url
stringlengths
50
245
headline
stringlengths
3
99
content
sequence
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/02/rumah-terbuka-aidilfitri-bebas-maksiat-dosa/
Rumah Terbuka Aidilfitri bebas maksiat, dosa
[ "Lazimnya, Aidilfitri hanya disambut pada 1 Syawal sahaja di seluruh dunia. Namun bagi masyarakat Islam di Malaysia, tradisi ini dilanjutkan selama sebulan Syawal.Ia diwarnai dengan tradisi rumah terbuka yang diadakan oleh orang perseorangan, komuniti, pihak masjid, syarikat swasta dan organisasi kerajaan.Pada kebiasaannya, rumah terbuka biasa diadakan hanya pada awal Syawal. Tetamu bebas datang menziarahi tuan rumah pada awal Syawal.   ", "Namun begitu, tradisi ini dikembangkan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sempena kedatangan Syawal. Ia menjadi medan pertemuan untuk mengetahui perkembangan kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.", "Selain itu, menjadi tradisi turun-temurun ketika sambutan aidilfitri, ramai orang yang pulang ke kampung halaman dan ada yang mengerjakan ibadah umrah serta ada yang mempunyai pelbagai komitmen dan kekangan lain. ", "Di samping itu, turut menjadi trend masa kini, ramai orang yang mengambil kesempatan bagi meraikan cuti panjang aidilfitri bersama keluarga dengan bercuti di pusat pelancongan dan ke luar negara.", "Jadi sebagai gantinya, satu hari dalam bulan Syawal akan diperuntukkan untuk melayan dan menjamu tetamu dengan makanan selepas pulang dari kampung halaman atau bercuti.", "Secara asasnya, amalan rumah terbuka ini merupakan uruf atau kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia. Dalam amalan tradisi ini, ia umpama sebuah majlis kenduri atau jamuan makan yang diadakan dalam bulan Syawal dengan tujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim. ", "Betapa besarnya kelebihan memberi orang makan dan meraikan tetamu yang hadir ke rumah. Nabi SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, berikan makan, solatlah pada waktu malam ketika manusia lain sedang tidur, kamu akan masuk ke syurga dengan selamat.” (HR al-Tirmizi)", "Hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi: Islam bagaimanakah yang lebih baik? Nabi menjawab: memberi makan dan memberi salam baik kepada orang yang kamu kenal atau tidak.” (HR al-Bukhari dan Muslim).", "Dalam hadis ini terdapat dua perkara yang menunjukkan penghayatan Islam yang terbaik sama ada dari aspek perbuatan, iaitu memberi makan kepada orang lain, bagi menguatkan tubuh badan dan dari aspek perkataan, iaitu mengucapkan salam sama ada kepada orang yang dikenali atau tidak.", "Ia boleh dilakukan dalam skala yang besar atau kecil, dalam pelbagai situasi tanpa terikat dengan ikatan masa sama ada dalam bulan Syawal atau di luar Syawal. ", "Selain itu, dalam mengadakan rumah terbuka, tuan rumah atau penganjur perlu memastikan bahawa tiada perkara yang melibatkan larangan syarak atau maksiat dan dosa. ", "Ia termasuklah yang pertama, tiada perkara yang melalaikan sehingga meninggalkan yang fardhu. Dengan kata lain, kesibukan dalam melayani tetamu dan keasyikan tetamu dalam menikmati makanan yang dihidangkan tidak melalaikan mereka dari mengerjakan solat fardu.", "Kedua, tiada pergaulan tanpa batasan. Tetamu yang hadir tidak terlibat dalam pergaulan bebas yang dilarang Syarak hingga mendorong kepada nafsu syahwat dan perbuatan zina kemudiannya. ", "Ketiga, tiada pembaziran yang melampau sama ada di pihak tuan rumah dan tetamu. Di pihak tuan rumah, makanan dan minuman yang disediakan adalah halalan tayyiban dan tidak berlebihan hingga menyebabkan terpaksa dibuang akibat tidak habis. Sementara di pihak tetamu, makanan yang diambil tidak melebihi kapasiti perut hingga terpaksa ditinggalkan di atas meja. ", "Jelas sekali, di sebalik galakan untuk menjamu orang makan dan dijanjikan syurga, Islam turut bertegas dalam isu yang berkaitan dengan pembaziran kerana Allah SWT tidak menyukai orang yang membazir. ", "Ini kerana menurut  al-Qur’an, gesaan ini disebut dalam ayat 31, surah al-A’raf yang berbunyi: “.. dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”", "Bahkan perbuatan ini bertentangan dengan objektif sambutan Aidilfitri bagi meraikan kemenangan mengatasi rasa lapar dan dahaga di siang hari selama sebulan. Sewajarnya ia menimbulkan keinsafan dalam baki sebelas bulan yang lain.", "Ia merupakan satu bentuk uruf setempat di Malaysia. Amalan ini bersifat baik jika ia selari dengan tuntutan syariat dan tiada perkara yang dilarang syarak, dan sebaliknya ia boleh menjadi amalan yang tidak baik jika wujudnya perkara yang diharamkan.", "Oleh itu, bagi melestarikan tradisi ini dalam masyarakat Islam, setiap larangan syarak perlu dihindari agar objektif sambutan aidilfitri dan tujuan menjamu makan kepada orang ramai untuk mencapai keredhaan Allah SAW dapat diraih, sekali gus termasuk dalam amalan yang membawa ke syurga dapat dicapai. – HARAKAHDAILY 2/5/2023", "Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli ialah pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. (Penulis boleh dihubungi di e-mel: mohdanuar@um.edu.my)", "PENAFIAN: HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. " ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/02/salah-erti-buat-pakat/
Salah erti ‘buat pakat’
[ "MASALAH biasa di kalangan orang kampung, bila accident mereka tak nak buat report polis.“Alaa… accident sama-sama kita orang sekampung, boleh buat pakat saja. Sebab apa sampai nak buat report polis?”Tanggapannya, bila accident dan dibuat report polis, orang ini adalah orang yang tak boleh nak dibuat kira bicara dan tak pandai hidup bermasyarakat. Kira nak gaduh saja! Sebahagian masyarakat memandangnya dengan pandangan negatif! Sedangkan kita naik kereta motor wajib bayar insurans setiap tahun bila nak sambung roadtax. Bila accident kita layak dapat hak kita untuk claim insuran. Bukan setakat untuk baiki kerosakan kereta motor, tetapi juga ganti rugi andai berlaku kecederaan. Sebatang gigi yang patah boleh claim RM7,000. Patah tulang boleh claim sehingga RM25,000.Dokumen penting untuk nak claim insurans ialah report polis sama ada dalam kemalangan itu kita yang bersalah atau tidak.Report polis bukanlah maknanya kita nak bergaduh dan tak boleh diajak berdamai. Tanggapan ini perlu diubah.Ia sekadar satu proses undang-undang untuk kita dapatkan hak kita sebagai pengguna. Report polis dalam kes kemalangan bukan bertujuan kita nak supaya lawan kita ditangkap masuk jel! Tanpa report polis, pelbagai urusan lain menjadi tak cukup dokumen untuk diproses.Biasa kita dengar dialog bila berlaku kemalangan. “Ginilah… benda berlaku doh. Takdir tuhan bukan boleh elak pun. Kita pakat baik-baik. Demo baiki kereta demo, kawe baiki kereta kawe. Sama-sama kita kira tak payoh buat report ah!”Saya yakin tauke syarikat insurans sangat gembira dengan dialog di atas ini. Setiap tahun kita bayar insuran. Bila accident kita pakat terima takdir untuk baiki kereta masing-masing dengan poket sendiri. YB DR AZMAN IBRAHIMPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 2/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/02/parlimen-kuwait-sekali-lagi-dibubarkan-menerusi-dekri-diraja/
Parlimen Kuwait sekali lagi dibubarkan menerusi Dekri Diraja
[ "Sebelum ini, pada 2022 parlimen negara ini dibubarkan menerusi dekri Putera Mahkota Sheikh Meshal al-Ahmad al-Jaber al-Sabah, di tengah-tengah pertikaian antara kerajaan dan parlimen. – BERNAMA-ANADOLU" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/02/bam-mahu-pemain-buru-mata-kelayakan-ke-olimpik-2024/
BAM mahu pemain buru mata kelayakan ke Olimpik 2024
[ "KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu pemain negara terutama yang tersenarai dalam projek ‘Road to Gold’ (RTG) bangkit mempamerkan aksi konsisten dalam setiap kejohanan disertai susulan pemburuan mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2024, Paris bermula semalam.", "Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya sentiasa memberikan sokongan sewajarnya kepada pemain negara tanpa mengira sama ada mereka bernaung di bawah BAM atau bergerak secara profesional.", "Mengikut format pertandingan Olimpik bagi sukan itu yang bermula semalam hingga 28 April tahun depan, setiap negara boleh diwakili maksimum dua pemain perseorangan sekiranya kedua-dua mereka menduduki ranking 16 terbaik serta dua beregu sekiranya kedua-dua mereka menduduki ranking lapan terbaik.", "“Proses kelayakan sudah bermula dan akan berakhir setahun daripada sekarang, ia paling penting bagi pemain kerana Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan mengira daripada 10 permainan terbaik untuk mata kelayakan.", "“Kita mahu dengan adanya RTG dan bantuan yang diberikan, pemain semakin meningkat serta tunjukkan prestasi konsisten sampai tahap kemuncak sebelum April 2024,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2023 di Kelab Golf Seri Selangor, semalam.  ", "Dalam pada itu, Mohamad Norza bersedia mencadangkan beberapa nama pemain yang mempamerkan persembahan bertenaga kepada jawatankuasa RTG untuk dipertimbangkan seperti pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menjuarai Kejohanan Badminton Orleans Masters pada April lepas.", "“Ada peminat badminton yang mengatakan mengapa kita tidak melihat kepada beberapa nama seperti Tang Jie-Ee Wei dan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong namun ia adalah proses. Mana-mana pemain yang kita perlu angkat ke laluan pantas Olimpik, kita akan buat pertimbangan kepada RTG kerana (sekarang ini) hanya senarai permulaan,” ujarnya.", "Sementara itu, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya akan berjumpa dengan kesemua pemain badminton yang tersenarai di bawah projek RTG pada hujung minggu ini bagi membincangkan bentuk keperluan dan sokongan yang mereka perlukan.", "Projek RTG yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bulan lepas dianggap sebagai projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik meliputi edisi Paris 2024 dan Los Angeles 2028.", "KBS sebelum ini mengumumkan sukan badminton mendominasi senarai atlet iaitu 11 orang daripada 15 atlet yang tersenarai dalam program RTG, melibatkan pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; jaguh profesional lelaki negara, Lee Zii Jia dan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.", "Turut tersenarai adalah tiga beregu profesional iaitu dua wakil dari kem beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/02/pan-mangsa-kedua-koalisi-madani/
PAN mangsa kedua koalisi madani
[ "“SAYA mewakili Amanah memohon maaf kepada Umno.”-Salahudin Ayub, 30 April 2023.-Kita masih ingat sebab kenapa PAN (yang asalnya Parti Pekerja) ditubuhkan untuk menjadi parti Islam alternatif di Malaysia. PAS sebagai parti fundamentalis dikatakan tidak lagi relevan apabila membawa pendekatan mesra Umno dan menolak kerjasama dengan DAP. Bahkan ada pemimpin PAS yang dituduh menerima duit Umno.PAN ditubuhkan atas dasar menolak tindakan PAS yang dikatakan bersekongkol dengan Umno pada 2015.Antara siri-siri kenyataan pimpinan PAN terhadap PAS soal hubungan dengan Umno adalah seperti berikut:https://www.astroawani.com/berita-politik/dulu-nafi-kini-pas-dengan-umno-amat-mesra-mat-sabu-196977?amp=1https://www.astroawani.com/berita-politik/cinta-umno-terhadap-pas-berbalas-salahuddin-182022?amp=1https://ohmedia.my/umum/mat-sabu-sedih-melihat-pas-bersama-umno/amp/https://www.utusanborneo.com.my/2019/02/04/kerjasama-pas-umno-benar-benar-wujudPemikiran mereka mempunyai dua masalah. Yang pertama pada waktu itu PAS tidak bekerjasama pun dengan Umno, cuma ada beberapa isu dan perkara PAS dilihat mempunyai kesefahaman dengan Umno. Antaranya dalam konteks memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu. Yang kedua, andai PAS memilih bekerjasama dengan Umno pun sepatutnya masih tiada masalah selagimana tidak melanggar batas syarak.Begitu sempit dan rigid seni berpolitik mereka. Pendekatan politik yang fleksibel telah disalahertikan sebagai dasar parti. Akhirnya akibat politik kurang cerdik, mereka membelakangi baiah dan janji dan bertindak menubuhkan PAN.Ajaibnya, PRU-15 pemimpin PAN boleh pula bersama Umno. Meredhai lantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan terkini sanggup memohon maaf kepada Umno kerana kenyataan Pengarah Komunikasi PAN yang tidak setuju dengan isu pengampunan Najib.", "Tidak, PAN tidak boleh guna logik dan hujah PAS dalam membentuk kerjasama dengan Umno. PAS fleksibel dengan kerjasama mana-mana pihak selagi mana mematuhi garis panduan Siyasah Syar’iyah. PAN tidak boleh menerima hujah ini maka sebab itu mereka sanggup tinggalkan PAS.Namun aneh sekali, prinsip mereka yang begitu rigid akhirnya dijual begitu sahaja. Tanpa ada hujah dan dalil yang kukuh. Kerana mereka tahu, jika mereka pakai hujah, maka mereka akan menggunakan hujah PAS juga akhirnya.Bezanya, PAS rela bekerjasama selagi mana dalam lingkungan dibenarkan syarak. Manakala PAN, tidak dinyatakan garis panduan. Tahu-tahu dah jadi kerajaan bersama Umno. Sedangkan PAS sebelum memeterai Muafakat Nasional perlu melalui siri-siri syura bagi menghasilkan keputusan yang paling seimbang baik buruk dan paling adil dalam memenuhi kehendak Siyasah Syar’iyah. Jika syarat ini dilanggar maka terputuslah apa-apa kerjasama atau persefahaman politik. Rumah yang dibina tanpa asas yang kukuh akan runtuh juga akhirnya. Kalau anda buat rumah tapi isi dengan pasir sahaja bukan simen, tunggu masa sahaja dia nak runtuh. Itulah yang saya boleh samakan dengan situasi semasa kerajaan ‘perpaduan’ sekarang. Mereka boleh cuba menipu pentaksub dan pendukung parti mereka dengan pelbagai hujah penyelamat. Tetapi mereka tak boleh tipu diri mereka sendiri. Koalisi politik yang dibina semestinya bagi memudahkan urusan mendapatkan kuasa, tetapi ia juga perlu kepada basis prinsip yang jelas.  Bagaimana pula dengan basis koalisi parti pemerintah perpaduan sekarang? Apa prinsip dan ideologi bersama dipegang mereka? Tidak ada! Rumah bernama Malaysia Madani sedang menuju keruntuhan. Hanya kerana bahan binaan sedari awal lagi tidak berkualiti. Runtuhan pertama sudah nampak Februari lepas apabila Umno bertindak menutup ruang pemilihan Presiden dalam parti. Umno mungkin tidak lagi boleh diselamatkan. PAN pula kehilangan identiti sendiri. Siapa sangka PAN pula yang menjadi mangsa kedua madani. Selepas ini kita nantikan pula siri rumah runtuh yang lain. PKR jangan disangka aman damai, dimaklumkan bahawa sudah berbulan lamanya Presiden dan Timbalan Presiden PKR tidak bertegur sapa.NASEER AHMAD MERICANProjek Anak Muda Islam – HARAKAHDAILY 2/5/2023Sumber Asal: https://www.facebook.com/1210904862266731/posts/pfbid0i3ADn36gRUAnusMt8b8bv9ZUGD9y6c5Y8HfgzWVNFgzhiEGzsxdZkSQ9XWb2wD9Jl/?mibextid=Nif5oz PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/02/warga-emas-disamun-dipukul-dengan-kayu-besbol/
Warga emas disamun, dipukul dengan kayu besbol
[ "MELAKA: Sepasang suami isteri warga emas berdepan detik cemas apabila cermin kereta mereka dipecah menggunakan kayu besbol sebelum beg tangan serta dompet mereka disamun dua lelaki bermotosikal di Taman Muhibbah, Jalan Pantai Emas, Klebang Besar di sini, Sabtu lepas.", "Mangsa, Gan Chuei Lan, 66, berkata kejadian berlaku kira-kira 10.45 malam ketika dia dan suami, Gue Boon Guan, 65, yang menaiki kereta jenis Proton Iswara baru sahaja tiba di hadapan rumah mereka.", "“Suami (Gue) ketika itu keluar dari kereta untuk membuka pintu pagar rumah manakala saya masih di dalam kereta dan sedang memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan. Saya mendengar lelaki menjerit ‘beg’ dan memecahkan cermin tingkap penumpang hadapan dengan kayu.", "“Serpihan cermin yang pecah terkena muka saya dan dalam keadaan panik, saya beralih ke tempat duduk pemandu untuk keluar dari kereta serta sempat mencampakkan beg tangan ke dalam pagar rumah sambil menjerit kuat meminta tolong,” katanya.", "Pasangan itu ditemui pemberita ketika menerima lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang Datuk Lim Ban Hong di kediaman mereka hari ini.", "Bercerita lanjut mengenai kejadian yang berlaku kurang dari lima minit itu, Gan berkata seorang lagi lelaki kemudian memanjat pintu pagar rumah mereka lalu mengambil beg tangannya.", "Menurut Gan, suaminya dipukul dengan kayu besbol di bahagian kaki kiri serta dompetnya dirampas manakala kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal sama.", " “Kejadian sangat mencemaskan, sampai hari ini saya dan suami masih ketakutan. Lagipun ini bukan kejadian pertama… sebelum ini, anak saya juga pernah disamun di hadapan rumah dan beberapa rumah jiran juga pernah dipecah masuk.", "“Suami telah membuat laporan polis kira-kira 11.30 malam hari sama dan polis telah datang ke rumah untuk membuat siasatan lanjut,” katanya dan menambah mereka kerugian wang tunai kira-kira RM400 akibat kejadian itu.", "Sementara itu, Lim berkata beliau telah memohon kepada polis khususnya Balai Polis Batang Tiga untuk meningkatkan rondaan di Taman Muhibbah dan beberapa taman perumahan berhampiran.", "Beliau berkata insiden pecah rumah dan samun di kawasan berkenaan bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk tetapi menimbulkan ketakutan khususnya dalam kalangan warga emas yang rata-ratanya telah menetap lebih 20 tahun di kawasan perumahan itu. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/02/isu-bekalan-air-di-kedah/
Isu bekalan air di Kedah
[ "BARU-baru ini ada pemimpin Kerajaan Persekutuan menggunakan isu bekalan air sebagai modal untuk menyerang Kerajaan Negeri. Sifir yang diketengahkan adalah jika Kerajaan Negeri satu warna yang sama dengan Kerajaan Persekutuan, maka isu bekalan air boleh diselesaikan sekali gus. Itulah tongkat magik yang dicanang ibarat kata-kata ‘hari ini menang, esok harga minyak turun’. Malangnya apa yang dicanangkan itu tersasar daripada realiti sebenar yang cuba diselindungkan. Tidak ada tongkat magik dalam isu ini. Faktor yang mendorong masalah bekalan air di Kedah adalah disebabkan ketidaksepadanan tahap pembangunan di negeri ini selain ketiadaan rizab margin simpanan serta kadar air tidak berhasil (NRW) yang tinggi. Tanpa menafikan kekusutan semasa isu bekalan air di Kedah, usaha untuk memulihkan infrastruktur perkhidmatan air di negeri ini sememangnya ‘on track’ dan sudah pun mencapai beberapa ‘milestone’ penting. NRW kita 46.7 peratus berdasarkan data dalam Pelan Kedah 2035. Dalam Laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2020, NRW Kedah adalah 48.4 peratus. Oleh itu, rancangan untuk menaiktaraf perkhidmatan dan infrastruktur bekalan air di Kedah telah bermula sejak tahun 2010 lagi di bawah pentadbiran Menteri Besar Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak. Pelan penaiktarafan air di Kedah distrategikan kepada dua perkara; pertama, pembinaan dan penaiktarafan Loji Rawatan Air (LRA) bagi meningkatkan bekalan air. Kedua, mengurangkan kadar NRW bagi memastikan penyampaian perkhidmatan bekalan air yang tinggi kepada penduduk. Maksudnya, kalau bekalan air tinggi sekalipun, tapi jika paip uzur, selalu bocor dan usang, bekalan air yang sampai kepada penduduk tetap rendah dan akan terganggu. Apabila kerajaan baharu negeri naik pada tahun 2018 (PH), kesemua projek naik taraf LRA dihentikan kononnya untuk rundingkan semula tender.Projek naiktaraf lima LRA iaitu Pendang, Pelubang, Bukit Selambam, Sungai Limau dan Lubuk Buntar Lama menelan belanja RM931 juta sepatutnya tamat pada tahun 2021. Selepas kononnya kajian semula harga tender dan sebagainya, kos yang sama masih dikekalkan untuk projek naik taraf air. Bekas Exco Bekalan Air daripada Umno sendiri (YB Dato Suraya) keras mengkritik langkah tempang Kerajaan PH itu.Akhirnya, kita telah membuang masa selama dua tahun dengan Exco ketika itu (zaman PH) sekadar merasmikan paip air baharu! Apabila YAB Sanusi menjadi Menteri Besar, bukan sahaja projek naik taraf LRA diteruskan, bahkan pentadbiran korporat SADA juga dibaik pulih.Tahun 2019, SADA mengalami kerugian RM36 juta. Tahun 2021, SADA mencatatkan keuntungan RM27 juta. Aliran tunai SADA diselamatkan. Allahyarham Dato Azmi Din yang berkerusi roda dilantik menjadi Pengarah Urusan SADA. Beliau yang banyak berjasa sehingga berjaya merundingkan Perjanjian Pelaksanaan Program NRW dengan Rai Utility Sdn Bhd pada Disember 2022. Dalam Pelan Kedah 2035 sasar pengurangan NRW adalah satu peratus bagi setiap tahun. Dalam perancangan Kerajaan Negeri, penswastaan projek NRW selama 15 tahun ini dengan sasaran NRW berkurang sehingga 25 peratus. Semakin rendah NRW, semakin tinggi bekalan sampai kepada penduduk. Perlis, Kelantan dan Pahang antara negeri yang mempunyai NRW yang tinggi.Projek naik taraf lima LRA tadi pula dijangka siap secara berperingkat pada tahun ini sehingga tahun hadapan berdasarkan jawapan Kementerian di Parlimen pada 23 Februari 2023.Sebab itu pemimpin PH atau BN berani main dengan ‘tongkat magik’. Hakikatnya, semasa kerajaan depa dulu tidak ke mana pun. Aku menulis ini sebab nak merakamkan usaha yang pelbagai telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri semasa. Kalau kita sekadar berhujah, Kerajaan Negeri perlu sama dengan Kerajaan Persekutuan barulah kesemua isu boleh selesai, maka kita telah tersilap. Selama puluhan tahun Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah adalah daripada parti keris yang sama. Ketika tahun 2018 pun, kerajaan ‘merah’ menguasai kedua-dua peringkat Persekutuan dan negeri.Tetapi tiada progres yang positif pun untuk selesaikan isu air. Sekadar menangguk di air yang keruh adalah, macam depa duk buat sekarang. HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 2/5/2023Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0vK6nHEDUTrrU7ecxNgMyGC8VVqmV7UMUZ1rKe5mjyaWuNggh9Cs1XFUQ9T7giEG5l&id=100001607375200&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/02/kadar-caruman-kwsp-majikan-akan-dinaikkan/
Kadar caruman KWSP majikan akan dinaikkan?
[ "DALAM keadaan ekonomi yang menekan, saya tidak bersetuju perkara ini dilaksanakan. Apa tindakan kerajaan yang memberi kesan positif langsung kepada ekonomi negara?Bermula dengan pelbagai menu rahmah, yang menekan peniaga dalam keadaan harga barangan tidak turun. Penjual diminta menjual makanan siap dengan harga lebih murah, tetapi kos barang mentah semakin mahal. Akhirnya yang terbeban adalah peniaga. Projek gagal.Kononnya nak mengawal harga makanan siap. Perkara itu dicanangkan dengan jelas dan terang di Parlimen, ‘road to’ harga nasi lemak RM2. Akhirnya mengakui tidak ada negara dalam dunia yang mampu mengawal harga makanan siap. Projek gagal.Rakyat menuntut untuk dibenarkan menggunakan simpanan KWSP sendiri bagi kelangsungan kehidupan, kerajaan menghalang dengan menyuruh wang KWSP dicagarkan untuk membuat pinjaman. (Yang ini paling tak masuk akal). Akhirnya projek gagal.Hari ini timbul pula cadangan mengalih beban ekonomi ini kepada majikan. Menaikkan caruman KWSP dari majikan dalam keadaan kelembapan ekonomi adalah satu cadangan yang tidak mendasar dan bukan pada masanya.Saya sebagai rakyat menunggu pelan pemulihan ekonomi yang datang dari kerajaan. Bukan hanya mengalih beban ekonomi kepada peniaga, majikan, dan rakyat itu sendiri.Kerajaan perlu bijak menggerakkan ekonomi dengan inisiatif sendiri menggunakan sumber negara. Malaysia negara kaya. Kekayaan itu perlu diuruskan dengan baik dan manfaatnya dipulangkan kepada rakyat. Kalau tidak mampu mengurus dengan baik, berikan kepada yang mampu mengurus dengan baik. Malaysia ada 30 juta rakyat. Penuh dengan cerdik pandai dalam mengurus. ‘Let the right man do the right job’. Jangan jadi seperti tikus membaiki labu.Saya bukan ahli ekonomi, tetapi saya rakyat, pengusaha sekolah dan majikan yang terbeban dengan pelbagai situasi ekonomi yang menekan. Kebanyakan beban itu datang dari cadangan Ruwaibidhah.USTAZ AIREROSHAIRI ROSLANNaib Yang DiPertuaPAS Kawasan Kuala Krau – HARAKAHDAILY 2/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/02/kanak-kanak-jadi-sasaran-islamofobia-di-as/
Kanak-kanak jadi sasaran Islamofobia di AS
[ "WASHINGTON: Kanak-kanak Islam di Amerika Syarikat (AS) semakin banyak melaporkan kejadian kebencian anti-Muslim di sekolah, walaupun aduan mengenai sentimen dan perbuatan kebencian secara keseluruhan kelihatan menunjukkan penurunan.Mengikut laporan bertajuk Kemajuan Bayangan Prejudis yang dijalankan oleh Majlis Perhubungan Islam-Amerika (CAIR), iaitu pertubuhan hak sivil Muslim terbesar di AS, terdapat peningkatan 63 peratus yang mengejutkan dalam laporan kebencian anti-Muslim daripada pelajar sekolah.", "“Buli di sekolah dan penggunaan bahan Islamofobia dalam bilik darjah adalah membimbangkan. Walaupun kami gembira melihat penurunan dalam kejadian yang diterajui kerajaan, kanak-kanak menjadi sasaran utama kebencian Islamofobia,” kata Pengarah Penyelidikan dan Advokasi CAIR, Corey Saylor.", "Beliau menarik perhatian kepada kejadian pada Oktober 2022 apabila seorang gadis Afghanistan, pelajar gred 9 di sekolah menengah Maryland, menjadi mangsa keganasan pelajar lain apabila memasuki bilik mandi untuk membetulkan tudungnya.", "Dalam kejadian lain, seorang guru di Florida bukan sahaja menghalang tiga pelajar Islam ketika mereka sedang bersolat, malah hampir memijak pelajar berkenaan. Kejadian itu dirakam dalam video dan disebarkan secara meluas dalam talian.", "Selain pendidikan, trend peningkatan sikap anti-Muslim berterusan dalam bidang seperti perbankan, dengan membuka dan menutup akaun dibuat berdasarkan kepercayaan agama, sekali gus menjadikan transaksi kewangan sebagai antara cabaran utama bagi umat Islam.", "Tinjauan Institut Dasar Sosial dan dan Kefahaman pada Mac lalu, mendapati bahawa institusi kewangan menyebabkan cabaran kepada 27 peratus umat Islam di AS.", "Menurut Saylor, undang-undang seperti Akta Patriot yang berkuat kuasa di AS selepas 11 September memberikan agensi perisikan kuasa pengawasan yang luas dan memudahkan diskriminasi.", "Namun bukan semua berita buruk di AS. Walaupun terdapat peningkatan dalam beberapa bidang, laporan keseluruhan mengenai sentimen anti-Muslim di AS menunjukkan penurunan buat kali pertama dalam hampir tiga dekad, menurun sebanyak 23 peratus sejak 1995.", "Terdapat peningkatan sebanyak 32 peratus dalam sentimen anti-Islam dalam penguatkuasaan undang-undang dan kerajaan pada tahun pertama bekas Presiden AS, Donald Trump berkuasa di Rumah Putih, Saylor mencadangkan trend penurunan pada 2022 boleh dikaitkan dengan perubahan kerajaan di Washington.", "Beliau juga menyatakan bahawa apabila penguatkuasaan undang-undang AS mula memfokuskan terhadap ancaman sebenar selepas serangan Capitol pada 6 Januari 2021, pengawasan yang terlalu meluas dan penempatan pemberi maklumat terhadap umat Islam yang mematuhi undang-undang akan berkurangan dengan sewajarnya.", "Bagaimanapun menurut Saylor, rakyat AS masih belum menerima minoriti Islam di negara itu sebagai sebahagian daripada masyarakat negara itu. Ketika kemerosotan dalam sentimen anti-Muslim menimbulkan harapan bagi umat Islam AS, diskriminasi terhadap masyarakat lain meningkat.", "“Tanda-tanda positif yang kita lihat pada 2022 tidak bermakna kita harus mengurangkan tahap kewaspadaan, kebencian masih ada di sekeliling kita. Kita melihat kebencian anti-Semitik dan anti-Asia semakin meningkat. Kami melihat keganasan berterusan terhadap orang coklat dan kulit hitam,” kata Saylor.", "Saylor meminta masyarakat Islam AS untuk terus aktif secara terbuka dan membuatkan suara mereka didengari, mengatakan ketidakadilan perlu dihadapi dengan perbicaraan di mahkamah, serta undang-undang baharu yang melindungi komuniti minoriti.", "“Jika berdiam diri, anda akan menjadi sasaran orang lain. Jika anda bangun dan mempertahankan diri, mereka akan mencari cara lain untuk menangani perasaan negatif mereka." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/02/israel-serang-syria-tujuh-maut-lapangan-terbang-lumpuh/
Israel serang Syria: Tujuh maut, lapangan terbang lumpuh
[ "DAMSYIK: Serangan Israel di wilayah Aleppo utara Syria semalaman lewat Isnin (1 Mei) membunuh empat pegawai Syria dan tiga pejuang yang disokong Iran, menyebabkan lapangan terbang antarabangsa di kawasan itu lumpuh.“Kira-kira jam 11.35 malam (4.35 pagi waktu Malaysia pada hari ini)… Israel melakukan serangan udara dengan beberapa peluru berpandu… menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Aleppo dan beberapa tapak di sekitar Aleppo,” lapor agensi berita Syria, SANA, memetik sumber tentera. ", "Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan bahawa berlaku beberapa letupan di kawasan lapangan terbang antarabangsa Aleppo dan lapangan terbang tentera Nayrab di wilayah Aleppo… yang menyebabkan kebakaran di depoh peluru.", "Ia juga berkata bahawa peluru berpandu Israel mendarat di atas kilang pertahanan di kawasan Safireh di wilayah Aleppo, ‘menyebabkan kerosakan material’.", "Sepanjang lebih sedekad perang di Syria, Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke atas wilayahnya, terutamanya menyasarkan tentera yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah Lubnan serta kedudukan tentera Syria.", "Walaupun Israel jarang mengulas mengenai serangan yang dilakukannya ke atas Syria, ia telah berulang kali berkata ia tidak akan membenarkan musuh ketatnya Iran untuk melanjutkan jejaknya di negara yang dilanda perang itu.", "Milisi yang disokong Iran mempunyai kehadiran yang besar di wilayah Aleppo selepas memberikan sokongan darat utama kepada tentera dalam menawan semula daerah yang dikuasai pemberontak di bandar itu pada 2016.", "Pada 22 Mac, serangan peluru berpandu Israel memusnahkan depot senjata yang disyaki digunakan oleh militia yang disokong Iran di lapangan terbang Aleppo, kata Observatory pada masa itu, dengan pihak berkuasa mengatakan bahawa serbuan menyebabkan lapangan terbang itu tidak berfungsi.", "Terdahulu, pada 7 Mac, tiga orang terbunuh dalam serangan Israel di lapangan terbang yang turut menghentikan lalu lintas udara. – HARAKAHDAILY 2/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/langkah-strategik-tabung-haji-2021-2022/
Langkah strategik Tabung Haji 2021-2022
[ "Walaupun pada kadar yang sama, jumlah agihan keuntungan 2022 meningkat kepada RM2.65 bilion berbanding RM2.46 bilion iaitu peningkatan sebanyak 7 peratus.", "3. Membentangkan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah TH dan diluluskan pada 20 Disember 2021. Rangka kerja ini bertujuan menangani isu syariah dan proses pematuhan syariah dalam TH.", "Jumlah deposit pada tahun 2021 adalah RM83,336 juta berbanding RM75,920 pada 2020. Peningkatan yang tinggi berlaku selepas pernah menurun pada tahun 2019." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/mencegah-buta-akibat-diabetes/
Mencegah buta akibat diabetes
[ "KUALA LUMPUR: Diabetes sering dikaitkan dengan isu kesihatan termasuk penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan amputasi, bagaimanapun ia juga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dan merupakan punca buta paling kerap bagi orang dewasa dalam umur bekerja.", "Pakar Perunding Oftalmologi dan Pakar Bedah Vitreoretinal di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Peh Khaik Kee berkata kira-kira 64 peratus rakyat Malaysia tidak menyedari penyakit kencing manis menyebabkan penyakit mata.", "Beliau berkata seorang daripada lima rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis iaitu anggaran 4.6 juta, dan seorang daripada tiga pesakit mengalami penyakit mata akibat diabetes.", "“Daripada angka ini, satu pertiga akan mengalami penyakit mata yang mengancam penglihatan, justeru menunjukkan 500,000 rakyat Malaysia mempunyai penyakit mata diabetes yang mengancam penglihatan,” katanya dalam kenyataan.", "Dr Peh berkata diabetes menjejaskan mata dalam beberapa cara termasuk perubahan terhadap kanta mata yang mengakibatkan penglihatan kabur, meningkatkan tekanan pada mata yang boleh menyebabkan glaukoma, serta merosakkan saraf yang mengawal otot mata justeru membawa kepada penglihatan berganda.", "Ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada salur darah dalam retina yang menyebabkan retinopati diabetes, yakni penyakit mata paling kerap dikaitkan dengan kencing manis, katanya.", "Dr Peh berkata retinopati diabetes telah menjadi epidemik di negara ini memandangkan Malaysia membelanjakan 16 peratus daripada bajet penjagaan kesihatan untuk diabetes; menjadikan Malaysia dalam kalangan 10 negara dengan peratus tertinggi bajet penjagaan kesihatan dibelanjakan untuk diabetes.", "“Ramai yang mengalami kencing manis tidak menjalani pemeriksaan mata berkala untuk memeriksa simptom bagi penyakit itu, dan retinopati diabetes tidak mempunyai sebarang simptom khusus, dan tidak menyebabkan kehilangan penglihatan sehinggalah pada peringkat akhir.", "Menurut Dr Peh, sebelum ini, pemeriksaan mata bagi retinopati diabetes menggunakan mikroskop lampu celah yang memfokuskan cahaya pada retina dan menyebabkan ketidakselesaan, terutama jika individu tersebut sensitif pada cahaya.", "Namun, kini, katanya, terdapat kamera fundus medan ultra lebar yang boleh mengambil gambar retina tiga kali lebih baik daripada kamera standard dan pesakit tidak lagi mengalami kekaburan akibat cecair mata serta tidak perlu lagi menempuh pemeriksaan lampu celah yang tidak selesa.", "Dr Peh berkata suntikan untuk merawat retinopati diabetes juga membuahkan hasil yang baik bagi pesakit di peringkat awal, bagaimanapun mereka perlu menjalani prosedur secara intensif, bergantung kepada jenis ubat, setiap empat atau lapan minggu untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.", "Beliau turut menasihati mereka yang mempunyai ahli keluarga penghidap diabetes supaya memeriksa kandungan gula dalam darah dan mereka yang telah didiagnosis dengan penyakit itu agar berjumpa pakar oftalmologi untuk memeriksa retina, bagi mengesan penyakit mengancam penglihatan, sekali gus mencegah buta. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/presiden-pas-dan-proklamasi-orang-melayu/
Presiden PAS dan Proklamasi Orang Melayu
[ "ADA yang seperti cacing kepanasan melihat pertemuan dua tokoh besar pemimpin Melayu ini. Seolah-olah mereka terlalu gusar dengan agenda penyatuan pemimpin Melayu Islam yang semakin subur kebelakangan ini.", "Namun, jika Melayu tergugat mereka wajar diberikan kebebasan untuk bangun mempertahan maruah dan identiti bangsa agar terus dihormati di negara sendiri." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/hari-sayyidatina-khadijah-tampil-tokoh-wanita-berjaya/
Hari Sayyidatina Khadijah tampil tokoh wanita berjaya
[ "KOTA BHARU: Sebagai menghargai peranan dan jasa golongan wanita, kerajaan negeri akan menganjurkan Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah 2023 bermula 29 Mei hingga 1 Jun.", "Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, anugerah terbabit iaitu Tokoh Sayyidatina Khadijah Khuwailid (keusahawanan), Tokoh Sayyidatina Aisyah Abu Bakar (pendidikan), Tokoh Aminah Abd Wahab (armalah).", "“Selain itu tujuh ikon wanita turut dikemukakan dan ia terbuka untuk wanita Kelantan berumur 39 tahun ke atas untuk kategori Ikon Kesenian, Ikon Sukan dan Ikon Inovatif,” katanya pada sidang media di sini hari ini.", "Program itu dikendalikan Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita bagi meraikan golongan wanita yang berjaya sepanjang pentadbiran kerajaan negeri 33 tahun." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/isu-pembukaan-kasino-di-sarawak/
Isu pembukaan kasino di Sarawak
[ "SAYA ingin memberi maklum balas terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Buday, Dato Sri Tiong King Sing yang membidas kenyataan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee yang mendakwa pembukaan kasino di Bumi Kenyalang itu akan mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikan dan wajar dikritik.Sekalian rakyat Malaysia mengetahui bahawa rakyat Sarawak mempunyai jati diri kuat tradisi dari nenek moyang yang tidak suka perbalahan masyarakat dan kerukunan keluarga yang akan musnah akibat judi. Rakyat Sarawak sememangnya berbudaya murni, dan mahu kekalkan kemurnian yang telah berlanjutan sejak sekian lama. Sarawak mempunyai penduduk yang pelbagai daripada pelbagai suku dan agama. Ini membolehkan wujudnya kepelbagaian dalam ekonomi dan keupayaan untuk mengeksploitasi pelbagai pasaran yang berbeza.Maka, aktiviti berjudi boleh mempunyai kesan sosial yang buruk terhadap masyarakat Sarawak dan masyarakat seluruh Malaysia. Ini boleh menyebabkan stigma dan diskriminasi terhadap individu yang terlibat dalam judi. Selain itu, kita telah melihat kes-kes yang pernah berlaku akibat ketagihan berjudi yang boleh menyebabkan perpecahan dalam keluarga dan mempengaruhi hubungan antara ahli keluarga. Beberapa orang mungkin memilih untuk berjudi daripada menghabiskan masa bersama keluarga mereka.Rakyat Sarawak umumnya dan rakyat di negeri lain juga mahukan pembangunan negeri menerusi kekuatan ekonomi melalui bidang keusahawanan dan perniagaan dan menolak idea membangun ekonomi belon rakyat dengan berjudi. Sarawak terletak di tengah-tengah Asia Tenggara, menjadikannya sebagai titik persimpangan perdagangan antara negara-negara di kawasan Asia Pasifik. Ini memberikan peluang besar untuk mengeksport barang-barang dan perkhidmatan Sarawak ke pasaran global. Dalam hal yang sedemikian, judi bukanlah budaya asal rakyat Pribumi Sarawak tetapi telah dibawa masuk oleh pihak luar yang ingin mencuri keringat orang Sarawak yang sangat rajin bekerja mengeluarkan titik peluh mereka sendiri untuk membangun keluarga dan negeri. Ketagihan berjudi boleh mengganggu produktiviti kerja dan pendidikan individu. Beberapa orang mungkin kehilangan masa dan fokus daripada kerja atau pendidikan mereka kerana tertumpu pada judi. Bahkan, berjudi boleh menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada masyarakat Sarawak dan juga negeri lain. Pertaruhan judi telah membuktikan ia menjadi pintu besar kepada  kebankrapan dan mengalami kesulitan kewangan yang serius.Berjudi boleh menyebabkan masalah kesihatan mental seperti depresi, kecemasan, dan tekanan. Beberapa orang juga mungkin mengalami ketagihan judi, yang boleh menyebabkan kerugian kewangan dan mengganggu kehidupan sosial mereka. Dengan lemah lembut namun tegas, saya ingin menyatakan bahawa walaupun judi kelihatan menyeronokkan dan menjanjikan kekayaan yang tidak pasti, tetapi melibatkan diri dalam aktiviti ini boleh menjadi asbab untuk menipu dan menzalimi orang lain. Oleh itu, adalah amat penting untuk tidak terlibat dalam amalan ini demi memelihara integriti dan martabat diri sendiri serta mencegah daripada menyakiti orang lain. Maka, sekali lagi diingatkan bahawa pembinaan kasino bagi tujuan meningkatkan ekonomi Sarawak melalui urusan perjudian bukanlah suatu tindakan bijak, tetapi mengundang malapetaka yang lebih dahsyat kepada negara kita.Sekian.YB AHMAD TARMIZI SULAIMAN Ahli Parlimen Sik3 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/penduduk-resah-tanah-bakal-diambil-untuk-projek-ecrl/
Penduduk resah tanah bakal diambil untuk projek ECRL
[ "SEKUMPULAN penduduk di Chendor terkejut apabila didatangi dua syarikat yang menawarkan khidmat sebagai perunding untuk mewakili mereka bagi urusan pengambilan tersebut.Ini kerana mereka tidak mendapat sebarang makluman atau notis daripada mana-mana pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.Mereka juga tertanya-tanya bagaimana dua syarikat perunding tersebut boleh mendapat maklumat lebih awal termasuk senarai nama, warta pengambilan dan pelan tapak.Lebih 20 keluarga dikenalpasti terlibat dalam urusan pengambilan tersebut.Saya hadir ke sesi pertemuan yang diatur oleh penduduk terlibat bagi mendapatkan maklumat lanjut dan meredakan keresahan mereka.Turut hadir, Tok Empat Suhaimi, yang juga tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara yang dibangkitkan.Insya-Allah saya akan buat susulan dengan pihak-pihak berkaitan bagi mendapatkan kesahihan serta penjelasan lanjut.Saya juga beri jaminan untuk memastikan kepentingan kesemua mereka diberi perhatian sewajarnya sebelum pengambilan tanah tersebut diteruskan.YB ANDANSURA RABUADUN Beserah – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/bayaran-elaun-khas-aidilfitri-pegawai-masjid-kedah-17-mei/
Bayaran elaun khas Aidilfitri pegawai masjid Kedah 17 Mei
[ "ALOR SETAR: Semua pegawai masjid lantikan kerajaan negeri akan menerima elaun khas Aidilfitri sebanyak RM300 pada 17 Mei ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata bayaran itu sepatutnya dibuat sebelum Aidilfitri, tetapi terdapat beberapa masalah menyebabkan terpaksa ditangguh sehingga 17 Mei.", "“Keputusan awal sebelum ini, elaun khas kepada pegawai masjid lantikan kerajaan negeri adalah sebanyak RM200 tetapi keputusan terbaharu, kita naikkan kepada RM300 seorang dan akan dibayar pada 17 Mei ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, hari ini.", "Sementara itu, katanya kira-kira 500 pegawai masjid lantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menerima elaun khas Aidilfitri sebanyak RM600 seorang." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/indeks-kebebasan-akhbar-pmx-perlu-belajar-dengan-pmix/
Indeks kebebasan akhbar: PMX perlu belajar dengan PMIX
[ "‘CAMPUR tangan politik? Media mempunyai kebebasan sepenuhnya asalkan laporan itu tepat dan bertanggungjawab.’Demikian respons Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ditanya berkenaan kebebasan pertubuhan media di negara ini.Alhamdulillah, hasil keterbukaan Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pentadbiran beliau, Malaysia telah naik enam anak tangga dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2022.Malaysia hari ini berada di tangga 113 daripada 180 buah negara sekali gus meletakkan kita di kedudukan tertinggi bagi negara ASEAN.Jaminan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan menghalang kebebasan akhbar benar-benar ditunaikan.Justeru tidak hairanlah sepanjang pemerintahan kerajaan sebelum ini, hampir tidak berbangkit isu sekatan media kerana berbeza pandangan politik seperti yang berlaku sekarang, contohnya;1. Aktivis media sosial disoal siasat 6 jam oleh SKMM kerana kritik kerajaan.2. Tiktoker PN dipanggil pihak polis.3. Sekat kempen pihak lawan di media sosial.4. Kawal stesen TV.5. Pengamal media dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri.6. Menteri menuduh portal berita membuat fitnah kerana memberi laporan jangkaan OPR yang akan naik.Prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh kerajaan sebelum ini wajar menjadi contoh bagi Kerajaan Madani. Perdana Menteri Ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi jaminan bahawa aspek kebebasan dan keterbukaan media di negara ini akan terus terjamin. Harapnya janji ini benar-benar ditunaikan dan bukan hanya wayang seperti janji-janji lainnya. Cukuplah pembatalan tayangan takbir raya PERIKATAN NASIONAL pada saat akhir tempoh hari menjadi peristiwa hitam terakhir dalam rekod pentabiran PMX.Komuniti dan penggiat media atau akhbar perlu bebas daripada cengkaman politik dan terus menyebarkan kebenaran tanpa takut.Barulah betul madani! ZURK AHMADKetua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/majlis-ketua-kampung-kedah-terima-elaun-bulanan/
Majlis Ketua Kampung Kedah terima elaun bulanan
[ "ALOR SETAR: Sebanyak 1,025 Majlis Ketua Kampung (MKK) seluruh Kedah akan menerima elaun bulanan yang bermula Februari lalu pada bulan ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, elaun MKK merupakan peruntukan sepenuhnya dari kerajaan negeri.", "“Lantikan MKK juga sudah selesai dan memenuhi kuota lantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, hari ini.", "Sebelum ini, elaun JPKK ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, namun apabila berlaku perubahan pentadbiran selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, jawatan berkenaan digantikan dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan tidak melibatkan negeri.", "“Dahulu elaun JPKK (sekarang MKK) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), tetapi sekarang sepenuhnya di bawah kerajaan negeri,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/pemangku-raja-perlis-lawat-mangsa-kebakaran/
Pemangku Raja Perlis lawat mangsa kebakaran
[ "ARAU: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi mangsa kebakaran rumah, Ramli Bakar, di Kampung Pida 3, Semut Gatal, Arau pada lewat petang Isnin, 2 Mei lepas.Baginda berharap semoga mangsa dan keluarga kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan di bulan syawal ini.", "Kejadian kebakaran yang berlaku pada sekitar jam 4 petang pada hari Isnin lalu itu telah menjejaskan keseluruhan struktur rumah berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berwajib.", "Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyampaikan  sumbangan bantuan awal bencana bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM700.", "Tuanku turut berkenan menyaksikan penyerahan bantuan bencana dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis berjumlah RM5,700 oleh Pengarahnya, Ku Chik Ku Md Isa.", "Dalam perkembangan yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan untuk membaikpulih kediaman yang terjejas tertakluk kepada segala garis panduan seperti ditetapkan. – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/kadar-faedah-4-harga-rumah-jadi-rm600000/
Kadar faedah 4%, harga rumah jadi RM600,000
[ "PETALING JAYA: Hanya dengan menggunakan kadar faedah standard serendah empat peratus sahaja, harga rumah boleh naik dari harga asal RM300,000 kepada RM600,000.Itu kenyataan yang diberikan oleh Tan Gua Han, seorang pakar hartanah dalam perkongsian akaun TikTok miliknya, GH Tan mengenai isu kenaikan harga rumah baru-baru ini.", "Beliau yang juga merupakan pengasas syarikat pembinaan Sonicon Construction menyatakan walau apa jua kadar faedah dikenakan dalam pinjaman rumah, ia  tetap memberikan bebanan yang tinggi kepada peminjam.", "“Katalah anda buat pinjaman beli rumah sebanyak RM300,000, yang mana kadar faedahnya sekurang-kurangnya 4% dengan bayaran ansuran sebanyak RM1,300 setiap bulan selama 35 tahun.", "“Dalam satu tahun, anda sepatutnya hanya perlu bayar sebanyak RM15,600 (RM1,300 darab 12 bulan) tetapi apabila anda juga kena bayar kadar faedah (sebanyak 4%) dan untuk mengiranya adalah pinjaman rumah RM300,000 darab 4% iaitu bersamaan RM12,000 (setahun),” jelasnya.", "Beliau menerangkan kesannya dalam tempoh setahun pertama itu, peminjam hanya baru membayar hutang pokok sebanyak RM3,600 (RM15,600 tolak RM12,000) kerana bank telah mengambil untung daripada kadar faedah tersebut.", "“Jadi, tahun seterusnya hutang rumah yang anda  perlu bayar adalah sebanyak RM296,400 tetapi jangan lupa kena darab dengan kadar faedah 4% juga,” katanya.", "Beliau menjelaskan dengan pembayaran ansuran bulanan yang sama iaitu RM15,600 setahun, setelah ditolak kadar faedah RM11,856, maka jumlah hutang pokok yang baru dibayar hanyalah RM3,744.", "“Bila anda sentiasa lalui proses pembayaran hutang tersebut secara berulang diikuti dengan kadar faedahnya setiap tahun, itu yang menyebabkan hutang rumah anda semakin meningkat,” katanya.", "Apabila ditanya mengenai langkah yang boleh diambil bagi masalah tersebut, beliau menyatakan bahawa sebaik-baiknya dengan menambah sedikit ansuran bulanan pinjaman tersebut.", "“Dalam ansuran bulanan RM1,300 tadi, katakan anda  tambah sedikit seperti RM100, RM200 dan seumpamanya, agar ia dapat mengurangkan sekurang-kurangnya empat tahun daripada tempoh keseluruhan 35 tahun.", "“Ini hanya dapat dilakukan jika anda \u0007mbil pinjaman rumah jenis semi-fleksi dan fleksi sahaja tetapi untuk jenis konvensional boleh minta dengan pihak bank untuk menukar sedikit perjanjian pembayaran untuk melakukannya,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/haaland-akan-terus-pecahkan-rekod/
Haaland akan terus pecahkan rekod
[ "Penyerang Manchester City, Erling Haaland, telah memecahkan beberapa rekod musim ini, tetapi pemain antarabangsa Norway itu masih belum puas untuk meningkatkan kualiti permainannya.Ahad lalu, Haaland menjadi pemain pertama liga utama England yang menjaringkan 50 gol dalam semua pertandingan semusim sejak Tom Waring melakukan untuk Aston Villa pada 1931.", "Pengurus City, Pep Guardiola, berkata pemain berusia 22 tahun itu setanding dengan Alan Shearer dan Andy Cole apabila menyamai rekod 34 gol dalam kempen Liga Perdana dan masih banyak lagi yang akan datang daripada bekas penyerang Borussia Dortmund itu.", "“Kami bercakap tentang itu, dalam pergerakan dan permainan itu sendiri, dia boleh meningkat. Saya fikir dia mempunyai itu. Saya mempunyai perasaan, dia mempunyai keinginan untuk menjadi lebih baik sebagai pemain bola sepak. Dia boleh melakukannya,” kata Guardiola.", "Penyandang juara, City menerima kunjungan West Ham United pada hari ini, ketika mereka berhasrat untuk merampas semula kedudukan teratas daripada Arsenal. Pasukan Guardiola ketinggalan dua mata dengan dua perlawanan dalam tangan. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/caruman-20-kwsp-majikan-bakal-pikul-beban/
Caruman 20% KWSP: Majikan bakal pikul beban
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan disyorkan agar membuat penilaian secara menyeluruh sebelum menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini kerana cadangan tersebut dikhuatiri bakal membebankan golongan majikan.Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, pertimbangan sewajarnya perlu dilihat dari sudut tabungan persaraan rakyat dan kesan ekonomi terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS). ", "Beliau terpanggil untuk mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu berkenaan cadangan Perdana Menteri itu agar kadar caruman KWSP  bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus.  ", "Menurut Shahir, secara dasarnya, cadangan ini sangat bagus untuk simpanan persaraan rakyat, tetapi bakal mengundang malapetaka kepada ekonomi industri keusahawanan dan PKS.", "Tambah beliau, cadangan ini bakal menyelesaikan isu pokok yang mana seramai 5.1 juta ahli KWSP atau 76 peratus yang mempunyai baki kurang RM10,000. ", "Namun, cara lain yang boleh menyelesaikan isu ini adalah dengan memberikan dividen secara ‘tier rate’ yang lebih banyak kepada pencarum yang mempunyai baki kurang RM 10,000. ", "Walau bagaimanapun, beliau turut berpandangan dari sudut majikan pula, terutama industri PKS, sememangnya cadangan Perdana Menteri agar caruman dinaikkan kepada 20 peratus itu adalah membebankan. ", "“Mungkin caruman sebanyak 20 peratus daripada majikan itu diperkenalkan kepada graduan yang mula bekerja atau mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500. ", "Sementara itu, Penganalisis Sosio-ekonomi, Pusat Penyelidikan Strategik, Ahmad Fauzi Mustafa ketika dihubungi HarakahDaily memberitahu, perkara ini perlu ada keseimbangan bagi kenaikan caruman KWSP yang dicadangkan itu.", "Katanya lagi, sudah tentunya para pekerja mengalu-alukan kerana kadar caruman daripada majikan sebanyak 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini akan memberi tabungan caruman yang lebih banyak kepada mereka pada masa hadapan nanti. ", "Justeru, beliau turut mencadangkan kadar caruman daripada majikan boleh dinaikkan kepada 15 peratus terlebih dahulu, kemudian dinaikan kepada 18 peratus dan seterusnya hingga 20 peratus mengikut fasa dan keadaan ekonomi semasa.", "Katanya lagi, beliau bimbang andainya potongan caruman 20 peratus itu dilakukan pada bulan hadapan atau tiga bulan lagi dalam keadaan majikan tidak bersedia, maka kemungkinan syarikat tersebut boleh gulung tikar dan akhirnya pekerja yang rugi, ekonomi masih tidak stabil." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/kehadiran-bekas-veteran-umno-beri-momentum-baharu-pn/
Kehadiran bekas veteran Umno beri momentum baharu PN
[ "KOTA BHARU: PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) dianggap mendapat semangat baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi dengan penglibatan bekas-bekas pemimpin kanan Umno.", "Kehadiran mereka termasuk bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa dan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dianggap mampu memberi momentum baharu.", "Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata, pemimpin terbabit masih mempunyai ramai pengikut dan boleh memberi kelebihan kepada PN menjelang PRN tidak lama lagi.", "“Sejak dari dahulu lagi pilihan orang Melayu hanya PAS atau Umno. Dan apabila Umno bermasalah sudah tentunya PAS menjadi pilihan terbaik,” katanya ketika ditemui sempena sambutan Hari Raya di Kota Darulnaim di sini hari ini. (Foto atas)", "Baru-baru ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan lebih 20 bekas pemimpin kanan dan ahli Umno akan menyertai PAS dan PN tidak lama lagi.", "Wan Roslan yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, perpaduan orang Melayu dan rakyat pelbagai kaum pernah berlaku selepas tragedi 13 Mei 1969 ketika negara di bawah teraju Tun Abdul Razak Hussein. – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/umrah-mantop-travel-pasti-meterai-mou/
Umrah: Mantop Travel, PASTI meterai MoU
[ "GOMBAK: Syarikat pengendali umrah, Mantop Travel & Tours Sdn. Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama PASTI Travel & Tours di bangunan PASTI Pusat di Batu Caves, di sini, hari ini.", "Pengerusi Mantop Travel & Tours, Zaidy Abd Talib menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dapat memeterai MoU bersama PASTI Travel sebagai satu pencapaian baru kepada Mantop Travel.", "“Objektif kita untuk melebarluaskan khidmat kita supaya dapat membawa seramai mungkin ummah untuk mengerjakan umrah di Makkah dan ziarah Madinah,” ujarnya.", "Pengerusi PASTI Travel & Tours, Muhtar Suhaili pula berkata, projek pertama umrah itu pada cuti sekolah bulan Ogos iaitu 26 Ogos hingga 6 September.", "“Saya sekeluarga akan bersama menunaikan umrah sebagai tanda sokongan. Kita harapkan supaya lebih ramai lagi bersama kita,” katanya pada sidang media selepas memeterai MoU.", "Menurut beliau, umrah bersama PASTI itu adalah hadiah kepada guru-guru yang terpilih dan akan dibawa untuk menunaikan umrah selain terbuka kepada orang awam.", "MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PASTI Travel, Kamarul Arif Ambak manakala Mantop Travel oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Mohd Farhan Madzlan.", "Ia disaksikan oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Damanhuri Dol; Muhtar Suhaili, Zaidy Abd Talib serta Ahli Lembaga Pengarah PASTI Travel. – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/semua-orang-berisiko-terkena-serangan-strok-haba/
Semua orang berisiko terkena serangan strok haba
[ "KUALA LUMPUR: Strok haba berisiko untuk terjadi kepada semua orang sekiranya seseorang itu terdedah kepada persekitaran panas melampau, tanpa mengira tahap kesihatan diri seseorang.", "Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Dr Norlen Ahmad berkata golongan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti, bagaimanpun lebih berisiko mendapat strok haba.", "“Warga emas lebih berisiko tinggi kerana biasanya mereka mempunyai pelbagai penyakit yang membuatkan mereka lebih sensitif dan mekanisme pengeluaran peluh atau kawalan suhu badan tidak lagi cekap,” katanya pada program Jendela Fikir, siaran Bernama Radio hari ini.", "Dr Norlen berkata strok haba adalah satu kecemasan perubatan yang boleh berlaku secara pantas dan langkah segera perlu diambil untuk mengurangkan suhu badan bagi mengelakkan mangsa mengalami kondisi yang lebih serius seperti kegagalan fungsi otak, sawan dan yang paling serius mendatangkan maut. ", "Katanya, antara langkah segera yang boleh diambil adalah meletakkan tuala basah di atas kepala, bawah ketiak, tepi paha serta tengkuk mangsa selain memindahkan mangsa ke tempat yang lebih sejuk dan redup.", "“Tempat-tempat tersebut merupakan laluan saluran darah besar dan meletakkan tuala basah akan mempercepatkan proses alihan haba dalam badan dan seterusnya mengurangkan suhu teras badan,” katanya.", "Menurutnya, antara langkah pencegahan yang boleh diambil orang ramai adalah mengurangkan aktiviti fizikal di kawasan panas, memperbanyak minum air terutamanya air kosong, memakai pakaian yang longgar dan nipis serta memantau kesihatan ahli keluarga berisiko.", "Minggu lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok, Bachok Kelantan, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok akibat strok haba dan dehidrasi.", "Sebelum ini  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran, beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum sehingga 35 dan 37 darjah Celsius, bagaimanapun keadaan itu dijangka akan reda dalam beberapa hari lagi. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/risiko-ai-rumah-putih-panggil-firma-teknologi/
Risiko AI: Rumah Putih panggil firma teknologi
[ "WASHINGTON: Rumah Putih merancang untuk mengadakan pertemuan dengan eksekutif tertinggi daripada Google, Microsoft, OpenAI dan Anthropic pada Khamis (4 Mei) ini untuk membincangkan tentang risiko teknologi kecerdasan buatan (AI).Naib Presiden Amerika Syarikat,  Kamala Harris dan pegawai pentadbiran AS yang lain dijadualkan akan membincangkan cara untuk memastikan pengguna mendapat manfaat daripada AI sambil dilindungi daripada bahaya teknologi, lapor AFP.", "Pengawal selia AS pada bulan lepas mengambil langkah ke arah merangka peraturan mengenai AI yang boleh menyaksikan Rumah Putih menghentikan teknologi baharu seperti ChatGPT.", "“Sama seperti makanan dan kereta tidak dikeluarkan ke pasaran tanpa jaminan keselamatan yang sewajarnya, begitu juga sistem AI harus memberikan jaminan kepada orang ramai, kerajaan dan perniagaan bahawa ia sesuai untuk tujuan dan matlamatnya,” kata Jabatan Perdagangan dalam satu kenyataan pada Selasa (2 Mei).", "AS adalah rumah kepada inovator terbesar dalam teknologi dan AI – termasuk OpenAI yang disokong Microsoft, yang mencipta ChatGPT – tetapi menjejaki peringkat antarabangsa dalam mengawal selia industri.", "Google pada bulan Mac lalu menjemput pengguna di AS dan Britain untuk menguji chatbot AI yang diperkenalkannya, dikenali sebagai Bard, sambil ia meneruskan laluan beransur-ansur untuk meneruskan pengkomersialan teknologi ChatGPT yang telah diperkenalkan sebelum ini.", "Terdahulu, Biden telah menggesa Kongres untuk meluluskan undang-undang yang meletakkan had yang lebih ketat pada sektor teknologi, tetapi usaha ini mempunyai sedikit peluang untuk mencapai kemajuan memandangkan perpecahan politik di kalangan penggubal undang-undang.", "Kekurangan peraturan telah memberikan kebebasan Lembah Silikon untuk mengeluarkan produk baharu AI dengan pantas – dan mencetuskan kebimbangan bahawa teknologi berkenaan berisiko mendatangkan malapetaka kepada masyarakat sebelum kerajaan dapat bertindak membuat pemantauan.", "Bilionair, Elon Musk pada awal Mac pula dilaporkan telah menubuhkan sebuah syarikat AI  dikenali sebagai X.AI, yang berpangkalan di Nevada, AS.", "Beliau telah mengasaskan teknologi yang kelihatan sebagai saingan kepada OpenAI, walaupun  baru-baru ini, Musk menyertai barisan pemimpin teknologi dan pengkritik AI dalam menyeru agar dalam pembangunan teknologi AI tidak dibangun dan dikembangkan secara tergesa-gesa dalam julat tempoh terlalu pantas tanpa sempat dikawal.", "Google, Meta dan Microsoft telah menghabiskan masa bertahun-tahun bekerja pada sistem AI untuk membantu dengan terjemahan, carian internet, keselamatan dan pengiklanan yang disasarkan.", "Pada akhir tahun lepas, firma San Francisco OpenAI meningkatkan minat dalam sfera AI apabila ia melancarkan ChatGPT, yang boleh menjana respons teks yang kelihatan semula jadi, namun dikhuatiri boleh menjana maklumat yang salah. – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/siti-bainun-dipenjara-berjumlah-22-tahun/
Siti Bainun dipenjara berjumlah 22 tahun
[ "KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 22 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.", "Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara untuk pertuduhan menganiaya, namun Siti Bainun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas hukuman itu diperintah berjalan secara serentak, bermula hari ini.", "Siti Bainun, yang hadir ke kompleks mahkamah pada kira-kira 8.27 pagi dengan ditemani seorang wanita juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.", "Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.", "Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Izralizam dalam penghakimannya berkata perbuatan mengabai dan menganiaya adalah satu kesalahan serius dan sepertimana dihujahkan oleh pihak pendakwaan, pindaan terhadap hukuman jenayah itu telah diluluskan di Parlimen dengan memperuntukkan hukuman yang lebih berat.", "Menurutnya hukuman penjara 10 tahun yang diperuntukkan sebelum ini telah ditambah ke 20 tahun, manakala hukuman denda pula dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.", "“Hukuman yang dijatuhkan perlu menggambarkan keseriusan kesalahan dilakukan dan menunjukkan kepada orang awam khususnya ibu bapa, penjaga dan pengasuh kanak-kanak agar tidak mengambil ringan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak,” katanya.", "Katanya, faktor kepentingan awam perlu ditekankan dan dalam kes ini, mahkamah mendapati kecederaan dialami Bella adalah kecederaan serius malah sehingga kini, ia meninggalkan parut.", "“Ia bukan sahaja meninggalkan parut dalam dirinya, tetapi parut secara fizikal. Beliau bukan sahaja diabaikan oleh tertuduh sehingga menyebabkan kecederaan teruk, malah tertuduh didapati terlibat menganiaya Bella.", "“Tindakan dilakukan tertuduh kepada Bella adalah kejam dan dia perlu diberikan hukuman berat bagi memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, malah masyarakat bahawa kesalahan jenayah seperti ini tidak boleh dilakukan sama sekali.", "“Tertuduh adalah aktivis masyarakat yang sering terlibat dengan kanak-kanak. Tertuduh sepatutnya menggalas tanggungjawab sebaik mungkin dan bukan melanggar amanah yang diberikan,” kata hakim itu.", "Terdahulu semasa rayuan bagi mengurangkan hukuman, peguam Mohammad Farhan Maaruf mewakili Siti Bainun memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya boleh berubah dan sepatutnya diberikan peluang kedua.", "“Jika hukuman pemenjaraan yang lama dikenakan terhadap tertuduh, ia akan memprejudiskan ibu yang bergantung harap kepadanya. Fasiliti dalam penjara juga tidak dapat menampung keadaan fizikal tertuduh kerana beliau bersaiz besar dan mempunyai masalah kesihatan,” katanya.", "“Saya juga mohon mahkamah mengambil kira tertuduh bergiat aktif dengan kerja kebajikan dan sukarelawan selain mempertimbangkan ini adalah kesalahan pertama tertuduh,” katanya.", "Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berkata tertuduh telah disabitkan dengan kesalahan yang sangat serius iaitu mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak kurang upaya.", "“Kanak-kanak yang terdedah dan tidak berdaya memerlukan masyarakat serta undang-undang untuk melindungi kepentingan mereka. Hukuman mestilah menggambarkan keseriusan dan beratnya kesalahan itu bagi memberi pengajaran kepada orang ramai terutama ibu bapa agar tidak mengambil mudah keselamatan kanak-kanak,” katanya.", "Zahida berkata kecederaan yang dialami Bella amat serius dengan hampir keseluruhan badannya terdapat luka lecur dan beberapa parut yang akan kekal seumur hidup.", "“Ia bukan sahaja mengundang kecederaan fizikal, malah menjejaskan emosi mangsa. Tertuduh juga telah diberi perintah mahkamah untuk menjaga dan memelihara Bella tetapi telah menyalahgunakan amanah yang diberikan kepadanya dengan mengabai dan menganiaya Bella.", "“Tertuduh dilihat sukarelawan yang dipercayai dan dihormati telah mengabai seorang kanak-kanak yang mengharapkan kasih sayang daripada tertuduh. Ini ibarat harapkan pegar, pegar makan padi,” katanya.", "“Tertuduh disabitkan bersalah di mahkamah ini dan tiada sebab untuk saya menangguhkan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya. Faktor bahawa tertuduh menjaga ibunya adalah perkara peribadi tertuduh.", "“Pemfailkan rayuan dibuat oleh peguam bela bukan justifikasi untuk membenarkan permohonan tertuduh. Dalam kes ini, saya berpendapat keadilan dapat disampaikan sebaik-baiknya melalui pelaksanaan hukuman dengan serta-merta." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/ronaldo-atlet-paling-kaya/
Ronaldo atlet paling kaya
[ "Cristiano Ronaldo menjadi atlet berpendapatan paling tinggi dunia selepas perpindahannya ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr, diikuti dua penyerang Paris St Germain (PSG), Lionel Messi dan Kylian Mbappe.Menurut Forbes, Ronaldo, yang menyertai kelab bola sepak Arab Saudi dengan kontrak sehingga 2025 selepas meninggalkan Manchester United tahun lalu, memperoleh AS$136 juta dengan gaji tahunannya meningkat kepada kira-kira AS$75 juta.", "Penyerang PSG, Messi, 35, berada di kedudukan kedua selepas membawa pulang AS$130 juta, manakala rakan sepasukan kelab dan kapten Perancis, Mbappe, atlet paling muda dalam senarai pada usia 24 tahun, memperoleh AS$120 juta untuk menduduki tempat ketiga.", "Pemain bola keranjang Los Angeles Lakers, LeBron James (AS$119.5 juta) dan petinju Mexico, Canelo Alvarez (AS$110 juta) melengkapkan senarai lima teratas.", "Dua pemain golf, iaitu bekas pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson (keenam dengan AS$107 juta), manakala Phil Mickelson (ketujuh dengan AS$106 juta).", "Juara NBA (Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan) empat kali, Stephen Curry (AS$100.4 juta) dan Kevin Durant dari Phoenix Suns (AS$89.1 juta) ialah dua lagi pemain bola keranjang yang tersenarai.", "Forbes berkata, angka pendapatan atlet berkenaan termasuk semua wang hadiah, gaji dan bonus yang diperoleh dalam 12 bulan lalu, manakala pendapatan luar adalah anggaran tawaran penajaan, yuran penampilan, pendapatan pelesenan dan pulangan tunai dari perniagaan yang mereka kendalikan. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/dap-tidak-pernah-kendur-mahukan-jawatan-pm/
DAP tidak pernah kendur mahukan jawatan PM
[ "MENARIK jawapan Ong Kian Ming (DAP) ketika ditanya oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan kenapa mereka perlu masuk DAP. Jawab Ong Kian Ming, “kerana DAP memerlukan calon Perdana Menteri, and both of you fit the bill…” Mungkin ada yang melihat kenyataan ini dari segi kewibawaan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. Power ah Khairy Jamaluddin, sampai DAP pun nak dia jadi calon Perdana Menteri daripada DAP. Ini mungkin satu sudut pandangan kebanyakan kita. Namun, bagi aku sendiri, aku lihat jawapan Ong Kian Ming ini telah menggambarkan bahawa DAP sudah bersedia untuk duduk di kerusi Perdana Menteri. DAP tidak lagi mahu jadi tangga politik yang dipijak-pijak untuk diangkat orang lain sebagai nakhoda. Ya, calon Perdana Menteri bukan lagi daripada PAN atau PKR, tapi daripada seorang Melayu daripada DAP. Ini cita-cita politik DAP. Cita-cita parti kita bagaimana?AHMAD FAHMI MOKHTARDarulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/hukum-gugur-janin-yang-cacat/
Hukum gugur janin yang cacat
[ "APA hukum menggugurkan janin yang cacat (Hydrop Fetalis) akibat penyakit keturunan Thalassemia?Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 dalam membincangkan isu menggugurkan janin pembawa atau pengidap penyakit Thalassemia ialah:1. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara 1 hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri;2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan3. Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.Perbincangan dengan pakar yang merawat amat penting untuk mendapatkan pandangan beliau sama ada meneruskan kandungan atau sebaliknya itu boleh mendatangkan mudarat ataupun tidak. Sebab akhirnya bayi samada digugurkan ataupun dilahirkan itu tidak akan hidup lama.DR SUHAZELI ABDULLAHPakar Perubatan KeluargaSarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 3/5/2023PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. " ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/arsenal-kembali-ke-puncak-atasi-chelsea-3-1/
Arsenal kembali ke puncak, atasi Chelsea 3-1
[ "Arsenal kembali ke puncak Liga Perdana, semalam, hasil kemenangan 3-1 ke atas Chelsea melalui dua jaringan Martin Odegaard dan satu lagi oleh Gabriel Jesus.Namun, Manchester City di tangga kedua tetap menjadi pilihan utama untuk ditabalkan sebagai juara kerana bermain kurang dua perlawanan, berbanding Arsenal.", "Arsenal mendahului 3-0 pada separuh masa pertama apabila kapten Odegaard diberi ruang sebanyak dua kali oleh pertahanan longlai Chelsea untuk menjaringkan gol pada minit ke-18 dan ke-31. Gabriel Jesus menyempurnakan gol dari jarak dekat, 11 minit sebelum rehat.", "Kemenangan ini membawa Arsenal kepada 78 mata, dua lebih banyak daripada City. Namun sebagai juara bertahan, City mampu merampas semula kedudukan teratas apabila melayan kunjungan West Ham United, hari ini.", "“Semua orang terluka selepas perlawanan (menentang City). Kami melepaskan kemarahan dan kekecewaan dalam perlawanan ini,” kata Odegaard yang dua jaringannya menjadikan jumlah gol keseluruhannya kepada 14.", "Chelsea pula tewas dalam enam perlawanan semua pertandingan sejak jurulatih sementara, Frank Lampard, menggantikan Graham Potter bulan lalu, suatu pencapaian yang suram untuk kelab yang dinobatkan sebagai juara Eropah, dua tahun lalu.", "Namun, kelab itu sekurang-kurangnya berjaya menjaringkan gol kedua dalam lapan perlawanan apabila Noni Madueke merembat bola melepasi Aaron Ramsdale pada minit ke-65 untuk gol pertamanya sejak menandatangani kontrak dari PSV Eindhoven, Januari lalu.", "Pemilik Chelsea di Amerika Syarikat yang membelanjakan lebih 500 juta Pound (AS$623 juta) untuk pemain sejak membeli kelab itu hampir setahun lalu, dijangka menamakan bekas bos Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino sebagai jurulatih tetap baharu mereka musim depan. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/bahaya-teknologi-perintis-ai-google-letak-jawatan/
Bahaya teknologi: Perintis AI Google letak jawatan
[ "WASHINGTON: Seorang saintis komputer yang digelar ‘perintis kecerdasan buatan (AI)’ di Google telah meletakkan jawatan untuk mendedahkan kepada masyarakat umum tentang bahaya teknologi tersebut.Geoffrey Hinton yang mencipta teknologi asas untuk sistem AI pada tahun 2012 bersama-sama dan dua pelajar siswazahnya di Universiti Toronto, memberitahu The New York Times bahawa kemajuan yang dibuat dalam bidang itu telah menimbulkan ‘risiko yang mendalam kepada masyarakat dan manusia’. ", "Hinton berkata bahawa persaingan antara gergasi teknologi mendorong syarikat gergasi itu untuk mengeluarkan teknologi AI baharu dengan tergesa-gesa sehingga mempertaruhkan etika pekerjaan dan menyebarkan maklumat salah.", "Pada tahun 2022, Google dan OpenAI – pemula di sebalik chatbot AI popular, ChatGPT  mula membina sistem menggunakan jumlah data yang jauh lebih besar daripada sebelumnya.", "Teknologi ChatGPT boleh membantu dalam pencarian maklumat dan data, namun ia berpotensi untuk memberikan maklumat yang salah dan bias. – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/sudan-bangunan-kebudayaan-saudi-diserang-hendap/
Sudan: Bangunan kebudayaan Saudi diserang hendap
[ "Kementerian luar dalam kenyataannya pada hari ini Rabu (3 Mei) berkata,  kumpulan bersenjata itu telah merosakkan peralatan dan kamera, merampas beberapa harta atase, dan melumpuhkan sistem komputer di premis berkenaan, lapor Saudi Gazette.", "Sehubungan itu, Saudi memperbaharui seruan untuk menghentikan peningkatan ketenteraan, menamatkan keganasan, dan menyediakan perlindungan yang diperlukan untuk diplomat, penduduk dan orang awam Sudan. – HARAKAHDAILY 3/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/messi-dihukum-gara-gara-lawat-arab-saudi/
Messi dihukum gara-gara lawat Arab Saudi
[ "Penyerang Paris St Germain, Lionel Messi tidak akan diperbaharui kontraknya di kelab itu berikutan lawatan tanpa kebenaran ke Arab Saudi.Akhbar harian sukan Perancis, L’Equipe, melaporkan bahawa Messi menandatangani klausa pilihan musim ketiga dalam kontraknya ketika kali pertama tiba pada 2021. Pegawai kelab memutuskan untuk tidak mengaktifkan klausa itu.", "Pemain berusia 35 tahun itu digantung selama dua minggu semalam, kerana dia sepatutnya berlatih bersama pasukan berikutan kekalahan 3-1 di laman sendiri menentang Lorient dalam Ligue 1 pada Ahad lalu, tetapi sebaliknya terbang ke Arab Saudi.", "Messi akan terlepas perlawanan Ligue 1 menentang Troyes dan Ajaccio, tetapi mungkin kembali untuk perlawanan menentang Auxerre pada 21 Mei. Dia kemudian akan terus bersama kelab itu sehingga musim berakhir pada 3 Jun.", "PSG berada di tangga teratas dengan 75 mata daripada 33 perlawanan, lima mata di depan Olympique de Marseille yang berada di tempat kedua. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/03/semua-dijemput-meriahkan-rumah-terbuka-pas-pusat/
Semua dijemput meriahkan Rumah Terbuka PAS Pusat
[ "ALOR SETAR: Semua rakyat dijemput hadir untuk memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah, 6 Mei (Sabtu) ini.", "Ujarnya, semua pemimpin bermula daripada Ahli Majlis Syura, Mursyidul Am, presiden, timbalan, naib-naib dan seluruh ahli jawatan PAS Pusat termasuk dewan-dewan akan berkampung di Kompleks PAS Kedah menyambut para hadirin.", "Pelbagai menu katanya disediakan untuk santapan para pengunjung antaranya, nasi daging, laksa Kuala Kedah, ketupat, lemang, kuih-kuih tradisional dan bergoreng serta lain-lain." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/kenyataan-media-sokong-tg-abdul-hadi-sebagai-pm-palsu/
Kenyataan media sokong TG Abdul Hadi sebagai PM palsu
[ "KENYATAAN Media bertajuk ‘Sokongan Terhadap YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ yang sedang tular pada masa ini adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebutkan.Harap maklum.Terima kasih. – HARAKAHDAILY 4/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/dr-halimah-rai-undangan-pegawai-diplomatik-jepun/
Dr Halimah rai undangan Pegawai Diplomatik Jepun
[ "KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali meraikan undangan Pegawai Diplomatik dan Protokol, Kedutaan Jepun, Masabuchi Kana yang mahu mengenali PAS lebih dekat.", "Dr Halimah menerangkan PAS adalah parti yang mempunyai prinsip yang jelas, bertindak di atas kesedaran bahawa Tuhan Yang Esa Maha Melihat dan Maha Mengetahui.", "Ahli Parlimen Kapar itu berkata, integriti dan akauntabiliti adalah perkara asas bagi PAS dan telah terbukti di bawah pemerintahan parti itu.", "Menurutnya, PAS telah membuktikan kebajikan dan keadilan rentas kaum di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta komited untuk melebarkannya di mana jua jika PAS terus diberi kepercayaan memimpin dan mengurus tadbir.", "Bagaimanapun katanya, sedikit kelemahan yang PAS akui dalam menyebarkan maklumat tepat mengenai tata kelola baik dan kebajikan inklusif parti di seluruh negara akan diambil tindakan sewajarnya. – HARAKAHDAILY 4/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/feri-rakyat-kedah-dah-cerdik-kata-sanusi/
Feri: Rakyat Kedah dah cerdik, kata Sanusi
[ "Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkhidmatan feri dan jeti adalah di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan tidak kira parti mana yang mentadbir negeri.", "“Tidak perlu mai jual barang tak laku di Kedah. Tentu tak laku, rakyat Kedah dah cerdik. Feri dan jeti itu 100 peratus di bawah kerajaan persekutuan. Kerajaan negeri bukan kata nak korek laut, nak kurangkan tambang feri walau seringgit pun tak boleh,” katanya pada sidang media, di Wisma Darul Aman, semalam.", "Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada ucapan di Perhimpunan Madani, Stargate, 28 April lalu, berjanji kerajaan persekutuan akan bertindak mendalamkan laut untuk membolehkan jadual perjalanan feri ke Langkawi ditambah sehingga 15 kali sehari sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberi mandat menerajui Kedah pada PRN ini.", "Justeru kata Sanusi, pemimpin kerajaan persekutuan PH-BN sewajarnya memahami bidang kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri sebelum membuat kenyataan atau pengumuman.", "“Perkhidmatan feri, jeti, keretapi, stesen kereta api, lapangan terbang semuanya di bawah kerajaan persekutuan seliaan MOT. Jadi tak perlu tukar kerajaan. Dah memang tanggungjawab depa.", "“Patutnya dia buat kerja dia, saya buat kerja saya, baru aman dunia. Jangan sebab dia tak buat, sebut kegagalan di pihak saya,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 4/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/sifar-aduan-petugas-pembersihan-mbkt-terima-bonus/
Sifar aduan: Petugas pembersihan MBKT terima bonus
[ "KUALA TERENGGANU: Sebanyak 196 petugas pembersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menerima bonus sebanyak RM300 sebagai pengiktirafan terhadap mereka yang menjaga kebersihan bandar raya itu sempena Aidilfitri lepas.", "Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Dr Alias Razak berkata bonus itu buat julung kalinya diberikan setelah bandar aya itu mencapai sasaran ‘sifar aduan’ berhubung isu sampah pada sambutan perayaan itu.", "“Saya beberapa kali bertemu Datuk Bandar (Rosli Latif) dan sungguh-sungguh minta supaya peristiwa raya tahun lepas tidak berulang kerana kita menjangkakan kali ini ramai anak perantau pulang beraya, dan macam disebut tadi bilangan sampah meningkat sekali ganda raya kali ini.", "“Beberapa strategi diatur oleh beliau dan kakitangan untuk pastikan isu ini (sampah) dapat diselesaikan. Antaranya kerahkan seluruh tenaga kerja MBKT dan jentera Pejabat Daerah Kuala Terengganu serta Kuala Nerus untuk bentuk satu pasukan yang mantap agar masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama petugas kebersihan MBKT di sini, malam tadi.", "“Alhamdulillah sasaran yang kita tetapkan tercapai iaitu salah satunya tidak mahu ada sebarang aduan berkenaan sampah di bandar raya ini. Bagi pihak saya, dan Datuk Bandar serta Menteri Besar (Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) kami tidak terima sebarang aduan dari orang awam.", "“Bagi saya itu satu pencapaian seratus peratus. Jadi, atas rasa kebersamaan kita beri bonus tersebut dan hargai mereka dalam majlis pada malam ini dengan harapan mereka akan terus bermotivasi dan terus cemerlang,” katanya.", "Menurut Alias lagi, kontraktor yang dilantik menguruskan sampah di tiga zon pembersihan di negeri itu termasuk di Kuala Terengganu telah ditamatkan kontrak kerana tidak cekap dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/perlu-bersedia-awal-hadapi-ramalan-el-nino-kuat-jun-ini/
Perlu bersedia awal hadapi ramalan El Nino kuat Jun ini
[ "KUALA LUMPUR: Persediaan awal bagi menghadapi fenomena El Nino kuat yang diramal berlaku Jun ini perlu dilaksanakan segera dengan melibatkan dua pemegang taruh utama negara iaitu kerajaan dan rakyat untuk meminimumkan impak fenomena itu.", "Pakar alam sekitar Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata walaupun Malaysia pernah beberapa kali mengalami fenomena tersebut, persiapan awal meliputi semua aspek adalah perlu bagi mengelakkan kepanikan melampau.", "Beliau berkata berdasarkan rekod setakat 2015, El Nino pernah melanda negara sebanyak 12 kali iaitu sejak 1951 hingga 1952 dan kejadian yang paling teruk ialah pada 1997 hingga 1998 apabila catatan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.", "“Justeru, persediaan kerajaan adalah memantau semua aras air sungai dan empangan, mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan, meneroka sumber air alternatif, menggalakkan orang ramai dan industri menjimatkan penggunaan air, serta melakukan penghasilan awan dan menyediakan sokongan logistik.", "“Seterusnya mempertingkatkan segala bentuk bantuan perubatan dan kecemasan seperti ubat-ubatan untuk mangsa selain alat bantuan memadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran,” katanya ketika dihubungi Bernama.", "Untuk rakyat pula, Haliza berkata persediaan perlu dibuat dari sudut mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti krisis air yang menyebabkan langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat sekali gus memberi impak terhadap aktiviti manusia.", "“Setiap dari kita harus mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan-bahan mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan.", "“Ini bagi menghindarkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menyebabkan jerebu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, ia perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya.", "Semalam, media melaporkan fenomena El Nino kuat dijangka bermula Jun apabila keadaan cuaca akan berubah disebabkan kehadiran monsun barat daya yang cuacanya dicirikan dengan keadaan kering dan panas.", "Berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh Mei hingga Oktober yang dipaparkan di portal Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El Nino Southern Oscillation (ENSO) adalah neutral.", "Bagaimanapun, laporan itu memaklumkan keadaan neutral yang sedang berlaku itu dijangka akan memasuki fasa El Nino pada Mei hingga Julai ini dengan kebarangkalian 62 peratus.", "Sementara itu, Pakar Kesihatan Persekitaran Prof Dr Juliana Jalaludin berkata bagi mengelakkan berlakunya strok haba ketika fenomena ini, selain banyak minum air, rakyat dinasihatkan untuk memakai pakaian berwarna terang dan ringan serta mengelakkan aktiviti fizikal.", "“Selain itu, sentiasa menggunakan pelindung matahari seperti memakai pelindung matahari spektrum luas dengan SPF (Faktor Perlindungan Matahari) 15 atau lebih jika berada di luar rumah kerana selaran matahari menjejaskan keupayaan badan untuk menyejukkan diri,” katanya.", "Beliau juga berkata rakyat tidak digalakkan meninggalkan sesiapapun di dalam kenderaan yang tidak bergerak kerana suhu dalaman boleh meningkat lebih daripada 11 darjah Celsius dalam masa 10 minit apabila berada di bawah matahari.", "Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar pula berkata fenomena El Nino akan meningkatkan risiko penyakit berkaitan dengan bawaan vektor seperti denggi dan malaria, serta penyakit bawaan air dan makanan seperti tifoid dan penyakit saluran pernafasan.", "Katanya antara persiapan yang boleh dilakukan rakyat bagi menjaga kesihatan masing-masing adalah menyimpan air serta makanan yang sihat dan mencukupi selain memperbanyakkan berteduh di kawasan seperti pokok dan bumbung jika keluar dari rumah.", "Dr Zainal Ariffin turut menyarankan kerajaan untuk memastikan perkhidmatan bekalan air awam yang cukup dan cekap, bekalan makanan segar dan murah mudah didapati dan memberi amaran awal kepada rakyat semasa melalui fenomena tersebut. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/jbpm-kenal-pasti-406-titik-panas-di-seluruh-negara/
JBPM kenal pasti 406 titik panas di seluruh negara
[ "PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sebanyak 406 kawasan titik panas (hotspot) di seluruh negara melalui satelit, setakat ini.", "Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Irzam Osman berkata antara kawasan itu ialah Mukah, Miri di Sarawak; Dungun, Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan di Pahang; Pasir Mas, Bachok di Kelantan dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Selangor.", "Justeru, Ahmad Irzam berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perhutan dan Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan berkala sama ada melalui rondaan serta tinjauan udara menggunakan helikopter atau dron bagi memastikan keadaan terkawal.", "“Setakat ini, status cuaca panas tahap satu dikesan di dua kawasan iaitu di Padang Terap, Kedah dan Jempol, Negeri Sembilan. Penduduk di kawasan berkenaan telah diingatkan untuk berjaga-jaga kerana suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius telah berlaku tiga hari berturut-turut,” katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat agensi itu di Putrajaya baru-baru ini.", "“Selain itu, kebakaran tanah gambut juga dikategorikan sebagai pembakaran terbuka kerana melibatkan pembakaran berskala besar yang mungkin tercetus kerana keadaan cuaca semasa,” katanya.", "Menurut Ahmad Irzam, pihaknya telah bersedia sama ada dari segi kelengkapan logistik kebakaran dan keanggotaan bagi mengendalikan kes pembakaran terbuka yang dijangka meningkat tahun ini ekoran cuaca panas.", "Dalam pada itu, beliau berkata JBPM akan menggunakan peralatan pemadaman kebakaran hutan MARK III hasil inovasi pegawai JBPM yang berfungsi seperti alat pemercik tanaman untuk mengelakkan kebakaran tanah gambut daripada merebak yang boleh mengakibatkan jerebu melampau. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/peranan-kaum-menegakkan-islam/
Peranan kaum menegakkan Islam
[ "DIADAKAN pertemuan dan perbincangan bersama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang negarawan yang telah berpolitik dalam tempoh masa yang sangat panjang dan banyak pengalamannya sejak zaman penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan. Malah, beliau juga pernah dua kali menjadi Perdana Menteri.", "Walaupun beliau banyak berkhilaf dengan PAS, namun banyak titik persamaan yang wajib diambil kira dan bersatu menunaikan kewajipan agama, bangsa dan negara bersama Islam. Antara perbincangannya ialah wajibnya perpaduan kaum Melayu Islam yang menjadi majoriti penduduk asal Malaysia dan majoriti masyarakat majmuk.  ", "Maka, perlu dijelaskan perbezaan antara semangat kebangsaan yang dijadikan ideologi dengan konsep kebangsaan yang menjadi fitrah manusia mengikut ketetapan Allah SWT dan peranannya dalam melaksanakan kehidupan bermasyarakat.", "Islam ialah agama yang sempurna dan menyeluruh bersifat sejagat kepada seluruh alam serta seluruh manusia. Adapun al-Quran ialah petunjuk Allah SWT dan para rasul menunjukkan teladan bagi melaksanakannya.", "Kewujudan berbagai-bagai bangsa atau kaum adalah fitrah manusia ciptaan Allah bagi menjalankan kewajipan di atas muka bumi di alam dunia yang akan dihisab pada Hari Kiamat kelak. Perkara ini dinyatakan oleh firman-Nya:", "“Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam AS) dan seorang perempuan (Hawwa’ AS); dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (bermasyarakat). Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat: 13)", "Allah SWT menetapkan peranan kaum adalah suatu perkara yang sangat penting kerana ia menjadi tonggak perjuangan para rasul AS, sama ada secara individu atau berjemaah walaupun secara prinsip dan dasarnya Islam ialah agama kepada semua manusia. Khususnya, peranan menegakkan kuasa politik yang menjadi penaung yang wajib kepada dakwah Islam dan menjadi syarat agar Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna.", "Setiap rasul memulakan dakwah masing-masing kepada keluarga dan kaumnya, termasuk nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW yang diutuskan kepada seluruh manusia. Perkara ini bukanlah sikap rasis atau fanatik kaum yang telah disalah fahami selama ini, sebaliknya menjadi rukun kepada uslub (pendekatan) dalam menegakkan Islam mengikut prinsip dakwah dan siasah syar‘iyyah yang melaksanakan konsep adil kepada seluruh manusia. Hal ini dijelaskan oleh firman Allah SWT:", "“Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat memberikan suatu penjelasan secara jelas dan terang kepada mereka. Maka, Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim: 4)", "Al-Quran menceritakan setiap orang rasul berdakwah kepada kaumnya terlebih dahulu dengan menyebutkan dalam ucapan mereka sebagaimana yang banyak kali disebutkan oleh firman Allah SWT, antaranya:", "“Wahai Allah, ya Tuhanku! Berikanlah hidayah kepada kaumku, sebenarnya mereka tidak mengerti.” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, Jld. 6, Hlm. 507)", "﴿قَالُواْ يَٰشُعَيۡبُ مَا نَفۡقَهُ كَثِيرٗا مِّمَّا تَقُولُ وَإِنَّا لَنَرَىٰكَ فِينَا ضَعِيفٗاۖ وَلَوۡلَا رَهۡطُكَ لَرَجَمۡنَٰكَۖ وَمَآ أَنتَ عَلَيۡنَا بِعَزِيزٖ٩١ قَالَ يَٰقَوۡمِ أَرَهۡطِيٓ أَعَزُّ عَلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَٱتَّخَذۡتُمُوهُ وَرَآءَكُمۡ ظِهۡرِيًّاۖ إِنَّ رَبِّي بِمَا تَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ٩٢﴾", "“Mereka berkata, ‘Wahai Syu‘aib! Kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah antara kami; kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami telah merejam kamu, sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami.’ (91) Syu‘aib menjawab, ‘Wahai kaumku! Apakah keluargaku lebih kamu takuti menurut pandangan kamu daripada takut akan Allah, sedang (perintah) Allah pula kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakang kamu? Sesungguhnya, (pengetahuan) Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan.’ (92)” (Surah Hud: 91-92)", "Tambahan lagi, juga diambil iktibar daripada kisah Nabi Lut AS yang telah dilantik menjadi rasul kepada kaum dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan ahli keluarga bersamanya, apabila Baginda AS dikepung oleh kaum yang menentangnya. Allah SWT berfirman:", "“Lut berkata, ‘Seandainya, aku mempunyai kekuatan (untuk menolak kamu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku akan lakukan).’” (Surah Hud: 80)", "‌رَحْمَةُ ‌اللَّهِ ‌عَلَى ‌لُوطٍ، ‌لَقَدْ ‌كَانَ ‌يَأْوِي ‌إِلَى ‌رُكْنٍ ‌شَدِيدٍ -يَعْنِي: اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ- فَمَا بَعَثَ اللَّهُ بَعْدَهُ مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا فِي ثَرْوَةٍ مِنْ قَوْمِهِ.", "“Rahmat Allah kepada Lut, sebenarnya Baginda dilindungi kepada kekuatan, yakni Allah ‘Azza wa Jalla. Maka, Allah tidak lagi melantik nabi selepasnya melainkan berada di tengah-tengah kaumnya yang menjadi tonggak (penting bagi melindunginya).” (Riwayat al-Tirmizi, No. 3116 / Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, Jld. 4, Hlm. 291)", "Rasulullah SAW mula berdakwah kepada keluarganya di Makkah daripada kalangan kaumnya berbangsa Arab. Sehinggakan, Baginda berhijrah ke Madinah bagi melaksanakan perpaduan juga dalam kalangan bangsa Arab antara suku Aus dan Khazraj, sebelum disertai oleh kalangan bukan Arab yang menganut Islam dan golongan bukan Islam dalam masyarakat majmuk.", "Oleh itu, Abu Bakar RA menyelesaikan masalah kekhilafan pelantikan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan berhujahkan hadis Rasulullah SAW yang bersabda:", "Quraisy ialah kabilah Arab yang terkuat pada masa itu, dan pelantikan ketua negara generasi awal Islam dalam kalangan kabilah Arab yang terkuat. Inilah pandangan mazhab Ahli Sunnah. Adapun pendapat tanpa dominasi kaum merupakan pandangan Mazhab Khawarij dan kalangan Muktazilah yang lemah. Sila rujuk kitab-kitab seperti al-Ahkam al-Sultaniyyah oleh Imam al-Mawardi RH, kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun RH, kitab-kitab tafsir dan syarah hadis yang pelbagai.", "Langkah bermula dengan melaksanakan perpaduan kaum Arab yang disatukan oleh Rasulullah SAW bersama Islam. Sebelumnya mereka hidup dalam keadaan berpecah belah dan berperang, apabila puak Aus dan Khazraj di Madinah sentiasa berkelahi akibat diadudombakan oleh orang- orang Yahudi. Lantas Allah SWT mewahyukan firman-Nya yang diucapkan oleh Rasulullah SAW:", "﴿وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ١٠٣﴾", "“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah akan ni‘mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) saling bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni‘mat Allah itu orang-orang yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya, agar kamu mendapat petunjuk.” (Surah Ali ‘Imran: 103)", "“Adakah kamu mahu berperang kembali ke zaman jahiliah pula dalam keadaan aku masih hidup bersama kamu?” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, Jld. 2, Hlm. 78)", "Rasulullah SAW berkhutbah dalam wasiatnya ketika menunaikan Haji Wada‘ (haji selamat tinggal), ‘Janganlah sekali-kali kamu berpecah dan berperang pula selepas aku meninggal dunia.’", "“…Dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.” (Surah Muhammad: 38)", "Allah SWT menukar kaum lain bukan berbangsa Arab menganut Islam yang juga kuat pengaruhnya atau mendominasi penduduknya menjadi pemimpin negara. Sehingga pernah digantikan dengan kaum Kurdi, Turki dan lain-lain.", "Apabila dihilangkan kuasa Islam oleh golongan bukan Islam pula, menyebabkan berlaku keadaan yang menyeksa penganut Islam yang telah mengkhianati amanah Islam. Firman Allah SWT:", "“Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan seksaan yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan sedikit pun kepada-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah al-Tawbah: 39)", "Berlaku dalam sejarahnya, apabila umat Islam dijajah oleh bukan Islam. Maka, keadaan itu telah menyeksa umat Islam di dunia sebelum akhirat.", "Pemerintahan Islam dirampas kuasanya oleh bukan Islam seperti yang berlaku di Andalus (Sepanyol) yang lenyap kerajaannya disebabkan perpecahan dalam kalangan raja-raja wilayah, sehingga menyebabkan berlakunya perang saudara dan akhirnya ditakluki oleh bukan Islam. Seterusnya, umat Islam diseksa dan dipaksa murtad, sama ada dibunuh atau meninggalkan tanah air dalam keadaan hina sehingga sekarang dalam masa beberapa abad lamanya. Perkara yang sama juga berlaku di Filipina, Champa (Kemboja) dan negeri terdekat di Singapura.", "Berlaku di Palestin dalam kawasan negeri Arab yang dirampas oleh Yahudi Zionis yang datang beramai-ramai dan membeli tanah yang mahal setelah diletakkan harganya dengan harta kekayaannya. Hal ini berlaku akibat bangsa Arab berpecah belah kerana mereka telah meninggalkan kuasa politik bersama Islam dalam menegakkan negaranya.", "Justeru, dalam konteks Malaysia kita perlu menyedari bahawa kaum Melayu yang beragama Islam dengan jumlahnya yang besar dan tidak fanatik perkauman tidak berperanan memimpin bersama Islam, kerana berpecah belah disebabkan buta agama dan jahil politik. Manakala golongan bukan Islam pula yang masih tidak menerima Islam bersatu, dan kini mereka berusaha untuk mendapat kuasa politik perkauman tanpa Islam dalam keadaan mereka bersatu menegakkan bangsanya tanpa mengira fahaman politik.", "Mereka memilih calon daripada kalangan bangsanya tanpa mengira fahaman politik. DAP yang menutup wajah perkaumannya berjaya mendapat sokongan besar majoriti kaum Cina sedang mendominasi Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan yang dinamakan perpaduan bersama Melayu yang telah meninggalkan fitrah kaum dengan alasan menolak rasis. Adapun kalangan bukan Islam tetap menjaga fitrah kaumnya, walaupun cuba dinafikannya dengan berhelah dan menipu.", "Kaum Melayu Islam berpecah belah kerana masalah furu‘ (cabang), atau perbezaan fahaman politik atau tidak mengundi kerana benci akan politik atau menganggap bahawa politik itu tidak penting.", "Sedangkan golongan bukan Islam pula tetap bersatu demi bangsa masing-masing tanpa mengira fahaman politik yang sedang berlaku sekarang. Maka, parti kaumnya menang tanpa Islam, sehingga dapat mengalahkan Melayu yang berpecah kaumnya dan menyokong siapa sahaja.", "Oleh sebab itu, kuasa politik Melayu boleh hilang kerana perpecahannya sehingga jatuh ke tangan bukan Melayu dan bukan Islam dalam pilihan raya sahaja. Maka, bangsa Melayu menjadi seksa yang hina dalam hidup dunia dan mereka sangat berdosa apabila menghilangkan politik Islam.", "Kita pernah mengalami penyeksaan sewaktu zaman penjajahan dalam keadaan raja-raja berpecah belah dan berperang saudara. Walaupun selepas itu raja dikekalkan oleh penjajah, tetapi tanpa kuasa politik dinobatkan maka mereka hanya menjadi ketua agama yang dipisahkan politiknya, keadaan agama tidak mempunyai pelindung kepada pelaksanaan Islam.", "Raja ketika itu laksana tunggul yang mati apabila hilangnya kuasa politik kaumnya yang beragama Islam dan dijadikan perisai manusia oleh kalangan penjajah bagi menghapuskan pejuang-pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah.", "“Agama itu asas, sedangkan sultan (politik Islam berkuasa) itu menjadi pengawasnya. Apa yang tiada asasnya, maka akan runtuh binasa; dan apa yang tiada pengawasnya, maka akan hilang.” (Al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, Hlm. 128)", "“Demi sesungguhnya akan berlaku, diungkai (dirombak) ikatan ajaran Islam (yang teguh) satu demi satu. Maka, apabila setiap satu ikatannya diungkai, ia menjadikan para penganut Islam berpegang dengan simpulan berikutnya. Simpulan pertama yang diungkai ialah (pelaksanaan) hukumnya dan simpulan terakhir yang diungkai ialah (pelaksanaan) solat.” (Riwayat Ahmad, No. 22160, Ibn Hibban, No. 6715 dan lain-lain riwayat)", "Maka, perpaduan bangsa Melayu yang menjadi tonggak Islam dalam negara ini wajib dilaksanakan bagi mengukuhkan kekuatan Islam yang sangat penting. Allah SWT memberikan amaran kepada generasi awal dalam al-Quran yang menjadi mukjizat ilmu yang berkekalan sepanjang zaman. Firman-Nya:", "“Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu serta bersabarlah. Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal: 46)", "Walaupun sebabnya yang awal ditujukan kepada bangsa Arab dalam kalangan generasi awal umat Islam, tetapi petunjuk mukjizat itu kekal ditujukan kepada umat Islam dan semua kaum yang diamanahkan mempertahankan Islam sepanjang zaman.", "Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kita menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan majoriti Melayu yang masih tidak mencukupi, maka PH yang menjadi gabungan terbesar dengan dominasi DAP berjaya mendapat sokongan Melayu yang berpecah belah. Keadaan ini berlaku apabila ada kelompok yang tidak keluar mengundi kerana jahil agama dalam kewajipan politiknya, dan juga kumpulan Melayu yang berpegang kepada matlamat menghalalkan cara kerana mengejar pangkat dan harta semata-mata.", "UMNO pula dalam keadaan yang sangat lemah kerana diresapi penyakit kebendaan yang menjadi perjuangannya, berlaku politik wang, penyakit rasuah. Adapun sebahagian daripada mereka yang setia kepada perjuangan bagi menegakkan agama bangsa dan negara pula tidak mampu melakukan apa-apa perubahan sehingga menyebabkan mereka berpecah pula. Sebahagiannya sedia bersama DAP yang ekstrem terhadap Islam, Melayu dan tanpa peduli terhadap Perlembagaan Persekutuan.", "Walaupun DAP menyatakan partinya berbagai-bagai kaum, namun perkara itu tidak boleh menghapus tabii mereka yang cintakan kaum masing-masing. Sehinggakan, mereka menunjukkan sikap melampau menentang syariat Islam yang menjadi hak penganut Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, menggalakkan penggunaan Bahasa Cina di tempat yang wajib menggunakan Bahasa Kebangsaan mengikut lunas perlembagaan, mencabar hak istimewa kaum bumiputera dalam perlembagaan dan lain-lain.", "Seterusnya, mendedahkan strategi politik terbuka mereka yang mahu menguasai negara dengan memancing Melayu menjadi alat sementara waktu sebagai Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet, Menteri Besar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Datuk Bandar dan lain-lain bagi memancing kuasa untuk sementara waktu. Kini, sudah ramai orang Melayu yang memakan pancing tersebut.", "﴿لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُولَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ٩﴾", "“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan kawanmu kalangan orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” (Surah al-Mumtahanah: 8-9)", "Oleh itu, menjadi suatu kesilapan besar kepada kaum Cina bukan Islam yang memilih parti yang ekstrem seperti DAP yang tidak peduli demi kebaikan mereka sendiri dalam masyarakat majmuk.", "Kesilapan dan berdosa besar bagi orang Melayu Islam yang berpecah belah dengan niat yang salah, apabila dengan sebabnya telah melemahkan kuasa politik kaum Melayu Islam yang wajib memimpin negara.", "PAS menyeru para pemimpin Melayu Islam untuk menyatukan kaumnya bukan kerana rasis, tetapi meletakkan kuasa politik ke landasan yang betul dalam keadaan kaum Melayu tidak fanatik perkauman. Kalau dibiarkan, Melayu akan bertindak salah juga dengan semangat fanatik perkauman yang berlaku secara automatik tanpa dikawal." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/khalid-samad-mahu-ajar-fakta-salah-sejarah-islam/
Khalid Samad mahu ajar fakta salah sejarah Islam
[ "KHALID Samad cuba dengan begitu bersungguh-sungguh untuk mengalih isu. Dia sudah malu sebab kerana kenyataan dialah, maka Timbalan Presiden PAN, Datuk Seri Salahuddin Ayub, terpaksa buat muka kerang busuk, terhegeh-hegeh, muka kelat, tersengih, minta maaf kepada Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi. Sekali gus menafikan kenyataan Khalid itu adalah kenyataan rasmi PAN. Ia adalah kenyataan peribadi Khalid sahaja. Nak lawan rasuah konon, kena jeling dengan tertuduh rasuah, berpeluh minta maaf.Demi untuk tidak dilihat sebagai tersisih daripada arus yang sedang PAN masuki sekarang iaitu mereka menjadi salah satu pendukung tegar Umno yang Presidennya sedang menghadapi 47 pertuduhan dan juga terpaksa menerima cadangan pengampunan Datuk Sri Najib, maka dia mengalihkan isu, dengan menghalakan muncung senjata politiknya kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Tun Mahathir. Ini adalah taktik lama yang sering diguna pakai oleh politikus yang kekeringan idea. Mungkin dia ingat rakyat Malaysia semua bodoh macam penyokong PH, percaya rancangan dia.Kata Khalid, pakatan yang cuba dibina oleh kedua Presiden PAS dan Tun Mahathir ini adalah Pakatan Ahzab, yang merujuk kepada pakatan Musyrikin Makkah, Yahudi, kabilah-kabilah Arab yang membenci Rasulullah serta dibantu oleh kaum munafik dari dalam Kota Madinah sendiri. Begitulah Khalid cuba untuk melabelkan pertemuan kedua tokoh politik itu. Mungkin angka 126 itu betul-betul meresahkannya.Sebelum kita menerima jolokan nakal yang diberikan Khalid ini, baiklah kita membuat sedikit ulang kaji dengan mengambil beberapa catatan sejarah yang lalu, supaya hati kita tenang sama ada mahu menerima panggilan itu ataupun dengan fikiran yang lapang, menolak cadangan gelaran itu. Jadi dengan itu, kita boleh sahkan siapa dia dari kalangan Ahzab Moden itu yang sebenarnya.Rasulullah mungkir janjiKhalid Samad pernah dalam satu perhimpunan partinya, PAN, telah secara sedar menuduh Rasulullah S.A.W mungkir janji dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah. Rasulullah juga gagal membawa pengikut Baginda masuk Makkah tahun itu. Konon dia mahu membuat persamaan tindakan PH yang ketika itu, masih gagal membuat perubahan setelah berjanji bermacam-macam, menjadi kerajaan dan didesak kuat oleh penyokong mereka.Bising dan hingarlah negara kerana begitu berani, hanya kerana mahu melepaskan diri daripada tekanan penyokong PH, sanggup dia menggelarkan Rasulullah seorang mungkir janji. Tanpa ada rasa malu atau berdosa. Rasulullah dianggap sebagai bahan bandingan perkara bodoh yang dia dan PH lakukan. Sama juga dengan salah seorang lagi rakannya, Maszlee Malik yang mendakwa Rasulullah akan meletak jawatan jika masih ada lagi sekarang. Maszlee kemudiannya menjadi pelakon yang meng’apam’kan Vanidah Imran. Hanya munafik dan kafir sahaja yang berani menjadikan Rasulullah objek bandingan kejahatan mereka.Dalam PH, mereka berbangga dengan laporan bahawa mereka telah berjaya mengurangkan cabutan judi daripada 22 kepada lapan sahaja. Tetapi dalam masa yang sama, tidak pernah sekali membandingkan penghapusan judi secara total di semua negeri pimpinan PAS. Mereka rasa bangga kurangkan, tetapi bacul untuk hapuskan. Judi adalah tujuh dosa besar yang dimurkai Allah dan Rasulullah. Ia ada dalam negeri Pakatan Harapan. Lebih aneh, kutipan judi lapan kali itu lebih banyak jumlahnya berbanding 22 kali itu serta cukai judi tiada kenaikan. Pelikkan?Khalid Samad juga pernah mengangkat tangan, melakukan seperti upacara memohon restu dari ayam, ketika dia bersama pimpinan DAP dalam lakonan menyambut Tahun Baru Cina, tahun ayam suatu ketika dahulu. Tindakan melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu kaum, adalah dilarang Rasulullah kerana si pelaku akan termasuk sebagai kalangan kaum itu juga. Lebih bahaya lagi jika ia boleh menggugat akidah. Kata beliau, ia bukan acara keagamaan, tetapi sebagai tanda gembira, konon mahu tangkap Na Ji, iaitu ayam yang hampir sebutan dengan Najib. Sekarang PH nak keluarkan semula Na Ji itu? Dan apa keperluan orang Islam buat sebegitu. Mengelirukan.October FestKhalid Samad yang setakat diketahui seorang Islam, begitu tegar mempertahankan October Fest, satu majlis keraian meminum arak yang budaya asalnya datang dari negara Jerman. Ia disokong kuat oleh golongan kafir daripada DAP. Arak juga termasuk dalam dosa besar yang disebut dalam al-Quran akan betapa ia merosakkan manusia. Tetapi Khalid, konon atas nama kesederhanaan, masuk campur bersetuju, sedangkan arak bukan urusan dia.Khalid sekarang cuba membuat naratif lain berkenaan kesan ekonomi, kononnya kerana pakatan Tun dan Presiden PAS dan serangan pembangkang, ekonomi Malaysia merudum, pelabur lari kerana sering diserang musuh politik PH. Padahal ekonomi semenjak PH-BN menang November lalu, tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Semalam, indeks KLSE jatuh kerana kadar OPR baharu yang diumumkan naik. Ia berkebetulan dengan pertemuan dua tokoh itu. Senanglah kerja, bila ekonomi jatuh, pembangkang disalahkan, sedangkan ‘pembangang’ yang memerintah itu tidak pandai mentadbir.Khalid juga adalah salah seorang insan yang bersetuju memberikan royalti petroleum sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, jika menang PRU. Dan apabila menang, ia mahu disekat, terutamanya di Kelantan dan Khalid diam atas pemungkiran janji itu. Mungkir janji adalah salah satu ciri munafik.Cukuplah dahulu bukti yang anda sendiri walau sebodoh manapun, boleh fikirkan golongan manakah yang sebenarnya Ahzab Moden, kecuali anda penyokong PH, tak dapatlah saya menolong. Janji bulan dan bintang manifesto, akhirnya ke laut. Bukan tidak mampu, tetapi sengaja merapu. Belum lagi kita bincang isu berkenaan harga minyak yang boleh kita tengok berulang-ulang janji dan berdegarnya pidato mereka dalam media sosial. Hal nak hapuskan rasuah? Cukuplah, nanti termuntah pula kita kerana terkenang.Elok sangatlah kalau Tun dan Tan Sri Presiden PAS bersatu di bawah pakatan yang Khalid gelarkan Ahzab itu, untuk menjatuhkan pakatan Ahzab yang original yang mana PH menjadi ahlinya. Harapnya berlaku pada 16 September tahun ini, sebagai langkah nostalgia 13 tahun lalu. Pastinya Datuk Seri Najib tersenyum jika ia benar berlaku, kenangan klasik. Mungkin Najib terfikir, tak keluarpun tak apa, janji puashati tengok 16 September betul-betul terjadi, dah lama tunggu.MOHD NASIR ABDULLAH4 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 4/5/2023PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/haaland-pecah-rekod-man-city-kembali-pendahulu/
Haaland pecah rekod, Man City kembali pendahulu
[ "Erling Haaland menjaringkan gol ke-35 Liga Perdana Inggeris untuk memastikan Manchester City menang selesa 3-0 mengatasi West Ham United, sekali gus membawa pasukannya kembali ke puncak liga.Pemain Norway itu menamatkan kedegilan West Ham apabila menjaringkan gol selepas 70 minit untuk menjadikannya penjaring terbanyak dalam satu musim Liga Perdana.", "Dia juga mencatatkan jumlah gol dalam semua pertandingan untuk City pada musim pertamanya kepada 51, iaitu kira-kira satu gol untuk setiap juta Pound yang City bayar kepada Borussia Dortmund.", "“Menakjubkan. Dia baru 22 tahun dan liga masih berbaki lima perlawanan lagi. Kami memang menjangka dia menjaringkan gol, tetapi untuk memecahkan rekod Cole dan Shearer… dia istimewa,” kata Pengurus City, Pep Guardiola.", "City yang mengejar tiga kejuaraan memulakan perlawanan di tempat kedua selepas Arsenal menewaskan Chelsea. Dua percubaan ke gawang West Ham dinafikan oleh tiang gol ketika West Ham yang diancam penyingkiran beraksi kemas pada babak pertama.", "Haaland meredakan ketegangan di Stadium Etihad ketika dia meledak gol kedua City hasil hantaran Jack Grealish untuk menewaskan Lukasz Fabianski. Jaringan itu juga melepasi angka 34 gol yang dikongsi bersama Andy Cole dan Alan Shearer sejak sekian lama,", "City yang memburu kejuaraan kelima dalam enam musim di bawah kendalian Pep Guardiola, memperoleh 79 mata daripada 33 perlawanan, manakala Arsenal dengan 78 mata tetapi bermain lebih banyak perlawanan. West Ham kekal di tempat ke-15, empat mata di atas zon penyingkiran.", "Skuad kendalian David Moyes pasti menjangkakan serangan bertali arus City dan tidak kecewa kerana menghabiskan hampir keseluruhan babak pertama di kawasan sendiri. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/rahmat-allah-terima-keampunan-hamba-yang-bertaubat/
Rahmat Allah terima keampunan hamba yang bertaubat
[ "RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menghulurkan tangan (penerimaan kurniaan keampunan) di waktu malam supaya bertaubat oleh orang yang melakukan kejahatan di siang hari dan Allah menghulurkan tangan (kurniaan keampunan-Nya) di waktu siang supaya bertaubatlah orang yang melakukan kejahatan di waktu malam sehingga matahari naik di sebelah barat.”", "Hadis ini menunjukkan kepada kita betapa luasnya nikmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hamba yang beriman. Di antara rahmat yang luas itu ialah rahmat menerima keampunan hamba-hamba yang bertaubat apabila melakukan kesalahan.", "Para ulama’ menyatakan bahawa bertaubat adalah wajib kepada orang yang melakukan dosa sama ada dosa yang besar atau dosa yang kecil.", "Taubat adalah satu peluang yang sangat luas yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman dan menjadi kewajipan kepada mereka untuk mengambil kesempatan bertaubat.", "Oleh kerana terlalu luasnya pintu taubat itu maka tidak ada peluang dan ruang untuk seseorang yang beriman itu berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah.", "Yang pertama, hendaklah meninggalkan dosa yang dilakukan, yang kedua hendaklah menyesal di atas dosa yang dilakukan dan yang ketiga hendaklah berazam bahawa tidak akan melakukan lagi dosa itu.", "Jika sekiranya dosa yang dilakukan itu bergantung dengan hamba-Nya, maka hendaklah meminta maaf kepada hamba yang kita melakukan kesalahan kepadanya, di samping kita bertaubat kepada Allah." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/selamat-hari-wesak-kepada-penganut-buddha/
Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha
[ "PAS mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh negara yang diraikan bagi memperingati perjalanan hidup pengasas ajaran itu, iaitu Siddharta Gautama Buddha, pada peringkat-peringkat kelahiran, pencapaian pencerahan dan juga kematiannya.", "Sama seperti banyak tradisi kepercayaan dan agama lain, agama Buddha berkembang daripada usaha, pemerhatian dan pengalaman seorang individu dan sekumpulan pengikutnya untuk mencari jalan keluar daripada kesengsaraan hidup manusia.", "“Tidak melakukan kejahatan/keburukan, menyuburkan kebaikan dan membersihkan hati” adalah ajaran teras agama ini sebagai jalan bagi mencapai kebijaksanaan, kasih sayang dan akhirnya pembebasan daripada kesengsaraan itu sendiri.", "Konsep “ahimsa” atau tidak menyebabkan kerosakan dan kecederaan terhadap makhluk, termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan dunia amnya dalam ajaran Buddha pula sangat berkait rapat dengan pencapaian kesedaran dan sifat kasih sayang yang merupakan nilai yang dipandang tinggi.", "PAS, sebagai sebuah parti Islam, beranggapan nilai-nilai murni seperti ini banyak yang selari dengan ajaran Islam dan jika diamalkan secara merata sangat membantu usaha dan cita-cita untuk membentuk kehidupan bersama yang lebih baik dan seterusnya melahirkan sebuah negara yang lebih unggul dan cemerlang.", "PAS berharap sambutan Hari Wesak pada tahun ini berjalan dengan lancar dan selamat dalam kalangan penganut ajaran Buddha di negara ini dan ia turut memperkukuh kehidupan beragama di kalangan rakyat pelbagai kepercayaan." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/sukan-sea-harimau-muda-belasah-laos-5-1/
Sukan SEA: Harimau Muda belasah Laos 5-1
[ "Skuad Malaysia Bawah 22 tahun bermula dengan langkah kanan selepas membelasah Laos 5-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Sukan SEA Kemboja di Stadium Visakha di Phnom Penh, malam tadi.Seawal minit ke-4, Harimau Muda menjaringkan gol pertama menerusi Ubaidullah Shamsul Fazili.", "Nasib Ubaidullah yang menjadi hero berubah malang apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-21. Namun, jaringan sendiri pemain negara seperti berjangkit kepada pemain Laos apabila tujuh minit kemudian, giliran Anantaza Siphongphan pula menjaringkan gol ke gawang sendiri.", "Perlawanan seterusnya Harimau Muda yang lebih getir ialah menentang Thailand di Stadium Visakha pada Sabtu ini (6 Mei). – HARAKAHDAILY 4/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/syawal-ziarah-eratkan-ukhuwah-sebarkan-mahabbah/
Syawal: Ziarah eratkan ukhuwah, sebarkan mahabbah
[ "HADIRNYA Syawal ini tanda syukur kita akan kehadiran satu bulan yang diraikan seusai kita mendepani Ramadan yang penuh keberkatan. Islam mengajar kita untuk saling kenal mengenal dan ziarah menziarahi bagi mempererat ukhuwah persaudaraan kita sesama Islam. Lazimnya di bulan Syawal ini akan ada pihak yang mengunjung (tetamu) dan pihak yang dikunjungi (tuan rumah). Kedua-dua pihak ada tanggungjawab dan adab yang perlu diperhati ketika proses ziarah ini berlaku. Ini tidak lain untuk menjaga hubungan kedua pihak tadi supaya tidaklah niat yang baik tadi akhirnya dicemari oleh perkara yang tidak baik seperti buruk sangka, marah dan sebagainya. Pertama: Tetamu, perbetulkan niat, ambillah masa dan rancang masa anda untuk berkunjung. Hubungi dan dapatkan persetujuan tuan rumah yang hendak dikunjungi. Bawalah sedikit buah tangan tanda kasih sayang. Kedua: Tuan Rumah, cubalah sebaik mungkin meraikan tetamu yang bakal tiba dengan kata-kata yang baik. Sediakanlah sedikit jamuan, tempat yang baik untuk tetamu anda. Mereka hadir membawa keberkatan. Berdoalah supaya perjalanan ziarah kita ini dipermudahkan dan dilancarkan supaya tidak kita hadir ke rumah saudara atau teman dalam keadaan ‘mood’ yang tidak baik. Berdoa supaya niat kita untuk menyambung tali persaudaraan diredhai Allah. Sentiasa tanam sifat hormat menghormati antara satu sama lain, jaga tutur kata kita kerana apa yang kita sebut mungkin tidak difahami atau akan menyinggung orang yang lain. Jangan pernah kita ‘give up’ dengan cabaran yang kita hadapi dalam usaha kita nak ziarah. Kerana usaha murni ini kadang kala ada cabaran tersendiri. Sabar dan teruskan. Inilah masanya untuk suburkan kasih sayang. MUHAMMAD AFIQ MHD KHAZARKetua PeneranganPAS Kawasan Bangi – HARAKAHDAILY 4/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/peminat-napoli-berpesta-1-maut-7-cedera/
Peminat Napoli berpesta, 1 maut 7 cedera
[ "Seorang lelaki maut akibat kecederaan terkena tembakan dan tujuh orang cedera di Naples ketika bandar selatan Itali itu berpesta meraikan kejayaan Napoli.Pesta bermula lewat Khamis selepas pasukan Napoli memenangi kejuaraan Serie A pertama dalam tempoh 33 tahun berikutan keputusan seri 1-1 di tempat lawan di Udinese.", "Beberapa jam kemudian, seorang lelaki maut akibat kecederaan terkena tembakan, tetapi kejadian itu “tiada kaitan dengan perayaan itu”, kata Pengawas Naples, Claudio Palomba kepada radio awam RAI.", "Palomba berkata, polis sedang menyiasat kematian itu sambil menambah bahawa daripada tujuh orang yang cedera pada waktu malam, ada yang mengalami kecederaan akibat bunga api.", "Pesta liar dijangka diadakan secara meluas di Naples hasil kemenangan gelaran “Scudetto” dan pihak berkuasa telah mengambil beberapa langkah untuk cuba membendung risiko kepada ketenteraman awam.", "Pusat bandar hanya boleh dilalui pejalan kaki, manakala bunga api dan mercun diharamkan, tetapi itu tidak menghalang penduduk Naples meraikan kejuaraan itu dengan dua barangan terbabit sepanjang malam. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/atlet-diingat-waspada-gejala-penyakit-bawaan-haba/
Atlet diingat waspada gejala penyakit bawaan haba
[ "PHNOM PENH: Kesan utama penyakit bawaan haba seperti strok haba kekal menjadi kebimbangan utama pasukan perubatan kontinjen negara di Sukan SEA 2023 yang berlangsung dalam fenomena cuaca panas melampau, di sini.", "Ketua Pegawai Perubatan Kontinjen (CMO) Dr Jasmiza Khuzairi Jasme berkata cuaca di Kemboja panas dan sangat kering sehingga suhu boleh mencecah 40 darjah Celcius sekali gus strok haba mungkin boleh menyerang atlet terutama mereka yang terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.", "Menurut beliau, antara simptom awal penyakit bawaan haba ialah pening, kurang bermaya dan rasa seakan kepala berpusing manakala serangan strok haba pula mampu menyebabkan atlet pitam atau lebih parah.", "“Sekiranya mereka bergejala kita sudah boleh ambil langkah berjaga-jaga atau dia (atlet) sendiri kena tingkatkan hidrasi. Kita juga menasihatkan supaya atlet tidak mengambil terlalu banyak air manis, kopi ataupun minuman berkafein sebab itu akan jejaskan hidrasi.", "“Sudah tentu yang terbaik adalah minum banyak air kosong ataupun minuman elektrolit untuk pastikan air dan garam dalam badan berada dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui Bernama di klinik kontinjen negara di Perkampungan Atlet Sukan SEA 2023 di sini.", "Bagi atlet yang terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama ketika bertanding, beliau berkata mereka perlu menggunakan tuala basah ataupun pek ais untuk menyejukkan anggota badan seperti di belakang leher, kepala dan celah-celah badan bagi mengurangkan risiko suhu badan meningkat.", "“Selain itu, dari segi pemakaian kita nasihatkan atlet supaya tidak pakai terlalu tebal dan elak pakaian berwarna terlalu gelap sebab ini akan menambahkan risiko mendapat penyakit bawaan haba. Mereka juga boleh pakai topi, sarung tangan dan losyen serta krim pelindung matahari,” katanya.", "Sementara itu, Dr Jasmiza berkata seramai 30 kakitangan perkhidmatan sokongan sains dan perubatan sukan termasuk enam doktor pakar dari Institut Sukan Negara (ISN) ditugaskan untuk memantau tahap kesihatan kesemua 677 atlet kebangsaan di Sukan SEA 2023 dari 5-17 Mei ini.", "Katanya pasukan perubatan ke temasya sukan dwitahunan itu turut terdiri daripada pegawai paramedik, jururawat, ahli fisioterapi dan tukang urut bagi memastikan para atlet negara menerima perkhidmatan terbaik.", "“Selain di sini, kita juga ada dua pasukan yang bertugas di wilayah Sihanoukville (venue sukan pelayaran) dan satu pasukan di wilayah Siem Reap (berbasikal) tetapi yang utama adalah di Perkampungan Atlet di mana kita ada klinik kontinjen yang bersedia 24 jam sepanjang temasya berlangsung.", "“Di sini kita ada ultrasound yang boleh bantu mendiagnosis kecederaan dan segala jenis ubatan yang diperlukan. Selain daripada khidmat klinik, kita juga ada khidmat fisioterapi dan urutan sukan di mana kita ada kakitangan yang berguas setiap masa,” katanya.", "Mengulas mengenai cabaran pasukan perubatan di sini, Dr Jasmiza berkata pada peringkat awal pihaknya menghadapi permasalahan peralatan asas klinik dan pengangkutan, namun ia berjaya diatasi dengan bantuan pelbagai pihak serta inisiatif sendiri.", "“Kita mempunyai kereta yang disewa bagi memudahkan pihak ISN melakukan tugasan luar, saya percaya kita akan menemui cabaran setiap hari tetapi kita akan cuba atasinya,” kata beliau. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/kerajaan-perpaduan-dap-yang-pungut-laba/
Kerajaan Perpaduan DAP yang pungut laba
[ "SEMUA DAP, dah macam Selangor dan Malaysia milik mereka.Dari kiri ke kanan (semua DAP);1) ADUN Banting Lau Weng San. 2) ADUN Kinrara – Exco Ng Sze Han.3) Menteri KPKT Nga Kor Meng.4) Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim.Dalam majlis ini Menteri (DAP) umumkan:1) RM5 juta untuk projek pembangunan 77 kampung baru Cina di Selangor.2) Skim Pinjaman Mikro Kredit baru untuk peniaga kecil warga kampung baru Cina antara RM5,000 ke RM150,000 dengan kadar faedah hanya 2.25 peratus.3) Peruntukkan RM104 juta untuk pengindahan dan promosi pelancongan kampung-kampung baru Cina.Syabas DAP, dominasi kukuh anda dalam Kerajaan Campuran benar-benar berbaloi.Terima kasih Umno kerana beri peluang DAP kembali duduk dalam kerajaan.Apa lagi yang Melayu mahu?ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR Setiausaha PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 5/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/kes-covid-19-meningkat-tiga-peratus-minggu-lepas/
Kes Covid-19 meningkat tiga peratus minggu lepas
[ "KUALA LUMPUR: Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME 17/2023) iaitu dari 23 hingga 29 April 2023, meningkat sebanyak tiga peratus iaitu daripada 4,817 kes pada minggu sebelumnya kepada 4,963 kes, berikutan musim perayaan.", "Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan data daripada Pusat Kesediaan Krisis dan Tindak Balas (CPRC) Kementerian Kesihatan, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan awam turut meningkat daripada 4.8 peratus bagi setiap 100,000 populasi pada ME sebelumnya kepada 5.8 peratus pada ME-17.", "“Pesakit kategori satu dan dua meningkat daripada 1.4 peratus kepada 1.8 peratus, manakala pesakit kategori tiga, empat dan 5 meningkat daripada 1.3 peratus kepada 2.0 peratus.", "“Peratus pengisian katil fasiliti Covid-19 juga bertambah sebanyak 3.0 peratus bagi bukan kritikal dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU), sementara peratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat 0.2 peratus,” katanya.", "Katanya majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti individu dengan komorbid dan warga emas, namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital masih beroperasi seperti biasa.", "Pada masa yang sama, KKM menjangkakan kemungkinan berlaku sedikit peningkatan kes Covid-19 akan berlaku susulan pergerakan dan perjumpaan sanak saudara dan sahabat handai ketika sambutan Hari Raya dan Hari Wesak lalu.", "Justeru, KKM menggalakkan orang ramai untuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala ketika aktiviti kunjung mengunjung bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan Covid-19.", "Bagi mengawal jangkitan Covid-19 berikutan sesi persekolahan yang telah bermula pada minggu ini, KKM turut menasihati pelajar, guru dan kakitangan untuk mengamalkan prosedur operasi standard yang ditetapkan. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/fitnah-dr-mahathir-saman-anwar-rm150-juta/
Fitnah: Dr Mahathir saman Anwar RM150 juta
[ "KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan Perdana Menteri ke-10 itu di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: “Perlaksanaan Sebuah Idealisme” pada Mac lepas.", "Dr Mahathir, yang juga bekas perdana menteri selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Mei lepas dengan menamakan Anwar selaku defendan tunggal.", "Dalam pernyataan tuntutan, Dr Mahathir mendakwa pada 18 Mac lepas, Pengerusi Pakatan Harapan itu telah memberikan ucapan di kongres berkenaan di Stadium Melawati, Shah Alam dan telah mengeluar beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasi plaintif.", "Menurut Dr Mahathir antaranya termasuk kenyataan kononnya plaintif ‘membolot’ harta untuk diberikan kepada anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi.", "Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am berjumlah RM50 juta, ganti rugi teladan berjumlah RM100 juta dan perintah supaya defendan dengan serta-merta menarik balik kesemua kenyataan-kenyataan fitnah.", "Katanya program itu juga telah dipaparkan secara siaran langsung di akaun Facebook ‘Anwar Ibrahim’ dan di Saluran Youtube ‘Parti Keadilan Rakyat’ selain klip-klip video atau laporan media mengenai kenyataan-kenyataan defendan telah ditonton atau disebar luas ke pelbagai rangkaian media massa serta media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Tiktok dan Youtube.", "Sehubungan itu beliau turut memohon perintah mahkamah supaya defendan memadamkan kesemua kenyataan di media sosial atau media elektronik selain memohon perintah agar defendan membuat permohonan maaf secara bertulis kepada plaintif dan relif lain yang difikirkan sesuai." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/melayu-diingat-agar-tidak-tertipu-muslihat-dap/
Melayu diingat agar tidak tertipu muslihat DAP
[ "KUALA LUMPUR: Orang Melayu-Islam diingatkan agar tidak tertipu dengan muslihat politik DAP yang hanya mahu memancing kaum ini untuk menjadi alat kepada parti Cauvinis itu.ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abd Halim al-Hafiz memetik pendedahan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai rancangan DAP mahu menghancurkan kesatuan Melayu dan menguasai negara ini.Dalam rakaman audio tersebut, Rafizi menyatakan bahawa kerjasama politik dibuat DAP bertujuan merosakkan pemimpin-pemimpin Melayu, namun atas hubungan itu hingga dapat menjadi parti besar.Jelas Rafizi, perkara tersebut membolehkan DAP mendapat sokongan Melayu, namun setelah itu parti tersebut membuat masalah dengan rakan kerjasamanya dan memaki pemimpin Melayu serta meninggalkan mereka.Katanya, DAP turut melakukan perkara sama dengan PKR di mana jelas menunjukkan bahawa parti itu hanya berminat menunggang orang Melayu dan bukannya ikhlas dalam kerjasama dijalinkan.Menurut beliau yang terkenal dengan formula-formula, DAP lebih menyukai MCA kerana dianggap tidak menikam belakang, sebaliknya dengan orang Melayu akan dibuang selepas dipergunakan.Malah kesali Rafizi, DAP juga pernah ‘meludah’ Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu di mana itu bertujuan untuk mendapat undi orang Melayu sahaja.Menurut Ustaz Shahril, walaupun DAP menyatakan partinya berbagai-bagai kaum, namun perkara itu tidak boleh menghapus tabii mereka yang cintakan kaum masing-masing. “Sehinggakan, mereka menunjukkan sikap melampau menentang syariat Islam yang menjadi hak penganut Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.“DAP menggalakkan penggunaan Bahasa Cina di tempat yang wajib menggunakan Bahasa Kebangsaan mengikut lunas Perlembagaan.“Mereka mencabar hak istimewa kaum Bumiputera dalam Perlembagaan dan lain-lain,” bidas beliau selaku juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau.Katanya, DAP mendedahkan strategi politik terbuka mereka yang mahu menguasai negara dengan memancing Melayu menjadi alat sementara waktu dengan pelbagai jawatan yang ditawar atau dikompromikan. Iaitu terangnya, sebagai Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Datuk Bandar dan lain-lain bagi memancing kuasa untuk sementara waktu hingga menyebabkan ramai orang Melayu memakan pancing tersebut.“PRN enam negeri nanti (pastikan) tolak PH-BN. Sebab satu undi untuk Umno-BN (adalah) satu undi untuk DAP. Satu undi untuk PAN (adalah) satu undi untuk DAP. Satu undi untuk PKR satu undi untuk DAP.“Undilah PAS dan Perikatan Nasional, insya-Allah DAP semakin lemah dan PH-BN akan tumbang,” seru beliau.Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim juga memberikan peringatan sama terutama terhadap Umno yang kini menjalin hubungan mesra dengan DAP agar mewaspadai parti tersebut.“PAS dah lalui zaman Pakatan Rakyat (PR) dan tahu sangat putar belit DAP. Apa dia yang DAP nak dari PAS masa itu hanya nak undi Melayu. Lepas PRU13 ahli PAS tersentak dan sedar tipu daya DAP. “Saya sebahagian dalam kerajaan ketika 2008-2015. Melayu yang terpedaya dengan lakonan Lim Guan Eng-DAP terus keluar parti dan tubuh parti oren.“Hasil dari DAP berjaya pecahkan PAS melalui beberapa individu tertentu, mereka putuskan hubungan dan keluar PR. BERSATU pula berkawan 22 bulan dalam PH.“Rakan-rakan dari BERSATU nampak kelaku DAP yang biadab kepada Islam, berpecah dan terus keluar PH. Parti Ultras Melayu kini mangsa seterusnya. PH hanya perlu 10 peratus undi Melayu,” ujarnya memberi nasihat.Katanya, ternyata tipu daya PH-DAP berjaya mendapat 11 peratus undi Melayu dalam PRU15 lalu dan ditambah pula BN bertaut pada PH-DAP untuk kelangsungan hidup di mana itulah kebetulan yang diharapkan DAP-PH.“Soalannya mampukah lagi mereka mendapat sokongan Melayu? Namun BN kali ini bukan lagi dominan. Mampukah bertahan lama bersama DAP dengan umpan 3-5 kerusi DUN sahaja untuk bertanding di Pulau Pinang.“Gelombang hijau beralun-alun, alunnya tinggi di Pulau Jerjak. Marah orang Melayu jangan sampai dibalun, nanti dibalun hingga hilang tiada dapat dijejak.“Sebagai rakan-rakan yang pernah kita bersama, adalah lebih elok Umno duduk dengan PAS dan Muafakat Nasional serta Perikatan Nasional demi persaudaraan Islam,” seru beliau. – HARAKAHDAILY 5/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/pas-masih-kekal-berprinsip/
PAS masih kekal berprinsip
[ "SAYA membaca kenyataan Pengerusi import PAN Kelantan, Khalid Samad yang seolah risau perjuangan PAS sudah berubah, lari dari asal.Pertama saya merasa gembira Khalid nampaknya begitu teruja dengan perjuangan PAS sekalipun telah melompat kepada PAN.Kedua saya ingin ingatkan Perlembagaan PAS tidak seperti PAN. Kita punya cara yang berbeza dalam menentukan dasar parti. PAS masih konsisten dengan teras Majlis Syura Ulamak dan kekuatan ahli melalui medan muktamar dalam menjaga keaslian dasar parti.Ketiga Khalid perlu berpijak di bumi yang nyata dan menerima PAS yang konsisten dengan prinsip dan tidak sesekali menggadainya dengan semata-mata tawaran kuasa.Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja PAN hari ini, yang melutut maaf atas prinsip kleptokrat yang terpaksa dibenarkan semata-mata mengekalkan kuasa. Hilang taring, apa lagi prinsip.Jika boleh Khalid sebutkan apa dasar yang berubah hari ini setelah pemergian Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadhil Noor. Atau boleh juga Khalid berikan satu dasar yang berubah setelah PAN meninggalkan PAS?Terima kasih atas kebimbangan tidak munasabah Khalid terhadap PAS. Betulkan PAN Kelantan dahulu atau kalau setara itu sahaja idea Pengerusi PAN Kelantan, lebih baik berikan laluan kepada pimpinan PAN Kelantan menerajui kepimpinan negeri tanpa perlu import luar yang tidak seberapa ideanya.Saya senang untuk bertegas, PAS masih kekal dengan prinsip dan Tuan Guru Presiden PAS hari ini mewarisi legasi ulamak terdahulu dalam memandu perjuangan ke mercunya.Salam hormat.MOHAMAD KAMAL MOHAMEDKetua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 5/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/istiqamah-presiden-pas-satukan-kuasa-politik-melayu-islam/
Istiqamah Presiden PAS satukan kuasa politik Melayu-Islam
[ "SEMALAM Tuan Guru Presiden tandatangan Proklamasi Orang Melayu bersama Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Ini membawa kepada walanon menuduh Tuan Guru telah meninggalkan BERSATU dan menghampiri Tun Mahathir.Untuk pengetahuan para walanon sekalian, Tuan Guru Presiden istiqamah dari awal lagi bagi menyatukan politik Melayu Islam. Sejak dari saya bersama PAS saya melihat usaha Tuan Guru dalam menyatukan orang Melayu Islam. Bermula dari Piagam Muafakat Nasional bersama Umno pada 14 September 2019 sehingga pendaftaran PERIKATAN NASIONAL pada 14 September 2020. Tujuannya adalah memastikan kuasa politik orang Melayu Islam dapat disatukan dan membentuk kuasa politik yang besar. Tidak seperti sekarang Melayu dan Islam berpecah kepada beberapa kumpulan. Namun golongan bukan-Islam majoritinya bersatu di bawah Pakatan Harapan. Akhirnya pengundi bukan-Islam menjadi penentu kemenangan di kerusi campuran. Kini alhamdulillah dengan usaha Tuan Guru, sebahagian besar pengundi Melayu Islam sudah bersama PERIKATAN NASIONAL dan gabungannya. Ini sangat dibimbangi oleh Pakatan Harapan. Mereka yang hanya bergantung harap pada pengundi bukan-Islam, dijangka akan tewas teruk dalam PRN 6 buah negeri akan datang. Jadi tidak hairan dalam sebulan dua menuju PRN pelbagai saraf dan fitnah akan keluar bagi  memecahkan sokongan kuat pengundi Melayu Islam serta gabungan parti-parti berteraskan Melayu Islam. Abaikan sahaja dan teruskan menyokong PERIKATAN NASIONAL. Salam 126.NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 5/5/2023Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0zRj6tEWY9dSS8tpVfhMuhR8tC4w4QLCrAf3QsJNAaQsSrkutLD65ANUnDSAoE7ZGl&id=650875906&mibextid=Nif5oz PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/kenaikan-opr-sudah-dijangka/
Kenaikan OPR, sudah dijangka
[ "TERBAHARU, BNM menaikkan kadar OPR daripada 2.75 peratus kepada 3.00 peratus. Pada tahap ini, OPR kembali ke paras sebelum krisis pandemik.Menurut BNM, penting untuk memastikan OPR berada pada tahap yang ‘munasabah’ bagi membendung isu yang boleh timbul daripada tempoh kadar faedah rendah yang berpanjangan (contoh terlalu banyak pinjaman).Kesan kepada pengguna dan peniaga, secara dasarnya, apabila BNM menaikkan OPR, kadar faedah yang lebih tinggi bagi simpanan dan pinjaman akan mempengaruhi orang ramai untuk lebih menyimpan dan kurang berbelanja. Kos pinjaman dan bayaran ansuran akan meningkat.Keadaan sebaliknya berlaku apabila BNM mengurangkan OPR. Kadar faedah yang lebih rendah bagi pinjaman dan simpanan akan menyebabkan orang ramai kurang menyimpan dan lebih berbelanja. Tindakan ini wajar ketika negara berdepan tempoh pandemik yang meleset.Situasi terkini, ekonomi 2023 dijangka akan terus berkembang. Perbelanjaan dan perniagaan kembali pulih, namun berdepan tekanan inflasi akibat kenaikan kos dan peningkatan permintaan.Pertimbangan BNM, keadaan mungkin menjadi lebih buruk jika menunggu sehingga inflasi menjadi tidak terkawal sebelum bertindak. Pada masa itu, BNM mungkin perlu menaikkan OPR lebih tinggi dan secara lebih mendadak.Ini langkah awalan yang diambil oleh BNM. Apakah langkah imbangan di pihak kerajaan? Apakah pula jangkaan Menteri Ekonomi? Apakah pula andaian Menteri Komunikasi?Pelajaran terpenting daripada pengumuman ini, penetapan OPR adalah di bawah bidang kuasa dan pertimbangan BNM. Kedua, pemulihan ekonomi tidak cukup dengan janji, pengumuman dan formula, apatah lagi jangkaan dan jaminan yang tersasar.Ketiga, kesan kenaikan OPR pasti akan dirasai rakyat dan pengguna, dan perlu diimbangi dengan subsidi dan intervensi yang dapat menyerap kenaikan harga barang, kos pengeluaran dan kos sara hidup secara lebih meluas.Rakyat menantikan solusi, bukannya janji, jangkaan, dan slogan Madani.SYAHIR SULAIMAN Ahli Parlimen Bachok – HARAKAHDAILY 5/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/messi-terima-tawaran-sertai-al-hilal/
Messi terima tawaran sertai Al-Hilal
[ "Lionel Messi telah menerima tawaran rasmi untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal musim depan, sumber yang rapat dengan kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia di Qatar, memberitahu Reuters.Tawaran daripada kelab Saudi itu adalah satu-satunya yang diterima Messi setakat ini, kata sumber itu. Media Argentina melaporkan bahawa tawaran itu bernilai sekitar AS$400 juta setahun.Al-Hilal tidak menjawab permintaan untuk mengulas laporan ini.", "Messi yang berusia 35 tahun juga dikaitkan dalam media dengan perpindahan kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya, Barcelona, selain kelab Liga Bola Sepak Amerika Syarikat, Inter Miami disebut-sebut sebagai antara destinasi lain yang bakal disertainya.", "Dia digantung oleh kelabnya sekarang, Paris St Germain (PSG) pada awal minggu ini selepas membuat perjalanan tanpa kebenaran ke Arab Saudi. Akhbar sukan Perancis, L’Equipe, melaporkan bahawa PSG memutuskan tidak menggunakan pilihan untuk memperbaharui kontraknya untuk musim ketiga.", "Messi ialah Duta Pelancongan Arab Saudi, manakala pesaing lamanya, Cristiano Ronaldo, menandatangani kontrak untuk kelab Saudi, Al-Nassr pada Disember lalu dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai sekitar AS$220 juta setahun.", "Sumber yang rapat dengan Messi memberitahu Reuters bahawa penggantungan itu dikenakan selepas penyerang itu memberitahu PSG, dia tidak akan tinggal di Paris selepas musim ini dan merasakan kelab itu tidak mempunyai perancangan untuk dirinya.", "Selain itu, sumber berkenaan menyatakan bahawa PSG tidak mempunyai latihan yang dijadualkan pada Isnin dan keputusan untuk mengadakan sesi latihan hanya dibuat selepas Messi berada di Arab Saudi.", "Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan PSG menafikan perkara ini dan memberitahu Reuters bahawa Messi melakukan perjalanan tanpa kebenaran kelab Perancis itu dan walaupun terdapat sesi latihan yang dijadualkan pada Isnin.", "Sumber itu tidak mengulas sama ada Messi sudah memberitahu PSG, dia berhasrat untuk meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/iran-gesa-pasukan-bersatu-islam-bangkit-menentang-israel/
Iran gesa dunia Islam bangkit menentang Israel
[ "DAMSYIK: Presiden Iran, Ebrahim Raisi menyeru ‘pasukan penentang’ dunia Islam untuk bersatu bangkit menentang Israel.Raisi yang dalam rangka hari kedua di Syria, lawatan pertama seumpama itu ke sekutu rapat Tehran dalam lebih sedekad perang berkata, Iran sudah  lama memberikan sokongan logistik dan ketenteraan kepada banyak puak yang memerangi musuh ketatnya Israel, termasuk beberapa kumpulan Palestin tetapi juga Hizbullah yang berkuasa di Lubnan – sekutu utama Damsyik, lapor IRNA.Israel telah melakukan beratus-ratus serangan udara terhadap logistik ketenteraan yang disokong Iran di Syria sejak konflik meletus pada tahun 2011. ", "Walaupun ia jarang mengulas mengenai serbuan itu, namun Israel telah berulang kali memberi amaran bahawa ia tidak akan membenarkan Iran melanjutkan jejaknya di utara  negara jirannya yang dilanda perang itu.", "Semasa pertemuannya di Damsyik dengan dilabelkan IRNA, sebagai ‘komander penentangan tindak balas Palestin’, Raisi merayu pasukan penentang dunia Islam untuk bersatu menentang keangkuhan dan kejahatan Israel khususnya di bumi Palestin.", "“Republik Islam sentiasa melihat isu kekejaman Israel terhadap Palestin sebagai keutamaan dalam dasar luarnya, dan kami percaya itulah juga takrifan am dunia Islam,” katanya dipetik  daripada laporan IRNA.", "Lawatan dua hari Raisi ke Syria itu dilakukan beberapa minggu selepas Iran dan Arab Saudi bersetuju untuk memulihkan hubungan, mendorong ibu kota serantau untuk terlibat semula dengan kerajaan terpencil antarabangsa di Damsyik dan Tehran.", "Iran sudah lama menyokong Damsyik dengan bantuan ekonomi dan ketenteraan, membantu kerajaan Syria merampas kembali sebahagian besar wilayah yang hilang pada permulaan konflik.", "Republik Islam itu kini meletakkan dirinya dalam peranan utama ketika Presiden Syria, Bashar al-Assad berusaha untuk memberi tumpuan kepada pembinaan semula Syria, walaupun kedua-dua negara kekal di bawah sekatan Barat.", "Raisi, yang tiba bersama delegasi peringkat tinggi peringkat menteri, turut menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama strategik jangka panjang, meliputi bidang termasuk dalam minyak, penerbangan, kereta api dan pertanian.", "Presiden Iran terakhir yang melawat Damsyik ialah Mahmoud Ahmadinejad pada September 2010; manakala Assad telah secara rasmi melawat Tehran dua kali sejak perang meletus, kali terakhir pada Mei 2022. – HARAKAHDAILY 5/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/napoli-juara-serie-a-ulangi-kegemilangan-maradona/
Napoli juara Serie A, ulangi kegemilangan Maradona
[ "Napoli menjuarai Serie A buat kali ketiga, gelaran pertama kelab itu dalam tempoh 33 tahun selepas keputusan seri 1-1 di Udinese memberikan pasukan itu kedudukan yang tidak mampu dipintas kelab lain.Kejayaan pasukan Naples itu menamatkan penantian lama bandar itu untuk Scudetto sejak pemain hebat Argentina, Diego Maradona membawa mereka meraih dua kejuaraan pada musim 1986-87 dan 1989-90.", "“Saya terharu. Ia suatu perasaan menakjubkan. Kami menunggu bertahun-tahun untuk saat ini dan untuk dapat memberikan Scudetto kepada Neapolitan adalah sesuatu yang tidak akan kami lupakan,” kata Osimhen.", "Napoli mempunyai 80 mata, memastikan kedudukan mereka di puncak carta. Lazio yang berada di tempat kedua juga berbaki lima perlawanan, berada 16 mata di belakang Napoli.", "Sandi Lovric melemahkan semangat penyokong Napoli apabila menjaringkan gol pembukaan selepas 13 minit dengan rembatan tepat yang menerjah sudut kanan gawang.", "Selepas jaringan Udinese, Napoli meningkatkan serangan dan pada minit ke-53, Osimhen mencetuskan sambutan meriah dalam kalangan penyokong kelab itu apabila merembat masuk gol penyamaan.", "Penjaga gol Udinese, Marco Silvestri melakukan aksi menyelamat untuk menghalang sepakan separuh voli Piotr Zielinski, mengekalkan kedudukan 1-1 dan mendebarkan penyokong Napoli.", "“Kami adalah pasukan yang tidak diingini pada awal musim. Tidak ramai percaya kepada kami, namun sejak awal musim kami mempunyai skuad hebat ini yang boleh memberikan Scudetto,” kata Osimhen. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/covid-19-makin-pulih-rakyat-masih-tenat/
Covid-19 makin pulih, rakyat masih tenat
[ "KESAN pandemik Covid-19, ramai yang hilang kerja. Hari Pekerja menjadi cuti yang muram. Ada syarikat yang gulung tikar. Keluarga hilang sumber pendapatan.", "Mujur, inisiatif yang dibuat kerajaan zaman kegawatan itu banyak membantu rakyat memiliki tunai dalam tangan. Banyak syarikat yang hampir jatuh, diselamatkan.", "Namun keadaan hari ini menjadi makin parah pula apabila Covid-19 telah beransur pergi dan memulih. Masih ada rakyat yang belum stabil ekonomi mereka, bahkan yang kembali bekerja juga tidak cukup makan.", "Berdasarkan laporan tahunan Bank Negara Malaysia pada 2017, gaji kehidupan wajar bagi seorang bujang di bandar adalah sebanyak RM2,700, berpasangan RM4,500 dan pasangan dengan dua anak sebanyak RM6,500.", "Namun hari ini masih ramai pekerja yang dibayar pada kadar gaji minimum RM1,500. Bagaimana golongan seperti ini ingin menyara keluarga? Untuk diri sendiri pun sudah tidak wajar.", "Walhal harga barang naik dengan drastik. Kesan pandemik inflasi memuncak naik. Kesannya masih dirasa sehingga hari ini. Namun penyelesaian kepada masalah ini masih samar. Masih tiada kelihatan apa yang kerajaan hari ini cuba usahakan.", "Hutang masih perlu dibayar, komitmen semakin bertambah. Ada yang sampai terpaksa buat 2 ke 3 kerja sehari. Hilang masa kualiti dengan keluarga.", "Jika ketika berlakunya kegawatan di awal Covid-19 dulu kerajaan yang ada mampu berhempas pulas selamatkan rakyat dan negara, sudah pasti kerajaan hari ini patut lebih dari mampu untuk memberi penyelesaian yang lebih membumi dan memenuhi keperluan rakyat.", "Peniaga tiada hasil jualan, syarikat hampir gulung tikar, kerajaan sediakan Geran Khas Prihatin berjumlah RM1.64 bilion. 545,000 PKS mikro dapat manfaat.", "Tidak henti-henti inisiatif daripada kerajaan disalurkan untuk rakyat bertahan dan keluar daripada kemelut yang berlaku. Bukan alasan demi alasan dan saling menyalahkan.", "Rakyat bekerja untuk ekonomi dan pembangunan negara, tetapi rakyat masih miskin dan susah di negara sendiri. Sama ada di sektor awam mahupun swasta.", "Paling tidak buat masa sekarang rakyat mengharapkan kerajaan sudi menyemak semula dan memperbaharui kadar gaji minimum dan gaji yang lebih wajar dengan kos hidup masa kini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/peringatan-buat-skuad-harimau-muda-di-kemboja/
Peringatan buat skuad Harimau Muda di Kemboja
[ "PHNOM PENH: Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk, skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan diingatkan supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023, di sini.", "Peringatan itu dibuat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahukan skuad Harimau Muda berjuang bermati-matian memburu keputusan positif ketika turun menentang dua pasukan pilihan iaitu Thailand dan Vietnam pada aksi getir saingan Kumpulan B.", "Hamidin berkata anak buah E. Elavarasan yang mempunyai sasaran ke final perlu menganggap pertembungan dengan kedua-dua pasukan itu sebagai perlawanan ‘hidup atau mati’ dalam usaha mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.", "“Kita lawan Thailand dan Vietnam adalah ibarat perlawanan final. Maknanya kalau boleh kalahkan Thailand ataupun Vietnam, mereka (pemain) sudah boleh merasakan mungkin bakal menjadi juara,” katanya dalam satu pertemuan bersama media tempatan di sini, malam tadi.", "Skuad kendalian Elavarasan yang membenam Laos 5-1 pada aksi sulung kumpulan di Stadium Prince di sini, Rabu lepas akan berdepan Thailand dan Vietnam masing-masing esok dan Isnin depan di venue sama sementara kedua-dua pasukan lawan itu akan bertemu sesama sendiri pada aksi terakhir 11 Mei ini.", "Dalam pada itu, Hamidin berkata skuad yang dibentuk kali ini mempunyai kelebihan apabila pemain yang dimasukkan sebagai pemain gantian dilihat mempunyai keupayaan setara dengan kesebelasan utama.", "Beliau berkata perkara itu akan dapat membantu pasukan mengekalkan momentum sekiranya terdapat mana-mana pemain yang mengalami kecederaan ataupun berdepan penggantungan perlawanan.", "“Tetapi dalam perlawanan berpasukan komitmen dalam dan luar padang penting, saya maklumkan kepada jurulatih dan pemain bonding dalam dan luar padang mustahak. Jadi saya harap lepas kemenangan dengan Laos mereka kuat dan bersedia bertemu Thailand dan Vietnam,” katanya.", "Beliau yakin pasukan muda negara mampu mengalahkan Thailand dan Vietnam dengan syarat para pemain bebas daripada sebarang masalah dan hanya menumpukan kepada perlawanan.", "Malaysia dan Thailand yang baru bermain satu perlawanan, masing-masing meraih tiga mata di tempat kedua dan ketiga dalam saingan kumpulan, sementara Singapura dan Laos di kedudukan tercorot selepas gagal mengutip mata dalam dua perlawanan pertama." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/google-tamatkan-khidmat-kata-kunci-laluan/
Google tamatkan khidmat kata kunci laluan
[ "LONDON: Google mengumumkan perkhidmatan kata kunci laluannya akan ditamatkan, dalam apa yang dilabelkan oleh syarikat gergasi teknologi itu sebagai ‘permulaan akhiran’ kepada teknologi berkenaan.Mekanisme keselamatan baharu yang direka bentuk untuk menggantikan kata laluan sepenuhnya adalah dengan membenarkan pengesahan dengan ID (dokumen identiti) cap jari, ID muka atau pin pada telefon atau peranti yang  digunakan untuk pengesahan, lapor AFP.", "“Kami telah mengambil langkah besar ke hadapan dalam perjalanan ke arah masa depan tanpa teknologi kata kunci laluan,” ujar kenyataan kata Google pada Khamis (4 Mei).", "“Kami telah mula melancarkan sokongan untuk kunci laluan merentas Akaun Google pada semua platform utama. Ini bermakna pengguna kini boleh memanfaatkan kekunci laluan merentas Perkhidmatan Google untuk pengalaman log masuk tanpa kata laluan,” tambah kenyataan itu.", "“Kunci laluan boleh dibuat untuk setiap peranti yang digunakan, atau satu kunci boleh dikongsi merentas berbilang peranti menggunakan apl. Setiap satu adalah unik untuk perkhidmatan yang digunakan, bermakna jika satu akaun digodam, yang lain akan selamat,” ujar kenyataan itu lagi.", "Teknologi berkenaan telah dibangunkan oleh Google, Apple dan Microsoft sebagai sebahagian daripada ‘Fido’ (atau Fast Identity Online), yang merupakan kumpulan industri yang mendorong kaedah pengesahan alternatif.", "Google berkata teknologi baharu itu menjadikan log masuk dalam mana-mana peranti lebih mudah digunakan dan lebih selamat berbanding kata kunci laluan.", "Ia menambah bahawa kunci laluan menjadikan peranti kurang terdedah kepada penggodaman dan menghalang pancingan data, pertukaran SIM dan kaedah lain untuk mencuri kata laluan. ", "“Teknologi baharu yang dilanncarkan pada Hari Kata Laluan Sedunia (4 Mei)  masih di peringkat awal dan buat masa ini akan berterusan menawarkan kata laluan dan proses pengesahan dua  peringkat,” kata kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 5/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/penalti-lewat-permainan-punah-manchester-united/
Penalti lewat permainan punah Manchester United
[ "Pemain tengah Brighton & Hove Albion, Alexis MacAllister, merembat gol tunggal perlawanan melalui sepakan penalti untuk memberikan kemenangan 1-0 terhadap Manchester United dalam pertembungan Liga Perdana.Kekalahan itu menyebabkan skuad kendalian Erik ten Hag kekal di tangga keempat dengan 63 mata, empat mata di depan Liverpool di tempat kelima, manakala Brighton naik ke tangga keenam dengan 55 mata.", "Kemenangan itu membolehkan Brighton membalas dendam terhadap kekalahan kepada Manchester United menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir Piala FA, 11 hari lalu.", "Pasukan tuan rumah menguasai perlawanan dan mampu mendahului seawal minit keempat apabila pemain sayap Jepun, Kaoru Mitoma menyempurnakan hantaran Victor Lindelof, tetapi rembatannya terus kepada David De Gea.", "Namun Mitoma menjadi ancaman sepanjang perlawanan, mencipta beberapa peluang untuk dirinya sendiri sebelum pemain gantian, Danny Welbeck merembat tinggi dan tersasar pada awal babak kedua ketika United bergelut mempertahankan gawang gol.", "Selepas dilayangkan kad kuning pada babak pertama, pemain tengah United, Casemiro bernasib baik kerana tidak dilayangkan kad kuning keduanya ketika menghadang MacAllister pada babak kedua.", "Suasana panas pada minit ke-68 apabila pemain sayap United, Antony, yang berang kerana tidak diberikan sepakan percuma, dihukum kerana menerjah MacAllister sebelum bertelagah dengan Lewis Dunk yang menyebabkan kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning.", "Brighton terus mengasak untuk mencari kemenangan dengan pemain gantian, Solly March dan MacAllister, memaksa De Gea beraksi hebat ketika perlawanan menghampiri penamat.", "Ketika United kelihatan berpuas hati dengan keputusan seri, pengadil memutuskan Luke Shaw memegang bola dalam kotak penalti selepas semakan VAR. MacAllister meledak sepakan penalti untuk memastikan kemenangan.", "“Sungguh gembira dan gembira dengan persembahan dan keputusan itu. Kami berhak memenangi separuh akhir (Piala FA) tetapi tewas menerusi sepakan penalti, hari ini kami menang dengan penalti,” kata jurulatih Brighton, Roberto de Zerbi. – REUTERS" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/isu-air-paip-di-ambang-kemuflisan-salah-siapa/
Isu air: PAIP di ambang kemuflisan? Salah siapa?
[ "PAIP merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang hasil pengkorporatan JBA Pahang seiring dengan dasar penswastaan yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri ke-4.Setelah 11 tahun PAIP beroperasi sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang, pihak Pemuda PAS Pahang melihat masalah air di Negeri Pahang masih belum menemui jalan penyelesaiannya.Penduduk kebanyakan tempat, rata-rata merintih meluahkan kekesalan mengenai isu air yang tidak pernah selesai sementelah kerajaan yang memimpin Pahang hari ini sudah lebih 60 tahun memegang tampuk Menteri Besar.Adakah isu hutang PAIP yang agak ketara ini menjadi antara punca utama kepada masalah air di Pahang yang belum berkesudahan?Jika diamati laporan audit bermula dari 2019 sehingga 2021 sahaja, hutang PAIP telah mencecah RM936,643,068 yang mana RM860,462,142 adalah merupakan pemiutang dagangan. Bagi berlaku adil kepada YAB Menteri Besar hari ini, kita melihat hutang PAIP yang telah diaudit pada 2019 berjumlah RM630,392,796 yang mana sebanyak RM560,771,731 adalah pemiutang dagangan.Kita menyaksikan berlaku kenaikan ketara hutang terutama kepada pemiutang dagangan dalam tempoh 3 tahun sebanyak RM299,690,441.Sehubungan itu, pihak kami ingin mempersoalkan adakah disebabkan hutang yang sebegini banyak menjadi punca utama menyebabkan masalah air di Pahang tidak selesai?Ke mana perginya sejumlah berbilion-bilion yang diperuntukkan untuk penyelesaian masalah air di Pahang?Kenapa berlakunya begitu banyak hutang yang ditanggung PAIP sehingga tabungan kepada Pemegang Taruh PAIP iaitu Kerajaan Negeri Pahang setakat laporan beraudit 2021 adalah negatif RM774,642,635? Hal ini bermaksud pemegang taruh telah merekodkan kerugian atas pelaburan.Ini salah siapa? Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab? Adakah ini punca utama kepada masalah air Pahang yang tidak berkesudahan dan akhirnya rakyat menjadi mangsa?AHMAD AZLAN ABU BAKARKetua PeneranganDewan Pemuda PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 5/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/kejatuhan-svb-pihak-berkuasa-as-siasat-goldman-sachs/
Kejatuhan SVB: Pihak berkuasa AS siasat Goldman Sachs
[ "NEW YORK: Pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang menyiasat peranan Goldman Sach terhadap Silicon Valley Bank (SVB) susulan kejatuhan bank terkenal California itu.Goldman dalam pemfailan sekuriti pada Khamis (4 Mei) berkata, ia bekerjasama dengan dan memberikan maklumat kepada pelbagai badan kerajaa  mengenai aktivitinya untuk SVB pada Mac tahun ini sebelum bank berorientasikan teknologi itu terjejas, lapor New York Times.", "Terdahulu, Goldman telah dikritik kerana pelbagai peranannya dengan SVB, yang  mana ia telah menasihati bank California itu agar membeli hutang bermasalah dalam perjanjian yang akhirnya memainkan peranan penting dalam kejatuhan SVB berkenaan.", "SVB telah dirampas oleh pengawal selia perbankan persekutuan pada 10 Mac lalu berikutan larian pada deposit selepas melaporkan dua hari sebelumnya bahawa ia kerugian AS$1.8 bilion daripada penjualan sekuriti AS$21 bilion.", "Pasaran melihat pendedahan kerugian dagangan sebagai tanda terdesak SVB untuk mengumpul wang tunai bagi memenuhi keperluan kecairan kerana ia mengalami pelarian deposit, akhirnya membawa kepada kematian bank.", "Dalam pemfailan Khamis itu, Goldman berkata siasatan kerajaan termasuk ‘apabila SVB menghubungi firma itu untuk membantu dengan cadangan peningkatan modal dan SVB menjual firma itu portfolio sekuriti’.", "Siasatan kerajaan AS itu adalah susulan permintaan daripada 20 Demokrat Dewan kepada pengawal selia AS menggesa penyiasatan sama ada Goldman ‘melakukan dua atau lebih transaksi pihak tidak berkaitan dan tidak bersekutu’ dalam peranan mereka sebagai penasihat untuk SVB. – HARAKAHDAILY 5/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/kasino-di-sarawak-apa-pandangan-anda/
Kasino di Sarawak: Apa pandangan anda?
[ "BARU-baru tok kita dengar daripada pihak Menteri di Sarawak, bahawa sebuah pusat rekreasi akan dimajukan. Dan dimaklumkan juak bakal menjadi Genting Highland yang kedua.Aok, bena ya. Yang dimaksudkan adalah Borneo Highlands, dan isunya dalam perihal tok adalah pembinaan, pembukaan kasino di Sarawak.Okaylah, camtok… kamek maok kongsikan empat perkara yang menyebabkan kita orang Sarawak perlu berfikir semula, walaupun keputusan ya di tangan Menteri tapi kenak ingat undi dan gaji Menteri adalah dari orang Sarawak.Pertama sekali, kita nangga Sarawak dari sudut ekonomi, atau lebih tepat lagi eko-pelancongan, seperti yang ditekankan oleh Menteri. Bukan nak madah Sarawak tok sik membangun, ekonomi kita lemah. Sarawak tok kaya. Kaya dengan hasil, kaya dengan tenaga kerja. Bahkan kaya dengan produk-produk masyarakat di beberapa tempat. Kamek kedirik pernah ke Belawai, Pusa, dan tempat-tempat yang ‘terpencil’ di Sarawak. Dan banyak alu produk-produk tempatan yang boleh dipasarkan dan dikomersilkan. Tapi sayang, produk dan usaha orang kampung hanya terhenti di kampung ajak. Sik sampey keluar dari kampung. Bayangkan mun ekonomi macam tok digemblengkan, apa jadi dengan masyarakat di tempat ya? Dan apa bakal jadi pada Sarawak? Kamek ambil contoh di tempat kamek kedirik, Miri. Miri tok bandar tepi laut. Tapi eko-pelancongannya sik dimajukan. Sedangkan laut dan pantai Miri tok kacak, bersih dan landai gik. Boleh dibangunkan eko-pelancongan, khususnya perusahaan kecil-kecilan di pantai Miri. Keduanya, peluang pekerjaan. Point tok akan berkait dengan point kamek yang ketigag lekak tok. Apabila kita bukak sigek tempat kerja, sudah pastilah kita perlukan kepada pekerja dan ya akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Sama juak dalam hal kasino tok. Memang akan membuka peluang pekerjaan pada orang Sarawak, cuma dari sudut kebaikan apa yang akan diberikan kepada pekerja dan masyarakat? Orang Sarawak masing-masing tauk yang Sarawak tok besar, banyak sumber, banyak ruang dan peluang pekerjaan. Apa jadi dengan anak muda kita yang masih mencari dan menunggu tawaran pekerjaan? Justeru di sitok, kamek mencadangkan agar difokus kepada pembangunan kerjaya anak muda yang boleh membina dan membawa negeri Sarawak ke tahap yang lebih baik dan lebih tinggi daripada zaman hari tok. Peluang seperti teknologi dan maklumat, keperluan kehidupan seperti Foodpanda dan Grab dan lain-lain, boleh dipelopori oleh anak-anak muda sama ada lelaki mahupun perempuan. Menjadikan anak-anak muda Sarawak sebagai pelapis dan peneraju utama Sarawak di masa depan adalah lebih utama berbanding pembukaan kasino di Sarawak. Kenak kamek padah giya? Kamek akan sambung pada point seterusnya lekak tok. Jadinya, tumpukanlah peluang pekerjaan orang Sarawak kepada peluang yang lebih baik. IKBN, ILP, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional, PPKS, IKM dan yang sewaktu dengannya adalah lubuk untuk kita mengeluarkan tenaga-tenaga kerja yang pure dari Sarawak. Bukan dengan kasino.Ketiganya, yang berkait dengan point kamek keduak tok tek adalah dari sudut sosialnya. Mudah kata, dengar jak nama kasino, apa yang terlintas di fikiran kita? Roti canai? Nasi goreng kampung? Atau, teh tarik panas, mila tarik, mee jawa? Atau, tempahan futsal, bola sepak? Atau orang bertandak? Atau main layang-layang? Ataukah, sebaliknya yang seratus peratus semua yang kamek sebut di atas ya memang sik wujud dalam dunia kasino. Kamek sik maok pake ayat ‘bayangkan’ kerana ya terlalu tinggi untuk sama-sama kita fikirkan. Cuma, perlu kita tangga. Mun benar Sarawak nak buka kasino, apa jadi dengan masyarakat kita? Apa jadi dengan budaya sosial kita? Anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin negeri kita? Adakah akan lahir daripada generasi lekak kita tok, generasi yang masih berpegang dengan budaya Timurnya? Masih mengekalkan adab dan tatasusilanya? Atau macam ne? Pembukaan kasino tok juak, suatu masa kelak dikhuatiri akan menyebabkan keluarga porak peranda. Kerana ketagihan berkasino dan aktiviti dalam kasino ya kelak. Nak tok la dibingong oleh segelintir netizen Sarawak, khususnya dari generasi yang senior. Tok menjadi kerisauan utama kita semua, bukannya ekonomi Sarawak yang bakal nait hasil dari kasino ya kedirik.Baiklah, point kamek yang keempat, pandanglah dari sudut agama. Kamek sik menjurus pada agama Islam. Kerana bila sebut agama jak, mesti kita nuju Islam. Alhamdulillah, memang benar Islam ya agama. Cumanya maksud saya tadik, cuba nangga isu kasino tok dari sudut agama lain di Sarawak. Netizen dan Menteri kata, Islam bukan agama rasmi di Sarawak. Jadi, kamek nak tanyak sebagai penganut agama lain di Sarawak, ada sik agama kita mengajarkan kita untuk membawa diri kita kepada perkara yang sik bait? Kamek bukan nak menyentuh isu sensitif atau mencari ‘crowd’, hanya maok kita semua berfikir dari sudut agama masing-masing. Sikda agama yang mengajar penganutnya polah benda sik bagus, hanya penganutnya ajak yang polah benda sik bagus. Bena sik? Kerana asal semua agama dan kepercayaan adalah untuk membawa seseorang yang ke ara lebih bait. Kasino, dari sudut agama, bukanlah benda yang bait. Kerana banyak lagik benda bait, yang kita belum teroka, belum polah untuk menjadikan kita insan yang lebih bait dalam beragama. Di sine keburukan kasino, kita boleh nilai kedirik. Cuma, kamek menyatakan pandangan kamek pada point terakhir tok dari sudut agama Islam, kerana kamek Muslim. Cumanya, kamek sik menyentuh bab hukum, hanya sedikit teguran kepada kesan kasino ya kedirik. Dalam al-Quran dan agama Islam, dah dipadah arak, judi, khinzir ya haram. Bila dipadah giya dalam al-Quran, maka adalah sebabnya dari Allah. Nya lebih tauk segala-galanya. Dan segala yang berkait dengan ketiga-tiga perkara ya tadik, arak, judi, khinzir, juga adalah haram. Ambik contoh, arak kedirik. Bagi orang Islam, bukan sekadar minum arak ya berdosa tapi tukang hantar, tukang tuang, tukang pass botol arak, semuanya akan dapat dosa. Ya diriso kita juak. Kita niat bekerja nak carik duit tapi kita dapat dosa dari-Nya, maka rugilah kita.Jadi ya-lah empat perkara kamek maok ketengahkan. Kamek hanya orang biasa yang riso benda tok dalam Sarawak. Kemajuan kita bukan mengikut landas orang lain. Biarlah orang lain, negeri atau negara lain maju dengan kasino. Sarawak, majulah dengan benda lain. Kamek yakin, Sarawak boleh maju tanpa kasino. Dan kepada Menteri-menteri Sarawak, Muslim atau non-Muslim, khususnya kepada YAB Premier Sarawak, nilailah isu tok dari sudut generasi dan kesan kepada masyarakat Sarawak. Mun ada sebahagian masyarakat kita sik selesa dengan cadangan macam tok, bermakna adalah yang sik kenak di sia. Sayangilah anak bangsa kita dengan membuat pilihan untuk membatalkan cadangan buka kasino di Sarawak.Saya bukan sapa-sapa.Saya orang Sarawak, anak Sarawak. Saya menulis dan bersuara untuk Sarawak kerana saya sayangkan Sarawak dan orang Sarawak.SAHRUL KHAIR OSMANKetua PemudaDewan Pemuda PAS Negeri SarawakMiri, Sarawak – HARAKAHDAILY 5/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/rumah-terbuka-ziarah-terdidik-elak-penularan-covid-19/
Rumah terbuka: ‘Ziarah terdidik’ elak penularan Covid-19
[ "KUALA LUMPUR: Memasuki minggu kedua Syawal, sambutan Aidilfitri terus dirayakan dengan tradisi kunjung-mengunjung saudara mara dan taulan yang tidak melepaskan peluang mengadakan rumah terbuka.", "Lebih-lebih lagi tahun ini adalah kali kedua Aidifitri dirayakan dalam suasana selepas penularan pandemik Covid-19 memuncak, dengan hampir keseluruhan sekatan mencegah jangkitan ditarik balik.", "Namun, di sebalik keseronokan meraikan hari raya, bertemu dan berkumpul beramai-ramai, masyarakat kata pakar kesihatan, perlu ingat ancaman virus maut itu masih wujud dengan varian terbaharu – XBB.1.16 atau Arcturus – telah dikesan di negara ini.", "Walaupun tidak menyebabkan gejala yang teruk atau seganas Delta yang mencetuskan gelombang kes besar-besaran di negara sebelum ini, subvarian daripada keluarga Omicron ini menular dengan cepat, iaitu 1.2 kali ganda lebih pantas berbanding varian asal.", "Menurut pakar, seperti varian dan subvarian terdahulu, Arcturus membawa risiko tinggi terhadap warga emas serta golongan rentan khususnya, dan rumah terbuka berpotensi mencetuskan penularan baharu.", "Mengulas tentang hal itu, pakar perubatan kesihatan awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata berdasarkan laporan di negara lain, subvarian terbaharu ini tidak mencetuskan jangkitan yang teruk ke atas individu biasa, namun bagi warga emas dan golongan rentan, tahap jangkitan yang dialami mereka tetap sama seperti varian asal Covid-19.", "“Tidak kiralah varian apa sekalipun, kita tidak boleh ambil ringan khususnya dalam kalangan golongan rentan kerana imuniti mereka rendah dan boleh menyebabkan mereka berdepan komplikasi penyakit lain yang lebih teruk jika dijangkiti (subvarian Covid-19 terbaharu ini).", "“Jika golongan ini tidak berhati-hati, dan pada masa sama tidak lengkap dos penggalak vaksin Covid-19, jangkitan akan merisikokan mereka mengalami ‘long Covid’, selain boleh menyebabkan kematian sekalipun setakat ini belum ada kematian akibat Arcturus dilaporkan,” katanya kepada Bernama.", "Menurut Dr Zainal Ariffin, selain demam panas luar biasa dan batuk, iaitu gejala biasa Covid-19 yang diakibatkan oleh varian terdahulu, Arcturus turut dikesan mencetuskan simptom baharu seperti konjunktivitis atau jangkitan mata, menyebabkan mata pesakit mengalami kemerahan, kegatalan dan bengkak.", "“Amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan tidak salah dan masih boleh diteruskan, tetapi mungkin ada yang sudah alpa, lupa, berasa selesa atau leka dengan pemakaian pelitup muka. Jadi, saya ingatkan masyarakat untuk terus kekal patuh SOP (prosedur operasi standard) secara berterusan tanpa bosan.", "“Bagi mereka yang disyaki mempunyai gejala atau simptom, dinasihatkan untuk jujur pada diri dengan tidak meneruskan amalan kunjung-mengunjung. Apatah lagi jika rumah yang ingin dikunjungi itu ada orang tua ataupun orang sakit yang sistem imunnya rendah kerana ini boleh membahayakan yang lain walaupun kesan subvarian ini tidak bahaya,” nasihat beliau.", "Setakat 1 Mei lepas, negara melaporkan 9,780 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 14 hari dengan Selangor merekodkan kes terbanyak, iaitu 3,414 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,130) dan Melaka (792).", "Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada 24 April lepas, dipetik berkata kementeriannya mengesan 12 kes jangkitan Arcturus di negara ini, iaitu empat di Selangor, dua di Kuala Lumpur dan enam di Sarawak. ", "Sementara itu, menurut Prof Dr Sanjay Rampal, pakar perubatan kesihatan awam daripada Universiti Malaya, subvarian Covid-19 yang baharu ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjadi strain utama dalam tempoh beberapa bulan akan datang.", "“Walaupun subvarian ini memungkinkan berlakunya peningkatan jumlah kes dalam tempoh perayaan ini kerana sifat Arcturus yang mudah berjangkit, masyarakat tidak perlu bimbang kerana kita mempunyai kapasiti mencukupi untuk mengendalikan beban jangkitan semasa.", "“Akan tetapi, pada masa sama kita perlu terus memantau rapi perkembangan jangkitan dan memastikan perkhidmatan kesihatan awam di peringkat akar umbi mempunyai sumber dan kapasiti mencukupi untuk mencegah dan mengawal (kemungkinan gelombang baharu) Covid-19,” kata beliau.", "Dr Sanjay turut menasihati individu yang mengesyaki dirinya bergejala agar membuat ujian kendiri sebelum mengunjungi rumah orang lain serta berjumpa doktor jika gejala yang dialami berpanjangan sekalipun ujian kendiri menunjukkan keputusan negatif.", "Sementara itu, mengambil kira situasi semasa, pakar sosial Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran menasihati orang ramai agar menerima guna amalan yang boleh mencegah mereka daripada dijangkiti semasa berkunjung ke rumah terbuka.", "“Budaya orang Melayu, bila berjumpa  kawan dan sanak saudara, antara perkara paling utama atau awal dilakukan ialah bersalaman, dan dengan berlakunya sentuhan ini, maka wujud keakraban iaitu ‘the power of touching’.", "“Namun aspek ini boleh kita ubah, bergantung pada situasi, kerana kita pastinya tidak mahu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang kita lalui dahulu berlaku lagi,” kata beliau.", "“Sehubungan itu, pentingnya situasi menang-menang, iaitu amalan berkunjung semasa raya ini boleh dilakukan tetapi dengan ‘ziarah terdidik’, tidak alpa SOP yang ditetapkan ataupun (berjumpa) secara maya,” katanya. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/05/majoriti-umat-melayu-islam-masih-bersama-pn/
Majoriti umat Melayu-Islam masih bersama PN
[ "BERAKHIRNYA tidak berapa lama lagi bulan Syawal iaitu bulan Hari Raya khasnya bagi umat Islam di negara kita, rakyat Malaysia di enam buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan berhadapan dengan satu lagi ‘Raya’ iaitu Pilihan Raya Umum Negeri ke-15 buat negeri masing-masing.Tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan negeri PERIKATAN NASIONAL (PN) manakala tiga lagi milik PH-BN. Pilihan Raya Negeri kali ini akan menguji sejauh mana masih bertenaga ‘Gelombang Hijau’ yang telah membadai seluruh pelosok Tanah Semenanjung dalam PRU Parlimen ke-15 baru-baru ini, memungkinkan PN menguasai lebih 56 peratus undi Melayu menjadikan ia jurucakap umat Melayu Islam di Parlimen menggantikan Umno.Sekiranya ia masih bergelora, PN akan menjadi ancaman buat gabungan PH-BN di keenam-enam buah negeri.Kerana itu pelbagai usaha dilancarkan oleh pihak PH-BN untuk memberi persepsi kononnya gelombang yang telah merubah landskap politik tanah air itu kini telah lesu.Untuk berlaku jujur, kita perlu akui bahawa kesan rempuhan kuat ‘Gelombang Hijau’ itu telah mengakibatkan hampir kebanyakan kerusi-kerusi Parlimen Melayu Islam disapu oleh PAS dan BERSATU. Kerusi-kerusi berkenaan selama ini dikuasai PH-BN.Bagi Umno contohnya, kesan dari asakkan ‘Gelombang Hijau’ tadi hari ini ia cuma tinggal 26 kerusi Parlimen, iaitu rekod terburuk buat Umno dalam sejarahnya. Ramai pemimpin kanannya kecundang dan Umno hari ini tiada langsung wakil Parlimen di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka.Kerusi-kerusi tradisi Umno yang tidak pernah kalah dalam 14 kali Pilihan Raya hari ini roboh dan menjadi milik PN antaranya Padang Besar, Kepala Batas, Grik, Jasin, Tanjong Karang.Mampukah Umno bangkit kembali dalam keadaan demikian tambahan kini ia terdesak menjalin hubungan pula dengan PH-DAP yang tidak dapat diterima oleh akar umbinya sendiri?PAN juga cuba menyembunyikan bahawa ia turut terkesan teruk dari ‘Gelombang Hijau’ ini. PAN yang kononnya semasa penubuhannya dahulu mendabik dada mahu menggantikan PAS, hari ini cuma berbaki 8 kerusi di Parlimen, itupun sebahagiannya dimenangi hasil dari sokongan dan undi masyarakat bukan-Melayu.Tokoh-tokoh besar PAN yang lantang di Parlimen dahulu seperti Dr Hatta Ramli, Mahfuz Omar, Khalid Samad dan Mujahid Yusof Rawa kalah di kawasan masing-masing.PKR tidak terkecuali ‘tercedera’ kesan dari tsunami ini. Kerusi Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kerusi keramat PKR, kerusi ‘keluarga Anwar Ibrahim’ dirampas oleh PAS. Setiausaha Agung PKR turut kecundang di Kulim Bandar Baru.Umno dan PAN seakan berubah menjadi harimau tidak bertaring dan berkuku pasca PRU Parlimen ke-15. Ramai malah menjangkakan kiranya mereka terus dipukul ‘Gelombang Hijau’ dalam PRN enam negeri kali ini, maka riwayat politik mereka berkemungkinan menemui noktahnya.Dalam akhbar The Sunday Star baru-baru ini (30 April, 2023) dua orang penganalisa politik iaitu Prof Dr Sivamurugan Pandian dari USM dan Dr Azmi Tayeb memberikan pandangan yang cukup menarik dari hal perkembangan politik semasa khasnya yang melibatkan PN dan lawannya PH-BN.Kata Dr Sivamurugan, PH-BN perlu sangat pada undi Melayu untuk menewaskan PN dan ianya bukan sesuatu yang mudah. Ternyata anak-anak muda Melayu telah menolak PH dan BN dalam PRU ke-15 lalu, sedangkan golongan muda ini satu ketika dahulu merupakan penyokong PKR.Dr Sivamurugan mengakui bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor contohnya kini adalah seorang figura politik yang cukup popular dan PH-BN setakat ini gagal menampilkan tokoh yang boleh menyaingi ketokohan Sanusi.Menyerang Sanusi yang popular bukan sahaja di kalangan anak-anak Kedah, tetapi hari ini turut menjalar menjadi idola anak-anak Melayu di mana-mana, akan hanya meningkatkan simpati dan sokongan buat beliau.Strategi dan pendekatan politik Sanusi menurut Dr Sivamurugan meletakkan PH-BN di pihak yang bertahan.Dr Azmi pula menyatakan bahawa melebel PAS sebagai sebuah parti ekstremis, sebagaimana sering didakwa DAP, tidak akan mendatangkan kesan kerana Umno sendiri pernah bekerjasama dengan PAS. Kalau PAS ekstremis mengapa Umno bekerjasama dengannya dahulu?Tambah beliau menggunakan isu ekonomi dan rasuah sebagai bahan kempen juga sukar kerana tiada apa pencapaian yang boleh Umno bukti atau tunjukkan.Menurut Dr Azmi lagi untuk memenangi undi Melayu di kawasan-kawasan Melayu adalah sangat sukar buat PH-BN kali ini. Umno itu sendiri dakwanya perlu berubah dan direformasikan.Jika demikianlah pandangan para penganalisa politik yang kepakarannya diakui, ternyata ‘Gelombang Hijau’ PRU Parlimen ke-15 itu masih bertenaga dan memiliki kemampuan menguasai undi Melayu Islam untuk PRN enam buah negeri nanti.Musim Hari Raya ini, digunakan sepenuhnya oleh PH-BN untuk mempengaruhi rakyat, pastinya dengan harapan untuk mengawal dan mematahkan asakkan ‘Gelombang Hijau’ yang sangat mereka bimbangkan itu.Di Kedah umpamanya, sewaktu Rumah Terbuka mereka, Datuk Seri Anwar dan Saifuddin dengan lantang mengajak rakyat menolak kerajaan negeri PAS-PN dalam PRN negeri nanti. Kelantangan mereka ini dijadikan bahan senda oleh anak-anak muda di media sosial, umpamanya dipaparkan bagaimana Saifuddin mahu menangkan PH-BN di Kedah sedangkan beliau sendiri baru sahaja kecundang di kerusi Kulim Bandar Baru, ditewaskan dengan majoriti besar 13,061 undi.Begitu juga Mahfuz Omar dari PAN yang mendesak agar Menteri Besar Sanusi dan PN ditolak, Mahfuz sendiri tertiarap di kerusi Parlimen Pokok Sena dengan majoriti 31,751 undi.Sesungguhnya mesej yang ingin dibawa oleh ‘Gelombang Hijau’ ini adalah bahawa umat Melayu Islam ini kuat dan ramai. Untuk memastikan kekuatan itu dimanfaatkan menjadi kuasa politik yang ampuh dan boleh menguasai kerajaan maka perlulah ia bersatu. Ia menobatkan politik ummah yang jika gagal dibina akan mengakibatkan umat Melayu Islam terpinggir sedangkan mereka majoriti di tanah air sendiri.Bertindaklah dengan bijak, jangan sesekali menggadaikan maruah, nasib dan masa depan kita.ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR Setiausaha Badan Perhubungan PASNegeri Selangor – HARAKAHDAILY 4/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/06/proklamasi-disokong-pas-tiada-kaitan-prn-enam-negeri/
Proklamasi disokong PAS tiada kaitan PRN enam negeri
[ "ALOR SETAR: Proklamasi Orang Melayu dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut ditandatangani sokongan oleh pemimpin PAS tiada kena mengena dengan PRN enam negeri.Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, proklamasi tersebut telah dirancang awal lagi daripada hal-hal berkaitan PRN, namun program berkenaannya berdepan pembatalan premis sebanyak empat kali.“Proklamasi ini ialah anjuran yang dibuat melalui pertubuhan atau individu yang menandatangani menyokong penyataan Proklamasi tersebut. Jadi ia tidak melibatkan parti-parti politik, ia di luar daripada kerangka politik.“Empat kali diubah tempat, kerana dibatalkan premis. Jadi akhirnya terpaksa buat dalam bentuk petisyen sahaja,” ujarnya dalam sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PAS Pusat, di Kompleks PAS Negeri Kedah, di sini sebentar tadi.Diminta menyentuh mengenai ura-ura Akuan Bersumpah (SD) pembentukan kerajaan baharu, katanya, selagi dalam kerangka dibenarkan oleh undang-undang dalam sistem negara, maka perkara itu sah dari segi Perlembagaan.Pun demikian, hal itu tidak melibatkan kaitan dengan Proklamasi tersebut, malah Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut menafikan pertemuan dengan Tun Mahathir adalah berkenaan pembekuan akaun BERSATU serta tiada kena mengena dengan komplot menjatuhkan kerajaan.“Selagi dalam kerangka yang dibenar oleh sistem pilihan raya, sistem demokrasi, tidak bercanggah dengan undang-undang, bagi kita ia terbuka,” ujarnya di samping Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan beberapa pimpinan lain.Ustaz Tuan Ibrahim juga menyifatkan kehadiran orang ramai ke majlis tersebut sangat luar biasa di mana dimeriahkan oleh lebih 50,000 pengunjung hingga penganjur terpaksa membuat penambahan makanan yang disediakan.Jelasnya, PAS Pusat telah memutuskan lebih awal untuk mengadakan majlis di negeri ini daripada program Aidilfitri Malaysia Madani diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung juga di Hotel Raiya, di sini hujung bulan lalu. – HARAKAHDAILY 6/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/06/pengunjung-rumah-terbuka-pas-melebihi-sasaran/
Pengunjung rumah terbuka PAS melebihi sasaran
[ "ALOR SETAR: Rumah Terbuka PAS Pusat yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah mencatat kehadiran luar biasa, hampir dua kali ganda sasaran awal 30,000 orang.", "“Tahun ini di Kedah, tahun lepas di Perak. Kita buat sekali dan satu tempat sahaja setiap tahun. Tak mahu susahkan orang,” ujarnya ketika ditemui.", "“Walaupun kita laksanakan di negeri yang ditadbir PERIKATAN NASIONAL (PN), kita tak ambil dari sumber kerajaan atau dana awam. Kita guna duit kita sendiri,” tambahnya.", "Antara yang turut hadir pada majlis berkenaan termasuklah Ketua Pembangkang PN, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai. – HARAKAHDAILY 6/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/06/cuepacs-mohon-gaji-minimum-penjawat-awam-rm1800/
Cuepacs mohon gaji minimum penjawat awam RM1,800
[ "KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya skim gaji minimum penjawat awam dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,800 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermatlamat menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.", "“Sekarang pada 2023 masih lagi RM1,200, sekiranya dicampur dengan elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM350, imbuhan tetap perumahan RM300, imbuhan tetap perkhidmatan awam mengikut gred masing-masing baru mencapai anggaran RM1,900 jauh daripada sasaran menjelang 2025.", "“Kami mencadangkan kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1,800 dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup.", "“Bagaimanapun, sekiranya kerajaan tidak mampu, boleh dinaikkan hingga RM1,500 kerana kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan gaji minimum sektor swasta sebanyak RM1,500,” katanya ketika dihubungi Bernama.", "Pada 1 Mei lepas semasa sambutan Hari Pekerja 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sudah sampai masanya penilaian dan kajian semula dibuat terhadap gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah.", "Sementara itu, seorang penjawat awam Muhammad Shafiq, 36, berkata kenaikan gaji bagi kumpulan bawahan amat wajar kerana kenaikan kos sara hidup sudah tidak relevan dengan gaji RM1,200.", "“Kerajaan juga boleh melihat kepada kenaikan elaun yang sedia ada sekiranya tidak mahu menaikkan yang pokok. Bagi kami yang bujang boleh cukup makan, namun bagi mereka yang sudah berumahtangga sememangnya terkesan.", "“Ada penjawat awam kumpulan bawahan yang melakukan dua atau tiga kerja bagi menampung perbelanjaan harian dan keperluan asas yang lain,” katanya.", "Bagi Eliani Ismail, 37, penjawat awam daripada kumpulan M40 berkata kerajaan juga perlu melihat keperluan kumpulan berkenaan yang turut terkesan dengan ekonomi sekarang.", "“Kami antara kumpulan yang membayar cukai menjana pendapatan negara tapi sering kali terlepas pandang dan memang wajar kajian dibuat membabitkan juga kumpulan M40.", "“Contohnya nak mohon tadika KEMAS tak layak manakala hantar swasta pula mahal, mungkin kerajaan boleh mewujudkan bantuan khas yang bersasar kepada M40 seperti yang dilakukan kepada B40 kerana kami juga tersepit,” katanya. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/06/macam-macam-saya-dengar/
Macam-macam saya dengar…
[ "Semalam saya mendapat berita sahabat lama saya, rakan wartawan, Datuk Norzila Rahman atau lebih dikenali sebagai Wan N meletak jawatan sebagai ketua media pejabat Perdana Menteri.", "Saya faham. Banyak sangat kecelaruan dalam team PMX. Team media yang turut dicelarukan dengan team komunikasi yang diketuai oleh seorang mantan profesor UKM.", "Saya mendapat tahu, betul atau tidak, Wan juga menghadapi tekanan daripada team soldadu cyber PMX, yang melihat Wan seperti “tidak begitu setia” dengan team PH.", "Itu saya tak taulah. Tapi tekanan yang dihadapi oleh Wan cukup kuat. Beliau terpaksa menangani semua sekali, seolah-olah semuanya di bawah tengkuk beliau.", "“Saya kenal beliau sangat. Dia pandai cakap sahaja, kerja tak boleh.” Kata tokoh itu, yang tak perlu saya sebut siapa di sini.", "Dengar kata akhbar Singapura pun sudah mula kritik PMX. Hairan ya? Juga dikatakan Indonesia pun (sudah) tak berapa selesa dengan beliau. Entahlah?", "Namun itulah juga kata-kata secara umum. PMX banyak cakap. Banyak juga beliau buat salah. Menyebabkan team media dan komunikasinya pun pening kepala. Dalam satu segi team medianya nak perkasakan slogan Madani, yang entah ke mana; dan satu segi lagi nak mematahkan janji-janji yang diperkatakan oleh PMX sebelum pilihan raya dulu.", "Antara janji yang saya difahamkan dia sendiri berang apabila ada pihak yang menaikkan semula video itu adalah “jika esok saya jadi Perdana Menteri, maka harga minyak akan turun…”", "Team komunikasi PMX jangan bimbang. Sejak mutakhir ini PM Malaysia asyik bersilih-ganti. Ia bukan sesuatu yang pelik. PMX bakal hilang jawatan, juga bukan pelik. Itulah akibatnya jika parti-parti politik kita mendapat undi “cukup-cukup makan saja”.", "Macam-macam saya dengar. Biarlah saya stop sini dulu. Saya tengah sakit kepala sekarang. Mungkin cuaca panas di luar, sepanas politik negara kita. Tapi ada masakah saya untuk pening kepala?", "Tulisan ini diambil daripada kolum cuit…ZAINI HASSAN yang disiarkan portal BebasNews.PENAFIAN: HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/06/konflik-di-sudan-dan-kepentingan-terhadap-percaturan-geopolitik-dunia/
Konflik di Sudan dan kepentingan terhadap percaturan geopolitik dunia
[ "APAKAH punca sebenar konflik antara tentera Sudan dan kumpulan separa tentera Rapid Support Force (RSF) atau lebih tepat lagi antara Jeneral Abdel Fattah Al Burhan dan Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo? Adakah ia sebenarnya masalah dalaman Sudan atau kemungkinan ada desakan, campurtangan asing yang memainkan peranan di sebalik tabir untuk kepentingan masing-masing?", "Bagi menjawab persoalan di atas, wajar dilihat kepada dua aspek iaitu pertama negara yang berkepentingan dengan Sudan dan kedua persaingan kuasa antara Barat dan pakatan China-Rusia.", "Kedudukan Sudan yang bersempadan dengan Ethopia menjadikannya sangat signifikan kepada Mesir dalam krisis Empangan al-Nahdhah yang menjadi isu utama hubungan antara Mesir dan Ethopia. Bagi Mesir, penerusan projek tersebut oleh Ethopia mengancam sumber air sungai Nil yang menjadi nadi utama sejak zaman berzaman. Sebagai langkah strategik Mesir mengeratkan hubungan dengan Sudan pasca Omar al-Basyir dengan menghantar tenteranya di beberapa lokasi di Sudan. Konflik yang berlaku ini sikit sebanyak merencatkan perancangan Mesir dalam menghadapi seterunya Ethopia.", "Rusia melihat Sudan sebagai satu rakan strategik kerana kedudukannya yang signifikan sebagai pintu ke benua Afrika melalui pelabuhan di Laut Merah. Buat masa ini media Barat melakukan propaganda kononnya Rusia terlibat dalam konflik di Sudan melalui tentera upahan dari Wagner Group yang membantu pihak yang sedang bertelagah di Sudan. ", "China pula melihat Sudan sebagai sebuah negara yang amat penting baginya kerana sumber buminya yang pelbagai dan kaya dengan bahan galian seperti emas, uranium dan lain-lain lagi.", "Israel saat ini sangat khuatir dengan perkembangan yang berlaku di Sudan kerana ia bakal merencatkan perancangan normalisasi hubungannya dengan negara-negara Arab dan Dunia Islam yang ditaja oleh Barat dan beberapa negara Arab yang bersekongkol dengannya khususnya UAE. Dibimbangi jika situasi ini berterusan, ia bakal mengembalikan Sudan seperti zaman Omar al-Basyir yang menyokong kuat perjuangan pembebasan Palestin dari cengkaman negara haram Israel.", "Barat meneliti dengan penuh berhati-hati perkembangan yang sedang berlaku kerana ia bakal mengancam banyak kepentingannya di Timur Tengah dan benua Afrika. Tujuan utama Barat adalah untuk menyekat pengaruh Rusia dan China serta memastikan keselamatan negara haram Israel terjamin.", "Sebelum berlakunya konflik di Sudan, terdapat sekurang-kurangya empat peristiwa penting yang berlaku di Timur Tengah yang berkait rapat dengan persaingan kuasa-kuasa besar dalam mengembangkan kuasanya di Dunia Islam khususnya Timur Tengah.", "Perjanjian pemulihan hubungan antara Arab Saudi dan Iran yang diusahakan oleh China boleh dianggap sebagai “satu malapetaka“ oleh Amerika Syarikat dan sekutunya terutama negara haram Israel. Ia dilihat oleh Amerika Syarikat sebagai peralihan pemusatan kuasa Timur Tengah yang diterajui oleh Arab Saudi kepada seteru mereka iaitu China dan merosakkan usaha Amerika Syarikat untuk memencilkan Iran di kalangan negara Timur Tengah.", "Pelan pemulihan hubungan tersebut berlaku dengan kadar yang amat pantas sehingga pada ketika ini telah berlangsung proses pembukaan Konsulat dan Kedutaan di samping telah bermulanya hubungan perdagangan dan ekonomi antara Arab Saudi dan Iran. Terlepasnya Arab Saudi kepada China akan memberi impak buruk kepada pengaruh Barat di Timur Tengah sama ada dari sudut geopolitik, ekonomi dan ketenteraan.", "Ketika ini sedang berjalan rancak proses pemulihan hubungan antara Turkiye dan Syria yang diusahakan oleh Rusia. Jika berjaya, ia bermakna satu lagi malapetaka besar akan menimpa Barat yang diterajui Amerika Syarikat. Syria sebagaimana Iran telah berjaya “dilumpuhkan“ oleh Barat dengan mengenakan pelbagai sekatan. Amerika Syarikat menjajah satu pertiga bumi Syria yang kaya dengan hasil bumi iaitu minyak dan gas.", "Sebagaimana China, Rusia juga adalah seteru utama Barat apatah lagi ketika ini sedang berlaku perang proksi Barat yang diterajui NATO dengan Rusia di Ukraine. Jika Rusia berjaya meleraikan kekusutan antara Turkiye dan Syria, ia akan membuka ruang yang lebih besar kepada kesatuan antara negara Dunia Islam di Timur Tengah yang sememangnya amat ditakuti oleh negara haram Israel di samping mampu menjadi petanda akan bermulanya kebangkitan Dunia Islam di Timur Tengah yang akan menolak pengaruh dan kekuasaan Barat.", "Barat ketika ini sedang berusaha keras untuk mententeramkan kekusutan politik yang sedang berlaku di negara haram Israel. Namun dalam masa sama, golongan ekstrimis berhaluan kanan zionis Israel yang memegang tampuk pemerintahan ketika ini dengan beraninya menolak campur tangan Barat dalam urusan dalaman mereka.", "Kebangkitan golongan ekstrimis berhaluan kanan zionis yahudi ini sebenarnya telah memberikan kelebihan besar kepada perjuangan pembebasan bumi Palestin yang saat ini menerima dokongan yang lebih kuat kebanyakan negara Dunia Islam terutamanya dari Timur Tengah yang sebelum ini kelihatan amat suram.", "Di samping itu juga pergolakan di negara haram Israel ketika ini jika berlaku dalam tempoh yang panjang dijangka akan melemahkan kedudukan Barat di Timur Tengah yang selama ini bergantung kepada negara haram Israel untuk melemahkan musuh-musuh mereka seperti Iran dan Syria.", "Barat ketika ini telah mula sedar akan impak besar China dan Rusia di Timur Tengah samada dari sudut geopolitik, ketenteraan dan ekonomi. Sekian lama Barat menggunakan strategi “Pecah dan Perintah” ke atas Dunia Islam melalui pelbagai perjanjian seperti Sykes-Picot, Pangkor dan lain-lain lagi sehingga menjadikannya kuasa tunggal sejak Perang Dunia Pertama sehingga ke hari ini. ", "Setelah tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Soviet Union, timbul kuasa-kuasa baharu yang mencabar hegomoni Barat. Secara ringkasnya seteru Barat ketika ini iaitu China dan Rusia telah mengadakan pakatan dan menggunakan pendekatan lebih lunak sehingga berjaya meredakan ketegangan antara negara-negara Timur Tengah. Ini telah mengusarkan Barat dan menjadi mimpi ngeri dalam usaha untuk mengekalkan kekuasaannya.", "Maka disebabkan itu terdapat pandangan dari pengkaji geopolitik dunia yang berpendapat bahawa Barat sebenarnya yang mencetuskan kembali konflik di Sudan dalam usaha “menghuru-harakan“ kembali Timur Tengah dan merosakkan segala agenda pemulihan hubungan yang sedang diusahakan China dan Rusia. Apa yang sedang berlaku, secara tidak langsung akan menggagalkan segala usaha China dan Rusia sekaligus menyekat perluasan pengaruh dua kuasa ini di Timur Tengah.", "Sama-sama kita doakan agar keadaan kembali tenang di Sudan dan pihak-pihak yang bertelagah kembali ke meja rundingan untuk meneruskan proses peralihan kuasa secara aman. Walaupun dalam keadaan gencatan senjata masih lagi berlaku pertempuran, tanda-tanda awal akan berakhirnya konflik di Sudan sudah mula muncul secara beransur-ansur." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/06/opr-naik-rakyat-terbeban/
OPR naik, rakyat terbeban!
[ "Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar OPR memberi kesan kepada pengguna dan peniaga dengan kadar faedah yang lebih tinggi bagi simpanan dan pinjaman akan mempengaruhi orang ramai untuk lebih menyimpan dan kurang berbelanja." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/07/dadah-segi-tiga-emas-diseludup-ke-narathiwat-sebelum-ke-malaysia/
Dadah ‘Segi Tiga Emas’ diseludup ke Narathiwat sebelum ke Malaysia
[ "NARATHIWAT: Polis Thailand mendedahkan syabu dan pil yaba merupakan antara dua jenis dadah yang banyak diseludup masuk ke Malaysia untuk dipasarkan.", "“Penyeludupan dadah itu dibawa masuk dari wilayah utara timur laut negara ini iaitu di kawasan ‘Segi Tiga Emas’. Dadah-dadah tersebut kemudian dibawa ke Narathiwat untuk diseludup ke negara jiran menggunakan pelbagai cara.", "“Justeru, kerajaan Thailand amat bimbang dengan situasi tersebut kerana Narathiwat merupakan wilayah dan lokasi yang mudah untuk pengedaran dadah khususnya ke Malaysia di sempadan Kelantan,” katanya semasa sidang media di pejabatnya di sini semalam.", "Anuruth Imarb juga berkata, setakat ini pihaknya berjaya membuat rampasan dadah terbesar dengan nilai sebanyak RM20 juta seberat 2,000 kilogram (kg) pada 2 Julai dan 10 Ogos tahun lepas." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/07/14600-terbunuh-akibat-keganasan-senjata-api-di-as/
14,600 terbunuh akibat keganasan senjata api di AS
[ "WASHINGTON: Seramai 14,600 orang maut akibat keganasan senjata api di Amerika Syarikat setakat ini pada 2023, menurut Arkib Keganasan Senjata pada Sabtu.", "Satu lagi kejadian tembakan besar-besaran akhir bulan lalu berlaku di Texas apabila seorang lelaki bersenjata membunuh lima jirannya, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, menggunakan senapang AR-15 di rumah mangsa di Cleveland pada 28 April." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/07/pas-sandakan-tumpu-gerak-kerja-di-dun-sungai-sibuga/
PAS Sandakan tumpu gerak kerja di Dun Sungai Sibuga
[ "SANDAKAN: PAS Zon Sandakan memberi tumpuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Sibuga bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) pada masa akan datang.", "Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Sahar Abdul Majid berkata, tumpuan diberi di Dun tersebut dengan mengambil kira majoriti pengundi dalam kalangan kaum Melayu iaitu 80 peratus, ada potensi PAS meraih kemenangan sebagai mewakili Perikatan Nasional (PN).", "“Kemenangan di Dun Sungai Sibuga boleh menjadi pencetus kemenangan PAS di kawasan lain, lagi pun kami tidak pernah ketandusan pemimpin pelapis di sini,” katanya pada Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Zon tersebut di SERI Ar-Raudah hari ini.", "Mohd Sahar yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan berkata, petugas pilihan raya PAS mesti terus istiqamah dan sentiasa mendekati masyarakat sebagai sebahagian gerak kerja pilihan raya.", "Sementara itu Ketua Muslimat Sabah, Norsah Bongsu turut menginggatkan muslimat supaya selalu hadir ke program anjuran parti supaya dapat memahami dan mengelakkan keciciran maklumat.", "Manakala Yang Dipertua (YDP) PAS Libaran, Abdul Wara memberitahu usaha mencari dana kewangan pilihan raya telah digerakkan untuk memastikan kelancaran gerak kerja PRN.", "YDP Batu Sapi, Ahmad Naufal turut menginggatkan semua jentera dapat memberi kerjasama sepenuhnya bagi mendepani PRN untuk memastikan gerak kerja PAS lebih menyeluruh di Dun Sungai Sibuga. – HARAKAHDAILY 7/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/07/acca-kerajaan-terengganu-bangga-pencapaian-safwa/
ACCA: Kerajaan Terengganu bangga pencapaian Safwa
[ "KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan Syabas kepada Safwa Zamri, 19, yang menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize.", "Safwa yang merupakan ‘hafizah’ adalah pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus menduduki tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi sesi Mac lepas.", "Bernama melaporkan, Safwa menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize bagi kertas ‘FA1-Rekod Transaksi Kewangan’ dengan memperoleh markah 98 peratus, sekali gus berada pada kedudukan pertama di Malaysia.", "Safwa berkata beliau tidak mempunyai asas pengajian perakaunan kerana mengambil aliran sains tulen dan hafazan (agama) ketika belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Besut.", "Beliau memperoleh keputusan 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran ketika berada di tingkatan dua iaitu selepas dua tahun menghafaz al-Quran.", "Menurutnya, ketika mahu menyambung pelajaran ke UiTM, ibu bapanya mencadangkan supaya dia memilih jurusan perakaunan kerana sesuai dengan kebolehannya, selain memang minat matematik.", "“Empat adik-beradik saya lulusan perubatan dan kejuruteraan, jadi biar ada seorang dalam bidang perakaunan,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Pengkalan Kubur, Besut.", "“Ketika mula belajar akaun, saya sedikit buntu tapi saya atasinya dengan kerap membuat latihan dan ulang kaji hingga akhirnya timbul minat terhadap bidang itu,” kata anak kepada pasangan guru, Zamri Mohd Amin dan Rashidah Ab Rahman. – HARAKAHDAILY 7/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/07/prn-pembahagian-kerusi-pn-hampir-selesai/
PRN: Pembahagian kerusi PN hampir selesai
[ "LARUT: Perbincangan mengenai pembahagian kerusi parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri telah hampir selesai.", "“Banyak kali dah kita bincang, Insya-Allah tinggal tiga atau empat kerusi yang perlu kita lakukan perbincangan lebih lanjut,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut di sini, hari ini.", "Mengenai Pemilihan Bersatu 2023, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata pemilihan parti akan diadakan setelah selesai PRN di enam negeri berkenaan. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/07/beza-kita-dengan-dap-satu-peringatan/
Beza kita dengan DAP: Satu peringatan
[ "Orang Melayu Islam DAP sanggup mendapat habuan yang sedikit dengan melepaskan hak Melayu Islam. Kita sanggup melepaskan habuan yang sedikit demi menjaga hak Melayu Islam daripada terlepas:", "“Mereka menukar ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. Lalu mereka menghalangi manusia dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan.”", "DR MUSLIM – HARAKAHDAILY 7/5/2023PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/07/pemukiman-dewan-ulamak-tganu-semarak-daya-juang/
Pemukiman Dewan Ulamak T’ganu semarak daya juang
[ "Menurut AJK dewan itu, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek pelbagai program dirancang bagi mendepani pilihan raya negeri dalam masa terdekat dan memperkasakan perjuangan PAS di negeri ini." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/07/gerakan-menyingkirkan-islam-di-sudan/
Gerakan menyingkirkan Islam di Sudan
[ "APABILA kerajaan pimpinan Presiden Omar al-Bashir dikuasai oleh kumpulan Islam, banyak penyelesaian dalam negaranya berlaku secara aman. Kerajaannya pula dipilih secara demokrasi yang juga memberikan kemenangan kepada kumpulan Islam, sekali gus menjadikannya sasaran sikap ‘double standard’ antarabangsa yang dibayangi oleh Zionis dan Salibiyyah yang tidak menghentikan permusuhannya terhadap Islam.", "Dalam pada itu, Sudan pula kaya sumber buminya khususnya kesuburan bumi yang berada di Lembah Nil, banyak membantu sumber makanan kepada negara Afrika Timur dan negara Arab. Hasil perut buminya banyak menjadi sumber yang masih terpendam khususnya emas, nadir bumi, petroleum dan uranium yang menarik perhatian semua pihak.", "Kedudukan negaranya yang strategik di Laut Merah dalam laluan antarabangsa juga menjadi perhatian kuasa besar dunia timur dan barat. Semua faktor tersebut meletakkan Sudan sebagai sebuah negara yang dijadikan sasaran oleh semua pihak.", "Kedatangan Islam sejak awal di Sudan menjadikan pengaruh ajaran Islam yang sangat kuat, sehinggakan rakyatnya yang berbangsa Afrika boleh berbahasa Arab dan disenaraikan dalam kalangan negara Arab. Sudan juga telah melahirkan ramai ilmuwan Islam, sebahagiannya berada di Sudan dan sebahagian lagi berada di luar negara, khususnya di Eropah dan Amerika yang banyak memberikan sumbangan dakwah Islam kepada penduduk setempat dan para pelajar daripada negara Islam yang mencetuskan kesedaran Islam dan membawanya pulang ke negeri masing-masing.", "Kerajaan Sudan juga antara pihak yang paling banyak membantu perjuangan Palestin dan Afghanistan, khususnya daripada kalangan kumpulan Islam. Sehinggakan, mereka dituduh menjadi penyumbang kepada kumpulan pengganas, khususnya oleh negara haram Israel dan sekutunya.", "Israel pernah melancarkan serangan udara ke atas Port Sudan yang dituduh menjadi pangkalan bagi membantu Palestin oleh negara Iran dan lain-lain negara. Keutamaan pihak Zionis ialah menyekat bekalan kepada kumpulan Islam yang dilabelkan pengganas itu.", "Selain itu, mengambil kira hubungan yang mesra antara Sudan dengan Iran yang juga disenaraikan sebagai pengganas kerana menguatkan kumpulan negara yang anti-Zionis, bahkan Sudan termasuk salah sebuah negara yang tidak mengiktiraf negara haram Israel. Akhirnya, Sudan disenaraikan dalam negara yang dimusuhi kerana kononnya bersama pengganas.", "Maka, banyaklah langkah bertindak terhadap negara Sudan diambil, bermula daripada kepungan ekonomi, politik dan media, sehingga menyeret Presiden Omar al-Bashir ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana tuduhan jenayah yang sengaja diada-adakan ke atasnya. Walaupun tindakannya sebelum itu adalah menentang pemberontakan yang berlaku di wilayah Darfur dan Selatan Sudan yang juga dicetuskan oleh campur tangan asing.", "Tiada beza bandingannya dengan keganasan yang nyata terhadap Afghanistan dan Iraq yang dipejamkan matanya, dengan alasan bertopengkan menentang keganasan dan mendukung kebebasan demokrasi.", "Terdapat kajian-kajian yang dirancang untuk memecahkan Sudan kepada beberapa wilayah menjadi negara baharu yang diwujudkan mengikut agenda Sykes-Picot dahulu. Perkara ini dilakukan dengan mengambil kesempatan daripada pecahan kabilah yang menjadi penyusunan masyarakat Sudan dan juga krisis ekonomi yang disebabkan oleh kepungan yang dikenakan ke atasnya.", "Secara terbuka, pihak asing telah memberikan bantuan kepada wilayah dan suku kaum yang menentang kerajaan Sudan. Akhirnya, wilayah Selatan Sudan yang bermajoriti bukan Islam, tetapi pesat perkembangan Islamnya terpaksa diberikan kemerdekaan, namun hasil bumi yang menjadi sasaran negara Barat dan Israel seperti hasil petroleum tidak dapat dikeluarkan kerana kedudukan geografinya berada di pedalaman Afrika tanpa pelabuhan dan pangkalan menyebabkan terpaksa melalui negara Sudan juga.", "Negara yang rakus gagal mendapat manfaat yang banyak, adalah satu tindakan politik bagi meredakan tekanan terhadap negara Sudan. Negara Selatan Sudan terus bermasalah dan perkembangan Islam di sana tetap terus berlaku.", "Kesempatan juga diambil daripada krisis Darfur yang kaya sumber buminya, dengan kewujudan kumpulan separa tentera Rapid Support Force (RSF) pimpinan Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo (Hamidati), seorang pemimpin Badwi yang tidak berpendidikan tinggi. Beliau juga merupakan seorang peniaga unta dan pakaian, sehinggakan mempunyai lombong emas yang sangat kaya, malah dikatakan mempunyai hubungan dengan usahawan Israel.", "Asalnya kumpulan RSF ditubuhkan daripada pasukan yang berperanan mengawal urusan perniagaannya untuk menentang perompak di padang pasir Sudan, Libya dan Chad sehingga mendapat sokongan daripada beberapa kabilah di sekitarnya.", "Pada awalnya, Presiden Omar al-Bashir menggunakan kumpulan RSF bagi menentang pemberontakan yang melanda di Darfur. Sehingga mereka diizinkan dengan jumlah yang sangat besar dan dipersenjatai dengan kekayaannya sendiri, serta bantuan pihak asing. Pasukannya pula diiktiraf menjadi sebahagian daripada pasukan tentera Sudan.", "Hamidati dipergunakan bagi mendukung penggulingan kuasa oleh pihak tentera terhadap kerajaan Omar al-Bashir yang telah dicatur oleh pihak asing kerana alasan Barat untuk mengekang peranan Islam yang dilabel sebagai pengganas. Bersamanya parti-parti yang berkonsepkan sekular termasuk kalangan parti yang paling kanan fahaman liberalnya dan parti yang paling kiri fahaman komunisnya.", "Setelah berjaya menggulingkan kerajaan terdahulu selepas diberikan jalan oleh tentera, diikuti pula dengan protes yang dilakukan melalui demonstrasi jalanan. Tindakan itu diambil dengan alasan tentera di bawah Jeneral Abdel Fattah al-Burhan masih mengekalkan kalangan Islam dan masih mengekalkan penyokong Omar al-Bashir berada dalam kerajaan, serta alasan pelaksanaan demokrasi yang sebenar tanpa penglibatan kumpulan Islam.", "Apabila pihak tentera bersetuju kepada peralihan demokrasi dan pilihan raya umum, termasuklah cadangan agar tentera RSF yang ditubuhkan itu digabungkan menjadi satu dalam tentera Sudan, namun mereka tidak menerima cadangan tersebut.", "Tiba-tiba diramalkan sekiranya diadakan pilihan raya, ia pasti akan dimenangi oleh kumpulan Islam dan ingin terus mengekalkan pasukan tentera RSF. Maka, diatur suatu rampasan kuasa melalui pasukan RSF dengan bantuan luar daripada negara serantau dan Barat bagi menggulingkan kerajaan tentera yang dikira bersekongkol dengan kumpulan Islam.", "Mereka datang secara berduyun-duyun ke Khartoum, ibu negara tanpa kebenaran pihak tentera. Apa yang berlaku merupakan langkah yang sangat terbuka apabila ia dilaporkan oleh media tanpa menghiraukan amaran pihak tentera.", "Gerakan mereka yang gelojoh dengan sokongan asing daripada negara serantau dan Barat itu terdedah dan ditentang oleh tentera yang lebih kuat kelengkapannya.", "Namun, negara luar tidak berani campur tangan secara langsung kerana keberanian bersejarah rakyat Sudan yang pernah menentang penjajah British dan membunuh Jeneral Charles George Gordon yang mengepalainya pada tahun 1885. Kejadian itu mendahului peristiwa terkini yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan Syria yang masih menjadi igauan yang mengerikan mereka.", "Kini, mereka lebih mengambil pendekatan diplomatik dengan menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Kesatuan Eropah (EU), Kesatuan Afrika (AU) dan beberapa negara dengan mendesak gencatan senjata dan perdamaian dengan alasan membendung masalah kemanusiaan. Walaupun sebenarnya lebih bertujuan politik bagi menyelamatkan pemberontak yang terkepung di kawasan bandar di celah-celah rakyat awam yang dijadikan perisai manusia.", "Bahkan, kumpulan pemberontak telah dihalang segala bekalannya dan mereka gagal mendapatkan bantuan tambahan daripada berbagai-bagai wilayah serta pihak luar. Langkah memberi nafas kepadanya dengan mendapat bantuan melalui campur tangan asing hanya menukar konflik yang berlaku kepada perang saudara secara proksi atau akan memanjangkan lagi krisis yang tercetus.", "Adapun Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab (AL) pula tidak diberikan peranan dan tidak dapat bersuara secara lantang, maka ia menunjukkan betapa peranan Islam telah dinafikan. Mesir pula sangat memelihara hubungannya dengan negara Sudan dalam semua situasi kerana kedudukan geografi khususnya Sungai Nil, malah bagi menghadapi ancaman Ethiopia yang membina empangan yang mengancam negara Mesir dan rakyatnya.", "Kita menyaksikan masing-masing setiap negara itu sekadar berusaha untuk menyelamatkan rakyatnya daripada terperangkap, tanpa ada keberanian untuk bertindak secara menyerang seperti yang dilakukan ke atas Afghanistan dan Iraq.", "Apa yang penting, semua yang berlaku itu menunjukkan betapa sikap permusuhan mereka terhadap Islam dengan menghalang usaha bagi mengembalikan kuasa politik Islam dilakukan sepanjang zaman. Sehinggakan, mereka menolak kemenangan yang diperoleh melalui demokrasi secara damai yang menjadi keutamaan Islam, sekali gus menunjukkan kebenaran firman Allah SWT:", "“…Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sehingga mereka (dapat) memesongkan kamu daripada agama kamu (dengan meninggalkan Islam), seandainya mereka sanggup…” (Surah al-Baqarah: 217)", "Tujuannya ialah sama ada umat Islam murtad meninggalkan Islam sehingga semuanya boleh menganut apa sahaja agama selain daripada Islam, atau meninggalkan sebahagian daripada ajaran Islam. Khususnya, ajaran Islam mengenai politik memerintah negara yang dianggap akan mengembalikan semula kuasa Islam yang dituduh menjadi ancaman kepada mereka.", "Mereka tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Islam yang diamalkan itu hanya dari aspek ibadat dalam semua lapangannya, undang-undang kekeluargaan dan kebajikan masyarakat tanpa kuasa politik dan ekonomi yang menjadi ancaman kepada mereka.", "Oleh itu, semua perkara yang dapat mengembalikan semula kuasa Islam khususnya dalam aspek politik, ekonomi dan pendidikan teknologi pasti akan dihalang dengan berbagai-bagai cara dan helah walaupun Islam itu adil dan membawa keamanan.", "﴿وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ…١٠٩﴾", "“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dalam diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran…” (Surah al-Baqarah: 109)", "Campur tangan terhadap krisis Sudan telah mendedahkan tujuan anti-Islamnya. Mereka memejamkan mata terhadap jenayah perang yang secara nyata berlaku di Palestin, Afghanistan, Iraq dan lain-lain negara.", "Seterusnya, mereka melaksanakan strategi bagi menjaga keselamatan negara haram Israel, apabila kedudukan Sudan yang penting di Laut Merah dilihat menjadi pangkalan kepada semua bantuan kepada kalangan penentang Israel. Pada masa yang sama, Sudan juga menjadi tempat perlindungan kepada para pemimpin Palestin yang dilabelkan oleh Israel dan sekutunya dalam senarai pengganas seperti Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah.", "Justeru, langkah menjatuhkan kerajaan Omar al-Bashir dan tuduhan pengganas yang dilemparkan terhadapnya secara nyata menjadi alasan bagi menggulingkannya dengan sokongan negara Barat dan serantau yang pro-Israel, bersama langkah memaksa Sudan melakukan normalisasi dengan negara haram tersebut. Polisi yang dilakukan itu gagal kerana mendapat bantahan rakyat Sudan yang masih kuat pegangan Islamnya.", "Setelah gagal mengambil alih kuasa sepenuhnya melalui rampasan kuasa yang pertama dan kegagalan tindakan penipuan politik selepasnya atas nama demokrasi bagi meminggirkan Islam, maka dilakukan rampasan kuasa kedua melalui tentera RSF. Langkah itu mendapat sokongan parti-parti sekular berhaluan kanan dan kiri, kerana pengaruh Islam yang kuat dalam angkatan tentera Sudan serta jentera kerajaan dan rakyat menyebabkan kegagalannya walaupun mendapat sokongan daripada negara serantau dan Barat bersama Israel.", "Maka, mereka berpindah kepada langkah politik dengan alasan untuk menyelamatkan kalangan yang terperangkap dengan alasan gencatan senjata dan kemanusiaan kerana menjadi mangsa peperangan.", "Walaupun persetujuan telah dicapai bagi peralihan kerajaan melalui pilihan raya, namun ia dicabuli kerana diramalkan kemenangan akan berpihak kepada kumpulan Islam. Lantas, rampasan kuasa diaturkan supaya dinafikan penyertaan kumpulan Islam.", "Apa yang berlaku ini sekali gus menunjukkan bahawa sistem demokrasi mesti menyebelahi mereka sahaja tidak kepada Islam. Mereka boleh menerima apa sahaja ideologi yang tidak Islam, sama ada ideologi kanan yang paling liberal atau ideologi kiri yang paling ekstrem seperti parti komunis Sudan.", "Setelah mereka menemui kegagalan, keadaan itu memaksa berlaku peperangan dengan pihak tentera yang lebih lengkap persenjataannya, tambahan lagi pihak luar yang bersekongkol gagal memberikan bantuan kerana semua jalan bantuan ditutup kerana telah dikuasai oleh tentera Sudan dan rakyat yang mendukungnya. Maka, dilakukan langkah menyelamatkan manusia melalui isu kemanusiaan kononnya ingin menyelamatkan warga asing dan membantu mangsa peperangan atau menentang pengganas.", "Kelak, pihak Islam pula yang akan dituduh sebagai pengganas, mereka pula digelarkan sebagai kumpulan pendamai, pendukung kebebasan dan demokrasi yang menipu.", "﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ١١٨ هَـٰٓأَنتُمْ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ١١٩ إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٞ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٞ يَفۡرَحُواْ بِهَاۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّكُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيْـًٔا ۗإِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ١٢٠﴾", "“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang bukan daripada kalanganmu menjadi teman kepercayaanmu, (kerana) mereka tidak henti-henti akan berusaha (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu ingin memahaminya. (118) Awaslah kamu! Kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata ‘Kami beriman’, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka), ‘Matilah kamu kerana kemarahanmu itu.’ Sesungguhnya, Allah mengetahui segala isi hati. (119) Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak akan mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya, Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (120)” (Surah Ali ‘Imran: 118-120)", "Kini, situasi menunjukkan pihak berkuasa tentera mengarahkan anggota polis bagi menjaga keamanan di kawasan yang telah dibebaskan, bank perdagangan pun dibuka semula dan rakyatnya sendiri dapat menguruskan mangsa peperangan di kawasan-kawasan yang aman.", "Pihak tentera pula menerima gencatan senjata dan terus menyerang kawasan persembunyian pemberontak yang tidak mendapat sokongan rakyat. Pakar ketenteraan menyatakan peperangan tidak bersifat peperangan bandar sebagaimana yang dilaporkan oleh media, tetapi bersifat penentangan terhadap pemberontak yang terkepung dalam bandar serta terhalang mendapat bantuan dan bekalan. Dalam keadaan itu, tentera Sudan menggempur pangkalan musuh yang berselerak dalam keadaan berhati-hati bagi menyelamatkan rakyat yang terperangkap.  ", "﴿وَقَدۡ مَكَرُواْ مَكۡرَهُمۡ وَعِندَ ٱللَّهِ مَكۡرُهُمۡ وَإِن كَانَ مَكۡرُهُمۡ لِتَزُولَ مِنۡهُ ٱلۡجِبَالُ٤٦ فَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ مُخۡلِفَ وَعۡدِهِۦ رُسُلَهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٞ ذُو ٱنتِقَامٖ٤٧﴾", "“Dan sesungguhnya mereka telah membuat makar (perancangan menipu) yang besar, padahal di sisi Allah itulah (balasan terhadap) makar mereka itu. Dan sesungguhnya, makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya. (46) Kerana itu, janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada para rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan. (47)” (Surah Ibrahim: 46-47)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/dibelenggu-industri-hutang-pn-ikrar-bantu-rakyat/
Dibelenggu industri hutang: PN ikrar bantu rakyat
[ "KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) berikrar akan berjuang untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang khususnya di Selangor demi untuk membela nasib rakyat yang kini dibelenggu kemiskinan akibat daripada ketamakan industri hutang di negara ini.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, Selangor merupakan negeri yang mempunyai kekayaan yang tinggi dan mampu membantu negeri-negeri miskin di negara ini yang memerlukan bantuan kewangan.", "“Kita masih lagi belum keluar daripada frasa kemelesetan ekonomi impak pandemik Covid-19,  dan keadaan masih tidak berubah walaupun Pakatan Harapan (PH) memegang tampuk pemerintahan negara ketika ini,” katanya.", "Turut hadir ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.  ", "Bukan itu sahaja, beliau juga menyatakan semakin kecewa dengan sifat pemerintahan PH yang langsung tidak memfokuskan ekonomi rakyat secara menyeluruh tetapi lebih kepada agenda politik peribadi semata-mata.", "“Beliau (Rafizi) hanya berkata rakyat tidak terkesan dengannya (kenaikan OPR) tetapi hakikatnya lihat sendiri kesannya, rakyat semakin tertekan dengan kenaikan hutang rumah dan kos hidup,” ujarnya.", "Razali juga melihat bahawa tindakan Menteri Ekonomi tersebut yang mengelak daripada memberi respons terhadap isu ekonomi lain termasuklah kerakusan industri hutang dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebagai tindakan yang jelas mementingkan politik semata-mata.", "“Oleh sebab itu, kami (PN) perlu menang dalam PRN ini supaya dapat bantu dalam menyelesaikan masalah isu kemiskinan rakyat termasuklah mengenai riba.", "“Perkara ini sendiri pun adalah jaminan yang perlu kami laksanakan kepada rakyat walau apa pun kerana kami sendiri yang akan menanggung akibatnya jika tidak melakukan demikian,” katanya.", "Dalam pada itu, beliau juga berkata Bersatu mengesahkan bahawa proklamasi Orang Melayu yang telah ditandatangani tiga pemimpinnya sebelum ini tiada kaitan dengan PRN dan bukan mewakili parti itu, tetapi sebagai individu.", "Terdahulu, laporan media sebelum ini menyebut bahawa tiga pemimpin Bersatu turut menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri dan Pengerusi GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – HARAKAHDAILY 8/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/apa-beza-guna-pili-bomba-di-george-town-dengan-rantau-panjang/
Apa beza guna pili Bomba di George Town dengan Rantau Panjang?
[ "RAKYAT membaca laporan berita berkaitan ‘masalah kerosakan komponen tangki air’ yang dihadapi Penduduk Blok D Fasa II Flat UDA Tanjung Tokong, George Town sejak Mac hingga April baru-baru ini.Mereka terpaksa mencuci peralatan memasak di pili bomba berhampiran berikutan masalah pam air yang rosak setelah pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membuka saluran pili bomba sebagai alternatif bagi kegunaan penduduk.Seramai 1,200 penduduk di flat berkenaan terjejas bekalan air susulan berlaku kerosakan pada komponen di tangki air sebelumnya, namun kerjasama pihak PBAPP, Uda Holdings dan pihak bomba telah berjaya menyelesaikan masalah rakyat. Jadi apa isunya pula di Rantau Panjang apabila YB Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersungguh-sungguh ‘menyiasat’ YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff di atas isu dan permasalahan yang sama di Georgetown? Sikap ‘double standard’ jenis apakah yang mahu pemimpin DAP itu mainkan?Memang Kelantan sentiasa ‘mengalu-alukan’ apa jua jenis siasatan jika musuh politik kelihatan lapar dan desperado politik. Sejak zaman Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi kita sebutkan mana-mana pintu terbuka 25 jam sehari dan 8 hari seminggu untuk ‘siasatan’ apa pun. Dan terbukti sehingga kini, 33 tahun Kelantan ditadbir dengan Islam, tiada seorang pun pimpinan PAS yang terpalit kes rasuah atau salah laku serta guna kuasa.Jauh berbeza dengan pimpinan DAP yang memerintah sekejap sahaja di Pulau Pinang, terus terpalit kes pembelian banglo mewah di bawah paras harga pasaran. Kes itu kemudian digugurkan sewaktu PH memerintah 22 bulan dahulu. Apapun pemimpin DAP jangan lupa bahawa ia ‘dilepaskan tanpa dibebaskan’. Begitu juga isu rasuah terowong bawah tanah dan lain-lain skandal. Itu sudah cukup membezakan PAS dengan DAP.ABDULLAH FARHANDarulnaim Research Center – HARAKAHDAILY 8/5/2023Rujuk: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/954908/masalah-kerosakan-komponen-tangki-air-selesai-minggu-depan-uda " ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/kor-ming-dap-cuba-buli-kelantan-seperti-umno-bn/
Kor Ming DAP cuba buli Kelantan seperti Umno-BN
[ "KERAJAAN Pusat zaman Umno-BN dahulu terang-terangan membuli Kelantan dalam aspek pembangunan air negeri. Selama 16 tahun lebih Kelantan hadap ‘lost development years’ akibat federalisma ala Umno-BN yang ke laut.Selepas itu pun, kewangan Pusat yang turun hanya berbentuk pinjaman, bukannya geran seperti negeri lain diperintah BN. Pinjaman pula sikit demi sikit diberikan, bukan secara ‘lump sum‘ untuk memudahkan proses pemulihan dan pembangunan air negeri. Pendek kata Federal buli Kelantan cukup teruk zaman itu.Nga Kor Ming dari DAP pula beberapa hari ini dilihat tidak jauh beza dengan BN zaman dahulu. Ya memang tidak bezalah, sebab mereka tidur sebantal, mimpi mungkin lain-lain, tapi perangai sudah jadi sama. Sepadanlah dengan Kerajaan Perpaduan PH-BN saat ini. Kenyataan media seakan menekan dan menyiasat di mana dilihat secara jelas membuli Ahli Parlimen yang kuat bekerja untuk rakyat diwakilinya iaitu YB Dato’ Siti Zailah Yusoff atau Kak Lah adalah satu kesilapan besar. Jelas bergambar sebagai bukti nyata dalam media sosial, menyaksikan pihak bomba setempat yang membuka pili untuk dimuat naik air ke dalam lori air kontrak AKSB yang seterusnya diagih kepada rakyat. Jadi, apa isunya Kor Ming?Merujuk kepada kenyataan Pengarah Bomba Negeri, ramai yang menyarankan agar dirujuk kepada persefahaman lama yang telah wujud antara AKSB, pihak syarikat Lori Air Kontrak dan bomba dalam isu penggunaan air di pili bomba ini. Ia telah lama ‘selesai’, insya-Allah.Seharusnya dalam kegetiran rakyat memerlukan air untuk pengurusan rumahtangga masing-masing, isu pili bomba di Rantau Panjang ini tidak diperbesarkan. Apa Kor Ming ingat rakyat Kelantan akan menyokong DAP yang dilihat galak membuli YB Kak Lah atau rakyat akan gembira dengan huluran air hasil kerjasama YB dan bomba setempat? Jawapan itu YB Menteri sedia tahu bukan?Atau Kor Ming mahu mengalihkan pandangan umum kepada perkara-perkara besar yang lain? Antaranya pengumuman Perdana Menteri ke-10 (PMX) akan laba besar yang akan Kerajaan Pulau Pinang perolehi dalam projek LRT? Dan mungkin tidak lama lagi juga projek tambak laut dan terowong bawah tanah? Pukul kepala gosok paha?Apa sekalipun diharap agar orang awam tidak terkeliru dengan laporan MalaysiaKini berkait ‘penafian Pengarah Bomba Negeri’ iaitu:i.    menurut Seksyen 42(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, AKSB selaku pemegang lesen perkhidmatan air hendaklah membenarkan Jabatan Perkhidmatan Bomba untuk mengambil air untuk memadamkan kebakaran daripada mana-mana sesalur air utama atau paip lainnya yang dipasang dengan pili bomba;ii.    Seksyen 23(1) Akta Perkhidmatan Bomba 1998 membenarkan pihak berkuasa air dan ejennya (AKSB) untuk menggunakan mana-mana pili bomba atau saliran air kepadanya;iii.    Persefahaman dengan Jabatan Bomba & Penyelamat telah dibentuk berkenaan hal ini khususnya dalam menghadapi saat-saat kecemasan dan atas kepentingan awam.Di dalam Seksyen 42(1) itu, AKSB perlu memberi kebenaran kepada bomba; maknanya jika AKSB tidak beri kebenaran, bomba tidak akan dapat guna air walaupun di dalam pili bomba yang mana di sini rakyat tahu siapa ‘tuan air’ dan siapa ‘tuan pili’. Asas sahaja. Manakala Seksyen 23(1) jelas menyatakan pihak berkuasa air (Kerajaan Negeri Kelantan) dan ejennya (AKSB) boleh mengguna mana-mana pili bomba – sekali lagi menjelaskan siapa ‘tuan’ kepada bekalan air. Seksyen 23 juga menyatakan adalah menjadi kesalahan sekiranya mana-mana pihak menggunakan air di dalam pili bomba tanpa kebenaran pihak bomba (mana-mana pihak itu ialah selain daripada pihak berkuasa air dan ejennya) ~ jelas di sini pihak-pihak lain perlu mendapat kebenaran bomba, tetapi Kerajaan Negeri dan AKSB tidak perlu mendapat kebenaran bomba. Isunya di sini adakah YB Kak Lah itu ‘mana-mana pihak’ atau YB itu ‘AKSB’? Kalau lori yang YB Kak Lah guna itu sudah sememangnya lori kontraktor AKSB, maka lori itu tidak lagi termasuk dalam ‘mana-mana pihak’ yang memerlukan kebenaran bomba. Bahkan lori itu ialah ‘AKSB’ yang boleh ambil air dari pili bomba tanpa perlu dapat kebenaran bomba pun.NAZMAN CHE IBERAHIMDarulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 8/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/pn-pahang-sambut-baik-titah-pemangku-raja/
PN Pahang sambut baik titah Pemangku Raja
[ "KUALA LUMPUR: PERIKATAN NASIONAL Pahang menyambut baik titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.", "“Kami daripada Perikatan Nasional Pahang menyambut baik dan menjunjung titah Tuanku,” ujar Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.", "Katanya, antara kesimpulan beliau berkenaan dengan titah Pemangku Raja Pahang ialah isu-isu yang melibatkan kelestarian alam dan khazanah kekayaan negeri hendaklah diurus dengan teratur dan cermat.", "Beliau juga menyatakan penghargaan kepada kerajaan negeri yang telah menggazetkan kawasan Hutan Simpan Gunung Ais sebagai kawasan kawalan bagi Harimau Malaya.", "Titah baginda, 66 tahun itu sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan meraikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/kelantan-terus-komited-kekal-kawasan-hutan/
Kelantan terus komited kekal kawasan hutan
[ "Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, program terapi itu selaras keupayaan Kelantan memiliki 51 peratus kawasan hutan dan 42 peratus kawasan hutan simpan kekal berkeluasan 629,880.95 hektar.", "“Ia merupakan konsep dibangunkan melalui penyelidikan untuk mengekalkan atau memulihkan kesihatan fizikal dan mental manusia dengan melakukan aktiviti kesihatan dalam hutan,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri di Taman Eko Rimba Jeram Linang di sini hari ini.", "Turut hadir anggota Exco Kerajaan Negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail; Timbalan Setiausaha Kerajaan, Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Pengarah Perhutanan Abdul Wahab Deraman.", "Mohd Amar juga berkata, kerajaan negeri terus komited untuk mengekalkan kawasan hutan yang mencukupi bagi kesejahteraan hidup serta tidak mengenepikan arus pembangunan dan tekanan ekonomi sekarang.", "“Pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar perlu diseimbangkan, saya percaya sektor perhutanan akan terus memainkan peranan sebagai salah satu penyumbang hasil kepada kerajaan negeri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/kita-terpaksa-masak-nasi-tambahan-ustaz-fauzi/
Kita terpaksa masak nasi tambahan – Ustaz Fauzi
[ "TASEK GELUGOR: Lebih 10,000 pengunjung meraikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Pulau Pinang di padang awam bersebelahan Masjid Jamek Ar-Rahmani Kampung Banggol dekat sini, semalam.", "Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, majlis yang dijadualkan berlangsung jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang dimulakan lebih awal selepas orang awam sudah beratur seawal jam 10 pagi.", "“Makanan pun dah banyak habis. Kita terpaksa masak nasi tambahan. Kita masak lagi laksa, dah habis kita masak lagi, kemudian kita tempah lagi air dan sebagainya,” katanya yang ditemui Harakahdaily.", "Bahkan, katanya menu istimewa Nasi Daging Tasek Gelugor yang cukup sinonim di daerah itu menjadi tumpuan pengunjung apabila pihaknya terpaksa memasak sejumlah 120 kilogram beras khusus untuk tetamu yang hadir.", "Jelas Fauzi, dua ekor lembu ditumbangkan untuk melengkapi menu nasi daging malah lauk tambahan terpaksa disediakan dan dimasak lagi untuk meraikan tetamu yang berpusu-pusu memenuhi pekarangan program sejak bermula sehingga penghujung majlis.", "“Buah-buahan pun kita terpaksa tempah lagi sebab dah banyak habis, saya pun tidak pasti berapa kotak yang ditambah. Kita tambah air. Sate masih lagi ada. Tiap-tiap menu semuanya sudah habis.", "“Kita nampak, sambutan kepada rumah terbuka ini cukup memberangsangkan, dan kedatangan rakan parti kita daripada Bersatu, Gerakan, parti Bersama Malaysia (MU) juga sampai dan masyarakat di sekitar ini jugalah tanpa mengira latar belakang politik turut hadir ke majlis ini,” katanya.", "“Kita ada Nasi Daging Tasek Gelugor, laksa, mihun sup, sate, kuih raya, rojak buah dan macam-macam lagi, semua itu untuk tetamu kita,” ujarnya.", "Katanya, pengunjung yang hadir pada sambutan Rumah Terbuka PAS negeri tahun ini lebih ramai berbanding tahun lalu yang cuma dihadiri seramai 4,000 tetamu.", "“Kalau nak ikut hari ini punya atur cara kita menyediakan juadah untuk lebih kurang 4,000 pengunjung. Pukul 12.30 banyak makanan dah habis.", "“Sedangkan tahun sudah, kita menyediakan untuk lebih 4,000 pengunjung juga, tapi makanan banyak tak habis. Sebab itu kita pun tidak mahu letak lebih (makanan).", "“Tapi tahun ini di sini, kita tidak jangka, makanan habis awal, tahun sudah kita meleret sampai jam 4 petang, tiga periuk nasi tak habis, tahun ini terpaksa ‘cover’ dengan nasi tambahan,” jelasnya.", "Ini, ujarnya sekali gus menyangkal dakwaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy pada 16 April lalu menyatakan gelombang hijau semakin hilang pengaruh.", "“Ramasamy ini, kita tahu latar belakang dia. Dia nak kondem kita ini dengan keadaan dan kaedah ‘diskredit’ kita ini, bukan barulah, kita telah ‘didiskredit’ dari zaman Umno-BN.", "“Tapi ini pun menunjukkan satu sokongan rakyat terhadap apa yang sedang dibuat oleh PAS negeri dan kawasan ini. Kita nampak dah ada angin perubahan,” katanya yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tasek Gelugor. – HARAKAHDAILY 8/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/peminjam-along-dipaksa-bakar-simbah-cat-kereta-perhutang/
Peminjam along dipaksa bakar, simbah cat kereta perhutang
[ "GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki dan dua wanita bagi membantu siasatan berhubung tiga kes kereta dibakar dan disimbah cat sehingga menyebabkan kerugian lebih RM40,000 dalam kejadian di Pulau Pinang, 30 April lepas.", "Dua lelaki itu merupakan penghutang kepada pemberi pinjaman wang (along) dari Singapura yang dipaksa untuk melakukan jenayah terbabit kerana mereka gagal melangsaikan hutang iaitu RM1,000 hingga RM2,000.", "Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata mereka termasuk sepasang kekasih yang kesemuanya berumur 22 hingga 33 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Ipoh, Perak pada 4 Mei dan 6 Mei hasil risikan serta maklumat berhubung kejadian itu.", "“Kami pada mulanya menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 40 tahun yang memaklumkan kereta Perodua Kelisa milik anaknya telah dibakar dan disimbah cat dalam kejadian 4.30 pagi, 30 April lepas di Bukit Tengah, dekat sini.", "“Polis kemudiannya turut menerima dua lagi laporan membabitkan kejadian sama iaitu masing-masing di Bukit Minyak, dekat sini dan Air Itam, di sini melibatkan Perodua Alza dan Myvi juga hari yang sama antara 4.30 pagi hingga 7 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.", "Mohd Shuhaily berkata semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek yang terlibat dalam kejadian itu menggunakan kereta Toyota Yaris berwarna merah dan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang berjaya mengesan sepasang kekasih sedang tidur di dalam kereta itu di tepi Jalan Kuala Kangsar, Ipoh pada 12.05 tengah malam, 4 Mei lepas.", "Katanya, pemeriksaan di dalam kereta itu polis menemukan pemetik api, pen, kunci rumah dan beberapa keping resit bukti pembelian petrol di stesen minyak serta berdasarkan maklumat daripada mereka, polis kemudiannya menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya, Ulu Kinta pada 6.10 pagi hari sama.", "“Polis seterusnya menahan seorang lagi wanita berusia 33 tahun di sebuah rumah di Kampung Simee, Ipoh pada 1.15 tengah hari, 6 Mei dan siasatan mendapati dua lelaki ialah penghutang along dari negara jiran yang gagal untuk melangsaikan hutang mereka.", "“Mereka yang sebelum ini merupakan peniaga dijanjikan pengurangan hutang tertunggak sekiranya melakukan ugutan dengan menyimbah cat dan bakar kereta milik penghutang lain, malah turut diberi upah sebanyak RM700 melalui kaedah tambah nilai Touch N Go E-Wallet,” katanya.", "Beliau berkata siasatan juga mendapati, wanita yang membuat laporan pertama bagi kes itu turut berhutang dengan along dari negara jiran menyebabkan kereta anaknya telah dibakar, malah mangsa juga bekerja di sana dan dua lagi mangsa turut berhutang dengan along yang sama iaitu antara RM1,000 hingga RM2,000.", "Menurut Mohd Shuhaily, empat suspek yang ditahan itu dipercayai menjalankan kegiatan jenayah itu sejak Mac lepas dan melakukan ugutan dengan membakar serta menyimbah cat pada kenderaan pemilik yang gagal membayar hutang yang tinggal di kawasan utara iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang.", "“Dua lelaki itu mengaku menerima arahan terus daripada seorang ejen along dari Singapura untuk melakukan perbuatan khianat dengan api ke atas rumah dan kereta peminjam, malah kedua-dua suspek itu juga mempunyai tiga dan enam rekod lampau berkaitan jenayah,” katanya.", "Beliau berkata teman wanita suspek pertama pula berperanan menyemak alamat penghutang dalam laman sesawang Google Maps sementara seorang lagi wanita bertindak menguruskan hal sewa kereta dan mendapatkan peralatan cat untuk tujuan khianat.", "Katanya, lelaki dan pasangan kekasih itu direman selama tujuh hari manakala seorang lagi wanita direman empat hari dengan kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/rasulullah-saw-teladan-perpaduan-umat/
Rasulullah SAW teladan perpaduan umat
[ "RASULULLAH SAW ditugaskan menjadi rasul akhir zaman kepada seluruh manusia, bahkan diamanahkan suatu tugas yang paling besar dan sangat mencabar. Hal ini disebabkan Baginda diwajibkan berada di tengah masyarakat seluruh dunia yang dikepung oleh bangsa Arab padang pasir yang paling keras dan kejam berperang, sehinggakan bangsa itu sanggup membunuh anak perempuan mereka kerana dianggap menyusahkan.", "Berita kedatangan Baginda SAW disebutkan dalam semua kitab suci agama Samawi dan bukan Samawi. Kedatangannya bertepatan dengan ilmu Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia, dalam suasana dunia akhir zaman yang paling mencabar keruntuhan sisi kemanusiaan dan yang paling sombong sehingga mencabar Allah yang Maha Esa. Malah, ada dalam kalangan mereka yang lebih hina daripada binatang.", "Kurniaan sedikit ilmu Allah SWT kepada manusia telah menyebabkan mereka berjaya mencapai kemajuan dari sudut teknologi dan perhubungan dalam kalangan manusia dengan cepat dan luas. Sehinggakan, muka bumi yang luas dan jauh jaraknya antara negara menjadikan masyarakat seluruh manusia umpama satu keluarga dalam satu alam dunia. Hal ini menepati firman Allah SWT:", "﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا١﴾", "“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawwa’); dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah  yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebutkan nama-Nya, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah al-Nisa’: 1)", "“Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam AS) dan seorang perempuan (Hawwa’ AS); dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (bermasyarakat). Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat: 13)", "Rasulullah SAW memulakan tugasnya menyampaikan Islam bermula dengan kaum dan bangsa yang berpecah belah mengikut keluarga dan suku kabilah. Dakwah dimulakan kepada keluarga yang terdekat dan menyatukan bangsa Arab yang berpecah belah bersama Islam. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:", "Baginda mengumpulkan anggota keluarga terdekat, lalu diajak masuk Islam. Ada sebahagiannya yang masuk Islam, namun ada juga sebahagiannya yang tidak mahu masuk Islam tetapi mempertahankannya dengan semangat fanatik keluarga. Hanya segelintir sahaja daripada kalangan keluarga yang menentang dakwah Islam.", "Rasulullah SAW berdakwah secara terbuka kepada suku Quraisy yang merupakan kabilah Arab yang paling besar pengaruhnya dalam kalangan bangsa Arab. Hanya sebahagian daripada mereka sahaja menerima Islam, disebabkan merasa takut untuk menghadapi pemimpin Makkah yang zalim menentang sekeras-kerasnya kerana dianggap telah mencabar kedudukan dan pengaruhnya. Sebahagiannya percaya kepada benarnya Islam dan ketinggian akhlak keperibadian Rasulullah SAW, tetapi mempunyai kebimbangan terhadap pengaruh jahiliah di seluruh dunia. Firman Allah SWT:", "﴿وَقَالُوٓاْ إِن نَّتَّبِعِ ٱلۡهُدَىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّفۡ مِنۡ أَرۡضِنَآۚ أَوَ لَمۡ نُمَكِّن لَّهُمۡ حَرَمًا ءَامِنٗا يُجۡبَىٰٓ إِلَيۡهِ ثَمَرَٰتُ كُلِّ شَيۡءٖ رِّزۡقٗا مِّن لَّدُنَّا وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ٥٧﴾", "“Dan mereka berkata, ‘Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, nescaya kami  dengan serta merta akan diusir dari negeri kami.’ Dan apakah Kami (Allah) tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah haram (tanah suci Makkah) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan daripada segala macam (tumbuh-tumbuhan) untuk menjadi rezeki (bagi kamu) dari sisi Kami? Akan tetapi, kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah al-Qasas: 57)", "Mereka mencadangkan Rasulullah SAW agar ditabalkan menjadi raja atau pemimpin tanpa Islam dapat berkuasa. Walau bagaimanapun cadangan tersebut ditolak, kerana janji Allah SWT melalui firman-Nya:", "﴿ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمْ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ٤١﴾", "“(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata, ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja dan rumah-rumah ibadat orang Yahudi serta masjid-masjid yang sentiasa disebutkan nama Allah banyak-banyak padanya. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (40) (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah jua kembali segala urusan. (41)” (Surah al-Hajj: 40-41)", "Allah SWT menegaskan janji-Nya terhadap kemenangan Islam dapat berkuasa memerintah negara masyarakat majmuk dengan melaksanakan prinsip serta konsep yang teguh dan sempurna.", "Seterusnya, diajak para pemimpin kabilah Arab yang datang pada musim haji dalam himpunan tahunan yang menjadi ibadat dan adat. Setelah itu, seruan itu diterima oleh suku kabilah Aus dan Khazraj yang tinggal di Madinah, kerana mereka merasakan bahawa Islam boleh mendamaikan mereka yang telah berperang dalam tempoh masa yang sangat panjang. Mereka sedia menerima kedatangan Islam bagi menegakkan negara dan sedia mempertahankannya untuk menyampaikan risalah ke seluruh dunia.", "Oleh itu, dengan perintah Allah SWT, Rasulullah SAW mengarahkan kabilah Quraisy yang telah memeluk Islam di Makkah, sama ada dalam kalangan kabilah atau individu yang lain supaya berhijrah ke Madinah. Kemudiannya, mereka dipersaudarakan dengan konsep persaudaraan Islam. Firman Allah SWT:", "“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Oleh sebab itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujurat: 10)", "Maka, bangsa Arab jahiliah yang keras berpecah belah dan berperang dengan ganas telah berjaya dijinakkan. Mereka yang berpecah belah mengikut keluarga bukan sahaja pecahan kabilah, dapat disatukan berprinsipkan iman dan berkonsepkan persaudaraan Islam.", "Hal ini sekali gus melahirkan para pemimpin yang beraqidah atau beriman, berilmu dan berakhlak. Berbeza dengan ideologi yang tidak mempunyai aspek aqidah. Maka, Islam mewajibkan seseorang pemimpin itu beraqidah, berilmu dan berakhlak, memimpin masyarakat majmuk menegakkan konsep adil kepada semua dan berlakunya ketaatan yang ikhlas, bersatu walaupun banyak berlaku perkara berbeza dalam masyarakat majmuk. Justeru, memilih pemimpin adalah amanah wajib yang paling besar. Perkara ini ditegaskan oleh firman Allah SWT:", "﴿إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا٥٩﴾", "“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (58) Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan Ulil Amri (ulama’ dan umara’) antara kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Hal yang demikian itu lebih utama (bagi kamu) dan lebih baik akibatnya. (59)” (Surah al-Nisa’: 58-59)", "Syarat iman dan Islam adalah diwajibkan kepada para ulama’ yang memimpin ilmu dan para umara’ yang memimpin kerajaan bagi melaksanakan ilmu. Kedua-duanya dikawal oleh aqidah atau iman yang tidak terdapat dalam ideologi dan teori ciptaan manusia. Pemimpin yang ada bersamanya kekuatan bangsa yang beriman.", "Setelah berjaya diwujudkan perpaduan bangsa Arab yang beriman, maka disertakan bersamanya pihak lain dalam kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem iaitu golongan yang menerima Islam sebagai agama tertinggi daripada yang lain. Hal ini dinyatakan dalam Piagam Madinah yang disertai oleh kaum Yahudi dan Kristian dengan tegas, sebagaimana berikut:", "وَإِنَّهُ مَا كَانَ بَيْنَ أَهْلِ هَذِهِ الصَّحِيفَةِ مِنْ حَدَثٍ أَوِ اشْتِجَارٍ يُخَافُ فَسَادُهُ، ‌فَإِنَّ ‌مَرَدَّهُ ‌إِلَى ‌اللَّهِ وَإِلَى مُحَمَّدٍ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.", "“Dan bahawa sesungguhnya apa-apa perkara yang menjadi pertelingkahan dalam kalangan para ahli yang memeteraikan piagam ini daripada apa jua perkara yang berlaku dan pertelingkahan yang ditakuti akan merosakkannya, maka hendaklah ia dirujuk kepada Allah (al-Quran) dan Nabi Muhammad SAW (Sunnah).” (Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah, Jld. 1, Hlm. 504)", "Bangsa yang memimpin negara boleh berubah dan tidak tetap, boleh digantikan kepada pihak lain yang bersama Islam. Allah SWT memberikan suatu amaran kepada bangsa Arab yang meninggalkan Islam dengan beberapa potong ayat al-Quran. Antaranya, sebagaimana firman-Nya:", "“Dan jika kamu berpaling (daripada perjuangan menegakkan Islam), nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.” (Surah Muhammad: 38)", "Banyak teori perpaduan yang disebutkan hanya berlandaskan kepada aspek lahiriah seperti politik atau ekonomi, atau keturunan, atau sempadan wilayah sahaja dan lain-lain. Tanpa dinafikan semuanya juga menjadi sebab, tetapi masih tidak sempurna dan mencukupi.", "Kuasa politik sudah ada, malah tidak salah kekayaan dikumpulkan dengan cara yang betul bagi menjaga keturunan dan hubungan silaturrahim kerana ia juga adalah suatu kewajipan. Walau bagaimanapun, tetap tidak mampu menyatukan hati. Allah SWT berfirman:", "“Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya, Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Anfal: 63)", "Perpaduan mengikut acuan Allah SWT menghasilkan hidayah-Nya yang menguasai hati. Inilah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW melalui pemerintahan Islam yang sempurna.", "Apabila kaum Yahudi dengki terhadap Islam dan penganutnya, mereka berjaya mencetuskan semula perpecahan dalam kalangan Aus dan Khazraj yang menjadi tonggak penting setelah mereka disatukan oleh Islam. Allah SWT mewahyukan firman-Nya:", "﴿وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ١٠٣﴾", "“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah akan ni‘mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) saling bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni‘mat Allah itu orang-orang yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya, agar kamu mendapat petunjuk.” (Surah Ali ‘Imran: 103)", "Perpaduan umat Islam yang istiqamah telah berjaya memimpin manusia, kemudian diajak penyertaan bukan Islam yang tidak ekstrem bersama perpaduan kemanusiaan sejagat. Sehingga Islam berjaya memimpin negara besar selama 14 abad lamanya.", "Islam pada awalnya dipimpin oleh bangsa Arab yang bersatu bersama Islam, seterusnya dipanjangkan oleh Rasulullah SAW dengan menghantar surat rasmi kepada raja-raja khususnya kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pada awalnya, mereka menentang tetapi semuanya tumbang selepas kewafatan Rasulullah SAW.", "Berbagai-bagai bangsa secara berduyun-duyun menganut Islam dan secara bergilir-gilir setiap bangsa menjadi pemimpin, tidak terikat dengan bangsa Arab sahaja. Sehingga berjaya mencapai Tamadun Islam yang hebat dalam segala lapangan ilmu yang menghasilkan kemajuan terkini, ditumpang sama oleh kaum lain tanpa menganut Islam dan tidak membawa kemusnahan.  ", "Dalam lapangan Malaysia, peranan kaum Melayu bersama Islam sehingga tidak berpisah antara Melayu dengan Islam, menjadi suatu konsep masyarakat Melayu yang mudah menerima Islam. Pada masa yang sama, menjadikan Melayu tidak rasis seperti yang telah disalah anggap, sehingga membenarkan kaum lain dan penganut agama lain hidup bersama walaupun diatur oleh penjajah terdahulu.", "Kaum Melayu dipermain-mainkan dan ditipu secara terang-terangan dalam kejahilan serta kelalaian mereka. Mangsa kejahilan tersalah langkah politik, menghidapi penyakit rasuah, mengalami keruntuhan moral dan lain-lain penyakit dalam keadaan mereka berpecah dalam perkara cabang agama, fahaman politik, perebutan pangkat dan harta.", "Jangan biarkan kuasa politik yang masih ada ini terlucut kerana jahil dan leka, kerana kuasa politik memayungi segala perkara yang lain. Selamatkan keadaan hari ini dengan perpaduan bangsa Melayu Islam, sepertimana Rasulullah SAW memulakan dengan perpaduan bangsa Arab.", "PAS menyokong usaha permulaan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menemukan para pemimpin Melayu, para ilmuwan, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang-orang  yang berpengaruh. Ketepikan mereka yang tenggelam dalam mengejar apa sahaja cita-citanya, sehingga matlamat menghalalkan segala cara dan menyerang tokoh-tokoh Melayu secara peribadi yang berjaya dalam politik, ekonomi, akademik dengan berbagai-bagai ungkit-mengungkit dan sindiran.", "Pada masa yang sama, mereka itu bersekongkol dengan kalangan yang nyata bukan Islam dan bukan Melayu yang paling besar dan banyak penyakaunya, paling ramai yang kaya-raya menjadi penyumbang dan penerima rasuah. Bahkan, turut bersamanya kalangan yang ekstrem politiknya terhadap Islam dan Melayu, kalangan media yang membawa suara syaitan yang menggoda orang Melayu dan kalangan ilmuwan yang otaknya diletak ke dalam perut, mereka melompat laksana kera yang bergayut di mana pokok yang lebat buahnya termasuk buah beracun dan memabukkan.", "﴿حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوۡاْ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمۡلِ قَالَتۡ نَمۡلَةٞ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمۡلُ ٱدۡخُلُواْ مَسَٰكِنَكُمۡ لَا يَحۡطِمَنَّكُمۡ سُلَيۡمَٰنُ وَجُنُودُهُۥ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ١٨ فَتَبَسَّمَ ضَاحِكٗا مِّن قَوۡلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَدۡخِلۡنِي بِرَحۡمَتِكَ فِي عِبَادِكَ ٱلصَّـٰلِحِينَ١٩﴾", "“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, ‘Wahai sekalian semut! Masuklah ke dalam sarang-sarang kamu masing-masing, agar kamu tidak binasa dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedarinya.’ (18) Maka, dia (Sulaiman AS) tersenyum dengan tertawa mendengar kata-kata semut itu. Lalu berdoa dengan berkata, ‘Wahai Tuhanku! Berikanlah kepadaku ilham untuk tetap mensyukuri ni‘mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku, dan supaya aku dapat mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.’ (19)” (Surah al-Naml: 18-19)", "Binatang semut yang kecil dan lemah menjaga kaumnya secara perasaan tabii, maka di manakah letaknya orang Melayu Islam yang tidak mempunyai perasaan langsung, sehingga hilang sifat tabiinya.", "Umat Islam Melayu yang mundur wajib bersatu dengan kembali semula kepada Islam, semua bangsa yang menganut Islam paling layak memimpin dunia. Inilah perkara yang sangat ditakuti oleh musuh Islam kerana kedengkian mereka terhadap Islam, bukan kerana mencari kebenaran.", "Besarnya jumlah rumpun Melayu di Nusantara pasti menjadikan rantau ini sasaran musuh, jangan ada pihak yang menjadi alat musuh makhluk asing yang sentiasa ingin mengambil peluang.", "﴿لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا٢١ وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا٢٣﴾", "“Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut-nyebutkan Allah. (21) Dan tatkala orang-orang Mukmin melihat bala tentera Ahzab (golongan-golongan yang bersekutu itu,) mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita.’ Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan (Islam). (22) Antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur. Dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya). (23)” (Surah al-Ahzab: 21-23)" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/pasrelief-buka-pendaftaran-korban-di-10-negara-islam/
PASRelief buka pendaftaran korban di 10 negara Islam
[ "KUALA LUMPUR: PASRelief akan melaksanakan program korban dan aqiqah buat julung kalinya di beberapa buah negara Islam sempena Aidiladha 1444 tidak lama lagi.", "Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, krisis kemanusiaan dan pergolakan yang tiada noktah henti membuatkan beberapa buah negara Islam dilanda kemiskinan dan ketidakstabilan ekonomi.", "Justeru, ujarnya sebagai tanda prihatin atas nasib yang tidak berkesudahan itu, setiap tahun PASRelief akan membuka penyertaan korban dan aqiqah daripada orang ramai untuk diberikan kepada penduduk negara Islam yang bergolak dan daif.", "Beliau menambah, antara negara Islam yang akan dijalankan ibadah korban adalah Yaman, Sudan, Kenya, Mindanao, Kashmir, Palu, Palestin, pelarian Syria di Lubnan dan pelarian Rohingya di Arakan, Myanmar dan Cox’s Bazar, Bangladesh." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/khidmat-malaysia-tumpu-menangani-bencana/
Khidmat Malaysia tumpu menangani bencana
[ "PUSAT Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) yang telah bermesyuarat semalam di Kangar, Perlis telah membuat beberapa ketetapan mengenai beberapa bencana yang sedang dan berkemungkinan akan melanda negara.Ketika ini, negara sedang menghadapi ‘bencana’ strok haba yang telah pun menyebabkan beberapa kematian kesan dari perubahan cuaca yang sangat panas.Khidmat Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 2 Mei 2023 berkaitan dengan perkara ini dengan memberikan panduan dan nasihat kepada masyarakat awam untuk terus meningkatkan kewaspadaan terhadap kesan strok haba melalui penyebaran risalah. ", "Bencana kedua adalah berkaitan dengan bencana El Nino yang dijangka akan dialami oleh negara bermula bulan ini dan dijangkakan akan berlarutan sehingga bulan September yang akan datang.Satu kenyataan media telahpun dikeluarkan pada 2 Mei 2023 yang mana Khidmat Malaysia menggesa supaya persiapan awal terhadap bencana ini perlu dipertingkatkan oleh semua pihak khususnya pihak kerajaan yang terlibat secara langsung dengan bencana ini.", "Mengimbau semula kepada kesan El Nino terhadap negara dan rakyat sebelum ini, isu berkaitan dengan kesan terhadap kesihatan, pencemaran udara dan krisis bekalan air yang pernah dihadapi sudah tentulah memberikan kesan kepada kehidupan harian.Oleh kerana itu Khidmat Malaysia menggesa supaya kerajaan bersiapsiaga bagi memastikan sekiranya El Nino melanda negara, segala persediaan bagi menghadapinya telah disiapsiagakan. Pengalaman lampau yang tragis perlulah dielakkan ataupun sekurang-kurangnya diminimakan.Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah berkaitan dengan bekalan air yang sudah pastinya diberikan keutamaan kerana ia adalah sumber penting kepada setiap kehidupan sama ada manusia, haiwan malah tumbuhan. Keduanya, sebagai persiapan terhadap masyarakat, kempen penerangan dan kesedaran perlu digerakkan. Ketiganya, kerajaan perlu segera mempertingkatkan segala bentuk bantuan perubatan dan kecemasan seperti ubat-ubatan untuk mangsa dan alat bantuan memadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.Bencana ketiga adalah berkaitan dengan kebarangkalian akan berlakunya gempa bumi di Malaysia seperti mana yang telah dinyatakan oleh beberapa orang pakar yang berkaitan dengan bidang geologi dan gempa bumi. Khidmat Malaysia telahpun memberikan respon melalui satu kenyataan media yang telah disiarkan pada 28 April 2023. Melihat kepada perkembangan semasa dengan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku, Khidmat Malaysia menggesa supaya pihak kerajaan mengambil tindakan dan inisiatif awal, antara adalah memberikan kesedaran kepada rakyat secara menyeluruh mengenai kemungkinan-kemungkinan akan berlakunya bencana gempa dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.", "Oleh kerana perkara yang bakal berlaku ini (El Nino dan Gempa Bumi) dilihat sebagai satu ancaman kepada negara, beberapa keputusan telah dicapai semalam untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.i. Merangka pertemuan rasmi dengan agensi kerajaan yang berkaitan dengan gempa bumi.ii. Merangka perbincangan dua hala dengan pakar geologi dan gempa bumi.iii. Menetapkan dua Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Khidmat Malaysia yang merupakan Ahli Parlimen Malaysia untuk mengetuai ‘taskforce’ yang akan memfokuskan kepada tindakan lanjut.Khidmat Malaysia akan terus komited untuk bertindak dalam membantu menangani bencana yang berlaku di dalam negara mengikut kepakaran yang dimiliki ketika ini. Kerjasama yang dibina dengan agensi kerajaan dan NGO yang lain akan diteruskan kerana matlamat utama kita adalah untuk kesejahteraan masyarakat Malaysia.Sekian.“Berkhidmat untuk kemanusiaan beramal kerana Allah”YB DATO’ SITI ZAILAH MOHD YUSOFFPengerusi Khidmat MalaysiaAhli Parlimen Rantau Panjang8 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 8/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/keunikan-buku-langit-mendung-kaherah/
Keunikan buku Langit Mendung Kaherah
[ "PERTAMA kali mendengar judul buku Langit Mendung Kaherah (LMK), saya agak tertanya-tanya apa maksud yang ingin disampaikan. Selalunya, kota seribu menara itu dikaitkan dengan kepadatan penduduknya dan langit yang selalu terik.Namun setelah melihat isi kandungan, baru saya faham maksud judul buku ini sebagai interpretasi belenggu emosi ekoran ujian yang menemani perjuangan ilmu di sana. Ada beberapa kekuatan yang ada pada buku LMK:• Pertama, ia bukan seperti buku-buku healing yang menjadi trend hari ini, yang kelihatan lebih terarah kepada rungutan dan keluhan yang tidak beres. Sebaliknya LMK merupakan buku yang mengajar kita bagaimana menghubungkan diri ini dengan ketentuan, yang dapat membina jati diri yang kental.• Kedua, LMK mempersembahkan kepada kita secara fitrah, bagaimana mengurus pertarungan emosi dalam ujian kehidupan dengan lunas-lunas tasawuf sunni dan amali. Ia tidak membawa kita ke arah sikap asyik merungut dan tidak pula membawa motivasi palsu yang bersifat toxic positivity.• Ketiga, LMK adalah buku healing yang ilmiah. Manhajnya jelas. Menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai sandaran utama. Lalu mengangkat ketokohan orang-orang soleh sebagai contoh utama manusia yang cemerlang kekuatan jiwanya.LMK hadir tepat pada masanya. Di kala masalah kesihatan mental semakin meruncing dalam kalangan masyarakat kita, ia menawarkan kita perspektif agama yang menyantuni jiwa manusia secara fitrah.Syabas buat penulis-penulis muda dari perlembahan Nil kerana berjaya menghasilkan karya yang memiliki kelasnya tersendiri. Semoga LMK dapat dimanfaatkan seperti yang dihasratkan.USTAZ ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD8 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 8/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/muhyiddin-mohon-kes-dipindah-ke-mahkamah-tinggi/
Muhyiddin mohon kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
[ "KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon supaya kes menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang dihadapinya dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.", "Peguam Rosli Dahlan yang mewakili Muhyiddin, berkata permohonan itu difailkan pada 27 April lepas antaranya atas alasan kes tersebut melibatkan persoalan undang-undang yang kompleks membabitkan Perlembagaan Persekutuan.", "“Oleh itu, ia perlu dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nur Azizah Jaafar hari ini, yang kemudiannya menetapkan 31 Mei untuk pengurusan kes selanjutnya.", "Menerusi afidavit sokongannya, Muhyiddin, 75, berkata Mahkamah Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan atau memutuskan perkara-perkara yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan hanya mahkamah atasan iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sahaja mempunyai kepakaran untuk memutuskan perkara sedemikian.", "“Adalah lebih wajar bagi prosiding itu didengar dan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa, pengalaman luas serta pemahaman undang-undang mendalam untuk menentukan dan memutuskan isu-isu Perlembagaan,” kata Muhyiddin dalam afidavitnya.", "Berhubung permohonan Presiden Bersatu itu untuk membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan, Rosli berkata Timbalan Pendaftar Nurshafini Mustafha menetapkan 12 Jun untuk pengurusan kes selanjutnya.", "Pada 18 April lepas, Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, memfailkan notis usul bagi memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lepas selain prosiding kes tersebut di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.", "Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul itu, beliau mendakwa keempat-empat pertuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang.", "Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa telah menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti tersebut.", "Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.", "Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.", "Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.", "Ahli Parlimen Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.", "Prosiding hari ini turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Noralis Mat dan Nor Asma Ahmad selain Rosli turut dibantu peguam Datuk K. Kumaraendran, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Chetan Jethwani, Kee Wei Loon dan Teh See Khon. – BERNAMA" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/boleh-guna-air-pili-bomba-bagi-kepentingan-awam/
Boleh guna air pili bomba bagi kepentingan awam
[ "KOTA BHARU: Isu penggunaan sumber air dari pili bomba dalam keadaan tertentu dibolehkan selaras Akta Perkhidmatan Bomba 1998 dengan mengambil kira paras air di loji tidak mampu menampung bekalan air kepada pengguna.", "Seksyen 23(1), Akta Perkhidmatan Bomba 1998 membenarkan pihak berkuasa air dan ejennya menggunakan mana-mana pili bomba dan aliran air sekiranya paras air dari loji atau tangki tangki Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi.", "Menurut sumber persefahaman dicapai AKSB dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum ini khususnya dalam menghadapi situasi gawat, kecemasan dan kepentingan awam.", "“AKSB selaku pemegang lesen perkhidmatan air membenarkan Bomba untuk mengambil air untuk memadamkan kebakaran dari mana-mana saluran air utama atau paip lainnya yang dipasang dengan pili bomba,” ujarnya di sini.", "Baru-baru ini tular seorang ahli parlimen dikatakan menggunakan air dari sumber pili bomba bagi membekalkan air kepada penduduk yang terjejas di Rantau Panjang.", "Ekoran itu Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilapor berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan terdapat ahli parlimen di Kelantan mengambil air dari pili bomba untuk disalur kepada penduduk mengalami masalah bekalan air. – HARAKAHDAILY 8/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/replika-al-quran-gergasi-jadi-tarikan-pelancong/
Replika al-Quran gergasi jadi tarikan pelancong
[ "NARATHIWAT: Replika al-Quran gergasi yang dibina penduduk di Kampung Pa Pungoh sempena sambutan Syawal berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung setiap hari.", "Idea berkenaan dicetuskan Imam Mat Rokey Wan Kechik, 57, dengan memilih surah Al-Israa sempena peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada bulan Ramadan.", "“Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan replika al-Quran dengan ketinggian 3.6 meter, manakala lebarnya 5.2 meter ini pada Ramadan lepas,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.", "Malah kata beliau penduduk tempatan tidak menjangka binaan yang dicipta mereka medapat sambutan luar biasa apabila pengunjung datang dari banyak negara termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Arab Saudi. – HARAKAHDAILY 8/5/2023Berita lanjut tunggu Harakah edisi cetak." ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/meriah-beratur-panjang-untuk-dapat-kuetiau-padu/
Meriah, beratur panjang untuk dapat kuetiau padu
[ "“Syok boleh kenal dekat wakil kawasan kami, moga Yang Berhormat (YB) dipermudahkan Allah segala urusan,” kata salah seorang pengunjung ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kayang, kelmarin.", "Lebih 4,000 hadirin membanjiri Dewan Terbuka Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kayang, Perlis (Tapak Nat Behor Lateh, Seriab, Kayang, Perlis) demi menjayakan sambutan tersebut.", "ADUN Kayang, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berharap semoga ikatan silaturahim khususnya penduduk di DUN dapat dieratkan menerusi sambutan yang diadakan.", "Beliau juga menzahirkan penghargaan tinggi kepada pasukan urusetia meliputi cawangan, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kayang, PAS Kayang, Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar, PAS Kawasan Kangar dan semua pihak yang berusaha keras bagi memastikan majlis dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar.", "Kemeriahan turut dirasakan pada Majlis Jamuan Aidilfitri DUN Santan di hadapan Pusat Khidmat DUN, Paya, Padang Besar pada hari yang sama.", "“Terima kasih kepada semua penduduk di DUN Santan yang hadir memeriahkan rumah terbuka, termasuk dari Kampung Padang Lati, Kampung Baroh, Alor Sena, Kampung Petai, Kampung Padang Pauh, Kampung Masjid, Kampung Paya, Padang Melangit, Santan dan dari mana sahaja penduduk kampung yang hadir.", "“Andai ada terkurang dari pelbagai perkara, ustaz dan pasukan pusat khidmat mohon maaf dan insya-Allah tahun depan kita berjumpa kembali dan akan diperbaiki lagi dari segi kekurangan pihak kami,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/5/2023" ]
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/selamat-hari-bulan-sabit-merah-sedunia/
Selamat Hari Bulan Sabit Merah Sedunia!
[ "MARILAH kita sama-sama mengenang sumbangan para relawan dan anggota Bulan Sabit Merah serta Palang Merah dalam menyelamatkan nyawa dan meringankan penderitaan manusia tanpa mengira bangsa, agama, atau latar belakang.Saya ingin mengajak kita semua untuk melihat teladan yang ditunjukkan oleh organisasi Bulan Sabit Merah.Mereka telah mengajarkan kita pentingnya keikhlasan dan kesabaran dalam melayani sesama manusia.Al-Quran menyatakan dalam Surah Al-Ma’idah (5:32) yang bermaksud, “Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya.” Inilah tujuan dari semangat kemanusiaan yang diusung oleh Bulan Sabit Merah dan Palang Merah.Marilah kita bersama-sama menyokong usaha mereka dan juga berdoa agar Allah melimpahkan rahmat, hidayah, dan kekuatan kepada mereka yang berbakti dalam misi kemanusiaan. Semoga kita semua sentiasa diberkati dengan kebaikan dan dapat mengambil inspirasi dari semangat perjuangan mereka.Selamat Hari Bulan Sabit Merah Sedunia!USTAZ MOHAMED SUKRI OMARYang DipertuaPAS Kawasan Shah Alam – HARAKAHDAILY 8/5/2023" ]