url
stringlengths
50
245
headline
stringlengths
3
99
content
sequence
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/kelantan-bantu-usahawan-berdikari/
Kelantan bantu usahawan berdikari
[ "Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Zulkifli Mamat berkata, usahawan tempatan berpeluang memasarkan produk pada program berkenaan.", "“Minggu gerakan usahawan dianjurkan sebagai satu platform bagi membolehkan peniaga mempromosi produk mereka,” katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.", "Minggu Gerakan Usahawan Kelantan 2017 bermula 23 Mac sehingga 1 April 2017 bertempat di Pasar Seni Bazar Tok Guru, perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.", "Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena program berkenaan termasuk pasar seni, ekspo makanan halal Kelantan, karnival ‘online’ anak muda, laman sejahtera, jahitan kreatif dan seminar.", "Orang ramai juga boleh mengikuti kelas memasak, pertunjukan magis, pertandingan PC Games, mini konsert Anak Muda Kelate, KB Buskers, cabaran chef cilik dan pertandingan mewarna kanak-kanak.", "Perasmiannya akan disempurnakan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob  pada 23 Mac jam 11 pagi di Kelantan Trade Centre. – HARAKAHDAILY 16/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/spm-10-sekolah-yik-dapat-100-peratus/
SPM: 10 sekolah Yik dapat 100 peratus
[ "SEBANYAK 10 sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) mendapat keputusan 100 peratus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumum hari ini.", "Sekolah berkenaan Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Tanah Merah dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas yang mewakili maahad kawalan.", "Tiga lagi sekolah maahad pilihan iaitu Maahad Muhammadi Tumpat, Maahad Pengajian Islam, Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung.", "Sekolah agama bantuan kerajaan pula iaitu SMU (A) Al-Kauthar Peringat, SMU (A) Tarbiah Islamiah, Kuala Kajang dan SMU (A) Mardziah Jabo.", "Pengumuman keputusan itu dibuat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ustaz Muhammad Awang di Nilam Puri hari ini.", "Mahaad Muhammadi Perempuan muncul sekolah terbaik setelah memerolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 3.15 dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah pula 3.26." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/adakah-penyelenggaran-pesawat-ikut-sop/
Adakah penyelenggaran pesawat ikut SOP?
[ "USIA sesebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukanlah menjadi keutamaan tetapi yang paling penting adalah sistem penyelenggaran yang baik, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.", "Beliau turut memberi contoh helikopter Nuri yang sudah sekian lama digunakan di dalam TUDM tetapi sehingga hari ini pesawat itu masih boleh digunakan dengan baik.", "“Helikopter Nuri yang sekian lama kita boleh guna sampai sekarang ini, kerana kita selenggara dengan baik,” kata beliau ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah di Dewan Rakyat hari ini.", "“Jadi kita tidak boleh tentukan jika kapal terbang baru pasti tidak berlaku masalah. EC725 itu yang baru tetapi tercabut sayap semasa penerbangan,” katanya.", "Terdahulu di dalam soalan tambahan, Baihaki membangkitkan soal umur pesawat yang sudah lama antara faktor yang menyebabkan berlakunya nahas seperti mana kejadian yang berlaku di Pulau Pinang penghujung tahun 2016.", "“Adakah sistem penyelenggaran pesawat itu bertepatan ataupun mengikut SOP yang ditetapkan dan apakah langkah-langkah terbaik kerajaan untuk mengurangkan risiko kemalangan nahas supaya tidak berulang lagi,” katanya.", "Di dalam soalan asal Baihaki meminta Menteri Pertahanan menyatakan apakah hasil laporan siasatan tragedi nahas pesawat TUDM jenis Beechcraft yang terhempas di Butterworth Pulau Pinang pada penghujung tahun 2016. – HARAKAHDAILY 16/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/sikap-dap-apabila-berjaya-tawan-putrajaya/
Sikap DAP apabila berjaya tawan Putrajaya
[ "BIADAP! Kita mendengar ucapan perbahasan Ahli Parlimen DAP (Kuching) yang secara terang terangan menunjukkan sikap anti kepada guru-guru Islam di dalam negara Malaysia.", "Jika DAP diberi peluang kelak, perbalahan agama boleh tercetus. Dan kita yakin semua masyarakat termasuk Tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/dap-semakin-berani-campur-tangan-urusan-islam/
DAP semakin berani campur tangan urusan Islam
[ "DAP semakin ketara menonjolkan permusuhannya kepada Islam apabila mempertikai setiap perkara dan urusan yang ada hubungkait dengan agama ini termasuk segala imej dan simbolnya. Sekali gus, DAP telah menyerlahkan lagi doktrin politik Cauvinis atau perkauman yang didukung mereka.", "Lontaran dikemukakan DAP mutakhir ini jelas satu bentuk perlekehan, memalit imej buruk dan campur tangan jelik yang boleh mengundang rasa tidak puas hati serta melebarkan lagi jurang perbezaan. Malah, menunjukkan DAP tidak mendukung agenda memupuk penyatuan harmoni kemajmukan masyarakat negara ini, termasuk menerusi pendidikan.", "Penempatan guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak sebagaimana dibangkitkan Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching tidak lebih sekadar alasan lunak untuk menjustifikasikan motif terselindung DAP terhadap agama Islam. Alasan atau hujah direkayasanya telah ketinggalan zaman dan umpama katak di bawah tempurung.", "Sedangkan, proses pengajaran dan pembelajaran, termasuk silibus digunapakai adalah seragam dan standard di seluruh negara, selain para guru turut tertakluk atas tatasusila yang khas. Jika terjadi prejudis dan unsur-unsur sebagaimana didakwa, sila kemukakan bukti.", "Realitinya pengambilan atau penempatan sedemikian telah berlaku sekian lama, bahkan turut melibatkan kakitangan atau pegawai dari jabatan lain. Tidak pernah kedengaran situasi seperti itu hingga mempengaruhi, mencemar apatah lagi merosakkan pemikiran, budaya dan falsafah daripada perbezaan yang ada.", "DAP sengaja mencipta kesangsian tersebut dan dangkal dalam mengakui serta memahami wujudnya kerencaman yang telah sebati dengan rakyat Malaysia. Semuanya dihadap dengan penuh hormat menghormati dan saling menerima antara satu sama lain. Malang sekali, DAP bersikap biadab dan menyuguhkan suara pecah belah.", "Malah, wakil DAP semakin melalut, menyimpang dan karut apabila turut mengheret sensitiviti berkaitan kalimah Allah, pemakaian salib, berus cat bulu babi dan mazhab yang tidak seharusnya diperbesarkan lagi dan dicetus adu domba baru." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/solat-hajat-munajat-elak-bencana-h5n1/
Solat hajat, munajat elak bencana H5N1
[ "MENGAMBIL kira Kelantan diisytiharkan sebagai wabak H5N1, Dewan Ulamak PAS Negeri akan mengadakan solat hajat dan munajat perdana di Medan Ilmu, Kota Bharu pagi esok.", "Setiausahanya Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata solat hajat itu akan diadakan bermula jam 8 pagi sebelum bermula kuliah sesi pertama.", "Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sehingga sekarang empat jajahan terbabit wabak itu.", "“Sebanyak 23 kampung disahkan sebagai pembawa virus tersebut, di mana 18 kampung di Kota Bharu. Sehingga kini lebih 24,768 unggas dimusnahkan sebagai langkah pengawalan,” katanya semalam." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/menteri-miti-biarkan-jeli-tanpa-pelabur/
Menteri MITI biarkan Jeli tanpa pelabur
[ "Iklan itu didirikan  di hadapan stesen minyak Petronas, tidak jauh dari simpang ke Pekan Jeli. Papan iklan itu dibiarkan ditumbuh semak samun dalam tempoh begitu lama.", "Katanya, biar pun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed mewakili Jeli, namun tidak ada usaha membawa pelabur ke situ.", "“Sehingga sekarang hampir tiga penggal pemimpin Umno itu menang di Jeli, namun tiada usaha dilakukan membawa pelabur ke sini,” katanya ketika ditemui di Jeli.", "Penyelia Dun Air Lanas Mustapa Idris, 60, juga berkata sejak Mustapa menjadi menteri yang mewakili Jeli, tidak ada kesungguhan dilakukan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.", "“Sepatutnya tumpuan mewujudkan peluang pekerjaan sudah lama dilakukan sebagai menteri kabinet, namun kami melihat Mustapa tiada kesungguhan ke arah itu,” katanya.", "Sedangkan katanya kerajaan negeri sehingga sekarang membina dua kilang di Jeli iaitu di Batu Melintang dan Lubuk Bongor bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.", "Beliau juga mendakwa ramai kontraktor kelas F di Jeli kecewa dengan ketua Umno terbabit kerana meminggirkan mereka daripada mendapat kontrak pembinaan di Jeli.", "Menurutnya antara projek yang dilaksanakan sebelum ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan, Politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara. – HARAKAHDAILY 16/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/ribuan-penduduk-ketengah-masih-tidak-miliki-tanah/
Ribuan penduduk Ketengah masih tidak miliki tanah
[ "RIBUAN rakyat yang tinggal di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menghadapi masalah besar apabila rumah yang mereka duduki sejak puluhan tahun yang lalu masih berstatus sewa sahaja.", "“Isu paling besar di Ketengah sekarang ialah perumahan. Dulu perjanjiaan awal (penduduk) boleh hak milik, sekarang tak boleh hak milik, sewa sahaja,” jelas beliau dipetik Buletin Online.", "“Apabila keputusan itu dibuat, mana-mana rumah yang (tanahnya) tidak ada hak milik, dia tidak akan jual dan penduduk hanya akan sewa sahaja,” jelas beliau.", "Rumah penduduk dalam lingkungan lima kilometer dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah masih daif dan miskin walaupun Ketengah telah ditubuhkan lebih 44 tahun lalu.", "Menurut laman sesawangnya, Ketengah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73.", "Ia diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.", "Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan Ketengah.", "Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman menggesa kerajaan Pusat dan negeri menilai semula keputusan tersebut.", "“Tanpa pemilikan tanah, orang-orang Melayu akan terus miskin dan merempat dan ia sangat tidak sama serta berlawanan dengan penggubalan Akta Ketengah lebih 44 tahun yang lalu,” tegasnya.", "“Dalam tempoh itu adalah tertakluk dengan perjanjian sewa beli dengan syarat bayaran berterusan akan dapat tawaran jual beli dengan perjanjian baru,” jelasnya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/bekas-pelajar-maahad-wujudkan-kompleks-sukan/
Bekas pelajar Maahad wujudkan kompleks sukan
[ "PERSATUAN Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu atau lebih dikenali dengan Alumni Maahad Muhammadi (AMM) sedang dalam usaha membaik pulih sebuah bangunan yang berada di Maahad Muhammadi Lelaki untuk dijadikan sebagai sebuah kompleks pentadbiran dan sukan Alumni.", "Bangunan itu asalnya adalah sebuah kilang ukiran kayu, dibeli oleh AMM melalui sumbangan dan kutipan derma termasuk melalui majlis makan malam yang dianjur oleh pihak AMM.", "“Bahagian bangunan dua tingkat akan menempatkan Pejabat Alumni dan Pejabat Koperasi Alumni. Bersambungan dengan pejabat berkenaan, kami mengusahakan sebuah gelanggang ping-pong dan pusat sukan squash sebagai sumbangan kepada pembangunan sukan yang jarang disertai oleh pelajar aliran agama. Sebuah binaan berasingan sebagai gelanggang futsal akan turut dibina bersebelahan bangunan ini”.", "Dengan terbinanya Gelanggang squasy ini, ia akan menjadi yang pertama bagi sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan dan yang kedua seumpamanya di Kota Bharu selepas gelanggang squasy di Kompleks Sekolah-Sekolah di Wakaf Mek Zainab.", "Menurut Nazmi lagi setakat ini pihak AMM menerima serba sedikit sumbangan terutama daripada alumni dalam bentuk material seperti sumbangan cat, bahan binaan dan sebagainya selain daripada sumbangan dalam bentuk wang tunai.", "Bagi menyempurnakan projek kebajikan AMM untuk sekolah Maahad Muhammadi, beberapa elemen binaan masih memerlukan sejumlah kos termasuk tempat letak motosikal berbumbung untuk para pelajar yang juga akan dibina oleh AMM. Sumbangan untuk projek pembangunan ini boleh disalurkan ke dalam akaun Tabung Pembangunan Abdul Rahman al-Makki.", "Dalam perkembangan lain, Nazmi memaklumkan bahawa mesyuarat agung tahunan AMM akan berlangsung pada 18 Mac ini di Dewan Muhammadi, Maahad Muhammadi Lelaki dekat sini.", "“Saya mengharapkan ribuan bekas pelajar Maahad samada Maahad Muhammadi Lelaki mahu pun Maahad Muhammadi Perempuan agar dapat hadir bersama bagi memberi apa-apa sumbangan terutama dalam bentuk pandangan dan idea.", "“Kita maklum bahawa di luar sana terlalu ramai lepasan Maahad Muhammadi dalam pelbagai bidang agama dan profesional yang boleh pulang membalas jasa sekolah bertepatan dengan tema AMM, Kembali Berbudi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/sungai-di-bayan-lepas-teruk-tercemar/
Sungai di Bayan Lepas teruk tercemar
[ "PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Keluang dan Sungai Nipah dekat Bayan Lepas yang serius berlaku ketika ini.", "Kejadian yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu bukan sahaja menyebabkan air kedua-dua sungai berkenaan menjadi hitam pekat dan berlumpur tetapi juga kelihatan kotor serta jijik di samping menimbulkan bau busuk yang meloyakan.", "Masalah ini berlaku berpunca dari pembuangan sisa dari kilang industri, kediaman penduduk, premis perniagaan, bengkel, najis binatang dan najis manusia. Berikutan itu kedua-dua sungai tersebut mati di bahagian hilir tanpa terdapat apa-apa spesies hidupan di dalamnya.", "Tinjauan CAP mendapati air sungai berkenaan berminyak serta berlumpur dan di permukaannya dipenuhi sampah sarap serta berbagai bahan buangan yang mendap di dalamnya. CAP terperanjat kerana terdapat penduduk yang tinggal di kawasan jeti nelayan Sungai Keluang membina tandas dan membuang najis ke dalam sungai tersebut.", "CAP percaya dan bimbang jika keadaan ini dibiarkan ancaman pencemaran ke atas sungai-sungai tersebut akan berlaku dengan lebih buruk lagi pada masa depan dan boleh menjejaskan kesihatan orang ramai dan mengancam hidupan marin di laut berhampiran.", "CAP juga menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan menjalankan siasatan dan membuat pemantauan yang kerap bagi memastikan pengusaha kilang industri mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, manakala orang awam pula tidak membuang sisa kotoran dan najis ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya.", "CAP kesal dengan kejadian ini dan berharap kerajaan Pulau Pinang, PBT, jabatan serta agensi yang terlibat memainkan peranan lebih berkesan termasuk menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada dengan tegas supaya sungai-sungai di negeri ini selamat dari sebarang bentuk pencemaran di masa akan datang." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/16/catatan-parlimen-dap-terus-menyerang/
Catatan Parlimen: DAP terus menyerang
[ "DAP mengaku mereka perjuang untuk semua tidak kira kaum dan agama. Mereka mahu perjuangkan identiti Malaysia, bukannya atas nama bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan.", "Lim Kit Siang mempertahankan bahawa DAP tidak anti-Islam apabila mereka menentang usul RUU 355. Dia menyeru semua orang “grow-up” agar menjadi rakyat Malaysia yang sebenar. Nasihat ini turut dia tujukan kepada Tuan Guru Presiden PAS.", "Sebaiknya, Lim Kit Siang membeli cermin dan melihat dirinya sendiri terlebih dahulu. Kononnya mereka perjuangkan Malaysia yang sebenar, hakikatnya DAP begitu keras dan tegas dalam menentang kedudukan Islam yang merupakan agama rasmi persekutuan Malaysia.", "Ahli Parlimen DAP begitu lantang mendesak hak orang Islam untuk bebas keluar masuk agama Islam. Semasa PAS memerintah di Kelantan, Terengganu, dan Kedah adakah rakyat bukan Islam ditindas dan dizalimi oleh PAS.?", "Lewat petang tadi, Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching pula mempertikai dan memperlekeh para guru agama Islam dari Semenanjung yang datang berkhidmat di Sarawak.", "Para guru itu datang berkorban menabur bakti, berjauhan dengan keluarga demi melaksanakan tugas, DAP dengan semudahnya menuduh para Ustaz dan Ustazah ini jahat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/17/men-ceria-kan-30tahun-harakah/
Men’Ceria’ kan 30tahun Harakah
[ "Saya tidak terlibat dari awal penubuhan harakah tetapi di’minta’ menyertai Harakah selepas PRU ke-12, menjelang pelancaran semula Harakah 2 kali seminggu (selepas ianya diterbitkan dua kali sebulan sejak Mac, 2000) pada Muktamar ke54 di Ipoh Perak. Saya di’minta’ membantu pemasaran dan menguruskan pelancaran semula Harakah terbitan 2 kali sebulan. Harakah edisi pelanaran 2 kali seminggu itu, dicetak sebanyak 200 ribu naskah. Lebih 50 ribu naskah beredar di Perak sahaja.", "Saya tak bercadang untuk menulis sejarah Harakah, tetapi memadai saya petik dari makalah “20 tahun Harakah (1987-2007)” tulisan mantan Ketua Pengarang Harakah yang terlibat dari awal penerbitan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, bertajuk Harakah terus diburu KDN  , menyebut “Berikutan sambutan baik pembaca, Harakah mohon kekerapan penrbitannya ditambah. Agak menarik, permohonan Harakah pada 7hb Mei, 1990 dijawab segera. KDN melalui surat bertarikh 18 Jun, 1990 memaklumkan “YAB Menteri (Dr Mahathir) telah bersetuju meluluskan permohonan tuan untuk menerbitkan akahbar HARAKAH dua kali seminggu”.   ", "Mengikut catatan Dr Bakhtin, seorang pengajar komuniksi di sebuah IPTA tempatan dalam makalah, “2 Dekad terajui perubahan” yang diterbitkan pada Jun, 2007 menyebut, “Apabila permit penerbitan tamat pada bulan Februari 2000, Harakah hanya dibenarkan terbit dua kali sebulan. Dahulunya Harakah muncul Sembilan kali setiap bulan.", "“satu hal yang menarik tentang Harakah ialah keupayaannya bergerak secara kreatif dalam ruang sangkar yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri, pemberi permit akhbar di Malaysia. Apabila keluaran Harakah dihadkan oleh KDN, para petugas melihat ke dunia maya sebagai jalan keluar.", "Harakahdaily dikembangkan walaupun ada pihak atasan PAS risau langkah demikian akan menyebabkan pembaca harakah menurun. Penerimaan PAS terhadap teknologi baru kemudiannya menunjukkan kemajuan luar biasa sehiungga memungkinkan Harakah menjadi akhbar unik. Bahan dimasukkan ke dalam PDF untuk dihantar kepda pencetak, kemudiannya bahan ini disebarkan oleh pekerja parti kepada lebih 10,000 isirumah”.", "Sebenarnya, tidak tahu bila tarikh sebenar kelahiran untuk disambut ulang tahun ke-30.  Tarikh ianya mendapat permit dari Kementerian dalam Negeri (KDN) adalah pada 1hb Mac, 1987. Tetapi keluaran pertama harakah adalah seminggu sebelum Muktamar 1987 diadakan.  Walau apapun tarikhnya, tahun 2017 ini adalah tahun sambutan 30 tahun Harakah.", "Bila saya dilantik oleh Pengarah Urusan Harakah menjadi Penyelaras kepada program Sambutan 30 tahun Harakah (1987-2017) dalam keadaan Harakah yang terumbang ambing ini, secara jujurnya ianya amatlah mencabar dan sukar untuk dilaksanakan kerana kewangannya adalah lebih kepada untuk membiayai operasi Harakah sahaja. Program-program pembangunan dan apatah lagi program yang sifatnya sosial adalah terbatas dan terhad, malah hampir tiada pada masa-masa tertentu. Ini telah menjadi rahsia umum.   Harakah bukan lagi lubuk duit seperti sebelum ini. ", "Dalam keterbatasan yang ada, program men’ceria’kan 30 tahun harakah (1987-2017) tetap diadakan. Menjelang 1hb Mac, 2017, program mengecat semula kedua-dua bangunan Harakah Lot 22 dan 28 di jalan Pahang Barat telah dicat semula dengan warna korporat Harakah. Sebelum itu, unit Editorial telah mengambil alih 3 tingkat Lot 22, diatas Kedai Buku MyharakahBazaar untuk dijadikan pejabatnya untuk memenuhi tuntutan 30 tahun ke hadapan. Perpindahan ini dijadikan isu viral oleh sesetengah pihak yang tidak tahu hujung pangkalnya, yang lebih didalangi oleh motif politik, parti seteru PAS.", "Mulai bulan Februari, 2017 juga, Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob melancarkan semula Bicara Harakah dengan kerjasama radio Internet Hijau.fm. Sempena Himpunan 355 yang dianjurkan oleh NGO-NGO Islam, sebanyak 6 siri Bicara Harakah@Hfm sempat diadakan. 3 siri sebelum H355 pada 18hb Februari, 2017 dan 3 siri lagi selepas tarikh tersebut melibatkan pelbagai pihak. Mengikut sasarannya, 30 siri Bicara Harakah@hfm akan diadakan pada tahun 2017 sebagai meraikan sambutan 30 tahun Harakah (1987-2017).", "Pada 1hb Mac, 2017 juga Harakahdaily berwajah baru yang lebih mesra pengguna  mobile juga telah dilancarkan kepada warga maya. Serentak dengan pelancaran versi baru ini, satu halaman 30 tahun harakah juga dihubungkan kepada Harakahdaily yang akan dikendalikan oleh Unit Buku Harakah sebagai bahan awal untuk penerbitan e-book 30 tahun Harakah (1987-2017). Bila saya nyatakan e-book, ada permintaan untuk Harakah terbitkan edisi bercetak seperti 10 tahun Harakah (dalam bentuk akhbar) dan 20 tahun harakah (dalam bentuk makalah). Sama ada edisi bercetak e-book 30 Tahun Harakah ini diterbitkan atau tidak terpulang pada sokongan pembaca semua kepada Unit Buku Harakah (UBH).", "Bagi menghargai pembaca buku, sempena sambutan 30 tahun ini, satu program telah diadakan oleh Myharakahbazaar.com dengan membayar 30 perataus harga buku sehingga stok masih ada. Segera layari myharakahbazaar.com. Bagi Kedai Buku myharakah pula, diadakan program pilih 6 buah buku, Cuma bayar RM 30 sahaja.", "Selain itu, Penyelaras Sambutan 30 tahun harakah juga akan berusaha untuk mengunjungi 30 orang veteran PAS dan harakah yang pernah menaburkan bakti kepada PAS atau Harakah sebelum ini. Kunjungan pertama telah dibuat kepada mantan Pengerusi Tetap PAS selama 20 tahun (1993-2015) di kediamannya di Kodiang pada 10hb Mac lepas sempena kunjungan ke Kedah untuk mesyuarat Muktamar PAS.    ", "Sempena dengan Muktamar PAS kali ke63 di Kedah pada April nanti, Harakah juga akan berusaha untuk menemui seluruh peminat-peminat Harakah dengan mengadakan pameran 30 Tahun harakah (1987-2017). Harap ahli-ahli PAS yang masih berminat dengan Harakah dapat mengunjungi booth harakah di Muktamar nanti. Beberapa cabutan pengunjung bertuah ke 30, 300, 3000, 30,000 dan seterusnya akan menanti anda. Jangan lepaskan peluang anda untuk kunjungi booth pameran 30 tahun harakah.", "Selain itu, bagi menhargai anak muda yang sentiasa bersama dengan Harakah sebelum ini, satu kejohanan Futsal 30 tahun Harakah (1987-2017) akan diadakan selepas muktamar nanati terhad kepada 30 pasukan sahaja. Tarikh kejohanan akan diumumkan selepas muktamar PAS nanti.     " ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/17/perginya-seorang-pejuang-yang-tak-kenal-erti-lelah/
Perginya seorang pejuang yang tak kenal erti lelah
[ "Beliau rebah ketika menyempurnakan tugas yang diamanahkan sebagai koordinator rombongan PAS Kuala Nerus ke himpunan RUU355. Dalam perjalanan ke Ibu Kota, beliau tidak sedarkan diri. Mungkin akibat terlalu letih mengurus ratusan peserta.", "Semua orang yang diuruskannya berjaya sampai dan menjayakan program H355 yang melakar sejarah bermakna buat masa depan Islam. Disebalik kegembiraan rombongan Kuala Nerus, jasad beliau terpaksa ditahan di sebuah Hospital Kuantan.", "Sejak itu beliau terus tidak sedarkan diri hinggalah dijemput Ilahi. Beliau pergi dalam seragam pejuang masih di badan. Tuhan turut muliakan beliau dengan kematian pada petang Saiyidul Ayyam. Semalam, beliau ‘bergembira’ dengan kejayaan manis anakanda tercinta memperoleh keputusan 10A dalam SPM.", "Takziah buat semua yang menangisi pemergian beliau terutama kaum keluarga, sahabat handai dan teman seperjuangan. Ya, Kita memang terlalu sedih dengan pemergian beliau pada saat keberadaannya masih ditagih. Tapi percayalah, beliau tersangat gembira di alam ‘sana’ sekarang. Beliau telah melakar kejayaan yang amat tinggi dalam hidupnya, kejayaan yang didamba semua insan yang berjuang. Mati dalam berjuang.", "Tenanglah dikau wahai sahahat dan guru, Cikgu Fauzi Abu Samah. Tunggu daku di sana.Keterangan gambar: Program ziarah penasihat MAMPAT, Tengku Paduka Ibrahim tahun lepas. – HARAKAHDAILY 17/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/17/dap-tertekan-langkah-makin-sumbang/
DAP tertekan, langkah makin sumbang
[ "DAP kelihatan semakin tertekan dan tidak tentu arah dengan bertindak semberono dan melampaui kewajaran. Semua angkara kelakuan politik sendiri yang gopoh, ego dan rakus hingga menimpa akibat ke atas parti mereka umpama senjata makan tuan.", "Penasihat DAP, Lim Kit Siang paling tersepit menghadapi banyak persimpangan di hadapan langkah diatur yang semua itu akan menjerumus dan memperosoknya. Sama ada tersembam menyembah realiti atau kehilangan pegangan sedang dimiliki.", "Durjana paling besar DAP kerana menyinggung hal ehwal berkaitan Islam dengan semarak keangkuhan dan memperalatkan segelintir pemimpin Islam yang diperkudakan tawaran keduniaan. Juga sikap memaksa pihak lain tunduk kepada kehendak mereka.", "Terbaru digesanya akar umbi PAS supaya menolak Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ternyata Kit Siang mengalami sakit jiwa dan fikiran. Kerana dia baharu sahaja menghulur salam perdamaian beberapa bulan lalu yang konon untuk berpadu menentang teraju BN.", "Kecewa tidak bersambut, dia mahu pula menyaman Presiden PAS. Ketika sama usaha berkoalisi dengan MCA dan Gerakan yang dimusuhinya dahulu. Begitu juga dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Cemasnya ketara saat umum dilihat menolak hasrat DAP yang mengidam kedudukan nombor dua negara.", "Kit Siang resah momokan kreptokrasinya tidak dimamah rakyat Malaysia. Lebih sengsara melihat kejayaan besar penganjuran Himpunan Menyokong RUU Pindaan Akta 355 (H355) di Padang Merbok yang sebenarnya merakam kedudukan penerimaan masyarakat terhadap PAS.", "Tetapi ulangan gesaan itu menunjukkan kekalutan yang amat sangat kepada DAP khususnya Kit Siang. Dia lupa bahawa akar umbi PAS telah memberi isyarat padu dari keputusan Muktamar PAS Pusat 2015 di Kuala Selangor; di mana DAP bertindak memutuskan hubungan dengan Presiden PAS ketika itu, tetapi tidak dengan PAS.", "Merasa PAS boleh ‘dibeli’ ketika itu melalui boneka-boneka tajaannya, ternyata meleset dan mereka itu ditunjuk jalan keluar. Walaupun menubuhkan PAN, sekali gus meminggir dan usaha mematikan PAS, tetapi perkembangan menunjukkan sebaliknya.", "PAS semakin diterima dengan keahlian kian bertambah pesat. DAP pula kehilangan pimpinan dan ahli, sedang PAN yang dikhadamkannya semakin kartun serta gempita sahaja lebih. Tiba-tiba Tun Mahathir yang mahu ditunggangnya pula menjadi semakin mencengkam.", "Maka terkulailah segala cita-cita DAP yang sedang menyesak dan meningkatkan lagi porak peranda di dalam parti itu serta gabungan mereka, di mana hakikatnya sekadar cuba memujuk diri setelah gagal memaksa PAS untuk bersama dan akur dengan nafsu mereka." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/17/lim-kit-siang-elok-jaga-ahli-sendiri/
Lim Kit Siang elok jaga ahli sendiri
[ "PAS Selangor membidas kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang mahu menawan ahli-ahli PAS untuk menang pilihan raya umum tanpa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.", "Setiausaha PAS, Mohd Khairuddin Othman menegaskan, PAS Selangor menasihati agar Lim Kit Siang tidak perlu bersusah payah untuk “memancing” ahli-ahli PAS di Selangor.", "Beliau yang juga Adun Paya Jaras menegaskan, bukan sahaja ahli PAS yang tetap setia kepada parti, malah orang yang menyokong Umno juga mula memberi harapan kepada PAS.", "“Masyarakat Malaysia khususnya Melayu akan menolak mana-mana pakatan yang di dominasi oleh DAP seperti Pakatan Harapan. Ini realiti sebenar,” tegas beliau.", "Sehubungan itu tegas beliau, PAS Selangor tetap memberi fokus berhadapan dengan Umno dan tetap akan bertanding di semua kerusi yang PAS tanding selama ini.", "Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang membuat kenyataan pembangkang boleh menang pilihan raya umum akan datang tanpa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang jika mereka mampu menawan penyokong akar umbi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/17/jemput-hadir-himpunan-mega-kelab-kereta-pantai-timur/
Jemput hadir Himpunan Mega Kelab Kereta Pantai Timur
[ "Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata program itu akan disertai 3,000 buah kereta.", "Jelasnya, dengan program itu kerajaan negeri berharap semua kelab di bawah gabungan permotoran Kelantan untuk mengikuti dan mematuhi arahan persatuan permotoran negeri." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/17/ph-sepatutnya-tumpu-negeri-dikuasai-bn/
PH sepatutnya tumpu negeri dikuasai BN
[ "“Tidak ada keperluan itu, jadi kita kena tentukan kita bina parti ini hendak tumbangkan Umno atau hendak mempertahankan Umno kalau dalam konteks Kelantan,” katanya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/17/oku-usah-sekadar-bangga/
OKU, usah sekadar bangga
[ "PERASAAN saya bukan sahaja girang, bahkan pelbagai rasa yang tak mampu diungkap bila seorang demi seorang pelajar-pelajar OKU diketengahkan sebaik keputusan cemerlang mereka perolehi dalam peperiksaan masing-masing. Hanya lafaz syukur dan kata-kata memuji dan memuja Allah S.W.T sahajalah mampu diungkapkan sebagai meluahkan rasa girang di hati.", "Terbaru dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), adik MUHAMMAD Qayyim Nizar Sarimi sekali lagi muncul dengan keputusan cemerlang yang tersendiri. Beberapa minggu lepas, adik Ahmad Faiz sekian kalinya telah mengejutkan masyarakat dengan keputusan cukup cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).", "Tahniah buat ibu bapa mereka yang berjaya menyerlahkan potensi dan keupayaan mereka berdua yang masing-masing merupakan seorang OKU penglihatan dan OKU terlantar.", "Saya cukup rasa gembira setiap kali bertemu dengan bapa kedua-dua mereka iaitu Sarimi Yusoff dan mutakhir ini Ustaz Ibrahim Yunus. Sungguh dapat saya rasakan, bagaimana pengorbanan kedua orang tua saya membentuk diri saya, demikianlah cukup hebat sebagai seorang bapa yang tabah, pengorbanan mereka bersama pasangan masing-masing membesar dan mendidik seorang anak OKU hanya Allah S.W.T sahajalah yang sebenar-benarnya tahu.", "Dalam ruang ini, saya akan membawa perhatian para pembaca kepada keperluan yang wajar kita fikirkan bersama agar cerita-cerita hebat ini tidak hanya sifatnya bermusim dan timbul pada waktu-waktu tertentu. Telah memadai pelbagai kisah suka duka tokoh-tokoh istimewa ini dipaparkan dalam pelbagai media dan ruang kesempatan.", "Jika dihalusi, Allah S.W.T telah bekalkan setiap anak OKU itu dengan keupayaan dan potensi yang tersendiri. Senarai sahajalah apa kecacatan atau ketidakupayaan yang dialami, sudah tentu pasti ada kurniaan Allah S.W.T pada setiap individu OKU tersebut. Hal inilah yang seharusnya difikirkan oleh setiap dari anggota masyarakat, terutamanya mereka yang berada pada tampuk kekuasaan pada mana peringkat sekalipun.", "Bagi mengenal pasti pelbagai keperluan dan potensi individu OKU, ia bukanlah semudah yang disangkakan. Bermula dari memahamkan ibu bapa dan keluarga OKU, ia akan berkembang kepada penyediaan pelbagai system sokongan dalam masyarakat agar setiap keperluan dan potensi OKU itu dikenal pasti.", "Setiap kali hal ini kami timbulkan, jawapan seragam yang diterima, “Bukankah telah ada NGO-NGO untuk OKU?”. Untuk makluman pembaca dan kalian di luar sana, apa yang saya bangkitkan di atas bukanlah sekadar tanggungjawab NGO-NGO yang ada. Ia lebih dari itu.", "NGO-NGO berkaitan OKU boleh saja menjadi badan-badan pelengkap kepada usaha mencukupkan keperluan dan pembinaan potensi OKU. Lebih dari itu, usaha ini harus dirintis dan diselenggarakan secara penuh perencanaan oleh satu badan yang dibentuk khusus oleh pihak kerajaan.", "Dengan adanya unit pembangunan OKU dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Kebangsaan OKU di bawah Yang Berhormat Menteri, kewujudannya tetap memberi manfaat dan faedah yang tersendiri. Namun ia masih tidak memadai bila keperluan dan usaha pengupayaan OKU itu masih berada atas kertas dan tidak mendasari rakyat terbawah.", "Begitu juga usaha ini bukan hanya wajar dibincangkan di peringkat persekutuan, pihak berkuasa di pelbagai peringkat termasuklah di negeri-negeri tidak boleh bersikap lepas tangan dan memberi alasan itu bukan bidang kuasa mereka. Dengan unjuran 15% penduduk terdiri dari OKU, hal menyediakan sistem sokongan bagi membina keperluan dan pengupayaan OKU ini wajib diberi perhatian yang lebih serius oleh pihak berkuasa.", "Dalam satu pertemuan saya dengan wakil-wakil OKU peringkat Asian, satu kajian kasar juga telah dinyatakan bagaimana hanya 3% dari ahli-ahli politik di Asia Tenggara mengetahui isu-isu yang didepani oleh komuniti OKU. Kajian ini tentunya sangat tidak memberangsangkan memandangkan ahli-ahli politiklah yang menentukan dasar dan perundangan melalui dewan-dewan perundangan.", "Tidak hairanlah selain Incheon Strategi 2013-2022 yang ditandatangani oleh menteri-menteri serantau, terbaru dalam Sustainable Development Goal SDG memberi penekanan khusus berkaitan penyertaan OKU dalam proses membuat keputusan dan politik. Semuanya mengambil kira betapa suara komuniti OKU itu perlu mengambil tempat dalam proses perencanaan dan penyeddiaan dasar, perundangan serta pelaksanaan. Penyertaan suara-suara OKU ini dilihat sangat signifikan agar setiap dasar dan perundangan bertepatan dengan keperluan dan keupayaan OKU pelbagai kategori.", "Harapan saya dengan kefahaman para pembaca melalui tulisan ini, pemikiran kita akan lebih terarah kepada pembinaan sistem sokongan sosial yang lebih menyeluruh berbanding sekadar rasa bangga dan teruja dengan keputusan-keputusan cemerlang dari pelajar-pelajar OKU. Bukanlah salah untuk kita rasa bangga dan girang dengan pencapaian pelajar-pelajar OKU, lebih dari itu kesungguhan masyarakat dan pihak berkuasa merencana dan melaksanakan perancangan yang lebih menyeluruh buat OKU itulah yang akan lebih bermakna.", "Pelbagai penegasan dalam Al-Quran dan tauladan dari junjungan Rasul Allah S.A.W telah cukup sebagai panduan bagi membolehkan kita merencana dan melaksanakan usaha mengadakan sistem sokongan yang bersesuaian. Apatah lagi ianya juga telah dibuktikan melalui pelbagai instrument perundangan di pelbagai peringkat sama ada antarabangsa, serantau mahupun domestik." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/17/amir-dan-ameerah-diumum-pelajar-cemerlang-spm-yik/
Amir dan Ameerah, diumum pelajar cemerlang SPM Yik
[ "Dua pelajar paling cemerlang itu Amir Abdul Basit dari Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat dan Siti Ameerah Fauzi dari Maahad Muhammadi Perempuan.", "Manakala Ameerah pula anak kepada bekas imam terawih Qaryah Ramadan awal 90-an, Ustaz Fauzi Iberahim yang juga kakak kepada Johan Qari Jr Musim Ke-5 Ahmad Naufal.", "Sementara itu, Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Peperiksaan) Ustaz Anuar Rasyid berkata, calon yang berjaya memperolehi 9A hingga 12A seramai 91 orang.", "Sementara itu, Datuk Dr Abdul Basit, turut melahirkan rasa syukur di atas kejayaan anaknya Amir yang dilahirkan di Madinah 17 tahun lalu." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/17/anggap-spesies-ikan-asing-sama-seperti-tumpahan-minyak/
Anggap spesies ikan asing sama seperti tumpahan minyak
[ "SAHABAT Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dengan laporan berita akhbar berbahasa Malaysia, mengenai kerosakan kepada alam sekitar dengan pencerobohan spesies ikan asing, dalam kes ini ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) ke dalam sungai dan ekosistem kita.", "Spesies asing yang memasuki biologi di mana mereka tidak pernah wujud sebelum ini boleh menjadi sukar untuk mengawal dan meramalkannya, yang boleh menyebabkan kesan bencana ekonomi, tetapi pihak berkuasa tidak melihat seperti itu. Salah satu bahaya besar ialah sesetengah spesies asing ini boleh menghasilkan sinergi dengan makhluk asing lain, dengan kesan bencana. Semakin banyak penceroboh berkumpul dalam ekosistem, ia boleh dijangkakan bahawa ia akan lebih merosakkan.", "Penceroboh yang kelihatan tidak berbahaya selama bertahun-tahun mungkin tiba-tiba menjadi bahaya akibat perubahan faktor seperti perubahan iklim. Kehadiran ikan keli Afrika di dalam saliran air kita amat mengejutkan kerana ia merupakan pemangsa utama yang besar, dengan itu berpotensi menyebabkan ancaman serius kepada ikan asli. Nelayan tempatan kita mengalami hasil tangkapan yang rendah dan pulang dengan tangan kosong.", "Menjadi pengumpan yang opoturnis, ikan keli Afrika akan memakan mana-mana spesies ikan yang begitu banyak. Ia bertindak balas dengan cepat kepada sumber makanan baharu yang boleh diperolehi dan akan menukar corak pemakanan untuk menyesuaikan dengan organisma yang boleh diperolehi dengan bebasnya. Ikan muda kebanyakannya memakan haiwan kecil yang tidak bertulang di kawasan pantai yang cetek. Pelbagai faktor yang menjadikan spesies ini amat sukar untuk dikawal: diet yang makan segala macam makanan, pernafasan udara secara langsung, kemampuan untuk berjalan di atas tanah, kemampuan untuk menggali dan bersembunyi di kawasan tumbuh-tumbuhan. Ikan keli Afrika seberat 2 kg boleh menghasilkan kira-kira 45,000 biji telur dengan ikan betina yang besar boleh menghasilkan telur yang lebih besar.", "Tambahan pula, kajian yang dijalankan pada 1972 di Afrika Tengah menyarankan bahawa spesies ini mempunyai kesan negatif ekologi yang mendalam ke atas komuniti serangga akuatik, amfibia dan bilangan haiwan tidak bertulang. Kepelbagaian serangga dalam susunan Chleoptera telah dikurangkan sehingga 78% dan Hemiptera 66%.", "Parasit juga direkodkan pada ikan keli ini, apabila ia dipindahkan boleh menyebarkan parasit ini  yang boleh membawa kepada kepupusan spesies ikan asli tempatan akibat kekurangan kekebalan kepada parasit baharu ini.", "Kadar kecepatan pengenalan ikan asing yang belum pernah terjadi sebelum ini adalah ladang pembiakan ikan, pusat penetasan bagi tujuan komersial, pelepasan ke dalam sungai dan kolam oleh orang awam, import untuk perniagaan ikan akuarium dan menerusi pelbagai saluran lain.   ", "Kesan ikan keli Afrika dan spesies ikan asing lain dalam alam sekitar kita perlu dilayan sama dengan kebimbangan terhadap tumpahan minyak dan kesannya memerlukan lebih banyak penyiasatan dengan penekanan kepada memajukan teknik untuk mengawal penyebarannya.", "Orang ramai, kumpulan sektor utama dan kerajaan kurang menghargai akan kos dan ekonomi dan kesan buruknya daripada masalah ini. Sebagai kesannya, kelewatan dalam pengesanan diperingkat awal dan kurangnya usaha tindak balas yang segera memberikan masa kepada penceroboh untuk membiak, meningkatkan bilangannya dan tersebar, menjadikan pembasmian atau kawalan menjadi amat sukar. Agensi negeri dan persekutuan perlu memantau pencerobohan baharu dan bertindak balas dengan cepat apabila menemuinya.", "Banyak kerugian ini tidak direkodkan di masa lalu tetapi hari ini pihak berkuasa yang berkenaan mestilah menyedari kos ekologi daripada pencerobohan biologi dalam bentuk kerugian yang tidak dapat diperolehi kembali daripada kepelbagaian bioasli dan kemerosotan fungsi ekosistem. Meskipun penyebab asas ancaman spesies penceroboh ini ketara dan di peringkat global, ancaman ini boleh ditangani dengan berkesan melalui usaha kerjasama di peringkat tempatan dan serantau, terutaman sekali melalui pencegahan, pengesanan awal dan tindak balas cepat.", "SAM menggesa Kementerian Pertanian dan Jabatan Perikanan untuk menjalankan kajian ke atas saliran air kita di mana ikan keli Afrika pada masa ini boleh ditemui, dan spesies yang boleh memberikan kesan; untuk menghentikan penyebaran yang seterusnya pengenalan ikan asing dan kawalan ke atas kesan spesies sudah pun ada; dan untuk mencegah ikan daripada diperkenalkan ke dalam sistem di mana ia tiada. Terdapat keperluan untuk menghentikan ternakan ikan jenis ikan keli asing ini dan mengharamkan sepenuhnya import ikan keli Afrika dan semua spesies ikan asing." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/17/lebih-200-lagi-sertai-di-kampung-laut/
Lebih 200 lagi sertai PAS di Kampung Laut
[ "Turut hadir pada majlis ceramah itu Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Penerangan Datuk Nassurudin Daud.", "Minggu lepas Nordin menyertai PAN sempena program ceramah di kampung tersebut. Beliau difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan PAN sejak awal lagi.", "Sabtu lepas juga kira-kira 200 anak muda menyerah borang menyertai PAS kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. – HARAKAHDAILY 17/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/17/taman-ilmu-idris-terkesan-dengan-harap-3-5/
Taman Ilmu: Idris terkesan dengan Harap 3.5
[ "SAYA ingin menarik perhatian rakyat Terengganu berkaitan dengan jawapan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh kepada isu yang dilemparkan oleh PAS Terengganu berkenaan projek Taman Ilmu yang terbengkalai bertahun-tahun dengan kos yang termaklum sebanyak RM300 juta dengan tambahan sebanyak hampir RM450 juta menjadikan RM750 juta wang rakyat telah disia-siakan.", "Walaupun agak lambat memberikan maklum balas dengan isu ini, namun ia agak baik daripada terus mendiamkan diri terutama perasaan ingin tahu rakyat Terengganu membuak-buak apabila hampir dengan pilihan raya ini.", "Isu ini sudah bertahun-tahun ditimbulkan oleh PAS Terengganu terutamanya di dalam Sidang Dun Terengganu, namun mengecewakan apabila bermula ketika zaman pemerintahan Datuk Seri Ahmad Said, hinggalah kepada zaman Datuk Seri Ahmad Razif memegang tampuk pemerintahan Terengganu, kepimpinan mereka memilih untuk menolak soalan-soalan dari PAS berkaitan dengan Taman Ilmu ini.", "Kini setelah DS Idris menuduh bahawa kerajaan negerilah yang bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan projek itu dan bukan kementerian beliau, baharulah rakyat tersedar akan besarnya isu yang telah dilonjakkan PAS suatu ketika dahulu.", "Ironinya, di sebalik tuduhan kepada kerajaan negeri, DS Idris mungkin lupa bilakah tarikh projek Taman Ilmu ini dilancarkan dan bilakah pula beliau menjadi Menteri Besar Terengganu, iaitu sebagai individu yang bertanggungjawab sepenuhnya meluluskan projek ini.", "PAS Terengganu amat yakin bahawa DS Idris terpaksa membuka mulut setelah melihat kejayaan PAS mengumpul begitu ramai rakyat Besut pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.5 di Kampung Raja baru-baru ini, di kawasan Parlimen beliau dengan PAS menampilkan isu-isu secara terus kepada rakyat yang memberikan kesedaran kepada rakyat.", "Bagi mempertahankan diri beliau agar kelihatan bersih, beliau menamakan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai pihak yang perlu menjawab persoalan ini walaupun idea projek ini adalah daripada beliau. Keberkesanan PAS dalam menyedarkan rakyat dengan isu-isu tidak dapat disangkal lagi.", "DS Ahmad Razif juga kelihatan terkial-kial memberikan janji dan kemudian memperbaharui janji bagi Taman Ilmu ini beroperasi, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Menghempaskan bebanan kepada DS Ahmad Razif, bukan sikap yang terpuji, apatah lagi projek itu bukan kepunyaan beliau. Namun tindakan ini dari segi politik, boleh menyelamatkan survival politik DS Idris, apatah lagi DS Ahmad Razif yang kini terdesak mempertahankan kedudukan beliau. Akan tetapi, di atas semua hal ini, PAS mendesak DS Idris agar bertanggungjawab dengan kegagalan projek beliau ini.", "PAS juga menunggu jawapan bagi isu-isu lain yang telah diketengahkan sejak beberapa tahun lalu di mana kerajaan menggunakan secara rakus wang rakyat Terengganu seperti Jertih Souq (RM70 juta), LPT2 (RM1.8 bilion), Monsun Cup (RM1 bilion), stadium runtuh (RM300 juta) dan pelbagai lagi terutama semua projek yang runtuh di bawah pentadbiran DS Idris dahulu, tetapi PAS tidak dapat menjamin rakyat boleh bersabar setelah wang hak milik mereka dileburkan sebegitu rupa.", "Saya selaku Ketua Penerangan PAS Terengganu ingin mengajak sekalian rakyat untuk terus mengikuti isu-isu semasa terutama isu negeri Terengganu melalui saluran rasmi PAS seperti Harakah, Buletin Online, Harap TV dan juga kenyataan-kenyataan rasmi dari pimpinan PAS sendiri. Semoga rakyat terus disedarkan dengan maklumat-maklumat terkini yang tepat dan benar, insya Allah." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/respons-negatif-turki-rancang-haram-rancangan-dating/
Respons negatif, Turki rancang haram rancangan ‘dating’
[ "Numan Kurtulmus dalam masa sama menjelaskan beribu-ribu aduan setiap tahun diterima terhadap tayangan rancangan itu serta menyifatkan program sedemikian akan menghapuskan nilai institusi keluarga.", "“Insya-Allah, dalam masa terdekat kami akan menyelesaikannya dan kita akan memenuhi tuntutan masyarakat,” katanya dalam satu temu bual pada Rabu lalu.", "Agensi berita Theguardian dalam laporan sama mengulas, komen Timbalan Perdana Menteri Turki itu mungkin menimbulkan kebimbangan pihak lain yang menganggap tindakan itu akan menjejaskan pentadbiran sekular negara Turki.", "Terdahulu pada September 2016, Turki telah mengarahkan penutupan 20 stesen televisyen dan radio, rentetan penyebaran propaganda pengganas yang berleluasa selepas insiden rampasan kuasa berlaku. (ulamasedunia)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/apakah-status-kisah-nabi-saw-dan-yahudi-buta/
Apakah status kisah Nabi SAW dan Yahudi buta?
[ "IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-173: KEBENARAN KISAH NABI SAW DAN YAHUDI BUTADitulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ AyubDiterbitkan: 17 Mac 2017 Soalan: Apakah status kisah Nabi SAW dan Yahudi buta?", "Jawapan:Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.", "Berdasarkan soalan di atas, terdapat beberapa kisah yang berlaku antara Rasulullah SAW dan seorang yahudi buta. Antara kisah yang masyhur dan sering kita dengar di meja-meja penceramah adalah:", "“Di pasar Madinah terdapat seorang yahudi miskin dan buta. Lelaki ini sentiasa mengingatkan orang yang lalu hampir dengannya dengan berkata kepada mereka Muhammad adalah seorang pendusta dan penyihir. Di samping itu juga, dia sering mengejek dan menghina Nabi SAW. Disebabkan itu, Rasulullah SAW sering menziarahinya pada setiap pagi untuk memberi makan kepada lelaki tersebut tanpa Rasulullah SAW berkata sesuatu atau memberitahu siapa dirinya. Nabi SAW melazimi hal tersebut sehinggalah Baginda SAW wafat lalu tiada lagi yang memberi makan kepada lelaki tersebut. Pada suatu hari, Abu Bakar RA bertanya kepada Aisyah RA: Adakah terdapat sunnah daripada sunnah-sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang tidak aku lakukan?. Aisyah RA menjawab: Sesungguhnya engkau telah mengikuti kesemua sunnahnya melainkan satu perkara. Lalu Aisyah RA menceritakan bahawa Rasulullah sentiasa memberi makan kepada seorang yahudi yang buta pada setiap pagi. Setelah itu, Abu Bakar RA terus mengambil makanan dan pergi ke rumah lelaki tersebut untuk memberinya makan tetapi yahudi tersebut menyedari bahawa orang yang memberinya makan ini bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini. Yahudi itu bertanya kepada Abu Bakar siapakah yang memberinya makan sebelum ini, lalu Abu Bakar mengatakan bahawa beliau adalah Rasulullah SAW. Apabila mendengar sahaja penjelasan daripada Abu Bakar RA, yahudi itu menangis dan menyesal dengan perbuatannya yang sering menyakiti Nabi SAW dengan kata-katanya. Akhirnya, yahudi tersebut masuk Islam akibat daripada perbuatan Nabi SAW itu”.", "Setelah kami meneliti serta cuba untuk mencari sumber dan kesahihan kisah ini, kami tidak menjumpai asal atau sumber kisah ini. Untuk itu, kita tidak dibenarkan untuk menyebarkannya kepada orang lain kerana kisah ini tidak thabit daripada Nabi SAW.", "Di sana terdapat sebuah kisah yang sahih di antara Rasulullah SAW dan seorang budak berbangsa yahudi. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya Sahih al-Bukhari:", "كَانَ غُلاَمٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرِضَ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ، فَقَالَ لَهُ: «أَسْلِمْ»، فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ: أَطِعْ أَبَا القَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْلَمَ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ", "Maksudnya: Terdapat seorang budak yahudi yang membantu Nabi SAW menderita sakit. Maka Nabi SAW datang kepadanya untuk menziarahinya. Lalu Baginda SAW duduk di bahagian kepalanya sambil bersabda: “Masuklah kamu ke dalam Islam”. Budak tersebut melihat ayahnya yang berada di sisinya. Ayahnya berkata kepadanya: “Taatlah kamu kepada Abu al-Qasim (Rasulullah SAW)”. Maka budak tersebut memeluk Islam. Setelah itu, Nabi SAW keluar (daripada rumahnya) sambil bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah membebaskannya dari api neraka”. [Riwayat al-Bukhari (1356)]", "Kesimpulannya, terdapat banyak kisah-kisah berkaitan Rasulullah SAW yang sering diungkapkan di meja-meja penceramah. Namun begitu, kita perlulah mengenalpasti akan kesahihannya kerana menyandarkan sesuatu yang tidak sahih kepada Nabi SAW adalah termasuk di dalam pendustaan kepada Baginda SAW. Akhirnya, semoga Allah mengurniakan kita akhlak yang terpuji sebagaimana junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang sentiasa disenangi oleh bangsa dan agama lain. Amin." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/hukum-lelaki-pakai-cincin-di-jari-tengah/
Hukum lelaki pakai cincin di jari tengah
[ "Cincin adalah perhiasan bagi lelaki namun bukanlah semua jenis cincin itu boleh dijadikan perhiasan buat lelaki. Dibolehkan bagi lelaki untuk memakai cincin yang diperbuat daripada perak bahkan di dalam mazhab al-Syafi’e ianya disunatkan. Begitu juga dibolehkan untuk lelaki memakai cincin daripada batu permata, zamrud, zabarjad dan `aqiq. Adapun memakai cincin emas bagi lelaki, ianya adalah haram dan ini berdasarkan hadis Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah RA:", "Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan bahawa telah berijma` sekalian muslim akan keharusan perempuan untuk memaikai cincin emas dan telah berijma` juga akan pengharaman buat lelaki bagi memakai cincin emas.[1]", "Maksudnya: Rasulullah SAW menegahku dari memakai cincin pada jari ini dan ini (sambil menunjukkan kepada jari tengah dan selepasnya iaitu jari telunjuk[2])Riwayat Muslim (2078)", "Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa telah ijma` sekalian muslimin akan sunnah memakai cincin pada jari kelinking bagi lelaki dan bagi wanita pula, boleh dikenakan pada mana-mana sahaja dari jarinya. Adapun tegahan Nabi SAW pada hadis di atas membawa hukum makruh tanzih dan dibolehkan untuk mengenakan cincin pada tangan kanan ataupun kiri kerana pada keduanya itu terdapat hadis yang sahih.[3]", "Begitu juga di sisi mazhab Hanbali, makruh hukumnya memakai cincin di jari tengah dan juga jari telunjuk berdasarkan tegahan Nabi SAW melalui hadis di atas. Adapun yang zahir dari mazhab Hanbali, tidak dimakruhkan untuk memakai cincin pada ibu jari dan juga jari manis. Ini seperti mana yang disebutkan di dalam kitab Kashaf al-Qina` dan Matalib Uli al-Nuha", "Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, maka hukum bagi lelaki memakai cincin pada jari tengah (hantu) dan juga telunjuk adalah makruh tanzih dan yang sunnahnya adalah dengan memakai pada jari kelinking dan menurut mazhab Syafi’e tidak kisah sama ada memakainya pada tangan kiri ataupun kanan[4].", "Sebaiknya pemakaian cincin pada jari tengah dan telunjuk harus dielakkan dan bagi lelaki di luar sana yang ingin memakai cincin, maka bolehlah memakainya pada jari kelinking ataupun jari manis.", "Jika ditanyakan bagaimana caranya Nabi SAW memakai cincinnya? Maka jawapannya seperti mana di dalam sebuah hadis riwayat Anas bin Malik RA, beliau menyebutkan:", "[1] Lihat Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-Islami, (14/65)[2] Diketahui bahawa jari yang ditunjukkan oleh `Ali RA selepas jari tengah itu adalah jari telunjuk adalah berdasarkan riwayat hadis yang lain, iaitu hadis riwayat selain dari Muslim. Ini seperti mana yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim.[3] Lihat Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-Islami, (14/71) & Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, (4/463).[4] Diriwayatkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma memakai cincin pada tangan kirinya manakala Ibn Abbas R.Anhuma pula di tangan kanannya. Al-Imam Malik Rahimahullah memilih dengan mengatakan sunat memakai cincin di tangan kiri dan diriwayatkan juga bahawa beliau memakainya pada tangan kiri." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/kepimpinan-islam-3k-junjung-titah-sultan-selangor/
Kepimpinan Islam: 3K junjung titah Sultan Selangor
[ "KARNIVAL Kampungku Kesayanganku (3K) pada tahun ini membawa mesej dititahkan Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menjadikan Selangor sebagai tanda aras ketamadunan kepimpinan Islam.", "Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata tema ini bersesuaian dengan senario semasa yang menyaksikan terdapat banyak kes salah laku melibatkan pemimpin sejak akhir-akhir ini, lapor SelangorKini. “Penerapan yang kita bawa dalam Karnival 3K tahun ini berkaitan dengan soal kepimpinan terutamanya masyarakat Islam supaya mengambil peranan dalam titah DYMM Sultan Selangor supaya Selangor dijadikan penanda aras ketamadunan kepimpinan Islam.", "“Ini amat bertepatan dengan keadaan hari ini di mana setiap hari kita dengar isu salah tadbir urus, salah laku pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan sebagainya dan saya kira penerapan inilah yang kita nak bawa kepada pemimpin di Selangor tak kita pemimpin dalam keluarga atau jabatan, agensi, malah ke peringkat kerajaan negeri.", "“Kita mahu tadbir urus yang baik, ketelusan, kebertanggungjawaban, integriti itu akan diterapkan dalam kepimpinan di semua lapisan peringkat,” katanya kepada SelangorKini selepas merasmikan Karnival 3K di Masjid At-Taqwa, Kampung Bukit Kapar, Klang malam tadi.", "Jelasnya, selain itu Karnival 3K turut membawa agenda memperkasakan aqidah ahli sunnah wal jamaah berikutan semakin banyak kefahaman dan ajaran sesat menggugat kesejahteraan umat Islam di negara ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/kenduri-amal-pupuk-nilai-murni-dalam-masyarakat/
Kenduri Amal pupuk nilai murni dalam masyarakat
[ "PROGRAM Kenduri Amal sempena majlis walimatulurus keluarga Rosli Abdullah, salah seorang anggota Amal Hulu Langat di Beranang telah diangkat menjadi satu program Kebajikan “A Day for Charity” Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor.", "Menurut Pengarah Program Saudara Noor Ahmad Noordin, objektif program Kenduri Amal ini adalah bagi memupuk samangat bantu membantu dan tolong menolong di kalangan anggota Amal dalam mendepani kehidupan bermasyarakat.", "Walaupun sebelum ini anggota amal sudah biasa membantu menjadi penanggah, mencuci dan memasak namun kali ini anggota Amal terlibat sepenuhnya dari penyediaan kewangan, mencari lembu, membeli barang dan mencari khemah sehinggalah memasak dan membantu mengangkat dan mencuci pinggan,  pendek kata hampir keseluruhannya diuruskan oleh anggota Amal.", "Seramai lebih 50 anggota Amal seluruh negeri Selangor telah hadir membantu dari proses persiapan sehinggalah pada hari majlis diadakan. Mereka hadir bergilir membantu mengikut kawasan yang telah ditetapkan oleh pengarah program. Kerjasama yang berlangsung ini telah membina semangat ukhwah antara anggota Amal dari pelbagai kawasan.", "“Mereka kini sudah boleh buat kenduri sendiri kalau nak kahwin lagi,” seloroh Pengarah Amal Negeri Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli yang melihat kesungguhan para jawatankuasa program yang telah berjaya melaksanakan satu majlis kenduri walimah yang besar ini.", "Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hasan dan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Huzaimi Abd Halim. Kehadiran mereka disambut oleh Pengarah Amal Negeri Selangor dan juga Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris.", "Pada Kenduri Amal kali ini 2 ekor lembu telah ditumbangkan hasil sumbangan pimpinan PAS Negeri Selangor dan orang perseorangan termasuklah anggota Amal sendiri, sekali gus membina nilai-nilai yang baik dalam diri anggota Amal dalam mendepani masyarakat luar sana. – HARAKAHDAILY 18/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/memahami-perjuangan-pas-kerjasama-politik-redha-allah-dan-nasihat/
Memahami perjuangan PAS: Kerjasama politik, redha Allah dan nasihat
[ "Kayu ukurnya ialah ISLAM yang rujukannya adalah al-Quran dan Sunnah. Justeru, tentulah ia berbeza daripada kayu ukur dan neraca parti politik lain.", "Oleh itu sangat silap apabila seseorang menilai PAS menerusi kaca mata matlamat dan hala tuju perjuangan parti politik yang tidak berteraskan al-Quran dan Sunnah.", "Dan terlebih silap jika ada ahli PAS yang mahu PAS mengikut cara fikir, matlamat, hala tuju serta strategi parti seperti DAP, PKR, PAN, PBBM sementelah lagi Umno.", "PAS meyakini bahawa matlamat perjuangan politiknya ialah agar negara ini berjaya diperintah berdasarkan prinsip dan dasar pemerintahan Islam kerana hanya Islam yang boleh menjamin hak dan keselamatan seluruh rakyat dan agar dakwah Islam dapat disampaikan kepada seluruh umat manusia.", "“Dan hendaklah kamu memerintah di kalangan manusia dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka..” (Surah al-Ma’idah ayat 49)", "Sebarang kerjasama politik untuk berkuasa dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan hendaklah dengan tujuan mencapai matlamat tersebut.", "Tiada sebarang kerjasama dengan mereka yang menentang agenda perjuangan ini kerana ia adalah kerjasama atas dasar dosa dan kezaliman yang diharamkan oleh Islam.", "Dalilnya ialah apabila seorang lelaki syirik memohon perlindungan dan keselamatan daripada pedang Nabi saw setelah dia sendiri sebelumnya meletakkan mata pedangnya di tengkuk Nabi saw, baginda menerimanya apabila dia berjanji:", "“Saya berjanji kepada kamu agar tidak memerangi kamu dan tidak berada bersama kelompok yang sedang memerangi kamu.” (Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim)", "Maka sesiapa yang menentang matlamat perjuangan ini maka dia berpotensi menjadi musuh walaupun dalam masa yang sama dia juga adalah sasaran dakwah PAS.", "Atas tujuan dan matlamat menegakkan Islam, ahli-ahli PAS meyakini bahawa segala sumbangan tenaga, masa dan harta yang mereka korbankan adalah sebahagian jihad di jalan Allah yang akan diganjari dengan syurga oleh Allah.", "“Sebenar-benar mukmin adalah mereka yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka di jalan Allah….” (Surah al-Hujurat ayat 15)", "Sebagai parti politik, PAS menyertai pilihan raya tanpa jemu sama ada menang atau kalah sejak 1955 sebelum merdeka sehingga pilihan raya ke 13 selepas merdeka pada 2013.", "Sekiranya kemenangan berpilihan raya belum diperolehi maka kerja dakwah dan nasihat kepada pemerintah dan rakyat berkonsepkan Amar Makruf Nahi Mungkar diteruskan sehingga menanti pilihanraya seterusnya.", "“Sebenar-benar Agama itu adalah Nasihat.”Kami (sahabat) bertanya: “untuk siapa?” Baginda menjelaskan: “untuk Allah, untuk Kitab-Nya, untuk Rasul-Nya, untuk pemerintah orang beriman dan untuk orang awam mereka” (Hadis riwayat Muslim)", "قَالَ يَا قَوْمِ لَيْسَ بِي ضَلَالَةٌ وَلَٰكِنِّي رَسُولٌ مِّن رَّبِّ الْعَالَمِينَ أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنصَحُ لَكُمْ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ", "“Berkata Nuh; wahai kaumku. Tidak ada padaku sebarang kesesatan tetapi aku adalah seorang utusan daripada Rabb Tuhan semesta alam. Aku menyampaikan risalah-risalah Rabbku dan aku memberi nasihat untuk kamu dan aku tahu daripada Allah sesuatu yang kamu tidak tahu.” (Surah al-A’raf ayat 61-62)", "“Aku menyampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb Tuhanku dan aku bagi kamu semua adalah seorang PENASIHAT yang amanah.” (Surah al-A’raf ayat 68)", "“Dan Soleh berkata; wahai kaumku. Sememangnya aku telah menyampaikan kepada kamu risalah Rabb Tuhanku dan aku telah memberi nasihat untuk kamu tetapi kamu tidak suka para penasihat.” (Surah al-A’raf ayat 79)", "“dan Syuaib berkata: wahai kaumku. Sememangnya aku telah menyampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb Tuhanku dan aku telah memberi nasihat untuk kamu…. ” (Surah al-A’raf ayat 93)", "Peringatan bahawa PAS sebagai penasihat kepada rakyat dan pemerintah yang menyeleweng sebagaimana sunnah para nabi mungkin diketawakan oleh politikus duniawi yang tidak merujuk kepada sumber al-Quran dan Sunnah.", "Apabila kemenangan diperolehi, menerusi jawatan sebagai wakil rakyat, ia dijadikan medium untuk menyampaikan pandangan dan nasihat serta teguran di parlimen atau dewan undangan negeri.", "Sekiranya kemenangan berpilihanraya diperolehi sehingga berjaya memerintah negeri maka ia digunakan sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab pemerintah Islam iaitu “menegakkan agama dan mentadbir negeri dengan prinsip-prinsip agama”.", "“dan ada di kalangan manusia orang yang menjual dirinya kerana mencari REDHA ALLAH sedang Allah itu Maha lembut lagi penyayang terhadap hamba-hamba.” (Surah al-Baqarah ayat 207)", "Matlamat kemuncak mencapai REDHA Allah mungkin juga diketawakan oleh mereka yang berpolitik hanya untuk dunia dan berpolitik hanya untuk berkuasa semata-mata tanpa pertimbangan syurga dan neraka.", "Atas kefahaman ini maka ahli PAS tidak pernah kecewa jika kalah dalam pilihanraya. Mereka bersabar atas kekalahan dan meneruskan perjuangan menyampaikan dakwah dan menegur serta menentang kezaliman pemerintah semasa sehinggalah menanti pilihanraya seterusnya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/dr-azman-dipilih-dalam-pertandingan-adik-beradik/
Dr Azman dipilih dalam pertandingan ‘adik-beradik’
[ "TIMBALAN Yang Dipertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim mengekalkan jawatan dalam pertandingan satu lawan satu pada mesyuarat agung PAS kawasan itu yang diadakan di Kompleks Tarbiyah Luqmanul Hakim Kampung Guntong Luar, hari ini.", "Mesyuarat agung yang dirasmikan oleh Adun Melor, Kelantan, Dr Yusnan Yusuf juga mengisytiharkan penyandang jawatan Yang Dipertua PAS Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir menang tanpa bertanding. Turut menang tanpa bertanding ialah Mohd Nazari Alias bagi jawatan Naib Yang Dipertua dan Ustaz Mohd Pauzi Muda yang mengisi jawatan Ketua Urusan Ulamak.", "Mesyuarat yang dihadiri 420 orang perwakilan turut memilih seramai 16 orang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Setiu bagi sesi 2017/2019 daripada 25 orang calon yang  bertanding.", "“Kabinet ini adalah ‘Kabinet Perang Pilihan raya’ bukannya kabinet untuk bersantai dan berbulan madu. Kita sudah berada dalam fasa pecutan terakhir menghampiri garis PRU14,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 18/3/2017                      " ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/mohd-amar-kekal-terajui-pas-pengkalan-chepa/
Mohd Amar kekal terajui PAS Pengkalan Chepa
[ "Pada masa yang sama semua anggota jawatankuasa PAS kawasan itu turut kekal apabila perwakilan masih memilih mereka untuk menerajui kepimpinan itu.Timbalan Yang Dipertua masih disandang Dr Izani Hussin, begitu juga Naib Yang Dipertua, Muhammad Azmi Nor apabila mereka dipilih semula pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS ke-45 hari ini..Sebelum itu turut mengekalkan kepimpinan dalam sayap penting PAS kawasan Ketua Muslimat, Wan Ubaidah Omar, Ketua Pemuda, Mohd Ariff Abdullah." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/membentuk-bn-kedua/
Membentuk BN kedua
[ "BERSATU sudah sah menyertai Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir mengesyorkan gabungan parti pembangkang itu meniru kaedah yang digunakan oleh Perikatan yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional.      Ertinya Pakatan Harapan akan muncul sebagai Barisan Nasional 2.0 atau BN Kedua.      Ia boleh kekal dengan nama Pakatan Harapan atau apa-apa jua nama yang disetujui tetapi konsepnya kira-kira sama dengan BN.      Jika PAS dulu mencari regu bukan Melayu dan DAP mencari regu Melayu, maka ia ditempelak BN yang dipimpin Mahathir sebagai  peniru atau  ciplak. Buat begitu bukanlah meniru dalam politik suatu yang salah atau ada hak cipta dalam politik. Tiru atau ciplak tak laku dibawa ke mahkamah.      Dia kata begitu dengan harapan pihak yang meniru berasa malu dan tidak meneruskannya.  Mahathir pun jelaskan hal itu baru-baru ini sebagai usaha menghalang kaedah BN itu ditiru. Jika ia ditiru juga, maka ia ancaman bagi BN sejak masa itu.       Apabila ia ditiru juga sekalipun tidak 100 peratus sama, tetapi ikut konsep Pakatan Rakyat, memang BN cemas. Nasib saja menyelamakan BN.       Sekarang orang yang ikut dari awal mengubah Perikatan jadi BN dan bertanggungjawab menorak BN hampir 30 tahun mengizinkan BN ditiru sekalipun tidak 100 peratus, maka BN tidak boleh tidur malam lagi.    Antara yang dianjurkan ia guna satu lambang untuk semua, suatu yang pernah difikirkan semasa Pakatan Rakyat dulu tetapi tidak tercapai, menggunakan satu nama, tidak lagi gunakan nama parti masing-masing. Jika  boleh Mahathir mahu nama baru, tetapi mengekalkan Pakatan Harapan pun tiada masalah.       Tetap yang tidak dapat disamakan ialah BN adalah satu parti yang dominan iaitu Umno sekalipun tiada kuasa veto, tetapi pengaruh dan cengkamannya atas parti lain agak kuat. Pemimpin Umno seolah-olah Yang Dipertuan Agong BN yang keputusannya didengar. Parti seperti itu tidak ada dalam BN 2.0 ini.       Siapa hendak dijadikan Pengerusi BN 2.0? Dr. Mahthir atau Anwar Ibrahim atau jadi Pengerusi Bersama? Pengerusi BN adalah calon Perdana Menteri. BN 2.0 belum bincang hal ini.      Apapun BN 2.0 boleh jadi cabaran seperti PRU13 jika PAS sebahagian daripadanya. Tetapi dengan PAS berada dalam Grup Ketiga. Satu lawan satu tidak lagi relevan. Maka cabaran itu tidak sekental dulu.      Apapun BN 2.0 boleh dikira pencabar utama BN. Banyak yang tidak menyangka BN 2.0 menjadi pemenang dalam PRU14 tanpa satu lawan satu. Solon, pemikir Greek purba berkata, tiada siapa tahu kejadian masa depan.         Wujudnya BN 2.0 boleh menyambung hayat beberapa kerabat parti itu. Jika wawasan itu tidak diwujudkan tiada jaminan hayat dapat disambung. Kecuali DAP. Jika sekali ini gagal lagi, ia boleh jadi pembangkang yang penting lagi.       PAS bekerja dan ia berserah sepenuhnya kepada perkenan Allah sebagai sifat orang beriman. Justeru ia biasa tinggal seorang  ahli Parlimen, ia boleh ada lagi dalam arena politik seperti selalu. Ia mahu menang dan ia sedia kalah.        Jika BN 2.0 tidak ada, yang lain-lain pun payah ada lagi. Hayat Umno juga tidak terjamin dengan adanya BN 2.0. Ia mungkin tidak cukup kerusi untuk berkuasa lagi. BN 2.0, dengan tiga penjuru atau lebih, belum tentu cukup kerusi bagi menggantikan BN.      Yang jelas ia boleh jadi penyelamat hayat parti-parti kerabatnya. – HARAKAHDAILY 18/3/2017    " ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/kerajaan-teknokrat-kelangsungan-pemerintahan/
Kerajaan Teknokrat: Kelangsungan Pemerintahan
[ "KERAJAAN Teknokrat bukanlah satu bentuk pemerintahan “teokrasi” atau “anti – demokrasi” sebagaimana anggapan setengah pengkaji sains politik pada waktu ini. Idea kewujudan Kerajaan Teknokrat antaranya adalah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu bagi merungkai kegusaran rakyat dalam mengemudi negara apabila wujudnya (1) keadaan yang tergantung dalam pembentukan sesebuah kerajaan akibat dari tidak adanya (deadlock) sebuah parti atau gabungan yang mempunyai kuasa politik yang jelas setelah selesai sesebuah pilihanraya, dan (2) tenaga pakar dalam bidang tertentu yang mungkin digunakan oleh sesebuah negara sebagai Menteri untuk menyelesaikan konflik atau isu besar yang melanda sesebuah negara.", "Walaupun suasana yang ada dalam sistem pemerintahan negara kita sekarang ini tidak menghalang kewujudan kerajaan teknokrat, ianya masih mempunyai kekangan perlembagaan sekiranya saiz lantikan teknokrat dalam sesebuah kerajaan itu ingin dikembangkan dan berfungsi sepenuhnya. Dalam hal ini, suatu kajian yang mendalam bolehlah dipertimbangkan.", "Asas Pemerintahan Sesebuah NegaraFeqah politik Islam menegaskan beberapa ciri penting dalam sistem negara yang beriman, adil dan bijaksana. Tonggaknya ialah Islam yang menjadi aqidah negara dan kepimpinannya yang tertinggi, di sampingnya Syura (Musyawarah) dan nasihat yang memelihara hak rakyat dan pemimpin.", "Islam menegaskan syarat agama, ilmu dan akhlak, kemampuan jasad, akal dan roh menjadikannya lebih sempurna daripada teori ciptaan manusia. Firman Allah menceritakan kaum Bani Israel yang mendesak Nabi di zaman kejatuhannya supaya memilih seorang raja (pemimpin), setelah mereka hidup merempat beberapa abad kerana kesilapan meninggalkan Kitab Allah (Taurat):", "“Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan pengurniaan-Nya), lagi meliputi ilmu-Nya.” (Surah Al-Baqarah ayat 247)", "Allah SWT mengislahkan Bani Israel yang hidup merempat setelah negara mereka dimusnahkan kerana meninggalkan petunjuk Allah daripada Kitab Suci Taurat, lalu hilangnya jati diri kaum beriman dan budiman, sehingga dihantui politik harta dan kebanggaan kepada baka dan keturunan tanpa jati diri pemimpin berwibawa, walau pun dalam keadaan hidup merempat. Apabila mereka bersemangat semula kembali menegakkan negara yang hilang setelah diutuskan nabinya, Allah mewahyukan kepada nabinya dengan firman tersebut bagi menunaikan desakan mereka. Adalah menjadi hikmat mengapa tidak nabi itu sendiri dicalonkan? Allah menolak fanatik keturunan dan kegilaan harta disebaliknya. Walaupun selepas itu Allah menjadikan Nabi Daud A.S. Khalifahnya dan Sulaiman A.S. pula Rajanya.", "Imam al-Razi menafsirkan ayat tersebut dengan syarat berilmu dan berkemampuan. Maka Para ulama Feqah Siyasah seperti Ibnu Khaldun, al-Mawardi dan lain-lain menetapkan syarat ini selepas Islam (الدين)menjadi pertama dan akhlaknya yang mulia (عدالة).", "Para ulama yang membahaskan sistem pemerintahan Islam menegaskan keperluan zaman mutakhir, apabila umat Islam mengalami kelemahan tokoh yang mempunyai sifat yang sepenuhnya pada diri seorang pemimpin kerana tidak seperti setiap Khulafa ar-Rasyidiin, jauh sekali jika dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W. namun boleh mewujudkan kepimpinan secara jama’ei (kolektif) yang pernah dilaksanakan juga oleh para Khalifah yang tersebut kerana mereka tidak mencapai martabat Rasulullah S.A.W. dengan konsep Syura melalui penglibatan para sahabat yang pilihan ketokohan berilmu, berakhlak dan berpengalaman dalam berbagai bidang agama dan duniawi.", "Secara khusus para ulama feqah politik yang tersebut menghuraikan kemampuan ilmu itu dengan tafsiran ilmu hukum Islam dan ilmu masalah semasa. Perkara ini dilasanakan oleh pemerintah Islam contoh di sepanjang zaman (khususnya para Khulafa ar-Rasyidiin dan Umar bin Abdul Aziz).", "Betapa konsep tersebut dilaksanakan sehingga setiap orang Khalifah tersebut adalah ilmuan berpegang kepada dasar al-Quran dan Sunnah, seterusnya melibatkan beberapa tokoh anggota kabinet dan beberapa ramai lagi di setiap aspek pentadbiran dan pengurusannya, bahkan diterima pandangan kalangan rakyat yang tidak terkenal.", "Setiap orang Khalifah itu menegaskan dalam ucapan dasar sebaik sahaja di Bai’ah menjadi ketua negara: “Taatilah saya selagi saya mentaati Allah dan Rasul. Sekiranya saya tidak mentaati Allah dan Rasul maka janganlah mentaati saya”.", "Apabila seseorang Khalifah itu tidak menemui nas daripada al-Quran dan Hadis, dia akan bertanya khalayak yang hadir dalam masjid yang dijadikan tempat berkumpul: “Adakah kalangan kamu sesiapa yang mengetahui adanya ayat al-Quran atau Hadis dalam perkara ini ? ”. Kalau tidak ada lalu dilakukan ijtihad kajian ilmu berkonsep Rabbani (pandangan secara ilmu yang berkonsepkan keizinan hukum Islam dengan syarat-syaratnya ) terhadap setiap orang yang memberi pandangannya dalam perkara yang tidak ada nas atau Dzoniyyat (nas yang tidak nyata). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:", "“Apabila seseorang melaksanakan hukum berijtihad kemudiannya pandangannya betul dia mendapat dua pahala dan apabila berhukum lalu dia berijtihad kemudian pandangannya salah dia mendapat satu pahala.”", "Para Fuqaha telah mencatit pendapat semua mazhab, termasuk mazahab yang lemah dan tidak terkenal supaya menjadi warisan ilmu kepada generasi di sepanjang zaman, kerana kemungkinan pendapat yang tidak sesuai pada zamannya mungkin menjadi sesuai pada masa yang lain.", "Islam telah berjaya mentadbir negara besar selama hampir empat belas abad dalam mengendalikan masyarakat majmuk berbagai bangsa, agama dan budaya apabila melibatkan semua ilmuan yang bermanfaat dan pengurusannya yang bijak, termasuk kalangan bukan Islam yang menerima konsep negara Islam walau pun tanpa menganut agama apabila kalangan mereka dilantik dalam Wazarah alTanfiz (anggota kabinet yang mengurus) bukannya urusan Aqidah dan menetapkan polisi yang berkait dengan dasar dan hukum. Bermakna penglibatan masyarakat majmuk dan terbuka kepada semua tamadun positif daripada Timur dan Barat dan menolak negetifnya walau pun datang daripada Tanah Suci Makkah dan Madinah. Melaksanakan konsep negara berkebajikan berpandukan firman Allah yang bermaksud:", "“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah ayat 177)", "Dalam dunia yang mengalami kelemahan Demokrasi Barat yang tidak ada aqidah dosa dan pahala dalam amalan politik dan pentadbirannya maka pendekatan Islam dalam aspek konsep Kerajaan Teknokrat perlu dikaji untuk dihayati semula.", "Kerajaan teknokrat (technocratic governments) atau teknokrasi (technocracy) sebagaimana dibincangkan dalam ilmu sains politik adalah sebuah pemerintahan yang diterajui oleh kumpulan pakar yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing samada bidang ekonomi, keselamatan, pendidikan, kesihatan, sosial dan lain-lain. Mereka memegang tampuk pemerintahan di sektor kementerian mengikut bidang kepakaran sendiri seperti pakar ekonomi menerajui Kementerian Kewangan, pakar pendidikan memegang Kementerian Pendidikan atau pakar Kesihatan menjaga Kementerian Kesihatan. Apa yang penting adalah kepakaran dan kemahiran yang menjadi aspek utama dalam Kerajaan Teknokrat berbanding konsep kerajaan yang lain.", "Kerajaan Teknokrat memiliki barisan kepimpinan negara yang punya kepakaran dan kemahiran tersendiri untuk mentadbir negara dengan lebih baik dan segala keputusan dan tindakan kerajaan akan lebih menjurus kepada keutamaan sebenar untuk kepentingan rakyat dan kurang bertujuan untuk kepentingan politik. Ini juga boleh dikatakan sebagai Kerajaan Rakyat.", "Idea Kerajaan Teknokrat juga adalah salah satu solusi dengan mengambil jalan keluar dari polemik dan pertembungan parti politik yang sudah hilang arah sehingga merugikan rakyat. Ianya juga sejajar dengan tema Muktamar PAS tahun 2016 dengan mengangkat slogan “Inilah Penyelesaian Kita”.", "Caranya lebih mudah kerana Islam menerima konsep hak rakyat dalam sistem demokrasi secara umum, tetapi mengkritiknya kerana pemisahannya dariapada agama, tanpa perhitungan wawasan akhirat yang menekankan perhitungan dosa dan pahala. Khususnya dalam keadaan terkini demokrasi barat yang parah kerana kelemahannya, sehingga amanah memerintah negara menjadi peluang kepentingan duniawi bagi diri, keluarga dan kroni, sehingga jawatan dan peluangnya menjadi rebutan yang tidak bermoral lagi. Sehingga melampau belum berkuasa sudah berebut jawatan, apa lagi kalau sudah mencapai kemenangan tentu kesannya lebih parah, kerana cabaran selepas berkuasa lebih besar dan berat amanahnya.Hadis Rasulullah SAW menegaskan, bermaksud:", "“Apabila umatku melakukan 15 perkara, nescaya mereka terdedah kepada bencana yang menimpanya. Lalu ditanya: Apakah ia wahai Rasulullah? Sabdanya: Apabila harta Negara berpusing dalam kalangan orang-orang tertentu sahaja, apabila amanah dianggap peluang, apabila zakat dianggap cukai, lelaki mentaati isterinya menderhakai ibunya, melayan baik kawannya dan bersikap kasar terhadap bapanya, berbuat di dalam masjid (tidak beradab), orang yang hina menjadi pemimpin, dimuliakan seseorang kerana takutkan jahatnya, berleluasa meminum arak (termasuk sepertinya dadah), lelaki memakai sutera, berleluasa penyanyi dan alat hiburan (melalaikan), orang yang akhir melaknat orang yang terdahulu. Maka tunggulah ketika itu datangnya angin membawa bala, kerosakan dan bencana.” (Hadis riwayat Termizi)", "Pertama – pertamanya ialah kerosakan aqidah, akhlak dan amalan ibadah dan cara hidup sehingga politik, ekonomi dan masyarakat seluruhnya apabila meninggalkan petunjuk Islam.", "Islam adalah agama yang sempurna, teguh dan anjal, sehingga menjadi petunjuk kepada seluruh manusia di sepanjang zaman dan tempat dalam semua keadaan, kerana Islam ini ciptaan Allah Pencipta Alam Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana.", "Islam mengharamkan perhambaan terhadap rakyat dan pemimpin yang berlagak mejadi Tuhan. Di akhir zaman ini, Allah mengakhirkannya dengan Rasul terakhir dengan mukjizat ilmu yang menjadi petunjuk dan amaran sekerasnya, apabila manusia menolak petunjuk ini, maka merekalah yang menjadi sebab berlakunya kemusnahan seluruh alam dan berlakunya kiamat yang merosakkan seluruh alam.", "Jika kita mengkaji beberapa negara yang mengamalkan sistem pemerintahan dalam bentuk kerajaan teknokrat seperti Republik Czech, Itali, Jerman, Rusia, Kanada, Tunisia, Pakistan, Bulgaria, Greece dan Romania, kita dapati setiap negara mempunyai perbezaan di antara negara lain mengikut tahap kesesuaian dan keunikan sosio-politik negara tersendiri. Cuma persamaannya adalah Kerajaan Teknokrat dibentuk ketika negara dilanda krisis yang teruk dan inilah jalan keluarnya.", "Seperti contoh di Romania, Kerajaan Teknokrat telah dibentuk pada 17 November 2015 yang diketuai oleh Dacian Cioloş setelah diluluskan oleh Parlimen Romania dengan 389 undi menyokong dan 115 undi tidak menyokong.", "Pelantikan Ciolos sebagai Perdana Menteri dilakukan melalui rundingan, bukan sahaja dengan partiparti politik tetapi juga dengan wakil-wakil pertubuhan rakyat. Para menteri Kerajaan Teknokrat baru ini juga terdiri daripada kumpulan pakar yang mempunyai pengalaman berkaitan dalam bidang mereka sendiri yang diperoleh sama ada dalam atau di luar negara Romania.", "Antaranya, Menteri Kesihatan adalah bekas Pengarah Institut Onkologi di Cluj-Napoca, salah satu bandar terbesar di Romania. Menteri Dana Eropah juga pernah bekerja di Jabatan Wilayah Politik Eropah dan Bank Pembangunan Eropah. Menteri Kewangan pula ialah seorang Pakar Penganalisis Ekonomi bagi Suruhanjaya Eropah dan juga telah bekerja selama lebih daripada 10 tahun di International Monetary Fund (IMF).", "Satu portfolio baru telah dibentuk iaitu Menteri Perundingan Awam dan Majlis Dialog Rakyat bagi menjamin nilai demokrasi dalam Kerajaan Teknokrat yang hanya diberi tempoh satu tahun untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran, kewangan, keadilan, infrastruktur dan pendidikan.", "Perkara yang sama berlaku di Itali, ketika berlakunya krisis hutang negara yang melambung tinggi dan kos sara hidup yang mencengkam rakyat, Kerajaan Teknokrat dibentuk dan diketuai oleh birokrat yang tidak dipilih melalui pilihanraya dan tidak dikenali sebagai ahli politik.", "Mario Monti, Pakar Ekonomi Itali dilantik menjadi Perdana Menteri Itali sejak tahun 2011 hingga 2013. Kerajaan ini dibentuk dengan persetujuan parti ‘mainstream’ yang tidak boleh lagi mentadbir negara dan parti pembangkang yang berjanji untuk memulihkan kerajaan secara demokratik dan responsif.", "Sehingga awal tahun 2013, telah terdapat 24 kerajaan yang diketuai oleh teknokrat dalam 27 negara anggota EU dan hampir separuh menjadikan Kerajaan Teknokrat sebagai ‘caretaker governments’ atau ‘kerajaan sementara’. Dalam erti kata lain, Kerajaan Teknokrat dibentuk untuk menyelesaikan krisis negara dalam tempoh tertentu sementara menunggu pilihanraya seterusnya untuk diberi mandat kepada parti politik yang layak dipilih menjadi pemerintah.", "Sekurang-kurangnya terdapat tiga Kerajaan Teknokrat penuh dalam sepuluh tahun yang lalu di negara anggota EU iaitu Monti di Itali (2011-2013), Gordon Bajnai dalam Hungary (2009-2010), dan Jan Fischer di Republik Czech (2009-2010).", "Oleh kerana konsep Kerajaan Teknokrat luas tafsirannya dan boleh disesuaikan mengikut keadaan sesebuah negara. Maka jika diamalkan dalam konteks negara Malaysia yang bersistemkan demokrasi berparlimen, ada beberapa sebab penting wajarnya Kerajaan Teknokrat diamalkan;", "Pertama, penubuhan Kerajaan Teknokrat dapat mengendurkan ketegangan politik antara parti-parti politik. Ianya juga dianggap lebih bersih berbanding kerajaan oleh ahli politik yang kerap dikaitkan dengan penyelewengan dalam bentuk penggunaan dana dan kemudahan awam untuk kepentingan politik kepartian. Model ini dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti-parti politik yang bersedia duduk semeja samada parti kerajaan atau parti pembangkang untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih rasional demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.", "Kedua, memanfaatkan tenaga pakar yang punya kemahiran dan kepakaran dengan meletakkan mereka dalam barisan kepimpinan negera untuk mengendalikan urusan pemerintahan mengikut bidang masingmasing. Tindakan dan keputusan Kerajaan Teknokrat akan lebih menjurus kepada keutamaan rakyat, bukannya semata-mata untuk kepentingan parti politik.", "Dalam konteks Malaysia, secara umumnya Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pembentukan Kerajaan Teknokrat. Namun perlu disesuaikan dengan sistem pemerintahan negara dan Perlembagaan Persekutuan khususnya perkara yang melibatkan pelantikan Perdana Menteri dan menteri-menteri yang sememangnya menjadi syarat perlu menjadi ahli Dewan Rakyat dan bertanding dalam pilihanraya terlebih dahulu. Walaupun ada sebahagian menteri boleh dilantik melalui ahli Dewan Negara tapi ianya terhad dan tempoh masanya juga berbeza dengan ahli Dewan Rakyat.", "Oleh itu para pemimpin yang dipilih rakyat kerana pengaruhnya yang sebenar atau menipu dapat menunaikan amanah dengan Islah, melalui konsep kerajaan Teknokrat yang anjal melakukan perubahan sekiranya terdapat kesilapan atau kelemahan dalam tempoh penggalnya.", "Ucapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Konvensyen Professional Malaysia 2017 bertema “Mempersada Kerajaan Teknokrat” di Cyberjaya, pada 18 Jamadil Akhir 1438 H/ 17 Mac 2017 M" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/warta-lembaga-pemilihan-pas-pusat-2017/
Warta Lembaga Pemilihan PAS Pusat 2017
[ "ADALAH saya diarah untuk memaklumkan bahawa Lembaga Pemilihan PAS Pusat 2017, dalam maksud mengendalikan pemilihan bagi jawatan-jawatan di peringkat PAS Pusat, dan dalam menjalankan kuasa-kuasa di bawah Fasal 4.7.1 Peraturan-Peraturan Pemilihan PAS 2013 (Pindaan 2016), telah memutuskan tarikh-tarikh berikut:", "Sila ambil maklum bahawa semua Borang Pencalonan yang lengkap diisi, hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi, Lembaga Pemilihan PAS Pusat, Muktamar Ke-63, Pejabat Agong PAS, 318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, secara Pos/Kurier/Serahan Tangan. Borang-Borang Pencalonan hendaklah diterima atau dimasukkan ke peti-peti Borang Pencalonan di Pejabat Agong PAS pada atau sebelum tarikh-tarikh tersebut." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/18/lebih-350-sertai-pas-di-jeli/
Lebih 350 sertai PAS di Jeli
[ "MALAM tadi seramai 351 lagi, sebahagian besar daripadanya anak muda di Jeli memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka, selepas bosan dengan kebobrokan Umno.", "Mereka yang hadir pada program ceramah di Dataran Ilmu mengisi borang menyertai PAS. Sebahagian lagi hasil gerak kerja di Dun Air Lanas, Dun Bukit Bunga dan Kuala Balah.", "Hadir sama pada program itu Ketua Muslimah PAS Negeri Siti Zailah Mohd Yusof, Yang Dipertua PAS Jeli Mohd Apandi Muhamad, timbalannya Datuk Abdullah Yakub dan Ketua AMK Dr Hafidz Rizal Amran.", "“Sekiranya PAS dapat menguasai Jeli maka lebih mudah untuk kita mendekati Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya pada ceramah tersebut.", "Katanya fokus utama gerak kerja untuk menguasai semula Dun Air Lanas yang hanya dimenangi Umno dengan kelebihan 47 undi pada PRU lepas.", "“Sekarang sudah fasa kedua gerak kerja pilihan raya yang kita gemblingkan di Jeli,” katanya ketika ditemui selepas itu. – HARAKAHDAILY 18/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/19/mesyuarat-agung-terakhir-sebelum-pru14/
Mesyuarat agung terakhir sebelum PRU14
[ "SETIAP negeri diarahkan untuk untuk mengadakan ijtimak atau konvensyen PAS negeri sebelum Muktamar Tahunan PAS kali ke-63, yang memberikan fokus menghadap pilihan raya umum (PRU) akan datang.", "Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, semua meyuarat tahunan parti di peringkat kawasan yang sedang berlangsung sekarang adalah merupakan yang terakhir sebelum PRU14.", "“Saya sahkan Mesyuarat Agung Tahunan puan-puan hari ini dan mesyuarat agung yang diadakan di negeri-negeri sehingga Muktamar Tahunan PAS Pusat adalah yang terakhir sebelum PRU14.", "“Sama ada PRU14 diadakan pada tahun 2017, ataupun sebelum bulan Jun tahun 2018, maka inilah mesyuarat agung terakhir sebelum PRU-14. Inilah pentingnya mesyuarat agung kita pada kali ini,” jelasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kawasan Marang kali ke-32 di Dewan Tok Guru, Rusila, semalam.", "Justeru, Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberi peringatan, peranan untuk menegakkan amar makruf dan nahi mungkar seperti yang diperintah Allah SWT terletak di bahu semua orang.", "“Pentingnya peranan sama ada muslimin ataupun muslimat, di dalam gerakan Islam ini, di sebalik kejayaan PAS ini, berjaya sebagai parti, berjaya sebagai kerajaan, maka peranan muslimat tidak boleh dinafikan langsung, tidak boleh dipersoalkan langsung (dan) puan-puan adalah tenaga penting dalam menjayakan kejayaan dan kemantapan parti kita ini,” jelasnya dipetik Buletin Online.", "Menurutnya, kerja keras itu mestilah dibuat tanpa sebarang halangan, sama ada PAS akan bertanding satu lawan satu dengan Umno atau ditentang dari pelbagai penjuru oleh parti-parti lain.", "“Terengganu mesti diambil balik oleh PAS pada PRU14. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT, semoga jemaah kita ini diberikan kekuatan,” tegas beliau.", "Seramai hampir 500 orang perwakilan dan pemerhati hadir pada mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/19/manfaatkan-kepakaran-teknokrat-urus-ehwal-negara/
Manfaatkan kepakaran teknokrat urus ehwal negara
[ "KALANGAN teknokrat boleh dilantik menjalankan peranan sebagai menteri dalam sesebuah pemerintahan bagi menangani dan menyelesaikan masalah semasa dihadapi rakyat, demikian menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang", "Terang beliau, perkara itu adalah sebagaimana dinyatakan Imam Al-Mawardi di dalam kitab Ahkam al-Sultaniah mengenai keperluan melantik seseorang dengan melihat isu di zamannya.", "“Kalau zaman banyak ahlil bida’ah yang banyak reka-reka perkara agama, kena lantik orang yang kuat hujah agama dia lawan ahlil bida’ah, ini diutamakan.", "“Kalau zaman banyak orang kacau, samseng, orang jahat, ada calon dia ilmu agama bijak, tetapi penakut dan ada (calon) yang kuat ilmu agama dan berani, (kena) pilih yang berani,” ujarnya dalam sesi dialog pada Konvensyen Profesional Malaysia di Promenade, Garden Residence, di Cyberjaya, semalam.", "Malah dijelaskan pada sidang medianya, perkara itu secara teori adalah penglibatan cendikiawan pelbagai bidang dalam kerajaan di mana peranan mereka sememangnya tidak terpisah dari politik negara.", "Bahkan seru beliau, kalangan teknokrat ini perlu ditampil dan diketengahkan bersama roh Islam sebagai alternatif kepada sistem Barat yang telah menunjukkan kegagalannya.", "PAS sendiri menurutnya, sejak ditubuhkan tahun 1951 lagi telah disertai dan melibatkan semua kalangan termasuk profesional dan ahli bukan politik, selain setiausaha kerajaan beberapa negeri.", "Dalam pemilihan muktamar katanya, ahli-ahli PAS telah menunjukkan bahawa mereka tidak hanya memilih kalangan agamawan sahaja, tetapi juga ahli profesional, kerana tindakan memisahkan mereka dari agama adalah salah.", "Menurut beliau, teknokrat yang dilahirkan Islam telah berjaya mencipta tamadun sains dan teknologi hingga diambil oleh Tamadun Barat, selain banyak tamadun seperti Parsi, Greek, Mesir, Romawi dan India diambil dari orang Islam.", "Malah jelasnya, terdapat juga tamadun yang diislah dan ditajdidkan orang Islam iaitu dengan mengambil ilmu bermanfaat kepada orang Islam atau dimasukkan roh Islam dalam ilmu itu hingga melahirkan Hadharah Islamiyah.", "“Jadi dalam pemerintahan Islam, boleh menerima kepakaran untuk melaksanakan kebajikan atas rakyat termasuk kepakaran bukan Islam,” terang beliau. – HARAKAHDAILY 19/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/19/banyak-cabaran-hadapi-pru14/
Banyak cabaran hadapi PRU14
[ "Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun ada yang mendakwa ia akan diadakan pada Julai, namun PAS yakin diadakan September ini.", "Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota parti turun ke bawah untuk memperkemaskan jentera. Tambahnya, banyak cabaran untuk berhadapan PRU kali ini memandangkan PAS bukan hanya berhadapan BN, sebaliknya PAN. Terdahulu, Dr Izani Hussin, menyeru anggota parti memperkuatkan saf semua peringkat. Timbalan Yang Dipertua PAS itu juga berkata, sekiranya anggota parti bersatu musuh tawar hati untuk mengganggu gugat saf perjuangan. “Untuk itu, marilah kita menampal  lompang yang ada, menutup ruang-ruang yang boleh ditembusi musuh untuk menghadapi PRU tidak lama lagi,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/19/shahril-azman-ganti-tuan-ibrahim-di-kuala-krau/
Shahril Azman ganti Tuan Ibrahim di Kuala Krau
[ "BEKAS Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz dipilih sebagai Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Krau yang baru menggantikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.", "Dalam pemilihan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau hari ini, Naib YDP sesi lalu Ustaz Kamal Ashari yang juga Timbalan Pengerusi Tetap PAS Pusat, dipilih sebagai TYDP.", "Di Temerloh, tiga pimpinan tertinggi kekal iaitu Md Jusoh Darus (YDP), Hassanuddin Salim (TYDP – menang bertanding) dan Hasan Omar (NYDP).", "Di Pekan, perwakilan juga mengekalkan barisan lama iaitu Ustaz Abu Kassim Manaf (YDP), Ustaz Fadzil Noor (TYDP) dan Kapten Ahiatuddin (NYDP). – HARAKAHDAILY 19/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/19/kelantan-cadang-tapak-sesuai-peminat-kereta-berhimpun/
Kelantan cadang tapak sesuai peminat kereta berhimpun
[ "Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, ruang yang ada ini begitu sempit bagi menampung himpunan kereta setiap kali ia berlangsung.", "Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Mega Kelab-Kelab Kereta Pantai Timur di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, Kota Bharu semalam." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/19/dap-sarawak-perlu-henti-provokasi-ego/
DAP Sarawak perlu henti provokasi ego
[ "KEDEGILAN Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen tetap berkeras dengan hujah-hujah tuduhan prejudis dan penuh sentimen jumudnya, menunjukkan radikalisme pemikiran yang wujud dalam parti cauvinis itu.", "Beliau bukan sahaja mempolitikkan urusan yang merupakan amalan rutin pentadbiran dalam konteks Persekutuan Malaysia, tetapi telah mengheret perkara itu kepada nyalaan sumbu api bernada perkauman dan kenegerian.", "Bermakna, beliaulah yang sebenarnya menggemburkan retorik dan propaganda tipikal melalui provokasi murahan yang dicetuskannya, serta cuba menggoncang keharmonian sedia ada dan mencipta diskriminasi.", "Chieng Jen dihantui fobia dan disorientasi psikiatri hingga gagal mengenal, memahami dan membezakan perkara pokok dibangkitkannya dengan norma-norma kepelbagaian yang telah mewarnai kemajmukan sosial Malaysia.", "Tidak ada yang berubah dan tergugat cara hidup, falsafah dan budaya sebagaimana didakwanya. Beliau seharusnya melihat fakta dan keperluan dalam perkhidmatan melibatkan pengambilan guru-guru berkenaan.", "Seperti ditegaskan, kami juga menyokong supaya dipertimbangkan keutamaan kepada kalangan anak tempatan Sarawak yang berkelayakan untuk memenuhi kekurangan guru Pendidikan Islam di negeri ini.", "Tetapi bukan menjadikannya sebagai isu hingga merosakkan perpaduan yang telah sedia terjalin. Sikap melampau Chieng Jen telah terbawa-bawa hingga menyentuh dan mempersenda sensitiviti agama.", "Masalah ditimbulkannya mudah sahaja, seperti telah kami nyatakan ia hanya melibatkan pengurusan dan pentadbiran. Tetapi mengapa beliau membangkitkan skeptikal yang melulu dan ekstrem?", "Kami menasihatkan beliau memeriksa fakta, membuat kajian atau bacaan khusus mengenai perkara itu. Tidak perlu memanjangkan isu biar apapun motifnya. Jangan hingga dilihat ego, sombong dan sibuk mencampuri urusan pihak lain." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/19/tuan-sarifuddin-dipilih-ydp-pas-pasir-puteh/
Tuan Sarifuddin dipilih YDP PAS Pasir Puteh
[ "PENGARAH Tabung Amanah Tok Kenali, Tuan Saripuddin Tuan Ismail dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh pada mesyuarat agung semalam.", "Dua lagi yang turut dicalonkan untuk jawatan itu ialah Yuganu Yunus dan Mohd Taib. Yang Dipertua PAS Kawasan sesi lalu merangkap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazlan Nik Mohamad tidak mempertahankan jawatan sebaliknya hanya bertanding sebagai ahli jawatankuasa.  Muktamar PAS kawasan ke-58 yang diadakan di Sweet Beach Resort Tok Bali itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Selain itu, jawatan Ketua Urusan Ulamak PAS kawasan turut mendapat perhatian apabila Rahmad Ibrahim dan Mohd Ruden Mohd Yusoff dicalonkan yang dimenangi Mohd Ruden. Sementara Wan Hassan Wan Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/19/politik-sebagai-medan-laksana-tuntutan-dakwah/
Politik sebagai medan laksana tuntutan dakwah
[ "PAS sebagai sebagai sebuah gerakan Islam menjadikan politik sebagai medan untuk melaksanakan tuntutan dakwah dan perlu menyatakan kebenaran dan berani dalam mempertahankan dasar Islam yang dibawa.", "Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Melor, Dr Yusnan Yusof, kenyakinan mestilah diletakkan bahawa segala yang dilakukkan untuk Islam akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.", "“Kamu akan dikira (pahala) segala apa yang kamu kerjakan di atas dunia,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Setiu kali ke-39 di Dewan Luqmanul Hakim, Guntung Luar, semalam.", "Beliau yang juga Timbalan Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan menambah, untuk berada di landasan istiqamah setiap ahli harus tenang dalam menyampaikan dakwah walaupun tidak diterima oleh orang selain daripada sentiasa berani mempertahankan dasar parti.", "Sementara itu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir terus diberi mandat untuk menerajui PAS kawasan itu untuk sesi 2017-2019 sebagai Yang Dipertua apabila diisytihar menang tanpa bertanding.", "Seramai 403 orang perwakilan telah memilih Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Setiu dengan Dr Azman Ibrahim mengekalkan jawatan Timbalan Yang Dipertua, sementara Naib Yang Dipertua disandang oleh Ustaz Mohamad Nazari Alias dan Ketua Urusan Ulamak dijawat oleh Ustaz Mohd Pauzi Muda." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/20/dmpm-sokong-rang-undang-undang-kanak-kanak-seksual-2017/
DMPM sokong Rang Undang-Undang Kanak-Kanak Seksual 2017
[ "PARLIMEN baru sahaja memutuskan Rang Undang-Undang Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan dibentangkan di Dewan Rakyat. Rang Undang-undang tersebut merupakan alternatif bagi menangani penderaan seksual yang melibatkan kanak-kanak.", "Kami dari Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyokong penuh Rang Undang-undang ini yang bakal membawa hukuman lebih berat kepada penjenayah. Ia juga harus disokong oleh semua Ahli Parlimen supaya tindakan lebih tegas dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah.", "Tahun lepas, akta ini dipinda dengan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara sehingga 20 tahun berbanding hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga 10 tahun sebelum pindaan dibuat.", "Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 5,779 kes dicatatkan melibatkan penderaan seksual kanak-kanak bagi tempoh 2010 hingga 2015, dengan purata 963 kes setahun.", "Manakala berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, dicatatkan 2,759 kes rogol, 412 kes sumbang mahram, 1,423 kes mencabul kehormatan dan 422 kes luar tabii, yang melibatkan mangsa di bawah umur 18 tahun dilaporkan sepanjang tempoh 2015 dan 2016.", "Angka statistik ini semakin hari semakin meningkat dan sangat membimbangkan semua pihak. Kami memandang serius isu ini dan peruntukan akta tersebut wajar dilaksanakan segera bagi menangani kes penganiayaan kanak-kanak yang semakin parah.", "Besar harapan kami agar akta ini mendapat sokongan penuh dari seluruh Ahli Parlimen demi masa depan anak-anak kita semua. Semoga ianya mampu mencorak Malaysia ke arah negara harmoni dan sejahtera." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/20/hubungan-pas-dengan-pkr-tunggu-muktamar/
Hubungan PAS dengan PKR, tunggu muktamar
[ "Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dun Kelantan ke-13 oleh Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra hari ini.", "“Kita akan bergerak mengikut keputusan,  tetapi kalau muktamar masih ingin kekalkan hubungan itu, kita akan kekal macam biasa,” ujarnya.Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, berkata hubungan dengan PKR di negeri itu masih baik.", "Ketika diminta mengulas tentang Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang tewas dalam pemilihan Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa baru-baru ini, beliau berkata perwakilan inginkan pimpinan yang boleh menumpukan perhatian pada kawasan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/20/persiap-teknokrat-muda-untuk-masa-depan-negara/
Persiap teknokrat muda untuk masa depan negara
[ "TENAGA anak muda ketika ini perlu dipersiapkan sebagai teknokrat masa depan yang akan berperanan mengubah negara dengan pemerintahan berteras Islam dan menyelesaikan permasalahan ummah.", "Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin menyeru demikian dalam sidang plenari pada Konvensyen Profesional Malaysia di Promenade, Garden Residence, di Cyberjaya, kelmarin.", "Menurutnya, perbezaan sama ada teknokrat itu berteras Islam atau bukan dapat dilihat dari imej dibayangkan Dr Yusof al-Qardhawi dalam bukunya berjudul Ghuraba’.", "Di mana katanya, Dr Yusof menyifatkan mereka sebagai generasi waqi’ yang menjiwai al-Quran iaitu menguasai ilmu langit dan dunia serta mampu memahami cabaran dan keperluan semasa.", "“Maka di sini ia memberitahu kepada kita bahawasanya, setiap permasalahan di dunia ini dapat diselesaikan dengan Islam dan terfokus kepada dasar yang telah dibawa kerajaan sekarang,” ujarnya merujuk kepada sistem politik semasa.", "Katanya, Gagasan Induk Negara dan Budaya Politik Matang dan Sejahtera sebagai transformasi diutarakan PAS perlu diketengahkan supaya konsep Islam Kerajaan Teknokrat yang diideakan itu menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.", "Agenda utama itu menurutnya, perlu dizahirkan mengguna teknologi maklumat dan menjadi ‘one stop centre’ yang solusinya dapat dinilai PAS sebagai ‘government in waiting’ berbanding kerajaan korup ketika ini.", "Katanya lagi, kepakaran sedia ada mesti digabung dan menjadi alternatif dengan menubuhkan ‘expert team’ yang mengemuka penyelesaian Islam bagi setiap NKRA." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/20/kementerian-pertimbang-naik-taraf-kias/
Kementerian pertimbang naik taraf Kias
[ "Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah hasrat itu bersesuaian Universiti Islam Madinah menyatakan hasrat mengadakan program berkembar dengan Kias.", "“Aspek pendidikan yang menekankan pengajian berasaskan al Quran dan Sunnah terbukti berjaya melahirkan insan cemerlang,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dun Kelantan Ke-13 di Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.", "Baginda turut merakamkan tahniah kepada Yik kerana berjaya menubuh Maahad Sains Tok Guru (MSTG) sebagai perintis modul tersendiri di negara ini.", "Turut mengiringi keberangkatan tiba baginda, Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah. – HARAKAHDAILY 20/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/20/satu-perundangan-hukum-adat-undang-undang-syariah-akan-terlucut/
Satu perundangan: Hukum Adat, undang-undang Syariah akan terlucut
[ "MALAYSIA telah mengamalkan sistem undang-undang berdasarkan sistem perundangan common law, hasil langsung daripada penjajahan Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara oleh Britain sejak awal 1800-an sehingga 1960-an. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi, yang menggariskan rangka kerja undang-undang dan hak warganegara. Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia di seluruh negara. Terdapat juga undang-undang negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam keadaan tertentu. Perlembagaan Malaysia juga membolehkan pelbagai sistem kehakiman yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem undang-undang yang agak rumit dan telah menyebabkan ketidakpastian. Satu lagi adat kebiasaan adalah sumber undang-undang adat. Kebanyakan kumpulan etnik di Malaysia mempunyai undang-undang adat mereka sendiri untuk diikuti. Ada yang masih berkuatkuasa, manakala terdapat juga yang kehilangan kuasa selepas diatasi oleh perundangan parlimen. Dalam rangkaian ini adalah wajar bahawa kebanyakan kes pribumi adat Iban kerana mereka adalah yang paling ramai sekali di negeri Sarawak. Sarawak bernasib baik dari Sabah kerana sebahagian besar kes-kes yang berkaitan dengan undang-undang adat ia dinyatakan dalam laporan, laporan Mahkamah Tinggi Sarawak, Borneo Utara dan Brunei dan adalah lebih kurang dipetik dalam Jurnal Undang-Undang Malaya (Malayan Law Journal) sejak pembentukan Malaysia. Juga, di bawah undang-undang yang berkaitan dengan Undang-undang Adat Bumiputera, ia lebih lengkap, terutama undang-undang kecil, seperti Undang-undang Mahkamah Melayu Sarawak, Tusun Tunggu dan Kanun Denda Adat Orang Ulu. Undang-undang kecil yang dibuat di bawah Ordinan Adat Istiadat Bumiputera (Native Customary Laws Ordinance) (Bab. 51) yang terkandung dalam Undang-undang Sarawak pada tahun 1958, Jilid VII (Bab. 51). Terdapat juga undang-undang adat Cina dan adat Hindu, terutamanya mengenai perkara undang-undang keluarga. Walau bagaimanapun, berikutan enakmen tunggal pada tahun 1976 undang-undang ini telah kehilangan kuasanya. Dua sistem undang-undang di Malaysia telah lama diamalkan dan ditetapkan dalam Perkara 121 (1A) Perlembagaan Malaysia. Perkara 3 juga memperuntukkan bahawa undang-undang Islam adalah suatu perkara yang undang-undang negeri kecuali bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Malaysia. Undang-undang Islam merujuk kepada undang-undang syariah. Ada orang yang mengatakan sistem dua perundangan tidak adil dan tidak sesuai dilaksanakan di negara ini tanpa memikirkan yang Malaysia terdapat berbagai kaum, agama dan kepercayaan. Mahkamah adat dan mahkamah syariah sudah lama diamalkan sebelum kedatangan penjajah dan tiada pula timbul masalah diantara kaum dan agama dalam negara ini. Ada pihak yang cuba nak jadi pahlawan memperjuangankan satu sistem perundangan sekular tanpa memikirkan perasaan kaum dan agama lain. Di negara maju pun masih ada yang mengamal sistem dua perundangan seperti di Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mempunyai sistem dua mahkamah kerana ia mempunyai mahkamah negeri dan mahkamah persekutuan.  Satu kes negeri tidak boleh didengar oleh mahkamah persekutuan kecuali isu undang-undang persekutuan juga terlibat dan mahkamah negeri tidak boleh mendengar isu mahkamah persekutuan. Adakah mereka juga tidak berlaku adil kerana melaksanakan dua sistem perundangan? Terdapat pihak tertentu dalam negara ini mahu negara ini hanya melaksanakan satu sistem undang-undang sekular dan tidak menerima perundangan selain daripada undang-undang sekular. Kalau perkara ini menjadi kenyataan maka secara tidak langsung undang-undang lain seperti undang-undang adat dan undang-undang syariah akan terlucut dengan sendirinya. Adakah pribumi dan umat Islam Sarawak bersedia menerima sistem undang-undang sekular yang tertinggi di negara ini dan melupuskan undang-undang adat dan undang-undang syariah yang sedia ada? Undang-undang adat dan undang-undang syariah akan kehilangan kuasanya sekiranya dilaksanakan hanya satu sistem perundangan di negara ini. Adakah undang-undang negara sekarang ini sudah sempurna dan adil tanpa perlu dipinda lagi? Kita menggesa agar semua pihak yang kurang faham dengan adat dan perundangan agama lain perlu pelajari secara mendalam isu-isu yang dibangkitkan sebelum memberi sebarang ulasan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana bangsa dan agama. Jangan bersikap perkauman melampau dan cuba memainkan sentimen agama untuk meraih sokongan kerana kalau silap langkah ianya boleh mencetuskan perbalahan antara kaum dan agama dalam negara ini. Hormati pandangan orang lain dan sekiranya tidak setuju boleh bincang secara baik tidak perlu menghina dan memperlekeh usaha orang lain. Adalah disarankan semua pihak yang bertelingkah dapat berjumpa dan berbincang secara baik tanpa mencetuskan perasaan tidak puas hati antara kaum dan agama. Harap masalah ini dapat diselesaikan secara baik dan harmoni demi kesejahteraan rakyat dalam negara ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/20/2-bahagian-tubuh-manusia-terbaik-dan-terburuk/
2 bahagian tubuh manusia terbaik dan terburuk
[ "BAIK dan buruk adalah dua kata yang sering kita gunakan untuk menilai pelbagai perkara. Ringkasnya, sesuatu dikatakan baik jika mempunyai manfaat, dan buruk jika tidak memberi manfaat sama ada untuk diri sendiri mahupun orang lain. Lantas, tahukah anda organ tubuh manusia yang dianggap terbaik dan terburuk?", "Suatu hari, majikan dari Luqman Al-Hakim memanggilnya, dia pun berkata, “Wahai Luqman, potonglah seekor kambing dan bawakan kepadaku ia potongan daging terbaik darinya.” Luqman menuruti perintah majikannya. Beliau potong seekor kambing kemudian datang dengan membawa hati dan lidah kambing itu.", "Luqman kembali menyembelih kambing dan membawakan dua daging yang sama kepada majikannya, hati dan lidah. Lalu si majikan bertanya tentang keanehan ini, Luqman pun menjawab, “Hati dan lidah adalah organ yang terbaik jika kedua-duanya digunakan dengan baik. Dan kedua-duanya boleh saja menjadi organ yang paling teruk jika digunakan untuk keburukan.” Begitu juga dalam banyak riwayat, Rasulullah ﷺ sering menekankan untuk menjaga lisan. Walaupun lidah adalah anggota tubuh yang kecil, namun organ ini adalah penentu keselamatan seseorang. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan bertutur katalah yang baik kepada manusia,” (QS. Al-Baqarah 83)", "Itulah mengapa Allah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan dua telinga dan satu lidah. Hal ini agar manusia lebih banyak mendengar daripada berbicara. Oleh itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala selalu mengingatkan manusia untuk berhati-hati dalam berbicara. Kita tahu, setiap yang terucap pasti ada pertanggungjawabannya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/21/adun-umno-akui-bekas-pm-dera-kelantan/
Adun Umno akui bekas PM dera Kelantan
[ "SEORANG wakil pembangkang Datuk Md Alwi Che Ahmad (Umno-Kok Lanas) mendakwa kezaliman terhadap Kelantan pernah berlaku pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.", "Beliau berhujah demikian sebagai reaksi terhadap ucapan Dr Yusnan Yusof yang mengambarkan rakyat Kelantan tidak pernah melupakan kezaliman dilakukan kerajaan persekutuan.", "Md Alwi yang juga Ketua Penerangan Umno Kelantan berkata tokoh berkenaan tidak lagi berada dalam Barisan Nasional dan sekarang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).", "“Tetapi mereka perlu mengambilkira tempoh penderaan yang dilalui kerajaan dan juga rakyat Kelantan selama ini,” katanya pada persidangan Dun di Kota Bharu hari ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/21/pas-tetap-cool-yang-kurang-cerdik-percayakan-umno/
PAS tetap ‘cool’, yang kurang cerdik percayakan Umno
[ "SEMALAM (20 Mac 2017) disiarkan di dalam akhbar bahawa Datuk Seri Ahmad Said, mantan Menteri Besar Terengganu yang telah diturunkan dengan cara yang menimbulkan kemarahan dan kesedihan beliau oleh Perdana Menteri, menyatakan bahawa beliau akan menyerahkan sendiri senarai nama calon dari Kemaman bagi semakan atau kelulusan Umno pusat.", "Secara mudah kefahaman rakyat ialah, beliau tidak mahu memberikan senarai nama calon dari Kemaman itu kepada Badan Perhubungan Umno Terengganu yang mana ketuanya sekarang ialah Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Ketika ini, DS Ahmad Said, masih memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Kemaman.", "Tidak kisahlah apa yang beliau, DS Razif, DS Najib mahu perbalahkan. Itu hal Umno, tiada kaitan dengan kita kecuali dalam hal menyeleweng wang rakyat. Tetapi apa yang mahu dicoretkan di sini ialah keboleh percayaan kepada Umno.", "Saya yakin, tentu rakyat masih ingat bagaimana DS Ahmad Said yang dengan sedihnya, hampir menangis apabila ditemuramah oleh stesen TV sejurus selepas pemecatan beliau ketika sangat hampir dengan majlis pernikahan anak kesayangan beliau. Sebegitu rupa beliau dimalukan. Selang tidak beberapa lama, beliau dengan tegas telah menyatakan beliau telah keluar Umno dengan disertai oleh sekurang-kurangnya dua lagi Adun Umno. Ketika itu, secara teknikalnya, Umno sudah tidak mempunyai majoriti sebagai kerajaan di Dun Terengganu.", "PAS dilibatkan oleh sebuah parti lain atau boleh kita gelarkan parti mengada-ngada, dengan mengatakan PAS tidak mengambil peluang untuk menjatuhkan kerajaan Umno di Terengganu. PAS tetap ‘cool’, tidak melayan sebarang provokasi musuh sama ada dari Umno, musuh utama PAS, mahupun juga dari parti yang baru cuba menjadi musuh PAS. Hasilnya, dalam masa dua hari, kedua-dua Adun yang berpaling tadah itu turut kembali ke sarang lama mereka. Mereka menekan brek secara mengejut, kemudian membuat ‘U-turn’.", "Kembali semula kerajaan Umno menjadi 16-15-1. PAS tetap ‘cool’ kerana PAS tahu, di Dun Terengganu, Speaker Dun diberikan kuasa mengundi. Jadi kedudukan 17-15-1. Ketika DS Ahmad Said keluar Umno, ada juga maklumat yang dikatakan sebagai tawaran datang dari ‘orang besar’ Umno untuk memujuk PAS bersama. PAS tetap ‘cool’ tidak melayan sebarang tawaran ‘gelap’ yang diberikan. Nyata betul tindakan PAS kerana apabila kembalinya DS Ahmad Said ke pangkuan Umno, beliau tiba-tiba memaklumkan bahawa ada orang PAS yang datang menawarkan dia sesuatu. Cerita lucu yang direka beliau itu, tidak mendapat sambutan gelak tawa orang.", "Mengamuk lagi DS Ahmad Said di dalam Sidang Dun, membongkar segala perkara yang dikatakan sebagai penyelewengan Umno di Terengganu. Namun, beliau sejuk beku kemudiannya setelah ‘dipujuk’. Mengamuk juga beliau di perasmian Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kemaman, sehinggakan bersumpah. Kemuncak kepada amukan beliau ialah ketika membentangkan usul tidak percaya kepada MB Terengganu tahun lalu yang telah ditolak oleh Speaker Dun.", "Ketika inilah PAS bangun mengusik bagi meminta Speaker menimbang kembali penolakan usul itu, atas alasan DS Razif, mungkin tidak mendapat sokongan sepenuhnya. PAS tidak boleh berbuat apa-apa selain itu kerana kuasa mutlak penolakan, terletak kepada Speaker Dun. Paling lucu, Speaker secara tergesa-gesa menangguhkan persidangan dan meninggalkan Dun bagaikan Umno pula yang memboikot Sidang Dun. Namun sebuah parti mengada-ngada mencanangkan bahawa PAS tidak bertindak ketika itu. Naifnya kritikan itu. Usul ditolak speaker, jadi macam mana mahu mengundi?", "Sebelum semua peritiwa itu, DS Ahmad Said pernah beriringan dengan Tun Mahathir ke satu program soal jawab dengan DS Najib dan dimaklumkan DS Najib yang berdarah Bugis itu secara tiba-tiba membatalkan majlis itu. DS Ahmad Said juga suatu ketika dilihat agak rapat dengan Perkasa yang dinaungi oleh Ibrahim Ali. Begitulah tegarnya DS Ahmad Said melawan parti asal beliau, Umno. Untuk semua amukan DS Ahmad Said ini, PAS tetap ‘cool’ kecuali mengambil peluang pendedahan yang beliau buat berkenaan penyelewengan Umno.", "Kemudian, terbongkarlah sebuah cerita ketika program Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) ataupun yang dikenali sebagai Bersatu, yang dinaungi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibantu oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Program yang berlangsung di Marang, Terengganu itu telah dilaporkan oleh orang yang dekat dengan Bersatu. Ia berkenaan janji sokongan DS Ahmad Said kepada Tan Sri Muhyiddin. Dikatakan DS Ahmad Said Telah berjanji akan menyertai Bersatu, dan dipastikan oleh Tan Sri akan janji itu benar. Namun janji tinggal janji, sehingga kini, DS Ahmad Said diam membisu kata orang yang mendengar cerita dari mulut Tan Sri sendiri.", "Lagikan sesama sendiri dikhianati, berjanji pula dengan orang sendiripun mereka memungkiri, inikan pula berjanji dengan PAS berkaitan dengan kuasa. Bayangkan jika PAS mengambil jalan sebaliknya. PAS bersama bekas Adun Umno menubuhkan kerajaan Terengganu ketika itu, kemudiannya mereka berpaling balik kepada Umno? Kelihatan hodoh dan bodohlah PAS ketika itu. Sebab itulah PAS tidak melayan pelawaan Umno.", "PAS telah lama mengenali watak-watak Umno ini. Tidak hairanlah PAS tidak cepat melatah dengan segala tindakan Umno ini. Jadi mungkin parti yang mengada-ngada itu cuba menggali lubang, mengajak PAS menghampiri lubang dan bercadang untuk menolak PAS masuk ke dalamnya. Maaf, mungkin di lain kali mereka boleh mencubanya. Sehingga sekarang, PAS tetap ‘cool’ melayan karenah Umno.", "Insya Allah, rakyat Terengganu terutamanya, tetap akan bersama PAS dalam perjuangan menentang penyelewengan Umno. Janganlah dipercayai kepada parti yang kelihatan cara berpolitik mereka, menyamai Umno. Anda lihatlah sendiri bagaimana fitnah, makian, sengaja dicetuskan bagi memberikan gambaran buruk kepada PAS. Insya Allah fitnah akan mati. Mati bersama mereka yang menciptakannya.", "Maka tepatlah tindakan PAS dalam hal ini. PAS telah terbukti istiqamah menentang kezaliman Umno dengan mengikut undang-undang negara. Maka sesiapa yang cuba menentang PAS, mereka adalah sebahagian daripada Umno. Cukup mudah sifir ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/21/adun-bn-terharu-mb-ziarah/
Adun BN terharu MB ziarah
[ "DATUK Nozula Mat Diah (BN-Paloh) merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah kerana menziarahinya ketika terlantar sakit.", "“Terima kasih banyak di atas kesudian itu dan hari ini saya memohon banyak kemaafan di atas semua kesalahan saya,” katanya ketika membahas titah ucapan Pemangku Raja Kelantan pada persidangan Dun di Kota Bharu petang ini.", "“Kalau wang BR1M masuk dalam akaun, tidak ada masalah untuk pergi ambil di bank dan tidak berlakulah kejadian yang tidak diingini.", "“Tetapi sekarang ada orang tua pengsan ketika menunggu giliran. Ini namanya hendak mengambil kesempatan politik daripada orang susah,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/21/akibat-telefon-bimbit-nyawa-melayang/
Akibat telefon bimbit nyawa melayang
[ "BELAKANGAN ini tidak asing lagi untuk saya melihat orang menggunakan telefon bimbit sambil memandu mahupun menunggang motosikal. Adalah lebih parah bilamana ada dikalangan mereka yang berfikir ia langsung tidak berkait dengan ancaman nyawa walhal ia telah pun dikenalpasti sebagai salah satu punca utama kemalangan jalan raya.", "Menteri pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan penggunaan telefon yang kian canggih dengan pelbagai aplikasi telah mengubah soal keselamatan di jalan raya serta lebih berbahaya apabila pemandu mahupun penunggang menggunakannya untuk melayari laman sosial.", "Hal ini terbukti pada diri saya. Suatu ketika saya telah keluar bersama seorang rakan ke bandar untuk membeli barang dengan menaiki keretanya. Tatkala rakan saya sedang memandu kereta, dia juga asyik bermain telefonnya. Mungkin berbalas-balas mesej dengan rakan-rakannya di alam maya.", "Tiba-tiba kereta kami hampir sahaja melanggar kereta di hadapan yang telah lama membrek. Mujur saya sempat menyedarkan rakan daripada lekanya. Jika tidak, mungkin saya sudah lama terlantar di hospital.   ", "Saya juga berasa hairan dengan karenah sesetengah manusia. Sistem kit bebas tangan “hand free” sudah lama diperkenalkan untuk menelefon semasa memandu, namun masih ramai pemandu yang lebih suka menelefon secara bertangan.", "Termasuklah beberapa rakan saya sendiri. Apabila saya bertanyakan tentang hal ini, berbagai alasan yang diberikan. Mungkin juga alat ini sangat mahal jika dibandingkan dengan harga telefon mereka.     ", "Tidak kurang juga, ada dalam kalangan pemandu dan penunggang yang merasakan melihat ke bawah pada paparan skrin yang bercahaya semasa memandu mahupun menunggang tidak sekali-kali menggangu fokus mereka di jalan raya.", "Apakah mereka merasakan, memandu dan bermain telefon sama sahaja seperti berkayuh sambil bertimba? Atau harus sudah terhantuk baru terngadah? Janganlah kesilapan kita sebagai pemandu mahupun motorsikal menyusahkan banyak pihak.", "Sebagai peringatan bersama, telah pun berlaku peristiwa hitam di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu akibat kecuaiannya semasa memandu. Seorang wanita terbunuh selepas dia memuat naik status di akaun Facebook miliknya semasa memandu. Statusnya mengulas lagu Happy oleh Pharrell Williams yang didengar dalam radio keretanya.", "Pihak 911 menerima panggilan mengenai kemalangan wanita tersebut selepas bebarapa minit statusnya dimuat naik. Satu jiwa melayang begitu sahaja kerana tidak memberi tumpuan sepenuhnya di jalan raya. Bayangkan bagaimana jika bersama wanita tersebut ada beberapa penumpang yang lain? Tentu saja mereka semua mati katak.", "Selain itu, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) bagi pusat pengajian kejuruteraan awam, Profesor Dr Ahmad Farhan Sadullah, turut menjelaskan berbual menggunakan telefon sebenarnya lebih banyak menganggu fokus pemanduan berbanding dengan penumpang yang gemar berbual.", "Demikian kerana risiko itu akibat daripada gangguan terhadap tumpuan ketika berkomunikasi. Maka, saya berasa amat kagum akan tumpuan pemandu yang dapat memberi fokus terhadap dua perkara sekaligus. Lebih-lebih lagi terhadap penunggang yang sempat menaip SMS seakan mereka sambil menyelam minum air.  ", "Dalam isu ini, saya juga berpendapat bermain telefon semasa memandu mahupun menunggang sangat berkait rapat dengan firman Allah “dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. Surah Al Baqarah, ayat 195. Perbuatan bermain telefon semasa memandu mahupun menunngang seperti menempah maut yang sedia menanti.", "Tidakkah pemandu dan penunggang yang leka dengan telefon canggih itu sedar akan peringatan daripada Sang Pencipta? Al-Imam As Syaukani (1173H-1250H) berkata dalam kitab tafsirnya Fathul Qadir (1/193) “maka setiap apa yang diyakini ia membinasakan dalam agama ataupun dunia maka ia termasuk dalam ayat ini. Demikian pandangan al-Imam Ibnu Jarir”. Sudah terang lagi bersuluh peringatan dalam Islam akan pentingnya menjaga keselamatan diri.   ", "Penulis juga mengingatkan bahawa dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan daripada Abu Sai’d Al Khudri, Rasulullah SAW bersabda “Jangan membahayakan diri dan jangan membahayakan orang lain”. Tidak syak lagi, bahawa Islam sangat mengambil serius akan keselamatan jiwa. Bermain telefon semasa memandu dan menunggang bukan sahaja membahayakan diri mereka bahkan juga kepada orang-orang yang berada di sekeliling mereka.", "Seharusnya mereka berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat agar tidak menyesal di kemudian hari. Janganlah bila nasi sudah menjadi bubur ketika itu barulah terngadah. Paling tidak ingatlah keluarga di rumah yang menanti kepulangan dengan selamat. – HARAKAHDAILY 21/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/21/mesyuarat-agung-putatan-fokus-lahirkan-anak-sulung/
Mesyuarat agung Putatan fokus lahirkan anak sulung
[ "MESYUARAT Agung PAS Putatan kali ke-17 fokus mempersiap gerak kerja melahirkan anak sulung PAS di Sabah. Semua ahli diseru untuk menjadi ‘duta PAS’ kepada masyarakat dengan pendekatan politik matang dan sejahtera.", "Pada PRU-13, PAS meletakkan calon di DUN Tanjung Aru dan memperolehi undi kedua terbanyak dalam pertandingan tiga penjuru. Turun mendekati rakyat, merasai sendiri denyut nadi marhaen menjadi fokus utama PAS Putatan tanpa mengira waktu.", "Mesyuarat agung yang diadakan di Hotel Yaho Kota Kinabalu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, dihadiri lebih 100 orang perwakilan dan pemerhati. Barisan kepemimpinan yang baharu dipilih diharap terus bergerak dan tidak putus bekerja untuk merealisasikan kelahiran anak sulung PAS di Sabah. – HARAKAHDAILY 21/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/21/tiada-kenaikan-premium-lot-kediaman/
Tiada kenaikan premium lot kediaman
[ "Katanya kenaikan tersebut meliputi tanah yang bertanam getah dan kelapa sawit serta dusun. Namun tiada kenaikan bagi tanah lot kediaman, industri atau perniagaan.", "“Sebelum kenaikan itu berlaku pada 2015  kadar premium tanah di Kelantan paling rendah di negara ini iaitu hanya RM750 bagi satu ekar.", "“Malah pada akhir tahun lepas kerajaan negeri memberi insentif potongan sehingga 90 peratus premium tanah dalam tempoh dua bulan yang diberi kerajaan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada persidangan Dun di Kota Bharu hari ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/21/definisi-fao-mesti-iktiraf-bahawa-ladang-bukan-hutan/
Definisi FAO mesti iktiraf bahawa ladang bukan hutan
[ "PADA Hari Perhutanan Sedunia 21 Mac ini, 200 pertubuhan mengingatkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (Food and Agriculture Organisation – FAO) bahawa definisi hutannya sejak 1948 mengelirukan dan mestilah ditukar. Definisinya membolehkan industri perladangan menyembunyikan kesan buruk ekologi dan sosial daripada perladangan pokok monokultur berskala besar di sebalik imej hutan yang positif.   Definisi hutan FAO membolehkan industri perladangan memanggil ladang monokultur yang menggunakan spesies cepat membesar seperti eucalyptus, pain, getah atau akasia sebagai “hutan” kerana definisi hutannya hanya dengan bilangan, ketinggian dan sudur yang melindungi pokok di sesuatu kawasan. Definisi hutan FAO digunakan sebagai rangka tindakan bagi lebih 200 definisi hutan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan sejak 1948. Atas nama definisi hutan FAO ini, pihak industri mampu untuk berkembang dengan pantas terutama sekali di dunia Selatan, di mana ladang pokok monokultur kini meliputi beberapa puluh juta hektar tanah. Pengembangan ini membawa bencana kepada komuniti luar bandar, petani  dan Orang Asal. Mereka kehilangan tanah dan kehidupan di mana ladang pokok monokultur telah mengambil tanah mereka, memusnahkan cara hidup mereka, mengeringkan sungai dan mata air mereka dan meracuni makanan mereka dengan racun pertanian. “Hampir 70 tahun, definisi hutan FAO yang mengelirukan ini memberikan kelebihan kepada industri perladangan. Mereka menyembunyikan kemusnahan yang disebabkan apabila kepelbagaian hutan, padang rumput dan tanah gambut yang kaya dengan kehidupan ditukar menjadi ‘gurun hijau’ yang terdiri daripada pokok monoklonal dalam barisan yang lurus di sebalik imej hutan positif yang disediakan oleh FAO,” kata Winfridus Overbeek, Penyelaras Antarabangsa World Rainforest Movement. Perbahasan pemulihan hutan sebagai perlindungan iklim menambahkan lagi pentingnya definisi hutan diperbetulkan “Dengan menerima pakai Perjanjian Paris PBB mengenai perubahan iklim, menyemak semula definisi hutan FAO semakin penting,” kata Guadalupe Rodriguez dari Salva la Selva/Rettet den Regenwald, “ia merupakan satu tragedi jika definisi FAO yang mengelirukan ini membolehkan pengembangan monokultur pokok yang memusnahkan ini untuk dana iklim yang diperuntukkan bagi “perhutanan semula” dan “pemulihan hutan”.", "Ini bukan hanya menjejaskan lebih banyak komuniti di mana perladangan pokok mengambil alih tanah yang digunakan oleh penduduk tetapi juga menjejaskan perlindungan iklim: Hutan yang kaya dengan karbon akan musnah dan digantikan dengan ladang pokok monokultur dengan negara mendakwa menurut definisi hutan FAO, tiada kawasan hutan yang hilang walaupun berlaku kehilangan karbon yang besar,kemusnahan biodiversiti, sumber air dan kehidupan tempatan apabila hutan digantikan dengan perladangan monokultur. Satu contoh di mana perladangan dikelirukan sebagai hutan yang membolehkan industri perladangan membuka jalan untuk mendapatkan dana iklim ialah ‘African Forests Restoration Initiative” (AFR100). Dilancarkan di mesyuarat iklim PBB 2015, ia mensasarkan untuk meliputi 100 juta hektar yang dianggap oleh kerajaan Afrika yang turut serta dalam mesyuarat itu sebagai tanah “merosot”. Bank Dunia akan memperuntukkan AS$1 billion untuk rancangan ini dan bergantung kepada definisi hutan FAO untuk kelayakan mendapatkan pembiayaan itu. Memeranjatkan, satu daripada syarikat perladangan pokok paling kontroversi yang beroperasi di Afrika, Green Resources yang berpangkalan di Norway (2), antara pembicara utama di persidangan 2016 di Ghana, di mana pelaksanaan inisiatif AFR100 adalah paling menonjol kepada agenda itu. Tema Hari Perhutanan Sedunia FAO 2017 ‘Hutan & Tenaga’ menunjukkan tindakan segera perlu untuk menukar definisi hutan “Permintaan tenaga tidak lestari negara perindustrian ditambah dengan keperluan tenaga baharu ‘boleh diperbaharui’ mereka telah pun menukar hutan dunia Selatan kepada industri ladang ‘biomass’. Perkataan ‘ladang’ tidak muncul sekali pun dalam “mesej utama” laman sesawang FAO untuk Hari Perhutanan Sedunia 2017,” kata Wally Menne dari Timberwatch Coalition, Afrika Selatan. Contohnya, untuk menyediakan semua keperluan tenaga United Kingdom melaluibiomass berasaskan eucalyptus memerlukan kira-kira 55 juta hektar ladang di Brazil – keluasan kawasannya dua kali ganda saiz United Kingdom.               200 kumpulan hari ini turut serta lebih daripada 130 ribu kumpulan dan individu yang menggesa FAO pada 2015 supaya mengubah definisi hutan FAO kerana perladangan pokok bukan hutan. “Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), turut menandatangani surat terbuka ini kepada FAO.” kata S.M. Mohamed Idris, Presiden CAP dan SAM. – HARAKAHDAILY 21/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/21/kelantan-rancang-skim-wakaf-pendidikan/
Kelantan rancang skim wakaf pendidikan
[ "KERAJAAN Kelantan merancang mewujudkan skim wakaf pendidikan bagi membantu pelajar asing dari negara minoriti umat Islam mendapat pendidikan tinggi agama di negeri ini.", "Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata melalui skim itu membolehkan lebih ramai lagi pelajar Islam dari negara lain melanjut pelajaran ke Kelantan.", "Katanya, sehingga sekarang ada pelajar dari Kempuchea dibantu bantuan bagi membolehkan mereka melanjut pelajaran di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).", "Menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) kata beliau usaha kerajaan negeri mewujudkan Maahad Ad Dakwah Wal Imamah bagi menghidupkan semula Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK).", "“Pada peringkat awal Maahad Ad Dakwah bermula dengan 360 pelajar. Sekarang pelajar yang sedang menuntut di Kias seramai 2,000 orang,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/21/hari-air-sedunia-2017-air-bukan-sisa/
Hari Air Sedunia 2017: Air bukan sisa
[ "HARI Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Sambutan ini adalah bertujuan untuk menandakan kepentingan air kepada tamadun manusia dan alam sekitar. Hari Air Sedunia tahun ini memberi tumpuan kepada air sisa (wastewater). Selepas air digunakan untuk aktiviti harian kita, kita melepaskannya sebagai air sisa. Malangnya, peningkatan populasi manusia dan aktiviti ekonomi telah meningkatkan beban pencemaran kepada sumber-sumber air dan masalah kekurangan air di peringkat global. Air Sisa Daripada KitaAir sisa domestik kita mempunyai dua laluan, iaitu sama ada dirawat sebagai sisa pembetungan atau dilepaskan terus ke sungai. Kita juga mempunyai air sisa daripada sektor perniagaan dan industri. Jabatan Alam Sekitar memantau pelepasan air sisa secara terpilih daripada aktiviti komersial dan industri berdasarkan jenis aktiviti dan potensi kesan pencemaran.", "Walau bagaimanapun, mekanisme kawalan pencemaran semasa adalah ‘usang’ dan mekanisme kawalan pencemaran yang lebih berkesan adalah penting untuk kewujudan kita sebagai sebuah negara. Air adalah jaminan keselamatan negara kita. Kawalan pencemaran harus merangkumi beban pencemaran sebagai kriteria utama untuk mencerminkan kepadatan penduduk dan aktiviti ekonomi sebenar. Hanya melalui kaedah ini kita boleh memastikan keberkesanan undang-undang kawalan pencemaran dan akhirnya mengubah kesan pencemaran pada sungai kita. Air Sisa Kepada Makanan KitaAir sisa yang dilepaskan akan mengalir ke sungai dan berakhir di dalam laut. Oleh sebab keupayaan air mengalir dan meresap melalui tanah, ia boleh membawa bahan-bahan pencemar bersama-sama. Dalam jangka masa panjang, bahan-bahan pencemar ini akhirnya akan terkumpul dalam flora dan fauna. Ini adalah sebahagian daripada makanan kita. Kita perlu mengambil satu langkah ke hadapan untuk mengelakkan kejadian seperti Minamata bay di Jepun di mana keracunan merkuri telah meninggalkan sejarah yang sangat gelap dan dikenali sebagai penyakit Minamata.", "Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia untuk menjalankan persampelan yang kerap ke atas air mentah, air terawat, makanan mentah (sayur-sayuran, buah-buahan, haiwan akuatik, dan lain-lain) dan makanan diproses untuk memastikan ia selamat untuk digunakan. Persampelan mesti rawak dan lokasi persampelan perlu kekal sulit untuk mengelakkan apa-apa percubaan untuk mencairkan sampel. Kementerian Kesihatan juga perlu menerbitkan penemuan tersebut. Air Sisa Kepada Air TerawatTerdapat penyelesaian yang mencukupi untuk menggunakan semula air sisa dalam pelbagai aplikasi industri. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri perlu melihat kepada pembentukan kompleks-kompleks perindustrian di mana air sisa dan juga sisa dari satu industri digunakan sebagai sumber kepada industri yang lain. Sebagai contoh, efluen terawat loji rawatan kumbahan juga boleh ditukar kepada air terawat bagi kegunaan bukan untuk minuman (non-potable use) dalam zon komersial dan perindustrian.", "Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) perlu menguatkuasakan kecekapan air untuk pengguna komersial dan industri. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 memberi kuasa kepada SPAN untuk menentukan dan mengehad penggunaan air terawat bagi aktiviti-aktiviti yang terpilih. Walau bagaimanapun, tidak ada peraturan atau undang-undang yang memberi mandat untuk pengurangan pelepasan air sisa bagi sektor komersial, industri dan pertanian yang menggunakan air mentah secara langsung. AWER telah mencadangkan beberapa kali kepada pihak berkuasa untuk menangani isu yang terbiar ini. Air Sisa Kepada TenagaAir sisa dari pembetungan, pertanian dan sisa pepejal boleh digunakan untuk menghasilkan biogas. Biogas boleh digunakan untuk menjana elektrik. Loji-loji rawatan berpusat adalah penting untuk memastikan operasi skala besar dan kemampanan penyelesaian ini. AWER telah mengemukakan beberapa penyelesaian mengenai perkara ini. Air Bukan SisaSisa kepada sumber bukan satu kenyataan sahaja. Ia adalah satu realiti. Permintaan bagi air mentah dan air terawat perlu diurus secara holistik. Satu cara yang berkesan kita boleh berbuat demikian adalah dengan menggunakan semula dan kitar semula air sisa dalam fasiliti-fasiliti yang terpilih. Penyelesaian ini bukan sahaja mengurangkan permintaan, ia juga meningkatkan penggunaan teknologi baru serta pembangunan bidang teknikal dan alam sekitar yang baru.", "Kita berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Tetapi, kita masih bergelut dengan isu-isu berkaitan air sisa dan tidak menguruskannya seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara maju. Apa lagi yang kita tunggu? Tahun 2020 hanya kurang daripada 3 tahun lagi! – HARAKAHDAILY 21/3/2017 Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/21/umno-beri-laluan-pada-pas-hanya-cakap-cakap-manis/
Umno beri laluan pada PAS hanya ‘cakap-cakap manis’
[ "DAKWAAN kononnya Umno bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk menguasai beberapa negeri, veteran PAS, Haji Subky Latif berkata, ia hanya ‘cakap-cakap manis’ sahaja.", "“Umno ni dia tak akan setuju (parti lain) ambil satu kerusi pun dalam dunia ini! Dia (Umno) nak ambil semua itu hajat dia,” ujarnya pada sesi temubual dengan Harap TV di Kuala Terengganu, kelmarin.", "Menyentuh RUU 355 yang akan dibawa oleh Barisan Nasional pada sidang parlimen, beliau berkata, ia menjadi tanggungjawab kerajaan membawa perkara tersebut.", "Memetik laporan Buletin Online semalam, sepatutnya Datuk Onn Jaafar telah melaksanakan kehendak Islam sejak Malaysia merdeka sebagaimana yang disarankan oleh pemimpin PAS.", "“Tetapi apabila PAS sokong, tidak bermakna PAS akan ‘tutup’. Kalau PAS tak ada, mungkin dia tak buat. Sepatutnya pindaan RUU 355 itu kerajaan yang bawa, tetapi kerajaan gagal bawa, jadi PAS yang bawa.", "“Kita sudah lama wujudkan enakmen syariah di Kelantan dan Terengganu, jadi dengan yang dibawa oleh mereka sesuai dengan apa yang dkemukakan PAS, kita akan sokong asalkan undang-undang syariah dapat dilaksanakan,” tegasnya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/21/pas-bersendirian-tanding-semua-kerusi-di-terengganu/
PAS bersendirian tanding semua kerusi di Terengganu
[ "PAS akan menjadi pembangkang yang unggul dan dilihat sebagai sebagai parti yang layak bertanding semua kerusi di Terengganu pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).", "Tokoh wartawan dan veteran PAS, Haji Subky Abdul Latif berkata, PAS tiada pilihan yang banyak buat masa ini tetapi yakin PAS akan menjadi pembangkang yang kuat, lapor Buletin Online semalam.", "“Mungkin pada masa ini PAS tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya PAS akan menjadi kuat,” ujarnya pada sesi temubual dengan Harap TV di Kuala Terengganu, kelmarin.", "“Sepatutnya PAS bertanding semua. Dulupun, dua tiga PRU yang lepas sepatutnya, PAS bertanding semua tapi kerana wujudnya Pakatan jadi kita bahagi-bahagikan kerusi.", "“Parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian, maka pilihan kita tiada. Sepatutnya apabila mereka telah berpecah dengan Umno, mereka mengikut PAS kerana PAS telah ada dasar ‘PAS Ganti Umno’,” jelasnya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/22/kada-tidak-lantik-wakil-kerajaan-negeri/
Kada tidak lantik wakil kerajaan negeri
[ "Sebaliknya wakil kerajaan negeri diganti pemimpin-pemimpin Umno. Antaranya Pemangku Ketua Umno Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, Ketua Umno Pasir Mas Datuk Haji Hanafi Mamat, Timbalan Ketua Umno Bachok Datuk Dr Illias Hussain.", "Selain itu, Ketua Umno Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman. Manakala Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Kada.", "Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, tindakan tersebut bertentangan dengan Akta Kada.", "“Ia perlu dilakukan dalam suasana politik sekarang bagi memberi manfaat serta menyelesaikan masalah berbangkit,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.", "Bagaimanapun katanya masalah berkaitan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dapat diselesaikan selepas wakil kerajaan negeri dilantik dalam lembaga pengarahnya. – HARAKAHDAILY 22/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/22/umno-ganggu-projek-lebuh-raya-rakyat/
Umno ganggu projek lebuh raya rakyat
[ "PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini mendedahkan gangguan Umno menyebabkan Jambatan Kedua Construction & Consultancy Sdn Bhd (JKCC) menarik diri membina projek lebuh raya rakyat.", "Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Datuk Hanifa Ahmad berkata, syarikat terbabit sebelum ini menjalankan kerja-kerja pembinaan dari Bukit Tiu sehingga Berangan Mek Nab sejauh 10 km.", "“Kita yakin sekiranya tiada gangguan politik pembinaan lebuh raya tersebut dapat disiapkan pada Mac 2018, namun sekarang terpaksa dilewatkan pula kepada September 2018,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun di Kota Bharu.", "Berikutan itu pada 2012 kerajaan negeri mengambil keputusan membina sendiri lebuh raya tersebut bagi manfaat rakyat. Pelancarannya dibuat pada Mei 2012.", "Projek fasa pertama di bawah kerajaan pusat iaitu pakej 1b dari Pasir Hor ke Kadok sejauh tujuh kilometer melibatkan kos sebanyak RM400 juta dijangka disiapkan April tahun ini.", "“Sekiranya tiada pembinaan dijalankan bagi laluan tersebut lebuh raya rakyat akan disambung ke jalan sedia ada Machang-Kuala Krai dari Berangan Mek Nab sejauh 4 km,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/22/persempadanan-baharu-pecah-pekan-wakaf-bharu/
Persempadanan baharu pecah Pekan Wakaf Bharu
[ "PEKAN  Wakaf Bharu yang berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Bharu sekarang akan dipecah, di mana sebahagiannya akan berada dalam Dun Pasir Pekan.", "Adun Wakaf Bharu Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata apa yang dicadangkan SPR pada persempadanan baharu itu seolah-olah menggambarkan agensi itu tidak memiliki kuasa.", "“Saya berharap rakan-rakan dari Barisan Nasional memberi semula kuasa kepada SPR bagi membolehkan persempadan baharu kawasan pilihan raya mengambil kira faktor sosial dan budaya,” katanya pada persidangan Dun di Kota Bharu hari ini.", "Pada pameran cadangan persempadanan baharu SPR yang diadakan sekarang secara jelas membelah Pekan Wakaf Bharu kepada dua Dun iaitu Wakaf Bharu dan Pasir Pekan.", "Menurutnya juga stesen Projek Pantai Timur Rail Line (ECRL) di Wakaf Bharu yang dicadangkan kerajaan pusat juga akan berada di dua Dun berdasar cadangan baru persempadan dibuat SPR. – HARAKAHDAILY 22/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/22/dpp-pas-kawasan-subang-kecam-kenyataan-azmin-ali/
DPP PAS Kawasan Subang kecam kenyataan Azmin
[ "DEWAN Pemuda PAS Kawasan Subang (Pemuda Subang) mengecam tindakan YB Azmin Ali (PKR) yang mengeluarkan kenyataan sinis terhadap kekalahan YB Ustaz Nik Muhammad Abduh dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa sebagai indikator kepada kemampuan jentera PAS untuk menawan negeri Selangor seluruhnya pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) nanti.", "Pemuda Subang melihat kenyataan YB Azmin ini sebagai satu gaya pemikiran yang senteng kerana pemilihan jawatan dalaman PAS di peringkat kawasan-kawasan adalah urusan meyusun gerak atur pergerakan PAS di peringkat akar umbi itu sendiri dan sama sekali tidak absah jika ingin dinisbahkan kepada gerak kerja pilihan raya.", "Pemuda Subang ingin mengingatkan kembali kepada YB Azmin bahawasanya keberadaan YB Azmin di kerusi Menteri Besar Selangor adalah hasil daripada ihsan PAS, bukan daripada parti YB sendiri dan kemenangan YB Azmin di Parlimen Gombak juga adalah hasil daripada kekuatan gerak kerja daripada jentera-jentera PAS yang ramai dan sanggup bekerja atas arahan pimpinan.", "YB Azmin perlu menyedari hakikat bahawasanya PAS mempunyai kekuatan yang ampuh di peringkat akar umbi. Kesinisan kenyataan YB Azmin ini seolah-olah menjerut leher sendiri tatkala beliau menyedari hakikat bahawa PKR tidak ada kekuatan jentera di mana-mana kawasan sekalipun.", "Justeru, Pemuda Subang ingin menyeru kepada semua perwakilan PAS di Muktamar Kawasan masing-masing agar usul memutuskan hubungan politik antara PAS dan PKR mendapat sokongan seluruh perwakilan yang ada.", "Di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang, kami dengan segala kekuatan jentera yang ada  bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Subang, Kota damansara, dan Paya Jaras pada PRU14 yang bakal menjelang tidak lama lagi.", "Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang sekali lagi bertegas akan terus konsisten meyambut seruan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Nik Muhammad Abduh untuk menawan Selangor sekaligus menunjukkan pintu keluar kepada YB Azmin Ali daripada pejabat Menteri Besar dan menyingkirkan YB Azmin Ali daripada kerusi Parlimen Gombak." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/22/pencemaran-sisa-buangan-di-kuala-sg-pinang-merebak/
Pencemaran sisa buangan di Kuala Sg Pinang merebak
[ "SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa berkenaan agar memberi perhatian serius dan mengambil tindakan berkesan bagi mengatasi pencemaran sisa kumbahan domestik dan sisa buangan dari kolam ternakan udang yang kian merebak di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau ketika ini. Masalah yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu melibatkan sistem perparitan, pantai dan laut di kawasan berkenaan menyebabkan 5,000 penduduk dan nelayan di sini terjejas kehidupan harian mereka akibat bau busuk dan kekurangan hasil tangkapan. Dalam tinjauan yang dibuat kami mendapati selain keadaan parit di sini yang hampir tertimbus akibat mendapan bahan buangan seperti lumpur dan sampah-sarap dari kawasan perumahan dan kolam ternakan udang, air di dalam parit di tempat ini juga didapati berwarna hitam serta berbuih. Terdapat beberapa longkang dan berpuluh saluran di kawasan ini menjadi tempat sisa buangan dialir ke parit dan terus ke laut menyebabkan sekitar perairan Balik Pulau di kawasan ini tercemar dan mengancam hidupan laut dan kehidupan 2,000 nelayan pantai di Kuala Sungai Pinang, Pantai Acheh, Kuala Sungai Burung dan Pulau Betong terjejas hasil tangkapan seperti ikan, udang,  ketam dan siput. Sejak kejadian ini berlaku banyak aduan telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan nelayan-nelayan yang terlibat kepada pihak kerajaan negeri termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil. Selain penguatkuasaan undang-undang yang lemah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan dan agensi yang terlibat dalam usaha mengawal gejala pencemaran di negeri ini, SAM kesal dan bimbang kerana hutan paya bakau terus dimusnahkan dan bertambah banyak kolam ternakan udang dibina dengan sewenang-wenangnya di kawasan ini tanpa kajian yang menyeluruh mengenai kesannya ke atas alam sekitar, hidupan marin dan ekonomi penduduk tempatan. SAM meminta Jabatan Perikanan membuat kajian khusus mengenai kesan pencemaran sisa buangan kolam ternakan ke atas sumber perikanan di perairan Balik Pulau dan mendedahkan hasil kajian tersebut kepada umum. SAM percaya jika punca pencemaran yang berlaku di kawasan ini tidak diberi perhatian serius dan dibiarkan berterusan bukan saja alam sekitar di sini akan musnah dua puluh tahun lagi malah para nelayan di Pulau Pinang dan generasi mereka juga akan pupus pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 22/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/22/adun-pan-langgar-peraturan-tetap-dewan/
Adun PAN langgar Peraturan Tetap Dewan
[ "SPEAKER Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan menjelaskan beliau sudah memberi ruang secukupnya kepada mana-mana Adun mengambil bahagian membahas titah ucapan Pemangku Raja di persidangan Dun sejak pagi semalam.", "“Ketika ditangguh mesyuarat petang semalam Adun Salor tidak bangun untuk mengambil bahagian. Namun apabila Timbalan Speaker Abdul Latif Abdul Rahman menangguh petang semalam baru Adun terbabit bangun hendak berucap.", "“Dan hari ini Adun berkenaan bangun lagi hendak berucap ketika pihak kerajaan sedang menggulung perbahasan,” katanya ketika ditemui selepas persidangan di Kota Bharu hari ini.", "Husam berdiri dengan menyebut Peraturan Tetap Dewan. Bagaimanapun Abdullah menjelaskan tempoh perbahasan sudah diberi secukupnya untuk mana-mana ahli Dewan mengambil bahagian.", "Namun ketika giliran Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob menggulung Adun PAN sekali lagi bangun meminta ruang untuk berucap.", "Ketika itu Husam mempertikaikan kelulusan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassurudin Daud untuk bercakap isu baiah.", "Ditemui pemberita selepas itu Menteri Besar berkata hari ini penggulungan pihak kerajaan dan Adun Salor tidak sepatutnya mengambil kesempatan. Katanya, Adun terbabit sepatutnya mengambil peluang semalam sekiranya mahu membahaskan titah berkenaan.", "“Setiap ahli dewan sudah dibekalkan buku mengenai peraturan yang perlu dipatuhi sebagai Adun. Arahan meminta Husam keluar dewan dibuat mengikut peraturan sedia ada,” katanya.", "Perkara 51 Peraturan Tetap Dun Kelantan menjelaskan Speaker berhak untuk mengarahkan mana-mana ahli yang kelakuannya melampau-lampau supaya mengundurkan diri serta merta. – HARAKAHDAILY 22/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/22/sheikh-ahmad-yasin-pembina-hamas-dalam-ingatan/
Sheikh Ahmad Yasin: Pembina Hamas dalam ingatan
[ "TANGGAL 22 Mac 2004 ialah tarikh yang diingati oleh semua penyokong perjuangan pembebasan bumi Palestine. Jasad insan yang telah renta dibunuh dengan dasyat oleh regim zionist. Sosok pemberani yang inspiratif ini berkerusi roda, seolah mencium bau kesyahidannya, keluar daripada masjid yang berhampiran rumahnya pagi itu, bergegar dengan tembakan roket daripada helikopter musuh sehingga tercabik jasadnya. Wajahnya tersenyum dalam kubangan darah yang mewangi. Beliau ialah pendiri HAMAS dan seorang tokoh pejuang yang lama terpenjara dalam jeriji besi Israel.", "Penentangan berdarah terhadap negara haram Israel tidak pernah berhenti kerana regim ini sentiasa dahagakan darah orang beriman seperti kes pembunuhan di Shabra dan Shatila, pembunuhan di Masjid Ibrahimi Hebron dan ratusan lagi kes pembunuhan kejam yang mewarnakan bumi ini dengan warna merah darah penindasan.", "Dalam tahun-tahun 60-an dan 70-an perjuangan Israel lebih terarah kepada kelompok Sosialis dan Kebangsaan Arab yang sempit. Ternyata ideologi Barat ini tidak mampu untuk menggerunkan Israel yang hanya mampu memahami bahasa bom dan senapang. Kini sudah tiba masanya mereka kembali kepada perjuangan Islam seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia.", "Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendokong Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau dalam Bahasa Arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah.", "Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin. Sheikh Ahmad Yasin sendiri dipilih sebagai pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.", "Ideologi perjuangan HAMAS dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan pada 18 Ogos 1988. Antaranya ialah:1.Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.2.HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.3.Palestin adalah tanah Islam sejak turun temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden Negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.4.Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.5.HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.6.Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin.Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanahair mereka.7.HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.", "HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994. Mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel, fenomena ini menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi. Dalam tahun 1996 sahaja empat serangan bom dalam musim bunga telah diadakan menyebabkan 60 orang penduduk Israel telah terbunuh.", "Dengan menubuhkan HAMAS, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah yang jelas mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai INTIFADHAH. (Ibnu Ismail: 2004).", "Peristiwa yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan (intifadhah) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan 4 orang terbunuh dan yang lain cedera. Peristiwa ini adalah faktor sementara bukan faktor mutlak, kerana terdapat faktor-faktor lain yang meransang fenomena ini.", "Bermulalah intifadhah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu, membakar tayar di jalanan bagi menghalang kenderaan tentera Israel dan melempar Molotov Cocktail ke arah musuh. Rakyat Palestin gagal mendapatkan senjata api kerana sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan Negara-negara Arab yang bersempadan namun gerakan HAMAS berjaya mendapatkannya secara sulit dan menyimpannya dalam gudang khas mereka seperti stor bawah tanah.", "Bagi penduduk awam Palestin walaupun tidak memiliki senjata api, mereka keluar ke jalan-jalan raya melontar batu dan melastik pasukan tentera Yahudi. Bagi tentera Yahudi (dalam sejarah Yahudi adalah penakut, suka melakukan secara sembunyi: lihat kisah Rasulullah SAW dalam peristiwa Bani An-Nadhir pada bulan Rabiul Awwal tahun keempat hijrah), walaupun mereka tidak berhadapan dengan senjata api, namun batu-batu itu begitu menggerunkan mereka.", "Kebangkitan rakyat Palestin sangat membimbangkan regim Israel. Pada bulan Ogos 1988, tentera Israel menceroboh rumah Sheikh Ahmad Yasin dan melakukan pemeriksaan serta mengugutnya untuk dibuang negeri ke Lubnan bagi mengganggu kebangkitan umat Islam. Namun ugutan itu tidak diendahkan Sheikh Ahmad Yasin dan penyokongnya yang mendambakan mati syahid sebagai citra perjuangan. HAMAS telah meningkatkan operasi membunuh tentera pengganas Israel dengan laungan takbir yang semakin meriah sahut-menyahut di bumi Palestin. Mata-mata Israel dari kalangan bangsa Arab Palestin turut dibunuh oleh pejuang HAMAS yang menganggap mereka sebagai musuh paling merbahaya bagi rakyat Palestin.", "HAMAS terus gagah berdada dengan kezaliman regim zionis serta mendapat dokongan kuat ummah.Pimpinan mereka ramai yang telah menjadi syuhada seperti Sheikh Ahmad Yasin, Solah Syahadah, Dr Abdul Aziz Rantisi, Dr Nizar Abdul Kader Rayyan dan yang lain-lain. Harakah Islam yang berkubu di Gaza ini kini mencapai usia 28 tahun dan mempunyai hubungan akrab dengan seluruh gerakan Islam termasuk PAS. Nuansa perjuangannya jelas, akidah Islam mestilah menunjangi perjuangan dan tiada noktah henti sehinggalah dimerdekakan setiap inci tanah Palestin yang dijarah Zionis semenjak tahun 1948. – HARAKAHDAILY 22/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/22/mengapa-kerajaan-beri-keutamaan-kepada-syarikat-asing/
Mengapa beri keutamaan kepada syarikat asing?
[ "BARU-baru ini  Datuk Amar Abang Johari Abang Openg menjadikan China destinasi pertama sejak beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, 13 Januari lalu. Beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian (MoU) antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bersama syarikat pembangunan pelancongan antarabangsa China, Beijing Glory International Culture Development Co Ltd di Nou Hotel, Beijing.  Beijing Glory akan mengambil alih pengurusan beberapa destinasi pelancongan seperti Bako dan Taman Negara Mulu; akan ada penjenamaan semula SEDC Sarawak Plaza. Mengapa kerajaan Sarawak memberi keutamaan kepada syarikat dari luar untuk mengambil alih pengurusan beberapa destinasi pelancongan tempatan kepada syarikat asing? Adakah rakyat Sarawak tidak mampu untuk menguruskan syarikat pelancongan tempatan yang sedia ada? Sarawak terlalu bergantung dengan syarikat asing dan pelabur dari luar untuk memenuhi keperluan tenaga pekerja untuk membangunkan Sarawak. Sepatutnya rakyat tempatan diberi keutamaan dulu dalam mana-mana projek kerajaan. Apabila timbul isu kekurangan guru atau tenaga pengajar di Sarawak ada pihak yang tidak puas hati dan buat bising kerana tidak mahu orang luar datang ke Sarawak kononya mereka ini membawa budaya yang tidak sesuai dengan budaya orang Sarawak. Mengapa kerajaan Sarawak tidak menyediakan pusat latihan atau tempat keperluan yang secukupnya untuk rakyat Sarawak supaya masalah kekurangan ini dapat diatasi sebelum menyalahkan pihak lain. Mereka yang diambil bekerja itu bukannya orang asing tetapi rakyat Malaysia yang memberi khidmat kepada rakyat Sarawak yang memerlukan tenaga pengajar. Mereka bukannya tinggal lama di Sarawak selepas mereka tamat perkhidmatan mereka akan balik semula ke negeri masing-masing. Apabila isu syarikat asing dan pekerja asing tanpa permit yang datang ke Malaysia yang membawa budaya yang tidak sesuai dengan masyarakat tempatan, mengapa pihak ini membisu. Adakah mereka ada kepentingan sehingga mereka tidak berani bersuara? Isu seperti China Doll yang bekerja di pusat Reflexi dan pusat hiburan yang melalaikan dan merosakkan remaja tempatan perlu diberi perhatian. Mereka inilah sebenarnya yang merosakkan cara pemikiran dan budaya kehidupan masyarakat tempatan. Kalau kerajaan Sarawak lebih memberi keutamaan kepada syarikat asing untuk menguasai beberapa syarikat tempatan akhirnya syarikat tempatan sukar untuk menjalankan urusan perniagaan mereka. Syarikat multi-bilion dolar dari luar mampu menguasai syarikat tempatan yang tidak mampu bersaing dengan syarikat gergasi dari luar. PAS mengesa kerajaan Sarawak memberi keutamaan kepada syarikat tempatan dan mereka yang mampu untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Sarawak.  Seperti “Projek keajaiban” di Johor, dengan banglo dan rumah berkembar berharga di bawah RM100,000, menyebabkan heboh di sini.  Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar  telah mengumumkan satu projek perumahan untuk rakyat Johor. Kalau Johor mampu memberi projek perumahan mampu milik untuk rakyatnya mengapa kerajaan Sarawak yang mempunyai keluasan tanah dan punca pendapatan yang banyak tidak mampu memberi kemudahan untuk rakyat Sarawak. Projek ini perlu diberi kepada syarikat tempatan yang layak dan dapat memberi manfaat kepada rakyat bukan kepada syarikat asing yang hanya mementingkan keuntungan semata. Utamakan rakyat Sarawak dan jangan gadaikan tanah Sarawak kepada pelabur asing demi mencari keuntungan yang akhirnya rakyat Sarawak akan terus hidup dalam kemiskinan dan terpinggir dari arus pembangunan. Kita harap perkara ini mendapat perhatian serius daripada kerajaan Sarawak demi masa depan rakyat Sarawak sendiri. Jangan beri keutamaan pada pelabur asing dan berilah keutamaan kepada rakyat Sarawak sebelum orang lain menguasai tanah air kita. – HARAKAHDAILY 22/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/22/lebih-1-580-hektar-kawasan-orang-asal-diwarta/
Lebih 1,580 hektar kawasan Orang Asal diwarta
[ "“Sehingga sekarang masih ada 54 lagi permohonan yang diangkat Jakoa untuk mendapat kelulusan kerajaan negeri,” katanya menjawab soalan Ab Aziz Yusof (BN-Galas) pada persidangan Dun di Kota Bharu.", "Katanya juga NGO Jaringan tidak berdaftar dengan kerajaan yang dianggap menjadi dalang sekatan di beberapa lokasi tahun lepas. – HARAKAHDAILY 22/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/22/dulu-agong-sekarang-polis/
Dulu Agong sekarang polis!
[ "DIALOG atau debat agung antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Menteri Nazri Aziz yang sepatutnya berlangsung di Padang Rengas petang 25 Mac tidak jadi diadakan kerana tidak dapat izin polis.       Tidak usah ditanya gerangan apa polis kedekut mengeluarkan permit, mungkin justeru kesannya menggandakan apa yang PM Najib maksudkan sabotaj ekonomi negara.        Tindakan polis itu mengingatkan semua kepada Debat Agung PAS-Umno suku pertama tahun 80-an yang ditunggu oleh semua, sehari menjelang debat yang dijadualkan diliput Langsung TV dilarang Yang Dipertuan Agong.       Debat PAS-Umno dibatalkan atas dikri Agong dan Dialog Mahathir-Nazri terhalang atas tidak diizin polis.       Debat PAS-Umno dulu gara-gara cabaran Dr. Mahathir Perdana Menteri masa itu. PAS seperti Nazri juga terima cabaran itu dengan syarat disiarkan TV secara langsung. Umno setuju dan Mahathir bagi tajuk PAS kata Umno kafir. PAS setuju tajuk itu. Mahathir namakan  moderatornya Tan Sri Lokman Musa. PAS setuju.      Semua kata tajuk itu berat sebelah dan seru supaya PAS jangan langsungkan debat. Tajuk itu seolah-olah boleh pukul mati PAS. PAS enggan batalkan. Kalau mahu batal biar oleh Umno. PAS tahu tajuk itu tidak adil baginya tapi ia akan untuk kata, Umno kata, PAS kata Umno kafir.      Jika Umno dan PM Najib tidak restu Nazri sahut cabaran Mahathir atas tema 1MDB dan lain-lain, Debat PAS-Umno itu sebenarnya tidak dikehendaki Umno termasuk Mahathir sendiri. Mahathir dipercayai tidak bersungguh. Cabarannya sekadar main-main. Tetapi PAS ikat dia supaya ia dapat bersemuka dengan Mahathir dan Umno.       PAS tak akan tarik diri. Kalau Umno batalkan malulah ia.       Untuk keluar dari kemelut itu, Agong dikri ia dibatalkan. Agong dipercayai bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Bagi selamatkan air muka Umno, Mahathirlah di belakang perintah istana itu.       Sekarang Mahathir hendak sangat dialog itu. Ia sarat dengan isu yang boleh pukul mati PM Najib dan Umno yang Nazri sepatutnya tahu PM Najib selama-lamanya tidak mahu ia dibincang terbuka. Mungkin Nazri sangka dia sang kancil mahu berjenaka dengan Mahthir dan rakyat seluruhnya. Tetapi dialog itu boleh pukul mati Najib seperti PAS boleh pukul mati Mahathir dalam Debat PAS-Umno dulu.      Macam-macam Umno sindir Nazri, tetapi dia sanggup bersendirian, asal jangan disingkir dari kerajaan kerana memberi tombak pada Mahathir untuk panah Najib.       Tiada cara bagi mengelakkan dialog itu melainkan mengilhamkan polis tidak mengeluarkan permit.       Sebagaimana orang payah percaya Agong memandai mengeluarkan dikri 30 tahun lalu, maka tiada yang percaya Najib tiada di belakang polis tentang permit itu.       Debat dulu berjaya dibatalkan. Tetapi dialog kali ini sekadar ditunda, belum dibatalkan. Kerana sekarang ada Karangkraf yang bebas mengadakan puluhan wacana di premisnya tanpa permit. Setakat ini 7 April disetujui sebagai tarikh baru. Jika polis tidak pernah ganggu Karangkraf jadi gelanggang percambahan  fikiran dipremisnya selama ini, payah baginya campur tangan atas dialog ini.      Apa Najib dan polis dapat buat bagi mempengaruhi Karangkraf menarik diri daripada penganjuran itu?      Apa yang Najib buat bagi mempengaruhi polis bagi menghalang  dialog itu adalah mengulangi apa yang Mahathir buat bagi membatalkan debat dulu.      Sekarang Mahathir mahu sangat dialog itu, tetapi Najib cuba sekat sebagaimana dia pernah sekat debat dulu.       Jenaka Nazri adalah nahas buat Najib. – HARAKAHDAILY 22/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/23/pbb-perlu-bertegas-wujudkan-jawatankuasa-inkuari/
PBB perlu bertegas wujudkan jawatankuasa inkuari
[ "MAPIM mendesak pihak Suruhanjaya Hak Manusia PBB (UNHRC) segera menubuhkan badan siasatan antarabangsa mengenai jenayah ke atas kemanusiaan (crimes against humanity) di Myanmar seperti yang diusulkan oleh ketua pelapur khas PBB Yanghe Lee serta Kesatuan Eropah.", "PBB tidak boleh berlembut dengan Myanmar walaupun resolusi ke atas Myanmar di veto oleh China dan Rusia di sidang UNHRC baru-baru ini.", "Bukti jenayah penghapusan etnik dan genocide yang jelas terkumpul dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak Wakil PBB dan juga dari kajian Universiti Queen Mary UK sudah cukup kuat untuk menjadi alasan kenapa sebuah kawantankuasa inkuari antarabangsa yang bebas untuk menyiasat perlakuan jenayah perang oleh Myanmar perlu ditubuhkan.", "Dunia tidak boleh membiarkan Myanmar terlepas dari sebarang dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan ke atas etnik Rohingya Muslim kerana mereka yang menjadi mangsa berhak mendapat keadialan.", "Komuniti Rohingya yang  hilang, disiksa, hartabenda yang dirampas, penangkapan arbitrari, jenayah rogol dan seksual, pembakaran rumah kediaman, pembakaran masjid dan madrasah dan pengusiran paksa, sudah jelas berlaku sejak puluhan tahun di Myanmar .", "Jika regim Myanmar dibiar bebas dari dipertanggungjawapkan ke atas ratusan ribu etnik Rohingya yang teraniaya, maka undang-undang antarabangsa yang selama ini diwar-warkan perlu dipatuhi, tidak bermakna lagi.", "PBB tidak boleh menjadi alat kepada regim yang zalim untuk membiarkan jenayah genocide tidak dikenakan tindakan undang-undang antarabangsa. PBB berhak menfailkan kes jenayah keatas kemanusiaan oleh Myanmar kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.", "Kami menyokong pendirian tegas Kerajaan Malaysia yang menuntut agar kerakyatan etnik Rohingya dikembali di Myanmar. Kerajaan Myanmar tidak boleh lagi berdalih kerana menindas komuniti yang didakwa bukan rakyat adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan.", "Kami mengesa kerajaan Malaysia mengusulkan kepada sekretariat Asean supaya mengeluarkan pendirian terhadap Myanmar yang melanggar Deklarasi Hak Manusia Asean yang ditandatangai bersama. – HARAKAHDAILY 23/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/23/adun-salor-tiada-soalan-sejak-2013/
Adun Salor tiada soalan sejak 2013
[ "TANPA mendapat gambaran sebenar penyokong PAN cuba menyalahkan Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub apabila mengarahkan Adun Salor Datuk Husam Musa meninggalkan Dewan semalam.", "Ketika peluang berucap diberi kepada setiap Adun, wakil rakyat terbabit tidak mengambil peluang. Enam pembangkang diberi peluang berucap membahas titah Diraja.", "“Sebaliknya penasihat PAN Kelantan itu mengambil peluang lain yang dianggap mengacau perjalanan persidangan Dun,” katanya pada majlis meraikan 179 pelajar yang akan melanjut pelajaran ke timur tengah di Kota Bharu hari ini.", "Turut hadir Adun Gual Periuk Muhammad Awang, Setiausaha Politik, Wan Roslan Wan Hamat dan pegawai Yayasan Islam Kelantan (Yik).  – HARAKAHDAILY 23/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/23/sepatutnya-kerajaan-bawa-usul-pindaan-355/
Sepatutnya kerajaan bawa usul pindaan 355
[ "“Sekiranya kerajaan yang bawa, kelab penyokong BN pun akan menyokong sama dan ia tentunya lebih memudahkan,” katanya ditemui pemberita pada ceramah di Kampung Cherang di Kota Bharu malam tadi.", "Hadir sama Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Nassurudin Daud, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki, Pemangku Yang Dipertua PAS Kota Bharu Dr Rosli Alani Abdul Kadir, Ketua Muslimat Rohani Ibrahim dan Adun Bunut Payong Datuk Dr Ramli Mamat.", "Orang orang memenuhi tempat ceramah, tidak jauh daripada lokasi ceramah anjuran PAN yang mengundang Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas.", "Usul persendirian pindaan Akta 355 berkaitan Bidang Kuasa Jenayah sebelum ini dua kali dibawa anggota parlimen Marang Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.", "Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata, sehingga sekarang PAS belum lagi melihat draf pindaan Akta 355 yang dicadang dibawa kerajaan. – HARAKAHDAILY 23/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/23/mengapa-ruu-355-ditentang/
Mengapa RUU 355 ditentang?
[ "MEREKA yang  menentang RUU 355 masih lantang bersuara dan menulis dengan hujah-hujah bersifat teknikalnya secara melulu, tanpa peduli perkara yang tersurat dalam perlembagaan bahawa ia hanya melibatkan penganut Islam sahaja. Mahkamah Syariah tidak diberi bidang kuasa terhadap bukan Islam. Ini menunjukkan mereka itu jauh sekali menyaksikan hikmah menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran yang tidak ada dalam istilah mereka.", "Mereka tidak mengira masyarakat yang terbeban dengan kadar jenayah yang terus meningkat. Ini menunjukkan kelemahan undang-undang ciptaan manusia yang tidak beraqidah itu, namun terus mempertahankannya juga dengan segala cara halal dan haram.", "Mereka sepatutnya menghormati Islam, kedudukannya dalam Perlembagaan dan hak-hak diberi kepada agama-agama yang lain sudah mencukupi. Mereka juga sepatutnya menghormati penganut Islam diberi hak mereka, di antaranya peluang kepada undang-undang Syariat dan Mahkamahnya yang banyak disekat oleh penjajah dahulu dan masih disekat selepas merdeka.", "RUU 355 hanya kuasa yang masih sedikit memberi ruang kepada umat Islam menunaikan hak mereka. Tiba-tiba dicampur tangan tanpa mengira sempadan yang sudah nyata dalam Perlembagaan tersebut. Mereka tidak menghormati masyarakat Islam yang berada di keliling mereka, tanpa peduli ini adalah urusan penganut Islam. Apakah di sebalik suara yang sumbang ini?", "Mereka menentang kerana penyakit Islamofobia yang disebarkan oleh kuasa besar yang sedang bermusuh terhadap Islam sehingga kini? Maka bersedia menjadi khadam kepada negara asing yang menjadi dalangnya.", "Mereka menentang kerana sikap cemburu buta kebimbangan menyaksikan banyaknya kebaikan daripada syariat Islam? Sepatutnya mereka mencari kebaikan yang datang daripada semua pihak, bukannya menutup kebaikan dan merelakan kemungkaran. Inilah konsep semua agama, samawi dan tidak samawi, walaupun berbeza aqidah.", "Setiap yang berakal fikiran dapat menyaksikan bahawa mereka yang menentang RUU355 itu bersedia mengekalkan undang-undang warisan penjajah yang masih diamalkan walaupun menzalimi diri mereka sendiri. Tetapi tidak bersedia menerima Syariat Islam walaupun lebih baik kepada mereka juga.", "Kami tidak masuk kira kalangan mengaku Islam yang sanggup menjadi laksana selipar pengalas kaki masuk ke tandas sahaja, rela diri mereka menjadi alat yang dipijak-pijak  terhina bergelumang najis dan kotoran dosa melawan hukum Allah dan Syariat-Nya.", "Penentangan ini masih dilakukan, walaupun sudah dinyatakan hujahnya oleh semua pihak yang memperjuangkannya. Bahawa RUU 355 berkonsepkan kepada menegakkan semula kedudukan Mahkamah Syariat yang dilemahkan di zaman penjajah dahulu, serta memperkenalkan hukuman dalam Syariat Islam adalah berkonsepkan mendidik bukannya menyeksa dan mendera, berpandukan nas-nas yang ada di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W.", "Ramai kalangan ilmuan undang-undang Barat yang bertaraf Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Peguam-Peguam besar dan kecil menyokong dan mendukung dengan hujah ilmunya, beriman kepada Undang-undang Syariat Islam dan sama-sama berjuang meninggikannya.  ", "Di antara hujah mereka yang menentang RUU 355 ialah filem, video yang disebarkan oleh media musuh Islam yang datang daripada Timur dan Barat yang sengaja menyebarkan cara hukuman yang tidak menepati Al Quran dan Sunnah. Lalu pihak yang menentang itu menjadi alat dan agen menyiarkannya dengan tujuan mencalarkan wajah Islam yang mulia dan adil terhadap semua. Tujuan mereka yang sebenar adalah untuk mengelirukan masyarakat bukan Islam dan orang Islam yang buta agamanya.", "Kepada yang benar-benar mencari kebenaran diminta supaya berfikir secara rasional, berpandukan firman Allah:    ۞قُلۡ إِنَّمَآ أَعِظُكُم بِوَٰحِدَةٍۖ أَن تَقُومُواْ لِلَّهِ مَثۡنَىٰ وَفُرَٰدَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُواْۚ ٤٦ سبأ", "46. “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku.” (Saba: 46)", "Ayat ini ditujukan kepada mereka yang menentang Islam di zaman Rasulullah S.A.W. supaya berfikir secara rasional, tanpa fanatik atau tujuan yang tidak ikhlas mencari kebenaran, sehingga menolak apa sahaja yang datang daripada pihak yang lain. Al-Quran adalah petunjuk bermukjizat di sepanjang zaman.", "Adapun Islam mewajibkan penganutnya menerima apa sahaja yang baik dan memilih yang terbaik, walaupun datangnya daripada pihak lain, setelah diwajibkan beriman bahawa yang telah pun dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya adalah terbaik, firman Allah:", "وَٱلَّذِينَ ٱجۡتَنَبُواْ ٱلطَّٰغُوتَ أَن يَعۡبُدُوهَا وَأَنَابُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰۚ فَبَشِّرۡ عِبَادِ ١٧ ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَىٰهُمُ ٱللَّهُۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ ١٨ الزمر", "17. “Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut (pelampau) serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku.”18. “Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna).” (Az-Zumar: 17-18)", "Ayat ini ditujukan kepada sesiapa yang memilih kebenaran dan berakal sempurna. Khususnya  kepada penganut Islam atau bukan Islam yang benar-benar ingin tahu berkenaan Islam, bukannya ingin kacau daun terhadap perjalanan perjuangan Islam.", "Sudah tiba masanya umat Islam secara berterus terang melakukan ‘pengkelasan’ terhadap mereka yang menentang itu. Ada yang berkelas tinggi, sebenarnya mahu bermusuh terhadap Islam semata-mata dengan helah dan putar belit, kerana kita melihat gerakannya mengumpul regu yang datang daripada semua pihak, sama ada parti politik atau NGO, serta mengerahkan segala sumber bagi mengagalkan RUU 355 secara terbuka atau lempar batu sembunyi tangan, namun kita nampak isyarat tangannya dan langkahnya yang melanggar sempadan agama, perlembagaan dan akhlak bermasyarakat majmuk.", "وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ ٤٩ المائدة", "49. “Dan hendaklah Kamu menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah Kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan Kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepada Kamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Ma‘idah: 49)", "Mereka menentang kerana hawa nafsu semata-mata, bukannya mencari kebenaran. Akhirnya bersimpati dengan penjenayah dan maksiat atau bersedia menjadi pelindung kepadanya kerana kepentingan politik sementara waktu, seperti parti di luar negara yang bercawangankan kumpulan samseng, penjenayah dan maksiat. Tanpa peduli terhadap bahaya penyakitnya, sama ada pelakunya atau mangsanya.", "Adalah menjadi kewajipan penganut Islam yang berjatidirikan Islam tanpa mengira parti, NGO atau orang perseorangan untuk menunaikan kewajipan meninggikan kedudukan Islam. Maka RUU 355 adalah sebahagian daripadanya, walaupun dalam kadar yang terhad, kerana para ulama menegaskan:", "Dengan penuh keyakinan kepada janji pahala dan fadhilat daripada Allah walaupun niat dan azam tidak tercapai sepenuhnya. Dengan keyakinan juga pada akhirnya berlaku janji Allah:", "وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١  الحج", "40. “Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”41. “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan).” (Al-Hajj: 40-41)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/23/penyokong-persoal-hala-tuju-pan/
Penyokong persoal hala tuju PAN
[ "BELUM pun berusia dua tahun parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN) berdepan dengan krisis identiti. Kini semakin ramai ahli dan penyokong parti itu mempersoalkan hala tuju perjuangan.", "“Hari ni ambo nak umumkan… ambo keluar dari PAN. Ambo lihat PAN tiada prinsip perjuangan. Pada awal penubuhan ambo diberitahu parti itu akan melawan BN.", "“Namun ambo tidak nampak pemimpin PAN serang BN sebaliknya banyak serang PAS. Ambo pula diberitahu PAN akan bertanding di kerusi PAS yang boleh memberi kemenangan mudah kepada BN.", "“PAN mahu pertandingan tiga penjuru. Ambo juga tengok PAN tidak konsisten dalam perjuangkan Islam. Mereka membiarkan Siti Kasim menghina Islam,” kata seorang penyokong PAN dikenali Ahmad Shari di laman sosialnya.", "Manakala di Rantau Panjang sebelum ini seorang aktivis PAN juga meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Jeli." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/24/ucapan-presiden-pas-disunting-sebegitu-rupa/
Ucapan Presiden PAS disunting sebegitu rupa
[ "SAYA telah meneliti video penuh ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya PAS DUN Alur Limbat.", "Malang sekali, ianya telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, tiada pertimbangan dosa dan pahala, sehingga memberikan gambaran yang sangat salah, seolah-olah PAS mempunyai rancangan kerjasama dengan Barisan Nasional yang semakin hilang populariti.", "Ucapan Presiden PAS itu disunting sebegitu rupa, hingga kita sukar untuk menerima ianya merupakan salah faham, melainkan ianya merupakan tindakan yang disengajakan untuk mengelirukan pengundi.", "Ayat selanjutnya yang memperdengarkan Tuan Guru Presiden menempelak ahli PAS sendiri yang berbunyi “Kalau boleh nak telan habis (semua), tapi mulut kita luas mana nak telan habis (semua)?” sengaja dipotong. Ini menjadi sandaran sangkaan kita bahawa mereka menyunting untuk memenuhi tujuan jahat mereka.", "Kami di Jabatan Penerangan PAS Pusat bertanggungjawab untuk memberi pemahaman bahawa Tuan Guru Presiden sama sekali tidak bermaksud untuk membina kerjasama politik di dalam Pilihanraya Umum akan datang, sebaliknya menekankan fokus yang perlu dibuat dalam Pilihanraya Umum itu.", "Bagi lima buah negeri yang disebutkan itu, usaha perlu dilipatgandakan untuk mencapai hasrat menjaga agama Islam dan membolehkan PAS memposisikan diri sebagai “kingmaker”.", "Memandangkan video ini telah ditularkan ke dalam dunia siber, maka kami berpendapat, adalah sesuai untuk terus memberikan kefahaman mengenai intisari utama ucapan tersebut, seperti berikut:", "1. Kuasa politik Islam di dalam keadaan yang sangat lemah, berpunca daripada tindakan UMNO yang dipimpin oleh Tun Mahathir (ketika itu) berusaha untuk “menyingkirkan” PAS melalui siri-siri persempadanan semula kawasan pilihanraya.", "2. Melalui Pakatan Rakyat, 89 kerusi Parlimen berjaya dimenangi, tetapi hanya 39 merupakan kerusi orang Islam, dan selebihnya adalah kerusi bukan Islam. 30 kerusi Barisan Nasional merupakan milik bukan Islam, dan selebihnya UMNO.", "3. Dalam usaha undi tidak percaya ke atas Najib, sekiranya 30 kerusi bukan Islam Barisan Nasional berpihak kepada undi tersebut, maka kerajaan BN akan tumbang, dalam keadaan hanya 39 kerusi Islam dan selebihnya bukan Islam (112 jumlah kerusi minimum yang diperlukan untuk membentuk kerajaan di Pusat).", "4. PAS mengambil langkah pantas untuk memperbaiki keadaan, dengan tidak menyokong usul undi tidak percaya tersebut bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar.", "8. Himpunan RUU355 perlu untuk mendidik umat Islam di Malaysia bahawa mereka boleh bekerjasama dalam kepentingan bersama, bagi menaikkan martabat Mahkamah Syariah." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/24/baik-atau-buruk-weeaboo-kepada-kita/
Baik atau buruk Weeaboo kepada kita?
[ "PERKATAAN ini jarang didengar dalam kalangan masyarakat terutama rakyat Malaysia. Menurut Lauren Sang, seorang  pengkaji budaya Jepun dan Korea, beliau mengatakan Weeaboo ialah seorang yang sangat obsess dan fanatik terhadap negara terutama budayanya. Golongan ini belajar budaya atau percakapannya melalui animasi Jepun atau dikenali sebagai anime. Weeaboo juga dikenali sebagai Wapanese. Singkatan bagi Wapanese ialah “wanna be Japanese”.", "Menurut Nicholas Gurewitch dalam forum Known Your Meme, 2012, Gurewitch n.d.) Wapanese ialah seseorang yang bertingkah laku seperti  tinggal di Jepun, walaupun mereka bukan berasal dari warganegara Jepun dan juga mereka berharap terlahir dan hidup di Jepun. Weeaboo dianggap sebagai perkara yang negatif kerana mereka tidak menghargai budaya sendiri malah lebih kepada budaya Jepun.", "Secara umumnya, para weeaboo selalunya mengubah nama asal kepada nama Jepun ataupun meletakkan nama mengikut watak-watak animasi Jepun yang disukainya. Contohnya, Kirigaya Hafiz atau Daniel Lamperouge. Nama-nama ini boleh dijumpai khususnya di laman sosial seperti Facebook, We-chat dan Whatsapp.", "Daripada pengalaman saya sendiri, ini juga merupakan salah satu ciri-ciri Weeaboo. Kebanyakkan golongan weeaboo ini menggunakan gambar watak kegemaran anime, tokoh, cosplay atau artis Jepun sebagai gambar profil dalam media sosial.", "Kebanyakkan golongan ini menghafal segala tajuk, siri dan watak-watak yang terdapat dalam filem anime tersebut. Di samping itu, filem anime tersebut mempunyai watak dan jalan cerita yang boleh menarik minat para penonton. Tambahan pula, perwatakan penonton itu boleh berubah dengan  meniru gaya-gaya watak anime yang digemari olehnya. Antara filem-filem anime yang paling terkenal ialah Naruto Shippuden, One piece, Fairy Tail dan Dragon Ball. Daripada pengalaman saya sendiri, empat external hardisk telah saya beli dan di dalamnya penuh dengan semua filem dan siri anime.", "Bagi Weeaboo yang mempunyai hobi muzik, kebiasaannya mereka akan mendengar dan memuat turun lagu Jepun yang digemari oleh mereka. Oleh itu, mereka tidak mempunyai rasa minat terhadap lagu daripada negara sendiri.", "5.Mengumpul koleksi atau cenderamata animeBagi yang perminat tegar terhadap filem animasi Jepun, mereka sanggup berkorban masa dan duit demi mencapai dan memenuhi kehendak mereka terhadap  koleksi barang tersebut. Barang-barang ini terdapat dalam pelbagai bentuk antaranya seperti pakaian cosplayer, poster, permainan video dan sebagainya. Selalunya, peminat ini akan membeli secara online atau pergi ke sesuatu tempat atau festival yang mengadakan jualan  barang-barang anime.", "Terdapat satu festival yang dipanggil iaitu Anime Festival Asia atau AFA telah dilaksanakan pada tahun 2016 bertempat di Suntec International Convention and Exhibition Centre Singapore. Pada tahun itu pihak AFA telah mencatatkan sebanyak 94,270 pengunjung yang hadir pada festival tersebut. Terdapat satu halaman hiburan iaitu OTAKUNDES telah melaporkan 10 negara yang sangat gemar dengan Anime. Antaranya ialah Jepun, Filipina, Indonesia, Malaysia, Arab Saudi, Peru, Chile, Bolivia, Republic of El Salvador dan Mexico.", "6.Mengutamakan barangan Jepun Salah satu daripada ciri-ciri ini ialah mereka yang sangat obses dengan negara Jepun. Contohnya dalam aspek perniagaan, mereka hanya membeli produk atau barang yang diimport daripada Jepun dan berasa bangga apabila mereka dapat memilikinya. Produk atau barang-barang yang diimport selain daripada  negara Jepun dianggap kurang memuaskan bagi mereka.", "Apakah Reaksi Orang Jepun terhadap WeeabooTerdapat satu video yang menarik dimuatkan oleh Yuta Aoki, seorang pengarang, blogger dan YouTuber dari Jepun. Beliau menemubual bersama orang Jepun di sana dan mendapati hasil yang positif. Hal ini disebabkan , mereka tidak mempunyai masalah dengan golongan weeaboo sama sekali. Malah, mereka berasa sangat kagum kerana orang-orang luar mempunyai rasa minat yang mendalam terhadap budaya Jepun.", "Kesimpulanya, tidak menjadi kesalahan  jika ingin menonton anime, belajar bahasa atau budaya Jepun, tetapi kita  jangan sesekali “taksub” atau terlalu fanatik sehingga melanggar syariat yang digariskan dalam Islam. Dalam Islam kita dilarang meniru budaya jahiliyyah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:", "“Sesungguhnya kalian akan mengikuti kebiasaan umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sedepa demi sedepa, sehingga seandainya mereka masuk lubang Dhab (sejenis kadal)  nescaya akan kalian ikuti, para sahabat bertanya, “Ya Rasullah (maksudmu) orang-orang Yahudi dan Nasrani?” (jawab Rasullah), “Siapa lagi.”(HR. Bukhari & Muslim)", "Seperti yang kita dapat lihat ramai masyarakat kita sudah meningalkan adat kebudayaan Melayu dan agama Islam. Oleh hal yang demikian elemen-elemen barat dan Jepun mudah mempengaruhi masyarakat Melayu. – HARAKAHDAILY 24/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/24/keluarkan-fgv-daripada-bursa-saham-malaysia/
Keluarkan FGV daripada Bursa Saham Malaysia
[ "PERTUBUHAN Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) hari ini, menggesa Felda Global Ventures (FGV) dikeluarkan daripada Bursa Saham Malaysia dan mahu FELDA memberi sepenuh tumpuan kepada sektor perladangan.", "Presidennya, Ustaz Roslan Md Esa berkata kewujudan Felda Investment Corporation (FIC) juga harus dikaji semula kerana FELDA perlu fokus kepada fungsi utamanya sahaja dengan membangunkan sektor perladangan dan memberi khidmat sosial kepada para peneroka.", "PAS sejak awal membantah keras cadangan penyenaraian FGV di BSKL, malah sebelum pucuk pimpinan FELDA diterajui oleh pengaruh politik, FELDA dilihat begitu berjaya di persada dunia korporat sehingga agensi tanah ini mengharumkan nama negara.", "“Mengembalikan kegemilangan FELDA adalah impian semua khasnya warga peneroka dan generasi FELDA. Jika kita serius ingin menyelamatkan FELDA, suatu keputusan berani mesti dilakukan pada PRU akan datang maka tampuk pemerintahan kerajaan Umno-BN mesti ditamatkan dan PAS bersedia memimpin perubahan ini.", "“Terdapat 54 parlimen daripada 222 parlimen yang ada padanya FELDA, undi peneroka dan generasinya sangat penting untuk perubahan,” katanya kepada Harakahdaily.", "Sebelum ini GENERASI pernah mencadangkan rombakan secara besar-besaran terhadap pengurusan FELDA harus dilakukan dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad beberapa bulan yang lalu turut menyatakan hasrat yang sama demi mengembalikan kegemilangan FELDA.", "“Cadangan daripada Tan Sri Shahrir jelas mengesahkan bahawa FELDA sangat bermasalah dan nyata disalahgunakan oleh mereka yang berkepentingan. Maka sangat wajarlah mereka yang terlibat dengan penyelewengan dan salah guna kuasa diheret ke muka pengadilan,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 24/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/24/presiden-fam-tahniah-tmj/
Presiden FAM: Tahniah TMJ!
[ "DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merafak sembah dan mengucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim diatas kemenangan baginda sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah pencabar jawatan tersebut, Tan Sri Annuar Musa menarik diri dari bertanding jawatan tersebut pada hari ini.", "Dengan misi mengembalikan semula sukan paling diminati di negara ini kepada rakyat, DPPM mengharapkan cetusan positif daripada kepimpinan baginda dalam FAM kelak akan dapat membawa bolasepak negara kita ke tahap yang lebih baik.", "DPPM sememangnya menyokong usaha Tuanku TMJ yang mahukan bolasepak Malaysia diurus secara profesional, berintegriti dan bebas daripada pengaruh politik untuk mempastikan bolasepak Malaysia dapat ditingkatkan lagi di persada Asia dan dunia. Dengan visi yang jelas seperti ini, pelan keseluruhan bolasepak negara dibawah kepimpinan beliau diharapkan akan dapat memberikan impak yang positif.", "DPPM mengharapkan keseluruhan organisasi bolasepak di negara ini, bermula dari pencarian bakat di peringkat akar umbi, negeri-negeri, sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi mahupun kelab-kelab bolasepak sosial dapat memberikan sokongan kepada Tuanku TMJ dalam membawa standard baru dalam pengurusan bolasepak samada dari aspek taktikal, kewangan mahupun dari sudut pembangunan keseluruhan sukan ini.", "DPPM juga mengharapkan agar rakyat memberikan masa dan sokongan yang padu  kepada Tuanku TMJ untuk mengembalikan kegemilangan bolasepak negara. Satu hari nanti kita mahu pasukan bolasepak negara dapat beraksi di Piala Dunia!." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/24/pas-selangor-ikut-keputusan-pusat/
PAS Selangor ikut keputusan Pusat
[ "PAS Selangor sentiasa meraikan apa jua cadangan atau usul yang dibawa oleh rakan seperjuangan PAS termasuk usul menolak hubungan tahaluf siyasi dengan PKR yang dicadangkan oleh PAS Kawasan Permatang Pauh.", "Berkata demikian, Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menjelaskan, secara umumnya dalam Negeri Selangor, PAS Selangor masih lagi memegang keputusan di peringkat pusat iaitu bertahaluf dengan PKR dalam suasana kerajaan yang dibentuk sewaktu penubuhan Pakatan Rakyat (PR).", "“PAS Selangor masih lagi berada dalam kerajaan yang dibentuk hasil daripada mandat yang telah diberikan daripada rakyat kepada PR sejak tahun 2013. Alhamdulillah, apa yang berlaku di Selangor ini kita masih lagi mengekalkan prinsip yang sedemikian demi untuk kebaikan dan kemashlahatan rakyat.", "“Apa yang diusulkan oleh PAS Permatang Pauh itu adalah merupakan pandangan kawasan tersebut yang akan diangkat. Jadi kita meraikan apa jua pandangan dan usul yang dibentangkan dan itu akan diletakkan keputusannya dalam muktamar akan datang sekiranya usul itu diterima oleh PAS Pusat,” katanya.", "Beliau yang ditemui Harakah selepas Jamuan Makan Malam Sempena Hari Wanita 2017 bertempat di D’Saji Orchard Villa, Gombak, 21 Mac lalu menyifatkan hubungan antara Parti Islam itu dengan PKR di Selangor adalah cukup matang setelah diberi kepercayaan penuh oleh rakyat Selangor.", "“Saya kira hubungan politik di Selangor ini cukup matang. Semua pihak menerima mandat yang diberikan oleh rakyat pada tahun 2013, dan kita lihat kepada komenter pemimpin-pemimpin parti di Selangor sama ada daripada PAS ataupun PKR. Kita melihat dan menunggu keadaan yang seterusnya.", "“Itu kita kira tidak mengganggu proses dan juga suasana yang ada dalam Negeri Selangor ketika di saat ini,” katanya – HARAKAHDAILY 24/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/24/dap-perintah-malaysia-selepas-pru14/
DAP perintah Malaysia selepas PRU14?
[ "MUNGKIN telahan ini agak kelakar bagi sebilangan pihak memandangkan kerusi yang ditandingi DAP kini sekitar 70 kerusi sahaja. Sedangkan majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan adalah 112. Tetapi jika dilihat melalui data-data yang ada, andaian ini sangat munasabah.", "Jika kita melihat kerusi-kerusi parlimen yang dimenangi DAP sejak 1995, kita akan mendapati peningkatan mendadak bermula tahun 2008. Rajah di bawah menunjukkan pola pengaruh DAP yang meningkat dari satu PRU ke satu PRU.", "Tahun 1995, mereka cuma memiliki 9 kerusi. Tahun 1999 walaupun bersama gabungan parti pembangkang dalam Barisan Alternatif, mereka cuma berjaya menambah satu kerusi menjadi 10 walaupun parti dominan Melayu lain seperti PAS dan PKR mengalami peningkatan mendadak.", "Lim Kit Siang pernah menyuarakan kebimbangan selepas melihat peningkatan drastik kesedaran politik di kalangan orang Melayu menerusi blognya pada masa itu. Tahun 2003, DAP mengambil keputusan untuk keluar dari BA sebagai protes disebabkan gagal memaksa PAS membuang Islam dari dasarnya dan negara Islam sebagai matlamat perjuangannya.", "Faktor perpecahan pembangkang disamping faktor-faktor lain telah menyebabkan BN kembali menang besar pada 2004 menjadikan ia kemenangan terbesar sejak 1978. Kemerosotan undi pembangkang juga besar apabila PAS hanya menang 7 kerusi berbanding 27 pada 1999. PKR pula hanya tinggal satu dari lima yang ada. Ironinya, DAP konsisten meningkatkan jumlah kerusi di parlimen, dengan 2 lagi penambahan menjadikan 12.", "Tahun 2008 merupakan kekalahan besar buat BN sepanjang sejarah PRU lepas apabila dinafikan majoriti 2/3 di parlimen buat kali pertama. Berlaku peningkatan mendadak lebih 150% kepada kerusi DAP menjadikan ia 28. Tahun ini juga buat pertama kalinya DAP Berjaya mengambil alih Pulau Pinang dari parti Gerakan. Selain itu PAS berjaya menambah dari 7 kerusi parlimen kepada 23 kerusi serta berpeluang memerintah Kedah dan Perak. PKR pula dianggap paling berjaya, daripada 1 kerusi parlimen kepada 31 serta diberikan mandat mengepalai kerajaan Selangor.", "Tahun 2013, prestasi BN terus merudum walaupun bertukar PM. DAP pula terus melebarkan sayap di parlimen apabila menyapu 10 lagi kerusi tambahan menjadi 38. Sedangkan PAS dan PKR mengalami kemerosotan undi berbanding 2008. PAS hilang dua kerusi parlimen menjadi 21, sebelum hilang 7 lagi kerusi apabila 6 ahli parlimennya menyertai PAN dan 1 menyertai PKR. PKR juga kehilangan 2 kerusi sebelum 1 lagi kerusi hilang selepas memecat MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.", "Perkara ini menjadikan DAP parti yang terkuat dalam Pakatan Rakyat kerana memiliki jumlah kerusi terbesar dalam Pakatan Rakyat. Oleh sebab itu mereka kini begitu berani dan lantang menunjukkan wajah yang sebenar. Jika di ambang PRU12 mereka hanya bercakap soal menawan Pulau Pinang, namun melihat potensi yang ada selepas itu, mereka sudah bercakap soal menawan Putrajaya.", "Mereka juga semakin berani mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan hak-hak bumiputera, selain kerakusan yang didakwa berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Perak.", "Melihat fenomena peningkatan ketara dan konsisten kerusi DAP walaupun dalam latar belakang yang berbeza, diunjurkan bahawa DAP mampu menguasai sehingga 50 kerusi pada PRU14 nanti. Kerana itu kini mereka begitu pro-aktif mengimport pemimpin-pemimpin Melayu menyertai partinya supaya dapat menembusi kerusi-kerusi yang memilki nisbah Melayu yang lebih besar dari sebelum ini.", "Pada waktu yang sama, mereka terus menggunakan strategi pecah dan perintah terhadap parti-parti lain. PAS telah berjaya dipecahkan kepada serpihan PAN. PKR pula secara konsisten mengalami perpecahan demi perpecahan sejak ditubuhkan. Umno kini memiliki satu lagi serpihan baru selepas KITA dan Ikatan iaitu PPBM. Dengan perpecahan parti dominasi Melayu yang berterusan ini, DAP dijangka kekal sebagai parti pembangkang terkuat.", "Baki persoalan yang perlu dijawab ialah, walaupun DAP mampu menawan hingga 50 kerusi sekalipun, bagaimanakah mereka mampu untuk menawan Putrajaya yang memerlukan minimum 112 kerusi? Jawapannya sangatlah mudah. Tengoklah BN sendiri. Jika bergantung pada 1 parti sahaja, memang mustahil mereka dapat memerintah. Umno hanya memiliki 89 kerusi. Tetapi dengan bantuan parti-parti komponen lain, mereka memiliki 133 kerusi.", "Ini bermakna DAP boleh merealisasikan cita-cita memerintah Malaysia dengan bantuan parti lain dalam Pakatan Harapan. Sedikit dari PKR, sedikit dari PAN, sedikit dari PPBM sudah cukup untuk mereka menyaingi BN. Jika PAS turut bersama, hampir pasti Putrajaya bakal ditawan pembangkang.", "Cuma yang menjadi isu adalah, siapa yang bakal menerajui kerajaan baru itu? Sudah tentu parti yang memiliki jumlah kerusi terbesar dalam kerajaan, seperti Umno dalam BN sekarang. Maka jelaslah sebagaimana Umno mengetuai BN, Dap mempunyai peluang yang baik mengetuai Pakatan Pembangkang menerajui pentadbiran negara jika majoriti rakyat memilih mereka di PRU14 nanti. – HARAKAHDAILY 24/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/perutusan-presiden-pas-sempena-sambutan-peringatan-hari-polis-ke-210/
Perutusan Presiden PAS Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210
[ "PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh pegawai, anggota dan kakitangan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210.", "Namun, dalam realiti cabaran dunia masa kini, perlunya kemahiran persiapan anggota dan aset dipertingkatkan dari masa ke semasa agar mampu mendepani setiap situasi yang mendatang.", "PAS berharap, pihak kerajaan memberi perhatian sebaiknya terhadap usaha mengukuhkan keupayaan semasa PDRM termasuk kebajikan kalangan keluarga, anggota ditimpa musibah dan yang telah bersara dari perkhidmatan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/hargai-polis-yang-telah-berjasa/
Hargai polis yang telah berjasa
[ "Mereka mahu agar disediakan pusat pendidikan pra sekolah agar mereka tidak perlu menghantar anak ke luar yang menambahkan bebanan kewangan mereka." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/anggota-amal-santuni-pdrm-sempena-hari-polis/
Anggota Amal santuni PDRM sempena Hari Polis
[ "JABATAN Amal Malaysia Negeri Selangor melalui kawasan-kawasan Amal hari ini mengadakan kunjungan hormat di beberapa Balai dan Ibu Pejabat Polis bagi meraikan Hari Polis Ke-210.", "Pengarah Amal Negeri Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli pula memaklumkan, pendekatan yang dilakukan oleh anggota Amal itu telah lama diamalkan sebelum ini bukan sahaja dengan pihak polis, juga menziarahi agensi kerajaan lain seperti Bomba, hospital dan klinik baru-baru ini sempena Hari Pembantu Perubatan.", "Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris pula memberitahu, pendekatan dan kerjasama ini telah diamalkan di pelbagai peringkat termasuk di peringkat Pusat dan yang terakhir semasa Himpunan Rohingya dan RUU355 di mana Jabatan Amal telah memberi kerjasama yang sangat baik dengan pihak PDRM.", "Tambah beliau, apa yang dibuat ini adalah salah satu Budaya Politik Matang Pemuda PAS bagi membentuk hubungan baik antara Jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS dengan agensi kerajaan.", "Nazree ketika dihubungi juga mengambil kesempatan mewakili seluruh keluarga besar Jabatan Amal Malaysia mengucapkan selamat memperingati anggota-anggota polis yang telah banyak berkorban menjalankan kewajiban demi memastikan negara ini dalam keadaan aman dan sejahtera.", "Beliau juga mendoakan agar seluruh anggota Polis Diraja Malaysia dan keluarga mereka sentiasa dalam rahmat Allah dan diberikan sebaik-baik ganjaran dunia akhirat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/keluarga-bantah-pan-jaja-nama-tok-guru/
Keluarga bantah PAN jaja nama Tok Guru
[ "PENGGUNAAN nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Parti Amanah Negara (Pan) dibantah ahli keluarga mantan Menteri Besar Kelantan itu.", "Hal tersebut berhubung  Seminar Tok Guru Nik Aziz yang akan dianjurkan Pan Batu pada 9 April depan di KLCAH, Kuala Lumpur.", "Pihak terbabit juga dikatakan akan menjelajah bermula di Kuala Lumpur menjaja nama tokoh agama berkenaan bagi kepentingan Pan dan Pakatan Harapan.", "Anak almarhum, Nik Mohamad Abduh berkata keluarganya menafikan kenyataan pemimpin Pan sekiranya Tok Guru masih hidup, turut menyokong parti serpihan itu.", "“Tiba-tiba parti lain, parti serpihan mempermainkan nama Tuan Guru yang kekal istiqamah sepanjang hayatnya,” katanya pada sidang media di Pulau Melaka, Kota Bharu hari ini.", "Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa pagi tadi oleh seorang lagi anak almarhum, Nik Adli.", "“Penggunaan nama Tuan Guru hanya sebagai alasan untuk menarik sokongan kepada parti itu sedangkan arwah tetap istiqamah dalam PAS sejak sekian lama." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/pan-bantu-umno-calar-imej-islam-di-kelantan/
PAN bantu Umno ‘calar’ imej Islam di Kelantan
[ "Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata tindak tanduk parti serpihan tersebut berdepan dengan PAS di Kelantan seperti mahu memberi kemenangan mudah kepada Umno.", "“Tidakkah tindakan mereka seperti membantu Umno bagi merosak amalan Islam yang sudah lama dilaksanakan di Kelantan?” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kota Bharu, hari ini.", "Hadir sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Pemangku Yang Dipertua (YDP) Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan pimpinan kawasan terbabit.", "Seramai 408 perwakilan hadir pada mesyuarat kali ke-50 tersebut. Pada mesyuarat itu Adun Bunut Payong, Datuk Ramli Mamat menang tanpa bertanding jawatan timbalan YDP.", "Manakala Adun Kota Lama Datuk Anuar Tan Abdullah kekal jawatan naib YDP tanpa bertanding. Jawatan YDP meyaksikan perlawanan dua penjuru antara Dr Rosli dan Takiyuddin.", "“Kelantan menjadi guru politik Islam di negara kita. Segala perkara yang dilaksanakan di negeri ini banyak ditiru kerajaan pusat termasuk cuti dua hari seminggu dan dasar rumah tiga bilik,” ujarnya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/inflasi-naik-kadar-gst-wajar-turun/
Inflasi naik, kadar GST wajar turun
[ "INFLASI negara pada Februari telah mencecah 4.5%, jauh lebih tinggi daripada apa yang dijangka para penganalisis ekonomi. Perkara ini tidak mengejutkan ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga minyak kepada RM2.30 pada 1 Februari 2017 tanpa mempedulikan kesan terhadap rakyat.", "Perlu diingat, kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi pada realiti. Ini bermakna harga barangan akan terus meningkat, rakyat yang sudah merana terpaksa lagi membayar lebih pada bulan-bulan akan datang untuk segala jenis barangan konsumer.", "Mengumumkan harga minyak baharu secara mingguan bukan cara holistik untuk menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup rakyat. Apabila kerajaan bereksperimen dengan harga siling minyak nanti, dikhuatiri kerajaan akan menggunakan persaingan harga minyak antara stesen minyak untuk mencuri peluang mengenakan GST pula pada pembelian petrol, kononnya untuk mengelakkan penyelewengan.", "PAS mengulangi gesaan agar kadar GST diturunkan sejajar dengan kenaikan kadar inflasi. Memandangkan kadar inflasi telah naik sebanyak 1.3% daripada Januari ke Februari, maka sewajarnya kadar GST diturunkan daripada 6% kepada 4.7%.", "Penurunan kadar GST sejajar kenaikan kadar inflasi boleh menstabilkan kuasa membeli rakyat dan seterusnya menurunkan tekanan pada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.", "PAS mengulangi bahawa menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi tidak akan sesekali mengurangkan nilai kutipan GST kepada kerajaan, kerana harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/pas-di-antara-ph-dan-bn/
PAS di antara PH dan BN
[ "BANYAK kalangan yang bertanya sikap PAS di antara memilih bersama Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN)? Hanya pihak lain sahaja berdilema berkenaan PAS, menandakan PAS diminati semua. Adapun PAS, sedikitpun tidak menjadi keliru bagi menentukan sikapnya.", "Di zaman penjajah dahulu, sama ada British atau Jepun mereka yang menjadi pemimpin PAS sebelum penubuhannya berada dalam PKMM pernah bertahaluf dengan kumpulan nasionalis, sosialis, sehinggalah komunis, akhirnya dirungkaikan. Mereka yang tidak memahami konsep tahaluf, masuk hutan bersama komunis. Adapun yang beristiqamah menubuhkan Hizbu Al Muslimin yang akhirnya diharamkan oleh penjajah, yang bakinya bersama Umno.", "Ketika PAS ditubuhkan 1951, memuncaknya perjuangan menuntut pilihan raya segera melalui pendekatan politik damai, PAS bertahaluf bersama IMP dan Perikatan (Umno, MCA dan MIC), sehingga Dr Burhanuddin Al Hilmi bersama Prof Zulkifli Mohamad, Pak Sako, Ahmad Boestamam dan Dato’ Onn Jaafar menyertai Persidangan Afro Asia dan turut mendukung perjuangan kemerdekaan. Apabila PRU pra kemerdekaan1955, PAS bersendirian di mana semua komponen Pakatan Harapan belum lagi menjadi janin untuk dilahirkan.", "Selepas kemerdekaan PAS bersendirian dan mencapai sedikit kejayaan dalam PRU 1959, apabila berjaya memerintah Terengganu dan Kelantan dan menjadi pembangkang di Parlimen bertahaluf dengan Parti Negara yang dipimpin oleh Al Marhum Datuk Onn Jaafar, bekas Presiden Umno.", "Ketika penubuhan Malaysia berlakunya konfrontasi dengan Indonesia, PAS bertahaluf dengan kumpulan pembangkang menolak penubuhan Malaysia dan mahukan Melayu Raya. Mereka yang tidak memahami konsep tahaluf terus menyokong Sukarno bersama kumpulan pembangkang lain. Adapun yang beristiqamah terus bersama PAS.", "Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama Perikatan 1973 dan menubuhkan BN 1974 bersama parti komponennya. Berakhir dengan PAS dipecat daripada BN. Mereka yang tidak memahami konsep tahaluf terus bersama BN atau menubuh parti lain, termasuk menggerakkan ABIM. Manakala yang diperalat BN, mengikut telunjuk parti itu dan berlakunya penubuhan Berjasa. Di era mutakhir, PAS bertahaluf dengan Parti Semangat 46, selepasnya BA dan seterusnya PR. Berakhir dengan DAP memecat PAS.  ", "Dalam semua tahaluf tersebut, PAS teguh dengan dasar dan matlamatnya. Pemimpin dan ahlinya diwajibkan beristiqmah dengan dasar matlamat dan wala’ kepada keputusan pemimpinya. Perkataan Wala’ dan Tahaluf  tidak ada dalam istilah parti yang tidak berasaskan Islam. Mereka yang tidak faqih dalam istilah ini tidak boleh bersama PAS, sama ada keluar melarikan diri atau dipecat. PAS tidak bersama PH kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau oppurtunis.", "PAS tidak boleh menyertai BN kerana pernah menyertainya dan terkini memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakitnya, serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS. Menyertai BN laksana memikul biawak hidup.  Walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN telah keluar dan menyertai PH. Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.", "PAS memperkenalkan konsep Politik Matang dan Sejahtera berteraskan wajib berkepimpinan Islam yang adil terhadap semua anggota masyarakat majmuk mengikut objektif Ta’aawun berpandukan firman Allah:", "2. “Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya). (Al-Maidah: 2)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/selamat-hari-polis-malaysia-daripada-dewan-muslimat-pas/
Selamat Hari Polis Malaysia daripada Dewan Muslimat PAS
[ "FIRMAN Allah SWT maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang mencereboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahui. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (Surah Al-Anfaal, 60)", "Tahun ini, Hari Polis Malaysia bakal disambut buat kali ke-210. Angka ini menggambarkan komitmen dan kesungguhan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berkhidmat sejak sebelum tanah air merdeka lagi. PDRM yang dianggotai seramai 113,336 orang pegawai dan anggota. Jumlah keanggotaan ini pula terdiri daripada pelbagai aspek penugasan seperti Tugas Am dan Pasukan Gerakan Am merangkumi tugas ‘tradisional’ mereka serta tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu masa dahulu.", "Seiring peredaran masa, bahaya dan cabaran yang mampu menggugat keamanan serta kestabilan Malaysia jauh berbeza berbanding dahulu. Sifat amanah, pengorbanan, strategis serta komitmen lebih tinggi diperlukan bagi menghadapi realiti ini. Justeru, Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru rakyat Malaysia agar menghargai pengorbanan anggota PDRM serta memberi kerjasama sewajarnya dan sokongan yang tinggi kepada mereka.", "Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan selamat menyambut Hari Polis Malaysia kali ke-210. Semoga Allah SWT meneguhkan iltizam dan memasakkan keimanan dalam diri para anggota PDRM untuk terus menjalankan tugas dengan ‘telus, cepat dan pantas’." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/hukum-guna-siput-babi-dalam-produk-kosmetik/
Hukum guna siput babi dalam produk kosmetik
[ "Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari kesudahan.", "Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira. Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Di sesetengah negara, siput babi dikatakan dimakan. Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_Babi.", "Dalam isu ini kami cuba untuk membezakan dua perkara yang utama, iaitu hukum pada memakan siput babi yang dikategorikan sebagai khabaith dan hukum menjadikan siput bagi sebagai bahan penghasilan produk kosmetik yang merupakan isu fiqh kontemporari.", "Konsep uruf menghukumkan siput babi adalah merupakan haiwan khabaith dan kotor serta tidak halal untuk dimakan. Ini kerana masyarakat majmuk telah menganggapnya sebagai haiwan yang kotor dan menjijikkan. Maka ianya diharamkan berdasarkan konsep uruf yang menganggapnya sebagai khabaith. Ini berdasarkan firman Allah SWT:", "Begitu juga semua yang buruk atau yang kotor itu dipandang jijik oleh naluri manusia dalam masyarakat majmuk, walaupun dapat diterima oleh sebahagian mereka.", "Sementara haiwan-haiwan yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-Hadis Rasulullah SAW, maka jumhur fuqaha (Hanafiah, Syafieyyah, dan Hanabilah) mengembalikannya kepada uruf masyarakat Arab. Sehubungan itu, maka haiwan yang dianggap tayyib oleh masyarakat Arab ia adalah halal. Manakala haiwan yang dianggap khabaith oleh masyarakat Arab ia adalah haram. Maka siput babi hukumnya berdasarkan uruf masyarakat majmuk setempat.", "Asas kepada tanggapan jijik dan kotor ini berdasarkan tanggapan masyarakat arab pada zaman Rasulullah SAW. Kami nukilkan di sini daripada al-Fiqh al-Manhaji:", "Semua binatang yang dipandang jijik oleh orang arab pada zaman Rasulullah SAW seperti binatang yang melata di bumi dan sebagainya adalah haram kecuali yang dihalalkan oleh syara’ secara khusus. Contohnya, al-yarbu’ (اليَرْبُوْعُ) iaitu sejenis binatang seperti tikus yang ekor dan telinganya lebih panjang dan kakinya lebih panjang daripada tangan, dhab (الضَّبُّ) iaitu binatang padang pasir yang menyerupai biawak, musang turki (السَّمُّوْرُ), landak, wabar (الوَبْرُ), iaitu sejenis binatang kecil sedikit daripada kucing dan tidak berekor, ibn ‘arsin (ابْنُ عَرْسٍ), iaitu sejenis binatang yang bermusuh dengan tikus dan sebagainya.", "Penentuan halal atau haram binatang berdasarkan kebiasaan orang arab adalah kerana mereka yang mula-mula menerima syariat. Nabi Muhammad yang diutus oleh Allah untuk seluruh umat manusia dan jin pula adalah di kalangan mereka. Begitu juga al-Quran mula diturunkan kepada mereka.” Lihat al-Fiqh al-Manhaji (1/69).", "Siput babi adalah jenis yang dikategorikan sebagai haiwan darat. Di sini kami bawakan pembahagian binatang darat yang halal dan haram dimakan daripada kitab al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh:", "Haiwan yang yang langsung tidak mempunyai darah seperti lalat, lebah, semut dan seumpamanya. Haram kepada manusia memakan haiwan ini kerana ia tergolong dalam kategori al-khabaith iaitu haiwan yang dipandang jijik oleh masyarakat Arab.", "Haiwan yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, cicak, tikus, dan seumpamanya. Haiwan daripada jenis ini diharamkan kerana ia tergolong dalam kategori al-khabaith dan setengahnya mempunyai racun yang memudharatkan manusia.", "Haiwan yang mengalir darahnya. Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu haiwan jinak dan haiwan buas. Haiwan jinak daripada kategori al-An’am adalah halal dimakan seperti unta, lembu, dan kambing. Begitu juga halal dimakan haiwan jinak dari kategori burung seumpama ayam dan itik. Manakala haiwan buas yang bertaring seumpama singa dan harimau serta burung yang menggunakan kuku sebagai pemangsa seperti helang dan kelawar, ia adalah haram dimakan.Lihat al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh (4/2793)", "Maka berdasarkan pembahagian di atas, siput babi termasuk pada jenis yang kedua iaitu jenis haiwan yang tidak mengalir darahnya dan ianya dikategorikan sebagai khabaith dan tidak halal untuk dimakan. Para fuqaha Syafieyyah menghukumnya haiwan sebegini sebagai najis kerana ianya termasuk daripada bangkai.", "Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apapun namanya. Hal yang demikian kerana binatang tesebut dianggap elok oleh orang arab.", "Binatang ternakan (الأنعام) iaitu, unta, lembu, biri-biri, kambing, kuda, seladang, keldai liar, kijang, arnab dan lain-lain yang dianggap elok oleh orang arab yang kemudiannya diakui halal oleh syara’.", "Bagaimanapun, ada juga binatang yang dianggap elok oleh orang arab, tetapi diharamkan oleh syara’ dan tidak harus dimakan seperti baghal, iaitu binatang hasil daripada pengawanan antara keldai jantan dengan kuda betina dan keldai peliharaan (الحمر الأهليّة).", "Binatang tersebut seperti anjing , babi , serigala, beruang, kucing, Ibn Awi (ابْنُ آوِي) iaitu sejenis binatang yang besar sedikit daripada musang tetapi lebih kecil daripada anjing dan kukunya panjang, gajah, singa, harimau bintang, kera dan seumpamanya.", "Prinsip Ketiga: Semua binatang yang sunat dibunuh adalah haram dimakan. Contohnya, ular, kala jengking, gagak, helang sikap, tikus dan semua binatang yang memudharatkan.", "Binatang tersebut dan seumpamanya adalah haram dimakan, sama ada dianggap elok oleh orang arab ataupun tidak. Hal ini adalah kerana hadis telah menghukumnya sunat dibunuh dan kebanyakannya pula menjijikkan orang arab.", "Hukum asal bagi siput babi adalah bukan najis. Ini kerana tidak ada dalil yang sarih dan sahih yang mengharamkannya. Maka hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah harus. Ini kerana terdapat padanya manfaat dan menghasilkan banyak manfaat yang lain daripadanya. Siput babi juga merupakan haiwan yang tidak diharamkan atau dihalalkan oleh nas secara jelas dan sahih. Haiwan ini merupakan haiwan yang disenyapkan status hukumnya oleh syara’ untuk dimakan atau digunakan atau dimanfaatkan.", "“Dasar pertama yang telah ditetapkan oleh Islam ialah membawa asal sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT, biar apa jua barangan atau manfaat, asalnya ialah halal dan boleh digunapakai. Tiada yang haram melainkan jika ada nas yang sahih dan jelas daripada syariat yang menetapkan pengharamannya. Jika tidak ada nas yang sahih, umpamanya ada sesetengah hadis yang dhaif, iaitu lemah ataupun tidak jelas dalam dalil tentang pengharamannya, maka tinggallah perkara itu seperti asalnya, iaitu mubah (diharuskan).", "Maksudnya: Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya.(Surah al-Jathiah: 13)", "Maksudnya: Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah SWT telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin.(Surah Luqman: 20)", "Mustahil bagi Allah SWT untuk menciptakan semua barangan ini untuk memudahkan manusia serta dikurniakan-Nya buat mereka semua ini. Kemudian, diharamkan-Nya kepada manusia dari semua barangan itu dengan tetap menjadikannya haram pula kepada mereka. Jika demikian, apa hikmahnya ianya diciptakan untuk manusia menikmatinya? Tentulah ianya bertentangan sama sekali. Tetapi sebenarnya, Allah SWT hanya mengharamkan sebahagian dari barangan itu, dengan adanya sebab dan hikmah yang akan kami jelaskan selepas ini. Dengan itu juga, lingkungan pengharaman dalam syariat Islam itu sangat sempit. Malah lingkungan penghalalannya pula sangat luas. Ini kerana nas-nas yang sahih lagi jelas membawa tentang hukum pengharaman itu sangat sedikit. Di samping itu, mana yang tidak ada nas dari hal penghalalannya atau pengharamannya, maka dihukumkan tetap di atas hukum asalnya, iaitu Mubah (dibolehkan) atau dikategorikan dalam lingkungan yang dimaafkan oleh Allah SWT.", "مَا أَحَلَّ اللهُ في كتابِهِ فَهُو حَلاَلٌ، وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ حَرَامٌ، وَمَا سَكَتَ عَنهُ فَهُوَ عَفْوٌ، فَاقْبَلُوا مِنَ اللهِ عَافِيَتُهُ، فَإِنَّ اللهَ لَم يَكُن لِيَنْسَى شَيئًا، وَتَلاَ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا", "Maksudnya: “Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya, maka ianya adalah halal dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ianya pula adalah haram. Dan apa sahaja yang didiamkan-Nya, maka ianya itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu daripada Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tidak lupa barang sedikitpun. Kemudian Rasulullah SAW membaca daripada firman Allah SWT: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa.” (Surah Maryam: 64)", "Menerusi sebuah riwayat daripada Salman al-Farisi RA, katanya: Rasulullah SAW pernah ditanya tentang hukum minyak sapi (samen), keju (susu keras) dan keldai liar, lalu Baginda SAW menjawab:", "Maksudnya: “Yang halal itu ialah sesuatu yang dihalalkan Allah SWT di dalam Kitab-Nya dan yang haram itu sesuatu yang diharamkan Allah SWT di dalam Kitab-Nya. Dan mana-mana yang didiamkan-Nya sahaja, maka ianya termasuk apa yang dimaafkan buat kamu.”Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah", "Rasulullah SAW enggan menjawab persoalan tentang bahagian-bahagian yang kecil ini. Malah Baginda SAW menyerahkan perkara ini kepada mereka untuk menentukannya, sesuai dengan cara-cara yang dapat dirujuk tentang cara mengenal perkara yang halal dan haram. Oleh itu, memadailah mereka mengenal apa yang diharamkan oleh Allah SWT dan yang lain bolehlah dianggap halal dan baik.", "إِنَّ اللهَ فَرَضَ فَرَائضَ فَلاَ تُضَيِّعُوهَا، وَحَدَّ حُدُودًا فَلاَ تَعتَدُوهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلاَ تَنتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَن أَشيَاءَ رَحْمَةً بِكُم غَيرَ نِسيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنهَا", "Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka janganlah kamu mensia-siakannya dan Allah SWT telah membataskan beberapa batasan, maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia mengharamkan pula beberapa barangan, maka janganlah membuatnya, dan Dia berdiam atas beberapa barangan sebagai tanda rahmat-Nya ke atas kamu, bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu mengungkitnya.”Riwayat al-Daraqutni dan dihasankan oleh al-Nawawi", "Suka diingatkan di sini, sesungguhnya asal mubah atau membolehkan itu tidak terbatas kepada barangan dan harta benda, tetapi meliputi semua perbuatan dan pekerjaan, yang tidak termasuk urusan ibadat, iaitu yang biasa kita namakan sebagai adat kebiasaan dan muamalah.", "Maka perkara yang asal pada semua ini ialah tidak haram dan tidak terikat dengan sesuatu hukum, kecuali jika memang sudah diharamkan oleh syariat dan ditetapkan hukumnya. Lihat al-Halal wa al-Haram (33).", "Justeru itu, siput babi merupakan haiwan yang disenyapkan syara’ pada pengharamannya dan penghalalannya, serta ianya termasuk pada haiwan yang tidak mengalir darahnya yang mana ianya masih dalam kerangka ijtihadiyyah antara empat mazhab fiqh Islam pada pengharamannya dan penghalalannya.", "Adapun haiwan yang tidak mengalir darahnya seperti siput babi, para fuqaha telah berbeza pendapat tentang kesuciannya. Fuqaha Hanafiah dan Malikiah mengatakan haiwan jenis ini adalah suci. Sementara fuqaha Syafieyyah pula menghukumnya sebagai najis. Fuqaha Hanabilah berpendapat, haiwan yang tidak mempunyai darah mengalir sekiranya lahir daripada sumber (makanan) yang suci maka dianggap suci, tetapi jika ia lahir dari sumber yang najis seperti ulat kebun dan lipas maka ia dianggap najis sama ada masih hidup atau mati. Berdasarkan pandangan di atas, siput babi boleh dianggap sebagai haiwan yang suci (tidak najis) walaupun tidak boleh dimakan. Oleh itu, penggunaan siput babi untuk tujuan perubatan (bukan untuk dimakan) dan untuk tujuan kosmetik adalah tidak menjadi haram.", "Ini juga bertepatan dengan hadis Abu Hurairah tentang lalat yang jatuh ke dalam bekas minuman, bahawa hukum pemakanan lalat adalah haram berdasarkan dalil di bawah ini akan tetapi lalat merupakan haiwan yang suci begitu juga siput babi ianya adalah haram pada pemakanan tetapi tidak pada kesuciannya. Ini kerana ulama berbeza pandangan dalam menghukumkan kesucian haiwan yang tidak mengalir darahnya seperti siput babi.", "Maksudnya: “Jika seekor lalat memasuki tempat minum kamu, maka celuplah seluruh bahagian lalat tersebut. Lalu buanglah lalat tadi. Ini kerana pada salah satu sayapnya terdapat ubat dan sayap lainnya adalah racun.”Riwayat al-Bukhari (5872)", "ويستثنى من النجس ميته لا دم لها سائل عن موضع جرحها، إما بأن لا يكون لها دم أصلاً، أو لها دم لا يجري", "Maksudnya: “Dikecualikan daripada benda najis (tidak termasuk najis), bangkai binatang yang tidak memiliki darah yang mengalir ketika dilukakannya, sama ada kerana tidak memiliki darah sama sekali atau memiliki darah, tetapi tidak mengalir.”(Lihat Nihayah al-Muhtaj, 1/237).", "Menurut mazhab Imam Malik bahawa semua yang baik itu dihalalkan. Berdasarkan pendapat ini tidak ada kesan langsung daripada anggapan manusia (yang melihat ianya sebagai kotor) dalam pengharamannya. Yang menjadi kayu ukur adalah jika terdapatnya dalil yang menjelaskan pengharamannya. Jika tidak ada dalil yang mengharamkannya maka ia adalah halal.", "Kami melihat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menguatkan pendapat ini. Beliau mengatakan pada tempat yang lain: ‘Tidak ada kesan dalam tanggapan jijik bagi orang Arab. Selama mana tidak diharamkan oleh syariat, ianya tetap halal. Ini adalah pendapat Imam Ahmad dan sahabatnya yang terdahulu. Beliau dengan pendapat ini melihat bahawa penghalalan yang mengikuti kebaikan dan kemaslahatan sedangkan pengharaman mengikuti kejijikkan dan kemudharatan yang terdapat pada zat sesuatu, bukan pada tanggapan manusia. Ini adalah pendapat yang kuat, kalau kita cermati.’” Lihat al-‘At’imah wa Ahkam al-Soid wa al-Zabah (76–80).", "Di sini kami bawakan status hukum yang ada persamaan dengan isu yang dibahaskan pada kali ini, iaitu Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan:", "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 di Negeri Sembilan telah membincangkan Hukum Menternak dan Menjual Lintah dan Cacing untuk Tujuan Perubatan dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa:", "“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan kosmetik adalah harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah harus.” Lihat Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia hlm. 118.", "Setelah meneliti muzakarah fatwa di atas, maka wujudnya persamaan antara hukum penggunaan cacing untuk penghasilan produk kosmetik dengan siput babi. Ini kerana kedua-dua mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, iaitu kedua-duanya ialah haiwan darat dan dipandang kotor oleh masyarakat majmuk setempat dari sudut dijadikannya sebagai makanan. Kedua-dua haiwan ini juga sudah dikenal pasti dapat mendatangkan manfaat dan maslahah kepada manusia sama ada maslahah dari sudut asliyyah atau tab’iyyah.", "Illah pada pengharaman siput babi dan cacing ialah kerana keduanya merupakan haiwan yang khabaith mengikut mazhab Syafie dan uruf masyarakat setempat. Akan tetapi sekiranya illah itu tiada atau hilang maka hukumnya adalah harus.", "Maka di sini, adakah terdapat illah khabithah pada penggunaan untuk pengunaan luaran (bukan untuk pemakanan) seperti pengunaan kosmetik. Sekiranya masyarakat sudah tidak lagi melihat sebagai khabithah pada penggunaan maka hukumnya adalah harus dan dihalalkan pengunaannya.", "Bahawa hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah termasuk masalah ijtihadiyah kerana tidak ada nas al-Quran atau nas hadis yang secara sarih dan sahih (jelas dan sahih) menjelaskan hukum masalah ini. Hal ini dapat difahami kerana penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik merupakan masalah baru yang belum pernah terjadi pada zaman Nabi Muhammad SAW.", "Bahawa menurut hasil analisa dan kajian pihak kami, bahawa hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah halal, kerana ia termasuk dalam perkara tahsiniyyat (iaitu perkara yang menjadi kesempurnaan dalam kehidupan) selagi mana ianya tidak memudaratkan dan mengdatangkan mafsadah. Ianya juga sama sekiranya penggunaan bahan yang masih dalam kerangka ijtihadiyyah akan pengharamannya digunakan untuk menghasilkan produk makanan.", "Penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah termasuk masalah al-Maskut ‘anhu (yang disenyapkan dan tidak dijelaskan hukumnya secara jelas) oleh al-Quran atau al-Sunnah. Oleh itu selagi mana ianya tidak mengdatangkan mudarat dan mafsadah maka ianya adalah mubah harus. Ini kerana pada asasnyanya segala ciptaan Allah SWT yang ada di langit dan di bumi adalah dikhazanahkan kepada manusia, dan halal bagi manusia sehinggalah ada dalil yang mengharamkan segala jelas dan sabit. Ini berdasarkan firman Allah SWT:", "Maksudnya: Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.(Surah al-Jathisah: 13)", "إِنَّ اللهَ فَرَضَ فَرَائضَ فَلاَ تُضَيِّعُوهَا، وَحَدَّ حُدُودًا فَلاَ تَعتَدُوهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلاَ تَنتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَن أَشيَاءَ رَحْمَةً بِكُم غَيرَ نِسيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنهَا", "Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka janganlah kamu mensia-siakannya dan Allah SWT telah membataskan beberapa batasan, maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia mengharamkan pula beberapa barangan, maka janganlah membuatnya, dan Dia berdiam atas beberapa barangan sebagai tanda rahmat-Nya ke atas kamu, bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu mengungkitnya.”Riwayat al-Daraqutni dan dihasankan oleh al-Nawawi", "Maksudnya: “Hukum asal segala sesuatu (yang bermanfaat) adalah mubah (halal) sehingga ada dalil yang menunjukkan ke atas pengharamannya. Inilah pandangan jumhur.”", "Penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah harus kerana manfaat yang diperolehi daripadanya daripada segi perubatan dan kecantikan. Justeru, hukum jual beli siput babi adalah sah kerana manfaat yang terhasil daripadanya. Hal ini bertepatan dengan prinsip-prinsip penetapan hukum Islam, dimana salah satu tujuan syari’at hukum Islam adalah untuk mewujudkan kemaslahatan. Jika kerana banyaknya manfaat dalam penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik, maka hal ini diharuskan bahkan sah diperdagangkan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/kesahihan-azab-kubur-diangkat-40-hari/
Kesahihan azab kubur diangkat 40 hari
[ "IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-176: KESAHIHAN AZAB KUBUR DIANGKAT SELAMA 40 HARIDitulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ AyubDiterbitkan: 24 Mac 2017", "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.", "Merujuk kepada soalan di atas, kita perlulah memastikan kesahihan sesebuah hadith sebelum menyandarkannya kepada Nabi SAW dan menyebarkannya kepada orang lain. Ini kerana, menyandarkan sesuatu yang tidak sahih kepada Rasulullah SAW adalah termasuk di dalam pendustaan di atas nama Baginda SAW yang mulia dan perbuatan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam neraka.", "Maksudnya: “Sesungguhnya orang alim dan orang yang belajar apabila mereka berjalan di sebuah kampung maka Allah SWT akan mengangkat azab daripada perkuburan yang terletak di kampung itu selama 40 hari”.", "Setelah kami menekuni berkaitan hadith ini, kami mendapati hadith ini sebagai palsu dan tiada asal baginya. Antara ulama’ yang mengatakan bahawa hadith ini adalah palsu adalah:", "Imam al-Suyuthi mengatakan hadith ini tiada asal baginya sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Mulla Ali al-Qari. [Lihat: dan al-Mashnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’, 65]Syeikh al-Qauqaji menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 53/1]Syeikh al-‘Ajlouni mengatakan bahawa hadith ini tiada asal baginya (palsu). [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 221/1]Syeikh Mulla Ali al-Qari menghukum hadith ini sebagai palsu. [Lihat: Asrar al-Marfu’ah, 123/1]", "Kesimpulannya, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga hadithnya. Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:", "Maksudnya: “Barangsiapa yang sengaja berkata-kata dusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di neraka”. [Muttafaqun ‘Alaih] [al-Bukhari (108) dan Muslim (2)]", "Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini serta memelihara lidah kita daripada melakukan kesalahan dalam menyandarkan sesuatu kepada Nabi SAW. Amin." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/kebuluran-somalia-yaman-tagih-bantuan-antarabangsa/
Kebuluran: Somalia, Yaman tagih bantuan antarabangsa
[ "Selain itu, Yaman juga turut terjejas dengan jumlah keseluruhannya seramai lima juta orang, termasuk Somalia dan Timur Laut Nigeria, serta kawasan Selatan Sudan.", "Selain itu, badan sukarelawan “Red Cross” dalam masa sama memaklumkan bahawa hanya tiga bulan sahaja diperuntukkan untuk menyelamatkan kesemua mangsa terjejas.", "Tambah Al-Jazeera, Pengarah Operasi Red Cross, Dominik Stillhart memaklumkan dana tersebut adalah untuk memastikan bahawa lima daripada 20 juta orang berisiko kebuluran menerima bantuan segera.", "Al-Jazeera menambah, awal Mac lalu, PBB telah mengumumkan lebih daripada 20 juta penduduk menghadapi kebuluran di empat negara tersebut dan mereka perlu meningkatkan sejumlah $4.4b dana menjelang Julai.", "PBB dan organisasi bantuan makanan menyatakan kebuluran tersebut melibatkan lebih daripada 30 peratus kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami kekurangan zat makanan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/pindaan-akta-164-mencabar-aqidah-islam/
Pindaan Akta 164: Mencabar aqidah Islam
[ "RANG Undang-Undang Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] akan dibaca kali kedua dalam sesi Dewan Rakyat kali ini. Akta ini telah menimbulkan krisis yang berpanjangan khusus melibatkan kes apabila salah seorang pasangan bukan Islam mengambil keputusan untuk memeluk Islam.", "Pertama, mereka yang memeluk Islam tidak diberikan hak untuk melakukan petisyen perceraian di Mahkamah Sivil merujuk kepada Seksyen 51 dalam akta yang sama. Dalam masa yang sama, isu tersebut juga tidak dapat diselesaikan di Mahkamah Syariah meskipun mereka adalah sebahagian daripada orang Islam kerana asal perkahwinan mereka tertakluk di bawah Akta 164 dan proses perceraian mesti merujuk kepada akta yang sama.", "Kedua, rantaian daripada masalah pertama adalah hak menentukan agama anak, sama ada memerlukan persetujuan kedua-dua pasangan atau cukup salah seorang daripada mereka. Isu penentuan agama anak lebih berat jika dibandingkan soal hak penjagaan anak yang turut mendapat perhatian ramai sebelum ini.", "Umumnya, jika diteliti, pindaan Akta 164 memberikan hak kepada mereka yang memeluk Islam untuk melakukan petisyen perceraian. Namun, ironi sekali apabila dalam soal penentuan agama anak, pindaan tersebut seolah-olah mengambil langkah mundur ke belakang dan lebih merumitkan keadaan serta mengenepikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.", "Pindaan tersebut meletakkan syarat penukaran agama anak mesti mendapat persetujuan “ibu dan bapa atau penjaga” berbanding sebelum ini hanya memerlukan persetujuan “ibu atau bapa atau penjaga”.", "Keadaan ini menimbulkan kecelaruan dan boleh menyebabkan semakan kehakiman yang rumit. Dalam kes Subashini v Saravanan pada 2007 yang selalu dijadikan rujukan kes, hakim Mahkamah Persekutuan ketika menghakimi kes berkenaan menjelaskan penukaran agama anak tidak memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak malah tidak bertentangan dengan Perkara 12(4).", "Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Istilah ‘parent’ dalam Fasal (3), Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan ditafsir dengan ‘by his father or his mother or his guardian’. Justeru, mengapa pindaan Akta 164 ini mesti mengambil langkah ke belakang?", "Asasnya adalah kepada isu ‘unilateral conversion’ yang perlu dinilai dan diteliti secara menyeluruh. Mencadangkan pindaan Akta 164 untuk menyelesaikan kompleksiti isu tersebut jelas tidak menampakkan sikap berhati-hati pihak bertanggungjawab. Malah, pertindihan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil juga tidak kurang pentingnya.", "Jaminan menganut dan mengamalkan agama di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan hanya dinikmati oleh golongan minoriti sahaja tetapi juga golongan majoriti. Namun kini dilihat seolah-olah semua yang ada pada golongan majoriti hendaklah dikompromi.", "Isu Pindaan Akta 164 ini turut melibatkan kepentingan agama Islam, agama bagi persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan ia juga dilindungi di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Maka, sewajarnya ia ditangani dengan lebih cermat. Justeru itu, pindaan Akta 164 ini wajar untuk  diteliti semula sebelum dibentangkan.", "Ini isu aqidah anak yang perlu dipertahan oleh setiap orang Islam. Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan IFC suatu masa dahulu yang kita sama sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya. Tapi kini kenapa perjuangan IFC yang dibawa secara berasingan ini, kita mahu terima pula? – HARAKAHDAILY 25/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/pru14-kuala-nerus-sasar-menang-semua-kerusi/
PRU14: PAS Kuala Nerus sasar menang semua kerusi
[ "PAS Kawasan Kuala Nerus kini mempersiapkan jentera pilihan rayanya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan sasaran memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam parlimen itu.", "Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Alias Razak berkata, kawasan itu yakin akan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi pada PRU ke-13 lalu dan sedang bekerja keras di Dun Seberang Takir.", "“Saya lebih nampak (Dun) Seberang Takir itu berpotensi untuk kita menang. Sebab, (Datuk Seri) Ahmad Razif (Menteri Besar) itu sendiri sudah jadi liabiliti,” ujarnya dipetik Buletin Online.", "Menurut beliau, kekalahan PAS pada PRU13 lalu di Dun Seberang Takir yang diwakili oleh Ahmad Razif itu tidak banyak dan boleh diatasi.", "“Terutamanya, Dun tumpuan. Kita (PAS) akan tanding belaka (32 Dun) dan lapan Parlimen. Tetapi, kita juga ada Dun-Dun sasaran yang perlu kita fokus.", "“Kita akan gerakkan seluruh jentera parti secara bersepadu untuk mencapai pelan ‘road map’ menuju ke Wisma Darul Iman kali ketiga, insya Allah.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal itu berkata demikian ketika program ziarah di Unit Peti Undi (UPU) Batu Enam, Kuala Nerus, baru-baru ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/25/30-tahun-harakah-medium-rasmi-dan-cakna-suara-rakyat/
30 Tahun Harakah: Medium rasmi dan cakna suara rakyat
[ "Masuk keluar ke kandang saksi, diugut dengan Akta Mesin Cetak dan beberapa kakitangannya pernah dihadapkan ke mahkamah kerana memperjuang suara kebenaran.", "Saya sendiri pernah melalui detik sukar keluar masuk balai polis disoal siasat semasa menjadi wartawan dan kini bergelar ketua pengarang pula dihadapkan dengan pelbagai fitnah mengendali akhbar rasmi PAS ini.", "Semoga Harakah akan terus menjadi akhbar nombor satu pilihan ahli PAS dan masyarakat demi mendapatkan sumber rasmi PAS dan isu-isu rakyat yang diperjuangkan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/26/orang-lama-istiqamah-teladan-terbaik/
Orang lama istiqamah teladan terbaik
[ "SEBAGAI pemuda dalam perjuangan PAS khasnya di tanah air Malaysia, adalah sangat perlu untuk sedar dan mengakui bahawa perjuangan ini bukanlah kita sebagai pemula dan juga pengakhirannya.", "Pemuda PAS mesti ingat bahawa kita hanyalah merupakan mata rantai yang menyambung siri perjuangan dalam menegakkan syiar Islam dan mempertahankannya. Sebab itulah, wahai pemuda sekalian sewajarnya menerima hakikat ini.", "Penghormatan tetap buat mereka yang terlebih awal dalam perjuangan ini. Mereka yang masih istiqamah dengan erti kata masih bersama aktif membantu gerak kerja sama sumbangan tenaga mahupun harta benda. Kerana itulah syarat perjuangan yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran setiap halangan serta ujian mendatang.", "Pihak DPP Kawasan Bagan Datoh sangat mengambil kira jasa serta nilaian kerja orang lama dalam PAS khasnya di kawasan Bagan Datoh. Mereka yang istiqamah serta terus mendukung prinsip perjuangan amatlah kami kasihi dan hormati.", "Soal kalah menang dalam pilihan raya dan apa jua perkara dalam parti serta jemaah ini bukannya menjadi alasan untuk undur atau putus asa. Kerana Allah SWT tidak melihat kemenangan atas dunia semata-mata sebagai syarat perolehi redha-Nya tetapi adalah kerja amal, prinsip asas perjuangan Islam, akidah, syariah dan juga akhlak Islam berterusan hingga akhirnya adalah menjadi ukurannya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/26/yang-dipilih-tarik-diri-semua-menang-di-sisi-allah/
Yang dipilih, tarik diri semua menang di sisi Allah
[ "“Saya tak istilahkan si menang dan si kalah sebab yang dipilih dan yang tarik diri semuanya menang di sisi Allah jika mereka ikhlas,” ujar Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Zaharudin Muhammad menerusi laman facebook.", "Menurutnya, hampir PRU pada kebiasaan orang berebut jadi ketua kawasan (YDP) atau ketua cabang atau posisi-posisi yang berkuasa menentukan calon PRU.", "“Alhamdulillah teman-teman seperjuangan di kawasan Subang berebut mendahulukan ahli jemaah yang lain. Yang tak tarik diri atas dasar tanggungjawab dan yang tarik diri juga atas dasar tanggungjawab. Semua insya Allah diberkati oleh Allah SWT,” tambahnya.", "Justeru, ujarnya pada mesyuarat agung kali ini beliau juga menarik diri daripada YDP Kawasan Subang dan memberikan laluan kepada Ustaz Ridhuan Ismail sebagai YDP.", "Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang telah sudi datang merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Subang. – HARAKAHDAILY 26/3/2017" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/26/kelebihan-sanad-yang-tinggi/
Kelebihan sanad yang tinggi
[ "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.", "Ilmu sanad merupakan salah satu ilmu atau tradisi ilmu yang diwarisi oleh umat Islam yang diambil daripada generasi terdahulu. Untuk itu, tradisi ini masih dijaga dan diamalkan sehingga ke masa kini. Selain itu, mencari sanad yang tinggi adalah merupakan sunnah bagi generasi salaf (yang terdahulu). Perkara ini diungkapkan sendiri oleh Imam Ahmad:", "Tambahan pula, antara bukti atau kesungguhan yang ditunjukkan oleh para ulama’ terdahulu dalam memelihara tradisi ilmu ini adalah dengan mengembara bagi mencari hadith. Di dalam ilmu hadith terdapat satu bab yang dinamakan “Rehlah Dalam Mencari Hadith”. Pada bab ini dinyatakan antara kisah-kisah menarik yang berlaku kepada generasi terdahulu dalam kesungguhan mereka mencari hadith atau memburu sanad yang tinggi. Perkara ini penting kerana ia boleh menjaga ketulenan atau kesahihan sesebuah hadith.", "إِنْ كُنَّا نَسْمَعُ الرِّوَايَةَ بِالْبَصْرَةِ عَنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمْ نَرْضَ، حَتَّى رَكِبْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ، فَسَمِعْنَاهَا مِنْ أَفْوَاهِهِمْ", "Maksudnya: “Kami telah mendengar riwayat daripada sahabat-sahabat Nabi SAW di Basrah, maka kami tidak akan redha sehingga kami pergi ke Madinah untuk mendengar sendiri daripada mulut-mulut mereka (sahabat Nabi SAW)”. [Lihat: Sunan al-Darimi, 464/1]", "Maksudnya: “Aku bermuqim di Madinah dengan tiada tujuan melainkan terdapat sorang lelaki yang mempunyai sebuah hadith sahaja dan aku ingin mendengarnya daripadanya”. [Lihat: al-Muhaddith al-Fasil, 223/1]", "Rentetan daripada ini, maka berlakulah apa yang dinamakan sebagai mencari sanad yang tinggi. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah supaya sanad yang didapatinya itu lebih hampir kepada Nabi SAW dan terdapat keberkatan padanya. Selain itu juga, tradisi ini dapat menjaga hadith-hadith ini daripada diselewang atau diubah akan keasliannya. Untuk itu, tradisi dan ilmu sanad ini sangat penting dan ia perlu diteruskan dan dikembangkan sehingga ke hari ini.", "Kesimpulannya, mencari sanad yang tinggi merupakan tradisi ulama silam dan tradisi perlu dijaga kerana ia hanya terdapat dalam agama Islam sahaja. Ini kerana, ilmu sanad ini tidak dimiliki oleh agama-agama yang lain. Kami menutup perbahasan ini dengan kata-kata daripada Yahya bin Ma’in ketika beliau sakit dan wafat akibat daripada penyakit itu:", "Maksudnya: “Apa yang kamu harapkan (inginkan)?”. Beliau menjawab: “Rumah lapang (tidak banyak gangguan atau tidak mempunyai harta benda yang banyak) dan juga sanad yang tinggi” . [Lihat: Muqaddimah Ibn Solah, 256]", "Akhirnya, semoga Allah memberi kita kekuatan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu serta menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan di akhirat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/26/kecerdasan-tentera-khalid-ibn-al-walid/
Kecerdasan tentera Khalid ibn al-Walid
[ "SEJARAH peradaban manusia mencatat banyak nama yang menggoreskan kisah di lembaran-lembaran zaman tentang kepakaran tentera yang layak ditiru. Di antara tokoh tentera yang paling cemerlang adalah panglima Islam Khalid bin al-Walid radhiallahu ‘anhu. Ia berada di puncak para ahli strategi militer. Kesimpulan itu berangkat dari kemampuannya menggetarkan benteng-benteng Parsi dan Romawi dalam hitungan tahun yang singkat sahaja -atas izin Allah. Padahal dua kerajaan itu adalah kerajaan kuasa besar. Kerana kepimpinan ketenteraan, Islam tersebar di Jazirah Arab, Iraq, dan Syam dengan mulia dan penuh wibawa.", "Saking dahsyat dan hebatnya tipu daya (strategi) Khalid dalam berperang, sampai-sampai Abu Bakar memujinya dengan ucapan, “Demi Allah, orang-orang Rom akan lupa dengan tipu daya syaitan karena (kedatangan) Khalid bin al-Walid”. Abu Bakar radhiallahu ‘anhu juga mengatakan, “Para wanita tidak akan mampu lagi melahirkan seseorang seperti Khalid”.", "Kaum muslimin mengenalnya dengan sebutan Saifullah (pedang Allah). Sebutan itu melekat bermula pada masa Rasulullah menyebutnya demikian di hari keislamannya, “Engkau adalah pedang di antara pedang-pedang Allah yang Dia hunuskan kepada orang-orang musyrik”.", "Di Perang Mu’tah -perang yang terjadi pada tahun 8 H-, 3000 pasukan Islam dikepung oleh 100.000 pasukan Romawi. Pada masa itu, tiga panglima pasukan kaum muslimin gugur di Mu’tah: Zaid bin Haritsah, Ja’far bin Abi Thalib, dan Abdullah bin Rawahah radiallahu ‘anhum. Kemudian orang-orang mengangkat Khalid bin al-Walid menjadi panglima.", "Sedar dengan jumlah yang tidak sepadan, Khalid membuat taktik mundur yang begitu rapi. Gerakan mundur yang dirancang sedemikian rupa sehingga musuh takut untuk mengejar. Strategi yang unik, mundur dari medan perang, tetapi musuh yang jumlahnya sangat besar, tersusun, dan bersenjata lengkap malah merasa ketakutan. Sehingga mereka tidak berani mengejar. Kaum muslimin pun pulang dengan selamat. Malah, selepas peperangan, taktik itu memberikan ketakutan yang membekas. Pasukan Romawi yang sebelumnya meremehkan kaum muslimin, kini melihat mereka sebagai musuh yang menakutkan.", "Setelah Rasulullah ﷺ wafat, Abu Bakar ash-Shiddiq diangkat menjadi pengganti beliau. Di masa itu, berlaku gelombang kemurtadan. Sebahagian kabilah yang dulunya muslim, kemudian keluar dari Islam. Yang dulu, membayar zakat di zaman Nabi ﷺ, kini tidak lagi menunaikannya. Madinah mendapat ancaman. Dasar berani pun harus diputuskan oleh khalifah baru.", "Abu Bakar menetapkan dasar dan sikap tegas atas kesalahan ini. Ia mengutus panglima perangnya, Khalid bin al-Walid untuk menutup mulut pembangkangan. Melalui keputusan tegas Abu Bakar dan kemampuan tentera Khalid, Allah ﷻ kembalikan kewibawaan kaum muslimin di Jazirah Arab.", "Setelah khalifah Abu Bakar ash-Shiddiq memuktamadkan urusan dalam negeri, mulailah beliau berfikir mengamankan daerah perbatasan. Khususnya wilayah-wilayah yang berdekatan dengan Parsi dan Romawi. Kerana bukan rahsia lagi, dua kerajaan besar ini tengah mempersiapkan diri menyerang Daulah Islamyah yang baru tumbuh.", "Abu Bakar mengutus panglima-panglima terbaiknya untuk mengamankan sempadan. Khalid bin al-Walid membawa pasukan besar yang berjumlah 10,000 orang menuju Iraq. Al-Mutsanna bin Haritsah asy-Syaibani menuju wilayah Hirah. Iyadh bin Ghanam ke Daumatul Jandal dan kemudian bergabung ke wilayah Hirah. Dan Said bin al-Ash dengan 7000 pasukan menuju sempadan Palestin. Parsi dan Romawi pun dibuat sibuk oleh negara kecil yang berpusat di Madinah itu.", "Khalid bin al-Walid berjaya merebut wilayah selatan Iraq, kemudian menakluk Hirah. Sementara pasukan Iyadh menghadapi kesulitan melawan orang-orang Ghasasinah. Khalid pun datang membantu Iyadh. Setelah itu, ia kembali lagi ke Iraq.", "Ketika Abu Bakar ash-Shiddiq radhiallahu ‘anhu mengetahui Heraclius menyiapkan 240,000 angkatan perang untuk menyerang Madinah, ia sama sekali tidak gentar. Abu Bakar tidak merasa kecut sehingga merasa perlu merendahkan diri dan mengikat perjanjian damai dengan Maharaja Rom itu. Ia meresponnya dengan mengumumkan jihad ke seluruh Hijaz, Nejd, dan Yaman. Seruannya pun disambut dari segala penjuru.", "Setelah para mujahid datang, Abu Bakar menyiapkan empat brigade serang menuju Syam. Empat kumpulan besar ini dipimpin oleh Yazid bin Abi Sufyan, Syurahbil bin Hasnah, Abu Ubaidah bin al-Jarrah, dan Amr bin al-Ash. Kabar persiapan pasukan Arab Islam menuju Syam pun didengar oleh tuan rumah Romawi. Heraclius menyiapkan sambutan untuk tamunya dengan pasukan yang sangat besar. Lebih daripada 120,000 pasukan disiapkan untuk menghadang pasukan Islam dari segala penjuru. Mengetahui besarnya jumlah pasukan musuh, panglima-panglima pasukan Islam berunding dan akhirnya bersepakat meleburkan 4 pasukan menjadi satu kumpulan sahaja. Strategi ini dipersetujui oleh Abu Bakar.", "Strategi kaum muslimin juga direspon Romawi dengan menyatukan pasukan besarnya di bawah pimpinan Theodoric, saudara Heraclius. Jarak tempuh dua bulan perjalanan membuat panglima-panglima kaum muslimin ketar-ketir dengan stamina pasukan mereka. Mereka bimbang jarak tersebut membuat semangat tempur dan kesabaran pasukan menguap terdedah kepada teriknya matahari padang pasir. Ditambah lagi materi pasukan musuh yang besar dan lengkap. Mereka pun meminta bantuan kepada Khalifah Abu Bakar ash-Shiddiq.", "Surat permohonan bantuan tiba di Madinah. Setelah berbincang dan mengetahui butir-butir keadaan di lapangan, Abu Bakar memandang perlunya peralihan kepimpinan pasukan. Perang besar ini memerlukan seorang pemimpin yang bijak strateginya dan berpengalaman. Ia memerintahkan agar Khalid bin al-Walid yang berada di Iraq berangkat menuju Syam. Abu Bakar perintahkan Khalid membahagi dua pasukannya. Setengah ditinggal di Iraq dan setengah lagi berangkat ke Syam. Pasukan Iraq, Khalid serahkan kepad al-Mutsanna bin Haritsah. Kemudian ia bersama pasukan lain berangkat menuju Yarmuk menambah materi pasukan kaum muslimin di sana.", "Khalid menyiapkan batalion yang kuat. Yang terdiri daripada para panglima pilihan. Seperti: al-Qa’qa ‘bin Amr at-Tamimi, Mudarat bin al-Khattab, Mudarat bin al-Azwar, Ashim bin Amr, dll. Sampai akhirnya terkumpullha 10.000 pasukan berangkat menuju Syam.", "Kecerdasan strategi tentera Khalid dalam Perang Yarmuk telah tampak sejak mula. Terlihat pada caranya memilih jalan menuju lembah Yarmuk. Ia memilih melewati gurun-gurun yang bergelombang dan mempunyai sumber air yang jarang berlaku, sehingga pergerakan pasukan tidak ketara. Kontur tanah beralun menyembunyikan pasukan dari penglihatan. Sementara sumber air yang jarang membuat orang-orang jarang tinggal atau melewati tempat tersebut. Sehingga kerahsiaan pasukan bantuan pun tetap terjaga. Tentunya strategi ini memerlukan pengenalan terperinci terhadap keadaan alam.", "Khalid membincangkan bagaimana penyelesaian keperluan air pasukan dengan penunjuk jalannya, Rafi ‘bin Amirah. Rafi ‘menyarankan agar semua pasukan membawa air sekemampuan mereka masing-masing. Sedangkan kuda-kuda mereka disiapkan sumber air sendiri. Mereka membawa 20 onta yang besar. Unta-unta meminum air yang banyak. Kemudian pada saatnya nanti, mereka disembelih dan dimanfaatkan simpanan air di tubuh mereka untuk kuda-kuda yang kehausan. Sedangkan dagingnya dimakan oleh pasukan.", "Khalid memberi motivasi kepada pasukannya dengan mengatakan, “Kaum muslimin, jangan biarkan rasa lemah menjalari kalian. Dan rasa takut menguasai kalian. Ingatlah, pertolongan Allah itu datang bergantung dengan niat. Dan besarnya pahala itu tergantung pada kadar kesulitan. Seorang muslim wajib untuk tidak bimbang terhadap sesuatu, selama Allah menolong mereka. “", "Para pasukan respons kepada seruan Khalid, “Wahai Amir, Allah telah mengumpulkan banyak kebaikan pada dirimu. Lakukanlah strategi yang ada di benakmu dan berjalanlah bersama kami dengan keberkatan dari Allah “.", "Laluan perjalanan pasukan Khalid adalah Qarqarah Suwa, Gerbang, Palmyra, al-Qaryatayn, Huwwarin, Marj Rahit, Bosra, dan destinasi terakhir Yarmuk. Pasukan ini berjalan melibas padang pasir di saat malam, pagi, dan menjelang tengah hari. Kerana di waktu-waktu tersebut cuaca tidak panas. Selain menjimatkan tenaga, cara ini juga menjaga penggunaan air agar tidak boros.", "Sebelum tiba di Yarmuk, pasukan Khalid bertemu dengan pasukan Yazid bin Abi Sufyan, Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Amr bin al-Ash, dan Syurahbil bin Hasnah di Ajnadayn. Kemudian para panglima itu berkumpul dan berdiskusi. Khalid berkata, “Jumlah pasukan musuh kira-kira 240,000 orang. Sedangkan jumlah pasukan kita 46,000 orang. Namun Al-Quran yang mulia mengatakan,", "“Betapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. “(QS: Al-Baqarah | Ayat: 249).", "Tidak ada sejarahnya, perang dimenangi semata-mata kerana banyaknya jumlah. Tetapi kemenangan itu kerana mereka beriman kepada yang memerintahkannya, lurusnya niat, strategi untuk menang, dan persiapan. “", "Setelah memahami idea-idea panglima yang lain dan mengetahui bahawa pasukan Romawi bersatu di bawah komando Theodoric, Khalid memantapkan pilihan menyatukan pasukan muslim di bawah satu komando pula. Strategi ini juga menutup celah syaitan untuk memecah belah pasukan apabila dipimpin oleh banyak pimpinan. Pada hari pertama perang, pasukan dipimpin oleh Khalid. Hari-hari berikutnya panglima yang lain bergilir-gilir menjadi pimpinan pasukan.", "Tidak diragukan lagi, Khalid sangat mumpuni dalam mengatur strategi perang. Ia memenangi banyak perang di Semenanjung Arab dan berpengalaman menghadapi negara-negara besar. Kemampuannya mengeluarkan pasukan dari keadaan kritikal juga luar biasa. Dan strategi perangnya selalu berbuah kemenangan.", "Khalid mula membahagikan pasukan Arab muslim menjadi 46 bataliyon. Setiap bataliyon terdiri dari 1000 pasukan dan dipimpin seseorang yang tangguh di antara mereka. Kemudian ia membahagikan pasukan-pasukan itu di tengah-tengah pasukan, sayap kanan, dan sayap kiri.", "Jantung pasukan terdiri daripada 15 bataliyon di bawa pimpinan Abu Ubaidah bin al-Jarrah. Pasukan sayap kanan juga terdiri daripada 15 bataliyon yang dipimpin oleh Amr bin al-Ash dan Syurahbil bin Hasnah sebagai wakilnya. Demikian juga pasukan sayap kiri terdiri dari 15 bataliyon yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sufyan. Satu bataliyon lain berada di garis belakang. Bataliyon ini dibenarkan bergerak bebas, bergantung keadaan perang. Pimpinan bataliyon akhir ini adalah Ikrimah bin Abi Jahl. Sementara Khalid bin al-Walid berada di tengah-tengah pasukan, memimpin mereka semua dari kedudukan tersebut. Setelah pasukan tersusun rapi, ia memberi semangat kepada mereka untuk berjihad dan bersabar dalam menghadapi musuh.", "Khalid menyusun rencana, memerintahkan pasukannya menunggu Rom terlebih dahulu yang memulakan peperangan. Ketika kuda-kuda mereka sudah menyerang garis depan pasukan Islam, Khalid instruksikan agar pasukan tetap membiarkan mereka leluasa hingga masuk jauh ke dalam sehingga garis belakang pasukan. Di belakang, mereka akan diserang hendap pasukan kavaleri (pasukan berkuda) kaum muslimin. Keadaan itu akan memecah pasukan infantri Rom dan kavalerinya. Kaum muslimin pun boleh dengan mudah melibas infantri Rom.", "Khalid memilih taktik difensif kerana di belakang mereka ada Kota Madinah yang harus dilindungi. Sedangkan orang-orang Romawi lebih memilih menyerang dahulu kerana mereka berada di lembah Yarmuk yang dikelilingi oleh tiga bukit. Ketika orang-orang Rom sampai di tempat itu, kaum muslimin menyeberangi sungai hingga berada di sisi kanannya. Dan orang-orang Rom dikepung bukit sementara di hadapan mereka ada pasukan kaum muslimin.", "Apabila fajar hari, tanggal 28 Jumadil Ula 13 H, mulailah kaum muslmimin memprovokasi Rom. Sesuai rencana Khalid, pasukan berkuda Rom memasuki garis depan pasukan Islam. Dan Khalid telah menyiapkan pasukan berkuda untuk menghadapi mereka. Keadaan berjalan sesuai rencana. Tentar-tentera Romawi diterkam oleh singa-singa Islam. Mereka lari kocar-kacir. Ada yang menuju sungai. Ada pula yang memasuki jurang-jurang. Mereka kian tersepit dan banyak yang tewas terbunuh.", "Sedangkan pasukan infantri Rom berada dalam keadaan terikat. Kerana takut lari dari perang, pemimpin mereka merantai pasukan pejalan kaki ini, satu rantai 10 orang. Rantai itu membuat mereka sukar bergerak. Terlebih ketika salah seorang dari mereka cedera atau tewas. Perang berlangsung selama satu hari. Theodoric kabur dan akhirnya tewas terjerumus ke dalam jurang.", "Kerugian yang diperoleh kaum muslimin pada perang ini kira-kira 3000 tentera terluka, sedangkan kerugian Romawi tak terhitung. Seorang dari pasukan Khalid menyatakan bahawa kerugian yang dialami Rom adalah 8000 orang Romawi tewas tersungkur di parit termasuk di antaranya Theodoric, saudara Heraclius. Khalid berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menolong hamba-hamba-Nya yang beriman”.", "Sebelum ini, ketika perang tengah berkecamuk, datang seorang utusan dari Madinah yang mengkhabarkan bahawa Khalifah Abu Bakar ash-Shiddiq radhiallahu ‘anhu wafat. Kaum muslimin telah sepakat membaiat Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anhu sebagai penggantinya. Utusan itu juga mengkhabarkan, Khalifah Umar menukar Khalid bin al-Walid dengan Abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai panglima utama pasukan. Khalid sengaja merahsiakan berita ini, bimbang kepekatan pasukan terpecah dan mengganggu moral pasukan jika diberitahu apabila perang berlaku. Setelah perang usai, Khalid meletakkan jawatan dan memberikannya kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah. “Sekarang, engkaulah panglima besar pasukan. Aku adalah tentera engkau yang boleh dipercayai. Perintahkanlah aku, aku akan mentaati, “kata Khalid kepada Abu Ubaidah.", "Nama Khalid bin al-Walid telah terukir dalam sejarah sebagai seorang panglima besar. Ia turut serta dalam perang-perang yang mengubah perjalanan sejarah. Mampu menghatam negara kuasa besar yang sebelumnya tak terkalahkan. Dan mengangkat martabat Daulah Islamiyah.", "Setelah kemenangan di Yarmuk, Khalid memberi amaran kepada Raja Parsi, Kisra, yang juga ingin memerangi Islam. Khalid berkata, “Masuk Islamlah, pasti kau selamat. Jika tidak, sungguh aku akan datang menemui kalian bersama orang-orang yang mendambakan kematian sebagaimana kalian mencintai kehidupan “.", "Pada masa membaca surat itu, Kisra merasa kecut. Ia mengirim utusan kepada Maharaja China untuk meminta bantuan. Maharaja China bertindak balas dengan mengatakan, “Wahai Kisra, tidak ada daya bagiku menghadapi kaum yang seandainya mereka ingin mencongkel gunung, nescaya mereka boleh melakukannya. Orang-orang yang takut kepada Allah, maka Allah membuat segala sesuatu takut kepada mereka “.", "Di akhir hayatnya, ia hanya mempunyai harta berupa pedang dan kuda yang ia pakai untuk berjihad di jalan Allah. Pada masa itu ia menangis, “Inilah keadaanku, akan meninggal dunia di atas kasurku. Padahal tidak satu jengkal pun di tubuhku kecuali terdapat bekas sabetan pedang, atau tusukan tombak, atau luka bekas anak panah yang menancap di jalan Allah. Aku mati seperti seekor haiwan. Padahal aku berharap mati syahid di jalan Allah. Kerana itu, jangan tidur mata-mata yang penakut “.", "“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya). “(QS: Al-Ahzab | Ayat: 23)." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/26/hati-yang-tenang/
Hati yang tenang
[ "MASUK syurga di akhirat nanti adalah cita-cita tertinggi orang yang beriman kepada Allah. Tiada nikmat tertinggi kurniaan Allah selain syurga-Nya yang dipenuhi nikmat yang tak terjangkau dek khayalan manusia.", "Membaca dan memahami ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis nabi berkaitan syurga, isi dan kehidupan penghuninya nanti menjadikan hati orang beriman meronta-ronta untuk segera memperolehinya. Tapi manalah daya kita. Syurga itu letaknya di akhirat dan kita dipisahkan daripadanya oleh kematian diri yang entah bila kunjungnya. Entah bila tiba ajal kita itulah yang cukup membebankan jiwa kita dan seluruh orang mukmin.", "Syurga bukan senang untuk diperolehi. Hidup ini perlu lurus. Membina laluan salah dan bengkok di dunia boleh saja mencampakkan manusia ke neraka Allah yang dipenuhi pula dengan azab yang tak terperi. Justeru dengan syarat yang ketat itu, bergetar ketakutanlah jiwa orang mukmin mengharungi kehidupan sebelum mati yang penuh onak dan duri itu untuk kekal lurus dan istiqamah di jalan menuju syurga.", "Tetapi kegerunan di hati orang mukmin dan rasa gementar itu sebenarnya adalah lahir daripada harapan yang tinggi kepada Allah agar dia dikurniakan syurga firdausi. Terus mengharap dan tidak berputus asa itulah yang menghidupkan hatinya memburu syurga. Ya, berapa ramai yang jemu dan malas menunggu di dalam urusan dan hal duniawi ini lagi. Menunggu itu adalah satu penyeksaan yang amat dibenci. Itu hal dan urusan dunia. Inikan pula menunggu syurga yang entah bila datang ajalnya. Lagi pula, jauhnya syurga di mata manusia menambahkan lagi putus asa manusia untuk berfikir serius dan mengimpikan syurga.", "Maka manusia lebih suka memilih keseronokan duniawi yang segera dan mudah diperolehi. Manusia yang sememangnya berjiwa keluh kesah dan tidak sabar akan berusaha menggambarkan dunia sementara ini sebagai syurga yang hebat. Mereka dengan sengaja memejamkan mata daripada berfikir mengenai mati dan kehidupan selepasnya. Kata mereka, buat apa mengazab diri dengan menunggu-nunggu suatu yang jauh entah bila? Syurga (dunia) sudah ada di depan mata dengan segala nikmat dan keseronokan. Begitulah kedudukan syurga di mata manusia yang lalai.", "Tetapi orang mukmin adalah sebaliknya. Dia sudah mengenal hakikat kehidupan. Dunia ini sementara sifatnya. Ajalnya sendiri adalah lebih pendek. Boleh dibilang panjang pendek umur semua manusia. Tiada manusia yang dilupai umurnya dek kerana terlalu panjang dan lama hidupnya. Hari-hari yang berlalu adalah cerita musibah, kecelakaan, kematian dan kubur. Bagaimana boleh begitu mudah melupai kematian, akhirat dan syurga?", "Justeru impian menggunung untuk memiliki syurga di akhirat terus teguh di jiwa orang yang beriman. Dengan keyakinan yang tinggi itu, kesabaran menanti menjadi mudah dan biasa. Malah ia bertukar menjadi hamparan kepada binaan sebuah hati yang tenang.", "Hati yang tenang adalah hati pemilik syurga di dunia dan akhirat. Syurga di dunia bukanlah segala nikmat dan kemewahan kebendaan duniawi ini. Itu sementara, hancur dan hilang sifatnya. Apa yang hancur dan hilang bukanlah syurga. Syurga nikmatnya kekal abadi. Tiada ketakutan dan tiada kesedihan menanti esok hari yang tiada padanya kematian dan kehilangan.", "Syurga dunia hakikatnya adalah pemilik hati yang tenang menanti hari akhirat. Hati yang tenang itu pula adalah terhasil daripada ketakutan dan kegerunan menghadapi kehidupan dunia dan hari kematian tetapi telah diisi dengan keazaman dan kesungguhan memperolehi janji syurga di akhirat nanti.", "Ia seperti seorang penuntut yang gigih belajar untuk menghadapi hari peperiksaan demi kejayaan yang diimpikannya. Pada hari peperiksaan, dia gementar dan sedikit gugup tetapi jiwanya tetap tenang dengan segala persediaan yang telah dilakukannya sejak awal. Bagaimana pula dengan penuntut yang tidak bersedia menghadapi hari peperiksaan, malah bersuka ria dan leka sepanjang masa? Ya, dia akan ketakutan sekali dan tiada apa lagi yang boleh menenangkan jiwanya yang kosong dan tanpa jawaban apabila memasuki dewan peperiksaan.", "Jiwa yang tenang terhasil daripada mengingati Allah. Mengingati akhirat, syurga, neraka dan kehidupan di sana semuanya adalah terhasil daripada mengingati Allah. Akhirat dan syurga adalah milik Allah. Bagaimana dibayangkan dan diimpikan syurga tanpa mengingati penciptanya?", "Mengingati Allah adalah kemuncak tertinggi nikmat kehidupan di dunia. Ia adalah matlamat ibadah sebagaimana ibadah adalah matlamat kehidupan. Mengapa hidup? Untuk beribadah. Mengapa beribadah? Untuk mengingati Allah. Mengapa mengingati Allah? Untuk sebuah jiwa sang hamba yang tenang dan syurgawi nilainya. Begitulah kedudukan zikrullah.", "Apa erti solat yang lalai dan lagha tanpa mampu mengingati Allah? Siapa kata tanpa solat pun boleh memgingati Allah? Sesungguhnya orang yang meninggalkan ibadah sudah pasti lalai daripada mengingati Allah dan orang yang solatnya lalai akan terkandas juga daripada mengingati Allah.", "Justeru pemilik jiwa yang tenang sebenarnya sudah pun memperolehi syurga. Mengapa? Kerana dia telah mencapai tingkatan zikrullah. Bukankah jiwa yang tenang hanya wujud dengan zikrullah? Hayatilah firman-Nya, “Ketahuilah bahawa hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang.”", "Hanya ajal yang memisahkan pemilik hati syurga ini (mukmin yang tenang jiwanya) daripada syurga sebenar di akhirat nanti. Dia hakikatnya adalah ahli syurga yang sedang dagang di dunia ini. Dunia ini adalah persinggahannya yang sementara. Hatinya meronta-ronta untuk kembali ke tempat asalnya.", "Lihatlah bagaimana lembutnya Allah menjemput pemilik hati yang tenang nanti menuju ke tempat asalnya itu, “Aduhai jiwa yang tenang. KEMBALIlah kepada tuhanmu dalam ridhamu (pada-Ku) dan ridha-Ku (padamu). MASUKlah dikau di kalangan hamba-hamba-Ku (yang telah mendahului dan sedia menantimu dengan gembira) dan MASUKlah dikau ke dalam syurga-Ku.” (al Fajr: 30)", "Bagaimana memperolehi jiwa yang tenang? Ya, dengan mengingati Allah. Bagaimana untuk mengingati Allah? Ya, dengan memperelokkan persembahan ibadah kita kepada-Nya. Bagaimana memperelokkan ibadah? Ya, dengan menambahkan pengenalan diri terhadap Allah. Semuanya bermula daripada keupayaan dan kejayaan kita mengenali Allah yang maha agung.", "Untuk mengenali Allah, cara terbaik adalah mendalami al Quran. Al Quran adalah ilmu paling dekat untuk mengenali Allah. Ia juga adalah hidayat paling dekat untuk diperolehi. Al Quran jalannya nyata, mudah dan dekat di hati. Apa yang perlu adalah kita memperolehi guru yang terbaik untuk mengajarkan kita tentang al Quran.", "Dia tidak dibebankan dengan keluh kesah hidup dunia. Dia sudah mendakap impiannya menuju redha dan syurga tuhannya. Susah senang hidup di dunia adalah sama baginya. Jika senang, hati dan lidahnya akan memuji dan mensyukuri tuhannya. Jika susah, dia bersabar dan pasrah kepada tuhannya.", "Baginya, apa yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan Allah ke atas dirinya. Dia beriman bahawa tuhannya mahukan sebuah kesyukuran tertinggi daripada hamba-Nya yang diciptakan-Nya sebagai sebaik-baik makhluk di alam maya ini. Jom mari membina hati yang tenang dengan mengingati Allah." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2017/03/26/pru14-pas-dungun-tekad-kuasai-lima-kerusi/
PRU14: PAS Dungun tekad kuasai lima kerusi
[ "PAS Kawasan Dungun komited untuk merealisasikan hasrat PAS Terengganu memerintah dengan mengekalkan kerusi yang dimenangi dan bertekad untuk memenangi Dun Bukit Besi N.25 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.", "Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, dengan gerak kerja yang tersusun dan komitmen daripada jentera semua peringkat, insya Allah akan dapat mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13.", "“Parlimen Dungun yang dimenangi dengan majoriti lebih 3,000 undi tentunya akan menjadi pembakar semangat kepada 3 Dun (Sura, Rantau Abang dan Paka) untuk terus bekerja mempertahankan kerusi yang dimenangi.", "“Manakala Dun Bukit Besi, kita akan terus memberi khidmat kepada masyarakat di sana melalui gerak kerja kebajikan untuk bertemu dengan semua pengundi” katanya semasa rehat pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun Kali Ke-58 di Dewan Besar Darul Bayan, Pinang Merah, Dungun semalam.", "Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun menambah, untuk mengekalkan kemenangan ini memerlukan semua penyokong dan pendukung memberi kerjasama dengan melaporkan perkara berkaitan yang memerlukan perhatian dan pertolongan terutama kepada pengundi dalam kawasan Dungun.", "“Dulu di Dun Bukit Besi kita tidak dapat masuk untuk berkempen pada PRU13, sehinggakan kita nak masuk minum pun penduduk tidak suka.", "“Tapi sekarang setelah banyak perkara kita buat seperti ziarah mereka bila ada kematian dan sakit dan juga pertolongan bagi meringankan beban harian, mereka dapat menerima PAS sejak kebelakangan ini." ]