url
stringlengths 38
41
| headline
stringlengths 4
150
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18322 | JKKK disaran tubuh Biro Pendidikan | [
"BINTULU: Pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) rumah panjang juga kampung disarankan untuk menubuhkan Biro Pendidikan.",
"Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, langkah tersebut untuk memastikan pelajar sentiasa menitik-beratkan soal pelajaran penduduk masing-masing.",
"“Lantiklah daripada mereka yang mempunyai pendidikan dari rumah panjang atau kampung untuk memimpin biro pendidikan tersebut,” katanya.",
"Beliau berkata demikian dalam Majlis Perlancaran Program Permuafakatan Ibubapa dan Guru dan Perlancaran Koperasi Sekolah Kebangsaan (SK) Kelawit bertempat di Rh Peter Bansa, Tatau, semalam.",
"Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus memaklumkan bahawa menerusi biro terbabit akan menyuntik semangat penduduk kampung untuk sentiasa mengutamakan pendidikan.",
"“Hantar anak-anak ke sekolah hingga ke peringkat tertinggi seperti sehingga berjaya mendapatkan segulung ijazah sama ada Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau sehingga PHD”",
"“Begitu juga, yang tidak berjaya melanjutkan perlajaran ke peringkat tersebut hantar mereka mengikuti kursus kursus atau sijil sijil kemahiran,” katanya.",
"Terdahulu, Guru Besar SK Kelawit, Janudin Rahman berkata, program tersebut tidak dapat dibuat di sekolah kerana mengikut arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang tidak membenarkan pihak luar datang ke sekolah untuk sesuatu program sempena PKPP Covid-19.",
"Sehubungan itu beliau mengumumkan geran MRP sebanyak RM39 ribu kepada JKKK dan RM10 ribu kepada Biro Wanita Rh Peter Bansa manakala RM10 ribu diperuntukkan kepada SK Kelawit.",
"Oleh Ellie Edward",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=5065 | Ditemui setelah lima hari hilang | [
"MARUDI: Mangsa yang dilaporkan hilang di Mulu dijumpai oleh dua pekebun di Long Kabong pada jam 6.06 petang semalam dalam keadaan selamat dan sihat.",
"Dalam kejadian tersebut mangsa dikenali Robin anak Bantan berusia 51 tahun didapati hilang di kawasan rumah kebun Sg. Besanan, Sg. Tutoh Mulu Baram setelah pergi untuk menjenguk jerat binatang yang dipasangnya di hutan Belang pada jam 2.30 petang pada 31 Mei lepas.",
"Menurut adik mangsa Edward Ghani anak Bantan sehingga 6.00 petang pada hari mangsa keluar rumah masih tidak pulang memaksanya bersama anak buahnya mencari mangsa di kawasan hutan di belakang rumah kebun, namun gagal dijumpai.",
"Sehingga jam 1.00 petang pada 1 Jun mangsa yang beralamat di Rumah 1, Kuala Medalam Limbang masih tidak pulang dan laporan polis telah dibuat oleh Edwrad (adik mangsa) mengenai kehilangannya.",
"Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba 1, Tuan Law Poh Kiong mengesahakan penemuan mangsa dalam keadaan sihat.",
"Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terlibat, pasukan bomba dan penyelamat Marudi diketuai Kemander Operasi PPgB Maureen Sim Ah Lian.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4647 | Real Madrid, United kekal paling berharga | [
"REAL Madrid dan Manchester United kekal sebagai dua kelab bola sepak paling berharga di Eropah, menurut laporan yang dikeluarkan semalam oleh firma akauntan KPMG.",
"Gergasi La Liga Sepanyol, Real mendahului senarai 32 pasukan paling berharga di Eropah sejak 1 Januari dengan KPMG menganggarkan nilai juara Eropah 13 kali itu hampir 3.5 bilion euro dengan United di tempat kedua pada 3.342 bilion euro.",
"Barcelona memintas Bayern Munich ke tempat ketiga dengan harga 3,193 bilion euro mengikut formula nilai perusahaan (EV) KPMG yang mengambil kira keuntungan, populariti, potensi sukan, hak TV dan pemilikan stadium.",
"Laporan itu berkata, EV Madrid meningkat sebanyak lapan peratus pada tahun lalu berbanding empat peratus untuk United dengan KPMG berkata bahawa Real telah meningkatkan pendapatan komersial sebanyak 41 peratus sejak 2016.",
"Ini ditambah dengan tiga gelaran Liga Juara-Juara yang dimenangi pada masa itu merupakan sebab utama Real menduduki tempat teratas sementara persembahan kuat United muncul walaupun prestasi mereka di atas padang.",
"Lima liga teratas Liga Perdana Inggeris, La Liga Sepanyol, Bundesliga, Jerman, Serie A Itali dan Ligue 1 Perancis mendominasi senarai dengan 27 kelab. England mendominasi dengan sembilan kelab, enam daripadanya berada di 10 tangga teratas.",
"Namun untuk pertama kalinya sejak kajian ini dilakukan pada 2016 tidak ada pasukan dari Itali yang berada di posisi 10 teratas dengan juara Serie A, Juventus turun ke tangga ke-11.",
"Sementara itu, bekas gergasi AC Milan adalah satu-satunya kelab daripada 32 kelab yang digugurkan oleh EV antara 2016 dan 2020.",
"Laporan ini juga menggariskan secara meluas kelab yang dilanda masalah kewangan setelah wabak Covid-19, menggariskan pendapatan telah berubah kepada penjualan tiket dan masalah dengan pembayaran hak TV sementara kos operasi seperti gaji pemain tidak turun ke tahap yang sama.",
"Bola sepak perlahan-lahan kembali semula di Eropah dengan Bundesliga telah kembali dan Liga Perdana, La Liga dan Serie A disambung semula pada Jun nanti. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13136 | Kembalikan Padungan sebagai pusat segitiga emas Kuching | [
"KUCHING: Jawatankuasa Kawasan Padungan dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan bekerjasama untuk mengembalikan Kawasan Padungan sebagai pusat segitiga emas Kuching.",
"Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, ia adalah untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan kawasan bersejarah di tengah bandar Kuching itu.",
"“Saya berasa gembira kerana jawatankuasa ini dibentuk dan bekerjasama dengan MBKS untuk membincangkan permasalahan masyarakat Padungan kerana ia idea yang sangat baik yang mana melibatkan penglibatan masyarakat setempat.",
"“Ini akan menjadi permulaan kejayaan kerana ini merupakan kawasan perniagaan yang pesat dan menjadi sumber pendapatan penduduk yang tinggal di sini dan saya yakin masyarakat di sini akan memberikan kerjasama yang baik demi menghidupkan kembali Padungan,” katanya.",
"Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan dan perbincangan bersama Jawatankuasa Kawasan Padungan di sekitar Jalan Padungan, di sini, semalam.",
"Wee berkata MBKS akan mula melakukan pembersihan besar-besaran di kawasan lorong-lorong belakang bangunan dan beberapa kerja pembaikan minggu hadapan sebagai langkah awal.",
"“Kita mesti memperbaiki lorong sisi dan lorong belakang dan saya harap pemilik kedai dapat membantu menyokong kita kerana tanpa sokongan mereka, sasaran ini tidak akan dapat kita capai.",
"“Masyarakat tidak hanya bergantung pada pihak berkuasa dan sebab itulah kita ingin mengumpulkan masyarakat Padungan untuk bekerjasama dalam usaha ini bagi mendorong masa depan Padungan yang lebih baik dan gemilang,” jelasnya.",
"Sementara itu, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching Datuk Lily Yong berkata, ia agak menyedihkan jika pembangunan di kawasan Padungan tidak dibangunkan sedangkan kerajaan Sarawak fokus untuk membangunkan pelancongan negeri.",
"Turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Kawasan Padungan Lucas Yong, Naib Pengerusi Oscar Choo, dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain.",
"Oleh Zarina Abdullah",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30357 | KEKABURAN TAKRIF PATRIOTISME | [
"“PATRIOTISM means to stand by the country. It does not mean to stand by the president or any other public official.” ",
" Ungkapan di atas antara petikan kata-kata Theodore Roosevelt, atau dikenali dengan nama singkatan T.R., dan dalam kalangan masyarakat pula, lebih dikenali dengan Teddy, walaupun beliau sendiri tidak menyukai panggilan berkenaan. Beliau ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-26 (1901–1909), menggantikan Presiden William McKinley yang mati dibunuh. Pada usia 42 tahun, Roosevelt ialah Presiden Amerika Syarikat dari parti Republikan yang termuda.",
" Bukan biografi beliau yang ingin dibicarakan, akan tetapi inti pati petikan kata-kata yang beliau lontarkan di atas. Andai diterjemahkan dalam bahasa Melayu, petikan berkenaan berbunyi sebegini, ‘patriotisme bermaksud berdiri teguh di samping negara. Bukan bermaksud berdiri teguh di samping seseorang presiden atau pegawai awam’. Sememangnya takrif patriotisme bertaut rapat dengan semangat kebangsaan. Hal yang jika dirujuk kepada kamus jelas akan takrifannya iaitu perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Lantaran, individu atau orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan serta maruahnya digelar sebagai patriot.",
" Dalam sejarah dunia, tercatit beberapa nama besar serta ternama yang diiktiraf sebagai patriot. Individu yang sanggup berjuang di samping bergadai nyawa untuk mempertahankan maruah serta kedaulatan negaranya. Namun demikian, dalam perkembangan dunia yang menyaksikan aras penentu kemandirian serta kegemilangan sesebuah negara ditaksirkan berlandaskan kemajuan sains dan teknologi, di samping perkembangan ekonomi yang memberangsangkan, nilai patriotisme dilihat semakin menipis. Bukannya tidak tertancap lagi semangat berkenaan dalam sanubari manusia, namun dari dari segi penghayatannya semakin cetek. Patriotisme hanya terpancar saat kedaulatan serta keselamatan negara terancam. Pun demikian juga halnya apabila berlaku pencerobohan kuasa-kuasa luar terhadap tanah air. Hal yang terpancar dalam peristiwa di Palestin dan baru-baru ini, Ukraine.",
" Dalam konteks semangat patriotik yang sejati, pelarasan pemikiran tertumpu tanpa berbelah bahagi kepada martabat dan maruah negara yang perlu dipertahan dan ditegakkan. Pelarasan pemikiran yang memutikkan tindak balas dari segi perlakuan sanggup berjuang bermati-matian, sama ada di medan perperangan mahupun lewat tindakan yang sering ditafsirkan sebagai ‘pendurhakaan’ atau ‘pemberontakan’ (rebellious act). Situasi yang amat ketara ketika zaman kesultanan dahulu, mahupun semasa era penjajahan. Hal yang pastinya kurang senang didengari akan tetapi terbukti berlaku sekiranya dikaji secara mendalam di samping fikiran yang terbuka tanpa sebarang prejudis. Hakikat yang seperti digambarkan oleh Voltaire, iaitu, ‘it is sad that often, to be a good patriot, one must be the enemy of the rest of mankind’.",
" Dalam konteks negeri Sarawak, sudah pasti nama seperti Allahyarham Rosli Dhoby atau mendiang Temenggong Datuk Kanang Langkau menjadi sebutan apabila soal patriotisme dibicarakan. Individu yang menjadi kebanggaan rakyat wilayah ini dari aspek semangat kebangsaan yang tinggi bagi mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara daripada dijajah dan dicerobohi ‘anasir’ luar. Namun demikian, terkesan akan garis pemisah antara kedua-dua tokoh berkenaan. Perbezaan dari segi ‘restu’ pihak ‘pemerintah’ semasa. ",
" Dalam konteks Allayarham Rosli Dhoby, tindakan beliau menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949 dilihat sebagai perbuatan bersifat asasinat atau pembunuhan terancang walaupun hakikatnya tindakan berkenaan terbit daripada desakan untuk menuntut kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Rosli ditangkap di tempat kejadian dan dihantar ke Kuching untuk menghadapi perbicaraan dan kemudian dipenjarakan. Walaupun menderita akibat luka tusukan mendalam, Duncan Stewart dilaporkan meneruskan juga lawatannya sehingga darah mula meresap melalui seragam putihnya. Gabenor itu kemudiannya diterbangkan ke Kuching untuk rawatan dan kemudiannya ke Singapura iaitu tempat beliau meninggal seminggu selepas kejadian itu.",
" Walaupun tindakan Rosli Dhoby diterima dan diakui sebagai tindakan seorang patriot oleh sebilangan kecil daripada kalangan masyarakat, namun dari persepsi pihak penjajah, perbuatan berkenaan tidak lebih daripada suatu tindakan ‘pemberontakan’ yang pesalahnya wajar menerima hukuman setimpal dengan kesalahannya berdasarkan maksim terkemuka mereka, a life for a life. Lantaran itu, mewajarkan pelaksanaan hukuman gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama dihukum gantung ialah Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Walaupun selepas 72 tahun hukuman tersebut dilaksanakan, masih terdapat unsur kekaburan tentang letak tempat persemadian sebenar dan malah jasad Allahyarham Rosli Dhoby. ",
" Berbeza situasinya dengan mendiang Temenggong Datuk Kanang Langkau yang perjuangannya lebih ‘direstui’. Beliau memasuki perkhidmatan ketenteraan sebagai Penjejak Iban dalam Tentera British pada 21 April 1962, menghadiri Sekolah Peperangan Rimba di Ulu Tiram pada awal 1962 dan ditugaskan dalam pasukan Komando 42 yang berkhidmat semasa Pemberontakan Brunei dan semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Beliau kemudiannya berkhidmat dengan Rejimen Infantri Diraja New Zealand sebelum diserapkan ke Sarawak Rangers yang akhirnya diserapkan pula dalam Rejimen Diraja Tentera Malaysia apabila Malaysia diisytiharkan sebagai negara Persekutuan pada 16 September 1963.",
" Dalam operasi mengesan musuh di Hutan Rizab Korbu pada 1 Jun 1979, kumpulan Sarjan Kanang menemui kem pelarian musuh sementara. Sarjan Kanang yang pada masa itu mewakili Batalion ke-8 Royal Rangers segera melancarkan serangan ke atas kem musuh yang bilangan anggotanya jauh melebihi jumlah anggota pasukan Kanang. Dalam pertarungan sengit dengan musuh (komunis), dua anggota Rangers mengalami cedera parah serta lima anggota musuh terbunuh. Kelengkapan dan peralatan musuh juga berjaya dirampas. Kejayaan pertempuran itu membawa kepada penganugerahan penghormatan kedua tertinggi iaitu Pingat Gagah Berani (PGB) oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.",
" Walaupun pada permulaannya Kanang berkhidmat di bawah Tentera British, namun perjuangan menentang anasir komunis bagi mengekalkan keselamatan serta kedaulatan negara daripada dicerobohi dilihat sebagai suatu tindakan yang wajar. Hal yang tidak harus disanggah sama sekali. Malah, amat wajar sumbangan beliau diiktiraf dengan penganugerahan PGB. ",
" Dua situasi yang berbeza latar masa dan latar ceritanya, akan tetapi selaras dari segi niat dan keazamannya. Namun, dari segi persepsi dan pentakrifan tindakan, masih bergayut unsur ‘ketidakpastian’ serta ‘kesangsian’ berdasarkan latar belakang pihak yang ditentang. Pada satu pihak, British yang dianggap serta disanjung sebagai unsur positif, kebaikan atau pelengkap manakala pada satu pihak, komunis yang dianggap sebagai unsur negatif, kejahatan atau pemisah. Tidak salah jika diandaikan bahawa aspek ‘keberhutangan’ terhadap segala apa yang ‘dihadirkan’ oleh pihak British semasa tempoh penjajahannya, membuatkan pengiktirafan Allahyarham Rosli Dhoby sukar untuk diperakui. Hal yang menjurus kepada ‘menjaga hubungan baik’ antara kerajaan.",
" Sememangnya benar dan sahih kata-kata Voltaire, iaitu, ‘it is sad that often, to be a good patriot, one must be the enemy of the rest of mankind’. Hal sedemikian terbukti apabila tidak timbul keraguan untuk mewujudkan Muzium Brooke, sedangkan masih berselimut ‘keraguan yang didakwa munasabah’ untuk menghargai patriot sebenar Bumi Kenyalang. ",
" Lindungi diri, lundungi bangsa, lindungi negara! ",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20396 | Pemain ‘lagenda’ titik permulaan | [
"KEHADIRAN beberapa pemain ‘lagenda’ bola sepak Sarawak dan Malaysia ke Daerah Kecil Beladin semalam, adalah menjadi satu titik permulaan untuk melahirkan lebih ramai pemain baharu sebagai pelapis untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.",
"Menurut Pengerusi Masjid Al-Amin Beladin, Zakaria Mos yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor kehadiran dua pemain lagenda bola sepak Bujang Senang dan Malaysia, Ramles Sari dan Ramos Sari ke Beladin adalah menjadi detik bersejarah sekali gus bertitik-tolak kepada pembangunan sukan bola sepak melibatkan golongan belia di Beladin.",
"“Sukan bola sepak di Beladin amnya, telah lama ‘tidur’ sejak tahun 80-an lagi, dan selepas 40 tahun, kini iaitu tahun 2020 bola sepak Beladin mula mengorak langkah untuk melahirkan lebih ramai pemain muda sebagai pelapis untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.",
"“Saya begitu yakin dan percaya satu hari nanti daerah kecil Beladin akan melahirkan ramai pemain-pemain muda yang menyarung jersi pasukan Sarawak dan Malaysia amnya dalam sukan bola sepak, sekali gus mengharumkan nama DUN Beting Maro,” katanya.",
"Zakaria berkata pemain muda yang mewakili pasukan Saberkas Beladin, telah mendapat suntikan semangat apabila dengan kehadiran dua pemain lagenda bolasepak Bujang Senang dan Malaysia, Ramles Sari dan Ramos Sari yang telah beraksi semula dalam satu perlawanan persahabatan diantara pasukan Juara Liga Veteran Sri Aman 2020, Datus United menentang Beladin Veteran dekat Stadium Mini Beladin petang semalam.",
"Selain itu, katanya mereka turut melihat aksi bekas pemain Sarawak, Abang Yahya Abang Sulaiman (ketua pasukan) dan juga Rockeffller Sullau.",
"“Kehadiran bekas-bekas pemain lagenda Sarawak dan Malaysia ini yang beraksi semula di Stadium Mini Beladin semalam, menjadi penanda aras kepada pembangunan bola sepak di kawasan ini bagi melahirkan lebih ramai pelapis untuk diserapkan ke dalam pasukan negeri satu hari nanti.",
"“Diharap pemain-pemain muda di Beladin mengambil peluang ini dan menjadikan bekas pemain lagenda Sarawak dan Malaysia sebagai inspirasi atau idola mereka untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.",
"Dengan titik permulaan ini, kata Zakaria adalah menjadi satu impian dan harapan agar usaha ini berjaya mengangkat kegemilangan bola sepak di Beladin.",
"“Dan diharapkan dengan medium melalui Saberkas Beladin mampu membentuk pasukan yang mampu mengangkat kegemilangan bola sepak Beladin dan Daerah Pusa amnya,” tegas beliau.",
"Dalam pada itu, ketua pasukan Datus United, Abang Yahya Abang Sulaiman yang mewakili Pengurus pasukan, Awang Putra Yusri Awang Redzuan mengucapkan penghargaan terima kasih kepada wargaBeladin kerana sudi menjemput pasukannya untuk mengadakan aksi persahabatan dengan pasukan Beladin Veteran.",
"“Terima kasih warga Beladin, kerana sudi menjemput pasukan kami untuk mengadakan perlawanan persahabatan di sini semalam, layanan yang diberikan adalah yang terbaik. Terima kasih semua,” ujarnya sambil berharap dan mengalu-alukan pasukan Beladin Veteran bertandang ke Sri Aman selepas ini..",
"Oleh ADI SAFARMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41135 | RTK2.0: Permohonan dibuka 27 Januari ini | [
"PUTRAJAYA: Majikan boleh memohon pengambilan pekerja asing menerusi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 mulai 27 Januari ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.",
"Dalam sesi taklimat RTK2.0 di sini hari ini, beliau berkata, permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main sebelum diberikan tarikh janji temu oleh Jabatan Imigresen (JIM).",
"Apabila majikan mendapat tarikh janji temu, mereka perlu hadir ke Bahagian Pekerja Asing di Putrajaya atau mana-mana pejabat JIM negeri bersama pekerja asing yang telah didaftarkan untuk proses verifikasi, katanya.",
"“Proses kelulusan mengambil masa sehari sahaja. Apabila diluluskan, majikan perlu membawa pekerja asing untuk menjalani proses pemeriksaan kesihatan dengan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) bagi memastikan mereka sihat dan dapat bekerja dalam sektor masing-masing.",
"“Proses seterusnya ialah pembayaran fi rekalibrasi, visa, PLKS (Pas Lawatan Kerja Sementara), pemprosesan dan levi. Apabila semua dokumen telah lengkap, majikan boleh mencetak PLKS,” katanya serta menegaskan JIM tidak melantik mana-mana individu atau agensi sebagai ‘orang tengah’ bagi program berkenaan.",
"Mengenai fi rekalibrasi, Khairul Dzaimee berkata, bayaran yang dikenakan untuk setiap pekerja asing ialah RM1,500 untuk setiap sektor.",
"Beliau berkata sektor pembantu rumah asing ialah sektor baharu yang ditambah, menjadikan lapan sektor dibenarkan bagi proses pengambilan pekerja asing dalam program RTK2.0.",
"Khairul Dzaimee berkata sektor lain ialah perkilangan, pembinaan, perlombongan dan kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian serta perladangan.",
"“Terdapat sembilan negara sumber bagi pembantu rumah asing iaitu Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India dan Indonesia,” katanya.",
"Pada 10 Januari lepas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing.",
"Kedua-dua perkara itu antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja tamat pada 31 Disember lepas dan akan diteruskan selama setahun, berkuat kuasa serta-merta.",
"Semalam, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar memaklumkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dilaksanakan bagi menyegerakan proses permohonan serta kelulusan penggajian pekerja asing bagi lima sektor dan subsektor kritikal.",
"Sektor dan subsektor terlibat ialah perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran sahaja). – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30807 | Nyelai Tang Amat | [
"Tusun Ke-5 ",
"ANTU INUNG ENGGAI DIKEMELI",
"JENAKA amat gamal iya. Jarang enda tuchum lelegup orang meda gamal iya. Tang enda tau diketawaka. Enda mega tau dirara, nama kebuah nyintak iya ba rekung? Enti dirara tauka diketawaka, ujan kudi deka datai. Kekadang iya tau nganu lalu ngasuh mensia pedis sereta tabin enti diketawaka. Pia mega orang ke bisi ati jai, anang sekali-kali nguji iya. Taja pia sida enda ngachau orang enti orang nya enda ngachau sereta mejal sida. Gali di tisi sida dia pan kitai, enda mih sida nemu nganu sereta ngachau. Diketawa tauka dikemelika iya ke enggai. Nya mih siti ari penyelai raban pengaruh ti benama Antu Inung tu. Penyelai iya suah ngalitka ati mensia. Suah mega sida nyadi buah mulut mensia mayuh. ",
"Mayuh tangkai jerita pasal tujuh iti bansa pengaruh ti digela Antu Inung tu. Sekeda enda tentu ulih dikeingatka Lawang anak Ajie. Kenu ku iya pekara ti dikeingatka iya, raban pengaruh tujuh bansa tu endang ari jeman kelia disimpan aki ini nyentuk ke apai iya Ajie ba lanji di sadau. Iya dibungkus sida dalam guni. Lebuh sida lepas sida nyadi Antu Inung. Iya lepas kediri lebuh maya menua bisi charut. Suah mega sida dilepaska orang bukai diasuh Lawang empu. Maya menua siga sereta charut bisi munsuh sida tu selalu dipeda mensia mayuh ayan di kandang menua Batang Pasai. Enti iya bisi dipeda ayan, sigi bisi munsuh. Anang enda ngadang. Tang munsuh sigi enda datai. Pemendar munsuh deka ngelaban anak telesak Merajaya di Pasai, biar munsuh nya tabin lalu parai tuai. Munsuh meda bala Antu Inung tu endang baka mensia baka sida empu. Sida enda nemu nya antu. Sida nyangka antu nya mih munsuh sida. Siti agi utai ke bisi didinga nyelai iya nya pasal senjata ke dikena Antu Inung ngelaban munsuh. Enti munsuh ngena senjata sangkuh enggau duku, ngena sangkuh enggau duku ga sida ngelaban munsuh nya. Enti munsuh ngena senapang, ngena senapang ga sida. Taja pia munsuh ti dipantap tauka ditumbuk bala Antu Inung nadai parai tekala nya. Kebuah pia laban tumbuk iya enda kena tubuh mensia. Semina baju tauka tanchut munsuh aja ke charik. Pia mega enti orang nya ngena senapang deka nimbak sida. Sida mega nemu nimbak munyi letup senapang munsuh nya mega. Taja pia nadai kala ga meda bangkai munsuh ti kena timbak sida tu. Munsuh endang nyangka sida tu munsuh sida lalu sigi benapat-inat ngelaban. Tang ni dih alah laban sida. Iya ga endang antu. Nadai orang ulih beperang ngelaban antu enti iya ukai Petara. ",
"NYAUP MAYA MENUA BISI PENYARUT",
"Suah mega sida tu endang dilepaska Lawang empu enti iya ngasaika menua bisi charut laban munsuh. Kala mega iya ngasuh orang bukai ngelepaska sida tu. Maya ngelepaska sida tu, enda ibuh ngena piring enti ukai maya orang begawai. Tang enti ngena piring nadai ga salah. Nya manah agi. Seiti ari chara nya baka tu: bungkuska bekal beras tujuh leka, garam, sirih, semakau enggau daun ruku. Semua utai tu tadi tau diengkah ba sadau. Udah nya silakka atap sesingkap ba senentang lanji ti endur nyimpan pengaruh nya tadi. Udah nya orang ke ngelepaska iya tau besampi.",
"“Nyah…, tu mih bekal kita. Perening iching bala anak telesak kitai. Peda tela jaga kemataka anak telesak sereta kaban belayan Merajaya di serata menua Batang Pasai tu,” pia ku sekeda leka sampi orang ti ngelapaska Antu Inung nya.",
"Enti iya ayan ba mua mensia, gamal seiku ari bala sida nya ngambi gamal orang ke ngelepaska sida tu. Pia mega enti iya ayan ba kandang menua nya orang dia bisi penyalah tauka menua nya bisi munsuh deka ngachau mensia dia. Reti nya orang bisi buya penti pemali sida. Sekeda ari penti pemali tauka pengawa ti enda tau dikereja orang Pasai maya Antu Inung nya udah dilepaska iya nya baka: mensia mayuh enda tau makai buah tauka kantuk lengkan. Kulat burak ukai semina enda tau diempa tang enda mega tau dibai ke dalam rumah. Kelimpah ari nya, mensia mayuh mega ditangkan enda tau betikau ngena sumbuk empasan, kechala tauka nama-nama utai tumbuh. Kenu ku sida ke tuai, enti orang bisi buya ngereja utai tu, bala Antu Inung nya deka nunda ulah orang nya. Kekadang kala ga bala nembiak enda ingatka pesan sida ke tuai lalu begagai betikau ngena sumbuk empasan. Malam nya ditumbuk sida mih orang nya. Tang enda ga telih. Semina baju ti dikena iya nya ga charik kena sangkuh. Taja enda kena, geli ga orang. Reti nya iya ngerau sereta ngenakutka orang nya. ",
"Kelmpah ari nya, mensia mayuh mega ditagang nikau utai ke dalam rumah tauka perabung. Sema enti utai tu dikereja orang, Antu Inung deka datai nunda pengawa orang nya. Sida mega deka ayan laban saru dikumbai iya munsuh. Malam nya kala mensia ba rumah panjai enda masuk tinduk dikeduan bala Antu Inung tu ti semalam-malam nikauka batu enggau kayu ngagai perabung. Sida ke indu-indu mayuh ke enda ulih teanjungka kemi diri empu maya antu nya ngerau.",
"ENDA TAU NGELANGGAR PENTI PEMALI",
"Suah mega bala Antu Inung tu bepansa enggau enggau orang di tengah jalai, enti orang bisi buya ngelanggar pemali iya. Sekali Ajie, apai Lawang tekenyit bendar meda siku orang ngena baju burung sereta bersirat panjai. Keterubah dikumbai iya munsuh. Berumban iya ngambi ilang dikena ngetanka diri kenu ku jaku. Tang lebuh iya deka nentuka utai ke dipeda iya nya, orang nya tadi pan lalu lesap nadai dipeda agi. Oh.. tentu iya nya Antu Inung. Nama kebuah iya ayan? Munsuh nadai ga didinga ngalahka menua Pasai tu. Tentu Lawang tu bisi buya makai buah lengkan tauka kulat burak, ku Ajie bejaku kediri. Hari siti Lawang datai betemu enggau apai iya di Sungai Sebentik.",
"“Nama pengawa dek di ulu din kemari, Lawang? Kada enda bisi makai buah lengkan dek?” ku Ajie nanya anak iya. Lawang tuchum-tuchum lelegup. Iya nemu-nemu dalam ati. Tentu sida di menua bisi digerau Antu Inung.",
"“Bisi sida ayan, apai?” ku Lawang.",
"“Bisi betemu enggau aku sida lemai kemari. Ukai semina ayan aja. Sida bisi ngerau bala indai dek malam tadi. Ambis dinding kitai bumbus direjang sida ngena sangkuh,” ku Ajie.",
"“Nya mih… Nyau tekelanjur jari nyengkau buah lengkan dibai bala bakih,” ku Lawang.",
"“Patut mih sida ayan. Aku sigi nemu-nemu dalam ati, dek sigi bisi ngelanggar pemali iya. Ke agi-agi ila anang sekalai dek nguji makai buah lengkan, Lawang,” ku Ajie lalu nangkan anak-anak iya.",
"Tudah Lawang enda memunyi sambil mikirka utai ti nyelai nya. Enda iya ngadang bala Antu Inung bisi ngerau bala indai iya. Baka ni Antu Inung nya nemu aku ngenchuri makai buah lengkan di ulu din? Alit ati iya bepikirka pekara nya. Enda ga iya ngadang Antu Inung ke di sadau sida ba Sungai Sebintek nya nemu pasal pengawa iya di ulu Sungai Mengkikik ti enda kurang ari lima puluh batu ari rumah panjai sida. Berengkah ari sehari nya Lawang enda agi berani nguji makai buah tauka kantuk lengkan. Pia mega nyentukka parai iya sigi enda berani ngelanggar pemali Antu Inung ti dikembuan iya nya. ",
"Lebuh dipeda ayan gamal sida tu endang baka mensia, besirat sereta bebaju burung baka gamal Lawang tauka bala kaban balayan iya. Reti nya sida tu sengaja dilepaska Lawang tauka kaban belayan iya empu. Orang enda takut laban orang nemu nya sigi Antu Inung. Sida enda ngachau orang. Semina iya nguji sekalika orang nya ngelaban iya tauka enda. Enti orang nya enda ngelaban sida, nemu sida nya. Orang nya ukai munsuh. Kekadang sida nemu beduan sereta ngerau orang ga kena sida nguji orang. Sema enti orang nya nemu diri digerau sereta dikeduan Antu Inung, sida deka besampi madahka diri ukai munsuh tang peturun Merajaya. Tekala nya sida lesap lalu enda agi beduan orang nya. Taja pia kala mega sida ke indu-indu ke buyan kesal ati enti nemu sida bisi ayan.",
"“Nya mih, peda tak redak-redak kantuk entekai kami ba umai dia. Kumbai aku diempa jelu ukai ga bekau nya bekau kaki jelu. Bekau kaki mensia ti bisi ayan ba tanah dia. Kada enda munsuh dih…,” ku Indai Asun madahka bala sida ke betugung ba ruai Lawang.",
"“Dini bisi munsuh diatu! Berapa iku kitai serumah tu ti udah mati laban munsuh ku kita dih?,” ku Apai Juing nimbal Indai Asun.",
"(Cherita tu ditusi Niang Lawang Anak Ajie ba Rumah Gereman taun 2003)",
"Nitihka pansik teori Infraed (IR) Light for Ghost Hunting, Sains Fizik (Theoretical Physicist – Albert Einstein & Sains Spiritual) ujan nyala nya endang tanda Antu Bunsu Petara tauka Antu amat-amat bisi datai; laban sida nya roh @ tauka disebut Eletromagnetic Energy – Negative Energy, semina ulih diau ba utai ti chelap, enda angat tauka mambam. Engergi Negatif @ Antu, roh jai enda ulih diau ba endur ti angat. Kelimpaha ari nya, sida tu mega rindu diau ba endur ti petang sereta sunyi. ",
"(Betampung ba Tusun Ke-5 minggu nyin ila)",
"Sekeda ari artikel dalam gempung cherita Nyelai Tang Amat (NTA) tu, udah kala dichelak nyadi bup ti benama Batu Kudi Nyabak enggau Pengabang Ari Panggau Libau; lalu deka befokus ba senentang pengidup pendiau bansa Dayak di Kalimantan enggau Iban Sarawak tauka bansa Dayak ti bukai di Sarawak. Pechaya tauka enda, bepanggai ba pemacha empu.",
"Engka bala pemacha bisi utai tanya tauka deka ngirum infomasyen enggau gambar ti releven ngagai aku tau giga aku ba lumur WhatsApp tu: 013 8325146 tauka SMS 0111 401 9115. Kelimpah ari nya, enti bala pemacha bisi tetemuka cherita tauka utai ti nyelai “misteri” di menua kita, pasal Antu tauka Bunsu Petara tauka pasal Tuhan God Almighty, tau mega call aku, puji Tuhan, enti “diizinya” aku deka datai ba endur kita nya. ",
"Oleh HARRY USUP UMBAR",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46316 | 1,151 graduan UiTM terima penganugerahan ijazah, diploma pelbagai bidang | [
"KOTA SAMARAHAN: Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak kali ke-96 menyaksikan seramai 1,151 graduan berjaya menerima sijil penganugerahan ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.Pro Canselor UiTM Tan Sri Dato Zarinah Anwar berkata Istiadat penganugerahan ini juga merupakan suatu penghargaan kepada ibu bapa yang telah banyak berkorban di dalam usaha mendidik anak-anak sehingga mencapai kejayaan ke tahap ini.“Pada masa sama, penghargaan juga diberikan kepada para pensyarah dan pentadbir Universiti yang telah mencurahkan ilmu serta menyalurkan keprihatinan bagi memastikan kejayaan para graduan,” katanya pada Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sarawak kali ke-96 di Dewan Jubli di sini, hari ini.Beliau berkata, sebagai institusi Pendidikan tinggi berteraskan kecemerlangan, UiTM sentiasa komited menyambut kementerian untuk melahirkan graduan serta tenaga kerja profesional dan usahawan Bumiputera yang berjaya di samping mampu bersaing, baik dalam mahupun di luar negara.Jelasnya, UiTM telah mengambil beberapa langkah bagi memperkasakan graduannya dengan pengalaman dan kemahiran yang diperlukan.Antaranya, perjanjian persefahaman dengan pelbagai agensi kerajaan, pihak industri dan rakan strategik.",
"“Ini bertujuan mempertingkatkan perkongsian kepakaran dan kualiti pembelajaran serta menyediakan para graduan dengan realiti dunia pekerjaan.“Para graduan perlu mengenalpasti jurang kemahiran dan melengkapkan diri dengan kompetensi yang diperlukan supaya potensi sebenar seseorang graduan itu dapat direalisasikan,” katanya.",
"Oleh NICKELYSON LAKUN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45476 | Bintulu Port sumbang CSR bagi pembelian kontena untuk bilik operasi bomba sukarela Pulau Bruit | [
"DARO: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menyumbang dalam bentuk kewangan untuk pembelian sebuah kontena berharga RM21,300 termasuk kos pengangkutan untuk bilik operasi pasukan bomba sukarela (PBS) Pulau Bruit.",
"Pengerusi PBS Pulau Bruit, Raduan Serap berkata sumbangan BPHB adalah bernilai RM10,000 sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan bekas Ahli Parlimen Igan Dato Sri Wahab Dolah turut menyumbang RM6,300 selain sumbangan orang perseorangan.",
"“Usaha mencari atau membina bilik operasi untuk PBS ini telah bermula sejak 2019 lagi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut menyumbang 10 set peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk keperluan anggota PBS selain jentera memadam kebakaran.",
"“Semua peralatan ini memerlukan tempat penyimpanan. Saya berharap ada pihak lain sudi menghulur kenderaan untuk mengangkut jentera pam bomba bagi tujuan operasi di lapangan kerana sebelum ini kami (PBS) terpaksa menyewa kenderaan untuk mengangkut jentera tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.",
"Baru-baru ini operasi penyerahan pusat operasi PBS Pulau Bruit oleh BPHB disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Datu Khirudin Drahman@Husaini bertempat di Kampung Betanak.",
"Turut hadir Ketua Zon 4 JBPM, Andy Alie, ketua balai dan pegawai kanan zon serta anggota.",
"Turut diadakan ialah simbolik penyerahan alat pemadam api kepada enam kampung iaitu Kampung Penipah, Tekajong, Salak Kecil, Betanak, Penyibong dan Penuai.",
"Sementara itu, dalam ucapan ringkasnya, Khirudin berharap pusat operasi PBS itu akan memudahkan segala aktiviti dirancang dengan lebih teratur.",
"“Ini termasuk perbincangan dan latihan operasi dapat dilaksanakan dengan lebih kerap bagi memantapkan pasukan,” katanya.",
"Untuk rekod, PBS Pulau Bruit telah terlibat dengan tujuh siri memadam kebakaran belukar di kawasan Pulau Bruit sejak 2018 dan pernah terbabit dalam operasi menyelamat dan mencari (SAR) mangsa lemas.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=19226 | ‘Pengintip’ kini berada di udara | [
"MIRI: Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia menggunakan teknologi ‘remote sensing’ iaitu penggunaan hiperspektral apabila Unit Pengesanan Udara Sarawak (SADU) secara rasminya dilancarkan di sini semalam.",
"Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) merupakan pelopor teknologi hiperspektral kerana menjadi satu-satunya agensi kerajaan di negara yang mempunyai keupayaan dan kemahiran menggunakan sistem udara berteknologi canggih tersebut.",
"“Ini adalah selari dengan visi dan misi Kerajaan Sarawak untuk mencapai ‘world class civil service’ dalam sektor teknologi digital sekali gus menyumbang kepada inisiatif Kerajaan Digital oleh Kerajaan Sarawak melalui penjenamaan semula SADU yang kini dikenali sebagai Unit Pengesanan Udara Sarawak,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan SADU di Pangkalan Operasi Sistem Udara DA42-MPP, Hornbill Skyways Hangar di Miri, semalam.",
"“SADU dahulunya dikenali sebagai Unit Pembangunan Aplikasi Sistem adalah untuk membangunkan aplikasi berasaskan teknologi hiperspektral dan geospatial bagi kegunaan penyelidikan di Jabatan Hutan Sarawak selepas ditubuhkan pada 2008.",
"“Aplikasi yang telah dibangunkan sejak sedekad lalu ini bukan sahaja boleh diguna oleh agensi kerajaan di Sarawak, malah dapat dikembangkan ke Sabah serta Semenanjung Malaysia,” tambahnya.",
"Dalam pada itu, beliau menjelaskan, perubahan tersebut dilakukan selepas mengambil kira peranan dan tugasan yang semakin besar dibantu dengan pesawat DA42-MPP.",
"“Selain digunakan dalam misi penguatkuasaan udara dan pengurusan sumber asli negara, unit ini dijangka dapat memberi bantuan dari aspek maklumat geospatial sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir, kebakaran hutan, pemantauan sempadan negara dan lain-lain misi kepada agensi-agensi kerajaan di Sarawak, Sabah serta Semenanjung Malaysia,” ujarnya.",
"Oleh Liong Chai Ling",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22381 | RTP Semop utamakan projek jalan kampung | [
"PULAU BRUIT: Empat lagi projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM940,000 dari peruntukan negeri telah siap dilaksanakan di empat buah kampung di Pulau Bruit.",
"Turut serta bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol dalam lawatan kerja ini ialah para pegawai dari Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengaliran dan Saliran (DID), pemanca dan pemimpin-pemimpin kampung.",
"Menurut Abdullah, empat projek ini sebenarnya adalah sebahagian dari 33 projek RTP yang dicadangkan pada tahun 2019 untuk dilaksanakan dalam kawasan DUN Semop pada tahun 2020.",
"“Tetapi ancaman pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membantut jadual kerja dan menyebabkan kelewatan sebahagian besar perlaksanaan projek-projek tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita untuk mengulas lawatan kerja tersebut, semalam.",
"Antara projek siap yang diserahkan pada semalam (Selasa) ialah bina baharu jambatan Kampung Laut Penipah bernilai RM270,000 dan naik taraf Jalan Sesco, Kampung Bruit bernilai RM250,000.",
"Abdullah yang juga merupakan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) turut menjalankan lawatan kerja ke sepuluh tapak projek RTP baru di Pulau Bruit.",
"“Sepuluh tapak projek RTP menggunakan peruntukan negeri akan dilaksanakan dalam masa terdekat di 10 buah kampung di Pulau Bruit yang melibatkan peruntukan sebanyak lebih kurang RM3.1 juta.",
"“Tujuan lawatan kerja ke tapak-tapak cadangan projek RTP ialah untuk membuat penilaian teknikal dan perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat di kampung berkaitan supaya projek itu dilaksanakan benar-benar mengikut keperluan komuniti kampung.",
"“Sepuluh projek yang akan dilaksanakan ini nanti adalah sebahagian dari 18 projek RTP yang telah diserahkan kepada Pejabat Residen pada tahun 2020 untuk dilaksanakan pada tahun ini (2021),” ujarnya.",
"Antara sepuluh projek baharu yang akan dilaksanakan ialah projek naik taraf jalan dalam Kampung Hulu Semop bernilai RM450,000, naik taraf jalan dalam Kampung Betanak bernilai RM550,000 dan bina jambatan dan jalan kubur Kampung Tekajong bernilai lebih kurang RM450,000.",
"Ujarnya, memandangkan projek jalan utama di utara Pulau Bruit yang menempatkan tujuh perkampungan telah di tar, sebahagian besar penduduk yang berkenderaan mengharapkan supaya jalan dalam kampung dapat dinaik taraf supaya kenderaan mereka dapat masuk kampung dengan selesa dan selamat.",
"“Justeru, sebahagian besar peruntukan RTP sejak 3 tahun yang lepas digunakan untuk menaik taraf atau membina baru banyak jalan perhubungan dalam kampung dan rumah panjang dalam DUN Semop.",
"“Peruntukan RTP juga digunakan untuk membaiki rumah ibadah dan menaik taraf kemudahan lain seperti dewan dan jeti awam,” katanya lagi.",
"Semasa lawatan kerja ini, Abdullah turut menerima beberapa permohonan baharu dari para pemimpin kampung untuk beberapa projek kecil dalam kampung seperti baiki peparitan, medan letak kereta dan pembinaan baru jambatan kecil dalam kampung.",
"Abdullah juga mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan kepada agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, JKR dan DID sama ada di peringkat daerah atau bahagian yang sentiasa memberi kerjasama dan kesungguhan.",
"Katanya, ada sebahagian besar para pegawai terbabit terpaksa turun kerja pada hujung minggu untuk mempastikan pelbagai projek terutama di luar bandar yang dipohon wakil rakyat dapat dilaksanakan dengan segera.",
"Oleh EARL ANEK",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=40604 | Projek KUTS di Sarawak macam ‘London Underground’ | [
"",
"KOTA SAMARAHAN: Sarawak menggunakan kaedah menyerupai sistem kereta api bawah tanah London atau lebih dikenali sebagai ‘tube’ dalam pelaksanaan Projek Sistem Pengangkutan Bandaraya Kuching (KUTS).",
"Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana KUTS turut menggunakan laluan dipanggil laluan biru, merah dan hijau terutama bagi fasa pertama.",
"“Laluan Biru meliputi kawasan sepanjang 27.6 kilometer (km) dari Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange di pusat bandar raya Kuching. Laluan merah pula sepanjang 12.3km dari Kuching Sentral ke Pending dan laluan hijau 30km dari Pending ke Damai Central di Santubong.",
" “Saya mula-mula mengetahui mengenai garis merah dan hijau itu apabila saya berada di London. Apabila menggunakan pengangkutan awam di London, kami menggunakan sistem London Underground, yang mempunyai pelbagai garisan berwarna. Kini Kuching juga memilikinya, sama seperti London,” katanya. ",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan fasa pertama projek KUTS di Tapak pembinaanya di sini, hari ini.",
"Terdahulu, dalam ucapannya Abang Johari berkata, bajet untuk projek KUTS itu dianggarkan ",
"RM4 bilion hingga RM5 bilion menggunakan dana Sarawak sendiri.",
"Katanya, pembinaan projek itu mengambil masa kira-kira lima hingga enam tahun untuk disiapkan. ",
"“Dalam erti kata lain, jika anda membahagikannya selama lima tahun, ini bermakna RM1 bilion setahun,” katanya. ",
"Abang Johari berkata, dengan itu juga, Sarawak akan memiliki Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen pertama di dunia. ",
"Katanya, ART yang bakal dimiliki Sarawak itu mempunyai reka bentuk yang seakan-akan kereta api tanpa besi landasan (rel) kerana ia menggunakan roda. ",
"Beliau turut mengimbas kenangan dan impiannya ketika kecil dahulu lagi.",
"Katanya, sejak di bangku sekolah lagi impiannya bagi mengubah wajah industri pengangkutan awam di Sarawak.",
"Menurut Abang Johari, impiannya bermula sejak menaiki bas ‘Chin Liang Long’ bernombor tujuh di Bandar Kuching suatu ketika dahulu. ",
"“Kesemua bas yang saya naik mengeluarkan asap, dan bila naik bas itu rasa naik lori.",
"“Oleh sebab itu saya bayangkan, kalaulah saya diberikan peluang untuk mentadbir Sarawak, saya nak ubah pengangkutan awam yang ada di sini,” katanya. ",
"Pada pelancaran itu, beliau turut melancarkan logo Projek KUTS, yang direka oleh Dr Atta Idrawani dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).",
"Oleh SHAHRUL QAIZAT",
"Keterangan gambar: ",
"Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melihat pelan projek semasa menghadiri Majlis Perasmian Projek sistem Pengangkutan Bandar Kuching Fasa 1 di Kota Samarahan hari ini. Foto:ANDRE OLIVEIRO.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21656 | Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti | [
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 bagi memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di peringkat akar umbi menerusi kerjasama kementerian dan agensi berkaitan.",
"Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan inisiatif Rukun Tetangga.",
"Pelan itu merupakan satu daripada strategi yang telah digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.",
"Menjelaskan lanjut empat Agenda Kerja KRT itu, Muhyiddin berkata Agenda Kerja KRT Selamat akan digerakkan melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berperanan untuk meronda dan mengawal mana-mana premis atau lokasi di KRT dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).",
"Beliau berkata, Agenda Kerja KRT Sihat pula memberi penekanan kepada usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti hasil kolaborasi bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui program di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat. ",
"“Ketiga, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah menumpukan kepada program pembersihan dan pengindahan di kawasan komuniti dengan sokongan Kementerian Pembangunan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah pelaksanaan Program Local Agenda 21.",
"“Keempat, Agenda Kerja KRT Sejahtera untuk mengenal pasti kumpulan rentan seperti ibu tunggal, golongan orang kelainan upaya, warga emas dan golongan kurang berkemampuan dan memberi bantuan melalui pelaksanaan inisiatif seperti Projek Ekonomi Rukun Tetangga dan Program Sayangi Komuniti,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi laman sesawang Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Facebook KPN @PerpaduanNegara, semalam.",
"Muhyiddin berkata, rukun tetangga yang ditubuhkan pada 1975 adalah komponen penting komuniti dalam memastikan hasrat perpaduan negara dapat diperkukuhkan dan peranannya perlu sentiasa didukung sebagai ejen serta penggerak usaha untuk menyatupadukan rakyat.",
"Menurutnya, pada masa ini terdapat 8,274 KRT di seluruh negara dengan jumlah keahlian seramai 248,220 orang dan turut menyambut baik peningkatan penubuhan KRT itu kerana ia adalah petunjuk baik yang membuktikan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan peranan rukun tetangga.",
"Perdana menteri berkata, cabaran yang dihadapi sejak pandemik Covid-19 melanda dunia lebih setahun lepas telah menyerlahkan kepentingan rukun tetangga dalam kalangan masyarakat dengan semua pihak menunjukkan semangat kekitaan yang tinggi dan saling membantu dalam mendukung segala usaha kerajaan memerangi wabak itu, seiring dengan semangat dan amalan ‘Kita Jaga Kita’.",
"“Saya berharap semangat kesukarelawanan ini dapat terus diperkasakan melalui penglibatan bersama rukun tetangga, persatuan penduduk, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti serta generasi muda dalam aktiviti kemasyarakatan supaya ia dapat dibudayakan dalam komuniti kita.",
"“Saya ingin mengajak saudara dan saudari untuk bersama-sama mengenal pasti keperluan komuniti dan menangani isu-isu sosial di kawasan setempat untuk melahirkan sebuah komuniti yang sejahtera. Marilah kita berganding bahu dan menggembleng tenaga dalam menjayakan usaha murni ini supaya negara kita dapat merealisasikan agenda perpaduan nasional,” katanya.– Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8423 | Arab Saudi rasmi hospital unta terbesar | [
"BURAIDAH: Emir Wilayah Qassim, Putera Dr. Faisal Bin Mishal merasmikan hospital unta terbesar di dunia di Buraidah, Arab Saudi pada Ahad lalu.",
"Menurut laporan AFP pada 8 Julai lalu, hospital Kumpulan Veterinar Salam akan merawat haiwan itu dan ia akan dilengkapi dengan kemudahan untuk diagnos pelbagai penyakit berkaitan dengan unta.",
"Menteri Alam Sekitar, Air dan Pertanian Arab Saudi, Abdulrahman Bin Abdul Mohsen Al-Fadhli turut hadir pada majlis perasmian itu.",
"Putera Dr Faisal kemudian menegaskan projek bernilai SR100 juta (RM114 juta) itu merupakan pencapaian kebangsaan dan telah dibangunkan dengan semangat profesionalisme yang tinggi.",
"Katanya, ia akan meningkatkan pembangunan kesihatan haiwan tersebut dan ubat-ubatan unta.",
"Tambahnya, hospital itu akan mengubah cara rawatan pelbagai penyakit yang menjangkiti unta dan ia akan memberi bantuan kesihatan kepada para pemilik haiwan tersebut.",
"Selepas merasmikan sebuah plak untuk hospital tersebut, Putera Dr Faisal melawat makmal khas yang mempunyai 60 peralatan dan peranti untuk mengendalikan lebih 160 analisis penyakit.",
"Putera Dr. Faisal itu juga melawat dewan yang menjadi tempat pemeriksaan kesihatan unta. Dewan besar itu boleh memuatkan sebanyak 144 unta pada sebarang masa.",
"Putera Dr. Faisal juga melawat pondok unta di kawasan yang luas dan boleh memuatkan sebanyak 4,000 haiwan itu pada satu-satu masa.",
"Beliau juga diberikan taklimat tentang model unit unta muda, unit rawatan rapi, unit skan tomografi berkomputer dan bilik pembedahan yang selamat.",
"Hospital itu dibina di kawasan seluas 70,000 meter persegi dan dilengkapi dengan banyak teknologi bagi meningkatkan pengeluaran dan penyelidikan bagi mengkaji punca pelbagai penyakit unta.",
"Hospital itu mempunyai ramai pakar-pakar untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pengembala unta dan meningkatkan bilangan kelahiran haiwan tersebut.",
"Antara sasaran hospital itu adalah untuk melakukan perubahan dalam proses embriologi dan penyuburan secara tradisi unta-unta tersebut yang berusia antara 25 hingga 30 tahun.",
"Ketika ini, hospital itu berjaya membantu melahirkan tujuh ekor unta muda bagi setiap musim.",
"Sehingga kini, pihak hospital itu akan meningkatkan pengeluaran fetus daripada 100 kepada 700 fetus unta. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30735 | ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA | [
"ACAP kali ungkapan ini terngiang di telinga, terutamanya dalam usaha penerapan budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Sepenuhnya, peribahasa lama ini berbunyi, “orang berbudi, kita berbahasa; orang memberi, kita merasa”. Andai dibuat rujukan, peribahasa berkenaan, antara lainnya, membawa pengertian, “kebaikan yang dihulurkan kepada kita haruslah dibalas kebaikan juga” atau secara tuntasnya apa-apa juga pemberian atau perbuatan baik yang dihulurkan seseorang sewajarnya dibalas balik, sama ada dengan pemberian mahupun perbuatan baik juga.",
" Dalam budaya masyarakat majmuk era kini, landskap kemasyarakatan atau kehidupan bermasyarakat tidak lagi dikelompokkan mengikut ras atau bangsa, budaya serta agama. Kebanyakan taman perumahan, sama ada yang membangun secara horizontal atau melebar, mahupun secara vertikal atau menaik, komposisi penghuninya memperlihatkan kepelbagaian dari segi kaum. Amalan “pecah dan perintah” seperti yang diamalkan oleh penjajah dalam konteks pengasingan penempatan berdasarkan kaum, jarang-jarang lagi terkesan, khususnya di bandar-bandar raya serta kota-kota metropolitan dan megapolitan.",
" Situasi kehidupan sebegini sudah tentunya menuntut kesefahaman, di samping penaakulan mendalam tentang konsep “memberi dan menerima” atau give and take. Andai dilihat secara luarannya, konsep berkenaan difahami, akan tetapi dari segi kedalamannya, masih agak goyah dan bersifat superfisial. Amalan yang bukan sekadar terpakai dalam konteks kemasyarakatan, akan tetapi turut menerjah ke ruang lingkup profesion dan siasah. Dengan erti kata lain, cara hidup secara holistiknya. Hal sedemikianlah yang jarang-jarang terpancar. ",
" Lantas apabila dilontarkan peribahasa berkenaan, kecenderungannya menjurus pada “pemberian” dalam bentuk material atau sesuatu yang nampak. Misalnya, jiran yang menghulurkan pemberian seperti makanan atau buah-buahan, akan dibalas dengan pemberian yang serupa, tetapi berbeza dari segi cara penyediaannya atau resipinya mahupun jenisnya. Benarkah sedemikian tafsiran yang tersirat? Atau wujudkah “pemberian” dalam bentuk yang tidak nampak, seperti pertolongan, perkhidmatan dan sebagainya? Adakah bentuk sebegini dianggap sebagai tanggungjawab sosial yang tidak “mengabsahkannya” untuk dikategorikan sebagai sesuatu perbuatan atau tindakan “berbahasa” seperti yang dinyatakan dalam peribahasa berkenaan?",
" Untuk melihat dengan lebih mendalam hal sedemikian memerlukan perungkaian maksud tersurat dan tersirat peribahasa tersebut. Perungkaian yang menuntut penaakulan pengertian konsep “berbudi” dan “berbahasa”, di samping “memberi” dan “merasa” (merasai). Andai dirujuk Kamus Dewan edisi keempat kata “berbudi” membawa maksud “berakal, bijaksana; berkelakuan baik, sopan; dan baik hati, pemurah” manakala “berbahasa” pula ditakrifkan sebagai “mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa; dan mempunyai budi bahasa yang baik, berbudi bahasa”. ",
"Dalam konteks peribahasa ini berbudi lebih merujuk kepada takrifan “berkelakuan baik, sopan, baik hati dan pemurah” bagi istilah “berbahasa” manakala bagi istilah “berbudi” lebih mengkhusus kepada maksud “mempunyai budi bahasa yanga baik atau berbudi bahasa”. Lantaran hal sedmikian itu, secara tuntasnya, apabila seseorang itu berkelakuan baik, bersopan, baik hati dan pemurah terhadap kita, sikap berbudi bahasa harus turut ditampilkan sebagai penterjemahan kesantunan dalam konteks hubungan dua hala. ",
"Bagi istilah “memberi” lebih menjurus kepada perbuatan “menyampaikan sesuatu kepada seseorang (untuk disimpan, digunakan atau untuk sesuatu keperluan)” manakala “merasa” (merasai) pula menjurus kepada maksud “mengecapi atau menikmati”. Lantaran dalam konteks ini, apabila seseorang “menyampaikan atau menyerahkan” sesuatu sebagai pemberian, kita akan dapat menikmati atau mengecapi suatu nikmat kepuasan daripada pemberian berkenaan.",
"Melihat secara luaran, memang bertepatan akan contoh seperti yang dinyatakan pada awal makalah ini. Namun, jika dilihat secara lebih meluas, bentuk “pemberian” sebenarnya tidak terhad kepada sesuatu yang berbentuk material atau boleh dilihat semata-mata, akan tetapi lebih luas daripada itu. Pemberian yang berbentuk bantuan, sokongan, nasihat, perkhidmatan, yang sama ada menerbitkan rasa kepuasan, ketenangan, mahupun memudahkan atau menyelesaikan apa-apa juga urusan atau masalah. Oleh hal yang sedemikian, apa-apa bentuk “pemberian” secara ikhlas, sukarela serta tidak mengharapkan apa-apa balasan, wajar “disambut” atau “diterima” setidak-tidaknya dengan ucapan “terima kasih”. Usah pula, air susu dibalas dengan air tuba.",
"Lindungi diri, lindungi bangsa, lindungi negara!",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41022 | Sarawak bersedia bina pusat kanser menjelang akhir tahun ini – Abang Johari | [
"KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia membina sebuah pusat kanser menggunakan dana negeri menjelang akhir tahun in jika kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan tersebut, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.",
"Bercakap pada majlis jamuan malam Ulang Tahun ke-20 Pusat Jantung Sarawak, di sini, malam ini, beliau berkata pusat itu akan menyumbang kepada penjagaan kesihatan wilayah ini dan memenuhi keperluan pesakit kanser dari Sarawak, Sabah dan negara jiran.",
"“Saya tahu (untuk membina pusat itu) sangat mahal. Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan di mana kita membina bangunan yang menelan kos sekitar RM800 juta, manakala kerajaan Persekutuan menyediakan tenaga pakar dan peralatan,” katanya.",
"Abang Johari berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dengan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang turut menghadiri majlis jamuan malam itu.",
"Sementara itu, Dr Zaliha memuji jabatan kesihatan Sarawak atas usahanya menggalakkan rakyat negeri itu mendapatkan suntikan dos penggalak kedua COVID-19.",
"Beliau berkata sebanyak 12,612 dos penggalak kedua berjaya diagihkan melalui semua pejabat kesihatan bahagian, hospital, agensi kerajaan dan fasiliti kesihatan swasta di Sarawak.",
"“Ini sebagai langkah meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19. Pemvaksinan akan diteruskan secara besar-besaran di seluruh Sarawak sehingga akhir bulan ini,” kata Dr Zaliha.",
"Mengenai Pusat Jantung Sarawak, beliau berkata pusat itu adalah contoh kisah kejayaan besar bagaimana mengubah kemudahan dalam memperluaskan rangkaian perkhidmatan untuk merawat pesakit jantung, buah pinggang dan kanser. – Bernama.",
"Keterangan gambar",
" Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa di Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya malam ini.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46824 | Penganjuran forum tingkat nilai perubatan Cina secara meluas | [
"SIBU : Nilai perubatan Cina yang menjadi sebahagian daripada budaya dan sejarah China telah melepasi sempadan global umat manusia dan menjadi kemakmuran bersama.",
"Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek perubatan Cina telah diterima secara meluas oleh orang di luar China.",
"“Ia unik dengan sendirinya dan mempunyai sifat penyembuhan. Ia berkembang selama beribu-ribu tahun untuk menjadi perniagaan yang berjaya hari ini, dengan harta penyembuhannya untuk menyumbang kepada manusia.",
"“Ilmunya sedang dibangunkan selama ini dan telah diuji melalui masa untuk muncul dengan perubahan positif dan kreativiti untuk memenuhi perubahan masa,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada majlis Forum Penutupan Perubatan Cina Sedunia ke-2 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.",
"Forum tiga hari anjuran bersama Persatuan Pakar Perubatan Tradisional Cina Sarawak (STCPA) dan Kolej Kemahiran Asia (ASC) itu dihadiri lebih 600 peserta termasuk dari China, Taiwan, Singapura, Brunei dan Malaysia.",
"Chieng berkata, perubatan Cina hari ini sedang digabungkan dengan teknologi perubatan moden dan berkesan dalam rawatan.",
"Beliau berkata pakar menggunakan kemahiran saintifik moden untuk mengembangkannya lagi, dan hari ini, ia terkenal dalam bidang perubatan kerana kebolehpercayaannya dalam bidang sains perubatan.",
"Rawatan, katanya, sedang dijalankan dengan perubatan Cina, akupunktur dan urutan untuk mempercepatkan pemulihan.",
"“Ia telah mendapat manfaat dengan gabungan perubatan Timur dan Barat. Namun, dalam perubahan dunia pembangunan dan kemahiran yang pantas, ia kini berdepan dengan cabaran.",
"“Teknologi moden mesti dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengatasinya dengan menyelidik dan mendidik masyarakat untuk menyebarkannya.",
"“Kita mesti melindunginya dan menyebarkan budaya perubatan dan rawatan Cina untuk membolehkan ia digunakan dengan berkesan,” katanya.",
"Pada masa sama, Chieng menganggapnya sebagai peristiwa bersejarah.",
"“Bukan sahaja membantu mempromosikan perubatan Cina di luar China, sekali gus mengangkat pembangunan masa depan ubat-ubatan Cina apabila peserta jadikan forum sebagai platform untuk bertukar pandangan.",
"Pakar, tambahnya, telah dijemput ke acara itu untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dalam ujian klinikal manusia.",
"Antara yang hadir, Penasihat Kehormat STCPA Dato Lau Ngie Hua dan Presiden STCPA Dr Tony Kong Choon Hing.",
"Oleh RAIHAN OMERA KAUSAR ",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17677 | Bung Moktar mulakan tugas rasmi | [
"KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin semalam memulakan tugas rasmi di kementerian pagi semalam.",
"Beliau tiba di pejabat Kementerian Kerja Raya di sini, sebelum mengetip kad perakam waktu pada 9.57 pagi bagi memulakan tugas di kementerian itu.",
"Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bersama warga kementerian itu.",
"Bung Moktar kemudian diberi taklimat oleh pegawai kementerian berkenaan.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11747 | Istilah JKKK dikekalkan | [
"KUCHING: Sarawak kekal menggunakan istilah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi pengurusan kampung di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.",
"Beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberikan kebenaran dalam menggunakan istilah itu dan meneruskan bayaran elaun pengerusi JKKK sepenuhnya.",
"“JKKK sekarang memainkan peranan yang besar yang dahulunya dilakukan oleh Pejabat Daerah seperti pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).",
"“Ketua Menteri turut mengumumkan JKKK boleh memutuskan kerja RTP di bawah peruntukan RM200,000 dilakukan melalui gotong-royong ataupun memerlukan kontraktor, mereka yang akan memilih,” jelas Uggah kepada pemberita di sini semalam.",
"Beliau berkata, kini JKKK juga berperanan menjadi mata pihak berkuasa.",
"“Jika sesuatu yang berlaku adalah luar dari kebiasaan, mereka akan tahu dan memaklumkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Kesihatan.",
"“Mereka tidak melakukan sebarang tangkapan tetapi ditanggungjawabkan untuk membuat laporan,” kata Uggah dan menambah, JKKK adalah satu sistem yang ditubuhkan dan pelantikan adalah dilakukan oleh kerajaan negeri.",
"“Dahulunya, semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH), mereka ingin menukar nama, namun kenapa harus mereka menukar nama JKKK sedangkan ia dikenali oleh setiap orang dan JKKK melakukan tugas dengan baik,” kata Uggah.",
"Uggah berkata, bagi pemilihan ketua kaum pula, terdapat proses yang tersendiri dan unik.",
"“Pada akhir proses, tapisan akan melalui pejabat daerah, pegawai residen dan akan ada jawatankuasa untuk mencadangkannya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata Uggah.",
"Oleh Alexandra Lorna",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32824 | S’wak bakal lancar tiang pintar 5G pertama negara | [
"RANCANGAN LANCARKAN ELAB 01… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari ketika menghadiri Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam berkata penggunaan tiang pintar itu nanti akan menjadi sebahagian daripada pembangunan projek bandar pintar. Ini juga merupakan usaha meningkatkan infrastruktur rangkaian mudah alih di Sarawak.",
"KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk melancarkan ELAB 01 iaitu tiang pintar 5G pertama di Malaysia.",
"Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan tiang pintar itu nanti akan menjadi sebahagian daripada pembangunan projek bandar pintar.",
"“Ini juga merupakan usaha meningkatkan infrastruktur rangkaian mudah alih di Sarawak,” katanya seperti dilaporkan UKAS.",
"Beliau berkata demikian ketika menghadiri Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.",
"Sementara itu, Abang Johari turut diberikan taklimat berhubung ELAB 01 yang bakal memudahkan pelancaran 5G di Sarawak oleh Ketua Pegawai Eksekutif Austral Techsmith, Azfar Zubri Safri.",
"Austral Techsmith Sdn.Bhd ialah syarikat perintis teknologi tiang pintar 5G di Malaysia yang bekerjasama dengan syarikat pembekal infrastruktur telekomunikasi untuk melaksanakan pemasangan tiang pintar ELAB 01 di seluruh negara.",
"Berdasarkan perkongsian itu, tiang pintar ini dilengkapi dengan inovasi penyatuan peralatan serta kelengkapan rangkaian telekomunikasi yang boleh dipasang dengan kapasiti hubungan pelbagai rangkaian 4G, 5G, penghala (router) wifi dan unit bekalan kuasa.",
"Zubri Safri meluangkan masa hampir 10 minit berkongsi cara ELAB 01 yang diinovasikan secara tempatan dan lebih daripada bersedia untuk menyertai pelancaran 5G di negeri ini.",
"“Premier berkongsi dengan saya bahawa pelancaran 5G Sarawak akan berlangsung tidak lama lagi dan Austral Techsmith rasa bangga mendirikan ELAB 01 di negeri ini, semuanya satu permulaan untuk saya serta pasukan.",
"“Walaupun kami tidak besar dan antara pemain baharu industri ini, tetapi semangat serta azam kami untuk mengejar dan bangkit pantas menerusi penyelidikan pembangunan boleh dilaksanakan demi kebaikan kepada masyarakat,” katanya.",
"Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa 5G akan menjadi sesuatu yang hebat untuk Sarawak.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=19220 | Korban serangan Vienna meningkat | [
"VIENNA : Beberapa orang terbunuh dalam serangan di Vienna, dan sekurang-kurangnya seorang penyerang masih bebas, lapor agensi berita Sputnik.",
"“Malangnya, beberapa orang cedera, beberapa maut,” kata Menteri Dalam Negeri Austria Karl Nehammer kepada wartawan pada Selasa pagi. “Menurut maklumat kami, sekurang-kurangnya seorang penjenayah masih bebas,” tambah menteri itu.",
"Terdahulu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria Harald Soros berkata sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa yang lain, termasuk seorang pegawai polis cedera parah dalam serangan pada Isnin di Vienna, yang dilakukan di enam lokasi berbeza, termasuk berhampiran rumah ibadat di pusat bandar.",
"Media Austria melaporkan sehingga tujuh orang terbunuh dalam serangan tersebut.",
"Datuk Bandar Vienna, Michael Ludwig mengesahkan 15 yang cedera semuanya dimasukkan ke hospital, berikutan serangan di ibu negara Austria. Tujuh daripadanya mengalami kecederaan serius, kata Ludwig.",
"Canselor Austria Sebastian Kurz, serta Nehammer, menyebut serangan itu sebagai tindakan pengganas.",
"Harald Soros mengatakan di TV ORF 1 terdapat beberapa penyerang dan seorang daripadanya masih bebas.- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9758 | Kanak-kanak dikhuatiri lemas belum ditemui | [
"MATU: Pencarian hari kedua seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas apabila dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai dekat Kampung Hilir, Kuala Matu, diteruskan 7.00 pagi semalam.",
"Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi hari kedua melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA dan Persatuan Bomba Sukarela Matu (PBS).",
"“Operasi hari kedua ini menggunakan kaedah ‘surface water rescue” dengan pencarian adalah satu kilometer ke hulu dari tempat mangsa dikatakan jatuh dan dua kilometer ke hilir Kuala Matu menuju ke laut,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.",
"Terdahulu pada Isnin, mangsa Mohamad Amirul Dedy Susanto, 11 dikatakan tergelincir dan jatuh semasa memancing di atas kapal tunda yang diletakkan di pangkalan sungai pada 4.00 petang.",
"“Mangsa turun memancing bersama rakannya yang hanya dikenali sebagai Ainul, 9, di kapal berkenaan, Ainul yang menyaksikan kejadian menangis dan telah memaklumkan kepada orang kampung tentang kejadian tersebut.",
"“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.53 petang Isnin segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” jelasnya.",
"Tambahnya, penduduk kampung turut membantu agensi yang terlibat dalam operasi mencari sehingga jam 12 tengah malam kelmarin.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21956 | Serai, tumbuhan serba guna | [
"Serai atau lebih dikenali sebagai ‘lemon grass’meluas ditanam di kawasan tropika untuk pelbagai kegunaan.",
"Paling banyak ditanam adalah jenis serai makan dan juga serai wangi.Serai mudah ditanam dimana-mana jenis tanah kecuali kawasan berpaya atau berair.",
"Ia adalah tanaman yang mudah tumbuh, tidak memerlukan penjagaan yang rapi.",
"Tumbuhan ini akan mengeluarkan rumpun daun yang banyak dan lebat daripada rizom yang padat.",
"Ketinggian serai boleh mencapai sehingga 1.0 hingga 1.5 meter tinggi.",
"Serai makan ditanam dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan manakala serai wangi ditanam untuk mendapatkan pati yang sangat berguna untuk tujuan kesihatan.",
"Minyak pati tersebut digunakan bagi kegunaan luar megubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut serta masalah hilang selera makan.",
"Selain itu, ia juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga dan nyamuk.",
"Dalam pada itu, serai makan tidak mempunyai apa-apa bau.",
"Namun, apabila serai makan tersebut dicampur ke dalam masakan ia akan menambah kesedapan juadah dengan mengeluarkan aroma seakan lemon yang lebih menyedapkan masakan teersebut.",
"Ia juga merupakan perencah penting dalam masakan seperti rendang, tomyam, kari dan pelbagai lagi.",
"Tumbuhan herba ini ditanam secara meluas di kebanyakan kawasan di Malaysia.",
"Penanaman serai di Malaysia adalah sangat sesuai kerana iklim dan cuaca di sini panas dan kering sepanjang tahun.",
"Tanaman serai ini berpotensi besar untuk dimajukan kerana permintaan terhadapnya sangat tinggi di pasaran terutama pada musim perayaan dan majlis perkahwinan.",
"Oleh NUR AIN OTSMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38509 | Ulangi rampasan Kota Sentosa, tamatkan era DAP | [
"KUCHING: “Kita rampas balik Bandar Kuching dan Stampin daripada DAP!, seperti mana Wilfred Yap N12 Kota Sentosa merampas balik kerusi DAP di sini ketika PRN-12.” ",
"Itu kata-kata semangat Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Aeroville, di sini malam ini. ",
"Pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Disember lalu, Yap yang bertanding mewakili GPS menerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berjaya mengakhiri cengkaman tiga penggal DAP.",
"Premier Sarawak itu berkata, berikutan kejayaan bergaya Yap itu, kini sasaran GPS-SUPP ialah untuk menambat hati pengundi di kerusi Parlimen Bandar Kuching dan Stampin.",
"“Kita sudah rampas Kota Sentosa, ini kali kita rampas balik Bandar Kuching dan Stampin. ",
"“Ini kerana kita mahu membangunkan Bandar Kuching dan Stampin. Seperti di Stutong ini, selalu banjir disebabkan tanahnya rendah. Wakil rakyat Stampin (DAP) tengok saja. Tidak buat apa-apa,” katanya. ",
"Kerusi Parlimen Bandar Kuching membabitkan saingan tiga penjuru antara calon GPS-SUPP, Eric Tay Tze Kok, calon DAP Kelvin Yii Lee Wuen (penyandang) dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Voon Lee Shan.",
"Kerusi Parlimen Stampin turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon GPS-SUPP, Lo Khere Chiang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen (penyandang) dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Lue Cheng Hing.",
"Pada majlis itu, Abang Johari mengumumkan peruntukkan RM350 juta untuk membangunkan kawasan Stampin ini. ",
"“Nanti Lo dan Wilfred akan bersama-sama untuk melihat apa perancangan yang boleh dibuat di kawasan mereka terutamanya Stampin. ",
"“Saya cakap saya buat, itu janji saya kepada rakyat di sini. Seperti mana Wilfred Yap mengotakan janji akan merampas kembali Kota Sentosa dari DAP, dan dia (Wilfred) berjaya. ",
"“Itu yang kita akan lihat sekali lagi di mana calon Bandar Kuching dan calon Stampin kita (GPS) merampas balik dari DAP pada 19 November ini,” katanya.",
"Oleh AZREEN KERIA ",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13273 | PAS terima surat kesediaan Bersatu sertai MN | [
"KOTA BHARU: PAS telah menerima surat daripada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kesediaan Bersatu menyertai Muafakat Nasional (MN), kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.",
"“Hari ini saya boleh mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjawab surat itu menyatakan kesediaan Bersatu menjadi anggota (baharu) di bawah MN.",
"“(Saya bagi pihak Presiden PAS) dah terima surat itu. Sahlah sekarang ini (penyertaan Bersatu ke dalam MN), cuma kita belum ada perbincangan (rasmi antara ketiga-tiga parti) setakat ini. Mungkin kita akan adakan mesyuarat (rasmi) bersama tiga parti (dalam masa terdekat),” katanya.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Sumbangan Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu di sini semalam.",
"Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September ini, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, MN masih belum memutuskan berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh parti komponen masing-masing pada pilhan raya itu.",
"Katanya, MN masih mempunyai masa kira-kira dua minggu untuk memuktamadkan senarai calon dan kerusi yang akan ditandingi parti-parti komponen MN dalam pilihan raya melibatkan 73 kerusi DUN itu.",
"Mengulas mengenai pendaftaran Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin berkata PN masih menunggu kelulusan pendaftarannya daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan PAS merupakan antara penaja kepada penubuhan parti PN.",
"Sementara itu, semasa ditanya mengenai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah selepas pulang dari Turki, Julai lepas, Takiyuddin berkata siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu dan jika ada kes, perlu dibawa ke mahkamah.",
"“Itu kita serah kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan (untuk buat siasatan). Kalau ada laporan polis, polis yang kena siasat. (Mohd Khairuddin perlu melalui) proses undang-undang biasa walaupun (beliau) seorang menteri,” katanya.",
"Mengenai program skim bantuan berkenaan, seramai 300 pelajar Tingkatan Lima dan Enam akan menerima bantuan sebanyak RM50 sebulan bermula bulan ini hingga Januari depan. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27872 | Raja Perempuan Tidak Menjadi | [
"PEMBENTUKAN dan pentadbiran kerajaan Raja Brooke bermula apabila James Brooke dilantik sebagai gabenor Sarawak pada tahun 1840. Pentadbiran beliau ini bersifat monarki yang mengikut aturan adat-adat Kesultanan Melayu.",
"Pemerintahan Raja Brooke ini ysng berlangsung selama 100 tahun itu, mempunyai tiga orang raja, iaitu Raja James Brooke, Raja Charles Brooke dan Raja Vyner Brooke. Dalam pemerintahan mereka ini juga tidak sunyi daripada isu penggantian. ",
"Sejak pemerintahan Raja James Brooke, telah timbul isu penggantian. Beliau yang tidak beristeri dan tidak mempunyai anak membawa kepada persoalan siapakah yang menggantikan beliau. Malahan satu ketika, beliau menyerahkan pewarisan ini kepada seorang wanita kaya di London, iaitu Baroness Burdett-Coutts. Hal ini akhirnya berjaya diselesaikan apabila anak saudara beliau, iaitu Charles Brooke, diberi hak mewarisi takhta kerajaan Raja Brooke. ",
"Sepanjang pemerintahan Raja Charles Brooke pula, timbul lagi isu penggantian kerana beliau tidak begitu memberi harapan kepada anak tuanya, iaitu Vyner Brooke, untuk memerintah. Atas sebab itu, beliau mengambil pendekatan untuk melantik anak kedua beliau, iaitu Betram Brooke, sebagai Tuan Muda, dan Vyner Brooke sebagai raja. Usaha ini dilakukan oleh Raja Charles Brooke untuk mewujudkan pemerintahan bersama dua adik-beradik ini.",
"Semasa pemerintahan Raja Vyner Brooke pula, isu penggantian menjadi lebih serius. Hal ini kerana ada usaha merajakan anak beliau menjadi raja tetapi tidak berjaya. ",
"Adat Melayu",
"Berbicara tentang jawatan Tuan Muda ini, jawatan ini adalah sama dengan jawatan pengganti raja-raja Melayu, iaitu Raja Muda. Di Sarawak, Tuan Muda inilah yang akan menggantikan raja, jikalau raja tersebut meninggal dunia atau turun takhta kerajaan.",
"Masalah yang dihadapi oleh Raja Vyner Brooke dalam hal ini adalah beliau mempunyai tiga anak perempuan. Hasil perkahwinan beliau dengan Sylvia Brett telah melahirkan Leonora Margaret, Elizabeth dan Nancy Valerie. ",
"Isteri Raja Vyner Brooke, iaitu Rani Sylvia mempunyai pemikiran berlainan tentang hal ini. Beliau mahu jurai keturunan beliau menjadi pengganti Raja Vyner Brooke. Oleh sebab kesemua anak beliau ialah perempuan, maka mengikut adat Melayu Sarawak ketika itu, hanya lelaki sahaja boleh mengganti ayahnya.",
"Walaupun sudah ada peraturan yang tidak bertulis ini, tetapi masih ada perancangan untuk merajakan waris Raja Vyner Brooke dari kalangan perempuan. Orang di belakang tabir dalam percaturan ini ialah Gerard MacBryan. Beliau merupakan salah seorang pegawai kerajaan Brooke dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Raja Vyner Brooke.",
"Tokoh Disebalik Tabir",
"MacBryan bersama-sama dengan Rani Sylvia merancang untuk menamakan Leonora sebagai pengganti ayahnya. MacBryan pula individu yang opportunis dan cuba mengambil peluang daripada isu ini untuk merancang mengahwini Leonora. ",
"Jikalau rancangan ini Berjaya, beliau berharap akan dapat mengawal Leonora dan seterusnya memerintah Sarawak di belakang tabir. Dalam hal ini, beliau cuba memujuk Datu-datu Melayu untuk menyokong rancangan beliau ini. ",
"MacBryan maklum bahawa pertabalan seorang perempuan sebagai raja pernah berlaku dalam Kesultanan Acheh. Di Acheh, selepas tahun 1641, terdapat empat orang pemerintah perempuan. Oleh sebab itu, beliau amat yakin bahawa usahanya ini akan mendapat sokongan. ",
"Namun demikian, halangan utama rancangan beliau ini datangnya daripada Datu Bandar Abang Abdillah. Abang Abdillah merupakan pembesar utama Sarawak dan mempunyai pengaruh besar dalam pentadbiran kerajaan Brooke.",
"Abang Abdillah berpegang pada prinsip bahawa penganti raja haruslah dari kalangan orang lelaki. Sebarang usaha meletak perempuan sebagai penganti raja tidak mendapat sokongan daripada beliau. ",
"Perancangan Awal",
"MacBryan menggunakan tektik scheme of things dalam menjayakan usaha ini. Pada tahun 1928, beliau telah memujuk Raja Vyner Brooke untuk memberi gelaran kepada beberapa pembesar Melayu, dan menaikkan status kepimpinan Datu Bandar Abang Abdillah.",
"Beliau juga memujuk Raja Vyner Brooke untuk mengiktiraf kepimpinan Ong Tiang Swee sebagai pemimpin yang dihormati. Perancangan MacBryan ini berjalan lancar. Raja Vyner Brooke mendengar nasihat beliau. ",
"Pada hari keputeraan Raja Vyner Brooke, beberapa pemimpin Melayu diberi gelaran sebagai penghormatan kepada jasa dan khidmat yang mereka curahkan. Dalam hal ini, Abang Sulaiman diberi gelaran Datu Amar, manakala Mohd Zain pula mendapat gelaran Datu Menteri. ",
"Seorang lagi pembesar Melayu iaitu Haji Hashim pula diberi gelaran Datu Bentara. Ong Tiang Swee pula diberi pingat The Most Excellent Order of the Star of Sarawak. Manakala Abang Abdillah pula dinaikkan status lebih tinggi dengan gelaran Datu Shahbandar. ",
"Langkah seterusnya dilakukan oleh MacBryan membuat satu petisyen kepada Raja Vyner Brooke dalam soal penggantian raja. Rancangan ini adalah untuk membolehkan perempuan menjadi raja. Secara tidak langsung beliau berharap agar Leonora dan warisnya akan mendapat hak menggantikan ayahnya. ",
"Beliau cuba mempengaruhi pembesar Melayu yang diberi gelaran ini untuk memujuk Raja Vyner Brooke untuk bersetuju dengan hal ini. Malangnya rancangan Mac Bryan ini gagal. Hal ini kerana Datu Shahbandar Abang Abdillah tidak termakan umpan politik digunakan oleh MacBryan ini. Beliau seorang yang berprinsip dan telah menolak rancangan tersebut. ",
"Pengaruh Abang Abdillah ini ke atas Raja Vyner Brooke mengatasi rancangan MacBryan. Raja Vyner Brooke telah menyalahkan MacBryan atas pemainan politik beliau yang cuba memecah-belah pembesar Melayu ketika itu. Hal ini kerana rancangan MacBryan ini cuba melaga-lagakan pembesar Melayu dan melemahkan pengaruh Abang Abdillah. ",
"MacBryan kemudiannya meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Sarawak. Beliau juga diminta oleh satu petisyen daripada pegawai pentadbir Brooke untuk tidak kembali ke Sarawak. Hal ini kerana beliau menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan pegawai-pegawai Brooke.",
"Beliau juga dikatakan cuba memikat Elizabeth dan kemudian anak Betram Brooke, iaitu Anne. Sikap beliau ini menyebabkan Raja Vyner Brooke akur untuk tidak membenarkan beliau untuk kembali ke Sarawak.",
"Percubaan Terakhir",
"Walaupun MacBryan gagal dalam rancangan ini dan meninggalkan Sarawak, tetapi usaha ini masih lagi belum padam. Rani Sylvia masih menyimpan harapan agar anaknya menjadi raja. Semasa di London, Rani Sylvia telah memaklumkan kepada surat khabar di sana tentang Raja Vyner Brooke melucutkan pewarisan takhta dari adiknya, iaitu Betram Brooke.",
"Beliau menambah bahawa Raja Vyner Brooke bersetuju menyerahkan pewarisan kerajaan ini kepada Leonora. Ketika itu Leonora telah berkahwin dengan Kenneth Mackay. Pasangan ini telah mendapat seorang cahaya mata lelaki bernama Simon Brooke Mackay. Kelahiran Simon ini memberi harapan kepada Rani Sylvia untuk mengekalkan jurai keturunan beliau sebagai pemerintah Sarawak.",
"Sementara itu berita yang dibawa oleh Rani Sylvia ini cuba disahkan oleh pihak wartawan dengan berjumpa dengan Rani Margaret. Rani Margaret, iaitu balu kepada Raja Charles Brooke dan ibu kepada Raja Vyner Brooke, menafikan berita tersebut.",
"Harapan Rani Sylvia ini hidup semula apabila Anthony Brooke yang dilantik menjadi Tuan Muda telah dilucutkan jawatan tersebut. Rani Sylvia kemudiannya cuba meneruskan usaha untuk menaikkan semula Leonora atau cucunya menjadi raja.",
"Usaha-usaha Rani Sylvia ini terhenti apabila meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas Perang Dunia Kedua pula, Raja Vyner Brooke turun takhta Kerajaan Sarawak dan menyerahkan Sarawak kepada British. ",
"Dr. Suffian Mansor ialah Pengerusi Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7079 | Sup Ayam PKP, ringkas tetapi tetap berkhasiat | [
"PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 membuatkan semakin ramai orang memilih menghabiskan masa di rumah dengan aktiviti memasak.",
"Aktiviti manusia di seluruh dunia tiba-tiba berubah, termasuk kebiasaan sehari-hari seperti makan.",
"Jika dulu biasa berkunjung ke kedai makan dan memesan makanan untuk dihantar ke rumah, ketakutan terhadap jangkitan wabak menjadikan sesetengah orang memilih makan di rumah walaupun kelonggaran sudah diberikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang ini.",
"Justeru ramai yang gemar bereksperimen memasak, dari resipi mudah hinggalah yang mencabar. Satu resipi mudah untuk dimasak adalah sup ayam. Ayuh kita belajar memasak ‘sup ayam biasa-biasa’ atau Sup Ayam PKP pada kesempatan ini.",
"Meski pun terlihat sederhana namun sup ayam adalah makanan yang sangat menyihatkan, apatah lagi jika digabungkan dengan sayur-sayuran. Bukan sahaja ia senang dimasak tetapi bahan-bahannya juga mudah didapati.",
"Cara memasaknya juga biasa-biasa sahaja. Masukkan potongan daging ayam ke dalam kuali berisi air mendidih dan masak hingga ayam empuk. Kemudian masukkan potongan tomato, kentang, jagung dan bawang Bombay, garam, serbuk perasa dan lada.",
"Setelah semua bahan sudah dimasukkan, tunggu dalam beberapa minit lagi untuk pastikan sayur sedikit layu.",
"Sup ayamPKP dan sayur siap untuk disajikan, anda pasti gembira menikmati masakan sendiri bersama nasi segar. Selamat mencuba.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23762 | Kanada melabur dalam pengeluaran vaksin | [
"OTTAWA: Perdana Menteri Justin Trudeau pada Selasa lalu mengumumkan pelaburan hampir AS$ 166 juta di sebuah kemudahan Ontario yang akan mampu menghasilkan berjuta-juta vaksin mRNA seperti suntikan yang digunakan untuk memerangi wabak Koronavirus.",
"Pelaburan dalam Resilience Biotechnologies, anak syarikat Kanada National Resilience Amerika Syarikat (AS) akan membantu Kanada menjadi kurang bergantung pada vaksin buatan asing, seperti yang berlaku semasa krisis Covid-19 semasa.",
"“Pembesaran Kilang Resilience Biotech di Mississauga adalah penting untuk bersiap sedia menghadapi krisis kesihatan di masa depan,” kata Trudeau pada sidang akhbar.",
"Kanada pada masa ini tidak mempunyai pengeluaran vaksin domestik dan bergantung pada import Pfizer-BioNTech, Moderna dan suntikan lain untuk menyuntik 38 juta penduduknya.",
"Menteri Perindustrian François-Philippe Champagne mengatakan pelaburan kerajaan dalam Resilience – kira-kira separuh daripada jumlah kos projek akan menyokong pengembangan tindakan perubatan untuk Covid-19 dan memperkuatkan kesiapsiagaan darurat Kanada untuk menghadapi wabak di masa depan.",
"Setelah pengembangan Kilang Resilience selesai pada 2024, kilang berkenaan akan dapat menghasilkan antara 112 hingga 640 juta dos vaksin setiap tahun.",
"Ia juga akan mewujudkan 500 pekerjaan baharu dan melancarkan rancangan Kanada untuk meningkatkan sektor pembuatan bio dan sains hayatnya.",
"Bagi tujuan tersebut, Ottawa memperuntukkan anggarannya yang dilancarkan pada bulan lalu sejumlah AS$ 2.2 bilion.",
"Kerajaan Kanada baru-baru ini memberikan dana besar untuk menyokong projek serupa daripada kumpulan lain seperti gergasi farmasi Perancis, Sanofi dan firma bioteknologi Kanada, Medicago.",
"Medicago sebelumnya melaporkan hasil interim positif dari ujian pertengahan tahap calon vaksin Covid-19 yang berasal daripada tumbuhan.",
"Loji Toronto yang diperluas di Sanofi terutamanya akan menghasilkan suntikan selesema cukup untuk semua rakyat Kanada, tetapi juga dapat diperbaiki untuk menghasilkan vaksin Koronavirus. -AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20139 | Jenazah Sarjan Simon selamat dikebumikan | [
"SIBU: Suasana sedih dan pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), mendiang Sarjan Simon Laja yang maut dalam fenomena kepala air di Ulu Baram pada 3 Disember lalu.",
"Jenazah mendiang Simon, 47, dari Batalion PGA ke-12 di Miri, selamat disemadikan di Taman Peringatan Nirvana di sini pada 11.45 pagi, semalam.",
"Upacara pengembumian dijalankan dengan penuh istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM), dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.",
"Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, komander PGA Sarawak, Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Mancha Ata dan Ketua Polis Daerah, Sibu Asisten Komisioner Polis (ACP) Stanley Jonathan Ringgit.",
"Semasa kejadian sekitar 6.00 petang, mendiang Simon bersama seorang anggota polis bantuan yang hanya dikenali sebagai Kemian, 50, terbunuh selepas dihanyutkan oleh ‘kepala air’ semasa rondaan rutin di kawasan Saluran Saluran Gas Sabah-Sarawak (SSGP) di Sungai Melana, Long Kerangan di Ulu Baram.",
"Turut menyertai rondaan itu termasuk tiga pekerja Samling Timber Sdn. Bhd.",
"Aidi Ismail dalam satu kenyataan pada 5 Disember lalu memberitahu, semua mereka berjalan di sungai cetek sebelum tiba-tiba dihanyutkan oleh arus deras.",
"“Lima dari mereka berjaya menyelamatkan diri kecuali Simon dan Kemian yang didapati hilang selepas itu,” katanya.",
"Mayat mereka kemudian ditemui satu kilometer pada 4 Disember lalu di Sungai Layun berhampiran timbunan balak di sungai.",
"Mayat Simon ditemui pada 2.00 petang, sementara mayat Kemian ditemui pada 2.30 petang.",
"Simon yang berasal dari Sungai Berangan, Sarikei meninggalkan isterinya, Ensunie Ungat, 45, dan lima anak berusia lima hingga 24 tahun.",
"Oleh AKUN GIMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38334 | PM: Kerjasama GPS perlu | [
"SELANGAU: Kerajaan Persekutuan yang kukuh dan stabil perlu dibentuk dengan kerjasama empat parti dari Sarawak yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).",
"Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kerajaan Persekutuan pasti tidak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan daripada GPS.",
"“Apabila kerajaan stabil dibentuk, kita boleh memberi tumpuan untuk tingkatkan ekonomi kita.",
"“Kita sudah tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir, buatlah keputusan tepat untuk kita memastikan kerjaaan yang dibentuk (dengan kerjasama GPS) adalah kerajaan yang mampu menjaga kepentingan rakyat,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Seksyen Selangau dan Penyerahan PerantiSiswa di sini, hari ini.",
"Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.",
"Khamis lalu, Ismail Sabri menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) yakin dapat memenangi 112 kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).",
"GPS adalah gabungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP)",
"Ismail Sabri berkata, walaupun GPS tidak bersama BN, kedua-duanya mempunyai sejarah hubungan yang panjang.",
"“Kita memahami antara satu sama lain, kita memahami aspirasi rakyat Sarawak. Kita lebih memahami hubungan, yang walaupun kita berbeza sekarang ini tetapi kita masih bersama,” katanya.",
"Beliau berkata Ahli Parlimen GPS telah menunjukkan kesediaan mereka untuk tetap bersama dengan Ahli Parlimen BN sewaktu menjadi pembangkang selepas PRU-14 dan menyertai kerajaan yang dibentuk BN pada 2020.",
"“Waktu saya menjadi ketua pembangkang, GPS bersama kita. Dia tak sertai kerajaan PH (Pakatan Harapan) semasa itu. Maknanya kita tetap bersama. Bila kita bentuk kerajaan yang baru, GPS juga bersama kita, pastinya hubungan itu akan diteruskan,” katanya.",
"Menyentuh kenyataannya sebelum ini berhubung keyakinan untuk BN memenangi PRU-15, Ismail Sabri berkata biarpun kemenangan itu nanti hanya berdasarkan majoriti mudah namun kerajaan akan tetap stabil ekoran penguatkuasaan undang-undang lompat parti.",
"“Beza sekarang dengan dulu, kalau dulu majoriti mudah itu amat membahayakan kerana masih boleh lompat parti. Sekarang ini dengan akta lompat parti, selepas menang tak ada siapa pun boleh lompat parti. Kalau lompat, dia kena kosongkan kerusi dan masuk pertandingan semula,” katanya.",
"Ismail Sabri turut memberi jaminan, jika beliau dipilih semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15 Sabtu ini, fokus Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Sarawak akan terus menjadi keutamaan.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18227 | MARA susun semula fokus perniagaan | [
"KOTA TINGGI: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi sayap pelaburannya, Mara Corporation (Mara Corp) kini sedang dalam usaha untuk menyusun semula fokus perniagaannya, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.",
"Menurutnya, penyusunan itu bagi membolehkan Mara Corp terlibat dalam perniagaan strategik lain supaya dapat membantu membina kekuatan ekonomi.",
"Ketika ini, Abdul Latiff berkata, Mara telahpun terlibat dalam bidang aeroangkasa, salah satu bentuk perniagaan strategik yang belum diterokai oleh syarikat Bumiputera lain.",
"“Mara adalah satu entiti yang besar, berpengalaman dan mempunyai kakitangan yang terlatih dan sudah memberikan perkhidmatan dalam pendidikan, keusahawanan, pelaburan dan modal insan.",
"“Tapi untuk niaga, kita ada Mara Corp dan sekarang, kita baru nak menyusun balik fokus perniagaan supaya Mara Corp dapat membina satu kekuatan ekonomi khususnya dalam perniagaan strategik.",
"“Ini perlu dilakukan kerana kita tidak boleh nak masuk semua cabang perniagaan, walaupun menguntungkan. Jika ia bukan perniagaan strategik, kita akan beri kepada syarikat Bumiputera lain. Sebab itulah Mara tidak ada juga syarikat dalam bidang pembinaan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bas Baharu Mara Liner di Bandar Penawar, baru-baru ini.",
"Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada Mara mempunyai hasrat untuk memperluaskan cabang perniagaannya berikutan mempunyai rekod yang baik dalam beberapa cabang perniagaan yang diceburi sebelum ini.",
"Sementara itu, mengenai sama ada Mara turut mempunyai perancangan dan bersedia untuk mengembangkan perkhidmatan pengangkutan bas Mara Liner ke Sabah dan Sarawak, Abd Latiff berkata, itu bergantung kepada kehendak kerajaan negeri berkenaan.",
"“Ya, kita bersedia. Namun bergantung kepada kerajaan negeri kerana perkara ini, perlu ada kerjasama dengan kerajaan negeri.",
"“Tetapi, setakat ini, Sabah dan Sarawak ada perkhidmatan sendiri dan secara prinsipnya, kita juga tidak boleh bersaing dengan pengusaha lain dalam sektor ini (pengangkutan awam) kerana kita syarikat besar.",
"“Kalau kita bersaing, kalahlah mereka. Jadi berilah peluang kepada usahawan lain, melainkan operator tersebut merasakan ada tempat yang tidak menguntungkan…itu Mara Liner akan buat (masuk),” katanya.- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30831 | Pembukaan sempadan rancakkan ekonomi | [
"MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) bersama Pengarah JKR Negeri Kelantan Mohd Suhaili Ismail semasa melawat ke tapak projek pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam. • Foto BERNAMA",
"JELI: Pembukaan semula sempadan negara akan kembali merancakkan sektor ekonomi Malaysia dan Thailand serta meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, sama seperti yang berlaku sebelum penularan Covid-19.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan kerajaan untuk membuka sempadan pada 1 April nanti amat dinantikan semua pihak khususnya mereka yang terkesan akibat pandemik tersebut.",
"“Kita (Malaysia) mempunyai hubungan baik dengan Thailand dari segi ekonomi dan pelancongan, keputusan pembukaan sempadan amat dinantikan.",
"“Kelantan mempunyai tiga pintu utama rasmi untuk keluar masuk ke Thailand iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga, maka apabila sempadan dibuka ia akan meningkatkan perniagaan dan (sektor) pelancongan di bandar tersebut serta bandar berdekatan,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Tanah Merah, di sini semalam.",
"Turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Zainal Madasin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan Ir Mohd Suhaili Ismail.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April.",
"Ismail Sabri dilapor berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.",
"Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Jeli itu berkata sektor perniagaan dan pelancongan dijangka memerlukan tempoh enam bulan hingga setahun untuk kembali pulih sebaik pintu sempadan negara dibuka.",
"“Sudah pasti kita memerlukan masa, ia tidak berlaku serta-merta perlu mengambil masa mungkin enam bulan atau setahun sebelum kembali kepada (keadaan) sebelum Covid-19,” katanya. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41228 | Sejarah digelapkan | [
"APABILA kita menjejak penulisan mengenai sejarah Sarawak, naratifnya berdasarkan kepadapenulis Barat. ",
"Oleh itu sejarahnya hanya mengetengahkan orang Barat. ",
"Peranan mereka ini dikarang sebagai orang penting yang dikatakan ‘mentamadunkan’ penduduk Sarawak.",
"Hal ini diceritakannya dengan penuh teliti dan merendahkan orang tempatan yang menentang pentadbiran atau yang tidak sependapat dengan mereka. ",
"Oleh itu, kebanyakan naratif penulisan sejarah Sarawak ini akan berpusat pada kerajaan Brooke yang digambarkan sebagai pemerintahan penyayang dan bertamadun.",
"Orang tempatan yang menyokong mereka juga ditulis sebagai pengikut setia dan diwarnakan sebagai tokoh yang baik. ",
"Walaupun ada kala dikatakan mempunyai perwatakan yang lemah.",
"Hal ini boleh kita lihat dengan wacana saya sebelum ini mengenai Ali Wallace yang tidak banyakditulis. ",
"Beliau hanya dianggap sebagai orang bawahan sahaja dan membantu Alfred Wallacedalam kajian di alam Melayu. Atas sebab itu kita tidak tahu banyak mengenai Ali Wallaceterutama asal-usulnya.",
"Beliau ditonjol sebagai pembantu tanpa biodata yang lengkap. ",
"Oleh itu, Ali Wallace tidaklah diketahui banyak latar belakangnya. Itu yang dimaksudkan awal tadi peranan orang tempatan tidak diberi gambaran menyeluruh dan besar dalam naratif penulisan orang Barat.",
"Yang menentang kerajaan Brooke pula dianggap sebagai jahat dan watak mereka digelapkan sahaja kerana melakukan kegiatan pelanunan, pemerasan dan pembuli. ",
"Sifat-sifat ini dianggap oleh kerajaan Brooke sebagai orang tidak bertamadun dan ganas. ",
"Ini merupakan pandangan sentrik Barat yang cuba merendahkan ketamadunan orang tempatan di Sarawak.",
"Ketamadunan ",
"Masyarakat Sarawak sudah mempunyai tamadun mereka sendiri sebelum kedatanganSejarah digelapkan Brooke. ",
"Aspek ketamadunan ini boleh dilihat daripada aspek wujudnya hubungan perdagangan dan diplomasi antarabangsa antara Sarawak dan kerajaan luar seperti dinasti-dinasti di China, kerajaan-kerajaan di India,pusat kerajaan di Tanah Jawa, Siam, Vietnam dan pusat perdagangan di Kepulauan Melayu yang lain.",
"Kemunculan kerajaan ini pernah dinyatakan oleh Amin Sweeny. ",
"Hal ini dikembangkan lagi oleh Dato Sanib Said dalam memberi pentafsiran lebih mendalam mengenai kerajaan Santubong, Kalka, Samarahan dan Sadong serta Saribas. ",
"Kajian beliau ini meyakinkan bahawa sudah ada ketamadunan di Sarawak.",
"Hubungan dagang yang dinyatakan tadi telah terjalin dengan baik. ",
"Hal ini dibuktikan oleh ahli arkeologi akan penemuan tinggalan barang dagangan seperti serpihan tembikar dan wang syilling tamadun China. ",
"Ketamadunan di Sarawak khususnya di Santubong memaparkan pula wujudnya industri peleburan bijihbesi di Bongkisam.",
"Sistem pentadbiran juga wujud di Sarawak dengan ada kerajaan-kerajaan pelabuhan di beberapa kawasan. ",
"Di Kalaka sudah ada pemimpin wanita yang disebut dalam Syair Tarsilah Negeri Saribas, manakala Saribas pula sudah ada pemerintah mereka sendiri iaitu Temenggung Abdul Kadir. ",
"Kemudian datangnya Datu Gudam menjadi pemerintah di kawasan tersebut.",
"Peranan dikecilkan",
"Hal ini mula dikaburkan pula apabila pegawai Brooke menulis mengenai sejarah Sarawak.",
"Mereka merendahkan budaya masyarakat tempatan. ",
"Hal ini boleh disaksikan apabila mereka membuat naratif pertempuran Bating Meru pada 1849.",
"Pertempuran ini meletakkan satu garis hitam putih dalam penulis sejarah dengan heronyaadalah orang Barat dan jahatnya pula adalah orang tempatan yang dianggap lanun. ",
"Penulis-penulis zaman Brooke banyak melakukan naratif seumpama itu termasuklah S. Baring-Gould dan C. A. Bampfylde yang menulis buku bertajuk A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs 1839-1908.",
"Selain menceritakan tokoh-tokoh besar menentang Brooke sebagai mempunyai perwatakantidak baik, kedua-dua penulis ini juga pernah menyebut beberapa nama pemimpin tempatan yangmempunyai kedudukan di Sarawak.",
"Antara nama yang disebutkan ini ialah Indra Lila, Indra Pelawan dan Indra Wangsa.",
"Tiga adik beradik ini merupakan pemerintah di Sungai Lingga.",
"Baring-Gould dan Bampfylde mewarnakan ketiga-tiga adik beradik ini sebagai watak gelapdengan menyatakan Indra Wangsa sebagai tokoh yang menyertai lanun orang Melayu di Saribas. ",
"Kisah ketiga-tiga tokoh ini tidak panjang dibincangkan dan tiada usaha untuk mendalamkan peranan mereka ini.",
"Selain itu, terdapat juga nama dua pemimpin wanita Melayu yang berusia iaitu Dang Isa danDang Ajar dibincangkan oleh kedua-dua penulis ini. ",
"Kedua-dua wanita Melayu ini dinyatakan sebagai pemimpin utama di Lingga dan Saribas. ",
"Mereka berdua juga hanya disentuh sedikit dalam perbincangan dan dibincang sebagai mempunyai perwatakan buruk. ",
"Antara perkara yang disentuh oleh Baring-Gould dan Bampfylde adalah kedua-dua wanita ini sebagai pemimpin kejam dan jahat dan memiliki hamba.",
"Hanya sedikit pujian dilontar kepada kedua-dua wanita ini iaitu sebagai pemimpin yang beranidan akan mengetuai mana-mana usaha untuk melawan musuh mereka dari Saribas. ",
"Keberanian kedua-dua tokoh wanita ini digambarkan dengan pakaian lelaki dengan membawa pedangdan tombak. ",
"Dalam hal ini Dang Ajar digambarkan sebagai memikat hati ketua Kayan bernamaAkam Nipa. Namun demikian kisah Akam Nipa tidak dibincangkan panjang.",
"Naratif Dang Isa dan Dang Ajar juga hanya dibincangkan pendek. ",
"Mengenai siapa mereka termasuk tiga bersaudara dan Akam Nipa masih lagi tinggalmisteri dalam sejarah Sarawak.",
"Secara andaian mungkin mereka ini merupakan pemerintah awal di Sarawak yang digelapkan watakmereka supaya dapat menunjukkan ketinggian peranan orang Barat untuk mentamadunkan orang Sarawak.",
"Watak lemah",
"Selain itu, beberapa lagi tokoh yang digelapkan untuk tujuan mentamadunkan orang Sarawakditunjukkan seperti Abang Kassim. ",
"Abang Kassim ini diminta oleh Raja James Brooke menggantikan Sharif Sahap sebagai pemerintah Sadong. ",
"Beliau diberi gelaran Datu Bandar tetapi watak beliau digelapkan sebagai seorang pemimpin lemah dan seorang yang jahat.",
"Seperti tokoh-tokoh lain, Abang Kassim juga tidak ada gambaran sebenar mengenaiperanan tokoh ini dan apakah berlaku kepada beliau kemudiannya. ",
"Keadaan sama berlaku juga ke atas beberapa tokoh Bumiputera lain yang juga dihitamkanwatak mereka.",
"Aban Jau misalnya pernah dianggap sebagai seorang yang melakukan penghambaan danmeneruskan usaha memenggal kepala, manakala Lang Endang pula dianggap sebagai pengacau ketenteraman dan sering melanggar peraturan kerajaan Brooke.",
"Oleh itu sejarah Sarawak ini perlu ditulis semula menerusi kaca mata anak tempatan.",
"Penulisan ini boleh mengubah perspektif bahawa orang Sarawak juga mampu melakar sejarahyang gemilang.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42056 | Ayam ‘santapan’ pagi ular sawa | [
"SARIKEI: Pelbagai kisah dihubungkaitkan dengan ular saban hari kedengaran di corong telinga kita.",
"Kali ini pula, seekor ayam telah menjadi santapan pagi ular sawa di Pusat Penjaja Nyelong.",
"Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin ketika dihubungi pemberita, sebentar tadi berkongsi pengalaman perkhidmatan khas anggota bomba diseru untuk menangkap ular sawa dalam kandang ayam.",
"“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, PBK II Bakar Ujang dan tiga anggota sekitar 7.54 pagi tadi telah digerakkan ke lokasi.",
"“Ular sawa tersebut didapati telah membaham seekor ayam dalam kandang berjaya dikeluarkan dari kandang ayam dan ditangkap menggunakan alat penjerut ular,” katanya.",
"Pada kebiasaannya, ular sawa akan dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan awam.",
"Oleh EARL ANEK",
"",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27330 | Persaingan dalam Pilihan Raya 1970 | [
"PILIHAN raya merupakan medan parti-parti politik cuba mendapat undi rakyat. Kebiasaannya akan berlaku pertandingan antara parti memerintah dengan parti pembangkang. Namun, di Melaka dalam pilihan raya kali ini, berlaku pertembungan bukan setakat antara parti memerintah dan pembangkang, tetapi antara parti-parti dalam kerajaan, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).",
"Keadaan serupa pernah juga berlaku dalam pilihan raya di Sabah pada tahun lepas apabila parti komponen kerajaan bertemu antara satu dengan lain. Pertembungan di Sabah ini tidak sengit jikalau dibandingkan dengan di Melaka kerana tidak semua kerusi dalam pilihan raya di Sabah itu menyaksikan pertembungan antara mereka.",
"Sejarah tentang pertembungan antara sesama kompenan ini bukanlah satu yang baharu. Situasi sedemikian pernah berlaku di Sabah pada Pilihan Raya Negeri pertama selepas merdeka pada tahun 1967. Ketika itu, komponen parti di Sabah bertembung dalam apa yang dikenali sebagai pertandingan mesra.",
"Di Sarawak juga, keadaan ini pernah juga berlaku antara parti kompenan dalam kerajaan. pilihan raya 1970, adalah pilihan raya pertama menyaksikan kompenan parti kerajaan dalam Kerajaan Negeri bertembung antara mereka.",
"Latarbelakang Parti",
"Parti yang membentuk kerajaan negeri ketika itu dikenali sebagai sebuah gabungan parti tempatan, iaitu Perikatan Sarawak. Parti ini dianggotai oleh Parti Bumiputera, Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Sarawak Chinese Association (SCA).",
"Manakala pembangkang ketika itu ialah Sarawak National Party (SNAP) dan Sarawak United People’s Party (SUPP). Namun demikian, kedua-dua parti ini tidak membentuk pakatan melawan Perikatan Sarawak. Atas sebab itu, mereka bertembung antara satu sama lain pada pilihan raya 1970.",
"Kegagalan Rundingan",
"Sementara itu, Perikatan Sarawak yang memerintah menampakkan persaingan antara parti kompenan dalam pilihan raya 1970. Pesaka dan Bumiputera tidak mempunyai kata sepakat dalam pengagihan kerusi. Akibatnya, kedua-dua parti ini bersaing antara satu dengan yang lain.",
"Pilihan raya 1970 sebenarnya pilihan raya yang tertunda. Sepatutnya pilihan raya di Sarawak ini diadakan pada tahun 1969, bersama dengan pilihan umum di Malaysia. Namun demikian, pilihan raya ini digantung kerana rusuhan kaum di Kuala Lumpur. Kerajaan mengambil keputusan menggantung pilihan raya 1969 dan diadakan semula pada tahun 1970.",
"Akibat daripada kegagalan rundingan pembahagian kerusi itu maka, mereka bertanding sesama sendiri di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Untuk Parlimen pula, kedua-dua parti ini bertembung di enam kerusi.",
"SCA pula tersepit dalam masalah ini dan terpaksa juga berdepan dengan Pesaka apabila Pesaka menentang calon SCA di N26 Binatang dan P141 Bintulu. SCA dan Bumiputera pula tidak mempunyai masalah pembahagian kerusi dan tiada pertembungan antara kedua-dua parti komponen tersebut. ",
"Apa yang peliknya, dalam pilihan raya ini adalah tindakan PESAKA meletak dua calon mereka di N31 Balingian dan N32 Oya. Setakat ini tidak pernah dalam sejarah pilihan raya di Malaysia parti politik meletak dua calon mereka untuk bertanding satu kerusi DUN ataupun Parlimen. ",
"Sebab mereka meletakkan dua calon ini tidak dapat dipastikan sebenarnya. Boleh juga kita mengandaikan usaha ini adalah usaha untuk memecahkan undi pihak lawan.",
"Dalam pilihan raya tersebut, Pesaka menggunakan lambangnya sendiri. Manakala Bumiputera dan SCA menggunakan lambang Perikatan Sarawak. Parti-parti kompenan ini juga terpaksa berdepan pula dengan SUPP dan SNAP serta beberapa orang calon bebas pihak lawan. ",
"Apabila pilihan raya Sarawak digantung pada tahun 1969 dan disambung semula pada tahun 1970, calon yang bertanding tidak berubah. Hanya ada dua calon yang meninggal dunia dan calon-calon tersebut telah digantikan.",
"Keputusan Pilihan Raya",
"Perlawanan antara parti dalam Perikatan Sarawak ini menghasilkan keputusan yang buntu apabila tiada satu parti mendapat majoriti kerusi. Bumiputera, SUPP dan SNAP masing-masing memperolehi 12 kerusi DUN. Manakala Pesaka hanya memenangi lapan kerusi dan SCA pula tiga kerusi.",
"Keputusan pilihan raya itu menunjukkan pertembungan antara parti kompenan Perikatan Sarawak itu gagal meraih kerusi majoriti dengan hanya memperoleh 23 kerusi jika dicampur kesemua kerusi yang dimenangi oleh parti-parti kompenan tersebut. Manakala SUPP dan SNAP menguasai 24 kerusi. Satu kerusi pula dimenangi oleh calon bebas.",
"Bagi kawsan Parlimen pula, lima kerusi dimenangi oleh Bumiputera dan dua oleh SCA. Pesaka pula hanya mendapat dua kerusi. SUPP mendapat tujuh kerusi. SNAP paling banyak memenangi kerusi Parlimen, iaitu sembilan kerusi. Satu kerusi dimenangi oleh calon bebas.",
"Jikalau diamati dengan lebih mendalam tentang corak pengundian dalam pilihan raya ini menunjukkan Perikatan Sarawak mampu menang dengan agak selesa jikalau tidak adanya pertembungan antara mereka. Dalam perkiraan undi dicampur antara parti-parti kompenan tersebut, mereka mampu menambah tiga kerusi. Hal ini membolehkan Perikatan Sarawak mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, iaitu 26 kerusi. ",
"Namun demikian, keadaan ini tidak berlaku. Akhirnya membawa kepada jajaran baharu dalam politik Sarawak pada tahun tersebut.",
"Jajaran Baharu",
"Kebuntuan membentuk Kerajaan Negeri pada ketika itu membawa kepada dua jajaran yang dirancangkan. Pertama adalah jajajaran SUPP, SNAP dan PESAKA membentuk kerajaan negeri. Ketiga-tiga parti ini mampu mendapat 32 kerusi. ",
"Rundingan antara pemimpin parti ini telah digerakkan sejak keputusan pilihan raya dibuat. Namun demikian, tiada kata muktamat tentang pembentukan kerajaan negeri mengikut jajaran ini.",
"Manakala jajaran kedua pula adalah Bumiputera dan SUPP membentuk 24 kerusi. Manakala SCA membantu menambah tiga kerusi yang membolehkan 27 kerusi menyokong jajaran baharu ini. Jajaran kedua ini lebih meyakinkan kerana mendapat sokongan daripada Kerajaan Pusat ketika itu. ",
"Akhirnya, jajaran kedua dipilih untuk membentuk kerajaan baharu dengan Abdul Rahman Ya’akub menjadi Ketua Menteri baharu. Pesaka kemudiannya dijemput menyertai kerajaan baharu ini. Penyertaan Pesaka mengukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Negeri ketika itu.",
"Secara tuntasnya, sejarah persaingan parti politik antara parti kerajaan bukanlah satu perkara baharu. Hal ini telah melakar sejarah sejak akhir tahun 1960-an lagi. Persaingan ini membawa kepada perubahan landskap politik di Sarawak yang mematangkan kepimpinannya sehingga ke hari ini.",
"Dr. Suffian Mansor ialah Pengerusi Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=16262 | MTBC tidak tergesa-gesa cari pengganti Syaidatul Afifah | [
"KONGRES Tenpin Boling Malaysia (MTBC) tidak tergesa-gesa mencari pengganti pemain wanita elit tenpin boling kebangsaan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi yang mengumumkan persaraannya baru-baru ini.",
"Setiausaha Agung MTBC Maradona Chok berkata pembatalan beberapa kejohanan antarabangsa tahun ini disebabkan pandemik COVID-19 adalah antara sebab mereka belum menemui pengganti.",
"Beliau bagaimanapun, percaya skuad sandaran wanita mempunyai kriteria untuk menggantikan tempat Syaidatul Afifah pada masa depan.",
"“Kami merasakan tidak ada keperluan segera untuk mengisi tempatnya kerana kami memiliki skuad sandaran wanita yang kuat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan wakil Majlis Olimpik Malaysia (OCM) mengenai maklum balas Sukan Malaysia (Sukma) di Wisma OCM di sini hari ini.",
"“Lima pemain wanita dalam skuad sandaran kami bermain dengan baik dan mereka setanding dengan skuad elit, tetapi mereka perlu lebih banyak pendedahan dengan bertanding dalam lebih banyak kejohanan antarabangsa,” katanya.",
"Lima pemain wanita berkenaan ialah Fatin Najihah Ahmad Faik, Gillian Lim Siew Giok, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Norkamal dan Nur Syazwani Sahar.",
"Awal bulan ini, Syaidatul Afifah, 29, mengumumkan persaraannya dalam sukan ini selepas 11 tahun berusaha keras membawa kejayaan buat negara, dengan alasan beliau perlukan ‘kerjaya yang lebih stabil’.",
"Mengenai rancangan untuk skuad elit dan sandaran, Chok berkata mereka akan menjalani ‘roll-off’ bulanan bagi memastikan mereka tetap cergas untuk pertandingan tahun depan.",
"Beliau berkata MTBC merancang untuk membuat penggiliran antara skuad elit dengan sandaran bagi pertandingan tahun depan yang dijangka mempunyai jadual ketat.",
"Mengenai mesyuarat hari ini, Chok berkata tiada acara trio dipertandingkan dalam Sukma 2020 di Johor kerana kenaikan kos untuk menganjurkan sukan itu menjadi faktor utama kepada pengecualian itu.",
"Bagaimanapun, beliau berharap acara itu akan dikembalikan pada edisi 2022 untuk melahirkan lebih ramai pemain muda yang berpotensi pada masa depan.",
"Sebelum ini, Selangor, Kedah dan Sabah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah bagi edisi 2022.- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=19838 | Sokongan Belanjawan 2021 bukti kematangan Ahli Parlimen | [
"KUALA LUMPUR: Sokongan kepada Belanjawan 2021 sehingga diluluskan di peringkat dasar semalam membuktikan kematangan Ahli Parlimen dalam membuat keputusan penting dengan meletakkan kebajikan, keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan, mendahului perkara-perkara lain, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.",
"Perdana Menteri berkata, sokongan terhadap belanjawan terbesar dan sangat penting kepada negara itu membolehkan kerajaan melaksanakan segala perancangan perbelanjaan untuk tahun depan dengan teratur dan lancar.",
"“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Belanjawan 2021 telahpun diluluskan Dewan Rakyat hari ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen, terutamanya Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya dalam kenyataan semalam.",
"Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan oleh setiap kementerian, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar semalam.",
"Rang undang-undang itu diluluskan dengan suara majoriti selepas permohonan beberapa Ahli Parlimen untuk undi belah bahagian tidak berjaya apabila hanya 13 ahli Parlimen yang bangun, kurang daripada jumlah diperlukan iaitu 15 orang.",
"Belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkenaan dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November dan seramai 82 Ahli Parlimen terlibat dalam sesi perbahasan.",
"Peruntukan mencecah RM322.5 bilion dicadangkan di bawah belanjawan itu, iaitu jumlah terbesar dalam sejarah negara, bagi membantu kerajaan mendepani pandemik Covid-19 dan impaknya terhadap kehidupan rakyat dan ekonomi negara.",
"Muhyiddin berkata, pendirian Ahli Parlimen berkenaan membuktikan mereka menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahukan ahli politik mengetepikan sementara politiking agar belanjawan diluluskan tanpa gangguan, lebih-lebih lagi dalam keadaan negara sedang bergelut dengan Covid-19.",
"Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Tengku Zafrul dan Kementerian Kewangan yang bertungkus-lumus menyiapkan penggulungan Belanjawan 2021 dengan beberapa penambahbaikan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.",
"“Penambahbaikan ini telah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen yang mengambil bahagian ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 ini dijalankan,” katanya.",
"Tegasnya, kerajaan PN sentiasa bersikap terbuka dalam menerima sebarang pandangan, teguran dan kritikan.",
"Katanya, ini membuktikan kerajaan PN amat prihatin mendengar keluh-kesah rakyat dan responsif terhadap pandangan pelbagai pihak dalam membantu memulih serta menjana semula ekonomi negara yang terkesan teruk oleh pandemik Covid-19.",
"“Semoga Belanjawan 2021 ini akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk mensejahterakan kehidupan rakyat dan negara,” kata perdana menteri. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=37767 | Lawas bakal jadi ‘Mutiara Teluk Brunei’ | [
"LAWAS: Pembinaan tiga projek mega di Utara Sarawak bakal menjadikan Lawas sebagai ‘mutiara baharu; di Teluk Brunei.",
"Projek terbabit ialah Pelabuhan Laut Dalam di Pulau Sari Lawas, lapangan terbang baharu dan sambungan rel keretapi dari Sabah ke Lawas.",
"Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato Henry Sum Agong berkata beliau bersama pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) sudah melakukan kajian awal pembinaan pelabuhan Sari dan perbincangan dengan kerajaan Sabah untuk perkhidmatan keretapi.",
"“Kita telah memulakan segala usaha untuk membina pelabuhan Sari di Lawas dan juga laluan rel keretapi dari Sabah ke Lawas.",
"“Ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi usaha ini akan mengubah masa depan Lawas menjadi hab ekonomi di Teluk Brunei,” katanya pada perasmian Program Sarawakku Sayang oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kampung Long Tuma Lawas hari ini.",
"Henry Sum yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk kerusi Parlimen Lawas menjelaskan bahawa keperluan pelabuhan ini sudah dikemukakan kepada pihak MOT bagi tujuan kajian dan berharap dapat dimasukkan dalam peruntukan separuh penggal perbelanjaan negara tahun depan.",
"Mengenai perkhidmatan keretapi, katanya, beliau sudah menerima permintaan dari kerajaan Sabah melalui MOT bagi meneruskan rel keretapi dari negeri itu terus ke Lawas.",
"“Masa depan kita nampak lebih cerah seperti Mutiara di Teluk Brunei kerana akan menjadi sebuah lokasi aktiviti ekonomi dengan jiran di Teluk Brunei itu sendiri dan juga negara jiran di Indonesia sebelah Kalimantan.",
"“Di Kalimantan juga sedang rancak berjalan pembinaan ibu negara baru di Pangkaraya dekat dengan Ba’ Kelalan di Lawas,” katanya.",
"Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) Datuk Gerawat Gala dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.",
"Oleh ADENG EDRUS",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=26028 | 8,868 remaja di Bahagian Miri telah divaksin | [
"MIRI: Seramai 8,868 remaja berusia 16 hingga 17 tahun di Bahagian Miri telah menerima vaksin Covid-19.",
"Kesemua remaja terbabit adalah dari Daerah Miri, Daerah Subis, Daerah Marudi, Daerah Beluru dan Daerah Telang Usan.",
"Menteri Bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, berdasarkan data yang diperolehi daripada Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Subis dan Pejabat Pendidikan Daerah Baram (meliputi Daerah Marudi, Beluru dan Telang Usan), seramai 11,076 orang pelajar dijadualkan untuk menerima Dos 1 suntikan vaksin Covid-19 dan seramai 488 orang remaja berumur 16 hingga 17 tahun yang tidak bersekolah hadir secara “walk-in” yang diadakan serentak bermula 10 hingga 12 September 2021 di kesemua PPV yang telah ditetapkan di Bahagian Miri.",
"Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 2,706 orang pelajar tidak divaksin dan antara faktor atau sebab pelajar tersebut belum divaksin adalah kerana mereka tidak hadir ke PPV, mempunyai kontraindikasi (tanda bahawa vaksin tidak boleh diberikan kerana kesan mudarat), enggan menerima vaksin serta mempunyai ko-morbid obesiti.",
"“Daripada lawatan saya ke pusat vaksin pada Jumaat lepas, saya telah mendapat maklum balas daripada pengetua dan guru besar iaitu kira-kira 10% pelajar tidak dapat divaksin di PPV Awam kerana mempunyai komorbid obesiti.",
"“Kalau mengikut garis panduan vaksinasi remaja, mana-mana remaja yang mempunyai komorbid obesiti atau mana-mana komorbid yang disenaraikan hendaklah dilaksanakan suntikan vaksinasi di hospital.",
"“Seorang Pengetua dari Sekolah Menengah pula ada memaklumkan saya daripada 440 pelajar, 48 orang pelajar tidak dapat diberikan suntikan vaksin di PPV Awam, ini kerana mereka juga mempunyai komorbid obesiti dan akan dirujuk ke Hospital Miri bagi suntikan vaksinasi.",
"“Pihak PPD dan Sekolah telah memberikan senarai remaja dengan ko-morbid obesity ini untuk vaksinasi di Hospital Miri,” katanya.",
"Lee yang juga merupakan Menteri Pengangkutan Sarawak berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, semalam.",
"Terdahulu, sebanyak 30 sekolah menengah di Bahagian Miri terlibat dengan pemberian imunisasi Covid-19 remaja berumur 16 hingga 17 tahun selama tiga hari bermula 10 hingga 12 September 2021 iaitu masing-masing 19 buah sekolah menengah di Daerah Miri, lima di Daerah Subis dan selebihnya di kawasan Baram iaitu di Daerah Marudi, Daerah Beluru dan Daerah Telang Usan.",
"",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=770 | Ulang kaji pelajaran di ruai | [
"NIAH: Cuti persekolahan yang dilanjutkan susulan pelanjutan\narahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April depan satu tempoh\nyang panjang.",
"Pelanjutan cuti sekolah itu penting dan tidak boleh dipandang ringan. Ini\nsatu usaha dalam menjaga keselamatan anak-anak di sekolah rendah daripada\nterjangkit wabak Covid-19 yang bahaya.",
"Tuai Rumah\n(TR) Ayai Sawing dari Zon Saeh ketika\ndihubungi semalam berkata, anak-anak rumah panjang telah lama tidak ke sekolah\ndan mendatangkan kebimbangan tentang pembelajaran mereka.",
"Katanya, oleh kerana pentingnya pembelajaran beliau menggalakkan mereka\n(anak-anak) mengadakan ulang kaji di ‘ruai’ rumah panjang.",
"“Kemasukan semula ke sekolah masih belum pasti lagi ekoran arahan PKP\nyang masih berterusan sehingga 14 April depan.",
"“Jika dilanjutkan PKP selepas 14 April nanti, maka semakin panjang\ncuti persekolahan, sekali gus\nmembimbangkan ibu bapa tentang pembelajaran anak mereka,” jelasnya.",
"Apa yang penting penduduk rumah panjang Zon Saeh harus bekerjasama mematuhi\narahan PKP dalam menghapuskan rangkaian wabak Covid-19, tambahnya.",
"Sehubungan itu, ulang kaji yang dibuat oleh anak-anak rumah panjang di sini\nsentiasa dikawal oleh ibu bapa dan tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan (SK)\nSungai Saeh, jelasnya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27530 | Akses pasaran global melalui ICP,MRT Corp | [
"KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat tempatan telah mendapat akses pasaran antarabangsa melalui Program Kolaborasi Industri (ICP) bagi projek Transit Aliran Massa (MRT) dengan nilai RM88.3 juta.",
"Ketua Pegawai Kewangan MRT Corp, Shahrul Fadli Omar berkata, program ICP bagi projek MRT juga membuka peluang pekerjaan kepada lebih 4,200 individu di samping memberikan manfaat kepada lebih 300 syarikat tempatan sehingga kini.",
"Beliau berkata, set tren ke-49, iaitu set tren elektrik terakhir bagi Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), juga mempunyai kandungan tempatan sebanyak 60 peratus berbanding dengan set tren yang sebelum ini termasuk bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).",
"“Melalui penghantaran set tren elektrik terakhir hari ini oleh syarikat SMH Rail Sdn Bhd ke MRT Depoh Serdang ini, kita menjangkakan Laluan SSP dapat beroperasi seperti yang dijadualkan pada Januari 2023,” katanya selepas majlis meraikan penyempurnaan inisiatif ICP: Pengilangan Tren Elektrik di bawah Projek MRT Laluan Putrajaya di Serdang, pada Sabtu.",
"Beliau berkata masih terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan termasuk proses kejuruteraan dan sistem ujian sebelum tren itu dapat beroperasi.",
"Sementara itu,, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Depositori Teknologi (TDA) Dr Sharoul Jambari berkata, pelaksanaan ICP di bawah projek MRT Laluan SSP merupakan kesinambungan kepada inisiatif yang sama semasa projek MRT Laluan SBK.",
"Perlaksanaannya telah menyumbang dari segi ouput kepada ekonomi sebanyak RM2 bilion berbanding yang dilaburkan berjumlah RM1.06 bilion, katanya.",
"Pada majlis itu, kerjasama Inisiatif ICP: Pemindahan Teknologi dan Kepakaran bagi pengilangan tempatan komponen rel ‘Cab Mask’ dan ‘Coupler Hatch’ syarikat Hyundai-Rotem dan Nova FRP Sdn Bhd turut dimeterai.",
"MRT Corp menjelaskan kerjasama tersebut, yang dianggarkan mempunyai nilai impak sebanyak RM258 juta, akan membolehkan syarikat tempatan memiliki kepakaran dan keupayaan untuk memenuhi keperluan operasi dan penyelenggaraan pada masa hadapan selain terlibat dalam rantaian bekalan global.",
"– Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30026 | Perdana Menteri tiba untuk lawatan rasmi ke Kemboja | [
"KETIBAAN… Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh bagi mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Kemboja semalam. Ketibaan Ismail Sabri disambut Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Othsman Hassan yang mewakili Kerajaan Kemboja. Othsman juga merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam di Kemboja. • Foto BERNAMA",
"PHNOM PENH: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kemboja semalam untuk lawatan rasmi dua hari bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang terjalin selama 65 tahun selain daripada perdagangan dan peluang pelaburan serta pergerakan rakyat antara kedua-dua negara.",
"Lawatan beliau ke Kemboja adalah atas jemputan rakan sejawat, Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen.",
"Ketibaan Ismail Sabri di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada 5.20 petang waktu Malaysia disambut Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Othsman Hassan yang mewakili Kerajaan Kemboja. Othsman juga merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam di Kemboja.",
"Perdana Menteri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif dan pegawai kanan kerajaaan.",
"Beliau akan memulakan lawatan rasminya Khamis ini dengan melawat tugu peringatan kemerdekaan dan meletakkan kalungan bunga diikuti dengan satu lagi upacara meletak kalungan bunga di Monumen Preah Borom Ratanak Kaudh yang didirikan untuk memperingati mendiang Raja Norodom Sihanouk di kawasan sama.",
"Ismail Sabri juga akan diberikan sambutan rasmi dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, diikuti dengan acara lintas hormat diiringi Hun Sen di Peace Palace Phnom Penh.",
"Kedua-dua pemimpin akan mengadakan pertemuan empat mata untuk membincangkan hubungan dua hala, isu serantau selain daripada kerjasama di peringkat antarabangsa. ",
"Perdana Menteri juga dijadualkan menghadiri majlis mengadap Raja Kemboja, Baginda Norodom Sihamoni, bertempat di Istana Negara sebelum berlepas ke Bangkok, Thailand.",
"Antara syarikat Malaysia yang beroperasi di sini ialah Maybank, CIMB Bank, Public Bank, Hong Leong Bank, Smart Axiata, Muhibbah Engineering, Sunway International, Nagaworld dan Leader.",
"Terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia menetap di Kemboja dan 2,000 daripadanya berada di ibu kota Phnom Penh. — Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31281 | Nilai jualan sektor pembuatan tumbuh 11.2 peratus | [
"PERTUMBUHAN nilai jualan pada Februari 2022 dipacu oleh subsektor produk makanan, minuman dan tembakau (16.4 peratus) terutama dalam industri pembuatan produk makanan.",
"KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Februari 2022 berjumlah RM131.6 bilion, tumbuh sebanyak 11.2 peratus berbanding bulan yang sama 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).",
"Menurut kenyataan, DOSM menjelaskan bagaimamapun, nilai jualan ini susut sebanyak 5.3 peratus berbanding dengan bulan sebelumnya.",
"Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan nilai jualan pada Februari 2022 dipacu oleh subsektor produk makanan, minuman dan tembakau (16.4 peratus) terutama dalam industri pembuatan produk makanan.",
"“Pengembangan ini juga didorong oleh subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik (12.6 peratus) yang disokong oleh industri pembuatan kok dan produk petroleum bertapis, dan subsektor produk peralatan elektrik dan elektronik (9.8 peratus) terutama dalam industri pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal,” katanya bagi mengulas laporan Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia, Februari 2022 yang dikeluarkan DOSM pada Isnin.",
"Beliau berkata, nilai jualan bagi industri berorientasikan eksport yang menyumbang sebanyak 71.2 peratus kepada jumlah nilai jualan merekodkan peningkatan 12.7 peratus manakala industri berorientasikan domestik mencatatkan kenaikan 7.6 peratus pada Februari 2022 berbanding bulan yang sama 2021.",
"“Pertumbuhan nilai jualan bagi industri berorientasikan eksport adalah selari dengan trend eksport perdagangan luar negara serta faktor harga yang kekal memberangsangkan,” katanya.",
"Beliau berkata, bagi perbandingan bulan ke bulan, industri berorientasikan eksport merekodkan penurunan 5.1 peratus manakala industri berorientasikan domestik turut susut 5.7 peratus.",
"Mohd Uzir berkata, jumlah pekerja sektor pembuatan pada Februari 2022 adalah 2,275,927 orang, meningkat 2.1 peratus berbanding 2,228,415 orang pada Februari 2021",
"Beliau berkata, peningkatan ini disumbangkan oleh produk elektrik dan elektronik (4.7 peratus); produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (3.2 peratus); dan produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (1.7 peratus).",
"Laporan tersebut juga menyatakan jumlah gaji dan upah yang dibayar adalah RM7.81 bilion meningkat 3.9 peratus atau RM293.0 juta pada Februari 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.",
"Di samping itu, nilai jualan per pekerja meningkat 8.8 peratus kepada RM57,838 berbanding bulan yang sama 2021 (Februari 2021: RM53,138).",
"Sementara itu, purata gaji dan upah setiap pekerja adalah RM3,429 pada Februari 2022, jelas DOSM. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17982 | Galeri Kraf Warisan Purba simpan 10,000 artifak | [
"SEORANG peniaga pasar malam tidak kisah menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk membiayai hobinya mengumpul artifak bersejarah termasuk sebilah pedang dianggar berusia 300 tahun yang dipercayai digunakan untuk memancung kepala pesalah pada zaman itu.",
"Mohamad Fauzi Kamaruddin, 38 berkata beliau mula mengumpul barang bersejarah sejak usia belasan tahun dan menjadikan kediamannya di Jalan Kuala Krai di sini sebagai galeri yang dinamakan Galeri Kraf Warisan Purba untuk menempatkan lebih 10,000 artifak miliknya.",
"Ketika penulis menjejakkan kaki di kediaman lelaki itu, mata terpukau melihat pelbagai artifak seperti pedang, keris, lembing, ukiran pintu dan tingkap, cincin, pinggan mangkuk termasuk basikal lama yang dipamerkan.",
"“Artifak ini yang sebahagian besar merupakan tinggalan zaman Kesultanan Melayu Kelantan dan Patani, kini tidak ternilai harganya dan saya kumpul untuk ditatap generasi muda.",
"“Lihat pedang yang dipanggil `Pedang Hukuman’ ini yang dianggar berusia 300 tahun, masih ada kesan darah dan dipercayai digunakan untuk memancung kepala pesalah pada zaman tersebut,” katanya sambil menunjukkan pedang yang panjangnya lebih satu meter tersebut kepada penulis.",
"Turut hadir pada pertemuan itu Pengerusi Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan Alwi Yusof.",
"Mohamad Fauzi berkata antara koleksi beliau yang disifatkan unik ialah sembilan bilah keris lama yang dibuat oleh penempa terkenal dari tanah Jawa digelar ‘Pandai Saras’, lebih 100 tahun lalu.",
"“Dikatakan penempa ini pernah menetap di Kelantan bagi membuat senjata untuk panglima Istana Kelantan ketika itu,” katanya.",
"Koleksi lain ialah beberapa bilah kapak kecil yang dipercayai pernah digunakan oleh pengikut Tok Janggut ketika menentang British di Pasir Puteh.",
"Mohamad Fauzi juga tidak keberatan sekiranya ada mana-mana pihak berhasrat membuat kajian terhadap artifak yang dimilikinya itu demi manfaat bersama.",
"Sementara itu, Alwi berkata koleksi Mohamad Fauzi, terutamanya pedang dan keris terbabit, adalah barang bersejarah yang tidak ternilai dan pihaknya bercadang mempamerkan artifak tersebut di venue yang sesuai termasuk muzium.",
"Alwi yang juga Ahli Lembaga Muzium Negeri Kelantan turut berpandangan kajian perlu dilakukan ke atas artifak terbabit bagi memastikan warisan sejarah negeri itu tidak lenyap begitu sahaja.",
"Seorang peminat artifak, Anuar Mohd Zin, 35, meluahkan rasa kagum terhadap koleksi milik Mohamad Fauzi.",
"Ada antara artifak itu yang tidak pernah dilihat oleh generasi sekarang seperti kukur kelapa, topi askar British ketika zaman Jepun dan senjata lama seperti lawi ayam dan buku lima, katanya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25119 | Ambil iktibar sempena awal Muharam | [
"SARIKEI: Awal Muharam merupakan hari yang amat penting bagi umat Islam kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam Islam serta iktibar di sebalik peristiwa Hijrah.",
"Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, oleh itu, teruskan berazam dan berusaha dengan lebih gigih lagi.",
"“Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk terus berazam dan berusaha lebih gigih lagi dan berdoa semoga segala usaha dan impian kita dapat direalisasikan.",
"“Dalam masa sama, semoga kita terus tidak berputus asa dan berdoa pada hari bersejarah tahun baru ini agar wabak Covid-19 dapat diputuskan rantaiannya dan seterusnya terhapus dengan segera dari muka bumi ini. Selamat menyambut Awal Muharram/ Maal Hijrah 1443 Hijrah,” katanya.",
"Dalam pada itu, baru-baru ini, Len Talif",
"telah mengadakan taklimat dan perbincangan bersama pengerusi-pengerusi masjid dan surau di pejabat Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Sarikei.",
"“Taklimat dan perbincangan antara lain memfokuskan tentang perkembangan kerja-kerja di Tapak Perkuburan Islam Baharu Sarikei, penambahbaikan Masjid Al-Mutaqqim dan pelupusan Al Quran bertempat di pejabat Agama Islam Sarikei.",
"“Insyaallah, Tanah Perkuburan Baharu Sarikei boleh digunakan secara rasmi Oktober ini setelah kerja-kerja penyelenggaraan siap terutamanya kerja-kerja jalan berturap, rumah wakaf dan kemudahan-kemudahan lain,” ujarnya.",
"Len Talif yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Rajang juga berkata, beliau turut meninjau status terkini pelaksanaan projek naik taraf Masjid Al- Muttaqin selepas menunaikan solat Jumaat.",
"Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan baitulmal kepada golongan asnaf.",
"Oleh EARL ANEK",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28748 | Tengku Puteri Iman Afzan hadir program GREAT | [
"KUALA LUMPUR: Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan hadir ke program latihan advokasi The Green Ribbon Effective Agent Training (GREAT) di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini, semalam. ",
"Projek GREAT merupakan program dua hari bermula semalam bertujuan membimbing peserta terdiri daripada penuntut universiti tentang cara dan langkah dalam memberi bantuan awal kepada individu yang mengalami tekanan mental. ",
"Tengku Puteri Iman Afzan meluangkan masa lebih sejam pada sesi pembentangan oleh 30 peserta program terdiri daripada penuntut Universiti Malaya selain menyampaikan sijil penyertaan kepada mereka. ",
"Pengasas perusahaan sosial Green Ribbon Group itu, turut meluangkan masa beramah mesra dengan peserta dan bertukar pandangan berkenaan isu kesihatan mental. ",
"Tengku Puteri Iman Afzan sebelum ini dilantik sebagai Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia (WFMH) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).",
"Sementara itu, Pengarah projek GREAT Syahida Zulkarnain berkata peserta program dilatih untuk menyumbang idea dan cadangan dalam memberi kesedaran kepada komuniti tentang kesihatan mental. ",
"“Peserta juga diberi latihan dan pendedahan berkenaan cara memberi sokongan kepada individu yang mengalami tekanan dan diharap dapat menjadi duta bagi memberi advokasi berkenaan isu ini kepada komuniti di kampus masing-masing,” katanya.— Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38846 | SPR disaran letakkan pusat mengundi di lokasi selamat | [
"LAWAS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadang supaya melihat semula beberapa kawasan di pusat mengundi yang perlu ditambah atau berada dilokasi selamat.",
"Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melahirkan kerisauan melihat kepada keadaan cuaca yang tidak menentu dan boleh menjejaskan proses demokrasi pilihan raya.",
"“Kita harap SPR dapat menambah jumlah pusat mengundi di kawasan seperti Ba’kelalan kerana ini mampu mempercepatkan proses mengundi,” katanya selepas mengundi di SK Seberang Kampung Dato Kuala Lawas hari ini.",
"Tengah hari semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pusat mengundi di beberapa kawasan yang dilanda banjir di utara Sarawak, terpaksa ditukar ke lokasi lain.",
"Ini bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), hari ini berikutan masalah banjir dan kabus tebal.",
"Awang Tengah turut berharap jumlah peratus mereka yang turun mengundiu bagi kawasan Dewan Undangan Bukit Sari akan bertambah meningkat pada sebelah petang.",
"Beliau bersyukur proses pengundian di Lawas berjalan lancar, semua pihak telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan komited.",
"“Pada kali ini keadaan berbeza dengan keadaan semasa pandemik Covid-19, ramai yang datang untukj mengundi kerana sempadan pun telah dibuka.",
"“Saya juga berkesempatan bertemu dengan ramai kawan yang telah lama tidak berjumpa dan PRU ini juga menjadi ruang untuk kita mengukuhkan perhubungan setelah lama tidak berjumpa,” katanya.",
"Oleh ADENG EDRUS",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23848 | Empat lagi individu dipanggil bantu siasatan | [
"KOTA BHARU: Empat lagi individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis mengenai majlis hari raya yang diadakan di rumah seorang ahli politik di Machang, dekat sini pada Aidilfitri baru-baru ini.",
"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata, ini menjadikan seramai sembilan individu telah diambil keterangan setakat ini.",
"“Dalam pada itu, polis juga akan mengambil keterangan daripada beberapa lagi individu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.",
"Pada 19 Mei lepas, lima individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung aktiviti ‘ziarah raya’ membabitkan seorang ahli politik selepas polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan perkara itu, 15 Mei lalu.",
"Laporan dibuat berdasarkan penularan beberapa keping gambar ahli politik melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan ziarah raya, selain kesalahan tidak memakai pelitup muka.",
"Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.",
"— Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27601 | Eropah, Australia terus bergolak | [
"THE HAGUE: Puluhan ribu penduduk mengadakan tunjuk perasaan di sekitar bandar di seluruh Eropah dan Australia bagi membantah sekatan Covid-19 yang dikuatkuasakan.",
"Kemarahan penduduk memuncak terhadap sekatan baharu Covid-19 yang dilaksanakan akibat pandemik kembali melanda. ",
"Polis di Belanda berdepan malam kedua rusuhan, kali ini di The Hague selepas keganasan berlaku pada malam sebelumnya di bandar pelabuhan Rotterdam.",
"Pertempuran tercetus sehari selepas protes aman diadakan di beberapa tempat lain di Belanda.",
"Dalam rusuhan baharu di The Hague, penunjuk perasaan melemparkan batu dan bunga api ke arah polis serta membakar basikal. ",
"Polis yang dilengkapi dengan peralatan rusuhan cuba meredakan kumpulan penunjuk perasaan dan meriam air digunakan untuk memadamkan sejumlah basikal yang terbakar. ",
"Dilaporkan, lima anggota polis cedera dan sekurang-kurangnya tujuh penunjuk perasaan ditahan.",
"Rusuhan juga meletus di tengah bandar Urk dan beberapa bandar di selatan wilayah Limburg.",
"Menurut laporan media Belanda, penunjuk perasaan juga mengganggu dua perlawanan bola sepak yang dianjurkan secara tertutup akibat sekatan Covid-19.",
"Kekacauan itu berlaku sehari selepas polis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di Rotterdam.",
"Sekurang-kurangnya tiga orang cedera dan 51 ditahan di Rotterdam.",
"Eropah ketika ini berdepan gelombang baharu jangkitan dengan beberapa negara sudah mengetatkan sekatan termasuk Austria mengenakan perintah berkurung separa di seluruh negaranya. ",
"Langkah itu dilihat sebagai sekatan paling dramatik di Eropah Barat selama beberapa bulan.",
"Minggu lalu, Belanda kembali melaksanakan sekatan pergerakan selama tiga minggu bagi membendung penularan Covid-19 dengan melarang individu belum menerima suntikan vaksin memasuki beberapa lokasi yang digelar sebagai 2G.",
"Ribuan penunjuk perasaan yang berang dengan langkah baharu kerajaan berhimpun di Amsterdam.",
"Ribuan lagi pula berarak di sepanjang bandar Breda berhampiran sempadan Belgium dengan membawa sepanduk tertera slogan ‘tiada perintah berkurung’.",
"Menurut penganjur, Joost Eras, mereka menentang rancangan Perdana Menteri, Mark Rutte untuk mengecualikan individu belum divaksin daripada memasuki bar dan restoran.",
"“Rakyat mahu hidup dan atas sebab itulah kita berada di sini. Kami bukan perusuh sebaliknya kami hadir secara aman,” katanya.",
"Di Austria, kira-kira 400,000 penduduk melakukan protes di tengah Vienna berhampiran Canselori berikutan gesaan parti berhaluan kanan FPO. ",
"Penunjuk perasaan membawa sepanduk yang mengecam ‘pemerintahan diktator korona’ dan menyelar ‘perpecahan masyarakat’.",
"“Ini bukan perkara biasa dan kerajaan merampas hak kami,” kata seorang guru, Katarina Gierscher, 42, yang melakukan perjalanan selama enam jam untuk menghadiri protes itu.",
"Sejumlah penunjuk perasaan turut mengenakan bintang berwarna kuning yang tertera perkataan ‘belum divaksin’ pada pakaian mereka.",
"Simbol bintang kuning itu dikaitkan dengan masyarakat Yahudi yang dipaksa memakai lencana ‘bintang Yahudi’ semasa era Nazi.",
"Bermula hari ini, seramai 8.9 juta warga Austria tidak dibenarkan keluar dari rumah kecuali untuk bekerja, membeli barangan keperluan dan bersenam.",
"Sekatan itu akan dilaksanakan selama 20 hari dengan penilaian dibuat selepas 10 hari dan suntikan vaksin Covid-19 di negara Alpine itu akan diwajibkan bermula 1 Februari tahun depan.",
"Ribuan penunjuk perasaan turut berarak di Zagreb, Croatia manakala di Denmark, kira-kira 1,000 orang membantah rancangan kerajaan untuk mengenakan semula pas Covid-19 bagi penjawat awam yang akan bekerja.",
"Sementara itu, di Australia, kira-kira 10,000 penduduk berarak di Sydney dan beberapa protes diadakan di beberapa bandar utama lain bagi membantah keputusan kerajaan negeri menggunakan mandat vaksin terhadap pekerja tertentu. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=40697 | Menenun Citra Budaya dan Sudut Pandangan Menerusi Cerpen “Kain Songket Suri” | [
"Oleh Abang Median Abang Said",
"PERTEMBUNGAN nilai dan budaya selalunya dikaitkan antara dua subjek yang bertentangan – selalunya antara sudut moden dan tradisi – yang menimbulkan konflik pilihan antara watak yang menggerakkan binaan plot dalam sesebuah karya. Namun menerusi cerpen “Kain Songket Suri” karya RatnaDewi Asmara, pertembungan pilihan itu melibatkan elemen tradisi, iaitu antara menenun songket dan kelangsungan sebagai penari tradisional. Pertembungan itulah yang menjadi tema dan konflik yang cuba ditenun oleh pengarang dalam karyanya. Persoalannya, adakah tenunan yang dilakukan oleh pengarang itu dilakukan dengan penuh teliti dan berseni untuk mengangkat nilai estetika dalam karya berkenaan? Keistimewaan dan keindahan kain tenunan Melayu terletak pada corak tenunan yang menggambarkan kehebatan penenun dan pereka. Setiap corak diinspirasikan daripada alam semula jadi yang diolah dan disusun untuk mencantikkan satu-satu tenunan sekali gus menyerlahkan sisi nilai estetikanya dengan menitikberatkan ciri kehalusan, ukiran, keseimbangan, keharmonian, keindahan dan ketenangan yang menjadi asas kesenian masyarakat Melayu. Semua elemen tersebut mempunyai keselarian dengan keistimewaan dan keindahan dalam karya yang menitikberatkan tema, persoalan, binaan plot, teknik plot, latar, nilai serta pengarang yang cuba ditulis oleh pengarang. Antara si penenun dan pengarang mempunyai kesinoniman yang tersendiri.",
" Watak Suri dalam cerpen ini mengalami kesukaran membuat pilihan sama ada untuk mengikuti minat ibunya dengan menjadi guru tarian kerana ibunya dahulu juga merupakan seorang penari yang berbangsa Kedayan Brunei. Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk menyingkap saat perkenalan dan perhubungan cinta antara ibu Suri – Dayangku Sari dengan Awangku Azman. Perkahwinan tersebut tidak mendapat restu daripada nenek Suri, iaitu Nurmala. Dia tidak menyukai menantunya yang merupakan seorang penari. Pengarang cuba menyisipkan unsur saspens dengan ayat berikut: Kesilapan masa lalu meragui keputusannya untuk menerima Dayangku. Pembaca tertanya-tanya, apakah kesilapan masa lalu yang mempengaruhi keputusan dan tindak-tanduk Nurmala yang menolak kehadiran ibu Suri. Minat Suri yang dipupuk untuk menjadi penari oleh ibunya telah menebalkan lagi perasaan tidak puas hati pada Nurmala. Dia tidak mengizinkan satu-satu cucunya untuk menjadi seorang penari. Nurmala mahu Suri mengikut jejaknya menjadi seorang pengusaha kain songket dan keringkam. Semuanya hadir daripada usahanya berpuluh-puluh tahun yang lalu dengan menenun setiap motif halus pada kain yang diperbuat dari benang emas.",
"Sama ada disedari oleh pengarang atau tidak, pengarang cuba menunjukkan pertembungan budaya antara masyarakat Kedayan Brunei dan masyarakat Melayu Sarawak. Masyarakat Melayu Sarawak berbangga dengan seni sulaman keringkam pada selendang dan selayah yang menjadi antara warisan penting dalam busana tradisi untuk terus dipelihara supaya keunikannya dapat dikekalkan. Besarnya peranan keringkam bukan sekadar pelengkap busana semata-mata, malah dilihat sebagai simbolik penting dalam adat istiadat Melayu Sarawak yang menandakan ketinggian status seseorang wanita atau gadis. Seiring peredaran waktu, selendang keringkam turut dimiliki golongan biasa dan dilihat sebagai busana wajib dalam setiap keluarga Melayu Sarawak sehinggakan ada yang menjadikan selendang ini sebagai harta pusaka untuk diwariskan daripada satu generasi ke generasi seterusnya seperti yang cuba dilakukan oleh Nurmala terhadap cucunya, Suri. Cabaran bagi setiap ‘khazanah’ yang perlu dipertahankan pastinya berkait dengan penenun atau penyulam keringkam itu sendiri yang diancam kepupusan apabila golongan muda hari ini tidak sudi mewarisi kemahiran generasi terdahulu kerana memerlukan ketelitian. Perkara ini turut dikongsikan oleh watak Sari dalam cerpen ini:",
"“Ibu mahu kamu jadi seorang penari bukan menjadi pengusaha penenun songket. Ibu tak mahu kamu susah payah mempelajari songket yang agak rumit itu,” Dayangku cuba mempengaruhi minda Suri.",
" Percanggahan pendapat antara Dayangku Sari dan Nurmala membuatkan hubungan mereka sebagai menantu dan ibu mentua terasa asing. Pertembungan antara budaya dan dua kemahuan yang berbeza cuba memisahkan hubungan cinta dan keakraban dalam sebuah keluarga.",
" Dalam cerpen ini, keruwetan konflik yang dialami oleh Suri semakin menanjak apabila dia berasa tersepit. Dalam usianya yang mencecah 20 tahun, dia keliru dengan keputusan yang diambilnya. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu membantah setiap perintah ibunya. Dia tidak mahu melukai hati Ibunya. Pengarang menggunakan teknik imbas kembali apabila Suri teringat dengan ceramah dari ustazah pada zaman persekolahannya dahulu :",
"“Jangan pernah menyakiti atau melukai hati seorang ibu, yang telah susah payah melahirkan kita. Jangan membantah setiap perintahnya, jika ia tidak bertentangan dengan hukum agama.”",
" Cuma perkara ini boleh dipersoalkan oleh pembaca. Bukankah keinginan ibunya untuk Suri menjadi penari yang tentunya akan mendedahkan aurat Suri sebagai wanita Muslim adalah merupakan sesuatu yang bertentangan dengan agama? Ada lompang terhadap kelogikan yang dibina oleh pengarang dalam aspek pembinaan plot.",
" Pada pertengahan cerpen, pengarang cuba merungkaikan persoalan yang mungkin menjadi selirat yang menjerut pemikiran dan persepsi pembaca. Penentangan Nurmala untuk menghalang cucunya, Suri menjadi penari adalah disebabkan sejarah dalam keluarganya tatkala kakak kepada ayah Suri (juga merupakan seorang penari) pernah dirasuk oleh ‘jin penari’ hingga menyebabkan kematiannya. Dia mengamal ilmu ghaib iaitu dengan meminta perlindungan daripada dua alam dan melakukan pemujaan sebagai menghormati setiap perlindungan yang diberikan. Nenek Suri tidak membenarkan arwah kakak ayah Suri mengamalkan ilmu tersebut kerana perbuatan itu hanya memakan diri. Namun demi meneruskan hasratnya untuk menjadi seorang penari, arwah kakak ayah Suri sanggup menyembah dan memuja makhluk halus demi kelihatan cantik sewaktu membuat persembahan. Teguran nenek Suri – Nurmala – begitu jelas diungkapkan oleh pengarang yang menjadi leitmotif pada penghasilan karya ini :",
"“Bonda, tak izinkan kamu guna ilmu itu. Kamu tahu itu boleh membahayakan diri kamu suatu hari nanti. Dan boleh memakan diri kamu sendiri. Cukup! Jangan buat perkara yang mensyirikkan Allah!” Nenek Suri bersuara tegas untuk melarang arwah kakaknya mengambil ilmu hitam demi untuk kepuasan hati sendiri.",
" Perbuatan syirik yang dilakukan oleh watak tersebut telah memakan diri apabila dia terlupa ‘memberi makan’ atau membuat pemujaan sambil menari seperti yang sering dilakukannya sehingga dia dirasuki oleh makhluk halus. Nurmala seperti hilang kewarasan apabila mengetahui masalah tersebut. Dia telah memanggil seorang ustaz untuk mengubati penyakit misteri itu. Namun malangnya, ustaz tersebut tewas. Ustaz itu tidak dapat menyelamatkan arwah kakak ayah Suri.",
"Dalam penulisan karya terutama sekali di Malaysia, penerapan nilai atau citra yang positif sangat dituntut kepada pengarang. Namun dalam cerpen ini, pengarang memberikan kemenangan tersebut kepada elemen negatif. Lagipun, pengarang seolah-olah memberikan gambaran bahawa kematian itu disebabkan oleh makhluk halus itu. Di mana kekuasaan dan kudrat Allah? Dalam Laporan Hadiah Sastera Perdana Malaysia, elemen negatif yang terdapat dalam karya (biarpun itulah realiti yang cuba diangkat oleh pengarang) boleh menyebabkan sesebuah karya itu ditolak daripada menerima anugerah. Tentunya perkara ini berbeza dengan anugerah penulisan di negara barat seperti Man Booker Prize, The Pulitzer Prize dan sebagainya. Pengarang perlu berhati-hati menangani binaan plot yang sedemikian rupa pada masa akan datang.",
"Masalah yang dialami oleh anaknya suatu ketika dahulu menyebabkan Nurmala cuba menghalang cucunya, Suri untuk menjadi penari. Dia tidak mahu Suri mengulangi kesilapan yang sama. Dia masih berusaha untuk memujuk Suri meneruskan usahanya dalam seni tenunan songket. Namun, Suri masih teguh dengan pendiriannya yang lebih meminati bidang tarian. Pengarang menggunakan teknik dialog untuk melontarkan pandangan Suri :",
"“Sejujurnya, saya tidak minat untuk belajar dan teruskan perjuangan membuat songket, nenek. Kerja ini sangat rumit. Saya tidak minat kerja yang halus sebegini! Saya minat menari! Bakat yang saya ada lebih ke arah menari!” Suri menghela nafas yang berat di kerongkong tekaknya. Helaan nafas yang sangat berat itu sepertinya sudah dihidu oleh nenek Suri. Wajahnya bertukar muram. Seakan kecewa mendengar luahan kata-kata Suri.",
" Pengarang cuba meningkatkan ketegangan dalam cerpen ini apabila Ayu – seorang pekerja Nurmala telah melaporkan masalah syarikat mereka yang kekurangan pekerja. Masalah ini menyebabkan tahap kesihatan Nurmala yang turut mempunyai masalah jantung dan darah tinggi kian terjejas. Suri yang bimbang dengan tahap kesihatan neneknya akhirnya nekad untuk mengubah keputusannya dengan menerima amanah untuk meneruskan perusahaan songket neneknya. Pengarang tidak menggambarkan dengan jelas sama ada kegembiraan yang dialami oleh Nurmala itulah yang menyebabkan kematiannya. Adakah dia diserang sakit jantung dengan keputusan Suri? Cuma ibu Suri terkilan dengan pemergian ibu mentuanya kerana konflik antara mereka berlarutan sehingga ke akhir hayatnya. Bagi pengarang, ibu Suri perlu memberi keizinan kepada Suri untuk mewarisi kemahiran penenunan songket sebelum Nurmala meninggal dunia.",
" Tema dan persoalan yang dipilih oleh pengarang telah mengangkat tentang pertembungan budaya yang cuba merenggangkan kasih sayang dalam sebuah keluarga. Sebagai penulis muda, pengarang berani mengangkat tentang tema serius yang berat dengan elemen budaya. Cuma pengolahan pengarang masih di peringkat permukaan. Pengarang perlu lebih berani masuk lebih dalam hingga ke akar budaya untuk turut memberikan nilai tambah kepada pembaca. Pengarang boleh memasukkan tentang elemen mistik dalam tarian masyarakat Kedayan Brunei untuk lebih mewajarkan lagi binaan plot yang digarapnya. Nyatakan jenis tarian yang diajar oleh Sari kepada anaknya. Adakah tarian Alai Bubu ? Tarian Busak Bakui ? Tarian Main Lukah atau tarian-tarian lain? Perincian yang akan dilakukan oleh pengarang akan meningkatkan lagi nilai ilmu dalam karya berkenaan sekali gus akan turut memberikan kewajaran dan kelogikan pada jalinan plot cerpen berkenaan.",
" Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh pengarang untuk meningkatkan kualiti diri sebagai penulis ialah pemantapan dari aspek pemilihan sudut pandangan. Menurut Holman, sudut pandangan ialah istilah yang digunakan dalam analisis dan kritikan cereka untuk menerangkan cara, bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita, atau jika ditinjau dari sudut yang lain, bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk mengemukakan ceritanya. Asas sesebuah cereka ialah aspek pengisahannya (Forster, 1970 ), maka masalah yang berkaitan dengan pengisahan menjadi masalah yang universal apabila karya itu dibicarakan secara intrinsik. Pengarang dalam cerpen ini menggunakan sudut pandangan Serba Tahu Lidah Pengarang (Editorial Omniscience). Menurut Friedman, pengarang yang menggunakan teknik ini cenderung melakukan summary narrative yakni pengisahan pengarang secara ringkasan yang sebenarnya meliputi beberapa peristiwa dalam jangka masa yang panjang di pelbagai tempat. Dalam cerpen ini, pengarang mengisahkan perjalanan cinta antara ayah dan ibu Suri yang membawa kepada perkahwinan mereka sehingga kelahiran Suri termasuk penentangan Nurmala dengan hubungan tersebut. Semuanya diceritakan secara ringkas. Teknik ini memberikan kebebasan kepada pengarang bercerita namun dilakukan secara tidak mendalam. Suara pengisah lebih menguasai peristiwa. Pengarang tidak menunjukkan kepada pembaca kehadiran Sari dan hubungannya dengan Nurmala secara langsung. Biarpun konflik yang dialami oleh Suri adalah disebabkan perbezaan antara Nurmala dan Sari tetapi gambaran yang dilakukan oleh pengarang hanya di atas permukaan. Tiada pertengkaran antara watak berkenaan.",
" Sudut pandangan Serba Tahu Lidah Pengarang menurut Friedman, cenderung ke arah pemberitaan (telling / summary narrative) dan bukannya ke arah babakan atau adegan. Sudut pandangan ini tidak terbatas dan amat sukar untuk dikawal. Cerita dalam cerpen ini boleh dilihat dari sebarang sudut, melewati waktu dan tempat. Pemilihan sudut pandangan ini menyebabkan elemen dramatik dan kesan emosi dalam diri watak tidak dapat dirasai dengan mendalam oleh pembaca. Cerpen ini tentu akan memberikan kesan yang lebih baik jikalau pengarang memilih sudut pandangan orang pertama untuk dirasai kesan emosi pada watak Suri.",
" Selain itu, watak kakak kepada ayah Suri yang tidak diberikan sebarang nama atau gelaran panggilan dalam cerpen ini menyebabkan sedikit gangguan pada penceritaan pengarang. Tentu lebih mudah jikalau diberikan satu nama yang akan melancarkan pemahaman dan pembacaan.",
" Sebagai penulis baharu, pengarang mempunyai keupayaan bahasa sebagai pencerita yang baik. Pengarang lancar bercerita tentang permasalahan yang dialami oleh Suri dan neneknya Nurmala, juga kehendak Sari yang mahukan anaknya, Suri mengikut jejaknya. Namun sebagai karya sastera, pengarang juga perlu memasukkan gaya bahasa yang akan meningkatkan kesan estetika pada karya berkenaan dengan pemilihan diksi yang menarik atau menggunakan gaya bahasa sastera seperti personifikasi, metafora, simile, hiperbola dan lain-lain. Pengarang perlu ‘menenun’ karyanya dengan teliti atau memilih ‘benang bahasa’ yang terbaik. Kualiti kain songket atau mutu karya turut ditentukan oleh perkara berkenaan.",
" Terdapat beberapa kesalahan tatabahasa yang perlu diambil perhatian oleh pengarang dan memerlukan sedikit pembetulan. Sebagai seorang penulis, pengarang perlu menjadikan karyanya sebagai panduan bukan sahaja kepada aspek ceritanya yang mengandungi nilai, pengajaran atau falsafah tetapi juga dari aspek penggunaan bahasa yang menjadi panduan atau model kepada pembaca. Oleh itu, penelitian dengan melakukan pengeditan untuk bacaan kali pertama dan kedua perlu dilakukan. Berikut adalah beberapa kesalahan bahasa dalam cerpen berkenaan dan pembetulan yang dicadangkan :",
"Ibu dan Ayah Suri – ibu dan ayah Suri",
"… Ayah Suri sanggup tinggalkan Ibunya sendiri demi untuk berkahwin dengan Dayangku – … ayah Suri sanggup meninggalkan ibunya sendiri untuk berkahwin dengan Dayangku.",
"tersiksa – terseksa",
"sebelum mempelajar teknik proses yang lain – sebelum mempelajari teknik proses yang lain",
"… mencemburui, Memamahkan usianya – …mencemburui, memamahkan usianya",
"Canggahan pendapat antara… – Percanggahan pendapat antara…",
"berbudi bahasa memiliki akhlak yang baik – berbudi bahasa dan memiliki akhlak yang baik",
"Oleh kerana – Oleh sebab",
"keluar telinga kanan, terus ke telinga kiri – masuk telinga kanan, terus keluar ke telinga kiri.",
"melarang arwah kakaknya mengambil ilmu hitam demi untuk kepuasan hati sendiri – melarang arwah kakaknya mengambil ilmu hitam demi kepuasan hati sendiri ( ‘demi’ dan ‘untuk’ membawa fungsi yang sama )",
"Saya minat menari! Bakat yang saya ada lebih ke arah menari! – Saya minat menari. Bakat yang saya ada lebih ke arah menari.” ( penggunaan tanda seruan pada ayat yang tidak mempunyai kata seru.)",
"Apa yang membuat sesebuah cerpen itu dikatakan sebuah cerpen yang baik? Plotnya? Gambaran perwatakannya? Latarnya? Atau pembawaan cerpen itu secara keseluruhan? Atau kesan tertentu sebagaimana yang dinyatakan oleh Stephen King: “Cerita pendek seperti sebuah ciuman di tempat gelap dari seseorang yang tidak anda kenali.”",
"Mungkin ciuman itu daripada seseorang yang anda tunggu-tunggu sepanjang hayat yakni sebuah ciuman yang memberi anda ketakjuban tak terduga. Atau ciuman mengejutkan dari orang yang baru anda temui dan tidak anda kenal sama sekali. Apa yang pasti, maksud Stephen King itu adalah tentang kejutan atau kesan luar biasa daripada karya yang dihasilkan. Cerpen yang dihasilkan hendaklah memaparkan sesuatu yang tidak klise sehingga tidak memberikan sebarang impak kepada pembaca. Semoga pengarang akan terus cuba menenun kain songket terbaik dengan corak dan motif yang memukau. Dalam penulisan cerpen, pastinya itu merujuk kepada tema (motif atau corak) yang ditenun dengan teknik yang baik (teknik plot) dengan pemilihan benang bahasa yang berkualiti.",
"",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45341 | Lebih 2,000 pintu rumah panjang terima bantuan projek pintu | [
"SARIKEI: Lebih 2,000 pintu rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok telah menerima bantuan projek pintu dari Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. ",
"Huang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, bantuan tersebut adalah bersempena perayaan Hari Gawai yang bakal tiba tidak lama lagi. ",
"“Bantuan ini merupakan sebahagian bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak. ",
"“Terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana amat memahami keperluan rakyat Sarawak,” katanya ketika dihubungi pemberita. ",
"Oleh itu, katanya beliau berharap bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. ",
"“Setiap kali perayaan Hari Gawai, setiap rumah panjang pasti mempunyai perancangan aktiviti untuk memeriahkan lagi perayaan ini. ",
"“Dengan adanya bantuan projek pintu ini, diharapkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin,” ujarnya. ",
"Bantuan projek pintu tersebut telah diserahkan oleh Kapitan Ling Dien Yong selaku wakil Huang kepada rumah-rumah panjang di kawasan DUN Repok. ",
"Oleh Earl Anek",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46441 | Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA dibuka 3-7 Julai | [
"PUTRAJAYA: Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama boleh memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bermula 3 hingga 7 Julai bagi bidang perubatan, pergigian dan farmasi.",
"JPA dalam satu kenyatan ini hari ini memaklumkan bahawa, perkara itu susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan program penajaan JPA dalam tiga bidang tersebut.",
"Menurut kenyataan JPA itu ketiga-tiga bidang tersebut turut ditawarkan melalui Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022.",
"Tempoh permohonan bagi Program LPSM dilanjutkan sehingga 23 Jun ini. Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara berkenaan boleh dirujuk di laman sesawang esilav2.jpa.gov.my.",
"Ahad lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberi jaminan bahawa JPA akan meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.",
"Menurut Anwar keputusan menghentikan tajaan di bawah JPA, merupakan dasar kerajaan terdahulu. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=39648 | Penutupan sementara separuh jalan sekitar Tabuan | [
"KUCHING: Laluan di sekitar kawasan pembinaan jalan raya Bulatan Setia Raja, Tabuan ditutup separuh buat sementara bermula 27 November hingga 4 Disember ini.",
"Menurut kenyataan media Pihak Pejabat Wilayah Selatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, penutupan sementara separuh jalan melibatkan jalan raya Bulatan Setia Raja, Tabuan – Jalan Setia Raja dari Pasar Basah Stutong menuju ke Kompleks Perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tabuan Jaya dan Jalan Canna dari Bulatan Setia Raja menuju ke Emart Tabuan.",
"Penutupan sementara separuh jalan tersebut 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertujuan kerja-kerja memotong pokok di sekitar kawasan jalan raya berkenaan.",
"Justeru, pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu di jalan tersebut semasa tempoh kerja-kerja pembaikan dan mematuhi segala urusan trafik untuk keselamatan sehingga tamat kerja-kerja pembaikan.",
"Sekiranya terdapat perubahan pada tarikh, waktu dan kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Pihak Pejabat Wilayah Selatan JKR Sarawak.",
"Orang ramai boleh menghubungi Pihak Pejabat Wilayah Selatan JKR Sarawak pada waktu pejabat di talian 082- 203096 untuk sebarang aduan dan pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23958 | Remaja maut dalam protes | [
"BOGOTA: Seorang penunjuk perasaan remaja maut dalam tunjuk perasaan di Colombia yang menyaksikan mahkamad dibakar pada Rabu lalu, kata polis, ketika negara itu menghampiri satu bulan mobilisasi anti-pemerintah yang telah meragut puluhan nyawa.",
"Pelajar universiti berusia 18 tahun itu maut akibat luka tembakan yang dialami semasa tunjuk perasaan pada lewat Selasa lalu di Tulua, barat Colombia.",
"Ketua Polis Negara, Jorge Vargas mengenal pasti mangsa sebagai Camilo Andres Arango dan mengatakan bahawa dia ditembak ketika perarakan damai terganggu oleh lelaki yang melemparkan batu ke arah polis dan membakar Istana Kehakiman Tulua.",
"Dua orang awam lain ditembak dan cedera dalam rusuhan yang menyaksikan 18 kedai dirompak termasuk sebuah premis menjual kereta yang mana 60 motosikal dicuri.",
"Bagaimanapun, polis tidak menyatakan individu yang melepaskan tembakan itu.",
"Kematian pelajar itu menjadikan 44 orang terbunuh terutamanya orang awam sejak tunjuk perasaan itu bermula pada 28 April lalu yang pada awalnya menentang pembaharuan cukai.",
"Walaupun proposal itu ditarik dengan cepat, demonstrasi anti-kerajaan terus berlanjutan dalam menghadapi tindakan keras polis yang mengundang kecaman antarabangsa.",
"Tanpa kepemimpinan pusat atau tuntutan umum, permintaan penunjuk perasaan meliputi bantuan kerajaan dalam menghadapi masalah ekonomi daripada wabak Covid-19 hingga reformasi amalan polis.",
"Rundingan yang dimulai hampir dua minggu lalu antara kerajaan konservatif Presiden Ivan Duque dan salah satu kumpulan tunjuk perasaan paling menonjol yang dikenali Jawatankuasa Pemogokan Nasional, masih belum membuahkan hasil.",
"Para penunjuk perasaan mahu Duque mengakui penyalahgunaan tentera, sementara presiden mahu penunjuk perasaan menamatkan sekatan jalan raya yang memutuskan bekalan ke beberapa bandar.",
"Kerajaan mendakwa bahawa gerila kiri yakni anggota kumpulan pemberontak terakhir Colombia, Tentera Pembebasan Nasional (ELN) serta pejuang Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang tidak menandatangani perjanjian damai 2016 telah mendorong demonstrasi untuk mendorong keganasan dan vandalisme. -AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=43267 | Ned Price letak jawatan – Blinken | [
"WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken dalam satu kenyataan berkata Jurucakap Jabatan Negara Ned Price akan meletak jawatan akhir bulan ini selepas mengendalikan lebih 200 taklimat media sejak 2021.",
"“Bulan ini, Ned Price akan meletak jawatan sebagai Jurucakap Jabatan Negara.",
"“Sepanjang lebih 200 taklimat sejak (20 Jan 2021), beliau melayan wartawan – serta rakan sekerja dan orang lain yang berinteraksi dengannya – dengan hormat,” menurut kenyataan itu pada Selasa. ",
"“Secara peribadi, saya sentiasa mendapat manfaat daripada pendapatnya, begitu juga ramai anggota Jabatan,” kata Blinken dalam kenyataan itu. ",
"Terdahulu, Sputnik memetik laporan NBC News bahawa Price akan meletak jawatan berkuat kuasa 17 Mac dan dijangka dilantik jawatan baharu di bawah pentadbiran Blinken.",
"Price sebelum ini berkhidmat sebagai jurucakap CIA dan Majlis Keselamatan Negara di bawah bekas Presiden Barack Obama.",
"“Pengetahuan mendalam” Price terhadap dasar Jabatan Negara menjadikannya seorang jurucakap yang berkesan, kata Blinken.",
"Timbalan Jurucakap Utama Jabatan Negara semasa Vedant Patel akan mengambil alih tugas Price, akan tetapi pengganti tetap jawatan itu masih belum diumumkan, menurut laporan itu. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42908 | Tanah runtuh, 3 mangsa berjaya diselamatkan | [
"KUCHING: Tiga mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak bomba dalam satu kejadian tanah runtuh membabitkan sebuah rumah di Kampung Surabaya di sini, awal pagi tadi.",
"Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada 2.30 pagi dan tiba ke lokasi kejadian, 3.14 pagi.",
"“Enam minit kemudian, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar oleh pihak bomba melalui tingkap rumah mangsa tersebut kerana akses ke pintu utama telah runtuh.",
"“Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.",
"Kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung untuk tindakan selanjutnya.",
"Oleh SHAHRUL QAIZAT",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33210 | Hari Kebangsaan perlu pembaharuan libat komuniti, keluarga | [
"LOGO… Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa (depan, tengah) menunjukkan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 pada melancarkannya di Auditorium Perdana Angkasapuri semalam. • Foto BERNAMA",
"KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mahu Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan iaitu melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga supaya tema dan konsep sambutan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang diterapkan kali ini, dapat dirakyatkan sepenuhnya.",
"Beliau berkata ini penting kerana sambutan tidak seharusnya hanya bersifat majlis besar yang dilaksana di peringkat nasional,sebaliknya perlu menonjolkan cara setiap keluarga atau komuniti dari pelbagai latar belakang dalam menyambut hari bersejarah negara.",
"“Kita juga akan menggerakkan unit-unit yang ada dalam rangkaian komuniti Keluarga Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain agar semuanya mengambil inisiatif untuk menggerakkan dan mengadakan sambutan peristiwa ini di peringkat akar umbi.",
"“Malah kalau boleh kita jalankan kempen agar sambutan berlaku juga di peringkat keluarga,mungkin sebagai contohmewujudkan satu pertandingan di TikTok untuk memperlihatkan cara-cara Keluarga Malaysia kita menyambut Hari Kebangsaan,”katanya.",
"Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri di sini hari ini.",
"Annuar berkata beliau akan menulis surat kepada semua kerajaan negeri serta wakil-wakil rakyat untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam merakyatkan sambutan terbabit.",
"Pelancaran itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek.",
"Sementara itu, dalam sidangmedia, Annuar berharap program sambutan itu dapat dihebahkan oleh pihak media serta agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan bagi menggalakkan penyertaan menyeluruh dari rakyat,di samping membantu menerapkan penghayatan mereka terhadap tema sambutan.",
"“Saya rasa ini penting kerana saya nak tengok lebih fizikal,lebih kertelihatan sambutan dilakukan oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang berbagai kaum,” katanya.",
"Beliau juga tidak mahu melihat sambutan terbabit hanya kelihatan seolah-olah disambut oleh negeri tertentu sahaja atau di peringkat tertentu atau disambut oleh kaum tertentu sahaja tetapi ingin benar-benar melihat kebersamaanrakyat Malaysia.",
"“Sebagai contoh kita mahu keterlihatan dalam meningkatkan peluang siaran terhadap program yang dilaksanakan pelbagai masyarakat dalam negara ini sempena Hari Kemerdekaan di stesen-stesen siaran (televisyen).",
"Jangan siar semuanya (program) KL centric (menumpukan program di Kuala Lumpur sahaja) atau hanya perkara yangdibuat oleh masyarakat Melayu,” katanya.",
"Mengulas pemilihan logo berkonsepkan jalur liputan internet dan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kali ini, Annuar berkata ia bersesuaian dengan situasi dialami negara ketika ini.",
"Beliau berkata tiga warna pada logo mempamerkan kebersamaan rakyat sebagai Keluarga Malaysia yang hidup bersatu dan aman damai sekali gus menjadi intipati untuk negara bergerak ke hadapan dan menggambarkannegara telah berkembang daripada kecil kepada (pembangunan) lebih besar.",
"Ia juga melambangkan bagaimana rakyat komited untuk terus maju ke dalam suasana yang mencabar, namun masihmempunyai teknologi terkini seperti jalur lebar, wifi yang menjadi pengikat, penghubung dan asas kepada kesalinghubungan kehidupan dan ekonomi, katanya.",
"Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dalam kenyataan memaklumkan tiga aktiviti utamaakan diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.",
"Ia merangkumi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.",
"Di samping itu, pelbagai program dan pertandingan berunsur kenegaraan telah disusun bagi memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan Keluarga Malaysia.",
"Ia antaranya Pertandingan ILHAM Merdeka Tik Tok Challenge, Pertandingan KLIK@ Merdeka, Pertandingan BintangSmule,Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna dan Melukis MYDOODLE@ Merdeka, Program Pengisahan Kenegaraan, Sayembara Sajak Merdeka yang kesemuanya akan bermula pada 30 Julai hingga 16 September.",
"Bagi menyemarakkan semangat patriotisme pula, program Kembara Keluarga Malaysia 2022 (KKM2022) yang berkonsepkan serah baton akan diadakan bermula pada 30 Julai di Putrajaya, dengan acara pelepasan akan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15337 | Thailand sokong model Phuket | [
"BANGKOK: Kerajaan Thailand menyokong model Phuket bertujuan menarik kembali pelancong asing, kata Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnivarakul namun, tidak menyatakan sama ada ia boleh dilaksanakan pada Oktober sebagaimana perancangan awal. ",
"Rancangan itu masih dalam pertimbangan dan keputusan akan dibuat oleh Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), lapor agensi berita Thailand (TNA).",
"Anutin berkata pembukaan semula resort pulau ditentang oleh sesetengah pihak berikutan kebimbangan terhadap gelombang kedua di kawasan itu.",
"Memetik lawatannya ke Phuket pada hujung minggu untuk bertemu pengusaha perniagaan, beliau berkata mereka meminta kelonggaran sekatan untuk pelancong asing.",
"“Kementerian Kesihatan Awam bersedia untuk mengenakan langkah kawalan penyakit berskala penuh. Kami mempunyai kakitangan perubatan, peralatan dan kemudahan hospital untuk menyokong rancangan pelaksanaannya,” katanya namun, pengusaha harus mewujudkan persefahaman dengan pihak yang menentang rancangan mereka.",
"Mengenai kesediaan hospital di sempadan Thailand-Myanmar, beliau berkata mereka sering menghadapi kekurangan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) Covid-19 tetapi buat masa ini mempunyai bekalan yang mencukupi untuk menangani keadaan tersebut.-Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17621 | Team Clucth muncul juara | [
"KUCHING: Skuad ‘Team Clucth’ berjaya merangkul kejuaraan sulung dalam kejohanan SAMArindok PUBG Mobile SARAMEDIA-AKYBMS 2020 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).",
"Skuad tersebut muncul juara setelah bertarung bersama 128 pasukan handalan dari seluruh Sarawak pada pertandingan yang berlangsung pada 25 dan 26 September lalu secara atas talian.",
"Kemenangan tersebut membolehkan skuad “Team Clucth” membolot hadiah utama berupa wang tunai RM1,000, trofi eksklusif dan sijil berbingkai.",
"Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh skuad ‘NakpaKoTokk’ yang turut beraksi cemerlang dalam pusingan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM700, trofi eksklusif dan sijil berbingkai.",
"Tempat ketiga disandang oleh skuad ‘Boobook MX’ dan mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500, trofi eksklusif dan sijil berbingkai, manakala skuad ‘Boobook R.A’ di tempat keempat dan memenangi hadiah sagu hati berupa wang tunai RM300 dan sijil penyertaan.",
"Selain itu, anugerah khas turut disampaikan kepada pemain Team Clucth yang dinobatkan sebagai Pemain SAMArindok (MVP) sekali gus menerima hadiah wang tunai RM150, trofi eksklusif dan sijil berbingkai.",
"Skuad ‘Krek Unknown’ pula dinobatkan sebagai Skuad SAMArindok dengan menerima hadiah wang tunai RM200, trofi eksklusif dan sijil berbingkai.",
"Istimewanya, pertandingan PUBG Mobile ini turut menyediakan hadiah sagu hati kepada semua finalis yang beraksi di pusingan akhir iaitu hadiah sagu hati berupa wang tunai RM150 berserta sijil untuk empat skuad lapan terbaik manakala wang tunai RM80 serta sijil untuk lapan pasukan seterusnya.",
"Terdahulu, acara simbolik ucapan pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada 26 September secara atas talian.",
"Dalam ucapannya, Awang Tengah menggesa golongan belia yang aktif dalam e-sukan ini terus berusaha mengasah bakat, mempertingkatkan kemahiran serta menimba pengalaman berguna dalam pelbagai kejohanan pelbagai peringkat agar Sarawak dapat melahirkan atlit dan jaguh e-sukan bertaraf dunia pada masa yang akan datang.",
"Sementara itu, Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Sanib Said dalam upacara ringkas semasa penyampaian hadiah kepada pemenang berkata, pihak AKYBMS selaku penganjur utama melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terus menyokong usaha untuk memajukan belia Sarawak khususnya dalam pembangunan e-sukan.",
"“Permainan sukan atas talian yang popular seperti PUBG ini tidak harus dilihat sebagai sukan semata-mata, tetapi, elemen-eleman positif yang diterapkan seperti kerjasama, patriotisme, semangat berdaya saing dan berfikiran kreatif sangat membantu untuk menjana pemikiran belia yang proaktif.",
"“Malah, perkara yang paling menonjol mengenai permainan simulasi menerusi peranti pintar ini ialah dapat memupuk ciri-ciri keperwiraan dalam diri belia kita secara langsung,” ujarnya.",
"Pertandingan ini merupakan program anjuran AKYBMS dengan kerjasama rakan kolaboratif strategik termasuk Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Sarawak All Stars e-Sport (SAS), Kelab Belia KASBA (KYC) serta rakan media e-sukan proaktif Sarawak.",
"Oleh ZARINA ABDULLAH",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=43591 | MPOB, Universiti Tsinghua buat kajian biodiesel sawit dalam enjin kenderaan | [
"KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang bekerjasama dengan Universiti Tsinghua di China untuk menjalankan penyelidikan terhadap kajian lapangan menggunakan biodiesel sawit dalam enjin kenderaan buatan China.",
"Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerjasama tersebut turut melibatkan kajian makmal dan kebolehlaksanaan penghasilan biojet sawit sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF).",
"“Selain itu, pihak MPOB juga mengadakan kerjasama dengan enam universiti tempatan berkenaan kajian percubaan enjin diesel dengan menggunakan adunan biodiesel B30,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.",
"Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menjalankan ujian penghasilan bio bahan api daripada minyak kelapa sawit seperti yang telah dilakukan Indonesia.",
"Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, pelaksanaan penggunaan biodiesel sawit adalah langkah strategik kerajaan menggalakkan penggunaan minyak sawit dalam negara, serta bertujuan mengukuh dan menstabilkan harga minyak sawit dalam jangka masa panjang.",
"Beliau berkata penggunaan biodiesel sawit turut menyumbang kepada kemampanan dan meningkatkan imej industri sawit negara dalam melaksanakan amalan yang mesra alam, selain mengurangkan penggunaan bahan api berasaskan fosil sekali gus mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.",
"Menjawab soalan tambahan Wee berkenaan kekangan untuk menghasilkan bio bahan api daripada minyak sawit secara besar-besaran, Fadillah berkata, antara cabaran yang dihadapi ialah kerajaan memerlukan peruntukan berjumlah RM421 juta untuk menaik taraf fasiliti depoh.",
"“Satu lagi ialah harga minyak. Bila Indonesia tidak mengeksport sebab menghasilkan untuk dalaman, maka harga minyak sawit naik dan harga diesel murah.",
"“Kalau diesel lebih murah daripada biodiesel, maka orang nak membeli minyak sawit itu akan lebih kurang berbanding apa yang ada sekarang,” katanya. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17488 | Sidang Kemuncak Pemimpin G20 diadakan 21–22 November | [
"RIYADH: Sidang Kemuncak Pemimpin G20 tahun ini akan diadakan secara maya pada 21 hingga 22 November, dipengerusikan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, lapor agensi berita Xinhua.",
"Memetik kenyataan Arab Saudi selaku Presiden G20, sidang kemuncak kali ini bertemakan “Merealisasikan Peluang Abad ke-21 untuk Semua”, antara lain akan memberi tumpuan untuk melindungi kehidupan dan memulihkan pertumbuhan.",
"G20, platform utama dunia untuk kerjasama ekonomi antarabangsa turut menerajui perjuangan menentang pandemik Covid-19. Anggota G20 sudah menyumbang lebih AS$21 bilion untuk menyokong pengeluaran, pengedaran serta akses kepada diagnostik, terapi dan vaksin, menurut kenyataan itu.- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31956 | Strategi sifar-Covid-19 China tidak dapat dikekalkan – WHO | [
"GENEVA: Strategi sifar-Covid utama China untuk mengalahkan wabak itu tidak dapat dikekalkan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada hari Selasa, sambil menambah bahawa ia telah memberitahu Beijing demikian dan meminta peralihan dasar.",
"China telah mengenakan langkah kejam, memerangkap kebanyakan 25 juta penduduk Shanghai di rumah selama beberapa minggu ketika negara itu memerangi wabak terburuk sejak wabak itu bermula.",
"Penutupan Shanghai telah menyebabkan kemarahan dan protes yang jarang berlaku dalam ekonomi utama terakhir yang masih terpaku pada dasar sifar Covid, sementara pergerakan di ibu kota Beijing telah disekat secara perlahan.",
"“Apabila kita bercakap tentang strategi sifar-Covid, kami tidak fikir ia mampan, dengan mengambil kira tingkah laku virus sekarang dan apa yang kami jangkakan pada masa depan,” kata ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang akhbar.",
"“Kami telah membincangkan isu ini dengan pakar China dan kami menunjukkan bahawa pendekatan itu tidak akan mampan.",
"“Beralih ke strategi lain akan menjadi sangat penting.”",
"Terdapat dinamik politik yang mendesak terhadap tindak balas virus China, dengan Presiden Xi Jinping menambat kesahihan kepimpinannya dalam melindungi kehidupan orang Cina daripada Covid.",
"Xi telah menggandakan pendekatan sifar-Covid, walaupun kekecewaan orang ramai semakin meningkat.",
"Shanghai ialah dinamo ekonomi China dan bandar terbesarnya. Dasar sifar-Covid telah menjejaskan ekonomi yang beberapa bulan lalu telah pulih daripada wabak itu.",
"“Kita perlu mengimbangi langkah kawalan terhadap kesan mereka terhadap masyarakat, kesan yang mereka ada pada ekonomi, dan itu tidak selalunya pertukaran yang mudah,” kata pengarah kecemasan WHO Michael Ryan.",
"Beliau berkata sebarang langkah untuk memerangi pandemik Covid-19 harus “menghormati hak individu dan manusia”.",
"Menyeru “dasar dinamik, boleh laras dan tangkas”, Ryan berkata tindak balas awal terhadap krisis di banyak negara menunjukkan bahawa kekurangan kebolehsuaian “mengakibatkan banyak kemudaratan”.",
"Dia merenung bagaimana negara paling ramai penduduk di dunia itu mengalami sedikit kematian yang secara rasmi dikaitkan dengan Covid, oleh itu mempunyai “sesuatu untuk dilindungi”.",
"Memandangkan peningkatan kematian sejak Februari-Mac, “mana-mana kerajaan dalam situasi itu akan mengambil tindakan untuk mencuba dan memeranginya”, katanya kepada pemberita.",
"Tedros telah membincangkan penyesuaian mengikut keadaan untuk mencari strategi keluar, “secara mendalam dan terperinci dengan rakan sekerja China”, kata Ryan.",
"Maria Van Kerkhove, ketua teknikal WHO mengenai Covid-19, berkata di seluruh dunia, adalah mustahil untuk menghentikan semua penularan virus itu.",
"“Matlamat kami, di peringkat global, bukan untuk mencari semua kes dan menghentikan semua penularan. Ia benar-benar tidak mungkin pada masa ini,” katanya.",
"“Apa yang perlu kita lakukan adalah mengurangkan penularan kerana virus itu beredar pada kadar yang tinggi.”-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27518 | BN menang 21 kerusi,PH lima, PN dua | [
"MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung kelmarin.",
"Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh (gambar) yang mengumumkan keputusan pilihan raya itu berkata, Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi, dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.",
"Beliau juga berkata, sejumlah 326,068 atau 65.85 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka dalam proses pengundian, yang berjalan kelmarin.",
"“Jumlah tersebut meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos,” katanya, pada sidang media di sini malam kelmarin.",
"Dalam pada itu beliau berkata, proses pengundian berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan.",
"Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan perjalanan PRN Melaka kali ini.",
"PRN Melaka diadakan kelmarin (20 November) ekoran pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu, selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. — Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42371 | SUPP sambut baik cadangan Premier Sarawak | [
"KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyambut baik cadangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menambah baik sistem perkhidmatan awam di negeri ini.",
"Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sebastian Ting berkata, usaha tersebut termasuk pelarasan gaji, bagi menarik lebih ramai rakyat, termasuk kaum Cina untuk menyertai perkhidmatan awam Sarawak.",
"Jelasnya, pelarasan itu tepat pada masanya lebih-lebih lagi Sarawak kini sedang bergerak sepenuhnya ke arah matlamat Strategi Pembangunan 2030 Pasca Covid-19 (PCDS 2030) yang memerlukan sejumlah besar individu berbakat untuk membantu merealisasikan semua perancangan.",
"“Abang Johari sendiri mengakui walaupun Kerajaan Sarawak mula mengiktiraf diploma UEC pada era bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Adenan Satem, sukar untuk menarik minat kaum Cina memohon atas sebab dasar gaji rendah sedia ada yang ditawarkan kepada penjawat awam.",
"“SUPP dan pertubuhan tempatan seperti Persekutuan Cina Sarawak telah berusaha keras untuk mempromosikan lebih ramai orang Cina memohon penjawat awam Sarawak termasuk mempromosikan maklumat dan layanan dalam bidang perkhidmatan awam Sarawak supaya lebih ramai orang memahami faedah berkhidmat sebagai penjawat awam Sarawak,” kata Ting yang juga Timbalan Menteri Pelancongan.",
"Bagaimanapun, beliau menegaskan, seperti yang dikatakan oleh Premier Sarawak, gaji penjawat awam di Sarawak agak rendah sehingga sukar untuk menarik minat anak-anak muda kaum Cina menyertai bidang perkhidmatan awam.",
"“Ini juga maklum balas yang kami dapat daripada masyarakat Cina. Ada yang berpendapat penjawat awam Cina sukar mendapat peluang kenaikan pangkat, jadi mereka tidak berminat untuk berkhidmat sebagai penjawat awam.",
"“Mereka lebih suka bekerja di sektor swasta, malah ada yang memilih untuk bekerja di Semenanjung Malaysia atau di luar negara.",
"“Hari ini, kita menzahirkan kesyukuran ke atas sikap keterbukaan pemimpin seperti Abang Johari dengan mencadangkan untuk menambah baik sistem perkhidmatan awam Sarawak dan menyelaraskan gaji kakitangan awam.",
"“Ini menunjukkan sepenuhnya Kerajaan Perpaduan Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari kerana sentiasa bersifat inklusif dan melayan semua kaum secara adil.",
"“Mengekalkan keterangkuman sosial juga merupakan salah satu objektif utama PCDS 2030. Tiada satu kaum harus dipinggirkan, ” kata Ting.",
"Ting berkata konsep inklusif ini boleh ditunjukkan sepenuhnya daripada penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama lain (UNIFOR) oleh Kerajaan Sarawak untuk menyokong pembangunan kuil dan gereja, peruntukan dana untuk mensubsidi sekolah Cina dan sekolah gereja, dan pelaksanaan pembangunan. dasar tanpa mengira bangsa dan agama.",
"Abang Johari berharap konsep ini diperluaskan kepada perkhidmatan awam Sarawak, dan perkadaran penjawat awam semua kaum perlu ditingkatkan, selaras dengan sentimen dan perpaduan masyarakat Sarawak yang pelbagai.",
"SUPP amat menyokong inisiatif yang turut memenuhi harapan masyarakat Cina di Sarawak iaitu orang Cina mempunyai perwakilan lebih besar dalam bidang perkhidmatan awam di Sarawak.",
"“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan organisasi masyarakat tempatan untuk menggalakkan lebih ramai kanak-kanak Cina menyertai barisan perkhidmatan awam di Sarawak,” jelasnya.",
"Beliau berkata contoh yang baik ialah apabila Datu Hii Chang Kee dinaikkan pangkat sebagai timbalan setiausaha Cina Sarawak yang pertama.",
"Ting pada masa sama mengalu-alukan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi untuk mewujudkan sistem kuota bagi memastikan semua kaum mempunyai peluang yang sama untuk menyertai perkhidmatan awam di Sarawak.",
"“Ini adalah salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan bahawa perkhidmatan awam di Sarawak tidak lagi mempunyai tanggapan bahawa sesetengah kumpulan etnik terpinggir dan sukar untuk diambil bekerja melalui temu duga,” tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau.",
"Oleh Connie Chieng",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=43864 | Tayangan amal filem ‘Rajah’ raikan 55 anak yatim | [
"SIBU: Kutipan hasil tayangan amal filem ‘Rajah’ pada 9 Mac lalu di pawagam King’s Trioplex serba sedikit membantu meringankan kos pendidikan anak-anak yatim di Peryatim Sibu Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB).",
"Presiden JCI Sibu, Samuel Ngu menyampaikan sumbangan berupa alat tulis kepada seramai 55 anak yatim menerusi Pengerusi KKJTHB Dato Mohamad Yusnar Matalie.",
"Katanya, tindakan positif JCI Sibu ini dapat menjadi contoh kepada yang lain untuk membantu Peryatim Sibu. ",
"“Sebanyak 80 hingga 90 peratus kos operasi Peryatim Sibu adalah dari sumbangan orang ramai dan badan korporat,” ujarnya.",
"Pengerusi Pengelola Junior Chamber International (JCI), Nickson Wong menzahirkan terima kasih kepada semua orang awam yang telah menyokong program amal JCI Sibu dan Pengurus KKJTHB Najilanisa Suhaili mewakili Peryatim Sibu berterima kasih kepada JCI Sibu atas sumbangan tersebut.",
"“Semangat ini menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Sarawak untuk terus berkhidmat kepada komuniti tanpa mengira latar belakang agama, pengalaman dan kepercayaan,” jelasnya.",
"Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) adalah badan bukan kerajaan (NGO) naungan Kerajaan Sarawak yang membantu anak-anak yatim dalam membentuk peribadi, akhlak serta mempunyai ilmu pengetahuan.",
"PERYATIM Sibu beroperasi sejak Jun 2014 dan secara rasmi menggunakan nama Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang pada April 2021 bersempena nama isteri Premier Sarawak yang juga penaung Peryatim Sarawak.",
"Oleh AKUN GIMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=825 | Samajaya beroperasi pada tahap minima | [
"KUCHING: Semua syarikat di Zon Perdagangan Bebas Samajaya di sini\ndibenarkan beroperasi pada tahap minima oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana\nNegeri Sarawak (JPBNS) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).",
"Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian\ndan Pembangunan Usahawan, Datuk Naroden Majais berkata Sarawak tidak terkecuali\nuntuk membenarkan sektor elektrik dan elektronik (E&E) itu untuk meneruskan\noperasi di sini.",
"“Hal ini adalah seiring dengan dasar Kerajaan Persekutuan yang\nmembenarkan sektor elektrik dan elektronik (E&E) beroperasi di tahap\nminimal seperti di negeri Selangor dan Pulau Pinang.",
"“Kerajaan negeri juga membenarkan industri melibatkan petani, nelayan,\nperladangan, papan lapis dan kayu, syarikat minyak dan gas untuk beroperasi\nagar ekonomi tidak terjejas teruk,” katanya.",
"Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam bagi mengulas\nkenyataan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen baru-baru ini yang mahu\nkerajaan negeri menutup kilang elektronik di Zon Perdagangan Bebas, Samajaya\nsepanjang PKP ini.",
"Menurut Naroden, JPBNS juga telah mengumumkan kedai perkakasan, jualan\ninput pertanian, dan kedai bahan gantian dibenarkan beroperasi dua kali\nseminggu, iaitu pada Selasa dan Khamis dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam.",
"Katanya, syarikat sektor E&E di Samajaya itu hanya beroperasi sekitar\n20 hingga 30 peratus, menggunakan syif dan bukan secara ramai di dalam satu\ntempat.",
"Malah, jelas Naroden, kakitangan pengurusan sektor berkenaan juga diminta\nuntuk bekerja dari rumah.",
"Tambahnya, kilang-kilang berkenaan juga diingatkan supaya menyediakan\nlangkah pencegahan termasuk pemeriksaan suhu badan, penggunaan penutup hidung\ndan mulut, cecair sanitasi tangan, penjarakan sosial di kantin, bilik\nmesyuarat, kawasan pengeluaran dan sebagainya.",
"“Kebanyakan syarikat ini telah mula melaksanakan langkah pencegahan\ntersebut sebelum PKP diumumkan lagi.",
"“Mereka juga bertindak untuk menghadkan perjalanan kakitangan mereka ke\nkawasan yang terjejas,” ujarnya.",
"Naroden memberitahu, sebahagian daripada syarikat itu mempunyai klinik mini\nmereka sendiri dengan beberapa orang doktor dan jururawat untuk memantau\nkesihatan pekerja.",
"Mereka juga ada menubuhkan jawatankuasa mereka sendiri untuk memastikan\nprosedur operasi standard (SOP) dipatuhi, jelasnya.",
"Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan\nbersama beberapa orang menteri pada 26 Mac telah melakukan lawatan kerja ke lima syarikat dan kilang di Samajaya itu.",
"Polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) juga akan terus menjalankan\npemeriksaan rutin ke atas syarikat-syarikat ini dan pada masa yang sama mereka\ndikehendaki untuk mengemukakan laporan setiap hari ke JPBN melalui Kementerian\nPerdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan\n(MINTRED).",
"Setakat ini tiada syarikat yang dilaporkan tidak mengikut syarat-syarat\nyang telah diberikan dan tiada kes Covid-19 yang dilaporkan di Samajaya.",
"JPBN juga akan mengkaji semula status kilang-kilang di kawasan tersebut\njika terdapat kes Covid-19 yang dilaporkan atau jika terdapat laporan yang\ntidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh PKP.",
"Walau bagaimanapun, jika ada keperluan untuk menutup kilang-kilang di\nSamajaya kerana Covid-19, JPBN dan MINTRED tidak akan teragak-agak untuk berbuat\ndemikian, tegas Naroden.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3844 | Bicara kes rasuah Ahmad Zahid bersambung 15 Jun | [
"KUALA LUMPUR: Selepas ditangguh selama dua bulan, perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi akan disambung semula 15 Jun ini.",
"Kali terakhir prosiding perbicaraan kes Presiden UMNO itu adalah pada 6 Mac lepas di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah dan sepatutnya bersambung pada 23 Mac lepas.",
"Bagaimanapun ianya ditangguh berikutan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.",
"Hakim Sequerah menetapkan 30 hari bermula 15 hingga 18 Jun; 2, 3, 13, dan 14 Julai; 27 hingga 30 Julai; 10 hingga 14 Ogos; 24 hingga 28 Ogos serta 21 hingga 30 September untuk menyambung perbicaraan semasa pengurusan kes itu semalam.",
"Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil lebih 50 saksi pendakwaan termasuk pegawai bank bagi pengesahan cek.",
"Setakat ini, pihak pendakwaan telah memanggil 43 saksi untuk memberi keterangan.",
"Sementara itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid memohon kepada mahkamah supaya membenarkan dua pembantunya untuk turut hadir semasa perbicaraan.",
"Pasukan peguam yang mewakili Zahid termasuk Hisyam adalah tiga orang dan Hisyam memohon tambahan lagi dua untuk hadir pada perbicaraan kes itu.",
"“Kami akan pastikan jarak antara kami sentiasa terjaga. Kami memerlukan mereka di mahkamah untuk membantu membuat catatan dalam perbicaraan,” katanya dan perkara itu turut dipersetujui oleh pihak pendakwaan.",
"Bagaimanapun, Hakim Sequerah hanya membenarkan tambahan seorang wakil sahaja daripada kedua-dua pihak. ",
"Difahamkan Prosedur Operasi Standard (SOP) mahkamah sepanjang PKP hanya membenarkan tiga wakil dari setiap pihak untuk berada di dalam mahkamah.",
"Ahmad Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan berpuluh juta ringgit wang milik Yayasan Akalbudi. — Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4167 | PM dengar keluh kesah petugas barisan hadapan | [
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa bertanya khabar, mendengar keluh kesah dan permintaan petugas barisan hadapan negara menerusi sidang video.",
"Menzahirkan penghargaan kepada mereka yang bertugas bertungkus lumus memerangi wabak Covid-19, Muhyiddin turut tidak lupa menitipkan kata-kata semangat kepada mereka.",
"“Saya nak ucapkan terima kasih kerana berpeluang bercakap secara santai (dengan wakil petugas barisan hadapan) dan saya sekali lagi iktiraf peranan dan sumbangan besar yang saudara-saudari telah mainkan untuk membantu meletakkan Malaysia di satu keadaan yang lebih baik daripada masa-masa yang lepas,” katanya.",
"Dalam sidang video kira-kira 30 minit itu, perdana menteri sempat berbual dengan wakil petugas barisan hadapan iaitu Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Mohammad Hamdan Wahid.",
"Selain itu, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Datuk Roslan Wahab, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana (M) Datuk Mohd Zubil Mat Som, Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia Kamarudin Mohd Rapig dan Pegawai Kesihatan Putrajaya Dr Zainal Abidin Abu Bakar.",
"Muhyiddin turut berseloroh dengan berkata, “Jadi sekali lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya dan kalau makan ketupat tu jangan lupa saya dan makan kuih pun begitu juga.",
"“Tapi almaklum tak boleh pergi ke mana-mana, tetapi saya harap semua dalam keadaan sukacita, relaks sikitlah kalau boleh dan lepas ini kita akan bertemu lagi di masa-masa akan datang. Selamat Hari Raya kepada semua, maaf zahir dan batin,” katanya.",
"Ini bukan kali pertama sidang video perdana menteri bersama petugas barisan hadapan diadakan.",
"Sebelum ini mengambil semangat amalan normal baharu dan penjarakan sosial sepertimana digalakkan kerajaan kepada rakyat untuk diamalkan, Muhyiddin pernah mengadakan sidang video bersama petugas kesihatan Hospital Sungai Buloh. – BERNAMA",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32153 | Puas hati raih perak, gangsa | [
"UNTUKMU… Dr Malvern Abdullah bersama Buda Anchah menyarungkan pingat yang diraih kepada isteri dalam acara Bina Badan pada Sukan SEA yang berlangsung di Hanoi Vietnam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam. •Foto HERRIEY NAHA",
"KUCHING: Dua badang Sarawak selamat tiba menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang pukul 3.25 petang, semalam.",
"Buda Anchah dan Dr Malvern Abdullah, jaguh bina badan negara kelahiran Sarawak kelihatan bersyukur dan berpuas hati dengan pingat perak dan gangsa yang diperoleh mereka dalam Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.",
"Kepulangan mereka disambut Ketua Bahagian Pengurusan Korporat Perbadanan Sukan Sarawak, Yenyen Wong serta Pegawai Pembangunan Sukan Bina Badan Perbadanan Sukan Sarawak, Villaivan Jee.",
"Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Buda berkata beliau cukup gembira terutama apabila mendapat pingat perak dalam acara 70 kilogram (kg).",
"“Saya berpuas hati dengan pingat perak walaupun pada mulanya optimis untuk dapat pingat emas. Pesaing lebih hebat daripada saya,” katanya.",
"Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah banyak membantunya melakukan persiapan terutama Kementerian Belia dan Sukan dan Perbadanan Sukan Sarawak.",
"“Ini merupakan kali ketiga saya menyertai Sukan SEA. Untuk tahun berikutnya, saya akan cuba mendapatkan pingat emas untuk Malaysia dan Sarawak,” ujarnya.",
"Sementara itu, menurut Dr Malvern,beliau berpuas hati berada di tangga ketiga (pingat gangsa) memandangkan pesaingnya hebat-hebat belaka.",
"“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan juga pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sentiasa menyokong minat saya dalam sukan bina badan,” ujarnya yang juga membawa pulang pingat gangsa bagi kategori ‘mixed pair.’",
"Dalam kategori lelaki 65kg, atlet berpengalaman yang juga pensyarah kanan UiTM Cawangan Sarawak, Dr. Malvern Abdullah memenangi pingat gangsa dalam saingan bina badan.",
"Kedua-dua atlet veteran kebanggaan Bumi Kenyalang ini bakal menyertai Mr Asia yang akan diadakan di Maldive (Julai) dan Kejohanan Bina Badan Dunia (Mr World) yang diadakan di Medan, Indonesia (November) depan.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23560 | Penduduk Semop terima cenderamata Aidilfitri daripada Abdullah | [
"SEMOP: Sebanyak 2,800 set cenderamata Aidilfitri disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol kepada penduduk di 12 buah kampung di Pulau Bruit dan lapan kampung lain dalam kawasan DUN Semop.",
"Sumbangan cenderamata akan diedar dan diuruskan melalui kerjasama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting dan Saberkas setiap kampung tersebut.",
"Semalam, Abdullah hadir di majlis ringkas simbolik penyerahan cenderamata Aidilfitri di Program Jelajah Ramadan bertempat di Masjid Kampung Bruit, Pulau Bruit dan Dewan Masyarakat Kampung Semop.",
"Program Jelajah Ramadan ini telah dijalankan bermula sejak tiga hari lalu.",
"Setiap satu set cenderamata yang disumbangkan oleh Abdullah mengandungi pelbagai kuih-muih.",
"Sumbangan cenderamata Aidilfitri oleh ADUN Semop ini adalah sebagai tanda ingatan beliau kepada penduduk Islam dalam kawasan DUN Semop yang akan menyambut bulan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan sederhana kerana masih lagi dalam suasana perintah kawalan pergerakan (PKP).",
"Ketika dihubungi Utusan Sarawak, Abdullah yang juga merupakan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata, seperti tahun lepas dimana beberapa program Hari Raya Aidilfitri yang sering diadakan seperti Majlis Ramah Tamah tidak dapat dianjurkan tahun ini bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikuatkuasakan, maka beliau ingin menyampaikan Salam Aidilfitri beliau kepada penduduk melalui sumbangan cenderamata ini.",
"Semasa lawatan kerja ini juga, Abdullah turut menyampaikan sumbangan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada sebuah sekolah dan empat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).",
"Antara penerima peruntukan tersebut ialah JKKK Kampung Masjid, Tekajong sebanyak RM 15,000 bagi tujuan membaik pulih Pusat Pentadbiran dan Gerakan JKKK.",
"Jumlah keseluruhan peruntukan MRP yang disalurkan dalam lawatan kerja ini ialah sebanyak RM20,680.",
"Sebagai tanda perhargaan kepada guru-guru yang mengajar Muqadam dan Al-Quran di 12 kampung di Pulau Bruit, Abdullah menyampai sedikit saguhati berjumlah keseluruhan sebanyak RM19,200 kepada 111 guru termasuk yang telah bersara.",
"Di setiap kampung yang disinggahi, Abdullah turut memberi pesanan kepada pemimpin kampung supaya mempastikan warga kampung berdaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.",
"Beliau juga meminta semua untuk sentiasa berwaspada terhadap ancaman virus Covid-19 yang masih di tahap serius.",
"Majlis yang diadakan di setiap persinggahan beliau dijalankan secara ringkas, terkawal, kehadiran yang terhad dan berkenaan sahaja.",
"Pada 6 Mei lalu, Abdullah turut hadir di majlis yang serupa di Kampung Melayu Bintangor yang melibatkan tujuh buah kampung dan penyerahan 527 set cenderamata.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20697 | Penduduk setempat beri kerjasama | [
"SIBU: Penduduk Sibu dipuji kerana memberi kerjasama tampil untuk menjalani ujian saringan Covid-19.",
"Menteri Muda Kesihatan Awam, Dr. Annuar Rapa’ee memuji sikap penduduk Sibu tersebut dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, semalam.",
"Menurut Annuar, bermula 9.00 pagi semalam Stadium Tertutup Sibu mula dibuka untuk orang awam menjalani ujian saringan Covid-19 dalam usaha membendung penularan wabak itu di Sibu yang dikaitkan dengan Kluster Pasai.",
"Justeru, beliau berasa sukacita kerana usaha tersebut mendapat kerjasama baik daripada penduduk Sibu.",
"“Apa yang penting selepas ujian calitan, mereka perlu menjalani kuarantin diri sehingga keputusan ujian diperoleh.",
"“Sama-sama kita doakan petugas barisan hadapan kita dilindungi dan diberikan kekuatan untuk mengharungi hari mencabar dalam kerjaya mereka,” katanya.",
"Tambah beliau, sehingga kini seramai 2,104 penduduk Sibu menjalani ujian saringan Covid-19, iaitu tidak termasuk mereka yang membuat ujian di Stadium Tertutup Sibu, semalam.",
"“Jauh di hati kami, kami sedih dengan keadaan di Sibu sekarang,” katanya.",
"Sementara itu, tinjauan di Stadium Tertutup Sibu dan Klinik Kesihatan Lanang di Sibu semalam, mendapati orang ramai masih berbaris panjang bagi menjalani ujian saringan Covid-19.",
"Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr. Teh Jo Hun mengatakan bahawa ujian saringan di stadium akan dilakukan setiap hari dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.",
"Oleh NURZILLA MOHAMAD",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9791 | Sembilan kes positif Covid-19 dicatatkan | [
"KUCHING: Sarawak mencatatkan sembilan kes positif Covid-19 dilaporkan di Daerah Kuching semalam menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak sebanyak 628 kes.",
"Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada keseluruhan tersebut, dua adalah kes import melibatkan warganegara dari luar negara.",
"“Kes pertama merupakan perempuan warganegara tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Korea Selatan dan balik ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 Julai serta transit di Kuala Lumpur untuk semalam dan disaring RTK Antigen dan didapati negatif.",
"“Kes balik ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada 10 Julai lalu, kes tidak menunjukkan tanda dan gejala.",
"“Setibanya di Kuching, beliau telah dimasukkan di hotel untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari, dan telah disaring pada hari Ke-2 iaitu pada 11 Julai juga didapati negatif.",
"“Kes disaring (rT PCR) buat kali kedua pada hari ke-10, iaitu pada 20 Julai dan telah didapati positif Covid-19 pada 22 Julai 2020, beliau terus dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut dengan pengesanan kontak dan siasatan lanjut masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan semalam.",
"Menurut kenyataan itu, kes kedua adalah perempuan warganegara tempatan, pelajar di Kursk Medical University, RussiaKes yang balik ke Sarawak dari Rusia melalui London, UK ke KLIA pada 6 Julai 2020.",
"“Kes balik ke Sarawak melalui KIA, Kuching dan telah dimasukkan ke pusat kuarantin juga tidak menunjukkan tanda dan gejala.",
"“Pada 6 Julai, kes telah disaring menggunakan RTK Antigen di KLIA dan didapati negatif, 7 Julai iaitu pada hari-2, kes telah disaring tetapi keputusan adalah negative, namun disaring semula (rT PCR) pada hari-10 iaitu 18 Julai dan didapati positif Covid-19,” ujarnya.",
"Manakala menurut kenyataan itu terdapat empat kes positif baharu diperolehi daripada saringan pengesanan kontak rapat dalam kluster aktif di Sarawak.",
"“Satu kes merupakan warganeraga tempatan, ahli keluarga kepada kes Ke-602 iaitu kes indek Kluster Sentosa yang telah disaring (rT PCR) pada 20 Julai dan telah didapati positif Covid-19 pada 21 Julai 2020, ia juga tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala.",
"“Manakala tiga kes merupakan kes saringan kontak yang melibatkan Kluster Pasar Stutong yang menjalani saringan pada 20 Julai dan ujian saringan ujian rT-PCR Covid positif pada 22 Julai 2020 melibatkan semua wargenegara tempatan,” jelasnya.",
"Sementara itu, satu kes positif telah dikesan melalui saringan rawak daripada guru yang balik dari bercuti iaitu seorang lelaki yang telah menaiki pesawat dari Kota Bahru ke KIA pada 4 Julai 2020.",
"“Ujian saringan kes pada 21 Julai di Klinik Kesihatan Kerajaan didapati positif Covid -19, kes ini tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala dan pengesanan kes yang mempunyai kontak rapat sedang dilakukan.",
"“Satu lagi kes positif melibatkan warganegara tempatan telah dikesan melalui pengesanan kontak rapat kepada kes Ke-587 iaitu kontak rapat yang menaiki pesawat yang sama dari KLIA ke KIA Kuching pada 15 Julai 2020.",
"“Satu kes lagi merupakan kontak rapat kepada kes yang telah dikenal pasti Covid -19 iaitu abang kepada kepada kes Ke-574 (kes Severe Acute Respiratory Infection-SARI) yang telah didapati positif Covid-19 pada 5 Julai 2020 dan kes ini tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala,” tambahnya.",
"Oleh Zarina Abdullah",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12081 | TERAJU lulus dana RM100 juta | [
"KUALA LUMPUR: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi program Dana Kemakmuran Bumiputera (DKB) untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan merangsang pelaburan baharu syarikat bumiputera yang berkelayakan.",
"Ketika mengumumkannya semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, antara objektif utama program itu adalah memberi sokongan agar projek yang akan dilaksanakan lebih berdaya maju dan berdaya saing.",
"Objektif lain adalah mewujudkan peluang pekerjaan di semua peringkat, mencapai pertumbuhan mampan dengan peluang penggunaan sistem automasi berteknologi tinggi selain berperanan sebagai pemangkin agar bumiputera lebih berkecimpung dalam sektor strategik.",
"“Dana ini adalah permulaan untuk tahun ini dan jumlah baharu yang lebih tinggi akan diberi pada masa-masa akan datang.",
"“Bagaimanapun, penambahan dana itu haruslah setimpal dengan laporan proforma selain dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.",
"Mengulas selanjutnya, Mohd Redzuan berkata, program DKB berbentuk geran secara pembayaran balik yang bertindak sebagai pemangkin strategik sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara, selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.",
"Beliau berkata, sektor keutamaan yang layak memohon DKB meliputi pembuatan, pertanian dan industri bio, ekonomi digital, perkhidmatan kejuruteraan atau pembangunan hartanah di tanah rizab Melayu/tanah wakaf/tanah adat (Sabah dan Sarawak).",
"Sektor tambahan lain melibatkan usaha di kawasan koridor wilayah ekonomi seperti minyak dan gas (Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) dan di Sarawak), logistik (Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) atau industri ruminan (Sabah dan Sarawak).",
"Nilai kos projek yang layak membuat permohonan DKB pula adalah sekurang-kurangnya RM500 ribu hingga RM100 juta bagi pembelian mesin dan kelengkapan peralatan atau sekurang-kurangnya RM2.5 juta hingga RM100 juta bagi projek-projek pembangunan.",
"Syarikat yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Teraju www.teraju.gov.my. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21306 | Tujuh program AgriCop dilaksana di Samalaju | [
"RENCANA: Sektor pertanian merupakan salah satu sektor penting untuk menjana pedapatan negara.",
"Menyedari hakikat itu, pelbagai program telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk memperkasa sektor berkenaan.",
"Malah pertanian dilihat sebagai salah satu perniagaan yang memberi prospek besar kepada seluruh masyarakat khususnya di negeri ini bagi membantu merapatkan jurang sosial dan ekonomi dalam masyarakat.",
"Ini sekali gus menyumbang kepada pembangunan taraf hidup masyarakat dan melonjak pertumbuhan ekonomi negara.",
"Di Sarawak, pelbagai program yang mendasari pembangunan telah dirangka dan dilaksanakan demi pembangunan sektor berkenaan.",
"Terkini, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) untuk merapatkan lagi hubungan dan kerjasama antara Jabatan Pertanian dan golongan keluarga tani terutamanya di kawasan pendalaman.",
"Program pengembangan Agriculture Community Outreach (AgriCOP) telah dipergiatkan yang turut membabitkan penduduk di pendalaman agar mendapat mendapat manfaat daripada program berkenaan.",
"Seperti kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain di negeri ini, kawasan DUN Samalaju juga tidak terlepas daripada mengadakan program yang sama untuk tujuan mendedahkan kepada masyarakat setempat.",
"Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, sebanyak tujuh program untuk AgriCOP telah dilaksanakan di kawasan berkenaan menerusi pengelolaan Jabatan Pertanian Daerah Bintulu.",
"Katanya, kerajaan berharap dengan adanya AgriCOP akan menarik lebih ramai masyarakat menceburi diri dalam sektor berkenaan seterusnya dapat meningkatkan hasil pertanian mereka.",
"“Kita mengharapkan agar lebih ramai golongan keluarga tani terlibat dalam program seperti ini supaya mereka dapat meningkatkan pendapatan sekali gus mepertingkatkan taraf hidup,” ujarnya.",
"Sehubungan itu katanya, kawasan DUN Samalaju merupakan kawasan tumpuan utama memandangkan pertapakan pelbagai industri utama negara ditempatkan di kawasan ini.",
"Oleh itu, beliau yakin bahawa produk hasil pertanian pastinya mendapat permintaan tinggi bagi menampung keperluan makanan di daerah ini.",
"“Kita juga mengharapkan semua penduduk di kawasan ini bijak mengambil peluang khususnya untuk menceburi diri dan seterusnya memajukan industri pertanian kerana pasaran sayur-sayuran dan buah-buahan masih tidak mencukupi dan belum memenuhi permintaan pasaran,” katanya.",
"Kedudukan strategik Samalaju yang juga mempunyai dua buah pelabuhan laut dalam iaitu Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Samalaju juga memberikan impak positif untuk memasarkan produk pertanian berkenaan.",
"“Sekiranya pengusaha menitik beratkan aspek kuantiti dan kualiti, maka harga pasaran hasil yang akan dijual sudah tentu akan meningkat”“Bagi menambahkan lagi daya saing produk yang dihasilkan, proses tambah nilai dalam aspek pemprosesan, pengedaran, pembungkusan dan pemasaran perlu juga diberikan keutamaan,” katanya.",
"Dalam pada itu, beliau menyeru supaya golongan yang berminat untuk menceburi sektor pertanian ini dapat mendekatkan diri dengan Jabatan Pertanian untuk mempejari ilmu dalam bidang berkenaan.",
"Justeru katanya, AgriCOP telah dipelkenalkan sebagai salah satu inisiatif oleh kerajaan Sarawak melalui Jabatan Pertanian Sarawak untuk mengembangkan aktiviti-aktiviti pertanian di Sarawak dan memberikan pendedahan secara langsung kepada golongan sasar mengenai perkembangan pertanian terkini.",
"Oleh ELLIE EDWARD",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45114 | Kraf tangan rotan Punan berpotensi ke pasaran global | [
"Kraf tangan rotan Punan merupakan produk tradisional yang berpotensi besar dikomersialkan di peringkat antarabangsa.",
"Jika pelancong dari luar negara lebih-lebih lagi dari Eropah yang datang ke Malaysia, kraf tangan rotan menjadi kegemaran dan sering dibeli sebagai tanda kenangan apabila pulang ke nagara asal.",
"Hal ini kerana, ia bukan sahaja mewakili budaya dan tradisi yang unik tetapi secara tidak langsung menampilkan kemahiran dan kreativiti masyarakat Punan membuat anyaman.",
"Menurut Maren Uma (Tuai Rumah) penempatan masyarakat Punan di Long Lidem, Ulu Sungai Linau Belaga iaitu Narau Pua, 77, semakin kreatif dan rumit anyaman rotan, maka harganya semakin meningkat serta menjadi rebutan ramai.",
"“Corak yang selalu kami gunakan untuk membuat anyaman adalah diilhamkan daripada persekitaran seperti bentuk binatang dan tumbuh-tumbuhan.",
"“Contohnya corak bunga kelilang. Semuanya dianyam mengikut kreativiti masing-masing, tidak guna mimpi dan dianyam menggunakan tangan tanpa bantuan mesin. Hanya guna alatan tradisional,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak.",
"Sementara itu, Sakung iaitu salah seorang penduduk di situ berkata, kraf tangan rotan yang dihasilkan masyarakat Punan mempunyai banyak kelebihan.",
"Antaranya kelebihannya ialah ringan, tahan lama, warna tidak mudah luntur dan anyaman kemas menyebabkan ia bermutu tinggi dan bernilai.",
"Bercerita mengenai proses pembuatannya, Sakung memberitahu, banyak proses yang perlu dilakukan dan setiap proses dilakukan secara berhati-hati.",
"“Buat ini sangat susah dan perlu teliti. Mula-mula perlu cari rotan di hutan, kemudian belah buka kulit dan potong dulu sebelum dijemur bawah panas sampai kering. Perlu tunggu dua sehingga tiga hari untuk kering jika tidak hujan.",
"“Sudah kering, baru dapat dibelah menjadi lebih kecil dan halus. Selepas itu, raut empat kali, kami panggil ‘katom’ supaya bahagian tepi tidak tajam.",
"“Langkah seterusnya, rebus satu hari guna dapur kayu. Semasa rotan direbus, air mesti penuh dan api mesti besar, jika kecil tidak menjadi. Kita tidak dapat guna dapur gas kerana tidak cukup. Boleh habis satu tong gas.",
"“Selepas direbus, barulah cuci guna air pada waktu pagi dan jemur sampai kering,” jelasnya.",
"Selain itu, kata Sakung, jika terdapat permintaan anyaman yang memerlukan rotan berwarna, banyak cara tradisional untuk menghasilkan warna yang tidak mudah pudar.“Rotan digosok guna daun kayu ‘gamai’ atau tanah liat hitam, tetapi tidak boleh tanah sembarangan. Pilih tanah yang tidak ada pasir dan bersih di tepi sungai.",
"“Jika mahu hasilkan warna kuning, rendam rotan guna akar tumbuhan, nama akar itu ‘okanyahang’,” katanya.",
"Menariknya, menurut Sakung, jika rotan berwarna merah, ia adalah warna asli rotan liar.",
"“Kalau rotan warna merah, memang tidak dibubuh perwarna. Rotan warna ini paling susah dicari, perlu naik atas bukit,” tambahnya.",
"Oleh SYAHIDA HASSAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20387 | Peluang jadi peneraju utama | [
"KOTA SAMARAHAN: Para pengusaha koko peringkat huluan di Sarawak kini berpeluang menjadi peneraju utama kepada perkembangan industri di negeri ini.",
"Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, Willie Mongin berkata, rakyat yang mempunyai tanah terbiar di kawasan SARA Cocoa Cluster digesa untuk merebut peluang mendapatkan skim yang ditawarkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM).",
"Menurutnya, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi membantu para petani dan pengusaha koko peringkat huluan melalui skim penanaman baru dan penyediaan input pertanian.",
"“Di bawah RMK-11 yang lalu, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM14 juta bagi tujuan pembangunan tanaman koko di kawasan kluster ini seperti Sebuyau, Kota Samarahan, Asajaya, Padawan, Tebedu dan Serian.",
"“Projek ini adalah merangkumi 525 hektar keluasan tanah dan melibatkan 526 petani termasuk pembangunan kompleks pemprosesan dan pembuatan coklat di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko (PPPK), LKM Kota Samarahan.",
"“Maka itu, SARA Cocoa Cluster telah mewujudkan koperasi bagi menjalankan sebahagian daripada aktiviti kluster ini,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Peningkatan Kualiti Koko di PPPK LKM di sini, semalam.",
"Menurutnya, keahlian koperasi ini terbuka kepada mana-mana pengusaha tanaman, usahawan dan individu yang terlibat dengan industri koko dan coklat di Sarawak.",
"Ujar Willie, kementeriaanya berharap agar koperasi ini dapat mencapai matlamat ahli iaitu mendapat ganjaran hasil keuntungan khususnya daripada penjualan biji koko dan coklat.",
"Dalam majlis tersebut, Willie turut berkesempatan menyaksikan Penyerahan Sijil Projek Siap Fasa 1 Pusat Pengumpulan Biji Koko bagi Pusat Pemprosesan Biji Koko dan Coklat (PPBKC) kepada pihak LKM.",
"“PPBKC adalah sebahagian daripada komponen daripada SARA Cocoa Cluster, dan ini merupakan ‘game changer’ bagi peringkat huluan koko kerana ia dilaksanakan mengikut konsep ladang ke meja (farm to table),” jelas Willie lagi.",
"Upacara penyerahan ini telah dilakukan antara Pengarah Teknologi Huluan Koko LKM merangkap Pengerusi PPPK, Haya Ramba dengan wakil daripada pihak kontraktor.",
"Oleh AKMAL ADIB YUSUP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8123 | Wabak bubonik landa China | [
"BEIJING: Dalam situasi dunia masih tercari-cari vaksin bagi mengekang pandemik Covid-19, dua kes jangkitan wabak bubonik pula dikesan di sebuah bandar di utara China pada Ahad.",
"Kes tersebut dilaporkan di sebuah hospital di Bayannur, Inner Mongolia sekali gus mendorong kerajaan mengeluarkan amaran berhubung penyakit itu sehingga hujung tahun ini.",
"“Buat masa ini, terdapat risiko wabak itu akan merebak di bandar berkenaan.",
"“Orang ramai digesa meningkatkan kawalan keselamatan diri dan mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat,” kata pihak berkuasa keselamatan tempatan.Terdahulu, pada 1 Julai, media tempatan Xianhua melaporkan terdapat dua pesakit yang disyaki dijangkiti wabak bubonik di wilayah Khovd, di barat Mongolia.",
"Suspek berusia 27 dan 17 tahun itu disahkan positif selepas melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di dua hospital.Pesakit yang merupakan adik-beradik itu disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati haiwan marmot.",
"Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota.",
"Haiwan dalam kelas herbivor itu dikenal pasti hidup di Asia, Eropah dan Utara Amerika. ",
"Dalam perkembangan sama, seramai 146 individu yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan mangsa telah diasingkan dan dirawat di hospital.",
"Wabak bubonik berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesies tikus termasuk marmot.",
"Ia mampu membunuh dalam masa 24 jam jika tidak dirawat, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Tahun lalu, dua individu yang dijangkiti wabak bubonik di sebuah wilayah di barat Mongolia, Bayan-Ulhii maut selepas memakan daging marmot mentah.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21188 | “Terima kasih rakyat Malaysia” | [
"BEKAS ratu skuasy negara Datuk Nicol David berterima kasih kepada rakyat Malaysia selepas dinobatkan sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, malam semalam.",
"Anak kelahiran Pulau Pinang yang berusia 37 tahun kekal di kedudukan teratas untuk 109 bulan berturut-turut, menerima anugerah yang menjadi rebutan itu, menewaskan 23 lagi atlet selepas mendapat undian tertinggi menerusi pemilihan dalam talian di laman sesawang, Sukan Dunia https://www.theworldgames.org.",
"Selaku calon tunggal Asia, Nicol membuktikan beliau berada di dalam kelas tersendiri sejak hari pertama pengundian pada 8 Jan apabila menerima 318,943 undi, meninggalkan pencabar terdekat James Kehoe, seorang atlet tarik tali dari Ireland dengan kelebihan 200,000 undi.",
"Kehoe memperoleh 113,120 undi untuk berada di tempat kedua diikuti atlet powerlifting dari Ukraine, Larysa Soloviova, di tempat ketiga dengan 80,790 undi.",
"“Saya sugguh teruja mendapat anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia dan rasa sungguh terharu di atas sokongan daripada rakyat Malaysia, komuniti skuasy, setiap orang, keluarga dan rakan saya yang menggembirakan saya, katanya kepada Bernama menerusi satu klip video, semalam. ",
"“Saya sungguh tidak terkata di atas penghormatan, pengiktirafan ini. Saya sungguh terhutang budi kepada anda untuk mencapai kemenangan ini,” kata beliau.",
"Sementara itu, Pengarah Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Mej (B) S Maniam berkata dalam Bernama TV “Mid-Day Update” bahawa Nicol berhak menerima anugerah itu berdasarkan kesungguhan dan dedikasi beliau kepada sukan itu dalam beberapa dekad lalu. ",
"”Beliau adalah seorang atlet yang berdedikasi dan rajin tetapi Nicol memiliki pasukan yang besar di belakangnya, SRAM yang memainkan peranan utama bersama Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan para jurulatih. Ini ialah usaha bersama,” kata Maniam.",
"SRAM nampak bakat beliau sejak berusia sembilan tahun lagi, tidak gentar kepada sesiapa walaupun lawannya mempunyai raking lebih tinggi tetapi sentiasa memasuki gelanggang dengan keyakinan dia boleh menang.",
"Nicol memiliki kekuatan mental yang tinggi, suatu kelebihan yang sangat diperlukan dalam sukan skuasy dan satu perkara lagi ialah Nicol adalah berbeza daripada pemain-pemain lain di dunia. ",
"Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini, berterima kasih kepada rakyat negara ini yang memberikan sokongan padu kepada Nicol sejak undian dibuka sejak awal bulan lepas.",
"Beliau berkata pemilihan Nicol untuk menerima anugerah berkenaan telah mengharumkan nama Malaysia dan rakyat Malaysia. ",
"“Saya terharu dengan sokongan rakyat Malaysia dan sememangnya ia satu pengiktirafan yang cukup besar buat beliau sendiri dan kepada negara. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada atlet-atlet negara untuk terus berusaha serta mengukir pencapaian yang terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai,” kata Reezal Merican. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9704 | Tukang chat mati tepelanting | [
"MIRI: Seiku tukang chat ke tepelantimg beberapa meter pengudah motosikal ke ditepan iya belantak enggau sebuah kerita ba Jalan Miri-Bintulu, Miri kemari.",
"Maya penusah bebadi ke nyadi urung pukul 12.30 tengah nya, mansa ti benama Francis Bit, 44, ditemu mati ba endur penusah nya nyadi.",
"Kepala Polis Pelilih Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah madahka, kebuah penusah bebadi jalai raya nya nyadi dipelabaka lebuh kerita bansa Toyota Prado ke ditepan seiku indu beumur 60 taun datai ari Jalan Airport ngelawa bandar enda ulih ngemduka kerita iya agi lebuh datai ba endur nya sereta tepawah tama ngagai sepiak jalai sebedau ngelantak motosikal ke ditepan mansa.",
"Ku iya, penusah bebadi nya ngasuh kerita ke ditepan indu nya tetungkup sereta mansa tepelanting beberapa meter ari motosikal ke ditepan iya.",
"“Maya penusah bebadi nya nyadi mansa ke nepan motosikal nya balat bendar bakal sereta mati be endur nya lalu deriba kerita nadai bakal,” ku iya.",
"Ku Lim, bangkai mansa dianjung ngaga Hospital Miri laban deka ngaga pengawa ke patut. ",
"“Ba maya ke diatu pengawa nasat agi diteruska nitihka Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ku iya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11616 | Kerajaan luluskan RM20.17 juta untuk TBRS | [
"KOTA BHARU: Kerajaan meluluskan pembiayaan RM20.17 juta dalam tempoh kurang sebulan kepada Tekun Nasional melalui Skim Pemulihan Perniagaan Tekun (TBRS) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik Covid-19.",
"Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sejak TBRS dilancarkan pada 13 Julai, pihaknya menerima 6,454 permohonan pembiayaan bernilai RM58.08 juta di seluruh negara.",
"“Untuk skim TBRS, kerajaan telah memperuntukkan dana RM100 juta dan daripada jumlah itu, sehingga 3 Ogos, sebanyak 2,774 permohonan usahawan diluluskan melibatkan nilai pembiayaan bernilai RM20.17 juta,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek pembiayaan Tekun bernilai RM100,000 kepada pengusaha Keropok House, Meriam Mohd, 55, di Pasar Padang Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini.",
"Mas Ermieyati berkata, menerusi skim TBRS, usahawan layak memperoleh nilai pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar faedah hanya 3.5 peratus dalam tempoh setahun.",
"Menurutnya 623 permohonan dengan nilai pembiayaan berjumlah RM5.101 juta diterima di Kelantan.",
"“Menerusi skim ini, kerajaan benar-benar ingin membantu usahawan-usahawan yang terjejas akibat Covid-19 dengan segera. Malah, kelulusan permohonan juga dilonggarkan dan dipermudahkan dengan tempoh kelulusan hanya tujuh hari, selain hanya enam dokumen diperlukan berbanding sebelum ini, 17 dokumen,” katanya.",
"Mas Ermieyati berkata, sehingga kini kira-kira 58.55 peratus usahawan terjejas akibat pandemik Covid-19, dan daripada jumlah itu sebanyak 8.5 peratus sudah gulung tikar.",
"“Dengan adanya bantuan dan pelbagai insentif yang diumumkan oleh kerajaan kepada usahawan mikro, pihak kami mendapati masih ramai peniaga yang mampu bertahan sehingga kini.",
"“Apa yang kita khuatir adalah usahawan ‘informal’ yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sebagainya, sedangkan dengan adanya SSM atau berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ia sudah dapat melayakkan usahawan untuk dibantu menerusi skim TBRS ini,” katanya.",
"Beliau turut menggalakkan usahawan mikro agar menceburi perniagaan dalam talian untuk kekal relevan terutama dalam tempoh penularan wabak Covid-19. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31990 | Masa depan Sarawak cerah – Abang Johari | [
"KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama pemenang pertandingan bertutong secara dalam talian di Kuching.",
"KUCHING: Masa depan Sarawak terus cerah dengan politik stabil dan kepimpinan jitu untuk membangun dan mentadbir negeri ini di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).",
"Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, malah Sarawak mengalami kemajuan pesat berkat sokongan dan perpaduan kukuh rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.",
"Dengan kestabilan politik dan perpaduan kukuh itu antara faktor menyumbang kepada kemenangan berganda GPS ketika memenangi 76 kerusi daripada 83 dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) lalu.",
"“Terima kasih rakyat Sarawak kerana menjaga perpaduan ini yang bukan sahaja kukuh di Satok malah di semua kawasan negeri ini,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Tri-Tahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N8 Satok Sesi 2022 hingga 2025 dan Ramah Tamah Aidilfitri di sini semalam.",
"Turut hadir, isteri Premier, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki serta exco Cawangan Satok.",
"Premier berkata, kerajaan yang dipilih rakyat harus menentukan hala tuju negeri dengan memberi keutamaan kepada tadbir urus yang baik.",
"Katanya, kepimpinan Sarawak sekarang yang mengguna pakai teknologi terkini membawa negeri ini mengecapi kemajuan dan kepesatan pembangunan.",
"Dalam hal ini, Abang Johari meminta ahli-ahli Parti PBB supaya menjaga parti dan semangat perjuangan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.",
"“Kita akan bertanding di 31 kerusi parlimen dan berusaha untuk menang kesemuanya agar GPS memiliki suara kuat di parlimen. In Sya Allah, GPS boleh menang,” katanya.",
"Dalam pada itu, Abang Johari berkata, kerjasama kukuh di antara Fadillah dan Ibrahim bergerak seiring untuk mengurus dan memajukan Satok.",
"Sementara itu, Ibrahim Baki menzahirkan terima kasih kepada perwakilan N8 Satok kerana menunjukkan semangat perpaduan yang jitu menerusi pemilihan pergerakan wanita.",
"Katanya, pemilihan pergerakan wanita itu berjalan lancar dengan menyaksikan Salina Salleh memenangi jawatan ketua wanita baharu menggantikan Dato Dayang Madinah Tun Openg.",
"Manakala, pergerakan pemuda dan badan induk semua menang tanpa bertanding.",
"Terdahulu, Ibrahim Baki menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cawangan Parti PBB N8 Satok sementara Mohamad Akram Mohamed Karim, Ketua Pemuda baharu.",
"“Semangat kita di N8 Satok sangat kuat dan ini perlu dikekalkan,” katanya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11144 | Denda RM1,000 terlalu tinggi | [
"KUCHING: Kompaun sebanyak RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka adalah agak mahal kerana ramai yang tidak mampu membayarnya, terutama mereka yang kurang berkemampuan.",
"Seorang pengurus syarikat swasta, Peter Pau berkata langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka adalah baik tetapi jumlah kompaun adalah tinggi.",
"“Bagi kesalahan seperti melanggar lampu isyarat, pesalah cuma dikenakan denda sebanyak RM300 dan kesalahan ini mungkin boleh menyebabkan kematian.",
"“Kita mempunyai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk melihat kepada prosedur operasi standard (SOP) yang mungkin berbeza dengan Semenanjung Malaysia.",
"“Namun, sesetengah langkah yang diambil oleh pihak berkuasa di sana mungkin berbeza dengan JPBN dan ini mengelirukan orang ramai,” kata Pau.",
"Beliau berkata pesalah kali pertama harus diberi amaran dan bukannya dikompaun terus dan ramai di antara mereka ini adalah orang luar bandar dan orang muda yang mungkin tidak berkemampuan untuk membayarnya.",
"Pau berkata di sesetengah kedai makan dan minum, SOP adalah dua orang untuk satu meja tetapi bagi meja yang besar dan panjang, ia mungkin boleh memuatkan lebih dari dua orang.",
"“Ini semua adalah logik. Pihak berkuasa harus mempunyai logik apabila melaksanakan penguatkuasaan,” kata Pau sambil berharap JPBN dapat mengurangkan jumlah kompaun.",
"Datuk Bandar Bandaraya Miri, Adam Yii juga menyeru pihak polis supaya tidak terlalu tegas untuk tindakan memberi kompaun kepada orang awam yang tidak menulis nama penuh semasa makan di kedai makan dan minum.",
"Apabila dihubungi Utusan Sarawak, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato’ Dev Kumar berkata pihak polis akan memberi amaran terlebih dahulu sebelum memberi kompaun.",
"Beliau menasihati orang ramai supaya memakai pelitup muka di tempat yang sesak.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=43892 | Sindiket curi motosikal, kereta tumpas | [
"KUCHING:Polis Daerah Padawan berjaya menumpaskan sindiket mencuri motosikal dan kereta dengan menahan tiga suspek, kesemuanya lelaki sekitar 7.15 malam tadi.",
"Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang berkata ketiga-tiga mereka ditahan di hadapan sebuah premis di Batu 10, Jalan Penrissen di sini.",
"Suspek berusia antara 32 hingga 36 tahun masing-masing mempunyai rekod lampau dalam penyalahgunaan dadah.",
"Abang Zainal berkata, turut dirampas kunci kereta jenis Chevrolet dengan nombor pendaftaran QSP7799 berwarna hitam.",
"Tahanan berkuat kuasa mengikut Seksyen 379A(1) / 511 Kanun Keseksaan.",
"Oleh Connie Chieng",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33575 | PUISI | [
"Dalam sesak hiruk pikuk kehidupan",
"Bandaraya yang kian pesat",
"Aku terdampar di sisi sempit",
"Mencari sebuah damai",
"Yang tidak kunjung tiba.",
"Saban hari menelusuri kehidupan kota",
"Umpama ranjau berduri yang menusuk luka",
"Pada dinding wajah lesu dan emosi rapuh",
"Tiada tersisa sekelumit bahagia",
"Dek sibuk mengejar harta.",
"Kota ini tiada ehsan",
"Pada manusia yang lemah dan dina",
"Yang terus menekan",
"Agar mereka",
"Terus terpinggir di persimpangan",
"Tersisih daripada sebuah kehidupan",
"Seorang Insan.",
"Damai yang dulu tiada lagi",
"Gelak tawa tabur budi",
"Antara Insani",
"Kini",
"Menjadi amalan yang asing dan menghairankan",
"Sealam jagat",
"Yang kini membuat",
"Tatkala jauh serasa dekat",
"Dan yang dekat umpama tiada.",
"Kota ini mengasuh insan",
"Menjadi hamba durhaka",
"Pada sang pencipta",
"Menjadi anak tak kenang budi",
"Membina keluarga yang berantakan",
"Melahir jiran yang melupakan",
"Membentuk masyarakat yang berlawanan.",
"Jika tiada kekuatan iman dan perpaduan.",
"Randy Kembaren Zulfri",
"SMK Sibu Jaya",
"Majas di celah jingga senja",
"Sering kali menggoda jiwa",
"Untuk memintal benang kata",
"Ditenun menjadi bait berirama",
"Bersulam matra rasa",
"Bunga tabur kenangan",
"Ode buat sang pujangga",
"Sendu rimanya kudendang",
"Mengiringi senja pulang",
"Dijemput malam",
"Fitrah alam…",
"Christine Tan Robert",
"Kuching, Sarawak",
"24 Jun 2022.",
"Setidaknya angin bayu yang lalu,",
"masih membelai jiwaku yang keresahan,",
"serta menemaniku dengan pawana kelu,",
"tanpa sepatah bicara rasa kaku.",
"Tidak seperti diri kamu,",
"kelihatan keluhan iktikad palsu,",
"yang seolah terpaksa bertahan,",
"di kerapuhan dahan ragaku,",
"yang gerhana akan kemesraan,",
"dan sepertinya sulit untuk dirimu menyatakan,",
"aku bukanlah jasad yang kau inginkan,",
"yang aku ini hanyalah insan kau simpatikan,",
"cuma sekadar koordinat tersasar haluan,",
"untuk kau lemparkan belas kasihan.",
"Setidaknya angin bayu yang bertiup selalu,",
"tidak mengherdikku seperti itu,",
"tidak juga memandang aku segeruh itu.",
"Setidaknya tatkala angin bayu itu jemu,",
"dan berhenti menghembus pawana sayu,",
"ia tidak mengguris diriku,",
"dan meninggalkan parut kelabu.",
"Adie Abd Gani",
"Jabatan Pertanian Sarawak",
"30 Mei 2022",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13778 | Kes jangkitan di Perancis menurun | [
"PARIS: Kementerian Kesihatan Perancis melaporkan 3,304 jangkitan koronavirus baharu, jauh di bawah paras tertinggi harian yang dilihat minggu lalu.",
"Kebanyakan mereka yang dijangkiti adalah golongan muda dan kebanyakannya tidak menunjukkan simptom.",
"Jumlah jangkitan baharu melebihi 1,995 pada Isnin – hari yang secara tradisinya menunjukkan penurunan, tetapi tetap jauh di bawah rekod pasca sekatan pergerakan sebanyak 4,897 dan di bawah 3,600 kes yang dilaporkan pada separuh kedua minggu lalu.",
"Jumlah kumulatif meningkat kepada 248,158, bersama dengan 30,544 kematian, termasuk 16 kes dalam 24 jam terakhir, sementara jumlah pesakit yang berada di hospital akibat Covid-19 susut sebanyak 90 orang ke paras rendah baharu berbanding 4,000 orang.",
"Jumlah pesakit yang di rawat di Unit Rawatan Rapi meningkat 11 kepada 410 dan kini kembali ke tahap yang terakhir dilihat pada akhir bulan Julai, tetapi tetap jauh di bawah paras tertinggi lebih dari 7,000 pada awal April.",
"Ahli epidemiologi mengatakan tekanan yang agak terhad di hospital disebabkan virus ini aktif dalam kalangan orang muda, yang biasanya menunjukkan sedikit atau tidak ada gejala penyakit pernafasan.",
"Tetapi peningkatan jangkitan dalam kalangan orang dewasa dalam peringkat permulaan, kata Kementerian Kesihatan dalam tinjauan terbarunya. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8414 | Banjir ragut 59 nyawa | [
"TOKYO: Angka korban akibat bencana banjir di Jepun meningka kepada 58 orang pada Rabu, kebanyakannya dari wilayah Kumamoto yang paling teruk dilanda banjir.Menurut pihak berkuasa, beberapa bahagian di Nagano dan Gifu dilanda hujan lebat mengakibatkan paras air terus meningkat.Di seluruh negara, sekitar 3.6 juta orang disarankan berpindah, meskipun pemindahan tidak wajib dan pusat perlindungan tidak disediakan.Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat diteruskan di Kumamoto, bagi mencari 14 mangsa yang masih hilang.",
"Puluhan ribu pasukan tentera, polis dan pekerja penyelamat dikerah dari seluruh negara bagi membantu operasi SAR.Bagaimanapun operasi penyelamat terganggu oleh hujan, banjir, tanah runtuh dan talian komunikasi yang terputus.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27202 | Kemenangan jadi motivasi pemain | [
"KEMENANGAN pertama dalam kempen TM Piala Malaysia musim ini tetap bermakna buat pasukan Kuching City FC.",
"Ketua Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim menjelaskan ia merupakan satu kepuasan biarpun kemenangan 1-0 ke atas Perak FC tempoh hari sudah tidak bermakna lagi buat pasukannya.",
"“Sebelum perlawanan saya beritahu pemain betapa kami perlu menang untuk dibawa pulang ke bumi Sarawak.",
"“Walaupun perlawanan ini sudah tidak mempunyai erti kerana kami sudah terkeluar dari saingan ke suku akhir tetapi pemain berusaha gigih untuk mencatat kemenangan. Kemenangan ini tetap penting kerana ia mengenai maruah pasukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.",
"Irfan berkata, walaupun hanya kemenangan 1-0 tetapi ia yang pertama dalam trofi unggul itu.",
"“Kami layak bertanding dalam Piala Malaysia sekali lagi dan diletakkan bersama tiga pasukan Liga Super iaitu Terengganu FC, Selangor FC dan Perak FC.",
"“Ia merupakan satu pengalaman yang berguna buat pemain saya dalam kami membuat persiapan bagi musim hadapan,” ujarnya.",
"Lebih penting, katanya, kemenangan itu pasti menjadi motivasi buat anak buahnya bagi menghadapi Terengganu FC di Kuching, malam ini.",
"Oleh ADI SAFARMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=699 | JBBS tubuhkan ‘Whatapps Center’ | [
"NURZILLA MOHAMAD",
"SIBU: Bagi memastikan penduduk yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan\n(PKP) mendapat bantuan dengan lebih sistematik, Jawatankuasa Bencana Bahagian\nSibu (JBBS) akan menubuhkan satu sistem ‘Whatapps Center’.",
"Menurut Koordinator JBBS, Dr Annuar Rapa’ee berkata, sistem ini akan\ndigunakan untuk menagihkan bantuan kepada penduduk sekitar kawasan pusat bandar\nSibu sahaja.",
"“Bagi kawasan luar bandar yang merangkumi kawasan rumah panjang dan\nkampung-kampung, bantuan akan dihantar terus tanpa perlu membuat permohonan\nmelalui Whatapps Center berkenaan.",
"“Hal ini disebabkan penduduk di kawasan luar bandar mempunyai jarak\nyang jauh untuk mendapatkan bekalan makanan di kawasan bandar. Pemohon cuma\nperlu mengemukakan nama penuh, alamat dan nombor telefon dan dihantar ke\nWhatapps Center untuk kita sahkan.",
"“Kemudian, kita akan hantarkan bantuan ke rumah tanpa perlu kamu\nkeluar rumah atau beratur panjang. Just stay at home (Duduk sahaja dirumah),”\nkatanya pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Sibu, petang semalam.",
"Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Sains dan\nTeknologi memberitahu, nombor Whatapps Center akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat selepas semua bantuan makanan sudah tersedia\ndan akan mula menagihkan bantuan ini paling cepat pada Ahad ini.",
"“Kerajaan Negeri telah memperuntuk sebanyak RM200,000 untuk setiap\nDewan Undangan Negeri (DUN) dan Sibu mempunyai lima kawasan DUN. Kira-kira\n6,903 buah pintu rumah panjang termasuk empat buah kampung Melanau di lima\nkawasan DUN di Sibu akan menerima bantuan ini.",
"“Jadi kita mempunyai peruntukan RM1 juta dan mampu untuk menyediakan\nkira-kira 20,000 food basket untuk kelima-lima kawasan ini termasuk di kawasan\nluar bandar,” ujarnya.",
"Dr Annuar juga menjelaskan setiap\nDUN mempunyai Pusat Bantuan dan jawatankuasa mereka tersendiri.",
"Bagi yang ingin memohon bantuan, katanya, mereka hanya perlu menghantar\nmaklumat yang diperlukan kepada Whatapps Center, dan maklumat ini akan ditapis\nsebelum disalurkan kepada Pusat Bantuan di setiap DUN, seterusnya bantuan\ntersebut akan dihantar terus ke rumah pemohon.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=5582 | Hazard, Suarez jadi ‘talian hayat’ | [
"KETIKA La Liga sepanyol dihentikan, mereka tidak di jangka akan memainkan peranan dalam baki perebutan gelaran tetapi ketika musim ini disambung semula pada Jumaat, Eden Hazard dan Luis Suarez boleh menjadi penentu.",
"Hazard melihat jauh di hadapan Real Madrid ke Euro setelah menjalani pembedahan di kaki kanannya pada Mac sementara ada yang merasa Suarez telah bermain permainan terakhirnya untuk Barcelona setelah menjalani pembedahan lutut pada Januari.",
"Namun, kedua-duanya telah mendapat talian hayat, Suarez untuk mengekalkan kariernya di Barca dan Hazard untuk memulakannya dengan Madrid.",
"Setelah Real Madrid membayar 100 juta euro untuk menandatanganinya dari Chelsea tahun lalu, para peminat berlari di luar Santiago Bernabeu untuk mengelak barisan untuk menghadiri majlis memperkenalkan Hazard, dan sekitar 50,000 berjaya masuk ke dalam stadium.",
"Walau bagaimanapun, pertanyaan segera diajukan mengenai berat badannya semasa pramusim, dan dia telah mengalami kecederaan sepanjang musim.",
"Setiap kali dia kembali, Hazard memerlukan waktu untuk mencari prestasinya, pada awalnya tidak memiliki kepantasan dan melakukan pertukaran arah dengan baik, dapat meninggalkan pemain pertahanan terkapai-kapai.",
"Tetapi laporan dari Valdebebas amat positif, dengan Thibaut Courtois berkata dia telah dikejutkan dengan “rentak” pemain antarabangsa Belgium itu sebelum menambahkan nada berhati-hati. “Kami tidak boleh mengharapkan dia berada pada prestasi terbaik tanpa bermain,” katanya.",
"Jurulatih Barca, Quique Setien juga berhati-hati terhadap Suarez, yang juga tidak terkenal dengan kepantasan dan ketepatan setelah berehatn dengan agak lama.",
" “Dia lebih baik daripada apa yang kami jangkakan,” kata Setien pada hari Ahad. “Tetapi persoalannya adalah adakah dia sudah bersedia setelah sekian lama tidak bermain dan adakah dia sudah bersedia untuk memulakannya.”",
"Walaupun memenangi Clasico pada 2 Mac, Madrid mengalami kemerosotan prestasi sebelum ‘lockdown’, kemenangan 2-0 ke atas Barcelona merupakan satu-satunya kemenangan mereka dalam lima perlawanan.",
"Mereka hilang kekebalan di bahagian pertahanan yang telah menyaksikan mereka mengharungi rentak 21 perlawanan tanpa kekalahan sebelum dan selepas Krismas dan masih merasai pemergian Cristiano Ronaldo.",
"Hazard seharusnya membantu mengisi kekosongan tresebut tetapi 11 perlawanan dalam tempoh lima setengah minggu tidak memberi ruang untuk kekar dan, tidak seperti Suarez, ini masih lagi pasukan baru baginya. Lima belas penampilan dalam 10 bulan hampir tidak membangkitkan keakraban.",
"Sementara itu, Barca memerlukan pemain kerana mereka hanya mempunyai 19 pemain senior yang cergas, yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk memanfaatkan dua pemain gantian tambahan.",
"Kelab ini menjual pemain sokongan pada Januari untuk mengumpulkan dana untuk penyerang yang tidak pernah tiba dan sebaliknya mereka terpaksa memanfaatkan peraturan kecemasan La Liga, untuk mendapatkan pemain lain, pada Februari dengan menandatangani Martin Braithwaite dari Leganes.",
"Tetapi Suarez membawa pengalaman dan kualiti, belum lagi yang terbaik daripada Lionel Messi.",
"Dengan prestasi terbaik, Messi dapat mengalahkan Real Madrid tetapi pemain dari Argentina itu mengalami masalah kecederaan beliau sendiri musim ini, yang terakhir adalah kecederaan paha yang menyebabkan dia terlepas tiga sesi latihan minggu lalu.",
"Barcelona mempunyai kelebihan dua mata dan jadual perlawanan yang sedikit menguntungkan, terutamanya keadaan cuaca panas di Sevilla dan Alaves di tambah dengan perlawanan berlangsung tanpa penyokong.",
"Mereka turut berhadapan Atletico Madrid di tempat sendiri tetapi mereka tidak kalah kepada mereka di Camp Nou dalam 14 tahun.",
"Namun, ketidakpercayaan terhadap lembaga Barca boleh muncul kembali pada bila-bila masa dan Madrid mempunyai rekod pertemuan yang lebih baik, bererti mereka hanya perlu berada di tahap yang terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.",
"Mereka akan beraksi di Real Sociedad dan Athletic Bilbao, yang berada pada prestasi terbaik, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mereka membawa diri mereka ke tempat latihan baru mereka, Stadium Alfredo di Stefano, sementara kerja-kerja pengubahsuaian diteruskan di Bernabeu.",
"Madrid mempunyai Marco Asensio kembali cergas sementara Gareth Bale merupakan pemain yang paling cergas dalam latihan berbanding pemain lain. Kemampuan Zinedine Zidane untuk memenangi kejohanan kalah mati mungkin juga sesuai untuk pecutan penamat 39 hari.Zidane hampir dipecat pada bulan September tetapi hampir setahun kemudian, hanya satu perkara yang pasti. Tidak ada yang sama. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=37943 | Rodiyah tidak kekok bersemuka orang ramai | [
"CALON muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee tidak kekok dan mula membiasakan diri ketika kempen Pilihan raya Umum ke-15 (PRU-15) masuk hari keenam hari ini.",
"Malam tadi beliau duduk semeja dengan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta golongan belia din Kampung Gedong.",
"“Kamek nang terharu dijemput untuk sama-sama barbeku (BBQ) dengan orang muda walaupun dalam keadaan hujan yang lebat,” kata Rodiyah.",
"Sebelum itu beliau meluangkan masa menyantuni Ranting PBB Kampung Lalang Hilir dan Lalang Tengah selain singgah di enam lagi ranting PBB di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N26 Gedong iaitu Kampung Tengah Hilir, Perintah Masjid, Lot Fasa 1&2, Datuk Patinggi Muai dan Spaoh.",
"“Rasa terharu dengan layanan mesra dan komitmen yang diberi oleh semua yang terlibat,” katanya.",
"Semalam, Rodiyah turut bertandang ke beberapa kampung dalam DUN Gedong termasuk Kampung Kanchong Baru, Kanchong Jaya, Segera Jaya, Tengah Hulu dan Tengah Lama.",
"“Nang seronok dapat berjumpa, bertanya khabar dengan bala sidak. Harap jalinan hubungan erat macam tok dapat dikekalkan sampai bila-bila,” katanya dalam hantar di facebooknya.",
"Rodiyah dicabar Setiausaha Kerja Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak, Lahaji Lahiya yang merupakan seorang pesara guru. AMANAH mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH).",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=16100 | MATRADE lantik Mahmud Abbas,Irmohizam Ibrahim sebagai Ahli Lembaga | [
"KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah melantik Datuk Mahmud Abbas dan Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim sebagai ahli lembaga baharunya, berkuat kuasa 1 September 2020.",
"MATRADE berkata Mahmud, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari Brighton University, pada masa ini merupakan pengerusi Halal Development Corporation (HDC) dan mempunyai lebih 30 tahun pengalaman korporat, terutamanya dalam industri harta tanah.",
"“Beliau ialah Ketua Eksekutif Knowledge Economic City (KEC) sebuah syarikat pembangunan harta tanah penyenaraian awam di Madinah, Arab Saudi, dan juga merupakan pengarah urusan Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) selama tujuh tahun, sebelum menyertai KEC,” katanya.",
"Sementara itu, Irmohizam adalah Pengarah Eksekutif World Trade Center Kuala Lumpur dan pada masa ini bertugas sebagai penasihat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Ahli Lembaga Universiti Teknologi MARA.",
"“Bagi pihak Lembaga MATRADE, kami sangat gembira dan mengalu-alukan pelantikan ini. Bersama-sama, mereka akan membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan kerana MATRADE akan terus meneroka kaedah baru untuk membantu pengeksport Malaysia dan meningkatkan eksport terutama pada masa yang mencabar ini,” kata pengerusi Tan Sri Dr. Halim Mohammad dalam satu kenyataan semalam.- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3673 | Lelaki ditahan tunjuk isyarat lucah | [
"SIBU:Lelaki berusia 46 tahun ditahan selepas disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menunjukan isyarat lucah di tepi Jalan Bengkel, di sini pagi semalam.",
"Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kejadian berlaku sekitar jam 8.00 pagi, anggota polis trafik yang menjalankan penguatkuasaan telah mengeluarkan saman kepada sabjek atas kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan larangan.",
"“Semasa saman hendak dikeluarkan, suspek telah bertindak mengundurkan kenderaan namun sempat dihalang oleh anggota polis trafik.",
"“Saspek keluar dari kereta, mengambil kertas saman dan mengoyakkannya serta membaling ke atas jalan raya,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita petang semalam.",
"Menurutnya, dalam masa yang sama suspek juga telah menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) dan mengeluarkan perkataan lucah kepada anggota polis trafik.",
"“Siasatan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan turut merangkumi kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan atau kenyataan lucah untuk mengaibkan seseorang.",
"“Subjek yang juga pemandu lori telah ditahan untuk siasatan lanjut,” tegasnya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=6345 | Atetico kembali menyinar | [
"PEMAIN muda Portugal, Joao Felix menjaringkan dua gol untuk membantu Atetico Madrid berada dalam kelompok melayakkan diri ke Liga Juara-Juara selepas membelasah Osasuna 5-0 dalam saingan La Liga awal pagi tadi.",
"Felix, 20, melakukan penampilan pertama sejak liga utama Sepanyol bersambung akibat penularan Covid-19 selepas dia terlepas pertemuan dengan Athletic Bilbao sebab penggantungan dan cedera bahagian buku lali.",
"“Saya berasa sangat bertenaga, kembali beraksi selepas kecederaan selepas tiga bulan tidak beraksi dan menjaringkan dua gol ia adalah petanda sangat baik buat saya,” kata Felix kepada Movistar.",
"Osasuna kekal di tangga ke-11 selepas kekalahan yang menyaksikan mereka terlepas peluang untuk layak ke Liga Europa dan sekarang ini 10 mata dari zon penyingkiran.",
"Felix membuka jaringan pada minit ke-27 apabila melakukan rembatan ke bucu gawang selepas Renan Lodi membuka ruang di sebelah kiri.",
"Selepas 10 minit perlawanan separuh masa kedua bersambung Felix menggandakan jaringan buat Atletico.",
"Sebaik Felix dikeluarkan pada minit ke-69, Atletico mengesahkan tiga mata dengan tiga lagi gol disumbangkan Marcos Llorente, Alvaro Morata dan Yannick Carrasco.",
"Sementara itu, penjaring terbanyak sepanjang zaman Napoli, Dries Mertens menandatangani kontrak baharu sehingga 2022 bersama kelab Serie A itu beberapa jam sebelum menentang Juventus dalam aksi final Piala Itali di Rome.",
"“Mereka yang menyayangi Naples tahu cinta ini adalah selamanya. Saya akan memberikan yang terbaik sehingga ke hari terakhir untuk mencipta sejarah kelab dan bandar ini,” kata pemain antarabangsa Jerman itu dalam akaun Twitternya, hari ini.",
"Kontrak baharu pemain berusia 33 tahun itu tamat 2022 tetapi turut mempunyai pilihan lanjutan ke musim ketiga.",
"“Sangat gembira dapat bersama untuk tempoh lama. Hidup Dries!” kata presiden, Aurelio De Laurentiis dalam Twitternya.",
"Mertens tiba di Naples dari PSV Eindhoven pada 2013, menjuarai Piala Itali dan Piala Super Itali pada musim berikutnya.",
"Dia menjaringkan 122 gol daripada 310 perlawanan dan menyumbang 73 bantuan jaringan dalam semua kejohanan untuk Napoli.",
"Bintang Belgium itu muncul penjaring terbanyak Napoli pada separuh akhir Piala Itali selepas menewaskan Inter Milan, Sabtu lalu.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=26703 | PERTINGKATKAN R & D | [
"KUCHING: Untuk menjadi sebuah negeri yang berinovasi, tenaga kerja Sarawak perlu meningkatkan keupayaan dan kemampuan dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).",
"Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, inovasi mendorong kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri dan kerajaan perlu mencapai pemahaman yang lebih baik.",
"“Dengan memanfaatkan sumber semula jadi, inovasi amat perlu bagi mengembangkan keupayaan R&D dan aplikasi komersial iaitu aplikasi selaras dengan bioteknologi, aplikasi digital dan tenaga boleh diperbaharui. ",
"“Pembangunan ekosistem inovasi seperti Bio-industrial Park, Digital Testbed and Living Labs, Bio-Hub Port and Venture Capital Funds akan menarik lebih banyak sektor swasta untuk melabur dalam R&D di Sarawak,” katanya, ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2020 dan Majlis Penutupan Rasmi Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak 2021 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.",
"Tambahnya, dunia kita hari ini didorong oleh teknologi digital seperti Big Data Analisis, Kecerdasan Buatan, Blockchain dan percetakan 3D kini menjadi platform di banyak negara.",
"“Hampir tidak ada perniagaan yang tidak dapat berubah melalui kemajuan teknologi. Apabila teknologi berubah, orang dapat menghasilkan lebih banyak dengan sama jumlah atau sumber yang lebih sedikit, sehingga meningkatkan produktiviti. Sebagai produktiviti berkembang, begitu juga ekonomi. Di tengah-tengahnya R&D iaitu aktiviti membolehkan saintis dan penyelidik mengembangkan pengetahuan baru, teknik, dan teknologi,” ujarnya.",
"Jelasnya, model pembangunan ekonomi lama tidak dapat membawa Sarawak maju ke hadapan dalam pembangunan digital yang cuba dicapai oleh seluruh dunia. ",
"“Kita tidak boleh tunggu orang lain untuk memberitahu apa yang harus dilakukan, kita harus menentukan nasib kita sendiri. ",
"“Sudah tentu, kita mesti melakukan banyak perkara dalam proses pendigitan ekonomi kita,” tambahnya.",
"Katanya, kerajaan di banyak negara secara langsung menyokong saintifik dan teknikal penyelidikan; sebagai contoh, melalui agensi pemberian geran (seperti Nasional Science Foundation di Amerika Syarikat) atau melalui insentif cukai (seperti Kredit cukai R&D).",
"“Dasar inovasi yang cekap menangani keseluruhan iklim inovasi, sementara juga memberikan tumpuan untuk menyokong inisiatif dan sektor tertentu untuk berkembang maju,” ujarnya.",
"Sehubungan itu, jelasnya, imovasi dan transformasi adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian khusus oleh kerajaan dalam usaha mencapai status berpendapatan tinggi negara maju menjelang 2030.",
"“Inovasi dalam perkhidmatan awam penting kerana ia mempromosikan daya saing negara. Penjawat awam adalah jentera penting dalam mencapai setiap aspirasi kerajaan. ",
"“Oleh itu, adalah keutamaan bagi kita untuk terus meningkatkan usaha dalam memajukan budaya inovasi, memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih pantas, cekap dan berkesan,” tegasnya.",
"Oleh NUR AIN OTSMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=16830 | Hentikan politik tidak matang – Alexander | [
"KUCHING: “Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Anwar agar menghentikan permainan politik tidak matang demi mencapai kepentingan dan cita-cita peribadi,” tegas Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Alexander Nanta Linggi.",
"Alexander berkata, sebagai seorang ahli politik veteran dan berpengalaman, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seharusnya menghentikan sebarang cubaan untuk mewujudkan ketidakstabilan di dalam negara yang hanya akan memberi kesan buruk kepada rakyat dan ekonomi.",
"“Kepentingan rakyat dan negara pada ketika kita sedang menghadapi cabaran penularan wabak Covid-19 yang telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia, perlu diberi keutamaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.",
"Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu turut menafikan GPS mempunyai sebarang kaitan dengan PKR, dan GPS masih kekal memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.",
"“Parti GPS yang dianggotai oleh PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) kekal berpegang teguh kepada prinsip perlunya sebuah kerajaan Persekutuan yang stabil demi kebaikan rakyat dan ekonomi negara.",
"“Tambahan pula ketika negara sedang berperang dengan penularan wabak Covid-19 dan fokus sepenuhnya ditumpukan dalam memulihkan ekonomi rakyat dan negara.",
"“GPS sekali lagi menegaskan bahawa parti ini menolak sekerasnya PKR yang bersekutu dengan pihak tidak bertanggungjawab dan angkuh melemparkan tuduhan bahawa Sarawak akan bankrap di bawah kepimpinan GPS,” tegasnya.",
"Tambahnya, Sarawak yang diterajui oleh Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sebagai Ketua Menteri akan terus memberi sokongan penuh kepada Muhyiddin Yassin dan Abang Johari dapat membawa banyak kebaikan kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak.",
"Oleh Zarina Abdullah",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4683 | Pelajar di Sri Aman diarah jalani saringan | [
"SIMANGGANG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sri Aman (JPBBSA) semalam mengeluarkan arahan baharu kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam serta Swasta di daerah itu dan daerah Lubok Antu.",
"Arahan itu dikhususkan kepada mereka yang telah pulang ke rumah masing-masing sebelum 1 Mei lepas dan masih belum membuat saringan Covid-19 ketika itu.",
"Kenyataan media semalam memberitahu arahan tersebut dikeluarkan setelah merujuk arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada 27 Mei lepas.",
"“Pelajar tersebut dikehendaki menghubungi Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman di talian 083-320230 jika mereka telah pulang ke rumah sebelum tarikh berkenaan dan belum membuat saringan Covid-19.",
"“Sila patuhi arahan lanjut daripada Pejabat Kesihatan berhubung perkara ini. Kerjasama daripada anda (pelajar) semua amatlah kehendaki demi sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 di sini,” kata kenyataan tersebut.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=16564 | Angka korban global terkini 962,001 | [
"WASHINGTON: Angka kematian global akibat Covid-19 meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.",
"Ini menjadikan jumlah kumulatif bilangan yang maut akibat Covid-19 kini mencecah 962,001 kes.",
"Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 203,828 kes.",
"Ini diikuti Brazil dengan 136,565 kes.",
"Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 86,796 dan 73,258 angka korban.",
"Manakala, United Kingdom catat 41,759 kes.",
"Itali, Perancis, Peru dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.",
"Iran dan Columbia pula merekodkan angka lebih 23,000.",
"Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=29617 | AKTA A1642, TERLERAIKAH PERSOALAN? | [
"PANDANGAN sedemikian ini berupa pandangan penulis dan tiada kena-mengena dengan dasar akhbar Utusan Sarawak atau mana-mana pihak lain.",
"PERKENAN Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap Rang Undang- undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 (Akta A1642) pada 19 Januari lalu pastinya suatu petanda baik dalam konteks penyamarataan hak bagi negeri Sabah dan Sarawak se- perti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Di samping itu, pewartaannya pada 25 Januari dan penguatkuasaannya menggambarkan komitmen Kerajaan Persekutuan menghormati peruntukan yang telah digariskan dalam MA63.",
"Pindaan terhadap Fasal (2) Perkara (1) dan (2), Perkara 160, menjelaskan kedudukan ne- geri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. Manakala pindaan terhadap Fasal (6) dan (7) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan pula, menyentuh penetapan ras yang dikira sebagai asli bagi Sarawak, seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Penguatkuasaan Akta A1642 amat signifikan dan pastinya khabar gembira yang dinanti-nantikan oleh rakyat kedua-dua buah negeri, iaitu Sabah dan Sarawak. Andai dilihat dari sisi kedaulatan dan kesaksamaan perundangan, hal sedemikian sewajarnya telah lama diterjemahkan berlandaskan peruntukan asal seperti yang telah dipersetujui dan dimeterai.",
"Dalam jangka masa lebih setengah abad, hak Sabah dan Sarawak seakan-akan ‘dikurung’ dalam sel ‘tahanan istimewa’ lewat percaturan yang ‘pendakwaannya’ terselit unsur ultra vires. Walaupun bagi pihak tertentu kenyataan sedemikian bersifat ‘sensitif’, namun, hakikat berkenaan harus diterima tanpa terselit ‘dendam’ atau ‘salah sangka’. Bagi warga kedua-dua buah negeri yang selama ini tidak timbul kesangsian mengakui diri mereka sebagai warganegara Malaysia, kewajaran dalam pemastian segala hak seperti yang telah diperuntukkan dan dipersetujui dalam sistem perundangan harus dizahirkan. Kete- rpisahan dari segi aspek geografi tidak seharusnya dilihat sebagai alasan yang menghambat pelaksanaan apa-apa juga dasar yang telah ditetapkan.",
"Hakikatnya, dalam pelbagai situasi, kedua-dua buah negeri berperanan besar sebagai ‘kuasa penentu’ serta game changer, khususnya dalam perkara yang melibatkan ranah siasah negara. Demikian juga halnya dengan ‘sumbangan’ hasil sumber aslinya yang telah merubah wajah pembangunan dan status ibu negara, di samping penjanaan pendapatan negara. Hakikat sedemikian terbias daripada pandangan rakan induk sebuah Persekutuan serta ‘jajahan’ setanahnya. Keterbiasan yang menerbitkan persepsi yang kurang ‘menye- lesakan’ bagi warga kedua-dua buah negeri.",
"Perkenan Yang di-Pertuan Agong dan penguatkuasaan Akta A1642 amat besar signifikannya dalam konteks pengiktirafan ter- hadap kedudukan kedua-dua buah negeri, suatu bentuk autonomi yang telah sekian lama ‘dieramkan’ dalam balang kedap udara. Kini segalanya bergantung pada penzahiran secara ‘ikhlas’ apa-apa yang telah dipersetujui bagi memastikan bahawa hal sedemikian bukan sekadar ‘pancingan’ ketika pergolakan siasah negara, khususnya di peringkat Kerajaan Persekutuan, kian meruncing dengan pelarasan perhatian para pejuang dan ‘tentera’ politik tertumpu kepada Pilihan Raya Umum yang semakin hampir. Sudah pasti, sekali lagi peranan kedua-dua buah wilayah ini sebagai game changer serta balancing power dilihat amat penting bagi me- rubah kedudukan parti-parti politik utama di tanah seberang.",
"Apa-apapun, bagi rakyat kedua-dua buah negeri ini (ataupun wilayah, bergantung pada keputusan pemimpin negeri ma- sing-masing), keputusan ini memberi nafas baharu yang bakal merubah bukan sahaja iklim pembangunan siasah, ekonomi dan sosiobudayanya, malah, status peribuminya yang selama ini acap kali diistilahkan, berdasarkan pengalaman peribadi penulis bermastautin di Semanjung, sebagai ‘warga pulau’.Lindungi diri, lindungi bangsa, lindungi negara!",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3064 | Seoul sunyi angkara kluster kelab malam | [
"SEOUL: Jalan-jalan di Itaewon di Seoul sunyi sepi pada Sabtu malam berikutan langkah pihak berkuasa mengarahkan operasi kelab dan bar dihentikan berikutan jangkitan kluster koronavirus (Covid-19) yang dilaporkan baru-baru ini, lapor agensi berita Yonhap.",
"Langkah pencegahan itu diambil selepas puluhan jangkitan dilaporkan apabila seorang yang berusia 29 tahun disahkan positif Covid-19 selepas mengunjungi lima kelab dan bar di Itaewon pada hujung minggu lalu.",
"“Nampaknya bandar ini berubah menjadi sunyi sepi,” kata seorang pemilik restoran di Itaewon.",
"“Biasanya waktu ini merupakan masa yang paling sibuk. Sekarang, tidak ada seorang pelanggan yang kelihatan.”Kelab-kelab hiburan di daerah Gangnam juga ditutup.",
"Bar yang dikategorikan sebagai restoran umum di Gangnam, masih dibuka dan dipenuhi pengunjung, mencetuskan kebimbangan penularan yang lebih meluas.",
"Perintah pentadbiran itu yang kedua dikeluarkan Seoul sejak jangkitan kluster berlaku dalam kalangan pengunjung dan pekerja di sebuah bar di Gangnam bulan lalu.",
"Korea Selatan melaporkan 34 lagi kes baharu Covid-19 pada Ahad, lonjakan terbesar dalam tempoh sehari sejak 9 April, disebabkan jangkitan kluster terbaru itu.",
"Ia menjadikan keseluruhan kes Covid-19 di Korea Selatan setakat ini sebanyak 10,874.-Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |