url
stringlengths
50
245
headline
stringlengths
3
99
content
sequence
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/saingan-chatgpt-google-lancar-bard/
Saingan ChatGPT: Google lancar Bard
[ "MOUNTAIN VIEW, Amerika Syarikat: Google memperluaskan penggunaan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence/AI) melalui platformnya, Bard merentasi 180 negara di seluruh dunia sebagai saingan kepada ChatGPT yang dijana oleh  Microsoft.Eksekutif pada persidangan tahunan pembangunan Google di Lembah Silikon, semalam, Rabu (10 Mei), di sini berkata bahawa AI generatif juga akan digunakan untuk mengecas enjin carian terkemuka gergasi teknologi itu", "Google berlumba-lumba untuk mengejar pesaingnya Microsoft, yang telah sudah terlebih dahulu mengintegrasikan kuasa seperti ChatGPT ke dalam pelbagai produknya, termasuk enjin carian Bing.", "Penyertaan Microsoft dalam perkembangan AI semakin meluas walaupun terdapat kebimbangan tentang potensi ancaman teknologi kepada masyarakat umum, termasuk kesannya terhadap penyebaran maklumat yang salah dan sama ada ia boleh merampas pekerjaan yang selama ini dimonopoli oleh manusia. ", "Jurutera Pengisian Carian Google, Cathy Edwards berkata, pengalaman baharu itu akan serupa dengan carian yang ‘dicas semula’ atau dijana oleh bot perbualan (conversation bot).", "Eksekutif Google yang lain membentangkan cara AI generatif dijalinkan ke dalam Gmail, penyuntingan foto, alat kerja dalam talian dan banyak lagi.", "“Usaha syarikat untuk AI  akan dijalankan dengan cara yang ‘berani dan bertanggungjawab’,” kata Pengarah Produk Kanan Google, Jack Krawczyk semasa taklimat.", "Pengembangan Google bermakna ia mengalihkan senarai menunggu untuk Bard, membenarkan pengguna di seluruh dunia menggunakannya dalam bahasa Inggeris selepas berbulan-bulan perisian itu diuji di Amerika Syarikat (AS) dan Britain.", "Teknologi Bard akan membolehkan pengisian teks ketika menyiapkan deraf e-mel dan mengesyorkan cadangan bagi kerja berasaskan seni dengan meneliti bekalan gambar yang yang tersedia.", "Konglomerat teknologi itu turut memperkenalkan peranti Pixel baharu termasuk telefon pintar boleh lipat, Fold yang berharga AS$1,799 (RM8,000) setiap satu unit dengan skrin yang boleh dibuka kepada saiz komputer tablet.", "Naib Presiden Kanan Peranti Google, Rick Osterloh, berkata Fold memenuhi dua fungsi sekali gus iaitu sebagai telefon bimbit berkuasa tinggi dan komputer tablet berkeupayaan tinggi.", "Pengumuman Google dibuat seminggu selepas pesaing Microsoft meluaskan akses awam kepada program AI generatifnya, yang dikuasakan oleh model yang dibuat oleh OpenAI, syarikat di sebalik penciptaan ChatGPT.", "“Ini boleh menjadi detik penentu dalam pertempuran AI dengan Google dan Microsoft yang akan bersaing untuk bahagian pasaran,” kata penganalisis, Wedbush Dan Ives dalam notanya kepada pelabur. – HARAKAHDAILY 11/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/pemimpin-kerajaan-perlu-ketepikan-fahaman-politik/
Pemimpin kerajaan perlu ketepikan fahaman politik
[ "ALOR SETAR: Pemimpin kerajaan perlu mengenepikan fahaman politik ketika menjalankan tugas mereka dan bukan mengambil kesempatan menghentam pihak lain yang tidak sealiran.Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, fahaman politik perlu diketepikan dan sebaliknya, menunaikan tanggungjawab secara profesional.", "“Nak jadi menteri, nak jadi pemimpin kerajaan, politik kena tinggal sat (sekejap), tak boleh bawa fahaman politik parti ambil kesempatan tibai (menyerang) orang apabila masuk dalam kerajaan.", "Katanya, fakta sebenar ialah 60 lombong haram yang disebut ketika Mesyuarat Majlis Mineral Negara (MMN) adalah di seluruh negara dan bukan di Kedah.", "“Di Kedah hanya ada satu, di Bukit Enggang, Sik. Itu pun sudah ditutup dan yang terlibat sudah ditangkap dan didakwa,” katanya.", "Berikutan maklumat yang tidak tepat ketika sidang media Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, beliau terpaksa memberi penjelasan memperbetulkan keadaan.", "“Bila bidas balik, depa (mereka) kata orang yang bidas balik tu jahat. Depa kata, saya dedah rahsia mesyuarat walhal yang dedah tu depa. Ambil kandungan mesyuarat kemudian spin (memutar belit) supaya kita kena.", "“Saya habaq (beritahu) dengan ikhlas sebagai butiran dalam mesyuarat, tapi depa yang bawa keluar, jadi saya kena jawab. Kalau mereka tak sentuh saya, saya tak perlulah jawab,” katanya.", "Beliau berkata, lebih mengelirukan apabila pihaknya menerima sepucuk surat memohon agar menyenaraikan lombong haram yang sekarang beroperasi sedangkan semua itu adalah tanggungjawab kementerian berkaitan.", "“Kalau ada banyak lombong haram di Kedah, puak-puak Pakatan Harapan (PH) tidak lah pergi hurung Bukit Enggang di Sik tu. Yang depa pi hurung sebab ada satu sahaja.", "“Cuba naik nak tengok konon nak jadi hero. Kalau ada berlambak (banyak) rasanya semua ahli politik pakat jadi ahli geosains, geologis, kaji merata bukit,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/guna-lambang-bn-bukti-tidak-faham-hasrat-rakyat/
Guna lambang BN bukti tidak faham hasrat rakyat
[ "KENYATAAN Timbalan Pengerusi BN, Mohamed Hasan, bahawa BN akan mempertimbangkan permohonan parti-parti lain untuk menggunakan lambang BN pada PRN akan datang menunjukkan BN tidak memahami sentimen pengundi.Beliau berkata sedemikian berikutan cadangan Ketua PAN Ketereh di Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, agar PH menggunakan lambang BN pada PRN di Kelantan dan Terengganu.Katanya lambang PH tidak diterima ramai di Kelantan dan Terengganu maka penggunaan lambang yang satu akan menunjukkan perpaduan dan kerjasama.Pada PRU ke-15 tahun lepas, kesemua calon BN telah kalah di kedua-dua negeri tersebut. PN telah memenangi kesemua 14 kerusi di Kelantan dan 8 kerusi di Terengganu.Nampaknya kedua-dua pemimpin ini seperti telah lupa lambang BN telah ditolak oleh rakyat. Menggunakan lambang yang sama pada PRN akan mengulangi keputusan yang sama.Justeru rakyat perlu menolak BN dan rakan sekutunya PH kerana tidak memahami kehendak rakyat walaupun telah diberikan isyarat yang jelas oleh pengundi-pengundi Pantai Timur. Bagaimana mereka dapat menjadi kerajaan negeri yang prihatin jika mereka gagal memahami hasrat rakyat?Kewujudan gabungan PH di Pantai Timur juga perlu dipersoalkan jika mereka menggunakan lambang BN pada PRN akan datang. Ia akan menjadi satu bukti bahawa PH tidak mendapat sokongan di sana.DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMADBendahari PAS Pusat – HARAKAHDAILY 11/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/perkhidmatan-tren-di-enam-stesen-lrt-dibuka-semula-esok/
Perkhidmatan tren di enam stesen LRT dibuka semula esok
[ "KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen laluan Ampang/Sri Petaling, melibatkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur, akan dibuka semula kepada pengguna bermula 6 pagi, esok.", "Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembukaan semula itu, susulan kerja pembaikan sementara (fasa pertama) struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya telah selesai.", "“Tren-tren yang perlu menjalani proses penyelenggaraan telah dibawa ke Depoh LRT di Ampang dan tren-tren gantian akan digunakan bagi tujuan perkhidmatan operasi ini.", "Sebelum ini, operasi perkhidmatan LRT di enam stesen itu telah dihentikan sejak 2 April lepas, susulan tren-tren yang beroperasi tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.", "Faktor kegagalan disebabkan kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya, yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Jan lepas.", "Menurut Rapid Rail, kerja-kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober depan, bagi membolehkan perkhidmatan LRT di laluan berkenaan beroperasi secara normal.", "“Bagi melancarkan perjalanan penumpang, Rapid Rail akan mengaktifkan semula perkhidmatan bas perantara percuma (Bas LRT 10) yang akan menghubungkan stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara kedua-dua stesen berkenaan,” menurut kenyataan itu.", "Selain itu, pengguna juga mempunyai pilihan untuk menggunakan laluan rel alternatif seperti Monorel dan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya sekiranya ingin menuju ke Hang Tuah atau Chan Sow Lin.", "Kenyataan itu juga memaklumkan anggota operasi rel dan Polis Bantuan Prasarana akan ditempatkan di stesen terlibat bagi membantu dan mengawal pergerakan penumpang. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/idris-nafi-terlibat-dalam-iklan-syarikat/
Idris nafi terlibat dalam iklan syarikat
[ "Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan-iklan seperti itu yang memanipulasi gambar individu-individu tertentu untuk menipu masyarakat. – HARAKAHDAILY 11/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/pakistan-kerah-tentera-henti-kekacauan/
Pakistan kerah tentera henti kekacauan
[ "ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan menempatkan tentera di kawasan yang dilanda keganasan berikutan penahanan bekas Perdana Menteri, Imran Khan yang diseret dari bilik mahkamah dan diarah ditahan selama lapan hari lagi atas tuduhan rasuah baharu.Tindakan terhadap Imran Khan menimbulkan kemarahan penyokongnya yang melakukan bantahan, sekali gus meningkatkan kegawatan politik negara yang menghadapi masalah ekonomi itu.", "Perdana Menteri, Shahbaz Sharif, dalam ucapannya kepada negara berkata, kekacauan yang dilakukan oleh penyokong Imran Khan merosakkan harta awam dan persendirian yang sensitif.", "Katanya, ini memaksa kerajaan untuk mengerahkan tentera di ibu negara, wilayah paling ramai penduduk di Punjab dan di kawasan yang tidak menentu di barat laut.", "Selepas Imran Khan ditangkap Selasa lalu, orang ramai di Islamabad dan bandar utama lain menyekat jalan raya, bertempur dengan polis dan membakar pusat pemeriksaan polis serta kemudahan tentera dalam keganasan yang menyebabkan enam orang terbunuh dan ratusan ditangkap.", "“Keadaan seperti ini tidak pernah dilihat oleh rakyat Pakistan. Malah pesakit dibawa keluar dari ambulans dan ambulans dibakar,” kata Shahbaz Sharif selepas mesyuarat Kabinet.", "Menyifatkan serangan demikian tidak boleh dimaafkan, beliau memberi amaran bahawa mereka yang terlibat dalam keganasan akan dikenakan hukuman yang boleh menjadi teladan kepada orang lain.", "Imran Khan yang digulingkan dalam undi tidak percaya tahun lalu oleh Shahbaz Sharif, ditahan di pekarangan pejabat polis di Islamabad. Di mahkamah sementara di situ, seorang hakim memerintahkan ahli politik berusia 70 tahun itu ditahan sekurang-kurangnya lapan hari lagi, sekali gus meningkatkan prospek lebih banyak kekacauan.", "Sementara itu, Tentera Pakistan memberi amaran keras dengan berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ingin membawa Pakistan ke arah perang saudara.", "“Apa yang musuh negara tidak dapat lakukan selama 75 tahun, kumpulan ini yang memakai jubah politik dalam nafsu kuasa, telah melakukannya,” kata kenyataan itu sambil menambah bahawa tentera telah menahan diri, tetapi akan bertindak balas lebih lanjut.", "Tentera menyatakan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang merancang atau mengambil bahagian dalam serangan di kemudahan tentera. Namun, kenyataan itu tidak menamakan secara langsung terhadap Imran Khan.", "Penangkapan Imran Khan dengan menariknya dari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Islamabad atas satu set pertuduhan, hanya untuk ditangkap untuk pertuduhan lain adalah konfrontasi terbaru yang menggoncang Pakistan.", "Imran Khan adalah bekas Perdana Menteri ketujuh yang ditangkap di negara itu, yang turut menyaksikan campur tangan tentera yang berkuasa selama ini.", "Kehadiran Imran Khan di Islamabad adalah untuk menghadapi pelbagai tuduhan rasuah. Ketika tiba, bilik mahkamah diserbu berpuluh-puluh ejen dari Agensi Anti-Rasuah, Biro Akauntabiliti Negara, yang disokong oleh pasukan separa tentera. Mereka memecahkan tingkap selepas pengawal Imran Khan enggan membuka pintu.", "Bekas bintang kriket itu mengecam kes terhadapnya, termasuk tuduhan rasuah dan keganasan, sebagai plot bermotifkan politik oleh Shahbaz Sharif, penggantinya, untuk menghalangnya daripada kembali berkuasa dalam pilihan raya yang akan diadakan akhir tahun ini. – AP" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/ada-keperluan-perhalusi-had-umur-persaraan/
Ada keperluan perhalusi had umur persaraan
[ "KUALA LUMPUR: Pada usia 61 tahun, Muhammad Badrul Jamil sepatutnya sudah boleh berehat bersama keluarga, pergi melancong ke mana-mana sahaja tanpa perlu memerah otak memikirkan pelbagai tugasan mahupun arahan daripada majikan setelah bersara wajib enam tahun lepas.", "Namun, beliau yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah bertugas sebagai pegawai bank di salah sebuah institusi kewangan di ibu negara sebelum ini, memilih untuk terus bekerja sebaik sahaja bersara pada usia 55 tahun.", "Memilih kerjaya sebagai perunding kewangan, bapa kepada enam orang anak ini menyifatkan keputusannya untuk terus berkhidmat bukanlah disebabkan faktor kewangan tetapi lebih kepada ingin berkongsi pengalaman serta kepakaran setelah berkecimpung sekitar 30 tahun dalam industri perbankan dan kewangan.", "“Selepas bersara pada usia 55 tahun, saya masih lagi beminat dan berupaya untuk bekerja. Kebetulan ada peluang baik di tempat lain selepas bersara di tempat lama, jadi saya rebut peluang itu.", "“Saya lihat ini sebagai peluang yang baik untuk saya kembangkan lagi karier saya dalam industri ini selain mahu terus kekal aktif walaupun sudah bersara,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.", "Hakikatnya, bukan hanya Muhammad Badrul sahaja pesara yang ingin terus tersenarai dalam statistik jumlah pekerja negara. Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh universiti tempatan, realitinya masih ramai lagi kalangan mereka dalam lingkungan umur berkenaan kekal komited untuk bekerja.", "Kajian bersama Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Oktober 2021 di bawah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), UM, membabitkan tempoh hampir setahun mendapati, sebanyak 4.3 peratus daripada 5,277 responden yang berumur 60 tahun ke atas mempunyai pekerjaan sambilan selepas bersara dan majoritinya adalah dalam kalangan pesara berkemahiran tinggi.", "Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UM, Dr Elya Nabila Abdul Bahri yang terlibat dalam kajian berkenaan berkata, responden yang berumur lingkungan 60 hingga 65 tahun yang berkemahiran tinggi, berkeinginan untuk terus bekerja berbanding mereka yang berkemahiran sederhana dan rendah.", "“Hasil kajian saya bersama seorang pensyarah UKM berkaitan penuaan dan persaraan turut menunjukkan, faktor gaji serta tuntutan kerja fizikal yang minimum antara faktor yang mendorong mereka untuk terus bekerja di samping lebih suka bekerja secara fleksibel tanpa terikat dengan pelbagai peraturan di tempat kerja.", "“Mereka yang kembali bekerja ini mempunyai tahap kesejahteraan 5.6 peratus lebih tinggi berbanding golongan pesara yang tidak bekerja dari segi kesihatan, psikososisal dan daya berfikir,” katanya.", "Justeru, beliau berpandangan, sebelum memutuskan untuk meningkatkan had umur persaraan kepada 65 tahun, majikan perlu bersedia dan merancang jenis pekerjaan yang sesuai mengikut tahap keupayaan pekerja selain kumpulan umur berkenaan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.", "Ini kerana kebanyakan masyarakat masih mempunyai stigma mereka yang mencapai usia 65 tahun adalah tidak sesuai lagi untuk bekerja kerana dikaitkan dengan faktor kesihatan yang merosot.", "Sebelum ini, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan supaya pekerja sektor awam dan swasta di negara ini dibenarkan bekerja sehingga umur 65 tahun atas kerelaan sendiri.", "Langkah ini bertujuan mengurangkan tekanan ekonomi rakyat selain memberi manfaat kepada majikan kerana mempunyai tenaga kerja yang berpengalaman untuk jangka masa lebih lama.", "Menurut Elya Nabila, ada kewajarannya cadangan itu diperhalusi memandangkan terdapat kumpulan berusia tersebut berhadapan masalah kewangan setelah bersara terutama pekerja swasta yang bergantung sepenuhnya dengan simpanan mereka di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas bersara.", "Apatah lagi, media sebelum ini melaporkan sebanyak 71 peratus atau lebih dua pertiga ahli yang aktif mencarum KWSP berusia 55 tahun dan ke bawah, berada dalam situasi serius yang mana jumlah dana tidak mencukupi untuk bersara, melebihi paras kemiskinan.", "“Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jangka hayat penduduk negara ini meningkat sehingga 75.6 tahun bagi bayi yang lahir pada tahun 2021 atau 12 tahun lebih lama berbanding lima dekad yang lalu, namun kadar kesuburan di Malaysia menunjukkan trend penurunan.", "“Keadaan ini akan mempengaruhi umur persaraan awal kerana jumlah golongan muda yang bekerja sebagai pembayar cukai adalah berkurangan berbanding pesara yang akan menerima manfaat daripada cukai yang dibayar oleh golongan pekerja,” katanya.", "Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pada tahun 2022 dipetik berkata, Malaysia dijangka mencapai status negara menua menjelang tahun 2030 dengan peratus penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15.3 peratus daripada jumlah penduduk.", "Namun begitu, pelanjutan umur persaraan tidak menjejaskan peluang pekerjaan golongan muda kerana keupayaan kemahiran digital dan teknologi terkini yang dimiliki masih mendapat tempat dalam sektor pekerjaan.", "Tambahan pula, golongan muda mempunyai masa yang lebih lama untuk berada dalam perkhidmatan dan mencapai tahap kerjaya yang diinginkan jika umur persaraan mereka dilanjutkan.", "Oleh yang demikian, menurut Elya Nabila, pekerja perlu diberi hak untuk menentukan tempoh persaraan bergantung kepada tahap kesihatan dan kemampuan bekerja kerana mereka dapat menilai sendiri akan keupayaan masing-masing.", "Sementara itu, pensyarah kanan Faktulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn (UHTM) Prof Madya Dr Nor Hazana Abdullah tidak bersetuju dengan pandangan pesara yang kembali bekerja akan menyekat peluang kenaikan pangkat tertinggi dalam sesebuah organsasi.", "Sebaliknya, beliau berkata, situasi ini akan mewujudkan perkongsian strategik antara pekerja berusia dan muda dari segi pengalaman dan juga kepakaran sekali gus memberi ruang kepada golongan muda untuk belajar daripada pekerja yang berpengalaman dan berusia.", "“Sebenarnya tidak perlu pun memberikan manfaat kenaikan pangkat semata-mata kepada pekerja berumur kerana ada banyak pilihan yang boleh dilaksanakan majikan dalam menghargai serta memanfaatkan kemahiran kumpulan ini.", "“Mempertimbangkan pelaksanaan peningkatan had umur persaraan perlu bagi mengelakkan majikan daripada melaksanakan dasar kapitalis dan mengeksploitasi pekerja sekiranya kumpulan pesara diambil semula bekerja secara kontrak atau sambilan,” katanya.", "Beliau menambah, masih ramai kumpulan umur tersebut yang kembali bekerja dibayar upah tidak setimpal dengan pengalaman dan kemahiran dimiliki mereka selain tidak mendapat insentif sepertimana pekerja yang belum mencapai usia persaraan.", "Dalam tempoh 20 tahun, had umur pencen di Malaysia sudah mengalami tiga kali perubahan, bermula pada tahun 2001 apabila umur bersara penjawat awam dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun dan kemudian pada tahun 2008, dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun.", "Menurut Nor Hazana, mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan masih sihat sebenarnya mampu untuk kekal produktif menyumbangkan tenaga serta kepakaran khususnya dalam bidang profesional.", "“Saya bersetuju had umur persaraan dinaikkan kepada umur 65 tahun dan pekerja diberi pilihan untuk menentukan sendiri tempoh persaraan mereka. Kalau dilihat ketika ini, ramai yang pencen dipanggil bekerja semula sekali gus membuktikan khidmat mereka masih diperlukan.", "“Misalnya pakar di pusat pengajian tinggi, kebanyakannya berusia lebih 60 tahun tetapi masih dijadikan tempat rujukan sebelum sesuatu keputusan atau dasar itu dibuat sama ada di peringkat organisasi mahupun kerajaan,” katanya. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/tambah-fire-breaker-di-tapak-pelupusan-sampah/
Tambah ‘fire breaker’ di tapak pelupusan sampah
[ "KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengambil tindakan segera menambah fire breaker bagi mengelakkan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Beris Lalang, Bachok terus merebak.", "Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dato’ Dr Izani Husin berkata, kawasan seluas empat hektar itu bagaimanapun terkawal dan tidak menjejaskan operasi.", "“Kebakaran berkenaan berada dalam kawalan kerana kita telah membina segera tambahan parit (fire breaker) bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak,” katanya di sini semalam.", "Sebelum ini media melaporkan kebakaran kawasan kebun di tanah gambut di Beris Lalang bermula 25 April lalu menyebabkan kawasan kampung berdekatan dilanda jerebu asap.", "Kebakaran kawasan kebun yang dikatakan tidak dipadamkan sepenuhnya merebak ke kawasan pelupusan sampah yang menyebabkan berlaku pencemaran bau berhampiran kawasan kampung. – HARAKAHDAILY 11/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/penyatuan-ummah-solusi-perpaduan-yang-musnah/
Penyatuan Ummah solusi perpaduan yang musnah
[ "DALAM kitab Muqaddimah, Ibnu Khaldun membahagikan ashabiyah kepada dua makna.Pertama, perpaduan sesebuah kaum sehingga mampu kuat dan menguatkan antara satu sama lain, mampu mengenepikan kepentingan peribadi demi kepentingan ummah serta berupaya memacu kekuatan kepada sebuah tamadun yang berjaya.Kedua, fanatik kepada kaum sehingga menafikan kebenaran dan mengangkat kezaliman dalam sesebuah tamadun. Ashabiyah ini ditolak kerana bakal merosakkan tamadun dan perpaduan negara.Terdapat dua perbincangan penting yang mesti kita ambil perhatian.Pertama, sebuah tamadun itu tidak akan tertegak melainkan apabila seluruh kumpulan masyarakat sesuatu kaum itu saling mendukung antara satu sama lain.Kedua, kaum yang ingin mendirikan dan mempertahankan tamadun daripada musuh memerlukan sokongan dan kekuatan yang sangat besar dengan cara bersatu padu antara satu sama lain.Tambah Ibnu Khaldun, penyatuan masyarakat berasaskan Islam adalah penyatuan yang paling luar biasa dan tiada kekuatan yang lebih kukuh melainkan itu.Selagi umat Islam itu berpecah-belah, mementingkan kepentingan peribadi atau kepentingan sebahagian kelompok kecil maka cita-cita membangunkan semula tamadun umat Islam tidak akan berjaya.Ketika membangun Tamadun Islam di Madinah, Rasulullah S.A.W dan para Sahabat mengukuhkan kedudukan dan pengaruh politik Islam dengan menyatukan umat Islam di Makkah dan Madinah melalui peristiwa besar Hijrah. Apabila kuasa dominasi politik umat Islam kukuh, Rasulullah memperluaskan jaringan Penyatuan Ummah melalui perjanjian dengan kaum Yahudi di Madinah.Pengukuhan kedudukan dan pengaruh politik Islam dikekalkan sehingga Baginda S.A.W wafat dan digantikan dengan Abu Bakar R.A yang dipilih daripada kaum Quraisy selaku kaum paling majoriti dalam umat Islam ketika itu.Umat Islam di Malaysia khususnya parti-parti politik Melayu mestilah bersatu padu mengukuhkan agenda Penyatuan Ummah ini seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.Agenda perpaduan yang tertegak atas penipuan, salah guna kuasa dan menafikan keadilan tergolong dalam konsep ashabiyah yang ditolak oleh Nabi seperti yang dihujahkan oleh Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah.Marilah sama-sama kita kukuhkan kedudukan dan pengaruh politik umat Islam di negara ini atas asasnya yang benar iaitu Islam sebagai agama Persekutuan.Sekian. USTAZ MAHFUZ ROSLANKetua Pemuda PAS Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 11/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/pas-alu-sambungan-perkhidmatan-azam-baki/
PAS alu sambungan perkhidmatan Azam Baki
[ "PAS mengalu-alukan dan menjunjung kasih di atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki selama satu tahun lagi berkuat kuasa 12 Mei ini.  Bagi PAS beliau yang mencapai umur bersara wajib 60 tahun pada tarikh sama setelah berkhidmat dengan suruhanjaya berkenaan selama 36 tahun dan dilantik untuk mengetuainya pada tahun 2020 telah terbukti dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang dan berkesan di institusi utama pencegahan rasuah negara ini.Walaupun pernah berdepan dengan beberapa dakwaan yang lebih berbentuk tohmahan salah laku termasuk berkaitan pemilikan saham dalam beberapa syarikat sebelum ini, PAS secara konsisten percaya malah menerima kenyataan penafian beliau berhubung perkara itu, sekali gus menghalang percubaan pihak-pihak berkepentingan untuk menimbulkan keraguan terhadap maruah dan integritinya secara peribadi dan SPRM sebagai institusi penting negara.PAS percaya pelanjutan tempoh perkhidmatan beliau ini turut mengesahkan kepercayaan tersebut dan menolak persepsi buruk yang cuba dilontarkan terhadap beliau dan SPRM oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu.Sekali lagi PAS mengucapkan tahniah dan berharap Tan Sri Azam akan terus memberi khidmat cemerlang beliau kepada negara, sekali gus memimpin SPRM ke tahap-tahap yang lebih membanggakan dalam usaha membebaskan rakyat dan masyarakat daripada budaya dan amalan rasuah yang merosakkan.  TAKIYUDDIN HAJI HASSAN Setiausaha Agung PAS  Bertarikh: 11 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 11/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/gol-awal-inter-musnahkan-ac-milan/
Gol awal Inter musnahkan AC Milan
[ "Inter Milan menjaringkan dua gol awal untuk memastikan kemenangan selesa 2-0 ke atas AC Milan dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi ini dan kekal di landasan untuk menjadi pasukan Itali pertama memenangi piala itu sejak kali terakhir pada 2010.Gol seawal minit ke-8 dan ke-11 melalui rembatan voli jarak dekat Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan menggandakan jaringan hasil hantaran lintang Federico Dimarco membolehkan Inter mengejutkan pencabar setempat San Siro.", "Milan yang terkejut dengan dua gol awal menggandakan usaha pada babak kedua, namun jarang mengancam dan kini berdepan tugas berat untuk memenangi Piala Eropah kelapan mereka.", "“Sejak minit pertama, kami benar-benar mahu menang. Tetapi peperangan belum berakhir. Satu lagi pertempuran hebat menanti kita,” kata pemain terbaik perlawanan, Mkhitaryan.", "Penyerang Bosnia, Dzeko, 37, menjadi pemain kedua tertua menjaringkan gol dalam separuh akhir Liga Juara-Juara selepas pemain Manchester United, Ryan Giggs. Dia menjaringkan dua gol dalam kemenangan 6-0 Inter di Verona, bulan ini untuk menamatkan kemarau gol hampir empat bulan.", "“Kadang-kadang anda berada dalam detik sukar apabila bola tidak mahu masuk. Kesabaran dan kerja keras sentiasa membuahkan hasil. Saya tenang kerana mengetahui gol akan datang seperti biasa,” kata Dzeko.", "Juara Eropah tiga kali, Inter membuat permulaan pantas apabila Hakan Calhanoglu melakukan sepakan sudut, tepat kepada Dzeko dan penyerang veteran Bosnia itu dengan mahir merembat bola ke sudut kanan atas pintu gol.", "Inter bersemangat menghadapi Milan selepas empat kemenangan berturut-turut di Serie A, menggandakan pendahuluan menerusi Mkhitaryan selepas Dimarco memberinya hantaran cemerlang dan pemain Armenia itu memasuki kotak penalti Milan untuk menghasilkan jaringan jarak dekat.", "Calhanoglu hampir menambah gol ketiga apabila rembatan padu jarak jauhnya mengenai bahagian dalam tiang, manakala cubaan Mkhitaryan dinafikan penjaga gol Milan, Mike Maignan.", "Milan tanpa penyerang Rafael Leao yang cedera, terkejut dan keadaan mungkin menjadi lebih buruk untuk tuan rumah apabila Lautaro Martinez terjatuh dalam kotak penalti sejurus selepas setengah jam.", "Pemain gantian Milan, Tommaso Pobega juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, tetapi penjaga gol Inter, Andre Onana menghalang percubaan rendahnya dari tepi kotak penalti.", "“Mereka bermain sepenuh hati, meliputi setiap bahagian padang. Kami gembira, tetapi kami masih belum menuju penamat,” kata jurulatih Inter, Simone Inzaghi.", "Ini adalah kali pertama Inter menewaskan jiran mereka dalam saingan kalah mati Eropah dengan Milan mara dari kedua-dua pertemuan sebelum ini, terakhir pada suku akhir Liga Juara-Juara 2004-05. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/kelantan-harap-projek-dirancang-rmk12-dilaksana-pusat/
Kelantan harap projek dirancang RMK12 dilaksana pusat
[ "KOTA BHARU: Rakyat Kelantan berharap kesemua projek yang dirancang di negeri itu dapat dilaksanakan kerajaan pusat bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan.", "Katanya, potensi tersebut dapat direalisasikan dengan memastikan kesemua projek yang telah dirancang khususnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK) dapat dilaksanakan.", "“Kerjasama itu sudah pasti untuk kesejahteraan dan kepentingan rakyat Kelantan sebagai salah satu negeri di Malaysia,” katanya ketika berucap semasa majlis rumah terbuka Malaysia Madani di perkarangan Stadium Sultan Muhammada IV, di sini, malam ini.", "Yang turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.", "Ahmad turut menzahirkan rasa syukur memandangkan Kelantan dianugerahkan suasana aman dan sejahtera yang mana rakyatnya hidup aman dan damai merentasi kaum Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain. – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/pihak-lawan-cari-ruang-buruk-imej-pemimpin-pn/
Pihak lawan cari ruang buruk imej pemimpin PN
[ "Bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jangan pula ada pihak tertentu cuba untuk menangguk di air keruh.", "“Kita tahu peraturan, sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir Kelantan lebih 30 tahun, kita tahu bagaimana nak salurkan bantuan kepada rakyat selaras dengan undang-undang,” katanya ketika ditemui pada majlis Aidilfitri Dun Tanjung Mas Zon 3, di sini hari ini. (Foto atas)", "Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, pihak lawan sentiasa mencari ruang untuk mengenakan imej buruk kepada pemimpin PERIKATAN NASIONAL (PN) khususnya wakil-wakil rakyat.", "Menurutnya mereka hanya akan mencari ruang dan peluang bagi mempamerkan imej buruk pemimpin PN seperti yang berlaku terhadap ahli Parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusof.", "Takiyuddin juga berkata, segala keperluan dan bantuan kepada rakyat dilaksanakan mengikut saluran-saluran yang ditetap dan dibenarkan menurut undang-undang. – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/projek-ecrl-kota-bharu-pelabuhan-klang-mencabar/
Projek ECRL Kota Bharu-Pelabuhan Klang mencabar
[ "KOTA BHARU: Kementerian Pengangkutan memantau rapat pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merupakan infrastruktur nasional yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dan Pantai Barat.", "Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeriannya berpuas hati dengan kemajuan pembinaan Projek ECRL secara keseluruhan hampir separuh siap dan melibatkan 1,200 tapak pembinaan di sepanjang jajaran 665 kilometer.", "“Cabaran itu antaranya topografi yang melibatkan Banjaran Titiwangsa yang berbukit-bukau dan hutan tebal serta kawasan risiko banjir selain hujan lebat di negeri-negeri Pantai Timur,” katanya pada majlis pelancaran pembinaan stesen ECRL Kota Bharu di sini, hari ini.", "Loke juga berkata, projek ECRL menerima pakai teknologi terowong dan struktur jejambat yang tinggi dengan reka bentuk jajaran bersandarkan kala purata ulangan average recurrence interval (ARI) untuk 100 tahun bagi memastikan kelestarian operasi kereta api.", "“Pihak pengurusan projek juga memaklumkan kerja-kerja pengorekan bagi 20 daripada 40 terowong sudah berjaya ditembusi setakat ini, manakala kerja pemasangan rasuk jejambat sedang giat dijalankan.", "“Projek ECRL dijangka mempunyai sebanyak 40 terowong yang meliputi panjang keseluruhan lebih 60 kilometer dan pembinaan jejambat panjang keseluruhan 127 kilometer di sepanjang jajarannya,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/mata-wang-brics-ambil-alih-peranan-usd/
Mata wang BRICS ambil alih peranan USD?
[ "DOLAR Amerika Syarikat (USD) telah menjadi mata wang antarabangsa terkemuka di dunia kerana pelbagai sebab yang terdiri daripada faktor ekonomi, politik dan sejarah. Dianggarkan kira-kira 60 peratus daripada semua rizab tukaran asing yang dipegang oleh bank-bank pusat adalah dalam USD manakala kira-kira 40 peratus daripada perdagangan global turut dinisbahkan kepada USD. Ini telah menjadikan USD sangat dominan dalam perdagangan global, dan turut dipanggil sebagai hegemoni USD.", "Hegemoni USD dalam sistem kewangan global telah memberikan kuasa kepada negara Amerika Syarikat untuk menentukan serta mempengaruhi kesejahteraan global. Pada masa yang sama, dengan kuasa yang ada, negara Uncle Sam ini sering mempergunakan mata wang dan dasar monetari mereka sebagai senjata untuk menguasai ekonomi dunia. ", "Walaubagaimanapun, sebahagian pengkritik berpendapat bahawa hegemoni ini telah memberi pelbagai kesan negatif selain mewujudkan banyak ketidakseimbangan dalam sistem kewangan global yang turut membawa kepada krisis kewangan dan ketidakstabilan ekonomi dunia. Sebagai contoh, krisis kewangan Asia pada tahun 1997 sememangnya berpunca daripada kenaikan mendadak kadar faedah USD oleh Bank Negara Amerika (Federal Reserve).", "Oleh yang demikan, beberapa negara seperti BRICS (Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan) telah menyatakan hasrat untuk mencipta mata wang global baharu yang bertujuan mengurangkan pergantungan dunia kepada USD. Mata wang global baharu ini diharap mampu memberi pelbagai faedah kepada sistem kewangan global seperti memperkukuh integrasi ekonomi dalam negara BRICS itu sendiri, mengurangkan pengaruh Amerika Syarikat di pentas global dan melemahkan kedudukan USD sebagai mata wang rizab antarabangsa.", "Sejak tahun 2014 lagi, negara-negara BRICS telah meneroka pelbagai cara untuk mengurangkan pergantungan mereka kepada USD. Mereka telah menubuhkan Bank Pembangunan Baru (New Deevelopment Bank) sebagai alternatif kepada Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund). Baru-baru ini, semasa Sidang Kemuncak BRICS ke-14 pada pertengahan tahun 2022, Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengumumkan bahawa negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan) akan berganding tangan untuk mengeluarkan “mata wang rizab global baharu” dan bersedia untuk bekerjasama secara terbuka dengan semua rakan negara-negara lain yang turut berhasrat untuk mengurangkan pergantungan mereka kepada USD.", "Cadangan mata wang rizab global baharu oleh negara BRICS ini berpotensi menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan yang lebih menarik, peluang pelaburan yang unik serta menggalakkan negara-negara lain untuk membentuk pakatan dalam membangunkan mata wang serantau mereka sendiri. Kesemuanya ini adalah dengan satu misi yang jelas iaitu untuk mencabar atau meruntuhkan hegemoni Amerika Syarikat dalam sistem kewangan semasa.", "Namun begitu, ramai yang percaya bahawa hegemoni USD ini akan kekal kukuh dan berdaya tahan sebagai mata wang dominan dunia. Faktor sejarah Bretton Woods menjadi hujah utama mereka kepada faktor kukuhnya hegemoni USD ini selain keterbukaan dan ketelusan pasaran kewangan di Amerika Syarikat serta kebijaksanaan mereka dalam mengawal situasi geopolitik dunia. Sebagai contoh, Amerika Syarikat sentiasa menjadi kuasa besar utama dunia sejak akhir Perang Dunia ke II di mana banyak negara bergantung kepadanya dari sudut bantuan, keselamatan dan sokongan diplomatik. Ini secara tidak langsung membantu kepada pengukuhan USD sebagai mata wang yang dipercayai lagi stabil.", "Selain itu, kemunculan sistem mata wang baharu mungkin berpontensi menimbulkan pelbagai risiko negatif yang ketara kepada ekonomi dan pasaran kewangan. Ini kerana, sistem tersebut akan mengubah dasar monetari sedia ada dan memburukkan lagi ketegangan geopolitik. Sehubungan itu, sebelum sistem mata wang baharu ini dilancarkan, semua pihak perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai strategi dalam berhadapan dengan risiko-risiko yang akan muncul selain dari perlu sentiasa peka tentang perkembangan sistem kewangan global.", "Secara umumnya, mengatasi isu hegemoni USD dalam sistem kewangan global adalah misi yang kompleks dan mencabar. Ia memerlukan perubahan ketara kepada landskap ekonomi dan kewangan sedia ada. Beberapa cabaran seperti akses terhad kepada pasaran kewangan antarabangsa, sekatan ke atas kebolehtukaran mata wang dan kebimbangan mengenai ketelusan serta kestabilan sistem kewangan perlu ditangani sebelum hegemoni USD boleh dicabar. Semua ini dianggap sebagai halangan yang ketara, dan mungkin mengambil masa untuk matawang BRICS serta negara-negara lain untuk bersaing dengan USD.  – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/ecrl-pm-ucap-terima-kasih-kepada-mb-kelantan/
ECRL: PM ucap terima kasih kepada MB Kelantan
[ "KOTA BHARU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjadi pencetus dan perubahan kepada negeri-negeri yang dianggap terpisah daripada perkembangan di Lembah Klang.", "Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan negeri harus gerak bersama untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan, di samping mencari kaedah mencetuskan perubahan melalui pelaburan baharu.", "“Saya berterima kasih kepada Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Dato’ Ahmad Yakob yang mengikuti perkembangan kemajuan projek ECRL dan Kelantan mencatatkan rekod yang baik kerana memberi kerjasama dan proses pengambilan tanah.", "“Beberapa pejabat kerajaan persekutuan juga akan dibangunkan di sini termasuk Ibu Pejabat Polis Kontijen,” katanya pada majlis pelancaran pembinaan stesen ECRL Kota Bharu hari ini.", "Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pegawai Eksekutif MRL Dato’ Sri Darwis Abdul Razak dan Pengarah Eksekutif China Communications Construction Company Ltd (CCCC) Liu Hui.", "Perdana Menteri juga berkata, sebelum siap pembinaan ECRL sepenuhnya perancangan perlu dibuat bagi memastikan ada perubahan lebih ketara di Pantai Timur.", "“Kita perlu ada beberapa tindakan segera yang lebih agresif bagi menarik pelabur untuk menjamin beberapa insentif baharu dan proses pengurusan yang lebih cepat.", "“Oleh itu, saya percaya kalau jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat lebih akrab ia memudahkan lagi projek yang memberi manfaat kepada negeri termasuk Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/potensi-agihan-keuntungan-bersasar-tabung-haji/
Potensi agihan keuntungan bersasar Tabung Haji
[ "ISU peningkatan kos haji sentiasa menjadi isu berbangkit saban tahun. Sehubungan dengan itu, pemberian subsidi haji yang berterusan untuk menampung kos haji akan menyebabkan ketidaklestarian pengurusan agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam jangka panjang.", "TH pada 20 Mac 2023 lalu telah mengumumkan bahawa untuk musim haji tahun 2023/1444H, pemberian subsidi haji telah dikhususkan kepada bakal haji dalam kumpulan B40 dan M40 sahaja. Manakala bakal haji dalam kumpulan T20 dikehendaki membayar jumlah penuh kos haji sebanyak RM30,850 seorang.", "Untuk rekod, bakal haji dalam kumpulan M40 perlu membayar kos haji sebanyak RM15,980 seorang (TH akan menanggung subsidi sebanyak RM14,870), manakala bakal haji dalam kumpulan B40 perlu membayar kos haji sebanyak RM10,980 seorang (TH akan menanggung subsidi sebanyak RM19,870).", "Dalam erti kata lainnya, TH masih lagi membiayai hampir dua pertiga (64 peratus) daripada kos haji bagi bakal haji dalam kumpulan B40 dan hampir separuh (48%) bagi bakal haji dalam kumpulan M40.", "Walaupun pembahagian jemaah haji kepada kumpulan B40, M40 dan T20 bukanlah sesuatu yang benar-benar ideal, malah kurang bertepatan dengan tuntutan istito’ah atau berkemampuan dalam menyediakan belanja yang cukup untuk menunaikan haji, langkah berani TH untuk mengenakan bayaran penuh kepada jemaah haji dalam kumpulan T20 merupakan tindakan yang wajar dipuji.", "Ketika pengumuman kadar agihan keuntungan TH bagi tahun 2022 pada 28 April 2023 yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar mendedahkan bahawa terdapat lebih 20 orang bakal haji dalam kumpulan B40 yang sanggup untuk membayar penuh kos haji sebanyak RM30,850.", "Penekanan terhadap kepentingan istito’ah bukan sahaja langkah yang tepat, malah dapat membantu TH dalam penjajaran semula strategi pelaburan demi memberi agihan keuntungan yang kompetitif.", "Namun begitu, sejarah merekodkan kos haji pada 2023 telah pun meningkat hampir 100 peratus berbanding sedasawarsa lalu (RM15,555 pada 2013 dan RM30,850 pada 2023).", "Malahan, sekiranya kita mengambil sikap realistik dan mengekstrapolasi data kos haji dan inflasi, maka tidak hairanlah kos haji akan terus meningkat.", "Justeru, TH perlu meneroka penyelesaian jangka masa panjang yang lebih lestari dalam menangani beban kewangan TH terutama sekali subsidi haji yang bakal meningkat.", "Sebagai contoh, TH perlu meneroka potensi agihan keuntungan bersasar kepada para pendeposit TH. Meskipun konsep agihan keuntungan bersasar ini tidak memberi daya penarik kepada golongan T20 untuk berterusan menyimpan wang mereka di TH, namun dengan kefahaman yang betul, tidak mustahil kesemua pemegang taruh akan menyokong inisiatif agihan keuntungan bersasar bagi memastikan kelestarian agihan keuntungan dalam jangka masa panjang.", "Konsep agihan keuntungan bersasar bermaksud agihan keuntungan yang lebih tinggi boleh diberikan kepada para pendeposit yang masih belum menunaikan haji dengan kadar yang tertentu dan bagi tempoh tertentu.", "Contohnya, TH boleh memberikan kadar agihan keuntungan yang lebih tinggi, misalnya 3.1 peratus (agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2022) + 1.0 peratus bersamaan 4.1 peratus untuk simpanan RM50,000 pertama bagi pendeposit yang masih belum menunaikan haji tetapi telah mendaftar haji dan gilirannya menunaikan haji akan tiba dalam tempoh 20 tahun dan ke bawah.", "Jumlah simpanan sebanyak RM50,000 boleh dikira munasabah dengan mengambil kira kos penuh haji sebanyak RM30,850 dan kos sara diri ketika di tanah suci berjumlah beberapa ribu ringgit lagi.", "Selain itu, untuk pengoperasian inisiatif di atas, TH boleh mengenakan beberapa syarat tambahan seperti pendeposit bakal haji tidak dibenarkan untuk mengeluarkan agihan keuntungan melainkan dengan kelulusan khas juga boleh dikenakan bagi memastikan jumlah simpanan yang progresif dapat dikumpulkan bagi membolehkan bakal haji untuk menunaikan haji dalam tempoh terdekat, misalnya 10 tahun atau 20 tahun lagi.", "Manakala TH boleh mengekalkan kadar agihan keuntungan standard kepada pendeposit kategori kedua yang sudah menunaikan haji atau yang belum berhasrat mendaftarkan diri untuk menunaikan haji.", "Malahan, sekiranya pendeposit dalam kategori kedua benar-benar menjiwai falsafah ta’awun atau saling tolong-menolong dalam urusan agama, mereka tidak bermasalah untuk membenarkan jumlah agihan keuntungan yang lebih tinggi diberikan kepada saudara seagama mereka belum direzekikan untuk menunaikan haji.", "Agihan keuntungan bersasar ini juga bertepatan dengan tujuan atau maqāṣid TH yang menjadi medan bagi bakal haji untuk menambahkan simpanan mereka untuk menunaikan haji dengan mendapat agihan keuntungan yang patuh syariah.", "Malahan, TH juga boleh meneroka satu mekanisme bagi membolehkan pendeposit kategori kedua ini (terutama sekali pendeposit T20 yang sudah mengerjakan haji) untuk menyerahkan secara sukarela (samada keseluruhan atau sebahagian daripada) agihan keuntungan yang diterima pada tahun semasa ke dalam satu dana khas yang diperuntukkan kepada pendeposit bakal haji yang akan menunaikan haji pada tahun tersebut dan tahun berikutnya.", "Dana khas kemudiannya boleh diagihkan sebagai subsidi bersasar kepada pendeposit bakal haji, persis skim takaful yang diamalkan dalam industri takaful masa kini.", "Inisiatif sebegini juga merupakan cerminan sebenar roh ta’awun yang dapat disemai dalam kalangan para pendeposit yang lebih berkemampuan untuk membantu saudara pendeposit lain yang kurang berkemampuan.", "Dalam masa yang sama, jumlah deposit minimum untuk mendaftar haji sebanyak RM1,300 sudah tidak lagi berkadaran dengan kos haji yang semakin meningkat. Sebaliknya, TH perlu menaikkan kadar deposit itu ke jumlah yang lebih munasabah seperti RM3,000. Ataupun 10 peratus berbanding kos haji bagi tahun semasa.", "Jika tidak, tempoh menunggu haji akan menjadi lebih 200 tahun dan ini sangat tidak praktikal untuk dilaksanakan. Bahkan, dengan jumlah deposit pendaftaran haji yang lebih tinggi, TH akan memiliki aliran tunai yang lebih banyak dan ini akan memberikan lebih fleksibiliti untuk TH melaburkan wang pendeposit untuk pulangan yang kompetitif.", "TH juga tidak sepatutnya disamakan fungsinya dengan bank komersial di mana simpanannya boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun dalam masa yang sama diharapkan memberikan agihan keuntungan yang lumayan terutama sekali bagi mereka yang sudah pun menunaikan ibadah haji.", "TH perlu melaksanakan reformasi agihan keuntungan bersasar secara berperingkat bagi memastikan potensi membantu bakal haji untuk membina simpanan mereka bagi tujuan menunaikan haji dapat dimaksimumkan sepenuhnya. – HARAKAHDAILY 12/5/2023", "Dr Mohamed Hadi Abdul Hamid merupakan Felo Elit, manakala Dr Mohd Zaidi Md Zabri adalah Pensyarah Kanan, di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/ahli-akademik-islam-di-sepanyol-hadapi-diskriminasi/
Ahli akademik Islam di Sepanyol hadapi diskriminasi
[ "MADRID: Ahli akademik Sepanyol yang memeluk Islam menyembunyikan bahawa mereka  sebenarnya beragama Islam supaya kerjaya mereka di negara itu tidak terjejas.Seorang ahli akademik yang bekerja dalam bidang hubungan antarabangsa yang mahu dikenali sebagai Luci Hurtado memberitahu Anadolu Agency pada Khamis (11 Mei), diskriminasi terhadap ahli akademik Islam berlaky di universiti-universiti di Sepanyol.", "Hurtado yang beragama Katolik sebelum memeluk agama Islam pada tahun 2010 berkata, dia memutuskan menjadi seorang Muslim selepas gagal mendapat jawapan yang logik daripada orang-orang di sekelilingnya tentang agama Kristian.", "“Keputusan untuk menjadi seorang Muslim adalah satu langkah besar kerana dia tahu dia. akan dipulaukan oleh kalangan pergaulan sosialnya selepas saya menukar agama menjadi penganut Islam,” kongsinya.", "Hurtado berkata dia menghadapi reaksi dan diskriminasi yang kuat apabila dia memberitahu keluarga dan rakan-rakan rapatnya bahawa dia kini seorang Muslim, sambil menambah bapanya menolak keputusannya untuk memeluk Islam.", "“Saya menyertai komuniti yang diasaskan oleh orang Sepanyol Islam untuk berkawan apabila saya  diketepikan daripada kalangan sosial saya sebelum saya menjadi Muslim. Individu lain yang sama seperti saya  juga mengadu didiskriminasi oleh masyarakat mereka sendiri di Sepanyol,” jelasnya lagi..", "Tambah Hurtado, dia memperoleh ijazah kedoktoran dalam hubungan antarabangsa di salah sebuah universiti berprestij di Sepanyol pada 2011 dan dia tidak didiskriminasi kerana dia tidak bertudung pada masa itu, tetapi orang Sepanyol Islam di sekelilingnya dikecualikan daripada pencapaian akademik itu.", "“Ini bukan perkara prosedur. Profesor jabatan memanggil profesor anda di universiti tempat anda berasal dan menyiasat sama ada anda seorang Muslim atau seorang yang ‘radikal’. Jika ternyata anda seorang Islam, anda tidak diterima masuk ke dalam akademik. Jika anda bertanya kepada orang yang melakukan ini, mereka menafikannya kerana apa yang mereka lakukan adalah haram,” dedahnya lagi.", "“Tiada ahli akademik Sepanyol yang memilih untuk menjadi seorang Muslim akan menjawab soalan yang anda ajukan kepada saya kerana mereka takut didera dan didedahkan. ", "“Universiti yang kita mohon akan melihat agama kita lebih daripada pencapaian kerjaya akademik. Jika ternyata kita beragama Islam , kredibiliti artikel, analisis dan penyelidikan kami akan dipersoalkan,” tambahnya.", "“Penasihat tesis tidak lantang menentang isu ‘buli akademik’ walaupun mereka menganggap ini  sesuatu yang salah, sambil menambah keperluan yang dirasakan oleh orang Sepanyol Islam untuk menyembunyikan agama mereka telah menyebabkan mereka mengalami tekanan dan masalah psikologi,” katanya. ", "Terdahulu, Setiausaha Suruhanjaya Islam Sepanyol berkata bahawa penduduk Islam yang tinggal di Sepanyol telah meningkat 10 kali ganda dalam tempoh 30 tahun terakhir, melebihi 2.5 juta berbanding populasi negara itu yang berjumlah 46.8 juta. – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/ai-mampu-jejaskan-kepercayaan-interaksi-manusia/
AI mampu jejaskan kepercayaan interaksi manusia
[ "Apabila teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence atau AI) kini menjadi semakin realistik dan masuk ke dalam rutin kehidupan manusia seperti melalui platform chatGPT dan Bard yang masing-masing diperkenalkan Microsoft dan Google, ia menjadikan kepercayaan kita sebagai manusia terhadap manusia lain yang berkomunikasi dengan kita mungkin dan makin terjejas.Penyelidik di Universiti Gothenburg, Sweden baru-baru ini telah mengkaji cara sistem teknologi AI yang canggih memberi kesan kepada kepercayaan terhadap individu yang terbabit dalam berinteraksi.", "Jenis kajian  interaksi perbualan pertama, robot AI  menghubungi manusia untuk menempah temu janji mendandan rambut, tanpa diketahui oleh orang di hujung talian telefon yang satu lagi itu bahawa dia sebenarnya dihubungi robot. ", "Dalam satu senario jenis kajian perbualan ketiga ini, seorang bakal penipu, percaya dia berhadapan dengan mangsa penipuannya, seorang ‘lelaki tua’ yang sebenarnya ialah robot AI yang disambungkan ke sistem komputer dan berkomunikasi melalui gelung pra-rakam.", "Sedangkan lelaki itu yang sebenarnya ditipu (dan diuji tahap penipuannya), kerana dia sebenarnya bukan berinteraksi dengan manusia, tetapi sebaliknya mesin (robot AI).", "Lelaki itu telah menghabiskan banyak masa cuba untuk cuba menipu ‘lelaki tua’ itu, tetapi dengan sabar mendengar ceritanya yang agak mengelirukan dan berulang-ulang.", "Profesor Komunikasi di Universiti Gothenburg, Oskar Lindwall dalam pemerhatian hasil kajian tersebut mendapati bahawa ia selalunya mengambil masa yang lama untuk orang ramai menyedari bahawa mereka sebenarnya berinteraksi dengan sistem teknikal yang dalam kes ini ialah ‘lelaki’ tua atau robot AI berkenaan.", "Beliau telah, dengan kerjasama Profesor Informatika Universiti Gothenburg, Jonas Ivarsson, baru-baru ini telah menghasilkan jurnal berjudul, Suspicious Minds: The Problem of Trust and Conversational Agents (Minda yang Meragukan: Masalah Agen Perbualan dan Kepercayaan), yang meneroka cara individu mentafsir dan mengaitkan situasi di mana salah satu pihak mungkin menjadi ejen AI.", "Jurnal itu menyerlahkan akibat negatif daripada menyimpan syak wasangka terhadap orang lain, seperti kerosakan yang boleh ditimbulkannya kepada perhubungan dalam interaksi antara manusia.", "Ivarsson memberikan contoh dalam hubungan percintaan, yang melibatkan isu kepercayaan pasangan yang bercinta timbul, membawa kepada perasaan cemburu dan peningkatan kecenderungan untuk mencari bukti terhadap penipuan pasangan yang masing-masing.", "Penyelidik berpendapat bahawa sikap tidak dapat mempercayai sepenuhnya niat dan identiti rakan perbualan boleh mengakibatkan syak wasangka yang berlebihan walaupun tidak ada sebab untuknya.", "Kajian mereka mendapati bahawa semasa interaksi antara dua manusia, beberapa tingkah laku ditafsirkan sebagai tanda bahawa salah seorang daripada mereka sebenarnya adalah robot.", "Ivarsson mempersoalkan sama ada AI sepatutnya mempunyai suara seperti manusia, kerana ia mewujudkan rasa keintiman dan membawa orang untuk membentuk tanggapan berdasarkan suara sahaja.", "Dalam kes bakal penipu yang cuba menipu lelaki tua berkenaan, penipuan itu hanya terdedah selepas tempoh masa yang lama, yang Lindwall dan Ivarsson mengaitkannya dengan kebolehpercayaan suara manusia dan andaian bahawa tingkah laku yang keliru itu disebabkan oleh usia.", "“Sebaik sahaja AI mempunyai suara, kami membuat kesimpulan atribut seperti jantina, umur dan latar belakang sosioekonomi, menjadikannya lebih sukar untuk mengenal pasti bahawa kami (manusia) sebenarnya sedang  berinteraksi dengan komputer,” kata Lindwall.", "“Justeru, hasil kajian kami mencadangkan bahawa mencipta AI dengan suara yang berfungsi dengan baik dan fasih yang masih jelas sintetik, meningkatkan ketelusan dalam interaksi.", "Tambah beliau, ketidakpastian sama ada seseorang itu bercakap dengan manusia atau komputer (dalam kes ini robot AI) telah mempengaruhi aspek dalam perhubungan komunikasi.", "“Walaupun ia mungkin tidak penting dalam beberapa situasi, seperti terapi kognitif-tingkah laku, bentuk terapi lain yang memerlukan lebih banyak hubungan manusia mungkin terjejas secara negatif,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/jkns-nafi-murid-perempuan-meninggal-akibat-strok-haba/
JKNS nafi murid perempuan meninggal akibat strok haba
[ "SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menafikan bahawa kematian seorang murid perempuan di Klang adalah berpunca daripada strok haba seperti yang ditularkan di media sosial.", "Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dalam kenyataan berkata berdasarkan rekod pemeriksaan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, beliau telah hadir ke klinik dalam keadaan kritikal dan didiagnos sebagai gastroenteritis akut dengan komplikasi.", "“Rawatan sewajarnya telah diberikan sebelum beliau dirujuk ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Namun, beliau telah meninggal dunia pada 9 Mei dan tidak mengalami strok haba seperti yang ditularkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook JKNS.", "Terdahulu, Dr Sha’ari berkata pihaknya telah menerima makluman berhubung mesej tular mengenai kematian seorang murid perempuan dipercayai strok haba yang melibatkan seorang murid sekolah di Selangor pada 10 Mei lalu.", "“Beliau mengalami gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas makan malam pada 8 Mei. Keesokannya, mangsa telah dibawa ke klinik dan hasil pemeriksaan mendapati beliau hadir dalam keadaan kritikal dan didiagnos kes gastroenteritis akut dengan komplikasi,” katanya.", "Dalam pada itu, Dr Sha’ari turut mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan gejala cirit-birit dan muntah yang dialami kerana jika tidak terkawal, ia berpotensi untuk menyebabkan situasi kekeringan khususnya dalam musim cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/ph-terperangkap-isu-mb-anak-selangor/
PH terperangkap isu MB anak Selangor
[ "AHAD lepas dalam majlis Rumah Terbuka PAS Negeri Selangor di Shah Alam, Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah dalam ucapannya mengisytiharkan bahawa jika PERIKATAN NASIONAL menang dalam PRN Selangor tidak lama lagi, PN akan pastikan Menteri Besar Selangor diangkat dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor di kalangan anak kelahiran Selangor.Pentingnya Menteri Besar Selangor ini anak Selangor, demi memastikan sebagaimana Menteri Besar di negeri-negeri lain yang memiliki citra negeri masing-masing, Menteri Besar Selangor juga perlu memiliki citra Selangor. Iaitu memahami dan tahu budaya, selok-belok, duka-nestapa, kemahuan, kehendak dan denyut jantung rakyat Selangor kerana beliau lahir dan dibesarkan di negeri ini.PH Selangor tercabar kerana Menteri Besarnya bukan anak Selangor. Salahkah kenyataan Sanusi itu?Malah kata Sanusi bukan sekadar Menteri Besar PH bukan anak Selangor, sebahagian besar anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor atau EXCO, juga bukan anak Selangor. Isunya adalah jawatan Menteri Besar Selangor. Dalam penghuraiannya Sanusi terangkan bagi Kerajaan PH Selangor bukan sekadar Menteri Besar, Exco pun ramai bukan anak Selangor. (Ikut rekod selain Menteri Besar, 2 Exco PAN semua bukan anak Selangor, 3 Exco DAP semua bukan anak Selangor dan 2 Exco PKR juga bukan anak Selangor, hanya 3 dari PKR yang anak Selangor dalam MMKN Selangor) Terus dalam kegelabahan, dalam mahu menegak benang yang kuyup basah, para soldadu cytro PH termasuk beberapa pimpinan mereka buat serangan balas. Kononnya MP-MP atau Ahli-ahli Parlimen PAS Selangor pun bukan anak Selangor. Exco PAS semasa PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat dulupun ada yang bukan anak Selangor. Nampak tak ligatnya mereka buat putar belit. Dalam sidang media sejurus selepas ucapannya malam itu Sanusi menjelaskan isunya jawatan Menteri Besar Selangor. Adapun Exco itu tak mengapalah jika ada juga anak bukan Selangor yang berkelayakan dimasukkan. Janganlah jadi macam PH, Menteri Besar dan Exco majoriti bukan anak Selangor. Isunya jawatan Menteri Besar Selangor, tak perlulah belit dan pusing sampai bangkitkan isu jawatan lain.Soalnya adakah PH selepas ini akan melantik Menteri Besar Selangor dari kalangan anak Selangor sebagaimana kenyataan Sanusi bahawa PN jika menang Selangor PN akan melantik dengan perkenan Tuanku Sultan calon dari kalangan anak Selangor sebagai Menteri Besar atau bagaimana? Jangan dolak-dalik.ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR Setiausaha PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/kisah-bagi-laluan-jalan/
Kisah bagi laluan jalan…
[ "ADA tanah yang asalnya orang tua dulu bagi laluan untuk dibina jalan. Kerajaan pun binalah jalan walaupun itu bukan rizab jalan. Sekarang jalan sudah jadi jalan tar laluan harian orang kampung. Bila dah jadi tanah pusaka dan dapat kepada waris, jalan tersebut dipagar dan tak dibenarkan lagi orang ramai lalu. Maka kita perlu cari peruntukan ratusan ribu untuk bina jalan baru.Ada kes, kepala sebuah jambatan letaknya di hujung tanah seorang hamba Allah. Bila dia nak pagar tanah menyebabkan ruang untuk kenderaan ambil selekoh sebelum menaiki jambatan menjadi terlalu sempit. Kita bincang supaya tuan tanah bermurah hati untuk buat pagar ke dalam sikit dengan tinggal bucu tanah dalam sedepa sahaja supaya mudah orang nak lalu. Tapi dukacita, dijawabnya ini tanah ambo! Ada kes bila kita nak bina longkang untuk alirkan air bertakung dari kawasan rumah penduduk di bawah projek kecil pembangunan. Memang untuk projek kecil kita tak ada peruntukan pengambilan tanah. Lalu kita minta izin untuk longkang di bina atas ‘ttaro’ atau sempadan tanah milik. Tuan tanah pun boleh sama-sama manfaatkan kewujudan longkang tersebut. Keputusannya, tuan tanah tak benar!Ada pula kes, sebelum kita minta lagi, tuan tanah yang mari offer kalau nak buat jalan ambillah tanah dia. Tak payah bayar apa-apa.Saya tak boleh kata apa. Hak orang adalah hak orang. Tuan dia tak benar walau siapa pun kita, itu adalah hak dia. Kita perlu cari alternatif lain.YB DR AZMAN IBRAHIMPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/kjaan-bn-ph-perak-gagal-jaga-hak-melayu/
K’jaan BN-PH Perak gagal jaga hak Melayu
[ "MEDIA lapor 3,214 Hektar Tanah Rizab Melayu (TRM) Perak sekarang telah dimiliki oleh bukan-Melayu seperti mana yang laporkan oleh Laporan Audit Negara 2019 Siri 2 Negeri Perak.Laporan Audit yang sama juga mendedahkan 3,417 TRM adalah milik perseorangan Cina. Rujuk lampiran 1 dan lampiran 5.Menteri Besar Perak mendakwa ia masih TRM tapi pemilikan bukan-Melayu. Beliau menyatakan bahawa PTG tidak boleh menyekat penjualan syarikat yang memiliki TRM kepada bukan-Melayu. Sila rujuk video lampiran 2.Saya semak Enakmen Rizab Melayu 142 (lampiran 3 dan 4), jelas tertulis objektif utama Rizab Melayu adalah seperti berikut:a. Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan-Melayu.b. Menyekat tanah Pegangan Melayu atau TRM daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan-Melayu.Merujuk juga kepada Enakmen Rizab Melayu 142, jelas bagi syarikat yang diklasifikasikan sebagai syarikat Melayu hendaklah: a. Kesemua ahlinya hendaklah Melayu atau syarikat Melayu yang ditafsirkan Melayu.b. Ada peruntukan secara hitam putih di dalam undang-undang tubuhnya bahawa penjualan saham-saham syarikat itu hanya pada individu Melayu atau syarikat Melayu sahaja.5. Persoalan saya kepada YAB Menteri Besar Perak:a. Apakah YAB Menteri Besar tidak tahu akan peruntukan ini dalam Enakmen Rizab Melayu 142 yang mensyaratkan syarikat yang memiliki TRM mesti mematuhi syarat Melayu dinyatakan di atas? b. Adakah semua syarikat ini ketika diluluskan TRM telah dikenal pasti mematuhi syarat di atas iaitu di dalam undang-undang tubuh syarikat jelas dinyatakan bahawa penjualan saham syarikat hanya dibenarkan kepada individu Melayu atau Syarikat Melayu sahaja atau berlaku kepincangan ketika proses kelulusan ini?Kesimpulan saya, sama ada berlaku kepincangan ketika kelulusan iaitu syarikat tanpa peruntukan seperti poin no.4 diluluskan TRM (peringkat PTG Negeri Perak), atau berlaku kepincangan pada proses penjualan syarikat (peringkat Suruhanjaya Syarikat Malaysia – SSM) apabila diluluskan penjualan syarikat yang jelas terdapat ketetapan seperti poin no.4 dalam undang-undang tubuh syarikat. Jadi YAB Menteri Besar jangan pula hanya jawab tidak ada kuasa, ini bukan level seorang Menteri Besar. Sebagai Menteri Besar anda berkuasa penuh, tubuh jawatankuasa siasatan dan siasat hingga lubang cacing serta ambil tindakan terhadap kepincangan berlaku. Baru layak diangkat sebagai ‘Hero Melayu’ jangan sekadar lantang di luar gelanggang tapi menikus bila di tengah gelanggang sendiri.Bertindaklah untuk rampas kembali TRM ini dan kembalikan pemilikan kepada Rizab Melayu.  NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 12/5/2023Sumber Asal:  https://www.facebook.com/650875906/posts/pfbid0EvsGCHVgbioA1xLQx83Vr5cyA3GDgBBvjV1R5pxWi7E6zazwfu8KcV9Vt4gkDWjZl/?mibextid=CDWPTGRujukan:1. Laporan berita Merdeka Times", "3. Enakmen Rizab Melayu 142 – Portal Pejabat Tanah dan Galian Perak https://ptg.perak.gov.my/portal/documents/85815/0/Enakmen+Rizab+Melayu.pdf/8d680e5d-a8eb-b4e0-7639-113c72eb3c5a?t=1566461147500 4. Intisari Enakmen Rizab Melayu 142 https://pintu.instun.gov.my/pdf/tanah/6_-_AKTA_LAIN/9-ENAKMEN_REZAB_MELAYU/3-NOTA/INTISARI_ENAKMEN_RIZAB_MELAYU.pdf5. Laporan Audit Negara 2019 Siri2 Negeri Perakhttps://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2021-09-28/CMD.24.2021%20-%20CMD%2024.2021.pdfPENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/kahwin-paksa-ph-bn-makin-nampak-keretakan/
‘Kahwin paksa’ PH-BN makin nampak keretakan
[ "RAMAI para penganalisa dan pemerhati politik yang terkedu kerana tidak menjangkakan yang PERIKATAN NASIONAL khasnya PAS dan BERSATU dapat memperolehi pencapaian yang luar biasa dalam Pilihan Raya Umum ke-15 November tahun lalu.Kemenangan 74 kerusi dengan menguasai majoriti kerusi-kerusi Melayu dengan lebih 56 peratus sokongan undi Melayu itu telah mengurangkan secara drastik sokongan khasnya kalangan pengundi Melayu terhadap Umno, PKR dan PAN.Yang lebih mengkagumkan adalah apabila PN juga berjaya membolot sokongan undi anak-anak muda khasnya ‘pengundi 18’ dan ‘first time voters‘ atau pengundi yang baru didaftarkan sebagai layak mengundi oleh kerana kaedah pendaftaran otomatik yang baru diperkenalkan.Ketika itulah istilah ‘Green Wave’ atau ‘Gelombang Hijau’ diperkenalkan yang memberi maksud kebangkitan kesedaran politik di kalangan umat Melayu yang jarang-jarang berlaku secara blok.Seorang wartawan ketika itu bertanya pandangan saya, mengapa PN menjadi pilihan khasnya anak-anak muda ini.Saya beritahu mudah sahaja, dalam tempoh berkempen sama ada kita sedari ataupun tidak PH dan BN ketika itu menyerang hebat antara satu sama lain. Di mana-mana sahaja kempen PH sama ada dalam ceramah umum atau media sosial, naratif yang dibawa adalah bahawa BN dan Umno ini adalah parti perompak dan penyamun. Mengundi mereka bermakna memberi kuasa kepada kaki-kaki rasuah. Lagu ‘Hoi hoi ya hoi’ lirik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berkumandang di mana-mana sahaja pentas PH seakan lagu rasmi, diguna untuk memperlekeh dan menghodohkan wajah pimpinan Umno dan BN.Di sebelah pihak lain pula Umno dan BN sakan menyerang PH khasnya DAP. DAP dilabel anti Melayu, anti Islam dan pro Komunis yang perlu ditolak. Mengundi PH bermakna memberi nyawa pada DAP untuk membawa agenda rasisnya. Itulah yang diulang-ulang para penceramah dan pimpinan Umno dalam kempen mereka.Pengundi-pengundi muda ini dikira pengundi yang segar, bersih dan baru melangkah ke dunia membuat pilihan. Mereka walaupun muda tetapi mindanya terbuka dan nalurinya dahagakan kebenaran.Apabila mereka diasak saban hari dengan propaganda BN dan PH yang serang menyerang antara satu sama lain ini mereka terkalih pada PN.Jika BN itu korap dan tidak bermoral, mereka wajib ditolak, demikian juga jika PH itu rasis dan anti Melayu mereka juga wajib ditolak. Lalu tinggallah PN yang dilihat tenang dan stabil, lain sama-sekali berbanding BN dan PH. Justeru terdorong hati mereka untuk berkata yang benar, dan yang benar pada pandangan mereka adalah wajar menyokong PN kerana PN-lah yang dilihat mampu membawa suara dan pandangan mereka berbanding BN dan PH.Itulah yang telah berlaku dan selebihnya menjadi sejarah.Sejurus PRU ke-15, lebih malang, rakyat termasuklah anak-anak muda ini melihat perkahwinan politik paksa yang tidak boleh terbayang dalam benak kepala mereka sebelum ini berlaku depan mata.BN dan PH yang serang-menyerang semasa tempoh kempen lalu tiba-tiba bersanding, berpeluk dan bermesra sesama sendiri, bantu-membantu untuk tidur sebantal membentuk Kerajaan Campuran yang sama. (Istilah kahwin paksa ini mula digunakan mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri menggambarkan hubungan PH-BN).Inilah malapetaka politik. Mungkin pimpinan PH dan BN terdesak, mereka mahu memastikan yang PN tidak membentuk Kerajaan Campuran untuk memerintah, lantas atas kepentingan bersama mereka sanggup menjilat ludah kembali dan bersekongkol walau hakikatnya PH dan BN ini bagaikan minyak dan air yang hampir mustahil boleh bersatu.Kerana itu hari ini kita lihat Kerajaan Campuran Perdana Menteri ke-10 ini gagal membentuk kestabilan dalam negara dan meyakinkan rakyat. Malah mereka sesama sendiri mula berbalah lantaran perbezaan yang terlalu besar antara mereka. Nama Kerajaan Campuran tetapi masing-masing curiga-mencurigai sesama sendiri.Isu pengampunan terhadap hukuman penjara yang sedang dijalani mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umpamanya sudah cukup menunjukkan betapa mereka sangat berbeza. Beberapa kumpulan dalam Umno mendesak agar kerajaan ini menuntut pengampunan buat Najib, manakala komponen PH khasnya DAP dan PAN termasuklah pimpinan PKR tidak selesa.Seorang pemimpin kanan PAN yang asalnya mengeluarkan kenyataan mewakili partinya menentang permohonan pengampunan ini telah dipaksa memohon maaf pada Umno. Timbalan Presiden PAN terpaksa seakan ‘melutut’ pada Umno kerana ianya tidak disenangi ahli-ahli Umno.DAP juga tidak selesa. Bagi mereka imej perompak dan perasuah pada Umno itu boleh menghakis sokongan rakyat khasnya para pengundi Cina terhadap mereka. Pimpinan mereka secara terbuka menyerang usaha pengampunan ini.Kini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-15 bagi 6 buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pun kita lihat perbalahan besar dalam isu pembahagian kerusi sedang berlaku sesama mereka.Di Selangor contohnya Umno konon-konon bercita-cita mahu bertanding lebih 10 kerusi DUN, jauh bawah angka Umno sebelum bekerjasama dengan PH. Tetapi Pengerusi DAP Selangor menolak mentah-mentah hasrat Umno itu. Kata beliau semua parti bertanding di kerusi yang mereka menang iaitu PKR   21, DAP 16, PAN 8 dan Umno 5. Baki 6 kerusi milik BERSATU dan PAS menurut beliau akan dibahagi-bahagi dan ianya bukan hak mutlak Umno untuk bertanding.Kasar bunyi kenyataan pemimpin tertinggi DAP Selangor ini, kasar untuk memberi amaran dan peringatan pada Umno bahawa mereka adalah komponen terkecil dalam gabungan PH-BN di Selangor.Demikianlah layanan yang diterima Umno, yang anehnya sedikit pun tidak menggusarkan Presidennya, yang selesa dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri walaupun berhadapan dengan 47 tuduhan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.PH dan BN dijangka terus bergasak sesama sendiri dalam isu pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU 6 negeri ini. Hari ini pun sudah dengar kegelisahan dan ketidakpuasan hati berbunyi dari kem DAP, PKR dan Umno sendiri.Sementara itu PN pula lancar menyusun strategi bagi menghadapi PRN di enam buah negeri ini dengan lebih tersusun, lebih baik dari pengalaman yang ditimba  pada PRU Parlimen ke-15 baru-baru ini.Kerana itulah adalah dijangkakan kesepaduan jentera PERIKATAN NASIONAL, kesungguhan para pemimpinnya berjuang membela dan mempertahankan nasib rakyat di waktu Kerajaan Campuran berbalah sesama sendiri semata-mata kerana kuasa dan kedudukan akan memberi kelebihan pada PN, dan sekali lagi PN akan menjadi pilihan yang lebih meyakinkan buat rakyat khasnya di kalangan anak-anak muda.ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR Setiausaha PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/kilang-haram-di-bukit-ibam/
Kilang haram di Bukit Ibam?
[ "MENGAMBIL maklum bahawa terdapat sebuah kilang beroperasi di Bukit Ibam yang menjalankan kerja membakar bateri.Asap pembakaran telah terhidu hingga ke perkampungan Orang Asal Buluh Nipis dan dikhuatiri terjadi pencemaran udara.Bimbang juga hasil pembuangan ini mengalir ke sungai terdekat.Adakah kilang ini beroperasi di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Ibam? Apakah tidak ada tindakan daripada Jabatan Perhutanan?Maklumat daripada orang tempatan bahawa kilang ini pernah disita oleh Jabatan Alam Sekitar, tetapi kini beroperasi semula.Pihak berwajib perlu mengambil serius terhadap isu ini kerana berkemungkinan membahayakan penduduk setempat dan yang lebih malang lagi Hutan Simpan Bukit Ibam boleh diceroboh sesuka hati oleh pihak atau dalang-dalang tertentu.Jika kilang ini beroperasi dengan melanggar kesalahan tertentu, kita minta disita dan diheret mereka ini dengan hukuman setimpal.Pemuda PAS Rompin akan bertindak lebih agresif jika perkara ini tidak diselesaikan oleh pihak berwajib.Sekian,PEMUDA PAS KAWASAN ROMPIN12 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/5391-mangsa-banjir-terima-bantuan-sebelum-akhir-mei/
5,391 mangsa banjir terima bantuan sebelum akhir Mei
[ "BESUT: Seramai 5,391 ketua isi rumah (KIR) di daerah ini akan menerima bantuan banjir daripada kerajaan negeri sebelum berakhir Mei, ujar Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.", "“Saya nak umumkan pemberian bantuan banjir kepada 5,391 KIR yang pada ketika banjir hari itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Besut. Hulu Besut (2,364), Jertih ada 1,187, Jabi (664), Kota Putera (613) serta Kuala Besut (563).", "“Insya-Allah kita akan bayar sebelum habis bulan ini, sebelum ini ramai yang tertanya jadi kita beri komitmen untuk melunaskannnya pembayaran ini setelah dilakukan sedikit proses,” ujarnya.", "“Terima kasih kerana semua sabar menunggu walaupun saya dengar ada yang sedih, tertanya bila hendak menerimanya, tak apalah kesabaran tuan-tuan terjawab pada malam ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/manifesto-prn-pas-terengganu-angkat-keperluan-anak-muda/
Manifesto PRN PAS Terengganu angkat keperluan anak muda
[ "DEWAN Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menzahirkan penghargaan kepada PAS Terengganu kerana terus mengangkat keperluan anak muda dalam tawaran Pilihan Raya Negeri yang diumumkan baru-baru ini.Tawaran PAS, menyediakan kemudahan pinjaman pembelian motosikal tanpa ‘interest’ untuk kerjaya maksimum RM4,000 sangat menerujakan rakyat.Janji pinjaman tanpa sebarang ‘interest’ ini bukan omong kosong, ia sudah terbukti menerusi pinjaman perumahan dan usahawan yang sudah dilaksanakan dalam Manifesto PRU14.DPPNT juga melihat manifesto ini sebagai kesinambungan janji terdahulu iaitu bantuan lesen motosikal yang memanfaatkan sekitar 25,000 belia.Inisiatif yang akan dilaksanakan jika PAS terus diberi mandat memerintah Terengganu ini turut membuktikan PAS bersedia untuk terus mentadbir kerajaan dengan pelbagai pelan menarik.Di saat parti lain berebut kerusi, PAS muncul satu-satunya parti dalam diam mengemukakan tawaran menarik buat rakyat.Tahniah dan terima kasih kepada PAS Terengganu kerana tidak meninggalkan golongan muda untuk mendapatkan kehidupan sejahtera.USTAZ MOHD HARUN ESAKetua Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/fahami-makna-madani-yang-sebenar/
Fahami makna madani yang sebenar
[ "AL-FARABI telah menjelaskan berkenaan konsep al-Madinah al-Fadilah atau negara ideal, sekali gus turut menyenaraikan sifat-sifat yang berlawanan dengannya. Ia merangkumi Jahilah, Fasiqah, Mubaddilah dan Dhallah. • Jahilah (الجاهلة) boleh difahami secara ringkas sebagai kecenderungan hidup ke arah enjoy semata-mata. Asalkan makan pakai cukup dan kemewahan dapat dikecapi, itu sudah dirasakan memenuhi tujuan hidup.• Fasiqah (الفاسقة) pula adalah anggota dan warga negaranya memiliki tahap pendidikan yang memuaskan, tapi berperilaku sebaliknya. Atau dalam erti kata lain, tahu mana betul dan mana salah. Tetapi langgar pengetahuan-pengetahuan tersebut, sekalipun ia dianggap membohongi diri sendiri.• Adapun Mubaddilah (المبدلة), paradigma yang serba seleweng hingga antara benar dan salah biasa dibolak-balikkan. Dengan istilah hari ini mahu dikatakan memiliki sifat sofis boleh, pragmatik boleh dan oportunis pun boleh.• Akhirnya Dhallah (الضالة), boleh diterjemahkan sebagai mengamalkan konsep teokrasi. Persis zaman gelap Eropah dahulu. Pemimpinnya perasan dapat mandat wahyu, tidak boleh dikritik yang menatijahkan diktatorship kerana tiada semak dan imbang.Al-Farabi menjelaskan semua kepincangan ini bermula dari kekeliruan dalam mentakrifkan erti kebahagiaan yang hakiki dalam kehidupan. Justeru cuba nilai, adakah madani yang dibicarakan hari ini mempamerkan unsur-unsur yang telah dijelaskan di atas.USTAZ ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD12 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/mb-perlis-tinjau-sendiri-masalah-rakyat/
Masalah rakyat dapat perhatian MB Perlis
[ "KANGAR: Aduan rakyat berhubung ketidakselesaan yang dihadapi di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, menyebabkan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, selepas temu janji beliau di HTF mengambil tindakan proaktif dengan membuat sendiri tinjauan di hospital itu, hari ini.“Pagi ini ke HTF bagi meninjau rungutan rakyat berkaitan ketidakselesaan tempat menunggu yang disediakan pihak hospital.", "“Sempat juga bersembang dan mendengar keluhan orang awam yang menunggu pagi ini. InsyaAllah, kita akan selesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Diharapkan semua pihak dapat bersabar dan tenang,” katanya." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/perlis-tolak-pelabur-cuba-sogok-dapat-projek/
Perlis tolak pelabur cuba sogok dapat projek
[ "“Kita sentiasa cari sumber yang halal, mudah-mudahan rezeki yang kita dapat walaupun sedikit ada keberkatan, Insya-Allah,” katanya di sini ketika dihubungi.", "“Saya berjumpa dengan pelabur-pelabur terbabit. Kita tolak ungkapan hang boleh melabur di Perlis ini, tapi 10 peratus kena bagi dekat aku. Kita tidak mahu cara seperti itu.", "“Saya jumpa ramai pelabur yang mai (datang), dia kata jangan bimbang YAB bagi sahaja dekat saya, dan akan bagi sekian-sekian. Saya tidak mahu cara-cara seperti itu,” katanya.", "Menteri Besar menegaskan kerajaan PN Perlis sama sekali tidak akan menerima pelabur seperti itu bagi melaksanakan sebarang projek di negeri Perlis." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/sukan-sea-harimau-muda-belasah-singapura-7-0/
Sukan SEA: Harimau Muda belasah Singapura 7-0
[ "Malaysia menamatkan kempen bola sepak Sukan SEA dengan kemenangan besar, membelasah Singapura 7-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Visakha di Phnom Penh, semalam.Jiran seberang tambak menjadi mangsa belasahan skuad bawah 22 tahun negara yang seperti melepaskan geram selepas gagal layak ke separuh akhir.", "Kemenangan itu meletakkan skuad bimbingan E Elavarasan di tempat ketiga Kumpulan B apabila menghimpun enam mata hasil dua kemenangan ke atas Laos dan Singapura. Malaysia tewas kepada Thailand dan Vietnam.", "Dalam perlawanan semalam, pemain sayap T Saravanan menjaringkan empat gol pada minit ke-14, 47, 53 dan 60, manakala penyerang Haqimi Azim Rosli, menjaringkan gol pada minit ke-45.", "Kapten dan pemain tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi menjaringkan gol keenam pada minit ke-87, dan gol terakhir oleh Aiman ​​Afif Mohd Afizul pada minit ke-90. – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/piala-asia-2023-malaysia-hadapi-korea-selatan/
Piala Asia 2023: Malaysia hadapi Korea Selatan
[ "Skuad Harimau Malaya diletakkan dalam Kumpulan E Piala Asia AFC bersama Korea Selatan dan dua pasukan Asia Barat, Jordan dan Bahrain.Cabutan undian dibuat secara rasmi di Panggung Opera Katara di Qatar, semalam.", "Pertemuan dengan Korea Selatan pasti membuatkan jurulatih kebangsaan yang berasal dari negara itu, Kim Pan-gon, perlu memikirkan strategi terbaik untuk memastikan negara mampu memberikan cabaran bermakna dalam kejohanan di Qatar yang bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.", "Jordan dan Bahrain juga bukan calang-calang pasukan dengan kedua-dua negara berkenaan berada lebih tinggi dari segi ranking, iaitu masing-masing di tangga 84 dan 85.", "Ini juga akan menjadi penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia. Dalam tiga edisi sebelum ini pada 1976, 1980 dan 2007, Malaysia gagal layak ke peringkat kalah mati.", "Sementara itu, Jepun yang muncul juara sebanyak empat kali diundi dalam Kumpulan D bersama dua wakil Asia Tenggara, Indonesia dan Vietnam serta Iraq. – HARAKAHDAILY 12/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/pas-bekerjasama-mengikut-islam/
PAS bekerjasama mengikut Islam
[ "BANYAK kalangan yang mempertikaikan kerjasama PAS dengan pihak lain, mengapa ia boleh berubah? Malah, PAS dianggap mengkhianati kerjasama, kerana sepatutnya tetap tidak boleh diubah, khususnya kerjasama bersama DAP yang telah dibatalkan.", "Sebenarnya, PAS kerap bekerjasama dengan pihak lain dengan tujuan melaksanakan perpaduan umat, dan untuk memperkenalkan politik Islam sehingga dapat mengadakan kerjasama politik bagi menegakkan negara bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kalangan Islam dan bukan Islam. Hal ini telah dilaksanakan sejak PAS ditubuhkan sebelum merdeka dan selepasnya sehingga kini, dalam urusan politik berkonsepkan perkara ijtihad yang bersifat dinamik.", "PAS yang beraqidah Islam yang sempurna, serta menghayati syariat dan akhlak Islam tidak menggunakan akal semata-mata, termasuk dalam urusan politik. Bahkan, PAS menjadikan al-Quran dan Sirah Nabawiah sebagai panduan dalam beberapa bentuk kerjasama dengan pihak lain, sama ada mengambil pendekatan yang dinamakan himayah (perlindungan), tahaluf (persefahaman), ta‘awun (tolong-menolong) atau lain-lain bentuk kerjasama.", "PAS menjadikan petunjuk daripada perspektif Fiqh Siyasah Syar‘iyyah dalam keadaan teguh dan tidak berganjak, serta beristiqamah dalam perkara prinsip aqidah perjuangan Islam dan matlamatnya. Namun, bersikap anjal (fleksibel) dalam beberapa tindakan dan pendekatan, mengikut realiti dan situasi yang sentiasa berubah dan berbeza-beza.", "Ketika Marhalah Makkiyyah sebelum berlakunya hijrah dan wujudnya sebuah negara yang berdaulat, Rasulullah SAW mengambil pendekatan himayah daripada kekuatan keluarga bukan Islam dan tokoh pemimpin bukan Islam yang berpengaruh, berperikemanusiaan dan bencikan kezaliman. Baginda SAW mendapat perlindungan khususnya daripada keluarga Bani Hasyim dan Bani al-Muttalib yang dekat hubungannya dengan Baginda.", "Pemimpin masyarakat yang berpengaruh ini bertindak membatalkan surat perjanjian kalangan bukan Islam daripada semua suku keluarga Arab Makkah. Hal ini disebabkan mereka bertindak memulaukan penganut Islam, sehingga menyebabkan penganut Islam dan keluarga mereka kelaparan.", "Penindasan tersebut semakin keras selepas wafatnya bapa saudara Baginda SAW, Abu Talib dan isteri Baginda, Ummu al-Mu’minin Khadijah binti Khuwailid RA. Sekembalinya Rasulullah SAW dari Taif setelah dibelasah kerana berdakwah, Baginda SAW masuk ke Makkah dengan kawalan al-Mut‘im bin ‘Adi, salah seorang pemimpin bukan Islam yang berpengaruh di Makkah.", "Semasa bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abu Talib mengemukakan tawaran para pemimpin Makkah yang bersedia menabalkannya menjadi raja atau melantiknya menjadi pemimpin bersama harta kekayaan yang banyak, Baginda SAW telah menolaknya dengan tegas sebagaimana sabdanya:", "يَا عَمُّ، ‌وَاَللَّهِ ‌لَوْ ‌وَضَعُوا ‌الشَّمْسَ ‌فِي ‌يَمِينِي، وَالْقَمَرَ فِي يَسَارِي عَلَى أَنْ أَتْرُكَ هَذَا الْأَمْرَ حَتَّى يُظْهِرَهُ اللَّهُ، أَوْ أَهْلِكَ فِيهِ، مَا تَرَكْتُهُ.", "“Wahai bapa saudara kesayanganku! Demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini (Islam), sehingga Allah memenangkannya atau aku mati dalam perjuangannya, nescaya aku tidak meninggalkannya sekali-kali!” (Ibn Hisham, al-Sirah al-Nabawiah, Jld. 1, Hlm. 266)", "Tawaran tersebut ditolak oleh Rasulullah SAW kerana ia membatalkan prinsip Islam. Adapun Abu Talib pula terus mempertahankan Baginda SAW sehingga ia dijadikan dalil oleh al-‘Abbas RA dan para ulama’ yang berpendapat bahawa Abu Talib juga beriman.", "Peranan keluarga terdekat khususnya daripada kalangan penganut Islam adalah sangat penting dalam mempertahankan Rasulullah SAW. Adapun mereka dalam kalangan bukan Islam pula memberi himayah atas semangat kekeluargaan.", "Hal ini menunjukkan bahawa kerjasama melalui pendekatan himayah daripada bukan Islam diizinkan dan ia boleh dibatalkan apabila bercanggah dengan prinsip aqidah dan matlamat perjuangan. Adapun kerjasama menerusi pendekatan ta‘awun adalah berpandukan firman Allah SWT:", "“…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.” (Surah al-Ma’idah: 2)", "Bertolong-menolong menjadi konsep umum kerjasama dengan semua pihak daripada kalangan Islam dan bukan Islam dalam konteks masyarakat majmuk, dan antara pelbagai bangsa dan negara. Dalam semua urusan agama, kerjasama diadakan dengan konsep bertaqwa dalam hubungan dengan Allah SWT dan perkara kebajikan, walaupun khusus dalam hubungan dengan manusia, tanpa mengira agama dan bangsanya. Sebaliknya, diharamkan bekerjasama dalam melakukan perkara maksiat dan kezaliman, serta pencerobohan dan perbuatan melampau. Firman Allah SWT:", "“Sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah kamu menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (Surah al-Nisa’: 105)", "Sebab ayat ini diwahyukan apabila ada seorang munafiq yang berpura-pura Islam telah membuat tuduhan fitnah terhadap seorang penganut Yahudi dengan tuduhan mencuri. Sehinggakan, penganut Yahudi bukan Islam itu dibela kerana dia telah dizalimi.", "Adapun kerjasama dalam bentuk tahaluf ialah persefahaman bersyarat dengan semua pihak seperti yang terkandung dalam Sahifah Madinah (Piagam Madinah) melibatkan penganut Islam daripada kalangan Muhajirin dan Ansar (terdiri daripada Aus dan Khazraj) iaitu penduduk asal Madinah yang menganut Islam. Piagam tersebut juga disertai oleh kalangan bukan Islam iaitu kaum Yahudi daripada beberapa suku kaum, serta Nasrani (Kristian Najran) dan Musyrikin Arab.", "Dalam Perjanjian Hudaibiyyah pula, kabilah Khuza‘ah ketika itu belum semuanya menganut Islam telah bernaung di bawah kerajaan Islam. Apabila kabilah Khuza‘ah diserang oleh Bani Bakar yang berada di bawah penguasaan Musyrikin Makkah mencabuli syarat perjanjian damai Hudaibiyyah yang terkenal, maka perkara itu menjadi sebab berlakunya Fathu Makkah (Pembukaan Kota Makkah).", "Semuanya berkonsepkan sifat adil dan damai terhadap kalangan yang tidak ekstrem, hal ini berpandukan perintah Allah SWT dalam mengadakan hubungan dengan kalangan bukan Islam sebagaimana firman-Nya:", "﴿لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُولَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩﴾", "“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan kawanmu kalangan orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” (Surah al-Mumtahanah: 8-9)", "Tahaluf dibatalkan apabila kaum Yahudi berlaku khianat setelah mereka merancang untuk menjatuhkan kerajaan Islam bersama musuh dengan menubuhkan bala tentera Ahzab (bersekutu). Pada masa yang sama, mereka juga bertindak menghina ajaran Islam dan penganutnya, serta menghina Rasulullah SAW dan merancang untuk membunuhnya.", "PAS pernah bekerjasama dengan parti Melayu Islam seperti UMNO ketika memperjuangkan kemerdekaan, dan selepas mencapai kemerdekaan pula bekerjasama dengan Parti Negara di Terengganu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang pertama pada tahun 1959 dan Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1960. Selain itu, PAS juga pernah bekerjasama dengan parti pembangkang daripada kalangan kumpulan kiri dalam PRU pada tahun 1964, dan bekerjasama dengan UMNO pada tahun 1973 apabila menyertai kerajaan campuran selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.", "Dalam pada itu, PAS juga terlibat dalam usaha menubuhkan Barisan Nasional (BN) bagi menggantikan Perikatan bersama UMNO pada tahun 1974, seterusnya bekerjasama dengan pelbagai NGO, termasuk NGO bukan Islam dalam PRU 1982. Malah, PAS juga pernah bekerjasama dengan Parti Semangat 46 dalam PRU 1990 dan PRU 1995, serta bersama Barisan Alternatif yang disertai oleh Parti Keadilan Nasional (kini dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat atau PKR) dan lain-lain parti dalam PRU 1999. Untuk menghadapi PRU pada tahun 2008 hingga 2013, PAS menganggotai gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang turut disertai oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP).", "PAS dan UMNO yang bergabung dalam Perikatan bersama MCA dan MIC berjuang bersama-sama menuntut kemerdekaan. Akan tetapi, PAS menentang UMNO dalam PRU pra-kemerdekaan pada tahun 1955 kerana menentang konsep kerakyatan jus soli yang diterima oleh UMNO.", "Dalam PRN 1959 dan PRU 1960, PAS bekerjasama dengan Parti Negara di peringkat negeri untuk menubuhkan kerajaan negeri Terengganu dan memberikan kemenangan satu kerusi parlimen Kuala Terengganu kepada Dato’ Onn Jaafar. Kemudian, Parti Negara berkubur selepas Dato’ Onn Jaafar meninggal dunia dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Negara lompat parti masuk UMNO.", "PAS bekerjasama dengan UMNO dalam kerajaan campuran selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969 dengan beberapa syarat. Antara syarat terpenting ialah menerapkan pelaksanaan Islam dalam kerajaan. PAS bersendirian tanpa menyertai Perikatan, dan selepas itu bersama UMNO untuk menubuhkan BN dan Perikatan dibubarkan.", "Akhirnya, PAS dikeluarkan daripada BN akibat krisis UMNO yang memberikan kemenangan kepada kumpulan yang bersikap ekstrem terhadap PAS, seterusnya merampas negeri Kelantan secara darurat.", "Adapun kerjasama PAS dengan Parti Semangat 46 yang merupakan pecahan daripada UMNO telah menyebabkan PAS berjaya menawan semula negeri Kelantan. Walaupun Semangat 46 kembali semula kepada UMNO, PAS terus bertahan di Kelantan sehingga kini.", "Kerjasama PAS dengan PKR yang merupakan parti pecahan UMNO diadakan di bawa gabungan Barisan Alternatif (BA), sehingga berjaya menawan semula Terengganu dan kemudian bekerjasama dalam gabungan PR yang turut disertai oleh DAP dalam isu demonstrasi dan menentang kezaliman. Kemudian, DAP menolak PAS dan PAS pula menolak DAP kerana sikap ekstrem dan liberalnya parti itu serta penentangannya terhadap agenda Islam yang dibawa oleh PAS.", "Kini, PAS bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu parti pecahan UMNO. Pada awalnya, UMNO juga bersama dalam kerjasama ini atas nama perpaduan umat Islam dan masyarakat majmuk melalui Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN). Akan tetapi, UMNO dikuasai oleh sebahagian pihak mahukan PAS hanya bersama UMNO sahaja (MN). Maka, PAS terus mempertahankan gagasan PN dan berjaya, serta mampu bertahan sehingga kini.", "Terkini, PAS berusaha mengukuhkan politik Melayu Islam yang wajib memimpin dengan memberikan sokongan dan mengadakan kerjasama untuk menyatukan Melayu melalui Islam. Tujuannya untuk mengembalikan semula kehebatan kepimpinan Melayu Islam ini dengan agenda memimpin perpaduan umat. Hubungan Melayu laksana satu jasad yang tidak berpisah bersama Islam, dan ini telah menjadi asas yang kukuh bagi mewujudkan semula kepimpinan Islam yang bersejarah dan berjaya menangani masyarakat majmuk.", "Al-Quran tidak mengizinkan kumpulan Islam bekerjasama sehingga berwala’ (kesetiaan) yang meninggalkan prinsip dan konsep asas perjuangan Islam, seperti menentang Islam berkuasa (tamkin) dan konsep dakwah amar ma‘ruf dan nahi munkar yang menjadi ciri-ciri perjuangan Islam. Ini berpandukan firman Allah SWT:", "“Dan hendaklah ada antara kamu satu golongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada perkara yang ma‘ruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali ‘Imran: 104)", "﴿وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡ‍ٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ٥٥﴾", "“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan-Ku. Dan sesiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Nur: 55)", "﴿لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِي شَيۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَىٰةٗۗ وَيُحَذِّرُكُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُۥۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ٢٨﴾", "“Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pelindung) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Sesiapa yang berbuat demikian, nescaya terlepaslah dia daripada pertolongan Allah.” (Surah Ali ‘Imran: 28)", "﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ١١٨﴾", "“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang bukan daripada kalanganmu menjadi teman kepercayaanmu, (kerana) mereka tidak henti-henti akan berusaha (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu ingin memahaminya.” (Surah Ali ‘Imran: 118)", "DAP secara terbuka menentang negara Islam dan mendesak supaya menetapkan sekularisme dalam Perlembagaan Persekutuan. Tindakan ini sekali gus menyalahtafsirkan kedudukan Islam dalam perlembagaan kerana ia ditafsirkan mengikut bahasa penjajah. Sedangkan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, maka pentafsiran wajiblah mengikut bahasa al-Quran.", "Banyak kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin utamanya yang menentang pelaksanaan Islam, walaupun pelaksanaan Islam itu hanyalah bagi penganut Islam sahaja sebagaimana mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanpa memaksa golongan bukan Islam.", "DAP terlebih dahulu bersikap proaktif apabila bertindak keluar daripada BA kerana sifat anti-Islamnya yang ditunjukkan kepada PAS, dan DAP juga terlebih dahulu bertindak mengeluarkan PAS daripada PR dengan alasan yang sama. Adapun PKR dan PAN lebih mengutamakan hubungan dengan DAP kerana menganggap strategi boleh membatalkan prinsip aqidah perjuangan, berpandukan kaedah matlamat menghalalkan cara sehingga bersedia menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran yang nyata dan menjadi jurucakap DAP terhadap orang Melayu Islam secara percuma.", "Selain itu, DAP juga merancang untuk mendapatkan kuasa politik negara setelah kaumnya menguasai ekonomi, supaya mereka dapat memerintah negara melalui pilihan raya dengan meletakkan calon-calon di kawasan Melayu dan calon-calon Melayu yang berfahaman liberal, sekular, oportunis dan jahil agama. Bahkan, ada kalangan Melayu yang diumpan menjadi ketua kerajaan bonekanya.", "Kemudian, mereka berlagak kononnya mereka ditindas oleh sifat perkauman Melayu, laksana mendapat betis mahukan paha, setelah mereka diberikan hak kebebasan beragama, berbahasa dan berbudaya yang tidak diberikan oleh negara lain selain daripada Malaysia.", "Mereka menjaja Islamofobia dan menjadikan kemajuan PAS dalam PRU-15 dengan jenama Gelombang Hijau yang menjadi ancaman kepada masyarakat bukan Islam. Tanpa mereka mempedulikan kejayaan PAS memerintah beberapa negeri dalam keadaan majoriti besar Melayu Islam hidup aman dan harmoni dalam masyarakat majmuk.", "Seterusnya, PAS menolak PKR dan parti-parti liberal yang bekerjasama dengan DAP, termasuk kalangan UMNO yang meninggalkan asas perjuangannya untuk membela agama, bangsa dan tanah air, semata-mata kerana ingin mengejar jawatan, harta dan kepentingan diri.", "PAS bekerjasama dengan semua parti dan NGO yang berbeza pendekatan dan lapangan tanpa menolak prinsip dan konsep Islam yang nyata. Bahkan, PAS juga menerima bukan Islam yang tidak menolak prinsip dan dasar Islam untuk menyertai Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang berada di bawah jentera PAS, dan bekerjasama dengan semua parti dan NGO bukan Islam yang tidak ekstrem walaupun berbeza ideologinya dengan PAS.", "“Orang Islam itu sentiasa berpegang kepada syarat-syarat yang wajib mereka tunaikan.” (Riwayat Abu Dawud, Awwal Kitab al-Aqdiyyah, Bab fi al-sulh, No. 3594)", "﴿فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ١١٣﴾", "“Maka, tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (113)”  (Surah Hud: 112-113)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/13/pertahan-kerajaan-pn-kedah-benteng-sanusi/
Pertahan Kerajaan PN Kedah, benteng Sanusi
[ "JERAI: Para pendukung dan penyokong PAS, BERSATU dan GERAKAN diseru supaya menjadi jentera yang akan menerima dan melaksanakan arahan untuk mempertahan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) pada PRN tidak lama lagi.Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya berkata, tiga tahun pentadbiran PN dipimpin Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, telah berlangsung dengan baik bersama perubahan-perubahan yang dilaksanakan.Menurutnya, Sanusi telah menjadi individu penting hinggakan banyak serangan dihadapkan kepada beliau di mana sungguhpun mampu bertahan, tetapi tidak harus dibiarkan menghadapinya berseorangan, sebaliknya semua mesti bersama.“Kita bersedia untuk bersama-sama menjadi benteng kepada PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah kerana kita akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).“Pada waktu itu kita akan menyaksikan semula sejarah negara pernah berlaku parti berlawan dengan kerajaan. Kita nampak kali ini kemungkinan besar kita akan menghadapi sejarah itu. “Parti terpaksa menghadapi kerajaan. Tahun ini menghadapi Kerajaan Madani,” ujarnya yang juga Ketua Ulamak PAS Pusat pada Himpunan Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah di Guar Chempedak, di sini sebentar tadi.Beliau berharap semua yang hadir dan mewakili suara di peringkat Parlimen masing-masing itu untuk menjadi benteng kepada Kerajaan PN Negeri Kedah dan Menteri Besar, serta menggerakkan sokongan kepada PN di semua DUN dalam negeri ini. Beliau juga berharap seluruh anggota jentera tersebut akan dapat menyanggah sebarang bentuk serangan lawan dan menyedari bahawa semua kerja buat itu ada nilainya di sisi Allah SWT dan rakyat negeri ini serta negara.“Manfaatkanlah semua itu demi untuk kita memastikan hala tuju kerajaan kita, cita-cita kita demi untuk memastikan ‘Bersih dan Stabil’, memastikan tema yang kita bawa PN BEST akan diketengahkan di tengah masyarakat.“Dan akan diterima oleh rakyat sekali lagi kita menyaksikan gelombang sokongan anak muda, gelombang sokongan rakyat, gelombang sokongan pengundi kepada PERIKATAN NASIONAL. “InsyaAllah inilah tekad kita, inilah keazaman kita yang akan dibuktikan melalui kertas undi pada hari pembuangan undi nanti,” seru beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. – HARAKAHDAILY 13/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/13/lynas-tarik-lesen-dikhuatiri-jejas-pelaburan-di-pahang/
Lynas: Tarik lesen dikhuatiri jejas pelaburan di Pahang
[ "KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PERIKATAN NASIONAL mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pahang dapat berbincang semula dengan Kerajaan Persekutuan bagi mempertimbangkan penarikan balik syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada Lynas.", "Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, syarikat berkenaan telah beroperasi selama 12 tahun dan telah membuktikan bahawa tidak berlaku pencemaran air, udara dan tidak menjejaskan kesihatan penduduk.", "“Apa yang dinyatakan oleh public sebelum ini adalah tidak tepat, malahan syarikat berkenaan tidak pernah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam lesen yang dikeluarkan.", "Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini, baru-baru ini.", "Menurutnya, Pahang berpotensi untuk maju seperti Pulau Pinang, Johor dan Selangor kerana mempunyai logistik yang sama dengan adanya pelabuhan untuk menarik para pelabur.", "Justeru itu, tambahnya kerajaan Persekutuan yang menarik lesen pemprosesan kilang Lynas perlu dikaji semula kerana dikhuatiri menjejaskan para pelabur di negeri ini. – HARAKAHDAILY 13/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/13/saman-guru-disaran-tingkat-kefahaman-tentang-undang-undang/
Saman: Guru disaran tingkat kefahaman undang-undang
[ "KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lepas.", "Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya telah menerima aduan saman terhadap guru berhubung beberapa isu berkaitan perkhidmatan, isu mengajar, menjalankan kokurikulum serta menguruskan sekolah dan setakat Mei ini lapan aduan telah diterima oleh organisasi berkenaan.", "“Dalam hal ini kami di NUTP mengharapkan literasi undang-undang akan dipertingkatkan kepada guru kerana mungkin mereka (guru) kurang memahami undang-undang dan batas-batas yang seorang guru tidak boleh lakukan dalam kaitan perundangan.", "“Dan pihak kami pun sedar sekiranya seseorang guru itu disaman, untuk mendapatkan khidmat guaman di luar pun cukup tinggi dan ada kemungkinan sampai tahap guru ini tidak mampu membiayai jumlah kos perbicaraan tersebut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka NUTP 2023 di sini hari ini.", "Beliau berkata di NUTP mereka ada menyediakan khidmat guaman kepada ahlinya, namun akan melihat kepada isu yang berkaitan sahaja dan dana ini diperoleh daripada tabung tindakan perusahaan di bawah organisasi tersebut.", "“Jadi apa yang saya lihat yang boleh dilakukan adalah di peringkat maktab atau Institusi Pendidikan Guru (IPG) boleh diberikan kursus tentang undang-undang bagi mengelakkan mereka (guru) ini disaman apabila berkhidmat di sektor pendidikan nanti. Kandungan perkara yang patut diajar kepada bakal guru diberikan lebih berkaitan undang-undang.", "“Perkara ini juga perlu disebarluaskan kepada mereka (guru) yang sudah berada dalam sektor pendidikan. Cuma setakat ini, kursus ini hanya pilihan dan ditawarkan di beberapa institusi sahaja serta jumlahnya pun terhad,” katanya. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/13/pas-kelantan-pertahan-status-quo-tanding-kerusi-dun/
PAS Kelantan pertahan status quo tanding kerusi Dun
[ "KOTA BHARU: PAS akan mempertahankan status quo dengan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.", "Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato Mohd Amar Abdullah berkata, lapan kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagaimana PRU15.", "“Bagaimanapun keputusan itu hanya akan ditentukan pihak pimpinan kerana mungkin satu dua kerusi Dun akan diputuskan pucuk pimpinan,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Rapat Pemerksaan Kepimpinan Wanita Kelantan 2023 di Pusat Tarbiah Mardhiah Islamiah Kelantan (Putik), dekat sini semalam.", "Turut hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, timbalannya Dato’ Mumtaz Md Nawi dan lain-lain pimpinan muslimat.", "Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar, persiapan PRN kini peringkat maksimum dan ia berjalan dengan lancar bagi menghadapi PRN yang akan diadakan sama ada Julai atau Ogos.", "“Cuma kita kena pertingkat lagi isu yang perlu tangani bagi memenangi hati rakyat dan menangkis dakwaan pihak lawan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/13/konsert-coldplay-pas-teguh-pertahan-prinsip-cegah-kemungkaran/
Coldplay: PAS teguh pertahan prinsip cegah mungkar
[ "SEHARI dua ini geger dengan isu kumpulan Coldplay daripada tanah Inggeris yang akan menghiburkan rakyat ini pada bulan November ini. Dialukan kedatangannya oleh Perdana Menteri, malah PAS diremehkan oleh Nga Kor Ming sosok utama DAP sebagai parti konservatif, terkebelakang dan sempit pemikiran. Kerancuan cara fikir Nga tentang PAS ini mewakili watak liberalis sekular yang tidak memahami prinsip perjuangan PAS. Tak sebagaimana kelompok pragmatis yang akan melakukan apa sahaja untuk merengkuh sokongan, namun PAS adalah gerakan Islam yang mewakili cara fikir orang beriman dalam menanggani citra kehidupan.", "Lebih tujuh dekad PAS berjuang di tanah leluhur ini, menentang maksiat dan kemungkaran adalah pakej perjuangan parti Islam tertua ini. Parti pak lebai ini menguasai empat buah kerajaan negeri, tidak membataskan rakyat hanya dalam program di masjid dan surau sahaja. ", "Terengganu contohnya sejak 2018, PAS mengambilalih kerajaan dengan artis dan seniman juga boleh berpartisipasi dalam pelbagai program hiburan. Antara anak seni yang pernah diundang seperti Ramli Sarip, Yantzen, Zuar XPDC, Ali Terra Rossa, Ijam Medicine, Heliza Helmi dan puluhan anak seni yang lain. PAS bukanlah Taliban seperti yang sering dimomokkan oleh DAP kepada pengundi dan pentaksub mereka.", "Berhibur tanpa batasan akan menjadikan kita hilang nikmat beribadah. Apatah lagi hiburan yang tidak patuh syariah dan tidak disiram ketaatan kepada Allah. Hiburan bersalut dosa menjadikan hati kita hitam, menjadi sulit untuk melakukan kebajikan bahkan tangan dan mulut senang untuk mengeji dan menista. PAS berbeda dengan parti konvensional yang lain.", "Penggalang pemikiran pragmatis tidak akan meletakkan acuan dosa dan pahala dalam tindakan mereka, pertimbangan moral dam akhlak tiada dalam neraca pemikiran", "Seni dan hiburan diakui keabsahannya mendidik manusia, bahkan merupakan salah satu daripada method dakwah yang digunakan oleh para ulamak dalam mengembangkan dakwah Islam. Di Nusantara, ketika Islam mulai berkembang terutama sejak abad ke-13 Masehi, para ulama telah menggunakan pelbagai pendekatan seperti perkahwinan, penubuhan kerajaan Islam, pedagangan dan sebagainya sebagai method dakwah. Untuk melengkapkan lagi gerakan dakwah, sebahagian ulama di Nusantara menjadikan seni dan hiburan ini sebagai method dakwah mereka. Antaranya seperti dakwah Wali Songo dalam masyarakat Jawa, merubah medium seni sebagai wahana dakwah yang interaktif.", "Sepanjang sejarah perkembangan dakwah, para ulama telah menggunakan seni suara (muzik), wayang kulit, seni ukir, seni bina, penulisan sastera, seni mempertahankan diri dan beberapa kesenian yang lain sebagai sebahagian daripada pendekatan. Salah satu faktor kepentingan dakwah melalui seni juga berjaya merengkuh perhatian manusia dengan seni yang berkiblat. Kita semua sewajarnya membuat penelitian terhadap hiburan yang tidak menjuruskan anak muda kepada sensate culture, budaya hiburan kosong yang melalaikan dan merencatkan intelektual.", "Masyarakat Muslim perlukan vitamin intelektual dan hiburan patuh syariah yang membina peradaban. Entahlah, mungkin rasa bosan terkurung menjadikan kita kecanduan berhibur atau kita menyalahi catatan takdir. kita semua, peserta-peserta universiti tarbiah Ramadhan sepatutnya insaf dengan membuncahnya aktiviti penagihan najis dadah dalam kalangan anak muda, gejala buta agama, kecanduan melampau pada hiburan serta ghazwatul fikri yang dilancarkan oleh musuh Islam untuk merosakkan belia dan anak muda.", "Moga Ramadhan musim pandemik yang bakal menjelang ini merubah cara kita melihat sarwajagat, jadilah insan peduli ummah, ringan membantu orang lain, menyintai petunjuk Rabbani, berteleku memohon keampunan Tuhan dan bercermin diri. Moga umat Islam memahami apa aspirasi dan bentuk hiburan yang dibenarkan dalam agama ini, tolak kehadiran artis Barat yang menjunjung nilai kebejatan seperti Coldplay. Jangan biarkan mereka pemuja seks songsang ini meracuni akal dan nurani anak-anak muda kita, bantah dengan berkesan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/13/debaran-pilihan-raya-umum-turkiye/
Debaran Pilihan raya Umum Turkiye
[ "PADA tanggal 14 Mei 2023, rakyat Turkiye akan memilih kepimpinan baharu bagi menerajui negara mereka. Pilihan raya kali ini agak berbeza berbanding sebelumnya kerana ia menggabungkan sekali pemilihan presiden dan parlimen dengan pemilihan calon presiden adalah berasingan.", "Sistem ini mula diperkenalkan oleh Recep Tayyib Erdogan, Presiden Turkiye sejurus selepas kegagalan rampasan kuasa pada tahun 2016 bagi memberikan kuasa yang lebih luas kepada presiden khususnya terhadap tentera yang diletakkan di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh presiden sendiri. Ia menerima tentangan daripada banyak pihak kerana dikhuatiri akan membawa Turkiye kepada pemerintahan diktator kerana memusatkan kuasa kepada presiden.", "Pilihan raya kali ini bukan sahaja bakal menentukan siapakah presiden yang akan mengetuai negara Turkiye bahkan juga ke manakah halatuju negara yang akan dibawa dari sudut dasar luar, ekonomi dan lain-lain polisi lagi. Barangkali ini adalah cabaran paling besar terhadap Erdogan yang merupakan ketua negara Turkiye yang paling lama memegang tampuk pemerintahan di era moden Turkiye zaman pasca kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah iaitu sejak dari tahun 2002 sehingga ke hari ini.", "Isu ekonomi, kos sara hidup tinggi, peluang pekerjaan, limpahan pelarian khususnya akibat perang di Syria dan dasar luar bakal menjadi pertimbangan utama rakyat Turkiye dalam pilihan raya kali ini.", "Melalui pemerhatian saya kepada beberapa kajian dan maklumat daripada rakan-rakan di Turkiye, Erdogan masih lagi menjadi pilihan ramai rakyat Turkiye kerana ketokohan dan karisma politiknya berbanding lawannya. Akan tetapi parti yang dipimpinnya iaitu parti AK bakal berdepan dengan laluan yang agak sukar kerana isu-isu kronisme, rasuah dan salah guna kuasa.", "Hasil daripada beberapa kajian yang dibuat, Erdogan masih lagi popular berbanding calon lawannya Kemal Kilicdaroglu walaupun populariti Erdogan agak merosot khususnya selepas daripada peristiwa gempa bumi yang melanda utara Turkiye pada Februari lalu.", "Parti-parti pembangkang khususnya menyerang kerajaan Turkiye kerana gagal mengurus pasca bencana terutamanya mangsa-mangsa yang kehilangan tempat tinggal di samping menjadikan isu kos sara hidup serta isu pelarian perang khususnya dari Syria sebagai ‘senjata’ utama untuk mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya ini.", "Antara aspek penting sokongan rakyat Turkiye kepada mana-mana calon presiden dan gabungan parti ialah kecenderungan kelompok kumpulan Islam yang akan memihak kepada siapa. Parti Saadat yang merupakan parti Islam terbesar mengambil pendekatan bergabung dengan kumpulan pembangkang bagi menentang Erdogan.", "Ini menyebabkan berlakunya konflik dalaman parti sehingga sebahagiannya melakukan protes dengan memberikan sokongan kepada gabungan Erdogan melalui parti baharu yang diasaskan oleh anak almarhum Prof. Nejmuddin Erbakan yang menamakan partinya sebagai parti Refah Baharu, mengambil sempena nama parti Refah yang diharamkan ketika Erbakan memimpinnya satu ketika dahulu.", "Antara topik yang menjadi perhatian dalam pilihan raya kali ini ialah dasar luar Turkiye khususnya jika Erdogan mengalami kekalahan. Adakah ia akan berubah atau bagaimana ianya bakal dilakar?", "Dari segi falsafahnya terdapat perbezaan ketara antara Erdogan dan lawannya Kamal Kilicdaroglu. Erdogan dilihat sangat agresif mahu mengeluarkan Turkiye daripada terus terikat dengan Barat sama ada dari sudut ekonomi mahupun pertahanan. Berbeza dengan lawannya yang dilihat akan meneruskan dasar mengikut telunjuk Barat dan akan mengembalikan Turkiye ke belakang sebagaimana era 1970-an dan 80-an.", "Manakala dalam konteks hubungan Turkiye dengan Rusia pula, Erdogan dilihat lebih lunak serta merapatkan hubungan dengan Rusia khususnya selepas peristiwa kegagalan rampasan kuasa pada tahun 2016. Pendekatan Erdogan ini dilihat untuk mengimbangi kuasa Barat dan menjadikan Turkiye bebas dari pengaruh Barat.", "Ia lebih menguntungkan Turkiye kerana sebahagian besar daripada wilayah-wilayah di dalam Rusia atau di bawah “naungannya” adalah negara-negara umat Islam dan mempunyai pertalian yang sangat rapat dari sudut agama, kaum, tamadun dan adat bertutur dalam bahasa Turkiye seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan dan Azerbaijan.", "Semenjak memegang tampuk pemerintahan Turkiye bermula dari tahun 2002 sehingga sekarang. Kerajaan pimpinan Erdogan telah melalui beberapa fasa hubungan luar negara dengan pihak lain. Bermula dari tahun 2002 sehingga 2011, Turkiye mengambil sikap berbaik dengan semua pihak khususunya hubungan diplomatik dengan negara haram Israel (sehingga 2010) yang sudah sedia terjalin sejak sekian lama dan membuka pintu seluasnya kepada pelawat-pelawat dari negara-negara jiran khususnya Iran, Syria dan negara-negara Arab lain dengan tidak mengenakan visa untuk mengunjungi Turkiye.", "Selepas berlakunya Arab Spring pada 2011, Turkiye telah merubah dasar luarnya dengan agresif, menyokong kebangkitan rakyat yang berjaya menjatuhkan kerajaan-kerajaan boneka Barat di negara-negara Arab dan selepas itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Mesir dan Syria sejurus berlakunya kudeta terhadap Presiden Mohammad Mursi oleh Jeneral as-Sisi dan perang Basyar al-Assad terhadap kebangkitan rakyat yang berlanjutan sehingga ke hari ini.", "Dalam masa yang sama ia merenggangkan hubungannya dengan Iran yang dilihat menjadi sekutu rapat Syria. Sikap ini melonjakkan populariti Erdogan di mata umat Arab dan Islam secara umumnya dan dalam masa yang sama tidak merubah pandangan mereka yang menentangnya kerana masih lagi mempunyai hubungan dengan negara haram Israel.", "Dalam isu Syria, gerakan Islam mendesak supaya ia diselesaikan secara diplomasi dan bukan dengan kekerasan. Pada awal 2013, PAS dan Parti Saadat (parti yang diasaskan oleh Prof Najmuddin Erbakan) mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan isu Syria dengan cara diplomasi iaitu dengan melibatkan Rusia, Turki dan Iran.", "Pimpinan Parti Saadat mengadakan lawatan ke Syria dengan bantuan kerajaan Turki dan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan pelan damai ini kepada bekas Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad tetapi usaha itu terputus di tengah jalan kerana pertembungan sesama kumpulan yang bertelagah dan jalan-jalan yang terhad untuk pergi dengan lebih jauh.", "Mutakhir ini Erdogan agak lunak dalam penyelesaian konflik di Syria apabila bersetuju untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Syria yang sedang dalam proses pemulihan hasil usaha daripada Rusia dan Iran.", "Pertama, kedudukannya yang strategik menghubungkan antara benua Asia dan Eropah serta menjadi pintu kepada negara-negara yang sedang bergolak pada hari ini.", "Keempat, rakyatnya yang rajin, produktif dan tidak mengalah bukan sahaja di dalam Turkiye bahkan di serata dunia khususnya di beberapa buah negara Eropah seperti Jerman yang mempunyai lebih 4 juta bangsa Turki Muslim yang bekerja dan bermastautin di sana.", "Justeru itu Barat sama sekali tidak akan mengizinkan kepada Turkiye untuk bangkit kerana kebangkitannya akan mengembalikan kegemilangan tamadun Islam. Beberapa percubaan pernah dilakukan sebelum ini akan tetapi kesemuanya menemui kegagalan.", "Pada tahun 1960, Perdana Menteri Adnan Menderes digulingkan oleh pihak tentera dan akhirnya dihukum bunuh kerana dituduh mahu merubah dasar sekularisme Turkiye. Pada tahun 1997 Prof. Nejmuddin Erbakan dilantik menjadi Perdana Menteri melalui kerajaan campuran yang hanya bertahan selama setahun dan akhirnya juga digulingkan oleh pihak tentera.", "Bukan sahaja rakyat Turkiye bahkan seluruh dunia khususnya Dunia Islam menanti dengan penuh debaran siapakah yang bakal memimpin Turkiye selepas pilihan raya nanti. Ini kerana kepentingan Turkiye kepada geopolitik dunia khususnya dalam mendepani cabaran semasa politik antarabangsa pada hari ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/penduduk-miskin-dapat-beras-percuma-sejak-2011/
Penduduk miskin dapat beras percuma sejak 2011
[ "KOTA BHARU: Penduduk yang terjejas ekoran kenaikan kos sara hidup sekarang boleh mendapatkan bantuan beras Skim al It’am disediakan kerajaan negeri.", "Adun Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus berkata, selain beras turut disediakan barang keperluan harian lain yang diberikan secara bergilir setiap bulan kepada penduduk miskin.", "“Kalau masih ada penduduk yang tiada makanan di rumah kerana nama dia tidak masuk dalam senarai Skim al Itqan kita akan usahakan bagi mereka dapat merasai bantuan tersebut.", "“Mereka kena jumpa penghulu mukim di kampung masing-masing untuk memastikan dia benar-benar memerlukan dan kita akan beri beras, minyak masak dan gula,” katanya di sini.", "Abdul Rahman juga berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas ekoran kenaikan kos sara hidup dan peningkatan harga barangan keperluan harian sekarang.", "Bantuan tersebut dilaksana kerajaan negeri bermula pada 2011 dan diteruskan terus sehingga sekarang, diuruskan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB). – HARAKAHDAILY 14/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/soalnya-kenapa/
Soalnya kenapa?
[ "SEBAB apa payah mahu diberikan hak yang sudah termaktub kepada yang sepatutnya? Kenapa janji dibiarkan berlalu tanpa usaha untuk menunaikan?Bagaimana kita sanggup melihat sebuah negeri yang mempunyai bangsa sendiri teramai, terkapai-kapai tanpa dilunaskan duit yang dijanji?Adakah puas melihat anak bangsa tertindas?Mengapa menyerang negeri yang mempunyai umat Islam teramai? Apakah tiada langsung dalam hati akan rasa takut kepada Allah?Inikah bezanya perangai yang dahulu yang ditentang, tetapi sekarang diikuti? Hilangkah rasa malu, maka perangai membuli ini dilakukan?Sunnah manakah yang diikut? Kitab manakah yang dibuat petunjuk?Tidakkah terfikir di akal yang negeri ini dan negeri satu lagi tiada pernah ada penyelewengan semenjak dahulu mentadbir, tetapi dihukum sebegini?Sikap seorang mukminkah atau seorang munafikkah jika janji dipungkiri?Akan dapatkah kita kembali bertemu Allah dalam keadaan Dia redha kepada kita?Hidup di dunia ini tidak lama, apatah lagi jika sudah tiga suku abad umurnya. Sudah lima tahun umur bonus yang Allah berikan, tetapi masih belum sedar. Jangan memilih untuk mati dalam kehinaan. Jangan memilih untuk membuat sesuatu yang berdosa dan akan jadi ikutan kerana nanti, dosa itu akan dikira atas kita kerana kita yang melakukannya.Kalahlah secara bermaruah. Rakyat Terengganu mahukan kerajaan yang mereka tahu baik pentadbirannya, bukan penipu, bukan pemfitnah, semua janji sudah ditunaikan dan tidak menyeleweng. Bukalah minda, laksanakan apa yang diucapkan, kalau benar ada lagi secubit iman di hati. Ia lebih mulia di sisi Allah.MOHD NASIR ABDULLAH14 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 14/5/2023PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/konvensyen-perpaduan-tidak-jejas-gelombang-hijau/
Konvensyen Perpaduan tidak jejas ‘gelombang hijau’
[ "KOTA BHARU: Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini dianggap tidak menjejaskan kekuatan gelombang hijau yang dicetuskan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) lepas.", "Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, banyak isu-isu yang berlegar dalam kalangan parti-parti kerajaan campuran termasuk pembahagian kerusi untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dikatakan belum selesai.", "“Insya-Allah apa pun bagi kita kena perkukuhkan agenda PN dalam menghadapi PRN tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kubang Kerian di perkarangan Masjid at-Taqwa Bandar Satelit Pasir Tumboh di sini semalam.", "Turut hadir Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob; Pengerusi Bersatu negeri, Dato’ Kamaruddin Mohd Noor dan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian Abdul Rahman Yunus.", "Lebih 6,000 pengunjung memeriahkan majlis tersebut yang disediakan pelbagai juadah termasuk gulai kawah, laksa kuah lemak, kambing bakar dan sate bersama nasi himpit.", "Tuan Ibrahim yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, masalah dalaman PH dan BN memberi gambaran kepada rakyat mengenai kedudukan sebenar Pakatan Harapan (PH) dan Umno sekarang.", "Bagaimanapun menurutnya PN sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi PRN tidak lama untuk mempertahan kemenangan dan mengambil alih pemerintahan kerajaan di Selangor dan Negeri Sembilan.", "“Kita berharap jentera-jentera yang ada dapat terus bertugas dengan baik memastikan kemenangan PN. Dan kita tunjukkan kejayaan sebagai mana telah dibuktikan dalam PRU lalu,” katanya.", "Enam negeri bakal mengadakan pilihan raya iaitu Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang diperintah PN manakala Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan diterajui kerajaan perpaduan. – HARAKAHDAILY 14/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/kerajaan-gagal-tangani-ekonomi-punca-anak-muda-berdikari/
Kerajaan gagal tangani ekonomi punca anak muda berdikari
[ "Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, kerajaan tidak ada kesungguhan menangani masalah ekonomi, sebaliknya sekadar berteori untuk kurangkan harga barang dan mengawal intrest bank.", "Namun katanya, apa yang berlaku sebaliknya sehingga intrest bank yang terpaksa ditanggung pula meningkat sehingga menjejaskan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana kerana terpaksa berhadapan dengan kos lebih tinggi.", "“Rakyat kecewa apabila tiada tindakan yang wajar daripada pemerintah untuk membantu mereka, sebaliknya rakyat terpaksa berdepan kenaikan harga barang dan peningkatan intrest bank,” katanya ketika ditemui pada ‘sembang santai’ bersama pengusaha penternakan lembu sado dan air nira kelapa di Kampung Panjang, dekat sini. (Foto atas)", "Menurutnya disebabkan kegagalan kerajaan, anak-anak muda terpaksa mencari peluang baru dalam sektor pertanian sama ada menternak, menanam dan sebagainya sebagai sumber pendapatan.", "Pada masa sama kata beliau golongan yang berjaya dalam bidang penternakan perlu dijadikan contoh dan sebagai tempat rujukan bagi mendapat ilmu untuk memulakan projek berkenaan.", "Hadir sama pada majlis itu, Adun Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Hussin serta beberapa anak muda yang berjaya dalam penternakan lembu sado di Bachok. – HARAKAHDAILY 14/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/pmx-sesumpah-politik-yang-semakin-ditolak-rakyat/
PMX ‘sesumpah politik’ yang semakin ditolak rakyat
[ "TINDAK tanduk kerajaan gabungan PH-BN yang diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika ini hanya mewajahkan PMX sebagai ‘sesumpah politik’ yang boleh berubah bila-bila masa termasuk menggadaikan prinsip serta janji yang dilaungkan sebelum ini semata-mata bagi memenuhi kerakusan nafsu untuk terus berkuasa.", "Sikap “cakap tak serupa bikin” inilah yang menjadikan gelombang penolakan rakyat kepada PMX terus kuat dan membesar apabila semakin ramai yang tersedar dengan penipuan demi penipuan oleh sosok tubuh yang dahulunya dijulang sebagai hero negara.", "Rakyat tidak lupa kepada janji manis untuk menurunkan harga minyak dalam masa 24 jam selepas menjadi PM yang kali terakhir dilaungkan dengan penuh angkuh ketika Kongres Nasional PKR pada 17 Julai 2022 yang lalu.", "Namun sehingga ke hari ini janji manis itu terus tinggal janji. Lebih perit lagi, PMX pada 6 Mac 2023 yang lalu menyatakan bahawa kerajaan tiada hasrat untuk menurunkan had harga siling petrol di negara ini.", "Namun Syawal tahun ini ‘dirayakan’ PMX dengan satu lagi penipuan apabila menganjurkan bukan sekadar satu bahkan digandakan kepada 6 majlis rumah terbuka kerajaan di 6 negeri berbeza. Ia jelas menyanggahi prinsip penjimatan wang kerajaan yang dilaungkan PMX beberapa bulan yang lalu.", "Namun prinsip tersebut tergadai begitu sahaja apabila PMX melantik anaknya sendiri sebagai penasihat Perdana Menteri selain lantikan politik bertimbun-timbun yang telah dibuat oleh kerajaan pada hari ini.", "Semua tindak-tanduk ini hanya menambah kebencian rakyat kepada PMX. Penipuan yang jelas, terang lagi nyata yang berterusan ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah negara dengan masyarakat yang sangat menekankan aspek menepati janji. Bak kata pepatah “kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”.", "Mempunyai seorang Perdana Menteri yang terus menerus tanpa gagal memungkiri janji dan prinsip yang dilaungkan sebelum ini bukanlah perkara yang baik untuk masa depan negara dan rakyat. Kita tidak mahu terus menerus ditipu untuk 5 tahun akan datang.", "Justeru, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit bersama menolak gabungan PH dan BN terutama sekali sosok tubuh PMX, ‘sesumpah politik’ yang hanya tahu menipu rakyat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/sukan-sea-hadkan-atlet-naturalisasi-cdm/
Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi – CDM
[ "PHNOM PENH: Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023 Datuk Mohd Nasir Ali menggesa Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk mengehadkan penggunaan atlet naturalisasi pada masa depan.", "Beliau mencadangkan agar penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan pada temasya sukan dwitahunan tersebut.", "Menurut Mohd Nasir, beliau agak terkejut dengan apa yang berlaku di Kemboja dengan tuan rumah menurunkan lebih separuh atlet naturalisasi dalam pasukan mereka.", "“Kita tak jangka lebih separuh daripada itu (penggunaan atlet naturalisasi), tidak boleh sampai satu pasukan semua orang luar… tidak dinafikan kadang-kadang ia mengusik psikologi pemain kita.", "“Bagaimanapun, kita tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan, anggaplah satu kekangan, jadi mainlah semampu yang boleh,” katanya ketika ditemui di sini.", "Pasukan kriket Malaysia, yang turun dalam misi merangkul tiga emas, turut terkena tempias apabila gagal menandingi kehebatan tuan rumah selepas mereka menyenaraikan pemain dari India dan Pakistan yang sememangnya merupakan kuasa besar dunia sukan tersebut.", "Situasi itu menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan dua perak setakat ini setelah dikecewakan Kemboja yang merangkul emas bagi acara 50-overs dan Twenty20I (T20I).", "Jumaat lepas, Persatuan Kriket Malaysia (MCA) menerusi kenyataan menyatakan kerisauan serta meminta SEAGF dan Jawatankuasa Olimpik yang terlibat supaya membuat penelitian mendalam ke atas penganjuran kriket dan audit ke atas kelayakan atlet yang beraksi pada temasya kali ini.", "“Dalam kejohanan lelaki, Kemboja menurunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain, yang didakwa Kemboja mereka warganegara secara naturalisasi. Walaupun hanya melihat beberapa pasport, kami dapati pasport berkenaan dikeluarkan pada 23 April 2023, perlawanan pertama berlangsung pada 29 April, manakala tarikh tutup untuk senarai pendek ialah 3 Mac.", "“Perkara ini menimbulkan persoalan; bolehkah pindaan dibuat untuk seramai 13 pemain? Jika ya, apakah tujuan penyenaraian pendek? Adakah tindakan ini mengikut semangat Sukan SEA atau semangat kriket?” menurut MCA yang menyatakan bahawa perlu adanya tempoh “cooling off’ selama setahun sebelum pemain beraksi untuk negara baharu. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/perpaduan-umat-bersama-islam-menghapuskan-permusuhan-dan-dendam/
Perpaduan umat bersama Islam menghapuskan permusuhan dan dendam
[ "PEPERANGAN Uhud menyaksikan ramai sahabat Rasulullah SAW yang gugur syahid, termasuk kalangan keluarga tercinta yang telah memeluk Islam dan berjihad bersama Rasulullah SAW dengan gagah berani bagi menghadapi musuh Islam. Sedangkan, musuh itu juga merupakan sekeluarga dan sebangsa dengan Baginda SAW.", "Apabila Baginda SAW melihat mereka yang gugur syahid itu, khususnya wajah Hamzah RA, bapa saudara tersayang dikelar dan dicencang, maka berlakulah kelemahan manusia dalam dirinya sehingga Baginda bersabda dengan garang:", "Tiba-tiba, Allah SWT mewahyukan ayat-Nya bagi memberikan hidayah serta membetulkan mesej dakwah dan perpaduan umat yang diutamakan kepada keluarga dan kaum bangsa Baginda dahulu. Mesej dakwah dan perpaduan yang berwawasan panjang ini, sifatnya adalah berjaya di dunia hingga akhirat.", "﴿ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ١٢٥ وَإِنۡ عَاقَبۡتُمۡ فَعَاقِبُواْ بِمِثۡلِ مَا عُوقِبۡتُم بِهِۦۖ وَلَئِن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَيۡرٞ لِّلصَّـٰبِرِينَ١٢٦ وَٱصۡبِرۡ وَمَا صَبۡرُكَ إِلَّا بِٱللَّهِۚ وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَلَا تَكُ فِي ضَيۡقٖ مِّمَّا يَمۡكُرُونَ١٢٧ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحۡسِنُونَ١٢٨﴾", "“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat daripada jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (125) Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepada kamu. Akan tetapi, jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126) Bersabarlah (wahai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah, dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. (127) Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan. (128)” (Surah al-Nahl: 125–128)", "Mesej dakwah untuk menyelamatkan manusia bersama Islam hendaklah diutamakan, khususnya kepada keluarga dan kaum bangsa sendiri. Hal ini demikian kerana, berjaya menyampaikan petunjuk kepada seorang individu sahaja pun nilainya sudah melebihi nilai sebuah kenderaan yang paling mahal harganya, kerana yang menentukan hidayah ialah kurniaan Allah SWT.", "Ada kalangan manusia yang keras dan jahil, namun pada akhirnya mereka boleh menerima Islam. Malah, ada kalangan mereka yang berilmu namun tidak layak mendapat hidayah kerana bersifat takbur laksana Iblis. Selain itu, ada juga kalangan mereka yang telah menganut Islam namun tercabut hidayahnya serta meninggalkan Islam dan perjuangannya, kerana berwawasan dunia sahaja tanpa percaya kepada janji Allah di akhirat kelak.", "Hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa yang layak mendapat hidayah menjadi Muslim yang setia. Tanpa mengira keluarga, bangsa, mahupun yang jauh jarak dan masanya di alam dunia yang menjadi matlamat rasul akhir zaman.", "Maka, Rasulullah SAW memilih firman Allah dengan sabar dan reda menerima ujian yang menyentuh perasaan. Sikap Rasulullah SAW ini juga dibuktikan khusus ketika berlakunya Fathu Makkah (Pembukaan Makkah). Walaupun Rasulullah SAW berada dalam keadaan paling kuat dan berkuasa untuk bertindak, tetapi Baginda tetap mengisytiharkan pengampunan secara beramai-ramai.", "Mereka yang memperoleh pengampunan ini termasuklah kalangan yang pernah merancang pembunuhan bapa saudara Baginda SAW, iaitu Abu Sufyan dan isterinya Hindun binti ‘Utbah serta pembunuh Hamzah bernama Wahsyi. Selain itu, seluruh pemimpin Makkah yang sangat zalim dan keras menentang Islam seperti ‘Ikrimah bin Abi Jahal, Safwan bin Umayyah, dan Suhail bin ‘Amr, ketua perunding Perjanjian Hudaibiyyah yang keras menentang Islam turut mendapat pengampunan.", "Mereka yang diampunkan itu memeluk Islam dan menjadi sahabat yang setia kepada Rasulullah SAW yang tidak murtad selepas kewafatannya. Mereka bersama menentang golongan murtad yang mengepung negara Islam dan terus bersama pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, sehingga berjaya menumbangkan dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom yang menjadi permulaan kejayaan Islam ke seluruh pelosok dunia.", "Fathu Makkah dan peristiwa pengampunan menarik semua bangsa Arab untuk menganut Islam dan menjadi generasi awal memimpin umat Islam selama beberapa abad, dengan perpaduan bangsa bersama Islam memimpin negara. Selepas generasi terkemudian lemah pegangan Islam dan kefahamannya, maka Allah SWT menukar peranan memimpin umat kepada bangsa lain yang menganut Islam dan kuat pegangan agama mereka.", "“Maka, datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelik) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsu mereka, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Surah Maryam: 59)", "﴿هَـٰٓأَنتُمْ هَـٰٓؤُلَآءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبۡخَلُۖ وَمَن يَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا يَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِيُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم٣٨﴾", "“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (harta kamu) di jalan Allah. Maka, antara kamu ada yang bakhil, dan sesiapa yang kikir, sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allahlah yang Maha Kaya, sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.” (Surah Muhammad: 38)", "Bangsa Arab yang kaya dengan hasil bumi kurniaan Allah kini tercorot syakhsiahnya sehingga tidak mampu mempertahankan Bait al-Maqdis, malah menjadi pendamai pula bersama kumpulan Zionis bagi menyelamatkan Israel yang ganas melampau.", "Allah SWT pernah membebaskan Palestin melalui Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdi dan menganut Islam. Baginda mengambil alih kepimpinan umat dan bersikap tidak membalas dendam terhadap Tentera Salib yang melampau keganasan mereka terhadap umat Islam.", "Sultan Zahir Baybars daripada bangsa Turki pula mengalahkan bala tentera Tatar pimpinan Hulagu Khan yang ganas menghancurkan Baghdad, pusat kerajaan Islam. Selepas itu, baginda berjaya mengislamkan beberapa orang raja kaum Tatar yang kemudian sama-sama mempertahankan Islam.", "Mereka yang jahil dan bebal akan sirah nabawiah, yang sesat fikirannya kerana memisahkan agama daripada politik dan menggunakan akal bersama kejahilannya, cuba melariskan provokasi terhadap ahli PAS dengan peristiwa penahanan ISA, Memali, dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk menghalang penyertaan PAS bersama agenda usaha perpaduan Melayu, bagi menyelamatkan negara bersama kepimpinan yang bertonggakkan bangsa bersama Islam yang adil kepada masyarakat majmuk.", "“Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzab: 21)", "Ujian yang dihadapi oleh PAS dalam perjuangannya adalah terlalu kerdil jika hendak dibandingkan dengan ujian yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dan generasi awal umat Islam yang menjadi teladan buat kita. Allah SWT telah mengajar umat Islam dengan ujian yang mencabar iman mereka, sebagaimana firman-Nya:", "﴿الٓمٓ١ أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ٢ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَٰذِبِينَ٣﴾", "“Alif lam mim. (1) Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ sedang mereka tidak diuji lagi? (2) Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka, sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya, Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (3)” (Surah al-‘Ankabut: 1–3)", "“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan.” (Surah al-Furqan: 63)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/pandai-bercakap-tak-tahu-buat-kerja-mudah-koyak/
Pandai bercakap, tak tahu buat kerja, mudah koyak
[ "JERAI: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menempelak para pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang hanya pandai bercakap, tetapi sebenarnya tidak tahu membuat kerja dan mudah ‘koyak’.Malah beliau dengan yakin dan bersungguh mengisytiharkan bahawa dirinya akan melawan segala tindakan politik kotor mereka walaupun tinggal seorang diri untuk menghadapi semua serangan dihadapkan.“Hangpa (mereka semua) ingat aku takut? PH-BN ni, kalau hangpa (kamu semua) tak dak (tiada), sorang malam ni tinggal aku seorang pun aku lawan depa (mereka). Tambah hangpa ada 50,000 lagu ni (seperti ini) bersemangat kita.“Kita akan lawan. Kita akan pertahankan negeri ini,” ujarnya di hadapan sekitar 50,000 peserta Himpunan Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah di Padang Awam Guar Chempedak, di sini malam tadi.Katanya yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, bercakap dengan melaksanakan adalah perkara berbeza di mana sesiapapun boleh berkata-kata, tetapi untuk menunaikan sesuatu itu adalah sukar.Beliau mengimbas Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sejak hari pertama di jawatan itu telah mengarahkan agar satu pelan menangani kenaikan kos sara hidup dikeluarkan dalam masa dua minggu.“Lepas dua minggu keluar tak pelan itu? Bukan lepas dua minggu, 6 bulan dah tak terbit, tak terbit lagi. Aku pun reti (boleh) jadi Perdana Menteri, jadi PM nak pikiaq (fikir) suruh orang lain (laksanakan).“Kalau puak itu, aku pun tak kata. Dah hang (kamu) jadi PM hang pikiaq la. Hang janji puluh-puluh tahun dah (selama ini), sampai sekarang ini tak ada pelan untuk menangani kos sara hidup?” bidasnya.Kesali beliau, harga petrol yang dijanjikan turun tidak berlaku, sebaliknya harga ayam naik, begitu juga pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dapat seperti pernah diperjuangkan.“Orang ini (Anwar) dia mudah koyak. Dia mudah koyak. Kita bercakap dalam medan politik, tiap-tiap argument (hujah) dalam medan politik, kita akan jawab dalam medan politik. Tetapi oleh kerana mudah koyak, dia pi saman. Dia saman, kita pi jawab di mahkamahlah.“Kita lawan, tak akan kita nak biar? Lawan ke biaq? Lawan ke biaq? Lawan tetap…..(lawan). Pakai tagline dia buat apa? Kita lawan sampai kita menang. Pasal apa dia tala semua peluru meriam kat Kedah?“Pasal apa dia serang Kedah tiap-tiap hari? Pasal apa? Pasal kita memberi jawapan kepada setiap persoalan yang ditimbulkan. Kita ada jawapan, dia cari pasal dengan kita,” ujar Sanusi mendedahkan beberapa isu tindakan politik pihak Anwar.Jelasnya, mula-mula keluar satu arahan Kabinet tidak membenarkan beliau terlibat segala program Kerajaan Persekutuan termasuklah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23).Menurutnya, ada Pegawai Kementerian datang menunjukkan arahan tersebut dan apabila isu itu dipertikaikan, ada pemimpin PH meminta ditunjukkan bukti, sedangkan itu bukan urusannya dan arahan Kabinet adalah sulit.Tegas beliau, walaupun tidak diberikan salinan surat itu, tetapi jangan menyatakan beliau tidak memilikinya di mana setelah itu semua program melibatkan Menteri Besar (MB) dibatalkan dan digantikan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).Bagaimanapun kata Sanusi, SUK menyatakan tidak wajar beliau mewakili MB hinggalah apabila perkara tersebut semakin menjadi isu, akhirnya pihak Anwar terpaksa membenarkan keterlibatan beliau.Beliau yang juga ADUN Jeneri mendedahnya lagi, mereka itu juga menghantar surat ke Pejabat Sultan Kedah supaya Baginda menitahkan satu orang lain mengganti Menteri Besar ke mesyuarat Majlis Kewangan Negara.“Surat tu ada, surat itu ada. Depa kata tunjuk bukti. Tunggu sat, hangpa syok dulu. Majlis Kewangan Negara ni berbanding saya dengan beberapa Menteri lain di peringkat Pusat, saya senior. Pasal saya masuk banyak kali dah. Depa baru jadi Menteri, baru nak masuk sekali itu.“Depa ingat mesyuarat tu lagu (seperti) mana agaknya? Depa harap Tuanku ikut kehendak Kerajaan Persekutuan ganti saya dengan orang lain. Alhamdulillah, Kedah dikurniakan seorang Tuanku Sultan yang memahami Perlembagaan, yang berjiwa besar dan dia lead Kedah Darul Aman.“Tuanku kita bukan boneka. Tuanku kita teguh pendirian dia. Dia kata mana yang MB patut pi MB pi. Jangan peduli kat depa. Junjung titah Tuanku. Patik pun pi lah. Saya pi tuan. Saya sampai-sampai di MOF, saya kata ‘dia mai dah’. Depa gelak semua. Depa tu pun tak suka.“Ada ke pula orang tak bersalah tiba-tiba nak suruh tukar kan? Saya bukan ada salah apa. Saya salah apa? Saya salah berceramah masa dia tak jadi PM lagi dia saman saya. Tu hal lain. Tu kita lawan di mahkamah hat tu,” ujarnya.Kata Sanusi, dalam bab pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu profesional dan tidak boleh koyak dalam perkara itu tegasnya dan beliau tidak patut dihalang sewenangnya kerana mewakili negeri.Beliau mengakui bersalaman dengan Anwar semasa mesyuarat tersebut kerana tetap menghormatinya sebagai Perdana Menteri, namun mengingatkan pemimpin tersebut agar tidak bermain politik kotor.“Depa tuduh saya bocor pula Majlis Mesyuarat sebelum pada tu. Masa tu kelam-kabut, dia jadi PM baru berapa bulan? Tapi dia set out beberapa pegawai kanan di MOF, menyebabkan paper MOF dia bentang sendiri.“Saya pi ceramah di Sungai Besar, saya kata biasanya segala paper Kementerian, KSU (Ketua Setiausaha) akan bentang. Orang pakar dalam bidang tu akan bentang, termasuklah kalau kedudukan kewangan. Ni dak, Perdana Menteri bentang sendiri.“Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan seorang pakar kewangan, dia pakar lain. Tapi dia bentang.,walaupun dia bentang, slide tunjuk benda lain, dia cakap benda lain. Saya kata ni bukan pembentangan, ini syarahan.“Saya cakap benda tu di Sungai Besar. Maka saya dituduh membocorkan rahsia negara. Kepala otak hangpa rahsia negara lagu tu. Rahsia negara ni, butiran, butiran. Kalau siapa bentang paper, tu bukan rahsia negara, bukan sulit pun siapa bentang.“Kandungan pembentangan itu sulit. Siapa bentang bukan sulit. Saya dituduh membocorkan rahsia negara dalam mesyuarat,” kongsinya sambil menempelak permainan politik pihak tersebut yang kemudian beliau dilarang menyertai program Persekutuan.Beliau menyindir mereka yang ramai itu serta memiliki ramai ‘pakar dan formula’ namun penuh putar belit dan penipuan, tetapi berencana melawannya seorang dan beliau berikrar selagi tidak rebah akan terus menentang tindakan kotor mereka.“Kena berhadapan dengan gentleman sebagai lelaki, sebagai jantan tulen. Hadapilah saya dengan jantan tulen. Kenapa main dok berkas-berkas kaki tangan ni? Saya tak kata apa. Itu suara-suara sumbang yang saya tak tahu siapa,” sindirnya. – HARAKAHDAILY 14/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/gembira-dan-ternanti-kerajaan-pusat-bertukar/
Gembira dan ternanti Kerajaan Pusat bertukar
[ "JERAI: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan boleh berlakunya pertukaran Kerajaan Persekutuan sebagaimana ura-ura bertiup kencang ketika ini.Menteri Besar Kedah itu bagaimanapun menyatakan, sama ada perkara tersebut disahkan mahupun dinafikan, beliau tidak tahu mengenainya tetapi gembira jika ia berlaku dan menantikan saat itu.“Saya mendoakan ia jadi kenyataan. Jangan tanya saya. Saya bukan Ahli Parlimen. Kena tanya Ahli Parlimen,” ujarnya terus mengusik pihak yang menunjukkan ketakutan kepada ‘rumours’ itu.Katanya, perkara tersebut juga mungkin timbul dan boleh diusahakan menerusi pelbagai platform selain daripada gabungan parti-parti politik di mana wujudnya kesatuan daripada pihak-pihak terbabit.Perkara itu dijawabnya daripada pertanyaan wartawan pada sidang media selepas Himpunan Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah di Dewan Serbaguna Padang Awam Guar Chempedak, di sini malam tadi.Beliau juga menjelaskan bahawa PRN di enam negeri tetap berlaku walaupun persefahaman bersama negeri-negeri Pakatan Harapan (PH) tidak diadakan kerana DUN semua negeri itu akan terbubar hujung Jun dan awal Julai.Menyentuh kesungguhan PH merampas negeri Kedah, beliau menyatakan ia mungkin kerana mereka tidak berupaya untuk Kelantan dan Terengganu, tetapi mengingatkan bahawa Kedah juga tidak mudah buat PH. – HARAKAHDAILY 14/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/sanusi-lontar-amaran-londeh-isu-pemimpin-ph/
Sanusi lontar amaran, londeh isu pemimpin PH
[ "JERAI: Para pemimpin Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak membaling batu ke rumah orang lain sekiranya kediaman sendiri diperbuat daripada kaca, demikian amaran Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Menjawab pertikaian berkaitan projek RM40 bilion di Langkawi yang pernah diumumkannya, kata beliau projek itu adalah pelaburan swasta untuk 15 tahun dan terserah kepada pihak tersebut membangunkannya.Bidasnya, para pemimpin tersebut sepanjang 22 bulan sebagai Exco dalam Kerajaan Negeri Kedah diterajui PH, tidak memberikan sebarang hasil untuk negeri ini melainkan hanya pandai bercakap sahaja.Antaranya dedah Sanusi, dalam pengurusan bola sepak negeri itu PH telah meninggalkan hutang apabila gaji pemain tidak bayar sebanyak RM16 juta, manakala sumbangan RM50,000 bagi satu kes dihadapi, namun yang masuk akaun cuma RM10,000 sahaja.Manakala seorang lagi bekas Exco di zaman itu juga yang kini sibuk menjaja isu air, dedahnya telah gagal memberikan jawapan kepada soalan-soalan dikemukakan beliau di Sidang DUN Kedah.“Tiga kali Sidang, tiga kali saya tanya tentang bekalan air, sekali pun dia tak pernah jawab, tak pernah jawab. Saya tanya Exco, adakah kerajaan berhasrat untuk menyambung konsesi AUI di LRA Pelubang yang dipegang oleh Vincent Tan?“Tak jawab, pasal apa? Dia tak berani buat keputusan. Saya minggu yang pertama kita ambil alih kerajaan, tamat saja agreement perjanjian konsesi dengan AUI, terus tamat sampai la ni. Tak berani, pasal itu taikun besar.“Pasal apa penting untuk menamatkan AUI? AUI menguasai 63 peratus bekalan air terawat di Kedah, dia menguasai lima loji terbesar di Kedah, dia menguasai konsesi selama 30 tahun, telah menghisap darah daripada bekalan air 30 tahun.“63 peratus air terawat kena beli dekat dia. Kita beli dekat dia 43 sen, kita jual 50 sen, untung 7 sen, tiris setengah, rugi sebakul. Rugi. Dia ini rawat dia caj, ayaq itu sampai ke tak sampai kepada pengguna, kerajaan negeri tanggung.“PKR ini takut dekat taikun, dia takut dekat orang kaya. Hari ini jadi kerajaan kononnya nak bela orang miskin. Tetapi mereka ini pembela orang kaya. Di peringkat negeri, peringkat Persekutuan, mereka bukan pembela orang miskin.“Mereka berkawan dengan orang kaya, pasal itu ketua dia kempen pilihan raya naik helikopter. Siapa taja helikopter dia? Orang kaya. Dia berkawan dengan orang kaya, hari ini dia kata nak menoktahkan kemiskinan, dia tipu,” ujarnya menggesa dinyatakan perbelanjaan penggunaan helikopter itu.Sanusi juga memberitahu, semasa Kedah diperintah oleh Umno-BN, apabila Kerajaan Negeri membuat audit pada tahun 2008, hutang bekalan air diambil alih adalah sebanyak RM2.4 bilion.Menurutnya, sejak 17 Mei 2020 apabila diberi amanah sebagai Menteri Besar, yang beliau fikirkan ialah untuk menjadikan negeri ini lebih baik, lebih maju, lebih membangun, boleh diduduki, didiami berteduh oleh orang miskin dan orang kaya menabur bakti.Akhirnya, beliau tidak memikirkan untuk berpolitik, melainkan bekerja untuk negeri antaranya termasuk menyelesaikan banyak tanah dan kampung orang Melayu yang sudah diduduki lebih 30 tahun tetapi berstatus tanah hutan simpan.“Cabut keluar bagi geran. Saya sudah buat keputusan sebelum ada masalah. Dalam tempoh tak sampai tiga tahun ni kita telah serahkan geran tanah 5,417 keping kepada pemilik tanah.“Tanah Jabatan Hutan di Sik, kampung itu dinamakan Kampung Seri Dacing sejak tahun 1981 duk harap kat Umno beri geran. Bergayutlah di kaki kepala pemimpin. Harap nak geran tanah sekeping, 40 tahun bergayut di kaki pemimpin Umno. Sedih tuan-tuan.“40 tahun sebahagiannya telah meninggal dunia. Sebahagiannya telah berpindah ke tempat lain cari kehidupan. 40 tahun tak dilayan, nama kampung itu Seri Dacing. Tak sampai tiga tahun ni tuan-tuan, mereka telah diberi hak milik seorang satu.“Kampung tu saya tukar Kampung Sejahtera. 280 penduduk. Hangpa ingat sikit? Ramai. Dan masih ramai rakyat di Kedah mendiami tanah-tanah seperti itu, di Langkawi ada empat lima kampung, sampai sekarang ni tak ada geran.“Saya telah arahkan pada minggu yang kedua, kampung di Langkawi cabut keluar daripada tanah hutan simpan, jadikan mereka tanah yang ada geran untuk mereka pegang bekal untuk mereka wariskan kepada anak cucu orang Langkawi,” kongsinya.Sanusi juga menyindir kembali pemimpin PH yang mengatakan beliau ‘loqlaq’ bahawa dirinya tidak pernah ditangkap kerana bersama isteri orang lain di bilik hotel dan menyeru supaya fitnah PH terus dilawan. – HARAKAHDAILY 14/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/kedah-aerotropolis-komponen-lain-dimulakan-dahulu/
Kedah Aerotropolis: Komponen lain dimulakan dahulu
[ "JERAI: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berikrar akan mengusahakan ke satu peringkat bagi memulakan projek Kedah Aerotropolis walaupun terpaksa dikemudiankan pembinaan terminal dan landasan kapal terbang.Jelasnya, ini kerana komponen-komponen lain itu berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri, melainkan hanya terminal dan landasan sahaja tertakluk kepada kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT).Tegas beliau, Kedah tidak membantah Pulau Pinang mahu membesarkan lapangan terbang di negeri itu dan hanya meminta kebenaran daripada MOT dan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya.Jelas beliau, projek tersebut adalah katalis yang akan menganjakkan kekayaan di Pantai Barat negeri Kedah masuk ke tengah kerana akan mengandungi komponen lebuh raya baharu daripada Changkat Jering ke Padang Besar.Juga beritahunya akan ada jajaran landasan berkembar keretapi yang baharu untuk membawa kargo-kargo besar di mana semua aktiviti ekonomi dan kekayaan ini akan meluas masuk ke dalam bahagian lain negeri.“Masuk ke kawasan orang Melayu yang mendiami kawasan Timur Kedah. Ini yang orang (lawan politik) susah hati. Besar hat kita nak buat ni bagi orang nampak. Maka mereka sedaya upaya akan pastikan projek ini dapat diblok (dihalang) daripada dibangunkan,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam pidatonya pada Himpunan Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah di Dewan Serbaguna dan Padang Awam Guar Chempedak, di sini malam tadi.Katanya, projek tersebut di mana antaranya melibatkan komponen pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) telah dibantah oleh Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.Oleh kerana bantahan itu jelasnya, KXP akan memfokuskan urusan kargo berbanding penumpang dengan di sampingnya terdapat lot komersial, kediaman dan industri serta dua landasan melibatkan hubungan industri ke luar negara.“Saya namakan projek KXP itu Kedah Aerotropolis mengubah sikit konsep untuk kargo dan passengers. Kita buang passengers pasal Pulau Pinang complaint. Kita buat kargo. Habis dah RM30 juta dalam tempoh tujuh tahun melobi, buat kajian lantik lima konsultan.“Empat dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, satu dibiayai oleh kerajaan negeri. Lima-lima konsultan ni kata KXP projek yang viable untuk dibuat. Sampai satu kajian kata buat airport di Kulim, tutup airport di Bayan Lepas. Ada kajian sampai macam tu. Tapi kita tak pergi ekstrem.“Kita nak kargo di Kulim, passenger di Bayan Lepas. Kita usaha sungguh-sungguh siang malam, rata dunialah. Hangpa pi tengok di Luxembourg, pi tengok di China. Tengok model, bagaimana orang buat lapangan terbang kargo keluar daripada konsultan, kargo ini kargo macam-macamlah.“Kita nak gagaskan Kedah Aerotropolis menjadi ‘The Main Piece of South East Asia’. Kita nak jadi macam Luxembourg di Europe, pusat kargo. Oleh kerana Kedah ni duk center di Asia Tenggara, semua kargo seluruh dunia akan dipusatkan di situ dan akan jadi pusat pengagihan barang daripada KXP Kedah Aerotropolis,” jelasnya.Namun kesali Sanusi, dengan sebanyak itu telah dilakukan, tiba-tiba tanpa perundingan, taklimat, pertemuan, bertanya dan membaca fail-fail yang telah dihantar sebelum ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim umumkan KXP tidak dapat dipertimbangkan pada waktu ini.“Siapa tak hangat? Tak panas. Panas tak apa jangan koyak. Projek tu tak akan ambil duit Persekutuan. Duit daripada investors. Tak kiralah siapa investors tu. Asalkan bukan duit Persekutuan. Pasal kita mohon duit Persekutuan dua kali, dua-dua reject. Tak apa, tak mahu bagi duit sudah.“Tapi hangpa beri kebenaran kami nak mula dah. Bila kita nak buat projek, kita dah buat promosi. Semua syarikat kargo antarabangsa di dunia ni sampai London, sampai Luxembourg, sampai China, semua setuju dah nak mai di Kedah Aerotropolis ni. Dah signed MoU.“Bila PM pi bercakap macam tu dalam pembentangan Belanjawan, syarikat ni terpinga-pinga. Hangpa bohong kami ke? Sekali habis duit saja je. Dia ingat kecil ke kesan cakap macam itu? Habis duit hoi, tak pikiaq dulu nak bercakap. Kalau tak mahu bagi jangan sebut lagi.“Pasal memberi kesan besar kepada usaha orang. Tu hat saya marah tu. Lepas tu tiba-tiba dia kata Tan Sri Syed Mokhtar (al-Bukhary) tak bersedia laksana projek tu. Tan Sri Syed Mokhtar tu deal dengan kita, bukan deal dengan dia (Anwar).“Bukan Tan Sri Syed Mokhtar seorang yang kita pilih. Ada banyak lagi syarikat yang ada kemampuan. Tapi saya ni berjiwa Melayu, berjiwa anak Kedah, saya nak orang Kedah terbabit dengan projek itu. Tan Sri Syed Mokhtar orang Kuala Kedah, orang Alor Setar. Anak Kedah.“Dia syarikat Bumiputera, syarikat Melayu. Maka saya pilih dia satu. Pilih satu grup lagi, nama dirahsiakan. Depa ni JV. Tiba-tiba dia (Anwar) kata Tan Sri tak bersedia. Tan Sri tak jawab lagi pun surat kita. Dia (Anwar) pi jawab dulu di Parlimen.“Besar kesan kepada pengumuman itu. Banyak syarikat terpaksa kita ulang pi balik. Pi jumpa balik. Bagi explaination, yang tarik diri kita pi pujuk. Ingat senang ke?” ujarnya menyebut beberapa syarikat bersetuju terlibat dengan Kedah Aerotropolis.Antaranya syarikat sekolah penerbangan terkemuka dunia berpangkalan di London iaitu L3Harris dan Boeing yang bersetuju untuk membuka pusat dismental pesawat, selain adanya pengubahsuaian, penyelenggaraan dan pembaikan (MRO). – HARAKAHDAILY 14/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/pilihan-raya-turkiye-sinan-ogan-sedia-jadi-king-maker/
Pilihan raya Turkiye: Sinan Oğan sedia jadi ‘king maker’
[ "ANKARA: Calon presiden Türkiye Sinan Oğan yang menduduki tempat ketiga dalam pilihan raya pada Ahad, berkata beliau akan menyokong calon presiden yang akan bersaing dalam pusingan penentuan berdasarkan beberapa syarat.", "“Kami ada beberapa prasyarat  termasuk memerangi keganasan dan kepulangan pelarian Syria, jika ingin mendapatkan sokongan daripada partinya Atanya Alliance,” kata Oğan kepada Agensi Berita Jerman dpa.", "Pada pilihan raya Ahad lalu, Presiden Recep Tayyip Erdoğan memperoleh 49.4 peratus undian manakala pencabarnya Kemal Kılıçdaroğlu mendapat 44.96 peratus undian." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/kelantan-tidak-pinggir-aktiviti-sukan-penjawat-awam/
Kelantan tidak pinggir aktiviti sukan penjawat awam
[ "KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM14,000 setiap tahun untuk peserta yang menyertai Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).", "“Peruntukan itu membuktikan kerajaan negeri tidak meminggirkan aktiviti sukan dalam kalangan penjawat awam di Kelantan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pemain futsal MAKSAK di Dewan Puspanita JKR Kota Bharu, di sini hari ini.", "“Pencapaian terbaik pasukan setakat ini adalah sehingga ke peringkat separuh akhir pada kejohanan yang diadakan di Kuala Lumpur tahun 2021,” ujarnya.", "Beliau juga berkata, menyertai kejohanan bukan semata-mata untuk mencari kemenangan dan kejuaraan, sebaliknya sebagai platform memupuk semangat kerja berpasukan. – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/tvet-pengambilan-pelajar-program-asasi-dibuka-hari-ini/
TVET: Pengambilan pelajar program asasi dibuka hari ini
[ "JELI: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan memperkenalkan Program Asasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula sesi Julai ini.", "Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Zahari Ismail, berkata program tersebut merupakan inisiatif baharu dalam usaha memperkasakan program TVET termasuk bidang akuakultur dan agro pertanian.", "“Program ini dikhususkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memberi ruang dan peluang mereka menyertai program tersebut yang dikendalikan bersama Rangkakain Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).", "“Empat MTUN terlibat adalah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Pahang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Jeli Kelantan kali ke-9, di sini, hari ini.", "Mengulas lanjut, Mohd Zahari berkata program itu turut ditawarkan di Politeknik Premier Ungku Omar, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Ahmad Shah dan Politeknik Tun Syed Nasir.", "“Untuk peringkat awal kita sasarkan penyertaan 500 pelajar yang mana permohonan pengambilan pelajar dibuka hari ini (15 Mei) melalui Sistem Permohonan Kemasukan  Pelajar (UPU).", "“Pihak UPU juga akan bekerjasama dengan pihak jabatan untuk memberi penerangan mengenai inisiatif terbaharu ini melalui program ‘Jom Masuk U’ yang akan dilancarkan di Johor Bahru, Sabtu ini,” katanya.", "Beliau berkata program ini dirangka untuk tempoh setahun dan pelajar-pelajar kemudiannya akan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di mana-mana MTUN terlibat. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/polis-kelantan-tambah-mpv-ronda-kawasan-sempadan/
Polis Kelantan tambah MPV ronda kawasan sempadan
[ "“InsyaAllah, kita juga merangka dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan ia dapat dikawal,” katanya pada sidang media pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas di sini, hari ini. (Foto atas)", "Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Victor Sanjos, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, SAC Dato’ Mohd Nor Yazhid Idris dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ACP Yusri Mahmud.", "Muhamad Zaki juga berkata, pihaknya berusaha memperkasa kawalan sempadan negara menerusi penggunaan teknologi seperti kamera litar tertutup (CCTV) selain penggera di kawasan terlibat.", "“Dengan adanya peralatan kawalan itu diharap kita dapat mengawal sempadan dengan lebih berkesan dan dapat menjadikan bahan bukti sekiranya berlaku kes-kes tertentu,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/yik-tangguh-semua-aktiviti-luar-bilik-darjah/
YIK tangguh semua aktiviti luar bilik darjah
[ "Katanya, aktiviti luar bilik darjah termasuk mengumpul pelajar di luar dewan, kurikulum dan kokurikulum seperti merentas desa, kawad kaki, sukan perkhemahan serta pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.", "“Aktiviti kurikulum seperti pendidikan jasmani dan ujian segak hendaklah dilaksanakan dalam bangunan atau menggunakan modul yang tidak melibatkan aktiviti luar bilik darjah.", "“Sebarang aktiviti dalam dewan adalah dibenarkan dengan syarat tidak memudaratkan, tidak terlalu lama dan tidak boleh bersesak,” katanya pada kenyataan di sini.", "Bagaimanapun, tambahnya bagi aktiviti luar yang telah diluluskan dan tidak boleh ditangguh, penganjur disaran membuat pengubahsuaian melaksana dalam bangunan atau kawasan yang tidak terdedah kepada pancaran terik matahari.", "Menurutnya, keputusan itu dibuat selaras saranan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya ia dipatuhi bagi menjaga kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid semasa menghadapi cuaca panas dan jerebu.", "Engku Rajhan turut mengingatkan pihak sekolah supaya memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi, di samping menggalakkan murid membawa air minuman sendiri.", "“Di samping sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas,” ujarnya.", "Beliau juga berharap pihak sekolah mematuhi saranan KKM, serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/panas-pengeluaran-durian-di-kedah-dijangka-merosot/
Panas: Pengeluaran durian di Kedah dijangka merosot
[ "ALOR SETAR: Hasil pengeluaran durian di Kedah dijangka menurun antara 20 hingga 30 peratus berikutan keadaan cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini.", "Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Ramli Abdul Rahman, berkata cuaca panas dan kemarau itu akan memberi kesan kepada pengeluaran durian yang dijangka pada hujung bulan depan.", "“Tanaman durian ini unik sedikit, ia tidak memerlukan kuantiti air yang banyak tetapi sekiranya tiada air langsung, pucuk akan mati walaupun pokok itu sudah berpuluh-puluh tahun hidup. Kalau ikut, durian akan mula luruh Jun dan Julai ini tetapi secara berperingkat.", "“Kebanyakan pengusaha durian berharap tiada masalah pengairan..jika tidak ia akan memberi kesan kepada tanaman mereka. Hasil kajian, kita jangka pengeluaran durian menurun antara 20 hingga 30 peratus akibat cuaca panas ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Jabatan Pertanian Negeri Kedah, di sini, hari ini.", "Ramli berkata bagi mengatasi masalah pengairan kepada tanaman durian itu, pihaknya telah memperkenalkan beberapa jenis teknologi kepada pengusaha antaranya penggunaan air bawah tanah.", "“Ada dua cara iaitu airpermukaan atau air bawah tanah tetapi kalau cuaca panas macam sekarang, air permukaan pun kering. Kalau hendak buat cara air baah tanah pula, kosnya agak tinggi jadi ia bergantung kepada bajet pengusaha itu sendiri.", "“Kita hanya boleh perkenalkan teknologi sahaja tetapi pelaksaannya pengusaha durian itu perlu laksanakan sendiri. Ada juga yang terpaksa menggunakan air dari Syarikat Air Darul Aman (SADA) kerana tiada sumber air yang lain, jadi mereka perlu membayar bil air yang agak tinggi,” katanya.", "Sementara itu, Ramli berkata selain durian yang banyak ditanam di Padang Terap, Sik, Baling dan Bandar Baharu itu, beberapa jenis tanaman lain juga dijangka terjejas sekiranya cuaca panas melampau ini berterusan antaranya padi dan mangga Harum Manis.", "Dalam perkembangan lain, beliau berkata berkaitan isu lambakan buah tembikai yang berlaku di Kedah, pihaknya telah pun berbincang dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri bagi menyelesaikan masalah penjualan buah berkenaan.", "“Saya difahamkan FAMA sudah mengambil buah-buah itu dari peniaga. Kalau sebelum ini, buah tembikai dijual dengan harga RM3.50 sekilo tetapi sekarang dijual dengan harga antara RM1 hingga RM1.50 sekilo. Kalau ikut, ia masih memberi pulangan modal kepada peniaga tetapi keuntungan yang diperolehi menurun sedikit,” katanya.", "Baru-baru ini, Bernama melaporkan beberapa peniaga buah tembikai di Kedah mendakwa mengalami kerugian akibat lambakan buah itu selain keadaan cuaca panas yang menyebabkan tembikai yang disimpan menjadi cepat rosak. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/perkembangan-terbaharu-isu-kalimah-allah/
Perkembangan terbaharu isu kalimah Allah
[ "SAYA menerima maklum laporan akhbar Berita Harian bertarikh 15 Mei 2023 bertajuk ‘Kabinet sudah maklum KDN tarik balik rayuan penggunaan kalimah Allah’.Saya tegaskan di sini bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.Paling utama, keputusan untuk rayuan semula kes pada tahun 2021 adalah bagi menjunjung titah KDYMM Sultan Johor dan KDYMM Sultan Selangor, yang menitahkan Kerajaan Persekutuan pada ketika itu membuat rayuan semula bagi keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.Tidak sedikit jerih payah yang dikerah oleh para Ashabus Samahah Mufti serta Jawatankuasa Muzakarah MKI untuk berbincang, pertemuan demi pertemuan dengan NGO, dan penyusunan kertas penghujahan yang melibatkan ramai pakar dan tokoh akademik.Rayuan tersebut diangkat semasa saya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Ia dibuat atas dasar kesedaran akan keperluan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah, dan Solat kekal menjadi milik umat Islam di Malaysia. Setelah segalanya lengkap, saya bentangkannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan proses rayuan oleh Kerajaan Persekutuan terdahulu melalui Kementerian Dalam Negeri dimulakan. Saya amat berharap Kerajaan Madani melalui Kementerian Dalam Negeri ada jawapannya. Ini kerana YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail selaku Menteri Dalam Negeri memaklumkan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung isu kepentingan umat Islam ini.Saya dengan rendah diri serta mengharapkan pertolongan Tuhan menyatakan dengan tulus berdasarkan kalam Allah,", "“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.”" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/iktibar-perang-hunain/
Iktibar Perang Hunain
[ "Sebelum berangkat ke Hunain, tentera Islam kekurangan senjata, lalu Rasulullah SAW memeteraikan kerjasama meminjam senjata secara bayaran dan jaminan dengan beberapa peniaga senjata bukan Islam antara mereka ialah Safwan bin Umayyah dan Nawfal bin Al-Harith.", "Sebenarnya bukan semua keadaan boleh bekerjasama dengan orang kafir, contohnya dalam Perang Badar; Rasulullah SAW menolak apabila ada dalam kalangan orang kafir mahu menyertai baginda berperang menentang musyrikin Mekah.", "Boleh difahami di sini kerjasama orang Islam dengan orang kafir dibolehkan jika sekiranya orang Islam lebih kuat dan menguasai serta memimpin sebagaimana dalam peristiwa hijrah apabila Rasulullah SAW menggunakan Abdullah bin Uraiqit sebagai penunjuk jalan walaupun dia seorang musyrik. Adapun jika sekiranya orang Islam lemah dan tidak memimpin maka hendaklah bertahan agar jati diri Islam terpelihara. Wallahualam." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/75-tahun-peristiwa-nakbah/
75 tahun peristiwa Nakbah
[ "TANGGAL 15 Mei 2023 menjadi saksi, sudah 75 tahun lamanya Palestin dan tanah suci umat Islam Baitulmaqdis dicemari dengan kebanjiran ekstremis Yahudi Zionis laknatullah.Peristiwa Nakbah atau Hari Bencana adalah titik hitam dalam sejarah umat Islam apabila 14 Mei pasukan bersenjata Zionis mengisytiharkan penubuhan Negara Israel lalu mencetuskan perang Arab-Israel yang pertama setelah mendapat sokongan Kerajaan British untuk mewujudkan negara Yahudi di Palestin. Pasukan tentera Zionis (Haganah) telah mengusir sekurang-kurangnya 750,000 rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka dan menawan majoriti wilayah Palestin. Maka tarikh 15 Mei dijadikan peringatan terhadap peristiwa hitam ini.Sayang sekali meskipun puluhan dekad telah berlalu, sinar pembebasan bumi Al Quds kekal malap. Negara-negara Islam yang cuba bangkit ditekan daripada pelbagai sudut seperti tekanan ekonomi dan krisis peperangan. Manakala negara Islam lain pula leka dengan nikmat dunia sehingga sanggup menormalisasikan hubungan dengan Israel.2023 menyaksikan tekanan semakin tinggi dihadapi umat Islam di Palestin dan Baitulmaqdis. Laporan oleh The United Nations  High Commissioner for Human Rights (UNCHR) menunjukkan terdapat peningkatan proses pengusiran secara sistematik oleh Zionis terhadap umat Islam. Manakala dalam jangka waktu sedekad yang lepas iaitu daripada 2012 hingga 2022, penempatan haram Yahudi di kawasan tanah Palestin telah bertambah dari 520,000 ke 700,000 meliputi kawasan Tebing Barat, Bukit Golan dan Timur Baitulmaqdis.  Umat Islam khususnya di Malaysia tidak wajar berdiam diri. Meskipun pada peringkat negara dan politik antarbangsa kita masih dalam fasa mengumpulkan kekuatan untuk membebaskan Al Quds, ia tidak sepatutnya menjadi alasan kepada kita untuk mengambil remeh isu Palestin. Sesungguhnya kunci kebangkitan ummah terletak pada diri setiap individu Muslim. Sempena Hari Nakbah tahun ini, jangan kita lupakan realiti hitam yang terus melanda tanah suci ke-3 umat Islam ini. Teruskan mengambil tahu perkembangan Palestin. Dalam masa yang sama, siri-siri bantuan kemanusiaan dan kewangan perlu terus disalurkan dengan segenap inci kemampuan kita menerusi NGO-NGO yang sedia ada berkhidmat seperti PAS Relief dan Muslim Care Society Malaysia. Peristiwa Nakbah mengajarkan kita soal kepentingan memperkukuhkan asas kesatuan ummah serta kepentingan umat Islam cakna dan sedar dengan usaha licik musuh Islam yang cuba menjatuhkan hegemoni Islam. Sesungguhnya dominasi kukuh Israel di bumi Palestin hingga saat ini bermula daripada sekecil-kecil amalan orang Palestin yang dengan mudahnya menjual tanah Palestin kepada pendatang Yahudi. Jangan kita lupa semua ini. Insya-Allah cahaya kemenangan akan tiba jua akhirnya.USTAZ NUSHI MAHFUDZKetua Penerangan PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/jangan-sekadar-tular-lapor-polis/
Jangan sekadar tular, lapor polis
[ "SERDANG: Polis mengingatkan orang ramai untuk melaporkan terus kepada pihak polis sekiranya berdepan sebarang kejadian tidak diingini dan tidak sekadar menularkannya di media sosial.", "Mengambil contoh kes tular baru-baru ini yang mendakwa sepasang suami isteri meninggalkan dua anak mereka di dalam sebuah kereta berkunci bagi menghadiri rumah terbuka, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kejadian seperti ini boleh menggugat nyawa kanak-kanak itu jika dibiar tanpa langkah susulan.", "“Pada yang tularkan kejadian ini, lebih baik melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis daripada tularkannya di media sosial,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Balai Polis Seri Kembangan, di sini hari ini.", "Dalam perkembangan lain, Hussein berkata sebanyak 155 kes dilaporkan melibatkan jenayah seksual bawah umur sejak Januari hingga April tahun ini di sekitar Selangor.", "“Jenayah seksual di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan besar dan tidak faham akan undang-undang juga memainkan peranan suspek melakukan jenayah walaupun atas dasar suka sama suka,” katanya.", "Beliau menambah, kes-kes yang berlaku kebanyakannya terjadi kepada pelajar perempuan di sekolah menengah dan mangsa paling muda terlibat berusia 12 tahun.", "“Polis sentiasa memantau aktiviti para pelajar di sekolah dengan mewujudkan pegawai perhubungan sekolah. Namun, itu semua tidak memadai sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak mengambil serius akan isu ini. Mereka perlu mainkan peranan,” katanya. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/pekerja-kilang-hilang-pendengaran-tertinggi-di-perak/
Pekerja kilang hilang pendengaran tertinggi di Perak
[ "IPOH: Masalah hilang pendengaran dalam kalangan pekerja kilang terus mencatatkan kes berkaitan penyakit dan keracunan pekerjaan tertinggi di negeri ini, kata Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak Dr Rabaayah Daud.", "“Pada tahun ini pula, lebih 200 kes masalah hilang pendengaran yang kebanyakannya melibatkan pekerja di sektor perkilangan berbanding industri lain dan ia masih menjadi kes yang utama.", "“Selalunya ia disebabkan daripada aktiviti seperti di kilang besi yang memang suasananya bising, kilang yang mengoperasikan banyak mesin atau kilang lama yang tidak dapat dilakukan kawalan kejuruteraan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JKKP Perak di sini hari ini.", "Menurut Rabaayah pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan berusaha mengadakan program kesedaran bersama pihak industri berhubung keperluan menjaga kebajikan pekerja supaya tidak terdedah dengan bunyi bising.", " Dalam pada itu, beliau berkata sejumlah 883 kes kecederaan pekerjaan dilaporkan kepada JKKP Perak membabitkan 20 kes maut, 33 kes hilang upaya kekal (HUK) dan 830 kes tidak hilang upaya kekal  (THUK) pada tahun lepas.", "Katanya pada tahun ini pula, 288 kes kecederaan pekerjaan telah dilaporkan membabitkan empat kes maut, lima kes HUK dan 279 kes THUK.", "Selain itu, menurutnya sebanyak 2,431 surat arahan dan 864 notis telah dikeluarkan, manakala 77 kesalahan Akta Kilang dan Jentera 1967 dikeluarkan kompaun berjumlah RM264,500 dan 29 kesalahan dikenakan tindakan pendakwaan di mahkamah pada tahun lepas.", "“Pada tahun ini, JKKP Perak mengeluarkan 32 kompaun dengan jumlah tawaran kompaun RM111,500, manakala tujuh kesalahan dikenakan tindakan pendakwaan,” katanya. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/lebih-5000-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri-pas-sabah/
Lebih 5,000 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Sabah
[ "KOTA KINABALU: Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Sabah berlangsung dengan penuh meriah apabila dikunjungi lebih 5,000 pengunjung.Pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat telah memenuhi Dataran Golden Center, Putatan, di sini seawal jam 9 pagi semalam untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri pada kali ini. ", "Turut hadir ialah Presiden Parti SAPP, Datuk Yong Teck Lee: Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah, Jamain Sarudin; Timbalan Mufti Negeri Sabah, Ustaz Manaf Lakariba; Yang Dipertua USIA, Datuk Haji Sapawi serta pelbagai pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin pembangunan masyarakat (PPM).", "Pengarah Rumah Terbuka Aidilfitri, Dr. Aliakbar Gulasan berkata penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kepimpinan PAS dan juga masyarakat awam sama ada Islam atau bukan Islam." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/sasaran-40-emas-ibarat-mendaki-everest/
Sasaran 40 emas ibarat mendaki Everest
[ "Sasaran 40 pingat emas untuk kontinjen Malaysia kini ibarat mendaki Gunung Everest kerana walaupun bukan mustahil, tetapi menjadi semakin sukar untuk dicapai.Kontinjen Malaysia mengumumkan sasaran pingat di Sukan SEA Kemboja, iaitu 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa. Namun, ketika sukan terbesar Asia Tenggara akan melabuhkan tirai penutup pada Rabu ini, pencapaian setakat ini ialah 29 emas, 42 perak dan 82 gangsa yang meletakkan negara di tangga ke-7.", "Walaupun Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, mengakui sukar mencapai matlamat 40 emas, beliau masih mengharapkan kontinjen negara mencapai jumlah yang sama seperti temasya yang sama di Hanoi apabila Malaysia memenangi 39 pingat emas.", "“Saya rasa ia sukar, tetapi kami akan menghampiri 40. Mungkin serupa dengan Hanoi, di mana kami hampir tidak berjaya. Saya harap atlet kita akan bekerja keras pada baki hari ini untuk memastikan kita menambah lebih banyak pingat emas,” katanya.", "Namun, beberapa sukan yang sebelum ini menjadi lubuk emas kontinjen negara seperti olahraga, renang, terjun, silat dan karate sudah pun tamat.", "Lebih menghampakan, kontinjen negara kecundang kepada Singapura, jiran seberang tambak yang berjaya mengutip 43 emas dan situasi ini membayangkan kemungkinan negara sekali lagi akan berada di bawah jiran seberang tambak buat kali kedua berturut-turut selepas edisi 2021 di Vietnam, tahun lalu.", "Tewas kepada Vietnam, Thailand, Indonesia dan Filipina, mungkin dapat difahami kerana negara berkenaan dengan saiz penduduk yang besar, sekali gus sumber atlet sukan yang lebih ramai. Prestasi Kemboja yang selalunya di bawah Malaysia, tetapi kali ini berada di tangga ke-4 pula kerana mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah.", "Persoalannya, pencapaian Malaysia kali ini hanya sedikit lebih baik berbanding Myanmar, negara yang walaupun dilanda kemelut politik masih mampu meraih 20 emas.", "Bagi Norza, Sukan SEA menjadi medan untuk mendedahkan atlet muda kepada saingan antarabangsa dan beliau berbesar hati melihat prestasi beberapa atlet muda.", "“Kami telah mencapai objektif. Saya telah mengatakan bahawa Sukan SEA adalah pendedahan terbaik untuk atlet muda – saya katakan bahawa ia pada 2019 dan 2022. Sekarang kita telah melakukannya dan ini petanda baik untuk sukan pada 2025 dan 2027.", "Ketika pegawai kontinjen Malaysia masih menaruh harapan untuk melihat kilauan emas pada hari-hari terakhir Sukan SEA, yang pasti suatu bedah siasat perlu dilakukan untuk menilai prestasi setiap sukan dan melakukan penambahbaikan sebelum keadaan terlambat.", "Jika tidak, negara bukan sahaja tidak lagi mampu mengejar kuasa besar sukan Asia Tenggara seperti Vietnam, Indonesia, Thailand dan Filipina, malah ditinggalkan oleh Singapura dan hanya layak bersaing dengan Kemboja, Myanmar dan Laos pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/ummah-bantah-tarik-balik-rayuan-guna-kalimah-allah/
UMMAH bantah tarik balik rayuan guna kalimah Allah
[ "UMMAH mengikuti secara rapat tindakan Kerajaan Madani yang telah menarik balik rayuan keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah. Surat penarikan bertarikh 18 April 2023 adalah dirujuk.", "Ini bermakna bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh mana-mana bukan Islam secara bebas yang dikhuatiri akan mengelirukan umat Islam khususnya generasi anak muda.", "UMMAH menzahirkan rasa terkilan dan terkejut dengan keputusan ini, ditambah lagi keputusan yang dibuat secara unilateral ini seolah-olah menjatuhkan kredibiliti pihak-pihak berkepentingan yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Islam seperti Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Agama Islam negeri-negeri dan pelbagai institusi lain dalam negara ini.", "UMMAH turut menggesa agar YB Menteri Agama mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan drastik Kerajaan Madani. Hal ini kerana isu ini adalah isu yang berkait rapat dengan portfolio di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.", "Sekiranya tiada penegasan daripada pihak berautoriti, dibimbangi akan ada kelompok yang akan bertindak ekstrem dan boleh mewujudkan perasaan tidak senang, tidak selamat, dan menggugat keharmonian serta kesejahteraan hubungan antara kaum.", "Sehubungan dengan itu, suatu Sidang Meja Bulat (RTD) akan diadakan oleh pihak UMMAH bersama-sama NGO Islam serta pelbagai pihak lain dalam masa terdekat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/saya-bakal-pm-baharu-thailand-pita-limjaroenrat/
‘Saya bakal PM baharu Thailand’ – Pita Limjaroenrat
[ "BANGKOK: Pemimpin parti Move Forward, Pita Limjaroenrat dengan penuh yakin mengumumkan dirinya bakal dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Thailand selepas keputusan pilihan raya 2023 di Thailand menunjukkan pengundi menolak pemerintahan tentera.Parti pembangkang Thailand itu telah memperoleh jumlah undi terbesar dalam pilihan raya Thailand kali ini, suatu keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan sedia ada yang disokong tentera dan telah memerintah negara itu selama hampir sedekad, lapor The Guardian.Bercakap kepada media pada hari ini, Isnin (15 Mei), Limjaroenrat berkata, beliau telah menjemput Pheu Thai, parti yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra dan empat parti pembangkang lain untuk membentuk pakatan selepas memperoleh undi terbesar dalam pilihan raya kali ini.", "“Saya Pita Limjaroenrat, Perdana Menteri Thailand baharu,” katanya kepada pemberita di Bangkok, sambil menambah pihaknya kini bersedia untuk membentuk kerajaan kerana beliau berikrar untuk menjadi perdana menteri untuk semua (rakyat).", "Di Thailand, bagi mana-mana parti pembangkang untuk mengambil alih kuasa mereka perlu membentuk satu gabungan supaya bilangan mereka cukup kuat untuk melalui sistem yang ditimbang memihak kepada calon yang disokong tentera.", "Seorang perdana menteri masa depan Thailand akan diundi bukan sahaja oleh Dewan Rakyat yang mempunyai 500 kerusi, yang keahliannya bukan akan hanya ditentukan oleh keputusan pilihan raya, tetapi juga oleh senat, dengan 250 anggotanya dilantik oleh tentera selepas rampasan kuasa terakhir.", "Sehubungan itu, Limjaroenrat yang merupakan pelajar Thailand pertama meraih biasiswa Universiti Harvard memberi amaran tentang ‘harga mahal’ yang perlu dibayar, sekiranya terdapat campur tangan dalam keputusan pilihan raya Thailand  kali ini, yang akan membawa kepada pembentukan kerajaan minoriti.", "Pada sidang media pagi Isnin itu, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Ittiporn Boonprakon berkata, parti Move Forward telah memperoleh 151 daripada 500 kerusi yang ada, manakala Pheu Thai memperoleh 141 kerusi. ", "Prayuth Chan-ocha, bekas ketua tentera yang mula-mula berkuasa dalam rampasan kuasa pada 2014, dan yang telah menjalankan kempen nasionalis yang gigih, ketinggalan jauh di belakang dengan hanya 36 kerusi. ", "Bagaimanapun, ia sudah memadai buat bekas Panglima Tentera Darat Diraja Thai yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Thailand ke-29 sejak tahun 2014 itu untuk turut bertanding sebagai calon perdana menteri Thailand 2023, sekiranya beliau boleh membentuk gabungan.", "Move Forward, yang mahu memperbaharui undang-undang kebesaran Thailand yang ketat dan telah mengambil pendirian yang kuat dalam menyeru pembaharuan ketenteraan, membuat kejutan dalam pilihan raya 2023 walaupun terhadap beberapa penyokongnya sendiri, dengan mengatasi jangkaan kali ini. ", "Sepanjang pengiraan di peringkat kebangsaan, ia bersaing sengit dengan dengan Pheu Thai, sebuah parti pembangkang berat yang telah menyasarkan untuk menang dengan kekalahan besar.", "Sejak dua dekad lalu, parti yang dikaitkan dengan kempen keluarga Shinawatra itu  telah berulang kali terbukti tidak dapat dikalahkan di peti undi, memenangi kerusi terbanyak dalam setiap pilihan raya sejak 2001.", "“Pheu Thai telah berkempen menggunakan pendekatan lama dasar populis,” katanya sambil menambah bahawa Move Forward bagaimanapun telah membawa permainan (dalam pertarungan memenangi pilihan raya 2023) ke peringkat seterusnya dengan pembaharuan institusi. ", "Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan Thaksin yang juga salah seorang calon perdana menteri dari Pheu Thai sebelum ini berkata beliau tumpang gembira untuk Move Forward, tetapi  menambah bahawa masih terlalu awal untuk membincangkan tentang penggabungan.", "Sementara sebagai pemimpin Move Forward, Limjaroenrat, 42, yang merupakan seorang bekas eksekutif aplikasi ride-hailing berusia 42 tahun, menyifatkan keputusan pilihan raya Thailand 2023 itu sebagai ‘sensasi’. ", "Menurutnya,  beliau tidak akan memungkiri janjinya untuk menolak menyertai gabungan dengan pihak tentera yang terlibat dalam rampasan kuasa terakhir kerajaan Thailand sebelum ini.", "“Ia akan menjadi parti yang disokong anti-diktator yang sudah pasti disokong tentera. Adalah selamat untuk mengandaikan bahawa kerajaan minoriti tidak lagi mungkin di sini, di Thailand,” tegasnya.", "Seorang pengulas politik Thailand,  Ken Mathis Lohatepanont berkata bahawa keputusan pilihan raya Thailand 2023  itu menandakan era baharu dalam politik negara itu. ", "“Kemenangan besar Move Forward menunjukkan bahawa politik gaya lama yang didorong oleh rangkaian tempatan yang dipacu naungan tidak lagi dapat menjamin kemenangan di peringkat nasional. ", "“Ia juga menandakan berakhirnya era penguasaan pilihan raya Thaksin. Ia adalah mesej yang kuat bahawa sebilangan besar rakyat Thai mahukan perubahan. Keputusan itu bermakna Thailand ‘pada asasnya dijamin’ pertukaran perdana menteri,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/pasti-arau-anjur-aidilfitri-hari-guru-serentak/
PASTI Arau rai Aidilfitri, Hari Guru serentak
[ "KANGAR: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Arau telah meraikan Hari Guru pada tahun ini yang diadakan bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023.Pengerusinya, Abd. Hadi Halipah berkata, pihak beliau mengambil kesempatan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini  dengan turut engadakan sambutan Hari Guru yang pada saban tahun disambut saban tahun menjelang 16 Mei.", "“Alhamdulillah, kesempatan sambutan hari raya pada tahun ini kita adakan sekali sambutan Hari Guru,” katanya dalam majlis yang  diadakan di Dewan Residensi Kangar, Kediaman Rasmi MB Perlis, di sini, semalam.", "Seramai 70 orang guru daripada 14 buah PASTI diraikan dengan pemberian cenderahati daripada pihak PAS kawasan dalam majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Arau, Solahudin Azmi.", "Turut hadir menyerikan majlis Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin; Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli; Speaker Dun Perlis, Rusele Eizan serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri.", "Menurut beliau, majlis sambutan Hari Guru berkenaan diadakan bagi menghargai pengorbanan guru-guru PASTI, khususnya di kawasan Arau yang banyak berkorban mendidik anak-anak." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/kereta-api-laluan-jakarta-bandung-beroperasi-ogos-ini/
Kereta api laju Jakarta-Bandung beroperasi Ogos ini
[ "JAKARTA: Kereta api berkelajuan tinggi pertama Indonesia, yang ang menghubungkan Jakarta dan Bandung dijadualkan akan mula beroperasi pada 18 Ogos ini.Seorang menteri kanan kabinet memberitahu demikian mengenai projek kereta api yang sebelum ini ditangguhkan, dikatakan telah melebihi bajet dan dibiayai oleh China.", "Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Pandjaitan yang melawat Beijing baru-baru ini  dilaporkan agensi berita, BenarNews.org sebagai berkata, China bagaimanapun telah berkeras untuk mengekalkan kadar faedah pinjaman projek, termasuk kos lebihan, pada 3.4 peratus, walaupun Indonesia meminta untuk menurunkannya kepada 2 peratus.", "Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung, yang merupakan  projek utama Inisiatif Jalur dan Jalan China di Indonesia itu kini  menelan kos AS$7.2 bilion (RM32.4 bilion), meningkat daripada anggaran awal RM27 bilion.", "“Kami menjangkakan untuk mula beroperasi pada 18 Ogos 2023, sebagai hadiah ulang tahun ke-78 kemerdekaan Indonesia,” kata Luhut  mengenai projek mega yang sebenarnya dijadualkan siap pada 2019 itu.", "“Perkhidmatan percubaan akan dilancarkan bermula selewat-lewatnya pada akhir Mei  ini dan ia adalah baik untuk diteruskan,” kata Luhut, sambil menambah bahawa beliau menjangkakan seorang pegawai tinggi China akan menghadiri pelancaran perkhidmatan kereta api itu.", "Luhut berkata, kadar faedah bagi pinjaman projek itu adalah lebih rendah daripada purata 6 peratus yang dikenakan ke atas kebanyakan negara lain yang meminjam dari China untuk projek infrastruktur, sambil menambah bahawa Indonesia akan dapat membayarnya semula susulan  ekonomi negara itu yang  bertambah baik dan hasil cukainya yang meningkat.", "Luhut berkata bahawa kerajaan juga sedang berunding dengan China mengenai tempoh pinjaman dan tempoh tangguh untuk pembayaran balik yang boleh berkisar antara 30 hingga 40 tahun, manakala tempoh tangguh mampu mencecah antara 10 hingga 15 tahun.", "Terdahulu, Presiden Jokowi Widodo telah berjanji untuk tidak menggunakan sebarang dana negeri bagi menjayakan projek berkenaan, tetapi kerajaan bersetuju pada 2021 untuk membiayai melalui suntikan modal sebanyak RM900 juta daripada kos yang melangkaui bajet asal tersebut.", "Kerajaan Indonesia pada tahun lepas mencadangkan China Development Bank (CDB), yang membiayai projek itu, menanggung 75 peratus daripada kos yang berlebihan itu, dengan konsortium syarikat Indonesia dan China membiayai baki 25 peratus.", "Laluan rel baharu itu dijangka mengurangkan masa perjalanan antara Jakarta dan Bandung kepada 34 hingga 45 minit daripada 2.5 jam dengan perkhidmatan kereta api biasa. ", "Luhut seterusnya berkata kerajaan terbuka untuk melanjutkan tempoh konsesi perkhidmatan rel, yang pada awalnya ditetapkan pada 50 tahun, selagi Indonesia kekal sebagai pemegang saham majoriti.", "China membiayai projek di Indonesia sebagai sebahagian daripada Inisiatif Belt and Road (BRI), yang merupalan sebuah program pembinaan infrastruktur di seluruh dunia.", "“Kami tidak mahu bergantung kepada sesiapa. Jika China mempunyai teknologi yang baik dan datang kepada kami, kami menerimanya,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/memperingati-peristiwa-nakbah-palestin/
Memperingati peristiwa Nakbah Palestin
[ "15 MEI merupakan tarikh bersejarah bagi umat Islam khususnya bagi penduduk Palestin. Hari Nakba (يوم النكبة) merupakan hari di mana negara haram Israel diisytiharkan secara rasminya selepas mereka mendakwa telah memenangi peperangan yang pada hakikatnya hanyalah merampas negara Palestin. Pengisytiharan penubuhan negara haram turut diraikan oleh Zionis laknatullah sebagai hari kemerdekaan bagi mereka.Pada hari ini, ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza. Episod kejam ini juga menyaksikan ribuan nyawa terkorban, rumah-rumah dirobohkan, harta rakyat dirampas, kenderaan awam dimusnahkan serta pelbagai lagi kekejaman yang terbukti meragut hak asasi sebagai rakyat di bumi sendiri.Sebagai umat Islam, marilah sama-sama kita cakna dengan politik semasa sekali gus menginsafi peranan kita sebagai saudara seagama. Hiraukah kita dengan penderitaan mereka atau masih leka mengejar dunia yang hanya membinasakan sahaja. Semoga hari memperingati peristiwa nakba ini menjadi pengajaran dan memberi sedikit sebanyak keinsafan untuk bangkit memperjuangkan kebenaran.YB USTAZ WAN HASSAN MOHD RAMLIAhli Parlimen DungunYDP PAS Kawasan Dungun – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/mb-terengganu-nasihat-pmx-tunaikan-hak-rakyat/
MB Terengganu nasihat PMX tunaikan hak rakyat
[ "HALUS dan tajam teguran serta gesaan yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu kepada Kerajaan Persekutuan.Di hadapan Perdana Menteri Malaysia dengan bersaksikan rakyat Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah menasihati pihak Kerajaan Persekutuan agar berlaku adil dan bertanggungjawab dalam urusan rakyat.Manakan tidak, Anwar sendiri mengakui bahawa telah berlaku kelewatan pengagihan bantuan banjir yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan.Justeru dalam ucapan yang tidak sampai 10 minit itu, Dr. Samsuri menyatakan hasrat rakyat agar segala perancangan, pembangunan dan peruntukan yang menjadi hak rakyat Terengganu dapat diteruskan mengikut jadual.Rakyat perlu tahu bahawa kelewatan pembayaran Dana Khas Kerajaan Persekutuan akan mengganggu kos operasi kerajaan negeri. Jadi sebagai seorang tokoh ‘reformasi’, sewajarnya Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Anwar dapat membayar segala dana khas milik rakyat mengikut apa yang dibentangkan di Dewan Rakyat.Jika yang asas gagal dilaksanakan, bagaimana rakyat hendak percaya pada janji bulan bintang yang lainnya?Hormatilah konsep federalisme. Jika ahli-ahli politik tidak berubah menjadi matang, rakyat yang akan menanggung kesan.Sekian. ZURK AHMAD Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS PusatBertarikh: 15 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/pilihan-raya-turkiye-persaingan-sengit-erdogan-kilicdaroglu/
Pilihan raya Turkiye: Persaingan sengit Erdogan, Kilicdaroglu
[ "ISTANBUL: Keputusan awal pilihan raya Turkiye menunjukkan persaingan sengit antara Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan pesaing utamanya, Kemal Kilicdaroglu.Agensi berita yang dikendalikan kerajaan negara itu, Anadolu Agency melaporkan pada Ahad (14 Mei) bahawa unjuran berdasarkan 97.95 peratus undi yang dikira menunjukkan Erdogan telah meraih 49.34 peratus undi, berbanding 44.99 peratus yang dikumpul Kilicdaroglu selaku calon pembangkang utama.", "Calon ketiga, Sinan Ogan hanya meraih 5.28 perundi, menurut laporan itu lagi, menjadikan pilihan raya kali ini menjadi cabaran terbesar buat Erdogan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Turkiye.", "Erdogan sebelum ini berdepan masalah ekonomi dan kritikan bahawa kesan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye pada 6 Feb 2023 itu itu diburukkan lagi dengan kawalan pembinaan bangunan yang lemah dan usaha menyelamat yang tidak betul.", "Bilangan undi daripada lebih 64  juta rakyat Turkiye yang layak mengundi masih dikira enam jam selepas pusat mengundi ditutup di seluruh negara.", "Buat pertama kalinya, puak pembangkang Turkiye telah bergabung untuk menampilkan calon tunggal, Kilicdaroglu, yang mewakili gabungan pilihan raya enam parti pembangkang negara itu.", "Terdahulu pada Ahad, Datuk Bandar Ankara, Mansur Yavas, yang merupakan calon naib presiden bagi blok pembangkang utama Nation Alliance, menolak keputusan pusingan pertama pilihan raya itu yang dilaporkan Anadolu Agency, dengan mengatakan agensi itu tidak boleh dipercayai. ", "Pengarah Urusan Pusat Penyelidikan Istanbul, Can Selcuki memberitahu CNN bahawa persaingan antara kedua-dua Erdogan dan Kilicdaroglu kemungkinan besar tidak akan berakhir pada pusingan pertama pilihan raya itu.", "Calon pilihan raya mesti memenangi lebih 50 peratus menjelang malam Ahad untuk sah dipilih sebagai Presiden baharu Turkiye dan jika tidak, ia memerlukan kepada  pusingan kedua pada 28 Me ini.", "Bercakap di ibu pejabat Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) yang memerintah di Ankara, Erdogan mendakwa berada di hadapan mengatasi Kilicdaroglu dalam menguasai peratus undi.", "Kilicdaroglu pula ketika membuat ucapan yang disiarkan di televisyen di ibu pejabat partinya pada awal hari ini, Isnin (15 Mei) berkata, beliau mengalu-alukan prospek pusingan kedua pilihan raya itu", "Kilicdaroglu sebelum ini menuduh Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Erdogan menuntut pengiraan semula dan menangguhkan keputusan di kubu kuat pembangkang, termasuk di Ankara dan Istanbul.", "Dalam pada itu, selepas mengundi di Istanbul, Erdogan memberitahu wartawan bahawa beliau berdoa kepada Tuhan untuk masa depan yang lebih baik buat demokrasi Turkiye.", "Terdahulu, Erdogan mengakhiri kempen pilihan rayanya pada malam Sabtu (13 Mei) dengan berdoa di  masjid dan tapak bersejarah utama di Istanbul, Hagia Sophia. Sebaliknya, Kilicdaroglu melawat makam Mustafa Kemal Ataturk, pengasas Turkiye moden dan sekular.", "Erdogan sebelum ini telah memuji pencapaian parti pemerintahannya yang lama, berkempen atas platform kestabilan, dasar luar bebas dan terus memperkukuh industri pertahanan Turkiye. Baru-baru ini, beliau menaikkan gaji kakitangan kerajaan sebanyak 45 peratus dan menurunkan umur persaraan.", "Sepanjang dua tahun kebelakangan ini, mata wang Turkiye bagaimanapun telah menjunam dan harga barangan telah melonjak, menyebabkan krisis kos sara hidup yang telah menjejaskan asas sokongan kelas pekerja konservatif Erdogan.", "Apabila gempa bumi ganas pada 6 Feb itu memusnahkan sebahagian besar bahagian tenggara Turki, gegaran susulan melanda keutuan pengaruh politik Erdogan. ", "Dalam beberapa minggu selepas gempa bumi, kerajaan Turkiye telah mengumpulkan berpuluh-puluh kontraktor, pemeriksa pembinaan dan pengurus projek kerana melanggar peraturan bangunan. ", "Pengkritik bagaimanapun melihat tindakan itu tidak lebih sebagai ‘kambing hitam’ untuk menutup kelemahan parti AK yang sebelum ini juga  juga telah memohon maaf atas ‘kesilapan’ yang dilakukan sejurus selepas bencana itu melanda Turkiye.", "Gempa bumi itu meragut lebih 51,000 nyawa di Turkiye dan negara jiran Syria. Beribu-ribu  individu masih tidak dapat dikesan, dengan kubur yang tidak bertanda menghiasi kawasan desa tenggara Turki.", "Pada Khamis (11 Mei) lali, pengaruh Kilicdaroglu dirangsang lagi dengan penarikan diri seorang lagi calon pilihan raya, Muharrem Ince yang mempunyai meraih bilangan undi rendah; dan beberapa tokoh pembangkang bimbang dia akan memecahbelahkan undi anti-Erdogan.", "Turkiye mengadakan pilihan raya setiap lima tahun, dengan lebih 1.8 juta pengundi yang tinggal di luar negara sudah membuang undi pada 17 April lalu, lapor akhbar Turki Daily Sabah pada Rabu (10 Mei).", "Ketua Majlis Pilihan Raya Tertinggi (YSK) Ahmet Yener dalam kenyataan pada bulan April lalu bahawa sekurang-kurangnya satu juta pengundi di zon yang dilanda gempa bumi dijangka tidak mengundi pada tahun ini. – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/harapan-arsenal-kian-pudar-man-city-bakal-juara/
Harapan Arsenal kian pudar, Man City bakal juara
[ "Impian Arsenal untuk menjuarai Liga Perdana hancur apabila dibelasah 3-0 di tempat sendiri oleh Brighton and Hove Albion yang mengejar tempat untuk layak ke kejuaraan Eropah.Kemenangan di Manchester City di Everton dalam perlawanan sebelum itu meletakkan penyandang juara mendahului empat mata, manakala Arsenal yang memimpin Liga Perdana sejak awal musim, tahu hanya kemenangan akan memberi peluang untuk terus bersaing merebut takhta liga.", "Malangnya Arsenal mempamerkan aksi sebaliknya menentang kelab pantai selatan England yang licik itu dan dikalahkan selepas rehat apabila Julio Enciso, Deniz Undav dan Pervis Estupinan, menjaringkan gol untuk pasukan Roberto De Zerbi, meletakkan City di ambang bergelar juara.", "Bekas penyerang Brighton yang kini mewakili Arsenal, Leandro Trossard, merembat palang pada babak pertama, tetapi Arsenal kelihatan tidak bermaya selepas Enciso menjaringkan gol pada minit ke-51 dan kecewa apabila Undav menambah jaringan pada minit ke-86.", "Estupinan melengkapkan kesengsaraan Arsenal pada masa kecederaan untuk menggembirakan penyokong Brighton yang mungkin akan menyaksikan kelab itu bersaing di peringkat Eropah tidak lama lagi.", "Kekalahan kelima liga musim ini menyebabkan Arsenal kekal 81 mata dengan baki dua perlawanan, manakala City mempunyai 85 mata dengan tiga baki perlawanan. Ini bermakna kemenangan buat pasukan Pep Guardiola, Ahad depan menentang Chelsea akan melengkapkan gelaran kelima City dalam enam musim.", "“Ya, sejujurnya, ia kelihatan sukar sekarang, kami perlu realistik. Saya tidak fikir City akan melakukan terlalu banyak kesilapan sekarang,” kata kapten Arsenal, Martin Odegaard.", "“Ia bukan perasaan yang baik pada masa ini. Cara kami bermain, terutama pada separuh masa kedua, saya tidak tahu apa yang berlaku secara jujur. Rasanya seperti tiada harapan sekarang.”", "Sebahagian penyokong Arsenal meninggalkan Stadium Emirates selepas mendengar kemenangan awal Manchester City 3-0 di Everton, kemenangan liga ke-11 berturut-turut untuk City. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/tewas-pilihan-raya-tidak-halang-pusat-khidmat-beroperasi/
Tewas pilihan raya tidak halang pusat khidmat beroperasi
[ "SELAYANG: Biarpun PAS gagal mempertahankan kerusi Dun Templer pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, namun Pusat Khidmat Masyarakat tetap beroperasi seperti biasa.", "“Situasi itu begitu terserlah semalam di mana hampir 3,000 pengunjung hadir ke majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran PAS dan Perikatan Nasional.", "“Biarpun hujan lebat melanda dua tiga hari ini, namun ia tidak mematahkan semangat penganjuran jamuan Hari Raya Aidilfitri diadakan pada 12 hingga 14 Mei yang dianjurkan di beberapa lokasi,” katanya di sini.", "Program itu yang diadakan selama tiga hari di lokasi berbeza mendapat sambutan menggalakkan, dihadiri rakyat pelbagai peringkat umur, agama dan keturunan.", "Zaidy yang juga Yang Dipertua PAS Selayang berkata, pihaknya sentiasa sedia memberi khidmat kepada seluruh warga Selayang tanpa mengira masa dan ketika." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/negeri-malay-belt-mundur-jawapan-buat-kit-siang/
Negeri Malay-Belt mundur: Jawapan buat Kit Siang
[ "3 HARI lepas Lim Kit Siang ada menulis;“Kelantan, Terengganu, dan Kedah adalah tiga negeri dengan kadar pembangunan paling perlahan di Malaysia dalam tiga dekad yang lepas sejak 1991 — adakah perkara ini terjadi kerana negeri-negeri ini ditipu oleh perompak yang ‘memberi dan menerima rasuah’?”Jawapan untuk Lim Kit Siang adalah, pembangunan di negeri-negeri pembangkang pada kadar yang rendah adalah kerana diskriminasi pemerintah. Sebelum ini berlaku sekatan peruntukan kepada negeri majoriti Melayu ini dilakukan oleh BN, yang dahulunya ditentang oleh Lim Kit Siang juga, kini telah menjadi teman rapat. Akhirnya apa yang dilakukan oleh BN dahulu, seakan-akan diulangi oleh PH yang dipimpin oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX), kawan baik Lim Kit Siang. Hinggakan Menteri Besar Terengganu terpaksa bersuara dengan penuh kesopanan di depan PMX dalam Majlis Raya Madani di Terengganu semalam, menyampaikan harapan rakyat agar Dana Khas Kerajaan Persekutuan (royalti) diturun mengikut jadual. Lazimnya duit DKKP akan disalurkan pada bulan Mac dan September, malangnya, hingga kini bulan Mei masih tiada yang disalurkan. Apakah kawan baik Lim Kit Siang, PMX mahu mengulangi apa yang BN lakukan?Jika ya, maka jawapan kepada persoalan Lim Kit Siang, yang menyebabkan negeri-negeri Malay-Belt ini mundur adalah diskriminasi pemimpin peringkat Persekutuan. Jika benar Lim Kit Siang betul-betul prihatin terhadap negeri-negeri Malay-Belt ini, beliau perlu nasihatkan PMX agar segera salurkan hak milik rakyat Terengganu.Janganlah hanya membela negeri-negeri PH sahaja. Lihatlah juga negeri-negeri lain sebagai pembangkang. Hormatilah pilihan rakyat yang tidak memilih PH dan BN, barulah anda layak bersuara dan digelar negarawan.MUHAMMAD IRSYAD SYAFIQKetua Penerangan PemudaDewan Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/coldplay-simbol-lgbt-hormati-sensitiviti-muslim/
Coldplay simbol LGBT: Hormati sensitiviti Muslim
[ "وَلَنْ تَرْضٰى عَنْكَ الْيَهُوْدُ وَلَا النَّصٰرٰى حَتّٰى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ اِنَّ هُدَى اللّٰهِ هُوَ الْهُدٰى ۗ وَلَىِٕنِ اتَّبَعْتَ اَهْوَاۤءَهُمْ بَعْدَ الَّذِيْ جَاۤءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللّٰهِ مِنْ وَّلِيٍّ وَّلَا نَصِيْرٍ.", "“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu (wahai Muhammad) sehinggalah engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah”.", "Kita dikejutkan dengan jadual kehadiran Coldplay untuk mengadakan persembahan di negara kita. Atas alasan kebebasan dan daya penarik ekonomi, Kerajaan Malaysia Madani menjemput ia ke negara kita. Namun dalam masa yang sama dilupakan latar belakang sebenar Coldplay adalah merupakan simbol LGBT dunia. Kehadirannya bukan hanya memperkenalkan Malaysia kepada pihak luar, namun kesan negatif daripada simbol LGBT akan mengakibatkan mereka yang berperwatakan sedemikian akan merasa lebih bebas dan terhormat.Islam mengajar kita agar berusaha mengelakkan kemudaratan dan kemurkaan Allah S.W.T. Langkah pendidikan dan pentarbiyahan yang bersepadu seharusnya diambil untuk berhadapan dengan golongan yang belum memahami agama Islam secara mendalam, bukanlah dengan cara memberikan kebebasan atas alasan hak asasi atau lainnya. Ini bagi mengelakkan kesan negatif daripada sesuatu tindakan tersebut yang akan tersebar kepada masyarakat umum khasnya muda mudi Islam.Sebagai sebuah Gerakan Islam yang prihatin dan mengambil berat mengenai tatasusila, PAS Johor mengambil pendekatan memberikan nasihat dan teguran kepada Kerajaan PH-BN agar dapat menghormati sensitiviti masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia.Ini kerana penganjuran konsert secara terbuka dan besar-besaran hanya akan membuka ruang kepada penyertaan masyarakat Islam sedangkan ianya jelas bercanggah dengan Syariat Allah S.W.T dan boleh mengundang kemurkaan-Nya.Justeru PAS Johor menggesa pihak Kerajaan Malaysia Madani agar dapat membuat ketetapan baharu dengan membatalkan konsert tersebut selari dengan nama madani yang merujuk kepada pentadbiran yang luhur dan murni menepati kehendak syariat. Sama-sama kita berganding bahu dalam melakukan amar maaruf nahi munkar semoga Malaysiaku Sejahtera di dalam rahmat Allah S.W.T.“Malaysia Sejahtera”ABU IRFAN MUHAMMAD AL-URDUNI, Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor24 Syawal 144415 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/tiada-perkara-baharu-pengumuman-pm-di-kelantan/
Tiada perkara baharu pengumuman PM di Kelantan
[ "TIADA perkara baharu dalam pengumuman perdana menteri di Kelantan, sekadar mengesahkan apa yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini khususnya berkaitan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Machang, Tebatan Banjir di Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1, 2 dan 3 serta beberapa pembinaan lebuh raya yang memang telah diumumkan sebelum ini.", "Pengumuman tersebut sekali gus mengesahkan apa yang telah dirangsang oleh kerajaan sebelum ini adalah tepat dan berjalan mengikut prosidur yang betul.", "Saya secara peribadi menyambut baik pengumuman itu bagi menyegerakan infrastruktur air di Kelantan kerana ia telah dirancang lama sebelum ini dan ia adalah langkah penyelesaian total masalah air di negeri itu dan Sabah.", "Namun apa yang penting projek sumber air seperti pembinaan TAPS, empangan, barrage merupakan geran Persekutuan kepada negeri sebagaimana Empangan Mengkuang di Pulau Pinang, penyaluran air Pahang ke Selangor dan lainnya.", "Kita harap ia dilaksanakan segera kerana Kelantan antara negeri terawal menandatangani migrasi dengan Kerajaan Persekutuan. Ianya juga adalah sebahagian daripada kebaikan migrasi bekalan air kerajaan-kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan, melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) selain hapus kira hutang bekalan air luar bandar.", "Apa yang penting ialah meletakkan keutamaan kepada keperluan rakyat tanpa mengira fahaman politik dan menyegerakan sesuatu projek bagi mengelak bencana yang lebih besar dan kerugian seperti petaka banjir, hakisan pantai serta bencana akibat perubahan iklim." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/ameerah-ambil-langkah-keselamatan-anjur-10k-langkah/
Ameerah ambil langkah keselamatan anjur ‘10k Langkah’
[ "PARIT: Program 10k Langkah Ameerah @ Bota yang diadakan di Padang Sri Iskandar semalam turut mengambil langkah-langkah keselamatan ekoran cuaca panas sekarang.", "“Alhamdulillah, seawal jam 6.40 pagi peserta mula datang dan berdaftar. Setelah bersenam robik dan sedikit taklimat ringkas, Adun Bota Dr Najihatussalehah Ahmad melepaskan kira-kira 100 peserta memulakan larian,” katanya di sini semalam.", "Program tersebut dianjurkan Ameerah Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat Adun Bota. Selain itu turut mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Iskandar dan Majlis Daerah Perak Tengah.", "Nur Farhana juga berkata, program itu julung kali diadakan bagi mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta dan memberi galakan mengamalkan gaya hidup sihat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/kerajaan-pusat-digesa-salur-royalti-ikut-jadual/
Kerajaan Pusat digesa salur royalti ikut jadual
[ "SETELAH menekuni ucapan YAB Menteri Besar Terengganu dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Terengganu semalam, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menggesa pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan dana khas persekutuan (royalti) kepada Negeri Terengganu mengikut jadual. Tindakan melengah-lengah atau menyekat peruntukan yang disalurkan selama puluhan tahun ini merupakan satu tindakan yang tidak matang dan memangsakan rakyat. Bahkan ianya bertentangan dengan nasihat Saidina Ali kepada Malik Ashtar Gabenor Mesir dalam warkah agungnya, sebagaimana yang dipetik oleh YAB Menteri Besar Terengganu; “Mekarkan dalam hati kamu perasaan kasih sayang kepada rakyatmu dan jadikan kasih sayang itu sebagai sumber kebaikan dan sejahtera kepada mereka.“Janganlah kamu memperlakukan rakyat dengan cara yang tidak beradab atau gasar, dan jangan ambil dari mereka apa yang menjadi milik mereka…”Ironinya warkah dari Saidina Ali ini jugalah yang dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri untuk ditelaah. Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu melihat warkah ini wajar ditelaah dan lebih penting untuk dipraktik. Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu juga mengajak semua pihak untuk menolak budaya dan cara lama yang tidak sihat, dengan mengambil pendekatan matang dan sejahtera, yang akan lebih menjamin kesejahteraan rakyat.USTAZ MOHD HARUN ESAKetua PemudaDewan Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/premis-edar-tembakau-perlu-mohon-lesen/
Premis edar tembakau perlu mohon lesen
[ "KOTA BHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) memberi tempoh hingga 31 Disember hadapan kepada pemilik premis untuk membuat permohonan mendapatkan lesen bagi mengedar tembakau atau keluaran tembakau terutamanya rokok.", "“Kita mempunyai dua pendekatan iaitu tahun ini kita melesenkan tanpa yuran dan menerangkan pendekatan yang diambil, jadi bermula tahun 2024 baru kita melesenkan dengan yuran,” katanya kepada pemberita sempena majlis Hari Raya LKTN di sini petang semalam.", "Idris juga berkata, keputusan itu dibuat kerajaan untuk melaksanakan perlesenan tembakau, di mana lesennya berkuat kuasa tahun ini tanpa dikenakan yuran.", "“Pemilik premis berangkai dan individu boleh membuat permohonan bagi mendapatkan lesen tersebut secara dalam talian di portal perlesenan LKTN,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/akan-kekalkah-pas-di-terengganu/
Akan kekalkah PAS di Terengganu?
[ "SATU persoalan yang menarik minat semenjak hari pertama kemenangan, kepada semua pihak, baik musuh yang sememangnya mahu menjatuhkan ataupun penyokong yang setia dan bermati-matian mahukan kemenangan ini dipertahankan. Selain daripada dua pihak ini, ia juga menjadi perhatian mata-mata yang duduk di luar Terengganu kerana begitu sengitnya pertembungan antara PAS dan Umno di sini. Ditambah lagi dengan kekayaan negeri yang melimpah ruah itu, menjadikan Terengganu, sebuah negeri yang unik untuk kita bicarakan.Hampir suku abad dahulu, PAS telah berjaya merampas negeri bertuah ini. Dengan nama-nama besar yang mengungguli kerusi PAS Pusat, seramai lima orang watak utama PAS Pusat ada di Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar, Naib Presiden dan juga Pengarah Pilihan Raya Pusat, Haji Mustafa Ali, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, almarhum Ustaz Harun Taib, Penasihat Undang-undang PAS Pusat, Haji Wan Muttalib Embong dan AJK PAS Pusat yang juga mantan Ketua Pemuda PAS Pusat, almarhum Ustaz Abu Bakar Chik atau Ustaz ABC, (ketika itu semua mereka masih belum menerima apa-apa pingat).Pasukan mereka dilengkapi dengan AJK PAS Pusat yang lain, almarhum Ustaz Abu Bakar Abdullah, Haji Wahid Endut dan bekas Ketua Hakim Negara, almarhum Tun Salleh Abbas serta barisan ADUN dan Ahli Parlimen lain yang tidak kurang hebatnya. Kemenangan 28-4 itu amat memeranjatkan semua kerana melawan BN waktu itu adalah bererti melawan jentera kerajaan. Dan mengalahkan pasukan BN Terengganu yang diketuai oleh almarhum Dato’ Seri Amar DiRaja Wan Mokhtar Ahmad yang juga sebagai Naib Presiden Umno, serta seorang ulamak, adalah satu kepuasan yang tidak terperi.Namun, sejarah telah menintakan bahawa PAS Terengganu kalah selepas hanya sepenggal menduduki takhta kerajaan. Dengan berat hati, kita semua terpaksa melepaskannya. Sedih, pilu, kecewa setelah kerajaan yang kita bina melalui perancangan pimpinan selama puluhan tahun itu, dijatuhkan dengan cara sedemikian. Dengan royalti dirampas, tekanan demi tekanan dikenakan, tiadanya penambahan kawasan Parlimen dan DUN yang baru, jumlah keluar mengundi sangat besar dan majoriti memilih BN yang amat meragukan, tiada apa yang dapat diselamatkan.Akan tetapi, Allah telah mentakdirkan yang BN juga tidak mendapat kebahagiaan atas perlakuan mereka itu. 2004. Bahagia mereka seketika cuma, sebelum memasuki tahun 2008 yang mula menampakkan pergolakan yang dahsyat sesama mereka, sehinggakan turut melibatkan makian kepada istana. Akhirnya Menteri Besar yang menjatuhkan PAS, dijatuhkan oleh seorang rakan beliau sendiri, tatkala rakannya yang lain diam, tidak mahu menerima jawatan Menteri Besar yang sudah diputuskan tidak akan diberikan semula kepada penyandangnya yang lalu oleh istana. Berbilion duit rakyat dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya waktu itu.Apabila Menteri Besar baru masuk pejabat, nasibnya sedikit lebih baik daripada Menteri Besar lama yang diberhentikan itu. Selama enam tahun bertahan, akhirnya dengan esak tangis, beliau juga terpaksa meninggalkan kerusi empuk idaman semua itu dengan cara terpaksa. Lebih pilu ia berlaku pada tarikh yang hampir dengan pernikahan anaknya. Digantikan pula dengan rakannya yang lain yang hampir cemas dijatuhkan dalam masa yang singkat kerana ugutan membawa keluar dua orang ADUN mereka yang berkebetulan kedudukan kerusi mereka hanyalah 17-15. Dengan tinggalan beberapa projek yang menjahanamkan duit rakyat, tanpa rasa malu, mereka mengaku berkhidmat untuk rakyat.Akhirnya mereka dihumbankan oleh rakyat yang bijak dalam PRU terakhir, lima tahun lalu. Masuklah kembali PAS sebagai pengganti yang menjanjikan 20 manifesto mereka. Sehingga kini, setelah lima tahun, kesemua manifesto itu telah berjaya dilangsaikan dengan kehendak dan izin Allah. Nyata, kerajaan PAS hari ini berbeza dengan dahulu bukan kerana kehebatan, tetapi kerana tekanan yang amat dahsyat yang dihadapi oleh ‘otai-otai’ PAS itu yang mana kita yakin, sesiapapun yang duduk di situ waktu itu, juga akan gagal bertahan.Bukti sudah nyata, waktu sudah tiba, sudah dikenali wajah dan rupa, siapa dia yang lebih menjaga amanah negeri Darul Iman ini. Alhamdulillah dengan adanya royalti, kita telah berjaya menunaikan semua janji-janji, membayar hampir semua hutang kita, meneruskan banyak projek sakit yang ditinggalkan, membuat beberapa projek baru, membantu rakyat dengan lebih tersusun dan banyak lagi perbezaan yang amat nyata yang dapat kita perhatikan, telah dilaksanakan.Maka dengan penuh keyakinan, jawapan kepada persoalan itu ialah ya. Insya-Allah dengan usaha yang telah ditunjukkan, doa dan tawakal, kebencian rakyat terhadap penipuan demi penipuan parti lawan, PAS akan kekal memerintah Terengganu bagi penggal kedua. Apatah lagi dengan keputusan PRU15 November lepas telah mencatatkan kemenangan 8-0 di semua kerusi Parlimen. Rakyat Terengganu mahukan PAS memerintah, kepercayaan yang amat tinggi kepada parti Pak Lebai yang amanah ini. Hanya sahaja, kita perlu bersama berusaha keras bagi merealisasikan hasrat ini.MOHD NASIR ABDULLAH15 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 15/5/2023PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/sanusi-di-mata-pakar-sains-politik-dan-politikus/
Sanusi di mata pakar sains politik dan politikus
[ "PAKAR Sains Politik USM Prof Dr Sivamurugan Pandian dipetik oleh akhbar The Star pada 30 April lalu mengatakan:“Contohnya di Kedah MB Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merupakan figura yang popular di sana dan Pakatan serta BN masih gagal menemui seorang tokoh yang boleh menandingi populariti beliau di kalangan massa.”Sivamurugan menambah dan saya turunkan petikan asal: (The Star, 30 April 2023)“Attacking him (Sanusi) raises sympathy votes for PERIKATAN and emboldens his strategy to win over the fencesitters”(Menyerang Sanusi hanya membangkitkan simpati rakyat buat PERIKATAN dan memperteguhkan strategi beliau untuk menenangi undi dan sokongan atas pagar).Hebat bacaan pakar Sains Politik anak tempatan ini, kerana telitilah laporan Malaysiakini yang melaporkan kenyataan Perdana Menteri ke-10 di Kelantan:“Berbanding Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor yang disifatkan Anwar sebagai ‘angkuh, sombong dan hanya pandai cakap berkobar-kobar’.”“Orang angkuh sombong, tinggallah kamu dengan keangkuhan dan sombong kamu,” katanya merujuk kepada Menteri Besar Kedah.Anwar dan PH-BN letih berhadapan Sanusi sehingga terpaksa memperlekeh dan menyerangnya.Kata Sivamurugan ‘attacking Sanusi raises sympathy‘, lihatlah video dan foto malam Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Kedah Sabtu 13 Mei baru-baru ini sebagai bukti.Puluhan mungkin cecah ratusan ribu rakyat Kedah keluar khasnya anak muda memberi isyarat betapa Sanusi dan PN akan mereka pertahankan.Kebangkitan luar biasa ini mustahil dibayar dengan wang ringgit tetapi sesungguhnya curahan simpati dan sokongan rakyat.Semasa di Selangor 7 Mei lalu ketika ditanya apa di belakang sambutan rakyat terhadap beliau, kata Sanusi rakyat mahu pemimpin yang bercakap benar dan bukan pemimpin silap mata yang membohong dan memperdaya rakyat. Ayuh kita mendukung dan bersama mereka yang benar.ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR Setiausaha PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/imam-abu-hanifah-kesampingkan-hadis/
Imam Abu Hanifah kesampingkan Hadis?
[ "TIDAK seperti Imam Malik (93-179 H) yang merintis Madrasah al-Hadith, Imam Abu Hanifah (80-150 H) membentuk Madrasah al-Ra’yi (مدرسة الرأي) yang selanjutnya mengidentitikan Mazhab Hanafi. Ketika itu akses bagi mendapatkan sumber-sumber Hadis di Kufah, agak terhad berbanding Madinah yang menjadi pusat penyebaran Hadis.Apatah lagi jika dibandingkan jumlah para sahabat yang berperanan menyebarkan Hadis di Iraq, tidak seramai seperti yang terhimpun di Hijaz. Proses pengumpulan Hadis pun belum lengkap secara sistematik di zaman tersebut.Justeru, tuduhan yang mendakwa kononnya Imam Abu Hanifah mendahulukan qias akal berbanding Hadis Nabi bukanlah sesuatu yang baharu. Imam Ibnu Abi al-‘Awwam berkata, Imam Abu Yusuf menceritakan bahawa apabila Imam Abu Hanifah diutarakan sesuatu masalah, beliau akan bertanya kepada para ilmuwan adakah di sana terdapat Nas atau Athar dari para Sahabat terdahulu yang boleh dipadankan sebagai hujah.Jika terdapat dalil yang dikehendaki, beliau akan berbincang mengenainya. Imam Abu Hanifah akan memilih pandangan yang paling banyak keselarian dengan Hadis dan pandangan para Sahabat. Jika semua pandangan sama rata kekuatan hujahnya, maka barulah beliau akan berijtihad memilih salah satu darinya.Terdapat kalam Imam Abu Hanifah yang membuktikan bahawa sejak hayatnya, beliau sendiri sedar akan tuduhan melulu ke atas dirinya. Beliau berkata:“Setiap apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah sama ada kami telah mendengarnya atau kami belum pernah mendengarnya, percayalah bahawa kami beriman dengannya dan kami bersaksi itu adalah sabdaan Nabi.” Kenyataan tersebut telah jelas menjawab andaian-andaian hasad terhadap Imam Abu Hanifah kononnya beliau mendahulukan akal berbanding Hadis. Mazhab Hanafi adalah warisan dari pemahaman para Sahabat yang berada di Iraq seumpama Anas bin Malik dan Tabi’in seperti al-Sya’bi dan al-Nakha’i.USTAZ ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD – HARAKAHDAILY 15/5/2023 " ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/pastikan-kemenangan-mantap-dan-bergaya-di-kedah/
Pastikan kemenangan mantap dan bergaya di Kedah
[ "ALHAMDULILLAH PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah baru selesai mengadakan Himpunan Jentera Pilihan Raya peringkat Negeri kelmarin. Kehadiran lebih 40,000 petugas pilihan raya parti-parti komponen PN menyerlahkan komitmen tinggi para petugas bagi memastikan Kedah dapat dipertahankan oleh PN dalam PRN nanti.Bagi pihak Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Kedah, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan himpunan. Juga kepada para pemimpin utama parti-parti komponen PN yang hadir membakar semangat para petugas parti.Saya menyeru supaya semua petugas mengekalkan semangat tinggi sehingga ke hari mengundi. Masa yang berbaki sangatlah singkat berbanding banyak kerja yang perlu disempurnakan. Sekalipun, berdasarkan fenomena gelombang kebangkitan rakyat khususnya anak-anak muda yang kuat menyokong PN, hasrat untuk mengekalkan kerajaan tampak mudah namun kita tidak harus pandang enteng sebaliknya mestilah berwaspada (hazar) kerana pihak lawan akan melakukan apa sahaja taktik kotor bagi menghadapi kita. Para petugas hendaklah kekal berdisiplin dan mematuhi arahan.Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mengekalkan kerajaan dengan mandat yang lebih besar dan kukuh. Selamat bertugas.MOHAMAD HILMI ABDUL WAHABPengarahJentera Pilihan Raya PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/bila-chong-eng-dijulang-di-dewan-merdeka/
Bila Chong Eng dijulang di Dewan Merdeka
[ "CHONG Eng ini dulu pernah mendakwa bahawa sebagaimana kaum Cina dan India, orang-orang Melayu juga kaum pendatang.Satu penghinaan terhadap istilah Tanah Melayu yang pernah kita guna untuk mentakrifkan tanah air bertuah ini.Itu dulu, hari ini Chong Eng dan partinya dengan bangga melangkah masuk ke Bangunan Umno di WTC dan mendakwa Umno dulu lawan hari ini kawan.Inikah perpaduan ummah yang Presiden Umno mahu dan cari-cari? Menolak dan memandang jijik tangan-tangan umat Melayu yang hari ini diwakili PAS dan BERSATU melalui PN.Mulai hari ini sehari selepas tanggal bersejarah 13 Mei, terbukti perjuangan memartabatkan nasib dan masa depan umat Melayu Islam tidak lagi digalas Umno.Tetapi dilepaskan kerana DAP, PKR, PAN lebih mulia dan utama di mata Presiden Umno dari 74 kerusi Melayu atau Bumiputera yang diwakili PN.Campaklah keluar lagu keramat ‘Anak kecil main api’ Terbukti benarlah rangkapnya yang berbunyi:Masa depan sungguh kelam,Kan lenyap peristiwa semalam,Tertutuplah hati terkunci mati,Maruah peribadi dah hilang.Moga sahabat-sahabat dan pimpinan dalam Umno yang masih jujur cintakan perjuangan keramat menyatupadukan ummah segera bangkit menuntut perubahan.Sesungguhnya yang mahu ‘bunuh’ matikan Umno bukan PAS bukan BERSATU tetapi mereka yang sepentas dengan Presiden Umno di WTC hari ini.Terbang merbah kesarang kedidi,Terbang kedidi ke tanah rata,Tergadai maruah kerana budi,Tergadai budi kerana harta.ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR Setiausaha PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/pelbagai-parti-politik-ngo-meriah-majlis-raya-pas-tawau/
Pelbagai parti politik, NGO meriah majlis raya PAS Tawau
[ "TAWAU: Pemimpin dari pelbagai parti politik Sabah, NGO, pendukung PAS dan Perikatan Nasional (PN) memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Tawau.", "Hadir sama mantan Adun Tanjung Batu Hamisa Samat, Presiden Persatuan Kebangsaan Melayu Kee Mohd Ayub Kee Abu Bakar, Ketua USIA Tawau Yahya Zainal, Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminudin Aling dan Yang Dipertua PAS Tawau, Mohamad Hussain.", "Program tersebut diadakan di perkarangan hadapan Pejabat PAS Tawau, Kompleks Bandar Fajar tambah meriah dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.", "Program yang diadakan semalam dihadiri kira-kira 7,000 pengunjung. Pelbagai juadah dihidang termasuk rendang, nasi beriani, mi kari, bakso, satay, kuih muih dan pelbagai jenis minuman serta buah-buahan.", "“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kerja keras Jawatankuasa Pelaksana termasuk Jabatan Amal, Nisa’ dan pelajar Madrasah Darul Hidayah.", "“Begitu juga semua pihak yang menyumbang wang ringgit, tenaga, pandangan dan lain-lain sehingga majlis tersebut mendapat sambutan begitu menggalakkan,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/bekas-pemain-sepak-takraw-adnan-saidin-meninggal-dunia/
Bekas pemain sepak takraw Adnan Saidin meninggal dunia
[ "ALOR SETAR: Bekas pemain sepak takraw negara Adnan Saidin, 66, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini kira-kira pukul 6 pagi tadi akibat masalah kesihatan.", "Anaknya Mohd Faizal Adnan, 38, berkata Allahyarham bapanya itu mula dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di sini sejak seminggu lepas sebelum dirujuk ke HSB semalam.", "“Pada awalnya, ayah dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar kerana disyaki menghidap tibi sebelum mengalami masalah pada jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru. Masuk hari ketiga dirawat, dia tidak sedarkan diri dan imbasan pada kepala mendapati terdapat pendarahan dalam kepalanya.", "“Selepas itu, Allahyarham telah dirujuk ke HSB semalam dan meninggal dunia hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di HSB di sini, hari ini.", "“Kebiasaannya, kalau Aidilfitri memang dia akan berjalan tetapi tahun ini nampak tidak larat dan semua ahli keluarga yang lain datang beraya di rumah. Sebelum dia tidak sedarkan diri, kami ada bersembang seperti biasa dan dia juga sempat menonton televisyen.", "“Sebelum dimasukkan ke pusat perubatan itu, dia ada juga menonton sukan sepak takraw di televisyen kerana dia memang cintakan sukan itu serta kalau bab-bab sukan ini memang semua Allahyarham ambil tahu,” katanya.", "Bekas ketua pasukan negara dari 1980 hingga 1986 dan Kedah dari 1976 hingga 1992 itu dilahirkan di Kampung Padang, Tandop, dekat sini dan mula berjinak-jinak dalam sukan itu sejak berusia lapan tahun lagi.", "Hampir 20 tahun berkecimpung dalam sukan itu, bekas raja libas sepak takraw negara itu banyak melakar kenangan manis terutamanya ketika berdepan musuh tradisi, Thailand pada aksi final Sukan SEA di Jakarta, Indonesia pada 1979." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/15/psi-selagi-ada-hayat-projek-tetap-dibantah-nelayan/
PSI: Selagi ada hayat, projek tetap dibantah – nelayan
[ "BALIK PULAU: Lebih 4,000 peserta perhimpunan aman membantah projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di Unit Nelayan Sungai Batu menyeru kerajaan negeri mendengar suara hati nelayan.", "Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, Ibrahim Che Rose berkata meskipun baru-baru ini kerajaan negeri memutuskan menambak satu pulau daripada cadangan asal tiga pulau, namun bantahan tetap diteruskan sehingga PSI berjaya dibatalkan.", "Katanya, nelayan bukan sahaja menolak projek PSI yang dirancangkan di Permatang Damar Laut malah menolak sebarang projek tambakan di seluruh Pulau Pinang yang menjejaskan punca pendapatan dan sumber laut.", "“Saya berharap kerajaan negeri pandang kami, supaya menolak pembangunan pulau ini. Begitu juga dengan perdana menteri kita yang datang pada 2019 menyatakan akan membantu nelayan. Hari ini dia telah bawa keluar permit (kelulusan EIA) untuk kerajaan negeri membuat pulau ini. Kita tetap membantah!", "Berpengalaman sebagai nelayan selama 40 tahun, Ibrahim berkata pendapatan sebagai nelayan cukup lumayan telah menarik minat generasi muda untuk turut menyertai pekerjaan sebagai nelayan.", "“Mengapa kerajaan negeri tidak nampak? Mengapa PM10 tak nampak? Saya berharaplah PM kita ini sedar diri, muhasabah diri, tolonglah nelayan yang terdiri daripada pelbagai masyarakat tidak kira Melayu Cina dan India.", "Berkata kepada pemberita, Ibrahim mewakili 6,000 nelayan di Pulau Pinang akan menyerahkan memorandum bantahan projek PSI kepada Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memohon agar baginda dapat melihat nasib nelayan di sini. – HARAKAHDAILY 15/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/azizulhasni-kembali-gegar-velodrom-nilai/
Azizulhasni kembali gegar Velodrom Nilai
[ "NILAI: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang memperagakan kayuhan cemerlang untuk mengungguli acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2023 di Velodrom Nasional hari ini.", "Dalam aksi penentuan pingat emas, The Pocket Rocketman yang mewakili Terengganu mengetepikan rakan seperjuangannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang mewakili Johor.", "Seorang lagi pelumba Johor yang juga adik kepada Muhammad Shah Firdaus, Muhammad Ridwan pula di tempat ketiga menewaskan Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang mewakili Selangor.", "Mohd Azizulhasni, 35, ketika ditemui Bernama menyifatkan perlumbaan hari ini agak mencabar namun menyeronokkan selain dapat mempamerkan aksi menarik bersama rakan-rakan seperjuangan dalam skuad berbasikal trek kebangsaan.", "“Sejujurnya perlumbaan memang sengit sebab kita semua memang rakan seperlatihan dan semuanya bertaraf dunia macam Muhammad Shah Firdaus. Namun, sebenarnya saya dapat menjangka pertarungan semasa final agak susah namun ia satu perlumbaan yang menarik.", "Pemenang pingat perak keirin Olimpik 2020 itu tidak menyertai Kejohanan Trek Kebangsaan pada edisi lepas kerana sedang menjalani proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung.", "Sementara itu, pelumba muda negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bangga apabila berjaya mempertahankan pingat emas dimenanginya edisi lepas, selepas menewaskan pelumba berpengalaman Anis Amira Rosidi dari Perlis.", "Pelumba berusia 20 tahun dari Kedah yang kini membuat penampilan kali keempat dalam kejohanan berkenaan berkata kemenangan itu menjadi pembakar semangat buat dirinya yang akan menyertai Piala Berbasikal Trek Antarabangsa Hong Kong, hujung bulan ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/land-swap-apakah-formula-yang-adil/
‘Land swap’: Apakah formula yang adil?
[ "TERDAPAT kerajaan yang mahu melaksanakan sesuatu projek seperti kemudahan awam tetapi tidak mempunyai dana untuk membiayainya. Satu penyelesaian adalah dengan meminta pihak swasta membinanya dan sebagai balasan syarikat tersebut akan dianugerahkan lot-lot tanah.Contohnya ada satu kerajaan negeri yang mahu membina satu pejabat daerah yang baharu dan telah mencapai persetujuan dengan satu syarikat swasta untuk membinanya. Syarikat tersebut telah membina pejabat daerah itu tetapi tapak pejabat daerah yang lama telah diserahkan kepada syarikat untuk dibangunkan.Tapak pejabat daerah asal itu terletak di kawasan komersial yang amat bernilai dan dikatakan tidak lagi sesuai untuk sebuah pejabat daerah yang akan dikunjungi oleh orang ramai. Ia berbeza dari ketika pejabat itu dibina berpuluh tahun dahulu di mana kawasan tersebut belum lagi menjadi kawasan tumpuan.Sama ada perjanjian di antara kerajaan negeri dan syarikat swasta itu merupakan satu formula yang menang-menang (win-win) atau tidak, boleh dijadikan kajian di universiti. Tetapi apa yang jelas syarikat swasta sudah tentu mahukan keuntungan terutamanya yang terpaksa menjawab kepada pemegang saham. Persoalannya sama ada keuntungan yang diraih oleh syarikat adalah dengan mengorbankan kepentingan kerajaan atau rakyat. Siapa yang lebih untung?Tetapi formula ini bukan sahaja digunapakai untuk membina bangunan. Ketika saya berada di dalam Kerajaan Negeri Selangor terdapat cadangan untuk membersihkan Sungai Kelang dan menaiktaraf tebing-tebingnya. Kerajaan negeri ketika itu merancang untuk mendapatkan pembiayaan dari pihak swasta untuk projek tersebut. Justeru dicadangkan syarikat-syarikat dianugerahkan tanah-tanah milik kerajaan di pesisir sungai untuk dibangunkan dan sebagai balasan mereka akan melaksanakan hasrat kerajaan.Penyelesaian projek-projek perumahan terbengkalai juga pernah menggunakan kaedah yang sama. Pemaju penyelamat diberikan tanah yang belum dibangunkan di sesuatu projek untuk dibangunkan. Dengan pulangan yang diperolehi dari pembangunan tersebut, mereka akan memulihkan projek terbengkalai itu. Tanah yang masih belum dibangunkan itu mungkin telah diperuntukkan untuk pembangunan tetapi pemaju penyelamat diberi kebenaran untuk memajukannya dengan pembangunan yang lebih tinggi kosnya. Hari ini ada satu contoh di mana sebuah kerajaan negeri mahu membina sebuah kompleks sukan tetapi tidak memiliki dana yang mencukupi. Laporan berita melaporkan satu syarikat telah dianugerahkan lot-lot tanah dan mereka akan membina kompleks sukan tersebut. Formula yang boleh dipanggil ‘land swap‘ ini dapat menyelesaikan masalah dana yang dihadapi dan kompleks sukan yang sangat diperlukan akan dapat dibina.Walau bagaimanapun kerajaan perlu berhati-hati agar formula ini adalah menang-menang (win-win) dan bukan menang-kalah (win-lose). Menurut kerajaan tersebut, lot-lot itu akan dipindahmilik kepada syarikat berdasarkan kemajuan pelaksanaan projek. Sudah tentu ini dilakukan untuk memastikan tidak berlaku kes di mana syarikat mendapat tanah tetapi projek tidak disiapkan. Tetapi bukan sahaja itu yang perlu diambil kira, nilai tanah yang terlibat dan kos pembinaan perlu sepadan.Tetapi adakah nilai lot-lot itu di pasaran terbuka memadai? Atau adakah nilai pulangan kepada syarikat jika lot-lot itu dibangunkan perlu diambil kira? Contohnya kos kompleks sukan tersebut adalah RM1 bilion atau RM1,000 juta. Kerajaan pula telah mengenalpasti 10 lot tanah yang setiap lot bernilai RM100 juta. Jika kerajaan menyerahkan 10 lot tanah itu kepada syarikat maka nilai kewangan yang telah diserahkan oleh kerajaan adalah RM1,000 juta. Atau bersamaan dengan kos pembinaan kompleks sukan. Tetapi adakah ini formula menang-menang?Lot-lot tanah yang diserahkan kepada syarikat akan dibangunkan. Pulangan (keuntungan projek) kepada syarikat setelah ditolak kos-kos tanah, pembinaan, perunding, sumbangan kepada syarikat-syarikat utiliti, caj pembangunan, pengiklanan dan lain-lain sudah tentu lebih dari RM1,000 juta. Ia mungkin RM3,000 juta, ia mungkin RM5,000 juta atau ia mungkin RM7,000 juta. Angka ini sudah tentu tidak tepat tetapi pokoknya pulangan yang diperolehi oleh syarikat itu lebih dari RM1,000 juta yang dibelanjakan untuk membina kompleks sukan. Jika begitu adalah lebih adil jika kerajaan juga menerima sebahagian dari pulangan bersih yang diterima oleh syarikat hasil dari pembangunan di atas lot-lot tanah itu. Justeru syarikat perlu mendedahkan kepada kerajaan akaun projek-projek tersebut. Jika ini dilakukan maka ‘land swap’ ini benar-benar satu formula yang menang-menang.DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMADKetua PenyelarasPusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)16 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/lakukan-tiga-perkara-untuk-memenangi-undi-rakyat-selangor/
Lakukan tiga perkara untuk memenangi undi rakyat Selangor
[ "RAKYAT dan pengundi Negeri Selangor masih belum dilihat untuk membuat dua keputusan besar dalam PRU Negeri Selangor yang bakal menyusul nanti. 1. Tidak memberi undi kepada gabungan PH-BN.2. Memberi undi kepada gabungan PERIKATAN NASIONAL. Walaupun begitu data pada PRU15 menunjukkan satu keputusan yang diluar jangka apabila penurunan undi kepada PH dan BN telah dibuktikan.Manakala peningkatan jumlah undi kepada PERIKATAN NASIONAL boleh dijadikan unjuran yang bakal membantu PERIKATAN NASIONAL untuk mendapat mandat rakyat Selangor. Lakukan tiga perkara yang membolehkan peralihan undi rakyat Selangor yang mungkin selama ini undi mereka untuk PH dan BN. Pertama: Kepercayaan.Usahakan untuk mendapat kepercayaan rakyat dan pengundi terhadap PERIKATAN NASIONAL.  Kedua: Yakinkan.Yakinkan para pengundi dan rakyat bahawa gabungan PERIKATAN NASIONAL adalah satu perjuangan yang dekat dengan hati mereka.Ketiga: Buktikan.‘Terbukti’ memperjuangkan hak dan suara rakyat. Membuktikan Manifesto PN bukan janji retorika politik atau cakap tidak serupa bikin.Semua itu terbukti dengan rekod pentadbiran zaman Abah sebagai Perdana Menteri dan rekod pentadbiran di 3 buah negeri yang cukup cemerlang. Sehinggakan rakyat menghukum PH dan BN dengan majoriti yang cukup besar dalam PRU baru-baru ini. Gerakkan aktiviti dengan kata kuncinya: 1. Kepercayaan.2. Keyakinan.3. Terbukti. Insya-Allah, mandat rakyat Selangor bakal diberikan kepada PERIKATAN NASIONAL untuk menerajui tapuk kepimpinan kerajaan Negeri Selangor.USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/hari-guru-mangsa-politik-mundur-kerajaan-madani/
Hari Guru mangsa politik mundur Kerajaan Madani
[ "KAMPAR: Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei, pada tahun ini telah menjadi mangsa sikap politik mundur diamalkan Kerajaan Madani pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, ia berikutan kenyataan berbentuk arahan yang tular menerusi WhatsApp melarang menerima kedatangan wakil rakyat bukan kerajaan di peringkat Persekutuan.Bidasnya, arahan tersebut adalah tindakan politik yang melangkah 40 tahun ke belakang, sedangkan telah sedia dimaklumi bahawa sambutan tersebut diraikan oleh pelbagai pihak kerana menghargai jasa pendidik.“Kerana kita mahu meraikan jasa guru. Kita yang berada pada hari inipun kerana guru. Tanpa guru kita tak kenal Allah Taala, tanpa Guru kita tak kenal diri sendiri,” katanya yang juga ADUN Gunung Semanggol.Menurut beliau, institusi pendidikan sebagai pelaksana pihak kerajaan seharusnya mempunyai integrasi dengan wakil-wakil rakyat dan menerima pandangan positif sebagai semak imbang bagi memajukan negara.“Kalau perkara ini (arahan tersebut) benar, maka amat malanglah kerana di era politik (semakin maju) ini, kita membawa politik Malaysia ini ke belakang 40 tahun. “Kita wakil rakyat sebagai wakil kepada kerajaan yang tidak duduk dalam pentadbiran kerajaan yang boleh menyemak imbang untuk memajukan lagi negara kita ini dengan memberi pandangan daripada sudut yang berbeza.“Jadi sekiranya perkara ini benar Saya rasa amat malang dan rakyat boleh menilai dan kita mengembalikan politik negara kita ini ke arah zaman 40-an yang tidak akan bawa ke mana,” bidasnya.Sementara itu beliau tetap meneruskan tradisi pemberian kek dengan penyerahan dilakukan di pejabatnya di mana semua sekolah yang berada dalam DUN Gunung Semanggol menerima serahan tersebut.“Pagi tadi memang menjadi rutin kita biasa (sebelum itu) kita tempah kek. Tiap-tiap tahun kita akan hantar kepada pejabat ataupun guru-guru di seluruh sekolah khususnya di Semanggol,” ujarnya di Hospital Kampar, di sini.Beliau berkata demikian selepas mengunjungi keluarga yang terkorban dalam kemalangan maut pada tragedi berlaku di Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), semalam.Menurut maklumat, kemalangan tersebut berlaku apabila kereta yang mereka naiki melanggar belakang sebuah lori tanah.Mangsa yang maut dikenali Muhammad Azib Nasaruddin, 23, bersama dua adiknya, Siti Nur Aminah, 8, Ahmad Uwais Qorni, 5 dan ibunya Azriyani Abdul Latif, 45.Turut cedera parah dalam nahas itu ialah adik mangsa, Muhammad Fawwaz, 7 yang kemudiannya turut disahkan meninggal dunia di hospital. – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/panas-kuala-krai-pasir-mas-muar-rompin-tahap-kuning/
Panas: Kuala Krai, Pasir Mas, Muar, Rompin tahap kuning
[ "KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) atau tahap kuning bagi empat kawasan di Semenanjung.", "Menurut data jabatan itu yang dimuat naik di Facebook setakat 4.30 petang, keadaan cuaca panas berkenaan melibatkan Kuala Krai dan Pasir Mas di Kelantan; Rompin di Pahang dan Muar di Johor." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/maiwp-rai-rakan-strategik-sempena-aidilfitri-2023/
MAIWP rai rakan strategik sempena Aidilfitri 2023
[ "KUALA LUMPUR: “Sesungguhnya musuh utama yang perlu kita sebagai umat Islam hadapi adalah gangguan ketika dalam menunaikan sebarang ibadah.”Itu antara kata-kata hikmah yang diutarakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Dr Mohd Daud Bakar.", "Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Ramah Mesra Syawal MAIWP Bersama Rakan Strategik 2023, di Dewan Perdana FELDA Kampung Datuk Keramat, di sini, hari ini.", "“Dalam melakukan apa sahaja ibadah, kita kena betul betul kuat terutamanya apabila berhadapan dengan pelbagai jenis gangguan sebagai musuh utama kita sendiri,” tegasnya.", "Dalam pada itu, bersempena majlis tersebut, beliau turut memberikan penghargaan kepada rakan-rakan strategik atas kerjasama yang diberikan dalam melakukan kegiatan-kegiatan agama anjuran MAIWP.", "Antara tetamu yang hadir dalam majlis yang meyajikan juadah istimewa seperti Cendol Songkok Tinggi, kambing golek, sate, kuih-muih, nasi berserta lauk-pauk yang lazat itu  termasuklah daripada MARA, Angkatan Tentera Malaysia, media, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Universiti Teknologi Malaysia dan lain-lain, serta tidak ketinggalan artis Adam Corrie.", "“Saya turut berbesar hati dengan rakan-rakan strategik pihak kami (MAIWP) kerana melalui bantuan yang diberikan, pelbagai perkara yang dapat kami lakukan.", "“Oleh sebab itu, kami mengadakan majlis ini sebagai tanda penghargaan kerana kami tidak dapat melakukan pelbagai perkara tanpa bantuan daripada anda semua,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/lima-2023-sanusi-jamin-bekalan-air-cukup/
LIMA 2023: Sanusi jamin bekalan air cukup
[ "LANGKAWI: Bekalan air dijamin mencukupi sepanjang berlangsung acara Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2023 dari 23 hingga 27 Mei ini.Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya akan memastikan tiada kenangan pahit akan dialami pengunjung serta agensi yang terlibat dengan acara bertaraf antarabangsa itu.", "“Malam ini (semalam) akan diadakan mesyuarat bersama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) untuk memastikan bekalan air mencukupi sepanjang LIMA 2023 berlangsung dan dalam masa yang sama, saya akan mendapat taklimat agensi-agensi yang terlibat dengan LIMA 2023 kali ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di Langkawi, semalam. ", "Muhammad Sanusi yang mempengerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di Kompleks LADA Langkawi sebelum menghadiri  Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri berkenaan telah diberi taklimat  di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.", "Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan  golongan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati sepanjang tempoh LIMA 2023 berlangsung. " ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/wakil-rakyat-simpati-bapa-meninggal-ketika-tunggu-anak/
Wakil rakyat simpati bapa meninggal ketika tunggu anak
[ "TUMPAT: Kematian seorang bapa Mohd Kamaruzaman Yusof, 45, ketika sedang menunggu anak pulang di sebuah sekolah di Bachok Sabtu lepas mendapat perhatian wakil rakyat.", "Kematian allahyarham Mohd Kamarulzaman pada peringkat dipercayai akibat stroke haba. Bagaimanapun hasil laporan bedah siasatan mendapati arwah meninggal dunia akibat serangan jantung.", "“Saya berharap isteri arwah apabila pulang ke Kampung Tawang dapat berhubung dengan penghulu dan Pusat Khidmat Dun Tawang untuk mendapat sebarang bantuan,” katanya.", "Sementara itu Mumtaz menasihati orang ramai agar tidak sentiasa terdedah di bawah panas terik matahari kerana dibimbangi boleh berlaku perkara tidak diingini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/terdapat-isu-azan-di-pulau-pinang/
Terdapat isu azan di Pulau Pinang
[ "KHABARNYA, pihak pengurusan bangunan Tri Prinnacle, Tanjung Tokong Pulau Pinang mencadangkan bahawa speaker azan diletakkan di dalam surau dan bukannya di luar.Hal ini mengundangkan kemarahan sahabat-sahabat beragama Islam.1. Dah 30 lebih tahun saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.2. Agama Islam adalah Agama Persekutuan.3. Laungan azan ini adalah elemen yang antara paling penting dalam Islam, dan menjadi salah satu elemen penting dalam maksud ‘Malaysia’. 4. Kita sepatutnya hormati ibadah azan walaupun anda terasa terganggu disebabkan keistimewaan kedudukan agama ini di Malaysia atau mana-mana negara yang mengagungkan Islam sebagai agama negara itu. 5.1 Saya pernah duduk berdekatan tokong Buddha, pagi-pagi pukul 4, 5 sudah main loceng dan baca sutra. Jiran-jiran Muslim tidak bising.5.2 Saya pernah duduk berdekatan kuil India, pagi-pagi dah main loceng, jiran-jiram Muslim tidak mengadu.5.3 Banyak upacara pengebumian yang tutup jalan. Jiran-jiran Muslim tidak mengadu.6. Azan sebagai elemen ‘Malaysia’ ini, kita harus hormati, tambahan pula agama Islam adalah Agama Persekutuan. Dekat Arab, bila azan dilaungkan, semua aktiviti henti. Kita sepatutnya saling hormat menghormati, dan bukannya menuntut untuk dihormati sahaja.ULASAN APEK CINA – HARAKAHDAILY 16/5/2023Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02En2HL4JP1W7KaXEExAdmAWXvon5oEhTMa4fZADpLMbAm1d2zV5tZTYh6X3eJX7m6l&id=100047171404709&mibextid=Nif5oz PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/ummah-seru-umat-islam-pertahan-kalimah-allah/
UMMAH seru umat Islam pertahan kalimah Allah
[ "KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyeru agar umat Islam di negara ini bersatu teguh mempertahankan kalimah Allah SWT tanpa mengira ideologi dan perbezaan politik.Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa umat Islam pada masa sekarang tidak boleh lagi berdiam diri dan mengharapkan kerajaan madani mempertahankan kesucian agama Islam apabila kes berkait isu kalimah Allah SWT itu telah ditarik balik oleh pihak kerajaan itu sendiri.", "Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam kepada Jemaah Menteri berhubung keputusan untuk menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah SWT dan tiga perkataan lain untuk tujuan pembelajaran. ", "“Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan telah difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.", "“Menurut notis berkenaan, dua pihak tersebut, tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021. Susulan itu, keseluruhan rayuan dihentikan tanpa sebarang perintah terhadap kos,” jelas Mohd Zai. ", "“UMMAH juga turut bersedia bersama-sama seluruh umat Islam pada bila-bila masa untuk mempertahankan kalimah suci ini sehingga turun ke jalanan jika diperlukan,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/konvensyen-kerajaan-perpaduan-tanpa-ulasan-najib/
Konvensyen Kerajaan Perpaduan tanpa ulasan Najib
[ "SAHABAT-sahabat Umno.Sehingga hari ini saya tidak terbaca sepatah pun ulasan DS Najib Tun Razak berkenaan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan tempoh hari di Dewan Merdeka WTC.Konvensyen yang beri laluan pimpinan PH khasnya dari DAP untuk menjejak kaki ke mahligai kubu pertahanan Umno dan berucap pula secara bebas.Mungkinkah DS Najib tidak berkenan, tidak setuju dengan langkah Presiden Umno kini?Saya secara peribadi bertemankan seorang ahli MT Umno pernah duduk bertiga berkesempatan mendengar pandangan Najib berkenaan DAP dan PH sebelum beliau dihumban ke penjara dulu.Saya yakin sikap dan apa yang diluahkan beliau itu sedikit pun tidak berubah. Yang berubah adalah sikap Presiden Umno hari ini.Najib di penjara, DAP dibenar bebas melangkah masuk ke sarang Umno. Ada yang tak kena sahabat.ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR Setiausaha PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/kalimah-allah-pas-kelantan-gesa-kdn-lebih-rasional/
Kalimah Allah: PAS Kelantan gesa KDN lebih rasional
[ "TINDAKAN Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia Madani menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tentang kes kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan sebutan Solat dalam penerbitan agama Kristian pada Isnin lalu dianggap tidak mencerminkan roh madani.", "Sepatutnya sebelum pihak Menteri KDN memfailkan Notis Pemberhentian rayuan pada 18 April 2023 terlebih dahulu perlu mengadakan libat urus dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).", "Ini kerana kedua-dua agensi terbabit diberi hak oleh Mahkamah Rayuan untuk menjadi sahabat Mahkamah dalam penghujahan yang akan diadakan di Mahkamah Rayuan.", "KDN juga sepatutnya konsultasi dengan semua pemegang taruh terutamanya, pihak intitusi diraja, yakni Tuanku Al-Sultan selaku Ketua Agama Islam di Negeri dan Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan.", "PAS Kelantan bimbang tindakan tergesa-gesa KDN tersebut dibuat kerana dipengaruhi pihak tertentu yang mungkin dalam kalangan sekutu politik kerajaan campuran Madani sekarang.", "PAS Kelantan juga memohon ampun perkenan pihak istana, mencadangkan kepada Kerajaan Madani khususnya KDN agar bertindak lebih rasional dalam isu tersebut demi mempertahankan hak agama Islam terutamanya penggunaan kalimah Allah yang tidak perlu dikongsi dengan agama lain." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/sambutan-hari-guru-sriat-meriah/
Sambutan Hari Guru SRIAT meriah
[ "PADANG BESAR: Sekolah Rendah Islam At Taqwa (SRIAT), Beseri di sini, tidak ketinggalan meraikan Hari Guru yang disambut hari ini, setiap tahun.Kemeriahan lebih terasa apabila setiap kelas mengadakan pelbagai persembahan dan ada juga pelajar yang memberikan hadiah kepada guru kesayangan mereka sebagai tanda terima kasih terhadap segala tunjuk ajar yang dicurahkan kepada mereka.", "Mudir SRIAT, Ustaz Azamhari Mahamood berkata, hadiah sebenar kepada guru ialah apabila pelajar menjadi insan berguna di dunia mahu pun akhirat.", "“Jasa guru perlu dikenang bermula dari PASTI, sekolah rendah, menengah sehinggalah kamu melanjutkan pelajaran di universiti nanti,” katanya semasa ucapan perasmian majlis itu.", "Dua tahun sebelum ini, sambutan Hari Guru terbatas ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara. Namun pada tahun ini, sambutan dapat kembali diraikan di setiap sekolah.", "Ustaz Azamhari berkata, sambutan bermula dengan acara sukaneka oleh guru, persembahan oleh pelajar dan guru serta ucapan wakil pelajar dan guru,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/16/sambutan-hari-guru-yang-penuh-dilema/
Sambutan Hari Guru yang penuh dilema
[ "PERTAMANYA saya mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua guru-guru saya dan semua guru-guru di mana jua berada. Guru adalah potret seorang insan yang sangat berjasa kepada pembangunan insan dan negara.", "Guru bukan insan biasa, guru adalah ‘pengukir syakhsiah’, merekalah yang memahat dan membentuk ketamadunan insan. Kerana itu Sambutan Hari Guru sewajarnya diraikan dengan cara yang paling sopan dan bersesuaian dengan jenama seorang insan bernama guru.Kami telah menghubungi pihak sekolah untuk hadir seketika bertemu dengan pihak sekolah bagi menyampaikan sedikit cenderahati menghargai jasa para guru, kebiasaannya di mana-mana sekolah guru besar  yang akan menyambut kehadiran kami atau guru yang lain jika guru besar tiada.Namun kali ini pihak sekolah juga merasa kecewa kerana mereka telah mendapat arahan melalui memo yang diedarkan untuk  tidak membenarkan menerima kehadiran saya sebagai ADUN pembangkang datang ke sekolah bagi mengucapkan Selamat Hari Guru dan menyampaikan sedikit cenderahati sebagai menghargai jasa para guru.Bukan sahaja di DUN Tanjung Lumpur, malahan juga DUN pembangkang yang lain menerima jawapan yang sama, ada yang minta kami tinggalkan di pondok jaga, ada yang hanya nak menerima di pagar sekolah, apakah ini tempat dan cara yang selayaknya untuk kami hargai guru-guru di dalam DUN kami?Saya memohon kemaafan kepada semua guru-guru untuk tidak datang ke sekolah-sekolah bagi meraikan hari guru sebagaimana yang telah dilaksanakan sebelum ini, namun saya tetap hargai jasa para guru. Tak sampai hati rasanya nak meraikan insan yang sangat berjasa hanya sekadar di pintu pagar, ini bukan tempat yang selayaknya untuk meraikan dan hargai jasa mereka.Akhirnya sekali lagi saya mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua guru-guru di seluruh negara. Tidak lupa kepada semua guru-guru yang telah mendidik saya, anda selamanya guru saya, tiada istilah ‘mantan guru’ kepada guru yang mendidik kita dahulu, setelah ia mendidik kita, maka dia selamanya adalah guru kita.YB USTAZ ROSLI ABDUL JABARADUN Tanjung Lumpur – HARAKAHDAILY 16/5/2023" ]