url
stringlengths
29
138
headline
stringlengths
2
114
content
sequence
comment
sequence
https://fiksyenshasha.com/jalan-pintas-ke-surau/
Jalan pintas ke surau
[ "Aku mengusap lembut kepala Teman, kucing peliharaan nenek. Teman badannya gempal dan berbulu emas sangat manja dengan orang sekitarnya. Aku terkekeh sendiri melihat gelagat kucing itu mengejar anak-anak ayam di halaman rumah. ", "‘Lan, masuk dalam rumah cepat! Hari dah senja.’ Nenek memanggil.", "Aku mendongak ke atas, kelihatan langit sudah mula beransur gelap. Aku bangun dan menyapu bahagian punggungku lalu masuk kedalam rumah.", "Rutin seharian aku apabila berada di kampung, aku dan datuk akan melalui jalan kecil di belakang rumah untuk ke surau. Kami masih boleh menggunakan jalan utama, tetapi datuk lebih memilih untuk menggunakan jalan kecil ini supaya tidak terlambat untuk solat berjemaah. ", "Aku kurang gemar sebenarnya guna jalan ini. Jalan ini sudahlah sempit, dikelilingi hutan pulak. Jadi aku rasa sedikit seram lalu jalan ini ", "Pada suatu hari, aku terlalu leka bermain dengan kawan-kawan sehingga menyebabkan kami terlewat untuk ke surau.", "Teruk aku dimarahi datuk. Jadi kami terpaksalah menunaikan solat maghrib di rumah. Tetapi, datuk tetap ingin pergi ke surau. Tak dapat solat maghrib, solat Isyak pun jadilah.", "Kami keluar dari rumah dengan berbekalkan cahaya lampu suluh. Aku berasa sedikit sangsi kerana biasanya sewaktu melalui jalan ini, langit tidak lah terlalu gelap. Kami masih boleh berjalan tanpa menggunakan lampu suluh.", "Aku hanya diam sepanjang perjalanan. Jalan ini mengambil masa kira-kira 8 minit dari rumah untuk ke jalan utama yang menghubung ke surau. Jadi agak penat jugalah berjalan.", "Nak dijadikan cerita, aku kebosanan, sambil berjalan aku menyuluh kesetiap sudut hutan sekejap pada semak, sekejap pada pokok.\nSampai lah aku tersuluh satu busut yang terletak betul-betul bawah sebatang pokok limau. Busut itu bukan yang menjadi perhatian aku tetapi, sebuah entiti yang menonjolkan kepalanya di sebalik busut tersebut.", "Cepat cepat aku halakan lampu suluh ke arah lain. Lemah lutut aku ketika itu. Nak saja aku aku beritahu datuk. Tapi aku tak mampu nak buka mulut. Busut itu terletak kira-kira 7 meter dari tempat kami sedang berjalan. Sungguh aku terlalu takut sampaikan aku hanya menunduk ke tanah.", "Semakin kami berjalan, semakin dekat busut itu. Apabila kami betul-betul melepasi busut tersebut, kakiku tiba-tiba berhenti melangkah. Kulihat atuk masih tenang berjalan. Perlahan-lahan meninggalkan aku. Aku menjerit memanggil datuk, tetapi suara aku entah macam mana tidak kedengaran. Aku cuba menggerak kaki tetapi gagal. Seolah-seolah kaki aku dipaku pada tanah.", "Aku mula menangis. Kelibat atuk aku lihat semakin mengecil. Aku hairan takkan datuk tak perasaan ketiadaan aku?", "‘krrttss ‘krrttss ", "Aku membuntangkan mata. Kedengaran bunyi sesuatu diseret diatas daun-daun kering. Aku toleh kebelakang di tempat busut tadi. Aku lihat entiti yang sama yang aku tersuluh tadi perlahan-lahan merangkak mendapati aku. ", "Tak dapat aku luahkan apa yang aku rasakan saat itu. Seakan suatu perasaan yang memaksa jantung untuk berhenti berdegup.", "Buruk dan ngeri. Itulah sajalah yg aku dapat definisikan kepada makhluk tersebut.", "Semakin dekat ia menghampiri, semakin gelabah aku cuba untuk mengerakkan kakiku.", "Segala macam surah dan ayat suci Al-Quran aku baca walaupun tajwid dan makhrajnya sudah entah kemana", "‘Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta’", "Seakan ada satu kuasa yang hadir dalam diri aku ketika itu, Alhamdulillah dengan izin-nya\nAku dapat menggerakkan kakiku semula. ", "Mengalahkan Usain Bolt aku berlari sepantas mungkin meninggalkan kawasan itu.", "Sekilas haram pon aku tak menoleh ke belakang. ", "Sehinggalah aku tiba di jalan yang berhubung ke surau , tidak jauh dari situ aku nampak surau tersebut seperti biasa depenuhi penduduk kampung yang majoritinya orang tua.", "Aku terduduk di bahu jalan melepaskan lelah. Tidak cukup nafas aku berlari tadi. Rasa takut pon masih belum reda. Tetapi aku tetap berasa lega.", "‘Roslan!’ ", "Aku menoleh ke arah suara tersebut. ", "Pucat mukaku apabila melihat datuk. Yang lebih memeranjatkan aku lagi di belakang datuk, makhluk itu sedang memyeringai memandang aku.", "Akibat terlampau takut, aku pengsan di tempat tersebut.", "Aku hanya tersedar apabila sehelain kain basah menyentuh bahagian dahiku.", "Perlahan-lahan aku buka mata. Mata aku mengambil masa untuk menerima cahaya di sekeliling. Nampaknya hari sudah siang. Berapa lama aku tidak sedar?", "Aku teringat akan kejadian ngeri itu. Aku bertanya kepada nenek.", "‘Nenek, semalam Lan nampak jembalang kat belakang datuk. Bende tu pandang Lan macam nak tangkap Lan.” Aku beritahu nenek.", "Nenek menenangkan aku dan menceritakan semula macam mana penduduk kampung yang baru pulang dari surau ternampak aku pengsan di bahu jalan dan membawa aku pulang ke rumah.", "Dan yang lebih menggangu aku apabila datuk beritahu yang ‘aku’ berjalan elok je dekat belakang dia semalam. Dia dapat tahu aku pengsan pun hanyalah apabila dia sampai di rumah.Salah seorang penduduk kampung tersebut menceritakan apa yang terjadi. Berhari hari jugalah aku demam.", "Walaupun setelah mengalami peristiwa ngeri itu, kami masih menggunakan jalan tersebut sehinggalah aku tumbuh dewasa dan merantau ke negeri orang. Datuk sudah meninggal dan nenek tinggal bersama dengan mak cik aku. Rumah itu masih elok terjaga. Jalan tu pon masih ada cuma mungkin dah ditumbuhi semak sbb dah takde orang lalu. ", "Peristiwa itu mungkin pahit tapi tkkan dapat aku lupakan sehingga hari ini" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/santau-katak-puru/
Santau katak puru
[ "Kisah benar diolah semula.", "Suatu hari aku drive bawa abah pergi berubat. Dari Melaka ke Johor takdelah jauh . Aku tengok abah dipapah masuk kereta masa keluar dari rumah Wan Saedah. Muka abah dah pucat sangat. Bercakap pun tak berapa jelas. Wan Saedah suruh balik. Aku tunggu dalam kereta sebab kakak tak bagi aku ikut ke dalam rumah Wan Saedah. Mak bidan merangkap bomoh kuat kat kampung bang Gon. Puncanya aku tak ngam dgn bang Gon abg ipar aku tu.", "Ni dah kali ke 12 abah berubat. Tapi aku tengok yg lepas lepas tu takde pun yg nampak berandur elok penyakit abah. Semakin tenat adalah! Bang Gon tu kerja makan tidur je kat rumah. Katanya sibuk jaga abah. Tp yg aku tengok dia sibuk dgn game Fifa, pubg, COD dgn poker. Masa abah panggil dia buat derk je! Boleh pulak dia suruh aku yg uruskan abah.", "Siap pesan basuh abah bersih bersih. Jangan kalut.. suruh aku masak bubur abah, suapkan abah makan. Bagi ubat. Mcm2lah dia pesan dalam wasap. Menjenguk sikit pun tak. Meluat betul aku! Depan kakak aku dia buat rajin. Bagi abah minumlah dah tu je kerja yg mudah. Cerita depan kakak macamlah dia yg penat uruskan abah. Aku bukan ungkit. Memang itu abah aku. Dah tanggungjawab aku kena jaga abah aku.", "Tp bang Gon tu dia tak bagi aku cakap yg aku settlekan kerja kat rumah ni. Dia nak nama. Sebab dia yg nak upah kakak aku bagi. Kakak kerja gaji boleh tahan besar dgn Master yg dia pegang. Syukurlah kan gaji dia besar kira rezeki kami juga. Semua kakak tanggung. Dia cuma minta uruskan abah baik2. Masak untuk makan malam. Sebab dia balik pun nak maghrib dah.penat lah kan drive dari tempat kerja yg jemnya dekat 2jam.", "Sekarang ni aku cuti sem 3 bln boleh la aku teman abah. Jaga abah. Tak taulah habis cuti ni apa jadi dgn abah. Dah la dapat menantu pemalas mcm bang Gon!!! Makan duit hasil bini je. Siang melaram je keluar kedai depan. Mcmlah nak pergi tengok konsert. Bila mlm dia elok dendiam kat rumah. Sebab dia takut dua benda.", "Satu. Takut kakak merajuk, nanti tak dapatlah upah 500. Kedua. Dia takut keluar rumah sebab kat luar tu asal lepas isya’ je mcm2 hal pelik berlaku. Benda misteri tak masuk akal je yg jadi. Siapa keluar je dari laman rumah adalah tu kena kacau. Semua ni berlaku sebulan sebelum abah sakit. Mula2 samar2 dan ringan2 je gangguan. Bila abah mula sakit sesak nafas tak boleh kerja bawak lori, tersandar dgn perut mula membengkak, macam2 hallah.", "Benda jadi ni kes orang santau. Mula2 abah sakit lg ada jiran dah bagitau rumah kami ada yg dengki. Tengah mlm ada org korek tanah depan laman. Betul2 tepi pokok bunga raya kesukaan arwah mak. Jiran tu kebetulan bangun tengah malam nak keluarkan kucing hitam dia yg meragam perangai malam tu. Dia pun pelik kenapa Puma si kucing hitam dia tu garang sangat malam tu!? Meminta sangat nak kena halau keluar.", "Masa tulah dia nampak ada kelibat orang pakai baju hitam berseluar jeans duk korek tanah tepi pokok bunga raya. Lama dia perati. Dah siap kambus apa benda lepas tu org tak dikenali tu mcm mesej siapa tak tahu. 3minit mcm tu datang van biru gelap bawa slow je dan org tu pun naik. Jalan depan rumah kami memang takde lampu jalan. Jiran tu pulak jarak rumah dia dgn kami selang 7 rumah.manalah jelas muka org korek tanah tu kan?", "Esok tu abah balik dari tempat kerja dah mula batuk2. Kepala pening mcm nak demam je badan. Perut sakit sampai tak boleh nak berdiri abah tahan sakit. Jiran tu ada bagitau abah apa dia nampak. Tapi masa abah nak tengok benda apa dalam tanah tu kami dapat berita bang Gon dgn kakak kemalangan masa nak balik dari kedai runcit. Ingat lg haritu kakak tak kerja. Dua org tu keluar naik motor. Aku lepak tengok tv kat ruang tamu.", "Abah pun ajaklah jiran tu pergi tengok anak menantunya. Aku start motor ex5 abah follow belakang. Risau juga kakak parah sebab aku ada kakak sorang tu je. Memang aku sayang dia. Kakak pun sayang aku. Menangis atas motorlah fikir apa jadi kat kakak. Sampai tpt kejadian rupanya kakak luka sikit je. Cuma jatuh terhentak tu sakitlah badan dia. Bang Gon pulak koyak jugaklah betis dia terkena tempat pemijak kaki. Jatuh sebab elak sesuatu. Ntahlah apa dia merapu. aku", "peluk kakak aku. Takut gila kalau jadi apa2 kat dia. Kaki dia seliuh. Belakang dia terhentak kt motor. Menangislah dia tengok aku dgn abah datang.", "Tp kan…ada benda pelik yg aku sampai skrg tak boleh nak hadam. Bang Gon mcm org naik hantu nampak abah. Memula tu terbeliak biji mata nampak abah keluar dari kereta jiran. Bila abah jalan dekat dia, dia merangkaklah melarikan diri menyorok blkg sorang pakcik ni (org kpg kami jugak). Kakak pun pujuk2 tak mau dia dtg. Dah satu kerja nak tenangkan dia.", "Atas nasihat kwn2 abah. Diorg suruh abah balik rumah. Aku teman kakak pergi klinik. Bang Gon kena jahit 12 jarum jugaklah masa tu. Menangis nagis pulak dia kat bilik doktor tu mintak surat masuk hospital. Pelik betullah! Bukan dia kerja pun. Nak claim apa pun tak tau. Doktor cakap luka dia tu dtg cuci hari2 dah la. Tak payah masuk wad. Masa balik tu dia ngamuk2 nak masuk wad. Kakak pujuk dia tanya dia kenapa tak nak balik. Lama dia diam mcm org bodoh.", "“Abang takut tengok abah.” Itulah yg dia ulang2 cakap.", "Sebelum balik. Kawan bang Gon yg tumpangkan kami pergi balik klinik tu ajak makan dulu. Singgah kedai nasi ayam kat pekan. Dah tenang sikit abang ipar pemalas aku tu, kawan dia tanya apa yg dia takutkan? Takkanlah pak mertua muka baik tu dia nak takut? Lagipun kan abah tak balik lg masa dia jatuh motor. Apa kaitan dgn abah? Dia cakap dari semalam abah mcm bayang2 hitam duk ikut dia. Pukul 5 pg dia keluar isap rokok ada kelibat abah intai dia dari pokok bunga raya. Muka abah serius je mcm nak telan dia.", "Tak habis sebatang rokok bang Gon campak terus. Baru in game tp cancel terus. Dia masuk ke bilik. Dia sambung tidur sampai tengahari. Kakak dgn aku pulak dah pergi pasaraya tak balik lg. Bang gon cakap dia bangun nak minum air kt dapur. Tp sampai dapur dia dengar ada org jirus air kt dlm toilet. Dia fikir aku tengah mandi. Padahal kakak dah wasap dia bagitau kami keluar berdua. Abah mana ada kat rumah. Dia tau sangat smlm abah dah gerak bawak lori hantar barang ke Perlis. Paling cepat pun petang nilah abah sampai.", "Sambil dia minum teh O kat meja dapur tu dia belek hp lah. Masa tu kakak wasap dia gambar kitorang selfie dgn ketam. Nak masak lemak la kononnya. Kakak kata kenapalah bang gon pelik tngok aku ada dlm gambar? Memanglah ada…dah aku yg drive kereta kakak. Bang Gon tak puas hati terus call kakak. Bertekak manja la kejap aku dengar. Aku dengar kakak cakap Adik ada ni. Pastu cakap abah tak balik lagi. Pastu senyap kejap.", "Tak lama tu bang Gon dtg kat pasaraya naik motor. Dia kata dalam toilet ada org main jirus2 air. Ingatkan aku basuh membasuh macam selalu. Bila dia tolak pintu……..kering je mcm takde siapa masuk mandi atau membasuh baju. Biasanya aku suka sental baju pakai tangan je. Tp mata dia sempat menangkap kelibat abah melompat keluar tingkap papan mcm katak lompat. Kitorang ingat dia gurau. Tp tengok muka seriuslah pulak. Dia suruh balik masak. Siap makan nanti dia nak bawak kakak keluar meronda ambik angin naik motor. Petang tulah diorang jatuh motor.", "“Aku nampak abah bawak parang tahan tengah jalan.kalau tak aku tak elak smpai jatuh motor.”", "Uih, kami bertiga termasuk kawan dia aku namakan bang Aris terlopong. Tp aku tak boleh terima dia cakap cmtu kat abah. Tak mgkinlah abah keluar bawak parang! Agak2lah nak busukkan nama abah. Kot iya pun tak sukakn abah jgn la cakap benda bukan2. Aku sound dia jgn busukkan nama abah. Dia cakap tak akan busukkan nama abah sbb abah mmg sayang dia mcm emas.", "Bermula dari haritu sakit abah makin teruk. Puas panggil perawat dtg rumah. Semua kata abah kena busung. Mulanya aku dgn kakak tak terima. Bawak pergi hospital. Doktor check semua. Abah tak sakit apa. Mungkin penat kerja. Dapat vitamin je. Pergi klinik swasta pun sama. Abah dikata tak sakit apa. Tp berjumpa ustaz dan bomoh jawapannya kena santau katak puru sampai busung…. Sedih sgt la memikirkan kenapalah org sanggup buat mcm tu kat abah? Berubat sana sini tak sembuh pun. Baik sekejap pastu sakit balik.", "Lain kali aku sambung balik cerita ni. Ada kerja hakiki aku kena buat. Maaf kalau tak best sebab aku bukan seorang pencerita yg bagus." ]
[ "Tak sabar nak tunggu kesudahan cerita ni…sebab jangan kita jangka , orang yang buat baik dengan kita…belum tentu ikhlas baik nya ." ]
https://fiksyenshasha.com/rumah-sewa-7/
Rumah Sewa
[ "Kisah bermula apabila kami bercadang menyewa rumah di luar kampus. Bulan pertama kami menyewa tidak terdapat sebarang gangguan, tetapi masuk bulan kedua ada housemate aku kena gangguan seperti nampak kelibat di siling rumah dan ada yang kena tindih semasa tidur.", "Oleh kerana untuk menamatkan gangguan tersebut, kami bercadang untuk membuat bacaan yassin di rumah dengan menjemput orang surau, pensyarah dan rakan-rakan kami. Semasa bacaan yassin dibacakan tiada sebarang gangguan malah segalanya berjalan dengan lancar.", "Setelah selesai kemas rumah semua, housemate semua memasing bersihkan diri dan siapkan diri untuk tidur. Tetapi bermula kisah seram, apabila aku tengah siap untuk mendirikan solat isyak tiba-tiba roommate aku tegur, apa bunyi bising di belakang bilik itu. Untuk pengetahuan pembaca semua, di belakang bilik kami terdapat pintu besi kecik dan hutan dan ada yang mengatakan hutan tersebut adalah perkampungan orang bunian.", "Tanpa disedari, semasa mendirikan solat isyak aku perasan kenapa roommate aku ni memerhati je aku macam tenung dari jauh. Dan sekali bila aku toleh ke kiri, rupanya roommate aku ni memang tengah tenung aku dengan mata yang membulat sambil kedua kakinya bersimpul kebelakang di atas katil.", "Lalu aku terus berlari dan mendapatkan housemate aku untuk melihat keadaan roommate aku itu. Sebelum berlaku lebih dasyat, salah sorang housemate aku suruh semua selesaikan solat isyak terlebih dahulu sebelum kita semua cari jalan bagaimana nak selesaikan perkara ini kerana jam sudah menunjukkan 1 pagi.", "Semasa nak selesaikan solat isyak, aku yang tak sempat nak solat isyak tadi teruskan solat. Tetapi tidak khusyuk kerana aku masih diperhatikan roommate aku itu dan dia mengatakan “Khusyuk ke solat itu”. Dalam hati aku semasa itu, tuhan sahaja tahu yang penting semasa itu aku hanya nak cepat siapkan solat isyak.", "Semua sudah selesai solat isyak, maka kami semua cuba tenteramkan suasana. Ada yang bacakan yassin dan pasang ayat ruqyah. Semasa itu kami buntu nak minta pertolongan siapa oleh kerana keliling jiran pasti sudah tidur lena. Lalu aku cuba menghalau makhluk halus yang telah merasuki badan kawan aku itu dengan menggunakan penyapu lidi yang diberikan oleh saudara aku dari penang. Penyapu lidi itu mereka telah bacakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi tujuan menghalau makhluk halus. Tetapi keadaan menjadi semakin seram dan tak terkawal, mungkin kami akan berjaga sampai pagi kalau tidak diubat.", "Dan kami telah membuat keputusan, untuk menelefon pensyarah kami untuk tolong. Setelah selesai membuat panggilan dan pensyarah kami bersetuju untuk datang ke rumah. Roommate aku boleh menyampuk dan berkata “Ada ke orang nak datang tolong pukul 2 hingga 3 pagi ni” sambil dia mengira jam 2 pagi ke 3 pagi menghitung masa untuk dia melarikan diri.", "Kami semua tahu dia nak melarikan diri, kerana dia memberikan alasan nak membuang air kecil siap nak membuka seluarnya tetapi bukan membuang air kecil di dalam bilik air tetapi di luar rumah. Roommate aku berkata “Aku nak pergi buang air kecil di rumah sana lah” rumah sana itu adalah rumah dipinggiran ujung rumah kami terdapat sebuah rumah papan usang dan dia nak lari pergi ke situ tetapi kami menghalang dia dan pegang dia supaya tidak keluar rumah sementara tunggu pensyarah kami sampai.", "Setelah tibanya pensyarah kami, ruqyah dimulakan. Kami semua pakai telekung duduk sebaris bagi mengesan ada yang terkena ganggu makhluk halus atau tidak. Dan ya roommate aku antaranya dirasuki. Roommate aku masih mahu lari dan nak pergi ke rumah usang itu dan makhluk halus itu berkata “Aku suka berkawan dengan dia, kerana dia baik hati, dia sunyi tak ada kawan”. Dan pensyarah aku teruskan berubat, akhirnya benda halus itu keluar dari tubuh roommate aku itu.", "Kami bersyukur semua selesai, tetapi tiba-tiba salah seorang housemate aku pengsan. Dan ia m******r dirinya penjaga housemate aku. Dan makhluk halus itu berkata “Kau jangan ganggu dia”. Lalu pensyarah aku tidak membuangnya kerana itu adalah penjaga ataupun saka keturunan keluarga housemate aku.", "Akhir cerita, segalanya selesai malam itu. Tetapi kami semua masih diganggu, sehingga kami semua membuat keputusan untuk berpindah masuk menyewa ke dalam kampus kembali. Dan rumah itu sekarang telah diberikan kepada pusat tahfiz.." ]
[ "adoiiyaiiii..pening bace..housemate la roomate la..letak la name kan senang..", "Panggil org surau lecturer la ape lah kemain. Pastu pukul 1pg x smyg2 isyak lg. ape bende lah ko ni bebal" ]
https://fiksyenshasha.com/kisah-jin-yang-tacing-sebab-kehilangan-sahabatnya/
KISAH JIN YANG TACING SEBAB KEHILANGAN SAHABATNYA
[ "Kisah ni berlaku di sebuah kampung di B**** P****.. Kisah ni berlaku pada tahun 2007 tak ingat bulan berapa. Hari Rabu malam Khamis. Malam tu aku dok rehat-rehat dalam bilik tup-tup kawan aku, Cikgu Mat Syah (bukan nama sebenar) call aku bagi tau tokwan dia uzur sangat, nampak teruk sangat.", "Aku kata aku free lepas Isyak. Dia kata elok sangat. Dia kata dia mai ambik aku. So lepas Isyak dia pun sampai mai ambik aku.", "Dalam perjalanan kami sembang-sembang la pasai tokwan dia ni. Dia kata dalam pengamatan dia nampak uzur sangat dah tapi macam ada yang menghalang. Aku pun sembang-sembang la pasai perihal orang yang susah m**i ni.", "Dok ralit sembang tau-tau sampai dah rumah tokwan dia. Kedatangan aku disambut oleh pak mertua dan pak-pak menakan kawan aku ni. Tokwan kawan aku ni tokwan bini dia la. Kawan aku ni cucu menantu la.", "Aku pun pi la tengok keadaan tokwan dia. Masa aku tengok, baru nak ikhtiaq. Aku nampak satu lembaga mai teruih dok tepi tokwan ni dok pegang bahu sat pegang tangan.", "Aku tanya la hang ni sapa dengan tokwan ni? Dia kata aku ni kawan dia. Kami berkawan dari kecik. Aku sayang dia. Dia kawan aku. Aku tak bagi sapa pun sakiti dia. Aku tanya lembaga ni. Hang ni jin mana punya ni. Mai kot mana? Dok mana? Dia pun kata, Aku ni jin bukit. Aku jumpa dia dan kami kawan dari dulu lagi. Dia nak pi solat, aku ikut la dia pi masjid, tapi aku tak masuk la. Aku bukan Islam, tapi aku hormat dia. Hang jangan bagi dia sakit. Hang bagi dia sakit, aku b***h hang. Jin ni warning aku.", "Aku relax lagi. Aku kata la kat jin ni. Hang tau dak jasad manusia ni terbatas. Kot mana pun kami akan m**i, sebab kami cepat tua. Hang bangsa jin takpa la umuq panjang. Umuq hang tera kami ni masih muda lela. Jin ni pun mula la menangis.", "Dia kata nanti aku takdak kawan la. Dia ja kawan aku. Aku ada dia ja. Tolong la aku. Kesian la kat aku. Aku tak dak dah kawan kalau kawan aku ni m**i.", "Aku kata kat jin ni. Ada jalan dia tapi ada syarat. Jin ni mula seronok. Dia kata apa syaratnya? Aku kata kita hidup ni betoi memang sayang menyayangi, tapi ada batas dia. Batas dia adalah m**i. Jadi takat tu ja la sayang kita ni. Untuk sayang berterusan, kita kena doa dan hadiahkan buat orang yang kita sayang.", "Dia tanya lagu mana tu. Aku pun habaq, dalam Islam kalau kita ingat dan sayang kat sorang-sorang tu, kalau dia dah m**i kita boleh tunjukan rasa sayang kita tu dengan doa. Doa kat Allah minta Allah ampunkan dosa dia. Itu baru bukti kita kawan yang baik. Tengok dia la ni, hang tak kesian ka. Tak larat dah tu. Hang lepaih la dia pi.. Kawan apa lagu ni bagi kawan susah. Sebetoinya kawan bagi la mudah kawan.", "Lagi kuat jin ni nangeh. Dok sat tu jin tu tanya nak buat lagu mana nak bagi dia pi. Ada la cara dia, tapi kot mana pun, hang dengan dia kena pisah. Mau tak mau kena pisah, baru dia leh pi. Dia kata tak dak cara lain ka? Tak dak, ni ja cara yang ada. Hang doa la kat dia nanti. Insya Allah sampai doa hang tu kat dia.", "Aku dok pujuk dia. Dia pun setuju. Aku habaq la kat dia. Hang setuju, aku nak habaq kat anak cucu dia. Suruh buat persiapan dia nak pi. Jin tu pun angguk pala.", "Aku panggil semua anak beranak tokwan tu. Aku kata kalau Allah izin insya Allah tak lama dah. Mungkin Allah ambik nyawa dia paling awal mungkin pagi esok kot Allah nak bagi peluang kat kita untuk berbakti lagi kat dia, atau mungkin Allah ambik seminggu dua lagi la kot. Semua ni kuasa Allah punya. Itu hanya pendapat saya saja, tengok keadaan tokwan. Anak cucu dia pun kata, buat ja apa yang elok. Kami turut ja.", "Aku pun pi la tengok tokwan tu dengan jin tu. Aku kata boleh dah la kalau nak lepas. Aku pun kata kat tokwan ni. Tokwan… Mulai saat ni kawan tokwan ni tokwan kena tinggai nuh. Dan kawan tokwan ni pun kena tinggai tokwan. Sebaik penjaga kita adalah Allah. Jin ni nangeh lagi kuat. Dok sat aku pon buat pemutuih kat depa. Aku ambik getah gelang, aku tarik. Masa aku tarik getah tu, aku kata lagu ni. Putuih la hubungan hang dengan tokwan ni sebagaimana putuihnya getah ni dan begitu juga hubungan tokwan ni dengan hang semacam mana putuihnya getah ni. Tuppp! getah putuih. Jin ni pun koi hilang dari sisi tokwan tu.", "Aku pun kata kat tokwan tu. Tokwan mengucap sat saya nak dengaq. Dia pun mengucap. Alhamdulillah. Tokwan kena sentiasa ingat kat Allah nuh. Sebut nama Allah nuhh. Tokwan senyum sambil ayaq mata meleleh keluaq.", "Aku pun pi jumpa anak cucu dia. Aku habaq selesai dah semua pasai tokwan ni. Cuma jin tu ja tak selesai lagi, dia dok teriak kat tunggoi pokok pelam, tepi rumah. Sat nak sembang dengan dia sat.", "Aku pun keluaq pi jumpa jin tu. Kawan aku Mat Syah pun ikut sama. Aku kata kat jin tu. Tak payah la sedih. ni la kawan yang betoi-betoi kawan. Jin ni kaleh dan tanya aku. Betoi ka doa aku sampai kat dia. Aku tak Islam. Aku takdak agama. Jadi tuhan terima ka doa aku? Aku kata terima kalau hang masuk Islam. Allah tu kan maha pengampun, maha pengasih, maha penyayang, maha mengetahui.", "Aku nak masuk Islam kata dia. Aku kata boleh, tapi kena ada saksi. Sat kita panggil lagi saksi. Aku pun panggil 3 orang lagi. Semua depa ni nampak jin tu. Masa dia syahadah tubuh dia nampak bercahaya. Allahurabbi.", "Aku bagi nama kat dia Muhammad Nur Firdaus. Seronok dia dengan nama tu. Aku kata kat dia pi mengaji dengan Habib Al-huda dimekah. Habib Al-huda ni qarin nabi Muhammad. Dia tanya, kat sana ramai ka mengaji. Aku kata, ramai. Kat sana hang boleh ada kawan baru dan jangan lupa doa kat tokwan ni, kawan yang hang sayang. Dia kata, aku tak lupa. Dia ucap terima kasih dan teruih hilang…", "Aku pun minta diri untuk balik. Jam tunjuk pukoi 2:45am dah. Balik tu aku dengan Mat Syah singgah makan sat. Dalam pukoi 4 am masa dok tengah jambatan bini Mat Syah call kata tokwan dah meninggal. Innalillah wainna ilaihi rajiun… Alhamdulillah. Selesai masalah yang family Mat Syah ni hadapi." ]
[ "Terima kasih sudi berkongsi kisah ghaib yang terbatas oleh manusia seperti akak . Sekurang2nya kisah ghaib begini dijadikan sbg kisah yang dikumpul dalam salah satu buku agama . ..sebagai pengetahuan harus percaya kepada perkara2 yang ghaib , agar manusia jangan menyombong sebab bukan hanya kita sahaja yang mendiami bumi Tuhan , malaikat dan jin juga diciptakan untuk menyembah Nya .", "seriously, aku menangis part yang jin tu masuk Islam. Aku tak tipu eh, bergelinang tiba-tiba baca, menitik terus ayaq mata dok baca sampai penghujung. Allahu. Cara penyampaian dan cerita tu sampai sangat sangattttt", "first time saya menangis baca cerita FS. Sedih betul 🙁" ]
https://fiksyenshasha.com/rawatan-rumah-berpenunggu/
RAWATAN RUMAH BERPENUNGGU
[ "KISAH BENAR : RAWATAN RUMAH BERPENUNGGU", "Pak Saleh (bukan nama sebenar) menetap disebuah kampung di kaki gunung *****. Pak Saleh merupakan salah sorang orang kaya dikampung tu. Tapi sekaya mana pon dia, kalau hidup penuh dengan gangguan misteri, membuatkan hidup dia sekeluarga jadi tak tenteram.", "Gangguan yang dialami depa sekeluarga ni dah 2 tahun dah, dan ramai perawat dipanggil untuk memulihkan suasana kehidupan depa ni.", "Gangguan bermula bila mana rumah yang dia diami tu adalah rumah pusaka peninggalan tokwan dia. Dia buat ubahsuai untuk depa tinggal kat situ. Siap rumah tu, depa pon pindah masuk dengan buat kenduri kesyukuran panggil orang kampung abih mai ke majlis depa…", "Gangguan bermula selepas majlis kenduri waktu lepas Isyak. Lantai mozek diruang tamu meletup2 pecah. Pada sangkaan dia mungkin simen tak banyak. Tukang rumah dipanggil. Siap baiki kat ruang tamu, jadi pulak kat dapur dan seterusnya ditempat lain dalam rumah tu.", "Pak Saleh ingat yang tu saja, rupanya ada lagi gangguan lain. Anak dia berubah tempat tidoq… Tidoq dalam bilik, bangun tidoq dok kat tempat lain. Kat sofa, ruang tamu, dapur, bilik air tu selalu la. Tapi yang jadi tak tahannya bila anak dia bangun tidoq, tengok dok kat pintu pagaq luaq rumah nuh. (Dah la segak anak Pak Saleh ni).", "Bermula la episod memanggil perawat. Ada yang ikhtiaq elok sehari dua pastu jadi balik. Ada yang mai balik lagu tu ja. Sebab tak tahan daulat kena sudi. Keraih dan kuat kata depa.", "Sampai la satu masa tu, ada la seorang pemuda ni pi ke rumah kawan dia kat kampung tu. Kebetulan Pak Saleh pon mai rumah kawan pemuda ni minta kawan pemuda tu tolong carikan sapa2 yang boleh ikhtiaqkan masalah kat rumah dia tu.", "Kawan pemuda ni teruih kata. Pak Leh, kawan saya ni boleh berubat orang. Boleh la kalau nak minta tolong dia ikhtiaq2 apa yang patut. Nak suruh dia cuba boleh la… Pemuda tu tak terkata apa… Senyum ja la dah kawan pi kata lagu tu… Apa lagi orang tua tu teruih ajak pi rumah dia la. Pemuda tu kata kat pak saleh, dia nak pi lepas Isyak.", "Lepas Isyak, pemuda tu pun sampai la kat rumah pak Saleh. Dia pi dengan kawan dia tadi tu la. Masuk dalam rumah pak Saleh, dia pun cerita la serba sikit pasai masalah dia. Pemuda tu pon angguk ja la. Habis Pak Saleh bercerita, pemuda tu pon mulakan sesi rawatan.", "Baru saja mula rawatan, tak sampai 2 minit dah ada gangguan. Mula-mula dia main ketuk cermin tingkap dengan pintu. Dok sat tu, dia main lampu dengan paip ayaq pulak. Pemuda tu pon teruskan proses rawatan.", "Kali ni agak kasaq. Lantai mozek meletup-letup. Pemuda tu tak berganjak. Dia teruskan kan lagi sesi rawatan. Gangguan tu lagi main kasaq. Kali ni pinggan pulak dok melayang mai dari dapoq ke ruang tamu, jatuh dekat pemuda tu.", "Pemuda tu kata la kat makhluk tu, kalau hangpa berani, hangpa mai berdepan dengan aku. Toksah dok gempaq dengan barang2. Aku bukan hadap pon dengan barang2 ni…", "Kali ni memang amukan puaka la kot. Siap tingkap pecah, tv, sofa semua dok bergerak….", "Tv dihawin kat pemuda tu. Pemuda tu buat gerakan teddybear berguling.. Tak la kena tv tu… Kalau dak, mau bederemen muka dia.", "Pemuda tu bangun, teruih dia hentak kaki dengan bacaan fatihah senafas. Selesai bacaan fatihah, pemuda tu hentak kaki untuk kali ke 2… Bammmm.. Sofa jatuh.. Kabinet tv pon jatuh pecah…sebab benda ni semua dok terangkat, kira terawang2 la…", "Lepas dia hentak kaki kali kedua tu, nampak la satu susuk tubuh yang besaq jugak. Pemuda tu pon baca ayat pengunci dan makhluk tu pon terkunci.. Dia meronta2…", "Pemuda tu kata pada makhluk tu, Apa hak hang dok sini kacau depa ni… Makhluk tu kata, dia dok lama dah dari takdak rumah sampai ada rumah kat situ. Pemuda tu tanya, pasai apa dulu hang tak buat lagu ni. Dia kata tokwan pak saleh yang kurung depa. M**i tokwan pak saleh ni, kurungan depa pecah. Tapi depa tak boleh pi dari rumah tu sebab tokwan pak saleh ni kurung depa kat rumah tu… Sampai la m**i tapi tak leh keluaq dari kawasan rumah tu…", "Pemuda tu pon habaq kat depa.. Kalau hangpa mau, aku nak bagi tempat baru. Dia tanya, hangpa islam dak…depa kata islam… Pemuda tu suruh ngucap dan depa ngucap…", "Pemuda tu kata, hangpa islam dan hangpa nak ngaji bab islam dak? Depa kata nak…", "Pemuda tu kata, aku boleh buka penjara hangpa ni, tapi dengan syarat, hangpa kena pi ngaji kat Mekah nuh… Depa kata mau…", "Pemuda tu kata, pi mekah jumpa habib al huda. Jadi murid dia dan sampaikan salam aku kat habib Al-huda.. Depa pon pi..", "Lepas dari kejadian malam tu, tiada lagi gangguan yang pak saleh sekeluarga ni terima…" ]
[ "Duk berubat ka tuan", "Seronok dok baca tulisan hang.. Santai. Sapa nama tak tau.. Teruskan menulih naa", "Wuish, power noh pemuda tu" ]
https://fiksyenshasha.com/maria/
MARIA
[ "Di suatu malam yang gelap dan hujan deras, seorang wanita bernama Maria sedang memandu sebuah kereta Honda Civic bewarna putih di jalan raya yang sepi.", "Tiba-tiba, kereta nya m**i di tengah jalan dan dia tidak dapat menghidupkan semula kereta nya", "Maria merasa cemas dan takut. Dia melihat sekelilingnya dan tidak ada rumah berhampiran dan tiada juga kelihatan kenderaan yang lalu lalang. Dia merasa seram sejuk sendirian di malam yang gelap itu.", "Ketika dia sedang berusaha memperbaiki kereta nya, dia mendengar suara aneh di sekitarnya. Suara itu semakin dekat dan semakin jelas, dan dia mulai merasa ketakutan dan terancam.", "Dia tiba-tiba melihat sebuah lembaga di kejauhan, yang semakin dekat dan semakin jelas. Lembaga itu adalah seorang wanita dengan gaun putih yang basah kuyup oleh hujan.", "Maria merasa sangat takut dan mulai berlari menjauhi lembaga itu. Namun, semakin dia berlari, lembaga itu semakin dekat. Akhirnya, lembaga itu mengejarnya dan menghadang jalannya.", "Maria sangat terkejut dan terdiam setelah melihat lembaga itu. Lembaga wanita itu kemudian berkata dengan suara serak dan pelahan, “Maria, saya perluakan bantuanmu. Tolong cari anakku.”", "Maria terkejut mendengar nama nya disebutkan oleh lembaga itu, dan dia merasa bulu roma nya meremang kearana suara yang diucapkan lembaga itu terdengar seperti mencekam di dalam telinga nya.", "Namun, lembaga wanita itu tidak menunggu Maria memberikan jawapan dan kemudian menghilang, meninggalkan Maria sendirian di tengah hujan.", "Maria merasa sangat ketakutan dan bingung dengan apa yang baru terjadi. Dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah setelah seharian bekerja di tambah pula dengan gangguan yang baru sahaja dia lalui, dan dia tidak akan pernah melupakan pengalaman yang menyeramkan itu.", "Setelah kejadian tersebut, Maria merasa bahwa ada yang mengikuti dan mengejar dirinya. Setiap kali dia melintasi tempat yang sepi atau gelap, dia merasa seperti ada yang memperhatikan dia dari balik bayang-bayang.", "Maria merasa semakin terganggu dan ketakutan, dan dia memutuskan untuk mencari tahu siapa sebenarnya lembaga wanita yang menampakkan diri kepadanya di malam hujan tersebut.", "Setelah melakukan beberapa penelitian, Maria menemukan bahwa lembaga wanita itu adalah seorang ibu yang kehilangan anaknya secara tragik dalam kemalangan kenderaan beberapa tahun yang lepas. Ibu tersebut percaya bahwa anaknya masih hidup dan mengharapkan untuk menemukannya.", "Maria merasa terpanggil untuk membantu ibu tersebut menemukan anaknya, dan dia memutuskan untuk melakukan penyelidikan lebih lanjut. Setelah melakukan beberapa penelitian dan memeriksa beberapa tempat, Maria berjaya menemukan anak tersebut dan mengembalikannya kepada ibunya.", "Setelah menemukan anak tersebut, Maria merasa lega dan bahagia, dan dia merasa bahwa hantu ibu dan anak itu telah menemukan kedamaian. Namun, dia juga menyadari bahwa dia telah belajar pelajaran berharga tentang keberanian dan dedikasi, dan dia tahu bahwa pengalaman yang dia alami itu akan selalu menjadi bagian dari dirinya.", "Setelah berhasil menemukan anak yang hilang dan mengembalikannya kepada ibunya, Maria merasa senang dan puas dengan tindakan yang telah dilakukannya. Namun, beberapa minggu setelah kejadian itu, dia mulai merasakan bahwa ada yang aneh dan menakutkan di sekitar rumahnya.", "Maria sering mendengar bunyi-bunyi aneh di tengah malam, seperti bunyi pintu yang terbuka atau bunyi derapan kaki sedang berjalan di ruang tamu rumah. Bunyi-bunyi itu membuatnya merasa ketakutan dan susah untuk melelapkan mata.", "Maria merasa bahwa hantu ibu dan anak tersebut mungkin telah mengikuti dirinya balik ke rumah dan terus menghantui dirinya. Dia memutuskan untuk meminta bantuan dari seorang paranormal untuk membersihkan rumahnya dari kehadiran mereka.", "Setelah melakukan beberapa ritual dan pembersihan, Maria akhirnya merasa tenang dan yakin bahwa ia telah berhasil mengusir hantu-hantu tersebut dari rumahnya. Dia merasa sangat bersyukur bahwa dia berhasil menemukan anak yang hilang, tetapi dia juga menyedari bahwa tindakannya juga membuka pintu ke dunia yang lain.", "Setelah kejadian tersebut, Maria memutuskan untuk lebih kerap melakukan kegiatan sosial untuk membantu orang-orang yang perlukan bantuan nya. Dia menyedari bahwa tindakan kecil seperti membantu orang yang tersesat atau mengembalikan anak yang hilang dapat memberi impak besar bagi kehidupan seseorang.", "Maria juga memutuskan untuk mempelajari lebih dalam tentang dunia paranormal dan keberadaan makhluk ghaib. Dia merasa bahwa dengan mengetahui lebih banyak tentang hal ini, dia dapat lebih menyiapkan diri untuk menghadapi kejadian-kejadian serupa di masa depan.", "Selain itu, Maria juga mengembangkan kemampuan untuk mendengarkan dan memahami kehadiran paranormal. Dia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan makhluk gaib dan mengirimkan pesan-pesan positif kepada mereka. Hal ini membantu Maria merasa lebih tenang dan damai dalam kehidupannya.", "Namun, ketika Maria semakin kerap melakukan kegiatan sosial dan terbuka terhadap kehadiran makhluk ghaib, kehidupannya mulai terasa semakin menyeramkan. Dia merasa seperti ada kekuatan gelap yang mengikuti dan mengancam keberadaannya.", "Maria kerap merasakan sentuhan dingin dan bulu roma yang tiba-tiba meremang di sekitar dirinya, dan kerap kali juga dia rasa seperti ada mata yang memperhatikannya dari balik bayang-bayang. Terkadang, dia juga mendengar suara-suara aneh di tengah malam yang membuatnya susah untuk tidur.", "Ketakutan dan rasa takut yang dirasakan Maria semakin hari semakin kuat. Dia cuba bertanya kepada gurunya dan beberapa ahli paranormal yang lain, tapi tidak ada yang mampu memberikan jawapan yang pasti.", "Suatu malam, Maria merasa terbangun dari tidurnya oleh suara-suara aneh di dalam rumahnya. Dia mendengar langkah kaki yang mendekat dan suara-suara bisikan yang menakutkan. Ketika dia membuka matanya, dia melihat satu lembaga hitam besar dan terapung di udara dan melihatnya dengan mata merah menyala.", "Maria terdiam dan tak bergerak, dia merasa takut dan seram sejuk hingga ke tulang. Dia merasa seperti dia dalam bahaya nyata, dan tidak tahu macam mana nak melawan makhluk yang menyeramkan itu.", "Maria kemudian teringat akan sebuah buku kuno tentang ilmu sihir yang pernah dia jumpa di perpustakaan. Dalam buku itu disebutkan bahwa kehadiran makhluk gaib yang menyeramkan dapat diusir dengan menggunakan mantera-mantera tertentu.", "Tanpa ragu-ragu, Maria membaca mantera daripada apa yang di ingatnya dengan suara yang lantang.", "Tiba-tiba, lembaga hitam itu menghilang dan kehadirannya tidak terasa lagi. Maria merasa lega dan bersyukur bahwa dia berhasil mengusir makhluk yang menyeramkan tersebut.", "Namun, setelah kejadian itu, Maria merasa seperti ada yang hilang dari dalam dirinya. Dia merasa semakin terasing dan kesepian, dan merasa seperti ada kekuatan yang mencoba untuk memasuki dirinya.", "Maria kemudian menyedari bahwa kehadiran makhluk gaib tersebut telah meninggalkan bekas yang sangat dalam di dalam dirinya, dan ia harus memulihkan kembali keseimbangan rohani dan jasmani nya.", "Maria merasa sangat terpukul dengan kejadian yang menimpanya dan merasa terasing dari lingkungan sosialnya. Dia mulai merenung dan mempertanyakan makna kehidupannya dan mencari jawaban tentang kenapa dia menjadi target makhluk-makhluk tersebut.", "Maria memutuskan untuk melakukan perjalanan ke tempat-tempat suci dan bertemu dengan para pemimpin agama. Dia berbicara dengan banyak orang yang berpengalaman dan berilmu untuk mencari jawaban atas pertanyaannya. Dan dia berusaha untuk kembali ke pangkal jalan", "Setelah berbulan-bulan melakukan perjalanan dan mencari, Maria akhirnya menemukan jawapan yang dia cari. Dia menyadari bahwa dia telah terlalu obses dengan kepentingan peribadinya dan telah terlalu sibuk dengan urusan duniawi.", "Maria memutuskan untuk mengubah hidupnya dan mengambil jalan yang lebih spiritual. Dia mulai merenung dan bermuhasabah diri setiap hari, membantu orang lain dan melakukan amal kebajikan.", "Dengan perubahan ini, Maria merasa semakin dekat dengan Pencipta dan dirinya sendiri, dan merasa semakin kuat secara rohani. Dia juga merasa bahwa kehadiran makhluk ghaib yang menyeramkan telah membantunya untuk mengambil jalan kehidupan yang benar.", "Maria kini hidup dengan lebih tenang dan bahagia, dan tidak lagi merasakan kehadiran makhluk ghaib yang menakutkan.", "Kisah Maria mengajarkan kepada kita bahwa kehadiran makhluk ghaib dapat menjadi petunjuk bagi kita untuk memperbaiki hidup kita dan mencari jalan yang lebih benar. Meskipun perjalanan kita mungkin panjang dan penuh ringtangan, dengan tekad dan niat yang benar, kita dapat menemukan kedamaian dan keseimbangan dalam hidup kita." ]
[ "Bhoooshannn" ]
https://fiksyenshasha.com/lif-bomba/
LIF BOMBA
[ "Assalamualaikum semua pembaca Fiksyen Shasha.", "Aku ingin menceritakan sebuah kesah mengenai sebuah lif yang terletak di sebuah kondominium di Selangor. Kondominium mana tidak perlulah aku katakan tetapi ia terletak di kawasan Bangi, Selangor.", "Pada cuti akhir tahun 2021, keluarga aku merancang untuk menginap di sebuah kondominium yang terletak di Bangi Selangor. Kondominium tu telah lama dibeli oleh ayah aku semasa dia menuntut, dan apabila sudah berkahwin dia meninggalkan kondominium tu dan berpindah ke rumah teres bagi tempat tinggal kami. Tetapi percutian kali ni ayah aku check in balik hotel tu. Kami merancang bercuti pada hari Ahad dan bertolak pada esok harinya.", "Dipendekkan cerita, kami tiba di kondominium itu pada petang hari kira kira 6:30 petang. Ayah aku ambil kunci di kaunter reception sementara kami yang lain tunngu di kereta. Habis sahaja mengambil kunci, kami bergerak ke parking lot yang disediakan untuk meletakkan kenderaan. Setelah kami mengangkut barang barang keperluan, kami menuju ke ruangan lif bagi mencari tingkat bilik kami.", "Dipendekkan cerita, kamu sampai ke bilik kami di tingkat 25 daripada 35 tingkat. Kami membaca bismillah dan ayahku membuka pintu menggunakan kunci yang telah diambil. Buka sahaja lampu kami meneruskan dengan kerja kami punggah beg susun itu susun ini dan seterusnya mandi dan solat pada malam hari. Selesai solat Isyak kami bercadang untuk makan malam di restoran, kebetulan di bawah kondominium ada kedai dan restoran, tampa banyak cerita kami turun ke tingkat 1 dan terus ke restoran bagi dinner kami.", "Selesai makan malam, ayahku mengajak mahu berjalan ii melihat keindahan malam bersama sama. Tapi pada masa itu aku memang terlalu mengantuk jadi aku memberitahu ayah aku yang aku tidak mahu ikut kerana hendak tidur. Jadi ayah aku memberikan kunci spare untuk aku buka pintu dan mengingatkan aku jangan kunci pintu kerana mereka mahu masuk ke dalam bilik. Aku akur dan tidak lama selepas itu kami berpisah.", "Aku pergi ke ruangan lif dan menekan butang untuk naik ke atas. Setelah beberapa saat menunggu ada sebuah lif yang terbuka untuk menjemput aku baik ke tingkat yang aku mahu, tetapi yang peliknya yang terbuka itu lif bomba. Aku dapat tahu kerana di atas ruangan lif tertampal di lif itu ‘ Lif Bomba ‘. Aku rasa aku boleh sahaja naik lif ini sebab yelah mana ada kebakaran yang memerlukan aku menunggu lif lain tiba lagipun pada waktu itu memang aku terlalu mengantuk akibat banyak makan di restoran tadi. Tanpa berfikir panjang, aku masuk ke lif tersebut dan menekan butang 25.", "Setelah 1 minit berlalu aku memerhati aku masih lagi berada di tingkat satu sedangkan butang 25 pada lif itu menyala dan pintu lif sudah tertutup. Aku menekan semula tingkat 25 buat kali kedua dan lif tidak naik ke atas. Apalagi panas lahh, aku tekan butang itu beberapa kali dan akhirnya lif itu bergerak.", "Dengan keadaan mengantuk aku terlelap beberapa saat di dalam lif sambil menunggu lif sampai ke destinasi yang aku tetapkan. Pabila aku terjaga dari lelap, aku melihat sekeliling kerana aku fikir aku sudah sampai ke tingkat 25 tapi lif masih tertutup. Aku pelik dan aku melihat ke screen yang menunjukkan tingkat yang lif tu berada sekarang.", "Apa yang membuatkan aku terkejut, nombor yang terpapar pada screen lif tu menunjukkan angka ‘ 33 ‘ !", "Macam mana pulak boleh sampai ke tingkat 33 sedangkan tombol yang masih bernyala di tepi lif ialah nombor 25 ?!.", "Aku cuba menekan semua nombor 25 pada butang lif tetapi lif itu berhenti dan yang membuatkan aku panik ialah lampu di lif tersebut m**i secara tiba tiba !!! Memang panik.", "Aku hampir menangis tapi aku teringat yang aku ada membawa handphone pada masa itu di poket seluar. ku mengambil handphone dan menyalakan flashlight handphone bagi membantu aku melihat keadaan sekeliling. Aku melihat suasa lif yang seakan akan berhenti berfungsi. Apalagi panik lahh !! Aku menyuluh ke butang lif dan dengan keadaan tangan bergetar getar cuba menekan semua nombor untuk memastikan berfungsi atau tak. Malangnya semuanya tidak berfungsi .", "Aku panik dan menangis sedikit memikirkan nasibku sekarang sambil tanganku memegang fon flashlight.", "Tiba tiba aku mendengar seakan bunyi bisikan sesuatu di telinga aku !!!", "Suara itu aku dapat rasakan seperti ada sesuatu benda yang berbisik pada aku dari belakang ! Tetapi bisikanmya agak kurang jelas dan samar samar. Aku terkencing dan menjerit sekuat hati dalam 10 minit macamtu !", "Akhirnya aku memohon kepada Tuhan agar diberikan perlindungan sambil membaca auzubillah dan bismillah sebanyak 7 kali sambil menangis. Dengan izin Tuhan suara bisikan tu hilang serta merta. Aku lega seketika tetapi tangan aku masih tidak berhenti bergoyang.", "Alhamdulillah dengan izin Tuhan lampu bernyala di lif yang membuatkan aku merasa lif kembali berfungsi. Aku cuba menekan nombor 25 dan akhirnya lif berjaya membawa aku sampai ke 25.", "Aku keluar sambil berlari meninggalkan lif bomba tersebut dan menuju ke dalam bilik dengan kelam kabut kerana takut dikejar makhluk tersebut.", "Aku mandi dan tidur awal anda menunggu family aku balik ke rumah.", "Keesokan pagi aku menceritakan kesah yang aku kena di lif semalam dan sepakat untuk tidak tinggal beberapa hari lagi dan bergegas pulang.", "Itu sahaja kesah aku pada kalini. Nasihat aku kita kalau nak buat sesuatu kena lah berfikir panjang agar kita tidak terkena akibat yang buruk. Assalamualaikum" ]
[ "Cuci seluar tak selepas terkencing dalam seluar?" ]
https://fiksyenshasha.com/mimpi-5/
mimpi
[ "Assalamualaikum para pembaca sekalian.", "Aku cuma nak kongsikan sebuah kisah aku yang agak unik dan pelik.", "Tahun 2021, kami dapat panggilan dari rakan atuk aku yang mengatakan bahawa arwah atuk aku sakit dan tidak boleh berjalan.Keluarga kami agak terkejut kerana dapat maklumat yang atuk aku tinggal seorang diri padahal dia ada isteri dan beberapa orang anak tiri yang sudah besar. Agak ralat kami di situ kerana arwah atuk kami sangat menyanjungi isteri barunya sehingga sanggup menghalau ibu aku yang merupakan satu-satunya anak tunggal serta zuriat dia sendiri.", "Kami pulang juga atas dasar tanggungjawab serta rasa kasihan.Ketika kami sampai keadaan rumah sudah tidak terurus. Atuk aku pun diam tak bercakap, mungkin kerana malu atau sakit barangkali.Kami tak cakap banyak, terus membawa dia ke hospital. Kami pada mulanya nak bawa dia pulang ke kedah, tapi dia berdegil dan ingin tinggal di rumahnya sendiri. Kami menghormati keputusan beliau dan pulang semula ke rumah.", "2 hari selepas itu,mak aku ada bergaduh dengan abah aku dan buat keputusan nak balik ke kampung ( merajuk la konon ). Waktu dia sampai di kampung, dia ada memanggil atuk aku, tiada sahutan tapi bila mak aku menghedap di tingkap, kelihatan atuk aku duduk di atas kerusi menghadap ke dinding. Mak aku memanggil orang kampung untuk memecahkan pintu, dia juga meminta abah aku untuk pulang ke kampung.", "Kami ambil keputusan untuk bawak atuk aku pulang ke rumah kami untuk merawat dia. Dia sudah tidak mampu berjalan dan agak nyanyuk. Tetapi dia masih mengenali kami dan mampu bercakap.", "Hubungan abah dan atuk aku agak dingin disebabkan parents aku bernikah tanpa restu. Tapi abah aku berusaha semampu boleh untuk menjaga atuk aku di hujung hujung hidupnya. Abah aku lah yang mengangkat atuk aku ke tandas disebabkan badan abah aku yang besar dan atuk yang agak gempal. Atuk menolak untuk memakai pampers dan selalu protes kerana tak mahu memakai pampers atau baju.", "Satu hari tu, atuk aku sudah agak nyanyuk,jadi dia membuang air besar di lantai, abah aku marah dan membebel pada atuk aku oleh kerana membuang pampers,atuk aku menengking dan memanggil abah aku gelaran “kucing kurap”. Disebabkan itu abah menepuk meja dan memarahi atuk aku. Adik aku juga mengambil inisiatif dengan mengikat kain atuk aku dengan agak erat,jadi susah untuk atuk aku bukak. Aku tak ada la menolong sangat disebabkan aku perempuan dan tak biasa menguruskan orang tua. Tapi mungkin atuk aku tak selesa, dia londeh semua pakaian yang diikat dan berbogel sahaja. Adik aku membebel dan naik angin kerana atuk aku keras kepala dan degil.\nSejak dari itu,atuk aku berdiam diri dan tidak mahu makan.", "3 hari selepas itu, atuk aku seperti sesak nafas dan kami terpaksa memanggil ambulans. Atuk aku meninggal 3 hari selepas di masukkan di hospital. Abah, adik serta abang aku lah yang menguruskan semua urusan dari memandikan jenazah sehingga mengorek liang lahad.", "Arwah di kuburkan di luar kawasan tanah perkuburan disebabkan kawasan perkuburan sudah penuh, kiranya arwah dikuburkan di kawasan baharu lah. Mak aku ada membina kepuk dan meletakkan batu nisan di kubur arwah atuk.", "4 hari selepas itu aku bermimpi yang kami sekeluarga mengorek kembali kubur arwah atuk aku dan mengeluarkan arwah yang berbungkus kain kapan berdarah. Agak seram di situ kerana aku mimpi tanah kubur atuk aku seperti runtuh. Aku tersedar dan sedekah al fatihah buat beliau.", "Petang itu, kawan mak aku yang tinggal berhampiran kawasan kubur menelefon dan memberi tahu bahawa kubur atuk aku tenggelam disebabkan oleh hujan yang lebat turun tanpa henti.", "Aku terus teringat mimpi yang aku lalui. Aku ada cerita pada mak aku, mak cakap mungkin disebabkan aku cucu yang tak pernah memarahi atuk aku, padahal sebab aku yang tak terlalu ambik tahu hal atuk aku kerana sibuk dengan sekolah.", "Sehingga ke hari ini aku sering bermimpi kan arwah, di dalam mimpi tersebut arwah selalu mencium pipi aku, aku juga sering mimpi rumah arwah menjadi makin cantik dan tak kotor.Hanya aku sahaja yang sering bermimpi tentang arwah, mungkin kerana hubungan kami yang rapat dahulu ketika aku kecil.", "p/s: atuk aku agak garang ketika muda, jadi dia tak suka dengan tindakan ibu aku yang berkahwin dengan orang bukan pilihannya. Tapi orang yang tidak disukainyalah yang menjaganya hingga ke akhir hayat dia. Abah aku merupakan anak yatim dari sebelum lahir, beliau berusaha menjaga atuk aku dan cuba menagih kasih seorang ayah. Harap pembaca tak salah faham dengan tindakan abah dan adik aku. Kami berusaha sebaik mungkin untuk menjaga beliau cuma kadang kadang penat juga sebab dia suka buka pampers, dan buang air di lantai, mak aku berbadan kecik jadi susah nak uruskan atuk aku." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/lembaga-hitam-2/
LEMBAGA HITAM?
[ "Aku kini berumur 25 tahun. Tapi aku masih ada masalah dengan pintu. Terutama pintu bilik tidur. Aku ada tabiat, tiap kali masuk bilik, aku akan kunci terus. Sampaikan roommate aku bising sebab terkunci dari luar. Aku perasan masalah ni jadi masa aku tingkatan 2.", "Masa tu, pintu bilik aku rosak. Pintunya elok lagi, cuma ada masalah tombol. Jadi tombol pintu ja dibuang. Pintu bilik aku masa tu cuma boleh ditutup sahaja dan tak boleh dikunci dari dalam. Bilik aku tak ada lah besar mana. Penuh dengan barangan kotak- kotak kain mak ( mak buat kerja jahit baju. Jadi banyak longgokan kain).", "Aku tidur atas katil. Adik tidur bawah lantai. Ada tilam bawah lantai. Malam kejadian tu, aku ingat lagi dalam pukul 2 atau 3 pagi macam tu,adik aku mengerang sakit. Jadi aku terjaga. Masa tu aku memang betul-betul nampak satu lembaga yang hitam melikat. Tak ada mata, hidung mahupun mulut. Rambut apatah lagi? Baju? Tak ada. Hanya satu bentuk bayangan manusia. Separuh badannya di luar pintu. Separuh lagi masuk ke dalam bilik tidur. Dia merangkak masuk. Tangannya menguis- guis adik aku yang tidur bawah.", "Lembaga tu perasan aku tengok dia. Aku tahu dia pandang aku sebab dia angkat muka tengok aku. Aku kaku kat situ. Tak ada rasa nak jerit atau takut. Lama jugalah bertentangan mata, lembaga tu undur kebelakang. Tak lama lepastu dia masuk semula. Dia pandang lagi aku. Dan aku masih pandang lagi dia. Dan dia undur kebelakang semula.", "Dari situ aku masih pandang pintu. Kalau- kalau lembaga tu datang semula. Tak lama lepastu, aku kejutkan adik. Teman aku tengok ke ruang tamu. Adik pulak tak guna. Pentingkan tidurnya. Aku perlahan-lahan bukan pintu, aku tengok kat luar. Tak ada sesiapa pun. Aku masuk balik bilik, ambik semua kotak- kotak kain mak, aku guna untuk tutup pintu bilik aku. Aku terus baring atas katil. Dan akhirnya aku tak tidur sampai ke paginya sebab sibuk mengawasi pintu bilik tidur.", "Esok pagi aku cerita dekat family aku. Abang aku, mak ayah aku. Lepastu abang jawab itu dia. Nak ambil tilam yang adik guna. Aku tak lawan dan biar ja abang cakap macam tu. Sebab aku percaya apa aku nampak malam tu bukan abang. Hari tu jugak abang pergi pasar belikan tombol pintu dan pasang terus. Hahaha.", "Jadi semenjak itulah aku rasa aku ada fobia dengan pintu. Tiap-tiap kali duduk katil asrama atau mana- mana tempat tidur, aku pasti akan pilih katil paling atas dan jauh dari pintu. Aduhai. Sampai sekarang aku masih ingat setiap detik kejadian tu walaupun dah makan masa 11 tahun." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/cerita-along-dan-acik/
cerita along dan acik
[ "Hai peminat cerita seram FS. Aku juga salah seorang penggemar berat cerita seram. Walaupun aku seorang yang sangat penakut. Sebagai seorang silent reader, hari ni biar aku pulak share pengalaman seram yang pernah terjadi pada aku waktu aku masih sekolah.. Maaf juga kalau cerita aku ni kurang seram, aku sekadar nak berkongsi sahaja. Dan terima kasih pada Admin FS sekiranya cerita aku kali ni disiarkan.", "Dulu setiap kali waktu cuti sekolah, abah dan umie akan bawak kami semua balik ke kampung abah di Thailand. Kampung abah aku memang seronok, kerana rumah nya betul2 suasana kampung, tepi pantai, dekat dengan hulu sungai, laman yang sangat luas dan saudara mara yang sangat ramai disekeliling rumah nenek aku. Apabila kami semua balik kampung, semua saudara mara dan sepupu sepapat akan datang tidur dan bermain ramai-ramai. Tambahan pula waktu tu masih belum berkembang dengan gadget, semua permainan kampung.", "Rumah nenek aku pulak rumah yang tandasnya di luar. Dapur pun waktu tak ada sinki, kalau nak mencuci kami akan angkat barang2 kotor dan basuh sambil duduk di beranda dapur. Dan beranda dapur tu pulak tak ada dinding ye. Memang open house betul waktu tu. Memandang kan kami semua masih lagi kecil (kecil la bagi dia), nenek aku akan pesan kalau nak kencing, kencing sje kat dapur, kat situ mmg ade 1 lubang utk buang air waktu emergency tengah malam, tapi perlu jugak keluar untuk ambik air paip dekat beranda luar.", "Satu lagi pilihan, bukak pntu depan , kencing dekat tepi tempayan dekat tangga, kat situ memang selalu ade air, tempat memang terbuka,tapi kalau tengah2 malam sape je kan nak lalu. Lagipula masih ade tempat untuk berlindung kalau nak buang air kecil. Ni untuk buang air kecil sahaja ye kalau nak buang air besar perlu jugak ke tandas luar yang jauh tu.", "Ceritanya ade 1 malam tu nenek aku kena rasuk. Histeria. Tapi aku tak nak cerita pasal dia, sebab aku tak nak ingat pengalaman tu, agak meremang untuk aku. Dan untuk pengetahuan semua nenek aku jenis yang lemah semangat, dia mudah dirasuk apabila ade sesuatu yang menyinggah. Contohnya kalau dia ade melalui kawasan pantai yang agak keras, pasti malam tu dia akan dirasuk, atau kami adik beradik dan sepupu sepapat terlampau banyak bermain di kawasan tak sepatutnya, pasti akan ade sesuatu yang akan mengikuti kami dan merasuk nenek aku untuk beri amaran pada kami supaya jangan berbuat bising di tempat dia.", "Jadi malam tu selepas dia dirasuk, kami semua yang memang ramai2 tidur di ruang tamu, sepakat untuk semua yang ade, tidur di ruang tamu,kecuali ade pakcik dan makcik yg memang ade bilik sendiri. Semua sepupu sepapat tidur rapat2 di ruang tamu termasuk nenek ,umie dan abah aku.", "Jadi tengah malam tu, lepas semua dah tidur, aku terkejut apabila along aku minta aku teman kan dia kencing kat luar, sebab dia tak berani nak keluar dari dapur untuk ambik air kt beranda. Selalunya ade je kami standby kan sebekas air, tapi sebab nenek aku kena rasuk malam tu semua tak berani keluar.", "Sebelum korang pelik kenapa kiteorang berani keluar kencing di depan dari pada kencing di belakang , kerana pemandangan di belakang/dapur menghadap ke kawasan rumah dan kolam udang kepunyaan orang siam yang terbiar. Gelap dan menakutkan. Depan pula, terang dengan lampu jalan walaupun agak jauh. Jadi lepas along aku kejutkan aku waktu tu, aku buat2 tidur sebab aku malas dan mengantuk sangat. Masalahnya bile aku dah terjage, aku sangat susah nak tidur balik, tp malam tu aku buat keras malas bangun. Sorry along.", "Along aku bergerak ke tempat adik aku, kejutkan dia untuk teman pergi kencing, anehnya adik aku yang jenis susah bangun, kejut sekali je trus bangun tak cakap apa- apa. Aku perhati dia berdua keluar pergi kencing. Lepas dah siap, aku trdengar pintu dibuka menandakan along aku dah siap dan nak masuk sambung tidur.", "Bila aku pusing menoleh ke along aku, aku tengok dia semacam terkejut sambil memandang ke arah adik aku yang sudah berbaring. Aku pun tak perasan bila adik aku masuk, aku hanya perasan along aku kt pintu tengah tenung adik aku. Dalam otak aku tertanya2 kenapa dia tak nak tidur. Aku pulak tak perasan muka dia sebab ruang tamu tu agak malap hanya ada samar-samar lampu dapur sahaja. Agak lama dia berdiri, aku waktu tu tak fikir ape2 terus sambung tidur. Sampailah esoknya tiba2-tiba riuh rendah kerana along aku demam panas.", "Cerita along. Aku bahasakan along sebagai aku.\nMalam tu aku nak bangun kencing, mula-mula aku kejutkan angah tapi dia tak nak bangun. Jadi aku kejutkan acik, dia bingkas bangun dan dia tunggu kt tangga. Aku selesaikan hajat aku lepas tu masa nak naik aku parasan acik tak ikut. Aku panggil acik masuk, acik senyap je.", "Aku perasan muka acik macam bukan muka orang mengantuk, tapi muka blur je. Jalan sambil menunduk. Sebab aku jalan kt depan, aku suruh la acik yang tutup pintu, tapi yang aku paling terkejut masa aku jalan nak balik tempat tidur , aku perasan acik memang kat tempat dia dh. Sedang tidur !. aku macam tak boleh nak fikir, kalau acik tengah tidur, habis tu siapa yang teman dia kencing tadi? Itu dah menjadi satu masalah, lagi satu masalah ialah, siapa yang ade kat belakang aku yang sedang tutup pintu tu. Memang jelas ade bunyi pintu sedang ditutup, aku memang tak berani nak pusing belakang, kaki aku jadi keras tak boleh bergerak dan aku hanya mampu tenung adik aku yang tengah tidur.", "Macam2 doa aku baca tp macam tak teratur. Lama aku berdiri sampai la aku terduduk sengan sendirinya, mungkin dah nak masuk subuh sebab dengar speaker orang masjid dh berbunyi menandakan ade orang sedang mengaji. Aku selimut sambil menggigil sampai lah umie aku perasan yang aku tengah menggigil ketakutan.\nAku.", "Pagi2 tu nenek aku pergi minta air tawar dengan pakcik yang pandai mengubat. Keadaan along tak terlalu teruk, Cuma demam terkejut saja. Kata nenek aku, ade benda nak bergurau la tu, sebab kan lepas kejadian nenek aku kena rasuk, rumah kami dh dipagar, jadi dia tak boleh nak kacau nenek aku lagi,dia kacau along aku. Tapi along bernasib baik mahkluk tu tak menunjukkan muka asalnya.hahahahhha", "Ok itu jela cerita tak berapa seram dari aku. Maaf kalau cerita aku agak boring dan tak menyeramkan." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/minyak-pemanis-wajah/
Minyak Pemanis Wajah
[ "Hello, nama aku Mawar. Ini merupakan kali kedua aku mengkongsikan kisah yang terjadi dalam hidupku dalam Fiksyen Shasha. Pertama sekali, maafkan lah sekiranya cerita yang aku coretkan tidak dapat memuaskan hati para pembaca.", "Kisah ini terjadi pada tahun lepas, 2022. Pada pagi itu, aku baru saja pulang dari tempat kerja sekitar 5 pagi. Sebaik sampai saja rumah, aku terus melabuhkan p******g ku diatas katil dan melihat kearah Ibu ku yang sedang ralit memandang skrin telefonnya.", "Selepas beberapa minit, aku pun bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri. Tiba-tiba aku terdengar ibu menjerit kecil, lantas itu aku berlari terus ke dalam bilik yang kami berdua kongsi. Rupa-rupanya ibu telah mendapat berita bahawa kakaknya, yang mesra dipanggil Aunty Malis sedang nazak. Apabila mendapat perkhabaran yang menyedihkan itu ibu memaklumkan kepada seluruh ahli keluarga kami yang terdekat.", "‘Pada pagi itu juga kami terus bergerak dari Melaka ke rumah Aunty Malis di Kota Masai, Johor. Aku dan ibu dipelawa menaiki kereta bersama-sama Pak Long dan Mak Long memandangkan masih ada ruang kosong di seat belakang.", "Kami memulakan perjalanan sekitar pukul 8 pagi dan akhirnya tiba pada pukul 1 tengahari. Perjalanan mengambil masa yang agak lama sewaktu ingin mencari rumah Aunty Malis yang terletak diperkampungan lama. Maklumlah, ini merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki dirumahnya selepas dia berpindah dari Melaka untuk mengikuti arwah suaminya yang sememang berasal dari Kota Masai. Kami hanya berjumpa sewaktu hari perayaan apabila Aunty Malis pulang ke rumah pusaka atuk kami di Jasin, Melaka.", "Sewaktu sampai diperkarangan rumah Aunty Malis, Mak Long tiba-tiba bersuara, “Eh Zah, aku tiba-tiba rasa seram sejuk lah, agaknya kenapa ya?”. “Mungkin sebab cuaca mendung agaknya, takda apa lah”. Balas ibu ku sambil memberi salam pada tuan rumah. Sebenarnya, tidak dinafikan aku juga turut merasakan perkara yang sama seperti Mak Long namun aku hanya berdiam diri.", "Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, kami melihat Aunty Malis sedang terlantar diatas katil beroda ditengah ruang tamu bagi membolehkan saudara mara melawat dan membacakan Yassin untuknya. Aku, Ibu, Mak Long dan Pak Long juga memulakan bacaan Yassin.", "Setelah selesai kami dijemput untuk makan makanan tengahari yang dimasak oleh Kak Su iaitu anak sulung bagi Aunty Malis. Aunty Malis mempunyai 4 orang anak yang bernama Suria, Rahmat, Sufira dan Syafiq (bukan nama sebenar). Saja aku nak beritahu, Syafiq yang merupakan anak bongsu Aunty Malis ni, kacak benar mukanya hehehe. Syafiq ni agak pendiam berbanding adik-beradiknya yang lain, dari tadi aku melihat dia di dalam bilik Aunty Malis sambil termenung memegang gambar Aunty Malis dan minyak wangi Aunty Malis, biarlah, mungkin tengah bersedih fikirkan Aunty Malis.", "Sewaktu kami makan, aku terdengar suara Kak Su yang sedang bercakap ditelefon, lebih tepat lagi tengah ‘Face Time’ dengan seseorang yang tidak kami kenali. “Jangan terima Su benda tu, takpayah lah amik benda-benda syirik ni” terdengar suara perempuan tersebut. “Hati Su sedih Chah, tengok mak dalam keadaan macamtu, pilu hati ni”. Balas Kak Su dengan suara yang sayu. “Mawar, lama tak jumpa!” Aku ingatkan siapa lah tadi rupanya sepupu ku Maria. “Lama betul tak jumpa kau ya War, aku kat atas tadi baru selesai solat zohor”.", "Lama juga aku bersembang dengan Maria kerana sudah sekian lamanya tidak bersua muka. “Kau tak perasan something ke? Aunty Malis tu dah beberapa hari nazak tapi tak lepas lepas lagi. Tadi aku dengar Pak Long bincang dengan Kak Su diorang nak panggil darussyifa, aku pun tak pasti sebab apa, kita tengok je dulu. Lagi satu, kau tak rasa seram sejuk ke War? Aku ni sejak sampai malam tadi dari KL, bulu tengkuk aku ni asyik meremang je”. “Aku pun rasa jugak weh, tapi aku abaikan je taknak fikir yang bukan-bukan”. Jawab aku.", "Jam dah menunjukkan pukul 2.35 minit petang pada waktu itu. Alhamdulillah pihak darussyifa telah sampai dari Pasir Gudang yang memakan masa 40 minit. Terdapat 3 ke 4 orang seingat aku pada ketika itu. Ahli darussyifa itu mengenalkan diri nya dengan nama Abang Ayub.", "Tanpa melengahkan masa Abang Ayub terus mendekati Aunty Malis sambil mulut terkumat-kamit. Aunty Malis pada waktu itu hanya mampu memandang, tidak boleh bergerak mahupun bercakap. “Maaf jika saya bertanya, mak awak sebelum ini ada membela ke? Atau mempunyai ilmu-ilmu yang diturunkan oleh nenek moyang?”. Tanya beliau kepada anak-anak Aunty Malis. “Setahu saya keluarga kami tidak mempunyai saka keturunan atau belaan encik, kenapa ya?”. Jawab Sufira.", "Kemudian, Abang Ayub pun menjelaskan bahawa pada badan Aunty Malis ada benda yang menempek, dan ianya tidak mahu keluar jika tiada Tuan Baru untuknya. Tiba- tiba anak kedua Aunty Malis, Abang Rahmat mencelah, “Tapi Bang, saya pernah ternampak mak saya ada simpan satu botol minyak kaca yang kecil untuk dia bawak kemana saja dia pergi, dan dia guna untuk sapu di kedua-dua belah kening dia”. “Boleh saya tengok minyak tu?”. Kata Abang Ayub. “Saya dah puas cari merata, tapi botol tu dah takda”. Balas Abang Rahmat. Seluruh seisi rumah sudah diam kerana masing-masing dah boleh agak, apa yang terjadi pada Aunty Malis.", "Setelah itu, Abang Ayub meminta izin sekali lagi namun kali ni dengan menyentuh Aunty Malis dengan membaca ayat suci Al-Quran. Secara tiba-tiba Aunty Malis membeliakkan matanya keatas siling dan mengerang kesakitan. “Makcik cuba ikut cakap saya boleh? Saya Armalis melepaskan apa yang pernah saya pegang selama ini, saya melepaskan segala ilmu yang saya ambil ketika dahulu. Makcik ikut ayat ni ya. Ucap Abang Ayub. Namun, Aunty Malis sedikit pun tidak mencuba mengikut ayat yang diberikan. Malah memejamkan mata.", "Akhirnya, selepas sejam berlalu Aunty Malis mengucapkan ayat tersebut dan tertidur keletihan. Kak Su menjemput Abang Ayub dan rakannya untuk menjamu minuman petang. Sepanjang waktu itu, Abang Ayub menjelaskan apa yang berlaku sebenar-benarnya. Ketika waktu Abang Ayub menyentuh lengan Aunty Malis, tubuhnya begitu panas dan melecur. Dibahagian belakang badan pula, kulit dan isinya sudah habis terkoyak dan hancur ibarat sudah dimakan oleh benda itu. Rupanya benda itu adalah jin pemanis wajah yang diambil sendiri oleh Aunty Malis dari seorang bomoh jawa.", "Botol minyak itu pula adalah tempat tinggal benda itu, namun setelah botol itu hilang dari genggaman Aunty Malis, benda itu memilih untuk tinggal ditubuh Aunty Malis. Itulah yang menyebabkan tubuhnya sudah rosak dan hancur dimakan dari dalam. Aunty Malis mengamalkan ilmu itu atas alasan ingin menjaga diri nya dari dikacau orang dan ingin mempunyai wajah yang berseri untuk menarik pelanggan di restorannya.", "Sewaktu itu ramai yang ingin mengenakan dan mempunyai niat jahat terhadap Aunty Malis yang merupakan janda atau ibu tunggal pada waktu itu. Itulah sebabnya kata Abang Ayub. Aku terkedu waktu itu, besar pengorbanan Aunty Malis sehingga sanggup mengambil benda sebegitu demi melindungi diri dan anak-anak. Bayangkan lah, menjaga anak-anak sendiri dalam masa yang sama ingin menguruskan bisnes demi kelangsungan hidup. Dan ramai pula yang punyai sifat dengki.", "Betul lah kata pujangga, manusia sendiri yang menjatuhkan manusia. Apapun, bagi aku niat tak menghalalkan cara. Lagi lagi melibatkan perkara yang syirik dan menyekutukan Yang Maha Esa. Abang Ayub juga memberi nasihat kepada kami semua walaubagaimana pun susah keadaan kita, jangan lupa minta pertolongan dari Yang Maha Berkuasa, bukan disebaliknya.", "Apabila semua sudah selesai, Ahli Darussyifa juga sudah balik, pada petang itu kami semua bergerak pulang ke rumah masing-masing. Sewaktu ingin pulang, ketika aku ingin menaiki kereta, aku ternampak lembaga hitam yang besar berdiri ditingkap bilik rumah kampung itu. Muka tidak kelihatan namun hanya berdiri tegak. Aku merasa takut dan terkejut teramat sangat sampai terpengsan di tepi pintu kereta. Sedar-sedar je aku dah sampai perhentian Rnr Seremban. Bila difikirkan semula, lama juga aku pengsan dan tertidur. Tapi, apa benda agaknya lembaga hitam itu ya?", "Dua hari selepas kepulangan kami, Aunty Malis menghembuskan nafas yang terakhir. Pada haritu aku terfikir, kemana lah hilang nya botol minyak kaca kepunyaan Aunty Malis tu? Macam mana boleh hilang kalau benda tu benar-benar penting. Aku rewind balik, sewaktu aku ternampak Syafiq memegang gambar dan botol minyak wangi kecil yang berpenutup merah.", "Aku mula terfikirkan sesuatu. Dengan pantas, aku mengambil telefon dan menghubungi Abang Rahmat. “Assalamualaikum, abang mat, war nak tanya sikit, masa hari Ahli Darussyifa datang, abang kata abang pernah nampak botol kaca arwah Aunty Malis kan? Boleh War tahu macam mana rupa botol tu tak?”. “Seingat abang botol saiz dia kecik, penutup warna merah, kenapa War tiba-tiba tanya ni?”.", "Aku terkedu diam seribu bahasa waktu itu. Sah, Syafiq yang ambil minyak botol kaca tu. Lembaga hitam yang aku nampak pun duduk ditingkap bilik arwah Aunty Malis yang Syafiq sedang duduk. Tapi kenapa? Adakah Tuan Baru kepada benda itu adalah Syafiq? Sehingga ke hari ini itu masih menjadi persoalan dalam fikiranku. Tamat. Maaf jika bosan atau terlalu panjang, yang baik datang dari Maha Yang Berkuasa, yang buruk datang dari saya sendiri. Semoga bersua lagi." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/steruman-bahagian-akhir/
Steruman Bahagian Akhir
[ "Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.", "Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 6", "Baju yang aku pakai terkoyak dari kolar ke tengah dada, sepontan aku melenting dan berpusing sebelum berdiri dengan kuda-kuda bersilang!", "“Hi.. Hi.. Hi.. Seronoknya.. Rip!” Uda ketawa kecil disebelah.", "“Kepala hotak engkau!” Kami berganding bahu ke bahu secara membelakangkan satu sama lain. Bermain tari menanti serangan.", "“Nanti!! Nanti!!!” Jebat melaungkan suara. Tiba-tiba semuanya senyap.", "“Diorang ni, kalau nak dilawan, kena bukak ilmu dalam! Inilah masanya menguji keberkesanan ilmu yang korang tuntut! HAHAHAHA!!” Sambung Jebat lagi", "Ah! Sial! Insiden macam dalam gelanggang semalam bakal berlaku lagi!", "“Da! Jangan main-main! Bukak gerak, kita langgar macam semalam!” Aku tak pasti reaksi Uda, kerana tiada jawapan balas, tapi aku yakin Uda mengangguk mendengar kata-kata aku.", "Mereka tiba-tiba diam seketika, sebelum mula memekik-mekik. Kelakuan seperti kesurupan semalam bermula kembali. Aku kira dari penglihatan mata kasar aku, tak semua yang kesurupan. Tapi paling kurang ada sepuluh orang sudah ‘naik syeikh’ dan mula terpekik secara tiba-tiba.", "“ADUHHHH” Suara Uda berteriak, seperti sudah dilanggar. Anehnya mereka yang kesurupan menyerang tak kira kawan atau lawan, semua ditibai. Bezanya, yang kesurupan tidak menyerang mereka yang juga kesurupan.", "Aku lihat ada dua teman mereka sendiri sudah dipanjat dan digigit ditengkuk, sama seperti yang dilakukan pada Uda tempoh hari. Ada pula yang lain sudah dibaham betisnya, hingga terjerit-jerit pemuda tersebut.", "Lima ke enam orang sudah melarikan diri menggunakan sebuah van, mungkin mereka bimbang keselamatan diri sendiri! Kawan-kawan mereka yang naik syeikh menyerang apa juga benda hidup yang bergerak! Memudahkan tugas kami, kerana mengurangkan jumlah musuh!", "Ada yang datang dari depan, cuba menerkam aku, aku bergilit kekiri sebelum ditolak jatuh oleh Uda sendiri. Uda melayan terkaman pemuda tadi dengan tendangan tonjol tepat ke ulu hati, pemuda tadi terduduk dan mula berpencak diatas tanah. Uda kemudian membantu aku berdiri.", "“Kau cakap jangan lalai.. Tapi kau sendiri berangan.. Haish!” Sinis ayat sindiran Uda.", "“Mana ada!” Tak mahu kalah dengan sindiran Uda.", "“Itu! Dah datang tu! Kau punya!” Kata Uda, Uda pula berlari dan membuat tendangan dibelikat seorang pemuda. Dari arah kanan, datang lagi seorang dengan kedua tangan diluruskan cuba mencekik leher aku. Aku rendahkan kuda-kuda dan aku hadiahkan siku kanan ke ulu hatinya. Dia terduduk, tapi masih mampu bergerak. Bagaikan ‘askar tanpa m**i’ serangan demi serangan ini tak berhasil dihentikan, tanpa ‘ubat yang mujarab’.", "“Da! Tukar strategi! Main urat, sendi dan nafas! Hentikan nafas, atau patahkan sendi, putuskan urat!” Arahan aku disahut dengan laungan HOI yang kuat dari Uda. Entah dimana bapak dan Pak Seli, hilang dalam keributan manusia yang berkelahi disana sini.", "Pemuda yang terduduk tadi mula berdiri dan bersedia menerkam kembali. Terkaman dari depan, aku layan dengan mengelak ke kiri, dan dari sisi aku kunci leher dan tengkuknya dengan lengan kanan.", "Aku rebahkan semua berat badan dari atas, dan dia mula terjerumus ketanah. Kuncian makin kejab, sebelum pemuda tersebut mula mengelupur kekurangan oksigen dan pitam.", "Seorang lagi hadir dari arah kiri, cuba menerkam aku yang berusaha untuk bangun. Terkamannya aku layan serta merta dengan tumbukan ceduk tangan kiri dari bawah dagu, dia terdongak keatas.", "Sepontan aku sauk kaki kanan melepasi belikatnya, dan aku tindih separuh bertinggung dari atas. Dengan baju yang dah separuh koyak, aku jerut leher dia dari atas, dan tekan dengan siku kanan dipangkal tengkuk.", "Suaranya mengeluh keputusan nafas! Aku teruskan menjerut hingga aku dengar dia sudah berdengkur. Aku bangun dan berdiri mencari kelibat Uda, nampaknya kebanyakkan dari pemuda yang masih waras, sudah melarikan diri. Tak sanggup menghadap serangan rakan sendiri dibawah sedar. Hanya tinggal beberapa orang, dan kebanyakkan yang tinggal sudah tertiarap atau terlentang diatas jalan raya.", "Bapak pula baru sahaja menyelesaikan dua orang lawan, dari gayanya berkemungkinan besar satu atau dua sendi pemuda yang berseteru dengan bapak dah ‘dibetulkan’ oleh bapak. Aku cari kelibat Pak Seli, gagal ditemui. Kelibat Jebat juga ghaib, mungkin mereka berkelahi ditempat lain.", "Kelibat Pak Seli mula kelihatan, berjalan beriringan disebelah kiri Jebat melepasi van yang diparkir. Kedua-dua mereka diam tanpa suara. Jebat tiba-tiba menukar arah, menaiki van dan tanpa apa-apa pesan terus memandu van laju meninggalkan kawasan pintu masuk kampung. Pak Seli kelihatan bersahaja, dan hanya buat tak tau.", "“SUDAH!! SUDAH!! HENTIKAN PERGADUHAN NI!” Laungan kuat dari Pak Seli, masih lagi kelihatan beberapa orang yang masih bertumbuk.", "“SUDAH!! KETUA KAMU JEBAT, SUDAH PUN BALIK.. SUDAH AKU KATA!!” Semua secara tiba-tiba berhenti, dan termanggu-manggu menunggu perintah berikutnya.", "“Arip.. Uda.. Yang mana-mana naik syeikh tadi, bangunkan.. Bisikan syahadah ditelinga mereka.. Bisikan sekali atau tiga kali.. Bangunkan, jangan biar bergelimpangan macam ni..” Aku bangunkan pemuda yang aku jerut hingga pitam tadi sambil membisikkan syahadah ditelinganya. Nampak Uda juga buat perkara yang sama disebelah sana. Bapak juga nampak turut membantu.", "15 minit masa yang diambil untuk menyedarkan kesemua yang awalnya tadi kesurupan, mereka sudah pun tenang. Dan mereka juga sudah dimaklumkan yang ketua mereka Jebat, sudah pun meninggalkan lokasi pergaduhan. Sesetengah dari mereka masih lagi mamai seolah baru bangun dari tidur.", "“Baiklah.. Dengar nasihat aku.. Buatlah perkara yang berguna untuk bangsaMu, agamaMu dan tanah airMu.. Janganlah bertelagah sesama sendiri. Dan Aku tak mahu kamu naik tangan pada bangsamu sendiri selepas ini. Kekuatan dan kekuasaan hanya pinjaman dari Allah..”", "“Kalau kamu rasa kamu berkuasa.. Buatlahlah sesuatu untuk membantu anak bangsamu.. Aku tak suka insiden seperti ini berlaku lagi.. Pergilah.. Makmurkan bumi Allah.. Jadilah khalifah, selayaknya kamu seorang khalifah!” Tak pasal-pasal semua kena tarbiyah ringkas dari Pak Seli. Bapak pula sibuk dihujung sana memasukkan kembali sendi ke dalam dua orang pemuda, yang tadi dah ‘dibetulkannya’ sambil diperhatikan Uda.", "Sepuluh minit kemudian mereka semua bersesak-sesak menaiki van dan meninggalkan kami berempat. Sebelum kami semua menaiki motorkar untuk pulang.", "“Apa yang berlaku, cik?” Uda bertanya pada Pak Seli semasa didalam motorkar.", "“Sudahlah, aku tak suka nak diingat-ingat lagi.. Benda dah berlalu, juga dah berlaku..” Bapak hanya diam memandang kosong ke depan. Uda dihantar pulang ke rumah sebelum Pak Seli, dan akhirnya kami sampai ke perkarangan rumah.", "Aktiviti malam aku diteruskan dengan tidur, selepas mandi dek kerana berpeluh hasil dari perkelahian tadi. Manakala bapak mengaji malam seperti selalu, indahnya dibuai-buai alunan tarannum bapak hingga aku benar-benar terlelap.", "Keesokkan paginya, setelah berjemaah dimasjid, aku nampak bapak sedang duduk bersarapan didapur. Saja aku duduk disebelah membuka bungkusan nasi lemak untuk bersembang dengan bapak.", "“Selesai ke bah, insiden semalam?” Aku bertanya sambil tangan membuka bungkusan nasi lemak, perasaan ingin tahu membuak-buak dek kerana tiba-tiba Jebat menaiki van dan cabut lari dari lokasi pergaduhan. Bapak mengangguk beberapa kali.", "“Seperti yang abah pernah bagitahu, budak tu bukan lawan yang setara dengan Pak Seli.. Pak Seli kata, dia cuba nak menyerang Pak Seli semalam..”", "“Lepas tu?”", "“Lepas kena kunci gerak, dia tak boleh buat apa-apa.. Dia dah tahu dia tak boleh buat apa-apa, dia panggil jin-jin yang dia bela untuk menentang Pak Seli..” Bapak masih gigih menyuap nasi ke dalam mulut sambil bercerita. Saspen sungguh menunggu cerita bapak.", "“Jin angin, jin tanah, jin berupa Panglima yang kau nampak semalam. Semua yang datang pun kena kunci, akhirnya semuanya lari tinggalkan dia.. Tak berdaya nak menentang Pak Seli..”", "“Kamu ingat kes Usin? Insiden beberapa tahun lepas, Rip?” Kejadian Arwah Usin si pencari ayam hutan, yang terjumpa mayat dirobek-robek, sebelum sesat dengan ilmu salah.", "“Ingatlaa.. Mana boleh lupa..” Tingkah aku pantas.", "“Pak Seli tawarkan untuk membuang ilmu pada Jebat, tapi Jebat dengan angkuh cakap taknak..”", "“Habis tu, buang ke tak, bah?”", "“Tanpa keizinan tuan punya atau waris, kita tak boleh suka-suka buang.. Melainkan jin atau syaitan tersebut, tak pernah diminta atau diingini oleh tuan punya badan.. Ada adabnya, tapi malaslah abah nak terangkan..”", "“Pak Seli nasihatkan dia pulang ke pangkal jalan.. Pak Seli siap tawarkan diri untuk membimbing dia.. Tapi dia tak mahu..”", "“Dah malu, tak berjaya menentang Pak Seli, Pak Seli suruh dia bawak kawan-kawan dia balik.. Tapi akhirnya, apa yang dah jadi, macam yang kau nampak semalam.. Dia cabut lari sorang-sorang..”", "“Semalam, masa abah suruh kau dengan Uda jangan ikut campur.. Kenapa kau masuk jugak?” Bapak berhenti mengunyah dan memandang muka aku.", "“Entahlah.. Dia tiba-tiba berlari buat tendangan Bruce Lee pada dua orang budak semalam..”", "“Tak takut pulak dia, ramai-ramai macam tu?”", "“Tak.. Kita pernah tanya, dia jawab.. Orang dengan hantu tak sama.. Sebab tu nampak orang dia lawan, nampak hantu, dia lari! Hahaha..”", "“Tak berapa betul budak tu..”", "Aku tergelak mendengar jawapan sepontan bapak.", "Begitulah ceritanya pada kali ini, seperti petikan mutiara kata Saidina Ali K.W “Jika kamu berpegang pada bangsa, bangsa pasti musnah. Jika kamu berpegang pada negara, negara juga akhirnya hancur, tapi seandainya kamu berpegang pada agama, nescaya ia menjadi petunjuk yang lurus.", "Dan Sabda Rasullullah S.A.W “telah ku tinggalkan kamu dua perkara, iaini dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu al-Quran dan Sunnahku”", "Berpegang teguhlah kita dengan dua perkara ini, dan jagalah jemaah! Hiduplah kita didalam jemaah!", "Semoga kita berjumpa lagi dicerita yang lain. Salam sayang dan ukhwah dengan penuh hormat!", "P/s: Koghang jangan ikut poghangai Jobat yo! Jangan lupo boie limo bintang.. Eh? Icon love! Love y’all!!", "#Pusaka2 #Arifyahya", "Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/pertemuan-yang-tidak-dijangka/
Pertemuan Yang Tidak Dijangka
[ "P/s: Admin yang baik, boleh minta ilustrasi AI yang cantik x untuk gambarkan wajah Ustaz Iskandar Zulkarnain tu dengan sy? Nak save untuk simpan pengalaman dengan ‘dia’.Terima kasih admin..JZKK🤲😊(yang ni cut yea admin jangan masuk dlm artikel)", "Bismillahirrahmanirrahim\nTerima kasih fs siarkan kisah aku yang dulu. bertunang dengan orang ‘alam sana’.", "Bertunang dengan Ustaz alam bunian", "Kali ni aku cerita lebih detail macam mana boleh terjebak dengan ‘mereka’ ini.", "Malam tu aku tidur macam biasa. Rutin aku walau malas macam mana pun sebelum tidur aku akan ambil wuduk dahulu.", "Masa tengah rawatan sakit sihir dulu ustaz- ustaz yang rawat pesan berwuduklah sebelum tidur. Kalau ada gangguan, Allah izinkan kurang kesan dia sebab dalam keadaan bersih.", "Lepas baca doa semua, on mp3 Al baqarah aku tak sedar aku tertidur. Masa tu aku masih dalam rawatan mak ayah angkat aku. Badan aku ni ikutkan masih kurang sihat lagi.", "Dalam mamai…aku nampak aku dengan adik perempuan berada dalam sebuah masjid besar. Lantai marmar berkilat warna hijau lumut tu berseri bila terkena cahaya matahari.", "Aku tengah perhati keliling masjid datang 3 orang pemuda yang aku boleh describe memang hensem. Kulit putih ketinggian normal macam lelaki biasa, berjubah putih berkain pelikat, selempang hijau. Muka tenang semua. Bersih.", "“Siapa ni…” Aku try tanya.\n‘Dia’ cuma senyum. Mereka bertiga tak bercakap sepatah pun. Hanya senyum. Tengok gaya memang gaya orang-orang alim. Aku agak ni ustaz-ustaz perawat dah cara pakaian macam tu.", "Masa tu aku masih sakit dada, sendi-sendi masih terasa bisa. Ustaz tu dengan kawan- kawannya duduk depan aku. Aku tak tahu Ustaz ni baca apa depan aku. Mulutnya terkumat kamit tapi suaranya aku tak dengar. Tak lama dia baca tu…", "“Uwekk…uwekkk…Allahh Ya Allah…. ! Uwekkk……!!!”\nAku mengerang pegang perut.", "Perut aku loya, sakit, sebu.Tekak aku gatal- gatal. Perut aku memulas- mulas bergelodak.\nAku muntah- muntah kat situ juga. Habis lantai masjid. Memang banyak aku muntah. Sambil aku muntah Ustaz dengan kawan- kawan dia cuma senyum. Lihat…mulut masih terkumat kamit. Adik aku urut- urut belakang..Air mata beserta muntah lendir bercampur apa entah keluar dari mulut dan perut aku. Aku menangis sebab takut, letih.", "Aku tersedar.\nMasyaAllah mimpi rupanya..tapi wajah ustaz dengan kawan-kawannya, reka bentuk masjid lantai hijau lumut yang aku nampak masih jelas, segar dalam kepala. Baru tadi…Baru tadi aku muntah. Rasa macam muntah betul..Aku bangun terus duduk. Tengok sekeliling. Bersih tempat tidur aku. Perut rasa lega. MasyaAllah..Mimpi apa pulak ni..", "Gerak hati aku kuat katakan, mereka bantu keluarkan sisa-sisa santau kotor dan sihir yang pernah aku makan, dan yang dihantar pada aku dulu. Walaupun tak semua, tapi sebahagian bisa yang keluar itu pun kira dah membantu aku yang sedang usaha untuk sembuh sepenuhnya. Jujur, aku tak tahu mereka ini siapa.", "Esoknya aku telefon mak ayah angkat, beritahu. Aku ajak mereka sekali lagi datang ke rumah.", "“InsyaAllah..itu semua izin Allah..Dia tolong bantu la tu buang sisa- sisa sihir kat badan anak..” Gitu je kata ayah angkat aku.", "Ayah angkat aku ni kalau tanya dia memang susah direct nak bagitahu. Banyak kiasan. Otak blur-blur alam macam aku ni kadang dapat tangkap, kadang 4-5 kali ayah cakap baru aku faham. Itu pun nasib lah kalau aku faham..", "Jadi beberapa hari lepastu tibalah mak ayah angkat aku dari Melaka. Tujuannya juga sebab aku nak sambung rawatan lagi sebab badan masih sakit walau terasa sedikit kurang lepas muntah.", "Malam tu sebelum rawatan aku ambil wuduk. Aku duduk berlunjur depan mak ayah angkat. Sesi rawatan bermula. Mak abah aku duduk ditepi melihat.", "Selepas ayah baca ayat suci Al Quran, ayah tanya,", "“Siapa yang duduk dalam badan budak ni lagi tolong keluar sekarang. Aku tak akan b***h kamu”.", "Aku-………………(pejam mata)", "Ayah mak bertubi-tubi tanya soalan pada benda yang duk kat badan aku ni. Macam aku cakap artikel sebelum ni, memang masih ada lagi sihir-sihir baru yang dihantar sebab tahu aku berubat. Aku sihat je hantar baru. Memang tak boleh tengok aku kerja elok-elok.", "Beberapa Jin dan khadam akhirnya berjaya ditarik keluar. Ada yang balik kepada tuannya, ada yang disembelih sebab degil, ada juga yang mohon dihantar ke Masjidil Haram selepas diIslamkan. Alhamdulillah..", "Part aku tak boleh lupa apabila malam itu aku juga turut membantu mak ayah angkat aku memindahkan satu petempatan makhluk ghaib yang jahat kat belakang rumah arwah opah aku kat belakang ni.", "Rumah mak abah aku ni di depan rumah arwah opah aku yang dah lama kosong. Dah runtuh pun rumah opah tinggal tunggul tangga batu sebab opah meninggal dah lama. Rumah pun dah reput. Jadi abah aku robohkan semua kalau tak takut nanti benda-benda halus, dan berbisa pulak tumpang tinggal. Belakang rumah opah ni la banyak pokok- pokok besar…", "Dan aku malam tu boleh pulak dalam bayangan seolah ternampak seperti laluan/highway/jalan raya tempat makhluk ni buat laluan, melintang dari belakang rumah opah lepastu lencongan ke arah kanan rumah opah, arah Timur laut menghadap matahari terbenam. Kalau korang tahu penunjuk arah U tu, laluan diorang ni arah antara Utara dan Timur yang kita sebut Timur Laut.", "Aku spontan masa tu angkat tangan dengan mak, ayah dengan adik angkat aku. Kami duduk berempat saling menghadap, depang tangan seolah mengangkat sesuatu yang sangat berat.", "“Fiza angkat tangan fiza! Tahan!!”\nMak angkat aku di sebelah arahkan aku bantu. Masa tu aku sedar. Memang terasa tangan yang didepang tu berat seolah angkat batu besar.", "“Berat ni ayahh!”\nAku pandang ayah dengan mak. Terasa peluh menitik. Tangan dah mula terasa lenguh.", "Aku pandang ayah. Sambil ayah terkumat kamit baca, mak ayah serentak cakap,", "“Tolak ke atas! Tolak!!”\nKami berempat menolak apa yang diangkat itu mengarah ke atas. Serentak. Terasa suatu yang berat terlepas dari tangan.\nAlhamdulillah..", "Sesungguhnya Allah SWT izinkan..Kami berjaya alihkan penempatan makhluk jahat di belakang ke hutan rimba tebal, yang ayah mak angkat aku sahaja tahu. Aku cuma nampak hutan tebal tapi lokasi tak tahu di mana.", "Ah biarlah..janji belakang rumah ni dah clear…Sekurangnya yang liar selalu menganggu sebelum ni tak ada lagi.", "Esok ayah kata boleh tebang 3 batang pokok kabung/nibung besar kat belakang tu. Itu port diorang berkumpul. Dah macam pusat berhimpun untuk berpesatuan dah tempat tu aku tengok. Tapi tinggal pokok. Ahli-ahlinya dah dipindahkan.\nAyah aku angguk akur.", "Aku pun masa tu masih duduk depan mak ayah. Letih masih terasa.", "Tengah sembang-sembang rehatkan diri sekejap tiba2 aku duduk bersila, hulurkan tangan seperti bersalam dengan ayah angkat aku.", "” Assalamualaikum…”", "“Waalaikumussalam wbt…siapa kamu?”", "Ayah aku tanya. Tangan ayah aku genggam kemas. Seolah bukan aku yang bersalam dengan ayah.", "” Alhamdulillah, terima kasih kerana membantu kampung kami…”", "“Ya siapa kamu ini, boleh kenalkan diri”..Ayah tanya lagi.", "” Aku Tok Penghulu kampung di belakang.\nAku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kamu semua, bantu alihkan makhluk jahat yang merentang dan menghalang pandangan kampung kami dengan tanah depan rumah ini.”", "” Sebelum ini penduduk kampung kami banyak diganggu dengan mereka yang jahat ini. Selepas kamu pindahkan Alhamdulillah kami sudah mampu melihat tanah di depan ini..Anak- anak buah aku juga sudah bebas ke hadapan di atas tanah ini…. Terima kasih sahabat”. Kata ketua kampung itu sambil tersenyum pada mak ayah dan semua dalam rumah aku waktu tu.", "” Kamu ni penduduk kampung bunian kan kat belakang ni? Alhamdulillah. Apa nama kampung kamu?”\nAyah tanya.", "” Ya ..Aku tok penghulu kampung di belakang. Tengku **********(dirahsiakan). Kampung kami bernama Kampung Sinaran Cahaya(bukan nama sebenar) Jangan risau, kami juga Islam. Penduduk kampung kami baik-baik, alim-alim..”", "Aku terkejut sebenarnya.Tak jangka. Aku dapat rasa badan jadi sasa, macam badan lelaki, duduk bersila. Segalanya aku dengar tapi tak boleh kawal.", "“Baik, kalau begitu tunjukkan bukti pada kami, bau dari kampung kamu pada semua orang dalam rumah ni!”\nArah ayah aku.", "“Baiklah.. InsyaAllah…”", "Sambil tersenyum aku waktu itu spontan merentang tangan kanan seperti mengaruskan air sungai..", "Sepupu lelaki aku yang turut ada ketika itu dengan mak sedara aku, Ejam(bukan nama sebenar) kata,", "“Haah ada bau…bau kayu manis…”", "” Ya bau kulit kayu manis..” mak ayah aku pun dapat hidup bau tu. Satu rumah dapat hidu. Seolah di bawa angin lalu. Hanya dalam kurang 2 minit baunya. Masalahnya aku tak dapat hidu. Kecewa. Hidung sumbat kot. Time- time ni pulak dia nak hilang deria bau.", "” Alhamdulillah…terima kasih. Kami dapat hidu bau kampung kamu”. Ayah aku senyum.", "” Sama-sama… Terima kasih banyak juga bantu kampung kami, buka laluan..Hanya Allah mampu balas..Mohon pesan pada tuan rumah ini..Tolong jaga kebersihan luar dalam rumah macam selalu. Kami suka datang kemari sebab rumah ini bersih. Orangnya jaga solat…berzikir..kami selesa..”", "“Andai ada sampah sarap tolong kumpulan, jangan biar bersepah, berbau busuk”.", "Ayah mak angkat menganggukkan kepala.", "“InsyaAllah…kami jaga kebersihan rumah ni. Sebelum ni pun memang hari- hari kami bersihkan reban kucing di belakang, sapu sampah keliling rumah.”", "Mak aku membalas dengan baik..Abah terangguk-angguk setuju.", "” Lagi satu..Aku minta izin untuk jadikan anak ini anak angkat aku jika diizinkan..hatinya bersih.”", "“Kami perlu tanya mak ayahnya dahulu tok penghulu. Kami tak boleh buat keputusan”. Mak angkat bagi jawapan.", "“InsyaAllah boleh..Cuma harapnya anak saya ni kurang dah sakitnya asbab buatan orang”. Mak aku memberi kata putus.", "” Sebenarnya kami dah lama tahu, tapi xdapat bantu seluruhnya sebab terlalu banyak yang hantar padanya. Anak- anak buah aku ada datang membantu membuang sedikit- sedikit..sebagai usaha untuk memulihkan dia. ”", "” Ya betul, memang ramai yang buat anak ini. Dia masih dalam rawatan kami. Tapi kalau orang- orang kampung tok penghulu membantu juga kami tiada halangan.” Ayah angkat mengiyakan.", "” Baiklah, sebagai anak angkat, kami beri namanya Puteri Delima Sari(bukan nama sebenar). Dia dikenali dengan nama itu di kampung kami. Sekiranya ada terbau wangi dan sebagainya itu tanda kami datang berziarah ke rumah ini. Semua dengan izin Allah. Kami membantu sekadar mampu. Selebihnya Allah yang berkuasa.Kami pulang dahulu..Terima kasih.. Assalamualaikum wbt “.", "“Baiklah, InsyaAllah.. Waalaikumussalam wbt”. Ayah menyambut salamnya.", "Bermula dari hari itu, aku dapat rasa aura rumah aku jadi lain. Hanya aku seorang. Mak abah adik-adik rasa macam biasa. Apa-apa kelainan aku akan beritahu mak abah. Di mana madrasah, di mana ada rumah-rumah penduduk kampung dalam dan luar kawasan rumah mak abah aku ni.", "Aku dapat lihat juga orang-orang kampung belakang sudah mula ramai membina penempatan di dalam dan luar rumah kami. Di ruang tamu, sebuah madrasah yang diketuai oleh Ustaz yang ada dalam mimpi aku tempoh hari bersama rakan- rakannya. Aku selalu ingatkan ahli keluarga jaga adab berpakaian dan elakkan pergaduhan.\nAlhamdulillah…setakat ini rumah tak pernah rasa panas.", "Ustaz ini akan berkomunikasi dengan aku lazimnya selepas dhuha atau solat Maghrib.", "Dari situlah aku mula rapat dan tahu namanya Ustaz Muhammad Iskandar Zulkarnain. (Bukan nama sebenar)", "Seperti yang aku ceritakan tempoh hari aku terima cincin pertunangannya selepas aku selesai solat dhuha. Waktu itu aku mengaku aku tak fikir panjang. Ayah angkat aku beritahu hal itu. Lama dia terdiam.", "“Ilmu alam ini luas..”\nKatanya kena fikir 100 kali sebelum terima apa-apa pemberian dari alam sana.", "“Memang semua di sana indah. Lagi indah dari dunia kita. Tapi Allah membataskan.”", "Aku cuma angguk kepala, tapi aku sedih.Terasa juga seolah cinta terhalang. Aku pun masa tu malas nak fikir sangat. Tak sempat nak fikir pro dan kontra sebab tugas hakiki aku yang sedikit sibuk buat aku tak ambil berat nasihat ayah angkat aku.", "Badan dah mula rasa sihat, jadi aku kena gandakan tenaga dengan masa untuk siapkan semua yang tergendala masa badan rasa tak sihat sebelum ni.", "Nanti masa lain aku ceritakan kisah indah dan sedih, apa yang berlaku dalam tempoh pertunangan, dan selepas putus tunang dengan Ustaz Muhammad Iskandar Zulkarnain itu nanti..", "Cuma satu kena ingat, setiap yang Allah izinkan jadi tidak sia-sia. Ada hikmah besar untuk kita yang mampu berfikir untuk merenung kebesaran Allah. Itulah penggerak untuk membaiki diri ke arah yang lebih baik.", "Terima kasih Allah😊🤲", "-Puteri Delima Sari-" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/steruman-bahagian-6/
Steruman Bahagian 6
[ "Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.", "Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 5", "Sebagai watikah lantikan, aku dihadiahkan sebatang keris berlok lima, agak menarik dan cantik jika diteliti. Bertatahkan sebiji batu permata berwarna merah. Menurutnya keris itu diterima semasa tamat ujian bersuluk lama dahulu, tidak pernah digunakan, dan juga sudah dibersihkan dari penjaga yang tinggal didalam keris.", "Pesan Abang Fuad yang masih aku ingat hingga kini.", "“Melayu ni bangsa yang tua, Rip.. Yang dah bercampur aduk beribu tahun peradaban.. Berbahasa, bahasa hakikat..”", "“Hebat lagi orang Arab bang, bahasa al-Quran..” Sahut aku bersahaja.", "“Itu bahasa syurga, Rip.. Maksud aku, jika dinilai.. Bahasa Melayu juga adalah salah sebuah bahasa yang tua..”", "“Bangsa Melayu sudah mengalami perang beribu tahun lamanya, ditindas, dizalimi dan bermacam lagi.. Dan kita tetap kekal utuh berdiri melawan penjajah yang datang..”", "“Kita pernah dijajah, Portugis, British, Jepun, dijajah Kerajaan Siam, Kerajaan-Kerajaan dari Tanah Jawa, bahkan sesetengah negeri, pernah pula meluaskan jajahan takluk mereka ke Tanah Jawa..”", "“Contohnya bang?”", "“Contohnya Kerajaan Melayu-Pattani dan Johor-Riau, Riau dulu berada dalam taklukan kerajaan Johor.. Tapi itu bukanlah maksud aku yang sebenar.. Maksud aku yang sebenar, kita berganding bahu dari ‘seorang Melayu kepada seorang Melayu’ menentang penjajah yang datang, dan kita tak pernah mintak tolong bangsa asing untuk melumpuhkan penjajah!” Nampak bersemangat kata-kata Abang Fuad.", "“Dan dengan kehadiran orang seperti Jebat inilah.. Yang menyebabkan Bangsa Melayu berpecah belah.. Melayu dan sakit hati, tak boleh dipisahkan..”", "“Semangat Melayu ni harus dikekalkan! Jemaah kita, tetap jemaah kita! Mereka-mereka yang kuat melaungkan ketuanan orang Melayu tak perlu diwujudkan, walhal dulu datang dibawa masuk sebagai pelombong bijih timah, pekerja ladang.. Sekarang sudah lebih berkuasa dari kita.. Dan kau tengok? Orang Melayu pula berperangai seperti Jebat.. Mudah kita dikalahkan jika kita sendiri berpecah belah!” Semangat Nasionalisme yang begitu kuat, tak boleh aku sangkalkan.", "Bagaimana pun ada benarnya kata-kata Abang Fuad, Abang Fuad berangkat pulang menjelang rembang tengahari, ada urusan digelanggang katanya. Meninggalkan aku sendirian, bapak pula sudah lama meninggalkan aku berdua dengan Abang Fuad, mungkin akan bertemu bapak dimasjid saat Zuhur nanti.", "Menjelang petang, rumah aku dikunjungi Pak Seli lagi. Bersama cempedak yang diikat dibelakang basikal. Berpakaian lengkap untuk ke masjid. Salam diberikan dan cempedak bertukar tangan.", "“Awal hari ni, Pak?”", "“Malam ni, kita jemaah dirumah kamu je.. Kejap lagi kawan kamu datang, tadi aku dah panggil masa Asar..”", "“Ohhhh… Jemput naik Pak, nanti aku buatkan air..” Pak Seli hanya membalas dengan senyuman. Kami berjemaah diruang tamu berimamkan bapak aku. Doa dibacakan Pak Seli sendiri, diberikan tazkirah ringkas sebelum dilanjutkan Isyak berjemaah.", "Entah bila bapak aku memasak, tak dapat pula aku pastikan, tapi saat habis berjemaah. Makanan sudah pun terhidang, maka kami semua menjamu selera didapur, berlaukkan sayur lemak pucuk paku, sambal belacan, ikan tilapia goreng, keenaakan dan rasa pedas yang cukup, hingga kami berempat makan tanpa baju dibadan!", "Usai makan malam, Kami duduk-duduk diberanda luar. Bersembang kosong sambil mengipas badan dek kerana kepanasan.", "“Fuad dah datang tadi?” Tanya Pak Seli, aku hanya mengangguk.", "“Hurmmm.. Ada lagi satu tamu.. Mungkin malam ni..” Keluh kecil Pak Seli.", "“Dia ada bagi kamu apa-apa?” Aku bingkas bangun dan mengambil keris hadiah dari Abang Fuad. Keris bertukar tangan.", "“Cantik! Keris Kedah, Kayu Kemuning!” Pak Seli beri komen pendek.", "“Nah.. Simpan elok-elok..” Keris bertukar tangan dan dilihat Uda. Habis semua diteleknya, ditimang dan diukur.", "“Aku tak dapat pun, Rip?”", "“Siapa suruh kau lari, masa dia panggil semalam?” Tingkah aku, malas nak melayan.", "“Sudahlah, jangan bergaduh.. Rumah aku banyak keris.. Kalau kamu nak, ambil je mana-mana yang kamu suka..” Tingkah Pak Seli, Uda terdiam.", "“Taknak.. Keris Pak Seli, tak cantik..” Gumam Uda perlahan.", "“Sudahlah.. Dari kita duduk tak buat apa, baik kita bergerak.. Dah pukul berapa, Rip?” Aku jeling jam didinding rumah.", "“Pukul sepuluh, Pak! Gerak kemana, Pak?” Jawab aku sepontan.", "“Hurmm.. Rasanya dia akan datang melalui jalan semalam.. Sudahlah, mari Mahat.. Kita bergerak ke pintu masuk kampung!” Kami bangun memakai baju dan menuju ke motorkar bapak. Motorkar dipandu perlahan ke pintu masuk kampung, mengambil masa kira-kira setengah jam dari rumah aku.", "Sesampai dipintu masuk kampung, sudah ada tiga buah van yang dah menunggu. Seperti yang aku jangka, dari petunjuk melalui ayat yang diberikan Pak Seli, pasti Jebat dan rakan-rakannya sudah menunggu.", "Betul! Tekaan aku! Masalahnya kami semua tak membawa senjata, dan nampak seperti beberapa orang dari pemuda yang turun dari van, membawa senjata! Ada yang berparang, besi keluli, dan ada yang aku nampak membawa keris! Tak kurang dari 30 orang kesemuanya.", "“Jangan takut dengan apa yang kamu nampak, apa yang kamu tak nampak tu lebih membimbangkan, sebenarnya..” Tutur Pak Seli.", "“Maksudnya Cik?” Balas Uda.", "“Maksud aku, yang kamu nampak, kamu tahu senjata apa yang mereka bawa. Yang kamu tak nampak? Misalnya mereka bawak kerambit, buku lima atau senjata tersembunyi.. Itu lebih bahaya! Lagipun kita bukan datang nak berkelahi.. Tak perlu risau..” Pak Seli membalas bersahaja.", "Bapak memberhentikan motorkar dibahu jalan, dan kami semua keluar dari perut motorkar. Berjalan menghampiri Jebat dan rakan-rakan.", "“Hei orang tua! Aku mahu budak itu dan kawannya! Serahkan mereka kalau mahu selamat!” Mudah ayat dituturkan Jebat, dan pasti boleh naik d***h bapak aku yang mendengar!", "“Ini anak aku! M**i pun aku takkan serah pada kau!” Bapak getap gigi menahan marah.", "“Sabar.. Sabar.. Begini nak, kami datang nak minta maaf, menghulurkan salam perpaduan.. Dari seorang Melayu kepada seorang Melayu yang lain.. Maaflah jika ada terkurang bahasa dan adat dari anak-anak kami semalam..” Tenang ayat dituturkan Pak Seli.", "“Tak begitu mudah orang tua! Marah aku belum habis lagi, dendam aku takkan tamat!” Jebat balas dengan nada yang kurang ajar, Pak Seli tetap tenang melayan dengan santun. Aku pula yang rasa marah dengan sikap biadap dia terhadap orang tua!", "“Kamu sendiri berniat nak mengajar anak watan kan? Menentang penjajah, menentang ketidakadilan, membina jatidiri.. Kamu tak sepatutnya bersikap macam ni..”", "“Kalau kau kuat sangat, bukan pukul Melayu.. kat bandar ada banyak Mat Saleh, tibai Mat Saleh laa…” Uda pula tiba-tiba menyampuk tanpa diminta. Bapak aku berpaling dan tenung muka aku.", "Apa? Bukan salah kita! Dia yang bercakap! Aku buat ekspresi muka, ‘aku tak bersalah’.", "“Ahhh! Kau banyak sangat cakaplaa orang tua.. Geng! Aku nak budak dua orang tu, siapa yang halang.. Korang tibai!” Jebat mula tuding jari dan bagi arahan, kawan-kawannya pula mula bergerak menghampiri kami. Aku dan Uda beranjak tiga empat langkah ke depan, mengambil tempat kami.", "“Arip, Uda.. Korang tetap disini! Jangan masuk campur!” Bahu aku ditolak bapak, aku pandang muka Uda.. Hampa.. Ekspresi yang diberikan Uda.", "“Dari tadi dah datang seru nak bergasak.. Tapi tak boleh masuk sekali.. Hampaa…” Uda keluhkan pada aku, aku hanya mengangguk tanda setuju.", "Bapak mara kehadapan, berdepan dengan tiga ke empat orang rakan Jebat. Dengan tiba-tiba salah seorang cuba menetak bapak menggunakan besi keluli dari arah atas.", "Bapak bergilit kekanan dan tetakkannya dilayan dengan tumbukan salam perkenalan yang tepat ke hidung! Cukup cepat dan tangkas, tak dapat dielakkan!", "Seketika nampak dia membuang ke belakang, dan mengaduh kesakitan, paling kurang tulang rawan dalam hidung dah dipatahkan. Sepontan rakan-rakan yang lain masuk menyerang bapak. Aku nampak bapak tiba-tiba berputar dua ke tiga kali diudara.", "PADU!! Cukup padu bunyi siku-siku yang dihantar menyinggah poin-poin utama kelemahan dibadan. Bawah dagu, tengah dada, tengkuk, pelipis dan keseluruhan telinga. Terbungkam tiga ke empat pemuda tadi dengan jurus sesiku bapak, bunyi bising dan riuh pergaduhan mula terdengar.", "Aku jeling Uda disebelah dah macam terkinja-kinja melihat bapak aku bertarung! Pak Seli tak berganjak sedikit pun dari posisi dia berdiri tadi, mungkin seluruh kawanan geng van si Jebat mampu diselesaikan secara solo oleh bapak!", "“Tengok tu, Rip! Tengok tu! Aku nak masuk!” Uda tunjuk pada dua tiga orang lagi pemuda dari arah kiri yang cuba masuk dalam pekelahian bapak. Tak sempat dihalang, aku nampak Uda sudah berlari dan membuat tendangan kung fu diudara! Tendangan ala-ala bintang kung fu Bruce Lee.", "Kuat betul suara Uda menjerit semasa masih diudara! Barangkali aura dan semangat Bruce Lee dah meresap ke segala liang roma dia!", "Ah! Bodoh betul lah dia ni! Bapak dah suruh jangan ikut campur! Gumam aku sendiri.", "Tendangan Uda tepat menyinggah kepala salah satu dari dua orang pemuda tadi, Uda turunkan kaki dan memberi satu tendangan belakang berputar!", "Tangkas! Tetapi berjaya dielakkan, dan Uda dirempuh dikaki secara kasar. Kedua mereka berguling diatas jalan raya. Cukup cepat keadaan yang berlaku, lebih ramai yang cuba masuk dan sukar dikawal. Seketika aku nampak Uda sudah ditindih dan ditaji dimuka.", "Sedas! Sedas lagi! Dan sedas lagi!", "Aih dia ni! Geram pula aku rasa! Nak taknak terpaksalah aku turut serta! Aku hampir dan dengan kasar aku rentap kolar baju pemuda yang menindih Uda! Dia terlentang ke belakang! Uda aku bantu untuk berdiri. Tiga empat orang lagi mula bertindak, bila melihat aku pun turut serta.", "Pemuda pertama merenggut kolar baju aku dari depan, dengan cubaan untuk menjulang aku naik, badannya lebih besar dan lebih kekar dari aku! Aku hadiahkan penumbuk serangkai tepat ke hidungnya!", "PAP! PAP! PAP!", "Dia cuma berpaling ke kiri dan mengaduh. Namun cengkaman kejab tangannya tidak dilepaskan. Aku pegang kedua pergelangan tangannya yang mengenggam kolar baju, dan aku tolak muka dia menggunakan kedua kaki yang aku luruskan!", "Baju yang aku pakai terkoyak dari kolar ke tengah dada, sepontan aku melenting dan berpusing sebelum berdiri dengan kuda-kuda bersilang!", "Bersambung laie gais, second last day, lantak koghang la nak komen apo, boie icon love naaa… Muahciked!", "#Pusaka2 #Arifyahya", "Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/steruman-bahagian-5/
Steruman Bahagian 5
[ "Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.", "Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 4", "Turun dengan dua langkah, aku nampak bapak dah berdiri bersemuka bertentang mata dengan Panglima beruk. Dengan sekali sepuhan tangan kanan, bapak beri penampar ke bahagian kiri kepala Panglima beruk!", "Memang tak disangsikan lagi, aku sendiri belum tentu senekad perbuatan bapak. Aku nampak Panglima terhenyak ke bahagian kanan, sebelum entah bulu tengkuk atau bulu pipi, atau mungkin juga janggut-janggutnya dah berada dalam genggaman tangan kanan bapak!", "KERAS, KASAR dan KEJAB pegangan tangan bapak! Nampak seperti Panglima sedikit meronta untuk meloloskan diri, tapi gagal! Kalau dikirakan sebenarnya mustahil dengan akal yang waras, orang yang serendah bapak, sedang mengunci mahluk yang dua kali ketinggiannya. Tapi tiada yang mustahil dalam ilmu Allah, rasanya dengan struktur otot-otot ditangan bapak, kalau aku yang dikunci pun, belum tentu terlepas!", "“Kau bukan mainan aku! Kalau tak kerana aku hormat Nabi Sulaiman dan umatnya, aku tamatkan kau disini!” Getus bapak dengan marah!", "“Sekarang.. Dengan perintah aku, NYAH kau dari sini!!” Seketika bapak terkumat kamit membaca sesuatu, dan tangan kanan yang meramas bulu Panglima beruk, dilepaskan membuang kedepan. Panglima beruk terpelanting sebelum lenyap dibawa angin malam, bersama satu lagi raungan panjang.", "“Mari.. Rip! Kita balik, biar abah tengok luka kau..” Bapak berpaling dan bertutur pada aku.", "“Itu.. Itu.. Errr…”", "“Biar dia pergi, kalau dia kembali, dia sendiri tahu apa habuan yang bakal menanti dia!” Bapak renggut lengan baju aku dibahagian kanan sebelum aku juga berpaling mengikut bapak.", "“Ini basikal dia, siapa pulak nak meng-hangkut ni?” Bapak geleng-geleng kepala melihat basikal Uda yang dah ditongkat elok dan terletak molek disebelah basikal aku. Aku angkat bahu dua tiga kali, mustahil aku nak mengayuh dua buah basikal. Lebih mustahil kalau bapak nak menunggang basikal Uda, siapa pula nak memandu motorkar bapak untuk pulang?", "Aih! Bodoh betullah Uda ni!", "“Masukkan dalam bonet jelah, bah..” Aku beri bapak cadangan mudah. Bapak mengangguk, basikal Uda dimasukkan ke dalam bonet belakang, dan bonet gagal ditutup, dek kerana pemegang basikal dah menjulur keluar melebihi bonet.", "“Kau jalan dulu.. Terus balik rumah, abah menyusul dibelakang!” Perintah bapak yang aku turuti tanpa banyak dolak dalik. Setiba disimpang perkarangan rumah, nampak dua kelibat manusia sedang bersila diberanda rumah.", "“Assalamualaikum!” Aku tersenyum, seperti yang aku duga, Pak Seli yang duduk-duduk diberanda rumah, dan Uda juga ada duduk bersila membelakangkan Pak Seli. Nampaknya Pak Seli sedang memberikan rawatan dalam pada Uda, Uda sudah menanggalkan baju dan sesekali Pak Seli menekap kedua tapak tangan dibelakang badan Uda.", "“Waalaikum salam! Naik Rip! Kawan kau lari balik bila nampak hantu galah katanya.. Yang kelakarnya, tak lari balik rumah, lari balik rumah kau!” Pak Seli tersenyum simpul menerangkan apa yang dilakukan Uda.", "“Hantu galahhh?” Aku kerutkan kening", "“Yelah! Hantu galah! Tinggi macam tu!” Tingkah Uda tak mahu kalah.", "“Ai? Tadi kat gelanggang dia dah ada menyibuk depan gendang, kau tak nampak ke? Lepas tu, masa kena serang dengan si sengal berempat tadi pun, dia ada duduk kat bahagian belakang, siap ditutup kain putih lagi, kau tak nampak ke?” Uda pandang muka aku dan mengerutkan kening.", "“Errr.. Dari gelanggang tadi dia dah ada ke?” Aku mengangguk beberapa kali, sebelum bersila disebelah Uda, motorkar bapak mula masuk ke perkarangan rumah. Enjin dimatikan dan bapak keluar dari perut motorkar.", "“Ni basikal kau, hambek! Kalau tak, aku jual lelong kat Ah Seng besi buruk!” Sengaja bapak tekan suara dalam bercakap, mengelupur Uda turun dan mengeluarkan basikal dari bonet motorkar bapak.", "“Orang lain naik basikal, nampak hantu.. Kayuh laju-laju.. Budak ni, naik basikal, nampak hantu, buang basikal, lari! Senteng agaknya kepala hotak dia!” Pak Seli tertawa kecil mendengar sungutan bapak, aku juga turut ketawa. Uda hanya mengosok-gosok belakang tengkuk, menyedari kesilapan bodoh yang dilakukannya.", "“Panik.. Cik.. Maaflaaa..”", "“Sudah! Pergi mintak tolong Pak Seli tawarkan luka kau..” Uda mengangguk dan naik kembali bersila disebelah aku, bapak pula hilang ke dalam rumah. Sebelum tiba kembali membawa kudapan berserta air teh kosong dalam dulang kecil.", "“Apa ceritanya, Rip..” Pak Seli mula bersuara setelah semuanya duduk dan bertenang. Uda pandang muka aku dan angkat kening, beri isyarat supaya aku yang buka mulut dan bercerita.", "“Mustahil Pak tak tau..” Aku bersuara perlahan.", "“Tahu.. Aku tahu.. Tapi yang aku nampak, tak sejelas kalau kamu bercerita.. Aku bukan tuhan, Rip..” Mendatar nada suara Pak Seli.", "“Baiklah..” Aku mengalah dan bercerita dari awal kejadian, sebelum dilanggar empat ekor monyet-monyet sengal dan seekor beruk besar. Dan kejadian yang jadi semasa bapak ada turut aku ceritakan. Pak Seli mengangguk beberapa kali, dan melurut-lurut janggut nipisnya tanda faham. Bapak hanya mendengar dengan teliti sebelum sesekali berdeham.", "“Hurmmm.. Kalau mengikut hemat aku, ada serangan balas lagi.. Dendam tak habis disini. Kita tunggu dia datang..”", "“Siapa yang datang, Cik?” Gelojoh pertanyaan Uda.", "“Tak pasti.. Mungkin Fuad akan menjengah dahulu, atau mungkin juga Jebat yang datang menjelang dahulu.. Bergantung..” Tergantung ayat diucapkan Pak Seli.", "“Bergantung apa, pak?” Aku pula yang bertanya.", "“Bergantung pada perkelahian tadi, siapa yang menang.. Yang pastinya, jika Jebat kalah, benda ni takkan habis disini.. Hurmmm..” Pak Seli mula menghirup air teh kosong membasahkan tekak.", "“Tapi bang, nampak gayanya yang saya bertemu tadi, bukanlah dalam regu kita..” Bapak menanti soalannya dibalas, sambil menatap muka Pak Seli.", "“Benar.. Memang benar apa yang kau cakapkan, tapi yang kau jumpa tadi, bukanlah satu-satunya.. Kalau ikut perkiraan aku, budak ni.. Ada lagi pakaian lain, cuma dia tak bawak keluar semuanya tadi..”", "“Hurmmm… Begitu…” Bapak hanya menunduk memandang lantai mendengar penjelasan Pak Seli.", "“Hah! kau ni!! Bila nak balik?” Sengaja bapak kuatkan suara, sambil mengenyitkan mata pada aku, aku tersenyum simpul melihat bapak yang mengusik Uda.", "“Errr.. Tidur sinilah malam ni, cik.. Risau dikokaknya kepala saya masa nak balik nanti..”", "“Eeee.. Takde telur..” Saja aku menambah minyak pada api yang marak. Usikan aku, diketawakan bapak dan Pak Seli. Kami berempat makan lagi, selepas enak bersantap hidangan air panas dan biskut yang disediakan bapak. Dari bekal yang diberikan oleh Abang Fuad, mee rebus yang cukup mengisi perut kami berempat.", "Aku kira nasib baik juga beg dilepaskan sebelum berkelahi tadi, kalau tak. Tak merasalah mee rebus padu Abang Fuad.", "Uda bermalam dirumah aku pada malam ni, tidur dalam resah dan gelisah walaupun luka muntah d***h sudah ditawarkan buat kami berdua. Sekejap ke kiri, sekejap berpaling ke kanan. Menyebabkan tidur aku juga turut terganggu.", "Aku kira-kira mungkin waktu sudah beranjak ke subuh, secara tiba-tiba Uda terpekik-pekik", "“JANGAN MAKAN AKU!! JANGAN MAKAN AKU!!” Bila aku dah pun terjaga, dan aku jengah Uda, dia masih lena macam bayi yang tidur dalam perut ibunya!", "Kurang ajar sungguh ayat dia masa mengigau! Mungkin Uda trauma, Panglima beruk nak membaham kepala dia.", "Sengal betul!", "Kami dikejutkan azan pagi, sebelum berjemaah dimasjid kampung, dan Uda sudah pun pulang ke rumah. Sekitar pukul 10 pagi, saat aku mencakar tanah didepan rumah, rumah aku dikunjungi motorkar semalam yang aku cukup kenal, motorkar tanpa bonet belakang.", "“Assalamualaikum.. Arip.. Apa khabar? Bapak kau ada dirumah?” Salam dihulurkan Abang Fuad, dan kami saling berjabat tangan.", "“Abah takde waktu-waktu macam ni.. Ke kebun laa..” Sekonyong-konyongnya, bapak muncul dari sebelah kiri.", "“Haaaa… Panjang umur, bah.. Kenalkan nilah gurulatih Abang Fuad yang kita ceritakan semalam..” Bapak bertukar salam dan berjabat tangan dengan Abang Fuad.", "“Kau tak jemput dia naik?”", "“Baru je sampai, tak sempat bersembang pun lagi.. Tak ke kebun ke bah hari ni?”", "“Tak… Aku dibelakang je dari tadi.. Jemputlah naik Fuad.. Arip, buatkan kopi untuk kawan kau..” Mesra pertuturan bapak, pantas aku naik dan berlari ke dapur.", "Sepuluh minit kemudian, selepas air dihidangkan, aku duduk bersama bapak dan Abang Fuad mendengar cerita lanjut. Dari mulut Abang Fuad, barulah aku faham cerita sebenar yang terjadi.", "Jebat rupanya satu aliran perguruan dengan Abang Fuad, belajar dari satu guru yang sama. Amarahnya kerana dia tak ditauliahkan untuk memiliki gelanggang sendiri, dek kerana sifat panas barannya walaupun dah dinasihatkan banyak kali oleh guru.", "Menurut Abang Fuad lagi, kecewa dengan guru, Jebat juga ada menuntut ilmu dalam yang lain, yang mungkin menjurus kepada ilmu yang salah. Dan pada upacara pembukaan dua gelanggang yang terdahulu, Abang Fuad sudah dicabar didepan umum. Tapi ditolak secara baik.", "Gelanggang terakhir, sebelum insiden semalam. Juga ada kejadian cabar mencabar, dan senior Abang Fuad ditibai didepan orang awam sementelah Abang Fuad pun tiada semasa perasmian gelanggang. Semalam, mereka datang buat kacau pula untuk merosakkan majlis.", "“Hurmmm.. Tapi hairan juga bang..” Aku mula bersuara selepas mendengar cerita Abang Fuad.", "“Apa yang hairannya?”", "“Mudah betul dia dikalahkan jika kosong-kosong semasa aku berentap dengan dia..” Aku menyuarakan apa yang ada dalam fikiran aku, bapak hanya mendengar dengar berhemah tanpa kata-kata.", "“Begini Arip.. Ada banyak kemungkinan, yang pertama.. Mungkin dia dah buang ilmu silat yang dia tuntut semasa belajar bersama aku, demi melunaskan tuntutan ilmu hitam yang baru.. Yang kedua mungkin juga, dia tak mengeluarkan semua ilmu yang dia ada, disebabkan dia sangka kau cuma lawanan yang mudah.. Dan ketiga, mungkin juga..”", "“Mungkin juga apa bang?” Tingkah aku sepontan.", "“Mungkin juga penguasaan ilmu silat kau sudah lebih baik dari dia..”", "“Hurmmmm…” Titik, tiada lagi soalan dari aku, aku faham maksud penjelasan Abang Fuad.", "“Jadi apa yang berlaku semalam?” Bapak pula bercakap sambil menghirup kopi panas nipis didepan.", "“Dia lari!” Jawapan pendek yang mula menimbulkan seribu lagi persoalan.", "Abang Fuad meninggalkan perkarangan rumah kami dengan satu ingatan ‘mesra’ supaya kami berjaga-jaga jika ada perseteruan timbal balik. Bimbang diserang semasa sedang lalai.", "Abang Fuad juga minta izin dengan bapak aku, untuk mengambil aku dijadikan adik angkatnya sementelah dia pun belum berzuriat lagi. Permintaannya diperkenankan bapak tanpa banyak soal.", "Sebagai watikah lantikan, aku dihadiahkan sebatang keris berlok lima, agak menarik dan cantik jika diteliti. Bertatahkan sebiji batu permata berwarna merah. Menurutnya keris itu diterima semasa tamat ujian bersuluk lama dahulu, tidak pernah digunakan, dan juga sudah dibersihkan dari penjaga yang tinggal didalam keris.", "Sambung laie gais.. Den dah tengok sondighi keghis tu, cantik! Kalo omputih kato dio pakai batu ‘ruby’, oghang molayu, den tak beghapo pandai, den punyo bahaso molayu lomah!", "#Pusaka2 #Arifyahya", "Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/kembar-ular-2/
Kembar Ular
[ "Assalamualaikum. Kisah ini pernah aku coretkan pada fiksyen syasya tak silap aku dalam 4 atau 5 tahun yang lepas. Tapi tahun ini aku coretkan sekali lagi untuk mengisi masa lapang aku. Mungkin pembaca sudah lupa, jadi tidak mengapa, aku coretkan sekali lagi.", "Bagi aku ini bukan lah cerita yang seram, tetapi lebih kepada cerita mistik & sedih. Cerita ini agak panjang jadi bacalah waktu pembaca “Free Time” ya. Sebab aku malas nak buat part 2 part 3 bagai.", "Cerita ini tiada tolok tambah atau cerita olok-olok. Ini adalah cerita realiti yang diceritakan oleh ibu aku. Dari awal apa yang terjadi sehingga ke pengakhiran adalah benar belaka kerana perkara ini terjadi bkn pada orang lain tetapi pada keluarga ibu aku sendiri. Iaitu nenek aku.", "Ibu aku anak kelahiran negeri Perak. Dan kisah ini terjadi di kampung di Perak ini. Pada awalnya, semua berjalan seperti biasa. Nenek aku disahkan mengandung oleh bidan, dan ibu aku & kakak kakak dia tak sabar utk menanti “adik” yang baru. Sehinggalah sampai satu hari ni, nenek aku ni pergi jumpa balik dgn bidan kg sebelah tu sebab nenek aku rasa badan makin lenguh & sengal.", "Sebelum tu ibu kata, nenek ada bagitau tokwan aku yang nenek aku mimpi bersalin tapi ada 2 orang. Cuma 1 lagi tu rupa dia hitam & bersisik. Tokwan aku kata mungkin nenek aku penat sangat sampai mimpi bukan2. Yala, pi menoreh, buat kerja itu ini. Tokwan aku ni bawa teksi. Memang jarang sikit ada rumah kecuali cuti. Petang dekat2 senja baru smpai rumah. Jadi nenek aku iyakan jala.", "Jadi nenek aku pi la jumpa bidan tu bagitau apa masalah, dan bidan tu pun periksa la nenek aku. Dia sentuh & urut urut pelan2 mula dekat perut, muka dia nmpak runsing kata nenek aku. Dan masa dia tgh urut2 perut tu, bidan tu cakap dkt nenek aku,", "“Eh Zah mengandung kembar ni. Tp awal masa periksa perut Zah tu rasanya takda tanda2 nak mengandung kembar. Perut Zah pun kecil ja ni tak nmpak mcm ada kembar. Alhamdulillah la Zah, dapat kembar tu” Kata bidan si kampung sebelah tu. Masa ni nenek aku pun tak rasa apa. Cuma seronok la dapat anak kembar.", "Lepas balik dari rumah bidan tu, nenek aku cerita la malam dekat semua yang dia mengandung kembar. Last minit bidan check dan dapat tau ada 2 isi. Teruja sampai takda hari la yang lain tu, tau pulak nak dapat kembar.", "Ibu aku kata, dia sampai siap “plan” nak buli adik “kembar” dia tu bila dah besar. Haha. Ibu aku ni anak last, so memang nakal dia lain sikit. Jatuh telaga tu perkara biasa nenek aku kena hadap tiap2 bulan.", "Hari berganti hari, sampai lah masa nenek aku melahirkan. Bidan yang sama juga sambut kelahiran “anak kembar” ini. Mulanya, yang pertama nenek aku teran dan selamat keluar seperti biasa. Yang kedua, bidan kata teran lagi dan nenek cuba tetapi tiada apa yang keluar.", "Bidan nampak sedikit terkejut, sbb bila dia periksa, perut nenek aku dah kosong. Dah takda apa. Bukan kata nenek, yg menunggu dekat situ termasuk tokwan aku pun semua terkejut. Sebab bidan sendiri kata yang nenek mengandung kembar. Tapi bila hari bersalin, keluar sorang ja.", "Masa ni, bidan tenangkan nenek aku termasuk Makcik Yah. Makcik Yah ni kawan baik nenek dan dia siap kata dekat nenek\n“Ala bidan salah kot, rasanya seorang ja ada ni. Comel molek tu, Alhamdulillah Allah bagi hang rasa ada anak lagi” punya nak bagi nenek aku tenang.", "Knpa tau? Maaf aku p****g sikit ya. Sebab Makcik Yah ni la yang ada dgn nenek aku masa nenek aku keguguran dulu. Masak utk nenek, bawa Al Quran baca kt nenek aku nenek aku dulu asyik menangis duduk kt bawah rumah, siang malam menangis. Tak pi menoreh dkt brp bulan sbb semangat dah hilang. Bukan 1 tapi 3 orang anak keguguran. Anak yg ke tiga tu paling sedih, dah lahir tapi meninggal. Air susu tumpah sedia2.", "Jadi Makcik Yah ni la yang tengokkan nenek aku masa anak2 pergi sekolah. Bila jadi mcm ni, Makcik Yah ni memang main peranan sangat. Alhamdulillah nenek aku okey dan semua berjalan dengan lancar & nama diberi kpd adik ibu aku ni “Saleha”", "Alhamdulillah Saleha membesar dengan baik. Tiap kali ibu aku balik sekolah, memang Saleha dicarinya dulu dari nasi. Petang bawa Saleha main basikal. Lepas tu buat Saleha menangis smpai kena marah dgn nenek. Begitulah rutin.", "Sampai satu hari, nenek aku letak Saleha atas tangga rumah, mcm bangsal la kot. Nenek aku menyapu dekat bawah. Awal tu nenek dah dengar, Saleha mengekek @ gelak sorang2. Jadi nenek biar ja sebab mungkin Saleha diusik ibu aku. Tapi nenek tak dengar suara sapa2. Jadi nenek aku biar kan ja.", "Lepas selesai semua, nenek naik nak ambil Saleha bawa masuk rumah, bagaikan nyawa hampir melayang bila ada seekor ular bersaiz sederhana, berwarna hitam, bersisik sedikit emas & biru ada atas riba Saleha! Muka Saleha & muka si ular tu saling menatap. Yang paling gerun, Saleha dah pegang ular tu sambil ketawa riang.", "Nenek aku jerit sekuat hati panggil tokwan. Nak jadi cerita pulak, nasib tokwan cuti hari tu. Masa jd, par*ng ada dekat tangan tokwan sbb tokwan aku tengah tebas rumput2. Terus tokwan aku katok guna par*ng tu, sampai ular tu lembik dan di buang dekat sungai belakang rumah.", "Masa tokwan aku buat mcm tu, Saleha dah mula menangis tapi tak teruk. Mungkin dia ingat mainan. Bila senja Saleha menangis sampai hilang suara. Dan sampai ke tengah malam pun, Saleha menangis mcm dia kena pukul. Nak kata kena patuk, tokwan dah bawa Saleha pergi klinik kampung petang tu dan memang tak ada kesan2 apa pun.", "Benda ni berlarutan sampai beberapa hari. Mula mula semuanya ingat Saleha demam, sbb badan dia memang panas. Agaknya sebab tu dia menangis tak henti. Tapi bukan. Bagi ubat pun tak jalan. Tokwan aku terpaksa juga panggil Ustaz Din. Ustaz Din ni imam dekat kampung sini, pandai juga berubat, Ustaz Din dah cuba baca ayat2 khusus tapi tak jalan juga.", "Sampai la Ustaz Din kenalkan tokwan aku dekat kawan dia. Tetapi bukan beragama islam. Orang yang tidak pernah dikenali dalam kampung tu. Dia orang Siam & menetap di Taiping. Berfasih melayu. Jauh tau dari Taiping nak ke kampung aku ni. Sangat jauh. Ustaz Din kata kita cuba ikhtiar cara lain sikit. Tapi bukan la kita nak menduakan Allah yang satu.", "Masa Perubat Siam ni sampai kt rumah, ibu aku kata, Perubat Siam ni tak pegang, tak sentuh pun Saleha. Cuma dia tengok Saleha & mulut dia saja terkumat kamit. Saleha ada di tengah2 rumah tu, dan semua orang berada di kelilingi Saleha. Dan yang paling terkejut sekali, Perubat Siam tu cakap dekat tokwan & nenek aku mcm ni ;", "“Anak kamu ini ada kembarnya, tetapi bukan lah seorang manusia, ia adalah seekor ular yang menumpang rahim isteri kamu yang dikurniakan oleh Tuhan. Apabila isteri kamu lahir, ular itu keluar secara ghaib yang tidak dapat dilihat dari mata kasar. Namun umurnya sama seperti anak kamu”", "Dan nak tau tak apa Perubat Siam tu kata lagi?", "“Kembar anak kamu ini sekarang, sedang merana kesakitan menunggu kematian sahaja. Apabila kembar sakit, maka salah seorang kembar lagi turut jua rasakan kesakitan. Dan pastinya kembar anak kamu itu pernah juga beberapa kali datang untuk melihat kembarnya ini”", "Masa tu ibu aku kata, satu rumah meremang. Nenek aku dah menangis dari awal lagi. Lagi tak sedar, bila la yang si ular tu datang jenguk kembar dia. Entah2 dah pernah masuk rumah. Cuma masa tu semua orang ja tak sedar.", "Perubat Siam tu kata, dia tau yang tokwan pukul si ular tu sampai separa nyawa, tapi dia kata bukan salah tokwan. Sebab tokwan tak tau tu kembar anak dia. Perubat Siam tu kata, tiada lagi perubatan yang mampu mengubat sakit Saleha ni melainkan, temukan balik Saleha & Kembarnya. Perubat Siam kata lg,", "“Jaga lah anak kalian ini sementara masih berbaki sedikit peluang lagi kerana dia yakin Saleha juga tidak lama di atas dunia ini. Apapun berserah kpd TuhanMu dan mintalah kesembuhan untuk anak kalian ini”", "Masa tu tokwan dah m**i akal. Sebab Perubat Siam tu kata setakat tu ja dia boleh tolong, sebab dari awal dia jejak kaki dekat rumah, dia nampak dari awal A to Z apa yang jadi melalui mata ghaib dia. Cuma dia tak dapat tolong kerana ini melibatkan antara nyawa manusia & binatang yang menumpang rahim seorang ibu.", "Perawat Siam tu kata, dia boleh nak hidupkan ular tu balik, tapi dia takkan buat. Sebab dia hormat agama islam. Dia akan buat jika permintaan itu dari orang yang bukan islam shj. Dan dia taknak orang islam minta dia untuk buat benda yang mensyirikkan Tuhan. Dia sendiri cakap mcm tu ya.", "Hari bersilih ganti, kulit Saleha makin jadi bersisik mcm seekor ular. Menangis tak henti. Badan Saleha lembik, sebijik sama mcm mana tokwan aku katok ular tu. Demam Saleha juga tak kebah. Bila angkat Saleha tu, dan mcm tkda tulang. Masa tu semua orang sedih tengok keadaan Saleha. Masa tu nenek memang sentiasa ada disisi Saleha.", "Dan akhirnya Saleha pergi meninggalkan semua orang dalam keadaan menyayat hati. Ibu kata nenek cakap kt Saleha “Mak redha atas Saleha, Mak minta maaf, Mak halalkan susu mak dunia akhirat dekat Saleha, Saleha nk tinggalkan mak, mak redha. Tarik Mak cari mak dekat syurga nanti”", "Tapi yang paling aku respek dalam cerita ni, adalah Makcik Yah & Ustaz Din. 2 orang ni la yang memainkan peranan penting pd nenek & tokwan aku. Makcik Yah berulang kali kata,", "“Bukan salah hampa dua, benda ni takdir, terima la dgn hati terbuka, jangan salahkan diri kita” Berulang kali ibu aku kata dia dengar tiap kali Makcik Yah dtg rumah lps kejadian tu. Ustaz Din pulak selalu bg air penawar dekat tokwan & nenek aku semua minum.", "Benda ni tak tersebar sampai merata kampung pun sbb Makcik Yah ni bukan kaki gosip atau makcik bawang. Dia sedaya upaya sorok supaya orang kampung lain tak pandang serong dekat nenek aku. Bila orang tanya knpa Saleha meninggal, Makcik Yah kata demam panas.", "Ibu kata, sempat setahun lebih ja dia main2 basikal, usik arwah adik dia, dan ibu aku kata dia sangat rindukan Saleha. Cerita ni jugak, ibu aku kata sepupu2 aku pun taktau. Dia terpaksa luah dekat aku pun sebab dia rindu adik dia. Adik beradik aku yang lain pun taktahu pasal ni. Aku simpan rapi cerita ni", "Aku harap takda komen yang kata cerita tipu la apa la ya. Kalau tipu takkan aku gigih nak menaip cerita panjang2 mcm ni. Apapun marilah sama sama kita panjatkan Al Fatihah kpd arwah Tokwan, arwah Nenek aku, serta arwah Makcik Yah & Ustaz Din. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.", "Al Fatihah." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/steruman-bahagian-4/
Steruman Bahagian 4
[ "Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.", "Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 3", "Lan bangun dan bersedia untuk menyerang. Tinju dinaikkan dan diacah beberapa kali, bagaikan ahli gusti Muhammad Ali. Lan melaung beberapa kali, pasti tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan aku.", "Lan menghadiahkan penerajang dari depan, aku bergilit ke kanan, dan dengan pantas aku kuis kaki kirinya yang masih berdiri, Lan jatuh berdebuk lagi!", "Mereka pasti bukan lawanan aku. Sudah dua kali tumbang ke tanah, fikir aku sendiri. Tapi nampaknya Jebat yang sudah bingkas bangun, mempunyai agenda lain. Dia tidak masuk menyerang seperti tadi. Tapi hanya berdiri dan merenung ke wajah aku.", "Pandangan aku tertumpu pada Jebat, sambil tangan masih berulir tarian bunga silat. Jebat mula bertutur dalam bahasa yang tak difahami, diulang-ulang seperti membaca mentera. Tangannya dikiam seperti dalam solat, dan kaki kiri diangkat dan ditongkat diatas lutut kanan.", "~Ajha muwajha guntur kala sakti gundha~", "Entah apa yang dibacanya tak dapat pula aku pasti atau terjemahkan. Secara tiba-tiba kawasan kami diserbu angin yang menderu-deru, habuk dan daun berterbangan. Penglihatan aku mula terganggu.", "Angin tiba-tiba berhenti! Mata aku bukakan, dan Jebat yang berdiri dengan tangan dikiam sedari tadi, kini berbayang jelmaan Panglima tangan panjang dibelakang.", "Seolah-olah bukan Jebat yang berdiri didepan aku. Bagaikan satu entiti yang berbeza, perasaan yang sukar diterjemahkan. Dia tersengih-sengih dan menjelir-jelirkan lidah, persis kelakuan Panglima dari awal tadi.", "Dia mula menurunkan kaki kiri yang digantung ke tanah, dikuis beberapa kali. Kemudian dia menendang pasir didepan. Serentak aku rasa bagai ditampar tangan yang ghaib dari depan! Terlentang ke belakang dengan pukulan ghaib.", "Dengan susah payahnya aku cuba bangkit! Jebat masih lagi berdiri dikedudukan tadi, tak berganjak walau sedikit pun. Kali ni tangannya pula dirawang-rawangkan ke udara. Seketika kemudian, dia memberi isyarat seperti menampar angin!", "Aku tahan dengan tangan kiri! Tak berjaya! Terlalu kuat untuk ditahan! Sekali lagi aku tersembam! Samar-samar nampak Uda berlari mendapatkan aku.", "Aku mula muntah d***h, berketul-ketul d***h keluar dari rongga kerongkong. Bau hanyir d***h sendiri mula menusuk hidung. Tak sempat menyusun langkah berikutnya, Uda pula nampak tersembam disisi aku. Gigih susunan gigi atas Uda menyodok pasir. Bergelut-gelut suara Uda mengaduh semasa menyodok pasir.", "Uda mula duduk dengan kesan koyak sepanjang dua jari dibibir atas.", "Suara Uda muntah d***h lebih kuat dari aku. Kami mengerling sesama sendiri. Dari raut wajah Uda, jelas dia menyampaikan mesej ‘mamat yang kita tengah lawan ni, pakai ilmu dalam.. Takkan nak diam je?’", "Kami melenting seperti pacat dan berdiri serentak. Jarak dikuak semasa bergerak antara aku dan Uda, aku menghadap dibahagian kiri Jebat, manakala Uda disebelah kanan.", "Aku kenyitkan mata pada Uda, Uda tetap dengan wajah tenang bagai takde apa yang berlaku, mesej yang aku sampaikan ‘kami akan masuk dengan jurus serang pendekar’.", "Jurus terakhir dalam mata pelajaran silat, adalah ‘serang pendekar’, bermaksud kami berlawan dengan seseorang yang mempunyai latar belakang silat dalam ‘tingkatan mahir’, bukan kosong. Langkah kami perlu lebih lincah, dan pukulan kami harus tak kurang sedikit pun dari sempurna.", "Jebat mula ketawa sinis melihat kami. Kaki kiri didepan dijingkitkan dan kaki kanan pula ditumpangkan diatas lutut kaki kiri. Aneh jika dilihat cara Jebat berdiri. Bagaikan kaki labah-labah, luar biasa ukuran panjangnya, macam jerangkung dalam posisi berdiri yang tak masuk dek akal.", "Pada masa yang sama terdengar deruman motorkar yang datang dari kejauhan, barangkali jalan ini akan dilalui kereta dalam masa kurang dari lima minit.", "Kami masih dalam posisi bersedia dan mengulir tari mencari rentak untuk menyerang, bersilang kedudukan dan menunggu masa yang sesuai untuk menyerang.", "Sepintas angin yang lalu menerpa dari arah kiri! Tak semena-mena sebatang tombak terpacak, betul-betul dihujung ibu jari kaki Jebat!", "Siapa pun yang bakal datang, pasti seorang penembak tepat! Tombak yang terpacak, bagaikan menghalang Jebat dari melakukan serangan berikutnya. Dan.. benda yang aku sangkakan tombak, rupanya buluh kuning nipis selebar dua jari.", "Buluh berwarna kuning kehijauan, sepanjang lima kaki, bergoyang-goyang ditiup angin. Sekali lagi aku berpandangan mata dengan Uda, Uda yang berkerut-kerut kening mengangkat bahu beberapa kali, menandakan yang dia juga tidak tahu.", "Kami mara lagi dua kaki menghampiri Jebat.", "“BERHENTIIIII!!!” Suara yang dilaung dari jauh, bersama kehadiran sebuah motorkar yang juga berwarna putih. Motorkar keluaran negara matahari terbit, tanpa bonet belakang mula menghampiri kami.", "Motorkar masih lagi meluncur saat kami melihat kelibat Abang Fuad sudah berjalan keluar dari motorkar, dan pintu pemandu dibiar dalam keadaan terganga.", "“Seperti yang sudahku duga, memang ini kerja kau dari awal lagi.. Jebat!” Tangan kanan dituding kearah Jebat, Jebat hanya tersengih-sengih memandang Abang Fuad.", "Dari dalam perut motorkar, turun dua lagi pembantu Abang Fuad. Wajah mereka menyeringai, mungkin mereka jenis yang gagah dan ganas, mungkin juga mereka masih ngeri dek kerana motorkar masih berjalan, dan pemandu sudah meloncat turun. Lucu kalau diingatkan kembali, ekspresi wajah mereka.", "“Begitu.. Kenapa kau tolak cabaran aku dalam gelanggang sebelum ni? Hahahaha! Kau takut??” Tutur balas Jebat, langsung aku tak faham apa biji butir pertelingkahan mereka!", "“Aku tak pernah gentar dengan mana-mana manusia yang bertuhankan jin dan iblis.. Kalau kau mahu, mari kita selesaikan sekarang!!! Lepaskan budak dua orang ni pergi!!” Abang Fuad menuding jari pada aku dan Uda.", "“Baik! Malam ni aku akan tamatkan riwayat kau Fuad!” Jebat berpaling menghadap Abang Fuad, dua orang pembantu Abang Fuad nampak cukup tenang, dengan tangan disilang didada bagaikan menanti arahan seterusnya daripada ketua mereka.", "“Arip! Bawak kawan kamu balik! Kamu dah takde urusan disini lagi!” Abang Fuad memberikan aku arahan, dengan pantas aku gamit lengan kiri Uda, capai beg dan angkat basikal untuk mengayuh, meninggalkan mereka. Uda juga tanpa banyak soal hanya menuruti aku dari belakang.", "Sepintas lalu, aku ternampak Jebat sudah mengenggam buluh kuning yang tadi terpacak didepan ibu jari kakinya. Buluh kuning ditimang beberapa kali dengan tangan kanan.", "“Mari, Da!! Lincah sikit!” Aku gamit Uda untuk mengayuh meninggalkan mereka bertujuh, yang tak tahu apa punca asal pergaduhan mereka.", "Kami mula mengayuh dengan sepantas yang mungkin meninggalkan pintu masuk kampung seberang, tiba dipintu masuk kampung sendiri dalam keadaan peluh yang sudah membasahi baju. Dari jauh kelihatan kelibat bapak sudah menunggu dipintu masuk kampung, motorkar yang diparkir dibahu jalan, dan susuk tubuh bapak yang sedang duduk diatas batu buatan dibahu jalan, berhadapan pintu gerbang.", "Ah! Ni mesti kena bebel dengan abah! Gumam aku sendiri.", "“Assalamualaikum bah!” Aku menghampiri bapak yang sudah pun berdiri dan membersihkan p******g. Salam dihulurkan, dan bapak hanya pandang serius wajah aku.", "“Benda apa kau bawak balik ni? Dengan baju berdarah-d***h macam ni?” Uda pandang muka aku semasa berjabat tangan dengan bapak aku.", "“Benda apa, bah?” Aku jawab bersahaja, paling besar, makanan yang dikirim dalam beg aku jelah, yang aku bawa.", "“Bukan itu… Belakang kau tu!!” Bapak dapat membaca fikiran aku, sepontan aku dan Uda menoleh kebelakang. Panglima berupa beruk sedang berdiri dihujung jalan, dengan ketinggian yang menyamai dua kali ketinggian lelaki dewasa dan kepala ditelengkan ke kanan.", "Berdiri tegak dan diam tanpa berbuat apa-apa. Bayangannya ditembusi sinaran lampu jalan.", "“Arip… Aa.. Aa.. Aaaku balik dululah!!” Uda panik dan membuang basikal sebelum mula berlari meninggalkan kami, padahal kalau dikira, mengayuh lebih laju daripada berlari. Tingkah laku Uda diperhatikan bapak aku sambil mengeleng-gelengkan kepala.", "“Tak betul agaknya kawan kau tu!” Keluh bapak aku. Macam nak tergelak bila aku dengar ayat dari bapak aku.", "“Mari, Rip! Benda ni perlu dimusnahkan sebelum mengikut kau balik!” Tegas sungguh nada suara bapak, aku tongkatkan basikal aku, tongkatkan basikal Uda yang tergolek, sebelum mula mengikuti bapak dari belakang. Uda sudah berbalam meninggalkan kami. Maklumlah, raja pecut sekolah!", "~Bismillahiladzhi laa yad dhuru~", "Bapak berdiri tegak menghadap Panglima beruk, dengan tangan kanan diangkat separas bahu, dan tapak tangan kanan dibuka penuh.", "“Aku tak panggil kau datang, dan aku tak mahu kau disini menggangu keturunanku! Pulang!!! Sebelum aku hancurkan kau dengan Kalamullah!!” Suara tegas bapak bertutur pada Panglima beruk.", "Panglima beruk ghaib secara tiba-tiba, dan muncul beberapa kaki mendekati kami, perbuatan yang berulang dilakukannya hinggalah jarak Panglima beruk dan bapak, hanya sejauh lima kaki.", "Panglima beruk mengangakan mulutnya, menyeringai menampakkan susunan gigi tirus yang runcing.", "“Budak yang kau mahu ini, keturunan aku! Dan tidak akan sekali-kali aku serahkan pada kau! Titik! Takkan ada bicara lagi!” Ohhh.. Rupanya dia mahukan aku? Dari percakapan bapak pada Panglima beruk, baru aku faham, kenapa dia mengikut sampai balik ke kampung aku!", "Tiba-tiba bapak melompat dan melepaskan penendang ke sebelah kanan. Panglima beruk masih menyeringai, dan tak berganjak sedikit pun dari kedudukannya.", "“Celaka! Kau nak main kasar dengan aku!! Baik!! Kalau kau jual, aku sedia membeli!!” Bapak turun dengan kuda-kuda kukuh, tangan kiri disisip dipinggang, dan tangan kanan lurus digenggam menjadi penumbuk. Aku mula berundur lima langkah ke belakang, memberi ruang buat bapak melepaskan jurus-jurus aksi sebentar lagi.", "~Laqod jaa akum rosullun min anfusikum~", "Satu tapak melangkah dan bapak melepaskan penerajang kaki kanan ke depan. Seketika kemudian terdengar raungan yang panjang, cukup kuat hingga bergema kawasan kami.", "Turun dengan dua langkah, aku nampak bapak dah berdiri bersemuka bertentang mata dengan Panglima beruk. Dengan sekali sepuhan tangan kanan, bapak beri penampar ke bahagian kiri kepala Panglima beruk!", "Nayo ey, kalau dah ditampo bapak aku.. tapak tangan dah ler beso, kalu kono tak koma, ninggal.. ahahaha.. bersambung lagi gais! Best an? An? An?", "#Pusaka2 #Arifyahya", "Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/bayangan-di-stesen-janakuasa/
Bayangan di Stesen Janakuasa
[ "Ada sebuah stesen janakuasa yang terletak di pinggir pekan tua di negeri P. Stesen tersebut sudah lama ditinggalkan dan dikenal sebagai tempat yang menakutkan. Banyak cerita seram beredar di antara penduduk setempat tentang penampakan-penampakan yang menakutkan di dalam stesen itu. Namun, satu kisah yang paling menyeramkan adalah kisah seorang pengawal keselataman bernama Husin.", "Suatu malam, Husin telah ditugaskan untuk memantau keadaan di stesen janakuasa tersebut seorang diri. Walaupun Husin sering mendengar cerita seram, dia tidak terlalu percaya dengan hal-hal mistik. Husin bersiap sedia dengan segala kelengkapan keselamatan dan memasuki kawasan yang sunyi itu dengan penuh keyakinan.", "Sewaktu rondaan, tiba-tiba bekalan elektrik di stesen itu terputus dan hanya ada beberapa lampu kecemasan yang menyala. Keadaan gelap gelita dan sunyi sepi. Kedenganran hanya suara angin yang berdesir di lorong-lorong yang kosong membuat bulu roma Husin merinding.", "Tiba-tiba, Husin terdengar derap-derap langkah seseorang. Hatinya berdegup kencang memandangkan disaat itu, cuma dia yang bersendirian di situ. Husin menggenggam cotar yang dibawanya dan bergerak perlahan menuju tangga yang mengarah ke tingkat atas.", "Setibanya Husin di tingkat atas, dia melihat bayangan hitam yang besar di sepanjang lorong. Bunyi langkah-langkah itu semakin dekat menghampiri Husin. Keadaan yang gelap menyalaputi ruangan atas membuatkan keadaan semakin menakutkan. Husin merasa seperti ada sesuatu yang mengintai di balik sudut-sudut gelap tersebut.", "Dengan hati berdebar, Husin berjalan perlahan mencari punca bunyi tersebut. Dia menyalakan lampu picitnya dan terkejut melihat sebuah sosok yang berdiri tegak di hujung lorong. Bayangan itu memiliki wajah yang tidak jelas, tetapi terlihat begitu menyeramkan.", "Sosok itu mulai mendekati Husin dengan gerakan yang lambat dan mengancam. Husin merasa jantungnya hampir terhenti saat dia menyadari bahwa dia menghadapi sesuatu yang seram. Dengan berani, dia berteriak memanggil nama makhluk tersebut, “Siapa kamu? Apa yang kamu inginkan?”", "Tiba-tiba, sosok itu menghilang begitu saja. Husin terkejut dan bingung. Dia mencari-cari di sekelilingnya, tetapi tidak menemui jejak makhluk itu. Walaupun masih ketakutan, Husin turut merasa lega kerana sosok tersebut telah lenyap/", "Setelah kejadian itu, Husin tidak lagi meremehkan cerita-cerita seram tentang stesen janakuasa tersebut. Dia menyadari bahwa ada sesuatu yang menghuni di situ, dan dia yakin bahwa dia telah bertemu dengan penghuni asal stesen tersebut.", "Sejak saat itu, Husin memutuskan untuk tidak lagi membuat rondaan stesen bersendirian. Dia juga mengingatkan penduduk di sekitar pekan itu agar tidak memasuki kawasan janakuasa itu sewenang-wenangnya.", "Kisah seram tentang stesen janakuasa tersebut masih lagi diperkatakan, dan siapa pun yang berkunjung ke sana harus bersiap sedia untuk menghadapi bayangan-bayangan yang misteri dan menyeramkan." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/steruman-bahagian-3/
Steruman Bahagian 3
[ "Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.", "Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 2", "Aku melompat dan melepaskan tendangan dibelikat salah satu pesilat yang cuba memukul curi Uda dari belakang. Nampak dia jatuh tersembam mencium tanah.", "Uda nampaknya masih gigih melepaskan buah pukul ‘Dicky Zulkarnain’ pada beberapa pesilat. Buah pukul yang namanya, aku dan Uda ‘sengaja reka’ kerana menyasarkan pada alat sulit musuh. Kami pernah terjebak menyaksikan filem ‘Si Pitung’ yang popular tak lama dahulu.", "Kami mula dikepung dalam bentuk bulatan. Aku kerling mata dalam akal waras yang masih bersisa dalam benak kepala aku!", "‘Ini kalau mengamuk, boleh hilang diri ni!’ Gumam aku lagi dalam hati.", "Aku nampak badal gelanggang terkocoh-kocoh menyuruh pesilat menghentikan alunan muzik. Badal sendiri masuk kedalam bulatan dan berdiri disamping kami.", "Tangannya diarahkan kepada beberapa pesilat senior, supaya ditangkap pesilat yang naik syeikh dan dibacakan mentera untuk meredakan mereka supaya kembali normal.", "Lebih ramai senior yang masuk dan mula membantu, sesetengah cuba mengunci pergerakan pesilat yang naik syeikh dan membaca mentera ditelinga mereka. Keadaan menjadi sedikit reda dan terkawal. Kami bebas dari tumbukan curi untuk masa sekarang.", "“Kau orang sini ke?” Badal sepontan berbisik.", "“Bukan.. Orang kampung sebelah..” Aku balas sambil tangan masih bersedia dengan penumbuk. Kalau dihadiahkan pukulan curi lagi, sekurang-kurangnya mampu ditepis atau dielakkan. Uda disebelah sudah mengesat peluh didahi, muka yang berpasir juga sudah mula dibersih-bersihkan. Tanjak aku entah sudah ke mana!", "“Tak pernah budak-budak aku mabuk sampai menyerang tetamu ni..” Keluh badal, runsing.", "“Beginilah, majlis masih panjang lagi.. Ada upacara lain lagi selepas ni, ada doa selamat penutup gelanggang, ada upacara resmikan gelanggang oleh ketua kampung.. Aku mintak jasa baik kau berdua, baliklah.. Malu aku, pesilat aku menyerang tetamu..” Badal melepaskan apa yang terbuku dihatinya.", "“Baik.. Tak mengapalah.. Kami beransurlah..” Aku mengalah. Tak guna berkeras, lagi pun ini bukanlah majlis kami. Aku jeling pada Uda, Uda hanya mengangguk lemah.", "Kami berjalan keluar dari tali yang direntang, melepasi kerumunan pesilat yang masih naik syeikh dan menatap kami dengan tajam dan melepasi tetamu yang mula berdiri secara menjarak memberi ruang pada kami. Bimbang kami pula naik syeikh dan mula menyasarkan tetamu lain. Malu juga diperhatikan begini! Uda lah punya pasal! Haish!", "Saja je dihalau dari majlis rasmi, dituduh merosakkan majlis orang! Malu!", "Sampai ke basikal yang diletakkan dibawah pokok, Uda mula cuit aku.", "“Cuba kau tengok tengkuk aku, Rip.. Ada d***h tak? Sakit siut dia gigit! Macam nak tercabut kulit tengkuk aku! Entah-entah gigi palsu dia masih melekat kat tengkuk aku!” Kata Uda, sambil mengosok-gosok tengkuknya.", "“Luka pun takde.. Tapi ada bekas gigi la.. Hahahaha.. Kata dah kebal?” Aku balas sambil aku tepuk tengkuk Uda. Uda mengaduh beberapa kali.", "“Bodoh betul! Ingatkan dapat makan percuma.. Tiba-tiba kena halau pulak! Hampa..” Kata Uda.", "“Kau lah ni! Aku dah kata! Jangan bukak gerak dalam majlis orang! Taknak dengar cakap! Degil! Siap nak berbaju silat bagai, kalau aku tak halang.. Kau tu, mana pernah nak dengar nasihat!” Aku mengomel pada Uda yang masih diam dan membuka rantai pengunci basikal.", "Kami mula naik basikal, bersedia untuk mengayuh pulang. Perjalanan yang masih panjang buat kami pada malam ini. Seketika kemudian, aku nampak Badal berlari-lari anak ke arah kami, ditangan kirinya memegang sesuatu didalam plastik.", "“Cepat Rip.. Kayuh! Dia dah nak perambat tu!” Uda mengamit aku supaya cabut lari, dalam pada gigih mengayuh selaju yang mungkin.", "“NANTI!! TUNGGU!! TUNGGU!!” Kata badal. Aku berhenti dan tetap menunggu. Badal sampai ke sebelah aku, berdiri dan mengesat peluh. Uda yang dah separuh jalan juga berhenti bila nampak aku berhenti.", "“Maafkanlah kata-kata aku tadi.. Aku bukanlah orang yang angkuh.. Tapi insiden begini, tak pernah berlaku sebelum ni..”", "“Maafkanlah aku, ni aku kirimkan bekal untuk kau berdua makan.. Maaflah, terpaksa menyuruh kau berdua pulang awal.. Aku risau jadi perkara yang lebih teruk dan tak boleh dihalang..”", "“Takpelah bang, kami pun nak kena mengayuh jauh nak balik, kalau balik lewat pun.. masalah juga bagi kami..” Aku balas dengan nada kendur. Plastik ditangannya disuakan beberapa kali supaya diambil. Plastik akhirnya bertukar tangan, aku simpan dalam beg sandang yang memang dibawa sedari awal tadi.", "“Hurmmm.. Nama aku Fuad.. Kau ni anak siapa? Siapa nama kau? Nanti senang-senang, aku bertandang ke rumah kau..” Tanya badal yang bernama Fuad tersebut.", "“Nama aku Arif, bang.. Anak Pak Mahat kampung sebelah.. Oklah bang.. Kami beransur dululah..”", "“Maafkan aku ye Arif..” Salam dihulurkan, dan aku sambut, kami saling berselawat ke atas Junjungan Besar. Dan Abang Fuad hanya berdiri melambai aku dan Uda hingga susuk badannya hilang berbalam dalam cahaya malam.", "Aku mengayuh disebelah Uda, tiada perbualan yang dituturkan antara kami, masing-masing mengelamun sendirian.", "Tiba disimpang keluar kampung, kami dipintas oleh sebuah motorkar sedan berwarna putih. Dipintas dengan cara yang berbahaya. Nyaris Uda terbabas masuk longkang. Pintu dibuka dengan kasar dan dari perut motorkar keluar empat orang pemuda. Anehnya ‘panglima’ yang kelihatan terkinja-kinja didepan gendang besar tadi juga ada bersama mereka. Hanya duduk diam dan senyap di tempat duduk belakang motorkar, kepalanya diselimuti kain berwarna putih, susuk tubuh badan yang cukup besar, hingga boleh diduga dengan sekali imbas. Agak mengerunkan juga jika diperhatikan lama-lama.", "“Hoi budak! Kaulah yang patahkan serangan aku tadi kan? Tak guna betul!” Kata pemandu motorkar yang berbaju putih, tangannya ditunjukkan pada aku yang masih duduk diatas basikal.", "“Patahkan apa? Serangan apa? Aku tak faham?” Aku balas, keliru!", "“Kau jangan nak main wayang dengan aku, aku tau, kau yang patahkan serangan aku! Aku hantar ‘orang suruhan’ nak rosakkan majlis si Fuad, kau dengan kawan kau, dah rosakkan rancangan kami!” Tuturnya marah.", "“Mana ada? Apa kau merepek ni?” Berkerut kening cuba menghadam percakapan pemandu motorkar ni!", "Aku jeling pada Uda, dah tergolek bersama basikalnya. Ditendang curi oleh penumpang motorkar berbaju biru. Sepontan aku lepaskan basikal ke tanah dan bersedia! Peninju dinaikkan dan siku diturunkan.", "“Ohhhh.. Kau nak tunjuk lawa dengan aku ye budak?”", "“Leman, Wan.. Kau ambil kawan dia.. Dia ni aku punya!” Kata pemandu motorkar, sambil tangannya ditunjukkan pada aku! Lengan baju disinsing beberapa kali, selayaknya akan berlaku perkelahian sebentar lagi!", "Ah! Naya ni! Sakit kena cepuk tadi belum reda, dah nak berganyang lagi!", "Aku lepaskan beg sandang dari bahu, pecah terburai makanan dalam beg kalau jatuh berguling nanti!", "“Hei budak! Sebelum kau mampus.. Aku nak kau tahu.. Kau mampus ditangan Jebat, Rawa Kampung Buaya!” Pemandu yang bernama Jebat dan seorang lagi rakannya mula mengepung aku dikiri dan kanan.", "“Lan.. Kau kat sana.. Kau kat sana..” Jebat mula memberi arahan pada rakannya untuk menyerang aku dari bahagian kiri, manakala Jebat sendiri masih kekal disebelah kanan.", "Aku gigit bibir bawah, macam-macam benda yang bermain dalam kepala. Keadaan aku dan Uda kalau kalah dalam perkelahian ni, siapa nak hantar mayat aku balik kalau kami maut, kelibat panglima tinggi yang dah mula memanjat dan berdiri terkinja-kinja atas bumbung motorkar bersama bau hamis yang sukar nak diterangkan, serta emosi aku yang dah mula bercampur baur.", "Ah… Ketepikan semua tu! Kalah atau menang, adat dalam berentap! Namun lari bukanlah keturunanku!", "Panglima mula melompat turun dari bumbung motorkar, terkinja-kinja menuju pada Jebat. Dia seperti akan membisikkan sesuatu pada Jebat. Muncungnya dijuihkan dekat telinga kanan Jebat.", "Tiba-tiba dia memekik!", "Sepontan Jebat dengan terburu-buru mula melepaskan penumbuk pada aku! Penumbuknya aku layan dengan siku yang disauk terus ke dada!", "Lan yang berdiri dibelakang aku juga mengambil kesempatan dengan serangan curi, aku hadiahkan satu tendangan lurus berputar pada Lan! Tepat menyinggah ke bahagian kiri kepalanya.", "Masih tak mahu mengalah, atau mungkin tendangan tadi tak cukup ampuh, Lan masih berdiri dengan gagah. Aku hadiahkan pula satu tendangan terus ke alat sulit Lan dengan kaki yang sama!", "Lan terduduk melutut dan memegang alat sulitnya. Jebat mula bangun dan mengatur langkah untuk kembali menyerang aku. Berkira-kira dalam mengaturkan kembali serangan, kerana serangan pertamanya tadi berjaya ditepis.", "Jebat mula meraba-raba saku dibelakang seluarnya, aku dapat rasakan dia akan membawa keluar senjata.", "Pisau lipat sepanjang sejengkal kini didalam genggaman tangan kanannya! Dibuka dan diacah beberapa kali ke depan.", "“Hoi budak, kau akan m**i dan jadi santapan orang suruhan aku! Hahahahah!” Berderau d***h naik ke kepala mendengarkan yang mayat aku akan dijamu pada panglima berupa beruk didepan! Panglima terkekeh-kekeh sambil menjelir-jelirkan lidahnya.", "Tak bertangguh pisau disorong masuk cuba menikam dibahagian kiri perut aku, gerakan tangannya aku layan secara mara berdepan. Tangan kanannya aku genggam dengan tangan kiri, dan aku sua siku kanan tepat ke halkumnya!", "Suasana hening! Bagaikan masa terhenti menunggu serangan berikutnya!", "Cuma terdengar suara Uda yang masih berteriak hop! Hop! Hop! Dihujung sebelah kiri.", "Dalam keadaan yang masih tergantung serangan, dan serangan aku tak dipatahkan oleh Jebat, aku kuis kepala dia dan hantukkan pada lutut kaki kanan!", "Jebat jatuh membuang kebelakang, terlentang dengan pisau yang dah terpelanting! Kaki kanan aku turunkan dengan kuda-kuda yang kuat! Aku berputar menghadap Lan pula yang sudah mula berdiri.", "‘Mari Lan!’ Gumam aku sendiri, bibir bawah aku gigit dalam menanti tindakan Lan", "Lan bangun dan bersedia untuk menyerang. Tinju dinaikkan dan diacah beberapa kali, bagaikan ahli gusti Muhammad Ali. Lan melaung beberapa kali, pasti tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan aku.", "Kini aku bangkit..\nMembuktikan yang aku tak sakit..\nDengan segala perit yang kau berikan..", "Segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong..", "Kosong..\nKosong.. ohh..", "Bersambung esok gais! Jangan menyanyi gais!", "#Pusaka2 #Arifyahya", "Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/gangguan-di-rumah-baru/
Gangguan di rumah baru.
[ "Salam semua pembaca. Kisah yang berlaku bukanlah cerita yang seram sangat tetapi kita seringkali terdengar tentang gangguan yang berlaku bila mula berpindah ke rumah yang baru yang membuktikan makhluk lain yang tak nampak di mata kasar ini wujud.", "Sebelum bermula aku ceritakan sedikit latar belakang hidup aku. Aku ni sememangnya dari kecil peminat mistik, dan bila meningkat dewasa aku amat suka ambil tahu dan belajar serba sedikit bila ada kesempatan. Kebetulan menjadi rezeki aku bila mula bekerja di Pulau Pinang. kesempatan terbuka luas. Kebetulan tuan rumah tempat aku menyewa semasa bekerja di sana adalah pengamal perubatan islam. Jadi aku selalu juga ‘ikut’ mereka berubat tapi aku bukanlah jenis yang terbuka hijab , boleh nampak benda-benda ‘halus’ ini. aku pun tak belajar banyak… cuma sekadar ikut-ikut saja.", "Cuma kadang-kadang aku dapat merasai kehadiran makhluk-makhluk yang berniat jahat ini. Banyaklah cerita dan kisah yang boleh diceritakan dari pengalaman ‘ikut berubat’ tu (Mungkin jika ada masa boleh di ceritakan satu persatu). Sekarang yang nak ku sampaikan tentang kisah aku semasa masuk ke rumah pertama yang aku beli.", "Alkisahnya bermula …. aku baru membeli sebuah rumah teres dalam bandar kecil, sesuai kemampuan aku yang baru ada anak dua. Dengan terujanya bila dapat kunci… aku dan isteri pergilah ke rumah untuk buat checking sebelum nak berpindah masuk. Teringat pesanan ;guru’ aku dulu… sebelum masuk ke rumah baru.. ‘buatlah sikit-sikit’ pembersihan rumah… jadi pada malamnya… aku pergi seorang diri untuk tidur dirumah baru sambil bawa air dan garam untuk di bacakan yassin.", "selesai bacaan.. akupun buatlah pagar…merenjis2 rumah dan tabur2 garam… lepas tu tidur… tak lena pun, ye la kan… dengan perumahan yang sunyi sebab baru (aku antara yang terawal pindah masuk)… aku pejam mata dan cuba ‘merasa’ aura di dalam rumah.. so adalah rasa sedikit aura yang kurang baik di bahagian dapur dan bilik belakang…. “ah.. biarlah.. aku dah buat pagar pun” kataku dalam hati….", "lepas seminggu.. aku dan isteri pun pindah masuk. pada awalnya semuanya ok… keadaan rumah tenang.. tapi selepas dua bulan… bermula gangguan2 ringan… bunyi guli atas siling… kdg2 mcm orang berjalan2 atas bumbung… tgh2 malam kadang2 mcm dengar org dok basuh pinggan mangkuk di dapur. Tapi aku diamkan aja.. risau isteri pula takut. Tapi masa tu aku dah mula rasa aura tak baik di dalam rumah, macammana rasa? alah.. korang pun biasa rasa…. kdg bulu roma tegak…. sampai ke leher, ada rasa mcm diperhatikan dan ada juga mcm bayang melintas laju. Cuma gangguan ni kerap berlaku di bahagian dapur dan bilik belakang. Aku buat dekkk aje… tapi aku pesan… Jangan kacau keluarga aku udah… makin lama makin aktif sampai isteri aku bersuara… dia rasa tak berasa selesa bila tinggal sorang2 dalam rumah. Ada sekali tu,, anak yang kedua (5 tahun) lari menjerit dari dapur ke ruang tamu.. bila aku tanya, dia bagitau macam ada bayang hitam mengejar. Aih.. dah makin mejadi.", "Satu malam, aku terbangun dari tidur.. dah menjadi kebiasaan kalau terbangun, aku mesti jenguk2 anak aku yang tidur di bilik kedua.. maklumlah… dia sorang2 dlm bilik tu… bila aku jenguk rupanya dia tgh menangis.\n“ kenapa menangis malam-malam ni?” tanya aku,\n“Ada hantu usik kakak” jawab dia…\n“ kat mana?” tanya aku lagi\n“ Tu…. Atas almari baju tu” jawab anak ku tapi matanya dielakan utk melihat ke arah yang dia tunjuk… takut agaknya. Aku tengok tak da apa pun… dan tak rasa ‘aura’ apa-apa pun..\n“ Tadi ada… dia bertinggung atas almari tu sambil tengok dan gelak kat kakak” kata anakku sambil menangis… . Ini sudah lebih.. dah mula menampakkan diri dan usik anak-anak. Aku mula terasa panas hati… Kena buat sesuatu ni… dah melampau…", "Esoknya aku berjumpa sahabat-sahabat ‘ghostbuster” aku… setelah berbincang lebih kurang… semua bersetuju nak buat majlis sikit untuk pagarkan rumah aku. Selepas tetapkan hari… aku pun buat persiapan dan perpare nak buat kenduri makan-makan sikit, maklumlah… biasanya geng geng ni kalau datang.. tak kurang 10 orang. Petang tu.. sambal bersembang dengan jiran sebelah, aku jemput la dtg kenduri… ‘kenduri masuk rumah’ kataku…. Jiran aku tanya ada buat apa lagi… aku bagitau buat baca Yassin + pagar rumah…\n“Buat kat rumah aku sekali” Jiran aku minta…\n“Ha.. elok…. Buat rumah aku juga” kata yang sorang lagi….\n“ada kacau-kacau jugak ka” tanya jiran aku…. Aku dapat tangkap… ada tak kena juga kat rumah diorang ni…", "Jiran2 mula bercerita… kerap Nampak bayang melintas time dia dok masak-masak (sebab jiran ni meniaga makanan waktu pagi, selalu bangun sblm subuh) yang sorang lagi pula bagitau pernah tiba2 cawan terbang macam di baling… dan isiterinya kerap macam nampak kelibat dalam rumah…so bila bincang2… jadilah.. sederet 7 buah rumah nak buat pagar juga.", "Malam tu.. setelah buat bacaan Yassin dan beberapa wirid khusus untuk buat pagaran … geng ghostbuster aku mula merenjis air dan garam ke 7 rumah kami ni. Alhamdulillah.. selesai buat, suasana agak rasa ‘ringan’ dan lapang sikit. (bagi yang boleh merasa… sebelumnya ada rasa ‘berat’ sesak dan rimas… gelisah menandakan ada gangguan. )", "Alhamdulillah… Cuma malamnya.. bila nak tidur… baru nak terlelap (antara tidur dan jaga) macam terdengar riuh rendah orang bertempiaran berlari ke sana ke sini macam kampung kena bom (ini yang aku rasanlah) dan bila taya isteri aku..dia pun rasa macam tu. Esoknya bila berjumpa sahabat yang jadi ‘kepala’ masa buat pagaran tu.. dia bagitau…kawasan perumahan tu.. bahagian belakang termasuk dalam perkampungan mereka (jgn tanya mereka tu siapa aku pun tak tahu mungkin bunian mungkin jin.. Allahualam) masa tu perumahan aku di belakang ada bendang luas. So sahabat2 aku dah minta mereka berpindah ke belakang… selepas tu… dah kurang dengar gangguan….. kadang2 saja ada tapi dah tak ‘kasar’….", "Sejauh mana nak mempercayai kisah ini terpulanglah pada diri masing2.. Tapi makhluk Allah ni wujud… Cuma tak tercapai oleh mata kasar…. Wallahualam…." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/dorm-angker/
Dorm Angker
[ "Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia FS. Kita bertemu lagi di cerita yang seterusnya. Terima kasih kepada admin yang meng’approve’ cerita aku ni. Jadi, disebabkan aku masih hijau lagi dalam bidang menulis di FS ni, aku nak mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada penulisan ini. Kali ni aku nak cerita fasal pengalaman kawan aku pulak, WATIF. Semua watak dalam cite ni bukan nama sebenar ye. Watak AKU dalam cerita ni ialah WATIF.", "Time ni dia Tingkatan 4. Aku cuba untuk tidak terlalu menokok tambah cerita ni supaya keaslian cerita ni tetap terjaga. Aku beritahu setsiap. Nanti korang pening pulak. Sekolah masih lagi sama iaitu SMK **************** (nama sebenar sekolah dirahsiakan demi menjaga privisi pihak sekolah).", "Blok pun masih sama iaitu Blok A cuma dorm je berbeza. Dorm yang Watif inap ni di tingkat 1. Dorm yang paling hujung (dorm besar). Nama dorm ni ialah DORM AISYAH. Dan dikatakan juga (dengar cerita) bahawa antara banyak² dorm yang terdapat di hostel sekolah ni, dorm ni lah yang paling ‘keras’ sekali. Banyak dah dengar fasal dorm ni. Sampai tahap (agak teruk juga la) dorm ni kena sentiasa berada dalam keadaan cerah. Maksudnya tiap² malam mesti buka sekurang-kurangnya satu lampu. Sebab apa? Kalau dorm tu dibiarkan gelap mula lah dengar orang berlari lah bunyi pintu bukak tutuplah. Macam² lagi lah gangguan. ", "Sampai pihak asrama pun dah lali dah. Warden tak marah pun dorm ni still duk cerah. Dah sedia maklum sebab apa. So, warden tak kata apa lah. Korang yang budak hostel mesti dah taukan kalau dorm masih tak tutup lampu lebih dari 11.15 waktu malam alamatnya kena tido kat tapak row-call la. Diulangi. Watak AKU dalam cerita ini ialah WATIF ye. OKAY. Sekarang baru nak start cerita.", "Hari Jumaat (Malam Sabtu)", "12.00 p.m", "AKU : Weih hampa! Aku ada cerita panas ni! Nak dengar tak? “,panggil aku teruja, cuba menarik perhatian geng aku yang tengah rancak berborak di katil Adra.", "TIQAH : “Ha. Pasai apa? ” , tanya Tiqah dengan riak tertanya².", "AKU : “Ni. Cita ni pasai budak Zu tulah”", "YIN : “Owhhh. Budak ‘heng’ sikit tu ka? Ha. Cita la. Apa benda yang dia buat pulak kali ni?”", "AKU : “Hangpa tau tak tadi petangkan aku dengaq orang sok sek sok sek duk kata Zu tu wat perangai psiko dia tu lagi”", "ADRA : “Sapa pulak budak malang yang ‘terkena’ kali nih? ” AKU : ” Tuh. Budak Am tulah. Yang muka nampak blur² tapi boleh tahan ‘ligat’ gak dia tu. Tak silap aku….kelas 1 UKM tu kan? “", "TIQAH : ” Owh! Dia tu pulak ka? Ha. Budak pandai kelas 1 UKM. Sapa ja wei yang tak kenai dia. Pemes kut”", "YIN : “Huih. Dia tu muka ja nampak blur tapi hensem dowh. Ko jangan wat memain. Peminat dia ramai gak tu. Tu. Sapa tu. Anak Cikgu Min pun terpikat dowh. Ingat besye besye ka”", "Aku, Tiqah, Yin dan Adra ketawa serentak. Ayat Yin yang last tu sangat tak leh blah. Kami sambung lagi membawang fasal Zu. Budak dorm aku yang lain buat hal sendiri di katil masing². Ada yang dah tido. Ada yang tengah berhempas pulas menyiapkan kerja sekolah yang belum siap. Ada yang tengah baca novel. Sesekali ketawa kami gamat memecah kesunyian malam. Adalah mata dua tiga orang menjeling tanda tak puas hati. Aku dan geng aku buat donno je. Lantak ah. Jarang² kami dapat sembang rancak macam ni.", "Sedar tak sedar dah setengah jam kami ‘membawang’. Yang lain dah ramai yang tido. Tiba² aku teringat novel aku yang masih tak ‘qatam’ lagi walau seminggu dah aku usaha baca sampai habis. Lepas aku mintak diri, aku terus menapak ke katil aku yang terletak di bahagian belakang dorm.", "Lampu dorm bahagian belakang masih belum tutup lagi. Aku capai novel aku yang terletak di rak tepi katil dan terus berbaring. Waktu aku tengah syok duk feeling² baca novel tiba-tiba terdengar pintu dorm bahagian depan dibuka perlahan². ‘Sapa pulak yang nak masuk dorm nih? Takkan warden kut?’ Aku husya pintu depan dorm aku sambil stanby nak berlakon ala² puteri beradu. Aku nampak ada dua kelibat yang terjengah takut² masuk dorm. Ceh. Psya ngan Siti ka. Buat getaq perut aku ja. Cilake betoi. (Psya dengan Siti ni junior aku. Diorang dua ni form 1) Aku nampak Psya dengan Siti perlahan² datang ke katil aku lepas perasan yang aku tengok depa masa depa dua orang masuk dorm tadi. Aku baca balik novel tang bahagian tersangkut tadi. Ceh. P****g mood aku ja dua ekoq ni. Baru nak feeling jadi heroen.", "“Aikk?? Kak Watif tak tido lagi ke?”", "Ape punya soalan da budak ni. Dah terang lagi bersuluh aku tengah baca novel. Takkan tengah basuh baju kut. Aku pandang muka Psya dengan Siti. Nampak Psya buat muka slamber badak dia tu. Hai la. Nasib baik junior aku. Kalau kawan aku K.O dah aku smek down ni.", "“Chill la. Esok cuti kut. Baca novel lu”", "Aku cakap sambil tersengih. Budak dua orang tu angguk ja sambil tersengih kerang busuk.", "“Kak. Kami nak pi tido kat Dorm Adawiyah tau", "“Ha. Pi lah”", "Ceh. Aku ingat ape lah tadi nak cakap. Aku perati ahli dorm aku. Semua dah tido dah. Termasuk la geng² aku. Haih. ‘Nampaknya tinggal aku sorang je lagi yang tak tido ni?’. Aku suruh Psya dengan Siti tutup lampu sebelum depa keluar. Aku tak mau la sebab aku nak baca novel tido diorang terganggu sebab lampu tak tutup lagi. Ceh. Feeling ala² senior misali.", "Lepas diorang tutup lampu, tangan aku teraba² di rak sebelah katil aku cari torchlight. Lepas dah on torchlight aku sambung baca novel balik. Azam malam ni kalau boleh nak habiskan novel nih. Malam tu terasa sunyi sangat. Yela. Dah aku sorang je lagi yang tak tido. Tiba² aku terdengar bunyi katil bergerak kat tingkat atas. Automatik aku halakan torchlight yang aku pegang kat bumbung dorm. Sumpah aku terkejut gila. Mana taknya. Cuba korang bayangkan ea. Masa korang tengah duk baca novel sensorang dalam gelap tiba² terdengar bunyi katil bergerak apa yang korang akan pikir masa tu? Haaa. Of course la ‘makhluk tu’. Tapi aku husnuzon ja. Aku kata kat diri sendiri, maybe Psya ngan Siti gabung katil kut ngan kawan² depa.", "Kan tadi diorang bagitau yang depa tido atas dengan kawan² depa? Aku pun tak ambil port sangat. Malas nak pikir benda bukan². Nanti tiba² ‘dia’ muncul cenna? Tak pasai² aku m**i keras. Aku sambung baca novel balik. Haih. Dah tiga empat kali dah duk terhenti baca. Bilanya nak habis. Aku baca novel malam tu lama jugak la. Bila aku suluh jam kat tepi katil dah pukul 1 pagi dah. Mata mula nak kuyu sebab malam dah larut. Tapi aku gagah celikkan jugak mata aku sebab novel yang aku baca tu nak habis dah. Sayang pulak nak tinggal. Lagi pun esok kalau ngantuk sangat tido aje la kat surau masa diorang semua solat subuh. Apada hal? Aku kan period. Haha.", "Masa aku tengah khusyuk baca tu aku dengar orang katil sebelah kiri aku mumbling. Aku pandang la sebelah. Tengok Hanis masih tidor pulas. Maybe dia ngigau kut. Aku cuba husnuzon buat kali ke-2. Serious masa tu muka aku rasa goosebumps. Aku cuba chill. Relax. Relax. Takde apa pun. Orang ngigau je pun. Aku tengok jam aku pulak. Dah pukul 2 dah. Lewat sangat dah ni. Tapi novel ada lagi 5 bab. Lagi sikit je lagi nak habis. Aku keep steady baca novel dengan patientnya. Dalam hati nak cepat² habis. Pasni tak payah pulun baca dah. Sapa yang kaki novel pasti faham perasaan dia cenna bila baca novel. Bila baca tu kadang² sampai tak sedar masa berlalu akibat terlalu khusyuk baca. Haha. ", "Tiba-tiba, aku terasa macam ada something lari depan aku. Time tu aku dalam posisi menerap. Aku tersentak.&nbsp; Apa benda tadi tu. Dup dap dup dap. Pastu aku rasa macam ada ‘orang’ tengok aku dalam gelap. Bulu roma aku meremang tetiba. Kan kita kadang² boleh rasa macam ada mata tengok kita kan. Terutamanya bila waktu malam. Ha. Macam tu la aku rasa. ", "Tak lama lepas tu aku terdengar bunyi batu pulak. Aku teringat yang Tiqah ada letak batu putih dalam dorm untuk hiasan. Bunyi batu tu makin kuat. Bunyi tu macam ada orang baling batu dari tempat tinggi. Korang boleh bayang tak bunyi batu tu kuat tara mana? Lantai dorm aku diperbuat daripada batu marmar. So, korang boleh agakkan bunyi batu bila dibaling atas lantai tu kuat macam mana? Time tu aku rasa aku tak leh go lagi dah. Aku dah rasa len macam. Aku terus lipat last page yang aku baca dan terus capai selimut n baring. Get ready nak tido. Tapi kalau korang di tempat aku korang boleh tido tak? Memang tak la jawapan dia!", "Bunyi batu tu makin lama makin dekat. Aku dalam selimut dah getaq tak kira dah.&nbsp; Dalam hati duk berharap jangan la tetiba ‘dia’ nak berkenalan ngan aku pulak. Simpang malaikat 44! Aku cuba untuk larikan fikiran aku ke arah benda lain. Mana nak tau dengan cara berangan ni aku boleh tido dengan jayanya. Namun apa yang aku usaha tak berjaya jugak. Time tu aku duk rasa macam ada something duk husya aku dari katil sebelah kanan aku. Katil sebelah kanan aku tu mana ada orang duduk. Asalnya ada la budak Form 1 duk situ tapi dia dah keluar asrama dah. Korang agak sapa yang duk perati aku tu?", "Pagi Hari Sabtu-", "Esok tu aku bangun macam biasa. Pukul 8.30 pagi nanti ada senamrobik. Selalunya sekolah aku ni akan ada senamrobik tiap² hari Sabtu minggu yang kami budak asrama tak balik. Lepas senamrobik tu kami semua naik dorm. Dorm aku gempar ada d***h kat tempat Psya dan Siti. Nak kata d***h period,&nbsp; depa dua tu mana period pun. Aku diam ja. Aku tak cita lagi kat budak dorm aku tentang malam semalam. Bila nampak d***h tu aku getar perut dah. Aku cuba cari kaitan gangguan bunyi batu semalam ngan d***h tu. Tapi aku rasa bukan. Sebab bunyi semalam tu bukan dari tempat depa dua.", "-Sabtu (Malam Ahad", "Malam tu aku tak tido lewat dah. Aku ambik langkah berjaga². Aku tido dengan Tiqah, Yin dan Adra. Tak berani dah nak stay up macam semalam. Nak baca novel pun takde mood. Malam tu aku sengaja suruh Masyi (bukan nama sebenar) budak Form 1 dorm aku pulak tutup lampu dorm. Sebab aku ada curious something. Sebelum tu aku nak pastikan dulu apa yang aku syak tu betul ka tak. Psya nak tolong Masyi tutup lampu", "“Tak payah. Biaq dia ja tutup. Aku tak bagi dia tolong sama. Yang budak dorm aku yang len ingat aku saja nak pekena Masyi. Aku bukan nak buli dia pun. Aku nak tengok betul ka tak yang aku teka tu esok. Depa yang len pun ok ja. Then, aku tido ngan geng² aku. Kami gabung katil. Aku nak sembang la ‘fasal’ malam semalam ngan geng-geng aku.", "“Eh. Hang jangan wat hal dowh. Nak cita pasai benda tu malam² pasai pa. Aku penampaq satgi naya kut.”", "<p>Semua tak mau dengar apa yang aku nak cita. Siap marah lagi. Penakut gak depa ni. Ingatkan berani sangat. Nampak ja garang. Haha. Aku ok ja. Malam ni tak bagi aku cita tak pa. Esok aku cita.", ">Esok tu aku check tempat Masyi. N GOTCHA!&nbsp; Guest what? Aku betul! Means, d***h tu ada kat tempat orang yang tutup lampu ja! Aku cita habis kat depa semua fasal malam yang aku ‘kena’ tu. Aku ada pi check batu putih yang Tiqah susun kat bahagian belakang dorm tu. Bulu roma aku meremang habis! Tau kenapa? Batu² yang dia susun tu berselerak. Means kejadian yang berlaku malam tu real. Bukan mimpi! Tiqah pun rasa meremang tetiba. Dia suruh kami simpan batu tu. Haha. Aku pun pernah ja tutup lampu. N yes. Tempat aku pun kena ‘tanda’ ngan d***h tu jugak. ", "Beberapa minggu lepas tu Psya ada habaq kat aku. Malam yang dia naik dorm atas tu dia nampak ada ‘something’ duk merangkak bawah katil sebelah kanan aku tu. Tapi ‘benda’ tu tak berani pi tempat aku. Korang rasa aku nak kata ap?&nbsp; Tak terkata aku bila dengaq tu. Nak pandang katil sebelah tu pun macam duk terbayang² rambut panjang kusut dengan baju putih lusuh. Kuku tajam. Kulit berkedut macam pokok. Mata yang merah sentiasa perhati aku sambil mencangkung bawah katil tu. Hiii. Meremang habis bulu roma aku. Masa tu baru aku tau yang Psya ni hijab terbuka. Aku yang tak pernah nampak ni pun dah nak pengsan stakat dengaq bunyi² ja. Dia yang boleh nampak ni macam mana la agaknya. Tak boleh bayang aku. Satgi tak leh tido pulak naya ja. Haha.", "Amacam. Apa pendapat korang? Seram tak? Pada aku pengalaman Watif ni seram bakhang. Tahap keseraman cita ni korang je yang boleh nilai. Maaf la kalau tak seseram macam yang korang nak. Aku niat nak share aje ngan korang. Pasni kalau ada rezeki, aku cerita yang lain pulak. Maybe fasal pengalaman adik aku pulak. Aku ni bukan lah orang yang diberi kelebihan untuk melihat makhluk ² ghaib ni tapi setiap orang ada pengalaman mistik tersendiri walaupun sekali. Ya tak?", "Sekian. Untuk yang kali ke-2 kalinya, aku mohon maaf sekali lagi sekiranya terdapat kekurangan pada cerita aku ini. Maklumlah", "Buah cempedak diluar pagarAmbik galah tolong jolokkan,Saya budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan", "Cewahhh. Siap pantun lagi. No one perfect. Akhir sekali, yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Percayalah. Di mana pun korang berada, ‘dia’ tetap ada setia menemani. Haha. Percayalah bahawa ada lagi kehidupan selain kita, cuma kita saja yang tak nampak kecuali orang² yang diberi kelebihan. Tak nampak tak bermaksud tak wujud ye. Tapi ingat, berhati²lah dalam percakapan ye. Jangan biadap tak kena tempat. ‘Dia’ ada setia mendengar. ‘Dia’ pun ada perasaan marah. Tak percaya? Tanyalah orang yang berpengalaman. Kita jangan ganggu ‘dia’, ‘dia’ pun tak ada sebab nak kacau kita. Ingatlah tiada yang lagi berkuasa selain daripada Allah S.W.T.&nbsp; Takut hanyalah kepada Yang Maha Mencipta. Assalamualaikum. Jumpa lagi di cerita yang lain. Love you all. Muah" ]
[ "12pm ke am?" ]
https://fiksyenshasha.com/pengalaman-seram-ketika-menjalankan-tugas/
Pengalaman seram ketika menjalankan tugas
[ "Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua peminat Fiksyen Shasha. Nama aku AD, Harini aku akan menceritakan sebuah pengalaman aku sendiri yang berlaku pada tahun 2017.", "Aku bekerja sebagai operator rumah pam dan tangki di sebuah syarikat bekalan air yang terletak di kawasan utara. Kawasan rumah pam dan tangki ni kebanyakannya terdiri di kawasan yang jauh dari penduduk setempat dan berada di kawasan yang berbukit di dalam hutan. Tapi bukan hutan tebal la.", "Nak dijadikan cerita, aku dapat arahan untuk membuat pemantauan rumah pam dan tangki di satu kawasan ni dimana rumah pam dan tangki tersebut terletak di dalam hutan.", "Aku dapat arahan pada masa tu dah senja dah. Jadi, tanpa membuang masa aku secara solo terus bergerak pergi ke tangki tersebut dengan hanya menaiki motosikal. Untuk pengetahuan semua, di kawasan tu ada satu jalan mini tar untuk sampai di rumah pam dan tangki tersebut.", "Tibanya aku disana, langit semakin gelap dan aku dapat merasakan ada sesuatu yang bersama aku disana. Tetapi aku tidak menghiraukannya dan fokus untuk membuat kerja aku. aku terus membuat pemeriksaan pam dan sistemnya. Ternyata sistem untuk memeriksa paras air dalam tangki di rumah pam mengalami masalah teknikal dan tak dapat membuat bacaan paras air dalam tangki tersebut.", "Aku terus maklumkan hal ini kepada atasan aku dan mereka memberi arahan kepada aku untuk memeriksa paras air dalam tangki secara manual dengan cara memanjat tangki air tersebut.", "Lalu aku pun pergi panjat tangki tersebut untuk memeriksa paras air. Aku mengambil masa 45 minit berada di atas tu dan kawasan itu sudah menjadi gelap, hanya bertemankan lampu suluh dan cahaya bulan saja masa tu.", "Bila semuanya telah selesai, aku terus turun dari tangki tu. Setelah aku turun dari tangki, tiba-tiba bahu aku menjadi berat bagaikan ada sesuatu yang duduk di atas bahuku.” haaa sudah, aku dah terkena kali ni. Dah la aku sorang ja dalam hutan ni”. Kataku dalam hati.", "Kemudian aku terus membaca beberapa potongan ayat Al-Quran. Setelah itu baru bahu aku berasa ringan.", "Sedang aku berjalan pergi ke motosikal aku yang terletak tidak jauh dari situ, dengan keadaan kawasan yang gelap. Semasa aku berjalan tu, aku menghalakan lampu suluh mengadap ke bawah supaya aku tidak tersepak batu, atau benda-benda yang bahaya.", "Bila aku rasa hampir dekat dengan motosikal aku, aku menghalakan lampu suluh ke arah motosikal aku, Tiba-tiba aku ternampak ada satu lembaga hitam yang sedang berdiri bersebelahan dengan motosikal aku dan aku dapat melihatnya hanya sekali imbas sahaja dan terus hilang.", "“Aku mai sini cuma nak buat kerja ja. Aku tak kacau hang, hang jangan kacau aku”. Kata aku kepada makhluk tu. Tanpa membuang masa aku menghidupkan motosikal aku dan terus pergi dari situ tanpa sebarang gangguan semasa aku keluar dari kawasan tersebut.", "Mungkin cukuplah sampai disini penceritaan ku kali ini, insyaAllah ada masa akan ada lagi coretan kisah dari aku.. Untuk penulisan kali ini, silap dan salah mohon dimaafkan.." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/satu-kelebihan/
Satu Kelebihan?
[ "Assalamualaikum & Salam sejahtera semua peminat Fiksyen Shasha. Arini aku akan menceritakan sebuah pengalaman aku sendiri yang berlaku tak lama dulu.", "Aku ni nak dikatakan hijab mata terbuka, tak juga. Nak dikatakan ada kebolehan mengubat orang, tak jugak. Tapi aku sendiri rasa macam diri aku ni ada special gifted dari Allah s.w.t.", "Tengah aku nak coretkan cerita ni pun, meremang roma aku. Aku pernah dihantar sihir. Berubat tu toksah nak bagitau la, dah berapa banyak tempat pergi dan berhabis duit. Asalkan mendapat kesembuhan.", "Berubat punya berubat, sampai satu tahap, aku pulak yang boleh mengubati orang2 yang rapat dengan sekelilingku. Aku tak tahu macam mana tiba2 aku boleh merawat mereka. Tapi apa yang aku tahu, aku seumpama ada instinct cara untuk merawat mereka.", "Kejadiannya begini, time tu salah seorang mak sedara aku tengah sakit perut yang amat2. Dah lebih dari sejam. Bukannya tak diajak ke klinik mahupun hospital, tapi biasalah, pangkat2 mak ni selalu mengelak dengan macam2 alasan. Anaknya dah bagi ubat angin jenis cecair putih untuk dimakan. Tak jalan jugak. Sapu minyak panas di perut. Tak jalan juga. Apa lagi ntah yang anak dia bagi, aku pun dah tak ingat.", "Last2 tetiba aku rasa seperti aku berada di satu kawasan yang gelap. Aku dapat dengar suara orang sekelilingku kecoh2. Apahal dengan aku ni? Sebab aku dapat rasakan yang tangan aku bergerak sendiri seolah2 sedang mengusapi bahagian perut mak sedara ku. Padahal mata aku terpejam. Aku tertanya2 kat diri aku. Aku dah kenapa? Tangan aku bergerak sendiri di luar kawalanku.", "Kemudian aku dengar suara seolah berbisik yang mengatakan pada aku, yang aku sedang mengubati sakit perut mak sedara aku. Turuti saja pergerakan tangan aku. Aku pun just membiarkan sahaja sepasang tanganku ini bergerak2 di kawasan perut mak sedara aku. Tadi tangan bergerak sendiri, sekarang mulut pula yang bersuara sendiri. Mulut aku bercakap, AKU KESIAN, AKU TOLONG.", "Kemudian aku dengar laa orang sekeliling aku bercakap, oooo… Takpa2, dia nak tolong tu. Bermakna mereka merelakan ‘aku’ menolong mengubati mak sedara ku.", "Aku rasa tak sampai 15 minit, aku pun terhenti. Aku membuka mata. Tangan ku rasa seperti nak cramp. Aku rasa loya dan pening. Dan tengah2 pening tu, aku pengsan. Dalam aku rasa aku pengsan tu, hadir seorang perempuan persis penari wanita thai yang hiasan kepala dia macam muncung kuil buddha tu. Kuku dia ada hiasan yang panjang2 tu. Korang dapat bayang kan. Dia cakap kat aku, dia akan datang kalau aku dalam kesusahan atau orang sekeliling aku dalam kesusahan. Jangan risau katanya. Dia bukan jahat. Dan dia bukan kekal bersamaku. Dia juga akan tolong sedara2 aku yang lain2. Dia senyum dan terus hilang. Lantas aku terjaga dari pengsan.", "Aku dikelilingi sedara maraku. Mereka tanya apa yang terjadi sebenarnya. Tiba2 sahaja aku dapat mengubati mak sedara kami. Aku pun menceritakan apa yang berlaku semasa aku belum pengsan dan semasa pengsan. Mak sedara ku, Alhamdulillah hilang sakit perutnya. Cuma aku cuba menafikan, bukan asbab aku sakit perut mak sedara aku pulih. Mungkin kesan ubat yang mak sedara consumed tadi baru berkesan.", "Selepas dari kejadian tu, banyak perkara2 yang boleh dikatakan mistik, berlaku kepada diri ku. InnshaAllah ada umurku, aku akan berkongsi lagi dengan para pembaca Fiksyen Shahsha kisah mistik aku seterunya.", "Hantar kisah anda : fikyenshasha.com/submit" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/terserempak-hantu-jepun-dalam-perjalanan-menoreh-getah/
Terserempak Hantu Jepun Dalam Perjalanan Menoreh Getah
[ "Terserempak Hantu Jepun Dalam Perjalanan Menoreh Getah", "By Jon", "Ghaffar, 49 tahun, seorang penoreh getah. Sejak muda itu sahaja dia tahu. Sekarang, dia sudah mempunyai 5 orang anak dan yang sulung telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. Dua dari anaknya belajar Tahfiz Ghaffar bangga dengan anak-anaknya.", "Pukul 4 pagi Ghaffar sudah bangun untuk bersiap sedia menoreh. Dengan basikal buruknya, Ghaffar mengayuh ke kebun getahnya.", "Ghaffar telah mengunakan jalan sama. Tak pernah ubah. Peliknya, pagi ini, dalam perjalanan ke kebunnya, Ghaffar sesat. Dia tak tahu apa terjadi, camana dia boleh sesat. Adakah dia mula nyanyuk? Atau dia termasuk ke dunia bunian?", "Gahffar meneruskan perjalanannya, harapan dia akan jumpa jalan yang dia kenal. Ketika itulah dia nampak bayangan seorang lelaki sedang mengayuh basikal, keluar dari simpang. Ghaffar terus kejar. “Assalamualaikum bang…” jerit Ghaffar sambil mengayuh ke lelaki itu.", "Semakin dekat, Gahffar nampak pakaiannya berwarna hijau dan memakai topi yang mempunyai kain penutup hingga ke bahu. Dari belakang nampak macam seorang penoreh juga. Ghaffar panggil sekali lagi, “Assalamualaikum bang…”", "Lelaki itu berhentikan basikalnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Ghaffar. Terkejut Ghaffar apabila melihat mukanya. Lelaki itu mempunyai lubang di bahagian matanya. Dia memakai uniform tentera jepun. Dia juga ada sebilah pedang dan sepucuk senapang bersamanya. “Dōshite watashi o tomeru no?” tanya lelaki itu sambil mengacu senapangnya ke arah Ghaffar.", "Ghaffar mengangkat tangannya. Sekali lagi lelaki itu tanya, “Dōshite watashi o tomeru no?”", "Tak lama kemudian dua lagi hantu jepun muncul. Seorang tidak mempunyai kepala dan seorang lagi tidak mempunyai kaki sebelah. “Nani ga okimashita ka?” tanya hantu yang tak ada kaki sebelah.", "Askar Jepun yang pertama menerangkan apa terjadi kepada kawannya. Ketiga-tiga mereka mengacu senapang mereka ke “Anatahadare? Supai?” Jepun yang tak ada kaki itu tanya kepada Ghaffar. “Anatahadare? Supai?”", "Ghaffar tak faham. Jepun tu marah. Dia hentak bucu bawah senapangnya ke kepala Ghaffar.", "Ghaffar pengsan.", "Tak lama kemudian, Ghaffar mula sedar. Hantu-hantu jepun itu dah tak ada. Ghaffar dengar azan subuh. Dia bangun dan melihat keadaan sekeliling. Sekarang dia tahu di mana dia berada. Ghaffar tak tahu apa terjadi, di antara dia bermimpi atau dia benar-benar nampak hantu jepun tapi di kepalanya ada kesan lebam hentakan bucu senapang tadi.", "“Maya Kirana sy goggle doshite watashi o tomeru no tu nape kau hentikn aku?Nani ga okimashita ka?Apa terjadi?Anatahadare? Siapa kau?Supai? Dr perkataan inggeris spy.Pengintip?" ]
[ "Wakkluuuu… Giler citer nko nie" ]
https://fiksyenshasha.com/sang-janda-tetanggaku/
Sang Janda Tetanggaku
[ "Melelahkan tetapi menyenangkan, itulah yang kurasakan saat ini. Tubuhku lelah karena sibuk memindahkan barang, tetapi hatiku senang ketika menata barang-barang tersebut sehingga tersusun rapi dalam hunian yang tak begitu besar ini. Dengan demikian, kurasakan waktu berlalu begitu cepat.", "Baru dua minggu berlalu sejak aku mengontrak hunian di rumah susun ini. Harga yang terjangkau dan letak yang strategis membuatku tak ragu lagi untuk memilihnya.", "Dari ruangan yang terletak di lantai tiga ini bahkan aku bisa menikmati pemandangan sekitar yang cukup menghibur hati.", "Aku bisa melihat melihat anak-anak bermain di taman bermain depan rusun, kereta yang hilir mudik masuk dan keluar stasiun, bahkan kolam air mancur yang ramai dikunjungi burung-burung merpati. Aku yakin diriku akan betah tinggal di sini.", "Kantor tempatku bekerja berada tak jauh dari rusun ini. Aku tak perlu berangkat pagi dengan tergesa-gesa seperti tempat tinggalku sebelumnya, karena akses transportasi di sini cukup mudah.", "Aku bisa sarapan dengan tenang dan menyempatkan diri menelpon kekasihku sebelum berangkat kerja. Aku merasa beruntung tinggal di sini.", "Akhir-akhir ini aku sering bertemu dengan Ratna, seorang karyawati bank swasta yang tinggal di hunian sebelahku. Ia adalah seorang janda yang sangat cantik dan baik hati.", "Tak heran jika banyak lelaki terpikat padanya. Bahkan diriku yang sesama wanita pun terpesona oleh kecantikannya. Ia berkulit putih dan memiliki rambut hitam panjang berkilau.", "Meskipun begitu, Ratna tampak belum ada keinginan untuk mencari pengganti suaminya. Ia selalu menolak lelaki-lelaki yang menyatakan perasaan padanya.", "Kami sering bertemu pada pagi hari ketika hendak berangkat kerja. Entah kebetulan atau memang jadwalnya sama, aku dan dia selalu membuka pintu bersamaan.", "Kami saling menyapa dan tertawa setiap kali hal itu terjadi. Ratna juga belum lama tinggal di sini. Ia baru dua bulan mengontrak huniannya dan sebagai sesama warga baru, ia sangat perhatian padaku.", "Sejak itu kami menjadi sahabat akrab. Kami selalu mengobrol tentang berbagai hal, bercanda dan tertawa bersama.", "Ratna tinggal seorang diri. Suaminya meninggalkan dirinya tanpa alasan dan tidak diketahui keberadaannya sampai sekarang.", "Dia terlihat sedih setiap kali membicarakannya. Terlebih lagi ia belum memiliki anak. Ratna pasti merasa kesepian, aku bisa memahaminya.", "Oleh karena itu, aku akan menjadi teman baginya. Aku ingin mengenalkannya pada teman-temanku, tetapi aku ragu jika harus mengenalkannya pada Heru, kekasihku.", "Heru tinggal di daerah yang cukup jauh dari sini. Ia bekerja di sebuah perusahaan kontraktor. Aku mulai pacaran dengannya sejak semester akhir kuliahku. Heru bukan tipe lelaki petualang. Ia belum pernah punya pacar sebelumku.", "Dirinya sangat sayang padaku serta berusaha untuk tidak melihat wanita lain kecuali aku dan ibunya.", "Terkadang sifatnya cenderung posesif, namun ia selalu meminta maaf setiap aku menegurnya. Heru adalah pria yang pengertian. Bahkan dialah yang membantuku menemukan hunian ini sebelum aku sempat mencarinya.", "Setiap akhir pekan atau waktu luang, Heru selalu datang mengunjungiku. Setiap kali berkunjung, ada saja yang dibawanya. Entah itu bingkisan, karangan bunga, makanan, DVD film, bahkan video game favoritnya untuk dimainkan bersamaku.", "Baginya, menemuiku bagaikan oase yang menghilangkan kepenatannya. Aku tahu kondisi perusahaan Heru yang sedang berkembang pesat membuatnya sibuk dengan pekerjaan.", "Memahami hal tersebut, aku pun menghargai setiap waktuku bersamanya. Aku ingin menjadi orang yang menyenangkan baginya sebagaimana ia selalu menyenangkan diriku.", "Pada suatu malam di akhir pekan, aku tak sengaja mempertemukan Heru dengan Ratna. Saat itu kami berpapasan dengan sang janda ketika sedang mengantar kekasihku ke gerbang untuk pulang.", "Kami saling bertegur sapa sehingga dengan terpaksa aku harus mengenalkannya. Hatiku sedikit cemas, khawatir pertemuan ini akan mempengaruhi hubunganku dengan Heru.", "Bagaimana tidak?", "Ratna memiliki daya tarik serta pengalaman yang tidak kumiliki dalam berhubungan dengan pria. Aku takut ia akan merebut Heru suatu hari nanti, namun kenyataan membuatku terkejut.", "Reaksi Heru saat bertemu Ratna berbeda dari yang kuduga. Ketika sang janda menyambutnya hangat, pria itu seperti tersentak kaget lalu buru-buru menarik tangannya saat berjabat tangan.", "Selain itu, Heru hanya tersenyum sejenak ketika mengucapkan namanya kemudian segera pamit meninggalkan kami. Aku tak tahu apa yang terjadi dengannya, tetapi kekasihku tampak berusaha menghindari Ratna.", "Aku memang mengenal dia sebagai pria yang setia padaku, namun reaksinya tak perlu berlebihan seperti itu. Terus terang ia membuatku malu. Di lain pihak, Ratna tampak terkejut dan sedikit kecewa, namun ia berusaha memakluminya. Aku pun meminta maaf padanya.", "Aku menghubungi Heru dan menanyakan mengenai sikapnya pada Ratna. Kekasihku itu meminta maaf dan mengutarakan perasaannya.", "Sesuai dengan yang kuduga, Heru merasa risih dan takut dengan Ratna. Perasaan itu bukan semata-mata karena ia tidak tertarik dengan wanita yang lebih tua atau janda, melainkan ada sesuatu yang membuatnya menghindari Ratna.", "Heru tidak bisa menjelaskan dengan pasti apa penyebabnya, namun yang pasti, ada sesuatu yang tidak beres dengan wanita itu. Meskipun demikian, aku dan Heru berharap kejadian ini tidak mempengaruhi hubungan kami berdua.", "Sejak pertemuannya dengan Heru, Ratna menjadi semakin sering datang ke hunianku. Ia selalu menanyakan tentang kekasihku dan itu membuatku kesal. Aku selalu menolak untuk menjawabnya karena pria itu milikku dan ia tak berhak untuk mengambilnya.", "Awalnya sang janda hanya sedikit kecewa dengan sikap menolakku, namun semakin lama ia semakin keras kepala. Ia tetap memaksaku untuk memberikan informasi tentang Heru.", "Menanyakan kabarnya, alamatnya, tempat dia bekerja, orang tua dan lain sebagainya. Aku muak dengan semua itu. Kuputuskan untuk menjauhi Ratna sementara waktu.", "Aku mengacuhkan tegur sapanya, aku menghindari komunikasi dengannya. Aku tidak membukakan pintu baginya dan aku menghindari kontak mata dengannya. Sebetulnya aku benci memutuskan persahabatan dengannya, tapi ini demi kepentinganku dan Heru.", "Kesenjangan antara aku dan Ratna semakin meningkat. Aku dan dia tidak lagi saling berhubungan. Kami tak pernah lagi berbicara selama beberapa hari sampai pada suatu hari Heru menelponku.", "Aku terkejut mendengar kabar bahwa Ratna telah mendatangi rumahnya dua kali. Bahkan sang janda mendatangi kantornya dan memaksakan diri untuk bertemu Heru.", "Ia membuat keributan di sana. Entah dari mana Ratna mengetahui keberadaan Heru, yang pasti, orang yang paling kusayangi itu merasa terganggu.", "Pria itu memberitahukan dirinya tidak tinggal di rumah untuk sementara dan meminta diriku agar melarang Ratna untuk menemuinya.", "Segera setelah menerima telepon dari Heru, aku semakin geram dengan janda itu. Saat ini sudah malam, Ratna pasti sudah pulang. Aku bergegas menuju huniannya. Tak disangka saat aku membuka pintu, Ratna berada di depan. Dia hendak pergi ke suatu tempat.", "Aku menahan langkahnya dan menanyakan tempat yang ia tuju. Betapa marahnya diriku saat ia tanpa beban mengaku akan mengunjungi Heru.", "Aku mengultimatum dirinya agar jangan lagi mendatangi kekasihku karena aku dan Heru sama-sama tidak menginginkannya. Aku tidak rela seseorang merebut satu-satunya tambatan hatiku tanpa melangkahi mayatku, namun janda itu malah tertawa.", "Dengan sombong ia menyangkal prinsipku. Ia mengatakan dirinya berhak menyukai siapa saja dan siapa pun tak bisa menolaknya. Ratna mengakui bahwa selama ini tak ada seorang pun pria yang tidak tertarik padanya.", "Namun ketika bertemu dengan Heru yang menolak dirinya, entah mengapa hati sang janda selalu memikirkannya dan membuatnya gelisah.", "Ratna jatuh cinta pada Heru dan tak peduli meskipun ia sudah ada yang punya. Ia sesumbar akan mendapat cintanya lebih dari diriku.", "Magma seakan bergejolak dari hatiku. Emosi memuncak dan membakar otakku. Aku benar-benar marah atas apa yang kudengar. Ratna sudah keterlaluan. Dikuasai oleh api amarah, aku tak dapat mengendalikan tubuhku.", "Tanpa sadar, kedua tanganku mendorong tubuh Ratna sekuat tenaga. Aku sama sekali tak mengingat rangkaian tangga turun ke lantai dua di belakangnya. Saat kesadaranku kembali, wanita itu telah terhempas.", "Ratna jatuh berguling-guling menuruni anak tangga dengan kasar dan keras. Suara gemertak tulang yang patah dan remuk terdengar di sela-sela gemuruh benturan.", "Aku berdiri terpaku bagai patung, berusaha mengerti apa yang baru saja kulakukan. Saat suara gaduh itu berhenti, aku menyadarinya. Aku mendorong Ratna jatuh dari tangga. Aku membunuhnya.", "Tenagaku seakan lenyap dari tubuhku. Aku jatuh lemas. Jantungku berdegup kencang, tanganku gemetar, mataku tak berkedip, dan keringat dingin membasahi tubuhku.", "Apa yang telah kulakukan?", "Ini tidak mungkin terjadi!", "Ini hanya mimpi!", "Aku tidak sengaja melakukannya!", "Ini adalah salahnya!", "Diliputi kecemasan dan ketakutan, aku merangkak menuju mulut tangga. Perlahan aku melongok ke bawah. Aku melihat Ratna terbujur kaku di ujung tangga dengan posisi mengenaskan. Tubuhnya tertekuk menghantam dinding, kedua tangan dan kakinya patah terpelintir ke arah yang salah.", "Ya Tuhan!", "Mengapa jadi begini?", "Aku memanggil namanya, tak terlalu keras tapi juga tak terlalu pelan, berharap ia akan menjawab, tapi sepertinya tidak mungkin. Wanita itu sudah bisu, tak bernyawa, m**i. Ia tak bergerak lagi seperti yang kulihat. Kalau sudah begini aku lupa akan masalahku dengannya. Yang tersisa dalam diriku hanya penyesalan.", "Namun mataku menangkap sesuatu!", "Aku menaikkan kepalaku dan menajamkan pandangan. Aku tak melihat wajah Ratna karena posisinya yang membelakangiku, namun pada bagian belakang kepalanya yang biasa tertutup oleh rambut hitam yang indah itu tampak ada sesuatu.", "Saat kuperhatikan lebih seksama, aku terkejut setengah m**i hingga tersentak ke belakang.", "Aku melihat wajah lain. Muka seorang pria yang tak pernah kulihat sebelumnya tertanam di bagian belakang kepala Ratna dan memperlihatkan ekspresi ketakutan.", "Siapa dia?", "Mungkikah itu suaminya?", "Aku pasti sedang berhalusinasi. Trauma atas sesuatu. Ini tak nyata, namun terasa begitu nyata. Aku harus bangun dari mimpi ini.", "Pandanganku masih terpaku pada tubuh Ratna yang kaku, dan aku hampir tak percaya dengan apa yang kulihat selanjutnya.", "Bagaikan menyadari rahasianya terbongkar, kepala wanita itu bergerak. Perlahan dan kaku Ratna menoleh ke arahku, bahkan hingga 180 derajat dan terdengar suara derak patah lehernya.", "Wajah pria itu telah digantikan wajah sang janda yang mengenaskan dengan mata yang membelalak, d***h mengucur dari hidung serta mulut menganga akibat patah rahang.", "”Kau telah melihatku…!!!”.", "Demikian ia bersuara lirih, namun jelas terdengar olehku dan ia mengatakan kalimat itu berulang-ulang.", "Ini sungguh di luar akal sehatku. Ratna masih hidup. Serta merta tubuhnya bergerak. Dengan tetap berada dalam kondisi terpelintir, tangan dan kakinya tertatih-tatih menyeret tubuh yang rusak itu menaiki tangga.", "Sambil terus mengulang kalimat yang sama, ia berusaha merangkak terbalik ke arahku. Aku meringsut mundur. Tak jelas suasana apa yang ada dalam hatiku, namun yang jelas, ketakutan melingkupi tubuhku.", "Aku tak bisa berpikir jernih. Pandanganku kabur seperti televisi yang kehilangan sinyal. Saat aku berhasil meraih secuil kesadaranku, aku berlari ke dalam hunianku lalu mengunci rapat pintunya.", "Napasku memburu, jantungku berdegup kencang, dadaku sakit dan tanganku gemetar. Anehnya, aku tak bisa berteriak. Dalam keadaan panik yang amat sangat, yang terlintas dalam kepalaku adalah Heru.", "Aku bergegas menuju kamar untuk meraih ponsel. Kupaksakan jariku untuk menekan tombol buku telepon dan mencari namanya.", "Kekalutan ini membuat jempolku bergerak seperti menulis SMS sambil berlari. Sulit sekali melakukannya karena gemetar", "hebat, tapi akhirnya aku berhasil melakukannya.", "Kepanikan sekali lagi melanda saat menunggu jawaban dari Heru. Ketika nada sambung terus memanggil dirinya, pintu digedor keras. Itu adalah dia, aku tak mau bertemu dengannya saat ini dan selamanya.", "Jangan dekati aku!", "Jangan dekati Heru!", "Kumohon, angkatlah Heru!", "Seketika nada panggil berakhir. Tanpa menunggu lawan bicara menjawab, aku langsung berteriak.", "”Heru… Heru…!!! Kamu dimana? Tolong aku Her! Tolong ke sini! Heru…!!!”", "Saat aku sadar belum ada jawaban, suara mendesir menyelip sejenak dari dalam ponsel.", "”Kau telah melihatku…!!!”", "Aku menjatuhkan ponsel. Pikiranku kosong. Pandanganku kosong. Helaian-helaian rambut hitam panjang masuk dari sela-sela pintu dan kisi-kisi kamarku. Mereka mengikat tangan dan kakiku serta membelit tubuhku.", "Dari langit-langit di atas, turun potongan kepala Ratna. Wajah mengerikan itu melihatku, membuat napasku terhenti dan tenggorokanku tertahan.", "Saat rahang Ratna yang patah terbuka lebar, semuanya menjadi gelap.", "Dalam kegelapan itu akhirnya aku mengetahui alasan mengapa Heru menjauhi Ratna." ]
[ "cerita best…harap ada sambungan nya ..nak tahu lebih lanjut mengenai Ratna..", "macam filem hollywood ada muka lelaki di belakang kepala perempuan tu", "kenapa??" ]
https://fiksyenshasha.com/bukan-sekadar-mimpi-2/
Bukan sekadar mimpi
[ "Jam menunjukkan tepat 9 malam, maka berakhirlah kelas tambahan untuk hari ini. Aku dan kawan-kawanku yang lain mula mengemas barang untuk pulang ke rumah. Kami tinggal di kuarters guru (anak-anak cikgu belaka), bersebelahan sahaja dengan sekolah (kanan). Kelas tambahan terletak di kawasan perumah bahagian kiri sekolah. Memandangkan jarak yang tak seberapa nak jauh, kami selalu ulang alik jalan kaki sahaja. Masih ada lagi kenderaan di jalanraya waktu itu, lampu jalan pon berfungsi dengan baik.", "Malam tu tiada apa yang aneh, kami semua berborak dan bergurau senda seperti biasa. Semasa melalui kawasan sekolah, aku ternampak seorang ‘kakak’ yang berbaju serba putih ala-ala baju kelawar di sebalik tiang lampu jalan. Berdiri tegak tanpa pergerakan. Bila ‘dia’ nampak aku pandang, ‘dia’ sedaya upaya mencuba untuk menyorokkan badannya di sebalik tiang lampu tersebut. Hairan. Aku buat tak endah dan teruskan berbual dengan kawan-kawan aku. Bermula dari saat itu, aku terasa seperti ada yang mengekori dari belakang.", "Kuarters ni ada 4 blok utama. Blok A (2 blok), B (3 blok), C (4 blok) dan D (4 blok). Masuk je pagar kuarters, ada pondok keselamatan di bahagian kiri. Terus kedepan sikit ada dewan serbaguna di sebelah kiri, diikuti blok A dan blok B yang dipisahkan dengan laluan bersimen. Laluan ni menghubungkan penduduk dengan taman permainan dan blok C dan D. Selepas pondok keselamatan ada rumah sampah di sebelah kanan bertentangan dengan dewan serbaguna.", "Masuk sahaja ke perkarangan kuarters, aku dah tak sedap hati. Mata mula melilau ke sana-sini. Dalam group tu aku di belakang sekali. Aku mula senyap tidak lagi berbicara dengan kawan-kawan aku. Mereka anggap itu perkara biasa sebab aku ni asalnya memang pendiam. Sesekali aku toleh ke belakang dan aku nampak ‘kakak’ tu sekali lagi. Dia bersembunyi di sebalik rumah sampah. Baju warna putih yang dikenakan jelas membezakan ‘dia’ dengan barang-barang yang dibuang di situ.", "Aku alihkan pandangan ke hadapan. Dengan segera aku membuang segala perkara negatif yang hinggap di fikiran. Selang beberapa langkah aku berjalan, kali ni ‘dia’ berada di sebalik batu konkrit dewan serbaguna pula. Separuh badan’nya’ tersorok. Lama aku tenung ‘kakak’ tu, mungkin tenungan aku terlalu lama, ‘dia’ mulai perasan dan menghilangkan diri. “Dia siapa? Dia nak apa?” aku berdialog sendiri dalam hati. Cepat-cepat aku alihkan pandangan. Kawan-kawan aku bersembang seperti biasa, seakan aku seorang saja yang boleh melihat ‘kakak’ tu.", "Selang beberapa saat, ‘kakak’ kini berada di blok A pula. “Argghh lain macam ‘kakak’ ni” fikirku. Tenang sahaja berdiri, memerhatikan kami dari jauh tapi masih lagi menyembunyikan separuh badannya. Bila langkah kami semakin hampir, dia menghilangkan diri. Aku makin tak sedap hati. Anak mataku ligat memandang ke kiri dan ke kanan berulang kali, seakan mencari bayang‘nya’. Namun tidak kelihatan, ku fikir ianya berakhir di situ sahaja, tapi tidak.", "Kami semua berpisah di lorong antara blok A dan B kerana masing-masing tinggal di blok yang berbeza. Aku pula mengikuti kawan aku yang tinggal di blok B ke rumahnya. Katanya ingin memulangkan barang yang dipinjam. Alang-alang dah dekat aku turutkan saja. Dari ekor mata, aku nampak ‘kakak’ mengekori dari belakang. Perlahan tiada bunyi. Tapi jelas kelihatan. Bila aku toleh belakang, ‘dia’ bersembunyi di balik pokok pula.", "Kuarters ni takde lif. Setiap tingkat hanya ada 2 buah rumah. Bukak pintu rumah je terus nampak tangga. Nasib baiklah rumah kawan aku ni aras bawah sekali, kalau tak memang aku suruh pulang lain hari. Nanti balik rumah nak kena panjat tangga lagi, dahlah rumah aku tinggat 4.", "Aku menunggu kawan aku di hadapan rumah sementara dia mengambil barang yang ingin dipulangkan. Aku berdiri membelakangkan tangga. Dari hujung mata aku, ‘kakak’ semakin dekat. Berselindung di sebalik dinding blok rumah kawan aku. Kalau ingin keluar dari blok, aku perlu lalu melintasi dia. Itu satu-satunya jalan keluar.", "Tunggu punya tunggu kawan aku masih tidak memunculkan diri. Badan aku mula menggigil, peluh mula mebasahi dahi. Aku dapat merasakan renungan mata ‘kakak’ yang tajam. Segala jenis zikir dengan surah-surah pendek meniti di bibirku. Tergagap-gagap. Tersasul semua sebutan, entah betul entah tidak. Dari posisi berdiri aku terus duduk depan pintu rumah kawanku. Bila aku pandang, bayangan ‘kakak’ tu sudah tiada. Aku menarik nafas lega. Ku sangka sudah selamat tapi sangkaan aku meleset.", "‘Kakak’ tidak lagi bersembunyi. ‘Dia’ kini berada di tangga yang bertentangan dengan rumah kawan aku. Jelas kelihatan selembar kain putih yang dikenakan terapung-apung di udara, dengan muka bengis penuh ketidakpuasan hati melirik tajam kearahku. Tanpa menunggu walaupun sesaat ‘dia’ menerkam kearahku, kuku dan giginya yang panjang membuatkan aku memejamkan mata berserah takdir kepada-Nya. “ALLAHU AKHBAR” aku laungkan sekuat hati.", "...GELAP...Mataku ku buka perlahan. MIMPI rupanya. Nafasku laju, jantungku berdegup kencang. Kaku tidak bergerak di atas katil. Aku toleh ke sisi, kakak aku lena dibuai mimpi. Tidak ada apa-apa yang aneh di bilik tidur pada waktu itu. Aku yakinkan diri aku itu semua mainan syaiton dan sambung melelapkan mata.", "Aku bangun seperti biasa dalam pukul 6 untuk bersiap ke sekolah. Ketika mandi, mukaku terasa pedih apabila terkena sabun seperti ada luka baru. Hairan. Dari mana pula datangnya luka tersebut. Cepat-cepat aku habiskan cucian dan meneliti muka aku di cermin. Ada garisan di pipi. Seperti dicakar. Teringat aku pada mimpi semalam. “Bukan mimpi agaknya” itulah yang terlintas di fikiranku. ‘Kakak’ memang ada, baik di alam mimpi mahupun nyata. Barangkali berada di sebelah katil sahaja sewaktu aku tidur.", "Bermula dari sinilah, gangguan mistik seringkali menegurku di alam mimpi. Segala benda yang buruk, aku akan dapat tahu melalui mimpi. Tapi bukan selalu, ikut nasib. Sebelum dari mimpi ni lagi keluarga aku dah terbiasa dengan gangguan mistik ni. Kalau tak kerana dengki manusia, saka keturunan atau pon ‘mereka’ memang jenis yang suka mengusik.", "‘Kakak’ memang wujud. Kakak aku yang hijabnya terbuka pernah melihat ‘dia’. Bersandar di kenderaan ibuku. Dia sanggup panjat tangga naik semula ke tingkat 4, menunggu kami yang masih lagi bersiap kerana ketakutan. Kuarters ni sangatlah keras sampai tiada satu penghuni pon yang tak pernah complain mengenai gangguan mistik ni. Baik dari bunyi guli bertaburan, bunyi menumbuk sambal tengah malam mahupun bunyi pergerakkan perabot. Dan dikatakan, ‘gula-gula’ pernah dilihat menaiki tangga tangki air yang terletak di belakang blok satu per satu.", "Sekian sahaja perkongsian dariku. Terima kasih kerana disiarkan. Terima kasih juga kepada yang membaca", "Hantar kisah anda : fiksyenshahsa.com/submit" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/antara-nyata-dan-ghaib/
Antara Nyata Dan Ghaib
[ "Kali ini aku nak kongsi cerita yang berlaku 30 tahun yang lalu. Aku menyaksikan satu keadaan yang cukup tegang antara nyata dan ghaib berlaku depan mataku. ‘Teringat’ kali ini Tidaklah seram, namun ini aku dengar dan aku menyaksikan sendiri depan mata apa yang berlaku.", "Chapter : Ambil", "Kisah ini adalah tentang gangguan Hantu Raya yang Kecoh diperkatakan di kampung masa aku masih di bangku sekolah rendah.", "Kelibat perempuan berambut panjang hitam bermata merah menjadi asas penceritaan di merata pelosok kampung waktu itu.", "Ada yang penah menjumpai lembaga hitam bermata merah berdiri di atas titi atau jambatan kayu depan rumah aku.", "Dan hantu raya ini dikaitkan dengan seorang wanita yang aku panggil Mak Jah. Kelibat Mak Jah berwajah bengis bermata merah menjadi perbualan ramai orang Kampung.", "Mak Jah sebenarnya seorang wanita", "yang sering membantu orang Kampung untuk selesaikan fardhu kifayah dalam urusan jenazah. Adakala Mak Jah bertindak juga sebagai bidan. Mak Jah juga sering dirujuk sebagai insan yang membantu selesaikan urusan gangguan mistik di kampung waktu itu.", "Namun kerana cerita cerita orang kampung membuatkan Mak Jah seperti dipulaukan.", "Aku sering mendengar cerita cerita dongeng dan cerita cerita hikayat dari mulut Mak Jah. Mak jah sering gorengkan nasi utk kami kanak kanak yg bermain sekitar kampung. Mak jah memang sukakan kanak kanak. Sementelah dia tidak mempunyai anak. Mak aku cerita suaminya meninggal selepas sebulan Mak Jah nikah.", "Satu hari aku nampak Pak Mid menuju ke rumah adik nya Pakdin yang tinggal berdekatan rumahku dan selepas itu berjalan ke rumah Mak Jah yang terletak bersebelahan dengan rumah ku.", "“Jah.. hang kan aku lama dok perati hang.. awat hang tak puas hati apa lagi kat aku?”", "Jerit Pak Mid kepada Mak Jah", "“Mid oii..aku dengan hang ni dah mcm adik beradik.. hang yang tak puas hati kat aku pasai apa?? Aku buat apa kat hang” balas Mak Jah", "“Hang toksah dok buat taktau la Jah.. selama ni hantu raya hang la yg dok kacau kami.. hang ingat aku bodo aku tak tau??", "Kata Pak Mid lagi", "“Astaghfirullahal azim Mid.. hang cakap apa ni… hang jangan dok ckp yg bukan bukan.. ” kata Mak Jah mula menangis.", "“Pasai hang la ayah aku sakit sampai ke la tak m**i m**i.. Hang kalau tak pindah dari kampung ni hang siap Jah..”", "Ugut Pak Mid sambil berlalu pergi", "Aku yang berada di bawah beranda rumah ku waktu itu nampak jelas Mak Jah menangis di tangga rumahnya. Rumah Mak Jah amat bersih lamannya. Pokok pokok bunga dijaga rapi. Tiba tiba aku nampak Mak Jah sedang mengangkat baju di ampaian di belakang rumah.", "Puas aku menggosok mataku, ya aku nampak Mak Jah menangis dan Mak Jah mengangkat baju pada waktu yang di lokasi yang berbeza.", "Berderau darahku waktu tu. Aku menceritakan kepada ayahku. Namun ayah ku hanya berkata itu hanya perasaan ku sahaja.", "Satu petang aku sedang bermain guli bersama Epol di tepi rumah. Tiba tiba Mak Jah muncul dan memanggil aku.", "“Dik Syah Mak ada ka?” Tanya Mak Jah", "“Mak tak dak pi mandi orang M**i kat kg sebelah.” Jawabku", "Mak jah berlalu pergi. Sekali lagi waktu itu aku nampak Mak Jah di tingkap rumahnya sedang memandang tepat kepada ku.", "Aku terus mengalihkan pandangan.", "Esoknya sekali lagi ketika aku sedang bermain , Mak Jah memanggil aku..", "“Dik Syah ooh Dik Syah mai sat Mak Jah nak tanya”", "Aku segera menghampiri Mak Jah yang sedang duduk ditangga rumahnya.", "“Awat Mak Jah nak tanya apa?”", "Mak Jah tersenyum sambil menggosok kepalaku.", "“Dik Syah tak takut kat Mak Jah ka?” Tanya Mak Jah. Dari raut wajahnya ternyata sugul yang kelihatan.", "“Awat nak takut pulak.. Mak jah bukan orang jahat” jawabku ringkas", "Mak Jah memandangku dengan tepat..", "“Kan org kampung dok kampung dok kata Mak jah bela hantu raya.. dik Syah tak takut ka??", "Aku terkejut dengan soalan Mak jah.", "Sambil menggelengkan kepala..", "“Mai Mak jah nak cerita. Dulu masa Mak jah muda. Mak Jah ni anak murid kepada seorang Tok guru… Nama dia Pak Awang Lah", "Macam macam Mak Jah belajaq antaranya mengurut orang.. mengandam orang.. belajar buat anyaman.. belajar buat atap nipah semat bagi kemas elok..", "Ada satu hari dia panggil Mak Jah.", "Tok Awang ni cakap sangat lemah lembut", "“Jah hang mai la umah aku malam Jumaat… 3 kali Jumaat hang maii.. aku nak bagi hang. Hang kena ambikk..", "Aku sayang kat hang.. hang mcm anak aku..", "Mak Jah pun tanya", "“Pak Awang nak bagi apa kat chek??", "Tok Awang tersenyum sambil berkata", "“Hang mai la dulu.. nanti hang tau aku nak bagi apa kat hang.. hang kena mai sorang.. kalau hang nampak apa apa kot Jalan atau depan rumah aku, hang naik teruih tangga.. hang mai.. hang kena ambik.”", "Mak jah berfikir banyak kali untuk pergi. Namun Mak Jah yakin Tok Awang Akan menghadiahkan dia sesuatu. Jadi Mak Jah memberanikan diri untuk pergi pada malam Jumaat yang pertama.", "Mak Jah berjalan dari rumah pusaka neneknya ke rumah Tok Awang Lah. Jalan gelap gelita. Mak jah hanya pegang pelita minyak tanah. Angin bertiup kencang sampai terpadam pelita Mak Jah.", "Angsa berbunyi nyaring di tepi sungai. Mak Jah mendengar air Sungai bagai dikuak kuak sesuatu.", "Mak Jah terus berjalan laju, sampai betul betul di depan rumah Tok Awang Lah, Mak Jah ternampak seekor harimau bengis depan tangga rumah Tok Awang. Harimau itu bagai ingin menerkam Mak Jah. Ia mengaum kuat.", "Mak jah terus berlari sekuat hati tanpa menoleh ke belakang lagi.", "Esoknya di siang hari Mak Jah pergi ke rumah Tok Awang.", "“Pak Awang suruh chek mai.. semalam chek mai, tapi ada Rimau besaq dok depan tangga chek tak berani. Chek lari balik.. “", "Tok Awang tersenyum sambil berkata", "“Laaaa hang ni, aku pesan dah.. hang kena lari naik cepat cepat.. hang sorang saja boleh lalu, boleh naik, boleh ambik.. Khamis depan hang mai lain”", "Mak Jah kata, takut betul Mak Jah malam tu. Namun Malam Jumaat berikutnya Mak Jah memberanikan diri sekali lagi berjalan ke rumah Tok Awang Lah.", "Kali ini ada ular sawa dan ular tedung selar berpuluh puluh ekor di atas tangga. Mak Jah memang gelikan ular. Seekor ular tedung selar tiba tiba mengejar Mak Jah.", "Mak jah terketar ketar dan terus berlari pulang. Keesokkannya Mak Jah demam.", "Petang Rabu berikutnya baru Mak Jah ke rumah Tok Awang lagi.", "“Haa awat hang tak mai Khamis lepas?? ” Tanya Tok Awang..", "“Chek takut la Pak Awang.. ada ulaq banyak atas tangga. Kena patuk satgi. Chek takut” Jawab Mak Jah", "“Hang ni aku dok habaq dah.. mai naik teruihh. Esok malam hang mai.. hang kena mai.. bagi berani!!!” Ujar Tok Awang lagi", "Mak Jah mengangguk sambil berkata “Haa esok cek try mai..", "Malam tu, kiranya Malam Jumaat yang ketiga.. Mak Jah tekad memberanikan diri.", "Mak Jah nak ambil apa yg Tok Awang nak bagi.", "Setiba Mak Jah di depan rumah Tok Awang.", "Kali ini ada wanita berambut panjang hingga ke tanah dan bermuka hodoh.. bergigi panjang. Lembaga ini sedang berdiri di atas tangga memandang tepat mata Mak jah.", "Anjing menyalak bersahut sahutan.", "Mak jah melangkah ke depan.. tiba tiba seperti ada seseorang menepuk bahu Mak Jah. Bau busuk bagai bangkai menusuk hidung Mak Jah. Mak Jah melangkah lagi", "“Dik Syah tau dak malam tu lah Mak Jah ambil…”", "Belum sempat Mak Jah habiskan ceritanya kepada ku petang tu , Fatin anak Pak Din datang memanggil Mak Jah.", "“Mak jah tolong sat.. kak Aishah mengamuk lagi.. dia lagu kena rasuk, tak tau pasai apa”", "Ujar Fatin tercungap cungap.", "“Haa Awat pulak dah.. jom kita pi tgok sat.” Mak Jah bingkas bangun menuju ke rumah Pak Din.. jam hampir 6.45 petang waktu tu.", "Aku mengikut Mak Jah dan Fatin ke rumahnya. Rupanya Ayah aku pun ada sekali di rumah Pak Din petang tu..", "Aishah seperti tidak terurus.. ketika kami sampai dia sedang makan daging mentah. Dan kicap di minum bagai air sirap.. Dia akan memarahi siapa sahaja yang bercakap dengannya.", "“Jangan kacau aku bodohhhh” Aishah tiba tiba menjerit kepada ayahnya Pak Din", "“Hang ni Din dah tua pun tak sedaq diri.. anak hang jadi lagu ni pun hang tak buleh buat apa.. bodo piang hahahahahaahh”", "Aishah menjerit sambil menjeling orang sekeliling.. dia seperti membuka silat rambutnya saat itu mengerbang..", "“Orang tua tak sedaq diri berambuihh hang dari sini. pi balik” Jerit Aishah kepada Mak Jah.", "Mak Jah terkumat kamit membaca sesuatu. Mak Jah juga membuka kuda kuda. Saat itu angin mula bertiup.", "Pak Din ayah Aishah memeluk Aishah dari belakang. Namun tidak semena mena Pak Din terpelanting ke belakang. Kekuatan yang aku lihat bukan lagi kekuatan Aishah.", "Pak Din sekali lagi bangun dan kali ini dengan bantuan abg Jali dan Pak Kasim Kodiang dan ayah aku memegang tangan dan kaki Aishah. Aishah meronta rota minta dilepaskan.", "Mak Jah memegang ibu jari kaki Aishah…", "Aishah menjerit kesakitan.", "“Awat hang buat aku.. kurang ajaq punya pompuan tua.. hang ingat hantu hang kuat celaka punya org tua tak sedaq diri”", "Kilat sabung menyabung. Langit berdentum guruh memecah kesunyian. Senja sudah berlabuh.", "Tiba tiba Pak Mid abang kepada Pakdin terpacul depan pintu rumah..", "“Jah hang pi balik.. hang yg sengaja dok buat kacau.. pi balik semua.. aku tau nak buat lagu mana anak menakan aku..”", "Pak Mid memegang kepala Aishah. Aishah pengsan selepas itu.", "Oleh kerana suasana makin tegang, Mak Jah perlahan lahan turun tangga dan berjalan balik ke rumahnya.", "Saat itu aku melihat wajah Mak Jah begitu suram. Pak Kasim dan Abg Jali pun minta diri untuk pulang.", "Aku dan ayah masih berada di rumah Pak Din. Pak Mid Marah betul dengan Mak Jah.", "“Orang tua ni jgn bagi muka.. dia yg dok bela. Dok kacau anak cucu kita. Hang tak kenai dia Din.. toksah dok panggil dia mai lain kali”", "Sudah beberapa kali Aishah dirasuk. Seakan histeria menjerit dan bercakap yang bukan bukan. Kekuatan Aishah menjadi 4 kali ganda hinggakan seorang lelaki tidak mampu memegangnya.", "Selepas beberapa hari ada satu malam tu, pintu rumah kami di ketuk kuat..", "“Assalamualaikum.. long oo long …tolong sat Aishah kena rasuk lagi.. Marwan anak sulong Pakdin datang memanggil ayahku.", "Ayah dan mak aku bergegas ke rumah Pak Din. Aku ikut dari belakang. Saat itu Aishah hanya berkemban sambil menari tarian MakYong. Lain macam situasi malam tu.", "Angin bertiup kencang macam nak ribut.", "Mak aku terus berkata", "“Pi panggil Mak Jah maii tolong sekali Mak Jah pandai sikit… “", "Tiba tiba Aishah menjerit..", "“Oiii Long toksah dok panggil hantu raya tu maii.. aku lagi hantu ni dok ada depan muka hang.. hang kata hang pandai.. hang pun bodo..”", "Mak jah tiba tiba muncul.", "Aishah menjeling tajam.. sambil menjerit.. ” maiii dahhh …aku ingat hang dah mampoihh.. hang yang bawa aku mai kan.. nama hang Jah kan. Hahahahahah heeeeeheheheeheh eiiiii eeiiiiiiiii heheheheh eeeiiiiii eeii “", "Aishah mengilai kuat…", "Waktu tu aku ternampak Mak Jah seperti menadah tangan berdoa.. terkumat kamit mulutnya.", "Tingkap rumah tiba tiba terbuka. Terkuak kuak dipukul angin.", "Hujan renyai mula membasahi bumi.. aku yang melihat hanya berani duduk di tepi.", "“Aku nak balikkk. lepas la aku.. sakit la bodo” Jerit aishah pada Mak Jah..", "“Sapa antaq hang???” Mak Jah bertanya kpd Aishah", "“Aku tak tau.. lepas la kaki aku.. sakit la.. jahh lepas kaki aku jahhh…” Jerit Aishah lagi", "Mak Jah meminta semangkuk air dari Mak Midah isteri Pak Din.", "Sementara Aishah dipegang oleh Pak Din. Mak Jah seperti berzikir membaca sesuatu ke dalam mangkuk. Air itu kemudiannya direnjiskan ke muka Aishah.", "Sekali lagi Aishah menjerit. Aishah Pengsan selepas itu.", "Berdebar kencang jantung aku malam tu. Belum pernah aku melihat situasi ini.", "Dan saat itu Pak Mid sekali lagi muncul di depan pintu. Pak Mid Memegang sebilah parang panjang. Sambil menjerit", "“Oiii jah.. berapa kali aku habaq kat hang jangan kacau keluarga aku lagi.. hang yg hantaq mai.. hang nak tolong pulak.. hang ingat aku bodo.. “", "Mak Jah dengan tenang menjawab. “Mid hang salah faham ni pasaipa?? aku pulak nak hantaq mai nak buat apa.. ni semua bukan gheja aku.. aku ni hang pun tau kan.. ??” Tanya Mak Jah sedikit tegas", "“Hang toksah dok buat baik jah.. aku tau hang pi umah ayah aku 3 malam Jumaat.. hang ambikk apa yg ayah aku bagi. Bukan aku tak tau” Ujar Pak Mid lagi.", "Pak Mid menurut ke depan menghampiri Mak Jah.. dia cuba mengangkat parang nak menetak Mak Jah.", "“Allahuakbar!!! Mid!!!” Mak Jah menjerit sambil bertakbir dan menepis tangan. Mak Jah sekuat hati menolak dada Pak Mid.", "Pak Mid jatuh, ayah aku cepat mencapai parang dan menahan Pak Mid.", "Mak Jah sekali lagi beristighfar..", "” Mid .. betoii aku pi umah ayah hang.. 3 malam aku pi sbb dia nak bagi kat aku yg aku pun tak tau natang apa.. aku ni belajaq macam macam kat dia. Dia mmg tok guru aku.. “", "Mak Jah berdiri sambil menyinsing lengang baju..", "“dah semua ada di sini ni Mak Jah nak habaq.. betoii sebenaqnya Tok Awang Lah nak bagi kat Mak Jah natang hat dia dok bela ni.. dia cari warihh semua tak mau.. semua anak anak dia kata tak mau.. hang tak buleh dia kata. Dia tanya hang juga Mid.. hang pun ckp tak mau masa tu..", "tapi Mid… masa aku lari balik malam tu.. aku nampak hang pi.. dan hang naik rumah ayah hang.. dan Pak Awang habaq kat aku dia bagi dah kat orang lain.. 2 3 hari lepas tu.. masa tu aku taktau kata hang… tp la ni aku tau..hang yang ambik.”", "Malam tu aku mmg ambik.. tp aku ambik keputusan untuk tak mau jadi warihh benda benda syirik semua ni.. “", "Mak jah terduduk", "Semua yang ada terkejut dan saling berpandangan.", "Pak Mid juga terduduk di tepi pintu.", "“Ya aku geram kat hang pasai ayah aku sayang kat hang lebih.. dia pilih hang dulu.. lepastu baru pilih aku.. dan la ni aku tak da warih nak bagi.. anak aku semua semua tak bulehh harap.. tp Aisyah dia mau.. dia yg nak ambik..”", "Ayah ku memandang Pak Mid.sambil berkata", "“Astaghfirullahalazim Mid..awat jadi lagu ni…? “", "Rupanya Pak Mid menyimpan dendam pada Mak Jah kerana ayahnya telah memilih Mak Jah sebagai waris untuk ambil belaan warisan pusaka mereka.", "Namun Mak Jah tidak sama sekali menerima, mungkin Allah lindungi Mak Jah atas hati baik yang ada padanya. Berkat Mak Jah membantu menyempurnakan jenazah orang lain barangkali.", "Pak Mid akhirnya mengaku dia sudah setahun diganggu oleh makhluk ini. Sebab dia sudah tidak mampu meneruskan warisan Tok Awang.", "Marwan menjemput Pak Kasim, Pak Kasim akhirnya sedia membantu untuk sama sama selesaikan kemelut Ambil Waris ini. Mak Jah juga turut serta.", "Malam itu juga semua yang ada pergi ke rumah Tok lang Dollah yang sedang sakit tidak jauh dari rumah Pak Din .. Tok Lang Dollah dijaga oleh Mak Ngah Leha. Baru ku tahu ToK Awang yang diceritakan oleh Mak Jah adalah Tok Lang Dollah. Aku hanya kenai nama dia Sebagai Dollah cuma orang dulu dulu panggil Tok Awang Lah. Dan dia ayah kepada Pak Din.. Pak Mid dan Mak Ngah Leha.", "Proses untuk membuang ikatan berlangsung sampai Tengah malam. Peralatan peribadi Tok Awang di bungkus dalam kain kuning sebesar cadar.. Atap nipah dibuka.. kilat masih sabung menyabung hujan tidak lebat titisan masih terasa. Sebuah Lori digunakan untuk mengangkat bungkusan besar kain kuning.", "Dan ianya amat berat.", "Akhirnya atas usaha Pak Kasim Kodiang dan Mak Jah serta Tok Imam Yahya. Mereka berjaya meleraikan ikatan janji warisan yang diambil oleh Pak Mid.", "Pak Mid dan Aishah pengsan. Tok Awang nampak uzur sangat. Dan seusai azan subuh pagi itu Tok Awang menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun. Selama ini mungkin Allah panjangkan usia walau pun sakit tua dan belaan telah diwariskan kepada Pak Mid.. namun kegagalan Pak Mid mencari waris seterusnya menjadi penghalang kepada belaan ini untuk diterima ambil.", "Itu yang aku faham setelah ayah dan mak bersembang semula selepas itu.", "Rupanya Mak Juga pernah dipelawa untuk Ambil. Mujur tidak setuju terima dan Ambil.", "Imam Yahya Pesan jangan buat main dengan hukum Syirik kepada Allah ni", "Syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir. Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam.", "Firman Allah SWT:", "إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ", "Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mgengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”", "(Surah al-Nisa’: 48)" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/bunian-itu-wujud/
BUNIAN ITU WUJUD
[ "assalamualaikum,dan terima kasih kepada pihak fiksyen syasya jikalau cerita aku disiarkan.\nnama aku zahirul,dan aku baru berumur belasan tahun.kisah ku ni pendek ringkas tetapi ada banyak iktibarnya untuk pembaca.", "BUKIT BROGA", "pada waktu itu,aku baru tamat peperiksaan sijil pembelejaran malaysia (spm) dan baru juga mendapat lesen motor.\naku berhasrat untuk pergi ke broga sekadar untuk melihat kawasan itu.\njadi aku bangun pada jam 5 pagi melakukan persiapan dan terus pergi ke broga secara bersendirian (solo ride) almaklum aku jenis yang suka berseorangan. bukan sombong tetapi tidak suka keadaan yang serabut atau drama.\njadi aku mulakan perjalanan dengan membaca doa doa yang aku ketahui.\nketika aku menunggang,mmg tak ada rasa seram langsung dan rasa gembira sahaja sepanjang jalan.\nbanyak juga gambar dan video yg ku peroleh,itu pun belum sampai broga lagi HAHAHAH", "setelah dalam 20 min menunggang, aku sampai di kawasan broga tetapi pilih untuk mencari makanan.sampaila aku tiba di perkampungan cina. mmg banyak makanan tapi itula,AHAHAHHA\nnama pun perkampungan cina.aku cuba mencari kedai tepi jalan yg menjual nasi lemak dan jumpa.aku beli nasi lemak dan sebotol air mineral lalu pergi ke broga balik.\nsesampai sahaja di broga, bayar parking apa semua aku duduk atas motor dan menjamah makanan yang telah aku beli.", "setelah aku habis, aku buang makanan tu di tong sampah dan tidak meninggalkan sebarang apa apa kotoran. selesai saja buang sampah aku pergi melepaskan hajat terus dan memulakan perjalanan untuk mendaki.", "sewaktu aku mendaki, tiada sebarang perkara yang aneh terjadi walaupun aku berseorangan. sampai aku terjumpa seorang pakcik ni, baik orangnya.\ndia mengajak aku untuk naik bersamanya lalu aku terima pelawaanya. lama aku mengikutnya dan sampailah ke separa puncak…banyak gambar dan video aku rakamkan dan simpan jadi kenangan.", "tetapi, aku terpaksa berhenti di situ kerana ingin membuang air.\nmana adanya tandas atas bukit HAHAHAHAH satu satunya tandas ada di bawah kawasan parking yang mula mula ku pergi.\\", "ikut hati ingin teruskan, ikut akal aku mmg harus terpaksa turun.\njadi aku mengambil gmbr bersama pakcik itu dan turun berseorangan. sewaktu turun, aku berjumpa seorang lelaki yang terbaring, alangkah terkejutnya.\nrupanya dia seperti hendak pitam lalu pilih untuk baring di tengah hutan tu. aku memberikannya sebotol air dan menemaninya sehingga ada pendaki lain yg boleh temani dia.", "selang beberapa minit, ada org tawarkan diri untuk menemaninya dan aku sambung perjalanan.\nsemuanya baik sehingga aku sampai di lorong terakhir untuk keluar daripada broga.", "kalau pembaca nak tahu,sebelum mendaki bukit broga. kita akan lalu dua jalan permulaan dahulu.\nkiri dan juga kanan.\nkiri kawasannya sempit tetapi pendek sahaja.\nkanan kawasannya lebar tetapi agak jauh.", "sewaktu aku mula mula naik, aku mengambil jalan kanan yang lebih lebar jadi tiada apa apa berlaku.\ntetapi waktu ingin balik, entah kenapa terdetik untuk lalu jalan sebelah “kiri”.\nsegalanya bermula disini.", "sewaktu aku lalu dijalan belah kiri ini,\njalan terasa panjang sehinggakan aku rasa seperti aku pusing di dekat tempat yang sama. mulanya aku tidak fikir apa apa kerana ingin melepaskan hajat sahaja. tetapi apabila lama kelamaan, aku jadi hairan.\nkenapa lalu jalan sama ni dari tadi, kata hatiku.\nlalu aku berhenti dan cuba tengok kawasan sekeliling,mmg dipenuhi semak samun seperti sewaktu awal awal aku mula mendaki.", "dan aku perasan sesuatu..\nkicauan burung tidak didengari,aliran air dari air terjun tidak lagi mengalir dan segala bunyi didalam hutan seakan akan diam membisu.", "tidak lama daripada aku menyedari perkara tu,disebelah kiri telinga aku dapat menangkap sebuah bunyi.\nbunyi apa?\nbunyi org berjalan dengan sangat ramai, dan juga ada yang berlari.aku tak dapat melihat apa bendanya tu kerana dek tumbuhan tumbuhan hutan yang tinggi belaka. tetapi aku dapat merasakan ada susuk tubuh seperti manusia disebalik tumbuhan tumbuhan tu.sah.\naku hampir masuk ke alam buniaan.\nbila aku perasan apa yang terjadi, aku terus membaca bismillah hillazi, al fatihah dan aku mulakan langkah dengan kaki kanan.", "apa yang mengejutkan aku\ndalam beberapa langkah sahaja aku nampak jalan keluar. aku nampak parking dan juga manusia yang lain.aku berasa lega.\napa yang lagi melegakan ialah aku mula mendengar bunyi bunyian hutan yang biasa dan juga org berborak.aku terus pergi ke tandas tanpa pusing ke belakang.", "aku hendak berikan nasihat kepada pembaca. apabila hendak pergi ke hutan.\namalkan la doa doa yang diketahui sebelum masuk ke hutan. jagala adab dan tingkah laku. janganla buang sampah secara suka hati dan paling penting. jangan tegur sebarang benda pelik, cukup sekadar bergomel didalam hati.\nJin itu wujud, lebih lebih lagi didalam hutan.\nBunian juga wujud.harus kita percaya kewujudan mereka agar diri tidak terpesong.\nandaikata cerita ini tidak seram, aku minta maaf.\ncukup itu sahaja pengalaman aku yang tiada tokok tambahnya.", "lupa juga,aku seorang yang boleh merasa kewujudan mereka secara kuat. lihat atau berkomunikasi dengan benda tu hanya dengan izin Allah. hanya beberapa kawan rapat ku tahu tentang ni dan tak perlu kot aku cerita dekat semua orang.bukan semua percaya.\nmengenai penulisan ku mohon maaf , terima kasih kerana sudi membaca.\nassalamualaikum." ]
[ "cerita lg, pengalaman anda yg lain." ]
https://fiksyenshasha.com/pengalaman-seram-dengan-adik/
Pengalaman seram dengan adik
[ "Cerita ni terjadi tahun 2019 waktu aku dengan adik perempuan ke KL untuk tengok virtual exhibition of Monalisa dengan other Da Vinci’s artworks. Kami tinggal di satu hotel bajet di tengah bandar KL.", "Hari pameran tu aku ajak sorang lagi kawan yang minat benda yang sama untuk join sekali. Tengah-jalan dalam gallery tu sampai dah habis tengok pameran kami ternampak ada satu bilik kecik di tengah ruang yang agak terbuka. Kami pikir tu mungkin salah satu dari exhibition so masuk je la tak pikir apa.", "Tapi kami rasa pelik sebab masuk dalam tu macam lari tema dengan pameran. Yang aku ingat ada macam patung sembahyang orang Buddha, pastu incense stick yang tengah berasap. Bilik tu takde orang pun.", "Kitorang masuk jenguk jenguk kejap pastu terus keluar sebab rasa pelik. Pastu tengok takde pun orang lain masuk dalam so ingat maybe kami tersalah masuk.", "Balik hotel malam tu lepas makan memang aku terbongkang tidur terus. Bangun Subuh tu adik adik kejutkan ajak checkout terus dari hotel. Bila kita tanya dia kenapa kalut sangat, tengah hari nanti je la check out. Dia cakap jom je la tak yah tanya banyak.", "Waktu on the way drive balik rumah tu baru dia cerita sebenarnya semalam dia tak leh tidur.", "Bilik hotel kitorang tu kecik je, katil queen, adik tidur sebelah almari yang dalam tu ada safety box, aku tidur sebelah tingkap. Kecik dia tu kalau adik kat atas katil, tangan dia boleh je reach the closet tanpa turun dari katil.", "Katanya waktu aku dah terlelap tu, dalam pukul 1 pagi dia dengar bunyi ‘someone’ main tekan tekan number cuba masukkan pin safety box pastu bunyi tetttttt sebab pin salah. Adikku apa lagi, berselubung dalam selimut la sambil pasang ayat al-Quran dekat phone. Tapi bunyi tu tak stop, berlarutan sampai ke Subuh. Bila dia cuba nak lelap tu, dia rasa cam ada tangan dok usap usap kaki adikku sampai ke betis, meremang terus tapi adik aku ni jenis hati kering, dia ‘ish’ kan saja benda tu plus dia dah annoyed dengan bunyi hantu nak masuk pin tak dapat dapat dari tadi lagi sebab bising sangat kacau dia tidur.", "Bila dah azan Subuh baru bunyi tu stop, tidur adik pun tak lena last sekali kitorang check out je la lepas solat tu. Kami suspect maybe sebab bilik pelik yang kami masuk dekat gallery tu sebabnya malam first tidur kat hotel takde gangguan apa pun. Malam second lepas lawat gallery tu yang dia kena kacau. Anyway benda tu stop takat bilik hotel tu je la, alhamdulillah.", "Cerita kedua ni baru je jadi bulan 3 tahun ni. Saja jalan jalan kejap kat Ipoh, tidur kat satu hotel dekat Kinta.", "Bila sampai hotel aku tengok atas bawah macam suram, vibe pun rasa tak berapa best. Tapi sebab dah book proceed saja, lagipun satu malam saja.", "Waktu sampai bilik kami tu rasa suram dan seram semacam, adik aku rasa biasa saja, jadi aku abaikan saja feeling tu. So lepas letak beg terus keluar berjalan. Pukul 10 malam baru kami sampai hotel semula nak tidur.", "Adik yang keletihan, lepas mandi dah berdengkur dah. Aku pulak tiba tiba malam tu tak leh tidur. Bilik tu agak luas, katil queen, side table kat dua dua belah katil. Nak adjust suhu airocond ada dia punya button controller kat sidetable belah adik aku tu. Bila tekan button tu akan bunyi tet tet jugak lah.", "Aku yang still wide awake dok main phone sorang sorang sampai tak sedar pukul 1 pagi dah. Aku sebenarnya dok rasa seram sejuk dah, belakang badan aku ni dok rasa tegak bulu roma tapi sebab takde jadi apa apa time tu kita buat donno je la. Tapi elok lepas tu aku dengar bunyi tet tet tet orang dok tekan button controller aircond belah adik aku tu. Ahhhh sudah, aku ni dah la penakut, makin tegak bulu roma aku. Nasib baik time tu aku membelakangkan adik aku tu, dia tengah sedap berdengkur tak sedar apa dah. Aku ni makin celik mata.", "Bunyi orang tekan button tu banyak kali jugak la, ada lebih 20 kali kot. Aku pun slow slow tarik selimut tutup satu badan, tapi mata terbuntang luas tak leh nak tidur. Nak main phone pun tak keruan, makin anxious sebab dok fokus kat bunyi tu. Last sekali dia stop sendiri. Berdebar tu jangan cakap la. Bila aku rasa cam okay sikit, aku bukak selimut slowly tengok sekeliling aku, sebab kalau aku statik bawah selimut tu makin overthink jadinya. Ingat nak sambung main phone tapi batteri 10%, tempat nak charge nun jauh kat vanity table.", "Last sekali pikir punya pikir aku decide nak turun bawah kat lobby. Entah kenapa aku rasa yang tu the best option for me yang masih ketakutan. Rasanya sebab makin lama aku tengok bilik tu makin seram jadinya. Aku terus turun katil tukar baju, bawak charger siap nak turun. Elok nak buka pintu tu dengar bunyi ‘krekkkk’ orang pijak tile belakang aku. Aku terus pecut keluar tak tengok belakang dah. Nasib dalam lift takde apa.", "So aku melepak la di lobby ditemani sorang staf kat bawah tu layan phone sampai ke Subuh baru la aku berani naik atas.", "Bila sampai rumah tu baru aku bukak cerita kat adik aku, yang aku lari turun lobby tinggal dia sorang sorang kat bilik sampai Subuh.", "“Kak, hang memang kuajaq noh”." ]
[ "adik ko kene dia rilek je tak tinggalkan ko.. ko kene ko tinggalkan dia teruss. hampeh!", "Penceritaan yg simple dan Best…👍" ]
https://fiksyenshasha.com/pejabat-berhantu/
PEJABAT BERHANTU
[ "PEJABAT KU BERHANTU?", "Tahun di mana saya bergelar Novelis dan Display Artist. Waktu ini saya buat dua kerja dalam satu masa. (Tak ada kene mengena dengan Pak Menteri)", "Nak dijadikan cerita… satu malam itu saya bekerja syiff malam. Dalam pukul 9-10 malam saya masih di dalam ofis. Siapkan beberapa kerja grafik sorang-sorang! Diulangi SORANG-SORANG.", "Kebiasaannya ofis itu hanya ramai orang time siang. Start pukul 7 dah ramai pulang. Seperti biasa saya akan mengadap kerja-kerja yang dioder. Sesekali itu pasang lagu-lagu di dalam Note saya.", "Bunyi pintu tandas ditolak kuat kat belakang. Saya memang dah sedia maklum, setiap malam pasti akan ada bunyi pintu tandas wanita dihempas kuat. Dan saya tak ambil kisah sebab saya banyak kerja nak buat. Saya tahu pasal cerita bunyi-bunyi pelik di laluan ke tandas Perempuan itu. Tapi saya buat bodoh je. Sesekali saya bersuara jugak.", "“Aku nak buat kerja ni!”", "Selepas saya bersuara itu suasana kembali seperti biasa. Muzik di Note saya berkumandang seperti biasa. Sudahlah pejabat itu boleh tahan besarnya. Hanya di meja saya sahaja ada lampu menyala. Kawasan lain gelap dan kelam.", "Sedang asyik buat kerja telinga saya menangkap bunyi seperti telefon di salah satu meja rakan pejabat berbunyi", "Trutt… trutt… trutt…", "Kemudiannya diam!", "Saya angkat kepala menjenguk mencari telefon dari meja mana berbunyi? Berkalih ke kiri dan kanan tapi tak nampak ada signal telefon menyala. Meja ofis ada dinding seperti papan yang menjadi sempadan antara satu meja dengan satu meja. Disebabkan itulah saya terpaksa memanjangkan leher mencari dari mana datangnya bunyi telefon.", "Saya menyambung kerja-kerja saya kembali sambil diiringi muzik-muzik dari Note saya. Biasalah, sambil tangan buat kerja, mulut saya menyanyi.", "Truut… truut… truuut..!", "Bunyi seperti telefon berdering lagi. Kali ini lekas-lekas saya memperlahankan lagu dari Note saya. Memang jelas sekali bunyi deringan itu. Kuat dan… lain dari bunyi telefon yang ada dalam pejabat itu.", "Saya menjenguk lagi kepala saya. Kali ini saya nampak telefon yang juga mesin fax di hadapan pejabat big bos menyala.", "“Eh? Mesin fax? Sape plak yang call fax malam-malam macam ni?”", "Itu yang saya bicarakan. Sebab utamanya, sebelum ini memang mesin fax itu jarang berbunyi. Dan kalau berbunyi pun hanya di siang hari. Tapi amat jarang sekali. Ini dah malam, lagilah menambah rasa hairan.", "Saya nak bangun pergi tengok andai berbunyi lagi. Tapi baru nak bangun dia dah diam.", "“Hish… kacau ajelah!” Rungut saya.", "Saya kembali meneruskan kerja-kerja yang tertangguh. Muzik dari Note saya hanya kedengaran perlahan sahaja. Sengaja saya buat macam itu sebab nak dengar bunyi fax itu lagi.", "Dan tak sampai dua minit, mesin fax itu berbunyi lagi. Baru sahaja saya nak menolak kerusi dan bangun telinga saya menangkap bunyi yang buat seluruh jantung saya terhenti sejenak.", "Truut… truut… truut… klak…! Kkluk…!", "Saya tercengang! Mata membulat! Bunyi gagang telefon fax itu diangkat dan diletak kembali ke tempatnya. Cukup jelas sekali! Dan saya bukan bermimpi. Saya bingkas bangun dan merenung tajam mesin fax itu. Ya TUHAN! Gagang telefon tu senget tak seperti awalnya kemas. Hati dah berdebar-debar. Saya berani kan diri bergerak ke arah mesin fax itu. Memang ada lampu merah kecil di mesin itu menyala kelip-kelip dan gagang telefon itu beralih dari kedudukannya.", "Persoalannya… siapa yang angkat gagang telefon fax itu dan letakkan kembali ke tempatnya? Secara tiba-tiba terasa ada sambaran angin… diulangi seperti ada angin datang bergerak berhampiran dengan tempat saya berdiri. Bulu roma meremang tu memang tak dinafikan lagi. Besar terasa kepala saya. Menurut apa yang saya pelajari, andai meremang sehingga ke kepala, kita dihadiri kedatangan benda halus yang tak elok!", "Saya bergerak ke arah meja kerja saya. Dan saya memasang surah yassin yang sudah tersedia ada dalam Note saya. Hati dah tak boleh nak fokus bekerja. Mulut terkumat kamit membaca ayatul Qursi.", "Pada ketika saya sedang mengemas dan bersedia menutup komputer, terasa ada benda besar berdiri di belakang saya. Benda itu seperti marah. Iyelah… kau pasang surah yassin, lepas tu zikir 3 Qul dan Ayatul Qursi. Mau dia tak marah. Bunyi pintu tandas perempuan dihempas kuat. Saya dah rasa… ini waktu yang sesuai aku blah!", "Esok pagi… saya ceritakan kepada kawan Display Artist saya. Lepas tu dia tak berani nak kerja lewat sorang2 di dalam pejabat lagi. Sebenarnya… mesin fax tu memang wayarnya tak bersambung. Heee…!", "Berhantukah pejabat ku?", "Setahun selepas saya berhenti kerja dia pejabat itu, saya diberitakan rakan sekerja saya dan team member dalam skuad kelab Badminton saya juga mengalami perkara yang menyeramkan di ofis tu. Tapi… Dia lebih", "hebat sehingga trauma…!", "Ya… Dia berhadapan dengan penunggu yang mengganggu saya ketika saya kerja di situ. Dia boleh dikatakan seorang yang keras hati dan semangat kuat. Tapi kalau dah berhadapan dengan benda yang bukan dari alam nyata ni, memang takla… Hilang semua kekuatan dalam diri.", "Kisahnya hampir sama dengan kisah saya. Dia ke tandas pejabat saya pada ketika waktu sudah menjengah hampir pukul 9 malam. Dan pada ketika dia keluar dari tandas di hadapan matanya tercegat satu entiti bersaiz besar… Luar biasa besar berbanding manusia. Kalau kat tempat kerja itu ada seorang staf bertubuh besar mencecah enam kaki lebih, tetapi apa yang kawan saya lihat ini lebih tinggi lagi.", "Ketinggian benda tu hampir mencecah siling ofis saya yang berketinggian 8 – 10 kaki itu. Dan sebenarnya… Saya juga pernah dapat melihat sosok penunggu ofis itu walaupun secara samar-samar.", "Saya bertanya.", "“Macamana rupa benda tu?”", "Kawan saya menggelengkan kepala. Dia taknak bercerita sikit pun rupa sosok yang terserempak dengan dia itu. Jelas air mukanya berubah. Cuma apa yang dia ceritakan, makhluk tu tinggi, dan mencerlung dengan biji mata merah menyala kepada dia.", "Saya tau dia tak akan bercerita rupa sosok itu. Lantas saya cuba meneka paras rupa sosok itu seperti mana mata saya pernah tersua pandang, walaupun dalam kekaburan dan tidak jelas.", "“Mesti benda itu berambut panjang, tetapi bertocang dan hujung kepalanya hampir ke siling. Lepas tu kulit pucat bermata tirus atau menjungkit ke kening dan merah. Benda tu betina, betul tak?” teka saya.", "Kawan saya menekup telinga dan menggelengkan kepala. Lambat2 dia mengiyakan apa yang saya utarakan sebentar tadi.", "Dan selepas itu saya pun ceritalah beberapa kali saya berjumpa dengan helaian rambut wanita di dalam tandas lelaki. Anehnya helaian rambut itu luar biasa panjang dan hitamnya pekat likat! Seperti tandas lelaki diceroboh masuk oleh staf wanita. Hakikatnya tidak!", "Sebelum itu setiap selepas pukul 9 malam, ofis saya itu akan sentiasa terdengar bunyi yang pelik2. Ketukan pintu tandas dah banyak kali saya dengar. Tetapi apa yang terjadi kepada rakan perempuan saya itu memang RARE! Dia jumpa depan mata beb. Betul2 depan mata. Kalau saya… Entahla… Antara saya bersilat atau purak2 pengsan.", "Apa yang pasti rakan saya itu juga sudah berhenti kerja. Pengalaman seram itu akan dia simpan sampai m**i. Katanya.", "Dia ada bertanya kat saya.", "“Camana boleh tau rupa benda tu?”", "Saya tersenyum dan menjawab sambil tersengih sengih.", "“Kuasa ALLAH.” ", "Berhantukah pejabat aku?", "Taklah… Berpenunggu aje. " ]
[]
https://fiksyenshasha.com/gangguan-penginapan-pelajar/
Gangguan Penginapan Pelajar
[ "Salam perkenalan buat semua pembaca Fiksyen Shasha. Nama aku Su bekas pelajar di sebuah universiti swasta di Pahang. Kisah yang aku nak cerita ni berdasarkan pengalaman seram aku di sana. Bila diingatkan semula, meremang juga. Tapi tidak pasti kalau korang pun rasa seram. Tanpa basi basi lagi, aku mulakan cerita.", "Kisah pertama:\nTahun 2014 merupakan tahun pertama aku masuk ke universiti ini sebagai junior. Masa ni aku tak tahu kisah kisah seram yang terjadi sebab senior fasilitator takde cerita apa apa. Macam biasa la mula mula orientasi, buat aksi itu ini sampai lah habis. Penginapan pelajar kami macam apartment (ada ruang tamu, dapur, 2 bilik dan 2 tandas) so memang selesa. Nak dijadikan cerita, rumah aku blok 1 tingkat 1, dan berhadapan dengan rumah aku ada pelajar pelajar yang suka buat bising macam gelak ketawa dan pasang lagu kuat kuat. Kuat dia tu boleh dengar sampai blok sebelah.", "Benda ni berlaku selepas seminggu tamat orientasi. Aku memang tidur tak ingat dunia masa kejadian tu berlaku sebab aku tidur jenis pasang ayat-ayat al-Quran kat handphone. So mesti korang tertanya, macam mana aku boleh tahu ada gangguan? Esok paginya aku tengok kat depan setiap rumah ada taburan garam kasar dan lada hitam (sebab mak aku cakap kalau nak halau sesuatu ada yang gunakan bahan tu). So waktu rehat tengah makan, kecoh lah satu blok yang rumah tu kena gangguan macam buka paip air keluar d***h dan dengar orang ketawa mengilai. That’s why mereka kena gangguan macam tu, sebab yelah universiti dekat kawasan hutan. So itu rumah ‘diorang’, kita menumpang kena beradab. Pelajar pelajar tu tak duduk rumah tu dalam seminggu, panggil ustaz untuk pulihkan. Lepas tu dah okay, keadaan macam biasa.", "Kisah kedua:\nKisah ni dari mulut kawan aku sendiri, Ani. Kejadian ni berlaku blok 1 tingkat 2 (berhadapan dengan blok 2), ada kisah seram tersendiri. Wallahualam, aku tak tahu benda ni betul atau tidak. Ani ni cerita lah, dulu dia bergaduh dengan housemate dia sebab tak sebulu. Permulaan untuk kenal tu biasa lah kan. Lain orang lain pembawaan. Ani ni terlalu marah dengan housemate sampai nak pindah rumah lain, duduk seorang pun takpe. So dia pergi jumpa pegawai yang menguruskan daftar rumah. Pada awalnya, pegawai tu tak benarkan dia pindah rumah sebab rumah full.", "Ani pun pelik lah, sebab tadi dia lalu la kawasan yang takde orang duduk kat tingkat 2 tu. Dia marah marah lah sebab dia ingat pegawai tu malas nak layan dia, proses pertukaran rumah rumit. Sekali pegawai tu cakap “Kalau awak berani sangat nak duduk kawasan tu, duduklah. Kalau ada apa-apa masalah gangguan, kami tak bertanggungjawab”. Sudahnya Ani terdiam. Kenapa dengan deret kawasan tu takde orang, dia pun tanya senior yang ada kat blok 2 tu. Rupanya kawasan rumah yang dikosongkan tu ada sebab tertentu, dulu ada student b***h diri akibat terlalu stress. Tapi Alhamdulillah, lepas beberapa bulan, kawasan tu dibuka untuk pelajar duduk (dah dirawat agaknya).", "Kisah ketiga:\nBenda ni terkena dengan aku sendiri. Aku ni boleh dikatakan orang lemah semangat sebab dari kecik arwah atuk aku selalu ubatkan aku dengan bacaan ayat ayat al Quran dan kunyit hidup letak disetiap sendi sendi di anggota badan aku ni. Kekuningan aku masa kecik kecik dulu. Sebelum aku sambung cerita, sedekahkan Al-Fatihah buat arwah atuk ayah mak, nenek ayah mak, paklang, pakusu dan sesiapa yang telah meninggal dunia.", "Okay, masa ni aku dan housemates aku pindah rumah ke blok 2 sebab blok 1 digunakan untuk setiap intake baru. So sampai sekarang aku masih ingat lagi “Rumah DI2-01-10”. Masuk masuk je rumah, kau boleh tahu rumah tu suram atau tidak. Aku masuk je rumah tu, aku rasa tak sedap badan sebab yelah dah lah suram, kotor pulak tu. Katil aku di ruang tamu, so macam seronok lah boleh terus lepak kat beranda rumah. Fi pun katil dekat ruang tamu, sama course accounting, acah acah buat tol siapa nak lalu sidai pakaian diberanda kena bayar. Memang lawak lah masa tu.", "Aku rasa masa tu pelawanan bola sepak AFF Championship Malaysia vs Vietnam kut, aku dan Ain sungguh sungguh buka laptop nak tengok bola kat katil aku. Memang rancak bising gila-gila lah. Aku pun masa tu lupa diri, seronok memekak dengan Ain. Habis je siaran langsung tu, terus siap siap nak tidur. First aku terlupa nak pasang bacaan ayat ayat al Quran, dan lupa nak basuh kaki sebelum tidur. Malam tu aku susah gila nak tidur, mengereng ke kiri ke kanan. Lalu aku pun ambik earphone, pasang lagu instrumental untuk tidur, so memang tertidur lah.", "Dalam jam 4.44 pagi aku terbangun, aku tengok handphone. Masa tu aku mengereng ke kiri, bila aku alih badan ke kanan. Aku terus rasa aku kena himpit dengan sesuatu. Sumpah demi Allah, berat sangat sangat sampai nak terputus nafas aku dibuatnya. Punya aku bergelut nak lepaskan diri, tiba-tiba bunyi kerusi meja makan kat ruang tamu tu bunyi gesekan besi dekat lantai bergerak menuju ke arah antara katil aku dan Fi. Aku bukak mata sikit sikit, so nampak bayangan kerusi tu. Aku jerit sekali “Allahuakbar”, terlerai himpitan makhluk tu dan aku bukak mata tiada kerusi kat situ. Fi yang tertidur terus terjaga dan pasang ayat ayat al Quran.", "Lepas tu aku dengar Ain meracau dalam bilik tidur kuat gila. Aku dan Fi terus melompat dari katil dan tengok keadaan Ain, Alhamdulillah lepas Eli (kawan sebilik Ain) baca ayat Kursi hebus di umbun, Ain terdiam dan tidur macam biasa. Aku macam biasa terus longlai dan call parents aku untuk balik buat rawatan dengan ustaz. Nasib baik takde kelas esoknya, cancel. Kitorang satu rumah balik kampung masing masing untuk berubat. Tapi sebelum balik tu, rumah tu ayah Ifa azankan dan letak garam kasar bersama cili kering dalam satu mangkuk di tengah tengah rumah.", "Ahad tu kitorang semua balik serentak ke universiti. Ayah aku azan dulu dalam rumah setiap sudut, dan mak aku letak daun limau purut berserta batang duri kat pintu, tingkap dan beranda. So lepas tu okay, takde gangguan. Tapi tak berapa lama kemudian, jiran aku “Rumah DI2-01-11” kena gangguan, tapi dalam bentuk lembaga hitam dalam toilet dan ruang tamu. Jadi aku dan housemates aku bantu dorang buat bacaan Yaasin beramai ramai. Benda tu keluar dari rumah. Tapi silapnya benda tu masuk ke rumah kitorang, setakat kena gangguan panggil nama je lah. Bergilir gilir kitorang semua buat bacaan Yaasin setiap hujung minggu.", "Yang silapnya bila dah nak dekat waktu final exam, kitorang kekurangan bekalan limau purut dan batang durinya. Dah kecut, Fi pergi buang kat tong sampah. Last paper esok harinya, jadi kitorang buat la rumah ni macam kelas study group. So memang akan bising dengan suara kitorang menghafal. Ana kawan satu course Eli pun join sekali masa tu. Okay malam tu, aku, Ifa dan Ana set masa nak study pukul 4 pagi. Aku pun kunci jam bunyi ayam kokok. Fi tidur kat katil dia sorang. Aku, Ifa dan Ana tidur kat lantai berdekatan dengan meja makan. So kejadian sama, pukul 4.44 pagi aku terbangun sendiri tengok jam. Aku kejutkan si Ifa ni, tapi Ifa tidur lena. Begitu jugak dengan Ana. Oh sebelum aku lanjutkan cerita, aku ni rabun jauh.", "Bila aku alihkan mata aku nak tengok meja belajar aku, aku ternampak “Fi” berdiri tegak mengadap aku. Aku dah rabun, tak nampak muka “Fi” dengan jelas. Yang aku perasan rambut “Fi” tutup muka, pakai t-shirt merah, berkain batik dan ada tuala suci putih terang sangkut dibahu. Aku pulak mamai pergi tegur “Fi nak pergi mandi ke?”. “Fi” pun angguk tanpa bersuara. Aku pun balas je lah “Oh pergi lah mandi”. “Fi” tu pun beransur pergi dan aku tidur balik. Dalam pukul 5 pagi tu, aku nak pergi tandas nak buang air. Aku pun bangun tanpa pakai spek terus masuk tandas. Bila keluar tandas tu, aku nampak sesuatu benda hitam kat bilik mandi. Aku pun fikir mungkin kain batik basah kut. Terus aku lalu dan tidur balik.", "Paginya pukul 6:30, Ifa kejutkan aku untuk solat dan study. Aku pun bangun mandi dan solat. Terus ambik nota dan hafal. Macam takde berlaku apa apa kan? Hahaha. Lepastu kitorang semua lapar, turun ke foodcourt beli makanan bungkus makan kat rumah. Masa syok syok lepas makan, aku pun pegang nota sambil tanya Fi kebetulan Ifa join makan dengan Fi, “ Fi, pagi tadi ada mandi ke?”. Dorang berdua gelak gelak, assume betul la kut. Aku pun satu gatal tanya soalan bukan bukan “Jadi betul lah pagi tadi mandi pukul 4.44 pagi?”. Terus air muka dorang berubah dan cakap mandi pukul 6:15 pagi.", "Wah aku tegur siapa pagi tu. Aku pun cerita ciri ciri “Fi” yang aku tegur pagi tu. Terus pucat muka Fi sebenar, dia bagitau yang tuala dia jemur kat beranda malam tu dan warna pink bukan putih suci terang. Ah sudah, aku tegur jelmaan macam dia. Nasib baik petang tu last paper, dan aku pass dapat A+. Orang cakap last last paper ni memang kena ganggu yelah kita pun dalam keadaan serabut kan. Terus kitorang semua packing barang dan terus balik kampung.", "Kisah keempat:\nKisah seram kat blok 4, yang dahulunya 7 tahun tak pernah bukak, akhirnya bukak atas sebab student ramai masa tu. Jadi kitorang split rumah, sebab aku duduk dengan Ani, Sher dan Mim. Eli dan Ain duduk dengan housemate baru. Ifa dan Atin duduk penginapan lain. Fi duduk dengan roommate baru, senior. Yang ni kisah seram setakat main bunyi dan berbisik. Nak dijadikan cerita, housemates aku ni jenis suka cerita cerita seram. So petang tu aku ada kelas dalam pukul 4 – 6 petang, Sher dan siapa tak ingat mintak suggestion cerita seram apa best. Aku pun bagilah cerita seram tu tapi pesan “tengok sampai habis sebab dalam tu ada bacaan bacaan, nanti masa ending kisah ni ada ayat penutup”. Dorang pun angguk dan layan. Aku pun terus ke kelas.", "Tapi kelas tu dalam 1 jam je, sebab pensyarah ada urusan. So aku balik la nak makan, lapar weh. Lepas tapau, terus balik rumah. Bila aku masuk je bilik, dorang dah tengok cerita lain. Aku pelik lah sebab cerita tu 2 jam tak silap. Aku geram lah kenapa tak tengok sampai habis. Dorang cakap seram tak sanggup. Lah masak aku kali ni, mesti pelik pelik berlaku. Malam tu memang kaw kaw aku kena ganggu. Masa ku tidur, aku pusingkan badan aku ke kiri, aku nampak langsir bilik aku macam ada yang menyelak. Rupanya Sher tak tutup tingkap masa tidur. Angin takde masa tu, sebab semua tingkap bukak, tapi yang terselak atas kepala Sher je. Dalam hati aku, ah m**i aku. Aku terus tutup mata buat buat tidur kononnya. Lepas beberapa minit, kunci rumah aku berbunyi macam ada orang main. Lagi sekali aku pusing badan ke kanan, cakap dalam hati lantak kau lah, aku nak tidur esok kelas pagi. Tengah aku fokus nak tidur, tiba tiba aku dengan bunyi suara budak perempuan gelak gelak. Suara tu berbisik kat telinga aku “hehehe, akak tak tidur lagi ke tu?”. Aku terus capai earphone aku, bukak mata sikit tengok handphone dan pasang ayat ayat al Quran. Langsung terus tidur. Esok nya aku cerita dengan housemate aku pasal tu.", "Kisah kelima:\nBilik masih sama cuma seram dia tak ketara sebab masa tu berlaku sekejap je. Semester baru, masa tu Ani masuk rumah awal. Jadi dia lepak kat rumah kawan lain sementara tunggu aku dan Sher masuk petang tu. Nak dijadikan cerita, malam tu kitorang tengok cerita lawak, serik nak tengok cerita hantu. Malam tu, kami tak dengar bunyi pintu depan. Tapi aku dan Sher memang malam akan tutup pintu bilik dan kunci. Kitorang nampak bayang orang lalu terus je. Assume tu Ani la kut. Kitorang buat bodoh je lah. Lagi sekali bayang hitam tu lalu tapi berhenti kat depan bilik kitorang. Lama jugak, lepas tu bayang tu lalu menuju ke ruang tamu. Sher pun rasa cuak terus whatsapp Ani, “Hang dah balik ka? Awat tak ketuk pintu kitorang”. Sekali Ani reply “Aku masih kat rumah kawan aku lah, aku belum balik lagi. Kau jangan takutkan aku. Esok lah aku balik kalau macam ni”. Lepas tu takde dah kejadian pelik. Yang pelik masa nak dekat final exam, just bunyi gayung atau cebok air jatuh dari tempat flush air. Aku dan Mim je dengar masa tu, tapi buat tak kisah sebab esok paper accounting killer. Lantak dia lah nak main apa.", "Kisah keenam:\nIni sekadar perkongsian pendek dari Ana, sebab ana ni jenis hijab terbuka. Kat blok 4 tu memang ada macam macam. First, budak kecik yang gelakkan aku tak tidur tu, asalnya ada kat rumah Eli. Second, kat tangga laluan kitorang ada satu gadis baya baya 20-an berdiri tegak tengok orang lalu. Jangan risau, sebab dia tak ganggu orang. Itu je yang aku dengar dari mulut Ana. Selebihnya takde apa apa yang pelik.", "Semua kejadian aku cerita ni masa aku diploma. So, waktu diploma je lah yang kerap kena usik dengan benda benda ni. Even kat kawasan kampus ada juga Cik Cong. Bila dah degree ni jarang sikit kena, ada lah tempias sikit. Well, banyak kena junior aku. Ada kes histeria, tu kelakar sikit. Tapi takpe lah, nanti nanti aku share untuk kisah seram degree dalam universiti yang sama. Terima kasih sudi membaca." ]
[ "Uniten ni confirm.. Blok Ilmiah kan haha" ]
https://fiksyenshasha.com/tingkat-4-part-i/
TINGKAT 4 PART I
[ "Assalamualaikum dan hai , kembali lagi bersama ira, korang ingat tak yang aku pernah mention pasal tingkat 4 bangunan sekolah aku dalam KELAS MALAM dan BOTOL BESI?.\nJadi hari ni aku nak share story pasal bangunan tersebut, oke jom~", "Setelah bangunan tu dibina, khabar angin tentang penunggu pokok tembesu di situ mula tersebar , bukan hanya di kalangan murid-murid dan guru, malah ianya turut tersebar luas kepada orang kampung.", "Pokok tembesu yang berada di dalam kawasan sekolah iaitu di tepi pagar yang dulunya tersergam tinggi terpaksa ditebang kerana renovasi yang akan dilakukan di sekolah tersebut adalah punca kepada segala khabar angin yang tersebar.", "Ada yang mengatakan setiap kali mereka balik berjemaah dari masjid selepas isya’ mereka akan terdengar sayup sayup bunyi perempuan menangis diikuti hilai tawa jika melalui kawasan tersebut.", "Pernah juga orang kampung mengatakan dia terserempak dengan sosok wanita yang memakai baju seperti jubah tetapi yang anehnya jubah itu bukanlah seperti yang dilihat seperti dalam filem-filem seram , berwarna putih dan terdapat kotoran, namun yang selalu mereka ketemu di kawasan itu sosok tersebut memakai baju berwarna merah, ramai yang menggambarkan gambaran tersebut adalah cik ponti ataupun langsuir tapi tiada pengesahan mana-mana pihak berkaitan spesies entiti tersebut, mana tidak nya , kedengaran suaranya sahaja sudah cukup seram untuk merembeskan hormon adrenalin dan secara automatik membuatkan mereka menjadi pelari pecut 100km.", "Setelah bangunan baru tersebut selesai dibina harapan pihak sekolah untuk menggunakan bangunan tersebut secara secepat mungkin ditepis kerana terlalu banyak gangguan. Bukan pihak sekolah tidak mengambil endah dan ikhtiar, sudah berkali-kali mereka menjemput para-para ustaz dari pelosok negeri mahupun dari luar negeri untuk menyembuhkan keadaan namun tindakan tersebut hanya ibarat mencurah air ke daun keladi.", "Sehinggalah setelah 6 bulan lebih bangunan tersebut tersadai pihak sekolah terpaksa menggunakannya kerana bangunan lama yang diperbuat daripada kayu roboh akibat ribut dan banjir yang melanda pada musim bah/hujan.", "Solat hajat dilakukan beramai-ramai untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT dan berharap bahawa gangguan tersebut akan berhenti namun itu hanyalah seperti berimpian untuk memekarkan bunga yang tak akan mekar di dalam mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan.", "Bangunan yang bertingkat empat itu mula digunakan oleh para guru dan murid-murid untuk meneruskan silibus pembelajaran mereka, dimana pada tingkat satu ataupun selalu digelar sebagar ground floor ditempatkan bilik guru, stor alatan sukan dan bilik kosong yang belom lagi decide untuk dijadikan bilik apa. Di tingkat dua pula terdapat dua makmal sains, tandas, dan bilik kesihatan manakala di tingkat tiga hanyalah sederet barisan tiga bilih darjah yang belum digunakan.Dan di tingkat 4 terdapat perpustakaan, bilik tayangan, bilik muzik dan tandas.", "First story: Perpustakaan dan bilik tayangan", "“Weh mari kito naik pustako nok?” ( Jom kita pergi kat perpustakaan nak) tanya Syikin. Masa tu masa rehat , kitorang pon semua setuju. Kami bertiga iaitu aku, Su dan syikin pon mula memanjat anak-anak tangga untuk menuju ke perpustakaan. “Fuhhh letih wehh, kalu gini nak nak hari kuruh laa kito” (Fuhhh penat weh, kalau macamni tiap-tiap hari kurus la kita) aku berkata dan mereka hanya memberi reaksi ketawa.", "Semasa kami masuk ada laa beberapa orang pengawas perpustakaan yang sedang bertugas. Mata aku tertumpu kepada seseorang yang berada di sudut bacaan, Cikgu Azilah, untuk pengetahuan korang, cikgu Azilah ni cikgu favorite kitorang yang mengajar mata pelajaran matematik kelas kami.", "Kami bertiga pon mengambil tempat duduk disebelah Cikgu Azilah selepas masing-masing sudah memilih buku yang ingin dibaca. Cikgu Azilah mengatakan Cikgu Zamri tidak hadir hari ini dan Cikgu Azilah akan menggantikan masa cikgu Zamri iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu selepas rehat nanti, alang-alang tu boleh lah sambung teros dengan masa matematik selepas masa bahasa melayu.", "Cikgu Azilah berkata dia sudah maklumkan kepada semua murid kelas kami untuk naik ke perpustakaan selepas waktu rehat tamat dan kami bercadang untuk menunggu mereka di perpustakaan sahaja.", "Selepas waktu rehat habis semua pengawas perpustakaan turun ke kelas mereka dan meninggalkan kami berempat. Kami dibawa ke bilik tayangan, kata cikgu dia ingin menayangkan video berkaitan pembelajaran matematik. Keadaan pada ketika ini masih normal walaupun ada sedikit seram sejuk kerana penghawa dingin yang terpasang dan kesunyian yang teramat.", "Setelah televisyen mula dipasang cikgu menutup lampu bilik tayangan, “Cikgu , cikgu tok sey tunggu puok puok dio ko?” (Cikgu, cikgu taknak tunggu murid-murid lain dulu ke?) Tanya Su kepada cikgu. Cikgu Azilah hanya tersenyum dan memberi isyarat menggunakan jari telunjuk untuk menyuruh kami menonton tayangan televisyen yang baru bermula tidak kurang dari 5minit.", "Tapi yang peliknya video tersebut hanya menayangkan cd rosak. Kami bertiga melihat kepada Cikgu Azilah yang kedudukannya kebelakangan dalam 2 kerusi, seperti tadi dia hanya mengarahkan kami untuk sambung melihat sambil melemparkan senyuman.", "Tiba-tiba babak yang tidak asing muncul di kaca televisyen iaitu babak filem The Ring di mana Sadako keluar dari perigi di tengah hutan ditambah pula dengan kerusi di belakang kami mula jatuh seperti ada yang menolaknya dari belakang, apa yang buat kami tidak lagi berhusnuzon ialah tiada lagi kelibat Cikgu Azilah dibelakang kami, dia kemana?? Tak kan lah nak prank kitorang kot..Kami cuba membuka pintu namun tindakan itu hanya sia sia kerana pintu tersebut seperti terkunci dari luar, Syikin sudah mula menangis kerana terlalu takut dan masing-masing berpengangan tangan.", "Tanpa kami sedar watak sadako tersebut mula mendekati skrin televisyen dan ppanhgh!!! Terdapat ilusi kaca yang pecah pada televisyen tersebut. Tapi setelah diamati hal itu bukanlah ilusi semata-mata, air dari baju sadako tersebut mula menitik ke lantai , makhluk tersebut cuba melangkah keluar dari televisyen, aku mula menyepak dan merempuh pintu bilik tayangan tersebut.", "Setelah beberapa kali percubaan aku berjaya dan kami bertiga bergegas lari keluar. Tiba-tiba kami terserempak dengan ketua kelas kami, dia bertanya dimanakah keberadaan kami bertiga selama ini, kami hanya menjawab kami berada di dalam bilik tayangan , lalu dia berkata “bakpo maso aku gi bilik tanyangei aku tok napok pon sekmg?”(kenapa masa aku pergi bilik tayangan aku tak nampak pon korang?). “mg tok perase kot” ( Kau tak perasan kot ), aku berkata. “Cikgu Zamri suruh aku cari sekmu, sebab sekmu takdok dalei kelas, yo nok sambung teros sekali nge maso cikgu Azilah sebab Cikgu Azilah tok mari hari ni” (Cikgu Zamri suruh aku cari korang sebab korang takde dalam kelas, cikgu Zamri kata dia nak sambung terus sekali dengan masa cikgu Azilah sebab cikgu Azilah tak datang harini) kata Adam merangkap ketua kelas kami. Memang sahla yang bersama kami tadi bukan Cikgu Azilah, patutla tiba-tiba hilang…", "Bukan ini sahaja cerita tentang bangunan tersebut, cerita lain nanti aku akan share kerana kalau nak share sekarang mungkin ia akan melebihi had perkataan.Nanti aku akan cerita , cerita berkaitan dengan bilik muzik dan bilik kesihatan, see you soon~~~" ]
[ "next time tulis dalam bahasa malaysia penuh sahaja lah" ]
https://fiksyenshasha.com/dunia-tentera-aku-part-2/
DUNIA TENTERA AKU Part 2
[ "DUNIA TENTERA AKUDANKISAHLAPANG SASAR DI GURUNDAHAGAKAN D***HLAPARKAN NYAWA PARA TENTERACHAPTER 2", "EPISODE MENEMBAK LORONG HUTAN", "The day 3", "Kami masuk phasa Menembak Lorong Hutan dengan menggunakan peluru hidup, menembak di sasaran yang muncul secara tiba-tiba. Umpama menguji kepantasan anggota bila berjumpa musuh yang tidak di duga.", "Lengkap dengan alat penyamaran, kami menunggu untuk masa dan turn masing-masing. Masa untuk dipanggil bagi sessi yang mendebarkan. Sementara menunggu Nombor diri dan jurulatih akan memanggil nama, dan oleh itu, seperti biasa setiap pelatih akan diminta mendendangkan satu lagu. Tapi jika tidak bernasib baik, ada lagi pula permintaan yang seterusnya.", "Bila tiba masa aku, memang dah aku standby awal-awal, sebabnya Pegawai Wanita memang tak ramai.kalau nak cari senang je jumpah , memang tak boleh nak sorokkan diri. Lagu yang menjadi favourite aku, apa lagi, memang lagu dari Filem 6 Jahanam. Gurindam Jiwa.", "Aku pun dengan terketar-ketar gugup dan malu, mula dendangkan lagu dengan suara dan nada yang ke laut.", "Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan", "Anak cina pasang lukahLukah dipasang di Tanjung JatiDi dalam hati tidak ku lupaSebagai rambut bersimpul m**i", "Batang selasihm permainan budakDaun sehelai dimakan kudaBercerai kasih bertalak tidakSeribu tahun kembali juga", "Burung merpati terbang seribuHinggap seekor ditengah lamanHendak m**i di hujung kukuHendak berkubut di tapak tangan", "Kalau tuan mudik ke huouCarikan saya bunga kembojaKalau tuan m**i dahuluNantikan saya di pintu surga", "Seperti biasa, setiap kali lagu-lagu yang aku dendangkan, mesti menjadi ikut- ikutan. Mereka pun turut terjangkit dan ikut aku bersama-sama menyanyikannya.", "PWII Hassan yang sememangnya selalu mengikuti perkembangan kecemerlangan aku pula, menyambung bait-bait lagu dengan mendayu-dayu. Tentera dan lagu memang berpisah tiada. Jauh dari sanak keluarga, lagu menjadi penawar pengubat rindunya.", "Lepas habis aku menyanyi dengan anggota sindiket aku, tiba-tiba", "Ada suara latar yang menyambung dendangkan lagu itu.", "Dengan nada yang lebih sayu dan mendayu-dayu. Suara dari seorang perempuan yang pastinya bukan dari sindiket aku, dan bukan juga dari platun aku. Dan dia menyanyikannya dengan nada “miming” sahaja", "Ermm ermmm eermm eemmmmmErrrm mmm errmm mmmmmmmmEmmm emmm eemmmm ermmmEeermmm eeerrmmm errmmmm ermmm", "Dalam keadaan ngeri semacam masa tu, aku rasa macam ada orang yang sedang memerhatikan aku dari belakang, tapi bila aku menoleh, memanglah ada tapi orang lelaki, dan rakan wanita seperjuangan aku. Yang pasti bukan insan yang bersuara merdu mendayu-dayu, yang ada dengan aku itu,adalah suara warga tentera.", "Aku diamkan diri sahaja. Kalau aku cerita dan beritahu mereka, nanti mereka akan kata aku ni mereka-reka cerita, atau mungkin cerita aku akan menjadikan mereka takut pula nanti. Masa itu juga bau kapur barus, bau kemenyan seimbas lalu ke deria bau aku. Dan sesekali macam bau haruman bunga kemboja melintasi deria bau aku. Mungkin juga sipenulis dan sipencipta lagu orang dulu-dulu juga bukan calang-calang ilmu di dada. Seolah-olah diseru-seru bila mendendangkan lagu ini. Teringat aku, arwah nenek angkat aku kaya dengan ilmu ni semua. Ilmu pemikat suara dan ilmu pengasih yang bila orang dengar tak pernah jemu dan tak pernah lupa.", "Dan kisah aku tiba-tiba terhenti apabila", "Left Muda Rahman, berlari keluar dari Lorong Hutan A, yang tanda dah berakhir ujian bagi dia, dengan muka yang nampak agak murung dan serabut", "Left Muda Rahman bersuara", "– Ouiiit, gila betul tadi..", "Kami bertanya, kenapa pula", "Aku masuk tadi, aku memang nampak target tu dah naik, tapi bila aku “tenang” dan nak mula menembak, aku nampak yang ada kat situ macam kepala gorilla mata merah. Apa lagi aku jadi terkedu, dan memanglah aku tak boleh tembak’", "Tengah aku confused macam tu, tiba-tiba Staff Malik datang, dan dia tepuk belakang aku. Apa lagi melompat aku dibuatnya, Aku betul-betul terkejut!", "Staff Malik tanya aku", "Kenapa kamu tak tembak?", "Left Rahman jawab", "Staff, saya nampak kepala gorilla tadi.", "Staff Malik jawab", "Dah, diam-diam, terus maju hadapan.", "Lepas dari itu aku tembak sasaran okay pula, kenapa dia datang tu pun aku tak tahu.", "Masa aku nak keluar, aku berlari, aku rasa ada orang yang ikut aku, bila aku menoleh tak ada orang. Staff Malik dah laju jalan keluar tinggalkan aku. Tapi, sebenarnya siapa dia tu??", "Masa itu, kami semua berpandangan sesama kami.", "Bila tiba giliran aku", "125687 Left Muda N", "Lorong Hutan B", "Aku pula dah pun standby dengan senjata M16 dan dengan peluru hidup yang telah siap di cekah. Aku melangkah dengan penuh debaran ke tapak lorong hutan, rasa takut, rasa cuak, silih berganti menghimpit hati dan perasaan aku. Lagi-lagi bila aku dengar cerita, geng aku yang terdahulu telah di ganggu oleh anasir-anasir yang tidak boleh tembus oleh pandangan mata kasar.", "Puan N, jom", "Terkejut aku. Mana tidaknya tengah aku mengelamun dan lepas dengar suara orang perempuan miming, menyanyi lagu gurindam jiwa, tiba-tiba nama aku dipanggil.", "Sedang aku mendahului Ssjn Anwar tiba-tiba, nampak dicelah-celah pokok macam ada orang melintas, sudah pasti bukan jurulatih sebab kawasan tu adalah tempat papan target tersembunyi, papan sasaran yang akan ditembak dengan peluru hidup oleh kami.", "Sedang aku berjalan tiba-tiba", "Berdesup benda hitam yang muncul, aku punya terkejut dan terpaku. Aku tak tembak, tiba-tiba rasa nak gugur jantung aku, sebab bahu aku di tepuk oleh Ssjn Anwar.", "Laaa kenapa Puan N tak tembak target tadi??", "Saya terkejut tadi tu Staff,Jawab aku.", "Walhal masa tu, aku nampak ada lembaga hitam sedang melintas di laluan tu tadi, hingga aku lupa untuk menembak sasaran yang dinaikkan di situ.", "Lepas tu, aku melewati satu demi satu target. Peluru-peluru aku ada yang kena sasaran tepat dan ada yang sipi-sipi, sebagai adat semasa berlatih.", "Lega dah habis turn aku. Tapi rasa lega tu tak bertahan lama, sebab sekali lagi aku diserang dengan rasa takut. Semasa aku nak berlari balik ke kawasan berkumpul, tiba-tiba ada bunyi daun-daun kering dipijak seseorang dengan bunyi ranting yang patah. Aku memang asalnya tidak peduli. Aku yakin itu mesti Ssjn Anuar. Aku hanya berlari-lari anak.", "Semasa berlari-lari anak tu, ada suara lelaki menjerit garang dari jauh.", "Ouittt Puan N, berlenggang kangkung kau ye. Aku sebut 3, kamu dah berada di sini.", "Bila sebut No 2, aku pun buka langkah beribu niat segera tiba. Sebabnya aku sendiri pun, dah kecut-kecut perut dengan persoalan,", "siapa yang berjalan tadi?", "Bunyi daun-daun kayu kering yang dipijak, oleh seperti manusia, tapi siapa yg pijak dia?", "Dan, benda tu ke juga", "Memijak, dengan bunyi patahan ranting-ranting kayu kering yang dibelakang aku tadi. Berderap rangup dipijak oleh muatan yang berat, aku agak", "Jika Ssjn Anwar telah berada dulu di pintu keluar laluan hutan tu, siapa pula yang berjalan di belakang aku tu tadi?", "Aku rasa meremang-remang seram sejuk. Baju celoreng yang tebal ni pun mampu buat aku rasa berpeluh sejuk yang luar biasa.", "Apa lagi, aku pun mula buka langkah panjang dan berlari panik walaupun tak laju sebab boot dan celoreng ni dah cukup berat untuk tubuh kurus aku. Senjata M16 pun dah terlalu berat buat aku yang masa itu berat badan aku agak-agak hanya 38kg sahaja, dengan kurus dan tinggi. Berat badan bagi Tentera wanita yang masih berusia awal 20an.", "Bagai tak terasa kaki ini, macam tidak juga berpijak di bumi yang nyata. Tapi aku belasah aje dengan kudrat dan iradat yang aku ada, sambil berlari untuk segera tiba di pintu penamat. Bila aku sampai je ke pintu penamat, aku mula bercerita dan bertukar cerita, memanglah tempat misteri itu ganggu anggota bagi intake aku", "EPISODE MELONTAR BOM", "Melontar bom tangan atau “hand grenade” memang salah satu azab sengsara yang aku rasa. Step by step kena lalui. Masa di menara menunggu tu, kami ni, masing-masing mundar mandir bagai menunggu giliran untuk diberikan hukuman m**i. Masa itu, peluh berjurai-jurai sampaikan peluh yang masin dari jasad sendiri pun singgah ke dalam mulut. Peluh yang mengalir pun tak rasa, sebab terlalu takut nak lontar bom. Bom itu bom hidup, dan risiko yang nyata. Silap je sikit, jasad dan nyawa sebagai taruhannya.", "Macamanalah tak rasa takut, kejap-kejap bunyi ledakkan bom yang telah di lemparkan oleh rakan-rakan terdahulu, mengegarnya jantung dari jasad sendiri.", "Aku rasa, betul-betul bagai dalam alam perang, ianya bukan main-main tapi satu realiti yang semua anggota tentera wajib hadapi.", "Masa sedang menunggu tu, mulalah minda aku, asyik teringat kisah-kisah ngeri yang di dahului oleh berbagai intake. Yang dilalui di Zaman Tentera British, Zaman Tentera Gurkha di situ yang masa itu aku pun belumnjh lahir lagi. n", "Malah, yang paling ngeri yang bermain di benak fikiran aku, bila kisah tanah yang diteroka oleh orang tua-tua zaman dulu.", "Masa itu mana ada Hitachi Escavator, tiada juga pacuan 4roda atau 4FWD dan tiada lori yang mampu memanjat hingga ke atas gunung. Memang tiada kenderaan canggih yang boleh digunakan.", "Apa yang mereka guna?", "Apa lagi, ilmu sebagai taruhan. Siapa pekerja-pekerja mereka?? Mungkin juga warga alam ghaib yang hanya mereka sahaja yang tahu.", "Masa itu mulalah aku ternampak, macamana lembaga yang pelik-pelik tu tolong memotong pokok, menarah bukit. Macamana garangnya si empunya tuan yang membela memberi arahan. Ohhh seram aku rasa.", "Dan juga, tempat tu telah didiami oleh Tentera British dan Tentera Gurkha yang kita tahu Tentera berani m**i.", "Ada penderaan. Ada kematian. Ada kubur di atas tanah yang tidak diwartakan pada masa itu. Semua tu sebenarnya hadir dalam pandangan dunia telepati aku.", "Satu persatu cerita itu dimainkan semula, seolah-olah aku berada di dalam alam itu. Kehidupan ditahun 40an tu dulu.", "Sedang aku bertelepati dan mengikuti kisah lama yang dipaparkan seperti satu screen wayang, aku dikejutkan dengan panggilan turn melontar bom.", "519811 Kpl Jamilah, masuk detail! Terdengar suara lantang, PWII Zain membuat announcement. Bertukar turn Pegawai dan Lain-lain pangkat.", "Sebelum ke Kem Gurun, kami didedahkan dengan cara pengendalian bom tangan atau hand grenade. Tapi bila berada di tempat kejadian sebenarnya perkara yang berlaku bakal membawa maut.", "Kpl Jamilah orangnya agak gempal dan tinggi. Bila turn dia melontar bom berlaku kejadian panik yang sangat kritikal.", "PWII Zain adalah Jurulatih bertugas semasa itu", "PWII Zain", "– 519811 Kpl Jamilah, angkat bom", "Kpl Jamilah menjawab", "– Angkat bom", "PWII Zain", "– Cabut pin", "Kpl Jamilah", "– Cabut pin. (sambil cabut pin dan tunjukan ke pin berada di ibu jari kanan dan di luruskan tangan tanda pin telah berada di jari dan masa untuk melontar telah tiba)", "Tiba-tiba, KplJamilah berpeluh-peluh, menjurai-jurai dan tangannya pun menggigil.", "PWII Zain mula dapat menghidu yang Kpl Jamilah ketakutan sesuatu. Mata dia pandang ke arah untuk melontar bom dengan mata yang tajam dan memerah.", "PW II Zain bagi arahan lagi", "– Kpl Jamilah, siap untuk lontar", "Tapi Kpl Jamilah langsung tak bersuara. Masa itu pin peletup dan alat bekerja dalam bom telah mula berfungsi.. Jarak kematian 250m adalah pasti.", "Kedua kaki Kpl Jamilah dah mula menggigil kuat", "Kpl Jamilah terkencing-kencing tahan ketakutan dan panik. Sedangkan PWII Zain, dalam bahaya dan berpeluh laju membasahi diri dia dan celoreng dia.", "Kpl Jamilah, dengar arahan saya. Lontar bom sejauh yang kamu boleh sekarang. Alat bekerja dalam bom tu dah berfungsi. Bila-bila je akan meletup dan semua kita di sini, akan m**i.", "Kpl Jamilah, dah mula menangis dengan tubuh menggigil dan dicampur dengan menggigil dia menangis, buat kami yang diluar pun sangat-sangat panik dan ketakutan.", "Tiba-tiba ada yang perasan. Ada air yang laju je, mengalir jatuh ke tanah.", "Kpl Jamilah pula terkencing dalam celoreng. Satu ketakutan yang teramat sangat ditanggung oleh Kpl Jamilah.", "Kpl Jamilah hanya bersuara,", "“ADA HANTU, DIA ADA DI SITU!”", "Sambil berkata, sambil airmata dia jatuh berjurai-jurai. Bukan sahaja Kpl Jamilah takut nak lontar bom, tapi dia juga takut sebab ada benda yang dah menunggu dia di situ.", "PWII Zain kata", "Jamilah, abaikan benda tu, cepat-cepat lontar bom. Kita dalam bahaya ni.", "Jamilah hanya mengangguk kepala dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Agaknya dengan cara itu, dia dapat kumpul semula kekuatan dan menganguk tanda bersedia untuk melontar bom.", "PWII Zain, dengan nada tenang sekali lagi bersuara", "“ Lontar bom!”", "Kpl Jamilah menjawab", "“Lontar bom” dan dia terus melontar bom", "PWII Zain beri arahan", "Down! Cepat down", "Rupa-rupanya KplJamilah hanya melontar di sebelah tembok yang sangat hampir dengan mereka. Apabila bom meledakkan isi perutnya, tanah-tanah terbongkar dan bersemburan, berterabur terpercik tanah-tanah tu dan menimpa mereka.", "Atas bumbung menara yang kami duduk sebagai bilik menunggu pula, bising dengan bunyi tanah yang bertaburan dan tersembur merata tempat. Gegaran kuat yang tersangat dekat, macam nak runtuh menara itu. Nak kata tak takut, menipulah aku. Basah kuyup baju celoreng, aku dibuatnya.", "Kpl Jamilah dengan tatacara sebenar, yang sepatutnya berkedudukan “pumping” selepas lontar bom, menjadi lain disebaliknya. Sebab dia terlalu panik, dia terus meniarap rapat badan ke tanah.", "Selesai semua, dia mengeluh sakit dada dan tubuh badan dia. Mana tidaknya, sebab bom yang dia lontar, hanya berada di sebelah dia. Nasib baik hanya gegaran kuat yang buat dada dia sakit. Tapi yang pasti dia masih trauma.", "Dia dan PWII Zain serta kami semua selamat dari dimamah oleh ledakan bom tangan yang dilontar sendiri oleh Pbt Jamilah.", "Kamu kenapa Kpl Jamilah?", "PWII Zain bertanya selepas keadaan tenang", "Kpl Jamilah jawab", "“Saya nampak hantu, mata dia merah menyala-nyala, Dia tenung ke mata saya. Bila saya tengok dia, dia buka mulut, dan d***h merah keluar meleleh-meleleh. Dia tunjukkan gigi taring dan ketawa nyaring”", "Selesai turn Kpl Jamilah, PWII Zain serahkan dia ke Anggota KAGAT Ustaz Haziq, minta dia tolong Rukyahkan KPl Jamilah. Risau juga jika terbawa-bawa mengikut lama lagi.", "Selesai turn Kpl Jamilah, turn aku menyusul selepas orang yang ke lima. Alhamdulillah, aku lepas ujian itu, walaupun rasa tak jejak ke bumi, kaki yang aku pijak. Muka aku pun jurulatih kami kata, dah jadi biru lebam macam muka mayat. Habis pucat lesi bibir aku gara-gara panik nak lontar bom.", "Siapa yang tak takut, bila risikonya adalah gadaian bagi nyawa, bukan je nyawa sendiri tapi nyawa semua orang yang ada berdekatan di situ.", "Selepas puluhan tahun berlalu, pada tahun 2014 berlaku lagi, kemalangan maut di Kem Hobart bila sekeluarga maut di mamah peluru motar. Dari niat untuk mencari rezeki lebih dengan menjual kelongsong kosong peluru dan kelongsong bom-bom selepas menembak, akhirnya nyawa ke 3 beranak dan anak seorang jiran menjadi galang gantinya. Alfatihah", "EPISODE MENEMBAK GPMG/ MESIN GUN KEGUNAAN AM", "Semua dikalangan kami sangat excited nak menembak senjata ini. Ala-ala komando la rasanya pula.", "Masa turn aku, senjata asyik rosak. Pelik sangat. Walhal senjata tu memang, senjata yang telah dibersihkan oleh Jurulatih sendiri. Kenapa berkali-kali di cuba masih tidak boleh ditembak.", "Setelah dicuba berkali-kali, akhirnya dapat juga merasa untuk menembak. Yang buat jadi huru hara, tanpa memicit picu, senjata menaburkan peluru berterusan tanpa henti.", "Intake sebelumnya juga mengalami kisah pelik yang sangat menakutkan. Bila, senjata tu, belum lagi dipicit picu telah menembak dengan bertalu-talu, dan bergegar senjata dengan sendirinya.", "Apa lagi, bertempiaran lari, sipelatih dan jurulatih yang bertugas. Tapi Sjn Baharom, yang bertugas masa tu, berani juga mengejar ke arah senjata tu.", "Kata saksi, dengan mulut yang berkumat kamit, Sjn Baharom perlahan-lahan mendekati senjata yang sedang mengila tu, seolah-olah memujuk dengan cara yang tersendiri. Dan sangat pelik, senjata MGKA tu berhenti menembak dengan sendirinya.", "Adoiii kerja siapa ni??", "Bila ditanya, Sjn Baharom kata,", "“Ala, dia pun nak ikut belajar menembak juga” sambil tersenyum dengan muka yang masih kelat menahan panik dengan kejadian yang berlaku tu.", "EPISODE MOTAR 60MM", "Ini antara senjata yang sangat aku risau. Kedudukan menembak, jika tidak betul-betul pegangan dan jika tidak kkvmemang boleh tergolek dan memang boleh mengundang maut.", "Kes yang berlaku memang dah kami agak sebabnya dari awal permulaan latihan kami diganggu hingga ke acara akhir pun masih berlaku ganguan demi gangguan.", "Leftenan Muda Saiful dan Leftenan Muda Azmil adalah badi-badi untuk menembak Motar.", "PWII Kamil adalah incharge untuk acara menembak Motar 60mm", "Arahan bermula", "PWII Kamil", "Angkat Motor, cari pusat bacaan tenangan", "Setiap badi-badi telah pun duduk mengikut kedudukan kuda-kuda seperti arahan dan sibuk mencari pusat tenangan sasaran.", "Leftenan Muda Saiful dan Leftenan Muda Azmil jawab", "“Siap Staff!”", "PWII Kamil", "Siap untuk tembak!", "Leftenan Muda Saiful dan Leftenan Muda Azmil jawab", "“Siap untuk tembak”", "Masa yang sama Leftenan Muda Saiful sebagai penembak pertama dan Leftenan Muda Azmil sebagai penembak kedua.", "Tengah teguh berkuda-kuda pacak kaki ke tanah dalam kedudukan menembak keadaan duduk, tiba-tiba ada seperti orang yang menyepak ke kaki kuat di kaki Left Muda Saiful", "Masa itu juga Leftenan Muda Azmil, telah memasukan bom dalam Mortar. Apa lagi, tiba-tiba, bom meletup arah lain, yang bukan dari target asal. Malah bom tersasar ke tanah membuatkan tanah naik tersembur ke lokasi, tempat 4 badi-badi yang sedang menunggu turn masing-masing.", "Menjerit PWII Kamil.", "Ouiit Student, kau buat apa tu. Sambil dia berlari dengan Kpl Ali. Takut berlaku kemalangan ngeri, mereka merehatkan Mortar serta merta. Tapak tempat badi-badi itu menembak juga di kosongkan dari sebarang giliran.", "PWII Kamil tanya,", "Apa yang kamu berdua buat tadi? Kalau tidak kawad Jenazah kita beramai-ramai.", "Kata Leftenan Saiful", "Encik Kamil, tengah saya pegang mortar tu tadi, tiba-tiba ada benda yang sepak kaki saya. Memang saya tak boleh kontrol langsung. Bukan saya sengaja, Encik. Itupun saya dah cuba kawal kalau tidak mungkin dah sasaran ke arah diri kami sendiri. Katanya dengan penuh yakin. Tapi masih lagi trauma dengan kejadian pelik tu.", "“Siapa punya kerja ni, encik?”.", "Leftenan Muda Shaiful yang memang telah sangat kami kenali. Bangsa cakap besar dan selalu kata hal-hal mistik itu adalah karut marut. Bila sebut je gangguan pelik-pelik, dia mula dulu tempelak kami.", "Semua itu mental, tahu tak. Korang ni, semua suka benda yang tahyul, kurafat dan suka mereka-reka cerita. Bagi sedap cerita kan.", "Kadang-kadang dia ketawa berdekah-dekah, dan memperlekehkan apa saja gangguan yang berlaku.", "PWII Kamil, dengan muka serious dan muka bersahaja menjawab", "“ Tuan, dalam dunia ni bukan kita je yang hidup bebas, ada lagi makhluk Allah yang ada di mana-mana, yang dari pandangan mata kasar kita, kita tak boleh nampak.", "Mungkin juga ini jawapan untuk didik Tuan. Sebabnya, Tuan kan selalu sangat kata semua ni karut marut!”", "Selepas PWII berikan jawapan, dia terus tinggalkan Leftenan Muda Saiful terpingga-pingga trauma dengan apa yang baru dia alami sendiri. Kejadian yang boleh meragut nyawa dia dan kami semua.", "Apakah makhluk yang ganggu dia tadi?", "Dah tentu penunggu tempat yang sentiasa dahagakan d***h dan laparkan nyawa para anggota tentera.", "5hari berada di Kem ini, rasa macam dah 5 tahun rasanya. Akhirnya pergerakkan konvoi balik ke Markas dilaksanakan. Masih teringat-ingat dan terdengar-dengar dan ternampak-nampak apa yang berlaku di ketika itu.", "Makhluk ghaib itu pasti ada, walaupun ada dikalangan kita yang tidak dapat merasai kehadiran mereka.", "Hantar kisah anda : fiksyenshahsha.com/submit" ]
[ "Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita tentang latihan tentera yang tidak akak ketahui betapa susahnya yang dihadapi. Benda2 mistik ni lebih kuat menganggu jika kita ada sedikit perasaan takut dalam diri . Dia macam anjing pengesan yang dapat menghidu ketakutan kita kepadanya. Iblis yang cuba menyesatkan kita seolah2 dia yg lebih layak ditakuti dari Nya . Moga2 kita dilindungi dari kejahatan dan kesesatan…Aamiinn.", "askar apa ni..ayat tulis berterabuq..sila betol kan cara penceritaan dan penyampaian cerita dengan betol dan tepat..ADMIN ko tak bace dulu sebelom publish ke..pening kepala baca…TOLONG LAH!!!!!!!", "harapan saya puan n ni jadi tentera dahlah.. jangan jadi penulis.. ayat kau susah nak paham.. berterabur..", "Kes tahun 2014 tu berlaku di Taman ria mesra 1 Gurun Kedah. Bukan di kem hobart🤣", "Teruskan menulis puan. Saya suka gaya penulisan puan." ]
https://fiksyenshasha.com/dunia-tentera-aku/
DUNIA TENTERA AKU
[ "DUNIA TENTERA AKUDANKISAHLAPANG SASAR DI GURUNDAHAGAKAN D***HLAPARKAN NYAWA PARA TENTERA", "CHAPTER 1", "EPISODE KENALI KEM HOBART", "Kapten Hobart, adalah Pegawai Tentera British yang berkhidmat di Tanah Melayu di tahun 40an dulu. Demi memperingati sebahagian dari jasanya, satu penghormatan telah diberikan dengan menamakan kem di Gurun Kedah itu, dengan nama Kem Hobart. Kem ini telah dibina pada tahun 1940an. Ia juga telah dijadikan penempatan Anggota Tentera British dan Angkatan Tentera Gurkha pada tahun 1947. Semestinya ada menyimpan 1001 kisah mistik dan misteri, yang sedih, dan juga kisah yang menakutkan, kisah yang mengerikan. Berlaku hanya kepada orang-orang tertentu, yang pernah melalui phasa latihan lasak di situ. Mereka juga, ada jawapan masing-masing yang tersendiri.", "Kem ini, telah sepenuhnya menjadi milik Malaysia, setelah Tentera British mengundur diri dari Tanah Melayu pada tahun 1969.", "Bermulalah era yang baru.", "Bila sebut Lapang Sasar, keadaan yang muncul dalam minda kita, adalah tanah yang kering kontang, jauh dari pokok-pokok yang menghijau. Tengaharinya terang benderang bagai bulan penuh, yang pasti membuatkan kulit putih gebu, menjadi hitam berkilat dibaham oleh panas mentari di siang hari.", "Kem Hobart adalah “Pusat Latihan Senjata Bantuan”, bagi semua Warga Tentera. Sebuah Kem, yang wujud, umpama hutan simpan yang agak tersembunyi. Yang bila malam hari, memang ngeri, suram, sunyi dan sepi yang tersangat. Dan pada diri aku sendiri, waktu malam terlalu lama untuk aku dan pasukan aku hadap, semasa berkampung di situ.", "Kursus Senjata Bantuan yang diadakan di Kem Gurun Kedah, digabungkan dengan Kursus bagi Anggota lain-lain pangkat sekali.", "Pada tarikh yang di tetapkan, konvoi 5x 3tan dan 2biji landrover menuju ke Kem Hobart. Aku rasa macam berada di Medan Perang. Mana tidaknya, deruan tayar-tayar Trak Askar yang sedang bertugas silih berganti. Bergema dan bergaung, gagah megah menyusuri jalanraya.", "Disebabkan Pegawai Wanita tidak ramai, aku ditempatkan bersama dengan anggota Pranita di tempat yang agak jauh dari penempatan lelaki. Dari Dewan Makan ke bilik aku memang tersangat sunyi dan sepi.", "Sebaik sahaja tiba di bilik penempatan untuk wanita, aku mula buat ronda kawasan untuk lihat keadaan luaran. Sunyi dan sepi sebab ber“manusia ikut musim”.", "Bila ada latihan, barulah ada manusia di situ. Jika tidak, Perkampungan Hobart sunyi dan sepi. Penghuni yang ada, makhluk penunggu yang dah berkurun-kurun, terlebih awal mereka hidup di situ.", "Kisah ngeri musim lalu, yang baru terjadi", "“Tapak Latihan Bom Tangan” tersangat suram. Kes, Team Jurutera menjalani “Latihan Kendalian Bom” yang tidak meletop. Malang tidak berbau, semasa taklimat dibuat, sistem dalaman salah satu dari bom itu tiba-tiba berfungsi dan meletop di lokasi. Jurulatih dan Pelatih m**i sertamerta di tempat kejadian.", "Bom yang meletup dan meletus itu, telah menghancurkan segala yang ada dalam lingkaran 250meter kawasan m******h. Apa lagi berkecai jasad mereka. Daging bersepai-sepai, merata-merata. Dengan d***h yang memerah membasahi tanah bumi Kem Hobart yang juga bumi misteri dan penuh mistik. D***h-d***h dari jasad anggota tentera menjadi tangisan keluarga mereka dan juga kami warga tentera.", "Malam pertama di situ, mundar mandir lembaga hitam melintas di Depan Dewan Makan. Masa itu 2ekor kucing santai-santai, dan yang nampak biasa je seolah-olah telah biasa dengan suasana penunggu asal. Mereka yang terlebih dahulu berkampung di situ.", "Esoknya jam 0400hours, kami mula berebut untuk ke tandas dengan jumlah pelatih yang ramai. Sejuknya air memang sangat terasa, hendak tak hendak jirus secepat mungkin dan sarungkan celoreng serta merta untuk hilangkan rasa sejuk yang melampau. Dan episode latihan pun bermula.", "EPISODE LATIHAN MENEMBAK M16 LAUNCHER", "Seperti biasa, setiap kali turn menembak, setiap detail akan di ambil dahulu untuk direkodkan. Turn aku belum tiba lagi. Jadinya masa itu aku hanya menjadi penonton ke detail yang sedang berjalan.", "Sambil yang menunggu tunggu turn ni, kami juga yang berada diluar. Kami juga yang akan perhatikan setiap anggota yang menembak. Dan juga akan belajar dari situ, step by step kendaliannya, supaya nanti tidak melakukan kesilapan dalam mengendalikan senjata dengan peluru hidup, Belajar tetap belajar. Nyawa sentiasa jadi taruhan.", "Arahan dari Pegawai dan Jurulatih bertugas adalah menu utama hidup kami di lapang sasar.", "KES 1", "Arahan bermulaPegawai Latih Kapten Adnan– “Angkat Launcher”Pelatih jawab– “Angkat Lancher”Pegawai Latih “Masukan bom”Pelatih mengajuk– “Masukan bom”", "(sambil mengisi bom di dalam sarung launcher)", "Pegawai Latih,“Launcher 1, tembak”Pelatih jawabLauncher 1- Tembak", "Sambil menembak mengguna jari kiri ke picu launcher.", "Latihan berterusan hingga ke Penembak ke 6. Semasa penembak ke 6 memicit picu, tiada kedengaran bom meletup.", "Tapi pada masa itu, tiada siapa yang tergerak, untuk bersuara. Keadaan macam membiarkan satu keadaan tragedi tanpa ada sepatah perkataan yang terkeluar dari mulut masing-masing, walaupun dari Pasukan Latih.", "Bila tiba masa untuk ikrar “Selamatkan Launcher”,", "Pegawai Latih bagi arahan,", "Selamatkan Launcher!", "Dan, bila Penembak ke 6 ambil tindakan, tiba-tiba bom dari Launcher dia, jatuh terletak sebiji-sebiji, di atas tanah. Masih berat, masih tidak terluak isi dalamnya. Rupa bentuk seperti asal. Maknanya bom sedia untuk meletup pada bila-bila masa sahaja, sekiranya tersentuh dengan benda berat atau benda tajam yang membuatkan hentakan pin peletup bekerja, sekaligus bekerja untuk berkecaikan juga segala isi nyawa kami yang di situ.", "Keadaan juga menjadi sunyi dan sepi. Terasa seperti ada malaikat maut yang sedang mundar mandir menghitung usia nyawa para tentera yang berada di situ.", "Si penembak ke 6, serta merta menggigil dan wajahnya jadi pucat lesi. Peluh dia pula, usah dikata sebab menjurai-jurai jatuhnya. Dan belum lagi dikira peluh-peluh dari para Jurulatih dan peluh dari kami sendiri.", "Dalam keadaan itu, sekiranya bom meletup aku dan semua di situ akan menurut jejak langkah kes terdahulu, berkecai daging, bersepai-sepai di merata tempat. Dengan d***h aku dan d***h mereka akan membasahi bumi.", "Tiba-tiba Sarjan Hamzah, Jurulatih bertugas berlari, menyambar bom dan bawa lari ke tempat yang jauh dari pelatih. Berpeluh-peluh, basah kuyup celoreng dia. Hampir sahaja, yang dia jatuh tersungkur sebab nak menjaga tempoh saat kalau-kalau bom meletup sendiri.", "Alhamdulillah, Sarjen Hamzah berjaya mengeluarkan bom keluar dari kawasan m******h nyawa dia dan nyawa-nyawa kami semua. Pakar Jurutera bom, dipanggil dan tugas-tugas mematikan bom dijalakan dengan serta merta. Memang ramai yang bercerita, jarang sungguh berlaku kes sebegini. Kes terpencil yang dahagakan d***h dan nyawa kami para tentera. Tapi ia benar-benar berlaku masa kursus yang aku hadiri.", "Jangan kata yang kejadian itu berlaku saja-saja atau yang kata itu hanya cerita dongeng. Mungkin ada sebab disebaliknya, yang tiada siapa yang tahu.", "Semasa keadaan huru hara itu, memang aku ternampak kelibat. Kelibat, satu lembaga berupa macam orang hutan. Berbulu lebat, membelakangkan aku. Tapi bila dia menoleh, mak ai, jasad dia hanya tinggal tulang temulang yang boleh dikira satu persatu. Tapi masa yang sama, tulang itu bersalut dengan daging yang bersepai-sepai dan berjurai-jurai.", "Bau dia, jangan sebutlah. Dengan bau d***h pekat yang dah terperam lama, yang telah lama membusuk. Hanyir dan busuk kohong, kata arwah mak aku dulu-dulu. Ba utu, betul-betul menusuk kuat ke hidung aku. Semua ni berlaku, sebaik sahaja, bom senjata M16 launcher dikeluarkan dari lokasi tempat ujian Launcher dijalankan.", "Semua gambaran itu wujud, untuk pandangan dari mata hati, jiwa telepati aku atau untuk mereka yang juga jika boleh merasai seperti mana yang aku rasa. Atau mungkin juga, orang lain tak rasa apa yang aku rasa. Mual, nak muntah, ngeri, seram silih berganti bercampur baur.", "Bagi dunia yang nyata,", "Masing-masing yang terlibat dengan suasana semua ni, habis basah celoreng dengan peluh-peluh jantan, peluh-peluh betina yang keluar, gara-gara panic dan juga ketakutan. Keadaan masa itu, bukan sahaja menakutkan tapi juga satu keadaan yang bakal terlibat dengan kemalangan maut yang sangat tragedi", "Mesti juga penunggu itu jadi marah sebab niat untuk mendapatkan d***h dari kami tidak kesampaian, dia muncul dan dengan keadaan rupa yang marah dan keluarkan bau yang sangat busuk, macam tu.", "EPISODE MENEMBAK SENJATA CARL GUSTAV", "Untuk kesekian harinya, tibalah satu hari, yang mana, antara hari yang sangat menakutkan aku pun tiba. Walaupun takut tapi rasa sangat excited untuk Practical menembak Senjata Bantuan yang hebat iaitu “Carl Gustav”.", "Masing-masing berangan nak menjadi ala-ala komando macam cerita Ma t Saleh di dalam television atau wayang. Konon nak jadi hebat memikul “Buluh Lemang” istilah yang di panggil oleh kami, masa itu.", "Latihan ini agak mencabar. Mendukung sebatang besi padu di atas bahu. Dengan berat, dengan kekuatan dan keyakinan yang padu. Jangan main-main, back flash dari api yang keluar semasa peluru ke sasaran, memang terasa perit di belakang badan dan di kaki penembak dan badi-badi. Badi-badi adalah penembak kedua bagi istilah kami. Memang kena ada jati diri yang kuat dan kental serta perlu ada tenaga yang padu untuk melaluinya.", "Masa itu turn Anggota Lain-lain pangkat dulu. Kami yang pegawai menunggu giliran sambil menjadi penonton.", "Memandangkan tugas menembak senjata bantuan ini perlukan berpasangan untuk menembak, Sarjen Kumar dan Kpl Amirmelapor diri untuk Praktikal Senjata Carl Gustav.", "Pegawai Latih bertugas pada hari itu, adalah Kapten Amar", "“Arahan menembak”Pegawai Latih – Kapten Amar– Angkat SenjataPelatih– Pelatih mengajuk,– angkat senjata!", "(Dan terus letak atas bahu. Dan menyokong dengan kedudukan kaki dan kuda-kuda yang tegap. Dan padatkan tapak boot untuk dipasak ke tanah)", "Pegawai Latih– Angkat peluruKpl Amir Penembak Pertama", "– Kpl Amir ajuk – Angkat peluruSarjen Kumar Penembak badi-badi", "(Juga mengajuk Angkat Peluru)– Angkat Peluru. (Sambil mengambil Peluru Carl Gustav di kendong macam baby dan standby arahan selanjutnya)", "Pegawai Latih– Isi PeluruPenembak satu– Isi PeluruBadi-badi", "– Isi peluru. (Dan membuka pintu Venturi dan mengisi Peluru di dalamnya) Dan memberi laporan.", "– Isi!(Dengan suara yang kuat dan lantang)", "Pegawai Latih– Siap, untuk TembakPelatih Satu– Siap, untuk Tembak (sambil mata menuju sasaran kereta kebal lama yang berada di kejauhan pandangan mata)", "Pelatih Dua", "– Siap untuk tembak. (Pelatih ke 2 menoleh ke belakang dan memastikan tiada haiwan dan manusia yang ada di belakang sebelum menembak).", "Tetapi apa yang berlaku, tiba-tiba sahaja, Sarjen Kumar terus memasukkan kepala dia ke dalam lubang ventury tempat keluarnya kelungsung peluru,", "Dan dia diam di situ seketika, dia tak alihkan kepala dia, dan membiarkan kepala dia berada di dalam lubang itu.", "Dia seolah-olah dikuasai dan di pukau buat perkara yang sangat aneh dan tidak munasabah. Tidakan itu, bukan sahaja, akan menghilangkan kepala dia tapi bakal meragut nyawa dia sekali.", "Sekali lagi semua pelatih tercengang, membisu seribu bahasa. Tiada siapa pun yang bertindak tapi terpaku di situ, hingga PW Kamal, menjerit sekuat hati dia, dan dari jauh sambil berlari", "Kumar.. Kumar, kumar, alih kepala", "Kumarrr, oiiit Kumar, berhenti, berhenti,", "PWII Kamal berlari menuju ke lokasi yang berdekatan supaya Sarjen Kumar dengar arahan dia.", "Bila terdengar suara dari PWII Kamal, barulah Sarjen Kumar tersedar, dan kelam kabut alihkan kepala dia, keluar dari lubang peluru Carl Gustav,", "Masa tu muka Sarjen Kumar dah seperti rupa mayat hidup. Kulit gelap dia bertukar menjadi pucat, biru dan tak berdarah. Peluh dia menjurai-jurai basah baju celoreng dia. Topi helmet dia jatuh tergolek-golek di atas tanah.", "Bila keadaan tenang, Sarjen Kumar minta teruskan.", "Pegawai Latih– Siap untuk tembakPelatih satu– Standby……….Pelatih dua– Ucap perkataan SELAMAT dan tepuk bahu Pelatih 1Pelatih Satu– Picit picu, dengan nada lega berakhir ketakutan masing-masing", "Tapi semasa ledakan peluru menuju ke sasaran, suara desingan api yang berjurus keluar membaca sekali satu raungan ganas dari suara yang tidak pasti dari mana datangnya.", "Masa tu, ternampak hanya kepala manusia yang keluar dari kepulan api back flash Carl gustav yang Kpl Amir tembak itu tadi. Sempat juga kepala tu menoleh, memandang ke aku, dengan juraian d***h busuk dan hitam, seolah-olah d***h yang telah lama dari kematian seorang tentera, yang tak boleh aku agak, warganegara si m**i. Gigi yang tajam, mata yang hanya nampak tempurung. D***h dari mulut dan hidung dengan bau hamis tu, betul-betul buat aku rasa mual dan pitam seketika.", "Tiba-tiba suasana aku terhenti, bila aku terdengar suara PWII Kamal", "PWII Kamal bersuara,", "Macha, apa you buat tadi? Adoiii kalau tidak kita sudah buat Kawad Jenazah bawa you keluar dari sini.", "Sarjen Kumar jawab", "Staff, aku tak tahu apa aku buat tadi. Aku sedar bila dengar suara Staff suruh aku alih kepala aku. Terima kasih, selamatkan nyawa aku.d", "Kpl Amir menambah", "Sarjen, kau buat apa tadi. Aku tunggu lama, aku dah mengigil sebab aku rasa ada yang tak kena. Nak menoleh aku tak berani..", "Sambung Chapter 2", "Hantar kisah anda : fiksyenshahsha.com/submit" ]
[ "saya pernah buat latihan menembak dekat sini masa arkar watanih dulu. jurulatih dah pesan nak p mana2 kena berdua walaupun lelaki." ]
https://fiksyenshasha.com/pontianak-pokok-kekabu/
PONTIANAK POKOK KEKABU
[ "Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku yang tak seberapa ini.", "Nama aku Nona Manis, boleh panggil aku Nona. Aku dah lama sebenarnya teringin mencoret kisah dalam FS cuma belum diberikan kesempatan oleh Allah untuk punya masa berlebih-lebih. Kebetulan Allah bagi izin pula hari ini. Jadi aku nak berkongsi kisah dengan semua.", "Aku berasal dari sebuah negeri di Selatan Tanah Air. Rumah tempat aku membesar ini pula berada di dalam kawasan kampung tetapi bandar di sekelilingnya. Ala-ala Kampung Baru yang berada di tengah Ibu Kota itu.", "Kisah yang akan aku ceritakan ini berlaku sewaktu bulan Kaum Cina di negara kita jalankan upacara Sembahyang Hantu. Aku, Mama dan adik-adik aku berada di rumah menunggu Baba pulang dari kerja. Baba aku merupakan seorang pemandu teksi yang selalunya pulang lewat malam.", "Sementara menunggu Baba aku balik dari kerja, aku dengan Mama melayan kisah Hantu Cina di televisyen. Adik-adik aku sudah pun ‘berlayar’ sebab jam sudah pun menunjukkan ke angka satu pagi.", "Tiba-tiba kami terdengar suara perempuan menangis di kawasan tengah rumah. Rumah aku terbahagi kepada tiga bahagian. Rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Jarak antara satu-satu rumah agak jauh.", "Mama yang terdengar bunyi tersebut bertanya kepada aku, adakah aku mendengar benda yang sama. Aku perlahankan suara televisyen dan seperti yang Mama dengar aku juga dengarkan benda yang sama.", "Semakin lama bunyi suara perempuan tersebut semakin kuat dan mendayu-dayu. Kami tinggal di kawasan tanah sendiri tetapi di sekeliling kami penuh rumah sewa Maktok aku. Jadi rumah kami rapat-rapat.", "Anggapan Mama, mesti jiran sebelah rumah kami bertelingkah dan salah seorang daripadanya sedang duduk di tangga rumah tengah dan menangis sebab sebelum ini pernah terjadi. Tanpa berfikir yang pelik-pelik Mama bangun untuk ke dapur kerana haus terasa di tekak.", "Tidak lama selepas itu Mama muncul dari dapur menyentuh bahu aku lantas memberitahu aku yang suara perempuan menangis itu bukan datang dari sumber yang kami anggap tadi tetapi, dari belakang rumah.", "Belakang rumah kami ada sebatang pokok kekabu yang tinggi dan menyeramkan. Dan-dan bulu roma aku meremang. Ya Allah, dari belakang rumah kamikah suara perempuan menangis itu datang? Semakin kami tercari-cari dari mana bunyi suara itu datang semakin kuat dan mendayu-dayulah jadinya.", "Tidak lama selepas itu, bunyi teksi Baba menghampiri dari atas bukit menuju ke rumah kami. Menyala cahaya lampu teksi menerangi rumah dan terpadam tidak berapa lama kemudian. Aku dan Mama terus menyerbu Baba berceritakan tentang apa yang kami dengar.", "Baba: Itu dekat belakang tengah bergayut. Nak tengok? Jom Baba bawa.\nMama: Eh you ni, ada pula nak bawa kami pergi tengok “benda” itu!\nBaba: Habis itu you sibuk sangat tanya apa benda yang menangis mendayu-dayu itu.", "Sebenarnya sebelum ini pun sepupu aku, Q pernah juga alami hal yang sama. Aku ada sebutkan rumah kami ini kampung di tengah-tengah bandar, jadi tempat kami membuang segala sampah-sampah domestik di rumah adalah di belakang kawasan kampung kami.", "Kebetulan hari itu kami ada kenduri di rumah Maktok. Tugas membuang segala sampah seusai majlis selalunya cucu-cucu lelakilah. Sampai giliran Q membuang sampah senja itu, dibawa lampu suluh dan dijinjing sampah bersama.", "Sesudah sampai, Q sudah sedia buka langkah kuda-kuda hendak lempar sampah ke gaung sambil meliar lampu suluh menyuluh bila tiba-tiba tepat lampu suluh menyuluh “benda” yang sedang tepat memandangnya. Tergantung, gentayangan tanpa kaki dengan rambut meliar menutupi muka berkain putih lusuh.", "Q? Kaki macam dipaku ke tanah, hendak lari tidak berdaya, hendak jatuh terjelepuk juga tidak berganjak. Menahan rasa sambil terkumat-kamit mulut melafaz ayat-ayat suci Al-Quran yang entah betul entah tidak.", "Dikumpul kekuatan untuk berlari juga akhirnya dan cerita ini dia sampaikan kepada kami yang ketika itu sibuk membasuh periuk belanga, pinggan mangkuk bersama.", "Kalau hendak dikira, banyak lagi kisah-kisah jiran kami terjumpa, terserempak dengan “benda” itu kalau mahu cerita semua seminggu belum tentu selesai dan akhirnya kami hanya mampu berdoa agar tidaklah berjumpa atau bersua muka. Huissshhh SERAM!" ]
[ "Korang la ni buang sampah merata. Sebab tu dia nangis. Korang 1 keluarga mencemarkan alam sekitar.", "kg bakar batu ke? ke kg pasir? haha main teka teka pulak aku nii" ]
https://fiksyenshasha.com/kesan-ilmu-itu/
Kesan ilmu itu
[ "Kisah masa aku berumur 16 tahun, di tahun 80an dulu. Masa itu disebabkan tersangat bercita-cita nak menjadi Pegawai Tentera, aku pun join Persatuan Bulan Sabit Merah.", "Dan idola aku pun setuju.” Dia adalah Leftenan Nor- Peg Wanita yg aku rasa lebih", "mantap dr lelaki “", "At least aku dah ada basic lasak dan kawad kaki, sebagai persedian aku sebelum aku menjadi Tentera.", "Kebetulan masa tu tradisi latihan PBSM telah diubah menjadi lasak dan lebih kepada “outdoor training” untuk kekuatan jati diri dan cara kendalikan pesakit yang cedera di tempat laluan hutan dan lain2.", "Kebetulan ketika itu ada dua orang bekas Pegawai Tentera, seorg Leftenan Komando dan seorang lagi Major dari unit biasa.", "Masa tu Komando itu tak layan aku mungkin ingat aku perempuan tak layak menjadi tentera. Dan sebab masa itu aku kurus tinggi, rupa aku pun ala-ala anak india yang kerja cari ketam di laut. Aku dulu taklah perempuan yg cantik dan komando tu suka yang gedik2 hahaha. Aku pula bukan bangsa itu pula.", "Tapi masa yang sama, rupa2nya dia perhatikan kemampuan dan kesungguhan aku. Semasa aku menjalani satu Kursus Ketua Pasukan PBSM, dengan jati diri dan kesungguhan aku, aku telah di nobatkan sbg Penuntut Wanita", "terbaik. Dan tiba2 pengumuman dibuat. Aku juga dinobatkan sbg PENUNTUT", "TERBAIK KESELURUHAN. Mengatasi budak2 lelaki yg over active dri aku.", "Sejak itu dia layan aku seperti seorg tentera. Bukan seorg perempuan biasa2. Masa itu dia bercerita dengan “kami-kami” kisah cara dia menuntut ilmu.", "Komando yang memburu komunis yang ganas dan zalim yang maha", "hebat. Pada zaman 70an, komunis kekal dengan ilmu kebal, ilmu pelindung yg mampu berlindung hanya dengan sehelai daun lalang. Ada yang ghaib depan mata semasa serangan bertindak balas. Ada yang hanya kasut saja berjalan sendiri. Ada yang hanya kepala je yang berjalan sendiri. Malah ada senjata je yang berjalan sendiri. Orang nya tak mampu di lihat dengan mata kasar.", "Ada juga anggota pasukan keselamatan yang d*****h dengan kejam. Ditembak bull, tepat di kepala, tepat di jantung. Dan hilang tanpa dikesan awalnya. Bila jasad di temui, jantung dah hilang, otak hilang, di tebuk dan dilapah oleh pengamal ilmu sihir perang oleh komunis2 tersebut.", "Tugas mencabar itulah yang buat anggota pasukan tentera mencari ilmu yang lebih kurang sama, supaya mampu melawan serangan pasukan komunis yang sangat", "hebat semasa itu.", "Pada mereka, “Kalau aku tak b***h musuh, musuh yang akan b***h aku”.", "Bermulalah menuntut ilmu kuat, ilmu kebal, ilmu penunduk, ilmu yang pelbagai.", "KOMANDO ROSLAN yang menjadi idola aku masa tu ada ilmu yang sangat handal. Dia mampu terbang melayang2, dia mampu berdiri gah di atas pelepah pisang. Terapung2 tanpa goyang. Dia boleh mengubat org yg terkena gangguan histeria, yang kena sihir dan macam2 lagi.", "Ilmu yang dia tuntut memang sangat ngeri. Dia ni ada lebih kurang sikit ilmu dari idola aku Mendiang DATUK KANANG ANAK LANGKAU. juga banyak lagi yg aku dah lupa. Ramai lagi Pejuang Tanahair yg gugur yg ilmu yang sangat", "Komando Roslan cerita lagi, tuntutan dia memerlukan satu kekuatan yang luar biasa.", "Sekiranya Pengganas yang dia sendiri b***h, dengan senjata dari kedua belah tangan dia, dengan menggunakan ilmu yang dia tuntut.", "Dia wajib", "” MELAPAH OTAK PENGGANAS TERSEBUT DAN MAKAN SECARA MENTAH2, UNTUK ELAK DARI TERKENA BADI MAYAT ! “", "Kami yg mendengar dia bercerita ada yang muntah terus di situ. Komando Roslan hanya gelak kecil dgn keadaan kami. Seorg anggota lelAki yg bercita-cita utk jadi Komando pun tiba-tiba pitam, bila dengar cerita ngeri itu.", "Alhamdulillah ia berbeza yg terjadi kpd aku. dari kisah itu, aku jadikan itu sebagai kekuatan untuk aku mjadi seorang Pegawai Tentera walaupun BUKAN setaraf Komando Roslan.", "Masa zaman Operasi Gerak Khas zaman itu, berlaku lambakan jasad Anggota Pasukan Keselamatan yg gugur terkorban dan lambakan Jasad Anggota Pasukan Komunis yang maut bertempur dengan Group Komando Tanahair.", "Masa itu, Komando Roslan kata, berlaku serangan balas para ilmu pada malam hari.", "Jasad hitam mundar mandir di jasad2 Anggota Komunis yg telah kaku. Mungkin tuntutan mencari jasad tuan2 mereka yang telah terbujur kaku. Berterbangan langsuir di tengah2 hutan belantara lokasi serang gempur Group Komando. Dengan bunyi tangisan bertalu-talu. Bunyi serangan balas sana dan sini walaupun serangan telah berakhir.", "Malam itu, bagi menurut kehendak Tuntutan Ilmu yg dia tuntut, sebab ketakutan yg melampau Komando Roslan, dengan pisau ramboo yang tajam berkilat, melapah otak-otak dari kepala pengganas yang berjaya dia tembak m**i dan memamah makan mentah2.", "Selepas itu memang satu keajaiban. kekuatan muncul semula dan hilang rasa takut dia mlm pesta makhluk ghaib yang ganas.", "Ketakutan yang melampau wajib dihadap oleh mereka. Bagi yang islam ada yang tak henti2 berzikir dan membaca al quran beramai2. Bagi yang bukan Islam ada yang terpaksa mabuk untuk hilangkan ketakutan yang melampau.", "Menunggu Helikopter landing ambil masa yang lama. SudaH masuk hari kedua. Cuaca buruk membuatkan Heli tidak boleh mendarat untuk membawa keluar Jasad Anggota Keselamatan yg telah terkorban mula membusuk. Itulah pengorbanan anggota tentera kita zaman dulu2.", "Kesan dari kisah itu, ramai kawan-kawan aku yang berangan jadi hero, berangan jadi komando dan berjemaah menuntut ilmu dari Komando Roslan.", "Apa yang aku dapat tahu, mereka berjaya berdiri di atas sebatang pelepah pisang dengan segaknya. Mereka mampu untuk melayang bebas berjalan dari satu pelepah ke satu pelepah. Ada yang boleh mengubat orang.", "Selepas itu, aku tarik diri keluar dr Pasukan itu kerana Di terima Memasuki Dunia Ketenteraan.", "Selepas 10tahun berlalu secara tidak sengaja semasa aku ke Hospital uruskan Mak aku sakit tahun 90an, aku terjumpa kawan lama aku. Zali.", "Zali, membuka Mukadimah yang sangat menyedihkan aku sebabnya, Zali telah menjadi seorang Pesakit Jiwa dan sering di Warded kerana meracau, mengamuk sendirian. Zali cerita kesan dari menuntut itu dia jadi macam orang gila, tak mampu untuk menolaknya. Berbagai usaha untuk pulihkan dia, langsung tidak berjaya.", "Nak dijadikan cerita, satu hari aku merayau-rayau di Kampung tempat tinggal Komando Roslan. Dan aku agak-agak kalau itu rumah dia. Aku pun singgah.", "Isteri Komando Roslan masih ingat aku lagi. Aku masa itu telah pun menjadi Leftenan. Kisah sedih, hasil dari tuntutan Komando Roslan, seorang anak tunggal perempuan dia sakit yang tidak dapat dikesan puncanya dan akhirnya meninggal dunia.", "Masa itu, tiba2 Komando Roslan balik dari kedai. Kami berborak lama. Cara borak Komando Leftenan dan Leftenan Unit Peperangan. Sama topik tapi lain lain-lain zaman.", "Aku ada sebut kisah gangguan SAKA keluarga aku. Komando Roslan kata, dia ada Mbah Tok Guru dia, yang berada di Bukit Tinggi Indonesia dan mampu menolong aku.", "Selepas seminggu berlalu, Komando Roslan hubungi aku,", "“KENAPA KAMU TIDAK BAGITAHU SAYA, ILMU YANG KAMU ADA?", "MBAH BAGITAHU SAYA, ILMU KAMU LEBIH TINGGI DARI SAYA.", "SAYA NK JUMPA KAMU SEGERA”", "Bertalu-talu Komando Roslan hubungi aku.", "Aku hanya bertahajjud, aku hanya ahli zikir, aku jaga puasa sunat yang berpanjangan, aku amalkan bacaan surah2 tertentu sahaja, itu yang aku beritahu Komando Roslan. Aku tiada menuntut ilmu.", "Tapi Komando Roslan tidak percaya.", "Akhirnya aku tukar no handphone aku. Dan tahajjud sebanyak mungkin minta dijauhkan dari segala musibah. Aku putuskan hubungan dengan Komando Roslan dan mudahan dia selamat dunia dan akhirat sekiranya dia masih hidup lagi.", "Sekiranya dia telah kembali ke penciptaNya. Alfatihah buat dia. Semoga diletakkan dlm golongan orang yang beriman", "Aamiin YRA." ]
[ "Ceritanya ada persamaan sedikit dgn perang Lahad Datu. Dpt tahu musuh pakai ilmu hitam dr tentera2 yg cedera. Sbb tu myt anggota pertahanan kita dilapah. Sy masa tu bertugas di Sandakan" ]
https://fiksyenshasha.com/hantu-raya-atau-jembalang/
Hantu raya atau jembalang?
[ "Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan islam. Di sini aku ingin menceritakan kisah yang merupakan pengalaman diri aku sendiri yang berlaku tidak lama dahulu dan kisah pertama agak panjang dan aku harap korang tak bosan membaca kisah yang aku hendak kongsikan ini . Dan tanpa berlengah marilah aku cerita..", "Pada hari raya ke – 2 tahun 2021 aku balik raya di kampung yang terletak di sebuah daerah di perak dan ramai sedara mara aku yang balik kerana hampir kesemuanya tinggal di perak. Untuk pengetahuan korang, sedara aku yang sebaya ataupun tua setahun atau muda setahun sangatlah ramai yg membuatkan aku amat rapat dengan saudara2 aku.", "Jadi , pada malam raya ke – 2 kami beramai ramai telah bersetuju untuk beraya ke rumah sahabat kami yang secara tidak sengajanya terletak tidak berjauhan daripada rumah kampung yang kami balik beraya. Nama rakan kami itu aziq(bukan nama sebenar) . Setelah selesai solat maghrib kami pun mula berjalan kaki ke rumah aziq kerana rumahnya hanya sekitar 200m sahaja jaraknya. Tetapi sebelum sampai ke rumah aziq , kami perlu berjalan di sebatang jalan tar yang di kiri kanannya adalah kelapa sawit sepanjang 60m macamtu. Mungkin korang fikir ia adalah sebuah jalan normal yang biasa tetapi tidak…", "Kami perlu menempuh 60m itu secara gelap yg teramat macam korang tutup mata..ya, memang korang takkan nampak apa2 dan nasib la jalan tu hanya lurus dan tiada simpang. Sampai saja kami sampai di lampu jalan terakhir (sebelum masuk ke jalan gelap gelita tanpa sebarang lampu) aku terfikir satu idea yang agak gila pada ketika itu iaitu kami perlu lalu jalan itu seorang demi seorang tanpa menggunakan sebarang lampu torchlight daripada telefon ataupun mana2 sumber. Waktu itu ada beberapa saudara aku yg tidak setuju dengan idea aku tetapi mereka setuju selepas aku berkata “sape yg taknak dan takboleh tu sebenarnye pengecut dan bukan laki” so diorang pun bersetuju dengan perasaan yang agak marah.", "Tujuan kedua aku adalah untuk menyakat si yun , saudara aku yang paling penakut dan senang cerita dia kalau tidur pun bukak lampu dan kalau kata elektrik terputus dia boleh jadi separuh gila dalam bilik tu. Jadi bila semua dah setuju dia dah mula takut dan macam gelisah yelah mane tidaknye sbb mungkin itu akan jadi perkara paling buruk dalam hidupnya (hahaha kalau kau baca aku mintak maaf la yun😂)", "Jadi untuk menunjuk bahawa aku yang paling berani diantara 9 orang ni jadi aku memutuskan bahawa aku akan pergi dahulu . Tetapi seorang saudara aku yang kami panggil dgn nama man ni tak bagi aku pergi dahulu sbb dia cakap “kalau kau berani sangat kau tunggu last sekali”. Jadi aku pun hanya cakap “okey” sambil senyum dengan riak dan mcm sindir sedikit.", "Jadi selepas semua orang pergi tinggallah aku dengan yun yang belum melalui jalan tersebut sebab yun ni seccond last . Awalnya dia nak terus balik saja tapi setelah mungkin 1248 kali dipujuk maka dia pun setuju. Tapi malangnya aku dah kenakan dia sekali lagi . Aku berlari anak masuk ke dalam laluan gelap tu meninggalkan dia berseorangan di situ yang secara tak langsung membuat dia tercengang dan jantungnya hampir gugur.", "Sedang aku berlari anak dan menghayati bunyi selipar yang berlaga dengan jalan tap…..tap….tap…..tap. tiba2 aku terdengar bunyi tapak kaki yg kuat dan laju dari belakang macam tap tap tap tap dan zzzupp berlalu di tepi aku dengan laju sekali sbb aku rasa angin yg melintasi badan tu kuat dan maksudnye orang yang lari pada waktu itu sangatlah laju. Tapi aku tidak pelik sbb yun tu mmg sangat penakut orangnya jadi perkara itu memang tak mustahil untuk dia lakukan.", "Jadi tinggal aku seorang di laluan tu dan aku berhenti sebab aku nampak satu kelibat yg tinggi berbaju putih lusuh dan terkoyak serta berlumuran d***h mungkin . Mesti korang pelik sbb aku cakap jalan tu gelapnya sehingga takkan nampak apa2 kan? Aku juga musykil dari waktu itu sehingga kini mcm mane aku boleh nampak lembaga tu dalam gelap gelita macam tu! Muka lembaga tu hancur teruk seperti dirempuh lori. Matanya sebelah terjuntai dan muka nya dipenuhi nanah dan ulat serta kulit yg berwarna hitam menggelupas sambil menitiskan d***h yang banyak.", "Lepas aku nampak lembaga tu aku terus rasa nak pitam , kepala jadi seringan kertas dan lutut aku juga sudah menggigil seperti tunggu masa untuk tercabut. Aku terus menatap lembaga tersebut selama mungkin 10 saat sebelum lembaga tu terbang ke atas aku yang membuatkan aku menjerit dan berlari lebih laju dari yang sepatutnya kerana aku dapat berlari 40m dalam masa 4saat bersamaan 10m dalam 1 saat…gila!", "Sampai je aku di depan rumah aziq diorang tengok aku pelik macam ada sesuatu yang tak kena. Kemudian man tanya aku “asal? Apahal kau dh mcm kene kejar b**i hutan je? Ce cite ape jadi”. Lpstu aku pun cerita semua yg jadi dan aku seorang je yang dah “kena” malamtu. Aku mula tercari cari mana perginya yun. Yang lagi terkejut adalah diorang cakap yang hanya aku seorang sahaja orang terakhir melalui jalan tersebut bermakna si yun memang tidak melalui jakan tersebut! Jadi, siapa yang lari sebelah aku tadi? Masih menjadi tanda tanya kepada aku yang mungkinkah itu makhluk halus? Ataupun apa itu hanya Allah sahaja yang netahui", "Setelah kami berbual dan makan kuih di rumah haziq dan diorang pun bantu aku untuk tenangkan diri, kami mula meminta diri untuk pulang (duit raya pun kami minta sebenarnya).\nLalu je jalan yang gelap tadi aku dah mula jadi takut kerana trauma dengan apa yg berlaku beberapa puluh minit yg lalu.", "Disebabkan itu saudara aku berkumpul di sekeliling aku dan kiranya aku di tengah2 diantara mereka dan berjalan keliar dari laluan itu dan alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Sampai sahaja di rumah , aku tengok yun tengah santai duk tengok tv sambil makan kuih raya. Aku yang dari tadi musykil terus panggil dia datang dekat kami dan tanya dia tentang tadi.", "Rupa rupanye si yun ni dah kena dulu sebelum aku sbb yun cerita “lepas kau lari tu aku nak lari sekali sbb aku dah nk menangis waktu tu tapi bila baru dua langkah aku berlari, ada satu benda pakai baju warna putih terbang dari tempat gelap tu menghala ke arah aku…aku pun apa lagi mmg cabut lari la balik rumah. Dah la aku terjerit jerit macam adik kau..buat malu aku je”. Mcmtu la lebih kurang apa yang dia cakap. Disini aku dah nampak silap kami berdua iaitu aku terlebih cakap besar dan bongkak manakala yun pula terlebih takut dan makhluk halus ni memang suka untuk menyakat dua jenis golongan ni.", "Apabila cerita ini sampai ke telinga mak aku dan makcik2 aku di dapur maka mereka pun cerita yg di jalan yang kami lalu malamtu dulunya ada seorang perempuan yang m**i akibat disondol b**i hutan di jalan itu pada waktu malam dan perempuan tersebut meninggal di tempat kejadian dan di hujung jalan tersebut juga dulunya ada seorang yang membela hantu raya dan m**i kerana sakit lalu hantu raya itulah yang mendiami jalan dan rumah tinggal tersebut", "Pada masa ini itu sahaja yg saya ingin kongsikan san banyak lagi kisah yang sy ingin kongsikan pada masa akan datang. Yang baik itu datang daripada Allah dan yg buruk itu datang daripada sy", "Sekian terima kasih.." ]
[ "baru la best nampak the real hantu tapi tetap berani..next!" ]
https://fiksyenshasha.com/hanuman-gunung-bahagian-akhir/
Hanuman Gunung Bahagian Akhir
[ "Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.", "Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 6", "“Oh yaa.. Panglima Beting Beras Basah.. Apa khabar dia ya?” Aku mula teringat kehadiran Panglima sebelum perang bermula, susuk gagah tujuh kaki tingginya merejam tombak atau lembing yang bertukar menjadi warna keemas-emasan bermain secara sepontan dalam fikiran aku.", "“Begitulah.. Seperti yang kamu nampak tempoh hari.. Tiada cacat celanya..” Balas Pak Seli pendek.", "“Kau tahu, Rip?” Uda menyampuk.", "“Tahu apa?”", "“Malam tu, lepas kau rebah, lepas Hanuman dah d*****h, berapa banyak bangkai beruk yang kau tinggalkan?” Aku hanya mengeleng-gelengkan kepala.", "“Rasanya tak kurang tujuh ratus ekor.. Dahsyat betul kau mengamuk malam tu, bukan seperti Arip yang aku kenal..” Pak Seli kenyitkan mata semasa Uda bertutur, seolah-olah Uda buat cerita temberang.", "“Mana bangkainya, Da? Kena bakar kah? Atau ditanamkah?”", "“Panglima Beting bawak balik semua lepas selesai, dengan Hanuman yang dah terkulai dalam cengkaman tangan kanan.. Langsung tak serupa saat kita jumpa dia dulu..” Pak Seli mengangguk tanda setuju.", "“Tahniah pada kamu Rip, kamu tak gentar menghadap ujian.. Sudahlah, perkara pun dah berlalu.. Tak perlu disebut-sebut lagi, aku nak jenguk buah dibelakang, kamu berdua minumlah.. Nanti dekat Zuhur aku balik, kita makan tengahari istimewa sikit hari ni, sebab Arip dah sihat..” Pak Seli kembali tersenyum, sebelum meninggalkan kami berdua dipangkin.", "Masa yang terbaik digunakan untuk bercerita panjang lebar bersama Uda, Uda yang becok dan tak pernah diam bercerita segala yang terjadi.", "Dari mulut Uda sendiri, selepas disusun mengikut turutan masa perjalanan insiden. Barulah aku tau, Samir buat kerja kotor dengan mengamalkan beberapa ilmu hitam, pemujaan dan bersekutu dengan jin untuk mendapatkan kekayaan mudah. Kerja kotor Samir sudah pun dihidu penduduk kampungnya, dan dia ‘sedang’ dipulaukan semasa sesi rawatan yang dilakukan Pak Seli.", "“Hari tu, macam mana kau boleh tiba-tiba ghaib? Masa kau sakit perut tu?” Uda kerut-kerutkan kening cuba mengingat insiden yang terjadi.", "“Aku keluar tandas lepas dah selesai berhajat.. lepas tu, aku dengar kau panggil dari tepi rumah, silap aku jugak.. Aku menyahut lepas tu aku pergi jenguk.. Dari sebelah rumah, aku dibawak sampai kebun tepi rumah.. Hurmmm..”", "“Lepas tu?” Aku tak sabar nak tahu lebih lanjut.", "“Lepas tu aku sedar aku dah silap, bila kabus mula naik macam kat depan rumah Samir hari tu..” Uda mengosok-gosok lengan yang meremang.", "“Bila kabus hilang, dikejauhan ada cahaya.. Bila berjalan arah cahaya, Hanuman tu dah menanti dihujung jalan..”", "“Lepas tu?”", "“Lepas tu bahu aku ditepuk, sekali tepuk aku terus menoleh.. Samir dah dibelakang aku..” Uda menundukkan kepala.", "“Apa jadi lepas tu?”", "“Aku dah tak ingat apa-apa.. Sedar-sedar dah diikat kat pokok..” Keluh Uda.", "“Aneh tau, Rip..” Sambung Uda", "“Apa yang anehnya?”", "“Ikatan longgar, senang cerita tak diikat pun, hanya beberapa simpulan je.. Tapi aku tak boleh lepas.. Makin dironta, makin ketat..”", "“Kau tak pakai ‘lekit belut’… Hahaha..” Sengaja aku usik Uda, dengan salah satu ilmu melepaskan diri dari sebarang kuncian atau ikatan, yang diajar pada pengamal silat, pada tingkatan yang lebih tinggi.", "“Otak kau.. Alam pun dah berbeza.. Mana maunyaa…” Uda tergelak kecil", "“Tak takut pulak kau, masa kena tangkap tu?”", "“Maunya tak serun?? Aku yang dah berak pun terkincit lagi sikit masa kena pasung tu..” Aku tergelak mendengar cerita Uda.", "Aku dimaklumkan juga dari Uda yang bapak aku sendiri cedera dari pertempuran batin tempoh hari, aku dan bapak disembuhkan oleh rakan Pak Seli dari jarak jauh sehari selepas insiden perang tersebut. Tombak hadiah untuk Pak Seli juga patah dua semasa perang meletus, dan Pak Seli menerima hadiah yang baru. Kata Uda sejenis senjata kuno, yang dia sendiri tak tahu apa namanya.", "“Macam mana bapak aku cedera, Da?”", "“Kau ingat tak cahaya kuning yang terbang bersimpang siur malam haritu?” Aku mengangguk, tragedi yang terjadi semasa Uda disedut masuk ke dalam tanah.", "“Bapak kau kena anak panah tu kat bahu kiri.. Semasa dirawat.. Baju bapak kau dikoyakkan Pak Seli, urat-urat semua dah lebam.. berbisa anak panah tu..” Sungguh-sungguh penerangan Uda. Sampai ternaik-naik keningnya semasa bercerita.", "Kata Uda lagi, kalau tak kerana kehadiran Panglima, kami pasti sudah tertewas. Tapi dengan bantuan Panglima, Hanuman yang begitu ‘gah’ dengan kedewaan diri ditumpaskan dilaman belakang rumah Pak Seli sendiri.", "Uda tiba-tiba tergelak semasa bercerita tentang Hanuman dan Panglima.", "“Kenapa kau gelak?”", "“Takdelah.. Dewa kalah kena ‘rentap’ dengan Panglima je.. Tu yang aku ketawa..” Aku pun ketawa dengan penjelasan Uda.", "“Siapa yang aku bawak balik hari tu, kalau bukan kau, Da?”", "“Aku tak tau lah.. Tapi hari tu, masa kita datang, yang ada mahluk berbagai rupa tu, dia ada sekali.. Rupa dia separuh harimau, separuh manusia.. Dari anak panah dia jugaklah bapak kau cedera..” Kata Uda.", "“Lama jugak ye.. Kau berentap sorang-sorang.. Berdesup desap bunyi kau menikam hari tu..” Sambung Uda lagi.", "“Kau tak payah nak tipu aku laaa..” Keluh aku", "“Aku serius ni.. Dahsyat betul buah pukul mata angin kau.. Tak nampak gerak.. Dari jauh aku nampak lintasan angin je.. Tau-tau dah tembus je kena tikam.. Hahaha..” Uda mula memberi komen pada gerakan silat aku. Kakinya menguis-nguis tanah semasa bercakap.", "Bapak secara tiba-tiba terpacul dibelakang kami. Aku hulurkan tangan dan disambut bapak dengan senyum simpul, kepala aku diusap semasa mencium tangan bapak.", "“Dah sihat, Rip?” Aku hanya mengangguk kecil menjawab pertanyaan bapak.", "“Petang ni, lepas maghrib, kita dah boleh baliklah.. Berhabuk rumah, takde orang tinggal..” Bapak masih lagi tersenyum-senyum, matanya digenangi air. Tabahnya bapak aku!", "“Baik, bah..” Uda pula tersenyum melihat aku menjawab bersahaja.", "“Belakang badan kau, macam mana? Sakit lagi?” Bapak melabuhkan p******g disebelah aku dan meraba-raba belakang badan aku.", "“Tak tau lah, bah.. Macam takde rasa apa pun.. Nak kata sakit, tak sakit.. Nak kata tak sakit, kalau mengiring ke kiri ada rasa sengal-sengal..” Aku buat gaya mengiring ke kiri sambil menerangkan pada bapak.", "“Tiga hari kau tidur, risau betul abah.. Sesekali kau merintih dalam tidur.. Walaupun lukanya dah tak nampak dek mata.. Ada masanya, kau tiba-tiba panggil nama mak..” Kepala aku diusap-usap lembut bapak. Kami bagaikan tak mempedulikan kehadiran Uda disini.", "“Nak risau apa, bah.. Uda cerita tadi, sehari lepas berlawan hari tu, kawan Pak Seli ubatkan dari jarak jauh..”", "“Mau tak risau.. Kau jelah zuriat yang abah ada.. Risau kau turut mak, sebelum abah..” Bapak menunduk dan hanya merenung tanah. Dalam betul kata-kata bapak, membuat aku tiba-tiba jadi sebak.", "“Jangan risau, cik.. Arip ni hebat.. Tengok dia bantai kawanan beruk beratus-ratus ekor hari tu.. Sikit pun tak goyah.. Hahaha..” Uda m******h mood perbualan yang sedih.", "“Hiss… Cerita tu habis disitu je.. Jangan kau cerita pada orang pulak, Da..” Pantas ayat Uda d******g bapak. Uda mengangguk tanda faham, matanya mengerling melihat pada aku.", "“Abah masuk dululah, nak bersih-bersihkan diri sebelum Pak Seli kau balik.. Dia ada cakap apa-apa tak?” Tanya bapak pada aku.", "“Ada… Dia kata hari ni makan tengahari istimewa sebab kita dah sihat..” Aku jawab sambil tergelak kecil. Bapak mengangguk-angguk dan meninggalkan aku dan Uda kembali berdua. Kami meneruskan perbualan pada topik-topik lain.", "Pak Seli pulang betul-betul sebelum azan Zuhur berkumandang. Bersama ayam kampung, buah nangka dan ikan tilapia yang entah bila dipancingnya.", "Sungguh seronok kami berempat ‘main masak-masak’ berbual dalam keadaan yang tenang dan damai. Bagaikan dah terlepas dari segala gangguan.", "Kami makan gulai lemak ikan tilapia dan ayam goreng yang dimasak sendiri oleh Pak Seli dengan bapak sebagai pembantu tukang masak, lewat tengahari tersebut sebelum kami bertolak pulang menjelang asar. Sengal dibadan aku hilang sepenuhnya beberapa hari kemudian. Uda masih lagi datang dan menyapu laman belakang rumah Pak Seli, seperti yang dijanjikan. Dan nampaknya Dewa Hanuman tidak pernah kembali lagi untuk menganggu kami.", "Pengajaran yang aku kutip dari cerita ini. Bongkak, riak, takbur dan ujub adalah jenis-jenis penyakit hati yang perlu dijauhi, setinggi mana pun ilmu yang kita ada, kita masih tak mampu menandingi Pencipta kepada ilmu-ilmu tersebut yang datang secara ‘mutlak’ dari al-Malikul Mulk.", "Empangan Ma’arib runtuh dengan kejahilan yang dilakukan umat, bersama datangnya cahaya penunjuk akhir zaman. Qarun tenggelam bersama hartanya kerana bongkak. Firaun lemas diliputi laut merah kerana takbur dan riak. Bukankah umat zaman terdahulu telah banyak memberikan pengajaran melalui cerita?", "Maka beramallah, dan terus beramal. Beramal seolah-olah amalanMu itu bukanlah kewajipan keatasmu, tetapi dilakukan dengan ikhlas dan cinta tanpa mengharapkan apa-apa balasan. “Kebahagiaan itu dicapai melalui tiga perkaraBersabar ketika diuji, bersyukur ketika menerima nikmat dan bertaubat diatas dosa-dosa” ibn al-Qayyum", "Dan bersatu padu itu penting, untuk memusnahkan musuh, sama ada yang kelihatan atau tidak. Hiduplah kita dalam satu jemaah! Satukan hati kami berlandaskan pada ‘paksi yang satu’.", "‘Wira’ lahir bukan dari kuasa, tetapi wira lahir dari keberanian dan tanggungjawab!", "Aku akhiri dengan petikan mutiara kata dari Saidina Ali K.W “Dosa yang membuatmu bersedih dan menyesal itu lebih disukai Allah, daripada perbuatan baik yang membuatkanmu menjadi sombong..”", "Sampai jumpa lagi dicerita yang lain. Semoga semuanya berbahagia dan selamat dalam lindungan Allah. Terima kasih juga pada yang sudah membeli Pusaka 2..", "Last icon love sebelum kita jumpa lagi tahun depan. Doakan aku dipermudahkan urusan, supaya senang aku menaip.. hihi.. love u, gais! Yall the best!", "#Pusaka2 #Arifyahya", "Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)Link untuk DM aku ada dibawah, klik pautan dan tekan ‘mesej’. Terima kasih." ]
[ "Macam ayat dalam cter Mechamato 😀", "Apa jadi kat balu si Samir?" ]
https://fiksyenshasha.com/khazanah-bah-2/
Khazanah Bah. 2
[ "September 2020", "“ … kerjasama antara polis dengan angkatan tentera Malaysia, ATM akan diperketatkan.. di Tawau dan Lahad Datu yang juga melibatkan di kawasan-kawasan sempa… “", "TAAPP. Televisyen dimatikan.", "Aahh.. dah naik jemu aku dengan sesi sidang media hampir setiap hari. Dah nak dekat PRN negeri Sabah ni, makin sibuk aku tengok Menteri Kanan Pertahanan. Kes Covid walaupun dah semakin menurun, tapi itu bukan la tiket nak buat pilihan raya. Makin pening aku tengok politik negara ni.", "Empat hari lepas, Rais ada telefon. Fuhh.. ingatkan dah lupakan aku bila dah jumpa harta karun tu. Katanya nak minta tolong lagi. Ada benda yang perlu aku lihat. Mungkin ada kaitan dengan nenek moyang aku. Ya, modal yang macam ni la yang dia guna masa pujuk aku dulu. Sampai tiga hari aku pengsan. Dah tak pasal-pasal aku terpaksa buat swab test sebab nak ikut dia.", "“Bos kau dah tahu minggu lepas lagi, macam biasa la.. dia ok je, asalkan ada bahagian untuk dia dan syarikat”. Rais tersengih sambil mengelap cermin matanya dengan baju.", "Aku berkerut kening mendengar cerita Rais. Sel-sel otak mula berhubung. Patut la masa lockdown, banyak syarikat lain yang tak mampu nak bertahan, tapi syarikat aku masih dapat job. Rupanya sudah ada perjanjian sebelum ni antara Syukri dengan bos.", "“ Syukri dah tunggu kat kem ke..?” tanya aku kepada Rais. Masa ni kami dalam perjalanan menuju ke kem dengan sebuah pacuan empat roda dan melalui entah berapa banyak sekatan jalan raya. Tak sabar aku nak lihat apa yang ada dalam perpustakaan tu.", "“ Tak, dia kat Sabah sekarang. Lepas mengundi baru dia datang.. buat masa sekarang aku yang uruskan.” Jawab Rais.", "“ Aik.. dia orang Sabah ke.. PRU korang semua tak mengundi. Wakilkan aku, yang PRN ni laju pulak ye..” sindir aku, geram pula rasanya bila teringat kena kencing dengan mereka sebelum ni.", "“ Hahaha.. pedih.. bukan la. Dia ke sana sebab nak pujuk Tengku X. Dia ni antara penggerak bagi kumpulan kami. Banyak sumbangkan dana dan menjadi orang tengah dengan pihak berkuasa.”", "“ Syukri nak gerakkan balik projek kami di Melaka yang tertangguh sebelum ni.” terang Rais tersenyum dengan mata redup. Aku tahu, dia saja nak pancing aku supaya lagi teruja.", "“ Kau cerita jela Rais.. aku nak dengar. Kita kan satu kumpulan sekarang. Betul tak? hehe..” Malas nak melayan, aku mintak terus je.", "“ Emm.. gini, sebelum kami jumpa dengan kau. Aku ada dapat satu kes. Melibatkan saka. Sebenarnya kawan aku di Temerloh, seorang perawat.. dia ada dapat seorang pesakit wanita yang didampingi saka keturunan. Umur jin ni lebih kurang 1700 tahun.”", "“ Tapi apa yang menarik dalam kes ni.. wanita ni berketurunan Serani. Berdarah Portugis dari belah ayahnya.” Rais bercerita dengan serius. Walaupun macam menarik, tapi aku masih samar-samar lagi, belum dapat menyambung maklumat.", "“ Saka yang ada dalam tubuh pesakit tu datang dari nenek moyang dia, orang Portugis. Kira jin belaan orang sana la. Tujuannya. Untuk mendapat kekuatan semasa menakluk kerajaan Melaka.”", "“ Jadi bila dapat saja kes ni, aku terus dihubungi. Sebaik perjanjian saka diputuskan. Aku ambil jin saka tu.. untuk disoal siasat. Kau bayangkan, suatu makhluk yang berumur hampir 2000 tahun, terlibat secara langsung semasa menakluk Kesultanan Melaka. Kau rasa, apa maklumat yang dia simpan?”. Tanya Rais.", "“Jap.. aku tak faham.. maksud kau, mat saleh pun ada bela saka juga ke..?” Tanya aku dengan penuh minat. Memang banyak filem-filem Hollywood pasal sihir. Tapi aku ingatkan itu filem semata-mata. Aku tak boleh bayangkan Harry Potter atau Gandalf sakit susah nak m**i, selagi saka tidak diwariskan macam kisah-kisah angker orang Melayu konon sampai perlu buka bumbung.", "“Eehh.. ada, kau jangan tak tahu Kamal.. kadang-kadang ilmu sihir dan saka mereka ni lagi dahsyat. Termasuklah yang aku hadap ni. Cukup liat dan agak kebal dengan ilmu-ilmu yang aku ada.”", "“Guru aku terpaksa dipanggil untuk tolong tundukkan jin ni.. dari jenis ifrit, katanya tinggal di gunung Pico. Gunung tertinggi di Portugis. Kata guru aku tentera yang buat perjanjian ni berpangkat tinggi. Sebab tu jin pun jenis kuat juga. Ehh.. tak lama dah kita ni, setengah jam lagi sampai kem.” Terang Rais panjang lebar.", "“Lagi-lagi.. apa yang kau dapat dari jin tu..?” aku dah tak sabar nak tahu lebih lanjut. Seekor jin ifrit yang menjadi saka kepada tentera Portugis yang berpangkat tinggi dan terlibat untuk menakluk kesultanan Melaka. Fuhh. Aku dah mula terbayang filem Dracula Untold, tentera Janissari Uthmaniah terpaksa melawan vampire sehingga beribu tentera meninggal dunia.", "“Daripada maklumat yang diperolehi.. akhirnya membawa kumpulan kami ke suatu lokasi beberapa puluh meter dari daratan bekas kota Melaka. Dalam laut. Hasil scanning geofizik nampak seperti runtuhan bangunan. Mula-mula kami ingatkan itu sebuah menara untuk memantau kapal-kapal dagang. Kau pun tahu macam mana sibuknya pelabuhan Melaka pada masa tu.”", "“Tapi bila aku guna kaedah meraga sukma. Runtuhan itu makin jelas.. bukan menara, tapi sebuah bangunan yang digunakan untuk bersembunyi atau pun mungkin untuk melarikan diri dan yang hebatnya apa kau nak tahu Mal..?”", "“Bangunan di dalam laut tu.. ada ruang bawah tanah dan mempunyai terowong yang bersambung dengan sebuah bukit di darat. Kira ni laluan kecemasan la. Tapi aku tak tahu binaan tu dibina oleh kesultanan Melaka atau Portugis.”", "“Boleh jadi juga dibina jauh lebih lama.. semasa kawasan tu masih lagi daratan. Mungkin, siapa tahu. Maklumat sangat sedikit. Sebab bangunan dan terowong tu pun dah hancur, habis runtuh. Jadi tak banyak maklumat yang kita dapat.” Rais mengeluh perlahan sambil bersandar, sedikit mendongak.", "“Kalau semua dah hancur.. buat apa lagi Syukri nak pujuk Tengku X tu sambung projek kat situ?” tanya aku, memecah kesunyian.", "“Oohh.. hahaha.. pandai kau.. bila kami sudah gabungkan maklumat yang ada.. sekumpulan penyelam dihantar. Banyak bulan juga la proses selaman dibuat. Ada beberapa artifak yang kami jumpa. Tapi yang paling menarik kau nak tahu apa?” tanya Rais seolah-olah memacu lagi rasa ingin tahu aku.", "“Satu objek yang dibuat daripada campuran perak dan tembaga. Satu meter lebih panjangnya. Berbentuk seakan-akan salib, tapi ada pertambahan huruf ‘V’ ditengah-tengah. Kalau perhati dengan teliti, bentuk objek tu seperti gabungan beberapa huruf Runes.. huruf yang orang Eropah dulu guna untuk menulis. Syukri panggil benda ni Relik Runes Purba.”", "“Bila aku scan.. aura yang ada pada objek tu agak kuat dan bersifat negatif. Rujukan dalam semua rekod yang kami ada hampir tidak jumpa maklumat pasal objek ni.. jadi aku rujuk la jin saka tu. Rupa-rupanya benda tu menjadi azimat kepada tentera Portugis. Relik tu dipuja dengan harapan membawa tuah, kekuatan, dan menjadi suatu simbolik perjanjian antara bangsa jin dengan mereka.”", "“Kiranya bangunan yang runtuh tu dijadikan lokasi simpanan tentera, sebelum mereka melarikan diri. Tapi telah runtuh akibat serangan demi serangan oleh pihak Acheh, Johor Riau dan Belanda.. tapi aku hairan juga, tiada rekod bertulis pun pasal binaan ni dalam mana-mana catatan. Jadi aku sekadar take note je la cerita ifrit tu. Tak nak terima bulat-bulat.” Sambung Rais.", "“Tapi Mal.. yang tak sedapnya. Dua minggu selepas kami jumpa relik purba tu. Syukri dihubungi oleh dua pihak. Kau rasa-rasa siapa..?” Rais cuba berteka-teki.", "“Entah.. CIA ke..?” Jawab aku sambil mengangkat kening.", "“Bukannn.. Muzium British dan Smithsonian.” Jawab Rais. Kalau muzium tu aku tahu la tempat simpan barang bersejarah. Tapi yang satu lagi ni aku tak pernah dengar.", "“Smithsonian Institution.. ni kira macam muzium juga la. Ada di US.. koleksi kat sana antara yang paling banyak dan unik. Bukan setakat barang sejarah. Tapi serangga, burung-burung, tumbuhan.. aahh nanti kau Google la sendiri. Tapi yang penting mereka berminat dengan relik purba yang kami jumpa tu.”", "“Kami tak tahu macam mana mereka boleh dapat maklumat pasal benda ni. Tapi aku syak ada dalam kalangan ahli kumpulan yang jadi pengkhianat atau pun mereka memang memantau aktiviti kami dari dulu. Kau bayangkan lapan angka harga yang mereka tawarkan.”", "“Untungnya Tengku X dan Syukri ni pandai. Mereka tak berminat jual. Tapi nak tukarkan dengan koleksi yang ada dalam simpanan masing-masing. Sama ada Muzium British atau Smithsonian, siapa yang setuju akan dapat la relik ni. Lagipun benda tu bukannya ada kaitan sangat dengan sejarah tanah air kita.”", "“Tapi apa yang tersimpan dalam arkib mereka. Sangat berharga. Khazanah purba tanah ini yang kita sendiri tak pernah tahu .” Berkerut-kerut kening Rais masa terangkan cerita tu, nampak sedikit emosi.", "“Eerr.. jadi apa yang Syukri dan Tengku X tu minta tukar.. siapa yang setuju..?” Aku bertanya tak sabar hendak tahu. Malangnya saat itu kami sudah tiba di kem. Rais menolak untuk bercerita dan arahkan aku turun dan masuk ke bilik masing-masing dalam kontena. Ya, kontena yang dulu masih ada. Tapi cuma tinggal sebuah.", "“Kau rehat dulu.. makan.. setelkan apa patut. Lepas Maghrib nanti ada taklimat ringkas. Mmm.. kalau sempat aku sambung cerita tadi.” Aku tersenyum kambing mendengar kata-kata Rais. Terus aku baring, Hajatnya nak rehatkan badan sekejap.", "“ Nehsi.. Nehsi..”", "Seorang lelaki hampir separuh abad. Berkulit agak gelap tapi tegap. Merenung tajam sambil menunding ibu jari kanan ke arah aku. Sambil mengucap perkataan di atas. Entah kenapa aku rasa tidak selesa dan dada agak perit. Seperti ditindih. Tiba-tiba lelaki itu menghampiri, semakin dekat semakin sesak rasa dada aku.", "“Kun kata Allah.. fayakun kata Muhammad.. rabbukum kata Jibril. Bukan aku punya kuasa, Allah punya kuasa dengan berkat Lailahaillallah Muhammadarrasulullah.”", "Suatu suara lain kedengaran seperti bergema. Jasad lelaki tadi terus hilang. Dada yang sempit terus lega. Aku rasa seperti bahu ditepuk beberapa kali. Rais mengejutkan aku. Mimpi. Ya, penangan tidur lepas Asar lain macam perginya. Aku diminta untuk bersihkan badan.", "“Yang tadi tu aku tak pasti.. sama ada petunjuk atau gangguan. Tapi berhubung dengan alam sebelah melalui mimpi tanpa persediaan rapi amat tidak digalakkan. Aku risau kau kerasukan je Mal. Nanti lari habis rancangan kita. Sebab tu aku kejut.. tengok kau dah mengigau.”", "“Macam mana penampilan dia.. apa lagi yang kau nampak selain lelaki tu..?” Rais bertanya sambil mencatat dalam buku nota dia. Nampaknya dia sangat ambil berat dengan mimpi aku tadi.", "“Err.. aku tak berapa ingat. Nak kata macam orang Afrika tak sangat. Tapi yang pasti bukan belah-belah Asia. Pakaian dia.. seperti berkain pelikat. Tapi lebih singkat. Ada selempang yang agak lebar kat dada dia. Macam pakai kain ihram tu..” Aku cuba imbas semula apa yang teringat.", "“Sama tak dengan pakaian yang kau nampak dalam gambaran dulu. Masa kita meraga sukma dekat kawasan kubah tu. Cuba kau ingat balik.” Rais cuba ingatkan aku peristiwa dua tahun lepas. Ya. Hampir sama. Pakaian orang zaman dulu. Macam mana pula mamat ni boleh tahu. Rais mengangguk beberapa kali sambil menatap telefon dan tersenyum nipis.", "“Tengok ni.. sama tak dengan yang kau nampak dalam mimpi tadi.” Rais menghulurkan telefonnya. Tertera suatu gambar. Ada beberapa orang lelaki dan seorang seperti wanita. Pakaian salah seorang lelaki itu hampir sama seperti dalam mimpi aku, bezanya tiada selempang.", "Aku pernah lihat gambar ni di Google. Aku tahu pasal tempat tu. Tapi apa kaitan dengan mimpi aku. Aku mengerutkan kening sambil merenung ke arah Rais untuk penjelasan. Dia hanya tersenyum kambing.", "“Sebab tu aku perlukan kau di sini.” Jawabnya ringkas sambil berdiri. Kami bergerak ke luar kontena. Sebuah meja kayu yang telah tersedia beberapa menu bersama dua orang staff yang menjaga kem ini. Sesi taklimat akan dimulakan.", "Ringkasnya esok pagi helikopter akan bawa aku dan Rais ke lokasi. Tak perlu lagi berjalan kaki selama dua hari. Tugasan aku akan diselesaikan secepat mungkin. Aku hanya perlu berhubung dengan artifak yang ada di dalam perpustakaan purba itu untuk mendapatkan pengesahan maklumat yang sedia ada. Mereka sedang menjimatkan kos. Covid ternyata memberi kesan ketara dalam pengurusan semua pihak.", "Walaupun badan aku sangat penat. Tapi aku tak dapat melelapkan mata apabila teringatkan mimpi dan penerangan Rais semasa taklimat tadi.", "“Kami tak pasti lagi, sebab segala maklumat yang sedia ada hanya sekadar teori. Tiada bukti fizikal yang menyokong. Aku memang jenis skeptikal. Aku tak akan telan dan terima bulat-bulat tanpa pembuktian. Bagi aku metafizik, mimpi.. sebagai sampingan, tak boleh jadikan hujah utama. Biar pun ni memang bidang aku.”", "“Setakat ni, daripada rekod yang ada masih menyokong lokasi di timur Afrika. Walau pun ada yang dakwa di Sumatera la, Borneo la.. Tapi tiada bukti. Kalaulah kita dapat pecahkan misteri ni. Memang kecoh dunia sejarah dan arkeologi. Confirm la.” Beria-ria Rais memberi penerangan.", "Tanah yang disinari pancaran matahari sepanjang tahun. Kaya dengan emas. Subur dengan pepohon hijau yang berharga dan berbau harum. Tempat asal nenek moyang. Tanah para dewa.", "Esoknya, setelah lebih kurang sejam penerbangan, kami selamat tiba di lokasi. Mengikut Rais sepatutnya boleh sampai lebih cepat. Tapi selepas perpustakaan purba itu digali. Medan elektromagnet dan cuaca kawasan sekitar seolah-oleh terganggu. Bukan disebabkan aktivti paranormal seperti sebelumnya.", "Suasana di lokasi perpustakaan agak lengang. Tidak semeriah dulu seingat aku. Alatan pun sudah berkurangan. Hanya ada sebuah rumah kontena dan dua buah khemah yang agak besar. Tapi ada satu perubahan yang sangat ketara yang aku perasan. Rupa perpustakaan itu semakin jelas. Mereka sudah gali tanah di sekelilingnya. Pintu masuk juga sudah kelihatan. Sebuah gerbang, aku anggar selebar dua meter.", "Sekali imbas rupa perpustakaan purba ni seperti masjid Aya Sophia tanpa binaan bulan sabit dan menara. Bangunan berkubah yang ringkas. Tapi, lebih hampir seperti binaan pantheon Rom. Cuma kelihatan lebih ringkas dan kukuh. Menggunakan batu bata yang bersaiz besar. Jadi tak hairan la bangunan ni mampu bertahan di dalam tanah sejak sekian lama.", "Untuk masuk ke perpustakaan itu masih perlu turun ke dalam tanah. Beberapa meter dalamnya menggunakan tangga khas. Aku sempat mengelilingi kawasan sekitar. Ada tiga paip sederhana yang dibina oleh pasukan penggali. Tujuannya untuk menyedut mengalirkan air hujan ke anak sungai berdekatan supaya tidak bertakung dan masuk ke dalam perpustakaan. Semasa aku sampai pun hujan sedikit gerimis.", "“Mal.. jom masuk ke dalam, ada benda aku nak tunjuk.” Rais sedikit menjerit memanggil aku. Bersamanya di sebelah kanan ada salah seorang ahli kumpulan kami, antara yang sudah lama di situ. Berstatus doktor falsafah dalam bidangnya. Aku selesa memanggilnya Doktor Haji, mungkin sebab penampilannya. Kami pernah berjumpa di sini sebelum ni.", "Saat aku masuk ke dalam perpustakaan tersebut. Suasana di dalamnya sangat berbeza dengan di luar. Seolah-olah kita berjemur di tengah panas. Kemudian masuk ke dalam bilik yang berhawa dingin. Memang lain macam auranya, sungguh selesa. Walaupun di luar bunyi agak kuat dengan suara generator. Tapi ruangan dalam perpustakaan seperti kedap bunyi, tenang.", "Pencahayaan pula datang datang daripada lampu yang dipasang oleh ahli kumpulan pada dinding. Menggunakan mode motion detector, mungkin untuk penjimatan bateri. Bahagian siling pula kelihatan tompokan kecil cahaya, seolah-olah bintang di langit malam. Ada kesan tampalan sedikit di bahagian timur siling, akibat penggalian sebelum ni.", "Apa yang dapat aku perhatikan, binaan di bahagian dalam seperti agak padat. Bukan perpustakaan seperti yang biasa kita lihat. Lebih kepada tempat simpanan, tiada ruang untuk kita duduk dan menelaah. Pernah masuk tandas R&R..? lebih kurang begitulah rupa dalamnya. Ada banyak ruang yang sederhana besar di bahagian kiri kanan.", "“Arkib.. saya lebih suka menyebut tempat ni sebagai arkib”. Doktor Haji bersuara sambil menghulurkan tangan untuk bersalam, beliau seolah-olah mengerti apa yang bermain dalam fikiran aku.", "“Jadi awak dah tahu la ye pasal kisah di Melaka tu..?” Soalnya tanpa ada bunga-bunga.", "“Eerr.. ye, Rais ada cerita. Tapi ceritanya tak habis doktor.” Jawabku ringkas.", "“Oohh.. sebenarnya kita ada jumpa terowong dan binaan yang kedua. Beberapa ratus meter dari tapak sebelumnya. Yang ni kita dah tengok dengan scan geofizik dan paranormal.. lebih 80 peratus masih dalam keadaan baik.. tinggal nak gali je.”", "“Kita harap dapat jumpa item yang lebih waow dari sebelumnya. Tapi tu lah, nak tunggu respon dari Tengku macam mana.” Tanpa berkias seperti Rais dan Syukri, Doktor Haji bagi info kepada aku tegak dan padat.", "“Eerr.. jadi doktor, apa kisahnya relik runes tu..?” Aku cuba menggunakan peluang yang ada untuk menggali cerita.", "“Tengku dan Syukri setuju serahkan kepada pihak Muzium British, kita tukar dengan tiang asas tembok kota Melaka yang mereka bedil dulu.”", "Melihat aku seperti blur dan berkerut kening, Doktor Haji terus sambung dengan semangat.", "“Ikut catatan dari Munsyi, selepas British dapat Melaka daripada Belanda. Mereka telah meruntuhkan tembok kota. Tapi, kita dapat maklumat tambahan dari sumber lain. Semasa proses meruntuh tu British jumpa 11 batang besi yang dipercayai menjadi asas kepada pembinaan tembok tu. Sebab tu kukuhnya lain macam. Setiap batang besi tu tertulis beberapa tulisan Jawi tanpa baris.”", "“Malangnya kita hanya dapat 4 batang saja, selebihnya sudah dileburkan lama dulu.. ni apa yang mereka beritahu la dan saya pun tak pernah lihat depan-depan lagi hanya melalui gambar saja. Sekitar 4 meter tinggi.. diameternya, ada la dalam besar ni.” Doktor Haji membuat gabungan bentuk ‘C’ dengan dua belah tapak tangan. Aku anggar saiz, kurang lebih besar mangkuk nasi orang Cina makan.", "“Ehh.. biar betul, doktor pun tak tengok lagi tiang tu.. kenapa ye?” aku cuba mendapatkan penjelasan.", "“Politik Mal.. semua haru biru dalam gerak kerja sejarah di negara ni sebab benda ni la.. politik pah ceroh. Tiang tu masih disimpan oleh pihak berkenaan. Kononnya untuk kajian lanjut, tapi saya rasa mereka tunggu masa nak ambil kredit je. Sekarang ni Syukri dan Tengku tengah usaha untuk dapatkan kawalan sepenuhnya.”", "“Dan kalau boleh saya berharap lokasi kedua ni.. tak ada campur tangan orang politik. Jadi kami bercadang akan buat projek penyamaran di sana. Cukuplah. Arkib ni pun kalau bukan sebab Tengku X guna rangkaiannya dengan istana, saya ingat selamat dah kena jual kat pasaran gelap.” Panjang lebar penjelasan Doktor Haji sambil mengusap sebuah buku tembaga dari rak terhampir.", "“Kamal.. doktor.. sini, jom!” Rais melaung sambil menjengah kepala dari sebuah ruang beberapa meter di hadapan. Aku dan Doktor Haji masuk ke dalam ruang tersebut. Bersaiz bilik bujang dan tiada apa-apa buku. Hanya tiga buah kotak dan sehampar tikar. Aku rasa isi dalamnya dah dipindahkan untuk aktiviti hari ini.", "“Sebab benda ni lah aku panggil kau balik Kamal.. ingat lagi tak pisau yang aku pernah cerita dulu..? Yang menjadi petunjuk dari penunggu kat sini.. sampai kami boleh jumpa dengan kau.” Rais membuka sebuah kotak kayu lalu ditunjukkan kepada aku isinya. Sebilah pisau tanpa sarung, berhulukan kayu merah dan matanya seakan-akan berlekuk, hampir sejengkal panjang.", "“Eerr.. pisau apa ni Rais, comel sangat ni. Buat p****g buah ke..?” aku cuba melawak.", "“Kami percaya mungkin ini reka bentuk terawal keris. Berfungsi lebih kepada alat kebesaran. Kalau kau perhatikan betul-betul, hulunya ada rupa seperti mata dan mulut.” Rais cuba menunjukkan hulu pisau tadi dengan lebih dekat. Ya, ada nampak juga. Cuma tidak berapa jelas. Menurut Doktor Haji, hulu itu diperbuat daripada marjan.", "“Jadi apa kaitan semua ni dengan aku. Doktor, Rais.. cuba terangkan. Banyak benda yang saya rasa masih dirahsiakan. Walau pun dah dibawa saya masuk dalam kumpulan ni, tapi rasanya bukan semua maklumat saya dapat.”", "“Sebelum ni pun aku ada jumpa beberapa orang, cuba buat meraga sukma ke tempat ni macam yang kau pernah buat untuk aku. Tapi masih tak dapat jawapan.” Entah kenapa aku tiba-tiba jadi sedikit emosi dan cuba mencari jawapan.", "“Mal.. biar aku cerita, sebenarnya aku dah pasang kunci kat dalam badan kau. Supaya apa saja usaha untuk kau datang ke tempat ni secara batin tidak berjaya. Besar risikonya kalau tempat ni terdedah. Lagi pun bukan kumpulan kita saja yang buat cari gali artifak ni. Banyak lagi di luar sana.”", "“Tapi terus terang.. aku memang minta maaf sangat la, itu saja jalan yang aku ada. Tambah pula lepas kerja di Melaka sebelum ni dah terganggu. Kena pula jumpaan kali ni paling dahsyat, jadi nak tak nak. Aku terpaksa sekat akses kau ke tempat ni. Kau faham kan, tak faham pun kena faham juga la.” Rais menepuk-nepuk bahu. Aku menarik nafas panjang sebelum menghembus lembut.", "“Yela, nak cakap apa lagi. Terima aja lah, surat pun aku dah sign semua. Jadi… apa yang aku kena buat ni.?” Soal aku lepas rasa sedikit tenang.", "“Wudhuk kau ada lagi kan. Cepat bersila kat sini.” Rais memberi arahan sambil menyerahkan dua buah kristal seperti sebelum ini. Untuk booster tenaga dalaman aku bagi memudahkan proses meraga sukma.", "“Kita masih buat meraga sukma, tapi kali ini berbeza sikit. Selain kristal, kita juga akan guna pisau ni untuk memandu semangat kat alam sana nanti.” Rais mula bersila di belakang aku. Tangan kanannya di bahu kanan aku. Manakala tangan kirinya menyentuh pisau yang sudah dibalut dengan kain.", "Rancangannya, aku akan memasuki badan subjek yang telah dipilih khusus. Tujuannya untuk aku dapatkan apa saja maklumat berkaitan arkib ini. Terutamanya memahami sistem tulisan hieroglif yang digunakan sepenuhnya dalam catatan di sini.", "“Kamal.. genggam kristal tu.. tenangkan diri, tarik nafas slow-slow.. sedia.”", "Terasa lembut dan tenang. Aku seperti diangkat ke atas. Baru beberapa meter aku terasa di awang-awangan.. tiba-tiba tubuh batin aku bagai bergerak ke depan. Seperti cerita Star Wars atau Star Trek apabila kapal angkasa sedang memecut kelajuan cahaya. Gitu la gayanya.", "Sebaik berhenti, sedar-sedar aku sedang terapung di udara sekitar kawasan pinggir laut. Ada beberapa bangunan diperbuat daripada batu-bata dan kayu. Berbelas kapal dan berpuluh perahu. Aku seperti di sebuah pelabuhan. Saat ini semangat Rais mula muncul dan kami terbang merendah.", "Baru semakin jelas keadaan sekeliling. Seperti suasana zaman dahulu kala. Aku tak tahu pula kalau di alam jin ni, hidup mereka seperti manusia zaman purba.", "“Kita bukan di alam jin sekarang ni Kamal. Kalau perkiraan aku betul, sekarang kita sedang melihat rakaman suasana 3500 tahun dahulu.” Rais sedang berkomunikasi secara batin dengan aku.", "“Waow.. jadi kita dah merentas masa la ye..?” aku bertanya.", "“Bukan.. kita hanya melihat dan merasai suasana lalu yang sudah terakam saja. Memori alam. Rakaman alam. Jadi apa saja yang berlaku sekarang, tidak akan mengubah masa depan. Kerana.. masa depan telah tercipta dan masa lalu tidak binasa. Kita ke mari untuk akses maklumat, bukan mengubah sejarah.” Panjang Rias menerang, walau aku tak faham apa benda pun.", "Saat ini semangat kami berlegar-legar di atas pelabuhan purba tersebut. Ada lima buah kapal yang duduk dalam kelompok, mungkin dari pihak yang sama. Seperti sedang bersiap untuk bertolak. Setiap kapal sedang dimasukkan beberapa item yang berbeza oleh para pekerja. Ada haiwan, anak-anak pokok, kayu kayan dan beberapa buah kotak sederhana besar.", "Penampilan mereka memang ringkas, hanya bersampin dan ada pengikat kepala. Tipikal muka Asia Tenggara, ini mengingatkan aku kpeada para pekerja yang membina arkib dalam gambaran tidak lama dulu.", "“Jom kita ke sana. Aku yakin dia ada dalam tu.” Rais bersuara secara batin, kami terawang-awang menuju ke sebuah bangunan kayu yang terletak dalam kawasan pelabuhan. Sebaik masuk ke dalamnya. Aku lihat seperti sebuah ruang rehat yang agak besar. Ada seorang lelaki sedang duduk bersila menikmati minuman.", "“Mal, sama tak lelaki ni dalam mimpi kau semalam?” Rais bertanya. Ya, baru aku perasan. Orang yang sama. Tapi siapa dia, kenapa dia ada di sini.", "“Kali ni kita buat kerja gila sikit. Aku nak kau sentuh bahu lelaki tu. Jangan risau, aku ada sekali.” Rais memberi arahan. Aku lihat dia cukup serius kali ni. Kami mula terbang ke arah lelaki tersebut. Masih leka dengan air di hadapannya.", "Tiba-tiba belum sempat aku sentuh bahunya, lelaki tersebut berpaling ke arah kami dan berdiri. Matanya melilau, seperti mencari sesuatu. Mana mungkin dia boleh melihat semangat kami. Sebaik kembali bersila, dia kemudian meletakkan kedua belah tangan di atas lutut dengan tapak terbuka ke atas.", "Aku bagai tidak tidak percaya dengan apa yang berlaku. Semangat lelaki terbabit perlahan-lahan keluar dari jasadnya. Sebelum ni aku hanya alami, tapi kali ni aku dapat lihat depan mata. Tapi aku berasa sedikit seram apabila semangat lelaki tadi boleh melihat kami dengan senyuman sinis dan tenang.", "“Nehsi..?” Rais cuba berkomunikasi.", "Lelaki tersebut mengangguk perlahan. Rais kemudian cuba bergerak ke depan seperti ingin bertanya lagi. Nehsi kemudian mengeluarkan sesuatu seperti loket dari celah bajunya. Bintang berbucu enam. Suatu pancaran cahaya biru memancar dari loket tersebut dan terkena Rais.", "Saat ini semangat Rais tercampak keluar menembusi bangunan. Nehsi kemudian menghalakan tangan kirinya ke arah aku dan membuat gaya seperti arahan duduk. Semangat aku terus terbenam ke dalam tanah separas lutut. Badan terus menjadi kaku. Dia kemudian cuba menghampiri aku. Segalanya berlaku dengan pantas.", "Suatu pancaran cahaya putih memancar dan terkena Nehsi. Namun loket berbucu enam tu seperti melindungi dirinya dan seolah-olah menyerap pancaran tersebut. Sah, Rais yang cuba menyerang. Tapi sekali lagi Nehsi menghalakan tangan dan kemudian menggenggam tangannya. Aku lihat semangat Rais seperti diikat dan agak struggle nak lepaskan diri.", "Pada aku, Rais dah cukup mahir dan ahli dalam bidang metafizik. Selain minat, dia juga seorang perawat alternatif. Tapi apa yang berlaku sekarang ni sungguh di luar jangka. Lelaki yang dipanggil Nehsi ni seperti sangat berkuasa dan tenang dengan setiap tindakannya. Seolah-olah sudah bersedia dengan kehadiran kami.", "Sedang kami berdua kalut untuk melepaskan diri, muncul suatu bayangan lelaki di suatu sudut. Aku kenal figure tersebut. Doktor Haji.! Sebaik Nehsi berpaling ke arahnya. Doktor membuat gerakan tangan seperti memotong.", "“Bisirri Lam Jalalah.”", "Aku dapat rasakan tubuh batinku semakin ringan dan terlepas dari penguasaan Nehsi, begitu juga Rais. Doktor Haji kemudian menepuk lantai bangunan dengan kedua-dua belah tangannya. Suatu bunyi yang nyaring kedengaran dan sangat mengganggu telinga aku. Aku lihat badan fizikal Nehsi yang sedang bersila tumbang, semangatnya pula tercampak beberapa meter. Buku bertemu ruas.", "Pandangan aku semakin kabur dan bunyi nyaring masih kedengaran. Aahh.. aku belum bersedia nak pengsan seperti sebelum ni.", "Sebaik membuka mata aku berada di dalam arkib, terbaring. Tapi keadaan agak kelam kabut. Nama aku dipanggil beberapa kali. Ada beberapa orang di dalam ruang tersebut. Aku sempat menjeling Doktor Haji berada di bahagian kanan. Sedang berdiri tegak dan kiam, sebaik menghentak kakinya kali ketiga. Aku terasa gegaran kecil dan tubuhku bergetar. Untuk kesekian kalinya aku pengsan lagi.", "“Kau kerasukan.. semangat Nehsi meresap masuk dalam badan kau. Nasib baik aku dengan doktor boleh kawal keadaan. Kalau tak, aku tak tahu la boleh dapat balik atau tak semangat kau ni.”", "“Lain yang dirancang, lain yang jadi. Aku tak sangka semangat dia sekuat itu. Walau pun empat jam tu terlalu singkat untuk tanya semua benda, tapi dah memadai dari langsung tak dapat.” Rais menunjukkan gambar dari telefonnya, ada beberapa objek di atas meja. Dua buat skrol daripada perak dan beberapa buah buku.", "Daripada apa yang aku tahu, skrol tersebut merupakan daftar barangan yang telah diterima dan dibawa ke Mesir 3500 tahun dahulu. Terdapat juga catatan apa yang berlaku semasa ekspedisi tersebut. Apabila semangat Nehsi merasuki aku, Rais dan Doktor Haji berjaya mengawal. Hasilnya, tulisan hieroglif berjaya didekodkan.", "Jasad aku menjadi medium untuk memahami tulisan purba tersebut. Cuma ada kerumitan sebab tulisannya sudah diubah ikut gaya tempatan, sedangkan Nehsi orang luar. Walau pun kesuntukan masa kerana badan aku sangat lemah, tapi sudah memadai daripada terbiar saja khazanah di dalam arkib ini tanpa terjemahan.", "“Kalau diikutkan, tugas kau dah selesai Mal, kau rehat dulu. Ambil tenaga. Nanti aku uruskan helikopter.”\nRais meninggalkan aku di dalam khemah. Selepas menghabiskan segelas air. Aku sambung tidur, dari kejauhan sosok itu kembali di dalam mimpi.. tapi hanya memerhati.", "“Sebelum balik, apa kata awak pusing-pusing dulu dalam arkib. Ambil mood, kita pun tak tahu sampai bila boleh ada kat sini. Mana tahu tiba-tiba pihak atasan nak ambil alih. Jom, saya temankan.” Doktor Haji mencuit aku sebaik selesai makan tengahari. Aku hanya mengangguk perlahan.", "Sedang melihat dari bilik ke bilik di dalam arkib, baru aku perasan. Bukan hanya ada buku dan skrol. Tapi juga beberapa item seperti patung, baju besi dan mahkota. Dah macam muzium tempat ni. Sehingga la aku melintas suatu ruangan ni. Badan aku seolah-olah mengigil sejuk. Aku memandang Doktor Haji, dia hanya tersenyum. Bagai mengerti, kami masuk ke ruangan tersebut.", "Seekor patung anak lembu yang diperbuat daripada emas. Saiznya seperti sebuah basikal dewasa. Berdiri di atas sebuah altar kayu. Waow. Sama seperti gambar dalam Google, patung anak lembu yang disembah oleh Bani Israel semasa ketiadaan Nabi Musa.", "“Anak kerbau. Lihat tanduk tu, sedikit panjang dan badanya agak besar. Kalau anak lembu tanduknya lebih pendek dan saiz badan agak kecil.” Doktor Haji bersuara sambil menunjuk lokasi perbezaan. Ya. Ada beza, baru aku perasan.", "“Lagi pun, patung anak lembu yang kita tahu tu. Kalau ikut kisahnya, dah dimusnahkan apabila baginda turun dari gunung. Jadi yang ni kami fikir, rekaan versi tempatan. Cuma tak tahu dibina sebelum atau selepas kejadian tersebut.” Doktor Haji dengan tenang memberi penerangan. Aku masih diam, teruja.", "Doktor Haji kemudian menghampiri sebuah meja lipat yang sedia ada di dalam bilik, mengambil suatu besi bercabang dua. Garpu tala. Sebaik mengetuk lembut pada dinding, dia mendekatkan garpu tala tersebut dengan patung anak kerbau emas.", "Suatu suara kedengaran, datang daripada anak patung kerbau tersebut. Aku sekali lagi ternganga. Ini betul-betul gila. Kalau Bani Israel ada sekarang ni mahunya mereka sujud menyambung kesesatan yang tidak berkesudahan.", "“Kami masih mencari frekuensi yang sesuai, tapi ini la yang paling hampir dan mampu memberi tindak balas dengan patung ni. Cuba awak lihat ni Kamal.” Aku dihulur suatu fail nipis oleh Doktor Haji.", "Jadual rumusan laporan ujikaji oleh Agensi Nuklear Malaysia dan Pusat Maklumat Mineral Kebangsaan, Amerika Syarikat.", "Dalam jadual tersebut menunjukkan bahan yang terdapat di dalam patung anak kerbau emas. Peratusan emas dan perak sangat tinggi. Tapi ada satu persamaan kedua-dua laporan tersebut. sembilan peratus tertulis “Unknown”.", "Aku menunjukkan senarai tersebut kepada Doktor Haji. Dia hanya tersenyum dan mengangguk.", "“Jangan-jangan batu meteor tak doktor..?” aku bersuara memecah kesunyian.", "“Oohh.. bukan, kita ada daftar rekod hampir semua batu meteor di dalam dunia ni. Lagi pun kandungan mineral batu meteor ni tak jauh sangat beza antara setiap jenis, hampir sama. Peratusannya saja yang berbeza. Tapi yang ni lain macam sikit.”", "“Kita dah buat scan terhadap patung ni. Dalam badannya padat. Tiada ruang. Jadi mustahil suara yang awak dengar tadi tu datang dari dalam patung.”", "“Saya yakin, sembilan peratus tu lah bahan istimewa yang telah ‘menghidupkan’ anak patung ni. Awak kena ingat Kamal, baginda tidak hanya menjelma sekali. Bagi yang berilmu, tidak sukar untuk mengesan baginda. Mungkin kaedah yang sama digunakan untuk membina anak patung kerbau ni.” Doktor Haji seperti memberi aku petunjuk.", "“Bahan yang bukan berasal dari alam kita.”", "“Asari rasul… bekas jejak Jibril.”" ]
[ "what the hell..so long the story.next!", "Assalamualaikum wbt..", "“Politik pah ceroh”.. itu dialek Terengganu.. Doktor Haji org Terengganu ke? Apa pun kisah ni nmpknya akn m’bawa kpd sejarah kedatangan awal British, tujuan asal mereka ke Tanah Melayu, itulah asbab ulama’ di Tanah Melayu m’jadi pahlawan kita lalu menentang British.. sy yakin ia akn bw kpd sejarah freemason, firaun & Mesir Purba krn cerita tuan dah melibatkan pihak sana, mungkin juga akn merungkai lg sejarah keturunan Keturah, wallahualam.. cerita yg menarik, besar kemungkinan ada hubungkaitnya dgn tujuan British yg ingin menakluki Tanah Melayu.. apa pun 2023 & seterusnya tahun yg m’cabar.. semoga dpt merungkai sejarah kita..", "Mohon disambung kisah Khazanah ini..penceritaan yang hebat penuh maklumat tidak terjangkau akal fikiran…", "Sy sangat seronok membaca cerita yang panjang dan tolong sambung secepat mungkin sebab sy amat tertarik pada benda2 mistik sebegini dan sy sanggup belajar sekiranya diberi peluang…apa2 pun penulisan yg sangat baik💪🏻", "next..ade bahagian 3 tak.", "jalan cerita menarik. ada kaitan sejarah. Tapi yg paling menarik part awal cerita dan hujung macam ada masuk bab Ilmuan Islam. Wujudkan sambungan ke 3" ]
https://fiksyenshasha.com/khazanah-bah-1/
Khazanah Bah. 1
[ "Sekitar awal tahun 2018, sedang aku menyiapkan laporan data pelanggan. Salah seorang rakan sekerja, Amir.. datang ke meja aku.", "“Kamal.. bos cari.. sekarang katanya..”", "“aduh apa lagi orang tua tu nak..” tanyaku sambil sambil menghempas badan ke kerusi.", "“mana la aku tahu, engkau kan dah jadi orang kesayangan dia sekarang.. hehe..” sindir Amir sambil berlalu.", "Mungkin berkaitan hal dua hari lepas, aku tak puas hati dengan bos berkenaan bayaran bonus dan kenaikan gaji semasa mesyuarat. Tapi dah kerja makan gaji. Macam timun nak lawan durian, bergolek ke digolek tetap luka. Semasa aku masuk ke bilik bos ada seorang lelaki duduk di hadapannya. Lelaki yang belum pernah aku lihat sebelum ni.", "Selepas bos memperkenalkan lelaki itu sebagai Syukri, dari Putrajaya aku terus bersalam dan duduk di kerusi sebelah. Belum sempat bertanya, bos maklumkan tujuan pertemuan hari ini kerana hajat dari saudara Syukri ingin bertemu aku. Syukri terus mengeluarkan sepucut surat dari fail yang dia bawa. Private and confidential. Perkataan yang bercetak merah itu jelas kelihatan pada fail coklat yang tertera jata negara.", "“Jadi.. apa pilihan yang saya ada sekarang ?,” tanya aku setelah meneliti isi fail coklat tersebut.", "“Kamu dah bacakan, pilihan yang ada.. setuju dengan rela atau setuju paksa rela..” Balas Syukri sambil tersenyum kepada bos.", "Aku memandang bos untuk mendengar jawapannya.", "“Awak kena faham Kamal, saya ni orang berniaga.. lagipun saya lihat perkara ni situasi menang-menang. Kita semua untung.. saya, syarikat, kamu.. dan negara.” Ucap bos selepas meneguk kopi yang sedia terhidang.", "Ringkasannya aku telah dipinjamkan oleh syarikat untuk bertugas dengan ‘team’ Encik Syukri. Suatu kumpulan yang telah diberi mandat oleh pihak yang berkenaan untuk menjejak sesuatu berkaitan khazanah negara dan entah kenapa aku telah dipilih. Tanpa penjelasan. Serta dipaksa rela untuk bersetuju. Walaupun rasanya langsung tidak ada kaitan kerja aku di syarikat sebagai admin dengan benda-benda melibatkan sejarah.", "“Jangan risau, kebajikan kamu sangat dijaga.. hanya tiga bulan, gaji dari syarikat tetap berjalan.. elaun daripada kami lagi.. lebih dari cukup.” Kata Syukri setelah lihat aku termenung.", "“Tapi kamu kena ingat, perkara ni sulit.. sangat sulit.. kamu dah baca dan faham semua yang ada dalam fail tadi kan. Lagi dua hari saya jemput kamu di rumah. Jangan risau, semua sudah diatur.” Sambung Syukri sambil bersalam dengan aku dan bos kemudian beransur keluar.", "Pada hari itu, aku dibenarkan pulang awal untuk sediakan apa yang patut. Berpandukan surat yang telah disediakan oleh Syukri, kononnya aku perlu berkursus di Indonesia selama tiga bulan. Aku jadikan modal untuk beritahu kepada keluarga dan kawan-kawan supaya tidak timbul keraguan nanti. Aku dibenarkan untuk berhubung dengan keluarga atau menggunakan media sosial setiap dua minggu sepanjang temph berkhidmat. Berkhidmat sebagai apa..? Entah.", "“Berkhidmat sebagai perantara.. antara alam kita dengan alam sebelah.” Beritahu Syukri dalam sesi penerangan, setelah kami sampai di sebuah tapak perkhemahan. Terletak di kaki bukit. Sebuah negeri di utara semenanjung.", "“Alam sebelah..? alam sebalik mata ke.. ni macam kerajaan langit je ?” aku cuba melawak.", "“Hahaha.. bukan Kamal.. bukan. Ni suatu tempat sangat dekat dengan kita, tapi sukar untuk dilawati.”", "“Kita akan ada di kem ini selama satu minggu paling minimum.. untuk persediaan fizikal dan rohani. Proses untuk tembus alam sebelah guna banyak tenaga dan perlu fokus yang tinggi”. Terang Syukri.", "“Jadi ni betul-betul la ye.. bukan cubaan..?” Aku cuba dapatkan kepastian.", "“Ya Kamal.. kamu tahu berapa banyak cukai digunakan untuk misi ini..? benda ni bukan main-main. Malam nanti ada jurulatih yang akan beritahu lebih detail. Kamu rehat dulu. Selesaikan apa patut.” Ujar Syukri meninggalkan ruang bilik aku yang dibina di dalam sebuah kontena. Ada tiga ruang kesemuanya. Jumlah kontena di atas tapak perkhemahan tiga buah. Jadi aku agak tapak ini hanya untuk sementara saja. Dibina hanya untuk misi yang aku terlibat.", "“Kamal.. kau pernah tengok filem Doctor Strange?.” Tanya Rais, seorang lelaki lewat 40an yang baru hadir malam itu. Menurut Syukri dialah yang akan melatih aku dan memberi jawapan untuk semua persoalan yang aku fikirkan selama ni.", "“Kalau kau perasan, ada satu babak Doctor Strange seperti berada di alam lain semasa dia berjumpa Ancient One yang botak tu. Bukan jasad, tapi roh dia yang pergi ke alam satu lagi.”", "“Itu dipanggil astral projection, meraga sukma, atau kembara roh. Teorinya benda ni jadi hari-hari pada diri kita, sewaktu tidur. Cuma kita tidak sedar dan tidak tahu mengawalnya. Jadi untuk minggu pertama kat sini, aku akan latih cara untuk kau boleh buat astral projection. Kita akan guna semua kaedah sampai kau berjaya.” Penerangan Rais buat aku semakin pening.", "Ya, sebelum ini aku memang ada terbaca pasal benda-benda macam ni. Sama ada di media sosial atau penulisan di blog. Tapi aku masih tak faham kenapa aku ke sini.", "“Rais.. sebenarnya apa kaitan aku dengan semua ni. Aku tengok tempat ni dah macam kem militan, siap tempat latihan.. petang tadi aku tengok ada dua orang dok pegang senapang. Nak kata tentera tak nampak gaya langsung. Baru tadi kau cerita pasal roh bagai. Apa benda sebenarnya ni?.” Aku bertanya sambil meluah perasaan dengan nada sederhana tinggi.", "“Sabar.. kau dah jadi sebahagian daripada misi ni. Jadi kau berhak untuk tahu. Aku faham, kau masih keliru. Tenang dulu Kamal.. tenang..”. Rais cuba menenangkan aku. Dia kemudian menghidupkan rokok.", "“Lebih kurang tiga tahun lepas. Team kami telah dipanggil oleh pihak berkuasa. Ada laporan yang agak luar biasa daripada Orang Asal. Menurut mereka ada binaan mencurigakan telah dijumpai jauh di tengah hutan.. mulanya pihak berkuasa fikir itu kerja pencari kayu gaharu atau pelombong haram. Tapi apabila mereka pergi ke lokasi. Apa yang dilihat sangat mengejutkan.. perkara itu diluar bidang kuasa mereka. Jadi kami mula menyusun gerak kerja untuk ke sana dengan bantuan sekumpulan Orang Asal.”", "“Pihak berkuasa tidak menghantar wakil, kumpulan pemantau yang jumpa benda ni tak berani pergi lagi. Mereka takut”. Rais melepaskan keluhan sambil menyalakan rokok yang entah ke berapa batang. Aku masih mendiamkan diri. Fokus.", "“Aku yakin.. kau pernah dengar atau baca.. beberapa tahun lepas ada tulisan daripada seorang bekas tentera, kononnya wujud binaan besar dalam hutan negara kita. Lepas tu ada pula seorang perempuan menulis kononnya lagi telah ditunjukkan gambar lama pasal bangunan purba di tengah-tengah hutan.” Rais mula mendekatkan diri ke arah meja sambil menjentik habuk rokok.", "“Apa yang kau fikir dalam kepala otak tu sekarang memang betul. Mereka menulis pasal piramid yang ada dalam hutan negara kita ni.”", "“Kamal.. Kau tahu apa yang kami jumpa masa sampai di lokasi tu..?” Tanya Rais dengan matanya membulat.", "“Sebuah obelisk yang sedikit condong.. hampir sepemeluk.. setinggi tiga meter. Tapi ada lagi tiga meter tertanam dalam tanah. Obelisk tu hampir tidak rosak binaannya. Kalau tempat lain diukir daripada batu. Tapi yang kami jumpa ni dibina daripada logam padu.”", "Aku berkali-kali menelan air liur. Terus terbayang bentuk obelisk di Mesir yang biasa dilihat dalam internet. Aku teringat tamadun Sungai Batu. Daripada hasil jumpaan ahli arkeologi, mereka mendakwa wujud industri pemprosesan besi berskala besar di sana. Menariknya tapak di Sungai Batu tersebut berusia beberapa ratus tahun sebelum masihi, dan dijangka usia itu akan terus bertambah jika tapak-tapak baharu dibuka untuk kajian lebih dalam.", "“Obelisk tu ada dua bahagian yang mempunyai lakaran. Macam tulisan hieroglif Mesir purba. Tapi ada perbezaan. Tepak manggis, bukit, padi, ikan keli, bunga melur, keris. Seolah-olah hieroglif versi tempatan.. diubah mengikut budaya setempat.” Sambung Rais sambil mengeluarkan sebuah tab dari beg galasnya.", "“Tengok je.. jangan pegang..” Rais menunjukkan dua keping gambar. Seorang lelaki Orang Asal sedang berdiri di tepi obelisk yang agak berlumut. Gambar kedua pula zoom in pada salah satu bahagian tulisan.", "“Aku tahu kau minat sejarah. Kami tak pilih ahli tanpa kaji latar belakang. Kau tahu kan pasal perubahan tambahan yang dibuat pada sistem tulisan Arab menjadi jawi. Batu-batu bersurat lama yang guna bahasa Melayu Kuno sampai pendeta yang pakar dari Sri Langka dan India tak boleh faham. Adaptasi dan inovasi pengaruh luar ke dalam budaya setempat. Itulah yang berlaku pada tulisan di obelisk ni.”", "“Apa yang kau termenung tu Kamal.. terkejut.. ke takut. Sekarang kau nak tahu kenapa kau dipilih..?” Tanya Rais. Aku mengangguk laju.", "“Sepanjang dua hari kami berada di sana. Gangguan ghaib yang datang sangat dahsyat. Baik jelmaan, bunyi-bunyi.. hujan ribut. Walaupun aku dah pagar tempat tu.. tapi kurang menjadi. Alatan kami juga banyak yang rosak.”", "“Sehinggalah aku cuba berkomunikasi dengan ketua mereka.. apa yang aku dapati.. tempat tu sudah diletak beratus-ratus jin yang berusia beribu tahun untuk mengawal. Memang ditugaskan untuk elak penceroboh.. kau nak tahu siapa yang letak mereka kat situ?”", "“Siapa..?” aku bertanya.", "“Nenek moyang kau Kamal. Ya.. lama dulu keturunan kau yang terdahulu letak jin-jin tu kat situ. Kami yakin ada sesuatu yang sangat berharga yang dijaga. Ketua mereka hanya mengizinkan orang yang berdarah sama dengan tuan asal untuk melepasi kawalan mereka.”", "“Macam mana korang tahu nenek moyang aku yang terlibat?.” aku sudah makin tidak sabar. Cerita sudah makin mengarut. Petik keturunan sebarangan. Siap jual nama jin.", "“Sebelum aku keluar dari tempat tu. Ketua jin di situ ada beri petunjuk sebilah pisau kecil yang ditanam tidak jauh dari obelisk tu. Hasil scanning dengan ilmu yang aku ada dan beberapa ahli paranormal yang lain. Kami mendapat gambaran wajah kau. Menggunakan pangkalan data yang ada. Hasilnya.. hari ni kau ada kat sini. Kami yakin kau adalah kunci untuk kita tahu khazanah apa yang ada dalam hutan tu.”", "“Tapi untuk permulaan kita akan latih kau dulu cara untuk buat astral projection tu.. kita tak nak bazirkan masa dan tenaga masuk ke lokasi tanpa tahu keupayaan kau. Kalau dah boleh kuasai kaedah ni.. kita test dari sini je.” Terang Rais panjang lebar.", "Dipendekkan cerita pada waktu siang aku dilatih untuk kuatkan stamina secara fizikal dan diajar ikhtiar hidup dalam hutan oleh 4 orang lelaki berperwatakan seperti askar. Tidak banyak komunikasi antara kami. Tiada kemesraan. Hanya latihan fizikal.. mungkin faktor kerahsiaan identiti. Aku menganggap mereka hanyalah jurulatih aku, tidak lebih tidak kurang.", "Syukri pula langsung tak nampak batang hidung. Pada waktu malam pula didedahkan dengan kefahaman dan amalan metafizik atau kebatinan. Memang satu pengalaman yang baharu buat aku. Rais menggunakan dua buah kristal jenis quartz yang perlu aku genggam kiri dan kanan. Tapi bersama kristal quartz tu ada juga kristal lain yang berwarna merah dan biru. Ada juga beberapa ayat yang perlu aku baca sepanjang proses untuk buat astral projection tu.", "Rais akan menjadi pembimbing dan menampung energi aku, kristal pula jadi booster untuk memudahkan proses mengeluarkan roh atau semangat dari tubuh. Maksudnya aku tidak boleh buat benda tu sendiri. Tapi perlukan Rais sepanjang proses untuk buat astral projection. Saat kali pertama semangat aku keluar dari badan. Aku boleh melihat diri sendiri sedang bersila dan Rais yang duduk di sebelah dengan memegang bahu kanan aku.", "Memang sebijik macam dalam filem Dr Strange.Takjubnya.. semangat Rais juga ada bersama aku pada masa itu. Kami terapung-apung di udara. Kami bercakap bukan dengan mulut. Tapi suara hati. Susah aku nak terangkan. Masa pula seperti sangat perlahan di alam astral. Walaupun aku rasa cukup lama berada di alam sana. Tapi alam nyata sangat sekejap. Aku memerlukan beberapa malam untuk biasakan diri dan menghadam pengalaman baharu yang sangat luar biasa. Rais hanya bawa semangat aku di sekitar kem. Paling jauh dia bawa ke pekan yang terletak lebih kurang 30km dari kem.", "Semasa dalam keadaan astral projection ni aku boleh melihat pelbagai makhluk-makhluk lain di sekitar. Ada juga semangat lain. Sama ada solo atau berkumpulan. Ada yang seolah-olah berbincang.. ada juga yang seperti blur.. yang ni semangat solo. Mengikut kata Rais semangat solo boleh jadi orang yang sudah mahir, biasanya perawat atau pengkaji atau mungkin semangat orang baru belajar atau yang terjadi tanpa sengaja. Tapi Rais tidak membenarkan aku berhubung dengan semangat-semangat lain. Faktor keselamatan.", "“Malam ni kita akan pergi ke lokasi.. sebelum ni aku pernah cuba banyak kali tapi tak lepas. Pelindung kat sana terlalu kuat. Energi pagaran dan jin yang mengawal memang tak bagi sesiapa masuk. Jadi harapnya dengan ada kau kat sini. Apa yang dirancang akan berjalan lancar la”. Sungguh-sungguh Rais bagi penjelasan. Nampak sangat dia berharap.", "“Tapi macam mana kalau aku pun tak lepas juga?”", "“Alamatnya kau boleh balik awal la.. kami terpaksa pikir cara lain.” Jawab Rais sambil mengangkat kedua belah keningnya.", "Sebaik saja aku masuk ke alam astral. Rais membimbing aku ke lokasi.. sampai saja di sana aku lihat seolah-olah sebuah kubah berwarna perang campur pink. Tapi warna tu berubah-ubah, permukaan kubah bergerak seperti aliran air. Di sekeliling kubah pula ada beratus makhluk yang pelik seperti mengawal. Fizikal seperti manusia, bertanduk kecik dan bertaring, berpakaian macam orang zaman batu. Pernah tengok filem Warcraft.. makhluk orc, macam tu lah. Tapi sekali pandang ada juga iras-iras jin dalam filem Ahmad Albab.. ya.. Ahmaddd Albabbb yang punya. Makhluk ni tidak terbang. Tapi berkawal di permukaan tanah saja.", "Semakin aku dekat dengan kubah, semakin terasa bahang panas. Rais meminta aku tunggu dan lihat dari jauh. Sewaktu semangatnya terbang menghampiri.. aku lihat bentuk semangat Rais semakin kabur dan bergetar.. kemudian tertolak ke belakang. Seperti ada kekuatan yang tidak kelihatan menghalang dan menolak semangat dia.", "“Kamal.. sekarang giliran kau pula.. bila dah dekat dan rasa seperti ditolak. Baca bismillah dan sebut nama penuh kau..” Arah Rais secara telepati.", "Aku terbang menghampiri kubah dan mengikut arahan Rais. Tanpa ada sebarang halangan aku berjaya menghampiri permukaan kubah dan dapat menyentuhnya. Secara tiba-tiba seperti ada arus elektrik yang mengalir di tapak tangan. Kemudian aku seperti melihat gambaran suasana zaman dahulu. Seperti aku berada di situ secara fizikal.. di lokasi tapak kubah itu.. lama dulu.", "Apa yang aku nampak..?", "Kawasan hutan tebal di sekeliling.. tapi ada tempat yang telah dibersihkan. Di kawasan bersih itu, ada sebuah lubang berbentuk segi empat dan bersaiz padang bola sepak. Dalamnya aku tidak pasti. Tapi agak dalam, aku anggar mungkin 3 atau 4 tingkat bangunan melihat kepada tangga dan takal yang ada. Lubang itu sudah siap digali. Pekerja di situ agak ramai. Ada yang sedang menguruskan batu blok bersaiz besar. Ada yang sedang menuang logam cair di dalam acuan. Dari jauh aku lihat ada sebuah batu sedang diukir berbentuk kepala manusia. Semuanya nampak tersusun dan teliti. Setiap aktiviti dibuat di tempatnya sendiri. Sebuah projek berskala sederhana besar yang diurus dengan terancang.", "Sumber air datangnya dari sebuah bukit dan ada sebatang anak sungai selebar 4 meter sepanjang tapak pembinaan, aku fikir itu anak sungai sementara yang dibina khas sepanjang proses pembinaan berjalan. Manusia di situ berpakaian ringkas. Memakai pengikat kepala, bercawat labuh seperti seluar.. tapi ada juga yang seperti bersampin kemas. Majoriti tidak berbaju.. kalau berbaju pun seperti selempang yang lebar. Nampak wujud kelas sosial tersendiri. Raut wajah memang tipikal orang Nusantara. Bahasa yang digunakan tidak jelas. Sebab pada waktu itu aku hanya dengar seperti dengung dan berdesing sepanjang masa.", "Tapi yang aku pasti. Mereka semua sedang membina sesuatu dalam lubang itu. Dari tempat aku berada.. apa yang aku nampak aktiviti yang dibuat lebih kepada mengukuhkan dinding lubang. Apabila aku berjalan menghampiri lubang untuk lihat isinya. Bahu aku dipegang dari belakang.", "“Kamal.. Ooo Kamal.. bangun.. Subuh gajah dah ni..” sayup-sayup dengar suara Rais.\nSelepas puas menggeliat, pantas aku bangun mengerjakan solat. Jam sudah pukul 7 pagi. Rupa-rupanya kami terbabas tidur.. penangan kembara roh malam tadi. Selesai bersiap dan sarapan, aku dan Rais berbincang perihal yang aku alami.", "“Aku yakin malam tadi tu, kau masuk ke dalam badan nenek moyang kau yang menyelia kerja-kerja di sana.. atau mungkin kau dah akses memori alam kejadian tempat tu. Sebab DNA atau genetik yang sama. Sebab tu boleh nampak apa yang sedang berlaku zaman dulu. Tapi ni teori aku je la.” Terang Rais sambil melurut janggutnya yang tidak seberapa.", "“Maksud kau.. malam tadi aku merentas masa ke..?” Aku cuba mendapat kepastian.", "“Bukan.. kau hanya melihat rakaman. Alam ni sifatnya merakam. Udara yang kita sedut, batu, pasir, pokok.. semua tu boleh merakam. Tinggal nak playback je. Cuba kau fikir, kenapa anak penyu yang menetas di darat. Laju je pergi ke laut. Macam mana anak penyu tahu lokasi laut.. macam mana mereka tahu.. yang diri mereka tu penyu..?”", "“Jawapannya DNA.. genetik.. atau bahasa kampung, d***h daging. Ini jugalah yang berlaku apabila melibatkan kes saka keturunan. Tapi semua ni masih di peringkat kajian kami.. belum solid. Kalau nak sembang lagi lari fokus la tujuan kau kat sini.. tapi kalau boleh kaitkan.. gambaran wajah kau yang aku dapat.. kemudian kau boleh lepasi kubah tu, apabila sentuh muncul bayangan zaman dulu. Teori yang aku cakap tadi tu sikit-sikit boleh dipakai.” Panjang lebar Rais beri penjelasan yang aku sendiri haram tak boleh nak faham.", "“Kejap lagi aku nak hantar laporan kat tuan Syukri.. rasanya kalau semua ok. Kita akan bergerak ke lokasi sikit masa lagi.”", "Sebaik selesai aktiviti fizikal. Rais meminta semua berkumpul. Seperti yang telah dia beritahu tadi. Lusa kami akan bergerak. Pihak atasan sudah memberi lampu hijau. Rais juga sudah pantau lokasi operasi dengan semangatnya. Kubah yang menghalang dan jin di kawasan sekitar sudah tiada, seolah-olah merestui apa saja gerak kerja kami nanti setelah kehadiran aku malam tadi. Akhirnya setelah hampir 3 minggu aku di sini. Baru boleh bergerak keluar dari kem, dah tepu rasanya. Kalau boleh biar semua selesai dengan cepat.", "Esoknya baru aku tahu yang jarak perjalanan dari kem ke lokasi operasi memakan masa dua hari. Itu pun kalau cuaca baik. Menurut Rais helikopter tidak boleh menghampiri ke lokasi, seperti wujud gangguan medan tenaga elektrik. Boleh menyebabkan helikopter terhempas. Senang cerita semua alatan elektronik tidak boleh berfungsi apabila berada dekat dengan kawasan tersebut. Jadi walaupun kubah sudah hilang, risiko tidak diambil atas faktor keselamatan ahli. Sekarang baru aku tahu kenapa beria-ria mereka melatih stamina aku dan mengajar ikhtiar hidup dalam hutan.", "Diringkaskan.. selepas 2 hari perjalanan kami berenam merentas hutan tanpa kehadiran Syukri.. dia hanya melambai semasa kami meninggalkan kem, akhirnya kami selamat sampai ke lokasi tujuan. Aku nampak ada sebuah pondok dari kayu yang agak usang di situ. Mungkin tempat mereka buat operasi sebelum ni. Kemudian aku lihat adalah sebuah obelisk yang Rais ceritakan tidak jauh dari pondok. Nampak kukuh dan padu. Walaupun terkena hujan panas yang mungkin selama beribu-ribu tahun.. tapi langsung tidak berkarat. Tulisan hieroglif juga masih jelas di bahagian depan dan belakang.", "“Kamal.. cuba kau pegang obelisk ni.. sambil sebut nama penuh, macam kau sentuh kubah sebelum ni.” Arah Rais sambil memegang bahu kanan aku.", "Sebaik saja tangan aku menyentuh permukaan logam itu. Aku terasa khayal.. seperti hendak tidur, kemudia terus nampak suatu kawasan di hadapan aku bercahaya. Aku tidak pasti berapa jauh jaraknya. Tapi cahayanya seperti keluar dari dalam tanah. Aku yakin.. di situlah tempat lubang yang aku lihat sebelum ni. Sejurus Rais menarik balik tangannya dari bahu aku, keadaan kembali normal.", "“Okey aku dah nampak tempat tu. Kita dirikan khemah di sini. Baiki pondok lama.” Rais mula mengarah. Waktu sudah hampir Asar ikut perkiraan. Sebaik aku melihat jam di tangan. M**i. Telefon bimbit pun sama.. skrin gelap. Maksudnya apa yang Rais cerita pasal gangguan alatan elektronik tu masih ada. Entah kenapa aku dilanda rasa tidak sedap hati.", "Pada malamnya suasana sangat tenang. Setelah habis selesai aktiviti, aku masuk ke khemah. Sedang melayan mata untuk tidur tiba-tiba terdengar suara jeritan yang sangat kuat.. sekali dengar seperti bunyi monyet.. ada jugak bunyi suara orang, seperti marah. Bukan sekali tapi banyak kali dan bukannya satu suara. Seolah-olah berpuluh suara di sekeliling tapak khemah kami. Masa ni aku sudah terbayang makhluk dalam filem Warcraft tengah mengepung kami. Rais mengarahkan kami semua berkumpul di tengah-tengah tapak.. aku lihat masih bersisa unggun api. Sedang salah seorang jurulatih aku cuba menambah kayu untuk besarkan api. Datang angin yang sangat kuat sehingga terbang segala khemah dan terpadam api. Kami kalut ketika ini.", "Rais aku lihat membaca sesuatu dan menepuk tangan kanan ke tanah. Zuupp..!! Ajaib.. angin ribut terus berhenti. Dia kemudian bersila dengan tapak tangan di atas lutut.", "“Ciss.. kita dah kena main.. aku tak boleh keluarkan semangat, penunggu tempat ni dah pasang balik kubah ghaib tu. Patut aku berdebar je dari tadi..”", "“Kamal.. kau cuba buat astral projection, tengok apa yang ade kat luar sana, aku dah terhijab sekarang..” Arah Rais sambil mengeluarkan kristal dari beg galasnya. Ya.. aku masih perlukan bantuan batu kristal.", "Sebaik saja semangat aku keluar dari jasad. Jelas aku nampak berpuluh atau mungkin beratus makhluk sebelum ni sedang mengeliling kami. Sebaik aku lihat ke atas, masih wujud kubah yang sebelum ni menutup tempat ini. Bezanya kali ini aku berada di dalam. Serentak itu, makhluk penunggu tu berpaling ke arah aku sambil membuka mulut dengan mata yang membulat. Mungkin marah sebab aku boleh melihat mereka.", "Tapi mereka tidak menyerang aku, sebalik menggerumun ke arah ahli-ahli yang lain.. termasuk Rais. Menggelepar setiap sorang, bayangkan berpuluh-puluh ekor penunggu menyerang setiap sorang jurulatih aku. Tangan menepis.. kaki menendang, tapi tidak berkesan seolah-olah menendang angin. Hanya Rais yang masih bersila.. walaupun menyerang bertubi-tubi, penunggu-penunggu tersebut tidak oleh masuk dekat. Seperti ada benteng melindungi Rais.", "Aku pula masih bergentayangan di dalam kubah, jika sebelum ni Rais akan membimbing aku semasa berada di luar jasad.. tapi sekarang dia tengah gigih bertahan dari serangan ghaib. Aku lihat sekarang keadaan semakin kritikal. Jurulatih-jurulatih aku ada yang sudah muntah d***h. Mata masing-masing terbeliak. Memang jin-jin penjaga tempat ni nekad nak b***h kami gayanya. Saat ini aku lihat Rais berdiri tegak sambil kedua-kedua tangan di hala ke atas. Habis tercampak penunggu yang menyerangnya.", "“Naruddu bikal a’daa, a minkulli wijhah..” Dengan lantang Rais membaca ayat yang agak asing.. diulang banyak kali. Ayat ni panjang lagi, aku hanya ingat sebutan mula-mula.", "Tiba-tiba datang panahan petir secara bertubi-tubi.. silauan cahaya putih kebiruan menerangi seluruh tempat itu. Berdentum kuat bunyi guruh tak henti-henti.. walaupun berada dalam alam semangat. Tapi aku tetap merasa kesannya sedikit sebanyak. Sebaik saja keadaan kembali tenang. Aku lihat bergelimpangan jasad yang rentung seperti tunggul kayu terbakar memenuhi kawasan. Rais pun dalam keadaan terbaring dan bernafas laju. Mungkin dia membaca ayat menyeru petir untuk menyerang penunggu kawasan itu. Aku perasan kubah ghaib pun dah hilang.", "Aku pula masih cuba masuk semula ke dalam jasad. Ketika inilah aku nampak pergerakan di suatu sudut. Rupa-rupanya masih ada jin penunggu yang terselamat daripada petir tadi. Hampir sepuluh ekor rasanya. Ada dua ekor tiba-tiba melompat dan terbang ke arah aku. Selebihnya menerkam ke arah Rais. Dalam situasi ini.. aku pasrah.", "Aku sempat menjeling.. Rais bersusah payah untuk bangun. Sebaik berdiri dihentak kaki kanannya tiga kali ke tanah.. untuk kesekian kalinya dia mengangkat kedua belah tangan.", "“Aqsamtu alaikum ya Jabroil…” Rais lagi sekali melaung.", "Bunyinya seperti salam dan dibaca lagi beberapa ayat lain.. kemudian datang satu lintasan cahaya. Bukan petir. Tapi cahaya putih yang sangat terang seperti membuat pusingan U. Datang dari langit, turun melibas saki baki jin penunggu dan naik semula ke atas. Semuanya berlaku dengan pantas. Saat inilah pandangan aku menjadi sangat terang dengan bunyi nyaring bergema di tepi telinga. Gelap. Aku tak ingat apa yang jadi selepas itu.", "Bunyi seperti kipas yang sangat kuat mengganggu tidur aku. Sebaik membuka mata.. aku berada di atas tilam yang selesa. Bukan lagi dalam khemah. Kontena. Ya.. aku sedang tidur di dalam bilik kontena, tempat mula-mula aku melapor diri dengan Syukri sebelum ni. Sebaik aku melangkah keluar.. bunyi kipas semakin kuat. Rupa-rupanya itu bunyi kipas helikopter yang sedang menurunkan beberapa buah kotak besar.", "Aku masih di dalam hutan. Bezanya kawasan itu semakin terang. Dahan pokok d******g untuk memudahkan helikopter menurunkan barangan. Orang-orang juga semakin ramai. Banyak khemah dan pondok didirikan. Hanya ada dua buah kontena termasuk tempat aku tidur tadi. Aku keliru.\n“Sedap betul ye kau tidur, mengalahkan Snow White.” Terdengar suara dari sebelah kanan tempat aku berdiri. Syukri tersenyum dengan bercermin mata hitam dan rokok putih dibibir.", "Cerita diringkaskan atas faktor kerahsiaan. Rupa-rupanya aku telah tidur selama tiga hari sejak peristiwa diserang penunggu pada malam tersebut. Kesemua jurulatih aku terpaksa dibawa keluar kerana kecederaan dalaman. Tapi stabil dan akan kembali bertugas apabila pulih. Rais jadi hero malam tu.. dengan menggunakan ilmu hikmah yang aku tidak berapa faham, semua gangguan disapu habis.", "Tiada lagi gangguan alat elektronik dan Rais terus menghubungi Syukri untuk mendapatkan bantuan. Aku pula lepas libasan cahaya tu terus jasad masuk ke badan dan tertidur. Sebaik saja sedar dan pulih.. aku hanya ada di sana selama tiga hari. Sempat lihat mereka menggali lubang tempat yang aku nampak dalam gambaran sebelum ini.", "“Kita tak sempat dah nak gali sampai ke tapak.. mungkin tebuk terus ikut bumbung..” Aku menelan air liur bila dengar penerangan Syukri.", "Masa ini mereka jumpa binaan melengkung seperti batu sebaik menggali hampir 15 meter. Mula-mula ingatkan bola gergasi. Tapi rupanya bumbung berbentuk kubah. Kubah lagi. Jadi untuk memendekkan masa, mereka menebuk bumbung dan masuk melalui situ untuk lihat kandungan dalam binaan itu. Aku hanya sempat lihat proses menebuk, tapi tidak dapat lihat atau tahu apa yang mereka jumpa.", "“Ni tanggungjawab.. sebagai rakyat negara ni kau kena tunaikan, kami wakilkan dekat kau.. lagipun satu minggu je. Rehat puas-puas.” Rais menepuk-nepuk bahu aku ketika bersarapan bersama Syukri.", "Seperti yang sedia maklum. Pada tahun 2018 berlaku pilihan raya besar dalam negara. Aku telah diberi pelepasan untuk pulang mengundi dan berehat selama satu minggu. Kononnya kalau ada yang bertanya pihak syarikat beri peluang untuk bersama keluarga sebelum sambung kursus lagi.. dan seperti yang kita tahu, keputusan pilihan raya yang telah menukar baju pemerintah telah membawa banyak perubahan. Aku tidak terkecuali.", "“Saya dah bercakap dengan encik Syukri. Awak boleh pilih untuk terus menghabiskan baki tempoh ‘bertugas’ atau datang bekerja seperti biasa.. soal bayaran tetap berjalan seperti yang dipersetujui. Cuma rahsia tetap rahsia la.. Awak pun faham.” Suara bos aku kedengan tenang dalam telefon.\nSebenarnya selepas tamat tamat tempoh rehat seminggu, aku tidak dihubungi oleh Syukri atau Rais seperti yang diberitahu. Jadi bila rasa ‘dikencing’, aku terus telefon bos.. itu lah jawapannya.", "Jadi aku memilih untuk habiskan baki cuti lagi dua bulan dengan balik ke kampung, habiskan masa yang ada dengan keluarga. Gaji jalan.. elaun pun ada. Tapi disebabkan terikat dengan perjanjian aku terpaksa ‘goreng’ cerita dekat keluarga.. kenapa aku boleh duduk lama di kampung dan gaji jalan. Nasib baik bos aku jenis boleh pakat.", "Dalam tempoh yang agak lama. Aku cuba buat carian di internet tentang penglibatan aku sebelum ni. Tapi langsung tak jumpa. Yang ada hanya cerita piramid Melayu.. di Pahang la, tasik Chini la.. itupun tunjuk gambar piramid kaum Maya dengan gambar Gunung Padang di Indonesia. Aku jugak ada jumpa beberapa orang yang kononnya boleh buat astral projection. Aku nak pergi tengok tapak jumpaan dalam hutan tu. Apa yang mereka dah jumpa setakat ni sampai tak mahu libatkan aku lagi.", "Tapi tiada sorang pun orang yang aku jumpa tu boleh buat seperti Rais. Semuanya beritahu aku perlu berlatih dan buat sendiri. Ada beberapa kaedah.. haram tak jadi. Sampai aku putus asa dan move on.\nSehinggalah.. masuk tahun 2020. Kerajaan lagi sekali bertukar dan dunia dilanda Covid-19. Aku bekerja seperti biasa, tapi dari rumah. Sekitar penghujung bulan April, semasa aku menuju ke kereta sebaik selesai membeli di pasar raya yang biasa aku pergi.", "“Assalamualaikum Kamal”. Suatu suara yang aku masih cam pemiliknya. Syukri.", "“Bila orang atas tukar baju.. sikit sebanyak yang bawah ni kena tempias. Projek pun jadi slow.. tapi nasib baik boleh teruskan bila kami berbincang elok-elok. Cuma bab kau tu, aku tak boleh buat apa la.. yang tu aku minta maaf. Oleh sebab jasa kau, aku fikir.. sikit sebanyak kau kena tahu apa perkembangan kat sana.” Syukri tersenyum dengan kening terangkat.", "“Mal.. kau nak tahu, bangunan berkubah yang kita jumpa tu sebenarnya sebuah perpustakaan. Aku tak boleh cerita lebih.. tapi isi dalam tu sangat luar biasa. Buku-buku dalam tu dibuat dari kepingan besi yang nipis, ada juga dari perak dan emas tapi tak banyak. Kami masih kaji sampai hari sekarang. Sekitar kawasan tu pun ada lagi binaan lain selain obelisk tu.” Rais bercerita sambil mengeluarkan telefon pintarnya.", "Sebaik diserahkan telefon, bulat mata aku melihat gambar di skrin. Sebuah tugu kepala manusia bersaiz sangat besar, dengan sedikit mendongak. Sekali tengok seperti tugu di Pulau Easter. Tapi dalam gambar ni nampak kepala saja. Aku anggar 10 meter tingginya.. Kepala inilah yang aku lihat dalam gambaran semasa menyentuh kubah ghaib sebelum ni.. Tapi yang buat aku tertarik.. di tepi kepala tersebut, berdiri beberapa orang lelaki yang aku cukup kenal. Jurulatih-jurulatih aku, sedang tersenyum.", "“Kami jumpa 4 buah kepala macam ni. Semuanya mempunyai bentuk yang sama. Tapi lokasi berbeza, setiap satu memandang ke arah bintang di langit. Benda ni kau tak payah Google la.. memang tak kan jumpa. Selagi tak faham, kami tak kan hebahkan.”", "“Panas ni.. aku beransur dulu, ada rezeki kita jumpa lagi. Jangan risau.. Kami sentiasa jaga ahli.” Sebaik bersalam Syukri terus pergi ke arah sebuah Hilux hitam yang parking tidak jauh dari kereta aku dan berlalu pergi." ]
[ "kisah ni kan dah pernah published sebelum ni, few years back." ]
https://fiksyenshasha.com/pusaka-warisan-part-6/
Pusaka Warisan Part 6
[ "Debaran kian terasa. Saat Haikal semakin hampir dengan mereka, Saodah laju kedepan berbanding anak dan menantunya. Dalam pikirannya hanya satu, ingin melindungi Mikael dan Aiza. Sebaik sahaja tangan Saodah diangkat untuk menyerang Haikal, Haikal jatuh terjelupuk di hadapan mereka.", "Semua terkejut dengan situasi itu. Lantas Aiza dengan spontan berlari kearah Haikal dan memapahnya untuk duduk di kerusi berdekatan.", "Bukan main terkejut Mikael dibuatnya. Lantas dia mendekati Aiza “awak sedar tak awak buat apa? Ni Haikal! Orang yang cuba musnahkan keluarga awak!”", "“Saya tahu, tapi saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Haikal. Saya tak rasa aura jahat dari dia berbanding setahun yang lalu”", "Mikael hanya mendiamkan diri turut memapah Haikal untuk duduk.", "“Maafkan aku. Aku diperguna kan. Aku tak boleh kawal seluruh badan aku selama bertahun.” Haikal mula bersuara.", "Rupanya ada orang lain yang berdendam dengan keluarga itu sehingga kan Haikal juga turut menjadi mangsa. Orang itu mengenakan sihir kepadanya dan sejak dari itu Haikal tidak mampu mengawal dirinya sendiri. Semua dikawal oleh ahli sihir itu.", "Selepas perjumpaan Haikal dan Saodah setahun yang lalu, Mereka bertempur dengan sangat dahsyat. Ilmu Haikal ketika itu hebat, hampir sahaja dia m******h Saodah ketika itu. Saodah menang pun sebab tipu muslihat nya yang mengatakan Aiza telah m**i ketika malam Haikal menyerang Aiza. Kalau tidak kerana hal itu, sudah tentu Saodah juga akan menemui ajal pada malam itu.", "Bila Haikal tahu Aiza telah m**i, dia juga teramat sedih dan terus lenyap ke hutan pada ketika itu.", "Tak lama selepas itu Haikal mula dapat rasakan dia mampu mengawal semula tubuh badan miliknya setelah kira-kira hampir 30 tahun ibarat jiwa yang tak mampu bergerak selama ini.", "Sehingga sekarang pun Haikal masih tidak boleh mengawal tubuh badan nya dengan sempurna.", "Seakan tidak percaya dengan apa yang diceritakan Haikal itu, tapi Saodah tidak pula menunjukkan reaksi yang bukan-bukan.", "Giliran Saodah pula bebicara, “Maknanya kau telah dipergunakan selama ni?”", "Seakan tidak percaya tapi Haikal yang ada depan matanya bukanlah Haikal yang dulu. Haikal yang sekarang ni tidak setegap dan nampak jelas tidak bermaya, sepeti seorang penghidap kanser.", "“Ya, ni lah aku yang sekarang Saodah. Apa yang jadi dulu takkan pernah aku lupa walaupun satu saat. Cuma aku tak mampu untuk berbuat apa-apa.” mula terbit air mata di kelopak mata Haikal.", "Selama setahun ni Haikal hidup seperti orang gila, tak terurus. Sayu hatinya bila dia dapat tahu dari Saodah dulu Aiza sudah tiada.", "Sekarang, dia juga seakan tidak percaya Aiza diri dihadapan nya dengan keadaan masih sihat walafiat.", "Mikael masih ragu-ragu dengan Haikal. Terbit rasa syukur dihati Aiza bila dia tahu Pakciknya sebenarnya bukan lah orang jahat yang sebenar.", "Aiza mempelawa Haikal untuk duduk bersama mereka, bagi Aiza yang dah berlalu biarkan berlalu. Mulakan hidup baru dengan aman dan bahagia.", "Beberapa hari berlalu, akhirnya Haikal buka mulut tentang kejadian sebenar bagaimana dia boleh dikawal oleh ahli sihir itu.", "Pada masa tu Raikal dan semua orang sedang menyiapkan satu majlis hari jadi Aiza yang ke enam dan Ray yang ketujuh. Mereka lahir pada tarikh yang sama cuma tahun sahaja yang berbeza, sedang Raikal sibuk membantu mengemas di hadapan rumah agam yang terbina dengan sangat besar sebelum dihancurkan oleh ahli sihir jahat itu, Haikal sempat menyatakan rasa tak sedap hatinya kepada abang nya itu.", "“Bang, saya rasa ada benda yang buruk akan berlaku.”", "“Jangan kau fikir bukan-bukan wahai adik ku”", "“Abang jangan berkata seolah-olah kita tiada musuh!” tegas Haikal menjawab.", "“Ya, aku tahu. Tapi kamu kena juga tahu dan faham kita sudah berbaik dan menjalankan hubungan yang sangat baik dengan semua pihak musuh kita. Kita antara puak yang berpengaruh dari 3 puak lain’ panjang Raikal menjelaskan.", "Pada masa itu ada 3 puak lain nya selain puak serigala jadian yang ada di muka bumi. Puak-puak itu adalah manusia biasa, vampire dan juga ahli sihir.", "Walaupaun berbeza kekuatan dan berbeza puak, dengan baik Raikal mewujudkan satu hubungan diplomatik antara mereka, baginya sudah sampai mereka semua untuk bekerjasama dan mula hidup bersama dengan aman damai.", "Mereka tak risau sangat tentang puak vampire kerana selalunya puak itu takkan menimbulkan banyak masalah, seolah mereka dengan dunianya sahaja.", "Manusia dianggap paling lemah kerana tiada sebarang kuasa cuma yang ada hanyalah akal yang cerdik dan dapat menggunakan kepandaian untuk membina suatu kemmajuan.", "Cuma ahli sihir sahaja yang mereka risaukan, Raikal juga tahu bahawa Ahli sihir banyak tipu muslihat.", "Walaupun begitu semasa mereka semua bersetuju untuk bergabung ahli sihir dan vampire memberikan hadiah kecil kepada puak serigala jadian, Raikal memberikan hadiah itu kepada keluarga Saodah yang merupakan golongan manusia biasa. Sebab itu jugalah Saodah boleh menggunakan sihir sama seperti ahli sihir yang lain.", "Kenapa Saodah terpilih adalah sebab mereka ingin menyatukan kuasa melalui manusia biasa. Saodah tidak tamak, dia memberi kuasa dari vampire untuk anaknya Mikael dan kekuatan serigala jadian kepada suaminya Anas, tapi sayang umur Anas tidak panjang, meninggal dunia disebabkan m**i lemas akibat kakinya tersangkut akar kayu semasa berenang di satu sungai yang amat besar untuk menangkap ikan gergasi pada waktu itu. Akibat kekurangan oxigen untuk bernafas, akhirnya Anas tewas juga disebabkan dia rasa mampu menewaskan ikan gergasi itu, tanpa berfikir panjang dia terus terjun kedalam sungai yang dia sendiri tak tahu ada apa di dasarnya.", "“Saya risaukan ahli sihir tu je. Mereka memang tiada masalah cuma Balqis yang saya risaukan.” soal Haikal memintas lamunan Raikal.", "Balqis adalah anak kepada raja ahli sihir, dia amat benci dengan rancangan penyatuan ini. Baginya semua kena tunduk kepadanya sahaja. Dia juga merupakan anak tunggal raja sihir sekaligus merangkap penerus takhta kerajaan nya.", "Memang dia tidak akan duduk diam selagi seluruh keturunan Raikal masih hidup. Dia telah membuat rancangan jahat dengan menggunakan tubuh badan Haikal sebagai dalang kepada perbuatan kejamnya itu.", "Habis hancur majlis hari jadi itu selepas Haikal tidak mampu mengawal tubuh badan nya. Haikal berubah menjadi serigala yang sangat besar dan menggerunkan serta dia telah menyerang dan m******h semua yang ada disitu.", "Ketika Haikal mengamuk, Raikal sempat membawa anak-anaknya kepada Saodah dan menyuruh Saodah untuk melarikan diri.", "Saodah ketika itu tidak tahu serigala besar dan menggerunkan itu adalah Haikal, yang tahu hanyalah Raikal sahaja.", "Dia teragak-agak untuk melarikan diri kerana memikirkan keselamatan Raikal. Dia terpaksa juga beredar setelah ternampak Haikal m******h isteri Raikal, Laila dengan kejam sekali.", "Saodah tahu bila Raikal mengamuk, pasti terjadi satu bencana yang amat dahsyat akan berlaku. Kerana tiada pilihan, mereka melarkan diri ke hutan.", "Raikal berubah menjadi serigala jadian yang amat besar sekali, saiznya saja dua kali ganda dari Haikal. Mereka bertempur ddengan dahsyat, Haikal hampir saja tewas tetapi disaat Raikal nak m******h Haikal, datang sekumpulan ahli sihir menyerangnya.", "Puak vampire tidak duduk diam, mereka membantu Raikal maka dengan sekelip mata tempat itu menjadi satu medan perang yang amat dahsyat.", "Bila keadaan menjadi sangat tegang, mereka kehilangan ramai orang dari puak masing-masing akibat amukkan Haikal dan Raikal, Balqis mula keluar untuk m******h saki baki dari puak vampire dan juga Raikal.", "Balqis mengambil segala kesempatan terhadap mereka semua, setelah Raikal tewas dan di penghujung nyawanya, Balqis melepaskan sihir yang dikenakan kepada Haikal, Dia nak Haikal tengok dengan keadaan penuh kawalan bagaimana dia m******h abangnya Raikal.", "Haikal meraung meilhat abangnya d*****h dengan kejam di hadapan mata nya. Dalam keadaan lemah itu, Haikal tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan abangnya.", "Selepas beberapa ketika Balqis kembali mengawal tubuh badan Haikal, Haikal terpaksa menjadi seperti boneka mainan Balqis yang kejam itu. Balqis tahu anak-anak Raikal sempat melarikan diri dari tempat itu. Sebab tu juga lah Balqis tidak melepaskan Haikal.", "Balqis nak buat orang semua percaya Haikal dalang yang sebenar.", "Hakal tak mampu meneruskan kisahnya lagi kerana terlalu sadis, Giliran Saodah pula menyambung kisah itu.", "Semasa Saodah merlarikan diri, dia terdengar raungan yang amat dahsyat dari arah rumah agam itu. Dia meninggalkan Aiza dan Ray di salah satu rumah dalam kampung itu untuk bersembunyi, dia memesan supaya jangan keluar sehingga keadaan semua kembali tenang. Dia dan Mikael patah balik ke rumah agam itu untuk melihat apa yang terjadi, apa yang dia lihat adalah serigala besar yang meraung disisi Raikal dan yang paling mengejutkan adalah apabila Serigala itu berubah menjadi Haikal.", "Dia tidak sanggup menerima semua itu, dia membawa anaknya Mikael untuk berhijrah disitu setelah memastikan keselamatan Aiza dan Ray.", "Saodah dan Mikael menetap disatu kawasan lain yang agak jauh dari situ dan Aiza dan Ray pula kembali kerumah agam itu. Suasana pilu menusuk kalbu kerana mereka berdua terpaksa menguruskan mayat ibu dan bapanya serta orang-orang yang tewas disitu. Cuma segelintir sahaja yang terselamat.", "Setelah bertahun berlalu, terbit rasa bersalah dalam hati Saodah kerana meninggalkan Aiza dan Ray, dia kembali ketempat itu. Dan lebih sedih bila dia dapat tahu bahawa Ray juga telah tewas d*****h kejam oleh Haikal dan beberapa orang kampung yang termakan sihir si Balqis itu. Sekali lagi dia cuba untuk menhaga Aiza tanpa pengetahuan nya. Nasib baik Aiza dan mikael bertemu jodoh tanpa Saodah sedar dan dengan itu dapat lah Saodah selalu ada dengan Aiza, dia juga tidak bimbang kerana Mikael amat menyayangi Aiza dan akan menhaga Aiza dengan baik apabila dia sudah tiada.", "Mikael mencelah perbualan itu dengan soalan “Jadi Mikael ni vampire lah mak?”", "“Kau tu manusia biasa je, cuma ada sikit je kuasa dari keturunan vampire masuk dalam badan kau.” balas Saodah", "Mikael mempunyai kuasa vampire tetapi cumalah tidak merasa penat dan gagah perkasa sahaja yang ada dalam dirinya, selain itu tiada apa-apa kuasa lain yang dia dapat.", "Tampak sedikit kecewa Mikael mendengar penjelasan Saodah, ketawa kecil mereka bertiga melihat Mikael.", "Mula dari saat itu Haikal turut membantu Mikael untuk usahakan kebun bunga dan sayuran di tanah lapang milik mereka itu.", "Aiza pula cuma sesekali sahaja membantu kerja-kerja dibelakang itu pun saat mengambil hasil bunga dan sayuran untuk dijual, selebihnya dia banyak membantu Saodah menjual nasi lemak setiap pagi.", "Hampir setiap hari juga Hanum datang membeli nasi lemak mereka, Mereka selalu berbual panjang sehingga habis jualan nasi lemak. Hanum sebenarnya tiada kawan untuk menghabiskan masa.", "Ini kerana ramai diantara rakan-rakan sebaya Hanum telah berhijrah ke luar daerah itu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Hanum hanya dapat duduk di bandar itu kerana menjaga ibunya yang tengah tenat akibat sakit tua.", "padanya , biarlah dia berbakti kepada orang tuanya memandangkan dia juga anak tunggal dalam keluarga itu. Tapi suasana bandar ketika ini dah tak macam dulu. Sejak keluarga Aiza balik semula ke bandar itu, mereka sajalah tempat Hanum melepaskan keluh kesah, kongsi kegembiraan dan macam-macam lagi.", "Lega hatinya bila keluarga itu melayan segala karenah nya. Dia juga mula sayang dan dah menganggap mereka seperti keluarha.", "Cuma Hanum sedikit takut dengan Haikal. Ini kerana wajah Haikal yang garang dan bengis. Walaupun begitu, Haikal juga baik kepadanya. Hanum dianggap sebagai anak angkat dalam keluarga itu.", "Pada satu petang, ketika itu hujan renyai di bandar itu. Aiza duduk termenung di beranda biliknya mengenangkan kebahagian yang mereka semua kecapi sekarang.", "Datang Mikael dari arah belakang memeluk tubuh Aiza, sungguh romantis suasana petang tu.", "“Tak yah lah romantis sangat abang, akak oi!”", "Jeritan dari Hanum di hadapan pagar rumah agam itu menghentikan suasana hangat itu.", "“ish , kacau lah kau ni. Ada apa datang?” Soal Mikael.", "“Nak bagitahu malam ni Hanum ada buat majlis doa selamat untuk mak Hanum kat rumah” balas Hanum.", "“Haa yelah, malam ni kami datang” jawab Aiza.", "Hanum masuk kedalam rumah agam untuk memberitahu mak Odah.", "Disapanya Haikal ketika sedang asyik menghisap rokok di pangkin hadapan rumah iti. Haikal cuma tersenyum sambil mengangkat tangan melambai.", "“Mak Odah mana pakcik? Tanya Hanum.", "“Carilah dekat dalam, dia baru je masuk tu” jawab Haikal sekadar memuncungkan mulut kearah dalam rumah.", "Saat masuk kedalam ruma, Hanum perasan ada sepasang mata kemerahan sedang memerhati dari arah kebun belakang rumah itu. Separuh menjerit akibat terkejut.", "Terus dia memberitahu Haikal yang duduk atas pangkin berhampirannya. Dengan cemas Haikal berlari kebelakang diikuti Mikael dan Aiza yang baru keluar dari dalam rumah.", "Tak lama selepas itu Haikal kembali dengan wajah yang cemas.", "“Siapa tu pakcik?” tanya Aiza.", "Pucat terus muka Aiza, mereka semua terus masuk mendapatkan Saodah di dalam.", "“Selagi kita bersama, dia tak ada kuasa untuk mulakan serangan.” Saodah berkata.", "Menurut Saodah kuasa yang ada pada Haikal dan Aiza mula bertambah cuma bila Saodah ada berdekatan mereka, mereka tidak dapat betukar saja.", "Saodah dapat merasakan kuasa mereka berdua semakin kuat. Tidak kurang juga dengan anaknya Mikael.", "Buat masa sekarang mungkin Balqis tak dapat apa-apakan mereka. Tapi satu hari Balqis pasti dapat apa yang dia nak.", "Hanum baru tahu cerita sebenar tentang keluarga itu. Tapi Hanum tidak melarikan di ketakutan. Hanum teruja apabila dia mengetahui hal keluarga itu.", "Malam tu mereka semua pergi ke rumah Hanum untuk majlis doa selamat ibunya. Selepas majlis itu, semasa mereka berbual-bual diluar, mak Hanum semakin nazak dan akhirnya menghemmbuskan nafas terakhirnya pada malam itu.", "Selepas pengurusan jenazah mak Hanum selesai, Hanum duduk kseseorangan di atas kubur mak nya itu. Dia dah tak ada tempat lagi untuk hidup.", "Aiza datang ke tempat Hanum keseorangan itu, Aiza mempelawa Hanum untuk duduk bersama, memandangkan Hanum dah tak ada siapa-siapa lagi untuk duduk bersama. Bagi Aiza, Hanum perlu duduk bersamanya kerana Hanum mungkin dalam bahaya. Mungkin saja Balqis akan mengambil kesempatan bila dia tahu Hanum ada kaitan dengan mereka.", "Tanpa membantah, Hanum hanya bersetuju dengan cadangan Aiza.", "Hari kian berlalu, hal kematian mak Hanum dan Balqis semakin dilupakan. Tetapi mereka takkan biarkan salah seorang dari mereka keluar keseorangan. Hanum tidur juga sebilik dengan Saodah. Hanya Haikal sahaja yang tidur sendirian di bilik berhadapan bilik Aiza dan bersebelahan dengan bilik Saodah.", "Walaupun semakin lama hari berlalu, mereka masih berjaga-jaga kerana mereka tidak mahu kehilangan siapa-siapa lagi.", "Keesokan paginya apabila mereka hendak memulakan persiapan untuk meniaga nasi lemak, Aiza yang berada di dapur tiba-tiba pengsan. Panik juga mereka yang lain.", "Bergegas mereka hantar Aiza ke klinik berhampiran. Klink paling dekat pun mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan. Mujur tak ada siapa yang tertinggal dirumah, takut-takut sesuatu yang buruk terjadi.", "Tiba saja di klinik, atendan klinik membantu mengangkat Aiza yang masih pengsan itu. Mereka menunggu kira-kira 30 minit barulah dapat berjumpa dengan doktor.", "Doktor beritahu berita gembira, Aiza disahkan mengandung 3 bulan. Menitis air mata Mikael, Saodah juga gembira, tak sangka dia akan menjadi seorang nenek.", "Tiba-tiba Haikal pula pengsan disitu." ]
[ "sambungan please" ]
https://fiksyenshasha.com/hanuman-gunung-bahagian-6/
Hanuman Gunung Bahagian 6
[ "Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.", "Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 5", "“Yelah.. Macam mana?”", "“Kau ingat tak, sebelum kabus kelmarin, kita tengah buat apa?” Aku tanya pada Uda", "“Baca surah Dhuha..”", "“Mari kita cuba!” Aku dan Uda tekadkan untuk mencuba bacaan Surah Dhuha. Kami cuba untuk khusyuk walaupun sukar. Aku teruskan bacaan hingga kali ketiga.", "Aku sudah kembali ke belakang rumah Pak Seli, berhadapan pintu jamban belakang rumah. Yang merungsingkan kepala sekarang ni, Uda masih tetap takde!", "“Udaaa…..” Dua tiga kali aku melaungkan nama Uda, Uda masih tak kelihatan. Aku yang masih cemas, berpusing-pusing disekitar jamban.", "Uda aku jumpa sedang terbaring betul-betul dibelakang jamban, ditutup dengan dedaunan kering. Aku kejut dan bangunkan Uda.", "“Kat mana aku ni, Rip?” Uda terpisat-pisat, bertanya dalam keadaan mamai.", "“Sudahlah, mari masuk dalam rumah, nanti aku cerita..” Aku rengut tangan Uda, dan berjalan pantas memasuki rumah Pak Seli. Uda aku berikan duduk, dan nasi sekepal yang aku bawa, aku serahkan pada Uda. Uda makan dengan lahap, dan minta ditambah lagi sekepal.", "“Kau tak ingat apa-apa ke?”", "“Tak ingat.. kali terakhir aku ingat, aku nak ke jamban je.. Lepas tu.. Entah…” Uda termanggu-manggu macam memikirkan sesuatu.", "“Takpe, kita tunggu bapak aku dan Pak Seli balik..”", "“Haah ye.. Mana dia orang?” Uda garu-garu kepala yang tak gatal, teruk betul mamai si Uda ni!", "Sepuluh minit yang terlalu panjang aku rasakan, menunggu bapak dan Pak Seli pulang dari pertempuran ghaib di bukit berjirat Cina.", "Bunyi benda diseret kedengaran dari arah belakang rumah. Bunyinya seperti atap zink diseret diatas tanah. Aku lari ke belakang, dengan perkiraan bapak dan Pak Seli sudah kembali dari pertempuran. Tapi ternyata aku silap.", "Jelmaan berwajah Samir atau Hanuman berkaki pincang sebelah sedang berdiri dibelakang, atau lebih tepat didepan jamban. Berderau d***h naik melihat kehadiran tetamu tak diundang.", "Ah Sial!", "Bukan dia ni tengah bertempur dengan bapak dan Pak Seli ke? Getus aku sendiri dalam hati.", "Bapak takde, Pak Seli juga takde, Uda masih ‘biol’ belum sembuh. Nampaknya dah jadi tanggungjawab yang perlu aku galas untuk mempertahankan rumah Pak Seli.", "Aku berlari kedalam, mengambil keris yang aku letakkan semasa mendudukkan Uda. Uda nampaknya sedang sibuk ‘membaham’ kepalan nasi bapak dan Pak Seli. Keris sudah ditangan dan aku berlari semula kebelakang. Jelmaan arwah Samir masih berdiri disitu, memang menanti aku keluar!", "Aku berdiri betul-betul dipintu belakang, keris dicabut dari sarung, sarung dilempar kebawah. Aku genggam kemas dengan tangan kanan, aku kucupkan ke bibir sebelum melangkah.", "Bismillahiladhzi la yad dhuru..", "La hawla wala quwatta illa billah!", "Cukup dua langkah, aku menghambur melompat dan berguling ke depan, naik dengan pencak kaki bersilang. Jarak aku dengan Hanuman cuma seluas sehasta sahaja. Dia berada disebelah kiri, dalam pada aku berpencak dibahagian depannya.", "Kulit diliputi dengan remang aura sendiri yang naik!", "Hanuman mula masuk menyerang! Diserbu dari kiri, aku bergilit ke kanan dan melayan serbuannya dengan membuat balik kuang ke depan.", "Naik dengan kaki bersilang dan tangan mengulirkan keris, kiri ke kanan. Nah! Kami sekarang berdiri bersemuka menghadap satu sama lain,", "Serbuan yang aku sangkakan serangan, rupanya hanya sekadar helah.", "Hi.. Hi.. Hi..", "Dia ketawa persis bunyi monyet, gembira kerana telah berjaya mengolok-olokkan aku. Aku sendiri, masih lagi dalam kuda-kuda separuh-separuh. Menunggu tidak, menyerang pun tidak.", "Hanuman hanya berdiri tegak dan menjegilkan mata pada aku. Dia kemudian meletakkan dua batang jari di bibir dan membuat satu siulan yang nyaring. Gema nyaring yang memekakkan telinga!", "Sekonyong-konyongnya, ribuan lagi kawanan beruk yang entah datang dari mana, mula muncul. Berkerumun di setiap inci tanah dan pokok, dilaman belakang rumah Pak Seli. Tidak terhitung banyaknya, tiada ruang kosong tanpa diisi beruk disekeliling aku.", "Ukkkk!! Uukkk! Uuukkkk!!", "Hingar bingar dan hiruk pikuk dengan suara beruk disekeliling, umpama menyaksikan temasya gilang gemilang.", "Uda juga mula keluar dari dalam rumah, duduk melunjurkan kaki dimuka pintu belakang rumah Pak Seli, dengan tangan mengenggam nasi kepal dan sibuk mengunyah, langsung tak ambil pusing keadaan sekeliling yang berlaku!", "Ah! Betul-betul malang, kalau aku di keroyok ni! Bonyok segala tulang belulang.", "Datang rasa serun dalam hati kecil. Fikiran sudah menjadi musuh kepada diri sendiri, barangkali nyawa aku habis disini malam ni!", "’‘Teruskan tawakkal.. Kita dipihak yang benar.. Tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah!” Sayup suara Pak Seli meniup dicuping telinga aku.", "“Aku titipkan Allah ’berserta‘ kamu, Arip…“ Berderau d***h aku, bagaikan membakar semangat yang hampir pudar! Ribuan beruk berserta Hanuman dengan wajah Jelmaan Samir didepan mata, sudah tak aku hiraukan lagi!", "Aku henyak tumit kaki kanan ke tanah beberapa kali, nafas yang tersangkut-sangkut, aku tarik dan tahan dihujung perut. Air ludah atau ‘maal hayat’ yang duduk dihujung tekak, aku telan dengan satu tegukkan.", "Tangan kanan mengulirkan keris, tangan kiri dibuka dan disilang-silang berselang seli mencipta pencak.", "Lillahi Ta`ala..", "Sum mum buk mum, um yum… Fahum laaaa yar jiunnn…..", "Cukup tiga kali, aku mula melompat ke arah Hanuman dan meradak membuta tuli. Aku ‘mengamuk’ dalam ribuan kerumunan beruk yang berpusu-pusu masuk menyerang!", "Gendang perang bergema kedengaran,\nBurung hutan sayup berterbangan,\nKeris ku genggam pedang ku libaskan,\nMEMBUJUR LALU, MELINTANG KU PATAHKAN!", "Tiada zat yang melintas tanpa dijamah keris aku. Fikiran kosong dipenuhi bunyi nafas sendiri, dan gambaran gerakan langkah songsang berulang-ulang menjadi buah pukul yang PERGI SEMAHU-MAHUNYA!", "Bunyi indah tusukan keris yang tak pernah gagal dan kekal ‘setia’ bersama aku hingga saat ini!", "Aku persetankan birat kesan cakar yang terasa dibahagian belakang badan, aku MARA dan terus MARA menyerang!", "Koyak rabak baju dan seluar yang dipakai, diserbu dan dicakar ribuan beruk. Namun berundur tidak sekali.", "Dalam gerak ada geri, dalam geri ada NGERI! Dalam ngeri engkau M**I!!", "Entah berapa banyak yang dah tumbang ‘diradak cula‘ dari depan tak pula aku tahu, yang aku pasti dan sangat yakin, aku dah mula melangkah dan memijak diatas timbunan bangkai beruk yang banyak.", "Wajah dah dipenuhi d***h yang memancut dari kesan tikaman yang aku ‘rentap’ sedari tadi! Hingga mengganggu penglihatan aku sendiri.", "Ah! Persetan ini semua!", "Wujudku wujud Allah! Wujudku Maujud Allah! Allahu laa illa ha illa..", "Mata hanya ‘medium’ untuk melihat, sedangkan bukan mata yang sebenar melihat! Tetapi hati yang benar!!!", "Dari kejauhan aku terdengar bunyi seperti letupan. Kuat hingga bergegar tanah yang dipijak. Letupan berbunyi tiga kali, memekakkan telinga. Hinggalah cukup hampir. Aku nampak kelibat bapak, Pak Seli, Panglima Beting Beras Basah dan Uda! Datang melalui satu lohong cahaya, bagaikan menerobos menembusi lapisan dimensi.", "ALLAHHHU AKHBARRRR!!!", "ALLAHHHU AKHBARRRRRR!!!", "ALLAHHHU AKHBARRRRRR!!!", "Tiga kali ‘SERUAN’ bertakbir dilaungkan! Aku sahut dalam hati!!", "Ya! Aku tak salah nampak! Uda!", "Uda datang Bersama bapak dan Pak Seli!", "Terpaku melihat kehadiran mereka, kepala aku tiba-tiba terasa berat, seperti dihentak dari belakang. Sebelum aku betul-betul rebah disambut bapak yang mula berlari pada aku. Aku sempat lihat, Uda yang tadi duduk melunjur dimuka pintu sudah mula bangun dan bertukar rupa menjadi manusia separuh Macan.", "“Aduhhhh….“ Aku tersedar dalam keadaan meniarap dan kepanasan. Sendirian diruang tamu rumah Pak Seli. Jam didinding menunjukkan pukul 11 pagi, mungkin dah semalaman aku pitam sejak insiden semalam. Tak nampak pula kelibat-kelibat yang lain, entah ke mana mereka pergi.", "Aku bangun dan berjalan sendirian ke belakang, mungkin bapak, Pak Seli dan Uda ada di pangkin belakang rumah, atau mungkin sahaja hanya Pak Seli dan Uda, manakala bapak sepatutnya sudah ke kebun dalam waktu-waktu begini.", "Telahan yang tepat, aku nampak Pak Seli dan Uda sedang duduk-duduk minum kopi dipangkin, dalam rembang pagi yang beranjak ke tengahari. Sepontan Uda bangun dan memapah aku untuk didudukkan bersama dipangkin.", "“Berat betul kepala aku, Da…“ Aku sapa pada Uda yang masih cuba membantu aku. Tangan kanan aku mengusap kepala sendiri.", "“Lama sangat kau tidur kot?“ Uda balas acuh tak acuh.", "“Lama apanya… Semalam sebelum rebah tu, baru masuk Isyak agaknya… Mana ada lama?”", "“Kau dah tidur tiga hari, Rip…“ Aku terkejut, aku pandang muka Pak Seli untuk mendapatkan jawapan, Pak Seli senyum dan mengangguk-angguk.", "“Belakang badan kau, macam daging cincang.. Teruk betul kena cakar… Nasib baik sempat dirawat..“ Sambung Uda lagi. Tapi aku rasa aneh, sebab badan aku tak dibalut dengan apa-apa pembalut luka.", "“Apa yang dah jadi sebenarnya, Da?“ Aku tanya dalam kekeliruan", "“Kau tu lah… Sudah bawak balik kroni dia, sampai masuk dalam rumah…. Habis pagar batin pecah.. “ Pak Seli masih lagi tersenyum dan mengangguk-angguk.", "“Bapak aku mana, Da?”", "“Kerjalah… Jam-jam macam ni..” Balas Uda bersahaja.", "“Apa sebenarnya yang berlaku, pak?” Sorotan mata aku menatap wajah Pak Seli.", "“Kamu ditipu semasa bawa Uda balik.. Bapak kamu sendiri yang melepaskan Uda.. Bagusnya perang ‘alam sana’ berjaya diselesaikan dengan cepat, dengan adanya bantuan Panglima Beting.. Hurmmm…” Pak Seli menelan air liur, seperti berfikir-fikir, tangan kanannya mengurut-urut janggut putih nan sejemput.", "“Oh yaa.. Panglima Beting Beras Basah.. Apa khabar dia ya?” Aku mula teringat kehadiran Panglima sebelum perang bermula, susuk gagah tujuh kaki tingginya merejam tombak atau lembing yang bertukar menjadi warna keemas-emasan bermain secara sepontan dalam fikiran aku.", "Sambung lagi gais.. second last day, bagilah icon love, lopeh tu lantok koranglah nak komen apa pun.. aku dah penat gaduh dengan boghuk! Depa bawak geng time gaduh.. Naik berbulu dah tengkuk ni..", "Esok last day dah.. tahun depan baru aku up lagi ceghito.. ahahaha.. barulah bare.. eh care.. eh rare.. ahhh.. rawr laaa..", "Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)\nLink untuk DM aku ada dibawah, klik pautan dan tekan ‘mesej’.", "Terima kasih. Xoxo!", "#Pusaka2 #Arifyahya" ]
[ "❤💖💜🧡💛💚💙💗\nHrmmm..ok…dah bagi ikon love dari makcik…😆" ]
https://fiksyenshasha.com/hanuman-gunung-bahagian-5/
Hanuman Gunung Bahagian 5
[ "Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.", "Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 4", "“Huh! Kau tak tahu.. Berapa kali aku terkentut.. Belum kira melatah lagi.. Eh! Itu belum kira lagi, masa nak kopek tu.. Ayam nak berkokok bagai kat reban belakang rumah.. Naik hangin jadinya!” Uda nampak terganggu semasa bercerita.", "“Ohhhh.. Sebab tulah kau hambat ayam Pak Seli pakai penyapu? Sebab kau masih marah? HAHAHAHA…”", "“Semalam, apa pulak jadi kat bawah? Siap ada bunyi petir sampai tiga kali.. Bunyi langsuir mengaruk, segala macam bunyi keluar..”", "“Mana ada bunyi-bunyi tu.. Aku tak dengar apa pun..” Aku kemudian menceritakan segala kejadian pada Uda, terkekeh-kekeh dia ketawa bila sampai ke bahagian ekor yang dicabut bapak.", "“Ohhh.. Patutlah aku nampak bapak kau bawak benda naik, aku ingatkan tali kapal ke apa.. Mengerutu warna coklat macam tali kapal.. Hahaha..” Bapak mula menjengah kami dibelakang, diarahkan untuk mandi dan bersiap untuk Maghrib berjemaah. Kami diarahkan untuk tidak bergerak terlalu jauh dari rumah, bimbang jika berlaku insiden buruk dan kami sendirian.", "Sepanjang malam dihabiskan dengan bacaan ayat suci, diteruskan hingga sahur sebelum tahrim Subuh dan bersolat Subuh berjemaah dirumah Pak Seli. Entah berapa kali aku nampak Uda tersengguk-sengguk mengantuk. Aku sendiri berperang dengan mengantuk yang berkunjung sekitar jam empat ke lima pagi.", "Pintu depan tidak ditutup seperti sengaja ‘mengundang’ tetamu datang. Dan kami berempat menghabiskan bacaan Quran diruang tamu rumah Pak Seli.", "Ini, kalau takde pengajaran yang ‘hebat’ dari insiden ni. Tak tahulah.. Gumam aku sendiri dalam hati.", "Aku fikir mengantuk disebelah malam sudah hebat, rupanya mengantuk disebelah pagi, saat ayam sudah berhenti berkokok jauh lebih hebat. Berdiri sebentar tak buat apa-apa pun boleh terlelap. Sudah dua malam kalau campur malam pertama dirumah arwah Samir, hidup dalam keadaan macam ni. Nasib baik puasa putih tiga hari sahaja, kalau seminggu. Reput juga badan aku!", "Masuk hari kedua, aku perasan Uda dah mula bercakap sendirian dengan cangkul, pencakar tanah, pongkes, unggun api, dan macam-macam lagi. Adakalanya lucu, adakalanya membimbangkan juga kelakuan Uda. Macam pesakit jiwa, tapi aku faham.. Uda cuma nak mengelakkan mengantuk sahaja.", "Azan Maghrib hampir berkumandang, kami dah bersiap-siap untuk bersantap nasi putih sekepal dan air kosong secawan, sementara menunggu masuknya waktu berbuka.", "“Hah, Rip.. Mana kawan kau?”", "“Ada.. Tadi dia kata nak ke tandas belakang, sakit perut agaknya..”", "“Hurmmmm..” Bapak berpuas hati dengan jawapan aku dan mengangguk-angguk.", "ALLAHU AKHBAR..", "ALLAHHHHHHU AKHBAR..", "Azan Maghrib sudah dilaungkan, tapi bayang Uda masih tak kunjung tiba. Kemana pula budak si Uda ni pergi?", "“Arip, kamu pergi jengah kawan kamu tu.. Lama sungguh dia berak.. Sakit perut betul tu agaknya..” Pak Seli yang bersila didepan juadah berbuka, mula memberi arahan pada aku.", "‘Leceh betullah dia ni.. Kita ni dah lah lapar..’ Gumam aku sendirian, sambil bangun dan ke belakang tanpa banyak soal.", "Takde respon", "“Udaaaaaaaaa….. Mana kau?”", "Pintu jamban yang terletak diluar aku kuak, kosong! Selipar Uda ada diluar, jamban Pak Seli disediakan terompah didalam. Haruslah tinggalkan selipar diluar.", "Mana pula budak Uda ni. Tak berpuas hati aku berpusing sekeliling, cari Uda. Uda ni bukan betul sangat, kalau dia dah takut. Lari keliling jamban dengan tuala saja pun dia sanggup!", "Lima minit terpusing-pusing, aku masuk semula kedalam dan maklumkan pada bapak. Sepontan bapak aku dan Pak Seli bingkas bangun.", "“Mari kita ke belakang!” Pantas Pak Seli bagi arahan. Aku capai nasi kepal dan suap ke mulut, aku teguk air barang menghilangkan haus ditekak, dan aku capai lagi sekepal, bungkus dengan suratkhabar Utusan Zaman yang ada dalam lingkungan dan simpan dalam saku baju Melayu yang aku pakai.", "Hujan tiba-tiba menderu-deru datang bersama angin bagaikan nak ribut. Bergetar-getar atap zink rumah Pak Seli macam nak tercabut dek kerana kuatnya tiupan angin.", "Bapak capai keris peninggalan tok dan disisip didepan pinggang. Aku juga capai keris hadiah Cikgu Jakpar dan sisip dibelakang. Kami berjalan hingga ke dapur, dan Pak Seli berhenti diruang antara dapur dan laluan ke ruang tamu.", "Pak Seli selak kayu galah yang disorok diantara alang rumah.", "Ya! Inilah tombak hadiah pemberian Panglima Beting Beras Basah, kepada Pak Seli, selepas mereka bertarung semasa muda dulu. Kami berjalan hingga ke muka pintu belakang. Pak Seli berdiri dan diam, menghadap hujan dan ribut yang sedang ‘mengamuk’ diluar.", "Tangannya ditadah sebelah manakala sebelah lagi mengenggam tombak.Apa biji butir doa yang dibaca, tak dapat aku dengar ditingkah bunyi ribut dari luar. Basah baju kami dek tempiasnya hujan.", "Doa diaminkan, tangan diruap ke muka dan dengan sekali hentakan tombak ke lantai bersama satu bunyi seretan yang panjang, HUJAN BERHENTI!", "“Mari! Usah ditunggu lagi!” Bapak dan Pak Seli melangkah serentak dengan kaki kanan, bersama selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar.", "Kami berdiri dilaman belakang, berhadapan jamban empat segi yang disimen lantai luarnya. Entah apa yang ditunggu, tak dapat pula aku pastikan. Agak lama kami disitu, bapak dan Pak Seli hanya berdiri diam dan bertafakur. Hinggalah sekonyong-konyongnya, kabus yang sama seperti kelmarin datang menutupi kami lagi, ‘kabus puaka’ dari selatan.", "Dua tiga kali aku terbatuk-batuk, dek tebalnya kabus. Kabus hilang dibawa angin, dan kami kembali lagi ke pokok tunggal yang ganjil berlatar belakangkan dua buah bukit besar.", "Uda menyambut kedatangan kami dengan pemandangan yang menyedihkan, dia sedang diikat didepan pokok. Hampir sahaja aku berlari dan mendapatkan Uda, tapi ditegah bapak.", "Pak Seli membongkok, mengambil dan mengenggam pasir dihujung kaki kanan. Dibawa ke mulut, dibacakan sesuatu sebelum dilontar kedepan.", "Bermacam rupa mahluk kacukan jin dan haiwan mula kelihatan. Badak sumbu bertanduk dua, harimau, kuda separuh manusia, manusia berkepala serigala juga ada. Jika dihitung, tak kurang dari 40 jenis, ada yang serupa ada juga berbeza.", "“Nampak tu? Memang dia umpan kita masuk sini, untuk dihabiskan.. Tapi mereka lupa.. Soalnya tiada kekuasaan yang lebih besar dari kekuasaan Allah..” Bapak bercakap pada aku, aku kerling pada bapak. Bapak sudah berpakaian perang seperti tempoh hari! Entah bila dia bertukar pakaian.", "“HAHAHAHA… KAU SUDAH DATANGGGGG!!” Pekikan suara seperti guntur dari arah bukit, mula bergema!", "“Kau takkan mampu mengalahkan aku! Disini.. Akulah yang berkuasa diudara, didarat dan diair!” Sekali lagi dia mendabik dada, angkuh dengan ‘kedewaan’ diri.", "Pak Seli sekali lagi mengangkat tangan dan berdoa..", "“Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”", "Fa in tawwalau, faqul hasbiAllahu la illa ha illa hu, tawwakaltu wahu wa robbul arsyil adzimm..", "Bergentar hati kecil mendengar bacaan Pak Seli.", "Tamat bacaan ayat, bahu aku ditepuk dua kali dari belakang. Sepontan aku menoleh.", "PANGLIMA BETING BERAS BASAH!", "“Apa khabar, Arif?” Tangan dihulurkan menjadi salam.", "“Khabar baik, Panglima..” Kami saling berjabat tangan, dia juga menghulurkan salam pada bapak.", "“Ada tugasankah hari ini?” Aku hanya tersenyum memandang Panglima gagah berwajah mirip Allahyarham Mahmood June yang setinggi tujuh kaki, didepan aku. Dia bergerak menghampiri Pak Seli. Meremang-remang rasa yang naik dengan aura Panglima.", "“Serahkan pada hamba tombak tuan hamba..” Tuturnya berhemah pada Pak Seli, tombak kemudian bertukar tangan.", "“Salamun qawlan min robbi rohim!” Panglima mula mengambil tombak, tombak ditimang beberapa kali dengan tangan kanan, perlahan-lahan bertukar dan bercahaya warna kuning keemasan, sebelum direjam meluncur diudara.", "Tombak meradak didada, tembus tak kurang tujuh atau lapan jin berwajah kacukan. Bersama meluncurnya tombak diudara, Panglima Beting Beras Basah juga hilang.", "‘Hilang dan muncul’ dibeberapa tempat, dua kali tertangkap dek pandangan mata aku, jin sudah dijulang dan dicengkam hingga pecah tengkorak dengan tangan kanannya.", "“Arip, dengar baik-baik.. Aku nak kamu azan tiga kali.. Habis azan ketiga, jangan tunggu aku dengan bapak kamu, pergi selamatkan Uda.. Kemudian aku nak kamu berpatah balik dan bertahan dirumah aku!”", "Belum sempat aku nak tanya, macam mana nak balik.. Bapak dan Pak Seli dah melangkah dan hilang dalam keributan perang didepan.", "“Arippppppp… AZANNNN!!” Aku dengar suara Pak Seli melaung dari jauh.", "Bismillahirohman nirohim", "Lillahi ta’ala..", "ALLAHU AKHBAR..", "ALLAHHHHUUU AKHBAR!", "Azan sebanyak tiga kali aku tamatkan dalam perang yang tingkah meningkah, busar panah bersimpang siur dan suasana ribut didepan. Suasana yang sungguh luar biasa dan ‘luar binasa’.", "Beberapa kali pancaran kilat dilepaskan Pak Seli. Sesungguhnya pada malam ini, dua orang yang aku kenali ni, langsung tak sama dengan mereka yang aku kenal sepanjang hayat aku sebelum ni, atau mungkin sahaja ini ‘pertemuan batin’ sama seperti tempoh hari, apa-apa sahaja boleh berlaku. Bertuahnya aku dapat turut serta menyaksikan dengan ‘mata kepala’ aku sendiri!", "Uda berlari kepada aku saat azan tamat untuk kali ketiga. Entah macam mana dia terlepas, kira bernasib baik juga. Sebab kalau dikira-kira didepan pokok tempat mengikat Uda, masih ada dua lagi jin dengan rupa ganjil masih mengawal pokok.", "“Uda, kita kena keluar dari sini..”", "“Ya.. Ya.. Tapi macam mana?”", "“Macam mana kita datang, macam tulah kita balik!”", "“Yelah.. Macam mana?”", "Macam mano pun, kono keluar jugak yo.. sobab coghito kono bosambung.. koghang diskas la samo sendighi, koghangkan ghamai.. Sementagho den nak poie makan-makan.. Lotih nengok an Udo puaso mutih..", "Eh, semalam koghang komen polik-polik, den kono bising dongan bontagho guru.. komen la kando adindo ko, baghulah nampak macam Panglimo.. kahkahkahkah.. esok den sambung yo? Maaplaaa..", "Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)\nLink untuk DM aku ada dibawah, klik pautan dan tekan ‘mesej’.", "Terima kasih. Xoxo!", "#Pusaka2 #Arifyahya" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/pusaka-warisan-part-5/
Pusaka Warisan Part 5
[ "Cadangan Saodah ditolak oleh Aiza dan Mikael tapi jelas di wajah mereka, mereka juga meinginkan pekara itu berlaku. Mereka berkata tidak mungkin saja kerana malu.", "Saodah berkata lagi, “macam nilah, Kamu berdua balik dulu, hal-lain lain biiar mak yang uruskan.”", "“Tetapi macam mana?” Tanya Aiza", "“Serahkan saja pada makcik. Kamu berdua jangan risau. Tunggu saja dirumah sampai mak balik” jawab Saodah sambil memandang anaknya Mikael.", "Ragu-ragu mereka bergerak tapi setelah dipaksa oleh Saodah, mereka meninggalkan rumah agam itu.", "Setelah 3 hari selepas kejadian itu baru lah Saodah sampai dirumah. Mikael yang perasan mak nya balik, segera dia mendapatkan Saodah.", "“Lama sangat kenapa mak? Risau kami dibuatnya.", "“Bukan senang nak buat Haikal percaya tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar”", "Lega hati Aiza mengetahui hal itu.", "Malam tu Aiza termenung keseorangan fikirkan tentang kerana Haikal lah abangnya m**i dan kerana Haikal juga lah dia m******h seluruh kampung. Dia tidak tahu sama ada Haikal yang kejam ataupun dirinya.", "Saodah perasan Aiza termenung atas anjung rumah lalu Saodah mendekati dan menegur Aiza.", "“Apa yang dimenungkan tu Aiza? InsyaAllah, hal ni dah selesai. Kamu pun dah tahu hal yang sebenarkan. Anggap saja ini ketentuan Allah untuk hambanya. Jangan kita mencari alasan untuk menyalahkan diri sendiri.”", "Jelas kata-kata Saodah itu membangkitkan semangat dalam diri Aiza.", "“Kalau boleh mak nak Aiza jadi menantu mak.” kata Saodah memecah kesunyian malam.", "Merah muka Aiza dibuatnya.", "“Terpulang pada Mikael selanjutnya, saya turut saja mana yang baik” kata Aiza sambil melangkah kebilik sambil hatinya berbunga-bunga bak taman yang mekar.", "Minggu tu mereka sibuk dengan hal perkahwinan mereka, tiada bencana yang menimpa. Semuanya seakan mudah bagi mereka.", "Mereka juga merasa tenang dan aman selepas hal yang terjadi di rumah agam itu.", "Setelah setahun perkahwinan mereka, Aiza buat keputusan untuk kembali duduk di rumah agam itu. Hajat dihati ingn membawa Saodah duduk sekali dengan mereka.", "Mula nya Saodah agak keberatan tetapi setelah dipujuk oleh Mikael, Saodah bersetuju.", "Setahun rumah itu ditinggalkan dan Aiza kembali lagi kesitu. Rasa mengharukan hati apabila Aiza melangkah masuk kerumah agam itu.", "Semua nya nampak kukuh seperti dulu cuma keadaan dalam rumah yang berhabuk dan diluar pula penuh semak samun. Maklumlah dah setahun ditinggalkan.", "Tiga hari juga masa yang diperlukan untuk mengemas semula keadan rumah agam tersebut, itupun tak semua bilik yang mereka bertiga mampu kemas.", "“Cukup dulu lah kita mengemas ni. Bilik lain pun bukan kita guna pun kan. Lain hari boleh buat” kata Aiza kepada suaminya.", "Malam tu, mereka semua tidur awal kerana keletihan. Tambahan pula keadaan tengah hujan lebat, lagilah mereka tidur dalam keadaan amat selesa lagi.", "Seperti biasa Mikael adalah orang yang paling awal bangun, Semasa dia menyediakan sarapan untuk ibu dan isterinya, Aiza menghampiri Mikael.", "“Kenapa tak kejut saya?”", "“Awak kan penat, tak apalah. Sarapan ni bukan susah pun nak buat”", "Gembira hati Saodah melihat kemesraan anak dan menantunya.", "Saodah lambat bangun pagi tu, kelihatan masih penat. Duduk saja di kerusi sebelah Aiza, Aiza menghulur secawan Milo panas padanya.", "Selepas menghirup air di cawan, Saodah mula besuara “ apa rancangan kamu berdua selepas ni?”", "Aiza membalas “Aiza ingat kan mak, tanah belakang ni kan luas. Apa kata kita buat sesuatu atas tanah tu.”", "“Maksud kamu?”", "“Yelah, kita kan jual bunga masa duduk di rumah lama, apa kata sekarang kita tanam bunga, kita buat kebun bunga besar dan cantik. Tak semua kawasan lah kita tanam bunga, kita bahagikan dua, sebelah bunga dan sebelah lagi kita buat kebun sayur.”", "Panjang Aiza memberi idea.", "“Hasilnya nanti kita boleh jual pada semua penduduk bandar. Dekat pasar pun sekarang ni kekurangan bekalan sayuran kan” tambuah Mikael.", "Saodah setuju dengan cadangan itu cumanya dia dah tua untuk bercucuk tanam.", "“Mak dah tua, takut tak larat nak kerjakan semua tu”", "“Kami tak minta mak yang buat, mak berehat saja, biar kami yang buat semua tu”Balas Aiza semangat.", "“Mana boleh macam tu, apa kata kalau mak meniaga nasi lemak di simpang depan rumah agam ni. Jalan depan ni pun dah mula ramai orang lalu, sekurangnya kita boleh dapat cari duit lebih sementara kamu berdua usahakan tanah belakang tu” cadang Saodah”", "“Aiza boleh tolong mak” balas Aiza.", "“Kejap, kejap. Maknanya Mikael seorang lah yang kena kerja kan tanah tu? Kalau Aiza tolong mak, saya macam mana?” keluh Mikael.", "Mereka tertawa bersama.", "“Nanti lepas siap tolong mak, Aiza tolong abang lah dekat belakang tu.” jawab Aiza sambil tersenyum.", "Hari pertama Saodah beniaga, jualan nya habis cuma panas kerana tempat jualan Saodah tiada pondok atau payung untuk berteduh. Dia meminta Mikael buat satu pondok disitu untuk mengelakkan kena panas dan hujan dikemudain hari.", "Ketika Mikael sedang memasang tiang di tapak Saodah Berniaga, tiba-tiba dia disapa oleh seorang wanita cantik berbaju kurung,", "“Makcik jual nasi lemak semalam dah tak niaga ke bang?”", "“Eh, jual. Ni nak buat pondok untuk meniaga lah ni, kesian mak kena panas kena hujan kalau tak buat pondok” balas Mikael", "“Oh, mak abang ya, sedap nasi lemak dia masak.”", "“Mak buat sambal, nasi pula isteri saya yang masak dan saya pula tukang bungkus. Terima kasih ya kongsi rezeki dengan kami” Jawab Mikael dengan senyuman.", "“Oh, abang dah kahwin. Ingatkan bujang, baru nak ngorat abang yang kacak ni” kata wanita tu", "“Gatalnya…”Bisik hati Mikael sambil berpaling dari wanita itu meneruskan kerjanya.", "“Bila mak abang niaga semula?” soalnya lagi.", "“Esok lusa dah siap lah pondok ni, lepas tu dah boleh niaga dah” jawab Mikael ringkas.", "“Yelah, apapun nama saya Hanum, selamat bekenalan ya abang. Nanti bila dah niaga semula, saya datang beli lagi ya” Jawab wanita itu sambil berlalu.", "“Tak tanya nama pun”bisik lagi hati kecil Mikael dengan sedikit perasaan menyampah.", "Balik tu Mikael menceritakan apa yang berlaku kepada isterinya, berdekah gelak isterinya mendengar.", "“Boleh tahan juga gatal kan dia bang” kata Aiza sambil ketawa lagi.", "“Tapi mungkin dia nak bergurau je kot. Nak beramah mesra” sambung Aiza lagi.", "“Macam tak kena tempat je nak beramah mesra” balas Mikael mencuka.", "“Mak mana? Tak nampak dari tadi”…", "“Ada dalam bilik, Mak baru lepas tolong Aiza letak pasu-pasu dekat belakang. Dah cakap tak payah, Aiza boleh buat seorang. Dia nak tolong jugak. Kepenatan lah tu. Biarlah dia berehat dulu”", "Aiza mula melangkah kedapur untuk menyiapkan makan malam untuk mereka sekeluarga. Sedang asyik Aiza memotong bawang di dapur, Aiza dikejutkan dengan suara jeritan dari bilik Saodah. Bergegas mereka berdua berlari ke bilik Saodah untuk mengetahui apa yang dah terjadi.", "Nasib baik pintu tak berkunci, Aiza dengan cemas terus ke Saodah", "“ kenapa mak?”", "Saodah cuma tersenyum kelat.dan menjawab ringkas “Mak ngigau Aiza”", "Berdekah Mikael mendengar.", "“Tulah, orang kata lepas asar tak elok tidur.hahaha” sambung ketawa lagi, tak tahan dengan gelagat ibunya itu.", "“Ish abang ni, tak baik tau ketawakan mak, mak penat tolong Aiza tadi. Maafkan Aiza ye mak”", "“Tak apa, dah biasa dengan perangai laki kamu ni Aiza.” Saodah juga turut ketawa bersama.", "Eosk paginya Mikael mengajak Mak dan isterinya untuk melihat pondok yang hampir siap itu, tinggal sikit saja lagi kerja disitu maka siaplah pondok tu. Mereka pun bersetuju memandangkan badan Saodah masih bisa-bisa akibat kerja kebun bunga semalam.", "“Assalamualaikum…” sedang asyik mereka mengemas di pondok itu, Hanum datang dengan wajah ceria.", "“Nilah perempuan semalam yang abang cakap tu” bisiik Mikael pada Aiza.", "“Waalaikumsalam” balas mereka bertiga.", "“Wah, dah nak siaplah pondok ni. Laju betul buat kerja, tak lama lagi saya dah boleh makan nasi lemak yang kamu semua jual. Kata Hanum.", "Saodah cuma tersenyum. “Insyaallah dalam dua tiga hari lagi dah niaga semula. Esok kami rehat dulu” jawab Aiza sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.", "“Kakak ni mesti isteri abang ni kan” soal hanum.", "“Mana tahu?” jawab Aiza dengan soalan mudah.", "“Sebab lawa.hehe.”", "Tersenyum Mikael terdengar kata-kata Hanum itu.", "“Saya Hanum kak. Nasi lemak akak buat sedaplah. Tu yang hari-hari lalu sini nak tengok dah niaga ke belum”", "“Saya Aiza, ni Mikael suami saya dan ni mak mertua saya, Hanum dari mana ni? Duduk kawasan sini juga ke?", "“Aah kak, sebenarnya saya duduk dekat rumah tu je” sambil menunjuk rumahnya yang berada di simpang berdekatan rumah agam Aiza.", "“Oklah, taknak kacau korang. Hanum balik dulu ya.” Hanum beredar sambil melambaikan tangan kepada mereka.", "“Ramah juga budak tu.” Kata Saodah", "“Macam tak berapa betul je budak tu” balas Mikael menyampah.", "Dibalas dengan ketawa oleh aiza “hahaha, tak baiklah abang ni. Baguslah orang ramah dengan kita, kita dapat kawan baru kan”", "Petang itu setelah siap pondok dibina, mereka berjalan sekitar situ sambil betegur sapa dengan jiran-jiran nya yang lain. Sejak seminggu yang lalu mereka belum lagi beramah mesra dengan jiran-jiran nya di kawasan itu.", "Mereka disambut baik di kejiranan itu, ada yang mengenali Aiza, ada juga yang tidak mengenalinya, mungkin juga mereka baru berpindah ke situ baru-baru ni.", "Ketenangan dan kedamaian mereka bertiga tidak kekal lama", "setelah mereka ternampak kelibat Haikal di halaman sebuah rumah di hujung jalan. Dan mereka nampak, Haikal berjalan kearah mereka.", "kepada pembaca. nak minta jasa baik korang untuk follow saya ya. semoga semua pembaca dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.", "Hantar kisah anda : fiksyenshasha.cm/submit" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/mimpi-gangguan-yang-berterusan/
Mimpi & Gangguan yang Berterusan
[ "Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca FS. Aku suka baca kisah orang lain dalam FS ni. Aku seorang perempuan dan ini pertama kali bercerita disini, dan cerita ni kena pada awal tahun ni sampai sekarang . Kisah benar bukan rekaan. Maaf kalau cerita aku ada yang berterabur. Ini pengalaman aku sendiri, ceritanya panjang tapi aku cuba ringkas kan sikit2 . Aku ada 6 beradik, yang pertama abang (dah kahwin) dan aku yang ke-2.", "Cerita dia bermula masa aku umur dalam 12 tahun (darjah 6) aku nampak ‘sesuatu’ yang orang lain tak nampak. Rumah mak ayah aku ni ada 3 bilik tidur, 1 bilik kecik (mcm tempat solat untuk 1 orang sahaja) dan 1 bilik stor (tak ada bumbung) so kalau hujan memang air hujan masuk dalam bilik stor tu.", "Waktu tu kitaorang semua nak keluar pergi makan tak silap, aku dengan abang aku orang last keluar dari rumah sebab kitaorang yang kena tutup lampu pintu semua tu lah .", "Lepastu masa aku nak tutup lampu kat bilik stor tu, aku perasan hujung mata ada kelibat berbadan besar warna hitam rambut panjang sampai lantai kat dapur. Aku terduduk kat situ jugak sebab terkejut punya pasal. Abang aku tanya “kenapa?” tapi aku diam je masatu. Itu first time nampak ‘benda’ camtu.", "Lepas dari ‘penampakan’ tu aku selalu rasa ada yang ‘perhatikan’ dan bahu aku selalu sakit. . Belakang badan aku pun banyak kesan lebam-lebam entah dari mana datang, tapi tak rasa sakit pun lebam tu.", "Ada sekali tu waktu tu malam rasanya, aku duduk atas katil baru lepas mandi, tiba-tiba ada tangan dari bawah katil pegang kaki aku, dengan pantas aku bangun sebab terkejut. Patu aku ape lagi rembat baju seluar terus lari keluar, pakai dalam bilik mak aku.", "Semua yang jadi ni aku tak cerita kat siapa-siapa sebab budak lagi masatu lagi 1 rasa macam mengarut. Ini semua baru permulaan, lepas dari pegang kaki tu tak ada apa-apa gangguan yang teruk dah cuma badan aku masih lebam-lebam sampai aku dh kahwin baru hilang kesan lebam tu.", "Lepas habis SPM, aku dapat kerja kilang bahagian kerani, satu tempat kerja dengan sepupu (perempuan) aku nama S. Tapak kilang ni besar, ofis pun terletak dalam kilang, ada kabin untuk pekerja yang tiada tempat tinggal/datang dari jauh.", "Kalau dalam ofis takyah cite ar, memang ade je aku nampak macam2 kelibat, nak dipendekkan cerita, waktu tu dah 3 tahun aku kerja sini dan aku kenal dengan 1 lelaki yang berasal dari pantai barat aku bagi nama F la. F duduk kabin dalam kilang ni, setiap malam kitaorang vc.", "Ada 1 hari tu tengah vc dia kata dia dengar bunyi macam ada orang kuku panjang cakar dari luar kabin dia, tapi aku tak dengar bunyi cakaran pun, yang aku dengar macam suara perempuan sembang padahal si F ni sorang dalam kabin, tapi dia buat tak tau je.", "Bukan tu je, dia pernah keluar dari kabin tengah malam sebab dengar bunyi pelik kat luar, kau tau si F nampak apa? Dia nampak ‘gula-gula’ tu wehh . Patu ada sekali tu dia intai dari lubang kecik kat dinding kabin, dia nampak macam langsuir atas pagar dawai kilang. Dia snap pakai fon, memang Demi Allah nampak weh !! Tapi gambar tu dah hilang sekarang.", "Macam-macam dia kena kacau tapi dia cool je. Okey stop pasal cerita si F, dalam 2 tahun macam tu kami kenal, F ni pun datang jumpa ayah aku. Masa tu ayah aku reject si F sebab dia bukan calon pilihan kononnya hahaha, lepas ayah aku cakap jangan kawan dengan si F lagi, aku pun macam frust kejap HAHA, aku keluar rumah duduk kat beranda sambil nangis HAHAHA. Nangis sampai tertidur kat luar tak ade sape yang kejut ya guys, lepas tu aku terjaga dalam kol 2 pagi camtu.", "Aku bukak pintu rumah tengok semua dah tidur, aku pun duduk la kat luar balik sambil amek angin pagi masatu. Tiba-tiba aku nampak jelas atas bumbung jiran depan ade lembaga macam pontianak tapi versi merangkak bukan yang terbang tu, dia merangkak datang ke arah aku laju wehh . Cepat-cepat aku alih pandangan. Aku pun ye ye je ingat ‘benda’ tu dah takda, aku pandang lagi sekali dia makin dekat tapi bertukar bola api terapung, kelam kabut berok la aku lari masuk rumah. Lepas dari tu takda apa jadi.", "Pendekkan cerita lagi, aku dan si F berjaya tawan hati bapak aku Auchh HAHAHA . Kitaorang pun kahwin. Lepas kahwin aku duduk serumah dengan abang aku sebab sini susah nak dapat rumah sewa yang murah. Rumah yang abang aku duduk ni rumah sewa pakcik isteri abang aku ni.", "Bermula la mimpi ngeri aku kat sini. Mula-mula masuk rumah ni tak ada apa-apa yang jadi pun. Lepas setahun macam tu, aku mula dapat mimpi pelik-pelik macam ular kejar nak patuk, badan monyet tapi kepala harimau, mimpi rumah buruk, buaya putih kata penjaga aku dan paling tak boleh blah, aku mimpi aku ada suami dalam alam lain tapi muka dia tak sama dengan si F.", "Ade jugak mimpi aku amek baby dari siapa entah tapi ahli keluarga aku jugak cuma tk tau sape. Kadang mimpi aku mengandung patu terbangun. Aku cerita kat suami aku, dia cuma kata itu mainan tidur je, dia suruh tidur baca doa . Okey la , aku pun iya kan jela . Tapi makin hari makin menjadi-jadi mimpi ngeri aku ni.", "Lepastu kat rumah aku selalu sorang, abang dengan suami aku kerja balik malam, kak ipar aku selalu balik rumah mak dia sebab dekat. Setiap kali aku sorang kat rumah, aku akan rasa ‘sesuatu’ memerhati lagi-lagi kat dapur depan pintu tandas.", "Sampai 1 hari ni aku tengah masak, aku nampak belah kanan hujung mata ‘kelibat hitam’ besar sangat kat depan pintu tandas bila aku toleh hilang. Aku pandang kuali balik aku nampak ‘benda’ tu belah kiri betul2 tepi aku tapi belakang sikit dari aku, terkejut nokk akuu.", "Masatu memang dah tak ingat nak baca ayat Quran, aku pi bukak nya lagu Maher Zain huhuhu . Patu aku cerita kat suami aku dengan family aku, suami aku cari ustad yang boleh scan dari jauh. Ustad tu kate memang ada ‘sesuatu’ kat aku.", "Tapi aku macam tak percaya ustad tu cakap. Aku pun teringat kat sepupu S aku ni, dia ade sepupu jauh (nama I) yang memang pandai ubatkan orang. Si I ni pun scan aku, dia kata dia nampak ‘benda’ besar yang aku nampak kat dapur masa tengah masak tu dan dia kata dia tak boleh lawan sebab ‘benda’ ni kuat.", "Lepas aku cerita kat family aku semua yang si I cakap, ayah aku pi cari ustad untuk berubat. Masa dah jumpa ustad yang boleh tolong, Ustad tu datang rumah baca ayat Quran kat tengah ruang tamu.", "Masatu aku jadi tak tentu arah rasanya, gelisah je dalam hati ptu rasa nak maki ustad tu suruh balik , sebab memekak dia baca ayat tu. Aku pun tak tau kenapa rasa macam tu, rupanya dalam badan aku ada ‘benda’ . Bukan 1 bukan 2 tapi bawah dari 10 ekor dalam badan aku dan salah 1 nya adalah ‘benda’ yang aku nampak atas bumbung jiran malam tu. Ustad kata masa mata aku nampak je ‘dia’ tu , ‘dia’ dah masuk pun dalam badan aku.", "Sesi berubat aku, ustad pegang jari kaki aku yang tengah kot. Dia picit kuat tapi tak sakit pun, dia kate kalau tak sakit maknanya dalam aku tak ada apa2, tapi kalau sakit maknanya ‘benda’ tu yang tengah sakit bukan aku. Then ustad tu baca ayat Quran sambil picit jari kaki, makin lama makin sakit aku rasa, dan ‘benda’ tu bercakap dengan ustad.", "Tapi cakap dalam hati , dan ya aku dengar semua dia cakap. Dia marah ustad tu dan halau ustad tu balik. Tapi ustad paksa dia keluar sebelum ‘dia’ lagi sakit. Dan benda tu keluar secara elok.", "Lepas berubat semua normal cuma rasa seram sejuk kadang2 sebab teringat balik kan. Tapi tak sampai sebulan aku kena ganggu lagi means sekarang. Yaa baru2 ni aku dapat mimpi ular yang sama cuma sebelum ni aku tak kena patuk , kalini aku dah kena patuk. Bukan tu je, ada lagi mimpi dan kejadian pelik tapi family aku semua tak percaya. Setakat ni dulu aku cite, penat menaip.", "Sekian,\nTerima Kasih FS kalau cerita di post dan pembaca yang tekun.\nCek Bunga Layu." ]
[ "xnk komen cite lain tp akak ipar tu ok je eaa duk 1 umh ngn biras (laki tt), klo aku, mmg tak lahhhhh. dgn nk jaga aurat nya 1 umh." ]
https://fiksyenshasha.com/gila-atau-petunjuk/
Gila Atau Petunjuk?
[ "Assalamualaikum.. Saya Linda.", "Ada sesetengah orang akan kata saya gila sebab menceritakan perkara yang tidak masuk akal kepada polis. Tetapi bagi yang mengalami sendiri pasti akan setuju dengan naluri keibuan saya. Saya adalah ibu kepada Kasih, dan isteri kepada Kamal, seorang usahawan yang terkenal dan berjaya.", "Namun, ada sesuatu yang berlaku kepada kami membuatkan suami saya jatuh muflis pada tahun 2016. Tak apalah, rezeki semuanya di tangan Tuhan. Satu hari, kami bertiga dijemput kawan rapat suami saya, Azman. Dia membuat satu reunion di rumahnya bagi mengumpul semua rakan perniagaannya termasuk lah suami saya.", "Dipendekkan cerita, kami sekeluarga pergi kesana tetapi anehnya, apabila sampai disana, hanya kami sahaja yang datang ke rumah Azman. Mungkin semuanya busy bercuti maklumlah ahli perniagaan kan? Oh ya, Azman mempunyai seorang isteri bernama Suhaida. Umurnya lebih muda dari saya. Suhaida mempunyai paras rupa yang cantik.", "Terdetik dihati saya ‘ Cantiknya isteri En. Azman ni. Tetapi mereka belum ada rezeki memiliki anak. Tak mengapalah, satu hari nanti akan datang rezeki untuk mereka.’ Kami pun dijemput ke ruang tamu, kemudian duduk di sofa yang kelihatan sangat cantik, gebu berwarna kuning.", "“Mana yang lain?” tanya Kamal. “Oh, kejap lagi sampai lah tu. Lagipun, kau sampai awal sangat ni hehehe, jamuan pun belum siap.” kata-kata Azman membuatkan Kamal bertanya sekali lagi “Alamak, awal sangat ke, tak mengganggu korang ke?”. “Eh, tak apalah, saja aku jemput kau awal sebab aku nak bincang seperkara dua dengan kau.” “Kalau macam tu, jom lah berbincang diluar.” kata Kamal. Sementara itu, saya, Kasih dan Suhaida hanya tersenyum sesama sendiri.", "Akhirnya Suhaida bertanya, “Akak nak air, mari saya tuangkan.” “Oh, terima kasih.” jawab saya. Dan kami berbual pendek mengenai isu semasa dan hal-hal wanita. Dalam pada itu, saya dapat rasakan ada mata yang memerhati kami bertiga. Sampailah ke hal anak, Suhaida tiba-tiba bertanya “Akak mesti rindukan Kasih kan?” Barulah saya teringat anak saya tiada disisi saya! “Eh, budak ni, mana dia pergi? Sekejap ye Suhaida. Kasih? Kasih?” Saya dah cakap dengan dia sebelum sampai ke rumah Azman untuk tidak merayau kemana-mana dan mengganggu tuan rumah.", "Suraida yang hanya mengikuti dari belakang kerisauan. Saya merasakan yang anak saya hanya bermain nyorok-nyorok, seperti saya dapat rasa diperhatikan semasa saya seronok berbual dengan Suhaida. Tiba-tiba, saya dan Suhaida merasakan hanya kami berdua sahaja yang tinggal di rumah itu, kerana apabila kami memanggil Kamal, Azman dan Kasih dengan suara yang kuat, tetapi tidak berbalas. saya tidak tentu arah dan mula rasa tidak sedap hati. “Suhaida, kita kene buat sesuatu, akak rasa tak sedap hati ni. Saya mengambil pisau, dan menyerahkan satu lagi kepada Suhaida. “Pegang ni Su, sebagai alat pertahanan diri.", "” Tiba-tiba Suhaida menjerit. “AAAAAAARRRGGHHHH!” kelihatan seekor lembaga besar; badannya hitam dan terlihat titisan d***h pada gigi dan tangannya terpacak di depan pintu dapur rumah Su, menghadap kami. Lembaga itu terus mengejar kami dan tanpa sempat berbuat apa-apa, lembaga itu menyambar Su dan mencakarnya. Saya lari sambil menangis terkejut dengan apa yang sedang terjadi, sekuat-kuat hati. Saya menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang. Tetamu yang sepatutnya berkunjung ke rumah Azman juga tidak kunjung tiba, rumah kelihatan suram dan gelap seolah-olah saya berada di alam yang lain. Saya cekalkan hati, saya bersembunyi dibalik sofa yang kami duduk tadi. Tidak sempat menghela nafas, saya terpandang Kasih sedang berlari keluar.", "Lalu, saya kuatkan semangat pergi mengejar Kasih untuk menyelamatkan anak saya dari ditangkap oleh lembaga tersebut.. Saya terpaku apabila ada seekor lembaga diluar sedang cuba untuk mencekik anak saya. Saya jadi marah dan terus memberanikan diri menuju ke arah lembaga tersebut dan berteriak “Allahu Akbar!!! Jangan ganggu anak aku, setannnnn!!!!” Dengan menggunakan pisau, saya terkam dan tikam lembaga hitam tersebut dan mengambil anak saya kembali.", "“Sayangg, sayang okay ke nak?” “Kasih tak okay mummy….isk isk….” menangis anak saya. “Ya Allah sayang??!!!!!!!” Teriak Kamal dari belakang saya. “Abang, saya dah selamatkan anak kita..” Kamal pegang saya dan memeluk saya dengan sangat erat sambil saya menutup mata dan menghela nafas lega. Tapi lama kelamaan, semakin kuat sehingga saya sukar bernafas! Saya lihat semula ‘ Kamal ‘ dan ternyata saya memeluk lembaga yang mencakar Suhaida tadi!!", "CUKKKK! Saya tikam lembaga tersebut. Anak saya hanya menangis ketakutan di tepi meja kecil diluar rumah. Saya dapatkan anak saya tetapi belum sempat saya ke meja saya terdengar bunyi tembakan dan berkata “POLIS!! JANGAN BERGERAK DAN PUSING KE DEPAN PERLAHAN-LAHAN!” Saya memegang anak saya dan pusing ke arah polis. Kelihatan 4 orang polis dipintu kereta sedang memegang pistol menghala ke arah kami berdua dan sebuah kereta polis lagi menuju ke pekarangan rumah Azman dan Suhaida. Dengan tidak semena-mena, saya digari. “Eh, apa ni? Kasih, jangan tinggalkan mummy!!” Kasih berjalan pergi dan masuk ke dalam rumah Azman dan Su sambil menangis memandang saya. Dia cuba menghulurkan tangannya tetapi saya dan jauh dibawa pergi dengan kereta polis.", "“Saya tidak bersalah! Saya cuba melindungi anak saya dari dicekik oleh lembaga hitam tu! Korang semua tak faham ke??!! Kalau korang semua tak percaya, pergi balik dan tengok dengan mata kepala korang sendiri lembaga hitam yang saya dah b***h tu! Kalau kena dekat anak korang sendiri, baru korang tahu!!!!!”", "2018, Terkini – Seorang wanita, Linda Riana telah menikam 3 mangsa. Mangsa-mangsanya ialah 2 orang lelaki usahawan yang seorang merupakan suaminya, Kamal, seorang lagi rakan kongsi suaminya, Azman; serta Suhaida, seorang wanita yang merupakan isteri rakan kongsi suaminya. Pasangan suami isteri itu m**i ditempat kejadian manakala Kamal yang cedera teruk di perut, koma dan sedang dirawat di hospital. Pihak polis percaya pembunuh kemurungan disebabkan kematian anak perempuannya bernama Kasih, yang telah diculik dan d*****h pada 2016 bermotifkan dendam keatas usahawan tersebut.", "Pembaca semua rasa.. saya layak tak untuk dipenjarakan…? Adakah lembaga tu masih hidup…? Bantu saya…. – Linda\n(Dibawah sofa milik Azman dan Su).. “Mummy… Tolong selamatkan Kasih…”", "Terima kasih FS kerana telah menerima cerita panjang dari saya.." ]
[ "Kisah benar ke fiksyen..?", "Kisah bodoh" ]
https://fiksyenshasha.com/caltex/
Caltex
[ "Hi assalamualaikum, kepada fiksyen shasha terima kasih sebab menyiarkan cerita saya, nama aku ira, kalau termasuk cerita ni, sudah 4 kali aku bercerita di sini, alang-alang aku pon tak ada benda nak buat so aku isi masa lapang dengan menulis story je. Okey tanpa berlengah jom move to the next story…", "Cerita kali ni boleh dikatakan urban legend jugaklah kat Kelantan, almost semua orang Kelantan tau pasal kisah tempat ni iaitu Caltex di Salor. Ramai yang sudah kecoh tentang kehadiran entiti di stesyen minyak ni ditambah pula dengan kubur lama dan gerai lama yang dikatakan selalu berniaga “satay” diwaktu malam, namun biasalah manusia akan menganggap cerita tersebut hanyalah rekaan semata-mata jika tidak terjadi pada batang hidung sendiri. Cerita ni ni terjadi apabila keluarga aku perlu ke tanah merah untuk melawat ahli keluarga yang sudah tenat, aku sekeluarga pergi menaiki dua buah kereta bersama dengan pakcik aku sekeluarga.", "Kami terpaksa bertolak pada pukul 9 malam kerana menunggu anak pakcik aku untuk balik dari tempat kerjanya pada pukul 8, setelah berkumpul di rumah aku, kami pon bertolak menuju ke destinasi.Lebih kurang setengah jam perjalanan pakcik aku beri signal untuk belok ke kanan dan kereta ayah aku hanya menurut sahaja dan memberhentikan kereta di tepi stesyen minyak caltex. Rupanya pakcik aku nak pergi tandas, aku pon mengajak umi aku ke dalam kedai stesyen minyak tersebut untuk membeli air dan kudapan.", "Selesai memilih barang yang aku nak beli kami berdua pergi ke kaunter untuk membayarnya, namun layanan staff tersebut boleh dikatakan agak kasar dan acuh tak acuh je, mungkin dia kepenatan fikir ku, tapi yang peliknya kepala nya hanya menunduk dan tidak mendongak sama sekali untuk menghulurkan baki ke tangan umi aku, bercakap pon tidak , umi aku hanya merujuk skrin komputer untuk mengetahui harga barangan yang dibeli tadi.", "Masuk je kereta adik-adik aku merengek lapar, tulaa tadi kat rumah taknak makan, kebetulan berdekatan stesyen tersebut ada gerai yang masih buka, tanpa sempat ayah aku berkata apa-apa pakcik aku dah memberi signal untuk membelok. Keluar je dari kereta aroma satay telah menusuk ke hidung aku membuatkan perut aku bergelora walaupun baru je habis sepinggan nasi di rumah tadi. Ayah aku bertanya kepada pakcik aku “Ngoh jolo ko mg nok turun makei sini” (ayah aku menggelarkan pakcik aku sebagai angah, “angah betul ke kau nak makan kat sini? ) Lalu pakcik aku menjawab “Ho lah , sedei molek lapaa perut doh ni ” (yela dah alang-alang lapar). Ayah aku tetap menegaskan untuk larang pakcik aku makan di situ namun apakan daya dia sudah selamba memesan satay kepada tuan kedai tersebut, haa memang pakcik aku ni dia keras kepala siket,.", "Umi aku turut nak memesan satay kerana adik aku dari tadi dok merengek lapar , tapi ayah aku tak kasi , ayah aku kata kita minum air je, apa lagi cebek laa adik aku merajuk, nasib baik tadi ada jugak beli roti bolehlaa makan kat situ. Mula-mula jika tengok sekali imbas tiada apa pon yang pelik kat gerai tu, lampu terang benderang, pelanggan pon ramai duduk makan disitu memenuhi gerai yang bersaiz sederhana itu.", "Tapi setelah diamati betul-betul suasana disitu tak riuh hanya suram dan kelam, yang peliknya pelanggan lain hanya tunduk dan makan hidangan mereka tanpa bercakap sesama sendiri, hanya kami dua keluarga je yang bising kat situ. Aku perasan pakcik yang dok membakar satay tu statik je means tangan dia gerak dok kibas satay tapi dia berdiri statik je selama kitorang duduk kat situ, yelaa tak kan tak lenguh kot, Aku cuit ayah aku pastu aku muncungkan mulut ke arah pakcik tu, ayah aku faham dan hanya suruh aku diam hingga kitorang berangkat dari situ.", "Selesai bayar kami pon memulakan perjalanan kembali, tiba-tiba telefon ayah berdering, rupanya makcik aku yang bergelar mok zah menelifon ayah bertanya lambat lagi ke untuk kami sampai ke sana, sepatutnya dah sampai pada waktu sebegini, ayah pelik, aihh rasanya tadi hanya sejam kitorang berhenti untuk makan dan ke tandas, mengapa jam menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi? Tanpa sedar rupanya kami telah melalui jalan yang sama selepas mula bertolak dari gerai satay tadi. Ayah aku yang tadi hanya kelihatan ‘cool’ dengan permainan makhluk tu mula marah-marah kerana ini tidak sepatutnya dijadikan gurauan oleh mereka. Ayah menelifon pakcik aku menyuruh nya berhenti kan kereta di tepi jalan dan baca surah-surah yang patut, dan ayah berpesan kepada pakcik aku untuk kunci pintu dan tutup tingkap walau apa pon berlaku jangan bukak pintu kereta ,pakcik aku hanya menurut mungkin sudah faham situasi yang dialami .", "Dari kejauhan aku melihat seorang budak perempuan menuju ke arah kami, entah dari mana dia muncul aku pon tak tahu, dia mula mengetok tingkap kereta seperti ingin meminta tolong, tapi ayah ku berkata itu hanya lah permainan mereka sahaja, cukup sekadar kita tersesat di alam mereka jangan nak cari masalah lain.. makin lama kedengaran ketukan di tingkap itu semakin kuat, seperti dia kemarahan. Ayah aku pon melaungkan azan sekuat hati nya dan ketukan tu pon hilang. Kemudian kelihatan beberapa buah kereta pon lalu kemungkinan kami sudahpun keluar dari alam tersebut anggapan ayahku, dan kami menyambung perjalanan. Kami tiba ke destinasi tepat pukul 4:47 pagi, Jika diikotkan tidak lama pon kami menyinggah dan berlegar-legar di atas jalan tu, tapi takpelah asal selamat sampai.", "Keesokan nya sekeluarga pakcik aku berulang ke tandas kerana sakit perut, mungkin kerana telah makan makanan yang entah dari alam mana semalam, “Tulahh aku oyak doh, jangei makei situ, pokmu tok dengar woh aku” (Haa aku dah cakap jangan makan kat situ, korang tak dengar cakap aku) perli ayah aku kepada pakcik aku. Pakcik aku hanya tersenyum.", "Dengar cerita stesyen minyak tu telah ditutup dari tahun 2018 lagi sebab muflis, aku pon tak tahu. Tapi yang pasti bukan hanya kami sekeluarga yang pernah mengalami situasi tersebut, rata-rata yang pernah terkena bercerita tentang pola yang sama dimana ada gerai satay dan stesyen minyak tersebut masih beroperasi. Ada yang kata pakcik yang menjual satay tu kuburnya terletak di kubur lama di situ , Wallahualam.." ]
[ "haritu aku ade tengok scene paranormal dia pi lawat caltex tu. ye la weh dari jauh, mmg nampak stesen minyak tu mcm buka. tp bila dah park, masuk. rupanya humm", "ye dok mung", "dari zul kajang" ]
https://fiksyenshasha.com/mimpi-vs-realiti-2/
MIMPI VS REALITI
[ "Assalamualaikum wbt…\nLama betul saya tak menulis di sini.. Agak sibuk kebelakangan ini..Bagi yang belum kenal saya, nama saya, Cahaya Yang Utama. Pernah bercerita tentang bagaimana saya berdialog dengan bangsa jin (tajuk : Tetamu Siang) dan ada juga beberapa cerita lain. Cerita kali ini berlainan sedikit kerana ia membawa kita kepada hakikat dunia jika diperhalusi. Lebih kepada kesedaran, inshaAllah. Selamat membaca. Bismillah.. Astaghfirullah..", "Selepas aku berhenti kerja pada tahun 2013, aku masih suri rumah seperti biasa. Obsesku tentang hakikat akhir zaman membuatkan aktiviti harian aku dipenuhi dengan pencarian di Internet. Memang dari dulu aku terdedah tentang hakikat akhir zaman, dari sekolah menengah, tetapi pencarian aku semakin rancak semenjak tahun 2015, kenapa? Nanti aku ceritakan sebabnya.", "Aku mencari maklumat tentang dajjal, illuminati, freemason, New World Order dan lain-lain yang berkaitan. Ada beberapa ustaz yang aku minat dan aku ikuti di ‘Youtube’. Tak kurang juga yang bukan ustaz kerana maklumat mereka merupakan maklumat tambahan bagi aku. Malah aku siap membeli buku-buku yang berkaitan. Di mana-mana sahaja, waktu aku mencari maklumat, akan terdapat simbol mata satu dan segi tiga yang aku percaya ramai sudah tahu tentangnya, kebanyakannya dan bermulalah kisah yang menyebabkan aku sedar supaya sentiasa berhati-hati..", "Pada satu hari (aku lupa bila waktunya bermula tapi sebelum tahun 2019), sewaktu aku menunaikan solat, tiba-tiba sejadah aku bertukar bentuk menjadi lambang mata satu tersebut. Allahuakhbar… Wallahi, aku tidak menipu dan tidak bermimpi. Aku terkesima, aku cuba fokus pada sejadah sehingga terpaksa memejam mata dan membayangkan kalimah Allah. Akhirnya aku dapat sudahi jua ibadahku. Usai solat, aku termanggu di sejadah memikirkan kejadian itu. Namun, aku menyedapkan hati,", "“Allah, kau sendiri yang selalu tengok benda alah tu, memanglah terbayang-bayang” bisik hatiku kepada diri sendiri..", "Lalu aku teruskan kehidupan seperti biasa, ibadah dan solatku masih sama seperti biasa. Namun sekali sekala ada juga bayangan mata satu itu di sejadah, tetap juga aku boleh hindarkan…", "Tibalah suatu hari, saat aku mendirikan solat, tiba-tiba bayangan itu terjadi dan aku tidak dapat menghilangkannya. Sampaikan aku menangis ketakutan. Lalu aku ceritakan masalah ini kepada suami aku. Lalu suami aku lakukan ruqyah kepadaku supaya sedikit sebanyak memberi ketenangan. Suami aku bukanlah ustaz , cuma dia mudah menghafal ayat suci dan sebutannya lebih tegas dan jelas kerana beliau bekas pelajar di salah sebuah sekolah menengah agama di Terengganu.", "Oleh sebab itu, aku mencadangkan untuk beliau cuba belajar asas ruqyah, hanya untuk keluarga kami. Alhamdulillah, setelah diruqyah, aku berasa tenang kembali dan aku dapat solat dengan tenang selepas itu.. Aku pula, masih mencari maklumat yang sama tetapi cuba mengelak dari melihatkan lambang mata satu tersebut supaya aku tak terganggu lagi.. Alhamdulillah, ia berkesan..", "Namun selepas beberapa bulan, aku secara tidak sengaja terlihat lambang mata satu itu lagi dek kerana ada rakan yang kongsi di ruangan sosial mereka lalu masalah itu berlaku lagi. Aku sudah semakin bingung kenapa harus perkara ini berlaku pada aku, aku tidak pernah bertemu dengan masalah orang lain yang sama dengan masalah yang aku hadapi.", "Bayangan itu datang dan pergi sehinggalah aku menjadi semakin tertekan. Ini kerana bayangan itu sudah mula muncul dalam benak aku tanpa memgira waktu. Waktu aku mengelipkan mata atau mahu tidur juga ia muncul. Kerap aku menangis dan mengadu pada suami aku, lebih-lebih lagi sewaktu aku tidak dapat tidur.. Suami aku tidak putus meruqyah dan seperti biasa ia akan hilang selepas aku diruqyah. Begitu ia berterusan dan ia menyebabkan aku membuat keputusan untuk bertanyakan keadaan aku kepada yang lebih arif.", "Pada suatu hari, aku masih ingat bulan tersebut, awal tahun 2019. Beberapa bulan sebelum dunia digemparkan dengan berita kemunculan virus yang mematikan, Covid-19. Tengah hari itu aku berehat di atas tilam sambil menyandarkan tubuhku pada dinding. Sambil menunggu waktu zohor, aku mencongak-congak waktu menanti suami ku pulang dari pejabatnya. Tiba-tiba, mataku seakan membesar, laju membawaku terus ke halaman belakang rumahku.", "” Eh? Aku mimpi ke? Apasal ada bayangan macam ni? Bila pulak aku tidur? “. Aku berkira-kira dalam hati.", "Namun bila aku perhalusi suasana, baru aku perasan, ada pohon pisang di situ entah dari mana datangnya. Aku menjadi lebih bingung, nak kata bermimpi, aku tak tidur lagi tadi. Jadi bagaimana pula tubuhku seakan melayang sampai ke halaman belakang rumah? Kalau ini memang belakang rumahku pula, bagaimana wujudnya pokok pisang?", "Ya, persekitaran lainnya adalah sama melainkan pokok pisang itu. Lalu akhirnya terjawab kerana tiba-tiba datang seseorang ke arahku, berbadan sasa, berambut kerinting dan dia bertanya kepadaku,", "“Kamu kenal siapa aku?” tanyanya", "“Tidak, siapa kau”\naku menjawab bersahaja", "“Hahaha.. tak mungkin kau tidak kenal, aku lah dajjallll.. aku sudah datanggg”\nKatanya sambil ketawa besar..", "“Kau ingat aku bodoh? Kau ingat aku lupa apa yang aku belajar? Kau bukan dajjal! Kau iblis tentera dajjal laknatullah. Pergiiii”", "Ada nada marah di dalam percakapanku. Aku tidak bercakap menggunakan lidah, tetapi hati waktu itu.. Habis saja aku berkata-kata, makhluk Allah itu pergi dengan senyuman dan ketawa yang besar. Lalu aku kembali ke alam nyata. Ya, aku yakin aku tak bermimpi seperti kebiasaan kerana aku tak membuka mataku seperti mana orang yang baru tersedar dari lena, cuma aku hairan kali ini bukan yang baik-baik seperti sebelum ini yang datang (Kalau kau orang pernah baca kisah Tetamu Siang dan Gunung Tebu, kau orang tahu aku jenis tak bermimpi jika berdialog dengan jin).", "Lalu aku mencari di laman youtube tentang mimpi dajjal, dan Subhanallah, rupanya bebeberapa bulan sebelum itu (akhir tahun 2018) sudah ada beberapa orang ulama’ juga ada beberapa aduan dari orang kebiasaan tentang mimpi akan dajjal (Kau orang cubalah cari dalam youtube tentang ulama’ mimpikan dajjal, baca juga komen, sudah beberapa tahun lepas, ustaz-ustaz seperti ustaz Fawaz dan Ustaz Zulkifli bercerita). Malah mereka bermimpi kebanyakannya pada bulan yang sama (carian aku sendiri melihat pada komentar aduan dan video), malah ada yang berselang hanya sehari. Aku kecut perut, tetapi kuat mengatakan syaitan hanya ingin menguji aku. Syaitan tahu aku sedang lemah.", "Oleh kerana sudah tidak tertahan dek gangguan yang aku alami, akhirnya aku pecahkan rahsia masalah aku ini kepada rakan aku, seorang pelajar di pondok (walaupun usianya dah tua). Aku baik dengannya kerana kebetulan dia mencari jawapan kepada masalah temannya yang terasuk jin (yang agak berat), tatkala mendengar muzik ulek mayang (aku rasa pernah cerita yang aku ni penari ulek mayang masa remaja dulu).", "Beliau juga jadi tempat rujukan aku dan kami selalu berbincang tentang hakikat akhir zaman dan tanda-tanda yang telah dan sedang berlaku. Lalu aku tanyakan kepada rakanku itu tentang masalah bayangan mata satu dan imbasan makhluk yang mengaku dirinya dajjal itu. Beliau mengatakan aku telah terkena sihir wafaq akibat terlalu kerap melihat gambar mata satu itu. Nahhh.. Aku sendiri terkejut, tak menyangka yang gambar-gambar begitu sebenarnya boleh menjadi sihir. Lalu beliau membantuku untuk pulih, beliau tidak bertemu denganku, kami hanya sahabat di muka buku. Beliau menasihati aku untuk membaca potongan surah yang diijazahkan kepadanya sebagai pelebur sihir wafaq, iaitu ayat 25, surah Al-Ahzab. Baca 7 kali selepas solat dan minta pertolongan dengan Allah SWT..", "Subhanallah, sungguh.. Hanya dengan ayat itu, aku telah sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah.. Terima kasih sahabat dunia akhiratku.", "Kenapa harus aku ceritakan masalah aku di sini?\n– Kerana ramai anak muda sekarang yang tidak tahu mereka terkena sihir wafaq. Aku tahu kerana aku masuk salah satu group tertutup depresi untuk aku tahu masalah aku tu. Rupanya dalam group itu tidak boleh membincangkan hal agama, sayangnya ramai anak Melayu kita mempunyai depresi dan aku sangat ingin membantu mereka mendekatkan diri dengan agama, sayangnya tidak boleh.", "Dan akhirnya, sebelum aku keluar dari group tersebut, aku ditunjukkan Allah seorang anak muda depresi yang suka melukis gambar mata satu waktu dalam keadaan tertekan, katanya dia tidak memikirkan gambaran itu, tapi ia datang dengab sendiri dan ia lebih puas untuk melukiskan gambaran tersebut. Nahhh.. rupanya ramai komen (berpuluh) yg mereka juga begitu.. Akhirnya terpaksa aku meluahkan itulah tanda sihir wafaq, dan mereka sudah tentu tidak menerimanya kerana dalam kumpulan itu tidak boleh membincangkan hal agama. Lalu setelah aku cerita sedikit sebanyak, aku pun keluar dari group tersebut.", "Wahai sahabat, aku ingatkan semua, setiap pergerakan kita itu sepatutnya didahului dengan iman (agama) kita, jika ada yang mahu kita asingkan agama, ketahuilah ia perbuatan syaitan. Jangan pula kita meremehkan syaitan, syaitan juga mampu menyihir. Juga jangan anggap kita ini terlalu kebal kepada sihir, sedangkan Rasulullah SAW juga terkena sihir (mohon cari kisahnya, aku nak cerita panjang jadinya)…", "Maaf, terpanjang cerita pula kali ini. Jadi aku tunaikan janji (dah nak habis ni), aku nak jawab kenapa aku jadi berminat tentang hakikat akhir zaman? – Hal ini kerana sewaktu hujung tahun 2014, aku bermimpi satu ombak besar seperti tsunami. Tingginya melebihi 3 kali ganda pokok kelapa. Manusia bertempiaran lari, aku pun turut lari sambil menggendong anak kecilku. Ada ramai yang terkorban dihempas ombak tersebut. Aku? Kalau dilihatkan jarak memang aku sudah tidak mampu untuk melarikan diri dengan anakku lagi dipelukan. Namun tinggal satu perkara dalam hati iaitu doa. Sambil berlari aku pejam mata dan berdoa pada Allah.", "Tiba-tiba semuanya senyap dan sunyi. Bila aku pusing tubuhku ke belakang, ombak itu telah hilang entah ke mana. Serentak dengan itu aku terjaga sambil mengalirkan air mata. Sungguh terkesan mimpi itu. Sehingga berhari-hari aku ketakutan. Aku masih ingat, 3 atau 5 hari selepas itu, banjir besar melanda Malaysia khususnya di Kelantan. Ada yang mengatakan mimpi aku mungkin memberi peringatan tentang hal itu, tapi aku anggap sahaja mimpi tersebut untuk menginsafkan aku yang kerdil ini. Aku memang sejenis wanita yang sukar bermimpi. Jika bermimpi pun biasanya perkara-perkara yang menjadi kenyataan.", "Terlalu jarang bermimpi sesuatu yang boleh dianggap mainan tidur… Mimpi ku selalu mempunyai petanda seperti mimpi tadi dan termasuk juga mimpi terkena sihir serta mimpi ahli keluarga yang akan meninggal dunia. Namun satu yang pelik, aku sukar bermimpi ahli keluarga itu setelah meninggal dunia, sedangkan aku cemburu apabila mengetahui ahli keluarga ku yang lain yang masih hidup sering bermimpi bertemu arwah. Apakah kerana aku banyak dosa? Semoga Allah ampunkan dosa aku..", "Sekian, terima kasih…", "Maaf jika terpanjang. Saya mohon undur diri. Jagalah amal kita, tanda-tanda kiamat kubra akan bermunculan tidak lama lagi, Dengan Izin Allah. Bencana sedang bertimpa-timpa umpama terputusnya tali tasbih dari rantainya. Semoga sempat kita bersedia lebih-lebih lagi rohani kita… Semoga kita semua dipilih Allah SWT untuk Husnul Khotimah. Assalamualaikum wbt.." ]
[ "Olahan menarik!\nKS 2 ada diselitkan!\nInfo tambahan menarik!\nPengajaran diselitkan!", "69/70", "Hi, sorry yer kak. tp my opinion la kak. kakak jgn taksub sgt ngn kisah mata satu tu. biarlah kta hidup dgn normal rutin harian. doa bnyk2, jgn tlampau mendalami kisah or agama lain, sbb kta tak tau disebalik apa yg kta baca. hnya focus dgn apa yg kta percaya saja. Tuhan hnya satu. DIA… sekadar pendapat. tiada maksud lain. terima kasih.", "Saya tak tahulah, dulu saya minat juga membaca pasal illuminati, dajjal dll macam akak ni.tapi tak sampai tahap taksub. lepas baca dan tambah ilmu pasal hal2 mata satu ni, pengajaran dan amalan yang saya dapat adalah jangan tinggal alkahfi 1-10, 100-110.", "kita mungkin jumpa, atau mungkin tak jumpa Dajjal, tapi khasiat alkahfi sangat banyak, dan Nabi yang suruh.\nDari bebankan fikiran dengan hal2 mistik macam ni, ikut je apa yang Nabi pesan.", "bestnya… boleh tak bagi link2 cerita lain yg sis pernah hantar? saya baru search n done baca gunung tebu & tetamu siang. rasanya ada yg lain2 lg kan?", "assalamualaikum sis..cerita yg menarik sangat..dan bab mimpi yg tsunami tu boleh x sis inbox sy utk cerita yg lebih lanjut..sebb saya ade termimpi yg sama 3 hr berturut2..ade rujuk pd yg arif tapi jawapan mereka buatkan sy takut dan tertanya2..boleh ye sis inbox kt emel sy.terima kasih" ]
https://fiksyenshasha.com/botol-besi/
BOTOL BESI?
[ "Assalamualaikum nama aku ira, ni kali ketiga aku bercerita kat fs, sebenarnya memang dah lama nak share cerita berkaitan dengan hal mistik yang pernah berlaku pada aku tapi disebabkan kesuntukan masa , aku baru dapat mengarang cerita tersebut harini, so yang mana curious tentang kisah kisah yang aku pernah share dulu boleh lah pergi baca MISTERI DUSUN DURIAN, dan KELAS MALAM.", "Okey done intro, so basically cerita kali ni aku nak bercerita pasal perkhemahan yang pernah aku sertai dahulu masa aku darjah enam, tak silap aku program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam , kalau korang dah pernah baca cerita aku yang aku pernah share ayah aku memang tegas melarang aku untuk sertai program program sebegini kerana hijab aku terbuka dan boleh mengundang bahaya disebabkan aku yang mempunyai perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi, lagi-lagi hal berkaitan dengan hal mistik ni, aku pernah hilang kerana terperangkap di alam lain kerana terlalu ‘ingin tahu’ tentang ‘mereka’, okey stop kat sini ,", "“Alaaa bolehlaa ayah , sekali ni je, lepasni kakak tak join dah program-program macam ni” Puas aku memujuk ayah aku untuk membenarkan aku menyertai program perkhemahan tersebut namun hanya keluhan semata-mata yang keluar dari mulut ayah aku, aku tau dia mesti risau kan aku , dan bersebab kenapa dia melarang aku untuk menyertai program tu, tapi disebabkan aku ni naib pengerusi ahli kelab yang aku join tu aku terpaksa turut serta dan aku juga dah berjanji dengan kawan-kawan aku yang lain, biasa laa tahun akhir sekolah rendah sebelum semua berpisah menyambung pelajaran di smk mesti nak cipta kenangan indah sekali.", "Nasib baik setelah dipujuk rayu akhirnya ayah aku beri kebenaran untuk aku menyertai perkhemahan tersebut, apa lagi melompat riang laa aku, aku mula mengemas semua baju dan peralatan yang perlu dibawa,aku tersenyum sendiri apabila membayangkan aktiviti yang akan aku sertai kerana aku amat menyukai aktiviti outdoor dan lasak, namun nasib tidak selalu berpihak kepada kita, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari…", "Hari yang dinantikan pon tiba aku dihantar ke sekolah pada pukul 7 pagi oleh ayah dan umi aku, sebelum mereka pulang , ayah sempat memesan kalau berlaku apa-apa seperti histeria jangan nak libatkan diri untuk menolong, kalau nampak makhluk yang tidak sepatutnya aku nampak buat-buat tak nampak je, jangan sesekali bertentang mata dengan makhluk tu, aku hanya iyakan sahaja..", "Lepastu aku angkat beg dan bersiap untuk daftar diri dan mendirikan khemah, azan zohor berkumandang menunjukkan masukny waktu solat dan masa makan tengahari, kami diarahkan untuk makan , mandi dan kemudian solat. Ingatkan semua berjalan lancar tapi hujan mula turun pada pukul 4 menyebabkan segala aktiviti harini terpaksa dibatalkan dan kami terpaksa tidur di dalam musalla bagi murid perempuan manakala murid lelaki tidur di dewan akibat lopak lopak air hujan dan hujan tidak menunjukkan untuk berhenti.", "6:30 pm\nAku mencapai tuala aku untuk mandi dan bersiap untuk solat dan makan malam, tapi faham faham lah apabila ramai yang nak mandi pada masa yang sama menyebabkan kesesakan. Haaa masa ni lah benda yang aku nak elakkan berlaku… Oleh kerana jenuh nak menunggu , kawan aku syikin cadangkan untuk kitorang pergi mandi dekat tandas banggunan baru yang baru je disalurkan sumber air, aku pon menurut je sebab kaki dah kejang berdiri menunggu turn yang tak akan tiba.", "Banggunan tu ada dua tandas iaitu di tingkat dua dan di tingkat empat, kami pergi berempat dan disebabkan ain baru je lepas sembuh dari patah kaki aku dengan su pon beralah je tandas yang tingkat dua tu syikin dengan ain yang guna, aku dengan su guna tandas tingkat atas sekali, sepatutnya hanya lima minit je masa diambil untuk sampai ke tingkat empat, tapi aku dengan su rasa lama betol kami dok panjat tangga sampai berpeluh, kami pon decide jela untuk turun tunggu turn lepas ain dgn syikin sebab masa tu aku dah rasa lain macam dah, turun punya turun anak tangga aku dengan su still stuck dekat tempat sama, yes tingkat tiga dimana terdapat makmal sains dan bilik stor, kami terdengar suara seperti orang sedang mengajar namun setelah diamati tak tau plak bahasa ape yang orang tu guna, aku dengan su teros baca segala surah yang kitorang tau, ofcourse laa tersedu sedu masa ni baca sebab gelabah.", "Tiba-tiba aku terdengar suara seperti mengajuk aku tengah baca surah 3qul , Allahuakbar dia main ajuk ajuk plakk, seiring dengan bunyi kerusi dan meja lama jatuh dan seperti dilempar di bilik stor, masa tu aku dengan su pasrah je ape nak jadi , jadilaa, kami pon turun tangga dan BBAMMM!! terlanggar syikin “woii apesal lama sangat mandi, kau tak dengar ke aku dok melalak panggil ” aku pon cakap air tak de kat atas tu tu yang kitorang turun nak mandi kat sini.walhal perkara sebenar aku dan su rahsia kan sebab tak nak bagi diorang takut,", "9pm\nSelepas solat isyak berjemaah kami semua bersiap untuk tidur , namun harapan untuk terlelap dicantas kerana tiba-tiba ada orang kata dia nampak kain putih panjang sangkut dekat pokok kelapa belakang kantin semasa dia ke tandas, hampir kesemua murid keluar untuk melihat kain putih tersebut , aku? Aku masih ingat kata kata ayah aku untuk tidak mencampuri hal hal sedemikian jadi aku dengan beberapa murid lain hanya duduk dalam musalla, dan kami dikejutkan lagi dengan teriakkan budak perempuan dan derapan tapak kaki mereka seperti berlari ke arah musalla, dikatakan kain putih tersebut terbang kearah musalla seperti kemarahan dan mencari-cari sesuatu.", "Guru petugas masa tu kalut memanggil nama peserta-peserta perkhemahan tersebut dan syikin? Mana dia? Aku bertanya kepada ain tapi ain jawab tak tahu sebab syikin keluar jugak masa kain putih terbang tu berlaku, manakala aku , syu dengan ain berada di musalla.Keadaan mula kecoh apabila cikgu memanggil nama syikin tapi tiada sebarang sahutan pon, Sah! Syikin hilang, tapi dia kemana? , setahu aku dia la manusia yang paling penakut dalam dunia ni, cicak jatuh pon dia dah bertempiaran lari.", "Guru-guru mula mencari syikin dengan bantuan budak lelaki, tetapi entah mengapa hati aku mengatakan syikin berada di banggunan baru tempat kitorang mandi tadi, kalau nak dikatakan jarak antara musalla dengan banggunan itu selang dua banggunan lain jauh jugaklaa dalam anggaran 200 meter lebih. Oleh kerana aku tak dapat tahan perasaan “curious” aku ni, aku pon pergi kat banggunan tu ditemani su, bagai nak lerai jantung aku bila aku sampai kat banggunan tu aku nampak syikin berada di hujung koridor , su terus berlari mendapatkan bantuan dari cikgu dan ustaz manakala aku tetap disitu untuk memantau syikin.", "Tiba-tiba syikin bersuara “pulangkan barang aku” aku blur, lepastu dia ulang lagi “pulangkan barang aku, anak aku” aku buntu, aku teringat yang syikin ada tunjuk dia jumpa botol besi masa tengah cari kitorang lepas dia mandi, ustaz dan cikgu pon sampai , aku berlari ke musalla untuk mengambil botol tersebut dan menyerahkanny kepada ustaz , dan benda ni telah diselesaikan dengan cara baik, benda tu hanya mahukan anak dia sahaja. Tidak hanya kerana bangunan tersebut ialah bangunan baru tapi bersebab kenapa guru-guru sentiasa melarang murid menjejakkan kaki seorang diri ke situ, lagi-lagi tingkat 4 yang berpuaka tu, kalau nak ikotkan banyak peristiwa yang berlaku di tingkat 4 ni, tapi takpelah InshaAllah ada masa aku cerita lagi.", "Pengajarannya jangan lah sesekali dok gatal tangan nak ambil barang kalau barang tersebut bukan barang kita walaupun secantik mana pon benda tu, walaupun dimana kita berada , sebab makhluk makhluk ni selalu mengaburi mata kita dengan benda benda indah untuk menjayakan tipu helah mereka. Sekian bye bye ^^~~" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/hantu-raya-dalam-tempayan-2/
Hantu Raya Dalam Tempayan
[ "Cerita ni pun aku pernah hantar pada tahun 2017 tapi kali ni telah dimurnikan lagi tatabahasa dan gaya penceritaan. Nama aku Aty.. Kisah ni bukanlah kisah aku.. Alhamdulillah aku belum pernah dilanda kejadian mistik sepanjang hidup tapi ini kisah emak aku .. Berlaku masa awal-awal dia berkahwin dengan abah aku dalam tahun 1987. Baik, jom mulakan.", "Masa mula-mula emak dan abah aku berkahwin, dorang menyewa sebuah pondok kecil dalam sebuah kampung di daerah Temerloh. Biasalah orang baru kahwin kan, pendapatan abah aku masa tu pun taklah seberapa lagi. Pondok tu mak aku kata berada di hujung kampung , jauh daripada rumah orang. Tapi sebab kadar sewanya murah, mak abah aku pun terima jelah..", "Ok, macam biasa satu hari tu abah aku keluar bekerja… tinggallah mak aku seorang diri di rumah. Nak dijadikan cerita, dalam tengahari macam tu mak aku sedang berehat dalam bilik, tiba-tiba dia terdengar macam ada orang dekat ruang tamu. Pelik, sebab ikutkan mak aku keseorangan, tak ada orang lain. Mak aku pun keluarlah pergi check, rupanya ada Abah aku. Aik ? Mak aku hairanlah sebab biasanya abah aku takkan balik tengahari sebab pejabatnya agak jauh daripada rumah.", "“Eh abang… Kenapa abang balik? Macam mana abang masuk?”", "Lebih kurang begitulah mak tanya abah aku masa tu. Dia hairan, sebab kalau tinggal seorang mak aku akan pastikan semua berkunci dan setahu dia abah aku tak ada kunci pendua. Memang setiap petang mak aku lah yang akan bukakkan pintu untuk abah masuk.", "Tapi…. Yang peliknya abah aku masa tu diam membatu je sambil matanya merenung tajam mak aku. Pandangannya kosong. Mak aku pun baru perasan yang muka abah aku pun pucat semacam. Tiba-tiba mak aku berasa bulu romanya meremang.. Entah kenapa perasaannya dah lain sangat masa tu dan dia dapat rasa lelaki yang di depan sekarang bukanlah abah aku tapi benda lain. ‘Abah’ pulak masa tu masih diam dan matanya daripada tadi hanya merenung tajam ke arah mak aku. Tup-tup guys, abah aku hilang! Lenyap dari pandangan. Dan semua berlaku dalam beberapa saat je.", "“Astaghfirullah!” Mak aku beristighfar sambil mengurut dada menenangkan diri dan tergopoh gapah berlari ke arah bilik. Takut betul dia masa tu sebab itulah kali pertama pengalaman seram berlaku betul-betul kat depan mata. Memang dia terkejut sangat dengan apa yang baru berlaku..", "Paling menyeramkan, kejadian tu tak terhenti dekat situ je. Daripada dalam bilik, mak aku terdengar pulak derapan kaki seseorang berjalan dari ruang tamu menghala ke arah bilik. Perlahan lahan je cara berjalan tu. Keadaan sunyi sepi, yang cuma kedengaran hanyalah degupan jantung mak aku yang dah berdegup kencang masa tu. Bayangkan kau sorang-sorang, jauh daripada orang, dengan masa tu tak ada telefon lagi nak call sesiapa.", "Derapan kaki tadi akhirnya hilang tapi tu diaaaa… tiba-tiba mak aku nampak ada leher tanpa kepala tengah menjengah dari sebalik pintu masuk. Mak aku ingat lagi, lembaga tanpa kepala tu memakai baju kurung bercorak bunga kecil. Lambaiannya pun mak aku masih ingat hingga ke hari ini. Dia yang dah berpeluh peluh menahan ketakutan akhirnya pengsan. Nasib baik pengsan kan? Sedar-sedar abah aku dah balik. Tapi malangnya masa tu abah tak percaya lagi benda-benda tahyul ni. Cerita seram mak aku, abah aku cuma abaikan.", "Keesokan harinya, mak aku dah tak berani duduk dalam rumah bila abah keluar bekerja. Lepas siap memasak dan mengemas rumah, mak aku bertenggek dekat tangga luar sambil-sambil menunggu abah balik kerja. Tiba-tiba… mak aku terasa ada tangan seseorang yang sejuk seperti ais pegang bahu kiri daripada belakang. Nah, sekali lagi mak aku pengsan.", "Selepas kejadian tu, mak aku dah start sakit-sakit. Dia kerap jadi lemah-lemah badan dan berasa lesu. Mak aku cerita semuanya pada abah aku , tapi malangnya masih lagi abah tak nak percaya. Sampai lah ke satu malam abah aku sendiri pulak yang terkena. Malam tu pada saat abah aku nak pejam mata untuk tidur, tiba-tiba ada satu lembaga berbulu hitam dengan mata merah menyala betul-betul depan muka abah. Lagi beberapa inci nak tercium haha. Abah aku terus bangkit daripada baring dan beristighfar. Sejak itu barulah abah mula percaya yang rumah mereka duduk tu ada ‘sesuatu’.", "Dua hari selepas tu, abah panggil seorang ustaz untuk tengok-tengokkan rumah. Dan menurut ustaz tu, memang ada makhluk halus dalam rumah tu. Katanya, dekat bilik air ada satu tempayan besar, dan dalam tempayan itulah tersimpannya seekor hantu raya belaan tuan rumah. Dan hantu raya itulah yang asyik mengusik mak dan abah aku sepanjang dorang tinggal kat situ..", "Mak abah aku pun terkedu. Lepas tu mak aku ada bertanya pada orang-orang kampung, dorang cerita rumah tu berhantu memang dah lama.. ‘Keras’ kata orang. Beberapa hari selepas tu mak abah aku pun teruslah berpindah ke rumah lain.. Risau juga kan gangguan akan menjadi lebih teruk kalau tinggal lebih lama kat situ. Untuk pengetahuan pembaca, rumah tu pun sekarang dah tak wujud.. Dah jadi sebuah taman perumahan yang rancak dengan macam-macam pembangunan hehe.", "Baik, rasanya cukup dulu kisah aku kali ini.. Aku akan sambung lagi di lain masa. Banyak lagi kisah mak abah , tok nenek aku yang aku akan ceritakan lain kali, Insyaallah.", "Apa pun, terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum!" ]
[ "Peribahasa tidak diselitkan!\nKehendak soalan 2 ada diselitkan!\nOlahan menarik!\n50/70", "Aduii seramnya oii… xbleh bayang mcmmna mak duduk sorang2 kat rumah bertemankan dgn hantu raya tu.. adoila" ]
https://fiksyenshasha.com/ditindih-makhluk-berkuku-tajam/
DITINDIH MAKHLUK BERKUKU TAJAM
[ "Pengalaman ni terjadi semasa aku melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA yg agak terkenal di pantai timur, hostel yang disediakan kepada kami adalah rumah teres, kedudukan perumahan kedalam sikit berdekatan dengan muara sungai dan semak-samun. Kata orang tua² muara sungai adalah tempat buang benda² yang tak elok. Kejadian penampakan makhluk halus ni kerap jugak berlaku dekat kawan² aku apabila masuk semester dua.", "Tapi alhamdulillah aku tak pernah lagi terserampak dengan makhluk² ni tapi disaksikan oleh kawan² aku, kebanyakan yang mereka jumpa adalah pocong dengan pontianak. Untuk pengtahuan para pembaca, hostel yang aku diami ni agak ‘keras’ sebab kawan serumah aku ni pernah kena kacau.", "Sebelum ni aku hanya mendengar kisah² kawan aku diganggu dan sekarang tiba masa aku pulak yang kena ganggu, waktu kejadian tu aku dah semester akhir dan hanya tinggal 2 orang ja termasuk aku, budak² lain dah balik ke kampung halaman masing². Malam kejadian tak silap aku hari khamis malam jumaat aku macam biasa tidur kat dalam bilik tapi bukan bilik aku, aku tidur kat bilik depan dan antara bilik yang ‘keras’ masa kawan aku kena kacau dia tutup lampu dan letak sejadah disebelah dan makhluk tu main2 dengan dia dengan cara jatuhkan sejadah tu.", "Masa aku dah baring dan nak pejam mata tiba² badan aku rasa kebas bermula dari badan hingga ke kaki satu badan aku rasa kebas kecuali kepala sahaja, masa tengah rasa kebas tu aku rasa dekat lengan aku ni macam ada satu makhluk berkuku tajam sedang pegang lengan aku dalam masa yang sama boleh pulak dia cakap dekat aku ‘budak ni senang je’ lepastu dia gelakkan aku ‘hahahahahahaha’ aku dengar dengan jelas sebab rasa dekat dengan telinga aku", "Aku dah mula cuak, yelah first time kena himpit selama 22 tahun hidup, seperti orang lain masa tengah kena himpit tu aku tak dapat buat apa² mata aku terbukak dan semua anggota badan aku xdapat brgerak, aku pun apa lagi cuba baca ayat kursi tapi malangnya bacaan aku berterabur dan aku baca surah alfatihah aku cuba sedaya upaya aku nk lafazkan surah² yang aku baca tapi lidah aku jdi keras, macam orang bisu cuba bercakap hanya bunyi ‘aaaaa aaaaa aaaaa aaaa’ macamtu la keadaan aku bila baca surah alfatihah.", "Aku cuba tenangkan diri dan mula mengumpul tenaga, bila aku sebut Allahuakhbar dan aku tolak ‘benda’ tu aku dapat bangun dan nafas aku tercungap, kemudian aku cuba untuk tidur semula dan mereka pun datang skali lagi nak kacau aku bila badan aku rasa nak kebas balik aku cepat² bukak mata dan terus pasang surah² yg ada dalam laptop.", "Alhamdulillah bila aku pasang surah², gngguan tu tak ada dan bila aku terlupa nak pasang ayat² alquran mesti kejadian himpit ni terjadi. Sejak dari hari tu bermula la gangguan himpit ni smpai harini ni tapi x la kerap sangat kadang² tu ada jugak.. Sekian, pengalaman aku." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/jalan-utl-mantin-2/
Jalan UTL Mantin
[ "Selamat sejahtera. Ini merupakan kisah aneh yang aku pernah alami sendiri dalam hidup. Semuanya 100% datang daripada penulisan sendiri.", "Sebelum itu, acap kali juga aku terdengar dan terbaca perkongsian orang ramai tentang pengalaman seram individual bertemu makhluk halus @ hantu. Perkara ini juga pernah aku rasai, cuma penglibatannya adalah secara langsung serta membabitkan dua pihak [iaitu aku dan housemate] sendiri. Apapun, kisah aku ini berlaku kira-kira sekitar tahun 2015.", "Apa yang berlaku pada tahun 2015 adalah aku dan ex housemate aku [Din namanya] yang sama-sama menyewa sebuah apartment di Jalan UTL, Mantin. Blok yang aku menghuni kalau tak salah namanya adalah Blok DR. Unit blok ni sememangnya bersebelahan dengan Lebuhraya LEKAS dan kalau sesiapa yg lalu lebuhraya ni memang sah boleh nampak unit blok yang aku sebutkan sini.", "Secara ringkasnya, perpindahan kami ke rumah sewa terbabit agak mengundang rasa kurang selesa serta perasaan yang bercampur-baur. Masakan tidak. Blok yg kami diami saja sudahlah kurang penghuni pada waktu tu [yang berpenghuni cuma aras kami dan bawah rumah kami]. Ditambah pula dengan persekitaran blok yang tampak kurang terurus. Aku masih ingat lagi yang aras kami tinggal tak ada jiran langsung. Kalau aku nak gambarkan suasana blok kami pada sebelah malam, bayangkan aja sendiri macam mana kami terpaksa menempuh dari rumah untuk turun ke bawah blok dengan lampu koridor yang satu pun tak menyala. Habis gelap gelita kata orang. Selama aku menyewa situ, agak jarang untuk aku keluar rumah pada sebelah malam. Berrmula selepas waktu maghrib [selain urusan beli-beli barang dapur & tapau makanan]. Melainkan kalau si Din rajin nak keluar lepak sama. Kami keluar pun jika perlu.", "Bilamana aku mula tinggal di rumah itu, akan ada beberapa ketika aku mula rasa semacam perasaan yang tak selesa. Terutama sekali sebelah malam. Tiap kali bila aku bermalas-malasan dalam bilik samada lepas balik kerja ataupun waktu cuti hujung minggu, aku selalu merasakan diri aku seolah-olah diperhatikan dari arah sudut pelusuk rumah. Tak tau bagaimana nak terangkan. Bila aku lelap (tido), ada lah dalam beberapa kali aku bermimpi benda ganjil. Kadang-kadang aku ada bermimpi tentang rumah yang aku sewa. Aku pernah nampak entiti perempuan rambut panjang & budak kecik yang berdiri tercegat kat arah ruang tamu dalam mimpi aku. Aku pernah juga bermimpi kelibat budak yang berlari di ruang tamu dan melompat-lompat.", "Seriously aku memang tak tau macam mana benda alah ni datang. Cuma aku boleh sahkan sini yang aku hanya mengalami mimpi-mimpi ganjil apabila aku berada di rumah sewa tu saja. Tapi bila aku keluar dari rumah, aku rasa cukup tenang. Sikit pun tak terfikir pasal benda-benda negatif yang terjadi di rumah sewa. Adapun kejadian yang paling (real) pernah menimpa diriku adalah ketika aku sedang tidur. Masa dalam tidur, aku betul-betul bermimpi satu lembaga hitam yang sedang berdiri menghadap aku didepan pintu bilik. Entah macamana aku tergerak untuk buka mataku dan bila aku buka sikit, memang jelas aku nampak lembaga hitam tengah berdiri depan arah katil. Sumpah seram.", "Sepanjang keberadaan aku disana, boleh dikatakan lebih daripada tiga kali aku terdengar derapan selipar dari tangga aras atas. Persis bunyi orang berjalan turun ke bawah blok. Tapi masalahnya aras atas rumah sewa aku mana ada penghuni yang tinggal. Dah tu bunyi apa yang aku dengar tadi (?) Pernah sekali tu aku dengan Din sendiri terdengar bunyi orang berjalan betul-betul depan rumah sewa kami, masa kami sedang kusyuk melayan movie di laptop. Pada awalnya, memang kami ketakutan. Tapi bila dah biasa terdengar, lama-kelamaan kami pun mula rasa kurang sikit takut.", "Yang lagi seram sebenar bagi aku adalah kisah yang datang daripada mulut Din. Pernah dia bagitau aku masa dia baru nak balik naik ke rumah sewa, Din terang-terang nampak kelibat yg menyerupai diri ‘aku’ dari arah tingkap bilik aku. Walhal aku takde kat rumah sewa masa tu sebab aku masih tengah bercuti di kampung. Benda tu tengah merenung ke luar tingkap dan ianya disaksikan sendiri oleh Din & kawan kami yang kebetulan datang untuk hantar Din ke rumah dengan kereta [yang ni memang kisah betul]. Memang malam tu Din tak jadi nak balik tidur di rumah sewa. Dia mengambil keputusan untuk bermalam di rumah kawannya sampailah aku balik dari kampung.", "Din juga pernah mendakwa yang dia mendapati dirinya terdampar di ruang tamu pada siang hari usai bangun daripada tidur. Seolah-olah ada lembaga yang ‘mengangkat’ dia dari dalam bilik lalu pindahkan ke ruang tamu. Masa kejadian berlaku, aku tak ada di rumah sewa. Aku memang tergamam habis bila dengar masa tu. Macam mana boleh terjadi jangan ditanya. Aku sendiri tak boleh nak fikir dek akal. Tuhan je yang tau.", "Untuk makluman pembaca, kisah aneh yang pernah berlaku pada aku ini merupakan kali pertama dan terakhir berlaku sepanjang aku menyewa disitu. Sampailah aku dan Din masing-masing dah pindah keluar dari blok unit. Sekian saja al-kisah.", "Hantar kisah anda : fiksyensahsha.com/submit" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/bilik-tinggal-2/
Bilik Tinggal
[ "Lama tak datang ke rumah nenek saudara. Nenek tinggal sendirian di rumahnya, anak dan cucu berada jauh di bandaraya. Jarang pulang katanya. Siti pula datang ke daerah di mana nenek saudara tinggal kerana ada tugasan yang perlu Siti selesaikan.", "Rumah nenek luas dan banyak bilik. Semua bilik besar saiznya dan cukup lengkap dengan katil serta almari pakaian. Nenek pula tinggal di bilik berdekatan dengan dapur.", "Nenek suruh Siti duduk di bilik utama. Katanya lebih luas dan besar. Siti tolak dengan baik, cukuplah dengan bilik kecil aje.", "Jadi Siti pilih bilik yang dekat dengan ruang keluarga. Selang beberapa langkah sahaja dengan bilik nenek saudara.", "“Bilik tu dah lama nenek tak kemas. Jarang sangat nenek masuk. Bilik utama aje yg biasa nenek kemas.” Kata nenek saudara.", "“Tak apa nek, saya lebih suka bilik kecik. Lagipun bilik ni pun bilik akak Rohayu punya dulu kan.” Kata Siti yang mengingatkan kakak sepupunya yang juga pernah mendiami bilik itu.", "“Kalau Siti dah nak sangat duduk dalam bilik tu, nenek tak boleh buat apa. Siti berani kan?” Soal nenek saudara.", "“Siti berani tinggal sorang-sorang nek. Siti dah biasa dah. Nenek jangan risau.” Balas Siti.", "“Kalau macam tu nenek tak bimbanglah. Kalau ada apa-apa ketuk aje bilik nenek.” Ujar Nenek.", "“Baik nek.”", "Siti sebenarnya rasa hairan dengan pertanyaan pelik nenek saudaranya itu. Mungkin neneknya itu bimbang Siti tidak biasa tidur sendirian.", "Saat kaki Siti menjejak masuk ke bilik itu, hidung saya mulai terbau sesuatu yang aneh. Tetapi Siti tak nak menegur, bimbang nenek saudara Siti terasa. Ada sebuah katil bujang tersedia dan mengadap tingkap. Ada sebuah almari lama berdekatan dengan tingkap itu. Tingkap itu pula mengadap sebuah paya yang terbiar di belakang rumah. Rasa seram pulak Siti melihat paya itu.", "Tapi Siti seorang yang berani, penggemar kisah mistik. Malah banyak novel seram Siti beli dan simpan sebagai koleksi. Termasuk novel terbaharu novel Saidee Nor Azam yakni novel SATE UNTUK JEMBALANG.", "Malam itu selepas Isyak, Siti mengadap novel Sate Untuk Jembalang itu dengan khusyuk, ada beberapa bab lagi yang tinggal untuk ditamatkan bacaan. Ketika Siti sedang membaca kisah Geliga Lipan Bara yang ada di dalam novel seram SATE UNTUK JEMBALANG itu, secara tiba-tiba lampu biliknya berkelip kelap. Siti melihat-lihat lampu biliknya itu sebelum tidak lama kemudian ianya terus terpadam!", "Siti hampir menjerit kerana terkejut, dia menggagau di dalam gelap cuba mencari telefon bimbit. Tetapi sayangnya dia terlupa, telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri.", "“Ahhh sudah!” Omel Siti.", "Ketika Siti bangun dan cuba berjalan mencari pintu, Siti terbau sesuatu yang hapak dan busuk. sepertinya bau itu semakin lama semakin menebak kuat ke rongga hidungnya. Malah telinganya mulai terdengar bunyi seperti sayap-sayap kecil sedang berkibaran. Semakin lama semakin banyak kedengaran, seolah-olah ada sesuatu yang bernyawa ada di dalam bilik tidurnya.", "Siti panik apabila dia berasakan ada benda seperti merayap kiri dan kanan kakinya, malah Siti berasakan seperti ada jari jemari kecil sedang menyentuh betis dan kakinya.", "Siti mulai panik, dia hendak bangun dan keluar dari bilik tidurnya tetapi dia tersadung rebah di atas lantai. Serentak dengan itu juga lampu di kamarnya secara tiba-tiba menyala.", "Kini baharulah Siti dapat melihat makhluk apakah yang bersayap dan merayap serta meraba tubuhnya di saat gelap gelita.", "Siti sudah tidak tertahan lagi, dia menjerit sekuat hatinya kala dia melihat di dala kamarnya itu dipenuhi dengan lipas!", "Ada yang merayap di dinding, lantai dan malah ada yang berterbangan di setiap sudut ruang kubikel kamar. Semuanya seperti berpakat keluar menyapa Siti.", "“Arghhh lipass geli…!!!” Jerit Siti seperti kerasukan.", "Keesokan harinya.", "“Itulah nenek dah cakap, kau nak jugak tidur bilik tu. Bilik tu memang banyak lipas, nenek tak larat nak kemas dan bersihkan. Dah jadi sarang lipas dah pun. Kenapa diam? Kata berani… Baca novel seramlah, apalah… Lipas pun takut.” Sindir nenek saudara.", "Siti tunduk, muka merah padam. Dalam hati…", "Ini kali terakhir aku tidur kat sini. Tobat aku taknak datang dah!" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/64346-2/
Dia Datang
[ "Asalamualaikum, hi pembaca FS. Saya nak kongsi cerita yang dah lama saya lupakan tapi tadi tiba-tiba memori lama berkunjung dikotak fikiran. Berlaku ketika saya diusia 9 atau 10 tahun (tahun 1998/1999).", "Seperti biasa, ibu saya balik lewat dari tempat kerja, lewat tu dalam pukul 12 tengah malam ke 1 pagi. Adik, kakak tiri dan saya awal lagi dah tidur sebab keesokkannya nak bangun awal untuk ke sekolah. Setelah selesai mandi dan berkemas, ibu saya membaringkan tubuh ditilam ditengah-tengah adik dan saya. Dalam bilik kami ada katil saiz queen, tempat kakak tiri saya tidur. Kami bertiga pula tidur ditilam bawah sebelah katil.", "Malam tu sebelum lampu dipadam, kakak tiri ada mengusik saya bahawa setiap malam dia ada terlihat ‘nenek kebayan’ datang dan duduk disebelah sambil mengusap kepala saya. Saya yang ketakutan menangis-nangis menafikan cerita tersebut namun dia tetap meneruskan usikkannya.", "“Mun ko sik cayak, malam tok sikboh ko tido, ada ko nemunya kelak” (“Kalau kau tak percaya, malam ni kau jangan tidur, nanti kau akan berjumpa dia”), kata kakak tiri saya.", "Saya buat tak peduli walau jantung ‘berdenyut’ kencangdan cuba melelapkan mata, akhirnya tertidur juga. Namun ketika ibu saya pulang, saya terjaga dan mata saya terus segar kerana teringat cerita si kakak tiri. Waktu terus berdetik (dapat dengar detak jam di dinding), namun saya masih sukar melelapkan mata semula. Ketika mata mula memberat, tiba-tiba terasa ada seseorang melabuhkan p******g dibelakang saya. Waktu itu saya baring mengiring ke arah ibu yang membelakangi saya. Saya cuba untuk berpaling namun dek kerana dihimpit oleh p******g seseorang itu, saya tidak mampu untuk berpaling.", "“Oi, boh nyakat aku. Sak nya ngaco kau balit” ( Oi, janganla usik aku. Nanti dia ganggu kau balik”), kata saya kepada si kakak tiri.", "Namun senyap tiada yang menjawab. Saya mengangkat sedikit kepala untuk menjenguk ke atas katil tempat tidur si kakak tiri. Apa yang mengejutkan, dia ada disitu dan sedang nyenyak tidur. Maka ‘berdenyut’ kencanglah jantung saya kembali. Saya tarik selimut dan berselubung. Ketika itu la saya dapat merasa tangan seseorang itu menurunkan sedikit selimut dikepala saya dan mula mengusap kepala saya, seperti seorang ibu yang membelai kepala anaknya ketika tidur.", "Peluh mula membasahi dahi. Dalam keadaan beperang dengan ketakutan, seseorang itu bersuara, “Jangan takut, aku penjagamu, tidur lah. Malam ini tiada yang akan mengganggu mu”, katanya dalam loghat orang indonesia. Dari suaranya saya tahu orangnya seorang tua, atau boleh saya katakan seorang nenek, mungkin benar ‘nenek kebayan’. Maka dalam hati saya berkata, benarlah kata si kakak tiri, memang ada nenek kebayan mendatangi saya setiap malam. Saya cuba tidak ambil peduli, untuk beberapa lama maka saya pun terlelap dalam keadaan bermandikan peluh.", "Pegi esoknya saya hanya berdiam diri dan tidak mahu bercerita kepada si kakak tiri walaupun dia asyik tanya, “Adanya ngagak kau malam tadik nak? (“Ada dia datang malam tadi kan?”). Saya tak mahu mengiyakan, takut setiap malam dia akan guna modal yang sama untuk mengusik saya.", "Namun, hari ini, saya terfikir juga, siapa orang itu? Benarkah dia nenek kebayan? Kalau penjaga, penjaga yang bagaimana? Takkan saka keturunan. Tapi kalau benar saka, pasti suami saya tahu sebab tak banyak, sikit dia tahu nak ‘scan’ orang yang ada saka atau pendamping.", "Oh ya, rupanya saya teringat kembali cerita ini selepas menonton filem KKN di Desa Penari. Kan ada babak penjaga Nur duduk disebelah sambil mengusap kepala Widya. Haaa begitula pengalaman yang saya sendiri alami. Kata orang Sarawak, NGUTIK HAIE!", "Sekian, terima kasih sudi baca.." ]
[ "berdenyut?, berdegup nak, hoho" ]
https://fiksyenshasha.com/mimpi-4/
Mimpi
[ "Satu mimpi yang berlarutan setelah kematian ayah dan ahli saudaranya yang lain.", "Mimpi. Ada yang boleh percaya ada yang tidak. Tapi mimpi apa yang boleh membuatkan budak perempuan yang berumur 10 tahun menanggung rasa sakit dan sering ketakutan setiap malam? Dan mimpi telah menjadi tanda tanya sehingga kini.", "Semua berlaku selepas kematian sang ayah pada tahun 2007. Menjelang malam pada hari kematian, tiba masa untuk ahli keluarga si m**i berehat dan menenangkan jiwa mereka. Si ibu yang lagi bersedih sepanjang hari terlihat lena di atas katil sendirian. Si anak sulung menyendiri di dalam bilik cuba untuk menerima takdir yang tertulis. Anak ke-2 cuba untuk menguatkan semangat untuk terus menjalani kehidupan dengan rasa rindu yang terpahat di hati. Si bongsu, cuba untuk mamahami situasi yang berlaku sepanjang hari itu. Pelik bagi ahli keluarga kerana tiada satu pun pertanyaan yang ditanya oleh si bongsu yang berumur 5 tahun. Kemana ayahnya pergi? Mengapa ayahnya ditutupi kain putih. Si bongsu tidak menghiraukannya dan bermain seperti biasa pada siang hari kematian.", "Anak ke-2 merupakan anak perempuan yang berumur 10 tahun. Pada malam itu sedang dia terlena tidur, satu mimpi menjelma. Si anak melihat dua orang lelaki berjubah hitam dan di tengah diantara lelaki berjubah hitam itu, terlihat seorang lelaki berpakaian putih datang ke arahnya. Semakin dekat semakin nampak wajah lelaki yang ditengah. Alangkah syahdunya, lelaki berjubah putih itu merupakan ayah yang telah meninggal pada siang hari tadi. Wajah ayahnya sangat menyenangkan dan tersenyum manis melihat anak perempuannya. Mimpi yang hanya diberikan pesanan, “abah pergi dulu, jaga mak dan keluarga” sambil tersenyum lebar. Hanya itu yang dipesan lalu mimpi itu hilang bagaikan kabus di pagi hari. Budak perempuan itu terjaga dari tidur dan menangis sendirian kerana merasa mimpi itu seolah nyata. Tapi ini hanyalah permulaan mimpi yang perlu ditanggung oleh anak itu.", "Anak ke-2 percaya kematian ayahnya bukanlah dari sakit semata. Kerana, ada rahsiah yang di simpan oleh ibu bapanya. Sehingga kini anak tersebut yang berumur 25 tahun masih tidak mengetahui isi rahsia itu.", "Sambung hari ke dua kematian ayahnya. Sekali lagi anak ke-2 mendapat mimpi. satu mimpi yang sangat tidak menyenangkan. Si anak bermimpi di dalam kediaman rumah mereka. Terlihat satu akuarium yang sederhana besar terletak di dapur. Si anak melihat di dalam akuarium terdapat sekumpulan ular hitam yang sedang berenang. Ada ular yang ganas, mengetuk-ngetuk akuarium tersebut. Ada ular yang diam memandang si anak, ada ular yang berenang seperti biasa dan ada ular berkelahi sesama sendiri lalu m**i. Namun kesemua ular itu hanya berada di dalam akuarium tersebut. Tetapi, bagi seorang budak yang berumur 10 tahun, apa yang boleh di rasa ketika itu? Selain rasa takut. Mimpi itu sekali lagi seolah sangat nyata dan menyebabkan anak itu tersedar dari tidur.", "Anak itu cuba untuk tutup rasa takut dan disimpan rahsia mimpinya itu. Cuba untuk memahami maksud mimpi tersebut tapi tidak boleh. Sehingga hari ke-4 kematian ayahya, mimpi yang sama berulang kembali. Tidak tahu dari mana datangnya kekuatan si anak untuk cuba memberi tahu ibunya. Namun ibunya gagal untuk memahami si anak. “jangan macam-macam lah kak, mimpi? semua orang boleh mimpi, jangan percaya! Jangan takut!” bukan cuba untuk tenangkan si anak malah makin ditinggikan suaranya. Mungkin si ibu masih lagi bersedih. Lalu, si anak itu membawa diri dan cuba bersendiri.", "Sang ayah berasal dari Muar, Johor dan tinggal di kawasan pendalam kampung. Kampung ayahnya merupakan yang terhujung di dalam lorong Hj.K****. Banyak cerita yang didengar oleh si anak selepas kematian ayahnya. Paling terkesan dia mendengar perbualan ibu dan pakciknya menyatakan ayahnya meninggal akibat santau. Sukar untuk percaya sebenarnya.", "Sambung…\nSelepas kejadian mimpi sekumpulan ular di dalam akauarium, Dalam beberapa hari si anak tidak bermimpi yang pelik. Tapi! Dia melihat benda yang pelik di alam nyata. Sedang si anak ke-2 mempersiapkan diri untuk ke sekolah, Dia ternampak satu lembaga hitam yang sedang melihatnya di tingkap dapur. Sungguh dia terkejut melihat lembaga tersebut sehingga tidak boleh berkata-kata malah bersuara juga tidak boleh. Lembaga hitam yang tiada mata melihat si anak lalu pergi dengan sepantas kilat. Apa sebenarnya tanda-tanda ini? Denga mimpi! Dengan lembaga hitamnya! Tidak tahu dari mana datangnya kekuatan si anak ini.", "Hari berlalu dengan sangat pantas. Si anak lega kerana tiada mimpi yang menghantuinya dalam beberapa minggu ini. Kelibat juga tidak terlihat. Nasib baik hanya sekali itu sahaja. Namun, tiada apa yang boleh menolak selain dari keizinan Allah S.W.T. Si anak mendapat lagi satu mimpi. Ular lagi! Kini bersaiz besar. Mimpi berada di dalam hutan, terdapat 2 ekor ular. Satu hitam manakala satu lagi berwarna kekuningan dan mempunyai sedikit warna putih di garisan atas badan ular tersebut. Dua ekor ular itu berkelahi kerana si hitam mahu menerkam sang anak tetapi dilindungi oleh ular kuning tersebut. Dua ekor ular besar berkelahi sehingga si hitam m**i bedarah. Sang anak tetap tenang di dalam alam mimpi itu. Ular kuning yang cedera akibat bergaduh melihat sang anak lalu pergi ke semak hutan. Dan! mimpi itu seperti biasa, hilang bagaikan kabus. Sang anak terjaga dan berpeluh, sepeluhnya. Dugaan dan petanda apa yang dia berikan kepada si anak ini sebanrnya? Sungguh kuat semangat si anak.", "Keesokan paginya. Keluarga si m**i mendapat berita bahawa ada ahli keluarga si m**i di Muar meninggal dunia. Almarhum merupakan ayah kepada si m**i (datuk kepada anak ke-2). Betul selepas 40 hari kematian ayah si anak, kini sang datuk dijemput ilahi. Apa yang berlaku sebenarnya? Apakah tanda dari mimpi-mimpi ini? Kematian sang datuk begitu mengejut. Namun, kematian arwah diklasifikasikan sebagai sakit tua.", "Di kampung muar, ada satu jiran berhadapan dengan rumah. Perkara yang dinyatakan ini tidak begitu sahih. Si penulis juga tidak ingin membuat andaian. Namun, keluarga si m**i di Muar percaya kematian yang berlaku disebabkan oleh jiran mereka. Hal ini kerana salah seorang pakcik di Muar merupakan orang perubatan islam dan mempunyai beberapa ilmu. Penulis, tidak begitu pasti bagaimana sang pakcik dapat informasi tersebut kerana penulis percaya ada ilmu dan perkara yang kita tak tahu tapi orang lain tahu.", "Sambung…\nMalam kematian sang datuk. Sedang ahli keluarga bersama dan berehat kerana penat dengan majlis tahlil dan kebumian. Dengan tiba-tiba lampu rumah terpadam sepenuhnya. Sungguh gelap waktu itu, hanya ditemani cahaya bulan dan lampu jalan sahaja tetapi malap. Kesemua yang di situ berasa sangat cemas dan ada yang menjerit ketakutan. Termasuk anak ke-2 ini. Menjerit kerana rasa takut, tetapi bukan takut akan lampu yang terpadam. Tetapi tekejut dengan lembaga hitam berambut panjang tiada badan hanya kepala sahaja bertebangan di ruang tamu. Kepala itu bertebangan hanya sekejap dan hilang keluar pergi ke arah rumah jiran. Namun, si anak tidak pasti samada betul ke rumah jiran atau ke semak menghala rumah jiran tersebut. Selepas itu, lampu kembali ada dengan sendiri tanpa sempat ahli keluarga cek litar utama rumah. Kejadian yang pelik dan seram. Akan tetapi, kejadian ini bukan sahaja sang anak seoarng yang nampak lembaga tersebut, malah si pakcik yang ‘berilmu’ itu turut melihat.", "Waktu dan tahun makin berlalu. Tanda dan sebab mimpi yang menghantui sang anak masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Tiada satu mimpi pun sang anak bercerita atau memberitahu sesiapa kecuali mimpi ular akuarium itu.", "Lima tahun berlalu..\nSelepas kematian sang datuk, kini sang pakcik pergi menghadap ilahi. Punca kematian, penulis tidak ingat. Tetapi pemergiannya sangat tidak di sangka. Lima tahun juga berlalu, sang makcik pergi menghadap ilahi akibat sakit. Lima tahun juga berlalu, anak kepada sepupu anak ke-2 meninggal dunia akibat jatuh tangga di rumah pengasuh. Kini.. si anak ke-2 takut dan cemas kerana sepanjang pemergian datuk dan ayahnya pada 15 tahun yang lepas pasti akan ada kematian sanak saudara sepanjang 5 tahun sekali. Kini pada tahun 2022 penulis tidak pasti siapa yang akan pergi menghadap ilahi.", "P/S:\nCerita ini bedasarkan pengalaman penulis. Tetapi ada juga yang dikarang bagi menyedapkan rasa. Penulis tidak boleh cerita sepenuhnya tentang perihal keluarga. Cukup mana yang ada di sini. Tentang mimpi, ia pergi begitu sahaja. Dalam proses sang anak ke-2 membesar ada juga mimpi yang dia hadapi tapi lebih baik diam dan berfikiran positif. Kematian lima tahun sekali itu semua sanak saudara dari Muar,Johor. Kita sebagai muslim perlu percaya bahawa jodoh, ajal dan cara kematian semua telah tertulis. Kita yang hidup terus kan bertaubat dan sujud kepada Ilahi. Sekian dari saya, Penulis." ]
[ "Assalamualaikum. Saya xpenah comment dkt FS ni tapi disini tergerak hati nak comment dkt cerita awak ni, gerakkan hati tu kuat. Saya harap awak cuba la ikhtiar carik perawat utk minta bantuan. Ni based on pengalaman saya jugak. Byk kali mimpi ular, bila saya selidik dan bertnya mimpi ular ni mimpi org cuba hantar sihir. Jangan biarkan bahaya, lagi bahaya klau ular tu dah patuk kita bermaksud sihir tu dah masuk dalam badan kita. Akhir zaman ni, sihir santau penyakit ain berleluasa, Nabi dah pesan hal akhir zaman ni ye dan mimpi akhir zaman adalah mimpi benar. Bersyukur Allah bantu kita dlm sesuatu hal yg kita tak sangka, boleh jadi Allah bantu kita dgn datangnya mimpi, jgn amik lewa, mungkin awak ni penyelamat ahli keluarga awak. Ikhtiar carik perawat islam utk bantu dan bykkan menuntut ilmu yg melibatkan hal2 ghaib. Tiktok skrg ramai ustaz2 / perawat islam yg share ilmu (nmpk tak berapa teruknya sihir/ilmu hitam ni berleluasa). Perbanyakkan ilmu2 pendinding diri. Semoga urusan awak dipermudahkan. BarakaAllah Fik" ]
https://fiksyenshasha.com/dia-sandar/
Dia Sandar.
[ "Salam Fiksyen Shasha dan para pembaca fiksyen shasha!", "Ini kisah benar yang berlaku..tidaklah seram tapi bagi saya kurang ajar.😂 Gara-gara peristiwa ini la saya kurangkan aktiviti memancing bersama suami.. selama 3 hingga 4 tahun saya dah jarang ikut suami pergi memancing.\nSuami kalau lepaskan gian dia akan pergi bersama kawan-kawan.. saya seumpama kena *Badi Mancing* 😂sebaik sahaja melalui pengalaman dan peristiwa memancing pada tahun 2008.", "Ok kisah dia begini..\nWaktu itu saya sedang mengandung 6 bulan anak yang kedua .., saya dan suami kalau mahu memancing memang suka pergi waktu malam.. sebab berangin dan taklah panas.. sebab tak ada matahari hehe.. (saya yang cerewet.. kalau suami dia okay aje) kita kalau mancing malam mesti lepas subuh baru pulang.", "Waktu itu, saya rasa macam mengidam nak memancing malam-malam sebab mak mertua dan mak saya sendiri awal-awal warning dekat saya jangan nak keluar malam2.. nak mancing sangat pergi pagi balik petang.!\nSebab pernahlah terjadi sesuatu waktu memancing ketika hamil anak pertama.. tapi tidak la seteruk waktu saya hamil yang kedua waktu itu. ..(Siapa lah nak layan mancing pagi petang panas terik dengan bawak perut kan.. tak larat wei!)", "Ok,\nKejadian ni berlaku saya masih ingat fresh eh dalam kepala otak saya ni , sebab pantat gatalkan tak boleh diam. 😂\nSaya dan suami pergi ke salah sebuah tempat yang tersembunyi, di mana jika mahu ke laut harus tempuh selekoh pokok -pokok yang tebal..dah lah\nsesak dan punya susah nak tempuh dengan batu bata & jalan-jalan yang tak lurus.", "Kebiasaannya saya dan suami kalau masuk ke sana kami masing-masing bawak motor sendiri tetapi waktu itu saya bonceng suami je sebab suami risau perut da besarkan.\nMalam itu, tempat itu memang tak ramai orang yang tahu.. segelintir sahaja yang tahu.", "Waktu itu hanya saya ,suami bersama abang sedara suami saya dan dua orang lagi kawan suami saya.. kesemuanya lelaki, hanya saya seorang perempuan. Kemudian datang tiga orang apek cina.. di sebelah hujung kanan saya untuk menjala ikan dan tangkap anak2 ketam.\nKita tiba di sana tepat jam 10:30malam..\nsiap pasang joran settle barang2 semuakan..\nmacam biasa saya dah taruk umpan terus mintak izin suami..”B, i campak dulu eh.. “", "Suami saya sedang busy bikin perambot jadi dia duduk atas tikar gulung bersama abg sedara dia dan kawan2 nya. Suami berikan saya headlights dan suro saya berhati2 jangan pergi dekat sangat tepi laut.", "Saya letakkan headlight atas kepala saya, saya ‘ON’ kan lampu.. saya suluh ke arah laut di hadapan saya..saya nak check lah ade batu ke.. pokok atas kepala dekat sangat ke tak.. sebab saya nak campak joran nak tarik joran tu.. sangat important dengan surroundings saya..salah satu sebab saya ni jenis tak penyabar.. 🤣 bila saya dah confirm line clear.. saya pon campak lah joran saya.. fuh malam tu shiok angin tak kuat.. udara segar.. rasa macam suasana tegang sangat tak macam selalu tempat saya pergi memancing ramai orang, angin kencang..", "Jadi malam itu saya rasa seronok excited.. sangat! takde lah risau kalau campak kena line orangkan.. 😷\nSaya sorang waktu itu yang da pacak joran.\nKemudian kawan suami saya pula mula campakkan jorannya. Tiba dia cakap dekat saya,”elle joran kau goyang.. tarik ah busy tu dia gigit2.. rentap ah”\nSaya yang baru nak berjalan ke arah suami nak ambil air.. kelam kabut saya lari angkat rod saya, saya rentap terus saya kayuh.. Naik kc.. seekor ikan kitang.. fuhh kitang ni isi dia sedap Kc. Fuh bangga saya Kc baru campak tak sampai 10 min Kc dah dapat rezeki. Saya pon dalam hati saya cakapla “rezeki bby ni..” sambil gosok2 perot saya Kc.", "Suami saya dan yang lain2 semua cakap la..\n“wah rezeki baby ni.. dia campak dulu dia dapat dulu..”\n“Opening ni macam yang best buat semangat ni..” kata abg sedara suami saya.\nDipendekkan cerita, selepas saya dapat ikan kitang tu.. 2 jam turut2 saya seorang sahaja yang dapat. Yang lain. Tak ade. Tak ade kc.. termasuk Suami saya sendiri!! Jangan kata gigit.. goyang satu pon takde..\nIkan saya dapat tak henti2 kc… tengok2 kat dalam cooler box da ade 18 ekor ikan Kc, dapat ikan kitang, ikan kerapu, ikan unga, ikan siakap.. ikan cermin.. ketam besar2 Kc saya dapat. . pergh mulut saya ni asyik bersyukur je takde ingat ape2 Kc, makin seronok saya sampai lupa yang saya ni lagi hamil.", "Apek cina di sebelah kanan saya pun tak dapat apa2.. Kc. Saya sedekahkan la brape ekor ikan dan ketam .. suka apek2 tu Kc.. tak henti2 ucap terima kasih kepada saya .\nDan Saya pula jangan kata la Kc, suami dan yang lain2 muka da macam ikan blukang asyik saya je yang dapat🤣..", "Sampai lah nak dekat 3 pagi.. saya masih bz eh turun naik joran ni.. tak reti penat.. sampai suami nak pegang rod saya nak cuba feel tarik ikan.. saya marah. Suami pon biarkanlah.. sebab saya bukan dapat pancing selalu pon nanti bila da sarat.. dah rezeki saya malam tu.", "Suami dan yang lain semer tukar2 spot Kc tapi tetap tak ada rezeki. Saya ni yang lagi seronok tak hirau da dorang bosan ke bingit ke🤣yang penting dalam hotak saya waktu itu nanti bila pulang ke rumah nak masak ikan tiga rasa..\nTiba2, suami saya teriak , pekik ke arah saya.. kuat. Abg sedara saya dan kawan2 nya juga turut teriak panggil saya", "“ eh b naik b naik “ suami saya teriak..\nkawan2 dia dan abg sdara saya “ eh elle naik oi naikkkk!!!!” banyak kali saya dengar tapi saya tak boleh nak toleh kebelakang sebab lagi khusyuk tarik ikan..\nMakin lama makin kuat suara suami saya.” B jangan b naik b…!”\nSaya pon toleh perlahan ke arah suami saya..", "“ape u?” kata saya sambil mengerut dahi saya. Heran semua teriak2 kat saya.. kalau bingit tak dapat ikan pon takpayah la lepaskan geram kan kat saya😂\nRupanya, bila saya pusing ke arah suami saya saya cakap “ape u!??”\nSuami tgk ke bawah..\nSaya pon lihat la bawah.. masyaallah air laut di paras perot saya da .. ya allah saya terus peluk suami.. hampir saya terlepas kan rod di tangan.. sebab bila saya peluk suami.. tangan kanan saya yang sedang memegang rod ni ada tarikkan henjutan yang kuat seakan mahu menarik saya masuk ke dalam laut .\nSuami terus peluk saya,tarik rod di tangan saya lalu\npimpin naik ke atas..", "Saya tiba2 jadi lemah..\nKawan2 suami saya suro saya duduk berehat.. semua rasa lain macam. Dari air muka dorang saya dah tahu dah dorang nak cakap ape.. tapi takla ditegur.. Jadi kami semua sepakat da .. 15 min kita gerak balik.. sebab saya pon da kelihatan pucat dan penat.. Saya rasa macam baru tersadar.. heran bila masa saya boleh masuk smpai ke dalam laut.. syukur la tak khayal sampai tido dalam laut. 😂\nSaya marah suami dan lain jugak.. “eh korang dari tadi takkan tak nampak aku jalan masuk laut??!”", "semua cakap dekat saya\npinggang pula sakit da.. saya pon suruh la yang lain2 kemas bungkus barang2 pancing cepat2 ,sebab saya da mula rasa tak sedap..", "Jadi , sewaktu mereka sedang kemas bungkus2 brg pancing.. saya ada di bahagian atas sedikit di mana saya duduk betol2 di bawah pohon rendah.. abg sdara suami saya temankan saya duduk di situ.. suami dan kawan2 nya dengan pantas kemas segala peralatan alat memancing.", "Sewaktu saya dan abg sedaranya (yayat). Si yayat ni katakan pada saya..”elle kau pakai earpiece dengar mp3 aku..( dulukan musim mp3..) aku ade download surah2 zikir2 .. kau play kau dengar kasi sedap tenang sikit rasa takut tu..” memang muka saya pucat dan kusut.. sambil terfikir2 macam mana bole masuk laut smpai paras perut😅", "Saya pun cakaplah.. “ok k.. thanks.” Saya ambil pouch bag dia.. keluarkan mp3.. cari zikir2 yang bile tenangkan hati.. waktu tu hati saya semakin laju tak tahula kenapa .. tapi tetap saya cucuk earpiece ke dalam telinga saya.\nYayat pun bangun dari tempat duduknya “elle aku hisap rokok jap.. kau duk diam2 situ.. aku diri tepi sini je..” sebab saya lagi hamil memang tak boleh kena asap rokok jadi dorang ni kalau hisap rokok pasti diri jauh sikit dari saya.. Saya pun katakan lah.. “okayyy..”", "Bila si yayat ni sedang hisap rokok .. saya nampak suami saya berjalan ke arah tempat saya duduk. Saya fikirkan dia nak letak barang2 pancing dalam bag di atas tikar saya duduk yang ada di belakang saya.. saya pun buat bodoh lah dengar surah2 zikir.. sambil saya melihat ke arah laut.\nTiba2 saya terasa sesuatu himpit bahu saya sebelah kanan.. saya tak lihat kebelakang, saya sibok godeh2 mp3.. dalam hati saya. Saya fikirkan suami.\nLama kelamaan makin berat pula saya rasa badan saya DISANDAR.Dengan pantas saya toleh ke belakang.. Tak ade orang. !", "Suami masih dihadapan sana sedang sibuk keluarkan mata kail dari tangsi joran. Saya hanya nampak yayat sedang hisap rokok yang hampir m**i. Saya pon panggil lah dia.. “yat ! cepat lah duduk sini!”\n“ye aku dah abis da ni”", "Bila yayat ni duduk sebelah saya dia tanya kenapa.\nSaya diam. Saya cakap takde pape.. cuma rasa lain aje. Yayat diam. Si yayat pon cakap la “jangan fikir ape2 dah nak balik da ni.. “\nTiba2.. kawan2 suami saya menjerit.. “eh panaskan motor yat! bawak elle diri tempat motor dulu..” Saya dan yayat terus bangun angkat barang2.. Tiba yayat tanya “ikan2 tu nak bawak balik ke tak?” saya terus cakap taknak .. tak tahula kenapa mood dah hilang. Nak kasi apek cina, diorang pun da lesap dah pulang mungkin. Suami pon berkata “eh taknak pulak ikan sedap2 ni.. rezeki ni.. da m**i da ikan b takkan nak buang..” saya jadi serba salah, terpaksa la ambil balik sedekah lah kat jiran2.. memang saya takkan masak dan makan tak tahu la kenapa.😅", "Mujur suami faham. Dia pon okay je lah..\nWaktu kita start kan motor nak beredar.. bunyi pipe motor kan bising.. saya dan suami di hadapan .. kawan2 suami di belakang kami.. dan yang paling akhir si yayat ni. Jalan keluar dari situ memang sempit. Tiba si yayat ni pekik dari belakang “ korang jalan terus jangan berhenti.. jumpe luar je nanti.”\nSuami dan kawan2 nya angkat tangan cakap ok ok!\nSemua da rasa lain macam.", "Lagi2 saya.. satu macam menggeletar badan saya kena embun pagi, tak boleh nak cakap da rasa dia macam mana. Tak tenteram.!\nSampai dekat luar.. si yayat ni agak berumur dari kami semua dan banyak pengalaman memancing.. sebab tu dia lah yang paling tenang. Dia pon cakapla.. “eh kita pergi kedai kopi minum air panas jap.. bini kau da sejuk tu.. kasi dia relek jap .” Saya pon kalau boleh taknak terus pulang ke rumah dengan keadaan macam ni.. takut mother in law bising..", "Akhirnya semua pergi ke al amin.. di woodlands. Sampai je al amin saya turun dari motor.. si yayat datang dekat dengan saya dan suami.. “ balik nanti terus masuk toilet cuci kaki amik wudhuk. Lagi2 kau elle kau tu badan dua.. lepas ni jangan pergi mancing lagi! faham. “ tegur si yayat ni.. cara dia tegur tu bukan marah tapi ade sesuatu yang dia tahu cuma dia taknak cakap dan saya pun kalau boleh taknak tahu. Dengan suami saya pun kena marah dengan si yayat ni.. “kau pun satu jangan manja kan bini layankan sangat mengidam pelik2.. mancing malam2.. nanti korang laki bini susa..” Suami saya diam aje.. tapi nanti balik saya lah kena marah.. sebab paksa suami😂", "Sampai kedai kopi.. salah satu kawan suami bersuara .. dia tanya suami saya.. “ eh tadi kita kemas tepi laut tu korang ade dengar tak kat atas pokok korang duduk tu ada orang panggil pssst pssstttt..?!” si yayat pon cakapla “ade… dengar..\ndia kacau2.. nasib elle tengah pakai earpiece.. sebab tu korang pekik2 suruh kita pergi tempat mtr kan.. “\nSuami saya pun cakap “tulah.. aku risau bini aku tengah ngandung jangan macam2 nak pergi tegur”\n“kau nampak apa2 ke yat??”tanya suami.\nSi yayat dengan steady je cakap .. “ besar gemok hitam belakang bini kau tengah diri.. tapi dia tak kacaula.. penunggu sana tu.. “\nSi yayat pun tanya saya .. “elle kau nampak?” Saya geleng kepala..\n“yang brutal dalam laut tu.. dah asyik dia dapat jee.. dia sengaja lah kacau..tadi kita nak gerak balik je dia dah tarik motor aku .. tu sebab aku pekik suruh korang jalan dulu.!” sambung dia lagi.", "Saya tak berani nak cakap apa2, untung sampai rumah .. sebelum masuk rumah je saya dan suami baca ayatul kursi .. beri salam lalu masuk tandas cuci kaki amik wudhuk.. 15 min nak subuh dah saya dan suami solat subuh sama2.. tidur lah sampai besok petang .. alhamdullilah tkde pape yang berlaku bila di rumah.. anak dalam kandungan pun okay izin Allah alhamdullilah Allah lindung anak dalam kandungan saya…", "Sekarang dah besar da 12 tahun da anak saya. Tapi lepas saya bangun petang tu, fuh demam saya 39c tapi untuk dua hari je.. baru lah saya ceritakan pada suami dan yang lain apa yang saya rasa malam tu waktu memancing.. dan.. paling best. Suami cakap.", "“Bila u dalam laut tu.. i nak datang dekat dengan u kaki i macam ada orang tahan dalam laut.. sebab tu i pekik kuat2 suro u naik.. sambil pekik tu i istighfar.. u pusing je baru kaki i ringan sikit nak datang dekat u.. Bila u jalan dengan yayat pergi tempat motor.. pokok yang u duduk bawah dia tu.. ada rambut hitam tunduk kasi jato rambut dia.. tu sebab kita semua kelam kabut.. kan i diam je bila start motor.. i baca2 dalam hati i.. takut u apape.. “ Wow kurang ajar kan ni hantu.. 😂😂 alhamdullilah lah saya takde pape.. Kawan2 suami pun banyak kena kacau sebab tu dorang tukar2 spot. Untung lah kita ni semer jenis tak celupar.. niat nak mancing happy2 balik.. Terakhir skali yayat cuma cakap “ yang sandar tu si hitam.. dari tepi aku hisap rokok tu aku dah nampak!” fuhh sampai sekarang..Saya pangkah tu tempat.!" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/bangunan-lama/
Bangunan Lama
[ "Suasana senyap sunyi masa aku balik kerja. Tah ke mana pulak pergi si Linda ni. Panggil-panggil tak menyahut.", "Lampu menyala satu rumah, aircond terpasang, tv terbukak, tapi orang tak ada. Ni kalau melambung bil api, aku lah nak kena setel ni.", "“Mana pulak pergi minah ni? Dah la tv terpasang..didi and friends plak tu, macam tak de cerita lain nak layan” bebel aku sorang-sorang seraya menutup tv.", "Aku gerak ke dapur nak letak makanan, bilik tengah aku jenguk, bilik belakang, bilik stor, dan toilet belakang. Tak nampak pulak batang hidung mancung dak Lin ni.", "“Jangan-jangan tido kat bilik aku ni”", "Perlahan aku buka pintu bilik skodeng. Aikk yilekk. Toilet dalam bilik terbuka, jadi dia tak ada jugak la dalam tu.", "Tergaru-garu kepala jap mikir.", "“Ahh, biar lah, pandai-pandai lah dia nak hidup”", "Aku ke dapur sekejap meneguk air, lepas tu kembali ke bilik semula untuk mandi. Kemudian solat isyak.", "“Assalamualaikum warohmatullah” aku menoleh ke kanan memberi salam.", "“Assalamualaikum warooh…Allahuakbar !!! Ya Allah!! Astaghafirullah…”", "Belum sempat aku habiskan salam sewaktu menoleh ke kiri, terkejut beruk aku.", "Boleh si Linda tu duduk berteleku tersengih-sengih.", "“Ya ampunnn…nak tersabut jantung aku, eiii budak ni, ko dah kenapa siti nur linda?”", "Linda ketawa terbahak-bahak, kecik besor je aku tengok, aje geram benoo.", "“Hahaha, penakut” Linda buat muka mengejek.", "Aku mengacu penumbuk sebagai tanda geram lalu bangun keluar dari bilik menuju ke dapur.", "“Ko ke mana Lin?? Aku balik tadi, dengan air cond terpasang, tv tak tutup..” bebel aku seraya membuka makanan yang aku tapau masa balik tadi.", "“Ermm..aku bosan, aku keluar la jap tadi hehe sorry..”", "Aku geleng-geleng kepala, “ko nak makan tak? Ni ada nasi goreng”", "“Tak nak la..eh tadi aku lepak dengan sorang pak guard ni, dia cerita pasal pengalaman hari pertama dia kerja” ujar Linda teruja.", "“Pak guard mana pulak ni??” Soal aku seraya menyuap makanan ke mulut.", "“Pak guard bangunan belakang sana tuu..”", "Berkerut dahi aku jap mikir, “Ooo belakang sana tu, bapak seram, jarang orang lalu tuu”", "Linda menganggukan kepala “Haa tu laa..seram sana, bersepah hantu, dia kata siap ada yang m**i bangunan tu”", "“Wow, boleh buat cerita ni” aku pulak naik teruja.", "“Ok, pak guard ni nama dia Malik…..”", "‘BANGUNAN LAMA’", "Malik sampai tepat pada masa yang di janjikan. Pagi tadi waktu tengah bersarapan, Malik terlihat iklan jawatan kosong pada surat khabar yang membaluti nasi lemak yang dimakannya.", "Memandangkan Malik sedang mencari kerja, usai sarapan, Malik terus membuat panggilan mendail nombor yang tertera.", "Jam 8 malam, Malik dah terpacak di pondok pengawal sebuah bangunan.", "Bangunan ini dalam keadaan elok, terjaga. Malah bersih dari semak samun, tak seperti bangunan-bangunan tinggal yang lain. Sekali pandang nampak semuanya okey, tetapi Malik merasa tak sedap hati.", "Sedang leka Malik melayan perasaan, hadir seorang lelaki. Dari gaya pemakaian, dapat Malik simpulkan yang lelaki ini rakan rekerjanya.", "Telahannya tepat, dia memperkenalkan dirinya Sudin. Encik Saedon supervisornya telah memaklumkan kepada Sudin akan kehadiran Malik selaku pengawal baru.", "Sudin membawa Malik meronda kawasan, menunjukkan checkpoint-checkpoint yang harus dilawati.", "Sudin sempat berpesan, kawasan ini keras, jangan meronda seorang diri jika belum arif. Jangan peduli atau mengikuti jika ternampak sesuatu.", "Selesai melawat kawasan, mereka kembali ke pondok pengawal. Sudin membuka radio bagi menghilangkan bosan.", "“Kau kerja mana sebelum ni Malik?” Soal Sudin seraya duduk menyalakan api rokok.", "“Aku kerja kelindan lori sebelum ni, tak tahan dah, penat sangat ke sana sini, aku berenti, dekat 3 bulan jugak melilau cari kerja” jelas Malik mengibas-ngibas badan yang terasa bahang.", "“Kipas ni, kadang hidup, kadang rosak, tapi malam nanti sejuk, embun malam..” Sudin mengetuk-ngetuk kipas yang tak berfungsi.", "“…habis, anak bini kau makan apa kau tak kerja tu” Sudin sambung menyoal.", "“Aku bujang lapok..tak de sapa nak hehe” jawab Malik tersengih.", "“Haha, alah ada tu nanti yang nak..” balas Sudin ringkas.", "“Ermm bangunan ni nampak terjaga, tapi kenapa tak ada orang guna?” Soal Malik sambil melihat telefon.", "“Sini line internet teruk, pisang sikit laa..” ujar Sudin memberi reaksi saat melihat Malik mengeluh apabila line telefonnya perlahan.", "“…bangunan ni company kita yang punya, lepas dorang pindah bangunan baru kat sana, dorang nak sewakan bangunan ni, tapi tak ada yang nak sewa. Ada la pernah orang datang tinjau-tinjau, nak buka spa la, pusat karoke la, pusat urut…aii macam-macam lah, tapi senyap je sampai sudah..”", "Panjang lebar Sudin bercerita. Malik mengangguk kepala.", "“…mungkin sebab kawasan tak strategik, belakang sangat..orang tak lalu” tambah Sudin memberi pendapat.", "Malik diam seketika.", "“Kau kata tempat ni keras, pernah jumpa ke?”", "“Uish, usah cakap, hari-hari..” Sudin bersungguh menjawab. Malik menelan air liur.", "“Tapi tadi kita ronda nampak macam ok je, cuma ada la rasa takut, yelah gelap kan, satu lampu pun tak ada” ujar Malik.", "“Ishh..belum lagi..tadi baru pukul berapa, pukul 12 atau pukul 2,3 pagi karang haa..”", "Sudin mengusik sambil membuat aksi. Malik sekadar tertawa. Baginya dia hanya mencari rezeki, alah bisa tegal biasa la bak kata orang.", "“Aku, hari pertama kerja pun dah kena, dah jumpa. Masa tu aku dengan pekerja senior dulu buat rondaan jam 3 pagi…” Sudin mula bercerita. Malik tekun mendengar sambil menyedut keretek.", "“…aku dengan bang Mat masa tu, kami bersama buat rondaan dari satu checkpoint ke satu check point. Masa naik tingkat 3, aku dah rasa lain..” teratur Sudin bercerita.", "“…masa sampai dekat atas tu, checkpoint ke 6, bang Mat masuk satu bilik tu, aku tunggu je dekat luar, sambil suluh sana sini, konon meninjau la, padahal dah cuak hahaha”", "Sudin dan Mail tertawa, kemudian Sudin menyambung.", "“…lepas tu, macam lama sangat bang Mat dalam bilik tu, aku panggil la dia, eh sekali diam tak menyahut..ah sudah, tiba-tiba aku dengar suara kucing mengiau, aku toleh belakang. Tak ada pulak, tapi datang bau pulak bau wangi…aku dah syak dah, ada yang tak kena ni..” fokus Malik mendengar cerita Sudin.", "“..perlahan aku masuk bilik tu, bilik tu kecik je, tak ada tingkap, sekali tengok-tengok, bilik tu kosong!! Aku dah menggeletar masa tu, aku keluar semula dari bilik tu, diam-diam aku jalan ke tangga..pehh!! Elok kau kak fonti terapung dekat situu depan tangga…”", "Malik menelan air liur.", "“…aku dah rasa nak terkencing masa tu, depan tangga tu kan ada satu bilik kan, masa tu perlahan-lahan pintu depan tangga tu terbukak…keluar benda berbungkus mengesot ke arah aku, tak tunggu dah, aku tak peduli la kak fonti depan tangga tu, aku menggelupur lari turun ke pondok ni” Sudin menggelengkan kepala saat teringkat kisah itu.", "Malik berpeluh dahi mendengarnya.", "“Bila sampai je kat sini, bang Mat tanya aku pergi mana, dia sedar-sedar aku dah tak ada belakang dia..aku terkelu tak bercakap, hilang semangat. Lepas bang Mat bagi aku minum air, baru la aku rasa lega.. rupanya aku dah tersilap ikut, ye la kawasan gelap, masa tengah menoleh sana sini menyuluh, bang Mat dah ke arah lain, aku pulak terikut benda lain..”", "Malik menggosok tengkok nye, terasa keseraman mendengar cerita Sudin.", "“Tapi lama-lama kau biasa la nanti..” pesan Sudin ringkas.", "“Ermm betul tu, hantu ni boleh takutkan kita je, menjelma macam tu, bukan boleh buat apa-apa pun, jadi aku tak lah takut sangat, demi sesuap nasi hahaha” Malik berkata yakin.", "Sudin memberi isyarat untuk bergerak, sedar tak sedar, asyik berbual, sudah tiba masa membuat rondaan pertama.", "Malik mengikut rapat, jam di tangan di lihat, hampir 1 pagi. Suasana amat gelap di dalam bangunan ini. Cahaya lampu suluh sahaja yang wujud.", "Mereka tak banyak bercakap, berhati-hati berjalan di dalam gelap. Selesai meronda kawasan lobi hingga ke belakang, mereka naik ke tingkat dua.", "Malik mula terasa seram, namun dikuatkan semangat. Sudin yang sudah biasa, sekadar bernyanyi-nyanyi kecil menghiburkan hati.", "Ku pintaa..supaya kamu, gembiraa..selalu…", "Malik sekadar menyuluh lampu kiri dan kanan. Terdetik juga di hati, agak ‘familiar’ lagu Sudin nyanyi.", "Tiba-tiba telefon Malik berdering. Pantas Malik mengangkat dek kerana bunyinya yang bising.", "“Hello Malik, Saedon ni, eh kamu ada mana? sorry sangat-sangat, saya tak dapat datang malam ni, ada urusan penting, mujur saya teringat pasal kamu, lama kamu tunggu?” tutur encik Saedon di talian.", "“Ohh tak apa boss, ok je, Sudin dah bagi tau semua, ni saya tengah meronda ni dengan dia, cuma tu lah, uniform yang ada dekat pondok tu, saya tak muat, kecik sikit” ujar Malik ramah.", "“Sudin?? Kamu dekat dalam bangunan tu ke sekarang??” Soal encik Saedon terkejut.", "“Ya la boss, Sudin ke checkpoint 4” jawab Malik polos.", "“Kamu buat apa sorang-sorang situ? Baik kamu keluar sekarang, Sudin mana ada, dia dah meninggal bulan lepas lagi, kamu ni ganti tempat dia laa”", "Hampir terlepas telefon di tangan. Malik berdiri kejung. Jantungnya berdegup laju, peluh mula mengalir.", "Samar-samar dia dapat melihat Sudin berjalan ke arahnya dengan senyuman, sambil menyambung lagu yang dinyanyikan tadi..", "dengar lah lagu..", "nyanyianku hanya untuk mu…", "ku pintaaa, supaya kamu…", "Serentak itu Sudin berubah rupa sangat hodoh, matanya merah, taringnya tajam, Malik terasa ada sesuatu seakan rambut dibelakangnya.", "Saat Malik berpaling, kak fonti menyeringai riang. Malik melompat ke tangga, dan turun dengan laju.", "Berkali-kali Malik turun tangga, tapi aneh masih belum sampai ke lobi, walhal bangunan ini 4 tingkat sahaja.", "Malik terduduk keletihan, tercungap-cungap mencari nafas. Dalam samar cahaya lampu suluh, Malik perasan seakan benda bergerak. Dan ia ternyata benar, apabila di suluh, ada lembaga merangkak dengan air liur meleleh dan gigi tajam.", "Malik bangun dan berlari menuruni tangga semula, kerana terlalu tergesa-gesa, kaki nya tersilap langkah, Malik jatuh tergolek ke bawah lalu pengsan.", "Sayup-sayup dia terdengar Sudin berkata.", "“Kan aku dah pesan, jangan peduli dan ikut kalau ternampak sesuatu hihi”", "Terpisat-pisat Malik membuka mata, hari dah pun siang bila dia terjaga.", "“Apa hal kamu tidur dekat lobi ni?”", "Seorang lelaki berpakaian pengawal mengejutkannya.", "“Ehmm, encik ni siapa?” Soal Malik keliru.", "“Saya Mail, pengawal di sini, kamu ni siapa, apa buat dekat sini?”", "Malik menceritakan apa yang berlaku malam tadi. Mail menggelengkan kepala.", "“Kamu dah terkena ni, mana ada pengawal nama Sudin, encik Saedon pun tak wujud, boss saya cina, saya sorang saja pengawal dekat sini, dari dulu lagi…” perlahan Mail berkata.", "“…lagipun, bangunan ni saya jaga siang je, malam memang biar macam tu je”", "Mulut Malik ternganga…", "“Habiss” Linda mengakhiri ceritanya.", "Aku termenung jap, ada rasa seram cerita ni tapi macam ada yang kurang.", "“Kenapa ko termenung?” Linda menyoal aku.", "“Tah, macam tak sampai cerita tu, ke aku yang tak faham tak tau laa…” aku memberi pendapat sambil membawa pinggan ke singki.", "“Yang aku pelik, Malik ni nampak pulak kau ye?” Soal aku hairan.", "“Memang laa, sebab Malik tu pun hantu…Malik la yang m**i dalam bangunan tu..”", "“..lepas Mail jumpa Malik di lobi, Mail naik meronda tingkat-tingkat atas, dan Mail jumpa mayat Malik dekat situ, dekat tingkat dua..baru dia sedar yang Mail jumpa di lobi tadi bukan orang….”", "Jatuh rahang aku, mulut ternganga.", "“Jap, kiranya Malik m**i sebab dia cakap besar ke?” Soal aku menelan air liur, Linda membuat memek muka tanda mengiyakan." ]
[ "Aduh..makna nya si linda nie pun jumpa dan lepak dengan hantu lerrrrrr.. Pengsan aku!!! Seram cerita nie..", "Rase si linda nie bukan org jugak.. sbb ayat malik nampak pulak kau ye. Pastu linda ckp mmg laa sbb malik tu pun hantu..", "Perghhh plot twist dy mantopp matt", "aku rase aku lagi seram dengan linda berbanding malik.betol ke yang bercerita tu linda." ]
https://fiksyenshasha.com/mak-redha/
MAK REDHA
[ "Amira seorang gadis lulusan sebuah kolej swasta di ibu kota. Kini bekerja di sebuah syarikat penerbitan buku. Dan hari ini pula adalah hari terakhir dia bekerja di syarikat itu.", "Keputusan telah diambil. Dia akan pulang ke kampung untuk menemani ibunya yang sedang sakit.", "Rumah baru ibunya adalah rumah teres kos rendah. Rumah kampung telah dijual bersama sebidang tanah kerana kos merawat sakitnya memerlukan duit yang banyak.", "“Mak jaga diri ya? Esok Amira sampai akan terus ke rumah baru mak.”", "“Ya, mak. Amira balik dengan Ameer. Gilir-gilir drive. Mak rehatlah dulu,”", "Seusai meletakan gagang telefon di pejabat, Amira terus bersiap untuk balik. Di dalam otak fikirannya cuma terbayangkan mak di kampung.", "Dipendekan cerita, saat yang dinantikan oleh Amira telah tiba. Kereta dipandu oleh Ameer bakal suaminya. Perjalanan yang bakal memakan masa lebih 3 jam, mereka berpakat untuk bergilir-gilir memandu.", "“You, i nak singgah toilet boleh?”", "Ameer mengangguk. Lalu memandu memasuki R & R. Amira pun melangkah keluar dari perut kereta.", "Di luar cuaca mulai terasa dingin. Awan mendung mulai menutupi cahaya yang terang. Dalam hati Ameer risau jika hujan turun sebelum mereka sampai ke kampung Amira.", "15 minit kemudian.", "Amira memasuki kereta dengan terkocoh-kocoh. Wajahnya sedikit pucat. Handphone yang terselit di tepi lubang aircond dicapainya lalu dimatikan sambil memalingkan mukanya keluar.", "“You ni kenapa? Nampak hantu ke?” soal Ameer.", "Amira cuma membalas soalan itu dengan elengan kepala.", "“I rasa hujan nak turun ni. You restlah. Biar i drive sampai rumah mak you,”", "Amira mengangguk lembut. Memang sejak dulu Amira tak akan drive ketika hujan. Matanya tidak fokus. Ameer tahu kelemahan bakal isterinya.", "Baru 10 minit kereta mereka membelah lebuhraya, hujan pun turun dengan lebat. Ameer memandu perlahan dan hati-hati. Manakala Amira melentokkan kepalanya sambil memejamkan mata.", "Handphone Ameer berdering. Amira membuka matanya lalu mencapai handphone Ameer di dalam dashboard. Dia merenung seketika nama di atas skrin.", "Mata bundarnya mengerling seketika seketika wajah Ameer. Suasana hening seketika.", "“Siapa? Kenapa tak jawab?”", "“Entah. Terputus sendiri,”", "Jawaban Amira ringkas. Ameer tidak mencurigai apa-apa. Pemanduannya sedikit terganggu kerana dirasakan kereta itu seperti terhuyung hayang gagal dikawal dengan baik.", "“Kenapa kereta you ni? Bukan dah servis ke?” Ameer menoleh seketika ke wajah kekasih hatinya.", "“Entahlah. I dah servis,”", "Keadaan hujan yang makin lebat dan menghalang penglihatan Ameer, lalu Ameer mengambil keputusan untuk berhenti di R & R yang terdekat.", "“Mana handphone i?” aju Ameer.", "“Hati-hatilah drive,”", "Handphone Ameer dipegang kemas. Masih lagi memandang ke luar. Tidak lama kemudian mereka sampai di sebuah R & R. Lega rasanya di hati Ameer kerana risau perkara yang tidak baik akan berlaku.", "“I pergi toilet,”", "Belum sempat Ameer bersuara, Amira telah melangkah laju keluar dari perut kereta. Hujan lebat tetap diredahnya tanpa memalingkan muka ke arah Ameer.", "Sambil mencari siaran di radio, Ameer terpandang handphone dia dan Amira tersorok di bawah kotak tisu di tempat duduk Amira.", "Baru dia terfikir untuk memeriksa siapakah yang buat panggilan tadi. Ameer mula mengamati satu persatu. Rupa-rupanya handphone Ameer telah ditutup data.", "Setelah dibuka, banyak panggilan masuk dari nombor yang tidak dikenali. Semuanya bermula dengan 07 di hadapan.", "Mak Amira? Nombor telefon rumah mak Amira mungkin…. Atau pun nombor public phone? Hatinya mula meneka. Ibu jari Ameer laju menekan nombor tersebut.", "“Helo, Ameer. You dah sampai mana? Kenapa you tinggalkan i?” suara Amira meraung di hujung talian.", "“I tinggalkan you? Mana ada? You….you kan ikut sama lepas pergi toilet,”", "Pucat wajah Ameer waktu itu.", "“I belum naik you dah gerak! Sekarang i dah dekat dengan bandar. Sebelah hospital,”", "“Allahuakhbar. You naik apa cepat sangat you sampai?” seperti mimpi mendengar kata-kata Amira yang bersilih ganti dengan tangisan.", "“I tumpang abang polis tadi. You cepatlah datang, i sejuk ni!”", "Ahh! Siapa yang naik tadi? Kulit muka Ameer mula ketat. D***h menyirap hingga ke telinga. Amira yang bersikap aneh tadi bukan Amira???", "Bingung seketika.", "Tidak menunggu lama. Ameer menekan pedal minyak lalu menyusur keluar dari R & R tersebut. Dia bimbang jika ‘Amira’ tadi masuk ke kereta dan……", "“Gila lah! Aku bawa hantu rupanya!”", "Hujan mulai reda. Namun tidak meredakan hati Ameer langsung. Debaran yang tak pernah dirasai sebelum ini mengganggu fokusnya.", "Sejam kemudian Ameer semakin memghampiri destinasi. Dan perjalanan di atas lebuhraya bakal tamat. Hatinya sedikit lega.", "Tidak disangka perjalanan hampir dua jam tadi dia ditemani makhluk menyerupai Amira. Berkali-kali dia menepuk dahinya.", "Baru dia teringat handphone Amira. Perlahan-lahan dia menekan butang untuk menghidupkan handphone itu.", "Setelah dihidupkan beberapa saat, panggilan terus masuk. Ameer memandang ke arah tol. Syukur rasanya sebab dia telah melepasi lebuhraya. Sebentar lagi dia akan tiba di pusat bandar.", "Amira menunggu dia di sebelah hospital. Katanya di situ ada foodcourt.", "“Siapa pula call ni?”", "Nada dering lagu LET IT GO memecah kesunyian. Sekaligus menambah denaran di dada Ameer.", "Nombor peribadi? Ameer buntu.", "“You!! Mana you ni?”", "“Sabarlah sayang. I nak dah sampai depan hospital. Cari foodcourt.”", "“What? I tunggu you lama ni. Dekat R & R XXXX. Nasib baik ada kakak cleaner ni temankan i,”", "Ameer terpempan. Pandangan matanya kosong. Bulu tengkuknya berdiri tak semena-mena.", "Kereta semakin menghampiri foodcourt yang ‘Amira’ maksudkan. Ameer menggosok mukanya. Bingung bercampur takut.", "Bingung dengan apa yang dia dengar. Takut dengan apa yang telah dilaluinya. Bertambah takut pula untuk menunggu apakah yang akan berlaku.", "Bola matanya mula meliar mencari kelibat Amira.", "Mana yang betul?", "Yang membuat panggilan mengatakan dia berada di foodcourt sebelah hospital atau yang kini ditemani cleaner di R & R pertama?", "Kakinya mula menggigil setelah gagal melawan perasaan takutnya.", "Bam!! Bunyi pintu kereta bahagian belakang dihempas.", "Ameer menoleh ke belakang. Amira duduk dengan wajahnya menahan marah. Laju dia mengurut dada.", "Nasib baiklah dia tidak patah balik menjemput ‘Amira’ di R & R pertama mereka singgah.", "“Maaflah. Esok i belikan you Mc Flurry Oreo, ok?” cuba memujuk kekasih hati.", "“Ok,” ringkas jawabannya dengan nada merajuk.", "“Sepasang kekasih ditemui m**i di tempat berasing. Ahmad Ameer bin Latif, 27 tahun ditemui m**i di tempat kejadian setelah keretanya dirempuh sebuah ambulans berhampiran hospital.", "Manakala Nur Amira binti Kasim, 24 tahun ditemui m**i di dalam tandas awam di R & R XXXX. Mayatnya dijumpai seorang pembersih tandas di dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah kubikel……..”", "Mak Amira mengulangi video di laman web beberapa kali. Masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak dan bakal menantunya telah pergi buat selamanya.", "Sebelum menerima berita kematian Amira dan Ameer dari pihak polis, mak Amira telah dikunjungi mereka berdua.", "“Mak, Amira datang dengan Ameer. Kami nak mak sihat. Maafkan kami tak dapat jaga mak selalu,”", "“Mak faham kamu berdua bekerja. Jangan risaukan mak. Adik kamu Munirah dengan Hashim boleh jaga mak. Jangan risau, nak.”", "“Malam ni Amira nak tidur dengan mak. Lepas ni tak dapat jaga mak lagi. Maafkan anak mak.”", "Airmata Amira tidak lagi tertahan. Tubuh si ibu dipeluk dengan kejap. Tidak sanggup melepaskan kehangatan pelukan itu.", "Sedarlah kini, rupa-rupanya Amira dan Ameer telah tiada di dunia ini. Masih hangat pelukan anak yang dirinduinya selama mereka berpisah.", "“Mak redha. Mak ikhlaskan kamu pergi, nak.”", "Sekian. Sebuah cerita seram berairmata dari Cik Panda" ]
[ "Adakah amira m**i d*****h", "Cerita rekaan tapi x faham cerita, apa punca jadi macam ni, siapa yg b***h, mana satu amira yg betul. Next buat cerita nama xpayah dekat2 sama, confuse pembaca nak bezakan watak" ]
https://fiksyenshasha.com/pesugihan-hijau/
PESUGIHAN HIJAU
[ "“Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri Pak Samad tu , asyik ke pekan , pergi bank, duitnya berkepuk2, entah apa perjanjian dia buat dengan setan sampai kaya macam itu “- kata Usin Sepet .", "Warung Haji Sukri Komando yang kebiasaannya tenang di waktu pagi itu agak meriah pula. Seorang demi seorang bercerita tentang keanehan yang mereka lihat pada kehidupan Pak Samad. Pak Samad tu bekas cikgu, suka menyendiri , tak suka bercampur dengan orang tetapi ramai orang hairan dengan kekayaan dan kesenangan yang dimilikinya.", "Dia yang hidup berseorangan selepas kematian isterinya (tiada anak), sering dilihat membawa beberapa kotak putih ke dalam rumahnya. Kereta baru hampir setiap 3 bulan bertukar, semakin mewah orang tua ini. Orang kampung jadi hairan dan pelik.", "Mulalah pecah kisah Pak Samad melakukan pesugihan (bersekutu dengan Syaitan demi mendapatkan kekayaan). “Tidak elok kamu semua berprasangka buruk begitu , dia itu orangnya memanglah jenis pendiam, tapi aku rasa tidaklah sampai nak memuja-muja syaitan”- Imam Tua Ali menenangkan penduduk.", "“Aku tak percaya la Imam, baru ni aku dengar dia ada membeli tanah di hujung kampung sana tu, hah, nak buat apa tu? Nak memuja disitu lah tu? Lagi pula, tanah tu mahal Imam tau tak, mana dia dapat duit banyak begitu, duit pencen banyak sangat ke?” -laju Usin Sepet berhujah tanpa ada pertimbangan.", "Haji Sukri Komando yang selama ini hanya mendengar perbincangan penduduk kampung tiba-tiba bersuara. ” Aku ada cadangan Imam, tapi tak tahulah korang semua setuju atau tidak. Malam ini kita ramai2 pergi ke rumah dia, kita ramai2 tanya dia atau kalau boeh kita masuk dalam rumah dia. Biasanya orang2 yang memuja ni akan ada bilik khas untuk melakukan kerja terkutuk itu.", "Aku pun sebenarnya ada terdengar malam2 ada bunyi pelik dalam bilik kat rumah dia, kebetulan bilik itu dekat dengan jalan aku nak balik malam2.”- cadang Haji Sukri Komando. Usin Sepet mengangguk laju dan merenung Imam Tua Ali, merenung orang tua itu seakan memberi isyarat supaya orang tua itu mengetuai cadangan itu.", "“Baiklah, nanti malam lepas solat Isyak siapa2 yang berani ikut aku , yang penakut lebih baik jangan, ini kerja orang2 yang cukup ilmu di dada sahaja”- kata Imam Tua Ali.", "Lepas solat Zohor, Imam Tua Ali memanjangkan zikirnya dan lama dia berwirid dengan amalan2 penentang ilmu hitam yang telah lama dikuasainya. Hatinya berdebar2 seolah-olah malam nanti pasti akan berlaku satu peristiwa yang tidak baik.", "Dia memujuk hatinya sambil menajamkan lagi wirid amalannya. Selepas mengimamkan solat Isya, bebrapa anak muda dan orang tua dilihat mula memenuhi perkarangan masjid di kampung itu. Usin Sepet datang dengan membawa sebatang kayu beluti. “Kamu bawa kayu tu nak pukul si Samad tu ke? Tak usahlah biar aku yang menentangnya nanti. Makhluk2 halus ini perlukan ilmu dan pengalaman yang tinggi untuk menanganinya.” -tegur Imam Tua Ali. ”", "Saya bawa untuk persediaan je Imam,”-jawab Usin Sepet. Mereka pun bergerak ke rumah Pak Samad selepas Imam Tua Ali selesai membaca doa khas penghalau hantu syaitan. Sesampainya di rumah Pak Samad , Usin Sepet meluru ke hadapan tapi dihalang Haji Sukri Komando. Imam Tua Ali memulakan langkah;", "“Assalamualaikum..o Pak Samad, ni aku ni Imam Tua Ali”", "“Waalaikumussalam…oo Imam , ada apa yang Imam datang bawa ramai2 orang ni, ada kematian ke? ” -ujar Pak Samad dalam keadaan terkejut.", "“Memang ada yang akan m**i malam ini, ..kau lah pemuja syaitan iblis!” – jerit Usin Sepet.", "” Diamlah Usin! Biar aku sendiri yang berurusan dengan Samad, orang lain jangan masuk campur”.-tegas Imam Tua Ali.", "“Ada apa sebenarnya ni Imam? Hantu Setan apa bagai..”- tanya Pak Samad. “Kamu jawab soalan aku betul2 Samad, betul ke kamu ni membuat pesugihan berjanji dengan syaitan sampai kamu jadi kaya raya. Sedangkan kamu cikgu pencen aje.", "Lagi satu, kamu mesti ada bilik khas untuk membuat pemujaan kan? Ni, Haji Sukri Komando pun datang malam ni. Dia beritahu ada dengar bunyi2 pelik dalam bilik di rumah kamu. Kamu jangan buat perkara terkutuk macam ini Samad, aku tak akan izinkan ianya berlaku dalam kariah aku, aku akan lawan setan2 kamu tu dengan ilmu hikmah yang aku ada ni. Yang batil tidak akan menang Samad! “- tegas Imam Tua Ali dengan berani dan bersemangat. Usin Sepet sudah bersedia dengan kayu belutinya.", "Pak Samad yang sebelumnya mendengar dengan tekun kemudiannya tiba2 ketawa dengan kuat sambil memegang perut. Semua yang hadir hairan melihat Pak Samad. Imam Tua Ali sudah mula terkumat-kamit membaca wirid2nya.", "“Kahkahkahkah…..apa punya kampung la pemikiran korang semua nih, sebab tu saya malas nak bercampur dengan korang semua ni. Imam dengar ye saya punya penerangan dulu.", "Saya ni dah pencen, bosan2 saya buatlah bisnes online menjual sayur2 hidroponik kt pekan2 luar tu. Permintaannya banyak Imam sebab tu la pendapatan pun lumayan. Marilah masuk rumah saya ni tengok banyak kotak2 putih set hidroponik tu saya beli kat shopee”- Pak Samad memegang tangan Imam Tua Ali masuk ke biliknya.", "Kelihatan set hidroponik dalam bilangan yang agak banyak , dan di sudut bilik itu terdapat sebuah pam air yang berbunyi agak kuat . “Mana Haji Sukri Komando? Saya nak tunjukkan bunyi pam, pam ni memang kuat bunyi dia, kalau daripada luar memang pelik bunyinya. Saya cadang nak tukar yang baru, lebih senyap. “- terang Pak Samad.", "Imam Tua Ali hanya mengangguk dan tersenyum kelat sambil membayangkan keadaan Usin Sepet yang bakal masuk ICU setelah dipukul olehnya dengan kayu beluti nanti. Haji Usin Komando dengan pantas membuat pengumuman yang esok hari, sarapan adalah percuma di warungnya. Pak Samad dijemput hadir." ]
[ "siot. terkeno den", "ini cerita lucu tak seram. kah kah kah", "Klau sy la ..nk amik lbih ckit tkot bros.jd amik 100 je..pstu hari2 pi amik jd xjimat jgk la.haha.tu dlu la crta sy" ]
https://fiksyenshasha.com/kolam-renang-hotel/
KOLAM RENANG HOTEL
[ "Sudah dua minggu, kami hantar proposal kepada pihak pengurusan Hotel XXXXX untuk tender projek operasi dan selenggara kolam renang di situ. Dan hari ini aku menerima panggilan telefon daripada pihak mereka menyatakan bahawa kami dipilih tapi dengan syarat yang yang ketat tapi aku anggap sebagai cabaran; iaitu kolam mesti dapat beroperasi sepanjang masa (tidak kotor dan terpaksa ditutup seperti berlaku kepada pihak kontraktor sebelumnya).", "Aku sahut cabaran itu, memandangkan bayarannya lumayan, aku bersetuju dan memulakan tugasan. Syarikat kecilku hanyalah ada aku, dan dua orang adik lelakiku iaitu Aman dan Aziz. Dalam kami bertiga, akulah yang paling sulung dan ada pengalaman bekerja dalam bidang operasi dan selenggara kolam renang. Perkhidmatan kami termasuk cucian, top up klorin, dan termasuk membetulkan paip2 atau pam yang rosak. Selebihnya, pihak hotel mempunyai staf mereka sendiri yang kami panggil sebagai team engineering. Hotel ini sebenarnya menyimpan cerita seram yang mereka tidak ceritakan kepada aku dan adik2 ku sehinggalah dua peristiwa yang berlaku kepada kami.", "Peristiwa 1-", "Kejadian ini berlaku pada waktu malam setelah beberapa minggu kami memulakan tugasan tanpa masalah. Tugas kami malam itu, selepas operasi kolam dihentikan (pengunjung tidak dibenarkan mandi lagi dalam waktu 10:00 malam), ialah membersihkan kolam. Keadaan kolam yang tak berapa kotor , memudahkan tugasan kami pada malam itu. Aku dan Aman adikku, turun ke bahagian tangga bawah kolam itu (kami tidak nampak bahagian kolam yang lain pada kedudukan ini), tiba2 kami dikejutkan dengan bunyi seperti seseorang melakukan terjunan ke dalam kolam tersebut.", "“Kau dengar tak Man? Ada lagi orang mandi malam2 begini, penat kita bersihkan”", "“Ye bang, dengar, tapi kawasan dah gelap pun berani ye berenang malam2 ”", "“Jom kita tengok, nak juga tengok siapa yang degil ni”- ajak aku kepada Aman.", "Dalam masa kami bersiap nak naik keatas itu (kolam di bahagian atas sedikit), kami masih mendengar bunyi air berkocak (macam kibasan air yang biasa dilakukan orang masa berenang), dan dalam masa tak sampai 1 minit kami sampai ke situ, kami lihat kolam itu tenang dan tiada orang langsung. Air kolam pun tak beralun. Aku pandang Aman , dan ajak dia beredar ke ruangan lobi untuk berehat. Kami masing2 melayan perasaan sendiri malam itu, tiada siapa tahu, siapa yang berenang, CCTV pun tak nampak sosok apa2 disitu.", "Peristiwa 2:", "Ini yang aku rasa memang agak hebat gangguannya. Malam itu aku kena ambil satu bahan pencuci kolam iaitu Soda Ash yang diletakkan di bilik pam di basement. Aku mengajak seorang security guard ni untuk follow aku ke bawah, tapi dia buat alasan yang aku rasa macam dia ni takut sesuatu kat basement tu. Aku pun buat kepala sendiri turun ke basement seorang diri, masa itu Aziz adik aku nombor 2, lambat sampai sebab anak dia tak sihat. Basement tu memang agak gelap , ada dua lampu je dipasang. Aku malas nak fikir panjang terus menuju ke bilik pam. Dalam bilik pam , aku perasan ada bau yang sangat busuk, macam bau bangkai. Sedang aku nk tutup hidung tu, aku terdengar bunyi seakan orang menangis, mendayu2 suara dia, macam sedih sangat. Macam orang baru putus cinta…hehe.", "“Siapa tu?” aku bertanya soalan bodoh , aku masih ada tanggapan positif yang tengah menangis itu ialah orang/manusia. Senyap, sunyi. Tangisan tu berhenti. Aku pun berjalan nak mengambil guni soda ash yang diletakkan sebelah cabinet electrical. Cabinet tu agak besar dan ada ruang kat belakang dia. Di sinilah aku perasan di belakng guni soda ash aku tu, ada satu lembaga memakai baju hitam , rambut panjang dan matanya merah sebesar telur ayam , memandang aku sambil, sambung menangis.", "Aku yang sudah tentu terkejut, bertakbir – Allahuakbar! Dengan sisa semangat yang ada aku terus melaungkan azan (aku tak tau dapat dari mana semangat ni, mungkin doa isteri dan anak2 aku supaya aku dilindungi semasa mencari nafkah). Azan tak habis pun, lembaga itu hilang beserta dengan bau busuk yang mula berkurangan. Aku pun mengambil guni soda ash dan berlari meninggalkan basement, aku seakan merasakan dia masih disitu.", "Sampai di pondok security, aku ditegur dengan nada sindiran -” Hi bro, basah nampak, kena kejar hantu ke?” – Aku hanya senyum dan enggan bercerita kepada mereka dan juga adik2 ku kerana takut mengganggu kerja mereka. Sebelum kami berhenti kerja disitu kerana pertuakran pengurusan, kami mendapat cerita bahawa di basement tu, ada kak pon, pocong dan hantu budak kecik. Aku baru dapat jumpa seekor je dah pecah peluh. Kalau jumpa serentak semua mungkin aku dah pengsan tertiarap kat basement tu. Hal ini diketahui oleh semua kakitangan di hotel ini, sebab itu basement memang sunyi dan mereka seboleh2nya tak akan turun ke sini melainkan terpaksa.", "Hantar kisah anda : fiksyensahsha.com/submit" ]
[ "best", "Ok terus kan berkarya terbaik 🥰🥰🥰😘" ]
https://fiksyenshasha.com/akibat-suka-menyuluh/
Akibat suka menyuluh
[ "Assalam semua..", "Kali ni lea nk share pengalaman seram waktu wild camping disebuah air sungai di perak. Kisah bukan terjadi pada lea tpi pada seorang peserta yg lea namakan man sahaja..", "Campsite ni sebenarnya ada dua tempat.. satu untuk camping biasa yg ada kemudahan surau, tandas sinki plugpoint … dan satu lagi untuk wild camping dimana terpaksa masuk kedalam hutan sedikit berdekatan air terjun. Nama campsite lea rahsia kan yer untuk elakkan fitnah atau ketakutan.. hehehe… Sebab kami agak wild sikit jadi kami memilih untuk wild dan tidur dalam hammock untuk lelaki dan khemah untuk perempuan.", "Man ini seorang pencamping tegar dan dia ada byk gajet untuk camping kayangan mcm powerbank yg beribu harganya, koleksi pisau dan koleksi lampu yg lumen dia tinggi dan harga beratus2. Byk juga la barang2 peralatan khemah kami menggunakan barang2nya. Bezanya man ini kurang digemari sbb bermulut celupar, sedikit sombong dan angkuh serta bercakap besar.", "Kami sampai di campsite kira kira jam 4 petang, sampai saja di campsite yg lelaki mula memasang flysheet dan mencari kayu api. Hammock dan khemah dihimpun bawah 2 flysheet yg dipasang untuk tujuan keselamatan dari binatang buas dan lain lain serta untuk berteduh dari hujan dan panas.", "Mulanya abang Amir ketua expedisi mempelawa man untuk memasang khemah di bwah flysheet tpi man dengan sedikit angkuh menolak dengan alasan khemahnya mahal dan waterfroof lalu dia memacak khemahnya agak jauh dri kami dan betul2 tepi sungai.", "Abg Amir dan kak ros yg juga ketua expedisi malas nk bercakap byk hanya mendiamkan diri dengan telatah man dan meneruskan aktiviti. Bila khemah dan hammock siap terpasang kami mandi sungai beramai ramai. Lps itu geng perempuan ramai ramai memasak untuk makan malam dan bbq. Sebelum makan kami sama2 berjemaah maghrib.", "Selepas mkn malam, kami duduk berhimpun depan unggun api dan berborak. Pepaham la dengan keadaan hutan yg serba gelap kami lebih selasa duduk berdekatan kecuali man.", "Dia dengan lampu lampu lumen kuasa tingginya mula menyuluh yuluh sungai dan bahagian atas pokok2. Ada masanya dia menyuluh muka kami yg sedang duduk di bwah flysheet. Tindakan man menimbulkan rasa kurang senang org lain. Hingga la kak huda, peserta agak senior memberi amaran “ko suluhla pokok malam2 tgh hutan kang ada muka pucat mata merah jubah putih tersengih kt ko baru padan muka” amaran kak huda tpi dipandang remeh oleh man dia ketawa besar mendengarnya sebelum berkata dengan nada sombong “mana mana? Keluarla kalau berani biar aku suluh sampai buta matanya”", "Malas nk melayan telatah man, selesai solat isyak bergilir2, yg lelaki memanjat hammock dan perempuan masuk dlm khemah untuk tidur cuma tinggal abg Amir dan abg khairi berjaga untuk berkawal walaupun campsite tersebut ada penjaga yg meronda dengan 4 by 4. Mereka berdua pun tak ambil kesah pasal man yg rancak menyuluh atas atas pucuk pokok. Oh ya abg amir ada kelebihan hijab terbuka dan dia boleh nampak makhluk halus.", "Masing masing sudah terlena dibuai mimpi sbb letih trekking dan berjalan mengangkut barang tadi. Abg khairi berkawal dibawah flysheet sambil minum kopi manakala abg amir duduk berhampiran denai dimana man sedang menyuluh sana sini. Sedang meninjau2 dk gelap tiba tiba terdengar bunyi ranting patah seperti dipijak seseorang. Abg amir cuba menyuluh tpi dek lampu murah dia yg kuasa rendah dia hanya mampu npk kelibat lelaki berbaju tshirt dan seluar track sedang jalan terhenjut henjut menundukkan kepalanya menuju ke campsite mereka. Abg amir menyangka kan camptaker yg meronda walaupun agak pelik kenapa berjalan kaki merendah jalan yg gelap sunyi tengah hutan berseorangan tanpa 4×4. Jadi dia tak ambil pusing sgt walaupun tiba tiba bulu tengkuk dia agak meremang.", "Namun tidak man, dia juga ternampak kelibat yg sama lalu dia pn apa lagi menyuluhla… Disebabkan lampu mahal kan mestilah terang mcm lampu lori. Tiba tiba lampu terpadam dan dengar man lari susup sasap masukke ke khemahnya. Abg amir dan abg khairi turut mendengar bunyi tapak kaki man tpi mereka malas nk bertanya.", "Sudah hampir jam 3 pagi. Abg khairi sudah tersengguk sengguk menahan kantuk sedangkan abg amir masih steady mengopi. Tiba tiba dia terdengar sayup sayup org menangis berhampiran sungai. Makin lama makin dekat tpi dia tak nampak apa apa.. agak seram dia membaca ayat suci dan duduk berdekatan abg khairi yg sudah berdengkur.", "Agak lama suasana tenang dengan bunyi cengkerik dan deruan air terjun. Tiba tiba terdengar bunyi jeritan melengking dari tepi khemah membuatkan semua terjaga dan bingkas bangun. Rupa rupa kak anis yg bangun untuk kencing dan minum terkejutkan man yg sedang mengcangkung ditepi khemah sambil menangis tersedu sedu.", "Abg amir segera membawa man ke bawah flysheet dan memujuknya untuk bertenang dan minum air. Bila agak tenang, man mula bercerita sambil teresak esak menangis dan merayu untuk tidur dibawah flysheet. Abg Amir menyuruh man tidur didalam hammocknya dan terus mengawal sbb sudah hampir subuh.", "Selesai solat subuh dan matahari sudah naik baru abg amir buka cerita. Rupanya lembaga yg disuluh oleh man yg jalan terjengket jengket dan jalan menunduk tidak bermuka. Hanya ada mulut yg luas sedang tersenyum mengerigai dengan gigi gigi yg tajam. Sbb tu man lari mencanak masuk khemah sbb takut tpi tak cukup dengan itu sepanjang malam man tak boleh tidur sbb lembaga tu duduk disebelahnya sambil mengerigai tunjuk gigi tajam. Dek takut yg teramat man mula menangis dan akhirnya lari duduk ditepi khemah kak anis. Man juga bercerita ketika dia bercangkung ditepi khemah dia npk lembaga tersebut tetap tersengih padanya dibawah flysheet. Bila abg amir dtg kepadanya baru lembaga tersebut terbang ke puncak pokok.", "Masing2 mengucap panjang mendengarnya walaupun agak lucu. Dek kes man perancangan untuk camping 3 hari 2 mlm terbantut dan terus kami balik tghari tu juga dan dgr cerita man demam panas seminggu. Harap peristiwa ini jadi pengajaran untuk dia. Hahaha" ]
[ "padan muka si man", "Spe yg nak camping kat kampung aku boleh la ade air terjun InshaAllah tak seram tpi hutan semula jadi" ]
https://fiksyenshasha.com/pusaka-warisan-episod-2/
Pusaka Warisan episod 2
[ "20 tahun lalu…", "Ray telah ditembak bertalu-talu oleh ejen-ejen perisik itu, akibat tak dapat menahan tembakan itu Ray rebah tidak bernyawa. Aiza hanya mampu melihat dari jauh,dia tak mampu untuk menolong abang nya itu.", "Pelan-pelan Aiza menyusup keluar dari celah-celah belukar lari dari tempat itu untuk menyelamatkan diri. Aiza berlari selaju mungkin dengan airmata jatuh deras mengalir dari mata nya.", "Dia tak sangka mereka sanggup mengkhianati Aiza dan yang lebih sedih, Aiza tak sangka mereka semua sanggup mengkhianati abangnya Ray. Ray banyak berkorban untuk mereka. Ray dan Aiza adalah sepasang adik beradik serigala jadian. Mereka normal pada siang hari dan mereka akan berubah apabila waktu malam sahaja.", "Bagi Aiza, memang melampau untuk penduduk setempat untuk bertindak demikian kerana dia dan abangnya sudah menjaga kampung itu lebih dari nyawanya sendiri.", "Beberapa purnama telah berganti, kini Aiza kembali untuk menuntut bela atas kematian abangnya Ray, setelah dia mempelajari dan meningkatkan tahap ilmunya. Dia tanpa belas kasihan m******h kesemua orang yang ada di kampung itu.", "Tidak cukup sampai disitu, Aiza mengumpul semua mayat-mayat orang kampung di tempat abangnya d*****h lalu di bakar kesemua mayat tersebut.", "Setelah semuanya selesai, Aiza mendirikan sebuah rumah agam yang sangat besar di atas tempat kejadian itu dan dia sendiri yang duduk didalam rumah itu. Setidaknya saat dia bertukar menjadi serigala dia tidak lagi perlu berlari ke hutan,cukup harus sembunyi di salah satu bilik rumahnya saja .", "Hari demi hari telah berlalu, manusia pun dah semakin ramai berhijrah kesitu. Ramai orang tertarik dengan kampung itu sebab hanya seorang wanita cantik sahaja yang menjadi penduduk kampung itu.", "Sejak dari itu kawasan yang dulunya sebuah kampung telah bertukar menjadi bandar. Segalanya berubah kecuali rumah agam itu. Tak ada sesiapa yang akan merobohkan rumah agam itu kerana semua orang menghormati bahawa Aiza ada penduduk asal disitu.", "Aiza mula rasa bosan duduk berseorangan dalam rumah agam besar itu, pada waktu pagi dia akan keluar berjalan-jalan di pekan. Semakin ramai penduduk dan mereka sangat menghormati akan dirinya.", "Sangat aman suasana pekan itu cuma sesekali pada waktu malam mereka akan mendengar suara serigala menyalak, pada awalnya mereka juga ketakutan tetapi bila kelamaan mereka semua tidak mengalami apa-apa malapetaka dan sekarang walaupun dengar suara itu pada waktu malam,mereka sudah biasa untuk tidak mengendahkannya.", "Pada suatu hari, sedang asyik Aiza berjalan-jalan dipasar pagi,dia disapa oleh seorang penjual bunga “hai awak, ambillah bunga ni,hadiah untuk awak yang sungguh menawan”. Pipi Aiza kemerahan mengambil bunga dari jejaka tampan itu. Aiza cuma membalas dengan senyuman manisnya.", "Mula dari itu, Aiza selalu dapat sejambak bunga bila dia melintasi gerai penjual bunga itu setiap pagi. Lama kelamaan Aiza memberanikan diri untuk menegur jejaka tampan itu.", "“Awak tak rasa rugi ke setiap hari bagi bunga pada saya? Bukan sekuntum tapi sejambak pulak tu.”", "Lelaki itu menjawab “Untuk wanita menawan dan yang paling penting untuk wanita yang lebih cantik daripada bunga-bunga ni apa salahnya “.", "“Saya Mikael, cik siapa nama?” Tanya lelaki tampan itu.", "Ringkas jawapan Aiza sambil tersenyum dan berlalu sopan melintasi gerai itu. Mikael cuma pandang ke arah Aiza yang tertunduk malu sambil tersenyum manis itu. Sungguh mencairkan hatinya.", "“Sopan sungguh perilakunya” detik hati Mikael.", "“Apa yang kau termenung tu Mikael?” Tanya ibu Mikael yang bernama saodah.", "“Tak ada apalah mak” balas Mikael sambil senyum. Dah macam kera sumbang lagaknya.", "Hari demi hari berlalu, Aiza dan Mikael semakin rapat. Sesekali Mikael akan menemani Aiza berjalan dalam pasar pagi itu. Mikael masih tak berani untuk mengajak Aiza berbual lama, cuma sekadar menjadi teman berjalan sahaja.Tengah hari tu, Aiza mengajak Mikael untuk menemaninya ke taman pada waktu petang. Mikael terus setuju tanpa berfikir panjang. Aiza cuma tersenyum melihat gelagat Mikael yang lucu ketika itu.", "Petang itu untuk pertama kalinya Mikael keluar berdua-duaan ke taman bunga seperti sepasang kekasih. Berbunga-bunga hati mikael.", "Sampai saja di taman itu, Aiza yang sudah sampai terlebih dahulu melambaikan tangan kepada Mikael. Pada awalnya mereka tak banyak cakap, masing-masing gemuruh mungkin. Auza juga pertama kali menghadapi situasi sebegitu.", "Aiza mula memecahkan kesunyian suasana dengan soalan “nak diam je ke wahai abang tampana sebelah saya ni”", "Merah padam muka Mikael menahan malu dan kekok dalam situasi itu. Tergelak Aiza memandang Mikael. Melihat Aiza tergelak Mikael juga turut tergelak sama.", "“Err maaf ye cik, saya tak biasa berada dalam situasi macam ni”. Jujur Mikael luahkan isi hatinya", "“Ini juga kali pertama bagi saya, tak payah cik cik dengan saya. Panggil sahaja Aiza, kita kan dah kenal dan semakin rapat” jawab Aiza meredakan rasa kekok mereka berdua.", "Banyak perkara dibualkan oleh mereka, sehingga hal-hal bunga pun diceritakan oleh Mikael kepada Aiza. Aiza sangat senang dengan Mikael. Nampaknya Aiza sudah mula jatuh hati.", "Tak sedar akan masa telah menjelang gelap, Aiza tak senang duduk,jam ditangan delikerling menunjukkan waktu jam 6.55 malam, sekejap lagi Aiza akan berubah menjadi seekor serigala jadian.", "Nampak cemas dimuka Aiza, segera dia berdiri dan berkata “maafkan saya, saya kena pergi. Jumpa disini esok jam 4petang ya.” Selepas Aiza mengucapkan kata-kata itu, Aiza berpaling dan terus berlari keluar dari kawan itu. Terpinga-pinga Mikael dibuatnya.", "Mikael menyangka dia ada tersalah cakap dengan Aiza sehingga Aiza berlari sebegitu. Nak dikejar sudah jauh Aiza berlari. “Sungguh cepat wanita cantik itu lari” gumam Mikael sendirian.", "Mikael balik dalam keadaan hampa yang jelas kelihatan di wajahnya.", "Penulis : Syamsyidee" ]
[ "sambungan dio manoooooo T.T" ]
https://fiksyenshasha.com/pusaka-warisan-episod-1/
Pusaka Warisan episod 1
[ "Sejak dulu Amir memang tidak rapat dengan abangnya Amin, masa zaman kanak-kanak mereka selalu bertengkar dan selalu dinasihati oleh Ahmadi,bapa mereka. Mereka cuma dua beradik sahaja,itulah yang merisaukan Ahmadi kerana memikirkan apa akan terjadi kepada anak-anaknya itu bila dia tak ada nanti. Ibu mereka telah menghilangkan diri entah kemana.", "Selepas Maria melahirkan Amir, Maria terus menghilangkan diri. Masa tu kelam kabut Ahmadi uruskan keluarga kecilnya. Dengan nak uruskan anak-anak tambah dengan isteri hilang entah kemana sekali dengan urusan kerja lagi. Sungguh hebat ujian Ahmadi.", "Masa Amir berusia dua tahun, Ahmadi kehilangan kerja akibat kerap mengambil cuti kerana selalu menghantar Amir ke hospital untuk mendapatkan rawatan semput. Selang beberapa bulan mereka dihalau dari rumah sewa kerana tak bayar sewa beberapa bulan. Ahmadi cuba merayu dengan tuan rumah tapi tidak dipedulikan. Sudahlah dibuang kerja malah dihalau pula dari rumah sewanya.", "Dengan anak-anak yang masih kecil Ahmadi terpaksa juga keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menjadi gelandangan di bandar besar itu. Sejak dari itu mereka hidup hanya di kaki lima kota raya tu.", "Ahmadi berusaha untuk mendapatkan pekerjaan tapi siapalah yang nak ambil gelandangan yg mempunyai dua orang anak kecil? Hal ini berlarutan selama kira-kira dua bulan,ketika Ahmadi berjalan seorang diri pada waktu malam untuk mendapatkan makanan untuk Amin dan Amir, dia disapa dengan seorang wanita cantik berusia dalam lingkungan awal 30an.", "Wanita itu kelihatan bersih dan kemas penampilannya, ” nak kemana tu?” Tanya wanita tu. “Cari makanan puan, untuk anak-anak.” Ringkas Ahmadi menjawab.", "“Bawalah makanan ini kepada mereka, sesudah itu kamu datanglah ke alamat ini” kata wanita itu sambil menghulurkan sesuatu kepada Ahmadi.", "Teragak-agak Ahmadi mengambilnya, Ahmadi pelik kenapa wanita itu baik terhadapnya. Belum pernah lagi Ahmadi berjumpa dengan orang yang baik begitu, selalunya Ahmadi akan menerima jutaan makian dan hinaan orang sekeliling, yang menyangka dia penagih dadah pun ramai jumlahnya.", "Sesudah dia mengambil bungkusan, wanita itu berjalan sambil menguntumkan senyuman yang manis kepada Ahmadi, Ahmadi balik ke bawah jambatan besar ditengah-tengah kota raya itu dan makan bersama anak-anaknya.", "Sesudah makan Ahmadi membelek-belek kertas yang tertera alamat wanita tadi, hatinya bergelodak mahu pergi atau tidak. Dia buntu, hampir 15 minit juga dia termenung memandang kertas itu, setelah ditepuk di bahu oleh Amin barulah dia tersedar.", "Mahu tak mahu Ahmadi bersama anak-anaknya melangkah juga ke alamat yang diberikan, walaupun hatinya bergedup kencang, Ahmadi nekad untuk pergi kesana mengharapkan sesuatu akan mengubah nasib mereka sekeluarga.", "Terbuntang luas mata Ahmadi apabila sampai di tempat yang ditulis atas kertas tersebut. Sebuah rumah agam yang sangat luas,besar dan cantik dihadapan mereka. Dengan rekabentuk klasik, Ahmadi dan anak-anaknya masuk ke pekarangan rumah itu.", "Ahmadi tercium bau-bauan haruman bunga secara tak langsung menaikkan bulu tengkuknya. Amin memberi salam apabila sampai sahaja di pintu rumah. “Asalamualaikum….”", "Kuarrgghhh…. Suara pintu terbuka, berbunyi kuat macam dah lama tak buka pintu utama rumah agam itu. “Masuklah, jangan takut wahai saudara” bergema satu suara memecahkan kesunyian suasana ketika itu.", "Amir melangkah masuk tanpa mempedulikan abang dan ayahnya, Ahmadi tak sempat menarik tangannya, Amir masuk dan terus menuju ke arah suara yang didengarinya. Wanita cantik itu muncul dari tangga atas,dan turun menuju ke arah mereka, Amir berpaling ke arah wanita itu dan terus berlari mendakapnya seolah anak memeluk erat ibunya.", "Mereka masih lagi dalam keadaan terkejut, wanita itu memperkenalkan namanya sebagai Mawar, “sudah,jangan kamu takut-takut lagi. Bawa anak-anak kamu masuk kemana-mana bilik yang kamu suka. Berehat dan uruskan diri kamu dulu. Esok pagi kita bersarapan bersama tepat pada pukul 7 pagi,jangan lewat.", "Malam itu Ahmadi tak dapat tidur lena kerana fikirannya melayang akan peristiwa yang mereka alami hari ni. Otaknya masih belum mampu memproses adakah dia berada di alam realiti atau hanya sekadar mainan emosi.", "Anak-anaknya telah lama tidur beralaskan tilam empuk dan selesa itu. Memang macam mimipi, semalam tidur beralaskan simen dan persekitaran yang berbau busuk tapi sekarang cukup mewah. Tak pernah terlintas dia akan dapat layanan seperti ini.", "Tak lama tu Ahmadi mula mengantuk,baru saja nak lelapkan mata Ahmadi terdengar dentuman kuat dari salah satu bilik dalam rumah agam itu. Tindakan spontan Ahmadi berlari keluar mencari arah bunyi itu, dikhuatiri perkara buruk terjadi pada wanita itu.", "Setibanya Ahmadi di muka pintu paling hujung rumah itu,dia terdengar satu suara ngauman yang kuat dari dalam bilik itu. Tanpa berfikir panjang Ahmadi menendang pintu bilik tersebut sehingga pecah dan bergegas masuk.", "Terkejut Ahmadi melihat wanita itu hampir diterkam satu makhluk bengis dan dahsyat rupanya, kepala seperti serigala, badan seperti manusia tapi sangat besar. Makhluk itu dibelit dengan rantai besi, bila wanita itu nampak Ahmadi memecahkan pintu bilik, dia berlari keluar sambil memimpin tangan Ahmadi. Mereka masuk kedalam bilik Ahmadi dan masing-masing diam tak terkata. Anak-anaknya tak sedar,dan mereka duduk bersandar dibalik pintu.", "“Puan ni siapa dan apa benda makhluk tadi?” Tanya Ahmadi kepada wanita itu. Wanita itu menjawab “panggil saja Mawar dan benda tu sejujurnya …dah lama makhluk tu berada dalam bilik tu”" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/suara-dalam-telefon/
Suara Dalam Telefon
[ "Salam buat para pembaca FS. Seronok juga membaca kisah2 seram dan aneh yang dikongsi oleh kawan2 di ruangan ini. Aku mohon izin berkongsi juga kisah yang aku tak pasti seram atau tak, tapi bagi aku yang pada masa itu berumur 13 tahun, sudah cukup meremangkan bulu romaku.", "Kisah ini terjadi semasa aku bersekolah di sebuah sekolah asrama penuh di sebuah daerah yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Pada masa itu aku masih di tingkatan 1, dalam mood yang masih merindui mak ayah di kampung halaman, aku dan telefon awam (telefon yang pakai kad prabayar) memang tak boleh dipisahkan. Asal ada peluang, aku pasti akan ke telefon awam itu untuk menelefon mak ayah aku di kampung, kadang2 meminta mereka mengambilku jika aku dapat cuti balik kampung, meminta wang belanja atau paling kurang sekadar bertanya keadaan mereka (anak manja =P).", "Ada satu peristiwa kelakar menurutku, yang membawa kepada terjadi kisah seram ini. Semua pelajar tingkatan 1 dikehendaki memiliki sebuah kalkulator saintifik yang akan digunakan dalam pelajaran matematik. Aku terkeut melihat kalkulator saintifik yang dimilki oleh kawan2ku, kerana bentuknya sangat modern sedangkan di tanganku adalah kalkulator yang biasa orang guna untuk kira2 bil (macam orang buat kira2 di kedai makan- alah yang biasa tu). Aku dah gelabah, membuat keputusan untuk menelefon mak ayahku untuk mebelikan kalukator saintifik yang betul untukku.", "Petang itu, telefon awam dipenuhi oleh budak2 aspuri (pelajar perempuan), memang sold out, aku tak sempat nak guna daripada pagi sampai ke malam. Datanglah idea gila aku, untuk menggunakan telefon itu pada waktu tengah malam , kerana pada fikiranku tentulah tiada pelajar lain yang menggunakannya.", "Aku dan dua orang teman sebilikku dah berpakat untuk pergi bersama malam itu. Aku namakan teman2ku sebagai Asraf dan Fibo. Dalam pukul 4 pagi , di asrama , aku dah bersiap dengan teman2ku untuk pergi kesana (telefon itu terletak di kawasan sekolah). Fibo beritahu yang dia sakit perut, dan menyuruh aku dan Asraf pergi dahulu tidak perlu menunggunya. Aku mengiakan saja, lalu kami berdua pun pergi.", "Sampai disana, kawasan sekitar sangat sunyi dan gelap, hanya ada dua lampu yang menyala, tanpa membuang masa aku mendail nombor rumahku. Senyap, aku tidak mendengar apa2 pun daripada gagang telefon, sepertinya telefon itu rosak. Aku mencuba berkali2 namun tiada bunyi yang keluar. Aku dah mula rasa kecewa, sambil terbayang muka budak2 aspuri, mungkin mereka punya angkara – fikirku. Aku meletakkan semula gagang telefon, sambil mengajak Asraf pulang semula ke asrama, memandangkan telefon itu sudah rosak.", "Setelah aku melangkah beberapa tapak, gagang telefon yang telah aku letakkan itu, tiba2 terdengar suara seakan perempuan yang kedegaran suaranya seperti marah2 (sepertinya memaki). Aku memandang Asraf, dia kemudiannya membuat isyarat kepadaku agar segera beredar daripada situ. Daripada berjalan perlahan , kami berdua memecut laju balik ke asrama. Di pertengahan jalan, kami berjumpa Fibo yang terkejut melihat kami berlari dengan muka pucat. Setelah kami menceritakan kepada Fibo , kami bertiga membuat keputusan balik semula ke asrama.", "Hebohlah pagi itu, kisah kami diganggu hantu public phone, aku yakin aku tak bermimpi sebab aku boleh dengar dengan jelas suara itu . Ada yang mengatakan kemungkinan operator telefon\nyang memarahi kami, tapi teori itu sangat tak logik akal sebab aku dah letakkan gagang itu, sepatutnya tiada lagi sambungan ke mana2 panggilan. Kisah itu kekal jadi misteri kepada kami dan juga pengajaran kepadaku.", "Mr A" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/budak-misteri/
Budak Misteri
[ "Ini kisah Zubair.", "Dia seorang penjual beger di malam hari, pekerjaan ini lah yang menyara anak isteri di rumah walaupun tak seberapa hasilnya.", "Setiap malam Zubair akan menjual beger bersama rakannya tetapi malam ini rakannya tidak bersama Zubair kerana ada hal kerja katanya.", "Zubair okey sahaja kalau tanpa rakannya, kadang kadang takut juga.", "“Bang bagi saya berger satu!”", "Zubair terkejut di depan nya terlihat seorang budak lelaki berpakaian lusuh memesan beger di depannya dengan secara terkejut.", "“Haishh budak ni, nasib baik aku tak da sakit jantung kalau tak dah m**i keras kat sini” Omel Zubair di dalam hati.", "Zubair terus membuat beger yang dipesan.", "“Saya teringin sangat nak makan beger abang, sebab saya kemalangan masa nak beli beger abang” budak tu mula bercerita.", "Zubair hairan, dia cuba mengulang ayat yang budak lelaki itu katakan tadi. Namun hanya berdiam diri pelik pula ayat nya ni, bukan calang calang .", "“Nah, tak pe dik abang sedekah kat kau lagipun kedai abang dah nak tutup ni”", "“Betul ke bang? Terima kasih bang, semoga dimurahkan rezeki selalu”", "Tengah Zubair leka mengucap Aminn budak lelaki yang berdiri di depannya tadi terus berdesup hilang. Dia berasa Hairan sekali lagi. Tercari-cari mana budak tadi?", "Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam, mata Zubair sudah mengantuk lagi pun dah lewat orang pun dah tak lalu lalang baik dia tutup sahaja.", "Selesai mengemas semua barang Zubair terus menghidupkan enjin motosikalnya.", "“Dah balik bang?”", "“Ye, anak anak mana dah tidur?”", "” A ah,awal awal lagi dah berdengkur”", "“Yelah yelah, abang nak bersihkan diri kejap lagipun abang penat sangat ni”", "“Yelah bang, saya masuk bilik dulu ye.”", "“Ye,” jawab isterinya.", "Sebenarnya Zubair mahu menceritakan tentang budak lelaki tadi namun dah lewat malam esok sajalah dia beritahu kepada isterinya.", "Keesokan malamnya, Zubair mula berniaga macam biasa. Tapi malam ini Zubair bawa anak sulungnya yang berusia 7 tahun ke tempat niaga.", "“Remy jangan main jauh-jauh. Nanti momok datang,” Zubair mengusik anaknya.", "“Ok, bos. Remy main dekat anak tangga je.” Sambil melipat kertas kapalterbang Remy duduk di anak tangga flat.", "Ayahnya berniaga di depan bangunan flat lama sejak dia bayi lagi. Kalau ibunya sibuk menyiapkan tempahan baju, Remy akan ikut ayahnya.", "Masa dia leka melipat kapalterbang kertas, Remy didatangi seorang budak lelaki comot dan berkaki ayam. Budak itu turun dari tangga flat terus duduk di sebelah Remy.", "“Awak nak kawan dengan saya?”", "“Awak siapa? Tak pernah tengok pun?” Remy pelik sebab budak-budak di flat itu hampir semua dia kenal.", "Budak itu menundukkan muka.", "Kerana tak selesa dengan bau badan budak tu yang hamis dan masam, Remy pergi ke gerai beger Zubair.", "“Ayah, nak oblong mayo melimpah satu. Sayur tak mau, hehe.”", "Zubair yang dari tadi duduk menunggu pelanggan terus bangun. Dibuatkan oblong untuk anaknya.", "“Nak juga, bang.” Satu suara mencelah dari belakang Remy.", "“Eh, kamu. Marilah aku belanja oblong.” Ucap Zubair. Baginya tak salah untuk bersedekah. Mungkin rezekinya bukan setakat berkongsi dengan anaknya, fikir Zubair.", "“Betul ke, bang? Tak pernah makan beger oblong. Sebut pun susah. Kalau minta dengan ayah mungkin saya dapat terajang,”", "Terkejut Zubair mendengar luahan hati budak lelaki itu. Remy pula terus berdiri di sebelah ayahnya.", "“Mungkin ayah ada banyak benda nak bayar. Tak apalah, makan je puas-puas. Esok datang lagi.” Begitulah mulianya hati Zubair. Sentiasa bersedekah.", "Setelah mendapat beger oblong dari tangan Zubair. Budak itu tersenyum riang.", "“Terima kasih, bang. Esok saya tak datang lagi. Ayah saya pun tak dapat nak terajang saya lagi. Saya kena pergi,”", "Pelik pula ayat budak berusia dalam 12 tahun tu. Zubair menggaru kepalanya.", "“Adik. Semalam kata baru lepas kemalangan. Ceritalah apa jadi?” Sengaja Zubair mengajak budak lelaki itu berborak.", "Budak itu berdiri tegak memandang seketika wajah Zubair. Pandangan matanya sayu. Seperti ada banyak kisah sedih di balik renungan matanya.", "“Nanti abang akan tahu. Saya minta halal apa yang abang beri pada saya. Semoga murah rezeki abang,”", "Selepas itu dia terus melangkah ke arah tangga flat sambil diperhatikan dua beranak itu.", "“Ayah nak tengok berita online lah, Remy. Ada cerita menarik tak malam ni?”", "Dibuka satu laman web kegemarannya. Sambil memilih berita apa yang ingin ditengok dulu.", "“Remy, tengok ni!” Terjerit Zubair bila ternampak satu wajah kanak-kanak mirip budak yang dia jumpa sejak semalam.", "“Seorang lelaki berusia 45 tahun didapati telah meninggal lebih dari 48 jam di bawah gaung bersama berbelas tikaman di badan.", "Kanak-kanak yang dikatakan bersamanya kali terakhir kini dicari pihak berkuasa kerana banyak kesan cap jari kanak-kanak tersebut pada sebilah pisau berhampiran mayat tersebut….”", "Terpampang wajah kanak-kanak itu bersama pakaian yang sama dia muncul selama dua malam. Merinding bulu roma Zubair ketika itu.", "“Manusia ke hantu tu, yah?” Soalan Remy buat Zubair berdebar. Baru dia terfikir, dengan siapakah dia bercakap selama dua hari ini?", "Sesuatu telah jatuh dari tingkat 4 flat tersebut.", "Remy terlebih dulu menjerit bila satu kepala yang tertanggal dari badannya bergolek dan berhenti di hujung kakinya.", "“Allahuakhbar! Allah….innalillahiwainnailaihirojiun,”", "Sekujur tubuh yang mempunyai berpuluh kesan luka di badan sudah tidak bernyawa lagi.", "Di tangan kanannya tergenggam kertas pembalut beger oblong pemberian Zubair.", "Pengakhiran sebuah kehidupan yang sadis.", "Rupa-rupanya budak ini adalah mangsa penderaan ayah kandungnya sendiri. Atas desakan dan tekanan yang tak tertanggung…budak itu telah menikam ayahnya sewaktu ayahnya sedang memandu.", "Mata Zubair berkaca, memandang anaknya yang sedang menggigil ketakutan. Remy dipeluk erat.", "“Sini, Remy. Ayah tak akan abaikan anak-anak ayah. Amanah Allah yang ayah kena jaga sebaiknya.”" ]
[ "burgerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr bangggg,. stress baca", "confuse. budak tu masa dia bagi burger tu dah meninggal ke belum??" ]
https://fiksyenshasha.com/air-mata-di-s-21/
AIR MATA DI S-21
[ "Usai mengelap peluh yang membasahi dahiku, aku melihat jam tangan Casio AE1200 ku. “Ah, dah pukul 10:00 pagi (waktu tempatan Kemboja atau pukul 11: 00 pagi waktu Malaysia). Matahari dah hampir tegak di kepala waktu itu, tiada tanda nak mendung atau hujan. Aku membelek kertas tiket masuk ke muzium lama itu, ku lihat papan tanda besar di depan pintu gerbangnya ” Tuol Sleng Genocide Museum”, – Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Seng atau ‘mesra’ dipanggil penjara S-21.", "Aku gagahkan kaki melangkah masuk, sebelum disapa oleh salah seorang pekerja muzium yang menghulurkan alat bantuan penterjemah (macam earfon) kepadaku. Aku menolak dengan baik, aku lebih selesa melihat gambar dan membaca info di information board yang telah disediakan dikawasan muzium.", "Kawasan muzium ini, merupakan bekas tapak sekolah menengah yang dijadikan penjara di masa pemerintahan kejam Kerajaan Democratic of Kampuchea atau Khmer Rouge (Khmer Merah), hampir kira2 2 juta orang hilang nyawa ketika pemerintahan mereka.", "Dan…di sini, tempat yang aku sedang berdiri inilah , 12 000 nyawa direnggut tanpa belas kasihan. Terdapat 4 bangunan besar yang terdapat disitu ;bangunan A,B,C dan D. Aku melawat satu persatu bangunan itu, sehingga aku sampai di suatu bangunan (aku tak boleh sebut bangunan yang mana ) aku ternampak sosok kanak-kanak perempuan dengan pakaian lusuh sedang duduk bersimpuh di sebuah pintu. Aku perasan yang pelawat lain seolah2 tidak melihat batang tubuh kanak-kanak ini.", "Untuk pengetahuan pembaca, aku memang dikurniakan kebolehan melihat, berkomunikasi, melawan (mencederakan) dan m******h bangsa2 jin ini (dengan izin Allah tentunya). Dengan kerjaya aku sebagai seorang doktor di sebuah pusat kajian antropologi, aku dah bertemu banyak jenis makhluk ini dan bermacam kerenah mereka.", "Tetapi yang satu ini, ada satu perasaan sedih yang mendalam dalam hati aku, walaupun aku tahu jelmaan ini adalah jin atau qarin yang menyerupai manusia2 yang m**i disini. Dan, kalau para pembaca pernah pergi ke sini, pasti akan terlihat ada gambar2 mangsa pembunuhan yang terpampang pada information board. Wajah kanak2 ini ada di salah satu board yang aku lihat.", "Aku perasan yang jelmaan kanak2 ini perlahan2 datang kepadaku, sambil anak matanya memandangku, tahulah aku yang dia sedar aku mampu melihatnya. Aku merasakan hawa sejuk di sekelilingku apabila kanak2 ini mendekati dan memegang bahagian seluarku. Pelik, kebanyakan sosok yang aku jumpa , biasanya aku merasakan hawa kepanasan, rasa kebencian tetapi sosok dihadapanku ini tampak tenang dan damai.", "Aku nampak mulutnya bergerak dan menyatakan sesuatu tapi aku tidak mendengar (kalaupun aku dengar , aku tetap tak faham sebab bahasa Khmer (kemboja)agak susah dikuasai ). Aku hanya mengangguk dan menyuruh sosok itu pergi, tetapi dia mengangkat tangannya dan menunjukkan sesuatu kepadaku . Aku melihat ke arah yang ditunjukkan oleh sosok itu, dia menunjukkan kepadaku sebuah bilik di salah 1 bangunan. Aku tak pasti sama ada dia d*****h/diseksa disitu atau bagaimana?", "Aku pergi kesitu dalam keadaan macam membawa anak kecil (sosok ini bergerak denganku dalam keadaan tangannya memegang seluarku). Batang besi dan senjata penyiksaan diletakkan dalam bilik itu, aku hanya mengangguk kepada sosok itu , rasanya aku faham bahawa ruh kanak2 itu dicabut disitu.", "Aku mengarahkan agar dia pergi dan jangan mengangguku (aku sebutkan dalam hati sambil aku berdoa semoga Allah merahmati mangsa2 yang d*****h kejam disitu). Kanak2 itu mengangguk sambil mengelap air matanya, dia melambaikan tangan padaku dan hilang begitu sahaja.", "Aku hanya melihat jelmaan itu menghilang, dan aku berpaling ke belakang dengan niat untuk menyambung lawatanku ke bahagian yang lain. Rupa2nya di belakangku, beberapa meter ,berdiri seorang sami (berpakaian oren) dan berjalan laju kepadaku. Sambil dia bertnya, ” Do you see her also? “, Aku macam terkejut tapi aku bertanya semula ” Who?”- Sami itu menjawab dengan jawapan yang membuatkan aku terkejut .", "“I know you see her, I know you see my sister. Yes! She is my sister, died here during the regime”", "Aku senyum. Susah aku nak explain konsep ruh dan jelmaan kepada sami ini- aku bermonoog dalam hati." ]
[ "Cerita la lagi. Seronok baca", "dah baca kisah ni di fiksyen shasha" ]
https://fiksyenshasha.com/kek-mahal-2/
KEK MAHAL
[ "KARYA PANDA", "“Bila sampai?“", "Baru keluar dari perut kereta berbau hapak, aku disapa Muaz jiran sebelah yang suka 𝒃𝒖𝒔𝒚𝒃𝒐𝒅𝒚.", "Aku tidak menunjukkan riak apa pun. Kepenatan aku mengatasi rasa hormat pada jiranku. 18 jam aku penat di luar. Tak usahlah menambah lelahku.", "“Eh, abang Leman dah balik? Tengok kak Lia tu, menempel dah atas katil. Afiya selsema, Sara dah bagi ubat,“", "Langkah ku percepatkan kerana tidak mahu lama di luar.", "“Afwa demam panas tu, bang Leman. Tak sempat bawa ke klinik. Abang Muaz pun tak berapa sihat. Kalau boleh bawa cepat ye, bang?“", "Ku hempas pintu sekuat hati. Biar mereka tahu aku tak suka mereka sibuk ambil tahu hal anak bini aku.", "Lepas tu canang satu taman perumahan ni, mengata aku tak ambil berat hal anak-anak. Aku abaikan isteri. Biarkan d***h dagingku hidup sengsara di dalam rumah.", "Tak padan dengan suami naik kerusi roda! Masih sibuk hal rumahtangga orang!", "“Bawak bersabar, bang.“", "Liana yang sedang menyusukan Afwa memujuk dengan nada lemah. Pucat wajahnya bagaikan kain putih yang lusuh.", "Isteri yang ku nikahi sepuluh tahun yang lalu, gigih bertahan hidup bersama aku yang miskin dan tak membanggakan ini.", "“Lama-lama hilang sabar juga. Semua benda nak ambil tahu. Rumah ni sesuka hati je nak keluar masuk! Abang tak boleh lah!!“", "Bentakku sambil menghenyak bucu katil.", "Jeritan Liana berhenti di situ. Aku bingkas bangun dari bucu katil menuju ke bilik air. Dengan cuaca panas yang menghangatkan badan, baik aku mandi. Dapat juga melegakan hati yang panas ni.", "Tangisan Afiya ku biarkan. Anak berusia lapan tahun itu mana mengerti peritnya aku memperjuangkan kehidupan mereka?", "Usai mandi, sejuk sedikit hati ini. Walau pun rengekan Afwa sedikit mengganggu emosiku. Ketenangan yang sedikit ku capai tadi secebis demi secebis terurai.", "“Afiya jaga adik!“", "Bertuah punya anak! Adik demam pun dibiarkan merengek.", "Tubuh kurus Liana masih terbaring tak bergerak. Begitulah dia kalau sakit akan menempel tak makan tak minum.", "“Ayah…,“ Afiya mula merengek pula. Sedunya semakin kuat.", "Aku yang sedang menyarung baju mula rasa bengkak di hati.", "“Lia, anak nak apa tu? Cubalah faham abang ni kena cari duit untuk kamu bertiga.“", "Tuala ku lemparkan ke atas katil. Liana sejak tadi memalingkan mukanya ke arah dinding. Betapa bencinya dia sejak menyedari aku bukan lelaki yang mampu membahagiakan hidupnya.", "Liana masih berdiam. Dengan dada berombak lesu, sesekali tersedu juga dia walau nada suara ku tinggikan.", "Oh, lupa. Aku lelaki tak punya harta. Mana mungkin Liana sudi pandang lagi? Badanku busuk. Dari pagi ke malam aku di luar mencari duit. Untuk siapa?", "Ya, mana hartaku? Satu-satunya kereta itu adalah hadiah dari ayah Liana ketika Liana baru hamil anak pertama.", "Seorang ayah yang sanggup menjual kebun sayur demi melihat anaknya menaiki kenderaan empat roda, lalu motorsikal cabuk ku jual ke kedai Ah Tiong.", "“Ayah,“ Afiya memanggil ketika aku membuka pintu kamar.", "Jeda langkahku.", "“Esok harijadi ibu. Belikan ibu kek. Boleh?“ mata bundarnya berkilau. Bagai serpihan kaca berterabur menanti masa meluncur laju ke pipinya.", "“Jiran sebelah jual kek, mintaklah!“ aku menghenyak jiwa si anak kecil.", "Herdikanku membuatkan Afiya mengecutkan diri. Berlari dia ke pangkuan ibunya. Afwa membuka lengan kecilnya meminta si kakak datang memeluk.", "Pergi mampuslah! Duduk rumah menganga mulut tunggu disuap bolehlah mengada-ngada.", "Lalu aku keluar tanpa menghiraukan mereka lagi. Terserahlah padamu, Liana. Kau pun tak suka aku ambil tahu hal kau dan anak-anak.", "Bukan aku yang zalim, aku telah cuba sebaik mungkin. Untuk jadi suami yang mithali, juga ayah yang penyayang.", "Ternyata kau tak pandang aku walau sebelah mata. Makanan ku bawa balik kau lempar ke luar jendela. Bersepai isi bungkusannya.", "Begitu juga bersepainya hati aku melihat sikapmu. Kau tak pernah cuba memahami aku.", "“Baru balik dah nak keluar, abang Leman?“ muka putih melepak bermata sepet mengerling aku dengan nada agak ramah.", "Dia fikir aku dungu agaknya?", "Manusia talam dua muka!", "Di depan manis bagaikan gula.", "Di belakangku kaulah puaka.", "“Tak baik sombong dengan jiran,“ rungut Sara.", "Sara. Isteri seorang bekas askar. Muda lagi usianya. Tapi memilih untuk menikahi orang tua seperti Muaz.", "Bangga bercerita sana sini yang dia beruntung. Kerana suaminya penyayang. Serba serbi lengkap hidupnya.", "Dasar mata duitan! Setakat duit pencen suami kau, aku nak tengok berapa lama kau mengecapi keberuntungan kau?!", "Tiba di simpang keluar dari taman, aku berselisih dengan sebuah lori. Agak mencuri perhatianku kerana tertera besar di dinding lori tulisan berwarna merah pekat.", "’KEK MAHAL-Hanya Untuk Insan Terpilih’. Senyum aku melihat ayat yang tertera. Semua itu strategi perniagaan. Sedapnya, belum tentu.", "Mahal sudah pasti. Jujur syarikat pengeluaran kek itu. Siapa mampu, boleh beli. Yang tak mampu, boleh blah!", "Sampai di satu bulatan berhampiran pekan. Aku meraba poketku. Ah, lupa pula bawa telefon 3310.", "Malam nanti aku ada projek besar dengan Karim dan Syuk. Mungkin dengan projek besar itu nanti aku akan merubah pandangan semua orang terhadapku. Aku akan kaya.", "Mustang warna hijau sudah terbayang-bayang siang dan malam. Nanti bolehlah aku hantar anak isteriku ke alam barzakh. Sudah ku beli racun untuk mereka teguk malam nanti. Biar ku selesaikan projek besar dulu.", "Tin tin !!", "Kereta belakang membunyikan hon seperti orang gila. Rupa-rupanya aku termenung di depan lampu isyarat.", "“Ah! Kacau betullah!!“", "Tanpa memberi 𝒔𝒊𝒈𝒏𝒂𝒍, aku terus melakukan pusingan U di situ. Berasap jalan tar seiringan dengan bunyi berdecit tayar tanpa bunga.", "Telefon harusku ambil dulu. Tanpanya sukar aku nak berurusan dengan Karim dan Syuk. Dua rakan seperjuangan aku sudah pun merasa wanginya helaian-helaian wang kertas di atas tilam.", "Masa tu aku terpaksa batalkan projek pertama bersama Syuk dan Karim sebab Liana jatuh pitam di depan rumah, hampir satu lorong perumahan menghubungi aku.", "“Bini kau dalam icu, Leman!“ Wak Kental orang pertama mencari aku di kedai tikam nasib.", "Berkicap aku beratur menunggu giliran di kedai 4D masa tu. Kalau tak fikirkan aku tak boleh marah-marah di hari ’tikam nasib’, memang sudah ku lempang muka Wak Kental tanpa belas kasihan.", "Kemudian menderu masuk panggilan dari Sara si penyibuk dan beberapa jiran lain. Suara Afwa dan Afiya menangis menambah serabut di kepala.", "Tiinnnnn !!", "Sekali lagi aku berselisih dengan lori kek tadi. Kenapa dia hon aku? Bukan aku makan jalan dia! Aku cuba mendongak melihat siapakah pemandunya?", "Panjang leherku meninjau sampai terteleng-teleng kepala. Tapi gagal juga melihat pemandu di dalam lori. Cerminnya gelap pekat seakan cermin bilik kebal.", "Setibanya aku di depan pagar rumah, mataku mengerling ke rumah jiran talam dua muka. Kereta MPV Muaz tiada.", "Baguslah. Senang aku berjalan dengan tenang. Daripada disapa dengan ramah mesra oleh manusia pandai berpura-pura.", "“Kotak apakah?“", "Mataku tertarik dengan sebuah kotak merah di depan pintu rumah sewaku.", "Tak pernah ada parcel singgah di rumah. Mana mungkin Liana yang tak pernah aku tinggalkan walau sekeping wang kertas akan membeli sesuatu secara 𝒐𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆.", "Semakin dekat semakin jelas kotak merah terletak elok di atas kain lap kaki.", "’KEK MAHAL-UNTUKMU, INSAN TERPILIH’", "Siapa pula beli kek?", "Ku toleh kiri dan kanan. Tiada satu pun manusia yang muncul.", "Mungkin benarlah ini kek yang ditempah Liana sempena ulang tahun kelahirannya esok.", "Terik matahari di luar memaksa aku berfikir sebentar. Biarkan di luar atau bawa ke dalam?", "Ikutkan hati yang masih membengkak ini, aku biarkan sahaja kotak ni menjadi tugu di sini.", "Berkali-kali aku mengetuk pintu, tiada respon dari dalam. Senyap dan sunyi seakan-akan hanya aku manusia yang hidup di dunia ini.", "Tangan kiriku menolak daun pintu yang tidak berkunci. Manakala tangan kanan ku jinjing kotak yang berikat reben berwarna hitam.", "Masuk ke dalam rumah. Benar-benar sunyi di dalamnya. Pintu kamar terbuka luas, menampakkan di dalamnya tiada sesiapa pun.", "“Mana Afwa? Mana Afiya? Ke manakah Liana bawa budak dua tu?“ hatiku tertanya.", "Kotak kek ku letakkan di atas meja. Telefon burukku memang terletak di atas meja juga.", "Panggilan masuk.", "Nama Muaz tertera. Aku biarkan ianya terdiam sendiri.", "Satu lagi panggilan masuk. Kali ini tertera nama Syuk. Yang ini harus dijawab. Otakku memberi arahan. Pantas ku jawab panggilannya.", "“Leman, kita 𝒄𝒂𝒏𝒄𝒆𝒍 jumpa hari ni. Port baru kita kena 𝒂𝒎𝒃𝒖𝒔𝒉 lah, adoiyaiii!“", "Alamak! Macam mana pihak berkuasa boleh kesan tempat kami nak menurun nombor ekor? Sedangkan sebelum ni ramai keluar masuk tanpa halangan.", "“Ada yang buat kerja tak 𝒄𝒍𝒆𝒂𝒏. Bersepah barang depan kubur. Mestilah orang repot polis. Oklah. Lain kali kita usha tempat baru.’", "Talian diputuskan Syuk.", "Aku masih kehilangan kata-kata. Impianku berkecai! Hatiku mula bagaikan larva yang akan memuntah sekejap lagi.", "“Mana kau pergi? Baru kena lempang sikit dah hilang pulak kau ni!!!“", "Tubuh Liana adalah ’𝒑𝒖𝒏𝒄𝒉𝒊𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒈’ paling sedap ku tibai. Setiap kali aku marah, setiap waktu aku lelah…tubuh itu ku pijak, ku tumbuk hingga lunyai.", "“Sial!“ telefon ku campak ke lantai.", "Di mana akan ku cari duit yang berkepuk-kepuk seperti Syuk? Karim sudah merasa juga. Bila giliran aku pula?", "Dalam keadaan marah begini, perutku pula berasa lapar. Tudung saji biru hanya sebagai hiasan!", "Sudah lama tudung saji itu tidak berkhidmat untuk keluarga kami. Meja tak pernah ada makanan seperti jiran lain.", "Anak-anakku makannya hanya bubur nasi bersama lobak masin yang dicincang halus.", "Liana pun jarang dapat makan, didahului anak-anak dari jeritan perutnya yang meminta diisi.", "Harumnya bau kek!", "Tergoda aku dengan keharuman baunya. Belum makan sudah terasa akan manisnya. Kek Liana!", "Tersenyum sumbing aku melihat kotak merah bereben hitam di hujung siku. Persetankan anak isteriku. Perutku lebih penting dari mereka!", "Ku buka penutup kek berbentuk bulat di depan mata. Terpampang sebiji kek coklat dihiasi buah 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒘𝒃𝒆𝒓𝒓𝒚.", "Selera ku terbuka dengan tiba-tiba. Seumur hidupku tak pernah beli kek secantik ini. Baunya sahaja memikat seleraku.", "Pisau pemotong kek yang melekat di atas penutup ku ambil dengan gelojoh. Tidak sabar untuk memotongnya. Biarlah aku makan separuh, separuh lagi nanti Liana makanlah dengan budak dua tu.", "Ku p****g dengan penuh teliti, manalah tahu di dalamnya ada buah lain. Kalau bernasib baik, ada cincin emas! Kuat betul aku berangan.", "Setelah membelah kek menjadi dua, aku p****g lagi menjadi enam. Tiga untuk aku! Hahaha…", "Mulut ku nganga seluas luasnya. Dengan sekali ’ngap’, ianya selamat kutelan masuk ke dalam perut.", "Kesedapannya sangat luar biasa! Ada hirisan-hirisan seperti cheese atau lelemak di dalam kek.", "Aku menjilat jari yang melekat krim coklat. Pertama kali aku makan kek sesedap ini. Tak sabar nak makan potongan yang kedua.", "Potongan kedua aku renung seketika, hirisan apakah berwarna pink? Tidak seperti kepingan cheese. Tapi baunya membuatkan aku tidak sabar.", "Potongan kek kedua ku telan seperti ular sawa. Terasa seribu kemanisan di dalam mulut.", "Kali ini seakan kasar-kasar kepingan-kepingan seperti tadi. Lebih terasa ’umphh’.", "Waktu ini mataku mula berkedip menahan pedih. Sekejap silau sekejap kelam pandanganku.", "Perutku mula memulas. Entah kenapa tidak selesa badanku. Peluh mula memercik dari liang romaku. Haba panas di dalam rumah mula terasa dingin.", "Bagaikan serangga-serangga halus mula memanjat dari tapak kaki mulai ke lutut. Perasaan sejuk datang mendadak. Kini terasa amat menyesakkan nafasku.", "Meja makan tiba-tiba bergegar seperti sedang berlaku gempa bumi. Lantai yang ku pijak pula tidak bergerak langsung. Aku pula yang terhuyung hayang tidak duduk kejap di atas kerusi.", "Penutup kotak tadi bergerak menghampiri aku. Mataku terbuka luas melihat ada perkataan halus di bawah tulisan besar.", "“Kek Mahal-Untuk Insan Terpilih…“", "Menggigil-gigil bibirku membaca perkataan seterusnya.", "“Bersama ramuan racun dan kepingan daging manusia keparat seperti kamu!!”", "Aku menolak baki kek bersama kotaknya ke lantai. Tika ini mataku, badanku, akalku juga sudah mulai tidak terkawal.", "Cuba bangun dari kerusi, tapi semakin banyak pula serangga kecil seperti kumbang memanjat dari kaki dan merayap ke perut.", "Ku buka luas mulutku untuk menjerit meminta tolong. Buat pertama kalinya aku ingin memanggil Muaz jiranku yang cacat kedua kakinya.", "Atau pun Sara isterinya yang selalu mengambil tahu apa yang berlaku pada anak-anak dan Liana. Dialah yang akan membawa anak isteriku ke klinik.", "Tak terkira berapa kali Liana meminta bantuan dari Sara untuk bawa anak-anakku ke klinik jika mereka demam.", "Sehinggakan Afiya turut pandai meminta bantuan Sara untuk menghantar isteriku ke klinik selepas Liana kenyang dengan sepak terajangku.", "Kepalaku jatuh menghentak ke lantai. Beribu ekor kumbang sedang berebut-rebut menyerang aku. Berebut rebut masuk ke dalam rongga mulut, hidung dan telingaku.", "“Arghhhh!!! Tidak!!!!”", "“Aku..menyesal!! Lepas..kan a..ku, huarghhh…”", "Tiada kata lain dapat kuucapkan lagi. Kumbang-kumbang hitam mula berjaya menerjah kerongkongku! Menawan diriku secara total.", "Tidak ku sangka akan berakhir kehidupanku seteruk ini. Tanpa anak-anak dan isteri di saat aku bertarung dengan ajal. Tiada pelukan dari mereka yang aku abaikan selama ini.", "Berilah aku peluang! Maafkanlah aku. Maafkan aku…Allah. Tiadakah peluang kedua untukku? Batinku menjerit tanpa didengari sesiapa.", "Anak mataku mula mengecil. Tidak berdaya mengeluarkan suara sedikit pun. Seluruh jariku mengeras. Membiru.", "Ampunkan kesalahanku, Liana. Maafkan ayah, Afiya. Ayah bersalah. Kerana tidak sayangkan kamu dan Afwa.", "Selayaknya tempat ayah adalah di dalam neraka paling dalam.", "Selamat Tinggal.", "Dua jam kemudian.", "Kami pulang dari klinik bersama Sara dan abang Muaz yang baik hati. Agak terkejut juga bila melihat kereta Leman berada di luar pagar.", "“Terima kasih Sara dengan abang Muaz. Banyak bantu Lia dengan anak-anak.“ aku merasa malu kerana telah banyak termakan budi Sara dan suaminya jiran baik kami.", "“Kita ni berjiran, Lia. Bukan orang asing lagi. Kalau boleh, Sara nak Lia dengan anak-anak tinggal dengan kami. Sunyi hidup kami tanpa suara budak kecil.”", "Betapa luhurnya hati seorang jiran terhadap kami tiga beranak. Aku menjadi malu sebenarnya, di sebalik rasa malu ini…timbul perasaan terharu dan sebak yang mencengkam perasaan.", "Tertunduk aku cuba menutup perasaan hiba ini. Ku cium dahi Afwa yang lena dalam dakapan. Mungkin penat berperang dengan perasaan takut berdepan dengan doktor yang puas memujuk di klinik tadi.", "“Biar Sara yang", "peluk Afwa. Lia duduklah,“ lantas Afwa bertukar tangan.", "Aku akur kerana sedar akan kesakitan di tubuhku setelah ditampar oleh Leman.", "Kami bertiga menerima rawatan di klinik atas ehsan duit pencen abang Muaz. Kebaikan suami isteri ini hanya Allah yang mampu membalasnya.", "Tangan kecil Afiya dipimpin oleh Sara menuju ke pintu rumah sewa kami. Sepasang kasut milik Leman tersusun di luar.", "“Ibu, Afiya nak main di rumah mama Sara. Boleh?“", "Alahai anakku. Sudah ibu baca isi hatimu. Sudah tentu tidak mahu berdepan dengan ayahmu. Sebaknya hatiku memikirkan nasib malang anakku.", "Sara tersenyum pada Afiya sambil membuka pintu.", "“A..abang Leman?!“ jeritan Sara memaksa aku melangkah lebih laju dalam menahan kesakitan.", "“Ayah!“ Afiya berlari masuk ke dalam rumah.", "Tubuh ini seperti dipanah petir bila melihat tubuh Leman terbaring di atas lantai. Matanya terbeliak memandang ke atas, buih-buih putih bercampur d***h masih mengalir dari mulutnya.", "Hampir sahaja aku terjelepuk di atas lantai bersama Afwa yang belum mengerti apa-apa. Di lantai bertaburan serbuk yang entah dari mana datangnya. Serpihan botol kaca berhampiran dengan tubuh Leman.", "“Abang Leman dah tak ada, Lia.“", "Longlai kaki ini mendekati sekujur tubuh yang telah membiru. Kejang seluruh badannya. Aku menangis sekuat hatiku. Kenapa begini keras dugaan hidupku?", "“Jangan menangis, Lia. Mulai hari ni…tinggal dengan kami. Mulakan hidup baru. Mungkin Allah nak beri Lia dan anak-anak kehidupan baru,“ pujuk Sara sambil mengambil Afwa dari pelukanku.", "“Jauh dari situ. Keluar dulu. Atas lantai tu serbuk racun!“ jerit abang Muaz dari pintu.", "Entah bila Afiya pergi mencari abang Muaz yang dianggap seperti ayahnya selama ini. Wajah Afiya yang sedang menolak kerusi roda abang Muaz tidak menunjukkan dia sedih seperti aku.", "“Abang rasa Leman ni m**i b***h diri. Biar polis yang siasat. Semua keluar dulu.“ abang Muaz mula menekan nombor di skrin telefonnya.", "Tengok pada keadaan Leman, memang betul dia minum racun. Mungkinkah Leman sudah putus asa untuk teruskan kehidupan di dunia ini?", "Atau dia lakukan itu kerana kesan dari pengambilan dadah? Bukan sekali dua dia berhalusinasi. Tak terbilang berapa kali dia berperangai pelik selepas pulang dari sarang penagih.", "Selamat tinggal suamiku. Ini yang", "terbaik untuk aku dan anak-anak", "Firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 2 dan 3: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)", "Sebuah kisah seram pendek dari Panda untuk semua" ]
[ "brapa kali nk ulang cerita ni????", "Wahhh cerita menarik…setiap watak ada jalan cerita masing2. Kisah penceritaaan smpai kpda pembaca…Xnmpk lngsng sprti carita drama sinetron!!Goodjob …bab kena imbush msti ada hnturya,xpn port dh lma buat krja biar brsepah je cmne xkna imbush…tp serkap jarang bukan amalan ,BUKTi itu wajib" ]
https://fiksyenshasha.com/aku-ayie-dan-siapa/
Aku, Ayie Dan Siapa?
[ "Kisah ini berkisar pada tahun 2006 di mana ketika itu aku bersama sepupu rapat yang aku namakan Ayie sedang leka menonton rancangan yang mendendangkan filem aksi kegemaran kami. Entah kali ke berapa filem itu diulang tengok dan setiap kali itu juga kami berteriak penuh teruja.", "Namun pada kali ini Ayie tidak seperti selalu. Wajahnya terlihat sugul dan hanya berdiam diri. Kelihatan aku pula seperti seekor badut gila yang terkinja-kinja seorang diri. Aku jadi bimbang lalu lantang menegurnya, “weh Ayie! Kau ni apehal? Senyap je dari tadi?”", "“Shhh….. diam-diam! Kau dengar tak?” Ayie dengan lagak serius menjawab pertanyaanku dengan pertanyaannya pula.", "Aku lantas terus terdiam sambil mengamati bunyi apakah yang Ayie maksudkan. Adakah bunyi kentut aku tadi, tapi aku yakin hanya bau yang dikeluarkan, bukan berbentuk bunyi.", "“Uuuuu… uuuu. Uu. Uuu….” jelas sekali bunyi seperti seorang wanita sedang menangis hiba. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11:30 malam. Di rumah bujang itu hanyalah tinggal aku dan Ayie. Tambahan pula rumah kampung, kedudukannya pula agak jauh dari rumah-rumah lain.", "Volume di TV aku kurangkan, untuk mendengarkan lebih jelas bunyi tangisan tadi. Tiba-tiba, PRANG!!!!!!!. bunyian kaca berderai sangat kuat seperti betul-betul di hadapan kami berdua. Aku dan Ayie tercari-cari kalau-kalau tingkap rumah yang pecah namun satu kesan pun tiada, apatah lagi serpihan kaca, langsung tak kelihatan.", "Bulu tengkuk dan segala buluan dibadan terus sahaja memacak. Aku bingkas bangun dan TV ditutup dengan kadar segera. Rumah usang ini pula ada bilik di tingkat atas. Aku mengajak Ayie terus ke tingkat atas untuk segera tidur.", "Di sini lah segalanya bermula…..", "Aku dan Ayie berlari anak menuju ke tingkat atas. Deretan tangga kami pijak terasa seperti memijak awan, meluru terus ke dalam bilik. Pintu kami kunci dengan selak besi. Masing-masing duduk terpinga di dalam bilik.", "Ayie dengan sambil mata terbeliak memandang ke arah aku seraya bertanya,” dengar lagi kan?”", "Aku mengangguk resah. Memang jelas sangat bunyinya seperti betul-betul berada di tepi tingkap, ” uuuuu… uuuuuuuu… uuuuuuuuuu.. uuuu… uuuuu..”. Tangisnya sangat hiba. Seperti seorang balu menangis kematian anak sulong.", "Disebabkan kami berdua yang mendengar, jadi ada sedikit kekuatan untuk aku. Kalau salah seorang sahaja yang mendengar, tentunya sudah berkelubung di dalam selimut. Jadi aku bersuara,” Ayie, aku rasa aku nak buka la tingkap ni, aku nak tengok la boleh tak?”", "” jangan la bodoh, kau dah gila ke? Buatnya benda tu masuk dalam bilik ni, kau nak tanggung?” Ayie dengan nada keras cuba menghalang hasratku.", "“Kita kan berdua, apa nak takut?” Walaupun jauh di sudut hati aku perasaan takut masih lagi tinggi berbanding berani, aku nekad nak melihat apakah makhluk tuhan yang cuba menggangu gugat anak jantan kampung ini.", "“Boleh lah Ayie, tak apa biar aku yang buka tingkap. Kau duduk je belakang aku biar aku yang tengok”, aku cuba lagi meminta persetujuan Ayie.", "Ting.. ting… ting…. tiba-tiba terbunyi selak besi yang aku kunci tadi terjatuh dari pintu. Kuaaakkkkk….. Perlahan daun pintu bilik terselak sedikit.", "Masing-masing terpandang satu sama lain. Tergamam. Kaget. Langsung kaku terdiam. Bunyian tangis tadi pula sudah terdengar sayup-sayup di hujung telinga.", "“Weh, kau tahu tak, orang cakap kalau bunyi benda tu kuat, makna kata dia jauh dengan kita. Kalau bunyinya sayup-sayup, maknanya dia dekaaaatttt dengan kita”, Ayie memecah sunyi dengan satu pernyataan yang sangat membuatkan hati aku berdegup laju selaju Azizulhasni Awang.", "Mata aku berkaca, menahan rasa takut yang amat sangat sehingga mahu tertitisnya air mata jantan. Perasaan sedikit berani tadi sudah hilang jauh. Sekelumit pon tiada lagi. Hanya takut.", "” Ayie, tolong tutupkan balik pintu tu boleh tak?”, aku seolah berbisik ke arah Ayie, dengan cakapan yang tersangkut-sangkut.", "” aku takut…..”, Ayie membalas sayu dengan mata dan kepalanya menunduk ke bawah. Aku tahu Ayie juga sama sepertiku, takut untuk melihat di sebalik daun pintu yang terbuka itu. Jika benar pernyataan Ayie tadi, bermaksud ianya tidak mustahil untuk benda tu sudah berada dekat dengan kami, dengan erti kata lain mungkin berada di sebalik pintu bilik!", "Kreeeeekkkkkk… Bunyi papan lantai seolah-olah dipijak orang. Memang lazimnya rumah orang dulu-dulu lantainya hanya papan. Jadi kalau ada yang memijak, pastinya berbunyi.", "Kreeekkkkkk…. krekk.. kreekk.. dua tiga kali berbunyinya lantai seolah dipijak orang. Bunyinya berada di sebalik daun pintu bilik. Tambahan pula pintunya terselak sedikit, jadi bunyinya sangat jelas kedengaran.", "Bunyinya seakan-akan sengaja dipijak secara perlahan-lahan. Aku sudah tidak lagi memandang ke arah Ayie, apatah lagi ke arah pintu. Aku hanya mampu duduk tunduk ke bawah. Mahu sahaja aku menjerit meroyan tetapi perasaan takut membekukan segala tindak tanduk aku.", "“Hik… hik… hik….uhuk… uhukk.. huuuuuu. Uuuuuuwuhuuuuu” bunyi menangis seperti seorang lelaki garau tiba-tiba terdengar sangat kuat! Betul-betul di tepi telinga aku!", "Apa lah pula kali ini, aku sudah seperti orang tak siuman. Seram sejuk menyelubuhi seluruh anggota tubuhku, menggigil. Takutnya bukan kepalang.", "Akan tetapi aku teringat kata-kata Ayie tadi, kalau bunyinya kuat, dia jauh. Jadinya aku beranikan diri mengangkat kepala untuk memandang ke arah Ayie.", "RUPA-RUPANYA aku sedang melihat AYIE yang menangis tersedu sedan sambil air mata berjurai jatuh membasahi pipi dan bajunya. Patutlah suara tadi macam sangat aku kenal. Celaka kau Ayie, tapi mujur lah dalam takut-takut itu Ayie mampu memberi aku sedikit lucu. Teringat pula Ayie, yang di mana orang-orang kampung menggelarnya Ayie Tiger dek kerna kegagahannya dan kebengisannya kini sedang tersedu sedan menangis seperti anak kecil meminta susu ibu. Tiger lah sangat.", "Bam! BAm! BAM! GEDEGANG!!!!!!!!!! bunyi larian berdetap sambil pintu ditendang tanpa bayang bergegar dari arah sebalik pintu. Terkopak daun pintu, ternganga luas bilik.", "Aku yang dari tadi ada sedikit senyum, terkejut sambil terkentut. Dalam samar-samar gelap terlihat berdirinya satu sosok tubuh seperti beruk gergasi, tingginya lampai mencecah syiling sampai dirinya membongkok sedikit ke hadapan, berbulu hitam lebat menutup seluruh tubuhnya. Matanya yang semerah biji saga tepat memandang ke arah aku.", "“ALLAHU AKBAR!!!!!!!”, teriakku disusuli air kencing yang mengalir dari kemaluan. Semuanya terjadi di luar kawalan. Ini lah kali pertama sejak 16 tahun aku terkencing di dalam seluar. Mujur lah Ayie tak tahu, jadi aku masih boleh berbangga dengannya. “Makkkkkk…. Ayie takut makkk…. wuhuuuuu…. Ayie takut makkk”, Ayie meraung macam orang naik sawan.", "“Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-i Fardhi Syahri Ramadana Hazihis Sanati Lillahi Ta’ala!!!!!!!!!!!!”, terkumat kamit mulut Ayie lancar membaca doa. Suaranya lantang sekali walaupun terdengar serak-serak basah. Ikhlas sekali suaranya meminta pertolongan dari Yang Maha Esa.", "Bangkai punya Ayie. Aku pun bukanlah handal benar dalam mengaji dan ayat-ayat suci Al-Quran, tapi tahu dan yakin lah aku yang itu niat berpuasa Ayie oiiiiii. Sudahlah aku ini dalam keadaan tak berwudhuk, air kencing bertaburan di dalam seluar, ditambah ketakutan bukan kepalang, Ayie pula boleh selitkan irama lucu dalam situasi genting seperti ini. Dia pun bukannya pula rajin berpuasa, selalu saja makan curi-curi di belakang rumah. Hairan aku.", "Tapi aku juga tak salahkan Ayie, walaupun aku berniat nak betulkan Ayie, tapi aku juga buntu untuk memilih ayat apakah yang lebih sesuai untuk menggantikan niat berpuasa dari Ayie. Segala doa-doa yang aku pernah hafal semuanya hilang dari ingatan. Satu pun aku dah tak ingat. Jadi aku biarkan saja niat berpuasa berkumandang dari mulut Ayie. Allah Maha Mengetahui. Jadi Allah pasti tahu niat kami.", "Dalam tiga minit mendengar Ayie terkumat kamit, aku diberi petunjuk untuk melaungkan azan. Aku bingkas bangun menghadap kiblat, dengan mata yang masih tertutup rapat, nafas aku tarik dalam-dalam, aku mulakan azan. “ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR!!!! ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR!!!!!”. Sangat kuat azan aku laungkan, seperti mahu mengajak seluruh umat kampung bersama-sama mengimarahkan masjid. Kalau lah di hari-hari biasa aku boleh melaungkan azan seperti ini, pastinya aku diangkat menjadi bilal kampung. Belum sempat aku meneruskan rangkap azan yang seterusnya tiba-tiba,", "“Oiiiii!!!!!. Kau ni dah kenapa azan tengah-tengah malam?!!!!! Mazhab mana kau pakai?????!!!!! Waktu solat mana kau ikut????!!!!”, Ayie menjerit memaki hamun. Mukanya yang seperti meminta susu ibu tadi berubah menjadi muka bengis seorang ayah yang menegur anaknya.", "Allahu akbar Ayie. Tahukah dikau azan bukanlah semata-mata untuk mengajak orang ramai mengerjakan solat, tetapi azan juga boleh dilaungkan untuk mengusir syaitan dan menolak bala. Apa lah setan sangat kau ni Ayieeeeee. Sudah sehabis baik aku tidak menegur bacaan niat berpuasanya tadi, dimakinya pula aku melauangkan azan. Siapa lah yang sudi berkawan dengan manusia sejahil ini.", "Tanpa mempedulikan herdikkan membuta tuli orang jahil seperti Ayie, aku meneruskan laungan azan. Biarlah semua ini selesai dahulu sebelum aku menerangkan kepadanya manfaat azan. Aku teruskan sampai habis,” LA ILAHA ILLALLAH…….”.", "Lantas segera aku memandang ke arah pintu bilik yang terpampang luas, dengan harapan suara lunak dari azan aku tadi mampu menakutkan makhluk tuhan yang tak diundang ini. Ayie pula masih gigih meneruskan dengan niat berpuasanya. Suka hati engkau lah Ayie, harap penuh lah puasanya selepas ini bila tibanya Ramadhan.", "Alhamdulillah. Kelibat binatang berbulu hitam tadi sudah tiada. Aku menoleh pula untuk melihat keadaan Ayie.", "ALLAHU AKBAR!!!!! Binatang berbulu hitam tadi berada betul-betul di belakang Ayie!!! Besar!!!! Sangat besar ya tuhan!!!!!", "“AYIE!!!!!!! LARI AYIE LARI!!!!!!!!!”, berteriaknya aku macam mahu terkeluar anak tekak. Bergegar satu rumah dan tanpa menoleh lagi ke belakang aku berlari turun ke tingkat bawah. Lari semahu-mahunya lari sampai ke luar perkarangan rumah.", "“Nasib baik sempat Ayie, benda tu betul-betul dekat belakang kau tadi, aku tak tahu la binatang apa tapi besar gila weh”. Aku dengan keadaan tercungap-cungap menunggu respon Ayie tapi dibalas bisu. Rupa-rupanya Ayie tidak bersama aku!! Allahu akbar Ayie tak sempat lari ke tadi. Ya Allah ya tuhan Kau selamatkanlah Ayie. Walaupun ilmu agamanya kurang tapi berilah dia waktu untuk bertaubat. Dia seorang anak yang baik, selalu berbakti kepada kedua orang tuanya. Dia juga selalu belikan Kinder Bueno untuk adik-adiknya. Dia juga masih teruna ya Allah.", "Aku bingung. Jam waktu itu menunjukkan hampir pukul satu pagi. Mana lah ada orang yang masih belum tidur. Kalau aku pergi meminta bantuan sekalipun, aku risaukan keadaan Ayie. Kalau aku pula berpatah balik, silap haribulan aku pula dibaham binatang tadi.", "Tapi dalam hati aku kuat mengatakan aku mesti selamatkan Ayie. Aku langsung tidak yakin niat berpuasanya tadi mampu menghalang jembalang sebesar itu. Biarlah apa pun yang bakal terjadi, Ayie sepupu aku, juga kawan karib aku. Kalau m**i biar bersama Ayie!!!", "Aku dengan berat langkah berjalan perlahan masuk kembali ke dalam rumah. Teringat aku pada sebilah golok yang aku selitkan di tepi pintu belakang. Aku segera capai dan menggenggam erat. Walaupun tahu aku bakal menjadi arwah malam ini, tetapi sekurang-kurangnya aku bukanlah bermati katak. Biarlah matiku bermaruah. Tikus pun kentut dulu sebelum m**i.", "Sampai di tangga penghubung untuk ke tingkat atas, aku berhenti. Aku panggil perlahan,”Ayieeee.. Ayiee.. kau ok ke Ayie….”. Senyap. Sunyi. Sepi. Tiada sahutan. Hanya bunyi titisan air dari sinki bawah. Memang paip di sinki tu ada sedikit bocor. Pak Talib janji mahu perbetulkan minggu lepas, tapi dia cakap dia mahu sudahkan dulu paip sinki di rumah janda Esah. Tak apa nanti dia datang lah tu.", "Aku semakin resah gelisah. Kenapa Ayie tak membalas sahutan aku tadi. Dengan langkah perlahan aku turuti anak tangga satu persatu. Satu persatu sampai lah tangga yang di atas sekali. Aku panjangkan leher untuk mengintai keadaan bilik kami tadi. Langsung tak kelihatan bayangan Ayie mahupun jembalang tadi. Keadaan masih sunyi sepi.", "Lampu di antara bilik kami dan tangga pula dalam keadaan malap. Dalam teraba-raba aku berjalan menuju ke bilik.", "Sampai sahaja di muka pintu, aku melihat keadaan bilik seperti dilanda badai. Berterabur barangan berselerak ke semua tempat. Tingkap bilik yang satu terbuka luas. Angin malam sepoi-sepoi melibas ke muka aku. “Pasti Ayie bergelut kuat bersama jembalang tadi, tapi tiada pula kesan d***h. Mungkin juga Ayie ditelan hidup-hidup. Ya Allah Kau peliharalah Ayie,” aku bermonolog sendiri mengenangkan nasib Ayie.", "Kakiku menggeletar secara tiba-tiba. Rebah lutut aku ke lantai. Mungkin kekuatan yang aku bawa untuk naik ke atas tadi sudah kehabisan. Tambahan pula mengenangkan nasib Ayie, aku jadi lemah. Bagaimana hendak aku menerangkan kepada orang tuanya, secebis mayat Ayie pun aku tak jumpa.", "Aku bangun. Menuju ke tangga dan turun semula ke tingkat bawah. Aku mesti maklumkan kepada orang kampung perihal kejadian ini supaya tiada lagi mangsa lain selepas Ayie.", "Rumah pertama aku pergi mestilah ke rumah orang tua Ayie. Aku perlu khabarkan berita ini secepat mungkin untuk menghormati roh Ayie. Boleh la terus bacaan yassin dan tahlil disempurnakan sesegera mungkin.", "Sesampainya aku ke rumah orang tua Ayie, dapat aku lihat lampu di bahagian dapur bercahaya terang. Salam aku beri dua kali, disahut oleh seorang lelaki. Apabila pintu rumah dibuka, berdiri di hadapanku seorang yang sangat aku kenal, Ayie!!!!!", "Aku semakin bingung. Ayie dengan siap berkain pelikat tidak berbaju memandang aku pelik. “Weh aku baru nak ke rumah bujang kejap lagi, tapi perut tetiba lapar aku bantai la makan megi dulu. Kau nak jugak megi?”. Ayie bertanya selamba.", "Aku diam. Apa yang sebenarnya terjadi ni. Siapa yang tadi bersama aku. Binatang berbulu tadi? Suara tangisan tadi? Fikiranku berkecamuk.", "“AHAHAHAHAHA”. Tiba-tiba Ayie tergelak besar. “Kau ni, aku main-main jelah. Lepas kau berteriak suruh lari tadi, aku pun apa lagi lompat la keluar tingkap terus balik ke rumah. Tapi serius cuak dowh tadi”.", "Sial punya Ayie. Aku bergolok bergadai nyawa tadi kononnya nak selamatkan dia, boleh pula dia balik rumah melantak megi. Tapi kalau ikut cerita Ayie, dia hanya mendengar suara tangisan perempuan, tidak pula nampak binatang besar berbulu hitam seperti mana yang aku nampak. Apa sebenarnya tu? Sampai sekarang perkara itu masih belum mampu aku jawab." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/misteri-tren-mckk-part-1/
Misteri Tren MCKK Part 1
[ "MISTERI TREN MCKK", "Kuala Kangsar, Sabtu – Tengku Qhaidzir, bekas kedua Kolej Melayu sekolah elit mencetuskan malapetaka apabila gagal menaiki kereta api pulang ke tanah air untuk cuti sekolah terakhir. Polis mengesyaki dia diculik ketika pulang sendirian ke asramanya, Dorm 10 Asrama Baru. Dia kali terakhir dilihat bersama rakan kolejnya menunggu kereta api malam arah selatan pukul 12.10 tengah hari.", "Saksi berkata, dia pulang ke asrama ini pada pukul 11.45 malam kerana tertinggal tiket kereta api. Rakan-rakannya memberi keterangan bahawa dia tidak pernah kembali menaiki kereta api. Pemeriksaan menyeluruh di Dorm 10 oleh polis menemui bukti bahawa dia berada di sana tengah malam semalam, tetapi tidak ada tanda-tanda pergelutan.", "Sementara itu keluarga Diraja…", "Masa : 11.40 malam, 11 November 1972Tempat : Stesen Kereta Api, Kuala Kangsar.", "Syakrim, Mukhri dan Azad, bekas kedua Kolej Melayu sedang menunggu tren pukul 11.45 malam. Cuti sekolah yang panjang baru sahaja bermula.", "“Hei! Esok hari jadi teman wanita saya. Saya tertanya-tanya apa yang saya akan dapat untuk dia. Apa pendapat awak?” bebel Syakrim, memecahkan kesunyian.", "“Esok? Baguslah. Mmm… esok dua belas! Tak lama lagi tengah malam 12 November,” Mukhri teringat sesuatu.", "“Apa sebenarnya yang berlaku pada 12 November?” tanya Syakrim dan Azad, sama-sama hairan.", "“Pernahkah kamu mendengar tentang Misteri kereta api tengah malam?”", "“Kenapa? Apa yang misteri sangat? Ada sayap ke?”", "“Azad, diamlah! Pergilah Mukhri.”", "“Ia adalah tengah malam 12 November 1960 apabila seorang pelajar kolej dari keluarga diraja tiba-tiba hilang. Dan tiada siapa yang pernah menemuinya sejak itu. Ia dipercayai bahawa ia ada kaitan dengan hantu kereta api yang telah lama hilang itu.”", "“Bagaimana mereka mengetahuinya? Kedengarannya agak tidak masuk akal bagi saya.”", "“Bagaimana saya harus tahu.”", "Tiba-tiba, “Perhatian semua! Seperti biasa, tren 11.45 malam telah ditunda. Akibat enjin rosak, ia tidak dijangka tiba sehingga 7.00 pagi esok. Sebarang kesulitan amat dikesali.”", "“Oh damn it! Saya tak sabar nak jumpa girlfriend saya. Jom. Jom balik Asrama Baru untuk tidur.”", "Masa : 11.55 malamTempat : Asrama 10, Asrama Baru.", "Dua angka, sahaja. Seseorang hilang dalam fikirannya tentang ibu bapanya, rumah, masa depannya. Yang lain asyik dengan diarinya, fikirannya dikuasai oleh emosi. Kedua-duanya tidak tahu apa yang akan berlaku akan mengubah hidup mereka selama-lamanya.", "Tiba-tiba, lampu terpadam!", "Oh Tuhan! Bukan blackout! Saya perlu menghabiskan diari saya. Azad, boleh tolong periksa kotak fius? Fius mungkin tersandung.”", "“Dah gelap. Tak boleh sambung esok?”", "“Ia tidak akan sama. Saya dalam mood sekarang. Esok saya mungkin sudah lupa apa yang saya mahu tulis.”", "Azad memandang ke luar tingkap. Kotak fius itu terletak di bangunan bertentangan sejauh 50 meter. Dia melangkah lesu ke dalam malam yang lembap dan gelap. Langkahnya bergema menakutkan, memecah kesunyian malam. Udara misteri tergantung sedikit, seolah-olah menandakan kehadiran firasat. Tiada apa yang dapat dilihatnya di tengah-tengah kegelapan. Tapi yang pasti dia, ada sensasi aneh yang dia rasa. Azad berhenti secara tiba-tiba, tidak pasti cuaca untuk meneruskan. Pancaran kilat menembusi langit dari barat, hampir serentak, satu lagi dari timur, satu lagi dari utara dan akhirnya dari selatan.", "Pancaran petir bercantum dan seolah-olah bergabung dalam kilat yang menyilaukan tepat di atas Dorm 10…dan bolt itu kelihatan tergantung di sana menunggu, berderak dengan tenaga. Sesosok figura putih panjang muncul entah dari mana dari arah barat, menuju ke Dorm 10. Wisel kereta api berbunyi aneh dan figura itu mula membentuk… seperti kereta api. Ia semakin perlahan dan seolah-olah bergabung dengan bangunan itu. Ia menjerit-jerit berhenti… Dorm 10… tidak dapat diduga tetapi ya, nampaknya, ia telah berhenti di Dorm 10.", "Kekecohan berlaku. Dalam cahaya bulan, Azad dapat melihat figura turun dan sepantas kilat, figura berbayang menaiki kereta api. Wisel dibunyikan sekali lagi, kereta api bergegar untuk dimulakan dan tiba-tiba, kilat di atas kepala menyambar dengan magnitud yang sangat hebat sehingga Azad tercampak ke tanah. Perkara terakhir yang dia tahu ialah kereta api itu telah hilang dan jeritan yang mengerikan dari jauh menusuk telinganya. Itu suara Syakrim.", "Di dalam Asrama 10,", "Badannya terasa ringan, tidak berat. Kepala, badan, fikiran dan jiwanya berputar dalam lubang kehampaan yang gelap. Atas kelihatan ke bawah dan ke bawah kelihatan ke atas dan apa yang dia boleh lakukan hanyalah menjerit. Seberkas cahaya memancar dari atasnya dan tangan besar menghulurkan kepadanya. “Ambil tangan saya Syakrim.” Syakrim menurut, terasa dinginnya sambil membimbingnya.", "Dia membuka matanya. Tiba-tiba muncul seorang sosok berjalan mengancam di lorong. Sejurus kemudian, kabus mula hilang dan kemudian, kelihatan seorang penjaga tiket yang kelihatan masam dalam lingkungan 50-an, memandang tepat ke arah Syakrim dengan mata berapi-api. Dia menyedari bahawa dia berada di dalam kereta api. Terkejutnya, dia mendapati dia tidak bersendirian. Kereta api itu penuh dengan askar, Gurkha dan Melayu yang kuat dan tabah.", "“Perhatian Tuan-tuan! Dengar sini dan dengar baik-baik. Hari ini kita memulakan misi kita yang paling penting, untuk menyerang hendap kubu Jepun terakhir di Perak, di Kuala Kangsar. Biarlah hari ini, 12 November 1944 diingati sebagai hari kita berjuang untuk kebebasan.”", "Wisel kereta api ditiup kuat apabila keretapi itu bergerak. Kesunyian menyelubungi koc kereta api apabila semua orang asyik dengan fikiran mereka sendiri. Dalam fikirannya, Syakrim hilang dalam lautan persoalan. “12 November 1944? Jepun? Kuala Kangsar? Saya, askar dalam kereta api? Apa yang berlaku…?”", "Tembakan mengganggunya. “The Japs! Ini serangan hendap! Berlindunglah semua!” Syakrim jatuh ke lantai dan kereta api segera berhenti untuk berhenti. Satu letupan menggegarkan kereta api, menghantar hujan serpihan ke mana-mana. Kebanyakan askar tidak lagi bernyawa. Ada yang masih menggunakan senapang ketika pertempuran berlaku. Dalam kekecohan itu, tentera Jepun mula menaiki kereta api dan m******h tentera yang tinggal. Salah seorang daripada mereka turun ke atas Syakrim, menaikkan rapier bersinar yang akan segera mencelah kerongkong Syakrim. Dia terkaku, tidak dapat melawan. “Jadi pengakhiran saya telah tiba. Terima kasih untuk tahun-tahun yang indah.” Dia menutup matanya, menunggu apa yang kelihatan seperti keabadian untuk kematiannya tiba.", "Tiba-tiba, dia terdengar wisel kereta api dan keretapi mula bergerak. Bingung dan takut, dia membuka matanya mengharapkan untuk menghadapi kematian. Tetapi dia bersendirian sekali lagi, tanpa sebarang tanda sama sekali tentang pertempuran yang baru sahaja berlalu.", "“Mana orang Jepun? Apa dah jadi dengan saya.", "” Dia tidak lagi memakai pakaian tentera tetapi kemeja-T dan seluar slacknya sekali lagi. “Awak di sana! Adakah anda tidak mempunyai tiket? Kalau begitu, awak dan saya akan berseronok!” Penjaga tiket itu mengeluarkan sebat dan memegang Syakrim.", "“Tidak! Berhenti! Dia dengan saya,” kata seorang budak lelaki berpakaian persis Syakrim. Atendan itu meneliti dokumen merah di tangan budak itu.", "Dia melepaskan Syakrim dan rasa meluat, meninggalkan jurulatih.", "“Terima kasih atas bantuan anda.” kata Syakrim.", "“Itu perkara kecil sahaja. Anyway, siapa nama awak?”", "“Saya Syaiful Syakrim.”", "Budak itu mengeluarkan buku dari poketnya. “Kalau begitu diari ini mesti milik awak. Marilah, kita duduk. By the way, nama saya Tengku Qhaidzir Tengku Sulaiman.”", "“Tengku Qhaidzir?…” Syakrim teringat sesuatu…Masa berlalu. Kereta api itu masih berjalan melalui hutan. Budak-budak itu masih berkongsi pengalaman mereka. “Jadi Qhaidzir, macam mana awak boleh masuk ni?”", "“Mmm. Saya sendiri tidak pasti. Malam lepas saya berada di asrama saya. Perkara seterusnya yang saya ingat, saya memasuki kereta api ini. Ia seperti mimpi. Dan bagaimana dengan awak?”", "“Saya? Persis seperti awak. Saya tidak tahu. Saya rasa ada sesuatu yang pelik tentang kereta api ini. Ada perasaan jahat, sejuk.”", "“Ya. Saya pun setuju dengan awak.”", "“Apabila saya memasuki kereta api ini,” kata Syakrim “Saya berada di tengah-tengah pertempuran antara Jepun dan Gurkha.”", "“Jadi awak terlibat dalam pertempuran?” tanya Qhaidzir.", "“Ya kenapa?”", "“Err… tak. Tak ada.” Qhaidzir cuba menyembunyikan sesuatu.", "12 November 1972", "Saya tidak tahu bagaimana saya boleh masuk ke sini. Semuanya benar-benar pelik dan banyak perkara pelik telah berlaku kepada saya. Pada mulanya, saya berada di asrama saya dan kemudian tiba-tiba saya berada di dalam kereta api ini terperangkap di antara pertempuran Jepun dan Gurkha. Kini, di sini saya bersama Tengku Qhaidzir, seorang budak lelaki yang hilang sejak 1960, bersama-sama terperangkap dalam kereta api tengah malam ini. Saya tidak tahu ke mana arah kereta api ini atau sama ada saya akan keluar…", "Syakrim menutup diarinya. Dia duduk seorang diri sambil Qhaidzir mencuci muka. Tiba-tiba kereta api berhenti. Dia tersentak. Tangan yang mencengkam memegangnya dan menariknya kembali ke dalam kereta api. Diarinya terjatuh di luar.", "“Diari saya!” Syakrim bergelut untuk mendapatkan semula diarinya tetapi lelaki kuat yang memegangnya seperti tidak mendengarnya. Syakrim dilemparkan semula ke tempat duduknya.", "“Syakrim? Apa yang berlaku?” tanya Qhaidzir.", "“Diari saya. Ia jatuh di luar. Saya mesti mendapatkannya!”", "“Tidak, anda tidak boleh. Saya telah cuba untuk keluar dari kereta api ini tetapi setiap kali ia berhenti, saya tidak akan dapat melalui lelaki itu.”", "“Jadi… apa yang patut kita buat sekarang? Kita tidak boleh tinggal di sini selama-lamanya. Saya ada rancangan,” kata Syakrim. Dia menunjukkan kepada Qhaidzir sebatang besi di bawah tempat duduk. Mereka berdua tersenyum.", "Jam berlalu. Mereka menunggu dengan sabar. Tiba-tiba, wisel kereta api ditiup dan pergerakannya perlahan. “Sudah hampir tiba masanya.” Qhaidzir bangun dan memecahkan tingkap manakala Syakrim bergerak ke tempat duduk bertentangan. Tindakan mereka menarik perhatian lelaki itu. Dia datang dan menangkap Qhaidzir yang berpura-pura melompat keluar. Pada masa yang sama, Syakrim memukul kepala lelaki itu sekuat hati menyebabkan lelaki itu melepaskan Qhaidzir. “Jom. Ini peluang kita.” Syakrim menarik Qhaidzir sambil mereka berdua berlari ke arah pintu. Di pintu, Qhaidzir melompat keluar terlebih dahulu tetapi sebaik Syakrim cuba keluar, pintu itu terkunci rapat dan kereta api mula bergerak. “Syakrim! Tak!…” Qhaidzir cuba mencapai pintu tetapi yang dahulunya ada pintu kini hanya ruang kosong. Kereta api telah menghadap jauh. Qhaidzir pengsan.", "“Tengku, bangun…. Saya tahu awak boleh dengar saya. Awak tak perlu takut.” Perlahan-lahan dia membuka matanya. Seorang lelaki, kira-kira 20 tahun berdiri di sebelahnya. “Siapa awak?” tanya Qhaidzir.", "“Saya Mukhri. Kawan Syakrim. Dan awak… Tengku Qhaidzir, kan?”", "“Macam mana awak tahu nama saya?” Mukhri menunjukkan sesuatu kepadanya.", "“Diari Syakrim!”", "“Saya telah menunggu Syakrim selama ini pada 12 November berharap kepulangannya. Saya dapati ini terbaring di atas lantai pada tengah malam 12 November 1976. Kemudian, malam tadi mendapati awak tidak sedarkan diri juga di tempat yang sama. Sekarang tahun 1980 .”", "“1980? Dua puluh tahun? Adakah ini bermakna saya telah menempuh masa selama dua puluh tahun ke depan? Nampaknya baru semalam saya bersama rakan-rakan saya menunggu kereta api pulang ke rumah.”", "“Saya takut itulah yang berlaku. Saya tidak dapat menjelaskannya tetapi awak bernasib baik kerana awak masih hidup. Di mana Syakrim?”", "“Maafkan saya. Dia masih terperangkap di sana.” “Maksud awak…”", "“Ya.” seketika mereka berdua diam.", "“Qhaidzir, kamu mesti sedar yang tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang akan percaya yang kamu masih wujud. Bagi mereka, Tengku Qhaidzir hanyalah orang m**i. Kamu mesti terima itu.”", "“Tidak! Saya Tengku Qhaidzir dan saya masih hidup. Tiada siapa yang boleh merampas hak milik saya. Saya mesti memperjuangkan apa yang patut.”", "“Jadi… kalau itu yang awak nak, terpulanglah. Tapi banyak kepayahan yang awak akan hadapi,” kata Mukhri.", "“Saya faham.”", "P : Mat" ]
[ "Google translate?", "bahasa macam haram jadah camni pi lepas masuk fs..", "cerita bagus cuma macam baca google translate!", "Baru baca perenggan ke2 tp xblh fokus sbb bhs entah hapa2 scroll down ke komen 😂😂 hahaha patutlah semua kondem", "Peningg aku baca" ]
https://fiksyenshasha.com/pengalaman-menziarah-kubur-di-waktu-malam/
Pengalaman menziarah kubur di waktu malam
[ "Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua peminat Fiksyen Shasha. Nama aku Dai, Harini aku akan menceritakan sebuah pengalaman aku sendiri yang berlaku pada tahun 2019 ketika aku kehilangan seorang ayah yang aku sayangi dan cintai. Al-fatihah kepada ayahndaku.", "Selepas selesainya pengurusan jenazah arwah ayahku, tiga hari berturut-turut aku akan melawat kuburnya diwaktu siang sebab aku dapat cuti ihsan dari syarikat untuk menguruskan jenazah arwah ayah.", "Nak dijadikan cerita, cuti aku sudah habis dan pekerjaan aku ni dikirakan oncall 24 jam…cuti pun sehari dalam seminggu. jadi, ketika di waktu siang jadual aku agak padat dan aku mengambil keputusan untuk ziarah kubur arwah ayah aku bila selesainya kerja pada jam 10.00 malam kadang kala lebih lewat lagi.", "Pengalaman hari pertama melawat kubur waktu malam seorang diri memang agak luar biasa bagi aku. Dengan keadaan kawasan perkuburan yang kurang pengcahayaan dan kawasan yang agak suram. Tapi aku cekalkan hati untuk teruskan niat aku untuk menziarah kubur arwah ayah. Alhamdulillah tiada kejadian aneh yang berlaku di kawasan tersebut.", "Malam kedua dan ketiga masih tiada perkara aneh yang berlaku ke atas diriku.Sehinggalah malam yang keempat aku ziarah kubur aku telah diganggu dengan kelibat-kelibat yang aku rasa seolah-olah melintasi tepi aku dan belakang aku dengan sekali pandang.Masa tu jam menunjukkan hampir jam 12 tengah malam.Aku tak menghiraukan kelibat mereka sebab aku menganggap ini semua mungkin khayalan aku saja.", "Pada keesokan malamnya selepas waktu kerja 10 malam, malam tu malam jumaat aku pergi ziarah kubur arwah ayah aku. Ada satu simpang tu memang nak kena lalu dekat situ untuk pergi ke kubur arwah ayah aku, tiba-tiba aku merasa meremang satu badan dan terus aku memberhentikan motosikal aku. Aku memandang sekeliling aku memang tiada seorang pun manusia di situ melainkan hanya aku seorang saja di situ.", "Jadi aku teringat satu video pesanan ringkas dari ustaz Azhar Idrus yang aku tengok hari tu.Uztaz UAI kata di kubur tiada hantu melainkan hanyalah roh orang-orang yang hanya memerlukan doa dari kita yang masih hidup ni.Jadi aku sedekahkan al-fatihah kepada penghuni kubur di situ dan serta merta aku merasakan bulu roma aku yang dari tadi asyik meremang terus hilang.", "Tanpa membuang masa aku terus menghidupkan motosikal aku dan pergi ke kubur arwah ayah aku.Setelah selesai membacakan yasin, dalam perjalanan aku keluar dari kawasan perkuburan tu aku terdengar jelas seakan ada orang duk tengah memanggil aku “hoi” dari arah kubur muslimat.aku terus memberhentikan motosikal aku dan menghalakan cahaya lampu motosikal aku ke arah perkuburan muslimat.Tetapi tiada sesiapa disitu yang aku lihat.", "Aku dengar suara yang memanggil aku tu seakan datang dari sebuah pondok untuk orang berehat di atas kawasan perkuburan muslimat.Masa tu aku melihat waktu menunjukkan 12 tengah malam lebih dah.", "Aku turun dari motosikal aku dan berjalan pergi ke arah pondok tu dengan menggunakan lampu flash telefon aku saja.Bila sampai disana dan aku memandang keadaan sekeliling memang tiada satu kelibat manusia pun waktu tu melainkan hanya aku seorang sahaja.Aku ingatkan ada orang yang menjaga kubur yang berada disitu tetapi memang tiada sesiapa di kawasan tu.", "Kemudian aku berpatah balik pergi ke motosikal aku dan terus pulang kerumah yang tidak jauh dari situ dalam keadaan tertanya-tanya siapa yang menegur aku tadi tu.", "Selepas dari tu aku memang jarang pergi melawat kubur arwah ayah aku disebabkan atas urusan kerja.Tetapi aku sebagai anak tak pernah putus mendoakan kedua orang tua aku walau sesibuk mana pun aku.Bila kedua orang tua kita telah tiada di dunia ni, mereka hanya menginginkan doa kita sebagai anak untuk mereka dan pahala yang kita kirimkan kepada mereka.", "Pesanan untuk diri sendiri dan para pembaca fiksyen sasha. Sibuk mana pun kita janganlah kita lupa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita yang telah pergi ataupun yang masih hidup.Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh dan solehah yang mendoakan untuknya”." ]
[ "Laaa tu jurrr????", "Tak best langsung..bungol hiqam nih", "Beraninya awak" ]
https://fiksyenshasha.com/pusaka-warisan-part-7/
Pusaka Warisan part 7
[ "Penulis: syamsyidee", "Berdekah-dekah Mikael ketawa bila tahu Haikal pengsan kerana terkejut Aiza mengandung dan dia akan menjadi atok tak lama lagi.", "Semenjak dari itu, Aiza dijaga dengan sangat baik, tak ada satu pun kerja yang Aiza boleh buat. Mereka menyuruh Aiza berehat dan jangan buat apa kerja sekalipun.", "Hari-hari seterusnya hanya Saodah yang akan meniaga nasi lemak di pondok depan simpang itu. Mikael dan Haikal mengerjakan ladang belakang rumah dengan lebih keras. Semua nya untuk ahli baru dalam keluarga itu.", "Aiza tidaklah keseorangan dirumah, dia selalu ditemani oleh Hanum. Hanum menjaga Aiza seperti kakak kandungnya sendiri. Aiza seringkali mempelawa Hanum untuk duduk sekali bersama mereka di rumah agam itu. Tapi Hanum menolak, Dia merasakan tidak layak untuk duduk bersama keluarga yang sangat bahagia itu.", "Ada satu petang, ketika Haikal berseorangan di ladang belakang rumah, dia didatangi oleh Balqis. Balqis tidak lagi bersembunyi, dia semakin berani munculkan diri dihadapan mereka. Dan sekarang Balqis menuju ke arah Haikal.", "Haikal perasan Balqis menuju kearahnya, dengan pantas Haikal membuka langkah untuk mulakan serangan jika Balqis terus melangkah.", "“Tujuan aku kesini bukan mencari lawan dengan kau! Kau tak setanding aku dan kau pun tahu hal itu kan?” Balqis mula berbicara sambil tersenyum sinis.", "“Kau nak apa perempuan durjana? Aku belum membalas dendam terhadap apa yang kau lakukan pada aku dulu!” keras dan dalam kata-kata Haikal.", "“Jangan takut, aku takkan m******h kau. Aku datang cuma nak bagitahu kau kalau anak itu lahir sahaja, kau akan kehilangan kuasa kau sepenuhnya. Kau jangan lupa aku tahu keadaan badan kau yang makin lemah, dan kau juga dapat rasakan bukan?” Balqis cuba menghasut Haikal untuk kembali berjuang untuknya.", "Kali ini Rencana Balqis bukan untuk mengawal badan Haikal, tetapi untuk membuatkan Haikal berpihak kepadanya dengan menggunakan kesempatan yang ada. Balqis tahu jika dia nak melawan mereka sekeluarga, dia akan kalah dan akan m**i begitu sahaja. Balqis tak setanding dengan mereka jika mereka bersatu.", "Haikal tidak mempedulikan apa yang Baqis katakan.Balqis diusirnya keluar dari kawasan itu, dan Dia juga melarang Balqis mendekati mana-mana ahli keluarganya yang lain. Dia tidak teragak-agak untuk terus m******h balqis jika Dia melanggar kata-katanya.", "Malam itu selepas makan, Haikal menceritakan hal yang berlaku kepada Aiza,Mikael dan Saodah. Terkejut juga mereka mendengarnya. Tetapi ada sikit perasaan lega apabila mengetahui Balqis tidak berbuat apa-apa yang buruk.", "Aiza juga menceritakan hal Hanum yang tidak mahu apabila diajak duduk bersama mereka, Haikal memberi cadangan untuk mereka bersama pergi kerumah Hanum esok pagi untuk membincangkan hal itu.", "Bila mereka sampai dirumah Hanum yang hanya beberapa langkah sahaja dari rumah agam itu, Hanum berasa sangat senang dan juga dalam masa yang sama dia hairan kenapa mereka semua datang. bukan lah tak suka tapi cuma hairan sahaja, biasanya cuma dia yang akan kesana atau mereka akan berjumpa di pondok depan simpang itu sahaja.", "Tanpa berlengah Saodah terus membuka mulut.", "“Sebenarnya Mak Odah nak jodohkan kau dengan Haikal”", "Bukan main terkejut Hanum mendengar, terus merah mukanya.", "“Kenapa tiba-tiba macam ni mak Odah?” Soal Hanum", "“Kau pun tahu kan keadaan kita semua macam mana sekarang. Lebih selamat kalau kita semua bersatiu.” kata Saodah", "“Yela Hanum, lagipun saya sebenarnya dah lama juga pendam perasaan suka dan sayang pada awak.” tambah Haikal.", "Memang betul Haikal ada perasaan pada Hanum dari mula lagi, cuma dia rasakan jarak usianya yang jauh lebih kurang 20 tahun itu yang menjadikan Haikal hanya memendam sahaja perasaan nya.", "“Betul ke? Atau saja nak mainkan perasaan Hanum?” soal Hanum", "“Tak lah, saya memang suka pada Hanum, cuma risau Hanum tolak sebab saya tua” jawab Haikal sambil menundukkan pandangan.", "“Baiklah kalau begitu, tapi Hanum ada satu permintaan.”", "“Apa dia Hanum?” Saodah dan Haikal serentak bertanya.", "“Selepas berkahwin, Hanum kena duduk dengan kamu semua kan? Jadi permintaan hanum cuma satu, rumah ni jangan dirobohkan atau dibuat apa-apa. Ni sajalah kenangan Hanum dengan keluarga Hanum, mereka dah tak ada, setidaknya rumah ni akan jadi pengubat rindu Hanum pada mereka.”", "Mereka setuju dengan permintaan itu,perkahwinan Haikal dan Hanum telah diadakan dengan sangat meriah sekali.", "Itulah kali pertama mereka menjemput jiran-jiran yang berada dikawasan itu untuk datang kerumah agam itu.", "Sangat ramai orang yang datang, kawasan itu sudah pun jadi satu pekan, dah tentu akan ramai penduduknya.", "Mereka sangat senang dengan keramahan penduduk disitu, penduduk disitu juga masih sangat menghormati kerluarga Aiza, Mereka semua tahu Aiza dan keluarganya adalah penduduk asal disitu. Dan ada tanah dan rumah yang didiami oleh mereka mlik keluarga Aiza.", "Aiza sahaja yang tak pernah ambil peduli dengan tanah-tanah nya itu. Baginya cukup semua orang dapat hidup aman damai serta harmoni disitu.", "Dengan ada nya majlis seperti itu kini penduduk disekitar jadi lebih gembira, Aiza rasa bersyukur sangat kerana mereka semua menerima dia dan keluarganya, malah mereka merasakan seperti satu keluarga yang besar.", "Penduduk lainnya selalu juga membawa hadiah seperti buah-buahan , hampir setiap hari ada sahaja barangan pemberian penduduk sekitar situ, Saodah membuat keputusan tidak lagi berjual nasi lemak disimpang sebaliknya hanya memberikan secara percuma sahaja. Makan serta minum mereka sekeluarga sentiasa cukup, hasil di ladang belakang pun telah membuahkan hasil dan ditambah dengan pemberian penduduk kampung yang lainnya.", "Hasil dari ladang pun Aiza tidak menjual, cukup mennghantar bekalan itu ke pasar sahaja untuk kebajikan penduduk di situ. Bagi nya hasil-hasil itu harus dikongsi bersama, mereka pun akan berkongsi rezeki juga. Cuma bunga-bunga sahaja yang dijual di kedai bunga milik Aiza dan Saodah yang berada ditengah-tengah bandar itu.", "Hari semakin berlalu,Balqis tidak pernah muncul melainkan pada Aiza hampir nak bersalin. Aiza mahu bersalin dirumah sahaja, disambut oleh beberapa doktor pakar yang sememangnya penduduk disitu juga. Jiran-jiran juga ada datang kesana untuk menyambut ahli baru dalam keluarga itu.", "Keadaan menjadi sedikit huru-hara dengan kemunculan Balqis, ada yang melarikan diri dari situ, ada yang masih kekal disitu nak mempertahankan keluarga itu. Aiza amat terharu dengan mereka.", "Haikal dan Mikael menerjah ke hadapan rumah. Kini dihadapan mereka adalah seorang ahli sihir yang kejam dan menunggu masa nak menyerang mereka.", "Balqis memulakan bicara, “anak itu tidak boleh lahir di dunia ni!!” bergema suara Balqis dan sangat menyeramkan kepada sesiapa sahaja mendengar nya.", "“Apa kau mahu setan!!” Laung Haikal.", "“Aku dah cakap pada kau dulu, kalau anak itu lahir kau akan m**i!”", "“Biarkan saja hal itu, kau jangan masuk campur urusan keluargaku!”", "“Kau ingat aku tak tahu, kalau aku m**i, kau juga akan m**i!”", "Tersentak Balqis mendengar kata-kata Haikal. Ya, Balqis juga akan m**i sekiranya Haikal m**i. Hal ini kerana semasa Balqis nak keluar dari badan Haikal dulu, Haikal sempat membaca satu mentera mengikat roh Balqis dan Haikal. Sekirang Haikal m**i,Balqis juga akan turut m**i. Jadi dengan itu Balqis tidak akan mengapa-apakan dia lagi.", "Mikael hanya mampu mendengar sahaja perbualan mereka, tidak tahu nak berkata apa. Dia hanya mampu bersedia dalam langkah berjaga atas sebarang kemungkinan.", "“Kau tak ada pilihan Balqis!” Jerit Haikal lagi.", "“Kau tetap akan m**i sama ada kau membuka langkah menyerang atau kau membiarkan semua ni terjadi.”tambah Haikal lagi.", "“Cuma sekarang kau ada pilihan, untuk m**i sebagai penjahat atau juga untuk m**i sebagai seorang yang telah bertaubat atas segala dosa silam nya” tegas Haikal lagi.", "Balqis mula menangis, dia tidak mahu m**i begitu. Dia juga kesal tak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Baginya umpama menunggu hukuman gantung yang telah diberikan oleh seorang hakim keatas pesalah, Dia tahu akan m**i sebentar lagi tapi tak boleh buat apa-apa.", "Balqis menangis semakin kuat, suasana betukar menjadi sayu dan hiba. Mikael tercengang melihat semua itu. Dia mampu melihat Balqis yang terduduk di hadapan nya itu.", "Mikael mula menyoal Haikal, “apa maksud kau akan m**i bila anak aku dan Aiza lahir?”", "Balqis menyampuk “ Aiza adalah keturunan ketujuh dalam susur galur serigala jadian, bila dia melahirkan keturunan kelapan, semua dari golongan vampire, serigala jadian dan juga ahli sihir akan m**i disaat kelahiran itu.”", "“Dan itulah yang menjadi sebab kenapa aku ingin m******h seluruh keluarga kali sebelum ini semua terjadi! Sekarang semuanya dah terlambat!” tambah Balqis lagi.", "“Betul ke Haikal??” tanya Mikael mula rasa bersalah.", "“Tidak! Aku tak percaya semua itu. Ajal maut ditangan Tuhan, tak ada kena mengena dengan kelahiran seseorang!” Tegas Haikal.", "“Kau masih tak percaya lagi? Dengan kehilangan kuasa kau dan juga keadaan kesihatan kau semakin memburuk sekarang?” Tanya Balqis sayu.", "Balqis cuma tidak mahu m**i dan kerana alasan itulah Balqis menjadi seorang yang sanggup m******h dan hasil daripada didikan raja sihir yang kejam itu, Balqis juga berubah menjadi kejam. Tapi sekarang dia tidak mampu melawan takdir.", "Suasana memjadi hening, penduduk yang sememang nya tahu kisah keluarga Aiza menjadi sayu mendengar apa yang dikatakan Balqis. Semua keliru dan sedih. Masing-masing tak tahu apa yang patut dilakukan. Mereka datang untuk meraikan kelahiran dan kematian dalam masa yang sama.", "Keadaan menjadi tegang apabila Hanum keluar memanggil Mikael dengan cemas. Kelam kabut Miakel masuk kedalam. Mereka semua menunggu dengan penuh debaran. Semuanya tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.", "Balqis masih terduduk tidako mampu mengawal perasaan nya. Bergitu juga Haikal yang mengawasi Balqis, dalam masa yang sama Haikal juga menunggu semuanya dengan penuh debaran.", "Masuk sahaja Mikael kedalam, dia diberitahu Aiza telah selamat melahirkan anaknya. Menitik air mata keluar dari kelopak Mikael. Gembira menjadi seroang ayah. Bila teringat hal yang jadi sebentar tadi, terus dia bertanya akan hal isterinya. Doktor yang ada disitu berkata semuanya telah selamat. “Janganlah tuan risau hal itu, semuanya selamat dan tuan masuklah kedalam untuk azankan anak tuan dan tengoklah keadaan isteri tuan. Tak ada pekara yang buruk berlaku” jelas doktor itu.", "Masuk sahaja kedalam bilik, Aiza hanya tersenyum melihat Mikael. Mikael mendukung anak nya dan melaungkan iqamat untuk anaknya. Anaknya comel, mukanya putih kemerahan. Selesai sahaja iqamat, Mikael meletakkan kembali disebelah Aiza. wajahnya betukar kesedihan.", "“Apa yang berlaku abang?” tanya Aiza kepada Mikael.", "Mikael menceritakan kejadian tadi. Aiza hanya mendengar sambil tersenyum sahaja.", "Aiza berkata “ Jangan risau tentang hal itu abang. Aiza telah membuang sumapahan itu pada hari kita bernikah. Selepas kita bernikah, saya ada meminta untuk masuk kebilik bawah tanah ni kan. Disitu lah saya membuang sumpahan itu. Itu pun sebenarnya secara kebetulan. Kebetulan Aiza tahu saat masuk kedalam bilik itu. Mak Odah yang temankan Aiza kesitu. Sebab itu juga lah Mak odah tak melarang Pakcik bernikah dengan Hanum.”", "Terkejut juga Haikal mengetahui hal itu. “ Jadi tiada apa yang akan berlaku kepada Pakcik?” tanya Haikal.", "“Ya bang. Termasuklah Balqis juga akan selamat daripada sumpahan itu. Cuma da satu saja syarat untuk menamatkan sumpahan itu”", "“Apa syaratnya?” tanya Haikal mula bingung dan tak sedap hati.", "“Syaratnya Aiza akan jadi serigala jadian setiap kali bulan mengambang, selain daripada itu tak ada apa-apa yang akan memudaratkan kita semua bang. Itu pun akan berlaku selepas anak kita berusia 7 tahun nanti.”", "Lega hati Mikael dapat tahu tiada lagi yang harus terkorban.”Tapi..” kata-kata Aiza terhenti.", "“Tapi apa sayang?” tanya Haikal.", "“Esok lah sayang ceritakan lagi, bawa sekali Balqis ya abang”", "“Baiklah, sayang berehat dulu ya, abang uruskan hal diluar”", "Setelah mereka semua nampak Mikael keluar, mereka tumpukan pandangan kearah Mikael.", "Sampai sahaja di hadapan Balqis dia berkata", "“Tak perlu bersedih lagi. Tiada siapa yang akan m**i tapi kau harus datang kesini esok malam. Aiza ada sesuatau yang harus diperkatakan.”", "Balqis dan Haikal bingung memikirkan kenapa mereka berdua masih hidup lagi.", "“Mikael, adakah anak kau..” baru sahaja Haikal membuka mulut, Saodah menyampuk dari arah belakang.", "“Jangan nak memandai-mandai, cucu aku elok lahir di dalam tu”", "“Esok kau datang sini Balqis, ada hal yang lebih penting lagi” ujar Saodah lagi.", "Dalam masa yang sama semua penduduk yang menyaksikan kejadian itu bersorak gembira. Mereka menyambutnya sehingga lupa akan Balqis yang satu ketika adalah jahat.", "Balqis juga terpinga-pinga dengan kejadian itu. Haikal tahu Balqis tiada tempat tinggal, dia berbincang dengan Hanum untuk membiarkan Balqis tidur dirumah Hanum, Hanum bersetuju tanpa membantah.", "Keadaan sekarang menjadi sangat baik dan itu semua tiada siapa yang rancang melainkan perancangan yang Maha Esa sahaja.", "Setelah larut malam, penduduk sekitar juga beransur pulang kerumah masing-masing. Hanum dan Haikal menghantar Balqis balik kerumah Hanum.", "Disaat Hanum dan Haikal nak beredar pulang, Haikal sempat berpesan pada Balqis “Hargai lah peluang kedua ini dan jangan sesekali terlintas untuk sia-siakannya kerana akan tiada lagi peluang ketiga akan diberikan” cukup ringkas dan dalam maknanya pesanan nya.", "Keesokkan hari nya, Aiza telah bangun dan sedang membuat sarapan untuk mereka semua, terkejut sungguh mereka melihat Aiza di dapur.", "Saodah mula nak membebel tapi belum sempat buka mulut Aiza berkata,", "“Aiza dah sihat mak, korang semua janganlah lupa Aiza kan bukan manusia biasa, boleh sembuh dengan masa yang sangat cepat” kata Aiza sambil tersengih.", "Mereka juga baru teringat akan hal itu. Hari itu merupakan hari yang biasa sahaja apabila menjelang malam, Balqis datang kerumah agam itu,", "Kali pertama Balqis menjejakkan kaki kedalam rumah itu, satu ketenangan yang belum pernah dirasainya sepanjang hidupnya.", "Mereka menyambut kedatangan Balqis dengan ramah sekali. Seakan Balqis juga adalah sebahagian daripada keluarga mereka.", "Bila semua telah duduk di ruang tamu, Aiza mula menceritakan apa yang berlaku dihari pernikahannya dahulu.", "Masa Aiza masuk dalam bilik bawah tanah itu, ada satu aura negatif yang sangat kuat menyelubungi tempat itu. Aiza membangunkan rumah agam itu diatas tapak asal rumah orang tuanya dahulu, jadi dia sendiri tahu akan kewujudan beberapa bilik tersebut.", "Diajaknya Saodah sebagai peneman, tak tahu tujuan menngapa dia masuk kebilik bawah tanah itu, Aiza cuma dapat rasakan ada sesuatu yang memanggil dia untuk kesitu. Disitu juga lah satu peristiwa pelik berlaku, keadaan bertukar seperti ribut kencang, Saodah dan Aiza hampir sahaja melarikan diri keatas dan tiba-tiba ada lembaga besar muncul dihadapan mereka.", "Lembaga itu merupakan seekor serigala jadian yang sangat besar. Lebih besar dari pakciknya Haikal. Mereka berundur beberapa langkah ke belakang.", "“Jangan kau takut wahai cucu ku, Aku adalah daripada leluhur mu juga. D***h yang mengalir dalam badan kau adalah d***h yang sama mengalir ditubuhku.” kata lambaga itu.", "Lembaga itu adalah atok moyang Aiza tapi ianya hanyalah munculkan diri tanpa jasad yang nyata.", "Lembaga itu menceritakan hal sebenar tentang keturunan mereka. Dan dia juga menceritakan bagaimana keturunan raja sihir ingin menghapuskan mereka semua. Dan disitu juga lah Aiza diberitahu tentang perjanjian ataupun sumpahan yang mereka buat satu ketika dahulu. Lahir sahaja anak dari keturunan ketujuh, mereka yang mempunyai kuasa hebat akan m**i semuanya sekiranya ada kuasa yang masih tersiksa dalam diri mereka.", "Dengan itu Aiza meminta cara untuk menghapuskan sumpahan itu demi melindungi keluarga nya serta menamatkan permusuhan ahli sihir keatas keluarga mereka.", "Aiza juga memikirkan apa yang akan terjadi kepada mereka yang duduk di sekitar situ, kalau keluarga itu musnah, ahli sihir akan kembali berkuasa dan akan menindas semua orang sama macam dulu.", "Sumpahan boleh dibatalkan daengan cara Aiza menyerap semua kuasa yang tersisa daripada mereka termasuklah Balqis. Hari demi hari Aiza menyerap kuasa mere sidikit demi sedikit, rancangan Aiza jadi mudah apabila tahu Balqis kembali kesitu untuk membalas dendam.", "Setelah menyerap kuasa itu semua, Aiza hanya seorang sahaja yang mempunyai kuasa itu, mereka dapat merasakan kuasa mereka telah hilang, dan Balqis merasakannya dan menganggap dia perlu menghapuskan aiza dan anak ya untuk menyelamatkan nyawanya sendiri.", "Mulia sungguh hati Aiza kerana ada akibat keatas keputusan nya itu.", "Aiza akan berubah menjadi seekor serigala jadian yang sangat ganas apabila anak nya berusia 7 tahun. Tidak lah lama tempoh Aiza bertukar, hanya waktu malam sahaja. Tapi masalahnya, dia tidak akan mengingat siapa lagi dirinya dan orang disekelilingnya pada waktu dia bertukar itu.", "Balqis mendengar dengan teliti dan membuat keputusan untuk berkhidmat sebagai panjaga untuk keluarga itu.", "Sejak dari itu dia telah berpindah duduk dirumah agam itu dan mula membuat satu bilik khas untuk Aiza gunakan apabila datang waktunya nanti.", "Keadaan semakin baik sejak dari peristiwa itu. Anak Aiza yang diberi nama Mawar…", "Jemput follow saya di page saya ya.terima kasih kepada yang support" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/semakan-btr/
Semakan BTR 2023: Status Pembayaran Januari 2023
[ "Beberapa individu telah berkongsi bahawa mereka telah menerima bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) fasa 1. Bulan Januari 2023 adalah tarikh pembayaran yang telah diumumkan oleh kerajaan seperti yang telah diumumkan sebelum ini.", "Amaun bayaran Fasa 1 BTR akan membayar kepada penerima dengan jumlah seperti berikut:", "Cara Semakan Status Pemegang akaun yang menggunakan Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah penerima yang telah menerima bayaran terlebih dahulu. Beberapa screenshot telah dikongsikan yang menunjukkan bayaran RM300 telah dimasukkan ke dalam akaun penerima. Anda boleh melihat screenshot seperti yang ditunjukkan di bawah ini.", "Daripada screenshot ini, dapat dibuktikan bahawa pembayaran BTR fasa 1 telah bermula pada 15 Januari 2023. Ini bermakna, penerima akan menerima bayaran yang akan diagihkan pada tarikh tersebut.", "Selain itu, penerima juga boleh melakukan semakan melalui online banking masing-masing untuk melihat jika terdapat transaksi masuk ke dalam akaun mereka. Pilih jenis perbankan internet yang telah didaftarkan, dan log masuk. Beberapa bank yang boleh digunakan adalah Maybank, CIMB, BSN, Public Bank, Bank Islam dan lain-lain.", "Penerima juga boleh mengunjungi laman web berikut untuk membuat semakan status BTR mereka: https://btr.hasil.gov.my. Masukkan nombor kad pengenalan pada laman login dan kata laluan. Klik semak. Anda juga boleh mengikuti saluran ini untuk maklumat mengenai BTR.", "Laman web yang sama juga membolehkan penerima untuk membuat kemaskini maklumat seperti nombor akaun, alamat, dan juga bilangan anak. Tarikh kemaskini akan diumumkan oleh LHDN pada portal https://bkm.hasil.gov.my sebelum penerima dibenarkan untuk melakukan kemaskini.", "Anda akan mendapat bayaran dengan jumlah RM300 bagi pembayaran fasa 1 ini.", "Anda akan menerima bayaran sebanyak RM100 bagi pembayaran fasa 1 ini jika anda belum/tidak pernah berkahwin (bujang)." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/siapa-yang-mengikuti-3/
Siapa Yang Mengikuti?
[ "Salam sejahtera kepada semua pembaca di FS. Cerita ini betul-betul terjadi kepada kami sekawan cuma nama pada watak tu saya ada tukar la untuk menjaga privasi. Cerita ini terjadi semasa cuti perayaan hari gawai masa tu. Sudah menjadi lumrah para pelajar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Namun, tidak bagi aku, Esther, Maldini, Jubin dan juga Anne. Kami berlima memilih untuk bercuti di sebuah rumah panjang orang Iban untuk mengenali aktiviti masyarakat perkampungan tersebut semasa perayaan hari gawai. Kami berlima memilih untuk bertolak dari kolej pukul 08:00 malam kerana nak mengelakkan kesesakkan dijalan raya lah katakan. Dalam perjalanan tu, seronok lah juga bercerita perkara yang lawak sehingga tak sedar jam sudah pukul 11.24 malam. Dalam keseronokkan bercerita, tetiba pulak si Esther buka topik cerita hantu dimana jalan yang kami lalui malam tu merupakan jalan yang penuh dengan mistik.", "Tak semenanya suasana yang penuh gelak tawa tadi bertukar menjadi sunyi sepi. Aku dan Maldini sukakan cerita seram apalagi terus fokus la akan apa yang disampaikan oleh Esther. Anne yang duduk dikanan cermin pintu tanpa segan silu meminta duduk ditengah diantara aku dan Maldini kerana dia jenis yang penakut bila berkaitan perkara yang seram sebegini. Dalam memecahkan kesunyian malam dijalan raya, Esther menanyakan kami berempat:", "“Eh, korang! Korang tau tak jalan yang kita lalui sekarang ni banyak orang yang eksiden? Ada yang jatuh ke gaung, ada kereta yang dipandu mereka dirempuh oleh lori. Bukan itu saja, dijalan ini juga sering kali melihat kelibat sesuatu. Sesuatu tu aku takyah la sebut sebab korang tau kan. Kan?” Tanya Esther.", "Jubin yang sedang rancak menghisap rokok “Vape” nya langsung sahaja berhenti dan terus menutup cermin keretanya.", "“Uishh..!! Tak guna la kau ni Est! Malam begini kau pula bercerita hantu. Tukar topik lain boleh tak? Kita sekarang ni berjalan diwaktu malam bukannya pagi.” Ujar Jubin kepada Esther.", "“Alaaa.. Bukannya ada apa-apa pun kan. Pengecut la korang ni. Korang tau tak, makin korang takut, makin benda tu nak kacau tau tak?” Jawab Esther kepada Jubin.", "“Ermm.. Korang berceritalah. Aku tak nak masuk campur.” Sampuk Anne lalu memasang ‘earphone’ ke telinganya sambil memasang lagu di telefonnya.", "Jauh disudut hati Anne, dia memang tak sabar untuk sampai ke destinasi yang ditujui kerana nampak wehh mukanya takut betul masa tu. Haa, ngam la pulak masa tu hujan renyai-renyai ditambah dengan dengan kilat sekali sekala menerangkan kawasan jalan raya. Dalam perjalanan kami menuju ke rumah panjang tersebut, kita guna jalan ladang sawit sebab jalan tu memang jalan pintas ke kawasan rumah panjang tersebut. Dek kerana hari hujan, segala bau air dari ladang sawit mula menusuk kedalam hidung kami walaupun cermin sudah ditutup. Ada pulak kawanku sorang ni si Maldini agak celupar sedikit orangnya.", "“Eww.. Baunya. Bau apa ni?” Tanya Maldini dengan nada agak kesombongan sedikit.", "“MALDINI!!” Teriak Jubin dan Esther.", "Aku yang dengar Maldini kata macam tu langsung sahaja menutup mulutnya sambil tangan sebelah ku mencubit telinga kirinya.", "“Eh Mal, ko boleh tak jaga sikit mulut tu? Kang benda tu ikut nanti baru ko tahu.” Marahku dengan nada yang agak tinggi.", "Anne yang terkejut dengan tindakanku tadi langsung menarik ‘earphone’ miliknya sambil bertanya;", "“Weh, sudah-sudahlah korang. Takyah la cerita pasal hantu lagi. Tukar topik lain boleh tak?” Teriak Anne. Haa, semuanya diam seribu bahasa dan buat kerja masing-masing.", "Lebih kurang 5 minit kitorang diam, si Anne pasang la lagu di HP nya ke player yang sudah disambungkan menggunakan pelayar ‘Bluetooth’. Habis jer dua buah lagu dimainkan tak semena-mena satu lagu seram seperti di filem Indonesia “Kuntilanak” (Pontianak keluar dari cermin) mula berkumandang di speaker.", "“Lingsir wengi sliramu tumeking sirno\nOjo Tangi nggonmu guling\nAwas jo ngetoro\nAku lagi bang wingo wingo\nJin setan kang tak utusi\nJin setan kang tak utusi\nDadyo sebarang\nWojo lelayu sebet”.", "Kita semua memandang sesama sendiri dan menyuruh Anne tukar lagu tersebut. Haa, start dari itu bermulalah gangguan pertama kitorang. Tengah leka bermain permainan di telefon, bahu kiriku macam ada tangan jer menyusup kedadaku. Tergamamlah juga masa tu. Bila cari kepastian, yang sibuk dok meraba tadi hilang begitu saja. Ku melihat semua buat kerja masing-masing cuma Esther dan Jubin sedang rancak berbual.", "Dalam perjalanan kitorang yang masih setengah jalan tu, tetiba si Jubin menghentikan keretanya dalam keadaan cemas. Katanya, dia melihat kelibat perempuan dalam lingkungan 40 lebih tetiba berlari dari bahu kiri jalan ke kanan. Bila kereta dah stop tak nampak lah pula kelibat perempuan tu. Masa tu, dah berpeluh dah Jubin. Belum sempat dia tafsir, Maldini terus beri konklusi cuma lamunan jer dan meminta dirinya untuk membawa kereta. Perjalanan ke kawasan rumah panjang masih jauh lagi dan ku lihat semua tidur cuma aku, Esther dan Maldini sahaja masih terjaga. Tidak lama lepas tu, si Esther tetiba saja memekik beritahu yang dia ternampak seorang perempuan berdiri diatas batu jalan raya. (Batu jalan yang menunjukkan berapa batu lagi untuk sampai ke destinasi)", "Kami berempat dengan suara Esther terus melihat kebelakang namun semuanya gelap gelita. Sejak kes tu tadi, si Esther menanggis sahaja. Adala si Anne cuba tenangkan Esther namun gagal. Lama juga kami menenangkan Esther nasib la dia berhenti menanggis. Dia pun melekatkan kain di cermin pintunya kerana tak sanggup lagi kot-kot ternampak sesuatu. Semasa membuka cermin kereta, kami terdengar bunyi helaian ketawa begitu halus sekali. Kitorang tersentak. Kata orang kalau dengar bunyi ketawa sayup jer bunyi, bermakna benda tu dekat jer dengan kita, kalau kuat pula bermakna dia jauh dari kita. Haa.. Itula cik ponti. Kitorang apa lagi, semua kaku la.", "Masatu, kenderaan mula terasa berat padahal bukannya naik bukit pun. Okay, masatu bermulalah gangguan cik ponti ni. Kitorang dah takut betul masa tu. Bila pandang cermin belakang depan nampak la satu kain putih terjurai tapi mukanya tak nampak sehingga si Maldini menaikkan lampu tinggi. Masatu tersuluh lah mukanya. Mukanya? Tak payah cerita la. Masih cantik lagi yang dekat dalam TV tu. Yang satu ni, Astaga! Tak mampu nak describe. Dia mengilai tak henti-henti. Pelbagai cara dia ganggu kitorang. Sampai satu saat kitorang ternampak satu rumah berdindingkan daun nipah dan ada lampu kitorang terus menghentikan kenderaan disana. Punyala berlari lintang pukang kerumah tu. Masa tu memang masuk redah jer tanpa minta salam. Sekali nampak seorang nenek duduk diruang tamu sambil menuangkan air teh di lima cawan serta menjemput kitorang duduk. Dia seperti tahu akan kedatangan kitorang.", "Sekali aku dan Anne melihat keluar cermin. Jelas terpampang cik ponti melihat kitorang melalui cermin. Berderau d***h kitorang. Sambil tu nenek tadi terkumat kamit seperti membaca sesuatu yang tak jelas. Barulah gangguan tadi hilang. Si nenek tadi terus menjelaskan bahawa cik ponti ni datang sebab ada yang memanggilnya. Kami semua terkedu dan melihat Anne sebab masa perjalanan tu dia terpasang lagu permujaan tersebut. Barulah kitorang faham. Dengan masa tu juga Anne terus delete lagu tersebut. Nenek tersebut mempelawa kitorang untuk bermalam dirumah usang sementara hari sudah jauh malam. Kitorang bersetuju. Kitorang bergumpul tidur diruang tamu. Dalam jam pukul 03:00am kalau tak silap, aku terbangun la sebab nak kencing, aku tengok Jubin dan Maldini nyenyak punya tidur m**i. Aku kejutkan untuk temankan aku pun tak sedar juga. Masa tu baru aku sedar si Esther dan Anne takda disamping kitorang.", "Aku pun apalagi, pergi seorang la ketandas. Masa perjalanan tu aku dengar ada orang menanggis kecil jer bunyi didalam bilik. Bunyinya memang kenal dah, memang suara Anne dan Esther. Aku cuba cari lubang kecil dan tengok apa yang berlaku. Kulihat Anne dan Esther menanggis teresak-esak ingin melepaskan diri. Aku pun apa lagi berlari la mendapatkan Jubin dan Maldini untuk bantu melepaskan mereka berdua. Kitorang ambil kata sepakat untuk tinggalkan rumah tersebut. Semasa nak balik tu tetiba nenek tersebut menyapa kitorang.", "“Nak meninggalkan rumah nenek ni ker?” Tanya nenek tersebut.", "Esther dan Anne terus mencegah kami bertiga daripada melihat nenek tersebut. Si nenek tadi pun bertanya lagi. “Tak suruh tengok, ke dah tahu?”.", "Masatu suara nenek tadi bertukar menjadi garau sambil ketawa mengilai. Kitorang berlari tanpa mengambil barang kitorang yang tertinggal. Lebih kurang lima minit kitorang berlari nampaklah rumah panjang yang kami ingin pergi. Kami disambut oleh ketua kampung dan bertanya kenapa kami sampai lewat begitu. Kami menjelaskan yang kami diganggu oleh cik ponti dalam perjalanan dan si nenek dirumah berdindingkan daun nipah. Ketua kampung terkejut dan beritahu rumah tersebut sudah lama tidak berpenghuni dan sudah lama hangus. Kami tergamam seketika. Ketua kampung bertanya lagi pukul berapa kami memulakan perjalanan kesini dan kami menjawab dalam pukul 08:00 p.m. sebegitu. Ketua kampung terperanjat dan memberitahu sepatutnya kami sudah sampai dalam pukul 10.00 p.m. sebegitu. Kami hanya memandang sesama sendiri dan menggelengkan kepala tidak tahu dimanakah kami semasa perjalanan tersebut. Setiba waktu pagi, ketua kampung menemani kami untuk mengambil semula barang yang tertinggal di rumah tersebut. Terkejut lah juga kami berlima. Mana taknya, rumah tersebut habis dijilat api dan sudah ditumbuhi rumput dan daun lalang.", "Kami mencari barang kami yang tertinggal. Ketua kampung membawa kami untuk melihat kawasan sekeliling. Memang jelas sekali kawasan tersebut memang sudah lama hangus. Kami berlima pun pulang ke kawasan rumah panjang tadi. Belum sempat kita melangkah kaki, kitorang nampak lima cawan teh semalam masih ada di meja kecil yang hangus setengah, yang lebih peliknya, cawan tersebut masih panas lagi. Kitorang pun tanpa berfikir panjang terus meninggalkan kawasan tersebut tanpa melihat belakang." ]
[ "mcm pernah baca cerita ni tp versi dua cerita yg dah disatukan." ]
https://fiksyenshasha.com/diganggu-semasa-bercuti/
Diganggu semasa bercuti
[ "Hye, masih ingat lagi saya? Saya pernah menghantar tulisan saya disini. #Bala selepas Berubat dan juga #Gangguan di rumah lama. Terima kasih kepada yang membaca, menghantar komen dan ada juga saya pembaca seakan-akan mengatakan bahawa saya mereka cerita. Itu adalah pengalaman  seram yang tidak dapat saya lupa. Manakan saya mahu mereka? Tidak apa bak kata pensyarah saya setiap manusia ada pendapat dia. Pendapat tidakkan salah malah tidak juga betul Terpulang dari sudut mana dia memandang. Baiklah saya perkenalkan diri dahulu, saya kenalkan sahaja diri saya nona maneh. Kalau kenal tu, kenallah. Tak kenal pun tak apalah. Kenapa Nona Maneh? Sebab saya suka sangat kuih tu. Tu sahaja.", "Okay, banyak sangat melalut tak sampai ceritanya. Baiklah. Saya akan berkongsi pengalaman yang agak menakutkan di sebuah apartmen angker di Port Dickson. Ceritanya masa tu ibu dan ayah honeymoon. Sebab mereka dah habiskan masa untuk membesarkan kami empat beradik, so bagilah chance mereka pergi berbulan madu. Kak Maria (bukan nama sebenar) telah merancang untuk ajak bercuti kebetulan dia pun sedang bercuti. Dia telah menempah sebuah bilik di Apartment di Port Dickson. Kami semua seronok bukan ke palang la bila dah siap tempah, dah browse juga apa yang menarik sekitar sana. Sebenarnya tak lah menarik mana, tapi sebab dapat meluangkan masa bersama tu sebenarnya yang menjadi seronoknya.", "Sampai sahaja di Apartment tersebut, (nama biarlah saya rahsiakan, tapi apartment ni adalah top 10 yang berhantu di Port Dickson.) hujan selebat-lebatnya. Kami pun masuk ke dalam dan mendaftar. Logiklah kalau biasanya kita pergi ke apartment atau hotel musim cuti persekolahan, biasanya akan bising, meriah dengan suara budak-budak. Tetapi tidak di Apartment ini. Kelihatan ramai orang, namun sepi. Barangkali orang semua tidur. Tidak mengapalah, kami buat tidak tahu sahaja. Tidak silap saya, kami menginap di bilik tingkat 15. Hujung sekali. Perasaan saya pelik waktu ni. Seolah-olah diperhatikan.  Namun saya diamkan dek kerana tidak mahu merosakkan ‘mood’. Pada waktu siang, memang tiada apa yang berlaku. Semuanya okay sahaja. Hiasan dalaman apartment tersebut menarik minat saya, seolah-olah berada di zaman dahulu. Namun saya tidak rasakan bahawa kami berenam yang berada di dalam apartment tersebut, sepertinya ada ‘orang’ lain yang menginap dan memerhati kami.", "Semuanya bermula pada waktu malam. Saya biasanya tidak punya masalah untuk tidur di mana-mana pun. Tetapi malam tu saya tidak boleh tidur. Ke sana tidak mahu pejam, ke sini pun sama. Adik lelaki saya ada kata yang dia terlihat kelibat perempuan berambut panjang melintas dari balkoni ke balkoni. Namun saya katakan padanya bahawa dia dipengaruhi cerita TV. Sejujurnya, saya tidak nampak. Namun entah mengapa bulu roma saya tegak dari saya tidak boleh tidur dan sehinggalah adik saya katakan bahawa dia terlihat kelibat. Untuk bagi tidur juga saya terus memaksa memejamkan mata sambil berzikir sehingga saya terlelap. Saya fikir lenanya tidur saya tu dah penghujung cerita namun belum berakhir. Saya terdengar suara seperti orang turun tangga, (bilik kami hujung sekali berdekatan dengan tangga kebakaran). Saya beranikan diri untuk mengintai, tiada apa kelibat tiba-tiba lampu di tangga kebakaran tersebut malap dan terpadam, saya segera berlari ke ke katil dan berselubung. Tidak saya ingat apa jadi selepas itu.", "Saya tidak ceritakan pada kak Maria, kerana mungkin juga hanya mainan minda saya, dan juga betul juga mungkin adik saya terlalu terbawa dengan cerita yang ditonton di tv. Saya diamkan. Tengah hari waktu kami nak check out, kami kemaskan semua barangan dan bersedia menunggu ‘bellboy’ datang mengambil bagasi kami untuk turun kebawah. Semua air cond dan kipas, tingkap sliding door kami tutup rapat kecuali pintu bilik. Sedang kami menonton televisyen menunggu ‘bellboy’ datang, pintu bilik kami ditolak dengan kuat  dari dalam, seakan-akan ada tenaga manusia yang menolak pintu tersbut. Semua terdiam dan senyap. Bila kak Maria buka pintu itu semula katanya bulu roma dia menegak dan dia suruh kami bersiap dan menunggu ‘bellboy’ di luar. “Dia tak suka kita lama-lama kat tempat dia,” itulah ayat yang keluar dari mulut kak Maria.", "Adakah dia ternampak atau mengalami benda yang sama semalam? Saya tidak bertanya dan kami tidak pun bercerita apa yang terjadi semalam sehingga hari ini. Namun untuk menjadikan apartment tersebut destinasi percutian sekali lagi, memang tidak pada saya. Saya tidak tahu apa yang menganggu namun perkara tersebut tetap perkara yang menakutkan dan misteri pada saya. Carilah top 10 apartmet/hotel berhantu di PD, mesti jumpa. No 1 pula tu." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/dobi-2/
Dobi
[ "Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kedai dobi layan diri tu, aku dah rasa tak sedap hati dan seram sejuk. Aku pernah khabar yang mengatakan kedai dobi ni keras sikit, dan sebab itu kedai dobi ni tak ramai walaupun sekarang ni musim hujan. Dobi lain semua ramai orang, jadi aku terpaksa juga cuci dekat dobi ni sebab aku dah tak ada baju bersih. Nak beli mesin basuh sendiri, memang tak mampu, lagipun tak ada ruang nak letak dekat rumah sewa aku tu.", "Masa aku kendong bakul baju kotor masuk ke dalam dobi tu, tak ada orang lain di sana. Aku seorang diri sahaja. Sunyi dia lain macam, padahal baru jam 11 malam. Mungkin sebab hujan renyai-renyai dekat luar pada waktu tu. Salah satu lampu kalimantang dekat dobi tu pula asyik berkedip. Setiap kali dia termati, muncul bayang-bayang di kawasan yang terhadang.", "Aku tukar duit kepada token, kemudian masukkan baju-baju kotor aku ke dalam salah satu mesin basuh di situ. Aku pilih mesin yang paling besar sebab baju kotor aku agak banyak. Dah dekat 2 minggu tak basuh, dah terkumpul jadi sebeban. Masa aku masukkan token syiling ke dalam mesin, aku perasan tangan aku ada sedikit terketar.", "Bila mesin basuh itu mula bernyawa, aku labuhkan p******g di sebuah kerusi plastik dan keluarkan telefon untuk alihkan perhatian aku dari suasana menyeramkan di dobi itu. Namun, setelah beberapa minit, aku rasa semakin tak tenteram. Dobi tu terlalu sunyi, hanya kedengaran deruman halus mesin basuh. Kadang kala ada bunyi dentingan token syiling jatuh ke dalam tabung besi di dalam mesin basuh.", "Aku yakin dekat situ tak ada orang lain, tapi kenapa entah aku rasa seperti ada seseorang – atau sesuatu – yang sedang memperhatikan aku. Bulu roma di tengkuk aku tiba-tiba meremang, berdiri tegak. Melilau anak mata aku perhatikan sekitar premis dobi ni untuk pastikan memang tak ada orang yang tenung aku.", "Akhirnya mesin basuh berbunyi menandakan cucian aku dah selesai. Aku cepat-cepat buka pintu mesin basuh, keluarkan baju-baju aku, untuk dimasukkan dalam bakul. Sewaktu aku keluarkan baju yang terakhir, aku ternampak macam ada gumpalan hitam berada di dalam bakul aku. “Apa benda ni?” detik hati aku. Benda tu panjang, dan mengunjur ke dalam mesin basuh.", "Perasan ingin tahu mendorong aku untuk menjenguk ke dalam mesin basuh dan kemudian terus menyesal dengan tindakan aku. Sejuk terus seluruh badah aku. Gumpalan hitam tu adalah rambut, dan wajah pemiliknya terlihat di dalam ruang gelap mesin basuh. Matanya merenung tepat ke dalam mata aku, senyumannya amat mengerikan. Lumpuh terus semangat yang bersisa dalam diri aku.", "Aku terus terpekik dan tegelincir ke belakang akibat tersandung kerusi, dan terjelepuk jatuh ke lantai. Aku dengar hilai tawa dari dalam mesin basuh tu, dan aku cuba sedaya bangkit berdiri. Jantung aku berdegup kencang. Aku capai bakul aku yang berisi baju dan berlari keluar dari dobi berkenaan tanpa menoleh ke belakang sehinggalah aku berada di luar.", "Aku mengatur nafas yang berombak-ombak. Aku tak pasti apa yang aku nampak dalam dobi tu. Adakah itu mahkluk yang sering menggangu pelanggan sebelum-sebelum ini, atau ia sekadar mainan perasaan dan imaginasi aku sahaja kerana terpengaruh dengan khabar-khabar yang tersebar. Apapun, yang pasti aku tak akan ke dobi layan diri tu lagi. Aku pun cepat balik ke rumah, dan mengunci pintu seolah-olah ia dapat menghalang makhluk tadi dari ikut aku masuk rumah." ]
[ "MENGAPA TAK CUCI WAKTU SIANG OR CERAH OR SEAWAL 7-8 MALAM.. MMM..", "Kedai dobi tu dah kena mandrem. Tu pasal ada gangguan agar tak ada pelanggan datang kesini tu lg.", "meremanggggg!!!", "kenapa la ba mau cuci kain pukul 11 malam, ndapa la ba kalau ada teman, ni sendiri sendiri lagi haish sudah tahu dobi tu seram berani betul dia ni! 😭" ]
https://fiksyenshasha.com/ilmu-pengasih-panah-arjuna/
Ilmu Pengasih Panah Arjuna
[ "Asap kemenyan berkepul2 memenuhi ruangan di rumah agam itu. Kelihatan seorang tua berumur lingkungan 70-an , terkumat kamit mulutnya membaca wirid dan bacaan jampi serapah yang bercampur2 antara bahasa Melayu, Siam dan Arab. Seperti beliau saja yang faham akan maksud bacaan itu.", "Almari dibelakangnya dipenuhi dengan keris2 lama, dan gambar2 perempuan dan lelaki yang bertanda “X”. Apakah maksud “X” ? Adakah itu semua mangsanya ?", "[ Pejabat XXXXX]", "“Betul ke kau ni, Jerry? Bunyi mcm tak berapa logik je, kau tu arkitek tau , masih lagi percaya benda2 mcm ni ke?”- Din menarik kerusi ofis ketepi dan melabuhkan punggungnya berdekatan dengan meja kerja Jerry.", "“Ni bukan soal arkitek ke apa ke? Kita orang Islam pun kena percaya alam ghaib kan? Benda2 ni wujud lah, kau kalau tak percaya boleh terbatal iman tau, kena ngucap balik, kau solat pun tak penuh lagi teruk,haha”- Jerry ketawa sambil menghirup sisa2 Vanilla Latte yang dibelinya pagi tadi.", "“Aku baca kat facebook, orang cakap memang tok bomoh ni power, ramai dah pasangan yang dia berjaya satukan, setakat awek kau tu Din, aku rasa senang sangat la, jom la plan jumpa dia, aku ada save nama tempat dia, nombor whatsapp pun ada ni,” ujar Jerry, sambil tangannya masih laju menaip laporan kerja mingguan.", "“Haha, bab sembahyang tu aku akuilah Jerry, aku pun tengah belajar nak improve diri aku, tapi ni bab jumpa bomoh ni tak kira syirik ke Jerry? Orang kata kalau kita bergantung kepada selain Allah dikira syirik ? “- tanya Din, jujur.", "“Aduh, kau ni banyak tanya la Din, ni kira mcm usaha la jugak, kira ikhtiar la, dah kau jangan fikir banyak , esok malam kita pegi rumah tok bomoh tu, bawa gambar mata air kau sekali, jangan tertukar pulak, haha..” seloroh Jerry , Din hanya mengangguk sepi. Seperti ada yang tidak kena pada perasaannya.", "[Rumah Ki Bodas]", "“Dah fikir masak2? Sekali aku lancarkan ilmu aku ni, tidak boleh patah balik, kau kena tahu itu, apa saja akibatnya haruslah ditanggung oleh kau,” tegas Ki Bodas, orang tua itu mengingatkan Din dan Jerry. Din hanya tersenyum kelat.", "“Ya, saya sanggup terima tok,”", "“Baiklah, aku mulakan..”", "Ki Bodas mencampakkan beberapa kemenyan dengan ramuan rahsianya ke dalam tempat bara, asap mula memenuhi ruangan rumah agam itu. Jerry terbatuk beberapa kali sambil menutup hidung. Baunya tidak busuk tapi wangi, cuma terlalu pekat sehigga menyesakkan dada.", "Mulutnya terkumat kamit membaca wirid2 agung. Dua jiwa hendak disatukan, dalam alam syahadah terlihat terlalu mustahil, tetapi di alam ghaib, masing2 mempunyai jiwa (sukma) yang boleh dijinakkan oleh orang2 yang memiliki kesaktian bahkan ianya terlalu mudah bagi Ki Bodas, dengan bantuan beberapa ekor jin tingkat tinggi, tali jiwa bakal diikat dengan menembakkan jurus ilmu panah arjuna yang terkenal itu.", "“Berikan kepada aku gambar perempuan itu, panah ghaib telah tersedia.. “", "“Ini dia Ki, gambarnya ..”", "Gambar berukuran passport itu diambil oleh Ki Bodas. Lama beliau merenung sambil menarik nafas panjang. Ki Bodas melihat ke arah Din dan Jerry.", "“Betul ke ni?”", "“Betul Ki, saya dah lama suka kat dia, tapi malu nak beritahu”", "Gambar itu diangkat dan disuakan kepada Jerry.", "“Eh, apasal gambar aku yang kau bawak ni Din?”- tanya Jerry terkejut.", "“Aku dah lama suka kat kau Jerry, malu nk bagitau ” , ucap Din selamba.", "Ki Bodas yang hampir muntah melihat suasana itu, kemudian menghalau keduanya keluar kerana ilmu beliau belum sampai tahap menyatukan LGBT lagi.", "“Say NO to Sihir dan LGBT”" ]
[ "Tersembur makanan aku 😂😂😂" ]
https://fiksyenshasha.com/mereka-juga-keluargaku/
MEREKA JUGA KELUARGAKU
[ "Sebelum mengisi perut dengan sarapan pagi, aku akan memulakan aktiviti memanaskan tubuh seperti biasa. Menjadi rutin bagiku berjoging terlebih dahulu. Biar keluar peluh sedikit. Baru sihat tubuh badan. Lebih-lebih pada waktu aku sedang bercuti hujung minggu begini. Panjang sedikit masa yang boleh diambil untuk berjoging di sekitar kawasan rehat itu. Urusan di pejabat aku lupakan seketika. Semuanya sudah diserahkan kepada pembantu peribadiku, Anna.", "Sudah beberapa tahun aku menguruskan sebuah syarikat besar di ibu Kota. Syarikat yang semakin berkembang maju itu semestinya akan memberikan hasil yang lumayan buatku selalu. Malah aku sudah memiliki sebuah rumah banglo tiga tingkat dan berbagai jenis kereta mewah berjenama dari dalam dan juga luar negara. Cuma apa yang aku masih belum memiliki lagi adalah sebuah keluarga bahagia yang aku impikan.", "Biarpun usiaku kini menjangkau tiga puluh tahun dan ketampananku menjadi kegilaan para wanita namun, tiada satu pun yang tersangkut di hati aku. Tdak tahu mengapa sukar untuk aku menerima mana-mana wanita yang ingin mendampingiku. Yang ingin memberikanku cinta. Apakah mungkin kerana aku belum cukup bersedia lagi? Atau belum menemui seseorang yang benar-benar boleh membuatkan hatiku terusik. Jantungku berdebar. Sejujurnya, aku tidak memandang pada paras rupa atau kedudukan seseorang wanita itu.", "Kecantikan itu pasti akan pudar juga suatu hari nanti. Pangkat yang tinggi juga belum tentu menjaminkan kebahagiaan setiap pasangan itu. Aku lebih suka memilih yang sederhana. Yang tidak keterlaluan dalam bergaya. Yang tulus berbicara soal hati dan perasaan. Kecantikan, keanggunan atau godaan yang mereka sering gunakan untuk memikat mahupun mendekati aku sedikit pun tidak mampu mencairkan hati lelakiku. Belum ada seorang pun yang benar-benar ikhlas mendampingi aku kerana cinta yang tulus. Semuanya menempel demi meraih layanan romantis serta kekayaan yang aku miliki. Adakalanya, aku merasa jengkel.", "Memang benar aku memerlukan seseorang di sisi menemani. Kerana aku adalah seorang anak yatim piatu. Tidak punya adik-beradik lain. Hidup aku sunyi, sepi! Walaupun Aunty Latifah dan seorang pembantu rumah tinggal di bersamaku tetapi, masih tetap juga terasa sunyi. Ibu bapaku meninggal ketika aku masih terlalu kecil. Baru berusia dua tahun. Kisah tragis itu sudah lama berlalu. Suatu hari aku bersama ibu dan bapaku dalam perjalanan ke tempat percutian. Bapaku yang memandu kereta tersebut. Manakala aku duduk di sebelah dalam pangakuan ibuku.Tetapi malang tidak berbau. Kami ditimpa kemalangan. Sebatang pokok di tepi jalan tiba-tiba tumbang menghempap kereta kami. Kedua ibu dan bapaku meninggal di tempat kejadian. Aku terselamat kerana nyawaku masih panjang. Aku berada dalam pelukan ibu yang sudah tidak bernyawa. Begitulah apa yang diceritakan oleh beberapa orang saksi kejadian yang menimpa aku dan keluargaku. Aku kemudiannya dibesarkan oleh ibu saudara dan bapa saudaraku. Aunty Latifah adalah adik kepada ibuku, Rashidah.", "Mereka tidak mempunyai zuriat setelah sepuluh tahun berkahwin. Namun kehadiran aku membawa penyeri dalam hidup pasangan itu. Aku dijaga dengan penuh kasih sayang seperti anak mereka sendiri. Sehinggakan aku memanggil mereka dengan gelaran ibu dan ayah.Selepas bapa saudaraku, Uncle Ahmad meninggal akibat penyakit kanser paru-paru yang dialami sejak beberapa tahun, aku menjadi pewaris kepada syarikat tersebut. Lagipun syarikat itu ditubuhkan hasil dari kerjasama bapaku juga.", "Usai berjoging aku melakukan sedikit regangan pada bahagian-bahagian otot. Udara pagi itu begitu nyaman. Agak dingin sedikit. Seketika aku melabuhkan duduk di atas kerusi rehat. Air mineral yang aku beli tadi aku teguk beberapa kali. Setelah itu aku bersandar sambil memejamkan mata untuk menikmati udara segar yang menyapa wajahku. Namun ketenangan yang baru aku kecapi cuma sekejap sahaja. Aku tersentak apabila merasakan ada sentuhan lembut pada lengan kiriku. Lantas, aku membuka mata dan menoleh ke sebelah.“Ayah.”Terkedu. Kanak-kanak perempuan comel itu tersenyum padaku selepas memanggil aku, ayah?“Hai? Siapa nama?” Aku terus menyapanya sambil bertanya tentang namanya.", "Comel sungguh kanak-kanak perempuan itu. Anak matanya besar bersinar serta hitam pekat. Kulitnya pula putih melepak. Sedikit kemerahan. Kedua belah pipinya tembam. Aku kira usianya mungkin dalam lingkungan tiga atau empat tahun. Tetapi aku agak bingung. Kalau aku tidak salah mendengar tadi, memang kanak-kanak itu memanggilku, ayah? Mengapa agaknya?“Puspawangi.”", "Kanak-kanak comel itu memperkenalkan dirinya. Nama yang jarang aku dengar pada zaman ini. Kalau ada pun mungkin dalam filem-filem klasik hitam putih. Puspawangi adalah nama sejenis bunga.“Puspawangi? Cantik nama tu. Umur puspawangi berapa tahun?” Aku menyoalnya lagi walaupun sudah dapat mengagak umurnya tadi. Sengaja aku hendak kelihatan lebih mesra dengannya.“Puspawangi kan anak, ayah? Takkan ayah, tak tahu? Ayah rasa, umur Puspawangi berapa tahun?”Tersenyum melerat aku dengan celotehannya. Dia cuba hendak bermain teka-teki dengan aku pula. Aduhai! Anak siapakah ini? Comel betul telatahnya. Tapi hati aku masih tertanya. Mengapa perkataan ‘ayah’ itu begitu mudah terluncur dari bibirnya yang comel dan petah berkata-kata itu? Bukan sepatutnya dia memanggilku dengan panggilan, uncle?“Ermm…empat tahun?” Tekaku dengan reaksi tidak begitu yakin.“Wah! Ayah memang hebat! Puspawangi nak berikan hadiah pada ayah, sebab ayah jawab dengan betul.”Cup!Satu ciuman lembutnya hinggap ke pipi kiriku. Dia buat aku terkedu sekali lagi. Tetapi aku cukup menyukai sikapnya yang mudah mesra itu. Seolah kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Padahal baru hari ini aku bertemu dengannya.“Puspawangi datang sendiri saja? Mana ayah dengan ibu?”“Ibu tak tahu Puspawangi keluar. Ayah…? lnilah, ayah Puspawangi.”", "Dia menundingkan jari telunjuk kanan kecilnya itu ke arah aku. Tapi aku masih lagi tidak yakin dengan jawapannya. Tak mungkinlah aku ini ayahnya. Aku tidak pernah berkahwin lagi. Apatah lagi melakukan hubungan terlarang dengan mana-mana perempuan. Sejahat-jahat aku pun belum pernah lagi aku mengandungkan anak orang.“Kalau Puspawangi jawab dengan jujur, uncle janji akan berikan hadiah pada, Puspawangi. Nak hadiah tak?”“Nak-nak!”“Jadi, siapa nama ayah, Puspawangi? Dan, dekat mana dia sekarang?”“Ini! Yang duduk di sini. Namanya, Akil Haiman bin Abdul Muizz!” Dia menyebutnya dengan lancar. Tanpa berbelit-belit sambil menatapku dengan mata bundarnya.", "Aku jadi penasaran terus. Puspawangi tetap merujuk kepadaku lagi, dan lagi! Jantung aku serasa hampir gugur dibuatnya! Bagaimana dia boleh tahu nama penuhku? Siap dengan menyebut nama bapaku sekali! Siapakah anak ini? Meski dia sangat comel, sangat polos. Tetapi aku semakin hilang sabar bila dia semakin galak memanggil aku, ayah. Aku bukan ayahnya! Aku langsung tidak mengenalinya atau ibunya.“Puspawangi sudah menjawab dengan betul, kan? Kenapa ayah diam saja? Mana hadiah yang ayah janjikan untuk Puspawangi?”", "Aku masih memandangnya dengan pelik. Rasanya, aku perlu menyelidik tentang anak comel ini. Biar saja kalau dia hendak memanggilku, ayah. Aku layankan dulu kerenahnya.“Ayah akan berikan Puspawangi hadiah tu. Tapi, dengan syarat. Puspawangi perlu menjawab soalan seterusnya dulu. Siapa nama ibu, Puspawangi? Dan, tempat tinggal Puspawangi di mana?” Soalku lagi. Hanya mahu mengujinya.“Alah…Ayah bohong! Nanti kalau Puspawangi jawab, ayah tak berikan hadiah juga pada Puspawangi, macam mana?”Rasa tercuit aku melihat wajahnya berubah cemberut sambil bibirnya yang merah jambu itu memuncung. Ah! Aku jadi semakin sayang padanya. Siapa pun pasti menginginkan anak yang comel dan pintar seperti Puspawangi.“Kali ni, ayah akan berikan hadiah. Sumpah!” Aku menaikan sebelah tangan sebagai ikrar tidak memungkiri janji. Puspawangi tersenyum manis.Terserlah lagi kecomelannya. Aku membayangkan ibunya pasti seorang yang cantik. Bapanya juga mungkin tampan orangnya. Kalau tidak masakan Puspawangi begitu manis dan comel.“Nama ibu, Dahlia. Rumah Puspawangi di sana! Kampung Bunga Kristal.”Dahlia? Nama bunga juga. Malah kampungnya juga dinamakan bunga. Adakah mereka dari dunia Bunga? Haha! Aku tertawa dalam hati. Tapi betulkah di sana ada kampung? Yang aku nampak cuma pokok-pokok besar tegak meninggi. Macam mustahil saja ada kampung. Mungkin juga Puspawangi cuma mereka cerita. Siapa tahu, otak pintarnya banyak idea untuk mengenakan orang.", "“Ayah? Bila nak beri hadiah pada Puspawangi? Sekejap lagi Puspawangi dah nak pulang. Cepat sikit berikan hadiahnya.”Puspawangi mendesak. Aku mengelamun sekejap tadi kerana memikirkan kampung Puspawangi yang terletak di kawasan sana.“Sekejap. Ayah pergi belikan. Puspawangi jangan pergi ke mana-mana, tahu?” Pesan aku. Gadis kecil itu mengangguk.", "Aku segera mendapatkan aiskrim daripada seorang penjual aiskrim yang berada di situ. Setelah kembali semula aku dapati Puspawangi tidak berada di tempat kerusi rehat. Aku mula melilau tercari-cari. Entah mengapa ada perasaan cemas yang menjalar dalam diriku memikirkan keselamatan Puspawangi. Bimbang jika dia diculik. Tidak ramai yang berada di kawasan itu. Dalam lima orang sahaja.", "Mataku terarah pada pokok-pokok besar di seberang jalan. Aku nampak kanak-kanak perempuan bergaun putih itu dipimpin seorang wanita muda berpakaian serba putih juga. Mungkinkah itu ibu kepada Puspawangi? Sayangnya, aku tidak dapat melihat wajahnya. Mana tahu aku mengenalinya di mana-mana. Tapi aku hairan. Secepat itu Puspawangi ke seberang jalan. Padahal tak sampai seminit pun aku mendapatkan aiskrim untuknya.Puspawangi dengan wanita itu sudah menghilang dari pokok-pokok besar. Aku terduduk semula di kerusi rehat dengan perasaan terkilan. Aiskrim di tangan yang mulai cair terpaksa aku sendiri yang menghabiskannya.", "Aku agak sibuk di syarikat waktu ini. Ada beberapa projek harus aku uruskan. Sedang menyemak kertas projek pintu bilik pejabat aku diketuk. Aku segera mengarahkan masuk. Seperti biasa Anna masuk ke bilik itu menyapa dengan senyuman manisnya. Dia sentiasa terlihat anggun dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Mana-mana lelaki pun akan tertarik padanya. Kecuali, aku.“Pukul 2.00 petang nanti, boss ada mesyuarat penting dengan klien dari Singapura. Lepas tu, minum petang dengan Tuan Khalil untuk bincangkan pasal projek di Shah Alam.”Seperti biasa juga tugas Anna memaklumkan pada aku tentang jadual untuk hari ini.“Anything else?”“Itu saja, boss.”“Okay, thanks! Awak, boleh keluar sekarang. Tapi, tolong panggilankan Khayril. Saya nak jumpa dia sekejap.”“Baik, boss!”", "Usai Anna berlalu aku duduk seketika menanti Khayril masuk ke bilik pejabat. Khayril merupakan seorang pekerja bawahan syarikat. Tapi dia antara pekerja yang rapat denganku. Jika ada masalah aku selalu kongsikan dengan Khayril berbanding rakan aku yang lain. Bagi aku Khayril boleh dijadikan sahabat. Kerana sifatnya yang memahami serta mengambil berat.", "Sejak malam tadi aku hanya terfikir untuk menceritakan perkara yang aku alami kepada, Khayril. Aku tak boleh menjelaskan padanya melalui mesej atau panggilan. Aku lebih senang kalau menjelaskannya secara bersemuka. Lebih mudah untuk dia memahaminya nanti.Selepas terdengar pintu diketuk aku segera menyuruhnya masuk. Khayril tersenyum nipis sambil terus menapak ke hadapan meja. Aku mempelawa dia duduk di kerusi yang tersedia di hadapan meja itu.“Ada apa, boss nak jumpa?”“Hurmm… Sebenarnya, aku nak tanya satu perkara dekat kau. Kau cakap, kau selalu masuk hutan, kan? Pernah tak dengar nama Kampung Bunga Kristal?”“Kampung Bunga Kristal? Macam mana boss boleh tahu nama Kampung Bunga Kristal, ni?”“Adalah. Kampung tu wujud atau, tak?”“Macam mana ya, saya nak cerita dekat boss?”Khayril seperti teragak-agak untuk memberitahu aku.“Cerita ajelah.” Aku terus mendesak Khayril. Dari cara dia bercakap, aku rasa kampung tu macam wujud saja? Maknanya, Puspawangi tidak menipu.“Saya tak pastilah boss, tentang kewujudannya. Tapi apa yang saya pernah dengar, kampung ni wujud bersebelahan dengan Hutan Simpang.”“Hutan Simpang? Dekat dengan kawasan rehat, kan?”“Betul tu, boss. Alah! Boss kan selalu joging dekat situ. Mesti boss nampak dekat seberang jalan pokok-pokok besar.”“Okay. Kau tahu apa-apa tentang kampung tu, tak?”“Tahulah sikit-sikit, boss. Kata orang kampung Bunga Kristal ni memang cantik. Hanya mereka yang bertuah sahaja dapat melihat tempat tu melalui pandangan mata halus. Makhluk-makhluk ghaib yang wujud di situ dikatakan dari keturunan Bunian. Islam macam kita. Ada yang berkahwin dengan manusia biasa. Pernah dengar tak orang-orang hilang dan tidak dijumpai selepas masuk ke dalam Hutan Simpang?”", "Soalan Khayril aku balas dengan anggukkan. Memang aku pernah dengar kisah-kisah orang yang hilang ketika masuk ke dalam hutan. Ada yang ditemui selepas beberapa minggu atau bulan. Ada yang ghaib begitu saja.“Sebenarnya, mereka telah tersesat ke alam tersebut. Alam Kampung Bunga Kristal. Mereka yang tersesat di situ tidak kira lelaki atau perempuan, bukan sahaja tertarik dengan tempat tu. Tapi mereka juga tertarik dengan kecantikan makhluk yang dipanggil Bunian ni. Mereka lupa dunia mereka sebenar kerana telah terpukau. Lalu ada yang berkahwin dan melahirkan zuriat dari keturunan Bunian. Tapi, boss janganlah percaya sangat. Mungkin semua tu sekadar mitos saja.”", "“Tapi, kenapa kampung tu dipanggil, Kampung Bunga Kristal?”“Oh, lupa pula saya nak ceritakan, boss. Sebab bunga-bunga yang terdapat di tempat tu, adalah Bunga Kristal. Sesiapa yang memetik atau bawa balik Bunga Kristal dari tempat tu, pasti akan mengalami berbagai penyakit atau musibah. Bunga tu kena dipulangkan semula melalui air terjun yang terdapat dalam hutan tu. Tapi kan, boss? Kenapa boss berminat nak tahu pasal perkara mistik macam ni? Boss percaya ke, dengan semua ni?”Khayril pandang aku dengan dahi berkerut-kerut. Dia pasti pelik bila aku membincangkan perkara tersebut. Selalunya kami hanya berbincang hal syarikat. Tarik nafas dalam dan aku hembuskan perlahan. Patutkah aku beritahu Khayril apa yang terjadi semalam di kawasan rehat? Tentang pertemuan aku dengan gadis kecil yang comel bernama, Puspawangi. Yang tinggal di sebuah perkampungan, Bunga Kristal.", "“Entahlah. Nak percaya atau tidak. Tapi mungkin aku pernah ke sana. Berkahwin atau mempunyai seorang anak.” Dalam bingung aku tetap lemparkan senyuman di hadapan Khayril yang semakin pelik memandangku.“Boss? Biar betul? Jangan main-main, boss? Tak mungkinlah. Boss mesti bergurau, kan? Kan?”Aku terus hamburkan tawa. Tak boleh tahan tengok wajah cuak, Khayril.“Saya dah agak! Boss, mesti main-main” Khayril turut ketawa.", "Tapi dalam masa yang sama, fikiran aku masih lagi kepada Puspawangi. Masih lagi kepada Dahlia, ibu Puspawangi. Dan juga Kampung Bunga Kristal. Selepas mendengar penjelasan Khayril, aku merasakan Puspawangi itu seperti anakku. Lagi pula dia memanggil aku dengan gelaran, ayah. Adakah ini bermakna Dahlia itu isteriku? Aku sudah ada isteri dan anak dari dunia berbeza? Ah! Mengarutnya! Jika benar, bagaimana semuanya boleh terjadi? Aku langsung tak mampu hendak mengingatinya. Semakin bingung otak aku memikirkan!", "Pukul 3.00 pagi aku terjaga dari tidur. Bingkas aku ke bilik air mengambil wuduk. Aku lalu melakukan solat sunat tahajjud. Usai memberi salam tiba-tiba telinga aku menangkap suara kanak-kanak sedang berlari dan ketawa. Tapi aku abaikan. Mungkin cuma perasaan aku saja. Aku menghabiskan bacaan doa serta zikir sebelum menanggalkan songkok dan menyidai sejadah. Suara itu kedengaran sekali lagi. Malah sangat dekat. Berhampiran luar pintu bilik aku.", "Bila pintu dibuka, aku ternampak kelibat kanak-kanak perempuan bertocang dua, memakai baju gaun putih sedang berlari menuruni anak tangga. Tanpa berlengah aku segera mengejar langkahnya. Hingga ke bahagian bawah kelibat kanak-kanak itu sudah menghilang. Lampu dapur aku hidupkan. Tetapi tidak kelihatan sesiapa pun. Namun, ketika berpaling aku terus tergamam. Kanak-kanak perempuan yang aku kejar tadi rupa-rupanya, Puspawangi???!Dia yang sedang duduk bersila di atas meja makan memandangku bersama senyuman manisnya. Aku lalu mendekatinya dengan perasaan pelik.", "“Macam mana Puspawangi boleh masuk?” Soalku terus. Setahu aku semua pintu dan tingkap sudah berkunci.“Adalah.”Jawabnya sambil tertawa kecil. Walaupun aku memikirkan Puspawangi mungkin makhluk dari alam ghaib, aku langsung tidak merasakan takut atau cemas berhadapan dengannya. Wajahnya yang comel buatkan aku suka untuk terus melihatnya.“Puspawangi datang sendirian?” Aku menyoalnya lagi.“Tak. Dengan ibu.”“Mana, ibu?”“Tuuu….”", "Terus mataku memanah ke sudut dinding yang ditunjukkan Puspawangi. Aku terpaku seketika melihat wanita cantik yang sedang berdiri dalam keadaan kaku itu. Dia menatapku dengan pandangan yang sukar untuk aku fahami. Tetapi sinar matanya terpancar satu cahaya cinta yang terus menusuk ke hati. Aku cuma terdiam. Dia berganjak mendapatkan Puspawangi yang masih tersenyum bersila di atas meja. Matanya tidak lagi memandang ke arahku. Tanpa sebarang kata dia mengambil Puspawangi dan ingin berlalu.“Tunggu! Dahlia!” Suara aku menghentikan langkahnya. Dia menoleh dengan wajah berubah sayu.“Kau, Dahlia kan? Puspawangi beritahu aku nama ibunya, Dahlia. Tapi benar ke, aku ini bapanya?” Aku tidak kisah bagaimana cara mereka masuk ke dalam rumah tu. Tapi aku perlukan sebuah jawapan yang boleh menghilangkan semua persoalan yang bersarang dimindaku sejak akhir-akhir ini.", "“Akil? Akil bercakap dengan siapa?”Teguran Aunty Latifah mengejutkan aku. Terus aku berpaling ke arahnya yang sedang berdiri kaget di atas tangga.“Ibu dengar Akil macam tengah bercakap dengan seseorang. Siapa?”“Ibu, ini Dahlia dengan Puspawangi….?” Bila aku berpaling semula, mereka sudah menghilang.“Akil, sebut apa tadi? Dahlia? Puspawangi? Akil mengigau, ke?” Aunty Latifah bingkas mendekati aku. Wajahnya tampak cemas.“Akil tak mengigau, bu. Ibu, kenal ke, siapa mereka?” Soalku.“Ibu tak kenal mereka. Dan, tak pernah kenal siapa mereka. Ibu tahu. Akil dah pulih. Dah beberapa tahun sejak peristiwa tu, Akil dah tak sebut nama mereka. Tapi ibu pelik. Tiba-tiba Akil sebut nama mereka tadi. Kenapa? Akil dah ingat semuanya, ke?”“Apa maksud, ibu? Akil tak faham? Akil pernah sakit ke, sebelum ni? Sakit apa? Apa kaitan Dahlia dan Puspawangi dengan Akil?” Aku terus menekan Aunty Latifah dengan soalan demi soalan. Sebab aku masih tidak faham dengan segala penjelasannya.", "Aunty Latifah mengajak aku duduk di ruang tamu. Dia kelihatan begitu berat untuk bercerita. Tetapi aku tetap sabar menanti.“Kejadian ni berlaku beberapa tahun yang lalu. Akil masuk ke dalam Hutan Simpang sendirian. Ibu dengan arwah ayah dah tegah. Tapi Akil degil. Akil cakap sekejap aje. Ibu tak sedap hati nak biarkan Akil pergi ke tempat tu. Lebih-lebih lagi dekat kawasan air terjun.”“Kenapa, ibu?”“Ibu dah banyak kali dengar ada orang yang hilang dekat kawasan air terjun tu. Katanya kalau mandi dekat situ ada sesuatu yang akan menarik kita ke dalam. Sebenarnya, ibu tak nak percaya. Tapi bila benda ni terjadi pada Akil, baru ibu sedar. Ibu dengan arwah ayah patut berkeras halang Akli pergi masa tu. Akil pergi daripada pagi. Bila sampai ke malam Akil tak pulang-pulang ibu, arwah ayah dengan orang-orang dekat kawasan ni berusaha siang malam cari, Akil. Pihak polis, ustaz turut membantu mencari. Tapi kami tetap tak temui, Akil. Selepas seminggu, dua minggu semua dah anggap Akil dah tak ada. Akil hilang tanpa jejak. Ibu terus berdoa agar Aklil kembali pulang. Selagi jasad Akil tak ditemui ibu tetap yakin, yang Akil masih hidup. Dan, selepas setahun, Akil akhirnya pulang ke rumah. Kami semua terkejut. Ibu dengan arwah ayah gembira sangat. Cuma keadaan Akil agak merisaukan kami.”", "“Apa yang berlaku, ibu?”“Akil tak bercakap langsung. Bila kami tanya, Akil tak jawab. Esoknya, Akil asyik meracau. Sebut nama Puspawangi dengan Dahlia. Arwah ayah terpaksa panggil seorang ustaz yang pandai mengubat. Tiga hari berturut-turut dia datang ke rumah merawat, Akil. Dia beritahu kami, mungkin Akil teringatkan makhluk dari alam ghaib yang menjaga, Akli. Mujur Akil sembuh selepas itu. Akil jadi normal semula. Semenjak Akli sembuh, Akil dah tak menyebut lagi nama Dahlia dan Puspawangi. Tapi tadi, kenapa Akil sebut semula nama mereka? Ibu bimbang, Akil. Mana tahu. Mereka memanggil Akil semula untuk ke sana. Ibu tak nak kehilangan, Akil lagi. Ibu sayang, Akil. Ibu cuma ada, Akil….”“Ibu, tenang. Akil takkan ke mana-mana. Akil takkan tinggalkan, ibu. Akil juga sayangkan, ibu. Mungkin tadi Akil tak sengaja tersebut nama mereka. Ibu jangan risau, okay?” Aku cuba memujuk Aunty Latifah sambil mengusap lembut tangannya.Aku tidak mungkin akan memberitahu makcik Latifah apa yang berlaku sebentar tadi. Bahawa Dahlia dengan Puspawangi berada di dalam rumah ini. Pasti makcik Latifah terkejut jika aku memberitahunya. Tetapi apa yang aku rasakan ketika ini juga tidak mampu aku tepis. Keinginanku untuk bertemu dengan mereka.", "Setiap kali aku berjoging di kawasan rehat, aku duduk di kerusi menunggu kemunculan Puspawangi dan Dahlia. Sudah berhari-hari aku menantinya. Selepas kejadian malam tu, mereka tidak pernah muncul-muncul lagi. Aku jadi gelisah kerana perkara tersebut menghantui hidup aku setiap hari. Aku memerlukan jawapan yang pasti. Siapa mereka dalam hidup aku sebelum ini? Mengapa baru sekarang mereka muncul? Jika benar apa yang aku fikirkan, mereka berdua anak dan isteriku, itu bermakna mereka adalah ahli keluargaku juga. Aku tak boleh mengabaikannya begitu sahaja.", "Lama aku memerhatikan ke seberang jalan. Tidak sedar, kakiku mula melangkah. Aku berhenti seketika memandang pokok-pokok besar. Sebelum memutuskan untuk masuk ke dalam. Sejak semalam otakku sudah menyimpan segala maklumat yang aku perolehi mengenai Hutan Simpang dari dalam internet. Untuk memudahkan aku melalui setiap jalan ke kawasan air terjun.", "Walaupun aku pernah ke sini, semua memori aku tentang tempat itu sudah terpadam. Rupa-rupanya kawasan tersebut tidak begitu jauh. Hanya dua puluh minit sahaja masa yang perlu diambil untuk sampai ke sana. Perasaan terujaku tiba-tiba menerjah saat melihat air terjun di depan mata. Wah! Cantik sungguh pemandangannya! Bagaimana aku boleh terlupa tempat secantik ini? Aku terus berdiri di atas batu besar. Lalu aku laungkan nama mereka. Aku harap mereka segera muncul menemui aku.", "“Dahlia!! Keluarlah! Puspawangi!! Keluar!! Ayah datang ni! Ayah nak jumpa, Puspawangi! Tolong keluar, sayang! Ayah perlu bercakap dengan, ibu dan Puspawangi! Ayah tahu dunia kita berbeza. Tapi ayah tak peduli semua tu. Ayah akan tunggu di sini sampai Puspawangi dengan ibu keluar! Puspawangi dengar, tak?!!” Tiada sahutan. Hanya bunyi deras air terjun yang jatuh mencurah-curah.", "Aku hampa. Tetapi enggan berganjak. Aku masih mengharapkan mereka akan datang padaku. Sementara menunggu aku labuhkan duduk di atas batu besar tersebut. Sejurus kemudian, aku melihat air yang mengalir di depan sedikit berkocak. Perasaanku jadi berdebar. Dua kepala muncul di permukaan air. Sehinggalah mereka berdiri di depanku. Tersenyum aku melihat kedua-duanya. Tubuh mereka langsung tidak basah. Cantik, comel. Putih berseri wajah mereka.“Ayah!”Puspawangi terus memelukku selepas aku turun daripada batu itu. Aku membalas pelukannya dan mencium kedua belah pipinya. Terasa seperti rindu seorang ayah terhadap anaknya telah terubat.“Kenapa kau datang kemari dan memanggil kami? Kau mahu, apa?”“Jawapan.” Balas aku sambil menentang wajah jelita Dahlia. Aku mendekatinya. Merenungnya dalam-dalam.“Jawapan apa yang kau, mahukan?”“Tentang kita.”“Maksud, kau?”“Aku, kau dan, Puspawangi. Apa hubungan kita? Aku juga ingin tahu. Kita pernah bersama ke, sebelum ni?”“Kalau aku jelaskan semuanya sekalipun, bukannya bererti buat kau. Apa yang berlaku antara kita, kau dah tak ingat lagi. Semuanya telah terhapus dari ingatan kau. Aku rasa, lebih baik kau kembali saja ke tempat asal kau. Tak perlu pedulikan kami lagi. Aku minta maaf kerana Puspawangi sudah beberapa kali mengganggu, kau. Aku melarang dia.", "Tapi, Puspawangi terlalu ingin bertemu dengan ayahnya. Jadi aku terpaksa menceritakan tentang kau. Dia minta aku menghantarnya kepada ayahnya. Kalau tidak, dia akan terus mendesak aku dan menangis. Takpun dia akan keluar sendirian mencari. Aku cuma beri dia jumpa kau sekejap saja. Tapi malam tu dia ingin berjumpa dengan kau lagi. Paling aku tak sangka, dia akan masuk ke dalam rumah, kau. Lepas ni, aku takkan biarkan semua tu berlaku lagi.”“Tak apa. Aku tak marah pun. Jadi, memang benar? Aku ini, ayah dia?” Aku masih tidak percaya bahawa, aku sudah menjadi seorang bapa. Dahlia memandangku sambil mengangguk.", "“Bagaimana boleh terjadi? Maksud aku, bagaimana Puspawangi boleh menjadi anak aku? Apa yang telah berlaku antara kita?”Dahlia diam seketika. Mungkin sukar untuk dia memberitahu aku perkara itu. Tetapi bila dia sudah bersetuju untuk menjelaskan, aku terasa lega. Dia mula bercerita satu persatu. Dari awal hingga akhir.…Ketika aku bermandi-manda di bawah pancuran air terjun, tubuhku tenggelam di tempat yang agak dalam. Aku hampir lemas. Seekor buaya putih yang muncul di situ menyelamatkan aku. Buaya putih itu merupakan penjaga di kawasan air terjun. Aku dibawa ke atas tubuhnya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Buaya putih membawa aku sampai ke atas darat.", "Dahlia sendiri yang menyaksikan bagaimana buaya putih itu meletakkan aku di atas tebing sungai. Sebenarnya, itu bukan kejadian pertama berlaku. Sudah kerap berlaku orang lemas dan hilang di kawasan air terjun itu. Mereka kemudiannya dibawa oleh buaya putih melalui sebatang sungai sehingga ke Kampung Bunga Kristal. Mereka yang sudah berada di tempat itu akan menjadi sebagian penduduk di situ. Termasuk, aku.Dahlia dengan keluarganya yang menjaga aku sehingga aku sedar semula. Ingatan aku hanya tertumpu pada tempat itu. Aku mula bekerja di Kampung Bunga Kristal. Mereka memiliki kebun sayur dan juga dusun buah-buahan. Setelah aku dan Dahlia saling jatuh cinta, kami berkahwin. Dahlia mengandung selepas beberapa bulan. Kehidupan aku dengan dia sangat bahagia. Bahkan aku tidak sanggup meninggalkannya walau sesaat. Tetapi saat Puspawangi lahir ke dunia, fikiran aku tiba-tiba berubah. Aku teringat semula dunia asalku.", "Aku ingin kembali kepada keluargaku, Uncle Ahmad dan Aunty Latifah. Namun, ingin membawa isteri dan anakku sekali. Aku meminta belas kasihan mereka untuk membenarkan aku pulang kepangkuan keluargaku. Malangnya, ibu dan bapa Dahlia melarang aku pulang ke tempat asal. Apatah lagi untuk membawa Dahlia dan Puspawangi bersama. Kami dari dunia yang berlainan. Mereka dari dunia alam ghaib tidak boleh tinggal di dunia manusia biasa.Aku tetap berdegil untuk membawa Dahlia dan Puspawangi. Kerana marah dengan tindakan aku, bapa Dahlia mencampakkan aku ke dunia luar dengan menghilangkan semua ingatan aku tentang Kampung Bunga Kristal. Aku tidak dibenarkan lagi menjejakkan kaki ke tempat itu. Aku lalu kembali semula ke kediamanku….“Selama ni, kau memerhatikan aku di kawasan rehat tu, kan?” Aku menyoal Dahlia sambil meliriknya.“Ya. Bila aku rindukan suami aku.”", "“Oh, patutlah aku tak boleh jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. Rupanya, dalam hati aku dah ada orang yang aku sayang. Kau, masih isteri aku, Dahlia. Aku sangat menyayangi kau dan Puspawangi. Biarpun dunia kita berbeza, hati kau dan hati aku dah bersatu.” Aku meliriknya lagi. Dahlia hanya tersenyum malu.Buat seketika, kami bertiga berseronok bermain-main di bawah pancuran air terjun. Aku memeluk dan mencium kedua-duanya saat kami harus berpisah.“Ayah, nanti kita jumpa lagi.”“Tentu, sayang. Ayah akan datang jumpa Puspawangi. Dan Puspawangi juga boleh datang jumpa ayah, kan? Jangan lupa bawa ibu sekali. Nanti ayah akan rindukan, ibu.” Aku cuit hidung comel Puspawangi. Dia tersenyum dan mengangguk.", "Untuk sekian kalinya aku memeluk dan mencium kedua belah pipinya.Dengan langkah menahan sebak, aku menoleh sekali ke arah mereka. Senyuman serta lambaian diberikan kepadaku. Aku turut melambai mereka sebelum meneruskan langkah kembali.Biarpun mereka dari dunia yang berbeza, mereka juga adalah keluargaku.-TAMAT-", "Penulis _ Syazlina" ]
[ "kisah cinta ter-Hadang" ]
https://fiksyenshasha.com/kisah-rumah-sewa/
kisah rumah sewa
[ "assalamualaikum. thank you admin publish story gue. nama aku iman.", "kisah 2013 waktu zaman belajar di sebuah kolej swasta bertempat dikelana jaya. banyak kisah pahit getir dalam rumah tu. rindu mat. ada beberapa kisah yang aku nak story & maaf kalau tak seram yea so enjoy guys.", "story 1:\nrumah aku ada 2 ruang tamu, 3 bilik 2 bilik air. ketiga2 bilik ni aku pernah duduk. sem 1 aku duduk bilik master bedroom. dalam bilik ni ada 3 katil double decker. 1 katil berhadapan pintu tandas, lagi dua gabung bentuk L. aku punya mengadap tingkap & katil senior aku mengadap katil pertama tadi.", "kisah nya bermula bila senior aku balik dalam 2 pagi. ketika melangkah masuk dia melihat semua dibuai mimpi, tak tahu kenapa semua tido awal time tu kalau tak kemain ligat nak tido hahaha, selesai bersih kan diri dia pun terus tido tetapi lena nya tak panjang, selang beberapa jam dia terasa seakan2 orang mengejut nya. dia pun terjaga dalam keadaan mamai dan melihat aku & zul disebelah kiri nyenyak dibuai mimpi. bila toleh ke belah kanan ia terpandang katil di hadapan tandas. di katil atas bahgian tangga dia nampak seorng housemate tengah duduk kaki menjulur kebawah badan mengadap tandas manakala mukanya pandang tepat kearah dia. muka badan semua seakan2 megat (bukan nama sebenar). sambil senior aku memanggil megatt…. gattt… gatttt… tapi takde respon, dia hanya renung tepat dimuka senior aku. (bila nak tido rumah kami gelap n hanya lampu koridor dapur saja yg menerangi, itupun samar2 sebb pintu buka sikit) senior aku terasa lain macam terus dia tarik selimut selubung hingga terlelap. Bila esoknya masing2 bersiap untuk pergi ke kelas. senior aku ni bangun n tanya aku “mana si megat eh” . aku pun membalas “dia cakap, dia tido rumah membe, awat doe?” senior aku dia seribu bahasa.\nMasa pun berlalu, petang tu senior aku pun cerita apa yang dia lalui tu. Dah penyudah nya aku lakk risau. berfikir matt cane aku nak tido malam ni.", "malam pun sampai. korang tahu punya lahh aku berfikir, sampai takleh tido mat pkul 11, 12, 1 ok lagi. masuk je pkul 2 lebih bila semua dah tido kan. sunyii je. aku dengar orang main plastik bai. lagi wahare aku hahahaha. aku lelap je mata sambil mengadap dinding tpi plastik meriah bunyi. sampai laa azan baru hilang. baru dpat lelap. penyudah nya esok cuti class. yealaaa jenis aku kena biasa dulu duduk tempat baru ni. bila dah biasa baru ok. hehe sekiann", "story 2:\nstory ni pendek sikit, lepas je aku kena dari story no 3 ni aku borak laa dngan senior2 aku. diaorng cerita bilik pertama tu memang orang gantung diri m**i & tandas luar tu pernah foreigner m**i overdose dadah. beberapa beberapa bulan/tahun rumah tu dijadikan rumah student. hahaha tiunasenggg ! …. diaorng tahu dari guard & ada jiran yang bagitau. allahuaklam…", "kisah lain,\naku suka basuh baju tengah malam. (tandas ni yg foreigner m**i overdose tu) sambil mandi n basuh baju kau bayangkan tetiba tandas tu flush sendiri bai. sebb selama aku pakai ni relax je takde apa2 pun. tetiba malam tu flush sendiri & air hitam kalau tak silap. aku risau juga time tu aku settle kan cepat2 n masuk bilik. alhamdulillah takde apa2 berlaku.", "kes satu lagi time tu aku baru balik dri cuti weekend. selalunya housemate ada sorang dua tak balik tpi aku tak thu kenapa rumah kosong time tu. aku sampai petang waktu tu.\ndalam 5 lebih aku sampai sebbkan bosan takde orang aku tertido dlam blik pertama then aku tersedar bila aku terdngar bunyi orang berkemas & macam borak laa. aku terus bangun sebb ingat kan zul kawan aku balik. buka pintu sekali takde orang doe. menung jap aku tengok jam pukul 7.15. aku boleh tercengang. kiwak tol. yealaa maghrib2 tido pun satu hal juga. aku tutup pintu duduk atas katil menung hahaha. bila aku dengar grill buka je terus aku tinjau akhirnya diaong balik legaa sikit. sekian sorry kalau tak seram yea", "Story 3:\nkisah ketiga ni berlaku sem 2. masuk sem 2 ni senior aku yg cuti short sem pun dah masuk balik & senior (story1) yang kena kacau tu cuti short sem pula. rezeki aku dapat bilik no2 berhadapan tandas. bilik no 2 ada 2 katil double decker. rumah kitaorng ramai dlam 13 orang.", "kisah bermula bila, masing2 tengah buat assignment dekat ruang tamu depan. sambil buat2 tu senior2 aku ni keluar bilik riuh mat sebb nak sambut birthday salah sorang senior. diaorng letak kimi (birthday boy) dekat tandas bilik pertama tu. ( sebb nak simbah air busuk yg dicampur dengn pelbagai benda, biasa lah chef kan) bila dah simbah tu memang riuh sangat.", "Yang batch aku ni tak rapat sangat dngn senior, so bila dah riuh diaorng pergi katil masing2. hanya aku & 2 orang je yang rapat.. bila dah jerit2 nyanyi sambil simbah air busuk telur ni, kimi ni macam sound laa jangan bising sangat marah jiran nanti then selang beberapa saat tu semua macam terdiam bila terdengar dua tumbukan di dinding yang agak kuat. TANGGGG…. TANGGGG…macam amaran laaa suruh diam. aku tengok jam dalam 1 lebih. senior aku sorang ni masuk air. dia pun balas balik 2 kali tumbukan tu TANGGG…. TANGGGG… korang tahu diaorng ni balas membalas sampai lah kali ke empat then senyapp.", "kitaorng ingat jiran atas dah letih or malas layan. selang beberapa saat tu bunyi yang lagi kuat dari sebelum and tumbukan yang bertalu2, TANGGG… TANGGG… TANGGGG… semua terdiam menyepi mat. memasing pandang satu sama lain then senior aku cakap “ni bukan manusia bai”. senior semua masuk bilik memasing then aku takleh tido sebab buat assignment, esok nak hantar ni. aku tak tido bilik sebab tumbukan tu dari jiran atas bilik sebelah aku so aku dengn 2 orang ni bentang tilam dkat ruang tamu satu. masa tu dalam pukul 3 pagi. aku pelik membe aku boleh tido bai atau buat2 lelap. senior2 tu pun tak keluar bilik so aku jela yg tak tido lagi dekat ruang tamu tu sambil buat kerja.", "waktu tu pukul 3 pagi, mula2 rasa takut lama2 jadi semak juga. gentle bising bila aku rasa dah semak tu aku buat bodo je tutup semua lampu depan. hanya lampu laptop n lampu koridor bahgian dapur saja yang menerangi. niat aku nak settle kan kerja ni. aku taknak fail. sambil aku menyala marlboro & sandar didinding mengadap jalan nak ke ruang tamu 2 n bilik no 1, depan aku ternampak ada macam satu kepala tinjau keluar dari bilik no 1 tu. mcam mengintai laa. dalam hati aku trus “fakk siapa pula ni” aku buat bodo time tu seram mat. nyesal aku tutup lampu.", "sambil benda ni berlaku bunyi tumbukan tu tak hilang yea. aku hadap je laptop tak pandang kiri kanan walaupun aku mcam nak pandang. (memang mata aku hadap laptop tapi ada lampu dari koridor dapur yg samar2 membuatkan ekor mata aku macam perasan ada sesuatu yg meninjau) aku buat bodo sampai aku pun tak perasan dah takde then sampai lahh subuh berkumandang bunyi tu makin reda and hilang. lega hati aku mat. keesokan budak2 ni naik tingkat atas & tengok mcam dah lama tak balik/berpenghuni. sejak dari tu masing2 jaga adap. ingat bukan kita saja yg ada dimuka bumi ni. manner come first braderrrr", "ada rezeki aku cerita pengalaman kena di bilik no 2 n bilik ketiga last sem." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/malaysia-vs-thailand/
Siaran Langsung Malaysia vs Thailand Piala AFF (Live Streaming) 10 Jan 2023
[ "Malaysia akhirnya layak ke perlawanan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric menentang juara bertahan Thailand. Kali terakhir Malaysia berentap di perlawanan akhir adalah pada tahun 2018 menentang Thailand. Malaysia juga pernah menjadi juara kali pertama pada tahun 2010 menentang Indonesia.", "Pada tahun 2014, Malaysia pernah menghadapi Thailand pada perlawanan akhir, namun kalah dengan jaringan agregat 4-3. Malaysia naib juara pada ketika itu.", "Perlawanan imbal balik Malaysia menentang Thailand kini diteruskan. Sebelum ini Malaysia mendahului dengan jaringan 1-0. Walaupun terdapat sedikit kontroversi pada jaringan kedua Malaysia yang akhirnya tidak dikira, namun skuad harimau Malaya terus kekal positif dan akan bertarung habis-habisan pada perlawanan separuh akhir 2 Piala AFF ini.", "Perlawanan ini boleh diikuti secara langsung dengan melayari laman web rtm sukan pada pautan https://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm ", "Selain itu, perlawanan ini juga disiarkan secara langsung pada saluran berbayar iaitu Astro. Kepada sesiapa yang mempunyai dan melanggan Astro boleh menonton perlawanan ini secara langsung.", "Ayuh sama-sama berikan sokongan padu kepada barisan pemain yang berentap menentang thailand. Semoga peluang cerah akan diperolehi untuk terus mara ke perlawanan akhir seterusnya dapat melakar kejayaaan sekali lagi seperti pada tahun 2010 dulu. Ayuh Malaysiaku!", "artikel lain:" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/kena-tindih-semasa-di-plkn/
Kena tindih semasa di PLKN
[ "Hi semua, kisah ni dah lama, lebih kurang 10 tahun lepas masa aku menjalani PLKN di sebuah kem di Perlis. Di Perlis cuma ada 2 kem PLKN, so pandai-pandai la teka mana satu. Sebelum aku start cerita kisah aku ni, aku nak kongsi sedikit facts tentang aku. Aku ni memang jenis senang dengar dan senang nampak kelibat. Maksud aku bila dengar, aku akan dengar suara orang berbisik kat tepi telinga. Kalau nampak pulak, aku akan nampak bayang-bayang hitam bergerak sekali imbas je, tapi nasib baik bukan nampak bentuk benda tu seketul.", "Pada tahun 2012, aku kena pergi jalani perkhidmatan PLKN, ada pengalaman pahit dan manis jugak la masa kat sini. Kem yang aku stay selama beberapa bulan ni agak terpencil, kalau parents aku nak datang melawat time weekend, agak jauh nak masuk dari jalan besar tu. Kawasan kem dikelilingi hutan, tak tebal sangat tapi still hutan, so ada vibe seram jugak.", "Bulan pertama dan kedua aku kat sana, aku tak pernah nampak atau dengar benda pelik-pelik, kecuali ada dengar cerita dari dorm sebelah, ada orang kena kacau la, kena rasuk la, tapi bukan di dorm aku. Benda yang jadi kat aku ni agak mengejut jugak sebab aku tak jangka langsung aku akan kena teruk macam tu.", "Biasanya lepas habis roll call malam, semua orang akan berkawad ikut pasukan masing-masing balik ke dorm untuk tidur. Tapi tak semua akan tidur terus, ada yang tengah lepak main gitar, makan snack tapi wajib tutup lampu, kalau tak nanti cikgu datang dan denda kami semua. Aku rasa malam tu dalam pukul 11 malam macam tu, aku tak tahan nak kencing, aku pergi toilet sorang-sorang. Kebetulan pulak time tu semua toilet full, ada orang tengah guna. Aku dah tak tahan nak kencing, aku pun gamble kencing kat tempat cubicle shower. Biasa la, lelaki, budak lagi, main pancut je kencing kat mana-mana asalkan orang tak nampak.", "Mungkin time tu kot silap aku, kencing kat tempat yang tak sepatutnya. Lepas kencing, aku dah cuci semua, basuh muka terus balik dorm nak tidur. Sampai je kat katil aku, aku ambil handphone aku, pasang earphone nak dengar lagu sambil tidur. Oh ya, kebetulan esoknya tu weekend, so semua orang dapat handphone masing-masing. Time aku tidur tu, aku dah mula lelap, tapi aku tiba-tiba terjaga sebab aku dah rasa aku kena tindih, aku ni dah biasa kena tindih, so bila dah biasa, benda yang paling aku selalu buat, aku akan lawan sedaya upaya aku, time tu aku sedar aku dalam keadaan tidur terlentang, so aku lawan dengan cuba untuk mengiring ke kiri aku. Aku lawan dan lawan, akhirnya aku berjaya, okay, dah boleh mengiring, aku pun sambung tidur sambil lagu masih on play kat telinga aku.", "Rupanya aku punya rasa lega tu sekejap je, entah macam mana, aku dapat rasa ada benda kat atas siling dan aku tiba-tiba tak boleh gerak, kena tindih lagi kali kedua, aku cuma mampu gerakkan anak mata aku je untuk tengok sekeliling, tengok di hujung-hujung mata aku. Bila aku mengiring ke kiri, mata kanan aku boleh nampak siling dorm kalau aku betul-betul gerakkan anak mata aku ke hujung kanan. Apa yang aku nampak ni, benda yang paling seram pernah jadi kat aku. Ada satu makhluk ni berbaju putih, kotor, ada kesan tanah, berambut panjang, dia macam melekat kat atas siling dorm tu.", "Tiba-tiba benda tu perlahan-lahan turun menuju ke arah aku, jantung aku laju sangat masa tu, aku pejam mata sebab ketakutan. Bila aku buka mata untuk check, benda tu makin dekat dan dia dah duduk atas aku. Rambut dia sampai tutup muka aku, dia siap hembus nafas dia kat telinga aku dengan hembusan yang sangat marah, paling best aku siap dapat rasa ye badan dia tu atas aku. Sumpah masa ni aku takut gila, aku cuba mintak tolong kawan aku kat sebelah, tapi suara aku langsung tak keluar.", "Bila kena tindih ni, nak bercakap tak boleh, nak bergerak pun tak boleh. Padahal, dah cuba sedaya upaya sampai badan rasa letih. Masa tu aku cuma cakap dalam hati, “tolong la jangan kacau aku, sudah la, jangan kacau aku!”. Aku cuma mampu pejam mata untuk hilangkan rasa takut, tapi benda tu masih hembus nafas dia kat telinga aku dengan lagu yang aku tengah dengar tu pun still on play ye.", "Aku sampai maki hamun dalam hati mintak benda tu pergi. Tiba-tiba entah macam mana, aku dah boleh gerakkan kaki aku, gerakkan tangan aku dan aku pun terus bangun. Satu badan aku rasa kebas sangat-sangat. Bila aku duduk atas katil aku tu, aku nampak je kawan-kawan dalam dorm tu tengah berborak. Dalam hati aku, dorang ni tak nampak ke benda tu tadi atau aku sorang je yang nampak.", "Itulah pengalaman seram aku masa aku kat PLKN di Perlis tu, sampai hari ni aku tak akan lupa sebab ni pengalaman kena tindih aku yang paling seram. terima kasih Fiksyen Shasha jika sudi kongsikan kisah ini." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/ramalan-nek-semah/
RAMALAN NEK SEMAH
[ "Sesekali angin bertiup agak kencang, daun-daun kering berguguran jatuh ke bumi. Berterbangan kian memenuhi di beberapa buah jalan kawasan kampung Tanjung Hulu, yang menerima kedatangan musim luruh. Kampung Tanjung Hulu suatu ketika dahulu sering dikunjungi pelancong yang inginkan sebuah percutian mendamaikan. Biarpun tempat itu dikatakan cantik untuk singgah berehat atau menenangkan fikiran namun, ada yang beranggapan kampung Tanjung Hulu terlalu terpencil. Menyeramkan! Banyak kejadian misteri yang pernah berlaku.", "Kononnya, ada pengamal-pengamal ilmu hitam ‘membela’ makhluk-makhluk menakutkan sehingga mengganggu penduduk kampung serta pelancong yang datang berkunjung. Makhluk tersebut dikatakan muncul waktu dinihari. Mengetuk pintu rumah. Berlari di atas bumbung rumah dan adakalanya, mengilai-ngilai serta merengek. Wajah dan bentuknya boleh menyerupai nenek tua si bongkok tiga (nenek kebayan) atau ia muncul dengan wajah-wajah ngeri seperti yang digambarkan oleh sesetengah penduduk.", "Penyebaran gosip tersebut menyebabkan kampung Tanjung Hulu kini semakin sepi. Hanya tinggal generasi terdahulu yang terus kekal di situ. Sedangkan ada di antara anak dan cucu cicit mereka sudah berpindah ke luar bandar. Ini bermakna bilangan warga emas lebih ramai berbanding genarasi baru yang tinggal di kawasan itu. Usia tidak menghalang mereka melakukan tugas seharian. Selagi ada kudrat (terdaya) mereka masih mampu bekerja seperti biasa.", "Menguruskan kebun serta rumah-rumah rehat (chalet) jika masih ada yang ingin datang bercuti di tempat tersebut. Terdapat juga rumah orang-orang tua yang dibina untuk mereka yang sudah tidak larat bekerja atau menguruskan diri sendiri lagi. Bukan disebabkan diabaikan oleh anak-anak mereka. Tetapi mereka sendiri yang menolak untuk tinggal di kawasan bandar. Bagi mereka jarak antara bandar dengan kampung itu terlalu jauh. Dan sudah semestinya mereka ingin menghabiskan sisa-sisa hidup yang masih ada itu di tempat tinggal mereka sendiri.", "Kereta yang dipandu Azie berhenti di", "satu destinasi. Kelihatan beberapa buah rumah rehat (chalet) yang diperbuat daripada kayu berdekatan dengan kawasan sungai. Azie lalu keluar daripada kereta untuk meninjau. Dituruti tiga lagi rakannya, Sara yang duduk di bahagian hadapan, sebelah tempat duduk pemandu. Sementara Nita dan Dania duduk di bahagian belakang, baru terjaga daripada tidur. Terasa jauh dan memenatkan perjalanan tadi yang memakan masa selama enam jam. Keempat-empat gadis manis awal dua puluhan itu menetap di Kuala Lumpur. Masih menuntut di sebuah kolej di ibu kota tersebut.", "Mereka berempat bersahabat baik semenjak dari sekolah menengah lagi. Tidak menyangka dapat masuk kolej yang sama juga. Persahabatan yang terjalin di antara mereka sangat erat. Selalu sahaja bersama jika ke mana-mana. Sehingga ada yang menyangkakan hubungan mereka seperti adik-beradik.", "Bila tiba cuti selalunya, mereka akan pergi ke tempat-tempat peranginan yang menarik dan terkenal. Cuma kali ini mereka inginkan kelainan. Azie memilih sebuah perkampungan untuk percutian mereka selama tiga hari. Sara, Dania dan Nita turut bersetuju. Memang cantik kawasan tempat itu seperti yang dikhabarkan. Harganya juga berpatutan.", "Di belakangnya terdapat pokok-pokok besar, pokok bunga dan anak sungai. Airnya yang mengalir jernih, sejuk serta mendamaikan jiwa. Sesuai sangat untuk berehat serta menenangkan fikiran. Ditambah dengan burung-burung yang berkicauan bermain-main di atas dahan.", "Kedatangan mereka disambut dengan senyuman oleh pemilik kawasan rumah rehat itu, Mak Wan. Selain Mak Wan ada beberapa orang lagi rakan sekampung Mak Wan yang menguruskan rumah-rumah rehat tersebut. Dalam setiap rumah rehat disediakan dua buah bilik dan satu bilik air. Setiap bilik ada dua katil bujang dan almari untuk menyimpan barang atau menyangkut pakaian. Televisyen, sofa, peti sejuk, pemanas air elektrik, pinggan, cawan, sudu turut disediakan. Jika hendak menjamu selera ada kedai-kedai makan berhampiran.", "Usai Mak Wan menyerahkan kunci rumah, Azie segera membuka pintu. Mereka berempat menapak ke dalam sebelum mendapatkan bilik masing-masing. Sara satu bilik dengan Azie. Sementara Dania satu bilik dengan Nita.", "Sara bingkas mengeluarkan pakaian serta tuala dari dalam begnya. Dia terpaksa menggunakan bilik air dahulu. Tidak tahan badannya yang terasa melekit akibat berjam perjalanan berada di dalam kereta. Yang lain, sementara menunggu giliran mengemas apa yang patut. Setelah selesai menyakut pakaian dan meletakkan barangnya dalam almari, Azie keluar melihat-lihat perhiasan yang tersusun di beberapa sudut.", "Cantik dan menarik kesemuanya. Mereka yang menguruskan rumah rehat itu terdiri dari golongan warga emas. Jadi tidak hairanlah semua barang-barang perhiasan di dalam rumah itu kebayakkannya barang-barang antik. Barang-barang lama yang jarang didapati di mana-mana kedai. Jika dijual harganya pasti lumayan!", "Usai solat Zuhur mereka berempat menjamu selera di Medan Selera Kampung. Tidak perlu menaiki kenderaan. Kedai makan tersebut hanya berada beberapa langkah sahaja di hadapan rumah rehat. Pelbagai jenis hidangan melazatkan disajikan. Jika di bandar agak sukar untuk mendapatkan masakan-masakan yang benar-benar terasa keenakkan masakan ‘kampungnya’ seperti itu. Betul-betul membuka selera empat gadis manis itu.", "Azie hanya memilih nasi putih, ikan keli bakar, gulai kangkung dengan minuman air limau. Walaupun enak masakannya, cukup sekali sahaja dia menjamahnya kerana perutnya akan merasa terlalu kenyang dengan sekali makan. Sedangkan Nita, Sara dan Dania bertambah sampai dua tiga pinggan. Itupun mereka menambah lagi dengan beberapa hidangan lain juga.", "Selepas menjamu selera mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan kampung. Menikmati udara segar serta keindahan suasana kampung. Seronok menyaksikan warga emas menyiapkan kraf tangan mereka seperti, bakul daripada buluh dan anyaman tikar mengkuang. Sambil bersembang di atas pangkin.", "Sesekali mereka disapa mesra oleh penduduk kampung yang berselisih jalan dengan mereka. Ketika mereka melalui satu kawasan angin bertiup sedikit kencang. Daun-daun kering gugur daripada pokok berterbangan kearah mereka. Daun-daun kering itu ditepis-tepis dari melekat pada pakaian mereka.", "Tidak semena-mena mereka didatangi wanita tua yang muncul secara tiba-tiba di hadapan. Wajahnya berkedut seribu dengan tubuh agak bongkok sedikit. Berpakaian baju kurung kedah serta kain batik lusuh. Rambutnya yang memutih uban itu disanggul tinggi serta diselit sekuntum Bunga Melati. Bila tersengih menampakkan giginya yang hitam dan ada yang telah reput. Wajah-wajah gadis cantik itu dipandang silih berganti. Riak wajahnya berubah serius tiba-tiba. Seram pula mereka berempat melihatnya.", "“Kalian ini bersahabat baik, kan?” Soal wanita tua itu. Masih merenung tajam ke arah Azie, Sara, Dania dan Nita.", "“Betul, nek. Kami memang sahabat baik dari dulu lagi. Kenapa, nek?” Azie mewakili rakan-rakannya yang lain menjawab soalan yang ditanyakan wanita tua itu.", "“Pada ramalan Nek Semah, tahun ini adalah tahun kemusnahan kalian berempat. Kalian semua akan bermusuhan suatu hari nanti! Percayalah kataku! Khi…khi…khi….” Sambil ketawa halus, wanita tua yang menggelar dirinya sebagai Nek Semah terus berlalu pergi. Dania, Azie, Nita dan Sara sama-sama terkedu.", "Walaupun jalan terbongkok, langkahnya agak laju ke hadapan. Malah sudah meninggalkan jauh empat orang pelajar perempuan itu yang masih kelihatan terpinga-pinga. Mereka lalu saling berpandangan. Dalam fikiran masing-masing hanya terbayang Nek Semah itu persis watak seorang wanita tua misteri yang sering muncul dalam kebanyakkan cerita-cerita seram!", "Malam itu selepas solat Isyak mereka hanya menjamah mee segera. Tidak perlu dimasak. Cuma tuangkan air panas sahaja ke dalam mangkuk mee tersebut. Meski kedai makan hanya beberapa langkah jaraknya dari rumah rehat itu, mereka berempat terasa malas pula hendak keluar. Lagipun mereka bimbang jika terserempak sekali lagi dengan wanita tua bernama Nek Semah itu. Cakap pula yang pelik-pelik.", "“Kau orang percaya ke, apa yang Nek Semah cakap dekat kita siang tadi?” Azie bertanya kepada rakan-rakannya yang sedang menikmati mee segera.", "Fikirannya agak terganggu dengan kata-kata Nek Semah petang tadi. Tidak tahu mengapa wanita tua itu berkata begitu kepada mereka berempat.", "“Nak percaya buat apa? Orang tua tu entah betul ke, tidak. Entah-entah nyanyuk.” Kata Nita. Dia masih terbayang wajah seram Nek Semah yang menyeringai. Gerun!", "“Yalah kau ni, Azie. Kenapa nak percaya pula? Dia cuma cakap ramalan saja, kan? Kita mana boleh percaya dengan ramalan. Mana ada orang boleh tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Nek Semah tu memang tak betul. Biasalah, orang tua. Nyanyuk kut?” Sara juga yakin Nek Semah seorang wanita tua yang nyanyuk.", "Azie sekadar mengangguk setuju. Kenapa dia hendak fikirkan sangat tentang kata-kata Nek Semah itu? Selama ini dia dengan rakan-rakan baiknya itu tidak pernah sekalipun bergaduh. Apatah lagi hendak bermusuhan.", "“Tapi muka Nek Semah tu scary, kan? Macam Nenek Kebayan pun ada. Hihi!” Celah Dania. Cuba menceriakan suasana.", "Azie, Nita dan Sara cuma tersenyum. Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Dania. Wajah Nek Semah yang mereka lihat petang tadi sememangnya menakutkan!", "Terganggu seketika perbualan empat sahabat itu apabila bunyi mesej masuk dari telefon milik Azie.", "-Hai, sayang!", "-Tengah buat apa tu?", "-Tengah membawang dengan geng ke?", "Tiga mesej dari kekasihnya, Tengku Karman buatkan Azie menyimpul senyum.", "“Siapa mesej?” Tanya Sara sambil melirik skrin telefon Azie.", "“Tak payah tanyalah, Sara. Tengok muka dia pun kita dah tahu siapa yang mesej. Sah-sahlah buah hati dia, TK. Untunglah orang tu. Ada orang ingat dan sayang. Baru beberapa jam tak jumpa dah rindu. Kan?” Nita sengaja mengusik Azie.", "Hanya sengihan yang Azie balas. Dia segera berlalu ke luar rumah untuk berbalas mesej dengan kekasihnya. Sara, Dania dan Nita tersenyum-senyum memandang gelagat rakannya itu. Di antara mereka berempat, Azie lah yang paling cantik. Ramping, tinggi macam model. Bermata galak, dan kulitnya putih melepak. Ramai pelajar lelaki di kolej itu hendak memikat Azie. Tapi Azie hanya setia dengan kekasihnya yang merupakan seorang pelajar lelaki kacak dan berketurunan diraja di kolej tersebut.", "“Memang bertuah jadi Azie, kan? Dapat boyfriend handsome. Kaya pula tu. Kan best kalau aku pun dapat boyfriend macam Tengku Karman tu.” Dania tersenyum sambil membayangkan Tengku Karman sedang duduk di sebelahnya.", "“Hoi! Kau dah berangan sampai ke mana? Mesti kau bayangkan TK duduk bersanding sebelah kau, kan? Jangan…Nanti Azie tahu mengamuk dia.”", "“Kau ni, Sara! Aku nak berangan sekejap pun tak boleh, ke?” Cebik Dania. Sara dengan Nita terus ketawa terkekeh-kekeh.", "Menghampiri pukul tiga pagi, Azie terjaga dari tidur. Dia terdengar seperti seseorang sedang mengetuk pintu rumah rehat itu. Yang peliknya hanya dia seorang sahaja yang terjaga. Sedangkan rakan-rakannya yang lain tidur lena seakan tidak terganggu dengan bunyi ketukan pintu tersebut.", "Azie cuba mengejutkan Sara. Tetapi Sara langsung tidak memberi respons. Senyap sahaja. Dia lalu menapak keluar daripada bilik dan terus menuju ke bilik dua orang lagi rakannya. Sama seperti Sara. Nita dan Dania juga tidak terjaga ketika Azie mengejutkan mereka. Azie ingin mengabaikan sahaja bunyi ketukan itu yang masih lagi tidak berhenti. Tetapi hatinya meronta-ronta ingin tahu siapakah gerangan yang sedang mengetuk pintu tersebut pada waktu dinihari sebegini?", "Mungkinkah tuan rumah rehat itu? Agaknya ada sesuatu yang Mak Wan hendak sampaikan. Tapi kenapa tidak tunggu siang hari sahaja? Kenapa mesti pada pukul tiga pagi? Banyak perkara yang bermain dibenak Azie ketika ini. Rakan-rakannya pula dah macam tidur m**i. Dikejutkan pun tidak terbangun langsung.", "Dia bukan seorang yang penakut. Cuma tak ada keberanian sangat. Seram juga kalau hantu tiba-tiba muncul depan muka. Tetapi demi ingin mengetahui siapa yang sedang mengetuk pintu itu, Azie terpaksa beranikan diri. Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri pintu. Namun dia tidak jadi hendak membukanya. Ketukan itu sudah terhenti. Azie menarik nafas lega sambil memusingkan tubuh untuk kembali ke bilik.", "Tuk! Tuk! Tuk!", "Baru hendak merasa lega, ketukan itu kembali bertalu-talu di luar pintu rumah rehat yang mereka diami. Perasaan Azie berdebar semula dengan langkahnya turut terhenti serta-merta. Dia berpaling. Dalam keadaan gementar Azie mengatur kembali langkahnya kearah pintu.", "“Siapa tu?” Tanya Azie. Ketukan terhenti. Tiada sahutan. Namun telinganya menangkap pula rengekan seorang wanita.", "Azie capai kunci yang tersangkut di dinding. Membaca bismillah dan doa terlebih dahulu. Meski dalam keadaan takut, sedikit keberanian yang tersimpan dalam diri menguatkan semangatnya. Usai pintu dibuka dia terlihat seorang wanita tua sedang duduk di atas tangga sambil membelakanginya. Pada mulanya Azie terdengar seperti wanita tua itu sedang menangis mendayu-dayu. Tiba-tiba suaranya berubah berbisik. Tetapi perkataan yang disebut terlalu laju. Malah bahasanya juga sukar untuk difahami.", "Azie lalu mendekati sambil menegur. Bertanya kepada wanita tua itu mengapa dia berada di situ? Apa yang dia mahukan? Namun pertanyaannya tidak dijawab. Wanita tua itu terus terdiam. Tidak berganjak dari duduk membelakangi Azie. Sedikit keberanian yang masih tinggal memaksa Azie menyentuh bahu wanita tua itu. Perlahan-lahan dia memalingkan wajahnya kearah Azie.", "“Khi…khi…khi….” Sambil tertawa halus wanita tua itu memperlihatkan wajahnya yang sebenarnya, tanpa wajah! Tiada mata, hidung atau mulut. Keseluruhan wajahnya hanya putih, kosong!", "“Astaghfirullahaladzim!” Menggigil tubuh Azie buat pertama kali melihat makhluk ngeri di hadapan mata.", "Tanpa menunggu lagi, Azie segera masuk ke dalam. Pintu ditutup rapat. Dia tersentak apabila secara tiba-tiba ada tangan menyentuh bahunya daripada belakang.", "“Kenapa ni, Azie?”", "Nafas lega ditarik. Mujur Dania. Dia fikir tadi hantu wanita tua tidak berwajah. Azie beritahu pada Dania apa yang dilihatnya di luar sebentar tadi. Tetapi Dania seolah tidak percaya. Dia mengatakan Azie mungkin mengigau. Tahun 2023 masih ada lagikah hantu-hantu ini semua? Kerana tidak yakin Dania segera membuka pintu tanpa sempat Azie menghalangnya. Dia menjenguk ke luar. Memandang kearah tangga.", "“Kan aku dah cakap, kau tu mengigau aje. Tengok? Mana ada hantu.”", "“Tapi tadi aku nampak depan mata aku memang ada hantu dekat atas tangga tu!”", "“Kalau ada, mana?”", "“Entah. Mungkin dia dah pergi.” Azie yakin dia tidak mengigau.", "Dania dan Azie kembali ke bilik masing-masing selepas mengunci pintu. Sebelum menyambung tidur, Azie melakukan solat sunat dahulu. Kemudian dia memanjat katil lalu berbaring. Matanya terkebil-kebil. Cuba mengusir kejadian menakutkan yang dialami dari terus mengganggu fikirannya. Seketika kemudian Azie terlelap.", "Bunyi cakaran di luar tingkap bilik. Semakin lama semakin jelas dipendengaran Azie. Mengganggu lena yang baru dikecapi. Tubuh Azie bergerak-gerak kerana rimas dengan bunyi tersebut. Wajahnya berkerut-kerut. Namun mata kekal terpejam. Sukar untuk dia membuka mata. Apatah lagi merasakan tubuhnya ditindih.", "“Mengikut ramalanku di antara kalian pasti ada yang akan jadi pengkhianat! Pengkhianat! PENGKHIANAT!!!” Lantang makhluk itu menjerkah. Terasa bergegar seluruh ruangan bilik tersebut.", "Tubuh Azie lencun dengan peluh. Dia masih cuba sedaya upaya menggerakkan setiap anggota tubuhnya dari cengkaman kuat makhluk itu. Hanya dari pandangan samar Azie dapat melihat makhluk ngeri yang sedang bertenggek atas perutnya. Seperti wajah Nek Semah? Tetapi lebih mengerikan! Tubuhnya kurus kering hanya menampakkan tulang. Rambutnya yang berwarna putih itu panjang serta mengerbang seolah ditiup angin kencang. Matanya pula hitam melolot ke dalam. Bergigi taring. Jari-jari runcingnya masih mencengkam kuat ke bahu Azie.", "“Allahuakbar! Pergi! Pergi! Pergi!” Azie terjerit-jerit sambil meronta-ronta.", "Rakan-rakannya terus terjaga setelah mendengar jeritan Azie. Sara menghampiri katil Azie. Mengejutkan gadis itu yang sedang meronta dan menjerit. Nita dengan Dania turut meluru masuk. Panik seketika mereka melihat keadaan Azie.", "“Mengucap, Azie! Hei, Azie! Kau kenapa ni?” Sara cuba menyedarkan Azie. Pipi Azie ditepuk-tepuk lembut.", "Azie terpinga-pinga. Melihat rakan-rakannya berada di katilnya.", "“Mana hantu Nek Semah tu?” Soal Azie sambil matanya meliar tercari-cari kelibat makhluk yang menyerupai Nek Semah menyerangnya tadi.", "“Sahlah! Kau ni mengigau. Mana ada hantu Nek Semah dalam bilik ni.” Kata Sara.", "“Tadi pun sama. Azie mengigau cakap ada hantu dekat tangga luar. Bila aku tengok tak ada apa-apa pun.” Jelas Dania.", "“Aku rasa kau ni sebenarnya terlampau fikirkan sangat cakap Nek Semah. Pasal ramalan dia yang entah apa-apa tu. Sebab tulah terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi.” Nita terus menyampuk. Dia dengan Dania kembali semula ke dalam bilik.", "“Dahlah. Tidur. Tak ada apa-apa. Kau mimpi aje tadi.” Sara mengusap-ngusap belakang Azie untuk menenangkan gadis itu.", "“Tapi aku rasa macam betul aje tadi. Hantu Nek Semah tu cakap, antara kita ada yang jadi pengkhianat.”", "“Kau ni…Mimpi tu kan permainan tidur semata-mata. Takkan kau nak percaya? Dahlah, tidur. Aku ada temankan kau. Tak payah takut. Baca ayat Kursi. Biar semua jin, syaitan, hantu ke, tak ganggu tidur kau lagi.”", "Nasihat Sara memaksa Azie berbaring semula. Ayat Kursi dibaca sebelum memejamkan mata. Sara membetulkan sedikit selimut Azie. Setia menemani Azie di sebelah sehingga rakan baiknya itu terlelap.", "Beberapa kali telefon Azie berbunyi. Dania abaikan saja sehingga telefon itu m**i sendiri. Nama si pemanggil, ‘Tengku Karman’ tertera pada skrin setiap kali ia berbunyi. Azie, Nita dengan Sara masih berada di surau menunaikan solat Asar. Sementara Dania sedang cuti solat. Dia menunggu rakan-rakannya di dalam kereta. Mereka dalam perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas menghabiskan cuti di kampung Tanjung Hulu.", "Sekali lagi telefon Azie berbunyi. Masih pemanggil yang sama. Akhirnya, Dania terpaksa menjawab juga panggilan itu. Kasihan pula Tengku Karman terus menghubungi. Niat Dania hanya ingin memberitahu lelaki itu yang teman wanitanya sedang solat. Tetapi….", "“Hello, sayang. Kenapa lambat jawab?”", "“Azie tengah solat. Saya Dania.”", "“Oh, Dania. Sorry. Saya ingatkan Azie tadi. Nanti kalau Azie dah siap solat suruh dia call saya, okey?”", "“Okey. Eerr…kalau kita berbual sekejap boleh tak? Sebab saya rasa bosan pula tunggu sorang-sorang dekat dalam kereta ni. Saya tak boleh solat.” Teruja Dania dengar suara macho Tengku Karman. Harap lambat lagilah rakan-rakannya habis solat. Dapatlah dia berbual panjang sikit dengan lelaki idamannya itu.", "Di kolej dia dengan Tengku Karman pernah juga bertegur sapa. Tapi cuma sekali sekala sahaja. Itupun sebab ada Azie. Kalau tidak tu susah dia hendak terserempak berdua dengan jejaka kacak itu.", "“Ermm…bolehlah. Nak cakap pasal apa, ya?”", "“Apa-apa pun boleh. Pasal awak masa kecil-kecil dulu, ke?”", "Perbualan yang awalnya hanya pada perkara-perkara remeh, berlanjutan hingga kepada hal-hal yang lebih serius. Mereka mula bercakap tentang hati dan perasaan. Sesekali diselang-selikan dengan gelak tawa yang ceria.", "Sejurus tiga orang rakannya itu kembali ke kereta, Dania pantas meletakkan telefon. Tetapi sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Tengku Karman terlebih dahulu. Dania sampaikan pesanan teman lelaki Azie tadi, kepada gadis itu. Dia turut menggunakan alasan terpaksa mengangkat telefon itu kerana Tengku Karman sudah beberapa kali menghubungi.", "Tanpa rasa ragu-ragu Azie mengucapkan terima kasih kepada Dania. Dia lantas menghubungi kekasihnya itu. Mereka berbual-bual sekejap di telefon sebelum Azie masuk ke dalam kereta, memandu dan meneruskan perjalanan mereka hingga tiba di ibu kota.", "Semenjak perbualan mereka di telefon tempoh hari, hubungan Dania dengan Tengku Karman semakin hari semakin rapat. Tanpa pengetahuan sesiapa pun mereka sering bertemu secara sembunyi-sembunyi. Bahkan Azie sendiri tidak dapat menghidu kecurangan kekasihnya bersama teman baiknya itu. Lagipun Dania sentiasa menunjukkan sikap baiknya di hadapan Azie. Selalu mengambil berat. Bagaimana Azie hendak menyedari pengkhianatan rakannya itu?", "Suatu malam. Ketika jam menunjukkan pukul sepuluh malam, di luar kawasan rumah sewa mereka, Nita secara tidak sengaja terlihat aksi Dania memeluk dan mencium pipi Tengku Karman di dalam kereta milik lelaki itu. Dia kelihatan sangat terkejut. Tidak menyangka sama sekali Dania sanggup berbuat perkara sekeji itu. Selama ini rakannya itu terlihat begitu polos. Suka menceriakan rakan-rakanya yang lain. Tidak pernah berpelesiran dengan mana-mana lelaki. Tetapi kini dia boleh nampak sisi buruk gadis bertubuh sederhana itu.", "Setelah kereta Tengku Karman berlalu, Nita bergegas menghampiri Dania. Menepuk kuat belakang gadis itu sehingga membuatkan Dania tersentak. Kerana geram dan marah dengan sikap keterlaluan Dania, Nita telah memberikan amaran kepada gadis itu agar tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi. Jika tidak, apa yang terjadi akan disampaikan terus kepada Azie. Tetapi kata-kata Nita itu bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dania langsung tidak hairan dengan ugutan itu. Sambil mencebik dia berlalu dengan selamba masuk ke dalam rumah.", "“Azie, aku nak cakap sikit dengan kau? Pasal Dania dengan TK.” Nita tidak boleh bersabar lagi. Walaupun Dania adalah rakan baik mereka tapi apa yang dilakukan, salah tetap salah. Dia juga tidak mahu Azie terus tertipu dengan perbuatan mereka berdua. Nasihat sudah diberikan. Tetapi diabaikan.", "“Pasal Dania dengan TK? Maksud kau?” Azie berhenti menulis. Meninggalkan meja tulis bersama buku-buku pelajaran. Mendekati Nita yang sedang duduk di atas katil. Dia turut melabuhkan duduk di sisi gadis itu.", "Nita mencerita satu persatu. Bukan setakat hati saja yang sakit, telinga Azie juga panas mendengarnya. Sanggup Dania menikam belakangnya. Memang jenis kawan makan kawan betul! Apa pun Azie tidak mahu cepat melatah. Dia tidak akan ambil seratus peratus untuk percaya apa yang disampaikan Nita. Azie mahu menyiasat sendiri sehingga semuanya terbongkar.", "Mesej-mesej yang dihantar Tengku Karman kepada Dania dibaca satu demi satu. Dengan mata panas, hati membara dan tangan yang menggigil. Tegarnya mereka. Sampai hati berlaku kejam terhadapnya. Bukan saja mesej, gambar-gambar mereka bermesra ada tersimpan dalam telefon itu juga. Mujur Dania tertinggal telefonnya ketika hendak ke kelas tadi. Dia pula tahu cara-cara hendak membuka telefon Dania yang terkunci. Dia pernah melihat nombor-nombor yang digunakan Dania untuk membuka telefonnya.", "“Azie, kau kenapa?” Sara menegur Azie yang terisak-isak di atas katil.", "“Kau tengoklah ni? Dania ni memang melampau. Aku rasa macam nak b***h aje dia! Sakit hati aku, tahu tak?!” Bentak Azie. Telefon Dania diserahkan kepada Sara.", "“Ya, Allah! Betul ke ni, Azie?” Terkejut Sara setelah melihat gambar-gambar mesra Dania dengan Tengku Karman terpampang dalam skrin telefon itu.", "“Sabar, Azie. Semua ni mungkin ujian buat kau. Kita bincang elok-elok dengan dia dulu, ya?” Pujuk Sara. Tidak mahu Azie bertindak terburu-buru.", "“Aku tak ingin nak bincang elok-elok dengan manusia pengkhianat macam ni. Tahulah nasib dia, bila dia balik nanti.” Memang Azie seorang yang penyabar. Tapi dalam bab dikhianati dia tidak mampu bertolak ansur. Mengapa dia harus menerima semua itu? Sedangkan dia tidak pernah menyakiti hati sesiapa.", "Ketika Dania pulang Azie terus sahaja menyerang rakannya itu. Rambut Dania ditarik. Pipi Dania ditampar berkali-kali. Nita dengan Sara yang berada diruangan dapur segera meluru ke luar apabila terdengar pertelingkahan kedua-duanya. Mereka segera meleraikan. Sara menarik Dania. Nita pula menarik Azie.", "“Hei, Dania? Sudahlah tu! Ini memang salah kau pun! Kau yang rampas kekasih Azie!”", "“Salah kau juga, Nita! Siapa suruh kau beritahu Azie?!” Tempelak Dania. Merah-merah pipinya kesan dari tamparan Azie. Rambutnya pun sudah berserabai.", "“Lepaskan aku, Nita! Biar aku ajar mulut perempuan ni. Kurang ajar betul!” Bengang Azie dengan sikap Dania yang tiada langsung rasa bersalah.", "“Bukan salah aku kalau TK sukakan aku. Mungkin dia dah bosan dengan kau. Sebab tu dia cari aku.” Selamba Dania memerli. Bertambah panas hati Azie.", "Tubuh Nita ditolak kuat. Azie tiba-tiba berlari kearah dapur. Dia kembali semula dengan pisau di tangan serta riak wajah yang bengis. Ketiga-tiga mereka kelihatan cemas. Azie meluru kearah Dania. Nita dan Sara cuba menghalang. Tetapi kekuatan Azie tidak dapat mereka tandingi. Azie seperti orang kerasukan. Menolak Sara dan Nita dengan kuat sebelum menerpa kearah Dania lalu menghunuskan pisau ke perut gadis itu. Dania yang sudah rebah ke lantai ditikam berkali-kali tanpa henti.", "“Ya, Allah! Azie! Berhenti! Apa kau dah buat ni?” Bergetar suara Sara. Nita juga tergamam sehingga tidak mampu mengeluarkan suara.", "Dania sudah kehilangan nyawanya akibat tikaman beberapa kali di bahagian perut dan dadanya.", "“Astaghfirullahaladzim!” Azie terus melontarkan pisau yang berlumuran d***h itu ke dinding. Dia sendiri tidak sedar apa yang dilakukan kerana dikuasai amarah.", "“Kita kena laporkan hal ni kepada polis. Kau kena menyerah diri, Azie!” Tukas Nita.", "Biarpun Azie tiada niat melakukannya, tetapi dia tetap telah melakukan kesalahan m******h.", "“Jangan beritahu polis! Aku tak nak kena hukum gantung! Kau orang berdua tolonglah aku? Buat sesuatu. Jangan bagi sesiapa pun yang tahu. Please…? Kau orang berdua aje kawan yang aku ada.” Rayu Azie dengan tangisan hiba.", "Sara yang berasa kasihan memeluk Azie dengan erat. Dia turut bersimpati apa yang terjadi kepada Dania. Inilah akibatnya bila nafsu bermaharajalela dalam diri. Tetapi Azie lebih rapat dengannya. Sara tidak boleh membiarkan Azie ditangkap dan menerima hukuman kerana m******h. Dia mencadangkan agar mereka membawa mayat Dania ke dalam hutan dan menanamnya. Segala bukti perlu dihapuskan. Nita yang keberatan untuk bersubahat sama akhirnya terpaksa akur juga. Cuma itu sahaja jalan dan pilihan yang mereka ada.", "Kesan d***h merata tempat di ruangan itu dibersihkan dengan segera. Mayat Dania bersama pisau yang digunakan Azie untuk menikam, diletakkan ke dalam beg beroda milik gadis itu. Muat-muat saja ketika tubuh Dania disumbatkan ke dalam beg tersebut. Setelah memastikan keadaan sunyi tanpa kelibat sesiapa, beg yang mengandungi mayat Dania itu dimasukkan ke dalam bonet. Sara mengambil tempat untuk memandu kereta. Azie yang kelihatan masih trauma duduk di belakang bersama Nita.", "Tiba di kawasan hutan, mereka baru teringat sesuatu. Cangkul! Mereka terlupa hendak membawa cangkul sekali. Bagaimana hendak mengorek tanah tanpa sebarang peralatan. Nampaknya, mereka tiada pilihan selain membuang beg itu ke dalam kawasan gaung.", "Selesai semuanya mereka kembali ke rumah sewa tersebut dalam keadaan kepenatan. Masing-masing membersihkan diri dan berehat di dalam bilik. Buat seketika mereka ingin melupakan apa yang terjadi.", "Nita pantas membuka mata apabila terdengar namanya disebut. Dia terkejut melihat sosok seorang gadis berlumaran d***h di tepi sudut pintu.", "“Dania, kau ke tu? Maafkan aku, Dania. Tolong jangan ganggu aku. Bukan aku yang b***h, kau!”", "“Tapi kau bersubahat dengan mereka! Kerana kau juga aku dengan Azie bergaduh. Kalau bukan sebab kau yang beritahu dia perkara ni takkan berlaku! Semua salah kau! SALAH KAU!!”", "“Tak! Aku tak salah! Bukan salah aku!” Nita cemas ketakutan. Dia berlari keluar daripada bilik. Mengejutkan Sara dan Azie.", "“Kita kena serahkan diri pada polis. Apa yang kita buat ni salah! Tadi…Tadi…Dania datang ganggu aku….”", "“Kau merepek apa ni, Nita? Mana ada orang m**i boleh hidup balik! Mungkin kau mengigau aje tadi.”", "“Aku tak mengigaulah, Sara! Azie! Jom! Aku bawa kau pergi balai polis. Serah diri. Cakap kau dah b***h, Dania!” Nita menarik-narik tangan Azie. Memaksa Azie mengikutnya ke balai polis. Meronta-ronta Azie minta dilepaskan.", "“Kau, dah gila, ke? Kau nak kita semua ke tali gantung?” Berang Sara dengan apa yang cuba hendak dilakukan Nita.", "“Yang ke tali gantung cuma Azie aje. Bukan kita. Azie yang m******h!” Tekan Nita.", "“Tapi kita dah terlibat sama. Kita juga bakal dihukum. Kau nak, ke?!”", "“Tak kisahlah! Janji aku bawa Azie ke balai polis. Apa pun kita tetap kena serah diri. Aku tak nak roh Dania ganggu kita nanti.”", "Kerana kedegilan Nita, Sara terpaksa bertindak. Dia memeluk Nita dengan kuat. Menyebabkan pegangan tangan Nita terlepas dari tangan Azie. Sara kemudiannya meminta Azie melarikan diri.", "Kunci keretanya yang berada di atas meja segera disambar. Azie bergegas masuk ke dalam kereta. Dia memandu tidak tentu arah. Sehinggalah muncul di hadapan jalan wajah menyeringai Dania. Azie memberhentikan kereta secara mengejut. Tubuhnya yang menggigil berpeluh hebat. Nafas tercungap-cungap. Kelibat Dania yang muncul tadi ghaib entah ke mana.", "Tiba-tiba, Azie terasa seperti ada seseorang duduk di sebelah. Perlahan-lahan dia menoleh dengan rasa gementar. Wajahnya kian pucat setelah memandang wanita tua yang sedang tersengih menyeringai itu.", "“Betul tak apa yang Nek Semah ramalkan? Khi…khi…khi….”", "“Argghhhhh….!!!” Lantas, Azie menjerit sekuat hati.", "“Argghhh…! Argghh….!!!”", "“Hei, Azie? Bangunlah! Apa ni terjerit-jerit? Bangun!” Sara yang terlena di sebelah Azie terus terkejut bila Azie tiba-tiba menjerit. Tubuh gadis itu digoyang-goyangkan untuk menyedarkan.", "Tadi dia menemani Azie tidur. Tidak sedar bila masa dia juga tertidur sama. Tepinga-pinga Azie memandang sekeliling. Dia bingkas ke bilik Dania dan Nita. Kedua-dua rakannya itu dilihat sedang tidur nyenyak di atas katil masing-masing. Azie meraup wajahnya. Mengucap sambil mengurut dada. Dia masih dalam keadaan terkejut. Walaupun semua yang berlaku hanyalah mimpi, Azie terasa seperti perkara tersebut benar-benar terjadi.", "Pagi itu Azie meminta rakan-rakannya mengemas. Dia tidak sanggup untuk menghabiskan cuti di tempat itu lagi. Diganggu kejadian-kejadian menakutkan dan mimpi ngeri memaksa Azie segera beredar dari kampung Tanjung Hulu. Bila rakan-rakannya bertanya, Azie hanya jawab tempat itu terlalu banyak gangguan. Lebih baik mereka tinggalkan tempat itu sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini.", "Ketika sedang memasukkan beg ke dalam bonet, mereka disapa oleh seseorang. Terkedu Azie apabila wanita tua bernama Nek Semah itu muncul di situ.", "“Pada ramalan Nek Semah, antara kalian berempat pasti ada yang jadi pengkhianat. Pasti! Khi…khi…khi….” Wanita tua itu tersengih-sengih sebelum berlalu.", "Azie abaikan sahaja kata-kata Nek Semah. Sebab terlalu memikirkan ramalan wanita tua itulah dia mengalami mimpi yang bukan-bukan. Ngeri betul!", "Mereka berempat hanya memandang Nek Semah yang jalan terbongkok tetapi langkahnya agak laju itu. Sebelum mereka kembali menyambung memasukan beg ke dalam bonet.", "“Maaf, tumpang tanya. Ada nampak tak seorang perempuan tua lalu dekat sini? Umur dia lebih kurang lapan puluhan. Dia jalan terbongkok, pakai baju Kurung Kedah dengan kain batik. Rambut dia bersanggul dan ada terselit Bunga Melati. Kami tengah cari dia.” Kata lelaki awal tiga puluhan itu.", "“Nek Semah?” Soal Nita.", "“Ya, Nek Semah!” Jawab lelaki seorang lagi.", "“Tadi dia ada dekat sini. Lepas tu dia pergi ikut jalan tu.” Dania muncungkan sedikit mulutnya menunjukkan arah ke mana Nek Semah lalu tadi kepada tiga orang lelaki itu.", "“Encik bertiga ni siapa? Kenapa cari Nek Semah?” Tanya Sara sambil memandang wajah ketiga-tiga lelaki itu.", "“Kami penjaga yang menguruskan rumah orang-orang tua. Nek Semah tu selalu saja melarikan diri dari situ. Bila dah dapat tangkap dia lari balik.” Beritahu lelaki bercermin mata itu.", "“Kami dah dua kali terjumpa dia. Kenapa ya, Nek Semah tu suka bercakap pasal ramalan-ramalan ni?” Azie sekadar ingin tahu apa yang menyebabkan Nek Semah jadi begitu. Pasti ada berlaku sesuatu padanya.", "“Oh, pasal tu. Saya pun tak tahu sangat kisah Nek Semah. Cuma pernah dengar orang kampung cakap, Nek Semah ni dulu seorang tukang tilik nasib. Pengamal ilmu hitam masa muda-muda dulu. Dia pernah terkena buatan orang. Orang tu tuju dekat dia sebab berdendam dengan Nek Semah yang sangat popular ketika itu. Lepas tu Nek Semah jadi gila. Nek Semah ni hidup sendirian sejak dia datang kampung ni. Tak ada keluarga. Lama juga dia gila. Jiran-jiran ada juga yang menjaga dia. Sebenarnya, Nek Semah ni suka mengganggu orang kampung. Kadang-kadang dia ketuk pintu rumah orang. Kadang-kadang dia menyanyi depan rumah orang tengah-tengah malam. Orang kampung dah lali sangat dengan perangai dia. Kalau dia bercakap pasal ramalan ni semua jangan percayalah. Otak dia dah tak betul tu.” Jelas penjaga rumah orang-orang tua itu. Mereka bertiga kemudiannya meminta diri untuk mencari Nek Semah.", "“Jadi, Nek Semah yang nampak misteri dan suka cakap pasal ramalan tu seorang pesakit jiwa?” Ujar Dania sambil tergelak.", "“Nasib baik kita pun tak sakit jiwa dibuatnya, kan? Aku dah agak. Orang tua tu memang tak betul.” Dari awal lagi Nita merasakan begitu.", "Azie tidak berkata apa. Apa yang dilihat pukul tiga pagi itu, dia sangat yakin bukan Nek Semah. Tetapi makhluk yang menyeramkan.", "Sara berlalu jauh sedikit setelah mendapat panggilan dari seseorang. Dia menjawab dengan suara yang perlahan. Tidak mahu perbualannya didengari sesiapa. Terutama, Azie!", "“Sayang, kenapa you call sekarang? Tunggulah malam nanti.”", "“I dah rindu sangat dekat you lah!”", "“You rindu I ke, rindu Azie?”", "“Dua-dua I rindu. Tapi I lebih rindu dekat you. Nanti balik kita jumpa okey?”", "“Love you!”", "“Love you too TK!” Sara tersenyum ceria selepas menamatkan panggilan. Dia kembali semula kepada rakan-rakannya.", "Namun di sebalik pokok bunga yang merimbun itu, ada sepasang mata tua sedang memerhatikan. Sehingga kereta yang dinaiki empat sahabat baik itu meninggalkan kawasan rumah rehat.", "“Betul tak apa yang Nek Semah ramalkan?Khi…khi…khi…”", "Penulis : Shazlina" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/cerita-kak-r/
Cerita Kak R
[ "Pada tahun 2011, aku telah mendaftarkan diri di sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di selatan tanah air. Untuk orang yang tahu, ya ada lima je SMKA di selatan tanah air kita ni. Pandai-pandailah teka sekolah yang mana satu 😉", "Nak dijadikan cerita, aku ditempatkan di sebuah dorm yang terletak dihujung bangunan, tingkat satu. Bangunan asrama kami ni tiga tingkat je, aras bawah, tingkat satu dan tingkat dua. Dorm tersebut merupakan antara dorm yang paling ramai penghuni, disebabkan saiznya yang agak besar jika nak dibandingkan dengan dorm-dorm yang lain. Dorm-dorm di hujung bangunan asrama kami memang besar, Dorm Asma’, Khadijah, dan Ummu Salamah. Ha pilihlah nak guna nama dorm yang mana satu untuk dijadikan sebagai panduan cerita ini.", "Ketika minggu pertama dan kedua aku berada di situ, tiada apa-apa kejadian aneh yang telah berlaku kepada aku, mahupun rakan-rakan aspuriku yang lain. Kami menjalani kehidupan macam biasa, bangun mandi pukul empat sebab nak berebut shower punya pasal, serta nak elakkan ketiadaan air kalua mandi lambat. Maklumlah, tangka asrama kecil, yang mandi pula ramai. Baru pukul berapa, dah tiada air.", "Lepas mandi, duduklah di surau aspuri (Surau Ainul Mardhiah Namanya), sementara tunggu azan Subuh. Ha masa form one je awal macamtu. Itu pun kalua tak silap aku bertahan sampai bulan tiga 2011. Lepastu dah buat perangai bangun lambat, mandi lambat, tapi wajib siap sebelum akak dorm bangun, kalua tak nak kena liqa’ (liqa’ tu macam rollcall lah budak asrama lain panggil. Kami kan sekolah agama, so istilah tu ha haruslah yizlumik gituh even sebenarnya kau nak bebel je kat junior pasal adab, perangai, tingkahlaku dan sebagainya).", "Keadaan tenang sahaja. Tidak lama kemudian, dalam bulan tiga ke empat entah aku tak ingat, dah start dengar cerita batchmate dengar bunyi itu, bunyi ini, Nampak itu, Nampak ini. Aku tak percaya, ingat member sengaja nak buat cerita kasi kami semua takut. Eh tersilap langkah rupanya aku bila satu malam tu, aku terdengar bunyi tingkap pecah betul-betul sebelah telinga aku. Ingatkan tingkap yang jatuh, sebab katil aku selang sebuah je daripada tingkap dorm. Bila pusing, nah tu diaaa terkejut nak nampak gula-gula kat tingkap.", "Mula dari kejadian tu, biasanya kalau sebelum ini, aku terjaga nak pergi tandas malam-malam boleh je aku nak pergi sendirian, tapi aku dah start ajak kawan teman. Tapi lepastu dengar cerita kononnya kalau kita ajak orang teman pergi tandas malam-malam, yang teman kita tu bukannya kawan kita tapi hantu. Ha terus pergi tandas sendiri je maleh aku nak ajak berteman.", "Tak lama lepas tu, mulalah budak-budak dorm masing-masing ada cerita hantu sendiri. Rupa-rupanya masing-masing dah banyak kali terkena, tapi tak nak cerita sebab akak dorm pesan, jangan cerita, nanti dia join dengar sekali. Kalau nak bercerita pasal ‘dia’, jangan buat bulatan, nanti dia join sekali. So, kalau kami nak bercerita hantu, kami akan duduk di atas katil masing-masing, supaya tak membentuk bulatan.", "Beberapa minggu kemudian, akak-akak tingkatan enam pun mendaftarkan diri mereka ke asrama. Ada empat orang akak form six masuk dorm kami. Bersyukur juga sebab akak form six baik, tak sombong. Tapi mereka tak berapa rapat dengan akak form five dorm kami. Mereka semua merupakan bekas pelajar sekolah itu juga, kiranya habis form five, sambung form six di sekolah yang sama juga.", "Akak-akak form six ni peramah belaka. Lepastu bila dah mula rapat, mulalah kami meminta cerita-cerita seram yang ada dan pernah berlaku di sekolah kami tu. Banyak dan boleh tahan seram cerita mereka. Bukan cerita tipikal asrama-asrama Malaysia iaitu cerita makcik karipap, member teman kat library lepastu pemadam jatuh nak kutip balik lah hantu tiada kaki rupanya dan macam macam lagi cerita.", "Cerita Kak R ialah cerita yang paling aku ingat sampai sekarang. Masa aku menaip cerita ni pun, aku dah terbayang cerita dia dan kejadian yang membuatkann aku yakin yang Kak R tak menipu ketika bercerita kepada kami semua. Muka Kak R pun aku dah tak ingat, tapi cerita dia masih tersangatlah segar dalam ingatan aku ni.", "Kak R semasa dia berada di tingkatan lima, iaitu pada tahun sebelum dia bercerita ni, dia merupakan ketua dorm F, dorm sebalah dorm kami semua. Ya cerita pasal dorm sebelah je sis. Seram kau tahu! Cerita Kak R simple je, dia tak boleh nak tidur, dan kemudian ternampak satu lembaga tinggi dan besar, berpakaian askar sedang merangkak dengan sangat laju dari pintu dorm ke hujung dorm. Berulang kali. Tiba-tiba, lembaga tersebut berhenti dan memandang tepat ke mata Kak R. Kak R yang ketakutan dengan segera menutup matanya. Ketika merasakan keadaan sudah kembali tenang, Kak R pun membuka matanya dan macam cerita hantu yang kita takut, benda tu ada di sebelahnya. Kak R takingat apa jadi, tapi dia rasa dia pengsan selepas itu.", "Memang macamtu je cerita Kak R. Jadinya aku rasa macam hmm kureng kick lah cerita ni. Ada beberapa lagi cerita yang diceritakan, tapi mungkin aku boleh ceritakan di penulisan aku yang seterusnya (kalau ada dan kalau aku rajin).", "Beberapa bulan kemudian, semakin banyak penampakan gula-gula di aspuri, ada yang nampak cikpon, ada yang nampak nenek dan macam-macam lagi. Ustaz kami pun panggil semua yang pernah terdengar atau ternampak benda-benda tu semua di surau aspuri selepas isyak. Sepatutnya lepas isyak kan kami ada prep, so siapa yang terlibat takperlu pergi ke kelas untuk prep (memang seronok, tapi kejap jelah seronok dia. Lepastu haru-biru jadinya).", "Sebelum ustaz mulakan ‘aktiviti’ kami pada malam itu, ustaz maklumkan kepada kami yang kami dikumpulkan ni sebab untuk siapa yang ada ternampak ke terdengar ke, maknanya benda tu telah berkongsi deria dengan kita. Tu yang ustaz kumpulkan semua yang terlibat. Kira nak ubatkan semua sekaligus lah.", "Aku takberapa ingat apa yang ustaz buat, tapi ustaz ada suruh baca Alfatihah, tiga qul dan beberapa ayat lain termasuk ada sepotong ayat surah Yasin tapi aku tak ingat ayat berapa. Tiba-tiba Kak F, akak form two yang duduk berdekatan dengan aku mengatakan bahawa dia berasa mengantuk yang amat sangat. Dia terus berbaring. Ustaz perasan, ustaz takbenarkan dia baring tapi Kak F terus juga. Tiba-tiba Kak F pengsan. Kelam kabut semua, termasuk aku. Kami cuba untuk mengangkat Kak F, tapi takberjaya. Bayangkan, Kak F yang sangat kurus dan confirm ringan gila tu takdapat diangkat oleh beberapa orang pelajar. Pembantu ustaz tersebut membacakan beberapa ayat, tak lama kemudian Kak F pun tersedar.", "Tapi dalam masa yang sama, keadaan makin tak terkawal. Ramai yang telah mengalami kerasukan. Keadaan di dalam surau sangat kelam kabut. Kami yang tak kena apa-apa ni yang ketakutan. Duduk berkumpul di depan, lah ada orang kena rasuk kat depan. Lari pergi tengah. Tiba-tiba, lah ada lagi orang kena rasuk. Pindah belakang, Tak jalan jugak. Serba takkena tempat yang kami pilih. Sedang sibuk mencari tempat ‘selamat’, aku tiba-tiba terasa seperti hendak muntah. Menggigil ketakutan aku dibuatnya, sebab ustaz ada pesan, kalau nak muntah, muntah je. Ada kemungkinan benda tu nak keluar dari badan.", "Aku terus cari baldi yang berdekatan. Aku pun muntah dengan sepuas hati. Yang menyeramkan, aku muntah benda yang orang lain muntah. Bukan sisa makanan. Seperti lendiran berwarna putih kehijauan macam kahak yang sangat busuk. Tiba-tiba salah seorang dariopada ustaz yang ada pada malam itu membacakan sesuatu. Makin banyak aku muntah. Terdengar ustaz tersebut cakap, “Alhamdulillah makin okay budak ni,”.", "Risau aku dibuatnya. Aku paling takut kalau aku kerasukan tapi alhamdulillah, aku muntah sahaja pada waktu itu. Sedang aku sambung memuntahkan apa benda entah yang nak keluar tu, ada seorang senior tingkatan tiga, Kak A, memasukkan kepalanya ke dalam baldi itu. Dia pun muntah; sama banyak dengan aku. Bergilir-gilir kami muntah. Sedang turn aku nak muntah, Kak A join sekali, so kiranya ada dua kepala dalam baldi tersebut.", "Aku terpaksa join sekali dalam baldi tu sebab aku pun takboleh tahan muntah tu. Ustaz pesan, jangan tahan, takut benda lain yang jadi. Sedang aku dan Kak A muntah, Kak A tiba-tiba menjerit. Sakit telinga aku sebab suara Kak A bergema dlaam baldi yang aku tengah guna tu. Kak A mengerang, menjerit tapi aku biarkan sahaja. Tujuan aku hanya satu, aku nak habiskan muntah ni cepat-cepat. Aku penat.", "Tiba-tiba, tanganku ditarik oleh akak dorm sebelah, Kak W. aku palingkan kepala aku ke arah baldi tersebut dan tiba-tiba Kak A mengilai sekuat hati. Lah aku berkongsi baldi dengan orang yang tengah kerasukan. Berani sungguh aku ni ya. Lepas aku siap muntah apa semua, aku join semula geng-geng yang takkena rasuk, berpindah-randah keliling surau sebab nak lari dari orang yang kerasukan. Kelakar bila ingat balik, tapi takut pun ada.", "Aku teringatkan Kak R dan akak-akak form six dormku yang lain. Aku mencari mereka. Tiba-tiba, aku ternampak kelibat Kak R di hadapan surau. Kak R sedang meniarap ketika itu. Tidak lama kemudian, seorang ustaz menghampirinya. Kak R telah merangkak ke tempat yang berlainan unguk melarikan diri daripada ustaz tersebut. Kak R merangkak dengan sangat laju, seperti dia sangat biasa merangkak dan bukan berjalan ataupun berlari.", "Tersedarlah aku bahawa Kak R sedang dirasuki oleh hantu yang dia nampak di dorm F pada tahun lepasnya. Mungkin hantu yang dia nampak tu telah masuk ke dalam badannya? Tiada siapa yang tahu.", "Kak R tidak berdiri langsung sepanjang dia kerasukan. Dia hanya merangkak dan menjerit kesakitan setelah ustaz tersebut membacakan ayat-ayat alQuran kepadanya. Sedang aku ralit memerhatikan Kak R (sebab dia akak dorm aku), tiba-tiba, aku ternampak Kak I, juga akak form six dorm aku, sedang bersandar pada dinding surau seorang diri sambil memeluk lututnya (dia juga sedang kerasukan, tapi aku taktahu).", "Cerita Kak I mungkin aku akan ceritakan pada penulisan yang seterusnya, tapi apa yang boleh aku simpulkan ialah, malam tersebut ialah malam paling menakutkan dalam sejarah hidup aku, sampai ke hari ini. Keadaan sangat kelam kabut, sana-sini orang kerasukan; mengilai; menjerit dan sebagainya. Termasuklah beberapa orang rakanku, termasuk B dan P. Ada juga lagi sorang akak form six upper yang dirasuk oleh ‘Ketua’ jin yang berkampung di sekolah kami. Terlampau banyak benda yang berlaku, tapi mungkin aku akan ceritakan di kemudian hari." ]
[ "jangan la letak nama pakai huruf… pening org nak baca…", "Allahu..sy pernah duduk dorm F tu dulu..memang tacoddd" ]
https://fiksyenshasha.com/kilang/
KILANG
[ "Hai pembaca setia Fiksyen Shasha. saya pun salah seorang pembaca setia blog ni. hari2 bukak pc utk baca cerita2 latest kat sini dulu. Saya pernah kongsi kisah HOSPITAL sebelum ni. hari ni saya nak kongsi kisah sebuah kilang di Selatan Tanah Air. Malas nak meleweh, jom la kita mula!", "Kilang yang saya nak cerita ni, dah lebih 10 tahun beroperasi. Terletak di kawasan yang sedikit terceruk dari bandar. Menempatkan lebih kurang 100 orang pekerja dan beroperasi untuk shift siang dan juga malam. Maknanya 24 jam la kilang ni beroperasi ye. Dekat kilang ni, ada gudang stor nya sendiri. Besar dan luas. Ada banyak rak untuk letak kotak-kotak hasil dari output production dan bersedia untuk dihantar pada customer.", "Yusuf merupakan Storeboy yang bertanggungjawab sepenuhnya pada gudang tu. Malam tu, partner Yusuf cuti. Jadi Yusuf bekerja seorang diri. Sebab dah tahu diri tak berapa berani untuk duduk dalam gudang sorang2, jadi Yusuf selesaikan semua kerja pengiraan stock lebih awal. Dalam pukul 11 malam, semua kerja Yusuf untuk hari tu dah selesai. Bila dah settle, Yusuf boleh duduk di office sambil menghadap komputer je. Tak perlu dia bersusah susah masuk gudang lagi malam tu.", "Selesai kerja, Yusuf terus melangkah ke office gudang. Sunyi sungguh malam tu memandangkan partner nya cuti. Kalau tidak, ada juga kawan untuk diajak berborak. Sedang asyik Yusuf menghadap komputer, loceng rehat berbunyi. Baru lah Yusuf perasan, jam dah menunjukkan pukul 2 pagi iaitu waktu rehat mereka. Terus Yusuf bangun menuju ke kantin. Ramai rakan rakannya yang lain juga berpusu ke kantin dengan tujuan yang sama, mengisi perut yang lapar!", "“Oi. Sorang ke harini?”, sapa Ayub. Salah seorang senior production di kilang itu.\n“Sorang ler. Membe cuti pulak. Dahla shift malam. Pishang betul aku malam ni…” Jawab Yusuf.\n“Hati-hati ler ko tu. Kang tak memasal, ada membe lain yang datang ganti!”, seloroh Ayub sambil ketawa besar.\n“Ahhh. Dari melayan kau, baik aku makan. Lapor ni”, jawab Yusuf.", "Sambil menyuap makanan ke mulut, hati kecil Yusuf mendengus juga. Cabul betul mulut Ayub ni. Nak aje aku tenyehkan sambal ni kat mulut dia. Saja je nak tambahkan takut dalam hati aku. Huh!", "Selesai makan, Yusuf menuju ke kawasan merokok. Dicapai sebatang rokok untuk dihisap. Sudah dia lupa mengenai usikan Ayub sebentar tadi. Yusuf meraba handphone nya di dalam poket namun tak berjaya. ‘Ahh! Mana pulak handphone aku ni. Tadi masa datang kerja elok je aku main game!’ Yusuf sambung mencari di semua poket seluarnya, namun tiada. ‘Tertinggal dalam office la ni. Aduh’", "Kringggg. Loceng tamat rehat berbunyi. Menandakan jam sudah menunjukkan 3 pagi. Yusuf bergegas ke office nya. Dicari ke merata tempat telefon bimbitnya, tapi tiada.\n‘Ya Allah. Takkan la aku tertinggal dalam gudang. Jadikan kerja betulla nak pergi masuk gudang waktu-waktu macamni! Apabenda laaaaaaa’\nNak tak nak, Yusuf terpaksa juga pergi ke gudang. Takkan nak dibiarkan handphone nya tak bertuan. Yusuf pula memang langsung tak boleh berpisah dengan handphone.\n‘Apesal la dari tadi aku tak perasan handphone aku takde. Aduhai’, bebel Yusuf dari dalam hati sambil kaki nya perlahan melangkah ke gudang. Jarak dari office nya ke gudang dalam 500 meter sahaja. Cuma, perasaan gerun tu tiba-tiba muncul, membuatkan langkahnya semakin perlahan. Kawasan sekeliling pula sunyi, memandangkan kawasan production berada agak jauh dengan gudang.", "Setibanya di hadapan gudang, Yusuf membuka roller shutter untuk masuk ke dalam. Yusuf menghidupkan lampu, dan terus menuju ke tempat dia membuat kerja tadi. Sedang dia berjalan, terdengar seretan kaki orang lain berdekatan dengannya.\n“Siapa tu?”, jerit Yusuf.\nSunyi tiada balasan.\nYusuf abaikan bunyi itu memandangkan tiada balasan. Terus dia sambung langkahnya untuk mencari telefon.\nSreeeetttt. Sreeeeettttt. Bunyi orang menarik kotak kedengaran.\n‘Ahhh! Siapa pulak la nak mengusik aku waktu-waktu macamni!’\nYusuf segera mencari handphone nya sambil membongkok. Mungkin terjatuh di atas lantai ketika dia membuat kerja. Dia membongkok untuk melihat ke bawah rak kotak.\n‘Haish. Kat sini rupanya handphone aku.’\nYusuf hulurkan tangan untuk mencapai. Terasa aneh. Tadi rasanya dekat je handphone tu. Tapi bila cuba dicapai, tak berjaya pula. Yusuf memanjangkan lagi tangannya. Gagal. Yusuf membongkok dan jenguk kembali ke bawah rak almari.\n“Allah!!!” itu saja yang keluar dari mulut Yusuf. Kelihatan rambut panjang memenuhi kawasan bawah rak. Segera dicapai handphone nya dan sewaktu Yusuf bangun menegakkan badannya kembali, lampu gudang terpadam!\nYusuf pejamkan mata. Cuba bertenang. Yusuf nyalakan handphone nya. Cuba mencari jalan keluar. Kalau benar blackout, kenapa lampu kecemasan pun tak menyala.\n‘Ini betul-betul ada yang mengusik aku’", "Sedang Yusuf berjalan keluar dengan terkapai-kapai, ada suara mendayu menyeru namanya.\n‘Yuuuuusuuuuuuuuf. Sini laaaaaaa. Nak pergi mana tuuuuu?’\nBagai nak pecah dada Yusuf. Segera dia berlari mencari jalan keluar. Dushhhh! Yusuf tersadung pallete yang entah dari mana muncul. Sempat Yusuf mengaduh. Sakit sungguh kakinya namun langsung tak dihiraukan. Dia bingkas bangun menuju ke pintu keluar. Sampai saja ke pintu, lampu gudang menyala kembali. Yusuf terus berlari menuju ke kawasan production. Tak sanggup lagi dia menoleh. Roller shutter gudang pun tak ditutupnya. Pedulikan lah!\nYusuf demam 3 hari. Bila naik semula ke kerja, rakan-rakan semua sibuk mencari Yusuf untuk bertanyakan apa yang terjadi. Bersungguh Yusuf menceritakan apa yang berlaku. Tiba-tiba datang pakcik pengawal kearah mereka.\n“Kamu kena kacau ye malam tu?”, soal Pak Idris kepada Yusuf.", "“Ya pakcik. Sampai demam saya dibuatnya. Tapi saya tak lah nampak benda tu dengan jelas. Saya cuma nampak rambut panjang dan dengar suara panggil saya je Pakcik.. Kalau lagi teruk kena sakat, sebulan agaknya saya demam! Taubat dah saya ni nak kerja malam sorang sorang pakcik!”, seloroh Yusuf.\n“Nah… kamu tengok ni. Tapi janji jangan sambung demam ya?”, Pak Idris ketawa kecil sambil menghulurkan handphone nya.", "Yusuf dan rakan-rakan memandang video yang sedang dimainkan di handphone Pak Idris itu. Bagai nak luruh jantung Yusuf bila melihat video itu adalah dirinya ketika sedang meraba mencari handphone di bawah rak. Rupanya di belakang Yusuf ada makhluk besar berwarna hitam berbulu lebat sedang berdiri rapat dengannya. Dan rambut yang Yusuf nampak di bawah rak itu adalah rambut makhluk itu! Rupanya setelah Pak Idris mendapat tahu kisah yang Yusuf diganggu, Pak Idris terus mencari rakaman CCTV di gudang itu. Dan ternyata, Yusuf benar-benar diganggu dan bukan khayalannya semata!", "~ANAK ABAH~" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/perkhemahan-pkp/
Perkhemahan PKP
[ "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih pada FS jika kisah saya ini terpilih untuk dikongsi bersama pembaca. Dah lama tak berkongsi cerita dengan pembaca FS. Lebih 4 tahun. Sibuk sangat dengan projek baru. Dulu saya pernah berkongsi pengalaman ibu saya. Saya pun pernah berkongsi pengalaman saya masa setup opis baru. Memandangkan hari ni ada kelapangan sikit, saya nak kongsi pengalaman saya masa berkhemah dengan keluarga kecil saya pula.", "Lepas negara dilanda Covid, dengan pelbagai kawalan dan sekatan yang memaksa kita berkurung di rumah, sememangnya bila kerajaan melonggarkan kembali sekatan, ramai orang teruja dan mengambil kesempatan untuk bercuti dan berlibur. Kami sekeluarga tak terkecuali.", "Memandangkan anak-anak sudah mula membesar, kami bercadang untuk kembali bergiat dalam aktiviti perkhemahan. Kami rasa ini masa yang sesuai untuk mula memperkenalkan anak-anak ke dunia aktiviti luar yang dekat dengan alam semulajadi sekaligus melatih mereka untuk jadi lebih lasak. Kurang sikit menghadap gadget.", "Kami memilih tepi pantai sebagai lokasi perkhemahan keluarga kami yang pertama. Anak-anak sangat teruja bila kami sampai ke lokasi. Kami memilih untuk berkhemah bukan pada hari minggu, jadi pengunjung yang turut berkhemah boleh dibilang dengan jari. Seingat saya, cuma ada satu saja kumpulan pemuda dan pemudi yang turut sama berkhemah pada hari itu.", "Selesai mendirikan khemah dan menyediakan semua kelengkapan memasak, persalinan, dan tidur, kami sekeluarga menghabiskan masa di pantai. Seronok anak-anak memandangkan setelah sekian lama berkurung, mereka dapat bermain pasir dan laut kembali.", "Sedang ralit memerhati anak-anak bermain, saya terpandang ke arah kumpulan anak muda yang turut berkhemah di situ. Mereka berkumpul dan duduk di dalam bulatan di pesisir pantai. Semuanya saling berpegang tangan sambil menutup mata. Ada butir suara, namun kurang jelas sebab jarak yang agak jauh ditambah pula deru angin dan ombak membuat saya tak dapat mendengar dengan jelas. Saya tidak memperdulikan mereka dan kembali fokus kepada keluarga saya.", "Seusai solat Isya’, kami sekeluarga duduk mengelilingi unggun api kecil sambil berbual dan menikmati makan malam. Suasana begitu hening, kumpulan anak muda tu tidak kelihatan di kawasan khemah mereka, mungkin mereka bersiar-siar di tepi pantai.", "“Dah, dah, cepat makan. Sudah makan ni nanti semua masuk rehat dalam khemah. Tadi penat main laut kan.”Tiba-tiba, dengan tak semena-mena, suami saya menggesa anak-anak untuk segera menghabiskan makanan mereka dan masuk ke khemah. Anak-anak merungut sekejap sebab dalam perancangan, sepatutnya selepas makan, ada sesi cerita hantu sambil duduk di keliling unggun api.Saya pun turut kehairanan. Masih awal lagi untuk tidur, pukul 10 pun belum.“Kenapa bang?”“Suruh je bebudak masuk dulu, nanti abang cakap”", "Nasib baik, sebab keletihan perjalanan jauh, membantu memasang khemah, bermain air laut, semua anak-anak bergelimpangan tidur dalam masa yang sekejap. Tak sampai 10 minit jejak kepala ke bantal, semuanya terus belayar.", "Saya duduk berbual dengan suami di depan khemah sambil menikmati biskut kering yang dicicah dengan kopi panas.“Kenapa tadi bang?”Saya membuka bicara.“Abang nampak bebola api melintas kat arah pantai tadi, lepas tu abang rasa macam ada angin sejuk lain macam lalu kat belakang abang. Tu yang abang rasa tak sedap hati nak biar anak-anak duduk luar lelama.”", "Suami saya memang agak sensitif dengan benda-benda halus ni. Kami terus berbual sambil menikmati suasana malam yang ditemani bunyi ombak. Hampir ke pukul 12, penjaga kawasan perkhemahan itu, saya panggil Kadir je la ye sebab lupa dah nama dia, singgah ke tempat kami untuk memeriksa keadaan kami. Alang-alang tak ramai pengunjung yang berkhemah, Kadir ikut serta kami mengopi sambil berborak kosong.", "Tiba-tiba, terdengar jeritan lelaki dari khemah kumpulan anak muda tersebut. Jeritan tu kedengaran macam orang dalam kesakitan. Suami saya dan Kadir segera berlari ke sana. Saya terlihat seperti ada satu pecutan cahaya menderu keluar dari salah satu khemah mereka dan menuju ke laut. Suasana menjadi kecoh tiba-tiba.", "Saya menjengah ke dalam khemah untuk memeriksa anak-anak, sekelumit pun tidak bergerak. Mungkin terlalu letih hingga tiada bunyi yang dapat mengganggu tidur mereka. Saya meninjau ke kawasan khemah kumpulan tersebut. Kelihatan beberapa orang sedang bergelut di luar khemah.“Ah sudah, line telefon dah la tak ada. Kalau ada kecemasan ni, mengharapkan telefon satelit Kadir tu je.”Saya bermonolog. Bimbang untuk meninggalkan anak-anak, saya terus menanti di khemah kami.", "Kekecohan berlaku agak lama. Jam menunjukkan sudah hampir ke pukul 3. Suami saya kembali ke khemah kami, tapi kekecohan itu walaupun beransur reda, tapi belum berakhir. Sekali sekala terdengar jeritan amarah seorang lelaki dari arah khemah tersebut. Terdapat 3 orang gadis mengekori suami saya kembali ke khemah kami. Kelihatan seperti mereka begitu kusut dan keliru.“Yang, tolong berikan air untuk bebudak ni yang. Tunggu sini dulu, sementara Kadir tolong iktiharkan tolong kawan korang tu.”", "Memang dasar makcik kepochi, saya cuba mengorek apa yang terjadi dari mereka. Salah seorang gadis itu, Aina berkongsi cerita.", "Mereka adalah sekumpulan pelajar universiti yang terkandas disebabkan oleh PKP. Memandangkan masing-masing tidak lepas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk mencari ketenangan dengan berkhemah. Mereka merangka beberapa aktiviti spiritual seperti bermeditasi untuk mencari ketenangan. Mungkin apa yang saya lihat di tepi pantai petang tadi adalah salah satu aktiviti meditasi mereka.", "Semasa meditasi, salah seorang rakan mereka, Ajak (maaf, saya main hembus je nama sebab dah lupa siapa nama dia), telah mengajar mereka satu dikir untuk mereka sebutkan semasa bermeditasi untuk tambah suasana. Dia ni lebih kurang macam ketua kumpulan mereka la sebab dia yang paling tua. Saya tak ingat secara terperinci dikir tersebut, tapi, kandungannya seperti mantera memuja semangat laut. Sedikit sebanyak yang saya ingat, mantera tu lebih kurang seperti berikut.", "Menderu angin bergulung ombakMenghempas pasir memecah tambakMenyusup dalam sanubariBersatu dengan hatiMengalir dengan d***hMenuju satu arahAku kau dan kau akuTerpisah tidak bersatu pasti", "Mereka telah bermeditasi sambil mengulang-ulang dikir tersebut di tepi pantai sepanjang petang hingga membawa ke malam. Aina memberitahu, mereka hanya pulang ke khemah mereka sekitar pukul 9 untuk makan malam dan berehat.", "Ajak, pemuda yang menjerit-jerit tu, pada mulanya kelihatan biasa ketika mereka menikmati makan malam. Mereka rancak berbual berbincang perancangan mereka untuk keesokan hari. Namun, semakin lama, Ajak semakin menyepi. Rakan-rakan lain tidak menegur kerana menyangkakan yang dia ni keletihan.", "Tiba-tiba, si Ajak ni melompat dan membuka bunga silat. Terkejut semua orang sebab habis berteraburan makanan mereka disepak si Ajak. Salah seorang rakan mereka, Radi (bukan nama sebenar), telah diterajang hingga tercampak. Boleh tahan tenaga Ajak sebab tubuh Radi bukannya kecil, besar dan tegap. Itu pun boleh tercampak diterajang oleh Ajak yang tubuhnya berkali ganda melidi berbanding si Radi. Jeritan Radi yang kesakitan tu la yang menarik perhatian kami awal tadi.", "Selepas itu, Kadir dan suami saya muncul untuk membantu. Suami saya cuma memerhati dari tepi sebab dalam 3 – 4 orang juga yang bergelut cuba mematikan langkah Ajak. Melihatkan keadaan Ajak yang semakin mengganas, Kadir membuka langkah. Di peluk, diangkat dan dibantingnya tubuh Ajak ke tanah. Ajak menggelupur sebentar dan terdiam.", "“Cepat ikat dia”Kadir mengarahkan rakan-rakan Ajak mengikat Ajak ke kerusi sementara dia masih agak keliru akibat dihempas ke tanah.“Bang, boleh bawak anak-anak dara ni pergi khemah abang? Risau pulak kalau apa-apa tersinggah kat diorang ni. Terkena terajang macam member dia tu ke. Budak lelaki pun lembik saya tengok kena terajang, inikan pulak budak perempuan. Budak ni macam tak ok lagi ni. Takut sekejap je diam dia ni.”Kadir meminta suami saya membawa gadis-gadis itu ke khemah kami. Aina menutup cerita.", "Sekarang kami hanya memerhati saja dari jauh. Bunyi jeritan amarah Ajak semakin berkurangan. Aina dan 2 orang rakannya sedang berehat, melelapkan mata di dalam khemah kami. Mujur khemah kami tu jenis berbilik. Tak mengganggu anak-anak yang sedang lena di bilik. Aina dan rakannya berehat di ruang tengah khemah yang kami jadikan ruangan untuk solat.", "Menjelang subuh, Kadir datang ke khemah kami.“Macam mana budak tu?”Suami saya bertanya.“Teruk juga tu. Orang kalau dipanggil, lagi susah nak pergi dari orang yang datang sendiri. Nanti cerah tanah, bila budak siang dah sampai, saya keluar minta tolong pakcik saya. Saya bawak sekali budak tu nanti.Haa, ni la bebudak hipster ni. Buat benda bukan-bukan je. Ada ke kawan dia cakap diorang baca mentera tu suka-suka je. Memang la mentera tu direka-reka, tapi kalau dah diratib, ditambah dengan perbuatan kononnya nak bersatu dengan alam, mahu dia tak suka nak datang. Dah dijemput kan. Nak perbaiki jiwa konon, buat la tahajud ke, qiamulail ke, ini dok meratib memuja semangat yang bukan-bukan. Haaaiiihhh… ”Kadir mengeluh.", "Pagi tu, bila Aina dan rakannya kembali ke khemah mereka dan anak-anak selesai bersarapan, kami terus berkemas untuk pulang. Batal terus perancangan untuk berkhemah lagi semalam. Anak-anak muncung sedepa bila tahu kami akan pulang pada hari itu. Diorang tak sedar yang mak ayah diorang tak tidur semalaman disebabkan jiran kena gangguan.", "Tapi rajuk anak tak lama bila kami pergi kembali ke tapak perkhemahan tersebut pada minggu berikutnya. Kami bertemu dengan Kadir dan bertanya khabar sambil-sambil mengorek cerita kesudahan anak-anak muda tersebut.", "Menurut Kadir, Ajak berjaya dipulihkan oleh pakciknya. Sebenarnya ada sekumpulan semangat atau jin laut yang datang pada malam itu, tapi cuma satu yang melekat, yang lain kembali ke laut, tak sempat nak berdamping dengan sesiapa. Mereka berteraburan lari kerana sambil berlari untuk membantu kumpulan tersebut, Kadir sudah mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk melindungi diri dari kemungkinan yang tidak kelihatan. Yang tinggal melekat pada Ajak itu adalah penghulu kepada kumpulan jin tersebut. Mungkin cahaya yang suami dan saya lihat pada malam itu adalah pergerakan kumpulan jin tersebut.", "Pengajarannya di sini, janganlah kita menghampiri perbuatan yang memuja makhluk selain dari Allah walaupun kononnya untuk suka-suka. Jika jiwa kita rasa kosong, tak payah la buat benda pelik-pelik semata-mata nak mengubati jiwa. Kembalilah kepada-Nya. Semoga pembaca dapat manfaat ye dari perkongsian saya.", "Sekian,Makcik Otomen" ]
[ "Mahasiswa konon…. akal pendek….. 🙂", "Meratib semangat dari petang ke malam? Dengan tak solat, datang makhluk tu, elok sangat." ]
https://fiksyenshasha.com/pusaka-warisan-part-akhir/
Pusaka Warisan Part Akhir
[ "“Maria!” jerit Ahmadi.", "“Abang, Maria minta minta maaf.” Maria menangis sambil memeluk kaki Ahmadi.", "“Sudah! Kau hilang entah kemana, tinggalkan anak – anak kau yang tak berdosa ni.” jawab Ahmadi sambil melepaskan kaki di pelukan Maria.", "Semakin erat Maria memeluk dan semakin kuat Maria menangis. Suasana menjadi sayu, Mawar menarik tangan Maria untuk bangun dan Maria masih lagi menangis.", "“Aku tak pernah salahkan kau Maria, aku tahu dulu aku susah macam mana. Kau takkan sanggup hidup denganku, malah tak ada sesiapa yang sanggup. Aku faham kenapa kau hilang secara tiba – tiba begitu. Tapi sekarang kenapa kau muncul kembali dalam hidup kami? Nak merampas kebahagian kami pula setelah kau hilang selama 10 tahun?” panjang keluhan Ahmadi kepada Maria.", "“Dengar penjelasan Maria bang. Sebenarnya Maria tak kemana – mana. Maria ada dengan kamu semua selama ini, cuma kamu semua tak nampak Maria. Maria tak tahu macam mana nak jelaskan secara terperinci tapi Maria tak bohong bang.”", "“Peni..!” kata – kata Ahmadi terus d******g oleh Aiza.", "“Sudah Ahmadi. Betul apa yang dikatakan oleh dia. Aku dapat rasa kewujudan dia sewaktu hari pertama kau di rumah agam itu. Cumanya aku tak tahu siapa dia, dia seperti lembaga yang lutsinar. Untuk pengetahuan kau, hijab aku memang terbuka dari dulu lagi untuk melihat apa yang orang biasa tidak dapat melihat.”", "Mawar mengajak mereka bertenang dahulu, segala masalah ini mereka akan berbincang di rumah. Sekarang urusan Amir lagi penting.", "Amir mengalami patah kaki akibat terjatuh ke dalam longkang besar itu. Amir terpaksa bermalam di hospital selama lebih kurang seminnggu.", "Apabila sampai dirumah, Mawar menjemput Maria masuk,", "“Kau tak perlu buat dia seperti tetamu Mawar. Dia memang tinggal disini cuma kamu semua sahaja yang tidak dapat melihat dia.” jelas Aiza sambil masuk kedalam.", "Maria masuk sambil tertunduk malu.", "Ahmadi duduk di ruang tamu bersama Amin yang ketika itu sudah berusia 12 tahun. Mereka semua berkumpul diruang tamu untuk mendengar cerita disebalik diri Maria.", "Dengan berbekalkan 50 ringgit terakhir mereka, Maria keluar untuk membeli sedikit barangan makanan asas untuk mereka sekeluarga. Sampai sahaja dikawasan longkang besar yang sama semasa Amir jatuh, ada seseorang memanggilnya.", "Dia menoleh ke arah yang memanggil dan tidak semena – mena Maria ditolak jatuh ke dalam longkang besar itu. Dia cuba berpaut pada tebing longkang itu namun seseorang yang memanggilnya tadi telah memijak tangannya dan membuatkan Maria terus jatuh ke dalam longkang itu.", "Longkang itu dalam dan gelap jelas menunjukkan dia sudah pengsan dan tesedar bila sudah malam. Dia cuma menjerit meminta tolong namun hampa, jeritan nya tidak didengar oleh sesiapa.", "Dia cuba memanjat dan berjalan di dalam longkang besar itu. Ada satu cahaya di hujung longkang, fikir nya jalan keluar.", "Maria melajukan langkah, setelah dekat kelihatan seperti suatu tempat penyembahan syaitan disitu.", "Bau busuk menerpa hidung dan maria nampak ada seorang lelaki bersama seorang wanita yang mungkin saja istrinya duduk di tengah bulatan sambil dibacakan mantera oleh seseorang yang lebih tua dan kelihatan membongkok . Maria terkejut disaat itu dan cuba untuk bersembunyi.", "Tetapi lelaki tua membongkok itu perasan kehadiran Maria disitu, dan dia membacakan sesuatu serta menghembus ke arah Maria, tak lama selepas itu Maria pengsan semula.", "Maria sedar apabila hari telah terang. Dia cuba untuk keluar dari situ dan balik kerumah dalam keadaan yang sangat lemah.", "Sampai sahaja dirumah dia cuba memanggil suaminya, tapi suaminya tidak mengendahkan dia. Begitu juga dengan anak – anaknya.", "Dia berasa pelik dan terus masuk kebilik air untuk menguruskan diri, alangkah terkejutnya dia kerana dia tidak nampak jelas bayangan dirinya didalam cermin. Dia cuma nampak cahaya samar – samar sahaja.", "Maria dengan panik keluar dari bilik air dan menuju ke arah mereka. Maria mula menjerit dan menangis. Mereka semua tak menghiraukan Maria yang dalam keadaan separuh gila itu.", "Bukan mereka tak hiraukan Maria. Mereka tidak nampak Maria yang ketika itu berada tepat dihadapan mereka bertiga.", "Sangat menyedihkan apabila terpaksa melihat suami dan anak – anaknya di halau rumah dan hidup merempat di kota besar itu. Tapi dia sedaya upaya untuk bagitahu mereka tentang kewujudan dirinya.", "Sehinggalah pada hari Amir terjatuh dalam longkang besar itu, Maria melihat ada sesuatu yang cuba menolak Amir, dia berlari untuk menghalang tapi hanya seperti lintasan angin sahaja.", "Apabila dia menoleh ke arah siapa yang menolak anak nya, dia terkejut orang itu adalah orang yang menolaknya satu ketika dulu. Dia cuba mengejar orang itu, tetapi sekelip mata orang itu hilang dari pandangan.", "Nasib baik juga Amin masih berada disitu. Amin menjerit meminta tolong orang sekeliling dan membawa mereka terus ke hospital.", "Di hospital, Amin menunggu di lobi dan pada ketika itu Maria masuk kedalam hospital dan kali pertama dia ditegur oleh salah seorang misi disitu.", "Keliru dalam masa yang sama dia bahagia kerana dia sudah kembali normal. Terus dia berlari ke arah Amin dan memeluk Amin.", "Amin terpinga – pinga menyangka Maria adalah orang gila. Amin berlari keluar lobi dan terus mengherdik Maria untk menjauh darinya.", "“Maafkan saya mak sebab marah mak tadi.” jelas Amin", "“Tak apa, mak faham min. Mak pun tak sangka keadaan jadi normal sekarang.”", "“Awak jatuh dalam longkang besar tu kan?” soal Ahmadi kepada istrinya.", "“Ya bang”", "“Dan sekarang Amir pula kan?” soal Ahmadi lagi", "Mereka semua memandang Ahmadi dengan seribu satu persoalan.", "“Maknanya ada sesuatu di dalam tu yang cuba bagi kita petunjuk.” Jelas Ahmadi.", "Aiza menambah dengan berkata “Sudahlah dulu untuk sementara sekarang ni, jangan difikirkan dulu hal ni. Kita uruskan hal satu persatu. Kamu pergi lah berehat. Esok kita bincang apa yang perlu kita buat”", "Seminggu berlalu, Amir pun sudah keluar dari hospital dengan kaki yang masih berbalut.", "Mereka masih lagi meneruskan pencarian di dalam bilik bawah tanah itu. Kali ini semua ada termasuk Amin, Amir dan juga Maria.", "Sedang mereka asyik menelaah buku – buku dalam bilik tu, Aiza teringat akan bilik rahsia yang dia masuk dengan Saodah dulu. Amin dan Amir pergi ke atas untuk bermain kerana bosan tak ada yang boleh di buat di bawah itu. Amin memapah adiknya untuk naik keatas.", "Mereka berempat memasuki bilik rahsia itu dan mencari apa sahaja yang boleh dijadikan petunjuk. Ada satu buku lama yang nampak seperti sebuah diari lama. Dalam diari itu tertulis bagaimana terjadinya perjanjian dengan saka terkutuk itu.", "Seperti dalam sangkaan Ahmadi, perjanjian itu dibuat ditempat Maria pengsan untuk kali kedua didalam longkang besar itu. Dia cuba pergi kesitu dan dihalang oleh Aiza.", "“Bukan sekarang, kata – kata yang tertulis dalam buku ini menunjukkan kalau dia nak membatalkan perjanjian dengan saka ini haruslah pada khamis malam jumaat tepat di tengah malam. Dan ianya haruslah keturunan ketujuh yang melakukan nya.", "Ini bermakna Aiza yang harus pergi menamatkan nya sendiri. Tapi hari itu hari sabtu. Mereka harus menunggu 5 hari lagi untuk Aiza menamatkan hal itu.", "Segala persiapan mengikut buku – buku lama disitu telah disiapkan untuk Aiza. Mereka bimbang akan terjadi sesuatu pada Aiza. Mereka semua tidak boleh menemani Aiza kerana jika ada yang mengikut, sumpahan saka itu akan beralih pada mereka pula. Mereka ingin menamatkan perjanjian terkutuk ini bukan untuk menyambung.", "Sejak dari hari itu mereka semua melakukan semua hal bersama – sama. Perasaan bercampur sedih dan takut ada sesuatu yang akan menimpa Aiza.", "Tiba hari untuk menamatkan semua ini. Aiza telah sepenuhnya bersiap sedia. Mereka yang lain sangat bimbang dengan keadaan Aiza.", "“Kamu semua jangan risau dan takut. Aku telah melalui macam – macam peristiwa hitam. Mungkin ini adalah yang terakhir. Selepas ini kita semua akan hidup dengan tenang.” kata – kata terakhir Aiza sebelum melangkah keluar dari rumah agam itu.", "Sampai sahaja di hadapan longkang besar itu, seseorang yang menolak Maria serta Amir memunculkan diri dihadapan Aiza.", "“Maafkan aku Aiza, tiada cara lain bagaimana aku nak bagitahu kau tentang semua ini. Aku yang menolak Maria dan juga Amir atas tujuan nak kau sedar ada sesuatu yang tak kena dengan tempat ini. Tiada ahli keluarga kau yang lalu disini melainkan mereka. Tiada cara lain melainkan cara ini sahaja yang mampu untuk aku buat.”", "Balqis ingin menamatkan perjanjian ini dulu tapi disumpah oleh si tua itu sama seperti Maria, cuma semasa si tua itu membaca mantera kearah Maria sempat dihalang dan cuma separuh sahaja yang mengenai Maria. Sebab itu lah kesan sumpahan yang terkena pada Maria kian pudar.", "“Ini masa kau untuk menamatkan semua ini. Si tua itu telah lemah.”", "Balqis memeluk Aiza tanda sokongan Balqis padanya. Masuk sahaja ke tempat itu keadaan seperti dipukul ribut kencang. Menghadkan pandangan Aiza dan dengan sekali Aiza membuka langkah sambil melafazkan kalimah – kalimah suci serta menghentakkan kaki ke bawah keadaan bertukar menjadi sepi.", "Muncul seorang lelaki bongkok dihadapan nya. “Aku tahu tujuan kau ke mari.” kata lelaki tua itu.", "“Aku mahu menamatkan perjanjian syaitan ini!” bentak Aiza.", "“Kau yakin? Kau takkan hidup abadi tanpa saka itu. Saka itu telah berkhidmat pada kau sejak 7 keturunan lalu. Dan kau pun tahu kalau saka tu dah tiada, kau takkan mampu mempunyai apa – apa kuasa lagi.” pancing lelaki tua itu.", "Aiza tetap dengan pendirian nya. Dia masih lagi dalam langkah berjaga – jaga sekiranya ada yang menyerang.", "“Aku tanya kau ni! Sungguh kau nak buang dia?” bentak lelaki tua itu.", "“Ya! Saka tu tak memberi manfaat pada aku dan keluarga ku! Selama 7 keturunan saka tu berjaya memperdayakan manusia. Ini adalah penamatnya! Abadi yang dijanjikan adalah abadi di neraka!!!”", "“Baiklah. Memandangkan kau datang dengan tujuan yang sangat jelas dan tegas. Aku akan membantu kau. Aku akan keluarkan saka itu dari badan kau dan aku akan pergi bersama saka itu ke tempat lain.” Jelas lelaki tua itu", "“Sudah tujuh keturunan aku bersama leluhurmu. Kini aku akan mencari manusia yang akan berjanji sumpah setia bersama aku sehingga kiamat!” kata akhir lelaki tua itu.", "Rupanya lelaki tua itu adalah saka yang ada dalam badan Aiza selama ini. Syarat untuk mengeluarkan saka itu sangat mudah. Sesiapa dari keturunan ketujuh sahaja yang boleh membatalkan perjanjian itu. Aiza berasa sedikit lega kerana tidak perlu berhempas pulas untuk menumpaskan lawan.", "Akhir kata dari saka itu “Kau jaga lah seluruh keturunan kau! Jangan sampai mereka mencari ku suatu hari nanti kerana pasti aku akan kembali jika mereka menyeru ku!” satu kepulan asap keluar dari kepala Aiza.", "Dengan serentak Aiza menjerit kesakitan seperti hampir menemui ajalnya. Seluruh tubuh menggigil kesakitan dan Aiza terjatuh pengsan setelah beberapa ketika selepas asap yang terakhir meninggalkan tubuhnya.", "Selang beberapa jam selepas itu, Aiza tersedar dan bangun melihat sekeliling. Keluar bayangan semua ahli keluarga nya yang m**i akibat syaitan durjana itu. Suasana amat memilukan apabila abangnya Ray memeluk dan mengusap wajahnya.", "“Tenanglah kamu semua sekarang. Aiza telah menamatkan segalanya.” kata – kata akhir Aiza sebelum beredar dari situ.", "Mawar dan yang lain termasuk Balqis telah menunggu kepulangan Aiza. perasaan gembira dan bahagia terbit apabila melihat Aiza masuk ke dalam rumah dengan keadaan yang sama seperti sebelum keluar malam tadi.", "– Tamat –", "Terima kasih kepada pembaca setia sehingga tamat kisah ini. Terima kasih juga kerana menyokong penceritaan kedua saya yang tak seberapa ini. Selepas ini akan ada cerita sekuel dari IXORA SOFIA dan juga saya akan terus menulis dengan gaya penceritaan yang lebih baik dari ini. Kepada yang belum follow saya, jemputlah follow ya. Terima kasih semua" ]
[ "BESTTTT! 10/10" ]
https://fiksyenshasha.com/cerita-anak-kapal/
Cerita Anak Kapal
[ "Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.", "Sebuah kisah yang diceritakan dari seorang sahabat aku, yang aku nama kan Ed. Ed yang aku kenal bekerja dengan syarikat perkapalan, hidup dilambung ombak setiap hari merupakan perkara biasa. Aku dalam cerita ni, merujuk kepada sahabat aku si Ed. Baiklah tanpa berbunga-bunga, mari kita mulakan.", "Dah dua minggu kapal tempat aku berkerja berlabuh di Kemaman, sebuah dock terkenal dinegeri Pantai Timur. Dan sepanjang dua minggu jugalah hujan renyai turun membasahi bumi hampir setiap malam. Cuaca tak berapa cantik untuk berlayar kebelakangan ni. Jarak penglihatan terbatas dan bimbang laut tiba-tiba bergelora besar.", "Petang tadi, kami dah dimaklumkan tentang ‘tool box meeting’ atau dalam bahasa daratnya ‘briefing’ akan dibuat selepas waktu makan malam. Sementara menunggu Kapten dan Roving Kapten hadir untuk meeting. Aku dan beberapa kawan yang berlainan jawatan seperti AB, oiler, chef dan beberapa lagi kawan yang lain. Merokok di ‘bridge’. Kapal pun dah berlabuh diport dan dalam mode ‘standby’, jadi kami boleh curi masa sekejap untuk turun dan merokok.", "Merokok tak menjadi masalah besar selagi peraturan tak dilanggar, untuk tak merokok dikawasan larangan atau semasa sedang loading minyak. Kami kesemuanya berjumlah enam orang turun merokok di bridge, dalam keadaan hujan masih renyai.", "Sedang syok tarik dan hembus asap rokok, AB mula bersuara..", "“Eh, coba kamu liat.. Apa itu yah?” Kata AB aku yang berasal dari Indonesia, tangannya ditunjukkan pada kapal besar disebelah yang berjarak 300 meter dari kapal kami.", "Nampak seolah-olah ada benda tergantung yang sesekali terbuai-buai bila ditiup angin. Tapi jarak penglihatan tak cukup jelas dalam hujan yang sedang renyai tambahan lagi kurangnya bantuan cahaya.", "“Apa itu yah?” AB aku bertanya lagi. Kami semua berpaling dan memberi lebih tumpuan untuk memerhatikan ‘benda’ yang tergantung tersebut.", "“Diorang jemur dummy, kot..” Oiler balas selamba. Memang jadi kebiasaan bagi kapal-kapal yang berlabuh, jika dalam mode ‘standby’ mereka akan cat kapal, bersihkan badan kapal dan adakalanya mereka jemur dummy atau barang-barang kegunaan kapal sebelum mereka mula berlayar semula. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan jika nampak benda-benda tergantung dikapal, walhal kapal masih berhenti dipelabuhan.", "Kebiasaannya AB dan Bosun akan mencuci kapal, kerana itu tugasan mereka. Dan mereka jugalah yang biasanya akan mengantung barang-barang kegunaan anak-anak kapal lain untuk dikeringkan sebelum kembali berlayar.", "“Kamu gak berasa aneh yah? Kok dummy nya punya rambut?” AB aku bersuara lagi.", "Ada benar juga kata-kata dia, biasanya dummy yang digunakan didalam kapal, jenis patung berkepala botak. Dummy ni disimpan dalam kapal untuk kegunaan latihan menyelamat dilaut. Berat juga patung ni, hampir menyamai berat manusia sebenar. Dummy akan dibuang ke laut, dan anak kapal akan terjun untuk latihan menyelamatkan nyawa. Latihan yang dilakukan supaya anak-anak kapal mahir dalam misi menyelamat.", "“Eh, kapten dah naik!” Tingkah aku, bila nampak kelibat Kapten dan Roving Kapten mula masuk ke ruang untuk toolbox meeting. Perbualan tentang dummy, terhenti setakat itu sahaja. Kami mula mendaki tangga untuk menghadiri briefing.", "Usai briefing, malam yang makin larut dan masih lagi dibasahi hujan renyai. Aku ditugaskan untuk berjaga atas kapal. Muncul perasaan tak selesa setiap kali terpandang kapal sebelah, rasa yang sukar nak digambarkan. Tak tenteram dalam cuaca yang serba menyeramkan, sesekali bulu roma merinding bila terpandang kapal sebelah.", "“Ali, ko boleh naik atas tak? Bawak teropong dan walkie talkie sekali..” Aku perintahkan Ali untuk naik ke anjung tinjau. Untuk meninjau benda yang tergantung dikapal sebelah, tindakan yang aku buat untuk menghapuskan rasa ingin tahu yang berkecamuk dalam hati. Ali ni punyalah bagus, takde dolak dalik, terus bergerak seperti diarahkan.", "“Ed, aku dah sampai atas!” Ali mula paging aku menggunakan walkie talkie.", "“Ko teropong dummy yang tergantung kat kapal sebelah tu!” Aku balas pendek. Lima minit berlalu, mungkin Ali gunakan untuk betul-betul memerhatikan dummy yang tergantung kat sana.", "“Tak nampak lah Ed.. Hujan renyai, takde cahaya..” Ali bersuara semula selepas lima minit.", "“Boleh gerak sikit? Tengok dari posisi atau kedudukan lain?” Ali diam tak membalas.", "“Serius tak nampak, bro.. Dengan kapal bergoyang-goyang, aku tak boleh nak fokus..” Balas Ali, sepuluh minit kemudian Ali turun ke tempat aku. Hanya mengeleng-gelengkan kepala, menandakan dia memang gagal melihat dummy tersebut dengan jelas.", "“Ed, naik atas jap..” Walkie talkie berbunyi mengejutkan aku dan Ali yang masih memerhati kapal sebelah, aku dipanggil naik atas urusan lain.", "Bila aku berpaling untuk naik tangga, aku nampak ada lelaki berpakaian kerja lengkap warna biru sedang berdiri dibawah tangga. Susuk dengan baju overall biru, safety vest warna kuning dan helmet berwarna putih. Muka tak dapat dilihat dengan jelas!", "“Ed, naik sekarang..” Walkie talkie berbunyi lagi, aku pandang semula bawah tangga, susuk dengan pakaian kerja lengkap berwarna biru dah ghaib!", "Ah! Mungkin khayalan aku je.. Atau mungkin juga dummy tadi dah berjalan sampai ke sini.. Aku bergumam sendiri dalam hati.", "“Ali, aku tak sedap hatilah..” Aku katakan pada Ali yang masih sibuk dengan teropong, meninjau-ninjau dummy yang tergantung dikapal sebelah.", "“Kau relax je lah, malam panjang lagi ni.. Kita ni kat laut, benda macam ni memang biasa kena dengan team malam..” Ali mula membebel, sebelum aku betul-betul melangkah naik anak tangga dan meni ggalkan Ali. Hati aku kuat mengatakan benda yang aku nampak tergantung tu bukan dummy, tapi mahluk hidup.", "Malam yang panjang dan sejuk berlalu, tugas aku tamat tepat pada pukul 7, usai punch kad dan bersarapan pagi bersama Ali, kami kembali ke bilik masing-masing untuk tidur.", "Pintu bilik aku diketuk bertalu-talu saat sedang nyenyak tidur. Bergegar macam nak roboh!", "‘Kapten panggil naik atas kapal!’ itu sahaja maklumat yang diberi semasa aku buka pintu. Terpisat-pisat lagi, dengan mata koyak rabak. Aku naik ke pejabat untuk berjumpa Kapten.", "“Ed, duduk!” Kapten perintahkan aku yang terpinga-pinga untuk duduk didepannya. Tak lama kemudian Ali pula sampai, Ali juga disuruh duduk didepan Kapten. Aku dan Ali yang keliru dan mengantuk berpandangan sesama sendiri. Lama juga Kapten diam dan cuma perhatikan muka aku dan Ali.", "“Malam tadi ada berlaku apa-apa ke? Ada nampak apa-apa tak?” Kapten mula bertanya. Aku pandang muka Ali, masih lagi terpinga-pinga. Dikejutkan untuk bangun secara paksa, dan dipanggil untuk ambil keterangan dalam keadaan mamai macam ni, sumpah tak boleh nak ingat apa-apa!", "“Takde apa-apa, semuanya ok..” Jawab Ali, aku cuma mengangguk setuju.", "“Kenapa, Kapten? Ada apa-apa yang perlu kami tahu ke?” Aku tanya pula pada Kapten.", "“Betul takde nampak apa-apa atau dengar bunyi apa-apa?” Kapten tanya lagi untuk kepastian.", "“Tak tahu pulak, tapi kami memang tak nampak apa-apa, atau dengar apa-apa.. Lagipun hujan renyai-renyai sepanjang malam.. Jarak penglihatan kurang!” Aku balas pertanyaan Kapten.", "“Kenapa sebenarnya ni, Kapten?” Ali pula bersuara.", "“Macam ni.. Lebih kurang pukul 10 pagi tadi, kecoh kat kapal sebelah jumpa mayat tergantung kat tepi kapal..” Bulu roma aku mula berdiri, dan aku pandang Ali, Ali dah mula telan air liur.", "“Gantung guna apa?” Tanya Ali.", "“Gantung guna getah paip bomba yang besar! Rupanya dah dua hari tergantung.. Sorang pun tak perasan!”", "“Siapa yang jumpa?” Aku pula yang tanya.", "“Geng-geng kaki pancing yang naik bot lalu sebelah kapal! Mayat tu, mayat lelaki Bangla m**i b***h diri.. Mata dah hilang dimakan burung, masa dibawak naik!” Keluh Kapten.", "Kami keluar dari bilik Kapten, selepas Kapten berpuas hati dengan keterangan yang kami tak nampak apa-apa yang mencurigakan dikapal sebelah sepanjang shif kami. Sedangkan hakikat sebenarnya benda yang aku, Ali dan kawan-kawan lain sangkakan dummy, rupanya mayat manusia!", "Dan kami sebenarnya berkerja sepanjang malam ditemani mayat yang tergantung dikapal sebelah!", "Dua minggu berlalu sejak dari insiden tersebut, Kapten mula keluarkan arahan pekeliling untuk berlabuh lebih jauh sedikit dari kapal tersebut. Selepas desas desus dari kawan-kawan yang berkerja malam terserempak dengan Bangla berpakaian kerja lengkap warna biru dilihat ‘berjalan-jalan’ mengambil angin dalam kapal kami.", "Bangla yang ghaib secara tiba-tiba, bila ditegur atau disapa!", "Bila aku berbual dengan kawan-kawan yang pernah terserempak dengan kelibat tersebut, mereka gambarkan sebiji macam yang aku nampak bawah tangga tempoh hari!", "Begitulah ceritanya pada kali ini, pengajaran yang aku kutip dari cerita Ed ni, setiap pekerjaan mempunyai cabaran yang berbeza. Lebih tinggi nilai bayaran, maka lebih besarlah risikonya. Dalam situasi Ed, perkara terbaik yang dilakukan dalam kondisi kemampuannya adalah meninjau.", "Malangnya faktor cuaca buruk menyukarkan hasil. Dan apa pun tugasan yang diberikan haruslah digalas dengan berani. Ed bernasib baik, kerana tak diganggu secara berterusan oleh kelibat yang dilihatnya dulu. Dan tindakan bijak Kapten dengan menukar kedudukan kapal berlabuh, menghindarkan anak kapal dari terus diganggu kelibat ‘pekerja rajin’ yang mula berkerja pada sebelah malam.. hihi", "Sekian dari aku, sampai berjumpa lagi diepisod yang lain.", "P/s : sesiapa yang ada cerita seram, tipikal atau pun tak, rasa nak share tapi malas nak taip, boleh sharekan pada aku, aku akan storykan kepada umum. Nama dan watak, akan ditukar, bergantung pada keselesaan korang.. xoxo!", "Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)\nLink untuk DM aku ada dibawah, klik pautan dan tekan ‘mesej’. Terima kasih." ]
[ "seriously? baru jadi ke cerita ni? 24/jan?" ]
https://fiksyenshasha.com/pusaka-warisan-part-8/
Pusaka Warisan part 8
[ "Sedar tak sedar, sampai pagi Mawar menceritakan perihal keluarganya kepada Ahmadi, lelaki yang dibantunya malam tadi.", "Dia merasakan sedikit lega kerana pertama kali dia dapat meluahkan ceritanya kepada orang lain.", "Bunyi ngauman telah tiada, keadaan rumah kembali tenang tidak seperti malam tadi. Mereka berdua pergi ke bilik tadi.", "Ahmadi melangkah dengan teragak – agak takut dengan serigala besar yang dia jumpa malam tadi.", "“Jangan kau takut Ahmadi, ibuku telah kembali ke rupa manusia biasa.” ringkas kata – kata Mawar kepada Ahmadi.", "Masuk sahaja kedalam bilik itu, kelihatan Aiza dengan tangan dan kaki yang berikat, timbul perasaan simpati dalam diri Ahmadi.", "Aiza hanya memandang sambil menguntumkan senyuman kelat dari dalam bilik. Selesai sahaja Mawar membuka rantai besi yang mengikat ibunya, mereka turun kebawah untuk menyediakan sarapan bersama sambil berborak, anak – Ahmadi masih lagi tidur, mungkin kerana terlalu selesa jika nak dibandingkan bawah jambatan sebelum ini.", "“Kenapa pilih saya untuk duduk dirumah ini?” tanya Ahmad.", "“Sejujurnya aku hanya menurut permintaan ibu ku sahaja, ibuku yang menyuruhku untuk menjemput kamu datang kerumah ini.” jelas Mawar.", "Pandangan beralih ke Aiza.", "“Sebenarnya kau dan aku adalah dari keturunan yang sama, kita adalah saudara Ahmadi.” serentak mereka berpandangan satu sama lain dan Ahmadi kelihatan sangat hairan memandang Aiza.", "Ya, sememangnya apa yang dikatakan oleh Aiza itu adalah benar. Ahmadi adalah anak kepada Hanum dan juga Haikal.", "Ada satu ketika mereka semua terpisah akibat mengikut haluan masing – masing untuk berdikari dengan keluarga masing – masing. Yang menyedihkan apabila Mikael dan juga Hanum mengalami kemalangan jalan raya yang agak dahsyat dan mereka terkorban di tempat kejadian dan Aiza tak boleh datang akibat jauh dan dia akan berubah bila malam menjelma.", "“Mulai hari ini, kau duduklah disini dan sekolahkan anak – anak kau. Aku akan cari cara untuk membuang sumpahan aku ni dan kau jangan takut, sumpahan ini takkan beralih pada kau.”", "Macam mimpi, sebelum ini Ahmadi menjadi gelandangan dan sekarang dia menjadi ahli keluarga yang sangat kaya raya.", "Mawar adalah seseorang yang amat kaya di kota raya itu, ini kerana hasil kekayaan keluarganya dari dulu. Kebun di belakang rumah agam itu masih diteruskan dan kini menjadi sebuah kilang pembungkusan import dan eksport sayuran dan kebun bunga telah betukar menjadi pusat kebajikan untuk gelandangan di kota raya. Ini semua adalah idea daripada Mawar untuk menaikkan taraf ekonomi mereka disamping membantu penduduk kota yang kurang bernasib baik.", "Urusan persekolahan Amin dan Amir menjadi sangat mudah kerana reputasi keluarga itu yang terhormat dan dikenali ramai. Kini mereka berdua tidak lagi tertinggal dalam pelajaran. Mereka juga amat senang dan bersyukur nasib mereka telah berubah.", "Aiza bahagia keluarga mereka telah bersama semula, cuma ada satu hal yang merunsingkan. Hal sumpahan itu, sejak dari Mawar kecil sudah macam – macam cara dilakukan untuk membuang sumpahan itu tetapi hasilnya tetap sama.", "Ahmadi bukanlah seseorang yang langsung tidak berguna, dia juga memiliki sedikit saki baki kuasa dari kekuatan Haikal dan kecerdikan Hanum, dalam masa yang sama dia juga mempelajari cara bagaimana untuk menghapuskan sumpahan Aiza.", "Hampir setiap hari Ahmadi masuk dan berkurung dalam bilik bawah tanah sehingga ke petang kerana dalam bilik itu ibarat perpustakaan yang mempunyai banyak buku – buku lama. Dia banyak menghabiskan waktu membaca buku – buku itu.", "Ada satu hari, waktu itu hujan lebat, Amin dan Amir berada di sekolah dan Ahmadi yang berada di bilik bawah tanah meluru keluar mendapatkan Aiza dan Mawar sambil membawa sebuah buku lama.", "Aiza dan Mawar yang sedang berada sedang asyik memerhatikan pemandangan diluar terkejut apabila Ahmadi menjerit memanggil – manggil sejak dari tadi.", "Sampai sahaja didepan mereka Ahmadi menunjukkan buku itu, “ dalam ni ada tulis macam mana kita nak membuang sumpahan tu”", "Wajah Aiza berubah tertarik dengan apa yang dikatakan Ahmadi itu. Mereka bertiga membaca bersama.", "Dalam buku itu tertulis jika nak menamatkan sumpahan itu, mereka haruslah pergi ke tempat asal usul serigala jadian itu. Menurut buku itu, serigala itu bukanlah sekadar kuasa sahaja, tetapi sebenarnya ianya adalah saka yang yang diwarisi oleh seorang pemilik asal dan dah menjadi keturunan untuk diwarisi.", "Aiza yang baru tahu akan hal ini keliru, tak tahu sama ada perasaan mahu sedih, ataupun marah. Benda yang disangkakan kuasa kini baru lah dia tahu sebenarnya hanya saka dari keturunan terdahulu. Dan upacara yang Aiza buat dulu untuk menyedut kuasa dari Haikal dan yang lain itu sebenarnya adalah untuk menarik masuk saka terkutuk itu dalam badan Aiza.", "Kini dalam badan Aiza ada 2 makhluk yang asalnya daripada 4 makluk tak guna itu. Dua darinya dengan sendiri telah keluar akibat taidak ada keinginan untuk menjadi saka kepada manusia tetapi dua lagi tertarik dengan Aiza kerana mampu mengawal tubuh badan Aiza.", "“Kalau macam ni cerita keluarga kita, bagaimana kita nak pergi ketempat itu? Kita tak tahu punca asal semua ni” Aiza berkata dengan nada yang sayu.", "“Tak apa, saya akan cari lagi maklumat lain yang ada dalam bilik bawah tanah. Banyak lagi yang belum saya baca, ini baru buku yang ke berapa puluh dari ribuan buku yang ada dibawah.” kata Ahmadi sambil tersenyum.", "“Kalau begitu mari kita membantu Ahmadi di bawah” ajak Aiza kepada anaknya Mawar.", "Sejak dari itu mereka bertiga banyak menghabiskan waktu di bilik bawah tanah, tetapi mereka hanya akan kesitu pada waktu Amin dan Amir tiada dirumah sahaja. Bila mereka ada dirumah, Aiza mahu fokus menjadikan hari mereka berjalan dengan baik. Aiza sangat menyayangi Amin dan Amir.", "Ada satu hari Amir balik dengan keadaan pipi nya lebam dan Amin yang kelihatan terhincut – hincut. Aiza kelihatan cemas segera mendapatkan mereka. Mereka beritahu ada yang cuba membuli mereka, mereka melawan balik. Akibatnya mereka teruk dibelasah oleh mereka yang sentiasa ada melepak di satu lorong berdekatan sekolah. Mereka berdua memang akan menggunakan lorong itu setiap hari untuk pulang ke rumah.", "Mendengar sahaja perkara itu, Aiza meluru keluar pergi ke lorong itu untuk membalas perbuatan mereka, habis teruk kumpulan itu dibelasah Aiza, Aiza tidak memberi peluang kepada mereka kerana usia mereka jauh lebih dewasa berbanding Amin dan Amir. ada yang patah kaki dan tangan akibat di belasah oleh Aiza.", "Kini mereka tidak lagi berani melepak dikawasan itu malah jika terserempak dengan Amin dan Amir, mereka akan lari lintang pukang daripada mereka berdua.", "Aiza sangat mementingkan keselamatan dan keselesaan cucu-cucu saudara nya itu, keadaan tubuh badan yang masih kuat itu adalah satu kelebihan bagi Aiza bebanding orang lain yang sama usia dengan nya. Mungkin kerana saka itu atau mungkin juga kerana tubuh badan nya yang semula jadi.", "Pencarian masih lagi diteruskan untuk mencari dimana tempat asal usul pejanjian saka tu di buat, sementara tu tiada apa yang boleh Aiza lakukan cuma Aiza akan menghabiskan banyak masa bersama Amin dan Amir.", "Mereka sehabis baik untuk membuat memori bersama, mereka juga menyayangi Aiza dengan sepenuh hati, mereka tidak dapat kasih sayang seorang ibu tetapi diganti dengan keluarga yang sangat menyayangi mereka.", "Ada satu malam, Amir terjatuh dalam satu longkang yang besar, kerana keadaan licin atas jalan yang dilalui saat pulang dari sekolah, Aiza dengan cepat keluar menuju ke hospital kerana pihak hospital yang telah menelefon Aiza berkenaan Amir.", "Sampai sahaja dihospital, kelihatan Amin sedang berbual dengan seorang wanita di luar lobi hospital, keadaan menjadi tegang selepas Amin menjerit “pergi” ke arah wanita itu, segera Aiza, Mawar dan Ahmadi ke arah Amin.", "Ternyata dihadapan Amin ketika itu adalah ibunya Maria…" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/rumah-no-88/
Rumah No 88
[ "Salam Sejahtera. Lama tak baca cerita kat FS dan dah banyak cerita-cerita ketinggalan. Aku pun dah lama tak pos cerita. Harap admin tertarik dengan cerita aku kali nie, dan sudi kongsikan dengan rakan alam maya Fiksyen Shasha.", "Nama aku Aisy (bukan nama sebenar). Aku dan suami dalam fasa mencari rumah sendiri, sebab sebelum ini aku tinggal dengan keluarga mentua. Faham-faham jer lah kan, kalau tinggal dengan keluarga mentua. Ibubapa mentua aku baik sebenarnya, tapi biras iaitu kakak ipar kepada suami aku tidak berapa baik dengan aku. Jadi, Asyraf, suami aku buat keputusan untuk tinggal berasingan.", "Kebetulan, dalam tempoh seminggu, kami jumpa rumah yang ingin dijual, tidak jauh dari tempat kerja aku dan Asyraf. Ada tiga buah rumah untuk dijual di kawasan yang sama iaitu nombor 88, nombor 110 dan nombor 128. Asyraf memandang aku.", "“Kalau yang nombor 128, rumahnya corner lot. Kalau yang lain tu, lot tengah lah,”terang tuan rumah.", "“Biy, no 88 lah. Nombor dia cantik,”cadang aku sambil tersengih. Asyraf turut tersenyum dan mengangguk. Akhirnya, kata sepakat diambil.", "“Betul nie? Tak menyesal ambil rumah no 88?”soal tuan rumah lagi. Kami mengangguk.", "Dua bulan kemudian, kami berpindah masuk ke rumah baru. Malam itu, setelah selesai majlis doa selamat, aku ke dapur untuk mengemas pinggan mangkuk yang kotor. Seorang penduduk taman, Kak Lya datang ke dapur ingin membantu. Dia tinggal selang dua buah rumah dari rumah aku.", "“Aisy, akak nak tanya kau nie? Macamana kau boleh ambil rumah nie? Kau tahu, rumah nie dah 6 tahun kosong taw!”soal Kak Lya separuh berbisik, sambil kepala asyik-asyik pusing ke ruang tamu. Takut kalau ada telinga yang mendengar. Aku pelik, apa maksud Kak Lya?", "“Maksud Kak Lya?”", "“Kalau kau nak tahu, rumah nie…..”belum sempat Kak Lya menghabiskan kata-kata, Asyraf muncul di dapur.", "“Yang, I dengar Ayra menangis kat atas. Dah bangun agaknya. Tolong tengok, boleh? I nak hantar Pak Imam kat luar, dia nak balik dah,”pinta Asyraf. Aku mengangguk.", "“Kejap ye, Kak Lya. Aisy nak tengokkan anak jap!” Kak Lya mengangguk.", "Aku bergegas lari mendaki tangga menuju ke ruang atas. Ayra yang berusia 1 tahun, aku letakkan di dalam baby cot. Agak susah juga untuk dia turun ke bawah kalau dia terjaga sekali pun.\n“Mana Aril eh? Kan aku minta dia tengokkan Ayra,”gumam aku sendirian sambil mendaki tangga. Suara tangisan Ayra tidak kedengaran. Aril, adik ipar aku. Malam ini, dia tinggal di rumah kami sebab esok dia akan terus pulang ke KL. Ibubapa aku dan ibubapa Asyraf sudah pulang selepas habis doa selamat tadi.", "Sebaik sampai di tingkat atas, aku nampak Aril dan Ayra sedang bermain sambil tv terpasang. Ayra ketawa mengekek diusik oleh paksunya.", "“Ayra nangis ke tadi, dik?”soal aku. Aril memandang aku.", "“Taklah, kak. Dia terjaga tidur tadi, tak menangis pula. Adik terus angkat dia turun sini. Orang surau dah balik ke, kak?,”jawab Aril, masih bermain dengan Ayra. Ayra nampak aku, terus menapak kearah aku. Aku menyambut.", "“Ada dua tiga orang lagi tengah berbual dengan along. Sayang mummy dah bangun, ya? Ayra duduk dengan paksu dulu, ya. Mummy ada kerja lagi di dapur,”ujar aku lealu menyerahkan Ayra ke arah Aril.", "“Kenapa akak naik atas nie? Nak Aril tolong apa-apa ke?”", "“Adik tolong jagakan Ayra jer. Along lah, dia dengar Ayra nangis. Sebab tu dia minta akak naik tengokkan. Dia ingat Aril takde lah tu. Tak pe lah, akak turun dulu.”", "Aku turun semula ke bawah. Tetamu semua dah balik. Asyraf mengunci pintu utama. Pinggan di dapur juga sudah siap dibasuh dan kemas. Tiada apa lagi untuk dilakukan.", "“Kak Lya dah balik, biy?”soal aku. Asyraf memandang aku.", "“Yang tolong I tadi, kat dapur. Masa biy datang minta tengokkan Ayra,”jawabku. Asyraf masih diam, berfikir mungkin.", "“Ayra nangis tadi kenapa?”soal Asyraf. Soalan aku tidak terjawab.", "“Mana ada nangis. Elok jer bergelak dengan paksu dia kat atas, tengok Doraemon”", "“Ermm… jomlah naik, I dah letih. Esok pagi nak hantar Aril naik bas pulak.” Aku hanya menurut.", "Semua lampu di tingkat bawah ditutup, cuma lampu kecil sebelum masuk dapur dibuka, agar tidak terlalu gelap.", "Jam 4 pagi aku terjaga sebab terdengar bunyi benda pecah di dapur. Kebetulan aku turut dahaya. Semalam tak bawa naik botol air, aduhh, rungut aku sendirian. Aku menoleh Asyraf yang nyenyak tidur. Kemudian memandang Ayra yang tidur di dalam baby cot. Tak meragam dia tidur malam nie. Mungkin Aril kot di dapur tu.", "Aku menapak turun ke dapur. Lampu dapur terpasang. Sah, Aril kat dapur. Belum sempat aku sampai ke dapur, Aril menjenguk. Dengan bedak sejuk di muka. Tergelak aku melihat lelaki memakai bedak sejuk.", "“Kau dah kenapa, dik? Terkejut akak. Nasib baik takde lemah jantung. Kalau tak, menjanda abang kau,”gurau aku. Aril tergelak.", "“Sorry, kak. Aril kejutkan akak ke? Aril dah bersihkan kaca pecah tu. Aril lapar tadi, lepas tu masaklah maggi. Sorry akak.”", "“Takde apa lah. Akak dahaya, terjaga tidur. Pergilah sambung tidur.”", "“Tidur apa nye, kak. Dah nak Subuh dah pun.” Aku tersenyum. Aril kembali keatas. Selepas minum, aku menuju ke sinki. Ada baki mee segera di dalam sinki. Dan aku ternampak seperti mee segera itu bergerak. Aku memegang ‘mee segera’ tersebut. Allahu akbar! Cacing! Aku terus berlari ke bilik. Lampu dapur dibiar terpasang.", "Pagi itu, aku siapkan sarapan. Nasi goreng ikan bilis dan teh o panas. Kesan mee segera di dalam sinki, tiada seperti yang aku lihat. Aril turun dengan beg pakaiannya diletakkan di hadapan pintu. Asyraf memanggil adiknya untuk sarapan. Aku memandang Aril. Semalam…. Mungkin aku masih mamai. Sebab tu aku nampak yang bukan-bukan. Aku menggeleng. Aril nampak aku pelik.", "“Akak kenapa? Pening ke?”soalnya.", "“Takde apa. Pagi tadi, adik turun dapur ke?”soalku, berani. Asyraf memandang aku.", "“Mana ada, kak. Aril nyenyak semalam, terjaga Subuh pun dah dekat pukul 7 pagi. Kenapa, kak?”", "“Takde apa. Makanlah, nanti terlepas bas.” Asyraf memandang aku, meminta penerangan. Dia seperti dapat membaca apa yang berlegar di dalam fikiran aku. Aku hanya senyum kearahnya.", "“Sayang nak ikut tak, hantar Aril?”soal Asyraf.", "“Tak kot. Nak kemas apa yang patut,”ujarku. Asyraf mengangguk.", "Asyraf membawa Ayra bersama menghantar Aril ke stesen bas. Aku mengambil kesempatan itu untuk ke rumah Kak Lya sekejap. Katanya, cuma selang 2 buah rumah di sebelah kanan.", "“Assalamualaikum….”ucapku. Tidak sampai 5 minit, pemilik rumah datang menyapaku.", "“Waalaikumsalam. Eh, adik nie yang baru pindah masuk rumah 88 tu kan. Maaflah, semalam akak tak sihat. Sebab tu akak tak pergi majlis doa selamat tu. Panggil Kak Siti,”ujarnya Kak Siti. Aku pelik. Nie bukan ke rumah Kak Lya.", "“Tak pe. Saya Aisy. Akak tinggal dengan Kak Lya ke? Kak Lya ada?”soalku. Wajah Kak Siti terus berubah. Senyumannya tiba-tiba m**i.", "“Kak Siti rasa, Aisy dah ‘terkena’ nie. Meh masuk rumah Kak Siti dulu. Nanti Kak Siti cerita.” Aku menurut. Aku rasa, apa yang Kak Siti nak cerita, ada kena-mengena dengan apa yang terkadi dengan aku semalam.", "“Kenapa, kak?”soal aku. Kak Siti menarik nafas panjang.", "“Sebenarnya, rumah yang Aisy duduk tu, dah 6 tahun kosong.” Ya, seperti yang Kak Lya cakap semalam.", "“Dan rumah tu, adalah rumah Lya, adik Kak Siti. Anak dia meninggal semasa berusia 1 tahun sebab jatuh dari tangga. Meninggal di tempat kejadian. Lya jadi separuh mental lepas tu. Seminggu kemudian, suami dia ceraikan dia sebab keadaan Lya sendiri yang tak terurus. Bertambahlah tekanan jiwa dia kena.", "Suatu hari, Kak Siti pergi tengok dia di rumah, dia dah tak bernyawa. Dia gantung diri dia di syiling dapur. Dapur berselerak dengan kesan mee segera di lantai. Macam dia bergaduh. Kak Siti tak rasa dia b***h diri. Macam ada yang buat macam dia b***h diri….”cerita Kak Siti. Aku terdiam mendengar cerita Kak Siti.", "Selepas berbual dengan Kak Siti, aku kembali ke rumah 88 dan menunggu Asyraf pulang. Aku tidak berani untuk masuk sendirian. Sesekali, aku menghendap ke dalam rumah aku sendiri. Aku ternampak bayang Kak Lya sedang berdiri di birai tingkap sambil menangis, seperti memohon ampun kerana mengganggu aku. Tidak lama kemudian, Asyraf pulang. Asyraf melihat aku menangis.", "“Sayang, kenapa?”soal Asyraf.", "“Biy, kita tidur rumah umi malam nie? Please! Lepas tu, boleh tak kita tukar rumah? Geran rumah belum letak nama lagi kan? Biy, please bincang dengan Encik Zaquan!”pujuk aku, separuh merayu. Asyraf pelik melihat aku. Akhirnya, dia akur.", "Malam itu, di rumah umi, aku menceritakan semua yang terjadi. Asyraf langsung tidak terkejut dengan cerita aku. Katanya, dia sudah menjangkakan perkara ini akan terjadi. Sangkanya, ‘benda’ itu tak akan mengganggu mereka setelah majlis bacaan doa selamat. Rupanya, sangkaannya meleset. Asyraf sudah nampak ‘Kak Lya’ pada hari dia melawat rumah itu.", "Selama 3 bulan aku tinggal dengan ibu bapa mentua. Sementara itu, Asyraf menguruskan urusan tukar rumah. Alhamdulillah, Encik Zaquan senang berurusan. Dia pun faham keadaan yang berlaku. Asyraf memilih rumah no 128, yang ada corner lot. Kak Siti menghubungi aku. Katanya, bekas suami arwah Kak Lya sudah dibicarakan atas tuduhan m******h. Rupanya, dia yang menggantung tubuh Kak Lya seolah-oleh Kak Lya yang m******h diri. Macamana perkara boleh terbongkar, aku tak pasti.", "Tidak lama kemudian, perasaan aku makin stabil, kami berpindah ke rumah no 128. Alhamdulillah, rumah itu tiada apa-apa kerana bekas pemiliknya berpindah kerana mengikut suaminya bekerja di US.", "“Assalamualaikum, Aisy. Kak Lya minta maaf sebab ganggu Aisy selama nie. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan Kak Lya selama nie. Kak Lya takkan ganggu Aisy lagi. Tapi……..” Aku terjaga dari tidur apabila terdengar tangisan Ayra. Asyraf sedang menggendong Ayra. Perlahan-lahan tangisan Ayra kian perlahan. Aku pun kembali tidur.", "Esoknya, Asyraf bertanya aku. “Ayra menangis kuat semalam kenapa? Lepas tu, diam tiba-tiba.” Aku pelik, kan Asyraf yang gendong Ayra.", "“Biy yang gendong dia kan, pagi tadi?”", "“I kat bilik kerja I. Ada paper work kena siapkan…. Nie, Ayra dah bangun, belum?”", "“Ayra mana ada dalam baby cot tadi. Aisy ingat, ada dengan biy. Biyyyyy!!!!”", "Sekian sahaja cerita ku di kala ini. Terima kasih, admin. Sudi baca cerita aku lagi. Salam peace dari Cik Lupa Nama. Okee, bye…. 😉✌️’" ]
[ "Banyak sangat mengarut. Nak kreatif pun, biar la ikut fakta.\n– Lya dtg borak kat dapur, toleh2 (antu takde toleh2 risau la).\n– Lya datang lepas doa selamat (antu takut nak jenguk lepas doa selamat)\n– Aril pakai bedak sejuk, bersihkan pinggan pecah, cakap ‘megi’. (antu tak kenal megi la)\nUsaha lagi." ]
https://fiksyenshasha.com/askar-tanpa-kepala/
ASKAR TANPA KEPALA
[ "ASKAR TANPA KEPALA", "Assalamualaikum semua pembaca, Nona Manis di sini. Terima kasih FS sebab sudi siarkan kisah seram kedua yang aku tulis di sini.", "Kisah kali ini aku hendak ceritakan mengenai pengalaman seram yang jiran aku lalui. Kalau semua hendak tahu, jiran aku ini merupakan seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan. Waktu bekerja dia pula bermula jam 4 pagi setiap hari. Mengupas bawang, menyiapkan rencah masakan dan mengemas kedai adalah antara ruang lingkup kerja Makcik Sastri.", "Kebiasaannya, Makcik Sastri akan keluar rumah pada jam 3 pagi untuk berjalan kaki menuju ke hentian bas untuk menunggu van yang disediakan tauke kedai. Makcik Sastri akan berjalan lebih kurang 20 minit setiap pagi untuk sampai ke hentian bas dan perjalanannya pula memang akan menempuh kawasan kuburan dan sungai.\nSuatu pagi, jam lebih kurang 3.15 pagi sedang Makcik Sastri berjalan sendiri melintasi kuburan, dia terdengar bunyi sosok sedang berjalan di belakangnya merapat. Jauh di sudut hati Makcik Sastri berasa sedikit lega kerana ada juga peneman dia berjalan ke hentian bas awal pagi itu.", "Namun, hatinya sedikit gusar, seram pun ada sebenarnya memandangkan derap kaki di belakangnya semakin menghampiri, laju seolah-olah sedang mengejar sesuatu di hadapan. Difikirannya hanya satu, cubaan merompak! Dipegang erat bag sandangnya dan dikemaskan kaki dan tangan supaya jika terjadi apa-apa dapat sekurang-kurangnya dia bertindak.", "Zussss! Angin menerpa wajah Makcik Sastri, sejuk. Sekaligus terasa seperti seseorang melintasinya. Sedikit lega dan kini sosok tubuh orang yang melintasi Makcik Sastri kelihatan begitu jelas di mata. Lengkap berpakaian seperti seorang askar. Dari kepala sehingga ke kaki. Pelik, namun Makcik Sastri abaikan memandangkan memang terdapat Kem Askar berdekatan dengan kawasan hentian bas yang hendak dituju.", "Tidak sampai seminit sosok tubuh tersebut melintasi Makcik Sastri satu pemikiran jahat muncul di dalam otak Makcik Sastri yang sedang ligat berjalan mengejar sosok tubuh tadi dengan harapan dapatlah dia teman bersaing sekurang-kurangnya sampai di hentian bas nanti.", "‘Eh, kalau askar kenapa dia seorang sahaja? Kalau pun jogging pagi-pagi buta ini, mestilah beramai-ramai!’ getusnya. Dia pula memang cukup rapat dengan sosok tubuh tadi sehingga ternampak jelas pakaian askarnya.", "‘Allah, macam pakaian askar zaman dahulu sahaja?’ berteka-teki sendiri di dalam hatinya. Sekaligus, sosok tubuh itu terus melangkah ke hadapan dan menghilang dalam pekat gelap awal pagi itu. Tetapi, tidak lama selepas itu sekali lagi dia mendengar derap kaki sosok berjalan dengan laju di belakangnya.", "Sejuk! Sekali lagi angin menderu ke wajahnya. Tetapi pada kali ini alangkah terkejutnya Makcik Sastri setelah memandang ke tepi sisinya kerana sosok tubuh berpakaian lengkap seperti askar tadi berada di sebelahnya, sambil berjalan beriringan seperti bersedia untuk memintasnya tetapi sosok berbaju askar itu mengikut rentaknya berjalan bersama-sama.", "Dalam keadaan terkejut melihat sosok yang berada di sebelahnya sempat dia berkata di dalam hati ‘Bukankah tadi askar ini sudah ke depan memotong aku?’ dan dengan tidak semena-mena sosok askar itu berkata kepadanya, “Kau hendak berteman denganku? Tapi aku tiada kepala.” sambil mencabut kepalanya lalu diletakkan di kanan bahunya dan terus berjalan ke belakang Makcik Sastri kemudian ke hadapan seolah-olah ingin menahan Makcik Sastri dari mara ke hadapan.", "“Ya Allah!” Gumam Makcik Sastri seraya terjatuh dan terus pengsan.", "Pak Kassim merenjis air ke muka isterinya, berharap isterinya itu bangun dan sedar. “Abang?” Layu suara Makcik Sastri memanggil suaminya. “Kamu kenapa Sastri? Wak Non telefon Abang beritahu orang ramai jumpa kamu jatuh pengsan di tepi kuburan sana. Dia angkat kamu dengan Si Wak Lan bawa kamu pulang ke rumah ini.”", "Terus laju air mata Makcik Sastri menuruni kelopak matanya lalu menceritakan kejadian yang berlaku kepadanya awal pagi itu dan dengan rasa bersalah Pak Kassim terus berjanji akan menghantar isterinya ke hentian bas mulai hari itu agar kejadian-kejadian seram seperti yang dialami isterinya tidak berulang lagi. Kalau pun berulang sekurang-kurangnya berdua, ye dak?" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/karak/
Karak
[ "Di dalam sebuah filem berjudul KARAK, kita telah disajikan satu adegan kisah benar di permulaan cerita. Di mana sepasang suami isteri telah diganggu kedatangan langsuir yang mengekori mereka. Diceritakan kisah itu berlaku sekitar awal 1980an dan telah tular dari mulut ke mulut.", "Tahukah anda, lain pula yang saya dengar dan kisah yang saya dengari lebih realistik berbanding apa yang kita tonton di pawagam. Kenapa saya berkata realistik, ada sebabnya.", "Versi filem dikatakan langsuir telah m******h dan memakan mangsa. Tak ada bukti sahih mengatakan makhluk itu m******h manusia demi kelangsungan perutnya yang kosong. Tapi pernah la jugak orang kampung mak saya cerita makhluk itu selalu berada di sungai memburu ikan dan katak. Wallahualam entah betul entahkan tidak. Oh ya kampung arwah mak saya di Raub, Pahang.", "Kisah Karak yang saya dengar amat berbeza, bukan seorang yang bercerita tetapi ramai, dan setiap cerita mereka semua serupa dan kalau lari pun sikit ajelah. Mungkin dialog, mungkin jenis kereta atau mungkin suasananya.", "Cerita yang dikisahkan di dalam filem apabila sebuah kereta rosak dan tersadai di tubir jalan. Namun sebenarnya kereta mangsa kehabisan minyak.", "Kereta mangsa (tidak dapat dipastikan jenisnya) telah kehabisan minyak dalam perjalanan menuju ke satu lokasi yang tidak dapat dipastikan arah destinasinya.", "Kereta itu telah tersadai di tubir jalan. Sang suami keluar bersama tong minyak petrol dengan niat mahu berjalan mencari stesen minyak atau mungkin meminta bantuan jika kenderaan lain ada lalu di kawasan itu.", "Walaupun dilarang isterinya agar jangan keluar meninggalkan dia dan anak kecilnya di dalam kereta tanpa teman, sang suaminya tetap berdegil mahu keluar mencari stesen minyak yang berdekatan. Walhal kawasan tempat kereta mereka tersadai itu amat jauh dengan kawasan penempatan awam, dan kawasan bandar.", "Setelah dipujuk dan meyakinkan isterinya sang suami akhirnya nekad keluar berjalan kaki mencari stesen minyak yang berdekatan.", "Maka tinggallah si isteri dan anak kecilnya diam-diam di dalam kereta mereka sehingga suaminya pulang mendapatkan minyak atau mungkin bantuan. Kiri kanan mereka adalah hutan, di kawasan itu juga mempunyai bentuk muka bumi yang curam lurah dan gaung yang dalam. Memang tiada penempatan orang tempatan ada di sekitar kawasan itu.", "Ketika di dalam kereta yang telah dikunci dan dirapatkan cerminnya, si isteri telah mendengar pelbagai bunyi-bunyi aneh. Termasuk bunyi suara seperti ada binatang buas di kiri kanan hutan.", "Si suaminya, Kasim (bukan nama sebenar) telah meninggalkan pesan kepada isterinya agar diam di dalam kereta dan memasang kaset bacaan al Quran agar dapat menenangkan perasaannya. Si isteri menuruti pesanan suaminya dan memutarkan kaset alunan bacaan al Quran.", "Setelah hampir setengah jam Kasim meninggalkan isteri dan anaknya, secara tiba-tiba radio kereta yang sedang memutarkan kaset bacaan al Quran terhenti secara tiba-tiba.", "Dan serentak dengan itu si isteri telah mendengar di kiri dan kanan pokok yang berdekatan dengan keretanya sedang bergoyang dengan kuat, seperti ada makhluk yang sedang bergayutan. Mustahil angin kencang, kerana pokok di kawasan yang lebih jauh langsung tidak bergerak, hanya pokok yang berhampiran dengan keretanya sahaja yang bergoncangan.", "Bunyi2 aneh itu kedengaran lagi membuatkan si isteri panik dan anak kecilnya menangis tidak henti-henti. Tangisan anak kecilnya itu kemudiannya terhenti secara tiba-tiba. Membuatkan ibunya berasa hairan dan bimbang akan keadaan bayinya. Rasa khuatir itu reda sejenak apabila hadir sebuah peronda polis memberi hon berkali-kali.", "Wanita yang berada di dalam kereta itu berasa hairan apabila pihak peronda itu mengeluarkan satu amaran agar si wanita itu jangan panik dan terus kekal di dalam kenderaan sehingga diberitahu kelak.", "Wanita malang itu berasa semakin hairan dengan apa yang diarahkan oleh pihak peronda polis. Sehinggalah dia dikejutkan bunyi hentakan kuat di atas bumbung keretanya, seperti ada sesuatu yang telah jatuh. Sangkaannya mungkin dahan pokok yang reput, tetapi sangkaannya itu meleset sama sekali apabila telah mengalir satu cecair pekat seperti d***h di cermin hadapan keretanya.", "Pada awalnya dia masih dapat mengawal perasaannya, tetapi wanita itu menjerit kuat apabila tiba-tiba tergolek jatuh di hadapan keretanya kepala manusia dengan terbeliak matanya dan dipenuhi dengan d***h!", "Kerana panik dia telah melanggar arahan pihak polis dengan keluar dari perut kereta dan melihat apakah yang telah terjadi. Dia seperti tidak percaya kepala yang tergeletak di atas hud depan keretanya itu adalah kepala suaminya.", "Ketika di luar kenderaan, wanita itu telah menyaksikan sesuatu yang amat tragis. Bulat matanya kala dia melihat seekor beruk gergasi dengan saiznya lebih besar berbanding tubuh manusia biasa sedang meratah daging tubuh suaminya yang sudah tidak berkepala. Makhluk itu sedang duduk seperti mencangkung di atas bumbung kereta tanpa menghiraukan persekitaran termasuk jeritan wanita malang itu.", "Pihak polis dengan segera menarik wanita itu ke belakang dan salah seorang daripada mereka telah melepaskan tembakan ke arah sosok seperti beruk gergasi itu beberapa das.", "Tembakan demi tembakan dilepaskan membuatkan beruk itu mengaum marah. Dek kerana diasak dengan tembakan daripada pihak polis, beruk itu diceritakan telah mengambil beberapa cebisan daging Kasim, mungkin organ dalaman atau mungkin anggota badan Kasim dan melompat ke pokok-pokok berdekatan melarikan dirinya. Bergoncangan pokok-pokok tempat makhluk itu bergayutan.", "Hanya kerana kereta kehabisan minyak, nyawa menjadi taruhannya. Menurut kisah yang diceritakan dari mulut ke mulut itu makhluk itu adalah sejenis binatang yang digelar Hantu Si Jarang Gigi. Ada juga yang menggelarnya Orang Mawas. Mungkin kedua-dua makhluk ini berbeza mungkin juga jenis yang sama.", "Sebagai rujukan, saya telah bertanya dengan seorang pawang di Pekan, Pahang tentang perihal ini dan juga pernah menonton satu rencana tentang kewujudan makhluk itu ,(lupa rencana apa)", "Diceritakan makhluk itu amat sukar ditemui, kecuali mereka yang sering masuk hutan dan tinggal di kawasan hutan yang berbukit bukau. Kaum asli antara yang amat kerap menjumpai sosok berbulu lebat ini. Kaum asli mengatakan makhluk itu ada dua jenisnya, berbulu merah dan berbulu hitam. Salah satu daripada makhluk itu memang pemakan daging. Atau di barat mereka menggelarnya sebagai ‘Bigfoot’ (Wallahualam)", "Ya, wallahualam… Saya hanya menympaikan semula apa yang saya dengar dan lihat dalam rujukan saya.", "Namun kisah Karak itu disampaikan dari mulut ke mulut dan sudah tentu akan ada perubahan sedikit demi sedikit gaya dan olahan ceritanya.", "Mungkin ada versi yang lain pula? Mana tau, kot kot ada yang dengar dari mulut ke mulut jugak, dan versinya mungkin berbeza. Jikalau anda rasa anda ada mendengar kisah yang sama seperti yang saya ceritakan, boleh komen di bawah utk bacaan rakan-rakan. Selamat malam semua dan semoga terhibur dengan coretan ikhlas daripada saya, #Saideenorazam penulis novel seram dan pelukis cat air.", "Mungkin kisah ini kisah benar, mungkin juga tidak. Jika benar jadikan tauladan, jika tidak berhati-hatilah ketika berada di kawasan asing. Ingatlah… mereka semua ada, tetap ada.", "SIRI SERAM SNA" ]
[ "aku kat office baca story ni. Terbantut nak buat kerja. Best doe. Faham sedetail-detail ayat. Terus dapat catch up gambaran situasi tu! Hope dapat lagi story dari author ni. 🙂", "sebenarnya kisah ni adalah kawan kakak sy….yg jalan cerita nya…suami dia dh pesan kt isteri dia,klau dengar apa-apa jgn kluar..sblm polis dtg tu,isteri dia dgar benda jatuh ats kereta & kereta bergoyang-goyang,lpas tu baru peronda polis dtg bhenti depan kreta dia,polis tu kluar & mengarahkan isteri dia kluar dr kreta sambil mengacukan pistol,polis tu cakap kluar dari kreta & jgn pandang belakang.Isteri dia kluar sambil peluk erat anak nya & masa nak spai dekat polis tu isteri dia terus pandang belakang,terkejut bila dia tgk ‘beruk’ tu tgh siat & mkn husband dia.polis terus lepaskan tembakan…", "Jangan pecaya cerita ngarut ni terutaman citer Karak dari pelem KRU bangang ni. Mungkin penah terjadi di mesia tapi bukan di Karak. Aku membesar di Bentong dan ramai kenalan dan sedare di Balai Polis Bentong. Mereka pon takde rekod tentang kejadian pelik ni. Kawasan mana yang ada gaung di Karak? Kalau di Bukit Tinggi adalah. Marah orang Karak sebabkan cerita bangang ni. Busuk nama kampung dorang. So stop sebarkan cite bodo ni." ]
https://fiksyenshasha.com/ditarik-lembaga-bawah-katil/
DITARIK LEMBAGA BAWAH KATIL
[ "“Alamak!! Malam-malam macam ni lah nak buat hal, dah laa ‘exam’ tak habis lagi, macam mana la nak ‘study’ gelap-gelap macam ni..” aku mengomel seorang penuh kejelakkan mengisi ruang hati. Ini bukan kali pertama ‘blackout’ di sini tetapi bulan ini sahaja telah berkali-kali. Tanganku galak meraba-raba isi laci, aku mencari batang-batang lilin untuk menerangi kami dari kegelapan bilik ini.", "Dalam bilik yang memuatkan dua buah katil dua tingkat ini dihuni empat orang siswi. Aku siswi yang paling senior, Anie dan Nora junior sekursus manakala Julia siswi Sains Asasi.\nKami masih di sini menunggu subjek-subjek terakhir ujian pertengahan semester yang harus diduduki. ", "Suasana asrama agak sunyi, ada di kalangan kami telah selesai kertas ujiannya lebih awal. Masing-masing berbondong-bondong pulang ke rumah yang berbulan lama ditinggalkan. Esok merupakan hari terakhir kertas ujian bagi kursus kami, tak sabar rasanya menghabiskan 2 subjek terakhir kertas ujian esok. Kami juga ingin mengubat kerinduan pada wajah-wajah kesayangan kami di rumah. Kami rindukan bilik kami, bantal busuk kami dan paling utama masakan terlazat di dunia dari air tangan ibu-ibu kami.", "Sedang leka menghidupkan lilin di atas meja ‘study’ tiba-tiba pintu bilik kami diketuk, aku memandang pintu seraya melirik jam di atas meja, jarum jam menunjukkan tepat pukul 8.45 malam. Waktu Isyak telah 15 minit berlalu, nasib menyebelahiku yang diberi cuti solat hari ini. Tidak perlulah aku menapak ke tandas yang letaknya di hujung blok asrama ini semata-mata untuk mengambil wudhuk. Lamunan dan senyum legaku tersentak ke alam realiti, pintu yang tadinya diketuk telah dibuka oleh Nora. Humairah yang mesra dengan panggilan Maira rakan sekelasku terjengul di sebalik daun pintu. Maira masuk tanpa dijemput, sememangnya dia tetamu tetap bilik ini.", "Sambil tersengeh-sengeh Maira melabuhkan p******g di katilku. Melihat dari senyumannya, aku tahu dia berhajatkan sesuatu. “Na.. boleh tak malam ni aku tumpang tidur bilik kau? ‘Roomate’ aku semua tak ada. Auni dah balik kampung, Siha tidur bilik Linda, katanya nak ‘study’ sama-sama. Noli pulak mak dia baru je jemput balik petang tadi.” Rautku bersahaja mendengar penjelasan Maira satu persatu, adik-adik yang lain sekadar memasang telinga.", "“Aku takut lah tinggal seorang kat bilik, tambah-tambah gelap-gelap macam ni” Aku tersenyum. Tak kan lah sampai hati aku nak kata tidak boleh, dia salah seorang sahabat baikku di kampus ini. Wajahku yang serius meraut senyuman. “Adoii kau ni, macam tak biasa pulak dengan kami, aku okey je, tapi kau nak tido kat mana? Katil tak ada yang kosong macam bilik kau.” Aku menduga fikiran Maira. “Alaa, kau dengan Nora bawak turun lah tilam kau orang. Kita bertiga tidur kat tengah-tengah bilik ni, jadi x ada lah sempit sangat.” Ntah kenapa hatiku tidak berapa sedap dengan cadangan yang diutarakan Maira, namun bagi mencapai kata sepakat aku ikuti sahaja.", "“Na, jom teman aku ambil bantal kat bilik, tapi sebelum tu aku nak ke ‘toilet’ dulu.. tak tahan dah ni.” Aduh.. tempat yang ingin kuelak dari tadi diajaknya pula buat lawatan. Terasa bagai ingin kutepuk telapak tangan ke dahi. Maira mencangkuk lenganku sambil berlenggang ke tandas yang letaknya di hujung sayap kanan bangunan aspuri ini. Bilik kami memang berdekatan, cuma berbeza sayap. Bilik Maira dalam deretan sayap kanan manakala bilikku dalam deretan sayap kiri. Tiada bilik dari sayap kiri lain di hadapan bilikku melainkan berhadapan dengan bilik dari bangunan sayap kanan yang disambungkan melalui koridor menegak ke sayap kiri bangunan ini. ", "“Kau dah ‘study’ Maira?” Sambil menyuluh jalan suaraku memecah suasana sunyi okestra cengkerik yang bersahut-sahutan. “Belum.. itulah, aku ingat nak ajak kau orang ‘study’ sama. ‘Study’ ramai-ramai tak adalah cepat mengantuk.” Maira membalas pertanyaanku. ", "Sampai di tandas terdapat beberapa siswi lain di situ melakukan urusan masing-masing. Ada yang mencuci muka, menggosok gigi dan ada juga tukang pegang ‘torch light’, mungkin menemani sahabatnya juga seperti aku. “Maira kau cepat sikit ya, perut aku ‘cramp, first day period’ ni.” Lepas ni bagi aku pula masuk tandas.” alang-alang sampai, aku selesaikan urusan sebelum tidur. Lepas ni tidak perlulah aku datang lagi.", "Selesai uruskan hajat, Maira singgah mengambil bantal di biliknya. Kami tidak singgah di mana-mana lagi, semangat lain macam pula nak ‘study’ gelap-gelap macam ni. Masing-masing tekun mengadap buku teks dan nota. Dalam kepanasan dan bertemankan batang-batang lilin yang melentuk-lentuk dibuai angin, insaf seketika membayangkan pelajar-pelajar lain yang terpaksa berjuang menuntut ilmu dalam kedhaifan. Betapa kita selalu lupa akan kenikmatan yang diterima hingga jarang melafazkan syukur kepada Yang Memberi.", "Jarum jam melewati 11.00 malam. Sekali lagi Maira menyuarakan hasrat untuk ke tandas. “Aduh, minum apa kau ni tadi Maira, asyik nak berulang ke tandas je” Malam semakin larut, suasana semakin sunyi, mahu tidak mahu aku terpaksa juga temankan ‘BFF’ ku ini ke tandas. Tetapi, kali ini kami ke tandas sayap hujung sebelah kiri pula yang berada di deretan bilik asramaku. Tandas bukan tempat kesukaanku, aku cuma pergi bila ada keperluan mendesak sahaja. Tandas asrama tahu-tahu sahajalah, besar, luas berpintu-pintu, bila pelajar ramai memang meriah memberus baju, bersembang sambil bergelak ketawa tetapi, di waktu-waktu seperti ini, suasananya suram dan sunyi. ", "Sambil menunggu dan memberi cahaya suluhan di luar pintu tandas digunakan Maira, aku tiba-tiba teringat, esok hari Jumaat. Maknanya hari ini, sekarang ini malam Jumaat. \nTidak tahu kenapa bila hari Khamis malam Jumaat aku akan rasa semacam bila di asrama. Hari ini kerana ramai yang telah pulang ke rumah masing-masing ditambah pula masalah gangguan elektrik rutin bacaan Yassin tidak diadakan seperti biasa. Penghuni-penghuni asrama yang tinggal disaran membacanya di bilik masing-masing.", "Nak dikatakan aku ini penakut, tidaklah juga, tetapi malam itu aku tidak sedap hati, aku tidak boleh solat apatah lagi membaca surah Yassin. Keadaan hari pertama datang bulan dengan aliran yang lebat membuatkan aku tidak selesa. Aku semakin gelisah menunggu Maira menyelesaikan hajatnya. Sebaik Maira membuka pintu bilik air, aku cepat-cepat mendorongnya keluar ke sinki dan terus laju menapak ke bilik.", "Di bilik, kami menyambung lagi ‘study’ yang tergendala. Habis silibus yang dipelajari dan bermain soal menyoal soalan yang dijangkakan keluar, kami mula bersembang. Malam semakin larut dan mataku semakin layu. Julia telah meminta diri untuk tidur dan aku pula telah berkali-kali menguap. Masih cuba menahan mata mendengar perbualan rancak Maira bersama Anie dan Nora. “Weh.. aku mengantuk lar.. tido dulu.” Aku bersuara seperti orang mamai. Menarik selimut ingin mengembara ke alam mimpi. ", "Suara perbualan teman-teman yang masih berjaga sayup-sayup kedengaran. Tiba-tiba tubuhku terasa memberat, kaki dan tanganku tidak dapat bergerak. Aku berasa pelik dan panik. Aku yakin aku masih dalam keadaan sedar walaupun mataku tertutup seperti orang yang telah tidur. Aku tidur di sebelah kiri, betul-betul di sebelah katilku. Maira, di sebelahku, dia di tengah-tengah. Nora pula di sebelah Maira di sebelah kanan sebelah katilnya.", "Aku cuba menggerakkan tangan untuk menyentuh Maira yang sedang ketawa di sebelahku. Tetapi tanganku bagaikan terkunci. Aku langsung tidak dapat bergerak. Aku cuba membuka mata tetapi mataku pula bagaikan digam. Mulutku cuba bersuara, cuba menjerit tetapi tidak boleh. Segalanya telah terkunci. Ya, aku sangat takut. Tubuhku keras kejung dari kepala ke hujung kaki. Tidak pernah kurasakan tubuhku berat seperti ini. ", "Dalam kekalutan memikirkan apa yang sedang berlaku, tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu menarikku ke bawah katilku yang tidak bertilam. Kuasa tarikan itu agak kuat dan memaksa. Aku dapat rasakan tubuhku yang kejung senget menghala ke bawah katil. Aku tidak akan menyerah, aku melawan dengan segala kudrat yg ada. Serabut otakku cuba membaca ayat-ayat suci di dalam hati tetapi semua ayat-ayat yang kuhafal menjadi tunggang-langgang. Aku tidak dapat menghabiskan walau satu surah pendek.", "‘Allah.. bantulah aku..’ rintihku yang hilang punca dan hampir berputus asa. Pertolongan Allah itu dekat ketika kita menyerahkan segala kebergantungan kepadaNya. Di kepalaku tidak semena-mena terlintas kisah drama yang kutonton di televisyen baru-baru ini. Dalam drama itu dikatakan saat otak kita celaru dan tidak mampu dikawal secara maksimal sebutlah “Allahuakbar!!” Serentak itu aku menjerit di dalam hati “ALLAHUAKBARRR!! ALLAHUAKBARRR!!” Otomatis mataku yang bagai digam tadinya terus terbuka. Teman-teman yang tadinya masih berbual masing-masing terdiam, terkejut dengan jeritan ku menyebut Allahuakbar! ", "Mereka berpandangan sesama sendiri. Kemudian memfokuskan pandangan ke arahku. Tadi aku terjerit, sekarang terkulat-kulat sedaya upaya cuba untuk bersuara melafazkan sesuatu. Mulutku yang terkunci tadinya kubuka dengan susah payah kerana masih terkesan berat seperti bahagian tersebut telah dicucuk ubat bius yang mengebaskan otot rahangku. Kulafazkan surah Ayatul Qursi. Seperti orang yang baru belajar mengaji, bacaanku seakan merangkak-rangkak tanpa sempat kutelan air liur yang mula berbuih di tepi bibir. Aku memaksa mulutku melafazkannya dengan penuh kepayahan dalam keadaan mulut yang berat.", "Aku ulang dan ulang sehingga bacaanku ringan dan lancar seperti sediakala. Maira dan yang lain-lain yang memerhatikan gelagatku dari tadi tahu ada yang tidak kena. Maira kelihatan gelisah dengan pelbagai persoalan. Setelah melihat keadaanku yang seakan stabil, dia berbisik meluahkan tanda tanya disimpan dari tadi, “Kenapa Na?”", "Baju yang tersarung di tubuhku basah dek peluh. Aku menoleh dan memandang Maira. Tubuhku yang tadinya kejung tidak dapat bergerak telah terungkai dari kuasa kuat yang mengikatku. Kubisikkan ke telinganya, “Something.. pulling me, under the bed..”. Jelas wajah Maira kelihatan cuak. Maira dan yg lain-lain yang masih belum tidur saling memandang dengan wajah yang sama, ketakutan yang tidak mampu disembunyikan. Perlahan-lahan kubisikkan lagi, “Esok aku cerita.”. ", "Malam itu diteruskan dengan segala macam surah yang kami hafal. Mulut masing-masing terkumat kamit bergerak. Tidak sepicing pun mata mampu kami lelapkan di malam yang menyeramkan itu." ]
[ "Best story ni! entahla story ni rekaan macam watpadd ke atau real. Tapi best!! :'( nak lagi! macam penulis novel ha . baca penuh kerut-ii kat dahi menghayati! Thumbs up!!" ]
https://fiksyenshasha.com/kisah-seram-pemandu-teksi/
Kisah Seram Pemandu Teksi
[ "Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga anda semua baik-baik sahaja. Salam kenal juga buat pembaca-pembaca baru di blog cerita seram Rashid Salim. Terima kasih kepada anda terus setia membaca cerita yang tersiar di sini.", "Baiklah semua, kali ini kita nak layan pula kisah abang teksi iaitu Hisham (bukan nama sebenar) berkongsi pengalamannya menjadi pemandu teksi di sebuah tempat. Sama-sama kita baca kisah seram pemandu teksi…", "Zaman gawat", "Mengimbau kembali kegawatan ekonomi 1997/98 dahulu banyak memberi kesan tentang kejatuhan nilai mata wang tanah air. Begitu jugalah wang dalam poket saya ketika itu. Hidup kena belajar berjimat cermat.", "Mengikut seruan kerajaan membeli barangan buatan Malaysia menjadi satu slogan yang perlu dipatuhi bagi memastikan masalah ini dapat dibendung. Kempen Inflasi Sifar giat dijalankan bagi membendung masalah ini.", "Isu ini berat dan menjadi topik perbualan tak kira ketika memandu membawa penumpang atau lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi. Saya sembang pasal benda ini tentang susutnya nilai duit kita ni.", "Hidup jadi pemandu teksi ni bukan banyak duit pun, kalau ada penumpang maka adalah duitnya, kalau tak ada, nak buat macam mana. Lagipun pemandu teksi dalam bandar ni bukan saya seorang sahaja.", "Tapi tak apalah, rezeki masing-masing, kan. Bila sudah gawat ni, orang macam nak naik teksi pun berkira. Lebih memilih pengangkutan awam yang lain lebih jimat. Tapi tak semestinya mereka tak naik teksi langsung.", "Hairan tiada penumpang", "Masa tengah tunggu penumpang, lepas seorang-seorang kawan lain beredar hantar penumpang masing-masing ke destinasi. Saya pulak masa tu tak ada yang nak naik. Saya pun jadi hairan, bila orang datang dekat teksi saya je mesti tak jadi naik.", "Hurm… saya jadi tertekan. Pendapatan saya pun terjejas. Sehari dua tu tak apa lagi. Ini dah masuk empat hari tak ada orang nak naik. Apa badi ni? Bila saya ajak orang naik, orang geleng tak nak. Lebih memilih teksi lain yang ada di hadapan saya.", "Saya tetap bersabar sehinggalah suatu malam, saya memandu seorang nak balik selepas agak kecewa pada hari itu tak ada seorang penumpang pun yang nak naik teksi saya. Memang agak pelik tak seperti sebelum ini.", "Haih… takkan krisis ekonomi sebegitu teruk sekali? Kawan yang lain relaks je dapat penumpang, aku tak ada langsung ni macam mana? Omel saya sendiri ketika memandu.", "Pada hari itu saya layan perasaan saya sendiri. Sampai saya pun tak perasan dah masuk jalan melawati kawasan perumahan. Gelap sikit di situ sebab lampu jalan tak ada. Saya fikir rosak agaknya.", "Aih…. Secara tak sengaja saya dah melalui jalan tersebut. Saya fikir tak apalah, cepat sikit sampai ke rumah. Saya pun sebenarnya jarang lalu situ pada waktu malam. Biasa siang-siang hari sahaja kerana kalau malam begini, iyalah gelap.", "Bukan takut ke apa, tapi jalan sini tak berapa elok, berlubang-lubang. Secara tak sengaja saya pun masuk situ pada malam tersebut. Entahlah, mungkin terbawa-bawa perasaan tak puas hati akibat tak ada penumpang.", "Kereta saya pun terhangguk-hangguk la jadinya langgar lubang, tapi saya bawa perlahanlah. Saya kata apalah tak tampal jalan ni. Dibiarkan begitu kenapa sampai lama-lama. Saya membebel sorang-sorang. ", "Kemudian saya pun matikan penghawa dingin lalu saya pun turunkan cermin tingkap kereta supaya mendapat udara yang lebih segar. Saya dah rimas duduk dalam air cond lama-lama tambah lagi dalam keadaan kusut macam ni.", "Saya pun teringat VCD mengaji yang baru saya beli. Saya nak pasang, tapi tiba-tipa player tak berfungsi. Terbantut hasrat saya nak dengar lantunan ayat-ayat suci, agar fikiran yang kusut dapat tenang.", "Selepas melintas di hadapan perumahan itu, saya pun melalui pula kawasan yang kiri dan kanan ada pokok-pokok besar. Tidak semena-mena saya lihat ada kelibat perempuan berpakaian sari berjalan kaki berada di hadapan. Dia berjalan bukan melawan arus.", "Dia berjalan laju seperti melarikan diri dari sesuatu. Dari keadaannya saya nampak tergesa-gesa. Lepas itu saya dengar dengar jelas akan sesuatu…", "Cing! Cing! Cing!", "Dia nampak tak keruan dan takut-takut. Bunyi gelang kaki yang dipakainya jelas tertangkap di halwa pendengaran saya ketika itu yang menuruti langkah kakinya yang bergegas itu. Dia tidak mengenakan sepatu apa pun.", "Saya fikir, perempuan ni nak ke mana tengah-tengah malam ni? Ketika itu jam sudah 12:30 malam. Saya pun sebenarnya risau kut ada apa-apa yang buruk mengejar perempuan itu. Manalah tahu, kan?", "Itulah yang saya anggarkan waktu itu. Lantas saya pun panggil dia dari dalam kereta, dik…. selepas tu perempuan tu pun berhenti. Dia berada betul-betul di sebelah teksi saya, tercegat.", "Dia kaku, nampak bahagian badannya sahaja sebab dia berdiri dekat pintu depan. Saya pun berkata lagi, “Dik nak ke mana malam-malam ni?” Masa tu saya tak sangka apa-apa pun.", "Kemudian perempuan tu pun membongkokkan tubuh jenguk saya, Allahu`Akbar!!! Terkejut saya. Mukanya buruk, ada ulat, matanya pula berona merah tenung saya. Jantung saya macam nak luruh. Terus saya masuk gear dan pecut!", "Radio terpasang sendiri", "Waktu itulah radio kereta saya terpasang sendiri dengan lagu-lagu tamil disusuli dengan bunyi gelang kaki. Saya kecut kepala. Dah tak peduli dah lubang ke apa, langgar je.", "Lepas tu hidung saya hidu benda busuk. Nak muntah rasanya. Baunya lebih busuk dari bangkai kucing. Bulu roma saya merinding. Rasa macam ada sesuatu di tempat duduk belakang.", "Saya cuba matikan lagu tamil tu, tapi bunyi lagi. Saya tak cemas. Saya baca sahaja apa ayat yang terlintas dalam kepala. Bila sampai di tempat yang terang, saya rasa tengok cermin pandang belakang.", "Alangkah terkejutnya saya, saya nampak tempat duduk belakang penuh dengan orang yang wajah mereka bertutup dengan kain sari. Meremang habis bulu roma saya, rasa seperti tidak berpijak di bumi yang nyata.", "Saya baca ayat qursi kuat-kuat. Semakin kuat pulak bau busuk tu. Saya hampir lemas dibuatnya. Tingkap dah buka luas pun bau sangat kuat. Saya terus baca dan baca. Tiba-tiba kereta jadi berat nak bergerak.", "Saya pun turun dari teksi, tinggalkan dekat situ dan berlari tahan teksi orang lain yang kebetulan lalu di situ. Kebetulan pula masa tu memang kawan saya yang melewat hujung jalan tu. Dia tanya kenapa, lalu saya pun cerita apa yang berlaku.", "Pesan dia pergi berubat sebelum keadaan melarat. Saya pun dengar saranan tu, cari orang yang boleh tengokkan. Bila ikhtiar, akhirnya dapat tahu, bawah kusyen tempat duduk belakang teksi saya tu ada benda berupa gelang kaki yang dibalut kain sari yang ada kesan tompok-tompok d***h. Di dalamnya pula ada tanah dan abu.", "Saya tak tahu apa tujuan benda tu ada dalam teksi saya sehingga penumpang tak mahu naik. Kalau perkara tu tak berlaku pada malam itu, sampai sekarang saya tak tahu apa puncanya.", "Walau bagaimanapun sehingga hari ini saya masih tak tahu angkara siapa yang letak benda tu dalam teksi saya. Tak apalah, sejak kejadian itupun saya dah tak bawa teksi, saya cari kerja lain. Rezeki saya di tempat lain.", "Saya pun tak ada berdendam dengan sesiapa, kalau ia adalah perbuatan individu tertentu maka saya maafkan sahaja perbuatan orang tersebut. Mungkin dia tak sengaja letak benda tu dalam teksi saya. Semoga Allah memaafkan kita semua… Insya-Allah, Aamiin…", "Cerita asal: Hisham", "Ditulis oleh: Rashid Salim" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/pengalaman-menguruskan-pelajar-diganggu-jin/
Pengalaman Menguruskan Pelajar Diganggu Jin
[ "Minggu lepas ketika sedang sarapan di kantin, ada seorang murid ni datang berjumpa saya.", "Dia beritahu saya bahawa ada seorang kawan kelasnya kerasukan. Kebetulan pada hari tu, ustaz yang mahir dalam urusan rawatan begini pun MC.", "Saya pun cepat-cepat habiskan makan dan pergi ke kelas tersebut untuk tengok apa yang terjadi.", "Untuk sepanjang penceritaan ini, saya rahsiakan semua nama dan seluruh identiti anak-anak murid saya yang terlibat atas alasan keselamatan dan menjaga aib semua.", "Saya pun segera menghampiri murid tersebut setelah sampai ke kelasnya. Murid tu perempuan.", "Dia sedang menangis dan keadaan tubuhnya lemah longlai. Saya mencuba untuk perhatikan betul-betul sama ada masih ada entiti lain yang menguasai tubuhnya.", "Namun, Alhamdulilah saya tak dapat “detect” apa-apa dalam diri dia. Cumanya, badan saya rasa agak panas dan jantung saya berdegup agak kencang. Selalunya ini petanda ada “benda” hampir dengan saya.", "Disebabkan saya sudah yakin tiada entiti lain dalam badan murid itu, saya pun teruskan dengan menyoal dirinya.", "“Kamu kenapa? Kenapa kamu menangis? Ada nampak apa-apa yang pelik ke?”", "Murid itu tidak menjawab soalan saya sebaliknya dia terus menangis teresak-esak. Mata dia dah merah sangat sebab lama menangis.", "Saya bacakan selawat syifa’ dan niatkan supaya hati murid tersebut tenang. Seraya itu juga saya bacakan surah al-Araf ayat 27 yang diijazahkan oleh guru saya dulu dan niatkan supaya hijab mata itu tertutup daripada melihat perkara ghaib. Saya juga turut memagar tubuh budak itu dengan basmallah lima dan niatkan keluasan jarak supaya benda-benda ghaib tak dapat dekati budak itu.", "Alhamdulilah, dalam lima minit selepas itu, budak itu berjaya ditenangkan. Dia sudah berhenti menangis.", "Saya kembali menyoalnya dengan soalan yang sama seperti tadi. Kali ini dia menjawab soalan saya sambil menyapu air matanya yang masih bersisa.", "“Tadi, saya pergi ke tandas. Lepastu, saya nampak ada kelibat budak lelaki kepala botak tingginya lebih kurang paras pinggang saya. Dia ikut saya balik ke kelas dan duduk di sebelah saya ni sampai tadi baru dia hilang.”", "Saya bertanya lagi tentang kenapa kelibat tu tiba-tiba hilang. Murid tersebut pun jawab.", "“Dia cakap dia tak boleh ada kat sini sebab panas. Tapi lepasni bila Sir (cikgu) takde, dia akan datang balik cari saya.”", "Memang betullah apa yang saya rasa sebentar tadi. Patutlah rasa panas sangat dan jantung saya berdegup laju tak berhenti. Rupanya memang benda tu ada sebelah budak tu tadi.", "Saya pun seterusnya membacakan ayat-ayat ruqyah yang diijazahkan kepada saya dan saya niatkan sebagai ikhtiar bagi menguatkan tubuh murid saya itu.", "Bukan itu sahaja, saya juga sekali lagi membaca ayat menutup hijab matanya dan turut memagarkan matanya daripada terlihat benda-benda ghaib.", "Apabila diselidik semula, baru saya tahu rupa-rupanya murid ini memang terbuka hijabnya lama dah.", "Tapi sebelum ini dia tidaklah nampak benda yang teruk dan menakutkan sangat seperti hari itu.", "Dan pada hari itu juga, dia tidak kerasukan sangat sebaliknya dia cuma terlalu takut sebab makhluk itu sentiasa mengikutinya dan mengejek percakapannya.", "Namun, walaupun dia tidak dirasuk tetapi benda macam ini bahaya sebab benda tu dah mula ikut dia. Tidak mustahil benda itu juga boleh tersuka pada dirinya.", "Saya kemudiannya ikhtiarkan air penawar kepada murid itu dan mengarahkan dia menyapu muka dengan air tersebut.", "Alhamdulilah selepas itu dia elok sehinggalah waktu balik.", "Bahay sebenarnya buat seseorang yang hijabnya terbuka kerana jika sekali makhluk itu sudah mengikutinya tidak mustahil makhluk yang sama akan datang untuk bertemunya semula.", "Jadi buat ibu bapa semua, sekiranya anak-anak anda beritahu dia ada kawan yang pelik di sekolah dan ternampak benda yang pelik, jangan ambil mudah. Kita tak tahu mungkin mereka boleh jadi terbuka hijab dan boleh melihat benda-benda sebegini.", "Seandainya begitu, carilah penawar segera kerana hidup seseorang yang hijab matanya terbuka ini sangat seksa.", "Kisah budak tadi sebenarnya belum habis lagi. Keesokan harinya dia kerasukan pula. Insya-Allah nanti saya sambung semula cerita itu. Semoga cerita ini menjadi pengajaran buat kita semua.", "-ISKANDAR ZULFAQAR-" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/hantu-dobi/
HANTU DOBI
[ "Salam perkenalan.Nama aku Maya, belajar setakat SPM dan baru lepas berhenti kerja dari sebuah kedai dobi manual (pekerja yang akan cuci baju pelanggan). Mak aku dah membebel kenapa aku berhenti, sedangkan pada pandangannya, semuanya dah ok tentang pekerjaan itu; gaji ok, disediakan tempat tinggal (walaupun 30 minit aje dari rumahku) dan macam2 elaun yang boss aku beri (ye boss pun baik dan dia ni non-muslim). Aku pun malas nak cerita kat mak aku, apa bala yang aku hadap kat kedai tu, tapi untuk aku bagi pembaca senang faham, aku ceritakan satu persatu peristiwa aku diganggu hantu dobi.", "Peristiwa 1:", "Boss aku baru buka kedai dobi ni, dan baru selesai upacar sembahyang agama dia. Aku tak ambil kisah pun, lantaklah. Dia memintaku agar bermalam saja disitu, kerana sudah dia siapkan ruangan yang selesa untuk tidur ,mandi atau nak solat pun tiada masalah katanya. Dengan lurusnya aku pun bersetuju. Rupanya malam pertama aku disitu aku dah mendapat gangguan. Aku baru lepas mandi dan bersiap nak solat malam itu. Pada waktu itu aku dah rasa tak selesa dan rasa seperti diperhatikan oleh bukan seorang/sesuatu tapi macam rasa satu kumpulan orang tengah melihat aku. Aku tak nampak tapi aku boleh rasa. AKu buat bodoh aje, terus aku bersiap nak angkat takbir.", "“Allahuakbar”- aku mengangkat takbir, dengan jelas aku mendengar suara perempuan dengan suara seperti mengejek", "-“Allahuakbar”- bunyi suara itu.", "Aduh, apa pula ni -kata aku dlaam hati. Khuysuk memang dah ke laut, suara itu ikut je apa yang aku sebut. Dengan positifnya aku anggap jin Islam, yelah rajin ikut jadi makmum. Sampailah aku sujud, tetiba aku rasa satu sepakan keras menendnag p******g aku sampai aku sedikit tercampak ke depan. Tak guna! Ini bangsa kafir laknat (aku marah tapi dalam takut2). Aku sambung solat, sampailah habis. Gn", "gguan itu berhenti sampai situ malam itu. Tapi rasa diperhatikan tu , tetap ada sampailah subuh.", "Peristiwa 2:", "Ada suatu malam, aku bawa adikku untuk menemaniku malam itu, oleh kerana agak banyak juga basuhan yang aku kena selesaikan malam itu. Tak boleh bertangguh, oh ya ada rakan shift siang juga yang menolongku (gaji aku besar sedikit sebab aku ibarat senior dan kerja sampai malam, bossku tak berkira).", "Adikku lelaki , Mail namanya, umur 15 tahun. Dia yang agak mengantuk malam itu terus ke bilik tidur di belakang untuk tidur lebih awal. Sedang aku tengah buat kerja , aku dengar bunyi orang berlari daripada ruang belakang dan terus ke pintu depan sambil menjerit “Tolong kak Maya! tolong aku ! ” – Mail datang kepadaku dengan air mata mencurah2 di pipinya. Adik aku ni jenis kasar orangnya, untuk buat dia menangis memang susah. Aku agak dah ada benda tak kena, Mail menceritakan yang sebelum ke katil, dia ke tandas untuk membuang air kecil.", "Setelah selesai, dia dapati pintu tandas itu tak boleh dibuka. Puas dia mengetuk pintu dan menjeirt memanggil nama aku, tapi aku tak dengar apa2 pun. Pintu ni jenis selak daripada dalam, memang mustahil untuk terkunci daripada luar melainkan ada yang menahannya. Mail dah mula rasa takut sebab dia tiba2 mendengar suara perempuan ,” Padan muka kau , rasakan”. Selang dalam 5 minit Mail berjaya keluar daripada tandas itu. Di depan tandas Mail terkejut sebab dia nampak aku. Mail kata aku tanya dia “Kau ok ke tak ?” – Mail beritahu kisah dia terkunci dan jelmaan aku tu, hanya menangguk. Adik aku ni terus nak ke katil sebab bersedia nak tidur sebelum dia terdengar jelmaan aku ni tadi panggil nama dia.", "“Mail, semua ok kan?”- kata jelmaan yang menyerupai aku tu dalam keadaan mata putih terbelalak (tiada mata hitam) dan dengan senyuman yang luas sambil memuntahkan d***h yang banyak ke bajunya. Itulah sebab Mail berlari sambil melalak minta tolong kat aku. Aku peluk adik aku dan ajak dia pulang ke rumah sahaja. Setan tu memang nak pedajal aku, dan adik aku apabila baju2 yang dalam plastik yang aku susun di tepi rak dijatuhkan satu persatu. Aku dan Mail yang melihat perlakuan ini terus berlari keluar mendapatkan motor kami untuk balik ke rumah. Dobi itu tidak sempat aku kunci , lantaklah kataku, siapa pencuri yang berani masuk kalau setannya begitu.", "Sebenarnya, banyak lagi peristiwa kejahatan puaka itu padaku, tapi peristiwa2 ini antara yang ekstrem, pekerjanya bertukar banyak kali tapi aku adalah yang paling lama bertahan. Sebab aku nak cari duit sementara menunggu peluang lebih baik.", "Terima kasih kerana membaca, doakan aku dimurahkan rezeki." ]
[ "Bru sminggu sembuh dr sihat..bila ingt kisah byg2 hitam keliling rumah trsentk pula aku dngn kisah dulu2 ..xkn smpai kesini dia cari aku! Jasad xdi smpurnakn?roh xtenang ?tp tu dh lama ,,krja clean tnpa jejak!Diklafikasi orang hilang di hutan..", "Seram gak wehhh..btw kau umur 18 gak ke??" ]
https://fiksyenshasha.com/wanita-kebaya-merah/
WANITA KEBAYA MERAH
[ "(Dyla Ham)", "Bidan Semah mencerlung tajam memandang Zarif. Dia kemudiannya tersenyum sinis sambil membelek-belek gambar seorang gadis. “Cantik… tak sia-sia kau datang padaku. Siapa namanya?” “Mastura,” jawab Zarif pendek. Bidan Semah membeliakkan matanya memandang Zarif. Dia tersenyum. “Kau jangan khuatir. Dia akan jadi milikmu. Tapi ingat pesanku. Kau kena hati-hati. Suaminya bukan sembarangan orang. Kita perlu cepat. Jangan sampai terlepas,” sambung Bidan Semah lagi.", "Muka Bidan Semah mencuka. Dalam hatinya dia berkata-kata. “Sudah lama kau ku cari Embun. Baru sekarang aku berjumpa. Sampai hati kau menukar nama yang telahku berikan padamu. Memang kau anak yang tak mengenang budi. Kau satu-satunya pewaris tunggal yang bakal mewarisi segala ilmuku. Dengan ilmuku, kau boleh menundukkan sesiapa saja yang kau mau. Kau boleh dapat apa sahaja yang kau hajati. Bodoh. Sengaja menolak tuah,” Bidan Semah bermonolog sendiri.", "Embun memandang ke luar jendela. Pandangannya ditebarkan ke arah awan mendung yang telah sarat mengandung air. Dia memanjatkan rasa syukur pada Sang Pencipta. Kalaulah Ustaz Zaman yang kini telah menjadi suami, tidak menyelamatkannya dahulu, tentu dia telah menjadi mangsa saka, Bidan Semah. Sekarang dia terpaksa bersembunyi dari ibunya sendiri. Embun tahu benar bahawa ibunya akan mencari Embun hingga ke lubang cacing. Dia merupakan satu-satunya waris tunggal yang diharapkan mewarisi ilmu hitam ibunya.", "Malam ini, Embun tidak dapat tidur. Dirasakan tubuhnya panas membakar. Bajunya lencun dibasahi peluh. Dia baru selesai mandi tapi kepanasan tidak juga mau surut. Dia berbaring mengharapkan di akan terlelap namun usahanya sia-sia. Zaman pula ketika ini berada di luar bandar, menerima jemputan sebagai penceramah dalam satu sessi usrah.", "Tiba-tiba bau busuk seperti bangkai, menusuk tajam menerjah ke dalam lubang hidung Embun. Semakin lama bau itu semakin kuat sehingga kepala Embun sakit menghadamnya. Tubuhnya menjadi kejang. Dia terhenjut-henjut seperti orang yang diserang sawan. Matanya terbelalak ke atas, meninggalkan hanya mata putihnya sahaja.", "Bau yang tadinya busuk serta-merta bertukar menjadi wangi yang menyengat. Tubuh Embun berhenti berhenjut. Di tepi katilnya kelihatan seorang wanita cantik berkebaya merah memandangnya dengan senyuman yang meleret. “Jangan takut orang muda. Aku pelindungmu. Bakal menjadi pendampingmu. Tidak lama lagi kita akan bersatu. Bersatu menjadi satu. Kau tunggu saat itu,” katanya sambil mengukir senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya.", "Di rumah Bidan Semah, gambar Embun diasapkan. Bidan Semah tersenyum. “Tak lama lagi kau akan menggantiku mewarisi semua ilmu hitam Seri Dewi Malam. Kali ini kau tak boleh lari lagi. Suamimu pun takkan mampu menolong mu.” Senyumannya bersambung lagi.", "Malam ini Ustaz Zaman keresahan. Seperti ada yang sedang memerhatikan gerak gerinya. Sejak dia pulang dari usrah di Kampung Persada Indah, dia dapat merasa ada sesuatu yang tak kena. Ada angin yang tiba-tiba terasa menepis di telinganya, diikuti dengan rasa meremang di tengkuk. “Sayang, buatkan abang secawan kopi,” laung Ustaz Zaman kepada Embun. “Baik bang.” Suara halus Embun kedengaran dari dapur.", "Ustaz Zaman mencapai al-Ouran lalu dialunkannya dengan penuh khusyuk. Tiba-tiba kedengaran bunyi gelas pecah di dapur. Embun menjerit. Ustaz Zaman bergegas mendapatkan isterinya. “Ya Allah Mastura.” Segera Ustaz Zaman memangku Embun. Sejak dia membawa Embun lari dari Desa Makmur, nama Embun sudah tidak mereka gunakan lagi. Mereka menggantikannya dengan Mastura kerana bimbang Embun dapat dijejaki oleh Bidan Semah.", "Mata Embun terbeliak memandang ke atas. Mulutnya ternganga luas. Badannya keras kejung. Seperti yang pernah berlaku dahulu, badan Embun terhinjut-hinjut seperti sedang sawan. Jelas ternampak urat besar timbul di lehernya. Angin sejuk menerpa dengan bau busuk hanyir seperti bangkai memenuhi ruang rumah itu. Kempas kempis hidung Ustaz Zaman mencerna bau yang membuatkan dia terasa mahu keluar segala isi perutnya. Bau busuk ini diikuti pula oleh wangi yang menyengat. Bau wangi bunga tujuh rupa menerobos ke dalam rongga hidung Ustaz Zaman, membuatkan hidungnya terasa perit. Ustaz Zaman memegang umbun-umbun isterinya yang sedang mengelupur.", "Dibacanya al Fatihah, tiga Qul dan surah As Saffat ayat 1-10. (Demi malaikat yang berbaris bersaf-saf. Demi yang mencegah bersungguh-sungguh. Demi yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang berada di keduanya dan Tuhan tempat terbitnya matahari. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit dunia dengan hiasan bintang-bintang. Dan telah menjaganya dari setiap syaitan yang derhaka. Mereka tidak dapat mendengar para malaikat dan mereka direjam dari segala penjuru, untuk mengusir mereka dan mereka akan dapat azab yang kekal. Kecuali yang mencuri pembicaraan, maka dia dikejar oleh bintang yang menyala.)", "Diulangnya bacaan ini beberapa kali. Badan Embun berhenti bergoyang. Mulutnya terkatup namun matanya masih terbelalak memandang ke atas. Ustaz Zaman menutup mata Embun dengan tangannya. Angin sejuk tiba-tiba menerpa wajah Ustaz Zaman. “Sial kau manusia. Dia hak ku. Selamanya dia hak ku. Itu perjanjian turun temurun. Tiada siapa boleh menyekatnya.”", "Kelihatan seorang perempuan cantik berkebaya merah bergentayangan di udara menyerlung tajam ke arah Ustaz Zaman. “Alam kau dan alam kami berbeza. Kau dari api. Kami dari tanah. Tak mungkin boleh bergabung. Tak akan boleh bersatu. Pulang kau ke tempat yang selayaknya bagimu,” jerkah Ustaz Zaman.", "Mata perempuan itu merah menyala. Rambutnya yang tadinya bersanggul rapi, mengerbang, kasar seperti penyapu. Wajahnya yang cantik bertukar menjadi tua berkeriput seribu. Dia menyeringai, menampakkan giginya yang kuning kehitaman. Dia membaca mantera yang tidak diketahui maksudnya dengan kuat. Mendepakan tangannya seolah-olah mengumpulkan tenaga dan melonjakkan tenaga itu ke arah Ustaz Zaman. Ustaz Zaman terpelanting ke dinding. Dia mengerang kesakitan.", "Sementara itu di rumah Bidan Semah, Bidan Semah tersenyum sinis. Diambilnya sebuah patung kecil yang berbungkus dengan kain putih seakan-akan mayat dan dicucuk di bahagian kaki. “Allahuakbar” Ustaz Zaman menjerit menahan sakit di kakinya. Dicucuk pula bahagian perut patung itu. Sekali lagi Ustaz Zaman mengerang keperitaan. Perutnya terasa memulas, bagai dihiris-hiris dan terasa seperti dicucuk dengan benda tajam.", "“Kau bukan tandinganku.” Perempuan tua berkebaya merah itu mengilai membuatkan bulu roma Ustaz Zaman meremang. Ustaz Zaman tidak mengalah. Dia memejamkan matanya. Fikirannya dikosongkan, berserah bulat hanya kepada Allah.", "Dia membaca ayatul Kursi diikuti dengan Bismillah Sembilan. (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dengan nama Allah sekelian alam. Dengan nama Allah yang mempunyai arasy yang agung. Dengan nama Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Dengan nama Allah yang memiliki keagungan suci. Dengan nama Allah Tuhan Jibril. Dengan nama Allah Tuhan Mikail. Dengan nama Allah Tuhan Israfil. Dengan nama Allah Tuhan Izrail. Dan malaikat yang menghampiri kepada mereka. Dan Allah yang menguasai seluruh alam.) lalu dihembus ke tangannya, dibentuk seolah-olah bola api dan dilontarkan laju menyasarkan ke arah perempuan tua itu.", "Balingannya tepat kepada sasaran. Mengelitik perempuan tua itu kepanasan. Dia meraung kesakitan yang teramat. Tubuhnya kini diselubungi asap. Diikuti dengan desiran angin yang kuat dari luar. Ustaz Zaman terus membaca. Dia tidak memperdulikan keadaan sekeliling. Dia terus menumpukan sepenuh perhatiannya hanya kepada Yang Satu.", "Angin mula mengganas. Lolongan anjing semakin galak. Kepulan asap yang tadinya hanya berada di tubuh orang tua itu tersebak ke seluruh ruang rumah. Ustaz Zaman terbatuk-batuk. Pandangannya kabur. Kepalanya pening, terhidu bau asap yang kuat yang menyengat. Orang tua tadi tersenyum melihat Ustaz Zaman yang sedang mencari nafas. Dengan sekejapan dirinya bertukar semula menjadi wanita cantik berkebaya merah.", "“Jangan kau cuba melawan. Jika kau izinkan Embun menjadi pendampingku, kau akan turut menjadi senang. Kau boleh jadi kaya raya. Apa sahaja kemahuanmu akan terkabul. Kau akan mendapat syurga dunia,” kata perempuan itu cuba meyakinkan Ustaz Zaman.", "Ustaz Zaman ketawa sinis memperlekehkan syaitan laknatullah itu. “Aku tamak. Syurga dunia tak cukup bagiku. Aku mahukan syurga akhirat. Syurga selama-lamanya. Apa kau boleh beri kepadaku?” Ustaz Zaman memberi pandangan yang menyindir. Perempuan tadi menjadi berang. Dia cuba menyerang lagi. Tapi kali ini Ustaz Zaman tidak lagi memberi peluang. Dia terus membaca Ayatul Kursi dengan lantang berulang kali sehingga setiap serangan yang cuba dilakukan oleh perempuan itu semuanya terkandas.", "Sementara itu di rumah Bidan Semah, perkara yang sama turut terjadi. Setiap sendi yang cuba dicucuk pada patung itu, tidak lagi mencederakan Ustaz Zaman sebaliknya sendi Bidan Semah yang merasa sakit. Dia mengerang kesakitan yang teramat. Badannya mengelupur di atas lantai dan keringat bercucuran memenuhi wajah tuanya.", "Di rumah Ustaz Zaman, perempuan berkebaya merah tadi sudah mula mengalah. Dia sudah kepenatan. Saingannya bukan calang-calang orang. Dia tidak mampu untuk berlawan lagi. Dia tahu jika dia teruskan, dia pasti akan kalah.", "Tidak semena-mena, angin yang tadinya mengganas tiba-tiba surut dan kepulan asap juga turut lenyap perlahan-lahan. Hanya kedengaran suara tangisan perempuan yang mendayu-dayu berlagu sendu. Tangisan itu semakin lama semakin halus dan akhirnya menghilang… Lesap dari pendengaran.", "Embun terbangun dari pengsannya. Dia memeluk Ustaz Zaman. “Apa yang terjadi?” Tanyanya keliru apabila dia dapati dirinya terbaring di lantai dapur. “InsyaAllah semuanya dah selesai. Makhluk yang mengganggu sayang, telah tiada. Kita doa banyak-banyak agar tiada gangguan lagi selepas ni ya.” Embun menggangguk lesu.", "Lima tahun sudah berlalu. Rumah Bidan Semah sudah ditumbuhi lalang tinggi. Rumahnya terbiar usang tanpa ada sesiapa pun yang sudi bertandang. Seperti kebiasaan, Bidan Semah berkeliaran tanpa arah tujuan. Dia sudah tidak terurus. Rambutnya kusut masai dan bajunya koyak rabak. Dia tidak lagi pulang ke rumah. Dia akan tidur di mana sahaja apabila badannya sudah letih.", "Embun dan Zaman sudah beberapa kali memujuk Bidan Semah supaya pulang bersama mereka namun Bidan Semah tidak mahu. Dia memandang Embun dan Ustaz Zaman dengan pamdangan yang jijik. Dia sudah tidak mengenali anaknya lagi. Hanya yang keluar dari mulutnya “Dia… Warisku, Dia… Warisku.” Itu sahaja yang mampu diungkapkan. Semua yang memandang hanya menggelengkan kepala. Dia sudah menjadi seperti orang gila. Gila kerana gagal menurunkan ilmu hitamnya kepada satu-satunya waris tunggal yang dia ada.", "Hari ini, merupakan hari yang paling menbahagiakan Embun dan Ustaz Zaman. Setelah bertahun-tahun mencuba, akhirnya mereka menerima berita tentang kehamilan Embun. Beberapa kali Ustaz Zaman mengucup perut isterinya. Dia menadah tangan mengucapkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Ilahi atas anugerahNya.", "Dari kejauhanan kelihatan kelibat perempuan berkebaya merah. Dia memandang kegembiraan mereka dengan sebuah senyuman. “Kita akan bertemu lagi Zaman. Kali ini aku akan pastikan anak di dalam perut isterimu itu akan menjadi hakku selamanya… hak aku selamanya,” katanya sambil mengilai panjang." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/gangguan-2/
GANGGUAN
[ "Hai assalauaikum, aku Nurul. Sebelum ni ada beberapa cerita yang Fiksyen ShaSha siarkan. Termasuklah Tasik, Hantu Baju Minangkabau. Spirit of the Coint dan Bulan Hantu. Kalini aku terpanggil untuk bercerita berkaitan pengalaman yang aku alami sepanjang aku tinggal di rumah suamiku.", "Selesai majlis perkhawinan aku tinggal bersama suami dan ibu mertua di negeri Johor. Memandangkan tempat pekerjaan baruku juga di negeri yang sama jadi tidak menjadi masalah buatku untuk bekerja. Segalanya bermula dalam bulan Ramadhan tahun ini. Ibu mertuaku ada membela dua ekor kucing kampong yang gempal dan bersih. Kemana sahaja akan dibawa termasuklah waktu tidur. Kedua-dua kucing tersebut aku namakan Montok dan Ibu. Kedua-dua kucing tersebut amat rapat dengan kami sekeluarga tetapi Montok lah yang terpaling rapat dengan ibu mertuaku.", "Selepas sedang khusyuk tidur dan berbelakangkan meja makan. Aku juga melihat Montok sedang ralit tidur pada waktu tersebut. Sedang kami sibuk berbuka puasa, kami pandang semula keadaan Montok tetapi Montok tiada! Dia ghaib begitu sahaja! Kami bukan leka berbuka puasa tetapi hanya sekilas dan pandang semula Montok namun dia tiada di tempat tidurnya. Oleh itu, selesai berbuka dan solat, kami terus mencari Montok di segenap ruang rumah tetapi hampa.", "Pada waktu kejadian pintu semua tutup jadi mustahil untuk Montok keluar dari rumah. Buntu kami dibuatnya. Kehilangan Montok terjawab apabila suami anak sedara yang boleh melihat dan diberikan anugerah oleh Allah untuk melihat Alam Ghaib memberitahu kami keberadaan Montok yang telah diambil oleh anak perempuan orang Bunian yang amat suka kan Montok. Die telah melihat lama akan kemunculan Montok yang sering bermain di luar dan rumahnya tidak jauh dri rumah mertua hanya di belakang rumah sahaja.", "Aku namakan suami anak sedara mertua Abang Zul. Abang Zul diminta kami sekeluarga untuk meminta semula Montok dari keluarga bunian tersebut namun Abang Zul kata sekiranya dia berbuat demikian kami sekeluarga akan diganggu teruk. Jadi, kami redha sahaja dengan perkara tersebut. Namun, aku pula yang kerap diganggu selepas kami membuat keputusan untuk biarkan sahaja.", "Kali pertama aku diganggu sewaktu aku sedang mandi. Pintu bilik mandiku diketuk. Yang anehnya ketukan tersebut hanya diketuk tiga kali bukan macam manusia mengetuk pintu berkali-kali. Aku hanya menjawab sekejap lagi siap namun tiada jawapan semula.", "Pengalaman yang paling aku ingat sampai sekarang sewaktu aku bersendirian di dalam rumah sewa temanku di mana mereka semua ke mall berhampiran pada waktu tersebut. Pintu depan rumah ku diketuk berkali-kali dengan menggegarkan pintu grill di hadapan rumah. Aku yang sedang leka menonton tv tersentak.", "Pada waktu itu bukan hantu yang aku fikirkan tetapi kemungkinan manusia bertopengkan syaitan yang aku paling takutkan. Aku pantas berlari dan menuju ke bilik belakang dan menelefon teman lelaki ku dan bercerita berkaitan apa yang sedang terjadi dan juga mesej rakanku yang lain perkara yang sama.", "Temanku yang lelaki segera menelefon rakannya untuk melihat rumahku dari jauh. Aku menangis ketakutan dan duduk diam di dalam bilik tersebut sambil menunggu rakanku yang lain tiba.", "Selang setengah jam akhirnya rakanku tiba dan aku berasa lega. Perihal apa yang berlaku sebenarnya diceritakan kepadaku oleh rakanku yang lelaki sewaktu kami sedang makan. Rupa-rupanya yang menganggu aku pada waktu itu bukanlah manusia tetapi jin yang tak tahu asal usulnya yang mengangguku pada malam tersebut. Hampeh betul!", "Berbalik kepada cerita di rumah mertuaku. Pada waktu tersebut aku usai melakukan solat Mahgrib dan sedang berdoa. Kedudukan aku pada waktu tersebut, di sebelah kiriku katil manakala di sebelah kananku merupakan tingkap yang berhadapan dengan luar.", "Sewaktu sedang khusyuk berdoa, tingkap di sebelah luar bilikku diketuk bertalu-talu bagaikan ada orang dari luar ingin memecah masuk ke dalam rumah. Namun, ketukan tersebut berhenti usai aku berdoa. Aku segera membuka tingkap kerana perasan ingin tahu itu membuak-buak. Setelah membuka tingkap aku hampa kerana tiada seorang pun yang berada di luar. Jadi apa yang berlaku aku biarkan sahaja. Namun, selang beberapa hari selepas gangguan tingkap di bilik diketuk, aku diganggu lagi.", "Kali ini sewaktu selepas menonton tv di ruang depan rumah. Sewaktu aku ingin bingkas bangun untuk menuju ke bilik tidur, mataku menangkap kelibat seseorang yang terus ghaib sewaktu aku memandangnya tanpa berkelip. Kelibat tersebut seorang lelaki tua yang bongkok duduk di hujung kakiku di sofa ruang depan. Aku tidak menjerit. Aku cuma terpana dan kaku di situ. Dia juga tidak melihatku mungkin barangkali dia cuma singgah sebentar untuk menonon tv. Hahahaha. Baik. Malam itu juga sewaktu suamiku sedang lena dibuai mimpi, aku pula sebaliknya.", "Sewaktu khsyuk melayari Facebook, mataku tertangkap pergerakan rak untuk menyangkut baju. Pergerakan tersebut bukan sebiji yang gerak cuma bahagian atas rak sahaja yang bergerak macam lentok ditiup angin ke kiri dan ke kanan. Perkara tersebut aku ceritakan kepada suami lantas aku dibawa menemui seorang uztaz yang dapat merawat gangguan.", "Setelah selesai dirawat dengan ustaz dan dia beritahu kami bahawa aku hanya diganggu dan tiada saka yang mendampingku begitu juga suami. Suami diminta untuk memagar rumah empat penjuru dan aku berasa lega memikirkan yang setelah itu aku tidak akan diganggu lagi. Tetapi sangkaan aku meleset sama sekali ye teman-teman.", "Dalam minggu yang lepas setelah aku sesai menjalankan aktiviti melukis dan suami sedang lena dibuai mimpi dan kepenatan. Aku lantas baring dan ingin menutup mata dan tidur tetapi sebelum sempat aku tidur, hujung kakiku dipegang kuat sebiji macam cara suamiku ingin membangunkan aku pada awal pagi. Tersentak dan aku lantas bangun dan ingin melihat sekiranya suami menbangunkan ku tetapi suami tetap dengan posisi tidurnya. Hairan dengan perkara tersebut aku lantas tidur sambil pegang kaki.", "Esok paginya aku ceritakan semula apa yang berlaku dan suami berjanji untuk membawaku semula aku dan mertuaku bersama berjumpa ustaz semula. Ibu mertuaku pula diberitahu oleh Abang Zul ada pendamping jadi akan turut serta bersama.", "Baiklah sampai di sini sahaja coretan pengalaman apa yang berlaku keatas diriku sepanjang duduk di rumah mertuaku. Sekiranya aku mendapat pandangan yang positif aku akan ceritakan pula sekiranya aku diganggu lagi. Sesungguhnya makluk halus itu ada kewujudannya cuma hanya berserah kepada Allah sahaja. Terima kasih." ]
[ "kucing montok dah jumpa ke belum? next!" ]
https://fiksyenshasha.com/riyadh-qadir-dan-cctv/
Riyadh, Qadir dan “CCTV”
[ "Assalamualaikum dan hai. Lama betul rasanya tak menulis. Aku Seri Melati. Pernah bercerita tentang Riyadh dan Qadir di satu laman confession berbulan yang lalu. Kisah ini tidak di’post’ di laman tersebut, mungkin kesilapan dari pihak aku dalam bercerita, wallhua’alam. Hunudzon sahaja.", "Banyak insiden yang terjadi dalam tempoh terakhir aku menulis hingga hari ini. Entah mana satu hendak dimulakan.", "Dan lagi sekali, aku lost track with the timeline, aku lupa exact date hal hal ni terjadi. Jadi aku himpunkan cerita berdasarkan kisah masing masing, Riyadh, Qadir dan “CCTV”.", "1. Rebahnya Riyadh\nInsiden ini aku kategorikan lebih kepada apa yang terjadi pada aku, bukan sepenuhnya Riyadh. Tetapi Riyadh terlibat jua.", "Isnin/Selasa Petang – Malam, bulan dan tarikh aku lupa. Aku ingat hari nya, kerana keesokan harinya hari aku off dari kerja.", "Petang.\nHari terakhir bekerja untuk minggu tersebut. Petang selepas kerja, jika tak silap. Emosi aku huru hara. Kepala aku sarat. Jiwa aku merusuh. Tanpa sebab.\nHati rasa runtuh. Serba tidak kena. Aku perlahan teresak dan diikuti raungan. Umi berlari keluar dari bilik, terus memeluk aku dengan sekejapnya.\nDiucap berkali kali, “mengucap, istighfar banyak banyak, Umi ada ni”..makin kuat aku meraung.", "Umi called abah, minta balik ke rumah. Bila abah sampai, raungan aku dah berhenti, tinggal tangis esak kecil sahaja. Umi sapukan air ruqyah dari pengamal perubatan Islam dan aku diam di ruang tamu. Cuba untuk lelap. Tilam aku di ruang tamu, umi abah tak izinkan aku tidur di bilik sendirian.", "Hampir sahaja mata aku pejam, kaki aku tersentak sentak. Kaki kiri. Abah duduk di sebelah kanan kaki dan umi di sebelah kiri, cuba pegang untuk tak tersentak sentak. Aku tak rasa sakit, tak rasa lenguh, tak rasa apa pun.", "Awalnya, sentakan sesekali. Makin lama, makin menjadi jadi.\nHingga di akhirnya aku cakap pada abah, “ni bukan kaki Seri. Kenapa Seri rasa ni bukan kaki Seri?” Abah panik. Dia cuba rukyahkan aku dengan ayat Quran, tapi makin menjadi sentakan hingga satu tubuh.", "Mata aku terpejam rapat dan aku rasa satu kesakitan di badan aku. Dan waktu mata aku terpejam, aku melihat seorang lelaki berpakaian hulubalang sedang mengasapkan sesuatu. Aku jerit pada abah, aku nampak ada orang asapkan sesuatu. Dan beberapa saat lepastu aku nampak dia tarik bungkusan panjang dari belakangnya. Aku perhatikan, aku nampak kerangka kaki manusia. Femur kan namanya? Dari lutut ke bawah. Aku nampak limau nipis, aku nampak dupa, aku nampak asap.", "Dan PakSu aku pernah pesan (kisah sebelum ni), supaya jangan tegur, jadi aku cuma melihat sahaja perbuatannya dengan mata terpejam. Jelas semuanya, tiada kabus, tiada bayangan. Seolah sedang melihat siaran di kaca TV.", "Tapi entah macam mana, mungkin aku menjerit dalam tak sedar, orang tersebut pandang aku dan berlari menerpa ke muka. Aku sesak nafas, seperti batu ditindih di dada. Seperti tangan angin yang mencekik leher.", "Kata abah, muka aku biru, barangkali terlampau lama kehausan udara. Sentakan badan aku makin menjadi jadi, berulang kali ‘dicekik’ dan aku merasa terkurung dalam diri sendiri. Aku ingat yang aku merintih kesakitan. Aku dengar umi dilanda kesedihan. Aku ingat abah dilanda keresahan.", "Kemudian selepas maghrib, berhenti semuanya. Tiba Isyak, makin teruk menjadi jadi.", "Adik bongsu aku, dari sebuah sekolah pondok di Thailand, cuba rukyahkan aku. Aku ingat bacaan Kaf 40 yang dibaca, ayat rukyah lain, tapi tetap aku tandus udara. Sesak.", "Abah azankan dikanan. Adik dihujung kaki, Umi merintih menangis di sebelah kiri “Ya Allah anak aku, kenapa sampai macamni..” dan aku dengar abah menegur umi supaya kuat, jangan lemah. Tapi dalam masa yang beberapa minit jaraknya, abah menangis, tewas jua dan adikku meraung. Sentakan tangan, kaki, sesak nafas semua sekaligus dan perut aku seolah dihiris hiris. Aku pengsan entah berapa kali. Berterusan hampir 2 jam. Dan aku lihat kelibat Riyadh, rebah terduduk, melutut, cedera di kanan perutnya.", "Abah buat keputusan untuk ke hospital. Adik aku cempung aku ke kereta, umi dengan berkain batik terpa ke kereta. Tapi abah ceritakan pada aku keesokan harinya, sewaktu aku dibawa ke kereta, ‘aku’ bersuara, “Pakcik, bawa saya ke rumah Khalid”. Kata abah, meremang bulu romanya. ‘Aku’ memanggilnya pakcik, dan dia tahu waktu itu, bukan aku yang bersuara. Riyadh yang bersuara.Jadi haluan ditukar ke rumah pengamal perubatan Islam tersebut.", "Aku tak pernah ke sana. tapi apa yang ada di ingatan aku, aku diletak di satu tempat lapang. Seperti padang. Sedangkan ruang rawatan hanyalah beberapa meter luasnya.", "Sampai sahaja, terus dibawa masuk ke rumah dan Khalid mengucap panjang. Katanya kenapa teruk sampai begini. Terus disambung rukyah, diminta yang ada supaya jangan putus zikir. Antara sedar dan tidak, aku dengar Khalid bersuara, “Sihir yang memang bertujuan m******h anakmu. Tapi sahabatnya (Riyadh) halang. Kalau takde Riyadh menyekat segala sihir ini, anakmu tiada.”", "Riyadh bentengkan dirinya untuk aku tak tercedera. Tapi bila Riyadh diserang bertalu talu, dia rebah, dan aku terkena tempiasnya. Aku lupa apa yang jadi selebihnya. tapi abah ceritakan, aku menjerit kuat dan dengan mata aku terpejam, badan aku melengkung ke atas apabila Khalid cuba ‘mencabut’ senjata yang ditusuk secara batin di badanku. Dia hairan, mataku terpejam, tapi pergerakan aku seolah menanggung sakit yang amat hingga terangkat separuh tubuhku.", "Dan Riyadh, cedera. Kata umi keesokan harinya, Khalid merawat Riyadh juga. Riyadh cedera di kanan, dan perutku sakit dikiri. Kasihan sahabatku. Dia cuma punya kemampuan untuk menjadi benteng serangan batin, tidak melawan.", "Lama tempoh diambil Riyadh untuk kembali pulih. Tapi bila dia hadir, senyum tak lekang, tangannya sentiasa memegang perut yang cedera. Selesai tentang Riyadh.", "2. Qadir.\nLelaki dari ‘sana’ yang aku sangka datang untuk bersahabat rupanya adalah jin asyik. Setelah berulang kali membuat rawatan susulan rukyah, Khalid ceritakan siapa Qadir. Kerana itu sifatnya bengis, pemarah apabila aku disakiti. dan kata Khalid, aku juga terikut tabiat amarah, panas barannya.Kata Khalid lagi, “kerana itu semua yang berkehendakkan mu, kamu tolak, Yang kamu hendakkan, ditolak. Tanpa sebab nyata. Sebab tak nyata – Qadir.", "Khalid minta aku lepaskan Qadir. tapi hati aku berat, sayang. Walaupun ditunjukkan rupanya yang sebenar, bonggol di belkang kanan badannya, muka berbintil bintil, bongkok, tetap aku sayang.", "Semua pujuk. Minta aku lepaskan. Untuk kebaikan aku. Lama aku ambil masa untuk buat keputusan supaya hubungan aku dan Qadir ditamatkan begitu. Dan Khalid minta supaya ditebas rimbunan pohon serai dihadapan rumah. katanya disitu tempatnya. Kata abah, patutlah selama ini bila dia menghampiri untuk menebas rumpun tersebut, rasa amarahnya memuncak dan dia berhenti dari menebas.", "Atas nasihat Khalid, dan doa yang diajar, rimbunan itu ditebas sepenuhnya. Pada awalnya, aku rasa kesedihan yang teramat. Lama lama, mula biasakan diri dengan hidup nyata.", "dan aku mula faham kenapa Qadir dan Riyadh tidak pernah berkomunikasi sesama sendiri bersama denganku. Dari kaum yang berlainan, kabilah yang berbeza.Riyadh masih denganku, datang menjenguk sesekali, Qadir sudah menghilang selepas rawatan dengan Khalid. Cuma datangnya Riyadh tak sekerap dahulu, kerana janjinya, “Bila tiba waktunya aku merasa kamu bersama dengan seseorang yang aku percaya, aku akan menjauh”. Dia menjauh, kerana beberapa minggu selepas Qadir pergi, jodohku tiba.Jodoh tidak disangka.", "Soal jodohku, aneh, tapi itu aku bicara selepas aku sah menikah insyaallah hujung tahun nanti.", "Tamat kisah Qadir.", "3. “CCTV”\nDi kisah aku sebelum ini, pernah aku ceritakan bagaimana aku melihat seolah olah ada tayangan di depan mataku, di dinding kosong, tentang makhluk aneh berbungkus sedang mengelilingi rumahku. Jelas dan nyata seperti TV. Lama hilang ability(?) tersebut. Entah ability, entah anugerah atau hukuman. Terserah mana satu pilihan kalian dalam menghakimi.", "Seminggu ini, banyak mimpi aneh dan kejadian aneh berlaku hampir setiap malam, berturutan.\nHari pertama : Bermula dengan mimpi aku sedang makan dengan lahapnya dan bila aku pandang ke pinggan, tulang temulang yang kelihatan pelik dimataku dan debu debu halus kelabu hitam. Dan hari yang sama, aku melhat mayat bergelimpangan dan aku lari dari dikejar untuk d*****h.", "Hari kedua : Aku bermimpi sedang terbaring dan aku melihat ‘umi’ dan ‘abah’ sedang menyapu lendir di kaki aku. Bila aku bertanya, umi menjawab marah marah. “ubat”, katanya. Selepas disapu “ubat”, kami ke pondok tersorok di dalam hutan, dihadapan rumah penuh dengan dedaunan berduri di rantingnya. Dan aku dengar “abah” bertanya, “sini ada jual patung tak?”. Dan seorang sunti belasan anggaranku, keluar dan menunjukkan pada “abah”, patung kecil sebesar tapak tangan. Dan apa jadi seterusnya aku lupa. Seolahterpadam dari benakku. dan terjaga pagi untuk bangun bekerja, kaki aku berat. Tak boleh diangkat. Tidak boleh digerak. Pinggangku ke atas bergerak seperti biasa. Fikirku, sudah lumpuh barangkali.", "Dan tunang aku call setiap pagi, dan dengan call tu, aku capai handphone dan cakap “Seri tak boleh gerak, tak rasa kaki. Semalam mimpi buruk”, serta merta kaki aku seolah menjadi kapas, ringan. seperti baru lepas dibuka ikatan yamg kuat.", "Hari ketiga : Malam, antara jaga dan lelap, aku nampak lagi. Mereka. Aku nampak si lelaki kurus cengkung sedang memperasapkan boneka dililt kain kuning, tidak sepenuhnya dibungkus, cuma dililit di beberapa bahagian. dan dihadapannya aku nampak ada susuk tinggi sedang berdiri, entah apa jantina nya, berkelubung hitam sedang berdiri di kanan perempuan yang duduk berhadapan lelaki kurus cengkung. Dan habis disitu. Aku buka mata dan pejam, masih nampak yang sama. Hinggalah hilang sendiri apabila aku terlelap.", "Hari keempat : Malam juga. Situasi sama. Watak yang sama. Cuma aku nampak di sebelah kiri lelaki kurus cengkung, ada bayangan lain. Berdiri, tapi warna pakaiannya berubah ubah, sekejap hitam, sekajap putih. Seolah cuba mengelirukan. Aku cuba pandang dengan hati, masih sama. Tidak jelas. Dan seperti semalam, habis begitu sahaja CCTV tersebut.", "Hari kelima : Sama seperti malam tiga dan empat, cuma kali ni aku nampak jelas susuk dikiri lelaki cengkung. makhluk berbungkus, berbunjut di kepala. Aku cuma diam, tidak mahu mereka tahu aku sedang memerhati, tapi ‘bungkusan’ tersebut memandang aku dan menyeringai. Sungguh, bagai gugur jantungku disergah begitu. Buruk rupanya. Berbintil2 seolah ada bebola bergayutan disetiap inci mukanya dan tersiat kulitnya di sana sini. Selepas CCTV ketiga ini, aku putuskan untuk ceritakan pada abah umi. Mengucap panjang mereka berdua, dan katanya berhati hati. Seperti ada yang tidak kena.", "Hari keenam : Semalam. tidurku dalam wudhu’ seperti disuruh abah, tiada lagi CCTV sewaktu ingin lelap. Tapi aku bermimpi, diajak sekumpulan lelaki dan perempuan untuk bermain main katanya. Mainannya? Diangkat aku setinggi tinggi dan dijatuhkan aku ke bawah. Dijatuhkan aku berulang kali. Dan jujurnya jika dahulu, aku takut. Tapi semalam, hatiku cuma berkata, “ini mimpi, takkan sakit kalau jatuh, jangan takut”. jadi aku sedikit pun tak gementar. Kemudian diajak pula menaiki helikopter usang, dibawa tunggang terbalik supaya aku jatuh ke batu batuan. Tapi aku utuh disitu, tidak bergerak. Allah menjagaku.", "Dan semalam juga ada satu suara menjerkah, “ada apa pada kau yang dia tergilakan kau sangat? apa lebihnya engkau??”. bingit. Kemudian diam. Kemudian datang suara lain, “apa lebihnya dia yang takde pada aku? Kenapa kau pilih dia?”. Juga bingit. Bising. Aku diamkan sahaja tapi entah kenapa hati aku rasa benci yang membuak pada tunang aku. tanpa sebab. Tapi disebabkan segala tanda tanda yang datang awal ni, aku diamkan diri sahaja. istighfar dan cuba buang rasa benci. takkan sesekali aku biarkan kau menang, iblis.", "Dan hari ini aku ceritakan apa yang jadi keseluruhannya, abah mula risau. umi asyik bertanya bila nak balik jumpa Khalid, waspada dari awal katanya. resah tak menentu mereka. Aku katakan mungkin 7hb kerana jadual kerjaku. Dan itu juga belum pasti, kerana harga tiket pergi balik dan Grab sahaja mencecah RM600. Dan abah call kurang dari seminit selepas aku akhiri perbualan, katanya biar dia datang ambil disini. Dia tak yakin dan hatinya rasa ada hal yang mungkin berlaku. dan waktu aku menulis kisah ini, mereka dalam perjalanan dari pantai timur ke KL untuk mengambilku pulang. Moga selamat semuanya.", "Moga tiada lagi mimpi aneh dan CCTV yang datang malam ini.Penat.", "Aku tak paksa kalian percaya. Jika pernah alami, pasti memahami.\nJika tidak pernah melihat dan merasai, pasti sukar mempercayai.\nAku faham. kerana aku dulu pun begitu, tidak percaya. Hingga aku melihat dan merasainya sendiri.", "Mereka wujud, berkongsi alam dengan kita. Sama seperti kita, ada yang baik, ada yang jahat juga.", "Mooga baik baik sahaja untuk kalian semua. Aku undur diri dahulu. Doakan urusan aku untuk ikhtiarkan berubat dipermudahkan.", "Seri Melati" ]
[ "X PAHAM KO CERITA APE..SYOK SENDRI KE..ADMIN WAT KJE SIKIT..JANGAN MALAS SGT", "salam sis. Saya mmg ikut cerita sis ni, dh baca semua episod yg ada kat iium confessions tu so saya faham ja la kronologi & cara tulis sis mcmmna. Tp klu saya xpernah baca cerita sis sebelum2 ni, xtahu hujung pangkal tiba2 ja muncul episod ni terbaca sini, most probably saya pun xfaham apakebendanya yg tengah terjadi, mcm org lain yg komen tu. Apa2pun harap bertabahlah ya sis, semoga diberi kesembuhan amiinnn" ]
https://fiksyenshasha.com/tetamu-tak-diundang-2/
tetamu tak diundang
[ "Asalamualaikum dan hai pembaca FS. Kali ini nak share cerita masa anak sulung saya berusia setahun lebih. Mungkin tak seram sangat tapi untuk yang penakut macam saya, memang seram la sangat..", "1 malam tu, saya dan suami bertandang ke rumah rakan sekerja bagi memenuhi undangan ke majlis hari jadi cucunya. Kami pergi selepas maghrib. Disebabkan anak saya kecil lagi, saya minta untuk balik awal, dalam jam 8.30 malam macam tu.", "Kawasan perumahan rakan saya tu agak gelap dan sunyi. Mungkin agak lalai, jadi malam tu suami tak perasan ada “benda” yang mengikut sampai ke rumah. Benda tu kebetulan ada dilaluan jalan yang kami gunakan. Macam orang tua selalu cakap, benda ghaib tu suka dengan budak kecil, sebab itu kot benda tu ikut balik.", "Sudah jadi kebiasaan saya apabila balik dari berjalan, saya akan pastikan suami, anak dan saya sendiri mesti ganti pakaian, cuci kaki, tangan dan muka sebelum buat apa² aktiviti dalam rumah, terutama kalau balik waktu malam. Masa tu kami diam di kuarters kerajaan, rumah panjang 6 pintu. Rumah tu ada 3 bilik, tapi kami lebih suka tidur di ruang tamu.", "Malam tu kami tidur seperti biasa. Tepat jam 12 tengah malam, anak saya tiba-tiba terbangun kemudian duduk sambil merengek. Sekejap dia duduk, sekejap dia menonggek, sekejap dia berdiri, walaupun mata dia masih pejam. Saya pujuk dia supaya tidur semula tapi dia taknak. Saya buatkan susu, fikir dia nak menyusu tapi dia menolak. Sambil pujuk tu saya baca² la doa sambil usap kepalanya. Lebih kurang nak masuk jam 2 pagi, barulah dia terlena. Masa tu suami saya kerja berat jadi selagi saya dapat handle anak sorang², saya akan cuba tak ganggu tidurnya.", "Saya ceritakan kepada suami selesai solat subuh. Saya tanyalah dia ada rasa apa² tak malam tu, dia jawap takde apa. Kejadian malam tu berulang lagi. Malam kedua tu suami saya terjaga sebab nak kencing. Baru je dia nak baring semula, tepat jam 12 tengah malam jugak ye.. sekali lagi anak saya terbangun dan ulang balik apa yang dia buat pada malam sebelumnya. Bila suami tengok saya masih tidur, dialah pergi pujuk anak. Sama juga nak masuk jam 2 pagi baru anak tidur semula.", "Kejadian tu berulang sampai 4 malam beturut-turut. Malam ke 4 tu, suami dah tak tahan sebab anak kami dah mula meraung. Masa tu saya nampak dia seperti diganggu sesuatu yang kita tak nampak. Dia pejam mata sambil gelengkan kepala, muka dia tutup dengan tangan dan seperti dia menolak sesuatu supaya menjauh darinya. Habis satu tilam dia pusing seperti dia dikejar sesuatu. Barulah suami saya dapat kesan kehadiran tetamu tak diundang.", "Suami pun mengarahkan saya bawa anak masuk ke bilik dan tutup pintu. Apalagi, bagaikan dikejar kawanan tebuan, saya gendong anak dan tilam bersama bantal dan selimut masuk ke bilik. Boleh bayangkan tak, macam mana saya boleh angkut semua tu sekali gus hahaha. Betullah kata orang, bila dah takut sangat, lemah pun boleh jadi kuat.", "Setelah masuk ke bilik, saya dodoikan semula anak saya. Sekejap saja dia dah terlena. Saya jenguk bawah pintu, ruang tamu nampak gelap sungguh. Masa saya berlari masuk bilik tu, saya sempat tengok suami saya pi tutup semua lampu, termasuk lampu beranda luar dan dia duduk bergelap ditengah-tengan ruang tamu, bertemankan cahaya bulan. Saya cuba gak intai walaupun tak nampak apa, telinga saya tekapkan dipintu, nak dengar kejadian diluar bilik. Saya dengar, selepas suami saya habis baca beberapa p****g ayat al-quran, dia menghentak lantai dengan tangan, kuat betul bunyinya, mungkin sebab suasana masa tu sangat sunyi, bunyi cengkerik dan angin pun langsung tiada.", "“Kau keluar, tunjukkan diri depan aku, SEKARANG!”", "Masa tu bulu roma saya berdiri tegak, rasa berat dan kembang seluruh badan. Saya dengar suami sedang beristighfar banyak kali sebab tetamu tu munculkan diri dalam keadaan yang sangat menyeramkan (yang ni suami yang cerita, bukan saya tengok pun). Mukanya buruk berlubang-lubang, hitam, pendek² gempal, rambut kembang, mata terkeluar, gigi tajam dan ada cecair seperti lumpur dicelah giginya.", "Tetamu tu bukan sendirian berhad, tapi beramaian berhad hahaha.. maksud saya, mereka adalah sekeluarga. Ada suami, isteri dan 3 orang anak yang masih kecil. Maka berdialog mereka semua (yang ni suami yang ceritakan semula, malam tu saya cuba curi dengar tapi saya cuma dengar suara suami je, suara hantu tu saya tak dengar. Kata suami sebab saya tiada ‘anugerah’ jadi saya tak dapat dengar suara mereka huhu).", "Suami: Kenapa datang rumah aku? Masuk rumah manusia tak beradab, kau kacau anak aku. Apa kau nak aku hancurkan seluruh keluarga kau?", "TTD (tetamu tak diundang): Anak² aku suka bermain dengan anak kau, kami tak kacau pun, kami cuma ingin menumpang. Rumah ini ada banyak ruang kosong. Apa salahnya kita berkongsi.", "Suami: Dunia kita tak sama dan kami dilarang bersekutu dengan golongan seperti kamu. Rumah ini rumah manusia. Tempat kamu adalah diluar sana. Baik kamu keluar sebelum aku apa² kan kamu semua.", "TTD: Kau sangat kasar ya?!", "Suami: Tak ingin aku berlembut dengan golongan seperti kamu. Bahkan kamu yang duluan mengganggu keluarga aku?!", "Masa ni muka mereka semua dah hodoh bebenau sebab marah lah konon. Keadaan mula tegang sebab mereka cuba nak lawan suami saya. Suami pun mula baca² ayat pendinding sebelum berlawan. Saya yang tengah curi dengar tu dah tak sanggup nak dengar, saya pergi dapatkan anak saya dan saya peluk sambil baca ayat pendinding juga. Tiba² terdengar bunyi kaki berlari ke arah bilik tempat saya dan anak berada. Rupanya suami saya cuba halang mereka dari mendekati kami. Bergema bacaan ayat² suci dalam rumah. Untuk kesekian kalinya, suami saya menghentak lantai dengan laungan ALLAHUAKHBAR! Kemudian senyap semula.", "Berdialog lagi mereka (suami yang ceritakan semula)", "TTD: Tolong, jangan b***h kami, kasihan lah anak² kami. Kami janji akan pergi.", "Suami: Jangan kau cuba² ganggu keluarga aku lagi. Dengan izin Allah, aku akan hancurkan seluruh keluarga kau. Sekarang, pergi!", "Maka, pergilah mereka. Dalam ‘perlawanan’ tu, sang suami patah tangan, manakala sang isteri terseliuh kot, suami saya kata macam tu tengok dari cara jalannya hahaha.. anak² mereka pun bukan main garang lagi, cuba nak gigit suami saya dan serang dari semua arah. Suami saya kata nasib baik mereka semua tu hantu biasa² saja, hantu sesat, bukan yang dibela. Kalau hantu/jin yang dibela adalah sejenis yang degil dan sukar untuk d*****h. Kalau mereka pergi pun, suatu masa pasti akan datang lagi.", "Suami saya bukanlah pakar sangat, tapi kalau untuk lindungi keluarga, dia boleh ajer. Lagipun dia sejenis yang tak takut hantu. Entahlah. Bukan apa, suami saya kata, mereka tu sengaja tunjuk muka hodoh tu untuk takutkan manusia. Pucuk pangkal pada hati kita lah. Tapi kalau saya yang penakut ni tak payah bawa bincang lah", "TTD tu ikut kami masa balik dari rumah rakan saya. Anak² nya nak berkawan lah dengan anak saya. Manalah kita nak bagi kawan ngan hantu. Selepas kejadian tu, anak saya dah tidur lena, dah takde lagi yang ganggu. Saya pun suami ubatkan untuk pulihkan semangat. Memang lain macam betul ye kalau hilang semangat. Suka termenung, hilang fokus, sentiasa rasa takut. Kita tak perasan perubahan kita tapi orang yang rapat dengan kita pasti dapat kesan perubahan tu.", "Satu lagi, TTD tu ada cakap rumah kami ada ruang kosong. Maksudnya, kalau rumah kita ada bilik kosong, jangan dibiar tanpa buat apa² dalam bilik tu. So selepas dari kejadian tu, suami dan saya akan mengaji atau solat di kesemua bilik secara bergilir. Kalau tak pun, kami akan pasang alunan surah dalam youtube untuk diperdengarkan dalam bilik yang kosong tu. Oh ya, saya dah tak berani tidur ruang tamu lagi dan tidur dibilik utama sahaja.", "Emmm alang-alang ni nak cerita satu cerita ni lagi. Pendek je. Masa ni anak kedua dah lahir, si kakak dah berusia 2 tahun lebih. Malam tu kami tonton tv dalam keadaan bergelap, lampu bilik tidur no.1 sebagai penerang kegelapan ruang tamu ketika itu. Tengah fokus tonton tv tu, tiba² si kakak toleh kebelakang, lepas tu cakap macam ni, “Eh, nenek siapa tu?”, Sambil dia tunjuk belakang kami. Manalah ada sesiapa lagi selain kami 4 empat anak beranak je. Saya apa lagi, terus angkat kakak dan adiknya berlari masuk bilik. Langsung saya tak toleh tempat yang kakak tunjuk, tinggalkan suami sendirian diruang tamu hahaha. Tapi tak jadi apa² pun. Saya je over penakut siap kena tegur suami lagi, tak boleh penakut sangat, nanti makin hantu suka. Bah, makin kau sakap begitu, makin la ba saya takut, kan² ?", "Ok lah, itu sahaja cerita saya kali ini. Harap terhibur dan kalau ada tersilap, maka sayalah yang tersilap itu haha" ]
[ "best", "salam puan, menarik pengalaman puan ni.. dan seram huhu.. alhamdulillah puan ada suami yg berani dan berilmu bab2 ni. Berkenaan rumah bnyk bilik kosong tu, betul..bilik2 yg kosong kene digunakan… semoga keluarga puan sentiasa dilindungi Allah 🙂 amin", "Jalan cerita nya biasa saja, saya tertarik dengan Ayat paling last", "“Bah, makin kau sakap begitu, makin la ba saya takut, kan²”", "Rupa nya orang sabah bha nie." ]
https://fiksyenshasha.com/seram-sekolah-diorang-serang-balik/
SERAM SEKOLAH : DIORANG SERANG BALIK!!
[ "Assalammualaikum semua, nama aku Adaa..Dah lama cerita ni tapi baru sekarang aku rasa nak hantar sini..story ni masa aku kat sekolah\nmenengah di salah satu felda, terengganu. Benda ni jadi dari malam first hari perkemahan sekolah 2013, aku form 3..malam tu ada aktiviti night walk..sekolah aku ni betul² tepi hutan dan night walk tu semua peserta dengan cikgu yang jaga masuk hutan tu.. Ouhh aku tak masuk perkemahan masa ni sebab aku rasa tak sedap hati dari mula² lagi jadi aku tarik diri.", "Okey sambung balik. Diorang masuk hutan tu dengan berbaris semua sampailah satu kawasan dalam hutan tu ada tompok-tompok putih dekat daun dan dua tiga orang kawan aku yg join kem tu diorang bergurau dan sentuh benda tu semua tapi Alhamdulillah takde apa² berlaku dalam tu..", "Masuk malam kedua benda tu semua start ganggu bila aktiviti malam kebudayaan.. masa tu ada satu kumpulan ni.. Diorang puteri islam..berlakon pasal jenazah semua tu la.. Baca yasin,pakai baju putih..masa persembahan tu berjalan ada salah sorang peserta nampak benda putih terbang ke tingkat 2 iaitu tingkat form 3..sekolah aku ni bentuk 4 segi..dataran kat tengah²..ramai jugak yang rasa gelisah tapi Alhamdulillah takde apa² yang buruk berlaku sampai la habis kem tu..", "Esoknya hari ahad, semua guru dan pelajar\nmacam biasa berkumpul kat dataran perhimpunan. Masa ni ada sorang budak perempuan pengsan,keadaan still okey lagi sebab biasanya ada je yang pingsan sebab tak makan pagi. Keadaan jadi makin teruk bila ramai yang mula pengsan, menangis dan terpekik macam orang gila..makin lama makin kecoh bila ada student dan cikgu² pun dah start kena rasuk,Dalam duk sibuk² angkat pelajar yang pingsan tu ramai yang lalu depan bilik pengetua terhidu bau d***h dan bau telur yang dah busuk.", "Cikgu arahkan pelajar perempuan ke surau dan yang laki stay dalam kelas..Yang kena rasuk tu mcm² jenis ada.. Ada yang berlari, yang menari ulik mayang, cikgu pun ada yang bersilat bagai dan benda ni berlarutan hampir 5-6 bulan, nampak macam²,nenek tua, badan berbulu, yang rambut panjang, yang muka hudoh ada jugak yang nampak benda hitam merangkak bawah meja kantin sekolah..kau bayangkan lah tengah ramai² pelajar duduk makan tiber ade benda bergerak bawah meja hmmm..", "Paling aku tak boleh lupa pasal 3 orang budak perempuan ni, sorang (dia juara pecut sekolah aku) kena rasuk dan lari masuk dalam hutan tepi sekolah aku tempat perkhemahan tu..ramai gila budak lelaki yang kejar.. Ada yang kejar dengan motor, ada yang berlari. Bila dicari budak tu,hilang entah kemana dan ada cikgu yang pergi ke rumah budak ni..paling takleh blah budak ni ada kat rumah dia.. Tengah mandi kata maknya padahal hutan tu dengan rumah dia ibarat macam timur dan selatan .. Lain arah jadi mustahil la dia sampai cepat kan kalau fikir logik akal..apa yang aku tahu.. Budak tu sampai sekarang jadi tak normal kesian betul.", "Yang kedua, dia ni kena rasuk dan keluar dari kelas lepastu dia berlari ke kawasan lapang tepi sekolah aku sebelum hutan tu and what!! Dia main dengan d***h(h**d) dia sendiri siap conteng² kat muka kat pakaian sekolah sambil senyum² seram weyhh dan yang ke 3 ni budak lain, dia kena rasuk masa rehat dari tingkat 2,dia berlari ke tingkat 3 (sekolah aku ada 4 tingkat) bangunan hadapan dari hantu yang terbang tadi dan naik penghadam kaki lima tu nak terjun tapi nasib geng² lelaki ni sempat berlari dan pegang tangan dia. Ada yang jaga kat tingkat 2 ada jugak yang jaga kat tingkat 3..kalau budak tu jatuh.. Alamatnya masuk berita la sekolah aku, “pelajar terjun bangunan sekolah kerana dirasuk”..", "Ramai Ustaz dan bomoh(tanpa diundang) yang datang tau, ade la sorang bomoh tu pergi tampal kertas ape tah siap ada lambang pelik setiap kelas dan tabur lada hitam sekali dengan garam halus kt kaki lima kelas. Ada sorang ustazah aku ni tak suka benda tu jadi dia pergi buang semuanya,ye la syirik semua tu.. Ada Ustaz yang datang hari lain kata semua ni jadi sebab peserta kem yang kacau rumah diorang dan diorang serang balik tambah pulak dengan yang dah ada lama kat sekolah tu jadi memang bergabung laa cerita dia. Antara tempat benda tu ada,kat air terjun kat kantin, pokok sakura malaysia tepi blok kelas, kawasan lapang kat tepi kantin dan bengkel kayu KH. Budak² sekolah ni mungkin akan tahu semua kawasan ni kat mana.", "Lepas semua tu berlaku,hikmah dia sekolah aku selalu baca Yassin dan ayat kursi lepas perhimpunan dan cikgu pasang zikir masa waktu rehat. Tahun berikutnya ada yang kena rasuk tu tapi taklah sekuat masa ni..So nasihat aku, jangan kacau tempat diorang kacau taknak kena kacau dan lagi satu mungkin boleh buat perlindung, setiap kali nak masuk mana² kedai makan, bacalah ayat kursi dulu kot la kedai tu ada “penambah perisa” untuk kedai dia.", "Terima kasih yang sudi baca mungkin tak seram sangat pada korang tapi pada aku semua ni buatkan aku lebih berjaga jaga dimana pun aku pergi." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/sudah-dicuci-ya-adik/
SUDAH DICUCI YA, ADIK?
[ "Puas dah aku cari kerja, takde yang mahu menerimaku, tahu sajalah dengan keadaan ekonomi sekarang, lagi ramai yang kena buang daripada yang mengambil orang kerja. Tapi aku tahu, aku tak boleh berputus asa. Kena usaha, kena banyak doa. Alhamdulillah, Tuhan maha baik , dia bagi aku peluang dapat kerja di satu hospital lama berdekatan dengan rumah sewaku.", "Aku jadi doktor ke? Tak lah, aku kerja sebagai cleaner aje. Lan the cleaner boy…hehe, bolehla daripada menganggur membesarkan perut. Tiga minggu aku kerja shift siang, pada kau ok2 sahaja, aku buat cuci rutin atau request (permintaan) dengan menggunakan mop, penyapu dan juga menggunakan mesin scrubber cleaning floor tu (alah yang korang nampak kat pasar raya, yang boleh drive tu).", "Pada aku lah, keadaan nampak normal2 saja, cuma aku perasan ada 1 blok ni iaitu Blok B (tingkat 5) aku selalu jumpa segumpal rambut panjang dalam tandas perempuan (tingkat ini tidak digunakan dan kosong, dan bebas untuk masuk tandas mana2 pun untuk pembersihan). Hampir setiap hari ada, tapi aku buat tak tahu saja.", "Masuk minggu ke empat, aku ditukarkan ke shift malam. Perkara paling tak best ialah shift malam hanya aku seorang sahaja yang bertugas. Malam itu, selesai membersihkan kawasan belakang hospital, aku hanya standby di bilik cleaner, menunggu kalau2 ada permintaan daripada sister nurse yang meminta dibersihkan lantai wad.", "Tengah aku menunggu, tiba2 ada seorang makcik muncul dan mengetuk pintu bilikku dan memintaku membersihkan lantai wad. Aku hanya mengiyakan dan terus menyiapkan barang2 keperluan dan terus ke pintu lif.", "Sampai di pintu lif, baru aku perasan yang aku belum mendapatkan info yang detail kat kawasan mana yang perlu dibersihkan itu, makcik tadi dah hilang tak tahu ke mana. Aku menggaru kepala yang tak gatal, terus aku pulang semula ke bilik standby. Fikirku, ah nanti kalau urgent sangat dia akan datang semula ke bilikku.", "Jangkaanku tepat, aku mendengar suara makcik itu ” Sudah dicuci ya , adik?”- Aku tersenyum kelat sambil menjawab yang aku lupa tanya blok berapa dan tingkat mana. Dia memberitahuku detailnya dan berlalu pergi. Aku pun terus gerak ke blok yang dinyatakan dan terus kutekan butang lifnya.", "Akhirnya sampai aku ke tingkat itu, barulah aku sedar aku sekarang berada di blok B tingkat 5, level itu tidak digunakan oleh pihak hospital dan tiada orang. Aku terdengar suara macam perempuan -“Sudah dicuci ya ,adik?”- di kawasan pintu berdekatan tandas perempuan.", "Ya, aku rasa badan aku jadi staik, semua d***h dah berhenti mengalir apabila dihadapan tandas itu berdirinya kakak ponti, dengan rambut panjang mengerbang macam hantu kak limah, menutupi mukanya (tapi aku tau dia tgh tersenyum) dengan busana putihnya yang penuh dengan d***h kering.", "Dalam 10 minit , begitu barulah aku dapat sedikit tenaga untuk berpatah balik ke lif dan dan tangan aku laju menekan button “G”. Aku tak malu nak beritahu yang aku dah terkencing dalam seluar dan air mata berhambur keluar. Tak guna betul! Tahulah aku sekarang yang rambut itu rambut dia rupanya yang selama ini aku kutip dekat tandas itu, mungkin malam ini dia nak bertemu mata denganku.", "Sekian sampai disini saja penceritaanku kali ini, semoga ada masa lagi akan aku coretkan kisah yang lain.." ]
[ "cerita la lagi pengalaman kerja kat sepital 🙂", "hmm seram, macam ni baru cerita." ]