tersebut. Hamil, memang impian setiap wanita untuk menambah ahli baru dalam keluarga. Ia bagaikan sebuah perasaan bahagia yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.", "Apabila sudah hamil, semestinya aktiviti harian akan berubah dan lebih berhati-hati semasa melakukan aktiviti. Tetapi hamil tidak menghalang untuk melakukan aktiviti seperti menjalankan tugas sebagai seorang isteri. Cuma perlu lebih berhati-hati.", "Ramai ibu hamil di luar sana yang mengalami ketegangan perut. Ia mengudang rasa bimbang dan takut pada ibu mengandung. Apakah punca berlaku ketegangan perut?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 sebab perut menegang semasa hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.", "7 Sebab perut menegang semasa hamil", "Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :", "3. Semasa senaman atau membawa barang berat", "6. Semasa atau selepas hubungan seks", "Cara menangani perut mengeras semasa hamil", "3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)", "4. Buang air kecil dengan kerap", "5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan", "Braxton’s Hicks atau nama popular bagi orang melayu adalah ”kekejangan perut” atau ”kontraksi”. Ia merupakan salah satu tanda kehamilan yang kerap berlaku pada bakal ibu apabila usia kandungannya semakin meningkat terutama ketika di trimester ketiga.", "Mesti sahabat-sahabat tertanya-tanya macam mana rasanya apabila BH ni terjadi. Nak tau ke? Okay, saya cuba cerita serba sikit. Bukan niat nak takut-takutkan ke apa, hanya sekadar berkongsi pengetahuan dengan sahabat-sahabat yang masih bujang dan sebagai persediaan awal buat bakal ibu. Sama-sama kita berkongsi.", "Sesetengah bakal ibu tak merasai BH ni, dan sesetengahnya pula dapat merasainya seawal minggu ke 30 dan pada bakal ibu seperti saya pula sepatutnya rasa bertuah dapat merasainya, (walaupun sakit) kerana hikmah disebalik sakit BH ni terlalu banyak.", "Semasa BH ni terjadi, perut menjadi tegang dan keras dan kadang-kadang ia menyakitkan dari tengah perut hingga ke ari-ari dan kadang-kadang ia disusuli dengan kekejangan kaki dan sakit dibahagian pinggang. Itu lah yang kerap saya rasai sejak 4 hari lalu.", "Biasanya BH ni akan dirasai apabila bayi bergerak aktif, ketika mengangkat berat, mengurut perut atau ”dehidrasi” (kurang air dalam badan). Kalau saya, paling kerap terasa ketika baby bergerak aktif. Kadang-kadang tu, perut dah keras pun masih rasa baby tendang dan bergerak. Alhamdulillah baby saya semakin aktif saban hari dan senang kata setiap jam pasti akan terasa pergerakannya.", "*Perut menegang adalah perkara biasa yang dihadapi oleh ibu-ibu hamil di luar sana. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melakukan aktiviti seperti mengangkat berat. Perbanyakkan rehat lebih-lebih lagi usia kandungan mencecah trimester ketiga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/tempat-menarik-kuala-kangsar/
Travel 12 Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Yang Anda Wajib Kunjungi Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Kuala Kangsar merupakan Bandar diraja. Bila sebut Kuala Kangsar pasti terbayang keunikan tembikar dan labu sayung yang banyak terdapat di sana. Tahukah anda, selain labu sayung, terdapat banyak lagi tarikan di sana. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Kuala Kangsar yang tak ramai orang tahu.", "Istana Kenangan Bukit Chandan lebih dikenali sebagai Muzium Diraja Kuala Kangsar. Istana ini telah dijadikan sebagai Tapak Warisan Sejarah. Istana Kenangan merupakan kediaman sementara Sultan Iskandar Shah. Mengikut sejarah, istana ini dibina tanpa sebarang paku sebaliknya menggunakan kayu dan pisang sesikat. Istana Kenangan juga dikenali sebagai Istana Kuning kerana warna cat pada dinding-dinding istana tersebut.", "Alang-alang melawat Istana Kenangan Bukit Chandan, anda boleh terus melawat Masjid Ubudiah. Juga terletak di Bukit Chandan, masjid ini merupakan di antara masjid yang paling cantik di Malaysia. Senibina masjid ini mempunyai pengaruh ‘Saracenic’ iaitu Islam-India.", "Masjid Ubudian Bukit Chandan dibina oleh arkitek Inggeris pada tahun 1910 semasa pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I. Ia  berbentuk segi lapan dan mempunyai 4 buah menara yang tinggi. Apabila anda masuk ke dalam masjid ini, anda pasti terpesona melihat lantai dan dindingnya yang diperbuat daripada batu marmar berwarna merah dan putih. Terdapat makam diraja disebelah masjid ini.", "Galeri ini terletak di seberang jalan Masjid Ubudiah.  Ia dibina dengan tujuan untuk memberikan orang awam pengetahuan yang lebih mendalam tentang kehidupan seorang Sultan. Sebelum dijadikan sebagai galeri, ia merupakan tempat kediaman Sultan Idrus Murshidul Adzam Shah I yang memerintah sekitar tahun 1887-1916.", "Di sini terdapat  barang-barang yang pernah dimiliki oleh Sultan Azlan Shah. Senireka galeri ini mempunyai pengaruh Acheh dengan penggunaan bumbung-bumbung yang berbentuk piramid. Terdapat juga  pengaruh India yang boleh dilihat dengan pembinaan dome di kedua-dua menara bangunan.", "Sungai Perak merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia. Sungai ini mengalir sepanjang 400km dari Hulur Perak hingga ke Bagan Datoh, Selat  Melaka. Di antara aktiviti yang boleh dilakukan di sungai ini ialah memancing, menyelam dan berenang. Terdapat perlbagai jenis ikan yang terdapat dalam sungai seperti lampam, sebarau, tilan, tongsan dan lain-lain.", "Selain itu, anda juga boleh menyusuri Sungai Perak dengan bot untuk melihat pemandangan indah yang terdapat di sekeliling Sungai Perak.", "Anda boleh nikmati deretan bangunan kedai lama yang terdapat di Pekan Kuala Kangsar. Jika anda hantu laksa dan cendol, jangan lupa untuk makan di sini. Laksanya memang superb.", "Juga dikenali sebagai Kolej Melayu Kuala Kangsar, sekolah ini mempunyai ramai alumni yang mempunyai status yang elit seperti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dato’ Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Sekolah ini merupakan asrama penuh lelaki dan hanya dihadiri oleh pelajar lelaki Melayu yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sekolah rendah.", "Sekolah ini juga mempunyai reputasi yang tinggi dalam bidang sukan, terutamanya ragbi dan bola keranjang.", "Pavilion Tower Kuala Kangsar merupakan anglung tiga tingkat yang dibina pada tahun 1930 dan terletak di hadapan Malay College Kuala Kangsar. Anglung ini asalnya digunakan oleh keluarga Sultan untuk menonton permainan polo. Sekarang, ia dijadikan sebagai tempat bersejarah dan tarikan pelancong di Kuala Kangsar.", "Terletak di Kuala Dal, Masjid Ihsaniah Iskandariah merupakan masjid yang penuh keunikan. Dinding pada seni bina ini berasaskan anyaman buluh minyak dan masjid ini juga tidak menggunakan sebarang paku semasa pembinaannya. Ia juga mempunyai seni ukiran cantik iaitu ukiran sekumtum bunga tikam seladang sebagai hiasan dinding masjid ini.", "Pusat kraftangan ini terletak di tebing Sungai Kuala Kangsar. Anda boleh melihat hasil kraftangan dari tembikar dan membeli cenderamata untuk kenang-kenangan di sini. Selain barangan hasil tembikar, anda juga boleh membeli cenderehati dan kraftangan yang dibuat daripada mengkuang, rotan, seramik dan lain-lain.", "Anda juga boleh melawat galeri arkeologi yang terletak di Lenggong. Galeri arkeologi ini ditubuhkan pada 1999 dan mempamerkan pelbagai artifak-artifak yang dijumpai di sekitar Lembah Lenggong seperti alat-alat batu, rangka ‘Perak Man’ dan lukisan yang dilihat di dalam gua. Anda boleh membawa anak-anak anda untuk mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam tentang sejarah zaman Paleolitik.", "Bagi anda yang sukakan alam semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk singgag di Tasik Raban. Pemandangannya sungguh mengasyikkan. Sesuai untuk menghilangkan stress dan jika anda sukakan fotografi, anda pasti teruja dengan keindahan tasik ini. Jika anda ingin bermalam di sini, terdapat resort untuk anda.", "Asalnya, kilang Kicap Tamin ini diasaskan oleh seorang penduduk yang dengan modal RM10 sahaja. Hari ini, siapa yang tak kenal kicap Tamin?  Jika anda melawat kilang ini, anda akan mempelajari bagaimana proses penghasilan kicap dijalankan secara tradisional. Di situ juga terdapat bilik pameran yang mempamerkan produk-produk lain yang dihasilkan selain dari kicap iaitu sirap, sos dan lain-lain.", "Itulah dia 12 tempat menarik di Kuala Kangsar yang ingin kami kongsikan pada kali ini. Menarik kan? Jom melancong ke sana.", "Anda suka senarai yang dikongsikan di atas? Selain tempat menarik di Kuala Kangsar, kami juga menulis tempat menarik lain di Malaysia. Jemput baca. Jangan lupa untuk share dan komen ya di bawah." ]
https://bidadari.my/makanan-yang-menyebabkan-keguguran/
Kesihatan 6 Makanan Yang Menyebabkan Keguguran Di Awal Kehamilan (Cuba Elakkan) Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan cahayamata bagi menyerikan lagi istana cinta yang dibina. Tak kisah sama ada anda merancang untuk mengandung kemudian kerana mahu berbulan madu sepuasnya dahulu atau pun mahu terus mencuba untuk mengandung, pastinya anda dan pasangan akan berasa sangat teruja apabila disahkan mengandung.", "Apabila anda disahkan mengandung, adalah sangat penting untuk anda menjaga kandungan, terutamanya sekiranya ini adalah kandungan pertama anda. ", "Di antara perkara yang perlu anda titik-beratkan ialah dari segi pemakananan. Amalkan makanan yang seimbang dan seeloknya elakkan makanan yang menyebabkan keguguran.", "Apakah yang dimaksudkan dengan makanan yang boleh menyebabkan keguguran? Ia adalah makanan yang boleh menyebabkan rahim anda menjadi lemah lalu tidak dapat menampung kandungan anda lalu berlakunya keguguran. Dari segi perubatan moden, mungkin para doktor tidak bersetuju bahawa ada makanan yang boleh menyebabkan keguguran.", "Namun menurut nenek moyang kita dan orang lama, ada sesetengah makanan boleh menyebabkan rahim anda menjadi lemah lalu menyebabkan keguguran. ", "Lazimnya makanan yang dikaitkan dengan keguguran adalah makanan yang panas, sejuk, tajam, dan berbisa. Tak salah kalau kita dengar nasihat orang lama yang terlebih dahulu makan garam daripada kita. Betul tak? Jadi, apakah makanan yang menyebabkan keguguran yang seeloknya anda elakkan sepanjang mengandung?", "Lazimnya makanan yang dikaitkan dengan keguguran adalah makanan yang panas, sejuk, tajam, dan berbisa. Tak salah kalau kita dengar nasihat orang lama yang terlebih dahulu makan garam daripada kita. Betul tak? Jadi, apakah makanan yang menyebabkan keguguran yang seeloknya anda elakkan sepanjang mengandung?", "Ada penggemar peria di sini? Pasti ramai yang suka makan peria sebagai ulam untuk kekal awet muda. Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya peria adalah di antara makanan yang seeloknya dielakkan oleh seorang ibu mengandung. Ini kerana di dalam peria terdapat sejenis bahan yang akan bertindak balas dengan hormon anda lalu menyebabkan berlakunya pendarahan.", "Apabila pendarahan berlaku, rahim anda akan menjadi lemah lalu berpotensi untuk menyebabkan berlakunya keguguran. Jika anda seorang pencinta peria, tak salah untuk anda makan. Namun pastikan anda tidak makan peria dengan kuantiti yang banyak.", "Tidak dinafikan bahawa aloe vera merupakan sejenis tumbuhan perlbagai guna yang kaya dengan khasiat. Aloe vera digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan malah ianya dijadikan sebagai jus untuk tujuan kecantikan dan kesihatan. Namun bagi ibu mengandung, jus aloe vera boleh menjejaskan kandungan. Bagaimana alor vera berpotensi untuk menyebabkan keguguran?", "Di dalam aloe vera terdapat sejenis bahan yang bernama Antrakuinon. Pengambilan Antrakuinon semasa mengandung boleh menyebabkan berlakunya kontraksi pada rahim anda lalu menyebabkan pendarahan dan berakhir dengan keguguran. ", "Malah salah satu daripada fungsi jus aloe vera ialah untuk menurunkan tekanan darah. Oleh itu, jika anda mengamalkan jus aloe vera semasa mengandung dikhuatiri ia akan menyebabkan tekanan darah anda menurun lalu menjejaskan kandungan.", "Tapai adalah pencuci mulut tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Siapa yang tak gemarkan tapai yang manis dan menyegarkan? Lagi sedap kalau disejukkan dalam peti ais. Segar sungguh rasa tekak, nak-nak lagi jika dimakan semasa cuaca panas. ", "Namun tahukah anda bahawa tapai adalah makan yang panas dan berbisa malah boleh menjejaskan kandungan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah rahim lemah dan mempunyai sejarah keguguran.", "Tapai dibuat dari pulut yang dimasak dan kemudiannya ditabur dengan ragi. Ragi yang dimasukkan ke dalam tapai tadi menjadi punca kenapa tapai adalah makanan yang panas dan berbisa. ", "Oleh itu, jika anda sedang mengandung, elakkan daripada makan tapai dalam kuantiti yang banyak. Jika anda teringin nak merasa, tak salah untuk anda menjamahnya bagi mengelakkan kempunan.", "Satu lagi makanan yang menyebabkan keguguran yang paling popular ialah nanas. Rasanya kebanyakan perempuan tahu akan hal ini. Nanas dikatakan sebagai sejenis makanan yang tajam dan digunakan untuk mencuci rahim. Ada yang menggunakan nanas muda untuk menggugurkan kandungan.", "Oleh kerana nanas adalah makanan yang tajam, ia boleh menyebabkan berlakunya pendarahan semasa anda mengandung. Pendarahan semasa mengandung adalah keadaan yang tidak normal. Jika anda mengalami pendarahan semasa mengandung, segera pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriskaan lanjut.", "Untuk makluman anda, nanas juga sebaiknya dielakkan semasa anda sedang datang bulan. Ini kerana nanas yang tajam akan mencuci rahim anda lalu menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak daripada normal. ", "Ia juga boleh menyebabkan anda mengalami senggugut yang teruk. Oleh itu, jika anda sedang datang bulan atau mengandung, elakkan dari makan nanas. Terutamanya nanas muda.", "Biasanya lepas anda makan durian, badan akan berasa panas. Sampaikan anda perlu duduk depan kipas atau menurunkan suhu alat pendingin udara untuk menyejukkan semula badan yang kepanasan. ", "Ini adalah kerana durian merupakan sejenis buah yang panas. Ada petua untuk menurunkan suhu badan selepas makan durian iaitu dengan cara minum air kosong dari kulit durian.", "Oleh kerana durian adalah sejenis buah yang panas, ia dikatakan masuk ke dalam kategori makanan yang boleh menyebabkan keguguran. Tidak bermakna anda langsung tidak boleh makan durian semasa mengandung, tapi elakkan daripada makan durian dalam jumlah yang banyak. Tak salah kalau anda makan seulas dua.", "Itulah dia tadi info tentang makanan yang menyebabkan keguguran yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang pantang larang ibu mengandung tanda keguguran, dan tanda awal kehamilan" ]
https://bidadari.my/cara-menurunkan-kolesterol/
Kesihatan Cara Menurunkan Kolesterol Secara Alami ( Makanan Untuk Menurunkan Kolesterol) Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Kolesterol jahat sememangnya adalah musuh utama tubuh badan kita. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan anda mengalami masalah kesihatan, malah akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami masalah jantung yang boleh menyebabkan kematian. ", "Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan kolesterol jahat dan cara menurunkan kolesterol jahat dalam badan.", "Apakah yang dimaksudkan dengan kolesterol baik dan kolesterol jahat? Sebelum kita berbicara tentang cara menurunkan kolesterol jahat dalam badan, adalah sangat penting untuk kita mengetahui bahawa yang sebenarnya tak semua kolesterol memberikan kesan buruk kepada tubuh badan. Terdapat dua jenis kolesterol dan kedua-duanya mempunyai fungsi dan kesan yang berbeza kepada tubuh badan.", "Jenis kolesterol yang pertama ialah kolesterol baik atau bahsa inggerisnya high density lipoprotein atau HDL yang berfungsi untuk membawa kolesterol dalam darah kembali ke hati di mana kolesterol tadi akan diproses dan dikeluarkan semula dari tubuh badan. Kolesterol baik adalah baik untuk tubuh badan.", "Jenis kolesterol kedua ialah kolesterol jahat atau bahasa inggerisnya low density lipoprotein atau LDL . Ini adalah jenis kolesterol yang akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan dan ianya perlu dikawal. Di antara kesan kolesterol jahat kepada tubuh badan ialah:", "Apakah cara menurunkan kolesterol jahat yang paling berkesan? Jika anda mempunyai masalah kolesterol, anda boleh berikhtiar untuk menurunkan paras kolesterol dalam badan dengan mengamalkan cara-cara yang berikut:", "Minyak kelapa dara adalah salah satu ikhtiar menurunkan paras kolesterol yang sangat berkesan. Ini kerana minyak kelapa dara sangat kaya dengan asid lauric yang membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam badan. Apabila paras kolesterol baik adalah tinggi, secara automatik kolesterol jahat akan semakin berkurangan dalam darah anda. Amalkan minum satu sudu minyak kelapa dara seriap pagi dan malam.", "Cuka epal atau apple cider vinegar", "Cuka epal atau apple cider vinegar adalah makanan yang sangat berkhasiat dan sangat baik untuk kesihatan. Mungkin ia paling popular untuk menurunkan berat badan, namun yang sebenarnya cuka epal juga boleh dijadikan sebagai salah satu ikhtiar untuk menurunkan paras kolesterol jahat dalam badan. Bagaimana cara menurunkan kolesterol dengan menggunakan cuka epal?", "Untuk pengetahuan anda, selain menurunkan paras kolesterol, cuka epal juga berfungsi untuk merawat penyakit darah tinggi, gout, acid reflux, menurunkan berat badan, memutihkan gigi, dam sebagainya. Pendek kata, mengamalkan minum cuka epal setiap hari adalah sangat baik untuk kesihatan anda.", "Tadi kami ada cadangkan anda menggantikan air suam dengan jus oren sekiranya anda tak mampu untuk menelan cuka epal dengan air suam. Kenapa kami masukkan jus oren dalam senarai cadangan? ", "Yang sebenarnya buah oren sangat membantu untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ini kerana buah oren kaya dengan vitamin C, folate dan flavanoids. Anda boleh makan sebiji buah oren setiap pagi dan malam. Atau boleh juga dijadikan sebagai jus, namun seeloknya elakkan daripada memasukkan gula kedalam jus anda.", "Mungkin anda tak percaya bahawa bawang merah yang biasa kita gunakan dalam masakan setiap hari sebenarnya mampu menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh badan. Menurut kajian, bawang merah mempunyai kemampuan untuk membantu tubuh badan membuang kolesterol yang jahat dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan paras kolesterol baik. ", "Anda boleh masukkan bawang merah dengan banyak kedalam masakan setiap hari. Atau boleh juga jadikan bawang sebagai ulam. Atau pun anda juga boleh buat jus bawang yang dicampurkan dengan sebiji madu dan minum sedikit demi sedikit sepanjang hari.", "Salah satu petua orang lama untuk menurunkan kolesterol dalam badan ialah dengan mengamalkan minum air rebusan biji ketumbar. Biji ketumbar ialah herba yang kebiasaannya ada di setiap dapur di Malaysia. Jika anda tidak kenal biji ketumbar, boleh pergi ke kedai runcit atau kedai india dan minta bungkuskan sedikit biji ketumbar. Cara menurunkan kolesterol menggunakan biji ketumbar adalah seperti berikut:", "Apa yang menarik, amalan minum air rebusan biji ketumbar bukan sahaja dikatakan mampu membantu menurunkan kolesterol jahat dalam badan malah ia juga dipercayai dapat merawat penyakit kencing manis. Cubalah!", "Itulah dia tadi info tentang cara menurunkan kolesterol yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca kolesterol" ]
https://bidadari.my/resepi-sandwich/
Resepi Resepi Sandwich Mudah, Menarik dan Mesti Cuba Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Sandwich merupakan salah satu menu mudah yang menjadi kegemaran orang ramai untuk sarapan, bekalan dan sebagainya. Menu ini juga terkenal di kalangan yang nak turunkan berat badan. ", "Jadi di sini, kami kongsikan pelbagai resepi sandwich untuk dicuba. Tak lah bosan sangat kalau hari-hari kena hadap sandwich jer. Sebab apa? Sebab inti dan resepi nya dah lain kan. Tak lah asyik-asyik sandwich tuna.. sandwich sardin jer. Resepi sandwich ini dikongsikan oleh LailaLiyana Hassan . Sangat mudah difahami dan diikuti.", "Sedia untuk dinikmati. Mudah dan pelbagai kan? Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Kuih Cara Berlauk ini dan resepi kami yang lain ya. " ]
https://bidadari.my/wanita-solehah-hiasan-dunia/
Keluarga Wanita Solehah Hiasan Dunia Oleh Tasneem Haneem
[ "Alangkah banyak keistimewaan yang diberikan Allah kepadamu, ayunya persis lambaian daun pada dinginnya malam. Gagahnya mampu menggoncang dunia. Kehormatan tidak patah dek keduniaan. Kerana dirimu wanita solehah hiasan dunia.", "“wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau.”", "Seperti diketahui, tarikan seorang wanita solehah amat tinggi sehingga mampu untuk mengubah perkara yang besar. Kebijaksanaan seorang wanita dapat memberi kejayaan kepada dunia.", "Senyumanmu adalah penawar dan senyumanmu jualah racun berbisa. Wanitasalah satu faktor kejayaan bagi lelaki dan juga boleh menjadi virus kejatuhan seorang lelaki.", "Lihat sahaja dalam aspek rumah tangga, pendidikan awal dirumah selalunya dititikberatkan oleh sang ibu, oleh kerana itu, anak-anak menjadi lebih erat dengan ibu mereka berbanding dengan ayahnya yang sibuk bekerja mencari rezeki sesuap nasi. Jika betul didikan yang diberi oleh ibu maka bergunalah anak-anaknya nanti pada suatu ketika pada masa hadapan.", "Wanita solehah bakal bidadari syurga adalah seorang wanita yang menjaga kehormatannya kerana takutnya mereka kepada penciptanya Allah dengan sedaya upaya tidak melanggar perintah Penciptanya.", "Walaupun mereka perlu bersusah payah, lihat sahaja kepada wanita yang bersungguh-sungguh menutup auratnya daripada diperlihatkan oleh lelaki bukan muhrim, rela berpanas dan diejek oleh wanita moden, diketawa dipermain, mereka rela kerana panasnya dunia tidak mengapa asal tidak tersentuh dengan panasnya api neraka yang menunggu kerana mereka tahu dan memahami sesungguhnya kebahagiaan itu datang setelah kesusahan dilalui", "Wanita yang mencintai ilmu akan sedaya upaya menggali hikmah disebaliknya, bukan sekadar menyusun dan menyimpan ilmu yang diperolehi pada diri sendiri tetapi dapat menebarkan ilmu yang dimiliki supaya dapat dijadikan ikutan wanita yang lain.", "Wanita sanjungan penghuni langit tidak akan menunggu masa menentukan sesuatu dalam hidupnya yang akhirnya menyalahkan waktu tetapi menggunakan masa yang ada untuk berbuat beribu kebaikan dengan kelembutan, kesopanan, serta ketegaran yang dimilikinya agar mampu memberi kesan yang baik pada orang lain.", "Mereka tidak hanya hidup didalam kesedihan berpanjangan bagaikan tiada harapan untuk hidup hanya mampu mengharungi kekecewaan semata, tetapi mereka akan berbahagia dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepada mereka tanpa meminta-minta yang berlebihan dan cemburu diatas kemewahan orang lain kerana mereka mengerti tiada gunanya hidup didalam kegelapan yang akhirnya akan jatuh pada sesuatu yang kelam dimana akan meleburkan mereka sendiri.", "Sesungguhnya Allah telah menjadikan Asiah, isteri Firaun, sebagai teladan yang baik bagi kaum wanita mukminah. Hanya wanita yang bijak mampu menyedari mengenai hikmah ini iaitu wanita yang bakal menjadi bidadari penghuni syurga Allah S.W.T. Wallahualam." ]
https://bidadari.my/tips-mendidik-anak-berdasarkan-hadis/
Anak Tips Mendidik Anak Berdasarkan Hadis Oleh Dr Rozieta Shaary
[ "“Allah mengikut sangkaan hambaNya…”\n\nBerkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:", "“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku.” ", "Fahami pesan Allah di dalam hadith Qudsi ini. Ianya juga banyak berkaitan dengan cara kita mendidik anak-anak kita baik di dalam hal akhlak mahupun pembelajaran dan juga aktiviti seharian.", "Sangkaan ibu bapa terhadap anak-anak mereka adalah DOA YANG TIDAK TERLAFAZ.", "Jika sangkaan anda terhadap anak anda adalah tidak baik, maka jangan hairan bila melihat itu yang terjadi.", "Kadang-kadang sangkaan yang tidak baik ini tidak begitu nyata kepada kita. Namun, amat dirasai oleh anak-anak kita.", "Bila mengalami sesuatu yang anda tidak suka mengenai anak-anak anda, tenangkan hati dan selami diri anda. Adakah suatu sangkaan yang tidak baik telah bersemadi. Jika ada, MAAFKAN DIRI dan BUANG dan GANTI dengan sangkaan yang baik. Kemudian BANTU anak untuk merasai lawan dari sangkaan yang tidak baik itu.", "Contoh; Anda mendapati anak menipu. Mungkin di dalam diri anda ada kerisauan yang besar takut anak menipu. ", "Dan anda risau sangat sehingga anda menjadi tidak rasional. Lalu bila anda nampak perbuatan itu dilakukan oleh anak anda, terus anda bertindak kurang bijak dan diluar kawalan.", "#4 Betulkan anak – maafkan kesilapannya dan hukum berpatutan jika perlu(mulakan dengan nasihat)", "#5 BERSANGKA BAIKLAH anak boleh membetulkan diri" ]
https://bidadari.my/resepi-muffin-pisang/
Resepi Resepi Muffin Pisang (Gebu dan Lazat) Oleh Rahayu Z
[ "Jom cuba resepi muffin pisang gebu gebas. Muffin comel dibuat menggunakan pisang yang dilecek supaya muffin jadi lebih lembut.", "Resepi yang dikongsikan oleh Roziati Abdul Rahman di laman Facebook ini gerenti jadi. Muffin pisang yang terhasil baik untuk makan sendiri atau dijual.", "Rasa muffin lembut dipenuhi aroma pisang yang wangi sangat merangsang selera. Bentuknya yang menarik akan menarik hati siapapun yang melirik. Anak-anak mesti sangat suka makan muffin pisang ini. selamat mencuba.", "Selain resepi muffin pisang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-air-detox-bahan-warna-oren-dan-kuning/
Petua Tips, Resepi Resepi Membuat Air Detox Menggunakan 4 Bahan Berwarna Oren Dan Kuning Oleh aqirah
[ "Majoriti masyarakat mempunyai masalah yang sama iaitu sukar untuk menurunkan berat badan. Pelbagai cara yang dilakukan untuk menurunkan berat badan seperti mengambil pil kurus. Cara ini tidak bagus untuk menurunkan berat badan kerana ia akan memberi kesan sampingan kepada tubuh badan.", "Cara yang sihat untuk menurunkan berat badan adalah dengan minum air kosong banyak-banyak. Minum air kosong perlu mengikut berat badan itu sendiri. Jangan minum air kosong terlalu sedikit atau terlalu banyak. Sekurang-kurangnya 6 hingga ke 8 gelas sehari. ", "Tetapi kita juga ingin mendapatkan khasiat yang cukup untuk tubuh badan kita. Air kosong memang bagus untuk hidrasi, tapi tidak salah kalau kita ingin menambahkan lagi khasiat dalam minuman dalam diet seharian kita. ", "Mari kami kongsikan info mengenai resepi air detox menggunakan 4 bahan berwarna oren dan kuning. Tips ini dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan. Puan Sarifa merupakan bekas pakar spa di Hard Rock Hotel Penang. Dia juga menguruskan kursus spa dan kursus produk spa. Jom kita baca resepi yang diberi oleh Puan Sarifa. ", "✅ Lobak Merah – 3 batang", "✅ Kunyit hidup – 1 ketul sebesar ibu jari", "✅ Halia – 1 ketul sebesar 1/2 tapak tangan", "✅ Kupas kulit halia dan kunyit hidup dan hiris", "✅ kupas kulit buah oren dan hiris", "✅ Masukkan ke dalam pengisar semua bahan dan kisar sehingga menjadi halus", "Minum sehari sekali sebelum sarapan pagi.", "Kandungan kalori yang rendah dan kaya dengan serat di mana ia amat baik untuk penurunan berat badan. Jus lobak meningkatkan rembesan hempedu yang membantu membakar lemak dan seterusnya mengurangkan berat badan.", "Buah Oren rendah kalori dan tinggi vitamin C serta serat.", "Halia adalah superfood untuk penurunan berat badan.", "*Mudahkan resepi air detox yang dikongsikan oleh Puan Sarifa. Bahan-bahan yang digunakan juga mempunyai khasiat yang bagus-bagis dan elok untuk kulit kita. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari di mana-mana. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini. " ]
https://bidadari.my/resepi-mee-bandung/
Resepi Resepi Mee Bandung Pahang (Paling Lazat dan Mudah) Oleh Rahayu Z
[ "Ini bukan macam resepi mee bandung muar. Ini ialah resepi mee bandung versi Pahang.", "Mee bandung untuk juadah makan malam. Resepi perkongsian ramai daripada Rohaida Mashud‎ di laman Facebook ini tidak ada menggunakan keledek @ ubi atau biskut. Lain orang lain resepinya. Resepi ini biasa dibuat untuk berniaga. Mesti confirm sedap sekata.", "Jangan disalah ertikan bahawa mee bandung ialah mee yang berasal daripada Bandung salah satu kota di Indonesia. Mee bandung bermakna ialah mee yang digandingkan dengan bahan makanan lain seperti telur, udang, daging, kuih ikan dan sayuran.", "Tunggu apalagi, jom buat resepi mee bandung sedap ala kedai sekarang. Selamat menjamu selera untuk anda dan keluarga.", "Resepi Mee Bandung Sedap dan Mudah", "Selain resepi kek batik nestum, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.", "Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-kuih-tepung-bunga/
Resepi Resepi Kuih Tepung Bunga Tradisi Terengganu Cepat Ja Habis Oleh Rahayu Z
[ "Antara kuih yang paling disukai tiap kali bulan puasa ialah kuih tepung bunga. Kerana kuih ini paling senang disediakan dan paling senang juga dihabiskan. Siapa suka kuih tepung bunga jom berpakat ramai-ramai baca dan cuba resepi yang kami kongsikan ini.", "Tidak disangka-sangka rupanya ramai juga yang tahu kuih ini. Hal ini dibuktikan dengan perkongsian ramai resepi kuih tepung bunga yang diberi oleh Aida Abdul Fatah di laman Facebook.", "Ramai orang sukakan kuih ini sebab bahan-bahannya mudah seperti tepung pulut, santan atau susu cair, telur dan garam gula sahaja. Cara penyediaannya cukup menarik di mana adunan yang sebati dicelup telur dahulu baru digoreng. Ayuh buat kuih tepung bunga hari ini.", "Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya." ]
https://bidadari.my/7-fakta-mengenai-dyslexia-yang-mungkin-tidak-diketahui-umum/
Anak, Keluarga 7 Fakta Mengenai Dyslexia Yang Mungkin Tidak Diketahui Umum Oleh Dr Rozanizam Zakaria
[ "Nama saya Aina, saya lapan tahun. Dulu saya minat sekolah, saya suka cikgu ajar melukis, buat aktiviti di padang dan belajar mengira. Tapi saya tidak pandai membaca. Semua orang boleh baca dengan laju, tapi saya selalu susah nak baca. Kawan-kawan selalu gelakkan saya. Cikgu selalu tegur sebab saya tulis terbalik. Saya rasa saya tulis betul, tapi asyik dapat pangkah.", "Saya susah beri tumpuan sebab banyak sangat yang cikgu tulis di papan hitam saya tidak dapat ikut. Saya tidak sempat salin, jadi saya tidak tahu apa kerja sekolah. Ada budak kata saya bodoh, sebab tu saya duduk kelas belakang. Bila kena baca di depan kelas, saya jadi takut. Saya rasa nak muntah, nak pitam atau mungkin rasa nak pengsan. Saya tidak tahu apa yang saya rasa.", "Saya takut dan tidak mahu pergi sekolah. Saya menangis dalam bilik dan tutup pintu. Mula-mula mak pujuk, lepas tu mak marah. Ayah pun paksa tapi saya tidak mahu pergi sebab saya takut. Cikgu datang sekolah pujuk, tapi saya takut dan saya malu. Kawan-kawan mesti kata saya budak malas sekolah.", "Sebulan lepas tu, mak bawa saya jumpa doktor. Doktor buat ujian IQ, dia minta saya main puzzle, lukis-lukis, tiru bentuk dan jawab soalan. Doktor beritahu mak IQ saya ‘normal’. Doktor suruh saya tulis dan baca. Masa tu baru saya tahu, saya ada DYSLEXIA. Baru saya tahu, saya bukan budak tak pandai….saya cuma ada DYSLEXIA", "#1 Dyslexia bukan bermakna anak tersebut tidak pandai, malas, payah diajar atau lembab. Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata.", "#2 Ia disebabkan gangguan pada saraf otak yang secara khusus berfungsi dalam penguasaan kemahiran tersebut. Berbeza dengan kanak-kanak yang mengalami intellectual disability, kanak-kanak dyslexia biasanya mempunyai IQ yang normal, bahkan mempunyai kecenderungan dan bakat semulajadi yang istimewa dalam bidang lain seperti seni, kemahiran dan sebagainya. 10% kanak-kanak sekolah mempunyai gejala dyslexia.", "#3 Bukan semua kanak-kanak dyslexia mempunyai gejala yang sama. Antara gejala awal yang biasa dikesan adalah menulis huruf terbalik, tertukar suku kata, tertinggal huruf, tertinggal perkataan, tidak minat dalam tugasan memerlukan membaca dan menulis, sukar mengenal waktu dan tertukar maksud perkataan.", "#4 Pengesanan awal penting bagi membolehkan penilaian dibuat dan penyesuaian dibuat terhadap kaedah mengajar dan belajar bagi kanak-kanak ini.", "#5 Bagi yang mengalami kesukaran mengikuti pembelajaran arus perdana, mereka perlu dirujuk ke kelas khas dysleksia yang termasuk dalam program pendidikan khas integrasi yang disediakan kementerian.", "#6 Mengajar kanak-kanak dyslexia memerlukan kreativiti. Mereka mudah hilang fokus. Maka pengajaran perlu menggunakan pendekatan pelbagai pendekatan – seni, aktiviti, warna, bentuk, games, puzzle dan sebagainya.", "#7 Dyslexia tidak sepatutnya menghalang mereka berjaya seperti kanak-kanak lain. Dengan pengajaran yang bersesuaian, apabila mereka dapat menguasai konsep asas membaca dan menulis, mereka biasanya boleh mengikuti proses pembelajaran seperti kanak-kanak lain.", "Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua" ]
https://bidadari.my/mengapa-nikah-penting-untuk-wanita/
Keluarga, Petua Tips 7 Alasan Mengapa Nikah Penting Untuk Wanita (Patutlah Cinta Lepas Nikah Lebih Indah) Oleh Siti Awadah
[ "Zaman sekarang ini memilih sendiri pasangan hidup masing-masing memang dah jadi menjadi satu kebiasaan. Bukannya kerana ibu ayah tidak ingin masuk campur tetapi sudah begitu yang sering berlaku. Rata-rata pemuda dan pemudi zaman di era moden ini lebih inginkan suami atau isteri dari pilihan hati sendiri. ", "Kadangkala terlintas juga di fikiran, apakah memilih pasangan hidup sendiri ini adalah salah satu sebab mengapa kes penceraian semakin meningkat? Apa tidaknya berbanding dulu dan kini memang tidak dinafikan yang pasangan dengan mudah mengucap kata cerai jika dirasakan tidak sefahaman. ", "Secara peribadi, terasa sedih di hati apabila cerai menjadi jalan penyelesaian sedangkan masih ada cara lain yang boleh diusahakan. Tambahan pula tindakan bernikah itu sendiri sebenarnya ada banyak keistimewaan. ", "7 Alasan Mengapa Nikah Itu Penting Untuk Wanita", "Apakah kelebihan nikah ini? Apakah kelebihan bagi orang yang ingin berkahwin? Mengapa ianya sangat penting untuk wanita Ini sebab musababnya yang patut diketahui oleh semua. ", "Alasan #1 – Wanita Muslimah Cenderung Untuk Menjadi Ibu", "Keutamaan pemuda muslim adalah untuk belajar, berkerja mencari nafkah, menikah dan berkeluarga. Manakala untuk wanita muslimah pula adalah untuk berkahwin, bergelar isteri dan menjadi ibu. ", "Alasan #2 – Wanita Yang Mempunyai Suami Akan Terasa Lebih Dilindungi", "Wanita yang bernikah akan terasa lebih dilindungi dengan adanya suami di sisi. Kehadiran suami di sisi akan membuatkan si wanita berasa lebih aman juga. ", "Alasan #3 – Mengelak Pandangan Serong Masyarakat", "Lelaki yang lambat menikah tidak akan dilabel dengan apa-apa gelaran sebaliknya wanita yang lambat menikah akan menimbulkan gelaran yang tidak sedap di dengar. Ini semua hanyalah sekadar gelaran namun pahit untuk di hadapi oleh si wanita yang lambat jodohnya itu. ", "Alasan #4 – Imej Wanita Tidak Menikah Akan Lebih Mudah Tercemar", "Imej wanita yang tidak bernikah dengan sendirinya akan lebih mudah tercemar berbanding dengan wanita muslimah yang telah bernikah. Wanita yang telah bernikah juga lebih mudah untuk melakukan pelbagai aktiviti di khalayak ramai tanpa melibatkan apa-apa fitnah dengan kehadiran suaminya. ", "Alasan #5 – Wanita Akan Terasa Lebih Bernilai Dengan Kehadiran Seorang Lelaki ", "Telah pernah ada kajian yang dilakukan di antara wanita yang telah bernikah dengan gadis yang belum berkahwin. Hasilnya, 95% daripada golongan wanita ini mengakui yang diri mereka terasa lebih bernilai dengan adanya kehadiran sang suami di sisi. ", "Alasan #6 – Dapat Solat Berjemaah Dengan Imam Tersayang ", "Adalah sangat beruntung mana-mana wanita jika dapat solat dengan diimamkan oleh suaminya sendiri. Terasa syahdu dan bahagianya rasa hati apabila dikurniakan seorang suami yang soleh untuk terus membawanya ke jalan yang diredhai. ", "Alasan #7 – Mempunyai Tempat Bergantung Hingga Ke Usia Tua", "Setiap perkahwinan yang terbina kerana Allah SWT mengimpikan sebuah keluarhga yang rukun. Ingin juga terus bersama sehingga ke akhir nyawa. Kehadiran suami benar-benar dapat memberi tempat bergantung pada si wanita ini untuk terus berada bersama dari usia muda hingga tua. ", "Islam Melarang Hubungan Cinta Esktrem Tanpa Ikatan Halal Yang Sah ", "Mempunyai rasa cinta itu tidak salah tetapi cara mempamerkan rasa cinta itu yang patut di beri perhatian. Jika dah suka tahap jatuh cinta kronik hingga tak boleh lagi tidur malam dengan nyenyak, apalah salahnya jika terus saja masuk meminang. Minta ibu ayah menjadi wakil untuk menyuarakan rasa hati tu. ", "Jangan sesekali terus bercinta sehingga menurut kata hati hingga melibatkan sentuhan dan sebagainya. Ia sama sekali di larang dalam Islam kerana itu semua boleh mengundang padah sehingga berlakunya maksiat dan lain-lain. Berjumpa berdua pasti akan ada kehadiran yang ke tiga dan kehadiran pihak ke tiga itu siapa lagi kalau bukan syaitan. ", "Seandainya masih lagi di alam persekolahan maka fokuskan dulu pada pembelajaran. Jangan terlalu taksub untuk mencari jodoh kerana hakikatnya Allah SWT itu jauh lebih tahu apa yang kita tidak tahu. Sematkan dalam hati tu bahawa jodoh yang terbaik akan menyusul nanti. ", "Perkahwinan Dapat Membuka Luas Pintu Rezeki Untuk Si Suami Juga", "Al-Quran menganjurkan pernikahan dan menjanjikan kecukupan bagi sesiapa saja yang telah layak untuk bernikah. Ini berpandukan kepada firman Allah SWT yang bermaksud ;", "“Nikah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba-hamba sahayamu, lelaki atau perempuan, yang soleh dan telah layak menikah. Jika mereka miskin, Allah akan membuat mereka kaya dengan kurniaan-Nya. Allah itu Maha Luas pemberian-Nya dan Dia Maha Mengetahui.” (An-Nur : 32)", "Ketika menafsirkan ayat di atas ini, Abu Bakar as-Siddiq r.a berkata, “Taatilah perintah Allah kepadamu untuk menikah, kerana Dia pasti memenuhi janjiNya untuk membuatmu kaya.”", "Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud ;", "“Orang yang menikah dengan berlandaskan keyakinan dan pengharapan kepada Allah, pasti ditolong dan diberkati-Nya.” (HR. At-Tabrani)", "“Ada tiga golongan manusia yang pasti dirolong Allah, pemuda yang menikah untuk menjga kehormatan diri, hamba ang berusaha memerdekan diri untuk beribadah, dan mujahid di jalan Allah.” (HR. Ahmad, At-Tirmizi dan An-Nasa’i)", "Jika takut jodoh itu disambar orang maka berdoalah siang malam pada Tuhan agar jodoh anda dan dia dipertemukan. InshaAllah jika benar dia adalah pasangan yang terbaik InshaAllah akan dimakbulkan. Jika bukan maka redhalah kerana hakikatnya masih ada ramai lagi insan lain di atas muka bumi ini. Mungkin akan ada yang lebih baik untuk kita. " ]
https://bidadari.my/resepi-roti-gardenia-sosej-cheese/
Keluarga Resepi Roti Gardenia Sosej Cheese Gulung (Sedap Makan Banyak Kali) Oleh Rahayu Z
[ "Banyak jenis resepi yang boleh dibuat dengan mengolah roti keping Gardenia. Semisalnya saja resepi roti Gardenia sosej cheese yang akan kami kongsikan di bawah ini.", "Resepi roti Gardenia sosej cheese sangat mudah untuk dibuat. Jika ada roti Gardenia yang hampir tamat tempoh, anda bole cubakan resepi ini.", "Roti gardenia sosej cheese dibuat dengan cara roti dileperkan dan dilapiskan dengan cheese dan sosej. Yang membuat roti makin menarik ialah ianya digulungkan bersama sosej dibalut tepung roti sebelum digoreng.", "Rasa kudapan ini rangup dan padat serta cheese yang meleleh dalam mulut sangat meletup di mulut. Sila cubakan resepi roti gardenia sosej cheese yang dikongsikan oleh Jamilah Kak Mel di laman Facebook.", "Selain resepi gardenia sosej, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/belajar-english-grammar/
Umum 6 Tips Mahir Belajar English Grammar Dengan Cepat dan Mudah Oleh hannani
[ "Penggunaan English Grammar amatlah penting bagi memastikan kita dapat menguasai dan memahami bahasa tersebut dengan lebih baik. Grammar juga membolehkan kita untuk menghasilkan ayat dan penulisan yang betul dan berkomunikasi dengan lebih efektif. ", "Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai tips bagaimana untuk mahir belajar English Grammar. ", "Untuk menguasai tatabahasa Inggeris ianya tidaklah begitu sukar pada mulanya. Apa yang kita perlukan adalah untuk mengingati beberapa struktur ayat, dan belajar beberapa peraturan ringkas yang ditetapkan.", "Susunan kata dalam pembentukan kalimat berfungsi untuk memberikan keunikan tersendiri dari tiap-tiap bahasa. Pada susunan kalimat bahasa Inggeris umumnya menggunakan urutan SVO. ", "Atau dalam kata lain, subject + verb + object (SVO) yang pada akhirnya memiliki erti ayat untuk digunakan.", "Gunakan active voice sebagai asas membina ayat. Ingat S + V + O iaitu:", "Contohnya: Mary (S) walked (V) the dog (O).", "Simple present tense biasanya digunakan untuk tiga perkara iaitu untuk:", "Gunakan simple present tense untuk perkara yang berlaku berulang (habitat actions). Disebut “simple” kerana ia hanya berkaitan “verb” (buat apa) sahaja.", " Mary and Karen like (ramai) dogs.", "Nama lain bagi present progressive tense adalah present continuous tense yang biasa digunakan untuk menyatakan kegiatan atau aksi yang berlangsung dalam kurun waktu yang tertentu di masa sekarang (present). ", "Gunakan present progressive tense untuk perkara-perkara yang sedang berlaku sekarang. Paling asas, lihat “-ing” pada ayat.", "Contohnya: Mary is playing (-ing) with her dog.", "d) Tambah “ed” pada verbs untuk past tense", "Past tense pula adalah kegiatan atau aksi yang terjadi di masa lampau dan telah selesai pada waktu tertentu di masa lampau. ", "Keempat – tambah “ed” kepada verbs untuk “past tense” atau perkara yang telah berlaku.", "Contohnya: Mary played (ed) with her dog.", "Adakalanya, tidak boleh menggunakan “ed” sahaja. Contohnya perkataan drink jadi drank, bukannya drinked. ", "e) Singular (satu) / plural (banyak)", "Singular dan plural dipakai pada kata benda untuk menunjukkan jumlahnya. Singular ditujukan kepada benda yang tunggal atau satu manakala plural lebih daripada satu.", "Singular (satu) / plurak (banyak). Di sini peraturannya agak “tricky”. Peraturan asas ialah tambah “s”. Car (singular), cars (plural). Satu lagi pastikan verbs (V) sesuai dengan object (O). ", "Tidak dapat disangkal lagi bahawa kamus adalah bahan yang sangat penting untuk menemani perjalanan kita dalam mahir belajar English Grammar. ", "Kamus ini boleh didapati secara offline mahupun online menerusi telefon pintar kita sahaja. Gunakan kamus ini untuk kita mencari kosa kata baru atau kosa kata asing yang kurang difahami untuk mempelajarinya. ", "3. Perbanyakkan membaca bahan dari Bahasa Inggeris", "Lambakkan bahan bacaan dari Bahasa Inggeris hari ini sememangnya tidak mendatangkan masalah bagi sesiapa sahaja untuk membacanya.", "Membaca akan menambah pengetahuan baru dalam diri kita dan seterusnya meluaskan lagi kosa kata dalam Bahasa Inggeris. ", "Kecanggihan arus teknologi masa kini meletakkan dunia tanpa sempadan dan memberikan kemudahan yang meluas untuk kita belajar tentang sesuatu perkara. Contohnya dalam mahir belajar English Grammar ini.", "Kita boleh belajar dari internet, aplikasi mudah alih, muzim, filem, lagu, podcast, YouTube, dan bermacam-macam lagi medium yang ada secara percuma.", "5. Komunikasi dengan kawan yang pandai Bahasa Inggeris", "Selain membaca untuk mahir belajar English Grammar, kita juga perlu banyakkan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mulakan dengan sesuatu yang mudah seperti “Good Morning!”, “Hello!”, atau “How are you?”.", "Praktikkan dalam kehidupan seharian bersama kawan-kawan yang mahir dan menguasai bahasa tersebut. ", "Akhir sekali, sentiasalah berfikiran positif dalam apa jua usaha yang kita lakukan untuk mencapai sesuatu perkara. ", "Jangan pernah berputus asa dan mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif di belakang kita. Sebaliknya terus fokus, positif, dan terus belajar untuk mencapai kejayaan yang kita ingini. ", "Selain dari belajar English Grammar ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan bahasa seperti:" ]
https://bidadari.my/ayam-bakar-masam-manis/
Resepi Ayam Bakar Masam Manis (Menu Mudah untuk Seisi Keluarga) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Hmmm.. nak masak apa yang hujung minggu ini. Rasa-rasa macam nak masak special sikit kan. Mesti anak-anak suka. Tapi tak nak lah menu yang renyah sangat kan? Apa kata jom masakkan Ayam Bakar Masam Manis.", "Bahan dan caranya pun mudah sahaja. Lagi mudah kalau ada pembantu-pembantu dapur seperti periuk tekanan (pressure cooker) ataupun oven. Tapi jangan risau, kalau tak ada pun, boleh jer masakkan Ayam Bakar Masam Manis secara manual. Yang penting masak.", "Resepi ini dikongsikan oleh Norhidayah Mohd Aripin di laman muka buku. Apa lagi jom tengok resepi beliau.", "Mudahkan? Bolehlah dihidang kan versi melayu ataupun western. Kalau versi melayu, hidanglah bersama-sama nasi putih panas dan pencicah. Kalau versi western, hidangkanlah bersama-sama kentang goreng, mash potatoes atau coleslaw. Terpulang pada plan anda untuk variasikannya.", "Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami." ]
https://bidadari.my/ayam-peratal/
Resepi Resepi Ayam Perattal (Masak Ala India, Mabeles!) Oleh Rahayu Z
[ "Rugi kalau tidak cuba resepi viral chicken perattal. Guna semua bahan dekat rumah jadi ayam perattal lazat. Masak perattal atau peratal ialah kari kering India Selatan tradisional yang dimasak dengan daging, ayam dan/atau sayur-sayuran.", "Chicken perattal memang sedap sangat. Anak-anak boleh makan sampai jilat-jilat jari. Tapi untuk sesuaikan dengan tekak melayu yang inginkan rasa lemak-lemak, anda boleh cuba bubuh santan sedikit, gula sedikit. Daun ketumbar itu wajib ya kerana kalau tidak ada daun ketumbar tidak memikat bau dia.", "Tanpa tunggu lama, mari cuba masak ayam perattal. Resepi dikongsikan oleh Intan Kimi Kimot di laman Facebook. selamat mencuba.", "Selain ayam perattal, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami." ]
https://bidadari.my/resepi-puding-caramel-tanpa-telur-licin-dan-cantik/
Resepi Resepi Puding Caramel Tanpa Telur (Licin dan Cantik) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Puding caramel selalu dijadikan sebagai pemanis mulut kegemaran ramai. Gabungan rasanya yang lemak bersama gula hangus memberikan rasa umph, tambah-tambah jika dimakan dalam keadaan sejuk. Sekali suap pasti nak lagi dan lagi. Sedar-sedar dah habis puding nya.", "Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat puding ini tidaklah banyak dan leceh. Cara-caranya pun mudah. Hanya campur-campur dan kukus sahaja. Mudahkan. Sudahlah enak, mudah pula tuh. Sangatlah sesuai untuk dibawa sekiranya ada ‘pot-luck’. Tak payah susah-susah nak fikir.", "Cumanya, bagi sesiapa yang tidak boleh makan telur atau tidak tahan bau hanyir telur, tapi masih teringin nak makan puding caramel. Bolehlah cuba resepi dari Syazlin Mansor. Resepinya tidak menggunakan telur walaupun sebiji. Jom cuba resepi nya", "Tak susah pun kan. Bolehlah mencuba Resepi Puding Caramel Tanpa Telur ini. Sedap, cantik, licin dan tidak berlubang-lubang. Oh ya, kami ada juga berkongsi resepi untuk menu yang lain juga. Boleh baca dan mencubanya." ]
https://bidadari.my/hamil-minggu-7/
Hamil Trimester Pertama: Tips Kehamilan Minggu 7 Oleh Editor Bidadari.My
[ "Apakah Saiz Bayi Saya Pada Minggu ke-7?", "Pada minggu ke 7, bayi anda adalah sebiji beri biru. Iaitu sepanjang 1.5 inci, dan jika anda mengikuti kemajuan, ia adalah satu kali ganda lebih besar berbanding minggu lalu.", "Bayi anda sudah bersedia untuk bertepuk tangan kerana tangan dan kakinya sudah mula membentuk pada minggu ini. Kita perlu menunggu sedikit masa lagi untuk melihat sekiranya bayi anda mempunyai kaki seperti kaki ibunya atau bapanya. Mereka masih tidak mempunyai jari kaki dan tangan yang bersifat individu.", "Pada masa ini kita masih memanggil bayi anda sebagai embrio. Tiada masalah dengan menjadi embrio. Kita semua bermula daripada sesuatu. Secara literalnya, kita semua bermula dari sana.", "Perincian kecil yang lain – bayi anda mempunyai ekor pada masa ini. Ia adalah ekor yang kecil dan untuk membuat kamu merasa lebih baik, ini hanyalah tulang ekor yang menjulur di belakang. Si emas kecil anda akan membesar tanpa berlengah iaitu beberapa minggu dari sekarang. Ekor itu akan menghilang.", "Bayi anda akan mula membentuk kelopak mata. Sebahagiannya menutupi mata kecilnya. Menakjubkan kerana matanya sudah pun mempunyai sedikit pigmen. Hujung hidungnya juga sedang terbentuk. Saya tidak sabar untuk tahu bagaimana rupanya!", "Apakah Perkara Lain Yang Berlaku Kepada Bayi Saya Pada Minggu Ini?", "Ada pertumbuhan yang sedang berlaku pada kedua-dua belah otak bayi anda. Hatinya sudah mula mengeluarkan beberapa sel darah merah. Jika anda bagus dalam sains anda akan berasa hairan hati bertugas dalam sel darah merah. Mari saya beritahu anda. Hati hanya melakukan tugas ini sehinggalah tulang sumsumnya boleh mengambil alih fungsi ini.\nAda apendiks di sana dan pankreas yang bersiap sedia membina insulin akhirnya untuk membantu dengan tugas penghadaman.", "Tali pusat sedang membentuk daripada gelung di dalam usus. Tali pusat ini mempunyai pembuluh darah yang membawa nutrien/oksigen yang diperlukan oleh bayi.", "Anda mungkin sedang memuntahkan isi perut anda, atau anda mungkin sedang berasa baik-baik sahaja. Jika anda berasa bagus, maka jangan bimbang berlakunya perkara yang tidak baik. Sesetengah orang tidak mendapat mabuk hamil.", "Berseronoklah dengan kehamilan anda yang tidak terganggu oleh mabuk hamil. Jika anda mengalami mabuk hamil, ia adalah dalam keadaan amat teruk sekarang. Maaf, saya tahu ia tidak menyeronokkan. Gula-gula halia, biskut tawar, teh, pepermin, dan gula-gula lemon adalah rakan-rakan terbaik anda sekarang. Saya harap ia semua memberikan sedikit kelegaan.", "Kencing lebih daripada biasa? Jangan risau. Ini adalah kerana jumlah darah anda bertambah dan cecair tambahan melalui buah pinggang. Pada masa hadapan, ia akan berhenti kerana fetus memberikan tekanan kepada pundi anda, tapi ia bukanlah hal pada masa ini.", "Fakta yang menarik adalah badan anda sudah pun mencipta 10 peratus lebih darah berbanding selalu. Menurut babycenter.com, jumlah ini akan meningkat kepada 40 sehingga 45 peratus pada penghujung kehamilan.", "Mabuk Hamil/Lebih Membuang Air Kecil – Buat Ia Pergi…", "Maaf, tiada apa boleh dilakukan. Apa yang anda perlu tahu adalah kira-kira separuh wanita yang mengalami mabuk hamil akan melihat ia perfi kira-kira selepas 14 minggu. Selebihnya akan melihat ia menghilang kira-kira sebulan selepas itu. Ada pengecualian, tetapi marilah kita berfikiran positif.", "Kencing dengan lebih adalah perkara yang ada semasa anda hamil. Barangkali, semakin cepat anda menerimanya adalah lebih bagus.", "Selalunya, jika ini adalah kehamilan pertama anda dan tanpa sebarang masalah, maka temujanji dengan doktor akan berlaku pada beberapa minggu akan datang.", "Anda akan mempunyai berjuta-juta persoalan. Ambil masa dan tulis semua seoalan supaya anda ingat untuk bertanya kepada doktor nanti. Anggaplah lawatan ini sebagai peluang untuk menenangkan minda dan mengeluarkan semua persoalan. Ia juga adalah peluang mengenali doktor anda dan sebaliknya.", "Bawalah senarai perubatan semasa temujanji dan bincangkan ia sekiranya ada yang tidak selamat. Ini juga termasuklah apa-apa makanan tambahan yang lain.", "Ketahui hari pertama untuk haid terakhir anda (dengan hati). Anda akan ditanya tentang ini, dan ini juga adalah cara untuk mengenalpasti tarikh melahirkan.", "Sejarah perubatan keluarga juga mungkin akan timbul semasa lawatan ini. JIka bukan pada temujanji pertama, ia akan berlaku sedikit masa lagi pada masa hadapan.", "Berat badan akan diambil pada setiap temujanji, bersama-sama dengan tekanan darah dan air kencing. Ukuran abdomen anda juga akan diambil untuk melihat jika anda menepati sasaran, posisi bayi juga akan diperiksa mengikut kemajuan, dan anda boleh mendengar degupan jantung bayi anda. Setiap temujanji akan memerlukan ujian yang berbeza.", "Ambil gambar perut anda. Ambil secara bulanan sehinggalah bayi lahir." ]
https://bidadari.my/makanan-sihat-bebas-kandungan-memudaratkan/
Featured, Kesihatan Inginkan Makanan Sihat BEBAS Kandungan Yang Memudaratkan? Cari 20 Usahawan Ini, Pasti Puas Hati! Oleh Faz
[ "Tika ini, lambakkan makanan yang diproses mempunyai pelbagai bahan tiruan telah menjadi pilihan utama masyarakat kita terutamanya yang kesuntukkan masa dalam menyediakan sajian harian.", "Adakah anda tahu bahan-bahan di atas boleh memudaratkan kesihatan kita? Cuba kita baca label setiap makanan segera dan yang diproses. Memang terlalu banyak kandungan yang boleh membahayakan kesihatan.", "Namun, kita masih ada alternatif untuk beralih kepada makanan yang lebih sihat yang dihasilkan daripada ramuan semulajadi.", "Jika anda mencari makanan yang sihat dan penyediaannya pantas, harus memilih produk masakan yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan di bawah kerana produk mereka dijamin SIHAT dan BEBAS daripada kandungan yang memudaratkan.", "Pengasasnya Puan Ainini Zainal telah menghasilkan premix rempah ratus yang sangat memudahkan tugasan di dapur. Kenapa memudahkah? Hanya perlu sediakan bahan basah seperti ikan, ayam dan daging dan beberapa bahan lain. Tumiskan bahan yang diperlukan dan masak sehingga pecah minyak dan pekat. Siap!", "Mudahkan? Ya, memang sangat memudahkan kerja dapur dengan menggunakan Premix Rempah Masakan Mudah Adun dari Oven Nini. Mudah, sihat dan yang pasti bebas dari kandungan yang memudaratkan.", "Premix Oven Nini hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti sahaja seperti:", "Antara senarai premix untuk sajian seisi keluarga:", "Apa yang lebih menarik lagi, Oven Nini juga menyediakan premix yang sesuai untuk bayi dari 10 bulan hingga 2 tahun. Wah!senang sangat ibu-ibu yang ada anak kecil untuk menyediakan makanan sihat untuk si manja.", "Antara premix yang dijual dan sesuai untuk bayi ialah:", "Banyak sungguh premix yang dikeluarkan oleh Oven Nini. Tambahan lagi kandungannya bebas dari bahan-bahan yang memudaratkan.", "Hebat sungguh usahawan ini dalam mencipta resepi dan adunan rempah yang bukan sahaja sihat malah sangat memudahkan masyarakat dalam mencari alternatif makanan sihat.", "Semoga setiap usaha Puan Ainini Zainal dalam memberi yang terbaik dalam setiap yang dihasilkan mendapat redha Allah swt. Ameen!", "Dapur Ezzah telah mengeluarkan produk makanan homemade yang hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi  dan bebas kandungan yang memudaratkan.", "Beliau mengambil inisiatif ini supaya dapat membantu ibu-ibu yang kesuntukkan masa dalam menyediakan makanan sihat untuk keluarga.", "Antara produk makanan homemade yang dihasilkan ialah:", "Menggunakan ayam bebas suntikan hormon, garam bukit, dan rempah. Tiada msg, perasa dan pengawet tambahan.", "Menggunakan ikan segar, tomato segar, garam bukit dan gula organik. Tiada msg dan pengawet tambahan.", "Jus buah-buahan asli perahan sejuk tanpa campuran air dan gula.", "Sekarang tidak perlu gusar lagi dengan makanan berproses di luar sana kerana anda boleh dapatkan makanan sihat dengan mudah dari Dapur Ezzah!", "Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:", "Produk makanan yang dihasilkan beliau adalah dari sumber sourdough (doh masam) dan bebas gluten untuk pilihan ibu bapa kini.", "Pembuatan roti dari sourdough dan biskut bebas gluten menggunakan bahan-bahan terpilih seperti tepung roti tanpa peluntur, susu segar, minyak zaitun, pure unsalted butter, gula tebu mentah organik, gula molasses, garam himalaya, telur ayam tanpa antibiotik atau dengan sillenium.", "Roti sourdough juga tidak menggunakan yis komersial di pasaran tetapi menggunakan yis yang dibiak sendiri dipanggil sourdough starter (kandungan tepung gandum tanpa pemutih dan air mineral).", "Menggunakan tepung-tepung yang tanpa gluten seperti tepung beras, tepung ubi, tepung jagung tanpa GMO dan tepung pulut.", "Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi mereka:", "Teringin makan kek yang mengiurkan di luar sana? Teringin makan biskut yang lazat yang dijual di pasaran? Jangan sedih. Puan Akmar menjual pelbagai kek dan biskut tanpa pengawet dan pewarna yang pasti SEDAP!", "Beliau mengeluarkan produk bebas gluten untuk yang alah pada gluten dan mengamalkan pemakanan yang sihat.", "Antara produk makanan yang dihasilkan ialah:", "Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:", "Puan Norasmidar merupakan pengasas kepada Ask-Me Homemade. Beliau merupakan surirumah sepenuh masa yang sangat komited dalam menghasilkan produk yang berasaskan sourdough ini.", "Bermula dengan membuat kek, biskut yang bebas gluten dan seterusnya roti sourdough buat keluarga dan rakan-rakan sahaja. Kini, beliau turut mengambil tempahan untuk penduduk di sekitar Kluang dan Johor Bahru.", "Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:", "Idea untuk menghasilkan produk yang bebas gluten ini adalah kerana pengalaman mempunyai anak yang menghidapi atopic ekzema. Masalah yang dihadapi bila anak tidak boleh mengambil makanan yang berunsurkan gandum. Jika tersalah makan, pasti ekzema anak semakin teruk.", "Bermulalah perjalanan beliau dalam mencari alternatif makanan tanpa gandum sebagai keperluan untuk amalan diet bebas gluten. Maka, terhasillah beberapa jenis biskut bebas gluten yang bukan sahaja sesuai untuk penghidap ekzema malah  boleh dimakan oleh semua golongan.", "Antara kelebihan biskut yang dihasilkan oleh Ummu Arif:", "Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:", "Menghasilkan campuran minuman cokelat yang sangat sedap dan pastinya sihat dan tidak mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan.", "Minuman adlie’s cocoa mix tidak menggunakan gula putih, krimer dan maltodextrine dalam penghasilannya.", "Hanya menggunakan serbuk koko, gula organic (organic raw cane sugar) dan gula merah (jaggery).", "Didatangkan khas dengan 3 perasa yang berbeza iaitu:", "Jika anda pengemar minuman cokelat, wajib cuba adlie’s cocoa mix ini. Pasti tidak menyesal!", "Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:", "8. Probiotic Food by Kak Nung", "Saya kagum dengan usaha wanita ini dalam menghasilkan sendiri minuman probiotik. Beliau bereksperimen dan mendapati sebenarnya kita boleh menghasilkan jeruk tanpa cuka (lebih mesra perut dan kaya probiotik).", "Kaedah jeruk tanpa cuka atau kaedah fermentasi lakto adalah merujuk pada kaedah penapaian secara semulajadi oleh kumpulan bakteria asid laktik. Bakteria ini biasanya ada pada bahan mentah dan kita hanya perlu medium yang sesuai untuk mengalakkan pertumbuhannya, yang mana dalam hal probiotik medium yang sesuai hanyalah air garam sahaja pada nisbah tertentu.", "Dengan kaedah fermentasi lakto, kita dapat menghasilkan jeruk betik muda, jambu batu, mangga muda, kedondong ataupun jeruk sayur dan cili jeruk.", "Selain itu, beliau juga menghasilkan kimchi sendiri. Olahan dibuat dengan menggunakan budu dan cencalok sebagai pengganti sos ikan. Bagi versi vegan pula menggunakan serbuk kombu sebagai pengganti budu atau cencalok.", "Sos cili probiotik pula dihasilkan dengan memproses cili dan bahan mentah lain. Kemudian, ditambah probiotic starter culture. Starter culture untuk sos cili biasanya adalah jus daripada jeruk tanpa cuka.", "Beliau juga telah menerbitkan buku “Buat Sendiri Probiotik Itu Mudah”. Buku ini ditulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya, dan langkah-langkah menghasilkan probiotik ada diterangkan dengan terperinci dalam buku ini.", "Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:", "Dapur Halia diasaskan oleh Puan Alia Ismail. Beliau menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya.", "Apa yang menariknya, makanan yang disediakan tidak menggunakan garam putih, gula putih, serbuk perasa serta ajinomoto.", "Bermula dari rumah, Puan Alia dan suami memang menggunakan garam bukit dan gula merah atau perang dalam masakan keluarga mereka.", "Jadi, apabila menjalankan perniagaan yang berasaskan makanan ini, secara tak langsung turut meneruskan amalan ini. Usaha Puan Alia dalam memastikan juadah yang dihasilkan itu tidak memudaratkan pelanggan memang patut dipuji. Terbaik!", "Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:", "Jika anda terjah laman facebook Puan Mariam, anda pasti rambang mata melihat koleksi produk makanan sihat yang dijual. Sangat banyak!", "Jom kita lihat antara produk yang ada:", "Banyakkan? Apalagi jom cuci mata di facebook Puan Mariam. 😊", "Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:", "Siapa yang tidak pernah tinggal sos cili atau sos tomato untuk mencicah? Tidak kira apa pun, keropok lekor, cekodok, kentang goreng dan lain-lain. Memang sedapkan bila makanan seperti ini dimakan dengan sos.", "Namun, berapa ramai pula yang dah lama tidak menyentuh sos-sos yang dijual dipasaran kerana sedar akan kandungannya? Ya, pasti ramai! Jangan risau, segala kekhuatiran itu boleh dihilangkan dengan adanya produk sos yang dihasilkan oleh Kak Pija.", "Dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan segar dan semulajadi. Tiada sebarang pengawet. Hanya menggunakan cuka buah, air limau, garam bukit dan jaggery sebagai ejen pengawet.", "Selain itu, Puan Hafizah juga turut menghasilkan homemade yogurt yang diproses sendiri olehnya dan suami. Susu segar diperah sendiri di ladang mereka demi memastikan keaslian dan kesegarannya. Memang terbaik!.", "Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi mereka:", "Sebenarnya, ramai lagi usahawan yang gigih dalam menghasilkan produk makanan sihat terutamanya berasaskan sourdough dan bebas gluten ini. Anda boleh ikuti mereka di laman facebook masing-masing:", "Jom kita berubah untuk memilih makanan yang lebih sihat untuk diri dan keluarga. Dalam Islam juga menekankan konsep halalan toyyiban Bukan setakat perlu mencari yang halal tetapi makanan yang baik." ]
https://bidadari.my/doa-abu-darda/
Rohani Doa Abu Darda (Amalan Dan Manfaat Yang Diperolehi) Oleh Aniuna
[ "Jom ketahui kisah doa Abu Darda serta manfaat doa Abu Darda yang terkenal.", "Nama beliau adalah Uwaimir bin Amir bin Malik bin Zaid bin Qais bin Umayyah bin Amir bin Adi bin Ka`b bin Khazraj bin al-Harits bin Khazraj. Ada yang berpendapat, namanya adalah Amir bin Malik, sedangkan Uwaimir adalah timangannya. Namun, orang ramai mengenalinya dengan nama Abu Darda kerana beliau memiliki seorang anak perempuan bernama Darda. Isterinya pula dikenali sebagai Ummu Darda.", "Beliau termasuk dalam kalangan sahabat yang akhir masuk Islam. Namun, beliau juga termasuk dalam kalangan sahabat yang tinggi keislamannya. Beliau seorang faqih, pandai dan bijaksana. Nabi saw mengatakan, “Uwaimir adalah hakimul ummah (seorang yang sangat bijaksana).” (Rujuk Usudul ghabah 5/97)", "Rasulullah saw telah mempersaudarakan Abu Darda dengan Salman al-Farisi ra.", "Abu Juhaifah Wahb bin Abdillah ra berkata, “Nabi saw mempersaudarakan Salman al-Farisi dan Abu Darda ra.”", "Setelah itu Salman ra mengunjungi Abu Darda ra. Dia melihat Ummu Darda ra memakai pakaian kerja dan tidak mengenakan pakaian yang bagus. Salman ra bertanya kepadanya, “Wahai Ummu Darda, kenapa engkau berpakaian seperti itu?” Ummu Darda ra menjawab, “Saudaramu Abu Darda ra sedikit pun tidak memberi perhatian terhadap isterinya. Di siang hari dia berpuasa dan di malam hari dia selalu solat malam.”", "Lantas datanglah Abu Darda ra dan menghidangkan makanan kepadanya seraya berkata, “Makanlah (wahai saudaraku), sesungguhnya aku sedang berpuasa.” Salman ra menjawab, “Aku tidak akan makan hingga engkau makan.” Lantas Abu Darda ra pun ikut makan.", "Tatkala malam telah tiba, Abu Darda ra pergi untuk mengerjakan solat. Akan tetapi, Salman ra mengatakan, “Tidurlah.” Dan dia pun tidur. Tak lama kemudian dia bangun lagi dan hendak solat, dan Salman ra berkata lagi kepadanya, “Tidurlah.” Dia pun tidur lagi.", "Ketika malam sudah lewat Salman ra berkata kepada Abu Darda ra, “Wahai Abu Darda, sekarang bangunlah.” Maka keduanya pun mengerjakan solat.", "Setelah selesai solat, Salman ra berkata kepada Abu Darda ra, “Wahai Abu Darda, sesungguhnya Rabbmu mempunyai hak atas dirimu, badanmu mempunyai hak atas dirimu dan keluargamu (isterimu) juga mempunyai hak atas dirimu. Maka, tunaikanlah hak mereka.”", "Selepas itu, Abu Darda ra mendatangi Rasulullah sawdan menceritakan kejadian tersebut kepadanya.", "Nabi saw menjawab, “Salman benar.” (HR Bukhari)", "Abu Darda RA Seorang Pedagang Yang Hartawan", "Sebelum memeluk Islam, Abu Darda ra adalah seorang pedagang yang hartawan. Malah, sebelum memeluk Islam, beliau menghabiskan sebahagian daripada umurnya hanya untuk aktiviti perniagaan sahaja.", "Namun, setelah hidayah Allah swt sampai kepadanya dan beliau memeluk Islam, beliau sedar bahawa harta bukanlah segala-galanya. Beliau menyatakan, “Aku tidak mengharamkan jual beli. Namun, secara peribadi, aku lebih menyukai diriku termasuk dalam golongan orang yang mana perniagaan dan jual beli itu tidak melalaikannya dari zikir kepada Allah.”", "Abu Darda sangat terkesan dengan ayat-ayat al-Quran yang membantah “Orang yang mengumpul-ngumpulkan harta dan menghitung-hitungnya.” (Surah al-Humazah, Ayat 2-3). Ia juga sangat terkesan dengan sabda Rasulullah saw, “Yang sedikit tetapi mencukupi adalah lebih baik, daripada yang banyak namun merugikan.”", "Oleh sebab itulah, beliau kerap menangisi mereka yang lalai dengan kekayaan. Sehinggakan beliau berkata, “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari hati yang bercabang-cabang.” Orang lain bertanya, “Apakah yang dimaksud dengan hati yang bercabang-cabang itu?” Abu Darda ra menjawab, “Memiliki harta benda di setiap lembah!”", "Bagi Abu Darda ra, harta hanyalah alat bagi kehidupan, tidak lebih daripada itu. Manusia harus berusaha untuk mencari rezeki yang halal dengan bersederhana. “Jangan kau makan, kecuali yang baik. Jangan kau usahakan kecuali yang baik. Dan jangan kau masukkan ke rumahmu, kecuali yang baik!” ujarnya.", "Di Antara Pesanan Abu Darda RA", "Abu Darda adalah seorang ahli hikmah yang besar pada zamannya. Banyak kata-katanya yang mengandungi nasihat yang berguna untuk kita semua. Antaranya:", "Beliau mengatakan, “Seandainya kalian mengetahui apa yang akan kalian lihat setelah kematian, pasti kalian tidak akan berselera untuk makan, minum, dan berteduh di dalam rumah. Kalian akan keluar menuju tempat-tempat yang tinggi dan memukul-mukul dada kalian serta menangisi diri sendiri. Sungguh, aku lebih senang menjadi sebatang pohon yang dikunyah kemudian ditelan. (Az-Zuhd, Imam Ahmad/ Ash-Shahabah)", "Abu Darda ra juga mengatakan, “Siapa yang banyak mengingat kematian, maka ia akan sedikit gembira dan jarang berbuat hasad.”", "#2 3 Perkara Yang Membuatnya Ketawa dan Menangis", "Abu Darda ra berkata, “Ada 3 hal yang membuatku ketawa dan 3 hal yang membuatku menagis.", "3 hal yang membuatku tertawa iaitu:", "Pertama: Orang yang cita-citanya adalah duniawi, padahal kematian selalu mengintainya;", "Kedua: Orang yang lalai dari kematian, padahal kematian tidak pernah lalai kepadanya; dan", "Ketiga: Orang yang berlalu banyak tertawa, ia tidak tahu apakah Allah Azza wa Jalla murka atau redha kepadanya.", "Adapun 3 hal yang membuatku menangis adalah:", "Ketiga: Keadaanku di hadapan Allah Azza wa Jalla, apakah akan dimasukkan ke syurga atau neraka.”", "“Mahukah kamu sekalian, aku khabarkan amalan-amalan yang terbaik di sisi Allah dan paling meninggikan darjat kalian? Lebih baik dari memerangi musuh dengan menghentam batang leher mereka, lalu mereka pun menebas batang lehermu, dan malah lebih baik dari emas dan perak?”", "Para pendengarnya lalu bertanya, “Apakah itu wahai, Abu Darda’?”", "Doa Abu Darda ra amat terkenal dan sering diajar untuk diamalkan agar ia menjadi pelindung diri, keluarga dan harta daripada mala petaka. Malah kisah doa Abu Darda ra juga diceritakan di dalam Risalah Ayat Manzil yang dijual di kedai-kedai buku dipasaran. Kisahnya adalah:", "Talha ra meriwayatkan: “Seorang telah datang kepada Abu Darda ra dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar.", "Abu Darda ra menjawab: “Tidak, rumah saya tidak terbakar”. Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda ra memberi jawapan yang sama.", "Pada kali ke-empat, seorang datang dan memberitahu Abu Darda ra, “Wahai Abu Darda! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam”.", "Abu Darda ra menjawab: “Saya yakin bahawa Allah swt tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah saw telah mengajarkan saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh.", "Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”", "(Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi)", "Lafaz doa yang diamalkan oleh Abu Darda ra ialah:", "Maksudnya, Ya Allah! Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhan ‘Arasy Yang Maha Agung. Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa saja yang tidak dikehendakiNya pasti tidak akan terjadi.", "Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.", "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan sekalian yang melata, yang segala roh mereka dalam gengamanMu. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus (adil).", "Kritikan Terhadap Doa Abu Darda RA", "Kisah riwayat yang menceritakan tentang doa Abu Darda ini sebenarnya mendapat kritikan daripada para ulama kerana terdapat kecacatan pada orang yang menyampaikan kisah ini.", "Kisah ini direkod oleh ramai ulama dalam kitab-kitab mereka. Antaranya, Ibnus Sunni dalam kitab `Amal Yaum wal Lailah, Ath-Thabrani dalam kitab ad-Du’a, Al-Kharathi dalam kitab Makarimul Akhlak dan Al-Baihaqi dalam Kitab al-Asma’ was Sifat.", "Mereka merekodkan dari jalan Hudbah bin Khalid, dia berkata, “al-Aghlab bin Tamim pernah bercerita kepada kami dari al-Hajjaj bin Furafishoh, dari Thalqi.”", "Namun begitu, dalam buku-buku Ayat Manzil bahasa Melayu yang dicetak, disebut “Talha ra meriwayatkan…” sedangkan tidak ada sahabat Nabi saw yang bernama Talha. Yang ada cumalah, Thalhah bin Ubaidillah dan Thalqi bin Habib.", "Oleh itu, menurut Ustaz Syihabudin Ahmad, beliau berkeyakinan bahawa mereka mahu menyandarkan kepada Thalqi yang meriwayatkan kisah ini. Tetapi mungkin berlaku kesilapan dari segi tulisan atau percetakan. Kesilapan ini adalah biasa berlaku dalam dunia penerbitan.", "Kisah ini mempunyai kecacatan pada orang yang menyampaikannya iaitu al-Aghlab bin Tamim. Menurut Imam al-Bukhari dalam kitab At-Tarikh al-Kabir, “Aghlab bin Tamim dia ialah seorang yang Munkarul Hadis.” Bagi Imam al-Bukhari, Munkarul Hadis menunjukkan orang itu sangat lemah periwayatannya. Al-Bukhari menyandarkan Munkarul Hadis kepada orang yang tidak layak diambil riwayat daripadanya.", "Manakala menurut Ibnu Hibban dalam kitab Al-Majruhin, “Aghlab bin Tamim ialah seorang Munkarul Hadis. Dia menceritakan sesuatu dari orang yang sangat dipercayai sedangkan mereka tidak berkata demikian. Sehingga terkeluar dari batasan untuk berhujah dengan cerita itu kerana banyaknya kesalahannya.”", "Abu Darda ra merupakan sahabat Nabi saw yang sangat tinggi keislamannya. Malah, beliau juga merupakan ahli hikmah yang besar pada zamannya. Kata-katanya sentiasa terselit mutiara nasihat yang indah-indah agar kita sentiasa kembali kepada Islam dan mengingati Allah swt.", "Walaupun terdapat kekurangan dalam periwayatan kisah Doa Abu Darda, namun tidak menjadi kesalahan untuk kita beramal dengan doa ini. Ini kerana, ia tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Syaratnya, kita tidak boleh menyandarkan doa ini kepada Abu Darda apatah lagi kepada Rasulullah saw. Dan kita juga tidak boleh berkeyakinan dengan kelebihan doa ini.", "Kita bebas untuk berdoa dan memohon apa sahaja kepada Allah swt. Yang paling penting adalah kita berdoa dalam keadaan yakin bahawa doa kita akan terkabul. Seperti mana Nabi saw bersabda,", "ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ", "Maksudnya, “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.” (HR at-Tirmizi)", "Bagaimana dengan artikel berkenaan Doa Abu Darda yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?", "Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:" ]
https://bidadari.my/khasiat-buah-tin/
Kesihatan 6 Khasiat Buah Tin Yang Ramai Tidak Tahu Oleh Tasneem Haneem
[ "Buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica adalah dari keluarga mulberi yang banyak tumbuh dan mudah didapati di wilayah Asia Barat. Buah ini juga disebut ‘fig’ dalam bahasa Inggeris, atau lebih dikenali sebagai buah tin di negara kita.", "Nama buah tin juga ada disebut dalam al-Quran menerusi surah at-Tin, yang berbunyi;", "“Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun.”", "Ada pelbagai tafsir mengenai ayat ini, termasuklah khasiat dan kebaikannya kepada kesihatan. Kemanisan buah tin dan kelembutannya seringkali digunakan sebagai pengganti gula. Buah tin yang telah diproses dijadikan pai, puding, kek, jem, jeli, jeruk, dan pelbagai lagi.", "Selain mudah hidup dan senang dijaga, buah tin yang dikeringkan banyak ditemui di merata tempat sepanjang tahun.", "1001 Khasiat Buah Tin Yang Istimewa", "Buah tin adalah antara buah sunnah yang sangat sesuai untuk dijadikan amalan serta  makanan seharian. Kebaikan dan khasiat buah ini terbukti dengan pelbagai kajian yang dilakukan ke atasnya.", "Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai buah tin ini. Kelebihan khasiat buah tin ini adalah berdasarkan laporan kajian lepas yang telah banyak diterbitkan secara saintifik.", "Penyelidik dari Argentina pada tahun 2014 mengulas mengenai pengambilan buah tin yang digalakkan dalam bentuk buah yang sudah masak ranum yang mengandungi banyak nutrien. Malah, kulit buah tin dilaporkan mengandungi sumber antioksidan yang paling banyak.", "Sementara itu, para penyelidik dari Fakulti Farmasi, UKM, pada tahun 2013 mengulas bahawa buah tin sudah lama diamalkan dalam petua pemakanan masyarakat seluruh dunia untuk merawat masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, diarrhea, masalah pernafasan, keradangan dan penyakit berkaitan kardiovaskular.", "1. Kandungan nutrien yang tinggi dan baik untuk tubuh", "Buah tin mempunyai banyak mineral, vitamin dan serat yang biasa ditemui dalam buah-buahan lain. Ia juga mempunyai vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin.", "Buah tin yang dikeringkan juga didapati masih mengekalkan nutrien yang mengandungi serat serta sebatian antioksidan yang tinggi dalam bentuk polifenol, masing-masing sebanyak 1230 dan 360 mg/100 gram.", "2. Tinggi kandungan serat baik untuk penghadaman", "Terdapat 5 gram serat dalam setiap 3 hidangan buah tin. Ketinggian kandungan seratnya membantu terutama pada bahagian usus iaitu mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit.", "Kandungan serat ini juga membantu mengurangkan berat badan.", "Justeru, ia selalu dicadangkan kepada mereka yang mengalami obesiti. Namun, awas kandungan kalorinya yang tinggi jika dimakan dengan terlalu banyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan terutama sekiranya dimakan bersama susu.", "Buah tin mengandungi pektin, iaitu sejenis serat boleh larut. Ia membantu mengurangkan tahap kolesterol berlebihan dari dalam badan.", "Berdasarkan analisis makmal, buah tin didapati mengandungi 0% kolesterol dan sodium yang ternyata tidak akan menyebabkan pertambahan kolesterol sekiranya dimakan.", "Buah tin yang dikeringkan mengandungi phenol, omega 3, dan omega 6. Asid-asid lemak ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung.", "Kandungan potassium yang tinggi dan sodium yang rendah dalam buah tin merupakan pertahanan terbaik untuk kesan hipertensi. Jadi, ia bagus untuk mengawal tekanan darah individu yang memakannya.", "5. Petua alternatif masalah seksual atau kesuburan", "Masyarakat India menggunakan buah tin sebagai salap bagi penyakit kelamin. Sejak beratus tahun lamanya, buah tin digunakan untuk mengubati atau mengurangkan masalah disfungi seksual.", "Mitos dan budaya menerimanya sebagai makanan tambahan untuk kesuburan. Ini mungkin disebabkan oleh vitamin dan mineral di dalamnya yang menggalakkan tenaga dan stamina.", "Kajian penyelidik UKM turut menjumpai kesan aktiviti antimikrob buah tin khususnya dalam melawan pertumbuhan bakteri dalam mulut.", "Menariknya, getah pada pokok buah tin juga berperanan sebagai agen antibakteria dan antikulat yang sangat baik.", "Tidak hairanlah, petua orang zaman dahulu ada menggunakan getah pokok tin yang disapu pada ketuat mahupun kulit bagi mengurangkan kegatalan. Pes buah tin juga disapu pada permukaan kulit yang merah atau kesakitan bagi memberikan kelegaan.", "Seperti makanan lain yang jika dimakan secara berlebihan akan memberikan kesan buruk kepada tubuh, begitu juga dengan buah tin; ada beberapa keburukannya jika diambil berlebihan, iaitu;", "Oleh itu, kenalah pada tempatnya dengan gelaran buah tin ini sebagai ‘buah syurga’, lantaran banyak keistimewaan yang terkandung dalamnya yang masih ramai belum ketahui. Walaupun kecil tetapi khasiatnya melimpah ruah.", "Kajian berterusan juga terus giat dijalankan bagi merungkai keistimewaan buah tin ini.", "Jadi, ayuhlah kita sama-sama menjadikan buah ini sebagai satu lagi makanan harian yang menyihatkan tubuh badan kita seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Selamat mencuba!", "Artikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof." ]
https://bidadari.my/sihir-pemisah/
Keluarga Sihir Pemisah : Pemutus Hubungan Paling Kejam (Awasi Pasangan Sebelum Terlambat) Oleh Siti Awadah
[ "Anda pernah dengan tentang sihir pemisah? Jika belum, anda patut tahu yang sihir pemisah ini tidak nampak dengan mata kasar. Akibatnya pulasangat dasyat dan menakutkan. Tugas utama sihir pemisah ini adalah untuk menamatkan perhubungan untuk pasangan yang sedang bercinta, bertunang mahupun telah berkahwin. ", "Sihir pemisah (sihir tafriq) turut dipanggil sebagai sihir pelalau penghalang jodoh. Sihir ini turut berupaya untuk mencetuskan pergaduhan antara ahli keluarga. Sihir ini biasanya dihantar oleh seseorang yang berniat jahat dan punya tujuan sendiri yang tidak elok. ", "Inilah Fasa Yang Akan Berlaku Akibat Sihir Pemisah Yang Kejam", "Sihir pemisah yang dialami akan menyebabkan berlakunya keretakan pada rumahtangga dari secara berperingkat. Jika sihir pemisah ini dihantar pada si isteri maka si isteri akan mula menunjukkan perubahan sikap terhadap suaminya dan jika sihir pemisah ditujukan kepada sang suami maka sang suami ini akan berubah sikap terhadap si isteri.", "Fasa berlakunya perubahan tatkala dihantar dengan sihir pemisah adalah seperti yang berikut:", "Kenali Tanda-Tanda Awal Sekiranya Terkena Sihir Pemisah ", "1. Kerap sakit pada bahagian belakang, bahu, tengkuk dan urat belikat 2. Kerap berasa sesak nafas, sakit dada dan ulu hati3. Selalu berasa resah gelisah dan berdebar tanpa sebab terutama dari waktu Asar ke atas4. Sering berasa sakit kepala yang tidak mahu hilang walau makan ubat 5. Kerap kembung perut sedawa angin6. Kerap rasa berdenyut pada bahagian ari-ari bagi wanita7. Kitaran haid menjadi tidak normal dan tidak teratur8. Lambat mendapat zuriat9. Mudah menjadi rimas dan mudah marah bila berdepan suami/isteri10. Sering bergaduh besar walaupun untuk punca perkara yang kecil11. Ketika marah seringkali meminta cerai12. Tidak suka tidur bersama13. Nafsu terhadap suami/Isteri sudah hilang14. Tercium bau badan busuk hanyir ,nafas berbau pada tubuh suami/isteri15. Lebih suka bersendirian di dalam bilik16. Tidak suka tempat yang bising17. Sukar tidur malam18. Kerap mimpi sedang menyusu dan bermain dengan bayi19. Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa yang lain20. Kerap mimpi pasangan sendiri berlaku curang21. Perasaan curiga dan cemburu buta menjadi semakin kuat22. Sering bermimpi tempat kotor dan busuk23. Kerap terbau kemenyan ,colok dan setanggi24. Bila berjauhan dengan pasangan, perasan rindu dan sayang menjadi sangat menebal 25. Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali26. Menjadi resah gelisah tatkala terdengar azan dan ayat suci Al-Quran27. Selalu bermimpi sedang bersetubuh dengan orang lain", "Rawatan Islam Boleh Bantu Selamatkan Pasangan Yang Disihir", "Jika diri sendiri mahupun pasangan menunjukkan sebarang tanda-tanda di atas, anda perlu segera bertindak dengan mendapatkan rawatan cara Islam. Anda boleh mengunjungi mana-mana pusat rawatan Islam yang berhampiran mahupun ustaz/ustazah yang boleh dipercayai untuk bantuan. InshaAllah, sihir pemisah ini dapat di rawat dengan izin Allah SWT.", "Amalkan Baca Ayat Kursi Untuk Hindari Sihir", "Cara paling terbaik untuk hindari sihir adalah dengan mengamalkan bacaan ayat Kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan sebelum tidur. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dengan bermaksud:", "“Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” – (Hadis Riwayat Bukhari 2311) ", "Sihir Itu Syirik! Besar Dosanya Disisi Allah Taala", "Sesungguhnya sihir itu adalah syirik! Bagi yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan dalam usaha untuk menyihir seseorang, Allah SWT pasti tidak akan melepaskannya. Dosa memutuskan hubungan orang lain ternyata sangat besar dan perkara sebegini bukannya satu perkara ringan yang boleh dibuat permainan. Semoga sihir pemisah ini dijauhkan dari kita dan semoga si pengamal sihir ini akan kembali semula ke pangkal jalan. Ameen.", "Sumber : Pusat Perubatan Islam Al Mujahidin" ]
https://bidadari.my/cara-berkenalan-mengikut-islam/
Keluarga Cara Berkenalan Mengikut Islam Oleh Tasneem Haneem
[ "“Ehem-ehem, awak ni saya tengok ayu la, sopan lak tu, dah lama saya perhatikan awak sebenarnya, bukan tidak menjaga pandangan, maksud saya memperhatikan kesopanan dan kebaikan awak, saya sebenarnya ingin berkenalan dengan awak boleh tak?”", "Ya! Kata-katanya amat manis, baik rupanya tanpa kumis, indah akhlaknya selalu puasa isnin dan khamis, tapi awas hatinya sedang mengemis ! mengemis dengan niat seakan gerimis tanpa henti, bacalah kataku yang sinis ini.", "Wahai adik berhati-hatilah kamu dengan cinta manusia, indah luaran tapi dalaman tumbuhnya sarang syaitan. Bak kata orang-orang tua, ikut hati mati. Kata saya, ikut nafsu tubuh lesu, ikut akal tidak waras kena penyakit SARS, ikut hati nanti ada HIV, tibi pun boleh.", "Tidak salah untuk mengenal cinta, tetapi betulkah cara kamu? Sekadar suka-suka? Itu berpoya-poya, atau itu cinta pandang pertama? Kenapa bukan cinta pandang berkali-kali? Oh tidak ! dimanakah terletaknya nilai malu seorang muslim?", "Selalunya manusia akan hanyut dengan cinta yang bertakhta di dalam hati mereka, katanya cinta itu buta sebab itulah tidak dapat melihat dimanakah salahnya sehingga melanggar batas-batas yang telah disyariatkan. Katanya juga cinta itu memabukkan, sebab itulah mereka tidak mampu untuk memilih jalan yang lurus, jalan bengkok banyak selekoh juga yang dipilihnya.", "“Dan pohonkanlah keampunan daripada Allah. Sesugguhnya Allah Maha Penyayang.” (Al-Nisa’,106)", "Islam mengajarkan kita supaya bertaaruf iaitu secara mudahnya saling kenal mengenali antara satu sama lain dan masih berada didalam batas syariat Allah dan ini lebih baik serta memelihara maruah seseorang.", "“Adapun orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh dengannya (agamaNya), maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat dan kurniaan dariNya (syurga) dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus yang menuju kepadaNya.” (Al-Nisa’,175)", "Pergaulan tanpa batas perlu dibendung untuk mengelakkan daripada virusnya menjadi wabak yang merbahaya. Sesungguhnya mencegah itu jauh lebih baik daripada mengubati. Pada zaman sekarang perkara ini menjadi lebih senang dengan adanya rangkaian sosial yang boleh menghubungkan sesiapa sahaja tanpa jurang dan ini lebih mendedahkan manusia khususnya remaja untuk terjerat dengan pergaulan maya dimana pengaruhnya lebih besar jika dilihat dari segi kesannya.", "Bila sudah sama kenal sudah pasti mengetahui nombor telefon untuk bertanya khabar kemudian keluar jalan-jalan berdua-duan, syaitan pun mengilai-ngilai.", "Kalau nasi menjadi bubur ok lagi tetapi jangan sampai bubur tu jadi basi, nanti makan, penyakit lain pula yang datang. Bukan sekadar kiasan  kalau boleh jadikanlah sebagai panduan berzaman. Sebelum ingin melanjutkan perasaan cinta, taarufla dahulu, tiada ruginya, bila cinta sudah mula untuk berbuah eloklah jika masuk meminang sebelum di kebas orang." ]
https://bidadari.my/resepi-karipap-sukatan-cawan/
Resepi Resepi Karipap Kentang Mudah Sukatan Cawan (Rangup dan Gebu) Oleh Rahayu Z
[ "Karipap panas! Karipap panas! Siapa suka makan karipap sila munculkan diri anda.", "Cara membuat karipap ini sebenarnya mudah. Hanya menggunakan tepung, air dan minyak boleh menghasilkan karipap yang rangup.", "Namunnya, ramai orang terkendala pasal sukatan semasa ingin membuat karipap. Tidak semua orang punya alat penimbang bahan dalam gram. Justeru, timbang dengan sukatan cawan mestilah lebih mudah bukan?", "Maka, kami hadirkan resepi karipap sukatan cawan yang memudahkan anda menghasilkan karipap rangup dan garing lagi sedap. Resepi dikreditkan kepada Reen‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.", "Jom cuba resepi karipap kentang mudah ini.", "Selain resepi karipap sukatan cawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-ikan-masak-portugis-lazat-dan-menyelerakan/
Resepi Resepi Ikan Masak Portugis (Lazat dan Menyelerakan) Oleh Nur Dini Abd Aziz
[ "Hari ini kita akan berkongsi resepi ikan masak Portugis. Resepi ini sangat mudah untuk anda cuba di rumah dan cara untuk menyediakannya juga tidaklah begitu rumit. ", "Anda boleh menggunakan samada ikan pari, kembung atau cencaru. Pilihan ikan bolehlah mengikut selera para pembaca di rumah. Pastinya resipi ini dapat menambah selera anda sekeluarga. Resepi ini sangat sesuai untuk dihidangkan tidak kira untuk makan tengah hari ataupun makan malam sekalipun.", " Jika dihidangkan lauk ini bersama nasi putih sahaja pun sudah memadai apatah lagi jika dihidangkan bersama lauk pauk yang lain. Jadi mari kita lihat bagaimana cara untuk menyediakan resipi ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh LyNs Han dan telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif di Facebook", "Resepi – resepi lain yang menarik: ", "Selain daripada resepi ini, pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang! " ]
https://bidadari.my/peperangan-dalam-islam/
Rohani 5 Peperangan Terbesar Dalam Islam : Niat Demi Dakwah Bukan Untuk Menghancurkan Oleh Siti Awadah
[ "ISLAM maksudnya adalah kedamaian. Islam is peace. Dan berlakunya peperangan di dalam Islam bukanlah bererti ianya untuk sengaja membunuh pihak lawan tetapi tidak lain dan tidak bukan hanyalah demi untuk mempertahankan kedudukan dan kesucian agama Islam itu sendiri.", "Umat Islam nekad berperang kerana iman dan hingga kini sejarah telah berjaya menjadi saksi di mana tidak ada satu kaum mahupun daerah yang hancur dimusnahkan oleh tentera Muslimin pada zaman pimpinan Rasulullah SAW. ", "Strategi Nabi Muhammad SAW dalam peperangan lebih kepada tujuan dakwah iaitu menawan dan mengislamkan kaum Musyrikin, bukan dengan niat lain seperti menjajah tanah mereka. ", "5 Peperangan Besar Dalam Islam : Bukti Jihad Berani Mati Demi Agama", "Perang Badar adalah pertempuran besar pertama antara umat Islam dalam melawan musuh-musuhnya. Pada saat itu, kaum muslimin yang berjumlah hanyalah seramai 313 orang dengan beraninya telah bertempur melawan pasukan Quraisy dari Mekkah yang berjumlah 1000 orang. ", "Perang ini terjadi pada tahun 624 M atau lebih tepat lagi pada 17 Ramadhan 2H. Setelah bertempur habis-habisan sekitar dua jam, pasukan Muslim menghancurkan barisan pertahanan pasukan Quraisy dengan penuh kehebatan walaupun ketika itu para tentera Islam sedang berpuasa.", "Perang Uhud adalah pertempuran yang terjadi antara kaum muslimin dan kaum kafir Quraisy pada 22 Mac 625 M yang bersamaan dengan 7 Syawal 3 H. Tarikh perbezaan perang Badar dengan perang Uhud adalah setahun seminggu yakni seminggu selepas menyambut Aidilfitri di tahun yang berikutnya. ", "Untuk perang Uhud, jumlah tentara Islam adalah seramai 700 orang yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri. Perang ini menyaksikan pertumpahan darah dengan antara tentara Islam melawan tentara kafir seramai 3000 orang yang dipimpin oleh Abu Sufyan. Disebut Perang Uhud karena terjadi di dekat bukit Uhud yang tidak jauh dari kawasan Masjid Nabawi. ", "Perang Uhud hampir menyaksikan tentera Islam kecundang namun akhirnya di bantu dengan pertolongan Allah SWT. Di dalam perang ini, bapa saudara Nabi yang bernama Hamzah telah terbunuh. ", "Pertempuran Mu’tah adalah perang antara kaum muslimin yang menentang kaum Romawi. Perang ini terjadi pada 629 M atau 5 Jamadil Awal 8 Hijriah. Lokasinya berhampiran dengan sebuah perkampungan yang bernama Mu’tah terletak di sebelah timur Sungai Yordan dan Al Karak. Perang Mu’tah ini merupakan pendahuluan untuk menakluk negeri-negeri Nasrani. ", "Perang ini tercetus apabila utusan Rasulullah SAW bernama al-Harits bin Umair yang diperintahkan menyampaikan surat kepada pemimpin Bashra telah dibunuh. Saat itu, Al-Harits telah ditangkap dan dipenggal lehernya oleh Syurahbil bin Amr yang juga merupakan seorang gabenor wilayah Balqa di Syam. ", "Akibatnya Rasulullah SAW sangat berdukacita sehingga mempersiapkan pasukan tentera Islam seramai 3000 orang. Inilah pasukan Islam terbesar pada waktu itu.", "Perang Khandaq terjadi pada bulan Syawal tahun 5 Hijriah bersamaan tahun 627 Masehi. Perang ini terjadi setelah dua puluh pimpinan Yahudi bani Nadhir datang ke Makkah untuk melakukan provokasi agar kaum kafir bersatu untuk menghapuskan seluruh kaum muslimin yang ada. ", "Mereka juga turut menemui kabilah-kabilah Arab di sekitar Mekah untuk misi yang sama. Akhirnya kata sepakat di capai dan bermulalah aktiviti untuk menghabiskan seluruh kaum muslimin di Madinah hingga ke akar umbi.", "Jumlah keseluruhan pihak musuh dianggarkan seramai 10,000 orang dan jumlah ini saat itu melebihi seluruh jumlah penduduk Islam di Madinah. Berkat idea bernas dari Salman al-Farisi, kaum muslimin menggunakan strategi penggalian parit untuk menghalang dari tibanya pihak musuh ke dalam wilayah Madinah. Pihak musuh mengepung Madinah bermula pada 31 Mac 627 H dan berakhir dalam masa 27 hari kemudian. ", "Perang Tabuk ini bermula dari sebuah ekspedisi yang dilakukan oleh umat Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad SAW pada 630 M atau 9 H ke Tabuk. Lokasi Tabuk ini adalah sebuah kawasan padang pasir dan pada ketika itu cuaca adalah sangat panas terik. ", "Sebab boleh berlakunya Perang Tabuk ini berpunca dari Empayar Rom yang selalu mencapai kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom ketika itu ingin sekali untuk meluaskan pengaruhnya sehingga ke bumi Arab. ", "Tambahan pula ketika itu kerajaan Rom ada mendapat berita tentang sebuah kerajaan baru yang bernama Islam sedang giat berkembang di tanah Arab. Pihak Rom ingin sekali menyerang wilayah-wilayah yang telah dikuasai oleh Nabi Muhammad SAW pada ketika itu. ", "Rasulullah mendapat berita mengenai perkara tersebut namun kaum Islam sama sekali tidak berminat untuk berperang dengan kerajaan Rom kerana umat Islam ingin terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni di bawah pemerintahan Rasulullah. ", "Walaubagaimanapun kaum Muslimin tetap juga bersiap sedia demi menghadapi apa-apa kemungkinan. Akhirnya, Nabi Muhammad SAW berhasil membentuk sepasukan tentera Islam seramai 30,000 orang. Inilah jumlah pasukan terbanyak yang pernah dimiliki umat Islam. ", "Setelah pasukan Islam tiba di Tabuk, umat Islam tidak menemukan pasukan tentera Rom mahupun sekutunya. Menurut sumber yang ada, pihak musuh telah beralih ke utara setelah mendengar kedatangan tentera Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. ", "Sebaliknya para pemimpin tempatan keluar dan minta berdamai. Alhamdulillah, tidak ada sebarang pertempuran darah yang berlaku dan pasukan Nabi Muhammad SAW terus kembali semula ke Madinah setelah 30 hari meninggalkannya. ", "Islam Adalah Agama Yang Cintakan Kedamaian Bukan Peperangan", "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengajar umatnya mengangkat senjata untuk sengaja membunuh orang lain jika tidak mahu menganut Islam. Sebaliknya pedang panji Islam hanya akan diangkat untuk berlawan dengan mereka-mereka yang dengan sengaja ingin menjatuhkan agama Islam yang dicintai ini. Peperangan juga demi untuk pertahankan hak ke atas sesuatu.", " Firman Allah SWT yang bermaksud: “Diizinkan berperang bagi orang yang diperangi disebabkan mereka dianiaya. Dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk menolong. Iaitu mereka yang diusir dari rumah mereka tanpa alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.” (Al-Hajj: 39-40) " ]
https://bidadari.my/resepi-lempeng/
Resepi Resepi Lempeng Viral Mak Boleh Cuba (Lembut Gebu) Oleh Rahayu Z
[ "Jom cuba resepi lempeng viral ini. Sesuai untuk dijadikan menu makanan petang-petang.", "Lempeng diperbuat daripada tepung yang dicampur dengan telur, sedikit mauripan, gula, garam dan sedikit air. Doh tidak boleh terlampau lembik ataupun keras supaya lempeng yang dihasilkan lembut dan kenyal.", "Memasaknya pula tidak boleh terlalu lama, nanti hangit. Lempeng sedap dimakan macam itu sahaja atau dengan sambal tumis ataupun dengan susu pekat manis. Lempeng ini banyak dijual dimana-mana kedai di pasar malam. Namun lempeng viral dengan resepi yang terbaik hanya ada di perkongsian resepi kali ini!", "Dalam pencarian kami untuk resepi lempeng, Kaseh Sery‎ telah kongsikan resepi lempeng yang menjadi agak viral di laman Facebook. Resepi ini bahkan memperolehi perkongsian hingga lima ribu lebih setakat artikel ini ditulis.", "Tidak perlu pergi ke pasar malam. Boleh makan puas-puas dengan rasa yang sesuai tekak. Sebaiknya anda buat sendiri di rumah. Lebih nikmat, lazat dan berbaloi tentunya.", "Kami yakin anda pasti tidak sabar untuk mencuba resepi ini. Kami yang menulis dan melihat gambar pun boleh terjadi terliur. Bentuk lempeng yang gebu dan menarik.", "Selain resepi lempeng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/petua-muka-berseri/
Petua Tips 4 Petua Muka Berseri yang Boleh Dicuba Oleh Zuraidah Muhidden
[ "Pasti anda semua nak tahu petua untuk dapatkan muka berseri. Wajah yang berseri-seri pastinya menggambarkan kehidupan yang positif dan bahagia. Nak tahu apa petuanya? Jom baca.", "Untuk dapatkan muka yang berseri terdapat beberapa perkara yang kita perlu lakukan. Antaranya ialah amalan ibadat, pemakanan, rutin wajah dan gaya hidup.", "Muka yang berseri bukan bermaksud wajah yang bersih tanpa cela semata-mata. Ketenangan mental dan jiwa juga boleh tergambar pada wajah. Orang yang sentiasa ada masalah, hati tidak tenteram akan terpamer pada wajah mereka.", "Manakala, orang yang bersyukur, gembira dan sentiasa positif pula sebaliknya. Wajah mereka akan sentiasa sejuk mata memandang dan selesa didampingi. Anda tergolong yang mana satu?", "Dalam artikel ini, penulis akan mengupas topik tentang petua muka berseri yang boleh dicuba. Diharapkan ia dapat dijadikan panduan untuk para pembaca yang disayangi.", "Bagi orang Islam, kita wajib mentaati syariat yang telah ditetapkan. Antaranya ialah solat 5 waktu, berpuasa berpuasa, membayar zakat dan sebagainya. Malahan, kita digalakkan melakukan perkara-perkara yang disukai Allah seperti membaca al-Quran, bersedekah dan banyak lagi.", "Orang yang rajin membaca al-Quran akan mendapat rahmat-Nya. Begitu juga mengisi masa dengan bacaan zikir memuji Allah dan Rasulullah. Kita juga digalakkan untuk berwuduk sebelum tidur.", "Apabila kita taat pada suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya, tentunya kita akan mendapat keberkatan-Nya. Secara tidak langsung, kehidupan kita juga akan lebih tenang dan bahagia.", "Orang yang sering melupakan Allah mudah terjerumus ke jalan yang salah. Apabila selalu melupakan nikmat yang diberikan, kita akan menjadi orang yang tidak bersyukur. Wajah juga akan nampak keruh dan sentiasa tidak ceria.", "Aspek pemakanan juga amat penting untuk mendapatkan wajah yang berseri. Apabila kita makan makanan yang berkhasiat dan seimbang, segala nutrien yang terserap akan memberi manfaat kepada tubuh badan.", "Lebihkan sayur-sayuran dalam diet harian. Pastikan anda mengambil sayur yang mencukupi ketika bersarapan, makan tengah hari dan makan malam. Sayur-sayuran yang baik ialah sawi, bayam, brokoli, tomato, bendi dan sebagainya.", "Lebih baik sayur-sayuran dimasak dengan cara ringkas tanpa menggunakan terlalu banyak minyak. Cara yang paling baik ialah dimakan mentah atau dicelur saja.", "Jangan lupa makan buah-buahan yang kaya dengan mineral dan vitamin. Kurangkan makanan berkanji, tinggi karbohidrat dan lemak. Cara masak yang paling baik ialah merebus, memanggang dan mengukus.", "Akhir sekali, jangan lupa minum air secukupnya setiap hari. Pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari bergantung pada berat dan jantina. Terapkan pengambilan makanan seimbang mengikut piramid makanan kepada anak-anak.", "Setiap wanita ada cara tersendiri melakukan rutin wajah. Ada yang menggunakan cara moden. Ada pula yang suka menggabungkan cara moden dengan tradisional. Walau apa saja cara yang dilakukan, pastikan tekniknya betul.", "Apabila kita mengambil berat soal penjagaan wajah, masalah kulit muka dapat dikurangkan. Pastinya kita hendak tampil yakin dan menawan di khalayak ramai. Kulit wajah yang cantik dan berseri dapat meningkatkan keyakinan kita itu.", "Di bawah ini akan dihuraikan rutin wajah secara moden dan tradisional.", "Rutin wajah secara moden bermaksud penggunaan produk wajah dan rawatan yang direka khas pada masa kini. Untuk mendapatkan kulit yang sihat, janganlah malas untuk melakukan rutin harian.", "Antaranya ialah mencuci wajah secara double cleansing, memakai toner, esen, serum, krim sunblock dan pelembap. Jangan lupa juga memakai mask dan skrub wajah seminggu 1 atau 2 kali.", "Sesekali, dapatkan rawatan kulit di pusat kecantikan. Biasanya di pusat kecantikan terdapat pakar kecantikan yang menggunakan peralatan canggih. Jika ada sebarang masalah kulit, anda boleh berbincang dengan mereka.", "Bagi yang suka petua-petua tradisional boleh mencuba beberapa tips kecantikan yang dikatakan sangat berkesan.", "Caranya ialah ambil sedikit lendiran atau gel daun aloe vera. Sapukan pada bahagian yang mempunyai parut dan bekas hitam. Sapu dengan kerap sehingga parut menjadi pudar.", "Apabila terlalu penat atau tidak cukup tidur, bawah mata akan nampak sembap dan gelap. Ia akan menjadikan wajah nampak lesu dan tidak berseri. Cara yang boleh dilakukan ialah ambil uncang teh yang telah digunakan, letakkan di bawah mata.", "Masalah kulit muka seperti jerawat, bintik hitam dan putih sememangnya mengganggu penampilan. Masalah ini berlaku apabila kotoran di wajah seperti sebum, peluh dan debu tidak dibersihkan dengan betul.", "Ini akan menyebabkan segala kotoran itu terperangkap di lubang pori-pori yang akhirnya menyebabkan keradangan. Keradangan itulah yang menyebabkan jerawat dan pelbagai masalah kulit.", "Cara untuk mengatasi masalah ini ialah menggunakan skrub daripada oats dan sedikit yogurt. Selepas digosokkan pada wajah, bilas bersih-bersih. Kemudian, gunakan air mawar sebagai toner untuk menyegarkan wajah.", "Kulit yang kering akan membuatkan wajah nampak kusam dan berumur. Cara berkesan bagi mengatasi masalah ini ialah ambil sedikit susu dan madu. Sapukan pada wajah sebagai masker seminggu sekali.", "Apabila meningkat usia, kulit wajah juga akan bertambah matang kerana kolagen pada kulit semakin berkurangan. Ini akan membuatkan garis-garis halus mula muncul di bahagian dahi, tepi mulut dan mata.", "Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan masker putih telur yang dicampurkan dengan sedikit jus tomato. Cuba petua ini seminggu sekali.", "Gaya hidup yang sihat dan aktif memainkan peranan yang penting bagi kesihatan tubuh dan juga kulit. Jika kita konsisten bersenam, peredaran darah ke kulit menjadi lancar. Ini mengakibatkan oksigen dan nutrisi dapat diserap ke dalam tubuh dengan baik.", "Selain itu, elakkan diri dengan persekitaran yang membawa aura negatif. Pilih kawan-kawan yang berkualiti. Jauhi stres dan kemurungan. Persekitaran yang sihat akan memberi kesan kepada mental kita.", "Setakat ini saja perkongsian penulis tentang petua muka berseri yang boleh anda semua cuba. Jangan ingat, cukup kita menjaga kecantikan wajah saja untuk mendapat wajah yang berseri-seri. Pelbagai faktor lain yang dinyatakan di atas juga memainkan peranan.", "Jangan lupa juga baca tentang petua kecantikan yang lain di kulit cantik semulajadi dan makanan yang baik untuk kulit di sini." ]
https://bidadari.my/resepi-congo-bar/
Resepi Resepi Congo Bar (Brownies Yang Memikat Hati) Oleh Rahayu Z
[ "Jika anda menyukai biskut coklat chips dan brownies maka sepatutnya anda mesti akan suka congo bar kerana ianya ialah kombinasi kedua-dua makanan ini.", "Congo bar ialah sejenis brownies coklat chip tanpa menggunakan coklat hitam. Sebaliknya, congo bar malah menggunakan vanila. Congo bar mempunyai rasa yang manis dan sedap yang tidak memuakkan. ", "Congo bar merupakan salah satu variasi daripada blondie, di mana untuk membuat brownies ini tidak menggunakan coklat hitam mahupun coklat putih sama sekali.", "Congo bar sedap dijadikan dessert untuk tetamu, mahupun untuk jamuan dalam mesyuarat dan jamuan acara lain. Di bawah ini kami kongsikan resepi congo bar yang mudah dan sedap, resepi daripada Kak Chik Dalila‎ di laman Facebook. Sila cuba resepinya.", "Selain resepi congo bar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/diy-aktiviti-anak/
Anak, Keluarga 5 Item Wajib Ada Di Rumah Untuk DIY Aktiviti Bersama Anak (Bonus Senarai Cadangan 40+ Aktiviti) Oleh Eyza Faizah
[ "Dunia kanak-kanak adalah bermain. Selain daripada membeli pelbagai jenis permainan untuk anak-anak, sesekali, ibu ayah boleh membuat sendiri (DIY) pelbagai jenis aktiviti untuk anak-anak di rumah. Dengan bermain dan beraktiviti bersama anak, ianya dapat membantu perkembangan mereka.", "Mari kita lihat 5 item yang sangat mudah didapati dengan harga mampu milik, yang boleh digunakan untuk mencipta keseronokan bersama anak-anak.", "Kumpul batang aiskrim selepas dimakan atau boleh dibeli terus batang asikrim biasa / berwarna-warni di pasaran.", "Berikut antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak dengan menggunakan batang aiskrim :-", "Bola pom pom yang dijual di pasaran terdiri daripada pelbagai saiz dan warna. Pastikan kita sentiasa memantau anak-anak ketika bermain dengan bola pom pom ini.", "Tekstur bola pom pom dapat merangsang deria penglihatan dan deria sentuhan anak-anak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan bola pom pom ini adalah :", "Riben yang pelbagai saiz, tekstur, corak dan berwarna-warna semestinya dapat menarik perhatian si manja untuk bermain dengannya, bukan?", "Berikut merupakan cadangan aktiviti yang menggunakan riben untuk bermain bersama si manja :-", "Bagi kanak-kanak, bukan mudah untuk mereka mula menggunakan sepit. Ianya memerlukan kekuatan ‘pincer grasp’ mereka untuk menggunakan sepit.", "Jom kita lihat aktiviti yang boleh dilakukan bagi melatih anak-anak menggunakan sepit :-", "Butang atau manik juga merupakan antara item yang pasti digemari si kecil untuk bermain dengannya kerana ia berwarna-warni serta mempunyai pelbagai saiz dan bentuk.", "Pemantauan ibu bapa adalah sangat penting ketika anak-anak bermain dengan butang dan manik ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan butang / manik adalah :", "Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak dengan menggunakan item-item ini, bukan? Pasti banyak lagi idea-idea menarik yang boleh diteroka mengikut kreativiti masing-masing dalam beraktiviti dengan menggunakan item-item tersebut.", "Aktiviti-aktiviti sebegini bukan sahaja dapat melatih daya tumpuan si kecil, meningkatkan kemahiran kognitif serta daya kreativiti anak, malah ianya dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka, serta menguatkan otot jari dan tangan anak-anak sebelum mereka mula belajar menulis.", "Percayalah, anak-anak akan berasa gembira dapat bermain sambil belajar melalui aktiviti-aktiviti sebegini dan kegembiraan mereka pasti berganda apabila kita meluangkan masa untuk bermain bersama mereka." ]
https://bidadari.my/tuntutan-nafkah-anak/
Keluarga Tuntutan Nafkah Anak: Hukum Dan Panduan Oleh zulrina
[ "Biarpun sudah bercerai, tanggungjawab bapa terhadap nafkah anak sememangnya tidak dapat dinafikan. Dalam Al-Quran lagi telah dijelaskan bahawa ia adalah satu kewajipan yang harus dilaksanakan oleh seorang bapa.", "Sekiranya mengikut susunan tertib wali, tanggungjawab membayar nafkah tetap jatuh kepada bapa kandung dan kaum kerabat lelaki sebelah bapa juga. Selain tanggungjawab dalam agama, ia juga sangat sah dan tepat di sisi undang-undang.", "Disebabkan itu juga, komuniti, masyarakat dan organisasi yang terlibat mempertahankan hak nafkah anak sering dirujuk. Salah satunya adalah mahkamah syariah yang akan membantu setiap proses dan urusan tuntutan nafkah anak.", "Sabda Nabi SAW, daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.” (Riwayat Abu Daud – 1692)", "Jelaslah bahawa nafkah bapa terhadap anak adalah wajib dari segi hukum. Selepas anak berusia 18 tahun, bapa tidak wajib lagi memberikan nafkah kepada anak. Anak juga sudah mampu berdikari, bekerja dan boleh menggunakan tenaga serta kudrat untuk berusaha sendiri.", "Tuntutan Nafkah Anak Dari Segi Perundangan", "Berdasarkan perundangan Islam Malaysia, mahkamah akan menentukan jumlah dan banyak mana nafkah yang harus diberikan oleh seorang bapa kepada anaknya. Ia akan dilihat berdasarkan jumlah anak dan komitmen bapa. Namun, terdapat beberapa cara dalam mendapatkan tuntutan nafkah buat anak.", "Seksyen 73(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2004 memperuntukkan bahawa bapa wajib memberi nafkah kepada anaknya sama ada tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan dan pelajaran berdasarkan kepada taraf kehidupan dan kemampuan biarpun anaknya dibawah jagaan orang lain atau tinggal bersamanya. Oleh sebab itulah, keluarnya perintah pembayaran nafkah kepada anak-anak. ", "Sekiranya semua sudah jelas dan suami sudah tahu akan tuntutan nafkah anak yang harus diberikan, suami harus mengikut perintah mahkamah. Sekiranya ingkar, ia merupakan satu penghinaan kepada mahkamah. Berdasarkan seksyen 133, mahkamah akan mengenakan denda atau penjara jika tuntutan nafkah anak ini diabaikan (sekiranya permohonan perintah nafkah untuk tujuan ini dibuat oleh isteri). Nafkah anak akan dikira sebagai hutang jika adanya perintah mahkamah.", "Jika difikirkan logik, anak-anak yang membesar tanpa nafkah dari seorang bapa juga sama seperti anak yang telah diabai dan teraniaya. Bapa bukan sahaja menerima hukuman di dunia, tetapi juga hukuman di akhirat kelak. Pelajaran dan kehidupan anak mungkin akan ketinggalan belakang dari orang lain.", "Isteri boleh membuat permohonan kepada pihak Mahkamah untuk pelaksanaan perintah mendapatkan hak anak-anak. Ia bertujuan untuk memastikan perintah nafkah ini berkuatkuasa dan perlu dilaksanakan oleh suami atau bapa tersebut.", "Menurut Enakmen Tatacara Mal Negeri Melaka 2002, di bawah Aturan 159 Enakmen Tatacara Mal Negeri Melaka 2002, pelaksanaan tuntutan nafkah atau tindakan penguatkuasaan penghakiman boleh dibuat berdasarkan beberapa cara berikut.", "Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintahkan harta-harta alih milik suami disita dan dijual secara lelong. Hasil jualan harta tersebut akan diberi kepada anak-anak sebagai bayaran nafkah.", "Mahkamah memerintahkan supaya harta kepunyaan suami yang dipegang atau dimiliki oleh pihak ketiga ditahan dan dijual. Sekiranya suami tiada harta, maka apa-apa hutang yang perlu dibayar oleh pihak ketiga kepada suami akan diberikan kepada anak sebagai bayaran nafkah. ", "Mahkamah akan merampas dan menyerahkan barang-barang suami kepada isteri. Isteri boleh menjual barang-barang tersebut untuk mendapatkan bayaran nafkah anak-anak.", "Mahkamah akan menahan pendapatan suami dan mempunyai prosedur yang teratur untuk terus diberikan sebagai nafkah anak. Nafkah anak akan diberikan terus dari pemotongan gaji bekas suami.", "Isteri perlu membuat permohonan yang paling sesuai untuk tuntutan nafkah anak terhadap suami. Pastikan ia benar-benar berkesan dan efektif. Keempat-empat tindakan ini adalah tindakan yang akan diambil oleh mahkamah supaya perintah akan dipatuhi oleh bekas suami. Mereka wajib mematuhi apa sahaja perintah yang telah mahkamah tetapkan.", "Cara memfailkan tuntutan nafkah anak tidaklah sukar jika anda fahami prosedur dan caranya. Prosedur menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu jumlah atau kedudukan harta bekas suami. Jika tidak, pihak mahkamah akan membuat kira-kira berdasarkan kemampuan bekas suami dan keperluan anak-anak.", "Selalunya, tuntutan nafkah anak akan dibuat di mahkamah syariah berdekatan dengan tempat pemohon bermastautin. Ia akan memudahkan isteri untuk menguruskannya pada bila-bila masa yang diperlukan.", "Terdapat beberapa dokumen penting wajib anda bawa ke mahkamah untuk membuat permohonan tuntutan nafkah anak. Antara dokumen yang diperlukan adalah kad pengenalan, surat beranak atau sijil pengangkatan, sijil nikah dan sijil cerai, serta dokumen sokongan yang dapat membantu sokongan tuntutan nafkah anak.", "Pihak mahkamah akan mengambil sedikit tempoh masa bagi memproses dan akan maklumkan kepada pemohon semula. Jangan risau, ia akan berjalan dengan lancar sekiranya dokumen yang diberikan adalah lengkap dan tepat.", "Kenal pasti cara tuntunan nafkah anak yang betul dan ambillah pendapat daripada pihak mahkamah sebelum memfailkan tuntutan. Semoga panduan dan maklumat yang dikongsikan ini bermanfaat buat anda. Jom baca juga Anak tak sah taraf (dari segi perundangan), Tempat lihat anak bulan (Panduan lengkap) dan Tuntutan hak penjagaan anak." ]
https://bidadari.my/resepi-nasi-briyani-kambing-sempena-deepavali/
Resepi Resepi Nasi Briyani Kambing (Sempena Deepavali!) Oleh Nur Dini Abd Aziz
[ "Pada zaman dahulu, nasi briyani hanya dihidangkan pada majlis majlis istimewa seperti kenduri kahwin ataupun majlis perayaan dan rumah terbuka. Namun kini, nasi briyani boleh didapati dimana mana sahaja. Selalunya, orang melayu lebih minat akan nasi briyani ayam, namun masyakarat india lebih minat dan popular bersama nasi briyani kambing. ", "Dengan peredaran masa serta perkembangan teknologi maklumat, pelbagai resepi boleh diperoleh hanya dihujung jari sahaja. Kali ini, memandangkan hari ini merupakan hari Deepavali, kami bawakan khas kepada anda nasi briyani kambing! Oleh kerana resepinya amat mudah untuk diperoleh, semua orang tak kira kaum kini boleh mencuba dan jatuh cinta pada hidangan ini. ", "Resepi yang kami bawakan ini telah dikongsikan oleh MrsNor Wahid dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook! Jom kita cuba!", "Nota: Campur semua bahan ini dijadikan pes ", "Nota: Jika nak cukup pasangan, goreng papadum. Yang saya buat, ada kuah. Masa tumis rempah tu, saya lebihkan air untuk dijadikan kuah. (tengok pada langkah nombor 8) Sebelum masukkan beras saya keluarkan air itu untuk dijadikan kuah. Ini kena pandai agak supaya nasi tak menjadi lembik. ", "Resepi – resepi lain yang menarik:", "Selain daripada resepi nasi briyani kambing ini, terdapat banyak resepi yang semestinya anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Bila perut mereka kenyang, hati pun senang. Jangan lupa juga untuk tekan butang kongsi dan kongsikan resepi ini juga ya!" ]
https://bidadari.my/kesihatan-ibu-mengandung/
Hamil, Kesihatan Kesihatan Ibu Mengandung : 7 Tabiat Makan Sihat Semasa Hamil Oleh Siti Awadah
[ "Kehamilan adalah satu fasa penting yang perlu dijaga dengan baik. Kesihatan ibu mengandung bukan satu perkara main-main yang boleh dipandang ringan. ", "Kesihatan ibu mengandung ini penting demi untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan dan ada banyak perkara dalam memberi penjagaan ibu mengandung ini. Antaranya adalah seperti pemeriksaan, saringan faktor risiko, rujukan kepada pakar jika berkaitan, memberi imunisasi serta pendidikan awal untuk melalui tempoh sepanjang kehamilan dengan baik dan tenang. ", "“Nutrien seperti protein, asid folik dan vitamin B12 sangat diperlukan bukan sahaja untuk ibu, tetapi bayi yang dikandung. Mengikut keperluan piramid makanan, pertambahan kalori ibu hamil pada trimester pertama hanya 80 sahaja iaitu bersamaan dengan sekeping roti.” ", "Berikut adalah penerangan yang Pakar Dietetik Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Norhaslinda Jefrezen semasa ditemuramah oleh salah satu akhbar keluaran tempatan.", "Ibu hamil harus memberikan tumpuan kepada fasa pertama atau trimester pertama kerana dalam waktu ini pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat.", "Ibu Hamil Memerlukan Lebih 300 Kalori Sehari Berbanding Wanita Biasa", "Berbanding wanita yang tidak hamil, setiap ibu mengandung memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi. Dengan itu, diet mereka perlu diisi dengan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, telur, keju dan bijirin.", " “Apa yang saya sering tekankan adalah makan apa sahaja secara sedikit, tetapi kerap. Elakkan pengambilan makanan pedas dan berminyak yang menyebabkan ibu mudah muntah. Minuman berkafein juga tidak baik untuk ibu hamil. Untuk kesegaran tambahkan halia, lemon atau asam di dalam minuman dan minum banyak air kosong,” katanya lagi. ", "Makanan Untuk Kesihatan Ibu Mengandung Berbeza Mengikut Trimester ", ">> Cadangan Makanan Untuk : Trimester 1", " >> Cadangan Makanan Untuk : Trimester 2", ">> Cadangan Makanan Untuk : Trimester 3", "7 Tabiat Makan Yang Betul Semasa Hamil", "Seperti yang ditunjukkan pada Piramid Panduan Pemakanan, diet anda harus terdiri daripada makanan yang mengandungi karbohidrat, lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, jumlah protein, susu dan produk tenusu yang sederhana, dan akhir sekali, lemak, minyak, gula dan garam yang minimum.", "Makanan yang berbeza memberikan gabungan nutrien yang berlainan (tenaga, karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan komponen makanan yang menyihatkan) dalam jumlah yang berbeza-beza. Makan makanan yang pelbagai bagi mendapatkan kebaikan daripada makanan yang berbeza.", "Tabiat #3: Makan mengikut keperluan anda.", "Perkembangan bayi dan juga perubahan pada tubuh menyebabkan penambahan keperluan tenaga harian anda. Jadi, adalah biasa sekiranya selera makan anda bertambah sedikit. Walaupun begitu, tubuh anda lebih cekap menggunakan apa yang telah dimakan dan ini menyebabkan ramai wanita mengalami peningkatan berat badan yang normal semasa hamil, tanpa perlu makan dengan banyak daripada biasa.", "Amalkan makan tiga sajian utama (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam) tiap-tiap hari. Sekiranya sajian utama anda kecil atau anda terasa lapar antara waktu makan, jangan raguragu untuk makan snek seperti susu atau dadih, biskut atau roti, mi atau buah-buahan di waktu pagi atau tengahari.", "Tabiat #5: Pilih makanan yang kaya dengan vitamin & mineral.", "Semasa hamil, anda memerlukan hampir kesemua vitamin dan mineral dengan jumlah yang lebih banyak. Kebanyakan peningkatan keperluan ini dapat dipenuhi dengan merancang dan mengamalkan diet yang berkhasiat. Anda seharusnya memilih makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin C, vitamin A, vitamin B12, dan folat (asid folik). Mikronutrien tersebut boleh didapati dalam makanan yang tersenarai dalam jadual di bawah dan juga makanan yang telah diproses, sekiranya tercatat pada label zat pemakanannya.", "Tabiat #6: Jangan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit.", "Makan dengan terlalu banyak semasa hamil menyebabkan peningkatan berat badan yang keterlaluan. Anda juga tidak harus mengamalkan diet pengurangan berat badan kerana kedua-dua situasi ini boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan anda.", "Tabiat #7: Imbangkan pengambilan tenaga dengan aktiviti fizikal.", "Kehamilan merupakan peluang yang baik untuk anda mengamalkan kehidupan yang aktif. Sama ada berjalan, berenang, meregang badan ringan atau pun sebarang aktiviti fizikal ringan yang anda gemari, lakukannya untuk sekurang-kurang 30 minit sehari (dalam satu sesi atau 10 minit untuk setiap 3 sesi). Aktiviti ini membantu menggunakan tenaga daripada makanan dan memperbaiki penghadaman. Di samping itu, ia turut menyediakan tubuh anda untuk kelahiran dan kehamilan seterusnya.", "Antara Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Sedang Hamil", "Dapatkan Nasihat Pemakanan Daripada Doktor / Pakar Pemakanan Apabila Perlu", "Dapatkan nasihat pemakanan daripada doktor atau pakar pemakanan sekiranya anda mempunyai sebarang risiko pemakanan yang berikut:", "Itulah sebahagian daripada info mengenai kesihatan ibu mengandung dan semoga info ini dapat memberi panduan pada sesiapa saja yang memerlukannya. " ]
https://bidadari.my/cara-orang-kaya-beli-kereta/
Petua Tips Bagaimana Cara Orang Kaya Beli Kereta? Ini 4 Tips Wajib Anda Perlu Tahu Oleh hannani
[ "Pernah atau tidak anda bayangkan tentang bagaimana cara orang kaya beli kereta sehingga mereka mampu memiliki bukan satu tetapi berpuluh kereta mewah sekaligus?", "Sebut sahaja tentang orang kaya pastinya kita tidak akan lari dari gambaran kehidupan diri mereka yang mewah dan kaya raya. Pasti dalam fikiran sudah terbayang supercar seperti Bugatti, Mercedes, Pagani, Rolls-Royce, Ferrari, dan sebagainya begitu mudah mereka miliki. ", "Namun begitu, ada muslihat yang anda pasti tidak terfikir sebelum ini mengenai cara unik mereka ketika berbelanja.", "Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara orang kaya beli kereta dengan mudah, jimat, dan menguntungkan. ", "Beli kereta mewah sebagai simbol kekayaan?", "Segelintir orang lebih mementingkan kepada kebendaan berbanding rupa dan sebagainya. Malah ramai yang sanggup berhutang dan makan mi segera setiap hari untuk tampak mewah di depan mata orang lain.", "Lantaran itu, ungkapan tentang beli kereta mewah sebagai simbol kekayaan memang diterima pakai oleh sesetengah orang.", "Namun pastinya tidak semua orang berpandangan sedemikian. Sebenarnya, memiliki kereta yang lebih mahal langsung tidak menunjukkan kita kaya.", "Hal ini kerana lagi banyak kereta, maka lagi tinggi kos yang perlu ditanggung. Individu yang betul-betul kaya adalah apabila kita memiliki kebebasan kewangan dan simpanan kecemasan yang mencukupi. ", "Senarai selebriti kaya yang pandu kereta biasa", "Berikut ini kami senaraikan beberapa selebriti kaya raya yang mengamalkan kehidupan sederhana dengan memandu kereta biasa sahaja untuk ke mana-mana. ", "Warren Buffet, orang kelima terkaya di dunia ini hanya membeli sebuah Cadillac XTS (2014) untuk menggantikan kereta lamanya, Cadillac DTS (2006). ", "Selain beliau gemar akan jenama Cadillac, Warren juga tidak kerap membeli kereta baru disebabkan sangat jarang memandu, dan jarak pemanduan beliau sepanjang setahun adalah kira-kira 5,600km sahaja. ", "Mark Zuckerberg, pengasas Facebook cuma memilih sebuah Acura TSX lama untuk dipandunya sehari-hari. ", "Sungguhpun jutawan, namun beliau akui bukan peminat kepada kereta-kereta besar atau supercar yang berharga puluhan juta ringgit. ", "Alice Walton, pewaris kekayaan Wal-Mart sangat sukakan akan truk pikap model  Ford F-150 King Ranch (2006).", "Menarik untuk dikongsi lagi, mendiang bapa beliau yang merupakan pengasas Wal-Mart turut memandu truk yang sama suatu ketika dulu. ", "4. Ingvar Kamprad (Volvo 240 GL)", "Ingvar Kamprad, pengasas IKEA seorang peminat sejati kepada model Volvo 240 GL (1993) dari dulu sehingga kini.", "5. Steve Ballmer (Ford Fusion Hybrid)", "Steve Ballmer, bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Microsoft memilih Ford Fusion Hybrid.", "Kirk Cousins, pemain quarterback untuk kelab bola sepak Amerika yang mempunyai pendapatan tahunan lumayan sehingga RM100.8 juta. ", "Sungguhpun begitu, Cousin mempunyai gaya hidup biasa-biasa sahaja dan sangat cermat dalam menguruskan wang ketika berbelanja.", "Faktor ini juga yang menyebabkan beliau memilih van penumpang GMC Savana dan bukan SUV mewah untuk dijadikan kenderaan rasmi. ", "Wajib tahu panduan cara orang kaya beli kereta", "Terdapat empat cara orang kaya beli kereta yang anda perlu tahu untuk dijadikan panduan sebelum membeli sebuah kereta impian. Berikut adalah caranya:", "Seperti yang kita tahu, kereta bukanlah suatu aset yang baik jika kita sekadar menggunakannya sebagai kenderaan untuk ke mana-mana. ", "Kereta akan hilang nilainya selepas beberapa saat ia beredar dari kedai, itu perkara yang kita tidak boleh elakkan. Justeru itu, kereta bukanlah perkara yang diambil berat oleh sesetengah orang sungguhpun orang kaya. ", "Ada orang kaya yang tidak kisah untuk membeli kereta terpakai kerana mereka rasakan ia masih berbaloi dan jauh lebih murah berbanding beli kereta baru. ", "Beli kereta secara cash memang sangat merugikan. Dari segi kewangan mungkin ia boleh digunakan untuk modal niaga atau bayar komitmen bulanan yang lain.", "Dalam masa yang sama, kereta jika beli cash dan berlaku kemalangan, nilainya boleh jatuh jauh dari harga asal.", "3. Elak bayar cukai jika beli kereta berhutang ", "Orang kaya tentunya tahu akan kesan cukai yang akan dikenakan ke atas mereka. Beli kereta mewah salah satunya cara untuk elakkan mereka dari membayar cukai yang tinggi.", "Mungkin cara ini sudah biasa kita nampak bagi golongan yang kaya raya di Malaysia. Orang kata beli kereta setiap tahun hanya untuk mengurangkan cukai yang perlu dibayar.", "Contohnya, pendapatan Jutawan A adalah 30 juta setahun dan dia perlu membayar RM 4 juta cukai di Malaysia. ", "Dengan membeli kereta bernilai RM 800 ribu Jutawan A hanya perlu membayar cukai berharga RM3 juta sahaja, misalnya. Konsep mudahnya untuk elak cukai tinggi, berbelanjalah lebih tinggi dari biasa. ", "Kesimpulannya, mahu beli kereta apa sahaja tidak menjadi masalah sama sekali. Yang penting ia perlulah sesuai dengan bajet diri masing-masing. ", "Selain dari cara orang kaya beli kereta ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kewangan seperti:" ]
https://bidadari.my/punca-jeragat/
Petua Tips 10 Punca Jeragat Yang Pasti Buatkan Anda Terkejut Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Bila sebut perkataan jeragat, pasti ramai wanita yang kecut perut. Jeragat adalah salah satu masalah kulit muka yang paling ditakuti oleh kaum hawa.", "Terbayang-bayang bintik hitam dan noda yang tak cantik kat muka. Jeragat ni, kalau dah mula tumbuh dan tak dirawat, ia akan merebak. Bermula dengan satu bintik hitam, akhirnya penuh satu muka. Jenuh nak pakai makeup tebal untuk tutup cela yang ada.", "Sampai bila nak bermakeup tebal untuk tutup jeragat? Nak keluar rumah mungkin boleh sembunyi dengan makeup. Kat rumah depan suami macam mana? Sepatutnya kat rumah lah kita paling cantik , sebab nak mengadap suami tercinta. Setuju kan isteri-isteri semua?", "Hari ni kami nak kongsikan punca jeragat yang ramai wanita tak tahu. Adalah sangat penting untuk kita tahu apa punca jeragat mula tumbuh kat muka. Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.", "Kulit anda akan mudah ditumbuhi jeragat jika anda tak amalkan rutin harian penjagaan asas kulit muka. Nak cantik tak perlukan duit yang banyak. Cuma perlu rajin. Apakah dia penjagaan asas kulit muka? Setiap hari pastikan anda:", "Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kalau kulit anda berjeragat, cuba cek semula adakah anda culas dalam penjagaan asas kecantikan setiap hari?", "Tahukah anda, jeragat merupakan salah satu masalah kulit muka yang berpunca dari faktor keturunan. Kalau ibu anda mengalami masalah jeragat, kemungkinan besar anda juga akan mengalami masalah yang sama. Oleh itu, sila alert dengan punca jeragat yang lain dan cuba elakkan.", "Semakin kita berusia, semakin tinggi risiko untuk jeragat tumbuh dimuka. Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an. Apa yang boleh kita buat bila umur mencecah 30an? Pastikan kita rajin. Jangan culas untuk buat rutin harian penjagaan kulit muka seperti yang kami ceritakan kat atas tadi. Penggunaan produk anti penuaan juga sangat membantu.", "Jika anda jenis banyak berjemur dibawah terik matahari, anda akan lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat berbanding mereka yang lebih banyak meluangkan masa dalam bangunan. Cahaya matahari mengandungi sinaran uva & uvb yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat.", "Perubahan hormon juga boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah.  Apakah punca perubahan hormon di kalangan wanita? Mengandung, melahirkan, menyusukan, mengambil pil perancang, dan sesetengah ubat-ubatan adalah punca berlakunya perubahan hormon dalam badan.", "Bagi sesetengah wanita, masalah jeragat akan hilang bila hormon kembali stabil, namun ada juga yang kurang bernasib baik. Jeragat semakin banyak walau pun masalah hormon tak stabil dah selesai.", "6. Alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah", "Penggunaan alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah seperti produk timbang kilo atau produk tiruan yang banyak dijual dipasar malam juga boleh menjadi punca tumbuhnya jeragat diwajah anda. Ini berlaku kerana bahan merbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka lalu menyebabkan sinaran uva & uvb meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit & memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.", "Hypothyroidism adalah keadaan dimana kelenjar tiroid gagal berfungsi dengan baik lalu menyebabkan ketidakstabilan hormon tiroid dalam tubuh badan dan menjadi terlalu rendah. Keadaan hormon tiroid yang terlalu rendah didalam badan akan menjadi punca berlakunya masalah pigmentasi & jeragat pada kulit muka.", "Pengambilan ubat bagi menstabilkan semula hormon tiroid mampu mengatasi masalah jeragat yang anda hadapi.", "Photoxic adalah keadaan dimana tubuh badan anda memberikan reaksi allergic atau alahan kepada kaedah perubatan tertentu seperti rawatan kanser, kemoterapi, dan ubatan lain. Ia juga boleh berlaku kerana alahan kepada pewangi, produk kecantikan, dan juga kosmetik.", "Jika kulit muka anda tiba-tiba ditumbuhi jeragat, periksa semula jika baru-baru ni anda ada bertukar pewangi, produk kecantikan, alat solek atau menjalani sebarang rawatan kesihatan.", "Tekanan perasaan atau stress juga merupakan salah satu punca jeragat yang ramai tak perasan. Bila anda mengalami tekanan perasaan, ianya akan menggangu hormon dalam badan. Sekali lagi, hormon yang tidak stabil adalah pencetus kepada berlakunya masalah jeragat.", "Jika anda mengalami tekanan perasaan, jangan berlengah. Cari jalan penyelesaian dalam kadar segera. Dapatkan bantuan. Tekanan perasaan bukan sahaja boleh menyebabkan kulit anda berjeragat malah ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti menurunkan kualiti kerja di pejabat, merosakkan hubungan sosial, dan dalam kes yang serius boleh meragut nyawa.", "Terima hakikat bahawa kita hidup pada zaman di mana alam sekitar kita tidak lagi bersih seperti sepuluh tahun yang lalu. Udara kotor. Lapisan ozon semakin nipis. Percemaran dari asap, dan debu. Setiap kali kita keluar rumah, kulit wajah akan terdedah kepada segala macam kotoran.", "Pendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas akan menyebabkan kulit muka rosak & berlakunya masalah jeragat.", "Itulah dia 10 punca jeragat yang ramai wanita tak perasan. Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk anda. Ada masalah jeragat? Sebelum bersusah-payah nak beli produk anti jeragat yang mahal, lebih baik anda kenal-pasti semua punca jeragat & cuba elakkan sedaya yang mampu." ]
https://bidadari.my/kriteria-lelaki-idaman-wanita/
Keluarga 11 Kriteria Lelaki Idaman Wanita Untuk Dijadikan Suami Oleh Siti Awadah
[ "Jika sebelum ini telah disenaraikan 10 kriteria calon isteri idaman yang diinginkan lelaki untuk dijadikan sebagai isteri, ini pula adalah 11 kriteria lelaki idaman yang dihajati oleh para wanita sebagai suami. Lelaki memang sering bercakap tentang ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya dan para lelaki juga patut sedar yang para wanita turut memiliki hajat yang sama.", "Apa? Ingat lelaki saja ada ciri-ciri wanita idaman? Perempuan pun ada juga ciri-ciri lelaki idaman untuk membantunya membuat keputusan untuk menerima lamaran dari seseorang lelaki itu atauipun tidak. Antara kriteria utama si lelaki perlu ada untuk menjadi seorang suami idaman wanita ini adalah seperti yang berikut.", "1- Lelaki Yang Berpegang Pada Ajaran Agama Islam", "Untuk tangga pertama sudah semestinya seorang lelaki yang berpegang pada ajaran Islam. Apabila agama menjadi teras kehidupan, maka InshaAllah nilai-nilai terpuji yang ada pada lelaki tersebut akan membuatkan wanita merasa sangat bahagia. ", "Maksud bertanggungjawab ini adalah tahu akan tanggungjawab sebagai seorang suami yang tidak akan mempersia-siakan isterinya. Tidak juga alpa dalam memberi nafkah zahir dan batin serta boleh di harap dalam menjadi pelindung untuk isteri termasuk juga untuk anak-anak yang bakal dilahirkan nanti. ", "3- Lelaki Yang Yakin Pada Diri Sendiri ", "Keyakinan diri juga merupakan faktor penting yang dicari oleh wanita. Keyakinan inilah yang dapat menjadi semangat untuk hidup bersama dalam menempuhi apa jua halangan sepanjang bersama. Yakin pada diri sendiri sebegini juga akan membuatkan si lelaki tersebut lebih positif dan tidak hanya berpeluk tubuh dan berputus asa. ", "4- Lelaki Yang Macho Dan Ada Rupa", "Jika lelaki idamkan seorang wanita yang cantik untuk dibanggakan, wanita pula impikan seorang lelaki yang macho dan ada rupa untuk didampingi selalu. Macho ini boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang ada bentuk tubuh elok dan sihat. Manakala untuk rupa pula tak adalah harap sehandsome hero di dalam drama, memadailah seorang yang nampak kemas dan pandai menjaga kebersihan diri. ", "5- Lelaki Yang Bijak Dan Bersemangat", "Wanita juga mengimpikan seorang lelaki yang berpendidikan tinggi. Tidak semestinya perlu menjadi seorang ahli akademik. Memadai bijak dalam bidang yang diceburi sehingga mempunyai skill yang tertentu. ", "6- Lelaki Yang Selalu Suka Buat Lawak (Lucu)", "Lawak adalah ciri yang sangat disukai wanita. Lelaki yang ada unsur lucu begini boleh membuatkan wanita berasa happy selalu dan tidak stress. Lelaki yang suka buat lawak ini juga boleh membuatkan si wanita berasa sangat bahagia kerana berjaya memiliki seorang lelaki yang akan selalu berusaha mengambil hatinya. ", "7- Lelaki Yang Peka Dan Sensitif Hingga Boleh Memahami Perasaan Wanita", "Pasangan mana yang tidak suka jika pasangannya dapat memahami apa yang di sukai, tidak di sukai dan sebagainya. Berjaya mendapat pasangan yang amat memahami begini boleh dikatakan seperti jodoh yang sangat serasi untuk terus kekal hidup bersama sehingga ke jannah. ", "Tidak dinafikan mana ada pasangan yang tiba-tiba saja boleh saling memahami. Semuanya memerlukan usaha. Dan tips terbaik untuk memahami pasangan adalah dengan memberi perhatian atas apa jua yang dicakapkannya. Setiap kali pasangan bercakap kamu akan berperanan sebagai si pendengar. Dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. ", "8- Lelaki Yang Ada Pekerjaan Dan Sumber Kewangan Sendiri ", "Nak berkahwin sudah tentu perlu ada pekerjaan. Jika tidak bagaimana nak sara anak isteri. Memiliki perkerjaan ini tidak bermaksud perlu bergelar seorang majestrit, doktor atau lawyer (peguam). ", "Tidak kisah apa jua pekerjaan yang penting halal dan boleh memberi sumber kewangan yang cukup untuk hidup bersama. Jika ada masalah kewangan berdoalah selalu agar Allah SWT tambahkan lagi rezeki yang kurang itu. ", "9- Lelaki Yang Amat Sukakan Kanak-Kanak", "Lelaki yang ada sifat amat sukakan kanak-kanak adalah ciri-ciri awal untuk seorang lelaki yang penyayang. Jika dari awal si lelaki itu kelihatan seronok melayan kanak-kanak maka tidak mustahil si lelaki itu akan dapat menjadi seorang bakal suami dan juga bakal ayah yang baik dan penyayang dalam melayani anak dan isterinya kelak. ", "Sesungguhnya hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Membelai kanak-kanak yang ditemui, memberikan perhatian dan mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu merupakan suatu perbuatan yang boleh memperlihatkan bahawa si lelaki tersebut ada ciri-ciri untuk menjadi seorang bapa. ", "Wanita memang sangat suka seorang suami yang romantik kerana wanita ini sifatnya suka di belai dan dilindungi. Namapun wanita ni adalah sebahagian daripada tulang rusuk si suaminya kan maka tak mustahillah mengapa wanita ini menginginkan dirinya di sayangi dan di cintai selalu. ", "Romantk yang dimasukkan ini bukan gatal atau miang tetapi lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan selalu memberi perhatian pada si wanita. Paling penting tidak pernah lupa akan tarikh-tarikh yang bermakna sepanjang perhubungan tersebut. ", "10 – Lelaki Yang Tidak Ego Dan Tidak Terlalu Mengongkong", "Ini memang penting! Sangat-sangat penting! Walaupun dalam Islam sudah dijelaskan yang si suami itu ada hak ke atas isterinya dan syurga untuk seorang isteri itu pula adalah di bawah telapak kaki suaminya sendiri namun itu semua tidak membawa maksud yang si suami boleh ego dan mengongkong si isteri dengan sewenang-wenangnya. ", "Tolonglah jangan dikongkong kehidupan isteri dengan pelbagai syarat yang tidak masuk akal kerana hakikatnya si isteri itu adalah seorang manusia yang juga perlukan sedikit kebebasan untuknya bernafas di atas muka bumi Allah ini dengan penuh rasa syukur dan selesa. Nak kawal isteri tidak salah tetapi janganlah diperlakukan bagai mengurung seekor burung di dalam sangkar. ", "11- Lelaki Yang Setia Dan Tidak Curang", "Ini memang sengaja cari nahas! Perempuan mana boleh tahan jika dianugerahkan seorang lelaki yang tidak setia dan curang. Sudah berkahwin tetapi masih berlagak macam orang bujang. Eh memang sengaja cari pasal. Lelaki sebegini memang tidak layak dijadikan seorang suami oleh mana-mana wanita sekalipun. ", "Sedangkan melihat suami bercakap dengan perempuan lain si isteri sudah cemburu tahap naik gila, inikan pula jika mendapat tahu si suami bermain kayu tiga. Tolonglah setia dan jangan mudah melayan mana-mana wanita lain dengan sesuka hati. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Melihat akan segala perbuatan. ", "Itulah dia antara senarai untuk kriteria lelaki idaman wanita yang layak untuk diterima sebagai suami pujaan hati. Semoga dengan adanya perkongsian ini akan ada para lelaki yang boleh ikut berubah dan ingatlah juga yang pasangan itu adalah satu tanggungjawab yang perlu di jaga, di bela, di lindung dan di belai untuk saling hidup aman bahagia bersama. " ]
https://bidadari.my/punca-penglihatan-mata-kabur-dan-cara-mencegahnya/
Kesihatan, Petua Tips 10 Punca Penglihatan Mata Kabur Dan Cara Mencegah Masalah Mata Oleh aqirah
[ "Mata kita ini adalah salah satu organ penting kerana ia membantu kita untuk melihat dunia dengan mata kepala sendiri. Tanpa mata kita tidak dapat menikmati nikmat melihat benda yang cantik di dunia ini. Tetapi disebabkan teknologi yang semakin canggih, pelbagai alat elektronik yang dicipta yang menyebabkan salah satu faktor mata menjadi rabun.", "Kini, majoriti manusia akan ada masalah penglihatan kabur tanpa mengetahui puncanya. Kabur penglihatan dan rabun adalah 2 benda yang berbeza. Rabun terjadi akibat tidak menjaga mata dengan baik dengan melihat gadjet di tempat yang gelap, melihat gadjet terlalu lama dan terlalu memaksa mata untuk terus bekerja.", "Kabur penglihatan pula adalah berpunca daripada beberapa penyakit. Pada asalnya, kita dapat melihat dengan jelas dan tiada masalah. Jika rabun, hanya perlu memakai kaca mata yang dibuat khas di kedai optik. Tetapi lama-kelamaan penglihatan kelihatan kabur walaupun memakai kaca mata khas. Mengapa?", "Apakah punca yang menyebabkan penglihatan kita menjadi semakin kabur?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 punca penglihatn mata menjadi kabur dan cara mencegahnya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.", "🙆Pakai cermin mata gelap sebagai pelindungan dari cahaya UV", "🙆Guna cermin mata keselamatan semasa melakukan kerja yang menggunakan alatan tajam", "🙆Pastikan berat BMI ideal serta tekanan darah & paras kolesterol berada di bawah kawalan", "🙆Pastikan paras gula di bawah kawalan sekiranya menghidapi diabetes", "*Berikut adalah punca dan cara mencegah masalah kabur penglihatan. Kabur penglihatan terjadi kerana mempunyai penyakit kronik seperti yang disenaraikan di atas. Jika ibu bapa anda ada penyakit seperti di atas, pergi bawa berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan mata. Lebih baik mengambil langkah awal sebelum terkena. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/manfaat-tummy-time/
Anak, Keluarga 5 Sebab Kenapa ‘Tummy Time’ Penting Untuk Bayi Oleh Siti 'Aisyah Rozalli
[ "Menerima kehadiran bayi dalam keluarga adalah sesuatu yang sangat mengujakan, bukan? Pelbagai perancangan telah dibuat oleh kita sebelum bayi lahir lagi.", "Apabila bayi sudah lahir, ibu ayah bukan sahaja perlu memenuhi keperluan fizikal mereka seperti menukar lampin, menukar pakaian, menyusu, memandikan dan menidurkan bayi, tetapi juga ibu ayah sudah boleh mula bermain dengan bayi bagi merangsang perkembangan mereka.", "Tahukah anda, bayi yang baru berusia sehari pun sudah boleh diberikan ‘Tummy Time’. Ia boleh dilakukan selepas bayi selesai menyusu dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu selama satu atau dua minit.", "‘Tummy Time’  merupakan keadaan di mana anak menampung badannya dengan berada di atas perutnya atau dengan kata mudahnya meniarap.", "Ibu ayah boleh berbual dengan bayi pada jarak yang dekat, merangsang bayi dengan permainan yang mempunyai bunyi atau meletakkan cermin di hadapan bayi semasa mereka meniarap bagi memberi stimulasi kepada mereka.", "Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa ‘tummy time’  ini penting untuk bayi? Berikut merupakan 5 manfaat ‘tummy time’  ini buat bayi.", "Sambil bayi meniarap, ibu ayah boleh bercakap dengan bayi sambil bertepuk-tepuk tangan. Ianya bertujuan untuk memberi stimulasi bagi meningkatkan ‘auditory attention’  bayi.", "Lebih seronok lagi jika ibu ayah meniarapkan bayi di atas perut ibu ayah sendiri kerana bayi akan nampak muka kita dengan lebih rapat. Menarik juga aktiviti ‘Tummy Time Baby’  di atas ‘Tummy Mummy’ dan ‘Daddy ’ begini.", "2. KUATKAN OTOT LEHER, DADA, BAHU DAN LENGAN", "Otot leher, dada, bahu dan lengan merupakan otot-otot utama yang akan membantu bayi belajar pelbagai perkara. Antaranya, belajar menghisap susu dengan lebih efisien, mengangkat kepala ke kiri kanan, belajar merayap serta merangkak dengan lebih mudah.", "Otot-otot yang kuat ini juga penting untuk keselamatan bayi itu sendiri. Sekiranya bayi tertidur meniarap atau mengiring, dia sudah cukup kuat untuk memusingkan kepalanya dan menyelamatkan hidungnya daripada tersembam atau lemas (semoga Allah jauhkan).", "Semasa meniarap, bayi dapat melihat persekitarannya. Tidaklah mereka hanya memerhatikan siling dan apa-apa objek yang berada di atas sahaja apabila asyik baring terlentang.", "Apabila bayi dapat melihat persekitarannya, bayi akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input yang ada di sekitarnya yang mana ia dapat membantu perkembangan bayi.", "‘Tummy time’  untuk mengelakkan ‘flat head’  atau kepala rata ini, bukan sahaja bertujuan untuk nampak kepala bayi cantik bulat semata-mata.", "Apabila bayi tidak kuat otot lehernya, bayi berkemungkinan baring di sebelah bahagian sahaja. Maka, sebelah bahagian itu akan ‘flat’  dan dinamakan ‘plagiocephaly’  di mana jika ianya tidak dirawat, bentuk kepala bayi yang rata ini akan kekal sehingga bayi ini dewasa kelak.", "Cuba beri bayi meniarap setiap kali selepas menyusu. Percaya atau tidak, bayi akan sendawa dengan kuat kelak. Dengan ini, semakin kurang risiko bayi kembung perut dan kurang potensi bayi meragam. “Happy Baby, Happy Mama, Happy Daddy”.", "Banyak manfaat dengan aktiviti ‘tummy time’  bersama bayi ini, bukan? Ianya bukan sahaja dapat membantu perkembangan bayi, malah dapat mengeratkan ‘bonding’  antara ibu ayah dengan bayi." ]
https://bidadari.my/pisau-dapur-terbaik/
Umum 15 Pisau Dapur Terbaik Paling Mudah Guna Oleh zulrina
[ "Sejak 4000 tahun yang lalu iaitu Zaman Besi, pisau telah digunakan oleh manusia. Sejajar dengan perkembangan teknologi dan budaya, pisau telah berkembang di mana terdapat pelbagai jenis pisau untuk keperluan yang berbeza. ", "Bagi kegunaan memotong sayur-sayuran sehinggalah menyembelih lembu, sudah pasti ianya memerlukan pisau yang berbeza. Untuk entri kali ini, mari kami kongsikan 15 pisau dapur terbaik mudah guna.", "Bilah ini mempunyai lubang di tepi pisau yang dipanggil ‘granton edge’. Tujuannya adalah untuk memudahkan proses memotong makanan agar hasil potongan anda akan kelihatan lebih baik, tidak berselerak, dan tidak rosak. Pisau ini sangat sesuai untuk anda yang memerlukan pisau dapur untuk memotong makanan.", "Pisau Tanica Laser Utility ini mempunyai bilah gerigi mikro yang diperbuat daripada teknologi laser sehingga ketajamannya tetap terjaga. Anda juga tidak perlu mengasah pisau ini untuk menajamkannya. ", "Selain itu, pemegang pisau ini selesa dipegang sehingga dapat mengurangkan ketegangan pada pergelangan tangan.", "Sekiranya anda mencari pisau yang ringan tetapi boleh memotong pelbagai jenis makanan dengan baik, pisau Titanium BOLDe ini boleh menjadi pilihan anda. ", "Dengan gaya tradisional Jepun, pisau ini cukup ergonomik sehingga selesa dipegang untuk jangka masa yang panjang. Berbanding dengan pisau titanium biasa, pisau dapur terbaik ini mempunyai tahap ketajaman yang lebih tinggi dan dapat digunakan untuk memotong segala jenis makanan.", "IKEA memberi penyelesaian bagi masalah umum pisau keluli yang mudah berkarat, iaitu dengan mencampurkan logam tambahan ke dalam pisau ini dan pisau ini menjadi lebih tahan karat dan lebih tajam. ", "Dengan penjagaan yang betul, pisau keluli ini dapat bertahan seumur hidup. Kami mengesyorkan pisau VORDA ini untuk anda yang mencari pisau tahan lama dan sangat tajam.", "Pisau Wusthof Santoku ini mempunyai pemegang yang direka khas untuk mengoptimumkan keseimbangan sehingga anda dapat mengawal sudut pisau dengan lebih baik. ", "Di samping itu, pisau ini mempunyai sudut pisau yang lebih nipis daripada bilah pisau lain. Sudah tentu apa-apa makanan boleh dipotong dan dicincang dengan pisau ini.", "Dari bilah ke pemegangnya, pisau ini 100% diperbuat daripada logam. Ia juga sesuai untuk menghasilkan pelbagai jenis ukiran hiasan daripada buah-buahan dan juga sayur-sayuran. ", "Selain bagus untuk mengukir, pisau yang perlu ada di dapur anda ini juga sesuai untuk memotong daging, mengiris sayur-sayuran dan memotong pelbagai rempah ratus di dapur.", "Sekiranya anda ingin keselesaan pisau yang digunakan oleh chef profesional, pisau ini adalah pisau dapur terbaik yang perlu anda ada. Ia dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti memotong, menghiris dan juga mengupas. ", "Selain mempunyai pelbagai kegunaan, reka bentuknya juga bergaya dapat memberikan kesan moden kepada dapur anda.", "Sekiranya anda gemar berkelah atau berkhemah, pastikan pisau ini termasuk dalam senarai untuk anda bawa bersama. Pisau kecil serbaguna ini berfungsi untuk pelbagai perkara kerana ketajamannya dan bentuknya yang runcing. ", "Pisau dapur terbaik ini juga membolehkan anda memotong pelbagai jenis makanan bahan masakan sekaligus sesuai dijadikan sebagai pisau ukiran makanan.", "9. Pisau Set Dapur FINDKING 5 Dalam 1", "Terdapat lima jenis pisau dalam set pisau ini, iaitu pisau berukuran 8cm hingga 15.5cm dan pengupas buah. Setiap pisau menggunakan penutup pisau supaya selamat daripada terkena pisau yang disimpan di dalam laci.", "Selain itu, ia dapat mengelakkan daripada terkena kotoran dan debu. Set pisau ini menjadi pilihan bagi anda yang sedang mencari hadiah perkahwinan.", "10. Pisau Dapur Berwarna (OXONE OX-961)", "Fungsi pisau dapur berwarna OXONE OX-961 ini adalah dapat memudahkan pelbagai tugasan di dapur, dari memotong sayur-sayuran hinggalah mengupas kulit buah-buahan. ", "Ia juga merupakan set pisau yang sangat lengkap dan memenuhi pelbagai keperluan anda dengan warnanya yang sangat menarik. Untuk mengetahui semua fungsinya dengan tepat, anda perlu membaca keterangan setiap pisau tersebut terlebih dahulu.", "11. Pisau Tefal Fresh Kitchen Ulitity", "Pisau utiliti Tefal K06136 sepanjang 13 sentimeter ini dilengkapi dengan pemegang lembut untuk keselesaan pengguna semasa memotong. Ia juga mempunyai lapisan kalis lekat untuk memudahkan pemotongan dan pembersihan. ", "Penting sekali, pisau dapur terbaik ini juga dilengkapi sarung keselamatan bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini.", "12. Pisau Roti Sakai Master Chef", "Bagi anda yang gemar makan kek atau roti, pasti kecewa apabila ingin memotong kek yang mahal tetapi sudah hancur, betul tak?", " Jangan risau, dengan pisau dapur terbaik iaitu pisau roti Sakai ini, ia mampu menyelesaikan masalah anda. Bilah pisaunya yang bergerigi mampu memotong roti dan kek tanpa sebarang masalah.", "Pisau 8 inci ini mempunyai kualiti terbaik kerana diperbuat daripada besi Damascus yang lebih fleksibel dan tahan lama. Ia sesuai untuk memotong daging, herba, ", "kacang dan memotong sendi daging yang tidak terlalu keras. Reka bentuk pisau ini sangat sesuai untuk tukang masak kerana ianya dibuat untuk melakukan potongan asas semasa memasak. Pisau tajam ini dapat memotong sebarang barangan memasak dengan tepat dan sempurna.", "Cleaver yang merupakan pisau dapur terbaik ini tidak asing lagi dengan tukang daging. Namun, tahukah anda bahawa pisau Jaya Mata ini sesuai digunakan di rumah kerana saiznya yang lebih sederhana iaitu 15 sentimeter. ", "Ia agak berat tetapi saiznya yang sederhana memudahkan memotong daging atau tulang yang sangat keras.", "Bagi peminat buah-buahan, pisau Tramontina Athus ini semestinya menjadi keperluan anda. Pisau ini pendek, meruncing, berlekuk dan bergerigi memudahkan untuk mengupas buah-buahan. ", "Muncungnya yang tirus juga akan memudahkan penyingkiran biji buah dengan betul. Perlu diingat bahawa pisau ini hanya sesuai untuk buah-buahan berkulit nipis seperti epal, betik dan sebagainya.", "Berikut adalah kamera mirrorless terbaik malaysia boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda. Jom baca juga Travel backpack terbaik, Kamera 360 Terbaik Malaysia, Smartphone Andriod Terbaik Malaysia dan Sejadah Terbaik.", "Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my." ]
https://bidadari.my/solat-jenazah/
Petua Tips Cara Solat Jenazah Berserta Doanya Oleh Saiful Izzuan
[ "Ketahui cara solat jenazah serta doanya.", " “Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.”", "Kematian adalah suatu perkara yang pasti terjadi kepada semua makhluk, yang berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sebagaimana Islam menghormati mereka yang masih hidup, begitu juga ketika berlakunya kematian. Iaitu, terdapat langkah-langkah tertentu untuk menguruskan jenazah dengan baik dan penuh penghormatan.", "Melaksanakan solat jenazah ke atas mereka yang telah meninggal dunia telah menjadi amalan masyarakat ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Solat jenazah dilakukan selepas jenazah siap dimandikan dan dikafankan.", "Solat jenazah merupakan kewajipan fardu kifayah kepada umat Islam. Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a berkata (maksudnya):", "“Rasulullah SAW berasa sedih atas kematian al-Najasyi. Baginda keluar ke tempat solat. Lalu Baginda menyusun saf mereka (sahabat-sahabat) dan bertakbir dengan empat takbir.” ", "Menurut mazhab Syafi’i, wali kepada jenazah adalah lebih aula untuk menyembahyangkan jenazah. Ini kerana solat jenazah adalah doa untuk si mati, maka doa kaum kerabat dan waris lebih mudah dimakbulkan Allah.", "Ada perbezaan kedudukan antara jenazah lelaki dan perempuan semasa disembahyangkan.", "Jenazah lelaki: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kiri imam dengan kebanyakan bahagian badan jenazah di sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian kepalanya.", "Jenazah perempuan atau khunsa: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian punggungnya.", "Ada beberapa perkara sunat dalam solat jenazah. Ia adalah seperti berikut:", "Cara Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan", "أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى", "“Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.”", "أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى", "“Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.”", "أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى", "“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala.”", "أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى", "“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala.”", "2. Kedudukan tangan sama seperti dalam solat biasa.", "4. Takbir untuk kali kedua dan angkat tangan ke telinga. Kemudian letakkan tangan kembali ke badan.", "5. Baca selawat ke atas Nabi. Atau adalah lebih baik lagi dengan membaca selawat Ibrahimiyyah.", "6. Takbir kali ketiga dan angkat tangan ke telinga. Kemudian letakkan tangan kembali ke badan.", "“Ya Allah, ampunkanlah jenazah ini, kasihanilah dia, sejahterakan dan selamatkan dia. Muliakanlah kedudukannya, lapangkan ruang kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan embun suci. Lupuskan dia daripada segala noda dosa, sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran.", "Gantikan baginya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat kediaman sebelum ini. Berikan kepadanya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya, pasangan yang lebih baik daripada pasangannya yang ada. Hindarkanlah dia (Ya Allah) daripada seksa kubur dan seksa neraka.”", "“Ya Allah, ampunkanlah jenazah ini, kasihanilah dia, sejahterakan dan selamatkan dia. Muliakan kedudukannya, lapangkan ruang kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan embun suci. Lupuskan dia daripada segala noda dosa, sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran.", "Gantikan baginya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat kediaman sebelum ini. Berikan kepadanya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya, pasangan yang lebih baik daripada pasangan yang ada. Hindarkanlah dia (ya Allah) daripada seksa kubur dan seksa neraka.”", "8. Takbir kali keempat dan sunat membaca doa.", "“Ya Allah, janganlah Engkau sisihkan kami daripada mendapat pahala (menguruskan jenazah)nya. Jangan pula Engkau biarkan fitnah melanda kami sepeninggalannya.", "Ampuni dosa kami, dosa si mati dan saudara-saudara kami yang lain yang lebih awal beriman daripada kami. Jangan Engkau bibitkan di dalam hati kami rasa benci dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami (yang mulia), Engkau sangat Penyantun dan sangat Penyokong.”", "“Ya Allah, janganlah Engkau sisihkan kami daripada mendapat pahala (menguruskan jenazah)nya. Jangan pula Engkau biarkan fitnah melanda kami sepeninggalannya.", "Ampuni dosa kami, dosa si mati dan saudara-saudara kami yang lain yang lebih awal beriman daripada kami. Jangan Engkau bibitkan di dalam hati kami rasa benci dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami (yang mulia), Engkau sangat penyantun dan sangat penyayang.”", "“Segala puji bagi Allah Tuhan Alam semesta. Selawat dan salam untuk penghulu kami Sayyidina Muhammad Nabi dan Rasul yang paling mulia, juga ke atas para sahabat Baginda sekaliannya. Ya Allah, jadikanlah kuburnya seperti taman daripada taman-taman syurga.", "Ya Allah, Engkaulah Tuhannya, Engkau yang menjadikannya, Engkau yang juga memberikannya petunjuk sehingga dia menganut agama Islam. Namun, Engkau juga yang mematikannya, Engkau lebih tahu hal ehwalnya, baik yang tersembunyi mahu pun yang terang.", "Ya Allah, kami hadir di sini dengan penuh rasa berharap untuk memohon baginya pertolongan-Mu. Oleh itu, ampunkanlah kami semua dan dirinya dengan ihsan dan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.", "Selawat dan restu Allah untuk Rasul junjungan kami Nabi Muhammad, juga kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda, semoga sejahtera mereka semuanya. Segala puji hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.”", "11. Kemudian teruskan dengan doa ini;", " “Ya Allah, curahkanlah rahmat atas Nabi Muhammad dan kepada keluarga Nabi Muhammad. Ya Allah, dengan berkat surah al-Fatihah, bebaskanlah dosa kami dan dosa mayat ini dari seksaan api neraka. Ya Allah curahkanlah rahmat dan berilah keampunan kepada mayat ini.", "Dan jadikanlah tempat kuburnya itu taman daripada syurga dan janganlah Engkau jadikan kuburnya itu lubang jurang neraka. Dan semoga Allah memberi rahmat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.”", "Solat jenazah adalah solat yang perlu diketahui cara menunaikannya, kerana ianya adalah fardhu kifayah. Ini bermaksud jika ada seorang yang mengetahui cara melakukan solat jenazah, maka kewajipan ke atas orang lain pun akan terlepas.", "Namun begitu, untuk menjadi seorang umat Islam yang bertanggungjawab, hendaklah kita semua mempunyai ilmu mengenai solat jenazah ini tanpa bergantung harap kepada orang lain.", "Semoga mendapat manfaat daripada artikel cara solat jenazah ini. Jom baca artikel solat yang lain. Jangan lupa untuk share dan like ya jika bermanfaat." ]
https://bidadari.my/langkah-urutan-perineum/
Hamil, Petua Tips 9 Langkah Urutan Perineum Untuk Elak Kena ‘Gunting’ Semasa Bersalin Oleh aqirah
[ "Sebelum menghadapi hari bersalin, pelbagai persediaan yang perlu dibuat untuk ibu hamil. Barang-barang bayi dan ibu semasa tinggal di hospital. Bagi ibu yang bekerja perlu memberitahu majikan untuk mendapatkan cuti bersalin. Suami juga perlu bersedia untuk menyambut kelahiran bayi dari segi mental dan fizikal.", "Perkara yang paling ditakuti ibu hamil ketika bersalin adalah takut kene ‘gunting’ kerana lubang tidak cukup besar untuk keluarkan bayi. Apabila difikirkan, ia memang amat mengilukan dan boleh rasa sakitnya. Sakit bersalin tidak sama dengan sakit demam panas dan penyakit-penyakit lain. Hanya wanita yang terpilih sahaja yang dapat merasa sakit bersalin.", "Jadi, bagaimanakah untuk elakkan kene ‘gunting’ semasa bersalin?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 langkah urutan perineum untuk elakkan kena ‘gunting semasa bersalin’. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.", "Pernah tak ibu- ibu dengar mengenai urutan perineum? Haa, inilah urutan yang dimaksudkan Ibu semenjak awal tadi. Jika ada yang belum tahu, meh Ibu cerita. Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum ini mampu mengurangkan koyakkan pada bahagian vagina kita semasa bersalin sekaligus mengurangkan risiko ‘kena gunting’ oleh doktor.", "Kebanyakkan wanita yang mengamalkan urutan ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal.", "Anda boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan semulajadi.", "Antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu. ", "Anda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa. Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.", "1. Cuci tangan anda sehingga bersih, kuku hendaklah sentiasa pendek.", "2. Sandar pada bantal dan duduk seperti mencangkung.  Dapatkan kedudukan yang selesa dan tiada gangguan.", "3. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda", "4. Masukkan 1 jari ke dalam dinding faraj atau lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.", "5. Pastikan 4 jari lagi di bahagian punggung", "6. Tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.", "7. Tetapkan keadaan tersebut selama 2 minit.", "8. Gerakkan semua jari bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu sekurang- kurangnya lima minit setiap kali.", "9. Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan kentut. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.", "*Urutan ini khas untuk wanita hamil bagi memudahkan proses bersalin nanti. Jika rasa ragu-ragu, boleh berjumpa doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan nasihat dan kebenaran untuk melakukan urutan perineum. Rasa takut dan gementar itu biasa, semua ibu yang hamil akan rasa perasaan tersebut.", "Jadi, jangan malu-malu berjumpa dengan doktor dan bertanya kepada doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/petua-legakan-sakit-terseliuh/
Petua Tips Petua Legakan Sakit Terseliuh Menggunakan Halia dan Putih Telur (Mudah Dan Selamat) Oleh aqirah
[ "Kemalangan di tempat kerja memang tidak dapat dielakkan jika kita tidak berhati-hati. Tidak kira di mana kita bekerja sama ada di pejabat atau tempat tapak pembinaan, mesti akan berlaku kemalangan kecil atau besar. Hal ini yang menjadi masalah kerana ia boleh membuat kerja kita tertangguh dan lambat untuk disiapkan.", "Kemalangan yang selalu berlaku adalah kaki atau tangan terseliuh semasa melakukan kerja. Bunyi seperti tidak teruk tapi jika tidak dijaga dengan baik, ia akan lambat sembuh. Jenuh kita perlu ulang alik klinik untuk merawat kaki atau tangan terseliuh ini. Adakah cara untuk mengurangkan bengkak terseliuh ini?", "Mari kami kongsikan info mengenai petua legakan sakit terseliuh menggunakan halia dan putih telur. Petua ini dikongsikan oleh Puan Diana Said. Puan Diana suka berkongsi tipa dan petua di Facebooknya. Jom kita baca petua yang dikongsikan oleh Puan Diana.", "Petua ni untuk bengkak, terseliuh tapi kalau ada luka tak sesuai guna tau. Kalau jatuh lepas main bola ke boleh guna petua ni. Jom kita tengok cara nak ubati bengkak jatuh.", "DIY bahan-bahan untuk legakan sakit terseliuh.", "1) Basuh halia bersih bersih dan tumbuk halia sampai halus.", "2) Pecahkan 2 biji telur dan ambil bahagian putih sahaja", "3) Gaul halia dengan putih telur hingga sebati", "4) Tekan halia dengan sudu untuk keluarkan air halia, buang air halia", "5) Bentangkan kapas dan jadikan tuala sebagai alas.", "6) Letakkan halia yang telah disejat tadi ke atas kapas dan ratakan. ", "7) Ambil kapas lain dan tutup semua bahagian atas halia. ", "8.) Ambil minyak masak sapu kan di bahagian yang sakit dan ingin dibalut bersama selawat dan niat untuk Allah beri kesembuhan.", "9) Angkat tuala perlahan-lahan dan tekapkan di bahagian sakit, tarik kain tuala dan biarkan kapas melekat di tubuh kemudian balut dengan kain pembalut dengan kemas.", "10) Buka balutan apabila ingin mandi keesokan hari. Lakukan selama 3 hari berturut turut insyaallah sakit dan bengkak akan semakin kurang.", "Suami Puan Diana kata mula mula dia akan rasa sejuk, kemudian akan rasa panas halia lebih kurang 6 jam juga. Nak sembuh kan tahan lah panas sikit.", "Masa rata kan halia tu better pakai sarung tangan takut rasa panas pula nanti. Yang penting halia jangan terus terkena kulit kena ada kapas selapis, baru lah kulit tak merah nanti.", "*Jika rajin dan selalu ikut petua ini, Insyaallah sakit kaki atau tangan terseliuh akan berkurangan. Petua ini amat mudah dan boleh digunakan oleh semua golongan masyarakat. ", "Petua ini sekadar untuk membantu mengurangkan sakit terseliuh. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/tips-penjagaan-rapi-mulut-si-kecil/
Kesihatan, Petua Tips 5 Tips Penjagaan Rapi Mulut Si Kecil Oleh aqirah
[ "Pemakanan yang sihat menentukan kesihatan pergigian yang baik. Penjagaan gigi pula membantu ke arah pembentukan muka  yang sempurna dan menyediakan ruang untuk gigi kekal tumbuh dengan teratur. Penjagaan mulut si kecil perlu dipraktikkan dari mula untuk dihindari daripada masalah pertumbuhan gigi.", "Ibu bapa memainkan peranan penting mengasuh dan menggalakkan anak-anak dalam menentukan kesihatan mulut dan gigi mereka. Penjagaan gigi perlulah dilakukan dari peringkat kanak-kanak hinggalah mereka boleh memberus gigi dengan sendiri lebih kurang pada usia 6 tahun. ", "Gigi pertama tumbuh lebih kurang pada usia enam bulan sehinggalah kesemua 20 batang gigi susu tumbuh pada usia dua tahun setengah. Ibu bapa mesti memberi perhatian supaya tidak membiarkan anak mereka tertidur dengan botol susu. ", "Bagaimanakah cara untuk menjaha kesihatan mulut bayi?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips penjagaan rapi mulut si kecil. Info ini dikongsikan oleh Puan Sharipah Eyie. Beliau bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau rajin menjawab pertanyaan pengikutnya lebih-lebih lagi mengenai kesihatan di laman sosialnya.", "1. Beri bayi minum air kosong selepas makan (flush mulut)", "2. Lap gusi bayi dengan tuala yang bersih (buat bayi terbiasa parent ‘explore’ dalam mulut nya)", "3. Perkenalkan berus gigi kepada bayi (hilangkan takut towards berus gigi)", "4. Berus gigi (parents) bersama anak kecil. biar anak lihat parents juga praktik kan apa yang kita minta mereka buat.", "5. Buat pemeriksaan mulut anak di klinik pergigian seawal usia 6bulan. (walaupun tiada gigi)", "*5 tips sahaja untuk menjaga kesihatan mulut si kecil. Tips yang diberikan oleh puan Sharipah juga mudah untuk dilakukan oleh mana-mana ibu bapa. Ia hanya memerlukan masa dan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa.", "Sebelum kita menyuruh anak untuk menjaga kebersihan mulut, sebagai ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik di hadapan anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/resepi-mee-rojak/
Resepi Resepi Mee Rojak Mamak Style Versi Homemade Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Hari-hari makan nasi. Jemu dah kan? Jadi sekali sekala apa salahnya kalau tukarkan menu kepada mee. Hmm.. tapi nak buat mee apa kan? Terdapat banyak jenis menu mee seperti mee kuah,mee jawa, mee sup, mee hailam dan lain-lain lagi. Dah nak masak mee tapi buntulah pula nak masakkan mee apa. Apa kata cuba mee rojak mamak style versi homemade pula. Pasti puas makan kan. Yela mengikut citarasa sendiri. Dan yang paling penting, kebersihan terjamin.", "Resepi ini sangatlah sesuai dengan kaki-kaki mamak. Boleh lah lepas rindu dendam masakan mamak kat kedai tuh. Jadi, apa lagi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Saleha Maarof di laman Facebook. Resepi yang mudah dan senang ini pasti buat anda puas hati. Makanlah sebanyak mana yang mungkin dan penuh keyakinan. Jom.", "1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering, panaskan minyak dan apabila minyak dah panas, tumis bawang yang telah dikisar bersama cili kering.", "2. Apabila dah naik bau masukkan air asam jawa. Tunggu sehingga mendidih dan bolehlah masukkan kacang yang telah dikisar tadi.", "3. Masukkan gula garam secukup rasa. Selepas itu masukkan biskut meri yang telah dibancuh. Masa masukkan biskut marie tu kita kena kacau sebab takut bertetel atau berketul. Kacau sampai lah rasa dah tak berketul-ketul.", "1. Letak tepung gandum tu dalam 2 bekas tau fu fa. Lepas tu masuk 3 sudu tepung goreng pisang adabi.", "2. Kemudian masukkan ½ yis yang telah dibancuh lepas tu tambah garam dan gula. Masukkan udang kertas dan daun kucai/tauge.", "3. Bancuh kesemua bahan tu dalam satu bekas. Jangan terlampau cair dan jangan terlalu pekat. Sedang sedang sahaja.", "4. Dah siap. Bolehlah mula menggoreng.", "Bahan2 lain utk campur dlm rojak :", "Dah siap semuanya. Bolehlah dihidangkan di atas meja. Nanti nak makan , barulah masing ambil-ambil. Untung buat sendiri nih, sebab nya boleh pilih bahan mana yang nak lebih dan kurang. Dah siap isi, bolehlah tuangkan kuah kacang di atasnya. Selamat menjamu selera. Resepi menarik lain untuk dikongsikan." ]
https://bidadari.my/anak-syurga/
Rohani Maksud Anak Syurga Sebenarnya & Syafaat Anak Syurga Dicemburui Ramai Oleh zulrina
[ "Ramai ibu bapa mendoakan anak syurga mereka di media sosial. Anak syurga yang telah tiada lagi di bumi ini, ya anak-anak ini telah meninggal dunia seawal mereka lahir sehingga mereka belum baligh. Itulah yang sering digelar anak syurga. ", "Namun begitu, kedengaran anak syurga juga adalah daripada golongan anak-anak yang suci bersih tanpa apa-apa dosa, yang sering beramal dengan Al-Quran dan lain-lain lagi. Sebenarnya, konsep anak syurga adalah pelbagai. Namun, ada kisahnya di sebalik siapa sebenarnya anak syurga.", "Anak syurga adalah anak yang baru lahir, ketika lahir, keguguran atau yang telah meninggal dunia sebelum usia baligh mereka. Juga dikatakan anak yang cacat atau tidak waras adalah anak syurga kerana mereka tidak dihisab. Anak syurga adalah anak yang meninggalkan dunia secara suci tanpa ada dosa dan sebelum dosa mereka dikira.", "Anak Syurga Dari Sabda Nabi SAW", "Menurut sumber Mufti Wilayah Persekutuan, Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa anak yang telah meninggal dunia sebelum baligh akan menarik kedua ibu bapanya untuk masuk syurga.", "حَدَّثَتْنِي حَبِيبَةُ، أَنَّهَا: كَانَتْ عِنْدَ عَائِشَةَ، فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى دَخَلَ عَلَيْهَا فَقَالَ: «مَا مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَمُوتُ لَهُمَا ثَلَاثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ لَمْ يَبْلُغُوا الْحِنْثَ إِلَّا جِيءَ بِهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُوقَفُوا عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ فَيَقُولُونَ حَتَّى يَدْخُلَ آبَاؤُنَا فَيُقَالُ لَهُمِ ادْخُلُوا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْجَنَّةَ", "Maksudnya: “Aku berada bersama Aisyah RA maka telah datang Nabi SAW sehingga baginda SAW masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga bersaudara) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari Kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan ibubapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibubapa kamu ke dalam Syurga”.", "[Lihat: Mu’jam al-Kabir, no. hadith 571, 24/225] [Imam al-Haithami mengatakan perawi-perawinya thiqah di dalam Majma’ al-Zawaid dan al-Albani menghukum hadith ini sahih sebagaimana di dalam sahih al-Targhib] (Riwayat Habibah RA)", "وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ", "Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannyaa”.", "Ketika di Padang Masyhar dan berlakunya keadaan yang amat panas di antara semua kalangan manusia, anak yang meninggal sebelum baligh ini semuanya diberikan minum untuk diberikan kepada ibu bapa mereka. Mereka akan menyusup di antara ramai orang untuk mencari ibu bapa mereka sedangkan manusia lain tersangatlah dahaga.", "Sepanjang kematian mereka dari kecil, mereka telah dikumpulkan di suatu tempat dan telah diasuh oleh Nabi Ibrahim AS. Apabila berlakunya kiamat, anak-anak ini terus akan dipindahkan ke syurga tanpa melalui hisab, pengadilan Mahkamah Rabbul-Jali, tidak melalui mizan, titian sirat, tidak terkena matahari dan lain-lain lagi. ", "Ketika di syurga, Malaikat akan memberitahu bahawa semua ibu bapa mereka telah berada di depan pintu syurga. Semua anak syurga bergegas berlari mencari ibu bapa masing-masing. Sehinggalah mereka yang tidak berjumpa akan bertanya kepada malaikat, dan jawapan malaikat adalah, “Wahai Wildan, Ayah dan bonda kamu telah terjatuh ke dalam neraka”.", "Istilah “al-wildan” dalam Hadis Qudsi yang digelar oleh malaikat kepada anak syurga asalnya kata tunggalnya iaitu “al-walid”, yang bermaksud anak yang baru dilahirkan: bayi atau anak kecil yang belum akil baligh.", "Anak syurga ini akan menangis mendengar khabar ibu bapa mereka yang berada di neraka. Justeru, malaikat meminta mereka mengadu kepada Nabi Muhammad SAW. Seraya mengadu kepada Nabi SAW, nabi mengangkat tangannya berdoa dan akhirnya orang mukmin yang masuk neraka dan didoakan itu dikeluarkan dari neraka. Mereka terus masuk ke dalam Syurga dan disambut oleh anak syurga mereka yang telah terpisah di dunia dahulu. ", "Telah Allah SWT berfirman dalam Al-Quran (Ad-Dahr: 11): Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.", "Beruntunglah anda yang mempunyai anak syurga di dunia dan di akhirat kelak. Anak syurga yang telah lama meninggalkan kita atau belum pun kenali kita di dunia tetap akan menunggu kita di sana nanti. Mereka adalah penyelamat kita pada jalan terakhirnya untuk kita masuk syurga.", "Syafaat anak syurga adalah anak syurga boleh menarik dan meminta kepada Allah SWT untuk memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga bersama-samanya. Syafaat adalah keajaiban doa atau hal yang diperkenankan oleh Allah SWT, selalunya adalah para nabi dan orang-orang soleh. Namun siapa sangka, seorang anak syurga akan menunggu untuk masuk syurga bersama ibu bapanya.", "Sekiranya kita mempunyai anak syurga, redhalah walau kita hanya menjaganya seketika waktu. Keredhaan dan kesabaran kita akan dinilai oleh Allah SWT dan malaikat. Sudah pasti ada hikmahnya di dunia ini dan ganjaran yang besar menanti anda di akhirat sana.", "Itulah dia maksud anak syurga yang sebenarnya dan syafaat anak syurga terhadap kedua ibu bapa. Beruntunglah anda yang mempunyai anak syurga di sana! Jom baca juga Cara ambil anak angkat di hospital, Peranan ibu bapa dan Cara berbuat baik kepada ibu bapa." ]
https://bidadari.my/perkara-yang-buatkan-mak-jadi-lebih-cantik/
Keluarga Ketahui 5 Perkara Yang Membuatkan Mak Menjadi Lebih Cantik Setiap Hari Oleh aqirah
[ "Mak adalah segala-segalanya untuk kita. Siapalah kita jika mak tidak menjaga kita dengan begitu baik sekali. Mak adalah wanita yang terkuat pernah kita jumpa, mereka boleh melakukan apa-apa sahaja termasuk memasak, mengemas, didik anak, bekerja dan  macam-macam lagi. Tugas seorang mak bukanlah tugas yang ringan.", "Mak kita juga dalam pada masa yang sama ingin berhias dan bercantik-cantik. Kemudian bergambar dengan keluarga, kawan-kawan dan sedara mara. Kita sebagai anak dan suami, perkara apakah yang boleh kita lakukan untuk menggembirakan hati seorang mak dan membuatkan beliau kelihatan sangat cantik?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perkara yang membuatkan mak menjadi cantik setiap hari. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.", "5 Perkara yang membuatkan mak cantik setiap hari", "1. Dia diberikan bajet khusus untuk Self Care diri. Tak perlu banyak tapi yang penting cukup untuk dia merawat dan mencantikkan diri.", "2. Dia diberikan masa khusus untuk memanjakan diri sendiri. Kadang tak perlu ke spa atau salon pun. Asalkan diberikan peluang dan masa memang mereka akan cari cara untuk merawat dan mencantikkan diri sendiri.", "3. Dia diberikan peluang untuk Self Reward diri sendiri seperti melancong, shopping dan sebagainya. Selepas berhempas pulas menjaga pasangan dan anak anak, Self Reward ni sangat perlu untuk menjaga motivasi dalaman diri. Hilang motivasi diri, maka hilanglah seri.", "4. Dia diberikan nafkah batin yang mencukupi keperluan diri. Nafkah batin ini termasuklah pergaulan yang baik dan kasih sayang yang membuatkan hatinya menjadi tenteram dan tenang.", "5. Dia perlukan pasangan yang memahami psikologi dan keperluan diri seorang wanita. Perbezaan jantina membuatkan ramai wanita tidak memahami lelaki dan ramai lelaki tidak memahami wanita sedangkan ilmu memahami pasangan adalah ilmu yang sangat penting untuk keharmonian rumahtangga.", "*Berikut adalah perkara yang kita boleh lakukan untuk menggembirakan hati seorang mak dan membuatkan beliau kelihatan cantik setiap hari. Jika ada masa lapang, lebih-lebih lagi di musim PKPP ini cuba luangkan masa bersama mereka dan dengar cerita-cerita mereka. Ia dapat menggembirakan hati mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/oil-cleanser-terbaik-dan-murah/
Umum 14 Oil Cleanser Terbaik Dan Murah Oleh zulrina
[ "Oil cleanser adalah produk pembersih wajah yang berasaskan minyak yang berguna untuk menghilangkan kesan alat solek, radikal bebas dan kotoran yang terdapat pada wajah. ", "Oil cleanser terbaik sesuai untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit yang sensitif. Ia dapat membersihkan kesan alat solek tebal dan solekan yang kalis air. Amat mudah guna oil cleanser sekiranya kita sering mekap atau mekap tebal.", "Ia juga boleh digunakan untuk membersih eyeliner, maskara, foundation, lipstik kalis air dan sebagainya yang kita pakai. Terdapat banyak produk oil cleanser di pasaran terbaik dan murah yang mampu dimiliki. Jom lihat antara 14 oil cleanser terbaik dan murah.", "1. Biore Makeup Remover Cleansing Oil", "Sekiranya anda gemar bersolek, cleanser oil ini sangat sesuai untuk menghilangkan dan membersihkan solekan degil di muka anda. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit sensitif kerana mengandungi wangian yang sangat kuat. ", "Cleanser oil ini sangat baik sebagai penghilang solekan dan pembersih wajah kerana ianya akan menjadikan kulit lembut setelah dicuci menggunakannya.", "2. Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil", "Cleanser oil dari Neutrogena ini sangat popular dan berjaya melawan minyak dan sebum bagi membersihkan semua kotoran yang menyumbat liang-liang pori di bahagian muka. ", "Walaupun bahan formula clenser oil ini mengandungi minyak, ia amat sesuai untuk pengguna yang memiliki jenis kulit berminyak. Iaberfungsi untuk menghilangkan minyak berlebihan di wajah dan sesuai digunakan untuk membersihkan kesan solekan kalis air dan segala kotoran di muka.", "3. The Body Shop Camomile Silky Cleansing Oil", "Sekiranya anda ingin membiasakan diri dengan cleanser oil dan bimbang ia membahayakan kulit, cubalah cleanser oil The Body Shop yang diperkaya dengan ekstrak bunga Chamomile. ", "Oil cleanser terbaik dan murah ini akan membantu mengurangkan jerawat dan juga melegakan kulit muka yang bermasalah. Selain itu, khasiatnya menghilangkan solekan pada wajah dengan cepat dan menjadikan kulit terasa bersih, segar dan sempurna.", "4. Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil", "Cleanser daripada Korea ini merupakan gabungan minyak sayuran yang membantu penjagaan wajah. Teksturnya lembut dan tidak meninggalkan kesan melekit setelah dicuci menjadikannya sangat sesuai untuk kulit sensitif kerana bebas daripada alkohol dan paraben. ", "Cleanser oil ini diperkaya dengan minyak bijan hitam, kacang hitam dan anggur hitam yang akan membantu mengawal pengeluaran sebum, meningkatkan keanjalan kulit, menghidrat wajah dan sebagainya.", "Cleanser ini diperbuat daripada ekstrak minyak zaitun, minyak biji Camellia Japnocia dan Rh-Oligopeptide-1 sangat berkesan untuk menghilangkan kesan solekan dan melembabkan kulit.", "Di samping itu, ia juga menghilangkan kulit kusam agar kulit menjadi lebih berseri dan cerah. Kulit juga akan menjadi sangat lembut.", "6. Simple Kind To Skin Hydrating Cleansing Oil", "Cleanser oil ini sering dicari oleh pengguna yang mempunyai kulit sensitif kerana kandungan bahan-bahannya sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. ", "Oil Cleanser terbaik dan murah ini juga dikatakan sangat berkesan untuk membersihkan alat solek dan kotoran pada wajah. Ia boleh digunakan pada kulit sensitif dan kering kerana tidak mempunyai alkohol dan wangian.", "7. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil", "Sekiranya anda mempunyai kulit yang bermasalah, disarankan untuk mencuba menggunakan produk Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing ini. ", "Oil cleanser terbaik dan murah ini dapat memerangkap kelembapan pada lapisan wajah sehinggakan kulit berhenti menghasilkan sebum tambahan. Selain itu, ia bukan sahaja bertindak sebagai agen pembersih, tetapi juga membantu melindungi kulit dari kesan pencemaran seperti asap kenderaan, jerebu, dan radikal bebas yang melekat pada kulit.", "8. Safi Natural Micellar Oil Honey & Olive Cleansing", "Tanggalkan solekan kalis air, berasaskan minyak dan kekotoran anda dengan berkesan dalam masa kurang dari 1 minit dengan SAFI Micellar Natural Cleansing Oil (Madu). Produk ini menanggalkan makeup dengan baik.", "Produk yang berasaskan minyak ini membuatkan kulit anda berasa lembap tanpa rasa selepas berminyak. Produk ini juga tidak mengandungi alkohol, paraben, minyak mineral dan pewarna. Madu berada ditempat ke-13 didalam ingredient list.", "9. Kose Cosmeport Softymo Deep Cleansing Oil", "Kose Cosmeport Softymo Deep Cleansing Oil ini diperkaya dengan minyak beras yang berkesan untuk menanggalkan alat solek dan juga kotoran daripada liang pori wajah dan di bahagian leher. ", "Ia dapat membuang sel kulit mati sehingga kulit wajah terasa lebih bersih dan segar. Sekiranya anda gemar menggunakan solekan kalis air sehinggakan warnanya menjadi berlapis, cleanser oil ini akan menanggalkannya dengan baik.", "DHC Deep Cleansing Oil ini sesuai untuk semua jenis kulit dimana ia berfungsi membersihkan kulit dari kotoran, alat solek, habuk dan sebagainya. ", "Selain itu, cleanser oil terbaik dan murah ini juga mampu menanggalkan sel kulit mati serta membersihkan, menyuburkan, dan menghidrat kulit agar kekal sihat dan berseri.", "11. Laneige Fresh Brightening Cleansing Oil", "Laneige Fresh Brightening Cleansing Oil yang dapat membersihkan wajah anda ini sememangnya terkenal hasilnya dari Korea Selatan. Ia diperkaya dengan minyak aprikot yang menyegarkan. ", "Di samping itu, cleanser oil ini juga mengandungi minyak biji oren Bali yang kaya dengan vitamin C yang dapat membantu mencerahkan kulit anda dan mengurangkan kemerahan pada kulit. ", "Selain itu, terdapat kandungan ekstrak akar Gypsophila paniculata yang berkesan untuk menghilangkan kotoran pada wajah. Bagi aroma produk ini, haruman bunganya sangat menyegarkan.", "Senka adalah jenama penjagaan kulityang menyediakan banyak produk wajah yang berkualiti. Salah satunya adalah produk cleanser oil terbaik iaitu All Clear Oil. ", "Cleanser oil yang berasaskan minyak ini mampu membersihkan alat solek dan semua kotoran di wajah dengan baik. Dari segi kandungannya pula, ia diperkaya dengan esen kepompong putih, asid hyaluronik dan minyak dedak beras yang dapat menghaluskan kulit wajah.", "Dengan menggunakan produk ini dengan konsisten, wajah anda akan menjadi lebih cerah dan sangat berseri.", "Semua minyak pembersih bertujuan untuk memecahkan kekotoran larut minyak seperti pelindung matahari dan alat solek, menjadikan pembersihan mudah. Sulwhasoo Gentle Cleansing Oil dirumus dengan squalane, minyak isirong aprikot, dan ekstrak kulit jeruk keprok serta menjanjikan pembersihan yang berkesan dan lembut.", "Produk ini juga menanggalkan solekan di sekitar mata dan maskara dengan baik tanpa menjadikan kulit di sekitar mata kering. Oil cleansing ini juga menjadikan kulit lembap dan lembut.", "14. Madagascar Centella Light Cleansing Oil", "Minyak pembersih, dibuat dengan campuran Minyak Centella dari Madagascar, sifat yang tidak disentuh, dan 6 minyak berasaskan tumbuhan berbeza, untuk mencairkan kekotoran permukaan dan solekan, serta membersihkan kulit dengan formula ringan, menjadikan kulit bersih dan segar.", " Produk ini juga tidak menanggalkan makeup dengan senang tanpa perlu menggosok dengan kuat. Produk ini menjadikan kulit lebih ringan dan licin selepas menggun.", "Itulah dia antara 14 jenis oil cleanser terbaik dan murah boleh kita cuba. Jom baca juga Vitamin untuk mata, moisturizer terbaik, sunblock terbaik dan serum terbaik.", "Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my." ]
https://bidadari.my/masalah-bayi-mempunyai-tongue-tie/
Anak 5 Masalah Jika Bayi Mempunyai Tongue Tie, Ibu Bapa Perlu Peka Oleh aqirah
[ "Tidak semua bayi yang dilahirkan dengan sempurna dari segi fizikal. Ada pelbagai kes bayi lahir tidak cukup sifat. Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila melihat bayi mereka dilahirkan sebegitu. Namun jauh dalam sudut hati mereka, rasa syukur terhadap illahi kerana dikurniakan anak.", "Pasangan suami isteri yang dapat anak perlu bersyukur kerana bukan semua orang dapat boleh mendapat anak dengan cepat. Ada yang mengambil masa bertahun-tahun baru dikurniakan rezeki anak. Ada juga yang memang tidak dapat melahirkan anak.", "Bayi yang baru lahir mungkin akan mengalami beberapa masalah. Contoh yang selalu kita dengar adalah demam kuning. Bayi perlu ditahan wad beberapa hari untuk dipantau oleh doktor. Tetapi tahukah anda mengenai bayi yang ada masalah ‘tongue tie’ ?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 masalah jika bayi mempunyai ‘tongue tie’. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut.", "Jadikanlah amalan untuk terus melihat bawah lidah bayi setelah lahir. Sekiranya nampak seperti ada tali yang menambat lidah si bayi, itu adalah tongue tie, dan ia boleh mengganggu bayi untuk menyusu dengan sempurna. Lihat juga sekiranya bayi tidak pernah keluarkan lidah dari mulut, dan sekiranya dijulurkan keluar, lidah kelihatan seperti bentuk hati atau W shape.", "5 Masalah jika bayi mempunyai ‘tongue tie’", "Antara masalah yang boleh dijangkakan dengan kehadiran ‘tongue tie’ :", "1. Hisapan yang sering terlepas, lidah tidak dapat mengekalkan hisapan.", "2. Bayi mengamuk sewaktu atau selepas menyusu. Ini boleh disebabkan susu yang dapat tidak banyak seperti yang sepatutnya, dan bayi boleh jadi penat kerana harus berusaha lebih untuk dapatkan susu.", "3. Ibu rasa sakit pada puting dan boleh menyebabkan luka. Ini disebabkan bayi banyak hisap pada bahagian puting.", "4. Peningkatan berat badan bayi yang tidak memberangsangkan. Sekiranya bayi tidak dapat menyusu dengan baik, pada pemeriksaan pada 1 bulan pertama, akan dapat lihat bahawa berat bayi tidak naik seperti diharapkan.", "5. Bayi ingin mengempeng setiap masa. Ada juga bayi yang terus menerus ingin menyusu, dan ini akan menyebabkan ibu berasa stress.", "Ada kes yang memenuhi kesemua ciri di atas, ada juga kes kes terpencil di mana bayi membesar dengan baik, dan ibu tidak merasakan sakit.", "Sekiranya si bayi boleh menyusu dengan bagus walaupun dengan kehadiran tongue tie, pada usianya 2 tahun nanti, mungkin bayi boleh mempunyai masalah pertuturan. Sama ada lewat bercakap, ataupun pelat. Tapi tak semua akan mengalami masalah ini.", "*Jika orang dulu-dulu mungkin tidak tahu akan kehadiran ‘tongue tie’ ini. Sekarang teknologi semakin berkembang maju dan klinik juga semakin banyak, jadi rajin-rajinlah bawa anak untuk diperiksa dengan doktor pakar. Ini untuk kebaikan bayi dalam pembesaran dan juga si ibu yang menyusukan anak.", "Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/pengajaran-kisah-ashabul-kahfi/
Rohani Pengajaran Kisah Ashabul Kahfi Yang Boleh Kita Pelajari Oleh Aniuna
[ "Dalam artikel yang lepas (Kisah Ashabul Kahfi), kita telah mengetahui kisah pemuda-pemuda Kahfi ini dengan terperinci daripada waktu sebelum mereka memasuki gua, ketika mereka di dalam gua dan juga selepas mereka telah keluar daripada gua setelah beratus-ratus tahun lamanya.", "Kisah ini telah dicerita oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui surah al-Kahfi. Di dalam Surah al-Kahfi sebenarnya terdapat 3 kisah utama yang terkandung banyak pengajaran untuk kita. Kisah-kisah itu adalah kisah Ashabul Kahfi, kisah Nabi Musa as bersama Nabi Khidir as dan kisah Raja Zulkarnain. Manakala, nama surah ini diambil sempena kisah Ashabul Kahfi.", "Kisah Ashabul Kahfi ini terlalu banyak serta sarat dengan pengajaran yang kita  oleh ambil lebih-lebih lagi buat para pemuda yang hidup di akhir zaman ini. Kisah ini bukan sahaja menceritakan tentang soal akidah, tetapi juga mengisahkan tentang jatidiri seorang Muslim yang sejati. Antara pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah Ashabul Kahfi adalah:", "1) Berpegang Teguh Kepada Aqidah Islamiah", "Zaman Ashabul Kahfi adalah zaman pemerintahan raja yang zalim dan kebanyakan rakyat pada waktu itu kufur pada Allah swt. Jika kita ingin kaitkan dengan zaman kini, dunia kini diketuai oleh pemerintah kufar semenjak kejatuhan khilafah Islam pada tahun 1924.", "Dengan pelbagai ideologi songsang yang merebak, ia sebenarnya merupakan anasir-anasir yang boleh menggugat keimanan serta aqidah Islam. Oleh itu, kita perlu contohi keutuhan aqidah Ashabul Kahfi sekalipun diancam oleh raja yang zalim.", "Sekalipun orang di sekeliling kita kufur kepada Allah swt, kita harus tetap teguh mempertahan aqidah, keislaman serta ketaqwaan kita hanya kepada Allah swt.", "بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ", "Maksudnya, “Islam itu bermula dalam keadaan asing (gharib) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (HR Muslim)", "2) Memohon Pertolongan Dan Perlindungan Allah SWT", "Dalam apa jua keadaan sekalipun, kita perlu sentiasa berdoa memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah swt. Doa Ashabul Kafhi antara doa yang kitab oleh amalkan agar Allah swt sentiasa memberi petunjuk dalam apa juga keputusan dan urusan yang kita lakukan.", "Keputusan Ashabul Kahfi untuk lari bersembunyi adalah untuk menyelamatkan aqidah mereka. Tindakan mengasingkan diri daripada kerosakan serta kemaksiatan adalah salah satu cara terakhir yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan diri dan aqidah kita. Seperti mana firman Allah swt", " وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّـهَ فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ يَنشُرْ لَكُمْ رَبُّكُم مِّن رَّحْمَتِهِ وَيُهَيِّئْ لَكُم مِّنْ أَمْرِكُم مِّرْفَقًا ", "Maksudnya, “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah swt, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna.”", "Hal ini jugalah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sebelum Baginda dilantik menjadi rasul. Baginda beruzlah di Gua Hira’ untuk mengasingkan dirinya daripada masyarakat Quraisy yang menyembah berhala.", "4) Mencari Makanan Yang Halal Lagi Baik", "Walaupun pemuda-pemuda ini dalam keadaan darurat kerana diburu oleh raja yang zalim, tetapi mereka tetap berusaha untuk mencari makanan yang paling baik iaitu halalan toyyiba. Firman Allah swt;", "وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْۚ قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْۖ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍۚ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَـٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا", "Maksudnya, “Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), ", "maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. (Surah al-Kahfi, Ayat 19)", "5) Tidak Berdebat Pada Perkara Yang Tidak Pasti", "سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًا بِالْغَيْبِ ۖ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ ۚ قُلْ رَبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِمْ مَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ ۗ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَاءً ظَاهِرًا وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِمْ مِنْهُمْ أَحَدً", "Maksudnya, “Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan, “(Jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjingnya,” sebagai tekaan terhadap barang yang ghaib; dan (yang lain lagi) mengatakan, ", "“(Jumlah mereka) tujuh orang, yang kelapan adalah anjingnya.” Katakanlah, “Rabbku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit.” ", "Kerana itu janganlah kamu (Muhammad) berdebat tentang hal mereka, kecuali perdebatan yang lahir sahaja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka.” (Surah al-Kahfi, Ayat 22)", "Melalui ayat ini, Allah mengajar kita agar tidak berdebat terhadap perkara yang kita tidak tahu. Sesungguhnya hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Dan melalui ayat ini juga, kita dapat ketahui bahawa jika kita ingin mengetahui sesuatu ilmu atau maklumat, pastikan kita bertanya kepada orang yang ahli dan benar-benar tahu akan hal tersebut.", "6) Allah Berkuasa Menghidupkan Dan Mematikan ", "Percaya kepada perkara ghaib seperti percaya kepada Allah swt, percaya kepada Malaikat dan percaya kepada Hari Akhirat terkandung dalam Rukun Iman. Kepercayaaan ini sememangny perlu didasari dengan aqidah yang kuat kepada Allah swt. Ini kerana, kita harus yakin serta percaya dengan sepenuh hati pada perkara ghaib yang kita tidak nampak.", "Namun, kisah Ashabul Kahfi telah membuktikan kekuasaan Allah swt untuk mematikan dan menghidupkan mahkluk. Pemuda-pemuda itu tidur selama beratus-ratus tahun dalam jagaan Allah swt dan mereka juga boleh terjaga daripada tidur yang panjang. Firman Allah swt;", "وَكَذَٰلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوا أَنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَا إِذْ يَتَنَازَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ", "Maksudnya, “Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah swt menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya.” (Surah al-Kahfi, Ayat 21)", "7) Membuktikan Kerasulan Nabi Muhammad SAW", "Nabi saw telah ditanya sebanyak 3 soalan oleh pendeta Yahudi untuk membuktikan kerasulannya. Mereka menyatakan, sekiranya Nabi Berjaya menjawab soalan-soalan ini, maka Nabi saw sememangnya seorang rasul yang benar. Salah satu soalan yang diberikan adalah tentang para pemuda pada zaman dahulu yang memiliki kisah menakjubkan.", "Pertanya berkenaan Asyabul Kahfi ini telah dikisahkan oleh Allah swt dalam Surah al-Kahfi, ayat 9-26. Wahyu ini turun selepas 15 hari Nabi Muhammad saw ditanya soalan oleh pendeta tersebut. Penjelasan Nabi Muhammad saw tentang kisah Ashabul Kahfi ini telah membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah swt.", "Bagaimana dengan artikel berkenaan pengajaran kisah Ashabul Kahfi yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:" ]
https://bidadari.my/anak-kerap-demam/
Kesihatan 13 Perkara Ibu Wajib Buat Kalau Anak Kerap Demam Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Demam biasanya berpunca daripada jangkitan kuman tetapi faktor lain yang menyebabkan radang pada tisu badan juga boleh menyebabkan demam. Demam tidak semestinya berbahaya, ia merupakan tindak balas fisiologi yang penting.", "Ia juga adalah salah satu perisai badan untuk melawan penyakit. Kenaikan suhu badan dapat membasmi  kuman. Bagaimanapun, tahap demam tidak dijadikan penanda aras keseriusan penyakit. Sebagai contoh, demam rendah pada bayi boleh disebabkan jangkitan yang serius. Manakala pada kanak-kanak yang lebih besar, jangkitan selesema biasa boleh menyebabkan demam yang tinggi.", "Adakah demam yang berulang sesuatu yang normal? Demam yang berulang tanpa gejala pelik adalah normal. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak kerap demam  iaitu:", "Apa yang ibu perlu buat kalau anak kerap demam?", "1. Pastikan anak minum air kosong secukupnya", "Sewaktu demam, anak perlu minum air kosong secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Kekurangan air boleh menyebabkan imuniti anak menjadi rendah lalu mudah demam.", "Makanan sunnah seperti madu, kurma, habbatussauda, dan kismis sememangnya membantu meningkatkan imuniti anak.", "3. Berikan anak makanan tambahan atau supplement", "Selain makanan sunnah, supplement atau makanan tambahan juga membantu menaikkan imuniti anak supaya tidak kerap demam. Anda boleh berikan minyak ikan yang kaya dengan omega 3 atau pun vitamin c.", "4. Elakkan makanan segera dan makanan ringan", "Semua makanan ini amat kurang nilai nutrisi dan mengandungi kandungan garam, gula, pengawet, bahan perasa, serta pewarna tiruan yang tinggi. Makanan segera dan makanan ringan merendahkan imuniti anak dan menyebabkan anak kerap demam.", "5. Elakkan bersesak di tempat awam", "Apabila anda membawa anak ke tempat sesak, anak akan terdedah kepada pelbagai bakteria dan virus  yang berlegar-legar di ruang udara. Kuman dan virus boleh menyelinap masuk ke dalam tubuh anak kecil dengan lebih mudah kerana sistem pertahanan mereka yang belum matang.", "Semasa memilih pusat asuhan atau taska, pastikan nisbah antara penjaga dan kanak-kanak seimbang. Jika makan di luar, pilihlah tempat yang bersih dan makanan yang diselia rapi.", "6. Jauhkan anak daripada asap rokok", "Merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan perokok, tetapi ia juga merbahaya kepada orang di sekeliling mereka. Ini kerana asap rokok mampu membunuh dan merosakkan sel-sel yang penting dalam tubuh terutamanya anak kecil.", "7. Banyakkan aktitivi riadah di luar", "Anak kecil zaman kini lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah. Oleh itu, kebanyakannya cenderung menjadi kurang aktif kerana kurang melakukan aktiviti fizikal. Hidupkan amalan bersenam dan ajaklah anak-anak beriadah di luar dengan kerap. Aktiviti seperti ini bukan saja menyihatkan, tetapi ia turut menambah bilangan natural killer cell, sekaligus meningkatkan imuniti tubuh.", "Waktu tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang, termasuklah anak kecil. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh mengurangkan penghasilan natural killer cell, iaitu senjata pertahanan tubuh yang berfungsi menyerang mikrob dan sel kanser. Ini akan membuatkan kanak-kanak lebih mudah terkena jangkitan.", "Salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan imuniti anak adalah dengan menambahkan bawang putih dalam menu harian mereka. Bawang putih mengandungi bahan anti-virus dan anti-bakteria yang membantu menstimulasikan sel pertahanan dan menambah penghasilan antibodi. Ia juga memiliki sejenis kompaun sulfur yang bersifat anti-oksidan.", "10. Pastikan anak makan sayur dan buah", "Pastikan anak-anak mendapat sumber sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna kerana setiapnya mengandungi nutrisi yang berbeza. Kalau anak susah makan sayuran dan buah, kita janganlah berputus asa untuk mencuba menu-menu baru dalam hidangan harian mereka.", "Selain dimakan dalam bentuk segar, buah-buahan juga boleh diolah dalam bentuk lain seperti jus, aiskrim, smoothie, dan sebagainya untuk menarik minat mereka. Namun, jangan masukkan gula.", "Bagi anak yang masih menyusu, penyusuan badan adalah antara cara yang terbaik untuk meningkatkan imuniti dalam tubuh mereka. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi dan sel darah putih  iaitu 2 bahan utama yang meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan sebarang jangkitan.", "12. Perhatikan gejala lain semasa demam", "Demam yang berulang-ulang tetapi tidak disertai dengan gejala yang bahaya  mungkin disebabkan oleh jangkitan virus biasa. Namun jika terdapat gejala lain seperti:", "Siasatan lanjutan untuk mengesan penyakit seperti leukaemia atau immunodeficiency akan dilakukan.", "Ajarkan anak menutup mulut ketika bersin, batuk, dan buang hingus yang dihembuskan pada tisu atau sapu tangan khas. Tabiat ini melindungi anak daripada menyebarkan kuman ke serata tempat.", "Bagi anak kecil pula, perhatikan mereka dengan lebih kerap sekiranya mereka sedang tumbuh gigi dan suka mengeluarkan air liur. Pastikan wajah mereka selalu dilap. Kebersihan gusi dan gigi juga penting.", "Itulah dia info tentang anak kerap demam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tips demam panas dan Influenza A H1N1." ]
https://bidadari.my/khasiat-ulam/
Petua Tips 6 Khasiat Ulam Yang Selalu Jumpa Tapi Mungkin Kita Tak Tahu Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Minat makan ulam bersama nasi panas? Jom baca manfaat kesihatan makan serta khasiat ulam-ulaman ini.", "Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, atau direbus sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan.", "Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga.", "Jom ketahui khasiat ulam yang biasa kita makan.", "Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus tumbuh meliar dan dijadikan sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang cantik.  Antara khasiat ulam raja adalah mampu mengurangkan gejala kencing manis berdasarkan kajian yang pernah dibuat oleh penyelidik dari UPM pada tahun 2017.", "Selain itu, ulam raja juga mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memberi keanjalan kepada kulit.", "Malah klorofil yang diekstrak daripada daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi, dan dapat membantutkan aktiviti bakteria pembawa penyakit seperti E.coli.", "Kajian fitokimia melaporkan kehadiran asid fenolik, flavonoid, tannin, sesquiterpene lakton, karbohidrat, mineral, vitamin dan fenilpropanoid dalam ulam raja. Sebatian bioaktif ini memberikan nilai kesihatan seperti antihipertensi, antihiperlipidemik, antidiabetik, antimikrob, antioksidan dan antiosteoporotik.", "Nama saintifik bagi daun selom ialah Oenanthe javanica. Di Malaysia, daun selom digunakan dalam masakan seperti laksa, sebagai hiasan atau dikisar sekali untuk dibuat kuah. Ada juga yang menggunakannya dalam Nasi Kerabu.", "Daun selom juga dikenali sebagai Chinese celery di negara Barat kerana penggunaannya yang terkenal dalam kalangan orang Cina untuk tujuan perubatan.", "Berbeza dengan Western celery yang biasa kita tengok, daun selom mempunyai batang yang kecil dan rasa daun yang kuat berbanding Western celery yang mempunyai batang yang rangup dan rasa manis. Kedua-duanya kaya dengan vitamin A, B, C, D, zat besi dan potasium.", "Dalam perubatan Cina, daun selom boleh mengubati demam kuning (jaundice), demam panas, melawas kencing, merawat sembelit dan membantu dalam meningkatkan selera makan. Kebiasaannya, daun selom dihidangkan dalam jus atau direndam dalam air panas dan diperah untuk mendapatkan jusnya. Ia kemudian dihidang panas-panas untuk diminum.", "Daun selom  juga sesuai untuk orang yang selalu stress. Orang stress ni biasanya sukar tidur (insomnia) dan selalu sakit-sakit kepala. Mereka yang ada simptom ini digalakkan untuk amalkan makan daun selom dengan kerap ataupun amalkan minum secawan jus daun selom yang dicampur dengan susu. Ia dapat membantu menenangkan sistem saraf sekaligus memudahkan proses untuk tidur.", "Nama saintifik bagi gajus ialah Anacardium occidental, sejenis tumbuhan yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalam. Pucuk gajus yang biasa dibuat ulam ialah pucuk gajus muda berwarna merah atau merah perang. Rasanya kelat masam dan dimakan bersama sambal belacan dan nasi.", "Khasiat pucuk gajus dipercayai boleh mengelakkan terkena penyakit kanser, membantu penghadaman dan sesuai untuk mereka yang menghidap darah tinggi. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.", "Pucuk gajus juga mampu melawan dan meneutralkan bahan toksik dalam badan kerana terdapat antioksida di dalamnya. Pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan dan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.", "Selain dari khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis.", "Bagi yang ada ulser dalam mulut, bolehlah menggunakan air rebusan pucuk gajus untuk berkumur. Daun pucuk gajus juga boleh disapukan pada pipi untuk mengurangkan sakit gigi dan disapu pada kulit yang melecur dengan menumbuknya sampai lumat.", "Sekumpulan penyelidik dari Nigeria pada tahun 2001 melaporkan kandungan tannin yang tinggi dalam daun pucuk gajus ini menyebabkan kesan antiradang dan pengecutan tisu yang baik. Menurut mereka, amalan makanan pucuk gajus ini ditemui di seluruh dunia dengan pelbagai tujuan, contohnya di  Peru (merawat diarrhea), Brazil (masalah kulit) dan Amerika Utara (masalah pernafasan dan sistem pencernaan).", "Nama saintifik bagi kacang botol ialah Psophocarpus tetragonolobus. Khasiatnya termasuklah melambatkan penuaan, memastikan kandungan dalam keadaan sihat, membantu masalah penglihatan dan membantu dalam mengurangkan berat badan kerana kandungan kalorinya yang rendah.", "Vitamin C dalam kacang botol membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan kanser kerana kandungan antioksida yang sangat kuat. Vitamin A pula membantu mengelakkan kerosakan DNA. Vitamin B pula membantu meningkatkan tenaga sekaligus memberi mood yang baik.", "Serat adalah sangat penting dalam imun sistem badan jadi dengan memakan kacang botor ia membolehkan pertumbuhan bakteria probiotik (bakteria baik) dalam kolon badan kita dan enzim hidup untuk meningkatkan kesihatan badan. Kacang botol juga mengandungi kalsium dan fosforus yang tinggi untuk membantu pembentukan tulang yang kuat.", "Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007, komponen nutrien penting dalam kacang botol ialan lektin, asid erusik dan poliasid lemak tidak tepu.", "Nama saintifik bagi daun pegaga ini ialah Centella asiatica. Daun pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Kerana khasiat yang banyak ini, pegaga dikatakan boleh merawat parut, masalah selulit wanita, merangsang peredaran darah dan menjadi agen antipenuaan.", "Daun pegaga boleh dimakan begitu saja, direbus, dikisar menjadi air minuman dan disapu pada kulit. Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.", "Masalah keputihan dan haid yang sering dialami oleh wanita juga dapat diatasi dengan mengamalkan daun pegaga. Ia mampu melancarkan aliran darah dan merawat masalah kegatalan faraj wanita yang berpunca dari keputihan.", "Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen sekaligus mengurangkan masalah parut atau regangan kulit.", "Bagi Gohil dan rakan-rakan pada tahun 2010, mereka mendapati bahawa kandungan triterpenoid dan saponin merupakan komponen utama dalam pegaga yang bertanggungjawab ke atas tindakan terapeutik dan khasiat yang ditunjukkan oleh pegaga. Mereka juga mengulas bahawa pegaga turut boleh digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit kulit seperti leprosi, lupus, ulser, eczema, psoriasi selain meningkatkan keupayaan kognitif otak.", "Nama saintifiknya ialah Cucumis sativus. Timun  mengandungi banyak nutrien seperti protein, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1,B2 dan C.", "Berdasarkan kajian lepas, timun mengandungi racun alkoholis jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak-kanak kecacingan.", "Secara tradisionalnya, timun  membantu merawat sakit tekak akibat batuk dan dapat mengubati penyakit berak berdarah.", "Para penyelidik di Institusi Farmasi di India pada tahun 2015 ada menyenaraikan beberapa bahan fitokimia dalam timun seperti tannin, terpenoid, resin, saponin, fitosterol, alkaloid, flavonoid, glikosida, steroid dan pelbagai lagi yang menyumbang kepada nilai kesihatan jika diambil.", "Antara aktiviti farmakologikal yang dipamerkan oleh timun ialah sifat antibakteria, antikulat, aktiviti sitotoksik, aktiviti penyembuhan luka dan lain-lain. Kajian lain juga menyokong kenyataan bahawa timun selamat digunakan untuk kegunaan terapeutik.", "Itulah dia khasiat ulam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Terdapat pelbagai lagi ulam-ulaman di luar sana yang turut mempunyai khasiat tersendiri.", "Kita khasnya penduduk di Malaysia perlulah bersyukur dan memanfaatkan anugerah alam yang boleh dijumpai di negara kita kerana ternyata tumbuhan-tumbuhan ini memberi banyak khasiat kesihatan.", "Namun, pengambilan ulam-ulaman ini perlulah dalam kadar yang sederhana tanpa berlebihan kerana dikhuatiri pada kuantiti yang terlalu banyak, bakal menyebabkan kesan sampingan kesihatan pula.", "Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat kacip fatimah dan khasiat avokado.", "Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof. " ]
https://bidadari.my/8-bahasa-lelaki-yang-pelik/
Keluarga 8 Bahasa Lelaki yang Pelik Oleh Ahmad Saifuddin Yusof
[ "Oh isteri, suami juga mempunyai bahasa yang pelik. Jom fahaminya melalui artikel ini.\n\n\nimgarcade.com", "Apabila isteri buat kerja rumah, masak lauk yang sedap-sedap tidak dipujinya dengan lisan. Tetapi apabila dia sendiri yang buat kerja rumah yang jarang² dilakukan, akan rasa ‘hangin’ satu badan bila isteri tidak ucap terima kasih.", "Bila lelaki beritahu sudah makan di pejabat dan waktu itu isteri sedang masak. Apabila dihidangkan makanan, dia duduk sekali ‘melantak’. Tadi kata sudah makan.", "Bila lelaki buat kerja rumah yang memang jarang dilakukannya, dia rasa sangat bagus pada hari itu. Berbuih-buih mulut cerita kerenah anak-anak yang dijaganya kepada isteri walaupun baru setengah hari. Dia tidak tahukah kerja itu isteri buat hari-hari.", "Apabila isteri minta belikan sesuatu atau uruskan sesuatu di luar rumah. Kemudian dia terlupa. Apabila pulang, isteri tanya dan dia beritahu dia terlupa. Selepas itu disalahkan isteri kerana tidak ingatkan dia dalam perjalanan tadi. Eh…eh…eh, mamat ni. Hehe!", "Apabila isteri tanya, “Saya beli dua ya bang?” Dia pun jawab, “Awak ambillah sepuluh pun.” Kemudian isteri beli sepuluh, kemudian dia tanya balik, “Kenapa beli banyak sangat?”", "Apabila lelaki mencari sesuatu barang dan dia tidak temui. Dalam masa 15 saat dia akan tanya isteri. Apabila isteri jawab tidak tahu atau tidak nampak.", "Dia akan angkat suara dan berkata kepada isteri dengan ayat, “Takkan awak tak nampak.” Dia ingat barang peribadinya semua isteri tahu. Hehe!", "Apabila lelaki memandu dalam suasana diam seketika. Kemudian dia terus bertanya atau bercakap tentang perkara yang tidak tahu pokok pangkalnya. Lazimnya apa yang dia sedang fikir.", "Apabila isteri tidak faham dan ‘blur’ seketika. Dia akan tanya, “Awak dengar ke tak?” Bayangkan, tiba-tiba diceritakan tentang falsafah Ikhwan al-Safa’, boleh pitam isteri untuk faham.", "Apabila lelaki solat di awal waktu. Laju sahaja berleter suruh solat awal. Apabila gilirannya asyik sehingga waktu solat pun hampir luput. Tidak ada pula leteran yang sama." ]
https://bidadari.my/solat-istisqa/
Rohani Cara Solat Sunat Istisqa ( Doa Minta Hujan) Oleh Rabiatul Adaweeyah Othman
[ "Mari ketahui cara solat sunat istisqa dan doa minta hujan ini.", "Secara istilahnya ‘Istisqa’ bermaksud meminta siraman air, manakala solat sunat Istisqa’ adalah solat meminta hujan, iaitu ketika berlakunya musim panas atau kemarau. Jadi solat ini bertujuan untuk memohon rahmat Allah S.W.T agar diturunkan hujan serta diampunkan segala dosa dan kesalahan.", "Hukum mendirikan solat ini adalah sunat muakkad. Namun, jika tidak berkehendakkan hujan maka hukumnya adalah tidak harus dan tidak sah. Solat Sunat Istisqa’ boleh didirikan secara berseorangan atau berjemaah. Namun adalah lebih baik dan afdal jika ditunaikan secara berjemaah serta diketuai oleh imam.", "Rasulullah S.A.W pernah mengerjakan solat minta hujan seperti yang dinyatakan oleh Abu Hurairah r.a:", "“Nabi S.A.W keluar pada suatu hari untuk meminta hujan, lalu bersolat bersama-sama kami sebanyak dua rakaat tanpa azan dan iqamat. Kemudian Baginda berkhutbah dan berdoa kepada Allah S.W.T, dan menghadap mukanya ke arah kiblat dengan menadah kedua-dua tangannya, kemudian memalingkan kain rida’ (selendang) memindahkan yang di sebelah kanan ke sebelah kiri dan yang di sebelah kiri ke sebelah kanan.”", "“Sahaja aku solat sunat Istisqa’ dua rakaat (sebagai imam/makmum) kerana Allah Taala.”", "Selesai memberi salam, imam atau khatib disunatkan untuk membaca khutbah yang mengandungi peringatan, pujian akan  kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T, serta memberi nasihat dalam memperbanyak amalan baik, meningkatkan keimanan dan menjauhi dosa dan larangan Allah S.W.T. Khutbah ini hampir menyamai solat sunat hari raya.", "“Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami dan jangan Engkau jadikan kami ini golongan orang-orang yang berputus asa.", "Ya Allah! sekalian hamba, negeri, ternakan, seluruh makhluk, sedang menghadapi keletihan, kesukaran serta kepayahan. Tiada tempat mengadu semua ini melainkan kepadaMu.", "Ya Allah! tumbuhkanlah tanaman kami, keluarkan susu perahan kami, hujanilah kami dengan berkah langit dan tumbuhilah kami dari berkah bumi.", "Ya Allah! lenyapkanlah kesukaran kami, kelaparan dan kemiskinan, halaukanlah semua bencana dari diri kami, sebab tiada yang dapat menghalaukan itu selain Engkau.", "Ya Allah! kami mohon kempunanMu, sebab Engkau adalah Maha Pengampun. Kerana itu turunkanlah hujan dari langit dengan selebat-lebatnya.”", "Perkara yang Harus Dilakukan Sebelum Mendirikan Solat Sunat Istisqa", "Sesungguhnya Allah itu sangatlah Penyayang dan Pengasih, dan Dialah jua yang menentukan rezeki serta menurunkannya. Bahkan Allah jua berhak untuk menarik balik rezeki yang telah diberikan-Nya.", "Namun, tidak akan sesekali Dia menurunkan sesuatu perkara tanpa asbab dan hikmah yang tertentu. Jadi sebagai hamba, selalu ada cara untuk meminta bantuan Allah S.W.T agar dapat keluar daripada kesusahan dan ujian-Nya, termasuklah dengan menurunkan hujan sewaktu kekeringan.", "Dengan itu segala pertolongan tersebut mestilah diminta dengan penuh tawaduk dan bersunguh-sungguh agar lebih mudah dimakbulkan dan diperkenan oleh-Nya.", "Anda juga dijemput untuk membaca lebih banyak koleksi artikel kami yang lebih menarik;" ]
https://bidadari.my/intonasi-bunyi-dan-gaya-dapat-menarik-minat-anak-tips/
Keluarga, Petua Tips Intonasi Bunyi Dan Gaya Dapat Menarik Minat Anak, Ini Tips Dari Pakar Oleh aqirah
[ "Anak-anak sekarang gemar melihat program di televisyen yang berunsurkan lagu dan tarian. Lebih-lebih lagi kartun yang berbentuk kecil dan comel. Sebagai contoh, “Didi and Friends” dan “omar dan hana”.", "Sekarang juga ada siaran televisyen yang sememangnya adalah siaran kartun khas untuk kanak-kanak. Program yang ditayangkan memang sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga ke 3 tahun. Program yang ditayangkan adalah berunsurkan lagu dan tarian yang mudah diikuti oleh kanak-kanak.", "Tetapi, kita sebagai ibu bapa takkan mahu mengharapkan program sebegitu sahaja untuk mendidik anak-anak. Kita juga boleh mendidik anak-anak melalui intonasi dan gaya yang menarik seperti di televisyen. Bagaimana?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai intonasi dan gaya dapat menarik minat anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor. Beliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya.", "Tips cara menggunakan intonasi dengan anak ", "Berikut adalah tips untuk menggunakan intonasi dengan anak :", " 1) Semasa mengeluarkan sesuatu objek, ibu bapa boleh gunakan intonasi suara yang menarik.", "– ketika mengeluarkan bola, ibu bapa sebut ‘Waahh, BESARNYAA bola ni’.", "– ketika lego siap dipasang tinggi-tinggi, boleh sebut ‘TINGGINYAA lego ni’.", "2) Ibu bapa boleh guna gaya/aksi", "Gaya/aksi dapay membuat anak faham konsep sekiranya objek/permainan itu berkaitan dgn konsep.", "– ibu bapa boleh mendepakan tangan utk menunjukkan bola yg besar tadi.", "– ibu bapa boleh angkat tangan tinggi-tinggi untuk tunjuk kepada anak tinggi tu bagaimana. ", "*Ibu bapa mungkin ini hal remeh temeh, tetapi setiap perbuatan kecil yang kita lakukan akan diikuti oleh anak-anak kita. Selain dapat mendidik anak-anak, kita juga dapat mengenali isi hati anak dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/tempat-menarik-janda-baik/
Travel 11 Tempat Menarik Di Janda Baik Yang Pasti Buatkan Anda Teruja Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Cuaca Janda Baik yang sejuk dan nyaman, kehijauan yang mendamaikan, dan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana membuatkan ianya menjadi destinasi perlancongan pilihan ramai. Anda belum pernah pergi ke sana? Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Janda Baik.", "Anda boleh lakukan pelbagai aktiviti di Sungai Janda Baik. Mandi sungai, berkelah, barbeku, dan bersantai sambil menikmati airnya yang sejuk dan bersih. Seharian di sini, anda pasti takkan sedar masa yang berlalu dengan pantas. Untuk yang beranak kecil, sungai di sini sangat sesuai untuk anda kerana rata-rata sungai di sini adalah cetek dan arusnya tidak laju.", "Ada pelbagai pilihan sungai mengikut citarasa anda. Nak sungai yang berbatu? Nak sungai yang landai dan cetek? Nak sungai umpama kolam kecil? Semuanya ada di sini. Selusuri sepanjang sungai dan pilih pot kegemaran anda.", "Anda boleh nikmati keindahan Kampung Janda Baik dengan menaiki kereta, berjalan kaki atau menunggang basikal. Jika anda memilih untuk menunggang basikal, tidak perlu membawa basikal sendiri. Di sini ada disediakan basikal untuk disewa. Kami cadangkan anda selusuri keindahan Kampung Janda Baik sambil menunggang basikal untuk pengalaman yang lain dari yang lain. Anda pasti tak menyesal!", "Anda sukakan aktiviti lasak terutamanya paintball? Di Janda Baik juga terdapat fasiliti untuk melakukan aktiviti paintball. Swat Paintball Jan Baik adalah di antara yang terkenal di sini. Kaki paintball semestinya kenal dengan Swa Paintball Janda Baik. Bukan sahaja menjadi pilihan pemain paintball tempatan, malah ia juga pemain dari liar negara juga suka bermain di sini.", "Selain Swat Paintball Janda Baik, terdapat juga beberapa chalet di Janda Baik yang menyediakan gelanggang paintball, di antaranya Chalet Pak Samad. Jika Swat Paintball Janda Baik penuh, anda terus pergi ke Chalet Pak Samad dan enjoy your time! Mainlah paintball sepuasnya.", "Selain paintball, terdapat juga aktiviti ATV offroad di Janda Baik. ATV disediakan di beberapa resort di sini dengan harga anggaran RM80 untuk trek sejauh 5 kilometer yang mengambil masa lebih kurang 45 minit sehingga satu jam. Kalau anda cuma nak merasa untuk naik ATV, boleh juga ambil pakej ATV sekeliling resort dengan harga anggaran RM30 untuk aktiviti lebih-kurang 10 minit.", "terdapat banyak resort di Janda Baik yang menyediakan aktiviti ATV. Di antaranya ialah Resort Papamama. Kalau anda belum pernah melakukan aktiviti ATV, inilah masanya untuk mencuba. Bila lagi, kan?", "Selain sungai, di Janda Baik juga terdapat air terjun yang menjadi tarikan para pencinta air terjun dan alam sekitar. Airnya sangat sejuk dan jernih. Air dari bukit ini sangat bersih dan dan selamat dari sebarang pencemaran, anda boleh terus minum jika teringin nak merasa air bukit semulajadi yang fresh. Selain mandi-manda, anda juga boleh berkelah dan berbeku di sini.", "Jika tak puas berkelah, anda boleh bermalam di Air Terjun Janda Baik Resort.", "Selain mandi-manda, berkelah dan berbarkebu di Air Terjun Janda Baik, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking di Waterfall Trekking Janda Baik. Trekking ini mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sepanjang perjalanan anda akan menikmati keindahan pemandangan Banjaran Titiwangsa yang menakjubkan.", "Jika anda berasa tak puas dengan Waterfall Trekking Janda Baik, anda boleh pilih untuk trekking ke Gunung Nuang yang akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.", "Jika anda sukakan aktiviti menunggang kuda, jangan lepaskan peluang untuk menunggang kuda di Cheringin Hill Janda Baik. Terdapat pelbagai pilihan aktiviti menunggang kuda di sini, di antaranya ialah ‘Joy Ride’  selama 10 Minit,  ‘Trailride‘ sejauh 13 kilometer, atau  ‘Single Lesson‘ selama 40 minit.", "Apa yang menariknya, kuda di sini bersaiz besar memandangkan kuda yang digunakan adalah kuda untuk aktiviti sukan polo. Menarik kan?", "Anda sukakan aktiviti memanah? Majnoon Archery merupakan tempat yang wajib anda kunjungi jika pergi ke Janda Baik. Selain aktiviti memanah, Majnoon Campsite Archery juga menyediakan khemah untuk bermalam. Apa yang menarik, khemah di sini dibina di atas pokok, lengkap dengan powerpoint untuk mengecas handphone. Wah! Menarik sungguh kan!", "9. Kolam Pancing Janda Baik NQS", "Bagi kaki pancing, anda boleh memancing di Kolam Pancing Janda Baik NQS yang terletak di Kampung Chemperoh, Janda Baik. Harganya pun amat berbaloi iaitu RM20 sahaja untuk 4 jam. Kalau anda belum puas memancing dan nak tambah masa, bayarannya cuma RM5 sejam. Murah sangat kan?", "Memancing di sini pastinya menarik kerana cuacanya yang sejuk. Tak perlu risau anda sunburn disebabkan matahari terik. Pada malam minggu biasanya diadakan mini game, cubalah. Mana tahu kot anda bertuah.", "Buat kaki pancing, selain Kolam Pancing Janda Baik NQS, anda juga boleh mencing di Centella Asiatica Resort. Harganya cuma RM30 untuk satu hari. Ada 2 kolam pancing di sini. Haaaaa, memancinglah anda sampai puas. Berbaloi-baloi sangat harganya. Di antara spesis ikan yang ada di sini ialah jelawat. Sedap sangat ikan ni.", "Sailor’s Rest menawarkan pelbagai pilihan penginapan dengan suasana yang berbeza mengikut citarasa anda. Jika anda inginkan penginapan yang simple, anda boleh memilih On-room Annex ataupun Chalet Moden, jika anda inginkan penginapan dalam suasana kampung dengan ruang balkoni yang menyajikan pemandangan taman hijau, Kampung Chalet adalah pilihannya.", "Sekiranya anda ingin berumah di atas bot yang dikelilingi air yang tenang, pilih Boathouse yang ditawarkan Sailor’s Rest, dapatlah anda merasai pengalaman yang lain daripada biasa. Tak berani berumah di atas air? Anda juga boleh mendapatkan percutian unik di sini dengan cara berglamping ataupun  berglamorous camping.", "Kalau anda ingin terus terjun ke dalam air tanpa perlu berjalan jauh dari penginapan, anda boleh memilih banglo yang ditawarkan kerana sungai terletak betul-betul bersebelahan dengannya.", "Itulah dia 11 tempat menarik di Janda Baik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Menarik kan?", "Anda suka senarai yang dikongsikan di atas? Selain tempat menarik di Janda Baik, kami juga menulis tempat menarik lain di Malaysia. Jemput baca. Jangan lupa untuk share dan komen ya di bawah." ]
https://bidadari.my/hamil-minggu-4/
Hamil Trimester Pertama: Tips Kehamilan Minggu 4 Oleh Editor Bidadari.My
[ "Keadaan Anda Pada Minggu ke-4 Kehamilan", "Ovum yang tersenyawa bergerak melalui tiub fallopio ke uterus, di mana ia menanam dirinya di dalam endometrium. Ini boleh mengambil masa selama 3-10 hari. Sesetengah wanita mempunyai pendarahan yang kecil atau tompokan dalam tempoh implantasi.", "Anda mungkin tidak menyedari adanya perubahan dalam tubuh anda seperti buah dada yang sakit dan keletihan. Tapi pada penghujung minggu ini, anda mungkin sudah terlewat haid dan sedang tertanya-tanya kalau-kalau anda sedang hamil.", "Bayi Anda Semasa Anda Hamil 4 Minggu", "Sebaik hamil, ovum yang tersenyawa dipanggil sebagai blastosista mula membahagikan dirinya sendiri. Pada penghujung minggu ini, ia adalah sebiji bola yang memiliki kira-kira 2—sel dan diameter 4-5mm. Di dalam bola ini, 3 lapisan terbentuk.", "Di luar blastosista terbahagi kepada dua bahagian:", "Seiras atau monozigot. Kembar terhasil bila satu sperma mensenyawakan satu ovum. Pada peringkat awalnya iaitu semasa proses pembahagian sel, telur yang disenyawakan terbahagi kepada dua dan mula membentuk dua orang bayi.", "Kembar seiras mempunyai gen yang sama. Oleh itu mereka mempunyai jantina yang sama." ]
https://bidadari.my/resepi-cheese-tart-buncit/
Resepi Resepi Cheese Tart Buncit Puas Makan (Gebu Bersalut Magnum) Oleh Rahayu Z
[ "Selamat petang semua. Siapa pengemar cheseetart buncit? Beli di luar satu biji RM 1.50 ke atas. Baik buat sendiri, senang puas makan bukan?", "Dikatakan cheese tart buncit kerana bentukannya yang buncit dan gebu. Cheese dipaipkan penuh ke atas shell tart hingga membukit dan buncit.", "Resepi cheese tart buncit ala Nur Dayana di laman Facebook ini menggunakan topping coklat bar jenama dicairkan dan diletak ke atas permukaan cheese.", "Mesti ramai yang tercari-cari resepi cheese tart buncit. Sekali gigit tart meletop cheese di dalam mulut. Sudah tidak sabar bukan? Mari lihat resepinya.", "Selain resepi cheese tart buncit, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/khasiat-kacang-kuda/
Kesihatan 5 Khasiat Kacang Kuda Yang Best Oleh Aniuna
[ "Wah, jangan terkejut terdapat banyaknya khasiat kacang kuda.", "Masih ingat lagi, sewaktu zaman sekolah, apabila tamat waktu persekolahan, pakcik jual kacang kuda sudah setia menunggu di luar pagar sekolah.", "Kacang kuda kukus yang panas memang sedap dimakan buat kudapan sepanjang perjalanan pulang ke rumah. 1 bungkus biasanya dijual dengan harga RM1 sahaja.", "Kacang kuda atau nama saintifiknya Cicer arietinum L. juga dipanggil kacang garbanzo. Ia salah satu tanaman tertua di dunia yang dipercayai berasal dari Turki dan Syria. Malah menjadi sebahagian daripada diet tradisional selama lebih 7500 tahun. Kacang kuda mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan.", "Itulah sebabnya kacang kuda merupakan kacang yang banyak ditanam dan dimakan di seluruh dunia selepas kacang soya.", "Antara kebaikan kacang kuda adalah meningkatkan penghadaman, mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah, meningkatkan perlindungan terhadap sindrom metabolik dan penyakit jantung, dan banyak lagi.", "Antara nutrisi yang terkandung dalam kacang kuda termasuk pakej protein, vitamin dan mineral yang tinggi, sebab itulah ia sering disertakan dalam banyak makanan penyembuhan, termasuk diet Ayurveda dan diet Mediterranean.", "Kacang kuda adalah sumber utama protein bagi tumbuhan, selain serat, zat besi, zink, fosforus, vitamin B dan banyak lagi. Kacang boleh dikategorikan dalam kumpulan karbohidrat dan juga protein. Ini kerana, kekacang adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan unik kerana ia mengandungi gabungan protein, kanji, serat dan mineral. Malah ia juga rendah kalori.", "Kacang kuda juga boleh dianggap sebagai karbohidrat yang baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Kacang kuda juga turut mengandungi vitamin A, C, E dan niasin.", "5 Khasiat Kacang Kuda Untuk Kesihatan", "1) Stabilkan Bacaan Gula Dalam Darah", "Kacang kuda sangat tinggi serat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang mengamalkan diet serat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah. Bagi pesakit diabetes jenis 2, pengambilan serat yang lebih tinggi dapat meningkatkan kadar gula darah, lipid, dan insulin.", "Garis Panduan Pemakanan untuk Amerika mengesyorkan sekurang-kurangnya 21 hingga 25 gram serat setiap hari untuk wanita dan 30 hingga 38 g sehari untuk lelaki. Mengikut hasil kajian luar, jumlah kandungan serat dalam kacang kuda mentah ialah sebanyak 18-22 gram bagi setiap 100 gram hidangan.", "Selain itu, kacang kuda merupakan karbohidrat baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Maka, ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes.", "Kacang kuda kaya dengan serat, potassium, vitamin C, dan vitamin B6. Nutrien ini semuanya menyokong kesihatan jantung. Kacang kuda mengandungi sejumlah besar serat, yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah, secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.", "Dalam satu kajian, mereka yang menggunakan 4,069mg kalium setiap hari mempunyai 49% risiko kematian yang lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding dengan mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1,000 mg sehari).", "Zat besi, fosfat, kalsium, magnesium, mangan, zink, dan vitamin K dalam kacang kuda menyumbang kepada pembinaan dan penyelenggaraan struktur dan kekuatan tulang.", "Walaupun fosfat dan kalsium keduanya penting dalam struktur tulang, keseimbangan antara kedua-dua mineral ini diperlukan untuk mineralisasi tulang yang betul. Penggunaan terlalu banyak fosforus dengan pengambilan kalsium yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kerapuhan tulang.", "Pembentukan tulang memerlukan mineral seperti mangan, besi dan zink memainkan peranan penting dalam pengeluaran dan pematangan kolagen.", "Penggunaan vitamin K yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan tulang yang baik kerana ia meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan mendapan kalsium dalam kencing, memastikan kalsium yang cukup untuk membina dan memperbaiki tulang. Kekurangan vitamin K dikaitkan dengan risiko keretakan tulang yang lebih tinggi.", "Kacang kuda mengandungi mineral selenium. Ia membantu enzim hati untuk berfungsi dengan baik dan menyahtoksik beberapa sebatian penyebab kanser di dalam badan. Selain itu, selenium menghalang keradangan dan menurunkan kadar pertumbuhan tumor.", "Kacang kuda juga mengandungi folat, yang memainkan peranan dalam sintesis dan pembaikan DNA, dan seterusnya membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser daripada mutasi dalam DNA. Saponin, phytokimia yang terdapat dalam kacang kuda dapat mencegah sel-sel kanser daripada membiak dan menyebar ke seluruh badan.", "Pengambilan serat tinggi daripada kacang kuda, bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran dikaitkan dengan risiko menurunkan kanser kolorektal. Selain itu, vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.", "Tambahan pula, penyelidik dari Amerika Syarikat pada tahun 2016 menerbitkan kajian mereka di jurnal Nutrients yang menyatakan bahawa kacang kuda mengandungi sebatian bernama butyrate. Sebatian ini sangat berupaya untuk menghentikan pertumbuhan sel kanser dan menyebabkan kematian sel melalui proses apoptosis sel.", "Diet serat berfungsi sebagai “ejen bulking” dalam sistem pencernaan. Kompaun ini meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan, Hal ini menjadikan orang berasa kenyang lebih lama dan dengan itu menurunkan pengambilan kalori secara keseluruhan.", "Banyak kajian menunjukkan bahawa mengamalkan makanan tumbuhan seperti kacang kuda dapat mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, menggalakkan kulit yang sihat, rambut yang sihat, meningkatkan tenaga, dan berat badan secara keseluruhan lebih rendah.", "Para penyelidik bersama dari India dan Kanada mendapati bahawa kandungan lemak dalam kacang kuda adalah sangat rendah iaitu kira-kira 2 gram lemak bagi setiap 100 gram hidangan. Maka, diet berasaskan kacang kuda mengandungi kalori yang rendah dan sesuai untuk mengenyangkan.", "Kekacang mengandungi oligosakarida yang dikenal sebagai galactans, atau gula kompleks. Tubuh tidak dapat mencerna gula komples ini kerana tidak mempunyai enzim alpha-galactosidase. Enzim ini diperlukan untuk memecahkan gula-gula ini.", "Akibatnya, pemakanan kekacang seperti kacang kuda akan menyebabkan beberapa masalah gas di bahagian usus dan ketidakselesaan.", "Bagi mereka yang mengalami gejala ini ketika memakan kekacang harus mengamalkan kekacang secara perlahan-lahan. Tidak boleh makan kekacang dalam kuantiti yang banayk sekali gus.", "Cara lain untuk atasi masalah ini ialah dengan mengalirkan air ketika merendam kekacang kering. Ini bertujuan membuang oligosakarida, raffinose dan stachyose. Hal ini dapat mengelakkan beberapa masalah pencernaan.", "Isu ini disebabkan oleh kandungan antinutrien seperti acrylamide dalam kacang kuda yang boleh diatasi dengan cara penyediaan masakan seperti rebusan dalam air mendidih, kukus pada suhu tinggi dan dimasak bersama masakan lain selain pembersihan yang teliti semasa proses penyediaannya.", "Kacang kuda antara kacang yang mudah didapati dan murah. Khasiatnya sangat banyak untuk kesihatan kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga adalah karbohidrat baik yang kerana tercerna secara perlahan-lahan dan dapat menstabilkan paras gula dalam darah. Malah ia juga rendah kalori.", "Daripada makan makanan ringan atau makanan yang terproses, kacang kuda adalah lebih ideal dijadikan sebagai kudapan harian anda.", "Selain artikel khasiat kacang kuca, kami juga menulis artikel berkenaan yang m,enarik. Jemput baca dan jangan lupa untuk simpan atau berkongsi dengan menekan butang Like atau Share.", "Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof." ]
https://bidadari.my/khasiat-tomato-mengikut-kajian/
Keluarga Khasiat Dan Kegunaan Tomato Mengikut Kajian Yang Kita Jarang Tahu Oleh Siti Awadah
[ "Suka makan tomato? Tahu tentang khasiat tomato? Jika belum pasti, di sini akan dikongsikan beberapa khasiat tomato berdasarkan bahan bacaan mengenai kajian yang telah dibuat.", "Untuk pengetahuan awal, tomato atau nama saintifiknya Solanum lycopersicum adalah dalam kategori sayur yang berasal dari Amerika. Tomato adalah makanan yang mudah didapati namun sayangnya tidak semua orang gemar untuk menikmati buah tomato dengan rasa yang masam manis ini. ", "Tomato digunakan secara meluas sebagai komoditi barangan segar dan juga pelbagai bentuk pemprosesan seperti puri, pes, jus, tomato kering, sos tomato dan sup. Awalnya, buah tomato hanya digunakan dalam diet makanan di Amerika dan kawasan Mediterranean.", "Pokok tomato boleh mencecah ketinggian sehingga 1-3 meter dengan batang yang agak lembut. Pokok ini biasanya tumbuh di kawasan dengan suhu sederhana.", "Buah tomato khasnya mengandungi kelembapan yang tinggi (94.8%), protein (1.17%), jumlah lipid (0.97%) dan karbohidrat (3.18%) beserta vitamin, mineral dan serat yang pelbagai.", "Tomato dan produk tomato dilaporkan mengandungi pelbagai sebatian bioaktif yang bermanfaat, antaranya lycopene, neoxanthin. violaxanthin, a-cryptoxanthin, zeaxanthin, lutein, karotena, siklokopene neurosporene dan macam-macam lagi.", "Warna merah pada buah tomato adalah disebabkan kehadiran karotenoid yang semakin tinggi kandungannya, semakin merah warna buah tomato.", "Kenali Apa Itu Lycopene Dalam Buah Tomato", "Lycopene ialah karotenoid yang bertanggungjawab untuk pigmen merah yang dilihat dalam tomato, tembikai, dan betik. Ia merupakan salah satu antioksidan paling kuat dalam kalangan kumpulan karotenoid. Di bawah ini ialah nilai komposisi nutrien dalam tomato:", "Berat tomato   :- 39.6g (2 biji tomato bersaiz kecil)", "Menerusi komposisi nutrien dalam tomato ini, kita boleh lihat bahawa nilai karotenoidnya tinggi walaupun berat tomato hanyalah sekadar 39.6g. ", "Tomato Merupakan Sumber Antioksidan Yang Bagus", "Tahukah anda lycopene ini adalah sumber antioksidan yang paling bagus sekali. Antioksidan ini berfungsi sebagai pelindung sel tubuh badan daripada radikal bebas. Radikal bebas ini ialah dalang kepada proses penuaan, kardiovaskular dan kanser!", "Justeru itu, bagi sesiapa yang mempunyai niat untuk mengurangkan penuaan di wajah bolehlah amalkan pengambilan buah tomato dari sekarang!", "Kajian Perveen dan rakan-rakan pada tahun 2015 mendapati bahawa pengambilan tomato yang mengandungi lycopene selama 3 bulan (60 mg lycopene/hari) menunjukkan aktiviti anti pengoksidaan sel yang sangat baik.", "Jadi, dengan meningkatkan pengambilan tomato, kita mampu meningkatkan kandungan antioksidan dalam tubuh badan. Dengan itu, dapatlah tubuh badan kita menghalang atau mengurangkan aktiviti radikal bebas ini.", "Menerusi beberapa kajian, kandungan lycopene yang tinggi dalam tomato dikatakan membantu mengurangkan kadar risiko mendapatkan kanser prostate, kolon dan perut.", "Hal ini disebabkan oleh, kandungan antioksidan yang tinggi dalam lycopene membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser dalam tubuh badan. ", "Mekansime ini dikaji oleh para penyelidik terdahulu yang menemui bahawa lycopene turut mencegah kerosakan DNA. Seterusnya, hal ini akan melindungi DNA daripada berlakunya mutasi yang boleh menyebabkan pembentukan sel kanser.", "Tomato Mentah Mengandungi Vitamin C yang Agak Tinggi", "Manfaat tomato yang seterusnya ialah sumber yang baik untuk vitamin C. Buat pengetahuan umum, vitamin C bukanlah manfaat utama dalam buah tomato ini, tetapi kita akan mendapat khasiat vitamin C sekiranya mengambil buah tomato ini. Dalam erti kata yang mudah, kita akan mendapatkan khasiat yang pelbagai sekiranya mengambil buah tomato ini. ", "Tetapi harus diingatkan, untuk mendapatkan khasiat vitamin C ini, pengambilan tomato haruslah yang bukan dimasak. Hal ini disebabkan, vitamin C akan hilang apabila mendapat haba atau suhu yang terlalu panas. ", "Vitamin C ini berperanan sebagai salah satu sumber antioksidan selain daripada lycopene. ", "Para penyelidik dari Sepanyol pada tahun 2005 ada melaporkan kandungan vitamin C yang tertinggi adalah dalam sampel jus segar buah tomato apabila dibandingkan dengan buah tomato yang dipasteur dan dimasak. Tambah mereka, sebatian biaokatif tomato seperti vitamin C ini sangat berguna untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif.", "Vitamin C ini sangat bagus untuk kecantikkan kulit. Jadi, bagi sesiapa yang meminati buah tomato secara umumnya mereka seorang yang bijak dalam menjaga kecantikkan kulit. ", "Tips Penjagaan Kulit Menggunakan Buah Tomato (Kegunaan Luaran)", "Buah tomato dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah. Cara untuk menggunakan tomato ini pada wajah adalah dengan memotong buah tomato dalam bentuk bulatan. Setelah itu, letakkan buah tomato dikawasan muka selama 10 minit. Selepas 10 minit, cuci muka menggunakan air. Kita akan merasakan kulit muka lebih bersih dan segar.", "Terakhir sekali, bagi sesiapa yang mahu menurunkan berat badan, mereka boleh menggantikan makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok dengan buah tomato. Dalam ingin berdiet, kita juga boleh mendapatkan khasiat yang lebih daripada buah tomato ini. ", "Mengapa Buah Tomato Sesuai Sebagai Pengganti Junk Food?  ", "Khasiat tomato juga boleh dijadikan sebagai salah satu makanan tambahan. Buah tomato mempunyai kadar kuantiti air yang tinggi tetapi nilai tenaga yang rendah. Oleh itu, pengambilan buah tomato sebagai pengganti junk food lebih sihat serta tidak menggangu pengambilan tenaga yang berlebihan dalam kehidupan seharian bagi yang mahu berdiet. ", "Selain itu, kuantiti air yang tinggi dalam buah tomato juga membantu seseorang itu berasa kenyang dengan lebih mudah berbanding dengan pengambilan junk food. ", "Anda boleh mendapatkan sekilo tomato dengan harga serenda RM3 di pasaraya. Cuba bandingkan dengan harga junk food yang sudahlah mahal, tidak berkhasiat dan tidak mengenyangkan!", "Berdasarkan kajian lepas, tomato mengandungi sejenis bahan aktif yang dipanggil tomatine yang mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengurangkan tahap kolestrol setelah dikaji secara in vivo dan in vitro. Kajian ke atas hamster yang diberikan diet tomato menunjukkan penurunan kandungan kolestrol sebanyak 41%.", "MENARIK: Turut Ada Eksperimen Dibuat untuk Nyalakan Lampu Guna Tomato", "Ada juga eksperimen yang tomato ini boleh memberikan kuasa untuk hidupkan mentol selama 1 minit. Tapi ini tidak dapat dipastikan sama ada benar-benar menjadi ataupun tidak. Kalau nak tahu sama ada info ini satu perkara yang betul atau sebaliknya, maka bolehlah cuba-cuba buat sendiri nanti kat rumah. Eksperimen ni turut dimuat naik dalam bentuk video yang telah dikongsikan melalui saluran Youtube.", "Buah tomato memang berkhasiat, boleh dimakan mentah atau dimasak dengan bahan yang lain. Ternyata sayuran ini sangat istimewa kerana mempunyai khasiat untuk tubuh di samping kegunaan luar pada wajah juga. Makin mengenali tomato makin banyak pula rahsia khasiat tomato yang dapat dibongkar.", "Terlalu banyak khasiat tomato yang masih lagi kita tidak ketahui. Bagi mereka yang kurang minat untuk makan sayur-sayuran, tomato boleh dijadikan sebagai permulaan pengambilan sayur-sayuran.", "Jemput baca juga 10 keistimewaan bunga raya Malaysia sebagai manfaat kepada manusia, petua hamil cepat selepas gugur dan 6 petua untuk hasilkan bunga ros yang lebat dan cantik. ", "Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof." ]
https://bidadari.my/rahim-jatuh/
Petua Tips 15 Petua Naikkan Semula Rahim Jatuh Boleh Cuba Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Masalah rahim jatuh, jika tidak diubati dengan segera akan menjadi semakin teruk. Tahap yang paling teruk ialah akan keluar tumbung pada vagina anda. Kalau anda mengalami rahim jatuh, jom amalkan 15 petua yang kami kongsikan di sini.", "Senaman kegel merupakan senaman menguatkan otot lantai pelvik yang bukan sahaja mampu mengetatkan vagina malah membantu masalah rahim jatuh. Ia merupakan senaman mudah yang boleh anda lakukan sendiri di rumah atau di pejabat. Caranya:", "Amalan bertangas bukan sahaja membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah kotor dari rahim, malah ia juga sangat membantu wanita yang mengalami masalah rahim jatuh. Stim berrherba yang masuk ke dalam peranakan anda akan membantu membetulkan semula kedudukan rahim. Untuk kesan yang lebih optimum, anda digalakkan untuk bertungku selepas bertangas.", "Selain bertangas, bertungku juga sangat membantu wanita yang mengalami masalah rahim jatuh. Tungku yang terbaik ialah batu sungai yang bulat, bersaiz sederhana, dan tidak terlalu berat. Jika anda tak dapat cari batu sungai, boleh juga gunakan tungku besi. Elakkan bertungku dengan hot water bag.", "Panaskan tungku diatas api dapur selama lima minit, dan balut dengan kain batik. Baring, mulakan bertungku di bahagian perut. Mulakan dari bawah perut iaitu bahagian rahim dengan gerakan menolak peranakan anda ke atas, seolah-olah anda sedang mencungkil. Seelok-eloknya bertungku dua kaki sehari selepas mandi pagi dan petang.", "Sengkak rahim adalah sejenis urutan yang dilakukan oleh tukang urut atau bidan bagi membetulkan semula kedudukam rahim. Kebiasaannya, sengkak rahim dilakukan selepas bersalin atau keguguran. Namun ianya boleh juga dilakukan untuk membetulkan rahim yang jatuh dari kedudukan asal.", "Sementara mencari bidan atau tukang urut yang pandai sengkak rahim, anda boleh juga berurut sendiri untuk menaikkan semula rahim yang jatuh, Caranya:", "Pengambilan jamu dan makjun juga boleh membantu mengatasi masalah rahim jatuh. Terdapat pelgabai jamu di pasaran. Pastikan anda beli jamu yang mempunyai kelulusan KKM, elakkan jamu homemade melainkan buatan anda sendiri.", "Selain jamu dan makjun, air rebusan akar kayu juga sangat membantu menaikkan semula rahim anda yang jatuh. Minum air rebusan akar kayu 2 kali sehari sehingga masalah rahim jatuh anda tiada lagi.", "Nenas batu sudah lama digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan rahim. Ia juga membantu membetulkan semula kedudukan rahim jatuh. Rebus nenas batu sehingga mendidih. Minum secawan air rebusan pada waktu pagi dan", "9. Elakkan hubungan seks buat sementara waktu", "Apabika anda mengalami masalah rahim jatuh, elakkan daripada bersama suami buat sementara waktu bagi mengelakkan masalah anda menjadi semakin parah.", "Pastikan anda memakain stokin kaki sentiasa seperti ibu dalam pantang. Tujuannya ialah bagi mengelakkan angin dari kipas atau penghawa dingin masuk ke kaki anda.", "Elakkan berdiri terlalu lama kerana ia akan menyebabkan masalah rahim jatuh yang anda alami menjadi semakin serius. Ambil peluang untuk duduk setiap kali berkesempatan.", "Selain berdiri terlalu lama, mengangkat berat juga akan menyebabkan masalah anda menjadi semakin serius. Elakkan mengangkat berat jika anda ingin sihat seperti sedia kala.", "Ais adalah musuh utama yang wajib anda elakkan sepanjang mengalami masalah rahim jatuh. Ia akan menyebabkan rahim menjadi sejuk dan kembang, lalu menyebabkan rahim semakin jatuh.", "14. Jangan meneran semasa membuang air besar", "Meneran akan menyebabkan rahim jatuh yang anda alami menjadi semakin parah. Sekiranya anda mengalami sembelit, dapatkan ubat untuk mengatasinya secepat mungkin.", "Selain menguruskan badan, bengkung juga membantu membetulkan kedudukan rahim sulaya kembali ke tempat asal. Cuma pastikan anda tidak memakai dengan terlalu ketat. Anda boleh gunakan apa-pa jenis bengkung sama ada tradisionak atau moden. Seeloknya bertungku dahulu sebelum berbengkung. Elakkan daripada memakai korset.", "Itulah dia 15 petua rahim jatuh yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai punca peranakan jatuh petua hilangkan senggugut dan petua hilangkan fibroid" ]
https://bidadari.my/bubur-candil/
Resepi Resepi Bubur Candil (Dahlah Cantik Sedap Pula) Oleh Rahayu Z
[ "Sudahlah cantik sedap pula, itu dia bubur candil. Siapa pernah makan bubur candil?", "Bubur candil diperbuat daripada ubi keledek ungu yang dilenyek. Tapi sebelum dilenyek kena dikukus dulu sampai empuk. Tidak hanya guna keledek ungu, bahan lain seperti tepung ubi juga turut dipakai untuk menambah tekstur kenyal.", "Jika anda pernah tengok orang buat boba, doh bubur candil ini cara pembuatannya lebih kurang macam buat boba itu. Adunan direbus berasingan baru kemudian dimasukkan ke dalam kuah santan lemak manis.", "Bubur candil sedap dimakan sebagai hidangan pencuci mulut. Boleh makan panas atau sejuk ikut selera. Jom cuba buat bubur candil mudah dan menggoda, resepi daripada Nor Haidah Md Said berkongsi di laman Facebook.", "Selain bubur candil, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami." ]
https://bidadari.my/ibu-ini-8-sarapan-yang-saya-mahu-please/
Petua Tips Ibu, Ini 8 Sarapan Yang Saya Mahu #Please.. Oleh Tasneem Haneem
[ "Sarapan pagi adalah suatu perkara asas yang perlu diambil. Terutamanya kanak-kanak. Memujuk kanak-kanak untuk mengambil sarapan adalah bukan sesuatu yang mudah. Kami kongsikan 8 sarapan yang ‘awesome’ untuk kanak-kanak yang boleh anda cuba.", "Sarapan yang ditonjolkan memang menyelerakan. Rasanya bukan sahaja kanak-kanak akan menyukainya, anda juga pasti akan terliur melihatnya. Kami sangat sukakan sarapan yang menggunakan mentega kacang. Anda pula bagaimana?", "8 Sarapan Pagi Yang Sungguh Awesome", "Ianya amat menyelerakan. Anda cuma memerlukan roti jenis pratha dan kemudiannya disapukan dengan mentega. Untuk menarik, letakkan sedikit pisang dan butiran coklat. Anda juga boleh menggunakan roti canai jika anda mahu.", "Sarapan ini pasti akan membuatkan anak anda mahukannya setiap hari! Perisa mangga dan strawberi yang digunakan memang sesuai.", "3. English muffin +Telur + Cheddar+ Epal", "Tidak sukar membuat sarapan pagi jenis ini. Hanya perlukan epal yang dihiris dan kemudiannya disapukan dengan telur. Cheese jenis cheddar digunakan dan diletakkan di atas. Kemudiannnya, apa yang diperlukan adalah dipanaskan atau dibakar untuk seketika.", "Ini sememangnya pilihan kami. Bukan kanak-kanak sahaja akan menyukainya, malah anda turut akan mengidamkannya.Hanya perlukan pisang, mentega almond dan sedikit kekacang.", "Bubur bijiran ini juga menarik untuk dicuba. Gandum ini dimasak ala-ala bubur dengan menggunakan ‘slow cooker’.", "Ini salah satu sarapan pagi yang menarik dan ‘awesome’ yang senang dicuba. Nampak seperti aiskrim yang mengalir tetapi sebenarnya pisang sahaja.", "Jika anak anda sukakan imaginasi, sarapan pagi ini mungkin boleh dicuba. Ianya dibuat seolah-olah nampak seperti bendera. Untuk menarik, cubalah buat bendera Malaysia. Jem, pisang dan lain-lain boleh digunakan untuk membuatnya.", "Kami akui aiskrim ini sedikit sukar untuk dibuat, tetapi apabila siap pasti akan menyebabkan anak anda senyum keriangan. Aiskrim buah-buahan ini boleh sahaja digunakan dengan pelbagai jenis buah.", "Anda sukakan yang mana? Jangan lupa share jika ianya bermanfaat." ]
https://bidadari.my/belangkas/
Resepi Khasiat Belangkas Dan 6 Cara Makan Belangkas Yang Betul Oleh zulrina
[ "“wahh sedapnya belangkas, tak sabar nak makan!”", "“Aduhhh, gelinya makan belangkas.. tak lalunya.. takut”", "Dikatakan haiwan eksotik dan dua alam, belangkas mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ramai tak tahu bahawa haiwan yang umumnya mempunyai racun ini amat sedap dan boleh dimakan. Betul ke sedap? ", "Ada yang mengatakan ia kena dengan selera mereka, ada juga yang tidak lalu langsung makan belangkas. Lazimnya, rasa isi belangkas lebih kurang seperti ketam tetapi ia tidak terlalu manis dan berlemak, telurnya pula agak sedap bagi penggemar belangkas.", "Belangkas dimakan pada telurnya, bukanlah pada isinya. Anda tak perlu risau kerana banyak resepi dan menu makanan belangkas yang boleh anda cuba. Pasti ia membantu meningkatkan selera anda terhadap belangkas. Sebelum itu, mari lihat khasiat belangkas yang ramai tak tahu!", "Tahukah anda, belangkas bersifat sebagai antivirus dan antibakteria menjadikan belangkas sebagai satu alternatif untuk menghilangkan bakteria dan kuman dalam tubuh badan. Sehingga di barat juga telah menggunakan belangkas untuk hindari penyakit dengan ciptaan Kit anti-toksin sejak tahun 1988.", "Khasiat belangkas juga adalah dapat mengurangkan berat badan dan menghapuskan lemak. Siapa sangka kulit belangkas sangat bernilai? Ia mengandungi kitin dimana dapat menghasilkan kitosan yang berfungsi menguruskan badan. ", "Tak sangka ia amat berguna sekali untuk mereka yang ingin berdiet dengan lebih sihat. Apa kata anda cuba diet dengan memakan belangkas, 2 minggu sekali pula.", "Untuk pengetahuan anda, belangkas juga bersifat anti-radang. Ia mencegah dan menghalang tubuh anda daripada gatal-gatal dan mengalami masalah kulit gatal. ", "Makanlah sedikit belangkas kerana ia tidak sama seperti makanan laut yang lain, malah dalam Islam, ia juga diperbolehkan makan. Sekiranya tidak memudaratkan dan halal, makanlah untuk kebaikan anda.", "Bermula dari siang belangkas sehinggalah makan belangkas, anda harus tahu satu persatu caranya. Siang belangkas sudah pastilah mempunyai caranya yang tersendiri dan tidak sama dengan cara-cara yang lain memandangkan kulit belakang juga tak begitu lembut dan tak terlalu keras.", "Belangkas bukan perlu direndam begitu sahaja, tetapi anda harus rendam belangkas ke dalam air beras untuk menghilangkan baunya. Basuh belangkas bersih-bersih. Di setiap lubang atau sudut belangkas, pastikan ia benar-benar bersih.", "Apabila belangkas tidak berbau hanyir, maka berjayalah anda membasuh belangkas! teruskan langkah seterusnya dengan memoton belangkas pula.", "2. Potong Belangkas Dengan Cara Yang Betul", "Untuk makan, gunakan belangkas betina kerana ia mempunyai telur dan ramai mengatakan bahawa rasanya sedap. Bermula dari memotong belangkas, belangkas boleh dipotong tengah dan tarik kakinya keluar. Potongan ini bertujuan untuk mencuci belangkas secara dalaman dari perutnya sebelum dipotong untuk dimasak.", "3. Buang Najis Dan Racun Belangkas", "Anda akan melihat najis dan racun belangkas di bahagian tengah perutnya. Buangkan racun dan najis belangkas dengan berhati-hati. Bahagian itu penting dibersihkan dan dibuangkan kesannya. Jika tersilap sediakan, takut-takut termakan racun belangkas nanti. Pastikan anda bertanya kepada mereka yang mahir potong belangkas atau kedai makan.", "Jangan potong terlalu besar dan jangan potong terlalu kecil juga. Cukuplah ia bersaiz sederhana untuk memudahkan anda makan. Selepas siap menyediakan belangkas, anda boleh sediakannya untuk memasak menu hidangan hari ini.", "Rebuskan dahulu belangkas sebelum masak menu yang sesuai. Jika ingin terus masak belangkas bersama resepi anda, pastikan isi dan telur belangkas benar-benar masak.", "Sekiranya sudah tahu menu yang ingin anda masak, sediakan bahan-bahan dahulu. Pastikan bahan-bahan cukup dan lengkap. Mulakan operasi masak memasak anda pada hari ini.", "“Tak sabar nak makan belangkas yang anda masak tu! Bolehlah bagi rasa sikit, pasti sedap lagi menyelerakannnn! “", "Menu Makanan Yang Boleh Dimasak Dengan Belangkas", "Menu makanan yang menggunakan belangkas sebagai lauk atau sayur pasti ada. Itulah yang menjadi dambaan peminat-peminat belangkas selalunya. Apa kata anda cuba hidangan belangkas yang sangat istimewa ini pula.", "Banyak lagi menu belangkas yang boleh anda minta di mana-mana restoran yang menyediakan menu belangkas yang sangat istimewa. Budaya makan belangkas tidak lapuk ditelan zaman dan masih diamalkan sehingga kini. ", "Usai makan belangkas, jangan lupa minum air kopi atau air kelapa untuk mengelakkan pening kepala selepas makan nanti. Ia memang menjadikan anda sedikit pening apatah lagi anda suka makan dan lama tinggalkan makan belangkas. Sekali makan, pasti pening semula. ", "Itulah dia manfaat dan cara makan belangkas yang sebenar untuk tatapan anda. Selepas ini, jangan was-was lagi ya untuk makan belangkas. Rugi jika anda masih tidak mencubanya. Ikuti panduan makan belangkas yang telah kami sediakan di blog ini.", "Jemput baca juga Makanan untuk darah rendah, Makanan bervitamin tinggi dan Makanan Diproses perlu elakkan." ]
https://bidadari.my/kanser-perut/
Kesihatan 10 Tanda-tanda Kanser Perut Yang Buat Anda Terkejut (AWAS) Oleh Meedanadira
[ "Pernah terbaca atau mengetahui tentang kanser perut? Jom ketahui punca dan tanda-tanda kanser perut.", "Kanser perut berlaku apabila sel-sel kanser terbentuk pada lapisan perut.Jenis kanser ini sering disebut sebagai adenocarcinoma.", "Walaupun bilangan kes kanser perut semakin menurun, kanser ini sangat sukar dikenalpasti.Sel-sel kanser yang membahagi tanpa kawalan akan membentuk tumor.", "Proses ini berlaku secara perlahan (mengambil masa bertahun-tahun) dan mampu merebak ke kawasan organ yang lain.", "2. Perut terasa kembung selepas makan", "3. Rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja", "4. Pedih uluhati yang teruk dan berterusan", "6. Mual yang berterusan tanpa sebab", "7. Sakit perut terutamanya selepas makan", "9. Kehilangan berat badan yang abnormal", "Kebanyakan gejala-gejala ini sering diabaikan oleh pesakit kerana dianggap sebagai sakit biasa. Akibatnya, peluang untuk sembuh daripada kanser ini semakin nipis.", "Ramai juga dalam kalangan pesakit kanser perut yang langsung tiada simptom yang jelas dan menyebabkan kanser hanya didiagnos pada peringkat yang kritikal.", "2. Jangkitan bakteria H. pylori (jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan ulser)", "3. Ketumbuhan pada bahagian pencernaan yang lain.", "4. Polip pada perut (ketumbuhan tisu abnormal pada lapisan perut)", "5. Berusia 50 tahun ke atas", "8. Mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit kanser perut", "9. Orang Asia terutamanya Korea dan Jepun, warga Amerika Selatan, atau keturunan Belarusia", "10. Diet yang tinggi garam dan makanan terproses.", "14. Tidak menyimpan makanan dan memasak dengan betul", "Disebabkan kanser perut jarang menunjukkan simptom pada peringkat awal, kanser ini selalunya sukar dikenalpasti sehingga ia merebak.", "Untuk mendiagnos penyakit ini, pakar akan menjalankan pemeriksaan fizikal untuk mengelpasti sebarang tanda-tanda.", "Ujian darah serta ujian kehadiran bakteria H. pylori juga lazim digunakan.", "Lebih banyak ujian diagnostik yang perlu dijalankan jika pakar mendapati sebarang tanda-tanda kanser perut pada pesakit.", "Ujian diagnostik secara spesifik untuk mencari ketumbuhan dan keabnormalan lain dalam perut dan esofagus boleh dilakukan dengan menjalankan pemeriksaan berikut:", "3. ujian pengimejan seperti ‘CT scans’ dan X-ray", "Kebiasaannya, kanser perut dirawat dengan kaedah berikut:", "4. ‘Immunotherapy’ seperti vaksin dan ubatan", "Kaedah rawatan ditentukan berdasarkan peringkat kanser dan lokasi asal sel kanser.", "Umur dan keadaan kesihatan juga diambil kira untuk menentukan kaedah rawatan.", "Selain merawat kanser, tujuan rawatan juga adalah untuk menghalang sel kanser daripada merebak ke organ lain seperti jantung, nod limfa, tulang dan hati.", "Peluang untuk sembuh lebih tinggi sekiranya diagnosis dilakukan semasa peringkat awal lagi.Jika asal sel kanser tidak diketahui, semakin sukar untuk mendiagnos dan mengenalpasti peringkat kanser.", "Hal ini juga menyebabkan kanser sukar dirawat.Ujian klinikal membantu menentukan sama ada prosedur perubatan baru, peranti, atau rawatan lain adalah berkesan untuk merawat penyakit dan simptom tertentu.", "Setakat ini, masih tiada lagi cara yang paling berkesan untuk menghalang diri daripada menghidap kanser perut.Namun begitu, risiko menghidap kanser ini boleh dikurangkan dengan cara berikut:", "1. Mengamalkan diet yang sihat dan penuh nutrisi yang diperlukan", "2. Mengawal berat badan dan banyak melakukan aktiviti fizikal", "Berat badan ideal penting bagi mengelakkan obesiti yang menjadi punca kepada banyak penyakit berbahaya.", "Penggunaan tembakau boleh meningkatkan risiko kanser perut proksimal (bahagian perut yang paling dekat dengan esofagus).", "Penggunaan tembakau meningkatkan risiko untuk pelbagai jenis kanser lain.", "Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa tembakau merupakan penyebab untuk kira-kira satu pertiga daripada semua kematian kanser.", "Sekiranya anda tidak menggunakan tembakau, jangan mulakan.", "Dalam kajian terbaru, masih belum jelas sama ada pesakit yang dijangkiti bakteria ini yang tidak mempunyai simptom perlu diberi antibiotik ataupun tidak.", "Kajian lepas mendapati bahawa antibiotik akan mengurangkan bilangan luka pra-kanser di dalam perut dan mengurangkan risiko kanser perut.", "Walaubagaimanapun, banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk memastikan perkara ini. Walaupun kanser perut dianggap sebagai penyakit yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat kita, pengetahuan tentang kanser ini amat penting.", "Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.", "Segera dapatkan nasihat daripada pakar sekiranya anda mempunyai risiko yang tinggi terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser. Jalankan ujian genetik untuk memastikan kesihatan anda terjamin.", "Jemput juga baca artikel kanser lain tulisan kami. Contohnya seperti kanser rahim, kanser usus dan kanser limfoma." ]
https://bidadari.my/resepi-daging-goreng-kunyit/
Resepi Resepi Daging Goreng Kunyit (Yang Memang Gerenti Menyengat!) Oleh Nabilah Ruza
[ "Anda selalu makan daging goreng kunyit? Mungkin yang biasa biasa itu selalu dijumpai. Tapi untuk cari yang sedap pasti susah. Apa kata anda cuba sendiri resepi daging goreng kunyit ini. Gerenti sedap.", "Makan nasi putih panas panas dengan daging goreng kunyit pasti sedap! Tambah pula jika kuantiti kunyit dan garam itu kena dengan selera anda. Pasti marvelous makan tengah hari anda.", "Selain daripada makan bersama nasi putih, ia turut dihidangkan sebagai juadah sampingan bersama dengan nasi goreng di restoran. Memang tak rugi untuk anda cuba sendiri memasak daging goreng kunyit ini!", "Resepi ini dikongsikan oleh HasnieZa Nor dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Tengok gamabr pun dah mengliurkan.", "Selain resepi daging masak kunyit, kami juga mempunyai beberapa resepi daging yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.", "Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye." ]
https://bidadari.my/kesan-negatif-vlcd/
Keluarga Kesan Negatif Mengamalkan Pemakanan Kebulur Atau VLCD (Very Low Calories Diet) Oleh aqirah
[ "Badan kita memerlukan tenaga yang minima bagi menjadikan setiap organ berfungsi dengan baik. Jika kita tidak sekat atau makan makanan yang rendah kalori dan hanya makan sayur dan buah dalam jangka masa yang lama, tubuh badan kita akan berasa lemah dan tidak bermaya.", "Kalori yang diambil bergantung kepada tinggi, berat, umur dan jantina seseorang. Sebagai contoh, lelaki memerlukan lebih banyak tenaga berbanding wanita kerana lelaki melakukan kerja-kerja yang berat. Manakala, wanita pula memerlukan tenaga yang minima dan lebih rendah berbanding lelaki kerana wanita tidak melakukan kerja-kerja yang berat.", "Tetapi sayang sekali, ramai yang ingin menurukan berat badan dengan cepat tanpa berfikir kesan negatif yang akan mereka terima nanti. Kaedah yang digunakan untuk menurunkan berat badan secara ‘extreme’ adalah pemakanan kebulur atau disebut sebagai VLCD (Very Low Calories Diet).", "Dr. Suhazeli Abdullah berkongsikan tentang info sebenar mengenai kesan negatif mengamalkan pemakanan kebulur atau VLCD.", "Kesan kaedah pemakanan kebulur (VLCD) ini kepada kesihatan tubuh badan adalah:", "1- Metabolisma dan keseimbangan badan akan tergangu", "Kajian menyatakan 23% otot-otot akan menyusut. Akhirnya tubuh tak bermaya, tenaga untuk melakukan aktiviti terbantut. Tidak semua pesakit boleh bertahan dengan keadaan pemakanan kebulur seperti ini. Kajian dari National Institute of Health US mendapati pesakit yang pada awal mencuba kaedah pemakanan kebulur, 80% dari mereka akan kembali gemuk dan penyakit tidak dapat dirawat kerana tidak tahan dengan nafsu pemakanan sedemikian.", "2- Letih lesu dan zat makanan yang berkurangan", "Pengambilan pemakana kebulur ini akan menyebabkan banyak zat-zat pemakanan tidak diambil dengan seimbang. Zat besi, folate, vitamin B12 untuk pembinaan sel darah dan sel otot akan terbantut. Menyebabkan pesakit akan mengalami episod letih lesu sepanjang hari. Zat-zat ini boleh diperolehi dari pemakanan seimbang termasuk karbohidrat dan protein. Jika sayur-sayuran semata-mata, tidak mencukupi jizi zat nutrien sehari-hari.", "Kekurangan pengambilan protin juga akan menyebabkan sel otot akan menyusut, rambut menjadi nipis dan kuku menjadi lembik. Pembinaan otot, rambut dan kuku bergantung besar kepada pengambilan protin dalam makanan kita. ", "Begitu juga dengan kalsium, magnesium, vitamin A dan vitamin-vitamin lain lagi, terdapat dalam pemakanan lengkap yang terdiri dari karbohidrat, protein, dan sayur-sayuran. Pembinaan dan kesimbangan hormon-hormon badan pula amat memerlukan lemak yang secukupnya.", "3- Kesuburan dan sistem imuniti berkurang", "Hormon kesuburan memerlukan lemak asas seperti kolesterol. Walaupun 80% kolesterol dibina sendiri oleh hati, tetapi kelesterol dari makanan juga diperlukan dalam kadar tertentu.", "Mineral asas seperti kalsium, natrium, potassium dan lain-lain lagi diperlukan untuk keseimbangan struktur tulang-temulang. Justeru, pengambilan kalori ekstrim akan merencat pengukuhan tulang.", "*Jika anda ingin diet, amalkan pemakanan yang sihat dan lebih banyakkan aktiviti bersukan. Kaedah ini lebih sihat dan dijamin tidak memberi kesan negatif kepada tubuh badan. ", "Kalau anda ada masalah menurunkan berat badan, berjumpa dengan doktor dan minta nasihat bagaimana mahu menurunkan berat badan dengan baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini. " ]
https://bidadari.my/kunci-kasih-sayang-dalam-rumahtangga-terima-kasih-isteriku/
Keluarga, Rohani Kunci Kasih Sayang Dalam Rumahtangga. Terima Kasih Isteriku! Oleh Wan Asrul Al-Kalantani
[ "Diheret isteri tersayang masuk ke kompleks membeli-belah. Sangkaan pada awal, adalah barang yang hendak dibelinya. Tetiba dibawa masuk ke kedai samsung, dan isteri memilih tablet, sambil ditanya pada sang faqir, ini ok tak? Itu ok tak?", "Akhirnya isteri memilih model keluaran yang paling baharu dengan teknologi yang terkini. Bergayalah dia dengan tablet barunya untuk kerja-kerjanya.", "Apabila sampai di dalam kereta, isteri tersayang menghulurkan beg yang berisi set tablet baharu tadi kepada sang faqir, “this is for you, darling” Terkejut campur teruja. Hanya boleh ucapkan “Thank you my sweetheart”.", "Para isteri di luar sana perlu sentiasa membuat kejutan pada suami, supaya suami tiada niat untuk membuat ‘kejutan’ pada isteri.", "Hadiah atau kejutan tidak semestinya yang mahal dan berjenama, dengan sekadar senyuman manis setiap kali suami keluar dan pulang bekerja, itu juga sudah teramat menenangkan hati suami, apatahlagi jika ada hadiah secara zohiriah yang mampu membuat suami sentiasa rindukan isteri apabila berada di luar untuk urusan pekerjaan.", "Dan hadiah paling berharga yang tiada mampu seorang suami balas kepada isteri adalah melahirkan zuriat untuk suami.", "Harga menghargai antara satu sama lain, itu kunci kasih sayang dalam rumahtangga.", "Kasih sayang umpama bunga yang perlu disiram rohnya. [Gekkou]", "Imam Syafie RahimahULLAHu Taala pernah ditanya oleh isteri Beliau, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?”", "Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.”", "Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai ALLAH? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang Mu’min, Cinta kepada ALLAH dan juga mencintaiku?”", "Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isteri beliau dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang.", "“Kerana cintaku kepada ALLAH, maka aku mencintai makhlukNYA, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada ALLAH.”", "Mencintai isteri dan anak-anak kerana ALLAH adalah Ibadah, apatahlagi jika mencintai ibubapa sendiri.", "Begitulah juga kepada para isteri, menyenangkan hati suami yang mengikut landas syariat, seumpama sedang menyiapkan pakaian sebagai Ahli Syurga ALLAH." ]
https://bidadari.my/krim-timbang-kilo/
Featured, Kesihatan, Petua Tips Krim Timbang Kilo: Bahaya dan Tips Elak Kena Tipu Oleh Zuraidah Muhidden
[ "Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Kecantikan memang menjadi perhatian sesiapa saja. Tak hairanlah model di dalam kaca televisyen dipaparkan seorang yang cantik, putih dan kurus. Tujuannya untuk melariskan produk.", "Malahan, jika ditanya kepada sesetengah lelaki tentang wanita pilihan hati. Jawapan yang diberikan biarlah seorang wanita yang ada rupa, putih gebu, kurus dan bergaya. Jadi, tak hairanlah para wanita begitu bersusah-payah menjaga kecantikan kerana standard kecantikan yang telah ditetapkan sedemikian rupa.", "Tak kiralah wanita yang sudah berkahwin atau pun anak dara, masing-masing berlumba-lumba untuk menjaga kecantikan. Tujuannya untuk lebih berkeyakinan di depan semua orang termasuklah suami, pasangan dan juga masyarakat.", "Makna kecantikan itu bukanlah yang terpamer secara fizikal sahaja tetapi yang lebih penting keperibadian hati. Namun, perkara itu bukanlah hal yang penting kerana tak dipandang orang katanya. Kulit mesti putih, bibir persis delima, kulit licin bak kaca dan langsing seperti model.", "Dalam artikel kali ni, penulis akan membincangkan topik yang cukup panas sejak beberapa tahun kebelakangan ini iaitu produk krim timbang kilo. Ramai wanita yang mungkin tak sedar bahaya produk timbang kilo. Mereka masih menggunakannya secara meluas.", "Ada yang mungkin dah maklum melalui penyebaran maklumat di laman sosial dan amaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, yang menjadi masalah utama ialah produk timbang kilo masih banyak di pasaran.", "Orang kata tiada permintaan, tiadalah penawaran kan? Lepas satu jenama, keluar pula jenama yang lain. Jika menepati piawaian KKM dan selamat digunakan, tidak menjadi masalah.", "Ideologi yang diagungkan oleh masyarakat dunia terutamanya masyarakat Asia ialah berkulit putih itu cantik. Wanita yang berkulit putih nampak menarik, lebih berkeyakinan dan menjadi perhatian.", "Disebabkan inilah keluar pelbagai jenis produk timbang kilo yang memudaratkan kulit dan kesihatan. Buka sahaja laman Facebook dan Instagram, terbentang pelbagai jenis jenama yang boleh dibeli dengan mudah.", "Malahan, tokoh-tokoh jamu dan kedai-kedai kecil juga menjualnya secara terbuka. Semuanya mempromosikan kulit yang putih itu cantik. Jika dilahirkan berkulit gelap, hitam manis atau sawo matang, nampaknya nasib kurang menyebelahi anda.", "Jadi, cara mudah ialah pakai produk timbang kilo yang boleh nampak kesannya seawal seminggu selepas pemakaian. Lihat saja tagline yang digunakan.", "Yang disenaraikan ini merupakan tagline iklan produk kecantikan yang anda boleh lihat di Internet. Kulit putih, gebu dan berseri seperti artis Korea menjadi role model untuk wanita yang obses untuk kelihatan cantik.", "Apakah yang dimaksudkan dengan produk timbang kilo? Kenapa ianya berbahaya? Produk timbang kilo kebiasaannya ialah produk penjagaan kulit wajah dan tubuh. Kesan pemakaiannya membuat para pengguna tak berfikir panjang untuk membelinya terus-menerus.", "Krim timbang kilo dibeli secara pukal mengikut timbangan berat krim oleh pengasas produk terbabit. Produk ini dihasilkan oleh sebuah kilang yang sama (untuk produk yang lain juga) dan dikenali sebagai Original Equipment Manufacturer (OEM).", "Biasanya kilang OEM ini terletak di Thailand, Malaysia, Vietnam dan sebagainya. Pihak kilang akan membuat pembungkusan mengikut cita rasa pengasas. Oleh itu, jika anda ada wang yang banyak, anda boleh jadi pengasas produk kecantikan. Semudah itu!", "Disebabkan itulah terdapat pelbagai produk kecantikan di pasaran mempunyai pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni. Hakikatnya, semua krim malam dan krim siang produk A dan produk B sama saja. Warna krim, kotak dan jenama saja yang lain.", "Kilang ini juga menghasilkan produk yang lain seperti serbuk minuman dan makanan, makanan kesihatan dan sebagainya. Kesemua produk ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak bagi membolehkan para peniaga menjualnya mengikut ketetapan mereka.", "Kenapa produk timbang kilo tiba-tiba menjadi pilihan para pengasas yang kononnya membuat kajian bertahun-tahun? Sebab utamanya ialah kerana harga pukalnya murah dan boleh dijual secara berasingan dengan meletakkan jenama masing-masing.", "Disebabkan itulah ia menjadi pilihan para selebriti, artis dan juga golongan instafamous yang mempunyai peminat tersendiri. Ada yang sanggup menipu pengguna dengan mengatakan produk tersebut dibuat selepas kajian makmal dan diformulasikan oleh pakar kecantikan.", "Hakikatnya, kebanyakkan ‘pengasas’ ini tak mempunyai latar belakang pendidikan tentang produk kecantikan dalam bidang medik. Disebabkan mereka terkenal, para peminat yakin untuk membeli produk-produk timbang kilo ini.", "Menurut ahli farmasi dan influncer, Siti Hawa Mohd Nor, produk timbang kilo mengandungi bahan terlarang sama ada ia produk original atau pun palsu. Bahan kimia berlebihan di dalamnya boleh merosakkan kulit wajah, saraf dan buah pinggang.", "Kandungan merkuri, hidrokuinon dan tretinoin yang tinggi boleh memberi kesan yang pantas dan mencantikkan kulit muka. Hasilnya kulit akan kelihatan putih gebu, licin tanpa jerawat dan jeragat serta nampak berseri-seri. Namun, tahukah anda kesannya tak lama?", "Kandungan merkuri di dalam produk tersebut menghalang penghasilan melanin yang berfungsi untuk menghasilkan warna kulit. Tubuh badan setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap produk tersebut. Ia juga bergantung kepada tempoh penggunaan.", "Ada yang mendapat kesan yang teruk pada wajah. Ada yang sederhana saja dan ada pengguna yang tiada sebarang masalah. Namun, jika tiada sebarang kesan pada wajah, mungkin ia memberi kesan pada buah pinggang dan merosakkan saraf.", "Banyak laporan yang menunjukkan pengguna mengalami alahan yang teruk pada kulit wajah. Kulit wajah menjadi nipis, bernanah, kulit menjadi biru kehitaman, berjerawat dan berjeragat teruk. Yang lebih teruk boleh mengakibatkan kanser kulit.", "Cara Kenal Pasti Produk Timbang Kilo", " Ingin ditekankan, bukan semua set penjagaan kecantikan tempatan merupakan produk timbang kilo. Hanya sebahagian saja yang perlu dijauhi. Masih banyak produk yang bagus di luar sana.", "Jika anda risau akan tertipu dengan produk timbang kilo, di bawah ini disenaraikan beberapa ciri-cirinya berdasarkan pandangan Khairul Yoi. Beliau lantang mengutuk pengasas dan produk timbang kilo di media sosial. Antaranya ialah:", "Diharapkan dengan perbincangan isu produk timbang kilo ni, para pembaca akan lebih berhati-hati dalam. Mencantikkan diri tu tak salah, namun janganlah sampai membahayakan kesihatan.", "Masih banyak produk yang berkualiti, terjamin dan selamat di pasaran. Jadilah pengguna yang bijak dan boikot produk timbang kilo. Jangan berlumba-lumba nak cantikkan diri sehingga menggadai nyawa. Moga bermanfaat.", "Jemput juga baca tips cara penjagaan muka dan cara penjagaan muka artis korea" ]
https://bidadari.my/koleksi-resepi-telur/
Resepi 35 Koleksi Resepi Telur Paling Digemari Ramai! Mudah Dan Sedap Oleh Rahayu Z
[ "Mencari resepi telur yang menarik? Hidangan telur ialah hidangan yang selalu menjadi favorit ramai. Memasak telur sangat mudah, praktis, dan pantas sedunia. Bahan-bahan yang digunakan tidak susah untuk didapatkan. Masa memasak pula boleh siap dalam 2 minit sahaja.", "Biasanya anak-anak juga lebih suka memakan telur berbanding makanan lainnya seperti ikan, ayam dan daging. Masakan telur juga boleh dicampur dengan bahan lain seperti sayur dan daging sehingga protein dan vitamin lainnya dapat diserap tubuh anak. Telur juga banyak dicampurkan kedalam mee dan nasi goreng.", "Tahukan anda ada banyak resepi telur mudah, tidak hanya telur dadar, ada telur sambal, acar telur dan lain-lain. Maka itu, kami berkongsikan 35 resepi telur kepada anda. Tentunya kesemua resepi ini ialah praktis dan mudah namun sedap sangat.", "Tunggu apalagi, jom tengok resepi di bawah ini. Sajikan telur sebagai sarapan mahupun bekal keluarga anda. Confirm mereka akan suka dan makan pun bertambah. Selamat mencuba.", "Resepi berikutnya masak telur paling mudah dan menyelerakan. Rebus telur hanya 7 minit. Buat air asam pula 10 minit. Makan jangan tanya berapa minit sebab makan bertambah. Rasa asam makin menaikkan selera makan. Resepi dikongsikan oleh Norul Haisyu di laman Facebook.", "Kata orang rasam telur baik untuk orang yang selsema atau demam. Setakat mana kebenarannya, tak cuba tak tahu. Tapi yang pasti rasanya sedap. Makan jadi bertambah-tambah. Pencinta rasam kena cuba masakan ini. Resepi dikongsikan oleh Eliza Amin Kolam di laman Facebook.", "Sekaya telur merupakan makanan tradisi yang dibuat daripada telur, tepung, dan gula merah. Sekaya telur sejenis dessert yang lembut, lemak, manis. Sekali cuba sekaya telur mesti teringin lagi. Mari cubakan resepi sekaya telur yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika di laman Facebook.", "4. Resepi Sambal Telur Rebus Goreng", "Sambal telur pembuka selera sedia untuk temankan makan tengah hari anda. Orang ramai minat sambal telur rebus sebab aroma khas telur itu masih terasa sangat. Selain itu luaran telur digoreng sedikit supaya agak garing di luar. Ikan bilis boleh diguna untuk memberi rasa yang lagi lazat. Sila cubakan resepi sambal telur rebus goreng oleh Siti Fatimah di laman Facebook.", "5. Resepi Telur Sotong Goreng Kunyit", "Siapa penggemar telur sotong? Ada lagi yang belum pernah makan telur sotong? Agak susah cari orang yang jual menu telur sotong. Yang paling popular dari menu ini ialah telur sotong goreng kunyit. Jika anda penasaran kami adakan resepi daripada Shira Ishak di laman Facebook.", "6. Resepi Gulai Telur Itik Kelantan", "Adakah yang suka gulai telur? Kali ini kita datangkan resepi daripada Kelantan pula. Gulai kuning telur itik. Jom intip resepinya perkongsian daripada ‎Rosmini Rozi‎ di Facebook. Berlemak enak dan sedap menjilat jari.", "Bosan dengan masakan telur yang kering-kering saja? Boleh lah cuba buat telur bistik pula. Sesiapa penggemar telur bistik tu sila cuba resepi daripada ‎Norhafizah Shabudin‎ di lama Facebook ini. Sedap berkuah.", "Antara menu telur berkuah yang sedap lainnya ialah sup telur. Masakan ini sangat disukai kanak-kanak. Sup telur juga dapat membangkitkan selera makan. Resepi mudahnya dikongsikan oleh Joha Hassan‎ di laman Facebook. Sila cuba resepinya.", "Telur gulung goreng ialah antara hidangan telur yang amat disukai kanak-kanak. Menu ini memang paling digemari di negara jiran terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Hidangan ini unik kerana menggulung telur bersama sojej menggunakan lidi. Resepi daripada ‎Nurul Hanisah‎ di laman Facebook. Makan dengan sos jadi makin sedap.", "10. Resepi Tart Telur Simple (Kulit Roti Gardenia)", "Ini dia tart telur yang viral. Kalau biasanya resepi lain menggunakan adunan doh untuk kulit tart. Namun pada resepi yang dikongsikan oleh Anna Rozza‎ di Facebook ini menggunakan roti keping gardenia sebagai kulit tart. Mari tengok resepi simple namun sedap ini. Kena makan panas-panas baru rangup.", "Telur digoreng separa masak, kemudian dimasak dengan rempah masak kicap yang lazat. Dimakan bersama nasi putih panas-panas. Boleh bertambah 2 pinggan makan nasi. Resepi dikongsikan oleh Roshida Rifqi Raisha Rayyan di laman Facebook. Gerenti sedap dan lazat.", "Mudah sangat resepinya dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook. Penyajiannya simple di mana telur digoreng mata terlebih dulu baru kemudian digaul dengan sos. Masak sekejap 5 hingga 10 minit boleh terus siap. Tidak rugi cubakan resepi ini. Sedap dimakan dengan nasi putih, nasi lemak dan nasi goreng. Selamat mencuba.", "13. Resepi Telur Dadar ala Thai", "Ayam, daging dan ikan telah habis, memang kena buat telur lah agaknya. Sekalinya ingin buat telur dadar ala restaurant Thai. Telur dadar yang rangup dan garing, sedap, lazat, krup.. krap masa makan. Rupanya ada rahsia untuk buat telur dadar seperti itu. Bukan sama macam resepi telur dadar biasa.", "Sebahagian orang mesti ada yang rasa percaya tak percaya dengan resepi ini. Tapi sebagai pencinta hidangan telur dadar maka anda patut cuba resepi ini resepi daripada Murni Rahmat di laman Facebook.", "14. Resepi Telur Bungkus ala Thai", "Hidangan ini diberi nama telur bungkus kerana ianya berupa sayur-sayuran dan ayam cincang yang dibungkus dengan telur.  Kesedapan telur bungkus sangat bergantung kepada isi dalam yang berupa sayur dan ayam cincang tersebut. Telur bungkus sedap dimakan bersama nasi putih panas. Jom tengok resepi telur bungkus daripada ‎Nor Shakinah Md Zainal‎ di laman Facebook.", "Cara Membuat Telur dan Membungkus :", "Layaknya masakan kurma ayam atau daging, kurma telur dimasak dengan santan, kentang, rempah dan bahan masak kurma di mana telur direbus bulat-bulat dan digoreng terlebih dulu. Kurma telur sesuai untuk anda yang ada alahan ayam/daging, boleh gantikan dengan telur. Makan nasi putih dengan kurma telur sedap sungguh merangsang selera. Resepi mudah dan lazat dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman Facebook.", "16. Resepi Kari Telur Ubi Kentang", "Kari telur enak dimakan bersama nasi putih. Selain sedap dimakan dengan nasi putih rupanya kari telur sedap dimakan dengan roti jala. Seperti resepi kari telur yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di laman Facebook. Cik Ana membuat kari telur makan cicah dengan roti jala untuk anak-anak. Untuk semakin menarik, kari telur dicampur dengan ubi kentang.", "17. Resepi Sup Tauhu Telur (Mudah dan Lazat)", "Tauhu telur atau tauhu jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Berbeza dengan tauhu pada umumnya yang agak keras, rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras. Anak-anak juga sangat menyukai sup tauhu telur kerana rasanya sama sekali tidak pedas dan simple. Anda yang teringin menghidangkan sup tauhu telur untuk keluarga anda di rumah, sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Salina Ismail di Facebook.", "Resepi ini ialah yang paling mudah. Sangat sesuai untuk anda yang ingin makan hidangan praktis namun sedap. Acar memang takde dimasak ya. Semua bahan ialah mentah. Jom tengok resepinya perkongsian ramai daripada Kak Ida’s Kitchen‎ di Facebook seperti di bawah ini.", "19. ‎Resepi Telur Kicap Cabai Masam Manis", "Seterusnya resepi telur kicap cabai masam manis yang semestinya membuka selera anda. Perasa masam manis menaikkan selera makan. Apalagi ini bukan menu telur kicap manis biasa. Rasa pedas mengambil peran agar rasanya tidak menjemukan. Resepi telur kicap cabai masam manis dikongsikan oleh ‎Kay Ahmad‎ di Facebook.", "Resepi menarik berikut ini ialah telur madu tiga. Siapa pernah makan hidangan ini? Orang sarawak biasanya tahu telur madu tiga ini bukan? mari cuba buat resepi yang unik ini bersama resepi oleh Amoi Sha di laman Facebook.", "Telur pindang selalunya dapat sambutan bila tiba musim kenduri. Sekarang adakah telur legend ini masih dapat sambutan lagi? Memandangkan harga telur sudah mahal dan cara pembuatannya pun makan masa 4 sampai 5 hari. Siapa yang mencari resepi pindang telur ayuh cubakan resepi orang dulu-dulu yang dikongsikan oleh ‎Cahaya Hidayah Qaseh di laman Facebook.", "22. ‎Resepi Telur Burung Masak Thai", "Selain telur ayam dan telur itik, telur burung juga menarik perhatian ramai. Ciri hidangan Thailand mestilah ada rasa asam. Rasa asam itulah yang menaikkan selera makan. Sila cuba masak hidangan ini, resepi dikongsikan oleh ‎Siti Fatimah di laman Facebook.", "23. ‎Resepi Telur Dadar Celup Tepung", "Jika anda selalu menjumpai omelette yang lembut, kali ini kami hadirkan kepada anda resepi omelette crispy pula. Rasanya bukan main sedap, ada garing di luar namun juicy di dalam. Rasanya jadi makin sedap dan lazat. Resepi dikongsikan oleh Nur Fakhira Mohd Rosli di laman Facebook. ⁣", "24. Resepi Telur Mata Bawang Sedap", "Biasanya kalau masak telur mata, makan dengan kicap sahaja. Selain buat masak kicap dan masam manis atau masak merah. Pada resepi ini kami buat lain sedikit. Resepi daripada ‎Wan Nooraihan di laman Facebook. Telur mata cantik dan memang sedap. Buat pun senang.", "Resepi telur yang paling lazat. Masakan telur ini sangat menyelerakan. Siapa yang pernah makan mesti tahu betapa sedapnya telur masak macam ini. Masak telur macam ini boleh jimat masak sedikit untuk makan ramai-ramai. Resepi dikongsikan oleh ‎Hasnah Hassan‎ di laman Facebook.", "Pernahkah anda makan parpu telur? Rugi siapa yang tidak makan parpu telur. Parpu telur dimasak dengan kacang parpu atau dal. Parpu telur ala-ala masakan india. Sila cubakan resepi parpu telur daripada Masni Bahari di laman Facebook.", "27. Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api", "Menu kampung satu ini gerenti bikin rindu masakan mak. Hidangan lemak pedas ini jadi kegemaran ramai kerana amat mudah menyediakannya. Telur itik pula boleh direbus atau dipecah. Memang padu sangat dapat makan dengan nasi putih. Resepi didatangkan daripada SuiSan Aliezsha di laman Facebook.", "Masak telur scramble kicap kemudian gaul dengan nasi panas. Makanan ini kegemaran masa kecil-kecil dulu. Berjaya juga pujuk anak makan dengan menu ini. walaupun simple tapi menu ini sedap. Jom suap anak dengan lauk ini. Resepi didatangkan daripada Sue Fami di laman Facebook.", "Petang-petang masak telur masak tauco. Makan dengan nasi putih panas dengan sambal goreng sedikit, sedap tiada kata. Resepi yang dikongsikan oleh Zaiton Salleh di laman Facebook adalah senang sangat. Sila cubakan.", "30. Resepi Sup Telur Chinese Style ", "Segar dan simple sangat, anak-anak pun suka. Siapa nak makan menu sihat sup telur ala Chinese? Kami ada resepinya didatangkan daripada Sue Fami di laman Facebook.", "Menu ringkas dan mudah sesuai untuk sarapan. Menu pantas untuk anda yang tidak banyak masa di dapur. Wrap telur menggunakan kulit wrap dan telur dadar. Tampak menyelerakan bukan? Sila cuba resepi wrap telur daripada Rusmanira Mustapha yang berkongsi di laman Facebook.", "Nampak biasa saja, tapi rasanya memang luar biasa. Masak telur letak tepung jagung dan bawang putih, bila sudah goreng jadi wangi semerbak. Jom ikut resepi daripada Nana Sabrina Sarsan di laman Facebook. Crunchy krup krap krup krap.", "Telur sarang ini menjadi pilihan selain daripada telur dadar. Bentuknya yang hampir sama namun terdapat perbezaan sedikit pada bahan yang digunakan. Mari tengok resepi mudah daripada Alia Ismail‎ di laman Facebook. –", "Note : Kalau untuk niaga tak apa minyak banyak. Anda jangan pakai minyak banyak-banyak. Nak lagi sihat goreng pakai minyak kelapa tanak ya.", "34. Resepi Telur Sambal Cili Padi", "Favorite along makcik. Sambal telur cili padi. Boleh makan dengan pulut kukus. Memang berpinggan makan nanti. Jom buat di rumah. Resepi perkongsian ramai daripada CikMar Jhd‎ di Facebook ini confirm akan menitik air liur anda.", "Resepi telur gulung yang lembut, renyah dan sedap. Pada resepi ini Faizah Rosdi di Facebook menggunakan kuali leper untuk memudahkan proses menggulung telur. Tunggu apalagi jom tengok resepinya di bawah ini.", "Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi telur, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-biskut-semperit-cheese/
Resepi Resepi Biskut Semperit Cheese (Rangup, Lembut, Sedap) Oleh Rahayu Z
[ "Semperit telah menjadi kegemaran ramai sejak dulu. Tidak kira anak-anak hingga orang dewasa mesti suka semperit. Lebih-lebih lagi bila raya.", "Terdapat pelbagai jenis semperit. Antaranya semperit yang ramai dicari ialah semperit cheese. Macam menarik semperit cheese. Variasi citarasa semperit yang moden.", "Resepi semperit cheese rangup ini patut anda cuba. Dibuat sebagai kudapan makan anak-anak. Pasti anak suka makan tidak cukup sebalang. Jom buat semperit cheese resepi daripada Mazriha Radzi‎ di laman Facebook.", "Tip: Untuk biskut, tidak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan [email protected] pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, ia akan masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.", "Selain resepi semperit cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-ayam-golek/
Resepi Resepi Ayam Golek Ala Kenny Rogers (Menjilat Jari) Oleh Rahayu Z
[ "Tercari-cari makanan yang sedap untuk acara bersama keluarga? Ayam golek jawabnya. Ayam golek bukan hanya dihidang pada majlis-majlis besar sahaja, namun boleh dihidang untuk dimakan bersama keluarga sempena hari jadi.", "Resepi ayam golek yang dikongsikan oleh Iela Sahari di Facebook ini semacam rasa ayam Kenny Rogers. Konfirm keluarga anda akan berkali-kali makan dan kata ayam golek ini sangat sedap. Sememangnya resepi ini mendapat perkongsian hingga 4.8K.", "Untuk membuat resepi ini anda hanya perlu 1 ekor ayam. Kalau ayam bersaiz besar anda boleh gandakan bahan-bahannya. Dalam tulisan ini pula kami akan berkongsi resepi sos lada hitam yang dimakan bersama ayam golek. Makan ayam golek dengan sos lada hitam akan membangkitkan selera makan anda. Selamat mencuba.", "Resepi Ayam Golek Ala Kenny Rogers", "1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.", "2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi di luar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.", "3. Perap selama 1 1/2 jam.", "4. Sapu sedikit mentega pada keseluruhan ayam dan bakar/panggang selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.", "5. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama; sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.", "1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery, didihkan.", "2. Kemudian tapis. Buang bawang dan juga salery. (Kalau tak nak tapis pun tak apa)", "3. Didihkan semula. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang, garam dan gula jika perlu.", "3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.", "Selain resepi Ayam Golek, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/rendang-hitam-daging/
Resepi Resepi Rendang Hitam Daging Tradisi Turun-temurun Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Resepi Rendang Hitam Daging ini dikongsikan oleh Azian Buaian Kuntum di laman Facebook di mana resepi nya merupakan resepi arwah tok beliau Hajah Rahmah bt Hj Ismail dengan harapan ilmu memasak yang dikongsikan ini boleh dijadikan bekalan di sana nanti sebagai ilmu yang dipanjangkan.", "Selain resepi rendang hitam daging ini, kami juga mempunyai beberapa resepi daging yang lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.", "Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye." ]
https://bidadari.my/tips-cara-didik-anak-umur-1-hingga-6-tahun/
Petua Tips Ikuti 10 Tips Terbaik Cara Didik Anak Umur 1 Hingga 6 Tahun Oleh aqirah
[ "Adakah anda mempunyai anak berumur 1 hingga 6 tahun ? Ataupun adik, anak buah atau sepupu ? Kanak-kanak di umur begini agak mencabar untuk mendidik mereka menjadi anak yang baik dan hormat pada orang tua. Tetapi, dalam pada masa yang sama, mudah untuk didik mereka jika kita tahu cara yang betul.", "Bagi para ibu bapa di luar sana yang tiada pengalaman atau baru pertama kali mempunyai anak, tips ini sangat membantu anda dan dapat mendidik anak anda menjadi insan yang penyayang dan mendengar kata ibu bapa.", "Apakah cara-cara yang terbaik untuk didik anak berumur 1 hingga 6 tahun ini?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 tips terbaik cara didik anak umur 1 hingga 6 tahun. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.", "10 Tips terbaik cara didik anak umur 1 hingga 6 tahun", "*Berikut adalah tips yang terbaik bagi ibu bapa yang pertama kalinya mempunyai anak yang berumur 1 hingga 6 tahun ini. Ikuti tips ini dan Insyaallah, anak anda boleh menjadi anak yang penyayang dan manja dengan ibu bapa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. ", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/atasi-kesan-resdung/
Kesihatan 10 Tip Atasi Dan 7 Kesan Resdung Yang Anda Ingin Tahu – Dr Ezairy Oleh Dr Ezairy M. Salih
[ "Asyik-asyik hidung terasa gatal dan tersumbat gara-gara alahan resdung? Adakah anda mengalaminya setiap hari? Sampai merah hidung dibuatnya kan, sebab terpaksa menghembus keluar hingus berulang kali dengan tisu. Ditambah lagi dengan sakit kepala.", "Mesti anda sudah penat mencari punca serta rawatan berkaitan, atau tercari-cari bagaimana hendak mengurangkan kekerapan resdung yang dialami. Bolehlah ikuti tip di bawah yang disarankan oleh Dr Ezairy M.Sallih untuk mengatasi masalah resdung anda, tanpa perlu penggunaan ubat-ubatan, selain impak resdung kepada kehidupan penderita resdung.", "Apakah Tip Untuk Diamalkan Pesakit Alahan Resdung?", "Rawatan dengan cara betul dan kawalan alahan adalah kunci utama untuk mencapai kualiti hidup yang baik bagi pesakit resdung.", "1.Elak keluar rumah apabila kawasan luar rumah berjerebu dan habuk.", "2.Elakkan makanan yang menyebabkan anda alahan. Ia seperti makanan laut, sesetengah ikan dan sebagainya. Bergantung pesakit", "3.Bersihkan badan dan mandi segera selepas berada di luar.", "4.Pastikan tingkap dan pintu anda ditutup sekiranya persekitaran luar berjerebu dan berdebu yang teruk .", "5.Gunakan penutup mulut dan hidung anda semasa menjalankan kerja-kerja di luar yang tidak sihat.", "6.Elakkan terdedah kepada haiwan peliharaan berbulu seperti kucing yang boleh menyebabkan gejala alahan lebih susah dikawal", "7.Keluarkan permaidani dari bilik tidur anda jika anda alah terhadap hama habuk.", "8.Jika gejala alahan anda semakin teruk ketika di dalam peghawa dingin, maka elakkan.", "9.Sentiasa patuh dan ikut arahan yang diberi oleh doktor dan pihak hospital.", "10.Amalkan gaya hidup sihat. Ia termasuk makanan seperti buah-buahan dan sayuran . Dan juga aktiviti riadah bersama keluarga.", "Bagaimana Alahan Resdung Memberi Kesan Kepada Si Penghidap?", "1.Masalah tidur disebabkan oleh gejala-gejala yang mengganggu anda pada waktu malam", "3.Boleh menyebabkan jangkitan telinga yang kerap", "4.Jangkitan sinus yang kronik dan mengakibatkan komplikasi buruk seperti pembengkakan mata, jangkitan ke struktur berdekatan dan lain-lain.", "5.Kerap tidak hadir ke sekolah atau kerja akibat masalah yang dialami", "7.Komplikasi juga boleh timbul akibat kesan sampingan ubat antihistamin yang diambil tanpa nasihat doktor. Paling umum, rasa mengantuk boleh berlaku. Kesan sampingan yang lain termasuk sakit kepala, kebimbangan, dan insomnia.", "PERINGATAN: Jangan cuba-cuba rawatan resdung yang salah. Teknik asap-asap, lilin-lilin, produk tanpa kelulusan KKM dan seumpamanya tidak akan berkesan. Jumpalah doktor sekiranya anda ada masalah. Jika dinasihat menggunakan ubat, ikut dan patuh arahan hospital.", "*Siapa tahu, entah-entah satu atau beberapa tip yang dikongsikan berkesan untuk anda. Tidak perlu ubat-ubatan pun! Jangan lupa kongsi info ini kepada keluarga dan rakan taulan anda ya!", "*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini." ]
https://bidadari.my/doa-pelembut-hati/
Rohani Doa Pelembut Hati Anak Dan Suami Boleh Kita Amalkan Oleh Aniuna
[ "Jemput baca artikel doa pelembut hati ini. Himpunan doa untuk melembutkan hati orang yang kita sayang terutamanya.", "Mengikut pandangan kasar, kita pasti mengatakan bahawa akal dan minda adalah penguasa dalam setiap tubuh manusia. Kerana akal, kita boleh berfikiran waras dan membezakan yang mana baik dan buruk. Namun, dalam Islam, bukanlah akal yang menjadi penguasa, tetapi hati yang menjadi raja bagi tubuh manusia.", "Hati sangat berpengaruh dalam tindak-tanduk seharian manusia. Jika baik hatinya, maka akan baiklah seluruh kehidupannya dan sebaliknya. Seperti mana dalam hadis Nabi saw,", "أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ", "Maksudnya, “Ketahuilah sesungguhnya pada tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Apabila ia bagus, seluruh tubuh bagus. Apabila ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah segumpal daging itu ialah hati.” (HR Muslim)", "Seorang ulama pernah mengatakan, “Hati adalah raja. Ketika yang merawatnya bagus maka rakyatnyapun bagus.” (Lihat Kitab Syarah Arbain Nawawi, Yahya bin Syarafuddin, hal-29, hadis ke-6) Malah, terdapat hadis yang diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri ra, Rasulullah saw bersabda:", "“Sepasang mata adalah petunjuk. Sepasang telinga adalah corong. Lisan adalah juru bicara. Kedua tangan adalah sayap. Perut adalah kasih sayang. Limpa adalah senyuman. Paru-paru adalah jiwa. Kedua pinggang adalah tipu daya. Dan hati adalah raja. Ketika rajanya bagus, maka rakyatnya pun bagus. Dan jika rajanya rosak maka rakyatnya pun rosak.”", "(HR Ibnu Hibban, Abu Syaikh dan Abu Nu’aim).", "Begitulah peri pentingnya fungsi hati bagi manusia. Oleh sebab itu, pelbagai nasihat dan amalan yang diajarkan kepada kita agar hati kita sentiasa baik.", "Racun bagi hati itu ada 4 perkara, iaitu:", "Banyak ayat al-Quran dan sabda Rasulullah saw serta ucapan salafus soleh yang memperingatkan kita tentang bahaya dan kerosakan lidah. Diantaranya firman Allah swt yang bermaksud, “Tiadalah suatu perkataan pun yang diucapkannya, melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaf, Ayat 18)", "Nabi saw bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (HR Bukhari dan Muslim)", "Sungguh, banyak berkata-kata cenderung untuk merosakkan hati. Ini kerana, lidah yang tidak bertulang ini berisiko untuk melukakan hati orang lain, mengumpat, menfitnah juga mengatakan perkata yang lagha. Itulah sebabnya, Nabi berpesan agar lebih baik diam jika kita tak mampu mengatakan perkara yang baik-baik.", "Sedikit makan itu melembutkan hati, menguatkan daya fikiran, serta melemahkan hawa nafsu dan sifat marah. Sedangkan banyak makan, akan mengakibatkan sebaliknya. Allah berfirman,\n“…Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raf, Ayat 31)", "Berlebih-lebihan dalam makan, akan mengakibatkan banyak hal buruk. Ia boleh menggerakkan anggota tubuh untuk melakukan maksiat, serta menjadikan kita bermalas-malasan dan merasa berat untuk taat dan menunaikan ibadah. Cukuplah dua hal ini sebagai suatu keburukan asbab daripada banyak makan. Akhirnya, ia boleh merosakkan hati yang menjadi raja bagi tubuh.", "Dari Jarir berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah tentang pandangan yang tiba-tiba (tidak sengaja). Beliau menjawab, “Alihkan pandanganmu.” (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan Ahmad)", "Islam mengajar kita untuk menjaga dan menundukkan pandangan. Dalam Surah an-Nur ayat 30-31, Allah turut memerintahkan agar lelaki dan wanita, kedua-duanya menjaga pandangan dan memelihara kehormatan.", "Kita biasa mendengar pepatah, ‘dari mata turun ke hati’. Begitulah kaitannya mata dan hati, jika baik yang dipandang mata, maka baiklah apa yang jatuh ke dalam hati, namun, jika perkara yang buruk yang dipandang oleh hati, maka buruklah perkara yang jatuh ke dalam hati.", "Islam sangat menitik-beratkan silaturrahim sesama manusia. Namun begitu, kita perlu berhati-hati dalam memilih sahabat. Salah memilih sahabat, ia bakal merosakkan diri kita sendiri.", "Rasulullah saw bersabda, “Seseorang itu mengikuti agama sahabatnya. Maka hendaklah kalian memperhatikan siapa sahabat kalian.” Rasulullah saw turut bersabda, “Janganlah kamu berteman melainkan dengan orang mukmin dan janganlah memakan makananmu, kecuali orang bertaqwa.”  (HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi)", "Berkata Bilal bin Sa’ad, “Saudaramu yang selalu mengingatkanmu akan kedudukanmu di sisi Allah adalah lebih baik bagimu, daripada saudaramu yang selalu memberimu dinar harta benda.”", "Ubat kepada hati itu ada 5 perkara seperti yang dikatakan oleh Abdullah al-Antaki. 5 perkara ini mampu melembutkan hati yang keras dan mengubati hati dari kerosakan. 5 perkara itu adalah:", "#1 Bergaul dengan orang yang soleh, iaitu dengan cara menghadiri majlis-majlis ilmu. Dan dalam masa yang sama berusaha untuk menjauhi mereka yang hanyut dalam kesalahan dan maksiat.", "#2 Membaca al-Quran disertai tadabbur makna-maknanya.", "#3 Mengosongkan perut adalah dengan cara berpuasa atau dengan cara mengambil sedikit sahaja dari yang halal. Dalam sebuah hadis marfu’ dikatakan, “Tiga perkara akan menjadikan hati keras, iaitu suka makan, suka tidur dan suka berehat.”", "#4 Solat malam, iaitu melakukan qiyamullail. Solat sunat setelah bangun tidur di malam hari.", "#5 Bersembah sujud di waktu menjelang Subuh, kerana dalam waktu ini terdapat ketenangan dan di sinilah waktu diturunkan rahmat dari Allah swt.", "Doa adalah salah satu ibadah yang kita lakukan untuk memohon serta meletakkan pergantungan hanya kepada Allah swt. Allah juga Maha Membolak-balikkan hati.", "Oleh itu, sangat wajar untuk kita sentiasa berdoa kepada Allah swt agar hati kita bersih dan lembut. Antara doa yang kita boleh amalkan untuk melembutkan hati, bukan setakat melembutkan hati kita, tetapi juga berdoa agar pasangan, anak-anak serta orang lain juga boleh berlembut hati, ialah:", "Doa Pelembut Hati ini adalah diambil daripada kisah Saidina Umar yang tersentuh hatinya ketika mendengar adiknya membaca ayat suci al-Quran. Pada waktu itu, Saidina Umar belum memeluk Islam. Beliau adalah seorang yang tegas dan garang, tetapi, hatinya menjadi lembut dan sangat terkesan pada ayat tersebut. Ayat itu adalah Ayat 1-5 Surah Taha.", "Sesua untuk doa pelebut hati suami.", "Maksudnya, “Taha. Kami tidak menurunkan Al-Quran ini padamu supaya kau menjadi susah, namun sebagai peringatan untuk orang yang takut kepada Allah, iaitu diturunkan dari Tuhan yang telah menjadikan bumi berserta langit yang tinggi, (Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas ‘Arsy.” (Surah Taha, Ayat 1-5)", "#2 Doa Nabi Daud Melembutkan Besi", "وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُدَ مِنَّا فَضْلا يَا جِبَالُ أَوِّبِي مَعَهُ وَالطَّيْرَ وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ. أَنِ اعْمَلْ سَابِغَاتٍ وَقَدِّرْ فِي السَّرْدِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ", "Maksudnya, “Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman), “Hai gunung-gunung dan burung­-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud.” Dan Kami telah melunakkan besi untuknya, (iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Saba, Ayat 10-11)", "Daripada dalil di atas, kita dapat mengetahui bahawa salah satu mukjizat Nabi Daud as adalah melenturkan besi dengan mudah. Seperti kita tahu, besi sifatnya keras dan sukar untuk dilenturkan kecuali dengan menggunakan suhu yang tinggi (api). Tetapi, kuasa Allah swt menyebabkan Nabi Daud dapat melenturkan besi hanya menggunakan tangan untuk membuat baju besi.", "Oleh sebab itu, terdapat teks doa yang disandarkan kepada kebolehan Nabi Daud as melentur besi  sebagai Doa Pelembut Hati. Dengan harapan, hati yang keras juga dapat dilembutkan dengan mudah seperti mana Nabi Daud as melenturkan besi yang keras dengan sangat mudah.", "Maksudnya, “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi.”", "Maksudnya, “Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”", "Maksudnya, “Allah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada siapa saja yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Surah as-Syuraa, Ayat 19)", "Hakikatnya, hanya Allah swt yang berkuasa memegang hati-hati manusia. Oleh itu, berdoalah dengan sepenuh keyakinan kepada Allah swt, bahawa Allah swt akan menjaga dan memelihara hati kita dari kekotoran dan kerosakan. Semoga hati kita lembut dan sentiasa bersih untuk menerima hidayah daripada Allah swt.", "Bagaimana dengan artikel berkenaan Doa Pelembut Hati yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?", "Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:" ]
https://bidadari.my/resepi-kuih-bakar-pandan/
Resepi Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah Sukatan Cawan Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Sekarang ini, drama 7 Hari Mencintaiku 2 tengah popular di kalangan rakyat Malaysia. Drama yang tengah trending kot. Buat peminat setia drama ini, pasti tahu Khuzairi sangatlah suka dengan kuih bakar pandan ini. Sebenarnya tak susah pun nak buat kuih bakar nih. Bolehlah para isteri buatkan untuk suami atau pun keluarga mertua. Bolehlah ambil hati mereka nanti dengan kuih bakar pandan ini. Jom tengok resepi yang dapat ribuan tanda suka di laman “Facebook”. Resepi Kuih Bakar Pandan dikongsikan oleh Nur Aisyah Nasa . Resepi ini sangat mudah difahami, diikuti dan yang paling ianya menggunakan sukatan cawan. Apa lagi, jom mencubanya.", "Selamat Mencuba. Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!" ]
https://bidadari.my/resepi-singgang-ikan/
Resepi Resepi Singgang Ikan Pedas (Membangkitkan Selera) Oleh Rahayu Z
[ "Masakan singgang cukup popular dalam kalangan orang negeri Terengganu. Walaupun jarang orang memasak singgang ikan, namun masakan ini menarik terutama jika anda pertama cuba. Maka tidak ada salahnya jika sekali-sekala anda cuba masak singgang.", "Selain daripada daging, rupanya ikan juga boleh dibuat singgang. Bila kehabisan idea untuk mencari variasi masakan ikan, boleh cuba masak ikan singgang mudah ini. Resepi singgang pedas ikan versi Terengganu ini mesti sesuai dengan selera anda.", "Hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapat dan sangat simple kerana hanya menggunakan air saja tidak perlu pakai santan. Makan dengan nasi putih, singgang pedas ikan ini akan memuaskan makan tengah hari anda tentunya.", "Tidak sabar ingin resepinya? Mari lihat di bawah ini, resepi singgang ikan pedas versi Terengganu oleh Hanieliza Kamarudin‎ yang dikongsikan di laman Facebook. Selamat mencuba.", "Selain resepi singgang ikan pedas, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/mengajar-anak-memohon-maaf-dengan-ikhlas/
Keluarga Mengajar Anak Memohon Maaf Dengan Ikhlas Oleh Dr Rozieta Shaary
[ "Bila kelembutan kasih-sayang dirasai oleh sesaorang anak, hatinya penuh dengan kasih-sayang. EQnya berkembang. Ini menyebabkan anak itu boleh merasai perasaan orang lain terutamannya ibu bapa mereka. Mereka menjadi lebih prihatin.", "Maka bila tiba masa untuk memohon maaf, hati mereka memang sudah besar dan merah menyala untuk itu. Kasih-sayang yang mereka rasai terhadap ibu bapa mereka, akan menginsafkan mereka dan ini menyebabkan mereka menghulur tangan dengan penuh keikhlasan.", "Itulah sebabnya, sebelum kita hendak mengajar anak memohon maaf dengan ikhlas, anak itu perlu merasai keikhlasan hati kita mendidik mereka.", "Jangan banyak bersungut bila membuat kerja kerana anak dan untuk anak. Bila hendak memandikannya, lakukan dengan ceria walaupun anda sedang mengejar masa. Rasakan di dalam hati, ‘This is your precious’. Lalu suruh mandi atau mandikan dengan penuh rasa bersyukur.", "Sekarang sudah menjelang hari raya, maka mulalah bercerita mengenai apa maksud hari raya itu. Apakah yang penting dilakukan semasa hari raya. Dua perkara yang sangat penting, mengukuhkan silaturrahim dan meraikan kemenangan mendidik hati semasa Ramadhan.", "Kemudian terangkan bagaimana mengukuhkan silaturahim. Dengan memohon ampun maaf dan ziarah menziarahi", "Kemudian terangkanlah bagaimana untuk memohon maaf dengan ikhlas, supaya betul-betul kosong-kosong.", "Jika sesuai, biar anak-anak melihat bagaimana anda suami-isteri bermaaf-maafan. Bila mereka melihat contoh yang baik, maka mudah untuk mereka melakukan yang betul.", "Jangan kaitkan duit raya dengan memohon maaf dengan penuh keikhlasan. Bagilah duit raya itu pada masa yang lain. Mungkin malam sebelum raya atau pada masa lain yang sesuai.", "Kerana kita tidak mahu anak-anak kecil terfaham bahawa bila minta maaf akan dapat duit. Kita tidak mahu anak-anak kita terfaham begitu. Memohon maaf biarlah seikhlas yang dia boleh lakukan.", "Mengata anak tidak ikhlas meminta-maaf. Jika nampak anak acuh tak acuh meminta maaf. Ini petanda dia malu , rasa janggal dan dia belum berani lagi meluahkan hatinya.", "Mungkin kerana tidak biasa, atau anda sendiri tidak mewujudkan rasa selamat untuk dia meminta maaf atau hanya kerana dia belum matang lagi untuk memahami semua ini. Maka bersabarlah mendidik dan membina rasa selamat di dalam dirinya itu.", "Jika anak masih tersangat kecil, maka memadai untuk anak kecil itu mengikut-ngikut sahaja.", "Perlukah Kita Meminta Maaf Pada Anak?", "Bila anak sudah meminta maaf dan anda memberi maaf kepada anak, secara ikhlas mohonlah juga maaf dari anak. Anak itu juga manusia yang kita berinteraksi, ‘Hablumminannas’, maka elok juga untuk kita memohon maaf dengan baik darinya.", "” Mama maafkan kakak. Kakak anak yang baik. Kakak selalu tolong mama. Kadang-kadang kakak ada tersilap, degil cakap mama, lawan mama.", "Mama maafkan semua itu sebab mama tahu anak mama baik dan mama tahu kakak tersilap dan boleh jadi lebih baik.", "Mama juga mohon maaf dari kakak sebab ada kalanya mama termarah lebih dan tak usul periksa. Mama manusia dan juga bat silap.", "Tapi mama sayang sangat kakak dan mama terus berusaha menjadi mama yang baik untuk anak-anak mama. Kita sama-sama maaf-memaafi ya….sayang anak mama ni.”", "Bila anak hendak pergi dan bangun dari tempat itu, ucapkan terima kasih kerana dia meminta maaf dengan ikhlas dan baik. Ini akan memberi keyakinan kepada anak itu untuk berakhlak mulia seperti itu.", "Ini adalah maklum balas yang diberi untuk anak berasa selamat untuk berbuat baik. Ketahuilah, ramai anak-anak confuse bagaimana untuk berkelakuan baik kerana bila mereka melakukan kebaikan, tidak ada maklum balas.", "Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ibu bapa yang lain" ]
https://bidadari.my/blender-terbaik/
Umum 13 Blender Terbaik Berkualiti Pilihan Ramai Oleh zulrina
[ "Smoothie atau adunan kuih adakalanya memerlukan kita menggunakan blender berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Tanpa menggunakan blender yang berkualiti tinggi, hasil kisaran bahan-bahan pasti tidak seperti yang kita harapkan. ", "Tekstur hasil kisaran perlu kasar atau lembut mengikut jenis makanan yang ingin kita sediakan. Selain itu, kualiti tahap blender juga dinilai melalui tahap gangguan bunyi mesinnya. Nak tahu blender apa yang terbaik dan berkualiti pilihan ramai? Jom kami senaraikan 13 blender terbaik yang diperlukan di rumah anda.", "Black Decker Perfect Fusion 1.5L L600V", "Blender keluaran Black Decker ini bukan sahaja berfungsi dengan baik, malah ia juga mempunyai pelbagai fungsi tambahan. Blender ini juga mempunyai 5 kelajuan yang boleh dilaraskan mengikut kegunaan anda. Jadi, ia sangat mudah kerana bahan-bahan yang dikisar menjadi lebih bagus mengikut cita rasa anda tersendiri. ", "Walau bagaimanapun, blender ini memerlukan adapter untuk menggunakannya di rumah kerana ia tidak menggunakan power plug yang sama seperti kita. Oleh itu, sekiranya memilih blender, jangan lupa untuk membeli adapternya juga ya!", "Cuisinart SmartPower Duet Blender / Food Processor", "Blender Cuisinart yang sangat popular ini mempunyai balang kaca yang mempunyai kelebihan untuk tidak mengubah warna atau menyerap bau makanan seperti balang plastik yang lain. Dengan kuasa 500 watt, blender ini bukanlah berkuasa tinggi tetapi ia akan menawarkan tujuh pilihan pengadunan dan pemprosesan yang sangat mudah digunakan. Oleh itu, ramai pelanggan memilih blender ini kerana ia dapat memproses makanan dikisar dengan sempurna.", "Vitamix A3500 Ascent Series Smart Blender", "Blender berjenama Vitamix ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana dikatakan blender terbaik dalam mengisar biji kopi, mengadun susu kocak dan smoothie. Ia mempunyai balang 64 auns yang sangat besar. Walaupun blender ini berkuasa tinggi tetapi ia juga tidak mengeluarkan bunyi yang sangat bising. ", "Untuk pengetahuan anda, blender terbaik kawalan skrin sentuh ini sangat mudah digunakan. Ia boleh disambungkan ke aplikasi telefon anda secara wayarles untuk membantu kerja anda menjadi lebih mudah. Bagi anda yang mencari blender terbaik dan moden, kami syorkan Vitamix A3500 Ascent Series Smart Blender.", "Blender Instant Pot Ace 60 Cooking", "Jangan terkejut jika terdapat blender mampu memproses makanan seperti sup. Sekiranya anda tidak percaya, jom lihat blender serbaguna ataupun pengisar yang dikenali sebagai Instant Pot Ace 60 Cooking Blender ini. Ia bukan sahaja mampu menghancurkan buah-buahan untuk dijadikan smoothie, tetapi ia juga mampu memanaskan makanan di dalam balang pengisarnya hingga mencapai suhu sehingga 200°F.", "Jadi, boleh dikatakan bahawa pengisar ini sangat ideal untuk memproses makanan seperti sup buatan sendiri, susu soya dan pelbagai jenis menu lain. Blender terbaik ini juga turut boleh diprogramkan untuk membuat ais krim, susu kacang dan banyak lagi. Namun, jenama ini tidak sesuai untuk mengisar sesuatu yang besar dan keras.", "Blender Breville 3X Bluicer Pro ini merupakan blender terbaik untuk mengadun atau membuat jus. Blender terbaik pilihan ramai ini disukai oleh kebanyakan pengguna. Fungsinya sangat bagus mengisar epal, lobak merah dan pelbagai jenis buah-buahan tanpa meninggalkan sebarang pulpa dan menjadikannya jus yang sangat sedap. Khas untuk anda yang sukakan soothie, blender ini harus anda miliki!", "Blender KitchenAid K400 Countertop ini mampu mengisar pelbagai jenis bahan yang sukar dikisar oleh blender lain. Pengaturan yang diberikan oleh blender ini sangat mudah digunakan. Bagi anda yang suka ais blend, blender ini mampu mengisar bongkah ais dengan senang.", "Selain itu, ia mudah dicuci. Reka bentuknya pula kelihatan sangat cantik. Harganya lebih murah berbanding dengan blender berkuasa tinggi yang lain. Lebih menyeronokkan lagi, ia didatangkan dengan pelbagai jenis warna yang menarik.", "Cuisinart Hurricane Compact Juicing merupakan blender terbaik dalam mengisar jus dan ia mudah digunakan. Sangat mudah dipegang serta mempunyai balang dan cawan pengisar adalah kemudahannya. Blender terbaik ini yang tidak memerlukan ruang yang besar adalah blender Cuisinart Hurricane Compact Juicing.", "Blender Oster My Blend adalah pilihan ramai pengguna untuk membuat protein shake semasa dalam perjalanan atau percutian. Caranya hanya cukup mengisi balang dengan bahan-bahan dan kemudiannya kisar sehingga sebati. Apabila sudah siap, tukarkan bilah blender tersebut dengan penutup botol.", "Jadi, ia sangat senang digunakan! Namun apa yang mengecewakan adalah blender ini sangat terhad penggunaannya. Ia hanya mampu mengisar bahan lembut seperti smoothie, protein shake dan juga jus tetapi tidak mampu untuk mengisar bahan-bahan yang bertekstur keras.", "Dengan ketepatan dan kawalan yang berkualiti tinggi, blender terbaik ini mampu mengisar pelbagai jenis bahan seperti mentega, kacang dan banyak lagi. Motor ultranya berkuasa tinggi mempunyai 10 tetapan kelajuan yang berubah-ubah. Kawalan pada blender ini adalah intuitif dan bebas daripada pencemaran bunyi.", "Blender pilihan ramai ini sangat sesuai untuk anda yang ingin mengisar pelbagai jenis bahan-bahan yang kasar. Namun harganya juga agak mahal, maklumlah barang berkualiti dan tahan lama.", "Samu Giken Multifunction Blender Set 7 Dalam 1 SG-MFB1400B", "Kini, terdapat banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan blender yang banyak kegunaan pada harga yang sangat berpatutan. Dengan blender Samu Giken ini, anda boleh mengisar bahan yang anda inginkan mengikut keperluan tanpa perlu menggunakan jenis blender yang berbeza-beza. Di samping itu, blender ini juga turut mempunyai kuasa 400W dan sangat sesuai dengan kegunaan harian. ", "Namun, blender ini tidak sesuai digunakan untuk mengisar ketulan ais kerana akan menyebabkan kerosakan pada bilahnya. Harganya juga tidaklah mahal dan sesuai dijadikan hadiah kenang-kenangan untuk yang tersayang.", "Butterfly B-592 Commercial Heavy Duty Blender", "Sekiranya anda mencari blender bagi kegunaan heavy duty, inilah blender terbaik yang sesuai untuk anda. Blender ini boleh mengisar ketulan ais dengan baik serta mempunyai 6 bilah yang tidak akan berkarat. Malah, bahagian bawahnya juga mempunyai anti slip yang dapat menahan daripada bergerak ketika mengisar. ", "Bunyinya juga tidak mengganggu jika dibandingkan dengan pengisar biasa lain. Jika anda mempunyai perniagaan di gerai, blender Butterfly B-592 berkualiti ini sesuai untuk anda.", "Philips Avance Collection 1400W 2.0L Blender HR3652", "Dengan kuasa 1,400W, pengisar ini mempunyai kebolehan untuk mengisar bahan-bahan dengan baik dan cepat. Menakjubkan, motornya boleh berputar sebanyak 35,000 pusingan bagi setiap minit. Tapaknya juga sangat kukuh dan kekal semasa digunakan. ", "Di samping itu, dengan reka bentuk yang menawan dan canggih, anda pasti inginkan blender ini berada di dapur rumah anda. Kapasitinya cukup besar dan tahan lasak.", "Tefal Perfect Mix+ 1200W 2.0L Blender BL811D", "Produk keluaran Tefal sememangnya berkualiti tinggi dan tahan lama, begitu juga dengan blender terbaik keluaran mereka ini yang mempunyai sistem penyejukan. Ia dapat mengelakkan pengisar motor menjadi terlalu panas. ", "Putaran pengisar blender ini dikatakan mampu berputar pada tahap maksimum dengan 28,000 putaran setiap minit. Selain itu, ia juga mempunyai 6 bilah anti-karat serta didatangkan dengan kelajuan berbeza bagi memudahkan penggunaan harian anda.", "Blender Tefal Perfect Mix+ 1200W ini sesuai untuk anda yang inginkan blender yang canggih dan tahan lama. Dari segi harga, ia cukup berbaloi dengan kualitinya yang sangat menakjubkan.", "Berikut adalah 13 blender terbaik berkualiti pilihan ramai. Jom lihat juga Vacuum terbaik, Vacuum Robot terbaik dan Penutup muka Kn95. ", "Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis. " ]
https://bidadari.my/resepi-bihun-goreng-singapore-2/
Resepi Resepi Bihun Goreng Singapore Versi Mudah – 5 Langkah Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Hai.. Ada yang suka makan bihun goreng singapore tak? Sedap kan rasanya? Bihun goreng singapore ini berbeza dengan kebiasaan bihun goreng dari segi warna dan bahan-bahannya. Warna bihun goreng singapore ini warna putih kekelabuan disebabkan lada manakala bihun goreng biasa warna merah cili atau hitam kicap.", "Cara penyedian bihun singapore lebih mudah kerana tidak perlu tunggu cili pecah minyak dan sebagainya. Sangatlah sesuai untuk insan yang bekerjaya yang masih ingin merasa air tangan sendiri. Resepi yang dikongsikan oleh Siti Noraliyah Watman ini lebih mudah dari resepi asal. Nak cepat dan senang lah katakan.", "1) 5 ulas bawang putih dicincang halus2) 5 biji cili padi diketuk3) 1 sudu makan black peper readymate4) 1/2 biji lobak dihiris halus5) 2 biji telur6) 1 peket bihun yang sudah direndam", "1) Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan cili padi. Masukkan black peper readymate dan tumis sampai naik bau.", "2) Kemudian masukkan lobak merah. Biarkan sekejap sehingga lobak lembut sedikit.", "3) Pecahkan telur, dan kacau sehingga hancur. Masukkan sedikit garam dan perasa secukupnya.", "4) Masukkan bihun, gaul rata dan tuangkan sedikit air supaya bihun lembut sedikit.", "5) Akhir sekali masukkan udang, gaulkan sehingga bihun masak. Untuk hiasan tu, boleh la letak bawang goreng or daun sup ke. Baru naik seri. ", "Okay, dah siap. Sedia untuk dihidang. Nampak tak? Mudahkan resepi yang dikongsikan ini. Hanya dengan ikuti lima langkah ini dah boleh makan sedap. Kalau nak bawa sebagai bekal pun sempat tau.", "Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain ya. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami. " ]
https://bidadari.my/nuzul-al-quran/
Rohani Kelebihan Nuzul al-Quran (Serta Pengertian dan Hikmah) Oleh Aniuna
[ "Jom ketahui kelebihan Nuzul al-Quran dengan membaca artikel ini. Nuzul merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud penurunan, manakala al-Quran dari segi bahasa bermakna sesuatu yang dibaca, sesuai dengan kitab al-Quran yang kekal dibaca dan diulang sehingga ke hari ini. Justeru itu, makna Nuzul al-Quran adalah penurunan al-Quran.", "Di Malaysia serta Muslim di kebanyakan negara menyambut Hari Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan setiap tahun. Sebenarnya, penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini hanyalah simbolik kepada penurunan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian serta kemuliaan al-Quran.", "Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Muhammad saw.", "Menjadi tanda tanya kepada kebanyakan kita apakah benar peristiwa Nurzul al-Quran sebenarnya terjadi pada 17 Ramadan? Berdasarkan firman Allah swt,", "Maksudnya, “Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada lailatul Qadar (malam kemuliaan).” (Surah al-Qadr, Ayat 1)", "Sedangkan, Lailatul Qadar itu berlaku pada malam ganjil pada 10 malam terakhir Bulan Ramadan menurut hadis Nabi saw,", "تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ", "Maksudnya, “Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.” (HR Bukhari)", "Oleh sebab itu, untuk menjawab pertanyaan ini, kita perlu tahu bahawa proses penurunan al-Quran itu melalui 2 peringkat, iaitu:", "Pertama: Al-Qur’an Diturunkan Secara Sekaligus Ke Baitul Izzah (Langit Dunia) Dari Lauh Mahfuz", "Al-Quran ditulis di Lauh Mahfuz (lembaran-lembaran yang terpelihara), sebagaimana firman Allah swt,", "بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيد. فِى لَوْحٍ مَّحْفُوظٍۭ", "Maksudnya, “Bahkan ia adalah al-Quran yang mulia. (Lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya) di Lauh Mahfuz”. (Surah al-Buruj, Ayat 21-22)", "Kemudian dari Lauh Mahfuz, al-Quran diturunkan secara sekali gus ke Baitul Izzah (rumah kemuliaan) yang berada di langit pertama pada bulan Ramadan, sebagai mana firman Allah swt,", "شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ", "Maksudnya, “Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an.” (Surah al-Baqarah, Ayat 185)", "Maksudnya, “Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, Ayat 1)", "Maksudnya, “Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam yang diberkahi.” (Surah ad-dukhon, Ayat 3)", "Dalam 3 ayat di atas, semua menjelaskan tentang turunnya Al-Quran pertama kali, iaitu pada bulan Ramadan dan tepatnya pada Lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan. Dan pada surat ad-Dukhon yang dimaksud malam mubarok ialah malam lailatul qadar pada bulan Ramadhan sebagaimana yang dikatakan oleh kebanyakan ulama tafsir. (lihat Tafsir Al-Alusi)", "Dalam kitab Al-Burhan Fi ‘Ulumil-Qur’an karangan Syeikh Badruddin Az-Zarkasyi (W. 794 H), beliau mengatakan bahawa dalam hal ini para ulama berbeza pendapat dan yang paling kuat dan benar ialah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama ialah:", "Bahawa al-Quran diturunkan sekaligus ke langit dunia (Baitul Izzah) pada Lailatul Qadar kemudian diturunkan dengan cara beransur-ansur sepanjang tempoh kehidupan Nabi saw setelah beliau diangkat menjadi Nabi di Mekah dan Madinah sampai wafat beliau.", "Kebanyakan ulama mengatakan bahawa pendapat inilah yang paling mendekati kebenaran, berdasarkan suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Hakim dengan sanad yang sahih, dari Ibnu Abbas ra, beliau mengatakan bahawa al-Quran itu turun sekaligus ke langit dunia pada Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan beransur-ansur selama 23 tahun. Seperti mana firman Allah swt,", "وَقُرْآناً فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَى مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلاً", "Maksudnya, “Dan al-Quran itu telah kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan kami menurunkannya bahagian demi bahagian.” (Surah al-Isra, Ayat 106)", "Imam An-Nasa’i juga meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas ra, beliau berkata: “……dan al-Quran diletakkan di Baitul Izzah dari langit dunia kemudian Jibril turun dengan membawanya kepada Muhammad saw.”", "Kedua: Al-Qur’an Diturunkan Secara Beransur-ansur kepada Nabi SAW", "Setelah diturunkan secara lengkap (keseluruhan) dari Lauh Mahfudz ke langit dunia (Baitul Izzah), al-Quran turun secara beransur-ansur selama 23 tahun (ini menurut pendapat yang kuat), iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Dan turunnya al-Quran secara beransur-ansur telah dijelaskan dalam firman Allah swt,", "وَقُرْآناً فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَى مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلاً", "Maksudnya, “Dan Al Quran itu telah kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan kami menurunkannya bagian demi bagian.” (Surah al-Isra, Ayat 106)", "Dan inilah salah satu keistimewaan al-Quran, bahawa kitab suci umat Nabi Muhammad ini turun secara beransuran setelah sebelumnya diturunkan secara lengkap/sekaligus. Hal ini berbeza dengan kitab-kitab samawi yang lain iaitu Kitab Zabur, Kitab Taurat dan Kitab Injil yang diturunkan secara sekaligus tanpa ada ansur-ansur. Allah swt berfirman,", "وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً كَذَلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيل وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا", "Maksudnya, “Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”; demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacanya secara tartil (teratur dan benar). ", "Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya. (Surah al-Furqan, Ayat 32-33)", "Dan wahyu pertama yang turun menurut kebanyakan ulama ialah Surah al-Alaq, ayat 1-5 (dan ini adalah pendapat yang kuat), atau biasa kita sebut dengan Ayat Iqra’. Ini berdasarkan riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab Sahih dari ‘Aisyah ra.", "Bilakah Wahyu Pertama (Ayat Iqra’) Diturunkan?", "Para ulama dan ahli sejarah berbeza pendapat tentang bilakah tarikh yang tepat turunnya wahyu pertama kepada Nabi saw sewaktu Baginda beruzlah di Gua Hira’. Ada yang mengatakan bulan Rabiul Awal, ada juga yang mengatakan bulan Ramadan, dan ada juga yang mengatakan bulan Rejab.", "Namun pendapat yang kuat ialah bulan Ramadan sesuai firman Allah swt yang bermaksud: “Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an.” (Surah al-Baqarah, Ayat 185).", "Dan kebanyakan ulama juga sepakat bahawa Surah al-Alaq, ayat 1-5 adalah wahyu yang pertama turun, juga sebagai tanda kenabian Muhammad saw.", "Peristiwa ini terjadi pada hari Isnin, sesuai dengan hadis. Dari sahabat Abu Qotadah ra, bahawa Nabi saw pernah ditanya tentang puasa hari Isnin, kemudian beliau menjawab: “Itu adalah hari di mana aku dilahirkan dan diturunkan wahyu kepadaku.” (HR Muslim)", "Kemudian ulama juga berbeza pendapat tentang tarikh sebenar penurunan wahyu pertama ini. Ada yang mengatakan malam 7 Ramadan, ada juga yang mengatakan malam 17 Ramadan, ada juga yang mengatakan pada malam 21 Ramadan, dan ada juga yang mengatakan pada malam ke-24.", "Sheikh Shofiyur-Rohman Al-Mubarokfuri mengatakan dalam kitab Sirah Nabawi karangannya Rahiqul-Makhtum: “Setelah melakukan penelitian yang cukup dalam, mungkin dapat disimpulkan bahawa hari itu ialah hari Isnin tanggal malam ke-21 bulan Ramadan.", "Iaitu pada tarikh 10 Ogos 660M, dan ketika itu umur Rasulullah saw tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari. Hari Isnin pada bulan Ramadan tahun itu ialah antara 7, 14, 21, dan 28, dan dari beberapa riwayat yang sahih bahawa malam Lailatul Qadar itu tidak terjadi kecuali pada malam-malam ganjil dari sepuluh akhir bulan Ramadan.", "Jika kita bandingkan firman Allah dalam surah Al-Qadr ayat 1, dengan hadis Abu Qotadah yang menjelaskan bahawa wahyu diturunkan hari Isnin di atas, dan dengan hitungan hari Isnin pada bulan Ramadan tahun tersebut, maka dapat disimpulkan bahawa wahyu pertama turun kepada Rasul saw itu tanggal 21 Ramadan malam”.", "Kenapa 17 Ramadan Disimbolikkan kepada Hari Nuzul al-Quran?", "17 Ramadan dianggap sebagai hari Nuzul al-Quran, berkemungkinan berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Imam Ibnu Katsir (W. 774 H) dalam kitabnya Al-Bidayah wan-Nihayah. ", "Al-Waqidi meriwayatkan dari Abu Ja’far Al-Baqir yang mengatakan bahawa “Wahyu pertama kali turun pada Rasul saw adalah pada hari Isnin 17 Ramadhan dan dikatakan juga 24 Ramadan.” Wallahu a’lam.", "Walaupun para ulama berbeza pendapat bilakah tarikh sebenar al-Quran diturunkan, namun kita sebagai hamba Allah swt harus berpegang bahawa al-Quran itu diturunkan pada Lailatul Qadar, selari dengan firman Allah swt dalam ayat 1, surah al-Qadr.", "Dan kita juga harus tahu bahawa al-Quran itu diturunkan secara 2 peringkat. Peringkat pertama, al-Quran diturunkan secara sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah. Manakala pada peringkat kedua pula, al-Quran turun secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad saw selama 23 tahun (13 ahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah) melalui perantaraan Malaikat Jibril.", "Yang paling penting bagi kita selaku hamba Allah swt adalah kita terus-menerus dan berusaha untuk istiqamah membaca al-Quran serta beramal dengan hukum-hakam yang Allah perintahkan dalam al-Quran.", "Bagaimana dengan artikel berkenaan kelebihan Nuzul Al-Quran yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?", "Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:" ]
https://bidadari.my/kalori-roti/
Kesihatan Kalori Roti Oleh zulrina
[ "Roti adalah makanan tidak asing lagi pada waktu sarapan pagi. Ia juga sering dimakan untuk penurunan berat badan. Karbohidrat yang terdapat di dalam kandungan roti juga amat bagus untuk tubuh badan dan menjadi sebahagian daripada kumpulan dalam piramid makanan yang sihat.", "Jika pengambilannya secara berlebihan, ia boleh meningkatkan kalori dalam badan. Sekeping roti juga dapat menambahkan karbohidrat dan kalori dengan cepat di dalam badan jika tidak berhati-hati. Baiklah, jom kita lihat kalori roti.", "Bagi anda yang ingin mengamalkan diet dengan roti, anda haruslah memilih roti yang skala Indeks Glisemiknya (GI) adalah sangat rendah. Jadi, semakin tinggi nilai indeks glasemik, semakin banyaklah tahap gula yang terkandung. Roti yang sememangnya sesuai untuk diet adalah skala GI 46, yang sememangnya kaya dengan serat dan sumber vitamin.", "Jom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori nasi lemak." ]
https://bidadari.my/ciri-ayah-superman/
Keluarga, Petua Tips Ketahui Ciri-Ciri Ayah ‘Superman’ Di Mata Keluarga Dan Anak-Anak Oleh aqirah
[ "Tanggungjawab seorang ayah amat besar dan perlu dilaksanakan untuk membimbing keluarga. Bukan calang-calang orang yang boleh menjadi ayah dan ketua keluarga. Oleh sebab itu, sebelum mendirikan keluarga, seseorang lelaki itu perlu tahu pengetahuan asas dan agama yang teguh sebelum mendirikan sebuah keluarga.", "Di mata anak-anak, ayah adalah hero mereka yang sentiasa ada semasa mereka susah dan memerlukan bantuan. Ayah yang selalu menjadi idaman anak-anak adalah ayah yang sekuat hero seperti ‘Superman’. Gelaran ‘Superman’ yang diberikan kepada seorang ayah adalah salah satu pujian yang diidam oleh semua ayah di seluruh dunia.", "Apakah ciri-ciri seorang ayah ‘Superman’ yang menjadi idaman anak-anak dan isteri?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ciri-ciri ayah ‘Superman’ di mata keluarga dan anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.", "Ciri-ciri ayah ‘Superman’ di mata keluarga dan anak-anak", "Terdapat 2 ciri ayah ‘Superman’ yang ayah-ayah lain boleh contohi. Ciri-ciri seorang ayah ‘Superman’ adalah ayah yang ada AUTHORITY :", "Ayah yang dihormati dan disegai anak juga adalah ayah yang ada CREDIBILITY :", "*Ayah yang baik adalah ayah yang ada masa untuk anak-anak dan mengajar mereka tentang ilmu dunia dan agama dengan betul. Oleh itu, sebagai seorang ayah, kita perlu bijak membahagikan masa antara kerja, keluarga dan kawan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/hadiah-untuk-kanak-kanak-lelaki/
Keluarga 30 Hadiah untuk Anak Lelaki Bermanfaat Oleh Nur Syafiqah
[ "Banyak pilihan hadiah untuk anak lelaki yang bermanfaat dan pasti meninggalkan memori manis buat si cilik. Pasti ada yang buntu dalam memilih hadiah yang sesuai dan menarik untuk diberikan sewaktu hari jadi atau sekadar membuatkan mereka gembira.", "Jangan risau, kami telah sediakan 30 idea hadiah untuk anak lelaki yang boleh anda pilih mengikut minat mereka, umur dan paling penting bersesuaian dengan bajet anda. Pautan pembelian di Shopee turut disediakan agar urusan anda lebih cepat. Jom tengok 30 senarai tersebut!", "Kebanyakan kanak-kanak lelaki sehingga dewasa memang suka bermain Lego. Jika anda memberikan set Lego pasti mereka akan suka. Antara kelebihan bermain Lego adalah dapat melatih kemahiran berfikir, mengenal pelbagai bentuk, bilangan atau warna serta mengembangkan kreativiti membina Lego.", "Dalam set Lego Classic, terdapat 1504 kepingan Lego dengan model yang menarik dan turut diberi panduan untuk membinanya. Seawal umur 4 tahun, anak-anak boleh membina model katak, kapal lanun, istana, gajah dan lain-lain.", "Kereta elektrik mini ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 8 tahun. Jika anak anda berumur lima tahun dan ke atas, mereka boleh memandunya sendiri. Dilengkapi dengan ciri keselamatan, ibu bapa tidak perlu risau namun masih perlu berwaspada dengan situasi anak.", "Nak kawal guna remote pun boleh. Hanya ambil 6 hingga 8 jam untuk cas ia boleh bertahan sehingga 2 jam. Terdapat tiga kelajuan dan setiap permulaan enjin akan bergerak perlahan. Sesuai untuk dua orang kanak-kanak dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan.", "Jika anda mencari hadiah untuk anak lelaki yang aktif dan lasak, apa kata anda berikan skuter mini. Pada waktu lapang, boleh bersiar-siar di kawasan rumah atau taman. Bermain skuter mini bagus untuk perkembangan koordinasi dan kesihatan si cilik.", "Skuter ini mempunyai 3 roda dengan dilengkapi dengan lampu LED pasti dapat menarik perhatian anak-anak untuk bermain. Pemegang berbentuk T dan kunci keselamatan boleh dilaraskan mengikut ketinggian. Mudah di bawa kemana-mana sahaja kerana mudah dilipat.", "Sesuai untuk pembelajaran awal kanak-kanak, mereka dapat mengenal pelbagai jenis dan bentuk jentera awam yang berada di dunia. Pelbagai set jentera yang boleh dijadikan hadiah seperti set jentera bomba, askar, polis, kapal selam dan lain-lain.", "Banyak blok sesuai untuk kanak-kanak terutama yang berumur 6 tahun ke bawah. Pilih set mengikut bajet dan minat anak-anak anda.", "Pembelajaran alaf baru, buku elektronik sudah pasti dapat menarik minat dan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak kerana mempunyai ilustrasi dan pelbagai bunyi menarik. Buku digital mampu mengelakkan ketagihan kanak-kanak terhadap gajet.", "Buku digital keluaran MommyHana antara yang sesuai dalam pembelajaran awal si kecil. Terdapat dua siri iaitu My First Book yang sesuai untuk kanak-kanak dari 6 bulan hingga 6 tahun dan My Islamik Book yang sesuai untuk 4 tahun hingga 12 tahun.", "Kandungan setiap buku memang bermanfaat kerana mengandungi ilmu dunia dan ilmu agama. Setiap pembelian buku akan mendapat dummy pen, marker pen, bateri dan satu hadiah tambahan yang boleh dipilih.", "Alat tulis merupakan hadiah untuk anak lelaki yang bermanfaat. Hadiah ini dapat dapat memupuk minat si cilik untuk melukis, menulis dan belajar. Pelbagai corak yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki seperti spiderman dan Disney cars.", "Pakej ini termasuk kotak pensil, warna magik, krayon, pensil warna, pengasah, pemadam, pembaris dan buku mewarna. Alat tulis ini membantu melatih kreativiti, kemahiran berfikir, memupuk minat dan lain-lain.", "Meja belajar juga mampu menarik minat anak-anak untuk belajar lebih-lebih lagi yang bersifat digital dan mempunyai reka bentuk yang menarik.", "Uniknya meja ini kerana mempunyai LED dengan 24 pilihan gambar yang terkandung dalam 3 kanta. Setiap kanta perlu dimasukkan ke dalam projektor dan paparan dengan pelbagai objek akan muncul pada meja.", "Kanak-kanak bukan sahaja dapat belajar mengenal objek, malah mereka boleh melukis mengikut bentuk paparan di atas meja. Setiap pembelian akan mendapat meja LED, 3 kanta, 1 pemadam meja, buku melukis dan mewarna serta 12 batang warna magik.", "Turut dikenali sebagai kereta control, memberi kereta ini kepada anak-anak mampu mengimbau kembali permainan suatu ketika dahulu. Permainan ini secara tidak langsung dapat mengembangkan fikiran kognitif, menerokai ilmu fizik dan meningkatkan perasaan ingin tahu terhadap mereka.", "Dengan reka bentuk yang menarik, kereta ini mampu berputar 360 darjah. Sesuai untuk bermain atau perlumbaan dengan rakan yang lain. Kawalan jauh menggunakan remote sehingga 50 meter. Sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas.", "Kolam renang mini dengan 3 saiz berbeza pasti dapat memenuhi keperluan anak-anak untuk mandi kolam dengan riang. Keselamatan anak-anak lebih terjamin dan lebih puas mandi di kolam di rumah. Anak-anak juga boleh bebas mandi kolam tanpa had waktu.", "Anda boleh pilih kolam yang mempunyai corak. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas, kanak-kanak boleh mandi, berenang dan bermain. Material kolam adalah mesra alam, mudah disimpan dan dibawa kemana-mana.", "Sesuai untuk kanak-kanak 7 tahun dan ke atas, bermain puzzle dapat melatih kesabaran, meransang otak dan kemahiran berfikir kanak-kanak. Bukan itu sahaja, ianya bagus untuk daya menyelesaikan masalah.", "Gambaran puzzle menarik, jelas dan terdapat pelbagai tema yang anda boleh pilih bersesuaian dengan minat kanak-kanak. Terdapat 1000 kepingan puzzle kecil yang boleh anda selesaikan bersama mereka.", "Jika ingin berikan hadiah untuk bayi dan kanak-kanak lelaki hingga 4 tahun, kasut adalah antara cadangan yang bermanfaat buat mereka. Berikan kasut yang berjenama agar lebih selesa dan tahan lama.", "Kasut keluaran Puma seperti Puma Baby Smash V2 Animals adalah antara kasut yang mempunyai corak yang comel dan sesuai untuk kanak-kanak lelaki. Sockliner dalam kasut lembut dan akan membuatkan si kecil selesa memakainya.", "Jika anak anda meminati animasi, wajarlah memberikan mereka komik sebagai hadiah. Membaca komik dapat menambah imaginasi, memberi nilai pengajaran, menambah kosa kata dan sebagainya.", "Mungkin anda boleh berikan mereka koleksi komik Ejen Ali yang mempunyai 23 siri atau misi. Animasi dari Malaysia ini memang sangat terkenal di layar tv. Anak anda mungkin salah satu peminatnya pasti gembira jika menerima hadiah ini.", "Hadiahkan si kecil sepasang baju pasti mereka suka lebih-lebih lagi dari anda. Sesekali belikan mereka baju berjenama pasti dapat menambat hati mereka.", "Brand Anakku tidak asing lagi dalam pengeluaran barang-barang untuk kanak-kanak termasuk pakaian.  Set baju di atas sesuai untuk kanak-kanak lelaki berusia 3 hingga 24 bulan. Pakaian kasual ini sesuai ke mana-mana tempat dan selesa dipakai kerana diperbuat dari cotton.", "Sekiranya anak anda baru memasuki alam persekolahan, hadiahkan mereka globe yang bersaiz 32cm pasti membuatkan mereka teruja untuk mengenal dan mempelajari tentang negara di dunia.", "Globe bersaiz besar ini boleh diputar sehingga 360 darjah sesuai untuk kanak-kanak bermula 7 tahun dan ke atas. Globe juga membantu kanak-kanak untuk mengenal pasti kedudukan semua negara di dunia.", "Walaupun kelihatan sebuah hadiah yang simple, siapa tahu pemberian ini menjadi yang bermakna dan membuat kanak-kanak sering minum dan bagus untuk mereka kekal hidrasi. Botol air ini mempunyai straw, penutup dan tempat pemegang yang kukuh.", "Botol air di atas mempunyai 14 corak berbezak dan corak yang sesuai dengan kanak-kanak lelaki adalah Thomas, Tsum Tsum, Avengers dan Spiderman. Boleh memuatkan 500ml, botol ini sangat berkualiti dan senang untuk di basuh.", "Hadiahkan snapback cap kepada kanak-kanak lelaki agar mereka nampak lebih bergaya di samping melindungi wajah dari panas yang terik. Dengan snapback bolehlah mereka memakainya sewaktu keluar bercuti, membeli barang atau sewaktu bersukan di taska.", "Snapback jenama OEM ini sesuai untuk semua lapisan kanak-kanak. Terdapat dua pilihan warna dengan logo Superman. Kualiti sememangnya bagus dan berkualiti.", "Trampoline sesuai dijadikan hadiah buat anak yang aktif, suka melompat atau memanjat. Banyak kebaikan melompat atas trampoline seperti meningkatkan keseimbangan badan, bagus untuk kesihatan jantung dan hilangkan tekanan.", "Trampoline di atas mampu menampung berat sehingga 150KG. Terdapat ciri keselamatan yang baik sepertisafety pad, spring yang kukuh dan jaring yang melindungi anak-anak daripada jatuh. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak seawal dari tiga tahun.", "Beg sekolah yang kelihatan simple ini pasti sesuai untuk kanak-kanak yang suka bergaya dengan macho. Sesuai untuk kanak-kanak yang ingin menjadikannya sebagai beg sekolah. Terdapat tiga pilihan warna dengan ruang penyimpanan yang banyak.", "Sekiranya anda risau atau tiada masa untuk bawa anak-anak ke taman permainan, beli saja set gelongsor mini tiga dalam satu untuk mereka. Puas dan boleh bermain pada bila-bila masa. Keselamatan si kecil juga terjamin.", "Permainan yang ada seperti gelongsor, buaian dan jaring bola keranjang. Paling penting, dilengkapi dengan ciri keselamatan dan material setiap permainan juga selamat. Sesuai untuk bayi sehingga kanak-kanak berumur 5 tahun.", "Lazimnya kanak-kanak lelaki lebih menyukai miniatur dinasour berbanding kanak-kanak perempuan yang menyukai anak patung. Hadiahkan set miniatur dinasour kepada anak lelaki pasti mereka suka. Secara tidak langsung, mereka boleh mempelajari jenis haiwan prasejarah ini.", "Miniatur ini diperbuat daripada plastik ABS yang bukan toksik. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 12 tahun. Set miniatur dinasour mengandungi 46 miniatur dengan pelbagai saiz, jenis dan bentuk. Anda juga boleh mendapat bekas mainan secara percuma.", "Anak-anak suka menonton cerita aksi? Pistol mainan pasti menambah ‘feel’ buat mereka bermain bersama rakan atau keluarga. Sesuai juga untuk anak-anak yang bercita-cita ingin menjadi polis. Boleh memupuk atau mendedahkan mereka dengan kerjaya ini.", "Mempunyai ciri keselamatan yang baik untuk kanak-kanak kerana peluru diperbuat daripada EVA yang ringan dan lembut dan dilontarkan sejauh 39 kaki sahaja. Permainan ini dicadangkan untuk kanak-kanak berumur 7 tahun dan ke atas.", "Set Bola Sepak dan Bola Keranjang", "Jika anda mencari permainan untuk kanak-kanak lelaki sambil yang boleh mencungkil atau mengasah bakat mereka, set bola sepak dan bola keranjang adalah pilihan terbaik. Bukan itu sahaja, malah permainan ini menjadikan kanak-kanak aktif bersukan dan sihat tubuh badan.", "Pakej termasuk 1 bola sepak, 1 bola keranjang, 1 jaring bola sepak dan satu jaring bola keranjang. Anak-anak boleh bermain pada bila-bila masa dengan riang dan tanpa batasan waktu.", "Foosball adalah bola sepak meja yang dimainkan menggunakan tangan. Permainan ini lazimnya dimainkan oleh dua orang. Keluarga juga boleh turut bermain permainan ini bersama anak-anak pada waktu lapang.", "Terdapat dua saiz yang boleh anda pilih yang dibekalkan bersama 2 biji bola. Permainan ini dapat membentuk perkembangan anak-anak.", "Walaupun ianya jam digital yang canggih, namun harga memang bersesuaian dengan kualiti dan bawah RM 50 sahaja. Anak-anak pasti kelihatan bergaya dan kacak jika memakai jam digital ini.", "Paling penting, jam digital kanak-kanak mempunyai pelbagai ciri menarik seperti boleh dimasukkan simkad, boleh membuat panggilan, ambil gambar dan sebagainya. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa permainan untuk kanak-kanak yang membolehkan mereka turut belajar.", "Kanak-kanak lelaki pasti suka bermain dan mengumpul koleksi hotwheels. Jika dari kecil mempunyai minat atau hobi ini, pasti sampai ke dewasa mereka akan meneruskan hobi unik ini.", "Apa kata anda berikan set hot wheels edisi stunt garage untuk peringkat yang pasti menarik minat mereka untuk bermain. Terdapat empat laluan bertingkat dengan 1 hot wheels disediakan dalam pakej, anak-anak boleh bermain dengan aksi atau debaran yang lebih tinggi.", "Pupuk amalan menabung dari kecil agar kanak-kanak belajar untuk berjimat serta menyimpan wang untuk masa hadapan. Berikan tabung yang mempunyai reka bentuk dan corak menarik agar mereka lebih berminat untuk menabung.", "Uniknya tabung di atas, ia mempunyai musik dan latar suara. Paling menarik, terdapat kata kunci pada tabung ini jika anda ingin mengeluarkan wang yang telah disimpan. Ruang penyimpanan juga luas dengan anggaran 500 syiling atau 200 helai wang kertas.", "Melihat bapa sibuk bertukang, pasti ada anak-anak yang turut ingin bertukang sehingga meniru aksi yang dilakukan. Dengan teknologi kini, drill mainan blok dicipta khas yang mirip dengan perkakas bertukang iaitu hand drill dan skrew.", "Hanya dalam satu kotak boleh memuatkan 1 hand drill dengan 276 kepingan pelbagai bentuk bersama skrew. Anak-anak boleh membina pelbagai model 2D dan 3D mengikut panduan yang disertakan.", "Sejadah digital sebagai hadiah untuk kanak-kanak adalah hadiah berguna dan sangat bermanfaat buat kanak-kanak terutama yang baru belajar untuk solat. Dengan suara atau audio yang jelas dan mudah diikuti, kanak-kanak akan mudah memahami dan menghafal.", "Terdapat bacaan dari awal hingga akhir solat, bacaan surah lazim, doa, cara berwudhuk dan sebagainya hanya dalam satu produk. Diperbuat daripada kain baldu, ianya sangat selesa untuk kanak-kanak. Sejadah ini berfungsi menggunakan bateri.", "Pipe line juga antara permainan untuk kanak-kanak yang menarik. Permainan ini mampu meningkatkan imaginasi dan kreativiti, meningkatkan kemahiran berfikir, meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta sebagainya.", "Pelbagai bentuk pipe dan roda yang berwarna-warni disediakan dan anak-anak cuma perlu menyambungkannya mengikut bentuk yang diingini. Panduan juga disediakan agar si kecil mudah untuk mencipta model dari pipe ini.", "Jika anda mempunyai bajet yang lebih, apa kata anda berikan anak-anak sebuah tablet. Jangan risau, tablet Huawei Matepad T10s sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana mempunyai beberapa ciri menarik dan bagus untuk mereka.", "Kapasiti storan sebanyak 64GB, resolusi kamera adalah 5MP. Sangat ringan untuk di bawa. Tetapan TUV Rheinland dapat melindungi mata anak-anak daripada terdedah dengan cahaya biru dari paparan skrin yang berbahaya. Ibu bapa juga boleh mengawal tempoh penggunaan tablet anak-anak serta memantau aplikasi yang dibuka menerusi App Management.", "Hadiah untuk anak lelaki ini bukan sekadar permainan atau hadiah, malah ia memberi 1001 makna dan ada yang memberi manfaat terutama terhadap perkembangan kanak-kanak. Tunggu apa lagi? Jom beli untuk si cilik!", "Jom baca artikel kami yang lain seperti:", "Pandangan dan pendapat di atas bukan pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis." ]