url
stringlengths 50
245
| headline
stringlengths 3
99
| content
sequence |
---|---|---|
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/21/kembalikan-tanah-rizab-melayu-kepada-orang-melayu/ | Kembalikan Tanah Rizab Melayu kepada orang Melayu | [
"DEWAN Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak mendesak Kerajaan Campuran PH-BN Negeri Perak agar mengembalikan semula pegangan 3,417 hektar Tanah Rizab Melayu kepada orang Melayu susulan pendedahan Laporan Audit Negara 2019 Siri 2 Negeri Perak yang menyatakan bahawa tanah-tanah tersebut telah bertukar tangan kepada pemilikan orang bukan-Melayu.Dalam masa yang sama, DPPN Perak juga mendesak YAB Menteri Besar Perak menggunakan kuasa tanpa prejudis untuk mendapatkan semula hak orang Melayu yang telah hilang ini serta mencari siapakah individu yang bertanggungjawab terhadap semua perkara ini.Satu jawatankuasa khas wajar dibentuk bagi menyiasat bagaimana 3,417 hektar Tanah Rizab Melayu ini boleh ditukar milik kepada orang bukan-Melayu. Adakah wujud unsur salah guna kuasa, rasuah, kecuaian atau ada pemimpin terdahulu yang menjadi broker melicinkan pertukaran hak milik tanah orang Melayu kepada bukan-Melayu? Jika ada tindakan tegas sewajarnya diambil agar hak orang Melayu akan dapat dikembalikan serta peristiwa seumpama ini tidak berlaku lagi.DPPN Perak juga menyeru kepada YAB Menteri Besar Perak agar tegas dalam menggerakkan segala usaha bagi mengembalikan Tanah Rizab Melayu yang hilang tanpa takut kepada mana-mana tekanan khususnya dari rakan yang sama-sama membentuk Kerajaan Perak pada hari ini.“Pemuda Generasi Sejahtera”“Rijal Al-Daulah”USTAZ MOHAMMAD OMAR ADAMNaib Ketua PemudaDewan Pemuda PAS Negeri PerakBertarikh 21 Mei 2023 | 1 Zulkaedah 1444 Hijrah – HARAKAHDAILY 21/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/21/buli-lima-pelajar-tingkatan-lima-ditahan/ | Buli: Lima pelajar tingkatan lima ditahan | [
"BALIK PULAU: Lima pelajar tingkatan lima sebuah institusi pendidikan menengah di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Balik Pulau di sini, ditahan untuk membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga sekolah berkenaan, Khamis lepas.",
"Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kesemua remaja lelaki berumur 17 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya selesai mengambil keterangan.",
"Difahamkan, kejadian pada pukul 11 malam itu dipercayai berlaku kerana mangsa turun lewat untuk menunaikan solat subuh dan pelajar terbabit mengalami luka di badan selepas dipukul kumpulan senior itu."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/21/penyokong-ramai-tanpa-istiqamah-sukar-raih-kejayaan/ | Penyokong ramai tanpa istiqamah sukar raih kejayaan | [
"TAWAU: Usaha untuk mencapai kemenangan sesebuah parti tidak diukur berdasarkan jumlah kerusi dan jumlah penyokong yang ramai, sebaliknya perlu memiliki sikap istiqamah dalam perjuangan.Timbalan Presiden PAS, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebuah kejayaan diukur berdasarkan penglibatan dalam perjuangan parti.",
"“Apa yang lebih penting gerak kerja kita mesti konsisten,” katanya ketika merasmikan Konvensyen PAS Sabah di Dewan Institut Sains and Management (ISM) di sini, hari ini.",
"Sebelum itu, Pengarah Konvensyen PAS Sabah, Ramli Pataruddin berkata, penganjuran program itu bertujuan untuk menyatukan fikrah dan membina kesatuan dalam mencapai kemenangan di negeri itu.",
"“Buat julung-julung kali, PAS Sabah dapat menghimpunkan ahli bagi bersama-sama menggembleng tenaga, bermuhasabah dan mengatur kerja demi memastikan kemenangan PAS di Sabah,” katanya.",
"Pada program berkenaan juga dilancar dana pilihan raya PAS Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang disempurnakan Timbalan Presiden PAS.",
"Selain itu, beberapa anugerah disampaikan antaranya, Anugerah Istiqamah PAS Sabah 2023, Anugerah Pasangan Istiqamah dan Anugerah Murabbitun PAS Sabah yang masing-masing diberikan kepada Betang Yaneching, Muhamad Husain, Zaiton Ahmad, Siti Rahmah Bandu dan Haris Abdurahim.",
"Anugerah Tunas Harapan PAS Sabah, Anugerah Dewan Gemilang dan Anugerah TikTokers Terbaik masing-masing diberikan kepada Mustaman Mustain, Isaac Wong dan Nur Shahirah Salasain. – HARAKAHDAILY 21/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/21/muslimat-perlu-memiliki-kemahiran-pengucapan-awam/ | Muslimat perlu memiliki kemahiran pengucapan awam | [
"SANDAKAN: Muslimat PAS mesti menguasai teknik kemahiran dalam pengucapan awam untuk meningkatkan lagi kualiti dalam kepimpinan muslimat dan ke arah lebih profesional.Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu berkata, muslimat mesti keluar dari zon selesa dan perlu berhadapan dengan orang ramai dengan memiliki kemahiran berucap.",
"Katanya, kemahiran berucap bukan sesuatu yang mudah dan boleh dicapai hasil daripada latihan praktikal dengan berjumpa orang ramai yang pelbagai ragam.",
"“Muslimat mesti memahirkan diri dengan seni penyampaian melalui audien dan penonton yang pelbagai. Kita juga wajar tahu latar belakang penonton untuk menarik perhatian mereka,” katanya ketika merasmikan bengkel pengucapan awam, anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru (LPMB) Muslimat Negeri, bersama LPMB Sandakan dan Ameerah Sabah semalam.",
"Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah 1, Ameerah Malaysia Mardhiyyah Johari berkata, penguasaan ilmu dan pembacaan sangat penting untuk seorang ‘public speaker’.",
"Ketua Penerangan Muslimat Sabah, Cik Laila Ismail pula mengingatkan peserta memanfaatkan ilmu yang di berikan dalam bengkel tersebut, di samping terus memperbaiki diri untuk membina kepimpinan dan mantapkan ucapan.",
"Bengkel terbabit disertai seramai 30 peserta yang bertujuan untuk mencari pelapis dalam kalangan muslimat muda dalam kemahiran pengucapan awam. – HARAKAHDAILY 21/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/21/nyanyuk-lim-kit-siang-nyanyuk-terpilih/ | Nyanyuk Lim Kit Siang, nyanyuk terpilih | [
"LIM Kit Siang (LKS) mencuba nasib dengan turut sama memberikan sumbangan untuk mengelakkan Kerajaan PH daripada ditumbangkan oleh PN. Langkah pertama beliau ialah dengan memaniskan mulut, menjemput Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk turut serta dalam pakatan mereka yang ketika ini sangat genting dan diselubungi kebimbangan akan direntap jatuh tersungkur oleh PN, melalui kehandalan Presiden PAS berpolitik.Apatah lagi lebih mendebarkan PH ialah dengan kemasukkan Tun Mahathir, lawan PAS sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, sekarang bergandingan dengan Presiden PAS.Setelah melihat J-KOM tidak mampu menampan serangan rakyat dari alam nyata ataupun maya, bertali arus yang sebenarnya bukanlah secara disusun, tetapi majoritinya PN mendapat bantuan daripada rakyat secara serentak. Dan secara tidak langsung yang begitu meluat dengan PH sekarang ini.Gelombang yang bukan diinisiatifkan oleh PN, tetapi gelombang semula jadi hasil daripada tindak balas rakyat sendiri. Rakyat semua sudah celik, tidak sebagaimana tahun 2000 dan ke bawah dahulu. Di mana zaman Anwar masih dalam BN, memperbodohkan rakyat.Kemudian LKS melihat juga, rakyat marah atas kegagalan Kerajaan PH membuat perubahan total iaitu menukar semua sistem yang mereka dakwa korup, yang didakwa mereka, hasil ciptaan rejim BN dahulu. Mereka mengguna pakai sistem yang jahat itu dan lebih teruk, ada kalangan Menteri PH sendiri yang lebih Umno dari Umno dalam tindakannya.Sebahagian pimpinan Umno sememangnya tidak boleh diharap, terutama yang menghadapi tuduhan, hanya sahaja Anwar yang memuja mereka. Ini disebabkan jika Umno lari, maka Anwar akan jatuh dari kerusi Perdana Menteri. DAP juga terpaksa akur. DAP banyak mendapat manfaat daripada Kerajaan PH. Oleh itu, merobohkan Kerajaan PH kerana marahkan Anwar berpeluk dengan Umno, bukanlah pilihan yang baik sekarang ini, pastinya. Kata orang, alang-alang sudah terlanjur, baik ambil dahulu mana yang sempat.Nanti kalau sudah kalah, tertutup peluang, sekurang-kurangnya mereka sudah dapat sebahagian kehendak mereka ketika berkuasa ini. Boleh cari gandingan baharu. Dan nanti, gunakan pula gandingan itu untuk kepentingan mereka.Menyedari hal itu, LKS yang sudah berjanji akan bersara pada PRU15 yang lalu, keluar sekarang, menyibuk kembali dengan politik negara yang sudah jelas, tidak mahukan beliau berada di dalamnya. Sebaik sahaja masuk campur, kenyataan beliau ialah DAP sedia memaafkan PAS yang sudah banyak memfitnah DAP, PAS mesti menunjukkan keikhlasannya untuk bersama PH.Kemudian beliau mengenakan beberapa syarat kepada PAS jika mahu turut serta dalam Kerajaan PH itu. Bingung, sungguh bingung orang tua ini. Yang nampak jahat, PAS, jadi kalau PAS tak mahu terima syarat dia yang dia juga tahu PAS tidak mahu, nanti dikata orang PAS tidak tahu membalas budi baik orang. Apakah nyanyuknya LKS sudah kronik?Pertamanya PAS dengan jelas dan teguh mengatakan bahawa PAS tidak akan menyertai PH kerana adanya DAP. Keduanya, mengajak PAS masuk PH yang sudah tahu PAS tidak mahu, kemudiannya meletakkan syarat jika PAS mahu turut serta adalah hal yang pelik.Ia boleh diibaratkan seperti seorang janda tua yang hodoh, sudah menopaus, mandul dan miskin berkata kepada seorang jejaka yang kacak, kaya, berpendidikan, kalau kau mahu kahwin sama aku, kau kena penuhi syarat aku dan jangan menghina abang aku atau memfitnah dia.Sedangkan si abang dialah yang jahat, kerap memfitnah dan menipu orang dan jejaka itu tidak ada hati langsung dengan si tua kutuk yang hodoh dan mandul itu. Apa lagi jejaka itu jelas boleh mencari anak dara yang lebih cantik, kaya, muda dan masih berpeluang untuk beranak.Jadi apakah yang kita mahu katakan kepada si tua nyanyuk ini? LKS mengalami lupa yang amat dahsyat, tetapi yang menariknya, lupa beliau itu hanya terpilih, kepada PAS dan kononnya PAS berbuat jahat kepada dia. DAP amat mulia, tidak pernah ada dosa, tidak pernah menipu, tidak pernah melindungi pesalah rasuah, tidak pernah memainkan isu agama, tidak pernah ditangkap kerana rasuah, sangat berbudi bahasa dengan PAS.Dahulu LKS pernah menuduh Tun Mahathir sebagai seorang yang mempunyai ingatan yang terpilih dalam beberapa kes yang dikatakan sebagai kejahatan beliau semasa menjadi Perdana Menteri dahulu. Kini, ingatan terpilih itu kembali kepadanya.Berehatlah Apek Lim, kan janji dah bersara. Baik main dengan cucu lebih besar faedahnya. Manalah tahu, bapa cucu tu masuk penjara nanti sebab sabit kes rasuah, senanglah sikit datuk dia ada. Harap jangan dikata pula Presiden PAS yang paksa beliau bersara atau rancang masukkan anak dia dalam penjara. Orang nyanyuk ni bukan boleh buat kira.MOHD NASIR ABDULLAH20 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 20/5/2023PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS."
] |