url
stringlengths
50
245
headline
stringlengths
3
99
content
sequence
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/kalah-dalam-pilihan-raya-pm-thailand-mungkin-bersara/
Kalah pilihan raya: PM Thailand mungkin bersara
[ "BANGKOK: Penyandang Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berkemungkinan besar tidak akan meneruskan kerjaya politiknya selepas Parti United Thai Nation pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum (PRU) negara itu.Timbalan pemimpin parti tersebut, Thanakorn Wangboonkongchana berkata pada Isnin (15 Mei), beliau tidak fikir Prayut, 69, akan meneruskan kerjaya politiknya, walaupun tidak menyebut tentang perkara itu.", "“Beliau (Thanakorn) tidak menyebutnya (akan bersara daripada politik) tetapi saya fikir dia mungkin perlu berhenti (daripada meneruskan kerjaya politiknya),” kata Thanakorn kepada media tempatan.", "Keputusan awal terbaharu PRU Thailand 2023 pada Ahad (14 Mei) lalu yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menunjukkan parti pesaingnya, Move Forward dan Pheu Thai berada di dua tempat teratas.", "Parti Move Forward mendahului dengan  menang 152 kerusi, diikuti oleh Parti Pheu Thai menguasai 141 kerusi, manakala Parti Bangsa Thai Bersatu pula hanya meraih tempat kelima dengan 36 kerusi.", "Thanakorn bagaimanapun menyatakan sokongannya kepada Prayut dan berkongsi rasa kagumnya terhadap jeneral bersara yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri selama lebih lapan tahun itu.", "“Saya percaya rakyat Thailand di seluruh negara ini tahu dia telah melakukan begitu banyak untuk negara dan bahawa dia tidak pernah dicemari oleh apa-apa pun – tiada sebarang rasuah,” kata timbalan ketua parti berkenaan.", "“Saya percaya bahawa sekurang-kurangnya, Jeneral Prayut atau nama timangannya, Uncle Tu akan kekal di hati rakyat Thai untuk jangka masa yang lama,” tambahnya.", "Prayut menjadi perdana menteri pada 2014 selepas mengetuai rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan terdahulu yang dipilih secara demokrasi di bawah pimpinan Yingluck Shinawatra.", "Junta tenteranya memerintah Thailand selama hampir lima tahun sebelum pilihan raya umum diadakan pada 2019 di bawah perlembagaan baharu yang ditulis oleh jawatankuasa yang dilantik oleh tentera.", "Pada masa itu, Prayut adalah calon perdana menteri tunggal parti pro-junta Palang Pracharat yang kemudian  berjaya membentuk kerajaan dengan sekutu politiknya, walaupun Parti Pheu Thai menguasai majoriti kerusi di Dewan Rendah.", "Prayut yang menyertai PRU Thailand 2023 sebelum ini berharap untuk kekal berkuasa selepas lebih lapan tahun memegang jawatan Perdana Menteri negara itu.", "Pemimpin dan calon perdana menteri Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat mengumumkan pada Isnin bahawa dia mempunyai sokongan yang cukup daripada sekutu politik untuk membentuk kerajaan majoriti.", "Pada masa ini, gabungan itu merangkumi lima parti pembangkang iaitu Move Forward, Pheu Thai, Prachachat, Thai Sang Thai dan Seri Ruam Thai serta pendatang baharu, Fair Party.", "Bagaimanapun, masih terdapat ketidakpastian sama ada Parti Move Forward akhirnya boleh membentuk kerajaan seterusnya dan siapa yang akan memenangi jawatan Perdana Menteri.", "Pemilihan Perdana Menteri di bawah perlembagaan semasa Thailand melibatkan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mempunyai 250 ahli – dewan atasan parlimen.", "Barisan Senator sebelum ini dipilih dan dilantik pada 2019 oleh National Council for Peace and Order (NCPO) –  kerajaan tentera yang diketuai oleh Prayut berikutan rampasan kuasanya pada 2014.", "Ini bermakna Parti Move Forward perlu menyatukan sekurang-kurangnya 376 undi – sama ada dari kedua-dua Dewan atau hanya dari Dewan Rendah, agar  Limjaroenrat boleh memenangi jawatan Perdana Menteri dan membentuk kerajaan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/kalimah-allah-kjaan-madani-lacur-kesucian-islam/
Kalimah Allah: K’jaan Madani lacur kesucian Islam
[ "UMAT Islam di negara ini telah digemparkan dengan satu keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penarikan semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penggunaan kalimah Allah dibolehkan penggunaannya bagi tujuan pembelajaran dalam penerbitan bahan agama bagi penganut agama Kristian.Bagi tujuan memelihara kesucian agama Islam dan sensitiviti Umat Islam di negara ini, pada 10.3.2021 era pemerintahan PERIKATAN NASIONAL, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Semakan Kehakiman Pemohon seperti berikut tanpa perintah untuk kos:a. suatu deklarasi bahawa dalam mengamal kebebasan beragama yang terlindung di bawah Perkara 3, 8, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan adalah hal Perlembagaan Pemohon untuk mengimport Penerbitan tersebut dalam menggunakan hak Pemohon untuk mengamal agama sendiri dan hak kepada pelajaran;b. suatu deklarasi berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan bahawa Pemohon dijamin hak kesamarataan di sisi-sisi undang-undang dan dilindungi dari diskriminasi antara warganegara, antara lain, atas alasan-alasan keagamaan dalam pentadbiran undang-undang, khususnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;c. suatu deklarasi bahawa Arahan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dalam Kementerian Dalam Negeri Pekeliling: KDN S.59/3/9/A Klt. 2 bertarikh 5.12.1986 adalah salah di sisi undang-undang.Walau bagaimanapun, rayuan telah ditarik balik oleh perayu (Menteri dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia) di mana Notis Pemberhentian telah difailkan pada 18.4.2023. Alasan rayuan ditarik balik adalah kerana mendapat arahan daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan yang bersetuju untuk menyelesaikan kes di atas secara baik seperti mana yang dinyatakan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam kenyataan beliau hari ini bahawa keputusan menarik balik kes ini adalah keputusan Kementerian Dalam Negeri dan telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Kerajaan Madani.Penarikan semula dan keengganan Kerajaan Campuran Barisan Nasional – Pakatan Harapan untuk meneruskan rayuan kes penggunaan kalimah Allah ini tidak menghormati larangan penggunaan kalimah Allah khususnya di Selangor sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988) yang telah diwartakan pada 7 Julai 1988. Lebih malang lagi, apabila tindakan yang dibuat Kerajaan Campuran pada hari ini telah melanggar dan menderhakai titah DYMM Sultan Selangor yang bertitah secara jelas bahawa ‘penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku-buku dan tulisan-tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk sekalipun yang mengandungi kalimah Allah tetap dilarang sama sekali penggunaannya di Selangor’. Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru umat Islam di negeri ini melihat kebobrokan Kerajaan Campuran Barisan Nasional – Pakatan Harapan dalam menguruskan dinamika kepelbagaian agama di negara ini dilihat gagal dan rakyat perlu mengubah kerajaan yang ada pada hari ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung.SYEIKH MUHD MUJAHID SIKH NAWAWINaib Ketua PemudaDewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/kelantan-dilayan-seperti-sekala/
Kelantan dilayan seperti sekala
[ "TERMA kerjasama ditekankan oleh Perdana Menteri semasa ucapan di Sambutan Aidil Fitri Madani di Kota Bharu Jumaat lalu adalah kontrak federalisme yang memayungi Perlembagaan Malaysia. Ia bukanlah perkara baharu tetapi barangkali boleh diambil sebagai ‘tazkirah’ yang diperbaharui sebutannya.Tazkirah ini kebetulannya disebut hanya di Kelantan, tidak di sambutan negeri lain termasuk Pulau Pinang. Jika mahu dikatakan Kerajaan Negeri sukar memberikan kerjasama, buktinya projek ECRL Perdana Menteri ke-10 (PMX) telah menyatakan terima kasih atas kerjasama penuh kepada Kerajaan Negeri pada hari yang sama majlis sambutan Aidil Fitri.Soal bekalan air, sebagaimana yang disebut oleh Anwar pada malam sambutan agak kontra dengan menterinya sehari sebelum. Anwar menukar nada kerjasama berdiplomasi sedangkan Nik Nazmi menggunakan lagak konfrontasi terhadap air Kelantan. Sama ada memang disengajakan atau sebahagian permainan politik dirancang antara Presiden PKR dan Naibnya untuk memunculkan hero orang nombor satu, tidaklah dipastikan.Jika Pulau Pinang terus diberikan dana, diumumkan tambahan demi tambahan, Kelantan sudah seperti sekala janjinya, Kerajaan Persekutuan akan mencari dana dan menuntut Kerajaan Negeri memberikan kerjasama. Lalu seperti sekala jugalah kita menunggu dan menunggu, sedang rakyat menanti, kita usahakan segenap kudrat kuasa yang ada menggunakan dana kita yang ada.Federalisme di Kelantan, di mana kesempurnaan keadilan? Apabila Perdana Menteri hanya umumkan projek yang telah berjalan atau diluluskan semasa Kerajaan terdahulu atau hanya sekadar mempersembahkan angka peruntukan sedia ada kepada majlis agama yang kebiasaannya hanya disampaikan oleh Menteri Agama. Tiada yang baharu. Masih seperti sekala.Lalu berdirilah kita, rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang, orang datang cara baik kita sambut, mahu ‘bergocoh’ kita tidak lari. Salam hormat.MOHAMAD KAMAL MOHAMEDKetua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/tindakan-jabatan-perhutanan-pahang-dihargai/
Tindakan Jabatan Perhutanan Pahang dihargai
[ "UCAPAN penghargaan daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang atas tindakan tegas dan segera Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ke atas sebuah Premis Peleburan Logam di Hutan Simpan(HS) Ibam, Rompin.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0N2GGPunCy7nAp8fKGiiVo4zHLtgWduwgqVP6xFpU7thvYNQVYmAB785trdQ6BuFSl&id=100069229449004&mibextid=Nif5ozPada 12 Mei 2023, Dewan Pemuda PAS Rompin telah memuat naik satu kenyataan yang bertajuk ‘Kilang haram di Bukit Ibam’.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0KhArRyXtjUBhfmFaC6Sku8A8hzw8FASJLcMqtMbPGrWqbJyKMazmZLc3DKT4e5Axl&id=100068874083437&mibextid=Nif5ozTujuan ia dinaikkan sebagai satu signal kepada masyarakat dan pihak berwajib mengenai premis pengoperasian haram yang berlaku di kawasan tersebut yang telah mencemarkan alam sekitar. Atas rasa tanggungjawab pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin telah melakukan tinjauan ke premis berkenaan sebelum memuat naik kenyataan tersebut. Bagi tujuan semak dan imbang, kami pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dan seluruh Dewan Pemuda PAS Kawasan yang berada di Negeri Pahang akan sentiasa memberi kerjasama sewajarnya terhadap isu-isu rakyat untuk perhatian pihak berwajib.Sekali lagi, kami mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas tindakan tegas dan segera Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan kami mendoakan agar dipermudahkan segala urusan demi menjaga kelestarian alam sekitar di bumi Pahang yang bertuah ini.MOHD ZARIMI ABU ZIH AL-HAFIZKetua PemudaDewan Pemuda PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/pencapaian-erdogan-menjelang-pengundian-28-mei/
Pencapaian Erdogan menjelang pengundian 28 Mei
[ "ANKARA: Turkiye menuju pengundian terakhir selepas Presiden Tayyip Erdogan, mendahului pesaing pembangkangnya, Kemal Kilicdaroglu pada pilihan raya Ahad lalu, tetapi gagal mencapai majoriti untuk melanjutkan pemerintahannya selama 20 tahun di negara anggota NATO itu.Berikut adalah beberapa peristiwa penting dalam kerjaya seorang ahli politik yang mengubah Turkiye selama dua dekad, mengemudi masyarakat tradisi sekular ke arah wawasan Islamnya, menjadikan negara itu sebagai kuasa tentera serantau dan menggunakan mahkamah untuk menangani perbezaan pendapat:", "April 1998: Erdogan meletak jawatan sebagai datuk bandar selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya kerana menghasut diskriminasi agama berhubung puisi dibacanya pada 1997 yang membandingkan masjid dan berek, menara dan bayonet serta mereka yang setia kepada tentera. Beliau dipenjara antara Mac hingga Julai 1999.", "November 2002: AKP memenangi pilihan raya dengan hampir 35 peratus undi selepas kemerosotan ekonomi terburuk sejak 1970-an, berjanji untuk mengatasi salah urus dan kemelesetan masa lalu. Mengikut undang-undang, Erdogan dilarang berkhidmat sebagai Perdana Menteri kerana sabitan mahkamah sebelum ini. Namun, keputusan itu dibatalkan pada Disember.", "Mei 2003: Erdogan menjadi Perdana Menteri, memulakan dekad pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan peningkatan taraf hidup didorong oleh ledakan infrastruktur dan pelaburan asing. Erdogan melawat ibu negara Barat untuk mempromosikan dasarnya dan usaha Turkiye menyertai Kesatuan Eropah (EU).", "Oktober 2007: Dalam satu pungutan suara, penduduk Turkiye meluluskan perubahan Perlembagaan untuk membenarkan Presiden yang ketika itu hanya memainkan peranan simbolik dipilih secara terbuka.", "Februari 2008: Parlimen meluluskan pindaan yang dirangka oleh AKP dan Parti Gerakan Nasionalis (MHP) yang menarik balik larangan memakai tudung kepala di kampus universiti. Bulan berikutnya, Mahkamah Perlembagaan yang mendengar kes berhubung pemisahan antara agama dan negara, membuat keputusan menentang AKP, selain melarang Erdogan dan berpuluh-puluh ahli parti itu terbabit dalam politik selama lima tahun.", "September 2010: Dalam satu lagi referendum, penduduk Turkiye meluluskan pindaan kehakiman dan ekonomi yang diperjuangkan Erdogan untuk menyelaraskan Perlembagaan dengan piawaian EU walaupun penyertaan dalam EU belum diluluskan berikutan beberapa isu, termasuk Cyprus yang diceroboh Turkiye pada 1974.", "Mei 2013: Bantahan terhadap rancangan Erdogan untuk membangunkan semula Taman Gezi di Istanbul, berubah menjadi demonstrasi di seluruh negara. Pengkritik mendakwanya sebagai terlalu berkuasa, manakala Erdogan menyifatkan penunjuk perasaan sebagai samseng.", "Disember 2013: Erdogan menghadapi siasatan rasuah melibatkan pegawai kanan, anggota Kabinet dan ketua sebuah bank milik kerajaan. Beliau menyifatkan siasatan itu sebagai “rampasan kuasa kehakiman” yang dianjurkan oleh Fethullah Gulen, seorang ulama berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang pernah menjadi sekutu sebelum perebutan kuasa yang menyebabkan perpecahan.", "Ogos 2014: Peraturan AKP menghalangnya bertanding untuk penggal keempat berturut-turut sebagai Perdana Menteri, Erdogan pada Ogos memenangi pilihan raya Presiden pertama Turkiye dan meminta Perlembagaan baharu untuk meningkatkan kuasa ketua negara.", "Jun 2015: Pada peringkat pertama, AKP gagal mencapai majoriti Parlimen dalam pilihan raya. Namun selepas parti gagal membentuk gabungan, beliau memperoleh semula majoriti pada pilihan raya mengejut November.", "Julai 2016: Tentera menggunakan kereta kebal dan helikopter, menyerang bangunan negara dan Parlimen, meragut lebih 250 nyawa dalam percubaan rampasan kuasa yang gagal. Erdogan bertahan dan berkata kejadian itu didalangi oleh rangkaian Gulen. Ini membawa kepada penangkapan meluas yang didakwa sebagai anggota rangkaian dalam tentera, sektor swasta dan awam. Kumpulan hak asasi manusia dan sekutu Barat membangkitkan kebimbangan bahawa Erdogan menggunakan cubaan rampasan kuasa sebagai alasan untuk menghalang perbezaan pandangan.", "April 2017: Satu referendum meluluskan sistem presiden eksekutif, memberikan kuasa menyeluruh kepada jawatan Presiden. Erdogan berkempen keras untuk perubahan yang akan mengurangkan apa yang disebutnya halangan dalam demokrasi berparlimen.", "Ogos 2018: Siri krisis ekonomi dan susut nilai mata wang Lira yang mendadak bermula dengan krisis mata wang yang dicetuskan oleh ketegangan memuncak dengan AS dan negara Barat lain, serta kebimbangan terhadap pandangan ekonomi dan pengaruh Erdogan yang berbeza terhadap dasar monetari.", "Mac 2019: Pilihan raya perbandaran seluruh negara memberikan kekalahan pilihan raya pertama Erdogan dalam hampir dua dekad. Calon pakatan pembangkang, Parti Rakyat Republikan (CHP) dan Parti IYI mengalahkan calon datuk bandar AKP di bandar seperti Ankara dan Istanbul.", "Februari 2020: Turkiye dan Rusia berada di ambang konfrontasi selepas askar Turkiye terbunuh dalam serangan udara Rusia di wilayah Idlib, Syria. Berang dengan apa yang dilihatnya sebagai kekurangan sokongan Barat dan kebimbangan terhadap satu lagi gelombang pelarian Syria, Ankara menyatakan tidak lagi akan menghalang pelarian menuju ke Eropah, walaupun melalui perjanjian 2016, Turkiye bersetuju mengekalkan pendatang di wilayahnya.", "Disember 2020: AS mengenakan sekatan ke atas Turkiye dan industri pertahanan berhubung pembelian sistem pertahanan udara S-400 Rusia oleh Ankara, mendorong hubungan kedua-dua negara ke tahap rendah.", "2021: Turkiye mula membaiki hubungan serantau yang tegang termasuk dengan Armenia, Israel, Mesir dan Arab Saudi. Ia juga meningkatkan jualan dron canggih ke Ukraine dan negara lain.", "Disember 2021: Ekonomi mengalami krisis mata wang yang mendalam berikutan beberapa siri pemotongan kadar faedah. Lira mencecah paras terendah sepanjang masa, inflasi melonjak ke paras tertinggi semasa pemerintahan Erdogan dan sokongan terhadapnya merosot.", "Julai 2022: Turkiye sebagai perantara bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), membantu mendapatkan perjanjian yang membenarkan eksport bijirin Ukraine disambung semula, lima bulan selepas pencerobohan Rusia bermula. Peranan Erdogan dilihat penting kerana hubungannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.", "Februari 2023: Turkiye mengalami gempa bumi paling dahsyat dalam sejarah moden dengan lebih 50,000 orang terbunuh di tenggara negara itu. Penduduk di zon bencana mengadu tindakan pihak berkuasa yang lembap, terutama pada hari-hari pertama, menyebabkan kritikan terhadap kerajaan.", "Mei 2023: Turkiye mengundi dalam pilihan raya yang menjadi persaingan sengit antara Erdogan dan pencabar utamanya – Kemal Kilicdaroglu. Walaupun popularitinya terjejas akibat krisis kos sara hidup, Erdogan memenangi lebih banyak undian berbanding pesaingnya, tetapi tidak mencapai ambang 50 peratus yang diperlukan untuk menang pada pusingan pertama, sekali gus menyambung pusingan kedua pada 28 Mei. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/bantah-penganjuran-konsert-coldplay/
Bantah penganjuran konsert Coldplay
[ "DEWAN Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang serius penganjuran konsert dari kumpulan rock Coldplay.Penganjuran konsert ini jelas menjadi duri dalam daging bagi meracuni pemikiran dan budaya rakyat Malaysia yang jelas menyokong kumpulan LGBT.DPPNT tidak menolak hiburan, tetapi kehadiran kumpulan Coldplay ini mempunyai mudarat yang lebih besar kepada anak bangsa.Meskipun kumpulan ini telah memberi tajaan mesin perangkap sampah di sungai bagi membersihkan alam sekitar, tindakan membenarkan budaya hiburan melampau ini akan menjadi bom jangka kepada negara kita khususnya buat anak muda yang jelas akan mengotorkan pemikiran anak muda dengan budaya hedonisme.DPPNT juga ingin meluahkan rasa kekecewaan terhadap sikap kepimpinan utama negara yang mengalu-alukan kehadiran kumpulan rock ini ke Malaysia tanpa mempedulikan masalah yang dihadapi oleh rakyat bagi menghadapi tekanan ekonomi semasa.Justeru itu, DPPNT menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya pemuda Terengganu untuk bersama-sama menolak kehadiran kumpulan ini sekali gus menuntut pembatalan konsert ini daripada kerajaan yang menganggap diri mereka MADANI.USTAZ HAMDI HARUNNaib Ketua Pemuda danKetua Lajnah Dakwah,Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/sungai-petani-mula-terima-bekalan-air/
Sungai Petani mula terima bekalan air
[ "ALOR SETAR: Kira-kira 126,000 rumah di Sungai Petani menerima bekalan air secara berperingkat sejak malam semalam apabila pelepasan air dari Empangan Beris ke Sungai Muda dilakukan tengah hari kelmarin.Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bekalan air dapat disalurkan lebih cepat daripada jangkaan sebenar berikutan kejadian yang menyebabkan penurunan paras air Sungai Muda secara mendadak.", "“Mengikut Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), 72 jam atau tiga hari diperlukan untuk menakung air ke paras dua meter bagi membolehkan Loji Rawatan Air (LRA) berfungsi semula.", "“Tetapi apa yang berlaku, air mula melimpah ke baraj dengan ketinggian yang diperlukan sejak malam semalam. Inilah doa saudara semua dan keberkatan penganjuran majlis yang baik mengundang rahmat dan keampunan Allah, tiada siapa tahu rahsia Allah,” katanya di Majlis Himpunan Belia Berselawat Malam Cinta Rasul di Sungai Petani, malam kelmarin.", "Terdahulu, media melaporkan kira-kira 251,800 akaun di daerah Kuala Muda, Kulim dan sebahagian kawasan Baling terjejas akibat penurunan paras air Sungai Muda secara mendadak akibat kerosakan pintu baraj Sungai Muda.", "Menurut Muhammad Sanusi, kerosakan pengimbas mekanikal di satu daripada 14 pintu baraj Sungai Muda menyebabkan pintu baraj terbuka hingga menyebabkan air sungai mengalir ke laut.", "Situasi itu mengakibatkan beberapa LRA tidak dapat mengepam air mentah untuk dirawat dan disalurkan kepada pengguna. Gangguan bekalan air di kawasan terbabit berlaku bermula kira-kira jam 7.45 pagi, Ahad lalu apabila LRA berkenaan berhenti beroperasi." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/dap-sedang-membunuh-umno-secara-lembut/
DAP sedang membunuh Umno secara lembut
[ "ADA dua faktor utama yang menentukan sokongan pengundi Melayu kepada parti-parti politik. Pertamanya keabsahan kaum (race legitimacy) dan keduanya keabsahan prestasi (performance legitimacy).Keabsahan kaum ini ada pada parti-parti politik Melayu atau Islam seperti Umno, PAS dan BERSATU. Parti pelbagai kaum seperti PKR kurang memiliki keabsahan kaum bagi orang Melayu. Kerana itu sokongan kaum Melayu kepada PKR rendah. Manakala keabsahan prestasi pula bergantung kepada prestasi parti memacu kemajuan negara, meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat, prihatin membela nasib mereka, menangani masalah kos sara hidup dan menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Keabsahan prestasi teruji apabila parti berkenaan menjadi parti kerajaan. Umno memiliki kedua-kedua keabsahan ini di zaman kegemilangannya. Serba sedikit kekurangannya dalam soal rasuah dan kekangan terhadap hak kebebasan rakyat diimbangi dengan keupayaan parti itu untuk menonjolkan keabsahan kaum dan prestasi. Kerana itu Umno mendapat dukungan kuat orang Melayu.Malah sebahagian kaum bukan-Melayu juga bertolak ansur dengan citra politik Melayu Umno kerana keupayaan parti itu menyampaikan manfaat kemajuan dan pembangunan kepada rakyat, termasuk kaum bukan-Melayu. Ini disebut sebagai politik kepembangunan (developmentalism politics) yang mengagungkan nilai pembangunan melebihi perkara-perkara lain. Dengan dukungan kuat orang Melayu dan sokongan sebahagian orang bukan-Melayu, Umno atau BN berjaya mendapat kemenangan majoriti dua pertiga dalam setiap pilihan raya dan membentuk sebuah kerajaan yang stabil.Namun, dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dan seterusnya, pencapaian Umno mula merosot. Umno atau BN hilang majoriti 2/3 dalam PRU12, hilang undi popular dalam PRU13, tewas dalam PRU14 dan menang hanya 26 kerusi dalam PRU15, iaitu prestasi terburuk Umno dalam sejarah. Kenapa? Kerana Umno telah mula hilang keabsahan kaum dan keabsahan prestasinya. Proses kehakisan keabsahan kaum Umno bermula sejak sekian lama. Ia bukan baharu berlaku semalam.Setelah DEB berakhir pada tahun 1990 dan dasar liberalisasi dilaksanakan dalam sektor ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan lain-lain, orang Melayu sedikit demi sedikit mula kehilangan nikmat ‘kedudukan istimewa’ yang mereka kecapi dahulu.Saya ambil contoh dalam bidang pendidikan. Anak-anak orang Melayu tidak lagi secara automatik mendapat biasiswa atau pinjaman boleh ubah daripada kerajaan apabila memasuki universiti. Nak masuk universiti kena bayar yuran sendiri atau berhutang dengan PTPTN.Malah, pasca DEB, kemasukan ke universiti-universiti awam juga beransur-ansur menggunakan dasar meritokrasi. Pelajar-pelajar Melayu mesti bersaing untuk memasuki fakulti perubatan, undang-undang, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain. Ada anak Melayu yang dapat ‘straight A’ pun tidak berjaya masuk fakulti perubatan di universiti awam kerana persaingan yang sengit. Jika tidak kerana UiTM, UIA dan USIM menawarkan pengajian dalam bidang-bidang profesional, saya percaya jumlah pelajar Melayu dalam bidang-bidang ini akan jauh lebih rendah berbanding pelajar bukan-Melayu. Peniaga dan usahawan Melayu juga tidak lagi menikmati pelbagai keistimewaan zaman DEB. Mereka perlu bersaing dengan pesaing dari dalam dan luar negara akibat kesan globalisasi dan perubahan dasar negara ke arah liberalisasi ekonomi. Dari segi pekerjaan, orang Melayu mesti bersaing dalam sektor swasta untuk mendapatkan pekerjaan. Tiada jaminan untuk mereka bekerja dalam sektor awam. Dasar rasionalisasi sektor awam pula membuatkan peluang pekerjaan dalam sektor awam semakin terhad dengan pendapatan yang lebih rendah berbanding sektor swasta. Orang Melayu tiada pilihan selain bersaing dalam sektor swasta untuk menikmati taraf hidup yang lebih baik. Tiada kuota untuk mereka dalam sektor ini. Malah ada kajian ilmiah yang dibuat sebelum ini yang mendapati pencari pekerjaan dalam kalangan orang Melayu berhadapan dengan amalan diskriminasi dalam sektor swasta. Ketika inilah Umno mulai tidak dilihat sebagai pelindung orang Melayu (the Malay protector). Walaupun Umno menjadi kerajaan, semakin ramai orang Melayu yang tidak lagi bergantung kepada Umno untuk hidup. Mereka mesti berdikari dan bersaing untuk berjaya. Lebih memburukkan keadaan, skandal 1MDB memperlihatkan bagaimana kekayaan negara diseleweng oleh segelintir elit Umno. Ini antara faktor yang menyebabkan keabsahan prestasi dan keabsahan kaum Umno semakin terhakis. Akhirnya, Umno atau BN tewas dalam PRU14 setelah lebih enam dekad memerintah negara. Dalam PRU14, masih terdapat sekitar 50 peratus orang Melayu yang menyokong Umno. Dalam PRU15, sokongan orang Melayu kepada Umno turun ke sekitar 30 peratus sahaja. Selepas Umno bekerjasama dengan DAP pasca PRU15, sokongan orang Melayu kepada Umno dianggarkan berkurang separuh lagi. Dalam satu kajian terbaharu yang saya lihat, orang Melayu yang masih menyokong Umno memberikan sebab ‘nostalgia’. Mereka menyokong Umno kerana masih mengenangkan jasa Umno pada masa lampau. Itu sahaja. Yang tidak menyokong pula marah kepada Umno kerana membelakangi resolusi parti untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP. ‘No Anwar, No DAP’ masih terngiang-ngiang dalam benak kepala mereka. Kerjasama Umno dengan DAP di dalam PH menghakis saki-baki keabsahan kaum yang masih ada pada Umno. Sementara keabsahan prestasinya pula telah lama tiada. Keabsahan Umno dan sokongan orang Melayu kepada parti itu akan teruji dalam PRN di 6 negeri nanti. Berdasarkan beberapa penelitian awal, dijangkakan Umno akan kehilangan lebih separuh sokongan penyokong-penyokongnya dalam PRN akan datang. Apa lagi jika Umno bertanding dalam satu pasukan dengan DAP dalam PRN nanti. Separuh daripada sokongan yang berbaki itu pun berkemungkinan akan hilang. Apabila Anthony Loke membuat kenyataan yang dia berharap Umno akan menang besar dalam PRN akan datang, bagi saya itu isyarat kepada penyokong-penyokong DAP supaya menyokong Umno. Ini kerana dia tahu Umno tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu seperti dulu. Dia bimbang jika Umno kalah, PH juga akan kalah.Akhirnya Umno akan bergantung kepada sokongan DAP untuk menang pilihan raya. Akan sampai satu masa, Umno akan minta bertanding di kawasan-kawasan yang ramai penyokong DAP. Samalah seperti di zaman kegemilangan Umno dahulu, MCA dan MIC bergantung kepada sokongan Umno untuk menang pilihan raya. Tanpa disedari, DAP sedang membunuh Umno secara lembut. DAP is killing Umno softly. Kerjasama Umno dengan DAP menyebabkan Umno semakin hilang keabsahan politiknya di mata orang Melayu, termasuk penyokong-penyokong akar umbi Umno sendiri. Tanpa sokongan asas orang Melayu, Umno hilang keabsahan politiknya dan hilang nilainya dalam politik Malaysia. Tidak dinafikan Umno sebuah parti yang banyak berjasa kepada orang Melayu. Tetapi perubahan sosial, politik dan ekonomi yang berlaku sejak beberapa dekad yang lalu serta jajaran baharu yang dibuat oleh parti itu dalam mengejar kuasa politik menyebabkan keabsahannya semakin terhakis.MARZUKI MOHAMAD – HARAKAHDAILY 16/5/2023Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid03568qL7Hm7e4aCutna6QYzay5qbSFku5MHATNddS7kJQCo6281VN7Wffjpmisgeitl&id=679581100&mibextid=Nif5oz PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/kalimah-allah-jangan-gugat-tonggak-agama/
Kalimah Allah: Jangan gugat tonggak agama
[ "BERHUBUNG posting yang diviralkan di media sosial bahawa Peguam Kanan Persekutuan bagi pihak Menteri Bagi Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan mereka dalam kes Jill Ireland binti Lawrence Bill iaitu suatu kes di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan penggunaan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain bagi penggunaan orang bukan-Islam dalam agama mereka.Berhubung dengan perkara tersebut di atas, maka dengan ini, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengeluarkan kenyataan sepertimana berikut:Sekiranya perkara yang diviralkan tersebut benar, PGSM melahirkan rasa dukacita dan terkilan dengan tindakan tersebut serta menggesa pihak.Kerajaan Malaysia memberikan penjelasan penuh berhubung dengan tindakan penarikan balik rayuan oleh pihak kerajaan itu, kerana ia secara langsung akan menjejaskan maslahah dan kepentingan seluruh umat Islam di negara ini.PGSM berharap pihak kerajaan dapat meneliti semula perkara tersebut, serta meneruskan rayuan tersebut ke mahkamah tertinggi negara, dengan mempertimbangkan pelbagai sudut dan segala aspek, khususnya kepada maslahah dan kepentingan umat Islam di negara ini.PGSM berharap pihak kerajaan berpegang teguh kepada enam tonggak dasar membangun Malaysia Madani yang diperkenalkan kerajaan, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan serta ihsan.PGSM berpandangan bahawa tindakan menarik balik rayuan tersebut boleh menggugat tonggak dasar pertama; kedua dan keempat iaitu ‘keMampanan’; ‘kesejAhteraan’ dan ‘hormAt’, kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan dan keseimbangan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara ini.PGSM menegaskan bahawa sebarang tindakan yang dibuat oleh kerajaan hendaklah mengambil kira undang-undang negeri-negeri khususnya undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu termasuk kalimah Allah yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diperkenan oleh DYMM Sultan Negeri-negeri, serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kuasa DYMM Sultan Negeri-negeri.PGSM juga berharap pihak kerajaan tidak terpengaruh dengan desakan pihak-pihak tertentu supaya kerajaan menarik balik rayuan tersebut.Sekian, untuk siaran.“Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak”Yang benar,MUSA AWANGPresidenPersatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) – HARAKAHDAILY 16/5/2023PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/kalimah-allah-kerajaan-gagal-pertahan-kesucian-islam/
Kalimah Allah: Kerajaan gagal pertahan kesucian Islam
[ "KERAJAAN Madani pada hari ini sekali lagi telah menunjukkan kebaculan mereka, apabila menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.Keputusan untuk merayu bagi kes ini, sebelum ini, telah dibuat oleh Kerajaan PERIKATAN NASIONAL bagi memelihara kesucian kalimah Allah dan sensitiviti terhadap umat Islam di negara ini. Ia juga selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor melalui Kenyataan Akhbar baginda pada 23 Mac 2021. Kenyataan DYMM Sultan Selangor juga menyokong penuh titah DYMM Sultan Johor yang meminta Kerajaan Persekutuan untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi tersebut.Melihat kepada perkara ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi dengan memasukkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 12 Mac 2021. Namun, pada 18 April 2023, satu Notis Pemberhentian telah dimasukkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Menurut kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam kenyataan beliau hari ini, keputusan menarik balik kes ini adalah keputusan Kementerian Dalam Negeri dan telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ternyata, Kerajaan Madani hari ini tampak terlalu terdesak untuk meraih sokongan bukan-Islam menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlaku melibatkan enam buah negeri. Tindakan penarikan semula rayuan penggunaan kalimah Allah ini membuktikan mereka tidak mengambil berat isu sensitiviti umat Islam di Malaysia, bahkan sanggup melanggar dan menderhakai titah Sultan Selangor dan Sultan Johor yang mahukan rayuan terhadap kes ini diteruskan. Jelas, Sultan dan Raja-raja Melayu, selaku ketua agama Islam di negeri Baginda, amat risau dan mengambil berat akan soal ini dalam memelihara akidah umat Islam di negeri mereka. Malangnya, dengan tanpa segan silu, kerisauan Baginda-baginda tidak dipedulikan, malah dilanggar oleh Kerajaan Madani. Tindakan ini juga bakal mengundang ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk, yang hidup berpaksikan hormat menghormati antara agama dan ajaran masing-masing. Keputusan ini sudah pasti mengguris perasaan seluruh umat Islam di Malaysia, serta mengundang kepada kepincangan dan ketidakharmonian kaum. Sudah tiba masanya umat Islam di Malaysia melihat bagaimana tidak seriusnya Kerajaan Madani gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, dalam menguruskan kemajmukan masyarakat serta memelihara kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan. Biarlah sejarah mencatat kegagalan ini sebagai ‘sumbangan’ dari Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.USTAZ AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDENTimbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS MalaysiaAhli Parlimen Alor Setar – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/pemanis-bukan-gula-tidak-bantu-kurangkan-lemak-badan/
Pemanis bukan gula tidak bantu kurangkan lemak badan
[ "WASHINGTON: Pemanis bukan gula (NSS) tidak memberikan sebarang faedah jangka panjang untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang ingin mengurangkan lemak badan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam garis panduan baharu yang dikeluarkan pada Isnin.", "WHO mencadangkan orang ramai mengelak daripada menggunakan NSS untuk mengawal berat badan atau mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit, lapor United Press International (UPI).", "Penggunaan pemanis bukan gula dengan tujuan menurunkan berat badan juga boleh meningkatkan risiko diabetes tahap 2, penyakit kardiovaskular dan kematian pada orang dewasa.", "Syor WHO itu terpakai kepada semua kecuali orang dewasa yang sudah menghidap diabetes. Garis panduan itu juga merangkumi kebanyakan pengganti gula termasuk aspartam, stevia dan derivatif stevia.", "“Menggantikan gula dengan NSS tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Orang ramai perlu mempertimbangkan cara lain untuk mengurangkan pengambilan gula, seperti mengambil makanan dengan gula semula jadi, seperti buah-buahan atau makanan dan minuman tanpa gula.", "“NSS bukanlah faktor pemakanan yang penting dan tidak mempunyai nilai pemakanan. Orang ramai perlu mengurangkan kemanisan diet sama sekali, bermula pada awal kehidupan, untuk meningkatkan kesihatan mereka,” kata Pengarah WHO untuk Pemakanan dan Keselamatan Makanan Francesco Branca dalam satu kenyataan.", "Kajian 2019 oleh penyelidik Jerman mendapati hanya bukti lemah menunjukkan pemanis tanpa kalori memberikan manfaat kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang ingin menurunkan berat badan. – BERNAMA-UPI" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/pogba-tidak-mungkin-kembali-bermain-musim-ini/
Pogba tidak mungkin kembali bermain musim ini
[ "Pemain tengah Juventus, Paul Pogba, mungkin terlepas baki musim ini selepas kelab itu mengesahkan bahawa pemain itu mengalami kecederaan paha ketika kemenangan 2-0 ke atas Cremonese dalam Serie A, Ahad lalu.Pemain Perancis itu bergelut dengan pelbagai kecederaan musim ini dan hanya bertahan lebih kurang 20 minit sebelum cedera lagi, menyebabkannya menangis ketika meninggalkan padang.", "Walaupun kelab itu tidak memberikan garis masa khusus untuk Pogba kembali bermain, SportMediaset melaporkan bahawa kecederaan yang sama teruk biasanya memerlukan tempoh pemulihan sekitar 20 hari.", "Perlawanan terakhir Juve dalam Serie A musim ini dijadualkan pada 4 Jun di Udinese, menjadikan tidak mungkin Pogba akan kembali musim ini. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/kalimah-allah-ke-mana-muslim-negara-ini-cuba-dibawa/
Kalimah Allah: Ke mana Muslim negara ini cuba dibawa?
[ "KE MANA driver ini nak bawa Muslim yang merupakan majoriti di negara ini?Masyarakat minoriti jadi berani menyentuh perkara-perkara asas dalam Islam. Minta azan diperlahankan? Eh, ‘come on’ lah.Ini isu kalimah ‘Allah’ pula. Apa sebab nak benarkan mereka yang tidak mempercayai Allah sebagai tuhan untuk menggunakan kalimah itu dalam agama mereka?Sekadar yang saya boleh fikirkan sebabnya:1. Ini ciri-ciri liberalisasi. Kononnya hak sama rata. Non-Muslim tidak berhak menggunakan nama Allah kerana mereka tidak mempercayai Allah sebagai tuhan.2. Bila nama Allah ditujukan kepada yang salah, akhirnya ia akan mengelirukan umat Islam.3. Ada agenda normalisasi yang sedang diusahakan.PH-BN tidak layak untuk diberikan kuasa pemerintahan kerana langkah sumbang dalam menjaga urusan Muslim yang merupakan majoriti rakyat di negara ini.USTAZ AIREROSHAIRI ROSLANNaib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/e-buku-kalimah-allah-kalimah-benar-tujuan-salah/
E-buku kalimah Allah: Kalimah benar, tujuan salah
[ "KUALA LUMPUR: Sejak akhir-akhir ini isu kalimah Allah kembali menjadi perbahasan dan perbincangan masyarakat serta golongan yang terlibat dalam perundangan negara.", "“Apakah pula bezanya dengan perkataan Tuhan atau God yang digunakan secara meluas oleh masyarakat umum?” kata Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam hantaran ringkas di Facebook beliau, hari ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/liverpool-terus-mengejar-leicester-kian-tenat/
Liverpool terus mengejar, Leicester kian tenat
[ "Dua gol Curtis Jones dan penyudah hebat Trent Alexander-Arnold memberikan Liverpool kemenangan 3-0 ke atas Leicester City, meningkatkan harapan kelab itu mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara, manakala Leicester semakin hampir tersingkir dari Liga Perdana.Liverpool berada di tempat kelima dengan 65 mata selepas 36 perlawanan, satu mata di belakang pasukan tangga keempat, Manchester United. Leicester berada di tangga ke-19 dengan 30 mata, dua mata di belakang Everton di tangga ke-17 dengan baki dua perlawanan.", "Leicester mengalu-alukan kepulangan pemain pertahanan tengah, Jonny Evans, dalam kesebelasan utama buat kali pertama sejak Oktober lalu. Namun, pemenang tiga kali Liga Perdana bersama Manchester United tidak dapat memberikan impak diharapkan untuk menyelamatkan kelabnya.", "Selepas permulaan hambar, Jones memecah kebuntuan pada minit ke-33 dengan penyudah hebat hasil hantaran lintang Mohamed Salah. Pemain tengah berusia 22 tahun itu sekali lagi menjaringkan gol tiga minit kemudian, juga hasil hantaran Salah.", "Alexander-Arnold melenyapkan sebarang harapan tuan rumah untuk kembali bangkit dengan gol ketiga yang cemerlang selepas sepakan percuma Salah pada minit ke-71.", "Liverpool melakar kemenangan liga ketujuh berturut-turut, tetapi pengurus, Juergen Klopp tidak yakin pasukannya mampu mengatasi Manchester United atau Newcastle di tempat ketiga dan keempat.", "“Saya tidak fikir kemungkinan itu (penamat dalam empat teratas) apabila anda melihat bagaimana mereka (Man United dan Newcastle) bermain. Mereka mempunyai begitu banyak kualiti,” katanya.", "Leicester hanya meraih dua mata daripada empat perlawanan terakhir dengan kunjungan ke Newcastle United dan perlawanan di tempat sendiri menentang West Ham United akan datang, masa semakin suntuk untuk juara 2016 itu mengekalkan status Liga Perdana mereka.", "“Kami melihat keputusan. Kami tewas terlalu banyak perlawanan dan pasukan lain lebih baik, ia semudah itu. Kami mempunyai dua lagi perlawanan dan perlu melakukan usaha yang sama seperti malam ini, komitmen yang sama,” kata Evans. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/satu-beri-jaminan-bekalan-air-terengganu-tidak-terjejas/
SATU beri jaminan bekalan air Terengganu tidak terjejas
[ "KUALA TERENGGANU: Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) memberi jaminan bahawa bekalan air di negeri itu tidak akan terjejas meskipun berhadapan dengan fenomena cuaca panas ketika ini.", "Ketua Pegawai Eksekutif SATU Ts Abdul Karim Endut berkata SATU mempunyai keupayaan pengeluaran sebanyak 1,041 juta liter air sehari untuk dimanfaatkan 364,000 akaun pengguna, menerusi 15 loji rawatan air di seluruh negeri itu.", "“Sekarang ini, walaupun pengeluaran (air) adalah 811 juta liter sehari iaitu meningkat daripada 720 juta liter sehari pada tahun lepas, kami masih mempunyai 200 juta liter simpanan air.", "“Terengganu bertuah kerana dianugerahkan dengan sungai yang besar…dan jika ada kemungkinan ia kering, kami juga turut mendapat bekalan air tambahan dari Empangan Kenyir bagi beberapa daerah misalnya di Kuala Terengganu ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Membran dan Intake P. Musang, di sini.", "Menurut Abdul Karim Terengganu merupakan antara negeri yang mencatatkan penggunaan air per individu tertinggi di negara ini, iaitu sebanyak 260 liter sehari, melebihi purata nasional iaitu 240 liter dan ia mungkin disebabkan oleh tarif air yang rendah.", "“Katakanlah Terengganu berdepan dengan kemarau teruk tidak seperti sebelum ini, pastinya akan ada gangguan aliran sungai air mentah dan ada tempat-tempat atau loji-loji yang kami perlu kurangkan pengeluaran supaya operasi harian masih boleh berjalan.", "“Jadi, kalau pengguna masih terus menggunakan 260 liter air sehari, akan ada sebahagian daripada mereka tidak mendapat bekalan air sebab bekalan dari loji telah dikurangkan pengeluarannya,” katanya. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/taufan-mocha-di-myanmar-ragut-81-nyawa/
Taufan Mocha di Myanmar ragut 81 nyawa
[ "SITTWE, Myanmar: Angka kematian di Myanmar akibat Taufan Mocha yang melanda Teluk Bengal   disahkan kini mencecah 81 orang susulan kawasan yang terputus hubungan kini sudah beransur pulih.Sekurang-kurangnya 46 orang maut di perkampungan negeri Rakhine di Bu Ma dan berhampiran Khaung Doke Kar, yang didiami oleh minoriti Muslim Rohingya yang teraniaya, kata pemimpin tempatan kepada wartawan AFP di tempat kejadian.", "Taufan Mocha mendarat di antara Cox’s Bazar di Bangladesh dan Sittwe di Myanmar yang sebahagian besarnya pada lewat Ahad (14 Mei) membawa angin sehingga 195 kilometer per jam (kmj), ribut terbesar pernah melanda Teluk Benggala dalam tempoh lebih sedekad.", "Terdahulu, seramai 24 orang dilaporkan terbunuh di kawasan perkampungan Khaung Doke Kar di barat laut Sittwe, kata seorang ketua kem Rohingya kepada AFP pada Isnin (15 Mei), meminta namanya dirahsiakan kerana bimbang tindakan balas daripada junta tentera.", "Pihak  junta tentera dalam satu kenyataan sebelum ini, tanpa memberikan butiran terperinci berkata sekurang-kurangnya lima orang terbunuh di Myanmar dan beberapa penduduk mengalami kecederaan; dengan lebih 860 rumah dan 14 hospital atau klinik mengalami kerosakan di seluruh negara.", "Beratus-ratus penduduk  yang berteduh di kawasan yang lebih tinggi kembali ke bandar di sepanjang jalan yang dipenuhi pokok, tiang dan kabel kuasa, tambah laporan AFP.", "Di Sittwe, tiang kuasa elektrik  tergantung rendah di atas jalan-jalan raya  yang lengang dan pokok yang masih teguh berdiri tetapi tanpa dedaun yang sudah hilang diterbangkan ribut berkenaan.", "“Sekurang-kurangnya lima orang maut di bandar itu (Rakhine) dan kira-kira 25 orang cedera, kata pekerja penyelamat tempatan, Ko Lin Lin kepada AFP.", "Sementara merujuk kepada imej dalam media sosial, Taufan Mocha yang membawa gelombang ribut dan angin kencang itu telah meruntuhkan sebuah menara komunikasi di Sittwe.", "Kami terpaksa berpindah dari bangunan ini dan bangunan itu. Sekarang jalan terhalang kerana pokok dan tiang tumbang,” ujar seorang penduduk kepada AFP.", "Media yang bersekutu Junta turut melaporkan bahawa ribut dahsyat berkenaan telah menyebabkan ratusan stesen pangkalan, yang menyambungkan telefon mudah alih ke rangkaian, tidak dapat digunakan di Rakhine. – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/aminuddin-dinobat-tokoh-usahawan-terengganu-2022/
Aminuddin dinobat Tokoh Usahawan Terengganu 2022
[ "KUALA TERENGGANU: Usaha berterusan dan sikap tidak mudah putus asa menjadi resipi kejayaan Aminuddin Mat Yusof menguruskan perniagaan perkapalan dalam bidang minyak dan gas sehingga muncul sebagai usahawan paling berjaya di Terengganu.", "Dalam tempoh 25 tahun, Aminuddin, 57, yang merupakan Pengarah Urusan Amir Vision Sdn Bhd kini memiliki lima kapal utiliti yang bernilai RM125 juta dan sebuah kapal nelayan moden diperbuat daripada besi berharga RM10 juta.", "Selain perusahaan dalam sektor perkapalan, beliau juga berjaya mengembangkan perniagaan dengan menubuhkan 15 syarikat dalam pelbagai bidang termasuk perikanan, industri halal serta pendidikan.", "Jadi tidak hairanlah apabila beliau dinobatkan sebagai Tokoh Usahawan Terengganu 2022 oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu pada malam Anugerah Usahawan Terengganu 2022 (AUT 2022) malam tadi.", "“Cabaran terbesar ialah ketika kejatuhan industri minyak dan gas sekitar tahun 2015 yang menyebabkan kelima-lima kapal syarikat saya tidak disewa. Ketika itu keadaan syarikat memang tenat kerana perlu membayar hutang bank dan gaji pekerja yang keseluruhannya hampir RM3 juta.", "“Bagaimanapun saya tidak cepat berputus asa. Sebagai usahawan kita perlu sentiasa cekal dan berani berdepan dengan apa juga masalah mendatang,” katanya ketika ditemui di AUT 2022 di Taman Tamadun Islam di sini, malam tadi.", "Selain itu Aminuddin berkata kejayaan sesebuah syarikat juga bergantung kepada semangat serta kerjasama berpasukan, justeru beliau amat menjaga kebajikan pekerja supaya mereka lebih bermotivasi dan bekerja dalam keadaan yang gembira serta kondusif.", "“Malah saya turut menubuhkan Yayasan Sulaiman Al-Haj untuk menyalurkan bantuan pendidikan kepada anak kakitangan dan pelajar sekolah yang terpilih di Terengganu,” katanya yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan piala.", "Upacara penyampaian AUT 2022 disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman. (Foto atas)", "Sebanyak 56 anugerah disampaikan pada AUT 2022 termasuk Anugerah Warisan, Anugerah Usahawan Muda, Anugerah Usahawan Berprestasi Tinggi dan Anugerah Usahawan Mikro Desa. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/kalimah-allah-kerajaan-gagal-pertahan-aspirasi-masyarakat-islam/
Kalimah Allah: PH-BN gagal pertahan aspirasi masyarakat Islam
[ "LUHAM mengamati dengan mendalam perkembangan terbaru berkenaan kes ‘kalimah Allah’, (Jill Ireland Binti Lawrence Bill lwn Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia) dan mendapati, berdasarkan kepada rekod-rekod awam seperti berikut:-", "1. Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021, telah memutuskan bahawa arahan Kementerian Dalam Negeri pada tahun 1986 untuk melarang penggunaan 4 kalimah termasuk Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat dalam penerbitan agama Kristian adalah tidak berperlembagaan, dan tidak sah di sisi undang.", "2. Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia melalui Peguam Negara telah memfailkan Notis Rayuan pada 12 Mac 2021 untuk merayu ke Mahkamah Rayuan.", "3. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah diberikan hak oleh Mahkamah Rayuan untuk menjadi sahabat Mahkamah (amicus curae) dalam penghujahan yang akan diadakan di Mahkamah Rayuan.", "5. Tanpa apa-apa hebahan kepada umum, Menteri Dalam Negeri telah membuat keputusan untuk menarik semula rayuan tersebut, dan melalui satu nota kepada Jemaah Menteri, KDN telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri tentang keputusan tersebut.", "6. Menteri Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia, selaku perayu melalui Peguam Negara telah memfailkan Notis Pemberhentian pada 18 April 2023 bagi menyatakan niat untuk tidak meneruskan rayuan dan memberhentikan keseluruhan rayuan.", "Berdasarkan kepada kronologi fakta-fakta yang jelas di atas, LUHAM melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap keputusan Kerajaan Madani untuk menarik balik rayuan tersebut atas faktor-faktor berikut:-", "i. Rayuan tersebut adalah penting untuk membolehkan Mahkamah Rayuan iaitu Mahkamah Atasan untuk menyemak dan menilai semula keputusan Mahkamah Tinggi dan alasan-alasan yang diberikan. Notis Rayuan yang difailkan 2 hari selepas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut menunjukkan betapa seriusnya Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan (Perikatan Nasional) sebelum ini, untuk berhujah semula bagi mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi.", "ii. Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan penganut agama Islam, dan adalah penting untuk Mahkamah Atasan menilai semula keputusan tersebut untuk melihat rasional dan kemunasabahan keputusan Kementerian Dalam Negeri yang dibuat tahun 1986.", "iii. Keputusan Mahkamah Atasan adalah penting untuk menjadi pedoman yang mengikat Mahkamah-Mahkamah bawahan, dan merupakan binding precedent berbanding keputusan Mahkamah Tinggi.", "Oleh yang demikian, LUHAM menuntut Kerajaan Madani khususnya Menteri Dalam dan Peguam Negara Malaysia untuk menjawab dan memberi penjelasan terhadap persoalan-persoalan berikut:-", "i. Sama ada keputusan menarik balik rayuan tersebut melalui Nota Kabinet telah diperhalusi oleh anggota-anggota Kabinet, dan sama ada terdapat apa-apa bantahan daripada mana-mana ahli kabinet Kerajaan Madani?", "ii. Sama ada KDN telah membuat konsultasi dan/atau libaturus dengan MAIS, MAIWP dan MAIK yang merupakan Sahabat Mahkamah (amicus curae) sebelum membuat keputusan?", "iii. Sama ada KDN telah membuat konsultasi dan/atau libaturus dengan semua pemegang taruh termasuk institusi diraja yang merupakan ketua agama Islam dalam isu yang berkait agama Islam ini?", "v. Kenapa KDN memfailkan Notis Pemberhentian untuk menarik balik rayuan tersebut tanpa apa-apa hebahan dibuat kepada masyarakat umum, yang mempunyai hak untuk mendapat maklumat tentang isu-isu terkait amalan agama Islam dan juga peaceful co-existence di negara ini?", "LUHAM juga menzahirkan keterkilanan yang mendalam lantaran daripada tindakan Kerajaan Madani tersebut yang jelas kelihatan sangat lemah dan gagal mempertahankan aspirasi masyarakat Islam di negara ini, bahkan sanggup mensesiakan peluang untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi tersebut di Mahkamah Atasan, justeru memperlihatkan bahawa sensitiviti masyarakat Islam di negara ini tentang isu tersebut tidak penting bagi Kerajaan Madani.", "WAN ROHIMI WAN DAUDPengerusiLujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM), PAS Pusat16 Mei 2023 | 25 Syawal 1444 – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/pas-kinabatangan-anjur-rumah-terbuka-aidilfitri/
PAS Kinabatangan anjur rumah terbuka Aidilfitri
[ "KINABATANGAN: Buat julung-julung kali, Rumah Terbuka PAS kawasan Kinabatangan dianjurkan di kediaman Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur di sini, semalam.Menurut Abdul Aziz, majlis rumah terbuka ini merupakan antara cara untuk memperkenalkan PAS Kinabatangan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat di sini.", "Turut hadir, Johainizam Johari dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Lamag; wakil Parti Gagasan Rakyat Sabah dan Umno Kinabatangan, Persatuan Ibu Tunggal Kinabatangan, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Daerah Kinabatangan, AJK Masjid al-Ghaffar, SESB Kinabatangan dan polis Kinabatangan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/air-kjaan-dap-ph-konfrantasi-dengan-kedah-tidak-bijak/
Air: K’jaan DAP-PH konfrontasi dengan Kedah, tidak bijak
[ "KEPALA BATAS: Rakyat Pulau Pinang sedang diuji dengan masalah air sehingga terpaksa dicatu, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.", "“Hujan yang turun dan muka bumi yang dicipta-Nya adalah kurniaan-Nya kepada kita. Maka bersyukurlah dan uruslah dengan sebaik-baiknya,” ujarnya dalam satu hantaran di laman sosial.", "Katanya, apapun sebab atau punca kekeringan air Sungai Muda, maka yang paling penting bagi rakyat negeri ini ialah menyedari betapa kebergantungan kepada bekalan sumber air mentah sebanyak 80 peratus.", "“Sebab itu, kita sering menyebut tentang survival air ini kita sangat bergantung kepada sumber air Sungai Muda yang berpunca daripada Negeri Kedah,” ujar beliau." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/kes-kalimah-allah-kdn-terlalu-sambil-lewa/
Kes kalimah Allah: KDN terlalu sambil lewa
[ "DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan sebenar di sebalik langkah menarik diri daripada rayuan dalam kes Jill Ireland binti Lawrence Bill, seorang wanita Kristian dari Sarawak yang menggunakan kalimah Allah atas tujuan agamanya.", "Rayuan tersebut sepatutnya dilaksanakan selepas keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2021 yang membenarkan Jill Ireland menggunakan kalimah Allah, ‘Baitullah’, ‘Kaabah’ dan ‘Solat’ oleh golongan bukan Islam dalam agama mereka.", "DUPP berpandangan keputusan KDN menarik balik rayuan dalam kes tersebut menggambarkan sikap sambil lewa dan tidak benar-benar meneliti justifikasi penghujahan kes tersebut dengan mendalam.", "Tambahan lagi, KDN tidak mengambil berat pendirian Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) yang menjelaskan bahawa lafaz Allah SWT adalah khusus kepada umat Islam sahaja." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/isu-peruntukan-terserah-mb-tafsir-titah-tuanku/
Isu peruntukan: Terserah MB tafsir titah Tuanku
[ "BERIKUTAN titah tersebut saya turut dihujani dengan pertanyaan adakah ADUN pembangkang akan turut mendapat peruntukan yang sama sebagaimana ADUN dari pihak kerajaan.Terlebih dahulu saya paparkan sedutan dari teks ucapan Titah Diraja sempena Sidang DUN Pahang ke-15 Penggal ke-2 oleh DYMM Pemangku Raja Pahang pada 8 Mei 2023 (Isnin) iaitu:“Yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.”“Peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka juga.”Telah berlaku perbahasan dan beberapa Ahli Yang Berhormat pembangkang menyentuh isu ini termasuk YB DS Tuan Ibrahim Tuan Man selaku ADUN Cheka dan saya sendiri serta beberapa ADUN yang lain. Isu ini menjadi isu yang agak panas dan telah berlaku sedikit kekecohan pada hari kedua Sidang DUN Pahang.Bagi pihak kami, ini adalah sebahagian dari isi perbahasan kami selain dari titah ucapan yang lain, kerana sidang DUN ini adalah sidang untuk membahaskan Titah Ucapan Diraja. Namun pada hari terakhir sewaktu penggulungan oleh YAB Menteri Besar Pahang, beliau telah menjelaskan berkaitan dengan isu tersebut antaranya secara ringkas bahawa:1. Tiada mana-mana kerajaan yang akan berikan peruntukan yang sama dengan pembangkang.2. Melalui Kerajaan Negeri telah menyampaikan sumbangan ke kawasan-kawasan seluruh Negeri Pahang termasuk di dalam DUN Pembangkang seperti bantuan persekolahan dan lain-lain.3. Beliau juga membangkitkan bantuan kepada rakyat sempena Ramadhan sebanyak RM5,000 yang diberikan melalui semua ADUN pembangkang pada bulan Ramadhan baru ini.Ini adalah antara hujah beliau yang menggambarkan bahawa kerajaan tidak akan memberikan peruntukan kepada ADUN pembangkang.Apa yang kami faham dari titah ucapan tersebut ialah peruntukan tetap yang telah diberikan kepada ADUN kerajaan turut diberikan kepada ADUN pembangkang.Tafsiran kami dan tafsiran DS Menteri Besar Pahang tidak sama, maka terpulangkan kepada DS Menteri Besar untuk menafsirkan titah ucapan tersebut mengikut apa yang beliau fahami.Bagi kami sama ada ada ataupun tiada, kami tetap akan menaburkan khidmat bakti kami dengan sebaik mungkin meskipun dalam apa jua keadaan. Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan Insya-Allah kami akan bekerja lebih kuat, membina kekuatan, menyusun strategi, merempuh segala halangan sehingga kami menang untuk membentuk kerajaan baru Negeri Pahang PRU16 akan datang, Insya-Allah.YB USTAZ ROSLI ABDUL JABARPesuruhjaya PAS Negeri PahangADUN Tanjung Lumpur – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/saya-pun-tak-kenal-dengan-individu-tu-sanusi/
Saya pun tak kenal dengan individu tu – Sanusi
[ "ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tiada kaitan dengan individu yang mengutip derma kononnya untuk membantu membayar saman mahkamah.", "Bercakap pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini, beliau juga tidak tahu menahu akan hal itu dan langsung tidak mengenali individu terbabit.", "“Bayaran saman kepada Dato’ Mahfuz saya dah bayar. Saya pun tak kenal dengan individu tu. Tak terbabit dengan saya. Mungkin dia simpati kot dekat saya,” jawab beliau.", "Tular di media sosial melalui aplikasi TikTok individu membawa bekas yang tertulis “tabung sanusi bayar saman fitnah” serta memperkenalkan dirinya orang Kedah memohon derma untuk membantu Sanusi.", "Muhammad Sanusi dalam sidang media itu juga memaklumkan beliau memfailkan satu kes saman terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena berkaitan tuduhan membeli kenderaan Vellfire. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/amzad-akui-kempen-tak-langgar-undang-undang/
Amzad akui kempen tak langgar undang-undang
[ "KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengakui keluar berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menemui seberapa ramai pengundi di sini tanpa melanggar sebarang undang-undang pilihan raya.", "Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam responden Wan Rohimi Wan Daud dalam Perbicaraan Petisyen Pilihan raya Kuala Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini.", "Katanya, beliau mengambil peluang itu menemui pengundi di enam majlis yang dianjurkan kerajaan negeri Terengganu termasuk Majlis Penyampaian Bantuan i-Belia dan i-Siswa di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di Dewan Terbuka Kompleks Seri Iman Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT) dan lain-lain.", "“Saya berpeluk dengan ramai orang dan bersalam dengan mereka ketika kempen pilihan raya sebagai calon parlimen di maba sahaja saya pergi,” ujarnya.", "Pempetisyen Datuk Mohd Zubir Embong yang juga calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut diwakili oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Muhammad Amin Othman, Norhazira Abu Haiyan dan Mohamed Baharudeen Mohamed Arif." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/kalimah-allah-kjaan-madani-langgar-titah-istana/
Kalimah Allah: K’jaan Madani langgar titah Istana?
[ "DEWAN Pemuda PAS Negeri Perak menempelak keputusan Kerajaan Campuran PH-BN yang menarik kembali rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan kalimah Allah. Tindakan itu jelas melanggar titah Istana oleh DYMM Sultan Selangor serta DYMM Sultan Johor yang meminta Kerajaan Persekutuan di era PERIKATAN NASIONAL membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Tindakan itu juga menyanggahi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada tahun 2008 telah memutuskan bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus dan tidak boleh digunakan apatah lagi disamakan dengan agama-agama lain seperti yang didedahkan mantan Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri baru-baru ini. Lebih menghairankan apabila keputusan ini dibuat hanya melalui serahan nota kepada jemaah Menteri tanpa dibincangkan oleh Kabinet apatah lagi mendapatkan pandangan daripada Menteri Agama yang menjadi antara pemegang taruh penting dalam isu ini. Sikap jelik dan tidak peka dengan sensitiviti orang Islam ini adalah satu bentuk provokasi melampau kerana telah menggagalkan usaha menjaga kemuliaan kalimah Allah melalui jalan perundangan di negara ini. Adakah wujud tangan ghaib yang mencatur kepimpinan negara dalam membuat keputusan-keputusan yang merugikan umat Islam? Jika ada siapakah pemilik tangan ghaib tersebut sehingga Kerajaan Campuran PH-BN hari ini berani menyanggahi titah dari Istana yang bertanggungjawab dan berautoriti menjaga kesucian Islam? Umat Islam di Malaysia melihat betapa tidak seriusnya kerajaan hari ini dalam meletakkan kepentingan Islam serta memelihara kesucian agama Islam. Tindakan yang telah menoreh luka besar di jiwa umat Islam ini akan menjadi pemangkin penolakan rakyat secara besar-besaran kepada mana-mana pihak yang merancang dan berkomplot dalam mencabar kedaulatan dan kesucian Islam di negara Malaysia ini.YB USTAZ MOHD HAFEZ SABRIKetua PemudaDewan PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/isu-kalimah-allah-memperbetul-kekeliruan/
Isu kalimah Allah – Memperbetul kekeliruan
[ "KEKELIRUAN 1: Isu ini hanya membabitkan penganut Kristian di Sarawak.Rujukan: https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/05/1101910/guna-kalimah-allah-terhad-di-sarawak-hanya-untuk-penerbitan-bahan Jawapan:Keputusan Mahkamah Tinggi menyatakan pekeliling KDN tahun 1986 adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah. Pekeliling tersebut menyebut:“…Perkataan yang tidak boleh dipakai atau digunakan dalam semua penerbitan agama Kristian di negara ini ialah: 1. Allah, 2. Kaabah, 3. Baitullah, 4. Solat”.Pekeliling dengan perkataan inilah yang diisytihar tidak sah. Pekeliling tidak merujuk hanya penerbitan di Sarawak, bahkan merujuk kepada penerbitan Kristian di negara ini. Kekeliruan 2: Isu ini adalah hak peribadi seorang penganut Kristian untuk tujuan pembelajaran.Jawapan:Kes ini terbahagi kepada 2 pusingan. Dalam pusingan pertama, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa CD (yang mengandungi kalimah Allah) yang dirampas oleh KDN dikembalikan. Namun plaintif masih mahu meneruskan dengan tuntutan lain untuk membatalkan Pekeliling KDN 1986. Mahkamah Tinggi menyebut:“[17] The applicant filed her cross-appeal on 15 August 2014 against the non-granting by the learned High Court Judge of reliefs sought in prayers (c), (d), (e), (f), (h), (i) and (j)”Maka Mahkamah Rayuan menghantar semula kes ke Mahkamah Tinggi untuk itu. Maka pusingan kedua bermula, yang akhirnya Mahkamah memutuskan Pekeliling 1986 itu tidak sah.Kalau Jill Ireland hanya mahu kuatkuasakan haknya untuk pembelajaran, cukuplah dia belajar apabila mendapat semula CD tersebut. Namun, perjuangannya tidak berhenti di situ. Dia mahu pekeliling itu juga dibatalkan, dan dia berjaya.Dan Kerajaan Madani tidak teruskan rayuan.Kekeliruan 3: Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) juga berpendapat kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, maka TGHH juga menyokong keputusan Mahkamah Tinggi, dan penarikan balik rayuan.Rujukan: Netizen.Jawapan:TGHH menyatakan pendirian ini secara umum, namun meletakkan syarat supaya ia dikawal dan tidak disalahguna. TGHH tidak bercakap dalam konteks khusus penerbitan oleh gereja dan agama Kristian. TGHH juga tidak merujuk kepada 3 perkataan lain iaitu kaabah, baitullah dan solat dalam konteks penerbitan Kristian. Laporan menyebut:“Namun jelas beliau, perlu juga dilihat pada tujuan penggunaannya, bukan sekadar lafaz dan ungkapan semata-mata.“Tegas Abdul Hadi, sekiranya kalimah Allah itu mahu digunakan bertujuan untuk mengelirukan atau menghina penganut Islam, maka harus ada sempadan dan hukumnya”. https://www.astroawani.com/berita-politik/sesiapa-pun-tidak-harus-dilarang-guna-perkataan-allah-namun-ada-sempadan-abdul-hadi-287759?amp=1Dangkallah kita kalau berhujah pendapat itu menyokong keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Kekeliruan 4: Isu ini sengaja dimainkan oleh PN untuk kepentingan politik.Jawapan:Isu ini membabitkan kegusaran banyak lapisan masyarakat terutama NGO Islam dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri. Antara yang terawal memberi kenyataan mengenai isu ini ialah Majlis Peguam Syariah Wilayah Persekutuan dikepalai Datuk Zainul Rijal. Bukan orang politik. Wallahu’alam.YUSFARIZAL YUSSOFF – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/penafian-kutipan-derma-bayar-saman/
Penafian kutipan derma bayar saman
[ "PENULARAN video kutipan derma bagi menampung kos bayaran saman YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah adalah satu pembohongan dan cubaan jahat untuk memburukkan imej YAB Menteri Besar dan PERIKATAN NASIONAL.Saya sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah menafikan sekeras-kerasnya bahawa ada kutipan derma daripada pihak YAB Menteri Besar Kedah ataupun PERIKATAN NASIONAL. Oleh yang demikian kami akan membuat laporan polis dalam masa terdekat dan mengharapkan pihak bertanggungjawab menyiasat dan segera ambil tindakan yang amat tegas kepada individu yang cuba memburukkan imej Menteri Besar Kedah.MOHAMAD HILMI ABDUL WAHABSetiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/gulai-ayam-habis-selepas-setengah-jam-dibuka/
Gulai ayam habis selepas setengah jam dibuka
[ "KOTA BHARU: Tidak sampai setengah jam gerai nasi gulai ayam dibuka, petugasnya menarik nafas lega kerana nasi dan lauk sudah kehabisan stok.", "Sebaik sahaja gerai tersebut dibuka kira-kira jam 9.45 pagi, orang ramai beratur sehingga ke gerai sebelah untuk mendapatkan nasi berlauk yang begitu menyelerakan.", "Aksi itu dapat dilihat pada majlis sambutan Aidilfitri Masjid Sultan Muhammad ll Telipot. Pada jadual asal majlis bermula jam 10 pagi, namun orang ramai sudah mengerumuni gerai-gerai di bawah khemah jam 9 pagi lagi.", "Majlis hari raya itu turut mengundang musalla-musalla yang berada di sekitar Masjid Sultan Muhammad ll Telipot mengambil bahagian bagi menyediakan juadah.", "Turut menyediakan juadah termasuk Masjid (musalla) al Muhsinin Kampung Belukar, Masjid An Najah Kampung Paya Senang, komuniti Tijani Jalan Raja Dewa dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.", "Masjid al Muhsinin menyediakan lemang dengan pencicah manisan pekat diserbu orang ramai seawal jam 9 pagi. Sebanyak 70 batang lemang disediakan bagi jamuan rumah terbuka tersebut.", "Program majlis Hari Raya tersebut merupakan kali ketiga diadakan dengan mengundang komuniti setempat dan ahli-ahli jemaah yang tinggal di sekitar Masjid Masjid Sultan Muhammad ll.", "Imam Tua masjid terbabit Osman Mat Zin dan ahli-ahli jawatankuasa masjid berpakaian baju Melayu lengkap bersamping, melayan mesra orang ramai yang hadir.", "Rumah tersebut juga diadakan di beberapa lokasi hari ini termasuk pejabat Air Kelantan Sdn Bhd di Jalan Kuala Krai dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Jalan Maharani.", "Manakala Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pula akan menganjurkan sambutan Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri esok di perkarangan Bangunan MAIK, Lundang. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/3-tahun-cemerlang-di-bawah-pentadbiran-sanusi/
3 tahun cemerlang di bawah pentadbiran Sanusi
[ "Banyak penambahbaikan yang dilakukan oleh beliau dan barisan pentadbiran kerajaan negeri yang bekerja keras membela nasib rakyat Kedah demi merealisasikan gagasan “Kedah Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Menabur Bakti” dan menuju misi “Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni” menjelang tahun 2035.", "Kejayaan yang sangat membekas di hati rakyat ialah apabila 5,417 geran hak milik tanah telah diberikan kepada para pemohon yang sudah berpuluh-puluh tahun memohon.", "Dalam aspek pelaburan, Kedah masih mengungguli dengan memperolehi RM68.3 bilion pada tahun 2021, RM7.34 bilion hasil pelaburan pada tahun 2022 yang membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Kedah.", "Program pembangunan bakat NCER dan inisiatif pembangunan taman perindustrian adalah bukti komitmen untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti dan menggalakkan inovasi serta pertumbuhan ekonomi di Kedah.", "Selain itu, projek menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) merangkumi LRA Lubuk Buntar, LRA Bukit Selambau, LRA Sungai Limau, LRA Baling, LRA Jenun Baru dan LRA Pelubang adalah yang akan siap tidak lama lagi akan menyelesaikan masalah air penduduk di negeri Kedah ini.", "Terdapat juga pelbagai projek penting lain yang sedang dibangunkan dan akan siap tidak lama lagi bakal merubah landskap ekonomi negeri ini.", "Semoga YAB Dato’ Seri Mentari Besar Kedah diberi kekuatan untuk terus memimpin negeri Kedah dan dapat merealisasikan semua perancangan demi membawa seribu satu kebaikan untuk rakyat. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/kelantan-catat-6-kes-kesihatan-akibat-cuaca-panas/
Kelantan catat 6 kes kesihatan akibat cuaca panas
[ "Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Dr Izani Husin berkata, daripada jumlah itu satu kes membabitkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang disahkan akibat strok haba.", "“Bagi kes terbaru yang membabitkan kelesuan haba, ia membabitkan wanita berusia 34 tahun juga mendapat rawatan di hospital,” katanya pada sidang media di pejabatnya di MABNA MBI hari ini.", "Dr Izani juga berkata, Kelantan mencatat kes membabitkan masalah kesihatan akibat daripada cuaca panas paling tinggi berbanding Sarawak lima kes dan Sabah (3).", "Perkara itu berlaku, menurut beliau memandangkan suhu di Kelantan pada masa ini berada di tahap berjaga-jaga iaitu antara 35 hingga 38 darjah Celsius.", "Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati memandangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.", "Beliau juga berkata, kumpulan yang berisiko menjadi mangsa cuaca panas mereka yang terbabit dengan kegiatan fizikal di luar termasuk buruh, tentera dan polis.", "“Begitu juga dengan golongan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, penghidap penyakit sistem pernafasan, penghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan kelenjar tiroid." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/aidifltri-harakah-2023-utuh-rapatkan-ukhwah/
Aidifltri Harakah 2023, utuh rapatkan ukhwah
[ "KUALA LUMPUR: Disambut secara sederhana, namun cukup utuh dalam memberi impak penyediaan ruang bagi merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.Itulah aura yang terserlah impak Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (BAKKAH) khusus untuk kakitangannya pada hari ini, 17 Mei bersamaan 26 Syawal.", "Sememangnya penting untuk sentiasa mempunyai jalinan ukhwah sesama warga Harakah termasuklah antara bos dan kakitangannya sebagai sebuah keluarga besar dalam sesebuah organisasi yang bersifat Islamik ini.", "Dalam majlis tersebut, kakitangan Harakah dihidangkan dengan pelbagai juadah raya termasuk lemang, rendang ayam, bersama nasi impit serta kuah kacang, laksa penang, kuih-muih, buah-buahan, dan tidak ketinggalan kek sambutan hari lahir yang meraikan hari jadi beberapa kakitangan yang jatuh pada bulan Januari hingga Mei.", "Namun, apa yang membuatkan majlis ini cukup istimewa apabila turut dihidangkan ialah koktel khas hasil air tangan kakitangan Harakah sendiri sebagai menu minuman utama.", "Semoga majlis ini dan majlis-majlis seterusnya yang bakal diadakan pada masa hadapan diberkati Allah SWT, agar ia berterusan mampu merapatkan ukhwah kakitangan Harakah agar kekal utuh. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/pas-prihatin-kebajikan-rakyat-berlainan-agama/
PAS prihatin kebajikan rakyat berlainan agama
[ "“Situasi itu dapat kita lihat di Kelantan dan Terengganu, di mana rakyat pelbagai bangsa bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang sekatan.", "“Begitu juga di Sabah PAS sentiasa menjalinkan kerjasama dengan penduduk pelbagai kaum dan agama,” katanya pada program Sinar Kasih Aidilfitri di Dewan Serbaguna Kampung Batu Putih hari ini.", "Hadir sama Adun Lantikan Sabah Dr Aliakbar Gulasan, Ketua Muslimat PAS Sabah Norsah Bongsu, Yang Dipertua PAS Libaran Abdul Wara Mohammad, Ketua Bahagian Bersatu Libaran Yunus Nordin dan Ketua Pemuda PGRS Sungai Sibuga, Henry Hamdan.", "“Mengukuhkan silaturahim sangat penting. Ia juga secara tidak langsung supaya orang ramai dapat mengenali PAS dengan lebih dekat lagi tanpa sebarang prejudis,” ujarnya.", "Sempena program Sinar Kasih Aidilfitri PAS Sandakan turut meraikan 63 asnaf dari Kampung Batu Putih dengan pemberian sumbangan berupa pek barangan dapur. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/semua-negeri-perlu-bantuan-pusat-atasi-bekalan-air/
Semua negeri perlu bantuan pusat atasi bekalan air
[ "Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, berdasar anggaran sebelum ini Kelantan memerlukan kira-kira RM5 bilion bagi mengatasi masalah bekalan air bersih.", "“Bagaimanapun perdana menteri tidak menyebut secara jelas jumlah peruntukan tersebut, sebagaimana yang diumumkan di negeri-negeri lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), di sini, hari ini. (Foto atas)", "Baru-baru ini ketika merasmikan pembinaan stesen projek ECRL di Bandar Baharu Tunjong dekat sini perdana menteri mengumum akan menambah peruntukan kepada Kelantan dalam usaha meningkatkan kemudahan di negeri itu.", "Pada 7 Februari 2021 kerajaan Perikatan Nasional (PN) meneliti permohonan Kelantan mendapatkan peruntukan RM1.7 bilion bagi mengatasi masalah bekalan air di negeri berkenaan.", "Selain itu turut merancang membina empat lagi loji rawatan air (LRA) baharu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM664.8 juta. LRA tersebut iaitu Chicha Fasa 2, Tanjung Mas, Bukit Chupak dan Tok Bali. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/amanahraya-urus-lebih-27000-akaun-amanah-rm1-3b/
AmanahRaya urus lebih 27,000 akaun amanah RM1.3b
[ "TELUK INTAN: Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) telah mengurus lebih 27,000 akaun amanah dengan nilai RM1.3 billion sejak ditubuhkan pada 1921 hingga 30 April tahun ini.", "Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya Ahmad Feizal Sulaiman Khan berkata syarikat pemegang amanah itu juga mentadbir kira-kira 15,700 fail pusaka dengan anggaran nilai aset RM1.1 billion, manakala sejumlah 1.1 juta wasiat telah didaftarkan sepanjang tempoh tersebut.", "“Bagi negeri Perak, anggaran nilai aset untuk akaun pusaka sebanyak RM123 juta dan nilai pengurusan akaun amanah sebanyak RM53 juta. Bagi wasiat pula, sebanyak 2,545 wasiat telah didaftarkan,” katanya pada sidang media selepas perasmian pejabat AmanahRaya cawangan Teluk Intan yang disempurnakan Orang Besar Jajahan Hilir Perak Datuk Meor Redwan Mahayudin, di sini hari ini.", "Terdahulu, Ahmad Feizal dalam ucapannya berkata pembukaan pejabat AmanahRaya yang ke-20 itu dilihat mampu menambah baik kualiti perkhidmatan sedia ada selain memenuhi keperluan pelanggan yang memerlukan premis lebih besar.", "Beliau berkata seiring usia penubuhan menjangkau lebih 100 tahun, AmanahRaya melaksanakan beberapa inisiatif bagi memperkukuh kecekapan operasi dan menambah baik jaringan perkhidmatan melalui pelbagai platform atas talian mahupun secara fizikal.", "“Usaha berterusan juga dilakukan untuk menambah baik sistem operasi dan infrastruktur ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) melalui pewujudan Sistem Wasiat, Amanah dan Pusaka (SWAP) bagi memastikan perkhidmatan lebih efisien dapat ditawarkan kepada masyarakat,” katanya. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/korek-muara-bantu-nelayan-keluar-menangkap-ikan/
Korek muara bantu nelayan keluar menangkap ikan
[ "KOTA BHARU: Kesukaran kira-kira 100 nelayan untuk keluar ke laut bagi menangkap ikan disebabkan muara cetek turut mendapat perhatian wakil rakyat.", "Adun Kelaboran, Mohd Adanan Hassan berkata, bagi pelan jangka pendek kerajaan negeri disaran mengorek pasir bagi membolehkan nelayan keluar ke laut mencari rezeki.", "“Cadangan nelayan untuk bina benteng pemecah ombak itu perlu kelulusan kerajaan pusat kerana ia memerlukan peruntukan yang besar,” katanya ketika ditemui di sini.", "Sebelum ini Harakahdaily melaporkan kira-kira 100 nelayan di Pulau Timun, Pulau Suri, Pulau Che Soh dan Pulau Tongkang sukar keluar ke laut kerana muara cetek.", "“Oleh itu kerajaan pusat dicadang menyenaraikan projek tersebut dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi mengatasi masalah yang dihadapi nelayan sejak lima tahun lepas,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/universiti-vienna-kajian-terhadap-penuntut-islam-austria-rasis/
Kajian tentang pelajar Islam di Austria rasis – MJO
[ "VIENNA: Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Vienna dalam kalangan pelajar Islam di Austria telah mendapat kritikan daripada sebuah persatuan Islam di negara itu, Muslim  Youth Austria (MJO) yang menyifatkannya sebagai rasis.Kaji selidik berjudul, Effects of Islamic Religious Education in Austria (Kesan Pendidikan Agama Islam di Austria) itu membuat tinjauan terhadap  2,000 pelajar Islam di negara itu, namun MJO menyifatkan ia lebih menjurus kepada sifat perkauman, dan mendakwa bahawa kajian itu mempunyai struktur yang lebih cenderung untuk disediakan sebagai hasil rekaan semata-mata, lapor Anadolu Agency memetik laporan Kurier. ", "Dalam kenyataannya, MJO berkata bahawa golongan muda terbabit melaporkan rasa kurang senang dan tidak faham tentang hakikat bahawa hanya pelajar Islam perlu mengambil bahagian dalam tinjauan itu, satu kenyataan daripada MJO memberitahu agensi berita Austria APA.", "MJO berkata bahawa golongan muda tersebut disingkirkan daripada kelas biasa dan tertakluk kepada pengawasan luar, termasuk perlu menjawab soalan seperti ‘memualkan apabila homoseksual bercium’ dan ‘memutuskan siapa yang akan masuk neraka’.", "Satu lagi yang perlu soalan berbaur sensitif yang perly mereka jawab ialah ‘apabila wanita memakai skirt-mini atau pakaian mendedahkan dalam khalayak ramai, adakah itu mereka menandakan kesediaan seksua mereka?’.", "Kajian tersebut diketuai oleh profesor pendidikan agama Islam Austria-Turk, Ednan Aslan, yang telah dikritik hebat kerana apa yang dipanggil ‘peta Islam’ dan kajian tadika yang kontroversial di Austria.", "MJO, bersama-sama dengan Inisiatif Pendidikan Bebas Diskriminasi (IDB) Austria dan ZARA- Keberanian sivil dan kerja anti-perkauman, menuntut penamatan serta-merta kajian tersebut.", "Di samping itu, organisasi itu menuntut kenyataan daripada rektor Universiti Vienna, Sebastian Schutze dan Menteri Pendidikan Austria, Martin Polaschek. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/kalimah-allah-mais-terkilan-kerajaan-tarik-balik-rayuan/
Kalimah Allah: MAIS terkilan kerajaan tarik balik rayuan
[ "SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan kes penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.", "Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, MAIS berpendirian kes tersebut bukan hanya berkaitan dengan isu pentadbiran dan keselamatan, sebaliknya ia juga melibatkan akidah orang Islam dan pentadbiran agama Islam yang berada di bawah bidang kuasa Raja sebagai ketua agama negeri.", "“Bagaimanapun MAIS merasa terkilan dan kesan dengan tindakan unilateral pihak kerajaan yang menarik balik rayuan tanpa berunding dengan pihak MAIS dan pihak-pihak yang terlibat, mempunyai kepentingan dalam kes rayuan tersebut.", "“MAIS bertanggungjawab untuk melindungi akidah umat Islam di Selangor. MAIS juga berpegang teguh dan menjunjung titah Sultan Selangor pada 23 Mac 2021 yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan agama Kristian di Selangor,” katanya pada kenyataan hari ini.", "Kenyataan itu melarang penggunana kalimah ALLAH dlam kitab Bible (bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian di Selangor.", "Baru-baru ini kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.", "Abdul Aziz juga berkata, MAIS menegaskan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam di Selangor adalah suatu kesalahan jenayah di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 yang berkuatkuasa di Selangor dan menyalahi fatwa yang diwarta pada 18 Februari 2010.", "“MAIS berpandangan demi kepentingan awam, proses rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah ALLAH wajar diteruskan bagi membolehkan mahkamah di peringkat tertinggi negara memutuskan isu itu secara muktamad dan boleh menjadi panduan semua pihak yang terlibat dalam isu penggunaan kalimah ALLAH,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/mid-valley-terbakar-tiada-kematian/
Mid Valley terbakar, tiada kematian
[ "KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan pusat beli-belah Mid Valley melalui laman sosial Facebooknya, Mid Valley Megamall mengesahkan tiada kematian berlaku akibat kebakaran di pusat beli-belah tersebut yang kini terpaksa ditutup buat sementara waktu.Kebakaran berlaku pada jam 10.27 pagi tadi di Pencawang Masuk Utama (PMU) yang berdekatan dengan pusat beli-belah tersebut.", "“Punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan kami tetapi apa yang pasti, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan semula bekalan tenaga sebaik mungkin,” ujar kenyataan TNB, di sini, hari ini.", "“TNB mengambil langkah segera untuk pemulihan bekalan dengan sebahagian pengguna terlibat telah mendapat bekalan seawal jam 10.55 pagi,” ujar kenyataan TNB.", "“Pengguna boleh menghubungi TNB CareLine di talian 15454 untuk maklumat lanjut. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” tambah TNB. ", "Sehubungan itu, pihak pengurusan Mid Valey meminta maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan akan sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik bagi memastikan keselamatan pengunjung pusat beli-belah tersebut terjaga dengan rapi. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/umk-jalin-kerjasama-penyelidikan-universiti-di-jordan/
UMK jalin kerjasama penyelidikan universiti di Jordan
[ "KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Jordan University Science and Technology (JUST) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi pelaksanaan Projek Matching Grants Malaysia-Jordan.", "Naib Canselor UMK, Prof Dato’ Dr Razli Che Razak berkata, projek Matching Grants Malaysia-Jordan merupakan inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia dengan kerjasama Education Malaysia Jordan (EMJ).", "Katanya Matching Grants untuk menyokong projek penyelidikan kolaboratif dengan pihak luar termasuk institusi antarabangsa yang boleh menyediakan kepakaran, sumber atau rangkaian pelengkap penyelidikan.", "“Menurut Education Malaysia Jordan, jumlah permohonan geran yang diterima sebanyak 566 dan Jordan University Science and Technology (JUST) hanya memilih 29 projek melalui kerjasama tersebut.", "“Melalui projek Matching Grants dapat membantu menggalakkan kerjasama penyelidikan, mewujudkan sinergi dan perkongsian dalam kalangan penyelidik dan pihak luar serta merangsang pelaburan luar,” katanya pada program tersebut di Jordan semalam.", "Turut hadir Minister Councellor (Education) Malaysia, Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid, Pengarah Pejabat Antarabangsa JUST, Prof Feda Yousef Al-Tamimi dan Pengarah Penyelidikan JUST Prof Tareq Lewis Mukattash.", "Manakala delegasi UMK yang hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Chm. Ts Dr Abdul Hafidz Yusoff dan Pengarah Bahagian Penerbitan dan Penarafan (TNCPI), Prof Madya Dr Mohd Asrul Hery Ibrahim. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/kalimah-allah-harga-sebuah-kuasa-buat-umno/
Kalimah Allah: Harga sebuah kuasa buat Umno
[ "HUJUNG minggu yang lalu kita baru sahaja melihat Umno dengan secara terbukanya membawa DAP (musuh tradisi politik orang Melayu) ke bangunan PWTC di samping peristiwa bendera-bendera Malaysia yang bertebaran di atas lantai.Semalam kita dikejutkan pula dengan berita keputusan Kerajaan Madani menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan seorang wanita Kristian menggunakan kalimah Allah pada 18 April 2023.Sedangkan, pimpinan Umno antara yang paling bertegas dalam isu kalimah Allah ini sehinggakan mereka terkhilaf memahami penerangan secara akademik yang dibuat oleh Tan Sri Presiden PAS.Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS pada 13 Januari 2013 juga telah membuat keputusan bahawa, “menterjemahkan kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan-Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah”.Umno juga dilihat terus konsisten tegas dalam isu ini ketika bermuafakat dengan PAS melalui Muafakat Nasional. “MN mahu menyatakan keprihatinan yang amat serius ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah-kalimah Islam oleh orang-orang bukan-Islam dalam penerbitan masing-masing.“Mesyuarat MN malam ini menggesa kerajaan merayu untuk membawa penghakiman ini ke Mahkamah Rayuan,” – Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional, 2021.Pada masa yang sama KDYMM Sultan Johor dan KDYMM Sultan Selangor juga telah menitahkan Kerajaan Persekutuan untuk membuat rayuan semula bagi keputusan Mahkamah Tinggi dalam isu ini.Namun, apa berlaku kepada Umno pada hari ini? Selepas menipu orang Melayu tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Anwar, kini Umno tergamak menggadai prinsip perjuangan termasuk dalam isu kalimah Allah.Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, “Dalam kes ini, kalau tidak silap saya, ini adalah saranan dan pendirian yang diambil oleh KDN dan saya maklumkan kepada Kabinet dan saya telah lakukannya beberapa bulan lalu”.Apa peranan pimpinan Umno dalam kabinet ketika itu? Adakah pimpinan Umno yang berada dalam kerajaan pada hari ini benar-benar tidak akan berjuang demi Melayu dan Islam selepas bekerjasama dengan DAP dan Anwar? Adakah ini harga yang perlu dibayar oleh pimpinan-pimpinan Umno demi mengekalkan kuasa mereka?Maka kita tahu mengapa mereka tutup gambar semua muka-muka bekas Presiden Umno dalam program hujung minggu yang lalu. Kini, pimpinan Umno hanya berjuang untuk kuasa. Mereka tidak berjuang untuk Islam dan Melayu. Masa Umno telah sampai ke garisan penamat. Sekian.USTAZ ABDUL RAZIB ABDUL RAHIMKetua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 17/5/2023Nota:Maklumat lanjut pihak tuan/puan boleh hubungi Pejabat Jabatan Penerangan PAS Pusat di talian 0103159334. Terima kasih." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/muara-sungai-cetek-sukar-nelayan-cari-rezeki/
Muara sungai cetek sukar nelayan cari rezeki
[ "Masalah itu dihadapi nelayan di Pulau Timun, Pulau Suri, Pulau Che Soh dan Pulau Tongkang yang berlaku sejak lima tahun lepas.", "Seorang nelayan Mohd Asri Abdullah, 49,,dari Kampung Pantai Suri berkata, masalah tersebut berlaku sejak lima tahun lalu dan terus berulang selepas musim tengkujuh.", "“Kami mencadangkan kerajaan membina benteng penahan ombak bagi menghalang kemasukan pasir secara berterusan setiap kali musim tengkujuh sehingga menjejaskan kedalaman sungai.", "“Ombak besar pada musim tengkujuh membawa sekali pasir ke muara sungai. Pada pandangan kami kalau ada benteng pemecah ombak, pasir yang dibawa ombak tidak lagi mendap di muka kuala,” katanya ketika ditemui di sini.", "Aziz Ismail, 57, (foto bawah) dari Kampung Kuala Besar memberitahu kuala yang terletak di Kampung Pulau Nik Mat merupakan laluan utama penduduk dan nelayan untuk ke Tumpat.", "“Tetapi musim kemarau sekarang tidak boleh lalu langsung. Kami meminta kerajaan bina benteng pemecah ombak bagi mengelakkan pasir masuk ke kuala sungai,” ujarnya.", "Katanya juga buat sementara waktu nelayan terpaksa menggunakan laluan jauh sehingga tiga jam untuk sampai ke laut melalui Pulau Beluru, Pulau Renjuna, Pulau Dollah dan Kuala Besar. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/kerajaan-madani-kecewakan-umat-islam-malaysia/
Kerajaan Madani kecewakan umat Islam Malaysia
[ "LANGKAH Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Kerajaan Madani sangat mengecewakan umat Islam negara ini apabila menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes kalimah Allah. Dalam erti kata lain, rayuan tersebut tidak diteruskan sehingga akhir kes supaya mahkamah membuat keputusan atas semua pertimbangan dan hujahan. Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran. Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia semasa pentadbiran PERIKATAN NASIONAL telah memfailkan Notis Rayuan pada 12 Mac 2021 bagi mempertikai keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.Sehingga ke saat ini, tiada penjelasan diberikan oleh Kerajaan Madani melalui KDN di sebalik penarikan balik rayuan tanpa konsultasi Jemaah Menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), memandangkan berdasarkan laporan media, KDN hanya memaklumkan Jemaah Menteri melalui nota sahaja.Muslimat PAS turut mempersoalkan adakah KDN telah merujuk institusi diraja terlebih dahulu, sebagai Ketua Agama Islam dalam isu besar melibatkan umat Islam? Adakah KDN telah melaksanakan konsultasi dengan pemegang taruh melibatkan institusi-institusi agama Islam sebelum memutuskan untuk menarik balik rayuan?Kerajaan Madani tidak sepatutnya meremehkan isu besar umat Islam dengan mengesampingkan pendapat pemegang taruh termasuk institusi diraja. Malah, perasaan umat Islam langsung tidak diambil kira, seolah-olah isu ini hanya picisan yang bisa dilupakan.Muslimat PAS begitu terkilan dengan penarikan balik rayuan ini yang membuktikan bahawa Kerajaan Madani bukanlah Kerajaan yang boleh dijadikan sandaran harapan umat Islam negara ini.USTZAH NURIDAH MOHD SALLEHKetua Dewan Muslimat PAS MalaysiaBertarikh: 17 Mei 2023/ 26 Syawal 1444 – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/tanpa-reda-guru-ilmu-murid-tidak-berkat/
Tanpa reda guru ilmu murid tidak berkat
[ "TAMBUN: Sempena sambutan Hari Guru, Dewan Muslimat PAS Tambun mengunjungi beberapa sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi dan Hulu Kinta.", "“Sesungguh jasa dan pengorbanan mereka tidak terbalas,” katanya ketika ditemui pada program tersebut semalam. Turut hadir Ketua Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Tambun, Nuradila Mohd Kamal.", "Antara sekolah yang dikunjungi iaitu Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa, Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah, Maahad Darul Furqan, Tahfiz Addin Pekan Tambun, SRITI Al-Istiqamah.", "Selain itu Akademik Tahfiz Al-Quran Sayyidah Faqihah Lil Banat (AQSA), PASTI Nurul Iman Tengku Hussein dan SRAR Ittihadiah Kampung Tengku Hussien.", "Oleh itu Yusmaliza berharap seluruh masyarakat khususnya pelajar perlu mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap guru kerana tanpa reda guru ilmu murid tidak berkat. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/kalimah-allah-kdn-pernah-tolak-permintaan-menteri-dap/
Kalimah Allah: KDN pernah tolak permintaan Menteri DAP
[ "KETIKA saya menjadi Menteri Dalam Negeri dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH), ada Menteri daripada parti DAP yang meminta supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan kes Jill Ireland di luar mahkamah. Saya tidak bersetuju dengan permintaan ini kerana apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian di luar mahkamah itu ialah KDN menarik balik perintah rampasan cakera padat risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah.Pendirian KDN pada masa itu ialah kes ini mesti diputuskan oleh mahkamah mengikut proses undang-undang. Antara hujah utama KDN pada masa itu ialah penyebaran risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam dan ini berkemungkinan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.Apabila Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill Ireland pada tahun 2021, Kerajaan PERIKATAN NASIONAL pada ketika itu berpendirian bahawa keputusan kes ini mesti dirayu ke peringkat Mahkamah Rayuan. Adalah menjadi kelaziman dalam mana-mana kes mahkamah, pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh merayu ke mahkamah yang lebih tinggi.Keputusan untuk merayu ke Mahkamah Rayuan juga adalah selaras dengan titah yang dizahirkan pada masa itu oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor.Saya kesal dengan keputusan Kerajaan PH-BN menarik balik rayuan dalam kes yang melibatkan sensitiviti umat Islam dan kepentingan awam ini. Sepatutnya, biarlah kes ini diputuskan menurut proses undang-undang di mahkamah sehingga selesai sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan dasar mengenainya.Sekiranya keputusan mahkamah masih tidak berpihak kepada kerajaan selepas proses rayuan selesai, maka wajarlah bagi pihak kerajaan meminda undang-undang berkenaan demi memastikan tujuan undang-undang tersebut dikuatkuasakan, iaitu untuk menjamin keharmonian hubungan antara masyarakat berbilang agama dan memelihara ketenteraman awam di negara ini dapat dicapai.Perlu diingat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya manakala Raja-raja Melayu adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Maka titah Raja-raja Melayu dalam hal ini hendaklah dijunjung oleh kerajaan.TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSINPengerusi PERIKATAN NASIONAL17 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/isu-kalimah-allah-kepentingan-islam-cuba-dirobohkan/
Isu kalimah Allah: Kepentingan Islam cuba dirobohkan
[ "SUSULAN perkembangan terbaharu isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia, Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan Kerajaan PH-BN yang menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah dalam isu ini.Usaha yang dibuat oleh Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) sebelum ini bagi melindungi kepentingan Islam, nampaknya mulai dirobohkan oleh Kerajaan PH yang ada sekarang. Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) secara jelas menyatakan Islam ialah agama rasmi Persekutuan, nampaknya kekuatan ini sedang dilapah dengan rakusnya oleh rejim pemerintahan yang ada sekarang. Jelas sekali Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersikap hipokrit dan sandiwara kononnya mempertahankan agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan sedangkanrealiti sebaliknya. Hal ini samalah seperti episod terdahulu ketika melabelkan banyak pihak sebagai kaki rasuah dan marah dengan penyalahgunaan kuasa. Namun ketika berkuasa, Kerajaan PH sanggup menjilat semula air liur basi ini demi mempertahankan kuasa yang rapuh itu. DUPWP menyeru seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk bangkit membuat bantahan terutama dalam media sosial masing-masing untuk membuktikan bahawa kita masih ada urat nadi sensitif dengan Islam apabila dicabul sedemikian rupa selain menterjemahkan protes masing-masing dengan menolak dan tidak sesekali memberikan undi kepada calon-calon dari PH-BN dalam pilihanraya di enam buah negeri kelak.Orang Islam di negara ini perlu ingat, ini merupakan Nakhbah atau malapetaka dahsyat sedang melanda ummah di Malaysia. Manakala PH-BNlah yang terlibat dalam membuka akan pintu fitnah ini. Entah apa akan berlaku pada nasib anak cucu kita nanti pada zaman mereka. Apakah masih selamat aqidah mereka di saat itu?USTAZ DR. AZAHAR YAAKUB Ketua Dewan UlamakPAS Wilayah Persekutuan – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/kerajaan-madani-lemah/
Kerajaan Madani Lemah
[ "Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat terkilan dengan tindakan Kerajaan Madani yang ternyata sangat lemah dan gagal mempertahankan aspirasi umat Islam dalam negara ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/kerajaan-madani-belakangi-muzakarah-fatwa/
Kerajaan Madani belakangi Muzakarah Fatwa?
[ "PENDIRIAN Kementerian Dalam Negeri menarik balik rayuan kes kalimah Allah iaitu kes Jill Ireland binti Lawrence Bill beberapa hari lalu jelas membelakangi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI).Pendirian Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 2008 telah memutuskan bahawa kalimah Allah merupakan ‘kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan-Islam lain.’Persoalannya adakah pendirian fatwa kebangsaan ini tidak mempunyai merit dalam pertimbangan yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri selaku Menteri yang bertanggungjawab? Rakyat kini melihat satu demi satu dasar Kerajaan yang dikatakan Madani ini membelakangi pendirian golongan pemegang taruh utama pembuat dasar.Daripada isu pemberian PrEP kepada golongan pengamal homoseksual, penyahsenarai nikotin daripada Akta Racun dan kini isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan-Islam.Persoalan seterusnya yang berbangkit, siapa pengaruh di sebalik dasar-dasar Madani yang tempang ini? Bagaimana dasar-dasar yang membawa kepada pelbagai implikasi ini diputuskan tanpa libat urus yang betul dan dilihat dilaksanakan secara tergesa-gesa? Kerajaan terus menikus dengan seribu satu alasan untuk mempertahankan tindakannya yang tempang. Lama kelamaan struktur ini akan retak menanti belah. Masa akan menentukannya. Sekian.“Sayangi Kedah Sejahtera”“Malaysia Sejahtera”YB DR AHMAD FAKHRUDDIN SYEIKH FAKHRURAZITimbalan Pesuruhjaya PAS KedahAhli Parlimen Kuala Kedah17 Mei 2023 / 26 Syawal 1444H – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/giliran-umno-ditunggangi-parti-cauvinis/
Giliran Umno ditunggangi parti cauvinis
[ "SEMUA pihak maklum, Penyatuan Ummah bukan sahaja teras kestabilan politik Malaysia, malah menjadi pra syarat terpenting pembinaan semula Peradaban Islam di Alam Melayu yang tapaknya bakal bermula di sini. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, hari ini negara Malaysia dilihat sebagai ‘centre of gravity’ kepada kebangkitan semula Tamadun Ummah di akhir zaman. Konsep Penyatuan Ummah buat masa ini sememangnya kelihatan niskala, namun boleh sahaja dirumuskan konsep ini seadanya. Penyatuan Ummah di negara ini ialah bilamana majoriti umat Melayu mendukung keindukan ajaran Islam dan hak Bumiputera sebagai citra pembangunan politik, ekonomi dan sosial, tanpa menafikan hak kaum minoriti untuk terlibat sama.Dengan sebab itu, Penyatuan Ummah bukanlah satu ancaman kepada kaum bukan-Islam dan bukan-Bumiputera kerana ia selari dengan kontrak sosial yang menjadi asas terbentuknya negara Malaysia dan juga akar umbi sejarah rantau ini. Malah Penyatuan Ummah inilah yang akan memperkukuhkan interasi Malaysia dan mendorong kepada keharmonian antara kaum.Agenda Penyatuan Ummah ini tidak digemari oleh pihak yang mahu merombak citra Malaysia yang asal, sebaliknya terus menerus mereka mahu memperjuangkan agenda Malaysian Malaysia dan Deklarasi Setapak. Mereka terus memperjuangkan agenda itu sama ada mereka berada di barisan pembangkang, apatah lagi jika mereka berada sebagai parti komponen dalam kerajaan.Tumbangnya Kerajaan PH pada tahun 2020, telah mengumpulkan tiga parti terbesar umat Melayu iaitu BERSATU, PAS dan Umno dalam barisan kerajaan. Ia turut disokong parti-parti pribumi dari Sabah dan Sarawak. Perkembangan ini sudah pasti membimbangkan parti cauvinis yang sudah sekian lama memperjuangkan cauvinisme Malaysian Malaysia mereka.Parti cauvinis ini sentiasa mengintai peluang bila sahaja ada sedikit keretakan kepada perpaduan umat Melayu. Pada tahun 1990, bila wujud parti Semangat 46 dengan segera mereka menghulur tangan membentuk gabungan Gagasan Rakyat. Dalam PRU tahun 1990, mereka hampir-hampir boleh menawan Pulau Pinang dengan memenangi 14 kerusi daripada 35 kerusi DUN. Gagasan Rakyat kemudian berkubur pada tahun 1995, antara puncanya bila mula berlaku perselisihan antara Semangat 46 dan parti cauvinis dalam isu pelantikan Ketua Pembangkang dari kalangan Ahli Parlimen Melayu. Kemudian sekali lagi wujud keretakan kepada perpaduan umat Melayu apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1998.Kali ini parti cauvinis mula membuka pintu untuk bekerjasama dengan PAS di dalam Barisan Alternatif (BA), meskipun mereka amat memusuhi perjuangan PAS sebelum ini. Bagaimanapun pada PRU 1999 mereka kalah teruk, manakala PAS pula memperolehi sebuah lagi negeri iaitu Terengganu dan memenangi 27 kerusi Parlimen. Tokoh-tokoh besar cauvinis mereka turut tumbang dalam PRU itu.Bila mereka gagal menunggangi PAS di dalam BA, mereka telah memaksa PAS meninggalkan agenda memperjuangkan negara Islam. Mereka mengugut PAS untuk keluar dari BA jika PAS terus memperjuangkan agenda tersebut. Bagaimana Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor, dengan tegas menjawab, tidak akan meninggalkan agenda memperjuangkan negara Islam dan tidak bimbang jika mereka keluar dari BA.Pada PRU 2008, BN dan Umno mula melemah, manakala BA yang dianggotai oleh PAS dan PKR mula mendapat tempat di Selangor, Perak dan Kedah. Parti cauvinis tersebut pula menang banyak kerusi di Pulau Pinang. Maka sekali lagi mereka menghulurkan tangan kepada PAS untuk membentuk satu gabungan politik bersama.Ketika itu, sebahagian besar Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dikuasai oleh kelompok yang kemudiannya dikenali sebagai Anwarinas. Dengan pengaruh mereka dan pujukan PKR, PAS sekali lagi duduk dengan parti cauvinis tersebut dalam gabungan yang dikenali Pakatan Rakyat (PR). Mereka cuba sekali lagi untuk menunggangi PAS bagi melaksanakan agenda Malaysian Malaysia mereka.Selepas tiga tahun, pada tahun 2011 sekali lagi parti tersebut menunjukkan sikap sebenar mereka. Mereka terus menentang usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II yang telah diluluskan lama sebelum itu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan Menteri Besar Kelantan ketika itu tetap bertegas dalam hal ini, sanggup memutuskan hubungan dengan mereka dalam PR.Akhirnya pada tahun 2015, selepas kelompok Anwarinas keluar dari PAS, Majlis Syura Ulamak PAS membuat keputusan memutuskan hubungan dengan parti cauvinis tersebut. Usaha mereka untuk menunggangi PAS demi kepentingan mereka sekali lagi gagal. Bagaimanapun, pada tahun 2016 peluang sekali lagi datang kepada mereka apabila ditubuhkan pula BERSATU yang merupakan pecahan dari Umno.Parti cauvinis tersebut menghulurkan tangan kepada BERSATU dan kemudiannya terbentuk Pakatan Harapan (PH). Kali ini usaha untuk menunggangi parti Melayu benar-benar berhasil apabila PH berjaya membentuk kerajaan selepas PRU tahun 2018. Bagaimanapun, BERSATU sama seperti PAS, bukanlah parti yang semudahnya ditunggangi oleh parti cauvinis tersebut.Pada tahun 2020, BERSATU bertindak keluar dari PH dan menyebabkan Kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah. Terbentuklah kerajaan yang dianggotai oleh parti-parti terbesar Melayu dan pribumi dari Sabah dan Sarawak. Sekali lagi parti cauvinis tersebut gagal, malah kali ini berhadapan dengan agenda Penyatuan Ummah yang lebih solid.Pada PRU 2022, kemenangan yang diperolehi oleh PH merosot berbanding PRU 2018. Semangat kerjasama antara parti-parti politik dalam kerajaan antara tahun 2020 hingga 2022 adalah antara faktor penting yang menyebabkan kemerosotan pencapaian PH. Bagaimanapun, parti cauvinis dan PH mula mencium ada keretakan dalam kalangan parti-parti Melayu tersebut.Maka parti cauvinis sekali lagi membuka pintu mereka, kali ini bekerjasama dengan Umno, parti yang mereka serang sejak lebih setengah abad yang lalu. Malah mereka adalah parti yang bertanggungjawab menyerang pemimpin-pemimpin Umno sehingga bekas Presiden mereka dipenjarakan dan lain-lain pimpinan mereka sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah.Parti cauvinis tersebut mula lembut gigi daripada lidah sehingga mempersonakan Umno. Umno sudah mula mempercayai ketulusan parti cauvinis tersebut, malah menjemput mereka masuk ke kubu mereka, memecahkan tradisi kepimpinan Umno sejak parti tersebut ditubuhkan. Apakah Umno akan terus ditunggangi, seperti parti cauvinis itu menunggangi ‘kuda kayu’ PAN dan PKR?DR MOHD ZUHDI MARSUKIAhli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/serangan-udara-tembakan-meriam-memuncak-di-sudan/
Serangan udara, tembakan meriam memuncak di Sudan
[ "KHARTOUM: Serangan udara dan tembakan meriam memuncak dan meningkat dengan  mendadak di seluruh ibu negara Sudan pada Selasa  ketika pihak tentera berusaha mempertahankan pangkalannya daripada saingan puak separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF) dalam pertempuran selama lebih sebulan.Serangan udara, letupan dan pertempuran boleh didengari di selatan Khartoum, dan terdapat tembakan hebat di seberang Sungai Nil di bahagian bandar bersebelahan Bahri dan Omdurman, lapor Arab News memetik laporan Reuters.Konflik perang antara tentera dan RSF bermula 15 April 2023 itu turut telah mencetuskan kekacauan di lokasi lain di Sudan, terutamanya di wilayah barat Darfur, tetapi tertumpu di Khartoum.Ia telah menyebabkan krisis kemanusiaan yang mengancam untuk menjejaskan kestabilan rantau ini, menyebabkan lebih 700,000 orang kehilangan tempat tinggal di Sudan dan memaksa kira-kira 200,000 melarikan diri ke negara jiran.", "Kebanyakan mangsa yang melarikan diri dari Sudan telah menuju ke utara ke Mesir atau barat ke Chad, yang bersempadan dengan Darfur. Sementara, mangsa yang lain telah menuju ke Pelabuhan Sudan di Laut Merah, dengan harapan dapat menaiki kapal ke Arab Saudi.", "“Kami datang dari medan peperangan. Kami kehilangan ahli keluarga, rumah kami musnah,” kata Reem, seorang pelajar yang berkhemah dalam panas terik di Pelabuhan Sudan bersama-sama ratusan mangsa yang lain. ", "Penduduk yang tinggal di Khartoum pula sedang bergelut untuk bertahan apabila bekalan makanan semakin berkurangan, perkhidmatan kesihatan runtuh dan pelanggaran undang-undang semakin merebak.", "Rangkaian kemanusiaan IFRC berkata, kira-kira 9 juta penduduk tinggal berdekatan dengan medan pertempuran dan dalam kesusahan yang teruk, dan memetik laporan peningkatan keganasan seksual terhadap orang ramai yang sedang bergerak ketika ia melancarkan rayuan pengumpulan dana AS$33 juta.", "Kerajaan Sudan sebelum ini telah merekodkan 676 kematian dan lebih 5,500 kecederaan, tetapi angka sebenar dijangka jauh lebih tinggi dengan banyak laporan mayat ditinggalkan di jalanan dan orang ramai bergelut untuk mengebumikan mayat.", "Namun pertubuhan Sindiket Doktor Sudan menurut laporan The New Arab mengumumkan pada pagi Selasa (16 Mei) bahawa jumlah korban awam akibat pertempuran di negara itu telah meningkat kepada 822 orang.", "“Keadaan kini  tidak tertanggung. Kami meninggalkan rumah kami untuk pergi ke rumah jiran di Khartoum, melarikan diri daripada perang, tetapi pengeboman itu mengikuti kami ke mana sahaja kami pergi,” kata seorang penduduk Khartoum berusia 32 tahun, Ayman Hassan.", "Pertempuran meningkat di Khartoum dan di Geneina, ibu kota Darfur Barat, sejak kedua-dua pihak yang bertelagah itu memulakan perbincangan di Jeddah yang diuruskan oleh Arab Saudi dan Amerika Syarikat lebih seminggu lalu.", "Rundingan itu telah menghasilkan pernyataan prinsip untuk melindungi orang awam dan membenarkan bekalan bantuan, tetapi mekanisme untuk koridor kemanusiaan dan bersetuju gencatan senjata masih dibincangkan.", "RSF pula menyerang pangkalan tentera utama di utara Omdurman dan selatan Khartoum pada hari Selasa dalam usaha nyata untuk menghalang tentera daripada mengerahkan senjata berat dan jet pejuang, kata penduduk dan saksi.", "RSF juga mendakwa  ia telah menangkap beratus-ratus tentera tentera di Bahri, mengeluarkan rakaman barisan lelaki berseragam dalam keadaan duduk, yang bagaimanapun belum dapat disahkan Reuters, memandangkan pihak tentera Sudan menafikannya.", "Dalam pada itu, tentera telah cuba untuk memutuskan talian bekalan RSF dan untuk mendapatkan tapak strategik termasuk lapangan terbang di tengah Khartoum dan kilang penapisan minyak utama Al-Jaili di Bahri, di mana pertempuran berlaku semula pada hari Selasa.", "“Pasukan RSF  sebaliknya dilaporkan telah menahan Anas Omer, seorang anggota kanan parti pemerintah yang lantang bersuara di bawah bekas pemimpin Omar Al-Bashir yang digulingkan, dari rumahnya di Khartoum,” kata anak lelaki Omer kepada Reuters.", "Peperangan bermula selepas pertikaian mengenai rancangan untuk RSF menyertai tentera dan rantaian perintah masa depan di bawah perjanjian yang disokong antarabangsa untuk peralihan politik ke arah pemerintahan awam dan pilihan raya.", "Ketua tentera, Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan dan komander RSF Mohamed Hamdan Dagalo, dikenali sebagai Hemedti, mengambil jawatan tertinggi dalam majlis pemerintah Sudan berikutan penggulingan Bashir pada 2019 semasa pemberontakan rakyat.", "Mereka melakukan rampasan kuasa dua tahun kemudian ketika tarikh akhir untuk menyerahkan kuasa kepada orang awam semakin hampir, mula menggerakkan pasukan masing-masing ketika pengantara cuba memuktamadkan rancangan peralihan.", "Kedua-dua pihak mendapat sokongan asing dari negara serantau yang tertarik dengan kekayaan mineral dan pertanian Sudan, dan lokasinya yang strategik antara Sahel dan Teluk Arab. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/saidina-osman-wakaf-telaga-untuk-manfaat-orang-islam/
Saidina Osman wakaf telaga untuk manfaat orang Islam
[ "KETIKA para sahabat Nabi SAW berhijrah berhijrah ke Madinah, mereka tidak mempunyai sumber air yang banyak. Ada penduduk Yahudi di Madinah yang mempunyai telaga, menjual airnya kepada mereka yang memerlukannya. Perkara ini menyulitkan orang ramai, terutama orang Islam yang baharu berhijrah ke Madinah. ", "Saidina Osman bertanya:أنشدُكُم باللَّهِ الَّذي لا إلَهَ إلَّا هوَ، هل تعلمونَ أنَّ رسولَ اللَّهِ، قالَ: من يبتاعُ بئرَ رومَةَ غفرَ اللَّهُ لَهُ؟ فأتيتُ رسولَ اللَّهِ فقلتُ: قد ابتعتُ بئرَ رومةَ، قالَ: فاجعَلها سقايةً للمسلمينَ وأجرُها لَكَ، قال: نعَمMaksudnya: Aku bertanya kepada kamu dengan nama Allah yang tiada tuhan melainkan Dia. Adakah kamu tahu bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membeli telaga Roumah, Allah akan mengampunkannya? Aku datang kepada Rasulullah SAW, lalu aku berkata: ‘Aku beli telaga Roumah.’ Nabi bersabda: ‘Jadikannya sumber minuman untuk orang Islam. Pahalanya untukmu. Beliau menjawab: Ya.", "Saidina Osman membeli separuh telaga itu daripada seorang Yahudi dengan harga 12,000 (dinar atau dirham). Beliau menjadikan telaga itu sehari untuknya dan sehari berikutnya untuk Yahudi itu. Orang Islam menimba air telaga secara percuma pada hari giliran Saidina Osman yang mencukupi untuk dua hari.", "Oleh itu, pada hari giliran Yahudi yang mengenakan bayaran untuk air, tiada orang Islam yang menimbanya. Apabila Yahudi itu melihat kemerosotan kedatangan orang Islam, beliau menjual telaganya kepada Saidina Osman dengan harga 8,000 (dinar atau dirham).Akhirnya telaga itu diwakafkan oleh Saidina Osman untuk manfaat orang Islam.", "1) Air merupakan sumber asas penting kepada manusia, negeri dan negara. Nabi SAW mengingatkan bahawa ia dikongsi secara bersama oleh semua orang. Pemerintah mesti menjamin sumber air bersih untuk rakyatnya. Ia tidak boleh dipolitikkan hingga memudaratkan rakyat. Dalam konteks sejarah di Kelantan, peruntukan yang sepatutnya diterima oleh kerajaan Kelantan dinafikan hingga mengganggu kepentingan air ini kepada negeri dan rakyat Kelantan.", "2) Wakaf adalah salah satu instrumen penting yang ditunjuk oleh syarak menyelesaikan isu masyarakat. Dalam bidang pendidikan misalnya, Universiti Al-Azhar dibangunkan melalui konsep wakaf ini. Instrumen wakaf ini, jika digunakan dengan sebaik mungkin, ia dapat membantu pembangunan masyarakat, negeri dan negara dengan baik.", "3) Orang Yahudi sepanjang zaman sentiasa mengeksploit apa sahaja aspek untuk kepentingan mereka sambil memudaratkan orang lain. Contoh mudah ialah seperti dalam kisah telaga di atas. Ekonomi sepatutnya dikuasai oleh orang Islam, bukan sebaliknya.", "4) Kebijaksanaan Saidina Osman menguruskan telaga Roumah dan pembeliannya dari orang Yahudi wajar dipelajari oleh orang Islam. Sistem ekonomi semasa, perdagangan, perniagaan, industri dan lain-lain dikuasai oleh orang bukan Islam. Setengahnya sehingga memusuhi Islam. Ekonomi digunakan sebagai alat menguasai dan menjajah umat Islam.", "5) Keberkatan Saidina Osman dalam menguruskan ekonomi berpanjangan hingga ke hari ini. Umat Islam mesti mengambil berat tentang konsep berkat ini yang tiada dalam istilah ekonomi lain.", "6) Alangkah baiknya jika semua sektor iaitu politik, ekonomi, sosial dan lain-lain dikuasai oleh umat Islam. Bukan bermakna untuk menafikan hak orang lain, tetapi kerana Islam itulah yang sebenarnya membawa rahmat ke sekalian alam. – HARAKAHDAILY 17/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/hubungan-pas-dengan-semua-pihak-mengikut-sempadan-agama-islam/
Hubungan PAS dengan semua pihak mengikut sempadan agama Islam
[ "PAS tetap berpegang dengan konsep bahawa politik itu sebahagian daripada agama, bukan agama menjadi sebahagian daripada politik sehingga agama boleh diperalatkan. Maka, sesiapa sahaja malah semua pihak diharamkan memperalatkan agama Islam, sehingga diharamkan dan dihukum sesat sesiapa yang memisahkan politik daripada agama Islam.", "Agama bagi PAS mengikut bahasa al-Quran ialah suatu petunjuk dan ajaran yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW yang berbangsa Arab dan berbahasa Arab, sebagaimana firman Allah SWT:", "“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya (bangsanya), supaya dia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka, Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan juga memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Dialah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim: 4)", "﴿إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ١٩﴾", "“Sesungguhnya, al-din (agama) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan al-Kitab itu tidak berselisih melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.” (Surah Ali ‘Imran: 19)", "Islam menolak tafsiran perkataan agama dalam semua bahasa oleh pihak yang lain. Termasuk makna agama dalam bahasa Melayu yang salah dan telah menyeleweng daripada maksud asalnya yang memberikan makna yang sempurna dan menyeluruh dalam seluruh kejadian alam, termasuk manusia. Maka, politik hanya sebahagian daripada ajaran agama yang tidak boleh dipisahkan.", "Politik ialah alat kepada agama bagi melaksanakan seluruh ajarannya, memelihara dan mempertahankannya. Maka, politik ditadbir oleh agama. Para ulama’ menegaskan maksud khilafah atau pemerintahan dalam al-Quran melalui tulisannya:", "“Menggantikan tugas kenabian bagi menegakkan al-din (Islam) dan siasah (politik) dengan petunjuk agama.” (Al-Mawardi dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, ms. 15 dan Ibn Khaldun dalam kitab Tarikhnya, Jld. 1, Hlm. 239)", "“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan ni‘mat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (Surah al-Ma’idah: 3)", "Maka, al-Quran dan Sunnah Rasulullah ialah panduan asasi yang dirujuk oleh ulil amri daripada kalangan mereka yang berilmu (para ulama’) dan juga mereka yang melaksanakannya iaitu para umara’ (para pemimpin negara atau jemaah Islam) yang wajib ada dalam kalangan umat Islam sepanjang zaman. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:", "“Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang ma‘ruf, serta melarang daripada berbuat segala perkara yang munkar. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali ‘Imran: 104)", "Kumpulan yang dimaksudkan dalam ayat di atas wajib memenuhi tiga rukun atau ciri-ciri yang berikut, iaitu; berdakwah kepada Islam (al-din), berbuat amar ma‘ruf dan berbuat nahi munkar. Sehinggakan, kumpulan tersebut mencapai peringkat yang paling kuat iaitu berkuasa memerintah negara mengikut contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para generasi awal.", "Maka, dinyatakan dalam Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bahawa hukum tertinggi yang tidak boleh dipertikaikan ialah al-Quran, al-Sunnah, ijmak para ulama’ dan qiyas yang nyata menjadi rujukan tertinggi.", "PAS menubuhkan Majlis Syura Ulamak yang dipilih daripada kalangan para ulama’ yang merupakan ahli PAS yang berwibawa dari segi ilmu, akhlak dan maruah. Mereka juga merupakan kalangan ilmuwan Islam (ulama’) yang bertaraf mampu mengkaji sumber utama yang disebutkan di atas dalam bahasa Arab, merujuk sumber yang terdahulu daripada karangan para ulama’ dan sejarah para umara’, serta mampu berijtihad secara berjemaah dalam masalah terkini, khususnya dalam perkara baharu yang tiada pada zaman dahulu.", "Majlis Syura Ulamak juga berkuasa membatalkan apa-apa keputusan dan tindakan PAS yang dilihat bercanggah dengan prinsip serta konsep Islam yang asasi dalam semua aspek kegiatan PAS. Malah, institusi tersebut boleh menjemput kalangan mereka yang pakar dalam lapangan masing-masing untuk memberikan pandangan kepadanya, sebelum memutuskan sesuatu keputusan atau hukum. Bahkan, ada dalam kalangan ahlinya pula merupakan sebahagian daripada kalangan ilmuwan yang pernah berkhidmat di pusat pengajian tinggi dan Majlis Fatwa.", "Pimpinan tertinggi PAS bertanggungjawab dari segi menjaga perjalanan parti dan melaksanakan keputusan mengikut strategi perjuangan, situasi dan realiti dalam masyarakat mengikut Siyasah Syari‘yyah dan Maqasid al-Syari‘ah. Oleh sebab itu, PAS tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya oleh kalangan pelampau yang jahil dan pemalas yang jumud mendiamkan diri.", "Sehingga kini, kerjasama PAS dan persefahaman politik yang dilakukannya dengan semua pihak tetap berpandukan hukum Islam dan batas sempadannya. Perkara ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW:", "“Orang Islam itu wajib berpegang kepada syarat-syarat yang ditetapkan (dalam perjanjian) mereka, melainkan syarat yang menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal.” (Al-Tabrani, al-Mu‘jam al-Kabir, Jld. 17, No. 30 / al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, No. 14432)", "Justeru, PAS bekerjasama dengan pihak lain, dan membatalkannya apabila dilihat ia melanggar nas, prinsip dan strategi yang betul. Pada masa yang sama, PAS juga bersikap terbuka dan bersempadan menghadapi sebarang perubahan dari sudut pemikiran dan sikap manusia yang boleh berubah-ubah, berpandukan sabda Rasulullah SAW:", "“Kasihilah orang yang kamu kasihi sekadar berpatutan (jangan melampau), kerana kemungkinan dia menjadi orang yang dimarahi (dimusuhi) pada satu hari nanti. Marahilah (musuhilah) orang yang kamu marahi sekadar berpatutan, kerana kemungkinan dia menjadi orang yang dikasihi pada satu hari nanti.” (Riwayat al-Tirmizi, No. 1997)", "PAS mengadakan persefahaman dan kerjasama dengan pelbagai pihak yang berbeza ideologi dan aqidah agama yang bersikap damai dan tidak menipu dalam perjalanan politiknya, dalam keadaan dipantau dan dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak dan jawatankuasa Lajnah Politik. PAS dalam keadaan yang terkawal dan tidak pernah dapat dipermain-mainkan atau ditipu oleh semua pihak, dalam keadaan tetap berjaya dari sudut kerjasama dan hubungan, dan PAS tidak lemah dan mati apabila ia dibatalkan.", "Pendekatan PAS tidak boleh disamakan dengan rakan-rakan parti Islam di negara lain seperti negara Arab, utara Afrika, Turki, Asia Tengah, benua India dan lain-lain, walaupun mempunyai persamaan dasar, konsep dan hala tujunya. Hal ini demikian kerana, berbeza padang dan lapangan masyarakatnya yang wajib difahami oleh mereka yang bersama PAS atau mereka yang memberi perhatian kepada PAS. Sabda Rasulullah SAW:", "“Kami diperintahkan supaya diletakkan orang yang menunaikannya pada tempatnya yang sesuai dan berucap kepada manusia mengikut kadar kemampuan akal mereka.” (Al-Suyuti, Jam‘ al-Jawami‘, No. 260/4445)", "Saya menegaskan perkara ini kepada rakan-rakan luar negara yang datang dan ditemui atau dalam negara sendiri yang cuba melakukan campur tangan dalam perkara yang tidak difahaminya terhadap beberapa tindakan PAS.", "PAS mengadakan kerjasama dengan pihak lain atas titik persamaan kemanusiaan dan keadilan kepada semua tanpa melanggar sempadan prinsip Islam dan konsep yang menjadi kewajipan PAS.", "Apabila ada pihak yang melanggar dasar PAS atau memaksa PAS keluar daripada landasan Islam atau melanggar konsep yang wajib seperti kewajipan menegakkan negara Islam atau konsep amar ma‘ruf dan nahi munkar atau ancaman terhadap Islam dan penganutnya oleh pihak lain, maka PAS tidak teragak-agak membatalkan kerjasama atau keluar daripada pakatan politik tersebut. Sikap PAS pula tidak jumud tanpa perubahan apabila berlakunya perubahan sikap dan keadaannya. Maka, ada parti yang berulang kali berhubung dan memutuskan hubungan dengan PAS.", "PAS lebih mengutamakan sikap berkebajikan terhadap semua pihak, termasuk terhadap mereka yang pernah bermusuh atau sedang bermusuh atau paling bermusuh, kerana pendekatan tersebut menjadi salah satu cara untuk memperkenalkan Islam kepada pihak lain yang menjadi kebajikan terbaik. Hal ini disebabkan firman Allah SWT:", "﴿وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ٣٦﴾", "“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu itu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang teman yang sangat setia. (34) Dan sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar (daripada kebahagiaan dunia dan akhirat). (35) Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka hendaklah kamu memohon perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (36)” (Surah Fussilat: 34-36)", "﴿لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ٢٨٦﴾", "“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya, dan dia juga mendapat seksaan (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa dengan berkata), ‘Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami salah, jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (yang menentang dan bermusuh).’” (Surah al-Baqarah: 286)", "PAS melaksanakan kewajipannya dengan penuh kesabaran dan tanpa menyimpan dendam, apabila berada dalam kerajaan pusat dan ketika memerintah kerajaan negeri yang dapat disaksikan oleh ramai kalangan. Sebaliknya, PAS pula menjadi sasaran pihak lain yang menipu, menyekat dan menentangnya secara terbuka dan bersembunyi. Namun begitu, PAS tidak sekali-kali membalas dendam apabila berkuasa.", "Sebaliknya, PAS dihalang daripada berkuasa mengikut prinsip Perlembagaan Persekutuan atau demokrasi dalam keadaan tekanan antarabangsa menghalang kemaraan Islam yang diwarnakan hijau melalui demokrasi yang bersikap ‘double standard’. Mereka menganggap seolah-olah pihak Islam itu bodoh tidak mampu memerintah dan mentadbir, walaupun terlalu ramai kalangan ilmuwan menjadi wakil rakyat PAS atau pegawai kerajaan, pensyarah di pusat-pusat pengajian tinggi dan pemimpin masyarakat. Sehinggakan, ada kalangan mereka itu menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan PAS, malah ada yang bersama-sama Unit Amal dan kebajikan sahaja kerana mereka terlalu ramai.", "Jika kalangan mereka selain daripada pihak Islam seperti PAS, semuanya layak diberikan kedudukan, walaupun mereka hanya sekadar mempunyai ijazah belian, tidak mempunyai ijazah, pelakon, penipu, penjenayah, banduan, penyangak, penyakau, jahil dan sebagainya. Asalkan mereka itu pandai bergaya dan berlagak dengan pakaian, gerak-geri dan ucapannya. Allah SWT berfirman kepada para hamba-Nya supaya mengambil teladan daripada perjuangan para nabi:", "﴿وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوّٗا شَيَٰطِينَ ٱلۡإِنسِ وَٱلۡجِنِّ يُوحِي بَعۡضُهُمۡ إِلَىٰ بَعۡضٖ زُخۡرُفَ ٱلۡقَوۡلِ غُرُورٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُۖ فَذَرۡهُمۡ وَمَا يَفۡتَرُونَ١١٢﴾", "“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada kalangan syaitan-syaitan (daripada jenis) manusia dan jin, sebahagiannya membisikkan kepada sebahagian yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya (manusia). Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak mengerjakannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu.” (Surah al-An‘am: 112)", "Perkara yang berlaku adalah asam garam kepada perjuangan Islam seperti PAS yang bersusah payah mengikutinya, sehingga berjaya atau menemui akhir hayat yang dijanjikan oleh Allah berwawasan akhirat. Firman Allah SWT:", "﴿لَوۡ كَانَ عَرَضٗا قَرِيبٗا وَسَفَرٗا قَاصِدٗا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلشُّقَّةُۚ وَسَيَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَوِ ٱسۡتَطَعۡنَا لَخَرَجۡنَا مَعَكُمۡ يُهۡلِكُونَ أَنفُسَهُمۡ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ٤٢ عَفَا ٱللَّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَتَعۡلَمَ ٱلۡكَٰذِبِينَ٤٣﴾", "“Kalau apa yang kamu serukan kepada mereka (wahai Muhammad) keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafiq itu) akan mengikutimu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata, ‘Kalau kami sanggup, tentulah kami akan berangkat Bersama-samamu.’ (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta. (42) Semoga Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa kamu mengizinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) kamu mengetahui orang-orang yang berdusta? (43)” (Surah al-Tawbah: 42-43)", "Maka, PAS tidak boleh dijadikan rumah tumpangan politik sementara waktu atau laksana bola yang boleh ditendang oleh pihak lain dengan mudah atau untuk berniaga politik dengan janji pangkat, harta dan takhta.", "﴿وَلَا تَهِنُواْ فِي ٱبۡتِغَآءِ ٱلۡقَوۡمِۖ إِن تَكُونُواْ تَأۡلَمُونَ فَإِنَّهُمۡ يَأۡلَمُونَ كَمَا تَأۡلَمُونَۖ وَتَرۡجُونَ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا يَرۡجُونَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا١٠٤﴾", "“Dan janganlah kamu berhati lemah (hilang semangat) dalam mengejar mereka (musuh) itu; jika kamu menderita kesakitan (luka atau mati), maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan juga sebagaimana kami menderita; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada Hari Akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’: 104)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/nama-allah-jangan-sampai-terhina-dan-dihina/
Nama Allah: Jangan sampai terhina dan dihina
[ "Mungkin nama Allah itu lain nilainya pada orang bukan IslamMungkin hanya digunakan dalam kitab dan tempat ibadahMungkin hanya digunakan dalam bahan cetak agama lainTetapi tiada jamimanIa dipanjangkan penggunaanyadalam pakaian, kasut, kosmetik, beg, topi, baju dalam dan seterusnyaTiada undang-undang yang akan menghalangnya", "Pada orang IslamNama Allah terhina dan dihinakanApabila ia menjadi tatu pada tubuh manusiaTatu di kaki, di bahu, di tangan, di kemaluanApabila dilakarkan pada tubuh binatangApabila ia menjadi logo pada loceng leher binatang", "Pada orang IslamNama Allah terhina dan dihinakanApabila ia dijahit pada pakaianApabila ia disulam pada pakaianApabila ia ditampal pada pakaianApabila ia dipapar dalam seluar dalamApabila dia dipapar pada baju dalamLalu pakaian ada nama Allah dibawa masuk ke tandasdibawa masuk ke jamban, tempat najis lagi kotortidak layak nama Allah dinajiskan dan dikotorkan", "Pada orang IslamNama Allah terhina dan dihinakanApabila diletakkan dalam kasut sebagai hiasanApabila diletakkan di bawah kasut sebagai hiasanApabila ia menjadi corak hiasan pada tepi kasuttidak layak nama Allah diletakkan di kaki", "Pada orang IslamNama Allah terhina dan dihinakanApabila ia dipakai pada anting-antingApabila ia dipakai pada topiApabila ia menjadi logo yang bersepah di atas lantaidipijak, dikoyak, diludah, ditabur di sana sini", "Maka jika orang Islam ternampak atau terserempakdengan hal-hal di atasMereka tidak akan diamJangan sampai perbalahan mulut menjadi perbalahan tangan dan kakiJangan sampai perbalahan tangan dan kaki ditambah dengan senjataJangan sampai perbalahan senjata, menitiskan darah dan berderai menyembah bumi iniHanya kerana nama Allah yang mulia lagi suci itu terhina dan dihinakan", "Kalau nak lihat ada yang sengsara, silakan, boleh cubaKalau nak lihat negara huru hara, silakan, boleh eksperimenKalau nak lihat ada isteri menjadi balu, silakan,Kalau nak lihat ada anak-anak menjadi yatim dan piatu, silakanKalau nak tengok dulu “belum cuba belum tahu”, silakan", "jangan salahkan rakyat beragama IslamSalahkan mereka yang tidak hormati hidup beragamaSebelum ini rakyat tenang, negara amanJangan dek kerana nama Allah yang mulia lagi suci terhina dan dihinakanMaka negara suram, ekonomi muram", "Jangan salahkan rakyat beragama IslamSalahkanlah pemimpin yang tidak prihatin terhadap sensitiviti beragamaSalahkan mereka yang bawa agenda sulit dari pengaruh asingSalahkan mereka yang mahu eksperimen “belum cuba belum tahu”", "Tidak ada keperluan guna nama Allah ganti nama Tuhan bagi penganut agama lainTidak ada keperluan menyemai api dalam sekamTidak ada keperluan merosakkan kehidupan yang aman dan harmonis dalam negara" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/pusat-proses-kelapa-sawit-sedia-5000-peluang-pekerjaan/
Pusat proses kelapa sawit sedia 5,000 peluang pekerjaan
[ "GUA MUSANG: Kedudukan di kawasan hulu yang jauh dari ibu negeri tidak menghalang Gua Musang terus membangun, seiring bandar-bandar lain di Kelantan.", "Malah sehingga sekarang muncul banyak pusat pertumbuhan baharu yang merubah wajah lama Gua Musang, antaranya Bandar Baharu Gua Musang, Bandar Utama, Bandar Ciku 3 dan Bandar Lama.", "Dan tidak lama lagi bakal muncul pula Bandar Dato’ Bentara Gua Musang yang terletak di Panggung Lalat, laluan ke Tanah Tinggi Lojing dan Cameron Highlands.", "Perasmian projek Pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Dato’ Bentara Gua Musang serta Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Biojisim Kelapa Sawit tersebut disempurnakan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob hari ini. (Foto atas)", "Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pemimpin tempatan.", "Projek terbabit yang dijangka siap menjelang tahun 2035 mampu menyediakan rumah mampu milik kepada 4,000 keluarga serta perumahan sederhana dan dusun kepada 4,340 penduduk.", "Selain itu, sebanyak 5,000 peluang pekerjaan akan dijana melalui pembangunan pusat pengumpulan dan pemprosesan biojisim kelapa sawit, kilang makanan haiwan, kilang baja dan kilang pulpa.", "Pegawai Serantau Dun Paloh Azman Ahmad berkata, kewujudan bandar baharu itu secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat setempat.", "“Bandar Dato’ Bentara dijangka memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk tempatan memandangkan lokasinya begitu strategik di laluan Gua Musang-Cameron Highlands,” katanya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/air-nira-mampu-turunkan-suhu-badan/
Air nira mampu turunkan suhu badan
[ "Katanya, pada Ramadan lepas permintaan air tuak begitu luar biasa di mana menerima tempahan pelanggan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Terengganu dan Perlis.", "“Saya menghantar secara sejuk beku. Bekalan tidak mencukupi memandangkan permintaan begitu tinggi. Pada Ramadan lalu saya hanya menyadat 70 daripada 200 pokok untuk dijadikan air nira,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.", "Suhaimi juga memberitahu sebanyak 15 atau 16 botol besar (1.25 liter) berjaya dikumpul setiap hari yang dijual pada harga RM10 dan botol kecil dijual RM5.", "Pokok tersebut diusahakan di kawasan seluas dua ekar yang melibatkan modal sebanyak RM25,000 termasuk membersih tanah, membeli benih pokok dari Jabatan Pertanian dan individu.", "“Saya juga menjual buah kelapa yang matang untuk dijadikan santan dan kelapa muda bagi mendapat air. Manakala kelapa tua dibuat benih,” katanya yang mempunyai 10 anak.", "“Kebetulan anak-anak belajar di sekolah tahfiz, jadi banyak modal diperlukan untuk membayar keperluan mereka setiap bulan,” ujarnya yang juga Penghulu Mukim Kampung Panjang.", "Sementara itu Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman memuji kegigihan anak muda terbabit yang rajin berusaha dalam sektor pertanian dan penternakan. (Foto atas)", "“Kesungguhan Mohd Suhaimi sewajarnya menjadi contoh kepada anak muda lain. Tidak perlu berhijrah ke bandar bagi mencari rezeki di kampung halaman sendiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/yahudi-tunjuk-lagak-perarakan-bendera-israel/
Yahudi tunjuk lagak, perarakan bendera Israel
[ "BAITULMAQDIS: Ribuan pelampau Yahudi dijangka berarak melalui kawasan penduduk Islam di Kota Lama Baitulmaqdis, hari ini, acara tahunan yang menimbulkan kebimbangan terhadap keganasan.Perarakan tahunan untuk memperingati kejayaan Israel menawan Baitulmaqdis dalam perang 1967, semakin menjadi acara buat pelampau Yahudi menunjukkan kekuatan. Bagi rakyat Palestin, acara itu adalah provokasi secara terang-terangan untuk menjejaskan hubungan mereka dengan bandar itu.", "Kira-kira 2,500 anggota polis ditugaskan menjaga perarakan itu dan memastikan ia aman, kata polis Israel yang bersedia untuk menghadapi semua senario, termasuk keganasan dan nyanyian anti-Arab oleh peserta perarakan terhadap penduduk Palestin dan tembakan roket dari Gaza.", "Kumpulan Islam Hamas yang mentadbir Gaza, melancarkan roket ke Israel ketika perarakan pada 2021, mencetuskan perang 11 hari yang mengorbankan sekurang-kurangnya 250 rakyat Palestin di Gaza dan 13 orang di Israel.", "“Kami tidak mahu perang dan tidak mahu ketegangan meningkat, tetapi mereka tidak sepatutnya mengapi-apikan ketegangan ke atas kami,” kata Hussam Al-Simri, penjual ayam dari Gaza.", "Mesir yang menjadi `orang tengah’ mewujudkan gencatan senjata, telah bercakap dengan kedua-dua pihak di Israel dan Palestin untuk mengurangkan ketegangan menjelang perarakan.", "Bagi sesetengah pihak, perarakan itu juga adalah soal agama. Kota Lama Baitulmaqdis adalah rumah kepada Masjid Al-Aqsa, tapak ketiga paling suci Islam. Pada masa sama, penganjur Yahudi mendakwa kawasan itu adalah tapak paling suci agama mereka yang dikenali sebagai Kuil Gunung.", "Rakyat Palestin melihat perarakan itu sebahagian kempen yang lebih meluas untuk meningkatkan kehadiran Yahudi di seluruh bandar ini, marah dengan peningkatan jumlah pelawat Yahudi di Al-Aqsa, terutama mereka yang sengaja melanggar arahan agama Yahudi yang melarang melakukan sembahyang agama itu di situ.", "Bertindak sebagai pembela Palestin dan tapak suci umat Islam di Baitulmaqdis, Hamas menggesa rakyat Palestin untuk meningkatkan kehadiran mereka untuk menghadapi sebarang pencerobohan Israel.", "Menteri Polis dari parti sayap kanan Israel, Itamar Ben-Gvir berkata dalam mesej videonya semalam bahawa polis Israel akan menghentikan sebarang percubaan untuk menghancurkan perayaan dan berjanji “Perarakan bendera… kenaikan orang Yahudi ke Kuil Gunung tanpa sesiapa diancam atau dicederakan.”", "Baitulmaqdis berada di tengah-tengah dekad konflik Israel-Palestin. Israel melihat keseluruhan Baitulmaqdis sebagai ibu kota abadinya. Rakyat Palestin mahu bahagian timur yang ditawan oleh Israel, tindakan yang tidak diiktiraf di luar negara, sebagai ibu negara masa depan mereka. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/4-pemain-bakal-tinggalkan-liverpool/
4 pemain bakal tinggalkan Liverpool
[ "Roberto Firmino, Naby Keita, James Milner dan Alex Oxlade-Chamberlain, akan meninggalkan Liverpool selepas kontrak mereka tamat pada penghujung musim ini.Mereka adalah sebahagian anggota skuad yang memenangi Liga Juara-Juara pada 2019 dan membantu kelab itu memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama dalam tempoh 30 tahun pada musim 2019-20.", "“Keempat-empat pemain berkenaan akan meninggalkan kelab dengan kami mengucapkan terima kasih dan penghargaan terhadap sumbangan yang mereka berikan,” kata Liverpool dalam satu kenyataan.“Pemain akan memulakan babak baharu dalam karier selepas tamat musim 2022-23, setelah membantu The Reds menjulang pelbagai penghormatan sepanjang tempoh di Anfield.", "Firmino yang menyertai Liverpool pada 2015, bermain bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane yang membentuk tiga penyerang prolifik di bawah pengurus Juergen Klopp. Dia menjaringkan 80 gol dalam 254 perlawanan liga.", "Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu yang tidak bermain sejak pertengahan April lalu kerana kecederaan otot dan berjuang untuk cergas akan beraksi dalam perpisahan emosional menentang Aston Villa, Sabtu ini dalam perlawanan terakhir di Anfield, musim ini.", "Aksi pemain berusia 37 tahun itu semakin berkurangan dalam beberapa musim kebelakangan ini dengan Klopp sering menggunakan pemain tengah itu dari bangku simpanan.", "Keita yang menyertai kelab dari RB Leipzig dengan bayaran melebihi 50 juta Pound (AS$63 juta), mempunyai 11 gol dalam 129 perlawanan sejak berpindah ke Anfield pada 2018. Bergelut untuk pulih dari kecederaan, pemain berusia 28 tahun itu hanya bermain 12 kali musim ini.", "Oxlade-Chamberlain juga bergelut untuk bermain musim ini, hanya membuat 13 penampilan. Dia menyertai kelab dari Arsenal pada 2017 dan bermain 146 kali serta menjaringkan 18 gol.", "Liverpool berada di tempat kelima dalam kedudukan dengan 65 mata, satu mata di belakang pasukan tangga keempat Manchester United, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan. Selepas menentang Villa, mereka menamatkan musim berkunjung ke Leicester City pada 28 Mei. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/presiden-pas-ustaz-azhar-kunjungi-rumah-terbuka-pas-tganu/
Presiden PAS, Ustaz Azhar kunjungi rumah terbuka PAS T’ganu
[ "KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Azhar Idrus serta pemimpin kerajaan negeri meraikan Sambutan Aidilfitri PAS Terengganu di Dataran Shahbandar di sini hari ini.", "Antara pimpinan terawal hadir ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Husain Awang, timbalannya, Dato’ Satiful Bahri Mamat dan bendahari, Ustaz Mohd Nor Hamzah.", "Sementara itu 10,000 pengunjung daripada pelbagai bangsa dan agama turut hadir menikmati pelbagai juadah hari raya yang disediakan oleh PAS kawasan di negeri ini.", "Makanan tradisional termasuk nasi dagang, laksa dan laksam Terengganu disediakan oleh PAS Kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus manakala kambing bakar, pelbagai nasi dan kuih muih disediakan oleh PAS kawasan lain.", "Sementara itu, Dewan Pemuda PAS negeri menyediakan pelbagai jenis minuman berais untuk para pengunjung di beberapa lokasi di majlis sambutan tersebut." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/kalimah-allah-di-mana-sensiviti-kerajaan-ph-bn/
Kalimah Allah: Di mana sensiviti Kerajaan PH-BN?
[ "PAS Negeri Selangor kesal dengan tindakan Menteri KDN dan Kerajaan Madani yang menarik semula rayuan KDN kepada Mahkamah Tinggi pada 12 Mac 2021 berkait keputusan larangan penggunaan 4 kalimah Allah yang diputuskan sebagai tidak sah. Tindakan ini jelas menzahirkan sikap tidak prihatin dan peka akan sensitiviti umat Islam di Malaysia dan sikap tidak serius kerajaan berkaitan hal ehwal Agama Islam.Walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah memberikan penjelasan mengenai tindakan kementeriannya menarik semula rayuan penggunaan kalimah Allah, penjelasan tersebut adalah tidak selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. KDN juga perlu mengiktiraf keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2008 yang memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.PAS Selangor berpendirian bahawa kes tersebut bukan hanya berkaitan dengan isu pentadbiran dan keselamatan, tetapi turut membabitkan akidah dan pentadbiran Islam di bawah bidang kuasa DYMM Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri.KDN perlu bersikap tegas dengan mempertahankan agama Islam sebagai agama yang suci di negara ini. USTAZ NUSHI MAHFODZKetua Penerangan PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 18/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/mb-perlis-pamer-aksi-sepak-penalti/
MB Perlis pamer aksi ‘sepak penalti’
[ "Antaranya pertandingan kenduri sepak raga tuju, sepak penalti dan ayam serama yang diadakan di Dataran Dato’ Sheikh, Padang Majis Perbandaran Kangar (MPK) dan Taman Merdeka.", "Selain itu turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak di Taman Merdeka dan perlawanan persahabatan rounders di antara pejabat Menteri Besar Perlis, Ketua Jabatan Persekutuan dan Ketua Jabatan Negeri di Padang MPK.", "Pada sesi petang pula diadakan pertandingan gubahan bunga, hiasan dessert, konvoi gathering motorsikal, persembahan seni bela diri dan pertunjukan alat muzik pelbagai kaum.", "Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar (MB) Perlis, Mohd Shukri Ramli. Beliau juga menunjukkan bakat melakukan aksi sepak panalti. (Foto atas)", "Turut diadakan Program Dirgahayu Run dan Ride di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Program anjuran Majlis Sukan Negeri dengan kerjasama kerajaan negeri itu disertai lebih 800 peserta.", "Peserta berpakaian sukan bertemakan warna bendera Perlis bagi meraikan ulang tahun Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid. – HARAKAHDAILY 18/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/dun-kedah-dijangka-bubar-akhir-jun/
Dun Kedah dijangka bubar akhir Jun
[ "Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, di mana tarikh pilihan raya akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).", "Oleh itu beliau merakam ucapan penghargaan kepada jentera jentera kerajaan yang memberi kerjasama baik terutama memastikan pelan jangka panjang Kedah 2035 menjadi kenyataan.", "“Penghargaan itu juga kepada Pegawai Kewangan, Penasihat Undang-Undang, Timbalan SUK, Pengarah Pejabat Tanah dan para pegawai daerah yang banyak membantu,” ujarnya.", "Kata beliau Tuanku Sultan merupakan sultan begitu luas pengetahuan dalam bidang pentadbiran, ketenteraan, perniagaan, alam sekitar, pengurusan dan pelbagai bidang lain.", "“Pandangan pembangkang juga diberi perhatian. Mana yang betul diambil sebagai teguran. Mana yang tak betul, saya perbetulkan,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 18/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/lebih-843000-hilang-tempat-tinggal-sejak-konflik-di-sudan/
Lebih 843,000 hilang tempat tinggal sejak konflik di Sudan
[ "IOM dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa 1.8 juta lagi penduduk dijangka hilang tempat tinggal jika perang berlarutan, lapor Agensi Anadolu.", "Walaupun hampir 259,000 orang telah melarikan diri dari Sudan ke negara berhampiran, IOM berkata bahawa lebih sejuta pelarian dan migran yang terjejas oleh konflik mungkin berpindah ke negara jiran jika konflik berterusan.", "IOM juga mewujudkan pelan tindak balas dan membuat rayuan untuk US$209 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan kritikal kepada mereka yang terjejas oleh krisis.", "Rayuan itu termasuk keperluan mendesak sebanyak US$105 juta untuk Sudan dan US$104 juta lagi untuk respons di Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Sudan Selatan dan Ethiopia, katanya.", "“Berjuta-juta penduduk amat memerlukan bantuan asas seperti air, makanan dan tempat tinggal. Jika kita tidak bertindak sekarang, rakyat Sudan akan menghadapi malapetaka kemanusiaan yang tidak dapat dielakkan,” kata Ketua Pengarah IOM Antonio Vitorino dalam kenyataan. – BERNAMA-ANADOLU" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/tukar-kjaan-ph-di-3-negeri-bawa-pelaburan-halal/
Tukar K’jaan PH di 3 negeri, bawa pelaburan halal
[ "MENCERMATI laporan berita yang disiarkan oleh The New Strait Times dan dipetik oleh Malaysia kini pada 16 Mei 2023 yang bertajuk ‘Maybank IB: Sports Toto’s earnings may reduce with change of Selangor, Penang, Negeri Sembilan Govt’ dan ‘Pulangan pelaburan Sports Toto merosot jika tukar kerajaan di 3 negeri- Maybank IB’. Ia tidak lain dan tidak bukan memberi amaran bahawa jangkaan dari pulangan jangka panjang Maybank Investment melalui pengendali nombor ramalan iaitu Sport Toto boleh jatuh sebanyak 52 peratus. Perkara ini nampak seperti ianya sesuatu yang negatif kepada pengundi-pengundi di tiga buah negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi seolah-olah ia sesuatu yang buruk bakal berlaku khususnya kaum bukan-Melayu.Sebaliknya ia adalah berita baik bagi umat Islam dan masyarakat tidak kira bangsa dan agama kerana secara tidak langsung adalah bukti bahawa kerajaan yang sedia ada di tiga buah negeri ini perlu ditukar bagi memberi laluan kepada kerajaan yang baru yang mementingkan kehidupan masyarakat yang baik, harmoni dan mempunyai tatakelola yang menyelamatkan masyarakat dari kesan buruk berjudi.Dalam Islam, berjudi adalah perbuatan yang diharamkan seperti mana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 90;", "“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”", "“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atasku, atau diharamkan arak, judi, al-kubah (sejenis permainan yang menggunakan papan, buah dan dadu, juga dikenali sebagai tabal atau nard).”", "Meskipun judi dianggap sebagai bentuk hiburan bagi sesetengah masyarakat bukan-Islam, ia tidak lari dari risiko dan kesan negatif seperti masalah keberhutangan dan kewangan serta akan terkait isu-isu lain akibat dari budaya berjudi. Hiburan seperti ini boleh dielakkan dan digantikan dengan hiburan sihat yang lain. Masyarakat bukan-Islam juga tidak boleh memarahi umat Islam di negara ini kerana ini adalah kewajipan agama yang perlu dipatuhi sama seperti ibadah dan larangan lain dalam Islam. Jika seluruh masyarakat faham akan tanggungjawab masing-masing maka tidak akan menjadi masalah jika PERIKATAN NASIONAL memenangi Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri nanti.Sebagai Institusi kewangan yang dihormati di Malaysia, Maybank Investment perlu memandang serius terhadap andaian yang mereka keluarkan. Seharusnya sudah sampai masanya mereka meneroka dan meluaskan skop pelaburan mereka kepada yang patuh Syariah yang mana akan menaikkan pengantaraan berasaskan nilai (Value Based intermediation – VBI). Tidak perlu menakut-nakutkan masyarakat dengan unjuran politik mereka dek kerana 52 peratus pelaburan mereka yang terkait perniagaan nombor ramalan bakal merosot, dan mereka perlu memikirkan cara mendidik masyarakat mengikut acuan tatakelola yang baik disamping mengoptimumkan urusan pelaburan mereka. Sesungguhnya Islam tidak menolak peningkatan dalam perniagaan dan pelaburan, malah sangat melindungi pihak-pihak yang terlibat.Rakyat dan pengundi di tiga negeri yang diperintah oleh Pakatan Harapan sudah boleh menanam azam untuk melakukan perubahan demi memastikan anak bangsa dan negara kita bakal diperintah oleh golongan yang taat kepada agama serta memikirkan mengenai masa depan generasi selepas ini. Ia juga boleh dikatakan sebagai melunaskan tanggungjawab agama dengan memilih PERIKATAN NASIONAL yang diakui oleh rakan dan lawan. Usah lagi bersekongkol dengan pihak-pihak yang mementingkan keuntungan tanpa mengira larangan dan tegahan dari Allah S.W.T.Pemuda PAS Selangor menyeru agar Institusi-Institusi kewangan terus memacu pembangunan negara dengan melakukan aktiviti yang membina masyarakat serta menyelamatkan mereka dari perkara yang ditegah agama Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia ini. Masyarakat juga diingatkan agar terus yakin dengan pengalaman memerintah dan pentadbiran yang baik, beramanah yang telah dibuktikan oleh PERIKATAN NASIONAL di negeri-negeri serta pengalaman kerajaan pusat sebelum ini.Semoga Allah S.W.T menjauhkan kita daripada segala perkara yang ditegah oleh-Nya dan menjadikan kita daripada orang yang bersungguh-sungguh melakukan ketaatan kepada-Nya. Amin.ABU UMAIR JAMALUDINTimbalan Ketua PemudaDewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 18/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/antara-dua-perhimpunan-bersejarah-di-dewan-merdeka/
Antara dua perhimpunan bersejarah di Dewan Merdeka
[ "SEJAK hampir 4 tahun kebelakangan ini, Dewan Merdeka WTC, dewan megah kebanggaan parti Umno telah melihat dua perhimpunan bersejarah.Pertama pada tanggal 14 September 2019 apabila dua parti Melayu terbesar dalam negara iaitu PAS dan Umno menjayakan Himpunan  Penyatuan Ummah. Himpunan bersejarah itu telah menyatukan dua parti Melayu yang sebelum ini sejak Merdeka, bertarung dan bermusuhan sesama sendiri.Ditakdirkan Allah S.W.T apabila kuasa politik di peringkat Persekutuan tidak dipegang oleh mana-mana antara kedua parti ini, tatkala itu bangkit keinsafan dan kesedaran bahawa perbalahan berpanjangan bukan sahaja merugikan tetapi lebih malang lagi ia akan mengakibatkan puak minoriti yang bersatu mampu dan memiliki keupayaan menundukkan kuasa majoriti.Apabila kadok mengambil kesempatan naik junjung yang rugi adalah adalah anak-anak bangsa.Penyatuan ini berlaku ketika Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan iaitu gabungan ketika itu antara PKR, BERSATU, DAP dan PAN. Walaupun Perdana Menterinya Melayu Islam, namun kekuatan yang merupakan tonggak buat kerajaan ini adalah hasil dukungan kerusi-kerusi parti bukan-Melayu Islam yang didominasi DAP.Umat Melayu Islam rata-rata berasa lega melihatkan inisiatif murni yang diusahakan kedua-dua parti Melayu Islam ini ekoran terlepasnya kadok sehingga melonjak ke junjung angkara perbalahan dan kealpaan semua.Buat pertama kali kita melihatkan umat Melayu Islam bangga melihat kuasa politik Melayu mereka caturkan bersama melalui penyatuan ini. Berlaku siri-siri Pilihan Raya Kecil, di Kawasan-kawasan Melayu, satu-satu ditawan dengan gagah oleh permuafakatan kedua parti ini.Namun itu semua sejarah kerana menjelang PRU ke-15, segalanya runtuh, tidak mampu bertahan hingga PRU yang sepatutnya melihatkan kuasa politik Melayu Islam buat pertama kalinya bersatu dan menang membentuk kerajaan yang stabil dan meyakinkan.Ini membawa kepada himpunan kedua di Dewan Merdeka WTC yang berlangsung hujung minggu baru-baru ini iaitu himpunan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan. Tiada PAS kali ini, tetapi yang hadir tegak dan bangga mereka yang pernah maki, hina dan perlekehkan Umno iaitu Pakatan Harapan, gabungan PKR, DAP dan PAN serta parti-parti lain yang menyokong kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Berita Harian di muka hadapan menjelaskan 19 parti politik yang berhimpun ini membulatkan tekad menjayakan kerajaan dan menandatangani deklarasi Kerajaan Perpaduan demi membina kerjasama lebih utuh dan padu pada masa depan.Ini bukan Himpunan Penyatuan Ummah sebagaimana diperintahkan agama, iaitu masing-masing berpegang teguh kepada agama Allah dan berikrar tidak lagi bercerai-berai dan bermusuhan sesama sendiri. Ini himpunan mendukung Kerajaan Campuran yang berjaya dibentuk apabila pelbagai parti yang berbeza agenda dan kepentingan, bersatu demi memegang kuasa dengan menafikan hak PERIKATAN NASIONAL yang memiliki 74 kerusi yang rata-rata merupakan kerusi majoriti Melayu Islam.Yang berhimpun dan membulatkan tekad pada himpunan Kerajaan Perpaduan ini adalah parti-parti yang dulunya memusuhi usaha menyatupadukan ummah. Mereka lebih pro liberal dan sekular dalam pendekatan kerana itu sebarang usaha mengambil pendekatan memartabatkan agama, bangsa dan negara mereka lihat sebagai pelampau, rasis dan ekstrem.Di dalam himpunan di Dewan Merdeka di WTC tempoh hari termasuklah DAP yang konsisten membawa perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ yang digagaskan mendiang Lee Kuan Yew, musuh utama pimpinan dan ahli-ahli Umno berdekad lamanya.‘Malaysian Malaysia’ mahu melahirkan sebuah negara yang mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sebagai kononnya Perlembagaan sekular iaitu yang memisahkan agama dengan urusan negara. Ia mahu melahirkan masyarakat Malaysia yang sama taraf dan kedudukan dengan menidakkan ‘Kontrak Sosial’ yang memberikan keistimewaan dan hak pada orang-orang Melayu iaitu penduduk asal negara bertuah ini.Presiden Umno sejak zaman berzaman menentang gagasan ini, Almarhum Tunku, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussien semuanya sedar ancaman DAP ini, tetapi dalam keadaan kedudukan Umno yang paling lemah hari ini iaitu dengan berbaki cuma 26 dari 222 kerusi di Parlimen, Presiden Umno hari ini dengan bangga dan senang hati membuka pintu pagar kota keramat Umno iaitu Dewan Merdeka WTC untuk dilangkah masuk dan untuk dijulang serta diraikan tokoh dan pimpinan DAP.Umat Melayu Islam dalam negara melihat dengan mata kepala mereka sendiri aksi Presiden dan beberapa kalangan pimpinan tertinggi Umno di WTC itu. Berapa ramaikah yang bersetuju termasuk kalangan ahli-ahli akar umbi Umno? Berapa ramaikah pasrah dan rela dengan tindakan Presiden Umno itu?Apa pun itulah realiti politik hari ini yang menimpa Umno sehingga Perdana Menteri ke-10 dengan lantang menzahirkan betapa terhutang budinya beliau dan PH pada Presiden Umno kerana bersetuju bekerjasama dengan mereka sehingga terbentuknya Kerajaan Campuran ini.Yang pasti ramai yang kecewa. Yang pasti ramai yang marah. Sepatutnya dalam keadaan paling lemah dengan menguasai cuma 26 kerusi di Parlimen, Umno mengusahakan kembali kebangkitannya. Perjuangan keramat memperjuang nasib agama, bangsa dan negara perlu diteruskan bukannya berpeluk dan bersekongkol dengan siapa sahaja asalkan dapat dikalungkan jawatan dan bermegah dengan pangkat.Setelah gagah berkuasa hari ini, PH sebenarnya tidak lagi memerlukan Umno pun. MCA dan MIC yang merupakan sekutu Umno dalam BN kini menerima layanan kelas ketiga oleh PH. Dalam Pilihan Raya enam negeri yang dijangka tidak berapa lama lagi, Umno dijangka dapat kerusi paling minima dengan mengutamakan PKR, DAP dan PAN dan lebih malang lagi MCA dan MIC akan berputih mata kerana mereka sudah tiada lagi relevan di mata PH.Perhimpunan pertama perhimpunan yang bertujuan memperkasakan ummah. Melonjakkan kembali kekuatan dan kuasa politik Umno dan PAS. Malangnya perhimpunan kedua, yang direstui Presiden Umno, adalah perhimpunan yang bakal menyaksikan Umno semakin lemah dan akhirnya tersisih dan lupus.Itulah cita-cita politik DAP. Itulah yang PKR dan Pan mahu lihat, Umno dilemahkan dan akhirnya keras kaku begitu sahaja.Jika perhimpunan 14 September 2019 melahirkan Piagam Muafakat Nasional dan memberi pengharapan baru buat Umno, percayalah perhimpunan 14 Mei baru-baru ini lebih merupakan perhimpunan untuk mentalqin Umno.ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR Setiausaha PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 18/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/prn-pn-potensi-tawan-dua-negeri-ph/
PRN: PN potensi tawan dua negeri PH
[ "KOTA BHARU: PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) yakin dapat mempertahankan tiga negeri yang dikuasai sekarang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.", "Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, potensi juga dapat dilihat untuk PN merampas satu atau dua lagi negeri yang kini berada di bawah Pakatan Harapan (PH).", "“Setakat ini kita fokus pertahankan tiga negeri dan merampas sekurang-kurangnya satu atau dua negeri di bawah PH sekarang,” katanya ketika ditemui di sini semalam.", "PRN yang membabitkan enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka diadakan pada Julai atau Ogos nanti.", "Tiga negeri terbabit iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah di bawah PN, manakala Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang di bawah PH.", "Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS tetap mempertahankan PN dan menolak untuk menjalin semula hubungan dengan DAP." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/bina-telaga-tiub-tangani-bekalan-air-di-perlis/
Bina telaga tiub tangani bekalan air di Perlis
[ "KANGAR: Perlis membuat persediaan bagi menghadapi musim kemarau dengan membina telaga tiub bagi memastikan bekalan air mencukupi bagi keperluan pengguna di negeri itu.", "Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, perbincangan diadakan dengan Syarikat Air Perlis (SAP) bagi membina telaga tiub di tempat tertentu untuk memastikan bekalan air mencukupi.", "Malah katanya paras air di Empangan Timah Tasoh masih mencukupi bagi menampung keperluan semasa rakyat bagi tempoh dua bulan lagi jika cuaca panas berlarutan.", "“Setakat ini bekalan air masih lagi mencukupi,” katanya pada sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-80 Tuanku Raja Perlis, di sini semalam.", "Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan tersebut diadakan program rakyat di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad dekat sini. Antaranya pertandingan sepak regu, gubahan, tendangan penalti dan pelbagai lagi." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/siasat-punca-paras-air-sungai-muda-turun-mendadak/
Siasat punca paras air Sungai Muda turun mendadak
[ "ALOR SETAR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) disaran menubuh jawatankuasa khas siasatan punca menyebabkan paras air di Sungai Muda turun mendadak malam Ahad lepas.", "Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, jawatankuasa khas itu boleh menyiasat secara terperinci berhubung kejadian yang berlaku tanpa sebarang amaran.", "“Kira-kira jam 10 malam Syarikat Air Darul Aman (SADA) memaklumkan masalah berkenaan melalui aplikasi ‘WhatsApps group’ yang mengendalikan pintu kawalan (baraj) semasa paras air mula menurun.", "“Pada jam 12 tengah malam SADA maklumkan sekali lagi, tetapi setelah jam 7 pagi baharulah pihak Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM) bertindak menutup pintu berkenaan,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, semalam.", "Menurutnya juga NRECC sepatutnya mengambil tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab bertugas pada waktu malam kejadian kerana difahamkan pintu baraj diselia setiap dua jam sekali.", "Sanusi juga berkata, tujuh daripada 14 pintu kawalan ampang jajar rosak sepenuhnya, manakala pintu baraj ke-14 pada hari kejadian (13 Mei) terbuka tanpa amaran akibat gangguan teknikal pada sistem automasi kawalan (SCADA).", "Sebelum ini media melaporkan kira-kira 251,800 akaun pengguna di daerah Kuala Muda, Kulim dan sebahagian Baling terjejas akibat penurunan paras air Sungai Muda secara mendadak berpunca daripada kerosakan pintu baraj Sungai Muda.", "Bagaimanapun 126 akaun pengguna sekitar Sungai Petani mula mendapat bekalan air pada malam sehari selepas kejadian apabila air yang dilepaskan daripada Empangan Beris ke Sungai Muda mula melimpah ke baraj.", "Gangguan bekalan air di kawasan terbabit berlaku bermula kira-kira jam 7.45 pagi, 14 Mei lalu apabila LRA berkenaan berhenti beroperasi. – HARAKAHDAILY 18/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/man-city-lebih-baik-dan-berhak-menang/
Man City lebih baik dan berhak menang
[ "Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti mengakui mereka dikalahkan oleh pasukan yang lebih baik ketika tewas 4-0 kepada Manchester City yang melengkapkan kekalahan agregat 5-1 dalam separuh akhir Liga Juara-Juara.City yang ditewaskan oleh Real pada peringkat yang sama musim lalu, membalas dendam kekalahan yang menyayat hati itu dengan persembahan cemerlang di hadapan penyokong. Hanya kecemerlangan penjaga gol Real, Thibaut Courtois menghalang mengalami kekalahan lebih teruk.", "“Mereka memberikan banyak tekanan seawal permainan dan taktik itu berjaya untuk mereka kerana menyukarkan kami mendapatkan bola dan mereka mendahului dua gol.", "“Ia adalah kekalahan yang menyakitkan, ia sangat menyakitkan. Tetapi ia boleh berlaku. Kami mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara menentang lawan yang kuat. Mereka bermain lebih baik dan meninggalkan kami tanpa perlawanan akhir. Kami perlu belajar dan untuk musim depan, untuk menjadi lebih baik.”", "Setahun selepas memenangi dua kejuaraan, LaLiga dan Liga Juara-Juara, serta menjadi pengurus pertama yang merangkul kejuaraan di lima liga terbaik Eropah, Ancelotti berdepan untuk menamatkan kempen dengan hanya Piala Sepanyol dan Piala Dunia Kelab FIFA.", "Bagaimanapun, Ancelotti mencipta satu lagi rekod apabila menjadi jurulatih yang mempunyai perlawanan Piala Eropah paling banyak (191), melepasi pencapaian bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson.", "“Saya fikir ia adalah musim yang baik. Kami perlu muncul dalam beberapa perlawanan yang kami ada di hadapan kami. Saya fikir mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara adalah satu kejayaan kerana hanya empat pasukan yang layak ke empat pasukan terakhir,” kata Ancelotti – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/puad-dan-umno-perlu-cermin-diri-sebelum-menuduh/
Puad dan Umno perlu cermin diri sebelum menuduh
[ "AHLI Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi perlu mencermin diri sendiri sebelum menuduh PAS menumpang rumah orang lain.Nampaknya beliau telah lupa ketika Muafakat Nasional ditubuhkan dalam tahun 2019, Umno  baru sahaja mengalami kekalahan yang teruk pada Pilihan Raya Umum 2018.Umno telah kehilangan kuasa di peringkat Pusat buat pertama kali dalam sejarah. PAS ketika itu telah dapat mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya merampas Terengganu.Justeru PAS tidak terdesak atau kempunan untuk menjadi kerajaan. PAS ‘memungut’ Umno yang berada di dalam keadaan terdesak dan mengalami ‘trauma’.PAS hanya mementingkan Perpaduan Ummah dan bukan jawatan-jawatan di dalam kerajaan. Apabila Muafakat Nasional ditubuhkan, Umno telah dijemput untuk bersama tetapi penyertaan Umno ini tidak menjadi kenyataan.Hari ini walaupun Umno telah berpakat dengan Pakatan Harapan dan membentuk kerajaan namun hubungan ahli-ahli PAS dengan ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi masih baik kerana kami tahu ramai dari mereka tidak bersetuju dengan keputusan pimpinan mereka untuk membentuk pakatan tersebut dan mengutamakan Perpaduan Ummah.Puad juga perlu sedar dengan realiti siapa yang sebenarnya menumpang kerana Umno hanya memiliki 26 kerusi Parlimen walhal Pakatan Harapan 82 kerusi.DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMADBendahari PAS Pusat18 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 18/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/bandar-di-somalia-jadi-lautan-245000-hilang-kediaman/
Bandar di Somalia jadi lautan: 245,000 hilang kediaman
[ "MOGADISHU: Banjir menyebabkan hampir suku juta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka selepas sungai Shabelle di tengah Somalia pecah tebingnya dan menenggelamkan bandar Beledweyne, walaupun negara itu menghadapi kemarau paling teruk dalam tempoh empat dekad.Agensi Pengurusan Bencana Somalia berkata, banjir di Beledweyne sahaja telah menyebabkan lebih 245,000 orang kehilangan tempat tinggal, lapor Reuters.Hujan bermusim di Somalia dan di tanah tinggi Ethiopia mencetuskan banjir kilat yang menghanyutkan kediaman penduduk selain tanaman dan ternakan, dan menyebabkan sekolah dan hospital di Beledweyne, ibu kota wilayah Hiraan, ditutup sementara.", "Terdahulu, menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain kemarau, ditambah dengan keganasan dan lonjakan harga makanan yang disebabkan oleh perang di Ukraine, telah mengorbankan seramai 43,000 penduduk sepanjang tahun lalu.", "Menurut pejabat kemanusiaan PBB (OCHA), sejak pertengahan Mac tahun ini, banjir telah menjejaskan lebih 460,000 penduduk di seluruh Somalia dan meragut 22 nyawa.", "Selepas bencana berturut-turut, sekurang-kurangnya seorang penduduk Beledweyne, ibu dua anak, Halima Abdullahi berkata senario semasa akan menjadikannya salah satu daripada 216 juta orang yang diramalkan Bank Dunia terpaksa berpindah dalam negara mereka sendiri menjelang 2050 kerana iklim tekanan.", "Terdahulu, agensi bantuan dan saintis telah memberi amaran bahawa perubahan iklim adalah antara faktor utama yang mempercepatkan kecemasan kemanusiaan, manakala yang terjejas adalah antara yang paling kurang bertanggungjawab terhadap pelepasan karbon dioksida (CO2). – HARAKAHDAILY 18/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/peristiwa-nakbah-umat-islam-dan-arab-wajib-bersatu-bersama-palestin/
Peristiwa Nakbah: Umat Islam dan Arab wajib bersatu bersama Palestin
[ "MEMPERINGATI 75 tahun peristiwa Nakbah, jenama bencana yang menimpa Palestin ini wajib ditanggung bersama dosanya oleh umat Islam, bukan sahaja ditanggung oleh penduduk Palestin dan Arab di sekelilingnya yang berdiam diri. Palestin dirompak oleh Zionis dengan bantuan negara-negara penjajah yang dilaksanakan secara berperingkat selepas kejatuhan Turki ‘Uthmaniyyah, kuasa besar Islam.", "Kaum Yahudi Zionis dibawa masuk, rakyat Palestin dihalau, serta rumah kediaman dan harta mereka dirompak dengan keizinan masyarakat antarabangsa bagi menubuhkan negara haram bernama Israel. Namun, rakyat Palestin tidak menyerah kalah dan terus berjuang sehingga hari ini.", "Kedudukan bumi Palestin yang menjadi milik Islam ialah ketetapan Allah SWT, malah menjadi kewajipan bagi penduduknya dan jirannya untuk mempertahankannya. Penduduk Palestin yang telah bermukim sejak beberapa abad adalah daripada kaum asal Arab yang menganut Islam dan berbahasa Arab. Penduduk Palestin juga terdiri daripada asal bangsa lain seperti Yahudi, Kristian, dan lain-lain yang memeluk Islam dan berbahasa Arab, termasuk kalangan minoriti yang bukan Islam.", "Hubungan Palestin dengan Islam dimakmurkan oleh bapa para anbiya’ AS, iaitu Nabi Ibrahim AS selepas diperintahkan Allah SWT agar berhijrah ke sana. Termasuklah para anbiya’ daripada kalangan Bani Isra’il dan Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW. Ramai dalam kalangan nabi dan rasul berada di Palestin dan dimakamkan di bumi suci itu.", "Ibrahim AS ialah penganut Islam yang kemudiannya diisytiharkan menjadi agama kepada semua anbiya’. Adapun agama lain yang dinamakan kemudiannya kepada nabi-nabi tertentu adalah suatu bentuk penyelewengan dan pembohongan. Allah SWT mengulangi beberapa kali ayat-Nya dalam al-Quran bahawa umat Islam wajib beriman kepada firman-Nya yang wajib bersifat benar, antaranya:", "﴿قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ٨٤ وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ٨٥﴾", "“Katakanlah, ‘Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya‘qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa, dan para nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka dan hanya kepada-Nya (Allah) kami menyerahkan diri (Islam).’ (84) Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. (85)” (Surah Ali ‘Imran: 84–85)", "Maka, Palestin ialah bumi Islam pilihan Allah, diletakkan sebagai kiblat pertama sebelum Kaabah, serta menjadi tempat perjalanan Isra’ dan bermulanya Mi‘raj bagi Nabi akhir zaman Rasulullah SAW yang menjadi tetamu Allah. Di Palestin juga, roh para rasul dikumpulkan dan mereka bersama-sama sembahyang berjemaah dengan diimami oleh Rasulullah SAW, apabila kedatangannya sebagai Nabi akhir zaman dikhabarkan dalam semua kitab suci oleh para rasul terdahulu.", "Selain itu, Allah SWT juga telah mengadakan perjanjian dengan nabi-nabi terdahulu supaya umatnya bersama dengan Nabi akhir zaman. Firman Allah SWT:", "﴿وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ لَمَآ ءَاتَيۡتُكُم مِّن كِتَٰبٖ وَحِكۡمَةٖ ثُمَّ جَآءَكُمۡ رَسُولٞ مُّصَدِّقٞ لِّمَا مَعَكُمۡ لَتُؤۡمِنُنَّ بِهِۦ وَلَتَنصُرُنَّهُۥۚ قَالَ ءَأَقۡرَرۡتُمۡ وَأَخَذۡتُمۡ عَلَىٰ ذَٰلِكُمۡ إِصۡرِيۖ قَالُوٓاْ أَقۡرَرۡنَاۚ قَالَ فَٱشۡهَدُواْ وَأَنَا۠ مَعَكُم مِّنَ ٱلشَّـٰهِدِينَ٨١ فَمَن تَوَلَّىٰ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ٨٢﴾", "“Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian daripada para nabi, ‘Sungguh, apa sahaja yang Aku berikan kepada kamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepada kamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada pada kamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya.’ Allah berfirman, ‘Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?’ Mereka menjawab, ‘Kami mengakui.’ Allah berfirman, ‘Kalau begitu, saksikanlah (wahai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu.’ (81) Sesiapa yang berpaling sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. (82)” (Surah Ali ‘Imran: 81–82)", "Zuriat Nabi Ya‘qub AS pernah berhijrah ke Mesir bersama Nabi Yusuf AS sehingga lahirnya rumpun bangsa Bani Isra’il atau Yahudi di sana. Selepas mereka diselamatkan Allah SWT daripada kezaliman Firaun dengan keluar dari Mesir, Allah memerintahkan Nabi Musa dan Harun AS untuk membawa kaum Bani Isra’il supaya membebaskan Palestin daripada kaum Jabbarin, atas nama jihad menegakkan agama Allah (Islam) dengan melaksanakan Kitab Allah (Taurat).", "Namun begitu, mereka enggan berjihad, lalu Allah menyesatkan mereka selama 40 tahun sehingga melahirkan generasi baharu selepas kewafatan Rasul-Nya, Musa AS dan Harun AS. Hal ini sebagaimana firman-Nya:", "﴿قَالُواْ يَٰمُوسَىٰٓ إِنَّا لَن نَّدۡخُلَهَآ أَبَدٗا مَّا دَامُواْ فِيهَا فَٱذۡهَبۡ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَٰتِلَآ إِنَّا هَٰهُنَا قَٰعِدُونَ٢٤ قَالَ رَبِّ إِنِّي لَآ أَمۡلِكُ إِلَّا نَفۡسِي وَأَخِيۖ فَٱفۡرُقۡ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡفَٰسِقِينَ٢٥ قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيۡهِمۡۛ أَرۡبَعِينَ سَنَةٗۛ يَتِيهُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ فَلَا تَأۡسَ عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡفَٰسِقِينَ٢٦﴾", "“Mereka berkata, ‘Wahai Musa! Kami sekali-kali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada di dalamnya. Oleh kerana itu, pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua. Sesungguhnya, kami hanya duduk menanti di sini saja.’ (24) Berkata Musa, ‘Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu, pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasiq itu.’ (25) Allah berfirman, ‘(Jika demikian), maka sesungguhnya, negeri itu diharamkan atas mereka selama 40 tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang pasir) itu. Maka, janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasiq itu.’ (26)” (Surah al-Ma’idah: 24–26)", "Apabila Bani Isra’il diberikan kejayaan memasuki Palestin, kemudian memerintah negara dengan melaksanakan Kitab Allah (Taurat) bersama para rasul selepasnya berserta para ulama’ dan umara’ (raja-raja) yang adil, mereka bertahan di bumi berkat itu. Namun, apabila mereka bersikap jahat, zalim, dan sesat, mereka dihalau darinya.", "Nabi Dawud AS berjaya membebaskan Palestin bersama Raja Talut dan menjadi khalifah menegakkan kerajaan Islam yang beramal dengan Kitab Allah. Seterusnya, Baginda diikuti oleh puteranya Nabi Sulaiman AS menjadi raja yang memerintah kerajaan yang paling berkuasa dan tiada bandingannya dalam seluruh sejarah manusia.", "Hal ini bermakna, Islam mengiktiraf kerajaan yang diketuai oleh pemimpin yang bernama khalifah, imam, raja, presiden, dan sebagainya. Dengan syarat, pemerintahannya hendaklah adil bersama Kitab Allah ajaran Rasul-Nya.", "Justeru, selepas itu, Bani Isra’il dihalau dari Palestin kerana sudah tidak layak memerintah Palestin akibat menjadi kaum yang paling sesat dan melampau. Firman Allah SWT:", "﴿…وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ٦١﴾", "“…Lalu ditimpakanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.” (Surah al-Baqarah: 61)", "﴿إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ٢١ أُولَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ٢٢﴾", "“Sesungguhnya, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan serta membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahawa mereka akan menerima seksa yang pedih. (21) Mereka itu ialah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amal mereka di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong. (22)” (Surah Ali ‘Imran: 21–22)", "Pada akhir zaman, Bani Isra’il dihalau lagi dengan kali terakhir, Palestin dijajah oleh Rom, kuasa besar dunia pada zaman itu. Allah SWT menjanjikan kemenangan dengan kedatangan Nabi akhir zaman selepas Nabi ‘Isa AS sebagaimana yang telah dijanjikan dalam Kitab Taurat, Injil, dan al-Quran. Firman Allah SWT:", "﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ لِلۡحَوَارِيِّ‍ۧنَ مَنۡ أَنصَارِيٓ إِلَى ٱللَّهِۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِۖ فَ‍َٔامَنَت طَّآئِفَةٞ مِّنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ وَكَفَرَت طَّآئِفَةٞۖ فَأَيَّدۡنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَىٰ عَدُوِّهِمۡ فَأَصۡبَحُواْ ظَٰهِرِينَ١٤﴾", "“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana ‘Isa ibn Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, ‘Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?’ Pengikut-pengikut yang setia itu berkata, ‘Kamilah penolong-penolong agama Allah.’ Lalu segolongan daripada Bani Isra’il beriman dan segolongan yang lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.” (Surah al-Saff: 14)", "Kemenangan besar dicapai selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW yang telah dijanjikan sebelum itu. Sebahagian kecil Bani Isra’il dan pengikut Nabi ‘Isa memeluk Islam lalu bersama membebaskan Palestin daripada penjajahan Rom pada masa pemerintahan Khalifah ‘Umar RA.", "Apa yang menarik ialah apabila Paderi Besar Bait al-Maqdis mensyaratkan Khalifah ‘Umar RA menerima penyerahannya semasa pembukaan Bait al-Maqdis, dan dimeteraikan perjanjian terkenal yang membenarkan kewujudan masyarakat majmuk yang diberikan hak beragama tanpa paksaan. Peristiwa ini berpandukan firman Allah SWT:", "﴿… وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ٤٠﴾", "“…Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebutkan nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Surah al-Hajj: 40)", "Kenyataan al-Quran adalah benar bahawa hanya Islam dan penganutnya sahaja yang mampu menjadi pemimpin masyarakat majmuk. Ternyata, apabila kaum Yahudi, Kristian, atau Musyrikin mentadbir Palestin, mereka melakukan kezaliman terhadap kaum dan penganut agama yang lain.", "Kini, kaum Yahudi Zionis yang melampau keagamaan dan kebangsaannya telah menubuhkan negara Israel dengan sokongan kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat dan sebahagian negara Eropah, disertai oleh beberapa negara umat Islam dan Arab yang berada di bawah pengaruh Zionis apabila mereka mengiktiraf negara haram Israel atau melakukan normalisasi dengannya. Sedangkan, penduduk asal Palestin dihalau keluar, dibunuh, atau diseksa, malah dirampas kediaman, perniagaan, dan kebun yang dimiliki sejak zaman-berzaman.", "Apa yang luar biasa ialah negara penganut Kristian seperti Amerika Syarikat dan Eropah mendukung negara haram Israel kerana pengaruh Zionis mengatasi kepercayaan agama mereka. Mereka percaya bahawa Nabi ‘Isa AS yang disucikan kepada martabat tuhan, telah disalib dan dibunuh oleh kaum Yahudi yang zalim. Akan tetapi, anehnya mereka pula yang membantu Yahudi dengan sokongan politik, ekonomi, ketenteraan, media, dan lain-lain yang melampau.", "Sehinggakan, mereka bertindak menghalang pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan cabangnya daripada bertindak ke atas apa sahaja kekejaman dan kezaliman yang melampau dengan bantuan segala senjata, termasuk senjata pemusnah yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa. Pada masa yang sama, mereka berlagak menjadi pendamai yang berkecuali atas nama kemanusiaan dan penyelesaian dua negara (two-state solution); satu pembohongan yang terang lagi bersuluh.", "Adapun penduduknya ialah rakyat asal Palestin yang telah menganut Islam dan majoriti kecil masih beragama Kristian, namun pengaruh Islam dan percampuran menjadikan mereka berbangsa Arab. Mereka bermukim dan paling berhak menjaga Palestin serta mempertahankannya mengikut hukum fardu ‘ain, bersama negara jiran dan penduduknya serta bersama negara Islam.", "Sangat tidak munasabah sikap beberapa negara Islam dan Arab yang mengikuti telunjuk Zionis dan berkecuali dengan memejam mata terhadap kezaliman dan kekejaman yang paling melampau terhadap rakyat Palestin. Hal ini berbeza dengan sikap majoriti rakyat umat Islam yang masih ada kemanisan iman dan persaudaraan Islam, sebagaimana hadis yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW:", "“Perumpamaan hubungan dalam kalangan orang-orang yang beriman itu dari segi berkasih sayang, bersimpati, dan bertimbang rasa laksana hubungan anggota dalam satu jasad. Apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh jasadnya berjaga malam dan demam.” (Riwayat al-Bukhari No. 6011 dan Muslim No. 2586)", "Ada pula kalangan negara Arab dan Islam yang menjadi pendamai bersama lakonan negara Barat yang nyata pengaruh Zionisnya. Sebenarnya, mereka bersama menjadi pendamai bagi menyelamatkan Israel yang terdesak akibat serangan balas terakhir pejuang Palestin di luar jangkaan mereka, lantas terdedahnya kelemahan Yahudi Zionis yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran:", "﴿لَأَنتُمۡ أَشَدُّ رَهۡبَةٗ فِي صُدُورِهِم مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَفۡقَهُونَ١٣ لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۢۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ١٤﴾", "“Sesungguhnya, kamu dalam hati mereka lebih ditakuti daripada Allah. Hal yang demikian itu kerana sesungguhnya, mereka ialah kaum yang tidak mengerti. (13) Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali di dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di sebalik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kalian kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Hal yang demikian itu kerana sesungguhnya, mereka ialah kaum yang tidak mengerti. (14)” (Surah al-Hashr: 13–14)", "Dahulu, mereka membina tembok-tembok bagi memenjara rakyat Palestin, tetapi kini bertukar menjadi tembok-tembok tempat mereka berlindung pula. Mereka juga banyak membina kubu bawah tanah di semua penempatan kaum Yahudi yang berselerak di kawasan bandar. Penempatan pendatang baharu Yahudi ditempatkan di kawasan rumah dan kebun rakyat Palestin yang dirompak secara terbuka, namun ditentang oleh rakyat Palestin dengan gagah berani.", "Kini, rakyat Palestin bangkit dan bergabung bersama kumpulan Islam yang besar. Mereka berada di dalam kawasan Palestin atau negara sekelilingnya atas nama Hamas, Jihad Islami, dan Hizbullah, diikuti pula oleh semua kumpulan yang lain tanpa mengira ideologi politik, mazhab, mahupun agama melalui tindakan jihad atas nama ‘muqawamah’ (perjuangan). Keadaan ini menepati janji Rasulullah SAW pada akhir zaman:", "‌لَا ‌تَزَالُ ‌طَائِفَةٌ ‌مِنْ ‌أُمَّتِي ‌عَلَى ‌الدِّينِ ‌ظَاهِرِينَ، ‌لَعَدُوِّهِمْ ‌قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ.", "“Masih ada dalam kalangan umatku kumpulan yang bangkit menegakkan agama (Islam) secara berterangan, menghadapi musuh dalam keadaan gagah perkasa, tidak boleh dimudaratkan oleh kalangan yang mengecewakan mereka melainkan mereka menghadapi kesulitan namun mereka bertahan, sehingga datangnya keputusan Allah (kemenangan) dalam keadaan mereka tidak berganjak.”", "Kini, kita menyaksikan kemunculan kumpulan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW yang wajib bersifat benar daripada Allah SWT. Apakah pula pendirian umat Islam?", "Kalangan majoriti rakyat umat Islam dan beberapa negaranya adalah bersama rakyat Palestin. Akan tetapi, ada juga yang mengecewakan, bahkan ada yang bersekongkol dengan musuh dalam pasukan Ahzab moden.", "Ada juga kalangan kaum Ortodoks Yahudi bermazhab Neturei Karta mengharamkan penubuhan negara Israel. Hal ini demikian kerana, kepercayaan mereka bahawa mendirikan negara untuk bangsa Yahudi itu bakal menjadi kubur yang menamatkan ajal kaum mereka yang pernah bersikap sangat zalim terhadap para anbiya’ dan ulama’ yang soleh." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/tempah-tiket-coldplay-surat-terbuka-kepada-khairul-aming/
Tempah tiket Coldplay: Surat terbuka kepada Khairul Aming
[ "KE HADAPAN saudaraku Khairul Aming,Saya layangkan surat ini sebagai seorang saudara seagama, apa lagi kita lahir di negeri yang sama. Atas semangat itu saya merasa terpanggil untuk memberikan teguran atas posting saudara yang berjaya membeli tiket Coldplay.Pada saya seorang public figure yang bersih seperti saudara tidak seharusnya secara tidak langsung mempromosikan konsert dari artis yang lantang mempromosikan LGBT.Alang kepalang kesedihan, terguris hati saya apabila membaca posting twitter saudara yang bersungguh menempah tiket. Pastinya siapa saya untuk menghalang keinginan orang lain tetapi suka saya menitipkan pesan lantaran saudara adalah saudara seagama saya.Saya mahu mengajak saudara untuk memikirkan kesan akibat budaya LGBT yang akan dibawa bersama dalam konsert Coldplay nanti. Sanggupkah saudara menjadi salah seorang penyumbang kepada sebaran budaya tidak sihat terutama kepada anak-anak muda?Saya percaya di usia sekarang saudara telah matang dalam membuat pertimbangan. Apa lagi ingin saya katakan saudara tidak sepatutnya terlibat dalam kempen secara tidak langsung begitu kerana saudara adalah ikutan ramai anak muda.Saya doakan saudara akan lebih berjaya dengan apa yang telah saudara usahakan dan terpaling saya doa adalah agar saudara membetulkan khilaf yang kesan akibatnya tidak terjangkau akal terhadap anak muda negara.Salam hormat.MOHAMAD KAMAL MOHAMEDKetua PemudaDewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 18/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/man-city-mara-ke-final-liga-juara-juara/
Man City mara ke final Liga Juara-Juara
[ "Manchester City mengalahkan penyandang juara, Real Madrid 4-0 di Stadium Etihad dan mara dengan aggregat 5-1 ke final Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tiga musim.Dua gol Bernardo Silva pada babak pertama meletakkan City menguasai perlawanan menentang juara Eropah 14 kali itu, manakala gol sendiri oleh Eder Militao selepas rehat dan gol keempat Julian Alvarez membolehkan pasukan Pep Guardiola membalas dendam kekalahan pahit di peringkat separuh akhir tahun lalu.", "Kemungkinan besar bakal berdepan Inter Milan di final, City akan menjadi pilihan utama untuk akhirnya menyampaikan piala yang diidamkan Sheikh Mansour dari Abu Dhabi yang membeli kelab itu pada 2008, selepas City tewas kepada Chelsea dua tahun lalu.", "City kini tidak tewas dalam 26 perlawanan di tempat sendiri dalam pertandingan itu dan rekod itu tidak tercalar apabila pemain tengah Portugal, Silva merembat melepasi Thibaut Courtois pada minit ke-23 dan kemudian menanduk masuk gol kedua pada minit ke-37.", "Babak kedua sekadar formaliti apabila Real yang mengejar piala buat kali keenam dalam 10 musim, dikalahkan oleh pasukan City yang berpeluang menjuarai tiga piala semusim.", "Terdapat suasana jangkaan dan ketegangan sebelum sepak mula di gelanggang City, lebih-lebih lagi apabila pertembungan itu dianggap sebagai final de-facto dengan Inter dalam final pertama mereka selama 13 tahun walaupun musim Serie A yang biasa-biasa saja, menanti pemenang.", "Barisan pemain hampir sama dengan keputusan seri 1-1 di Bernabeu minggu lalu, satu-satunya perubahan adalah di barisan belakang Real dengan Militao menggantikan Antonio Rudiger.", "Sama seperti di ibu negara Sepanyol, City menguasai perlawanan dengan Real hampir tidak dapat melakukan hantaran yang biasa dilakukan. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/meraih-al-falah-dalam-bulan-syawal/
Meraih al-Falah dalam bulan Syawal
[ "Sedar atau tidak, kemuliaan bulan Ramadan tahun ini telah pun berlalu pergi meninggalkan bekas dalam jiwa dan sanubari kita sebagai umat Islam.Buat mereka yang beruntung dan terpilih, diampuni segala dosa lalu dan hadir dengan jiwa putih suci bersih umpama bayi yang baru lahir.Syawal hadir sebagai bulan kemenangan dan kegembiraan menghiasi setiap sisi kehidupan Muslim.Tidak mengira darjat atau kedudukan, miskin atau kaya, muda atau tua, bulan yang dinanti-nantikan ini hadir membawa jutaan rasa  kegembiraan.Manakan tidak, yang berjauhan disatukan, segala khilaf dan sengketa dilupakan, ukhuwah dan silaturahim ditegakkan. Suasana inilah yang begitu sinosim dengan frasa Aidilfitri, iaitu kembali kepada fitrah dari segala hal yang mazmuma   ", "Adakalanya kerana terlalu teruja dengan suasana sehingga banyak hal yang sia-sia dan bertentangan dengan syariat berlaku seperti mengabaikan solat lima waktu, mencampuradukkan hal ehwal halal dan haram, berlebih-lebihan dalam berbusana, berhubungan tanpa batas dan moral dan sebagainya; padahal  bukankah Ramadan telah hadir menyucikan jiwa?", "Dalam kesempatan kita semua bergembira dan meraikan Syawal yang bakal berakhir Sabru (20 Mei) ini, izinkan saya berkongsi sedikit pesan Ilahi menerusi beberapa potongan dan isyarah kalamullah dalam surah al-Mukminun; yang diharap mampu menjadi inspirasi dan panduan dalam meraih kejayaan yang sebenar khasnya di bulan Syawal ini. ", "Ketaqwaan yang berbekas di dalam jiwa sanubari seorang Muslim itu telah dijanjikan dengan pelbagai bentuk kejayaan (al-Falah) dan berita gembira (al-Buysra) di dunia mahupun di akhirat. ", "Salah satu bentuk kejayaan dan kegembiraan tersebut ialah meraikan Aidilfitri dengan sifat ketaqwaan dan kesyukuran serta memugar kiblat kehidupan bersyariat dalam setiap sisi kehidupan. ", "Hal inilah yang disebutkan intipati syariat itu adalah meraih taqwa, dan taqwa itulah kemuncak kepada tujuan dan matlamat sebenar penciptaan manusia waima di dunia apatah lagi di hari perhitungan (yawm al-Din).", "Dalam meraikan suasana penuh dengan kegembiraan lebaran, lebih elok kita mentadabbur bersama ayat 1 hingga ayat 11 daripada surah al-Mukminun di samping melihat hubungkait atau munasabat dalam surah lain yang berkisar mengenai al-Falah atau apakah makna sebenar kejayaan menurut al-Quran; untuk kita cuba kaitkan dan renung bersama erti kejayaan di bulan Syawal, bulan fitrah dan bulan kemenangan pada saat ini.", "Menariknya, ayat pertama surah al-Mukmukminun ini telah mencetuskan satu motivasi dan inspirasi buat orang yang beriman menerusi frasa ‘aflaha’ yang membawa maksud kejayaan atau keberuntungan yang pasti. ", "Al-quran merakamkan kalimah (al-Falah) disebut sebanyak 40 kali dalam pelbagai bentuk kata kerja (fe’el madhi, fe’el mudhari’ dan isim fa’il) antaranya; Aflaha, Yuflihu, Yuflihun, Tuflihuu, Tuflihuuun, al-Muflihuun dan al-Muflihiin (dengan 23 kriteria/tema khusus). ", "Setiap kalimah memiliki maqasid, makna dan tujuan serta mukjizat agung yang tersendiri. Ibn Manzur menjelaskan al-Falah bermaksud al-Fauz (kejayaan), kelepasan dan berkekalan dalam nikmat dan kebaikan.", "Menariknya bermula ayat pertama, Allah SWT merakamkan bahawa orang mukmin itu telah berjaya meskipun mereka belum lagi dimasukkan ke dalam syurga. ", "Ini Kerana ramai yang beranggapan ‘kejayaan’ itu hanya apabila dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan orang mukmin telah pun dikurniakan ‘kejayaan’ semasa di dunia lagi. ", "Kriteria Pertama ‘al-Falah’ dalam ayat ini ialah mereka yang khusyuk dalam mendirikan solat. Allah meletakkan solat yang khusyuk sebagai ciri pertama dan utama kerana ibadah ini adalah merupakan tiang dan tunjang orang mukmin. ", "Khusyuk disini bermaksud tawajjuh (fokus) ketika mendirikan solat dengan menghadirkan rasa takut dan keagungan kepada Allah SWT. Saidina Ali RA menjelaskan khusyuk adalah berkait rapat dengan hati seorang mukmin. ", "Ibn ‘Abbas mengaitkan korelasi  antara ‘rasa’ takut dan tenang ketika mendirikan solat. Maka wajarlah apabila bulan Ramadan yang telah berlalu menjadi madrasah terbaik dalam mempertingkatkan kuantiti dan kualiti solat agar mencapai darjat ‘khasyiuun’.", "Ini krana hal yang tidak bermanfaat ini bukan sekadar membuang masa terluang, malah lama kelamaan dibimbangi akan terjerumus ke dalam dosa, malah lebih buruk lagi jatuh ke lembah syirik mahupun kemaksiatan. ", "Ramai yang mengambil kesempatan mengeratkan silaturahim dengan ziarah menziarahi atau kunjung mengunjung. Namun tidak kurang juga segelintir yang membuang masa dengan ‘melepak’ atau berbual kosong sehari semalam. ", "Ada orang kata inilah saat terbaik berkongsi cerita setelah sekian lama tidak berjumpa. Namun harus diingat agama sama sekali tidak melarang berkongsi cerita, namun adakalanya bercerita hal yang sia-sia dan tidak bermanfaat itu lebih banyak dari hal yang bermanfaat. ", "Tepuk dada tanyalah jiwa. Sebab itulah juga elemen khusyuk dalam solat merupakan ciri pertama kerana orang yang khusyuk itu akan berpaling (‘aradha) daripada hal yang sia-sia yang mengganggu penumpuan solat.", "Kriteria ketiga ialah al-Zakah. Kalimah ini biasa diterjemahkan dengan zakat, namun dalam ayat ini (ayat 4) ahli tafsir mentafsirkan sebagai orang yang sentiasa menyucikan jiwa ‘tazkiyyah al-Nufus’ daripada segala perkara tercela, selari dengan makna zakat sebagai bentuk penyucian. ", "Ciri ini selari dengan makna ayat 9-10 surah al-Syams yang bermaksud; ‘sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya’. ", "Maka, usaha penyucian jiwa itu bukan sekadar dilakukan di bulan Ramadan yang lalu, sebaliknya ianya adalah sebuah proses berterusan sehingga pada bulan Syawal dan bulan berikutnya.", "Kriteria keempat pula ialah kejayaan itu akan diberikan kepada orang mukmin sekiranya berusaha untuk menjaga kemaluan atau maruah serta harga diri daripada hal tercela atau ‘faahisyah’ (dosa disebabkan nafsu-kemaluan). ", "Menjadi persoalan mengapa aspek ini Allah SWT letakkan sebagai prasyarat utama? Ini kerana al-Quran sendiri telah merakamkan sejarah lampau betapa ramainya umat terdahulu ditimpa azab dan kerosakan disebabkan mereka gagal menjaga dan mengawal nafsu kemaluan. ", "Lihatlah pada hari ini di sekeliling kita semua, sudah berapa banyak kerosakan dan kehinaan yang menimpa masyarakat disebabkan perbuatan zina dan budaya songsang.", "Ini kerana apabila dicermati, kriteria pertama sehingga kriteria keempat adalah satu proses mempersiapkan diri atau individu mukmin sebelum terjun ke arena yang lebih besar dan luas yang menghubungkan orang lain atau masyarakat.", "Oleh sebab itulah Rasulullah SAW mencela sifat sebegini dengan mengatakan secara jelas: “Pertanda orang munafik ada tiga, iaitu: Apabila berbicara, dusta; apabila berjanji, engkar; dan apabila dipercaya, khianat.”(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).", "Kalimah solat dalam ayat ini adalah bentuk plural (solawaatihim) yang bermaksud solat yang perlu dijaga bukan sahaja solat yang fardhu, malah solat sunat atau muakkad. ", "Lebih khusus lagi para ulama menjelaskan solat fardhu perlu dijaga agar didirikan ‘tepat pada waktunya’ dan solat sunat itu perlu dijaga agar sentiasa menjadi ‘kelaziman’ kerana sering ditinggalkan.", "Dalam erti kata yang lain, solat adalah merupakan neraca terpenting seorang hamba sekiranya mendambakan kejayaan dan kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah kejayaan di akhirat.", "Ini kerana menerusi beberapa penelitian dan pengalaman, segelintir umat Islam hanya ‘teruja’ mendirikan solat sama ada yang fardhu atau sunat pada waktu siang dan malam hanya pada bulan Ramadan sahaja. ", "Masjid yang dahulunya meriah dengan kehadiran jemaah, mula kelihatan sunyi dan sepi. Maka oleh sebab itulah surah al-Mukminun hadir membawa peringatan dan motivasi agar konsisten dalam hidup bersyariat demi meraih kejayaan yang sebenar-benarnya.", "Maka, oleh sebab itulah Allah SWT telah menjanjikan sebuah janji yang pasti dalam ayat 10 dan 11 yang menyebut bahawa apabila seorang mukmin berusaha memenuhi tujuh kriteria yang telah ditetapkan maka mereka bukan sekadar dijanjikan kejayaan (al-Falah) di dunia, malah bakal mewarisi syurga al-Firdaus (syurga tingkat tertinggi) di akhirat kelak. ", "Kefahaman tentang ketiga-tiga asas ini pula tidak akan dapat diperolehi kecuali dengan jalan menuntut ilmu, serta kefahaman dan diserlahkan menerusi pengamalan (ta’ammul).", "Justeru, apabila direnung sedalamnya, hikmah terbesar kurniaan bulan penuh rahmat buat umat Muhammad ini ialah agar setiap muslim kembali kepada fitrah, berusaha sebaik mungkin memperbetulkan kekhilafan, serta menggandakan amalan soleh agar mampu mencapai tingkat mukmin malah kemuncaknya ialah tingkatan orang yang bertaqwa (muttaqiin). ", "Selaras dengan manifestasi berpuasa agar mencapai kedudukan taqwa (Surah al-Baqarah ayat 183) dan akhirnya dapat meraih fitrah yang sebenar pada bulan Syawal.", "Eratkan silaurahim, sempurnakanlah tuntutan berpuasa enam hari pada bulan Syawal serta pandulah seluruh kehidupan dengan syariat dan bukan hanya sekadar berdasarkan adat.", "Dalam masa yang sama merenung keagungan dan kebesaran mukjizat al-Quran menerusi usaha untuk mendalami makna dan rahsia ayat al-Quran sepertimana yang telah ditinggalkan oleh Baginda Nabi SAW (baca-faham-amal). ", "Mudah-mudahan Ramadan yang telah berlalu pergi dan Syawal yang sedang dinikmati ini akan meninggalkan ‘bekas yang mendalam’ dalam jiwa orang mukmin dalam melayari kehidupan mendatang, waima di dunia hinggalah ke akhirat. – HARAKAHDAILY 18/5/2023", "(Dr Selamat Amir merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan boleh dihubungi melalui selamat_amir@um.edu.my)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/ketegasan-mais-pertahan-kalimah-allah-wajar-dipuji/
Ketegasan MAIS pertahan kalimah Allah wajar dipuji
[ "EKORAN keputusan Kementerian Dalam Negeri kerajaan campuran BN-PH yang diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan notis penarikan semula rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian telah menyebabkan umat Islam di negara ini tersinggung dan berasa tercabar apabila isu ini dipolemikkan.", "Pengumuman penarikan semula rayuan penggunaan kalimah Allah di Mahkamah Rayuan tersebut sekali gus menggambarkan sikap derhaka dan tidak menghormati titah DYMM Sultan Selangor bertarikh 23 Mac 2021 yang melarang penggunaan kalimah Allah di negeri Selangor.", "Melihat kepada perkembangan semasa dalam konteks negeri Selangor, Majlis Agama Islam (MAIS) telah mengeluarkan kenyataan bahawa MAIS berpegang teguh dan menjunjung titah DYMM yang malarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bertarikh 17 Mei 2023.", "Pemuda PAS Selangor ingin menzahirkan sokongan dan kebersamaan dengan MAIS dalam isu-isu yang melibatkan kesucian agama Islam khususnya di negeri Selangor.", "Ketegasan yang telah dizahirkan oleh MAIS telah menunjukkan bahawa institusi agama Islam di setiap negeri perlu bertindak dan menyatakan keberanian dalam mempertahankan kesucian agama Islam.", "Pemuda PAS Selangor menyeru agar rakyat negeri Selangor bersatu padu dalam mempertahankan kesucian agama Islam daripada diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam di luar sana." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/perkhemahan-tahunan-amal-jambori-di-n9/
Perkhemahan Tahunan Amal Jambori di N9
[ "LAWATAN lokasi hari ini ke tapak Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) @ Jambori Jabatan Amal Malaysia kali ke-26 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Jun 2023 memberi seribu erti.Setelah beberapa kali tertangguh penganjuran di Negeri Sembilan, Alhamdulillah kali ini Pemuda PAS Malaysia telah memuktamadkan Pemuda PAS Negeri Sembilan dan Jabatan Amal Negeri Sembilan sebagai tuan rumah penganjuran PTA Jambori Amal Malaysia. Penganjuran kali akan berusaha sebaik mungkin untuk mengembalikan peranan besar Jambori yang menjadi medan perkaderan pelapis pendukung perjuangan seperti mana yang dihasratkan oleh YB Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat. Besar juga harapan yang diberikan oleh YB Ustaz P.022 Pasir Mas – Ahmad Fadhli Shaari selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia terhadap penganjuran kali ini. Kami berusaha untuk meletakkan harapan dan hasrat YB Ketua Pemuda dapat dicapai dan dijayakan. Penganjuran kali ini mensasarkan kehadiran dan pendaftaran lebih 500 peserta yang terdiri daripada anggota yang lama, baru, terlatih dan juga pelapis di semua peringkat tanpa kita menghadkan kehadiran bagi setiap negeri. Saya mewakili seluruh kepimpinan Jabatan Amal Malaysia menjemput dan mengalu-alukan kehadiran para anggota Jabatan Amal Malaysia untuk berdaftar melalui negeri masing-masing dan kita semarakkan semangat berjambori dan berkhemah yang telah hilang penganjurannya disebabkan bencana pandemik bermula pada 2018. Merindui, aktiviti bersama, memasang khemah bersama, memasak dan makan bersama. Sudah pasti kita juga merindui kalam-kalam taujihad pimpinan buat kita selaku semut merah yang sentiasa bersiap sedia dengan sebarang arahan dan tugasan yang diamanahkan oleh jemaah. Bertemakan ‘Kebajikan tanpa sempadan, Memimpin kemenangan’. Insya-Allah saya yakin semut merah akan membuat satu kejutan besar dalam membantu gerak kerja jemaah, sehingga satu kemenangan di sisi Allah dan harapan jemaah dapat direalisasikan.“Beramal Kerana Allah”“Kebajikan Tanpa Sempadan, Memimpin Kemenangan”. HANAFI ZULKAPLIKetua PengarahJabatan Amal Malaysia – HARAKAHDAILY 18/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/transaksi-atm-bank-islam-wakaf-bharu-antara-tertinggi/
Transaksi ATM Bank Islam Wakaf Bharu antara tertinggi
[ "TUMPAT: Penduduk yang tinggal di Chabang Empat tidak perlu lagi ke pekan Wakaf Bharu atau bandar Tumpat bagi mengeluar atau mendeposit wang tunai.", "Difahamkan sejak ATM itu beroperasi urusan transaksi pengeluaran dan deposit tunai di Bank Islam Cawangan Wakaf Bharu direkodkan antara tertinggi di Malaysia.", "Adun Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah berkata, kemudahan mesin wang itu disediakan bagi memenuhi permintaan penduduk bagi mengeluar atau memasukkan wang tanpa perlu pergi ke tempat yang jauh.", "Katanya, usaha dimula sejak dua tahun lalu dengan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Bank Islam supaya menyediakan mesin ATM di kawasan terbabit.", "“Alhamdulillah, akhirnya impian penduduk terlaksana di mana bukan hanya ada kemudahan ATM dan CRM bagi mengambil dan menyimpan wang tunai,” katanya selepas merasmikan kiok mesin tersebut hari ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/geng-ustaz-anjur-hikam-dlangkawi-24-mei/
Geng Ustaz anjur HIKAM d’Langkawi 24 Mei
[ "KUALA LUMPUR: Lebih 10, 000 pengunjung dijangka membanjiri festival perdana Himpunan Kesatuan Alam Melayu (HIKAM) d’Langkawi yang bakal diadakan pada 24 Mei ini di The Langkawi Art Box, Pulau Langkawi.", "Festival itu dianjurkan Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijadualkan bermula 5.30 petang hingga 11 malam.", "Presiden Geng Ustaz, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, program akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.", "Katanya, HIKAM d’Langkawi yang bertemakan “Melayu Beradab, Bersendi Syariat” itu dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah, Bina Darul Aman Berhad (BDB), Persatuan Penggiat Budaya Warisan Langkawi, Persatuan Pengguna Islam Langkawi, Maahad Tahfiz Annabawi Langkawi dan beberapa NGO setempat.", "“Dengan objektif untuk memberi kefahaman dan mempromosi kepada peserta tentang keunikan budaya warisan Melayu Islam di Malaysia, selain memartabatkan jati diri kemelayuan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam serta menarik minat masyarakat bangsa lain,” katanya.", "Justeru katanya, lebih kurang 10,000 hadirin yang terdiri daripada pimpinan masyarakat, ahli-ahli NGO, parti-parti politik dan segenap lapisan masyarakat umum khasnya di Langkawi termasuklah anak muda dan belia boleh menandatangani butiran menyokong proklamasi tersebut ketika program.", "“Antara acara dalam HIKAM d’Langkawi adalah persembahan kebudayaan warisan Melayu, pameran alatan traditional, silat, busana serta bicara sejarah tamadun Melayu Langkawi, selain jamuan rakyat dengan juadah istimewa orang Melayu dan gerai-gerai jualan.", "“HIKAM d’Langkawi juga diserikan dengan Bacaan Yaasin Perdana, Munajat Langkawi Sejahtera serta Persembahan Qasidah Soutul Nabawi yang turut disertai oleh beberapa selebriti dakwah terkenal tanahair,” katanya.", "Tambahnya pada kemuncak program akan diisi dengan Sembang Santai yang menampilkan Menteri Besar Kedah bersama beliau untuk sesi berbual mesra serta soal-jawab dengan hadirin.", "“Resolusi HIKAM d’Langkawi dihasilkan melalui festival ini akan diserahkan kepada YAB Menteri Besar Kedah, wakil-wakil rakyat dan pimpinan politik serta seluruh pimpinan NGO-NGO berkaitan, selain penganjuran HIKAM ini akan diteruskan pada edisi berikutnya di negeri-negeri lain.", "“Semua pihak media dan akhbar adalah dijemput hadir dan membuat liputan program HIKAM d’Langkawi ini dan sebarang urusan boleh hubungi Niam di talian 011-58544234,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/umat-islam-bangkit-pertahan-kalimah-allah/
Umat Islam bangkit pertahan kalimah Allah
[ "Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, perhimpunan aman yang diadakan hari ini sebagai membantah tindakan kerajaan menarik balik rayuan kes kalimah Allah.", "“Agama Islam bukan ekstrem, tetapi kita mahu mempertahankan kalimah Allah daripada disalah guna oleh orang bukan Islam,” kata pada perhimpunan aman selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini. (Foto atas)", "Himpunan itu turut dihadiri jemaah masjid terbabit, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Geng Ustaz dan Majlis Perundingan Melayu (MPM).", "Turut hadir Penasihat UMMAH Kamaruzaman Mohamad, mantan profesor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Kamaruzaman Yusoff dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia Khairul Nadzir Helmi Azhar.", "Pada 15 Mei lepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.", "Ekoran itu pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Selangor dan bekas mufti membantah tindakan KDN menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan. – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/bubar-bn-atau-ph-ke-arah-sistem-dua-parti/
Bubar BN atau PH ke arah sistem dua parti
[ "SEBELUM ini saya pernah menulis mengenai perlunya sistem dua parti di dalam politik Malaysia bagi memastikan kestabilan politik tidak tergugat, seperti yang pernah berlaku selepas PRU ke-14 tahun 2018. Dengan adanya dua parti atau gabungan parti utama memenangi Pilihan Raya Umum, situasi Parlimen tergantung seperti yang berlaku pasca PRU ke-15 dapat dielakkan.Meskipun sistem dua parti bukanlah jaminan seratus peratus kestabilan politik negara tidak goyah, namun dengan adanya Akta Anti Lompat Parti akan memperkukuhkan sesebuah kerajaan yang dibentuk oleh sesebuah parti atau gabungan parti tunggal. Ia berbeza jika sesebuah kerajaan dibentuk oleh beberapa parti atau gabungan parti selepas Pilihan Raya Umum.Kerajaan Campuran PH-BN (termasuk GPS dan GRS) bukanlah sebuah kerajaan yang stabil sebaliknya boleh tumbang bila-bila masa. Adalah diyakini, sekiranya Dato Sri Mohamad Najib Tun Abdul Razak tidak dibebaskan selepas PRU peringkat enam negeri pada Julai atau Ogos tahun ini, Kerajaan Campuran PH-BN kemungkinan besar akan berkubur.Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan di WTC baru-baru ini hanyalah sebuah orkestra untuk menayangkan kepada masyarakat umum, hubungan gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan adalah jitu. Hakikat sebenarnya hubungan antara mereka adalah rapuh disebabkan berbeza halatuju, melainkan jika parti-parti tersebut diikat dengan satu gabungan.Untuk menjadi sebuah gabungan parti yang utuh, BN atau PH perlu dibubarkan, dan anggota-anggota parti dalam gabungan yang dibubarkan menyertai gabungan yang kekal. Contohnya, jika BN dibubarkan, Umno, MCA, MIC dan PBRS menyertai PH. Dengan langkah tersebut, PH selepas itu menjadi sebuah gabungan tunggal menjadi tulang belakang kerajaan. Selain daripada itu, boleh juga kedua-dua BN dan PH dibubarkan, kemudiannya sebuah gabungan baru diwujudkan. Langkah seperti ini boleh jadi lebih bersifat menang-menang, berbanding hanya satu gabungan sahaja yang dibubarkan. Malah, sekiranya gabungan parti-parti dari Sabah dan Sarawak dibubarkan, seterusnya menyertai gabungan baru, ia sebenarnya lebih baik.Sistem dua parti seperti yang wujud di negara-negara maju, lazimnya tidak disusun oleh sesuatu perundangan. Ia wujud apabila ada dua parti atau gabungan parti yang utama mendapat sokongan besar dari pengundi. Salah satu antara dua parti atau gabungan parti tersebut boleh membentuk kerajaan selepas PRU, tanpa memerlukan sokongan dari parti-parti lain.Sebenarnya tanpa disedari, situasi sistem dua parti ini telah wujud di Malaysia sejak PRU ke-10 tahun 1999, apabila wujud dua gabungan parti utama iaitu BN dan BA, kemudian BN dan PR. Oleh sebab itu, ramai pemerhati politik menganggap PRU ke-10 adalah titik tolak (turning point) kepada senario politik Malaysia seperti yang wujud pada hari ini. Bagaimanapun, senario ini berubah pada PRU ke-14 tahun 2018, apabila wujud tiga gabungan parti BN, PH dan GAGASAN. Meskipun GAGASAN adalah gabungan minor, tetapi PAS yang menjadi tonggak GAGASAN telah berperanan sebagai King Maker, sebaik sahaja krisis kepimpinan berlaku dalam PH pada tahun 2020. Krisis ini telah membawa kepada Perdana Menteri meletak jawatan.Dalam PRU ke-15, kewujudan tiga gabungan parti utama semakin ketara iaitu PH, PN dan BN. Kesannya, berlaku situasi parlimen tergantung selepas pilihan raya. Melihat kepada kemeriahan Konvensyen Kerajaan Perpaduan baru-baru ini, sudah sampai masanya sama ada BN atau PH dibubarkan untuk membentuk satu gabungan tunggal yang menjadi tonggak kerajaan.DR MOHD ZUHDI MARSUKIAhli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/orang-asli-dakwa-harimau-berkeliaran-berhampiran-kampung/
Orang Asli dakwa harimau berkeliaran berhampiran kampung
[ "GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli Bateq di Kampung Aring 5 di sini, mendakwa melihat kelibat harimau berkeliaran berhampiran kampung tersebut pada waktu malam sejak minggu lalu.", "Seorang penduduk Ayob Abdul Razak, 35, mendakwa dia bersama rakan-rakannya menemukan kesan tapak kaki binatang tersebut di kawasan sungai yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kampung tersebut.", "“Beberapa hari lepas, kira-kira 11.30 pagi saya bersama dua rakan hendak pergi mandi di sungai yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kampung dan jumpa kesan tapak kaki harimau.", "“Kami yakin itu kesan tapak kaki harimau. Saya ambil gambar dan hantar dalam kumpulan WhatsApp dan minta orang kampung supaya berhati-hati untuk ke sungai atau bila keluar rumah,” katanya kepada Bernama hari ini.", "Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Aring 5 Mohd Fazli Mamok turut mendakwa penduduk kampung terjumpa kesan tapak kaki harimau di kawasan ladang kelapa sawit di kampung tersebut.", "“Ada penduduk yang ternampak harimau berkeliaran di kawasan ladang kelapa sawit terletak kira-kira 400 hingga 600 meter dari kampung ini,” katanya.", "Sementara itu Tok Batin Aring 5, Raina Anjang berharap agar kehadiran haiwan liar terbabit berhampiran kawasan penempatan mereka mendapat perhatian dan tindakan dari pihak berkuasa.", "“Saya mengalu-alukan tindakan selanjutnya supaya binatang buas ini boleh ditangkap. Sebab bimbang dengan keselamatan orang kampung, saya dah berbincang tidak membenarkan mereka masuk bekerja dalam hutan selagi tidak dapat harimau tersebut.", "Sementara itu, ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim berkata pihaknya sekali lagi memohon perhatian dari pihak berkaitan supaya tindakan segera diambil berhubung perkara tersebut.", "“Kita sudah bawa isu berkaitan ancaman hidupan liar terhadap masyarakat Gua Musang sebelum ini, insya-Allah pada Sidang Dewan Rakyat pada 22 Mei nanti kita kemukakan semula isu ini dengan kementerian terbabit,” katanya.", "Pada 9 Mei lepas, seorang penduduk Kampung Aring 5, Halim Asin, 27, menjadi mangsa serangan harimau ketika memancing bersama anak saudaranya Alang Kuang, lapan tahun di Sungai Aring. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/assad-kembali-sertai-sidang-kemuncak-arab/
Assad kembali sertai sidang kemuncak Arab
[ "JEDDAH: Presiden Syria, Bashar al-Assad, berada di Arab Saudi, hari ini untuk menghadiri sidang kemuncak Arab, bertemu pemimpin serantau yang menjauhinya selama bertahun-tahun dalam peralihan utama dasar yang ditentang Amerika Syarikat (AS) dan kuasa Barat lain.Dipulaukan kebanyakan negara Arab berikutan tindakan keras terhadap pihak yang menentang pemerintahannya pada 2011 dan perang saudara yang mengorbankan 350,000 orang, penyertaan semula kerajaannya dalam kumpulan serantau itu memberikan isyarat bahawa pengasingan Assad akan berakhir.", "Ketibaan Assad di Jeddah, semalam, disambut Timbalan Gabenor wilayah Makkah, Putera Badr bin Sultan dan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit.", "“Kami tidak percaya bahawa Syria sepatutnya (diberikan) masuk semula ke dalam Liga Arab,” kata timbalan jurucakap Jabatan Negara AS, Vedant Patel di Washington, sambil menambah sekatan tidak sepatutnya ditarik balik.", "“Memandangkan ia berkaitan dengan normalisasi, kami tidak menyokong pemulihan hubungan dengan rejim Assad dan tidak menyokong rakan kongsi kami berbuat demikian.”", "Bagaimanapun, Patel berkata: “kami mempunyai beberapa objektif bersama” seperti membawa pulang Austin Tice, bekas anggota Marin AS. dan wartawan yang dikatakan diculik di Syria pada 2012.", "Sekumpulan dwipartisan penggubal undang-undang AS memperkenalkan rang undang-undang minggu lalu bertujuan untuk menghalang AS mengiktiraf Assad sebagai Presiden Syria dan meningkatkan keupayaan Washington untuk mengenakan sekatan.", "Perkembangan di Arab Saudi menandakan perubahan nasib yang luar biasa bagi pemimpin Syria itu, yang bekas Presiden AS, Donald Trump menggelar Assad sebagai “haiwan” kerana menggunakan senjata kimia pada 2018 – tuduhan yang dinafikan secara konsisten.", "Tentera kerajaan didakwa menggunakan senjata kimia lebih daripada dua dozen semasa perang saudara Syria, kata penyiasat jenayah perang PBB. Namun, Syria berulang kali menafikan dakwaan itu.", "Kepulangan Assad ke pangkuan negara Arab adalah sebahagian daripada trend yang lebih meluas di Timur Tengah apabila negara yang tidak sehaluan mengambil langkah untuk memperbaiki hubungan yang tegang akibat konflik dan persaingan selama bertahun-tahun.", "Arab Saudi, Qatar dan lain-lain selama bertahun-tahun menyokong pemberontak anti-Assad. Tentera Syria yang disokong oleh Rusia dan Iran, menguasai semula sebahagian besar negara itu beberapa tahun lalu.", "Walaupun negara-negara Arab menerima kembali Assad, mereka masih menuntut beliau menyekat perdagangan dadah Syria yang berkembang pesat dan membenarkan pelarian perang pulang. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/polis-pakistan-geledah-rumah-imran-khan/
Polis Pakistan geledah rumah Imran Khan
[ "PAKISTAN: Polis Pakistan merancang untuk menggeledah rumah bekas Perdana Menteri, Imran Khan di Lahore pada hari ini, Jumaat (19 Mei).Seorang pegawai kerajaan wilayah berkata, operasi itu boleh mencetuskan lebih banyak keganasan ketika negara itu bergelut dengan ketidakstabilan politik dan ekonomi.", "Menteri penerangan wilayah Punjab, Amir Mir berkata ratusan anggota polis, diketuai oleh pesuruhjaya polis bandar, akan menjalankan operasi mencari pada hari init.", "“Kami mempunyai maklumat bahawa terdapat kira-kira 40 pengganas bersembunyi di sana, jadi saya fikir kami memerlukan kira-kira 400 polis untuk menggeledah rumah itu,” katanya kepada Reuters. ", "Pada bulan Mac, kawasan itu menjadi tapak pertempuran sengit antara penyokong ini dan polis yang telah cuba menangkap bekas bintang kriket berusia 70 tahun itu kerana tidak hadir ke mahkamah.", "Pada Rabu (17 Mei) lalu, kerajaan Punjab meminta Khan menyerahkan penyokong yang dipersalahkan untuk serangan ke atas tentera yang berkuasa dan yang dikatakan bersembunyi di rumahnya.", "Khan telah menafikan melindungi sesiapa yang terlibat dalam keganasan itu dan berkata pihak berkuasa boleh menggeledah rumahnya tetapi hanya dengan waran undang-undang daripada mahkamah.", "Pada Khamis (18 Mei) pula, pembantu Khan Iftikhr, Durrani membenarkan wartawan memasuki beberapa kawasan di rumah Khan di Lahore untuk ‘mencari pengganas’. – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/motocross-bakat-besar-rayyan-perlu-sokongan-penaja/
Motocross: Bakat besar Rayyan perlu sokongan penaja
[ "“Semoga bakat Adik Rayyan akan dilihat oleh pihak berwajib dan ada pihak yang sudi menaja beliau insya-Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/kdn-didesak-teruskan-rayuan-isu-kalimah-allah/
KDN didesak teruskan rayuan isu kalimah Allah
[ "حُنَفَاۤءَ لِلّٰهِ غَيْرَ مُشْرِكِيْنَ بِهٖۗ وَمَنْ يُّشْرِكْ بِاللّٰهِ فَكَاَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاۤءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ اَوْ تَهْوِيْ بِهِ الرِّيْحُ فِيْ مَكَانٍ سَحِيْقٍ", "“(Beribadahlah) dengan ikhlas kepada Allah, tanpa mempersekutukan-Nya. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka seakan-akan dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh”.", "Isu penggunaan kalimah Allah S.W.T kembali menjadi hangat apabila KDN Kerajaan Madani dilaporkan telah menarik balik rayuan untuk menghalang penggunaan kalimah Allah (bukan sekadar sebutan) oleh orang bukan-Islam. Allah Tuhan sekalian alam Yang Maha Esa, Tuhan Yang Maha Agung, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tiada yang lebih Agung atau Berkuasa daripada-Nya.Allah S.W.T menafikan syirik kepada-Nya. Menolak segala bentuk penyamaan dengan makhluk. Kalimah Allah S.W.T adalah kalimah yang mulia tidak boleh digunakan secara sembarangan.Penggunaan kalimah Allah S.W.T oleh bukan-Islam secara terbuka boleh mengakibatkan berlakunya syirik kepada Allah S.W.T. Ianya mengakibatkan kecelaruan akidah di kalangan umat Islam yang lemah Iman atau cetek ilmunya, lebih-lebih lagi dalam suasana massa yang terbuka.Jika ini berlaku (Na’uuzubillaahi Min Zaalik), pastinya dalam jangka masa panjang akan memberikan kesan yang sangat negatif yang boleh meruntuhkan akidah generasi akan datang.Penjagaan akidah (agama) ‘hifzuddin’ merupakan perkara paling utama di dalam ‘dharuriyyat khamsah’ di mana pemimpin umat Islam perlu meletakkan ia sebagai keutamaan dalam tindakan.PAS Johor mendesak Kementerian Dalam Negeri KDN Kerajaan Madani dapat meneruskan rayuan tersebut sebagaimana telah dimulai oleh kerajaan terdahulu. Pertahankan kesucian Islam, rahmat untuk semua.“Malaysia Sejahtera”USTAZ ABDULLAH HUSINPesuruhjaya PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/kalimah-allah-pas-seru-ahli-politik-melayu-islam-bersatu/
Kalimah Allah: PAS seru ahli politik Melayu Islam bersatu
[ "AMAT mengecewakan apabila penjelasan daripada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkenaan isu Kalimah Allah ini hanya menambahkan lagi keresahan umat Islam di negara ini.", "Kerunsingan ini pastinya akan mewujudkan suasana panik, tidak teratur, dan resah dalam kalangan umat Islam selaku kaum paling majoriti di Malaysia.", "Apa yang menjadi keperluan pada hari ini ialah usaha menyatukan pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam, NGO dan NGI Islam di negara ini di bawah satu payung mempertahankan kesucian Kalimah Allah.", "PAS menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam agar ketepikan seketika segala perbezaan, pertembungan, dan perselisihan yang bersifat cabang dalam agama dan meletakkan kepentingan Kalimah Allah sebagai keutamaan tertinggi.", "Marilah kita hayati syair bekas Yang Dipertua Agung PAS, Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Hilmy berbunyi, “Di atas robohnya Kota Melaka, kita bangunkan jiwa merdeka. Bersatu padulah segenap baka, membela hak keadilan pusaka”." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/siapa-penyakau-yang-mundurkan-tiga-negeri-melayu/
Siapa penyakau yang mundurkan tiga negeri Melayu?
[ "VETERAN DAP, Lim Kit Siang sebagaimana biasa dan seperti kebanyakan pimpinan lain parti itu, sentiasa menjadikan PAS dan negeri-negeri diterajui Parti Islam ini sebagai sasaran.Tidak cukup dengan sindiran dan perlekehkan yang meremehkan serta merendah-rendahkan, adakalanya diserang secara semberono dengan perspektif berat sebelah, keliru dan songsang.Minggu lalu, Kit Siang kembali panas dan koyak apabila agenda Penyatuan Ummah disambut Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melalui Proklamasi Orang Melayu diusahakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau bertambah melenting apabila Tuan Guru masih mengulangi kenyataan bahawa kalangan bukan-Islam dan bukan-Melayu paling besar dan banyak penyakaunya, serta paling ramai kaya-raya penyumbang dan penerima rasuah.Walhal, Presiden PAS itu sudahpun melalui proses siasatan oleh pihak Polis, malah kenyataan tersebut terbukti dengan data dari jurnal penyelidikan universiti yang tular setelah itu.Lalu dengan bebalnya, Kit Siang menempelak Kelantan, Terengganu, dan Kedah sebagai tiga negeri dengan kadar pembangunan paling perlahan di Malaysia dalam tiga dekad yang lepas sejak 1991.“Adakah perkara ini terjadi kerana negeri-negeri ini ditipu oleh perompak yang ‘memberi dan menerima rasuah’?” soal beliau dengan mengemukakan bahawa negeri-negeri tersebut berada pada KDNK tercorot setakat tahun 2020.Tidak pasti Kit Siang yang telahpun mengumumkan persaraannya buat-buat lupa atau mabuk bahawa sebahagian besar masa lalu negeri-negeri tersebut khususnya Terengganu dan Kedah berada di bawah pentadbiran Umno-BN.Umno-BN yang pernah berkuasa lebih 60 tahun dan menjadi sasaran keras DAP selama itu untuk dijatuhkan, serta dilempar palit dengan pelbagai kenyataan celupar dan cabul seperti ‘perompak, penyamun dan kleptokrat’.Tetapi kini menjadi rakan yang mewangi dan dipuji puja serta bersih suci kerana bersama menerajui kuasa Persekutuan dan di beberapa negeri dalam Kerajaan Perpaduan?DAP sendiri hakikatnya memiliki jawapan untuk Terengganu dan Kedah itu mundur, melainkan sengaja buta pekak tuli setelah menemui ‘persamaan’ Umno-DAP dalam Kerajaan PH-BN ketika ini.Uncle Lim,‘Kelantan mundur’ itu telah diratib menjadi propaganda politik Umno-BN sejak sekian lama khususnya dari tahun 1990 apabila Angkatan Perpaduan Ummah (PAS-S46) berjaya menerajui negeri ini.Anda juga mengetahuinya, bahkan sebelum itu pernah membela Kelantan kerana pengisytiharan Darurat yang dibuat ke atas negeri ini tahun 1977 merupakan satu campur tangan dan tekanan politik.Malah, anda juga ketika DAP bersama PAS dalam GERAK, BA dan PR dahulu, sangat mengetahui bahawa negeri ini dipinggir dan diabaikan serta dianaktirikan pemerintah Umno-BN di Persekutuan.Selain sebagai orang lama berada dalam Dewan Rakyat, anda pasti menyaksikan banyak perbahasan mengenai Kelantan dan pembangunan wilayah tidak seimbang menjadi punca semua momokan itu.Sejak 1990 itu, bukan sahaja kelulusan-kelulusan projek pembangunan dan infrastruktur sepatutnya diadakan di negeri ini ditangguhkan, malah juga dibatalkan dan sudahnya mereka sendiri menjelik ‘Kelantan mundur’.Lucu kan? Tapi kini, anda pula dengan bebas dan celupar mengejek dan mengeji negeri ini dengan ungkapan serupa pernah dimainkan Umno-BN untuk kami dipandang kolot, bodoh dan tidak tahu mentadbir?Uncle Lim,Anda sendiri pasti tahu bahawa Kelantan dan Terengganu adalah antara empat negeri selain Sarawak dan Sabah yang menjadi penyumbang besar pendapatan negara menerusi petroleum.Tetapi sehingga ke hari ini, janji royalti pernah ditandatangani termasuk hasil berkaitannya tidak tertunai dengan baik hinggakan semua negeri tersebut masih mengemukakan tuntutan-tuntutan.Untuk makluman, Kelantan sendiri hanya menerima kurang 2 peratus daripada jumlah sepatutnya diperolehi berdasarkan perjanjian, tetapi dihadapkan dengan pelbagai alasan oleh Kerajaan Persekutuan.Ini belum termasuk hasil-hasil pertanian yang menjadi sumber penting makanan rakyat Malaysia datangnya dari lebihan sara diri (SSL) Kelantan dan Terengganu memenuhi keperluan di negeri lain.Kedah pula selaku Jelapang Padi Malaysia terus menyumbang sebahagian besar beras yang menjadi ruji rakyat, termasuk membekalkan air mentah untuk Pulau Pinang dengan memelihara kelestarian aliran Sungai Muda.Nah, inilah pemilikan dan ‘kuasa’ yang ada pada negeri anda katakan mundur itu, tetapi mereka tidak sombong untuk berkongsi dan berkorban dengan seluruh Persekutuan ini, demi kepentingan bersama.Uncle Lim,Ungkapan berbaur penghinaan anda hamburkan kepada negeri-negeri tersebut tidak meruntuhkan atau menyebabkan ke belakangnya semua kesungguhan yang sedang dibangunkan di bawah pentadbiran PAS ketika ini.Biarkan anda terus seperti ‘katak di bawah tempurung’ yang buat-buat tidak tahu akan kebangkitan negeri kami, tetapi gagal melihat negeri diperintah sendiri umpama ‘kokok berderai-derai, ekor penuh tahi’.Hakikatnya, di sebalik pemunduran yang dipaksakan ke atas negeri-negeri kami, negeri dikuasai dan negeri-negeri cuba dikuasai anda menerima kemajuan antaranya dari peranan para penyakau dan perasuah.Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor ada mengupas serta mendedahkan percaturan muslihat tersebut yang disebutnya ‘grand designed’ mewujudkan ‘The Greater Klang Valley’ dan ‘The Greater Penang’.‘The Greater Klang Valley’ melibatkan Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan untuk dijadikan pusat pertumbuhan yang akan membawa pelbagai limpahan di negeri-negeri tersebut.Manakala ‘The Greater Penang’, semua prospek pembangunan dan rancangan masa depan serta kebijakan dibawa untuk menjadi pusat pertumbuhan yang akan membawa limpahan ke seluruh kawasan Utara.Uncle Lim,Akuilah, bahawa pertumbuhan ekonomi dan pencapaian KDNK Pulau Pinang yang diperintah DAP ketika ini adalah disumbangkan daripada negeri-negeri Utara lain khususnya Kedah.Kerana segalanya terpaksa melalui lapangan terbang dan pelabuhan di Pulau Pinang; di mana adakah sebab itulah juga melalui Kerajaan Madani, usaha Kedah membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak diberikan pertimbangan?Dengan dolak-dalih termasuk oleh Menteri Pengangkutan yang juga dari DAP, entah bagaimana pula nasib Pelabuhan Yan yang telahpun diisytiharkan sebagai Pelabuhan Persekutuan sebelum ini?Sebagaimana perangai dengki, khianat dan sabotaj Umno-BN, tidak mustahil di bawah kuasa yang kamu ada akan cuba juga memundurkan perancangan dan usaha hebat telah diadakan itu.Begitu juga jika Pulau Pinang yang maju dibandingkan dengan Kelantan kamu kata mundur itu di mana masing-masing menunjukkan indikasi pencapaian dan integriti pentadbiran. Berpandukan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 diterbitkan September 2022 yakni yang paling terkini, pendapatan Kelantan adalah sebanyak RM773.48 juta berbanding Pulau Pinang cuma RM692.24 juta.Kelantan berbelanja RM725.87 juta, sekali gus memiliki lebihan (surplus) yang merupakan untuk tahun keenam berturut-turut, berbanding belanja Pulau Pinang RM836.48 juta iaitu mencatat defisit untuk beberapa tahun berturutan.Menariknya, di sebalik penyata Kelantan lebih baik itu, kedengaran kecurigaan di pihak-pihak tertentu, adakah penyata Pulau Pinang itu wujud ‘muslihat’ berlakunya ‘smart accounting’?.Di mana mungkin sebahagian hasil negeri atau keuntungan telah dimasukkan atau diagihkan melalui syarikat atau sub-kontraktor tertentu menjadi perolehan kaya-raya untuk mereka?Uncle Lim,Terserah kepada pihak berkuasa lebih berautoriti untuk menyiasatnya, namun syak dan keraguan tersebut antara boleh dijadikan jawapan ditanya anda mengenai kemunduran serta peranan dan siapa penyakau tersebut.Sebagai ingatan untuk anda, Kelantan sudah lebih 30 tahun merekodkan pencapaian bersih pemerintahan Kerajaan Negeri sifar rasuah, Pulau Pinang pula bingit seketika dengan skandal rasuah ‘coklat’ terowong dasar laut dan banglo dari hanya baru beberapa penggal.Bahkan laporan semasa menunjukkan rasuah dalam penjawat awam meningkat di Pulau Pinang dan Selangor, di mana bolehkah kita meneka, ia tidak akan berlaku di peringkat bawah jika di atas tidak melakukannya? Kami juga buktikan kesejahteraan hidup rakyat sebagaimana Indeks Kebahagian pernah dikeluarkan sebelum ini, sedangkan Pulau Pinang mengusir rakyatnya sendiri dengan menaikkan pembangunan super mewah.Malah, kadar jenayah di Kelantan tidak seteruk rekod di Pulau Pinang, itupun terdapat banyak masalah moral melibatkan pelacuran, peminuman arak, pengambilan dadah dan lain-lain tidak direkodkan di pulau itu.NAZMAN CHE IBERAHIMDarulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/kelantan-peneraju-pembangunan-industri-hijau/
Kelantan peneraju pembangunan industri hijau
[ "GUA MUSANG: Kerajaan Kelantan memanfaatkan sepenuhnya potensi biojisim dalam industri sawit bagi mencapai pelepasan karbon sifar serta menjadi peneraju teknologi hijau menjelang 2038.", "Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, usaha itu diterjemahkan menerusi Pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Dato’ Bentara di kawasan seluas 4,000 ekar.", "“Projek ini yang dibangunkan berdasarkan konsep lestari, sifar sisa dan teknologi bersepadu mampu membentuk kitaran ekonomi hijau mampan sebagai nilai tambah kepada kita.", "“Melalui usaha ini akan memberi kesan kepada pembangunan Kelantan sebagai peneraju utama terhadap pembangunan industri hijau dan teknologi mesra di Malaysia,” katanya pada majlis perasmian RKK Bandar Dato’ Bentara Gua Musang serta Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Biojisim Kelapa Sawit di Kampung Panggung Lalat di sini semalam.", "Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan Abdul Rashid Mohd Yusoff dan Pengarah Urusan Nextgreen Global Berhad Dato’ Lim Thiam Huat.", "Ahmad juga berkata pembangunan kawasan itu turut melibatkan pembinaan kilang baja organik, kilang pengeluaran makanan haiwan dan kilang pulpa yang menawarkan 5,000 peluang pekerjaan.", "Selain itu RKK mempunyai kawasan pelancongan agro dan pertanian majmuk mengandungi tanaman nangka madu, kelapa serta herba antaranya seperti kacip fatimah dan tongkat ali.", "“Pembangunan kawasan industri di Bandar Dato’ Bentara yang melibatkan pembinaan kilang baja dan makanan haiwan serta pertanian mampu meningkatkan bekalan dan pengeluaran makanan.", "“Ini supaya kita dapat mengurang kebergantungan bekalan dari luar selain memastikan negeri ini mempunyai daya tahan yang kukuh dalam mendepani krisis bekalan dan sekuriti makanan,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/universiti-di-oman-kagum-program-keusahawan-umk/
Universiti di Oman kagum program keusahawan UMK
[ "Naib Canselor UMK, Prof Dato’ Dr Razli Che Razak berkata, kerjasama itu memfokus program keusahawanan hijau dan keusahawanan sosial dalam kalangan remaja wanita.", "“Pihak SU berminat untuk berkoloborasi dalam bidang keusahawanan selepas tertarik dengan pencapaian cemerlang UMK melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) dalam aktiviti keusahawanan pelajar,” katanya pada majlis Memorandum Perjanjian (MoA) antara kedua-dua universiti di Oman semalam.", "UMK diwakili Dr Razli dan Naib Canselor SU, Dr Hamdan Sulaiman Al Fazari mewakili SU. Majlis bersejarah itu turut disaksikan Duta Besar Malaysia ke Kesultanan Oman, Shaiful Anuar Mohammad.", "Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik) SU, Prof Hamza Edrees, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Mr Abdullah Ali Al, Dekan Fakulti Bisnes, Prof Nur Naha Abu Mansor, Ketua Pembangunan Penyelidikan Prof Kelvin Bwalya dan Pegawai Inisiatif Strategik, Ms Tina Montgomery.", "Projek UMK-SU diketuai Ketua Penyelidik Pusat Penyelidikan Keusahawanan dan Inovasi Global (GERIC) Prof Madya Dr Noorshella Che Nawi dan Dr Naeem Hayat (SU).", "“Kerjasama dengan SU mencapai hasrat universiti dalam mempromosikan UMK di persada antarabangsa dan menjadikan UMK sebuah Universiti Keusahawanan yang terunggul pada masa hadapan,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/pac-cadang-prosiding-baharu-pembinaan-lcs/
PAC cadang prosiding baharu pembinaan LCS
[ "KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bercadang mengadakan prosiding baharu berhubung pembinaan Kapal Littoral Combatant Ship (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada mesyuarat kedua sidang Dewan Rakyat yang bermula 22 Mei ini.Pengerusi PAC Parlimen, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, berkata cadangan prosiding berkenaan akan dimulakan sebaik Dewan Rakyat meluluskan pelantikan ahli PAC.", "Menurutnya, sebaik pelantikan ahli PAC diluluskan, mesyuarat PAC pertama bagi penggal Parlimen ke-15 akan dipanggil dan agenda pertama adalah berhubung prosiding baru bagi perkembangan kemajuan pembinaan Kapal LCS.", "“Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (Mindef) telah membentangkan maklum balas kepada PAC Parlimen penggal ke-14 terhadap tujuh syor PAC Parlimen penggal ke-14 pada 5 Oktober 2022,” katanya dalam satu kenyaaan media di sini, hari ini.", "Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, antara syor PAC dalam laporan berkenaan, iaitu syor ketujuh yang jelas menyatakan bahawa Mindef perlu membentangkan laporan kemajuan pembinaan Kapal LCS setiap tiga bulan kepada PAC.", "Sehubungan itu, katanya beliau akan mencadangkan kepada PAC bahawa setiap tiga bulan apabila laporan kemajuan dibentangkan kepada Jawatankuasa ini, PAC akan mengeluarkan satu laporan baru untuk dibentangkan kepada Parlimen.", "Namun, katanya prosiding pertama akan dikenali sebagai Prosiding PAC berhubung Kemajuan Pembinaan Kapal LCS Dalam Tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023.", "“PAC dijangka mengadakan prosiding pertama di Limbungan Kapal Boustead Naval Shipyard (BNS), iaitu syarikat pembinaan kapal LCS dan seterusnya mengadakan lawatan kerja bagi melihat sendiri kemajuan pembinaan kapal LCS,” katanya.", "Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, beliau dan Naib Pengerusi PAC, Wong Shu Qi, telah mengadakan kunjungan hormat kepada semua tujuh wakil tetap PAC, iaitu Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.", "Katanya, semua wakil tetap berkenaan bersetuju untuk terus menjalinkan kerjasama erat dengan PAC bagi memastikan ketelusan dan kewibawaan PAC terus diperkukuhkan.", "“Saya turut memberikan penjelasan kepada semua wakil tetap PAC berhubung beberapa penambahbaikan yang akan dilakukan dalam PAC Parlimen penggal ke-15, terutama membabitkan Laporan Tindakan Susulan Pegawai Pengawal/Ketua Setiausaha Terhadap Syor Laporan PAC.", "Selain itu, katanya pertemuan diadakan dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, pada Selasa lalu bagi mendapatkan pandangannya mengenai hala tuju serta penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh PAC. – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/makhluk-halus-di-greenland-cetus-pemanasan-global/
‘Makhluk halus’ cetus pemanasan global
[ "Tidak ada tumbuhan, dan hanya sedikit haiwan, dengan manusia jarang datang ke situ. Glasier besar di Greenland telah lama dianggap sebagai tidak lebih sekadar gurun ais yang dibina lapisan ais bersaiz gergasi, lokasi di mana kehidupan normal hampir tiada.Namun sekarang, nampaknya tanggapan itu ternyata salah. Sebenarnya, terdapat lebih banyak kehidupan dan hidupan di glasier daripada apa yang kita sangka selama ini.Diketuai Prof Alexandre Anesio, sekumpulan penyelidik dari Jabatan Sains Alam Sekitar di Universiti Aarhus, Denmark telah mendapati bahawa glasier tersebut dipenuhi dengan beribu-ribu hidupan. ", "Terdapat organisme mikroskopik atau ‘makhluk’ bersaiz sangat kecil atau halus yang sehingga baru-baru ini ketika kaji selidik tersebut dilaksanakan, ilmu pengetahuan sains dan teknologi tidak pernah tahu akan kewujudannya. ", "Ia hadir dalam bentuk mikrob yang telah menyesuaikan diri dengan hidupan di atas ais berkenaan – bukan hanya satu atau dua spesies, tetapi beberapa ribu spesies yang berbeza.", "“Mereka hidup pada bakteria, alga, virus dan kulat mikroskopik. Ia adalah keseluruhan ekosistem yang tidak pernah kita ketahui wujud sehingga baru-baru ini.", "“Oleh itu, ia mungkin tidak mengejutkan bahawa kehidupan juga hidup subur di glasier. Lagipun ada sumber matahari, oksigen dan air,” katanya.", "Alga tumbuh di atas ais dan menjadikannya hitam. Terdapat sebab mengapa alga hitam begitu menarik bagi penyelidik yang mengkaji permukaan ais.", "“Apabila ais menjadi gelap, ia menjadi lebih sukar untuk memantulkan cahaya matahari. Sebaliknya, haba daripada sinaran matahari diserap oleh ais, yang mula mencair. Semakin banyak ais mencair, semakin panas suhu di bumi. Oleh itu, alga memainkan peranan peranan penting dalam pemanasan global,” ujarnya.", "Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan ais yang lebih besar telah dicemari oleh alga, menjadikan ais cair lebih cepat dan menurut  Anesio, alga meningkatkan pencairan ais sebanyak kira-kira 20 peratus.", "Walau bagaimanapun, perubahan iklim bermakna musim bunga tiba lebih awal di Artik dan akibatnya alga mempunyai musim yang lebih panjang untuk tumbuh dan merebak.", "Alga itu merebak lebih sedikit setiap tahun. Apabila saya pergi ke Greenland, saya kini melihat kawasan yang luas di mana ais benar-benar gelap kerana ‘penaklukan’ alga berkenaan,” katanya.", "Anesio dan kumpulan penyelidiknya menghabiskan banyak masa memfokus terhadap alga hitam kerana mereka cuba untuk mengetahui sama ada pertumbuhan mikrob boleh diperlahankan.", "Disebabkan keseimbangan dalam kebanyakan ekosistem wujud adalah hasil interaksi pelbagai  jenis organisme yang mengawal satu sama lain, jadi kaji selidik ini cuba mencari jawapan lebih lanjut tentang hubungan antara mikrob yang berbeza.", "“Pelbagai mikroorganisma yang hidup dalam ais memberi kesan antara satu sama lain. Ada yang meninggalkan pemakanan yang menyebabkan mikroorganisma lain hidup. ", "“Zarah virus kecil menyerang dan memakan bakteria. Kami percaya bahawa sesetengah spora kulat boleh memakan alga hitam. Fakta inilah yang kami cari,” katanya. ", "Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa, walaupun mereka mencari jalan untuk mengekang pertumbuhan alga, ia tidak akan menyelesaikan perubahan iklim, walaupun ia mungkin boleh memperlahankan prosesnya.", "“Pertumbuhan alga adalah akibat daripada kita (manusia) telah  melepaskan terlalu banyak gas rumah hijau ke atmosfera. Di sinilah masalah itu mesti diselesaikan. Kita perlu memberi tumpuan kepada memperlahankan pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh manusia seperti kita,” tegas Anesio.", "Kebanyakan alga berwarna kehijauan. Seperti tumbuhan dan pokok, ia berwarna hijau kerana kandungan klorofil dan molekul yang membolehkan mereka berfotosintesis. Namun,  ia berbeza untuk alga hitam.", "“Bagi alga hidup di atas ais yang sentiasa dihujani sinaran cahaya matahari, jadi bagi melindungi diri mereka, pigmen hitam dihasilkan dengan banyak.", "“Ia sebenarnya pigmen yang sama seperti dalam teh hitam. Pigmen membentuk lapisan pelindung di luar alga dan melindungi molekul klorofil daripada bahaya sinaran matahari,” terang Anesio. ", "“Ini sebenarnya memberi manfaat kepada alga. Mereka memerlukan air dan mikronutrien daripada ais untuk hidup. Dan mereka hanya boleh menggunakan air apabila ais itu cair,” katanya.", "Penyelidikan Anesio dan kumpulan penyelidiknya ini turu menarik minat Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) yang  juga mengikuti hasil penyelidikannya dengan teliti sebagai rujukan kajian tentang kehidupan di angkasa lepas.", "“NASA telah menghubungi pihak kami beberapa kali kerana kami bekerja dengan kehidupan yang tinggal di salah satu tempat paling tidak mesra kehidupan di muka bumi (Greenland). ", "“Jika hidupan hidup subur di atas dan di bawah ais, terdapat kebarangkalian bahawa kami juga akan menemui kehidupan di dalam ais di planet Marikh, Musytari dan Zuhal sebagai contoh,” katanya.", "Sebelum menghantar penjelajahan kapal angkasa Perseverance (dari 30 Julai 2020 hingga 18 Feb 2021) ke Marikh, NASA telah menjemput Anesio untuk mesyuarat bersama pihaknya.", "“Mereka bimbang rover (alatan khas yang dihantar ke Marikh) akan membawa bersamanya mikrob dari bumi. Mikrob yang mungkin dapat bertahan di Marikh dan mencemarkan sampel yang akan mereka ambil dari Marikh. ", "“NASA begitu berminat dengan penyelidikan kehidupan di dalam ais kerana kami tidak menemui air dalam bentuk cecair di mana-mana planet lain dalam sistem suria. Belum lagi. Tetapi kami telah menemui banyak ais,” jelas Anesio.", "Walau bagaimanapun, ujarnya lagi, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa terdapat lautan berair di bawah permukaan beku di bulan Zuhal (dikenali sebagai Enceladus ) dan di bulan Musytari (iaitu Europa).", "“Justeru salah satu keperluan hidup, seperti yang kita ketahui adalah air. Oleh itu, NASA dan agensi angkasa lepas lain sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis kehidupan yang boleh hidup di atas dan di bawah ais di angkasa lepas,” tegasnya. ", "Ini kerana menurut Anesio, organisme yang boleh hidup di Greenland mungkin adalah hidupan yang bakal ditemui hidup di dalam ais di Enceladus dan Europa.", "“Apakah jenis pemakanannya? Dan bagaimana ekosistem mereka adalah sebahagian daripadanya yang berfungsi? Ini adalah soalan yang kami harap dapat berikan jawapan pada masa hadapan,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/kerajaan-lalang-ditiup-angin/
Kerajaan lalang ditiup angin
[ "KERAJAAN campuran ciptaan Pakatan Harapan (PH) menamakan campurannya dengan jenama Kerajaan Perpaduan yang agak berlainan daripada istilah sebenar dalam kamus politik semua bahasa. Cara mereka mengumpulkan sokongannya juga agak luar biasa daripada amalan biasa.", "Kerajaannya dipimpin oleh parti yang lebih kecil berprinsipkan pragmatik dan didominasi oleh parti lebih besar yang nyata ideologinya, turut bersamanya kumpulan kecil dan individu yang oportunis. Gerak-gerinya selepas berkuasa laksana lalang yang mengikut tiupan angin.", "Perpaduan sesama mereka berpegang kepada hablu al-nas (tali manusia), bukan kepada hablu Allah (tali Allah) sepertimana firman Allah dalam al-Quran supaya berpegang kepadanya. Firman Allah SWT:", "﴿وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ١٠٣﴾", "“Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah ni‘mat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan ni‘mat Islam), maka menjadilah kamu dengan ni‘mat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan ni‘mat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah Ali ‘Imran: 103)", "Pakatan tersebut didominasi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang nyata ideologinya bercanggah dengan Islam, bahkan kenyataannya jelas menunjukkan mereka menentang Islam serta kepentingan Melayu Islam dan bumiputera. Malah, pakatan itu turut disertai oleh parti-parti yang pragmatik tanpa ideologi.", "Termasuk juga kalangan yang tidak bersih kerana telah dihukum kesalahannya dan kalangan yang masih menanti keputusan mahkamah yang diusahakan untuk digugurkan atau dilepaskan kerana pendakwaan kes mahkamahnya dilakukan secara terpilih. Begitu juga, kalangan mereka yang sedang menunggu dan kalangan yang mahu menyelamatkan diri kerana kesalahannya atau kalangan oportunis daripada semua pihak.", "Terkini sekali lagi digemparkan dengan isu kalimah Allah yang sudah ada keputusan terdahulu oleh pihak hal ehwal agama di negeri masing-masing dan Jabatan Perdana Menteri yang terdahulu. Keputusannya adalah demi menjaga urusannya secara fatwa yang berpandukan Siyasah Syari‘yyah dan Maqasid al-Syari‘ah dalam hubungan dengan bukan Islam yang menggunakan kalimah Allah, bukan berasaskan maksudnya yang asal atas sempadan menjaga perpaduan dengan memberikan hak yang saksama kepada semua pihak.", "Bahkan, Selangor sudah mempunyai keputusan ketika negara dijajah sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman. Akan tetapi, kerajaan Malaysia kini melihat dari segi maslahah Kerajaan Perpaduan ciptaannya yang bersifat pragmatik, bukan berdasarkan Maslahah al-Mursalah mengikut acuan Islam.", "Tanpa mereka pedulikan terhadap sensitiviti umat Islam yang berpandukan agamanya daripada ajaran yang dapat menyelesaikan masalah dan menjaga konsep kebebasan beragama mengikut sempadan. Hakikatnya, Islam ialah agama bagi Persekutuan dan terletak di bawah bidang kuasa negeri di bawah peranan raja-raja.", "Dalam al-Quran sudah terdapat banyak ayat yang menjadi panduan agar membiarkan masyarakat bukan Islam dengan agamanya, tetapi dijaga sempadannya agar tidak mengelirukan umat Islam, bukan bebas tanpa sempadan. Firman Allah SWT:", "﴿وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَهُمۡ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُۖ فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ٨٧ وَقِيلِهِۦ يَٰرَبِّ إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ قَوۡمٞ لَّا يُؤۡمِنُونَ٨٨ فَٱصۡفَحۡ عَنۡهُمۡ وَقُلۡ سَلَٰمٞۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ٨٩﴾", "“Dan demi sesungguhnya! Jika kamu (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka, ‘Siapakah yang menciptakan mereka?’ Nescaya mereka akan menjawab, ‘Allah!’ maka bagaimana mereka rela dipesongkan (daripada menyembah-Nya)? (87) Dan (Allah yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata, ‘Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka itu adalah satu kaum yang tidak mahu beriman.’ (88) Maka, berpalinglah kamu (wahai Muhammad) daripada mereka, dan katakanlah, ‘Selamat tinggal!’ Kemudian, kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (89)”  (Surah al-Zukhruf: 87-89)", "Ayat di atas menegaskan bahawa sekiranya mereka menyebut perkataan Allah yang tidak menepati maknanya yang sebenar, maka terpulang kepada mereka. Hal ini demikian kerana, kebebasan agama wajib diberikan kepada mereka dan dijaga. Pada masa yang sama, Islam juga wajib dipertahankan dan tidak diganggu ajaran dan penganutnya sekali-kali.", "Jika dilihat kembali, semua kenyataan para pemimpin serta jurubicaranya yang paling lantang sebelum PRU-15 dan sewaktu berkempen sebelum menjadi kerajaan, betapa kerasnya ucapan mereka terhadap golongan yang dinamakan penyangak, perasuah dan jenama-jenama yang lain.", "Tiba-tiba, mereka bersekongkol bagi menyempurnakan kerajaannya dengan mereka yang telah dinyatakan sifat-sifat sedemikian. Bahkan, diubah suaranya dengan melemparkan tuduhan semberono terhadap mereka yang terpilih menjadi sasaran dalam kalangan parti-parti lawannya dan tokoh-tokoh yang menolak kerajaannya, serta mereka yang tidak menyertai pakatannya.", "Tanpa kemampuan menghadapi masalah politik dalamannya dan hubungan dalam kalangan para sahabatnya yang dapat dilihat dengan nyata dan secara terbuka pergolakannya, ia sekali gus menunjukkan tiada perpaduan dan langsung tidak menepati nama kerajaan perpaduan yang ditayangkan kepada umum. Maka, bagaimana kemampuannya untuk menghadapi masalah negara yang lebih besar dan masalah antarabangsa yang mencabar?", "Keadaannya yang tidak mempunyai kemampuan untuk menutup kelemahan dan kesilapannya yang terdedah kepada rakyat, lalu dihalakan kepada pihak yang lain. Hal ini semata-mata bagi mengalihkan perhatian atau mewujudkan isu-isu sampingan yang dikutip daripada segenap pihak, khususnya kenyataan pihak lawannya yang difikirkan boleh mengena musuhnya.", "Kadang-kadang apa yang mereka lakukan itu kembali ke zaman penjajah dahulu apabila menggunakan taktik yang pernah digunakan dengan berlindung di belakang raja-raja yang tidak memiliki kuasa politik yang berdaulat. Sebaliknya, penjajah dahulu pula menuduh pejuang-pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah sebagai penderhaka kepada raja-raja.", "Wala’ (kesetiaan mereka) diberikan kepada manusia, bukan kepada Allah SWT sahaja. Hal ini disebabkan kerajaannya didominasi oleh banyak kalangan yang melantik tuhan-tuhan selain daripada Allah atau terlalu liberal fahamannya yang tidak bertuhan.", "Adakalanya juga, mereka laksana makhluk yang boleh berubah warnanya bagi menyelamatkan diri mengikut keadaan sekeliling. Ada tempatnya mereka bersolat, berzikir, berselawat dan bernasyid, ada tempatnya mereka menari dan menyanyi sehingga menjerit kerana mabuk.", "Malah, ada yang berlakon dan boleh berlagak lakonannya menjadi alim, lebai dan boleh diubah lagak lakonannya sehingga menjadi samseng dan penjenayah. Media digunakan bagi memaparkan semua lakonan itu kepada rakyat mengikut jadual siarannya yang dapat dilihat di kaca televisyen atau komputer yang menjadi alat.", "Antara perkara yang terdedah ialah platform media yang bernama Malaysiakini, yang memuatkan berita dan tulisan yang meletakkan gambaran yang berwarna Islam dan menentang Islam. Selain itu, mereka juga menyuruh kepada kejahatan dan menggalakkan kemungkaran, memberi laporan bagi kalangan murtad dan sebagainya.", "Saya nasihatkan kepada penganut Islam yang bertugas dengannya supaya menarik diri. Hal ini demikian kerana, ia berkait dengan persoalan haram dan halal rezekinya, pandangan jahil yang mengelirukan dan boleh membawa kepada dosa yang berpanjangan, atau ilmunya salah atau disalahgunakan yang juga boleh membawa laknat Allah ke atas para hamba-Nya yang soleh.", "﴿وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ٢٠٥﴾", "“Dan antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan kamu tertarik hati (mendengarnya), dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia ialah penentang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). (204) Kemudian, apabila dia berpaling (daripada kamu), dia di bumi untuk melakukan kerosakan padanya, dan merosakkan tanaman-tanaman dan binatang ternak; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (205)” (Surah al-Baqarah: 204-205)", "Negara hidayah (berpandukan petunjuk Allah SWT) dipimpin oleh kalangan mereka yang dinyatakan oleh Allah bahawa keimanan dan keyakinannya berwawasan akhirat. Firman Allah SWT:", "﴿وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا يُوقِنُونَ٢٤ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَفۡصِلُ بَيۡنَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخۡتَلِفُونَ٢٥﴾", "“Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing dengan perintah Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka meyakini ayat-ayat Kami. (24) Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang akan memutuskan hukum-Nya antara mereka pada Hari Kiamat, tentang apa yang mereka sentiasa perselisihkan padanya. (25)” (Surah al-Sajdah: 24-25)", "Perkara yang paling penting ialah menegakkan petunjuk Allah SWT dengan keimanan dan beristiqamah, serta berjuang dengan sabar tanpa mengira menang kalah di dunia. Bukannya mengikut keredaan manusia dan selera mereka, tetapi menuntut keredaan Allah SWT walaupun dikepung dari segenap penjuru.  ", "Maka, Rasulullah SAW melakukan baiah dengan para pemimpin sahabatnya, diikuti langkahnya oleh generasi awal umat Islam bagi menghadapi cabaran tersebut. Tanpa peduli terhadap kalangan yang berpura-pura dengan baiah, kerana firman Allah SWT:", "﴿إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا١٠﴾", "“Sesungguhnya, orang-orang yang berbaiah (berjanji setia) kepadamu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka hanya berjanji setia kepada Allah; tangan Allah di atas tangan mereka. Oleh itu, sesiapa yang melanggar janji setianya, maka akibat melanggar  janji itu hanya akan menimpa dirinya sendiri; dan sesiapa yang menepati apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala yang besar.” (Surah al-Fath: 10)", "مَنِ ‌الْتَمَسَ ‌رِضَا ‌اللهِ ‌بِسَخَطِ ‌النَّاسِ، رَضِي اللهُ عَنْهُ، وأَرْضَى عَنْهُ النَّاسَ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللهِ، سَخِطَ اللهُ علَيهِ، وأَسْخَطَ عَلَيهِ النَّاسَ.", "“Sesiapa yang mencari keredaan Allah dengan dimarahi oleh manusia, nescaya Allah meredainya; dan akhirnya Allah jadikan manusia meredainya juga. Sesiapa yang mencari keredaan manusia walaupun dengan kemurkaan Allah, nescaya dimurkai Allah; dan Allah jadikan manusia memarahinya juga.” (Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya, No. 276 dan al-Tirmizi, No. 2414)", "Adapun Negara Jibayah (berkonsepkan kebendaan semata-mata) diambil daripada sokongan manusia, tanpa mengira betul dan salah, halal dan haram, zalim dan adil, benar dan bohong. Apa yang penting ialah mendapat sokongan manusia dan hasil kebendaan serta meneguhkan kedudukan dengannya, serta berwawasan dunia tanpa akhirat.", "Kumpulan ini disokong pula oleh sekumpulan ilmuwan dan media upahannya bagi menggoda rakyat yang ada di sepanjang  zaman. Kalau dulu kumpulan ini dinamakan Ahli Kitab, kini dinamakan ilmuwan dengan segala gelarannya. Allah SWT menunjukkan sikap kumpulan ini dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya:", "﴿وَلَا تُجَٰدِلۡ عَنِ ٱلَّذِينَ يَخۡتَانُونَ أَنفُسَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ خَوَّانًا أَثِيمٗا١٠٧ يَسۡتَخۡفُونَ مِنَ ٱلنَّاسِ وَلَا يَسۡتَخۡفُونَ مِنَ ٱللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمۡ إِذۡ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرۡضَىٰ مِنَ ٱلۡقَوۡلِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطًا١٠٨﴾", "“Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa bergelumang dengan dosa. (107) Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak dapat menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka menetapkan keputusan rahsia yang tidak diredai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah itu Maha Meliputi (ilmu-Nya) akan apa yang mereka lakukan. (108)” (Surah al-Nisa’: 107-108)", "﴿فَإِذَا قَضَيۡتُم مَّنَٰسِكَكُمۡ فَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَذِكۡرِكُمۡ ءَابَآءَكُمۡ أَوۡ أَشَدَّ ذِكۡرٗاۗ فَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا وَمَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖ٢٠٠ وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ٢٠١ أُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ نَصِيبٞ مِّمَّا كَسَبُواْۚ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ٢٠٢﴾", "“Kemudian, apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat haji kamu, maka hendaklah kamu berzikir dengan menyebut-nyebut Allah, sebagaimana dahulu kamu menyebut-nyebut (membangga-banggakan) nenek moyang kamu, bahkan dengan berzikirlah lebih banyak daripada itu. Dalam pada itu, ada antara manusia yang (berdoa dengan) berkata, ‘Wahai Tuhan kami! Berikanlah kami kebaikan di dunia.’ (Orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tiadalah baginya sedikit pun bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. (200) Dan antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata, ‘Wahai Tuhan kami! Berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka.’ (201) Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik daripada apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat perhitungan-Nya. (202)” (Surah al-Baqarah: 200-202)", "Maka, PAS bersama Perikatan Nasional (PN) tidak boleh diheret mengikut selera politik tanpa hala tuju yang istiqamah untuk mempertahankan kepimpinan Melayu Islam bersama semua parti Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Termasuk daripada kalangan UMNO yang berpegang kepada perjuangan asalnya bersama PAS, para tokoh dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).", "Kita tidak boleh merombak kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak istimewa yang telah diterima oleh masyarakat majmuk selama ini yang mesti dilakukan perubahan yang positif. Bukannya melakukan perubahan secara negatif laksana tikus membaiki labu oleh kalangan tikus-tikus politik yang berkumpul dalam semak lalang yang mudah terbakar dan dicabut.", "“Dan bahawa sesungguhnya, inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutinya; dan janganlah kamu menuruti jalan-jalan (yang lain selain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah memerintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-An‘am: 153)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/dulu-cakap-tender-terbuka-tapi-diamal-kini-sebaliknya/
Dulu cakap ‘Tender Terbuka’, tapi diamal kini sebaliknya
[ "TULAR pula satu surat daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kepada Perdana Menteri memaklumkan senarai syarikat-syarikat yang difikirkan mampu memenuhi kriteria untuk rujukan dan pertimbangan Perdana Menteri bagi tujuan penyertaan di dalam proses tender nanti.Soalan saya, sejak bilakah apa yang disebut sebagai tender terbuka tiba-tiba menjadi tender terbuka terpilih ini? Kalau sekadar nak teruskan amalan kerajaan sebelum ini, apa maknanya Perdana Menteri ke-10 (PMX) berdegar-degar menyebut bahawa tiada lagi tender terpilih, semuanya terbuka?! Tidakkah tender terpilih dan terhad tanpa PreQ Terbuka terlebih dahulu ini akan membuka kepada amalan ‘pakat harga’ yang akan mendorong kepada pemilihan kontraktor tertentu sahaja?Saya menggesa pihak berwajib keluarkan penjelasan terhadap isu ini. Kena ingat, walaupun dicop sulit di atas surat yang sangat jelas maksudnya ini, pegawai-pegawai kerajaan sendiri sangat meluat dengan amalan luar kebiasaan seperti ini.Saya cadangkan juga, masukkan kes cakap tak serupa bikin ini ke dalam salah satu babak filem Untold Story itu. Khabarnya pecah panggung…YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARIKetua PemudaDewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/kerjasama-andalusia-travel-mab-jihad-ekonomi/
Kerjasama Andalusia Travel, MAB jihad ekonomi
[ "KUALA LUMPUR: Kerjasama Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia Travel) dengan Malaysia Airlines Berhad (MAB) perlu dilihat sebagai satu jihad ekonomi dan bukannya bersifat kartel.Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata demikian sebagai tanda sokongan terhadap kerjasama strategik membabitkan kedua-dua syarikat pengendali pakej ibadah haji dan umrah swasta dan MAB yang menaungi penyedia penerbangan sewa khas untuk haji dan umrah, Amal by Malaysia Airlines.", "“Kerjasama sebegini adalah kejayaan yang dapat meningkatkan kepercayaan umat Islam untuk menunaikan umrah dengan selamat dan efisien tanpa sebarang (risiko) penipuan,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis menandatangani perjanjian (MoU) antara Andalusia Travel dengan MAB bagi musim umrah tahun 2023 hingga 2024 di Hotel Intercontinental Hotel, di sini, malam tadi.", "Turut hadir ialah Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris dan Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor.", "Sehubungan itu dalam sidang media pula, beliau turut menyentuh mengenai isu akta pelancongan terkini yang bersifat ketinggalan dan tidak dapat diadaptasi pada masa ini.", "“Akta pelancongan negara kita sekarang ini hakikatnya tidak bersesuaian pada masa ini dan ia merupakan sesuatu perkara yang perlu diambil perhatian.", "“Oleh sebab itu, pihak kami turut mencadangkan bahawa akta tersebut perlu dipinda semula untuk disesuaikan dalam mana-mana industri umrah pada masa ini,” jelasnya.", "Dalam pada itu, Ida Riswana memberitahu bahawa kejayaan yang dicapai Andalusia Travel bertitiktolak daripada amalan syarikat itu sendiri  yang amat menekankan elemen kejujuran dan integriti.", "“Sejujurnya kami dan seluruh warga Andalusia Travel sendiri sentiasa amat menekankan kejujuran dan integriti iaitu hanya menjual pakej umrah yang benar-benar ada sahaja walau apa pun,” katanya.", "Beliau menyatakan bahawa kerjasama dengan MAB bagi musim umrah sejak tahun 2015 sehingga kini dapat dijadikan sebagai bukti bahawa Andalusia Travel benar-benar komited dan  boleh dipercayai seratus peratus.", "“Melalui kepercayaan yang tinggi daripada MAB sendiri, ia jelas membuktikan bahawa kami (Andalusia Travel) tidak akan buat sebarang penipuan walaupun hanya sekali,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/suku-akhir-piala-sudirman-malaysia-lawan-denmark/
Suku akhir Piala Sudirman: Malaysia lawan Denmark
[ "Malaysia yang menjuarai Kumpulan C akan menentang naib juara Kumpulan A, Denmark dalam perlawanan suku akhir Piala Sudirman di Suzhou, China.Dalam undian yang dijalankan semalam, Malaysia akan menentang Denmark dalam perlawanan jam 5 petang hari ini. Jika menang, skuad negara akan berdepan pemenang perlawanan antara pilihan kedua, Korea Selatan dan Taiwan.", "Pada aksi peringkat kumpulan, Malaysia cemerlang apabila muncul juara selepas menang semua tiga perlawanan menentang Australia 5-0, India 5-0 dan Taiwan 4-1.", "Pencapaian terbaik Malaysia dalam saingan Piala Sudirman adalah mara sehingga separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China dan 2021 di Vantaa, Finland.", "Kapten pasukan, Tan Kian Meng berkata: “Kami mempunyai keputusan undian yang baik, tetapi penting untuk kami kekal fokus. Kami tidak mahu memberikan tekanan yang tidak wajar.”", "Pilihan utama, China yang memenangi semua perlawanan akan menghadapi lawan yang sukar kerana berdepan Indonesia. Satu lagi perlawanan suku akhir lain adalah antara Thailand dan Jepun." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/bentang-segera-undang-undang-berkaitan-di-parlimen/
Bentang segera undang-undang berkaitan di Parlimen
[ "KERAJAAN Madani telah menarik rayuan kes kalimah Allah. Ini menyebabkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 10/3/2021 yang mengisytiharkan Pekeliling Kementerian Dalam Negeri 1986 yang melarang bukan-Islam menggunakan kalimah Allah diisytihar tidak berperlembagaan menjadi keputusan yang kekal.Ini menyebabkan bukan-Islam boleh menggunakan kalimah Allah dalam urusan agama mereka, mengimport bahan cetakan dan mencetak buku yang mengandungi kalimah Allah dalam negara.Walaupun kerajaan telah menjanjikan akan membentangkan kepada Majlis Raja-raja cadangan memperkukuhkan penguatkuasaan penggunaan kalimah Allah, namun perlu difahami satu-satunya peruntukan kuasa kepada pihak keselamatan iaitu pekeliling KDN 1986 telah diisytiharkan tidak berperlembagaan. Juga terima kasih atas kegelojohan Menteri Dalam Negeri, rayuan kerajaan telah ditarik balik. Kini kalimah Allah telah terdedah kepada penggunaan secara terbuka oleh golongan bukan-Islam. Bagi menyelesaikan isu ini dengan baik, saya mencadangkan Perdana Menteri membentangkan satu rang undang-undang dengan kadar segera dalam Parlimen yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan-Islam.Saya yakin sekiranya dibentang, semua Ahli Parlimen Melayu Islam akan menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini tidak kira dari pihak kerajaan atau pembangkang. Saya berharap Perdana Menteri berani dan akan mengutamakan perkara akidah umat Islam dalam hal ini, walaupun ada kemungkinan bantahan dari sekutu PH iaitu parti DAP sekiranya rang undang-undang ini dibentang. NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 19/5/2023Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0337ghtetMYPRtWyqEyjjVxhV1fK7Q8t8MbzPaMu9xe4GoW2tyWxPAfHPbDAzVPiZkl&id=650875906&mibextid=Nif5oz PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/penyokong-alkmaar-serang-kontinjen-west-ham/
Penyokong Alkmaar serang kontinjen West Ham
[ "Keluarga dan rakan pemain West Ham United, diserang penyokong AZ Alkmaar ketika meraikan kejayaan kelab Inggeris itu dalam separuh akhir Liga Konferens Europa di Belanda, semalam.Media Belanda melaporkan penyokong AZ memecah pagar dan menyerang kontinjen West Ham yang duduk di kawasan pemain simpanan di Stadium AZ. Pergaduhan berlaku apabila pemain West Ham, termasuk kapten Declan Rice, cuba campur tangan.", "Kejadian serupa berlaku di London minggu lalu apabila penyokong AZ, termasuk keluarga jurulatih Pascal Jansen, didatangi penyokong West Ham selepas mereka meraikan gol yang dijaringkan oleh kelab Belanda itu pada separuh masa pertama perlawanan pertama.", "West Ham kembali untuk memenangi perlawanan 2-1 dan kemudian menjaringkan gol kemenangan terakhir dalam perlawanan kedua separuh akhir untuk kemenangan agregat 3-1. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/20/haji-cuaca-panas-boleh-sebabkan-strok-haba/
Haji: Cuaca panas boleh sebabkan strok haba
[ "MADINAH: Cuaca panas ekstrem dengan purata suhu melebihi 40 darjah Celcius setiap hari di Arab Saudi boleh menyebabkan jemaah haji negara mengalami strok haba.", "Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Asraf Ahmad Qamruddin berkata cuaca panas dan kering boleh membawa kepada kenaikan suhu dan kehilangan air daripada badan sehingga mengakibatkan strok haba jika terdedah kepada cuaca tersebut.", "Beliau berkata jemaah haji perlu peka terhadap simptom strok haba seperti kulit kering dan berlaku kemerah-merahan, lidah dan bibir kering, pening kepala, kekejangan otot serta pengsan.", "Dr Asraf berkata semua jemaah haji berisiko terkena strok haba, namun warga emas berusia lebih 60 tahun dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan buah pinggang, lebih berisiko.", "“Cara pencegahan daripada mengalami strok haba adalah kita perlu mengelakkan daripada berada di bawah panas matahari yang terik untuk satu tempoh masa yang lama.", "“Memastikan kita sentiasa menghidrasi diri kita dengan minum sekurang-kurangnya dua liter air, memakai payung atau losyen pelindung matahari dan memakai pakaian yang longgar,” katanya.", "Sementara itu, Pengurus Zon Satu Madinah bagi musim haji 1444 Hijrah Mohamad Abas mengingatkan jemaah haji supaya sentiasa memakai lencana disediakan TH bagi memudahkan petugas memberikan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.", "Beliau berkata pihaknya telah bersedia menerima kedatangan jemaah haji  yang akan menginap di Saja Al Madinah, Anwar Al Madinah Movenpick dan Emaar Royal Hotel. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/20/memperingati-hari-nakbah-dan-pelan-the-greater-israel-2/
Memperingati Hari Nakbah dan pelan ‘The Greater Israel’
[ "TANGGAL 15 Mei 1948, hari berlakunya peristiwa hitam buat rakyat Palestin yang pastinya terpahat jelas sehingga ke hari ini. Bukan sahaja buat generasi rakyat Palestin ketika itu yang terpaksa berputih mata kerana kehilangan tanah air mereka yang dirampas zionis Yahudi tetapi turut dirasai juga oleh generasi terbaharu rakyat Palestin yang senantiasa dizalimi dan ditindas di tanah air mereka sendiri.", "15 Mei 2023 yang lalu, telah masuk 75 tahun peristiwa tersebut berlaku. Hari Nakbah bukan sahaja diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin tetapi juga buat umat Islam di seluruh dunia sebagai tanda kasih dan sayang terhadap saudaranya yang dirompak tanah air mereka malah hingga ke hari ini hanya tinggal beberapa kerat sahaja lagi bumi yang “bernama“  Palestin sebelum terhapusnya Palestin dari muka bumi ini.", "Dari tahun 1947 hingga ke tahun 1949, daripada 1.9 juta rakyat Palestin, seramai 750,000 daripadanya telah dihalau keluar dari tanah air mereka untuk memberi laluan kepada pendatang haram Yahudi yang datang dari seluruh dunia terutamanya dari Eropah. Kebanyakan daripada rakyat Palestin tersebut telah melarikan diri ke negara-negara jiran seperti Jordan dan Syria.", "Hanya 150,000 rakyat Palestin sahaja yang kekal di tanah air mereka yang kemudiannya ditukar menjadi negara haram Israel, iaitu 78 peratus daripada negara asal Palestin.", "Baki 22 peratus negara asal Palestin yang terletak di bahagian timurnya diambil alih oleh Jordan dan kemudiannya dinamakan Tebing Barat. Baki warga Palestin di Tebing Barat yang tidak tinggal dalam Israel kemudiannya diberi kerakyatan Jordan.", "Jun 1967, Tebing Barat telah dijajah oleh rejim Zionis Israel begitu juga dengan Semenanjung Gaza yang ketika itu berada di bawah kawalan tentera Mesir.", "Menurut Biro Statistik Palestin, terkini lebih kurang 5 juta rakyat Palestin tinggal di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, manakala 1.5 juta rakyat Palestin berada di negara haram Israel. Lebih 6 juta lagi rakyat Palestin berselerakan tinggal di negara-negara jiran dan di seluruh dunia.", "Pada tahun 1880-an, hanya terdapat 25,000 orang Yahudi yang tinggal di bumi Palestin. Majoriti komuniti Yahudi ini datangnya dari Eropah yang pada ketika itu merupakan bangsa yang paling dibenci di Eropah.", "Meletusnya Perang Dunia Kedua menyaksikan lebih ramai orang Yahudi memasuki Palestin dan mula melaksanakan agenda mereka untuk menguasai Palestin di bawah ideologi zionisme yang sememangnya menghendaki Palestin sebagai negara untuk orang-orang yahudi.", "Dengan sokongan kuat daripada British dan Amerika Syarikat ketika perang Arab-Israel pada tahun 1948, maka jatuhlah Palestin ke tangan zonis yahudi.", "Maka pada 14 Mei 1948, Pengerusi Kesatuan Yahudi Sedunia iaitu David Ben-Gurion mengisytiharkan Israel sebagai “sebuah negara haram merdeka“ yang dirampas daripada rakyat Palestin.", "Jangan kita lupa, ketika kita umat Islam di seluruh dunia sedang memperingati Hari Nakbah, saat ini rejim zionis Israel sedang rancak membina ribuan penempatan haram untuk pendatang haram Yahudi yang datang dari seluruh dunia.", "Rejim zionis Israel baharu sahaja melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza yang telah mengakibatkan 33 warga Palestin terkorban dan ratusan lagi cedera dengan dianggarkan ribuan warga Palestin di Semenanjung Gaza hilang tempat berteduh akibat musnah dibom pesawat pejuang tentera rejim Zionis Israel.", "Malah kerajaan negara haram Israel yang diterajui golongan ultra ekstrimis yahudi berhaluan kanan mengakui akan terus memporak – perandakan Palestin sehingga setiap inci bumi Palestin berada di bawah taklukan mereka.", "Ketika Barat “berpura-pura“ memperjuangkan hak asasi manusia, ribuan pelarian perang Ukraine yang berbangsa yahudi turut dibawa masuk ke negara haram Israel, diberikan segala bentuk bantuan dan kemudahan di saat rakyat Palestin terus dizalimi, ditindas, dirampas haknya dan diperlakukan seperti binatang.", "Namun apa yang sedang berlaku di Palestin sebenarnya adalah permulaan untuk membuka Asia Barat kepada penaklukan Israel atau lebih tepat lagi permulaan The Greater Israel. The Greater Israel mencakupi penjajahan regim Zionis Israel ke atas hampir keseluruhan Asia Barat iaitu dari Iraq, Lubnan, Palestin, Jordan, Syria, sebahagian daripada Mesir dan Arab Saudi serta sedikit daripada wilayah Turki.", "Ini adalah kerana The Greater Israel adalah cita-cita asal zionisme dari kalangan oran-orang Yahudi. Jika diperhatikan tindakan berani mereka, ia sebenarnya adalah satu ‘signal’ untuk menguasai Asia Barat serta melampiaskan cit-cita The Greater Israel.", "Lihat apa yang berlaku di sekeliling Asia Barat serta apa yang terjadi kepada negara-negara yang menentang rejim zionis Israel. Boleh dikatakan banyak negara-negara yang memusuhi rejim zionis Israel dari kalangan negara-negara Arab hampir kecundang dan baki negara yang lain seperti telah tunduk akibat desakan Amerika Syarikat dan Barat seperti menormalisasikan hubungan dengan negara haram Israel.", "Iran, satu-satunya negara yang berkemampuan untuk “bertempur“ dengan rejim zionis Israel sedang berdepan dengan pelbagai tekanan baik dari sudut politik mahupun ekonomi dari seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat.", "Rejim zionis Israel dengan bantuan Amerika Syarikat dan Barat sebenarnya sudah berjaya menjinakkan musuh-musuh mereka di Asia Barat hingga boleh dinisbahkan hampir tiada lagi hakikatnya musuh sebenar rejim zionis Israel di Asia Barat.", "Namun kini harapan tersebut kian pudar setelah China dan Rusia mula melebarkan pengaruh dan kekuasaan mereka di Asia Barat dengan Amerika Syarikat dan Barat telah mula hilang cengkaman mereka. Pemulihan hubungan Arab Saudi-Iran yang diusahakan China adalah petanda awal kerapuhan pelan The Greater Israel.", "Kini tumpuan terarah kepada pemulihan hubungan Turkiye dan Syria yang diusahakan Rusia yang dijangka akan berjaya direalisasikan tidak lama lagi. China dan Rusia memainkan peranan besar dalam memulihkan hubungan di kalangan negara-negara Arab yang kini tampak sudah hasil yang memberangsangkan.", "Akibat daripadanya, kelihatan mula tampak angin perubahan yang ketara di Asia Barat yang mampu membawa keamanan dan kestabilan yang berpanjangan. Namun dengan tidak dijangka Sudan kembali bergolak kencang, “di sebalik tabirnya“ bertujuan menggagalkan usaha membawa kembali keamanan dan kestabilan di Asia Barat.", "Puncanya, kerana jika Asia Barat terus bergolak ia akan memberi keuntungan besar kepada negara haram Israel seterusnya membuka ruang dan peluang kepada Amerika Syarikat dan Barat untuk mengukuhkan kembali pengaruh dan kekuasaannya di Asia Barat.", "Oleh itu, benarlah bahawa kestabilan dan keamanan yang berkekalan di Asia Barat hanya akan muncul dari kemerdekaan dan pembebasan bumi Palestin. Dengan wujudnya sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, Asia Barat akan memasuki era baharu yang penuh dengan kemakmuran dan kejayaan.", "Maka sebenarnya Hari Nakbah tahun ini bukanlah semata-mata untuk memperingati peristiwa hitam buat rakyat Palestin yang kehilangan negaranya, tetapi juga perjuangan untuk menentang pelan penjajahan besar-besaran Asia Barat oleh rejim zionis Israel dengan bantuan sekutunya untuk melaksanakan The Greater Israel.", "Oleh itu Dunia Islam terutamanya di Asia Barat wajar menilai kembali peranan mereka. Adakah masih berbaloi untuk terus berseteru sesama Islam atau menjadi keutamaan untuk mempertahankan Dunia Islam? Jika masih alpa dan lalai, nescaya perancangan licik dan jahat rejim zionis Israel ini pastinya akan meranapkan Asia Barat.", "Maka dengan itu, usah mudah terpedaya dengan musuh-musuh Islam terutamanya orang-orang Yahudi. Pelbagai ayat Al-Quran peringatan dari Allah SWT akan kelicikan serta kejahatan yahudi yang sememangnya berkehendakkan kehancuran umat Islam sudah dinyatakan.", "Benar, memperingati Hari Nakbah adalah baik sebagai peringatan kepada kita umat Islam akan kejahatan dan kezaliman orang-orang yahudi menzalimi dan merampas tanah air rakyat Palestin.", "Namun di sebaliknya jangan kita leka dan alpa bahawa ketika ini sebenarnya mereka sedang merancang sesuatu yang lebih besar tanpa pengetahuan kita umat Islam.", "Jelasnya yang paling rugi ialah kita umat Islam. Kita masih berperang sesama sendiri, kita berebut kuasa dan harta dunia dengan mengorbankan umat Islam yang tidak berdosa, kita melanggar hukum-hukum Allah SWT sambil tidak mempedulikan suruhannya, kita lalai akan peringatannya dan terpesona dengan dunia dan kekuasaan yang ditawarkan musuh-musuh Islam.", "Selagi mana kita umat Islam tidak bersatu-padu dan berkerjasama, selagi itulah Dunia Islam akan dipandang sinis dan hina oleh umat manusia di seluruh dunia. Kita akan ketinggalan, kehilangan malah sedikit demi sedikit terhapus dari ingatan umat manusia.", "Sudah sampai masa kita bersatu padu dan berkerjasama memulihkan kembali keyakinan Dunia Islam. Sudah sampai masanya kita umat Islam bingkas bangun dari tidur yang lena, yang banyak merosakkan akidah dan keimanan umat Islam. Sudah sampai masa umat Islam kembali gemilang di muka bumi ini.", "Di bulan Syawal yang mulia ini, berdoalah kita kepada Allah SWT agar membuka hati-hati pemimpin Dunia Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, bersatu padu dan menghentikan persengketaan sesama sendiri." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/20/liberalisme-teori-kebebasan-yang-menyesatkan-manusia/
Liberalisme: Teori kebebasan yang menyesatkan manusia
[ "IBLIS membebaskan (meliberalkan) diriApabila diteliti mengenai sejarah penyongsangan pemikiran manusia, ia bermula daripada kesesatan Iblis. Ada disebut di dalam Surah al Kahfi bahawa Iblis ingin membebaskan diri daripada arahan Tuhan;", "وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلً", "“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.”", "“Iblis berkata: ” Wahai tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, “Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.”", "“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.”", "Syaitan yang merupakan keturunan Iblis, akan mempromosi maksiat dan kemungkaran. Ia bertujuan supaya manusia itu terbebas daripada ketetapan Tuhan.Liberalisme: Pembebasan daripada tuhanKemuncak bagi kemaksiatan dan kemungkaran ialah penyembahan selain daripada Allah S.W.T.Apabila seseorang itu mula menyembah selain daripada Allah, di situlah kejayaan syaitan, selaras dengan pembebasan Iblis daripada arahan Tuhan.Dalam pentakrifan Liberalisme, ahli falsafah Barat berselisih antara satu sama lain. Antara yang ditegaskan Edmund Fawcett menegaskan bahawa;“liberals hoped for ethical order without appeal to divine authority”Golongan liberal mengharapkan suatu tatanan etika tanpa perlu melibatkan autoriti tuhan. [1]Atau dengan kata lain, untuk menjunjung penghormatan terhadap kebebasan individu (respect for people in their own right), tuhan atau agama tak boleh campur tangan. Di sini kita boleh lihat, teras kepada liberalisme itu ialah humanisme, yang ingin menjunjung hak sebagai seorang manusia. Dengan erti, manusia itu adalah segala-galanya, termasuk bebas menentukan hidup mereka sendiri.Sebab itulah, apabila kita menilai pemikiran Iblis yang dirakamkan di dalam al-Quran, Iblis sangat menjunjung asal-usulnya yang disangka mulia sehingga enggan mengikut ketetapan Tuhan;", "“Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”", "Disebabkan asal usulnya begitu, Iblis merasakan arahan Tuhan itu tidak selari dengan rasionalnya.Mungkin boleh dikatakan, andai manusia itu menjunjung ‘kemanusiaan’ (humanisme), Iblis pula menjunjung ‘keiblisan’ (Iblisisme).Dengan asal usulnya daripada api, yang dianggap lebih mulia dari tanah, maka Iblis merasa berhak membebaskan diri daripada terikat dengan ketetapan Tuhan.Peranan Iblis menyesatkan kaum terawalDalam sejarah kenabian, Allah S.W.T telah merakamkan kesesatan Kaum Nabi Nuh A.S yang boleh diklasifikasikan sebagai antara kaum terawal", "“Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: “Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa’, dan Yaghuth, dan Ya’uuq, serta Nasr.”” ", "كانوا قوما صالحين بين آدم ونوح وكان لهم أتباع يقتدون بهم ، فلما ماتوا قال أصحابهم الذين كانوا يقتدون بهم : لو صورناهم كان أشوق لنا إلى العبادة إذا ذكرناهم ، فصوروهم ، فلما ماتوا وجاء آخرون دب إليهم إبليس فقال : إنما كانوا يعبدونهم وبهم يسقون المطر ، فعبدوهم .", "Sembahan-sembahan itu asalnya merupakan orang yang soleh, hidup di antara zaman Nabi Adam A.S dan Nabi Nuh A.S. Mereka ada pengikut masing-masing. Apabila mereka mati, pengikut mereka berkata: “Andai kita menjadikan gambarkan mereka (dalam bentuk patung) ia lebih menambahkan rindu untuk beribadat, apabila kita memperingati mereka”. Lalu mereka pun menggambarkannya (dalam bentuk patung). Apabila pengikut ini mati, datang golongan yang lain pula. Mereka dihasut oleh Iblis, lalu berkata: “Pengikut orang soleh ini menyembahnya, dan memohon hujan dengannya.”Lalu golongan itu pun menyembahnya.Di sini kita dapat lihat peranan Iblis itu ialah bertujuan membebaskan manusia daripada menyembah Allah S.W.T. Objektif Iblis asalkan manusia itu tidak sembah Allah. Andai manusia itu nak sembah benda lain, pokok, matahari, bulan, bintang, itulah yang Iblis inginkan.Keturunan Iblis menyesatkan orang MakkahSejarah kesesatan orang Makkah ada diceritakan oleh Syeikh Sofiurrahman al Mubarakfuri di dalam Sirah ar Rahiq al Makhtum.Masyarakat Makkah asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim A.S. Namun, mereka telah disesatkan oleh individu yang bernama Amru bin Luhayy.Beliau dikenali sebagai seorang yang kuat beragama, dan berbudi. Lantas orang Makkah menyangka beliau adalah ulamak besar dan tok wali. Beliau tertarik dengan anutan orang Syam yang menyembah berhala, atas alasan Syam adalah tempat kelahiran para Rasul dan turunnya kitab-kitab.Lalu beliau membawa masuk berhala dari Syam ke Makkah, dan diletakkan di dalam Kaabah, dan mengajak orang Makkah menyembahnya.Imam Ibn Hajar al Asqolani menyatakan di dalam Syarah Bukhari (Fathul Bari) bahawa Amru bin Luhayy ada hubungan dengan jin (syaitan). Jin tersebut telah memberitahu mengenai berhala yang disembah pada zaman Nabi Idris dan Nabi Nuh yang diceritakan tadi. Berhala berhala itu ada tertimbus di Jeddah.Beliau mendapatkannya dan menyerahkan kepada kabilah-kabilah Arab untuk disembah di tempat masing-masing.Di sini kita boleh lihat strategi syaitan untuk menyesatkan manusia, asalnya menyembah Allah, terapi akhirnya menyembah berhala.Memperjuangkan teori kebebasanKita tidaklah menolak perjuangan pembebasan. Sebaliknya Islam sendiri membebaskan negara negara yang diperintah oleh penguasa yang jahat.Cuma yang perlu kita sedari ialah, pembebasan Iblis itu adalah satu keliaran. Hidup meliar tanpa panduan. Termasuklah bebas sama ada memilih untuk bercakap benar, atau berbohong.Jadi, apakah maksud kebebasan yang sebenar? Perkara inilah yang didialogkan oleh orang Barat sepanjang zaman.Saya melihat, orang-orang Barat ketikamana melalui mimpi ngeri di zaman Dark Ages, mereka trauma dengan kongkongan pemerintah zaman itu. Bahkan, kongkongan itu turut didukungi oleh gereja yang bertopengkan agama (Kristian). Dendam mereka terhadap agama melahirkan kebencian yang terpendam begitu lama.Dalam masa yang sama, mereka tidak tahu bagaimana untuk membebaskan diri daripada kongkongan itu. Termasuklah pembebasan daripada agama. Di sinilah mereka berteori. Sebab itulah kita saksikan terlalu banyak takrifan liberalisme, yang berbeza-beza.Contohnya;1) R.G. Collingwood mentakrifkan liberalisme adalah kebebasan manusia untuk bertindak tanpa paksaan. [2]2) Leo Strauss pula mengatakan liberalisme adalah hak kudus manusia untuk mengkritik kerajaan. [3]3) L.T. Hobhouse pula menilai liberalisme sebagai ciri khas dunia moden. [4]Dan lain-lain.Apabila mereka tidak berpandukan kepada wahyu yang sebenar, mereka pun berteori, dan sehingga kini mereka masih wacanakan erti kebebasan, sepertimana dialog antara Neo Liberalisme dan Liberalisme Moden.Saya yakin, selagi mereka tidak berpandukan wahyu yang betul, mereka akan terus berwacana dan tidak akan temui erti kebebasan yang sebenar.Nota kaki:[1] Edmund Fawcett, Liberalism : The Life of an Idea.[2] The History of European Liberalism 1959.[3] Liberalism 1968.[4] Liberalism 1911. – HARAKAHDAILY 20/5/2023" ]