url
stringlengths 29
138
| headline
stringlengths 2
114
| content
sequence | comment
sequence |
---|---|---|---|
https://fiksyenshasha.com/rumah-sewa-di-perkampungan-bunian/ | RUMAH SEWA DI PERKAMPUNGAN BUNIAN | [
"Assalamualaikum , alkisah cerita ini bukan dari saya sendiri ( penulis ) , jika nak dikaitkan dengan cerita ini ianya mengisahkan kakakku yang sedang kolej dan seharusnya tinggal di rumah sewa yang berdekatan dengan kolej supaya cepat dan mudah untuk ke kolej. Seandainya kisah ini tidak menyeramkan maafkan saya tetapi saya tetap ada rasa ingin berkongsi dengan peminat dan pembaca tegar FS ( fiksyen Shasha ) .",
"Kakakku dalam bidang kolej ini hampir dua tahun , pada mulanya sudah selesai mendaftarkan diri di kolej itu dan disuruh untuk berpindah ke rumah sewa disekitarnya. Ketika itu hampir semua ahli keluargaku tidak tahu yang disitu ialah perkampungan bunian tetapi keluargaku tahu yang di kawasan itu terdapat terlalu banyak kes seram , resort yang cantik terbiar , dan tak silap aku disitulah rumah seorang dikatakan agak famous ketika taahun dahulu , namanya Mona Fendy … apakan daya abaikan sahaja semua itu , kakakku tetap akan tinggal disana demi pelajarannya . Selesai menghantar kakakku ke rumah sewa itu, sebaik sahaja melangkah masuk sudah pasti diawali dengan “BISMILLAHIRAHMANIRAHHIM ” . aku menolong kakakku untuk menyusun kesemuanya di dalam bilik itu, kakakku di dalam rumah itu beramai tetapi housemate tidak terlalu rapat dengan kakakku .",
"Almaklumlah , semester lain kan .. dan pandangan housematenya sangat sangat tak puas hati tanpa sebab . Kakakku duduk dalam bilik berduaaan dengan seorang perempuan ni yang boleh dikenali sebagai huda ( bukan nama sebenar ). perempuan ini jenis yang diam je , tanya baru jawab tak terlalu friendly tetapi kadang kadang dia suka buat orang naik angin dengan sikapnya .. tetapi malangnya tak sempat habis semester dia dah berhenti kolej kerana tidak tahan dengan sikap pengarahnya dan sukar untuk fahami course yang dia ambil.",
"Ketika itu tiada lagi gangguan berat yang dialami oleh kakakku malahan dia abaikan saja segala cerita mistik . Dia berseorangan ketika huda ( bukan nama sebenar ) telahpun keluar dari kolej dan rumah sewa itu . Kakakku agak sunyi dan ada satu masa , housemate kakakku pergi ke kolej kerana mempunyai kelas pagi dalam pukul 7 pagi hingga 1 tengahari kecuali kakakku kerana dia tak satu semester dengan housematenya dan juga pagi itu dia tiada kelas pagi . Dia bergegas ke bilik air untuk mandi kerana rumah itu rumah kayu dan cuacanya agak panas.",
"Apabila dia sedang menikmati air hujan ( shower ) yang sejuk lagi menyenangkan dia terdengar satu bunyi air dan ada sesuatu yang jatuh dari bilik air belakangnya ,dia fikir mandian atau sabun mandi jatuh terus dia abaikan saja. Selepas selesai mandi dia bersiap nak pergi ke pantai ( Jarak pantai dan rumahnya hanya 200m tetapi perlu melintasi lampu isyarat ) . dia pergi keseorang , sambil-sambil duduk dia terjumpa dengan seorang perempuan sekolej dengannya tetapi menetap di rumah sewa batu (di area pantai ) perempuan itu keseorangan juga dan dia cuba bertegur sapa dengan kakakku . Sejak daripada tu kakakku dengan perempuan itu berbaik dan menjadi seorang rakan teman makan ,teman keluar , teman ke mana mana sahaja dengan skuter yang kakakku punyai .",
"Ada satu masa itu kakakku rasa selesa dengan perempuan itu lalu mengajak dia untuk menetap serumah dengan kakakku walaupun semester permpuan itu awal setahun dari kakakku . Perempuan itu terima pelawaan kakakku . dia duduk satu bilik dengan kakakku , lalu malam itu dia berkata , ” Ketika dia tidur Katil pernah digoyang beberapa kali tanpa sedar dan secara tiba tiba ” kakakku abaikan kata katanya lalu membuat keputusan untuk tidur kembali . Dalam dua hari selepas itu perempuan ini pergi ke kolej dan kakakku bersendirian dirumah akibat demam biasa , tetapi ada sesuatu yang tak dipercayainya berlaku yang katilnya digoyang dengan kuat sekali , terkejut kakakku dibuatnya . Sejak dari peristiwa itu banyak yang tidak dijangka berlaku telah pun berlaku seperti ketuk tingkap tanpa sebarang suara dan bila buka tiada kelibatnya . Kakakku tergamam dan agak serik ketika itu . pernah terlintas untuk berhenti kolej .",
"Rumah itu pernah terkena histeria oleh seorang budak perempuan dan ustaz pun telahpun datang untuk membaca segala surah dan ayat ayat alquran yang sepatutnya dibaca. Malahan pihak kolej tidak dapat memahami sepenuhnya keadaan pelajar. Kakakku sering ke dapur untuk memasak kerana lapar dan dia terpaling satu bilik yang kelihatan seperti store persimpanan barang tetapi tidak pernah sekali pun bilik itu dibuka atau disentuh oleh pemilik rumah sewa tersebut . pintu bilik itu ditutupp dengan kemas dan dikunci dengan mangga dan kunci yang berbentuk naga . tiada siapa berani mendekatinya takut ada sebarang makna disebalik kunci dan mangga itu .",
"Setahun telah pun berlalu , gangguan seperti ketuk tingkap atau pintu telah terbiasa . Kakakku buat keputusan untuk menukar bilik di tepi sekali ianya bilik yang tingkapnya berhadapan dengan rumah banglo . kakakku berkata bilik itu banyak dengan lubang , dan yang pelik tentang bilik itu adalah penuh pasir di tepi katil kakakku . ( katil ada dua ) . Kakakku abaikan saja . kakakku cuba untuk membuka tingkap ternampak kelihatan pakcik tua yang sedang memandang kakakku dengan butir mata yang menyeramkan. Kakakku terus menutupnya lalu sambung baring .",
"Pada malam itu kakakku on call dengan seseorang dan dia terdengar tangisan bayi terlalu jelas . dia bertanya kepada orang dalam telefon itu ” aada dengar tak suara bayi ” ? pantas dia menjawab ” tidak ,mengarut je” lalu kakakku terkejut dan hampirr menangis . Keesokan paginya dia seperti bermimpi ada ” seorang ” perempuan yang beramput panjang matanya merah , tak silap aku . Dia cuba untuk membuka mata untuk terus bangun dari mimpi yang buruk itu tetapi sukar sekali . Dan bila dia bangun dia terasa seperti bukan mimpi tetapi realiti . Banyak lagi pengalamannya ketika disana hampir lebih sepuluh tetapi penat juga tanganku yang menaip ini .waalahualam , terimaa kasih . sekian dari saya Alhamdullilah itu cuma gangguan dan tiada larutan kedalam badan.."
] | [
"apa yang kau tulis daaa…",
"Ko buat crita ghey je la pasni…lagi seram dik."
] |
https://fiksyenshasha.com/jelmaan-dari-balik-tirai/ | JELMAAN DARI BALIK TIRAI | [
"“Malam ni kau free tak, Zali?”",
"“Kalau aku free, kenapa? Kau nak belanja aku makan, ke?”",
"“Yup! Tapi sebelum tu, kau kena tolong aku dulu?”",
"“Dah agak. Kau kalau nak belanja aku mesti ada benda kau nak minta tolong dari aku, kan? Okey, apa dia? Tolong gosokkan baju kau? Atau cucikan kasut kau yang dah berminggu tak bercuci tu?”",
"Fariz terus tergelak besar. Tidak sangka pula dia, Zali perasan yang kasutnya sudah lama tidak dicuci.",
"“Tak! Bukan tu. Sebenarnya, aku nak minta tolong kau siapkan assignment aku. Sebab pagi tadi abang aku telefon. Dia cakap ayah aku tak sihat. Jadi aku ingat, lepas lsyak aku nak bertolak ke kampung.” Jelas Fariz.",
"Sejak dia belajar di situ dan duduk satu bilik asrama dengan Zali, persahabatan mereka semakin hari, semakin akrab. Zali banyak membantunya dari segi kewangan mahu pun pelajaran. Adakalanya, dia juga akan membantu Zali, jika Zali memerlukan bantuan daripadanya.",
"“Okay, no problem! Yang penting, kau kena belanja aku makan malam ni?” Kata Zali sambil tersengih.",
"“Tak ada hal lah bro. Kau cakap aje nak makan apa? Aku belanja.” Fariz senyum meleret.",
"Kalau setakat hendak belanja kawan makan, dia tidak berkira sangat. Kalau dia ada duit, hari-hari pun dia boleh belanja.",
"Malam itu, suasana yang sunyi dikejutkan dengan bunyi bising salakan anjing. Pada awalnya salakan itu biasa-biasa sahaja. Tetapi, semakin lama didengar, semakin pelik pula bunyinya. Kuat dan lebih mendayu-dayu.",
"Zali berhenti menaip. Hembusan angin di luar jendela agak kencang juga. Tirai yang menutupi tingkap berkibar-kibar dengan kuat bila ditiup angin.",
"Zali bangun dari kerusi dan berjalan menghampiri tingkap. Pandangannya dihalakan ke bawah. Dia melihat ada seekor anjing berwarna hitam, bertubuh agak besar sedikit dan berada di tengah-tengah jalan. Sepasang mata anjing itu menghala tepat ke arah Zali. Salakannya bertalu-talu itu terhenti ketika memandang Zali dalam beberapa saat sebelum berlalu.",
"Zali berasa pelik. Dalam masa yang sama bulu roma di tengkuknya tiba-tiba sahaja meremang. Anjing itu seolah-olah telah melihat sesuatu selain daripada dirinya.",
"Zali segera menutup tingkap dan menarik langsir. Kemudian, kembali semula ke meja tulisnya. Tugasan yang diberikan Fariz perlu disiapkan malam itu juga. Lagipun dia tidak suka menangguhkan sesuatu kerja itu.",
"Malam semakin larut. Zali masih tekun menaip. Sekali sekala dia menguap. Dia berhenti seketika sambil mencapai mug. Saki baki air kopi diteguk habis. Agar hilang rasa mengantuknya. Kemudian, dia kembali menyambung kerjanya. Tetapi, berhenti semula.",
"Dia merasakan seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikannya di balik tirai. Zali menoleh dan memandang lama ke arah tingkap. Kain langsir berwarna coklat itu bergerak-gerak sedikit.",
"Namun, dia yakin, dia sudah menutup tingkap. Jika angin boleh menembusi celahan tingkap sekalipun, ia tidak akan mampu menggerakkan kain langsir dalam pergerakkan begitu. Seolah-olah, ada seseorang sedang bersembunyi di sebalik langsir.",
"Zali beranikan diri menghampiri tingkap. Kain langsir diselak dengan kuat. Namun, tidak kelihatan apa-apa pun di sebalik kain langsir itu. Zali menarik nafas lega.",
"Dia kembali ke meja tulis dan menyambung menaip. Tetapi, kerana tidak dapat menahan rasa mengantuk, akhirnya Zali terlena seketika di meja tulis.",
"Tetapi, dia terjaga semula bila terasa seperti ada hembusan angin bertiup masuk menepuk gegendang telinganya.",
"‘Angin apa pula yang tiup dekat telinga aku ni?’ Bisik Zali.",
"Dia memandang ke arah tingkap. Hairan? Seingatnya, dia sudah menutup tingkap dengan rapat dan menguncinya. Bagaimana ia boleh terbuka semula? Siapa yang membukanya?",
"Zali beranikan diri merapati tingkap. Kain langsir itu disingkap perlahan-lahan. Dia dapat rasakan ada sesuatu di situ.",
"“Astaghfirullahalazim….Allahuakbar!” Terperanjat Zali bila dia melihat ada dua biji mata merah menyala merenung ke arahnya.",
"“Aku berlindung kepadaMu Ya Allah, daripada syaitan yang direjam!!” Zali memejamkan matanya rapat-rapat.",
"Bila dia membuka mata semula, mata yang merenungnya tadi, sudah menghilang. Mungkin makhluk itu telah meloncat ke luar tingkap.",
"Cepat-cepat Zali mengunci tingkap. Bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak baik pada dirinya. Zali tidak pasti sama ada mata lembaga itu milik haiwan atau sebaliknya. Namun, renungan tajam itu benar-benar menakutkannya.",
"Usai bersiap-siap, Zali memandang seketika ke arah tingkap. Dia berharap apa yang berlaku malam tadi hanya khayalannya sahaja. Mungkin kerana dia terlalu banyak berfikir. Maka timbul perkara-perkara yang tidak dijangkakan.",
"Tetapi ketika tiba di kolej, Zali terdengar desas-desus daripada rakannya yang lain mengatakan tentang kemunculan lembaga yang berkeliaran di sekitar bilik asrama. Lembaga itu dikatakan suka bersembunyi di sebalik langsir dan mengganggu pelajar-pelajar yang lewat tidur.",
"Walaupun cerita itu seakan-akan sama dengan apa yang dialami, Zali tidak menghiraukan. Baginya, mungkin semua itu hanya satu kebetulan sahaja. Dia yakin, perkara yang sama tidak akan berulang pada malam ini.",
"Namun, pada malam itu perkara yang sama berulang lagi. Tingkap tertutup. Tetapi kain langsir itu berkibar-kibar seperti ditiup angin.",
"Kali ini Zali kuatkan hati. Perasaan takut dilontarkan jauh. Dia beranikan diri untuk mengintai di balik tirai. Dia ingin tahu, makhluk apakah yang bersembunyi di situ.",
"Zali tidak boleh menolak rasa cemasnya. Pantas kain langsir itu direntap kuat. Dia terkedu.",
"Miauw… Miauwww….",
"Kelihatan seekor anak kucing bertubuh sederhana. Bulunya pula berwarna hitam pekat. Anak kucing itu sedang bermain-main dengan langsir. Zali tidak sedar, entah sejak bila anak kucing itu masuk ke dalam biliknya.",
"Ketika dia membuka tingkap, anak kucing hitam itu tiba-tiba sahaja meloncat ke luar tingkap. Zali agak terkejut. Bilik asramanya berada di tingkat yang agak tinggi. Mustahil anak kucing itu boleh selamat jika jatuh ke bawah.",
"Zali menjenguk-jengukkan kepalanya ke arah bawah. Tetapi, kelibat anak kucing itu tidak kelihatan lagi. Ghaib entah ke mana.",
"Selepas solat Isyak, Zali mengunjungi sebuah kedai makan yang terletak berdekatan dengan asramanya. Dia memilih menu-menu yang ringkas sahaja. Nasi goreng kampung dengan segelas teh tarik.",
"Usai menjamu selera, Zali terus pulang ke bilik asramanya. Ketika pintu bilik dibuka, dia terhidu seperti bau kemenyan. Hatinya berasa tidak sedap. Ucapan Bismillah dimulakan terlebih dahulu sebelum kakinya menapak masuk.",
"Pintu bilik dikunci. Dia berpaling dan terkejut. Rakannya Fariz sedang berbaring di atas katil.",
"Fariz bangun sambil duduk bersandar bila melihat Zali muncul di dalam bilik itu.",
"“Eh, Fariz? Bila kau sampai? Tak beritahu aku pun kau nak balik?” Soal Zali dengan pandangan pelik.",
"Selalunya, kalau Fariz pulang ke kampung dan mahu kembali ke sini semula, Fariz akan menghubunginya terlebih dahulu. Tetapi, kenapa Fariz tiba-tiba sahaja pulang ke sini tanpa memaklumkan kepadanya dulu?",
"“Saja, aku nak buat surprise.” Ujar Fariz dengan ketawa kecil.",
"Zali hanya tersenyum.",
"“Tapi muka kau nampak pucatlah. Kau tak sihat, ke?” Tanya Zali.",
"Bibir Fariz kelihatan kebiruan. Wajahnya pula pucat dan lesu.",
"“Aku tak sihat sikit. Demam. Maklumlah, cuaca dekat kampung tu agak panas. Aku rasa macam kulit aku nak terbakar.” Kata Fariz dengan iringan tawa yang lebih panjang.",
"“Oh, ya ke? Kau nak ubat tak?”",
"“Tak apa. Aku baru makan ubat tadi.” Lemah suara Fariz menjawab.",
"“Kalau macam tu kau berehatlah. Pasal assignment kau tu, aku dah siapkan semuanya. Tapi kau tahu, tak? Sepanjang kau tak ada, aku rasa macam ada gangguan dalam bilik ni. Terutama dekat bahagian langsir. Aku rasa macam ada benda memerhatikan aku. Sebab tulah aku cabut langsir tu!”Kata Zali bersungguh-sungguh.",
"“Maksud kau, benda yang macam mana?” Tanya Fariz.",
"“Entahlah. Jelmaan kut? Hari tu aku ada nampak kucing hitam. Nenek aku cakap, jelmaan ni ada berbagai bentuk.”Jelas Zali.",
"“Kadang-kadang, dia akan menyerupai haiwan. Macam kucing atau pun cicak dan belalang. Kadang-kadang, dia akan menyerupai dalam bentuk manusia. Dia boleh jadi orang yang kita kenali dan orang yang dekat dengan kita. Macam ibu, ayah atau nenek dan datuk kita.”Terang Zali lagi.",
"Ketika umurnya sepuluh tahun, satu kejadian ngeri pernah berlaku. Waktu Maghrib hampir tiba ketika itu. Dia melihat ada seseorang di kawasan luar rumah. Dia sangkakan itu neneknya yang datang berkunjung.",
"Dia menghampiri ke arah wanita tua itu. Tetapi, wanita itu berlalu tanpa memandangnya walaupun, dia terus memanggil-manggil wanita yang disangkakan neneknya itu.",
"Zali mengekori langkah wanita tua itu sehingga dia tidak sedar kakinya sudah jejak ke dalam kawasan semak.",
"Mujur, ada seorang penunggang motorsikal lalu di situ. Bila ternampak Zali, dia lantas menegur.",
"Zali kelihatan terpinga-pinga selepas ditegur. Dia terkejut melihat kawasan sekelilingnya. Hanya rumput-rumput kering yang menjalar. Dia baru menyedari, yang dia berada jauh dari kawasan rumahnya. Dan wanita tua itu sudah menghilang entah ke mana.",
"Itu antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jelmaan yang menyerupai neneknya.",
"“Oh, macam tu, ke? Tapi kau pernah terfikir tak? Jelmaan tu juga boleh menyerupai rakan baik kau, FARIZ….?”Suara Fariz berubah garau.",
"Zali tersentak. Pandangan dan senyuman Fariz dilihat berbeza daripada biasa. Macam bukan Fariz yang dikenali.",
"“Apa maksud kau ni, Fariz? Agak-agaklah kalau kau nak bergurau dengan aku pun. Dah malam, kan?” Marah Zali. Tiba-tiba sahaja dia berasa seram semacam.",
"Nada telefonnya berbunyi. Terus menggigil tangan Zali apabila melihat nama yang tertera. Fariz!",
"Zali melekapkan telefonnya ke telinga sambil menunduk. Kaki lututnya terasa longlai. Tetapi, dia tidak mampu berganjak ke mana-mana.",
"“Helo, Zali? Apasal kau lambat jawab telefon? Aku nak beritahu kau, esok pagi baru aku balik. Ingat nak balik malam ni. Tapi dah lewat sangat. Assignment aku macam mana? Kau dah siapkan ke, belum?”",
"Soalan dari Fariz tidak mampu dijawab ketika ini. Telefon dalam genggaman tangannya terhempas ke lantai. Perlahan-lahan dia memandang ke arah katil.",
"“Allahuakbar!” Zali mahu menjerit.",
"Namun, suaranya tersekat di kerongkong. Dia kaku di situ dengan mata terbeliak memandang Fariz yang sudah berubah kepada bentuk mengerikan!!",
"Dan, Zali? Rebah!"
] | [
"Korang yg suka karang fiksyen hantu2 ni nak sangat ke m**i nti jadi hantu? Ko ada unsur2 berupa nasihat ke atau dapat tambah ilmu ke tak apa le jugak."
] |
https://fiksyenshasha.com/madu-beracun/ | Madu Beracun | [
"Lelaki berbaju putih?",
"Siapa? Yang pasti kelibat ini susuk tubuh yang aku nampak adalah manusia.",
"Kalau bukan pun keyakinan ku ia tetap makhluk ciptaan Tuhan.",
"Kelibat ini adakala menjadi igauan,",
"Adakala jauh dari sudut pandangan,",
"Ada waktu jelas di tepi pintu.",
"Kisah ini bermula apabila pada awal pengajianku aku tinggal bersama di rumah ibu saudaraku yang aku panggil maksu di Kampung Teras Jernang, Bangi Selangor.",
"Dua bulan pertama aku menetap di Teras Jernang sementara menanti rayuan kemasukkan kolej kediaman.",
"Nak dijadikan cerita di Kampung Teras Jernang ini jiran maksuku adalah seorang pensyarah. Nampak macam tok imam, gaya ustaz ustaz. Aku panggil dia Abang Aziz. Rumah di Lorong yang kami tinggal agak dekat antara satu sama lain.",
"Jadinya bersebelahan rumah Abang Aziz ini adalah rumah Kak Yati yang tinggal bersama 2 anak bujangnya Amir, 15 tahun dan Amsyar, 11 tahun. Kak Yati peniaga jubah. Kehidupannya pada aku cukup sempurna.",
"Suami kak Yati, Abang Latip seorang kontraktor binaan dan memiliki perniagaan restoran sekitar Bangi. Cuma aku hairan kenapa Abang Latip ni tak pernah balik ke rumah selepas berkahwin dengan seorang wanita Indonesia kak Marsita. ( Berdasarkan cerita Maksu ku)",
"Di Lorong ini aku pernah melihat kelibat Lelaki berbaju putih mundar mandir di depan rumah Abang Aziz dan hilang di depan rumah kak Yati.",
"Satu hari sedang aku bersembang bersama sepupu aku dan abang Aziz di laman depan rumah abang Aziz. Amir anak kak Yati berlari sambil menjerit minta tolong.",
"“Chik Aziz!! Chik Aziz!! tolong Amsyar pengsan lepas tu dia bangun dengan mata Merah menyala” terang Amir dalam keadaan tercungap cungap.",
"Abang Aziz bingkas bangun dari pangkin sambil mengajak aku dan sepupu ku Ude untuk ikut sama.",
"“Shah, Ude jom sekali tengok apa yang boleh kita tolong”",
"Berderau d***h aku semasa sampai di perkarangan rumah Kak Yati pakej meremang segala bulu roma.",
"Waktu tu aku terus membaca Ayatul Kursi dan terus masuk ke rumah kak Yati. Suasana dalam rumah suram. Terasa bahang panas menyelubungi segenap ruang.",
"Amsyar tiba tiba menjerit dengan suara yang garau dalam pelat Siam",
"“Woii sape suruh hang maiiii jangan dok kacau pandai pandai. Pi balik nuhhh.. ni kawasan aku.. aku tanda laman dahh pi balik nuhh”",
"Jari Tangannya mencengkam bagai harimau. Mata Amsyar Merah menyala.",
"Abang Aziz terus membaca doa sambil menangkap kaki Amsyar. Amir hanya berdiri ketakutan manakala aku dan uda tergamam dan saling berpandangan. Kak Yati pula mula menangis.",
"Tiba tiba Abang Aziz berkata, ” shah tolong abang pegang kaki amsyar sebelah lagi, ude pegang bahu. Pegang kuat kuat ye”",
"Aduh kenapa aku terlibat sama ni. Perasaanku waktu itu bercampur baur antara takut dan berani. Namun aku gagahkan diri berbekalkan doa yg ada terkumat kamit aku, entah betul hujung pangkalnya. Namun aku bersama kali ini hanya utk bantu abang Aziz.",
"Akhirnya Amsyar pengsan, dan hanya tersedar apabila Abang Aziz renjiskan air ke mukanya.",
"“Ada sesiapa yang marah dengan Amsyar ke kak? Ada bergaduh ke? Pelik ni dengan budak 11 tahun pun sampai hantar yang bukan bukan.”",
"Tanya Abang Aziz.",
"“Tak de ziz. Akak tak tahu.. takde pulak dia gaduh dgn sesiapa. Cuma seminggu dia dia jadi pendiam macam takut ziz.. Dari yg bercakap banyak langsung tak sepatah yang keluar dari mulut dia”",
"Terang Kak Yati sambil tersedu sedan.",
"Setelah keadaan tenang kami bertiga minta izin pulang. Abang Aziz cuma berpesan baca Ayat Kursi dan lagi baik baca ayat ayat Quran dalam rumah.",
"Di luar perkarangan rumah. Amir tiba tiba menghampiri kami bertiga.",
"” Chik Aziz.. Amir tahu sape yg buat kami mcm ni.. ni bini muda ayah.. Dia buat ayah sampai macam orang gila. Suka sampai dia tak balik langsung rumah ni.”",
"Amir menahan kemarahan",
"“Dia goda ayah dia yang selalu kacau ayah.. sampai ayah kawin dengan dia. Ayah selalu gaduh dgn mak.. bini ayah tu Indon bang.. Kak Marsita duduk kat simpang depan tu.”",
"Menangis Amir akhirnya.",
"“Astaghfirullahalazim.. sabar Mir jangan cakap macam tu kita tak tahu perkara ni.., takpe kita Doa sama sama.” Balas Abang Aziz",
"Tiba tiba Kak Yati melompat dari keluar dari tingkap rumah.. sambil menjerit jerit. “Ko balik ko balik ko jangan datang rumah aku lagi”",
"Kami bertiga terus tergamam. Abang Aziz terus menghampiri kak Yati.",
"“Amir, Pakchik minta izin pegang kaki mak kamu ya” abg Aziz terus menangkap ibu jari kaki kak Yati.",
"Setelah beberapa ketika akhirnya kak Yati berhenti meronta dan semakin lemah. Dia akhirnya menangis semahu mahunya.",
"Allahuakbar apa yang sedang berlaku ni. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku memberitahu abang Aziz tentang lelaki berbaju putih yang aku nampak.",
"Abang Aziz cuma berkata mungkin kelibat yang aku nampak hanyalah alamat. Tiada apa yang hendak dirisaukan. Kelibat ini adakala datang memberi peringatan. Aku hanya mengangguk. Makhluk tuhan juga.",
"Akhirnya Kak yati bersuara",
"“siapa yg buat kami mcm ni ziz tolong lah kami. Akak nak tahu juga siapa yang jahat busuk hati ni.. kalau bini Indon Abang Latip mmg nahas dia.. akak tak penah kacau hidup dia. Dia kawin dgn abg Latip pun akak dah redha. Siapa dia ziz?? Dia ke??”",
"Abang Aziz tenang menjawab “Kak yati biar siapa pun dia, tak perlu kita cari tak perlu kita berdendam. Apa yang perlu kita ikhtiarkan agar gangguan ini berhenti. Allah nak uji kita ni..”",
"Saat ini aku berasa lega dengan kata kata Abang Aziz. Amir dan Ude hanya terdiam tanpa kata. Amsyar sudah terlena.",
"Hari berlalu. Aku bertembung dengan Kak Marsita. Cantik orangnya. Nampak sopan baik Budi pekerti. Kalau betul apa yang Kak Yati dan Amir cerita macam tak kena pulak dengan sikap dan perwatakkan Kak Marsita.",
"“Betul aku rasa mmg kak Marsita ni memakai agaknya, patutlah dapat Abang Latip yang kaya tu”",
"Gerak geri Kak Marsita agak pelik. Amir juga ada memberitahu ayahnya selalu membeli kuih kak Marsita. Selalu memuji kuih dan makanan yang dijual sangat sedap dan menepati citarasanya.",
"Gangguan ke atas keluarga Kak yati berterusan. Amsyar terus berdiam diri. Berubah 360 darjah dari seorang anak yang periang dan peramah terus menjadi pendiam dan seperti hilang ingatan. Amir penuh amarah penuh dendam kepada kak Marsita.",
"Nak dijadikan cerita satu hari Abang Latip kemalangan Jalan raya. Abang Latip lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Kak Marsita menjaga abang Latip penuh kasih sayang.",
"Maksuku juga pernah memberitahu Kak Marsita ni baik orangnya menjaga abang Latip walaupun dah Lumpuh.",
"Berita kemalangan abang latip menyebabkan kak Yati rasa terkilan.",
"Padanya Kak Marsita langsung tidak memberitahu. Tahupun hanya setelah Maksu ku pulang dari ziarah Abang Latip dan memberitahu kak yati.",
"Satu petang tu, aku dan abang Aziz sedang bersembang sambil abang Aziz mencuci keretanya. Kereta Abang Latip yg dipandu oleh kak marsita menyusuri Lorong terus ke laman rumah kak yati.",
"“Assalamualaikum! Kak yati.. “",
"Kak Sita memberi salam",
"“Waalaikumussalam! Ha sita.. kenapa ko bawak abang dtg sini.. dah Lumpuh ko tak nak jaga ke?” Sergah Kak Yati.",
"Kak Sita tunduk menangis sambil menjawab “Tak kak.. abang yang nak singgah utk jumpa akak.. saya bawakan dia sebab abang dah tak boleh Jalan lagi, sy akan jaga abang.. cuma abang nak jumpa akak”",
"Kak Sita, menurunkan kerusi roda sambil perlahan lahan memapah abang Latip. Abang Aziz yang berada berdekatan turut memegang dan membantu Abang latip duduk di kerusi roda.",
"“Aziz ko tunggu sekali aku nak cakap dgn kau jugak..” kata abang latip perlahan",
"Amir yang baru pulang dari sekolah.. terus menjerit sambil menangis",
"“eh kak Sita kenapa dtg sini. Ayah kenapa bawa kak Sita dtg sini. Ayah tak kesian mak ke?? Macam macam Kak Sita buat. Dia kacau ayah kacau mak kacau adik”",
"Abang Latip terus menjawab “Amir jangan biadap.. Amir masuk dalam.. yati, abang datang nak cakap dengan Yati” sambil mengurut dada.",
"Tiba tiba terdengar jeritan Amir dari dalam rumah. Abang Aziz berlari masuk.",
"Kak Yati membantu KaK Sita menolak kerusi roda Abang Latip.",
"Angin tidak semena mena bertiup kencang. “Prang” pecah pintu sliding ruang tamu rumah Kak Yati.",
"Aku masih berdiri di luar. Berdebar waktu tu. Hujan tiba riba lebat mencurah.",
"Amir seperti membuka silat di tengah rumah. Dia meracau menjerit.",
"“Awat hang maiiiii…. aku dah kata jangan kacau… aku nak hang tak bagi… hang dah janji eiiiiiiiii eiiii eeiii!!!”",
"Aku masuk dan berdiri belakang Abang Aziz. Jantung dup dap dap dap. Tak tau nak cakap la.",
"Abang Aziz terkumat kamit membaca doa.",
"Abang Latip seperti menahan sakit di dada. Kak Sita menggenggam erat tangan Abang Latip.",
"“Oooii Latip hang yg mula dulu hahahaha la ni mana janji hang”",
"Amir terus memasang kuda kuda. Mata Merah menyala.",
"Abang Aziz meminta semua membaca ayat Kursi sambil dia duduk bersila. Tiba tiba Amir menerkam Abang Aziz namun dengan pantas dia menangkap tangan dan mengunci Amir ke belakang.",
"Saat ini Amir menjerit lagi “sakit wooiii lepas”",
"Abang Aziz memegang ibu jari Amir. Amir terlentang ke belakang.",
"Angin masih bertiup kencang. Tiba tiba bunyi bising di dapur pinggan jatuh percah berderai. Seketika kemudian bunyi suara menangis dalam bilik utama. Pintu bilik terbuka dan tertutup berdentum.",
"Amir pengsan. Abang Aziz meminta secawan air. Direnjiskan ke muka Amir dan Amir minum sedikit air.",
"Kak Yati terduduk menangis.",
"Kak Sita juga menangis",
"“Sita… sampai hati kau buat macam ni.?? ” Jerit kak Yati.",
"Kak Sita tertunduk sambil menangis.",
"“Takyah menangis Sita. Aku tolong kau.. aku ajar kau meniaga akhir laki aku ko ambil.. lepas tu ko hantar jin ni semua”",
"Jerit Kak Yati Lagi.” Dia bangun menuju kepada Kak Sita.",
"Abang Aziz menahan Kak Yati sambil berkata “sabar kak jangan buat tuduhan melulu”",
"Tiba tiba Abang Latip bersuara",
"“Allahuakbar Yati.. abang banyak dosa pada yati.. abang lalai… abang leka dengan dunia. Abang leka dengan kecantikan Sita. Yati tak salah apa pun dengan abang.. Sita pun tak salah.. abang dah dapat pembalasan abang yati..” sambil menangis dan mengurut dada.",
"“Abg bomohkan Sita untuk suka dan terpaut pada abang. Sedangkan Sita tiada perasaan. Namun kasih sayang Sita melebihi abang. Dia terima abang.”",
"“Abg terlalu sakit hati sebab yati tak marah tak cemburu pun pada abang. Yang yati tahu jual jubah jubah dan jubah.”",
"Abang Latip tertunduk menangis.",
"“Abang sakit hari tengok yati bahagia tanpa abang.. anak anak gembira dengan yati. Tapi abang hanya ada Sita. Abang yg kirimkan jin supaya kacau hidup Yati”",
"Suasana makin tegang.",
"“Astaghfirullahalazim abang.. abang ckp apani? Abang sanggup buat yati dan anak anak smpai mcm ni.. hantu setan apa yang merasuk abang ni?” Jerit kak Yati sambil terus menangis",
"“Abg mintak ampun Yati.. Amir Amsyar ayah mintak ampun. Ayah yg salah.. ayah yg bodoh.” Rintih abang Latip lagi.",
"Rupanya abang Latip disahkan juga mengalami kanser usus tahap 4 dan buah pinggang juga mengalami kegagalan fungsi.",
"Setiap malam Abang Latip diganggu oleh ‘makhluk’ yang di hantar kepada keluarga sendiri. Usaha Abang Aziz dengan izin Allah menjadi penghadang dan menutup pintu gangguan di rumah Kak Yati.",
"Abang latip sendiri mengaku pada abang Aziz hidupnya tidak tenang. Dia menggunakan khidmat bomoh dari Siam supaya kegembiraan kak Yati dan anak anak sendiri berkecai. Antara syarat yang dituruti adalah 3 mata kail, 3 ayam kampung dan 3 ekor ular. Setiap bulan hidangan tetap sehingga bersatu.",
"Puncanya hanya sakit hati dan cemburu melihat kebahagiaan isteri dengan anak anak. Puncanya juga dek kerana nafsu dan keseronokkan dunia semata mata.",
"Abang Aziz tergamam dengan pengakuan abang Latip malam itu.",
"Dari cerita abang Aziz juga selepas beberapa bulan berlalu. Akhirnya abang Latip meninggal dunia. Namun yang indahnya Kak Yati dan Kak Sita keduanya menguruskan jenazah abang Latip dengan sempurna. Tak sangka sanggup sang suami bertindak begitu sekali.",
"Namun pengakhiran Abang Latip penuh penyesalan dan Semoga taubat beliau diterima. Kita manusia tidak sempurna, sempurna milik Allah, yang boleh kita capai adalah kejujuran dan kesungguhan melakukan sesuatu demi meningkatkan iman dan taqwa kepadaNYA.",
"Abang Aziz sekarang sudah berpencen rasanya. Last aku dengar cerita dari Ude Abg Aziz beli tanah dan buat rumah di Sungai Merab.",
"Kita minta dijauhkan",
"Semoga dilindungi dari hasutan jin iblis dan syaitan…"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/pak-cik-mat/ | Pak Cik Mat | [
"Adam duduk di bangku kawasan farmasi di hospital. Macam-macam ragam pelawat yang ada di situ – datang bawa anak, naik kerusi roda dan ada juga ibu mengandung datang sendirian. Dia sandarkan badan di dinding. Kertas nombor giliran ditatap lama. Dia mengeluh lagi. Lama lagi dia nak kena tunggu.\n“Maaf cu.”\nAdam mendongak. Seorang pak cik tua dalam lingkungan 70an tersenyum arahnya.\n“Kalau cu tak keberatan, boleh pak cik duduk di sebelah?” Adam pandang bangku sebelah, tempat dia letakkan beg. Dia kelam kabut angkat begnya dan pelawa duduk disebelahnya. Pak cik itu ucapkan terima kasih dan Adam hanya membalas dengan anggukan saja. Dia membawa keluar telefon bimbit sementara menunggu gilirannya tiba.",
"“Kalau cu tak keberatan,” Pak cik di sebelahnya mulakan bicara. “Boleh Pak Cik Man tahu cu buat apa dekat sini?”\nAdam senyum. “Ambil ubat pa kcik.”\nDahi lelaki tua itu berkerut. “Cu sakit apa?”\n“Demam je pak cik. Kena hujan semalam. Biasalah, kerja rider kan.” Adam tertawa sedikit di akhir percakapannya. Pak Cik Man mengangguk. Mereka berdua diam. Hanya suara pelawat dan bunyi nombor giliran kedengaran. Adam rasa kekok, pak cik ni siap bertanya apa urusannya di hospital tapi dia tak tanya pula apa Pak Cik Man buat di sini. Adam tak mahu dia digelar sombong, jadi dia kumpul kekuatan dan mahu ajukan soalan yang sama. Namun ada persoalan bermain di minda.",
"‘Dia datang sorang je? Mana anak dia? Cucu dia?’\n‘Kalau aku tanya soalan tu nampak busybody ke?’\n‘Takut pula nanti Pak Cik Man cop sebagai orang muda tiada adab. Suka jaga tepi kain orang.’",
"“Pak cik datang nak ambil ubat. Ubat pak cik dah nak habis,” ujarnya. Tersentak Adam. Dia baru saja nak tanya, macam mana pak cik ni boleh tahu soalan apa dia mahu tanya?\nPa kcik Man ketawa. Adam seram sejuk.\n“Janganlah terkejut. Pak cik boleh baca dari riak muka kamu.” Jari Pak cik Man membuat satu bulatan pada wajahnya sendiri. Adam hela nafas.\n“Hmmm, saya nak tanya. Tapi pak cik jangan marah boleh?”\nPak cik Man angguk. “Tanyalah.”\n“Pak cik datang sorang je? Mana anak pak cik, cucu pak cik? Jauh juga nak datang hospital ni, kena lalu highway.”\nAir muka Pak Cik Man bertukar sedih dan Adam mula menyalahi dirinya. Adam lagi bersalah bila Pak Cik Man menyeka mata.\n“Alamak, pak cik. Maaf pak cik, saya tak sengaja.”\nLama Pak Cik Man diam. Adam menyumpah seranah dalam diri. Dia tak patut tanyakan soalan begitu. Kasihan Pak Cik Man.",
"“Pak cik…” Adam menepuk bahu Pak Cik Man. Lelaki tua itu mengangguk perlahan.\n“Tak apa. Pak Cik faham kamu tak sengaja.”\nAdam diam. Dia kembali sandar pada dinding. Pak Cik Man dibiarkan tanpa bertegur.\n‘Adam, Adam….’ Dia mula bermonolog sendiri. Matanya kembali memandang skrin angka giliran. Yang hairannya, nombor di situ langsung tak bergerak. Adam mula rasa pening, jadi dia ambil keputusan untuk tidur sekejap.",
"“Nombor 40666. Nombor 40666.”",
"Adam terjaga dari tidur. Dia berdiri dan terus menggeliat. Dengan mamai dia melihat nombor giliran.\nAkhirnya!\nDengan langkah longgai, diamelangkah ke kaunter.\n“Cik…” Adam hulurkan kertas nombor giliran. Ada tangan menarik kertas tadi. Adam bersandar di dinding dan sambung menguap. Kepalanya tersengguk-sengguk. Dia menguap lagi.\n‘Apa benda lama sangat ni. Takkan doktor tak bagi keputusan checkup lagi?’ getus hatinya. Adam ambil keputusan untuk menjenguk.\n“Kak…”",
"Tak ada orang.",
"Adam hairan, padahal dia dengar suara yang menyebut nombornya. Dia mengambil beberapa langkah ke belakang, niatnya mahu tengok skrin angka giliran. Gelap. Adam hairan, padahal sebelum tidur skrin itu masih menyala. Dia menoleh.",
"Apa yang dia nampak adalah kawasan hospital yang sudah gelap dan berhabuk seperti dah lama ditinggalkan. Kepala Adam hanya teringat seseorang saja -Pak Cik Man. Namun kawasan itu terlalu gelap. Menyukarkan satu hal, menakutkan pun satu hal juga. Dia beranikan diri. Berbekalkan telefon bimbit, dia menyusuri koridor yang gelap. Kalau tak jumpa Pak Cik Man, dia cari pintu keluar, itu saja.",
"Jalan punya jalan, Pakcik Man pun tak nampak batang hidung. Jangankan Pak Cik Man, papan tanda keluar pun tak ada. Adam mula beristighfar dalam hati. Kakinya berhenti hadapan dua pintu kaca -mungkin jalan keluar. Itulah yang Adam fikirkan. Dia masukkan telefon dalam kocek seluar, tangannya menggoncang pemegang pintu.\n“Aduh, bukalah. Bukalah.” Adam makin resah. Boleh terkucil dia duduk dalam hospital seorang diri tanpa sesiapa.\n“Tolong! Tolong!’ Adam mengetuk cermin pintu. Tiada siapa pun mendengar teriaknya. Yalah, hospital kosong. Siapalah yang akan dengar.\nAdam baru teringat. Dia akan telefon kawannya dan minta tolong supaya dia datang ambilnya. Telefon dibawa keluar dan dia mencari nama kawannya di What’sApp. Nama Zairul ditekan dan terus Adam membuat panggilan.\n.\n.\n.\n“Hello?” Suara Zairul melegakan hati Adam.\n“Kau kat mana Rul?”\n“Aku baru collect order dekat FamilyMart. Kenapa?”\n“Aduh Rul. Tolong aku.”\nZairul hairan. “Kenapa weh? Kau tak bagitahu aku macam mana aku nak tolong.”\n“Aku dekat hospital….”\n“Okey, jadi?” Terus Zairul p****g. Dia sudah siap hidupkan motor dan teruskan perjalanan.\n“Masalahnya aku dekat hospital kosong. Terbiar. Aku tak tahulah macam mana aku boleh dekat sini. Dengan tak jumpa jalan keluarnya, pintu pun kunci.”\n“Ohh.”\nAdam berang. Oh saja Zairul balas?\n“Aduh, kau ni slow la. Aku nak kau amik aku dekat sini.”\n“Hei mamat ni, nanti bagi location. Siap aku hantar order customer, aku gerak. Chaw.” Zairul matikan panggilan. Adam pula memanggil berkali-kali. Dia pandanng skrin telefon. Gelap.\n“Aduh, dia ni.”\nAdam memeluk tubuh, menanti Zairul tiba. Kemudian dia teringat, dia masih belum hantar lokasi di mana dia berada.\n.\n.\n.\n“Okey kak. Terima kasih.” Selepas menghantar makanan customer, Zairul periksa telefon bimbitnya. Mesej dari Adam. Zairul terus buka ruang mesej dan tekan link di bubble chat. Siap dapatkan route dari maps, Zairul mulakan perjalanan.\n20 minit perjalanan Zairul bertemankan lebuhraya dan pokok. Hanya ada dua tiga kereta saja lalu memandang hari pun hampir gelap. Harapnya Adam tak marahlah.\nDia memasuki simpang ke hospital, dan berhenti betul-betul depan pintu masuk lobi. Hairan. Adam kata dia di hospital lama, tapi di sini ramai saja orang. Dia turun dari motorsikal dan memandang sekeliling.\n“Cu ni, cari siapa?”\nZairul menoleh. Seorang pak cik tua dalam lingkungan 70an menguntumkan senyuman.\n“Cari kawan, pak cik. Dia kata dia dekat hospital terbiar. Dan dia bagi saya location ni.” Zairul tunjukkan skrin telefonnya. “Betul dah locationnya. Tapi sini ramai orang je saya tengok.”\nPak cik itu mengangguk. “Kawan kamu rider yang demam tu ke?”\nZairul angguk laju. “Macam mana pak cik tahu? Dia dekat mana?”",
"Pak cik tadi mula melangkah masuk di kawasan lobi. Zairul hanya ikut dari belakang. Mereka berjalan menyusuri koridor sehinggalah mereka berhenti di satu ruang koridor- gelap. Padahal jalan mereka yang lalu tadi terang benderang. Zairul telan air liur.\n“Kawan kamu tersesat. Dia masuk situ tadi. Sampai sekarang tak keluar.\n“Pak cik ni, biar betul?”\nPak cik tadi angguk. “Kamu pergilah dan bawa dia pulang.Gunakan dua pintu kaca dan kalian akan keluar dari situ. Lagipun sini bukan tempat kamu berdua”\n“Bukan tempat kita orang?” Badan Zairul ditolak masuk dalam ruangan gelap. Sempat dia menoleh, pak cik tua itu melambai tangan dan di belakangnya ada beberapa kelibat manusia tanpa muka. Tepat memandang Zairul.\n“Zairul!” jerit Adam. Zairul terkejut. Disekelilingnya gelap. Hanya ada Adam dan habuk berterbangan. Otak Zairul masih tak dapat proses apa yang berlaku, dia ditolak kemudian tiba-tiba ada bersama dengan Adam. Dia teringatkan suara pak cik tadi. Gunakan pintu kaca dan keluar dari situ.\nTangan Zairul memegang pintu yang dimaksudkan itu. Dia cuba tolak pintu, tak berjaya. Tarik pun tak berjaya. Dia tekad. Beberapa langkah ke belakang, dan Zairul berlari sepuas hati dan melanggar pintu kaca dengan badannya. Percubaan pertama tak berjaya. Dia cuba dan cuba.\n“Zairul dah,” kata Adam. Zairul geleng. Dia berlari dan langgar pintu kaca lagi. Pintu kaca itu pecah dan serpihan kaca bertaburan atas lantai. Zairul jatuh tergolek. Adam dekati Zairul dan membantunya berdiri.",
"“KAU NAK KE MANA!”",
"Adam dan Zairul tersentak. Mereka terus lari selamatkan diri. Zairul tahu ada benda sengaja perangkap Adam di sini dan sedang mengejar mereka. Pak cik yang membawanya tadi dia yakin bukannya manusia.\n“Sini, sini.” Jeritan lelaki tua menarik perhatian mereka. Adam tersengih.\n“Pak Cik Man!”\nZairul terkejut. Itulah pak cik yang bawanya ke tempat gelap tadi. Apa pak cik tu buat dekat sini?\nWajah Pak Cik Man pucat. Dia cepatkan melambai tangan. Mereka berdua melintas Pak Cik Man. Dengan pantas lelaki tua itu mencampakkan sesuatu. Suara nyaring membingitkan Zairul dan Adam. Mereka berdua menekup telinga.",
"Apa yang Adam nampak, lembaga warna hitam berterbangan tanpa arah di hadapan Pak Cik Man. Dia menjerit kesakitan, kemudian terbang masuk ke dalam bangunan hospital semula. Pak Cik Man menoleh, memandang dua anak muda yang ketakutan.\n“Biasalah benda-benda macam ni suka usik manusia. Dia tahu kawan kamu sakit, dia sengaja kaburkan pandangan dan bawanya ke sini. Yang ramai-ramai dekat hospital yang kamu berdua nampak tadi bukanlah manusia.”\nAdam dan Zairul terdiam.",
"“Jadi, saya salah masuk hospital? Ini hospital apa?” Adam tak keruan. Pak Cik Man geleng.\n“Baliklah. Mandi dan baca doa sebelum tidur.”\nAdam masih tak faham dengan apa yang berlaku. Dia terus dekati Pakcik Man.\n“Jadi pak cik tahu saya dah masuk dalam alam lain?”\nPak Cik Man angguk perlahan.\n“Tapi masa saya tidur,kenapa pak cik tak kejut?”\nLelaki itu diam. Dia menyuruh keduanya pulang, namun Adam berdegil. Dia mahu tahu juga apa yang berlaku.",
"“Dia saja main dengan kau je Dam. Dah, jom balik.”\n“Ish, jangan sibuklah. Kau pun mesti nak tahu kan macam mana pak cik ni tahu aku terperangkap kat sini?”\nZairul terkejut. “Macam mana kau tahu pak cik ni jumpa aku?”\n“Eh?”\n“Eh?”\nPak Cik Man berdehem. “Dah tak ada apa-apa, kamu berdua boleh balik.”\nSoalan mereka masih tak dijawab. Pak Cik Man menepuk bahu mereka.\n“Jom, bahaya kita lama-lama dekat sini.” Badan mereka ditolak Pak Cik Man. Adam terkejut. Dah tua pun masih kuat nak tolak orang muda macam mereka. Pak Cik Man hantar mereka ke lobi hospital. Zairul terkejut. Seingatnya motorsikal dia saja diparking di depan pintu masuk lobi. Ini motorsikal Adam pun ada sekali. Mereka berdua hidupkan motor dan pakai topi keledar.\n“Pak Cik Man tak nak balik?” pelawa Adam. Pak Cik Man geleng.\n“Pak Cik jaga sini. Takut benda tu keluar dan kacau orang macam kamu lagi.”\n“Benda hitam tadi, apa dia tu?” Zairul terus bertanya. Wajah Pak Cik Man tenang, dan terus menjawab;",
"Serentak kabus muncul entah dari mana. Wajah Pak Cik Man perlahan menghilang. Zairul kecut perut. Wajah Pak Cik Man bertukar sama dengan wajah yang dia nampak sebelum masuk dalam koridor gelap . Kosong.\n“Gerak, gerak.”\n“Hah?” Zairul kelam kabut hiudpkan enjin motor. Adam tercengang.\n“Kau nak tunggu apa lagi? Cepat gerak.”\nAdam pandang balik muka Pak Cik Man. Dia menjerit. Kelam kabut dia hidupkan enjin motor dan tinggalkan Zairul di belakang.\n“Woi!” Zairul terus memecut, mengejar Adam. Pak Cik Man geleng kepala. Dia pusingkan badan. Kakinya melangkah masuk ke dalam kawasan lobi semula."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/kisah-hostel-trasvilla/ | KISAH HOSTEL TRASVILLA | [
"Assalamualaikum kepada semua pembaca FS..",
"Untuk pertama kalinya aku menulis di FS ni.. Aku suka baca kisah2 seram kat FS ni.. Tapi tak pernah terfikir nak cerita pengalaman yang aku pernah alami dalam hidup aku dekat mana2 page.. Kalau admin approve cerita aku ni, terima kasih sangat-sangat.. Apa-apa pun, segala kekurangan harap dimaafkan. Aku bukan seorang penulis.. hehe",
"Tahun ni aku macam terpanggil untuk berkongsi cerita kat korang.. Kisah aku mungkin tak berapa nak seram tapi ni adalah kisah aku alami masa aku belajar pada tahun 2011 kalau tak silap..",
"Aku kenal kan diri aku dulu.. Nama aku Hada (bukan nama sebenar). Masa aku study dulu aku duduk dekat hostel, padahal rumah aku tak jauh pun dari hostel tu.. Hostel aku ni dulu banggunan bekas tempat tinggal pekerja kilang.. Kalau tengok dari jauh, hostel aku ni macam penjara, petak tinggi je.. haha",
"Hari pertama aku jejakkan kaki aku kat hostel time tu rasa lain macam aura nye. Hostel aku memanjang, bilik aku yang paling depan dan toilet betul2 sebelah bilik aku. Tempat cuci baju pun sebelah depan toilet.. Sebelum aku nak turun ke kereta, aku terpandang satu rantai besi panjang di atas tempat cuci baju. Aku terfikir jugak untuk apa rantai besi tu, tapi aku malas fikir aku tak tanya pada sesiapa tentang tu.",
"Masa aku nak turun dari tingkat 1, aku terdengar ada seorang budak ni mungkin adik dari kawan yang sama daftar dengan aku tanya kakak dia.. “akak kenapa ada nenek tu duduk kat hujung penjuru tu? “. Aku pon pelik soalan budak tu.. Aku pandang di ruang kosong hostel kami tu tiada sesiapa dekat situ. Aku malas fikir aku turun je bawah untuk jumpa keluarga aku sebelum mereka semua balik dan tinggalkan aku kat situ.",
"Nak dijadikan cerita. Pada satu hari tu, aku dengan kawan-kawan tengah study dan berbual, tetiba perut aku sakit yang teramat sangat. Aku ni jenis yang tak suka minta sesiapa teman kalau pergi toilet, lagi pun toilet sebelah bilik aku je. Aku ni berlari la pergi ke toilet, masa aku berlari ke toilet, kawan aku Nady dan Efa ni pergi nya kejar aku. Dorang berdua ni memang suka kacau orang, aku pun lekas-lekas tutup pintu. Aku dengar suara Nady dan Efa gelakkan aku. Aku cakap jangan kacau aku dengan nada bergurau sambil gelak.",
"Bila selesai membuang aku masih dengar suara Nady gelak. Aku dah pelik masa ni, mana mungkin Nady tunggu aku kan. Masa aku nak ‘flush’ aku pandang kebelakang untuk pam air. Tiba-tiba pandangan aku terhenti dekat atas pam air tu. Masa tu aku dah kaku, atas pam air tu ada makhluk hitam besar yang dalam keadaan mencangkung sambil mata dia tepat ke arah mata aku, cuba korang bayangkan macam mana mahluk besar macam tu boleh duduk atas pam air tu dan jarak antara aku dan makhluk tu, dah la mata makhluk tu mata dia merah. Aku terus buka pintu dan belari masuk bilik.",
"Dalam bilik, kawan-kawan aku pelik kenapa muka aku macam takut dan pucat, Nady ada kat katil Efa. Aku pergi ke arah Nady dan bertanya. “ Nady , kau tunggu aku dekat pintu toilet ke tadi?, Nady jawab dengan nada yang pelik “mana ada aku tunggu kau”. Aku pon diamkan diri dan tak bercerita dekat sesiapa tentang apa aku alami malam tu.",
"Bila cuti panjang aku akan balik ke rumah. Time aku kat dalam bilik, aku terdengar abang aku bagi tau mak aku, “masa angah (abang) angkat barang adik(aku) harı tu, angah ada nampak tali gantung dekat tempot cuci baju di hostel adik tu, kawan angah ada bagi tau, dekat hostel tu ada bekas pekerja kilang b***h diri dan ada juga perempuan terjun dari tingkat 1 dari bilik no sembilan”. Masa aku dengar tu, aku dah terdiam. Sebab aku percaya apa abang aku cerita, sebab dia bukan jenis buat cerita, dia ada kawan duduk di kawasan hostel tu.",
"Bila aku balik ke hostel, aku macam biasa akan diamkan diri dan tak akan cerita pada kawan-kawan tentang apa yang terjadi di hostel ni.",
"Masa cuti sabtu dan ahad, Aku malas balik rumah sebab aku nak study. Malam sabtu tu kawan aku semua bergurau kat tangga luar hostel dan tangga tu berdekatan dengan tingkap bilik aku. Aku perhatikan meraka dari tingkap je masa tu. Meraka semua bergambar dan bergurau sehingga tengah malam.",
"Ahad tu kami semua sarapan di depan TV di hostel, kawan aku yang sorang ni nama dia As, dia tunjuk gambar dorang kat tangga malam tu. Aku pon tengok la gambar tu dengan teliti, sebab macam ada sesuatu pelik kat gambar tu. Aku tak fikir panjang terus tanya dekat As, “tangan siapa di tengah-tengah antara korang tu?”. As perhatikan gambar tersebut. Nak tau apa yang aku nampak?, ada tangan perempuan berbaju lengan panjang berwarna putih dan di tangan nya ada gelang dan di jarinya ada cincin yang serupa dengan As. Tapi tangan tu bengkak-bengkak dan pucat. Aku tanya soalan lagi, “As, dalam gambar ni kau duduk dekat mana?”. “aku yang tukang ambilkan gambar ni”, kata As dalam nada yang takut. Kalau nak tahu, malam tu As memang pakai baju putih tapi baju lengan pendek…Haa.. Korang rasa dia menyerupai siapa? Dah terang-terang dia menyerupai As. Sebab gelang dan cincin hitam yang mahluk tu pakai sama pengan As punya gelang dan cincin..! Bezanya tangan makhluk tu lebam dan bengkak, seram bila di ingatkan balik bentuk tangan tu.",
"Kisah makhluk hitam yang munculkan diri dalam toilet tu tak hilang macam tu je ye korang. Ada satu malam tu, aku tertidur, aku terasa kaki aku panas macam ada api kat kaki aku time tu. Bila aku bukak mata…aku terkejut ada satu lembaga hitam besar tinggi dia lebih kurang lebih dari tinggi pintu bilik. Aku cuba untuk tak jerit atau terus bangun, aku kecik kan kata aku yang besar ni, dengan perasaan yang bercampur sama ada aku takut atau nak tau apa benda lembaga hitam ni. Aku perhatikan makhluk besar hitam tu cuba berjalan ke arah katil aku, masa tu semua doa yang aku tahu, aku dah tak ingat macam mana nak baca. Aku tutup mata dan bila aku buka mata semula… Lembaga hitam tu hilang macam tu je.",
"Apa yang jadi dekat aku sepanjang aku di hostel tu aku tak pernah cerita dekat kawan-kawan aku, sebab aku tak suka dorang rasa atau takut bila sesorang nanti.. Macam-macam aku jumpa dekat hostel tu.. Buat masa ni tu je aku cerita dulu ye.. Mana tau cerita aku ni admin FS approve ke kan.. nanti boleh sambung cerita lagi..",
"By Hada.."
] | [
"CERITA KAU X BEST.. ADMIN TAPIS SKIT CERITA..JGN MALAS SGT WAT KJE ..KAN"
] |
https://fiksyenshasha.com/bilik-310/ | Bilik 310 | [
"Bilik 310\nCerita aku bermula disini, nama aku Eman dan aku berasal dari Penang, aku merupakan seorang penuntut di sebuah universiti awam di utara tanah air. IPTA yang aku belajar merupakan salah sebuah IPTA yang tertua di Malaysia dan terletak di Perlis. Dengan suasana pemandangan kampung yang mengujakan dan dikelilingi sawah padi sudah cukup membuatkan setiap orang berasa tenang.",
"Alkisah pada tahun 2014 merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki di Universiti tersebut. Semua berjalan seperti biasa tiada apa yang mencurigakan. Perasaan teruja dan tenang menyelubungi diri ini. Mana tidaknya, dengan dihiasi struktur bangunan lama yang telah diubah suai sudah telah membuat aku merasa teruja. Pada mulanya, aku diberikan kunci bilik di tingkat bawah kolej Ketika aku mendaftar. Aku diberikan 2 orang rakan bilik. Seorang daripada Sik, Kedah yang bernama Alep dan merupakan pelajar kos diploma xxxx dan seorang daripada Dungun, Terengganu yang bernama Zali merupakan pelajar kos xxxx. Seterunya, aku merupakan pelajar kos xxxx. Sesi suai kenal kami berjalan dengan lancar dengan lawak jenaka yang tak jadi oleh aku sendiri. HAHAHAHA.",
"Setelah 2 minggu berlalu, seperti biasa, aku melakukan aktiviti rutin harianku seperti biasa iaitu bejogging. Maklum la aku perlu menjaga penampilanku kerana aku daripada kos sukan. Banyak tempat sudah aku terokai didalam kampus tersebut. Satu ketika, azan maghrib telah berkumandang, tapi aku masih belum pulang. Aku merasakan seperti diekori oleh seseorang. Tapi, aku merasakan mungkin perasaan aku sahaja. Biasa la dalam suasana sunyi dan bersendirian ditambah pula dengan waktu maghrib perasaan seperti itu biasa dirasakan. Mungkin perasaan aku sahaja. Kemudian, apabila aku pulang ke bilik, aku telah diberitahu oleh kawan sekelas aku melalui whatsapp bahawa seorang budak perempuan kos aku telah mengalami histeria. Diceritakan, yang dia mengalami histeria ketika hendak pulang ke billik dan secara tiba-tiba mengalami meracau dan sepertinya dirasuk. Bila teringatkan kembali peristiwa petang tadi bulu romaku kembali menegang.",
"Seterusnya, aku menceritakan hal ini kepada rakan sebilikku. Malah mereka tertawa dan masing membuka kisah seram masing-masing. Pada malam hari, seperti biasa Alep akan ber”otp” dengan pasangannya. Biasa lah orang bercinta malas aku menggangu. Cuma seketika aku mendengar pangggilan manja sesama sudah membuatku merasa geli hati. Kemudian akibat terlalu letih aku pun tidur. Shhhhhhh, secara tiba-tiba aku merasakan aku ternampak sesosok tubuh seperti pocong berada dihadapan katilku. Aku terkejut dan seketika badanku menjadi kaku seperti ditindih oleh sesuatu. Aku tidak dapat mengerakkan badan malah mengerakkan bibirku juga. Aku gagahi dan aku cuba untuk membaca ayat kursi dan secara tiba-tiba sosok makhluk tersebut pun hilang. Kemudian aku tersedar dan itu hanyalah mimpi dan perasaan ditindih itu aku rasakan amat nyata dan badanku terasa letih.",
"Kemudian, terdengar seperti suara memanggilku. “alep bertanya, kenapa man? Tiba-tiba bangun terkejut cmtu?” aku terdiam seketika, aku malas menceritakan apa yang terjadi didalam mimpiku sebentar tadi dan kejadian ditindih tadi. Aku menjawab; “tkda apa lep, aku mimpi saja tdi bangun terkejut. Kemudian aku mencapai earphoneku dan terus membuka ayat-ayat suci Al-Quran ketika sambal melelapkan mata. Kring kring kring kedengaran seperti alarm zali berbunyi. Seperti biasa, aku yang akan terjaga terlebih dahulu. Kulihat jam ditangan menunjukkan waktu tepat menunjukkan jam 6.30 pagi. Aku mengejutkan zali untuk dia bangun untuk menunaikan solat subuh. Aku mengejutkan alep juga, seperti biasa ayat yang akan keluar dari mulutnya, “bangun dulu, japgi aku bangun”. Seperti biasa aku menjalani hariku sebagai pelajar seperti biasa.",
"Pada keesokan harinya, aku membuat keputusan untuk berjogging dikawasan luar kampus. Aku mengelilingi kawasan sawah padi yang berdekatan kampus aku. Aku meletakkan kenderaan di satu-satunya rumah yang berada di kawasan tersebut. Pada mulanya aku berasa sedikit pelik, manakan tidak hanya sebuah rumah di kawasan sawah tu. Fuhhhh serammmmm, tapi kelihatan seperti tuan rumah tak berada di situ.",
"Setelah selesai 3km aku kembali ke tempat parking motosikalku, tiba-tiba aku disapa oleh seorang pakcik tua. “Laju adik lari” kata pakcik tersebut. Kemudian aku menjawab “hahahaha tkde lah pakcik biasa je tu, sebab selalu jogging kan”. Kemudian pakcik tu bertanyakan kepadaku, “baru ke kt sini?” aku pun menjawab “aah baru je tak sampai sebulan lagi”. Kemudian dia bertanyakan kepadaku “best ke dok sini? Ada terjadi benda-benda aneh ke? kalau ada pun biasa la tu asrama kan” tambah pakcik itu. Kemudian aku berfikir sejenak, ehhhh macam tahu-tahu je pakcik ni kan. Dengan kejadian yang baru menimpaku dan kawanku yang mngalami histeria. Kemudian aku menjawab, “ada la jugak pakcik haritu, kawan saya ada kena histeria dan saya pernah ditindih hantu aku pun menjawab”.",
"Kemudian pakcik tu menjawab “biasa la tu dik, asrama lama kan, dah lama pulak student tak balik, jadi, kalau kena kacau sikit-sikit tu benda biasa, tapi yang penting jangan buat perkara yang bagi benda tu suka je dalam bilik. Kemdian aku terfikir “ ehhh benda???? Hantu ke??? jin ke? tak dinafikan jin dan syaitan ni kt mana-mana pun ada”. Aku pun abaikan sebab aku rasa tiada apa yang mencurigakan dengan diriku. Tiba-tiba azan maghrib pun berkumandang, dengan penuh rasa rendah diri, aku pun meminta diri dlu dengan pakcik tersebut.",
"Pada malamnya, seperti biasa aku aku ke kantin untuk membeli makanan. Aku akan mengajak rakan sebilik aku untuk membeli makanan. Dan kebiasaannya aku akan ke tandas dahulu sebelum turun ke kantin. Tambahan pula, bilik aku bersebelahan sahaja dengan tandas. Biasa lah nak check dulu dekat cermin apa yang kurang kan. Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti air pancur terbuka dengan sendiri. Fuhhh meremang seketika, kerana aku dah pastiukan tiada seorang pun didalam tandas. Aku pun tengok-tengok tandas mana yang airnya belum tertutup. Kemudian aku pun menutup paip air tersebut. Dan aku terfikir “masa masuk tandas tak bunyi air pancur” tiba-tiba boleh bunyi pulak? Hmmmm makin difikirkan makin membuat aku merasa takut.",
"Setelah selesai makan dan lepak bersama kawanku, aku pun pulang ke bilik. Jam menunjukkan waktu pada 11.50 malam. “hmmm dah masa untuk tidur ni” fikirku sejenak. Kemudian alep menyapaku, belum tidoq ke eman? Jawabku sambal-sambil nak tidoq lah ni. Aku memakai earphone dan aku menyelimuti selimut ke seluruh tubuhku. Setelah 2 jam berlalu aku masih tidak dapat melelapkan mata. Kemudian aku membuka earphone ditelingaku. Aku seperti mendengar seseorang mendesah. Terkejut aku apabila mengetahui alep sedang mendesah seperti melakukan se**. Aku mendiam dan aku tak menunjukkan tanda-tanda yang aku belum tidur. Aku memerhatikan zali, ternyata zali sudah tidur m**i…memang zali selalunya jam 11 matanya sudah terpejam rapat.",
"Kemudian aku mendengar alep sepertinya sedang ber”otp” dengan pasangannya. Tak ku sangka sebegitu berani alep untuk melakukan fon se** ketika kami masih berada di dalam bilik. Kemudian, aku mendengar seperi alep mendesah lagi dan semakin kuat, aku hanya berdiam diri sahaja di situ melihat kelaku alep yang tak senonoh itu. Kemudian alep pun turun dari katil dan pergi ke tandas. Aku berfikir “alep ni dia beronani didalam bilik ke?” berfikir ku sejenak, patut la banyak benda pelik jadi dalam bilik ni. Kemudia alep pun pulang ke katilnya dan aku lihat dia menyelimutkan badannya dan mungkin dia mahu tidur. Semalamam pun berlalu dan mataku masih tidak dapat melelapkan mata. Patut lah bilik terasa seperti tidak tenang rupanya ada seseorang yang melalukan benda tak senonoh.",
"Pada keesokan harinya, aku memberanikan diri bertanyakan kepada alep. Kebetulan pula alep menumpangku ketika hendak ke kelas. Aku bertanya kepada alep “alep jom g kedai dulu, lepak-lepak minum dulu” alep mengikuti sahaja ajakanku. Setelah sampai di kedai makan, aku mula membuka bicara, “alep semalam hang buat apa?” tanyaku. Alep menjawab “buat apa tu? Aku takda buat apa-apa la” kemudian aku menyambung, aku macam terdengar bunyi tak senonoh semalam. Alep kelihatan terkejut apabila aku memberitahu hal tersebut. Dia sepertinya mahu menafikan hal tersebut. Tetapi aku berkeras yang aku terdengar apa yang dia lakukan semalam.",
"Setelah berlarutan dia memberitahuku, yang dia ada membela jin. Aku terkejut mendengar hal tersebut. Patut la aku tak pernah tengok alep menunaikan solat. Alep menjawab “dah lama man aku membela jin ni. Aku kena keluarkan air **** untuk memberi jin aku makan. So dengan cara apa? Dengan cara aku berfon s*** dengan awek aku” kata alep. Astagfirullah istigfar panjang bila aku dengarkan apa yang dikatakan oleh alep. Tambah alep lagi, “dulu aku hanya melakukan bersendirian, tetapi nafsu menguasai diri, aku mula mengajak awek aku”. Kemudian aku menambah lagi, “ alep, mula-mula hang memang hanya melakukan fon s*** tak mustahil suatu hari nanti hang akan melakukan zina” kataku kepada alep. Alep menjawab “aku takleh buat apa man, jin ni ibarat penjaga aku, kalau aku tak bagi dia makan, mesti aku kena kacau”. Kemudian aku menjawab, patutlah aku setiap malam mesti mimpi yang aneh-aneh dan ditindih, aku ingatkan bilik kita berhantu rupanya hang yang berhantu lep. Alep terdiam ketika aku mengatakan itu. Aku harap hang boleh insaf la alep sebabnya jin memang suka benda-benda camtu, memang hang akan lakukan tu, tapi bila dalam keadaan camtu, hang dalam keadaan tak suci, nak solat takleh, semua takleh, ni jala nasihat aku boleh bagi dekat hang lep, kataku kepada alep.",
"Jam menunjukkan pada 8.30 malam, aku melihat tiada sesiapa didalam bilikku. Zali yang selalunya berada dibilik juga menghilang. Alep juga tiada, aku malas nak pikir pasal alep sebenarnya atas kejadian yang berlaku. Secara tiba-tiba kurasakan bulu romaku menaik. Pintu bilik yang saja kubiarkan terbuka dengan secara tiba-tiba telah tertutup dengan sendiri. Fuhhhh terkejut aku dibuatnya, aku mula fikir bukan-bukan. Kemudian aku membuka kembali pintu bilik kami. Dengan tiba-tiba aku sepertinya ternampak sesosok makcik tua ditingkap. Shhh terkejut aku dibuatnya, makcik tu menghilang dengan sekali pandang. Aku tak pasti sama ada itu hanyalah khayalan aku semata-mata. Tetapi ini bukan waktu yang sesuai untuk berkhayal seperti itu. Walaupun tiada penampakan yang nyata, tetapi aku selalu terbayang seakan ada seseorang yang memerhati diriku ini. Walaupun aku takda la pernah jumpa “real” macam cerita hantu tu tapi aura dan kisah misteri tu hanya aku yang dapat merasai.",
"Seminggu telahpun berlalu, Zali masih tidak pulang ke bilik. Rupanya zali telah berpindah ke bilik kawannya setelah dia mengalami peristiwa pelik. Dia selalu merasakan diri dipeluk oleh seseorang dan merasai seperti tangan yang memiliki kuku tajam yang menyentuh kakinya. Dia memberitahuku setelah dia berpindah ke bilik kawannya. Manakala, alep selalu mengigau ketika tidur. Aku tak pasti apa yang dimimpikan olehnya. Dia sering menangis ketika terjaga dari tidur. Apabila keesokan harinya bila aku bertaanya dia memberitahu yang dia tak pernah menangis. Bilik yang ku angggap dapat belajar dengan tenang kini menjadi mimpi ngeriku setiap malam. Walaupun tiada kecederaan fizikal yang aku alami, tapi emosiku selalu terganggu dengan benda-benda aneh yang tak dapat kuceritakan didalam artikel ini.",
"Pada hari Jumaat, bertarikh sekian-sekian, aku memutuskan untuk menumpang bilik kawan sekelasku. Aku tak memberitahu kawan kelasku dengan apa yang terjadi. Kerana aku berpikir diam lebih baik. Alep masih dibilik itu dan aku tak pasti apa yang dilakukannya pada setiap hari. Tapi kelihatan mukanya ternampak kusut dan tak terurus. Matanya kelihatan sedikit lebam, badannya sedikit berbau, dan badannya sedikit kurus. Tak ku sangka pelbagai cara ada untuk memberi makan benda halus tersebut.",
"Aku selalu berpikir dengan cara memberi d***h sahaja. Tetapi dengan cara bero**ni. Rasa seperti jijik tapi itu sebenarnya yang makhluk tu suka. Setelah 6 bulan berlalu dan aku menghabiskan satu semester dibilik kawan sekelasku. Tetapi walaupun sudah 6 bulan berlalu tetap aku rasakan seperti ada seseorang yang selalu memerhatiku. Aku juga selalu termimpi-mimpi kelibat seorang makcik tua didalam mimpiku itu. Apakah yang terjadi sebenarnya?????"
] | [
"“Kemudian pakcik tu menjawab “biasa la tu dik, asrama lama kan, dah lama pulak student tak balik, jadi, kalau kena kacau sikit-sikit tu benda biasa, tapi yang penting jangan buat perkara yang bagi benda tu suka je dalam bilik.”",
"Pakcik nak maksudkan jangan solat, jangan mengaji atau buka surah2 al quran ke sbb hantu syaitan x suka semua tu?"
] |
https://fiksyenshasha.com/surau-puaka/ | Surau Puaka | [
"Aku seorang budak lelaki berumur 16 tahun. Aku tinggal di sebuah kampung di Batu Pahat sejak ibu bapa aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.",
"Nenek akulah yang menjaga aku. Sekolah di kampung itu kecil dan hanya mempunyai 170 orang pelajar. Pelajar di dalam kelas aku hanya 15 orang. 10 perempuan dan 5 lelaki.",
"Walaupun sekolah ini kecil, banyak cerita cerita hantu yang aku dengar daripada budak-budak perempuan. Yang popularnya, ada orang pernah terkena histeria sebab ternampak nenek kebayan atas bumbung sekolah.",
"Yang kedua popular ialah ada pelajar perempuan yang b***h diri selepas membuang bayi dalam tandas. Beberapa orang nampak kelibat perempuan tu di kawasan tandas. Oleh itu, siapa yang mahu pergi tandas perlu pergi berdua.",
"Sebenarnya ada lagi cerita lain cuma kurang popular sahaja. Tempat larangan kawasan itu ialah surau lama (Surau Orkid). Tempat itu dah berkunci dan siapa pergi berdekatan surau itu akan dikenakan dimerit dan penalti.",
"Memang tempat itu keras. Sebab itu cikgu buat peraturan ketat supaya dapat elakkan kejadian tak diingini.",
"Aku degil. Aku nak masuk jugak surau puaka tu. Takkan tempat macam tu berpuaka. Aku dengan Danial curi masuk rumah tu malam malam lepas belajar dekat rumah Arif.",
"Kami masuk melalui pintu belakang sekolah. Terus jumpa kantin. Dari situ nak pergi Surau Orkid dekat sedikit.",
"Si Danial ni memang penakut. Tengah- tengah jalan, dia cuit aku",
"Danial : Farhan, jom la balik aku takut m**i kena sorok dengan hantu…. Aku nak hidup lama…. Aku nak kahwin",
"Aku : isy, dah sampai tengah jalan ni.. Sikit lagi nak sampai. Alang-alang tu habiskanlah… Gatallah kau ni…",
"Aku pun lepas tu suruh Danial kepit tangan aku macam pengantin. Sampailah kami ke surau puaka tu.",
"Dalam surau ada bilik rahsia sebelah kanan. Dalam bilik itu ada terowong . Iye, terowong! Biliknya sederhana besar dan ada sejadah-sejadah lama.",
"Aku pun nak tahu terowong tu ada apa dan terowong tu menuju ke mana. Panjang juga terowong tu. Sudah lama berjalan, Danial perasan ada orang mengikut. Aku pun bagi isyarat supaya jalan cepat. Selepas itu kami jump terowong itu terbahagi kepada dua jalan. Semasa kami buntu nak pergi mana satu, kami terdengar “HEE HEHEHE HEHEEE HEEE HEEEE.”",
"Rupanya, ada kelibat perempuan tinggi, mata hitam muka berulat dan bercacing pakai telekung fesyen lama sambil tangan macam hantu cina.",
"Aku punyalah terkejut dan lari ke arah kanan. Punyalah takut. Nasib baik tak terkencing sambil berlari. Danial aku tak tahu. Panik sampai aku tinggalkan dia. Lari lari lari lepas tu aku terdengar",
"” nak pergi mana tu bang, dah takde jalan keluar laaa…. HAHAHAHAHAHAA”",
"jantung aku dukdak dukdak. Aku nampak satu pintu. Aku pecahkan pintu tu. Tak boleh.\nHantu tu pulak pegang kaki aku masa aku cuba pecahkan pintu tu.",
"Aku jerit “La ila ha illah” baru boleh buka. Pintu tu menuju ke sebuah tempat macam hutan.\nAku cuba pergi cari orang minta bantuan selamatkan Danial. Jangan lah dia hilang. Tak pasal-pasal famous lepas tu masuk berita.",
"Aku tertinggal torchlight dalam terowong. Sudahlah gelap.. Selepas lama berlari baru jumpa jalan yang berlampu. Mujurlah, pak imam masa itu naik motor dan aku tahan dia.",
"Aku: Pak imam tolong pak imam!!! Kawan saya terperangkap dalam terowong surau puaka!",
"Pak imam tu ajak aku naik motor dan kami pergi ke tempat aku keluar dari terowong tu. Aku berjalan di sisi pak imam. Sambil-sambil itu aku membaca ayatul kursi.",
"Danial berada di tempat terdapatnya dua laluan. Dia pengsan. Pak imam suruh aku mengangkatnya. Kami patah balik ke laluan tadi.",
"Disitu kami terjumpa balik perempuan bertelekung putih muka bercacing dan berulat.",
"“Jangan ambil dia. Dia aku punya! ”",
"Pak imam membacakan ayat ayat. Selepas beberapa minit, hantu tu pun hilang. Aku bersyukur Danial selamat.",
"Waktu itu sudah pukul 1 pagi. Aku takut kena marah dengan nenek aku. Pak imam minta aku menceritakan apa yang berlaku dari A sampai Z. Setelah mendengar cerita aku, dia minta aku dan Danial tidur di rumahnya satu malam.",
"Pak imam sudah maklumkan kepada nenek dan ibu Danial. Danial masih tidak sedarkan diri. Pak imam berusaha memulihkannya.",
"Esok paginya, barulah Danial sedar. Dia ok, cuma jadi pendiam. Setelah seminggu barulah dia normal semula. Boleh bercakap dan bersembang seperti biasa dengan aku.",
"Tentang kes aku curi masuk, pengetua sudah tahu. Pak imam yang cerita padanya. Kami dikenakan penalti. Cikgu-cikgu lain tahu kamilah budak pertama yang curi masuk di situ. Memang budak lain semua tak berani masuk surau puaka.",
"Aku insaf. Aku minta maaf kepada Danial. Selepas ni, aku takkan buat kerja gila ni lagi."
] | [
"betul punya kaki dvd ni."
] |
https://fiksyenshasha.com/diacah-gadis-cilik-penjaga-kubur/ | Diacah Gadis Cilik Penjaga kubur | [
"Kisah benar ini berlaku ketika aku bertugas di sebuah agensi di Komtar, Pulau Pinang. Ketika itu aku belum berkahwin. Aku tinggal bersama orang tuaku di pekan T, sebuah pekan kecil di utara Seberang Perai. Sepanjang bertugas di Komtar, setiap hari aku berulang alik menaiki kereta dari rumah orang tuaku di pekan T ke tempat kerja di Komtar yang biasanya memakan masa perjalanan lebih dari sejam.",
"Setiap bulan Disember, Pesta Pulau Pinang diadakan di Sungai Nibong yang terletak kira-kira 8 kilometer dari ofisku. Agensi kami adalah antara agensi yang mengambil bahagian dalam Pesta Pulau Pinang yang berlangsung setiap malam sepanjang bulan Disember itu.",
"Bos agensi tempat aku bertugas telah mengarahkan aku mengetuai pavilion agensi kami dan memastikan ia sentiasa teratur dan menarik minat pengunjung.",
"Begitulah setiap hari rutin kerjaku sepanjang bulan Disember itu. Bangun pukul 5.00 pagi, bersiap, sarapan dan kemudian bergerak dari pekan T ke Komtar. Lepas kerja ofis selesai sebelah petang, aku terus bergegas ke tapak Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong pula untuk bertugas hingga pukul 12.O0 malam. Lepas pavilion ditutup kira-kira pukul 12.30 malam baru aku bergerak balik ke rumahku di pekan T. Biasanya aku sampai ke rumah orang tuaku di pekan T kira-kira pukul 1.30 pagi. Paling awal pukul 2.00 pagi baru tidur. Dan esoknya pukul 5.00 pagi sudah bangun, bersiap untuk pergi kerja pula. Memang rutin yang memenatkan!",
"Suatu hari seperti biasa, pukul 12.30 malam baru aku meninggalkan pavilion agensi kami di tapak Pesta Pulau Pinang untuk balik ke rumahku di pekan T.",
"Masuk saja ke dalam kereta, enjin dihidupkan dan aku terus memecut menaiki jambatan Pulau Pinang untuk pulang ke pekan T.",
"Dari jambatan Pulau Pinang aku mempunyai beberapa pilihan jalan untuk balik ke rumah. Kadang-kadang aku mengikut jalan Sungai Dua. Tapi malam itu aku pulang ke rumah mengikut jalan Kubang Semang-Penanti.",
"Ketika melalui kawasan perkuburan Cina Penanti, tiba-tiba lampu keretaku menyuluh sesuatu di hadapan. Bentuknya seperti sebuah bongkah putih yang bertenggek atas busut di pinggir jalan.",
"Ketika itu dadaku mula rasa berdebar. Itu bukan malam pertama dalam lingkungan pukul 1.00 pagi aku melalui kawasan perkuburan Cina itu. Sejak bertugas di Pesta Pulau Pinang, Jalan Kubang Semang-Penanti adalah antara jalan kegemaranku untuk pulang ke rumah pada waktu-waktu sebegitu kerana jarak perjalanannya yang lebih singkat dari jalan lain. Tapi itulah kali pertama aku terlihat ada objek pelik di antara kawasan kubur dan pinggir jalan. Selalunya pukul berapa pagi sekali pun ketika melalui jalan tepi kubur Cina tersebut keadaan sangat tenang tanpa penampakan yang mencurigakan.",
"Dalam jarak 20 meter menghampiri objek merupai bongkah putih itu, tiba-tiba objek itu menggelunsur turun dari busut yang didudukinya. Kemudian ia dengan pantas melompat ke pinggir jalan raya.",
"Ketika itu dadaku semakin berdegup kencang. Degupan kian kencang apabila semakin mendekati semakin jelas rupa bentuk objek berkenaan.",
"Objek tersebut tidak setinggi mana. Tingginya cuma satu meter lebih saja. Wajahnya menyerupai susuk tubuh gadis cilik yang memakai gaun labuh berwarna putih. Gaunnya sungguh labuh seperti gaun pengantin hingga meleret atas jalan raya. Kepalanya menunduk dan di atasnya terdapat segumpal rambut yang sangat panjang mengurai mencecah jalan.",
"Kereta yang kupandu membrek mengejut apabila objek bergaun putih itu mula melintas jalan raya. Mula-mula dia bergerak dari kanan ke kiri jalan. Kemudian dia berpatah balik ke kanan dan ke kiri jalan semula. Aksi itu berulangan beberapa kali tanpa henti.",
"Pergerakannya sangat laju seperti memakai kasut roda. Kakinya tidak kelihatan kerana dilindungi gaun labuh yang meleret di atas jalan. Muka objek itu tidak jelas kerana ia kelihatan menunduk dengan tubuh membongkok ditutupi rambut panjang yang meleret hingga ke jalan.",
"Seminit dua berlalu dan aku masih di situ. Tidak berani ke depan kerana takut berlanggar dengan objek itu. Bila kereta aku undur ke bekakang, ia mendekati aku pula. Main-main betul dia ni!",
"Sesekali mataku melihat cermin belakang dengan harapan ada pemandu lain yang melalui jalan itu. Jika ada pemandu lain di belakang, sekurang-kurangnya rasa gerun yang sedang melanda akan berkuranglah sedikit. Tapi aku hampa, tiada kenderaan di belakangku.",
"Semakin lama menunggu semakin aku tidak sabar dengan game yang dimainkannya. Mundar mandir berterusan dari kanan ke kiri, kiri ke kanan tak henti-henti.",
"“Auzubillah-minasyaiton-nirajeem..Allahuakbar!” itu saja ungkapan yang kuingat untuk diucap ketika itu.",
"Serentak dengan ucapan tersebut aku terus menekan minyak kereta menuju ke arah objek tersebut. Dalam hati berkata: apa nak jadi, jadilah!",
"Ketika menghampiri dalam jarak 1 meter, objek berkenaan tiba-tiba meluncur laju ke udara, diikuti oleh bunyi menderu seperti ada taufan kuat meniup di luar tingkap kereta.",
"Aku terus tekan minyak, menggerakkan kereta ke depan. Mataku tidak berani menoleh ke kiri dan kanan jalan, juga tidak berani menoleh ke arah atas. Cermin belakang kereta aku tolak ke atas supaya mataku tidak nampak apa-apa objek di belakang.",
"Aku cuma fokus memandu ke depan. Dalam hati cuma berkata: jika tiba-tiba objek itu terjun di depanku, aku tawakkal untuk melanggarnya saja. Apa nak jadi, jadilah!",
"Mujur juga objek itu tidak mengganggu perjalananku lagi selepas itu.",
"Apabila sampai dekat pekan T, barulah cermin belakang kereta aku tolak ke kedudukan normal. Aku perhatikan ke arah cermin belakang dan alhamdulillah tiada apa-apa lembaga pelik yang mengekoriku.",
"Sesampai di rumah, aku matikan enjin kereta.",
"Ketika menghampiri daun pintu, tiba-tiba bulu romaku menegak. Tengkuk juga tiba-tiba rasa meremang semacam.",
"Hairan juga aku. Ketika objek putih tadi melintas tak henti-henti di depanku, walaupun ada ketakutan yang luar biasa tetapi bulu romaku tidak langsung meremang. Sekarang dalam keadaan sudah selamat untuk memasuki rumah, tiba-tiba meremang pula jadinya.",
"Aku masuk ke dalam rumah dan menjeling jarum jam. Ah..sudah pukul 1.30 pagi rupanya. Ibu, ayah dan adik-adikku semuanya sudah tidur. Hanya ruang tamu dan dapur sahaja yang lampunya menyala ketika itu.",
"Sebelum masuk tidur aku ke dapur untuk mengambil segelas air. Aku masukkan air itu ke dalam gelas dan meletakkannya atas meja dapur.",
"Kemudian aku ke bilik air.",
"Ketika keluar dari bilik air untuk meneguk gelas air atas meja, aku terkejut bukan main!",
"Gelas yang aku letakkan di atas meja kelihatan tertiarap. Meja basah, air bercucuran melimpahi lantai.",
"Hairan juga aku, siapa yang meniarapkan gelas dan menumpahkan air di atas meja? Orang di dalam rumah semuanya sudah tidur. Yang belum tidur cuma kucing peliharaan kami yang asyik mengiau di ruang tamu.",
"Ketika aku cuba memegang gelas yang tertiarap di atas meja, aku hampir terjerit apabila gelas itu tiba-tiba terlompat-lompat di atas meja. Aku cuba memegang gelas dan menghentikan lompatannya tetapi tanganku terasa ditepis oleh seseorang.",
"Mataku liar memerhatikan ruang dapur seluas kira-kira 7 meter x 7 meter itu. Tapi tidak nampak sesiapa di situ. Habis siapa yang menepis tanganku tadi?",
"Tiba-tiba mataku terpaling ke arah rak pinggan mangkuk berhampiran meja makan. Cawan-cawan yang berada atas rak paling atas kelihatan bergoncang dan bergeseran sesama sendiri mengeluarkan satu bunyi bising apabila berlanggar. Walaupun ada gerakan kuat berlanggar sesama sendiri, anehnya semua cawan-cawan itu tidak sedikit pun jatuh ke lantai.",
"Jemunya…tadi ada gangguan di atas jalan raya. Kini gangguan di dalam rumah pula. Entah permainan apa yang makhluk-makhluk ini sedang mainkan?",
"“Orang nak kerja la esok,” kataku dengan nada lembut tapi cukup jelas, “Dah..jangan dok kacau aku lagi. Hang dan aku sama jaa, kita sama-sama makhluk Allah. Hang pi laa balik rumah hang. Aku tak kacau hang, jadi hang janganlah kacau aku. Balik ya…?”.",
"Mataku menatap ke arah cawan-cawan atas rak. Rasa agak kecewa kerana cawan-cawan masih bergoncangan berlanggar sesama sendiri di atas rak.",
"“Ikut suka hanglah”, aku bersuara dengan nada lembut, “Orang suruh balik hang masih nak main-main di sini. Aku dah nak tidur ni. Mainlah hang sorang-sorang di situ sampai puas.”",
"Kemudian aku ke bilik air. Aku mengambil wuduk untuk solat sunat sebelum tidur.",
"Ketika keluar ke dapur nampak cawan-cawan sudah kembali aman di dalam kedudukan asal. Tiada lagi goncangan, tiada lagi bunyi perlanggaran sesama sendiri.",
"Entiti yang aku tidak pasti apa namanya yang mengerakkan cawan-cawan tadi mungkin sudah pergi. Mungkin sudah jemu kerana permainannya tidak dilayan.",
"Mungkin mereka makhluk yang terperangkap dalam dunianya yang sepi tanpa hiburan, fikirku. Lalu mereka keluar mencari hiburan dengan menjadikan manusia sebagai bahan permainannya. Mereka akan kecewa dan cepat pergi jika permainanya tidak dilayan. Entah betul atau tidak teori aku tu, tak taulah!",
"Apapun aku bersyukur ujian Allah untukku pada malam itu sudah berakhir. Alhamdulillah.",
"Beberapa hari kemudian ketika berbual dengan adik perempuanku Ani, dia menceritakan dia juga pernah mengalami gangguan yang hampir serupa di dalam rumah yang kami diami ketika balik ke rumah lewat malam beberapa minggu sebelumnya.",
"Maknanya gangguan yang kualami dalam rumah hari itu tidak ada hubungan dengan objek putih yang kutemui berhampiran kubur Cina Penanti.",
"Gangguan di dalam rumah kami itu mungkin datang dari spesis lain yang mungkin tidak sekeras makhluk yang kujumpa berdekatan kubur Cina. Sekurang-kurangnya spesis yang berada dalam rumah kami itu masih boleh dipujuk dan mendengar kata!.."
] | [
"Mula tu dia memang nak kaco…tapi bila dia rasa aura ghey ko sgt dahsyat walaupun dlm kelembutan. Terus dia lari tbirit2. Maafkan la dia, ye…"
] |
https://fiksyenshasha.com/ayahku-seorang-medical-assistant/ | ayahku seorang medical assistant | [
"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh…..Harini aku inigin menceritakan kisah yang diceritakan dari ayah aku kepada aku tentang pengalamannya yang bekerja sebagai askar medical assistant. Sebelum itu, untuk pengetahuan korang medical assistant ni kerja umpama seorang doktor dan juga seorang nurse. Ayah aku ni bekerja di resat kem askar yang terletak di Melaka. Kalau korang orang Melaka mesti tau kem yang famous di Melaka kan hehe…",
"Okay so nak dijadikan cerita ada satu hari ayah aku uruskan budak bawah dia yang meninggal masa buat latihan dekat hutan, then ayah aku sebagai medical memang kena ikut budak budak dia turun pergi buat latihan kat mana mana, so terjadi lah satu kes tu…. Ayah aku handle kes tu dari hutan tu sampai lah ke hospital. So dah settle semua ayah aku balik rumah dalam jam 11 malam dan masuk ke rumah mandi macam biasa. Pada jam 2 pagi ayah aku terbangun kerana haus dan masuk ke dapur, sebelum tu aku bagitau ruangan rumah kami jenis quarters askar, sebelum jumpa dapur tu korang akan lalu ruang tamu baru boleh jumpa dapur di bahagian hujung sekali.",
"Okay sambung, masa ayah aku nak masuk dapur tu dia ternampak macam ada kelibat lalu dekat ruang tamu berhadapan dengan tv pastu ayah aku buat macam tak nampak jela sebab ruang tamu memang gelap, lampu dapur je yang memang tak tutup bila malam. So masa ayah aku kat dapur tengah minum air depan coway dia nampak macam ada susuk tubuh lelaki tengah duduk kat sofa tengok tv yang tertutup…Bulu roma aku dah start meremangg part ni….",
"Ayah aku pun dengan slamber & rilek keluar sambil jalan tu cakap dekat susuk tubuh yang sedang duduk di sofa “kalau lapar ke dahaga pegi cari makan & minum dekat dapur, dah kenyang tu balik. Jangan duduk lama lama kat rumah aku.” Lepastu ayah aku berjalan masuk bilik macam biasa & memang dah tak nampak apa apa lepas tu.Ayah aku cakap, dia datang sebab nak berterima kasih & just nak bertegur sapa sebelum dia balik dekat tempat dia sebab budak yang meninggal tu anak buah ayah aku & kebetulan budak tu memang ayah aku banyak tolong dia masa tengah rekrut.",
"Seterusnya cerita kedua ialah pengalaman ayah aku bekerja di Lubnan.Ayah aku dihantar untuk mengikuti budak rekrut menjalani latihan di Kem Lubnan, kemudian ada kes budak meninggal kena langgar dengan jentera besar di Kem tersebut. Jadi ayah aku la kena handle juga… So memang badan budak tu hancur lepas kena langgar tu sebab jentera tu memang besar, korang bayangkan jentera yang tolak salji untuk bagi jalan clear tu, ha jentera yang tu lah… so memang kes ni agak leceh nak handle sebab badan budak tu hancur then tempat tu bersalji memang jalan tu agak susah untuk cuci kesan kemalangan tu berdasarkan apa yang ayah aku cerita lah…",
"Kemas kemas siap semua dah settle hantar semua ke hospital di Kem Lubnan ayah aku pun balik menuju ke bilik di Kem tersebut untuk berehat setelah penat seharian bekerja. Ayah aku tertidur dan bangun ketika waktu maghrib dan bilik gelap kerana tidur petang … katil di dalam bilik tu katil double-decker & ada dua, bilik tu ada 4 orang termasuk ayah aku…ketika ayah aku terbangun pada waktu maghrib ayah aku perasan ada kawan dia duduk di katil belah bawah yang bersebelahan dengan katil ayah aku. Ayah aku bangun dan duduk check fon jam menunjukkan waktu Maghrib di sana. Ayah aku pun Tanya la dekat kawan dia tu “kenapa kau duduk dalam gelap ni, tak reti bukak lampu ke dah maghrib ni.. aku tertidur tadi lepas balik kerja.”",
"Selepas beberapa kali memerhati ayah aku perasan yang duduk di katil bawah tersebut bukan kawan ayah aku, dia diam dan tidak menyahut panggilan ayah aku. Dia hanya duduk dan memandang ke bawah. Untuk pengetahuan korang, sebagai prebet atau budak rekrut memang diorang tak boleh simpan rambut so memang diorang selalu botak je. So dari situ ayah aku perasan something.",
"Ayah aku pun bertegur la “kau nak apa datang jumpa aku ni?” then benda tu jawab yang dia tak boleh pergi lagi sebab sisa badan dia ada lagi dekat tempat dia kena langgar tu. Ayah aku apa lagi bangun turun katil dan terus call orang untuk buat pemeriksaan dan pembersihan dekat tempat tu sekali lagi……",
"Sampai sini jela buat masa ni, and aku rasa diorang dah jumpa sisa badan budak tu sebab malam tu ayah aku tidur dengan tenang dan takde gangguan apa apa… hehe jumpa lagi !!!! Terima kasih kerana membaca ….."
] | [
"Askar…hmmm"
] |
https://fiksyenshasha.com/blok-anggerik/ | BLOK ANGGERIK | [
"Blok Anggerik merupakan salah satu dari kolej kediaman siswa yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk setempat. Kisah penampakan makhluk halus yang sering mengetuk tingkap pelajar pada waktu tengah malam juga pernah hangat diperkatakan suatu ketika dahulu. Meskipun begitu, blok ini masih dibuka untuk penempatan kerana kepadatan pelajar yang terpaksa ditangani pihak pengurusan.",
"Salah seorang penghuni blok ini ialah Ameena. Sudah banyak kali dia mendengar cerita yang tidak enak tentang blok ini. Dia malas mengambil pusing. Namun tengah malam ini, entah kenapa tiba-tiba perutnya memulas. Dia cuba melupakan bayangan kisah yang bergentayangan di mindanya.",
"“Positif Meena, positif!” kata Ameena penuh semangat.",
"Ameena mula melangkah sendirian di koridor tingkat atas blok Anggerik. Keadaan bangunan yang sudah semakin usang dengan cat yang berkeruping membuatkan Ameena keseraman. Laju dia melangkah bertemankan cahaya lampu pedafluor yang berkelip-kelip. Hasratnya untuk ke tandas harus diteruskan.",
"Bunyi titisan air dari paip di sinki tiba-tiba membuatkan Ameena berasa seriau. Ditambah pula dengan lampu yang menyala hanya satu, lagilah menyebabkan Ameena semakin seram sejuk. Meskipun begitu, dia cuba positif dan meneruskan hasratnya.",
"“Eh, kenapa berkunci pula ni?” Ameena pelik. Pintu tandas pertama berkunci. Dia beralih pula ke tandas sebelah.",
"“Eh, kunci juga?” Ameena berkata sendirian sambil cuba untuk mengetuk pintu tandas tersebut. Memikirkan dia akan mengganggu orang di dalam, dia beralih sahaja ke tandas ketiga. Namun, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.",
"“Eh, bukankah tandas ni berkunci? Kenapa tiba-tiba terbuka ni?” gumam Ameena pelik. Setahunya, sejak dia berada di sini, tandas paling hujung ini sentiasa berkunci. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Ameena malas mahu ambil endah. Perlahan-lahan dia menjengah tandas tersebut.",
"“Aku masuk jelah,” monolog Ameena lalu mengunci pintu.",
"Usai melepaskan hajat, tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang memandangnya dari arah atas. Ameena meremang. Sepantas kilat dia mendongak. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat susuk lembaga berambut panjang mengurai dengan lidah terjelir sedang bertenggek di atas tandas. Mata yang merah dengan mulut yang tersenyum aneh begitu pegun menatapnya. Ameena ketakutan. Saat itu juga dia membuka pintu lalu cuba melarikan diri.",
"Tanpa disangka-sangka, tangannya dipegang dari belakang. Kepala lembaga itu sengaja dilentokkan betul-betul di atas bahunya.",
"“Kerja elok-elok tau,” kata lembaga itu dengan ketawa halus.",
"“Argh!!!” teriak Ameena kaget. Dia tidak mahu memandang lembaga itu. Dia mempercepat langkahnya sederas yang boleh. Rasa seriaunya kini meremang begitu sukar diungkapkan. Apa yang pasti, dia perlu lari dari situasi ini.",
"“Meena!” panggil satu suara secara tiba-tiba. Bahu Ameena terangkat lantaran terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia cuba memekakkan telinga.",
"“Meena! Kau laju sangat nak pergi mana? Akulah, hei, ni akulah!” kata suara itu lalu menepuk bahu Ameena dari belakang. Tanpa semena-mena, Ameena jatuh terduduk lalu menutup telinga dengan kedua-dua belah tangannya. Dia takut.",
"“Meena, kau okay tak ni? Ni akulah, Tijah,” kata suara itu memegang bahu Ameena.",
"Ameena masih seperti tadi. Kaku.",
"“Meena. Hei, Ameena. Ni akulah. Tijah,” kata suara itu lagi cuba untuk meyakinkan Ameena.",
"Ameena membuka matanya perlahan-lahan untuk mengamati tuan empunya suara. Benar, itu ialah sahabatnya.",
"“Tijah!!! Aku takut!” kata Ameena seraya memeluk sahabatnya itu seerat mungkin.",
"“Kau kenapa ni?” soal Tijah yang turut pelik.",
"“Aku… Aku nampak sesuatu,” ujar Ameena sambil menunjuk ke arah tandas di hujung koridor. Tijah turut memandang ke arah tandas lalu berpaling semula ke arah sahabatnya itu.",
"“Kau nampak dia ya?” soal Tijah.",
"Ameena mengangguk dengan rasa takut yang masih bersisa.",
"“Jangan risau, dia okay. Kau tu baru masuk sini, memang tak kenal dia lagi,” kata Tijah sambil tersenyum.",
"Ameena pelik. “Apa maksud kau?”",
"“Dia yang selalu ketuk tingkap student dulu. Sekarang ni, dia nak bersara katanya. So, tugas kita ambil alih. Nah, pegang bakul ni. Ramai student tengah stay up untuk exam esok ni,” kata Tijah sambil menghulurkan bakul merah kepada sahabatnya itu.",
"“Haah lah. Patut dia pesan tadi suruh kerja elok-elok. Boleh pula aku lupa,” ucap Ameena sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih-sengih lalu menuju ke luar bilik pelajar yang masih berjaga di tingkat atas. Tangannya pantas mengetuk tingkap bilik itu.",
"“Dik, nak karipap?” kata Ameena dengan senyum menyeringai."
] | [
"siyes arr… kelakar pulak la hantu lupa diri yg dia tu hantu.. heheheheh",
"Nak memerut kena skodeng jgk…ghey punya puaka."
] |
https://fiksyenshasha.com/dukun-siam/ | DUKUN SIAM | [
"DUKUN SIAM",
"Beberapa tahun lepas. Tak betah duduk, dia berdiri dan kemudian mundar-mandir di ruang tamu. Hakim mencekak pinggang, hatinya bolak-balik. Kepala yang tidak gatal digaru-garu.",
"Seketika dia kembali duduk, telefon dibuka. Cebisan kertas dalam saku dibawa keluar. Dia termenung seketika, kemudian melepaskan keluhan panjang.",
"Hakim nekad untuk membuat panggilan, lama dia menunggu namun hampa, panggilan tiada jawapan. Dia menarik nafas semula, wajah Myra yang menghiasi ‘wallpaper’ telefonnya membuatkan dia kuatkan semangat untuk cuba membuat panggilan kembali.",
"Talian berdering masuk tapi tak berangkat, Hakim menanti dalam debaran. Saat dia melepaskan nafas kecewa dan hampir menamatkan panggilan, talian berjawab.",
"“Hello…” sapa Hakim sebaik panggilan masuk.",
"“…Hello, ada orang tak ni?” Senyap tiada jawapan, hanya bunyi desiran angin yang mengilukan telinga. Hakim mengetap bibir geram, dia pasrah dan mahu menamatkan panggilan.",
"“Hmmm…” telinga Hakim menangkap suara seseorang di talian.",
"“Err hello..ni tok bomoh ke?” Hakim segera menyoal.",
"“Ho..dukun, ambo tok dukun” jawab tok bomoh itu ringkas dengan suara garau.",
"“Err saya..”",
"“Ambo tau..tok soh royak, demo mari jumpa ambo” belum sempat Hakim berkata-kata, tok bomoh telah memberikan arahan.",
"“Err..aa..dekat mana tok?” Soal Hakim dengan rasa berdebar.",
"“Dekat jah, demo gi banglo atas bukit belake rumah demo tu male esok, kok-kok mano demo mari” arah tok dukun serius seraya menamatkan panggilan.",
"Hakim termenung, “banglo atas bukit? Uishh”",
"Hatinya sedikit resah, banglo besar di atas bukit itu telah berkurun terbiar, tak ramai berani naik ke sana. Mengikut cerita ada banyak kejadian b***h terjadi di banglo itu.",
"Hakim mendail nombor Rosli, hajatnya mahu mengajak Rosli menemaninya, namun panggilan tak berjawab.",
"Keesokan harinya, Hakim tak dapat fokus dengan kerja di pejabat. Fikirannya terganggu memikirkan banglo itu. Kisah-kisah seram, puaka dan berhantu mengenai banglo itu berlegar-legar di kepalanya.",
"Kejadian terakhir yang sampai ke telinga, sekumpulan remaja yang aktif membuat rakaman paranormal telah naik ke banglo atas bukit itu. Namun hingga kini tidak muncul dan mereka hilang begitu sahaja.",
"Ada juga cerita yang didengari, kaki judi naik memuja untuk minta nombor ekor, namun akhirnya ditemui dalam keadaan ngeri.",
"Tak kurang juga ada yang menjadi gila malah ada yang lumpuh akibat naik ke sana. Enah apa lah yang berlaku.",
"Hati Hakim semakin resah, jam menunjukkan angka 3 petang, Rosli masih tak menjawab panggilannya.",
"Kemudian matanya meliar mencari siapa yang boleh dijadikan teman. Dia tak sanggup pergi sendirian.",
"“Yunus!!” Jerit Hakim sambil melambai tangan.",
"“Hah apa Kim?” Soal Yunus sebaik mendekati meja Hakim.",
"“Malam ni kau sibuk tak? Teman aku” pinta Hakim penuh harapan.",
"“Pergi mana?”",
"“Ada laa..jom la, nanti aku belanja la kau makan ke apa” Hakim menabur janji sambil tersengih.",
"“Haa, boleh lah, tapi ambik aku dekat rumah” ujar Yunus dan berlalu. Hakim menguntum senyum, mujur ada Yunus, kalau tidak dia sorang la jawabnya.",
"Malam menjelma, Hakim tiba di hadapan rumah Yunus. Hon kereta dibunyikan. Dalam 5 minit menunggu, Yunus belum juga keluar.",
"“Eh kemana pulak si Yunus ni tak keluar-keluar, dah dekat pukul 9 ni” bebel Hakim seraya mendail nombor Yunus.",
"“Ahh, tak cantik ni” Hakim mengeluh, taliannya masuk ke ‘mailbox’. Dia turun dari kereta mahu masuk ke dalam rumah, namun pintu pagar berkunci. Rumah juga bergelap seperti tiada orang.",
"“Alamak, kunci pulak, erm kereta dia pun tak ada ni, kemana la malaun ni pegi, dah janji kot” Hakim merasa sedikit marah. Tak lama kemudian, Hakim berlalu pergi. Kelibat Yunus tidak juga keluar walaupun puas dia menekan hon dan memanggil.",
"“Ahh sorang pun sorang laa, demi Myra, lautan api aku redahhh” jerit Hakim sendirian menguatkan semangat.",
"Dia tiba di kaki bukit hampir jam 10 malam, kereta terpaksa diparkir di bawah kerana ada runtuhan jalan masuk ke banglo membentuk satu lubang yang panjang. Mustahil mana-mana kenderaan dapat melaluinya.",
"Hakim berjalan melepasi pintu pagar yang telah tumbang. Pondok pengawal di sebelah kiri di tenung dari jauh, suasana yang gelap disinari cahaya bulan malap memperlihatkan sepasang mata bercahaya memandangnya dari dalam.",
"Hakim mempercepatkan langkah. Ketakutan mula menyelubungi. Suasana bertambah gelap dan pekat di pertengahan jalan. Dia hanya bertemankan lampu suluh. Terasa mengah memanjat bukit menuju ke banglo di atas.",
"Meremang bulu roma Hakim sepanjang perjalanan naik. Sekejap terdengar bunyi orang berjalan turun, kemudian terdengar orang ketawa. Kejap-kejap seperti ada yang melintas.",
"Hakim mula rasa nak menangis, namun digagahkan jua. Tiba di atas, banglo tiga tingkat tersergam di depan mata, besar dan menakutkan. Semak samun melingkar di sekeliling banglo.",
"Keadaan sangat gelap dan hening. Sesekali terdengar bunyi angin seolah bersiul-siul. Terasa bagai ada banyak mata memerhati.",
"Hakim berjalan perlahan masuk melalui pintu utama. Daun pintu sudah tertanggal sebelah. Lampu di suluh ke dalam bahagian kanan. Perabot lama dan daun kering berselerakan.",
"Hakim meninjau ke bahagian kiri. “Zappp” terasa ada sesuatu melintas di belakangnya. Sepantas kilat dia berpaling.",
"“Siapa tu??” Soal Hakim. Suaranya bergema.",
"“Tok!! Tok!!…tok dukun!! Saya dah sampai” Hakim memanggil-manggil dengan suara sedikit bergetar. Jantungnya berdegup kencang.",
"Hakim tersentak, bunyi seperti seseorang bermain paip air di singki kawasan dapur sedikit ke belakang.",
"Perlahan Hakim menuju ke dapur, nafas cuba di kawal. Dia mengintai sedikit ke ruangan dapur dari dinding pemisah. Ada seseorang sedang berdiri mengadap singki dan bermain-main paip air.",
"“Ttt…ttokk ke tuuu?” Soal Hakim tergagap-gagap. Namun tiada jawapan.",
"Hakim berjalan sedikit demi sedikit mahu merapati dan menepuk bahu orang itu. Belum sempat sampai, orang itu berpaling dan menyeringai.",
"Rambutnya panjang tetapi jarang-jarang, wajahnya mereput terkopek-kopek dan mata terkeluar.",
"Lutut Hakim terketar-ketar. “Aaaa…” Dia berlari keluar dari dapur menuju ke pintu utama.",
"Belum reda di sergah hantu di dapur tadi, kini di pintu hadapan pula, berdiri tegak satu makhluk badan berbulu seperti monyet yang sangat besar. Wajahnya garang dan mahu menerkam Hakim.",
"Hakim tiada pilihan, dia memanjat tangga dan naik ke tingkat dua berlari tak tentu arah. Kemudian masuk ke satu bilik lalu meniarap bersembunyi di tepi katil bersebelahan dinding.",
"Mulutnya ditekup untuk menahan suaranya. Lampu suluh dipadamkan. Jantung berdegup bagai nak pecah. Dari bawah katil, Hakim dapat melihat monyet tadi berjalan melepasi bilik terkedek-kedek.",
"Untuk beberapa ketika, Hakim membatukan diri sehingga keadaan reda dan dia merasa kembali tenang.",
"Perlahan-lahan kepala diangkat meninjau sebalik katil. Lampu suluh kembali dibuka.",
"Hakim bingkas bangun melarikan diri. Sebaik lampu suluh dibuka tadi, suluhannya tepat ke arah wajah hantu bungkus yang baring mengiring menghadapnya dari atas katil.",
"Berterabur Hakim berlari keluar dari bilik itu entah kemana. Dia berhenti mencari nafas yang tercungap-cungap.",
"“Tak guna betul, lepas satu, satu..menyesal betul datang” bebel Hakim. Berbakul-bakul kata makian keluar dari mulutnya.",
"Hakim bediri tegak, terdengar suara seseorang batuk. Di hujung lorong kelihatan samar-samar kelibat seseorang.",
"Hakim berjalan perlahan menyusuri dinding. Jantung kembali berdegup kencang. Semakin dekat, jelas kelihatan, seorang tua berjalan terbongkok-bongkok menggunakan tongkat.",
"“Apa benda pulak ni, aduhh” Hakim mengeluh panjang. Telahannya benar, orang tua itu ketawa dan mula berjalan mengundur. Hakim yang dah nak terkencing turut berundur seiring dan seirama pergerakan orang tua itu.",
"“Pap!!” Seseorang menepuk bahunya dari belakang.",
"“Aaaaaaa…” Hakim menjerit panjang saat berpaling. Seorang lelaki berkepala botak dan berselempang oren tersenyum melihatnya.",
"“Bobo la nepik, ambo ni..”",
"“Ttttt…tttokk dukun??” Soal Hakim sambil mengurut dada. Airmata dikesat lalu melemparkan senyuman tawar.",
"“Panggil ambo tok sami, mai ikut ambo..”",
"Hakim hanya menurut sambil menelan air liur. Seketika mereka masuk ke dalam sebuah bilik.",
"Dindingnya penuh dengan contengan-contengan aneh. Cahaya lilin yang banyak menerangi ruangan bilik itu. Terang benderang.",
"“Duduk!!” Arah tok Sami. Hakim menurut sahaja duduk berdepan dengan tok sami. Ada sebuah meja di antara mereka.",
"Di atas meja ada satu kepala khinzir dalam sebuah bekas, d***h pekat memenuhi bekas itu. Terdapat juga tengkorak kehitaman. Hakim menelan air liur dan tergamam.",
"“Ambo sajo test tadi, nak tengok demo lari keluar ko lagu mano, jange maroh deh hehe” ujar tok sami sedikit tersengih.",
"Hakim senyum tawar, melihat wajah tok sami juga menyeramkan sebenarnya.",
"“Ado bawak gambar tino tu dok?” Soal tok sami. Hakim mengeluarkan sekeping gambar Myra yang berada dalam dompetnya lalu diserahkan kepada tok sami.",
"Tok sami memperasap gambar Myra dengan asap kemenyan. D***h khinzir yang bertakung dalam bekas di calit dan di oles pada gambar Myra.",
"“Ambo tidok nak buat tino ni gilo ko demo sajo, tapi nak bui demo lebih lagi” ujar tok sami serius.",
"“Aa..apa maksud tok sami?” Soal Hakim takut-takut.",
"“Balik nanti, kalu tino ni nok ko demo, demo keno mari lagi jupo ambo, demo keno jadi anok didik ambo, ambo ajar demo jadi lebih lagi”",
"Hakim sekadar mengangguk. “Kkaa..kalau saya tak mahu..mmaa..macam mana tok?” Soal Hakim ketakutan.",
"Tok sami sekadar senyum, “demo pasti mari”",
"Seketika tok sami membaca serapah yang langsung Hakim tidak fahami dan seolah-olah ‘menurun’.",
"“Ni minum” tok sami menghulurkan segelas minuman.",
"“Air apa ni tok?” Soal Hakim sambil menyambut gelas yang dihulurkan.",
"“Daroh b*bi hahaha” tok sami ketawa.",
"“Hah?? Takkan saya kena minum?” Hakim merasa loya dan mual.",
"“Ikut demo laa, kalu rasa tok sey tino tu, tak payoh minum, kalu nok tino tu..” ujar tok sami menunjukkan tangan ke arah gelas.",
"Hakim serba salah, tanpa berfikir panjang, dia menutup hidung lalu menelan sekali gus semua yang ada di dalam gelas itu.",
"Tok sami tersenyum, Hakim menekup mulut menahan mual.",
"“Demo boleh balik, esok ambo jamin, tino tu demo punyo”",
"Hakim bingkas bangun berlari keluar dan memuntahkan segala isi perutnya. Teruk benar rasanya meminum d***h.",
"Dari jauh dia mendengar tok sami membaca serapah dalam bahasa siam. Hakim bergegas turun apabila mula melihat pontianak terapung menghampirinya.",
"Tiba di kaki bukit, Hakim cepat-cepat masuk ke kereta dan berlalu pergi. Sempat dia menoleh ke cermin. Manusia berkepala anjing di pintu pagar melambai-lambai.",
"Beberapa hari kemudian, Hakim tersenyum bangga, hatinya puas melihat Myra nyenyak tidur dalam pelukannya di atas katil. Hasratnya kini tercapai.",
"Malamnya, Hakim bergegas ke banglo atas bukit untuk bertemu tok sami. Sebaik sahaja tiba, Hakim berjalan laju, sempat melambai makhluk berkepala anjing yang menjadi pengawal lagaknya.",
"“Tok…tok sami!!” Sapa Hakim sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.",
"“Ambo royak doh, demo mesti marii” tok sami tersenyum.",
"Maka bermulalah perjalanan penuh syirik dan khufur buat Hakim. Mata hatinya telah dibutakan dek nafsu serakah. Memilih jalan kelam dan hina.",
"Menjadi anak murid tok sami, bermacam ilmu karut Hakim belajar. Dengan ilmu itu Hakim mendapatkan kemasyuran, wanita, harta dan pangkat. Hidupnya semakin terpesong jauh.",
"Setiap bulan mengambang, ada saja ritual pelik dan pemujaan yang Hakim lakukan, baik secara sendirian atau dengan tok sami.",
"Namun berganti tahun, hubungan Hakim dan Myra mula membibitkan keretakan. Hakim sedikit hairan, kepada tok sami tempat dia mengadu.",
"“Demo tok payoh la harap ko tino tu lagi”",
"“Kenapa tok? Lubuk kemewahan saya tu”",
"“Demo key royak tino tu ngandung, demo b***h jah dio, ambil d***h dio, bawok mari…”",
"“Eh nak buat apa tok?”",
"“….lagi molek, demo bawok janin dio sekali hahahahaa”",
"Bergegar segenap ruang dengan hilai tawa dari tok sami.",
"Zack dan Aini bergegas turun mendapatkan pak Omar.",
"“Pak Omar!!” Sapa Aini keletihan.",
"“Hah, kamu berdua, kenapa ni?” Soal pak Omar tenang.",
"“Abang Rosli..jasad dia kat atas..aa..err” Aini tergagap-gagap. Pak Omar mengerutkan muka tanda tak mengerti.",
"“Macam nak m**i!!” Ujar Zack menyambung kata-kata Aini.",
"Pak Omar bangun akibat terkejut. “Hah? ‘Dia’ ada dekat situ tak?”",
"Aini dan Zack menggeleng. “Dari pagi lagi abang Rosli keluar, sampai sekarang tak balik-balik”",
"Pak Omar terus bergegas naik ke wad. Zack dan Aini mengekori. Sebaik tiba di wad, pak Omar hanya memerhati dari pintu.",
"Doktor dan jururawat kebingungan melihat situasi tubuh Rosli. Sekejap-sekejap menunjukkan tanda riwayatnya habis dengan iringan bunyi bip panjang pada mesin hayatnya.",
"Namun selang seketika, kembali hidup dan menggelupur bagai ayam yang baru disembelih. Menggeletar dan menghentak-hentak. Mereka semakin penat dan hanya memandang sahaja.",
"Pak Omar menarik nafas dan menggelengkan kepala. “Kau buat apa laa ni Rosli”",
"Lalu pak Omar memejam mata, menggenggam tangan dan seperti membaca sesuatu. Zack dan Aini hanya memerhati.",
"Seketika, pak Omar membuka tapak tangan, dan meniup perlahan ke arah jasad Rosli di dalam wad.",
"Sayup dan jauh satu suara masuk ke telinganya. Matanya merasa berat. Badan terasa lemah.",
"Rosli terus bangun duduk dan tercungap-cungap seolah baru lepas kehabisan nafas. Keadaan sekeliling di tinjau.",
"“Aku kat mana ni?” Soal Rosli menyapu wajah.",
"“Kat condo saya…” Rosli baru perasan yang Myra mengejutkannya. Mereka kini di ruang tamu condo Myra.",
"“Mana ‘dorang’ ?? ” Rosli memegang tengkoknya.",
"“…tadi awak tak sedarkan diri, dorang bergegas bawak polis perempuan tu ke hospital. Lepas tu ramai sangat polis dekat condo ‘mak leha’ tu, saya bawa awak ke sini” panjang lebar Myra menerangkan. Rosli masih rasa ‘blurr’.",
"Dia merasa lain macam, mata di pejam, berkali-kali namun dia tetap di condo itu.",
"“Alamak, dah tak boleh ke, aku kena balik cari pak Omar ni” bebel Rosli sedikit panik.",
"“Awak ok ke?” Soal Myra pelik dengan tingkah laku Rosli.",
"“Arghh…arghh..hmm” Rosli cuba memejamkan mata lagi dengan harapan dia akan kembali ke wad jasad nya berada, namun gagal.",
"“Hei awak, kenapa ni?” Soal Myra seraya memegang Rosli.",
"Dan seketika mereka berdua menghilang. Ruang tamu condo menjadi kosong.",
"Ruang menunggu di wad kecemasan agak tenang, tak ramai orang di waktu ini.",
"Kamil dan Kunon duduk termenung menanti khabar, Salina di dalam berjuang untuk terus hidup.",
"Dia pada mulanya sudah terkulai layu dalam dakapan Kamil, namun tersedar di ‘hidup’ kan Rosli. Kebetulan skuad bantuan kecemasan tiba, Salina di bawa ke hospital segera.",
"“Aku masih tak percaya, apa yang sepupu aku dah buat. Tak masuk dek akal” Kamil berbicara memecah kesunyian.",
"Kunon menepuk bahu memberi semangat. “Orang, kalau dah termakan permainan syaitan ni, memang tak masuk akal Mil, aku yang kejar dia tadi, nampak dengan mata kepala aku sendiri, dia lari tak seperti manusia biasa”",
"Mereka sama-sama mengeluh panjang.",
"“Inspektor!!” Seorang pembantu perubatan keluar. Kamil dan Kunon bingkas bangun mendapatkannya.",
"“Semuanya ok, dia dah stabil”",
"Kamil dan Kunon mengurut dada lega.",
"*cerita ini hanyalah rekaan sahaja, ianya mengarut dan tak masuk akal, kadangkala boring dan bosan, malah tidak seram langsung.",
"Semoga terhibur."
] | [
"atas citer lain, bwh citer lain..pening",
"cerita awal dah best, ending berterabur",
"Apa benda ni",
"Super fake n ghey to the maxx…",
"Kenapaa cerita tergantunggg 🙁 best dahhh, boleh buat cerpen lepasnii tapi tulaa mcm tergantungg",
"jap aku x paham.. td kisah hakim dan myra. tup2 kisha lain plk. pahtu teragntung, ape yg nk diceritakan sebenarnya???",
"Cerita awal dah okay but masuk je bahagian tengah sampai akhir dah lain ceritanya."
] |
https://fiksyenshasha.com/di-bawah-kelangkang-dia/ | Di bawah kelangkang dia… | [
"Di bawah kelangkang dia…",
"Azan Maghrib mula berkumandang di corong radio. Walaupun begitu suasana pada petang itu masih lagi cerah. Jelas kelihatan tepian Pantai Rantau Abang yang tenang.",
"“Kita berhenti solat di sini dulu yer. Kuala Terengganu jauh lagi ni. Nanti tak sempat nak Maghrib. Tak best lah jamak sebab ada surau di sini…” Cadang sahabat saya sambil membelok kereta ke pekarangan surau di tepi jalan tanpa mendengar persetujuan daripada saya.",
"“Saya ‘uzur’, tunggu dalam kereta jer. Awak pergi lah,” bisik saya perlahan.",
"Sahabat saya itu tersenyum lalu melangkah keluar meninggalkan saya sendirian di kereta.",
"Beberapa minit kemudian sahabat saya yang saya namakan sebagai Rina itu datang kembali lalu mengetuk cermin tingkap saya.",
"“Kita makan dulu di warung sana. Lapar..” Rina menuding jarinya ke arah warung yang terletak di seberang jalan sana. Saya mengikut cadangan Rina memandangkan perut saya juga masih belum berisi sejak tengahari tadi.",
"Memandangkan masih dalam waktu maghrib dan pelanggan lain masih belum ada sangat mudah untuk kami memilih meja makan. Kami memilih meja yang berada di dalam kedai, menghadap pintu masuk bagi memastikan kereta kami berada dalam keadaan selamat kerana banyak barang berharga di dalamnya.",
"“Mek nok oda gapo?” Soal pelayan itu dalam loghat Kelantan.",
"“Panas-panas, goreng-goreng ada kak?” Soal Rina.",
"“Adooo… Oyak jo gapo, sumo ado.” Jawabnya lembut.",
"Saya meletakkan beg tangan di kerusi sebelah. Mula melabuhkan p******g di kerusi batu. Panas!! Kerusi batu itu panas seperti baru lepas di duduki orang. Saya beralih duduk di kerusi yang satu lagi. Pelayan itu mula menjeling tajam ke arah saya.",
"“Bakpo beralih gak?” Soalnya sinis.",
"“Sini selesa. Boleh tengok TV..” Jawab saya berbohong. Hati saya mula berasa sesuatu.",
"Usai mengambil pesanan kami, pelayan itu terus ke dapur.",
"“Kenapa?” Soal Rina yang sudah ‘masak’ dengan sikap saya.",
"“Tak ada apa. Saja jer, tu nak tengok TV,” saya memuncungkan mulut ke arah televisyen yang sedang menyala.",
"“Kedai ni tak orang lagi, mesti cepat dapat makan. Lapar gila dah ni..” Ujar Rina tidak sabar. Saya mengangguk perlahan sambil mata melilau mencari dimana silapnya sehingga bulu tengkuk saya boleh berdiri terpacak.",
"15 minit berlalu, makanan masih belum tiba. Rina berlalu untuk ke tandas, tinggalkan saya sendirian. Tiba-tiba kaki saya terasa panas. Saya yang hanya memakai ‘selipar jepun’ itu dapat merasakan seperti ada binatang berbulu lebat lalu di atas kaki saya. Saya terus memandang televisyen, dalam hati saya mula berzikir. Jangan lah dia muncul di hadapan mata saya.",
"“Lambak sikit deh, ore krijo baru date…” kata pelayan itu sambil meletakkan air di meja. Saya mengangguk sambil senyum.",
"Sangkaan saya meleset apabila makhluk itu mula keluar daripada bawah meja dan bertenggek di kerusi yang saya tidak jadi duduk itu tadi.",
"“Itu pun kau, patutlah kerusi itu panas. Tempat kau kan?” Bisik hati saya, mata tetap terus memandang televisyen supaya makhluk itu tidak menyedari bahawa saya tahu keberadaan dia.",
"Dia memandang saya dan mendekatkan muka hodoh dia ke cuping telinga saya. Membisikkan mentera yang saya tidak faham maksudnya. Bau hamis telur ayam busuk mula mencemar hidung saya. Saya teruskan berzikir, bertahmid dan bertakbir di dalam hati. Ayatul Qursi dan 3 qul (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq- dan Surah An-Nas) tidak putus.",
"Dia yang terasa sedikit terganggu mula bertenggek di atas meja tepat di hadapan muka saya, minuman saya tadi betul-betul di bawah kelangkang dia. Hamis telur busuk betul-betul mengganggu saluran pernafasan saya. Perasaan loya mula bertamu. Saya cuba untuk tidak bertentangan mata dengannya. Sedaya upaya saya mengelak daripada memandang dia.",
"Matanya yang merah menyinga itu memandangkan saya seolah-olah saya cuba melawan dia. Lidah nya yang bercabang kehitaman itu mula terjulur untuk menjilat wajah saya. Saya cekal kan hati terus membaca surah surah lazim yang saya hafal. Peluh dingin mula membasahi dahi dek kerana rasa mual sudah sampai ke tekak. Akhirnya Rina muncul setelah beberapa minit dia ke tandas.",
"“Belum sampai lagi ke makanan? Saya pergi toilet, tengok dapur dia macam tak ada orang kerja jer. Minum jer lah dulu…” Keluh Rina mungkin tidak tahan lapar.",
"Makhluk tersebut mula beralih tumpuan dia, dia ke sebelah Rina untuk membisikkan mentera ke telinga Rina sama seperti saya tadi. Saya segera mengajak Rina keluar daripada kedai tersebut dengan alasan servis kedai tersebut sangat lambat.",
"“Orang tak ada, kita dah setengah jam tunggu. Lapar nak m4mpus ni, dah loya perut saya tahan lapar. Jom cari ‘fastfood’ jer. McD ke, KFC ke… Jom…” Saya menarik tangan Rina membuatkan Rina tersentak lalu terlanggar gelas yang dipenuhi dengan air sirap itu lalu tumpah ke lantai. Melihat keadaan itu pekerja tersebut bingkas bangun dan mendatangi kami.",
"“Mek… Metaaa lah, akk baru bukok keda, ore krijo tok date lagi, tuke masok baru nok buak rencoh, duduk lah metaaa…” Rupanya pelayan itu adalah pemilik kedai tersebut.",
"“Tak pa lah kak. Jauh lagi kami ni, hari dah gelap. Nanti lambat sampai pulak ke Kuala Terengganu. Maaf yer kak. Kalau macam tu kami bayar jer lah makanan yang tak jadi kami makan tu sekali dengan air ni..” Rina mencelah. Ada nada marah dalam percakapan Rina.",
"“Dakpo lah.. Mogo tok make nok bayar gapo. Maaf lah ko tunggu lamo… Bayar duit air jer lah.” Pemilik kedai itu langsung masuk ke dalam meninggalkan kami setelah selesai pembayaran. Jelas kedengaran dia meleteri pekerjanya dalam bahasa yang saya tak faham. Bahasa Siam mungkin.",
"Saya masuk ke dalam perut kereta. Daripada kejauhan kelihatan makhluk itu kembali bertenggek di kerusi itu sambil tangannya melambai-lambai ke udara seperti tangan patung kucing di kedai-kedai Cina yang selalu kita nampak. Setelah itu berpusu-pusu pelanggan mula memenuhi kedai tersebut.",
"“Adik ok tak ni?” Soal Rina sambil menghidupkan enjin kereta.",
"“Lapaaaarrrr…” Jawab saya pendek. Rina ketawa mengekek.",
"Sebelum kereta Rina meluncur keluar daripada perkarangan surau, sempat saya melihat makhluk itu pergi dari sebuah ke sebuah meja yang lain seakan membisik sesuatu ke telinga setiap pelanggan. Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada segala sihir dan ilmu hitam.",
"Benarlah, kita tidak boleh membinasakan iblis, syaitan dan jin kerana umur mereka panjang sehingga ke hari penghabisan (Kiamat). Itu janji mereka untuk menyesatkan kita umat manusia, tetapi kita boleh menjadikan Al Quran sebagai pendinding daripada syaitan, iblis dan jin laknatullah. Sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan dan iblis yang direjam."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/kalau-nampak-benda-ganjil-baca-je-doa-mama-suruh-rumah-mertuaku/ | “Kalau nampak benda ganjil, baca je doa mama suruh.”- Rumah Mertuaku | [
"As salam pembaca.",
"Ni bukan kali pertama aku menulis tapi hampir semua story aku simpan je jadi kan khazanah. My own collection. Kisah kali ini bekisar tentang rumah mertua aku.",
"Aku tinggal kat kampung bersama mertua aku dah lebih 7 tahun. Dulu aku menetap dibandar tapi sejak aku tak kerja, aku jaga anak anak yg masih kecil. Rumah mertua aku boleh dikirakan sangat besar. Banglow tepi pantai. Walaupun tinggal kat kampung. Kawasan sini semua rumah batu dan takde satu pun kayu. Mungkin kerana, kawasan dekat pantai maka batu lebih reliable.",
"Kami tinggal serumah tak ramai. Aku sekeluarga 5 orang, pak mertua, mak mertua dan adik ipar bongsu. Rumah ni luas so memang sunyi.",
"Tahun pertama aku tinggal kat sini aku dah rasa satu perasaan ‘asing’. Asing maksud dia macam ada yang tak kena. Kalau kau tengah masak kat dapur, kau boleh rasa ada orang perhatikan kau dari dining room. Dan kalau kau kat dining room, kau akan rasa orang perhatikan kau dari dapur. Jendela dapur ni agak besar dan takde pasang langsir. Berada depan sink dan setiap kali aku cuci piring cawan apa semua, selalu lah juga ada benda yang buat tawaf. Tak jelas tapi ada. Macam seimbas dan sangat laju. Macam flash tu.",
"Suatu malam tu. Masih awal dalam pukul 10. Aku tengah kusyuk cuci barang dan terkejut aku bila nampak seseorang kat luar rumah. Seorang remaja dalam umur belasan. Dia terkejut tengok aku. Aku pun terkejut tengok dia. Aku panggil pak mertua aku tolong tengok. Tapi cepat benar dia hilang. Habis satu rumah pak mertua buat round check tapi takde. Nil.",
"Pak mertua takut lah kalau ada samseng ke apa ke kan tapi hati aku rasa macam bukan manusia yg tadi tu. Mata dia. Mata dia aku ingat…bukan macam mata kita. Pak mertua cakap tak pernah pernah lah ada manusia atau budak-budak kat situ berani nak lalu kat belakang rumah kitaorang. Dahlah gelap dan pak Mertua ni terkenal garang. Takde orang nak beraninya tapi pak mertua kata. Jangan takut. Mungkin penjaga rumah ni.",
"ya Allah. Tekejut aku. Tak boleh lah macam ni tapi aku protes je dalam hati. Aku sedar aku menumpang.",
"Kali kedua,terjadi pada satu malam.Masa tu umur anak aku yang tua dah 4 tahun. Dia selalu cakap yang ada orang tunggu kat luar bilik. Masa tu suami aku kerja malam.",
"Aku cakaplah. Takde orang kat luar. Anak aku berkeras yang ada orang kat luar jendela bilik. Eh jangan jangan pervert ni .Aku suspect orang. Mentang laki aku takde. Nanti kau. Geram aku. Masa tu anak aku yang baby baru je beberapa bulan. So aku tutup lampu bilik. Aku selak langsir. Dalam tangan aku gengam besi. Kalau orang aku hempuk je ni. Aku memang penakut tapi malam tu aku berani sangat. Aku memang benci kalau ada manusia pervert intai-intai orang ni. Dulu masa kecik, kakak-kakak aku selalu kena. Nenek aku hentam pakai kayu. Tau bedesup takut.",
"Aku intai. Suasana kat luar gelap. Lampu luar tak buka.",
"Aku tengok lagi manatau dia sembunyi kat semak. Tapi sudah kita buat macamtu of course lah takde la benda or manusia yang muncul.",
"“Mama…tu ada orang tengok mama….” Berderau d***h aku bila anak aku tunjuk kat jendela. Aku tak nampak pun apa apa kat jendela tu. Terus aku tutup langsir. Buka lampu. Buka surah kat utube dan peluk anak anak aku.",
"“Bismillahi Ladzi La yadhuru Maaz mihi Syai’un Fil Ardhi wala fissama ie wahuwassami’ul adzim” anak aku tiba tiba baca kuat kuat.",
"“AudzubikalimatiLLahi Tammati Min Syorri Ma Kholaq” Dia baca lagi dan terus tunjuk kat jendela. Die you syaitan. Dia jerit.",
"Sumpah meremang. Aku memang ajar anak aku doa doa dan surah semasa dia kecil lagi. Dan aku selalu juga cakap,kalau nampak benda benda ganjil, baca je doa yg mama suruh.",
"So bila dia baca macam tu, aku jadi semakin seram. Mata budak ni tembus kan. Dia nampak apa yang kita tak nampak. Aku angkat anak aku. Peluk dia dan suruh dia tidur. Aku cakap kat anak aku baca pelan pelan dalam hati je dan lepas tu tidur. Alhamdulillah, anak anak aku semua tidur dengan nyenyak tapi aku masih rasa meremang.",
"Telinga aku sangat peka masa tu dan apa je bunyi kat luar membuat aku trigger. Tiba tiba aku terdengar bunyi kuku ketuk ketuk kat tingkap. Betul bunyi kuku. Aku tau kerna aku selalu buat masa aku kecik dulu. Jelas dan nyata. Dalam beberapa kali bunyi tu dan lepas tu diam. Dalam seram seram tu aku tertidur juga akhirnya.",
"Esoknya aku pindah katil aku tak nak dekat dengan jendela. Anak aku yang tua tu walaupun dia baru 4 tahun, dia ingat. Dia kata.Kat luar tu hantu mak bukan orang. Nak pengsan aku bila dia cakap macam tu. Memang anak aku selalu nampak benda sedari kecil tapi tak pernah dia takut macam benda tu dia biasa tengok. Pernah masa kami tinggal kat apartment kita orang dulu. Dia selalu nampak perempuan rambut panjang macam langsir. Kau rasa?",
"kejadian berikut pula bila kami ada majlis makan makan nak celebrate birthday anak aku. Masa tu aku kat dapur p****g p****g kuih dan aku nampak adik ipar aku tersengih sengih baru balik dari kerja dan terus masuk bilik dia.\nLepas selesai tugas kat dapur aku terus angkat juadah nak hidang kat ruang tamu. Cuma kami kami je yg ada masa tu. Yang lain belum datang lagi. Majlis lepas isya. Masa tu nak masuk waktu maghrib. Aku tolong lah husband aku tiup belon dan tiba-tiba adik ipar aku muncul dari pintu besar luar tamu.\n‘”Assalamualaikum”\nAku tergamam. Eh tadi kat bilik kan.\n“Kau dari mana?” aku tanya spontan.\n“Dari kerja la ni..aku baru balik” Aku tengok dia atas bawah. Betul juga. Tapi sumpah aku tengok dia masuk bilik macam selalu dia buat. Aku tanya dia 2-3 kali nak kepastian. Dia cakap betul dia baru balik.\nEntahlah. Aku pun tak nak menyeramkn keadaan. Party-spoiler sungguh. Patut pun aku macam terkunci mulut nak tegur masa aku kat dapur. Tapi aku ingat dia sengih. Baru aku perasaan. Adik ipar aku tak pernah sengih ngeri macam tu.",
"Kejadian baru-baru ni lagi lah aku rasa seriau. Masa tu aku tertidur lepas isya tapi masih lagi mamai -mamai. Aku sedar bila anak-anak minta izin nak main kat ruang tamu dengan sepupu diorang. Masa tu ada sedara mak mertua yang datang tapi memang dia biasa datang. Aku malas nak keluar kerana badan kurang sihat dan selsema.",
"Dalam 5 minit anak-anak aku kat luar, aku dengar dengan jelas suara mereka jerit jerit main-main. Tiba-tiba aku rasa ‘something’. Bila aku buka mata, aku nampak anak perempuan aku yang paling kecik, tercegat depan aku kat kaki katil. Aku tengok dia. Memang anak aku tapi dia hanya senyum je pandang aku. Tak bercakap atau panggil. Selalu anak aku dia akan panggil. Tak pernah dia nak senyum -senyum macam tu cuma-cuma. Selalu kalau dia panggil memang ada saja yang dia nak.\nAku picing lagi mata aku. Suasana dalam bilik bukan gelap sangat. Aku buka 2 lampu tidur. Memudahkan anak aku nak ambil barang ke apa ke. Mereka memang suka keluar masuk bilik.",
"Eh kenapa dia kat bilik? tapi suara dia jelas kedengaran kat luar. Aku kenal betul suara anak aku yang hi-pitch tu tengah ketawa ketawa main dengan abang dan sepupu dia.",
"Tiba-tiba mata aku macam mengantuk dalam 3 saat macam tu. Aku tutup dan buka semula. Anak aku dah takde. Yang ada kucing aku.\nKucing aku tiba-tiba panjat katil dan duduk depan muka aku. Pandangan dia macam curious.Macam aku bukan tuan dia. Tapi dia tak pandang aku pun. Dia sebenarnya pandang belakang aku. Entah kenapa boleh pulak aku tidur semula. Masa tu aku tak rasa seram cuma rasa hairan.",
"Aku tanya anak akulepas tu kalau dia ada masuk bilik nak apa ke. Dia cakap takde.",
"Tulah secebis pengalaman aku tapi mungkin tak seseram mana. Nanti kalau ada rezeki, aku cerita lagi. kalau cerita ni tersiar. Aku nak ucap terima kasih kat admin dan pembaca. sorry kalau ayat skema sikit kerna bukan bahasa utama."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/lebuhraya-segamat-kuantan/ | Lebuhraya Segamat – Kuantan | [
"Assalamualaikum & Salam Sejahtera,",
"Terlebih dahulu saya ingin ucapakan ribuan terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana menyiarkan penulisan saya ini. Sebelum saya memulakan cerita ini, ingin saya mengingatkan bahawa cerita ini tidaklah seseram kisah hantu yang lain, hanyalah insiden yang saya dan rakan benar-benar alami.",
"Kisah ini terjadi pada saya dan juga rakan pada tahun 2017. Saya merupakan seorang pelajar yang menuntut di universiti swasta yang terletak jauh dipendalaman negeri Pahang. Kawasan universiti saya betul-betul terletak tengah-tengah antara Segamat-Kuantan.",
"Seperti rakan-rakan universiti yang lain, saya dan 3 lagi orang rakan membuat keputusan untuk berjalan atau ‘Overnight’ di Teluk Cempedak Kuantan. Kami memulakan perjalanan pada 11:00 malam bagi mengelakkan kenderaan lain. Kereta yang dipandu oleh rakan saya dipancu laju di Lebuhraya Tun Razak. Untuk makluman pembaca sekali, walaupun Lebuhraya Tun Razak dikategorikan sebagai lebuhraya, akan tetapi ia lebih seperti jalan kampung dimana hanya ada jalan satu laluan bagi setiap hala. Laluan dikiri dan kanan merupakan kebun sawit dan juga hutan, sesekali bersisih dengan kawasan kampung.",
"Pada permulaan perjalanan kami bermula dengan lancar. Namun jangan disangka air yang tenang tak ada buaya. Sedangkan kami sedang asyik bersembang kosong bagi menghilangkan rasa sunyi, dengan tiba-tiba,",
"“Weh ular !” kata Man kepada rakan kami Joe yang sedang memandu. Terdapat seekor ular melintas jalan lebuhraya tersebut. Oleh kerana kerata yang dipandu dalan had yang laju, rakan kami Joe tidak dapat mengelak dan hanya melanggar sahaja ular tersebut.",
"“Joe, langgar ke ?!” tanya saya yang duduk dibahagian belakang.\n“Langgar, tak sempat aku nak mengelak” jawab Joe",
"Pada ketika ini, perasaan kami berempat di dalam kereta tersebut bercampur-baur, resah, cemas, bimbang. Dengan tiba-tiba,\n“Gedebukkk” Bunyi seperti sesuatu terjatuh ke atas bumbung kereta kami. Terkesima kami berempat, tiada satu ungkapan pun yang dizahirkan dari kami berempat. Tidak lama kemudian",
"“Tarkkkk” Pintu belakang sebelah kanan seperti dibuka, lampu didalam kereta mennyala serta merta menandakan pintu terbuka. Mujurlah ketika itu kereta pintu terkunci. Jika tidak, kami tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada rakan kami Kai yang duduk disebelah pintu tersebut.",
"“Weh Joe, pasang surah cepat ! Cepat ! Allahhh !” jerit rakan kami Man, suaranya jelas ketakutan dengan insiden yang berlaku\n“Pernah kau tengok kereta cina ada surah? Aku mana ada surah” Jawab Joe",
"Kami hampir tergelak dengan perbualan rakan kami Joe dan Man walaupun bukan disengajakan. Mungkin kerana terkejut dengan apa yang berlaku, rakan kami dengan secara spontan meminta rakan pemilik kereta kami yang berbangsa cina untuk memainkan surah suci Al-Quran. Oleh kerana tiada surah suci AlQuran dapat dimainkan diradio kereta, dan hanya ‘E’ pada line telefon bimbit kami yang beragama islam hanya mampu untuk membaca surah-surah ringkas yang dihafal.",
"Joe, rakan kami membuat keputusan untuk tidak memberhentikan kereta kerana khuatir dengan keselamatan kami, Hanya mengurangkan kelajuan kereta dah rakan kami Kai cuba merentap kuat pada pintu yang hampir terbuka tadi. Setelah kami pastikan pintu telah ditutup kemas, dengan segera rakan kami memecut laju ke destinasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak baik berlaku.",
"Kami selamat tiba ke destinasi kami Teluk Cempedak hampir pukul 1 pagi. Perjalanan terasa amatlah panjang kerana insiden tersebut. Mujur tiada apa perkara apa yang lebih buruk terjadi kepada kami berempat. Setibanya kami terus ke restoran berhampiran untuk minum bagi meredakan perasaan takut dan terkejut yang kami alami. Kami hanya bertolak pulang semula ke universiti pada sebelah petang. Sejak itu, kami berfikir panjang untuk membuat perjalanan di tengah-tengah malam.",
"Dengan ini, berakhirkan kisah saya. Terima kasih"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/penanggal-hostel/ | Penanggal Hostel | [
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama aku Syakur atau orang lebih kenal aku sebagai Syak. Dulu, masa zaman aku study, aku tinggal di sebuah hostel yang disediakan oleh pihak Kolej. Hostel itu agak terkenal dan hampir semua senior tahu cerita tentang hostel tu. Kedudukan yang berada diatas bukit dan berhutan, agak menyeramkan untuk orang yang pertama kali melihatnya. Mana tidaknya, cahaya ditempiaskan oleh lampu jalan sahaja dan agak malap oleh kerana terlindungkan dek pokok-pokok disekelilingnya. Bagi aku, tidak ada yang perlu dipersoalkan memandangkan aku bukan datang dari kalangan orang yang senang dan berduit. Hostel tersebut berbentuk seperti pangsapuri dan memliliki banyak rumah serta memiliki 3-4 tingkat. Maaf, aku pun dah tak berapa ingat berapa tingkat.",
"Hari pertama aku ditempatkan di hostel tersebut, rumah aku adalah dibawah sekali dan rumah dibawah sekali tersebut, betul-betul dikelilingi hutan semata-mata. Tapi, buat masa itu, semua tampak normal dan tidak ada apa yang menghairankan atau menyeramkan. Dipendekkan cerita, aku berkenalan dengan senior disitu dan kebanyakan mereka sangat ramah. Aku duduk dengan dua senior dalam satu bilik dan mereka sangat baik. Masing-masing berada dalam jurusan pembelajaran yang sama dan telah tinggal di hostel tersebut hampir 3 tahun.",
"Beberapa minggu selepas itu, pada suatu pagi ketika aku ingin menyiapkan diri untuk ke Kolej bagi sesi orientasi, seperti biasa, mestilah kena mandi dulu kan. Kalau tak mandi, busuk, orang lari. Hahah. Jadi, semasa aku tengah berus gigi, aku menghadap cermin kecil dekat depan tergantung atas paku yang disediakan. Jadi aku ingatlah kedudukan cermin tersebut. Paip air ada di sebelah kanan aku bersebelahan dengan pintu masuk tandas. Lalu, aku pun tunduk untuk ambil paip air tersebut untuk basuh mulut dan mencuci berus gigi sekalilah selepas berus gigi.",
"Selepas aku bangun semula, cermin tadi dah tak ada ditempat tadi tapi, dah bertukar kedudukan di atas paip air pula. “Aik?” Aku hairan sebab setahu aku, aku tak alihkan pun cermin tu malahan tangan aku sedang memegang berus gigi bersama paip air tadi. Jadi, macam mana aku nak alihkan cermin tersebut? Memang ada paku di atas paip air, tapi untuk apa aku alihkan cermin itu? Fikiran aku bercorakkan soalan yang tiada jawapan.",
"Tapi, oleh kerana berbekalkan “pengalaman” sebelum ini di rumah aku sendiri, aku anggap perkara ini biasa jela sambil “kebalkan” diri sebab tak nak tunjuk takut sangat. Aku risau juga kalau aku menggelabah waktu itu, benda tu tahu aku tengah takut dan silap-silap dia muncul depan aku pula nanti. Dalam keadaan yang hairan dan berdebar, aku cepat-cepat mandi, bersiap dan terus cabut. Sampai di Kolej, aku tak cerita pada sesiapa. Nak cerita pun, bukannya aku kenal sangat budak-budak yang lain. Selain itu, boleh ke mereka percaya cerita aku ni?",
"Hari demi hari berlalu dan sekali lagi pada waktu pagi juga ketika aku ingin bersiap ke Kolej, “benda” tu “mengusik” aku lagi. Kali ini, ketika aku sedang memakai kemeja yang akan menampakkan aku tampan dihadapan para wanita nanti, hahaha, jadi aku menghadap ke cermin yang tergantung di almari bersebelahan dengan tandas. Biasalah, bilik pun tak berapa besar keluasannya, jadi pandai-pandailah sesuaikan diri.",
"Jadi waktu aku tengah khusyuk bersiap, cermin tersebut tiba-tiba bergerak kiri ke kanan seolah-olah ada angin yang bertiup menggerakkan cermin tersebut. Aku pelik juga sebab waktu tu tak ada angin langsung apatah lagi, kipas pun aku tak pasang. Bila fikiran kau dah negatif, apa lagi, kelam kabut aku bersiap dan berjalan laju keluar dari rumah tersebut untuk menuju ke Kolej. Kejadian ini tak berkesudahan malah berterusan. Yang bertambah pelik, perkara ini terjadi jika hanya aku tinggal berseorang didalam rumah tersebut.",
"Termasuklah kejadian terakhir yang membuatkan aku memilih untuk keluar dari hostel tersebut adalah waktu aku sedang pergi ke dapur untuk membasuh pinggan selepas makan. Waktu itu jam anggaran jam 8 malam dan senior aku tidak ada dirumah kerana pergi bermain pingpong selepas habis kelas. Aku lupa nak beritahu, dirumah tersebut, sebenarnya ada juga senior dan junior yang lain. Tapi, selalunya hanya aku dan senior aku sahaja yang berada dirumah. Mungkin kerana mereka ada yang ulang alik dari rumah tanpa kebenaran ke atau bekerja sambil belajar ke aku pun kurang pasti sebab aku tidak berapa rapat dengan mereka selain senior aku sahaja.",
"Berbalik kepada kejadian malam tersebut waktu aku tengah basuh pinggan, tiba-tiba bunyi seperti ada orang ketuk pintu tandas dapur. Tapi, bunyi tersebut bukan datang dari luar sebaliknya dari dalam tandas. “Aik, siapa pulak dalam tandas? Dari tadi aku makan apa semua, tak ada bunyi apa-apa pun? Tak nampak pula sesiapa yang balik atau masuk dalam tandas.” Aku bermonolog sendiri. Mula-mula aku buat tak tahu je, tiba-tiba ada bunyi ketukkan sekali lagi dari tandas tersebut. Jantung aku mula berdegup kencang. Tapi, aku “cool” kan diri aku supaya aku tak nampak macam terlalu takut. Macam aku cakap, kalau kau lagi takut, lagilah “benda” itu suka.",
"Lalu, aku berani kan diri untuk pergi dan terus buka pintu tandas tersebut. “Mindset” aku waktu tu, lantak la apa pun nak jadi. Sebab yang aku faham, selalunya kalau kita pergi ke tempat yang “benda” tu buat bunyi atau bising, “benda” tu tak ada pun sebenarnya. Maksud aku, “dia” tak adalah munculkan diri pun. “Dia” sekadar nak kacau kau je. Jadi, aku terus buka pintu tu dalam keadaan takut didalam hati, namun gaya bersahaja diluar diri. Huhuhu. Pintu dibuka, Subhanallah!!! “Dia” bertenggek dekat penjuru lantai tandas mattt!!! Yang aku nampak bentuknya hanya berkepala dan berambut panjang dilantai tandas seperti penanggal! Aku sempat melihat mukanya. Ya Allah, mukanya merah dipenuhi dengan d***h bersama gigi taring yang tak teratur dalam keadaan tersenyum. Senang kata, mukanya sangat hodoh dan seram. Kau bayangkan sekali “dia” sedang tersenyum sambil melihat kau tepat ke mata. ibarat kau dipukau dan fikiran kau hilang seketika. Inilah kali pertama aku nampak “benda” “real” bersama muka yang sangat jelas!! Selepas aku buka pintu tandas tersebut dan melihat “benda” tu, “Ya Allah!!” aku menjerit sekuat hati dan tersungkur jatuh ke belakang sebab terlalu terkejut. Aku dah tak fikir sakit jatuh atau tidak, aku gagahkan diri untuk bangun dan berlari keluar dari rumah serta merta.",
"Aku berlari terus pergi ke tempat pingpong senior aku main dan terus memanggil mereka. Aku memang dah tak boleh fikir nak kemana selain tempat tu saja. Sebaik sampai disana, kebetulan memang mereka masih disitu jadi aku bernasib baik kerana mereka mungkin dapat membantu aku. Mereka yang terkejut sebaik melihat aku datang, terus gapai aku dan bertanya apa yang terjadi. Aku lemah waktu itu, kaki aku lumpuh dan kaku. Jadi, aku terjelepok jatuh dan hanya mengharapkan pegangan kuat mereka berdua. Senior dan junior lain yang berada disitu juga turut membantu mereka berdua untuk papah aku. Keadaan tersebut membuatkan senior aku panik dan tak tentu arah. Lagi-lagi bila melihat aku dalam keadaan lemah tidak bermaya. Mereka pun membawa aku ke cafe berdekatan sebab dekat hostel kami memang ada cafe. Mereka baringkan aku disitu dan secara tak langsung, pandangan aku gelap secara tiba-tiba.",
"Saat aku buka mata, aku melihat ramai orang mengelilingi aku termasuklah pemilik hostel tersebut. Aku memang tak larat dan demam sepanjang hari. Aku juga tidak dapat ke Kolej. Badan aku terasa sangat lemah dan aku memang tak dapat ceritakan apa-apa pada sesiapa pun. Jadi cerita aku seperti misteri pada semua disitu.",
"Sejak dari kejadian tersebut, aku membuat keputusan untuk tidak lagi tinggal di hostel tersebut dan aku memilih untuk ulang-alik dari rumah ke Kolej. Walaupun jauh, jiwa selamat. Sekian, pengalaman aku tinggal di hostel Kolej aku. Nantikan pula cerita pengalaman aku yang seterusnya. Assalamualaikum dan selamat sejahtera."
] | [
"Seronok penanggal tu sebab ko lebih takut kat dia. Sedangkan itu hanyalah ujian dari Allah SWT pada ko je."
] |
https://fiksyenshasha.com/misteri-wanita-berwajah-hitam/ | Misteri Wanita Berwajah Hitam | [
"Misteri Wanita Berwajah Hitam!",
"Assalamualaikum dah lama rasanya aku simpan cerita nie untuk umum. Bukan apa selalunya kejadian aneh, misteri @ alam ghaib nie susah nak dijelaskan. So hari nie aku nak share kejadian yang pernah aku sendiri lalui pada tahun 2005.",
"Kisah dia macam nie, waktu tu aku bersekolah disekolah menengah kebangsaan tengku suleiman, perlis. Macam biasa zaman tu selalunya mak ayah akan hantar anak2 untuk duduk asrama supaya belajar untuk berdikari, aku salah seorang yang duduk asrama waktu tu.",
"Masa tu kami ada sukantara @ kejohanan sukan peringkat sekolah. So macam biasalah aku nie bab2 sukan boleh dikatakan agak aktif. Nak dipendekan cerita, dalam pukul 6.45 petang aku masih di padang sekolah sebab tengah simpan barang2 sukan. Lepas tu aku rehat kejap dekat tangga ayam. (Siapa sekolah tu mesti tahu dekat mana tangga ayam nie) Tengah aku rehat aku ada ternampak ada sorang budak lelaki sedang duduk bercangkung dekat dengan pagar tepi sekolah. Kebetulan kawasan tu ada pokok2 besar dan ada 1 ruang berbumbung, so kerap jugak la cikgu2 buat aktiviti dekat situ. Aku fikir mungkin ada murid tak balik lagi, tapi aku nampak dia macam seseolah sedang menagis..",
"So aku pelik kenapa dia tak balik lagi sedangkan tak dak sapa dah dekat situ, aku pun ambik beg dgn botol air nk pergi dekat dia, bila bangun aku tengok dia dah tak ada. Pelik, sekelip mata boleh hilang. Aku teruskan jugak hajat aku untuk cari dia di kawasan tu, tapi memang kosong dan sunyi mmg tak ada sesiapa pun. Yang ada pokok2 besar dan bunyi burung,dekat sini pulak aku dapat tahu agak ‘keras’ tapi tak tahu lah apa yg kerasnya. So aku pun malas nak fikir, terus jalan balik ke asrama. Jarak kawasan tu ke asrama aku dalam 300m macam tu jugak lah…",
"Masa nie dah dekat magrib, kiranya geng2 asrama semua dah ready untuk solat magrib berjemaah. So aku pun cepat2 ambik tuala pergi ke bilik mandi. Kebetulan dorm aku sebelah ja dengan tandas @ bilik mandi. Waktu aku langkah masuk dalam tandas tu, aku ada terdengar bunyi macam orang tengah mengerang, aku macam pelik sapa pulak yang ada dalam tandas nie, padahal aku sorang ja yang lewat tadi. Mengerang tu seolah2 mcm org tengah marah, aku fikir hah sapa pulak gaduh time2 macam nie, aku pun bersuara, sapa tu?? Tapi tak ada yang menyahut, tandas asrama nie ada banyak, so yg aku dengar tandas no 3 dari pintu masuk. ( Tingkat 2 )",
"Sambil aku jalan nak pergi depan pintu tandas tu, suara tu makin kuat. Aku nampak pintu tandas tu renggang, aku pun beranikan diri tolak pintu tu untuk tengok apa yang jadi sebenarnya……….",
"Allahuakbar! waktu nie pertama kali dalam hidup aku nampak benda2 yang tak pernah aku terfikir dan terbayang pun. Aku nampak dalam tandas tu ada susuk tubuh manusia dalam keadaan meniarap, rambut panjang hampir menutup muka, tapi masih nampak muka dia hitam pekat, mata terbeliak, mulut ternganga.",
"Waktu tu aku terus cepat2 keluar, waktu aku pusing nak keluar dari tandas, benda tu betul2 berdiri depan pintu tandas, aku terus menjerit allahuakbar!!!!! Terus aku langgar macam tu ja, aku lari sekuat hati terus pergi surau. Waktu aku sampai surau, aku tengok geng2 asrama tengah solat.",
"Aku masuk dalm surau aku panggil kawan2 aku, bagi tahu dalam tandas ada hantu, sapa sorang pun buat tak tahu ja, Diorang tengah solat macam biasa, kusyukk betul. Aku ingat lagi, masa tu aku pergi betul2 depan muka kawan aku sorang nie nama dia (Tahkim),aku cakap wey!! dalam tandas ada hantu, dia buat tak tahu ja.",
"Tiba2 lampu surau terpadam, blackout!! Time tu aku dah gelabah, aku ada nampak seorang lelaki berjubah hijau, pandang tepat kat muka aku sambil senyum sinis. Aku pelik,sapa pulak nie,ustaz ka?? Penceramah luar datang ka?? Aku tak fikir panjang aku terus berlari turun ke bawah dan pergi dekat bilik gardener simpan barang. Aku bersandar dekat situ.",
"Dekat situ aku menangis sekuat2 hati, aku jadi tak tentu arah. Aku rasa macam di alam lain. Telinga aku dengar org menjerit kesakitan. Aku rasa macam orang gila. Dalam beberapa minit, bahu aku ditepuk seseorang. Aku terus toleh… Yaaa!! ada seseorang datang dekat aku. Berpakaian cantik, putih bersih. Cukup harum. Perempuan… Umur dalam 30an aku rasa.",
"Dia cakap ‘jangan takut, jom ikut saya balik, saya boleh tolong kamu’ aku jawab ‘tak boleh, saya kena bagi tahu cikgu ramzi(warden asrama) ,kalau nak keluar dari asrama’ dia balas ‘tak apa, cikgu yang suruh saya datang sini’. Aku pelik, aku tanya dia ‘puan cikgu sekolah nie jugak ke? ‘ dia senyum tak cakap apa2.. dia cuma cakap ‘jom ikut saya’ tu ja..",
"Masa nie aku dah selangkah dua ikut dia, tapi langkah aku terhenti sebab ku dengar macam orang panggil nama aku, aku terus pusing ke balakang tapi tak ada sesiapa disana. Dan perempuan yang aku ikut tadi hilang dari pandanganku. Aku kaku tak dapat bergerak, aku rasa macam diri aku melayang…. Aku rasa gelap.. dan aku terus pengsan……",
"…. sham! Sham! Bangun! Istifar, selawat!….. Aku perlahan2 buka mataku, aku nampak bumbung rumah kayu, atap zink.. aku toleh sebelah, aku nampak 3 kawan aku, ayah aku dan seorang ustaz. Aku terus tanya aku kat mana nie.. depa jawab hang pengsan tadi sham dekat tandas asrama, meracau, lari sana sini.. kami bawak balik hang p rumah,dekat sana jiran2 ramai pegangkan hang,sebab hang meronta2 dan agresif..sampai cedera jugak la tangan ustaz dekat sana yang nak tolong hang tu,lama jugak la hang kat sana,jiran ada panggil ada sorang ustazah tu untuk nak tolong hang,tapi hang tak ok jugak, tu ayah hang dengan kami bawak hang mai sini pulak, jumpa ustaz nie kira untuk kali ke 3 la malam nie,alhamdulillah hang dah sedaq..",
"Aku blurrr, aku kata, aku p surau aku panggil hampa, tapi hampa buat tak tahu ja kat aku… Depa jawab ‘mana ada hang mai surau’,’ada orang dengar hang menjerit2 dalam tandas, kami p tengok hang dah lain, hang meracau, bahasa apa pun kami tak faham,bila kami baca ayat qursi hang gelak kat kami semua.. lepas tu hang lari sana sini, kami panggil cikgu ramzi (warden asrama) datang untuk tolong.. kami ramai2 cuba tenangkan hang…tapi hang cukup agresif siap gelak2 bagai…..",
"Aku macam tak percaya apa yang jadi, tapi hakikatnya benda nie berlarutan lama jugak kat diri aku, sampai aku tak boleh dah sekolah dekat situ, sebab telinga aku akan dengar orang berteriak, menjerit dengan bahasa yang aku sendiri tak faham. Aku terpaksa pindah sekolah termasuk pindah rumah. Tiap kali dirumah,terutama masa magrib, aku akan rasa diri aku melayang2, aku rasa rimas, aku rasa sedih, sayu dan nampak benda2 yang tak logik untuk aku cakap, benda tu selalu datang, susuk perempuan, wajah hitam pekat… Benda selalu menghantui aku!",
"Kadang2 aku dengar bunyi muzik lama, nak explain mcm mana pun aku tak tahu, adakala aku selalu nampak benda pelik2..contoh mcm beruk dalam rumah aku,kadang tu nampak kelibat budak2 lari dalam rumah, aku bau wangi, kadang bau busuk… Dengar orang panggil nama aku tu dah biasa..",
"Tapi.. alhamdulillah dengan izin allah swt dan sokongan keluarga, kawan2, aku sembuh…. Aku bersyukur sangat2.. aku boleh lalui kehidupan macam biasa…terima kasih pada keluarga ku dan kawan2 ku sebab banyak support aku masa tu…",
"Untuk geng2 asrama smkts 2005 kalau hampa ingat lagi cerita tu, boleh la share2 kat aku, apa sebenarnya berlaku…. Hehe bukan apa, aku tahu banyak benda yang hampa nampak yg aku tak nampak 😁😁",
"Persoalanya sampai sekarang,aku fikir kenapa aku??? Dan siapa budak lelaki yang aku nampak tu, siapa dalam tandas tu, siapa lelaki berjubah hijau dalam surau, siapa perempuan berbaju putih tu dan siapa perempuan yang muka hitam pekat tu… Semuanya hanya allah swt ja yang tahu…..wallahuallam…",
"Buat yang duduk asrama tu terutama aspura, jangan pulak tak nak duduk situ dah, hehe ini cerita dah lama.. mungkin zaman moden sekarang dah tak ada benda2 macam tu… Tapi kita kena selalu dekatkan diri dengan allat swt, jangan tinggal solat! Itu senjata yang paling kuat.",
"Note : Pada pihak sekolah berkenaan ini adalah sekadar perkongsian cerita daripada saya, tiada apa2 tujuan lain.",
"Sekian 🙂"
] | [
"Smk tun Saban ka?"
] |
https://fiksyenshasha.com/pocong-di-surau-usang/ | Pocong Di Surau Usang | [
"Assalamualaikum. Sebelum ni aku pernah share kisah aku terserempak hantu masa pergi buang sampah kat area pengumpulan sampah area kuarters. Kalau tak silap tajuk “KELAM”. Nama aku Fahim. Tujuan aku menulis kali ni nak share kisah lain dimana aku masih di ganggu. Secara jujur aku ni jenis sembang besar. Tak takut itu, tak takut ini. Member semua malas nak sembang dengan aku, mana taknya semua aku kata merepek. Sampailah aku jadi “Favourite” hantu untuk kacau.",
"Kisah ni berlaku lebih kurang 13 tahun yang lepas. Lepas aku habis SPM abah kena posting ke Perlis. Kalau ikutkan aku memang aku taknak ikut. Habis kalau aku tak ikut, kat mana aku nak tinggal pulak kan. So dalam bulan 12 macam tu kami sekeluarga berpindah ke Perlis. Sepanjang 3 bulan menunggu result SPM keluar, aku memang duduk dirumah tolong parent kemas rumah je. Biasa la baru pindah so banyak nak kena punggah balik and then aku juga jadi driver tak bertauliah untuk ibu and adik-adik aku. Tanggungjawab aku kononnya selepas abah. Cewaah.",
"Time ni lepas waktu maghrib, aku nak pergi hantar adik ke kelas mengaji kat rumah Ustazah Melur. Aku hantar naik motor je. Jarak rumah Ustazah Melur dengan rumah aku lebih kurang 3KM macam tu. Oleh kerana jalan agak gelap dengan lampu yang hidup segan m**i tak mahu so aku rasa perjalanan ni sangat jauh. So malam tu aku pun macam biasa lepas solat Maghrib aku tunggu kat motor sementara adik nak bersiap. Then dah siap gerak and drop adik aku kat rumah Ustazah melur, aku pun pusing la motor nak patah balik. Dalam perjalanan balik, aku akan lalu sebuah rumah usang dan sebelah rumah tu ada surau buruk. Kata member aku, surau tu orang ramai akan pakai kalau ada kematian saja. Mostly yang solat berjemaah akan solat di masjid belakang rumah aku yang jauh lagi selesa.",
"Selepas melepasi kawasan rumah usang, aku rasa seram sejuk. Biasa la, kita ni kalau takut macam mana sekalipun mata tetap melilau. Time tu aku memang layan angin je, slow habis bawa motor. Tiba-tiba mata aku terpandang something di sebalik tingkap surau buruk tu. Time tu la motor aku meloncat sama dengan jantung aku. Aku syak time tu aku press minyak and masuk gear serentak. Mengaum teruk bunyi motor aku. Masa ni kat mulut aku just sebut satu je time tu, ‘aku dah solat maghrib, dah solat maghrib’. Aku tak tahu la kenapa tak terkeluar langsung apa-apa ayat dari bibir. Sampailah terbabasnya aku langgar divider.\\",
"Time tu aku memang tak tengok kiri kanan dah. Sumpah terkejut habuan nampak POCONG tadi. Sakit aku memang tolak tepi. Aku nak bangun pun tak berani, aku nak angkat kepala pon tak berani. Haram betul, punya penakut time tu. Area surau buruk tu memang takda perumahan melainkan rumah usang sebelah dia. Lebih kurang 500 meter lepas surau tu baru ada blok baru. Aku memang tawakal berani nak bangun, tiba-tiba time bangun tu la ada suara perempuan ketawa weh. Aku memang shaking teruk. To be honest aku terkencing. Malu nak mengaku tapi cerita lama, kira old me la. Aku sekarang sado sikit dari dulu. Berani sikit dari takde langsung.",
"Balik ke cerita tadi, aku bangun tak sempat berdiri lagi dah dengar suara perempuan ketawa sungguh-sungguh macam lawak situasi kat situ. Lama-lama aku dengar jadi seram. Aku usaha untuk angkat motor yang terbaring tapi handle motor ku sudah terkehel dan cover set banyak yang pecah. Aku tengok keaadan motor agak teruk. Aku tak tunggu lama, aku terus lari balik rumah. Motor aku tinggal dalam keadaan tergolek.",
"Sampai saja kat rumah aku menangis. Rasa pondan teruk weh. Parent aku ingat aku kena pukul sebab gigi patah, tangan dan kaki luka teruk. Aku story habis kat parent aku, parent aku terus suruh pergi bersihkan diri untuk pergi ke klinik. Sebelum pergi ke Klinik, abah aku ajak pergi tengok motor dulu. Dengar saja nak pergi tempat tadi balik, aku memang jadi down. Histeria teruk on the spot. So abah aku minta kami tunggu kat rumah sementara jiran aku tolong hantar abah ke tempat aku tinggalkan motor tadi. Mana tidaknya, motor baru kut baru keluar kedai tak sampai 3 bulan. Tinggal pula package sekali dengan kunci. Melopong la kalau gone. So ibu decide untuk hantar aku pergi klinik sementara abah urus bab motor.",
"Dalam jam 10.30malam macam tu aku dan ibu sampai rumah selepas selesai dapat rawatan kat Klinik. Dapat la habuan 8 jahitan kat bibir. Masa aku sampai rumah tu, abah dan adik-adik aku semua dah ada kat rumah. Jiran aku pun ada. Masa tu dia dah minta diri untuk pulang. Aku masuk teruk ke bilik untuk rehat. Masih teringat seketul pocong yang aku Nampak tadi. Aku tak boleh lelap walaupun letih.",
"Esok subuhnya abah datang ke bilik aku dengan muka teranya-tanya. Aku terus soal tentang keadaan motor. Mungkin abah risau banyak yang perlu diperbaiki. Tapi jawapan abah buat aku terkejut. Abah beritahu aku, semalam semasa dia dan Pak Mail sampai kat surau buruk yang aku nampak pocong tu, motor aku dalam keadaan baik dan masih dalam keadaan hidup engine seolah aku sengaja meninggalkan motor di situ. Kata abah lagi pada malam itu surau tersebut ada Jemaah warga asing yang bekerja di kawasan tersebut.",
"Tapi kenapa waktu kejadian tadi aku kesorangan, gelap dan sunyi. Kesannya 5 hari jugak lah aku demam teruk. Abah bawa aku berubat untuk pulihkan semangat. Persoalannya sekarang, kenapa masa aku jatuh motor cover set pecah dan lampu motor aku barai tapi masa abah pergi ambil balik, semua dalam keaadaan baik saja. Sampai kehari ni aku masih tertanya-tanya. Dimanakah aku sebenarnya ketika itu?"
] | [
"imaginasi barangkali",
"sangat menarik kisah awak.. penamat dengan tanda tanya tanpa jawapan.. interesting",
"sorry! klau aku lebihkan gelak dari seram cter kau ni bang..thanks\nyou make myy days brighter..LOL 🙂",
"pocong tu serba salah, dia ingatkan nak gurau ligh2 je sekali tgok bukan setakat motor barai dgn kau2 sekali barai. tu yg dia tolong repair motor pakej idupkan lagi motor kau."
] |
https://fiksyenshasha.com/dendam-cik-tipah-sanggul-berbunga/ | DENDAM CIK TIPAH SANGGUL BERBUNGA | [
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera admin Fiksyen Shasha. Terlebih dahulu terima kasih telah menyiarkan cerita saya yang bertajuk Siapa Zulaikha? dan Misteri Lebuhraya Latar Berhantu. Kali ini, saya mahu berkongsi kisah berkenaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam. Cerita ini adalah berdasarkan kejadian benar yang diceritakan kepada saya. Kisahnya bermula begini:",
"Pada tahun 60-an di sebuah kampung terpencil di Negeri Sarawak tinggal gadis cantik yang bernama Tipah. Tipah merupakan gadis yang sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai jejaka di kampung berkenaan. Berkulit cerah,sopan santun dan peramah menjadikan Tipah sentiasa menjadi topik bualan bibir jejaka di kampungnya. Dapat bertegur sapa dengan Tipah merupakan perkara bertuah untuk mereka. Setiap hari jejaka ini akan sengaja melalui kawasan perumahan Tipah untuk melihat kelibat Tipah sama ada semasa Tipah menjemur pakaian ataupun berada di luar beranda rumah.",
"Tipah tinggal bersama dengan kedua orang tua nya dan merupakan anak tunggal di dalam keluarga. Bapa nya hanyalah seorang pekebun getah dan ibu nya pula hanya suri rumah. Kehidupan Tipah sekeluarga amat naif dan sangat memerlukan. Tapi, bapa Tipah tetap berusaha untuk menyara keluarga mereka. Mereka merupakan keluarga bahagia.",
"Suatu hari, ketika Tipah menghantar bekal bapanya di kebun satu kejadian malang telah menimpanya. Tipah telah diperkosa oleh sekumpulan lelaki. Tipah pulang ke rumah dengan pakaian yang compang-camping dan ada kesan d***h di dahi Tipah petanda dia telah dipukul dan terdapat unsur kekerasan telah berlaku. Tipah merasa sangat sedih, malu, marah dan dendam terhadap pelaku-pelaku tersebut.",
"Kejadian ini Tipah ceritakan kepada kedua orang tua nya. Sepakat, mereka pergi ke rumah Ketua Kampung untuk menuntut keadilan bagi pihak Tipah. Malangnya, salah seorang dari pelaku tersebut merupakan anak kandung Ketua Kampung sendiri. Ketua Kampung tidak memberikan keadilan sepenuhnya untuk Tipah sekeluarga atas sebab tidak mahu menconteng arang di muka nya selaku Ketua Kampung yang sangat dihormati oleh penduduk kampung.",
"Tipah dan kedua orang tuanya pulang ke rumah dengan perasaan sedih dan kecewa. Tipah mendapat tekanan yang teramat apabila dia disahkan mengandung hasil daripada pemerkosaan tersebut. Tipah mula berubah sepenuhnya. Dulunya Tipah seorang yang sangat peramah dan sopan santun dari segi tutur bicara sekarang sudah bertukar menjadi sangat aggresif dan mudah melenting. Tipah merasa seolah dunia teramat kejam untuk dirinya dan keluarga. Kemiskinan yang dialami mereka seolah satu kesempatan bagi pihak lain untuk mengambil kesempatan dan sewenangnya berbuat jahat terhadap mereka.",
"Sejak saat itu, Tipah berfikir dan berusaha bagaimana cara dia dapat membalas perbuatan-perbuatan durjana lelaki-lelaki yang telah berbuat kejahatan terhadap dirinya. Selama tiga (3) tahun lamanya Tipah dan keluarga hilang dari kampung tersebut.",
"Masa berlalu pantas, kini Tipah kembali semula ke kampung halamannya yang telah lama ditinggalkan. Tipah menghuni semula rumah tua peninggalan orang tua nya yang telah pergi dijemput Illahi dan Tipah pulang berbekalkan satu hasrat iaitu menuntut sebuah keadilan. Pelbagai kejadian aneh berlaku sekembalinya Tipah ke kampung tersebut. Orang kampung mula menuduh dan membuat andaian bahawa Tipah menuntut ilmu hitam sepanjang tempoh tiga (3) tahun dia meninggalkan kampung. Segala kejadian yang pelik berlaku akan dikaitkan dengan Tipah.",
"Sungguhpun Tipah sudah sebulan di kampung, agak jarang kelibat Tipah keluar dari rumah. Dia hanya akan keluar untuk membeli barangan keperluan di kedai runcit berhampiran untuk beberapa kali. Penampilan Tipah juga agak berlainan, Tipah tampil lebih cantik dari kebiasaanya, manis berkebaya merah dan bersanggul berbunga. Tipah masih lagi kegilaan ramai biarpun ada noda hitam di catatan sejarah hidupnya. Cuma, Tipah sudah tidak semesra dan sesopan dahulu. Tingkah laku nya kasar dengan jelingan mata yang tajam kearah sesiapa yang menyapanya.",
"Seekor demi seekor ayam disembelih untuk diambil darahnya dan dimasukkan ke dalam botol. Limau purut, kemenyan,jarum, paku dan beberapa alatan tersusun di meja pemujaan. Inilah rutin aktiviti Tipah apabila senja menjelma. Bunga cempaka dimakan satu persatu, tiba-tiba fizikal Tipah yang cantik bertukar menjelma menjadi wanita yang sungguh hodoh. Tipah sudah merelakan jiwanya menjadi hamba iblis oleh kerana amarah dan dendamnya. Tipah sudah bersumpah bahawa yang bersalah akan mendapat pembalasan yang setimpal. Tipah menghilangkan diri untuk menuntut ilmu hitam agar dapat membela dirinya. Pelbagai ritual telah dia lakukan demi memperolehi ilmu tersebut. Jin dan iblis sudah menjadi rakan baiknya. Tipah mula merasa tidak selesa bergaul bersama manusia. Baginya, manusia lebih keji dari jin dan iblis. Dunia Tipah benar-benar berbeza.",
"Oleh kerana kematian demi kematian berlaku di kampung tersebut, seorang pemuda benama Mamat tekad untuk menyiasat apa sebenarnya yang telah terjadi. Mamat dapat menghidu ada yang tidak kena dengan kampungnya. Malam tersebut, Mamat telah menghendap di sebalik daun kayu rumah Tipah. Maklum saja, rumah orang dahulu kala diperbuat dari daun nipah dan kayu buluh yang agak jarang-jarang. Agak mudah untuk Mamat mengintai di sebalik celahan untuk melihat apa yang terjadi. Dari dalam, Tipah sedang melakukan beberapa pemujaan. Pekat angin malam mula menyebarkan bau asap kemenyan yang menusuk hidung Mamat. Mulut Tipah terkumat-kamit membaca mantera yang tidak difahami.",
"Seketika, terdengar bunyi lolongan anjing dan burung hantu yang memecah keheningan malam. Peluh jantan mula terbit dari dahi Mamat. Tipah dilihat sedang meminum d***h dan ketawa mengilai. Di tangannya terdapat patung yang dibuat daripada benang yang telah ditusuk-tusuk menggunakan pisau. Tipah menyeru dan memanggil dengan nada seakan mengarah",
"“Wahai jin penghuni rimba, datanglah aku seru namamu”\nTiba-tiba hujan turun selebatnya, Mamat berusaha berselindung di sebalik atap rumah dan masih leka memerhatikan gelagat Tipah di sebalik celah dinding yang lopong. Menggigil ketakutan Mamat menyaksikan satu lembaga hitam besar duduk menyembah kearah Tipah.",
"“Aku datang menyembahmu tuan, akan ku turut segala kemahuan mu” balas lembaga hitam tersebut. Tipah ketawa terbahak-bahak seakan ada satu kepuasan dalam dirinya. Mamat sudah tidak dapat bertahan, dia berlari sekuat hati menuju ke rumahnya. Malam itu, Mamat tidak dapat melelapkan mata dan sering terfikir akan kejadian yang baru dia saksikan sebentar tadi.",
"Keesokan harinya, gempar seluruh kampung mayat Iwan m**i di dalam keadaan yang mengerikan. Lehernya seperti dicekik, mata tersembul keluar dan terdapat kesan-kesan lebam di bahagian badannya. Iwan merupakan mangsa lelaki keempat yang telah m**i secara tragis di dalam bulan tersebut. Kesemua mangsa yang m**i merupakan lelaki yang telah menceroboh kehormatan Tipah suatu saat dulu. Mamat hadir di majlis pengebumian Iwan. Di dalam mindanya, dia mengaitkan kejadian malam tadi dengan kematian Iwan. Adakah terdapat perkaitan di antara keduanya? Iwan akan merasa bersalah sekiranya perkara ini tidak dilaporkan kepada Ketua Kampung.",
"Iwan bergegas menuju ke rumah Ketua Kampung untuk menceritakan kejadian tersebut. Malam itu juga, seluruh penduduk kampung dikumpulkan untuk menghalau Tipah keluar dari kampung. Akan tetapi, Tipah tiada di rumahnya. Rumah Tipah digeledah oleh penduduk kampung. Dengan tidak semena-mena satu dahan pokok tumbang betul-betul menimpa Ketua Kampung. Ketua Kampung m**i di tempat kejadian.",
"Sejak itu, rumah Tipah tidak berpenghuni lagi. Hari demi hari berlalu, sehinggarumah tersebut sujud menyembah bumi. Namun semua warga setempat masih lagi tidak dapat melupakan sejarah yang pernah terjadi di sana. Tipah juga tidak diketahui dimana perginya. Semoga ada sinar hidayah buat Tipah. Sesungguhnya sebenarnya Tipah merupakan seorang mangsa yang hanya ingin pembelaan untuk dirinya. Wallahualam."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/wad-hujung/ | Wad Hujung | [
"Wad Hujung",
"Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Kembali lagi saya dengan sebuah kisah di sebuah wad yang sama dengan kisah saya sebelum ini iaitu kisah Wad 9. Namun kisah pada kali ini adalah pengalaman daripada pesakit yang mendiami wad itu sendiri. Seperti kebiasaanya, saya dalam kisah ini adalah pesakit terbabit. Jadi tanpa membuang masa ayuh kita selami kisah mistik di wad hujung ini.",
"Malam ni nak cerita sedikit tentang pengalaman saya duduk di wad hujung ketika melahirkan anak yang ke 2. Masa lepak-lepak di ruangan menunggu menanti keputusan d***h ayah keluar, saya teringat pada satu peristiwa sewaktu melahirkan anak perempuan yang kedua di sebuah hospital lama sebelum berpindah ke kawasan lain dan bangunan baru yang lebih selesa.",
"Selepas beberapa jam bertarung nyawa melahirkan puteri hati tercinta, saya di pindahkan ke wad biasa. Memandangkan katil di bahagian hadapan telah penuh, jadi saya diletakkan wad paling hujung dimana beberapa langkah sahaja boleh sampai ke pintu kecemasan sekiranya berlaku kebakaran dan sebagainya.",
"Pada hari tu, saya bersalin pada lewat petang selepas waktu Asar, oleh kerana itu lah juga saya terpaksa bermalam di wad bersalin untuk memastikan saya dan anak sihat apabila dibenarkan meninggalkan hospital kelak.\nPetang itu, seorang demi seorang penghuni di wad hujung dibenarkan pulang, tinggallah saya berdua dengan seorang pesakit yang menunggu masa untuk di tolak ke ‘labour room’. Alhamdulillah anak tidak meragam, tidur lena ibarat sang puteri salji.",
"Sedang saya melayan mata untuk lelap, tiba-tiba pesakit di katil sebelah menjerit kerana ketubannya telah pecah, dengan segera dia ditolak ke ruang bersalin yang terletak beberapa meter daripada meja jururawat. Ketika itu jugalah saya dapati tuala wanita saya telah penuh. Memandangkan hanya beberapa orang sahaja jururawat bertugas dan mereka telah pun berkumpul di ruangan bersalin maka terpaksalah saya bersendirian ke tandas.",
"Sebenarnya tidak menjadi masalah pun untuk saya ke tandas kerana tandas hanya beberapa langkah sahaja dengan katil, cuma perasaan seram dan takut tu tetap ada memandangkan hijab saya ini yang senang terbuka jadi sangat memerlukan teman ketika itu. Tambahan pula beberapa hari sebelum saya dimasukkan ke wad ini, heboh dikatakan bahawa wad tersebut diganggu oleh pocong yang selalu mengekori doctor ataupun jururawat yang bertugas. Dikatakan bahawa entity tersebut akan melompat perlahan-lahan mengekori setiap gerak-geri mereka yang diekorinya.",
"Selain itu, kecoh juga wad itu apabila seorang pesakit tua yang nyanyuk suka bercakap bersendirian. Namun gayanya persis sedang rancak bersembang dengan orang lain, begitu ramah sekali. pesakit tua tersebut akan bersembang sambil menghadap tingkap di sebelah katilnya terutama sekali pada waktu malam. Pernah sekali itu para petugas hospital terpaksa mengikatnya pada katil kerana dia suka membuang air di merata tempat.",
"Ketika diikat dia tidak sedikit pun meronta seperti rela diikat di katil. Lebih menyeramkan lagi malam itu seperti biasa dia sedang rancak bersembang sambil menghadap tingkap dan secara tiba-tiba heboh di wad tersebut kerana ikatan pada badannya terbuka sendiri secara tiba-tiba ketika pesakit itu sedang tidur. Hal ini hanya disedari oleh pesakit lain dan setelah heboh di wad itu pesakit tua itu kemudiannya terjaga daripada tidurnya dan berterima kasih sambil menghadap tingkap kerana telah membebaskannya.",
"Nasib saya amat baik kerana pesakit itu telah dibenarkan pulang sebelum saya dimasukkan dalam wad itu. Berbalik pada kisah saya tadi, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam dan waktu melawat juga sudah tamat, mengharapkan suami datang jauh sekali kerana banyak perkara yang perlu beliau lakukan, daripada mencuci uri, menanam uri dan menguruskan anak sulung yang ketika itu berusia 2 tahun.",
"Memandangkan rasa tidak selesa itu mula menganggu ketenangan saya, maka saya cekalkan diri untuk ke tandas berseorangan. Masuk sahaja ke dalam tandas, bulu roma saya mula meremang. Saya duduk di kerusi khas yang di sediakan kepada pesakit untuk mandi. Selesai sahaja menukar tuala wanita, tiba-tiba ada suara seorang perempuan menegur saya, suaranya yang halus seakan sedang berbisik tertancap di telinga saya seperti ada seseorang sedang berdiri di belakang saya…",
"“Sedang tukar kain d***h ke tu…? Jangan di cuci yer, biarkan sahaja di situ nanti akak tolong cuci kan…” bisiknya lagi sambil ketawa.",
"Saya cekalkan hati menjirus sebanyak mungkin air supaya d***h yang tinggal di tuala wanita tidak ketara banyak. Saya tidak berani menoleh ke kiri atau kanan apatah lagi mendongak ke atas kerana dapat saya rasanya suara itu benar-benar berada di atas kepala saya.",
"“Jangaaaan laaahhh… Jangan laaaahhh, akak hausss,” perempuan itu merayu pula. Namun kali ini suaranya lebih keras dan nyaring",
"Saya kembali duduk di atas kerusi lalu menarik tali kecemasan untuk meminta bantuan. Kaki saya terasa berat dan lutut saya bergetar. Sepatah ayat AL Quran tidak terkeluar daripada mulut saya. Kaku dan menggigil ditambahkan lagi dengan saya yang banyak kekurangan d***h kerana baru lepas bersalin. Mengenangkan anak yang masih ada sisa d***h (belum mandi) keseorangan diluar saya menarik tali kecemasan berkali-kali.",
"Lega apabila mendengar derap tapak kasut menghampiri tandas dan pintu luar bilik air dibuka oleh seseorang. Saya gagahi diri untuk berdiri untuk membuka pintu bilik air.",
"“Kenapa tak panggil nak ke tandas. Kalau jatuh tadi tak pasal-pasal saya kena marah..,” omel jururawat itu kepada saya. Saya hanya berdiamkan diri. Jururawat itu membawa saya kembali ke katil.",
"“Kak, ‘pad’ saya belum dibuang. Masih ada di lantai…” Kata saya perlahan.",
"“Tak apa, akak tolong buangkan.” Kata jururawat tersebut lalu masuk kembali ke tandas. Lama saya tunggu dia keluar. Hampir 30 minit dia tidak keluar. Pesakit yang pecah ketuban tadi kembali. Alhamdulillah dia telah selamat melahirkan anak perempuan. Saya meminta jururawat yang iringi pesakit itu tadi memeriksa kawannya di dalam tandas kerana terlalu lama dia berada di situ. Setelah beberapa minit dia berada di dalam, dia keluar bersendirian dan berjalan laju meninggalkan saya bersama pesakit yang baru masuk tadi dan kemudian dia datang kembali dengan jururawat yang berbaju biru.",
"“Tolak katil-katil pesakit ni ke wad depan, tumpang di wad kelas kedua sementara untuk ‘discarge’ esok…” Kata jururawat berbaju biru itu memberi arahan.",
"“Saya dah bagitau, pesakit yang bermalam di hospital jangan letak di wad hujung. Suka sangat lah ‘dia’… Dah lama ‘dia’ tak datang, malam ni datang pula…”",
"Pada hujung pendengaran saya jelas kedengaran perbualan mereka sambil menolak katil. Entah siapa lah ‘dia’ yang dimaksudkan itu tadi. Walau siapa pun ‘dia’, saya tak ingin ambil tahu. Apa yang penting malam itu saya dan baby dapat tidur dengan tenang, aman dan damai kerana alunan Al Quran mula berkumandang memenuhi ruangan wad bersalin pada malam itu."
] | [
"seramnyaaaa… pernah merasa duduk wad kelas 2, sorang2… cuba nak lelapkan mata xmmpu.. tp, syukur xde perkara ngeri yg berlaku… dhlah br lepas bersalin czer masa tu…",
"Mungkin hospital tu di belah Utara? Teka je.",
"cerita hantu hospital paling seram, aku rasa. seram dia terasa real"
] |
https://fiksyenshasha.com/tuan-punya-badan-ni-dah-ambil-anak-aku-tadi-anak-ditukarkan-dengan-makhluk-lain/ | “Tuan punya badan ni dah ambil anak aku tadi”- Anak Ditukarkan Dengan Makhluk Lain | [
"Benda ni terjadi ketika kami baru membeli rumah baru bersama dengan suami. Ketika itu, anak aku Maisara berumur setahun. Masih belum boleh berjalan, cuma merangkak.",
"Sewaktu kami baru masuk ke rumah baru tu, kami buat sedikit kenduri doa selamat dan bacaan Yassin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.",
"Rumah yang kududuki ini adalah rumah teres 2 tingkat.",
"Seminggu selepas itu pula, Mak aku dari kampung dan adik beradik lain datang ke rumah nak menziarah kami yang baru berpindah. Ramai yang datang waktu itu.",
"Aku pun pergi ke dapur untuk membuat sedikit minuman untuk mereka. Dapur jauh ke belakang sedikit.",
"Aku membancuh air sirap di dapur.",
"Tengah leka aku membancuh air untuk membuat minuman, tibna-tiba kakiku dipegang dari bawah. Ingatkan siapa yang pegang, rupanya anak aku Maisara datang mendakap kakiku. Selalunya kalau macam tu, dia nak minta didodoikan untuk tidur.",
"“alolo, mari sayang, mengantuk ya?” Kataku kepada Maisara.",
"Aku pun mendukung Maisara dan bawak masuk ke dalam bilik. Agak lama juga aku berusaha untuk tidurkan dia, selepas 5 minit, Maisara pun terlelap. Dah terlelap, kebiasaan aku, aku akan mengucup dahi Maisara bila dia sudah tidur. Aku pun mengucup Maisara dan terus keluar dari bilik.",
"Aku kembali ke dapur untuk siapkan air sirap tadi. Bila aku angkat air untuk di bawa kedapur, dulang berisi air tadi tertumpah kerana rasa terkejut yang aku alami.",
"Apa yang membuatkan aku terkejut adalah, Maisara tengah elok duduk di riba Mak aku bermain-main. Tak sampai seminit pun aku tinggalkan Maisara.",
"Bunyi dulang berjatuhan serta gelas pecah mengejutkan seluruh keluarga yang berada di rumah.",
"Dan pada masa yang sama juga tiba-tiba aku rasa duniaku gelap dan dapat aku rasakan yang aku jatuh tersungkur pengsan.",
"Apabila aku terjaga, aku lihat aku dikelilingi oleh ahli keluargaku dan beberapa orang lelaki berkopiah yang tidak aku kenal. Aku kira mereka mungkin adalah orang yang mengubat aku.",
"Salah seorang memberikan air kepada suamiku menyuruh aku meninum air tersebut. Untuk pulihkan semangat aku yang hilang.",
"Alhamdulillah, aku beransur-ansur pulih dan sedar.",
"Para lelaki berkopiah tadi pun meminta diri untuk balik.",
"Menurut kakak ku, selepas aku rebah tadi tiba-tiba aku bangun kembali tapi dengan rupa yang amat menakutkan. Aku berteriak menyuruh semua orang keluar dari rumah.",
"Suamiku cuba mengawal aku tetapi tidak berjaya, ini kerana kekuatanku waktu itu seperti kekuatan 5 orang lelaki. Suamiku pun meminta tolong 2 orang adik lelaki ku untuk mengawal aku. Ini kerana aku bertindak agresif dengan memukul mukul lantai dan ingin berlari ke luar.",
"Aku juga waktu itu tiba-tiba melihat Maisara yang berada di pangkuan ibu, aku berkata..",
"“Maisara itu milik aku. jangan kamu ambil!!!!”",
"Aku pula cuba mengambil Maisara dari Ibuku. Risaukan keselamatan Maisara, suami dan adik-adikkh berusaha mengawal aku supaya tidak dekat kepadanya.",
"“Kau siapa??Kenapa halang aku?” Kata ku kepada suamiku.",
"“Tuan punya badan ni dah ambil anak aku tadi, kini sebagai ganti, biar aku pula ambil anaknya..” Kataku menurut apa yang diceritakan oleh Kakakku.",
"Aku pun memotong cerita kakakku,",
"“Along nak tahu tak, masa aku tengah buat air tadi, Maisara datang, aku pun ambillah dia dan tidurkan dibilik. Bila datang balik ke dapur dan angkat air, tiba-tiba Maisara dah ada kat pangkuan Mak. Tu yang aku terkejut sampai pengsan tadi..”",
"Nasiblah ada ustaz yang datang mengubat tadi dapat mengawal aku yang sedang meracau.",
"Adakah makhluk tu ingin tukarkan anakknya dengan aku ? Atau bagaimana kah?",
"Selepas kejadian itu, aku selalu terlihat kelibat Maisara walaupun waktu itu aku sedang mendukungnya. Tapi aku dah lali dengan keadaan itu dan aku tidak pedulikan apa yang terjadi.",
"Sekian, ini sahaja kisah ringkas dari aku. Sekian.."
] | [
"JALAN CERITA YANG MUDAH DIFAHAMI , TERBAIK 👍🏻"
] |
https://fiksyenshasha.com/ibu-macam-terkena-stroke-bersilih-ganti-gangguan-menerpa-ibuku/ | Ibu Macam terkena stroke. Bersilih ganti gangguan menerpa ibuku. | [
"Assalamualaikum semua disini saya nak cerita tentang kisah sebenar yang di alami ibu saya. Cerita ini tak menarik manapun, tapi saya saja nak berbagi cerita kepada penggemar fikshen Shasha.",
"Kisah ini diceritakan oleh ibu saya sendiri, sebab pada masa itu saya masih kecil lagi. Ibu saya termasuk wanita pekerja keras bukan sebab ayah saya tak bekerja, tapi sebab kami hidup sederhana dengan 6 orang adik beradik yang belum ada akal lagi.",
"Cerita bermula ketika ibu tolong ayah kerja, iaitu angkat buah niur dari dalam parit di lemparkan ke atas, maksud nya niur itu dari kebun kami yang di darat di hanyutkan ke Kuala supaya kapal senang nak angkut antar ke bos.",
"Hari itu ibu rasa badan dia rasa berat, lain macam. Ibu tak bagi tau ayah masa tu, kemudian lepas sampai dirumah ibu rasa badan tak dapat gerak, cakap pun tak boleh, badan Still lemah.",
"Esok hari nya Korang tau tak apa jadi?Mulut ibu aku pindah ke kiri, macam orang stroke aku rasa Korang fahamlahkan. Mata ibu tak dapat melihat. Ayah apalagilah yelahkan anak semua kecik lagi.Masa tu ayah pegi rumah orang pandai, akupun tak tau nak artikan orang tua tu apa, maybe dukun, tapi entahlah semacam orang sakti juga.",
"Lepas orang pandai tu tenung wajah ibu aku, dia cakap ibu aku tak sengaja ganggu hantu masa dalam air . Sebab tu hantu tu hinggap dekat badan ibu aku.",
"Lepas masa perubatan sebulan lepas Alhamdulillah ibu aku dapat di pulihkan walaupun tak sepenuh nye.",
"Semenjak kejadian puluhan tahun lepas sampai sekarang ibu aku tak boleh kene tinggal Sorang Sorang, kerap kene ganggu macam2 mahluk. Yela tempat kami mana ada ustad yang pandai perubatan Islam.",
"Ada suatu hari ibu aku ni rasa kain kain dia dalam almari semua hilang , lagi satu pinggan mangkok semua hilang, and ibu aku kerap sakit kepala tiap petang, so ABG aku jemputlah tok aji yang dapat pulihkan ibu. Tok aji tu cakap kain and pinggan mangkok tu orang bunian yang ambik, and nak bekawan dengan ibu aku. Tak berakhir sampai situ,Hari terakhir Ramadhan 2022 ibu aku macam biasa petang petang dia mesti turun tanah keliling rumah, yela sebab ibu aku ni suka tanam tanam sayur n buah buahan, jadi konon nya nak petik sayur untuk makan malam.",
"Masa tu aku tengah busy nak siapkan buka puasa nak masak lagi, tiba tiba ABG aku jerit dia nampak ibu aku tumbang dalam semak, bukan semak rumput yer, pekarangan rumah aku ni memang semak dengan tanaman. Banyak pokok tinggi2, jadi nampak gelap. Lepas ABG aku jerit tu kiteorang langsung la kejar ibu, masa tu ibu aku dah pengsan. Lepas bangun dari pengsan ibu cakap dia sakit perut yang amat sangat, menangis meraung tak kenal dengan kami, lepastu dia cakap banyak nya semut dekat badan dia.Satu rumah gelabah, lepastu ABG aku jemput tok aji yg pernah rawat ibu aku Mase kene ganggu hantu bunian, tok aji tu cakap Mak aku kene gangguan, tak taulah hantu Mane lagi yang ganggu ibu.",
"Sejak kisah 20 tahun lepas Sampai sekarang ibu tak pernah sihat, selalu kene kacau hantu. Mata dia pun rabun sejak diganggu hantu parit tu.",
"Terime kasih semue yang Telah Sudi baca cerita saya.Maaf jika banyak kesalahan dalam bahasa dan tulisan sebab saya dari Indonesia 🙏🙏"
] | [
"assalam..solat 5 waktu dan mengaji jgn tinggal..cek kat doktor kalau ada kencing manis,d***h tinggi dan kolesterol..ini penting bila dah tua lagilah.",
"semoga emak awak kembali pulih"
] |
https://fiksyenshasha.com/habis-aku-kejut-siapa-ni-weh-percutian-ke-cherating-pahang-yang-mengerikan/ | “Habis aku kejut siapa ni weh?”- Percutian ke Cherating, Pahang yang mengerikan | [
"Hi dan Assalam semua pembaca FS. Nama aku Erin. Aku ni sejak kecil lagi dah biasa dengan makhluk halus. Tapi selalunya aku buat bodoh cuma kalini aku taktahu kenapa aku jadi lemah.",
"Harini aku nak share dengan korang pengalaman aku bercuti dengn family di Cherating, Pahang. Bertahun lepas dah percutian ni tapi pengalaman ni akan aku ingat sampai bila-bila. Aku describe sikit la eh apartment tempat aku bermalam macam mana. Kalau korang nak ke apartment tu korang kena lalu jalan hutan sebab apartment tu betul-betul tepi laut. Dah boleh bayangkan kalau malam macam mana kalau lalu?",
"Aku sampai lebih kurang 4 petang. Selesai check in, kitaorang tidur dek keletihan. Selesai solat maghrib, kitaorang makan malam di sebuah restoran. Tadi aku suruh korang semua bayangkan kalau lalu jalan hutan malam macam mana? Bermulalah episod ngeri.",
"Dalam perjalanan nak ke apartment kami balik, jalan sangatlah gelap dan hanya berpandukan lampu kereta. Aku pandang je luar tingkap dan terus nampak orang-orang. PELIK WEH LETAK ORANG ORANG DALAM HUTAN!! ke aku je pelik? Masa ni takde lagi benda pelik-pelik jadi.",
"Malam tu aku tidur lewat jugak sebab layan movie kat tv. Akhirnya tv yang tengok aku.",
"Pukul 3 pagi lebih aku terjaga sebab aku dengar angin ribut yang sangat kuat. Aku pandang luar tingkap dan memang nampak keadaan kelam kabut, aku dengar ombak yang sangat kuat. Aku kejutkan ayah suruh tengokkan keadaan kat luar. Tengah2 kejut mata aku terpandang ke arah balkoni. Tahu apa aku nampak? Cik Pon tengah senyum memandang ke arah aku.",
"Aku macam kena pukau tau sebab tak berpaling langsung dari pandang dia. Ribut jadi lagi teruk dan hujan yang lebat turun dan kilat tak berhenti menyambar. Tiba-tiba pintu bilik tandas terbuka, ayah keluar dari tandas. HABIS AKU KEJUT SIAPA NI WEH??!!!! aku tengok kat tempat ayah tidur takde apa2 langsung. Aku terus cakap dengan ayah ada ribut kat luar. Tahu ayah aku cakap apa? “MANA ADA RIBUT DARI TADI SUNYI SEPI JE” dia marah aku.",
"Aku tengok luar balik memang takde apa2 langsung, masa tu sumpah sunyi sepi gila boleh dengar bunyi cengkerik. HABIS RIBUT TADI TU APA??!!! SIAPA YANG AKU KEJUT TADI TU??!!! Aku terus bukak surah2 kat phone, time ni baru nak ingat Allah weh. Aku lemah gila time tu, terus meluru tidur dengan ibu. Menangis jugakla masa tu HAHAHHAHA",
"Esoknya aku cerita benda ni kat ayah dia cakap aku mengarut. Hampa betul aku masa tu ugh. Alhamdulillah lah tidur satu malam je, kalau tak?",
"Sekian cerita dari aku, sorry kalau tak seram dan sorry jugak kalau penulisan tak cantik, first time. Insya Allah ada masa aku cerita lagi kisah seram yang aku alami."
] | [
"Hurrrmm… HAUKKKKK citer nko nie!!!"
] |
https://fiksyenshasha.com/makhluk-tu-akan-mendengus-huh-maka-semua-syaitan-akan-ketakutan-kisah-budak-lelaki-nama-aman/ | Makhluk tu akan mendengus “huh!”, maka semua syaitan akan ketakutan. Kisah Budak Lelaki Nama Aman | [
"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Kiki . Setelah sekian lama menjadi pembaca setia page ni, kali ni aku tergerak hati nak kongsi pula pengalaman aku. Kisah yang aku nak cerita ni adalah kisah benar tapi aku ubah nama-nama orang terlibat, tempat & masa, dan juga perjalanan cerita supaya tak ada yang mengenali atau berkecil hati dengan kisah ni. Ini adalah kisah aku dan jiran aku (lebih tepatnya kisah mereka). Cerita ni tak seram, tapi lebih kepada berkongsi pengalaman. Diharap pembaca dapat ambik pengajaran dari cerita ni. InsyaAllah..",
"Bismillahirrahmanirrahim….20 tahun yang lepas, keluarga kami berpindah ke utara tanah air sebab ayah aku bertugas disana. Aku pada waktu tu berumur dalam lingkungan 15 tahun. Aku dan adik-adik aku agak seronok jugalah walaupun keletihan baru sampai sebab kami tak pernah lagi menetap luar negeri. Nak rasa juga lah macam mana tinggal ditempat baru, sekolah baru, kawan-kawan baru. Kami menyewa di satu taman perumahan rumah teres. Jiran-jiran, Alhamdulillah semua baik-baik belaka. Anak-anak mereka pun kebanyakan nya sebaya aku dan adik beradik aku. Tapi dengar cerita jiran-jiran, rumah yang kami duduk tu agak seram. Masa tu kawan-kawan aku cakap, rumah aku tu berhantu.",
"Cis, celupar mulut diorang tu! Ada yang beritahu pernah ternampak ‘hantu’ kat atas bumbung rumah, laman rumah, macam-macam lah. Biasalah budak-budak, masa tu aku tak percaya sangat. lagipun biasalah rumah kosong tak ada orang duduk kan, dah ‘dia’ pun tumpang lah sekejap. Masa tu keluarga aku belum berpindah ke situ. Lepas kami duduk situ tak ada dah dengar cerita-cerita macam tu lagi. Tapi perasaan seram tu masih ada. Kadang-kadang rasa diperhatikan pun ya. Aku tak ingat masa mula-mula masuk rumah tu ayah ibu aku ada buat doa selamat ke tak. Rasanya tak.",
"Dalam ramai-ramai jiran kat situ, ibu aku paling rapat dengan sorang jiran aku ni. Aku panggil dia Cik Mah (bukan nama sebenar). Dia duduk bersama suami dan anak-anak. Anak-anak dia semua lelaki. Cik Mah ni pandai mengubat orang (tapi tak ramai orang tahu). Dia bukanlah bomoh, tapi dia ada gerak hati yang kuat kalau-kalau ada orang terdekat dalam kesusahan. Dia akan ajarkan beberapa p****gg ayat al-Quran buat kita amal kan. Kisah nya, ibu aku tahu akan hal dia ni (pandai mengubat) bila ibu aku selalu cerita kat dia yang rumah aku ni rasa panas semacam, rasa tak tenang. Dia ada la beri beberapa potong ayat Quran. Lama-kelamaan, Cik Mah ni cerita la akan kisah sebenar keluarga dia. Yang ada kelebihan adalah salah seorang daripada anak dia, bukan nya dia. Tapi disebabkan anak nya masih kecil, kebolehan tu jatuh sikit-sikit kat dia (ni bukan saka okay…nanti aku cerita lebih lanjut ya).",
"Nama anak Cik Mah ni Aman. Aman ni jauh lebih muda dari aku. Umur dia masa tu dalam 5-6 tahun macam tu lah. So aku tak rapat sangat la dengan dia. Aman ni, mata dia boleh nampak apa yang kita tak boleh nampak.",
"Senang cerita hijab dia terbuka sejak dari lahir. Yang lucu nya, dia fikir semua orang boleh nampak macam dia. So dia rasa tak pelik dan buat tak endah je lah kat menatang-menatang tu. And menatang-menatang tu pun tak tahu dia boleh nampak mereka (pada awal nya). Tapi yang unik nya, dia boleh nampak makhluk tu dalam rupa sebenar mereka.",
"Bukan berupa pocong, langsuir, etc. tapi berupa bentuk jin yang pelbagai. Ada pendek, gemuk, bulat, panjang, besar, kecik, etc. tapi persamaan yang terdapat pada makhluk2 ni adalah mempunyai telinga yang runcing, bertanduk, ada ekor, bertaring. Macam kalau korang pernah baca komik kanak-kanak Asuh (Islamik) ada komik pasal syaitan kan, haa macam tu lah lebih kurang tapi lebih dasyat sikit la. Aku pernah mintak Aman lukiskan rupa diorang ni hehe.",
"Aman kata, tak ngeri sangat, hantu-hantu yg dalam movies tu lagi seram. Dia pun takut nak tengok hahaha. Cuma katanya, ada ngeri sikit tang siung (taring) yang tersembul keluar dari mulut tu (ala2 Alien vs Predator tu). Cara dia cerita kelakuan makhluk-makhluk ni (aku tak tahu lah dia ni nampak jenis apa, jin atau syaitan) sama macam yang kita tahu sebelum-sebelum ni. Contohnya, kalau kita mengantuk sangat2 dalam majlis ilmu, ada syaitan yang bergayutan di mata-mata kita. Kalau kita tak baca Bismillah sebelum makan, syaitan akan sama-sama makan dengan kita atau muntah & kencing dalam makanan kita, kalau menguap tak tutup mulut, syaitan akan masuk ke dalam mulut, dan lain-lain lagi. Pernah dia cerita dia nampak kat sekolah dia, ada dua ekor menatang tengah berebut sebiji burger. Mana diorang dapat burger tu dia pun tak tahu lah. Dia kadang-kadang menikmati pemandangan tu sebab dia kata kelakar (itu sebelum makhluk2 tu tahu yang dia boleh nampak lah, lepas dah tahu tu lain pulak cerita nya. Jeng..jeng…jeng..). Ibu aku pernah tanya Aman, kalau bulan puasa pula macam mana? Kata Aman, beberapa hari sebelum masuk nya Ramadhan, akan ada satu makhluk yang amat besar dan bengis, akan bawa satu guni besar ni. Makhluk tu akan mendengus “huh!”, maka semua syaitan-syaitan atau jin (aku tak pasti jenis) akan ketakutan dan beratur untuk masuk dalam guni tu satu persatu. Setelah itu, guni tu akan diikat dan dibawa pergi. Keadaan lepas tu akan lengang dan tak ada satu menatang pun akan kelihatan sehinggalah lebih kurang malam ke-3 Aidilfitri. Aman cakap, makhluk tu tak dilepaskan pada Hari Raya pertama on the spot, tapi raya ke-3. Wallahua’lam..",
"Ibu aku pernah tengok si Aman tu ‘bereaksi’ dengan makhluk2 ni. Masa ibu aku tengah lepak-lepak depan rumah dengan ibu Aman, Aman pun join. Tiba-tiba Aman mengundur langkah semakin jauh, semakin jauh sampai dia bersandar ke dinding rumah akhir nya. Ibu aku tanya “Kenapa Man duduk jauh-jauh tu?” Tahu apa Aman jawab, “Ramai sangat lah diorang sekarang ni, tengah berkenduri ni. Sebab tu Aman ketepi, tak nak terlanggar dengan diorang” Ibu aku teguk liur laa..hahaha. last-last, Cik Mah ajak ibu aku borak dalam rumah dia pulak. Pernah sekali ibu aku ke rumah Aman, tapi Cik Mah tak ada, keluar beli barang maybe, ada Aman sorang je. So sementara menunggu Cik Mah balik, ibu aku berborak-borak dulu la dengan Aman (masa tu dia dah besar dah masuk sekolah rendah kut). Tengah duk syok borak tu, tiba-tiba Aman pandang ke sisi dia and angguk-angguk. Then cakap, “Makcik, sekejap ye. Saya nak ke dapur jap, ‘dia’ mintak air.” Aduh.. ibu aku terus rasa seram sejuk kat situ kena tinggal sorang-sorang hahaha… (Actually tak ada lah takut pun sebab ibu aku dah tahu “kisah sebenar” & mereka pun makhluk Allah juga).Tentang “kisah sebenar” tu….",
"Keluarga Aman sangat risau kan Aman sebab hijab dia terbuka, dah ramai mereka jumpa untuk tutup balik hijab Aman ni, tapi tak berjaya. Sampaikan ada seorang Ustaz yang terkenal ni pun mereka pernah jumpa tau. Tapi ustaz tu kata, jangan risau, ini memang anugerah Allah pada Aman. Ini bukan berkaitan saka or pendamping. Ada hikmah Nya, kemungkinan bila Aman besar nanti dia akan jadi perawat tersohor…kata nya lah. Jadi, keluarga Aman pun terpaksa lah redha dengan ketentuanNya..",
"Salah satu sebab mengapa mereka risau, sebab Aman selalu jatuh sakit. ‘Menatang’ tu selalu kacau dia (selepas geng-geng mereka dapat tahu yg Aman boleh nampak mereka). Makhluk-makhluk tu selalu halang Aman kat tengah-tengah jalan, semasa Aman nak ke sekolah. Kata mereka, “Kau jangan datang tempat aku (sekolah)!” Mereka takut aktiviti jahat mereka terbongkar sebab Aman boleh nampak mereka & Aman dah pandai baca-baca ayat Quran sikit untuk halau diorang. Makin lama makin teruk dugaan & cabaran yang Aman kena hadapi, sampai nak pakai baju sekolah pun sakit sangat.",
"Makhluk tu akan mengecilkan saiz mereka & masuk kebawah kulit Aman & meluncur mengikut urat-urat d***h Aman. Sedangkan tanduk & ekor mereka masih diluar, nampak diatas kulit Aman (aku tak tahu nak gambarkan macam mana harap korang faham lah). Aman nampak semua tu tapi dia tak berdaya nak menghalang. Dia masih kurang ilmu masa tu. Masih kecil, masih belum kuat (that’s why Allah bagi bantuan dengan memberi ilham pada ibu dia supaya baca ayat-ayat yang patut, sedangkan ibu dia tak pernah belajar pun semua ayat-ayat tu, Allahuakbar!) Ibu dia tolong hembus-hembus dan sapu-sapu air pada bahagian badan Aman untuk mengurangkan sakit.",
"Rentetan daripada serangan bertubi-tubi makhluk-makhluk tu, Allah telah mengizinkan satu family jin Islam tinggal di rumah Aman untuk memberi pertolongan .Yang ni aku tak pasti cerita detail dia mcm mana. Dan aku rasa ibu aku pun tak tergamak nak bertanya lebih lanjut pada ibu Aman (Ibu aku jarang bertanya, semua nya diceritakan Cik Mah tu sendiri. So bagi ibu aku, orang dah beri betis takkan kita nak minta peha pulak kan? Orang dah cerita setakat tu beruntung la). Okay, berbalik kepada cerita, jin Islam ni dia satu keluarga. Ada suami, isteri & anak-anak. Berapa jumlah semua nya aku tak pasti. Tapi mereka memang mengamalkan Islam betul-betul. Sembahyang berjemaah, pakaian menutup aurat, bahkan TV pun diorang tak tengok. Yang tengok pun anak-anak jin tu je. Itu pun rancangan-rancangan kartun je. Dah habis kartun tu diorang pun lesap. Haa.. yang mintak air tu, yang tu lah. Anak jin yang paling kecik & ‘agak nakal’. Dia saja nak test ibu aku mase tu. Kacau perbualan ibu aku & Aman masa tu haha.. Kalau korang faham sifat-sifat jin ni macam tu lah. Ada baik, ada jahat, ada nakal..etc. Tapi mereka tak pernah buat kacau dalam rumah tu melainkan untuk menolong melindungi Aman. Ada masa nya Aman tetap terkena juga serangan-serangan jin jahat/kafir. Itu pun, bilamana keluarga jin Islam tu tengah solat berjemaah sesama diorang, so Adam tak ada sapa yang kawal. Kata ketua keluarga jin Islam tersebut, satu hari nanti bila Aman dah ‘bersedia’, diorang akan pergi… pergi menolong sesiapa yang lebih memerlukan… Wallahua’alam.",
"Satu lagi cerita unik pasal jin Islam ni, mereka memang makan, minum, mandi, beli barang macam manusia, Cuma kita tak nampak lah. Kalau mereka tengah guna bilik mandi, pastu kita yg tak nampak ni nak masuk, mereka akan cepat-cepat keluar tau. Keluar pun dalam keadaan bertutup tanpa menunjukkan sebarang aurat pun. Kalau diorang beli barang, contoh anak-anak jin tu nak beli jajan dekat kedai, mereka bayar tau. Tapi duit tu kita tak nampak, and barang yang diambil tu pun kita tak nampak. Dimata kasar kita barang tu masih ada. Oh, satu lagi.",
"Kalau selepas hujan, korang jangan la biar anak-anak korang main kat luar. Anak-anak jin (tak kira agama apa) memang SUKA MAIN lopak-lopak air lepas hujan tu. Jangan anak-anak kita join sekali dah la.. karang TERKAWAN pulak. Ni semua Aman yang cerita. Lepas tu, kalau balik rumah dah lewat-lewat petang tu, jangan lupa la baca apa yang patut sebelum masuk rumah. Ayah aku selalu macam tu, balik petang-petang, selalu lah si Aman ni mengadu kat ibu dia yang ada benda duk bertenggek belakang badan ayah aku ikut balik rumah. Patut lah ayah aku kalau balik kerja petang-petang baran je haha.. Itu pun kalau Aman ternampak, Aman akan baca-baca & hembus dari jauh kat ayah aku, then benda tu pun hilang camtu je.",
"Ayah Aman pun selalu gak ada benda ikut dia balik. Pakcik tu suka memancing, tapi pancing ‘benda’ lain plak haha. Mase tu Aman masih kecik. Pada suatu hari selepas ayah nya balik dari luar, ayah nya terus masuk dapur minum air. “Ibu, ibu.. ayah buat balik ‘benda’ lah..” Ibu nya tanya lah, “Aman nampak apa?”. “Aman nampak, ada tu tengah peluk leher ayah. Tapi kan mak, rambut dia panjaaaang sangat. Ayah dah kat dapur tapi hujung rambut dia masih kat luar rumah lagi mak”. Terus ayah dia rasa seram dan baca-baca apa yang patut untuk halau benda tu pergi. Banyak lagi cerita-cerita dia, aku pun banyak lupa dah. Banyak jugak ilmu agama yang diorg belajar dari keluarga jin Islam tu, tapi hanya Aman sorang yang nampak diorang. Kemudian Aman akan cerita balik apa yg dia nampak/belajar kat ibu ayah dia.",
"Cik Mah & Aman ni dah jadi macam satu team “Ghostbuster” dah. Pergi ke rumah-rumah orang yang ada gangguan untuk meng’halau’ menatang-menatang yang membuat kacau. Aman akan beritahu kat mana benda tu berada, and ibu dia akan baca-baca ayat & hembus ke arah tu. camtulah lebih kurang. Aku pun pernah berubat dengan Cik Mah ni, berkaitan saka. Kena mandi limau yang dibaca 7 hari berturut-turut tak silap. Dan hari terakhir tu ‘benda’ tu akan munculkan diri depan aku sekejap sebelum dia pergi. Tapi aku tak cerita lah yang tu sebab tak seram. Aku pun nampak sekilas je (Alhamdulillah)…itu pun masa tengah mamai, entah betul ke tak apa yang aku nmpak tu.",
"Aman boleh nampak siapa yang ada ‘pemakai’, ‘pelindung’, atau ‘pemagar’ rumah yang tak betul ni. Ada satu rumah jiran kami ni, penuh “askar-askar” dia bertenggek atas pagar rumah. Konon menjaga rumah la tu.. Suatu hari, ada satu ruang lompong kat “pagar” tu. Rupa-rupanya botol minyak yang si polan tu simpan pecah daa.. Aman pun boleh nampak kat wajah seseorang tu, kalau dia ada tanda ‘hitam’, ‘putih’ atau ‘kosong’. Kalau yang ada tanda ‘putih’ kat dahi dia bermakna orang tu baik sangat-sangat, alim, tak berhati busuk..camtulah kut (yang ni aku tak reti nak explain, sebab aku pun tak berapa paham. Tapi yang pasti aku punya ‘kosong’ so kena banyak kan amal ibadat lagi.. guilty). Aku rasa ni berkaitan amalan atau hati nurani kita lah kut. Ramai jugak tokoh-tokoh politik yang dia nampak kat TV tu banyak ‘hitam’ kat wajah. Tapi aku tak reveal lah siapa tokoh-tokoh tersebut, kang jadi fitnah pulak. Lagipun masa tu Aman masih kecik. Orang tanya, dia jawab je lah tanpa fikir apa-apa.",
"Aku rasa disebabkan kelebihan yang Allah bagi kat dia ni lah, makhluk-makhluk tu tak suka kat dia. Masa dia nak membesar tu macam-macam dia kena hadapi. Dugaan-dugaan dia hebat jugak. Ibarat nya, sebelum nak jadi manusia hebat suatu hari nanti, dia kena lalui pelbagai ujian. Kalau jatuh sakit berkali-kali tu tak usah cerita lah. Kemudian, sebelum Aman meningkat remaja, mungkin Aman dah pandai defend diri atau mungkin ilmu dah cukup maybe, akhirnya keluarga jin Islam tu dah pergi. Tak ada lagi dah tinggal kat rumah Aman. Aman pun, sejak dah meningkat remaja (baligh) hijab dia dah slowly tertutup. Masa Aman dah start tak nampak tu, kami pun dah pindah dari situ. Ayah aku kena bertugas ke negeri lain pulak. Sejak itu lah aku tak tahu dah apa perkembangan Aman. Aman sekarang pun dah dewasa.",
"Setakat ini saja lah kisah Aman, tentang anugerah hijab terbukanya. Aku menulis ni bukan nak dedah rahsia siapa-siapa. Aku bukan penulis. Hanyalah nak berkongsi. Apa yang baik yang boleh di ambil pengajaran. Jangan kita leka sangat seronok-seronok kat dunia ni, sedangkan bukan kita sahaja yang mendiami bumi Allah ni. Dan bagi yang dah berkeluarga, diharap apa sahaja tips yang boleh di ambil, ambil lah… Baca doa sebelum masuk rumah, dan lain-lain. Especially yang ada anak-anak kecil, jangan biasakan bawak anak kecil terutama nya baby keluar malam-malam.",
"Dah menangis tak henti-henti kita pulak susah betul tak? Padahal ibu bapa yang ‘buat tak reti’. Aku kesian tengok diorang, kalau baby menangis tu, kadang-kadang makhluk tu saja mengacau baby, ketuk-ketuk kepala diorang, tarik tangan kaki baby tu.. Tak kesian ke? Kalau boleh mana-mana ayah yang merokok tu jangan lah korang amalkan depan anak bini korang. Dah “menjamu” diorang plak. Maaflah kalau kata-kata aku ni mengguris mana-mana pihak. Pada yang tahu kisah ni dan kenal siapa empunya badan, atau pada siapa yang kenal aku atau keluarga tersebut, mohon jangan di dedahkan siapa. Pada ahli keluarga tersebut yang ada terbaca ni, maaf saya pinta kalau cerita ni banyak tersasar & mengguris hati. Ada juga cerita diubah supaya mudah faham & menyorok identiti. Saya cuba sedaya upaya untuk bercerita secara santai sepaya ia dapat memberi pengajaran kepada semua. Lillahitaala…",
"Salam sayang buat Cik Mah sekeluarga. Semoga keluarga Cik Mah sihat walafiat & dirahmati selalu.."
] | [
"bestnya cerita ni",
"Pembetolan ye..manusia biasa tak boleh melihat Jin dalam rupa asal dia..hanya Allah s.w.t..Nabi Sulaiman a.s dan juga Nabi Muhammad s.a.w je tahu rupa bentok asal Jin..hati-hati apabila mengaku boleh lihat rupa asal Jin ianya boleh jatoh Kaffir."
] |
https://fiksyenshasha.com/siapa-laki-tu-tok-kawan-tokwan-ka-minyak-dicalit-di-pintu-rumah-penyebab-keuarga-kucar-kacir/ | “Siapa laki tu tok? Kawan tokwan ka? “- Minyak Dicalit di pintu rumah penyebab keuarga Kucar Kacir | [
"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah seram saya buat julung kalinya. Untuk pengetahuan semua pembaca FS, kisah yang akan saya kongsikan ini adalah berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri. Kisah paling seram yang pernah saya alami sepanjang hidup ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan saya dikala itu. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama meneroka ke dunia mistik saya.",
"Kejadian berlaku ketika saya berusia 12 tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR. Kami sekeluarga sememangnya rapat dengan keluarga sebelah mak memandangkan keluarga mak tinggal di dalam pulau dan jarak perjalanan dari rumah kami hanya memakan masa selama 20 minit sahaja.",
"Pada hari itu, saya, mak, abah dan adik perempuan saya pergi ke rumah tokwan (datuk) yang terletak di Gelugor. Rumah tokwan merupakan sebuah rumah pangsa empat tingkat mempunyai dua buah bilik. Kedua-dua buah bilik itu bertentangan dengan ruang tamu . Biasalah rumah kecil memandangkan kami bukan dari keluarga yang berada. Sebuah bilik dihuni oleh along (bapa saudara) dan sebuah lagi milik acu (ibu saudara).",
"Manakala tokwan dan tok (nenek) hanya tidur di ruang tamu. Lebih sejuk dan selesa kata mereka. Nak dijadikan cerita, petang itu kami sekeluarga berkumpul di hadapan televisyen untuk menonton filem Pontianak Harum Sundal Malam lakonan Maya Karin. Alang dan maklang turut menghadirkan diri memandangkan rumah mereka bersebelahan sahaja dengan rumah tokwan. Saya memang seorang yang penakut dan suka terbawa-bawa dengan cerita seram yang saya tonton.",
"Malam itu, saya, tokwan, tok dan along tidur di ruang tamu. Mak abah serta adik perempuan saya pula tidur di dalam bilik along. Walaupun tidur secara beramai-ramai tetapi saya berasa tidak tenang. Terbayang-bayang pontianak di bawah kerusi meja makan yang terdapat di ruang tamu. Lagu ‘Pulangkan’ nyanyian Misha Omar seperti terngiang-ngiang di telinga saya. Saya cuba melelapkan mata dan memujuk hati bahawa itu semua hanya mainan perasaan. Akhirnya saya terlelap juga.",
"Tetapi tidak lama kemudian saya tersedar dari lena yang tidak begitu panjang. Saya terlihat acu disebalik pintu biliknya sedang merenung tajam ke arah saya. Warna baju yang dipakai oleh acu sama warnanya dengan pintu kayu bilik iaitu merah hati. Saya cuba menegur acu tanpa perasaan curiga. ‘Acu tak tidoq lagi ka’? Tapi acu hanya diam sambil memerhatikan saya. Tiba-tiba tok terjaga dan bertanya ‘Asya bercakap dengan siapa’? Saya mula pelik dengan soalan itu. ‘Cakap dengan acu lah’. Tok saya membalas ‘mana acu’? Saya menuding jari sambil menunjuk ke arah pintu bilik acu. Tok mencapai lampu suluh yang terletak di sisi bantal. Untuk memuaskan hati, tok menyuluh ke arah pintu bilik acu tapi tiada sesiapa di situ. Badan saya sudah mula menggigil. Namun saya paksa diri untuk sambung tidur. Selepas itu, saya berjaya tidur dan berada di alam mimpi.",
"Saya terjaga lagi entah pukul berapa apabila terasa seperti ada orang melintas. Saya buka mata perlahan-lahan dan ternampak kelibat seorang lelaki yang memakai baju warna merah dan bertopi hitam. Lelaki itu seperti sedang melakukan sesuatu di permukaan pintu yang dihuni oleh mak abah. Gaya lagaknya seperti seorang kontraktor yang ingin menukar pintu bilik sahaja. Saya hanya dapat melihatnya dari arah belakang jadi saya tak nampak wajahnya. Dalam hati saya terfikir kawan tokwan kah itu? Tapi tak logik takkanlah tetamu nak datang rumah malam-malam atau saya masih di alam mimpi. Saya cuba menggerakkan tok yang sedang nyenyak tidur di sebelah saya.",
"‘Hang tak tidoq lagi ka dari tadi Asya oii’??‘Dah tapi terjaga. Siapa laki tu tok? Kawan tokwan ka’?‘Lelaki mana pulak ni’?‘Tu dia tengah buat apa entah kat pintu’.Sekali lagi tok menghalakan lampu suluh ke arah kelibat itu dan saya hanya nampak pintu bilik sahaja yang ditutup rapat. Kali ni memang saya dah tak tahan lagi. Saya terus menjerit seperti orang histeria. Saya hanya tersedar apabila abah menyapukan air ke muka saya. Jam sudah menunjukkan pukul lima pagi. Saya tidak melelapkan mata sehingga waktu subuh menjelang tiba. Dan apabila azan subuh berkumandang saya menarik nafas lega.",
"Keesokan harinya, saya menceritakan peristiwa itu kepada ahli keluarga saya. Mak saya dengan tenangnya menjawab‘Laa mak ingatkan hang menjerit semalam pasai ada tikuih. Syaitan kot tu merupa. Hang nampak hantu raya kot’.‘Alah perasaan ja tu. Lain kali jangan tengok cerita hantu dah kalau lemah semangat’, sampuk abah.",
"Pengalaman menakutkan berlalu begitu sahaja. Selepas dua hari menginap di rumah tokwan, kami sekeluarga pun pulang ke rumah yang terletak di kawasan Teluk Kumbar. Rumah kami juga rumah pangsa. Ada lima tingkat. Saya mahu melupakan peristiwa itu dan belajar bersungguh-sungguh untuk mengambil UPSR. Tetapi saya mengalami gangguan setiap malam. Saya tidak boleh tidur pada waktu malam. Jadi saya akan merasa letih dan tidur lena pada waktu siang seperti burung hantu. Apabila malam menjelma saya akan rasa seperti diri diperhatikan dan nampak bayang-bayang hitam. Benar juga kata abah. Saya memang lemah semangat. Kemudian saya diserang demam berminggu-minggu. Pergi ke klinik dan makan ubat juga demam saya tetap tidak kebah.",
"Suatu hari, abah membawa rakannya yang merupakan seorang ustaz untuk ‘menengok’. Sebaik dia menjejakkan kaki ke rumah kami bulu romanya berdiri tegak. Rupanya saya sudah terkena buatan orang. Orang itu sebenarnya nak tuju kepada mak abah tapi sebab saya lemah semangat jadi saya turut diganggu. Rakan abah hanya mampu pulihkan semangat saya tapi tidak mempunyai kebolehan membuang ‘benda’ itu. Banyak juga ustaz-ustaz dan bomoh-bomoh yang dibawa ke rumah ini tetapi tetap tiada sebarang kesan.",
"Cuti sekolah datang lagi dan sekali lagi kami sekeluarga pergi menginap di rumah tokwan. Malam itu seperti biasa saya tidur beramai-ramai di ruang tamu. Kali ini benda itu semakin agresif untuk mengganggu saya. Tok tidur di sebelah saya dan saya lihat tok sudah nyenyak tidur. Saya tidur secara mengiring membelakangi tok. Dalam usaha untuk melelapkan mata walaupun saya mengalami kesulitan untuk tidur tiba-tiba saya terasa seperti ada orang bermain-main rambut saya. Saya menoleh ke arah tok tapi tok memang sudah nyenyak tidur tanpa berganjak walau seinci pun. Saya toleh semula membelakangi tok dan cuba ignore ‘benda’ tu. Kali ni saya rasa ada orang tarik rambut saya pulak. Aik main kasar nampak. Saya cuba membaca ayat Kursi tapi ayat itu seperti tersekat di kerongkong saya. Waktu saya toleh ke arah tok saya tengok mata tok terbeliak seperti mayat. Saya pun tunggu apa lagi. Teruslah menjerit. Seram doh!‘Awat ni jerit’? tok menampar-nampar pipi saya.‘Tok la awat buat mata terbeliak macam tu’?‘Bila masa tok terbeliak? Tok tengah tidoq ja’.‘Asya ni dah nak gila gamaknya. Setiap malam mesti tak tidoq’, kata tokwan yang mungkin terganggu tidurnya dengar jeritan saya.",
"Saya menangis teresak-esak kerana takut jadi gila. Mak dan adik pun terjaga dan membuka pintu bilik untuk melihat keadaan saya. Lupa nak beritahu. Sudah beminggu-minggu juga saya tidak hadir ke sekolah akibat gangguan itu dan tak dapat belajar bersungguh-sungguh. Saya letih dengan semua ini sehingga akhirnya abah terpaksa pergi ke Perlis untuk berubat. Abah pergi seorang meninggalkan kami di rumah tokwan kerana risau jika apa-apa terjadi pada saya. Sekurang-kurangnya di rumah tokwan ada saudara mara yang boleh tengokkan kami. Di rumah tokwan, saya tidur di bilik bersama mak dan adik saya memandangkan abah tiada. Kami tidur bertiga di atas katil. Adik perempuan saya yang berumur 9 tahun ketika itu menemani saya berbual sepanjang malam memandangkan dia memahami keadaan saya yang sukar tidur malam. Tetapi malam itu saya merasa sedikit tenang dan terlelap jua.",
"Pagi itu, saya terjaga dari tidur. Saya lihat abah sedang duduk di sisi katil berbual dengan mak. Saya berpura-pura tidur sambil mencuri dengar perbualan kedua-dua orang tua saya.",
"‘Macam mana pi sana? Dah selesai ka’? Mak memulakan perbualan.‘Dah selesai semuanya. Masa abang pi sana elok-elok sampai rumah tok ayah (tukang berubat) abang rasa belakang abang ni berat ja. Macam ada benda kat bahu sampai tak boleh nak angkat kepala. Tok ayah kata sampai ke situ ‘benda’ tu ikut. Lepas tu tok ayah tanya nak balas balik kat depa ka atau nak hantar ‘benda’ ni balik pi kat tuan dia.",
"Abang suruh dia hantar balik ja benda ni. Jangan mai dah. Sebab abang bukan kejam sangat nak balas dendam. Biaq Allah ja yang balas perbuatan depa. Abang nak anak kita sihat ja. Lepas tu tok ayah suruh abang baling teloq busuk dalam laut dan jangan pusing ke belakang. Alhamdulillah…elok-elok baling teloq tu badan abang rasa ringan balik dan terus pi kat kereta tak pusing belakang dah. Rupanya orang yang hantar ‘benda’ tu sebab dia dengki tengok kita bahagia. Lepas tu dia calit minyak dagu kat pintu rumah supaya kita boleh ikut telunjuk dia. Dia jugak buat kita rasa saling membenci. Sebab tu kita kerap gaduh. Dia tak suka tengok kita bahagia. Macam-macam lah yang dia buat dan dia pakai bomoh siam. Dia nak buat sampai anak kita jadi gila’.",
"Begitulah cerita daripada abah. Patut pun malam tu nampak rupa tok macam mayat. Terkena minyak dagu yang dicalit di pintu rumah. Benda tu pulak suka merupa. Selepas saya pulih, barulah segalanya terbongkar. Mak abah juga mengalami gangguan tapi sengaja mereka tak ceritakan pada saya sebab mereka tahu saya lemah semangat. Mak abah kerap bergaduh tanpa pengetahuan kami.",
"Mak juga ada dengar bunyi gelas-gelas berlaga di dalam rumah pada waktu tengah malam. Abah pula pernah nampak kelibat mak masuk ke dalam bilik air tanpa membuka lampu. Waktu itu tengah malam dan abah baru pulang kerja. Biasalah pemandu teksi mestilah nak cari duit lebih. Alangkah terkejutnya abah apabila mendapati mak sedang tidur nyenyak di bilik. Habis siapa yang masuk ke bilik air? Adakah hantu raya yang menyamar?",
"Orang yang melakukan perbuatan ini adalah orang yang terdekat tapi bukan ahli keluarga atau saudara mara. Setiap orang yang mengubati saya semua menggambarkan orang yang sama. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Wallahualam…",
"Yang pasti, selepas saya pulih saya tidak lihat kelibat orang yang dikatakan menghantar ‘benda’ kepada keluarga. Adakah dia sudah ‘panas’ makanya dia pergi berubat? Entahlah…nak tuduh pun takut jadi fitnah. Tak berapa lama kemudian, orang yang digambarkan itu pun berpindah rumah dan cuba menjauhi keluarga kami.",
"Saya akhirnya pulih sepenuhnya dan memperoleh keputusan UPSR 2A3C. Tak cemerlang. Cukup sekadar lulus. Semoga kita semua dijauhi dari perasaan hasad dengki dan dilindungi oleh Allah.",
"Akhir kata, saya memohon maaf andai para pembaca FS tak merasa seram dengan cerita saya. Saya memang seram cuma cara penyampaian saya mungkin kurang baik. Semoga bertemu lagi. Sebarang salah dan silap dalam penulisan harap dimaafkan. First time menulis IN SYAA ALLAH saya akan perbaiki lagi karya saya. Selamat membaca!"
] | [
"Amboii sampai hati tokwan hang kata hang gila. org dengki ni x kira zaman, padahal dulu2 mana ada fb ke insta nak tunjuk bahagia2 sangat. Lagilah org dulu2 mana ada nak show off kemesraan bagai. Kalau dah dengki, dengar org gelak pun dah menyampah trus cr setan nak susahkan hidup org. Semoga kita semua terhindar dr semua malapetaka."
] |
https://fiksyenshasha.com/tuan/ | Tuan | [
"Farhain mengah. Sudah empat orang dia tolong berubat. Syafi dan Ghazali cuma duduk tepi memerhati. Dek bosan kerana majoriti guru-guru dan pelajar berkumpul dekat dataran, jadi mereka minta izin Farahain untuk ikut sekali.\n“Baiklah, lagi 10 minit cikgu lepaskan kamu semua,” ujar guru disiplin mencekak pinggang atas pentas. Bahuku dicuit dari belakang. Aku menoleh.\n“Apa?” Pritya senyum-senyum.\n“Jom lepak.”\nBerkerut dahi aku. “Kau nak pergi mana? Sekarang tengah kes histeria kau ajak lepak. Gila ke?”\nPritya ketawa. Aku gelengkan kepala. Malas mahu layan. Bahu dicuit lagi.\n“Apa lagi?”\n“Aku tak pernah tengok orang Muslim kena rasuk.”\n“Jadi?”\nTangan Pritya menepuk-nepuk belakangku. “Jom pergi surau. Aku nak tengok macam mana kau orang handle kerasukan.”",
"Pada mulanya aku tak layankan, Pritya sudah merengek berkali-kali sampaikan aku sendiri dah malas nak dengar.\n“Fine. Jom.” Aku bangun diikuti Pritya yang sudah melompat kegembiraan. Aku dekatkan diri pada Puan Kamila – guru kelas kami, kemudian dekati Pritya semula.\n“Kau cakap apa dekat cikgu?”\n“Aku cakap kita nak ke tandas. Dah jom.” Aku dan Pritya dalam perjalanan ke surau. Ikutkan hati nak saja heret Pritya terus ke dataran dan duduk diam-diam. Aku mengeluh bila sudah sampai depan surau.\n“Woi !” Ashraff dekati kami dengan kening terangkat sebelah. “Kau orang buat apa dekat sini?”\nPritya mencekak pinggang. “Apahal? Kita orang dah boleh datang sini ke?” Aku menepuk dahi manakala Ashraff menggeleng.\n“Tak selamat sini. Pergi balik dataran. Nanti kau orang kena rasuk haa, menambahkan kerja Farahain je.”\nPritya mula bertekak dengan Ashraff. Ada satu ayat Ashraff yang hampir buat aku ketawa.\n“Takkanlah Hindu tak ada buat exorcism?”\n“Ada, tapi yang ni aku nak tengok. Lagipun mana ada hantu rasuk manusia agama lain kan?”\n“Siapa kata?”",
"Suara teriak mematikan perbalahan mereka. Seorang pelajar perempuan meluru keluar dari pintu masuk surau. Farahain seraya keluar dari surau.\n“Tangkap dia !” Pelajar yang lari tadi hayunkan tangan ke belakang, terpelanting badan Ashraff sehingga dia jatuh terduduk. Pritya tak tentu arah. Aku langsung tak berganjak. Mata aku dan mata pelajar perempuan itu bertembung. Tak sampai sesaat, dia sudah menerkam tubuhku. Ashraff kelam kabut bangun menarik pelajar sekali dibantu dengan Pritya. Farahain dan Syafi berdiri tegak. Mulut Farahain mula membacakan sesuatu. Dia menepuk bahu Ashraff.\n“Kau dengan budak ni jaga belakang.” Ashraff balas dengan anggukan dan menyuruh Pritya berundur ke belakang.\n“Tapi, Fiena ni…”\n“Jangan risau. Aku cuma nak dia pegang je. Ni orang last histeria,” tenang Farahain membalas. Pritya serba salah, namun terpaksa akur dengan arahan Farahain.\nAku pula masih bergelut dengan pelajar yang menerkam tadi. Perlahan Farahain mendekati dan letakkan jari jemari di ubun-ubun kepala pelajar tersebut. Farahain membaca ayat suci Al- Quran manakala pelajar kerasukan itu membalas dengan bahasa asing. Aku kecut perut melihat wajah pelajar itu. Matanya putih tiada bola hitam, urat-urat tersembul keluar dan mulutnya ada d***h yang masih menitis keluar. Tiba-tiba dia kembangkan kedua pipi, seperti menahan muntah. Aku cuak, takut dia muntah depan muka memandangkan hanya beberapa inci saja. Farahain memangkat tangan dan tepuk belakang pelajar itu.",
"Pelajar itu muntahkan segala-galanya tepat mengena mukaku. Bau hanyir d***h dan bendasing habis terkena baju sekolah dan lantai. Kemudian pelajar itu jatuh terlopok dalam lopak muntah sendiri.",
"Esoknya aku cuti demam panas. Pritya pula tak habis-habis tanya fasal keadaan aku.\n“Aku demam panas sebab terkejut kan? Rilekslah.”\n“Ah, still aku risaukan kaulah. Kalau aku, dah menjerit tau.” Aku ketawa dihujung talian. Coolfever yang melekat pada dahi ditarik dan buang dalam tong sampah. Dah tak sejuk, aku tak pakailah. Pritya masih lagi membebel macam makcik-makcik.\n“Sara, kau nak tahu tak apa jadi lepas tu?”\nHaah kan, aku langsung tak ingat apa jadi. Last pun aku lari masuk toilet lepas itu, BAM! Gelap gelita.\n“Ceritalah.”\n“Budak tu pengsan then ustaz baru sampai. Farahain masa tu dah lemah gila. Sampai Syafi terpaksa papah dia.”\n“Ustaz tu cakap apa?”\n“Mula-mula dia tengok budak-budak yang pengsan dalam surau dengan dekat luar. Dia kata budak-budak tu kena sampuk je.”\nBerkerut dahi aku. “Sampuk? Aku ingat saka.”\n“Kan? Farahain pun ingat macam tu. Then ustaz tu tanya, masa rawat takkan tak detect kan?”\n“Kejap, jangan kata…”\n“Hijab Farahain tak terbuka pun.” Hah, pulak dah. Biasanya orang pandai mengubat hijabnya terbuka. (Apa yang aku dengarlah.)",
"“Dah tu? Apa jadi?”\n“Ustaz tu kata Farahain cuma halau and berkemungkinan dia datang balik.” Aku cuma iyakan. Agak lama aku berborak dengan Pritya fasal kejadian semalam.\n“Kau sampai sekolah nanti, jangan pengsan pulak. Jenuh aku tarik kau keluar dari toilet hari tu.” Itulah kata-kata terakhir Pitya sebelum kami putuskan talian.",
"Pritya dah sedia maklum dekat aku yang setiap kelas, bilik dan kaki lima sekolah dah ditabur garam kasar dan lada hitam. Mereka kata jangan sapu, biarkan saja. Macam biasa aku dan Pritya dalam perjalanan masuk ke kelas. Pritya melangkah masuk dulu sebelum aku. Aku baru saja nak melangkah masuk…\n“Aduh !”\nPritya dan classmate lain menoleh, hairan memandang aku.\n“Kenapa?” tanya Pritya.\n“Tadi kaki aku pijak benda panas.”\n“Panas?” Rata-rata mereka tak lekang memandang aku. Aku cuba melangkah masuk, still terasa pijak benda panas. Bahu aku ditepuk.\n“Aik, Fiena. Tak nak masuk? Saya nak mula mengajar ni,” tegur Puan Julia, guru Pendidikan Seni. Aku perlahan mengangguk. Dengan segala kudrat, aku melangkah masuk. Dan, BAM !",
"Celik-celik saja, aku dah ada dekat surau. Untuk pertama kali badan aku rasa ringan. Perlahan aku bangun yang mendekati sekumpulan pelajar yang berkerumun.\n“Fiena macam mana Ashraff?” bising Pritya luar surau. Ashraff tiada jawapan, dia cuma balas dengan senyum tawar.\nPritya cuba ceroboh masuk, namun masih dihalang Ashraff. Aku kaget. Pritya resah gelisah bising-bising dengan Ashraff. Mataku menoleh ke sekumpulan pelajar semula. Di balik celahan pelajar yang aku selinap tadi, aku terkejut.",
"Farahain berpeluh-peluh. Uniform sekolahnya sudah dibuka tinggallah T- Shirt hijau dan seluar sekolah. Pelajar perempuan menahan tangan dan kaki ‘aku’ yang terbaring, meracau mahu dilepaskan. Aku menapak ke belakang. ‘Aku’ yang terbaring, dengan mata hitam pekat dan mulut berbuih-buih seperti orang kena sawan. Pada mulanya aku tak perasan, 2-3 kali aku pandang, ada satu kelibat warna putih sudah ada dalam jasad.\n“Kau keluar, dia tiada kaitan dengan keturunan kau,” tegas Farahain. ‘Aku’ ketawa. “Dia milikku. Dia pasti akan terima aku. Kau bukan sesiapa mahu halang aku !”\nAku ketap bibir. Aku meluru ke arah ‘aku’ yang meronta-ronta. Mata hitamnya tepat memandang aku dengan wajah yang tersenyum.\n“Terima aku, dan aku akan bersama dengan kau. Lindungi kau.” Aku yakin rata-rata yang tengah mengubat aku pelik. Dengan siapa ‘aku’ ni bercakap.\nAku buntangkan mata. Dengan marahnya, aku membalas, “Badan aku hak aku.”\n‘Aku’ ketawa terbahak-bahak. Merinding aku,tapi aku cuba kuatkan semangat. Aku menoleh, Farahain terkumat-kamit membaca ayat Ruqyah dengan nafas naik turun. Entah kenapa aku berani, aku pegang kelibat puith yang ada dalam badan.",
"“Kau buat apa ni? Lepaskan aku !” ‘Aku’ menggelupur, pelajar perempuan yang pegang tadi semuanya ‘aku’ tepis. Aku tarik sepenuh tenaga. Tarik punya tarik, akhirnya kelibat tu berjaya keluar. Jasad aku yang mula longgai, pantas aku masuk. Aku buntangkan mata, bagaikan dapat udara semula. Perlahan aku imbangkan badan sebelum berdiri tegak di tengah surau. Wajah mereka pucat, terutamanya Farahain. Dua tiga kali juga aku kelipkan mata sebelum pandangan jadi jelas.\n“Apa?” tanyaku. Berekrut dahi Farahain. Perlahan dia dekati aku.\n“Siapa nama kau?”\nAku terkejut. Tangan kanan Farahain memegang sehelai kain. Mukanya masih lagi pucat. “Aku tanya semula, siapa nama kau?”\nAku perhati sekeliling. “Fiena Basyirah Binti Hazmin.”\n“Nama mak kau?”\n“Latifah Anom Binti Yahya.”\n“Nama ayah kau?”\n“Hazmin Bin Syafiuddin.”\nFarahain tarik nafas lega. Tamatlah sesi merawat histeria. Rakan sekelasku datang mendekat.\n“Kau pengsan depan kelas, kau tak ingat?’ tanya Wafa. Aku geleng.\n“Kau pengsan lepas tu meracau. Kesian Pritya tadi, tak tentu arah,” sambung Faidah.",
"“Oh sorry sorry. Aku dah menyusahkan kau orang.” Aku sempat pandang Farahain yang sedang bercakap dengan Cikgu Latiff.Kemudian Cikgu Latiff dekati aku.\n“Kamu nak balik tak Fiena? Kalau nak saya hantarkan dengan Cikgu Kamila.” Aku lama berfikir, kemudian menggeleng.\n“Boleh saya duduk surau? Saya takut mak saya bising pula.” Cikgu Latiff mengangguk dan hanya benarkan Wafa dan Dina temani aku dalam surau. Kesian Pritya, dia tak dapat teman aku. Aku sempat panggil Farahain. Walaupun hijabnya tak terbuka, aku perlu dapatkan kepastian dari dia.\n“Aku dirasuk?” Farahain mengangguk sambil mengelap peluh.\n“Apa benda yang rasuk aku?”\n“Ingat budak yang muntah dekat muka kau?” Aku angguk. Farahain betukan suara sebelum menyambung. “Benda tu nak kau. Dia kata first time nampak kau, dia ingat kau tuan dia.”\n“Sebab tu dia rasuk budak berempat hari tu?”\n“Nampaknya begitulah. Aku gerak dulu, jaga diri.” Farahain pun keluar dari surau. Dina dan Wafa dah seronok, tak perlu masuk kelas. Aku terus ke tempat ambil wudhuk, basuh muka dan tidur dekat dengan mereka berdua.",
"Hujung mata aku, aku nampak kelibat putih berdiri terpacak depan pintu masuk.",
"p/s: Taip dekat office. Jadi saya harap kalian suka dengan cerita pertama saya."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/lombong-tinggal/ | lombong tinggal | [
"Nama aku Jep, kali ni aku ingin berkongsi satu kisah misteri yang terjadi kepada aku beberapa tahun yang lalu. Hobi aku memancing, jadi setiap hari cuti sekiranya tiada urusan lain akan aku habiskan masa dengan memancing. Segala genap pelusuk aku redah demi mencari lubuk-lubuk ikan yang berpotensi memberikan hasil.",
"Pada suatu hari aku mengambil cuti kerana ada urusan penting. Selepas segala urusan selesai jam menunjukkan masih pukul 11 pagi. Wah, masih awal lagi ni’’ bisik hati aku. Aku pun terus terfikir untuk pergi memancing memandangkan masa masih panjang. Tanpa berlenggah aku pun terus persiapkan segala kelengkapan yang sentiasa tersedia dirumah malah di dalam boot kereta aku pun memang sentiasa ada beberapa batang joran. Itu memang lumrah bila dah kaki pancing macam aku ni.",
"Lokasi memancing aku waktu itu adalah disebuah lombong terbiar. Dengan menunggang motorsikal Ex5, aku meredah laluan yang sedikit belukar. Dalam 30 minit meredah laluan berliku akhirnya aku sampai di lombong tersebut. Tanpa berlengah aku pun terus memasang dua batang joran serentak dengan harapan adalah salah satu yang mengena. Joran-joran aku sandarkan pada pancang khas yang aku bawa. Kemudian aku pun melabuhkan ponggong tidak jauh dibelakang sambil mata tajam melihat pergerakan joran.",
"30 minit berlalu, masih tiada ikan yg mahu memakan umpan. Aku pun merasa pelik sedangkan kebiasaannya bila umpan mencecah air sahaja tanpa menunggu lama pasti ada ikan yang menyambutnya. Tapi tak mengapa, aku masih lagi bersabar. Aku tengok jam sudah pukul 01.00 petang. Dalam hati berkata, lagi 30 minit ikan taknak makan umpan aku balik.",
"Sedang aku hayal melamun tiba–tiba datang tiga orang kanak-kanak bermain-main dekat dengan aku. Dua lelaki dan seorang perempuan. Meraka seronok bermain gelak ketawa disebelah aku tanpa memandang aku pun. Salah seorang dari kanak-kanak tersebut cuba mengusik joran-joran aku tapi aku cuma perhatikan sahaja tingkah laku meraka. Pakaian meraka lusuh putih kekuningan. Dalam hati aku waktu tu cuma rasa nak marah saja. ‘’Anak siapa pula datang main kat sini’’ rungut hati aku. Tidak lama kemudian kanak-kanak tersebut berlari-lari di belakang aku lalu hilang. Suasana terus menjadi sunyi sepi.",
"Sejurus itu juga aku tersentak. ‘’ Eh kawasan ni mana ada rumah orang, dari mana budak-budak tadi tu datang?’’. Aku seolah-olah terjaga dari mimpi, terus saja aku kemaskan joran-joran untuk balik segera. Aku hidupkan motor dan terus meredah belukar untuk keluar dari kawasan itu. Ketika aku melewati satu pohon besar, aku menoleh ke arah lombong dan aku lihat dengan jelas ada seorang perempuan sedang membongkok ke arah lombong. Aku pun perlahankan motorsikal untuk melihat siapakah gerangan dan apakah yang dia sedang buat di situ.",
"Apa yang aku lihat sangat mengejutkan. Perempuan itu memegang sesuatu seperti kuali dan menggoyang-goyangkan di air seperti orang mendulang emas. Tiba-tiba aku rasa meremang seram sejuk. Tanpa berlengah aku terus meninggalkan tempat tersebut. Sepanjang perjalanan aku berfikir siapa perempuan dan juga tiga orang kanak-kanak itu.",
"Tidak berakhir di situ, pada malamnya aku bermimpi. Di dalam mimpi itu aku berada di satu kawsasan lapang dan di depan aku ada tiga orang kanak-kanak yang aku lihat pada siang harinya bersama seorang perempuan dan seorang lelaki. Meraka semua memandang kearah aku dengan pandangan yang tajam.",
"Sehingga ke hari ini aku masih lagi tertanya-tanya siapakah mereka dan apa kaitan mereka dengan lombong tersebut. Sejak peristiwa itu aku tidak lagi memancing di situ.\nSekian perkongsian kisah misteri dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/akibat-eksplorasi-hutan/ | Akibat Eksplorasi Hutan | [
"Kisah pada kali ini adalah pengalamanku sendiri bersama 3 orang sahabatku yang bernama Apek, Zuhri dan Rafiq pada suatu malam ketika kami berkhemah di sebuah kawasan air terjun di utara tanah air. Kawasan perkhemahan kami itu boleh dikatakan agak terkenal dan selalunya akan penuh apabila tiba musim cuti sekolah. Pada hari pertama kami berkhemah di situ, segala yang kami rancangkan pada awalnya berjalan dengan lancar termasuk aktiviti mandi air terjun, bbq dan juga memancing. Namun segala kebosanan mula dirasai apabila malam menjelma tatkala kami semua kehabisan idea bagi mengisi aktiviti pada malam tersebut. Jadi bagi menghilangkan bosan Zuhri mencadangkan pada kami untuk melakukan aktiviti eksplorasi hutan di sekitar kawasan perkhemahan kami tersebut.",
"Aktiviti eksplorasi hutan kami pon dimulakan dengan eksplorasi kami di kawasan air terjun tersebut yang dikelilingi oleh hutan dan dusun buah-buahan milik penduduk kampung di kawasan tersebut. Pada malam itu, kami mulakan perjalanan ketika jam hampir menginjak waktu 12 malam dan kami mula dengan menyelusuri kawasan denai hutan yang menghala ke kawasan dusun. Perjalanan kami diketuai oleh Zuhri yang paling tinggi dan tegap diekori oleh aku, Apek dan diakhiri oleh Rafiq di dalam satu barisan kerana denai yang dilalui adalah kecil dan kami tidak mahu terkeluar daripada kawasan denai kerana dikhuatiri akan bertembung dengan ular atau makhluk hutan yang berbisa.",
"Sepanjang perjalanan kami pada malam itu, suasana yang dirasai adalah amat sunyi dan sejuk. Ketika perjalanan itu dapat kami lihat di kawasan kiri dan kanan kami tersergam pepohon hutan dan juga pohon buah-buahan yang menjulang tinggi dengan bunyian geseran dedaun yang ditiup angin menambah lagi rasa seram di dalam diri kami berempat. Setelah hampir 30minit berjalan kami kemudiannya tiba di kawasan kaki bukit yang berbatuan dan landai. Kami mengambil keputusan untuk berehat di kawasan itu dan mula membahagikan tugas untuk menyalakan api. Kami berpecah kepada 2 kumpulan setelah Zuhri dan Apek bertugas untuk mengumpul kayu api manakala aku dan Rafiq akan mencari tapak yang sesuai sebagai based-camp sementara.",
"Ketika aku dan Rafiq meninjau kawasan sekitar, kami dapat menghidu sebuah bauan yang amat wangi persis bauan bunga hutan dan kami pun berusaha untuk mencari punca bau itu kerana seperti semua sedia maklum bunga-bunga hutan seperti bunga seri pagi dan dahlia hutan mempunyai harga yang tinggi jika dijual pada nurseri ataupun peminatnya yang tersendiri. Tetapi semua itu hanya sia-sia kerana tiada walau sebatang pokok yang berbunga disitu. Hal ini menimbulkan kehairanan kerana bau wangi tersebut terlalu kuat dan masih boleh dihidu dan perkara ini mula mendatangkan perasaan seram dalam diriku kerana bau wangi secara tiba-tiba selalunya menandakan kehadiran makhluk halus.",
"Belum lama perasaan seram itu hadir, tiba-tiba terdengar suara Zuhri dan Apek memanggil kami di kaki bukit yang kami berhenti tadi. Kami pun melupakan hasrat kami dan terus bergegas ke kaki bukit dan kami melihat mereka berdua bersama dengan 2 biji buah durian yang sebesar bola ragbi di tangan masing-masing. Mereka menjumpai buah tersebut ketika dalam usaha mengumpul kayu api dan bukan itu sahaja, menurut mereka lagi terdapat juga sebuah pondok kira-kira 50meter dari kawasan kami sekarang yang berkemungkinan sebuah pondok menunggu yang dimiliki oleh tuan punya dusun di kawasan ini. Kami pun mengambil keputusan untuk ke pondok tersebut kerana kami dapat berehat dengan lebih selesa dan tidak perlu bersusah payah untuk memasang ungun api lagi. Setibanya kami di sebuah kawasan berpohon rendang, secara tidak semena-mena bulu roma di tengkuk aku terasa meremang. Ada sesuatu yang membuatkan aku berasa seram sejuk. Dengan tiba-tiba Zuhri menjerit terkejut apabila dia terlihat satu lembaga melintas sepantas kilat di hadapan kami berempat menuju ke kawasan pohon yang rendang di kawasan itu.",
"Belum sempat Zuhri bersuara untuk kami berhenti tiba-tiba suluhan lampu Rafiq yang menghala di bahagian kanopi pohon disitu terlihat dengan jelas oleh kami ada sesuatu di atas pokok. Makhluk yang sukar untuk kami lupakan itu dengan rupa yang sungguh mengerikan, kelihatan seperti sedang menjamah sesuatu dengan rakus hingga mengeluarkan bunyi yang cukup mengerikan. Kelihatan seperti sebuah ketulan daging dirobek dengan giginya yang panjang dan runcing ditambah pula mulutnya yang berlumuran d***h. Makhluk itu mencangkung diatas dahan dengan rambutnya panjang dan mengerbang sehingga menjadikan kepalanya yang lonjong itu kelihatan besar. Kulit wajahnya yang menggerutu berwarna hitam kemerahan dan terdapat lubang-lubang yang mengeluarkan lendir kekuningan pekat yang menitik hingga ke dagu menambah rasa takut dan mual bagi sesiapa yang memandang.",
"Tiba-tiba sahaja makhluk itu berhenti menjamah. Dia menunduk dan memandang ke bawah di mana kami berempat masih terkaku dalam keadaan cemas. Makhluk itu kemudiannya memandang kami dengan tajam dan terus menjerit dengan satu jeritan yang cukup nyaring dan bergema di kawasan itu. Pergerakkannya seolah-olah ia sedang cuba hendak turun daripada pokok yang tegak meninggi itu menyebabkan kami berlari sekuat hati kearah pondok yang sudah tidak jauh dari kawasan itu. Kami terus meredah segala pohon renek, belukar dan setiap akar yang berselirat walaupun tersungkur dan luka, tidak kami hiraukan dan teruskan kerana makhluk tersebut semakin menghampiri kami. Walaupun kami terlebih dahulu melarikan diri namun makhluk itu yang melayang dari pohon ke pohon yang lain digunakan sebagai kelebihan untuk mendekatkan jarak.",
"Semakin dekat dengan kami, dapat kami dengar dengan jelas bunyi nafasnya yang yang kuat seperti haiwan buas yang mengejar mangsanya. Walaupun hati masih gusar dan ketakutan kerana masih dikejar kami pun meneruskan larian dan akhirnya pondok tersebut mula dapat dilihat dengan jelas oleh kami kerana di kawasan laman pondok tersebut dipasang pelita yang menerangi persekitaran pondok tersebut. Sebaik saja kami memasuki kawasan terang yang dikelilingi cahaya pelita, bunyi nafas makhluk tersebut terus hilang dan keadaan kembali tenang apabila makhluk itu tidak kelihatan lagi oleh kami. Kami kemudiannya menarik nafas lega, masing-masing kemudianya terbaring di lantai hutan bagi melepaskan penat dan tidak semena-mena kami berempat terdengar sayup-sayup suara meminta tolong dan akhirnya kami terlihat susuk seorang lelaki berumuran dalam 60-an sedang tertiarap di penjuru pondok berhampiran pintu.",
"Kami menghampiri ke arah lelaki yang masih tertiarap itu. Sekali sekala terdengar dengusan yang kasar dari suaranya. “Boleh kami bantu pakcik?” Tegur aku. Mereka yang lain hanya memerhatikan pada mulanya dan mula membantu apabila melihat aku cuba mengangkat pakcik itu. Lelaki tua itu mengangkat muka. Memandang kami berempat bersilih berganti. “Tolong pakcik nakk….? pakcik tak boleh nak berjalan lepas terjatuh tadi. Tolong pimpinkan pakcik?” Pinta lelaki tua itu dengan suara menggeletar. Tubuhnya turut menggigil dan kelihatan terlalu lemah walaupun agak tegap. Seolah-olah sudah tidak makan beberapa hari, kulitnya yang berkedut-kedut menyeliputi tubuh itu dalam keadaan yang bersih walaupun pakaiannya kotor dan dibasahi peluh. Rambutnya yang beruban itu ditutup dengan topi kebun. “Pakcik nak ke mana?” Tanya Zuhri. Terketar-ketar tangan dan kaki lelaki tua itu ketika dia cuba hendak berdiri. “Pakcik nak ke depan sana saja. Ada motor pakcik letak di belakang tu. Tolong ya, nak?” lelaki tua itu menjuihkan bibir menunjuk ke arah belakang pondok.",
"Lelaki tua itu kemudian, tersengih memandang kami. Wajahnya sedikit menyeringai dengan menampakkan barisan giginya yang tadi berwarna putih kini bertukar menjadi tajam berwarna kehitaman dan mengeluarkan bau yang teramat busuk. Serentak dengan itu, Apek dan aku yang sedang memimpin tangannya agak terkejut kerana tiba-tiba sahaja tangan itu sejuknya seperti ais batu dan kulitna mula menjadi keras dan mengerutu. Dalam sekelip mata kami semua dikejutkan dengan kejadian mengerikan apabila lelaki itu berubah watak. Dia mula meraung dan ketawa tanpa henti. Rambutnya yang tadi kemas rapi kini mengerbang ditiup angin yang kencang. Kedua-dua belah kakinya tidak jejak ke tanah lagi. Matanya turut bertukar warna. Merah menyala seperti biji saga dan tangannya memanjang sehinga menyentuh tanah dihiasi dengan kuku yang runcing bagai mata pisau. “Astaghfirullahalazim….!!!” Serentak ucapan itu keluar daripada mulut kami berempat setelah melihat lelaki tua itu berubah menjadi makhluk yang mengejar kami sebentar tadi, kami berempat terus berlari ke arah belakang pondok sebelum kembali meredah hutan.",
"Dalam kekalutan itu, kami yang sedang ketakutan dan panik ketika melarikan diri daripada pondok tersebut tanpa sedar telah terpisah dengan Rafiq di suatu kawasan yang berselirat dengan akar pokok yang berjuntaian. Kami hanya menyedari kehilangan Rafiq ketika kami tiba di suatu kawasan yang agak lapang di kaki dalam hutan tersebut. Disebabkan oleh keletihan dan masih dalam ketakutan pada waktu itu, kami mengambil keputusan untuk pulang ke kawasan tapak perkhemahan dan meminta bantuan orang ramai bagi mencari Rafiq, namun ketika kami hendak memulakan perjalanan pulang secara tiba-tiba kami terdengar teriakkan Rafiq bergema di kawasan itu. Teriakkan itu kedengaran sangat kuat namun masih tidak kelihatan susuk tubuh Rafiq di mana-mana. Kami kemudiannya dikejutkan lagi dengan kemunculan makhluk yang mengejar kami, namun apa yang membuatkan kami lebih terkejut adalah di tangan kanannya memegang tangan susuk tubuh yang amat kami kenal iaitu Rafiq. Rafiq yang seperti dipukau melihat kami semua dengan pandangan kosong dan wajahnya yang pucat seperti mayat.",
"Renungan tajam dan dengusan nafas daripada makhluk itu tidak kami hiraukan apabila melihat tangannya perlahan-lahan melepaskan tangan Rafiq kemudiannya sedang mencengkam kepala Rafiq sehingga kukunya yang panjang itu menyentuh bahagian rahang bawah dan dagu Rafiq sebelum makhluk itu ghaib secara tiba-tiba. Rafiq mula berkelakuan seperti orang diserang histeria sebelum mula menyerang kami secara liar. Kekuatannya amat luar biasa kerana mampu untuk menghumban kami bertiga termasuk Zuhri yang berbadan besar dan tegap ketika kami sedang memeluk dan menahannya daripada bertindak lebih jauh. Sesuatu yang amat luar biasa jika dibandingkan dengan saiz badan Rafiq yang kurus dan tinggi. Di mulutnya juga meleleh buih-buih dan terkumat-kamit dengan bahasa yang tidak dapat difahami.",
"Dalam tempoh kami bertiga sedang bergelut dengan Rafiq kemudiannya kami terdengar bunyi jeritan manusia dan bunyi tapak kaki beserta suluhan lampu suluh menghampiri kami. Terdapat sekumpulan lelaki beruniform yang dipercayai anggota renjer datang membantu kami menahan Rafiq dan kemudiannya berkumandang azan di kawasan tersebut bagi mententeramkan Rafiq. Disebabkan masih terdapat perlawanan daripadanya, terpaksa kami mengikat Rafiq sebelum diangkut menaiki kenderaan pacuan empat roda yang tiba tidak lama selepas itu. Kami kemudiannya terus dibawa ke masjid yang berdekatan bagi merawat Rafiq yang masih dalam keadaan histeria. Ketika Rafiq dirawat, kami telah disoal siasat oleh pasukan renjer dan orang kampung namun dilepaskan setelah terbukti kami bukan pemburu atau pembalak haram.",
"Alhamdulilah berkat bantuan orang kampung dan pihak renjer Rafiq berjaya dipulihkan namun percutian kami di dalam kawasan hutan terpaksa ditukar kepada percutian di Masjid kerana Rafiq masih perlu dirawat selama beberapa hari lagi di situ. Hendak dijadikan cerita kawasan dusun yang dicerobohi oleh kami secara tidak sengaja itu adalah milik seorang bomoh yang telah meninggal. Sejak itu, tanah kawasannya dikatakan sering dihantui oleh belaannya dan sering dilihat oleh pekebun yang memiliki tanah berdekatan tanah bomoh tersebut. Nasib kami berempat memang baik kerana tanah itu juga berdekatan dengan kawasan Tanah Hutan Simpan Negeri yang sering dilakukan rondaan oleh pasukan Penguatkuasa. Sedikit nasihat kepada para pembaca terutama sekali bagi mereka yang gemarkan aktiviti yang melibatkan hutan, sentiasalah berhati-hati dan menjaga adab ketika di tempat orang terutama sekali di dalam hutan kerana setiap kawasan ada sejarahnya yang tersendiri yang perlu sentiasa dihormati dan diambil perhatian. Sekian wallaualam."
] | [
"Seram jgk Cite nya.. fiksyen ea..",
"mengarut gila cerita. ni bukan pengalaman , ni rekaan. byk mengarut",
"Cerita rekaan sangat ni"
] |
https://fiksyenshasha.com/seram-raya/ | SERAM RAYA | [
"SERAM RAYA",
"Kisah 1 – Lemang Meremang",
"Cerita ini berlaku semasa malam raya. Adik-beradik aku ada 3 orang dan aku yang paling bongsu. Pada raya tahun itu, abang dengan kakak aku beraya di rumah mentua mereka dahulu. Jadi tinggallah aku seorang nak bantu mak dan ayah aku di kampung.",
"Kebiasaan tradisi raya untuk keluarga aku adalah memasak sendiri lemang. Resipi turun temurun keluarga ayah aku. Disebabkan ayah pun dah tak berapa nak larat untuk memasak lemang, jadi aku seoranglah yang menguruskan hal ‘me-lemang’.",
"Nasib baik semasa aku pulang ke kampung 2 hari sebelum raya, buluh dah siap d******g semua. Aku risau ayah ajak aku masuk hutan cari buluh macam tahun-tahun yang sudah. Penat. Dengan puasa lagi. Kering tekak, kering bibir kalau masuk hutan.",
"“Abah suruh bebudak kampung carikan buluh. Siap suruh p****g semua. Bayar je upah kat bebudak tu. Kayu api pun abah suruh diorang carikan. Senang,” ujar ayah aku bila aku bertanyakan perihal buluh lemang dan kayu api.",
"“Cantik. Kalau macam tu nanti raya tahun depan kita suruh bebudak kampung je la carikan. Takyah penat-penat lagi dah nak masuk hutan. Hehehehe.” Aku memberi cadangan kepada ayah sambil tersengih menampakkan cili terselit di celahan gigi. Mungkin cili daripada sambal hasil tangan emak semasa buka puasa tadi. Ayah hanya mengangkat ibu jari tanda setuju.",
"Petang sebelum berbuka puasa hari terakhir Ramadan, aku menyalakan kayu api. Dan aku mula memasak lemang sebaik selesai solat Maghrib.",
"Kebiasaannya lemang dimasak di kawasan hadapan rumah. Tapi kali ini, aku membuat keputusan untuk masak di belakang rumah. Ini disebabkan aku seorang sahaja yang menguruskan acara memasak lemang. Semua dari A ke Z aku kena buat seorang diri. Aku awal-awal dah fikir yang aku malas nak cedok buang bekas bara api apabila selesai memasak lemang. Itu kerja yang paling aku malas sebab dah penat-penat berpanas, kena kemas lagi.",
"Cahaya lampu pendaflor di belakang rumah sedikit malap. Tapi tak menjadi masalah, sebab bara api pun dah cukup untuk sekadar mencerahkan suasana.",
"Emak sedang sibuk menyediakan rendang di dapur. Manakala aku tersandar letih di dinding belakang rumah sambil menantikan lemang untuk masak. Sayup-sayup kedengaran suara takbir daripada surau berhampiran.",
"Ketika tengah layan menghembus asap rokok, ayah aku muncul dari arah sisi rumah terus berjalan ke arah dapur lemang. Mungkin ayah tak perasan aku sedang bersandar. Aku hanya memerhatikan gelagat ayah aku.",
"Ayah berhenti betul-betul di hadapan dapur lemang dan memandang lemang yang sedang dimasak. Lama. Aku agak 2 minit atau lebih. Aku malas nak tegur ayah sebab aku masih mengah.",
"Bila dah lama sangat ayah tercegat di situ, dengan asap terus ke muka, aku dah mula rasa lain macam. Terus aku menegur.",
"“Abah! Buat apa tu? Asap kena muka tu tak pedih mata ke?”",
"Ayah aku berpaling sedikit dan memandang ke arah aku hanya dengan ekor matanya. Kemudian dia terus berjalan laju ke arah belakang yang dipenuhi pokok pisang dan rambutan.",
"“Abah nak pi mana tu?!”",
"Ayah aku terus menghilang di celahan pohon pisang dalam kelam malam. Sekarang ini, aku pula yang tergamam. Jantung berdegup laju. Aku mula rasa tak sedap hati tapi aku tetap teruskan memasak lemang.",
"Kira-kira hampir jam 10 malam, ayah aku muncul dari arah pintu dapur.",
"“Lemang kau macam mana?”",
"“OK je bah. Nak siap dah ni,” jawab aku polos. “Eh, tadi abah pi mana masuk kat kebun pisang belakang tu? Gelap-gelap malam cenggini.” Aku cuba menduga walaupun aku dah hampir pasti jawapan yang akan keluar dari mulut ayah.",
"“Bila masa abah pi kebun pisang? Abah baru balik dari surau je ni. Takbir raya. Lepas tu bersembang ramai-ramai kat depan surau sambil makan biskut raya Almond Tino.” Abah berkata sambil merenung tajam ke arah aku.",
"“Hmmm… Tak pe la abah. Saja je tanya.” Benar seperti yang aku duga.",
"“Kau nampak rupa macam abah ke tadi? Sejak sebulan dua ni, memang abah dengan mak kerap juga nampak sesuatu yang merupa orang lain kat kebun belakang ni. Kalau nampak yang pelik-pelik lagi, jangan tegur lah. Nanti abah panggilkan imam tolong tengok-tengokkan.”",
"Serta-merta aku rasa meremang. “Abah teman ye kat belakang ni sampai siap masak lemang…”",
"“Takutlah tu! HAHAHAHEHEHEEEEEE!” Kuat betul ayah gelakkan aku. Kemudian abah terus berjalan laju ke arah kebun pisang.",
"Buat kesekian kalinya aku tergamam lagi. Namun spontan terpacul ayat daripada mulut aku, “Woi jalan terus tau! Don’t u-turn or belok-belok!” Aku terus menekup mulut dan beristighfar.",
"Sepantas kilat aku berlari masuk memeluk erat emak aku yang tengah memasukkan kuih kapit ke dalam balang kuih raya.",
"Itulah kali terakhir kami sekeluarga terlihat kelibat yang menyerupai orang lain. Imam pun tak sempat datang.",
"Mungkin mambang itu tersentap dengan ayat aku supaya u-turn.",
"Kisah 2 – Pulang Beraya",
"Aku kerja di perantauan. Perjalanan nak balik ke kampung memakan masa 4 hingga 5 jam. Itu kalau hari biasa. Kalau musim perayaan, 10 jam perjalanan. Nasib orang merantau memang begitu.",
"Raya pada tahun tersebut, aku dengan sengaja tak ambil cuti awal. Memang aku dah rancang nak bertolak balik malam raya. Abang, kakak dan adik semua dah pulang awal. Dah ramai di kampung, jadi aku tak berasa ralat kalau tak dapat membantu masak-masak untuk juadah raya. Aku lelaki, biasalah kalau malas sikit di dapur.",
"Lagipun, kereta aku sejak seminggu lebih yang lepas buat hal. Kalau tersekat dalam kesesakan jalan raya, mesti suhu enjin naik. Dah hantar ke bengkel, tapi tetap tak selesai masalah. Penyudahnya aku ambil keputusan balik kampung malam raya. Sejuk, dan aku mengharapkan kurang sesak di lebuhraya.",
"Selepas berbuka puasa, aku terus tidur dahulu untuk mendapat tenaga. Aku bertolak lebih kurang jam 11:30 malam. Aku merancang untuk memandu secara santai. Menikmati kesyahduan pulang beraya di saat akhir. Kalau tak sesak, jam 4 atau 5 pagi aku akan sampai di kampung. Kalau sesak, mungkin orang dah pulang dari solat raya baru aku sampai. Syahdu!",
"Perjalanan aku agak lancar. Kenderaan di lebuhraya tidak banyak. Memang aku berasa sangat lega. Harapnya aku dapat sampai awal di kampung. Dalam fikiran dah terbayang ketupat serta rendang daging hasil masakan emak.",
"Setelah dua jam setengah memandu tanpa henti, aku mengambil keputusan berhenti seketika untuk membuang air besar kerana perut terasa sangat memulas. Jam menunjukkan 2 pagi. Kabus dah mula muncul menyelubungi atmosfera.",
"Aku berhenti di sebuah hentian rehat. Kelihatan ramai orang berehat di situ. Suasana sangat meriah dengan kanak-kanak riang berlari di sini sana.",
"Setelah selesai menunaikan hajat, aku menghantar SMS kepada kakak aku tentang keberadaan aku di hentian rehat dan jangkaan waktu ketibaan nanti. Tanpa berlengah aku meneruskan kembali perjalanan. Sepanjang perjalanan, radio memutarkan lagu raya tanpa henti.",
"Tiba-tiba aku baru teringat yang aku tertinggal duit raya di tandas hentian rehat tadi. Entah kenapa aku sengaja membawa duit raya itu bersama-sama ke tandas. Duit raya itu diletak di dalam sampul dan dibungkus dengan plastik hitam. Ada kira-kira dua ratus ringgit jumlahnya.",
"Aku menepuk dahi atas kecuaian diri sendiri. Nak patah balik, entah berapa jauh lagi susur keluar yang seterusnya. Jadi aku mengambil keputusan untuk berhenti di hentian rehat yang seterusnya dan membuat laporan tentang duit yang aku tertinggal. Aku redha sahaja kalau duit itu hilang.",
"Sebaik sampai di hentian rehat yang seterusnya, aku terlihat sebuah kereta peronda lebuhraya bersama dua orang pegawai sedang minum air kotak serta tengah mengunyah biskut Almond Tino.",
"“Assalamualaikum encik,” tegur aku terhadap dua orang pegawai peronda lebuhraya. “Errr saya sekadar nak maklumkan yang saya tertinggal duit raya di dalamtandas kat hentian rehat yang sebelum ni.”",
"Kedua-dua orang pegawai itu berpandangan sesama sendiri sambil kening terangkat.",
"“Adik, hentian yang mana ye?”",
"“Hentian yang sebelum hentian ini.” Aku memaklumkan nama hentian tersebut.",
"“Tapi dik, hentian tu tutup. Tengah ‘renovate’. Dah sebulan ditutup. Macam mana adik masuk? Jalan nak masuk pun ditutup sepenuhnya dengan divider konkrit.” Panjang lebar penerangan pegawai itu.",
"Aku berasa sedikit terkejut bila mendengar akan pernyataan itu. Jadi, tadinya aku membuang air besar di mana? Aku meraba seluar takut-takut aku sebenarnya berkhayal dan terbuang di dalam seluar.",
"“Adik yakin ke berhenti kat hentian tu?” Serius sahaja muka pegawai itu. Aku yakin mereka tidak bergurau.",
"Soalan yang diajukan itu menimbulkan perasaan ragu-ragu di dalam hati aku. Betul ke hentian itu yang aku berhenti. Aku mengeluarkan telefon bimbit dan melihat SMS yang dihantar kepada kakak tadi. Tertera dalam mesej nama hentian yang ditutup itu. Saat itu, meremang seluruh bulu roma.",
"“Emmm… Saya betul-betul yakin, yang saya berhenti di hentian tu.”",
"“Mungkin adik kena sakat. Takpalah adik jangan takut-takut. Mereka itu makhluk Allah jugak. Nanti kami akan ke hentian itu setelah hari cerah esok. Atau kalau ada pegawai lain yang meronda, saya akan maklumkan untuk memeriksa hentian itu.”",
"“Baiklah. Terima kasih. Kalau jumpa duit itu, saya mohon sedekah saja kepada surau atau kepada sesiapa yang memerlukan. Niat asal pun memang untuk sedekah, buat duit raya.”",
"Aku meneruskan kembali perjalanan ke kampung dengan seribu satu pertanyaan. Kemudian barulah aku sedar yang semua pengunjung di hentian misteri itu langsung aku tak melihat wajah mereka. Mereka semua seakan berpaling dari melihat ke arah aku. Patutlah aku langsung tak dapat mengingati wajah mereka.",
"Setelah habis bercuti di kampung, ketika perjalanan kembali ke bandar, aku dapat melihat jelas dari seberang jalan yang hentian rehat misteri itu memang benar-benar ditutup untuk kerja penyelenggaraan.",
"Bulu roma aku akan meremang setiap kali teringatkan peristiwa itu.",
"Kisah 3 – Tidurku Diteman",
"Kisah yang akan diceritakan ini benar-benar memberi pengajaran seumur hidup kepada aku.",
"Aku merupakan isteri kepada seorang pegawai polis dan aku merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Kami baru hampir tiga tahun berkahwin.",
"Sebagai isteri kepada anggota keselamatan, biasalah kalau tidak dapat pulang beraya pada tanggal 1 Syawal. Lagipun suami aku antara yang termuda di balai polis pinggir bandar ini. Terpaksa mengalah dalam hal pembahagian cuti.",
"Kami tinggal di kuarters polis yang merupakan flat 2 tingkat. Flat lama dan comel sahaja. Jumlah keseluruhan ada 12 buah rumah.",
"Kejadian seram ini terjadi pada malam raya tahun lepas. Suami aku bertugas pada tahun malam itu dan hanya akan pulang apabila hampir subuh atau apabila matahari mula memunculkan diri.",
"Selepas selesai memasak juadah raya, membuat biskut Almond Tino dan mengemas rumah, kira-kira jam 1 pagi barulah aku menepuk bantal untuk tidur.",
"Tidur aku terganggu apabila terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Dalam samar cahaya dan kelabu-kelabu mata, aku terlihat susuk suami aku berdiri di hadapan pintu dengan masih berpakaian seragam. Cahaya daripada ruang tamu menyilaukan sedikit pandangan mata aku.",
"Aku berasa seperti baru sahaja aku mula tidur tatkala suami aku pulang. Tapi aku malas menghiraukan kerana berasa terlalu penat setelah sepanjang hari membuat kerja rumah.",
"Seketika kemudian aku berasa tilam mendap di sebelah aku menandakan suami aku bersedia untuk tidur. Tubuhku dipeluk erat. Walaupun masih kepenatan, aku tetap membenarkan kewajipan ku sebagai isteri tidak terhenti.",
"Kemudian pada malam keesokannya, aku tetap merasakan suami aku pulang awal kerana seperti pada malam sebelumnya, aku berasa seperti baru sahaja tertidur apabila suami aku pulang kerja. Dan seperti malam sebelumnya, dalam masih mamai aku membiarkan kewajipan sebagai seorang isteri berjalan seperti biasa.",
"Apabila aku terjaga pada waktu subuh, aku mencari suami ku tapi tiada di rumah. Selalunya kalau dia sudah pulang, dia tidak akan keluar lagi.",
"Ketika aku mandi, baru aku perasan ada kesan lebam di kedua-dua belah paha aku. Aku juga berasa sedikit sengal-sengal di seluruh badan.",
"Selepas selesai aku bersolat, barulah suami aku masuk ke rumah dengan masih berseragam polis. Aku yang merasa pelik terus bertanya soalan kepada suami.",
"“Abang pergi mana? Kan abang dah balik awal pagi tadi.” Soal aku sambil mengambil baju yang baru dibukanya.",
"“Bila abang balik? Ni abang baru saja habis kerja,” ujar suami ku malas. Wajahnya kelihatan mengantuk dan kepenatan.",
"Aku terkejut mendengar pernyataan suami. Namun aku mendiamkan diri sahaja tanpa terus bertanya lanjut.",
"Habis siapa yang tidur dengan aku tadi? Apa yang aku perasan adalah, bau badan ‘suami’ yang meniduri aku awal tadi lebih kuat. Tenaganya juga sedikit luar biasa. Begitu juga sama halnya dua malam lepas…",
"Aku membuat kesimpulan bahawasanya yang tidur dengan aku untuk dua malam berturut-turut bukanlah suamiku. Entah mambang mana yang mengambil kesempatan ke atas aku.",
"Sejak daripada peristiwa itu, aku akan pastikan sebelum tidur aku akan membaca doa tidur dan juga ayat pendinding. Semuanya sebagai melindungi diriku daripada gangguan jin dan syaitan tatkala aku berseorangan di rumah.",
"Aku bersyukur, sejak dari itu tiada lagi gangguan atau sebarang kesan lebam yang muncul tanpa diketahui punca di badan aku."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/gangguan-saka-pak-long-mus/ | GANGGUAN SAKA PAK LONG MUS | [
"Hai. Aku kembali berkongsi cerita. Kali ni aku nak ceritakan tentang gangguan yang berlaku terhadap kakak saudara aku. Kisah ini aku ringkaskan saja…",
"Dalam cerita ni aku akan ceritakan pasal (arwah) Anjang Edah, kawan mak saudara aku yang membela saka. Sejak dia meninggal tahun lepas, saka dia tu tak tentu arah dah sebab takde tuan. Sampailah dia bertuan dengan Pak Long Mus, seorang bomoh kampung.",
"Kisah ni berlaku bulan lepas..",
"Anak Pak Long Mus ni belajar kat luar negara. Dia balik Malaysia sebab nak bawak Pak Long Mus bercuti kat sana. Pak Long Mus ni pulak tak nak cederakan orang kat sana jadi dia tinggal saka peliharaan dia pada adik saudara dia, Pak Su Halqi.",
"Pak Su Halqi ni tak pandai jaga saka. Dia lalai masa jaga saka tu. Saka tu saka liar, jadi dia sentiasa nak jalan jalan. Biasanya Pak Long Mus akan kunci saka tu supaya tak merayau. Tapi Pak Su Halqi kan tak tau. Dia tak kunci saka tu. Jadi saka tu pun merayau ke hutan dekat dengan rumah atok aku.",
"Waktu ni aku, kakak saudara aku yang aku panggil Kak Ra dengan adik Kak Ra ni ada kat rumah atok aku. Kiranya kami ada kat kampung la. Kak Ra aku ni pulak lasak. Mak saudara aku tak bagi dia main kat hutan, main kat laman rumah atok aku je. Kak Ra aku ni degil. Dia ajak aku dengan adik dia teman dia masuk hutan. Aku tak berani. Adik dia pulak ikut je tapi bila masuk hutan sikit dia kena gigit pacat. Dia lari masuk rumah dan tak berani masuk hutan dah. Kak Ra aku ni pun masuk je la sorang. Tak pasal pasal dia terjumpa dengan saka yang kena jaga oleh Pak Su Halqi ni. Saka tu ikut dia balik rumah.",
"Malam tu mulalah gangguan..",
"Lepas Kak Ra mandi dan solat, dia rasa tak sedap badan. Dia pun bergerak sendiri. Dia tak boleh kawal badan macam kena rasuk. Tok ma dengn atok aku ni pun panggil ustaz untuk rawat Kak Ra.",
"Lepas tu Kak Ra pun ok balik.. esoknya..",
"Pak Long Mus ni baru nak balik Malaysia. Pak Su Halqi ni masih tak tau yang saka dia dah takde. Saka tu masih dengan Kak Ra.",
"Tengahari tu Kak Ra tiba tiba pengsan. Dia kena rasuk lagi. Kali ni lagi teruk. Saka tu makin kuat. Ustaz tu datang balik untuk rawat Kak Ra. Alhamdulillah, saka tu berjaya diserahkan balik pada Pak Su Halqi.",
"Petang tu, barulah Pak Long Mus sampai rumah dia. Pak Long Mus nak amik balik saka dia tu dari Pak Su Halqi. Waktu nak ambil balik tu, dia rasa ada yang tak kena. Dia pun tanya Pak Su Halqi.",
"“Kau kunci tak saka ni?”",
"“Laa.. kena kunci ke? Aku tak kunci pun,”",
"“Saka ni dah merayau! Semua salah kau! Dia ada kacau orang kat kampung kita!”",
"Pak Long Mus tu marah sangat kat Pak Su Halqi. Yelah nak jaga saka, jagalah baik baik.",
"Ok, sampai sini je cerita aku. Jumpa lagi.."
] | [
"citer tergantung wei…..",
"Apa point cerita ni?",
"saka dia tak dua alam ke?\ntak boleh menyeberang air?\nkenapa saka dia tak ikut holiday skali?"
] |
https://fiksyenshasha.com/cinta-puteri-amira/ | CINTA PUTERI AMIRA | [
"9 November 2021\nPagi",
"“Pagi buta dalam pukul 4 pagi tadi betis saya tiba-tiba krem. Saya rasa macam ada yang tak kenalah. Abang rasa macamana?” Tanya Amir minta pendapat dari saya.",
"“Tak kena tu apa maksudnya?”",
"“Abang rasa boleh jadi ke setan yang saya serang tu balas balik?”",
"“Mmm… saya tak pasti, sebab sebelum ni dah banyak kali saya serang setan-setan tu, diaorang memang tak tau siapa yang serang sebab biasanya tak nampak wajah penyerangnya, tapi dalam kes Amir ni boleh je terjadi diaorang sempat tau siapa yang serang.”",
"“Biasa kalau malamnya saya bersukan atau main futsal pernah la betis jadi krem, tapi sejak PKP ni saya dah lama tak bersukan. Macam pelik pulak bila jadi macam ni.”",
"“Takpe Mir. Nanti saya akan susul apa sebenarnya yang berlaku.”",
"“Baik Bang. Saya OK je sekarang ni, cuma rasa nak tau jugak kot-kot ada salah cara ke saya serang setan tu.”",
"“Saya pun nak tau jugak. Nanti boleh kita sama-sama belajar. Apa-apa nanti saya bagitau Amir ye.”",
"“OK Bang. Terima kasih banyak Bang.”",
"“No problem Mir… sama-sama.”",
"3 hari sebelumnya…",
"6 November 2021\nMalam",
"Saya dapat panggilan dari seorang sahabat saya yang bernama Nabila yang pernah bekerja satu pejabat dengan saya dahulu. Katanya dia selalu menghadapi macam-macam gangguan di rumahnya. Nabila tinggal bersama suami dan 2 orang anaknya. Sebenarnya masalahnya dah agak lama, cuma dia baru terfikir untuk memberitahunya kepada saya.",
"Sejak beberapa tahun lepas dia selalu diganggu makhluk halus. Kadang-kadang waktu suaminya pergi kerja, dia dengar macam ada orang balik, tapi sebenarnya suaminya masih di tempat kerja. Nabila juga selalu ditindih. Kerap juga dia bermimpi buruk seperti mimpi hantu, binatang buas, jatuh tempat tinggi dan lain-lain. Ada bahagian anggota badannya selalu lebam biru kekuningan. Kalau berdasarkan pengalaman saya, lebam biru kekuningan biasanya adalah tanda serangan disebabkan oleh makhluk tu marah kepada orang tersebut. ",
"Rumahtangga Nabila selalu panas. Disebabkan perkara kecik pun dia akan gaduh besar dengan suaminya. Kata Nabila ada perawat pernah bagitau suaminya ada amalkan ilmu kebatinan, jadi setan tu macam pendamping suaminya lah. Yang hairannya, anak-anaknya tak pernah pulak mengadu nampak atau dikacau oleh hantu.",
"Memandangkan pada masa itu, malah hingga sekarang ni pun saya ada banyak komitmen lain, saya tanya Amir jika dia sanggup bantu saya menangani kes Nabila. Amir adalah salah seorang murid saya. Saya berkawan dengan Amir sebelum dia belajar rawatan dengan saya lagi. Bila ada apa-apa masalah atau kemusykilan dia akan call saya untuk bertanya. Bila call tu biasanya memang panjanglah kami borak. ",
"Dia tinggal tak jauh dari rumah saya, jadi jika ada masa terluang kami akan ngeteh kat restoran mamak sambil dia mendalami lagi ilmu rawatan dengan saya. Tiap kali ngeteh tu penuhlah gelas atas meja kami, kejap teh tarik, kejap kopi jantan kosong, kejap extra joss anggur… tambah gendutlah badan saya yang dah sedia gendut ni kalau selalu sangat jumpa. Badan Amir lak cekeding macam tu jugak 😊. Amir memang rajin mencuba apa yang saya ajarkan kepada dia, sebab tu saya minta dia bantu dalam kes Nabila untuk dia menambah pengalaman dan skill. Sebelum ni dia dah selalu cuba merawat ahli keluarga dan kawan-kawannya, tapi ini kali pertama dia cuba apply untuk bantu orang lain.",
"Jadi, tugasan pertama yang saya berikan kepada Amir adalah untuk serang setan yang kacau Nabila. Sehari dua lepas tu Amir mula menjalankan tugasannya. Bila ada masa terluang dia akan serang. Kadang-kadang waktu drive pun dia buat. Malam lepas balik kerja pun dia serang lagi… hinggalah pagi yang betis dia krem tu. Ada yang panggil simpul biawak. Merasakan krem betisnya tu ada kaitan dengan setan yang dia serang itulah Amir tanya pendapat saya.",
"9 November 2021\n6.21 petang",
"Bila ada kes yang pada perkiraan saya perlu untuk dirungkaikan, saya akan minta bantuan seorang sahabat saya untuk mengenalpasti makhluk yang terlibat. Sebelum siasat apa yang berlaku pada Amir, saya terlebih dahulu minta tolong sahabat saya untuk tarik makhluk yang kacau seorang kawan baik saya yang selalu bermimpi momok. Untuk yang belum tahu, saya hanya akan berdialog tanpa dapat melihat makhluk tersebut.",
"“Kau nak apa? Aku cuma masuk dalam mimpi je kan?” ",
"Baru datang dia dah membebel. Bagi dia masuk dalam mimpi orang je kira dia tak bersalahlah 😊.",
"“Memanglah mimpi je… tapi mimpi pun kira kau kacau dialah. Pagar dia ada lubang ke?”",
"“Ada. Lubang kecik.”",
"Bila dia kata ada lubang kecik, saya segera tutup lubang tu.",
"“Sekarang lubang tu ada lagi tak?”",
"“Dah takde.”",
"“Kau pontianak kan?”",
"“Kau ngucap sekarang boleh?”",
"Biasanya untuk kes kecik saya tak tanya banyak, terus suruh mengucap syahadah je.",
"“Asyhadu allaa ilaa ha illallah. Wa asyhadu anna muhammadar rasulullah. Nama kau Aisyah.”",
"“Malam tadi Amir krem betis dia.. ada setan kacau dia kan?”",
"“Malam tadi dia ada kacau setan tak?”",
"Nak tergelak saya bila dia tanya saya balik dengan soalan yang tak terjangka.",
"“Ada. Setan tu ke yang kacau dia?”",
"“Kau panggilkan setan tu pastu kau keluar ye. Terima kasih. Salam.”",
"“Sama-sama. Waalaikumussalam.”",
"Datang je setan yang kacau Amir, terus dia tanya saya soalan standard;",
"“Kau nak apa?”",
"“Sapa tuan kau?” Ada soalan dia yang tak perlu saya jawab. Saya terus ke perkara penting yang perlu saya ketahui.",
"“Aku pun tak tau sapa tuan aku.”",
"“Kenapa kau kacau Amir?”",
"“Dia kacau aku.”",
"“Dia buat apa kat kau?”",
"“Dia serang aku, tak guna betul!”",
"“Ye ke? Sekarang ni kau cedera ke?”",
"“Teruk tak?”",
"“Teruk jugaklah.”",
"“Kenapa dia serang kau? Ni mesti kau ada kacau orang kan?”",
"“Alah kau ni. Dah memang keja aku kan.”",
"“Kau kacau Nabila tu kan?”",
"Mengaku pun dia. Tapi diaorang ni memang tak rasa bersalah kacau orang, sebab diaorang rasa itu dah memang kerja diaorang.",
"“Macamana kau boleh tau Amir yang serang kau? Biasanya setan tak nampak sapa yang serang dia.”",
"“Nampak sekali imbas je. Aku pun main agak-agak je sebab nampak sekali imbas… lagipun dia macam ada sifat terburu-buru.”",
"“Terburu-buru macamana?”",
"“Jenis macam tak sabar.”",
"“Pagar dia ada lubang ke?”",
"“Ada. Sebab tu aku boleh masuk.”",
"“Sekarang ada lagi tak lubang?” Sebelum tanya saya dah tutup dulu lubang pada Amir tu.",
"“Dah takde.”",
"“Dia tak tutup diri dia sebab tu kau boleh tau dia yang serang kan?”",
"“Betul ke suami Nabila tu ada amalkan ilmu kebatinan?”",
"“Bukan ilmu kebatinan, tapi ada setan pompuan yang suka kat dia.”",
"“Eleh… bukan kau ke yang suka kat suami dia tu?”",
"“Alah kau ni… tau aje.”",
"Geli hati aku. Dah sah-sah dia yang kacau keluarga Nabila, malu-malu pulak nak mengaku dia yang suka suami Nabila.",
"“Kau pontianak kan?”",
"“Pocong kan banyak boleh wat boypren. Apasal kau nak suami dia?”",
"“Pocong takde yang pandang aku.”",
"Sedih pulak saya dengar. Ada nada melankolik pada kata-katanya.",
"“Sejak bila kau suka suami dia?”",
"“Sebenarnya dah lama.”",
"“Kau saka suami dia kan?”",
"“Yang lebam kat Nabila tu kau tokak dia ye?”",
"“Kesian kat kau kan… cinta tak kesampaian.”",
"“Aku ngorat kau lah.”",
"“Aku dah kawenlah. Nanti bini aku marah. Aku ni dah la takut bini.”",
"“Macam tu kensel la nak ngorat kau.”",
"Gelak sorang-sorang saya dengar kata-kata dia.",
"“Yang menyamar suami dia tu kau jugaklah kan?”",
"“Kau sekor je ke yang kacau diaorang?”",
"“Aku sekor je.”",
"“Laluan makhluk halus kat suami dia besar kan?”",
"“OKlah kau masuk Islam boleh?”",
"“Asyhadu allaa ilaa ha illallah. Wa asyhadu anna muhammadar rasulullah. Nama kau Fatimah.”",
"“Tak naklah. Tu nama kuno.”",
"“Eh eh kau ni. OKlah nama kau Amira.”",
"“Nak Puteri kat depan.”",
"“OK-OK. Puteri Amira. Boleh?”",
"“Aku doakan kau dapat jodoh bila kau pergi Mekah nanti ye. Pocong banyak yang dah masuk Islam. Semua dah hensem-hensem. Mesti ada yang suka kat kau nanti.”",
"“Terima kasih.”",
"“Sama-sama. Kau keluar sekarang ye. Salam.”",
"Puteri Amira keluar pada pukul 6.41 petang.",
"Selang beberapa hari selepas tu, saya bertanya khabar tentang perkembangan Nabila. Katanya rumah tangganya dah kembali normal. Dah takde dengar orang balik waktu suami kat tempat kerja. Semoga kesembuhan pada keluarga Nabila berkekalan. Dan semoga Puteri Amira bertemu dengan jodohnya di kota suci Mekah. InsyaAllah."
] | [
"Wah …demand jugak makhluk tu…nama kuno tak nk pulak dia….hahaha.",
"Assalammualaikum .",
"Maaf ye, sy nk bertanya sikit. Maksud pagar tu, pagar diri ke? Bole ke klau Tuan tlg pagarkn utk sy?",
"Assalammualaikum .",
"Maaf ye, sy nk bertanya sikit. Maksud pagar tu, pagar diri ke? Bole ke klau Tuan tlg pagarkn utk sy?",
"Tq",
"Assalammulaikum .",
"Maaf ye, sy nk bertanye makud pagar tu mcm pendinding ke? Bole ke En tlg pagar secara jauh?\nTerima Kasih.",
"Okk. Mula mula meremang bulu.. tapi cam lawak\nTapi korang kena berhati-hati",
"Haritu ada perawat macam ni konon2 berdialog macam ni, tp dia panggil setan2 tu semua masuk dalam badan aku , tapi masalahnye aku x rase pon kene rasuk ke ape terpaksa la aku menyamar jadi pocong jadi pontianak ngan nama ahmad la fatimah la dan berlakon pergi ke raudah 😭😭😭"
] |
https://fiksyenshasha.com/misteri-pakcik/ | MISTERI PAKCIK | [
"Rabu – 1 April 2020, Ipoh, 5.00 PM…",
"Sejak beberapa minggu sebelum ini, sering terdengar khabar angin tentang seorang lelaki tua di sebuah perkampungan. Kisahnya bermula dengan kehadiran lelaki tua yang baru saja berpindah ke kampung itu. Yang mengejutkan ialah, lelaki tua itu tidak selalu keluar rumah untuk bersiar atau mengambil angin sebaliknya hampir setiap masa di rumah. Perangainya juga pelik, tidak seperti kebiasaan masyarakat kampung. Kata orang, dia membela saka untuk mendampinginya.",
"Pada petang itu, Hafiz bersama rakannya Hannan dan Hasan berada di warung berborak tentang kisah lelaki tua itu. “Kalau korang setuju, aku cadang kita tengok rumah pakcik misteri tu petang ni. Korang setuju ke?” tanya Hafiz. “Paranormal kan waktu malam, mana ada orang pergi siang macam ni” jawab Hannan. “Yela, tapi petang ni bukan paranormal, kita cuma tengok keadaan rumah pakcik tu je, korang ok ke”. Hasan pula menjawab “Kami ok saja, pergi sekarang pun tak apa sebab waktu banyak lagi. Kami pun bukan ada kerja sekarang. Kalau Hannan dan Hasan setuju, Hafiz pun setuju untuk bergerak ke rumah pakcik misteri. ",
"Dalam beberapa minit berjalan, mereka sudah berada tidak jauh dari rumah pakcik. Mereka lihat saja dari jauh di sebalik pokok, tidak sama seperti rumah orang lain. Walaupun kampung itu sudah lama, kebanyakan rumah rumah di situ sudah diperbaiki dan dihias lebih cantik. Tidak seperti rumah mereka lihat, sudah usang dan buruk seperti lebih berusia dari usia kampung itu. Kemudian mereka seorang lelaki berbaju melayu dan berkain pelikat berdiri di perkarangan rumah. Lelaki tu semestinya pakcik misteri itu. Pakcik itu berdiri saja dan tidak berbuat apa. Hafiz, Hannan, Hasan hanya melihat gelagat pakcik itu dari tepi pokok. Pakcik itu memegang penyapu lidi dan menyapu daun kering di tanah. Mereka hanya menunggu masa untuk pergi dengan lebih dekat. “Betul ke itu pakcik yang kita cari? Kenapa pelik semacam dia berdiri kat situ?” tanya Hannan. “Aku rasa itu bukan pakcik, itu mesti saka dia” jawab Hafiz.",
"Kemudian pakcik tu mula bergerak ke belakang rumah secara tiba tiba. Hafiz beri isyarat untuk mara ke halaman rumah pakcik itu. Hannan dan Hasan mengekori seperti tanpa jejak. Mereka curiga dengan tingkah laku pakcik misteri itu. Kenapa secara tiba tiba pergi ke belakang rumah? Adakah benar itu saka kepada pakcik itu, atau saka itu sudah tahu kehadiran mereka bertiga.Ketika Hafiz cuba menghampiri dinding rumah, keluar seorang seorang lelaki tua dari pintu rumah sambil memegang parang. “Korang kenapa datang rumah aku? nak rompak rumah aku?” kata pakcik itu. Hannan menjawab “tadi pakcik memang dari rumah ke? saya macam nampak pakcik sapu daun kering tadi”. Pakcik merenung Hannan dengan tajam dan berkata “apa kau merepek tengah hari ni? Aku memang duduk dalam rumah, sejak bila aku duduk luar? Kau ni bodoh ke apa?”. Hannan terdiam. “Sudah, lebih baik kamu semua balik sebelum aku panggil polis”. ",
"Pakcik masuk kembali ke rumahnya. Nampaknya rancangan mereka bertiga menjadi buntu. Hafiz yakin orang yang keluar di pintu rumah itu ialah pakcik misteri tetapi orang yang pergi ke belakang rumah itu ialah saka pakcik itu. Mana mungkin pakcik itu boleh masuk ke rumah dari pintu belakang, Hafiz berkumpul bersama Hannan dan Hasan di pertengahan jalan. “Walaupun kita gagal selongkar rahsia sebenar pakcik hari ini, sekurang kurangnya kita sudah tahu lokasi rumah dan rupa pakcik dan boleh buat keputusan. Malam ini juga kita bongkar terus rahsia pakcik itu” kata Hafiz. “Selagi mana kita tak masuk rumah pakcik tu, selagi tulah kita takkan tahu rahsia dia. Malam ni pastikan plan kita berjaya” kata Hasan. ",
"Kemudian, datang seorang pemuda pergi ke arah mereka bertiga.”Assalamualaikum, kamu semua ahli paranormal kan?” kata pemuda itu. “Ya betul, nama kau siapa?” tanya Hafiz. Hannan dan Hasan memandang pemuda itu. “Aku Kamil, anak pakcik rumah sebelah tu. Aku datang nak mintak tolong dari korang”. Muka Kamil kelihatan pucat seperti nampak hantu. “Tolong apa tu?” tanya Hasan. “Tentang ayah aku…” Kamil menerangkan semua perkara kepada mereka.”Ayah aku memang bela saka, bukan sebab dia nak takutkan sesiapa tapi nak lindungi kejahatan sebenar dia”. “Kejahatan apa tu?” tanya Hafiz. Kamil sambung, “ada satu bilik dalam rumah kami, aku tak dibenarkan masuk sejak aku kanak kanak. Ayah aku kata ada makhluk halus yang dikurung. Tapi bila aku tengok dari lubang pintu, aku nampak seorang perempuan duduk kaku. Mata dia memang mata manusia bukan mahluk halus. Jadi aku syak mesti ada sesuatu dengan ayah aku tu. Aku harap korang bertiga boleh tolong aku selesaikan masalah ni”.",
"Selesai penerangan dari Kamil, mereka bersepakat untuk menyelesaikan kes itu pada malam itu jugak. Rahsia pakcik misteri itu akan dibongkar dalam satu malam. Rancangan akan diperhalusi untuk dijayakan. Hafiz tidak mahu lagi perkara ini jadi bualan masyarakat kampung. Tepat pukul 12 tengah malam, Hafiz dan pasukannya sudah berada di perkarangan rumah pakcik itu. Mereka lengkap berpakaian serba hitam, beserta alat diperlukan dalam aktiviti paranormal. Mereka membuat persiapan terakhir untuk membongkar rahsia sebenar pakcik misteri itu. Mereka telah diberitahu oleh Kamil di mana jika mereka ingin masuk ke rumah, mereka perlu masuk seorang demi seorang. Jika sekaligus, barangkali tindakan mereka akan diketahui oleh pakcik itu.",
" Ketika ini Pakcik Misteri itu tidak berada di rumah.”Salah seorang dari kita mesti jadi orang pertama masuk ke rumah” kata Hafiz. “Aku rasa Hasan boleh masuk dulu”. “Asal aku?” Kata Hasan. “Aku Hannan nak pastikan pakcik tu tak nampak kita. Lagipun Kamil ada dalam rumah, tak perlu risau” Kata Hannan. Hasan mengiyakan saja kata mereka dan pergi ke pintu rumah. Hasan memberi salam kepada Kamil, Kamil membuka pintu dan mengizinkan Hasan masuk. Hasan melihat keadaan sekeliling ruang tamu setiap penjuru. Benar seperti kata Hafiz, rumah itu terlalu usang, seperti lebih lama dari usia kampung itu. “Ada benda yang tak kena dengan rumah ni, tapi Kamil tak beritahu aku” kata Hasan dalam hati. ",
"Kamil memulakan cerita pada Hasan, “Kalau kau perasan, ada satu bilik terkunci di hujung dapur. Sejak aku kecil aku tak diizinkan masuk ke situ tapi kalau aku berjaga, aku selalu dengar bunyi mcm orang mengilai. Itupun ketika ayah aku bukak pintu tu”. Hasan memeriksa pintu, pintu itu dikunci dengan kain. Kemudian… “Kamil bukak pintu, ayah dah balik ni”. Pakcik misteri itu sudah kembali, menunggu masa untuk masuk ke rumah. “Kejap nak buka pintu” kata Kamil. “Alamak, apa aku nak buat sekarang?”. “Sekarang kau menyorok kat belakang pintu ni, cepat!”.Kamil membuka pintu lalu pakcik pun masuk. Pakcik itu tidak berkata apa apa melainkan menyuruh Kamil membancuh air. ",
"Ketika Kamil ke dapur, pakcik bangun menutup pintu. Dia tidak tahu Hasan menyorok di sebalik pintu. Hasan hanya berdiri di belakang pintu dan menunggu masa untuk keluar segera. Pakcik itu melihat parang kegemarannya dan menggilap, kemudian mukanya hairan. Hasan menggeletar. Ketika pakcik ingin duduk di kerusinya, dia ternampak Hasan berlari keluar pintu. “Pedebah punya orang, kau tunggu!”, kata pakcik sambil mengejar Hasan. Hasan lari meninggalkan pakcik misteri melalui tingkap. “Hannan, kau pulak pergi”.”Baik, jaga diri Hafiz”. Hannan tidak berkata apa apa dan terus pergi ke rumah Kamil.",
" Kamil mempersilakan Hannan masuk ke rumah. Hannan sudah tahu tentang pintu bilik yang berkunci dan berhantu itu. Hannan tahu bagaimana nak membuka pintu itu. “Aku cuba buka pintu ni, tapi tolong hati hati. Kau tahu ada apa dalam ni” kata Hannan. Kamil pula kelihatan gelisah. Ketika itu Hannan perasan ada lubang kecil di sebalik tombol pintu. Dia cuba melihat di sebaliknya dan ternampak sosok tubuh manusia yang sedang bersila di lantai. “siapa perempuan tu? kenapa aku rasa dia memang manusia dan bukan hantu?” katanya dalam hati. “Hannan, boleh tak jangan bukak pintu sekarang?”. “Kenapa pulak kau ni?” tanya Hannan.”Kamil bukak, ayah balik ni” pakcik misteri kembali ke rumah. ",
"Kali ini Hannan tidak menyorok di belakang pintu tetapi Kamil menyuruh Hannan menyorok di bawah meja. Hannan tidak mahu berfikir panjang. Ketika pakcik masuk, dia tidak berkata apa dan terus pergi dapur. Kamil menutup pintu dan memerhatikan meja itu. Hannan mengambil langkah keluar dari meja itu dengan penuh berhati hati. Hannan terus merangkak dengan perlahan.”Kau ingat aku tak nampak kau ke, budak?” Ternyata pakcik itu tahu di mana Hannan berada. Pakcik itu menendang meja sehingga terbalik dan cuba melibas tetapi Hannan mengelak. Hannan menolak pakcik sehingga jatuh dan terus berlari keluar rumah. Giliran Hannan pula dikejar pakcik misteri. ",
"Sekarang Hafiz pula memasuki rumah Kamil dengan berharap hasilnya berkesan. Hafiz berasa pelik dengan keadaan rumah itu sekarang. Lampu terpadam tetiba. “Kamil, kau di mana?”. Ketika Hafiz cuba menghidupkan suis lampu dengan menekan suis di bahagian pintu, Hafiz melihat satu bayang di depannya. Hafiz kenal bayang itu, dialah Kamil. Tetapi Hafiz terkejut kerana Kamil menghalakan pistol ke arah Hafiz. “Kau dah kenapa dengan pistol? Kau nak b***h aku?””Maaflah Hafiz, aku terpaksa. Aku taknak korang tahu rahsia aku. Lagipun, aku tahu korang semua ahli paranormal. Korang semua ahli penyiasat dari PDRM kan? Jangan ingat aku tak tahu pasal korang. Korang mesti dah dengar pasal kes penculikan tu kan” jawab Kamil. “Kalau macam tu, macam mana dengan pakcik misteri ayah kau tu? Bukan ke dia bela saka?” tanya Hafiz. ",
"“Dia tak pernah bela saka pun, aku saja reka cerita supaya korang semua tak tahu langsung pasal kes penculikan. Tapi aku pelik macam mana kau boleh tahu. Sekarang terimalah masa untuk kau m**i!”.”Buang pistol kau Kamil! Penipu punya anak!” Suara itu datang dari belakang Kamil. Rupanya Pakcik bersama Hannan dan Hasan masuk melalui pintu belakang. Mukanya sudah merah padam. Hannan dan Hasan siap dengan pistol masing masing.”Budak dua orang ni dah cerita semua pasal kau, Kamil. Aku tak sangka kau dah jadi penculik sekarang. Baru aku tahu kenapa kau kata pintu tu berkunci. Dulu kau kata rumah ni ada saka peninggalan keluarga dan aku akan diganggu kalau buka pintu tu. Rupanya kau dah culik budak perempuan. Apa punya sial aku ada anak macam kau ni”. Pakcik terus ke pintu berkunci itu untuk membukanya tetapi..ARGHH! Satu das tembakan terkena pada dada pakcik itu. “PAKCIK!” Jerit Hafiz sambil berlari ke arah pakcik yang sedang berdarah. ",
"“Sampai hati kau tembak bapak kau sendiri!” kata Hasan. “Bukan aku yang tembak” jawab Kamil. “Bukan dia tapi aku” satu suara perempuan datang dari bilik yang terkunci itu. Hannan seperti tidak percaya apa yang sedang berlaku. “Apa semua ni?”. Apabila dia berjalan memegang pistol keluar dari situ, dia hanya ketawa seperti orang gila. “Siapa kau?” tanya pakcik yang sedang menahan sakit.”HAHAHAHAHA! Nama aku Aila. Tugas aku ialah m******h pakcik tua ni. Tiada penculikan tetapi hanyalah konspirasi untuk b***h orang tua ni. Aku menunggu dalam bilik ini untuk b***h lelaki tua ni. Harta sudah banyak pun kedekut anak lelaki sendiri. Dialah punca aku menderita selama ni. Sekarang misi aku sudah selesai”.Kamil membaling bom asap untuk menghilang diri bersama Aila. Yang ada di rumah itu hanya mereka berempat termasuk pakcik yang sedang nazak. Mereka terus menghantar pakcik itu ke hospital berdekatan.",
" Beberapa jam kemudian, pakcik itu disahkan meninggal dunia tepat 2 pagi. Apa yang sebenarnya berlaku? Pakcik sudah memberitahu ketika dalam perjalanan ke hospital. Pakcik dan anaknya Kamil berada di Kuala Lumpur sebelum berpindah. Mereka sudah ada masalah keluarga sejak berada di sana. Puncanya ialah satu, wasiat dan pusaka. Ketika itu pakcik sudah tidak banyak bercakap. Jadi Kamil merancang untuk m******h ayahnya sendiri tetapi bukan di tangannya. Kamil ada seorang kawan bernama Aila, seorang psikopat sejak zaman sekolah. ",
"Kebetulan, Aila mempunyai sebuah rumah lama di kampung halamannya. Jadi Aila meminta Kamil dan ayahnya berpindah ke rumahnya dan akan cuba membunuhnya. Dengan sifat ayahnya yang tidak berapa elok, ramai yang menuduhnya sebagai pembela saka. Namun, rancangan mereka gagal apabila Hafiz dan pasukan cuba memasuki rumah itu. Lagipun ayahnya saja yang tahu rahsia sebenar tentang Kamil. Ayahnya tidak memberi tahu banyak perkara kepada Hafiz, Hannan dan Hasan. Sekarang, Kamil dan Aila masih ada walau mereka jarang bertemu. Aila masih diburu oleh pihak berkuasa. Khabar angin mengatakan Kamil masih berada di hutan yang jauh dari kampung itu. Dia tidak lagi digelar sebagai Kamil, tetapi dipanggil dengan gelaran baru oleh masyarakat setempat, iaitu…JOKER…"
] | [
"cerita paling bodoh abad ni",
"jalan cita nice.\nada plot twist.\nboleh go jauh lg ni.\nkeep it up ye.",
"jalan cita nice, ada plot twist.\nboleh go jauh lg ni. keep it up ye.",
"MAcam cerita do re mi pun ada jugak part pakcik kejar diorang, tak logik sungguh"
] |
https://fiksyenshasha.com/hantu-perempuan-siamsamad/ | Hantu perempuan Siam(Samad) | [
"Hantu Perempuan siam (Samad)",
"Assalamualaikum para peminat fiksyen shasha dan juga salam sejahtera untuk bukan muslim.Moga semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Maafkan aku andainya sambungan cerita ini hampir tertangguh selama tiga tahun .Bagi yang mengikuti kisah hantu perempuan siam ini, semua ada tiga part. Boleh lah korang semua enjoy ya. Tapi maaf penulisan yang kurang baik dan carca merba pada ketika itu.\nPenulisan ini pula adalah sambungan dari kisah pengalaman kerja aku dengan samad sepanjang kerja sebagai pembanci penduduk kawasan. Aku mulakan penulisan ini dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم.",
"Aku dengan Samad pun berpindah masuk ke rumah sewa yang baru iaitu rumah pak Makmur selepas rumah abg Pei kami terpaksa keluar dek tak tahan oleh hantu perempuan Siam yang dipuja abg Pei. Apabila dikenang kembali kisah seram tersebut memang agak meremang bulu roma tambahan lagi ketika waktu malam ditepian tingkap memang aura seram selalu hadir. Meskipun kami sudah keluar dari rumah sewa abang Pei, tapi adakala terserempak di tengah jalan kami tetap bertegur sapa seolah tiada apa yang berlaku walaupun hakikat nya duit deposit kami “burn”.",
"Hari Ahad, seperti biasa aku dengan Samad keluar pagi pulang petang adakala sampai malam ehh ternyanyi lagu ramlee sarip pula hehehe .Kebiasaan selepas kerja kami melepak di warung kopi sampai maghrib dan terus menuju masjid untuk menunaikan kewajipan hamba kepada Tuhannya. Yang seronoknya masjid ini selalu buat kenduri ala kadar , jimat duit aku dengan Samad . Memang aku tabik pada Pak Makmur seorang imam khariah yang warak dapat mendidik orang kampung dengan acuan adab dan akhlak yang tinggi disamping tidak meninggalkan adat orang melayu . Usai solat isyak, aku dengan Samad dalam perjalanan pulang ke rumah setelah penat seharian bekerja .",
"Aku : Oi Samad lusa kita dah kena masuk perkampungan orang asli untuk bancian, hang dah jumpa aku yang boleh guide kita untuk masuk kampung tu.",
"Samad : Hang jangan risau ! ni aku la Samad. Aku dah jumpa dengan guider kita . Dia pun asal dari kampung tu.",
"Aku : Cantiklah kalau macamtu, dia ambik upah berapa?",
"Samad : Aku bagi RM25 ja…Dia setuju.",
"Aku pun enggan meneruskan percakapan dek kerena penat. Tujuan aku bila sampai ke rumah hanyalah satu, rebahkan badan atas tilam dan terus tidur.",
"Hari isnin dan hari ini adalah hari terakhir bancian untuk kawasan kampung ini sebelum meneruskan bancian ke kawasan pendalaman orang asli . Hanya tinggal dua atau tiga rumah sahaja lagi . Dua rumah berdekatan dan satu rumah lagi jauh ke dalam dari kawasan perumahan orang kampung. Bila aku dan Samad tiba dipekarangan rumah tersebut . Aku dan Samad terkejut kerana terdapat kelibat moto honda 70an yang memang “familiar” di mata aku dan Samad.\nAku: Mad macam kenai moto ni.",
"Samad: Tak kan ni rumah Abg pei kot ?",
"Aku : Aku rasa dia dah ni, memang moto abg Pei. Macam mana ni ?",
"Samad : Buat relax ja, kita bukan buat salah apa pun.",
"Aku : Okay² , Mad hang bagi salam tengok.",
"Samad: Bagi salam apa nya abg Pei bukan Islam. Tapi kita berlakon pi lah.",
"Samad pun memanggil salam tapi tiada seorang yang menyahut . Berkali-kali aku dan Samad memberi salam tapi tiada seorang pun menyahut. Yang menyahut hanya burung melepak diatas dahan pohon. Setelah aku dan Samad ingin mengundurkan diri , Abang Pei pun membuka pintu . Rupanya baru bangun tidur orang tua ni haiyaaa.",
"Abg Pei : Kamu mari buat apa ni ? mintak deposit kamu ka. (slang thailand)",
"Samad : Tak, tak , abang Pei kami mai ni nak banci ja. Pasal deposit tu kami dah halalkan. Kami berdua yang salah.\nLaju samad memotong tentang perbualan deposit rumah tersebut.mDan kerut dimuka Abg Pei pun kendur digantikan dengan senyuman . Bab duit senyum ya kau abg Pei. Kami pun dijemput masuk dan melakukan tugasan bancian . Maka selesailah tugasan hari ni . Tanpa berlengah aku dengan Samad bergegas balik ke rumah .",
"Keesokan hari nya iaitu hari Selasa, Aku dan Samad bersiap lebih awal kerana untuk masuk ke kawasan pendalaman orang asli tidak boleh menaiki kereta kerana jalan yang tidak diselenggara dengan baik .Jadinya hanya perlu menaiki motosikal. Kami singgah ke warung roti canai sebagai alas perut dan juga menunggu “guider” yang tidak kunjung tiba pada waktu yang ditetapkan. Janji 8.30 pagi 9.30 pagi pun belum sampai . Tepat pukul 10 pagi baru terlihat batang tubuh . Aku memanggilnya Abang Ropee.",
"Tanpa berlengah , aku menaiki moto seorang dan Samad menaiki bersama abg Ropee. Sebelum masuk ke kawasan orang asli , Abg ropee berpesan supaya jangan kaitkan percakapan dengan agama dan jangan ketawakan adat ataupun ritual yang mereka lakukan . Masyakarat orang asli dikawasan tersebut mungkin mengamalkan kepercayaaan “animisme” . Iaitu percaya semua benda yang bergerak mempunyai semangat atau roh yang baik dan jahat.",
"Kami pun tiba dikawasan tersebut dan Abg Ropee tanpa berlengah terus menuju ke rumah Tokku selaku ketua kaum untuk menyampaikan hajat kami untuk melakukan bancian dikawasan beliau. Tokku menyambut dengan senyuman bermakna tanda beri keizinan untuk aku dan Samad melakukan kerja. Setelah mendapat keizinan kamipun melakukan tugasan bancian . Tiba di rumah yang kelapan, tiba-tiba aku merasakan ada “something wrong ” dengan rumah ini .Di depan rumah penuh dengan barangan ritual . Tatkala aku dan Samad terdiam , Abg Ropee mulakan bicara “ini rumah pawang , jaga-jaga sikit ya”.",
"Aku pun mengetuk pintu dan pintu terbuka dengan sendiri lantas deruan angin sepoi-sepoi bahasa menerpa wajah. Aku pun mula membaca Ayatul kursi di dalam hati sebagai perlindung diri . Sesungguhnya Allah Mahu kuasa atas sesuatu.",
"Samad mula bicara “Tok kami datang nak banci sikit , Nak tanya tok ada anak atau bini ? (Diterjemah oleh abg ropee)",
"Tok pawang: Ada anak seorang dengan bini seorang. Ni kiri kanan aku korang tak nampak ka?( Abg ropee terjemahkan kepada kami)",
"Samad tertawa menganggap bahawa tok pawang hanya bergurau. Tok pawang berdengus lantas meninggikan suara . Terdiam kami bertiga .Dan aku meminta untuk abang ropee mengucapkan permohonan maaf andai tok pawang terasa hati dan meminta untuk mengundurkan diri. Usai bangun untuk mengundurkan diri tangan tok pawang menghala ke arah Samad lalu mengatakan sesuatu . Abg ropeee tersenyum dan mencuit supaya keluar dari rumah tersebut.",
"Setiba diluar rumah abg Ropee mengatakan apa yang dikatakan oleh tok pawang bahawa anak tok pawang suka akan Samad. Aku ketawa kecil, Dan memerli Samad “Mantap juga hang Samad boleh kawen dengan anak tok Pawang”.\nUntuk makluman, Tok pawang ni aku tak tahu namanya apa . Aku sekadar beri gelaran “Tok pawang” sebab dia seorang dukun dan untuk memudahkan penceritaan. Selesai tugas aku dan Samad di kampung tersebut dan bermulalah perkara-perkara pelik yang dialami oleh Samad dan aku juga terkena tempias. Setelah selesai tugas, kami pun bergegas pulang ke rumah .",
"Setelah penat , Kami pun terlena di ruang tamu rumah. Aku terkejut apabila pintu rumah diketuk . Aku pun melihat jam ditangan dalam keadaan mamai jarum menunjukkan 2 pagi. Dengan rumah terasa bahang dan panas. Berpeluh aku dengan Samad . Aku kejutkan Samad yang tidur dalam keadaan berpeluh dan berkeringat. Samad pun bangun dengan muka terkejut lalu beliau membaca ayatul kursi sebagai perlindung diri.",
"Tiba esok pagi diwarung roti canai , Samad menceritakan perihal mimpinya . Samad mengatakan dalam mimpinya dia melihat tok pawang dan dikanan tok ada wanita tua yang hodoh dan disebelah kiri tok pawang pulak ada wanita muda gigi bertaring. Aku teringat kata-kata tok pawang bahawa dia ada isteri dan anaknya pada waktu kami bertandang kerumahnya . Apa yang dapat aku simpulkan bahawa Tok Pawang mempunyai isteri dan anak bukan dikalangan manusia.",
"Setakat sini dahulu . Jikalau kisah ini dapat sambutan, ya aku akan sambung untuk part berubat Samad yang dilamun cinta alam lain. Dibuat atau diperbuat . Aku pun tidak tahu. Cinta itu anugerah untuk sesiapa sahaja hatta sibuta juga mencintai seseorang tanpa melihat kepada rupa dan wajah, itulah kehebatan cinta tiada siapa dapat menghalang. Layak untuk dicintai atau mencintai atau terpaksa untuk bercinta. Terima kasih pembaca sekalian. Ada waktu aku akan sambung kisah ini…"
] | [
"menarik..sembung cepat ye",
"sambung pls kisah ni",
"aduhai..lagi 3 thin nk besambung citer ni\n.haha",
"lama tnggu ni . sambung cepat . dh jnji nk sambung kn"
] |
https://fiksyenshasha.com/suara-merintih/ | Suara Merintih | [
"“Encik Herman, bos nak jumpa awak sekejap.” Setiausaha syarikat itu, cik Elis berdiri di hadapan meja kerja Herman sambil menyampaikan arahan dari pengarah syarikat, tuan Azhan. Herman yang tekun dengan kerjanya, hanya memandang dan mengangguk sebelum berlalu menuju ke arah bilik tuan Azhan. Pintu bilik pejabat tuan Azhan diketuk. Dia diarahkan masuk. Tuan Azhan kemudiannya meminta dia duduk untuk berbincang sebentar. “Saya nak projek perumahan di kawasan Taman Indah tu awak yang uruskan.” Tegas tuan Azhan. Fail di atas mejanya diserahkan kepada Herman. “Tapi projek ni mungkin memakan masa yang agak panjang untuk menyiapkannya, bos? Saya rasa, saya tak mampu menguruskannya.” Herman seolah-olah cuba mengelak. ",
"Sebetulnya dia tidak berminat untuk menguruskan projek perumahan tersebut. “Itu saya tahulah. Tapi kalau kita mulakan dari sekarang tentu cepat siapnya. Saya yakin awak mampu menguruskannya. Jadi saya harap awak tak akan menolak?” Tuan Azhan bagai mendesak. Herman tiada pilihan. Dia bekerja di bawah arahan tuan Azhan. Mahu tak mahu terpaksalah dia mengikut segala permintaan majikannya itu. “Baiklah. Saya akan uruskan.” Ujar Herman dengan nada terpaksa. Tuan Azhan pula terus tersenyum bila Herman bersetuju. “Petang ni awak boleh pergi meninjau ke site. Dan jangan lupa ajak Talha dengan Baim. Diaorang berdua akan sertai projek tu sekali.” Tuan Azhan sudah berbincang dengan Talha dan Baim terlebih dahulu. Mereka sudah pun bersetuju. Tetapi tuan Azhan mahu Herman yang mengetuai projek tersebut. Kerana kebolehan Herman yang menjayakan beberapa buah projek besar sebelum ini. Usai perbincangan di bilik pejabat tuan Azhan, Herman terus meminta diri. ",
"*************Di sebuah restoran, kelihatan Herman, Baim dan Talha sedang rancak berbual. Namun perbualan mereka berubah serius. Seperti ada sesuatu yang sedang dibincangkan. “Aku rasa macam tak sedap hati nak buat kawasan perumahan dekat tempat tu.” Herman mengeluh berat. Matanya sedikit layu. Mungkin kerana dia kurang mendapat tidur yang secukupnya. Sejak akhir-akhir ini tuan Azhan sering memberi tugas yang lebih kepadanya kerana prestasi kerjanya yang sangat baik dan memuaskan hati. “Kau rasa tempat tu tak sesuai kerana tanahnya, ke?” Soal Baim selepas menghirup minumannya. “Bukan sebab tanah. ",
"Sebenarnya, dah banyak aku dengar cerita tentang kawasan tu. Sampai sekarang ni pun, tak ada sesiapa yang berani nak menjadikan tapak projek dekat kawasan tu. Cuma tuan Azhan tu aje yang beria-ia sangat. Bagi dia semua cerita-cerita tu hanya mengarut.” Ujar Herman, mendatar. Kalau boleh dia malas hendak menguruskan tugas yang diberikan oleh tuan Azhan itu. Dia tidak mahu mengambil sebarang risiko. “Cerita apa yang kau dengar? Aduh! Tiba-tiba meremang pula bulu roma aku.” Talha menggosok-gosok lengannya. Rasa seram semacam bila dia mendengar kata-kata Herman. Jangan cakap tempat itu berpenunggu pula. Dia pun tidak mahu mengambil risiko bila diganggu oleh perkara-perkara pelik nanti. “Lain kalilah aku cerita. Kita pergi ke site sekejap. Hari pun dah nak petang. Aku malas nak balik sampai ke senja.” Herman tidak mahu berlengah lagi. Lagi cepat mereka ke sana, lagi cepat mereka balik. Sudahlah tempat itu agak keras. Kalau boleh janganlah sampai ke waktu senja mereka berada di sana. Nanti tak pasal-pasal ada pula yang mengikut mereka balik. Pergi bertiga, baliknya berempat. Itu yang dia risaukan.",
"***************Mereka tiba di kawasan Taman Indah bersama beberapa orang pekerja lain yang terlibat dalam projek tersebut. Baim memerhatikan gelagat Herman yang sedang meninjau-ninjau di kawasan sekeliling tempat itu. Ada keresahan di wajah Herman dilihatnya. Mungkin Herman masih memikirkan tentang cerita-cerita yang dia dengar mengenai tempat itu. Baim lalu berjalan menghampiri rakannya itu. “Luas juga kan, kawasan ni?” Ujar Baim.”Luas tu memang luas. Tapi tak berapa elok.””Apa maksud kau tak berapa elok? Aku tengok okey aje tempat ni.” Baim tidak nampak apa-apa yang pelik. Baginya tempat itu sesuai sangat untuk membina kawasan perumahan. Herman tidak menjawab. Pandangannya kini tertumpu ke arah sebatang pokok yang tegak merendang. ",
"Pokok tersebut kelihatan aneh di matanya. Seperti ada daya tarikannya.”Aku nak ke sana sekejap. Kau dengan yang lain-lain tunggu sini dulu.” Tanpa sempat Baim bersuara, Herman terus sahaja berjalan ke arah pokok yang berada tidak jauh dari tapak projek.”Nak ke mana pula encik Herman tu?” Soal salah seorang pekerja syarikat yang berada di situ.”Entahlah? Dia saja-saja nak tengok kawasan dekat situ, kut?” Jawab Baim. Dahinya berkerut. Hairan? Mengapa Herman tidak membenarkan mereka turut serta ke tempat itu. Talha yang memandang ke arah Herman turut berasa pelik. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dirasakan. Pokok itu juga kelihatan aneh dan misteri. Nampak agak menyeramkan. ",
"Sepasang mata Herman merenung seketika pokok yang berada di hadapan matanya itu. Perasaannya terasa berdebar ketika menyentuhnya. Dia rapatkan lagi tubuhnya. Telinganya turut didekatkan pada batang pokok itu. Seolah-olah dia boleh mendengar sesuatu di dalamnya. Suara rintihan yang kedengaran sayup seperti tersiksa.~Tolong… Tolong… Tolong lepaskan kami… Tolong lepaskan kami… Tolongggg…~~~Herman terpaku. Matanya semakin tajam memandang ke arah batang pokok itu. Suara-suara itu tiba-tiba terhenti apabila Baim datang menghampiri. Bahu Herman ditepuk. Herman terus berpaling. “Apa yang menarik sangat tentang pokok ni? Aku tengok sampai tak berkelip mata kau memandangnya.” Dari tadi Baim memerhatikan Herman. Dia tertanya-tanya, mengapa Herman seperti berminat dengan pokok itu. “Kan aku dah cakap tadi? Tunggu sana. Buat kau datang sini? Dahlah! Aku nak balik. Aku letih!” Herman menolak tangan Baim. Dia berlalu dengan wajah yang agak tegang. Baim hanya menggaru-garu kepala. Tidak faham kenapa rakan serumahnya itu tiba-tiba sahaja naik angin. ",
"***************Malam itu ketika sedang nyenyak tidur, Herman merasakan seperti dia masih berada di kawasan Taman Indah. Tetapi tiada sesiapa pun di situ. Dia keseorangan. Hanya kelihatan pokok misteri itu sahaja. Dia mula terdengar suara-suara rintihan misteri yang didengarinya petang tadi pada pokok tersebut. Terasa seram sejuk dalam suasana yang kelam dan dingin. ~Tolong… Tolong… Tolong lepaskan kami… Tolong lepaskan kami…~~~”Arghh…!! Pergilah bodoh!! Pergi! Kau syaitan!!” Jerit Herman. Suara dari pokok itu terus-terusan mengganggunya. Baim yang berada di ruang tamu bergegas menuju ke bilik Herman. Tubuh Herman digoyang-goyangkan. “Hei, Herman! Bangunlah! Kenapa dengan kau ni? Terjerit-jerit! Kau kena sampuk dengan hantu, ke?!” Baim cuba menyedarkan Herman.",
" Ini pertama kali dia melihat Herman mengigau. “Kau keluar dari bilik aku!” Tengking Herman dengan mata merah menyala. Wajahnya dibasahi peluh dingin. “Herman, kau ni sedar ke, tak sedar?” Melihat keadaan Herman, Baim berasa bimbang juga. Manalah tahu kalau-kalau rakannya itu dirasuk. Dia bukannya pandai pun hendak menghalau hantu jin ni semua. “Aku kata keluar, keluarlah!! Tak faham, ke?!” Jerkah Herman dengan lebih kuat. Matanya yang merah itu terjegil-jegil. Baim tidak berkata apa. Dia terus menapak keluar daripada bilik. ",
"Setelah Baim beredar Herman kembali tenang seperti sediakala. Mulutnya mengucap berulang-ulang kali. Dia sendiri tidak sedar apa yang telah dia lakukan. Namun mimpi yang dialami terasa seperti benar-benar berlaku. Herman keluar daripada bilik. Dia tercari-cari Baim. Ke hulu ke hilir dia mencari. Mana pula Baim pergi tengah malam macam ini? Matanya terpandang ke arah Baim yang baru sahaja masuk ke dalam rumah melalui pintu utama itu. “Kau ke mana tadi, Baim?” Tanya Herman. Namun Baim hanya mendiamkan diri. “Hoi! Aku tanya ni? Kau dah jadi bisu ke, apa?” “Aku nak ke mana, itu bukan urusan kau. Buat apa sibuk nak tanya?” “Dah kau tu kawan aku, salah ke aku tanya?!” Bentak Herman.”Kawan?” Baim senyum sinis. “Kalau aku kawan kau apasal kau tengking-tengking aku tadi? Padahal aku cuma nak sedarkan kau aje.” Baim tunjuk muka tidak puas hatinya. Dia keluar sebentar tadi sekadar hendak mengambil angin. Untuk menyejukkan hatinya yang terasa panas bila dihalau Herman.",
"“Ya ke, aku tengking kau? Tapi, kenapa pula kau nak sedarkan aku?” Herman bertanya dengan riak kehairanan. Tidak faham. Duduknya dilabuhkan di atas sofa. “Sebab kau terpekik terlolong macam orang kena rasuk.” Terang Baim lagi. “Hah? Betul, ke?” “Betullah! Takkan aku nak tipu? Kau nampak lain. Macam bukan kau. Bengis semacam aje muka kau tu. Lepas tu kau asyik marah-marah aku…” “Yalah, yalah…Sorry! Sebenarnya, aku pun tak tahu macam mana boleh jadi macam tu. Kau tak payahlah nak marah sangat. Aku bukannya sedar pun. Aku rasa macam ada sesuatu yang mengganggu?” “Mana ada marah. Aku cuma tersinggung sikit. Tapi sekarang dah okeylah. Sebab kau dah jelaskan perkara sebenar, kan. Kau tak nak beritahu aku ke, kenapa tiba-tiba kau jadi macam tu? Dari site lagi, lepas kau pergi dekat pokok tu, kau terus naik angin. Apa yang dah berlaku sebenarnya?” ",
"Baim merasakan perubahan sikap Herman pasti ada kaitan dengan pokok yang terletak berhampiran dengan tapak projek itu. Sambil duduk di atas sofa, Baim menanti apa yang ingin diceritakan oleh Herman.”Masa aku datang dekat pokok tu, aku terdengar macam suara orang merintih kesakitan. Suara orang meminta tolong. Suara tu pula bukannya seorang! Macam satu kelompok manusia beramai-ramai yang kemungkinannya terdiri dari kaum wanita. Mereka minta dilepaskan daripada pokok tu. Mungkin suara-suara tu masuk ke dalam tidur aku tadi. Sebab tu aku jadi macam tu.” Jelas Herman dengan bersungguh.”Eh, tak mungkinlah pokok tu bersuara? Kau berangan agaknya?” Sukar untuk Baim percaya cerita yang baru didengarinya itu. “Ya, Allah…Baim, sumpah! Aku tak berangan. Memang aku dengar suara dekat pokok tu. Kalau kau tak percaya, kau boleh dengar sendiri nanti.” Herman terus meyakinkan Baim. Dan dia juga yakin yang dia tidak berhalusinasi. ",
"************Keesokan harinya mereka kembali semula ke kawasan Taman Indah. Hanya Baim, Herman dan Talha sahaja yang berada di situ. Talha juga sudah mendengar cerita dari Herman dan Baim. Herman mahu membuktikan kejadian suara rintihan pada pokok itu adalah benar. Namun mereka agak terkejut dan terkilan apabila mendapati pokok tersebut telah pun ditebang.”Macam mana ni? Pokok tu dah kena tebang.” Baim kelihatan kecewa. “Nampak gayanya, tak dapatlah kita dengar suara tu?” Talha turut berasa hampa. Mungkin mereka terlambat beberapa minit. Pokok tersebut kelihatannya seperti baru sahaja ditebang.”Siapa agaknya yang tebang pokok tu?” Herman tertanya-tanya. Bimbang juga seandainya keadaan menjadi tidak tenteram di kawasan Taman Indah setelah pokok itu ditebang.",
"Seketika kemudian, seorang penebang pokok lalu di hadapan mereka. Herman cuba menegurnya.”Pakcik, boleh kami tumpang tanya?” Soal Herman. Lelaki tua itu mengangguk.”Siapa yang tebang pokok besar tu?” “Pakcik lah yang menebangnya. Kenapa? Ada apa-apa masalah ke, yang pakcik boleh bantu?” Tanya lelaki tua itu dengan wajah berkerut-kerut. Pandangan mata Baim tiba-tiba sahaja terhala pada kapak yang dipegang oleh lelaki tua itu. Kelihatan kesan d***h pada hujung kapak itu. Baim lantas mencuit lengan Herman. “Cuba kau tengok kapak yang dia pegang tu? Ada kesan d***h! Entah-entah dia baru lepas b***h orang.” Bisik Baim ke telinga Herman. “Jaga sikit mulut kau tu! Karang tak pasal-pasal dikapaknya pula kita.” Herman berbisik kembali ke arah Baim. Dia juga berasa tidak sedap hati melihat tingkah laku lelaki tua itu. “Kalau dah tak ada apa-apa, pakcik rasa…biarlah pakcik balik dulu.” Lelaki tua itu seolah-olah cuba hendak melarikan diri. Tidak mahu terus disoal oleh tiga orang pemuda itu. ",
"“Nanti dulu, pakcik!” Herman segera menghalang. Wajah lelaki tua itu dilihatnya seperti sedang menahan marah. “Sebenarnya, semalam saya dengan kawan-kawan saya ada datang melawat dekat sini. Kami cuma nak meninjau kawasan ni. Sebab tak lama lagi tempat ni akan dijadikan kawasan perumahan. Eerr…saya cuma nak tahu, masa pakcik tebang pokok tu ada tak pakcik terdengar sesuatu yang aneh? Macam suara, orang minta tolong dilepaskan?” Herman sekadar bertanya. Manalah tahu jika pakcik itu juga mendengar suara yang didengarinya semalam. Lelaki tua itu terdiam beberapa saat. Mungkin sedang berfikir. Kemudian dia tersengih memandang. Menampakkan barisan giginya yang sudah rongak. “Kamu semua ni dah salah sangka. Suara yang kamu dengar tu, suara anak perempuan pakcik. Dia tu kurang siuman. Dan selalu menyorok dekat belakang pokok besar tu. Sebab tulah pakcik tebang. Supaya dia tak bermain dekat situ lagi.” Lelaki tua itu menjelaskan kepada mereka bertiga. Namun Herman masih tidak berpuas hati. Seperti masih ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh pakcik itu. ",
"“Tapi kenapa pula dia minta tolong?” Soal Herman lagi. “Eh, takkanlah kamu tak tahu perangai orang gila macam mana? Kadang-kadang dia minta tolong. Kadang-kadang dia minta duit!” Tawanya dihamburkan. Reaksinya seperti sedang mengejek mereka bertiga. Panas pula hati Herman. Rasa macam hendak tumbuk sahaja muka pakcik itu. Biar hilang kesemua sekali giginya. “Masalahnya, pakcik… Suara tu bukannya seorang. Tapi macam beramai-ramai!” Tekan Herman. Giginya diketap geram. “Hishh, kamu ni! Malas pakcik nak layan kamu lagi. Pakcik ni banyak lagi kerja nak buat. Lepas ni kamu semua jangan sibuk-sibuk nak tanya lagi pasal pokok tu. Kalau tidak, kamu dapat masalah nanti.” Kata lelaki tua itu lagi sebelum berlalu dari situ. Herman mahu memanggil pakcik itu semula. Tetapi Baim dan Talha cepat-cepat menghalang. Mereka bimbang jika berlaku pertumpahan d***h pula di situ nanti bila Herman tidak dapat mengawal perasaannya. Herman memang jenis yang panas baran sikit. Cepat melenting. Kata-kata pakcik itu pula bunyinya seperti satu ugutan. Macam lelaki psiko pun ada juga.",
" “Apasal korang halang aku?” “Habis tu, takkan kita orang nak biarkan kau belasah pakcik tu?” Tukas Baim. “Bila masa pula aku nak belasah? Aku cuma belum habis tanya dekat dia lagi.” Herman mengesyaki lelaki tua itu cuba hendak mengelak. Takut mungkin dengan pertanyaannya tadi. “Yalah, tu? Mula-mula memang gaya macam nak tanya. Tapi bila kau dah tak puas hati, mesti kau belasah orang tua tu, kan? Macamlah aku tak tahu perangai kau macam mana. Hari tu pun teruk juga kau belasah si Mazlan tu.” Baim sengaja mengungkit kembali kejadian minggu lepas. Bila lelaki bernama Mazlan itu dipukul teruk oleh Herman kerana mengganggu adik perempuan Herman, Mala. “Dia yang cari pasal dulu dengan aku, siapa suruh? Memang patut pun dia kena belasah. Dia tu kacau adik aku sebab dia nak balas dendam. Tuduh aku rampas awek dia. Padahal awek dia yang syok dekat aku.” Herman tidak akan memukul seseorang itu tanpa sebab. Jika perkara itu boleh mendatangkan kemarahannya, dia mungkin tidak boleh mengawal barannya. ",
"“Eh, kejap? Apasal kita nak cakap pasal benda ni pula? Sekarang ni, kita tengah cakap pasal pakcik psiko tu, okey? Aku rasa dia tipu kita. Mungkin dia dah tahu niat kita untuk datang melihat pokok tu semula.” Tukas Herman. Yakin sangat dia yang pakcik itu sengaja menebang pokok tersebut. “Kalau betul sekalipun pokok tu berpenunggu atau berhantu, apa kena mengena dengan kita? Lagipun pokok tu kan dah ditebang. Mungkin hantu-hantu tu pun dah merayau-rayau ke tempat lain. Dahlah! Buat apa kita nak pening-pening kepala fikirkan semua ni? Lebih baik kita buat kerja kita.” Talha mencelah.Herman dan Baim diam. Mungkin betul apa yang dikatakan Talha. Namun Herman belum menceritakan lagi tentang kejadian seram yang pernah didengarinya di kawasan Taman Indah itu kepada dua rakannya itu. Rasanya dia terpaksa melupakan niatnya. Dia tidak mahu nanti rakan-rakannya berasa tidak selesa pula untuk melakukan tugas di situ. ",
"Kisah yang pernah diceritakan oleh beberapa orang penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan Taman Indah. Tentang seorang penebang pokok tiba-tiba berubah menjadi seorang pembunuh yang kejam. Lelaki itu dikatakan seorang bekas penagih dadah. Selepas keluar daripada pusat pemulihan dia mula melakukan kegiatan penculikan. Beberapa orang gadis yang telah diculik akan diikat pada sebatang pokok. Lalu kepala gadis-gadis itu dikapak tanpa belas kasihan. Lelaki itu pernah diberkas oleh pihak polis. Tetapi berjaya melarikan diri. Sehingga kini pihak polis masih gagal mengesannya.Ada juga cerita dari versi yang berbeza didengarnya. Kononnya, pembunuh bersiri itu telah ditemui m**i tanpa kepala oleh salah seorang penduduk. Herman sendiri tidak pasti cerita mana satukah yang betul. ",
"Dia cuma terbayangkan lelaki tua misteri yang berkapak itu. Mungkin lelaki tua itu, pembunuh kejam yang dimaksudkan? Dan apa motif dia menebang pokok itu? Adakah untuk menutup bukti kejahatan yang pernah dilakukannya? Suara-suara pada pokok itu pula, adakah suara dari gadis-gadis yang d*****h? Macam-macam perkara bermain di benaknya. Herman cuma terfikir, bagaimana jika suatu hari nanti akan terbina rumah di kawasan Taman Indah itu? Kemungkinan penghuni yang mendiami tempat itu akan diganggu oleh suara-suara rintihan yang menyeramkan. -TAMATThank you!\\"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/cik-merah/ | Cik Merah | [
"Hai dan salam sejahtera kepada para pembaca Fiksyen Shasha, Kev sebagai pembaca tegar fiksyen shasha tertarik untuk share pengalaman saya yang pertama kali dalam sejarah diganggu oleh mahkluk yang susah nak nampak dengan mata kasar. Saya ni nak dikatakan penakut tu tak lah, tapi kalau jumpa benda benda yang menakutkan ni siapa je yang berani.. HAHAHAHAHA.. Okay mari kita mula.",
"2 tahun yang lalu, masa tu aku dan keluarga terpaksa balik ke kampung kerana kami dikejutkan dengan kematian pakcik belah ayah aku yang meninggal kerana sakit jantung.\nAku, ayah, mak dan adik beradik aku yang lain telah pun selamat sampai di kampung yang agak pendalaman. Kalau diikutkan jauh perjalanan untuk masuk pendalaman itu kira-kira tak sampai pun 30 minit.",
"Waktu malam, aku di call oleh kawan sekerja aku, katanya aku terbawa kunci stor sebab aku lah orang terakhir yang kemas stor itu semalaman. Dan harini dia minta aku hantar kunci stor ke rumahnya itu kerana ada barang yang nak dihantar ke dalam stor itu pagi besok. Mujur kunci stor tu aku letak kat beg yang selalu aku bawa kemana-mana, kalau tak terpaksa balik rumah untuk ambil kunci stor kat sana. Jauh tu kalau ulang alik. Nak tak nak terpaksa jugak aku pergi hantar kunci stor tu malam ni kerana esok aku dah mula cuti 3 hari.",
"Jam menunjukkan pukul 11:50 malam aku beritahu mak aku yang aku kena hantar kunci stor itu malam ni jugak.. Mak aku kurang setuju dan tidak sedap hati jika aku pergi keluar memandu waktu tengah malam tapi aku yakinkan dia supaya tidak merisaukan aku dan aku segera balik.\nAku ambil beg, kunci kereta dan turun ke kaki lima terus ke kereta. Enjin dihidupkan dan terus memulakan perjalanan..",
"Disini bermulanya keseraman yang aku alami berlaku for the first time ever.. chewahhh…\nKetika aku sedang dalam perjalanan, memang gelap gelita dengan tak ada lampu jalan, kereta lain yang lalu pun tak kelihatan, bulan dan bintang pun tiada.. memang gelap dan hanya disinari dengan cahaya kereta aku sahaja.\n30 minit berlalu, ketika itu aku mula pelik dan perasan yang jalan yang aku lalui tak sampai-sampai ke pangkal. Dan yang lagi membuat aku rasa makin pelik, aku telah pun lalu jalan tu lebih 3 kali. Aku sedar yang jalan itu berulang-ulang sebab dekat tepi jalan itu terdapat kubur lama, dan aku dah terserempak dengan kubur lama itu berterusan.",
"Aku mula tak sedap hati bila jalan yang aku lalui dah masuk kali ke 4. Aku mula mengatur nafas ku, aku beri full volume pada radio untuk menggelakkan kesunyian dan terdengar bunyi yang pelik pelik.\nBila aku lihat jam di telefon ku, sudah pukul 12:46 tengah malam. Maknanya, aku dah terkurung dalam kereta hampir sejam dan jalan masih lagi tidak berpenghujung.\nJalan punya jalan, aku dah rasa makin tak tenang dan perasan kereta aku tiba-tiba jadi berat. Dan yang lebih menakutkan bila aku dikejutkan dengan bunyi ketukan yang kuat dari belakang kereta. Peluh dingin memasahi dahiku, malah penghawa dingin pun tidak mampu menyejukkan diri aku.",
"Aku makin rasa lagi seram dan lagi lah terkejut apabila kubur lama yang aku lalui buat kali ke 5, terdapat kelibat seseorang seperti duduk di permukaan satu kubur yang agak berdekatan dengan jalan. Bila aku lihat lagi dengan lebih jelas, YES! itu memang dia… apa yang aku nampak, orang itu berpakaian merah, berambut panjang kusut dan kulitnya lengannya putih pucat. Mujur aku tidak lihat mukanya kerana makhluk tersebut membelakangi jalan.",
"Hampir menangis, peluh makin menitis, malah rasa nak terkencing pun ada. Aku mula berdoa dalam hati supaya dia tidak mengganguku dan agar cepat sampai ke penghujung jalan.",
"Dengan tiba-tiba, kereta aku tadi berat kini ringan kembali. Aku teruskan memandu tapi tidak terlalu laju dan tidak juga terlalu perlahan. Aku risau kalau aku membawa kereta dengan laju, mana la tau benda merah tadi tu tetiba kat tengah-tengah jalan terus terlanggar.. kalau terlanggar tak apa lagi, takut-takut langgar pokok masuk gaung.. tak pasal pasal ikut mendiang pakcik saya sekali huhu..",
"Hati aku mula rasa lega dan tenang bila aku sudah rasakan diri aku sudah berada di penghujung jalan tersebut. Sesampai simpang, aku mula menarik nafas lega dan terus ke pecut bila sudah melalui jalan raya.\nSepanjang perjalanan aku menuju ke rumah kawanku itu, tiada apa-apa berlaku lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 1:31 pagi ,dan aku meminta izin kawanku itu untuk menumpang tidur di rumahnya untuk malam ni sahaja. Mujur dia tinggal sorang jadi aku tak lah malu sangat nak minta tumpang tidur..",
"Sepanjang aku bebaring , aku tak boleh nak lelapkan mata sebab takut masih menguasai diri. Masih terbayang-bayang masa aku diganggu oleh ‘Cik Merah’ tadi. Bila aku lihat jam, sudah pukul 3:12 pagi. Aku sudah call mak aku sebaik kawan ku memperlawa aku untuk tumpang tidur dan supaya mak aku tidak risau dan tidak menunggu aku balik. Sepanjang malam itu aku tidak tidur sampailah ke pagi hari.\nSebaik pagi selepas aku sarapan di kedai, aku terus balik ke kampung lagi sebab waktu itu mak suruh aku balik cepat.",
"Waktu siang aku tidak takut untuk melalui jalan tersebut sehinggalah aku melalui\ntapak perkuburan lama itu membuatkan aku jadi tak selesa dan masih memikirkan apa yang aku lihat pada waktu itu bila sosok wanita berbaju merah tersebut berdiri di atas kubur itu. Apa itu kubur dia? Entahlahh.. Sesampai di kampung, aku menceritakan kejadian yang aku lalui malam itu kepada mak dan ayahku dari awal sampai habis tiada satu pun yang tertinggal. Selepas saja mengalami peristiwa itu, aku demam panas selama seminggu dan menambah lagi cuti aku.",
"Selepas kejadian itu, aku dah tak berani untuk memandu seorang diri pada waktu malam lebih-lebih lagi di kawasan yang berhutan atau berpendalaman. Aku berharap itu first and last aku jumpa dengan makhluk ngeri itu.\nBayangkan pembaca, dalam keadaan seorang diri di kereta, gelap gelita, melalui jalan yang sama 4 ke 5 kali, memandu 2 jam lebih tak sampai sampai, jalan pulak kawasan kubur berkali-kali, jumpa Akak Merah pulak kat tengah-tengah kubur..huhu tak tahan mat…",
"So ini saja kisah aku, mungkin kisah aku tak seram pada pembaca sekalian, tapi sangat menyeramkan pada saya bila terpaksa berdepan dengan benda-benda mistik begini. Maaf andai cerita aku agak tunggang langgang, biasalah aku pun tak pandai sangat mengarang. Hanya cerita dan pengalaman aku untuk berkongsi dengan pembaca pembaca sekalian..hihi\nBYE!!…"
] | [
"Bagus jalan cerita, takde nak try too hard dengan lawak. Interesting story!!!",
"seram la matt.. cuba mendalami and rasa yang kau dalam situation tu.. act drive sesorang time malam tu pun dah dikira seram hahahaha"
] |
https://fiksyenshasha.com/saka-kembali-lagi/ | SAKA kembali lagi | [
"Assalamualaikum\nBuat para peminat fiksyen shasha .\nAku terus kepada point yang hendak aku sampaikan, aku Didampingi saka sebenarnya, berupa seorang nenek tua, yang tersangat uzur dan bertongkat, rambut panjang putih sepenuhnya, kadang nenek juga datang dalam berpakaian kebaya lama serta bersanggul, dan kadang dalam berbagai rupa lain juga. Aku tak pernah nampak dengan jelas, dan tak mahu pun nampak di alam nyata, dia hanya hadir di dalam mimpi.",
"Sebelum itu aku jelaskan dahulu, aku sebelum berkahwin, kerap mengalami ganguan, seperti penampakan kelibat, mendengar suara-suara, tapi selepas aku berubat dengan seorang lelaki tua yang dinamakan Pak Karim di Kuala Lumpur, alhamdulillah ganguan sudah tiada, aku sangat gembira, kerana aku boleh hidup dengan tenang dan selesa.",
"Kau tahu makna selesa yang aku maksudkan? bila kau tidak lagi diganggu dengan mimpi ngeri, atau mendengar suara-suara yang kau sendiri tidak jelas apa isinya percakapannya atau kau akan tiba-tiba benci dengan seseorang tanpa sebab yang jelas.",
"Aku memulakan kehidupan aku seperti biasa, bertunang, berkahwin dan mempunyai anak, sehingga la suatu hari, aku di datangi dengan tanda-tanda yang mengatakan bahawa saka itu kembali semula.",
"Contoh kejadian pertama, aku membuat perkhidmatan pembersihan rumah, satu hari aku melawat tapak kawasan yang hendak dibersihkan, aku datang melawat kawasan dulu, untuk memudahkan urusan seterusnya . dipendekkan cerita aku datang pada petang itu disambut oleh tukang kebun yang menjaga rumah tersebut, oleh kerana pemilik asal rumah tersebut berada di Brunei, jadi segala urusan berkaitan rumah tersebut aku berurusan dengan pak cik yang berusia agak separuh umur itu.",
"Aku turun bersama perkerja, masuk je dalam serta teliti keluar rumah, sedang membuat aturan kerja untuk esok berapa perkerja akan turun dan peralatan lengkap yang akan dibawa, tiba-tiba tukang kebun kepada rumah tersebut menegur, kawan seorang lagi tak turun ke? Aku diam …\nAku masih tak endah, lantas aku teruskan berfikir tentang tugasan yang aku perlu selesaikan di rumah itu. lagi sekali tukang kebun itu bersuara, mengatakan aku bukan datang berdua sahaja . Lantas dengan cepat aku membalas, kalau betul apa yang pakcik nampak, jelaskan kepada saya rupa serta apa yang mengikuti saya, tukang kebun menjelaskan dengan betul dan tepat, aku terdiam …dalam hati berkata lama sudah aku buang saka ini, mana mungkin kembali lagi, aku mengucapkan salam mengundur diri, kerana aku harus ke tempat lain untuk urusan kerja juga, kejadian yang berlaku tidak aku fikirkan, sebab aku sibuk ,dan tak mungkin lah dia kembali.",
"Kejadian kedua ,satu hari aku berjalan di satu kedai untuk membeli barangan runcit, aku terlihat ada seorang perkerja disitu bercakap sendiri seperti menghalau sesuatu, aku yang dah biasa mengalami kejadian mistik seperti ini langsung menegur budak lelaki tersebut, ouh adek ada kawan yer, lantas budak itu pun menjawab pantas, Akak pun ada kawan jugak ..\nLagi sekali aku terkejut dan aku minta terangkan apa yang dia nampak pada aku, semua ciri-ciri yang dia cakap amat tepat sekali.",
"Budak lelaki itu siap cakap….\nSaka aku sangat mahukan aku dia nak jaga aku, sebab tu aku rasa benci pada ibu mertua aku, kawan baik aku sendiri serta mereka yang sangat baik dengan aku, kerana DIA tak suka .\nWaktu aku mendengar aku sedih sangat, bukan sedih sebab dia mahu menjaga aku, tapi sedih sebab aku sangka selama ini aku sudah berjaya membuang dia dari hidup aku, ketahui lah wahai sahabat ku semua, apabila engkau didampingi oleh makhluk seperti ini, engkau akan mempunyai energi yang sangat negatif, cepat marah, kerap mimpi yang bukan -bukan dan akan membenci seseorang, walhal orang itu sangat baik pada engkau serta kejadian lain yang membuat emosi kau lemah .",
"Aku cuba mencari kembali Pak Karim untuk berubat, tapi sayangnya dia sudah meninggal dunia, dan yang aku sedih bila aku ikhtiar berubat ke tempat lain, harga yang ditawarkan agak mahal dan aku tidak mampu, aku minta semua sahabat yang membaca doakan semoga urusan aku dipermudahkan dan aku masih berikthiar , kerana baru- baru ini saka tersebut cuba memasuki tubuh badan aku, aku takut aku akan lemah dan terbawa-bawa kerana aku ada anak yang perlu dijaga serta emak yang sakit untuk diuruskan.."
] | [
"Cuba hubungi Cikgu Azih yg tinggal di Sungai Lui, Raub, Pahang. Perubatan Syifa.. Orang selalu panggil Cikgu Azih sbb bekas guru. Beliau pasti dpt tlg saudari. Maaf saya tiada contact number beliau. Boleh try cari di group FB Penduduk Raub. Semoga masalah saudari cepat selesai. Amin.",
"Cikgu Azih darulsyifa??Pusat rawatan beliau terletak di medan selera taman shahbandar jalan cheroh"
] |
https://fiksyenshasha.com/gangguan-malam/ | Gangguan Malam | [
"Assalamualaikum semua pembaca fisyen shasha, aku sebelum ni ialah pembaca setia dah bertahun lamanya. Harini tergerak hati nak share dengan hangpa semua kisah aku kena gangguan. Harap ada yang sudi baca tau. Kisah aku ni takde lah scary sangat tapi nak juga aku share dengan hangpa semua untuk pengajaran. Terima kasih kepada admin sekiranya cerita aku ni di publish. Mohon di hide profile.",
"Ok jom aku start. Kisah ni berlaku time aku bujang sekitar tahun 2011-2012. Aku menyewa dirumah flat 5 tingkat. Rumah sewa aku ni tingkat nombor 5 dan rumah aku ni jenis yg kembar 2 biji sahaja. Tangga di bahagian tengah bangunan, rumah 2 buah kiri dan 2 buah lagi di kanan bangunan. So means 1 level hanya ada 4 buah rumah sahaja.\nAku menyewa berdua ja dengan housemate aku tapi dia ni jarang ada di rumah. Selalu outstation oversea, sekali kalau outstation tu dalam 1 bulan juga la baru nampak muka dia balik ke rumah.\nSo kebanyakkan masa aku duduk sesorang je. Aku ni keje office hour, so waktu balik tu pukul 5 petang tapi disebabkan aku duduk sesorang ja dekat rumah so aku ni selalu la lepak dekat office dengan member-member sampai pukul7 macam tu baru la aku gerak balik.",
"Setiap hari aku akan sampai rumah dalam timing nak maghrib macam tu, around 7.20-7.30. Sampai rumah tu pun dah nak gelap dah. Sampai ja rumah aku selalu akan mandi, cuci diri semua. Dah jadi kebiasaan lampu rumah aku akan on 1 ja di ruang dapur. Sebab dapur dengan ruang tv tu bersambung. Yela, rumah flat kan kecik ja. Nak jimat elektrik aku buka 1 ja lampu dekat area ruang tapu dan dapur tu.haha punya la kedekut kan.hahahaha. Suasana tu tak de la gelap sangat. Cahaya just nice sendu-sendu untuk mood tengok tv. Hehe. So aku pun on la tv layan mata sat sementara nak ambik mood nak lena.",
"Oh. Lupa nak cerita, aku ada jiran tapi dia pun macam sat ada sat takdak. Macam chipsmore jugak .haha tapi jiran aku ni lelaki, dia stay sorang ja. Aku pernah la jumpa sekali dua tapi tak pernah berkenalan pun sebab timing kerja kami tak sama. Aku rasa jiran aku ni keje kilang sebab selalu malam dia jarang ada dirumah. Maybe dia kerja shif. So jarang-jarang la jumpa. Hujung minggu pulak selalunya dia takdak,aku rasa dia balik kampung la kot. Aku agak-agak jela sebab tak kenal betul-betul pun jiran aku. Rumah jiran aku ni selalunya sunyi ja, tv pun aku tak pernah dengar dia on. Tak tau la kalau dia ada tv atau tak.hahaha.",
"Ok sambung, sambil dok layan tv tu aku punya feeling ni macam ada sikit tak syiok la. aku dapat rasa macam ada orang dtengah pandang aku dari sudut gelap. Aku boleh rasa dan aku macam boleh nampak hujung mata aku ni yg ada susuk badan tengah berdiri tengok aku. Jantung aku time ni dah start laju dah macam orang lari 100meter dah oii. Masa ni tobat lahum la aku dah tak focus dah cerita Hindustan dekat tv tu. Mata aku dok tumpu ke handphone ja. Aku Cuma la bermessage dengan boyfriend aku. Kekonon nak tenangkan hati sendiri. Aku ignore perasaan takut aku tu.",
"Makin lama makin aku tak boleh tahan pulak, jantung aku makin laju nebes semua ada. Aku pun mengadu la dekat boyfiend aku yg aku ni dah tak sedap hati, kenapa tah tetiba aku rasa takut lain macam. Lepas tu dia paksa aku kemas bag p tidur rumah member aku yg lain sebab risau keselamatan aku, dah la aku sesorang memalam pulak tu. Takut jadi apa-apa nanti susah. Aku ni ego time tu taknak keluar rumah kekonon semua ok la.tapi sebenarnya aku malas nak kemas barang-barang keperluan baju mekap semua tu sebab esoknya masih kerja. Padahal hati aku ni memang tak sedap dah.",
"Aku masih ignore lagi perasaan aku ni. Aku tak berganjak pun dari posisi aku, masih mengadap handphone. Posisi tv di hadapan, di bahagian kanan aku ialah dinding kosong yg connect dengan rumah jiran aku. Kiri pulak dinding bilik aku.\nLepas tu aku dengar sayup-sayup ja bunyi guli macam di campak dan tuju ke dinding kanan rumah aku yg connect dengan rumah jiran. Mula-mula aku dengar guli tu di campak slow-slow ja. Aku macam dengar tak dengar. Aku ignore lagi. Makin lama makin laju guli tu dicampak nonstop ke dinding. Ya tuhan.. masa ni aku dah tak keruan gais. Aku rasa something wrong somewhere ni. Aku rasa benda tu macam sesaja je nak aku alert yg dia ada disitu sebab tu makin kuat dia campak guli. Bunyi makin kuat makin laju makin nyaring gais. Serius takut yang amat. Tak pernah lagi aku rasa takut macam ni sejak aku stay rumah tu.",
"Aku dah tak keruan. Aku turn off tv ,aku terus lari masuk bilik tak tengok tempat lain dah dengan lampu dapur pun aku tak off suiz. Punya la nebes. Aku biar je terang sampai ke siang. Aku masuk bilik lock pintu bilik ,aku terus baring dalam gelap. Aku tidur mengiring mengadap pintu bilik tapi aku jadi takut sangat. Aku rasa macam ada something follow aku. Aku tak berani nak bukakan mata, aku pejam ja tapi hati ni masih tak keruan,aku jadi gelisah. Aku ubah posisi baring membelakangkan pintu bilik pulak. Masa ni aku baca ayat kursi pun tah betul tah tidak dah weiii main dengan takut, nebes semua ada la. Aku hentam ja baca yg mana aku tau. Belakang badan aku rasa panas-sejuk. Meremang habis bulu roma aku satu badan. Serius aku tak berani nak pusing untuk tengok apa yg ada belakang aku. Aku tawakal aku ulang-ulang baca ayat kursi. Aku cuba pejam mata kuat-kuat. Berpeluh sejuk aku rasa malam tu. Dalam otak aku ni terbayang lembaga berambut panjang, berbaju putih…uishhh tak sanggup nak toleh. Aku tak nak ambil risiko. Aku Tarik selimut berselubung dalam selimut tu. Tak tau la berapa lama aku berada dalam situasi tu. Dekat luar sunyi je, takde pulak bunyi motor lalu lalang. Lepas tuuu..",
"Lepas tu bila aku terjaga aku tengok dah cerah dah siang rupanya. Ya tuhan, leganya aku rasa. Aku pun tak sedar pukul berapa aku terlelap semalam. Aku bersyukur sangat la dia tak menunjukkan diri yg sebenarnya dekat aku. kalau tak memang tak tau la apa akan jadi dekat aku masa tu.hehehe.\nlepas kejadian tu aku dah tak berani balik time maghrib lagi. aku akan pastikan aku akan sampai rumah sebelum maghrib atau kalau aku lepak terlewat aku akan make sure aku sampai rumah selepas maghrib dlm 830pm macam tu. Pengajaran la untuk aku sebelum ni tak dengar pesanan orang tua sangat kan. Jangan berjalan time maghrib. Hahaha. Mendapat la sekali dalam hidup aku rasa paling takut macam tu.hihi sorry la kalau story aku ni tak menakutkan untuk hangpa baca, tapi cukup la pengalaman tu menakutkan untuk aku.hahaha. terima kasih.."
] | [
"ape la banyak sgt HAHAHAHAHAHA x perlu taip mcm tu kerap-kerap ye"
] |
https://fiksyenshasha.com/aktiviti-paranormal-2/ | Aktiviti Paranormal | [
"Terima kasih sekiranya penulisan aku disiarkan oleh Fiksyen Shasha. Terlebih dahulu, aku sekadar nak menjelaskan seperkara kepada para pembaca. Coretan ini adalah berkisar tentang pengalaman sendiri ketika aku bersama beberapa rakan lain yang sedang melakukan ekspedisi menjejak entiti.",
"Segenap aktiviti yang aku lakukan ini adalah atas kemahuan dan pilihanku sendiri. Tiada paksaan daripada mana-mana pihak sekalipun. Sebagai mukadimah, ekspedisi tersebut bertempat di sebuah rumah terbengkalai yang berlokasi di Puchong [dipercayai bangunan tersebut pernah berlakunya aktiviti paranormal sepertimana yg diakui oleh segelintir komuniti setempat]. Manakala tempoh ekspedisi berlangsung lebih kurang dalam seminggu. Peserta yang terlibat dalam ekspedisi singkat ini adalah seramai 3 orang, which is [Aku, Mal, B]. Begitu banyak persiapan yang kami telah buat sebelum memulakan ekspedisi menjejak entiti dan ianya cukup menguji kesabaran mental aku. Maklum sajalah. Kalau tak buat persiapan yang rapi nanti kami bertiga juga yang naya.",
"Setelah perancangan demi perancangan selesai dirangka, akhirnya kami memulakan perjalanan ke lokasi dengan menaiki van kepunyaan Mal sendiri. Kami juga telah bersepakat untuk menjalankan ekspedisi ini bermula Jam 11 malam keatas. Pada aku, apa segala footage yang kami boleh dapat dalam lingkungan waktu tersebut, kami sapu je. Janji kami dapat sesuatu dalam exploration yang singkat ni.",
"Kurang dari setengah jam memandu, kami selamat tiba di lokasi pada Jam 11 malam lebih. Persekitaran rumah terbengkalai sememangnya membuatkan aku rasa seram sejuk. Dua batang Pohon Ara serta semak samun yang tumbuh meliar membuatkan aku berfikir sejenak samada aku patut melangkah masuk ke dalam bangunan ataupun berundur [korang fahamkan sendiri je la macam mana rupa rumah terbengkalai]. Memang tak boleh nak digambarkan betapa suram dan seram pemandangan pekarangan rumah terbengkalai tu. Sebelum melangkah masuk ke rumah terbengkalai, aku, Mal & B masing-masing siap membahagikan tugas serta atur kerja. Dimana aku akan meneroka aras bawah secara solo dan dorang [Mal & B] pula akan buat aras atas berdua. Berikut adalah ringkasan masa bagi ekspedisi yang dijalankan;",
"[ Hari Ke-1 Hingga Hari Ke-3 ]\nTak ada sebarang kejadian seram yang berlaku sepanjang proses aktiviti berjalan. Zero footage. Kami balik dengan tangan kosong.",
"[ Hari Ke-4 ]\nIni hari khamis malam jumaat kalau tak salah. Ini jam, aku tengah patrol sensorang kat aras bawah. Masa aku tengah ada di bahagian hall rumah, aku terdengar bunyi pintu bilik bawah dihempas kuat. Aku terkujat jap. Mal & B pun dengar. Dieorang berdua pun cepat-cepat turun kebawah dapatkan aku. Aku dah mula berderau habis waktu ni. Belum sempat B nak tanya soalan, kami bertiga nampak dengan mata sendiri macam mana pintu bilik bawah tu terkuak dgn sendiri dan dihempas semula. Masing-masing dah semakin berdebar jantung.",
"Masa tu aku sebenarnya dah ajak Mal & B balik terus tapi dorang berkeras. Antara rela dan tidak, kami gagahkan juga diri menuju ke bilik bawah. Belum sempat kami sampai, kami terdengar pulak bunyi tingkap berdetak dari aras atas. Macam ada orang baling batu kena cermin tingkap. Aku & B dah ready nak naik atas tapi Mal tiba-tiba suruh kiteorang stop. Mal suruh aku & B renung ke arah Pohon Ara tepi kiri rumah. Dari dalam ruang hall sini, kami nampak hantu pontianak sedang bertenggek atas dahan Pohon Ara dengan jelas. Aku tau ‘pontianak’ tu tak renung kami tapi aku dapat rasakan pontianak tu tau kehadiran kami disini. Mal sempat tangkap gambar pontianak dengan camera phone dia.",
"[ Hari Ke-5 ]\nKami datang semula ke rumah terbengkalai ni dalam jam 12 pagi lebih. Kali ni kami bergerak serentak. Tak ada lagi berasingan. Lebih kurang dalam jam 1 keatas, kami terdengar bunyi tingkap berdetak dari arah bilik atas [sama macam apa yang aku dengar mula²]. Bertiga, kami lari naik ke aras atas untuk jejak bunyi tadi. Satu per satu bilik aras atas kami selongkar [ada 3 bilik kesemuanya diatas] namun tak ada apa-apa yang kami jumpa. Aku sempat merenung ke luar tingkap daripada salah satu bilik yg kami masuk dan sekali lagi aku ternampak hantu pontianak sedang bertenggek diatas Pohon Ara sama yang kami tengok kelmarin. Pontianak tu diam bertenggek atas dahan. Mal & B pun nampak sekali. Masa kami sedang melangkah turun ke aras bawah, sekali lagi kami terdengar bunyi seperti tingkap pecah. Kami buat pekak je dan terus bertolak balik ke rumah.",
"[ Hari Ke-6 ]\nKami datang semula ke rumah terbengkalai ni dalam jam 12 pagi lebih. Tak ada sebarang footage yang aku dan rakan-rakan dapat kesan. Balik dengan tangan kosong.",
"[ Hari Ke-7 ]\nKejadian seram berlaku kira-kira jam 2 pagi. Semasa kejadian berlaku, kami bertiga sedang patrol di bahagian belakang rumah [which is luar dapur rumah]. Kali ni ujian yang aku kena memang getir. Aku yang baru nak bakar rokok, tiba-tiba terasa bahu kanan ditepuk. Padahal Man & B ada kat depan aku. Aku bagitau Man & B supaya bersiap-siaga patah balik ke van. Baru je kami nak mengorak langkah balik ke van, Si B pulak bersuara dari tepi. Dia suruh aku & Mal tenung ke arah Pohon Ara belakang rumah yang tak jauh daripada lokasi kami. Kali ni aku betul-betul boleh nampak habis rupa paras pontianak yang bertenggek atas dahan pokok belakang tu. Cukup jelas! Masa tu bulu roma naik habis. Memang dah takut tahap gaban. Aku dah tak dapat nak fikir apa-apa lagi melainkan terus cabut lari ke arah van Mal. Begitu juga dengan Mal dan B. Pagi tu jugak kami tinggalkan rumah terbengkalai tu.",
"Ekoran daripada ekspedisi menjejak entiti yang kami sebenarnya dah rancang untuk laksanakan lebih seminggu, akhirnya terbantut sampai tujuh hari saja. Daripada kejadian tu juga la Si B menghidap lemah semangat selama beberapa hari, yang mana kesudahannya aku terpaksa temankan B berubat di Pusat Rawatan Islam. Aku pula dah buat keputusan untuk hentikan pencarian entiti [atas alasan gangguan fizikal yang aku kena tempoh hari]. Maka, itulah ekspedisi pertama dan terakhir yang aku buat. Ada terasa nak buat lagi? Memang tak lah…."
] | [
"Apa punya ghey la perangai korg ni…"
] |
https://fiksyenshasha.com/jalan-utl-mantin/ | Jalan UTL Mantin | [
"Selamat sejahtera. Ini merupakan kisah aneh yang aku pernah alami sendiri dalam hidup. Semuanya 100% datang daripada penulisan sendiri.",
"Sebelum itu, acap kali juga aku terdengar dan terbaca perkongsian orang ramai tentang pengalaman seram individual bertemu makhluk halus @ hantu. Perkara ini juga pernah aku rasai, cuma penglibatannya adalah secara langsung serta membabitkan dua pihak [iaitu aku dan housemate] sendiri. Apapun, kisah aku ini berlaku kira-kira sekitar tahun 2015.",
"Apa yang berlaku pada tahun 2015 adalah aku dan ex housemate aku [Din namanya] yang sama-sama menyewa sebuah apartment di Jalan UTL, Mantin. Blok yang aku menghuni kalau tak salah namanya adalah Blok DR. Unit blok ni sememangnya bersebelahan dengan Lebuhraya LEKAS dan kalau sesiapa yg lalu lebuhraya ni memang sah boleh nampak unit blok yang aku sebutkan sini.",
"Secara ringkasnya, perpindahan kami ke rumah sewa terbabit agak mengundang rasa kurang selesa serta perasaan yang bercampur-baur. Masakan tidak. Blok yg kami diami saja sudahlah kurang penghuni pada waktu tu [yang berpenghuni cuma aras kami dan bawah rumah kami]. Ditambah pula dengan persekitaran blok yang tampak kurang terurus. Aku masih ingat lagi yang aras kami tinggal tak ada jiran langsung. Kalau aku nak gambarkan suasana blok kami pada sebelah malam, bayangkan aja sendiri macam mana kami terpaksa menempuh dari rumah untuk turun ke bawah blok dengan lampu koridor yang satu pun tak menyala. Habis gelap gelita kata orang. Selama aku menyewa situ, agak jarang untuk aku keluar rumah pada sebelah malam. Berrmula selepas waktu maghrib [selain urusan beli-beli barang dapur & tapau makanan]. Melainkan kalau si Din rajin nak keluar lepak sama. Kami keluar pun jika perlu.",
"Bilamana aku mula tinggal di rumah itu, akan ada beberapa ketika aku mula rasa semacam perasaan yang tak selesa. Terutama sekali sebelah malam. Tiap kali bila aku bermalas-malasan dalam bilik samada lepas balik kerja ataupun waktu cuti hujung minggu, aku selalu merasakan diri aku seolah-olah diperhatikan dari arah sudut pelusuk rumah. Tak tau bagaimana nak terangkan. Bila aku lelap (tido), ada lah dalam beberapa kali aku bermimpi benda ganjil. Kadang-kadang aku ada bermimpi tentang rumah yang aku sewa. Aku pernah nampak entiti perempuan rambut panjang & budak kecik yang berdiri tercegat kat arah ruang tamu dalam mimpi aku. Aku pernah juga bermimpi kelibat budak yang berlari di ruang tamu dan melompat-lompat.",
"Seriously aku memang tak tau macam mana benda alah ni datang. Cuma aku boleh sahkan sini yang aku hanya mengalami mimpi-mimpi ganjil apabila aku berada di rumah sewa tu saja. Tapi bila aku keluar dari rumah, aku rasa cukup tenang. Sikit pun tak terfikir pasal benda-benda negatif yang terjadi di rumah sewa. Adapun kejadian yang paling (real) pernah menimpa diriku adalah ketika aku sedang tidur. Masa dalam tidur, aku betul-betul bermimpi satu lembaga hitam yang sedang berdiri menghadap aku didepan pintu bilik. Entah macamana aku tergerak untuk buka mataku dan bila aku buka sikit, memang jelas aku nampak lembaga hitam tengah berdiri depan arah katil. Sumpah seram.",
"Sepanjang keberadaan aku disana, boleh dikatakan lebih daripada tiga kali aku terdengar derapan selipar dari tangga aras atas. Persis bunyi orang berjalan turun ke bawah blok. Tapi masalahnya aras atas rumah sewa aku mana ada penghuni yang tinggal. Dah tu bunyi apa yang aku dengar tadi (?) Pernah sekali tu aku dengan Din sendiri terdengar bunyi orang berjalan betul-betul depan rumah sewa kami, masa kami sedang kusyuk melayan movie di laptop. Pada awalnya, memang kami ketakutan. Tapi bila dah biasa terdengar, lama-kelamaan kami pun mula rasa kurang sikit takut.",
"Yang lagi seram sebenar bagi aku adalah kisah yang datang daripada mulut Din. Pernah dia bagitau aku masa dia baru nak balik naik ke rumah sewa, Din terang-terang nampak kelibat yang menyerupai diri ‘aku’ dari arah tingkap bilik aku. Walhal aku takde kat rumah sewa masa tu sebab aku masih tengah bercuti di kampung. Benda tu tengah merenung ke luar tingkap dan ianya disaksikan sendiri oleh Din & kawan kami yang kebetulan datang untuk hantar Din ke rumah dengan kereta [yang ni memang kisah betul]. Memang malam tu Din tak jadi nak balik tidur di rumah sewa. Dia mengambil keputusan untuk bermalam di rumah kawannya sampailah aku balik dari kampung.",
"Din juga pernah mendakwa yang dia mendapati dirinya terdampar di ruang tamu pada siang hari usai bangun daripada tidur. Seolah-olah ada lembaga yang ‘mengangkat’ dia dari dalam bilik lalu pindahkan ke ruang tamu. Masa kejadian berlaku, aku tak ada di rumah sewa. Aku memang tergamam habis bila dengar masa tu. Macam mana boleh terjadi jangan ditanya. Aku sendiri tak boleh nak fikir dek akal. Tuhan je yang tau.",
"Untuk makluman pembaca, kisah aneh yang pernah berlaku pada aku ini merupakan kali pertama dan terakhir berlaku sepanjang aku menyewa disitu. Sampailah aku dan Din masing-masing dah pindah keluar dari blok unit. Sekian saja al-kisah."
] | [
"Mungkin entiti tu x gemar dgn aura ghey yg ada pada kalian…bg dia, ia sgt menganggu."
] |
https://fiksyenshasha.com/jangan-sendirian/ | JANGAN SENDIRIAN | [
"Atiqah menekan alat kawalan jauh. Dia sendirian tanpa sesiapa. Sejak tadi, tiada langsung siaran televisyen yang mampu menarik perhatiannya. Jam di dinding dilihatnya. Sudah hampir tengah malam. Dia menghela nafas berat.",
"“Manalah laki aku ni, dah nak tengah malam tak balik lagi,” keluh Atiqah sambil memandang inai yang masih merah di jari. Sesekali dia bangun mengintai di tingkap apabila mendengar bunyi kereta. Manalah tahu jika suami kesayangannya sudah pulang. Namun, bayang suaminya masih belum muncul lagi.",
"“Tidur dululah, nanti kalau abang balik, aku bangunlah,” kata Atiqah lalu menutup televisyen seraya menuju ke bilik. Katil bersaiz besar ini ditepuk-tepuknya dahulu sebelum mendaratkan tubuhnya ke tilam empuk itu. Sunnah menepuk perbaringan sebelum tidur, itu pesan suami yang baru dinikahinya sebulan lalu.",
"Atiqah tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Matanya dilelapkan. Sayangnya, biarpun matanya sudah memberat, namun mindanya masih belum sedia untuk tidur. Pelbagai perkara menujah-nujah ruang mindanya sehingga membuatkan dia mengeluh.",
"“Kenapalah tak boleh tidur ni,” kata Atiqah sambil cuba memejamkan matanya rapat-rapat. Dia menghela nafas lalu cuba untuk tidur. Tiba-tiba…",
"Atiqah merasakan ada sesuatu yang berbaring di sebelahnya. Dia tidak sedap hati. Perasaan inilah yang cukup dia benci tatkala tidur seorang diri.",
"“Argh, perasaan akulah tu,” kata Atiqah lalu buat tidak endah. Namun, bulu romanya tiba-tiba meremang sendiri apabila rasa aneh itu masih wujud lagi. Di sebelahnya benar-benar ada sesuatu! Takkanlah suaminya, sedangkan suaminya itu belum pulang. Siapakah itu atau apakah itu? Berbekalkan keberanian senipis kulit bawang, Atiqah menoleh.",
"“Sah, perasaan aku lah ni,” monolog Atiqah cuba positifkan diri. Dia menukar posisi dengan berbaring mengiring di sebelah kanan pula. Kali ni dia benar-benar mengantuk. Matanya sudah memberat meminta-minta untuk tidur. Tiba-tiba dia merasakan ada yang memandangnya dari belakang. Benar, tiada satu perkataan pun yang dapat mengungkapkan rasa takutnya kini. Matanya cuba dipejamkan serapat mungkin sambil menarik selimut ke kepala. Kaki yang terjuntai di katil digerak-gerakkan. Tindakan refleks apabila dia ketakutan.",
"“Aduh,” Atiqah mengaduh. Kakinya disentuh sesuatu yang tajam. Ya, tajam seakan-akan kuku. Atiqah sudah tidak mampu bertahan, dia mengerekot di dalam selimut. Pada masa yang sama, dia berdoa supaya suaminya segera pulang.",
"“Abang, cepatlah pulang. Atiqah takut, sangat-sangat takut,” pinta Atiqah sendirian.",
"Tanpa disangka-sangka, dia mendengar orang menangis.",
"“Ya Allah, ujian apa lagi ni?” adu Atiqah lemah. Ternyata benar kata orang bahawa rumah ini berpuaka! Kali ini Atiqah memberanikan diri. Dia merancang untuk bangun membuka lampu dan menunggu suaminya di laman rumah. Dia sudah tidak tahan lagi untuk terus pegun di dalam bilik tidur ini.",
"“Apa nak jadi, jadilah,” nekad Atiqah lalu bangun.",
"“Abang!” jerit Atiqah terkejut tatkala melihat suaminya sedang menangis di bucu katil.",
"“Abang, bila abang balik? Kenapa abang menangis ni? soal Atiqah kehairanan.",
"Lelaki itu hanya diam.",
"“Abang,” panggil Atiqah.",
"Masih lagi diam.",
"Tiba-tiba dia dibelenggu ketakutan. Adakah di hadapannya ini benar-benar suaminya?",
"“Sayang…” tiba-tiba lelaki itu bersuara meskipun sedang membelakanginya.",
"“Ya, ya abang?” jawab Atiqah lalu memberanikan diri memandang ke arah empunya suara.",
"“Fuh, Tiqah ingatkan siapalah tadi,” Atiqah menghela nafas lega tatkala melihat wajah suami kesayangannya itu betul-betul di hadapannya. Ya, itu suaminya. Tangannya pantas mengusap pipi lelaki itu dengan penuh kasih.",
"“Abang, kenapa menangis ni?” soal Atiqah yang turut sama dirundung pilu biarpun suaminya tidak membalas usapan tangannya.",
"“Abang sunyi. Abang rindukan suara sayang. Abang rindukan semuanya tentang sayang,” ucap lelaki itu dalam keadaan tersedu-sedan sambil mengusap gambar arwah isterinya yang sudah pulang dijemput Pencipta."
] | [
"???",
"Dah jadi ghey…lupa lettew,,,",
"weihhhhhhhhhhhhhhh..sedih!!"
] |
https://fiksyenshasha.com/di-rogol-penunggu-tasik-bahagian-kedua/ | DI ROGOL PENUNGGU TASIK Bahagian Kedua | [
"Beberapa bulan setelah kejadian itu, aku telah di sahkan hamil. Tapi aku tidak pasti samada ini adalah benih dari suamiku ataupun daripada makhluk itu. Untuk pengetahuan semua, kami sebenarnya masih lagi belum dikurniakan cahaya mata walaupun usia perkahwinan kami sudah pun menjangkau lima tahun. Apabila mendapat berita tentang kehamilan ini, sudah pastilah suamiku orang yang paling gembira kerana sudah lama dia menantikan kehadiran seorang zuriat.",
"Tetapi entah kenapa, hati dan perasaanku sentiasa tidak tenteram. Aku merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada kandungan ini. Sementelah lagi dengan kejadian yang menimpa aku pada malam itu. Ianya menambahkan kusut di fikiranku. Semenjak di sahkan mengandung, emosi aku menjadi tidak stabil.",
"Suamiku sentiasa menasihatiku dan memberikan kata-kata semangat. Katanya ini semua mungkin berpunca dari pembawakan budak. Aku cuba untuk berfikiran positif dan menerima nasihat suamiku. Namun aku masih tetap gagal untuk mengawal perasaanku.",
"Beberapa perubahan aneh juga telah berlaku padaku semenjak aku mengandung. Aku kini lebih suka meratah ikan sungai sedangkan sebelum ini aku agak tidak menggemari ikan sungai lantaran baunya yang hanyir.",
"Jika suamiku membawa hasil tangkapan dari sungai ataupun tasik, jarang sekali aku menjamahnya. Melainkan jika suamiku membawa pulang hasil tangkapan dari laut, barulah aku akan menjamahnya. Jika suamiku tidak keluar memancing, aku akan menyuruhnya membeli ikan-ikan sungai di pasar.",
"Perubahan sikapku juga agak ketara. Aku menjadi lebih baran daripada sebelum ini. Pantang ada sedikit kesilapan kecil, pasti akan berlaku pergaduhan dengan suamiku. Selalunya suamiku yang lebih banyak mengalah dan lebih suka mendiamkan diri bilamana aku sedang marah-marah dan membebel. Adakalanya dihatiku terdetik rasa bersyukur kerana mendapat seorang suami yang penyabar.",
"Kerap juga di malam hari aku bermimpi yang pelik-pelik. Mimpi seperti di kejar manusia berbadan ikan di sebuah tasik, mimpi lemas di dalam tasik, mimpi budak-budak mandi di tasik dan banyak lagi mimpi yang aneh-aneh yang semuanya berlaku di kawasan tasik. Tapi yang lebih menghairankan aku adalah, kesemua tasik yang muncul di dalam mimpi aku adalah tasik yang sama. Walaupun berlainan mimpi tapi aku cukup pasti bahawa ianya adalah tasik yang sama.",
"Usiaku kandunganku kini sudah menganjak usia lapan bulan. Setiap kali melakukan pemeriksaan di klinik, doktor mengatakan yang kandunganku sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah. Aku juga dijangka akan bersalin pada hujung bulan hadapan. Segala persiapan menyambut kelahiran bayi telah pun dilakukan oleh suamiku. Dia nampak begitu bersemangat serta ceria sekali. Aku tahu dia tidak sabar menantikan kelahiran bayi ini. Sedikit sebanyak gelagat suamiku yang teruja mencuit hatiku dan mententeramkan perasaanku.",
"Tarikh yang dijadualkan untuk aku bersalin telah pun tiba malah jika diikutkan ianya telah pun melepasi tarikh jangkaan. Namun masih tiada tanda-tanda untuk aku bersalin. Mungkin tarikh yang diberikan oleh doktor itu tidak tepat. Kerana ada juga berlaku kes bersalin lewat dari tarikh yang dijadualkan. Dan banyak juga berlaku kes bersalin lebih awal daripada tarikh yang diberikan. Jadi mungkin tarikh yang doktor berikan padaku ini juga tidak tepat. Tetapi setelah usia kandunganku memasuki bulan ke sepuluh, baru lah aku mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada kandunganku. Mana mungkin sudah sepuluh bulan bayinya masih tidak mahu keluar. Pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor mengatakan kandunganku dalam keadaan normal. Tidak ada sebarang masalah pada kandunganku. Tetapi anehnya masih belum ada tanda-tanda untuk aku melahirkannya. Doktor ada memberikan cadangan untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan bayi itu. Suamiku juga sependapat dengan doktor. Tetapi aku menolak cadangan itu. Aku pun tidak pasti kenapa aku menolak cadangan tersebut.",
"Masuk bulan ke sebelas dan seterusnya memasuki bulan ke dua belas. Maknanya sudah genap setahun aku menanggung kandungan ini. Namun masih juga belum ada tanda-tanda aku akan melahirkannya. Kandunganku kini menjadi buah mulut jiran-jiran tetangga. Cerita dengan cepat tersebar dari mulut ke mulut mengatakan aku mengandung setahun tapi masih belum beranak. Aku menjadi malu untuk keluar rumah. Aku hanya berkurung sahaja di dalam rumah. Aku juga kehilangan selera makan. Aku hanya cuma boleh menjamah ikan sungai sahaja. Itulah makananku setiap hari. Berat badanku turun mendadak akibat kekurangan zat-zat yang diperlukan.",
"Sehinggalah pada suatu malam aku telah bermimpi. Di dalam mimpi itu aku sedang berdiri dihadapan tasik yang sering muncul di dalam mimpi-mimpiku sebelum ini. Sekelilingku gelap gelita. Yang jelas pada pandanganku hanyalah tasik itu sahaja. Tiba-tiba muncul satu suara dari arah tasik. Jasadnya tidak kelihatan. Hanya suaranya sahaja yang ku dengar.",
"“Marilah datang ke mari,",
"Bawakan dia kepada kami”",
"Suara itu seperti memberikanku arahan. Pada mulanya aku tidak mengendahkan mimpi itu dan beranggapan ianya cuma mainan tidur. Tetapi pada malam seterusnya aku masih didatangi mimpi yang sama. Sehinggalah tujuh malam berturut-turut aku mendapat mimpi itu, barulah aku menceritakannya kepada suamiku. Setelah mendengar apa yang kuceritakan, suamiku diam seolah berfikir sesuatu. Akhirnya dia menyatakan yang kami perlu pergi ke tasik itu. Tasik di mana dia dan kawan-kawannya memancing suatu ketika dahulu. Tasik yang tersorok nun jauh di dalam hutan dan tidak ramai yang tahu mengenainya. Kerana tasik itulah punca semua ini berlaku.",
"Kami kemudian menuju ke rumah ustaz yang merawat aku dahulu. Tujuan kami adalah untuk meminta pertolongan dari ustaz itu supaya mengikut kami ke tasik tersebut. Sekurang-kurangnya ada seorang yang mahir dalam bidang perubatan islam bersama kami. Ustaz tidak memberikan jawapan. Tetapi dia meminta izin dari suamiku untuk melihat kandunganku. Suamiku memberikan keizinan. Ustaz meletakkan tangannya hampir di perutku tetapi tidak sampai menyentuh perutku. Kemudian dia memejamkan matanya. Tidak lama kemudian dia membuka mata dan bersuara. Apa yang keluar dari mulut ustaz itu mengejutkan kami.",
"“Sebenarnya dalam kandungan kamu ini kosong. Tiada budak di dalamnya. Apa yang kamu nampak dan rasakan selama ini hanyalah mainan iblis. Tetapi iblis telah meletakkan sebahagian dari dirinya ke dalam kandungan kamu. Dan menjadikan kamu sebagai ibu tumpang untuk bahagian dirinya yang laknat. Kini sudah genap setahun bermakna bahagian dirinya sudah matang. Jadi dia ingin menuntutnya kembali daripada kamu” Terang ustaz itu dengan panjang lebar. Suamiku mengangguk tanda faham kerana beliau sudah menjangkakan perkara sebegini. Kemudian beliau menanyakan sekali lagi kepada ustaz tentang ajakan untuk menemani mereka pergi ke tasik itu. Adakah ustaz itu sanggup menemani mereka ataupun tidak.",
"“Kamu berdua tidak perlu ke sana. Jangan sesekali kamu patuh pada arahan iblis. Isterimu sedang sarat. Mana mungkin dia dapat meredah hutan tebal dalam keadaan sedemikian? Itu cuma perangkap iblis. Isterimu pasti akan kehilangan nyawa jika pergi ke tasik itu. Biarkan mereka yang kemari mengambil sendiri hak mereka. Mereka pasti akan datang kemari jika mereka benar-benar mahukan hak mereka”",
"Kami akur dengan jawapan ustaz. Seterusnya kami serahkan pada ustaz untuk melakukannya.",
"Upacara “memanggil” dilakukan pada malam jumaat selepas solat isya. Pada malam itu kami berdua duduk bersila dibelakang ustaz. Kelihatan ustaz tunduk sambil meratib membacakan sesuatu. Agak lama ustaz membacanya. Kepalanya di gerakkan ke kiri dan ke kanan sambil tangannya memegang tasbih. Beberapa kali aku mengalihkan kedudukanku kerana kakiku terasa lenguh dan kebas. Akhirnya ustaz membalikkan badannya dan mengadap kami. Ustaz memberikan arahan kepadaku supaya baring di hadapannya. Katanya makhluk itu sudah datang dan hampir sampai. Aku terus baring di hadapan ustaz. Suamiku duduk bersila di sebelahku.",
"“Jangan kamu takut melihat apa yang datang. Kuatkan semangatmu. Jika tidak mampu, pejamkan saja matamu dan banyakkan berzikir di dalam hati. Tetapi jangan berzikir di mulut. Kunci mulutmu dan berzikir sahaja di dalam hati. Ingatlah Allah itu maha berkuasa. Tiada sebarang makhluk yang mampu menandingi kekuasaan Allah”",
"Ustaz itu menerangkan dengan panjang lebar. Seterusnya ustaz itu meneruskan pembacaannya. Mulutnya terkumat kamit. Aku tidak mendengar apa yang dibacanya.",
"Tiba-tiba lampu di ruangan terpadam dengan sendirinya. Beberapa detik kemudian lampu kembali menyala. Usai cahaya kembali, mataku terbeliak dan aku hampir menjerit melihat di bumbung rumah terdapat satu makhluk hitam sedang merangkak berhampiran dengan kipas siling. Makhluk itu sedang memandang ke arahku. Badannya seperti manusia tetapi bersisik seperti ikan. Kepalanya juga seperti ikan dengan kedua biji bola matanya yang besar dan hitam. Mulutnya terbuka menampakkan gigi-giginya yang tajam. Tangan dan kakinya terdapat selaput seperti tangan dan kaki katak. Aku tidak berani memandang lama ke arah makhluk itu. Aku lantas memejamkan mataku.",
"“Ambil saja hak kamu. Kemudian pergi kamu dari sini. Jangan lagi kamu menyakiti anak cucu nabi adam. Binasa kamu aku kerjakan”",
"Terdengar suara ustaz seakan-akan menjerit. Serentak dengan itu aku rasakan kesakitan yang amat di bahagian perut. Tetapi tidak lama. Kesakitan itu kemudian beransur-ansur hilang. Aku meraba-raba perutku. Anehnya, perutku telah menjadi kempis. Aku membuka mata. Makhluk aneh di bumbung telah tiada.",
"Kemudian ustaz berkata “Alhamdulillah, sudah selesai. Dia telah mengambilnya. Sekarang kamu sudah bebas dari kawalannya. Dia tidak akan mengganggu kamu lagi”.",
"Aku memandang suamiku. Suamiku membalas dengan pandangan sayu. Aku tahu sememangnya dia merasa hampa kerana dia terlalu menginginkan seorang anak. Tapi hakikatnya, anak yang aku kandung itu bukanlah benih darinya. Walaupun merasa kasihan kepada suamiku, sedikit sebanyak hatiku merasa lega kerana aku telah bebas dari cengkaman makhluk penunggu tasik itu. Selepas kejadian itu, selama tujuh hari berturut-turut ustaz itu merawatku. Aku dimandikan dengan air bunga. Dan air yang digunakan untuk memandikanku diambil dari tujuh buah masjid yang berbeza. Katanya bertujuan untuk memulihkan semangatku serta memagar jasadku daripada didatangi kembali oleh penunggu tasik itu. Setelah selesai melakukan rawatan keatasku, keadaan menjadi kembali normal.",
"Kini setelah beberapa tahun berlalu semenjak kejadian itu, aku dan suami menjalani kehidupan seperti biasa. Kami cuba melupakan apa yang telah berlaku. Suamiku juga telah lama membuang segala kelengkapan memancingnya. Dia tidak lagi keluar memancing bersama rakan-rakannya. Masanya kini banyak dihabiskan dirumah bersamaku serta anak perempuan kami. Oh ya, lupa aku nak ceritakan. Selepas kejadian itu dengan izin Allah kami telah dikurniakan seorang cahayamata perempuan. Kali ini aku betul-betul yakin yang ini adalah hasil dari benih suamiku. Kini kehidupan kami bertiga bahagia dan aman. Walaupun kadang-kadang aku masih didatangi mimpi seorang bayi sedang bermain di sebuah tasik.",
"Penulis; Kapten"
] | [
"Apa la akibatnya kalo lepas tgk concert sir elton john…mesti berganda seram n best"
] |
https://fiksyenshasha.com/kawan-atas-motor/ | KAWAN ATAS MOTOR | [
"KAWAN ATAS MOTOR\nby Melur Tzuyu",
"Assalamualaikum wbt kepada semua readers FS..",
"Ni bukan pertama kali aku menulis di FS ni sebenarnya.. tapi cerita aku tak di publish kan kat FS ni dengan alasan tertentu.. so, tak apalah.. kalau masih tak di publish kan juga, anggaplah tak ada rezeki aku nak share cerita-cerita aku dekat sini.",
"Sebenarnya, aku ni peminat setia juga lah kat FS ni.. tapi aku tak pernah baca kalau kat rumah.. aku selalu baca masa kat ofis waktu pagi sebelum memulakan kerja harian.",
"Aku terpanggil untuk berkongsi cerita misteri ni tapi bukanlah seram sebenarnya.. Cuma sangat menjadi perkara misteri yang tak pernah dapat aku rungkaikan sehingga ke hari ini. Cerita ni terjadi sewaktu aku di sekolah menengah dulu.",
"Ceritanya macam ni..",
"Suatu pagi yang dingin lagi sejuk..",
"“Awak sekolah SM T.U.T ker?” tanya aku sebaik sahaja motor aku hentikan sedikit dihadapan laluan dia berjalan. Aku memandang tepat ke muka dia. Dia mengangkat muka lalu mengangguk. “Dah 2, 3 hari saya lalu nampak awak jalan kaki sorang-sorang.. Meh la saya tumpangkan alang-alang kita satu sekolah.” Dia menurut lalu terus membonceng. Sepanjang perjalanan nak ke sekolah tu, kami tak berborak pun. Dia senyap, aku pun senyap sehinggalah sampai di pekarangan rumah warden asrama tempat aku selalu parking motor. Dia turun lalu..\n“Terima kasih..” satu suara lembut memecah suasana. Aku mengangguk sambil tersenyum dan dia terus berlalu. Elok jer aku dah kemas parking motor, dia hilang dari pandangan. “Laju jugak dia ni berjalan..” bisik aku sendirian.",
"Untuk pengetahuan, semenjak hutan belakang rumah aku tu ditarah, aku mengambil inisiatif untuk ke sekolah dengan menaiki motor je ikut laluan belakang tu.. jalan tanah yang dengarnya akan dibangunkan dengan jalan ber tar suatu hari nanti.. so buat masa ni, aku ikut je jalan tanah ni untuk ke sekolah.. senang.. lagipun jalan dalam.. memandangkan aku yang masih bersekolah dan tak mempunyai lesen, so jalan belakang tu adalah jalan terbaik dan pintas untuk aku dengan beraninya menunggang motor ke sekolah. Ikut pintu belakang sekolah, parking kat rumah warden asrama. Pastu jalan kaki sama-sama dengan pelajar asrama melalui lorong berbumbung yang menyambungkan laluan dari asrama ke bangunan sekolah. Jimatlah sikit duit parents aku nak bayar sewa bulanan pakcik van yang hantar aku hari-hari pergi balik sekolah sebelum ni.",
"Dah lama aku pergi balik sekolah ikut jalan belakang tu, tak penah sekalipun nampak sesiapa budak sekolah aku yang lalu jalan yang sama sehinggalah suatu hari tu aku ternampak seorang pelajar perempuan berjalan kaki untuk ke sekolah. Dua, tiga hari aku lalu, aku terserempak dengan dia sehinggalah tergerak hati aku untuk berhenti dan bertanya. Bila dah tau satu sekolah, terus aku pelawa untuk tumpangkan dia.",
"Sehinggalah ke hari-hari berikutnya,\nSeperti biasa aku akan menumpangkan dia dan dia pun seolah-olah macam dah menunggu aku untuk tumpang sekali ke sekolah, kami semakin hari semakin rapat dan menjadi kawan atas motor. Berborak.. bergelak ketawa.. bercerita.. sehingga lah sampai ke sekolah, persahabatan tu setakat di atas motor je. Kat sekolah masing-masing dengan kelas dan kawan-kawan sendiri agaknya. Cuma setiap kali waktu balik dari sekolah, aku tak pernah terserempak pula dengan dia berjalan kaki balik. “Adalah yang menjemput tu agaknya..” fikir ku sendirian.",
"Sehinggalah suatu hari tu aku tak nampak dia tunggu aku kat tepi jalan tu lagi. Aku berhentikan motor tunggu dalam 5 minit camtu. Mana tau dia terlambat ke kan.. Tapi.. dia tak muncul-muncul.. fikir aku, mungkin dia tak sihat agaknya.. mungkin.. ntah.. Esok pun sama.. tiada jugak kelibat dia menunggu disitu. Hari ketiga.. keempat.. kelima.. cukup dari hari isnin hingga jumaat. Aku terfikir nak tanya kawan-kawan aku. Yang menjadi masalahnya, macam mana aku nak tanya sedangkan sepanjang aku menjadi kawan atas motor dengan dia, aku tak pernah sekalipun tanya nama dia.. tingkatan berapa.. kelas mana. Pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.. kami berborak perkara yang diluar dari sepatutnya lebih penting untuk ditanya dan dibualkan sepanjang menjadi kawan atas motor tu. Tentang keluarga, langsung.. Aku tak tahu apa-apa melainkan hanya kisah orang-orang disekeliling jer.",
"“Ja.. kau kenal tak budak yang free hair rambut panjang selalu pakai riben putih ikat rambut ekor kuda kat sekolah kita ni?” tanya aku kat Jaja kawan sekelas aku.\n“Melayu ker?”\n“Haaa.. melayu laa.. errmm.. melayu kot sebab selalu borak dengan dia elok jer bahasa melayu dia.. tak ada pulak slang cina.” jawab aku berkerut sebab aku pun tiba-tiba jadi tak pasti. Budak yang tumpang aku ni lawa.. kulit putih macam cina.. mata pun sepet macam cina.. tapi serius bahasa melayu dia fasih, so aku cukup-cukup confirm dia ni melayu.\n“Budak melayu kat sekolah kita ni yang free hair tak ramai pun Melur.. Cina.. India ramai lah.. kau maksudkan siapa ni?.” tanya Jaja. Aku terdiam, tak pasti..\n“Emmm.. tak apalah Ja..”",
"Isnin minggu berikutnya aku berasa lega, sebab kawan atas motor aku ni dah tercongok tunggu aku tepi jalan seperti biasa. Dari jauh aku dah senyum-senyum pandang dia. Motor aku hentikan, dia naik tanpa bicara. “Awak tak sihat ker? Lama saya tak nampak awak”. Soal aku.\n“Nenek saya sakit.. saya jaga dia”. Jawab dia pendek.\n“Owhh.. maaf..” paddle motor aku pulas perlahan. “Sekarang nenek awak macam mana?”\n“Sihat dah..” jawab dia ringkas dan kami berborak seperti biasa. Tiada lagi cerita tentang keluarga atau nenek dia, hanya cerita-cerita biasa. Seperti biasa, sampai jer sekolah dia akan turun dan ucap terima kasih. “Saya masuk dulu ya..” ayat last yang dia akan bagi kat aku setiap kali aku tengah nak parking motor. Sepanjang dia tumpang aku, kami tak pernah jalan beriringan ke bangunan sekolah. Memang selalu dia yang akan pergi dulu tinggalkan aku bersama budak-budak asrama lain yang sedang berpusu-pusu ke bangunan sekolah. Begitulah keadaan berbulan-bulan lamanya.",
"Nak dijadikan cerita, sehinggalah ke suatu hari ni aku sekali lagi tak nampak kelibat dia menunggu aku kat tepi jalan seperti selalu. “Nenek dia sakit balik agaknya..” bisik aku kat dalam hati. Tapi aku tetap berhentikan motor tunggu dia dalam 5 minit camtu sebelum aku meneruskan perjalanan ke sekolah. Aku takut dia terlambat so tunggu jerlah sekejap. Tapi rupanya itulah kali terakhir yang aku akan terus tak akan nampak dia lagi. Pergi balik sekolah aku jadi kosong.. tak ada lagi peneman kawan atas motor aku lagi. Aku tertanya-tanya juga, ke mana lah dia agaknya.. apa khabar nenek dia.. ke.. dia yang sakit.. bertubi-tubi soalan muncul kat kepala aku masa tu. Dia duduk mana? mana nak cari dia ni? terasa kesal pulak tak pernah nak ambil tahu tentang diri dia sebelum ni.",
"Tapi masalahnya setiap kali berjumpa, memang otak aku ni tak terfikir langsung nak tanya semua tu. Macam hilang camtu jer soalan-soalan tu semua. Akibat perasaan aku yang sangat curious pasal kawan atas motor aku ni, aku jadi penasaran sangat nak selidik pasal dia kat sekolah. Semua kawan-kawan aku tanya, dari junior sampai ke senior aku dok tanya. Sebab aku tak pernah tau pun dia tingkatan berapa.. muda dari aku ker.. sebaya ker.. atau tua dari aku ker. Sorang pun tak tau siapa yang aku cari.. siapa yang aku maksudkan dengan gambaran yang aku beri. Maklum, masa tu tak ada telefon pun untuk aku snap gambar dia. Dan yang lagi pelik, tak ada pulak aku dengar kecoh-kecoh kat sekolah ni sorang student berhari-hari ponteng kelas ke apa ker kan.",
"Sehingga suatu hari tu.. waktu rehat sekolah..\n“Ja.. kau ingat tak budak free hair yang aku penah tanya kau dulu?”.\n“Haaa.. kenapa?”.\n“Sebenarnya, aku selalu tumpangkan dia ke sekolah tau.. borak-borak macam biasa.. sampai kitorang ni dah jadi macam kawan rapat tau.. gelak-gelak sakan kalau berborak tu.. tapikan.. sebenarnya kan.. sepanjang kat sekolah.. waktu rehat.. waktu balik.. perhimpunan pagi.. sukan ker.. memang aku tak pernah nampak pun dia kat sekolah kita ni.. terserempak kat library ke kan.. ” aku mengerutkan dahi. Jaja memandang aku tepat.\n“Kebetulan kot, masa dia kat library kita kat kantin.. masa dia kat kantin kita pulak kat library..”. jawab Jaja positif sangat.\n“Hmmm.. mungkin..” sahut aku perlahan.. “tapi kan Ja..” sambung aku, terdiam seketika.. ligat otak aku berfikir.. “..aku cuma terfikir.. baru aku perasan.. sepanjang dia naik motor dengan aku, dia tak pernah sentuh aku tau.. maksud aku, peluk pinggang aku atau pegang bahu aku.. tangan dia mesti pegang besi belakang motor tu..” aku berkerut lagi sambil pandangan aku meluas ke padang sekolah yang betul-betul berada di sebelah kantin sekolah. “Aku bukannya lelaki, elok haa bertudung.. tak salah pun kalau dia pegang aku.. peluk ker.. kann..” sambung aku lagi.. Jaja terdiam pandang aku.\n“Kau ni Melur.. buat cerite seram pulak..” bahu aku Jaja tumbuk perlahan.",
"“Opocott mak kau..!!” latah Jaja. Aku pun turut terkejut terus menampar bahu Jaja. Loceng sekolah berbunyi.. tak dapat aku nak teruskan bercerita dengan Jaja masa tu. Kami terus bangun menuju ke kelas. Jaja pandang aku. Aku cuma tersenyum membalas pandangan Jaja.\n“Teruk la kau ni Ja.. itu pun nak melatah..”\n“Mana taknya.. tengah meremang kusyuk aku dengar cerita seram kau ni boleh pulak loceng sekolah berbunyi.. mau tak terkejut beruk aku dibuatnya..” sahut Jaja. “Hmmmmpph.. kau tak mengarut kan Melur?” sambil jalan beriringan. Aku menggelengkan kepala meninggalkan seribu tanda tanya dalam kepala Jaja masa tu. Selepas dari hari tu, baru segalanya aku terfikir.. bukan setakat naik motor tak pegang aku.",
"Untuk pengetahuan korang, baju yang di pakai.. kasut dia pun lusuh tak putih macam budak-budak lain.. masa tu aku dok fikir mungkin dia ni miskin.. jadi pakaian sekolah dia pakai apa ada jer. Pergi sekolah jalan kaki, mungkin parents dia tak ada duit nak sewa van sekolah nak hantar pergi balik dia ke sekolah. Tak jumpa kat kantin, mungkin dia tak ada duit belanja nak makan kat kantin sekolah. Mungkin dan mungkin.. Mungkin sebab tu juga, aku rasa kesian dan tumpangkan dia bila tiap-tiap hari nampak dia berjalan kaki ke sekolah pagi-pagi buta macam tu. Dah la jauh. Macam mana aku boleh perasan pakaian dia? Yaa.. jalan yang aku lalui tu cukup diterangi cahaya fajar yang sedang meninggi. Samar-samar dengan cahaya lampu motor aku yang menyuluh dia setiap kali dier menunggu aku di tepi jalan. Lagi pula setiap kali sampai di rumah warden asrama, kegelapan pagi sudah pun beransur terang dan aku sangat yakin apa yang aku nampak.",
"Sampai ke hari ni pun aku masih lagi cam muka dia kalau aku terjumpa dia.. kalau lah.. dah lebih 25 tahun pun berlalu, aku langsung tak pernah terserempak dengan dia sejak hari tu apatah lagi mendengar khabar berita dari dia. Untuk pengetahuan korang, jujur aku cakap.. dia memang seorang yang sangat lawa.. mempunyai raut wajah dan tutur kata yang lembut. Tinggi dia.. berat dia lebih kurang aku je.. Persahabatan aku dengan dia di atas motor tu cuma dalam tempoh kurang setahun tu jer.. Siapa dia?! ..dan kemana dia agaknya.. Ntah laa..",
"Akhir kata, aku nak minta maaf.. nama sekolah, nama aku dan rakan bukan nama sebenar.. lokasi pun tidak aku sebutkan.. tapi cerita aku ni bukan rekaan.. terima kasih kepada FS kalau sudi publish dan terima kasih jugak pada korang yang sudi membaca. Maaf sekali lagi sebab aku tak pandai menyusun cerita. Sebelum terlupa, jalan tu sekarang dah jadi jalan simpang masuk dari Highway. Dah jadi jalan yang sibuk pun sekarang. Lagi satu, jalan tu juga dah banyak berlaku kemalangan yang meragut jiwa, kereta terbalik la, kereta melayang la, lori terbalik menghempap kereta dilaluan sebelah laa, dan macam-macam lagi lah.. Mungkin disebabkan oleh pemandu yang suka meluncur laju dari highway setiap kali menyusuri simpang jalan disitu. Wallahu a’lam.."
] | [
"Rasanya budak tu bunian… Penghuni hutan yg telah ditarah….",
"Kalau betullah bunian, beruntunglah dapat berkawan walaupun sekejap.."
] |
https://fiksyenshasha.com/di-rogol-penunggu-tasik/ | DI ROGOL PENUNGGU TASIK | [
"Ini adalah kisah benar yang telah berlaku pada diriku. Ya, aku… Isteri kepada seorang kaki pancing.",
"Suamiku adalah seorang kaki pancing tegar. Kadang-kadang sampai berhari-hari keluar memancing. Dilaut, disungai, ditasik serta lombong. Segenap ceruk dijelajahinya. Pantang sungguh dengan ajakan kawan-kawan bilamana terdapat lubuk ikan baru yang dijumpai. Pasti dia akan mengikuti mereka. Jika lokasinya dekat, biasanya suamiku akan pergi pagi pulang malam. Ataupun pergi malam pulang pagi. Tetapi jika lokasinya jauh, suamiku akan pergi sehingga berhari-hari. Pernah hampir seminggu suamiku tidak pulang ke rumah gara-gara asyik memancing di laut dalam.",
"Inilah yang aku nak ceritakan pada semua. Satu kejadian malang yang berlaku pada diriku. Atau lebih tepat lagi ianya adalah kejadian yang menyeramkan. Kejadian ini baru sahaja berlaku beberapa hari lepas.",
"Suamiku pulang ke rumah setelah tiga hari keluar memancing di sebuah tasik. Aku tidak tahu sangat mengenai tasik itu. Tapi mengikut apa yang diceritakan, tasik itu berada nun jauh didalam sebuah hutan. Tidak ramai orang yang tahu mengenai tasik itu disebabkan lokasinya yang dikatakan tersorok. Aku pun tidak pasti bagaimana suamiku boleh tahu tentang kewujudan tasik itu. Tapi aku pasti semuanya angkara kawan-kawan yang mengajak.",
"Berbalik kepada cerita tadi. Lebih kurang jam 10 malam suamiku sampai ke rumah dengan membawa hasil tangkapan yang boleh dikatakan agak lumayan. Ketika itu aku berada di dapur. Suamiku masuk melalui pintu dapur kerana pintu depan sudah berkunci. Tapi memang menjadi kebiasaan suamiku akan masuk melalui pintu dapur sekiranya baru pulang dari memancing disebabkan badannya yang kotor serta senang untuk menyimpan batang pancing dan hasil tangkapan. Seperti biasa dia meletakkan hasil tangkapannya diatas sinki. Kami hanya berbual ringan memandangkan aku sudah mengantuk dan ingin masuk tidur. Lepas tu aku terus bangun menuju ke bilik meninggalkan suamiku berseorangan di dapur.",
"Masuk sahaja kedalam bilik, aku terus baring. Di saat mataku hampir terlelap, aku seperti merasakan seluruh badanku diraba. Bajuku kemudian diselak dan seluarku ditarik ke bawah. Aku membuka mata dalam keadaan terpisat-pisat. Dalam samar cahaya lampu dari ruang tamu aku nampak kelibat suamiku sedang mencium dan meraba seluruh badanku. Aku cuba menepis tapi tidak dihiraukannya. Aku tahu suamiku ingin menyetubuhiku. Tapi yang anehnya, badan suamiku berbau busuk yang pelik. Bau busuk seperti bangkai ikan. Aku menegurnya supaya mandi dahulu sebelum menyetubuhiku. Tapi teguranku langsung tidak diendahkannya. Malah dia mendiamkan diri dan tidak berkata walau sepatah pun. Dengan rakus dia terus menyetubuhiku. Aku menarik hujung selimut dan menutup hidungku kerana tidak tahan dengan bau dari badannya. Tapi aku menyedari sesuatu. Aku sedari yang nafsu dan tenaganya berlainan dari kebiasaan. Kali ini nafsu dan tenaganya lebih kuat.",
"Selesai menjamahku, dia terus bangun dan keluar menuju ke dapur. Aku ikut bangun dan mengikutnya dari belakang kerana tekakku terasa haus dan aku ingin minum. Setibanya aku didapur, aku melihat suamiku mengambil ikan-ikan hasil tangkapan yang diletakkan di atas sinki tadi lantas terus menuju ke dalam bilik air. Ku fikir tentu suamiku ingin menyiang ikan-ikan tersebut. Aku masih di meja makan sambil ditemani segelas air sejuk dan beberapa biji karipap sisa gorengan petang tadi.",
"Sedang aku asyik mengunyah karipap, aku dikejutkan oleh pintu dapur yang terbuka secara tiba-tiba. Di sebalik daun pintu terpacul suamiku. Aku menjadi kaget diam tak bersuara. Terkejut dengan situasi. Macam mana suamiku yang sedang berada di dalam bilik air tiba-tiba boleh muncul dari luar rumah?",
"Suamiku datang menghampiri dan terus duduk di sebelahku. Aku masih lagi tercengang. Kemudian dia menyatakan sesuatu yang menambahkan lagi debaran di dadaku.",
"Katanya, sewaktu aku sedang tidur tadi dia telah keluar untuk ke rumah kawannya kerana menghantar barang milik kawannya yang tertinggal. Kemudian kawannya mengajak pula minum di warung berdekatan. Selesai minum barulah dia balik ke rumah. Aku seperti tidak percaya mendengar kenyataan dari suamiku. Aku memegang badannya dan menyentuh wajahnya bagi memastikan itu adalah suamiku ataupun sebaliknya. Ternyata yang duduk di sebelahku sekarang benar-benar adalah suamiku. Dalam keadaan badan yang menggeletar serta nada suara yang menggigil, aku ceritakan apa yang berlaku sebentar tadi kepada suamiku. Perihal dia mendatangiku dan terus menyetubuhiku sewaktu aku sedang tidur. Suamiku diam tidak bersuara. Namun jelas terpampang riak kejutan di wajahnya.",
"Dia bingkas bangun menuju ke bilik air. Aku mengikutinya dari belakang. Dengan perlahan dia membuka pintu bilik air. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku tidak melihat sesiapa pun di dalam. Tetapi yang anehnya terdapat tulang-tulang ikan berselerakan di atas lantai. Kesemua hasil tangkapan suamiku tadi seperti telah dimakan oleh sesuatu sehingga tulang sahaja yang tersisa memenuhi lantai bilik air. Disaat itu juga aku terasa seperti mahu pitam. Pandanganku menjadi gelap dan kepalaku berpusing. Kemudian aku terus tidak sedarkan diri.",
"Apabila sedar pada keesokan harinya, aku mendapati banyak kesan-kesan lebam di seluruh badanku. Di bahagian sulitku juga terasa amat sakit sewaktu membuang air kecil. Suamiku terus membawaku ke hospital. Tetapi aku cuma diberikan rawatan sebagai pesakit luar. Balik daripada hospital, suamiku membawaku ke rumah seorang ustaz. Katanya untuk memulihkan semangatku. Di situ aku telah diberikan rawatan secara islam. Setelah ustaz itu merawatku, baru lah aku mendapat sedikit tenaga. Namun lebam di badanku masih belum hilang dan juga kesakitan itu masih lagi aku tanggung sehingga kini.",
"Aku tidak ingin mengingati kejadian yang telah berlaku. Aku cuba untuk melupakannya. Kerana aku tahu bukan suamiku yang telah menyetubuhiku pada malam itu. Aku cukup pasti, sesuatu dari tasik telah mengikut suamiku pulang pada malam itu dan menjelma berupa susuk tubuh suamiku dan mengambil kesempatan ke atasku."
] | [
"Ini tak lain tak bukan mesti gangguan jin yang ikut suami balik ke rumah. Pergilah dapatkan rawatan dalaman di Pusat Rawatan Islam",
"Lain kali cuba amalkan doa sebelum bersama suami-isteri. Mungkin boleh menghalau syaitan dan iblis",
"Seram"
] |
https://fiksyenshasha.com/angkara-rumah-kosong/ | Angkara Rumah Kosong | [
"Hi semua, saya Diana (bukan nama sebenar). Cerita ni taklah seram sangat tapi itu lah still juga nak share. Jadi, saya nak ceritakan pengalaman pertama saya diganggu ketika menyambung pelajaran di sebuah universiti di Sarawak. Nak dijadikan cerita, u saya ni terletak jauh dari tempat awam dan dikelilingi hutan, jadi faham-fahamlah ya bagaimana keadaan di sini.",
"Asrama di u kami ni berkonsepkan rumah ala-ala flat. Satu rumah sepatutnya ada 8 org penghuni tetapi masa pendaftaran tu, hanya ada orang 6 orang saja yang mendaftar untuk rumah ni disebabkan lokasi rumah ni yang agak jauh dan dikelilingi rumah-rumah yang tidak berpenghuni. Oh ya, rumah kami dekat tingkat 2. (saja nak bagitahu)",
"Saya ni sejenis yang suka menyendiri, jadi saya apply lah nak duduk kat bilik sendiri tanpa ada roommate. Nak privacy lah kononnya. Saya ni bukanlah sejenis yang cepat takut, selagi benda tak muncul, selagi tu saya masih boleh berfikiran positif. Mula-mula tinggal di bilik tanpa ada roommate, tiada apa-apa gangguan yang terjadi, sampailah saya ada terbuka satu rumah kosong. Ya, saya tahu saya salah. Tapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Rumah yang saya buka tu berhadapan dengan rumah yang kami tinggal sekarang ni. Rumah tu juga dah lama kosong dan berkunci kerana student yang tinggal dekat rumah tu balik kampung dan kampung dia tu jauh lah dari Sarawak.",
"Setiap hari masa turun kelas, saya tertanya-tanyalah tentang keadaan rumah tu, kotor ke tidak, ada barang ke tak, deco rumah tu sama tak macam kami punya. Biasalah, pelajar yang prihatin katakan. Then, suatu hari tu, saya cuba buka lah pintu rumah tu then ajaibnya, pintu tu pun terbuka. Lepastu, saya tanya lah kawan saya seorang ni kenapa pintu tu tak berkunci (fyi, dia senior) then dia pelik lah sebab sebelum ni banyak yang dah cuba buka tapi tak boleh. Jadi, kira saya lah yang berjaya buka pintu tu. Dengan secubit kebodohan yang saya ada, rasa banggalah kan dapat buka pintu yang orang lain tak dapat buka. (haa padan muka nanti kena kacau)",
"Pada malam saya buka pintu tu, saya rasa agak seram then decide nak tidur sambil buka lampu meja. Malam tu, saya mimpi yang saya tertidur di rumah kosong tersebut, then dalam mimpi tu saya ditindih. Jadi, saya hanya mampu dengar bunyi benda yang mendiami rumah tersebut. Bangun ja saya dari mimpi, automatik lampu meja saya tertutup. Yang menyeramkan lagi, suis tu macam ditutup oleh seseorang/sesuatu kerana saya boleh dengar bunyi suis ditekan. Bermula dari situ lah banyak benda terjadi dekat bilik saya.",
"Bunyi ketukan dan bunyi seret kerusi tu dah biasa dah saya dengar, tapi yang tak boleh dilupakan adalah ketika saya tengah belajar lewat malam then macam ada sesuatu yang menampar leher saya. Apa lagi, lari sampai tak cukup tanah. Tapi tu lah, benda tu pun masa saya belajar masa tu juga dia nak tampar. Masa ni masih berani lagi nak tidur dekat bilik tu, sampailah tiap malam saya asyik dapat mimpi buruk dan pernah lah sekali ditindih. Rupa-rupanya bukan saya seorang saja yang pernah kena tindih, housemate saya seorang pun kena juga (padan muka siapa suruh main game sampai tak ingat dunia). Gangguan tersebut berterusan sampailah saya mula menumpang bilik housemate saya seorang ni.",
"Suatu hari tu, kawan saya yang senior tadi perkenalkan saya dengan Kak Jas (bukan nama sebenar). Kak Jas ni memang pakar mengenai hal-hal seperti ini sebab hijab dia dah lama terbuka. Oh ya, Kak Jas pun ada kisah seram dia sendiri, kalau saya ada terjumpa Kak Jas saya minta izin dekat dia untuk menceritakan kisah dia di sini. Back to the story, saya minta tolong dekat Kak Jas untuk check bilik saya. Kak Jas pun satu, dalam banyak-banyak jam, tengah malam juga dia pilih untuk mencemar duli dekat rumah kami ni.",
"Lepas habis check, Kak Jas story lah dekat kami yang masa dia masuk rumah kami, dia rasa sesak nafas, dan vibe rumah kami ni sangat heavy. Then, dengan muka selamba dia kata kat saya, yang saya dah ada “roommate” baru. Mulanya dia taknak cerita benda tu mcm mana bentuk nya, takut saya seram nanti. 2 3 hari lepas tu ada lah dia bagitahu kat kawan saya yang senior tadi benda yang dekat bilik saya tu nenek tua. Dia juga ada bagitahu masa dia otw balik dari rumah kami malam tu, dia ada dengar bunyi ketukan di setiap dinding koridor, ada juga terserempak dengan beberapa ketul dekat depan rumah. Haaa padan muka siapa suruh rajin sangat jalan-jalan pada waktu malam.",
"Jadi, inilah pengalaman pertama saya diganggu ketika berada di kampus. Sekarang ni saya masih tinggal di rumah dan bilik yang sama, cuma pada waktu malam saya tidur dekat bilik kawan saya. So far, takda lah benda tu muncul, dan diharapkan supaya tidak akan muncul. Kalau ada kesempatan, saya akan ceritakan kisah seram yang lain. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya yang tidak seberapa ini."
] | [
"Xda apa la…nenek just nak cari teman ghey je teww…"
] |
https://fiksyenshasha.com/cukup-sampai-sini-sayonara/ | Cukup Sampai Sini “Sayonara” | [
"“Lin…aku ada benda nak cakap”",
"Firash bersuara memecah kesunyian sebaik sahaja mereka tiba di ruangan parkir apartmen Linda.",
"“Hah, ape tuu” soal Linda ringkas seraya mereka bergerak menuju ke lif.",
"“Bila aku jumpa Aidid kelmarin, aku dah dapat idea macam mana kita nak tau pasal kemalangan ayah aku tu” Firash bersandar ke dinding di dalam lif sambil menjelaskan.",
"“Hah yeke?, macam mana tu? Bunyi macam menarik je” Linda mula teruja.",
"“Ermm kau tau, masa aku lepak dengan Aidid kan, dia boleh bawak aku pergi tengok masa dia kemalangan..” jelas Firash sebaik mereka keluar dari lif. Linda mendengar dengan tekun.",
"“…dekat situ aku mula terfikir, maknanya aku boleh pergi hari kemalangan ayah aku lah kan, tapi malangnya tak boleh, aku dah cuba” Firash mengeluh perlahan.",
"“Kenapa tak boleh pulak?” Soal Linda kurang faham sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah.",
"“Ermm..Aidid kata, mungkin sebab aku….ermm dah tak wujud di dunia..tah laa” Firash berdiri merenung luar jendela.",
"Linda melepaskan keluhan. “Then kenapa tak pergi dengan Aidid?”",
"“Aku dah cuba jugak, tetap tak boleh, mungkin jasad Aidid lemah” ujar Firash ringkas.",
"“Kalau macam tu, nanti kita boleh cuba..” Linda menganggukan kepala selepas berfikir seketika.",
"“Nanti? Kenapa tak sekarang Lin? Aku dah tak sabar ni” soal Firash sedikit mendesak.",
"“Sekarang tak boleh la Firash, oh ye aku lupa nak bagi tau, malam ni Ani datang tidur sini, siang tadi aku jumpa dia..jadi nanti je lah kita cuba”",
"Serentak itu telefon Linda berbunyi.",
"“…haa panjang umur dia, baru sebut nama, ni dia call..kejap ya” Linda bangun menuju ke dapur untuk mengangkat panggilan dari Ani sambil mengambil sebotol air.",
"“Hello Lin..”",
"“Hello, haa Ani, ko dekat mana..dah sampai ke?”",
"Firash hanya memerhati Linda berbual di telefon dari ruang tamu. Seketika kemudian Linda kembali sebaik meletakkan panggilan.",
"“Dia dah on the way, cuma lambat sikit, dia ada beberapa urusan” terang Linda saat melihat wajah Firash seakan tertanya-tanya.",
"“Haa ok la tu, boleh la kita cuba sekejap Lin…” cadang Firash.",
"“Lahh, tak nyempat-nyempat la ko ni”",
"Linda menolak cadangan Firash, lalu duduk menekan butang alat kawalan jauh untuk menghidupkan televisyen.",
"“…ala kejap je Lin, Ani kan lambat lagi sampai, please..” rayu Firash.",
"“Eee ko ni kan, yelah yelah, aku kenangkan kesian je kat ko ni, kalau tak…” bebel Linda di sambut ketawa kecil dari Firash.",
"“…ha macam mana?” Soal Linda sedikit geram.",
"“Ye tak ye, jap…kau kena tidur dulu kot Lin, baru roh kau keluar, tak pasti juga aku” Firash menggaru-garu kepala.",
"Linda menepuk dahi tanda tension dan stress melayan karenah Firash. Dia kembali mengadap televisyen, memilih dan menukar-nukar siaran.",
"“Aku tengah segar bugar macam ni, macam mana la nak tidur, pelik-pelik ko ni, nanti-nanti…”",
"Belum sempat Linda menghabiskan kata-kata, sesuatu yang berat menghentam belakang kepalanya.",
"“Aduhh..sakit la bengong!!” Marah Linda seraya berpaling.",
"Firash tersengih-sengih sambil memegang botol air yang cukup besar. Baru sekejap tadi dia menghentak botol air itu tepat di belakang kepala Linda.",
"“Sengih-sengih…, sakit tau!!! Aku takbir raya karang, menangis ko situ” bebel Linda betul-betul marah.",
"“Sorry Lin, sorry…tapi berjaya!!” Jerit Firash seraya memuncungkan mulut menunjukkan sesuatu kepada Linda.",
"“Apa??…” Soal Linda tak faham, perlahan dia berpaling.",
"“Makkk, woii apa ni?? Aa…..aku m**i ke wehhh??” Terkejut besar Linda apabila melihat tubuhnya terbaring kaku di ruang tamu.",
"“Hishh, tak ada lah, kau hidup lagi lah, wajah kau bersinar lagi tu, kau pengsan je, nampak tu dada kau turun naik bernafas” celah Firash seraya melutut memerhati jasad Linda.",
"“Eh-eh kau jangan nak tenung lebih-lebih, aku debik kang..” laung Linda memberi amaran. Firash tersengih seperti kerang busuk.",
"“…hah dah tu kita nak buat apa ni?” Soal Linda sambil mengurut-ngurut lehernya yang masih terasa sengal.",
"Firash berdiri, lalu menghulurkan tangan. “Pegang tangan aku dan pejamkan mata”",
"Linda mencapai kasar tangan Firash tanda masih geram. Firash hanya tersengih-sengih lucu.",
"“Memandangkan kita tak tau di mana dan bila kejadian tu, aku rasa kita pergi sejam sebelum kejadian, sudah tentu dekat rumah aku” ujar Firash yakin.",
"Seketika kemudian, suasana hening, tiada sebarang bunyi. Linda merasa berdebar-debar.",
"Encik Mehmood menyanyi-nyanyi riang sambil menyisir rambut. Seketika kemudian, dia memperkemaskan butang baju kemejanya. Cermin ditenung, kelibat isterinya puan Khamisah terpantul dicermin, dia senyum.",
"“Lama tenung abang ni, kacak sungguh ke laki awak ni hihi” lancar kata-kata encik Mehmood mengusik isterinya.",
"“Kacak bang, hehe…cuma hati ni macam sayu je…” puan Khamisah berhenti dari bicara, terasa sebak tiba-tiba.",
"Encik Mehmood senyum seraya berpaling, seolah-olah mempersembahkan gaya kepada isterinya. Puan Khamisah membalas senyuman.",
"“Tak ada apa lah mak nye, usah diikut perasaan, ni anak dara kita tu dah siap ke? Karang lambat, kita juga yang disalahkan” ujar encik Mehmood lalu berjalan menghampiri isterinya seraya menepuk bahu dan berlalu keluar.",
"“Adik!! Siap dah ke? Ayah dah tunggu tu..” laung puan Khamisah perlahan tapi jelas.",
"“Jap mak, siap dah!!..” Sahut Nurul, seketika kemudian keluar dari bilik.",
"Firash yang berdiri di sudut rumah menitiskan air mata. Rindunya pada keletah adiknya itu, rindu pada belaian ibunya.",
"Linda menepuk-nepuk belakang Firash, memberi semangat.",
"“Kau dah lama tak jenguk mereka ye?” Soal Linda simpati.",
"Firash sekadar mengangguk, air mata di kesat laju. “Ya Lin, aku tak sanggup melihat mak dan adik aku, rasa tersiat-siat hati ni”",
"“Mak, adik keluar dulu ye” ucap Nurul, lantas bersalam dan mencium tangan puan Khamisah.",
"Encik Mehmood yang berada di laman sedang membersihkan kotoran-kotoran kecil di kereta sambil memanaskan enjin kereta.",
"Puan Khamisah turun ke laman, menghulurkan tangan lalu bersalaman dengan suaminya.",
"“Maafkan segala dosa-dosa saya bang, halalkan semua makan minum saya..” ucap puan Khamisah lantas memeluk suaminya.",
"Encik Mehmood terkesima sebentar dan tersenyum.",
"“Drama apa pulak ni mak nye, abang ni nak ke bandor tu je ngantor budak Nurul ni haa, dah macam abang nak pergi perang pulak hihi”",
"Puan Khamisah cuma senyum dan menyeka air mata.",
"“Ye, abang maafkan dan halalkan semua, awak jangan la sedih” ucap encik Mehmood lalu masuk ke dalam kereta.",
"“Jaga diri dikk, jangan nak merewang bukan-bukan”",
"“Ye mak” jawab Nurul ringkas menyahut pesanan dari ibunya.",
"Sebaik sahaja kereta hilang dari pandangan, puan Khamisah menangis semahu-mahunya. Hatinya benar-benar terpalit sedih entah kenapa.",
"Firash hanya mampu memeluk ibunya dari belakang, biarpun ibunya tak dapat merasai hangat pelukan darinya, tapi sekurang-kurangnya meredakan sedih di hati Firash sendiri.",
"“Sabar Firash, kita kena ikut dorang, fokus Firash..” perlahan Linda bersuara, sedikit serba salah.",
"Firash mengesat air mata, lalu memberi isyarat kepada Linda untuk segera mengikut ayah dan adiknya.",
"Di dalam kereta, Nurul sedang asyik berselfie, ayahnya sekadar menoleh sesekali seraya menggelengkan kepala.",
"“Sudah-sudah la dik, herot-merot dah mulut tu ayah tengok” tegur encik Mehmood.",
"“Hehe ala ni kan trend budak sekarang berselfie yah..” jawab Nurul ringkas.",
"“Eh…” tiba-tiba Nurul sedikit terkejut.",
"Dia seakan melihat kelibat abangnya Firash samar-samar di dalam foto yang telah di ambil.",
"Linda memberi isyarat supaya duduk bersandar dan diam kepada Firash yang menjengahkan kepala di tengah-tengah tempat duduk.",
"“Kenapa dik?” Soal ayahnya.",
"“Tak ada apa-apa ayah, adik macam salah tengok..” jawab Nurul ringkas seraya menggelengkan kepala lalu menyimpan telefonnya.",
"“Ishh..pedih pulak mata ni” encik Mehmood tiba-tiba bersuara sambil mengedip-ngedipkan mata.",
"“Ayah, cepat sikit, kereta belakang dah bagi lampu tinggi tu”",
"“Ayah tau, tapi mata ayah ni, terasa kabur pulak, tak berapa nampak”",
"Serentak Linda dan Firash berpaling ke belakang melihat kenderaan yang laju mengekori.",
"Belum sempat mereka melihat dengan jelas, kereta itu sudah mula memotong.",
"Bagai kan dalam filem, masa berjalan perlahan saat kereta itu melintas. Nurul dan ayahnya hanya memandang kereta di sebelah.",
"“Haaa bia betul….” buntang mata Linda melihat kereta yang sedang memotong itu, dia sangat mengenalinya.",
"Firash terlopong mulutnya ternganga dan terkedu melihat pemandu yang memintas kereta ayahnya.",
"Dalam sekelip mata, kereta ayahnya dihentam sebuah lori, dan kereta di sebelah tadi terbalik ke dalam longkang.",
"Linda dan Firash berdiri kaku di tengah jalan raya. Masing-masing hilang bicara, seketika kemudian kelibat orang ramai mengeremuni kawasan kemalangan itu.",
"Tiba-tiba satu suara kasar ketawa. Serta merta keadaan berubah.",
"Linda dan Firash kini terpinga-pinga di tengah ruang tamu rumah Linda.",
"Khannas ketawa tanpa henti, suaranya membingitkan, Linda menekup sedikit telinga.",
"“Sekarang, kau dah tahu kan siapa punya angkara hahaha…” Khannas bersuara kasar.",
"Firash masih lagi terkesima, dia sulit menerima kenyataan. Hatinya berbolak- balik.",
"“…apa lagi kau tunggu, dia sekarang di sebelah kau sahaja..hapuskan saja dia” Khannas mengarahkan Firash menamatkan riwayat Linda.",
"“Jangan terpedaya dengan setan ni Firash, kau kan tahu hal sebenar, kemalangan tu pun memang helah dia..sekarang nak kambing hitamkan aku” Linda mendepakan tangan saat bertekak dengan Khannas.",
"Firash diam tertunduk. Lama dia termenung. Seketika kemudian, dia mendongak lantas bersuara. “Aku takkan termakan hasutan kau untuk kali kedua syaitan !!!, ya aku memang marah, kerana dia ayah aku meninggal…tetapi dia juga mangsa kau!!!”",
"“Auchh, sweet sungguh cik abang kita ni, nampak macam dah jatuh hati dekat cik Linda kita…” tiba-tiba muncul suara seorang wanita.",
"“Ana!!” terpacul laju dari mulut Linda.",
"“Haii Lin…sorry lah aku lambat sikit sampai, jangan marahh” Ana mengenyitkan mata lalu duduk di birai sofa sambil melirik kepada Khannas, kemudian kembali memerhatikan Linda dan Firash.",
"“Apa semua ni Ana?” Linda berundur kebingungan.",
"“Nampaknya aku berjaya, saat berjumpa dengannya tengah hari tadi, dia langsung tak cam aku, tetap ingat aku Ani” ujar Ana kepada Khannas.",
"“Sudah la, jangan buang masa lagi, dah lama aku tunggu, tiba masa untuk kita korbankan perempuan ini” jerkah Khannas. Suaranya garau dan keras. Seluruh ruangan berbahang, aura dari Khannas meliputi segenap ruang.",
"“Kejap, lelaki ni kita nak buat apa?” soal Ana menunjukkan jari ke arah Firash.",
"“Ahh, dia sudah tak berguna, jasadnya sudah lama m**i, akan ku bakar roh nya menjadi debu..” Khannas membentak garang. Firash berundur ketakutan.",
"Linda bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, terbit keberanian dalam diri.",
"“Nanti!! Kau mahukan aku, hadap je aku sini, jangan libatkan orang lain..” Linda menapak ke depan cuba menghalang.",
"“Lin…jangan nak tunjuk berani” Ana bangun memberi amaran.",
"“Sampai hati ko ya Ana, ko bersekongkol dengan setan ni, ko nak apa dari aku ni, apa faedahnya haa??” soal Linda sedikit marah.",
"“Aku mahu hidup abadi!! Dengan mengorbankan jiwa kau, aku mampu hidup selamanya hahaha…” Ana ketawa bagai orang tak siuman. Khannas memberikan riak wajah menyindir kepada Linda.",
"Perlahan Khannas maju dengan wajah menyeringai, serampang tiga mata dijulang tinggi.",
"“A’uzubillahiminashaitonnirrajim… Bismillahirrahmannirrahim.. Allahuakbar !!!!”",
"Pintu rumah ditendang kasar lalu terbuka. Muncul lima orang lelaki. “Bakaq cepat!!” Kadir memberi arahan.",
"Sepantas kilat ustaz Bakar melempar garam ke arah Khannas. Mulutnya tak henti membaca ayat suci.",
"Ustaz Amin melakukan perkara yang sama ke atas Ana. Menjerit mereka seakan terkena renjatan elektrik.",
"Kadir menapak ke depan, membaca ayat suci Al quran dan berzikir silih berganti. Linda dan Firash hannya memerhati dalam keadaan lega. Dua lagi sahabat Kadir melaungkan azan di sudut rumah.",
"Ustaz Bakar dan uztaz Amin menabur garam mengelilingi tubuh Khannas dan Ana. Terpasung keduanya tidak boleh bergerak.",
"“Haa rasa kan, dah habaq dah, Allah Maha Kuasa..hang pa ni bukan siapa-siapa, nak tunjuk eksyen” ujar ustaz Bakar kelelahan. Mulut tiada insurannya lancah berbicara.",
"Khannas membentak cuba melawan, dia terasa terhina dengan pasungan mereka. Sifat bongkak dalam dirinya tak dapat dibendung. Khannas menjerit garau, bergegar seluruh rumah.",
"“Hang…” ustaz Bakar berhadapan dengan Khannas.",
"“…tak gheti serik na, aku tau dah perkara sebenaq..cilaka hang, berani cari pasai!!”",
"Usai makan malam, Kadir keluar dari rumah ibu bapanya. Cuaca cerah kerana bulan mengambang. Menjadi rutin sesekali pulang menjenguk ibu bapanya.",
"Semenjak kehilangan abangnya Khalid, Kadir kembali semula bergabung dengan rakan-rakannya, menjadi pengamal dan perawat perubatan Islam.",
"Lantaran itu dia menyewa rumah bujang bersama Bakar dan Amin, sementelah mereka bertiga belum berumah tangga. Rakan lain rata-rata sudah bekeluarga.",
"Sebaik sahaja sampai ke kereta yang diletakkan di luar pagar rumah, Kadir perasan satu lembaga sedang merenungnya.",
"“Kau lagi. Kau ikut aku ye? Kau nak apa ni? Kalau nak berdamping, maaf aku tak minat, kalau…”",
"“Tolong aku…” lembaga itu bersuara memintas kata-kata Kadir, perlahan dan bergetar.",
"“Minta tolong dengan Allah, bukan dengan manusia..” ujar Kadir cuba memancing sesuatu.",
"“Aku yang kau lihat di belakang rumah usang dulu…aku perlukan pertolongan kau, dan masa semakin suntuk” lembaga itu muncul di hadapan Kadir.",
"Ternyata ia seorang wanita. Kadir sedikit terkejut, walaupun wajah makhluk itu tidak menyeramkan.",
"“Kau siapa sebenarnya?” soal Kadir mula berlembut.",
"“Aku Ani, aku telah lama m**i, roh aku tak tenteram. Aku m**i kerana permainan licik si Khannas..” Ani memulakan bicara ringkas.",
"“Dia mempergunakan kakak kembarku Ana, untuk mengorbankan kawanku Linda, sebenarnya kau dan rakan-rakan kau telah menewaskannya, aku melihat sendiri kejadian itu. Tetapi kamu semua terlepas pandang kepada dia..yang kamu hapuskan, cuma boneka nya sahaja..dan dia merubah waktu, berpusing ke masa nan lalu malah membuat helah baru”.",
"“Habis apa yang kau nak aku buat? Aku tak ikut telunjuk iblis dan syaitan” soal Kadir dan tegas.",
"“Aku tidak menyuruh kau, cuma menyampaikan, kau perlu cari Linda, sepengetahuan aku, mereka sudah hampir ke matlamat asal mereka, jujurnya, pengetahuan aku terbatas, aku lemah, hanya ini mampu aku berikan terpulanglah pada engkau” ujar Ani lemah.",
"“Aku tak boleh percaya seratus peratus kata-kata kau, boleh jadi kau berdusta..” tegas Kadir bersuara.",
"Ani hanya mampu diam.",
"“..tetapi aku boleh gunakan kata-kata kau ni untuk aku siasat, jika benar, aku boleh merangka sesuatu…cuma aku mahu tanya kau, kenapa kau di sini?” soal Kadir.",
"“Aku mahu nasib ku terbela, aku tak disempurnakan, aku tersiksa…tolong aku!!” rayu Ani.",
"“Khannas telah mempergunakan abang kau juga, mereka lah yang mengebumikan aku tidak sempurna..”",
"Kadir menarik nafas dan melepaskan keluhan.",
"Seketika kemudian, Amin dan Bakar termenung di ruang tamu rumah sewa mereka. Bibir mereka berzikir menenangkan diri.",
"“Haa, tu Kadir dah balik” Amin bersuara saat melihat kereta Kadir di luar pagar.",
"“Assalamualaikum” sapa Kadir sebaik masuk ke dalam rumah.",
"“Waalaikumsalam..Kadir mai duduk, ada perkara kena bincang” tanpa lengah Bakar memberi arahan.",
"“Awatnya, macam perkara penting saja” ujar Kadir seraya duduk.",
"“Ni, hang ingat tak kes tahun lepas, hat kita pi rumah usang tu, patutnya kita selesaikan satu masalah berkait dengan apa nama, setan durjana nak menyesatkan manusia tu lah..ingat?” soal Bakar. Kadir mengangguk dan menarik nafas.",
"“Kita kena pegi cari ada sorang budak perempuan ni” Amin mencelah.",
"“Itu lah, benda ni juga yang aku nak bagi tau hangpa ni, budak tu nama Linda kan?..” terang Kadir yakin.",
"“Haa..tu kan, aku rasa baik kita pi sekarang juga, aku dok rasa tak sedap hati dah ni” cadang Bakar pantas.",
"“Eh kejap, kita nak pergi mana? Aku tak tau mana dia tinggal” soal Kadir sedikit keliru.",
"“Tak apa, aku tau dah, Allah Maha Kuasa, Linda tu bukan orang lain, saudara mara aku juga, beberapa hari lepas, yang aku balik kampung tu, pi jejak dia la, aku jumpa mak pak dia, aku tau dah mana dia duduk..”",
"Maka mereka pun menuju ke rumah Linda. Sebaik sahaja tiba, mereka sudah tahu, sesuatu sedang terjadi. Mereka tiba pada masa yang tepat.",
"Suasana jeda seketika apabila selesai ustaz Bakar bercerita.",
"Linda yang mendengar cerita dari ustaz Bakar itu, terduduk hilang kata-kata. Firash turut tersandar. Lelah yang teramat.",
"Khannas dan Ana menggelupur dan masih cuba melawan. Bertungkus lumus Kadir, ustaz Amin dan rakan-rakan mereka menangganinya.",
"“Jadi, kamu semua mahu menghapuskan aku??” Khannas bersuara sombong.",
"“Dah, tak payah dengaq lagi apa dia duk bebel, dengan Kuasa dan Izin Allah Taala, kita hapuskan saja dia” ustaz Bakar bersuara tegas memintas kata-kata Khannas.",
"“Ingat manusia, kau hapuskan aku cuma sebahagian kecil sahaja, banyak lagi seperti aku ini wujud!!! Arghhh” Khannas masih berlagak sombong biarpun nasibnya di hujung tanduk.",
"“Biaq pi la hangpa banyak mana pun, yang penting hang dulu melingkup” tenang ustaz Bakar membalas.",
"Seketika kemudian, dengan iringan ayat suci Al quran, zikir dan selawat serta laungan azan. Dengan kuasa Allah yang maha Esa, maka lenyaplah Khannas dan Ana yang m**i dalam keadaan kufur pada Allah.",
"Khannas terpekik terlolong terbakar. Ana pula merintih. Bergegar di setiap sudut rumah.",
"Bau hangit merebak serata rumah, kepulan asap menyesakkan pernafasan, tinggal abu sahaja di tempat Khannas dan Ana dipasung tadi.",
"Mereka mengucapkan syukur kehadrat Illahi. Mereka meninjau-ninjau, mahu memastikan pisang tidak berbuah dua kali.",
"Ustaz Bakar berjalan menghampiri Linda, dia melutut mahu berbicara.",
"“Hang, kembali lah kepadaNya, sini bukan tempat hang lagi” ujar ustaz Bakar kepada Firash.",
"Linda memandang simpati, airmatanya mengalir deras. Jujurnya, sepanjang sudah bersama Firash beberapa bulan ini, dia sayang pada Firash. Namun hakikat tetap perlu ditelan, Firash sudah tiada.",
"“Lin…aku pergi dulu” Firash berkata lemah, berat kakinya melangkah, Linda menganggukkan kepala tanda merelakan, seketika kemudian Firash berlalu menghilang. Linda menangis tersengguk-sengguk.",
"“Jadi, kawan ceq Ani pun dah tak dak laa?” soal Linda dengan suara bergetar. Airmata semakin laju mengalir.",
"“Sabaq la Linda, InsyaAllah kami akan sempurnakan jasad dia..” perlahan Bakar cuba memujuk.",
"“…kak dia tu pun, m**i lama dah, dah dijadikan korban, setan tu dah gunakan dia, tok dukun mana tah duk puja-puja, tu yang dia macam hidup, ni duk berasa dengan dukun-dukun tu arwah dah ni kena tadi…” tambah Bakar lagi.",
"“…hang cam dah ka aku?” soal Bakar tersenyum. Linda sekadar mengangguk.",
"“Emm, aku nak habaq sesuatu, serba salah…” Bakar bersandar sebelum meneruskan bicara.",
"“Semua ni jadi sebab dendam, hang tau kan, tok wan aku haji Salleh dah patahkan pun masa hang kecil lagi…” perlahan Bakar menarik nafas.",
"“…tapi tipu muslihat dia ni, membuatkan mak ayah hang pun tersalah langkah..”",
"Linda memandang keliru. “Maksudnya? Ceq tak paham”",
"“Emm..demi mendapatkan zuriat, lepaih lama kahwin tak dak anak, mak ayah hang dah guna cara salah, meminta selain pada Allah, depa buat perjanjian, mak ayah hang kena persembahkan seorang anak dara untuk jadikan santapan laknat tu, tapi depa gagal, galang gantinya, hang terpaksa jadi korban kononnya, akibat depa tak dapat cari kambing hitam..” berhati-hati Bakar berkata.",
"Linda tertunduk, kelu dan membisu. Kepalanya serabut, fikirannya kusut.",
"“…dan sebenaqnya, tu helah si Khannas tu saja, dia menyesatkan dan mempermainkan seluruh kaum keluarga kita, ni semua mak ayah hang buka cerita, waktu aku cari hang di kampung..kalau tak aku pun tak tau” panjang lebar Bakar menerangkan.",
"Linda termenung” Jadi apa nasib mak ayah ceq?”",
"“Tiada daya, aku pun manusia, kepada Allah juga la aku suruh depa bertaubat dan mohon ampun..” ujar ustaz Bakar seraya bangun.",
"“Sudahla, semua dah selesai ‘cukup sampai sini’…mai kami hantaq hang ke rumah salah seorang sahabat wanita kami, hang berehat lah di sana. InsyaAllah aman di sana, tak dak apa dah, mai.",
"Alhamdulillah, ‘cukup sampai sini’. Cerita ni hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Mohon maaf segala kekurangan, dan mohon maaf jika cerita ni mengarut, anggaplah ia sekadar hiburan. Saya berpesan kepada semua dan diri saya, ‘Hendaklah kita menurut segala perintah Allah, dan tinggalkan apa yang ditegah’. Terima kasih kepada semua, yang mengizinkan cerita ini disiarkan, yang setia membaca, yang terus menyokong, yang sudi berkongsi, yang membuat cover cantik-cantik, insyaAllah berjumpa di lain masa.",
"Saya tamatkan Linda di sini.",
"“Bakaq..mai sat” ustaz Amin memanggil ustaz Bakar perlahan. Linda yang mula berdiri sama, terpinga-pinga.",
"“Mai laaa..” ustaz Amin berjalan laju, ustaz Bakar mengekori dari belakang. Linda merasa tidak sedap hati, perlahan dia turut ikut.",
"“Astaghafirullah, Allahuakbar…” ustaz Bakar memegang dahi. Kadir sudah terduduk. Ustaz Amin dan dua rakan mereka sekadar memandang simpati.",
"Linda merapati pintu bilik belakang itu, saat sampai depan pintu bilik, dia terkejut melihat ke dalam bilik, seraya menjerit dan terduduk. Wajahnya ditekup, dia menangis semahu-mahunya.",
"“Kita terlambat, sempat dia mempermainkan kita, terkena juga kita akhirnya…Allahuakbar, ampuni dosa-dosa kami Ya Allah, kami insan yang lemah!!” ustaz Bakar menangis terduduk.",
"Di dalam bilik itu, terbujur kaku jasad Linda di atas katil dan kepalanya terpisah dari badan."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/kek-mahal/ | Kek mahal | [
"KARYA PANDA",
"“Bila sampai?“",
"Baru keluar dari perut kereta berbau hapak, aku disapa Muaz jiran sebelah yang suka 𝒃𝒖𝒔𝒚𝒃𝒐𝒅𝒚.",
"Aku tidak menunjukkan riak apa pun. Kepenatan aku mengatasi rasa hormat pada jiranku. 18 jam aku penat di luar. Tak usahlah menambah lelahku.",
"“Eh, abang Leman dah balik? Tengok kak Lia tu, menempel dah atas katil. Afiya selsema, Sara dah bagi ubat,“",
"Langkah ku percepatkan kerana tidak mahu lama di luar.",
"“Afwa demam panas tu, bang Leman. Tak sempat bawa ke klinik. Abang Muaz pun tak berapa sihat. Kalau boleh bawa cepat ye, bang?“",
"Ku hempas pintu sekuat hati. Biar mereka tahu aku tak suka mereka sibuk ambil tahu hal anak bini aku.",
"Lepas tu canang satu taman perumahan ni, mengata aku tak ambil berat hal anak-anak. Aku abaikan isteri. Biarkan d***h dagingku hidup sengsara di dalam rumah.",
"Tak padan dengan suami naik kerusi roda! Masih sibuk hal rumahtangga orang!",
"“Bawak bersabar, bang.“",
"Liana yang sedang menyusukan Afwa memujuk dengan nada lemah. Pucat wajahnya bagaikan kain putih yang lusuh.",
"Isteri yang ku nikahi sepuluh tahun yang lalu, gigih bertahan hidup bersama aku yang miskin dan tak membanggakan ini.",
"“Lama-lama hilang sabar juga. Semua benda nak ambil tahu. Rumah ni sesuka hati je nak keluar masuk! Abang tak boleh lah!!“",
"Bentakku sambil menghenyak bucu katil.",
"Jeritan Liana berhenti di situ. Aku bingkas bangun dari bucu katil menuju ke bilik air. Dengan cuaca panas yang menghangatkan badan, baik aku mandi. Dapat juga melegakan hati yang panas ni.",
"Tangisan Afiya ku biarkan. Anak berusia lapan tahun itu mana mengerti peritnya aku memperjuangkan kehidupan mereka?",
"Usai mandi, sejuk sedikit hati ini. Walau pun rengekan Afwa sedikit mengganggu emosiku. Ketenangan yang sedikit ku capai tadi secebis demi secebis terurai.",
"“Afiya jaga adik!“",
"Bertuah punya anak! Adik demam pun dibiarkan merengek.",
"Tubuh kurus Liana masih terbaring tak bergerak. Begitulah dia kalau sakit akan menempel tak makan tak minum.",
"“Ayah…,“ Afiya mula merengek pula. Sedunya semakin kuat.",
"Aku yang sedang menyarung baju mula rasa bengkak di hati.",
"“Lia, anak nak apa tu? Cubalah faham abang ni kena cari duit untuk kamu bertiga.“",
"Tuala ku lemparkan ke atas katil. Liana sejak tadi memalingkan mukanya ke arah dinding. Betapa bencinya dia sejak menyedari aku bukan lelaki yang mampu membahagiakan hidupnya.",
"Liana masih berdiam. Dengan dada berombak lesu, sesekali tersedu juga dia walau nada suara ku tinggikan.",
"Oh, lupa. Aku lelaki tak punya harta. Mana mungkin Liana sudi pandang lagi? Badanku busuk. Dari pagi ke malam aku di luar mencari duit. Untuk siapa?",
"Ya, mana hartaku? Satu-satunya kereta itu adalah hadiah dari ayah Liana ketika Liana baru hamil anak pertama.",
"Seorang ayah yang sanggup menjual kebun sayur demi melihat anaknya menaiki kenderaan empat roda, lalu motorsikal cabuk ku jual ke kedai Ah Tiong.",
"“Ayah,“ Afiya memanggil ketika aku membuka pintu kamar.",
"Jeda langkahku.",
"“Esok harijadi ibu. Belikan ibu kek. Boleh?“ mata bundarnya berkilau. Bagai serpihan kaca berterabur menanti masa meluncur laju ke pipinya.",
"“Jiran sebelah jual kek, mintaklah!“ aku menghenyak jiwa si anak kecil.",
"Herdikanku membuatkan Afiya mengecutkan diri. Berlari dia ke pangkuan ibunya. Afwa membuka lengan kecilnya meminta si kakak datang memeluk.",
"Pergi mampuslah! Duduk rumah menganga mulut tunggu disuap bolehlah mengada-ngada.",
"Lalu aku keluar tanpa menghiraukan mereka lagi. Terserahlah padamu, Liana. Kau pun tak suka aku ambil tahu hal kau dan anak-anak.",
"Bukan aku yang zalim, aku telah cuba sebaik mungkin. Untuk jadi suami yang mithali, juga ayah yang penyayang.",
"Ternyata kau tak pandang aku walau sebelah mata. Makanan ku bawa balik kau lempar ke luar jendela. Bersepai isi bungkusannya.",
"Begitu juga bersepainya hati aku melihat sikapmu. Kau tak pernah cuba memahami aku.",
"“Baru balik dah nak keluar, abang Leman?“ muka putih melepak bermata sepet mengerling aku dengan nada agak ramah.",
"Dia fikir aku dungu agaknya?",
"Manusia talam dua muka!",
"Di depan manis bagaikan gula.",
"Di belakangku kaulah puaka.",
"“Tak baik sombong dengan jiran,“ rungut Sara.",
"Sara. Isteri seorang bekas askar. Muda lagi usianya. Tapi memilih untuk menikahi orang tua seperti Muaz.",
"Bangga bercerita sana sini yang dia beruntung. Kerana suaminya penyayang. Serba serbi lengkap hidupnya.",
"Dasar mata duitan! Setakat duit pencen suami kau, aku nak tengok berapa lama kau mengecapi keberuntungan kau?!",
"Tiba di simpang keluar dari taman, aku berselisih dengan sebuah lori. Agak mencuri perhatianku kerana tertera besar di dinding lori tulisan berwarna merah pekat.",
"’KEK MAHAL-Hanya Untuk Insan Terpilih’. Senyum aku melihat ayat yang tertera. Semua itu strategi perniagaan. Sedapnya, belum tentu.",
"Mahal sudah pasti. Jujur syarikat pengeluaran kek itu. Siapa mampu, boleh beli. Yang tak mampu, boleh blah!",
"Sampai di satu bulatan berhampiran pekan. Aku meraba poketku. Ah, lupa pula bawa telefon 3310.",
"Malam nanti aku ada projek besar dengan Karim dan Syuk. Mungkin dengan projek besar itu nanti aku akan merubah pandangan semua orang terhadapku. Aku akan kaya.",
"Mustang warna hijau sudah terbayang-bayang siang dan malam. Nanti bolehlah aku hantar anak isteriku ke alam barzakh. Sudah ku beli racun untuk mereka teguk malam nanti. Biar ku selesaikan projek besar dulu.",
"Tin tin !!",
"Kereta belakang membunyikan hon seperti orang gila. Rupa-rupanya aku termenung di depan lampu isyarat.",
"“Ah! Kacau betullah!!“",
"Tanpa memberi 𝒔𝒊𝒈𝒏𝒂𝒍, aku terus melakukan pusingan U di situ. Berasap jalan tar seiringan dengan bunyi berdecit tayar tanpa bunga.",
"Telefon harusku ambil dulu. Tanpanya sukar aku nak berurusan dengan Karim dan Syuk. Dua rakan seperjuangan aku sudah pun merasa wanginya helaian-helaian wang kertas di atas tilam.",
"Masa tu aku terpaksa batalkan projek pertama bersama Syuk dan Karim sebab Liana jatuh pitam di depan rumah, hampir satu lorong perumahan menghubungi aku.",
"“Bini kau dalam icu, Leman!“ Wak Kental orang pertama mencari aku di kedai tikam nasib.",
"Berkicap aku beratur menunggu giliran di kedai 4D masa tu. Kalau tak fikirkan aku tak boleh marah-marah di hari ’tikam nasib’, memang sudah ku lempang muka Wak Kental tanpa belas kasihan.",
"Kemudian menderu masuk panggilan dari Sara si penyibuk dan beberapa jiran lain. Suara Afwa dan Afiya menangis menambah serabut di kepala.",
"Tiinnnnn !!",
"Sekali lagi aku berselisih dengan lori kek tadi. Kenapa dia hon aku? Bukan aku makan jalan dia! Aku cuba mendongak melihat siapakah pemandunya?",
"Panjang leherku meninjau sampai terteleng-teleng kepala. Tapi gagal juga melihat pemandu di dalam lori. Cerminnya gelap pekat seakan cermin bilik kebal.",
"Setibanya aku di depan pagar rumah, mataku mengerling ke rumah jiran talam dua muka. Kereta MPV Muaz tiada.",
"Baguslah. Senang aku berjalan dengan tenang. Daripada disapa dengan ramah mesra oleh manusia pandai berpura-pura.",
"“Kotak apakah?“",
"Mataku tertarik dengan sebuah kotak merah di depan pintu rumah sewaku.",
"Tak pernah ada parcel singgah di rumah. Mana mungkin Liana yang tak pernah aku tinggalkan walau sekeping wang kertas akan membeli sesuatu secara 𝒐𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆.",
"Semakin dekat semakin jelas kotak merah terletak elok di atas kain lap kaki.",
"’KEK MAHAL-UNTUKMU, INSAN TERPILIH’",
"Siapa pula beli kek?",
"Ku toleh kiri dan kanan. Tiada satu pun manusia yang muncul.",
"Mungkin benarlah ini kek yang ditempah Liana sempena ulang tahun kelahirannya esok.",
"Terik matahari di luar memaksa aku berfikir sebentar. Biarkan di luar atau bawa ke dalam?",
"Ikutkan hati yang masih membengkak ini, aku biarkan sahaja kotak ni menjadi tugu di sini.",
"Berkali-kali aku mengetuk pintu, tiada respon dari dalam. Senyap dan sunyi seakan-akan hanya aku manusia yang hidup di dunia ini.",
"Tangan kiriku menolak daun pintu yang tidak berkunci. Manakala tangan kanan ku jinjing kotak yang berikat reben berwarna hitam.",
"Masuk ke dalam rumah. Benar-benar sunyi di dalamnya. Pintu kamar terbuka luas, menampakkan di dalamnya tiada sesiapa pun.",
"“Mana Afwa? Mana Afiya? Ke manakah Liana bawa budak dua tu?“ hatiku tertanya.",
"Kotak kek ku letakkan di atas meja. Telefon burukku memang terletak di atas meja juga.",
"Panggilan masuk.",
"Nama Muaz tertera. Aku biarkan ianya terdiam sendiri.",
"Satu lagi panggilan masuk. Kali ini tertera nama Syuk. Yang ini harus dijawab. Otakku memberi arahan. Pantas ku jawab panggilannya.",
"“Leman, kita 𝒄𝒂𝒏𝒄𝒆𝒍 jumpa hari ni. Port baru kita kena 𝒂𝒎𝒃𝒖𝒔𝒉 lah, adoiyaiii!“",
"Alamak! Macam mana pihak berkuasa boleh kesan tempat kami nak menurun nombor ekor? Sedangkan sebelum ni ramai keluar masuk tanpa halangan.",
"“Ada yang buat kerja tak 𝒄𝒍𝒆𝒂𝒏. Bersepah barang depan kubur. Mestilah orang repot polis. Oklah. Lain kali kita usha tempat baru.’",
"Talian diputuskan Syuk.",
"Aku masih kehilangan kata-kata. Impianku berkecai! Hatiku mula bagaikan larva yang akan memuntah sekejap lagi.",
"“Mana kau pergi? Baru kena lempang sikit dah hilang pulak kau ni!!!“",
"Tubuh Liana adalah ’𝒑𝒖𝒏𝒄𝒉𝒊𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒈’ paling sedap ku tibai. Setiap kali aku marah, setiap waktu aku lelah…tubuh itu ku pijak, ku tumbuk hingga lunyai.",
"“Sial!“ telefon ku campak ke lantai.",
"Di mana akan ku cari duit yang berkepuk-kepuk seperti Syuk? Karim sudah merasa juga. Bila giliran aku pula?",
"Dalam keadaan marah begini, perutku pula berasa lapar. Tudung saji biru hanya sebagai hiasan!",
"Sudah lama tudung saji itu tidak berkhidmat untuk keluarga kami. Meja tak pernah ada makanan seperti jiran lain.",
"Anak-anakku makannya hanya bubur nasi bersama lobak masin yang dicincang halus.",
"Liana pun jarang dapat makan, didahului anak-anak dari jeritan perutnya yang meminta diisi.",
"Harumnya bau kek!",
"Tergoda aku dengan keharuman baunya. Belum makan sudah terasa akan manisnya. Kek Liana!",
"Tersenyum sumbing aku melihat kotak merah bereben hitam di hujung siku. Persetankan anak isteriku. Perutku lebih penting dari mereka!",
"Ku buka penutup kek berbentuk bulat di depan mata. Terpampang sebiji kek coklat dihiasi buah 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒘𝒃𝒆𝒓𝒓𝒚.",
"Selera ku terbuka dengan tiba-tiba. Seumur hidupku tak pernah beli kek secantik ini. Baunya sahaja memikat seleraku.",
"Pisau pemotong kek yang melekat di atas penutup ku ambil dengan gelojoh. Tidak sabar untuk memotongnya. Biarlah aku makan separuh, separuh lagi nanti Liana makanlah dengan budak dua tu.",
"Ku p****g dengan penuh teliti, manalah tahu di dalamnya ada buah lain. Kalau bernasib baik, ada cincin emas! Kuat betul aku berangan.",
"Setelah membelah kek menjadi dua, aku p****g lagi menjadi enam. Tiga untuk aku! Hahaha…",
"Mulut ku nganga seluas luasnya. Dengan sekali ’ngap’, ianya selamat kutelan masuk ke dalam perut.",
"Kesedapannya sangat luar biasa! Ada hirisan-hirisan seperti cheese atau lelemak di dalam kek.",
"Aku menjilat jari yang melekat krim coklat. Pertama kali aku makan kek sesedap ini. Tak sabar nak makan potongan yang kedua.",
"Potongan kedua aku renung seketika, hirisan apakah berwarna pink? Tidak seperti kepingan cheese. Tapi baunya membuatkan aku tidak sabar.",
"Potongan kek kedua ku telan seperti ular sawa. Terasa seribu kemanisan di dalam mulut.",
"Kali ini seakan kasar-kasar kepingan-kepingan seperti tadi. Lebih terasa ’umphh’.",
"Waktu ini mataku mula berkedip menahan pedih. Sekejap silau sekejap kelam pandanganku.",
"Perutku mula memulas. Entah kenapa tidak selesa badanku. Peluh mula memercik dari liang romaku. Haba panas di dalam rumah mula terasa dingin.",
"Bagaikan serangga-serangga halus mula memanjat dari tapak kaki mulai ke lutut. Perasaan sejuk datang mendadak. Kini terasa amat menyesakkan nafasku.",
"Meja makan tiba-tiba bergegar seperti sedang berlaku gempa bumi. Lantai yang ku pijak pula tidak bergerak langsung. Aku pula yang terhuyung hayang tidak duduk kejap di atas kerusi.",
"Penutup kotak tadi bergerak menghampiri aku. Mataku terbuka luas melihat ada perkataan halus di bawah tulisan besar.",
"“Kek Mahal-Untuk Insan Terpilih…“",
"Menggigil-gigil bibirku membaca perkataan seterusnya.",
"“Bersama ramuan racun dan kepingan daging manusia keparat seperti kamu!!”",
"Aku menolak baki kek bersama kotaknya ke lantai. Tika ini mataku, badanku, akalku juga sudah mulai tidak terkawal.",
"Cuba bangun dari kerusi, tapi semakin banyak pula serangga kecil seperti kumbang memanjat dari kaki dan merayap ke perut.",
"Ku buka luas mulutku untuk menjerit meminta tolong. Buat pertama kalinya aku ingin memanggil Muaz jiranku yang cacat kedua kakinya.",
"Atau pun Sara isterinya yang selalu mengambil tahu apa yang berlaku pada anak-anak dan Liana. Dialah yang akan membawa anak isteriku ke klinik.",
"Tak terkira berapa kali Liana meminta bantuan dari Sara untuk bawa anak-anakku ke klinik jika mereka demam.",
"Sehinggakan Afiya turut pandai meminta bantuan Sara untuk menghantar isteriku ke klinik selepas Liana kenyang dengan sepak terajangku.",
"Kepalaku jatuh menghentak ke lantai. Beribu ekor kumbang sedang berebut-rebut menyerang aku. Berebut rebut masuk ke dalam rongga mulut, hidung dan telingaku.",
"“Arghhhh!!! Tidak!!!!”",
"“Aku..menyesal!! Lepas..kan a..ku, huarghhh…”",
"Tiada kata lain dapat kuucapkan lagi. Kumbang-kumbang hitam mula berjaya menerjah kerongkongku! Menawan diriku secara total.",
"Tidak ku sangka akan berakhir kehidupanku seteruk ini. Tanpa anak-anak dan isteri di saat aku bertarung dengan ajal. Tiada pelukan dari mereka yang aku abaikan selama ini.",
"Berilah aku peluang! Maafkanlah aku. Maafkan aku…Allah. Tiadakah peluang kedua untukku? Batinku menjerit tanpa didengari sesiapa.",
"Anak mataku mula mengecil. Tidak berdaya mengeluarkan suara sedikit pun. Seluruh jariku mengeras. Membiru.",
"Ampunkan kesalahanku, Liana. Maafkan ayah, Afiya. Ayah bersalah. Kerana tidak sayangkan kamu dan Afwa.",
"Selayaknya tempat ayah adalah di dalam neraka paling dalam.",
"Selamat Tinggal.",
"Dua jam kemudian.",
"Kami pulang dari klinik bersama Sara dan abang Muaz yang baik hati. Agak terkejut juga bila melihat kereta Leman berada di luar pagar.",
"“Terima kasih Sara dengan abang Muaz. Banyak bantu Lia dengan anak-anak.“ aku merasa malu kerana telah banyak termakan budi Sara dan suaminya jiran baik kami.",
"“Kita ni berjiran, Lia. Bukan orang asing lagi. Kalau boleh, Sara nak Lia dengan anak-anak tinggal dengan kami. Sunyi hidup kami tanpa suara budak kecil.”",
"Betapa luhurnya hati seorang jiran terhadap kami tiga beranak. Aku menjadi malu sebenarnya, di sebalik rasa malu ini…timbul perasaan terharu dan sebak yang mencengkam perasaan.",
"Tertunduk aku cuba menutup perasaan hiba ini. Ku cium dahi Afwa yang lena dalam dakapan. Mungkin penat berperang dengan perasaan takut berdepan dengan doktor yang puas memujuk di klinik tadi.",
"“Biar Sara yang",
"peluk Afwa. Lia duduklah,“ lantas Afwa bertukar tangan.",
"Aku akur kerana sedar akan kesakitan di tubuhku setelah ditampar oleh Leman.",
"Kami bertiga menerima rawatan di klinik atas ehsan duit pencen abang Muaz. Kebaikan suami isteri ini hanya Allah yang mampu membalasnya.",
"Tangan kecil Afiya dipimpin oleh Sara menuju ke pintu rumah sewa kami. Sepasang kasut milik Leman tersusun di luar.",
"“Ibu, Afiya nak main di rumah mama Sara. Boleh?“",
"Alahai anakku. Sudah ibu baca isi hatimu. Sudah tentu tidak mahu berdepan dengan ayahmu. Sebaknya hatiku memikirkan nasib malang anakku.",
"Sara tersenyum pada Afiya sambil membuka pintu.",
"“A..abang Leman?!“ jeritan Sara memaksa aku melangkah lebih laju dalam menahan kesakitan.",
"“Ayah!“ Afiya berlari masuk ke dalam rumah.",
"Tubuh ini seperti dipanah petir bila melihat tubuh Leman terbaring di atas lantai. Matanya terbeliak memandang ke atas, buih-buih putih bercampur d***h masih mengalir dari mulutnya.",
"Hampir sahaja aku terjelepuk di atas lantai bersama Afwa yang belum mengerti apa-apa. Di lantai bertaburan serbuk yang entah dari mana datangnya. Serpihan botol kaca berhampiran dengan tubuh Leman.",
"“Abang Leman dah tak ada, Lia.“",
"Longlai kaki ini mendekati sekujur tubuh yang telah membiru. Kejang seluruh badannya. Aku menangis sekuat hatiku. Kenapa begini keras dugaan hidupku?",
"“Jangan menangis, Lia. Mulai hari ni…tinggal dengan kami. Mulakan hidup baru. Mungkin Allah nak beri Lia dan anak-anak kehidupan baru,“ pujuk Sara sambil mengambil Afwa dari pelukanku.",
"“Jauh dari situ. Keluar dulu. Atas lantai tu serbuk racun!“ jerit abang Muaz dari pintu.",
"Entah bila Afiya pergi mencari abang Muaz yang dianggap seperti ayahnya selama ini. Wajah Afiya yang sedang menolak kerusi roda abang Muaz tidak menunjukkan dia sedih seperti aku.",
"“Abang rasa Leman ni m**i b***h diri. Biar polis yang siasat. Semua keluar dulu.“ abang Muaz mula menekan nombor di skrin telefonnya.",
"Tengok pada keadaan Leman, memang betul dia minum racun. Mungkinkah Leman sudah putus asa untuk teruskan kehidupan di dunia ini?",
"Atau dia lakukan itu kerana kesan dari pengambilan dadah? Bukan sekali dua dia berhalusinasi. Tak terbilang berapa kali dia berperangai pelik selepas pulang dari sarang penagih.",
"Selamat tinggal suamiku. Ini yang",
"terbaik untuk aku dan anak-anak",
"Firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 2 dan 3: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)",
"Sebuah kisah seram pendek dari Panda untuk semua.."
] | [
"Ghey betul….bini sendiri pun nak bunoh demi syuk n karim."
] |
https://fiksyenshasha.com/dobi/ | DOBI | [
"DOBI\nOLEH: SITI KHAIRUN FARAHIN AZMI, NURUL NAJIHAH TARMIZI",
"DENGAN BUMIPUTRA SAHAJA DAN HAL INI BERDASARKAN KISAH BENAR DAN SEMUA INI BERLAKU DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM DI JOHOR YANG TERKENAL\nPENGALAMAN SENDIRI.",
"Kebiasaannya, pelajar akan pergi membasuh semua pakaian harian mereka seminggu sekali kerana ingin mengurangkan kos mereka.",
"kisahnya bermula apabila Ain dan rakan sebiliknya Mira dan Ziqah ingin membasuh pakaian yang kotor tetapi jam pada masa itu menunjukkan pukul 2 pagi kerana mereka baru sahaja selesai mengulang kaji dan membuat kerja rumah. Malam itu, mereka bertiga mengheret bakul pakaian kotor, tidak mahu mengangkatnya. Jarak antara dobi dengan bilik mereka bertiga tidaklah begitu jauh cuma perlu ke koridor bertentangan dan lobi yang memisahkan antara koridor mereka dan dobi.",
"Lebih memburukkan keadaan, di sebelah blok asrama mereka adalah hutan tebal. Di blok itu memang banyak kisah seram yang berlaku tetapi mereka bertiga tidak mempedulikan apa-apa kerana mereka hanya mahu semua kerja mereka selesai sebelum mereka tidur. Dalam perjalanan ke dobi mereka seperti biasa, membuat bising sedikit kerana masing-masing mengadu tentang bakul baju kotor yang berat dimana mengandungi pakaian untuk 3 orang selama seminggu. Mereka terus menuju ke koridor sebelah untuk ke dobi.",
"Dalam pada masa yang sama mereka bertiga terpaksa melintasi tandas wanita di koridor dobi. Tiba-tiba salah seorang dari mereka sakit perut dan ingin membuang hajat yang besar di sana, kemudian hanya tinggal dua orang sahaja iaitu Ain dan Ziqah. Setibanya di dobi dan mira di dalam tandas, mereka berdua melihat jika ada mesin basuh yang kosong tetapi malangnya tiada mesin kosong tetapi mesin di situ sudah kehabisan timer untuk setiap cucian.",
"Seperti biasa, pelajar yang ingin membasuh pakaian hendaklah mengeluarkan pakaian pelajar lain yang sudah selesai didalam bakul yang sedia ada disana. Selepas selesai mengalihkan pakaian yang telah dibasuh, Ain memerhati sekeliling ruangan dobi yang penuh dengan baju penghuni asrama itu. Tiba-tiba Ain ternampak cermin tingkap bilik dobi itu seperti ada yang tidak lengkap dalam kata lainnya tingkap itu lopong tidak ada kaca. Ain tanpa berfikir apa-apa, pergi meninjau ke tingkat itu dengan lebih dekat, sambil melihat pemandangan di luar melalui tingkap yang lopong itu.",
"Kemudian, di tengah-tengah Ain menikmati pemandangan luar, tiba-tiba Ain menjerit ketakutan lalu jatuh terduduk ke lantai dobi yang agak licin dengan sisa-sisa sabun pencuci pakaian. Ziqah juga terkejut lalu bertanya kepada Ain. ” Eh! Ain kau dah kenapa ni jerit macam tu” sambil tangannya menolong Ain untuk bangun. Ain dengan ketakutan dan mengigil itu, ” Weh, jom bla dari sini cepat. Cepat lah! aku… aku… nampak cikk Pon! ” sambil menunjuk ke arah tingkap yang lopong tadi. Dengan serentak Ziqah melihat ke arah yang ditunjuk. ZZZAAAAPPPPPPP! ziqah terjatuh dan mulut dengan matanya terbuka luas. Dia tak sangka dia juga ternampak Kak Pon. sepanjang hidup dia, tidak pernah lagi melihat mahkluk itu dengan mata kasar dia lain lah Ain sememangnya hijab dia telah terbuka sejak dari zaman sekolah rendah lagi.",
"Pada mulanya Ain hanya ingat benda biasa yang mendekat di tingkap itu, tetapi malangnya bukan.Cik Pon itu menerjah lalu melekatkan kepalanya pada cermin tingkap yang berongga. Dengan perasaan takut mahluk itu menunjukan giginya yang tajam yang berlumuran d***h dan separuh wajahnya yang pucat dengan kesan robekan kulit yang amat menyeramkan dan matanya pada masa itu bewarna merah, tajam melihat mereka berdua, separuh lagi mukanya ditutupi dengan rambutnya yang Panjang yang kusut masai itu berjaya membuatkan mereka berdua tergamam.",
"Semasa Ziqah jatuh ketakutan bersama Ain, mereka tidak mampu berfikir, mereka kaku sejenak dan Ain cepat-cepat tarik tangan Ziqah berlari keluar dari dobi itu menuju ke tandas perempuan dimana kawan mereka lagi seorang iaitu Mira berada. Setibanya mereka di sana, mereka masuk ke salah satu tandas tetapi bersebelahan dengan kawannya Mira. Mira bersuara ” Eh! siapa tu?” kerana kehairanan Mira bertanya siapa yang bermain lari-lari di tandas. Ain menjawab ” Aku dengan Ziqah yang lari tadi” Mira sudah selesai lalu menekan butang flush air.",
"Mereka bertiga keluar serentak dari tandas lalu ke singki untuk membasuh muka. ” Tadi kau tak dengar kitorang jerit kan?” tanya Ziqah. Mira menggelengkan kepalanya menandakan dia sama sekali tidak dengar lalu Mira bertanya kepada mereka berdua kenapa tanya. Ain serba salah dan bercampur takut perasaanya untuk memberitahu Mira akan kejadian yang menimpa mereka sebentar tadi. Tetapi Ziqah terus aja mencelah dan menjawab pertanyaan Mira. ” Tadi wei aku dengan Ain nampak kak pon!” sambil berbisik ke Mira. Riak wajah Mira terus bertukar dari bersahaja ke sedikit takut. Ain memukul lengan Ziqah sebagai tanda melarang memberitahu Mira.",
"Tetapi sangkaan Ain meleset bahawa Mira juga penakut. Mira dengan beraninya kata, ” Tak ada apa-apa lah tu. Imaginasi korang je ni. Takpa kita pergi balik dobi settlekan dulu bahagian kita cepat-cepat. Then, kita terus cau dari situ.” Apabila Mira berkata begitu, mereka seperti tidak cukup nafas, denyutan jantung Ain dan Ziqah macam orang yang tengah berlari maraton sehinggakan kaki dan tangan mereka kesejukan. Setelah mereka bertenang, barulah mereka bertiga bergerak semula menuju ke dobi itu. Setibanya disana, mereka menyambung semula perkara yang perlu dilakukan di tempat cucian sebentar tadi.",
"Fikiran mereka sedikit tenang kerana kembalinya mereka ke dobi itu, tiada pula kelihatan mahkluk yang dilihat oleh Ain dan Ziqah. Mereka tarik nafas lega “Alhamdulilallah” ucap mereka berdua. Mereka bertiga tidak berniat untuk berada disitu lama-lama tetapi keadaan mesin basuh pula meragam sedikit. Tempat memasukkan wang ringgit mesin pula tersekat dengan wang kertas. Mereka terpaksa mengulangi semula perkara yang mereka lakukan. keluarkan pakaian pelajar lain, masukkan ke dalam bakul mereka dan masukkan pula pakaian kotor mereka lalu memasukkan sabun cucian dan pelembut baju.",
"Semasa mahu memasukkan wang kertas sebagai token dobi untuk mesin basuh mulakan cucian itu, Tiba-tiba mereka bertiga terdengar suara yang sedang bersenandung suara itu jelas sekali ditelinga mereka. “hmmmmm…. hmmm…. hmmmm…. heeee…heee…heee….” suara itu mula-mula terdengar jelas lalu sayup-sayup sahaja bunyinya. Ain dengan pantas menarik lengan Ziqah dan Mira yang terdiam seketika tadi sambil berkata ” korang, kita kena gerak sekarang juga sebab orang tua-tua kata kalau dengar suara sayup-sayup ni, benda ni makin dekat! dah… dahh jom keluar!” teriak Ain kepada mereka lalu bergegas terus keluar dan berlari sekuat hati menuju ke bilik mereka.",
"Dalam hati mereka hanya mahu cepat sampai sahaja dan mereka berharap tidak ada ganguan lain sepanjang perjalanan mereka ke bilik asrama. Sampainya dibilik, mereke mengucap Alhamdulilallah tanda bersyukur kerana tidak ada apa-apa halangan. Mereka terus mempersiapkan diri mereka untuk tidur kerana hari pun dah lewat malam semakin mahu melabuhkan tirainya.",
"Cerita itu tidak dipanjangkan kerana mereka terus tidur. Anda pasti cerita itu berakhir di sana, bukan? tetapi sebenarnya tidak, mahluk yang mengganggu Ain dan rakannya di dobi telah muncul dalam mimpi Ain pada malam itu.",
"Ain bermimpi dia sedang berlari seperti seseorang telah mengejarnya tanpa menoleh kebelakang Ain terus berlari kerana ditempat itu gelap gelita. Terdetik di hati Ain semasa berlari Ain gagahkan dirinya untuk menoleh sedikit kebelakang untuk melihat siapa yang mengejarnya dari tadi. Alangkah terkejutnya Ain melihat satu susuk tubuh yang berterbangan jauh sedikit dibelakangnya, dalam hati Ain bermonolog sendiri ‘ akuuu… akuu… kenal dia. Diaaa lahhh pontianak yang aku lihat tadi di dobi! ‘ Ain lari laju sekuat yang boleh tetapi mahluk itu tetap mengejarnya. Ain sudah penat berlari dengan perasaan yang bercampur baur. Mahu menangis, takut, marah, sedih, segala perasaan yang timbul membuatkan Ain mahu berhenti berlari. Tetapi apakan daya, mahu menyebut dan mengingati satu potongan ayat al-Quran pun dia tidak mampu! Dia bukan tidak mahu mencuba tetapi memang tidak boleh mengingati dan menyebut kalimah Allah pada masa itu.",
"Tengah berlari, Ain hanya berharap ada manusia lain yang selamat kan dia kerana dia tidak mampu berlari lagi. Kepenatan yang Ain alami terjadi kerana dia tidak boleh berhenti berlari seolah-olah kakinya telah diprogramkan untuk berlari sahaja.",
"Dan tanpa disedari oleh Ain itu hanyalah sebuah mimpi. Menjadi luar biasanya pula apabila perkara yang dilakukan didalam mimpi terjadi juga didalam dunia nyata, Ain sudah pun berlari dengan matanya yang tertutup (separa sedar) kerana salah seorang kawannya iaitu Mira terjaga akan tindakan Ain itu tadi. Dengan perasaan yang tertanya-tanya dan juga bimbang akan Ain, Mira telah pun mengejut kawan-kawan yang lain tetapi pada masa itu hanya ziqah seorang yang terjaga dari tidur. Mira dan Ziqah bergegas mengikut Ain yang tadi tidur bersama mereka lalu terus berdiri dan berlari ke tandas sambil menangis.",
"Tanpa melengahkan masa, mereka berdua terus mengikuti Ain yang sedang menuju ke bilik air dan mereka memeriksa semua pintu tandas satu per satu dan akhirnya Ain ditemui di bilik mandi yang paip pancurannya sudah rosak di hujung sekali. Ekspresi wajah mereka yang ketakutan dan bingung itu ketika melihat keadaan Ain yang mengigil sambil mengigit kuku dengan tangisan yang mendayu, tanpa membuang masa Mira dan Ziqah terus memeluk Ain dan cuba menenangkan Ain. Semasa sedang memujuk Ain, lampu-lampu dan semua pintu tandas yang ada membuat bunyian ‘PPPAANGGG PPAAANGG PPPANGG’ seperti ada orang yang sedang menghempas pintu tetapi bukan sekali ianya berkali-kali dan mereka percaya bahawa itu bukan kerja manusia tetapi sebaliknya.",
"Mereka bertiga menjerit meminta tolong sambil menangis dan juga membaca surah ayatul kursi dan juga beberapa potongan ayat al-Quran tetapi gangguan yang mereka alami tidak hilang sehingga azan subuh berkumandang barulah keadaan didalam tandas itu sedikit tenang dan mula dipenuhi dengan pelajar perempuan yang mahu mengambil wudhuk. Mereka bertiga keluar dari bilik air itu dengan segera kerana tidak mahu menimbulkan syak wasangka dari pelajar lain.",
"Kejadian ini tidak pernah dipanjangkan ke pengetahuan pihak warden kolej kerana keadan masih terkawal dan atas pihak Ain juga tidak mahu kecoh. Dari insiden itu, Ain dan kawankawannya tidak lagi ke dobi pada waktu malam."
] | [
"ada exp camni gak.. sumpah lembik kaki. depan2 mata pocong lompat but dia stucked depan kita sb kat belakang kita ada lagi sekor jerangkung. depan belakang terancam. x pengsan, jerit kuat2 sambil baca Qursi.."
] |
https://fiksyenshasha.com/kisah-misteri-kejadian-yang-tidak-ku-sangka/ | KISAH MISTERI – KEJADIAN YANG TIDAK KU SANGKA | [
"Nama aku Halim(Bukan nama sebenar), dan aku tinggal di Putrajaya bersama-sama dengan keluargaku. Perkara-perkara mistik ini bukan semua orang pernah lalui. Ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Sememangnya, makhluk halus ini harus kita percaya kerana ia juga merupakan makhluk ciptaan Allah cuma kita tidak boleh terlalu taksub sehingga mensyirikkan Allah kerana lebih takut dengan makhluk ciptaannya daripada dia.",
"Aku sudah biasa dengan perkara macam ni. Alhamdulillah, sekarang dah tak ada gangguan lagi. Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah kisah benar mengenai diri aku. Kisah ini adalah untuk kita ambil iktibar supaya sentiasa ingat pada Allah pada setiap masa dan bukan pada masa yang kita susah sahaja. Kisah ini berlaku pada tahun 2017.",
"Kisah ini bermula begini… Pada suatu hari, aku ingin menghantar adikku pulang ke rumahnya yang terletak di Ampang. Perjalan dari Putrajaya untuk ke Ampang bagi aku agak jauh juga la. Yalah, jarang-jarang ke situ kan, memang dirasakan jauh la.",
"Apabila tugasku untuk menghantar adikku pulang ke rumahnya selesai, aku pula bergegas untuk pulang ke rumahku. Sambil aku asyik membawa kereta Proton Perdana berjenama Malaysia ku itu, aku tersedar bahawa aku sedang melalui jalan raya yang gelap, sunyi, tiada kereta dan dikelilingi hutan yang tebal😟😟. Aku tidak menghiraukan apa yang berlaku di luar.",
"Tiba-tiba, keretaku berhenti. Betapa aku tidak sedar bahawa keretaku sudah kehabisan minyak. Aku cuba untuk memesan grab melalui telefon pintarku. Bar line di telefon aku menunjukkan tiada coverage. Aku cuba keluar dari kereta dan berjalan beberapa meter dari kereta untuk mendapatkan coverage. Akhirnya aku berjaya memesan grab🚖.",
"Apabila grab itu sampai di lokasi aku sekarang, aku terus menyuruh pemandu grab itu menuju ke stesen minyak yang berdekatan kawasan itu. Setibanya aku di stesen minyak shell, aku membeli sebotol minyak petrol sebagai syarat untuk sampai ke rumahku. Setelah selesai tugas pemandu grab itu membawa aku pergi ke lokasi dimana kereta aku berada, dia terus beredar meninggalkanku. Aku meneruskan niatku untuk mengisi minyak yang sudah ku beli di stesen minyak tadi.",
"Ketika aku ingin membuka tempat mengisi minyak itu, aku berbicara di dalam hati “Eh, silap aku tak suruh grab tu tunggu tadi!”😅😅😅. Tapi, Allah menentukan segalanya. agak susah untuk aku buka tempat minyak itu seorang diri. Tetapi akhirnya aku berjaya untuk membukanya.😆😆",
"Dalam keasyikan aku mengisi minyak tiba-tiba satu kelibat putih💀💀sedang berdiri di belakangku. Aku dapat merasakan sesuatu yang sedang memanggilku.”hoooi, hooooi”. Aku tidak menghiraukan suara itu. Kini, makhluk ini cuba untuk menunjukkan dirinya dihadapanku, aku membentak dengan berkata ” HOI, PERGI JANGAN KACAU AKU”! Kelibat itu terus hilang dalam beberapa saat kemudian.",
"Setelah aku selesai mengisi minyak, aku terus masuk ke dalam kereta 🚙dan bergerak menuju ke rumahku. Sedang aku memandu, aku dapat melihat samar-samar sambil aku memandang👀 tar jalan di dalam cermin pandang belakang seperti ada susuk tubuh yang sedang berada di tempat duduk belakang keretaku.🚙 Perkara yang sama berulang kali.",
"Setelah perkara ini berlaku berulang kali, akhirnya kesabaran aku mula hilang. Di tengah-tengah jalan, aku memberhentikan kenderaan aku dan aku membuka tingkap. “HANG KELUAQ SEKAGHANG DAGHI GHETA AKU”! jerkah aku. Kemudian, aku meneruskan perjalananku dengan membaca ayat kursi dan tiga qul.",
"Setibanya aku di rumah🏠, aku terus duduk di beranda rumah sambil memikirkan perkara yang terjadi tadi…",
"Semoga dapat dijadikan iktibar buat kita semua."
] | [
"Hrmm poyo.",
"tibehhh aku baca pun lepas baca terus memikirkan apa benda yang aku baca ni",
"Macam baca citer komedi ghey…best"
] |
https://fiksyenshasha.com/pengenalan-dari-mereka/ | Pengenalan dari ‘Mereka’ | [
"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Aku Ris baru saja mula membaca kisah-kisah dalam fiksyen shasha ni taksub sangat membaca lepas satu, satu aku baca sampai termimpi- mimpi haha. Baru harini aku rasa macam terpanggil nak bercerita kisah yang pernah aku alami, mintak maaf la kalau tak begitu menyeramkan. Kalau kisah ini di siarkan, terima kasih banyak-banyak buat admin.\nKisah aku ada dua cerita pendek je, okay jom mula.",
"KISAH 1\nAku memang sejak dari kecil menetap di tanah kelapa sawit, faham la kan bila aku sebut kelapa sawit maksudnya tanah rancangan. Perumahan kami sangat dekat dengan jiran-jiran, rumah aku sendiri pun berada di tengah-tengah, belakang, depan tepi semua ada jiran dan tk jauh pun 7 hingga 10 langkah je dh sampai rumah jiran sebelah. Jadi hubungan kami pun sangat-sangat rapat dah mcm sedara mara.",
"Nak dijadikan cerita satu hari tu aku baru je balik dari kampus, dalam kereta aku tgk laa kat tingkap, aku nampak jiran sebelah aku tu tengah sapu sampah, awal lagi masatu jam 3 petang tak silap. Aku pun tengok jela dia tkde la nk syak apa-apa biasala orang sapu sampah kat luar, dalam masa yang sama jiran aku pun pandang aku dia tengok je aku dalam kereta sampai kereta masuk halaman rumah aku. Aku pun senyum jela tapi aku perasan dia tak pakai tudung pun dia ikat rambut , pandang aku sambil pegang penyapu. Tapi siapala aku nak judge dia kan hahahh.",
"Dah masuk rumah aku borak-borak dengan mak aku dan aku cakap ‘Cik Senah rajin duk sapu sampah panas-panas ni, tadi balik nampak dia’ terus mak aku buat muka pelik, dia kata cik senah dh sebulan duduk rumah anak dia sebab dia tak sihat. Aku dah melopong, aik tengah hari macamni boleh pulak ‘dia’ main-main dengan aku . Tapi sampai sekarang walaupun dah 5 tahun berlalu aku ingat muka dia masa pandang aku tu memang sebiji macam jiran aku, dah la pandang tepat mata aku aihh seram pulak aku rasa kalau teringat.",
"KISAH 2\nCerita yang kedua ni berlaku masa aku di tingkatan 6, 5 tahun lalu jugak. Macam biasa kalau duduk asrama, solat memang wajib berjemaah kat surau. Satu hari tu aku tak boleh solat, ABC. Tinggal la aku dalam dorm sorang-sorang. Dorm aku ni jenis yang panjang bukan lebar, kami duduk 14 orang semuanya. Aku duduk jela kat meja tulis yang ada dalam bilik tu, meja tu ade betul-betul sebelah pintu masuk dorm. sambal tunggu waktu prep lepas semua selesai solat isyak aku buat la ulang kaji sikit dan aku toleh ke tepi rasa macam membazir pulak bukak semua lampu padahal aku sorang je, so aku bangun tutup lampu yg bahagian belakang tu aku biar yang depan je tempat aku duduk tu.",
"Dalam senyap sunyi tu aku dengar macam orang panggil-panggil nama aku daripada locker hujung sekali. Slow je suara tu macam berbisik, aku toleh tkde siapa pun. Sampai 3 kali dia panggil aku , jantung aku macam dh nak tercabut dh rasanya tapi aku buat-buat macam tk ada apa, dengan muka steady aku bangun sambil nyanyi-nyanyi pergi bukak balik semua lampu. Aku tutup buku dan pergi ke locker aku untuk acah-acah kemas locker sambil nyanyi dengan harapan cepatla kawan-kawan aku balik daripada surau.",
"Tak lama lepastu diorang pun balik, legaaa aku rasa. Sejak daripada tu kalau aku tinggal sorang je aku akan pergi menziarah dorm adik-adik junior untuk beramah mesra hahahah padahal sebab penakut. Itulah pengalaman aku sebagai pengenalan dari mereka mungkin sekadar memberitahu bahawa mereka wujud. Alhamdulilah aku dapat tamatkan tingkatan 6 dan melanjutkan pelajaran ke Universiti awam di utara dan sekarang tengah intern di Selangor. Terima kasih pada semua yang sudi membaca."
] | [
"CERITA TAIK!!!! ADMIN TOLONG JGN JADI TAIK MACAM AUTHOR NI OK!!!!!",
"Dari",
"Zul kajang original"
] |
https://fiksyenshasha.com/tajuk-kelibat/ | Tajuk : kelibat | [
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca fiksyen shasha,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekiranya cerita saya akan diterbitkan.Saya ingin menceritakan kisah hidup yang saya alami selama 2 tahun ini dan ingin memudahkan para pembaca memahami jalan cerita ,saya mengelarkan diri saya sebagai “Aku”.",
"Aku merupakan seorang pelajar tingkatan 4 sewaktu itu dan aku juga bersekolah dikawasan ibu kota iaitu Kuala Lumpur dan tidak perlu aku sebut dimana lokasi sekolahku. Aku seorang yang fanatik kepada bangunan yang telah lama dibina bagi aku ia terlalu unik dan cantik,aku juga sering berkunjung ke pelbagai muzium yang ada disekitar ibu kota ini. Aku juga suka mendengar kisah kisah seram yang ada sampailah suatu hari aku terkena gangguan yang membuatkan diri aku sentiasa murung dan jauh daripada manusia.",
"Pada waktu itu aku berumur 16 tahun pelbagai kejadian aneh mula berlaku kerana diri aku sendiri. Aku sering membuat kerja rumah dan melepak dibelakang rumah sehingga waktu senja kerana angin yang nyaman seperti dikampung , tapi tanpa ku sangka ada entiti yang sentiasa memerhatikan pergerakan aku.",
"Ketika aku berada disekolah aku sentiasa ceria dan tidak murung tetapi bila aku pulang ke rumah, aku sentiasa murung dan sering bercakap seorang diri seperti aku berkomunikasi dengan sesuatu yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar manusia. Dikala maghrib aku seperti orang yang berhalusinasi, aku akan nampak kelibat seorang ”nenek”, diri aku seperti bukan diri aku yang sebenar aku cepat marah dan tak nak bercakap dengan orang yang berada disekelilingku termasuklah keluargaku sendiri.",
"Aku kadang kadang menjadi orang yang kurang ajar, aku tidak sedar langsung akan perbuatan aku yang boleh menyinggung perasaan kedua orang tuaku. Hati aku memberontak tetapi aku seperti dikawal untuk menjadi orang yang sentiasa berfikiran negatif.",
"Aku masih ingat kejadian ini, pada waktu maghrib aku masuk ke bilik kakak sulung ku untuk mengambil barang tiba tiba aku terdengar bunyi suara orang memanggilku teramatlah sayu bila aku menoleh kak ngah berada dibelakangku dan ia membuatkan aku terkejut sehingga aku menjerit sebab aku nampak kelibat nenek dibelakangnya sedang tersenyum kepadaku.",
"Sampailah pada hari tersebut, waktu itu cuti akhir tahun jadi aku membuat kerja sekolah yang telah ditugaskan oleh guru bahasa melayu ku ,pada waktu maghrib aku ternampak suatu bayang hitam yang berlari depan bilik aku, start dari situ aku dah mula menangis aku memberi isyarat kepada kak ngah ku yang berada diatas katil agar dia menutup mulut, selepas melihat tingkah laku aku , kak ngah bangun dan berlari memanggil ibuku yang sedang solat dibilik sebelah, pada waktu itu aku merasa sayu sangat aku menangis tak henti henti dan aku berasa sedih.",
"Ibuku telah pergi ke rumah jiran kami,jiran kami boleh dikatakan mempunyai deria keenam yang boleh melihat entiti tersebut. Aku gelarkan jiran aku ”pakcik”, pakcik telah datang melihatku dan dia merenung ke arah diriku seperti dapat merasa sesuatu,aku tetap menangis disitu kerana aku berasa sedih dan pakcik tersebut menyuruh ibuku membawaku umtuk pergi berubat dengan rakannya.",
"Sewaktu didalam kereta aku berasa elok dan tidak menangis aku rasa seperti diriku yang lama aku juga sempat bergurau senda dengan adik beradik ku yang lain, setibanya kami dirumah perawat tersebut tiada apa yang berlaku cuma perawat itu hanya tanya aku dimanakah nenek itu berada? adakah masih ada dikawasan rumah? aku menjawab satu persatu soalan yang ditanya oleh perawat tersebut.",
"Perawat itu pesan kepada ahli keluarga aku, yang aku ni senang didampingi oleh makhluk seperti itu kerana aku sering keseorangan dan sentiasa berasa kosong di dalam diri sehingga makhluk seperti itu datang untuk berkawan. Perawat itu juga berkata nenek itu suka akan rambut aku yang panjang, selepas mendengar apa yang perawat itu kata kakak ku telah memotong rambut ku sehingga pendek pada keesokkan harinya hm sedih betul. Selain itu, perawat itu kata dia tidak boleh menghalau nenek dari kawasan itu kerana nenek itu telah lama duduk disitu, jadi kami hanya mengambil insiatif untuk memagar kawasan rumah dan tidak pergi ke belakang rumah ketika senja atau tengah malam. Semangat ku telah pulih kembali seperti dahulu, keluarga aku pun nampak perubahan yang berada dalam diri aku setelah aku pergi berubat.",
"P/S:aku terdengar suara orang memanggil aku seperti psst psst digelanggang bola baling yang gelap disebuah pusat beli belah yang lama adakah itu petanda yang aku bakal kembali seperti 2 tahun yang lalu?hehehehe.."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/hijab-4/ | Hijab | [
"Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, nama aku Natalia Coconova Susan (aku pinjam nama Australia sajad jap). aku nak bercerita beberapa kisah mistik yang aku dan family kecil aku pernah hadapi. Aku dah berkahwin, suami aku mualaf, kami dikurniakan anak lelaki seorang. Apa yang menariknya keluarga aku ni ialah suami dan anak aku ni ada keistimewaan yang aku tak ada, diorang ni boleh nampak benda ghaib. Yup,hijab diorang terbuka.",
"Aku pulak pada awalnye tak berapa percaya sangat hantu-hantu ni, sebab aku tak pernah nampak, sampailah aku tukar kerja bahagian perhotelan, so dari situ baru aku tahu, benda-benda ghaib ni tak akan bagi kita nampak dia kecuali pada orang-orang yang terpilih.",
"Selama aku kerja dalam sektor perhotelan,aku tak pernah nampak pun benda-benda ni menjelma, Cuma gangguan dari bunyi, barang bergerak sendiri, pintu tertutup sendiri dan banyak lagi, tapi aku tak pernah nampak rupa bentuk diorang.",
"Suami aku ni pulak dia boleh nampak kelibat berupa bayang hitam, atau penunggu yang nak menampakkan rupa mereka, contoh ada 1 kali tu, aku dengan dia driving ke tempat kerja, tiba-tiba sampai satu selekoh tu dia macam mengelak terkejut, yang faham tu fahamlah kan macam mana gayanya, then aku tanyalah kenapa, dia kata ada 3 bayang hitam duduk mencangkung kat tepi jalan macam kebingungan, suami aku gambarkan bayang hitam ni biasa memang tak ada rupa lah, Cuma fizikal bayang tu macam manusia. So dia minta aku google kalau ada kemalangan di kawasan tu, aku google memang ada weh, kemalangan maut yang meragut 3 pemuda Chinese sehari sebelum kami lalu di situ.",
"Bayang hitam lain yang suami aku pernah nampak ialah sewaktu kami ke pantai, masa tu dah maghrib, suami aku tengah berlatih lempar jala ikan kat pantai, aku pulak temankan dia duduk kat tepi sambil mesej ngan mak aku. Then tiba-tiba dia jerit-jerit kat aku, tapi aku tak dengar apa yang dia cakap, sebab bunyi ombak kuat kan.",
"Tak lama lepas tu dia datang kat aku, tanya ada nampak bola lalu tak depan aku tadi, aku cakap mana ada. Takkanlah bola sebesar tu aku tak nampak, dia kata lagi bola tu bergerak slow dan steady je sampai tepat berhenti sebelah aku. Aku diamkan je dan mengajak dia ke kereta,ambil wudhu’ then solat kat sebelah kereta. Selesai solat kami baca ayat kursi, barulah bayang hitam tu menjelma di bawah pokok pandan laut, fizikal seakan budak-budak leka bermain bola. Kami tinggalkan Pantai dan beralih ke pantai lain Tiada gangguan di pantai baru.",
"Cerita lain, waktu kami turun dari cameron melalui laluan Tapah, waktu tu dalam pukul 4pm lebih macam tu, tiba 1 selekoh tu,anak aku menunjuk-nunjuk jari arah selekoh tu sambil tengok muka aku, anak aku ni belum lancar bercakap lagi, tapi ada la perkataan jelas dia boleh sebut, masa dia tunjuk tu, suami aku cakap macam ni kat dia “Adik nampak? , Biarkan dia”. Aku tanyalah apa yang diorang nampak tu, suami aku gambarkan la, dia nampak 1 makhluk separuh badan, rambut besar menggerbang kusut masai, mata bulat besar. Aku tanya benda apa tu? Dia kata tak sure, sebab tak pernah nampak sebelum ni, then dia berdiri tu pun dekat kawasan hutan, kemungkinan penunggu kawasan lah.",
"Cerita lain lagi, Actually aku baru berpindah rumah ke Pahang, rumah yang aku sewa ni lama tak berpenghuni, menurut Tuan rumah ni, kami adalah penyewa pertama dia dan dia pun tak duduk rumah ni dari awal beli rumah tu sebab dia kerja di Putrajaya.",
"Hari pertama tinggal tu ada 2 ekor pepatung masuk rumah tu, sekor warna putih, sekor lagi warna hitam, dua-dua kami lepaskan je, then pagi nya pula ada lipan bawah toto tempat adik aku tidur, padahal bilik tengah tu, tak ada bilik air dan tingkap pun terkunci rapat. So kami pun lepaskan juga, hari kedua pulak, lepas maghrib tu rumah bau busuk tengik, macam bau telur tembelang, aku dengan suami berpandangan jela. Selagi tak kacau anak kami then kami abaikan je.",
"Hari ketiga pulak, pisau masak aku hilang, aku cari 1 dapur, rak yang biasa aku letak pun tiada, pastu mak aku pun datang tolong cari, dekat rak yang sama tu pun mak aku cari juga, last-last bapak aku yang tiba-tiba datang tanya kami, kami ni mencari apa?, Aku pun jawablah tengah cari pisau masak, bapak aku tunjuk kat rak yang sama aku dengan mak aku cari tu, pisau tu terletak elok je weh, mean kau guna mata kasar pun dah boleh nampak, xpayah belek-belek pun.",
"Gangguan lain macam aku dengar lempar tanah kat bumbung rumah, malam tu memang aku susah tidur lah, dengan keadaan rumah yang panas bagai, esoknya mak aku belikan garam kasar dengan lada hitam, dia bacakan ayat-ayat, malam lepas maghrib tu bapak and suami aku tabur keliling kawasan rumah, selepas malam tu tak ada dah gangguan pelik. Cuma aku masih terasa ada lah.",
"Sebab ada 1 malam tu waktu lepas maghrib,aku mengaji Al-Quran, surah Al-Baqarah, masa tu aku sorang kat rumah, suami aku kerja dan biasa balik malam, anak aku pulak waktu tu, mak aku bawa balik kampung kat Johor, so tengah khusyuk membaca, sampai 1 ayat ni, aku tak ingat ayat mana, tiba-tiba ada kertas terbang sentuh belakang aku, istighfar aku masa tu sebab terkejut, impak sehelai kertas terbang entah dari mana dan jatuh ke lantai tu menghasilkan bunyi seakan barang yang berat jatuh. Aku pun hentikan bacaan aku, buka semua lampu dalam rumah, mesej kat suami aku surih dia balik segera.",
"Bukan itu je weh, ada 1 maghrib tu, aku tinggalkan anak aku di bilik,aku pulak ke toilet ambil wudhu’, keluar je dari toilet, anak aku cakap macam ni “bibu bibu, cong” sambil tunjuk kat luar runah kawasan jalan. Waktu tu aku faham apa yang dia cuba tunjuk, tapi aku ngeri weh, jadi aku buat-buat tak layan anak aku, tapi sekali lagi dia cakap kat aku “Bibu Cong.. Cong” sambil melompat-lompat. Waktu ni aku stress dah, aku pakai telekung,ambil sejadah, aku jerit kuat-kuat Auzubillah Minasyaitan Nirajeem terus aku solat maghrib. Anak aku tahu nama benda tu sebab tengok kat youtube atok dia, ada video prank gunakan benda tu,so dia kenal la, seumur hidup dia, itulah first time dia sebut nama spesis tu, kalau spesis lain dia tak kenal nama lagi, kalau kenal habis semua ditegur dia.",
"Contoh macam 1 malam tu, suami aku,adik dengan bapak aku keluar pergi mancing ikan, diorang balik lewat malam,dalam pukul 1am lebih, anak aku ni tak tidur lagi, biasa kalau diorang keluar,mak aku pesan siap-siap sediakan air baldi kat luar untuk basuh muka dan kaki, tapi malam tu diorang tak sediakan, jadinya selamber jela dorang masuk tak basuh kaki, yang suami aku ni lagilah, dah masuk dibiarkannye pintu sliding utama terbuka.",
"Malam tu aku dengan anak aku tidur kat ruang tamu,sebab bilik kami bahang panas, jadinye lepas diorang masuk tu akan melintas tempat aku tidur, diorang ni masuk terus ke bilik untuk mandi. Waktu tu aku tengah tepuk-tepuk anak aku,nak bagi dia tidur, dia pulak terkebil-kebil tengok kat 1 sudut bedekatan dengan pintu utama, lama dia tenung, aku waktu tu tak fikir apa pun,then macam ada angin tiup sampaikan langsir yang tutup sliding door tu bergoyang,anak aku tiba-tiba bangun berlari ke pintu, sambil tengok arah luar, then berlari balik kat aku sambil tutup muka. Cepat-cepat aku bangun tutup pintu sambil baca kursi, 3 kul, aku tiup kat anak aku, tak lama tu baru dia tidur. So yang ni spesis yang dia tak tahu nama, jadi dia tak akan sebut atau bagitahu aku.",
"Antara banyak-banyak spesis, anak aku takut 1 spesis ni je, biasa kalau nampak spesis ni,dia akan demam. First yang dia nampak spesis ni, waktu kami nak ke Danga Bay, kami salah masuk 1 jalan, kami termasuk lorong perumahan yang depan Istana tu, aku malas nak bising perangai laki aku ni, dia ni jenis tak fikir panjang punya pattern, dia boleh pulak Uturn dekat 1 rumah kosong ni, rumah teres ala banglo tu, nampak buruk dan uzur dari luar, waktu tu anak aku diam je weh, tergamam ke apa aku pun tak tahu, suami aku ni pulak dia macam kelam kabut waktu tu, reverse kereta keluar dari kawasan halaman rumah tu.",
"Dah jauh dari rumah tu, baru suami aku ni bukak cerita, dia kata waktu kereta kami masuk je halaman rumah tu, ada makhluk besar hitam, mata merah keluar dari rumah tu seakan marah kami masuk kawasan rumah tu anak aku sepanjang jalan tu diam je, sampai rumah, dia demam, demam yang agak panas. 2 hari jugak lah nak elok. Kali kedua dia nampak, ialah semalam 27 October, minggu ni anak aku tinggal kat kampung, memang begitulah kebiasaannye cucu kesayangan, mak aku minta nak bawa dia balik 2 minggu, lepas 2 minggu turn aku pulak jaga.",
"So semalam mak aku call bagitahu anak aku demam meracau-racau, menangis mak aku sebab kali pertama cucu demam meracau-racau minta tolong nenek dengan atok dia, dan aku pun tak pernah tengok anak aku meracau macam tu. Dia keraskan badan dia, mata tengok ke arah atas,sambil jerit “nenek tolong, atok tolong” .. mak aku sapu minyak kasturi kat kening anak aku sambil baca ayat-ayat.",
"Tak lama lepas tu anak aku okay, tapi meracau lagi waktu pagi subuh, demam dah kebah tapi dia meracau lagi, demam kalini pun anak aku betul-betul lemah badan, biasa kalau demam macam mana pun,dia masih aktif bermain, tapi kali ni betul-betul badan dia lemah,dah bawa ke klinik, doktor bagi ubat demam, lepas demam dah kebah, mak aku bawa jumpa makcik aku pulak, urut dan minta nasihat, sebab makcik aku ni pandai mengubat orang.",
"So nak jadi cerita, makcik aku tanya mak aku, ada bawa cucu pergi mana-mana kedai tak sebelum dia demam tu, mak aku kata ada, kat 1 kedai runcit ni, mak aku biarkan anak aku sendiri pilih barang jajan yang dia nak,sementara mak aku pilih-pilih barang basah, lepas letak barang kat kaunter, anak aku ni tak datang kaunter, hilang. Mak aku cari-cari rupanya anak aku tu terduduk melunjur kaki antara rak barang. Muka dia basah, sebab nangis. Yang peliknye, anak aku ni sejenis yang nangis mesti terjerit-jerit, tapi kalini dia nangis sendiri-sendiri, mak aku ingatkan cashier tu marah cucu dia,dia terus lah keluar dari kedai tu, masa tu anak aku dah nampak lemah, nak happykan dia, mak aku singgah pulak kedai yang biasa mak aku bawa dia belikan mainan, tak macam kebiasaan, tangan dia mesti penuh mainan, tapi kalini ambil bola kecik sambil sujud kat lantai. Mak aku terkejut tengok dia sujud macam tu, terus ditanya adik kenapa, didukung terus balik ke rumah.",
"Sepanjang perjalanan tu anak aku menongkat kepala dia, macam lemah sangat. Malam tulah dia start meracau. So makcik aku kata gangguan datang dari kedai yang dia menangis sendiri tu.mak aku tanya gangguan apa?, Makcik aku tak jawab. So aku simpulkan anak aku ni disergah makhluk Pelaris kedai tu. Aku google pelaris ni, ada yang menggambarkan makhluk pelaris ni besar, seakan monyet. So dah betul lah tu,anak aku memang takut makhluk yang besar-besar ni, kalau spesis lain dia tak takut. Tambahan lagi ada bekas lebam di kedua belah kaki anak aku. Mungkin kakinya ditahan oleh makhluk tu, so tak peliklah kenapa anak aku tak berlari ke arah mak aku waktu kejadian.",
"Harini mak aku bagitahu keadaan anak aku dah normal, aktif dan dah bermain macam biasa Alhamdulillah. Tapi disebabkan kejadian ni,aku kena cari ikhtiar untuk tutup hijab anak aku, Di kesempatan ini, aku nak minta jasa baik korang,siapa-siapa yang tahu kat mana aku boleh jumpa Ustaz yang pandai tutup hijab mata area Pahang dan Johor , minta tolong sharekan aku lokasi atau nombor telefon. Terima Kasih. Kalau ada yang nak dengar cerita aku lagi, next time aku send cerita lagi disini. Assalamualaikum."
] | [
"Menarik…\nCerita la lagi Yek…",
"terbaik..nanti sambung lagi"
] |
https://fiksyenshasha.com/abang-saya-rasa-saya-tertinggal/ | “Abang…saya rasa saya tertinggal…” | [
"“Abang…saya rasa saya tertinggal…”",
"Aku menoleh memandang isteriku. Terus terbit rasa takut di wajahnya. Mungkin kerana pandangan mataku yang keras, mulutku yang menunjukkan gigi, dan tanganku yang pantas mencekak pinggang.",
"“Apa ni sayang…tinggal 10 minit lagi nak checkout..”",
"Isteriku melemparkan senyumannya yang manis. Mendengar nada suaraku yang masih rendah membuatkan dia merasakan yang api marahku masih boleh dipadamkan.",
"Jujurnya, api marahku ketika itu sudahpun marak menyala. Tapi, memandangkan yang ketika itu kami sedang berada di lobi hotel, aku terpaksa merendahkan nada suaraku.",
"“Tolong bang, ambilkan kejap. Baju kotor, tertinggal di atas meja.”",
"Aku mengeluh keras. Ingin sahaja aku melancarkan butir-butir bebelan pada isteriku. Tapi aku juga sedar yang membebel tak akan membawa ke mana. Masa tetap terus berjalan. Kalau terlambat check-out, melayanglah duit dalam dompet.",
"“Hm, yelah. Tunggu sini kejap,” tuturku, tanpa menoleh. Tak sempat aku melihat sengih isteriku yang nampak seperti kerang busuk. Aku meluru ke arah lif, lalu menekan butang ke tingkat 13.",
"Sebaik sahaja sampai ke tingkat aku, aku terus berlari-lari anak menuju ke bilikku. Bilik 1304. Sempat aku menjeling pada jam. 5 minit sudahpun berlalu. Hanya tinggal 5 minit sahaja lagi sebelum menjelang pukul 12. Ketika itu, aku mula mencari ayat untuk dinyatakan pada resepsi. Masih terngiang-ngiang lagi pesanan perempuan di kaunter semalam.",
"“Encik, sini waktu checkout pukul 12 tepat eh.”",
"“12 tepat? Kalau terlewat macam mana?” Aku yang sedang hanyut dalam keasyikan percutian berseloroh.",
"“Kalau terlewat ada extra charge, separuh hari.”",
"“Ui! Kalau terlewat seminit pun tak boleh ke?”",
"Perempuan itu tak menjawab. Sebaliknya hanya menawarkan senyuman yang hambar. Bagiku, bentuk senyuman itu sudah cukup sebagai jawapan buatku.",
"Jadi, apabila aku sedang berdiri di depan bilikku, aku kaku sebentar. Kad bilik yang masih berada di tanganku bagaikan tergantung sebentar.",
"“Masih boleh pakai ke kad ni?” fikirku. Aku takut, bila jam sudahpun mencecah pukul 12. Kad aku akan dimatikan, dan bilik aku tak boleh dimasuki. Maka terbiarlah beg baju kotor yang isteri aku tinggalkan tadi. Di mana tersimpannya bukan sahaja baju isteriku, malah baju aku sendiri.",
"“Ah, fikir pun tak guna,” tuturku sendirian. Bergema suaraku dalam ruang koridor yang sunyi. Sehingga mengundang tolehan pekerja hotel yang berada di hujung koridor.",
"“Nak ambil barang jap bang, isteri tertinggal tadi,” tuturku, tanpa dipinta. Pekerja hotel itu yang merupakan seorang lelaki tua tak menjawab, sebaliknya hanya meneruskan kerjanya. Menolak troli yang penuh dengan tuala, selimut dan perkakasan buat tetamu, dari satu bilik ke bilik yang lain.",
"Aku hanya mengangkat bahu, lalu terus mengimbas kad aku pada pintu. Bunyi “ting” dan lampu yang menyala hijau memberikan kelegaan padaku. Pantas aku membuka pintu, walaupun menyedari yang jam sudahpun mencecah pukul 12. Aku terus masuk ke dalam bilik, tanpa membuka kasut.",
"Matlamatku ketika itu hanya satu. Mencapai beg baju kotor dan terus meluru ke lif. Aku tak terfikir lansung untuk meletakkan kad kunci ke dalam ruangnya, membekalkan tenaga, dan cahaya dalam bilik yang gelap itu. Walaupun gelap, mata aku masih mampu melihat. Aku memberi sedikit masa bagi bola mataku mencerap sisa cahaya yang ada dalam bilik itu. Tak lama. Dalam masa beberapa saat sahaja, beg plastik berwarna putih itu terlihat di depan mataku.",
"Tersenyum, aku terus menyambar beg plastik itu, dan berpaling kembali ke arah pintu bilik yang sudahpun bertutup. Ketika itulah, seluruh panca indera di tubuhku mula merasakan ada sesuatu yang tak kena.",
"Gelap. Keadaan dalam bilik hotel itu terlalu gelap. Aku menoleh kembali ke belakang. Melihat jendela yang tertutup. Aneh. Cahaya matahari sepatutnya sedang menggila di luar. Memancar dari atas, menerangi setiap sudut yang gelap. Tapi dari jendela itu lansung tak ada sebarang pancaran cahaya. Seperti cahaya matahari itu sendiri takut untuk menembusi bilik ini.",
"Aku menelan air liur. Bulu roma di belakang leher mula tegak berdiri. Jantungku mula berdegup kencang. Mengepam ketakutan ke seluruh pembuluh d***h. Gentar ketakutan yang sedang merebak itu boleh melumpuhkan badan, aku terus berlari ke pintu depan. Bayangku mengikut di belakang, membuatkan aku merasa seperti dikejar. Pintu pula terasa seperti menjauh dariku, membuatkan aku merasa cemas.",
"Mujurlah, semua itu hanya ilusi. Dalam beberapa langkah sahaja, aku sudahpun sampai ke pintu depan. Aku terus menarik tuil pintu. Mengharapkan pintu itu akan terbukak, membawa aku keluar dari bilik yang pekat gelapnya. Tapi pintu itu tertutup rapat. Aku mencuba sekali lagi. Tapi pintu itu lansung tak bergerak.",
"Rasa cemas kini mula berganda dalam diriku. Peluh mula terbit dari dahi. Walaupun sejuk terasa di sekelilingku. Mencengkam sehingga ke tulang. Aku tak putus asa. Aku mencuba lagi. Dua kali, tiga kali, empat kali, tapi masih lagi tak berjaya. Pintu itu seolah-olah tak mahu terbuka lansung untukku. Seperti ada sesuatu yang sedang menahan…",
"Aku tergamam. Tak mampu aku menghabiskan apa yang aku sedang fikirkan. Aku menjeling ke kanan. Melihat pada cermin besar yang ada di tepi pintu. Cermin yang menjadi panduan isteriku membetulkan tudungnya tadi. Di situ, di belakang kembar cerminku, berdirinya seseorang (atau sesuatu), yang sedang menahan pintu.",
"Aku kaget. Sambil menelan air liur, aku memberanikan diri menoleh ke depan. Jika tadi, tiada apa di depanku. Kini, ada seorang lelaki sedang berdiri di depanku. Lengkap dengan baju kot dan kemeja putih. Tompokan gelap seakan d***h jelas kelihatan di kemeja itu.",
"Kini seluruh tubuhku menggeletar kuat. Aku tak berani lansung untuk mendongak melihat wajah yang sedang menahan pintu. Aku perlahan-lahan berundur ke belakang, kerana itu sahaja jalan yang ada buatku. Aku menundukkan wajah, sambil menggelengkan kepala pantas. Aku tutup mata aku rapat-rapat, mengharapkan yang semua ini hanyalah satu ilusi.",
"Tapi ia ternyata tidak. Ia bukan ilusi. Ia realiti yang membuatkan aku menggigil di seluruh tubuhku. Kerana sebaik sahaja aku membuka mata, wajah lelaki yang tak ingin aku lihat tadi, terpampang di depanku. Dengan lehernya yang senget, dan matanya yang merah menyala, dia tersenyum menyeringai memandangku.",
"Aku tak mampu bertahan lagi. Lutut yang dari tadi menahan tubuhku sudahpun lemah. Aku tersungkur ke belakang, seakan ditolak. Tapi sebenarnya tubuhku sendiri yang tak mampu menahan beban ketakutan yang kini merajai seluruh badanku.",
"Aku kaku di atas karpet bilik. Mataku terbeliak besar. Kini, di depanku lelaki itu sedang merangkak. Tapi rangkaknya bukan seperti manusia biasa. Kepalanya terpusing 360 darjah. Kaki dan tangannya bengkok, seakan lelabah. Tubuh yang sudahpun bengkok seperti itu sepatutnya sudah tak mampu untuk bergerak. Tapi ia mampu. Masih mampu. Ia terus merangkak pantas menghampiriku, seperti lelabah yang melompat menghampiri mangsanya.",
"Aku yang sudahpun basah seluarku pantas bangun, dan melarikan diri ke belakang. Aku tahu walaupun tiada jalan keluar buatku, aku perlu terus berlari. Menjauhkan diri dari makhluk yang sedang menerkamku.",
"Bila semakin hampir, makhluk itu mengeluarkan kukunya yang tajam. Hampir sahaja kuku tajam itu mengena kakiku. Aku berundur pantas, sehingga belakang badanku menyentuh jendela. Menandakan yang tiada lagi jalan keluar buatku.",
"Di depanku, makhluk itu semakin hampir. Lidahnya terjelir, sehingga mencecah lantai. Matanya yang merah mengalirkan d***h, berkumpul di bawah, perlahan-lahan menghampiri kakiku. Aku yang kini kaku, dipenuhi ketakutan di seluruh tubuhku, hanya mampu menutup mata dan berserah. Tiada apa lagi yang mampu lakukan. Hanya menanti makhluk itu untuk membahamku.",
"Satu ngauman yang mengerikan kedengaran, bergema di segenap ruang. Ngauman yang aku tak pernah dengar dari mana-mana binatang mahupun manusia. Tapi ngauman itu cukup untuk menggetarkan seluruh sendi dalam tubuhku. Bersama ngauman itu, datangnya kematian. Aku hanya mampu menutup mata sekuat hatinya, menanti ajal yang pasti.",
"Tapi, ianya tak tiba. Aku masih dapat merasakan nafasku masih ada. Perlahan-lahan aku membuka mataku. Makhluk itu sudahpun tiada di depan. Yang tinggal hanyalah lopak d***h. Aku mula mengukir senyuman. Rasa lega mula mengalir keluar dari celah hatinya. Mungkin semua yang berlaku tadi memang benar ilusi.",
"Rasa lega yang baru hendak bercambah, hilang serta merta. Suara isteriku yang sayu membuatkan aku menoleh ke belakang. Makhluk itu masih lagi ada. Kerana yang diterkamnya bukanlah aku. Tapi isteriku yang ada di belakang. Kini makhluk itu sudahpun meratah tubuh isteriku. D***h kelihatan meleleh dari perutnya yang sudah terburai. Dengan mulut yang penuh dengan d***h, isteriku masih boleh bersuara.",
"“Abang, tolong sayang bang…”",
"Dengan panggilan itu, aku terus meluru ke depan. Tanpa berfikir panjang aku terus melompat melepasi semak yang menghalang laluanku. Aku perlu menyelamatkan isteriku. Aku perlu..",
"Suara yang datang dari belakang itu tidak aku ambil peduli. Aku hanya ingin melompat menyelamatkan isteriku. Yang dari tadi memanggil-manggil, merayu aku untuk menyelamatkannya. Tapi, belum sempat aku melompat jauh, baju aku sudahpun direntap dari belakang.",
"“Sayang!!!” Aku menjerit sekuat hatinya. Meronta sekuat yang mungkin. Cuba untuk melepaskan diri dari sesiapa sahaja yang sedang memerangkap tubuhku. Aku perlu menyelamatkan isteriku. Aku perlu…",
"“Allahuakbar!! Nak, mengucap nak!”",
"Suara lelaki tua itu menyedarkanku. Barulah aku perasan yang persekitaranku sudahpun bertukar terang. Cahaya matahari kini menyuluh mataku, membuatkan aku menutup mata dengan sebelah tangan.",
"“Apa…apa yang dah berlaku…”",
"Aku termangu-mangu, melihat diriku yang terbaring di lantai balkoni. Orang tua di belakangku sudahpun melepaskan pegangannya, dan sudahpun berdiri di sebelahku. Orang tua yang tadi menolak troli kini menghulurkan tangannya padaku sambil berkata,",
"“Mari nak. Mari kita keluar dari bilik ni, tak selamat.”",
"Aku menyambut tangan lelaki tua itu, dan mengikut di belakangnya. Tapi sebelum melangkah, aku sempat menoleh ke belakang. Melihat pagar besi balkoni. Tempat aku hampir melompat jatuh ke bawah tadi.",
"Dengan seluar yang basah, aku turun ke tingkat bawah. Suara pak cik itu terngiang-ngiang dalam kepalaku.",
"“Bilik ni bahaya nak. Dah ramai orang hampir kena. Jin dan syaitan ni memang tak boleh mengapa-apakan kita. Tapi mereka penuh dengan tipu daya.”",
"Meremang bulu romaku. Jika tak kerana pak cik itu, aku pasti sudah tiada lagi hari ini. Aku meneruskan langlahku, menghampiri isteriku yang sudah menunggu di sofa dengan wajah yang gusar.",
"“Bang, kenapa lama sangat?”",
"Aku menghulurkan beg baju kotor itu kepada isteriku.",
"“Yang, ada seluar tak dalam tu? Bagi jap, abang nak tukar seluar. Seluar abang basah.”",
"#minggumahakarya – Abu Huzaifah Bidin"
] | [
"Seram.Lagi menyeramkan bila dibaca waktu mlm…\nWalaupun fiksyen..terasa realitinya meremang bulu roma..hal sebegini sering terjadi terutama pada tempat ‘keras’…"
] |
https://fiksyenshasha.com/kisah-seram-dekat-site-project-ktmb/ | Kisah Seram dekat Site Project KTMB | [
"Kisah Seram dekat Site Project KTMB",
"Aku just nak share pengalaman aku sepanjang aku keje sepanjang track rel ketapi dari rembau ke tampin n9.. (sorry klo bahase tunggang langgang) hehe",
"1/8/2009 aku start keje (mase tu baru nk clearing site).. bos aku tubuhkan satu team untuk clearing site start dari stesen ketapi rembau sampai ke tampin.. aku terlibat jugak time tu sbb aku ni leader team tu.. kena check services mcm paip air ke, kabel elektrik ke sebelum dorang start keje.. (panjang plak mukadimah nye.. hehe)",
"1st kes – Memandangkan aku kena jalan dlu sebelum team aku jalan, aku bwak la 2 orang budak indon jalan atas rel ketapi tu.. area tempat tu klau x silap aku kampung C****** ***.. aku ngn geng aku nmpak la satu kawasan perkampungan lama yang mcm dah kena tinggalkan.. aku pelik jugak kenape satu kampung pindah.. kat area tu ade la 6 7 bijik rumah tp sume penduduknya dah pindah..\nTetibe budak indon aku, (nama die hasnan) buleh pulak die gi kat umah2 kosong tu.. nk kencing die cakap.. buruk betul prangai.. hehe.. tak sampai 5 minit die dah berlari datang kat aku.. ”jom balik” die ngn muke cuak ajak aku balik.. kejadahnye ntah.. kje x siap dah nk ajak balik.. die ckp kat aku die nmpk ade org tua duk dlm umah tu.. die ckp die kena baling batu mse tgh nk kencing tu.. die ckp batu tu dr dlm umah.. perghh!! padehal baru pukul 2 petang, hantu ape siang2 nih??..",
"Aku ngn bdk2 indon ni cuak jugak lah.. aku jalan 2 3 tapak atas batu rel tu, aku ngan geng aku dengar ade org menjerit kat umah tu.. (utk pengetahuan u all, kawasan tu kat tengah2 hutan, takde jalan masuk melainkan rel ketapi..) ape lagi, mcm pelesit la aku lari tapi dah jauh aku lari aku nmpk budak indon yang kena baling batu tadi berdiri je kat ats rel tu.. nak mampus ke ape.. aku ngn sorang budak indon tu jerit mcm nk roboh anak tekak pun die buat dek je..",
"budak indon sorang ni aku x tau la ape die bace, dalam jawe bunyi nye, pastu die tiupkan kat batu pastu die baling dalam semak.. pastu denga mcm ade bende dtg ngejar batu tu.. pastu tetibe budak indon yg buat dek tu berlari kat kitaorg.. sampai je umah kongsi, die cite kat aku die nmpk ade org tua datang berlari kat die.. mcm nk serang die.. (tu la, sape suh kencing kat tempat die hehe) org tua tu lari bwk keris.. mne ade org zaman skang pkai keris kan?",
"besok nye aku terserempak ngn org kampung kat ctu, pangkat atuk aku jugak lah kan.. aku pun tanye lah pasal kejadian semalam.. atuk tu jawab slambe je, tu belaan bomoh yang tinggal kat ctu dlu.. sejak die meninggal, satu kampung tu die kacau.. belaan die cari tuan baru.. org kampung kat situ takut nk dduk situ lagi.. patut la angker je aku tgok kawasan tu.. suram je.. ade bende buat perkampngan baru kat situ.. tu la pengalaman aku atas rel ketapi dlu..",
"2d kes– kejadian mase middle project..\ncite ni mase aku kena stay up kat railway track sebab site aku banjir.. (air dah naik sampai batu balast)..\nMasa kejadian ni, aku bertiga.. aku supervisor sub cont., membe aku supervisor main cont. ngn sorang lari budak ukur tanah (budak survey).. mase tu dah pukul 11 pm (aku ingat lagi sbb aku sempat tengok jam).. aku mcm biase la, ngn aktiviti ngacau membe aku tido atas lori tu pastu membe aku sorang lagi men gitar sambil duk ats railway track tu.. nk mampus kena langga ketapi agknye.. hehe.. tgh syok2 layan lagu awie atas track tu ttbe membe aku jerit, ketapi sampai!! so, kitaorg pun bangun la pergi kat tempat selamat.. ye la kan, ketapi tu laju, kang klo x g tempat len, kompem aku putus 3 atas track tu.. aku pun ngn bebudak ni g la lepak jauh ckit dr tack tu.. budak yg tido ats lori tu aku biar ka je sbb lori lebih kurang 4 meter dr track ckup jauh dr ketapi..",
"Aku ngn membe aku nmpk lmpu ketapi (spot light ketapi ni dr jauh dah leh nmpk sbb terang n sebiji je spot light).. bunyi ketapi dah kuat dah.. aku ddk la atas batu sambil tunggu ketapi lalu.. nak dekat 10 minit ketapi x lalu-lalu jugak.. aku dah rase lain macam mase tu.. aku tnye kawan aku, nmpak x ketapi tadi? die ckp die x nmpk.. aku ngn membe aku g la ats track tu tengok mne pegi nye ketapi tu.. terbalik masuk gaung ke, ape ke.. :@",
"Tapi ape yg aku nmpk ngn membe aku tu sangat mengejutkan perasaan kitaorg berdua.. ketapi tu bleh palk behenti kat tengah2 jambatan tu.. (ade sebuah jambatan konkrit, dlu besi tapi skang dah buat baru, pkai konkrit) aku ngn membe aku pe lagi, trus la nk g kat ketapi tu.. kut2 rosak ke, terlanggar org kampung ke ape ke kan, aku kjut kan membe aku yg tido tadi ajk g skali.. jarak ketapi tu x de la jauh sangat lebih kurang 50 ke 60 meter dr kitaorg.. kitorg jalan lebih kurang 10 minit tapi x jugak sampai kat ketapi tu.. ketapi tu mcm mengundur ke belakang pulak..",
"Aku dah rase lain macam,.. tempat rata, track lurus, tapi kenape ketapi ni aku rase makin lame makin jauh dari kitaorg.. kitaorg lari g kat ketapi tu ttp jugak x sampai2.. mcm berlari setempat je.. letih sangat kitorg pun rilek kat ats trek tu.. kitaorg bangun je tp ketapi tu dah xde,.. gelap je kawasan tu…. pe lagi, aku dah angkat kaki dulu.. takut ketapi len ade kat blakang.. bende tu mcm nk khayal kan kitaorg je.. leka duk ngejar ketapi antu tu, ketapi real kat blakang sapu kitaorg palk.. membe2 aku pun ikut je lepak kat lori balik..",
"x sampai 5 minit kitaorg lepak kat lori, ketapi kontena dari singapore lalu.. nasib baik kitorg sempat patah balik.. klo x jadi sayur la kitorg atas trek tu.. mengucap panjang kitaorg mase tu..\nBesok nye bos aku offer aku g tempat semalam suh aku jage site untuk kali kedua nye sbb xde staff nk jage.. aku ckp direct je depan bos aku, ”bos jaga site sorang2.,. saya x mau m**i muda, saya belum kawen lagi”.. hehehehe.. seriau aku nk g situ lagi..",
"Kisah ke 3\nNi aku nk cite plak rumah kongsi yg budak2 indon aku duduk.. no rumah tu 104 kuaters lama Ktmb.. betul2 tepi track depan tokong cina.. klo orang sana mmg tau la tempat ni..\nKuaters ktmb ber nombor 104 ni kitaorg jumpe mase aku tgh cari akses utk lori ngn mesin aku masuk.. aku tanya org2 kampung kat situ dorang cakap temapt tu keras.. (mmg la keras kan? batu balast kan banyak) hehe..",
"Puas aku ting tong ngn orang kampung, aku masuk la kat area kuaters tu ngn geng aku tu.. mcm biase la, budak indon 2 orang tu.. dah tau lokasi jalan masuk, paip air ngn letrik sume aku report la kat bos aku.. bos aku pun cferdik jugak, die suh budak indon tu duk situ buat kongsi.. kat sini lah terbongkar semua rahsia..",
"kat area kuarters tu ade sebijik bangunan lagi besa sket dari bagunan kuarters tu.. aku rase tu mayb stor taupun rumah bos dorang.. ntah aku pun x tau sangat sbb tu bangunan omputih.. aku pun belum lahir mase tu.. kuarters tu palk mcm umah teres tapi bilik die kecik sangat.. kotak 4 segi ke.. mcm bilik la manakala tandas die pulak jauh kat lereng bukit.. bangunan ni boleh dikatekan oldskool juagk la sebb design lama..",
"Budak indon ni plak x tido kat dalam kuarters tu tapi dorang tido dalam lori 10 tayar.. lori angkat batu tu.. nak dikate kan cite, budak indon yang sorang lagi ni, nme die Alim nk g membuang.. dah x tahan sangat die g lak kat bangunan yg macam stor tu.. dah setel sume die bangun trus nk g kat lori.. tapi masa on the way tu dia ditegur oleh satu lembaga yang menyerupai budak kecik.. budak kecik tu umo dalam area 5 taun mcm tu.. budak dah pandai bercakap..",
"ape plak kejadahnye budak kecik ni g kat tempat sunyi tu malam2, gelap palk tempat tu.. budak kecik tu cakap dalam bahase yang indon tu x paham.. budak indon tu cakap bukan bahase melayu tapi bahase lain.. (bukan bahase jawa taupun bahasa malaysia)",
"dalam keadaan yang macam tu, si indon ni nak melangkah kaki pun x bleh mcm kne paku kat tanah je.. aku x tau la si alim ni bace ape kan tapi lain palk yang jadi, budak kecik tu berubah bentuk jadi makin lama makin besa sampaikan nampak kaki je.. sayup tinggi badan budak kecik tu.. si hasnan yang duk layan feeling dlm lori tadi melompat turun dari lori bile nmpk kawan die dah mendongak langit sambil meracau2 je..",
"malam tu dorang x tido pun kat kawasan tu tapi dorang tido kat bus stop (depan skola rendah b****).. kesian plak aku tengok.. cite tu x abis kat situ je.. mcm2 yang jadi pada mlm keesokan harinya..",
"Malam kedua..\nKontena yang menempatkan budak2 indon ni dah pun sampai dari kuantan (bos kitaorg dari kuantan).. mlm ni dorang x tido la dalam lori.. kiranya dah ok ckit lah dari mlm semalam.. tapi xde letrik ngn air lagi lah coz kontena datang petang.. x sempat nk arrangekan.. dorang terpaksa la guna cara haram utk dapat kan bekalan tu.. (korang paham2 je la kan) hehe..",
"kali ni, datang sorang indon lagi, nme die abu dari kuantan jugak.. datang ngn kontena tu tadi.. bos dah tambah budak indon sbb keje makin banyak.. si abu ni langsi jugak, kencing men taruk ikut die suke je.. orang baru kan, so, budak2 lama ni nk kne kan die la.. dorang cakap klo nk buang air, g la kat stor tu.. (tempat si alim kne mlm semalam).. si lurus ni pun pegi la membuang kat situ..",
"dah bis membuang, xde plak pape yang jadi kat si abu tu.. 2 ekor ni pelik la jugak npe dorang kne tapi si abu ni x kene (si abu ni x jerit pun xde berlari datang kat dorang).. dorang ni pun kuar la carik abu kat luar.. dorang nmpk si abu tgh lepak2 kat atas rel sambil merokok.. ditegur2 tapi si abu ni x menyahut.. senyap je..\nHasnan ngn alim ni x sedap ati, so dorang g la kat abu yg tgh duk layan feeling sensorang tu.. kesian plak duk sensorang.. so, dorang pun teman kan la abu tu.. setapak je lagi nk sampai kat abu ttbe si abu yg dari tadi menundukkan muke ni memandang ke arah si alim ngn hasnan.. terkejut dorang bile melihat wajah si abu yang xde mate tu.. mulut sambil isap rokok tapi mate xde.. kosong bijik mate nye.. (kelompong org n9 cakap)..",
"dengan selipar tercabutnya, dorang pun berlari g ke arah kontena n bile sampai die tgok si abu dah nyenyak tido.. siap blowoff lagi.. sape yang dorang nmpk atas trek tadi tu? aku pun sampai skang x tau sape org yang xde mate tu.. seram plak aku ingt2kan balik..",
"Kisah ke 4,",
"Aku mase tu baru 1st time kje jage site time bulan2 pose sbb slalunye aku akan dduk kat ofis je time mcm ni.. malas nk g site sbb panas.. hehe..",
"nak dijadikan cite aku kne jugak trun g site memandangkan bos aku dah bising aku slalu lepak kat opis men tenet.. aku pun gerak la mcm biase g site kat area kg ch****** *** tu.. aku ingat lagi time tu tengah ari, jam tepat pkul 12.00 aku ikut je trek tu sensorang cari budak2 aku kje kat mne.. ye la kan, trek tu kan panjang n then dorang plak bukannye keje satu tempat je.. kje clearing ni makin lame, makin jauh dorang bersihkan site..",
"time aku jalan atas trek tu aku pandang la jugak depan blakang coz takut ade tren lalu, kang x jumpe alan balik aku nnti.. sedang aku toleh kat belakang je aku ternampak ade sorang nenek ni melintas trek.. aku pun pelik jugak sebab nenek ni dah bongkok gile pastu pakai tongkat besi berkilat.. (tongkat moden ckit) aku pun cam kan lah tempat die melintas tu sebab t senang aku nak paking moto.. x la jauh sangat aku bejalan sensorang ats batu balast tu..",
"aku pun patah balik cari kat mne orang tua tu melintas.. aku cam ade sebatang pokok besa betul2 tempat nenek tu melintas tadi..aku pun g la kat sane.. tapi sampai je aku kat sane, alangkah terkejutnye aku yang tempat tu adalah kawasan paya.. xde sesape pun nk meredah paya tu sbb kawasan paya tu besar.. aku x syak benda tu hantu sebab bulan pose mane ade hantu.. aku rasa jin islam sebab bertentangan dengan paya tu ade masjid.. masjid tu mase tu ade orang tua2 belajar mengaji.. aku rasa makhluk ni tumpang solat dekat masjid tu kut..",
"Kisah ke 5",
"Ni pasal perigi lama dekat chainage 493.175.. (lebih kurang chainage ni kut, ingat2 lupe lah) perigi ni kitaorg jumpe lepas je procced next level site clearing pas je siap clearing kat kampung yang abandon tu.. perigi ni pelik ckit coz ia berbentuk 4 segi.. budak indon aku panggil Sanden, macam mainhole ulititi kat tepi2 jalanraya tu.. bentuk macam kotak tapi besar pastu dalam plak tu..",
"nak dijadikan cite, mesin excavator kitaorg nk kambus la balik la perigi ni kan sebab mengganggu keje kitaorg.. ye la kan, buat nye jatuh dalam perigi tu ke, orang2 kampung jatuh dalam tu ke mne la kite tau kan.. sebelum bende tu jadi, kitaorg pun kambus la balik.. setel je keje2 kambus perigi tu siap, kitaorg pun gerak la balik.. mesin kitaorg tinggalkan kat sebelah umah nenek ni.. budak2 indon tu mlm2 jage mesin tu.. dorang tido dalam lori yang dorang slalu pakai tu..",
"aku pun pelik jugak npe la dorang ni slalu kne kacau.. dorang ni banyak ilmu kut.. aku pun x paham.. malam dorang tido kat ctu, dorang kne alihkan pulak.. si alim kat tepi batu balast (nasib baik x atas rel ketapi) pastu si abu plak kat dekat kebun getah.. hasnan x ikut sebab die jaga kongsi.. dorang cite la kat aku sebelum dorang tido, ade sorang pakcik ni datang kat die.. pakcik ni pakai baju putih pastu x pakai slipar.. kaki ayam je.. org tua tu tnye kat die, mcm mn die nk minum, nak mandi,perigi die dorang dah timbuskan.. die marah2 kat budak indon tu.. budak indon tu x tau pape sbb time tengah kambus perigi tu dorang xde.. dorang kat site lain.. hanye aku ngn drebar mesin tu je ade kat tempat kejadian..",
"si alim nasib baik tersedar awal pas kne pindahkan tu.. klo lambat aku rase ilang dah sorang pekerje bos aku.. manakala si abu plak besok nye baru jumpe sebab kebun getah tu semak ckit.. cari2 rupe2nye die tido sebelah busut.. salah aku jugak kut sebab petang tu aku lupe plak nk cite kat budak indon tu kawasan tu ade perigi buta.. aku rasa budak indon tu marah kat aku tapi dorang xleh marah sbb aku bos dorang kat site..",
"besok nya, supervisor main cont datang sebab bos aku tau die ni pandai cket bab2 macam ni.. sprvisor ni cina.. dia datang jejak kan kaki je dia dah senyap dah.. x bagi sesape pun cakap.. dia cakap ada banyak benda kat sini.. suma melayu punya.. aku pun cuak jugak la dengar.. dia boleh perli2 aku lagi cakap klo nak timbus tanah, panggil dia dlu.. (macam tau2 je aku nye keje tu)\ndia pun ttba je blah pastu cakap jap g dia datang balik.. macam biasa lah, dia bawak barang2 sembahyang dia.. aku x amik port la sbb dia nk sembahyang kan.. x lama pastu dia macam meracau2.. macam cakap sensorang aku tengok.. aku tengok dia genggam tanah.. dah lain macam plak aku tengok.. pastu dia terbaring ats tanah.. aku x paham betul lah dengan ritual dorang ni..",
"x lama pastu dia cakap cina ngn bos aku (cina ngn cina mesti la cakap cina kan).. bos aku dah pandang semacam kat aku.. aku tengok bos aku mcm hangin je ngn aku, aku trus blah.. x nk menempah maut depan orang ramai2 tu.. tapi silap aku jugak.. aku x minta izin nak kambus perigi tu.. yang jadi mangse budak2 indon aku.. kesian dorang.. aku dengar cite, hasnan dah balik indon pastu x balik2 lagi dah keje ngn kitaorg.. serik kut.."
] | [
"Bukan “indon” tapi “indo”…. Indon tu sggt2 sensitif",
"indon la",
"Cerita menarik tetapi bahasa dan ejaan terlalu berterabur. Hilang mood nak baca sampai habis."
] |
https://fiksyenshasha.com/dua-dimensi/ | Dua Dimensi | [
"“Jadi, macam mana plan kita?” soal Elton apabila semua melabuhkan p******g di kerusi kedai makan tempat mereka sering menghabiskan masa sewaktu sekolah menengah.“Aku tunggu keputusan korang jak, tak nak tempah apa-apa dulu, tak cukup duit nak tolong cover bayaran semua orang” kata Mary.Baru sahaja 7 bulan selepas percutian mereka ke Pantai Siar, mereka Kembali bercadang untuk membuat percutian kali kedua, sebelum Jack Kembali ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran.“Teruskan jak, takda masalah” sahut John selepas Mary membentangkan bajet yang diperlukan untuk meneruskan percutian mereka.“Okay, saya tempah khemah dulu.” Mereka bercadang untuk menjalankan kelainan kali ini; untuk berkhemah.",
"“Ah, sudah, khemah dah penuh tempahan” kata Mary dengan penuh kekecewaan.Zack, Jack dan Mary pun mula ligat meneroka tempat-tempat menarik di Sarawak untuk dijadikan tempat percutian mereka pada telefon pintar masing-masing. Mereka Cuma ada empat hari sebelum tarikh percutian mereka. Bagi mereka, rancangan itu harus dijayakan walaupun berbekalkan bajet pelajar dan masa yang terhad.“Eh, ada satu tempat ni, kawan saya sama kerja kata seronok, ada aura tradisional, ada banyak aktiviti dan ada sungai, tapi tak ingatlah nama tempat tu” suara Zack memecahkan suasana.“Bah, tanyalah kawan kamu” kata Mary.Selepas beberapa minit menghubungi rakan sekerjanya, Zack memaklumkan nama tempat tersebut kepada Mary.",
"“Murah gila! Cantik lagitu!”“Wah, tempah terusla, lagipun dekat dengan kita” kata John.“Okay cun la bajet dapat kita kurangkan untuk makanan dan minuman” sambung Zack.Elton dan Ray hanya mengiakan perbincangan mereka bertiga. Mary memberi telefon pintarnya yang menunjukkan brosur tempat yang dimaksudkan Zack untuk percutian kali ini. Dia menemuinya melalui ‘Facebook Page’ tempat tersebut. Semua kagum dengan keunikan tempat tersebut dan mengangguk tanda bersetuju. Mary menempah terus tanpa berfikir panjang dan tanpa menanya tiga orang lagi rakannya yang tidak dapat menghadiri pertemuan mereka kerana sibuk berkerja.",
"Jam menunjukkan pukul 11 pagi, Mary dan tujuh orang rakannya mula bergerak ke tempat percutian mereka pada pagi Sabtu yang mendung. Bob dan Melvin pula akan tiba pada sebelah petang setelah pulang dari tempat kerja masing-masing. Sekitar jam 1 petang, mereka telahpun selamat tiba di destinasi. Mary dan Elton masuk ke bahagian pengurusan tempat penginapan itu untuk mendaftar masuk. Terdetik sedikit ketidakpuasan hati di dalam diri Mary kerana pihak pengurusan meminta Mary menempah dua buah rumah untuk penginapan mereka yang selama dua hari satu malam itu. Pihak pengurusan memaklumkan bahawa rumah yang terbesar di Kawasan itu tidak cukup untuk memuatkan sembilan penghuni.",
"Sementara menunggu kunci daripada pihak pengurusan, Vera muncul dan bertanya spontan kepada pihak pengurusan“Sini ada ‘curfew hour’? sampai pukul berapa boleh buat bising?”“Oh, sukahati kamu orang sebab takda penghuni lain selain kamu orang buat masa ini”“Wah, okay!” ketiga-tiga kami tersenyum lebar setelah mendengar penjelasan pihak pengurusan.Maklumlah d***h muda, lagu dan pembesar suara sentiasa diperlukan untuk memecahkan suasana sepi.",
"Memasuki pagar utama kawasan penginapan itu, sebagai orang Dayak, ketujuh-tujuh mereka terpukau dengan pemandangan tradisional yang dihidangkan di hadapan mereka. Selesai memunggah barang, Mary menyerahkan kunci rumah besar kepada John. Rumah tradisional tersebut cukup besar untuk memuatkan sembilan orang. Namun, Mary hanya menurut arahan pihak pengurusan untuk mengambil dua buah rumah. Jack, John, Ray, Elton, Bob, Zack dan Melvin akan tinggal di rumah yang paling besar manakala Mary dan Vera akan tinggal di rumah berkonsepkan rumah panjang yang jauhnya terletak selepas satu bangunan di sebelah rumah besar itu.",
"“Kami naik atas dulu nak kemas barang.”“Hmm kalau malam nanti dengar tapak kaki kat tingkat atas dan bahagian dinding kamu tau-tau la” kata Jack mengusik Mary.Mary memandang Jack dengan jelingan tajam. Semasa dalam perjalanan ke bilik, Mary dan Vera ternampak sebuah kereta biru berlegar-legar dikawasan itu. Mereka tidak mengendahkannya.",
"“Mak aku suruh, sebab kita kat kawasan hutan” kata Vera sambal menyuakan botol air suci kepada Mary.Memahami maksud tersirat disebalik kata-kata Vera, Mary pun bersembahyang dan memercik air suci pada seluruh penjuru rumah tersebut untuk memberkatinya. Rumah besar pula telah diberkati oleh John dan Jack. Setelah itu, mereka bersiap-siap untuk pergi berkumpul di rumah besar bersama rakan-rakan mereka yang lain.",
"Petang itu, mereka bertujuh menghabiskan masa bermandi-manda di sungai terdekat. Pada pukul 4 petang, mereka sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah penginapan kerana bimbang Bob dan Melvin tidak tahu jalan ke arah kawasan penginapan tersebut. Selesai membersihkan diri, Mary dan Vera bersiap sedia untuk ke rumah besar kerana mereka sudah merancang untuk makan malam dan barbeku bersama-sama.",
"“Hello? Hello Bob? Mana kamu?” kata Mary cuba menghubungi Bob.Talian diputuskan. Talian sangat lemah dikawasan rumah besar itu.“Eh apa benda toleh-toleh tu” kata Bob bermonolog dengan dirinya.Talian yang diputuskan membuat dia membuat keputusan untuk mencari sendiri kawasan rumah besar itu. Dia tiba di kawasan penginapan itu berpandukan ‘Google Maps’. Dia melihat kelibat orang memerhatinya di kawasan bangunan bersekatang dengan pintu pagar utama sewaktu mencari rumah besar tempat mereka tinggal. Mujur Melvin, Jack dan Zack juga tiba di pagar utama. Jack dan Zack baru sahaja pulang dari membeli makanan ringan untuk mereka. Melvin dan Bob memandu mengikut Zack dan Jack.",
"“Kamu orang berapa orang sebenarnya?” sergah seorang staff meghentikan tawa sembilan orang sekawan tersebut.“Oh sembilan, dua orang baru balik kerja, mereka terus datang daripada tempat kerja, tu sebab kereta lebih, maaf ya” jawab Mary.Staff tersebut mencebik dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang sibuk menyiapakan persiapan makan malam dan barbeku. Sekali lagi, Mary dan rakan-rakannya melihat kereta biru limpas rumah penginapan mereka tidak tahu siapa, yang pasti bukan milik staff tersebut kerana dia menggunakan sebuah kereta myvi.",
"Vera ditugaskan untuk menanak nasi, dengan menggunakan baju kelawar, dia bergurau,“wei, aku buat nasi kangkang hahahaha.”Mary hanya tersengih melihat lagat Vera. Sekitar jam 7 petang, mereka membaca doa diketuai Bob untuk makan malam. Bertemankan lagu tradisional Orang Ulu, mereka bersantap dengan penuh berselera.",
"“Sini macam ‘vibe’ KKN di desa penari tu oh” kata Zack spontan.Mary menyambung berkata“’vibe’ sini kuat ‘vibe’ kaum Iban oh Ray, Jack”Ray dan Jack mengangguk tanda bersetuju. Hanya Mary, Ray dan Jack kaum Iban diantara mereka, yang lainnya kaum Bidayuh.",
"Selesai berkemas selepas makan malam, mereka menyambung melepak di kawasan beranda rumah besar itu. Mereka menari tarian tradisional Orang Ulu, Iban dan Bidayuh untuk menghiburkan diri. Pertembungan mereka sembilan cukup untuk memecahkan kesunyian kawasan penginapan tersebut dengan gelak tawa meskipun tidak cukup sempurna ahlinya kerana ketiadaan Shasha, Will, Gibbs, Mark dan Syl yang tidak dapat menghadirkan diri pada percutian itu.",
"Dengkuran Zack dan Melvin mula kedengaran. Barangkali Lelah setelah pulang kerja terus ke tempat tersebut. Pembesar suara dimatikan pada jam 11.30 malam. John dan Jack yang duduk di luar melihat kelibat pengawal keselamatan. Jack menyuluh untuk memastikan bahawa figura tersebut merupakan pengawal.",
"“Eh ada pengawal”“Eh tak patut, sebab pengurusan kata mereka sendiri kunci pagar utama pukul 10 malam tadi, kita jak kat sini” sergah Mary.Jack mula merasa was-was akan kawasan tersebut.",
"“Kamu betul tak tidur sini malam ni?” soal Ray.Soalan itu sudah beberapa kali dilontarkan ke Mary pada hari itu. Elton dan Jack juga menanya soalan yang sama. Buka apa, sepanjang percutian mereka selama ini, mereka tidak pernah tidur di rumah yang berasingan. Jadi, itu menjadi sesuatu yang luar biasa untuk mereka.“Oh, nantila tengok macam mana” jawab Mary ragu-ragu.",
"Mary melihat Ray dan Elton bergerak ke kawasan rumah dia dan Vera untuk melihat sekitar. Mary mengajak John untuk berjalan-jalan disekitar kawasan tempat penginapan tersebut untuk menghirup udara malam yang segar. Baru sahaja melangkah, Vera dan Jack menghalang mereka. John dan Mary akhirnya mengajak Vera berjalan kearah Elton dan Ray. Jack pula menjaga Zack dan Melvin di rumah besar. Bob sibuk bermain dengan aplikasi ‘Ghost Detector’ yang baru sahaja dimuat turun.",
"Terdapat beberapa buah kerusi kayu dihadapan rumah Vera dan Mary. Elton dan Ray duduk di hadapan rumah tersebut.“Eh bunyi orang ada majlis oh, mesti kampung terdekat” kata Mary setibanya di situ.“Eh ada tompokan d***h” ujar Elton menunjuk kearah lantai hadapan rumah itu menarik perhatian semua yang ada di situ.“Eh bukan tu” sangkal John.“Jangan cakap yang bukan-bukanla” kata Ray.John bangun dan mengikuti tompokan d***h tersebut. Tompokan d***h itu menuju ke satu rumah yang jaraknya dua pintu daripada rumah Mary dan Vera.",
"“Mary, kamu rasa kan, kalau dalam cerita hantu, siapa dulu antara kita akan d*****h?” tanya Ray.Mary terdiam.“Siapa yang selamat oh?” sambung Ray lagi.“Elton kot ataupun kau” jawab Vera.Perlahan Mary menjawab, “mungkin Jack”.",
"Tidak lama kemudian, Jack dan Bob tiba di kawasan rumah Vera dan Mary. Mary membuka pintu rumah dan mengarahkan Vera tidur dahulu kerana Vera sudah mula mengantuk. Mereka yang lain masih melepak di luar rumah kerana tidak ingin meninggalkan Vera dan Mary berdua di rumah panjang yang sunyi itu. Perasaan was-was dalam diri Jack mencanak tinggi. John sibuk juga bermain dengan aplikasi ‘Ghost detector’ kerana terjebak dengan Bob. Aplikasi tersebut menunjukkan terdapat sesuatu di belakang Mary yang duduk menghadap pintu rumah mereka.“Takda apa-apalah, manada hantu wujud” sangkal Elton.Semua terdiam. Vera sudah pun lena ditemani Bob yang tertidur di kerusi dalam rumah itu.",
"Jam menunjukkan tepat 2.30 pagi. Zack dan Melvin lena dibuai mimpi dan ditinggalkan berdua di rumah besar. Mata Ray mula berat.“Pergilah tidur kalau ngantuk, saya okay” kata Mary.Ray bangun dari tempat duduknya dan mengajak Elton pulang kerumah besar. Mereka menapak pergi dengan berat hati. Langkah dimatikan, Elton menoleh belakang“Eh Jack, John, korang tak balik? Pintu rumah besar tak dapat tutup kalau tak kunci, malas saya nak buka kalau dah tidur nanti.”John yang pada asalnya dicadangkan untuk menemani Vera dan Mary pun berlalu pergi kerana Bob sudah tertidur dan dipercayai dapat menjaga mereka berdua. Dia mengarahkan Mary untuk masuk ke dalam rumah sebelum berlalu pergi. Elton menekan suis ‘spotlight’ yang mengarah ke hutan sebelah rumah Vera dan Mary untuk menerangkan kawasan tersebut.",
"Setibanya di rumah besar, mereka dikejutkan dengan Melvin yang terbangun dari tidur.“Kenapa tinggalkan kami dua? Kawan sama kerja saya kata tempat ni keras” ujar Melvin dalam keadaan mamai.Jack semakin sukar untuk tidur setelah mendengar ayat yang dikeluarkan Melvin.",
"Vera terjaga apabila Mary mengejutkan Bob untuk tidur di atas tilam tambahan yang sudah disediakan pihak pengurusan di dalam rumah itu. Mary yang sukar untuk tidur mula membuka topik berbicara dengan Vera. Tiba-tiba, bunyi tarikan guni simen memecahkan suasana sunyi.“ssretttttt…..”Kuat dan jelas. Kedengaran dari kawasan pintu rumah. Mary terkejut dan membuntangkan matanya. Katil Mary berdekatan dengan pintu. Dia hendak bangun untuk memeriksa apa yang berlaku, apabila dia memandang kearah Vera, Vera kelihatan terketar-ketar ketakutan. Bob sudah tidur m**i.",
"“Kejutkan Bob!” Vera membuat keputusan.Dia memanggil-manggil Bob namun Bob tidak bergerak. Badan kecil Vera mampu untuk menarik Bob untuk tidur berdekatan pintu. Namun Bob masih mamai dan tidak menyedari apa yang berlaku. Mary mencapai telefon pintarnya.“Apahal ni ‘no service!’” ujar Mary geram.Berbekalkan satu ‘bar’ talian, dia mula menghubungi John. Tidak dijawab. Kemudian dia menghubungi Jack. Juga tidak dijawab. Mary menyatakan hasratnya untuk pergi meninggalkan bilik tersebut sebelum menjelang 3 pagi. Jam menunjukkan 2.44 pagi.",
"“Sanggup kau keluar sekarang?”“Aku lebih sanggup keluar dari stay dalam ni” jawab Mary.“Janganla, kesian Bob kalau kita tinggalkan dia sorang”“okay okay”Mary dan Vera cuba untuk tidur dan menutup mata. Sepanjang malam kedengaran bunyi ketukan di seluruh dinding bilik. Setiap 30 minit, Vera dan Mary akan tersedar daripada tidur dan melihat jam. Subuh dirasakan amat lambat menjelang pada saat itu.",
"Pada jam 6.30 pagi, mereka bertiga tersedar dari tidur. Bob menyatakan dia ingin ke rumah besar untuk mengambil minuman. Apabila lama menunggu Bob, Mary mengajak Vera meninggalkan kawasan rumah tersebut. Batu-batu terlihat penuh di hadapan pintu rumah mereka. Mereka berdua terdiam, teringat akan bunyi seretan dan ketukan malam tadi. Mereka bergerak menuju ke rumah besar dengan senyap.",
"Ketukan pintu Mary disambut John dengan mamai.“Dari jauh dengar suara kamu dua bising dari pagi tadi.”Mary dan Vera memandang sesama sendiri.“Takda kami bising. Kami senyap jak turun sini” ujar Vera.Mary masuk dan mengambil tempat berbaring di sebelah Jack. John terpinga-pinga kehairanan.",
"“Semalam saya paling last tidur, macam-macam bunyi kat luar tu” kata Jack tersedar daripada tidur.“Eh tapi saya telefon kamu malam tadi tak jawab”“tapi saya pegang telefon sampai 3 pagi lebih baca manga takda pun ‘missed call.’”Dia mencapai telefon pintarnya. Tepapar panggilan tidak terjawab pada jam 6 pagi. Mary terkedu. Mary meminta John menyemak senarai panggilan tidak terjawabnya, terpapar di telefon John jam 2.44 pagi walhal jarak Mary menelefon John dan Jack kurang dari seminit. Mereka tersentak.",
"Mereka berkemas bergerak meninggalkan kawasan penginapan tersebut pada jam 11.55 tengah hari selesai sarapan dan mandi-manda di kawasan sungai. Terlihat sekali lagi kereta berwarna biru berlegar di kawasan tersebut. Jack pesan kepada semua orang agar tidak mengambil barang dari kawasan penginapan tersebut. Rumah dikemaskan semampunya sebelum John menyerahkan kunci kepada Mary.",
"Mary mendaftar keluar dan berasa aneh apabila staff kawasan penginapan tersebut bertanya adakah semuanya okay dan tiada masalah. Dia berbasa-basi menjawab tiada permasalahan, cuma gangguan anjing liar dan nyamuk. Bimbang dikatakan tahyul. Rupanya kereta biru yang sering berlegar itu merupakan kereta pemilik kawasan penginapan tersebut. Terdetik di hati Mary, mengapa dia selalu berlegar-legar di kawasan tersebut.",
"Dalam perjalanan pulang, Mary memuat naik gambar sekitar kawasan tersebut di instagram. Dia menerima satu mesej daripada kenalannya sewaktu matrikulasi dahulu.",
"“Dah balik?”“Dah”“Sana tempat keras oo, kalau berani boleh”",
"Mary terdiam melihat mesej tersebut. Dia terus menangkap layar mesej tersebut dan dikongsikan bersama lapan orang rakannya yang lain.",
"Mereka makan tengah hari bersama sebelum pulang ke rumah masing-masing di kedai makan berdekatan.",
"Melvin memberitahu bahawa sewaktu pulang kerja, kenalannya yang merupakan orang tempatan kawasan tersebut menghalang Melvin untuk pergi ke tempat penginapan tersebut kerana tempat tersebut keras dan merupakan tapak ritual. Tapi Melvin meneruskan perjalanannya kerana rakannya yang lain sudah pun tiba.Kenalan Mary juga memaklumkan bahawa kawasan penginapan tersebut merupakan tapak ritual adat lama masyarkat setempat. Tiada orang tempatan yang berani menjejakkan kaki di kawasan tersebut untuk bermalam. Sering terdengar bunyi keramaian, bayi dan perempuan menangis serta bunyi syiling daripada baju tradisional apabila tarian tradisional dipersembahkan datang daripada kawasan tersebut. Tompokan d***h di hadapan rumah Vera dan Mary pula merupakan tompokan d***h ayam yang digunakan untuk ritual adat lama. Dia juga berpesan untuk tidak menginap disitu lagi.",
"Zack meminta penjelasan daripada rakan sekerjanya yang mengemukakan cadangan untuk ke tempat tersebut. Rakannya berkata bahawa pihak pengurusan terkejut kerana mereka mampu bertahan semalaman di tempat tersebut. Rakannya lupa memaklumkan bahawa kawasan tersebut dikhaskan untuk pelancong luar mengenali budaya Dayak. Kawasan yang paling keras di tempat penginapan tersebut merupakan kawasan di mana John melihat kelibat ‘pengawal keselamatan meronda’ pada malam itu.",
"Mereka juga digemparkan dengan peringatan daripada kawan Zack yang merupakan orang tempatan untuk segera mencuci pakaian yang dibawa ke kawasan penginapan tersebut. Jika ada yang demam disarankan untuk melakukan perubatan tradisional dan mereka juga disoal adakah mereka membawa barang bukan milik mereka pulang. Mujur tiada. Tiada yang tersakiti dan semua selamat sampai di rumah.",
"****Selama percutian kami sejak di bangku sekolah menengah, ini merupakan satu pengalaman yang luar biasa bagi kami. Wujudnya dimensi lain di kawasan percutian kami dan menerima kenyataan bahawa kami merupakan penumpang sementara di dimensi mereka. Kami juga mendapat khabar bahawa kawasan tersebut bukan setakat tapak ritual adat yang biasa, tapi merupakan tapak ritual apabila berlaku kematian dan sudah beberapa kali ‘dibersihkan’ oleh dukun sehingga mengorbankan nyawa."
] | [
"buang masa je baca"
] |
https://fiksyenshasha.com/misst-rupa-rupanya-kau-yang-4/ | MissT: Rupa-rupanya kau yang… | [
"REPOST ALERT!\nAku pernah tulis kisah ni beberapa tahun lepas dan diterbitkan. Cuma edisi kali ni aku tambah baik dari segi bahasa, jalan cerita dan details. Siapa yang pernah baca boleh skip. Tapi kalau nak baca semula, silakan. Mohon maaf kalau tulisan dalam dialek tertentu yang kurang tepat. Aku tak boleh bakukan sebab akan hilang feel nak bercerita.",
"(BAHAGIAN I)",
"Nama aku Tasnim dan cerita ini merupakan kisah yang terjadi kepada diri aku pada zaman universiti. Ramai yang mengatakan aku cantik walaupun kulit aku agak gelap. Bukan nak bangga diri tetapi “kecantikan” itulah yang buatkan hidup aku sengsara sehingga hari ini.",
"2009 (SPM)",
"Aku kenal dengan seorang lelaki bernama Syed. Kami berkenalan dan mula berkawan rapat tanpa sebarang perasaan sayang atau cinta. Aku pernah tanya Syed sama ada dia pernah sukakan aku ataupun tak tapi Syed nafikan sebab dia anggap aku sebagai teman sejati. Aku akui, semenjak aku berkenalan dengan Syed, dia tak pernah ambil kesempatan pada aku dan sentiasa menyokong tindakan aku termasuklah dalam urusan mencari pasangan cinta.",
"Aku pernah bercinta monyet dengan beberapa lelaki namun tak kekal lama akibat perasaan cemburu. Aku gadis yang suka berkawan dengan lelaki sebab gadis macam aku tak disukai oleh gadis-gadis lain untuk dibuat teman. Mungkin mereka takut aku rampas pasangan mereka. Syed sering nasihatkan aku supaya tak berkawan dengan lelaki sebab dia risau aku akan susah kelak. Tapi, aku tak pernah endahkan nasihat Syed dan terus berkawan dengan lelaki.",
"Selepas keputusan peperiksaan SPM keluar, Syed dapat tawaran masuk ke UITM. Aku pula gagal dapatkan tempat kat mana-mana universiti awam. Jadi, aku ambil keputusan untuk sambung belajar di tingkatan 6. Sebab rasa malu dengan keputusan SPM yang kurang baik dan tak dapat masuk IPTA, aku putuskan hubungan dengan lelaki bernama Hisyam yang akan sambung belajar di matrikulasi.",
"2010 – 2011 (STPM)",
"Masa di tingkatan 6, aku pindah sekolah kat daerah lain tapi masih dalam negeri yang sama. Kali ni, aku mohon untuk duduk asrama. Dah lama aku tak hubungi kawan-kawan lelaki aku kat sekolah lama sebab rasa malu masih menebal dalam diri aku. Aku mulakan hidup baharu di sekolah baharu. Aku berkenalan dengan seorang pelajar perempuan bernama Munirah. Aku sangat selesa berkawan dengan Munirah. Cuma ada satu sikap Munirah yang buat aku kurang berkenan sebab dia suka pujuk aku untuk berkenalan dengan pelajar lelaki. Munirah juga suka jadi orang tengah kalau ada pelajar lelaki yang nak berkenalan dengan aku. Aku pernah minta Munirah berhenti kenalkan aku dengan mana-mana pelajar lelaki sebab aku tak minat dan memang niat aku untuk jauhi lelaki. Malangnya, niat aku gagal bila Munirah kenalkan aku dengan Jafni. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjatuh hati dengan Jafni yang kebetulan jiran lama Syed di kem askar sebelum keluarga Syed berpindah ke daerah aku lepas ayah dia pencen.",
"Oleh sebab Syed dan Jafni pernah kenal, aku pun cerita pada Syed perihal Jafni. Syed sokong kalau aku nak berkawan rapat dengan Jafni sebab setahu Syed, Jafni budak baik. Aku rasa lebih yakin nak berkawan dengan Jafni bila Syed sokong. Tapi tak pula Jafni atau Syed minta aku bawa mereka jumpa sebagai kawan lama. Mungkin dulu mereka tak rapat. Jafni merupakan teman lelaki aku yang keempat selepas Hisyam. Tapi hubungan aku dengan Jafni tak kekal lama. Kami terpaksa putuskan hubungan atas sebab-sebab tertentu.",
"Lepas keputusan STPM keluar, aku dapat tawaran masuk ke universiti awam. Syukur alhamdulillah.",
"2012 – 2015 (Terengganu)",
"Aku call Syed sehari sebelum daftar masuk. Aku makin jauh dengan Syed. Syed asyik pesan supaya aku jaga diri sebab Syed tahu aku akan disukai banyak lelaki. Tekaan Syed benar. Boleh dikatakan zaman universiti ialah zaman kegemilangan aku sebagai gadis yang cantik dan aktif bersukan. Banyak lelaki yang cuba dekati aku tapi aku cuba setia dengan Aiman, teman lelaki yang aku kenal sewaktu kami sama-sama mendaftar di kolej. Dipendekkan cerita, dengan Aiman pun aku tak kekal lama. Seingat aku hanya satu semester kami berkawan rapat sebab masuk semester kedua, aku mula jatuh sakit. Sebelum aku sakit, macam-macam kejadian misteri berlaku dan semuanya bermula pada malam itu.\n~~~~~~~~~~~~~~~~~\nMalam tu, aku pergi ke tandas untuk cuci muka dan kaki sebelum tidur. Lepas cuci kaki, aku balik ke bilik dan naik ke katil. Katil aku jenis double decker. Aku kongsi katil dengan roommate bernama Yuni. Lepas aku naik ke katil, aku terhidu bau hanyir macam bau d***h orang datang kotor (datang bulan/period). Aku abaikan bau tu sebab aku mengantuk sangat. Tak sampai seminit aku terlelap, aku dengar bunyi ketukan “TUK TUK TUK”. Aku terjaga dan tergamam sebab aku tahu bunyi tu datang dari tingkap kat belakang katil aku. “TUK TUK TUK”. Semakin aku amati, semakin jelas bunyi ketukan tu bukannya ketukan biasa daripada buku lima tapi ketukan daripada KUKU!",
"Aku masih bersangka baik. Aku fikir ada pelajar lelaki yang ceroboh masuk blok pelajar perempuan. Tapi sangkaan aku meleset bila aku terdengar suara seakan bunyi “haerrrrmmmmm” “haermmmmm” “haerrmmmmm”. Bunyi mendengus macam orang semput. Badan aku terus menggigil. Aku tarik selimut dan matikan diri. Aku terlalu takut. Itu kali pertama aku dengar bunyi yang buat aku kaku. Tiba-tiba, suara tadi mula berkata-kata. “Aku nak masuuukkkkkkkkkkkk… aku nak masukkkkkkkkk… haerrrmmmm… haermmmm.",
"Kali ini bunyi dengusannya agak kasar seakan marah. Aku buntu. Aku pun baca apa-apa patut. Ada juga terkeluar bacaan tak sepatutnya sebab terlalu takut. Aku tak pernah berhadapan dengan situasi macam ni dan lebih malang lagi, aku yakin apa yang berlaku sekarang bukan mimpi. Aku beranikan diri toleh ke tingkap. Masa tu, aku akan hadap dua kemungkinan saja. Satu, aku lega. Dua, aku pengsan. Aku pun toleh ke tingkap. Belum habis kepala aku menoleh, ekor mata aku dah ternampak imej perempuan hodoh berambut panjang (mungkin pontianak) betul-betul kat luar tingkap. Kepala aku berhenti menoleh tapi hati aku suruh pandang tingkap tu lagi sebab macam ada sesuatu yang lain. Betul, ada yang lain. Ada imej sekujur tubuh berbalut kain putih di sebelah pontianak tadi. Dada aku sempit. Badan aku terasa berat. Mata aku sakit. Aku menjerit sekuat hati. Pap! Aku pengsan.",
"Aku sedar keesokan harinya. Tapi aku bukan kat kolej. Aku kat hospital. Aku pelik. Sungguh pelik. Kenapa aku kat hospital? Bukan ke semalam aku ternampak han**?",
"Nurse: Adik dah bangun?\nAku: Nurse, kenapa saya kat sini? Semalam saya kat kolej. Nurse: Eh, semalam lebih kurang pukul 12.30 felo adik hantar adik ke sini. Katanya adik tergelincir masa keluar dari bilik air. Tapi adik jangan risau. Adik tak cedera pun. Kejap lagi boleh balik.\nAku: Ha? Felo? Mana felo saya?\nNurse: Tu kat depan tu.\nAku: Nurse tolong panggilkan dia boleh?",
"Aku: Kak Mik, betul ke saya jatuh bilik air semalam?\nKak Mik: Kamu rasa?\nAku: Eh akak ni, saya serius ni. Semalam lepas saya keluar bilik air basuh muka semua saya tak jatuh kak. Elok saya masuk bilik dan tidur. Cuma…\nKak Mik: Cuma apa? Cuma kamu terjaga sebab nampak pontianak dengan pocong kan?\nAku: Hah! Macam mana akak tau?\nKak Mik: Syyyyhhhhhhhh. Jom kita keluar dulu dari sini. Nanti akak cerita. Packing barang kamu. Nanti kantoi akak menipu.\nAku: Tipu? Akak tipu apa dan tipu siapa?\nKak Mik: Nanti akak cerita. Cepat!",
"Kak Mik bawa aku ke rumah dia yang tak jauh dari kampus. Kak Mik janda. Janda yang tak ada anak. Jadi, dia tingal sorang. Hari bekerja, Kak Mik duduk kat kolej sebab senang nak buat meeting dan uruskan pelajar. Lepas makan, Kak Mik cerita balik apa yang dia nampak dan berlaku malam tu.",
"(Cerita Kak Mik)",
"Akak nampak kamu keluar dari bilik air. Masa tu akak baru habis meeting dengan felo lain. Waktu akak nampak kamu nak masuk bilik, pintu bilik akak dah separuh tertutup. Sebab tu kamu tak perasan akak tengok kamu kot. Kan akak boleh nampak korang semua keluar masuk bilik dari bilik akak ni. Sebenarnya Tasnim, sejak maghrib akak dah lalu lalang depan bilik kamu. Lepas tu akak turun sekejap pergi meeting. Bila akak naik nampak pula kamu nak masuk bilik. Akak terus la perhatikan kamu. Sebab… maghrib tadi akak nampak kelibat cik pon dan pocong tembus bilik kamu. Akak syak mesti kamu dengan yang lain akan kena kacau. Akak dah standby. Masa kamu jerit tu, akak terus keluar bilik dan pergi bilik kamu. Tak sempat akak sambut kamu, kamu dah pengsan. Akak tak sangka rupanya kamu sorang kat bilik.",
"Nasib baik budak lain tido m**i. Kalau ada yang dengar pun mesti buat-buat pekak. Bila akak nampak kamu rebah, akak buntu. Idea yang terlintas dalam kepala akak ialah bawa kamu ke hospital dan cakap kamu pengsan sebab tergelincir dalam bilik air. Akak buat macam tu sebab tak nak kes ni jadi kecoh dekat kolej.",
"Kak Mik: Tasnim, kamu tahu kan kat kolej kita ni belum pernah ada kes macam ni?\nAku: Manalah saya tahu kak. Tahun-tahun sebelum ni? Saya rasa normal kalau benda-benda macam tu ada kat hostel. Bangunan kolej kita ni pun bangunan lama.\nKak Mik: Akak rasa lain la Tasnim. Kalau ye pun normal, takkan sampai dua ekor? Selalunya yang datang kacau orang sekor-sekor atau sama jenis. Kenapa yang kacau kamu dua ekor lain jenis? Kamu ada buat salah dengan siapa-siapa ke?\nAku: Eh, kenapa Kak Mik cakap macam tu. Saya duduk sini tak pernah kacau orang kak.\nKak Mik: Sabar. Janganlah marah. Akak cuma hairan je. Dah la. Jom akak hantar kamu balik kolej. Tapi kamu kena rahsiakan benda ni. Jangan sampai satu kolej tau. Faham?\nAku: Hmmmm.",
"Aku dapat MC sehari. Aku habiskan masa untuk kemas bilik je. Dalam pukul 10.30 pagi, Yuni balik. Dia cakap kelas cancel dan nak kemas bilik sama-sama dengan aku. Aku pun senang hati sebab ada orang nak tolong. Masa mengemas, aku perasan Yuni pegang-pegang rambut aku. Bila aku mula rimas, aku tegur dia. Kenapa kau pegang rambut aku? Dia jawab, aku suka kau, kau cantik (sambil belai-belai rambut aku). Eh, dah la. Aku nak kemas ni. Nanti siap lambat. Aku teruskan mengemas sambil tangan dia merayap-rayap ke tengkuk aku. Tiba-tiba, dia bersuara lagi. Nim, kenapa semua lelaki suka dekat awak? Kenapa lelaki suka dekat awak? Kenapa lelaki suka dekat awak? Kenapa lelaki suka dekat awak? Ehehehehehehehe. Haermmmmm. Haermmmm. Dia mendengus sambil pandang tepat kat mata aku. Aku tekup telinga sebab suara dia berdengung. Dia pegang tangan aku. Allahuakbar, tangan dia sejuk macam mayat. Ada urat-urat hijau timbul sampai ke muka. Akhirnya urat-urat tu bertukar merah dan berselirat. Dia genggam tangan aku sambil warning “jauhi mana-mana lelaki yang suka kamu kecuali…” Pap! Dia hilang. Roommate aku yang baru balik tadi hilang! Aku tertanya-tanya. Kecuali siapa?",
"Aku termenung. Kata-kata yang “Yuni” cakap tadi macam pelik. Tiba-tiba… bluerkkkkkkkk. Bluerkkkkkkkkkk. Aku muntah. Lebih memeranjatkan, aku muntahkan bulu. Bulu ayam atau burung aku tak pasti. Ada la dalam 3 hingga 4 pelepah dan berlendir hijau. Aku terus sedar yang aku kena gangguan mistik. Lebih tepat lagi, aku kena sihir. Syed! I need to call Syed!",
"Aku: Assalamualaikum Syed. Kau sihat?\nSyed: Waalaikumusalam. Aku sihat. Kau mimpi apa sampai call aku?\nAku: Hmmmm. I think I need to share with you something.\nSyed: Yeah. What is it?\nAku: Aku rasa aku kena sihir la.\nSyed: Ha? Sihir? Kenapa kau kata kau kena sihir?\nAku: Sebab aku muntah dan nampak benda pelik-pelik.\nSyed: Woa. Woaaaaa. Baru muntah dan nampak benda pelik-pelik semalam dah terus kata kena sihir? Selidik dulu Nim. Aku takut jatuh fitnah.\nAku: Fitnah apa bendanya. Aku tak tuduh siapa-siapa pun kan? Eh, jap. Macam mana kau tau aku nampak benda tu semalam!\nSyed: Kau tunggu aku datang sana.\nAku: Kau nak datang sini? Jauh la gila!\nSyed: Aku ada kat KL. Kau tunggu je.",
"Tut! Tuuut! Tutttt! (Syed tamatkan panggilan)",
"Pukul 8:30 malam. Syed datang jumpa aku kat Terengganu. Aku jumpa Syed dalam keadaan lemah sebab sebelum tu aku muntah-muntah lagi. Syed tegur muka aku pucat. Dia nampak risau sangat. Aku cuba yakinkan Syed yang aku okay. Aku cerita pada Syed apa yang berlaku daripada A sampai Z. Syed setia mendengar. Selesai aku bercerita, Syed cuma ajukan satu soalan. Kau ada buat orang sakit hati? Aku jawab, tak dan aku tak tau kalau aku ada sakitkan hati orang secara tak sengaja. Kalau aku tau, aku cuma nak minta maaf dan jadi normal. Syed diam dan nasihatkan aku supaya bertenang. Dia akan bermalam kat Terengganu tiga hari untuk jaga aku. Syed hantar aku balik kolej dalam pukul 11.00 malam. Sebelum aku keluar dari kereta Syed,aku terdengar Syed cakap, tu la siapa suruh cantik sangat. Kau cakap apa Syed? Eh, tak ada apa-apa, kau naik la rehat.",
"*Suspek pertama: Syed si kawan baik",
"Pukul 11:50 malam. Aku siapkan diri untuk tidur. Nim, temankan aku pergi tandas. Yuni kejutkan aku untuk pergi tandas. Aku bangun dan temankan dia. Masa kami jalan dekat koridor, tiba-tiba Yuni tarik tangan aku supaya berhenti dan tekup mulut aku. Dia bisik. Diam, ada benda atas kepala kita. Dup dap! Dup dap! Dup dap! Jantung aku berdegup. Kami terpaku dalam seminit. Kemudian… benda tu merangkak ke depan tetapi membelakangkan kami. Yuni berbisik lagi. Dia tahu kita perasan dia ada. Pap! Lampu koridor m**i. Serentak tu juga benda tu berpusing dan menghadap kami. Waktu dan jantung seakan terhenti bila kami bertentang mata dengan seekor makhluk yang aku sendiri tak tahu nak sebut sebagai apa. Mungkin pontianak sebab mukanya hodoh, pakaiannya lusuh. Muka dia macam hancur. Pelan-pelan, benda tu merangkak ke arah kami tapi masih dalam keadaan tergantung di siling. Aku dan yuni menggigil. Kaki kami sekaan terkunci. Benda tu bersuara. Dikkkkkkk… boleh makcik masuk dalammmmmm…",
"Yuni tarik tangan aku dan kami berlari masuk ke bilik semula. Yuni yang kunci pintu. Aku terduduk. Dari dalam bilik, kami terdengar hilaian panjang heeeeeheeeheeeeeeeeheeeeeee. Nim! Nim! Nim! Jangan pengsan. Please jangan pengsan. Dalam keadaan separa sedar, aku terasa Yuni menampar-nampar muka aku supaya aku kekal sedar. Aku kuatkan diri untuk lawan kelemahan batin aku. Masa aku tengah lawan dan kawal diri aku supaya aku tak kerasukan atau histeria, aku ternampak muka Jafni!",
"Suspek kedua: Jafni, teman lelaki di tingkatan 6",
"Keesokan hari, aku call Syed lagi untuk berjumpa. Aku beritahu Syed yang aku nampak muka Jafni masa aku separa sedar.",
"Syed: Jafni? Member lama aku dekat kem dulu?\nAku: Haah. Kan aku pernah beritahu kau yang aku dengan Jafni bercinta dulu tapi sekejap je.\nSyed: Ye, aku ingat. Tapi takkan la Jafni? Kau tau tak, ayah dia tu imam kat kem tau. Mak dia pula ustazah sekolah agama.\nAku: Habis kau ingat iman tu boleh diwarisi? Boleh bluetooth?\nSyed: Takde la. Kau cakap macam kau tuduh dia. Lagipun kau pandai-pandai je cakap kau kena sihir. Mana la tau cuma gangguan je.\nAku: Syed, aku tak bodoh tau. Kau jangan samakan aku yang dulu dengan aku yang sekarang. Aku dah google ciri-ciri orang kena sihir. Almost 97% ciri-ciri tu ada pada aku. Kau faham tak. Aku dah mula jadi panas baran!\nSyed: Okay relax. Cuba kau ingat betul-betul pasal Jafni. Pernah tak kau buat dia sakit hati? Kenapa kau dengan dia putus? Kalau betul kau kena sihir, mesti kau ada buat dia sakit hati. Selalunya, orang yang sakit hati je akan buat benda-benda macam ni.\nAku: ~~~",
"2011 (STPM)",
"Cikgu Nazrah panggil aku dengan Jafni masuk bilik kaunseling. Kami ditangkap berdua-duaan di dalam kelas selepas waktu sekolah. Sumpah, kami tak buat apa-apa cikgu. Ohhh tak buat pa pa. Entah-entah tangan dok meraba! Wooooaa cikgu. Mulut cikgu jaga sikit. Cikgu jangan fitnah, kata Jafni. Awat, hampa ingat hampa dok berdua-duaan dalam tu orang lain tak fitnah? Kami tertunduk.\nYa kami berdua masa tu tapi Jafni datang sebab nak bagi aku hadiah. Tu je. Tapi nak buat macam mana. Nasib kami agak baik sebab Cikgu Nazrah lepaskan kami dengan warning je. Sejak kejadian tu, aku mula menjauhkan diri daripada Jafni. Aku cuba renggangkan hubungan kami. Bukan niat aku untuk buat Jafni sedih tapi entahlah. Aku tak suka. Hari-hari Jafni call dan text aku tapi aku tak balas pun. Dekat sekolah, dia cari aku. Sampailah satu hari aku ajak dia jumpa untuk selesaikan masalah kami.",
"Aku: Jaf, lepas ni awak tak payah cari saya ye. Kita putus.\nJafni: Tapi kenapa? Takkan la sebab Cikgu Nazrah? Mana ada orang tau pasal tu.\nAku: Bukan. Bukan sebab tu.\nJafni: Habis tu sebab apa? Sebab kau dah bosan dengan aku? (Jafni menjeling)\nAku: Hmmm. Saya tak tahu. Tapi kita kan nak exam. Elok kita fokus study.\nJafni: Kepala otak kau study! Ohhh, sebelum ni tak fikir pun study? Menggelinjang dengan lelaki lain takpe pula!",
"Aku lempang Jafni sebelum aku lari tinggalkan dia. Sejak tu, aku terus jadi halimunan untuk Jafni. Aku taknak jumpa dia lagi. Nasib baik exam dah nak dekat dan masing-masing sibuk buat hal sendiri sampailah keputusan keluar dan aku di sini.",
"2012 – 2015 (Terengganu)",
"Syed: Hanya dengan satu pelempang dah cukup buat dia berdendam dengan kau, tau tak? Kenapa kau tak pernah cerita kau lempang Jafni? Baru hari ni aku tau sebab kau dengan dia putus.\nAku: Aku tak dapat kawal diri aku. Kata-kata Jafni tu melampau. (aku menangis)\nSyed: Nim, aku takut Jafni…\nAku: Sihir aku?\nSyed: Hmmm. Jangan tuduh dulu. Jom kita berubat untuk tau masalah sebenar kau.\nAku: Syed, bukan kau kan?\nSyed: Astaghfirullahalazim. Gila apa aku nak sihir kau! Kenapa aku nak sihir kau? Kau rasa kau pernah sakitkan hati aku? Atau sebab aku suka kau? Nim, kalau aku suka kau, dari dulu aku cakap aku suka kau. Kau pun pernah tanya kan? Kalau betul aku sihir kau, kenapa aku beria-ria nak tolong kau? Kau yang ramai sangat kawan lelaki. Mana tau salah sorang tak puas hati bila kau putuskan hubungan. Aku pula yang kena.\nAku: Maaf Syed. Aku celaru.",
"*Tuduhan Syed sebagai suspek dibatalkan. Tinggal Jafni.",
"Syed bawa aku jumpa dengan seorang lelaki lingkungan umur akhir 40-an. Lebih tepat lagi, Syed bawa aku jumpa bomoh. Bomoh tu scan badan aku. Hmm. Muka molek macam awak ni memang ramai orang suka. Jin pun suka. Ada yang hantar ni. Aku cemas. Hantar apa tok? Siapa yang hantar?\nBomoh tu cakap dia tak boleh beritahu siapa yang hantar tapi dia boleh pulangkan balik benda tu pada tuannya. Aku tak setuju. Aku takut. Aku ajak Syed balik. Sebelum balik, aku nampak Syed senyum kat bomoh tu. Mungkin Syed memang dah kenal bomoh tu.",
"Sampai kat bilik, aku search FB Jafni. Cari punya cari, aku jumpa satu akaun “Ahmad Jafni Tawin”. Studied at Terengganu. Ya Allah, macam mana aku boleh tak tahu Jafni sama uni dengan aku? Aku add Jafni dan mesej dia. Aku ajak dia jumpa. Jafni setuju untuk jumpa aku. Aku tutup laptop dan tidur.",
"Pukul 2.20 pagi, aku terjaga sebab terasa nak buang air. Ahhh sudah. Aku teringat makhluk atas siling kelmarin. Sebab takut, aku nak minta tolong roommate aku temankan. Elok je aku jejak kaki dan pijak lantai, kaki aku terasa berbisa. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku tak dapat pijak lantai langsung. Aku nampak ada kesan lebam dan bertompok-tompok kat betis aku. Aku panggil Ika, roommate aku selain Yuni. Ika bantu bantu papah aku dan pakaikan selipar. Aku beritahu Ika yang aku rasa nak muntah. Nasib baik Ika sempat capai baldi dan tadah. Keluarlah segumpal rambut dari mulut aku bersama lendir. Rambut panjang. Rambut aku tak sepanjang tu. Ika tanya kenapa muka aku pucat dan bibir aku merekah sampai berdarah. Aku jawab aku keracunan makanan. Aku taknak Ika syak apa-apa. Tapi Ika bersuara lagi. Nim, teghuk mu Nim. Maghi kito gi sepita deh? Aku cakap aku okay dan terus minta Ika bawakan aku ke tandas.",
"Dalam perjalanan ke tandas, ika berhenti. Eh Nim, jak deh. Aku nok pi amek beruh gigi jak. Ale-ale teme mu gi tandah elok aku gi cuci muko. Aku cuma mengangguk dan tunggu tepi koridor bawah lampu kecemasan. Tak sampai beberapa minit, Ika kembali dan kami ke bilik air. Selesai buang air, aku keluar. Tapi aku perasan Ika tak ada. Aku panggil Ika berkali-kali tapi tetap senyap. Tiba-tiba…Nim, mu caghi aku ko? Aku terdengar suara dari belakang aku tapi suara tuuuu….bukan suara Ika! Aku mula menggigil. Aku takut. Aku taknak pandang belakang. Nim, mu pande sini Nim. Aku belake mu Nim. Zasssssss! D***h aku berderau dan naik sampai ke otak. Aku masih terpaku. Memang itulah tindakan refleks aku setiap kali terlalu takut diganggu. Nim, kalu mu tok pande sini, aku gi depe mu deh? Damn!",
"Aku kuatkan diri untuk menoleh. Tiba-tiba… Tasnimmmmmm!!! Ika jerit panggil aku dari koridor. Sah, benda belakang aku ni bukan Ika! Aku berlari keluar. Malangnya aku tersadung dan tersembam tepi koridor. Masa aku cuba bangun, aku nampak benda tu depan aku dan merangkak perlahan mendapatkan aku. Aku habiskan bacaan ayat kursi sambik tutup mata. Dada aku macam nak pecah! Kemudian, aku dapat rasa macam angin bertiup. Bila aku buka mata, benda tu dah hilang. Aku jerit panggil Ika. Ika datang dan bantu aku berdiri. Dia cakap puas dia cari aku lepas cuci muka. Semua pintu bilik air dia ketuk tapi aku tak ada. Padahal aku ada je dekat pintu ketiga. Tapi Ika kata aku hilang. Pelik.",
"Pagi tu aku tak berapa sihat. Muka pucat, bibir kering. Nak make up pun malas. Biarlah Jafni lihat keadaan aku supaya dia hentikan kerja terkutuk dia. Aku pun keluar jumpa Jafni.",
"Jafni: Tasnim, awak okay? Kenapa nampak lain sangat ni?\nAku: Awak tanya sebab awak nak tahu atau pura-pura tak tahu?\nJafni: Apa yang awak cakap ni?\nAku: Sudahlah Jaf. Awak sihir saya kan? Awak dendam dengan saya sebab lempang awak masa kita tingkatan 6 dulu. Lepas tu awak berdendam dengan saya sebab tinggalkan awak kan! (Aku tak tahu kenapa aku tengking Jafni. Aku tak dapat kawal perasaan marah, sedih dan letih)\nJafni: Astaghfirullahalazim. Punya lama kita tak jumpa, ni soalan yang awak tanya? Apa awak merepek ni? Awak sedar tak awak fitnah saya?\nAku: Kenapa Jaf? Besar sangat ke dosa saya pada awak sampai awak tergamak sihir saya? Saya lempang awak bukan ada orang nampak. Tak ada orang tahu. Sama macam awak pujuk saya masa Cikgu Nazrah tangkap kita. Tak ada orang tahu!\nJafni: Tak ada orang awak cakap? Habis awak bawa Syed sekali kenapa? Awak tau tak, sebab mulut dia, kawan-kawan saya tau awak lempang saya. Saya malu Tasnim.\nAku: Syed? Saya datang sorang jumpa awak masa tu. Syed kan tengah study kat UITM. Masa bila pula Syed…\nJafni: Syed masuk UITM? Tasnim, listen. Syed tu psiko. Dia boleh buat cerita apa-apa je untuk kepentingan diri dia. Dia tak dapat tawaran masuk mana-mana universiti pun. Apa yang saya pasti, dia selalu ikut awak. Masa kita jumpa tu pun dia ada. Takkan awak tak perasan?\nAku: Jaf, saya datang sorang. Sumpah. Saya tak nampak pun Syed!\nJafni: Dia ada datang jumpa awak dekat sini?\nAku: Ada. Dia memang ada dekat sini. Tapi hari ni dia balik KL. Dia stay sekejap sebab nak jaga saya.\nJafni: Hmmmm. I don’t know where he is. Tapi saya dapat rasa dia perhatikan kita Tasnim. Keluarga Syed bukan orang baik-baik. Ayah dia bomoh!\nAku: Ha? Bomoh? Berapa umur ayah dia?\nJafni: Tak pasti. Tapi tak la tua sangat. Late 40s I guess. Last saya jumpa keluarga dia pun masa diorang kena halau dari kem sebab ayah dia suka buat benda syirik.\nAku: 40-an. Bomoh yang dia bawa saya jumpa…\nJafni: Dia bawa awak jumpa bomoh? Sah! Itu ayah dia! Mungkin diorang ada dekat sini. Awak jaga-jaga Tasnim. Saya takut awak dah jadi mangsa dia dan keluarga dia.\nAku: Eh, wait. Keluarga dia kena halau? Maksudnya dia pindah dari kem kena halau? Bukan sebab ayah dia pencen awal?\nJafni: Ye, sayang.\nAku: Stop it, Jaf!\nJafni: Okay. Okay. Saya rasa Syed cuba manipulasi awak. Dia nak tutup rancangan dia, dia cuba buat baik dengan awak. Dia pernah cakap dia suka awak?\nAku: Tak pernah. I mean, saya pernah tanya tapi dia jawab tak.\nJafni: Habis tu, kenapa banyak gambar awak dalam kereta dia?\nAku: Ha? Kereta dia? Mana awak tau?\nJafni: Ingat tak ada satu malam awak jumpa dia? Actually, I saw both of you that night. I saw his unlocked and saya buka. Saya pun tak tahu kenapa saya buat macam tu. Hati saya tergerak untuk buat macam tu. And you know what, banyak gambar awak dalam dashboard dia Tasnim. Ada ke orang normal simpan gambar kawan baik dia macam tu sekali?\nAku: What! Rupanya awak tau kita sama uni? Kenapa baru sekarang awak cerita semua ni? Patut la Syed tak pernah kenalkan saya dengan keluarga dia walaupun kami amat rapat kat sekolah. Saya cuma pernah jumpa adik dia je.\nJafni: Saya minta maaf. Saya tak tahu awak dalam bahaya. Lagipun saya tak sangka Syed akan ikut jejak ayah dia. Setahu saya, Syed baik dulu. Bila awak mesej saya ajak jumpa, baru saya terfikir mungkin awak ada masalah. Saya minta maaf Tasnim. Saya takut nak muncul depan awak sebab saya tau awak benci saya. Maafkan saya.\nAku: Syed, rupa-rupanya kau yang…",
"(BAHAGIAN II)",
"Mungkin sesetengah orang akan menganggap aku miang, gedik dan sebagainya. Aku terima. Cuma perkara yang berlaku ni di luar kawalan dan jangkaan aku. Tak pernah sekalipun aku gunakan kecantikan yang aku miliki untuk main-mainkan lelaki. Apa yang boleh aku katakan, memang Syed yang sihir aku. Now, aku akan sambung permainan psikologi untuk berhadapan dengan Syed. Dia tak boleh syak yang aku sebenarnya dah tau perbuatan kotor dia.",
"Bagi aku, nak berhadapan dengan orang macam Syed ni tak mudah. Aku ambil pendekatan untuk tak menggelabah dan cuba bertenang sehabis baik. Itu juga nasihat daripada Jafni. Ohh ya, waktu tu aku masih belum beritahu ibu tentang sakit aku dan masalah aku sebab ibu masih bersedih atas pemergian ayah pada Mac 2015. Jadi, aku selesaikan masalah ni sendiri.",
"2015 (Terengganu)",
"Dua minggu sebelum peperiksaan semester akhir berlangsung, aku pulun study sebab aku jenis yang slow sikit bab-bab menghafal ni. Satu malam tu, semua ada di bilik untuk study. Ika si mek klate tu study selang satu meja dari aku. Dia ni jenis study mulut bercakap. Dia cakap English pun bunyi Kelantan aku dengar. Terhibur rasanya. Yuni pula study atas lantai. Meniarap, bantal tongkat dagu. Masing-masing tengah khusyuk. Tiba-tiba, pap!",
"Eh, korang! Kenapa lampu tiba-tiba m**i ni. Tolong suluh sekejap. Aduh, kipas pun m**i. Blackout la ni! Ika, Yuni tolong la suluh sekejap. Handphone aku atas katil. Tak nampak ni. Yuni, tolong capai torchlight dalam locker aku tu. Ish korang ni, kalau ye pun khusyuk, jangan la senyap je. Gelap-gelap bukan boleh nampak nota pun!",
"Aku pun meraba-raba meja nak ke locker ambil torchlight. Raba punya raba, sampai la ke meja si Ika ni. Kosong. Raba lagi dekat kerusi, kosong. Ish mana pula Ika ni. takkan la lari baring sekali dengan Yuni kat lantai. Aku pun mengundur ke belakang sikit sambil kipas-kipas kaki aku dengan harapan aku tersepak badan Ika atau Yuni. Sepak, kosong. Sepak lagi, kosong. Sepak-sepak lagi, cuma angin. Aku pun depakan tangan, kangkangkan kaki dan aku pusing 360 darjah. Satu objek pun aku tak terlanggar atau tersentuh atas lantai. Sah, bilik aku kosong! Zapppp! D***h aku berderau. Aku cepat-cepat ke locker dan ambil torchlight dengan tangan terketar-ketar. Tikk!",
"Aku nyalakan torchlight. Tempat pertama aku suluh ialah meja Ika. Seperti yang aku jangka, kosong. Aku suluh lantai. Kosong jugak. Yuni tak ada. Buku-buku dan nota dia pun tak ada! Aku buka pintu bilik dan jengah ke luar. Hanya lampu kecemasan yang menyala. Itupun hisup segan m**i tak mau cahayanya. Tapi aku pelik. Kenapa yang lain senyap je? Selalunya kalau blackout dah kecoh kat koridor. Aku pergi ke katil dan capai handphone. Aku send satu mesej dekat floor rep aku. Dia reply dengan satu imej.",
"Dimaklumkan bahawa pada 12 Jun 2015, pihak kolej akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di bilik suis utama. Oleh itu, pihak kolej akan mematikan semua sumber elektrik bermula jam 10 malam hingga jam 2 pagi. Pelajar dinasihatkan supaya tak menggunakan apa-apa sumber cahaya yang berbahaya terutama lilin demi keselamatan warga kolej yang lain. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih.",
"Earth Hour paling lama dalam rekod. 4 jam tanpa elektrik! Macam mana la aku tak perasan notis ni. Patut la budak-budak lain senyap je. Diorang dah prepare la tu. Tak pun pergi lepak kolej lain. Aduh, dah pukul 10:30 ni. Nak tunggu lagi tiga jam lebih masak aku dalam bilik panas ni. Zapppppp! D***h aku berderau lagi bila aku teringat ‘Ika’ dan ‘Yuni’ yang study sama-sama dengan aku tadi. Aku selitkan torchlight dekat kerawang katil. Aku buka buku Yasin. Kebetulan wudhuk aku masa Isyak tadi masih belum terbatal. Buku Yasin sebesar tapak tangan tu aku pegang kemas dan mulakan bacaan. Masa aku nak teruskan bacaan pada muka surat ketiga, aku ternampak cahaya handphone dekat katil Ika. Katil Ika bertentangan dengan katil aku dengan Yuni. Melihat pada cahaya tu, aku rasa macam ada orang yang pegang sebab cahaya tu terapung. Bukan terletak. Aku amati betul-betul cahaya tu. Memang nampak macam orang main handphone dalam gelap!",
"I i i i i ika dah dah dah balik? Bi bi bi bila ma ma ma masuk? (aku beranikan diri bertanya dengan suara terketar-ketar). Hmmmmmm, ika membalas. O o o orang cari Ika dengan Yuni tadi. Hmmmmm, sekali lagi Ika membalas. O o o orang sambung baca sikit lagi. I i i i i ika ti ti ti tido la dulu. (Allah, masih tak hilang ketarnya). Ika senyap.",
"Tapi, aku tak sambung bacaan Yasin aku. Aku capai handphone dan call Ika. Kalau betul Ika dekat dalam bilik ni. Mesti ada bunyi ringtone lagu ‘Give your heart a break’ nyanyian Demi Lovato. Tut tut. Tut tut. Tut tut. Ringtone ‘orang’ katil depan tak berbunyi. Aku matikan panggilan. Aku toleh katil Ika, masih ada cahaya tu. Aku dail semula. Tut tut. Tut tut. Tiba-tiba, panggilan aku dijawab. Hello, Nim. Mu gi mano aku call mu dai tadi mu senyak. Hok tut tut tut. Mu gi mano? Damn! Aku terkena lagi.",
"I i i i i ika ke tu? Ho la. Aku la roommate mu hok kalut sekali ni. Aku ni dai tadi call mu. Aku kek kolej Jannah ni. Male ni aku tido sini. Uuuuuu dok sangguk aku dok bilik paneh tu Nim. Blackout male ni. Mu kek bilik ko? Yuni ghoyak tadi dio tak balik jugok. Mu oke ko Nim? Panjang Ika membebel. Aku cuma menangis. Nim, mu nangeh ko? Kami mintak maah Nim. Kami call doh ke mu. Mu tak angkak. Gini Nim, mu call Kak Mik deh? Mu gi bilik dio ko. Mu jange dok bilik sore kalu mu takuk. Mintak maah deh. Aku cuma dapat balas pujukan Ika dengan tangisan. Aku tamatkan panggilan.",
"Aku menangis bukan sebab aku terkilan Ika dan Yuni tinggalkan aku dekat bilik sorang-sorang. Tapi, masa aku tengah dengar Ika explain sebab dia tak balik bilik tu, aku nampak benda tu bangun. Macam mana aku tahu? Sebab cahaya tu makin tinggi. Cahaya tu bergerak ke arah aku. Tapi aku tak nampak kelibat apa yang pegang cahaya tu sebab gelap sangat. Cahaya torchlight cuma cukup-cukup nak terangkan surah yasin yang aku pegang. Benda tu makin dekat. Masa tu jugak bau busuk menerjah hidung aku yang dah mula tersumbat dengan hingus sebab aku nangis. Aku tundukkan muka aku sambil toleh ke tempat lain. Surah Yasin yang aku pegang akhirnya jatuh dek tangan aku yang menggigil terlalu kuat. Benda tu berdiri sebelah aku. Aku rapatkan badan ke dinding menjauhi benda tu. Masa tu jugak tangan dia mula hinggap dekat rambut aku dan bersuara. Tasnim, mu buke soghe-soghe dale Ni. Aku ado kek sampeng mu. Ake menjerit. Allahuakbar! Tolong Syed, Stop it! Zasssssss! benda tu hilang! Bilik masih gelap. Aku berlari ke bilik Kak Mik.",
"Aku: Kak Mik, tolong saya kak. Ada benda dalam bilik saya.\nKak Mik: Eh, Tasnim. Masuk. Masuk. Kamu duduk dulu. Akak nak pasang lilin.\nAku: Eh, kan kolej tak bagi pasang lilin kak. Nanti terbakar.\nKak Mik: Habis tu kamu nak dapat cahaya dari mana? Tangkap kunang-kunang?\nAku: Hmmm. Torchlight saya pula tertinggal dalam bilik. Akak tak takut ke duduk dalam gelap?\nKak Mik: Akak dah biasa. Lepas cerai, hidup akak memang dah gelap.\nAku: Sorry, kak.\nKak Mik: Hahahahahahaha. Akak gurau je Tasnim.\nAku: Eee akak ni. Saya tumpang tido sini malam ni boleh tak?\nKak Mik: Boleh. Tapi akak pelik la. Kenapa kamu balik bilik dan duduk sorang-sorang? Akak rasa dekat floor ni kamu je yang ada. Yang lain pergi study kat kolej lain rasanya. Floor rep pun tak ada. Kamu tak baca notis ke?\nAku: Saya tak baca kak. Tak perasan pun. Roommate saya pun tak beritahu saya. Ika kata dia ada call saya tapi macam tak ada je.\nKak Mik: Aiiiiii, masa mesyuarat jawatankuasa, si Zulaikha tu beria-ria bagi cadangan buat penyelenggaraan malam ni sebab dia kata tak ramai yang ada dekat kolej sebab masing-masing nak study kat kolej lain. Ada yang dah habis kuliah, balik kampung sebelum minggu exam. Takkan dekat roommate sendiri dia tak beritahu?\nAku: Ika bagi cadangan tarikh malam ni?\nKak Mik: Iya. Sebab tu akak terkejut kamu ketuk pintu bilik akak. Akak ingatkan bilik kamu kosong. Ika cakap roommate dia pun balik kampung malam ni. Kamu tak jadi balik kampung ke?\nAku: Bila masa saya cakap dengan dia saya nak balik kampung?\nKak Mik: Manalah akak tau.\nAku: Akak, nak pinjam handphone. Nak call Yuni.",
"Aku: Hello, Yuni. Awak kat mana?\nYuni: Saya dekat luar ni. Tidur kat rumah kawan. Tak berani la duduk bilik sorang-sorang. Tasnim kat mana? Dah sampai kampung ke? Ni nombor telefon siapa?\nAku: Yuni, saya tak balik kampung dan saya tak pernah cakap nak balik kampung.\nYuni: Eh, Ika cakap Tasnim balik kampung. Lagipun minggu depan study week kan. Sebab tu Yuni tak balik bilik. Ika pun tak balik.\nAku: Hmmm. Saya ada kat kolej ni. Tak apalah Yuni. Jumpa nanti. Bye.",
"Aku dah dapat tangkap permainan Ika. Aku rasa Ika ada kena mengena dengan masalah aku. Aku dapat rasakan Ika orang tengah Syed. Apa yang menguatkan lagi andaian aku adalah setiap kali aku diganggu, mesti ada kaitan dengan Ika. Kalau benda tu tak menyerupai Ika, dia akan bersuara macam Ika. Dah banyak kali dah. Tapi aku abaikan Ika dulu. Aku nak jumpa Syed.",
"Aku: Kak Mik, saya nak tidur sekejap. Tolong kejutkan saya pukul 5 boleh?\nKak Mik: Boleh. Tidurlah.\nAku: Aaaaaa lagi satu kak, nanti pagi nak pinjam handphone lagi tau.\nKak Mik: Bolehhhhhhh.",
"Pukul 5.10 pagi, aku send satu mesej yang panjang dekat Syed guna handphone Kak Mik. Dalam mesej tu aku cerita dekat dia yang aku kena kacau lagi. Aku cakap aku takut dan aku nak jumpa dia pukul 9 pagi nanti. Kalau dikira betul-betul, Syed cuma ada masa 4 jam untuk datang jumpa aku. Kalau betul Syed dah balik KL, dia takkan sempat sampai jumpa aku tepat pukul 9. Mesej aku yang panjang berjela tu cuma nak konsentrasi dia tentang waktu. Syed balas dengan satu emoji thumbs up dan kami bertemu keesokan harinya tepat pukul 9 pagi!",
"Aku: Syed! Happynya aku dapat jumpa kau. Maaf la kalau aku susahkan kau. Datang jauh-jauh dari KL. Tapi cepat jugak kau sampai. KL-Terengganu 4 jam je. Laju gila kau bawa kereta. Hehehehe.\nSyed: Aku dah biasa dengan jalan kat sini. Cepat la sampai.\nAku: Dah biasa dengan jalan sini? Kau cakap macam kau duduk sini je.\nSyed: Kenapa kau ajak aku jumpa ni? Mesej pagi-pagi buta berjela-jela. Kau kena kacau semalam teruk ke?\nAku: Hmmm, teruk. Benda tu dah mula menyerupai roommate aku, Ika. Macam mana ni Syed?\nSyed: Pergilah berubat. Risau aku tengok kau ni.\nAku: Ye. Aku memang kena berubat. Cuma aku nak siasat dulu siapa yang buat aku jadi macam ni.\nSyed: Kau tak pernah pergi berubat, macam mana kau nak tau siapa yang buat? Lagi senang la dia nak kacau kau.\nAku: Yeke? Eh, kau nak tau satu benda tak?\nSyed: Ha, apa?\nAku: Aku jumpa Jafni dekat sini. Rupa-rupanya aku dengan dia sama uni. Tak sangka betul la. Aku ingatkan takkan jumpa dia lagi.\nSyed: Jafni ex kau masa tingkatan 6 dulu ke?\nAku: Haah, dia la. Kawan kau masa kat kem dulu. Dia dah cerita punca sebenar kau terpaksa pindah dari kem.\nSyed: Hah? Dia cerita kenapa family aku pindah? (Syed nampak terkejut. Daripada duduk macam orang malas, terus tegak)\nAku: Haah. Aku pun tak sangka sampai macam tu sekali. Terkejut aku dengar cerita Jafni.\nSyed: Dia cerita apa dekat kau? Kau jangan percaya la. Dia reka cerita tu.\nAku: Laaaaa, takkan la aku tak percaya. Dia cakap family kau kena sihir dengan orang dekat-dekat situ jugak. Sebab tak tahan sangat la family kau pindah. Takkan Jafni nak reka cerita. Kalau dia cakap family kau yang sihirkan orang barulah dia reka cerita. Hehehe.\nSyed: Ohhhhh… aaaaa… haaaaaa betul la tu.\nAku: Kesian kau Syed. Tapi kenapa kau tak pernah cerita perkara sebenar dekat aku? Kita kawan rapat tapi aku tak pernah tau latar belakang keluarga kau. Orang lelaki memang suka berahsia ke?\nSyed: Kau tu pernah ke nak dengar cerita aku? Sibuk dengan kawan-kawan lelaki kau.",
"Perbualan kami terhenti. Aku tersentak dengan kata-kata Syed. Mungkinkah sebab aku kurang beri perhatian pada Syed dan itu jadi alasan dia sihir aku? Aku kena cari lagi puncanya. Mustahil sebab tu saja. Lepas beberapa minit kami diam, aku mulakan semua perbualan.",
"Aku: Syed, jom kita pergi short vacay! Alang-alang kau ada dekat sini. Aku tak faham sangat jadual UITM ni. Sekarang tengah cuti ke?\nSyed: Aaaa… haah cuti. Aku cuti lama jugak. Boleh la kalau nak bercuti sekejap. Nak pergi mana?\nAku: Kita pergi pulau je. Tak jauh sangat. Tapi tak nak la kita berdua. Aku ajak Ika. Kau ajak la Jafni. Dia pun mesti dah lama nak jumpa kau.\nSyed: Kau arrange la. Aku ikut je.\nAku: Okay, set!",
"Hari yang aku rancang dah tiba. Kami ke pulau untuk ambil angin. Tapi niat aku lebih kepada nak menguji Syed dan Ika. Aku nak tahu sama ada Syed dan Ika kenal ataupun tak. Waktu tu, exam dah nak dekat tapi aku tetap teruskan rancangan aku memandangkan aku rasa tak tenang. Aku tak tahu kenapa Ika tak tolak ajakan aku untuk ke pulau. Padahal kertas dia mula awal dari aku. Dia pun tak tanya kami akan ke pulau dengan siapa. Mungkin dia pun ada agenda dia sendiri. Atau dia dah tahu apa akan jadi?",
"Aku dan Ika pergi ke jeti. Kami sewa kereta. Aku taknak pergi dengan Syed sebab kalau jadi apa-apa, aku boleh balik sendiri. Syed pula, aku suruh ambil Jafni dekat kolej. Tapi, baru aku perasan Jafni tak balas mesej aku dari semalam. Sampai di jeti, aku nampak kereta Syed. Tap Jafni tak ada. Aku tanya Syed mana Jafni. Syed cakap Jafni nak gerak sendiri. Dia tak bagi Syed ambil dia. Aku syak Jafni pun fikir Langkah keselamatan yang sama macam aku. Masa Ika turun dari kereta, aku pandang muka Syed. Dia tengok Ika dalam dua tiga kali lepas tu dia tunduk sebelum pandang aku. Aku tak kenalkan Ika pada Syed pun. Kami pun gerak ke pulau tanpa Jafni.",
"Syed: Nice gila view kat sini! Kau dah booking bilik ke?\nAku: Eh, aku tak cakap aku nak stay sini malam ni.\nSyed dan Ika: Hah! (sambil pandang muka aku)\nAku: Laaaa. Korang terkejut sangat kenapa? Kan aku dah cakap short vacay. So, let’s make it short okay! Kita lepak-lepak sini sekejap lepas tu kita balik.",
"Aku bergerak ke depan tinggalkan Syed dan Ika kat belakang. Sambil tu, aku keluarkan handphone konon-konon nak selfie. Tapi sebenarnya aku nak tengok reaksi Syed dan Ika kat belakang aku. Seperti yang aku jangka, aku nampak Syed dan Ika bercakap-cakap. Tangan Ika ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kanan macam orang tengah berkempen. Aku pun sergah Syed dan Ika supaya teruskan berjalan. Jujur aku katakan, moment di pulau waktu tu semuanya FAKE. Aku bertahan untuk selesaikan misi aku je. Tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu tu. Jafni pula masih belum dapat dihubungi. Call tak angkat. Mesej tak balas. Aku risau. Dalam masa yang sama aku risau nak keluar dari pulau waktu malam. Tapi orang tu dah janji dengan aku. Dia akan bantu.",
"Aku: Bluerkkkk! Bluerkkkk! (Aku pura-pura nak muntah)\nIka: Nim, mu oke ko? Mu nok muntoh ni. Syed, gi cari plastik ko gapo dio jola.\nSyed: Okay, okay.\nAku: Macam mana Ika tau nama Syed? Saya tak pernah kenalkan Ika dengan dia.\nIka: Aaaaaa. Eh, mu ni! Tadi mu ghoyak namo dio Syed? Lupo mu ni.\nAku: Bluerkkkkkkkk! (kali ni aku betul-betul rasa nak muntah dengar jawapan Ika. Takkan la aku nak gagalkan rancangan aku by mention his name. Aku memang tak sebut langsung nama Syed atau panggil Syed.\nIka: Nim, mu gi toilet hujung tu. Cepak!",
"Aku pun berlari ke toilet yang agak jauh. Memang tak logic kalau orang yang nak muntah boleh tahan sejauh tu. Perasaan aku luluh. Hati aku sebak. Aku semakin takut. Lepas aku fikir dalam-dalam masa kat toilet, aku jumpa balik Ika dengan Syed. Hari dah nak senja. Aku cakap aku muntah lendir hijau hitam dengan rambut. Muka Syed dan Ika tiba-tiba berubah macam tak percaya. Waktu tu, aku mula syak sesuatu. Mungkin Syed dan Ika hairan bila aku muntah benda tu sedangkan diorang tak hantar pada aku waktu tu. Entahlah. Aku mula kecewa dengan Ika. Lebih tepat lagi, aku mula menyampah dengan Syed dan Ika.",
"Aku: Dah la. Dah nak senja. Kita solat dulu lepas tu kita makan. Malam sikit kita balik. Ada orang dah tunggu. Jafni pun takkan datang kot.\nIka: Okay, Nim.\nSyed: Sure tak nak tido sini malam ni? Bahaya keluar dari pulau ni malam-malam.\nAku: Tak nak. Aku lebih risaukan Jafni. Lagipun aku dah janji dengan orang tu.\nSyed: Okay.",
"Sampai kat darat, kami cari surau untuk solat Isyak. Syed minta aku dengan Ika cari dia dekat Kawasan parkir bila kami dah selesai solat. Lepas aku siap solat, aku duduk sekejap. Aku diamkan diri. Ika ada sebelah aku. Tiba-tiba, badan aku rasa sejuk. Kepala aku berpinar-pinar. Kali ni aku tak pura-pura. Mungkinkah aku mabuk laut? Mustahil, sebab waktu pergi tadi aku okay. Dalam samar-samar, aku terpandang tingkap surau. Allahuakbar! Allahuakbar!",
"Aku menjerit sekuat hati macam orang histeria. Aku ternampak pocong tengah melompat-lompat. Kepala aku sakit. Rasa nak pecah. Ada beberapa orang cuba tenangkan aku sampai la pocong tu hilang bila ada seorang makmum laungkan azan. Ada seorang makcik lapkan peluh aku. Aku perasan sesuatu. Ika hilang! Aku terus keluar cari Ika dekat kereta. Aku tak nak Ika lari. Apa nak jadi malam tu, jadi la. Aku nekad berdepan dengan diorang.",
"Tapi… Ika dengan Syed tak ada dekat kereta.",
"Tiba-tiba, zappppppp! Ada benda melintas laju depan aku. Belum sempat aku fikir benda apa yang lalu, zapppp! Dia melintas lagi. Lepas tu, bukkkkk! Bahu aku ditolak dari belakang dan aku jatuh tersungkur. Kepala aku terhantuk dekat rim tayar. Tiba-tiba aku ternampak Syed melambai-lambai tangan panggil aku. Masa tu Syed ada depan kereta selang dua kereta dari aku. Tapi masalahnya…Syed atas bumbung kereta.",
"Aku tahu tu bukan Syed. Aku unlock kereta dan masuk. Aku capai buku surah Yasin dalam dashboard dan aku baca. Sambil aku baca, aku jeling ke tingkap. Itu tindakan refleks aku. Macam aku tau ada benda akan muncul dekat tingkap. Tekaan aku betul. Ekor mata aku nampak bayang dekat tingkap tepi aku. Aku pejam mata dan sambung bacaan. Nasib baik aku dah hafal separuh daripada surah tu. Ktakkkk! Macam ada orang cuba buka pintu kereta. Aku teruskan bacaan dan pejam mata. Tapi benda tu tak takut. Ktakkkkk! Ktakkkkk! Ktakkkk! Tiga lagi pintu dia buka. Aku tak tahu siapa atau apa. Aku menggigil.",
"Ada suara yang memanggil. Aku beranikan diri buka mata. Allahuakbar. Benda tu bertenggek atas boot depan. Mencangkung, bergoyang ke kiri ke kanan. Aku menjerit Allahuakbar tiga kali. Benda tu hilang. Tapi, ada suara yang masih memanggil.",
"Serentak tu, aku dapat rasa ada tangan yang cuba rangkul leher aku. Tangan yang sejuk dan kasar. Yang pasti bukan tangan manusia. Aku hantuk kepala aku dekat stereng untuk lepaskan diri. Zappppp! Kelibat tadi melintas lagi. Aku cuba hidupkan enjin untuk lari. Dalam aku terketar-ketar nak hidupkan enjin, tiba-tiba pintu kereta terbuka dan ada orang pegang tangan aku. Syed!",
"Aku: Tolong la Syed, lepaskan aku. Apa dosa aku dekat kau! Kalau aku berdosa sekalipun, tolong la maafkan aku. (aku menangis sambil merayu pada Syed)\nSyed: Aku sayang kau Tasnim. Sumpah aku sayang kau. (Syed genggam tangan aku. Aku rasa pedih sangat)\nAku: Kenapa kau tak pernah cakap kau suka aku! Aku pernah tanya kau dulu setan!\nSyed: (rentap kepala aku) Kenapa kau sibuk dengan lelaki lain sedangkan aku ada dengan kau! Kenapa kau perlukan lelaki lain sedangkan aku mampu jaga kau! Kenapa kau asyik bercerita pasal lelaki lain tapi kau tak pernah fikir perasaan aku!\nAku: Sebab aku anggap kau kawan aku Syed. Aku anggap kau kawan.\nSyed: Pergi mampus dengan kau punya kawan! Aku korbankan macam-macam untuk kau! Kau anggap aku kawan je?\nAku: Kau yang bacul! Kau yang tak berani luahkan perasaan kau! Jangan disebabkan kelemahan dan kebaculan kau, kau buat orang macam ni setan!",
"Syed lepaskan kepala aku. Syed tunduk. Seolah-olah ada sesuatu yang menenangkan dia. Aku ambil kesempatan tu untuk tendang dia, tutup pintu dan hidupkan enjin. Aku kesat air mata aku dan aku drive keluar dari kawasan tu. Dalam kepala aku cuma satu, balai polis. Waktu aku nak keluar. Aku ternampak Ika tepi jalan. Dia cuma berdiri kaku. Aku tak pedulikan dia. Bagi aku, Ika bukan kawan aku lagi. Aku buat laporan polis tentang kekasaran Syed. Walaupun aku tau Syed mungkin akan bertindak lebih ganas, aku tetap buat laporan demi keselamatan aku buat sementara waktu.",
"Sejak kejadian malam tu, aku jadi trauma. Setiap sentuhan daripada orang, aku rasakan macam ancaman. Oleh sebab tu, aku dimasukkan ke hospital. Waktu tulah ibu aku dapat tahu semua yang terjadi pada aku. Aku tak dapat ambil exam. Aku extend pengajian. Aku reda. Semua yang berlaku atas kemahuan aku sendiri untuk bertindak. Syed? Aku tak tahu dia kat mana. Apa yang pasti, sihir yang dia hantar makin menghilang dalam proses aku berubat. Jujur aku masih tak percaya Syed sanggup buat semua tu. Kadang-kadang manusia tak perlu ada alasan yang kukuh untuk sakitkan orang lain. Ada je manusia yang suka buat dosa untuk kepuasan diri dia yang gila. Dia bukan sakitkan orang sebab orang sakitkan dia tapi sebab diri dia sendiri yang sakit. Orang tu ialah Syed dan akulah mangsa dia. Aku mungkin random person yang dia pilih untuk teruskan dosa besar keluarga dia. Ika? Dia ada datang hospital melawat aku. Dia minta maaf sebab bersubahat dengan Syed. Ika ada cerita dia sendiri. Aku ceritakan dekat Bahagian III.",
"(Sehari sebelum ke Pulau)",
"Polis: Jafni?\nJafni: Ye, saya. Kenapa encik?\nPolis: Awak kenal Syed Ghimam?\nJafni: Kenal encik.\nPolis: Dia buat laporan awak pecah masuk kereta dia dan curi barang dia. Awak kena ikut kami ke balai buat kenyataan. Malam ni tido lokap dulu. Kes curi ni.\nJafni: Allahuakbar. Saya tak curi apa-apa pun encik.\nPolis: Jadi betullah awak pecah masuk kereta dia?\nJafni: Hmmmmmm.",
"(BAHAGIAN III)",
"Aku trauma. Nurse pegang pun aku tepis-tepis sebab aku trauma dengan Syed. Masa aku dalam wad, aku selalu terbayang muka Syed. Emosi aku tak stabil, kadang-kadang aku marah. Kadang-kadang sedih. Kadang-kadang takut. Yang peliknya, aku rasa menyesal tendang Syed malam tu. Aku rasa aku tak patut buat kawan baik aku macam tu walaupun Syed sebenarnya yang tak patut buat aku macam ni. Entahlah. Aku keliru.",
"Ibu: Anim, ada orang datang tu. Bangun sekejap. Ibu tak kenal.\nAku: Oh, tu la Kak Mik, bu. Dia felo kolej. Ibu jangan tanya suami dia kerja apa tau sebab dia janda. (Ibu aku bukan boleh percaya. Sat lagi dia tanya suami kerja kat mana hahahaha)\nIbu: Ohhhhh faham. Faham. Hehehehe.\nAku: Ibu, Anim nak cakap dengan Kak Mik sekejap boleh?\nIbu: Alaaaa…ada rahsia ke?\nAku: Nanti Anim cerita ya.\nIbu: Okay.",
"Aku: Akak! Assalamualaikum Kak Mik.\nKak Mik: Waalaikumusalam Tasnim. Ceria je kamu? Sakit ke tak ni? Kalau dah tak sakit, pergi jawab exam sana.\nAku: Ish, akak ni! Fizikal saya memang tak sakit kak tapi mental saya…\nKak Mik: Iya, iya akak faham. Akak bergurau je. Kamu okay ke nak sembang ni? Akak ada benda nak tunjuk ni.\nAku: Tunjuk apa kak?\nKak Mik: Kamu baca ni. Mesej ni akak dapat lepas kamu call Yuni guna handphone akak. Yuni yang mesej ni. Masa tu akak nak bagi kamu baca tapi kamu tidur. Masa kamu pinjam lagi pagi tu, akak tak ingat langsung pasal mesej ni.\nAku: Bagi saya baca.",
"(Mesej Yuni)",
"Tasnim, betul ke awak tak balik kampung? Kalau saya tau, saya balik bilik malam ni. Ika yang suruh saya jangan balik sebab dia kata bilik kosong. Tasnim, alang-alang nak exam ni kan, saya nak minta maaf dengan Tasnim kalau saya ada buat salah dengan Tasnim. Saya ada juga mengumpat Tasnim belakang-belakang. Lepas apa yang Ika cerita, saya jadi takut dengan Tasnim. Tapi saya pun tak tahu apa yang Ika cerita tu betul ke tak. Cuma, Tasnim ubah la perangai ye. Tak baik main-mainkan lelaki. Tak baik mensyirikkan Tuhan. Takut makan diri sendiri. Maaf la Yuni cakap macam ni mungkin jatuhkan mood Tasnim nak study. Yuni minta maaf ye. Mungkin kita tak jumpa dah lepas exam ni sebab Yuni stay rumah sewa kawan Yuni. Take care roommate.",
"Aku: Kak, kenapa Yuni cakap macam ni? Apa yang Ika cerita dekat dia kak?\nKak Mik: Tasnim, saya sebagai felo, saya berhak ambil tahu masalah penghuni-penghuni kolej. Tapi kalau awak tak nak beritahu, saya tak boleh paksa. Lagipun hal peribadi ni tak melibatkan kolej. Akak tak tahu apa masalah korang satu bilik tu. Tapi akak dapat rasa ada orang tak puas hati dengan kamu.\nAku: Akak rasa, patut tak saya contact Yuni?\nKak Mik: Patut. Itulah yang sepatutnya. Kamu kena tahu kenapa Yuni cakap macam tu. Kamu rehat la dulu. Akak ada meeting kejap lagi. Student baru nak masuk nanti banyak fail nak kena tukar. Kalau ada apa-apa, kamu call akak ye.\nAku: Terima kasih Kak. Ohh ye akak, kalau akak dapat mesej apa-apa atau call ke, akak beritahu saya ye. Tapi akak jangan reply cakap tu nombor akak. Just pretend like your number is my number. Boleh kak?\nKak Mik: Eh, suka hati kamu je.\nAku: Heheheheh.",
"Aku serabut fikirkan kata-kata Yuni. Patutlah Yuni macam mengelakkan diri daripada aku. Diorang jarang balik bilik. Kalau Yuni ada pun, dia tak bercakap dengan aku. Dia lebih suka bersembang dengan Ika. Yang paling aku marah, kenapa Yuni sebut pasal syirik? Jadi, aku ambil keputusan untuk tanya Yuni apa yang Ika cakap dengan dia.",
"(Mesej dengan Yuni)",
"Aku: Assalamualaikum Yuni. Yuni busy ke?\nYuni: Hai, roommate. Acah-acah busy je. Hehehe.\nAku: Untung la exam. Hehehe.\nYuni: Eleh, macam la dia tak exam. Satu uni tengah exam kan.\nAku: Tak, saya tak ambil exam. Saya dekat hospital ni. Warded.\nYuni: Ya Allah Tasnim. Awak kemalangan ke? Kenapa tak beritahu? Ika tahu? Semalam Yuni nampak dia dekat dewan exam. Tapi tak sempat sembang.\nAku: Aaaaa. Bukan kemalangan. Cuma tak sihat je. Anyway, saya nak tanya Yuni tentang mesej yang Yuni hantar dekat saya lepas saya call Yuni malam yang kolej kita blackout tu.\nYuni: Oh, that one. Yuni minta maaf. Yuni tak ada niat nak kecilkan hati Tasnim. Tapi, kita ni roommate. Yang salah Yuni tegur. Maaf.\nAku: No, no, no. It’s okay. Cuma, kenapa Yuni sebut tentang syirik? Maksud saya, macam mana Yuni tahu saya buat benda-benda syirik?\nYuni: Ika yang beritahu. Ika ada tunjuk mesej-mesej Tasnim ugut dia pada Yuni.\nAku: WHAT! Mesej ugut apa ni? Masa bila saya ugut dia?\nYuni: Ada. Tasnim cakap jangan beritahu Yuni tentang perbuatan Tasnim. Kalau tak, Tasnim bomohkan Ika. Ada juga mesej Tasnim cakap ‘seronok tak kena kejar pocong’. Tasnim cakap kalau Ika buka mulut, Tasnim nak kacau Yuni pula. Sebab tu Yuni takut dengan Tasnim. Yuni dah tahu sebenarnya. Yuni takut Tasnim kacau Yuni. Sebab tu Yuni diamkan diri.\nAku: Habis tu, Yuni cakap sekarang ni Yuni tak takut kena kejar pocong? Yuni tak takut saya bomohkan Yuni? Yuni, look. SAYA SUMPAH SAYA TAK BUAT BENDA-BENDA KHURAFAT MACAM TU!\nYuni: Tapi…mesej-mesej tu? Tasnim sendiri yang hantar pada Ika.\nAku: Ya Allah, Yuniiiiii. Mesej macam tu boleh tipu la. Yuni percaya mesej-mesej tu sebab nama ‘Tasnim’ yang hantar? Yuni pernah terfikir tak kalau kita simpan nombor siapa-siapa dalam handphone, kita boleh letak apa-apa nama pun? Tak mustahil la Ika simpan nombor dia yang lain guna nama ‘Tasnim’. Lepas tu dia hantar mesej- mesej tu dekat nombor asal dia yang kita ada, dia suruh Yuni baca. Lagipun, Yuni check tak nombor pengirim mesej-mesej tu? Betul ke nombor saya?\nYuni: Hmmmm. Yuni tak check pun nombor penghantar tu sama tak dengan nombor Tasnim ni. Sebenarnya, Yuni tak terfikir langsung nak check masa tu.\nAku: See! Yuni percaya bulat-bulat je. Sedih saya bila orang tuduh saya macam ni sekali.\nYuni: Tapi…ada satu malam tu…Aaaa tak ada apa-apa la. Yuni salah pandang kot.\nAku: Malam apa? What happened? Yuni, angkat call. Saya nak tahu apa yang jadi malam tu.",
"(Cerita Yuni)",
"Ada satu malam tu Yuni demam. Tak larat sangat nak bangun. Tasnim belum balik. Ika offer nak turun koperasi belikan panadol. Masa Ika turun, Yuni nampak Tasnim balik. Tapi muka Tasnim pucat je. Macam yang Yuni cakap sebelum ni, Yuni takut dengan Tasnim. So, Yuni pura-pura tidur masa tu. Masa Yuni tengah pura-pura tu, Yuni dengar Tasnim marah-marah. Tasnim sebut siap kau! siap kau! Yuni takut sangat masa tu. Tiba-tiba, suara Tasnim senyap. Yuni beranikan diri bukak mata. Tapi gelap.",
"Bilik kita gelap dan suara Tasnim pun senyap. Yuni bangun nak hidupkan lampu. Tiba-tiba Yuni nampak Tasnim duduk sambil pegang lilin dekat katil atas. Tasnim senyum dekat Yuni. Bila Yuni tanya bila masa Tasnim panjat katil sebab Yuni tak rasa pun katil bergoyang, Tasnim makin tersenyum. Bila Yuni nak hidupkan lampu, Tasnim mendengus macam marah. Yuni tak jadi hidupkan lampu. Yuni decide nak baring balik sebab Yuni dah takut sangat masa tu. Masa Yuni nak baring tu, Yuni rasa ada something dekat tilam Yuni.",
"Benda tu panjang berbungkus. Yuni tengok rapat-rapat benda tu dan teraba-raba sebab samar-samar je dengan cahaya lilin yang Tasnim pegang. Masa Yuni raba-raba badan benda tu, benda tu tak bergerak. Masa Yuni raba muka dia, dia buka mata. Allahuakbar! ada pocong tengah baring atas katil Yuni! Lepas tu benda tu bangun dan duduk tegak. Yuni lari pergi katil Ika. Dari katil Ika, Yuni nampak Tasnim senyum je dan masih pegang lilin. Pocong tu masih duduk tegak. Bila Yuni jerit Allahuakbar tiga kali baru benda tu hilang. Tapi yang Yuni pelik, Tasnim pun hilang!",
"Lepas tu Ika masuk buka lampu. Yuni terus cerita dekat Ika. Ika peluk Yuni. Dia cakap pocong tu Tasnim bela. Tasnim sengaja nak takut-takutkan Yuni. Sejak kejadian tu, Yuni memang percaya yang Tasnim ada membela.",
"Aku: Habis tu, benda yang merangkak atas siling masa saya temankan Yuni pergi tandas hari tu, saya bela jugak? Kalau saya bela, kenapa saya takut?\nYuni: Yang tu…Yuni tak tahu. Entah la. Yuni tak tahu. Apa yang Tasnim nak beritahu sebenarnya?\nAku: Yuni, saya memang bukan perempuan yang baik. Mungkin Yuni nampak saya berkawan dengan lelaki, Yuni fikir saya guna ilmu hitam supaya lelaki suka saya. Tapi, saya nak Yuni tahu yang saya tak pernah sama sekali buat macam tu. Ika dah tipu Yuni. Ika nak buruk-burukkan saya. Dia yang buat semua tu. Saya tak tahu macam mana dia buat, tapi yang saya tahu dia boleh duplicate orang guna ilmu hitam.\nYuni: Kenapa Ika nak buat macam tu?\nAku: Saya pun tak tahu. Saya masih siasat. Saya harap Yuni dapat lupakan semua ni. Study macam biasa. Biar saya selesaikan hal ni dengan Ika.\nYuni: Kalau betul Ika tipu, maksudnya Syed tipu Ika la.\nAku: SYED? Yuni kenal Syed?\nYuni: Aaaaa tak kenal pun. Ika je yang selalu cerita tentang Syed. Ika cakap Syed tu kawan baik Tasnim. Syed beritahu Ika yang Tasnim guna ilmu hitam untuk dekat dengan lelaki.\nAku: Astaghfirullahalazim! Kenapa baru sekarang Yuni beritahu saya? Macam mana pula Ika boleh kenal Syed niiiiiiiii!!!!\nYuni: Yuni minta maaf. Yuni takut. Yuni tak tahu macam mana Ika kenal Syed. Tapi kalau semua ni tipu, Yuni minta maaf sangat-sangat dengan Tasnim.\nAku: Hmmm. Tak apalah Yuni. Saya faham. Bukan salah Yuni. Good luck for your upcoming paper.\nYuni: Terima kasih Roommate. Take care.",
"Aku hantar satu mesej ringkas pada Ika. Aku minta dia datang jumpa aku lepas dia habis exam. Kalau betul dia termakan kata-kata Syed, aku perlu betulkan keadaan. Boleh jadi Ika pun mangsa Syed. Hari yang aku tunggu tiba. Ika datang jumpa aku sehari sebelum aku discharge. Waktu Ika datang, aku perasan muka ibu mencuka. Dia tak izinkan aku bercakap dengan Ika tapi lepas aku pujuk, dia benarkan. Aku ni kalau boleh pandang muka Ika pun aku tak nak. Tapi aku tahu Ika mesti ada alasan dia sendiri. itu yang aku kena tahu.",
"Ika: Tasnim.\nAku: Hmmm. Terima kasih datang.\nIka: Nim, huuuuuuuu…huuuuuuuuuuu…huuuuuuuuu.\nAku: Ika, Ika. Relax. Nanti orang pandang. Relax. Saya cuma nak tahu beberapa hal je. Lepas tu, Ika boleh balik.\nIka: Nim, aku bedoso ko mu Nim. Aku tau mu baik Nim. Aku yang sokmo jeles ko mu. Aku sokmo caghi saloh mu. Aku hasuk Yuni benci mu. Aku subahak denge Syek bio mu punoh.\nAku: Kenapa sampai macam tu Ika? Apa sa;ah saya pada Ika?\nIka: Senarnyo, aku suko Aime. (Aiman: Baca Bahagian I)\nAku: Aiman? Ya Allah! Sebab jelaous je Ika? Sanggup Ika buat benda-benda khurafat ni sebab jelous?\nIka: Tok, tok! Aku sumpoh aku tak buak benda syirik gitu. Syek yang buak. Aku tulung dio ja. Sejak mu ghapak denge Aime, aku jeles ko mu. Aku pakak denge Syek sihir mu. Aku cumo nok mu putuh nge Aime.\nAku: Macam mana Ika kenal Syed? (Haaaaa ni soalan yang paling aku tunggu nak tanya)\nIka: Mu lupo Nim. Mu ado ghoyak kek aku pasa Syek. Mu ghoyak dio kawan baik mu. Mu penoh pinje handphone aku buak call Syek. Aku simpe nombo dio. Mulo-mulo, aku mesej Syek sebak aku cumo nok tau pasa lelaki-lelaki hok suko mu dulu. Aku nak ghoyak ko Aime yang mu ni miye (miang). Ghamei jate. Tapi, Syek dapak tau niak aku ko mu. Syek cito dio pun dende denge mu. Sebak tu aku plan denge Syek sihir mu. Tapi buke aku yang buak. Sumpoh, aku dok reti benda-benda gitu Nim. Syek denge bapok dio yang hantar bende kaco mu. Aku sendiri tok penoh napok bende yang Syek hantar ko mu sampai la male kito gi pulau hari tu.\nAku: Ika nampak apa?",
"(Cerita Ika)",
"Sejujurnya, aku cuma tahu bila waktu Syed hantar benda kacau Tasnim. Tapi aku tak pernah tahu benda itu apa dan rupanya macam mana. Setiap kali Syed rancang nak kacau Tasnim, aku akan cari alasan untuk ajak Yuni keluar bilik dan tinggalkan Tasnim dalam bilik sorang-sorang. Tapi ada jugak beberapa kali yang Syed buat kerja tu sorang-sorang tanpa pengetahuan aku. Syed buat semua tu sebab nak Tasnim sakit dan pergi dekat dia. Bila Tasnim sakit, tak ada lelaki suka dekat Tasnim dan Syed boleh dapat Tasnim. Itu plan Syed. Aku pula, bila Tasnim sakit, aku akan dapat Aiman. Mudah.\nBerbalik kepada benda yang kacau Tasnim, malam tu merupakan kali pertama aku nampak benda tu.\nYa, malam masa dekat parkir kereta di surau. Syed suruh aku menyorok dan pastikan Tasnim tak nampak aku. Aku menyorok dekat celah-celah kereta. Aku mengintai Tasnim. Bila Tasnim pergi dekat kereta, aku tundukkan kepala. Bila aku dengar suara Tasnim menjerit, aku sambung mengintai. Aku nampak Tasnim jatuh terhantuk dekat rim tayar. Aku nampak Tasnim masuk kereta tapi aku tak nampak dia buat apa. Dalam aku terjengah-jengah, aku rasa ada sesuatu yang rapat ke badan aku. Tiba-tiba bulu roma aku meremang seremang-remangnya. Ada bau busuk. Aku toleh, tapi tak ada apa-apa. Aku sambung mengintai. Benda tu datang lagi dan rapatkan badan dia ke sebelah aku. Bila aku toleh, aku nampak kain putih.",
"Bila aku dongak, aku nampak muka dia! Muka dia bengis menggerutu dan berdarah. Mata dia tenung tepat ke mata aku. Itu pertama kali aku nampak makhluk bernama pocong. Tinggi, berbungkus, busuk, dan hodoh. Aku menggigil. Mulut aku terkunci. Aku cuba lari tapi kaki aku terpaku. Akhirnya aku pengsan. Masa aku sedar, aku dah ada dalam kereta dengan Syed. Waktu tu dah nak subuh. Syed hantar aku balik kolej. Syed cakap ‘lepas ni aku tak kenal kau. Kau nak cerita apa-apa dekat Tasnim, terpulang. Jangan cari aku’.",
"Aku: Ika pengsan? Habis yang saya nampak berdiri tegak masa saya drive keluar tinggalkan parkir tu siapa?\nIka: Aku tok tau Nim. Mungke hantu Syek.\nAku: Kenapa benda tu suka sangat menyerupai Ika, eh?\nIka: Menyerupai aku? Maksuk mu?\nAku: Dah banyak kali saya nampak benda tu menyerupai Ika. Malam tu kali terakhir la saya nampak. Patut la berdiri tegak je. Ni yang depan mata saya ni harap-harap manusia la. Hmmmm.\nIka: Hmmm. Sebak tu aku maghi caghi mu Nim. Aku nok mitak maaf denge mu. Aku sumpoh aku tok dende lagi ko mu. Mu nok dende denge aku, aku pahe.\nAku: Jadi betul la Ika tak tahu apa-apa tentang sihir dan benda yang kacau saya?\nIka: Hok tu aku berani sumpoh. Meme Syek.\nAku: Dah la. Ika balik la. Saya akan cuba maafkan Ika. Jangan cari saya lagi.\nIka: Aku pahe kalu mu tok leh nak maahke aku. Aku pahe. Maah Tasnim.",
"Ibu: Anim okay?\nAku: Okay, ibu.\nIbu: Yang datang dengan Ika tu Yuni ke?\nAku: Ha? Mana ada Yuni ibu ni. Ika datang sorang la.\nIbu: Laaaa…Ibu nampak Ika masuk dengan sorang budak perempuan. Cantik budaknya. Ika tak nampak ke?\nAku: Ibu jangan main-main dengan Anim boleh tak? Anim kan tengah sakit ni.\nIbu: Sumpah, ibu nampak budak tu.\nAku: Sekejap! Budak ni ke? (aku tunjuk gambar Yuni pada ibu)\nIbu: Eh, bukan. Budak tadi kurus je. Si Yuni ni gempal sikit.\nAku: Kurus, rendah-rendah ke ibu? Kulit putih, rambut dia lepas paras pinggang? Muka dia bujur sirih?\nIbu: Haaaaa, lebih kurang macam tu la.\nAku: Damn! Anim rasa itu Atikah. Arwah adik Syed yang meninggal masa kami tingkatan lima dulu. Ibu ingat tak Syed pernah bawa Atikah datang rumah. Tapi rasanya itu la kali pertama dan kali terakhir kita jumpa arwah Atikah. Ibuuuuu, tak ingat ke macam mana arwah adik dia m**i? (aku berbisik dengan ibu)\nIbu: Astaghfirullahalazim. Baru ibu teringat. Ya Allah, meremang bulu roma ibu ni Animmmmmmmmmmmmmmm.",
"2009 (SPM)",
"Kecoh satu kampung kes kematian mengejut Atikah. Atikah gadis cantik tingkatan 2. Adik bongsu Syed. Kematian Atikah sangat menyayat hati. Betul kata orang, kalau dah ajal, dekat mana-mana pun boleh berlaku. Atikah meninggal di tanah perkuburan di kampung. Saksi kejadian waktu tu satu-satunya kawan baik Atikah merangkap jiran Atikah dengan Syed iaitu Nani.",
"(Cerita Nani)",
"Pada Jun 2009, Atikah mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang menyenangkan aku. Dia selalu tanya apa akan jadi kalau dia m**i, jadi hantu dan kacau aku? Selamba aku jawab ‘kalau kau jadi hantu, jangan jadi yang lompat-lompat tu ye’. Atikah pandang aku sinis. Dia ada cakap ‘nanti tolong dia’. Masa tu aku pun tak faham apa maksud dia.\nTapi yang pasti, dia macam dah tahu ada benda buruk nak jadi dekat dia. Selang beberapa hari lepas perbualan tu, dia tunjukkan sesuatu pada aku. Aku terkejut bila nampak satu bungkusan. Dalam bungkusan tu ada kain putih berlipat dengan nota ‘kalau kamu degil, mak bungkus dengan kain ni’. Patut la Atikah ni senyap je dekat sekolah. Boleh kata budak baik la. Rupa-rupanya, dia kena ugut. Apa motif mak dia buat macam tu?",
"Ogos 2009. Tarikh yang takkan aku lupa. Itu kali terakhir aku bercakap dengan Atikah. Waktu tu, aku dengan Atikah baru balik dari sekolah agama. Kami kayuh basikal masing-masing. Kayuhan Atikah agak lambat.",
"Aku: Wei, Tikah. Cepat la sikit. Aku nak buang air ni.\nAtikah: Tak apa. Kau jalan dulu.\nAku: Ish, budak ni. Tengah-tengah kubur pun nak kayuh lambat-lambat.",
"Aku berhenti tepi jalan untuk tunggu Atikah. Aku toleh belakang. Aku nampak Atikah kayuh macam tak berdaya. Tiba-tiba, krakkkkkkkkkkkk! Bunyi dahan patah. Elok je Atikah melintas bawah pokok durian tu, pappppppppp! Dahan yang patah tu jatuh dan hempap Atikah. Waktu tu juga dua biji mata ni terbeliak nampak d***h tersembur dari kepala Atikah. Longlai kaki aku nak mendekati Atikah. Aku rasa macam tulang kaki aku hilang. Aku pun menjerit sekuat hati panggil orang kampung untuk selamatkan Atikah. Sikit pun aku tak berganjak dari tempat aku saksikan kemalangan ngeri tu. Aku takut lihat badan Atikah yang terkulai dengan d***h yang meleleh-leleh. Masa orang kampung sampai, Atikah dah meninggal dunia.",
"Seingat aku, mayat Atikah dibedah siasat sebelum keluarga dia tuntut untuk kebumikan dia keesokan harinya. Aku tak pergi pun rumah Atikah waktu jenazah belum dikebumikan sebab aku sangat takut dengan kain kafan. Aku cuma tunggu dekat rumah je. Rumah Atikah betul-betul sebelah rumah aku. Dalam rumah, aku asyik terfikirkan Atikah. Apa-apa yang berkaitan dengan Atikah. Satu, kalau dia nakal dia akan kena bungkus. Sekarang Atikah dah dibungkus. Dua, kalau dia m**i dan jadi hantu…",
"Petang tu ada kenduri tahlil arwah Atikah. Aku ikut mak ke rumah Atikah. Tapi, aku perasan sesuatu. Mak Atikah tak ada. Aku fikir mungkin mak dia dalam bilik. Maklum la kehilangan anak. Mestilah sedih sampai tak kuat nak jumpa orang kampung yang datang bertahlil. Masa tu Abang Syed dengan ayah Atikah ada. Selesai majlis, aku pun balik. Aku tidur dengan mak macam biasa. Ayah aku pun dah meninggal dunia.",
"Tolongggggg…onggggggg…onggggggg. Toooooooooolonggggggggggg…huuuuuuuuu…huuuuuuuuu.",
"Aku: Mak, bangun mak. Dengar tak?\nMak: Ish, kamu ni. Diam. Buat-buat tak dengar.",
"Tolongggggg…onggggggg…onggggggg. Toooooooooolonggggggggggg…huuuuuuuuu…huuuuuuuuu.",
"Aku: Mak, bunyi apa tu mak.\nMak: Jangan tegur. Tutup mata.\nAku: Suara Atikah, mak.\nMak: (Tekup mulut aku, tarik selimut)",
"Keesokan hari, berkumpullah jiran-jiran bermesyuarat dekat rumah aku. Topiknya, dengar tak suara budak menangis semalam? Mak aku pun buka cerita tentang apa yang kami dengar semalam. Dipendekkan cerita, semenjak tu, ada la orang kampung yang terserempak dengan arwah Atikah merayau-rayau keliling kampung tengah malam. Tempat biasa orang nampak ialah laluan kubur tempat kejadian yang meragut nyawa Atikah. Cerita kononnya arwah Atikah balik rumah ni kecoh sampai ke kampung sebelah. Bila dah tersebar, penghulu kampung pun ambil keputusan untuk pergi jumpa keluarga Atikah. Masa perjumpaan tu, aku dan mak ada sekali.",
"Tok Jusoh: Kami datang ni bukan nak cakap benda tak elok. Tapi kamu ada dengar tak cerita pasal arwah anak kamu?\nMak Atikah: Cerita apa?\nTok Jusoh: Jangan dalih-dalih. Kita datang nak selesaikan masalah! (penghulu kampung aku memang garang. Aku nak minta cop mohon biasiswa pun tak berani).\nMak Atikah: Anak saya dah selamat ke bumi dah. Apa masalahnya lagi? Yang orang kampung nampak tu bukan dia. Syaitan!\nTok Jusoh: Aku rasa mesti ada yang tak ken ani. Baju dia masa kejadian hari tu kamu letak mana? Basuh? Bakar?\nMak Atikah: Basuh.\nTok Jusoh: Basuh guna apa?\nMak Atikah: Limau nipis.\nTok Jusoh: Astaghfirullahalazimmmmmmm…d***h orang m**i jangan dibasuh dengan asam limau! Dibakar je! Patut la budak tu mengadu pedih! Tak ada otak betul!\nAbang Syed: Maaf, tok. Maaf semua. Mak saya tak tahu. Kami tak tahu.\nTok Jusoh: Aku nak kamu satu keluarga selesaikan masalah ni. Panggil orang tolong. Jangan pandai-pandai.\nAbang Syed: Baik, tok.",
"Aku: Cerita pasal kematian arwah Adik Syed kan kecoh sampai ke kampung kita, ibu.\nIbu: Ibu baru teringat.\nAku: Habis la Ika. Anim dah agak. Syed takkan lepaskan kami macam ni je ibu. Ibu dah beritahu Ustaz Ghani kita nak datang esok?\nIbu: Dah. Dah. Tapi ibu ada sesuatu nak cakap pada Anim.\nAku: Cakap la ibu.\nIbu: Sebenarnya, lepas Anim masuk hospital, ibu pergi tarik balik laporan polis yang Anim buat tu. Tapi Anim jangan salah faham. Bukan sebab ibu menangkan Syed. Tapi ibu risaukan keselamatan Anim. Ibu takut kalau Syed kena tangkap, dia makin berdendam dengan Anim. Kalau bukan dia, mungkin mak ayah dia. Ibu minta maaf. Ibu harap Anim faham kenapa ibu buat macam ni ye.\nAku: Hmmm. Anim faham, ibu. Patut la Syed boleh hantar benda yang menyeruoai arwah adik dia ikut Ika. Ibu rasa Syed akan kacau Anim lagi tak?\nIbu: Ibu harap taklah. Kita cuba buangkan segala sihir yang Syed hantar ye. Nanti Ustaz Ghani tolong. Yang penting, kita balik rumah dulu. Ibu takut Syed tahu keadaan Anim masih lemah dan Anim masih dekat Terengganu.",
"Dah setahun lebih kejadian tu berlaku. Ustaz Ghani tolong ubatkan aku dan pulihkan semangat aku sebelum aku sambung pengajian sampai sekarang. Aku masuk lewat sikit sebab belum ada kekuatan masa awal tahun 2016 tu. Jenuh juga nak terangkan masalah paranormal aku ni dekat dekan. Gangguan-gangguan sihir tu dah tak ada. Syed dah insaf kot. Aku doakan dia kembali ke pangkal jalan. Jafni? Dia dari awal dah surrender dengan masalah aku. Lepas kena tahan lokap, dia cuma hantar satu mesej cakap tak nak ada kena-mengena dengan aku. Tak apalah. Aku tak salahkan dia.",
"Maaf pada orang Kelantan tentang dialek yang aku tulis. Ika cakap laju sangat. Sikit-sikit bunyi pertuturan dia tu aku dapat la tangkap. Nasihat aku, jangan terlalu percayakan orang. Buat gadis-gadis di luar sana, jagalah diri dan tertib. Berpada-padalah berkawan dengan lelaki. Satu lagi, padamlah apa-apa mesej atau call log yang pernah kita buat guna handphone orang lain sebab ada kemungkinan untuk disalah guna. Hati manusia, kita takkan dapat nak teka. Dan seperti yang aku cakap sebelum ni, ada sesetengah orang yang tak perlukan alasan yang kukuh untuk jatuhkan kita. Dia hanya ikut hati hitam dia. Tapi, bila aku fikir balik, keluarga Syed ada sejarah hitam. Adakah Syed seorang pemangsa yang dicipta? Atau Syed dan Atikah ialah mangsa yang akhirnya memaksa Syed untuk jadi pemangsa? Pasti ada kisahnya.\n~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~\n(Dalam kereta lepas discharged)",
"Aku: Eh, ibu. Apa bau busuk ni.\nIbu: Jangan tegur.\nAku: Ibu, kenapa bulu roma Anim meremang ni ibuuuuu.\nIbu: Anim ingat tak ibu cakap ibu nampak Atikah ikut Ika dekat hospital?\nAku: Ingat.\nIbu: Tapi ibu tak nampak Atikah keluar ikut Ika balik tau.\nAku: Mak mak mak maksud i i i i i ibu, dia ikut Anim ke?\nIbu: Dia ada dekat belakang.\nAku: Allahuakbar."
] | [
"Cerita ni saya habis kn dlm 2 jam je HAHAHA. Best and meremang yg pastu wktu part ketukan betuk ii tingkp kitrng kne ketuk pastu wktu pasl kak pon barng ktrng smua jatuh overall this cerita 10/10 yg pasti cerita dai sngkut hm mana dmbungn nk baca heheh",
"serious bestt gila.. please bagi sambungan nyaaa"
] |
https://fiksyenshasha.com/penumpang-tak-berbayar/ | PENUMPANG TAK BERBAYAR | [
"Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca FS dan juga Admin. Sebelum ni aku ada share 1 cerita tapi tak dipublish lagi mungkin sebab jalan cerita terabur/tak habis. Kalini aku cuba untuk share lagi sekali & cuba untuk bagi orang faham jalan ceritanya. Kisah yang nak diceritakan adalah kisah benar dari pengalaman aku sendiri. Aku ada 6 beradik, 4 lelaki 2 perempuan dan aku seorang perempuan.",
"Kisah pertama dekat rumah mak ayah aku, rumah ni ada 2 bilik dekat dapur, salah satu nya bilik aku. Waktu tu malam masa aku kat ruang tamu dan umur aku masatu 13 tahun camtu, aku nampak lembaga hitam besar melintas dari dapur masuk ke bilik aku. Aku diam tak kata apa, lepas esok lusa tu aku, adik perempuan (7 tahun) dengan mak duduk tengok tv, tiba tiba adik aku jerit “yee, jap” macam menyahut panggilan dari seseorang. Then mak aku tanya adik aku “kenapa, siapa panggil ?” Adik aku kata “kakak panggil dalam bilik tu” Aku macam terpaku jap, nasib baik adik aku tak pergi masuk bilik tu, sebab dia hayal tengok tv masatu. Lepastu takde apa jadi tapi sejak nampak “benda” tu melintas, bahu kiri kanan aku selalu rasa berat & lenguh.",
"Pernah sekali tu aku berkemban sebab baru lepas mandi, mak aku nampak belakang badan aku macam kesan lebam banyak tapi aku tak rasa sakit pun, so aku biarkan je, lama-lama aku tengok kesan lebam tu sampai ke peha, lepastu aku perasan kat celah peha aku, ada kesan 5 lubang kecil macam kena gigit sesuatu. Aku cuba search google dan korang tau apa maksud kesan lubang kecik kt peha tuu….. maksudnya ada jin yang suka kat kita dan dah setubuh dengan kita. Cuak laa aku, lepas ada kesan tu aku selalu rasa diperhatikan. Sejak tu aku selalu amalkan ayat Quran, tak kesah la Al-Fatihah ke, ayatul kursi ke, semua aku baca setiap hari. Lama kelamaan kesan gigit & kesan lebam kat badan dengan peha tu hilang sendiri, Alhamdulillah sangat. Lepas dari tu, dah tak ada apa-apa yang buruk jadi.",
"Kisah kedua pulak, 1 hari tu aku kena marah dengan ayah aku, biasa la kalau kena marah dengan mak, kita okey lagi kan tapi kalau dengan ayah main emosi woo huhuhu…. lepas kena marah, aku nangis duduk kat beranda rumah sampai tertido. Dalam pukul 2 pagi camtu aku terjaga, tengok pintu rumah semua dah tutup tapi tak berkunci pun sebab aku ada kat luar kan. Aku malas nak masuk rumah konon ego tinggi la nak duduk luar sampai pagi, sekali tengah lepak sorang kat luar, aku nampak ‘sesuatu’ macam pontianak merangkak datang ke arah aku dari bumbung jiran depan. Demi Allah wehh aku nampak dengan mata kepala aku, dia merangkak datang cuma Alhamdulillah muka dia tak nampak, laju dohh.",
"Cepat-cepat aku berpaling tempat lain, dalam hati aku cakap “khayalan je tu”. Aku pandang lagi sekali, ada lagi ‘benda’ tu and makin dekat. Dengan pantas aku cabut masuk dalam rumah. Lepas dari tu aku pikir tak ada apa-apa jadi la kan tapi aku silap, rupanya ‘benda’ tu dah masuk badan aku, tapi tak la sampai macam orang kena rasuk tu, dia cuma macam ‘menumpang’. Macam mana aku tau ‘dia menumpang?’ Nanti aku cerita kisah ketiga. Selama ‘dia’ ada dengan aku, aku selalu rasa malas solat, mengaji, dengar ceramah pun malas. Lama jugak dia duduk dalam badan aku dari sebelum kahwin sampai dah kahwin. Aku jugak kerap dapat mimpi ngeri macam kena kejar ular & monyet kepala harimau. Mimpi ngeri ni terus-terusan sampai aku dah kahwin. Dah pernah bagitahu mak ayah tapi dorang kata mainan tidur je. Aku pun macam tak apa lah, tapi mimpi tu tetap datang jdi ‘nightmare’ aku setiap kali tidur.",
"Kisah ketiga ni lepas aku kahwin aku duduk rumah sewa dengan abang aku sementara abang aku on the way buat rumah dia sendiri. Awal perkahwinan okey je, dah 5 bulan ke atas, rumah tangga aku jadi panas. Hal kecik je boleh jadi besar, aku jugak dah makin kerap nampak ‘lembaga’ dari hujung mata. Tak kira mana aku pergi aku akan nampak jelas walaupun ‘dia’ muncul hujung mata, dekat rumah pun kerap aku nampak lagi lagi dekat dapur. Waktu dekat nak maghrib macam tu paling kerap dia ‘tunjukkan diri’. Selalunya kat rumah aku duduk sorang, masing-masing keluar kerja pagi, lepas mahgrib baru balik. So tinggal la aku sorang dekat rumah.",
"Boleh dikatakan setiap minggu jugak la aku selalu gaduh dengan suami. Kadang tu aku pun tak tau kenapa aku rasa benci sangat dengan suami aku. Tapi bila dia tak ada depan mata, aku macam rindu. Lepas setahun perkahwinan, aku dapat 1 mimpi pelik. Dalam mimpi tu ada buaya putih, buaya tu kata dia penjaga aku, aku kata tak payah jaga aku sebab aku ada suami yang boleh jaga aku, terus terbangun. Lepas dari tu aku selalu bangun pagi tanpa sebab. Kali ke-2 aku mimpi abang aku tengah dukung budak, comel umur dalam 2 tahun camtu. Lepastu aku mintak nak dukung budak tu bawak jalan and abang aku bagi, tengah jalan tu tiba tiba keluar macam orang asli senoi yang pakai topeng tu, dia kejar aku. Takut punya pasal sampai terbangun dari mimpi. ( Mintak maaf kalau ada pembaca dari orang asli senoi, aku bukan nak mengejek & tiada niat apa apa ya )",
"Bukan mimpi tu je, mimpi ular kejar nak patuk pun kerap, nasib tak kena patuk. Bila mimpi pelik ni makin menjadi jadi, suami aku cari perawat untuk scan aku. Perawat tu kata, kat aku ada saka dari arwah atuk aku. Arwah atuk aku memang ada saka tapi dah lama buang. Lepastu panggil la ustad datang ‘bersih’ kan rumah dan aku sekali. Tak perlu la aku cerita macam mana berubat ya sebab tiada apa yang jadi masa berubat. Lepas habis berubat tu ustad cerita kat suami & ayah aku, ada banyak lebih kurang bawah 10 ekor yang ‘menumpang’ badan aku & dalam rumah pun banyak. And yes dalam badan aku ni ada ‘pontianak merangkak’ yang aku cerita kat atas tadi. Lama dia jadi ‘penumpang’ tak berbayar kat badan aku.",
"Lepas dari berubat, aku dah jarang nampak ‘lembaga’ hujung mata, jarang mimpi pelik lagi & jarang terbangun pagi pagi buta lagi. Tapi tak sampai sebulan, aku kena benda sama, nampak ‘kelibat’ hujung mata. Kadang rasa diperhatikan kalau kat dapur. And aku dapat lagi mimpi yang abang aku dukung budak tu. Semua sama termasuk la mimpi ular nak patuk. Sebelum ni mimpi ular nak patuk tapi tak kena, kalini ular tu patuk tepat kena tangan aku lepastu suami aku amek pedang belah dua ular tu tapi tak keluar d***h, yang keluar asap warna hitam banyak sangat, terus aku terbangun.",
"Aku cerita kat family & suami aku, dorang kata biarkan dulu mimpi tu, kalau berlarutan baru pergi berubat lagi. Dalam 3 minggu jugak aku dapat mimpi sama tapi tak pergi berubat dah. Cuma ayah aku selalu pesan amalkan sebelum tidur amek wuduk & baca Al-Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi 9 Wakaf, lepastu tiup kat tapak tangan sampai habis nafas & sapu dari kepala sampai hujung kaki. Alhamdulillah aku amalkan cara tu, sekarang dah jarang dapat mimpi pelik cuma kadang tu masih nampak ‘lembaga’ hitam yang sama macam sebelum ni nampak dari hujung-hujung mata je. Banyak benda pelik yang aku alami contoh dengar “pssttt” macam orang panggil tu, cuma aku pendam sorang dan makin lama makin malas layan.",
"Sekian kisah dari aku, sesiapa yang alami mimpi pelik tu, tak salah kalau kita mencuba cari perawat untuk ‘tengok’ kan kita sebab kadang mimpi pelik ni bukan nya mainan tidur saja, boleh jadi ada gangguan lain yang sedang datang kat kita. Wallahuallam .",
"*Terima kasih banyak-banyak ya Admin kalau cerita kalini di Publish."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/rumah-cikgu/ | Rumah Cikgu | [
"Salam Pembaca",
"Kisah yang akan anda baca ini merupakan pengalaman pertama kali aku merasai atau berada dalam keadaan yang mistik. Ini belaku ketika aku masih bersekolah rendah lagi.",
"Aku membesar dan bersekolah di kampung ketika di sekolah rendah. Kebanyakkan masa aku akan dihabiskan di sekolah. Oleh itu, cikgu-cikgu merupakan individu yang sangat rapat ketika itu. Pada ketika itu, aktivitu tidur di rumah cikgu bukan sesuatu yang asing lagi bagi murid-murid kampung.",
"Ketika kejadian ini belaku ketika aku masih 8 tahun. Seorang cikgu wanita mengajak aku dan beberapa rakan sekelas untuk menginap bersamanya ketika hujung minggu. Pada hari itu, aku balik dan meminta kebenaran daripada nenek untuk menginap di rumah cikgu. Nenek pun benarkan dan menolong aku mengemas pakaian yang perlu dibawa.",
"Tepat pukul 6 petang, aku pun berangkat dari rumah bersama dengan beg pakaian ku. Sesampainya di sekolah aku dan rakan-rakan singgah di rumah cikgu untuk meletakkan beg pakaian kami dan terus ke sekolah untuk kelas tambahan malam. Kelas habis pukul 8 malam dan kami pun balik ke rumah cikgu. Rumah cikgu mempunyai satu bilik, cikgu tidur di dalam bilik dan kami tidur di ruang tamu. Aku dan rakan-rakan pun baring setelah habis berbual bersama cikgu.",
"Posisi tempat aku baring merupakan yang paling dekat dengan pintu dan ada tingkap di sebelah nya. Jujur aku sangat takut ketika itu dan menyebabkan aku sukar untuk tidur. Ketika rakan-rakan nyenyak dibuai mimpi, siap berdengkur lagi. Aku masih lagi cuba melelapkan mata dengan memutar badan ku ke kiri & kanan berulang kali.",
"Entah bila aku dapat melelap kan mata dan tiba-tiba aku dikejutkan dengan ketukan yang sangat kuat daripada pintu belakang rumah cikgu. Ketukan tersebut sangat laju dan berulang beberapa kali. Aku melihat rakan yang lain dan mereka masih lagi tidur dengan nyenyak. Aku pun cuba untuk tidak mengedahkan. Akhir nya, ketukan tersebut berhenti.",
"Aku berasa sangat lega, tapi mustahil bagi aku untuk tidur semula. Selimut aku tarik hingga menutupi kepala ku. Setelah beberapa ketika keadaan sunyi, aku mendengar bunyi seperi sesorang berjalan di bawah rumah. Setiap langkah akan terdengar bunyi ranting-ranting patah dan rumput-rumput kering hancur. Ketika itu aku hanya berharap matahari pagi cepatlah muncul. Bunyi orang berjalan itu berenti setelah beberapa minit.",
"Keadaan kembali sunyi kembali dan memang mustahil bagi aku untuk tidur. Aku dapat rasa dingin pagi, ketika itu budak umur aku belum ada telefon. Jam di dinding pun tiada, aku cuma dapat agak yang itu awal pagi. Setelah beberapa ketika, tiba-tiba aku terdengar bunyi loceng seperti penjual aiskrim. Rumah cikgu merupakan tempat laluan untuk ke sekolah. Bunyi tersebut seperti melintasi dan terus kabur begitu sahaja.",
"Aku yang masih ditutupi dengan selimut terkejut dengan ajakan seorang rakan untuk temani dia ke tandas. Setelah melalui situasi seram sepanjang malam, aku tidak mahu menemaninya. Akhirnya, kami berdua memutuskan untuk membangunkan cikgu untuk ke tandas. Nasib baik cikgu sudi dan akhirnya kami pun bangun semua kerana hari sudah pagi. Ketika itu aku memberitahu cikgu tidak mahu lagi menginap di rumahnya untuk malam kedua dengan alasan sakit. Aku menceritakan gangguan tersebut kepada cikgu, tetapi dia hanya memberikan alasan. Seperti, bunyi ketukan dan tapak kaki tersebut hanya anjing liar (bunyi ketukan tersebut bunyi ekor anjing).",
"Setelah itu, aku tidak pernah lagi menginap di rumah cikgu sehingga akhirnya aku pindah sekolah."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/sepanjang-belajar-di-unisel/ | Sepanjang Belajar Di Unisel | [
"Aku nak cerita tentang macam mana suasa atau pengalaman aku sewaktu belajar di unisel . 2016 aku semester satu tapi waktu tu untuk pelajar yang baru masuk kena orentasi dekat bestari jaya kemudian pindah ke kampus shah alam .",
"So nak dijadikan cerita sepatutnya seminggu aku di bestari jaya untuk orentasi dah settle tapi disebabkan hal hal yang tak dapat dielakkan ,Intake aku ramai sebab zaman tu banyak ke swasta maka kena duduk di bestari jaya satu sem pendek. waktu tu aku ingat lepas sebulan untuk sem tu puasa. aku nak turun ke cafe beli makanan untuk sahur tapi aku tak sedap hati (aku boleh nampak dan cepat tangkap kalau dia ada sekitar aku) aku ajak kawan aku teman. dia teman untuk ke cafe. dalam perjalan ke cafe elok ada bebola api terbang atas kepala aku dengan kawan, dia terbang ke block perempuan. berlari kami cepat ke cafe lepastu cari jalan lain ke hostel .",
"ada tanya kawan kawan block sama tapi rumah lain diaorang kata diaorang nampak benda yang sama terbang dari arah hutan belakang. sem 2 sehingga sem 6 aku dekat shah alam dan dapat merasa 2 buah rumah sewa .",
"rumah sewa pertama aku duduk dikawasan section 7 shah alam, aku tinggal di rumah banglo tapi rahsia disebabkan hal tertentu. aku duduk disana lebih kurang 2 bulan setengah . Dijadikan cerita rumah tu dua tingkat dan dibawah ada basement manakala tingkat atas ada parking , dia macam tingkat bawah dekat bawah tanah dan tingkat atas macam biasa. rumah tu ada meja makan panjang kalau kerusi tu boleh berbelas orang duduk.",
"selalu aku dengar orang main tarik kerusi , dengar suara budak tapi aku tak endah sebab aku malas layan. Satu hari aku dah tidur dan terjaga pukul 3 pagi macam tu , terbuka je mata nampak kaki kanak kanak tengah mencangkung depan muka aku. sejak kejadian tu ada housemate aku parent dia pernah nampak budak kecik warna hitam berlari dari ruang atas turun dengan tangga ruangan bawah .",
"paling teruk dia kacau bunyi main ketuk pintu dengan alih kerusi dekat bawah . kemudian aku kena pindah kerana sebab sebab tertentu maka aku dengan housemate aku sorang ni cari rumah dan dapat kerana classmate kami dia cari penyewa. kami berpindah di rumah dua tingkat section 17 shah alam , rumah pun dah gerun tapi sebab duduk kejap department art kena berpindah ke bestari jaya kembali. Rumah tu ada yang kata keras tapi aku tak pernah nampak dan rasa , sampailah satu hari pukul 5 pagi rasanya kawan kawan aku ke padang jawa cari sarapan ,biasalah orang muda suka stay up malam malam.",
"aku malas dan tinggal di rumah, aku baring di sofa dan keadaan di ruang tamu memang gelap sebeb aku tak cuka banyak lampu rumah jadi panas. elok tengah main phone nampak kakak cantik naik dari bawah , naik rambut dulu kemudian kain putih yang dalam gelap boleh nampak kain dia. besar dia jangan cakap tiga kali aku kot (tinggi aku 165 dan berat badan dalam 55kg) apa lagi naik atas bilik terus tidur. Housemate aku yang lain pernah kena dengar bunyi orang bukak air malam malam kadang petang pun sama pergi ke bilik air tengok pipe air memang dah terbuka padahal dia sorang dalam rumah.",
"Dekat rumah tangga kayu , satu rumah dengar dia naik turun tangga , cakar pintu. Rupanya ada orang ceritakan dekat aku rumah sewa aku tu dulu kawasan pokok besar yang mana ada kakak cantik . dulu ada penyewa sebelum kami perempuan nampak kakak cantik terus kena histeria dalam 6 lebih nasib baik jiran dah bangun nak pergi kerja . Kemudian aku berpindah ke bestari jaya untuk 3 sem hujung dan alhamdulilah dalam rumah cuma ada bayang hitam yang biasa aku nampak je . sekian"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/pengalaman-seram-di-pejabat-kompleks-petadbiran-kerajaan-persekutuan-sabah/ | PENGALAMAN SERAM DI PEJABAT Kompleks Petadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah | [
"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Admin Fiksyen Shasha dan semua pendengar. Saya Mimi, dari Sabah Malaysia. Saya sentiasa mengikuti FIKSYEN SHASHA melalui saluran Youtube Channel. Inilah rancangan kegemaran saya sebelum tidur malam. Kebiasaanya, saya akan mendengar cerita-cerita FIKSYEN SHASHA dengan menyambungkan telefon bimbit dengan bluetooth speaker untuk mendapatkan feel dan suasana menyeramkan di rumah. Kali ini saya tergerak untuk menulis kepada pengalaman seram saya ketika berada di pejabat, salah sebuah jabatan kerajaan di Negeri Sabah.",
"Pada hari tersebut, saya dan 2 orang rakan pejabat menghadiri Majlis Amanat bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di salah sebuah bilik seminar yang berada di bangunan yang sama dengan pejabat kami. Untuk makluman, lokasi pejabat kami adalah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di mana terdapat 3 blok bangunan dan setiap bangunan mempunyai 7 tingkat. Masyarakat di sini memanggil bangunan ini Mini Putrajaya kerana design dan warna bangunan sama seperti kompleks kerajaan di Putrajaya Semenanjung Malaysia.",
"Kejadiannya berlaku seperti ini, selesai sahaja majlis Amanat diadakan saya dan 2 orang rakan sejawat pulang ke pejabat untuk mengambil handbag dan barang-barang untuk dibawa pulang. Pejabat kami berada di tingkat 7. Jam menunjukkan lewat pukul 6.30 petang dan keadaan di lif dan di bangunan sekitarnya sudah lenggang, kemungkinan semua staff sudah pulang. Ini kerana masa beroperasi semua jabatan kerajaan adalah pada pukul 5.00 petang. Kami bertiga melajukan langkah kaki agar keluar dari lif dan menuju ke dalam pejabat kami untuk mendapatkan barang masing-masing. Tiba-tiba saya teringat pada sebelah pagi saya ada terbawa beg make up di dalam bilik rehat yang berada di hujung bilik pejabat. Kunci kereta juga ada tersimpan di dalam beg tersebut. Saya berlari kearah bilik tersebut sebab saya risau sekiranya rakan-rakan saya turun dahulu meninggalkan saya. Selepas mencapai beg make up tersebut saya ternampak 2 orang rakan saya tadi berada di bilik fotostat dan sedang melakukan kerja-kerja fotostat. Tanpa ada rasa pelik, saya bertanya kepada mereka berdua.\n“ Kamu 2 belum balik ka?”",
"Kedua-dua mereka tunduk dan tidak menjawab soalan saya dan terus melakukan kerja. Saya berjalan kearah pintu keluar pejabat dan alangkah terkejut nya apabila saya melihat kedua rakan saya tadi berada di pintu hadapan kaunter. Tidak mungkin 2 orang rakan saya boleh sampai ke pintu tersebut tanpa saya sedar. Ini kerana hanya ada 1 pintu keluar sahaja di pejabat tersebut. Saya terdiam dan tidak mahu bertanya apa-apa termasuk kejadian yang saya melihat mereka berdua di dalam bilik fotostat baru sahaja tadi. Kami bertiga bersama-sama masuk ke dalam lift untuk turun ke Lobi parking kereta. Di dalam hati saya masih tertanya siapakah yang saya lihat di dalam bilik fotostat tersebut? Tiba-tiba saya terasa kepala saya agak pening dan saya tidak dapat menyeimbangkan badan.",
"Sedar-sedar saya sudah berada di hospital. Saya dibenarkan keluar selepas keadaan kembali sihat dan telah diberikan beberapa ubat. Beberapa minggu selepas kejadian baru lah rakan saya menceritakan apa yang berlaku selepas saya tidak sedarkan diri di lif. Mereka menyaksikan saya meronta-ronta kesakitan dan menggelupur di dalam keadaan mata terpejam. Paling menghairankan apabila mereka mengatakan saya meminta secawan kopi selepas habis meronta-ronta. Padahal, rakan-rakan saya sedia maklum saya bukan peminum kopi. Mereka juga mengatakan saya mula bercakap menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami seperti bahasa siam. Padahal secara realitinya, saya tidak boleh berbahasa siam seperti yang mereka katakan. Di kesempatan ini juga saya bertanya kepada kedua rakan saya, adakah mereka berada di dalam bilik fotostat seperti yang saya nampak tempoh hari? Kedua rakan saya menafikan yang mereka berada di sana pada waktu tersebut mereka hanya menunggu saya di depan pintu kaunter. Semua kejadian yang berlaku menyebabkan saya mula berhati-hati apabila berada di dalam bangunan pejabat. Adakah kaitannya dengan kedua sosok yang saya lihat di dalam bilik fotostat tersebut?",
"Sebenarnya, sebelum kejadian saya pengsan ni ada beberapa kejadian yang sudah berlaku di dalam pejabat kami. Ada beberapa rakan staff yang mengalami kejadian kerasukan dan mula berbicara bahasa asing seperti itu. Kedua rakan saya tadi merupakan staff lama di sini dan mereka adalah saksi-saksi kejadian tersebut. Berlaku juga kejadian seperti ada sosok-sosok nenek yang sering menampakkan diri di dalam bilik kawalan penghawa dingin. Kebiasaanya, staff tidak akan stay back sehingga lewat jam 7.00 malam untuk menghindari kejadian-kejadian aneh seperti ini daripada berlaku. Ada juga rakan yang nakal berseloroh mengatakan:\n“Dah…balik-balik…sekarang shift dorang buat keja, kalau tak balik, ada rezeki terserempak”\nKami semua menyambut gurauan tersebut dengan ketawa berdekah-dekah. Pernah suatu masa dahulu pejabat kami memohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sabah (JAKIM) untuk melakuan aktiviti pembersihan dan pengusiran makhluk halus, akan tetapi ia datang kembali kerana menurut ustaz JAKIM tersebut pejabat kami merupakan tempat tinggal mereka sudah beratus-ratus tahun lamanya sebelum bangunan pejabat ini dibina. Dahulu tapak tanah pejabat ini merupakan tanah paya bakau yang berhutan tebal tetapi terpaksa ditoreh untuk pembinaan bangunan-bangunan kerajaan persekutuan.",
"Kami menganggap perkara ini sebuah kebiasaan, kalau setakat dengar bunyi-bunyian, suara wanita menangis dan mengilai adalah suatu yang amat biasa. Kawasan tandas juga lokasi yang sangat dihindari pada masa petang selepas jam 5.30 petang kerana kerap juga kejadian “ikan tembakol timbul”\nHihihihi …\nDan kami telah sebati dan boleh menerima keadaan tersebut. Paling canggih, bunyi thumb print berdenting, seolah-olah ada seseoang yang sedang thumb in di mesin tersebut. Tetapi apabila ditoleh, tiada seorang pun yang berbuat demikian. Hari demi hari, kami sudah terbiasa dengan keadaan ini. Apa boleh buat, di sini lah tempat kami mencari rezeki, dan kami juga faham makhluk-makhluk tersebut juga suda lama menetap di sini. Jadi, masing-masinglah melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Sekian sahaja dari saya admin. Nanti jika ada masa saya akan berkongsi cerita lagi berkenaan dengan pengalaman seram saya yang lain."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/bilik-tinggal/ | Bilik Tinggal | [
"Lama tak datang ke rumah nenek saudara. Nenek tinggal sendirian di rumahnya, anak dan cucu berada jauh di bandaraya. Jarang pulang katanya. Siti pula datang ke daerah di mana nenek saudara tinggal kerana ada tugasan yang perlu Siti selesaikan.",
"Rumah nenek luas dan banyak bilik. Semua bilik besar saiznya dan cukup lengkap dengan katil serta almari pakaian. Nenek pula tinggal di bilik berdekatan dengan dapur.",
"Nenek suruh Siti duduk di bilik utama. Katanya lebih luas dan besar. Siti tolak dengan baik, cukuplah dengan bilik kecil aje.",
"Jadi Siti pilih bilik yang dekat dengan ruang keluarga. Selang beberapa langkah sahaja dengan bilik nenek saudara.",
"“Bilik tu dah lama nenek tak kemas. Jarang sangat nenek masuk. Bilik utama aje yg biasa nenek kemas.” Kata nenek saudara.",
"“Tak apa nek, saya lebih suka bilik kecik. Lagipun bilik ni pun bilik akak Rohayu punya dulu kan.” Kata Siti yang mengingatkan kakak sepupunya yang juga pernah mendiami bilik itu.",
"“Kalau Siti dah nak sangat duduk dalam bilik tu, nenek tak boleh buat apa. Siti berani kan?” Soal nenek saudara.",
"“Siti berani tinggal sorang-sorang nek. Siti dah biasa dah. Nenek jangan risau.” Balas Siti.",
"“Kalau macam tu nenek tak bimbanglah. Kalau ada apa-apa ketuk aje bilik nenek.” Ujar Nenek.",
"“Baik nek.”",
"Siti sebenarnya rasa hairan dengan pertanyaan pelik nenek saudaranya itu. Mungkin neneknya itu bimbang Siti tidak biasa tidur sendirian.",
"Saat kaki Siti menjejak masuk ke bilik itu, hidung saya mulai terbau sesuatu yang aneh. Tetapi Siti tak nak menegur, bimbang nenek saudara Siti terasa. Ada sebuah katil bujang tersedia dan mengadap tingkap. Ada sebuah almari lama berdekatan dengan tingkap itu. Tingkap itu pula mengadap sebuah paya yang terbiar di belakang rumah. Rasa seram pulak Siti melihat paya itu.",
"Tapi Siti seorang yang berani, penggemar kisah mistik. Malah banyak novel seram Siti beli dan simpan sebagai koleksi. Termasuk novel terbaharu novel Saidee Nor Azam yakni novel SATE UNTUK JEMBALANG.",
"Malam itu selepas Isyak, Siti mengadap novel Sate Untuk Jembalang itu dengan khusyuk, ada beberapa bab lagi yang tinggal untuk ditamatkan bacaan. Ketika Siti sedang membaca kisah Geliga Lipan Bara yang ada di dalam novel seram SATE UNTUK JEMBALANG itu, secara tiba-tiba lampu biliknya berkelip kelap. Siti melihat-lihat lampu biliknya itu sebelum tidak lama kemudian ianya terus terpadam!",
"Siti hampir menjerit kerana terkejut, dia menggagau di dalam gelap cuba mencari telefon bimbit. Tetapi sayangnya dia terlupa, telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri.",
"“Ahhh sudah!” Omel Siti.",
"Ketika Siti bangun dan cuba berjalan mencari pintu, Siti terbau sesuatu yang hapak dan busuk. sepertinya bau itu semakin lama semakin menebak kuat ke rongga hidungnya. Malah telinganya mulai terdengar bunyi seperti sayap-sayap kecil sedang berkibaran. Semakin lama semakin banyak kedengaran, seolah-olah ada sesuatu yang bernyawa ada di dalam bilik tidurnya.",
"Siti panik apabila dia berasakan ada benda seperti merayap kiri dan kanan kakinya, malah Siti berasakan seperti ada jari jemari kecil sedang menyentuh betis dan kakinya.",
"Siti mulai panik, dia hendak bangun dan keluar dari bilik tidurnya tetapi dia tersadung rebah di atas lantai. Serentak dengan itu juga lampu di kamarnya secara tiba-tiba menyala.",
"Kini baharulah Siti dapat melihat makhluk apakah yang bersayap dan merayap serta meraba tubuhnya di saat gelap gelita.",
"Siti sudah tidak tertahan lagi, dia menjerit sekuat hatinya kala dia melihat di dala kamarnya itu dipenuhi dengan lipas!",
"Ada yang merayap di dinding, lantai dan malah ada yang berterbangan di setiap sudut ruang kubikel kamar. Semuanya seperti berpakat keluar menyapa Siti.",
"“Arghhh lipass geli…!!!” Jerit Siti seperti kerasukan.",
"Keesokan harinya.",
"“Itulah nenek dah cakap, kau nak jugak tidur bilik tu. Bilik tu memang banyak lipas, nenek tak larat nak kemas dan bersihkan. Dah jadi sarang lipas dah pun. Kenapa diam? Kata berani… Baca novel seramlah, apalah… Lipas pun takut.” Sindir nenek saudara.",
"Siti tunduk, muka merah padam. Dalam hati…",
"Ini kali terakhir aku tidur kat sini. Tobat aku taknak datang dah!"
] | [
"Nenek tu tak stanby ridset ke?"
] |
https://fiksyenshasha.com/dia-balik-menjenguk-anaknya/ | Dia ‘Balik’ Menjenguk Anaknya… | [
"Masa PKP tahun 2020, aku habiskan banyak masa dengan ibu di rumah. Macam-macam cerita ibu kongsi dengan aku, antaranya pengalaman seram yang pernah ibu alami masa dia kecil dulu.",
"Tahun 1970 – an, umur ibu 9 tahun. Ibu ada seorang sepupu yang di panggil Kak Niah. Dia anak Pak Ngah. Keluarga ibu dan keluarga Kak Niah sangat rapat. Rumah mereka berada dalam suatu daerah yang sama. Ibu rapat dengan Kak Niah. Ibu selalu bermalam di rumah Kak Niah, begitu juga sebaliknya. Kak Niah cantik orangnya. Usianya pada ketika itu, 18 tahun. Rambutnya kerinting halus, Panjang sampai pinggang. Dia suka bersolek. Kalau dia sedang bersolek, ibu akan sibuk menempel di cermin. Kadang-kadang Kak Niah calitkan gincu merah ke bibir ibu, maskara dan celak di mata ibu. Ibu sangat suka.",
"Kak Niah dipinang orang tak lama selepas ibu Kak Niah meninggal dunia. Dia berkahwin dengan Adi, pemuda sekampung. Ibu selalu temankan Kak Niah ber ‘dating’ dengan Adi sebelum ini. Perkahwinan Kak Niah memang meriah. Semua orang gembira. Kak Niah kelihatan cantik sangat di atas pelamin. Tak lama lepas tu, Kak Niah mengandung. Cucu pertama dalam keluarga Pak Ngah bakal lahir.",
"Suatu malam, cukup 9 bulan, Kak Niah mula mengerang sakit. Adi panggil Bidan Simah. Lama Kak Niah mengerang. Bayi masih belum keluar. Semua orang cemas. Akhir sekali Bidan Simah suruh Adi cari kereta untuk hantar Kak Niah ke hospital. Bidan Simah cakap, bayi masih tak keluar sebab terbelit tali pusat.",
"Pukul 11 malam, Bidan Simah, Adi dan Kak Niah naik kereta Pak Jali untuk ke hospital. Ibu lihat kereta Pak Jali membawa Kak Niah pergi. Dari pintu rumah, ibu nampak ada sesuatu terbang di sisi kereta Pak Jali. Bulat, hitam dengan juraian merah. Ibu terpegun. Apa tu? Ibu tak beritahu sesiapa. Makhluk itu terbang terawang-awang mengikut kereta Pak Jali.",
"Tidak sampai sejam, kereta Pak Jali memasuki laman rumah Pak Ngah semula. Semua ahli keluarga menyerbu ke kereta. Sebaik sahaja pintu di buka, bau hanyir yang cukup meloyakan mula terbit. Ibu pun sibuk mengintai. Keadaan sangat kelam kabut. Bila lampu pada bahagian dalam kereta dinyalakan, ibu nampak cairan hitam pekat memenuhi bahagian tempat duduk belakang. Adi sedang memangku Kak Niah yang sedang ‘tidur’. Bidan Simah menggendong sesuatu di dadanya. Adi meraung berjuraian air mata. Pak Jali menggeleng-gelengkan kepala. Kesal. Tak lama lepas tu, adik beradik Kak Niah pula meraung. Pak Ngah terduduk ke tanah. Dalam keributan itu, sayup-sayup ibu terdengar suara halus bayi menangis dari dalam dakapan Bidan Simah.",
"Tiga hari sudah jenazah Kak Niah selamat disemadikan. Orang kampung mula berbunyi. Membuatkan Pak Ngah tak senang duduk dan mudah naik angin. Cerita mula tersebar. Ada pontianak yang mula mengganggu. Dia terbang dari pokok-ke pokok sambil ketawa mengilai-ngilai menyebabkan semua kutu rayau kampung yang sedang bermesyuarat di hujung jambatan bertempiaran lari. Semua orang kampung menjadi takut. Kanak-kanak seusia ibu pula dilarang keluar selepas maghrib. Semua aktiviti selepas Maghrib telah ditiadakan. Mereka berkumpul dan bersembunyi di dalam rumah. Pak Ngah pula panas hati bila ada suara sumbang yang mendakwa pontianak itu seperti rupa arwah Kak Niah. Beberapa kali jugalah Pak Ngah mengamuk, menghambat orang kampung yang mengaitkan Kak Niah dengan pontianak yang tiba-tiba mengganggu kampung. Sesuatu yang sangat mengguris hati ibu sekeluarga.",
"Suatu malam, ibu tidur di rumah Pak Ngah. Rumah Pak Ngah, rumah tradisonal bertiang tinggi dan terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian utama yang dipanggil rumah ibu, bahagian dapur dan verrandah tempat Pak Ngah berehat sambal menghisap rokok gulung pada waktu petang. Ibu tidur beramai-ramai di ruang tengah rumah. Di suatu sudut pula, Pak Ngah wujudkan ‘bilik kelamin’ kecil yang hanya dipisahkan menggunakan tirai kain.",
"Malam tu cuaca agak dingin dan lain dari malam-malam yang lain. Suasana agak sunyi. Tiada dengar bunyi cengkerik dan reriang. Yang ada hanya bunyi pelepah kelapa kering jatuh dan bunyi dedaun pokok bergeser di tiup angin yang jelas kedengaran. Ibu tak boleh tidur sedang semua orang sudah lena dibuai mimpi. Ibu tidur berhimpit-himpit dengan anak-anak Pak Ngah yang lain. Pak Ngah pula tidur dekat dengan pintu utama beralaskan tikar mengkuang kering. Entah pukul berapa, ibu terdengar sesuatu jatuh di atas bumbung rumah. Bunyi yang kuat itu langsung tidak mengejutkan sesiapa kecuali ibu. Ibu menarik selimut menyelimuti seluruh badan. Dari dalam selimut ibu dengar bunyi yang seakan-akan bunyi itik menguek sebelum ia berhenti dalam beberapa saat. Tak lama selepas itu terdengar pula bunyi tapak kaki berjalan meminjak lantai rumah yang diperbuat daripada kayu. Pergerakannya agak perlahan.",
"Pada mulanya ibu ingat Pak Ngah yang bangun tapi, bunyi tapak kaki itu datang daripada arah dapur jadi, tak mungkin itu Pak Ngah. Bunyi tapak kaki berjalan itu semakin hampir dengan ibu. walaubagaimanapun, tiada langsung perasaan takut di hati ibu kerana waktu itu ibu hanyalah seorang budak kampung yang berusia 9 tahun yang tidak mengerti apa-apa. Dari bawah selimut ibu mengintai. Dalam pandangan yang agak terhad, ibu Nampak kaki seseorang yang dilitupi kain putih yang kotor sedang bergerak perlahan menghampiri bilik kelamin kecil di hujung sudut rumah tersebut. Pergerakannya sangat perlahan seolah-olah dia tidak mahu mengejutkan seisi rumah yang sedang bergelimpangan tidur di ruang tengah rumah.",
"Perlahan-lahan ibu bangun dan duduk. Waktu itu, sudut pandangan ibu menjadi lebih besar. Dalam samar cahaya, ibu Nampak sesuatu yang agak besar dan tinggi berjalan perlahan menghampiri bilik kelamin kecil itu. Bahagian atas mahkluk itu dilitupi rambut yang hitam. Rambutnya kembang, kerinting halus tetapi kelihatan kasar. Bahagian bawahnya hanya kelihatan kain putih yang koyak dan dikotori tanah. Mukanya tidak kelihatan. Menghampiri bilik kelamin kecil itu, tangannya yang menggerutu seperti akar pokok kering dikeluarkan dari balik rambutnya, menyebak tirai perlahan-lahan. Kepala makhluk itu bergerak sedikit seolah-olah cuba menjenguk penghuni yang sedang tidur di balik tirai. Rengekan halus suara bayi anak arwah Kak Niah kedengaran dari dalam bilik kelamin kecil itu. Terdengar juga suara Kak Mon, adik arwah Kak Niah memujuk sikecil itu dengan penuh kasih sayang. Sedang ibu cuba menghadam adengan di hadapannya itu, tiba-tiba ibu terdengar Pak Ngah menjerit.",
"“ Allah hu Akhbaaarrrrrrrrr!!!!!!!!” Ibu terkejut! DUMMMMM!!!! Tingkap berhampiran ibu terbuka secara tiba-tiba. Sesuatu berdesup terbang laju keluar melalui tingkap. Semua orang terjaga. Serentak itu, bayi anak arwah Kak Niah meraung sekuat-kuatnya.",
"Esoknya keadaan jadi kecoh. Sangat-sangat kecoh. Orang kampung bercerita yang pontianak menyerang rumah Pak Ngah. Macam-macam versi yang keluar. Lepas Maghrib, Pak Imam kampung bersama beberapa orang kuat masjid datang rumah Pak Ngah. Ibu tak tahu apa yang mereka buat. Ibu cuma nampak 4 orang lelaki berdiri di 4 sudut rumah. Mereka melaungkan azan secara bersambung-sambung. Selepas tu mereka mengelilingi rumah Pak Ngah. Membaca sesuatu sambil menabur serbuk putih yang agak kasar bercampur biji-biji kecil yang berwarna hitam di sekeliling rumah. Pak Imam menghampiri bayi arwah Kak Niah. Dia mengusap kepala si kecil itu. Membacakan sesuatu pada ubun-ubunya. Lepas tu, dia tarik tangan Pak Ngah dan berbual agak lama di bawah pokok rambutan di halaman rumah.",
"Malam tu juga Pak Ngah suruh kami kumpulkan semua barang-barang arwah Kak Niah. Baju-baju, kain batik dan sebagainya. Alat solek Kak Niah pun Pak Ngah ambil. Tapi ibu sempat sembunyikan gincu merah milik Kak Niah dalam sakunya. Ibu memang suka dengan gincu merah tu. Lepas barang-barang Kak Niah di kumpulkan, Pak Ngah bungkus dengan kain dan bakar di belakang rumah. Apa yang terjadi selepas itu, ibu tak pasti sebab ibu kena pulang ke rumah. Cuti sekolah hampir tamat dan ibu kena kembali ke sekolah.",
"Beberapa bulan selepas itu, Pak Ngah ada datang ke rumah. Dia berbual panjang dengan bapa kepada ibu aku (datuk kepada penulis).",
"Pak Ngah cakap,\n“Dia ada datang juga lepas tu…\nMalam-malam… ketuk-ketuk pintu.\nDia tak boleh masuk sebab Imam Resat da pagar rumah tu.\nMula-mula aku takut jugak.\nTapi aku ingat apa Resat pesan.\nLepas dua tiga hari dia ketuk-ketuk pintu tu, aku bersuaralah dari dalam rumah.\nAku suruh dia ‘balik’.\nAku janji… aku jaga anak dia.\nSedih Long…\nAku dengar dia nangis lepas aku cakap macam tu.”.\nIbu nampak Pak Ngah kesat air mata.",
"Waktu datuk aku hantar Pak Ngah balik di muka pintu, dia bersuara,\n“Sabar Ngah. Kau tahu kan ‘itu’ bukan dia.\nDia dah ‘selamat’ kat sana.\nEngkau dengan Mon jagalah anak Amniah tu baik-baik.”\n…",
"Itu lah pengalaman yang paling ibu tak boleh lupa. Sampai sekarang ibu tak beritahu sesiapa rupa makhluk yang menjenguk bayi Kak Niah malam tu. Ibu masih naif waktu tu. Banyak benda yang ibu tak faham. Tapi ibu yakin, Kak Niah ‘balik’ untuk jenguk anak dia pada malam tu.\nMeremang bulu roma aku sepanjang ibu bercerita. Bila aku bertanya tentang gincu arwah yang ibu ambil tu, dia hanya senyum dan berkata;\n“Itu pun satu hal juga… menyesal ibu ambil benda tu…”\nLepas tu ibu ketawa. Bila aku desak ibu untuk bercerita tentang gincu merah tu, ibu mengelak. Lain kali katanya. Waktu itu juga kami terdengar suara mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin mula membaca doa menjauhi wabak dari corong radio yang sedia terpasang. Serentak itu kami mengangkat tangan mengaminkan doa…"
] | [
"Macam ni baru cerita. Nice",
"Sambungan pasal gincu merah please"
] |
https://fiksyenshasha.com/baliklah/ | BALIKLAH | [
"BALIKLAH\nSELALUNYA Aku akan menjadi penghuni terakhir yang akan pulang dari bilik pejabat jabatanku di tingkat empat. Maklumlah tugas sebagai Ketua Jabatan menuntut komitmen yang tinggi. Kerja memang tidak pernah habis. Kadang-kadang menjelang Maghrib baru Aku pulang ke rumah. Tambahan lagi waktu ada tugasan yang diminta oleh atasan dan perlu disiapkan segera. Pasti Aku balik lambat. Sendirian. Itu perkara biasa padaku.",
"Biasanya teman-teman setanggungjawab, sebagai ketua jabatan yang lain, ramai yang balik lewat juga. Jadi sebenarnya Aku tidaklah sendirian di bangunan itu. Ada teman dalam diam. Cuma lokasi lain-lain. Ada lah rakan ketua jabatan yang prihatin tu sms. “Saya masih belum balik juga.” Sms Suy Ketua Jabatan sebelah. Jadi tenanglah kami buat kerja di bilik masing-masing.",
"Di saat rakan-rakan sejabatan telah berada dalam pangkuan keluarga kami Ketua Jabatan masih gigih bersengkang mata di pejabat menyelesaikan apa yang penting.",
"Sehinggalah peristiwa petang itu. Di luar hujan gerimis namun masih ada sinar matahari. Aku sedang asyik menaip tugasan di komputer ribaku. Aku duduk membelakangi tingkap di bilikku. Memang aku atur landskap bilik kerjaku begitu. Aku tidak minat memandang arah tingkap. Nanti terganggu fokus kerjaku. Sebelah luar tingkap ialah koridor laluan para pensyarah dan pelajar untuk ke kelas. Tingkap bilikku sentiasa bertutup kerana mengelakkan mesyuarat tingkap.",
"Waktu aku selak langsir jendela bilikku petang itu, aku nampak ada pelangi indah melingkari langit petang. Patutlah detik hatiku. Hujan panas. Terkenang lagu kegemaranku. Lagu Pelangi Petang nyanyian almarhum Sudirman. Aku kembali duduk menghadap komputer riba sambil menyanyikan lagu Pelangi Petang perlahan-lahan.",
"Tiba-tiba aku dengar bunyi tapak kaki di luar tingkap menghampiri bilikku. Aku agak mesti pelajar dari kelas sebelah atau jabatan di sudut hujung bangunan. Tetapi sampai di tepi bilikku bunyi tapak kaki itu semakin perlahan dan berhenti. Derapnya tidak kedengaran lagi. Aku menunggu. Siapakah gerangan pemilik tapak kaki itu?",
"Kemudian dia bersuara “Nazaaaa, baliklaaahh…dah lahhhh tuuu.” Aku senyum sendiri. Nyanyianku terhenti. Mesti temanku Suy Ketua Jabatan sebelah tu yang mengusik aku. Dan aku kenal sangat suaranya sebab kami memang selalu bersembang. Sembang hal yang baik-baik sahaja. Itupun waktu makan di kafe. Bukan di tingkap bilikku.\nAku pun bangun dari kerusi. Langsir aku kuak. Aku intai sambil senyum. Tak nampak sesiapa pula. Tingkap sliding aku tolak untuk membuka. Agak ketat tingkap itu sebab jarang dibuka. Apabila berjaya, aku jengukkan kepala intai ke luar. Tiada sesiapa juga. Hatiku teruja. Mesti rakanku Suy bergurau denganku. Mesti dia menyorok di pintu depan pejabatku.",
"Aku pun santai melenggang keluar dari bilikku sambil meregangkan badan yang penat setelah seharian bekerja. Aku buka pula pintu luar jabatanku. Menjengukkan kepala mengintai ke belakang pintu. Tiada orang. Aku hala pandangan ke arah tangga mencari pemilik suara nakal yang ingin bercanda petang-petang begitu. Tetapi aku terlambat agaknya. Tiada bayangan sesiapa pun di sana. Sepi sahaja suasana. Gerimis sudah berhenti. Bau tanah selepas gerimis kurang menyenangkan.",
"Aku menutup pintu dan kembali ke bilikku. Hatiku berkata-kata. “Mesti budak Suy itu berjalan pantas menuruni tangga tadi agar aku tidak sempat melihat dia”. Aku sambung menyanyikan lagu Pelangi Petang. Sampai pada lirik…engkau tibaaa bagaikan pelangiiii…, Aku terhenti.",
"Tiba-tiba angin dingin menderu masuk daripada tingkap bilikku yang terbuka. Tadi aku lupa tutup kerana bergegas keluar mengejar Suy. Cepat aku tutup daun kaca tingkap sliding itu. Mengah juga sebab agak ketat daun tingkap itu. Langsir itu aku tarik rapat kembali. Entah kenapa bulu romaku meremang bila aku memandang ke luar tingkap. Suasana di luar seolah-olah telah malam. Pelangi petang yang indah telah tiada. Angin dingin itu pula membawa aroma yang kurang kusenangi. Waah…ini sudah luar biasa, cetus hati kecilku.",
"Aku tinggalkan semua kerja. Sambar tas tangan. Matikan semua punca elektrik. Kunci pintu, sarung kasut dan turun tangga perlahan-lahan. Kerana kakiku yang baru patah jemarinya tidak memungkinkan aku melompat turun tangga. Ikutkan hati memang aku ingin melompat turun terus ke lobi. Mulutku kumat kamit membaca ayat Qursi hinggalah aku punch card dan menapak masuk ke kereta. Di tempat letak kereta, aku jeling ke arah ruangan parkir Suy di sebelah hujung. Memang kosong.",
"Sambil memandu aku buka surah al Baqaroh. Merdu alunan suara Mishary. Perasaanku tidak menentu. Sesampai di rumah, aku membersihkan diri dan mendirikan solat Maghrib. Selepas mengaji sementara menunggu Isya, Aku capai telefon dan sms rakanku Suy ketua jabatan sebelah.",
"“Salam Suy. Tadi petang dalam jam 6.30 kau lalu sebelah bilik aku kan? Pas tu kau usik aku. Kau suruh aku balik. Lepas tu kau cepat-cepat menyorok dan turun tangga kan?”\nTidak lama kemudian Suy membalas smsku\n“Waalaikum salam. Eh…taklah Naza….Hari ni aku tak sihat. Aku balik cepat. Kul 4.30 tadi aku terus balik. Tadi tak lalupun kat bilikmu. Aku lalu ikut sebelah pejabat”\n“Habissss tuuu….siapa yang panggil nama akuuu? Kemudian suruhhh aku balikkkkk cepattt tu??? Balasku.\n“Sumpah Nazaaa…bukan akuuuu,” smsnya lagi.\nAllahu…"
] | [
"SMS? Tahun berapa ni Dr Naza? Sbb, zmn skrg ni, org gne whatsapp je.",
"Tu mungkin jin baik tu, atau mungkin juga beragama Islam. Sb tu selama ko bertugas kat situ baru sekali tu dia tegur kan? dia cuma sruh balik je Sb dah x de org lain selain ko kat situ.\nLain kali selalulah ingat kat Allah SWT. Bawak berzikir, puji pencipta seluruh alam agar mereka yg menghuni tempat tu tau ko punya iman dan kepercayaan terhadap Allah SWT.",
"Begitu banyaknya menaip ‘Ketua Jabatan”…aduhai….",
"👍👍👍👍👍👍\n🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟",
"Cerita yang menarik dan tersusun. Penulisan penulis membuatkan saya dapat membayangkan situasinya. Tahniah!"
] |
https://fiksyenshasha.com/pewaris/ | Pewaris | [
"Apa yang saya nak ceritakan ini adalah kisah sebagai pengajaran. Cerita ini berlaku tahun 2013 ataupun 2014. Kejadian ni berlaku pada jiran saya. Dia pada waktu tu sudah berumur hampir tujuh puluh tahun. Siapa dia.., di mana dia tinggal, saya tak bagitahu lah sebab ianya aib. Saya ringkaskan je ya jalan ceritanya.",
"Ok.. pada satu malam, jiran saya ni tetiba muntah d***h tanpa henti sehingga dia pengsan lalu tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian ambulans datang untuk ambil dia di rumah, ketika mereka memeriksa denyutan nadi dan jantung, mereka isytiharkan dia sudah pun meninggal. Lalu jasad di bawa ke hospital untuk di bedah siasat. Apabila sampai di hospital, Arwah yang sudah di tutupi kain putih ni tetiba bernafas. Turun naik turun naik dadanya.",
"Pekerja hospital panik lalu menjerit memanggil doktor. Keadaan dia waktu itu macam mamai², dia tengok orang sekeliling dia termasuk dan pandangan dia tu menyeramkan sebab mata dia tu melilau tak tentu arah. Doktor memeriksa nadi dan jantung. Ketika doktor periksa, kedua² denyutan nadi dan jantung tiada. Berdiri bulu roma mereka semua.",
"Jiran saya tetiba bangun lalu minta petugas di situ hantar dia balik rumah. Seolah² dia masih sihat segar bugar. Pihak hospital mahu menahan dulu tetapi dia tetap berdegil mahu pulang ke rumah. Nak taknak pihak hospital terpaksa menghubungi anak-anaknya dan bawa dia pulang. Anaknya bercerita mereka sekeluarga masa dalam kereta, rasa meremang teruk. Mak dia pulak asyik berdengus seperti suara harimau sepanjang perjalanan.",
"Apabila sudah sampai ke rumah, Mak mereka terus masuk dapur dan memasak. Abang (anak sulung) merasa tidak sedap hati tetapi dia abaikan. Hampir dua hari berlalu, badan si Mak mula mengeluarkan bau busuk yang agak loya. Warna kulit pun dah macam membengkak. Abang ni dah rasa pelik lalu menelefon kawan dia seorang ustaz, dan ustaz membawa seorang perawat bersama dia untuk melihat si Mak ni.",
"Sampai sahaja perawat, bila melihat si Mak ni duduk sahaja atas kerusi sambil mendongak lihat siling, terus perawat memberitahu secara berbisik pada Abang yang Mak ni sebenarnya sudah meninggal. Nampak macam hidup itu sebenarnya adalah belaan dia. Bermula dari situ semua terkejut sebab mereka adik beradik langsung tidak tahu yang Mak mereka ni ada belaan ghaib. Belaan tu sedang menunggu pewaris dia. Kata perawat, jasad Mak dia akan di lepaskan jika ada yang sudi menerima belaan tu.",
"Semua adik beradik menolak. Mereka semua meminta perawat putuskan terus belaan tu dari ada hubungan dengan mana² ahli keluarga mereka. Ketika sesi rawatan/menghalau belaan itu di buat, si Mak ni meraung² menjerit². Sepatutnya boleh di selesaikan tetapi si Kakak (anak kedua) kesian melihat Maknya terjerit meraung tu terus dia menjerit cakap kat belaan yang dia sanggup bela. Selesai sahaja si Kakak cakap nak bela belaan tu, terus si Mak tidak lagi menjerit meraung kerana belaan tu sudah pergi pada si Kakak.",
"Perawat punya marah sampai menepuk² lantai sambil marah kenapa tidak sabar dengan proses memutuskan hubungan dengan belaan tu. Si Kakak jawab dia tidak sanggup melihat jasad maknya terseksa. Proses memutuskan hubungan terus di batalkan. Mereka adik beradik terus meminta supaya jasad cepat di kuburkan kerana bau busuk jasad sudah makin kuat berbau.",
"Berbalik kepada perihal si kakak dengan belaan tu akan di selesaikan secepat mungkin kerana selepas selesai proses pengebumian, ada sedikit gangguan berlaku pada si kakak.",
"Setakat ini sahajalah kisah saya pada kali ini dan akan disambung pula dengan kisah perubatan si kakak pada masa akan datang."
] | [
"InsyaAllah pengorbanan kakak tu x sia2. Pasti ada imbalan UTK silakan Dr Allah SWT. Yg penting kena usahakan supaya saka tu dibuang secepatnya kena perbuatan membela saka tu x ubah spt memperhambakan diri pd iblis.",
"Xpa la…dh tau ending nya. Akaknya jadi ghey n then they live happily ever after. The end…👨❤️💋👨👨❤️💋👨👨❤️💋👨",
"Mmg perempuan ni dicipta dgn seribu satu perasaan… Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.",
"Si kakak tak sabar. Sepatutnya diam aje dan tengok sampai habis. Jangan layan permintaan syaitan. Lagipun itu bukan maknya. Syaitan memang akan mainkan tipu daya dan pujuk rayu sebab tahu perempuan ni emosi. Terpedaya juga si kakak. Memang patutlah perawat tu frust.",
"TERBAIK..TERUSKAN BERKARYA .."
] |
https://fiksyenshasha.com/kembara-ritual/ | Kembara Ritual | [
"Hi geng. Ahmeng muncul lagi. Selamat bersua. Aku terjumpa gambar-gambar travel aku yang mengimbau kenangan lalu. So this round aku terasa nak share satu trip gila pernah aku buat dalam banyak-banyak trip terjah aku pergi. Trip ni sengaja dibuat bertujuan menelusuri satu budaya yang mengamalkan pendekatan mistik dalam masyarakat mereka. Apa yang aku akan kongsikan adalah senario yang berlaku di sana dan beberapa situasi yang aku saksikan. Trip aku ni mungkin akan mengundang rasa tak senang. Chill, nanti aku jelaskan kenapa aku perlu share pengalaman macam ni. Sila cakna, jalan cerita trip ni agak serabut dan sarat dengan banyak kejadian. Aku tak pandai nak lukis tapi aku akan tulis mengikut timeline. Okay here we go. Be seated and ready for take off.",
"Planning ni bermula masa aku keluar lepak dengan dua orang kawan kat kedai mamak. Perbualan malam tu berkenaan satu kejadian orang kena rasuk yang mana telah kantoikan kebolehan mata aku dekat diorang berdua ni. Sembang punya sembang meleret kepada satu pelawaan dari salah sorang kawan. Kita namakan dia Bob, sebab fizikal dia menggambarkan ciri-ciri seorang ‘Bob’. Sorang lagi kita namakan dia Roy, mat rempit tersohor dari negeri di bawah bayu. Tawaran dia berat. Dia ajak pergi ke satu kampung di pedalaman Indonesia yang umumnya tahu akan budaya mistik di sana. Aku berminat tapi aku takut. Roy awal-awal lagi dah tarik diri. Kali ni hati Roy tak keras. Bob berjaya merasuah aku dengan trip ni ditaja sepenuhnya oleh beliau. Aku terima dengan berat hati.",
"Budaya ni secara terperincinya berasal dari satu negeri di Kalimantan. Tapi memandangkan flight ke sana terlalu terhad dan perjalanannya leceh serta memakan masa yang terlalu panjang, maka kami bertukar ke destinasi lain yang lebih mudah namun mengamalkan tradisi yang hampir sama. Kami memilih satu kampung di kepulauan Jawa. Trip ni terdiri daripada tiga orang. Aku, Bob dan sorang lagi adalah Pak, rakyat tempatan selaku tour guide. Pak ni adalah tour guide yang sama dalam trip aku sebelum ni (refer Dimensi Hijab). Lepas semua persiapan dah complete. Hari ditunggu pon berkunjung tiba.",
"March 2019, aku dan Bob tiba di airport Jakarta lebih kurang jam 10 pagi waktu tempatan. Kami bertemu dengan Pak di terminal bas sebelah airport. Dari situ kami teruskan perjalanan ke destinasi kami dengan menaiki van sewa yang dipandu oleh Pak. Sepanjang perjalanan, kami berbincang tentative yang dah direncana, apa nak kena buat, apa pantang larang dan sewaktu dengannya. 8 jam berlalu, kami tiba di destinasi.",
"Environment kampung ni memberikan first impression yang sangat menarik. Suasana kat kampung waktu tu meriah dan riuh dengan aktiviti masyarakat. Masing-masing sedang membuat persiapan bagi meraikan satu pesta. Pelita warna-warni dihias dengan arca seni tenunan traditional digantung serata tempat. Kesantunan masyarakat sana cukup untuk buat kau lupa tujuan asal kau datang sini. Kat sini tak ramai yang boleh berbahasa kebangsaan, diorang lebih menggunakan bahasa jawa dan bahasa etnik mereka tersendiri. Okay, pesta ni adalah pesta kesyukuran yang disambut bagi meraikan tuaian hasil tanaman, terutama sekali padi.",
"Dalam masyarakat ni, mereka percaya bahawa padi yang dituai adalah satu kurniaan istimewa. Jadi setiap tahun akan berlangsungnya satu upacara kesyukuran yang diadakan selama tiga hari untuk mensyukuri nikmat yang diberikan. Dalam pesta yang sama, akan ada satu upacara khas yang berlangsung pada dua malam terakhir. Luas kampung ni tidak lah besar mana. Community lebih kurang 400-500 orang penduduk. Even seksyen 7 Shah Alam lagi besar daripada kampung ni. While the location agak jauh di pedalaman about 8 jam driving or 10 jam kalau naik bas merentasi banjaran gunung. Kitorang berjumpa ketua kampung dan nyatakan hasrat ke sini. Ketua kampung menyambut baik dan menetapkan tempat penginapan kami di satu rumah penduduk di situ. Makan dan minum pon disediakan tuan rumah.",
"Lebih kurang jam 8.30pm, kitorang menuju ke lokasi acara. Sebuah pentas diperbuat daripada daun nipah dan buluh tersergam di hadapan. Kat belakang pentas tu, aku nampak ada orang sedang mengasap beberapa topeng. Then topeng yang telah diasap diserahkan kepada sekumpulan penari berbaju tradisional yang tersedia di atas pentas. Sejurus topeng dipakai, kumpulan tu terus menjerit meracau dan melibas-libas jerami padi ke sekeliling dia sampai terkena pada hadirin yang datang. Yang peliknya, orang yang kena pukul ni tidak menunjukkan riaksi sakit atau pedih malah mereka seakan gembira dengan hadiah pukulan tersebut. Bila para penari dah behave sikit barulah tarian dimainkan dengan iringan music. Tarian ni persis kuda kepang. Cuma kuda dia tu tak berbentuk kuda. Aku nampak macam lebih cenderung kepada bentuk burung helang. Sambil menonton, perhatian aku teralih kepada dua orang crew yang sedang menuju ke arah kami. Topeng diorang ni nampak lebih menyeramkan daripada topeng kumpulan penari. Bertaring dan berwajah bengis. Setiap derapan perlahan dia menghampiri, semakin laju degupan jantung aku tatkala melihat fizikal mereka yang lagi tinggi dari aku. Langkah demi langkah. Kini mereka selangkah di hadapan. Jerami padi dikibas-kibas ke badan aku. Bob tergamam. Aku terdiam. Hanya mampu bersiap siaga untuk dilibas. Perlahan jerami diturunkan sambil dia bisikkan sesuatu kepada aku dalam bahasa jawa. Mujur aku faham. Aku diarahkan untuk bawa Bob dan Pak beredar dari situ dan menonton dari luar kawasan pentas. Tak boleh blah masa tu Bob boleh tanya balik dengan nada mintak simpati “apa salah aku?”. Siap nego nak bayar semata untuk menonton dari situ. Bingai. Tak kena pukul tu dah kira baik dah hahaa.",
"Maka kami pon menonton lah dari jauh dan cuba perhatikan sebaik mungkin dengan penglihatan yang terhad. Selepas tarian ni berakhir, sang ketua penari menjampi sesuatu kepada awak-awak sampai diorang kerasukan melalui topeng yang diasap. Then penari sekali lagi bertindak liar seorang demi seorang. Kepala terangguk-angguk kuat sampai hampir kena lantai. Ada yang melompat, ada yang berlari keliling kawasan tari, ada yang cuma duduk dan ketawa mengilai. Sekejap-sekejap diorang akan menghayun-hayun jerami yang dipegang. Setiap kali penari kerasukan, penonton akan bersorak macam tengok bola. Penari yang bertindak di luar kawalan akan dilibas dengan kain oleh si ketua sampai diorang behave. Meronta-ronta si penari macam kena siram dengan air panas. Upacara tarian berakhir setelah semua penari lemah longlai. Beberapa crew masuk untuk menenangkan para penari yang masih kerasukan. Ketika paluan gendang diperlahan, suasana kembali beransur tenang.",
"Seorang penari yang tidak sedarkan diri dibaringkan di tengah-tengah pentas. Seorang dukun naik ke pentas untuk bacakan jampi ke atas si penari ni. Air direnjis sambil kakinya ditahan oleh dua orang lelaki berbadan besar. Tiba-tiba penari tu bangun menjerit dan mengilai dengan kuat. Jeritan dia seolah meraung tangis. Dengan pantas geng asap tadi kemenyankan sorang ni pulak. Itu adalah petanda yang diseru sudah tiba. Dukun tadi menyambung jampinya dengan bacaan yang agak kuat dan keras sampai penari tadi lemah. Upacara menyeru berakhir. Orang kampung pon slowly beransur balik ke rumah masing-masing. Tinggal lah crew penari, beberapa penonton dan kami bertiga yang masih memerhati. Sedang kami tengok dukun tadi cuba memulihkan penonton-penonton yang dirasuk. Mata aku terpaku pada kewujudan sesuatu dalam kalangan mereka. Seorang nenek tua berambut putih, berjalan terincut dan berkulit hitam. Aku terfikir mesti ada maksud dan cerita lain di sebalik tarian ni yang berkait dengan kewujudan nenek kebayan ni. Secara tak sengaja aku tertentang mata dengan dia. Nenek ni dah mula perasan kitorang kat sini. Dia sengih sambil tunjuk ke arah aku. Then si dukun pula mengangkat kepala mendongak ke arah kitorang. Waktu ni, aku rasa macam hidup aku akan berakhir kat sini.",
"Pak bagi signal, perhatikan keliling. Rupanya kat tempat kitorang menonton tu ada banyak lagi makhluk lain. Ada yang bertenggek atas dahan, berambut panjang berjurai sampai ke tanah. Ada yang static kat atas bumbung rumah yang tak jauh dari kitorang. Menggigil satu badan. Aku rasa tak berdaya dah nak ‘tonton’ lagi upacara ni. Tapi nak bergerak pon rasa tak berganjak. Aku hanya mampu pejam mata dan cuba ikhtiar dalam hati untuk kuatkan diri. Sempat jugak la rasa menyesal datang sini. Sejurus si dukun beransur pulang, baru lah kami ada kudrat untuk berganjak. Baru je nak gerak, bau busuk muncul menikam hidung. Hanyir. Bau pekung. Aku dengan Pak berpandangan satu sama lain. Mata aku kalut meliar ke sekeliling risau kot ada yang dah berdiri kat sebelah. Bila kami pandang ke arah Bob. Cehhh!! dia terkencing dalam seluar rupanya. Bau petai. Haram jadah buat orang bertambah takut. Ni bukan kawan aku ni. Aku tak kenal dia. Tiberr.",
"Malam tu kami tidur di rumah tumpangan yang diurus oleh Pak dan ketua kampung. Bob dah tidur. Aku dengan Pak tak boleh tidur terngiang kejadian tadi. Pak bilang aku, apa yang aku nampak tadi dia dengan Bob tak nampak. Tapi Pak boleh rasa kehadiran sesuatu. Dia suruh aku perhatikan keliling untuk verify berapa banyak. Seriously, tak terkira.",
"Aku difahamkan upacara esok lebih dasyat. Esok malam kemuncak. Pak pesan satu pantang yang paling mustahak, cuba sebaiknya untuk tidak bertakbir dengan suara. Nak mengaji sekalipun, ngaji dalam hati. Sembang punya sembang tiba-tiba aku terpandang satu susuk melalui satu ruangan di celah dinding papan. Aku terus terdiam. Entiti persis seorang wanita. Berambut panjang menutup muka. Jari-jemarinya menggigil menyerlahkan kukunya yang panjang. Macam nenek tadi. Aku tak sure ni nenek tadi ke lain. Pak yang seakan menyedari terus suruh aku tutup mata dan tidur. Bukan senang nak lelapkan mata lepas nampak benda-benda macam ni. Lepas satu, satu lagi kena hadap.",
"Keesokannya kami bersarapan di satu warung bakso. Kat sini semuanya normal. Disebabkan hari ni nampak normal so aku berniat nak buat amal jariah sikit. Aku aim satu table yang ramai makcik pakcik. Aku cakap kat abang cashier kirakan sekali table orang tua sana tu. Sekali apa yang abang tu respon kat aku, “Orak eneng sopo nang kono”. Translation, “takde siapa pon kat sana”. Meremang bulu roma bila aku tengok balik memang betul takde siapa pon kat situ. Hanya kami bertiga je pelanggan kedai masa tu.",
"Kami teruskan pengembaraan dengan buat beberapa lawatan di sekeliling kampung. Kampung ni cantik sebenarnya. Panorama kampung terhias dengan sawah bukit. Instaworthy gila. Pernah viral suatu ketika dahulu. Masa aku tengah cari spot untuk ambik gambar, mata aku tertancap pada seorang wanita. Cantik mempesona seperti selalu. Ex-crush aku pon tak secantik dia. Cuma dia bukan manusia macam kita. Dia ni jarang muncul, tapi bila dia muncul mesti dia ada mesej untuk aku. Mesej kali ni agak sukar untuk aku rungkai. Dia menuding ke satu arah. Bahasa tangan dia membentuk sesuatu at least bagi aku signal yang aku perlu berwaspada. Although aku tak paham apa yang dia cuba sampaikan.",
"Malam ni akan berlangsung pula satu majlis gilang gemilang bagi menutup pesta kesyukuran. Gerai dan warung penuh dengan masyarakat setempat. Turut hadir malam tu beberapa journalist dari beberapa negara. Aku dengan Bob pon acah-acah la journalist dari Malaysia ketika disapa journalist lain haha. Dimulakan dengan nyanyian dan tarian, kemudian tetamu dihidangkan dengan makanan tradisional dan daun sirih yang diagihkan oleh para pelayan. Dalam masa yang sama artis persembahan menabur beras dan bunga ke arah orang ramai. Di satu sudut yang lain, terdapat beberapa crew pentas sedang menumbuk beras sebagai simbolik kepada manfaat dari hasil yang dituai. Menjelang tengah malam, satu tiupan dari satu alat music diperbuat daripada tulang dibunyikan. Semua orang akan berarak ke satu lokasi lain. Lokasi seterusnya merupakan sebuah rumah besar yang dipercayai dimiliki oleh tokey padi pada zaman dahulu kala. Kira ni tokey pioneer yang mula-mula tanam padi kat situ pada zaman dulu lah. Jarak rumah ni dari pentas tadi lebih kurang 500 meter. Perarakan diiringi dengan nyanyian dan tarian yang masih dimainkan oleh group penari yang sama. Kami difahamkan tujuan perarakan ni adalah untuk menyanjung budi tokey padi yang memberikan kampung ni sinar baru setelah hancur dek jajahan imperialist.",
"Setibanya di hadapan rumah besar, tiga orang lelaki sudah tersedia duduk dalam bentuk bulatan. Pakaian mereka seragam. Hanya berseluar panjang dan bertanjak kain membaluti kepala. Tanjak ke dastar ke lebih kurang yang nelayan selalu pakai lilit kepala. Semua hadirin mengambil tempat masing-masing. Suasana bertukar senyap. Lampu-lampu dan pelita dipadam. Gelap gelita serta merta menyelubungi suasana yang sepi. Senyap dan sunyi, hanya bunyi cicak, unggas dan nafas yang kedengaran. This time kalau kau kentut semua orang boleh dengar. Kegelapan tu buat aku blurr kejap. Rasa macam aku sedang berada di tempat aneh. Seperti sedang bermimpi. Tiba-tiba bunyi mentera dibaca sayu. Satu demi satu suara bacaan bersahutan hingga bunyi kedengaran seperti dibaca beramai-ramai. Obor dinyalakan serentak di sekeliling kami. Suasana bertukar terang dek nyalaan obor. Bunyi bacaan yang dengar macam ramai tadi rupanya hanya dibaca oleh tiga orang tadi. Pak bisik kat aku “Sekarang ia bermula, kita dah tak boleh berpatah balik. Kuatkan diri sehingga selesai”.",
"Upacara disambung dengan ritual oleh seorang ‘penuai’. Penuai ni bukan dalam kalangan tiga orang tadi. Aku tak tau macam mana nak describe bentuk ritual dia. Ianya sebuah tarian dengan gerakan langkah dan tangannya lembut gemalai tapi tajam. Macam bunga silat. Gendang dipalu. Kemudian seorang demi seorang lelaki bertiga tu akan ikut serta dengan gerakan yang sama. Gerakan tari semakin perlahan, paluan gendang serta merta berhenti dan disusuli bunyi seruling dimainkan. Part ni yang aku rasa paling seram. Lagu tu sangat menyeramkan menambahkan lagi ketakutan aku. Bayangkan lagu ulek mayang dimainkan di tengah hutan yang sunyi sepi dengan suram cahaya antara nampak. Lagu ni berkali ganda lebih seram berbanding lagu ulek mayang. Bunyi seruling tu sendiri dah cukup menyeramkan. Tambah pulak dengan lenggok tarian dan solekan penari.",
"Si penuai kini dikelilingi lelaki bertiga. Obor dipadam suram. Satu bacaan mula bergema. Bila aku amati bacaan ni, ia sebenarnya satu bentuk sumpah dan janji. Maaf aku tak berani nak huraikan maksud yang dibacakan. Even bulu roma aku meremang masa aku tengah tulis ni. More or less it was about the deal antara tokey padi dengan something yang diorang puja. Semakin kuat bacaan, semakin meraung si penuai. Bacaan yang disulam tangisan dan teriak penonton menandakan upacara dah berakhir. Lega rasanya. While diorang semua sedang menghayati ritual, kitorang cuba selit-selit keluar. Setibanya di jalan utama, kami ditarik oleh sekumpulan crew. Aku rasa diorang ni pengawal. Cuak masa ni. Bob menggelabah sambil tarik-tarik baju aku. Kami dibawa menghadap ketua penari. Masa tu Pak dan ketua kampung menjadi wakil berurusan dengan ketua penari menjelaskan siapa aku dan Bob dan apa tujuan kami. Si ketua kemudian membenarkan kami pergi. Dengan syarat kami tak dibenarkan kembali sehingga pesta ritual seterusnya.",
"Dalam kelam-kabut, Pak suruh pack barang-barang sekarang. Kitorang kena gerak malam tu jugak atas arahan ketua penari. So malam tu kitorang beredar dari kampung tanpa mengetahui destinasi seterusnya. Van dah jalan pon kitorang masih belum decide nak pergi mana. Akhirnya kitorang balik ke Jakarta. Disebabkan semua dah penat, kitorang singgah di satu rumah rehat tepi jalan. Pak settlekan urusan check-in. Then aku dengan Bob masuk ke rumah dan terus terlelap. Masa tengah syok tido, kitorang dikejutkan dengan pintu bilik diketuk kuat. Semua bangun terperanjat. Sedar-sedar je ramai orang sedang suluh lampu pada kitorang. Diorang tanya kitorang ni siapa, datang dari mana. Untuk kesekian kalinya kitorang jelaskan soalan yang sama.",
"Entah kenapa hati rasa tak sedap dengan suasana waktu ni. Bila perhatikan keliling baru aku sedar. Guess what? Kitorang rupanya tido kat atas longgokan sampah dan kain buruk. Ini bukan rumah rehat seperti yang kitorang mula-mula nampak. Rupanya ‘hotel’ ni adalah sebuah rumah terbiar yang digunakan untuk melupuskan sampah. Dinding berlubang, atap lompong. Lantai pon dah hancur. Aku terduduk tak tahu nak buat apa dah. Terkejut. M**i akal. Pak cuma mampu tercengang melihat keadaan sekeliling. Dia buntu dengan siapa dia deal check-in tadi. Lastly orang kampung yang ketuk pintu tadi bawa kitorang menumpang kat rumah dia tak jauh dari situ. Menurut orang kampung, kitorang bukan orang pertama dijumpai tido kat rumah tu. Dah banyak kali orang dijumpai tido kat situ sebelum ni. Kitorang bernasib baik ada orang kampung yang perasan kewujudan van kat depan rumah usang ni. Apa pun, malam tu kitorang bersyukur diselamatkan. Even lepas tu tak boleh tido dah, at least kitorang mampu tarik nafas lega lepas hadapi malam yang panjang. Aku dengan Bob kembali ke tanah air pada siang harinya. Ambik flight yang paling awal.",
"Anyway, dalam trip ni aku ada berjumpa dengan sorang solo traveller mat saleh. Dia datang buat video untuk channel youtube dia tentang pengembaraan budaya. Dia antara yang dirasuk selepas ritual menyeru. Silap aku tak tanya nama channel dia. Sampai sekarang aku cari tak jumpa. Bob agak terkesan dengan apa yang kitorang alami kat sana. Dia pergi berubat dengan rawatan Islam selama hampir sebulan sebelum dia kembali normal seperti sedia kala. Bob dan mulut lancangnya berpisah tiada. Cuma kali ni dia dah tak memandai nak buat idea pelik-pelik.",
"Okay geng, maybe cerita ni kedengaran tak masuk akal malah terlalu hiperbola untuk sebuah pengalaman. Terserah, aku rasa lebih tenang bila aku luahkan begini. Kalian berhak memberikan sebarang pendapat masing-masing terhadap aku dan trip ni tapi kenapa aku ceritakan pasal ni sebab aku nak korang ambik iktibar dan tolong sangat-sangat jangan ulang kesalahan kitorang ni. Firsly, jangan cari pasal meneroka sesuatu budaya tanpa persediaan secukupnya terutama berkenaan aktiviti yang akan dijalankan yang berkaitan dengan agama. Kita mungkin cuma plan nak jadi pemerhati tapi kita sangat berpotensi untuk melakukan ritual-ritual mereka. Itu dah boleh ke arah syirik. Mujur kitorang tak tertangkap sebab tak turut serta dalam ritual tu. Secondly, sekalipun korang nak belajar budaya, pastikan korang selidik dahulu budaya tersebut jika ada sebarang risiko yang tak diingini. Tanya kawan-kawan mana yang pernah pergi, minta pendapat diorang kalau taknak mendapat. Pastikan budaya tersebut selamat untuk dipelajari zahir dan batin. Last but not least, please hormati budaya orang. Just hormat. Even kau ada pendapat tentang budaya tu biarlah kau simpan sendiri. Aku hightlight point ni sebab Bob ada komen yang tak elok berkenaan upacara menyeru. Ini bukan satu bentuk penghormatan. Biarkan mereka bahagia dengan cara mereka. Malah mereka tak minta kita datang belajar budaya mereka. Berkatalah yang baik atau jangan berkata langsung. Sekian, stay safe."
] | [
"Hai. Blh sy tau, lagu ap yg lagi seram drpd ulek mayang tu? Nk tahu jg.",
"best",
"ahmeng mengigatkan sy arwah kucing kelabu.. rindu sgt dgn karya arwah.. sekarang sy follow untuk baca story ahmeng.alfatihah",
"ya betul…teringat kat penulisan arwah",
"wow best…👍🏽👍🏽👍🏽harap dapat share lg. suka baca cerita2 yg bro submit sini.. semua best2",
"Saya pun ada kisah tersendiri semasa melancong selama seminggu di Indonesia. Hampir setiap tempat yang dikunjungi mempunyai kisah mistik yang tersendiri, dan amat mengganggu lawatan saya ke sana. Tak enjoy sangat sebab asyik diganggu oleh entiti setempat. Pasal kampung di sana, saya punya Pak Supir pernah bawa kami bertiga mengelilingi sebuah kampung yang suram dan menyeramkan Lama Pak Supir cuba cari jalan keluar sampai lah dekat Maghrib. Saya nampak dia sangat cuak dan kalut untuk bawa keluar kami dari kampung tu sebelum malam. Dia kata kita kena keluar dari sini sebelum Maghrib.. Sebab penduduk di sini ada pantang larang, malam akan berkurung dalam rumah. Ada kaitan dengan sesuatu yang kita tak dapat lihat dengan mata kasar, kata beliau bila saya tanya.",
"Ahmeng the one and only. Ur story mmg lain dari yg lain. Pls share w us ur next story. And thank you for your time sbb sudi coret dkt fiksyen shasha ni. Tq tq tq!",
"Macam biase terbaik dr Ahmeng.kalau sudi jawab la ye.knape mase on the way out dr mlm kemuncak pesta tu,korang kena tahan dgn crew merangkap pengawal tu?"
] |
https://fiksyenshasha.com/ustaz-jin/ | Ustaz Jin | [
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca FS. Harini aku nak cerita pengalaman yang berlaku pada family sendiri. Maaf kalau ayat bertarabur, harap faham dan enjoy cerita ni ya.",
"Cerita ni adalah pengalaman aku pergi teman berubat kakak aku. Korang pernah dengar tak pasal ‘Ustaz Jin’? Kalau tak pernah boleh google. Pada tahun 2015, ustaz tu pernah datang ke Kelantan dan melakukan perubatan islam secara terbuka selama dua minggu dan hanya pada waktu malam hari. Kakak aku, Kak Fi (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang pesakit ustaz ni. Kalau nak cerita pasal Kak Fi ni banyak juga. Tapi aku cuba ringkaskan. Kak Fi ni dia ada kebolehan untuk melihat benda ghaib sejak kecil lagi. Masa zaman dia belajar pun dia selalu kena ganggu dengan benda-benda mistik dan dah banyak histeria.",
"Mak aku bawa jumpa ustaz ni sebab Kak Fi banyak kali dirasuk. Dia tak boleh kalau ramai orang atau penat sangat. Benda tu mudah ikut dan masuk ke dalam badan dia. Kalau lepas majlis besar yang melibatkan ramai orang, mesti dia akan histeria.",
"Sambung balik pasal berubat. Setiap malam lepas je kelas tambahan malam, mak aku akan bawa aku kesana untuk teman. Tempat berubat tu terletak di dataran yang berdekatan dengan hutan dan jalan raya besar. Agak menyeramkan tapi masih boleh dipertimbangkan sebab ramai pengunjung.",
"Perubatan tersebut bagi aku kurang memuaskan sebab terlalu terbuka. Dikelilingi deretan kerusi untuk pengunjung dan ditengah-tengah dibentangkan tikar untuk pesakit dan ustaz. Jadi semua boleh lihat dan dengar sepanjang proses perubatan tersebut. Mujurlah takde yang terlalu agresif.",
"Setiap kali aku ikut teman, aku tak akan duduk dalam kereta tidur sebab aku ni penakut. Aku lebih rela duduk bawah khemah join tengok sekali. Kebanyakkan pesakit yang datang berubat tu disebabkan oleh sihir dan saka. Aku tak nak cerita sangat part Kak Fi sebab terlalu panjang. Takut korang bosan pulak. Secara ringkasnya benda yang berdamping dengan Kak Fi ialah saka nenek moyang yang jaga kawasan tanah rumah aku.",
"Tak silap aku ada dalam tiga ekor yang menyerupai singa, ular dan harimau. Masing-masing ada nama tau tapi aku taknak lah sebut. Seram pulak nak sebut, kang lain jadinya. Yang paling agresif ular dan harimau. Tapi alhamdulillah si Singa dan si Harimau ni dah dapat hidayah, dah masuk islam dah dan dah tak kacau Kak Fi aku dah, mungkin duk kat masjid dah. Yang si Ular ni susah sikit, degil amat. Sebab tulah proses perubatan memakan masa yang lama dan bercampur pulak dengan kawasan perubatan tu memang sedia maklum kawasan keras. Kebanyakkan orang kawasan tu dah lali dengan khabar tentang kemalangan.",
"Kalau dah tempat keras mestilah ada penghuninya. Setelah seminggu ustaz tu bertapak di situ, ‘penghuni’ kawasan tu rasa terganggu. Mereka dah mula menonjolkan diri sebab marah dengan ustaz, kacau kawasan diaorang. Mereka ambil kesempatan untuk masuk ke badan manusia yang tubuh lemah. Kak Fi pun terkena sekali.",
"‘Penghuni’ menyerang ustaz lebih kurang pada pukul 1 pagi. Waktu ni orang dah tak ramai sangat. Tinggal dalam 4 keluarga je. Masa ustaz sedang berubat seorang pesakit (dalam keadaan tak sedar), benda yang rasuk pesakit tu adalah ‘Cik Ponti’ dari kawasan tersebut. Cik Ponti tu mengamuk sebab dah kacau kawasan dia. Dia datang bukan sorang tau. Sekali dia bawa geng nak serang ustaz tu. Yang merasuk tu baru anak buah dia. Ketua dia mesti duk perati je tunggu nak serang. Lepas 5 minit macam tu Kak Fi pulak yang meracau. Ustaz panggil duduk sekali. Selang 2 minit, pesakit tadi datang nak serang ustaz balik. Nasib orang sekeliling sempat pegang.",
"Ada sorang pesakit ni dia duduk betul-betul belakang aku (Si A) dan sorang lagi berdiri sambil pegang tiang khemah (Si B). Si B ni duk menangis je kerja dia. Sedang aku ralit memerhati adegan depan mata, Si A ni bangun dan menempuh kerusi yang ada ditepi dia dan menyerang ustaz. Berderau d***h aku waktu tu, tegak habis bulu roma. Terkejut weh. Tapi alhamdulillah Allah lindung ustaz tu. Yang Si B ni still lagi menangis. Lepas dah selesai halau geng-geng penghuni tu barulah ustaz tu panggil Si B ni. Kesian pulak aku tengok. Hahaha.",
"Dalam pukul 2 pagi baru selesai. Waktu ni family aku dah nak bertolak balik rumah. Korang bayangkan dalam sebuah kereta saga lama, seat belakang kami duduk lima orang. Memang terhimpitlah. Kak Fi ni duduk tengah-tengah. Kakak aku yang dua orang lagi duduk kiri kanan dia. Aku tak berani duduk sebelah dia sebab takut. Jadi aku duduklah sebelah tingkap. Kakak aku yang duduk sebelah aku ni rasa macam tak sedap hati, jadi dia bacalah ayat Kursi sebagai pendinding. Guess what happen? Kak Fi mendengus kuat dan menjeling tajam ke arah kakak aku.",
"Waktu tu kami masih dekat kawasan dataran tu. Abah aku cepat-cepat undur kereta. Dalam fikiran aku nak buka pintu dan turun cepat-cepat tapi apakah daya terhimpit. Haha. Kak Fi dah start menangis. Kakak aku buka pintu yang sebelah lagi. Abah aku cepat-cepat bawa Kak Fi ke ustaz untuk halau Cik Ponti tu. Syukur semua selesai. Nasib baik tak bawa balik sekali. Cukuplah dia join kitaorang makan je tadi. Dekat pukul 3 baru sampai rumah. Semua dah penat. Aku pergi sekolah pun mengantuk, banyak kali kena tegur dengan cikgu.",
"Lepas kejadian tu, aku dah tak teman mak aku dah. Kakak aku yang lain pulak pergi teman. Aku nak kena fokus pelajaran pulak. Aku balik dengar cerita dari kakak-kakak aku jelah. Banyak sebenarnya cerita-cerita sepanjang perubatan tu yang boleh dijadikan ikhtibar. Banyak lagi kisah seram yang tak sempat aku nak share.",
"Pengajaran untuk cerita ni, kita sebagai manusia janganlah sesekali menjadikan makhluk ghaib ni sebagai teman atau tempat meminta pertolongan. Kita ada Allah yang Maha Berkuasa dan tiada satu makhluk pun mampu menandingi KuasaNya. Mintalah pertolongan Allah dalam segala hal dan ikhtiar untuk berubat. Tapi take noted, jangan pulak pergi cari tok bomoh untuk minta tolong ya. Sebab diaorang guna bantuan jin jugak. huhu.",
"Terima kasih sudi baca (>.<)"
] | [
"Dizaman nenek monyang kita dulu memang ramai yg menjadi pengikut iblis syaitan laknatullah krn x berapa faham dgn hukum2 ugama. Mereka x faham apa yg dikatakan syirik menyengutukan Allah swt. Sb tu diorg blh amalkan ilmu2 hitam yg bersangkut paut dgn jin tu. Malangnya zaman kita skrang ni pun masih ramai lg yg terlibat dgn amalan kurafat ni bukan setakat org awam je malah ada juga dikalangan ahli politik, artis, ahli koporat juga ahli ugama yg kita sangka lebih faham dgn hukum2 ugama pun ada juga terlibat. Mereka berpura2 disebalik gelaran ustaz atau ulama hanya krn mengikutkan hawa nafsu. Itulah tanda kejayaan iblis syaitan laknatullah dlm misi mereka mempengaruhi manusia agar bersekutu dgn mereka menentang Allah swt.",
"Harap mereka yg masih terlibat tu diberi petunjuk hidayah oleh Allah swt utk bertaubat sebelum nyawa dicabut dr jasad.\nAmin3 yarobbal alamin.",
"jalan cerita oke! cerita pun best bila baca keep it up!!",
"Salam.blh share lagi x cerita seram yg kakak2 sis cerita…wat 1,2 cerita, dlm 1 post…",
"Ustaz jin tu maksud nye ustaz tu jin ke..?\nTp cerita nye bkn psl ustaz tu..hmmm"
] |
https://fiksyenshasha.com/mayang-sari-teman-tari-si-puteri/ | Mayang Sari (Teman Tari Si Puteri) | [
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sudah lama hati aku terdetik untuk mengongsikan pengalaman mistik yang pernah terjadi didalam kehidupan aku seharian. Aku bukanlah sejak kecil terbuka hijab, semuanya terjadi bila aku seringkali didampingi makhluk yang tak terlihat. Salah satunya adalah yang bakal aku ceritakan sebentar lagi.",
"Datang sendiri tidak dicari,\nTeman menari dimalam hari,\nInang dan dayang turut merhati,\nTidak terlawan titah sang puteri.",
"Indah terlihat sebalik tari,\nLenggok gemalai dari sang puteri,\nKisahku ini untuk dikongsi,\nIni realiti bukanlah mimpi.",
"Bila malam menjengah masanya tiba, rambutku yang panjang disanggul rapi. Kuselitkan sepit bunga ke celahan simpul. Alis dilukis, tangan galak menghias wajah. Selendang kuning melilit dipinggang, hujungnya disimpul pada jari manis. Ibarat penari istana mempersiapkan diri untuk menyembahkan tari.",
"Seperti malam-malam sebelumnya, inang mengiring si puteri kemari. Untuk menjemput aku menjadi teman dia menari. Mayang Sari nama si puteri. Sekalipun tidak pernah terdengar suara dari mulutnya. Apa yang dititahkan inanglah perantaranya. Jangan dibantah peritlah jawabnya.",
"Hampir setiap malam aku didatangi Puteri Mayang Sari dan dayang-dayangnya. Waktu itu aku masih dibangku sekolah menengah. Tidakku pasti apa puncanya dia kemari. Kadang-kadang abangku ada bertanya, siapakah yang ada bersama aku didalam bilik kerana dari luar dia mendengar seakan-akan bilik aku penuh dengan manusia. Along pula ketika itu tiada dirumah kerana melanjutkan pelajaran di IPT.",
"Disebabkan rumah ini rumah flat yang hanya mempunyai dua bilik, abang akan tidur diruang tamu. Abah dan mak pula dibilik yang lagi satu. Bilik aku dikongsi bersama along. Tapi disebabkan along sedang belajar, jadi aku hanya berteman sekiranya along bercuti. Selebihnya aku keseorangan. Aku sendiri tidak sedar sejak bila aku mula didampingi oleh makhluk-makhluk ghaib ini.",
"Setiap malam Puteri Mayang Sari akan datang mengajak aku menari bersamanya. Jika ditolak pasti bisa satu badan dibuatnya. Setiap pagi jugalah mak akan menjenguk aku didalam bilik sebelum dia berangkat ketempat kerja. Selalunya aku akan tertidur dengan selendang yang masih berikat dipinggang dan jari. Puas mak abah mencari punca tapi mereka juga buntu apa yang menyebabkan perkara ini berlaku kepadaku.",
"Waktu tidur aku juga sudah bertukar. Malam adalah siang, dan siang adalah malam. Pada suatu hari aku bermalam dirumah maklong, kakak mak. Maklong sudah sedia maklum dengan keadaan aku. Aku cuba melelapkan mata tapi tetap tidak mahu lena. Lagi-lagi hujan lebat mencurah-curah ditambah dengan guruh berdentuman diluar. Tiba-tiba angin dingin lalu menepis pipiku, aku menoleh dia sudah ada disisi katil. Si inang datang dengan muka yang sangat marah mengatakan aku mungkir janji untuk menari setiap malam bersama puteri.",
"Puteri Mayang Sari aku dengar mengongoi dengan nada yang sayu di depan bilik. Serentak dengan itu bulu roma seluruh tubuh aku meremang. Bunyinya seperti perempuan merintih sedih yang teramat, sayu mendayu-dayu dan menyeramkan. Hanya belakangnya yang terlihat diinderaku. Puteri Mayang Sari yang berbaju songket kuning diraja seperti puteri raja dizaman dahulu kala.",
"Seluruh badan aku menggigil ketakutan, inang dan beberapa orang dayang memandang aku seperti pesalah dengan mata mencerun. Dengan sendirinya air mataku mengalir seiring tangisan Puteri Mayang Sari. Sedih, sayu dan takut menyelubungi diriku. Tanpa berlengah aku berlari masuk ke bilik maklong disebelah. Maklong tersedar dan dapat mengagak kelakuan aku.",
"Maklong menyuruh aku tidur disebelahnya. Segera aku baring. Pintu bilik maklong yang separuh terbuka membolehkan aku melihat ‘mereka’ yang masih berada diluar. Aku palingkan badan membelakangi pintu. Dari ekor mata aku melihat selendang kuning yang bersinar-sinar milik Puteri Mayang Sari meleret masuk ke dalam bilik maklong berhenti betul-betul dibelakang aku. Aku langsung tidak dapat melelapkan mata. Tangisan sayu Puteri Mayang Sari berlarutan dan berhenti bila azan subuh berkumandang.",
"Esoknya aku menelefon mak untuk menjemput aku pulang. Aku ceritakan apa yang terjadi. Kebetulan saudara jauh mak ada datang menziarah. Aku panggil dia sebagai Mak Uda. Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah, dia kata ada sesuatu milik ‘seseorang’.",
"Tahulah kami puncanya dari dulang tembaga sebesar meja yang pernah diberi oleh majikan abah dahulu. Bekas majikan abah merupakan seorang yang kaya dan berpangkat, selalunya orang kaya gemar mengumpul barang-barang antik. Mungkin tidak sedar salah satunya mempunyai penunggu lalu diberi pada abah.",
"Mak Uda yang ada sedikit kebolehan mengubat orang cuba membantu. Ketika Mak Uda menjenguk ke dalam bilik tidur aku, dia lihat ada seorang nenek tua yang berkedut seribu, badannya bongkok sedang mencangkung diatas katilku menyeringai melihat Mak Uda. Aku tahu itulah inang ketua dayang yang selalu menjadi perantara aku dan puteri. Kata Mak Uda lagi rumah aku penuh dengan kaum kerabat si puteri.",
"Hampir sejam Mak Uda berinteraksi dengan Puteri Mayang Sari, kalau dilihat dari mata kasar seolah-olah Mak Uda bercakap seorang diri. Kata si puteri dia tiada tempat untuk pergi dan dia sudah jatuh sayang pada aku. Seronok mempunyai teman untuk menemaninya menari.",
"Mak Uda memaksa Puteri Mayang Sari membawa pergi kaum kerabatnya keluar dari rumah aku dan jangan lagi menganggu aku. Pada mulanya Puteri Mayang Sari berkeras tidak mahu tapi akur setelah diugut akan dibuang dulang tembaganya.",
"Kusangka segalanya telah berakhir, ternyata aku salah. Malam itu saat semuanya sudah tidur, rasa seram sejuk membuat aku tidak selesa. Aku pandang keluar pintu bilik yang sememangnya tidak kututup kerana senang jika berlaku apa-apa. Air liur kesat kutelan, susuk tubuh seorang perempuan berdiri tegak dihadapan pintu bilikku. Hanya bahagian pinggang kebawah saja terlihat. Dan dia sedang berdiri menghadap aku yang berbaring dikatil.",
"Jantung berdegup kencang, rasa takut menyelebungi. Berpeluh dahi dan tangan menahan debar. Sunyi dan sepi, satu bunyi pun tiada. Abang pula belum pulang dari berjumpa dengan kawannya. Aku nak kebilik mak abah tapi masalahnya aku harus melewati ‘dia’. Aku gagahkan jua kaki berlari ke bilik mak abah. Dalam kalut kedengaran suara lunak dan lembut keluar dari mulut Puteri Mayang Sari. Selunak manapun suaranya tetap menyeramkan bagi aku yang dalam ketakutan. Langkah terpaku betul-betul disebelah Puteri Mayang Sari.",
"“Apa kita sudah tidak boleh bersahabat seperti dahulu? Kemarilah turuti beta menari diatas pentas berbunga seperti dahulu. Marilah…” seperti memujuk-mujuk agar aku mengikutinya. Aku pekakkan telinga, langkah yang berat aku paksa juga menapak. Takut kalau aku terkhayal dan menurutnya ke alam sebelah sana.",
"Aku beristigfar berkali-kali dan berlari ke bilik mak abah. Segera aku peluk mak yang sudah tersedar dek kerana pintu biliknya aku buka secara tiba-tiba. Dapat aku lihat susuk tubuh Puteri Mayang Sari makin menjauh dan menghilang dalam gelap malam berserta tangisan sayu.",
"Esoknya Mak Uda datang semula setelah ditelefon mak dan diceritakan apa yang terjadi semalam. Sekali lagi Mak Uda berinteraksi dengan Puteri Mayang Sari tapi dengan aku sebagai perantara.",
"“Kenapa kau datang semula? Kau lupa dengan janji yang kau buat? Aku suruh kau pergi dari sini jangan diganggu budak ni lagi.” kata Mak Uda.\n“Beta sayangkan dia, dia sahabat beta. Beta tak sanggup berpisah denganya. Lagipula dulang beta ada disini. Beta suka disini.” Jawab Puteri Mayang Sari masih berdegil.\n“Baik, aku suruh pergi cara baik kau datang semula. Aku akan buang dulang kau.” Marah Mak Uda dengan kedegilan Puteri Mayang Sari.",
"Menurut mak semasa aku menjadi perantara, suara dan lenggok badan aku berubah 360 darjah seperti orang lain. Semasa Mak Uda memagar Puteri Mayang Sari didulang tembaganya aku menangis tidak berhenti. Dulang tembaga dijirus air zam-zam dan dibacakan ayat-ayat suci al-quran. Garam kasar dan lada hitam dicampak beberapa kali pada dulang tembaga. Merintihlah Puteri Mayang Sari kesakitan.",
"Abah dan suami Mak Uda disuruh untuk membuang dulang tembaga itu ke dalam air yang sentiasa mengalir yakni sungai ataupun lautan. Menjerit-jerit marah aku bila mereka membawa keluar dulang tembaga itu dari rumah. Mak Uda beri aku minum air penawar bila aku sudah semakin sedar.",
"Sejak dari hari itu tiada lagi Puteri Mayang Sari datang mengajak aku untuk menjadi teman tarinya. Salah satu pengalaman yang paling aku ingat sehingga ke hari ini. Andai diberi peluang dan kesempatan akan aku ceritakan lagi pengalaman misteri dan mistik yang penah aku alami.",
"Perginya dia berganti-ganti,\nHadirnya pula bersiri-siri,\nAda yang indah ada yang ngeri,\nTidak kuseru datangnya sendiri.",
"Siangnya dia malamnya kita,\nSesama makhluk berbeza dunia,\nPersiap diri zikir dan doa,\nMoga dilindungi iman terpelihara."
] | [
"Dik, berubah 180 darjah. Kalau 360 darjah, balik ke titik yang sama.",
"Itulah bedanya makhluk sisi gelap dgn kita makhluk sisi terang. Walaupun begitu dlm gelapnya mereka masih ada segelintir yg terang hatinya, sebaliknya kita pula lebih ramai gelap hatinya walaupun berada dialam yg terang benderang.",
"Bestttt…serammmm"
] |
https://fiksyenshasha.com/senja-ku-kau-hadir-1/ | Senja ku, Kau Hadir (1) | [
"SENJA KU, KAU HADIR (1)",
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya, Binnie! Kepada pembaca FS salam kenal. Saya akan berkongsi pengalaman pertama. Ini berlaku di kampung saya yang terletak di Pantai Timur iaitu Pahang.",
"Lokasi kampung saya ini agak jauh dari kawasan pekan. Jadi, kalau nak keluar beli barang selain makanan memakan satu jam. Saya mahu bertanya kepada anda; adakah anda masih melihat kawasan petempatan yang masih kekal dalam hutan/memang di dalam hutan? Kampung saya ni memang terletak/dikelilingi hutan. Anda boleh bayangkan, suasana sejuk dan berkabus waktu pagi dan gelap memalam.",
"Setiap rumah memang berjarak, kalau boleh jarak lagi jauh lagi luas tanah. Saya boleh katakan rumah datuk dan nenek PALING hujung (mungkin ada lagi…tapi mustahil). Kebanyakkan penduduk ada perniagaan,penternakan dan kebun serta ladang kelapa sawit. Memang tanah berekar-ekar. Yang PALING best belakang rumah sungai. Jadi saya rasa anda sudah dapat sedikit gambaran?",
"Sekitar tahun 2020, bulan Januari. Mungkin sebab terlalu penat mengulang kaji dan bosan, saya tertidur. Sememangnya apabila cuaca sejuk, saya ambil keputusan tidur sahaja. Memang hari itu, buat sekian kalinya saya tidur sampai waktu senja. Beberapa minit sebelum waktu senja saya terbangun tapi tidur balik…INI KISAHNYA..",
"Saya tidur di bilik nenek. Tingkap sebelah kanan katil terbuka patutnya memang ditutup. Sebalah kiri saya bantal peluk dan saya, seorang di bilik tu.Saya nak letakkan tangan kiri dekat bantal peluk TAPI saya perasan tu bukan benda, tu po…co..ng. Saya terus kaku. Benda tu boleh pulak bergolek jatuh ke bawah dan bergolek ke almari.",
"Kemudia bergolek semula dan naik ke atas. SEBELAH SAYA. Terus saya palingkan muka ke arah tingkap. Memang saya tak boleh baca apa apa ayat sebab tak dapat fikir. Benda tu bergolek ke bawah balik. Naik semula ke atas katil dan, ‘takut ke? ‘ Boleh pulak dia bercakap. Saya paksa mulut untuk sebut ALLAHUAKBAR. Barulah benda tu hilang.",
"Adakah itu mimpi atau realiti?",
"TAPI tidak sampai di situ sahaja…rupanya senja itu menjadi laluan kepada yang lain.",
"Selepas saya bangun. Dalam fikiran saya nak selesaikan solat maghrib. Maka, saya ambil wuduk dan tunaikan solat maghrib. Memang saya mengigil dan masih takut tapi saya cekalkan diri. Pada waktu yang sama datuk bersama-sama bapa dan pak cik pergi keluar untuk berubat. Yang tadi saya masih tak boleh lupa. Datang pula yang tidak diundang.",
"Tepat saya selesai berdoa. Saya lihat di luar tingkap susuk seperti pontianak lalu menghala ke arah hutan. Seingat saya, waktu saya kecil, pakcik saya ada nampak pontianak. Mungkin itu jelmaan yang sama?",
"Dan ‘benda’ lain yang ada kat kaki datuk. ‘benda’ tu menjelma dan keadaan dalam bilik tu sangat malap dan beraura negatif. Saya tahu ada benda yang ikut datuk lepas dia balik dari hutan. Sebab kaki datuk sakit yang lain. Saya tahu lokasi tanpa datuk beritahu.",
"Kadang-kadang rasa pelik (takut) dengan diri sendiri. Hijab ada masa terbuka. Ada ke orang yang sama macam saya boleh tahu kehadiran makhluk halus melalui hati atau ‘firasat’?",
"Apa-apa pun, terima kasih kerana membaca kisah ini sehingga habis. Selain daripada 3 ‘benda’ kat atas tu saya juga lalui satu lagi pengalaman di lokasi yang sama tetapi yang ‘itu’ berbeza.",
"InsyaAllah jika ada waktu untuk saya menulis. Bye!"
] | [
"Uihh seramnyer",
"Uuu seram giler masa pocong cakap Ngan masa peluk tu😣😣",
"Gambar atas tu kampung siapa waktu senja? Memang memikat hati yg suka sepi, suasana yg beza dari sibuk hikuk pikuk kota bandaraya. Tapi mungkin bini terlupa sikit “nyamuk”, ular dan serangga lain lain. Mujur anda sihat selamat. Sekian"
] |
https://fiksyenshasha.com/sihir-bekas-kekasih/ | Sihir Bekas Kekasih | [
"Assalamualaikum. Hi semua pembaca Fiksyen Shasha. Semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT. Ni first time aku menulis dekat sini. Kalau ada tersalah cakap, harap janganlah simpan dalam hati okay. Aku nak cerita ni sambal chill chill ja.",
"Nama aku Tia. Berasal dari Kedah. Dari aku umur 13 tahun sampai sekarang, aku tak pernah duduk rumah. Sebabnya aku masuk asrama.",
"Kisah yang aku nak ceritakan ni agak panjang. Tapi aku akan cuba ringkaskan mana yang patut. Kisah ni pasal aku, suami aku dan si dia berdua. Ohh sebelum tu, nama nama yang aku guna dalam cerita ni semua nama samaran untuk jaga aib si pelaku.",
"Family aku ni sebenarnya dah lama terbiasa dengan sihir, santau dan yang sekutu dengannya lah. Dalam family aku pulak ada sorang pakcik dia boleh rawat orang yang kena santau & sihir bagai ni.",
"Kisahnya bermula masa aku masuk kolej tahun 2014. Lepas setahun aku dekat situ, aku ada kenal sorang laki ni. Dia tak hensem tapi aku suka tengok cara dia. Dia baik, sopan, Nampak macam gentleman lah kan. Nak dipendekkan cerita kami pon mula berkenalan. Lama lama kenal akhirnya berputiklah bunga bunga cinta monyet tu. Lepas habis belajar tahun 2015, kebetulan kami dapat sambung belajar dekat university yang sama dekat KL. Tapi dia ambek course lain, aku lain. Lain lain fakulti lah maksudnya.",
"Awalnya semua okay. Tak ada masalah. Dia layan aku baik, tak pernah marah marah aku, tak pernah pukul aku. Sampai lah aku tangkap dia curang beberapa kali. Aku pon dah tawar hati nak berbaik dengan dia. Jadi kami pon putus. Lepas putus tu dia tak henti call dan whatsapp aku hampir tiap hari. Mulanya aku kesian jugak. Tapi terfikir ada haritu dia tampar aku kiri kanan sampai bibir pecah, terus aku tak layan. Dia ada mintak kakak dia call aku jugak tapi aku tak layan.",
"Lepas seminggu putus tu kebetulan ada sorang kawan aku ni tiba tiba cakap nak meminang aku. Padahal masatu dia taktahu pon aku dah berpunya ke tak sebab jarang lah sembang dengan dia. Tanpa fikir Panjang, aku pon cakap okay, nanti mintak dekat family. Hahahaha. Senang kan aku terima dia walaupun tak kenal sangat.",
"Kami pon mula kenal hati budi masing masing. Nama dia Eri. Aku selesa sangat dengan dia. Dia hormat aku, tak pernah sentuh aku, tak pernah cakap benda pelik pelik. Penampilan dia pon Nampak macam seorang yang taatkan agama lah. Lupa nak cakap, masani aku dah block nombor ex aku tadi tu sebab aku rimas dia asyik kacau aku. Social media pulak dia yang block aku. Huk alohhh.",
"Tak lama lepas aku kenal Eri, aku mula perasan kawan kawan si ex aku ni block aku dekat social media. Rupa rupanya dia jaja cerita cakap aku curang. Kuajaq gila. Aku ada hutang ex RM30. Aku jumpa dia nak bayar hutang tu. Dekat kedai makan, dia datang dengan sorang perempuan. Aku tanya awek ke tuu. Dia kata tak, tapi aku ni kepala masuk air. Aku pergi dekat perempuan tu tanya awek dia ke. Perempuan tu cakap iyeeee dooooo. Hahahahaha. Perempuan tu cakap dah 4 bulan couple. Padahal aku dengan dia putus baru sebulan. Hahahahah. Kelakorrr, sapa yang curang sekarang ni. Hampehh punya jantan.",
"Okay dah, aku kena pendekkan cerita ni kalau tak banyak lagi aku melalut. Banyak jugak la ujian aku dan Eri sepanjang kami kenal. Bukan sebab orang ketiga atau keempat atau apa apa lah. Tapi sebab ada satu benda yang Eri jujur dengan aku. Buatkan aku tak boleh terima dan kadang kadang overthinking.",
"Dalam 2 bulan kot aku kenal Eri, Eri cakap dia nak luahkan something. Selama aku kenal Eri ni, bagi aku dia sangat lah baik. Solat dia tak tinggal. Kadang kadang Nampak dia mengaji. Dia suka sedekah. Jadi apa yang dia bakal bagitau aku tu buat aku hampir gila. Ecewahh over pulak.",
"Kata Eri, once upon a time…dia ada kenal sorang perempuan ni. Diorang hampir bertunang. Ika Namanya. Eri dan Ika bercinta hampir 4 tahun. Tetapiiii……Eri pernah terlanjur dengan Ika. Sebenarnya bukan terlanjur tapi memang sebab dua dua nak. Dua dua rela. Tapi lepas beberapa tahun, Ika mula berubah. Ika curang dan tinggalkan Eri. Sejak dari haritu Eri sangatlah kecewa. Alaa ciann. Eri pon mula bertaubat. Eri berhenti buat semua benda terkutuk tu. Eri dekatkan diri dengan agama, pergi kuliah, kawan dengan orang yang baik baik.\nAlhamdulillah Eri berjaya ubah diri dia jadi lebih baik.",
"Lepas kenal aku, Eri cakap dia mula terpikat ehekkk. Bukannya sebab aku cantik walaupun aku rasa aku cantik gak ah kan. dia kata sebab peribadi aku. Entah laa, aku rasa aku jahat ja. Okay dah dah. Kisah seram hampir bermula ni. Saborr yee.",
"Lepas 2 tahun kenal Eri, alhamdulillah ada rezeki kami bertunang. Cadangnya nak nikah lepas setahun tunang. Tapi terpaksa awalkan. Lepas sebulan bertunang, aku dapat offer kerja dekat KL. Jadi aku pon mula la kerja KL. Eri memang orang KL, jadi family aku memang dah pertanggungjawabkan Eri untuk jaga aku. Lepas beberapa bulan aku kerja, satu hari tu aku tiba tiba batuk sebab gatal tekak. Batuk aku tu melarat sampai 2 minggu. Berapa kali aku ulang alik hospital sebab doctor syak TB. Dah xray dada semua takda tanda tanda TB.",
"Dalam masa yang sama ni jugak, aku kerap sangat rasa dada berdebar. Selalunya malam Jumaat. Kadang kadang pukul 2 pagi aku call Eri mintak bawakkan aku ke hospital sebab aku tak boleh nafas. Jantung aku laju. Aku rasa macam nak m**i.",
"Ada satu hari tu, aku baru balik kerja. Eri ambek aku. Masatu jalan jam jadi kami sampai dekat kedai makan masa orang dah azan maghrib. Lepas order tu, kepala aku tiba tiba rasa berpusing macam nak pitam. Aku tak boleh nafas dan jantung aku laju. Eri cepat cepat bawak aku pergi hospital. Lagi sekali doctor cakap aku sihat ja. Takda apa pon yang sakit. Aku pelik gila sebab nak jalan pon tak boleh. Badan aku terketar ketar. Eri tolak aku naik kerusi roda dari parking ke lobby hospital tu.",
"Aku tak fikir benda lain dah masatu. Yang aku rasa, tah tah aku dah nak m**i. Disebabkan benda ni, sampai sekarang aku fobia dengan perkataan m**i, aku fobia kalau dengar ada orang m**i. Disebabkan pergi hospital doctor asyik cakap aku tak sakit je kan, aku pon call family kat kampung. Aku bagitau semua benda. Mak aku terus contact sorang ustaz ni. Mintak tengok tengokkan aku atau dalam bahasa perubat scan aku. Ustaz tu scan dia kata ada 90% sihir dan gangguan dekat aku. Ya Allah terkejut aku. Patot lah banyak kali aku mimpi pelik pelik. Aku mimpi kena patuk ular lah, ular sawa kejar aku lah. Semuanya berkaitan dengan ular.",
"Aku pergi jumpa ustaz tu. Aku cerita dekat ustaz semua yang jadi. Eri pon ikut. Kebetulan mak aku pon ada jugak masatu. Dia datang KL sebab risaukan aku. Sepanjang aku sakit tu, aku selalu MC sebab malam malam aku tak boleh tidur. Lepas azan subuh baru aku rasa mengantuk. Pastu letih sebab sepanjang malam jantung aku degup laju dengan badan berketar. Ada jugak kena marah dengan HR tapi aku explain apa masalah aku nasib baik dia faham.",
"Hidup aku bertambah serabut lepas aku dah dapat tahu aku kena santau. Ustaz cakap santau tu santau melalui angin buatkan aku batuk. Jangan tanya macam mana santau tu masuk, aku pon tertanya tanya sampai sekarang. Mak aku tanya ustaz dari mana santau ni, siapa yang hantar tapi ustaz tu taknak bagitau. Takut fitnah katanya. Kami pon okay je lah faham padahal dalam hati membuak nak tahu. Hehehe.",
"Aku dah biasa dengan gangguan bagai ni sebab macam aku cakap tadi, family aku ramai yang kena. Yang tu kalau aku free lain kali aku cerita yee. Bila berubat dengan ustaz tu tak berapa menjadi sangat, sebab gangguan tu asyik datang balik, mak aku decide nak bawak aku berubat kampung. Aku ambek cuti beberapa hari balik kampung berubat dengan pakcik aku yang aku cakap tadi boleh berubat tu. Haaaa. Dia lah. Aku panggil dia acik. Mak aku bukak kedai makan, satu pagi tu aku pergi makan kedai mak aku, tiba tiba acik datang. Aku Nampak dia dari jauh. Tanpa ada orang tolak, aku pengsan tiba tiba. Hmm aku pon tak ingat bila aku pengsan.",
"Bila sedar tu aku dah dekat rumah. Acik pon ada. Muka aku basah. Mak kata aku tiba tiba menjerit masa dekat kedai tadi. Lepastu pengsan. Acik cakap badan aku panas masa dia cuba angkat aku. Tapi dia rasa tangan dia macam kena elektrik bila dia sentuh aku. Acik cakap setan tu yang menjerit tadi sebab Nampak acik datang. Setan tu tahu acik boleh Nampak dia. Cepat cepat dia lari. Aku pulak jadi lemah semangat bila setan tu terkjeut. Sebabtu pengsan. Hahahahah setan pon boleh terkejut eh. Padan muka dia.",
"Masani aku bayang setan tu melatah. Hahahaha. Okay dah dah, ishh suka melalut. Muka aku basah tadi sebab acik sapu air Yassin nak bagi sedar.\nAcik cakap malam ni datang rumah dia bawak air mineral besar 2 botol. Pakai seluar. Uyooo nak buat apa tah la. Tapi aku boleh agak dah apa akan jadi sebab selalu tengok dia rawat orang. Petang tu lepas asar, aku rasa badan aku panas sangat macam cacing kepanasan. Sekarang aku jadi malas solat, malas mengaji. Asyik termenung ataupun main phone. Aku pon kadang kadang lupa dah solat ke tak.",
"Azan maghrib berkumandang, ayah suruh semua orang ambek wuduk nak Jemaah sekali. Aku merengus, aku geram bila ayah suruh macam tu. Ayah tengok je aku, dia cakap kakak jom solat. Aku sorang je anak perempuan yang boleh solat. Adik aku yang last kecik lagi. Jarak umur kami pon agak jauh jadi ayah agak manjakan aku. Cakap pon lembut jee gituuu. Aku tak pernah melawan cakap ayah, tapi lepas ayah suruh solat tu aku jeling ayah dengan jelingan yang tajam. Dengan tak rasa bersalah langsung aku cakap solat sendiri pon boleh kan, buat apa Jemaah bagai. Dushh aku masuk bilik hentak pintu. Cuba teka aku buat apa. Aku tidur. Tak fikir pon apa aku cakap dekat ayah aku tadi. Eee jahatnyaa aku nii.",
"Nak dekat isyak, mak aku masuk bilik. Ayah aku ikut dari belakang. Aku ingat lagi, ayah ada baca something pastu sapu air kat muka aku. Sedar sedar tu aku kelam kabut ambek wuduk sebab maghrib dah nak habis. Haa baru tau kau nak menggelupur eh. Rupanya ayah cakap dia tau aku tak berapa nak sedar diri dari lepas jumpa acik tadi. Badan aku macam kena control dengan setan tu. Acik pon dah bagitau ayah awal awal suruh sapu air Yassin kalau aku bertukar henshinn macam tadi. Kalau taktau henshin tu apa sila gugel sebab aku pon baru tau lepas suami aku ajor. Hahaha.",
"Sebenarnya memang dah selalu lepas waktu asar sampai ke maghrib badan aku akan jadi tak selesa. Tapi aku ingat tu biasa lah sebab cuaca panas kot. Nak sedapkan hati lah konon. Malam tu lepas isyak aku pergi rumah acik. Mak dengan ayah pon ikut. Adik adik aku yang lain duduk kat rumah. Masa aku sampai tu acik tengah rawat orang lain. Bila aku naik je tangga ke rumah acik, aku rasa macam kena kunci. Takleh gerak. Ayah Nampak aku berdiri tegak ja, dia terus papah aku bawak duduk. Aku tunggu dalam 15 minit kot sementara acik nak siap rawat orang tadi tu.",
"Ramai lagi orang lain tengah tunggu turn nak berubat, tapi ada pembantu pembantu acik yang lain ubatkan. Dah selesai orang tadi acik datang dekat aku. Dia tanya rasa macam mana sekarang. Aku cakap debar, macam ada gari dekat kaki. Acik cakap dia dah pagar rumah dia. Kalau sapa sapa yang datang dengan benda lain dalam badan memang akan rasa macam tu. Tak tunggu lama, acik panggil pembantu dia 2 orang. Dia suruh aku duduk atas lantai. Acik dengan 2 orang tadi duduk keliling aku. Acik pesan kalau rasa nak muntah ke apa jangan tahan, lepas je.",
"Pastu diorang pon start alunkan Asmaul Husna dalam irama lagu kot. Sedap bunyi dia tapi taktau la kenapa aku rasa tak suka dengar. Asalnya aku duduk bersila atas lantai tu. Bila diorang dah habis dengan Asmaul Husna, aku tiba tiba bangun tapi dalam keadaan kaki berlipat badan aku meliang liuk macam ular. Taktau nak explain macam mana. Aku sedar masatu tapi aku tak boleh control badan aku. Acik cakap haaaa keluar pon natang ni. Acik pon start cakap dengan aku yang dah kena control dengan setan ni. Aku tak berapa ingat sangat tapi lebih kurang macam ni la.",
"Acik: “Kau ni datang dari mana? Ada nama tak? Islam ke kafir?”",
"Badan aku still meliang liuk macam ular.",
"Acik: “Kau boleh cakap ke tak ni?”. Acik geram kot sebab pertanyaan dia tak dilayan. Dia pegang kepala aku buat macam nak sembelih tu. Hahaha takut aku. Tapi lepas acik buat macam tu, aku terus tak sedar. Masani aku memang totally pengsan dan tak sedar. Mak aku yang cerita apa jadi lepastu.",
"Lepas je acik pegang kepala aku tu, aku pengsan. Acik baringkan aku, dia baca something tiba tiba mata aku terbukak macam jegil tu. Muka aku muka marah dah masatu.",
"Acik: “Baru laa Nampak muka sebenar dia. Cantiknya tanduk diaaa. Ish ish ish takutnya tengok taring dia tu.”\nMak cakap aku senyum macam marah dekat acik. Nak provoke dia kot.",
"Acik: “Kau boleh cakap tak ni? Ke mulut kau dah kena kunci?”",
"Acik pon baca something pastu buat macam bukak kunci magga dekat mulut aku.",
"Acik: “Haaa aku dah bakar kunci mulut kau tu. Sekarang cakap dengan aku. Jangan buat buat bisu”",
"Mak cakap aku tiba tiba gelak macam budak budak dalam cerita seram. Bunyi halus tapi seram lah nok. Kikiki.",
"Aku: “Dia ni aku punya. Badan dia aku dah jampi. Dia dah tak boleh lari. Sampai m**i aku cari!”",
"Aku cakap sampai tersembur sembur air liur. Cehhh gengester la tu. Confirm busuk habis tudung aku balik ni. Acik macam tak puas hati dengan jawapan aku. Dia macam risau.",
"Acik: “Kau cakap sekarang kau datang dari mana. Sapa yang hantar kau setan?! Cakap sekarang sebelum aku bakar kau!”",
"Aku: “Perempuan ni dah banyak kali sakitkan aku dengan garam bodoh dia tu!”\nGaram tu masa aku berubat dengan ustaz sebelum ni. Dia ada suruh aku mandi guna garam bukit. Patot lah marah kemain setan ni. Sakit kena garam rupanya. Acik pon sembang punya sembang dengan aku yang dah dirasuk ni. Jap aku ringkaskan sebab lama benor nyembangnye. Dah habis sembang tu acik dengan pembantu dia Tarik buang segala gangguan dalam badan aku. Tapi acik cakap dia akan datang balik sebab santau ni susah nak buang. Aku pulak tak muntah muntah dari tadi. Lupa nak cakap. Batuk aku masani dah okay lepas aku berubat dengan ustaz first tu. Tapi gangguan still ada.",
"Bila aku dah sedar, badan aku jadi letih sangat. Aku rasa lemah satu badan. Nak tidur je masa tu. Ayah angkat aku naik kereta. Kami balik. Dekat rumah mak cerita apa yang acik sembang dengan aku. Mak nak rakam tapi dia tak pandai guna telefon aku. Telefon dia lupa bawak. Hahahaa sian mak. Lain kali kena ajar ni. Kata mak, bila acik tanya mana dia datang, dia senyum je awal awal tu taknak bagitau.",
"Tapi acik torture dia. Acik cubit dia tapi yang sakitnya aku lah. Sampai sekarang boleh ingat asal bawah ketiak aku sakit. Hahaha. Dah lama kena seksa cubit dengan acik, aku pon start cakap. Katanya dia datang dari Thailand. Puas paksa tanya sapa yang hantar dia datang sini. Dia cakap tak boleh bagitau nanti dia kena seksa dengan tuan dia. Padan muka sapa suruh jadi setan. Ee geram aku. Lama jugak lah acik bergadoh mulut dengan dia. Last sekali dia cakap yang hantar dia ni marah sebab aku pilih laki lain. Awalnya aku dah agak mesti si ex aku punya kerja ni. Tapi dia kan dah ada pengganti. Asal nak babitkan aku pulak.",
"Mak tanya aku ada tak mimpi sapa sapa yang bermusuh dengan aku ataupun yang tak puas hati dengan aku. Bila dok ingat balik tu, memang la ada aku mimpi ex aku sebelum sebelum ni walaupun dah 2 tahun kami putus. Tapi aku rasa tu semua mainan tidur. Aku cakap dekat mak tiap kali mimpi mesti laki tu akan cuba rampas aku dari Eri ataupun cuba pujuk aku balik dengan dia. Mak aku angguk angguk macam tengah fikir something. Acik bagitau mak yang hantar ni perempuan. Takkan la ex aku perempuan kan. Hahahaha. So aku batalkan niat aku nak serang si ex sebab santau aku.",
"Malam tu aku dapat tidur dengan tenang. Alhamdulillah. Ku sangka hujan hinnga ke petang rupanya panas di tengah hari. Betul tak eh peribahasa aku tu. Malam tu je aku tidur lena. Malam esoknya dah start balik gangguan tu. Tapi kalini makin extreme. Agaknya si penghantar dah kena terok dengan acik haritu kot. Itu yang dia nak lawan lagi. Aku dengan happynya malam tu nak tidur dengan lena. Aku ajak adik bongsu aku perempuan tidur dengan aku.",
"Sebenarnya dia takut nak dekat dengan aku lepas dok dengar aku sembang pasal gangguan bagai dengan mak ayah. Tapi aku pujuk dia cakap dah takda semua tu. Kena bakor dengan acik. Hahahha. Budak budak kan, mesti lah percaya. Hohoho. Dia baru 4 ke 5 tahun masatu. Tapi perangai dan cara cakap macam orang besar. Kemain kau dik. Nama dia Nana. Manja tapi hati kental selalunya lahh.",
"Dalam bilik ni ada satu katil queen. Taklah besar sangat. Kalau aku balik KL, adik aku yang lain akan tidur dalam bilik ni. Ayah tak bagi bilik dalam rumah kosong. Kau kena tidur sorang pon lantak lah janji jangan biar kosong. Bilik ni tak luas sangat. Aku tidur menghadap ke dinding. Nana tidur tepi aku tapi jauh dari dinding. Tepi katil tu still ada ruang untuk jalan. Atas kepala katil lak ada tingkap. Lepas main game dekat phone dengan Nana, dia kata ngantok nak tidur dah. Aku pon tepuk tepuk dia sampai lena. Aku sambung main phone sampai aku tak ingat bila aku tertidur.",
"Aku terjaga tengok jam pukul 2.30 pagi. Sakit perut pulok. Aku tengok Nana tidur peluk bantal dia. Slow slow turun katil takut dia terjaga. Kang dia takut dok sorang budak ni. Aku keluar bilik Nampak adik laki aku dok main phone. Tak reti reti tidur lagi budak ni. Cepuk kang. Dah selesai hajat dekat toilet aku masuk bilik sambung tidur. Lagi sekali aku terjaga pukul 4 pagi. Aku dengar macam bunyi orang main bukak tutup laci almari.",
"Mulanya aku fikir cicak kot terperangkap takleh keluar. Makin aku husnudzon makin la kuat. cicak tu main laci. Aku tidur menghadap dinding. Aku cuba nak pusing badan aku tengok laci tu. Tapi aku takut. Hahaha. Risau Nana terjaga sebab bunyi tu makin kuat. Aku gerak pusing badan slow slow sambil pejam mata. Selimut aku Tarik bagi tutup muka dulu. Risau kot kot ada apa apa kan.",
"Dah siap pusing tiba bunyi tu stop. Hmmm cicak tu dah bebas agaknya. Terharu aku. Tapi aku tak puas hati. Nak tengok gak. Aku selak selimut aku tengok almari tertutup rapat. Laci tu takkan boleh terbukak kalau pintu tertutup rapat macamtu.",
"Mula lah aku berpeluh, jantung laju. Aku cuba pegang Nana kat sebelah tapi dia takda weh. Huwaaaa, nangis aku dalam hati. Bilik aku gelap tapi ada cahaya samar samar dari luar. Aku selak selimut aku besar sikit nak tengok Nana ni jatuh katil ke apa. Tapi aku terkejut mak aiii. Aku Nampak ada budak perempuan macam duduk letak dagu kat tepi katil. Macam ala ala comel tu. Rambut dia Panjang biar lepas. Aku tengok lama jugak ingat Nana. Tapi Nana rambut dia pendek sikit. Tak Panjang macam tu. Jadi aku buat keputusan untuk pengsan.",
"Aku tersedar pagi esoknya ayah kejut subuh. Tapi aku tak boleh bangun. Kepala rasa berat. Berapa kali ayah ketuk pintu aku tak menyahut. Pastu mak bukak pintu bilik masuk. Mak bukak lampu tengok aku dok berselimut lagi. Aku Nampak je mak terus aku nangis. Heheheh mengada pulak. Mak dengan muka risaunya terus tanya aku kenapa. Aku cerita dekat mak apa jadi semalam. Mak panggil ayah. Ayah bawak air penawar yang acik buatkan malam tu. Sebelum minum ayah suruh selawat dan niat bagi badan jauh dari gangguan. Lepas minum air tu aku baring kejap rehat. Bila dah rasa okay sikit aku bangun nak amek wuduk sementara sempat lagi nak solat subuh dan aku pon tidur balik lepas solat.",
"Matahari dah terpacak atas kepala baru aku sedar. Sepatutnya hairni aku dah kena balik KL kerja. Tapi aku mintak cuti kecemasan dekat boss. Kena lah bebel kejap sebab dia tak faham apa masalah aku. Pernah nak explain tapi dia taknak dengar. Aku bagitau HR baru la HR faham sebab dia melayu tau sangat bab bab sakit gini.",
"Malam tu aku pergi balik rumah acik sebab ayah dah bagitau dia setan tu dah start tunjukkan diri. Risau aku balik KL nanti makin terok aku kena. Acik suruh aku berdiri, dia pon berdiri dalam 3 meter dari aku. Lepastu dia pandang aku lama lama. Makin lama aku makin rasa marah. Aku geram apahal tengok tengok aku macam tu. Nak kena ni. Aku pon terus meluru pergi dekat acik nak serang dia. Sambil menjerit henshinnn. Takdalah aku gurau ja henshin tu. Tapi aku jerit lah macam cerita lawan lawan nak serang orang tu. Acik tahan tangan aku nak pukul dia. Lagi sekali kena cubit. Aku sedar je masa ni Cuma badan dah kena control kan. so layankan je lah dia nak berlawan ke nak bersilat ke.",
"Acik tolak aku duduk bawah. Tiba tiba entah mana datang ilmu aku bersilat pulak. Lemah gemalai tangan aku bukak Langkah itu ini. Acik suruh aku duduk. Dia nak sembang sembang.",
"Acik: “Hai ni bukan jin yang sebelum ni kan? Mai mana pulak kau ni dengan bertanjak bagai?”",
"Aku: Mendengus sambil senyum sinis. “Aku Hang Tuah. Budak ni dah jadi milik aku.”",
"Dia cakap dalam dialek macam orang dulu dulu macam dalam movie P. Ramlee. Acik gelak je time tu. Apa yang kelakar eh nak tau jugak.",
"Acik: “Dah dah la tu berlakon. Kau ni jin yang sama dengan haritu. Pandai tukar baju ye. Ingat aku bodoh?”\nAgaknya dah tau kantoi berlakon aku pon gelak kuat gila macam ada benda yang sangat sangat lah kelakar. Tapi sakit gak tekak aku gelak camtu. Nak stop tak boleh sebab aku tak mampu buat apa apa. Cuma acik pesan zikir dalam hati Lailahaillah setiap masa. Takut setan ni fully control badan aku. Kalini acik sembang lagi dengan setan tu. Aku dapat dengar sebab aku sedar.",
"Acik: “Aku dah campak kau jauh haritu. Macam mana kau boleh datang balik? Nak kena pancung lagi? Kau nak aku pancung tuan kau?”",
"Aku dalam nada nak menangis: “Jangan kacau tuan aku. Dia yang jaga aku. Dia bagi aku makan. Dia bagi aku jaga budak ni. Budak ni dah jadi milik aku!”",
"Seram jugak eh dengar nada dia cakap macam tu. Ada pelat pelat macam orang siam bercakap. Mungkin sebab dia ni setan dari Thailand kot.",
"Acik: “Tuan kau dekat Perlis kan. Tadi aku pergi tengok tuan kau. Dah puas aku sembelih dia”",
"Aku: “Bodoh! Tuan aku tu hebat. Takkan boleh ada yang sakiti dia. HAHAHAHA”",
"Acik buat gaya macam keluarkan something dari beg. Tapi aku tak Nampak pon dia pegang beg ke apa.",
"Acik: “Kau tau tak apa ada dalam guni ni? Ni kepala tuan kau! Nah ambek!”",
"Aku: “Tuannn!!!! Tuann!!! Bodoh kau manusia! Kau b***h tuan aku!. Kau bodoh! Tunggu lah kau akan dapat balasan nanti!”",
"Marah betul tu. Aku letih ni sebab sepanjang dia bersembang dengan acik, badan aku dia duduk cangkung tau macam gaya kekuda nak silat tu tapi rendah sikit. Lenguh gila kaki aku. Tengah tengah lenguh tu aku rasa sedih sangat. Aku pon nangis tiba tiba. Tak guna, rupanya setan ni yang nangis sebab tuan dia m**i. Dia dok belek belek sesuatu atas lantai. Aku rasa dia Nampak kepala tuan dia yang acik pancung kot.\nBayangkan lah kalau aku boleh Nampak. Yekkk. Takut aku.",
"Acik suruh setan tu bagitau sapa yang hantar santau ke sihir ni dekat aku. Acik cakap tuan dia dah m**i jadi takkan ada sapa yang boleh seksa dia kalau dia bagitau pon. Sebenarnya acik tipu je. Dia tak pancung pon kepala tuan setan tu. Cuma acik jelmakan sesuatu bagi setan ni Nampak macam itu tuan dia. Aku pon taktau lah benda benda yang tak boleh Nampak dengan mata kasar ni. Lama acik pujuk, akhirnya dia bagitau nama penuh orang yang hantar santau ni dekat aku. Allahu nak luruh jantung aku rasa. Bukan sorang yang hantar, tapi 2 orang. Sorang hantar santau. Yang sorang lagi hantar sihir untuk buat aku tak tentu arah. Bila aku dah sedar tu, acik suruh aku selawat. Baring dulu sebab tenaga aku banyak hilang tadi. Masani aku dah tak boleh tahan sebak. Aku menangis dekat ayah. Mak tak datang sebab jaga Nana, dia pon tiba tiba demam. Aku pesan dekat ayah jangan bagitau mak apa yang setan ni cakap tadi. Mak aku kang dia g serang haaa.",
"Acik cakap jangan percaya sangat apa setan tu cakap. Kadang kadang dia sengaja nak bagi kita umat islam ni berpecah belah. Bergaduh sesame sendiri. Dua dua orang yang setan tu sebut nama perempuan. Sorang aku kenal, sorang lagi aku Cuma berkawan di media social sahaja. Tak pernah jumpa. Aku cuba husnudzon maybe buka diorang yang hantar benda benda syirik ni dekat aku. Mungkin setan tu sengaja nak aku fikir jahat pasal diorang. Tapi aku manusia, gak bisa lari dari berfikir buruk.",
"Hmmm. Esok petang tu aku bertolak balik KL naik kereta yang aku baru beli beberapa bulan lepas. Hahahaha. Nak gak menunjuk kan. Mak tak bagi aku balik sorang sebab jauh. Risau apa apa jadi tengah jalan dengan keadaan aku macam ni. Kebetulan ada anak kawan mak nak balik KL jugak. Mak pon suruh balik dengan aku. Dalam kereta dua dua diam. Kejap je sembang kejap sembang. Hahaha.",
"Alhamdulillah kami selamat sampai KL. Anak kawan mak aku tu perempuan, nama Intan. Sebelum balik rumah kami stop masjid nak solat. Takut terlepas waktu nanti. Aku lupa masjid mana tapi dekat Kawasan Cheras. Masuk je masjid tu takda orang sangat pon. Kami pon ambek wuduk solat. Selesai semua, aku rasa nak terkucil lah pulak. Aku suruh Intan tunggu dalam kereta. Bila aku keluar je dari masjid pergi dekat tempat parking kereta, aku tengok kereta aku takda kat situ. Aku dah mula syak si Intan ni curi kereta aku tapi aku pelik tadi ada banyak jugak motor yang park dekat tepi tepi masjid. Ni asal kereta motor semua dah takda eh. Kawasan masjid tu pon sunyi sangat macam takda orang. Masani aku takut gila. Aku terduduk atas jalan tu aku tutup kepala lepastu aku nangis. Kejap je aku nangis tiba tiba ada orang panggil aku.",
"Intan: “Tia, asal ni? Kenapa tak masuk dalam kereta?”",
"Tah dari mana muncul si Intan. Bukan ke dia dah curi kereta aku tadi. Aku tengok sekeliling, baru aku perasan memang ada motor kereta yang parking dekat situ. Ada pakcik pakcik siap duduk sembang dekat tangga masjid lagi. Aku cepat cepat bangun masuk kereta. Pegang pipi aku takda air mata pon. Rasa tadi dah basah dah. Aku cakap dekat Intan aku sakit kepala tadi. Terduduk kejap. Hehehe alasan apa lah aku pakai. Intan pon macam okay je. Aku hantar dia balik rumah.",
"Aku pon tak pasti apa yang jadi dekat aku tadi. Mungkin halusinasi aku kot sebab terlalu fikir benda tu. Aku tak bagitau pon mak ayah sebab taknak diorang risau. Balik KL aku pergi kerja macam biasa. Semuanya okay takda masalah. Aku rasa setan tu dah tak kacau aku kot. Seronok lah kejap.",
"Lepas seminggu balik KL, hujung minggu tu aku ajak Eri keluar. Aku dah janji nak cerita dekat dia apa jadi dekat kampung sebab balik kampung haritu aku jarang contact dia. Line tak elok. Hahaha. Kami pon pergi kedai makan. Sambil makan tu aku cerita la dekat dia. Malam yang aku kena kacau dekat rumah masa tidur dengan Nana tu, sebenarnya Nana dah bangun masuk bilik mak ayah masa aku pergi tandas. Tapi aku masuk bilik lepas tu aku Nampak Nana still ada tengah tidur. Adik laki aku yang cerita dekat aku lepas aku balik KL. Dia taknak bagitau masa aku kat kampung, taknak aku takut. Habistu sapa yang tengah tidur masa aku balik dari toilet tu?",
"Cisss. Ohh adik laki aku nama Ayun. Aku ni anak sulung. Adik adik lain semua sekolah lagi. Jarak umur aku dengan adik yang first jauh gak la sebab mak banyak kali gugur lepas aku lahir. Dua orang lagi adik aku Meor ngan Fiq pon sekolah lagi. Budak Nana je duduk kat rumah belom masuk sekolah.",
"Cerita ni Panjang lagi tapi aku tak boleh cerita semua nanti kang berpage page pulak. Tapi kalau aku tak cerita nanti tak best la. Ehh haa kan dah melalut. Aku nak cerita pasal Acik sembang dengan setan tu. Malam kedua pergi rumah acik kan setan tu bagitau nama penuh si tukang hantar. Aku pon bagitau nama tu dekat Eri. Eri pon terkejut. Dia tak sangka. Korang mesti nak tau sapa kan. Hahahaha takmo cerita.",
"Nama yang disebut jeng jeng jeng, Tina binti XX dan Miya binti XX. Of course la tu bukan nama betul diorang. Tau tak sapa si Tina dengan Miya ni? Tina ni aku kenal sangat. Dia kakak kepada ex aku. Huh! Dasar perempuan. Tapi aku baik, takmo lagi tuduh betul betul. Tuduh gitu gitu jee. Miya ni pulak sebenarnya ex Eri. Ni yang aku tak puas hati. Dia add aku dekat facebook. Follow aku dekat Instagram. Aku pon approved la ingat dia nak berkawan. Ada la jugak chit chat dengan si Miya. Nampak baik je orangnya tapi curang. Puihh.",
"Miya kenal aku sebab kawan kawan Eri ni kenal aku dan kenal Miya dan mungkin mereka ada bercerita pasal aku. Aku rasa la. Kalau tak macam mana dia dapat cari facebook aku bagai kan. Miya pernah mintak number aku. Katanya senang nak whatsapp. Eri cakap takyah bagi so aku pon tak bagi la. Sejak dari tu Miya macam jarang dah chat aku dekat social media. Merajuk ler tu.",
"Eri pon ada cakap masa awal aku kenal Eri, Miya ni dah lama move on dengan boyfriend baru dia. Dengar cerita dia mengandung anak lelaki tu. Tapi tak pasti kesahihan sebab Eri malas nak ambek tau dah pasal dia. Lepas aku bagitau Eri pasal ni and setan tu sebut nama Miya, Eri mula jadi macam tak senang duduk. Aku Nampak dia berpeluh. Dia selalu berpeluh kalau serabut ataupun fikirkan something. Dalam aircond ni peluh apa nokk. Aku tanya dia okay tak. Dia tengok aku, pastu tunduk. Dia genggam rambut dia. Okay hensem lak aku tengok tunang aku time ni. Hahahahah. Member tengah serabut aku seronok tengok eh.",
"Eri: “Saya ada benda nak jujur dengan awak ni. Tapi saya mintak maaf awal awal sebab tak bagitau awak sebelum ni. Saya ingat benda ni biasa biasa je.”",
"Ahhh sudah dia nak jujur apa lagi ni. Last time dia jujur aku merajuk sebulan. Kalini nak merajuk berapa lama pulak. Aku cuak, menda lah dia nak cakap ni. Harap tak menyakitkan hatiku yang sedang gelisah ini.",
"Eri: “Sebenarnya tahun lepas Miya ada contact saya. Katanya nak get back. Dia menyesal curang dulu. Tapi saya tak layan. Dia asyik call saya pastu mesej tak henti. Saya pon cakap lah dekat dia saya mintak maaf tak dapat nak terima dia balik sebab saya dah ada orang lain. Mulanya dia mengamuk jugak. Dia maki maki saya. Dia mintak saya bertanggungjawab sebab dah rosakkan dia. Tapi saya tau saya tak rosakkan dia. At least bukan yang pertama lah. Awak faham kan?”",
"Aku terdiam jap lepas Eri bagitau ni. Aku angguk je la. Maknanya sebelum dengan Eri lagi memang perempuan tu dah rosak. Ciss kau.",
"Eri: “Saya cakap dekat dia, bukan saya yang rosakkan dia. Memang salah saya sebab pernah buat benda terkutuk tu dengan dia. Tapi dia sendiri yang bagitau saya dia dah tak suci lagi dulu. Saya still terima dia sebab saya bodoh dulu. Patotnya saya tau dia memang jenis macam tu. Bila saya dah tolak dia banyak kali, lama lama dia cakap okay dia undur diri. Semoga Bahagia. Itu je dia cakap. Sampai harini saya tak pernah contact dia dah. Saya terkejut jugak masa awak bagitau dia add awak dekat facebook lah Instagram lah. Tapi saya ingat dia Cuma nak berkawan lah kot.”",
"Dengar apa yang Eri cerita buatkan bulu roma aku meremang. Bukan takut tapi geram. Kalau betul lah memang dia yang sihir aku, memang aku pulassss kepala dia. Aku rasa aku tau kenapa dia hantar sihir tu. Maybe sebab dia marah Eri tolak dia. Dan pilih aku. Habistu laki laki sebelum ni macam mana? Dia sihir jugak ke? Mana lah dia belajar sihir menyihir ni semua.\nHabis cerita pasal Miya.",
"Sekarang Tina pulak. Kakak si ex aku. Rupanya dia dah lama santau aku, tapi aku tak sedar. Jadi bila si Miya ni sihir aku, bertembung dengan santau dia, badan aku jadi lemah itu yang react sampai batuk batuk. Acik cakap santau dia ni tak power mana pon sebab dia baru belajar. Kah kah kah. Tapi bahaya gak lah sebab dah lama dalam badan aku. Tina santau aku lepas aku putus dengan adik dia a.k.a ex aku. Tak pasti apa motif dia, padahal adik dia yang curang.",
"Lepas beberapa minggu aku rasa badan sihat, tiba tiba satu hari setan tu datang balik. Aku dekat rumah sewa baru lepas solat zohor and tengah tunggu asar. Hehehe solat lambat sikit. Bila dah azan, aku solat la. Tapi masa tahiyat akhir, dada aku rasa berat, nafas aku tak boleh Tarik, aku macam sesak nafas. Aku tak boleh habiskan bacaan aku tu sampai aku menangis. Aku cuba jugak untuk habiskan tahiyat walaupun tercungap cungap.",
"Alhamdulillah aku dapat habiskan. Tapi masa tu kepala aku berpusing, dada aku berdebar, aku tak boleh nafas. Aku menangis ingatkan dah nak m**i sebab aku memang tak boleh bernafas. Aku amek phone call mak aku. Bila mak aku jawab, aku nak nangis tapi tahan dulu sambil tercungap tanya dia buat apa. Dia kata dia dekat kedai beli barang. Aku taknak dia risau kang tak jadi beli barang. So aku cakap takapalah nanti aku call balik.",
"Aku teringat ustaz yang ubatkan aku dulu ada cakap, setan ni dia aktif lepas asar sampai maghrib. Mungkin sebabtu kot aku jadi macamni. Aku pon cepat cepat amek garam bukit yang ustaz bagi dulu. Mandi guna air garam tu. Lepas mandi aku baring kejap pejam mata. Taknak fikir apa apa. Lebih kurang sejam baru la debar dada aku kurang. Jantung pon dah tak laju. Badan aku terus jadi letih. Rasa mengantuk. Mungkin sebab tadi jantung laju sangat bekerja kot kan.",
"Banyak kali jugak aku jadi macam tu. Tapi aku dah tak pergi hospital macam dulu. Rugi duit ja, bukan sakit apa pon. Satu hari tu mak aku call, katanya nak bincang benda penting. Rupanya dia nak awalkan Tarikh nikah aku. Ahakkk, memang masatu syok la kan. Hehehe. Dia risau aku asyik sakit macam tu, jadi dia nak awalkan supaya Eri dapat jaga aku. Dia taklah risau sangat dekat kampung tu kan.",
"Maka aku dan Eri pon kelam kabut lah dengan persiapan itu ini. Dalam 2 bulan alhamdulillah semua settle tunggu nak confirmkan Tarikh je. Kami jemput beberapa orang kawan rapat sebab nak buat majlis kecik kecik jee. Entah lah mana si Miya tahu kami nak nikah. Dia mesej Eri ayat macam mengugut pon ada. Dia cakap “kau takkan Bahagia. Aku akan buat korang berpisah!”. Eee dia ni kan, orang nak nikah pon kacau. Meroyan lah tu. Tapi aku risau jugak. Kang dia hantar lagi benda pelik pelik. Makin terok aku dibuatnya. Aku sedapkan hati, yakin Allah ada sebagai pelindung.",
"Process pernikahan kami berjalan dengan lancer, alhamdulillah. Sebulan lebih kemudian, aku mengandung. Alhamdulillah syukur ya Allah. Seronok sangat masa aku bagitau Eri. Tapi kami diamkan dulu tak bagitau family lagi sebab awal lagi kan. kira kira seminggu lepas tu kot, aku tidur malam tak lena. Aku mimpi ada sorang perempuan datang dekat aku, dia tanya nak mengandung ke? Aku cakap nak. Perempuan tu terus masukkan macam seketul daging yang berdarah dari bawah kemaluan aku. Dalam mimpi tu aku menangis sebab sakit sangat. Aku terjaga, Eri dah kejut aku sebab aku menangis meracau racau. Aku rasa perut aku sakit sangat masatu. Bila bukak lampu Nampak lah d***h penuh atas katil. Allahu luluh hati aku bila tegok d***h penuh tu.",
"Kami cepat cepat pergi hospital. Doctor check perut aku tapi scan tak Nampak apa pon. Doctor cakap mungkin masih awal tapi ada kemungkinan jugak aku keguguran. Tapi dia ambek d***h aku nak tengok level HCG (hormon mengandung). Esok tu kami pergi balik hospital. Perut aku dah tak sakit, d***h pon dah tak keluar. Berdasarkan result d***h, doctor cakap alhamdulillah kandungan masih selamat. Tapi aku kena datang balik nanti untuk follow up.",
"Haritu jugak aku call acik bagitau dekat dia. Acik cakap mimpi tu macam ada yang cuba gugurkan kandungan aku tapi dia tak Berjaya. Acik suruh aku teruskan amal bacaan bacaan yang dia suruh sebelum ni. Korang pon boleh amalkan. insyaAllah untuk pelindung diri.",
"Selepas solat dan sebelum tidur, Al-Fatihah (3x), Surah 3 Qul, Ayatul Kursi, Bismillah (41x), doa tidur lepastu niat dalam hati semoga sentiasa dalam lindungan Allah dan jauh dari gangguan jin dan syaitan. Ada banyak lagi amalan yg dia cakap tapi aku selalu amalkan yang ni je. Masa dah pejam tu dalam hati zikir lailahailallah ataupun selawat sampai terlena. Lepas dah buat semua tu jangan sambung main phone pulak.",
"Selama ni aku selalu baca cerita orang lain kena kacau dengan hantu merangkak lah, mengesot lah. Tapi aku ingat semua tu menipu. Mana ada hantu macamtu. Hahaha. Tapi sekarang aku lak kena. Pertama kali dalam hidup aku Nampak setan menjelma buruk dan seram gila lepas daripada budak kat kampung dulu. Haritu hari Selasa. Eri ada emergency outstation ke Johor. Hari Jumaat baru dia balik KL. Aku takut sebenarnya duduk sorang. Aku pon ajak adik aku datang teman. Adik aku dari kampung jauh tu. Hahahaha. Diorang pulak cuti sekolah masatu. Ayun dengan Fiq datang hari Rabu. Meor taknak ikut sebab dia tak suka naik bas.",
"Hari selasa malam tu aku duduk rumah sorang lepas balik kerja. Rindu pulak dekat suami aku ni. Taknak kacau dia takut dia dengan client. Masani aku pregnant dah 2 bulan kot. Lupa lak tapi baru lagi lah. Aku tak pernah duduk sorang sebelum ni dekat rumah. Rasa sunyi lain macam. aku bukak tv pasang ayat ayat Al-Quran sampai azan maghrib aku tutup and siap siap nak solat.",
"Lepas solat aku scroll phone nak order makan. Malas masak bila duduk sorang ni. Hehehe. Aku pon tunggu lah makanan sampai. Tak lama tunggu tiba tiba dah sampai. Dengar orang ketuk pintu. Aku bukak la pintu tapi takda orang pon. Aku jenguk luar kot kot dia letak dekat tepi pintu ke tapi takda jugak. Aku pon tutup balik pintu, Budak budak kot main ketuk pintu, musim cuti sekolah kan. Aku sambung tengok tv.",
"Dengar lagi orang ketuk pintu. Aku pergi la pintu depan nak bukak tapi bunyi ketukan tu bukan datang dari pintu depan. Dari pintu sliding kaca kat tepi rumah. Tapi kalau dari depan pagar memang tak boleh masuk Kawasan tu. Pelik aku rider ni. Aku pon selak lah langsir nak tengok luar. Belah luar tu ada rumput rumput, Eri pasang lampu spotlight kecik taknak bagi gelap jugak. Ada la sikit tanaman tanaman hasil air tangan aku kat tepi tepi tu. Hehehehe. Aku selak je langsir tak Nampak pon orang hantar makanan ke apa. Mula lah aku rasa seram sejuk. Aku nak tutup balik langsir tu tapi mata aku ternampak sesuatu yang aku harap aku tak Nampak.",
"Dekat celah celah tanaman aku tu, macam ada benda gerak gerak. Besar jugak, aku takut anjing sebab pagar rumah terbukak. Bila aku amati betul betul baru aku Nampak benda tu macam merangkak. Warna hitam. Aku tak Nampak muka dia sebab tertutup dengan rambut. Dia merangkak slow je kedepan nak datang dekat aku. Aku dah takleh gerak ni tapi gagahkan jugak Tarik langsir tutup cepat cepat.",
"Masatu memang aku dah terkaku sangat sangat. Terduduk atas sofa. Kalau duduk atas lantai kang tiba dia dok merangkak kat lantai habislah aku. Terketar ketar badan aku. Macam macam aku baca. Tunggang langgang tapi aku baca jugak. Bila dah tak boleh baca sangat aku sebut Allahu Akbar je kuat kuat. Berpeluh memang tak payah cakap lah. Rasa sejuk gila walaupun aku pakai sweater dengan tudung ni. Kepala aku berpusing macam nak pengsan. Aku takut setan tu ada dalam rumah. Eri dah pagar rumah tapi risau dia boleh masuk kang.",
"Masa terketar ni jugak lah aku dengar bunyi orang dok cangkul kat luar tu. Woiii malam ni berkebun apa halaaaahhh. Aku rasa lama sangat aku terketar aktas sofa ni. Phone aku bunyi buat aku menjerit terkejut. Allahu sampai macamtu sekali takutnya. Aku jawab terketar ketar. Rider yang call, dia dah sampai depan rumah. Ketuk pintu takda orang bukak. Aku tanya dia betul betul ke dah depan rumah. Dia cakap ye dah banyak kali ketuk, dia dengar bunyi tv dari dalam.",
"Aku pon pergi la nak bukak pintu. Nasib baik lah memang dia dah sampai. Aku jenguk kat luar, Nampak rumah jiran depan ramai orang. Meriah betul, rasanya family dia datang dari kampung kot. Dah ambek makanan aku cepat cepat tutup pintu. Kunci habis semua. Nasib baik pagar auto, kalau tak jangan harap aku nak keluar tutup. Makanan dah sampai tapi aku pulak tak lalu makan. Dah hilang selera lepas Nampak setan tadi. Aku bawak makanan masuk bilik. Siap dengan air, sudu garfu semua. Taknak keluar dah. Aku call Eri, dia baru balik hotel. Dia ajak video call tapi aku cakap kejap. Nak cerita kat dia apa jadi tadi dalam mesej. Takut nak cakap. Hahaha.",
"Dah hantar mesej tu kami pon video call. Muka Eri risau. Dia kemain nak balik malam ni jugak. Aku taknak lah kacau kerja dia. Lagipon esok adik adik aku dah datang. Kami pon sembang sembang hal lain, dia taknak sebut pasal apa jadi tadi. Wahh suami aku ni, dari jauh pon menenangkan hati. Aku makan sambil video call. Dia nak call aku sampai aku tertidur tapi aku taknak kacau dia. Cehh baik lah tu. Aku cakap aku okay je. Kami end call, semangat aku dah pulih sikit. Aku solat isyak semua nak siap siap tidur. Eri suruh pasang surah Al-Quran masa tidur. Aku pon pasang la nak tidur tu. Tah bila aku terlelap.",
"Aku tersedar pukul 3 pagi. Dengar bunyi orang mencangkul lagi. Allahu dia dah start balik. Surah aku pasang tadi dah habis. Bunyi tu macam dekat sebelah luar bilik tapi bilik ni tingkat atas. Macam mana boleh kuat sangat. Makin lama makin kuat pulak dia bunyi tu. Aku selubung satu badan pasang balik surah tadi. Eri cakap benda tu takkan dapat masuk rumah. Jangan risau, jadi aku pon tak risau lah. Cuma tidur dalam keadaan terketar. Esok pagi bangun nasib baik tak demam. Hahaha.",
"Sepanjang adik adik aku dekat rumah sampai Eri balik dari outstation takda pon benda benda pelik nak jadi. Mungkin setan tu sengaja nak takutkan aku kan. Jahat betul. Lepas kejadian tu Eri tak pernah dah tinggalkan aku sorang sorang. Kalau outstation pon dia akan terima yang dekat dekat boleh balik hari je. Hehehe. Banyak lagi benda jadi tapi tak berapa seram bagi aku sebab dia just bunyi bunyi. Takda dah munculkan diri. Rasanya asbab acik jugak kot. Dia ada rawat aku dari jauh. Aku pon dah amalkan macam macam pelindung diri.",
"Alhamdulillah aku selamat lahirkan anak sulung kami. Perempuan comel macam ibu dia. Hehehehe. Lepas dah ada anak, Eri suruh aku berhenti kerja sebab dia seronok aku sentiasa ada dekat rumah dan dia nak anak lagi. Hahahahha. Aku turutkan aje lah permintaan suami.",
"Alhamdulillah sekarang aku dah makin sihat. Takda dah gangguan macam dulu. Cuma kadang kadang je bila malam jumaat aku akan rasa berdebar. Jarang jadi tapi still ada. Mungkin sisa sisa dari sihir tu. Aku bernasib baik sebab orang yang hantar sihir santau ni tak berapa power lagi, baru nak berjinak. Aku baru tahu rupanya acik yang banyak kena serang dekat kampung sebab dia tolong rawat aku. Malam malam je acik cakap ada lah yang berbulu datang nak cekik dia.",
"Tapi tu dulu, sekarang semua dah okay. Alhamdulillah. Sekarang acik dah tak rawat orang, dia tak sempat sebab ada kerja lain lagi dia nak handle. Dia pon dah tua, tak berapa sihat. Oh lagi satu doakan aku dipermudahkan urusan nak bersalin anak kedua tahun depan. Hihihi.",
"Pasal si Tina dengan Miya aku taktau apa jadi dekat diorang. Yang aku tau ex aku tu dah kahwin. Kakaknya si Tina mungkin tengah kena kacau balik dengan hantaran dia tu. Hahaha. Miya lagi lah. Dia block aku kat social media.",
"Okay lah korang. Itu je kisah aku. Maaf lah kalau Panjang berjela. Aku tak pandai nak ringkaskan. Banyak lagi benda lain yang aku nak cerita. Tunggu lain kali lah eh. Pesan aku, sentiasa lah amalkan ayat pelindung diri tapi pastikan bukan yang sesat sesat. Kang lain macam kau jadi kang.",
"Sekian dari aku, Tia."
] | [
"Teruskan berkarya. Seronok saya membacanya.",
"Wah best..ada masa share lah lagi",
"sihir bekas kekasih ni ada juga yg trkena pada rakan2 sy..so mmg trbaik jalan cerita nya…WALLAHUALAM…",
"Btui ka hang ni org kedah dik oii? Org kedah kalu kat mna pn x kan hlg pelat dia hehe",
"Urm penceritaan bgs wlpn pjg dpt mnambat hati sy yg mmbaca nya.. Tp bab buka aib suami tu rsenye xperlu tulis skli dlm ni rasanya.. Critakn ap yg ptt je.. Cth suami dlu prnh bcinta dgn ex dia shj.. Xprlu sebut ape pengakuan yg dia buat.."
] |
https://fiksyenshasha.com/rumah-teres-sewa/ | Rumah Teres Sewa | [
"Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Saya sekadar perkenalkan diri sebagai Imy. Ini adalah kisah pertama yang akan saya kongsikan kepada pembaca dan peminat Fikyen Shasha.",
"Peristiwa ini berlaku lima tahun lepas, ketika keluarga sebelah ibu dan saya membuat rombongan ke Johor kerana pak cik saya berkahwin.",
"Perjalanan di Johor memakan masa yang lama, kami bergerak dari Kuala Lumpur pada pukul 7.00 pagi dan tiba di sana pada pukul 2 petang. Di sana kami akan menginap di sebuah rumah teres sewa yang hanya 10 minit sahaja dari kediaman pengantin perempuan. Rumah itu pak cik saya yang sewa untuk 3 hari sahaja. Rumah itu pada pandangan mata, biasa,luas mempunyai 3 bilik yang selesa, ruang dapur yang besar.",
"Saya rasa tiada apa yeng menarik di rumah itu. Aki (panggilan atuk saya) memang akan membaca doa perlindungan sebelum masuk rumah itu manakala saya hanya memberi salamdan terus masuk.",
"Ketika inilah saya rasa ada yang tidak kena pada bahagian tertentu rumah tersebut. Buktinya, ketika saya hendak ke bilik besar, saya perlu lalu di hadapan dapur dan saya lihat di dapur ada satu lembaga hitam. Saya terus batalkan niat dan kembali ke ruang tamu.",
"Aki yang melihat saya begitu hanya mendiamkan diri. Saya yakin Aki tahu apa yang saya nampak. Kesannya, saya takut mahu menghantar barang ke dalam bilik tersebut. Namun apakan daya terpaksa juga. Saya tahu lembaga hitam itu berada di dapur dan sepanjang saya tinggal di rumah itu memang terasa aura negatif.",
"Bilik ketiga di rumah itu pada saya ada sesuatu cuma tidak kelihatan sahaja sebab mak cik saya kata seram sejuk.",
"Malam itu tidak seindah yang di sangka, mungkin terlalu penat maka semua masuk tidur. Tinggallah nenek,Aki, saya dan adik saya di ruang tamu. Kami juga terlelap. Saya bangun sekitar pukul 2 pagi kerana dikejutkan oleh makcik. “Kakak bawak adik tidur dalam bilik.” Saya kejutkan adik dan kami berjalan masuk ke bilik dalam keadaan yang lesu dan mengantuk. Memandangkan katil sudah penuh, saya ambil keputusan tidur di lantai. Sejuk.",
"Satu jam selepas saya tidur, seperti suara lembut memanggil nama penuh saya. Mulanya, saya tidak hiraukan namun nama saya diulang sebanyak 3 kali. Saya bangun dan lihat jam sudah masuk tiga pagi. Saya balas “Ya ummi…kenapa?” Memang ibu saya tidur sekali di dalam bilik itu. Pelik! Tiada balasan dari ibu saya. Saya lelapkan mata kembali. Suara itu kembali kali ini memangil nama panggilan saya. “Ya ummi..” ketika saya menyahut saya sedar sudah pukul 3.30 (mesti pelik kenapa dapat ingat masa kan? Sebab saya pasti akan tengok jam kalau dah bangun).",
"Apabila saya menoleh belakang, ummi hanya tidur. Jadi siapa yang panggil? Ha…ketika inilah saya mula fikir logik. Saya lelapkan mata dan suara itu kembali. Apabila saya menoleh ke arah katil yang berada di hadapan tingkap saya lihat bayang-bayang seperti susuk pontianak. Terus saya toleh semula ke hadapan sambil mengiring saya pejam mata baca semua surah.Memang menyeramkan.",
"Pagi itu saya memang pelik. Tak akan aku sorang jer nampak? Soalan itu berlegar di dalam fikiran saya. Bahagian dapur ada lembaga hitam. Bahagian bilik utama ada benda lain. Sebelum pulang, kami dapat tahu sudah berbulan-bulan rumah itu tiada penyewa. Ya, mungkin itu faktor utama. Tapi tak kan jiran sekeliling tidak diganggu? Saya nampak lembaga hitam itu berada di dapur sehingga hari terakhir kami di Johor.",
"Sebenarnya, banyak pengalaman di Johor yang saya lalui. Terima kasih kerana membaca kisah ini sehingga akhir.Sebelum tu, sebenarnya pagi tu mak cik saya tanya, “Macam mana kau boleh masuk bilik tidur?” Saya jawablah dia yang kejut. Apa yang mengejutkan dia kata, “kau kenapa? Tak ada masa aku nak kejut..” Saya gelak dan asak dia dengan soalan sama. Tapi dia nafikan. Korang rasa?",
"Saya nak ingatkan kalau masuk rumah atau hotel yang belum tentu lancar berpenghuni, saya sarankan baca 3 qul,ayatul kursi dan baru beri salam."
] | [
"Seram sebenarnya kalau kena. Tapi sebab cara penceritaan kurang. Tak rasa seram sangat."
] |
https://fiksyenshasha.com/pengalaman-seramsolo-ride/ | PENGALAMAN SERAM(SOLO RIDE) | [
"TAJUK :PENGALAMAN SERAM(RIDE SOLO)",
"PENULIS : MAD PI",
"Penat sungguh aku rasakan pada hari itu. Kerja melambak yang harus disiapkan kerana esok sudah cuti hujung minggu. Aku tiba di rumah sudah agak lewat. Azan maghrib sudah lama berkumandang.",
"Sampai sahaja di rumah aku terus merebahkan diri ke katil. Niat hati ingin tidur buat melepaskan lelah namun aku teringat yang aku masih belum solat. Lalu aku bingkas bangun mempersiapkan diri.",
"Seusai solat aku masak maggie ‘telur mata’ untuk mengalaskan perut sebelum aku menghempaskan diri ke katil. Jadi selepas mengisi perut. Aku terlena. Aku sudah mamai bila kedengaran azan isya’.",
"Apabila aku terjaga jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Mataku berkelip-kelip memandang siling. Sunyi rasanya suasana ketika itu. Rakan serumah entah ke mana. Mungkin mereka semua keluar makan.",
"Dalam suasana sesepi itu, aku jadi terfikir apa yang hendak aku buat selama dua hari ini. Aku capai telefon lalu aku jenguk ke laman sesawang Golden Screen Cinema(GSC), namun hampa.",
"“Haishhh takdok cerito sedak pulok doh, hampeh betol.”",
"Selalunya apabila hujung minggu, panggung wayanglah jadi tempat utama aku lepak. Maklumlah aku peminat setia filem-filem aksi dan seram. Seharian aku habiskan masa di sana.",
"Lagi pula aku bukan jenis yang suka tidur di siang hari,kecuali bila aku terlalu penat. Tiga hari sebelum aku ada rancang untuk ke Bukit Broga dengan kawan sekerja aku tapi terpaksa ditunda kerana dia ada hal.",
"Fikiran mula melayang ke kempung. Rindu pula pada keluarga. Terutama sekali mak aku. Tanpa berfikir panjang, aku bersiap dengan ala kadar lalu turun ke tingkat bawah. Semasa aku menuju ke lif, aku terserempak dengan kawan serumah.",
"“Nak pergi ke mana Mad, dengan beg bagai malam-malam ni,” soal kawan serumah.",
"“Balik kampung,” aku menjawab dengan nada ceria.",
"“Sorang?” dia bertanya lagi. “",
"” Iyooo. “",
"” Gila lah,” dia seakan terkejut.",
"Tidak sabar rasanya ingin berjumpa keluarga. Aku merancang untuk buat kejutan pada mereka. Jadi aku tidak memaklumkan terlebih dahulu. Ketika itu, jam menunjukkan pukul sepuluh setengah malam.",
"Setengah jam kemudian, aku singgah di sebuah stesyen minyak sebelum tol Gombak. Aku isi minyak motorsikal dan mengisi perutku juga. Risau nanti susah untuk mencari kedai sepanjang perjalanan nanti.",
"Selepas perut terisi, aku menyambung perjalanan menuju ke tol gombak. Ketika itu aku mendapati tidak banyak kenderaan di atas jalan. Suasana agak sepi. Dapat aku menikmati keindahan malam.",
"Ketika aku melalui terowong Genting Sempah,tiba-tiba ada sebuah motor Yamaha LC memotong. Punyalah laju dah macam lipas kudung aku tengok. Aku menunggang dengan santai sahaja sambil melihat lampu-lampu dalam terowong tersebut.",
"Bila aku sampai penghujung terowong aku lihat motor LC tadi sudah terbabas. Motorsikalnya tersangkut di penghadang jalan. Manakala penunggang tercampak ke dalam parit di sisi jalan. Aku berhenti untuk memeriksa dan menghulurkan bantuan.",
"“Bos, ok tak,” aku menyoal.",
"“Ok ok,” dia jawab sambil bingkas bangun.",
"“Mengantuk ke?” aku menyoal kerana aku lihat matanya dah cukup rabak.",
"Macam sudah banyak hari tidak tidur. Aku membantunya untuk naik ke atas. Setelah memeriksa, motorsikalnya rosak teruk dan tidak dapat meneruskan perjalanan.",
"Kebetulan ada sebuah pacuan empat roda melalui jalan tersebut dan berhenti menyapa. Memandangkan penunggang motor tersebut tinggal di kawasan sekitar,pemandu pacuan empat roda itu menawarkan untuk menghantar dia balik.",
"Setelah aku pastikan penunggang itu selamat, aku meneruskan perjalanan. Ketika itu mata aku sudah berasa mengantuk. Namun aku teruskan perjalanan selagi mampu.",
"Sampai di Jerantut, hujan mula turun. Aku mencari-cari tempat untuk berteduh. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Lalu aku ternampak sebuah masjid dan membuat keputusan untuk singgah.",
"Aku tengok masih ramai jemaah sedang berkumpul di masjid tersebut. Rupa-rupanya ada jamuan. Aku memerhati dari jauh. Hajat di hati ingin menumpang tidur kerana hujan semakin lebat.",
"Aku menegur salah seorang jemaah,pada fikiranku mungkin dia ahli jawatankuasa masjid. Sebab dari tadi aku perhatikan dia agak sibuk menguruskan kelancaran jamuan tersebut.",
"“Assalamualaikum,”aku memberi salam.",
"” Waalaikumussalam warahmatullah, “dia membalas.",
"Aku meminta izin untuk tumpang menginap lalu dia berbesar hati mengizinkan. Setelah dia bertanyakan serba sedikit tentang aku, dia mempelawa aku untuk makan. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.",
"Bihun goreng dan air kopi panas menjadi habuanku. Sedap pula ditambah dengan kesejukan malam dan hujan lebat. Setelah selesai makan aku membersihkan pinggan dan gelas lalu ke tandas.",
"Alangkah terkejutnya apabila aku keluar, suasana sunyi sepi. Sedangkan aku di dalam tandas tidak sampai lima minit. Masjid yang terang benderang dengan cahaya lampu tadi sudah bertukar menjadi gelap gelita.",
"Sekejap tadi dipenuhi orang ramai kini sepi. Aku pandang sekeliling. Suasana bertambah seram apabila di sisi masjid dipenuhi pokok getah. Dahannya melambai-lambai ditiup angin.",
"Aku bingung. Keadaan yang meriah menjadi sepi dalam sekelip mata. Padahal ketika aku di dalam tandas, masih kedengaran suara riuh rendah para jemaah.",
"Aku menuju ke tempat aku menyimpan beg. Aku dikejutkan lagi apabila melihat tikar siap dibentangkan di sisi beg aku. Aku mengelilingi masjid namun hampa. Tiada orang aku temui.",
"Memandangkan hujan masih lebat, aku membuat keputusan untuk tetap di situ. Seram juga aku rasakan namun aku terlena jua akhirnya. Apabila aku sedar, azan subuh berkumandang. Setelah selesai solat aku menyambung perjalanan pulang ke Kelantan.",
"Siapakah mereka yang aku temui pada malam itu tinggal misteri….."
] | [
"Nak tanya..Dari tol gombak nak balik kelantan,kenapa mesti lepas ke jerantut??",
"Nak tanya..Dari tol gombak nak balik kelantan,kenapa mesti lepas ke jerantut??Jauh tersasarnya perjalanan tu mad pi",
"Kawe pun keliru gok…kenapa perlu ke Jerantut….? Biasanya Gombak-Bentong-Raub-Lipis/Sg Koyan- Merapoh-Gua Musang….",
"Ni baru dinamakan rezeki. Dibuka hijab utk sementara oleh Allah swt diatas sb yg memerlukan krn kamu seorg yg jujur.",
"Kisah seram yg menarik. Sy suka gaya penceritaan Mad Pi. Nak cerita dr Mad Pi lg"
] |
https://fiksyenshasha.com/pendamping-untuk-yan/ | Pendamping untuk Yan | [
"Hai semua. Iris kembali lagi. Disebabkan bulan depan dah mula sibuk dengan kerja, jadi aku akan luangkan masa dengan menulis kisah-kisah seram yang tak berapa nak seram di page ini. Kadang-kadang rasa diperhatikan bila menulis kisah seram tapi buat biasa saja sebab kita tahu selain kita ada dia.",
"Kali ini aku nak bercerita tentang seorang rakan aku yang dikelilingi pendamping warisan atau senang cerita, orang panggil saka. Tapi tak tahu juga dalam kategori saka ke apa sebab benda ni tak diambil, cuma benda ni sendiri yang hadir untuk mengawasinya. Bukan satu, tapi banyak. Macam-macam jenis dan ada yang baik, ada yang tak berapa nak baik.",
"Aku panggil rakan aku sebagai Yan. Perempuan tau, bukan lelaki. Disebabkan aku dan Yan agak rapat, jadi aku tahu serba-sedikit pasal latar belakang keluarga Yan. Yan pernah bercerita keluarga sebelah ibunya ada d***h diraja tapi bukan Malaysia la. Mula-mula aku kurang yakin. Antara percaya dan tidak. Sehinggalah suatu hari…",
"Kejadian ini berlaku di bulan ramadhan. Yan dan kakak dia pergi solat terawih di masjid berdekatan rumah mereka. Masa berjalan pulang, Yan dan kakak dia nampak seorang lelaki berbaju kuning seperti pahlawan zaman dahulu kala. Lelaki itu hanya memandang mereka dari jauh dan kemudian menghilang. Anehnya, cuma mereka berdua dan ahli keluarga saja yang nampak. Orang kampung tak nampak.",
"Sepanjang bulan puasa, lelaki berbaju kuning seperti pahlawan itu kerap muncul. Hanya memperhatikan mereka lalu pergi. Yan tak tahu lelaki itu siapa dan dia pun tak takut sebab bukan menyerupai hantu atau zombi. Hinggalah pada suatu ketika di saat Yan ada gangguan dan dirawat (bukan gangguan daripada lelaki itu), Yan ambil kesempatan untuk bertanya kepada Ustaz yang merawat. Sambil-sambil buat rawatan lain, bolehlah dia tanya sekali mengenai lelaki misteri itu.",
"Selepas Yan cerita mengenai lelaki itu, Ustaz hanya tersenyum. Tapi Yan tak cakap apa-apa mengenai keluarga dia.",
"“Dah kamu tu ada d***h keturunan diraja. Benda tu memang akan awasi keturunan tuan dia. Dia bukan jahat, dia cuma datang awasi sekejap saja.”",
"Dari situlah aku betul-betul yakin dengan kata-kata Yan yang dia ada d***h keturunan diraja. Haha. Okay, habis cerita pasal lelaki pahlawan berbaju kuning itu, kita cerita pula mengenai nenek kebayan yang ganggu Yan. Tadi yang baik kan? Ini yang tak berapa nak baik sangat. Tapi mengenai nenek kebayan ini, aku pun terkena sekali cuma gangguan biasa saja.",
"Suatu masa, Yan tidur dan bermimpi. Kemudian, dia tersedar sekejap dan dia kembali tidur. Yan bermimpi lagi. Bukan mimpi yang lain atau mimpi berulang, tapi mimpi yang bersambung. Macam drama TV episod satu, kemudian bersambung episod dua pulak. Tapi cerita yang sama. Mimpi tu pulak macam di dunia realiti sebab dia boleh rasa dan dapat kesannya.",
"Dalam mimpi itu Yan berjalan-jalan di tepi kolam. Kolam itu luas dan dipenuhi tumbuhan hijau seperti rumpai laut. Tiba-tiba muncul seorang nenek tua bongkok (nenek kebayan) dari dalam kolam. Nenek tua itu menarik Yan masuk ke dalam kolam. Yan tak mampu melawan dan akhirnya dia jatuh ke dalam kolam itu. Kini, hanya dia dan nenek tua berwajah bengis itu yang berada di dalam kolam.",
"“Makan!” nenek tua itu menyuap tumbuhan hijau itu ke dalam mulut Yan. Yan meronta-ronta ingin melepaskan diri tetapi gagal.",
"Yan akhirnya tersedar dari tidur dalam keadaan cemas seperti kejadian itu benar-benar berlaku. Tiba-tiba perut Yan memulas seperti ingin muntah. Yan terus muntah dan muntahnya berwarna hijau! Keluar tumbuhan yang sama macam dalam mimpi tadi. Yan cerita semua dekat keluarga dia dan dia pergi pusat rawatan perubatan Islam. Pernah sekali tu dia diminta mandi air daun bidara. Dia mandi di rumahlah dengan air daun tu.",
"Habis saja mandi, malam tu Yan kena ganggu teruk. Tingkap nako di rumah kena ketuk. Korang bayangkan kalau kita ketuk atau tampar cermin nako tu kuat-kuat dan banyak kali, mesti rasa macam cermin tu longgar dan nak pecah kan? Ha, macam itulah Yan diganggu. Siap dipanggil namanya. “Yannnnnn….” tapi dalam nada kasar dan marah. Mungkin marah sebab Yan mandi air daun bidara.",
"Tetapi kesan dekat diri Yan pun teruk juga. Yan sampai sakit-sakit selepas mandi air daun bidara. Ada perawat yang datang ke rumah tu kata nenek kebayan itu nak pilih Yan sebagai pendamping selepas kematian tuannya. Aku yang duduk dengan Yan pun kena tapi tak diganggu. Cuma dia menampakkan diri dia kepada aku. Dapat aku rumuskan bahawa nenek kebayan yang ganggu Yan itu bukan baik-baik. Dia buat Yan sakit.",
"Disebabkan Yan diganggu pendamping yang dia sendiri tak rela untuk terima, jadi agak mudah hijab Yan terbuka untuk melihat benda-benda lain. Bayangkan aku berdiri di pintu berborak dengan Yan, Yan boleh nampak ada hantu Aauuu Chakkk dekat celah-celah baju di ampaian! Yan kata muka hantu tu semuanya putih termasuk rambutnya. Haa sudah, walaupun kadang-kadang aku boleh nampak benda macam tu, tapi aku tetap takut sebab aku tak dapat tengok benda yang Yan cakap.",
"Sebenarnya banyak lagi gangguan yang Yan terima tapi cukuplah setakat ini aku ceritakan. Macam biasa, ada pengajaran jugalah untuk aku selitkan. Aku harap pembaca sekalian tak terima benda-benda macam tu. Jangan sesekali kita ambil ‘penjaga’ yang pada dasarnya untuk kebaikan diri sendiri tapi mangsanya ialah anak cucu. Kita kena sedar perbezaan umur manusia dan jin tak sama. Sampai tujuh keturunan pun dia masih boleh ganggu anak cucu kita. Sekian."
] | [
"Bukan 7 keturunan sis.. sampai bila² pendamping tu akan ikut keturunan tuan dia selagi xtamatkan perjanjian lama tu.",
"Org yg nampak makhluk dr jin tanpa punya ilmu2 yg sepatutnya jangan fikir tu anugerah dr Allah swt kerna Allah nak duga kamu je. Bukankah org yg berbangga dgn dirinya sendiri itu termasuk dlm golongan syirik juga."
] |
https://fiksyenshasha.com/wanita-tua-di-pinggir-jalan/ | Wanita tua di pinggir jalan | [
"Hai, aku Iris. Aku nak coretkan sebuah kisah seram yang dialami oleh keluarga angkat aku di Johor. Aku menjadi sebahagian daripada keluarga angkat aku ini ketika aku menyertai program keluarga angkat di Universiti dahulu. Hingga kini, hubungan kami masih akrab.",
"Cukuplah aku kenalkan ayah angkat aku sebagai Ayah Mat dan ibu angkatku sebagai Acik Wa. Mereka memiliki tiga orang anak. Kak Ria, Udin dan Azim. Aku sebaya dengan Udin. Jadi, Udin akan lebih banyak bercerita jika aku datang melawat mereka di Johor. Macam-macam cerita keluar, termasuk cerita seram yang terjadi bulan lepas.",
"Anak saudara Acik Wa di Melaka akan akad nikah pada hari jumaat petang, jadi mereka sekeluarga bertolak pada hari khamis malam. Disebabkan ada urusan, mereka bertolak agak lewat malam. Memang kalau gerak pada waktu malam ni lebih santai dan nyaman. Ayah Mat akan bergilir-gilir dengan Udin untuk jadi driver. Sambil memandu, mereka akan berborak sambil makan keropok udang.",
"“Eh, Udin kentut eh? Busuklah!” Kak Ria bersuara sambil menutup hidungnya.",
"“Ha, main tuduh pulak. Bila masa aku kentut? Kau yang makan keropok udang banyak sangat.” Udin yang sedang memandu terus menjawab dengan rasa tak puas hati.",
"“Dah kau yang selalu kentut.” Kak Ria masih belum mahu mengalah.",
"“Eh, sudahlah. Ayah tengah tidur tu. Hidung kamu tu yang tersumbat kot. Ibu tak bau apa-apa pun.” Acik Wa meleraikan pergaduhan.",
"Mereka semua diam seketika. Ayah Mat sudah dibuai mimpi, manakala yang lain leka bermain phone. Udin terus memandu sambil mendengar lagu dari corong radio. Sesekali dia ikut menyanyi lagu yang diputarkan DJ.",
"Sedang memandu, tiba-tiba mata Udin terpandang satu susuk tubuh yang berjalan perlahan di pinggir jalan. Dah pukul berapa pagi, siapa yang tengah jalan lagi ni? Hatinya menyoal. Dia memperlahankan kereta untuk melihat dengan jelas. Ada sebuah kereta yang memotongnya membunyikan hon sebelum bergerak laju. Udin abaikan saja.",
"“Orang tua, kesiannya.” kata Udin dengan nada perlahan.",
"Wanita tua lingkungan 70-an sedang berjalan sedikit bongkok sambil membawa uncang berwarna putih di bahunya. Rambutnya yang beruban disanggul. Sama seperti gaya nenek-nenek di kampung. Tiada yang menyeramkan.",
"“Bu, nak tolong tak?” Udin bertanya ibunya di sebelah.",
"“Eh, kamu nak ke mana ni?” Acik Wa pelik apabila Udin memberikan signal.",
"“Tak sampai hati la. Teringat opah.” kata Udin lalu memberhentikan kereta. Serentak dengan itu, yang lain pun terbangun dari tidur. Masing-masing bingung.",
"“Ada apa ni? Tayar pancit ke?” Ayah Mat terus bertanya.",
"“Tu ha si Udin turun nak tolong mak cik tu. Dah la kita tak kenal siapa, main turun je.” Acik Wa mula membebel sambil melihat di sebalik cermin kereta.",
"Ayah Mat tidak sedap hati. Dia ikut turun. Suasana jalan raya lengang dan sunyi. Hanya diterangi lampu jalan yang suram.",
"“Nenek nak tumpang tak? Saya hantar sampai rumah.” Udin mempelawa wanita tua berwajah kerepot itu. Wajah biasa seperti manusia, tiada yang aneh.",
"“Udin.” Ayah Mat memberi isyarat untuk Udin datang mendekatinya.",
"“Masuk kereta sekarang. Biar ayah yang bawa kereta.” kata Ayah Mat sebaik sahaja Udin menghampirinya.",
"“Ayah, Udin rasa nenek ni nyanyuk. Ingat tak opah pernah keluar rumah tak ingat jalan pulang?” Udin berbisik.",
"Ayah Mat menggeleng. Dia terus buka pintu belakang dan memaksa Udin masuk. Udin agak terkejut dengan sikap ayahnya. Selalunya ayahnya yang akan jadi orang pertama menghulurkan pertolongan jika terjumpa orang tua-tua atau budak-budak.",
"“Jangan cakap apa-apa. Tidur. Kalau tak nak, baca apa-apa surah.” tegas Ayah Mat lalu memandu pergi.",
"Tidak sampai seminit tiba-tiba kedengaran cermin kereta diketuk. Tapi tak nampak apa-apa. Ayah Mat meneruskan pemanduan walaupun yang lain dah tercengang. Gila tak takut. Kau berada dalam kereta tapi dalam masa yang sama kereta kau ada bunyi aneh.",
"“Bunyi apa tu?” Kak Ria memaut tangan Acik Wa. Bunyi tu makin lama makin kuat.",
"“Ayah, bunyi apa tu?” Azim bertanya.",
"“Diam, baca ayat kursi. Azim ingat kan?”",
"Azim yang berusia lapan tahun itu mengangguk. Tiba-tiba muncul bau busuk. Bau yang sama macam Kak Ria bau awal-awal mereka gerak tadi. Tapi kali ini semua dapat menghidu bau busuk itu. Seperti bau telur buruk. Hanyir dan meloyakan.",
"“Jauh lagi ke, bang?” Acik Wa mulai resah.",
"“Lain kali kita jangan terlebih berani, jangan terlebih murah hati tak kena tempat. Sekarang dia ingat kamu suka dia!” Ayah Mat bersuara sedikit tegas. Semestinya kata-kata itu untuk si Udin.",
"Sampai di selekoh jalan, bau itu hilang. Bunyi ketukan juga hilang. Kelihatan cahaya kereta dari arah bertentangan. Syukur ada kereta yang lalu waktu pagi macam ni. Ayah Mat meneruskan perjalanan sehingga sampai di rumah abang kepada Acik Wa.",
"Disebabkan sudah banyak kereta saudara-mara lain yang diparkir di halaman rumah Pak Ngah Ejal, mereka terpaksa meletakkan kereta di kawasan luar pagar. Halaman rumah Pak Ngah Ejal luas. Ada pokok-pokok pisang dan pokok salak di dalam kawasan rumahnya.",
"Udin berjalan paling belakang sebab kena angkut dua beg besar. Dalam keadaan kelam-kabut bawa barang, tiba-tiba ada angin kuat menyapa wajahnya. Udin cepat-cepat berjalan. Langkahnya dilajukan.",
"“Basuh kaki dulu.” arah Ayah Mat sambil menunjuk ke arah paip.",
"Ayah Mat membentangkan tilam di ruang tamu saja untuk Udin dan Azim tidur sebab bilik terhad. Kak Ria masuk tidur di bilik sepupu mereka manakala Ayah Mat dan Acik Wa tidur di tingkat atas.",
"Lampu dipadamkan. Udin dan Azim tak terus tidur. Masing-masing sibuk main phone sambil meluruskan pinggang. Walaupun hanya beberapa jam dalam kereta, tapi lenguhnya tetap terasa.",
"“Udin, aku nak minum air la.” tiba-tiba Azim bersuara perlahan.",
"“Pergilah. Lampu dapur bukan tutup pun. Kau tau kan dapur kat mana?” balas Udin sambil matanya fokus memandang phone.",
"“Kau temanlah aku…” Azim merengek. Suaranya seperti hendak menangis.",
"“Yelah, cepat bangun. Banyak songeh la kau ni.” Udin bingkas bangun. Dia mengeliat malas.",
"Sementara menunggu Azim minum air, Udin bersandar di dinding sambil matanya melayan short movie dari YouTube.",
"“Dah ke?” Udin bertanya tanpa melihat ke arah Azim. Matanya sudah mula mengantuk.",
"“Dah ke?” tiba-tiba satu suara mengajuk diiringi ketawa mengilai.",
"Udin cepat-cepat menoleh ke arah peti sejuk. Ya Allah, bukan Azim yang ada di situ tapi wanita tua tadi. Wanita tua yang dia jumpa di tepi jalan tadi bertenggek di atas kabinet dapur bersebelahan peti sejuk. Wajahnya sama seperti tadi tetapi agak menyeramkan kerana bola matanya semua berwarna hitam pekat. Wanita itu tersenyum.",
"“Izzudin…” wanita tua itu menyebut nama penuhnya.",
"Udin menggigil. Nak lari tapi kakinya macam kena paku. Nak jerit, suaranya hilang!",
"“Budak baik…” wanita itu bersuara lagi, kemudian ketawa mengilai. Ada cecair hitam keluar dari mulutnya. Busuk. Amat busuk walaupun mereka duduk berjarak.",
"Udin tidak ingat apa yang jadi selepas itu tapi dia sedar dah atas sofa. Keluarga dan sanak saudara semua duduk keliling sofa. Acik Wa dah bengkak mata sebab dia ingat Udin dah tak bernyawa.",
"“Azim sedar je tadi Udin bangun pergi dapur. Bila Azim tanya, dia tak jawab.” kata Azim ketika Pak Cik Ejal menyoalnya.",
"Apabila Udin buka cerita tentang wanita tua itu, barulah Ayah Mat buka cerita jugak. Dia kata masa Udin turun kereta nak tolong wanita tua tu, Ayah Mat nampak kepala wanita tu berdarah dari belakang. Ada ulat-ulat di kepalanya. Ayah Mat tahu dia bukan orang sebab tu dia suruh Udin masuk kereta.",
"Kes kereta kena ketuk dan bau busuk tu pun disebabkan wanita tua itu. Masa memandu, Ayah Mat nampak ada kain putih berkibar ikut kereta mereka dan lenyap macam tu saja. Mujurlah benda tu tak kelirukan pandangan mata dia. Selalunya kes kemalangan sebab orang akan nampak jalan, rupanya pokok atau gaung.",
"Sampai sini saja kisah seram keluarga Ayah Mat. Lepas hari kejadian, dah tak ada gangguan. Saja la tu benda tu nak usik Udin. Udin kan terlebih ramah. Pukul satu pagi pun turun kereta nak pelawa stranger. Ingat drama agaknya. Huhu."
] | [
"Dia boring tu. Ingat nak cari kawan tp x kena cara. Ada yg baik hati disakatnya pula. Dah le badan bau tungkik. Ni le jin yg x boleh dibuat kawan tu.",
"Din, din… Hati kau kental din… Awal pagi kot… Beragak la klu nmpk “org” bjln kaki…",
"Sama la mcm aku dulu..tp aku xtegur..pkl 12 mlm ride dr Kelantan ke Terengganu dihiasi 3,4 kelibat berjalan tepi jalan dlm kawasan hutan..btw berdiri bulu roma bca kisah udin ni"
] |
https://fiksyenshasha.com/sihir-pemisah-4/ | Sihir Pemisah | [
"Coretan kali ini berkisar kisah Sihir Pemisah yang terjadi dalam hidupku. Aku sebagai mangsa, pesakit dan perawat. Cuma ada beberapa keadaan aku tidak dapat menceritakan secara lengkap, kerana sukar untuk orang awam memahaminya. Tapi coretanku in aku cuba mudahkan supaya boleh difahami. Ceritaku ini boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat bagaimana kejamnya Sihir Pemisah ini.",
"Pada tahun 1993 aku pernah bertunang dengan seorang gadis, Az dari Felda Sungai Koyan 2 yang datang bertugas ditempatku sebagai kerani secara kontrak. Aku berjaya menawan hatinya lalu kami pun bertunang. Sepanjang pertunangan nampak bahagia dan elok sahaja. Sehinggalah tiba-tiba pertunangan itu diputuskan secara mengejut.",
"Selepas 3 hari kebetulan aku menelefon ke kampung, baru la aku tahu pertunangan aku telah diputuskan. Menangis ibu menceritakan kepada aku pihak perempuan telah memulangkan cincin dan wang hantaran.. Sebelum itu aku tidak dapat mencari mereka, tiada di rumah, tiada di kampung, Seri Manjung, merata aku cari tiada dapat dikesan. Rupanya selepas 2 tahun baru kutahu mereka menyewa di Rumah Rehat di Sabak bernam bersembunyi dari aku. Kerana pada masa itu Az telah dapat jawatan tetap di Sabak Bernam. Aku tidak tahu mengapa pertunangan kami diputuskan sehinggalah pada tahun 2018 barulah aku tahu apa yang terjadi sebenarnya. Angkara Sihir Pemisah.",
"Semasa pihak keluarga perempuan memulangkan cincin, ibu membuat keputusan memakai cincin tersebut. Aku tahu dalam hati ibu pun kecewa dan dia juga sangat suka dengan Az. Itu sebab dia nak pakai cincin tu. Aku pun tak kisah, sebab sudah tiada makna bagi aku lagi dan memaklumkan kepada ibu itu bukan cincin yang aku beri dahulu. Ibu mengatakan betul, tapi aku hanya diam, nak menjaga hati ibu, ia kan sahaja.",
"Selepas putusnya pertunangan itu aku selalu tidak sihat, tapi aku tidak menghiraukan sangat. Maklumlah anak muda, masih kuat. Tapi lama-kelamaan aku mula rimas tengok orang lain sihat sahaja, duit pun banyak membeli ubat dan sebagainya. Sehinggalah aku membuat kajian di internet tentang Rawatan Islam, aku bertekad untuk mencuba pula.",
"Banyak tempat yang aku pergi berikhtiar, kebanyakannya mengatakan gangguan. Sehinggalah ibu mengesyorkan aku sendiri belajar dan rawat diri. Mula-mula aku belajar di Selangor, kemudian dalam suatu seminar rawatan yang dianjurkan oleh DM aku muntah semasa latihan diadakan. Aku pun berubat dengan beliau, Santau yang keluar, terasa lega banyak, aku pun ada berguru dengan beliau. Selepas itu aku ada berguru dengan beberapa orang lagi.",
"Bagi menggelakkan lupa dengan apa yang aku pelajari aku membantu rakan di Pusat Rawatan. Tetapi aku tak tahan, rawat dalam 2 atau 3 orang, aku terpaksa berehat beberapa hari kerana sakit satu badan. Dalam masa yang sama juga aku selalu merawat ibu, kerana setiap kali ibu nak lelapkan mata akan datang lembaga berbulu mengganggu. Semasa aku rawat ibu juga selalu berjumpa lembaga berkeliaran dalam rumah, bagi aku bukan saka, buka sihir, mungkin sesat mencari tuan baru. Selepas ibu meninggal kakak serahkan kembali cincin tersebut kepada aku.",
"Kakak membawa ke kedai emas tempat aku membelinya dahulu untuk membuat semakan adakah betul cincin itu buatan kedai tersebut. Setelah diperiksa, sah bukan cincin yang aku beli. Aku mengambil cincin tersebut dan membawa balik ke rumah. Aku letakkan dalam laci di hujung katilku. Dalam fikiranku belum tahu lagi nak buat apa dengan cincin tersebut, sebabnya bukan cincin aku.",
"Pada malam itu aku bermimpi berjumpa lembaga yang mengganggu ibu dahulu, lantas aku bertanya, “kamu yang ganggu ibuku”?, “ kamu dari cincin itu? “pergi jauh-jauh aku tak nak tengok kamu di sini” . terus terjaga, jam menunjukkan pukul 1 pagi. Setelah siang, aku menelefon rakan menceritakan kejadian malam tersebut dan merancang satu sesi rawatan untuk membongkar siapa punya cincin dan apa tujuannya.",
"Pada hari yang dijanjikan rawatan dimulakan, antara isi dialog dengan Jin tersebut ia dari cincin yang Za berikan pada Az. Ia pun menaruh minat kepada Az. Tetapi Az lebih minat kepada aku. Tetapi silap Az sepatutnya beliau tidak boleh menerima cincin tersebut jika ia minat kepada aku, Walaupun sekadar hadiah, kerana cincin umpama lambang perhubungan.",
"Sebenarnya cincin itu adalah cincin sihir. Cincin itu digunakan Za untuk memisahkan kami berdua, membisik perasaan benci Az kepada aku. Inilah isi dialog yang paling aku sedih, sebab pernah jumpa 3 kes sebegini, memang menyedihkan. Soal aku “ Perempuan ni kena pukau sampai sekarang”?. “ Ya”, jawapan Jin tersebut. Ini bermakna telah 22 tahun dia dipukau. Menitik air mataku mendengarkannya. Pukau tersebut bukanlah seperti kita lihat di filem, ia boleh hidup macam biasa , makan minum dan sebagainya, Cuma dia tak tahu dan keliru, kebingungan dan dengan siapa dia kahwin sebenarnya.",
"Menurut Jin itu juga barang sihir untuk aku diletakkan di badan Az. Patutlah aku cari tak jumpa, apabila sihir aku musnahkan serangan sihir, akan ada datang yang baru, rupanya dari badan Az. Setiap kali sihir dihantar aku akan teringat Az. Sahaja Za nak tengok aku gila, alhamdulillah Allah melindungi aku, aku pun tak layan sangat ingatan itu, tapi ia tetap menganggu hidupku.",
"Apabila kami soal lagi Jin mengaku duduk di perut aku sejak dulu lagi. Patutlah perut selalu sakit. Dalam fikiranku ini bahaya, boleh jadi kanser, kerana Jin duduk dalam saluran d***h sudah lama. Setelah itu kawan aku mentarbiah Jin sebut sehinggalah Jin bersetuju masuk Islam. Sebelum Jin tersebut pergi ia menangis dan tahu kesalahannya yang menganggu hidupku dan ibuku kerana memakai cincin tersebut, kerana menurutnya sesiapa yang pakai cincin tersebut akan kena sihir juga.",
"Aku berbincang dengan dengan rakan bagaimana hendak mengambil barang sihir aku pada badan Az. Sebabnya tak tahu Az berada di mana. Setelah berbincang minggu depan akan dimulakan misi mengambil barang sihir tersebut. Misi ini berjalan selama 8 minggu. Banyak rintangannya, Jin yang menjaga barang sihir enggan mengalah, ia berkata dia lah Raja, tuannya dah m**i, pengupah pun dah m**i. Akhirnya setelah diserang selama 8 minggu Jin hangus terbakar.",
"Selepas itu memang rasa badan bertambah baik. Sudah tidak ada lagi barang sihir dihantar. Pada suatu subuh aku cuba pergi meninjau apa jadi pada Az. Aku lihat dia dah selesai solat subuh, duduk di sejadah sambil menangis sampai aku boleh dengar tangisannya. Mungkin dia dah sedar dari pukau, aku tak sanggup melihatnya lalu segera beredar. Pembaca cuba bayangkan bertunang dengan orang lain, bila sedar tengok lelaki lain yang berada tidur di sebelah, Itu yang mengelirukan dan meruntun jiwa. Aku pula yang mengalir air mata di rumah melihat peristiwa tersebut. Dalam 3 hari selepas itu ketika aku nak masuk bilik air muncul wajah berdiri melihat aku.",
"Dalam hati aku, “siapa ni”? “ bomoh ke”?, sampai sekarang aku masih ingat wajahnya, sedikit botak. Aku pun menelefon rakan, berbincang tentang kejadian sebentar tadi. Setelah rakanku membuat siasatan menurut rakan ku itu mungkin suami Az. Dalam fikiran ku, apakah peranan suami Az ni, adakah dia juga menggunakan sihir untuk mendapat Az? Tinggi ilmunya kerana boleh mencari aku.",
"Menurut rakanku mungkin barang sihir beliau kami dah terambil sekali. Akibatnya Az telah sedar, telah merosakkan sihir suaminya juga. Bukan semua kami tahu, niat kami mengambil barang sihir yang melibatkan aku sahaja. Rakan aku juga menasihat aku jangan pergi membuat tinjauan lagi kerana dia juga ada belaan untuk menjaga keluarga dia. Inilah nanti jika suami m**i dahulu , belaan ini akan mengganggu anak dan isteri. Selepas itu aku hanya cuba mencari maklumat di internet di mana Az berada.",
"Baru-baru ini aku terjumpa juga gambar Az dalam internet. Apa yang paling mengejutkan aku, yang datang meninjau ke rumah aku dulu adalah suami Az. Tinggi ilmunya boleh cari aku. Bagi aku sudah tentu ada sesuatu yang telah dilakukannya. Kalau di berniat baik, dia perlu membuang pukau yang ada pada Az, Hati mula tertanya-tanya, adakah beliau juga membuat sesuatu untuk mendapatkan Az. Tidak mustahil juga kalau Az dipukau semula.",
"Bagi aku sesiapa yang menggunakan sihir untuk mendapatkan isteri, suatu hari nanti isteri itu akan menerima sakit yang berat. Lagilah perasaan ini bertambah sedih. Kalau setinggi itu ilmunya kenapa dia biarkan Az disihir? Kemungkinan dia pun menyihir Az semasa merampas dariku dulu. Aku telah berpakat dengan dengan rakanku untuk memerangkap Jin yang dihantar menyerangku, ia berhasil, memang itu lah tujuannya , supaya Az terus melupakan aku dan membenciku.",
"Allahuakbar, kenapa sanggup menyeksa isteri sendiri, sudah 27 tahun diperlakukan begitu, apa yang nak dibimbangkan. Az tidak akan kembali kepada aku, sama-sama dah tua, anak dah besar, aku tahu hati budi dia, dia tidak akan membuang anaknya, dia akan berkorban demi anak-anak, walaupun selama ini suaminya menipu, menyihir dan menzaliminya. Sanggup dia meletakkan barang sihir diperut Az. Akibatnya aku selalu mengalami sakit perut, walaupun pemeriksaan perubatan menunjukkan sudah sihat.. Apabila aku memotong ikatan sihir diperut Az , aku termuntah, lalu aku membakarnya.",
"Dulu aku mengharapkan pilihan Az lebih baik daripada aku, lebih kaya daripada aku , semuanya lebih baik dari aku, tetapi aku melihat suasana dalam gambar tersebut, tidak seperti yang diharapkan. Patutlah suaminya R menggunakan sihir untuk mendapatkannya. Ada 2 orang menyihir kami. Za memisahkan kami kerana supaya sama-sama tidak dapat, R pula menggunakan sihir untuk merampas dari aku. Sudah banyak pesakit yang aku rawat sebelum ini, pada kebiasaannya kalau sudah terlalu lama di sihir, Akan terjadilah kanser, sama seperti yang aku alami.",
"Aku tidak tahu sampai bila R akan terus menyerang aku. Sampai bila dia harus menyihir Az. Aku berserah kepada Allah. Maaf kan aku Az, 2018 baru aku tahu ini semua permainan Sihir Pemisah. Gambar yang aku lihat nampak air mukanya dalam kesedihan, seperti memohon pertolongan, menahan kesakitan. Aku harap Az dapat baca coretan ini dan pergi berubat segera. Aku mengharap anak Az menunjukkan cerita ini kepadanya, sebab anaknya ada mengikuti Fiksyen Shasha ini."
] | [
"Kau aku jadi kau aku hentam saja tu orang 😎",
"Nak suh dia hantan..mana gentle punya org dia ni..klau gentle dia dah rawatkan dahi..x kisah la klau dia pun dah berumah tangga tp sbg bekas tunang dia..dia sepatut nya rawat si az tu lagi2 bila dah tau hal sebenar…bukan harapkan anak si az tu baca kisah ni..aduii tepok kepala",
"Amboi kalau tk tinggi ilmu kau,dia santau kau balik naya pak karim",
"Hi Zz. Kalau tak keberatan, boleh contact saya. In need and searching for someone that can help us. Terima kasih.",
"Teman cukup anti ngan makhluk dok guna sihir sbb nk dptkan jodoh…harap mereputlaj dlm neraka jahanam",
"Assalamualaikum zz…saya harap zz reply komen saya…sebab saya ada pertanyaan..please…tolong sangat2"
] |
https://fiksyenshasha.com/ditegur-jin-islam/ | Ditegur Jin Islam | [
"Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Pertama kali saya berkongsi kisah benar di sini, harap kita sama-sama dapat ambil iktibar.",
"Kisah ini berlaku dalam tahun 2013, ketika itu aku menuntut di salah sebuah universiti di utara tanah air. Aku menyertai pasukan pegawai simpanan sukarela TUDM di sana, perlu menghabiskan masa latihan sebagai kadet selama 3 tahun. ",
"Dalam skuad aku, aku antara yang paling bersemangat dalam sesi latihan setiap hujung minggu tersebut. Malangnya, pada satu hari itu, aku demam panas. Disebabkan malas untuk lepak di bilik asrama, aku ambil keputusan untuk berehat di surau tempat latihan.",
"Seperti latihan saban minggu, pagi kami dimulakan dengan latihan fizikal di kawasan padang, jauh dari kem latihan. Pendek kata di kem tersebut sunyi sepi kerana semua kadet tiada. Cuma tinggal tukang cuci, pekerja di dewan makan dan jurulatih lain yang biasanya lepak di pejabat.",
"Aku yang badan kurang sedap ni terus ke surau, agak jauh dari kawasan pejabat dan dewan makan, sunyi dan bersebelahan dengan hutan.",
"Dalam hati aku terdetik, “Ini kalau tidur, boleh lelap sampai ke Zohor. Baik punya sejuk.” Cuaca agak lembab pagi itu, dengan pohon tinggi merendang menenangkan lagi suasana sekitar surau.",
"Berlapikkan sejadah sebagai bantal, aku tidur dengan kepala menghala ke arah kiblat, betul betul di atas saf pertama. Aku ambil lagi dua tiga helai sejadah buat selimut. Lantas aku terlena.",
"Dalam lena itu aku bermimpi seakan-akan surau itu mula dipenuhi orang ramai. Pakaian warna warni. Ada putih, kuning, oren, merah dan berbagai warna lagi. Aku perhati mereka, tapi mereka tak hiraukan aku walaupun aku di saf hadapan. Aku cuba bangun tapi tak berdaya.",
"Dalam ramai-ramai ‘orang’ yang mula masuk ke surau itu tadi, terdapat 3 ke 5 orang datang dan sapa aku. ",
"“Nak tidur ke? Apasal tidur dekat sini (saf pertama). Sini tempat solat. Pergi tidur belakang.”",
"Aku dengar jelas. Aku cuba bangun tapi badan lemah sebab demam panas. Aku tak larat. Aku cuba bercakap, tapi tak terkeluar suara.",
"“Bangun, bangun! Ini tempat solat! Jangan tidur sini. Jemaah ramai di sini.”",
"Aku kena marah dengan jemaah lagi satu.",
"“Mari, kita angkat dia. Dia tak boleh bangun ni.” Tenang saja jemaah lagi satu arahkan kawan dia.",
"Aku nampak mereka sekumpulan cuba angkat aku. Ada yang pegang di ketiak, di pangkal paha, di hujung kaki. Sopan. ",
"Apabila aku rasa terangkat, aku tersedar dari tidur tadi. Terus bangun terduduk dari pembaringan. Aku pegang kepala, “sakitnya…”. Berpeluh dahi aku masa tu. Panas di kepala pun dah jadi sejuk.",
"Sebaik mengelap peluh di kepala tadi, aku baru perasan, ruang solat surau itu kosong. Walaupun aku sedar tadi itu satu mimpi, tapi terlalu nyata seperti benar benar ia berlaku.",
"Aku bangun keluar. Kebetulan kawan-kawan lain sudah habis latihan pagi. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Firasat aku, mungkin Jin Islam itu tadi nak kerjakan solat sunat dhuha agaknya.",
"Sekian dulu kisah benar ini aku ceritakan sebagai pengenalan diri. Lain hari dan waktu, aku kongsikan kisah ditindih pontianak di universiti yang sama pula.",
"Sebagai peringatan, sungguhpun surau kosong, berehatlah di bahagian luar atau bahagian saf belakang. Khuatir nanti menganggu makhluk Tuhan yang lain ingin beribadah."
] | [
"Kisah yg bagus…sbb dunia kita berkongsi dgn golongan jin dan syaitan…kalo boleh akak nk selami ttg kisah org bunian Islam.",
"kkk"
] |
https://fiksyenshasha.com/perpustakaan-lama/ | PERPUSTAKAAN LAMA | [
"Bunyi kipas yang berputar membangkitkan rasa dingin. Bulu-bulu roma yang mulai naik menambahkan rasa sejuk yang sukar diungkapkan. Di dalam ruangan yang penuh dengan buku ini, Khairil hanya sendiri. Fokus yang begitu tajam dengan tesisnya itu membawanya hanyut dalam penulisan. ",
"Mesin fotostat yang tiba-tiba menyala agak mengganggu fokus Khairil. Bunyi helaian kertas yang dicetak bagaikan menusuk telinganya. Khairil mengerling sekilas. Aneh. Tiada orang. Khairil malas mahu mengambil endah. Dia hanya mahu fokus dengan penulisannya.",
"Tiba-tiba seorang wanita berbaju hitam duduk di sebelahnya. Khairil mengerutkan dahi. Siapa pula wanita ini? Sejak bila dia masuk?",
"“Sejuknya,” ucap wanita itu mematikan rasa sepi. Khairil berpaling.",
"“Ya, betul. Se..sejuk,” jawab Khairil masih cuba menyembunyikan rasa anehnya.",
"Wanita itu tidak membalas. Masih kaku di sebelahnya. Mata wanita itu masih pegun memandang hadapan. Lengannya diusap-usap tanda kesejukan.",
"“Mana yang lain ni? Sunyi betul,” ucap wanita itu kembali.",
"“Betul tu. Library ni jarang orang datang. Library lama lah katakan,” jawab Khairil cuba memecahkan kesunyian.",
"Wanita itu bangun. Langkahnya diatur perlahan ke rak belakang.",
"“Kenapa pompuan ni? Dia yang cakap, bila aku balas, dia pula senyap,” gumam Khairil sendiri lalu kembali menyambung penulisannya. Masih banyak lagi hal kajiannya yang perlu diuruskan. Dia tidak mahu lewat kerana pengajian PhDnya ini dibawah tajaan biasiswa. Jika lewat menyiapkan, maka denda bayaran yang tinggi bakal menanti. Dia tidak mahu hal itu terjadi.",
"“Menariknya buku ni,” ucap wanita itu kembali duduk di sebelah Khairil.",
"“Cara Melihat Hantu,” Khairil mengerling sekilas tajuk buku tersebut.",
"“Buku tu memang menarik. Tapi jangan baca suka-suka. Ada…”",
"“Wow, ada mentera menyeru pontianak!” Ucap wanita itu penus kekaguman.",
"“Ha, tulah yang saya maksudkan tadi. Jangan berani baca. Bahaya!” Balas Khairil kuat seakan amaran kepada wanita itu. Sayangnya Khairil tidak diendahkan. Sepatah-sepatah mantera lama itu dibaca wanita itu tanpa rasa takut. ",
"“Diam! Diam! Diam!!!!” Jerit Khairil sambil menekup telinganya. Jujur dia takut. Dia takut mendengar mantera itu. Tanpa semena-mena, buku pada wanita segera diambil lalu dicampak ke tepi.",
"“Kenapa ni?!!” Wanita itu kebingungan. Buku yang jatuh segera diambilnya. Dia rasa dengan keadaan itu. Matanya liar memerhati sekeliling. Kosong. Kerusi di sebelahnya juga tetap kosong. Hanya dia seorang saja di sini.",
"Tanpa mengendahkan buku tersebut, wanita itu segera lari menuruni tangga untuk meninggalkan ruangan itu. Keanehan ini menggusarkannya. Perihal bukunya yang jatuh bagaikan dirampas seseorang tadi membuatkan dia takut. Dia sedang meremang.",
"“Adik, jumpa dia ke?” Soal pustakawan di kaunter. Melihat saja wajah pucat wanita itu, dia dapat mentafsir apa yang terjadi sebentar tadi.",
"“Jumpa apa kak?” Soal wanita itu kembali dengan penuh kebingungan.",
"“Kalau tak jumpa, kenapa laju sangat ni?” ",
"“Saya tak faham maksud akak,” soal wanita itu.",
"“Ada rasa pelik waktu kat tingkat atas tadi?”",
"Mata wanita itu segera membuntang. Dia menceritakan perihal bukunya yang tiba-tiba tercampak bagaikan dirampas seseorang.",
"“Khairil lah tu,” jawab pustakawan itu dengan senyuman sinis. Sudah dijangka.",
"“Maksud akak?”",
"“Dulu ada pelajar Phd yang setiap hari buat kerja kat atas tu. Dia punya fokus sampaikan kesihatan pun tak terjaga. Sampailah…”",
"“Sampai apa kak?” Wanita itu memotong kata-kata. ",
"“Akak jumpa dia jatuh kat atas tu. Akak memang takut lah waktu tu. Risau. Waktu ambulans sampai, dia dah disahkan meninggal. Sejak hari tu, ramai orang alami apa yang kamu rasa. Ada yang dengar bunyi orang menaip. Ada yang rasa macam ada orang bisik kat telinga. Ish, meremang!”",
"“Tak panggil ustaz ke kak? Bahaya lah macam ni,” saran wanita itu sambil memandang aras atas. Masih terasa nuansa-nuansa seram tatkala memandangnya.",
"“Tak boleh. Nanti akak pun kepanasan, hihihi.”",
"Kata-kata pustakawan itu membuatkan wanita itu terkejut. Dipandangnya semula ke arah kaunter. Kosong. Tiada orang di situ. ",
"Tiba-tiba bahunya ditepuk.",
"“Allah!!!” Wanita itu terkejut. Segera dia menoleh. Rupa-rupanya jiran rumahnya.",
"“Macam mana Alya boleh masuk dalam ni? Pak Mat rasa, Pak Mat dah kunci tadi. Sekarang kan waktu rehat tengah hari,” tanya Pak Mat pelik.",
"“Eh, Pak Mat kerja sini ke? Dari tadi Alyah datang memang terbuka,” jawab Alya turut aneh dengan apa yang berlaku.",
"Pak Mat beristighfar. Dia faham benar dengan apa yang berlaku. ",
"“Dah lah Alyah, Pak Mat faham. Alyah pergilah balik. Kalau nak datang sini, bawa kawan. Jangan sorang-sorang,” nasihat Pak Mat.",
"“Pak Mat macam mana? Tak apa ke?” ",
"“Pak Mat dah biasa,” jawab lelaki tua itu ringkas sambil memandang kelibat-kelibat bayangan di sudut belakang."
] | [
"Ermmm..not bad..penceritaan menarik..ada daya penarik tersendiri..teruskan berkarya..",
"wuish kalau aku memang dah tak ambik buku tu..memang dh lari tak cukup tanah. apa” pun jalan cerita ni best.",
"bestnya… rupanya Khairil hantu, bukan girl tu"
] |
https://fiksyenshasha.com/cermin-2/ | Cermin | [
"Aku selalu merasakan bahawa ada sesuatu yang pelik tentang cermin dinding ni. Sejak aku mula berpindah masuk ke rumah ni dua bulan lepas, aku bersumpah dah beberapa kali aku terlihat bayangan seseorang bergerak-gerak di dalam cermin ini dari ekor mata aku. Setiap kali aku berpaling melihat cermin ini, bayangan itu akan hilang. Pernah juga aku bertanya kepada dua orang rakan serumah yang dah duduk beberapa bulan terlebih dahulu sebelum aku, siapa yang gantung cermin ni di belakang pintu masuk. Menurut mereka, cermin itu memang sudah berada di situ sejak hari pertama mereka berpindah ke sini.",
"Siapa yang gantung cermin belakang pintu? Kan susah nak tengok melainkan pintu tu ditutup. Mereka iyakan sahaja bila aku suarakan pendapatku. Namun, tidak pernah ada sesiapa cuba mengambil inisiatif untuk mengalihkan cermin itu ke tempat lain. Termasuklah aku.",
"Semakin kurang selesa dengan kelibat di dalam cermin tu, setiap malam aku akan biarkan pintu rumah tu terbuka sampailah aku nak masuk bilik untuk tidur, barulah aku tutup pintu. Mendedahkan cermin yang berada di belakang pintu masuk rumah itu.",
"Kadangkala bila aku berseorangan di rumah dan pintu masuk tu aku biarkan terbuka, aku agak yakin yang dah beberapa kali aku terdengar pintu itu diketuk perlahan dari arah belakang. Dari arah di mana cermin itu tergantung. Tapi aku diamkan saja. Memang bukan keputusan yang bijak untuk aku tutup pintu tu setiap kali aku dengar bunyi ketukan perlahan dari arah belakang pintu tu. Pintu biasanya diketuk untuk dibuka. Bukan untuk ditutup. Kan?",
"Pernah sekali, sedang aku asyik duduk melayari laman facebook di atas sofa ruang tamu rumah tu, pintu yang terbuka luas tiba-tiba bergerak tutup perlahan-lahan. Bukan seperti ditiup angin. Tetapi seperti ditolak oleh seseorang yang berada di belakang pintu. Aku lihat tiada siapa yang berada di belakang pintu tu. Yang ada cuma cermin dinding yang agak pelik kedudukannya itu.",
"Walaupun cermin itu seringkali membuatkan aku tak senang duduk bila keseorangan, namun entah kenapa aku selalu merasakan ada sesuatu yang menarik perhatianku tentang cermin tu. Kalau nak dikatakan sebab ia cantik, rekabentuknya biasa sahaja dengan ukuran lebih kurang lima kaki tinggi dan dua kaki lebar. Bingkainya pula diperbuat daripada kayu yang dicat dengan warna hitam. Pada pemerhatianku, ia hanyalah sebentuk cermin dinding tipikal yang terdapat dalam hampir mana-mana rumah di Malaysia.",
"Namun begitu, perihal mengenai cermin itu bukanlah sesuatu yang boleh mempengaruhi kehidupanku sepanjang dua bulan aku menetap di situ. sehinggalah pada suatu hari, ketika salah seorang daripada rakan serumahku memberi cadangan untuk mengalihkan cermin itu yang dia rasakan akan lebih berguna sekiranya diletakkan di tempat yang lebih mudah dilihat, seorang lagi rakan serumahku membantah sekeras-kerasnya cadangan itu. Hampir saja mereka berdua berperang mulut dek kerana perihal cermin itu. Selepas dengan susah payah aku cuba meleraikan perbalahan mereka, dengan muka kedua-duanya masam mencuka, Kak Wani yang membantah cadangan cermin itu dialihkan, beredar masuk bilik ke dalam bilik tidurnya. Aku tidur sebilik dengan rakan yang mencadangkan cermin itu dialihkan.",
"“Farah, kau okay?” Sapa aku.",
"“Okay.” Jawab Farah ringkas.",
"“Kenapa kau nak sangat alih cermin tu?”",
"“Rumah kita ada satu jer cermin panjang. Lepas tu pergi letak belakang pintu pula. Kan susah nak tengok?”",
"“Yelah. Tapi Kak Wani kan duduk dulu dalam rumah ni sebelum kau. Aku rasa dia lagi berhak untuk buat keputusan.”",
"“Keputusan apa tu? Tak ada apa-apa. Itu namanya takutkan perubahan. Nak alih cermin pun jadi isu.”",
"“Yelah.” Balas aku malas nak memanjangkan cerita.",
"Pada suatu malam beberapa hari lepas perbalahan tu, aku sampai ke rumah agak lewat. Melangkah masuk ke dalam rumah, aku melihat Farah sedang berjalan keluar dari bilik lengkap berpakaian cantik seperti hendak keluar.",
"“Eh, kau nak pergi mana Farah? Dah nak pukul 11 dah ni.” Kata aku sambil tutup pintu masuk.",
"“Adalah. Sibuk je kau ni.” Jawab Farah sambil mencebikkan bibirnya.",
"Aku senyum sahaja. Nampak teruja betul Farah malam tu. Ada date mungkin. Seminit kemudian, ketika Farah sedang membelek-belek mukanya di hadapan cermin belakang pintu masuk tu, Kak Wani pula keluar dari biliknya.",
"“Kau nak keluar ke Farah?” Tanya Kak Wani.",
"“A’ah kak. Ada date. Jangan jealous!”",
"“Eh, tak kuasa akak nak jealous. Huh! Patutlah wangi semacam!” Balas Kak Wani sambil berjalan ke arah dapur.",
"Farah tersenyum sahaja sambil menghadap cermin membetul-betulkan tudungnya.",
"Dah berbaik nampaknya mereka berdua ni. Aku pun berjalan masuk ke dalam bilik dan letakkan beg di atas katil. Aku keluarkan telefon bimbitku dari kocek dan masukkan kepala charger. Dah pukul 11 malam. Nak mandi malas pula. Aku pun buat keputusan untuk salin baju tidur sahaja. Sedang aku membuka tudung, tiba-tiba…",
"Tersentak aku terdengar suatu dentuman kuat datang dari arah ruang tamu. Aku berlari keluar dari bilik. Dari arah dapur aku lihat Kak Wani pun berjalan cepat-cepat ke arah ruang tamu untuk melihat dari mana datangnya bunyi tu.",
"Tak ada apa-apa yang berlaku. Tak ada apa-apa yang jatuh. Aku lihat pintu masuk terbuka luas rapat ke dinding.",
"“Eh, mana Farah?” Tanya Kak Wani.",
"“Tak tahu kak. Baru sekejap tadi ada, kan?”",
"“Bunyi apa tadi tu? Bunyi pintu ke?”",
"“Oh, ya tak ya juga kak. Tadi saya dah tutup pintu tu. Mesti si Farah keluar, buka pintu tu luas-luas sampai terhentak pada dinding.”",
"“Mungkin juga.” Jawab Kak Wani ringkas.",
"Tapi di dalam hati aku berkata, takkanlah Farah keluar dari rumah tak kata apa-apa. Sebut “bye” pun tak apalah. Cukup sekadar menandakan yang dia sudah keluar dari rumah.",
"“Excited betul Farah ni.” Fikir aku sendirian.",
"Selepas Kak Wani beredar masuk ke dalam biliknya, aku pun masuk semula ke dalam bilik aku. Selesai salin baju tidur, aku pun keluar untuk menonton TV. Nak tidur, mata belum mengantuk lagi. Aku capai remote TV dan tekan butang on.",
"Setengah jam kemudian, entah buat kali keberapa aku asyik tukar-tukar siaran, aku pun buat keputusan untuk masuk tidur sahaja. Seperti biasa, setiap kali aku ingin masuk tidur dan tiada sesiapa lagi di ruang tamu, aku akan tutup pintu masuk rumah tu.",
"Alangkah terkejutnya aku apabila aku menutup pintu tu, aku terlihat dua kelibat hitam berdiri jauh di dalam cermin tu. Aku nampak kelibat tu tersangat jauh. Bergerak-gerak. Seakan-akan berlari menghampiri aku dari belakang. Cepat-cepat aku hempaskan semula pintu tu laju-laju ke arah cermin tu. DUMM!",
"“Hoi, kenapa?” Kak Wani menjenguk keluar dari biliknya.",
"“Tak ada apa-apa kak.” Jawab aku tergamam.",
"“Eh, kenapa kau pucat ni? Kau nampak apa?”",
"“Nampak apa kak? Tak ada apa-apalah.” Jawab aku. Aku memang bukan jenis percaya pada benda karut-marut ni. Jadi, setiap kali apabila aku alami perkara-perkara pelik, aku akan suntikkan penerangan-penerangan ilmiah ke dalam fikiranku. Untuk aku bercerita kepada orang lain tentang perkara-perkara karut tu, itu bukan perangai aku.",
"“Nisa, tutup pintu tu.” Arah Kak Wani kepadaku.",
"“Eh, biarlah kak. Panaslah.” Kataku, masih berdiri di sebelah pintu itu.",
"“Tutup kejap! Akak nak tengok cermin tu.”",
"“Alah, cermin bilik akak kan ada?” Kataku hampir merayu.",
"Kak Wani cepat-cepat menyambar pintu itu dan menolaknya tutup. Aku tak sempat berbuat apa-apa. Aku terlihat bayangan diriku dan Kak Wani di dalam cermin belakang pintu tu.",
"“Kenapa Kak Wani nak sangat tengok cermin ni?” Tanya aku geram.",
"“Kau pula kenapa tak nak sangat tengok cermin ni? Kau pun pernah nampak, kan?” Tanya Kak Wani pula.",
"Aku terdiam seketika.",
"“Akak pun pernah nampak ke? Kenapa akak tak pernah cerita?”",
"“Sebab ceritanya macam mustahil orang nak percaya.”",
"“Yalah, memanglah macam mustahil. Tapi biasalah kan kak nampak kelibat-kelibat dalam cermin. Kadang-kadang bayangan minda kita saja.”",
"Kak Wani senyap dengan muka runsing memandang aku.",
"“Tadi kau nampak dari ekor mata atau kau nampak depan-depan?”",
"“Depan-depan. Saya tengah nak tutup pintu. Tiba-tiba saya nampak dari jauh kedua-dua kelibat tu berlari ke arah saya. Cepat-cepat saya buka balik pintu ni.”",
"“Dua? Ada dua kelibat?” Kak Wani bertanya membuntangkan matanya.",
"“A’ah. Kenapa kak?”",
"“Siapa lagi seorang?” Tanya Kak Wani kepada dirinya sendiri.",
"“Siapa lagi seorang? Maksud akak?”",
"Kak Wani senyap memandang aku. Aku pandang Kak Wani dengan wajah keliru.",
"“Cuba kau call Farah. Tanya dia dekat mana.”",
"Aku pun masuk bilik untuk ambil telefon aku yang sedang dicaj. Aku cari nama Farah dan tekan butang call. Tiba-tiba terdengar bunyi nada dering yang digunakan Farah dari arah ruang tamu.",
"“Farah ni tertinggal telefon ke?” Getus hatiku.",
"Aku pun keluar dari bilik untuk mencari telefon Farah. Aku lihat Kak Wani sedang berdiri memandang cermin dengan riak wajah yang tak dapat aku gambarkan di sini. Wajahnya pucat bagaikan sudah tiada d***h lagi.",
"“Kenapa kak?” Aku berlari ke arahnya. Sebelah tanganku masih memegang telefon bimbitku yang sedang menghubungi telefon Farah. Alangkah terkejutnya aku apabila aku dapati bunyi deringan telefon Farah itu datangnya dari dalam cermin.",
"Tiba-tiba deringan terhenti. Aku lihat telefon aku, panggilan aku disambut! Perlahan-lahan aku mengangkat tanganku melekapkan telefon pada telinga.",
"“Hel… hello?” Sapa aku teragak-agak.",
"Cermin yang tergantung di belakang pintu itu jatuh lalu berderai di atas lantai. Tercampak telefon aku dari tangan akibat terkejut. Kak Wani terjelepok ke atas lantai. Menangis macam orang gila sambil mengutip satu persatu serpihan cermin yang sudah pecah itu.",
"“Maafkan akak Farah! Maafkan akak!” Kak Wani meraung-raung dengan tangannya sudah mula berdarah kerana menggenggan serpihan-serpihan kaca cermin itu.",
"Aku tergamam tanpa sebarang kata. Aku rasa aku faham apa yang sedang berlaku. Namun perkara itu langsung tidak masuk akal. Langsung tidak logik. Langsung tidak…",
"Langsung tidak boleh diceritakan kepada orang lain.",
"Sudah beberapa hari Farah tidak pulang. Kak Wani pula balik ke kampung. Dengarnya dia dah berhenti kerja. Barang-barang dalam biliknya pun dah tak ada. Yang tinggal dalam rumah tu cuma barang aku dan Farah. Selama Kak Wani sudah pulang ke kampung dan Farah pula tidak pulang ke rumah, selama itu jugalah aku tinggal seorangan di dalam rumah tu.",
"Hari itu ibu bapa Farah datang ke rumah tu bertanyakan tentang Farah. Katanya, Farah dah lama tak call. Bila ibu bapanya cuba call, panggilan tidak pernah disambung.",
"Aku tak tahu apa yang perlu aku beritahu. Aku cuma beritahu yang beberapa hari lepas, kali terakhir aku nampak Farah adalah ketika dia sedang bersiap-siap hendak keluar.",
"Ibu bapa Farah angkut semua barang-barang Farah pulang ke kampung. Mereka beritahu aku mungkin Farah lari ikut lelaki. Aku iyakan sahaja. Mungkin kerana penjelasan itu lebih logik berbanding dengan apa yang ada di dalam fikiranku.",
"Beberapa hari selepas ibu bapa Farah datang ke rumah itu, aku selesaikan segala hutang-hutang sewa rumah dan berpindah keluar dari rumah tu. Sempat juga aku bertanya mengenai cermin di belakang pintu tu. Kata tuan rumah tu, sebelum Kak Wani masuk rumah tu, ada seorang lelaki buta duduk menyewa di situ. Lelaki buat itulah yang menggantung cermin itu di belakang pintu. Apabila lelaki itu berpindah keluar dari rumah tu, satu-satunya barang yang ditinggalkan adalah cermin itu.",
"Dalam hatiku bertanya, kenapa seorang lelaki buta perlukan cermin? Untuk apa cermin itu digunakan selain dari untuk melihat diri sendiri?",
"Soalan aku ini memang tak akan terjawab sampai bila-bila. Apa yang ada di dalam fikiranku ini pula memang tak akan aku ceritakan kepada sesiapa.",
"Kalau aku cerita pun, mustahil ada orang yang akan percaya. Kan?"
] | [
"Ni cerita betul ke rekaan? Kenapa tak panggil ustaz dulu check apa yg terjadi?",
"endingnye sy tertanye2 knp kak wani yg mintak maaf pd farah",
"Cerita ni betul ke? Kalau betul kesian kt farah",
"Ni kisah benar ke ni???",
"apalah nasib farah kenapala x cuba perawatan islam. kak wani pun kenapa terus blk kg x muncul2…",
"ya Allah ape jadi kat farah samapi sekarang tak tau ke? aku harap dia dah diselamatkan."
] |
https://fiksyenshasha.com/pengalaman-bertugas-sebagai-polis-bantuan-disebuah-ipt-di-puncak-alam/ | Pengalaman bertugas sebagai polis bantuan disebuah ipt di puncak alam | [
"Assalamualaikum kepada semua pembaca dan terima kasih kepada fiksyen shasha.. Aku amm dan bekerja sebagai anggota polis bantuan disebuah ipt di puncak alam, Selangor. Pengalaman seram pertama yang terjadi adalah ketika tahun pertama aku bertugas sebagai anggota disana.",
"Pada suatu malam ketika itu jam 2100 lebih kurang dan aku bekerja shif petang pada hari itu jam 1500 hingga 2300. Pada jam 2100 lebih kurang ketika aku bertugas meronda disekitar kawasan kolej tersebut, waktu itu aku baru bekerja selama seminggu dan belum fasih lagi dengan selok belok blok bangunan fakulti ataupun department yang ada dalam kawasan ipt tersebut, yelah baru bekerja masih baru lagi dan pada malam itu. Aku pergi ke salah satu mesin atm yang berada di dalam kawasan ipt ini yelah bila balik kerja nanti tak perlu nak singgah cucuk duit sebab nak isi minyak kan.",
"Selepas jer aku selesai cucuk duit dan semasa perjalanan nak balik ke pos dari meisn atm. Dalam fakulti ni ada kedai minuman tealive sebelah dia ada bank atm jugak. Aku ditahan oleh seorang susuk tubuh yang menaiki motorsikal sedang park tepi jalan, waktu aku pandang dia dalam lingkungan sebaya aku laa dalam 20-an dan aku tak fikir pelik la waktu tuuu ni mesti student ni dan aku berhenti yelah aku pakai uniform waktu tu mungkin dia nak minta pertolongan aku so aku tak fikir apa-apa yang mencurigakan la waktu tu kan. Dan selepas aku berhenti betul-betul depan yang aku agak pelajar lelaki tadi ni yang menahan aku tadi, then aku tanya laa “Yer cik kenapa motor rosak ke?” dan budak lelaki tu tadi jawab “Tak bang saya nak ke fakulti perubatan tapi saya tak jumpa sesat pusing jadi kesini balik, boleh follow saya tak? sebab saya tak biasa katanya”.",
"Aku kan baru seminggu kerja kat sini tak semua tempat aku fasih lagi so aku cakap dekat budak lelaki tadi “Takpe cik boleh follow saya, saya pun baru jer lagi kat sini. Tak silap saya fakulti belah atas sana jum saya bawak cik ke atas kita cari sama-sama”. Waktu tuu aku tak terfikir pun nak inform aku punya incas shif tuu, aku just go jer sepatutnya kena inform. Dekat dalam fakulti memang sangat luas ipt ni so berbalik pada part yang kitaorang naik cari sama-sama fakulti perubatan tuu. Malangnya takde satu signboard pun tulis fakulti perubatan dah puas pusing ni so aku decide waktu tu nak naik lagi atas kut-kut ada lagi tempat belah sana. Dan tiba-tiba aku baru sedar yang tempat kat atas bukit ni tangki air then aku pusing belakang budak lelaki yang follow aku tadi dah hilang dalam 10 saat jer.",
"Aku pelik lah kan kalau dia patah balik mesti aku akan perasan sebab jalan tuu sempit satu hala jer. Aku berhentikan motorsikal aku dan aku call member aku anggota jugak, dan aku tanya dia pasal fakulti perubatan sebab dia dah keje lama kat sini selok belok kat sini dia lebih tahu. So apa yang mengejutkan member aku cakap fakulti perubatan tak ade dekat kampus puncak alam tapi dekat cawangan sungai buloh. Aku terkesima dan aku mula dah rasa lain macam dengan tempat tu sunyi gelap dekat tangki air paling atas tuu. Ipt ni kawasan berbukit tau yang tahu tahu lah. So aku buat keputusan untuk patah balik kebawah dan balik ke pos kawalan polis bantuan.",
"Keesokkan harinya baru aku dapat tahu yang tempat aku kena tahan dengan budak lelaki tuu semalam dulu pernah terjadi sesuatu kes kemalangan masa tahun 2011 pernah berlaku eksiden dan sorang pelajar lelaki meninggal di tempat kejadian terbabas masuk dalam longkang dekat tepi laluan jalan kat situ. Dan motorsikal yang pelajar aku jumpa semalam naik pun sama jenis dan warna sepertimana yang diceritakan oleh anggota pb yang dah lama bertugas di ipt ni. Aku terkejut sebab macam tak percaya sebab kejadian ni terjadi pada aku. Waallahu’aklam..",
"So aku sampai harini aku masih terbayang-bayang budak lelaki tuu sewaktu aku melalui kawasan yang sama untuk pengetahuan aku masih bertugas lagi di ipt ni. Dan ada lagi pengalaman aku yang lain jika diberi peluang oleh fisyen shasha inshaallah aku akan share pengalaman seram aku sepanjang bertugas kat sini. Assalamualaikum w.b.t"
] | [
"saya first intake student kat sna.fakulti sains dan kesihatan.intake 2010.waktu tu org kata tempat jin bertendang.mmg seram klu waktu mlm.ada ja kes student kena histeria.kalau boleh sambung lagi cerita mistik kat sana.bukit cerakah pon glamour jgk time tu.",
"Ada apa cerita situ bukit cerakah",
"Mantap ar 👍",
"ni betul polis ni sebab cara dia tulis waktu pun aku leh detect. hahahaha.",
"Share lg pengalaman yg ada. IPT puncak alam mempunyai 1001 kisah misteri. TQ",
"fuhh seram siehh…",
"UITM Palam. mmg seram"
] |
https://fiksyenshasha.com/kisah-bilik-rm10-part-2/ | Kisah Bilik RM10 (Part 2) | [
"Seperti yang Kak Ayu dah janji, hari ini Kak Ayu akan share sambungan Part 2.",
"Kak Ayu mulakan dengan pengalaman Kak Ayu sendiri dan kemudian kawan sebelah bilik Kak Ayu.",
"KISAH AYU ANIDASelesai sesi berborak dekat bilik Diana, kitorang pun balik ke bilik masing-masing.Sedang Kak Ayu dah nak bersiap-siap tidur, tiba-tiba ada bunyi ketukan di pintu.Panggil “Ayu.. Ayu..”",
"Lembut je suara tu.Ah sudah, siapa pulak ni.?Nak buka ke tak ni.?Kak Ayu tanya, “siapa tu.?”",
"Suara diluar jawab, “Fazidah.”Fazidah ni roomate Kak Ayu di matrikulasi.Kak Ayu sebenarnya musykil, betul ke Fazidah.Kenapa tiba-tiba Fazidah datang?Macam mana dia tau bilik Kak Ayu?",
"Perasaan risau kot kot dia ada apa-apa masalah pun ye juga.Jadi, Kak Ayu gagahkan juga buka selak besar tu.“Dang!” Kuat bunyi selak tu.",
"Bila buka je pintu. Betul dia Fazidah.Kak Ayu rasa sedikit lega..Kak Ayu tanya, “kenapa Fazidah?”",
"Dia jawab “Orang nak tidur dengan Ayu boleh.?”",
"Kak Ayu cuma cakap “mengucap dulu”",
"Selesai Fazidah mengucap, Kak Ayu pun terus bagi dia masuk.Tanpa bertanya kenapa.Dan dia pun tak jelaskan apa-apa, kitorang terus tidur.Dalam hati Kak Ayu fikir, biarlah cerita misteri kite sembang lepas check out saje.",
"Lepas Subuh, Fazidah balik ke bilik dia.Dan Kak Ayu kunci semula pintu guna selak besar tu selepas Fazidah keluar. Kak Ayu pasti tu. Sangat pasti.",
"Masa Kak Ayu tengah mandi, Kak Ayu dengar selak bilik dibuka “dang!”.",
"Kuat bunyi nye.Dan dengar zip beg Kak Ayu dibuka.Aik siapa ni? Kalau la Madiah, dia tak perlu buka pintu bilik Kak Ayu.Sebab sambungan bilik Kak Ayu dan Madiah, tak ada penghalang langsung.Dan bunyinya, dibuka dari dalam??",
"Kak Ayu cepat-cepat siapkan mandi.Dan terus keluar.Tak sedap hati sebabkan fikir ada pencuri masuk, selongkar dan curi barang-barang.",
"Benda pertama Kak Ayu check, beg.Pelik. Beg macam tak berusik.Pintu bilik pun elok masih berselak.",
"Kak Ayu abaikan.Prinsip Kak Ayu, nak fikir lebih mendalam atau bincang bab-bab ni. Biar waktu dah keluar dari tempat ni.Takut sebenarnya.",
"KISAH MADIAHKitorang akan check out dari asrama itu, lepas solat Zohor.Dan akan terus bertolak balik ke Matrikulasi.",
"Madiah mandi untuk bersiap-siap. Kak Ayu pula tengah solat waktu tu.Selesai je bagi salam, tiba-tiba Madiah keluar bilik mandi dengan tergesa-gesa.Uihh.. marah betul gayanya.“Kenapa Ayu ketuk-ketuk bilik mandi kuat-kuat? Madiah kan kata, kejap?”",
"Kak Ayu toleh ke arah bilik mandi. “Kenapa Madiah?”",
"Madiah pun perasan yang Kak Ayu baru saje selesai solat.Suara dia dah tak marah-marah.“Ayu ada ketuk pintu bilik mandi ke tadi?”",
"Haruslah Kak Ayu jawab “tak”.",
"Madiah cakap masa dia tengah mandi, ada orang ketuk pintu macam nak tergesa-gesa guna bilik mandi juga.",
"Yang peliknya, Kak Ayu solat membelakangkan bilik mandi tu, tak dengar apa-apa langsung.",
"Kiranya, Kak Ayu dengan Madiah ni kena bunyi-bunyi je.Alhamdulillah, masih boleh terima lagi ‘gurauan’ tu.",
"Tapi lain pula dengan Haz dan Fazidah.Sampai diorang sanggup keluar bilik tengah-tengah malam.Dan pergi ke bilik kawan yang diorang terfikir waktu tu.",
"Kisah Haz & Fazidah akan Kak Ayu ceritakan dalam Part 3.InsyaAllah Part 3 ialah bahagian terakhir untuk Kisah Bilik RM10."
] | [
"Baca x sampai seminit dah bersambung. Apa ke he nye ni?",
"Aku penat la hidup mcm ni asyik kene tunggu je",
"Cpt ar part 3 🙏"
] |
https://fiksyenshasha.com/adik-lapar/ | Adik Lapar | [
"“Sebenarnya, ada satu cerita aku nak kongsi ni. Dah alang-alang kau datang lepak ni, aku rasa nak beritahu kau. Kau nak dengar tak?” Soal Aidil kepada Husin yang datang melepak di rumahnya.",
"“Eh, mestilah nak,” jawab Husin sambil menyalakan sebatang rokok.",
"“Tapi, aku rasa malas nak ceritalah pulak. Nanti kau kecoh!” Jawab Aidil berseloroh.",
"“Ni yang buat aku geram ni. Cerita je lah!”",
"“Hahaha! Okay macam ni. Dulu ada seorang perempuan ni, dia kerja sebagai jururawat. Kerja sebagai jururawat ni, kau faham je lah kan. Mesti terlibat dengan d***h. Betul tak?” Aidil memulakan cerita.",
"“Betul. Okay, teruskan.”",
"“Setiap hari dia bergelumang dengan d***h. D***h tu pula ada macam-macam jenis. So, satu hari tu…”",
"“Argh, klise! Mesti dia pontianak kan? Dia minum d***h tu. Aku dah boleh jangka cerita kau ni!” Sampuk Husin membuatkan Aidil geram.",
"“Bukan. Boleh tak dengar dulu? Jangan menyampuk!” Bentak Aidil.",
"“Sorry, sorry. Okay, teruskan.”",
"“Kan aku dah lupa. Part mana tadi?”",
"“Part d***h ada macam-macam jenis.”",
"“Ha, okay. D***h tu ada macam-macam jenis. So, satu hari tu ada orang perasan d***h dalam tu mesti tak cukup satu pek. Waktu ada orang tengok tak cukup, jadi peliklah.”",
"“Memang dia yang ambil?”",
"“Orang syak dia ambil. Lagipun memang dia yang incharge tabung d***h tu. One day, ada satu staff nurse ni intip dia. Rupa-rupanya betul. Memang nampak dia masukkan satu pek d***h tu dalam beg dia dan bawa keluar. Kau rasa dia buat apa dengan d***h tu?”",
"“Dia minum! Betul tak?”",
"“Dia bagi anak dia,” jawab Aidil ringkas.",
"“Ha, kenapa pula dengan anak dia?” Husin mengerutkan dahi tanda pelik dengan cerita Aidil.",
"“Sebenarnya, dia ada anak kembar. Kembar sepasang. Seorang tu laki, seorang tu perempuan. Bak kata orang, kembar siam,” jelas Aidil.",
"“Ish, apa kaitan pula dengan kembar siam?”",
"“Waktu orang pergi rumah dia. Yang buka pintu tu anak laki dia. Jadi, masa tu orang cuba tanya dia pasal d***h tu. Mula-mula dia tak nak mengaku. Sampailah orang geledah rumah dia dan jumpa…”",
"“Jumpa apa?”",
"“Jumpa bilik. Satu bilik gelap kat loteng rumah. Mula-mula dia tak nak buka pintu bilik tu. Katanya stor. Tapi, stor apa pula kan kalau tak nak bagi orang masuk?”",
"“Betul juga kan. Lepas tu apa jadi?”",
"“Orang pecahkan pintu tu dan terus serbu. Rupa-rupanya…Syh…” Aidil memberhentikan cerita sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir dengan gaya yang mendebarkan.",
"“Eee… Cerita je lah. Ada apa?”",
"“Ada kepala budak!”",
"“Pergh, mesti dah berulat kan?” Soal Husin dengan mimik muka jijik.",
"“Masalahnya kepala tu hidup. Ada dalam balang bersama wayar-wayar yang… Entahlah. Ala, istilah perubatan ni aku bukan reti nak sebut. Tapi yang penting kepala tu memang hidup!”",
"“Eh, kejap. Maksud kau kepala je ada? Tapi kepala siapa?",
"“Kepala anak dia. Hanya kepala tanpa badan. Orang kata macam penanggal. Entahlah. Tapi, kau ingat tak aku cakap yang dia ada anak kembar Siam?”",
"“Ingat. Laki dan perempuan kan?”",
"“Ya, lepas pembedahan untuk pisahkan mereka, yang selamat hanya budak laki tu je. Ala, yang aku cerita tadi buka pintu rumah tu. Yang budak perempuan tu pun kira selamatlah juga. Tapi, tu lah. Tak sempurna macam abang dia.”",
"“Apa kaitan dengan d***h tu? Macam mana dia boleh hidup?” Soal Husin bertubi-tubi cuba mencari kelogikan daripada cerita Aidil.",
"“Yang ni agak pelik. Budak perempuan tu hanya makan d***h je. Dia tak boleh hidup tanpa d***h manusia. Mak dia dah cuba macam-macam cara. Tapi tetap tak boleh. Budak tu tak macam orang lain,” ulas Aidil serius.",
"“Hahaha! Mengarutlah cerita kau ni. Takkanlah ada orang macam tu!” Balas Husin dengan dekahan yang kuat. Tanda mengejek.",
"“Kau tau macam mana jururawat tu boleh meninggal?” Soal Aidil tanpa mempedulikan ejekan Husin.",
"“Lepas jururawat tu dibuang daripada perkhidmatan, dia tak dapat stok d***h. Jadi, dia terpaksa bagi d***h dia sendiri kat anak dia. Sampailah…”",
"“Sampai apa?”",
"“Sampai m**i.”",
"“Enough, enough! Makin mengarut dah ni. Kalau betul cerita kau ni, apa jadi dengan budak perempuan tu? Kalau mak dia m**i, mesti tak ada makanan dia lagi kan?”\n“Oh, pasal budak perempuan tu. Dia okay je. Ada kat rumah aku.”",
"“Hahaha! Lawak lah kau ni! Siapa bagi dia makan?” Soal Husin sinis.",
"“Aku yang bagi dia makan,” jawab Aidil ringkas.",
"“Hahaha! Macam mana kau nak bagi dia makan. Kau tu kerja kilang je. Boleh tahan juga lawak kau ni!”",
"“Kejap lagi aku nak bagi dia makanlah ni.”",
"“Bagi makan dengan apa pula? Hahaha!”",
"“Dengan d***h kau!” Aidil membuntangkan mata.",
"“Argh!!!” Satu jeritan kedengaran kuat di kawasan itu. Sayangnya, jeritan Husin di rumah Aidil yang jauh di hujung kampung itu amat mustahil untuk didengari orang sekeliling.",
"“Adik dah kenyang?” Soal Aidil sambil mengusap kepala adiknya setelah rakus menghisap d***h Husin.",
"“Adik lapar lagi,” jawab adiknya pendek."
] | [
"Jangan disbkan nak layan syok sendiri, akhirnya hanya dosa diperolehi. Menulis atau mengarang cerita fiksyen yg tidak mendatangkan kebaikan nasihat atau panduan ada hukumnya. Bertanyalah pd alim ulama yg lebih arif utk lebih memahami.\nSesungguhnya yg baik itu datangnya dr Allah SWT, manakala yg salah silap dan mungkar itu datangnya dr kita insan yg mungkin masih belum memaahami lg.",
"seram",
"Beebtul plot twist beb HAHAHAHHA",
"macam mana kembar siam boleh lain2 jantina plk??",
"Uishhhh..penceritaan diluar kotak pemikiran..best..teruskan berkarya..",
"Crita btl ke or crita x btl ni..klu btl mmg seram jg ar..",
"Ok la . hmm.🥴🥴",
"Wow….rupanya aidil tu anak llki nurse tu yerr..huhu"
] |
https://fiksyenshasha.com/homestay-port-dickson/ | Homestay Port Dickson | [
"Assalamualaikum dan hai para pembaca Fiksyen Shasha. Nama aku Reen (bukan nama sebenar). Hari ni aku nak kongsi kisah aku yang aku pun tak pasti seram ke tak bagi korang, tapi bagi aku agak seram sebab terjadi sendiri dekat diri aku sampai aku tak boleh lupa sehingga hari ni. Nak jadikan cerita, cuti akhir tahun lepas family aku plan nak pergi bercuti tiga hari dua malam di Port Dikcson (PD).",
"Kami bergerak dari rumah lepas Zohor dan sampai lepas Asar macam tu. Sampai je dekat homestay, kami terus angkat barang letak dalam homestay. Mula-mula ok je homestay, cantik sangat aesthetic gitu. Black and white tema warna dia. Rumah dua tingkat. Bawah ada ruang tamu, tempat makan, dapur, satu bilik dan sekali dengan toilet. Atas ada dua bilik dan satu toilet. Mak and ayah aku tidur bilik bawah dengan adik kecil aku. Aku dengan dua adik perempuan aku tidur dekat atas, dekat master bedroom dan dua abang aku tidur dekat bilik lagi satu.",
"Lepas solat Asar kitaorang keluar pergi pantai. Balik dalam pukul tujuh lebih macam tu. Malam tu kitaorang tak keluar pergi makan. Order je. Jadi lepas makan semua masuk bilik rehat sebab penat agaknya. Aku ni jenis suka on call dengan pakwe aku, hehehe. Jadi sementara nak tunggu dia call aku, aku pun lelaplah mata sekejap sebab penat sangat. Dalam pukul 1:30 pagi aku terjaga pakwe call, lepas tu aku pun boraklah dengan dia sebab dah tak boleh tidur.",
"Borak sampai pukul dua lebih, aku lapar pulak. Jadi aku turunlah bawah nak buat maggi cup. ",
"Waktu aku turun tak ada sesiapa dekat bawah. Mak dan ayah aku dekat dalam bilik. Check dalam beg makanan, tak ada pulak maggi cupnya. Terus aku tak ada mood nak makan. So aku naik atas balik. ",
"Lepas tu pakwe aku tanya, tak makan ke? Aku jawab tak naklah. Lepas tu dia paksa jugak suruh makan, jadi aku turunlah bawah semula.",
"Ok. ni part seramnya. Waktu aku naik tadi, aku ingat aku tak tutup semua lampu. Aku biarkan satu lampu buka. Tapi waktu aku turun kali kedua tu semua lampu tertutup. Tiba-tiba aku rasa ada aura yang tak best dan pelik tambah seram.",
"Nak sedapkan hati, aku fikir mungkin mak aku yang tutup. Lepas tu aku pergilah dapur buka lampu. Bila aku buka je lampu, ada satu bau yang sangat wangi macam bau bunga menusuk hidung aku. Terus bulu roma aku naik. Waktu tu aku dah gelabah dah. Terus aku ambil roti and terus naik atas. Tapi sebelum aku sampai bilik, aku ada dengar orang panggil nama aku. Aku ingatkan mak aku, aku pun jawab, “ya ibu?”",
"Tapi mak aku tak balas. Lepas tu aku tinjau semula ke bawah sebab nak pastikan tu mak aku ke tak. Sekali, haihh! Memang menyesal aku turun balik. Aku nampak ada kelibat perempuan rambut panjang gila, serabai, pakai macam jubah warna putih tengah duduk atas meja makan pandang aku dengan satu senyum yang sumpah seram gila. Kalau aku ni ada sakit jantung, sah sah dah tak bernyawa aku.",
"Aku terus lari naik ke bilik, kunci pintu dan duduk bawah selimut. Sampai pakwe aku pun terkejut aku terus kata nak tidur. Aku baca ayat-ayat yang teringat waktu tu dan terus tertidur.",
"Esok pagi tu mak aku kejut aku suruh siap-siap kemas barang, nak balik. Aku yang mamai ni pun pelik. Dah nak balik dah? Aku pun tak banyak cakap, terus pergi mandi.",
"Lepas je kemas barang, kitaorang terus keluar dari homestay tu dalam pukul 10 pagi. Dalam kereta mak ayah aku senyap je. Abang aku tanya, kenapa kita kena balik? Diaorang senyap je dan yang membuatkan aku lagi pelik, aku call pakwe banyak kali dia tak angkat pun. Aku fikir mungkin dia tengah tidur lagi.",
"Sampai rumah dalam pukul satu tengahari macam tu. Ayah aku ajak satu family solat Zohor sekali dan lepas solat kitaorang baca surah Yasin sama-sama. Lepas dah selesai, ayah aku cerita sebab kenapa kitaorang kena keluar dari homestay tu pagi tu juga. Sebab semalam ayah dan mak aku kena kacau teruk sampai diaorang berdua tak boleh tidur! Sampaikan adik kecil aku yang tidur dengan diaorang tak berhenti menangis. Mak aku cakap benda tu asyik main dengan bilik air je. Sekejap dia main air, buka tutup paip tu, main buka tutup lampu dan yang paling seram dia tunjukkan diri dia main buka tutup pintu bilik air! Mak dan ayah aku buat tak tahu je sebab ayah aku kata, lagi kita layan, lagi dia suka.",
"Ayah aku ambil keputusan untuk keluar sebab benda tu asyik kacau adik aku. Dia asyik menangis je dan cakap sorang-sorang. Takut adik aku jadi apa-apa. Lepas mak dan ayah cerita, aku pun cerita apa yang terjadi dekat aku dan diaorang pun terkejut aku pun terkena dengan benda yang sama.",
"Tak habis lagi seramnya. Bila pakwe aku call aku, dia cerita semalam dia pun terkena juga. Dia cakap lepas je aku cakap aku nak tidur, 30 minit lepas tu dia dengar ada suara perempuan menangis (aku tidur tapi still tak putuskan talian). Dia ingatkan aku, so dia cakaplah, “awak terjaga ke?”",
"Lepas tu benda tu gelak pulak. Terus meremang pakwe aku dan dia terus end call sebab takut, katanya. Aku ceritalah apa yang dah jadi dan dia baru faham.",
"Terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang entahlah seram ke tak ni. Minta maaf kalau aku cerita tak faham sangat dan ada tersilap bahasa. Korang yang nak cari homestay tu, hati-hatilah ya memilih dan sebelum pergi ke tempat baru, bacalah apa yang patut. Bye!"
] | [
"Masuk homestay tu x bagi salam ke? Lain kali masuk rumah, masih bilik kena bagi salam, baca doa.",
"Cite betul ke ni. Boleh kongsikan nama homestay sbb sy nk cuti dn plan nk duduk homestay kt sana. Takut tersilap pilih",
"Boleh tahan. Gile kentang “akak” tu sampai menjelma",
"seram la oitt… apa pulak xseramnya mcmtu.. kena kat diri sendiri mcmtu mmg tercanak naik la segala bulu.. dgn sorang2 lg tu huhu",
"Tengok bentuk Dan suasana rumah Tu jer pun mcm rumah misteri…sekali pandang mmg nampak rumah Seram huuuu",
"PD kat area mana boleh bagi tahu apa nama Homestay tu ye",
"Seram jg la.."
] |
https://fiksyenshasha.com/gangguan-ketika-hamil/ | GANGGUAN KETIKA HAMIL | [
"Salam sejahtera. Hai semua. Nama aku Bell (Nama samaran). Aku adalah salah seorang peminat Fiksyen Shasha. Pernah tergerak hati juga nak hantar kisah seram aku kat sini tapi baru sekarang aku dapat menulis nukilan kisah benar diri sendiri. Baru hari ini aku ada keberanian untuk menceritakan kepada korang semua kisah seram yang pernah aku alami. Banyak dah kisah seram yang aku pernah alami tapi biarlah aku ceritakan kepada korang semua kisah aku yang satu ini.",
"Kisah ini terjadi 8 tahun lepas. Sekarang ni anak bongsu aku pun dah besar dah. Jom aku teruskan kisah aku tak nak intro panjang takut korang bosan pula membacanya. Aku adalah ibu kepada 3 orang anak. Semasa mengandungkan anak yang bongsu aku mengalami gangguan yang tak terjangkau dek akal ku. Aku masih tinggal bersama kedua orang tua ku sebab aku yang jaga mereka. Suami ku adalah seorang askar jadi korang tau lah yang askar ni jarang ada kat rumah. Pada masa tu aku tengah sarat mengandung. Kandungan aku baru menjangkau 5 bulan. Malam tu suami aku ditugaskan untuk kerja shift malam. Jadi pada malam tu yang tidur bersama dengan aku si abang dan si kakak je lah. Si kakak ni tak pernah nak berenggang dengan aku masa tidur berbanding dengan si abang yang lebih suka tidur dengan nenek dan datuk nya. Entah kenapa pada malam tu dua dua tak nak tidur dengan aku. Puas aku desak tapi tak nak juga tidur dengan aku. Jadi terpaksalah aku tidur sorang sorang je.",
"Aku ni kalau tidur memang wajib tutup lampu. Tak suka ada cahaya terang nanti aku susah nak tidur. Aku tidur malam tu agak awal pukul 10 malam rasanya. Dah padam lampu aku main la handphone kejap hingga aku rasa mengantuk dan memutuskan untuk tidur. Aku tersedar sebab aku dengar pintu bilik tidur dibuka. Aku ingatkan suami yang balik. Disebabkan rasa mengantuk yang amat sangat aku malas nak buka mata dan terus tegur suami kenapa dia balik awal sangat malam tu. Tapi suami tak menjawab. Malas aku nak hiraukan aku teruskan lah tidur. Aku dapat rasa suami dah start baring di sebelah tapi yang peliknya kenapa suami aku ni tak bertegur dengan aku. Bila dia baring tu aku mendekatlah tapi yang rasa pelik timbul juga dalam benak fikiran aku dengan mata yang masih tertutup. Masa ni aku belum ada rasa seram lagi. Badan suami rasa berbulu masa tu tidur mengiring ke sebelah kanan membelakangkan suami ku biasalah kalau mengandung aku tak dapat nak tidur baring mesti nak mengiring untuk cari keselesaan. Aku dah start cuak. Dia kat belakang aku memang terasa bergerak gerak macam orang yang tak selesa tidur. Jadi aku terfikir nak bertukar posisi pulak ke sebelah kiri. Masa ni aku bukakan mata korang tau apa yang aku tengok. Jantung aku terus berdegup laju mata tak dapat nak tutup lagi aku tak dapat nak bergerak. Air mata mula mengalir sebab terfikir anak dalam kandungan. Nak menjerit mulut pun tak dapat nak buka. Dalam hati aku berdoa semoga jangan di apa apakan aku dan anak dalam kandungan ku. Dalam kegelapan bilik dan kesamaran lampur di luar rumah aku dapat melihat sedikit makhluk itu. Badannya gesar berbulu hitam mata merah baring di tepi aku. Berlinangan air mata ku jatuh sebab takut yang teramat sangat. Tak putus putus aku berdoa dalam hati barulah badan ku dapat digerakkan dan mulut ku dapat dibuka. Serta merta aku bangun dan duduk di katil serta menjerit menanggil mak aku. Bila dia nampak aku dah bangun dan menjerit tu terus benda tu bangun dan lari menembusi dinding. Pintu bilik ku dibuka dan mak aku membuka suis lampu dengan muka yang cuak juga. Aku apa lagi menangis la cakap kat mak aku dan ceritakan apa yang aku alami. Lepas dengar cerita mak aku suruh aku tidur dengan lampu terpasang dan yang menemani aku tidur selama suami aku kerja malam tu adalah adik bongsu aku.",
"Semenjak dari kejadian tu benda tu hilang sendiri tanpa aku pergi ke mana mana pakar perubatan tentang hal ni. Masa kandungan aku berusia 7 bulan juga aku ada gangguan lagi tapi ada masa lain aku akan ceritakan. Sampai sekarang ni aku masih dapat membayangkan rupa makhluk tersebut. Badan seperti manusia tapi berbulu seluruh badan dan juga muka macam gorila tu dan bermata merah. Aku pun tak tau hantu apa kah itu? Tuhan maha mengetahui. Aku sering mengalami gangguan semasa mengandung anak pertama dan anak bongsu. Dan sekarang anak bongsu aku terbuka hijab sehingga sekarang ni. Lepas berubat dengan seorang ustaz hijab dia ditutup tapi jika dia sendiri mengizinkan untuk melihat maka dia akan melihat benda yang tak sepatutnya. Lain kali aku akan ceritakan juga. ",
"Sekian saja cerita aku pada kali ni. Entah aku akan ceritakan lagi atau tidak melihat kepada keadaan selepas ini. Ini hanya pengalaman sebenar aku yang aku kongsikan dengan kalian semua. Mungkin tidak seram bagi sesetengah orang tapi cukup seram bagi aku. Sekian…..",
"Terima kasih kepada FS jika cerita aku ini disiarkan."
] | [
"Huurrmm natang yg nko ckp nie.. Mcm natang biras aku!natang nie mmng biras aku kata family dia amik! Sbb nk jaga family dia .. Cer nko tanya somi nko?sbb askar biasa amik bnda2 gini.. Untuk jaga diaorg time masuk hutan??"
] |
https://fiksyenshasha.com/jesica-penghuni-hostel/ | Jesica penghuni hostel | [
"Assalamualaikum, Hai semua. Nama saya Dila. Saya berasal dari Sarawak. Sekarang saya menetap di Kuching. Pada petang ini, saya ingin berkongsi kisah seram yang pernah saya lalui semasa sambung belajar. Kisah ini ketika saya belajar di sebuah kolej swasta yang berdekatan dengan pasaraya. Kisah ini mengisahkan ketika saya menetap di sebuah hostel. Semua pelajar-pelajar kolej tersebut pun menetap di hostel tersebut.",
"Dipendekkan cerita, cerita ini bermula pada awal bulan 11 2021 ketika saya baru sahaja mendaftarkan diri sebagai pelajar kolej disitu. Dipendekkan cerita lagi, selesai sahaja mendaftarkan diri ke kolej, saya telahpun dibenarkan masuk ke hostel. Dalam perjalanan saya menuju ke hostel bersama ibu, abah dan adik-adik saya, saya merasakan tak sedap hati dan berasa takut tak tentu arah. Tapi saya cuba untuk tidak melayani perasaan itu.",
"Setelah sampai dihostel, ibu, abah dan adik-adik saya menolong saya untuk membawa barang-barang saya ke bilik saya menggunakan lift. Bilik saya masa tu tingkat 16. Dalam beberapa minit kemudian, saya sampai di tingkat 16, tiba-tiba perasaan saya semakin tidak sedap. Hati saya berdebar-debar dan saya bulu tengkuk saya mula naik secara tiba-tiba, dan saya berkata didalam hati ” Ahhh ini mungkin perasaan aku saja “. Dan saya pun terus abaikan perasaan itu. Pada masa itu, saya sangat gembira kerana dapat bertemu dengan kawan-kawan saya. Sebelum ini kami hanya berkomunikasi dan belajar secara online sahaja.",
"Setelah beberapa hari selepas itu, salah satu daripada kawan saya meminta saya untuk masak mee goreng. Kamipun pergi ke Pasaraya untuk membeli bahan-bahan untuk membuat mee goreng tersebut dengan menggunakan grab. Pada petang itu, saya pun masak mee goreng didapur. Manakala kawan-kawan saya diruang tamu sambil bermain telefon diruang tamu. Sewaktu saya berseorangan masak didapur, saya berasa diperhatikan oleh seseorang. Saya betul-betul merasakan sedang diperhatikan. Ketika saya melihat disekeliling tiada sesiapa pun yang memerhati saya. Saya mengabaikan perasaan tersebut kerana tidak mahu perasaan takut itu timbul.",
"Setelah selesai saya memasak, kami pun makan diruang tamu sambil berbual-bual. Setelah selesai makan , kamipun masuk ke bilik untuk rehat dan membuat kerja masing-masing. Pada pukul 9:34 malam, saya baring dikatil saya. Katil saya masa tu ditingkat atas dan di bawah katil saya adalah kawan saya. Tengah-tengah baring, saya pun videocall dengan tunang saya. Tengah-tengah videocall, saya terdengar bunyi budak berlari dekat tingkat atas. Masa tu saya tergamam dan cuak. Tunang saya hairan kenapa saya terdiam. Tunang saya tanya ” Kenapa sayang diam ??? “. Lepastu saya suruh tunang saya dengar betul-betul apa yang saya dengar. Ya tunang saya juga dengar apa yang saya dengar. Saya teringat balik apa yang kawan saya sama kampung cakap, dia pernah cakap dengan saya bahawa tingkat 17, 18 dan 19 adalah kawasan larangan dan takda saya pun duduk dekat tingkat tersebut.",
"Saya pun harian lah kenapa ada bunyi budak-budak berlari dekat tingkat atas. Lepastu tunang saya suruh saya tidur dan baca ayat kursi. Keesokan paginya, saya tertanya-tanya tentang apa yang saya dengar semalam. Saya dah rasa tak sedap hati langsung. Beberapa hari kemudian, pada pukul 8 pagi, saya tiba-tiba sakit perut. Saya mengadu dekat tunang saya dan mak saya. Mereka suruh saya makan ubat. Tengahari tu, saya memaksa diri untuk tidur supaya sakit perut saya berkurang. Pada pukul 6:15 petang, saya bangun dari tidur, saya ingatkan sakit perut saya sudah hilang tapi semakin sakit. Sakit perut saya tu lain, dia macam ada benda nak keluar dari perut saya.",
"Ok, yang ini kawan saya cerita balik dekat saya apa yang berlaku pada saya. Kawan saya cakap saya pengsan dan histeria. Kawan saya kecoh melihat keadaan saya waktu itu. Kawan saya cakap sewaktu saya histeria, saya memegang dan mengusap rambut dan perut sambil mengeluarkan d***h dari mulut. Kawan saya cakap juga yang saya duduk dalam keadaan mengangkang diatas katil sambil mengusap rambut dan perut. Malah mereka juga cakap, saya ketawa mengilai.",
"Pada malam itu, bapa saudara saya dan isterinya bergegas melihat keadaan saya. Rakan-rakan saya dibilik lain kecoh melihat keadaan saya semakin teruk. Mereka mencuba memanggil senior dan ustaz untuk menyelesaikan keadaan saya. Setelah saya sudah sedar, saya melihat semua orang mengelilingi saya dan saya merasa diri saya kehairanan kenapa semua orang dan rakan-rakan saya mengelilingi saya.",
"Itulah pengalaman saya ketika berada dihostel itu. Sangat seram dan misteri. Selepas kejadian itu saya terus keluar dan berpindah dari hostel tersebut kerana hostel tersebut tidak selamat untuk diri saya. Ada orang cerita dekat saya, nama benda yang merasuk dalam badan saya adalah, Jesica. Dia non muslim dan dia adalah penghuni hostel tersebut. Hostel tersebut juga mempunyai kisah misteri bahawa pernah seorang pelajar perempuan m******h diri ketika mengandung anak luar nikah. Pelajar tersebut membuang diri dari tingkat 18. Dan dia lah penghuni hostel tersebut. Sekian itu sahaja perkongsian cerita dan pengalaman seram daripada saya."
] | [
"Selalunya yg dikatakan hantu tu adalah jelmaan jin qorin, yg mana kematiannya dia sendiri tidak redho, spt b***h diri atau d*****h Apa lg jika ketika hidup dulu jasad tu mengamalkan ilmu hitam, maka lebih kuatlah ilmu jin tersebut. Krn itu kita dikehendaki sentiasa redho dgn setiap dugaan yg menimpa diri kita dgn mengamalkan amalan baik2 dan tidak melakukan perkara mungkar juga yg khurafat agar Allah SWT juga redho keatas kita. InsyaAllah dunia akhirat kita akan selamat."
] |
https://fiksyenshasha.com/emosi-2/ | EMOSI | [
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sebelum ni aku dah pernah hantar cerita SUMPAHAN TINGKAP, terima kasih atas komen yang positif dari pembaca-pembaca yang lain. Lepas kejadian tu memang aku jarang sekali la nak tidur menghadap tingkap, atau kalau sorang-sorang dalam bilik aku nak tutup lampu, dah berteman dalam bilik baru aku berani tutup lampu. Sape-sape yang belum baca cite sebelum ni, boleh ler pegi baca ye.",
"Cerita kali ni aku nak cerita pegalaman aku selepas kahwin, awal tahun 2000-an. Baru-baru kahwin memang aku selalu panas dengan suami aku. Orang cakap biasa lah baru-baru kahwin baru nampak perangai yang sebenar dan seangkatan dengan nya. Tapi bila diingat balik, macam tak logik penyebab kenapa aku panas dengan suami aku. Warning: cerita panjang, taknak baca boleh skip eh. So, let’s goo..",
"Rumah aku ada dua bilik, satu bilik tidur, satu lagi bilik aku jadikan bilik baju. Maklumlah rumah flat baru-baru nak hidup berdua masa tu. Kejadian ni jadi waktu malam, lepas masak dan makan malam, aku jadi serabut, nak marah, aku macam nak pukul suami aku. Ya Allah berdosa nya rasa HAHAHA. Tapi suami aku macam dah faham, kalau aku dah berubah, dia dah standby sama ada kena marah atau bergaduh malam tu. Jadi, suami aku suruh aku duduk rumah dulu, dia keluar kejap bagi masa untuk aku. Lepas dia keluar, aku ni jadi sejuk takde nak marah-marah, tapi ada sesuatu yang jadi kat aku. Aku dengar ada bunyi orang bersembang dekat sebelah bilik tidur aku which is dalam bilik baju aku.",
"Aku dah terdiam, sebab aku tau tu bukan suami aku, sebab aku nampak sendiri suami aku keluar pakai helmet, jadi sape dalam bilik baju tu? Aku dekatkan telinga aku, lama-lama aku dengar, macam bunyi orang bersembang tapi dalam bahasa SIAM. Lama-lama bunyi sembang tu bertukar kepada bunyi macam orang meratib. Terus kembang semua bulu roma aku. Aku tak fikir panjang, aku terus fikir nak capai tudung aku nak keluar rumah. Sementara aku berjalan nak capai tudung dalam bilik aku, aku dengar bunyi tapak kaki belakang aku. Terus aku pusing nak tengok kot-kot suami aku dah balik tapi, bukan ye. Aku cepat-cepat sarung tudung, nak keluar bilik. PAP! Lampu terpadam, ah sudahhhh!!",
"Kaku terus aku depan pintu bilik, masa tu aku pakai telefon nokia yang tekan-tekan tu je, nasib baik telefon aku ada lampu, aku pun pasang lampu dari telefon tu, aku nak suluh jalan ke pintu sebab nak keluar, slow2 aku jalan sambil suluh, yes! dah jumpa pintu, bukak je pintu, aku terus nak bukak gril luar, alamak! Lupe bawak kunci gril, kunci dalam bilik tidur aku. Rumah aku jenisnya dari pintu rumah, ad gap sikit untuk ke pintu gril, maknanya gril aku tak rapat terus kat pintu rumah. Maknanya bila buka gril dari luar, masuk dalam, terus kunci gril, baru buka pintu rumah, so kiranya lagi selamat la macam tu. Ha boleh bayangkan tak? Okay sambung. Hati aku terus berbelah bahagi nak masuk balik ke tak ambik kunci gril, masuk semula, gelap dan ada bunyi suara siam tadi, nak tunggu kat luar, memang tak boleh lepas ke mana dengan keadaan gitu.",
"Jadi aku nekad, patah balik ambil kunci laju-laju lari keluar. KONON. So sebelum aku patah balik, aku suluh dalam rumah, smpai ke siling aku suluh nak kepastian punya pasal. Dah yakin, aku pun melangkah masuk balik rumah, pintu aku biarkan terbuka. Baru beberapa langkah, DUMM! Pintu rumah tertutup dari luar. Dalam hati memang nak mencarut, kena main-main macam ni. Aku pun suluh lantai sebab nak tengok jalan ke bilik, masuk je dalam bilik, ak terus capai kunci, tiba-tiba ada suara belakang aku, “nak tengok?” dengan suara halus berbisik serak-serak. Dalam kepala aku, ape benda dia nak bagi aku tengok ni. Aku malas nak layan, aku suluh lagi jalan nak keluar bilik, tengah suluh-suluh, aku terkaku. Aku tersuluh sepasang kaki tak jauh dari aku! Dalam hati tunggang langgang dah bacaan aku. Itu bukan kaki suami aku ye, tu kaki pucat! Lama-lama aku perasan kaki tu macam makin ke arah aku, tapi dia tak melangkah, cuma bergerak perlahan. Macam ada roda bawah tapak kaki dia. Aku berdoa macam-macam dah, masa ni lah aku rasa menyesal sangat sebab biarkan suami aku keluar rumah. Tiba-tiba..",
"“Nak tengok?”Ahhh sudah, suara tadi lagi, datang dari arah belakang aku. Kaki tadi masih depan aku. Aku dah menangis sebab rasa terkepung dari arah depan dan belakang.“Nak tengok?” lagi sekali suara dari belakang tanya, tiba-tiba.. “krekkk…” aku tau tu bunyi pintu bilik baju aku, sebab pintu tu engsel macam dah karat sikit jadi bila buka memang akan berbunyi. Ah sudah apa benda nak keluar lagi dari bilik tu. Tak lama kemudian aku dengar suara garau dari arah bilik baju, Bahasa siam. Aku terus terduduk, tunduk ke bawah, tangan dah menutup muka sambal mengenang nasib bakal kena makan agakanya dengan benda-benda tu. Tiba-tiba“Yang! kenapa awak tak bukak lampu ni, kenapa awak duduk kat situ macam tu!”",
"Terus aku dongak muka aku suluh depan pintu aku. Rupanya bukan suami aku, tapi ada satu lembaga berbulu besar, hitam. Terus aku menangis meraung. Aku mintak sangat masa tu aku pengsan sebab tak sanggup dah aku nak hadap. Aku kena tipu rupanya, memang kurang ajar. Kemudian lampu menyala, pintu rumah dibuka dari luar. Muka suami aku. Serta merta aku campak telefon yang ada kat tangan ke arah suami aku. Bukan apa, takut kena tipu lagi. Suami aku tangkap telefon tu.“Awak kenapa ni? Menangis bukan main kuat sampai keluar dengar nya. Ada apa-apa ke? Kalau ye stress pun jangan sampai macam ni”",
"Eh eh aku kena marah balik. Kemudian aku diam je tak gerak-gerak, tak tahu la suami ak turunkan ego atau memang rasa serba salah,, dia datang peluk aku sambil mintak maaf sebab tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah. Aku pun menangis la macam budak kecik, tapi ego tetap taknak mintak maaf HAHAHAHA. Jangan tiru aksi ini okay. Dah bertenang semua aku cerita semua kat suami aku. Dia terkejut. Rupanya dua malam sebelum tu dia ada dengar suara yang sama, seakan-akan meratib tapi tak kena ganggu macam aku. Cuma dengar suara je. Agaknya sebab aku nakal sangat kot dia kacau aku sampai macam tu sekali.",
"Lepas kejadian tu aku kadang-kadang was-was dengan suami aku, buatnya yang aku peluk tu bukan suami aku, naya pak karim.. tapi tak adalah teruk sangat keraguan aku tu. Dan aku pun kurang dah nak marah melulu, sebab lepas kejadian tu, suami aku ajak solat dan mengaji bergilir tempat. Contoh malam ni kat ruang tamu, malam esok kat bilik baju, malam esok kat bilik tidur sampai la gangguan tu aku rasa betul-betul hilang. Aku rasa kalau arwah nenek aku masih ada, mesti dia akan cakap, “ HA TULA KAU NANG, DERHAKA LAGI DENGAN SUAMI” kompom dia akan ucapkan ayat tu. Huhu.",
"So kesimpulan nya, jangan lawan suami selagi tak salah di sisi agama okay? Aku bukan derhaka cuma emosi je. Pasal kejadian-kejadian kat rumah tu kami ada tanya dengan ustaz, katanya benda tu cuma lalu, ada menyinggah sebab nampak macam ada aura negatif, dari aku la tu, sebab asyik emosi je dengan suami aku. Kemudian ada kaitan dengan benda-benda lama dari belah suami aku. Mesti tak faham kan? Maknanya mungkin tok nek wan belah suami aku ada membela, takde bertuan ke apa, nak cari tuan baru, kiranya tengah cuba nasib la, tapi nasib baik suami aku jenis solat juga, kalau tak memang hubungan kami berterusan panas. Cuma sampai sekarang kami tak ada rezeki untuk zuriat, doakan kami ya. Okay sampai sini dulu cerita aku. Peace yow!"
] | [
"terbaik, seram, i can feel it, jalan cite mudah paham, kipidap kak, sy peminat cite2 akak",
"Best n kelakar",
"fuhhh seram giler.. meremang baca. nyaris aku egt bergaduh tu sbb kena sihir siam, ada peminat yg jeles sbb dah kahwin… 😆😅",
"perghh…. seram seyhh"
] |
https://fiksyenshasha.com/jengka-angker/ | Jengka Angker | [
"Hai kepada semua pembaca tegar Fiksyen Shasha. Nama aku Amy. Hari ini aku nak cerita tentang pengalaman-pengalaman seram yang aku alami semasa aku duduk di kolej sebuah IPT di negeri Pahang, iaitu Jengka. Kisah seram aku terlalu banyak, tapi aku hanya akan ceritakan dua kisah untuk entry kali ni.",
"Untuk gambaran korang, kolej aku ada 10 tingkat. Satu tingkat ada 10 buah rumah. Satu rumah ada empat bilik dan didiami lapan orang.",
"Cerita ni bermula semasa aku dalam semester dua. Siapa yang biasa duduk asrama atau kolej, korang fahamlah yang dobi selalunya penuh. Kadang-kadang tu beratur di dobi pun tinggalkan bakul je untuk queue. Aku pula sejenis yang malas nak beratur kalau pergi dobi, jadi aku hanya akan pergi dobi pada jam satu atau dua pagi.",
"Ada satu hari tu aku terpaksa pergi ke dobi lewat malam, dalam pukul 2:15 pagi macam tu, sebab meeting aku habis lewat masa tu. Baju pun dah terlalu banyak, musim hujan ampaian pun penuh. Aku pun turun ke bawah (ground floor) di mana dobi kami terletak. Kolej aku berada di tingkat tujuh. Masa aku turun tu, alhamdulillah suasana masih okay dan masih ada beberapa orang student yang sedang berjalan balik dari dobi, jadi tak adalah rasa seram sangat. Aku pun macam biasa, masukkan baju, sabun dan start kan mode mesin basuh tu. 45 minit masa menunggu.",
"“Hmm, lama juga ni. Takkan nak tungguh dekat bawah? Dahlah tak ada orang,” bisik hati aku.",
"Aku pun ambil keputusan untuk tunggu dekat bilik sambil set timer. Sesampainya aku di rumah, aku dapati housemate aku ramai yang belum tidur lagi. Lega hati aku. Tak adalah rasa sunyi. Aku pun duduk dalam bilik sambil scroll Instagram dan Facebook.",
"Masa berlalu dan rumah aku pun semakin sunyi. Housemate aku semua dah tidur. Jam menunjukkan pukul 2:55 pagi. Aku pun call roommate aku untuk tanya dia dekat mana.",
"Roommate aku pergi ke rumah kawan dekat tingkat lain untuk study dan bila aku call, dia cakap malam ni dia tidur di bilik kawan dia. Sebabkan tu aku terpaksa turun ambil baju seorang diri. Yalah, kesian pula nak kejutkan housemate lain yang tengah tidur.",
"Suasana malam tu sejuk sangat. Angin bertiup sayup-sayup dengan ditemani bunyi cengkerik. Aku pun turun lif. Sesampainya aku di bawah, aku rasa lain sangat. Suasana malamtu dengan hujan gerimis, sunyi yang teramat sangat. Aku mula rasa tak sedap hati. Dobi dekat hujung koridor, aku pula dekat tengah-tengah koridor. Dengan berat langkah aku pun pergi juga ke hujung koridor untuk ke dobi untuk ambil baju-baju aku.",
"Dobi macam biasalah, tak ada orang. Tengah aku keluarkan pakaian aku dari mesin, aku perasan kelibat orang berjalan depan pintu dobi. Lega hati aku. Ada juga orang malam-malam buta macam ni. Aku pun sambung masukkan baju yang dah bersih ke dalam beg untuk dibawa ke bilik. Tiba-tiba kelibat tu terlihat lagi dari sisi mata aku. Aku nampak kelibat tu ulang-alik depan pintu dobi tu dengan sangat laju. Pintu dobi dekat situ cuma sebesar satu pintu rumah biasa. Aku tengok jam dah pukul 3:00 pagi. Orang yang lalu tu nak pergi mana? Aku mula rasa tak sedap hati. Yalah, takkanlah waktu macam ni ada meeting pula, kan? Tapi aku cuba buat tak tahu dan abaikan apa yang aku nampak tu.",
"Lepas dah settle angkat semua baju, aku decide nak video call ayah aku yang berada di KL. Sebab ayah aku yang ajar aku supaya jadi berani. Jadi, kalau aku takut, ayahlah orang yang aku mengadu dan minta teman. Aku pun call ayah. Alhamdulillah ayah angkat dan aku pun minta ayah temankan aku naik bilik. Ayah setuju. Tiba-tiba video call tu reconnecting dan sejurus tu aku nampak sepasang mata merah pekat sedang menjenguk aku dari sisi pintu dobi tadi. Badannya besar dan tinggi, berwarna hitam gelap. Aku terkejut sampaikan handphone yang aku pegang terhempas ke lantai.",
"“YA ALLAH! ALLAHUAKBAR!” Aku bersuara. Menggigil aku rasa, satu badan terasa sejuk.",
"“Kenapa? Adik okay ke tu?” kedengaran suara ayah aku memanggil dari video call tadi. Aku terduduk sebab terkejut dengan apa yang aku nampak. Terus aku capai handphone dan berlari menuju ke arah lif. Aku tinggalkan pakaian aku sebab aku terlalu takut aku dapat rasa benda tu masih ada di belakang aku. Dalam lif aku cuba bersembang dengan ayah, tapi mulut aku umpama terkunci. Ayah seolah-olah faham apa yang sedang aku lalui, ayah suruh aku istighfar dan tarik nafas dalam-dalam. Aku dengar dan ikut suruhan ayah. Dalam hati macam-macam bacaan aku cuba baca, tapi apakan daya, yang boleh aku ingat adalah Allah semata-mata. Tak ada surah yang aku dapat ingat masa tu.",
"Lif sampai di tingkat tujug. Aku pun keluar. Aku matikan video call aku dengan ayah kerana aku dah nak sampai rumah, jadi aku minta ayah teman sampau situ sahaja. By the way, Rumah aku berada di hujung koridor, jadi aku perlu jalan ke hujung untuk sampai ke rumah. Sambil handphone letak di poket, aku pegang kunci rumah untuk buka pintu. Masa aku nak buka pintu, aku nampak lagi kelibat yang sama dekat sebelah tangga di tepi rumah aku. Kali ni makin dekat dan aku dapat rasakan macam ada haba di belakang badan. Aku pun cepat-cepat buka pintu.",
"“Asalamualaikum!” Ucap aku.",
"Dengan cepat aku tutup pintu. Rasa lega dalam dada aku sebab aku selamat sampai ke rumah. Aku menjenguk ke tingkap untuk melihat apakah masih ada kelibat itu di luar rumah dan ya! Makhluk hitam tu masih dekat luar dan tak dapat masuk ke dalam. Mungkin sebab aku bagi salam, jadi dia hanya boleh duduk dekat luar. Aku masuk toilet, basuh kaki dan muka, masuk ke bilik dan terus tidur dalam keadaan bilik aku terang benderang. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Takut dan terkejut dengan apa yang jadi. Keesokkan paginya, roommate aku balik dan kejutkan aku untuk solat subuh. Aku demam selama tiga hari kerana terlalu terkejut dengan apa yang aku nampak. Sungguh, itulah pengalaman pertama aku nampak lembaga sebesar itu yang selama ni hanya aku dengar daripada mulut-mulut orang.",
"Selepas semuanya reda, barulah aku cerita apa yang terjadi pada ayah. Ayah pun ada pesan supaya jangan lagi keluar malam-malam buta untuk pergi ke mana-mana. Kalau nak ke dobi pun, ayah suruh ajak kawan-kawan untuk teman dan kalau boleh elakkan pergi terlalu lewat malam. Sejak dari kejadian tu, aku hanya akan pergi ke dobi selepas subuh time aku tak ada kelas, sebab pagi selalunya tak terlalu ramai student yang mendobi pakaian sebab mereka ada kuliah. Sebelum ni, pagi kalau tak ada kelas, aku akan tidur je. Oh, ya. Roommate aku yang tolong ambilkan baju yang aku tinggalkan dekat koridor dobi tu, sebab aku demam.",
"Cerita kedua ni pula dialami oleh aku dan kawan aku. Kawan aku ni dia ada kelebihan sixth sense sejak kecil lagi dan dia sendiri mengaku yang dia ada “penjaga”. Tapi yang bagusnya, penjaga dia tu tak ganggu orang. Kalau tak, dah lama aku lari daripada jadi kawan dia.",
"Cerita bermula pada suatu malam…",
"Aku lepak dekat bilik kawan aku, Lala, yang sixth sense tu, bersama seorang lagi kawan kami, Bibi. So, tiga orang dalam satu bilik. Bilik kawan aku ni ada dua katil. Katil dia menghadap pintu dan sebelahnya ada tingkap besar. Selalunya kami memang akan tutup tingkap kalau waktu dah maghrib. Walaupun tingkap tu hanya menghala ke arah koridor depan rumah pun kami tetap tutup.",
"Kami bertiga sebenarnya lepak untuk selesaikan assignment sama-sama. Masa tu dah maghrib, jadi si Lala pun tutuplah tingkap bilik. Tapi langsir dia tak tutup. Maknanya kami masih boleh nampak luar walaupun tingkap tu dah tertutup. Masa tu pula Lala seorang yany je boleh solat, jadi aku dan Bibi pun tunggu dalam bilik masa Lala pergi solat dengan housemate yang lain dekat depan. Lepas tu si Bibi ni tiba-tiba tanya aku, “betul ke lagu Cindai berhantu, eh?”",
"Aku pun macam pelik tiba-tiba je ditanya macam tu. Aku pun jawablah, “entahlah, Bi. Tapi aku pun ada dengar juga yang orang kata cindai tu maksudnya pontianak.”",
"Lepas tu si Bibi ni pun tiba-tiba je pasang lagu Cindai tu dalam bilik. Aku pun dengar jer lah sekali, sebab aku pun tak percaya tentang kisah mistik lagu Cindai tu. Kononnya aku pun nak tengoklah kesahihan cerita-cerita orang dalam internet tu. Tapi bila Bibi pasang lagu tu sampai habis, okay je. Tak ada apa pun terjadi. Tak lama lepas tu, Lala masuk bilik lepas dah selesai solat dan tanya, “korang buat apa tadi?”",
"Aku dengan Bibi jawablah, “tunggu kaulah.”",
"Then Lala terus buat muka tak ada reaksi. Lepas tu dia pergi dekat tingkap, dia tutup langsir. Aku pelik juga. Aku pandang Bibi, tapi Bibi buat tak tahu je, so aku pun tak adalah tanya apa-apa dekat Lala. Mungkin dia buat macam tu sebab nak privacy kot. Supaya orang luar tak nampak kami dalam bilik ni. Lepas tu kami sambung buat assignment sama-sama sambil pasang bermacam jenis lagu untuk bagi meriah sikit. Aku perasan semenjak Lala tegur kitorang tadi, dia jadi makin senyap dari kebiasaanya. Dia banyak tunduk kepala dan hanya bercakap bila kitorang tanya sesuatu je. Tapi aku anggap dia penat sebab siang tadi dia ada meeting persatuan. Aku tak naklah tegur dia, takut nanti dia rasa tak selesa pula.",
"Beberapa jam kemudian, jam dah menunjukkan pukul 12:01 tengah malam. Aku dengan Bibi decide nak balik bilik kitorang masing-masing. Mula-mula tu Lalatahan kitorang tak bagi balik. Dia suruh tidur dekat bilik dia. Tapi aku dengan Bibi kan tengah “bulan merah”, jadi kitorang tolaklah, sebab tak selesa, takut bocor ke apa nanti susah pula. Lagipun roommate si Lala tu ada, kitorang tak naklah ganggu ketenteraman dia. Awal-awalnya Lala memang seboleh-bolehnya tak nak bagi kitorang balik.",
"Dia kata, “tunggulah subuh esok, tak payahlah balik dulu.” Tapi sebab kitorang berkeras tak nak, dia pun bagi kitorang balik.",
"Lala hantar kitorang sampai pintu and dia pesan, “balik nanti jangan lupa bersihkan apa patut. Basuh kaki, basuh muka semua.”",
"Aku dengan Bibi pandang each other dengan muka pelik. Yalah, tiba-tiba je Lala pesan macamtu. Tapi kitorang balas okay je dekat Lala.",
"Masa dekat lif aku dengan Bibi berpisah sebab rumah Bibi dekat tingkat bawah je. Rumah aku pula kena naik lif. Jadinya, Bibi turun tangga, aku pula tunggu lif.",
"Masa Bibi turun tangga tu, aku pun “hantar” dia dengan pandangan mata sampailah aku tak nampak dia dah. Sambil tunggu lif tu aku mainlah handphone sekejap. Entah kenapa lif malam tu lambat pula, padahal tingkat empat je. Sambil aku tunggu, tiba-tiba aku terdengar suara orang menyanyi berbisik dekat telinga aku, “cindailah mana, tidak berhias.”",
"Suaranya sayup dan terdengar jauh. Dalam hati aku tak rasa apa-apa dan aku memang agak si Bibi yang nyanyi lagu tu. Sebab yalah rumah dia dekat bawah je. Suara dia confirm boleh dengar kalau dia bercakap atau menyanyi. Tambahan pula waktu malam tu sunyi, memang suara tu jelas kedengaran dekat telinga aku.",
"Lif sampai, aku masuk dan naik ke tingkat tujuh. Aku keluar lif dan sekali lagi aku terdengar sesuatu, cuma kali ni versi ada yang humming lagu cindai part “cindailah mana, tidak berhias” tu juga dan bunyi dia sama juga, sayup. Aku dah rasa pelik sebab takkanlah suara Bibi yang dekat tingkat tiga boleh dengar sampai atas? Memang tak logik dah ni. Aku terus cepat-cepat pergi ke rumah aku, masuk, bagi salam dan kunci pintu. Kalau diikutkan terus nak masuk tidur, tapi aku teringat Lala pesan suruh bersihkan apa yang patut. Yalah, aku pun tengah kotor masa tu.",
"Aku pun selesaikan apa yang patut dan terus masuk ke bilik untuk tidur. Rumah aku meriah sebab housemate aku semua belum tidur lagi, tengok movie dekat ruang tamu. Jadi aku pun ambil kesempatan untuk tidur time tengah meriah tu. Nanti kalau dah sunyi susah pula aku nak tidur.",
"Esok petangnya, aku, Lala, Bibi dan beberapa orany group mate lain berjumpa lagi untuk assignment. Tapi kali ni kitaorang jumpa dekat medan selera. Kami pun discuss macam biasa, sampailah diorang decide nak break sekejap dalam 10 minit. Bibi bisik dekat aku, dia tanya, “malam semalam kau ada kena benda pelik-pelak tak?”",
"Aku jawablah, “takde. Kenapa?”",
"Awalnya aku tak bak cerita sebab aku tak nak buat suasana jadi seram. Tiba-tiba Bibi buka cerita. Rupanya semalam masa kitorang terpisah masa nak balik dari bilik Lala, lepas je turun tangga tu, dia dengar aku panggil dia, “Bibi! Bibi!”",
"Lepas tu dia menyahut panggilan tu. Dia jawab, “apa?”",
"Lepas tu suara tu senyap sekejap, then lagi sekali dia dengar suara tu memanggil nama dia. Kali ni dia naik balik ke atas sebab dia ingatkan aku panggil. Alanglah terkejutnya dia, bila dia naik, aku tak ada dekat situ dah (aku dah lama masuk lif masa tu) dan dia terdengar suara yang sama memanggil dia tu mengilai, “hihihihi!”",
"Teruslah si Bibi ni balik ke bilik dalam keadaan hati berdebar.",
"Lala yang terdengar Bibi bercerita pun bukalah cerita versi dia. Dia kata masa dia tegur kitorang buat apa tu, sebenarnya dia dah nampak ada benda berupa cik ponti yang berambut panjang kusut, berbaju lusuh warna putih kemerahan sedang bertenggek dekat balkoni depan tingkap bilik yang kitorang lepak malam semalam tu. Sebab itulah Lala terus tutup langsir dan tunduk sepanjang malam, tak berani angkat muka, sebab dia kata bayangan benda tu ada dalam bilik dia dan sebab tu juga dia tak bagi kitorang balik sebab dia risau kitorang kena ganggu. Tapi dia tak naklah bagitahu kitorang masa tu, sebab tak nak kitorang takut bila tahu yang benda tu memang ada dekat depan bilik tu.",
"Bila diorang cerita part diorang, aku pun share cerita apa yang aku alami malam semalam. Lala pun cakaplah dekat aku, “kau tahu tak, orang kata kalau suara benda tu jauh, maksudnya dia dekat dengan kita.”",
"Meremang aku jadinya lepas Lala cakap macam tu. Mana taknya, dua kali kot aku dengar suara tu. Dari tingkat bawah ke tingkat atas, maksudnya benda tu ikut akulah, kan? Hmm.",
"Tapi Alhamdulillah tak ada apa yang lebih teruk berlaku dan kitorang tak adalah berani nak test-test akan kesahihan sesuatu cerita mistik di tempat angker dah. Tak tahulah benda ni jadi secara kebetulan ataupun memang lagu cindai tu yang mistik. Tambahan lagi ada ura-ura mengatakan tapak kolej kami tinggal ni dulu hutan dan sebelum dijadikan kolej, tempat ni pernah dijadikan tempat ustaz buang “benda” ghaib ni. Ada aku dengar ustaz tu lepaskan dua bas penuh “benda” tu dekat sini. Sebab itulah tempat ni angker. Tapi cerita sebenar Wallahualam. Allah sahaja yang tahu.",
"Yang benar, Amy."
] | [
"Very nice",
"Kolej apa ni? UiTM ada sampai 10 tingkat ke?",
"terbaik dik cite ko, aku tunggu lagi akan datang",
"fuhh terasa betullah keseramannya.. nanti bleh share lg stori lain 👍🏽👍🏽",
"Arwah pakcik aku mmg asal jengka, anak peneroka terawal n dia pernah cerita n tunjuk pada aku tempat2 n kawasan yg keras di sekitar jengka termasukla uitm jengka.\nArwah x sempat cerita banyak sebab kami jarang berjumpa",
"Cindai tu bukanlah pontianak melainkan ianya nama sejenis kain Cindai ,digunakan zaman abad 15 sebagai kain kalis peluru ,kalis tajam ,sakti ,selalu dijadikan sampin atau pelapik badan waktu perang ,kaum hawa memilikinya kerna cindai tu cantik..tapi kain cindai itu selain material berkualiti tinggi ,yg menjadikan ia kalis peluru ,kalis api ,sebabkan ada khadam tersendiri..khadam itu yg adik gelarkan as a kak ponti.. sayang ko adik ,haha"
] |
https://fiksyenshasha.com/flat/ | Flat | [
"” Aku nak cari rumah sewa lainlah ” Manap tiba-tiba bersuara. Aku berhenti belek baju pada rak. Pandang dia. Hari tu aku dengan Manap cuti, tukar syif. Pagi tadi balik lepas syif malam. Petang ni dia ajak keluar window shopping. Kami dalam salah satu pasaraya di tengah bandar Klang.\n” Rumah sekarang kenapa? ” soalku. Kami melangkah keluar. Dia belum jawab soalanku. Kami turun ke basement di mana di situ ada food court, fast food. Pilih salah satu gerai yang ada di situ. Sambil tunggu order makanan dan minunan, Manap sambung cerita. ” Ala kau bukan tak tau rumah aku tu, ramai sangat….dahlah rumah flat, mandi yang paling payah. Kalau kena 1 syif semua berebut.” Aku angguk setuju. Blok rumah flat Manap tidak jauh dari blok yang aku duduk. Aku pun tahu dia duduk satu rumah hampir 10 orang. Bilik 2 je. Bilik mandi 1 toilet 1. Masalah. ” Jadi kau nak pindah mana?” Sedut air minum horlicks kegemaranku. ” Aku plan nak pindah blok sebelah tu, dah call owner. Dah ajak 3 orang serumah aku tu sekali. Kau nak tau? Ni yang best…sewa murah!” Dia bicara semangat.",
"” Murah? Murah sangat ke? ” pandang dia serius.\n” Sangaatttt murah” dia senyum pandang aku.\n” Yalah berapa murahnya?”\n” RM150, tingkat 1, 3 bilik tidur, 1 toilet dan bilik mandi, ok tak? ” dia kenyit mata padaku. Aku terlopong sekejap. Aku saja sewa bilik rm200. Belum masuk bil. Tapi dalam hati musykil juga. Kenapa murah????\nAku menggalakkan dia untuk pindah segera dengan janji aku akan tolong angkat barang dan kemas sekali. Perbualan kami mengenai rumah sewa terhenti di situ. Kami sambung makan.",
"Dua minggu selepas perbualan kami mengenai rumah sewa murah tersebut, Manap akhirnya maklumkan bila tarikh pindah, aku ambil cuti sekali. Manap pun cuti sebab banyak benda kena angkut dari blok sebelah. Baru pula aku perasan tingkat yg Manap maksudkan. Pandang dari bawah sambil jinjing beg baju Manap. Kenapa cermin tinted gelap? Hmmmm. ” Woi sinilah” suara Manap pecahkan lamunanku. 3 rakannya turut sibuk angkut barang turun naik. Sebelum masuk beri salam. Wah luas. Oh ini patutnya lot untuk pejabat. Luas juga. Tapi dalam hati masih bermain soalan. Kenapa murah? Dah tu owner tak nak pula duit deposit. Curiga. Sebab mereka semua bujang, tidak banyak barang keperluan yang di bawa. Aku.bantu seharian juga mop lantai, lap cermin semua. Beli tikar baru dan apa-apa yang patutlah. Sebelum balik mereka semua berterima kasih sebab bantu. Sempat juga buat makan malam sebelum balik. Makan sekali. Jadinya mereka berempat pindahlah ke rumah sewa flat baru. Aku langkahkan kaki pulang. Seharian sibuk, lepas solat isyak saja terus koma😅",
"3 minggu pertama, Manap ku lihat agak ceria. Yalah selesai masalah pasal rumah. Hati senang, semua kerja pun jadi senang. Aku dengan Manap kerja satu kilang di shah alam. Kawan dia yg tiga orang lagi kerja kilang lain. Aku dengan dia ni memang rapat, rehat kerja ke mesti makan sama. Ada masalah sesama kamilah mengadu. Tak kiralah sebab kerja atau personal. Masuk sebulan lebih, perasan ada sedikit perubahan pada Manap. Kuat mengantuk tempat kerja, terutama bila syif pagi.",
"” Kau dah kenapa? Kebelakangan ni macam lesu? ” soalku pada satu hari masa dalam perjalanan balik. Mana tak risau, kadang aku tumpang motor dia. Kadang aku balik naik bas kilang. Masa tu tumpang motor dia. Menguap tak brenti dari start naik motor. ” Aku ok jangan risau.” Dia balas kuatkan suara. Tarik nafas lega aku sebaik sampai di bawah flatku. ” Malam karang aku lepak rumah kau ya?” Suaranya mendatar. Aku angguk saja. Dia start motor berlalu pergi.",
"Selesai mandi semua, lepas makan dengan kakak, aku lepak bilik. Pakai handsfree. Layan lagu kegemaran. Tak lama dengar kakak ketuk pintu bilik. ” Ya kenapa?”\n” Ni ha Manap datang ni, dari tadi.bagi salam kau tak dengar” kakak membebel. Aku bingkas bangun. Manap masuk sengih. ” Masuk Manap. Jangan malu-malu. Sori aku tak dengar tadi” aku duduk sandar pada dinding. Manap turut sandar. Katil bujangku jadi sofa kami.\n” Kau layan lagu ke? ”\n” ha’ah. Bosan kan” balasku.\n” Kejap kau duduk sini, aku buatkan air kejap” aku keluar buatkan air Milo kegemarannya. Buat 1 jag terus, offer kakak sekali. Kakak cakap dia letih dah nak masuk tidur. Awal lagi…baru jam 8 malam.\nLetakkan atas lantai air minum dan sedikit biskut dalam pinggan. “Minum jom” pelawaku. ” Ni yang aku suka lepak rumah kau ni, tak payah suruh buat semua” dia berpindah sila di depanku.",
"” Aku ada benda nak ceritalah” dia mulakan bicara. Dalam hati aih macam serius.\n” Kan kau ada tanya tadi kenapa aku nampak lesu? Aku tak jawab lagi kan? Ok aku jawab sekarang. Rumah aku tu…..macam ada yang tak kenalah” aku berhenti mengunyah biskut. Pandang dia mata bulat.\n” Kau percaya tak benda mistik?” Soalnya. Aku angguk saja.\n” Kenapa?” Soalku pula.\n” Beginilah, nanti malam jumaat kau tidur rumah aku nak?” Aku angguk saja. Tapi dalam hati makin banyak soalan tidak terjawab. ” Malam ni izinkan aku tidur sini ye? Dah lamalah aku tidur tak nyenyak” aku angguk saja.\n” Jangan kata malam ni, tiap malam pun bole kalau kau Manap” dia sengih.\nKenyang makan biskut dan minum air milo, dia minta izin nak tidur dulu. Aku kesian dia pula. Macam seminggu tak tidur. Tak sampai 5 minit dia dah lena. 10 minit kemudian dengkurnya kuat hahahaha. Aku keluar bilik, hidupkan tv. Tak lama lepas tu tv tengok aku hehehe.",
"” Ya Allah lamanya aku tak tidur lena macam semalam” Manap luah perasaan. Aku dengar saja sambil suap nasi lemak. Kami berada di kantin sebelum tukar syif.\nTiba harinya, dah beritahu kakak akan bermalam di rumah Manap.\nSebaik melangkah ke anak tangga untuk naik ke tingkat 1 di mana rumah sewa Manap berada, aku rasa tak sedap hati. Berhenti melangkah. Kepala rasa kembang. Bulu tengkuk berdiri. Kaku.",
"” Laaa kau dah kenapa? Sinilah” Manap turun semula tarik tangan aku naik. Masuk, beri salam. Sepi. ” Yang lain dah tidur, ada yang keje malam, masuklah” Manap pelawa. Aku terus duduk sofa, hidupkan tv. Manap sibuk di dapur. Entah apa dia buat. Layan drama melayu, pindah tengok chanel lain. Tengok sekeliling. Aura negatif terasa sangat. Manap keluar letakkan depan meja tv, 1 jag air sirap ais, biskut kering. Aku terus tuang air dalam gelas.\n” Nanti kau nak tidur luar ke atau dalam bilik?” Soal Manap. ” Eh biliklah. Takkan tidur luar ni pula. Luas semacam” jawabku selamba sambil kunyah biskut. Tidak perlu pun apa-apa penjelasan dari dia kenapa ajak bermalam. Dia dah bagi sedikit clue siang tadi. Borak kosong sampai mengantuk. Kami berpindah ke dalam bilik tidur Manap.",
"Jam tunjuk dah jam 11 malam. Mataku dah kantuk sangat. Terus tertidur. Manap pun sama.\nTak lama aku terbangun. Entah berapa lama dah lena. Terdengar dari dapur bunyi orang masak. Siapa masak tengah malam? Agakku sekarang jam 1 atau 2 pagi. Aku bangun duduk atas katil. Cuba amati betul-betul.\n” Inilah yang menggangu kami semua tiap malam” aku terkejut. Spontan pandang belakang. Manap entah bila bangun. ” Bunyian ni semua hanya akan berhenti masa dekat azan subuh. Macam manalah aku nak tidur lena?” Manap ikut duduk sambil berbisik. Aku angguk. Rasa seram bercampur baur dengan perasaan ingin tahu. Di luar pintu bilik terdengar bagai ada ramai orang sedang makan makan. Rasa bagai ada lebih dari 20 orang bunyinya. Meriah sungguh. Bunyi orang masak di dapur makin kuat. Kuali periuk berlaga laga. Lain lagi bunyi orang berbual di ruang tamu. Entah apa yang di bualkan dengan rancak. Aku cuba pasang telinga, tetap tidak dapat fahami biji butir. Bulu romaku tegak berdiri. Aku urut tengkuk.",
"” Kawan lain tak perasan ke? ” soalku.\n” Perasan, tapi diorang pun macam kita sekarang, tak berani keluar bilik” jelas Manap.\n” Tak boleh jadilah macam ni manap. Kau kena pindah. Kalau tiap malam macam ni, boleh sakit tak cukup tidur….patutlah sewa murah, deposit pun tak nak ambik” bebelku sambil berbisik. Manap angguk.\nPerlahan aku bingkas bangun. Manap tarik tanganku dengan mata terjegil. Aku tarik semula. Pantas tarik tombol pintu meluru keluar, hidupkan semua suis lampu ruang tamu. Suasana jadi terang. Tiba-tiba semua suara dan bunyi dari dapur hilang. Masuk ke dapur, semua seperti sediakala. Tersusun kemas. Hmmmm…..perlahan kawan-kawan Manap keluar bilik. Manap ikut keluar, tapi bagai arnab takut kena tangkap pemburu lagaknya. Mata melilau sana sini.\n” Beginilah, bagus start esok carilah rumah sewa lain, tak bolehlah biar macam ni…nanti kamu semua jatuh sakit, badan sakit mental pun boleh sakit” semua angguk lepas dengar aku bersuara. Semua masuk bilik semula. Semua lampu ruang tamu aku biarkan terbuka sampai pagi. Senyap pula lepas tu.",
"Esoknya Manap minta kebenaran bercuti. Berpakat cari rumah sewa lain dengan rakan serumah. Aku balik kerja, Manap dah pindahkan semua barang. Owner rumah lama pun tak ambil duit sewa bulan tersebut sebab baru 15hb. Manap nak bayar juga tapi owner tak nak ambil. Dia faham kot apa yang berlaku. Lepas tu baru dengar cerita dari jiran sebelah, memang tak pernah ada yang bertahan lama sewa rumah tersebut, paling lama sebulan. Ni kira pecah rekod Manap sewa sebulan lebih. Bila aku tanya jiran depan rumah ada dengar tak bunyi bising dalam rumah? Dia cakap tak pernah pula.\nCuma yang dia tau, sewa murah. Setakat tu je la.\nSelepas Manap dan rakan serumah pindah, tak ada lagi gangguan. Biarlah sewa ikut harga standard asal dapat tidur lena tanpa sebarang gangguan. Rumah tu? Masa aku tinggalkan Klang, ada lagi….tapi tidak bpenghuni. Sekarang entahlah."
] | [
"HAHA APSAL X JERIT DARI DALAM BILIK “MEE GORENG XMO TOGEY, TELOR MATE 1, AIR TEH O AIS 1” .☺☺ NI SUME MUNGKIN SBB DORG TERLUPA NK WAT BACAAN YASSIN N AZAN PNJURU RUMAH MASE MEMULA MASUK UMAH TU DULU..",
"Dah terdesak restoran bunian tu",
"Dah tersewa restoran bunian tu",
"Semakin dibiarkan kosong, makin berpenghuni la rumah tu"
] |
https://fiksyenshasha.com/condo-sambungan-rumah-banglo-ayah/ | Condo (Sambungan Rumah Banglo Ayah) | [
"Salam dan Hi semua.\nOk saya nak sambung plak cerita pasal condo saya. Saya beli condo tahun 2017 and then moved in tahun pertengahan 2018. Condo tu terletak di jalan ipoh (Jalan Sultan Azlan Shah) bersebelahan dengan Tesco Extra Selayang.",
"Mase move in tu, saya dapat offer kerja di company lain. So sementara tunggu report in date, saya amik opportunity ni untuk pindah and selesakan diri dengan rumah baru la. Condo saya ni mase beli memang fully furnished (Alhamdulillah tak yah spend duit untuk beli kerusi,meja, katil bagai). Yang paling best kitchen dia. Siap full set complete dengan induction cooker, peti sejuk, build in microwave and oven. Saya ni suka memasak. Wife saya, Lya, memang suka bila saya masak. And saya suka buat baking. Baking cookies and cakes tapi saya bukan chef.",
"Alkisahnya, satu hari mase tgh tunggu cookies dalam oven, time tu dah pukul 1 pagi. Saya pun kemas2 la barang2 uli tepung dan perkakas lain yang kotor and masuk dalam sinki. Dari hujung mata, saya nampak satu kelibat dekat balcony. Terkejut jugak la tapi husnuzon ckp mungkin reflection patulan dari lampu kene sliding door balcony. So saya pon buat taktau and mula basuh alat2 perkakas semua.",
"Selesai basuh and kering kan, krrringgggg, bunyi oven tanda cookies dah siap. Saya pon keluarkan and sementara nak sejukkan cookies, saya pon keluar ke balcony untuk amik oxygen. Tgh sedap dok fuhh fuhh, tetiba saya rasa angin tiup betul2 belakang tengkok dan telinga padahal takde pon angin malam tu. Badan rase seram sejuk pulak. Cepat2 padam kan putung and masuk dalam, masuk cookies dalam balang, tutup lampu and masuk bilik. Lya dan anak sulung saya dah dibuai mimpi.",
"Saya pon baring atas katil tarik selimut and tido menghadap anak sulung saya yang tido di toto atas lantai. Mase tgh syok tido, tetiba terasa nak nak buang air. Bukak2 je mata, jengggg, anak sulung saya berdiri betul2 sebelah saya dengan rambut Panjang dia tutup muka . terkejut beruk, hampir2 nak flying kick. Saya panggil nama anak saya, dia tak jawab. Tiba2 dia menangis, saya selak rambut dia tapi mata tertutup. Saya pon kejut kan Lya and both of us cuba tenangkan dia. Sekali dia bukak mata. Rupa2nya dia sleepwalking or something (bukan bejalan pon). Dia ckp dia mimpi ada aunty ajak dia main. Bila dia taknak main, aunty tu marah dia.",
"Saya dalam hati.. aik, Sampai ke rumah baru kau ikut aku yea. Haha. Saya pon baca doa, and then tido kan anak and tido. Mase tido tu, mcm2 bunyi dengar dekat runag tamu. Bunyi tapak kaki berjalan la, bunyi tv bukak tutup and paling takut sekali, bunyi orang tua kekek kekek gelak. Esok tu, dalam pukul 6.45 lepas solat subuh, saya pon keluar nak pergi beli nasi lemak. Mase masuk lift nak turun ke car park, saya perasan ade benda putih mcm kain dok follow masuk sekali betol2 belakang saya and saya dapat merasa benda tu diri betol belakang saya. Tak tau la hantu jenis ape.",
"Saya bertahan la sepanjang jalan turun ke car park. Sampai saje dalam kereta, saya bercakap “kau dah ganggu aku and keluarga untuk 1 malam ni. Dah have fun. Now mase untuk kau pergi tempat lain and ganggu orang lain. Kau nak naik kereta aku boleh, tapi sampai keluar condo ni, kau pon kene berambus. Tetiba semangat berani keluar padahal say ani penakut. Mase tgh drive kete turun ke exit memang rase berat and sejuk je kereta, padahal tak pasang aircond. Bila exit je condo, tetiba kereta rasa ringan. Lepas beli nasi lemak, saya balik ke condo and then call ustaz. Dia ckp baca Ayatul Qursi and 3 Qul dekat 4 penjuru rumah. Azan mengadap kiblat dekat tgh2 ruang tamu. Saya pon buat la. Alhamdulillah, sampai sekarang, tak de lagi gangguan. Ok la nanti kalau ingat cerita2 pengalaman lagi, saya akan cerita. BYE!"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/rumah-banglo-ayah/ | Rumah Banglo Ayah | [
"Rumah ayah saya terletak betul2 di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur di Taman Tasik yang sangat popular dengan ferris wheel dulu dan teater kebudayaan. Sekarang tempat tu femes kalau nak naik basikal and e-scooter (anda tau taman tasik mane?).",
"Ayah saya beli tanah dekat sana dalam sekitar tahun 2005 and rumah siap dalam tahun 2007. Kami semua pindah ke rumah tu penghujung tahun 2008. Dari dulu kami sekeluarga duduk rumah teres tak pernah tersangka dapat bina and duduk rumah banglo. Alhamdulillah rezeki ayah dapat capai cita2 bina rumah idaman.",
"Kawasan tanah rumah sebelum tiang besi dipacak semen ditabur, dekat tengah2 tanah ada satu pokok besar. Pokok tu sangat besar dan menakutkan siap ade dahan2 yang Panjang sampai ke rumput dia jatuh. Suatu hari contractor yang bina rumah telefon ayah saya cakap ade satu bekas tempat sembahyang dekat dengan colok bagai dekat pokok tu. Ayah saya pon cakap la alihkan, tapi dengan cara yang betul.",
"Banyak kali saya terfikir2 sampai sekarang, kenapa rumah ayah saya banyak kejadian seperti saya cerita dalam kisah saya sebelum ni (Ponti melawat anak sulung, Ganguan lepas anak ke 2 dilahir, dan Aziz, Si Abang Jaga) sedangkan rumah dibina baru dan bukan rumah ketinggalan. Lepas ayah saya cerita ttg tempat sembahyang dekat pokok tu, baru saya macam. Ohhh now it makes sense.",
"Sampai sekarang rumah tu masih ada aktiviti-aktiviti mistik. Tapi dah bertahun lama duduk. Kami semua dah immune. Benda-benda mistik ni rancak time-time malam-malam , tengah pagi, especially time solat sunat tahajjud dan time nak solat subuh. Waktu siang, ade jugak. Ada satu time tu, mase tengah hari, mak saya kene usik mase dia mandi.",
"Sampai menjerit la dalam toilet. Saya pon cepat-cepat lari la ke bilik parents. Risau kot-kot mak terjatuh ke ape. Lepas mak cerita apa berlaku (ade orang tampar and Tarik rambut dia time mandi), saya pon maki-maki dekat benda yang saya tak nampak. Klakar pon ade gak sebab marah dengan angin. And then bingkai potret yang berat besar gantung dekat dinding hentak dengan kuat.",
"Paling kerap adalah perempuan berdiri dekat hujung katil. Ada sekali ustaz yang ajar kami mengaji tumpang solat dibilik, time dia nak solat, dia perasan ade satu benda memerhatikan dia, sah. Perempuan mistik pakai baju hitam dok tgk ustaz. Terus ustaz stop, ruqyah kan bilik tu and then continue solat. Tapi hilang sekejap je, lepas tu dia dtg balik. Banyak orang dah terserempak dengan benda ni dekat bilik, baca doa ke, Ruqyah ke, hilang sekejap pastu datang balik. Mcm benda tu dah sebati dengan bilik tu. Taktau la ade kene mengena dengan pokok yang dulu tercacak dekat tanah rumah.",
"Pontianak dah biasa dah. Dok terkekek kekek ngilai luar rumah. Tapi skang time covid ni. Slow dah tak selalu. Ade tu ade.. tapi dah tak selalu. Mungkin sebulan sekali. Macam dia singgah and then go. Macam2 la. Tak glamour pon duduk banglo. Lagi scary kot. Dah la besar and then ade mistik2 ni. Tapi disebabkan ahli keluarga dah immune dengan kene kacau.",
"So bertahan la diorang. Saya lepas kawin dah ada nak sulung saya, saya dengan Lya pon pindah ke condo di KL jugak. Condo paling tak suka bila naik lift sorang-sorang awal-awal pagi atau lewat malam. Itu saya cerita kisahnya nanti. Itu saje kisah tak menyeram. This is just to share the history of my dad’s house and kenapa banyak mistik seperti ape saya ceritakan sebelum ni. See you next time. BYE!"
] | [
"Alamak, baru bercadang nak beli rumah banglo sebab dah jenuh tinggal dengan jiran-jiran tak munasabah.",
"Masih duduk ke kt kondo tu atau dah kosong?",
"ulang alik kondo rumah ayah.",
"Tengah bandar ada ponti… 😱",
"I selalu kalau lalu dengan my husband area tasik tu tengok tengok rumah banglo besar tu and selalu bayang if dapat satu rumah centu… hahahahaha tapi bila anak ramai la kalau duduk berdua tu lambatttt lagii"
] |
https://fiksyenshasha.com/aku-zila-dan-plkn/ | Aku, Zila dan PLKN | [
"Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua peminat FS. Kali ni saya akan kongsikan salah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan sewaktu menyertai PLKN di Perak.",
"Saya antara ribuan pelajar yang terpilih menyertai program PLKN. Awalnya semua tampak ceria dan gembira. Kami berkumpul di lawasan lapang, beratur, menunggu giliran bas untuk bergerak dan semuanya seakan tidak sabar untuk tiba ke destinasi. Dalam bas yang mulanya sunyi sepi, kini bertukar riuh. Kami bernyanyi dan bergelak tawa bersama. Dan di sinilah bermulanya sebuah perjalanan yang tak pernah saya bayangkan.",
"Perjalanan tidak begitu jauh memandangkan saya juga berasal dari Perak. Dari jalan besar, masuk jalan kampung dan seterusnya masuk ke kawasan yang jauh kedalam. Perasaan saya ketika itu hanya biasa saja. Tidak ada apa-apa yang menakutkan dan pelik walaupun melihat banyak pokok-pokok dan semak samun di kiri dan kanan jalan. Sebaik sahaja sampai, kami terus dikumpulkan dan sudah mula sibuk mengejar jadual. Pendaftaran, pembahagian baju, kasut, dan sebagainya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.",
"Kami mula dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Dari kumpulan besar hingga kumpulan kecil. Juga termasuk kumpulan di bilik tidur. Dorm kami ramai dan boleh juga dibahagi untuk beberapa kumpulan lagi. Antaranya kumpulan Ghaib, Sedang dan Hot. Ghaib bukanlah beerti dihuni para bunian atau makhluk ghaib tetapi mereka ini jenis tak mahu bergaul. Hanya buat hal sendiri saja. Hanya ada masa tertentu mereka akan datang berbual. Itu pun hanya sepatah dua kata. Kedua, kumpulan Sedang. Ahlinya tak berapa nak pendiam tetapi tidak juga huru-hara. Kumpulan yang selalu membuat cubaan berinteraksi dengan si Ghaib tetapi selalu gagal. Ketiga, kumpulan Hot. Luarannya biasa saja tetapi disebabkan keyakinan diri mereka lebih tinggi, mereka menggelarkan diri mereka sebagai Hot. Mereka selalu membuat kecoh, angkuh dan juga kuat membuli. Mangsa tentunya dari kumpulan pertama.",
"Oh ya, kumpulan Hot ini mempunyai seorang ketua. Lisa, bukan nama sebenar. Orangnya kasar, dan suka membuat kacau. Tetapi sebenarnya dia bukanlah siapa-siapa. Rupanya dalam ramai-ramai, ada seorang dari ahli kumpulan Sedang yang sangat misteri. Saya ingat-ingat lupa sama ada sebelah ibu atau ayahnya berasal dari Indonesia tetapi sudah pun mendapat taraf penduduk tetap. Zila, bukan nama sebenar. Orangnya kecil molek, wajahnya sedikit unik dan berasal dari Selangor. Entahlah, wajahnya ibarat wajah Melayu lama. Manis dan berkulit sawo matang. Tetapi agak seram bila tersenyum. Tak tahu hendak gambarkan bagaimana. Setiap kali tersenyum, matanya seperti memandang tajam. Senyumnya pula bukanlah sinis tetapi seperti tersenyum memandang sesuatu ke arah kita.",
"Setiap malam, apabila semua sudah terlena.. Pasti saya akan terjaga. Sesiapa yang pernah membaca coretan saya sebelum ini, pasti sudah tahu bagaimana saya selalu terkena. Perasaan seperti ada yang memandang walaupun saya memejamkan mata. Rasa setiap gerak ada yang memerhati. Tak selesa hendak tidur. Bukan setiap masa tetapi selalunya terjadi dalam pukul 2 pagi ke atas. Dan perasaan itu akan hilang tiba-tiba. Saya, bukanlah jenis yang hijab terbuka sentiasa. Tetapi bila teringat kata Ustaz yang hijab saya jenis terbuka dan tertutup sendiri ni semakin menjadi-jadi pula. Saya yakin, ini bukan sebab perasaan semata.",
"Setiap malam kami wajib memadamkan lampu dibilik bila tiba waktu tidur. Kebetulan saya juga tidur bertentangan dengan katil si Zila. Ingat tiga kumpulan di awal tadi? Ya, kumpulan ini juga dibahagi mengikut kawasan. Jadi kami yang kumpulan Sedang, duduk diruangan tengah bilik. Lupa, Zila punya rambut yang sangat panjang hingga melepasi pinggang tetapi tidak mencecah lantai.",
"Setiap hari, Zila punya satu tabiat. Dia akan bangun di awal pagi lebih kurang pukul 3 pagi. Dia akan bangun menyikat rambutnya yang panjang itu. Bayangkanlah didalam gelap tetapi masih boleh dilihat, pukul 3 pagi ada orang sikat rambut panjang dihadapan kita. Sudahlah membelakangkan badan pula. Aduhh.. Yang buat tak keruan tu sebab saya yang akan terjaga, kedua rambut panjangnya dan ketiga ini yang paling saya tak suka. Dia akan menyanyikan satu lagu sambil menyikat rambut. Tiada lirik, hanya bunyi dibibir saja. Pernah tonton lakonan Maya Karin didalam Pontianak Sundal Malam? Hah, begitulah lebih kurang.",
"Hmmm.. Hmmm. Hmmmm……. Perlahan tetapi jelas. Sikatannya perlahan, satu persatu. Dan dia akan menarik rambutnya ke depan untuk menyikat hingga kebawah. Dia tidak akan menoleh ke tempat lain. Habis menyikat Zila akan terus berbaring dan tidur. Walaupun kita menyapa, dia tidak akan sesekali menjawab. Disebabkan saya sudah biasa, saya hanya akan menarik selimut menutup muka.",
"Lisa kerap kali cuba mencetuskan perbalahan bersama Zila. Tetapi Zila hanya tersenyum sahaja. Mungkin berang tidak dilayan lalu dia terus meluru mengambil makanan di dalam loker Zila. Sudahlah ambil tanpa bertanya, dia juga melanggar badan Zila hingga jatuh terduduk. Namun dia hanya mendiamkan diri. Saya fikir mungkin kerana dia takutkan si Lisa atau mungkin juga malas bergaduh menyebabkan dia hanya mendiamkan diri. Namun, saya perasan sesuatu. Zila memerhatikan Lisa tanpa mengerdipkan matanya. Pandangannya tajam. Seperti menahan api kemarahan.",
"Malam itu, sunyi. Tidak riuh seperti selalu. Zila juga begitu, tidak berjenaka seperti biasa. Agaknya masih marahkan kejadian siang tadi, fikir saya. Katil Lisa jauh dihujung sana. Sedang kami mula lena, saya terdengar bunyi yang aneh. Seperti bunyi orang tercekik. Tetapi hairan juga, siapalah yang curi makan lagi dalam keadaan gelap gelita. Saya hanya biarkan saja, takut-takut tersilap dengar. Tetapi semakin lama, bunyi semakin kuat. Saya bingkas bangun dan menggerak beberapa rakan lain. Setelah diamati rupanya bunyi itu datangnya dari katil Lisa!",
"Ya Allah, Lisa seperti dicekik! Tangannya memegang leher dan kakinya menendang-nendang katil. Matanya hanya memandang ke atas. Habis kelam kabut satu dorm. Waktu itu terasa sejuk yang lain dari biasa. Meremang! Kami cuba membantu sambil rakan lain membaca ayat suci Al Quran. Dan bila tersedar, Lisa menangis ketakutan. Katanya dia sedang tidur tiba-tiba dia terasa bagaikan dicekik kuat hingga sesak nafas! Kami mula kecut perut. Macam-macam perkara mula bermain di minda. Antaranya tapak kem ini berhantu.",
"Selang beberapa hari selepas kejadian Lisa dicekik… dorm kami gempar pula apabila Anna, bukan nama sebenar mula sakit belakang. Anna ini ibarat pembantu setia Lisa. Ada Lisa, adalah dia. Perangai sama seperti ketuanya. Katanya belikatnya tiba-tiba sakit hinggakan mahu mengangkat tangan pun tidak boleh. Sakit hinggakan menangis teresak-esak! Kami fikir mungkin tersalah urat agaknya. Iyalah, tidak boleh duduk diam. Usik sana, usik sini. Mungkin terlajak mengusik barangkali. Hingga ke malam, Anna masih menangis menahan sakit. Zila yang awalnya seperti tidak mahu mengambil tahu, mula berjalan munuju ke katil Anna.",
"Duduk, mari sini aku tengokkan. Kata Zila lembut. Anna bangun perlahan dan duduk membelakangkan Lisa. Lisa hanya diam dan tiba-tiba dia menepuk belakang Anna 2,3 kali. Mulutnya seperti berbisik sesuatu tetapi tidak jelas. Aneh! Sakit Anna terus hilang! Tangannya tidak sakit lagi malah sudah boleh di angkat tinggi! Semua terdiam. Entahlah. Tadi bersungguh sangat menangis, takkanlah terus hilang sakit begitu saja! Entah-entah diorang berlakon ni. Kata saya di dalam hati.",
"Tetapi saya mula sedikit pelik dan curiga dengan Zila. Dia baik, sangat baik orangnya tetapi hati saya kuat mengatakan bahawa ada sesuatu tentang Zila. Yang saya tidak tahu atau mungkin tiada siapa pun tahu. Zila setiap kali waktu makan, hanya akan menjamah sedikit sahaja. Enam kali waktu makan sehari, setiap hari. Dia akan meninggalkan satu bahagian dipinggan. Dia juga handal mengubat kawan-kawan lain yang sakit. Saya tahu, ada sesetengah orang memang ada kebolehan mengurut atau merawat yang diwarisi dari keturunan.",
"Bukan itu saja, dia juga suka muncul secara tiba-tiba! Ingat lagi waktu di dewan makan. Kami menunggunya tetapi rupanya dia sudah selesai makan disebelah kami! Entah bila dia datang, ambil makanan dan tahu-tahu saja sudah bangun selesai makan! Hairan, padahal kami memandang pintu, tidak pula nampak kelibatnya lalu. Ahh.. Boleh jadi terlalu ramai, mungkin terlepas pandang. Kata rakan lain.",
"Zila juga suka melihat cermin. Seakan ralit melihat dirinya sendiri. Kadang kala dia akan tersenyum sendirian. Ada masanya juga, dia hanya akan berdiri kaku dihadapan cermin, tidak berganjak langsung. Entah apa yang bermain difikirannya pada waktu itu.",
"Ada satu malam, saya terjaga. Saya tahu memang ada rondaan setiap malam tetapi tak mungkin pula ada yang masih berjaga dan bergelak ketawa! Dan sesekali seperti berbisik. Butirannya tidak jelas. Takkan lah budak dorm sebelah berbisik sampai sini. Kata saya. Saya pusingkan badan, mengiring ke kiri. Ya Allah! Zila! Boleh pulak dia duduk mencangkung sebelah katil saya! Dengan muka yang hampir bertembung muka. Padahal sebelum tu saya lihat dia sudah tidur.",
"Dia hanya tersenyum, bangun dan sambung tidur. Sebelum baring, dia sempat berkata. ‘Aku pun dengar benda yang sama. Aku tahu kau istimewa’. Allah.. Allah.. Waktu itu meremang, macam duduk dalam bilik ais! Takutnya saya hingga menggigil. Nak baca bismillah pun tergagap-gagap! Jantung degup laju bagaikan nak pecah dada! Berpeluh nak tidur malam tu.",
"Saya tahu, Zila juga istimewa. Saya pasti dia ada sembunyikan sesuatu dari saya. Kami boleh dikatakan sahabat rapat. Tetapi sejak beberapa insiden, saya mula rasakan sesuatu. Bukanlah saya menjauhlan diri tetapi saya mula tidak selesa bersamanya. Saya perasan, kadang kala dia memandang saya tajam. Tetapi bila saya menoleh, dia terus mengalihkan pandangan. Banyak kejadian mistik berlaku. Yang histeria di bilik air juga ada. Lelaki juga kena. Yang mengilai di tengah malam, yang ternampak macam-macam!",
"Bukan saya saja tetapi rakan-rakan lain juga merasakan yang sama. Bayangkanlah kumpulan Ghaib terus jadi tak ghaib dah. Takut punya pasal. Apalagi waktu bilik tiba-tiba berbau wangi. Wanginya semerbak! Lain dari bau bunga, lain dari bau sabun. Wangi yang tiba-tiba ada, tiba-tiba tiada. Waktu ini, semua akan berselubung tidur. Tetapi tidak bagi Zila. Pernah saya curi-curi melihatnya. Dia kelihatan sangat tenang, seperti tidak ada apa-apa. Ada juga suatu malam.. Waktu saya terjaga kerana ditarik selimut.. Buka sahaja mata saya terlihat Zila duduk mencangkung di atas katil.",
"Dengan rambut terbiar menutupi muka. Badannya digoyangkan perlahan. Kedepan, kebelakang. Beberapa kali sebelum saya cepat-cepat memejamkan mata! Sehinggalah suatu hari, saya bertekad mahu bertanyanya. Bagaikan sudah dibaca, Zila terus duduk menghampiri saya. Dan dia tersenyum. Ahhh.. Apalagi kali ini. Belum sempat saya bertanya, dia memulakan bicara.",
"Katanya, dia anak tunggal. Dibesarkan dengan kasih sayang. Hinggakan apa saja kemahuannya akan dituruti tanpa dibantah. Tetapi ibu bapa tidak hanya memberinya harta benda, ada ‘benda’ lain juga diberi bersama. Katanya saka, milik keluarganya. Diberi bertujuan melindunginya apalagi sekarang sedang berjauhan dengan keluarga. Allah.. Waktu itu saya bagaikan terpaku mulut. Badan keras kerana terkejut. Jelasnya lagi kejadian yang menimpa Lisa dan yang lain memang ada kaitan dengan dirinya! Lisa, mengambil barangnya tanpa bertanya, melanggarnya. Anna pula pernah menampar belakangnya waktu didewan sebelum Anna mula sakit.",
"Senang cerita, sesiapa saja yang membuatnya marah atau terasa hati, pasti orang itu akan diganggu belaannya. Ada yang disuruh dan ada yang sakanya pergi sendiri jika menyakiti tuannya. Ya Allah.. Waktu ini perasaan saya bercampur baur. Patutlah setiap kali dia ubatkan, sakit akan terus kebah. Rupanya dialah punca!Kata Zila lagi, ini bukan kemahuannya. Tetapi dipaksa untuk terima oleh keluarganya. Zila bukan jenis kaki ponteng solat, dia akan mengaji dan rajin berzikir. Itulah yang membuatkan saya lebih terperanjat. Tambah Zila, belaannya tidak akan mengganggu sesiapa jika dia tidak diganggu.",
"Asalkan tidak menyakiti hati dan perasaannya. Dengar sahaja begitu, kecut perut juga. Iyalah, mana nak tahu. Hati dan perasaan bukan boleh dibaca! Kalau saya terlajak kata, mungkin selepas ini giliran saya pula yang kena!Dan seperti biasa, Zila seakan boleh membaca fikiran saya. Terus dia menambah. ‘Aku tak izinkan ‘dia’ mengganggu kawan-kawan rapat aku’. Entah mahu gembira atau takut, saya pun celaru. Masak ni sampai aku pun dijaganya! Zila hanya tersenyum.",
"Tetapi bila diingat saya memang pernah beberapa kali diganggu pelajar lelaki, esoknya mereka datang meminta maaf walaupun kadang bukan usik apa pun. Hanya bergurau sahaja. Jujurnya saya mula sedih dan juga takut. Bukan takut belaan Zila tetapi takut nanti orang salah faham kata saya pula yang membela! Iyalah entah apa punca mereka meminta maaf, tak tahu pula. Entah-entah belaan Zila punya kerja. Waktu ini terus saya terfikir.. Entah-entah ada waktu saya bersama Zila, bukan saya bersama Zila yang sebenar. Mungkin yang ada gelagat aneh itu bukanlah Zila. Kata orang, belaan ini mampu menyerupai tuannya tetapi tidak boleh berbicara. Tak tahu lah entah betul atau tidak.",
"Saya cuba memujuk Zila membuangnya tetapi kata Zila.. Kalau hendak membuang, bukanlah semudah yang disangka apalagi jika sudah sebati bersama keturunannya. Hanya orang yang benar-benar handal boleh menolongnya. Pernah ibunya cuba membuang tetapi gagal. Katanya selepas habis PLKN, mereka mahu berjumpa seorang Ustaz di selatan tanah air untuk berubat. Saya hanya terdiam. Dia sahabat saya tetapi dalam masa yang sama, saya juga takut mendekatinya. Nak menjauhkan diri, takut juga Zila berkecil hati. Tetapi saya juga berterus terang padanya.. Saya takutkan saka, tetapi saya tidak boleh memejam mata membiarkan rakan lain terkena.",
"Kalau semua tahu, pasti tiada langsung yang mahu berkawan dengannya. Iyalah, punya nak jaga hati punya pasal, masing-masing diam membatu saja. Tiba waktu kunjungan keluarga, tiada siapa pun pernah berjumpa keluarga Zila. Walaupun sekali. Tahu-tahu saja dia membawa macam-macam dibilik. Entah kirim ikut angin mungkin.Malam berlalu dan silih berganti. Jarang-jarang sudah berlaku gangguan. Untuk rakan dibilik, semua sedia maklum dia punya penjaga. Begitu juga bilik sebelah. Jika ada yang mahu meminjam atau meminta, pasti akan menunggunya.",
"Kecuali jika dia sudah maklum awal, barang ini boleh di makan, diambil atau diguna sesiapa saja. Baru tiada gangguan. Tiada lagi yang kaki buli. Dan pernah juga jurulatih turut terkena! Teruk demam terkejut punya pasal. Dengar cerita dikejar hantu hingga pengsan! Disebabkan ramai yang sudah tahu, Zila semakin lembut tidak lagi sensitif tak bertempat. Mungkin takut kehilangan teman. Siapa tahu kan.Pernah juga memang ada gangguan di kem, kami hantar Zila sebagai wakil menemani cikgu. Waktu itu pelajar terserempak dengan Cik Ponti waktu keluar malam meronda. Maklumlah sebelah dorm hutan. Tak cukup yang sedia ada, bawa pula belaan sendiri bersama. Teringat Zila pernah kata..Benda ni dia tahu siapa yang sebut tentang dia.",
"Selepas tamat PLKN, Zila langsung tidak dapat dihubungi. Cuba juga mencari, masih belum punya rezeki bertemu kembali. Cuma apa yang saya dengar, dia kini telah bebas dari saka kelurga dan telah selamat berkeluarga bersama seorang Ustaz. Tak tahulah entah ya atau tidak kerana apabila saya cuba menghubunginya, gagal. Mungkin dia cuba membina hidup baru agaknya. Tak apalah, saya sentiasa doakan yang baik-baik sahaja.Hebat macam mana pun, jangan sesekali kita menduakan Allah. Saka, tiada yang baik. Mudaratnya lebih banyak. Berbaliklah kepada Allah. Buat Zila, jika awak terbaca kisah ini. Saya nak awak tahu, tanpa saka pun awak tetap sahabat baik saya.",
"Hantar kisah anda : fiksyenshsha.com/submit"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/dia-bukan-kak-ros/ | Dia Bukan Kak Ros | [
"Hai semua. Terima kasih untuk yang sudi baca kisah Misteri Bunga Putih yang aku tulis. Untuk pengetahuan semua, Wafa dah tak berani mengikuti apa-apa aktiviti yang melibatkan hutan. Mungkin dia takut atau mungkin rasa bersalah.",
"Disebabkan aku cuti sekarang, kali ini aku nak cerita pasal seorang wanita yang aku kenal sejak kecil. Rozita namanya atau aku panggil Kak Ros. Kak Ros menjual nasi lemak di sebelah pagi dan rojak buah di sebelah petang. Dia akan menjual berhampiran kawasan taman perumahan aku.",
"Mula-mula aku kenal Kak Ros, aku masih darjah empat. Ketika itu aku balik sekolah jalan kaki. Aku ternampak Kak Ros duduk di bangku kayu merenung jualannya yang masih banyak. Buah-buahan segar masih elok tidak berusik. Aku mendekati meja jualan Kak Ros.",
"“Ye dik, nak beli rojak?” Kak Ros terus berdiri sebaik sahaja ternampak aku datang. Wajahnya kelihatan ceria.",
"Aku mengangguk. Aku seluk kocek baju sekolah lalu aku keluarkan not satu ringgit. Kak Ros terus p****g buah jambu air, buah nanas, sengkuang dan mangga. Dicampur serba sedikit lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil dan dicucuk lidi. Serbuk asam ditabur sebelum plastik itu bertukar tangan.",
"“Sedapnya!” aku mengunyah buah jambu sambil tangan kiriku menunjukkan thumbs up.",
"“Terima kasih. Adik orang pertama yang beli rojak akak tau. Apa nama adik?” Kak Ros ramah bertanya.",
"Aku pantas menunjukkan name tag di baju sekolahku. Kak Ros mengangguk sambil tersenyum.",
"“Iris Imtiaz. Sedap nama tu. Pandai mak adik bagi nama.” puji Kak Ros dengan wajah yang masih kelihatan ceria.",
"“Kenapa tak pernah nampak akak pun?” mulutku becok bertanya.",
"“Akak baru je pindah sini, duduk rumah mak cik akak. Hari ni hari pertama akak jual rojak. Esok pagi akak jual nasi lemak.” kata Kak Ros. Tangannya sibuk menyusun buah-buah di dalam bekas.",
"“Iris balik dulu. Nanti Iris datang lagi dengan ibu.” kataku lalu berlari pulang.",
"Petangnya, aku datang lagi. Esok pagi pun aku beli nasi lemak Kak Ros. Lama kelamaan Kak Ros jadi rapat dengan keluarga aku. Dia selalu menemani aku buat kerja sekolah kalau ada masa lapang. Kebetulan mak cik Kak Ros merupakan kawan ibu aku.",
"Habis darjah enam, aku dapat tawaran masuk ke sekolah berasrama penuh di Melaka. Jadi, aku hanya akan pulang ke rumah ketika cuti panjang. Kalau hujung minggu aku akan pulang ke rumah nenek di Alor Gajah. Memang aku sudah jarang bertemu Kak Ros. Tapi hampir setiap minggu Kak Ros akan kirimkan kerepek pisang untuk aku membuatkan aku makin sayang padanya.",
"“Iris, Kak Ros sakit. Barah otak…” masih aku ingat kata-kata ibu ketika melawatku di asrama. Aku sudah di tingkatan tiga waktu tu.",
"Air mata aku automatik jatuh. Perempuan yang aku anggap kakak (jarak umur aku dan Kak Ros hanya lima belas tahun) kini sakit. Kak Ros tak pernah mengadu tentang sakitnya. Dia sentiasa ceria. Tak pernah dia mengeluh untuk siapkan kerepek pisang buatku setiap minggu.",
"“Iris sihat?” suatu malam Kak Ros menelefon guna telefon ibu. Suaranya lemah.",
"“Sihat, Kak Ros. Kak Ros kuat tau. Kak Ros kena sihat. Kak Ros tunggu Iris balik ya? Lepas exam, Iris balik teman Kak Ros.” aku cuba mengawal rasa hiba.",
"“Jangan fikir pasal Kak Ros. Kalau dah tertulis hidup Kak Ros cuma setakat ni je, kena la redha. Iris belajar rajin-rajin. Besar nanti boleh kerja bagus. Boleh bantu orang.” pesan Kak Ros. Dia seperti sudah tahu ‘masa’nya akan tiba.",
"Disebabkan tarikh peperiksaan makin dekat, aku semakin sibuk. Khabar terakhir yang aku dengar, Kak Ros akan buat operation di Perak. Aku berharap akan ada keajaiban yang berlaku. Aku nak balik jumpa Kak Ros. Aku nak peluk dia erat-erat.",
"“Iris, kau bawa buku aku kejap. Aku nak pergi toilet. Nanti kita jumpa kat sana.” kata Musfirah sambil menghulurkan beberapa buah buku kepadaku.",
"Aku berjalan ke blok dua. Entah kenapa malam tu aku rasa sejuk sangat. Lain sejuknya dari biasa. Sepanjang berjalan, aku berselisih dengan beberapa orang pelajar yang turun prep. Tetapi sampai sahaja di selekoh bangunan kedua, suasana bertukar sunyi. Tiada kelibat pelajar lain.",
"Zzzssss… Tiba-tiba sahaja muncul angin. Mungkin hari nak hujan, fikirku. Aku teruskan berjalan. Aku terasa jauh betul perjalanan malam itu, seolah-olah tiada penghujung. Di fikiran aku memang tidak terfikir hantu atau cerita seram, tapi aku pelik sebab malam itu agak pelik.",
"Sampai di anak tangga pertama, langkah aku terhenti. Mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang duduk di tangga. Aku amati lama perempuan berbaju kurung putih dan bertudung hitam itu. Wajahnya ditundukkan. Jelas terdengar esakannya.",
"“Kenapa menangis?” aku pantas bertanya. Mungkin salah seorang pelajar senior yang baru putus cinta atau ada masalah pribadi.",
"Perempuan itu perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Aku terperanjat. Buku-buku di tangan aku semua jatuh bertaburan di lantai.",
"“Kak Ros?” aku menggeletar. Aku bukan takut tapi aku macam tak percaya Kak Ros ada di depan mataku sekarang.",
"Kak Ros memandang aku penuh sayu. Matanya bengkak kerana menangis. Aku terus mendekati Kak Ros dan memeluknya. Air mata aku menitis. Betapa aku rindunya pada Kak Ros.",
"“Ustazah, Iris dah bangun.” aku terdengar suara Musfirah. Perlahan-lahan aku buka mata.",
"“Kat mana ni?” aku pandang sekeliling. Kepalaku masih pening.",
"“Kat biliklah. Kitorang jumpa kau terbaring kat tangga. Mujurlah ada Ustazah Ain tau tadi.” kata Musfirah.",
"Aku mengerutkan dahi. Bila masa aku pengsan? Baru tadi aku bersama dengan Kak Ros. Aku menangis sambil peluk Kak Ros.",
"“Mana Kak Ros?” aku mencari kelibat Kak Ros. Takkan Kak Ros dah balik?",
"“Siapa Kak Ros?” Musfirah bertanya pelik.",
"Tiba-tiba Ustazah Ain masuk ke bilik dengan wajah sugul. Dia datang menghampiri katilku. Telefon bimbit di tangannya dihulurkan kepada aku.",
"“Ibu awak nak cakap.” kata Ustazah Ain.",
"Aku menyambut huluran telefon lalu ditekapkan ke telinga. Aku dengar ibu menangis tersedu-sedan. Aku yakin Ustazah Ain memberitahu ibu tentang keadaan aku.",
"“Ibu, Iris okay je la. Tak cedera pun.” aku cuba menenangkan ibu.",
"“Iris, Kak Ros dah takde…” kata ibu dengan suara bercampur tangisan.",
"Aku tergamam. Lidah aku kelu. Antara percaya dan tidak sebab aku baru saja jumpa Kak Ros di tangga sekolah. Mustahil Kak Ros dah meninggal!",
"“Dia meninggal masa operation dijalankan.” sambung ibu.",
"“Ibu tipu…” aku terus letak telefon lalu aku menangis sepuasnya. Ustazah Ain memeluk bahuku.",
"“Ustazah, ibu kata Kak Ros dah meninggal. Tapi tadi Iris jumpa Kak Ros!” aku menangis semahunya. Aku berharap apa yang ibu cakap tu tak betul.",
"“Iris, banyakkan bersabar. Istighfar. Kadang-kadang memang ada benda yang kita tak dapat terima dengan akal fikiran. InsyaAllah ada hikmah.” pujuk Ustazah Ain.",
"Aku diberi kebenaran untuk pulang esok harinya atas sebab ada kematian keluarga. Ya, Kak Ros dah macam keluarga aku. Lepas ni dah tak ada orang nak buat kerepek pisang untuk aku. Dah tak ada orang nak gurau dengan aku. Dah tak ada orang yang boleh layan teka-teki aku.",
"“Kak Ros selalu cakap dia sayang Iris, dia rindu Iris. Dia tahu dia dah tak lama…” kata ibu selepas selesai pengebumian Kak Ros. Aku hanya diam. Kalau ibu tak cakap pun, aku tahu Kak Ros sayangkan aku macam adik dia.",
"Sayu hati aku sebab Kak Ros tiada keluarga lain selain mak cik Halimah. Dia datang ke sini lepas kematian ibu bapa dia. Sekarang, dia pula yang pergi tinggalkan kami semua.",
"Lepas Asar, aku terpaksa pulang semula ke asrama. Tapi malam tu aku tak turun prep. Mood aku masih belum pulih. Aku masih sedih dengan pemergian Kak Ros. Jadi, aku hanya duduk menelaah di bilik seorang diri.",
"“Iris…” satu suara menyapa.",
"Aku menoleh. Aku ingat Musfirah yang panggil. Tapi tak ada sesiapa. Aku letak buku di atas katil lalu berjalan ke arah kaki lima. Mungkin Musfirah memanggil dari luar. Kadang-kadang budak tu kuat menyakat.",
"“Iris…” suara itu memanggil lagi diiringi ketawa halus. Kali ini aku baru sedar itu bukan suara Musfirah. Bulu romaku mula naik.",
"“Iris sayang…” suara itu muncul lagi tapi dari dalam bilik pula.",
"Aku perlahan-lahan pandang ke kanan. Hampir gugur jantung aku melihat Kak Ros duduk bersimpuh di atas katil dengan wajah berlumuran d***h. Matanya tajam merenung ke arah aku. Bibirnya tersenyum. Tapi senyumannya tak seindah selalu.",
"“Buat apa kat situ? Mari sini… dekat dengan Kak Ros…” Kak Ros menghulurkan tangan kanannya.",
"Ya Allah, kukunya panjang. Tangannya hitam pucat. Aku nak lari tapi tak mampu. Kaki aku seperti dikunci. Air mata aku dah mula keluar sebab terlampau takut. Aku tak kuat nak tengok muka Kak Ros yang penuh d***h.",
"“Iris kan rindu Kak Ros…” tiba-tiba Kak Ros turun dari katil. Tapi aku tak tahu kenapa dia mengesot seperti orang yang tiada kaki. Bukan berjalan, bukan merangkak, jauh sekali nak terbang. Tetapi dia mengesot cukup pantas.",
"Sampai sahaja depan aku, Kak Ros ketawa mengilai. Nyaring dan cukup menyeramkan. Ada d***h mengalir keluar dari mulut Kak Ros. Aku pejamkan mata, baca apa yang patut tapi semua yang aku baca tak betul. Semua kelaut.",
"Seperti sebelum ini, buka je mata mesti aku atas katil dan dikelilingi Musfirah dan kawan-kawan yang lain. Tapi kali ini agak ekstrem sebab Musfirah kata masa balik bilik, aku tak ada. Puas cari, rupanya aku ada kat depan stor belakang sekolah. Aku terlentang kat situ.",
"Esoknya aku dibenarkan pulang lagi dan diberikan cuti. Aku duduk di rumah nenek di Alor Gajah. Kebetulan Tok Ngah, adik kepada nenek ni pandai berubat orang, jadi dia buatkan air ubat untuk pulihkan semangat aku. Aku cerita semua yang jadi pada Tok Ngah.",
"Tok Ngah pesan supaya jangan lewatkan solat. Jangan terlalu banyak mengelamun layan perasaan sedih. Dia tahu aku masih bersedih dengan kehilangan Kak Ros.",
"“Orang yang dah pergi, dia dah ke alam lain. Dia tak boleh muncul dalam keadaan berdarah atau fizikal buruk. Semua tu tipu helah syaitan. Dia suka bila orang sedih-sedih. Masa tulah dia cari peluang menyamar jadi orang yang kita rindu, yang kita fikir-fikirkan.” kata Tok Ngah.",
"“Jadi, yang menangis kat tangga tu pun bukan Kak Ros?” aku bertanya. Sebab Kak Ros muncul dalam dua watak berbeza, dalam situasi berbeza.",
"Tok Ngah menggeleng dengan senyuman.",
"“Semua yang jadi tu dengan izin Allah. Kak Ros orang yang baik. Doakan untuk arwah supaya dia tenang dan diberikan rahmat oleh Allah (S.W.T).”",
"Sejak itu, tiada lagi bayangan Kak Ros. Bukan aku tak ingat dia, tapi aku elakkan diri dari duduk berseorangan sambil melayan rasa sedih. Kalau sedih melampau, benda tu mula cari peluang.",
"Maafkan aku kalau kisah ni tak seram dan lebih kepada bercerita tentang Kak Ros tapi ingatlah bahawa orang yang telah pergi tak akan pernah kembali."
] | [
"First!",
"Ngl cerita ni sedih tapi part Kak ros atas katil tu seram habis"
] |
https://fiksyenshasha.com/misteri-bunga-putih/ | Misteri Bunga Putih | [
"Assalamualaikum semua. Lama tak menulis kisah seram di Fiksyen Shasha. Kisah seram dah menjadi sebahagian besar dalam hidup aku. Dari kecil aku sudah terbiasa dengan kejadian-kejadian mistik. Tak kiralah secara nyata ataupun tidak.",
"Hari ni aku nak story tentang misteri bunga putih. Kisah ni berlaku kira-kira empat tahun lalu ketika aku masih menuntut di sebuah pusat pengajian di Selangor. Sepanjang aku belajar di situ, banyak kisah seram yang jadi tapi mungkin aku ceritakan lain kali.",
"Kisah bunga putih ini terjadi ketika jungle tracking di Pahang. Jungle tracking adalah sebahagian dari aktiviti kami pada hari kedua assignment trip. Jungle tracking memang best, terutamanya bila bersama kawan-kawan yang sekepala. Alhamdulillah tak ada yang bermulut celupar. Semua dah sedia maklum adab masuk hutan.",
"Hampir satu jam setengah menerokai hutan yang cantik dan damai, kami tiba di lokasi air terjun. Ada beberapa group belum sampai tapi Abang Raden yang mengetui group satu hingga tiga memberi kebenaran untuk mandi-manda. Apa lagi, masing-masing terus terjun. Abang Raden dan pembantunya hanya duduk di atas batu sambil mengawasi aktiviti kami.",
"“Iris, cantik tak?” Wafa, rakan sekelasku menunjukkan sekuntum bunga putih.",
"Aku yang baru saja naik ke tebing sekadar mengangguk. Aku tak perasan lagi bunga tu aneh dan pelik. Aku fikir bunga dari mana-mana pokok berdekatan. Sebab sepanjang berjalan tadi ada juga dua tiga orang yang mengutip daun kering bersaiz besar untuk dijadikan kipas.",
"“Kalau dah selesai, jom kita sambung perjalanan kita. Pastikan tiada barang tertinggal.” Abang Raden memberikan arahan.",
"Aku berada di group kedua. Kebetulan Wafa juga sama group dengan aku dan dia berjalan di hadapan aku. Masa itulah aku tersedar akan keanehan bunga yang dia pegang. Wafa nampak gembira menghidu bunga di tangannya.",
"Bunga berwarna putih kekuningan itu berbentuk seperti bunga lili tetapi bersaiz besar. Putihnya pula agak berlainan dengan warna bunga putih yang biasa kita lihat. Di setiap kelopak bunga itu terdapat bintik berwarna hitam. Disebabkan aku sangat dekat di belakang Wafa, aku turut dapat menghidu betapa wanginya bunga mekar itu.",
"“Mana kau kutip tu?” aku bertanya sambil berjalan penuh berhati-hati.",
"“Aku petik kat air terjun tadi.” selamba saja Wafa menjawab. Dia berterusan mencium bunga itu.",
"“Eh, kau ni. Bahaya tau petik sesuka hati.” aku berbisik, bimbang Abang Raden dengar.",
"“Kenapa pulak? Alam ni ciptaan Allah. Bukan hak milik siapa-siapa.” Wafa seperti tidak puas hati. Aku dengar dia mendengus marah.",
"Kami berdiam diri sehingga sampai di checkpoint terakhir. Berjam-jam sehingga lenguh kaki berjalan. Balik dari hiking tu, pihak penginapan dah sediakan makan minum. Menu tradisi orang Pahang. Tempoyak ikan patin dan pais. Punyalah sedap air tangan Kak Ina. Sampai hari ini aku terbayang.",
"Tengah sedap kami semua meratah pais, tiba-tiba seorang rakan meluru berlari ke meja kami. Nafasnya tercungap-cungap.",
"“Weh, aku nampak Wafa menari kat dalam bilik. Aku panggil pun dia buat tak dengar.” kata Aini yang duduk sebilik dengan Wafa.",
"Kami semua terkejut. Salah seorang dari kami bangun dan beritahu pensyarah. Aku, Aini dan Zahira terus ke bilik Wafa. Kami buat biasa saja sebab tak mahu kecoh-kecoh, nanti semua nak ikut. Dah jadi hal lain pula.",
"Bilik Wafa ni hujung sekali. Jadi, agak gelap sebab sebelah tu hutan pokok buluh. Aku tak tahulah pokok buluh yang ditanam atau pokok buluh asal situ sebab elok je merimbun sampai naik ke atap bilik Wafa. Scary pulak bila tengok. Kalau bukan hantu, mesti ular boleh menjalar sebab merimbun macam tu.",
"Sampai di depan bilik Wafa, Aini terus buka pintu tapi dikunci dari dalam. Aini keluarkan kunci dari poket hoodie dia dan buka pintu. Tapi bilik kosong. Lampu, penyaman udara, televisyen dan air di toilet semua terpasang. Wafa pula tiada.",
"“Dia pergi dewan makan kot.” Zahira meneka.",
"“Tak logiklah. Dia cuma ada satu jalan je untuk ke dewan makan. Tak berselisih dengan kita pun.” Aku membalas.",
"“Korang, dah jumpa Wafa ke?” tiba-tiba terdengar suara Zulia. Dia baru sampai bersama pensyarah dan suami Kak Ina. Suami Kak Ina ni pandai sikit bab merawat orang ni.",
"“Wafa tak ada dalam bilik.” Aini mengintai bawah katil, tetap tiada.",
"Tak sampai sepuluh saat, kami terdengar suara perempuan menyanyi. Bahasa apa pun kami tak tahu sebab tak jelas. Yang pasti suara itu datang dari arah hutan pokok buluh.",
"“Mesti Wafa.” kata Zulia sebelum semua bergegas pergi ke kawasan pokok buluh itu.",
"Punyalah susah nak menyelinap masuk ke lorong tepi bilik Wafa sebab batang pokok buluh dah bengkok. Suami Kak Ina sempat meminta maaf sebab tak sempat nak selenggara pokok buluh itu.",
"Rupanya di kawasan belakang agak bersih dan tiada rimbunan belukar atau pokok lain. Mata aku tertumpu pada seorang perempuan yang berbaju kebaya hijau pucuk pisang. Perempuan itu ialah Wafa. Dia masih menari dengan lenggok seperti penari professional.",
"Wafa berhenti menari dan menoleh ke arah kami. Matanya tajam merenung setiap orang. Tiba-tiba bibirnya tersenyum dan dia kembali menari. Baru aku perasan di tangannya ada bunga putih yang dia petik tadi. Sesekali dia mencium bunga itu dari kelopak hingga ke tangkai.",
"“Sir, bunga tu Wafa petik masa dekat air terjun tadi.” aku terpaksa memberitahu pensyarah sebab bimbang kalau Wafa dirasuk gara-gara bunga yang dia petik.",
"“Biar betul?” Pensyarah dan yang lain terkejut.",
"“Nak ambil boleh tapi ada caranya, ada adabnya. Jom kita tolong budak tu dulu.” kata suami Kak Ina. Dia dan pensyarah mendekati Wafa.",
"Kami yang perempuan ni tunggu di tepi saja sebab perempuan kan lemah sikit, hehehe. Aku lihat Wafa makin ke belakang. Air mukanya nampak bengis seperti tidak suka didekati.",
"“Kau jangan dekat. Aku b***h budak ni!” Wafa menengking.",
"“Kenapa kau ganggu dia? Keluar dari badan dia!” Suami Kak Ina membalas.",
"“Dia ambil barang kepunyaan puteri aku!” suara Wafa bertukar menjadi suara perempuan berdialek seperti Melayu Lama.",
"Aku tahu barang yang dimaksudkan adalah bunga putih itu. Sejujurnya aku tak nampak apa-apa bunga yang mekar di air terjun tadi. Mungkin kebetulan Wafa ternampak bunga dari alam sana, tu yang dia terus petik.",
"“Dia tak tahu barang itu kepunyaan kau. Jangan apa-apakan dia.” Suami Kak Ina masih berdialog dengan benda dalam badan Wafa. Tiba-tiba Wafa membuka silat.",
"Pensyarah cepat-cepat berjalan ke arah kami dan menyuruh kami berempat tunggu di depan bilik. Spoil sikit sebab tak dapat nak tengok sesi buang benda tu. Cuma terdengar suara perempuan menjerit dan suara suami Kak Ina. Sesekali terdengar suara pensyarah.",
"Hampir setengah jam, Wafa dibawa pulang ke bilik dalam keadaan longlai. Tepi bibirnya ada sedikit luka dan kedua belah pipinya ada kesan cakar. Suami Kak Ina kata Wafa bertindak agresif tadi. Tapi syukurlah benda tu setuju untuk keluar dan bawa bunga kepunyaan puterinya pergi.",
"“Saya minta maaf.” Wafa menangis.",
"“Tak mengapa. Jadikan pengajaran. Jangan sesekali kita bertindak melulu. Kalau suka apa-apa, boleh beritahu pada Abang Raden atau petugas lain.” kata suami Kak Ina.",
"Selesai semuanya, kami kembali ke dewan makan tapi Aini dan Zulia duduk menemani Wafa di bilik. Wafa masih lemah untuk berjalan. Sudahlah seharian hiking, lepas tu kena menari pula. Lagi la double penat tu.",
"Mula-mula ingat semuanya selesai. Rupanya ada lagi gangguan. Ketika kejadian, kami semua baru selesai perbincangan sesi malam. Dalam pukul sebelas malam, masing-masing dah boleh balik ke bilik untuk tidur. Jadi, kami berjalan beriringan sambil bercerita.",
"Tengah berjalan ke bilik masing-masing, semua rancak bercerita plan untuk esok. Ada yang nak beli buah tangan untuk budak bilik di kolej kediaman, ada yang nak bergambar puas-puas. Aku tengok Wafa je yang diam tak bersuara. Senyum pun tidak. Mungkin dia masih belum sihat sepenuhnya.",
"Tiba-tiba Wafa terjelepok jatuh. Masing-masing terkejut. Wafa bukan jatuh pengsan. Tapi dia merangkak. Dia merangkak membentuk bulatan dengan kepala ke kiri dan ke kanan. Matanya meliar memandang sekeliling. Cara dia merangkak sama macam dalam cerita seram. Mula-mula perlahan kemudian laju.",
"“Yang lain masuk ke bilik masing-masing. Aini, Iris. Kamu berdua boleh tunggu.” fuh, mujur nama aku tersenarai. Dapatlah tengok sebab aku kepochi! Hehe. Yang lain balik bilik atas arahan pensyarah.",
"“Kenapa kau datang balik? Kenapa kau ganggu budak ni?” suami Kak Ina menyoal benda tu.",
"Wafa tidak menjawab. Dia cuma menyeringai sambil merenung wajah suami Kak Ina. Senyumannya cukup menyeramkan walaupun Wafa merupakan seorang gadis cantik dan manis.",
"Suami Kak Ina hilang sabar. Dia membuka penutup botol air mineral lalu dibaca ayat suci Al-Quran. Aku lihat Wafa menengking marah. Matanya terbeliak kemerahan.",
"“Keluarlah secara baik dan jangan pernah kembali atau aku akan bakar engkau!” ugut suami Kak Ina.",
"Wafa menjerit kepanasan sebaik sahaja air itu terkena tubuhnya. Suami Kak Ina meletakkan tangan di ubun-ubun Wafa lalu mulutnya terkumat-kamit membaca. Wafa meraung kesakitan.",
"“Dia tidak pulangkan barang aku!” akhirnya benda tu bersuara dengan dialek Melayu Lamanya.",
"“Barang apa? Aku sudah kembalikan bunga putih milik puteri engkau!” suami Kak Ina bertegas. Dia tidak mahu terpedaya dengan helah benda itu.",
"“Ada dua!” benda itu menengking. Nafasnya kasar.",
"Suami Kak Ina terkejut mendengar. Dia menyuruh aku dan Aini pulang ke bilik untuk memastikan ada atau tidak bunga yang dimaksudkan. Kalau ada, bermakna Wafa memang ambil lebih dari satu. Memang nak kena budak Wafa ni.",
"Aku membantu Aini mencari. Mula-mula aku ingat benda tu tipu dan sengaja datang untuk balas dendam. Tapi tiba-tiba saat Aini menarik zip luggage Wafa, terpampang bunga putih yang masih elok terletak di dalamnya. Automatik satu bilik berbau wangi.",
"“Kau tunggu dia sedar nanti. Aku nak ketuk kepala dia.” Aini mengomel geram sambil membawa bunga itu keluar.",
"Sejurus melihat kami datang bersama bunga itu, Wafa pantas mendengus. Pensyarah mengambil bunga itu lalu menyerahkannya kepada suami Kak Ina. Wafa cepat-cepat menyambar bunga itu. Dia menggenggam erat.",
"“Kau dah dapat semua hak milik kau. Pulanglah ke tempat kau semula.” suami Kak Ina bersuara tenang.",
"Tiba-tiba Wafa jatuh. Dia pengsan. Suami Kak Ina menyuruh aku dan Aini membawanya pulang ke bilik. Pensyarah dan suami Kak Ina ikut sekali hingga ke depan pintu. Mujurlah sekejap saja dia pengsan. Pengsan-pengsan ayam. Dapatlah dia dengar bebelan dari kami semua.",
"“Saya memang ada ambil dua kuntum tapi masa kejadian kat pokok buluh tu benda tu cuma ambil satu dan pergi. Saya ingat dia memang tak pedulikan yang lagi satu ni. Jadi, saya bercadang nak bawa balik…” Wafa menjelaskan dengan nada sedih.",
"Pensyarah menggeleng mendengar kata-kata Wafa. Suami Kak Ina hanya mengangguk. Riak wajahnya biasa. Tidak nampak marah walaupun kami dah buat hal kat tempat dia. Wafa berkali-kali ucap terima kasih dan kata maaf kepadanya.",
"“Saya harap tiada apa-apa lagi yang berlaku. Jangan ulang lagi kesilapan ni.” pesan suami Kak Ina sebelum dia meminta diri untuk pulang bersama pensyarah.",
"Aku tidur di bilik Aini dan Wafa malam itu. Mujur tiada gangguan lain sehingga kami bertolak balik keesokannya. Maaf kalau kisah ni tak seram tapi ambillah pengajaran supaya tidak terkena macam Wafa."
] | [
"Cerita yg best untuk di dengar dan dapatkn pengetahuan tentang apa yg patut dan tidak patut dilakukan tentang sesuatu yg kita tidak dapat melihat jelas dengan pandangan mata kasar…",
"Adeh wafaa.. Letih ada kawan perangai cm kamu ni.. Dh kene pon masih lagi bendul nak bawak balik.. Geram jadinya bila baca cerita ni..",
"padan muka la budak wafa ni",
"Memalukan nama wafa betul la wafa ni, aduh.",
"berhati2 lah kita bila masuk hutan"
] |
https://fiksyenshasha.com/siapa-yang-kacau-aku/ | Siapa Yang Kacau Aku | [
"Assalamualaikum. Terima kasih admin kalaukisah aku disiarkan.",
"Ini kali pertama menulisdalam FS, sebelum ni jadi cctv berjaya je hahaha. Maaf kerana menggunakan “kau aku” dalam kisah ni, untuk biasakan diri je. Hye warga FS aku Rul. So awal² aku cakap cerita ni tak tau la seram ke tak tapi disebabkan aku yg kena kacau dengan benda alah tu, memang seram jugak la. Jom….",
"Kisah ni berlaku time aku form 1 dimana masa tu sekolah aku membuat kem perkhemahan di satu PLKN. Kitorang semua dibenarkan bawak telefon tapi boleh guna dekat dalam dorm je la , time buat aktiviti ke pergi kantin ke memang tak boleh. Hari pertama dengan hari kedua elok je , sampai hari ketiga ehh malam ketiga.",
"Haaaaa berlakulah keseraman yang selama ni membelenggu diri aku yang membuatkan aku trauma nak pergi kem. Seram kan hahahah. Tapi bukan aku sorang je yang kena kacau, bff forever aku pon kena. Aku gelarkan dia Syuk sbb aku panggil die Syuk. Aku sorang je yang boleh panggil die macam tu kawan² lain tak boleh hhaaha. Ok sambung cerita.",
"Lepas habis semua aktiviti kitorang disuruh mandi dan balik dorm masing². Time tu dalam pukul 9:30 malam kawan² aku yg satu dorm ngan aku sume tak tido lagi. Bagi kitorang masih awal untuk tido. Sampai la sorang mamat ni kata ” wey korang jom cite hantu nak” semua pon angguk kepala termasuk aku then kitorang berkumpul buat bulatan dengar la cite seram masing².",
"Bodohkan aku pergi dengar cerita diorang. Dalam pukul 11:43 malam sume dah ngantok kecuali aku ngan Syuk ni. Bile dah tak bole tido mesti la kite scroll fon kan. Aku amik fon then baring kat katil sambil tarik selimut sampai paras dada. Syuk katil die berjiran je kat sebelah aku ni haaa , die pon tengah busy scroll fon. TINGG. Notification wasap muncul kat skrin telefon aku.",
"Chat dari Wan dalam group kawan² aku yang satu dorm . Wan katil dia dekat dengn pintu , jenuh jugak la kalau nak pergi dekat dia. Mana taknya jauh siott sebab dorm aku panjang. Bawah ni dialog aku Syuk dengan Wan dalam group wasap tu.",
"Wan: korang dah tido ke..",
"Aku: belom..",
"Syuk: belom, kenapa Wan..",
"Wan: wahhhh bukan main rancak kau orangcerita pasal aku..",
"Syuk: kau dah kenapa, demam ehh..",
"Aku: kau ni baru lepas minum ketum ke..",
"Aku: Wan..",
"Aku: Wan??",
"Brape minit lepastu si Syuk chat aku personal…",
"Syuk: wey Rul…",
"Aku: apeee..",
"Syuk: Wan dah tido tau..",
"Aku: dah tu ape kene mengena ngan aku…",
"Syuk: Habis sape yang tengah typing dalam group…kau tengok group..",
"Aku: Haaaa…",
"Aku bukak group tu dan…… terkejut gileeee dooo time tuu, aku pandang katil wan memang die dah tido telefon die letak dekat sebelah bantal. Habis sape yang tengah typing, kat situ tulis” wan is typing” haaa sudahhh . Seriously memang aku meremang time tu. Otak aku dah fikir yg bukan². Aku memang dh tak sedap hati then aku chat Wan dalam group tu aku type..",
"Aku: Wey Wan Syuk…aku nak tido la..ngantokk byee..",
"Syuk: okk..",
"Wan: Hmmmmmm..",
"Aku tutup fon terus selubung ngan selimut. Pastu fon aku bergegar ada notification masok la. Chat daripada group tadi… dengan mengigil segigil gigilnya aku nk baca chat tu..",
"Wan: nak tido ke dah tau tu…",
"Wan: (sticker hantu)..",
"Aku terus tutup fon. Aku terus tido. Aku sempat pandang Syuk menggigil terok dia macam dah tahap gaban dah. Tah jam brape aku terlelap. Boom ! . Aku tersedar sebab dengar bunyi benda yang berat jatuh atas lantai. Kuat tau bunyi dia. Aku pandang jam kat dinding lagi 14 minit nak pukul 3 pagi. Aku baru perasan yang pintu dorm aku terbukak. Ada orang keluar ke. Aku kira budak dorm aku cukup je takde pulak yang kurang. Aku positif angin yang tolak sebab kuat jugak angin kat luar.",
"Pastu aku sambung la tido balik. Then aku baru teringat yang betul-betul ingat , sebelom tido memang aku dh kunci pintu tu. Sape yang bukak pintu tu. Terus aku fikir bukan-bukan. Then aku terbau 2 bau. Bau kapur barus dengan tanah. Aku tak tau tu bau tanah pasir ke tanah liat ke yang pastinya bau tanah tu macam tanah basah mungkin la. Pastu aku bangun nak check bau tu datang daripada mana.",
"Aku pandang sana pandang sini pastu aku pandang pintu dorm yang terbukak tu , pintu tu dekat sebelah katil Wan. Pastu dekat sebelah pintu tu kan aku nampak macam ada figure warna putih panjang pulak tu. Aku nampak melalui bawah katil Wan means figure tu dekat sebelah Wan tapi dekat lantai. Aku baca ayatul Qursi dengan Al-Fatihah. Nak baca ayat penghalau syaitan huh memang haramm aku nak baca sebab aku tak tau hehehhe.",
"Lepas aku baca surah-surah tu benda tu bergerak lepastu die boleh bergolek kat bawah katil kawan² aku , sampai kat hujung die utern bergolek kat bawah katil barisan aku pulak. Lepas tu katil aku bergerak ketepi macam ada benda langgar. Then die senyap. Kejap je die senyap.",
"Pastu katil aku bergegar macam dah takde penghujung. Sampai lah azan subuh berkumandang baru benda tu berhenti kacau aku. Aku bangun dalam jam 7 pagi , tak solat subuh sebab aku tertido lepas azan subuh. Pastu aku decide nak mandi , dah amik barang ape semua alang² tu aku pergi la dekat katil wan. Memang ada kesan tanah yang baru nak kering dekat lantai sebelah katil Wan.",
"Tu la kisah aku kene kacau dengan momok masa pergi perkhemahan. Kalau ada masa aku akan share kisah aku yg seterusnya , dah macam episod dah haahha. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis. Byee.",
"Hantar kisah anda : Fiksyenshasha.com/submit"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/histeria-di-rumah-sewa/ | Histeria Di Rumah Sewa | [
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca semua. Terima kasih Fiksyen Shasha jika cerita saya diterima untuk disiarkan kepada umum.\nKisah ini bukanlah kisah saya sebaliknya ibu saudara saya yang mengalaminya. Kisah ini bermula ketika beliau masih belajar di Politeknik. Apabila belajar di sana beliau seharusnya menyewa rumah supaya dapat berteduh dan bermalam di situ buat sementara waktu. Rumah itu kecil saja. Ruang tamu, dapur dan bilik tidur digabungkan menjadi satu. Faham, bukan rupa rumah itu?..",
"Rumah sewa ibu saudara saya berada berdekatan kedai runcit. Beliau sewa rumah di sana bersama seorang rakan karibnya, Zura. Semuanya baik-baik sahaja selepas duduk di sana dalam seminggu.",
"Pada minggu kedualah situasi ini terjadi. Ibu saudara saya sedang mandi dalam pukul 12 lebih, begitu. Zura pula sedang berbual-bual dengan teman lelakinya melalui telefon bimbit. Zura pada ketika itu tengah duduk di atas lantai.\nLama juga ibu saudara saya mandi ketika itu. Seusainya beliau siap mandi, beliau pun keluar dari tandas. Kelihatan pintu utama terbuka. Dia hairan “Memang pintu itu terbukakah tadi?” Katanya di dalam hati. Ibu saudara saya pun segera menutup pintu tersebut.",
"Setelah itu, dia pun pergi ke katil ingin memakai baju. Dia nampak Zura sedang baring mengiring menghadap dinding. Ibu saudara saya sempat mengintai muka Zura ingin melihat sama ada Zura sudah tidur atau belum. Tampaknya, Zura sedang termenung melihat dinding.\nIbu saudara saya tidak menghiraukannya. Setelah dia siap memakai baju dan menyikat rambut, beliau mengelihkan matanya kearah Zura semula. Zura masih begitu, termenung sambil baring mengiring menghadap dinding.\nTiba- tiba telefon bimbit ibu saudara saya berbunyi minta diangkat. Teman lelaki Zura rupanya. “Helo?” Ibu saudara saya menyapa.",
"“Helo, Kema. Zura okey tak tu?” Soal teman lelaki Zura secara tiba-tiba. Ibu saudara saya berasa hairan.\n“Zura okey saja. Kenapa?” Tanya ibu saudara saya semula.\n“Bukan apa, tadi.. ketika kami sedang berbual, Zura tiba-tiba bercakap bahasa yang pelik. Saya tak dapat faham apa yang Zura cakap.”\nPerasaan hairan tadi mula bertambah. Zura cakap bahasa yang pelik? Biar benar?\n“Saya Tanya Zura apa yang dia cakap sebab saya memang tak faham. Tiba-tiba Zura tamatkan panggilan.” Sambungnya lagi.\n“Eh? Macam mana boleh jadi macam tu?” Soal ibu saudara saya.\n“Entahlah. Cuba awak tengok-tengokkan Zura dulu. Kalau ada apa-apa, bagitahu saya dan saya akan datang.”\n“Okey.”\nTeman lelaki Zura menamatkan panggilan. Ibu saudara saya mengelihkan matanya kearah Zura yang masih menenung dinding.",
"“Zura..” Panggil ibu saudara saya.\n…\nTiada sahutan.\nBeliau cuba memanggil Zura lagi.\n…\nTiada sahutan juga.\nIbu saudara saya tetap memanggil buat kali ketiga.\n“Zura tiada.” Itu jawapan Zura.\nIbu saudara saya mula rasa tak sedap hati. Dia mula mendekati Zura dan duduk di atas bucu katil.\n“Zura..” Panggil beliau lagi.\n“Zura tiada..” Balas Zura.\nMemang sah ini bukanlah Zura. Ibu saudara saya terus bangun dan mencari Al-Quran di setiap sudut rumah. Dia mencari di merata-rata tempat tapi tidak jumpa.\n“Tak payahlah cari, bukan jumpa pun. Hehehe..” Tiba-tiba Zura menegur. Sempat dia sengih nakal.\nIbu saudara saya jadi hairan. Bagaimana ‘Zura’ tahu aku tengah mencari Al-Quran sedangkan aku tak cakap apa-apa pun.",
"“Kau tahu ke aku cari apa?” Tanya Ibu saudara saya.\n“Kau cari Al-Quran, ‘kan?” Jawab ‘Zura’.\nBaru dia teringat, Zuralah yang kemas rumah pagi tadi. Makcik saya semakin bingung. Dia tidak tahu ingin buat apa sekarang. Jika mahu meminta bantuan jiran, jiran pula dengan rambut hijaulah, seksi pula tu. Bimbang nanti, jiran pula terkena histeria. Beliau menjadi buntu.",
"Akhirnya dia cuba memberanikan diri, mendekati Zura yang sedang baring itu. Beliau menggosok kaki Zura dengan lemah lembut sambil membaca Ayatul Kursi, 3 Qul dan surah-surah yang terlintas di kepalanya. Dalam 20 minit dia menggosok-gosok kaki Zura, tiba-tiba Zura menepis tangan makcik saya.\nMakcik saya agak terkejut tapi dia tetap membaca surah-surah yang sepatutnya sambil menggosok kaki Zura. “Panaslah..” Ujar Zura. Makcik saya tidak menghiraukannya. Dia terus menggosok-gosok kaki Zura. Dalam 1 jam lebih menggosok kaki Zura, tiba-tiba Zura menangis. “Huhuhu… panaslah.. sudah-sudahlah tu..” Tampak seperti Zura menangis olok-olok iaitu berpura-pura menangis.",
"Makcik saya tidak menghiraukannya dan terus menggosok-gosok kaki Zura walaupun banyak kali ditepis. “Kau ni kejam!” Ujar Zura lagi. “Kalau kau rasa panas, keluarlah dari badan ni.” Balas ibu saudara saya. Zura diam. Makcik saya tetap menggosok-gosok kaki Zura sambil membaca ayat sepatutnya.\n“Panas…” Zura merengek lagi. Dia menepis dan menolak tangan makcik saya banyak kali. Makcik saya tetap menggosok. “Keluar.. Tuan punya badan ni tak kacau kau pun..” Balas beliau. Setelah banyak kali Zura merengek dan diminta untuk keluar, makcik saya pun kata “Aku tak akan berhenti membaca sehinggalah kau betul-betul keluar.”\nZura mendengus. Mendengus banyak kali. Tiba-tiba lampu bilik terbuka dan tertutup. Seluruh badan makcik saya jadi meremang tapi dia tetap teruskan menggosok kaki Zura. Semakin lama semakin meremang. Tiba-tiba lampu bilik terbuka semula. Makcik saya juga sudah tidak meremang lagi.\nZura tiba-tiba menggeliat dan menguap seperti baru bangun tidur. Zura memandang wajah makcik saya. “Eh, tadi aku rasa aku duduk dekat lantai. Macam mana boleh ada atas katil pula?” Tanya Zura.",
"“Esoklah aku ceritakan, kau minum air ni dulu.” Makcik saya menghulurkan air mineral yang pakciknya iaitu atuk saudara saya berikan. Zura pun minum. Makcik saya berasa lega kerana Zura sudah pulih. Esokkan harinya, makcik saya menceritakan segalanya kepada Zura. Zura terkejut mendengar cerita makcik saya. Teman lelakinya juga ada ceritakan apa yang berlaku semalam.",
"Itu saja kisah seram yang dialami oleh ibu saudara saya. Minta maaf jika cerita ini tidaklah seseram seperti yang diimpikan ataupun sukar untuk difahami. Assalamualaikum…."
] | [
"Tu jin gedik tu.\nDia nak bergurau le kononnya tu.",
"Eh x abis ni.. asal zura jdi cmtu ttiba"
] |
https://fiksyenshasha.com/kucingoren-gangguan-study-week/ | #KucingOren – Gangguan Study week | [
"hello… last time cite gitar karan aku publish beb. tak sangka publish, sebab nk publish dkt FS ni lg susah dari nk publish paper berindex scopus. Hahahaha, untuk sesapa xpenah baca lg, bleh baca cite aku pasal gitar karan seperti link dibawah.",
"Last time aku cite, antu xde. dari mula sampai abis, mmg xde unsur2 hantu dalam cite tu. maka pada cite kali ini, hantu ada, kompem. kejadian ni diceritakan oleh senior aku yang sambung diploma. mase tu aku sem 6, dia sem 5 (sijil sambung diploma terus jadi sem 5). die bukak cite ni masa kitorg bosan tunggu junior kene brainwash dgn penolong ketua felo. die kate mende ni jadi masa study week, dua sem study week die kene. untuk lebih clear, asrama aku ni ada 9 blok, dan semua lelaki.",
"kisah study week 1: faceless girlmasa kejadian ni, senior aku dok bilik aras 0, paling bawah. bilik die depan bilik study blok tu. untuk pengetahuan korang, setiap blok, dkt aras 0 ada satu bilik study, biasanye kosong or ade meja besar untuk study. so dalam kes ni, mamat ni stay block G. bilik study diorg kosong je xde ape2 perabot. suatu malam yg dingin, pundi kencing mamat ni bergoncang tanda kantung simpanan dah penuh. bilik die dengan toilet tak jauh pn, agak mustahil nk terlepas dalam seluar kalau tahan lama lama. tapi memandangkan die pn nk tido dah lepas study tanpa henti, die pn nk g melepas. masa die keluar dari bilik, die terdengar suara pompuan menangis sayu.",
"“ish sape nangis ni malam2 mcm ni?” getus hatinya ingin tahu…… nk mencari sorang2 mmg xla kan, die pn panggil roomate die yang sedang tergolek atas katil. “weh bro, ade orang nangis la, ko dengar tak?” tanye beliau kpd roomate yang bakal malang bersama dia. “mana mana mana..?” dengan gaya kepohci roomate die bangkit dari pembaringan. “tu….. dengar x?” masing2 memasang telinga yang sudah sedia capang. kedengaran sayup tak berapa sayup sedu sedan tu. macam dari bilik study, mungkin dari luar, banyak mungkin die.",
"“jom tengok sapa nangis tu, mcm dari bilik study…” ajak member sorang ni. diorg pn terhendap hendap persis nak skodeng gaya mereka. diorg pn selak daun pintu bilik study, gelap…. mmg la gelap sbb tak on lampu, lalu suis dipetik, kelihatan satu sosok gadis berambut panjang sedang duduk memeluk kaki dan melekapkan muka di lutut. (ye aku tau klise, antu semua mcm ni)",
"“cik….. nape nangis kt dalam ni cik, ni asrama lelaki ni” member aku ni cuba menegur. diam xde jawapan, masih lg menangis, roomate disebelah pun ulang soalan yang sama. “cik nape ni cik, ada masalah ke? cik salah masuk hostel ke?” sama jugak. diam xberbalas soalan dari roomate member aku ni. mcm2 hipotesis diorang pikir masa tu, kene culik ke? kene rogol ke? kene cabul ke? anak sapa???…… lalu member aku ni tanya lagi sekali, “cik…… kenapa nangis kt sini cik, cik xleh ada dalam asrama lelaki, nak kami tolong cik tunjuk jalan keluar ke?” usai je soalan tu diajukan, si gadis tadi seraya menangkat muka dan memandang seolah olah marah dan rimas ditanye soalan yang sama…. tp masalahnya, bahagian muka tu kosong! tepanjat dengan gaya renungan yang mengejutkan tu, bertempiaran lah kedua dua masuk bilik. hajat untuk melepaskan hajat di toilet terbatal begitu sahaja. mujur tiada kebocoran berlaku atas katil…",
"kisah study week 2: aku follow kau, kau follow sapa?kisah kedua ni juga diceritakan oleh orang yang sama, apa malang nasib die aku pn xtahu. kejadian ni berlaku semester terakhir die. masa tu die dok blok E pulak, mungkin sbb taknak jumpe awek tak bermuka tu kot die tukar blok, hahahaha… masa ni die duduk sebilik dengan classmate die, sama sama study untuk paper keesokkan hari. lepas setel ulangkaji, diorg nak g toilet la cuci muka buang air apa bagai kan. member aku ni cuci muka dekat sinki, classmate die pulak buang bom dalam jamban.",
"lepas die siap cuci muka gune men`s biore double action foam, die pn dok tunggu classmate die di muka pintu toilet. termenung mengenang nasib diri, acah2 feeling ada lagu dealova sebagai lagu background, tibe2 dengar bunyi flush. classmate die da setel mendepositkan pelaburan mata wang asing die ke akaun toilet. die pn toleh kebelakang dan nampak classmate die keluar dr bilik pendepositan dan terus menuju kearah die. serentak dengan itu die pn jalan terus gi bilik diorg, member aku ni bukak pintu dan masuk sama sama dengan classmate die, tutup lampu, kunci pintu, tarik selimut. perggghhh gebu lain macam bantal lepas otak penat study. classmate die pn sama da tarik selimut nk tido",
"baru nk lelap, tibe tibe pintu bilik die dibuka dari luar dengan menggunakan kunci. member aku terkejut sapa lak boleh bukak pintu bilik tu! pintu dibuka (taruk lagu saspen kt sini) terpacul classmate die depan pintu, die pandang classmate die, classmate pandang die, die pandang katil classmate die, classmate pandang toilet. “ko bukan da balik dengan aku ke tadi??” member aku tanye classmate die. “ko bukan follow belakang aku ke tadi??” tanye classmate die balik. “aku balik dengan ko tadi lepas ko beron, aku nmpk ko naik katil tido!” member aku jawab dengan muke cuak. classmate die meloncat masuk dalam bilik tutup pintu… “aku lepas beron td, nampak ko tunggu aku depan sinki, tengah tenung cermin, aku cakap jom balik tido, ko tak jawab diam je, tp ko follow belakang aku masa nk balik bilik….” ah sudah perkara suwey apakah ini, dua dua tak tido sampai esok, Alhamdulillah, dua orang tu tak fail paper keesokkan harinya.hahahaha…",
"kisah study week 3: budak birukejadian ni jadi masa aku semester 2, aku masa tu tengah syiok main counter strike dekat laptop. pom pom pom… tibe tibe pintu bilik aku bergegor dengan ketukan bertalu talu ibarat kompang. “woi woi woi roboh pintu aku!!” menjerit aku terkejut dengan paluan pintu aku. roomate aku? die lagi best, tergopoh gapah sorok ashtray die bwh katil pas2 tarik selimut pura pura tido, die ingat warden datang hahahahaha!! aku pn bukak pintu, nampak ade dua budak blok aku tercungap cungap depan bilik aku. tanpa di jemput dua2 masuk bilik aku. “korang ni kenapa ni, pintu tu takde warranty tau tak, kalau roboh sape nk ganti.” aku membebel dkt diorg sambil duduk semula depan laptop main counter strike. “kito nampak antu abe, sungguh nampok antu” jawab budak siam sorang ni. “betul abg, sungguh nampok bawoh nun dekat bilik study” member terengganu die bekap dakwaan budak siam tu.",
"“antu apa kacau korang, terliur plak die nk kaco korang…?” aku bertanya, roomate aku dalam selimut pura2 tido tadi pn tanye gak ape jadi. lalu budak ganu tu pn story, sbb die yang nampak dulu. diorang masa tu tengah study paper killer, tengah dok study tu die nmpk kelibat bergerak pantas. untuk pengetahuan korang, bilik study blok aku ada satu meja besar untuk study, dan ada kerusi plastik yang disusun tinggi letak dkt sebelah dinding, ada la dalam 5 6 stacking kerusi plastik tu. yang kelibat die nampak tu mcm merangkak laju bawah kerusi kerusi plastik tu. die ingat kucing, so die usha la dekat susunan kerusi tu. die nampak ade budak kecik, umur 3 ke 5 tahun, tengah duduk mencangkung bawah kerusi plastik tu senyum dekat die. kulit warna kebiru biruan, toyol hijau, ni biru tak tau nama apa.",
"cuak dengan keadaaan tu, kwn aku ni pura pura xnampak. die amik phone, anta sms dkt budak siam yang dok sebelah die. die jeling dkt budak siam tu, tunggu budak siam tu baca sms.“kung kap piok kap pai kap…” dengar dr mulut budak siam tu separa berbisikaish, budak siam ni nmpk gak ke, baca jampi siam ke??“aik salah pulok…” bebel budak siam tu…ceh, igtkn die baca jampi halau hantu, upenye die buat calculation dalam bahasa siam. cuak budak siam tu tak tengok phone, budak ganu ni cuit budak siam ni. “weh, mung xnk tgk phone ke, ada sms masuk tu”. budak siam tu pandang budak ganu ni “mu ni kan, td mu cakap kite kene study, fokussss.. jgn main enpon, aku dah cakap dah kt awek aku jgn sms, abg nk study, ni kau suruh aku tgk phone pulak….” marah si budak siam tu. “alaaaaa… mung tgk la jap….” pujuk si budak ganu ni. muka budak siam ni geram je, nk tumbuk member plak kan.”kung phai kop nonoi phun… suruh tengok phone pulak” budak siam ni pn amik phone baca sms yang budak ganu ni anta. budak siam tu terkesima sekejap, die pandang budak ganu tu, budak ganu tu sengih cuak, die pandang bawah kerusi yang budak ganu tu cakap….. tibe2 mamat siam tu lari! hahahahaha!! mamat ganu ni plak, nmpk mamat siam ni lari, die lari gak! hahahaha!! lokasi diorg tuju? bilik aku, sbb mase tu aku ketua blok.",
"gelak besar aku dengar cite diorg berdua, hahahahaha. “bang.. jgn gelak la bang, kitorg takut ni bang, kalkulator, phone semua kt bilik study lg bang, camne ni, nnt hilang kalo tinggal, temankan g amik bang….” budak terengganu tu memujuk aku temankan diorg. “yelah yelah! moh aku temankan g amik, ni nampak baldi penuh baju ni? angkat, aku nk g basuh baju pn alang2 turun bawah, hahahaha..” dengan muka kesian mamat siam tu angkat baldi baju aku sampai bilik basuh aku. oleh sebab dua dua takut ya amat, aku pn masuk dulu ke bilik study tu. Alhamdulillah takde penampakan ape ape dah, aku pn panggil diorg cakap line clear dah. diorg pn gopoh gapah kemas barang terus naik atas dan tinggalkan aku basuh baju sorang2..",
"tu jelah cite aku kali ni, next time aku cite lg pasal library pulak. antu banyak gak situ, rajin antu kt politeknik aku study dulu2"
] | [
"Hahahahhaa lawak dowh part budak Siam tu bebel🤣🤣🤣",
"Boring jalan citenye..ayat berterabur n terlalu banyak hahaha..menaip macam bercerita face to face dengan kawan",
"Cerita best.\nGaya penulisan pon sangat bersahaja.\nenjoy sangat baca.",
"Gaya penceritaan ko ni mcm confessor dekat IIUM confession nama “Rambutan”.\nTry lah search, sebijik gaya nya. Kelakar n rasa mcm dgr cerita face to face.\nenjoy n menyeronokkan baca kisah korang berdua.",
"tergelak-gelak da baca citer ko ni…x jadi dah nak seram"
] |
https://fiksyenshasha.com/komplikasi-2-kejadian-seram-semasa-berseronok/ | Komplikasi 2 kejadian seram semasa berseronok | [
"Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca-pembaca FS. Diharapkan masing-masing sihat-sihat belaka di kala waktu Pandemik ini. Kenalkan nama gelaran aku, Along, dari Melaka. Apa yang aku ingin ceritakan ini ialah pengalaman tak berapa seram yang terjadi pada ku.",
"Terdapat dua kisah yang ingin ku tulis di sini. Semoga pembaca menikmati dan mengambil pengajaran dari kisahku.",
"Kisah ini ringkas tapi cukup meremangkan bulu romaku.",
"Pada ketika itu, aku sedang bertungkus lumut menyiapkan homework yang diberi cikguku. Sebagai seorang manusia, sudah tentulah rasa malas dan ingin berehat ketika melakukan tugasan itu perkara yang biasa. Jadi aku memutuskan untuk berehat sebentar sambil berborak dengan seorang kawanku yang bernama Adriana.",
"Sedang kami sibuk berchit chat, aku sudah mula rasa tidak sedap hati namun aku tidak mengendahkannya. Perbualan kami memang menghiburkan hati aku. Aku mula tergelak-tergelak tidak ingin dunia dah malam ketika melihat lawak-lawak yang dibuat Adriana sepanjang kami berbual. Dan sekali lagi aku berasa tidak sedap hati.",
"Sehinggalah pada satu masa, Adriana menghantarkan voice chatnya ketika dia tergelak-gelak. Aku hanya memutarkan voice chat itu sekali dan memang tiada yang pelik di situ.",
"Tiba-tiba Adriana bertanya kepadaku, “Kau ada dengar something tak?” Aku hanya membalas, “Tak de pun.” Adriana tidak puas hati lalu memaksaku untuk memutarkan voice chat itu sekali lagi tapi dengan speed 1.5.",
"Dari situlah, muka aku mula cuak. Aku mendengarnya sekali lagi dan apa yang aku dapat tangkap, bunyi orang bernafas halus dan suara perempuan sedang ikut ketawa di hujung voice chat itu. Pada mulanya, aku menganggap itu hanyalah helaan nafas Adriana tapi apabila mendengarnya buat kali ketiga, Adriana masih gelak di hujung voice chat itu dan mustahil orang yang gelak besar ni boleh menghelakan nafas ketika gelak. Lagi satu yang buatkan aku terfikir, mana mungkin ketawa boleh bergema di hujungnya sedangkan ketika di awal voice chat, tiada gemaan pun.",
"Disebabkan masing-masing dah meremang bulu roma ditambah pula dengan kesepian malam, aku memutuskan perbualan tersebut dan akan mula membawang semula di keesokkan hari. Adriana bagitahu aku yang dia takut, jadi aku suruh lah dia tidur bilik nenek dia. Dia akur. Aku rasa senang sikit tapi yang jadi masalah sekarang, aku pula yang berseorang dalam bilik bersama adik aku yang dah tidur dulu.",
"Apa boleh buat, aku terus tutup komputer dan kemas kerja-kerja aku yang belum siap. Lantaklah kalau tak siap. Esok aku buat. (Nasib esok cuti ><)",
"Baring atas katil, suara tadi terngiang-ngiang di telinga aku sampaikan aku rasa si dia ada di sini memerhati aku. Aku capai fon, buka Surah Al Baqarah. Tidak cukup dengan itu, aku buka satu aplikasi novel online bagi mengalihkan perhatian aku dari terfikir benda-benda tu sampailah aku tertidur.",
"Esok paginya, sakan kami membawang berkenaan perkara yang berlaku semalam. Alhamdulillah, setakat itu sahajalah gangguan yang berlaku pada malam itu.\nMulai dari hari itu, Adriana dah serik dah nak hantar voice note dia gelak lagi-lagi bila tengah malam gitu.\n__________________________________________________\nKedua",
"Kisah ni pun agak panjang dan sangat seram bagiku.",
"Aku, Adriana dan Yiqin telah dibelanja tiket untuk bercuti di sebuah tempat di Selangor. Kami bertiga mulalah teruja dan berhuha huha sebab seronok sangat dapat bercuti orang bayar (macam pakej percutian gitu, makanan dan sebagainya semua guna duit sendiri).",
"Maklumat: Nama hotel takkan diberi tahu. Kami duduk di situ selama 3 hari 2 malam. Kami semua ialah BFF sejak 10 tahun lepas jadi kitaorang kenal perangai masing-masing macam mana.",
"Sampai-sampai di hotel, Adriana paling excited. Dia cepat-cepat keluarkan beg sandang dia dan masuk lobi hotel paling cepat. Aku dan Yiqin hanya menggeleng-geleng melihat perangai kebudak-budakan Adriana. Al maklumlah, dia yang paling gedik dan gila-gila di antara kami.",
"Dipendekkan cerita, kami pun check in lah dan kami dapat bilik yang macam apartment. Alaa, yang ada 2/3 bilik dalamnya tu. Apartment hotel kot. Entahlah, aku pun tak pasti. Aku tanpa membuang masa, melangkah masuk sambil memberi salam. Begitu juga dengan Adriana dan Yiqin.",
"“Kau nak tidur mana?” Adriana menjungkitkan keningnya. Dia sibuk memilih antara bilik 1 dan 2.",
"“Bilik ada 2 jer. Pepandai engkoranglah.” Aku duduk di atas sofa empuk yang hampir botak bulunya. Kesian tapi selesa. Laju tanganku mencapai remote TV. Wau, ada youtube. Aku agak jakun masatu sebab tak pernah tengok lagi. Selalunya kalau hotel-hotel, siaran basic Astro jeler yang ada.",
"“Kau nak tidur berteman dengan aku tak?” Aku perasan Yiqin menggeleng.",
"“Okey, aku tidur dengan kau.” Adriana memberikan kata putus. Aku pun menyandang kembali beg sandang aku dan diletakkan ke dalam bilik yang ke 2. Bilik itu mempunyai 2 katil single dan terletak di hujung apartment tersebut. Di hadapan bilik kami, ada satu bilik air. Manakala bilik pertama pula mempunyai katil Queen dan terdapat satu bilik air di dalamnya. Macam master room gitulah.",
"Bilik 1: Yiqin\nBilik 2: Aku dan Adriana",
"Lepas dah kemas dan lipat sikit baju-baju masuk dalam almari, aku mula menuju ke dapurnya pula. Kemas. Ada peralatan asas untuk memasak. Nanti bila-bila, bolehlah beli bahan-bahannya.",
"Ini memang sikap aku yang biasa sampaikan Yiqin dan Adriana pun dah muak dengan perangai aku. Aku suka tawaf bilik hotel yang aku pergi. Aku akan check-check if keperluan cukup or tak. Aku juga akan check sama ada air berfungsi atau tak. Done check √",
"***\nSementara menunggu Adriana habis mandi, aku lepak dalam bilik jap. Main fon, scroll-scroll wassap. Tak lupa juga aku post sekeping gambar kat adik aku yang nun jauh di mata tapi dekat di hati. Eceyhh…",
"“Along (dia panggil nama sebenar aku tau tapi aku gantikan dengan along)..”\nAku toleh sebelah. Adriana masih lagi mandi. Yiqin pula tengah buat hal dia dalam bilik.",
"Aku tak nampak sesiapa tapi aku rasa macam adik aku yang panggil berdasarkan ton suara dia. Aku hanya mengangkat bahu dan sambung balik scroll facebook.",
"“Huh, tolong jangan kacau aku boleh tak? Aku tak kacau kau pun.” Aku mendengus kecil. Aku tak tahu dari mana keberanian tu datang. Maybe sebab aku rasa geram kot. Tengah nak rehat seharian memandu dari Melaka ke Selangor, dia boleh panggil lagi nama aku.",
"Bunyi pintu bilik 1 dibuka dan aku dengar seseorang berjalan ke bilik aku. Semakin lama, semakin aku dengar, tapak kaki itu berlari dengan kadar sederhana dan terpacullah Yiqin di depan pintu. Muka dia cuak.",
"“Yow, kenapa kau ni?” Aku berdiri dan mula mendapatkan dia.",
"“Aku rasa macam tak kenalah dengan tempat ni. Tadi-” Aku mendiamkan dia. Aku mengangguk faham seraya menyuruhnya untuk duduk sahaja di dalam bilik aku dan Adriana. Sementara itu, Adriana masih lagi syok berjimba dalam bilik air.",
"“Kejap aku tengok dalam bilik kau.”",
"Masuk bilik Yiqin, suasana tidak berubah. Hanya baju-baju Yiqin yang sudah tersidai kemas di dalam Almari. Pintu bilik air terbuka sedikit. Gelap. Langsir tingkap yang memaparkan permandangan luar ku tarik.",
"Kedengaran bunyi ketuk-ketuk dalam bilik air. Ya, mungkin itulah yang Yiqin dengar. Aku segera membuka lampu bilik air tersebut dan bunyi itu terhenti. Pintu bilik air itu aku buka sepenuhnya. Bilik air masih kosong. Bersih.",
"“Yiqin, dah takde apa. Masuklah.” Aku menjerit memanggil Yiqin. Yiqin datang dengan lambat-lambat sambil menunjukkan muka kelat. Nampak sangat yang dia tidak mahu tidur situ pada malam itu.",
"“Yelah, aku tidur sini.” Aku mengalah. Yiqin tersenyum girang. Ehek, sekarang ni aku pula yang takut kena ganggu walaupun tadi hanyalah gangguan ringan jer.",
"***\nLepas balik dari makan-makan, kami bertiga terus masuk bilik masing-masing. Aku dengan penuh terpaksa, duduklah kat bilik 1. Nak duduk bilik 2, katil cuma ada 2, pastu single pula tu. Mana muat aku yang kurus ni nak menyempit kat situ.",
"Aku baring macam biasa sampai aku tertidur dan aku tersedar pukul 2.18 pagi. Mulanya aku nak bangun, tapi aku rasa malas. Jadi aku gagahkan diri bangun nak buang air. Aku pun masuklah bilik air dengan lampu yang menyala.",
"Sedang aku nak basuh tangan, lampu tiba-tiba terpadam. Aku jadi agak panik dan cepat-cepat basuh tangan. Bila keluar dari bilik air, lampu elok semula. Aku buat tidak tahu sahaja. Mungkin, masalah kerosakan ke apa kan.",
"Dan bermulalah part yang paling seram….\nTengah aku cuba pejamkan mata, aku dengar bunyi bising kat luar. Bunyi macam orang memasak. Pung pang pung pang bunyinya. Lepastu aku dengar, ada budak ketawa. Berlari sana sini. Memang bising. Aku ingat nak buka pintu nak terjah jer, tapi takut jumpa benda lain pulak.",
"Jadi aku buat macam aku ni seorang pekak tapi tak boleh. Bunyi-bunyi tu memang menganggu konstetrasi aku nak tidur. Susah sangat.",
"Aku pun beranikan diri, cubalah jengah sikit ke luar. Gelap gelita. Okey, now aku dah mula rasa memang meremang. Aku tolak pintu bagi terbuka luas-luas dan tiba-tiba terdengar ketukan dari pintu utama.",
"Amat mustahil untuk manusia ketuk-ketuk pintu bilik orang tengah malam buta ni kan? Hmm, masa tu aku memang dah rasa seram sejuk.",
"Aku berlari-lari anak dan terus menuju ke bilik no 2. Aku ketuk perlahan dan terdengar suara erangan yang menangis teresak-esak dari dalam bilik tu. Okey, aku sekarang ni dah menyesal.",
"“Weyh, sini-sini.” Aku dengar suara Adriana berbisik dari dalam bilik air. Aku sedikit lega dan terus menerjah masuk ke dalam bilik air.",
"Aku hampir menangis dan menjerit kuat bila melihat bilik air yang aku masuk tu kosong dan tiada sesiapa! Aku keluar balik dan azan kuat-kuat. Segala lampu aku nyalakan. Biarlah membazir sekalipun. Yang penting sekarang aku nak selamatkan diri aku.",
"Sampai ke lafaz La Ilahailla Allah, pintu apartment ku dibuka dan kelihatan dua orang sahabat ku di hadapan pintu. Muka mereka pucat. Hanya kuntuman senyuman terlekat di bibir yang menandakan mereka lega.",
"Mereka membawaku keluar dari bilik. Teresak-esak aku menangis ketakutan. Sampai hati betul diorang tinggal kan aku keseorangan dalam bilik tu.",
"Kami ambil keputusan untuk lepak kat kedai mamak je lah. Tak sanggup kami nak balik hotel semula.\nAku pernah lah tanya diorang, penyebab diorang tinggalkan aku, tapi diorang taknak bagitahu. Jadi, maaf, aku tak boleh bagitahu sebab apa diorang tinggalkan aku seorang diri sebab aku sendiri pun tak tahu.",
"Esoknya, kami terus check out dan balik Melaka. Memang terpaksa burn kan tiket yang orang belanja tu sebab kami bertiga dalam keadaan trauma sangat. Membazir betul. Tapi tulah, nak buat macam mana. Semangat kami seakan hilang bersama gangguan yang mendatang.\n_________________________________________________\nItu sahajalah cerita yang aku ingin sampaikan kepada anda semua. Maaf jika cerita ini kurang menarik, kurang seram atau terlampau panjang. Anggaplah ini hanya hiburan semata-mata. Jangan terlampau percaya sehingga menimbulkan kemudharatan pada diri. Ambil yang positif, tinggalkan yang negatif.",
"Terima kasih \nAssalamualaikum!.."
] | [
"sampai hati diorang tinggalkan sis",
"HAHAHAHAHA, kecewa juga. Tapi tulah. Nak buat macam mana. Kalau sis takut pun, mungkin sis akan tinggalkan diorang 😉",
"BOLEH TAU HOTEL MANA TU YE"
] |
https://fiksyenshasha.com/kain-hitam-di-halaman/ | Kain Hitam di halaman. | [
"Assalamualaikum semua, terima kasih kerana sudi membaca cerita pakcik pada hantaran sebelum ini. Cerita pertama pakcik tu bertajuk “Wangian dari bawah jambatan”, kalau ada yang belum baca tu, sudi-sudikan lah baca ye haha.",
"Kesempatan kali ini pakcik ingin story-story tentang rumah pertama pakcik di daerah Kapar, Klang. Pada cerita pertama pakcik, pakcik ada bagi tau kan, pakcik berulang-alik ketempat kerja setiap hari, dari Cheras ke Shah Alam yang perjalanannya mengambil masa panjang dan agak jauh pula.",
"Jadi apabila usia pakcik dah meningkat ni, pakcik pun adalah kesedaran nak beli rumah sendiri yang lebih dekat dengan tempat kerja pakcik, lagi pun duit simpanan pakcik dah ada untuk buat bayaran 20% pendahuluan untuk duit rumah baru nanti. Tapi tak boleh la cari rumah kat Shah Alam tu, kena la cari rumah yang kawasannya masih murah lagi.",
"Tapi abah pakcik lagi advance, pakcik baru je nak survey-survey rumah kat daerah Kapar tu, tau-tau satu hari tu bila pakcik balik dari tempat kerja, abah pakcik bagi pamphlets projek perumahan baru di daerah Kapar seraya berkata” sediakan duit untuk bayar booking rumah ni” hahaha pakcik pun cakap “OK”. Jadi pakcik pun beli lah rumah tu. Restu orang tua tu penting ye anak-anak. Haha . Rumah ni setingkat sahaja, ada 3 bilik dan 2 bilik air, kedudukan ruang tamu terpisah dari 3 bilik dan dapur, kesemua bilik terletak di ruang dapur, dan untuk kedapur kena melalui lorong yang panjangnya dalam 6 ke 7 langkah mcm tu. Walaupun tak sebesar mana, tapi agak selesa untuk orang yang tak berapa nak kaya macam pakcik ni.",
"Buat anak-anak muda di luar sana, cepat-cepat la plan untuk beli rumah sendiri di usia muda ni, kalau dah tua baru nak beli rumah, maunya nanti dah pencen pun tak habis bayar pinjaman rumah tu, pinjaman pun dah 30 tahun. Tak payah la nak pakai Honda bagai, simpan dulu duit tu untuk beli rumah. Memang la masa pakai Honda ni awek ramai senyum kat pakcik, jika di bandingkan dengan masa pakcik pakai viva dulu, walaupun hensem pakcik ni sama sahaja masa pakcik pakai viva atau pun pakai Honda, tak kurang pun walau 1% kehenseman pakcik ni haha. Tapi kita kena dahulukan yang perlu didahulukan ok.",
"Jadi nak di jadikan cerita, rumah pakcik pun siap. Apabila terima kunci, pakcik pun pasang la langsir, cuci rumah dan kemudian pakcik pun buat kenduri kesyukuran kat rumah baru pakcik ni. Tapi pakcik masih tak duduk pun rumah ni lagi. Mula-mula tu pakcik datang ke rumah ni seminggu sekali, lepastu sebulan sekali dan kemudian bila pakcik senang baru pakcik datang rumah baru pakcik ni. Rumah ni pula gelap, sebab pakcik pasang langsir yang gelap tu, bila pakcik datang, baru la pakcik selak kain langsir ni untuk bagi cahaya masuk, bila nak balik pakcik pun tutup balik langsir tu sebab tak nak bagi orang nampak dalam rumah pakcik ni. Dalam 4 tahun juga pakcik biarkan rumah ni kosong.",
"Kemudian jodoh pakcik sampai, pakcik berkahwin dengan makcik, dan setahun selepas tu pakcik di kurniakan anak Sulong yang comel, sebab mukanya sebiji macam pakcik haha. Pakcik mula berpindah kerumah pakcik ni masa umur anak Sulong pakcik lebih kurang 5 bulan macam tu.",
"Seminggu tinggal di rumah baru ni semuanya Alhamdulillah semuanya baik, Cuma udara didalam rumah ni agak berbahang, panas sangat, pasang kipas sekeliling pun pakcik masih berpeluh. Lepas seminggu, mula la mereka-mereka ni gatal nak bagi tau pakcik yang mereka-mereka ada dalam rumah pakcik ni.",
"Salam perkenalan dari mereka bermula masa pakcik bersendirian di dapur, masa tu pakcik tengah basuh botol susu anak pakcik dalam pukul 11 malam macam tu. Pakcik mengadap ke singki, tapi dalam masa yang sama, ekor mata pakcik boleh nampak pintu bilik pakcik di sebelah kanan pakcik. Masa pakcik tengah sibuk membasuh tu salah seekor dari mereka-mereka tu telah menyerupai seorang Wanita berambut panjang dan berbaju putih, saja je nak tunjuk diri dia la tu, dia seolah-oleh bergerak menggunakan papan selaju yang di tarik oleh orang yang tidak kelihatan ke belakang pintu bilik pakcik, maknanye dia tak melangkah la tapi mcm melayang mcm tu, belakang pintu tu dinding, tak ada ruang pun. Pakcik pun apa lagi, cepat-cepat la nak tutup pili air, nak beredar cepat-cepat. Tapi air jadi makin besar pula, misteri sungguh haha. pakcik salah pusing la haha. Intro dia tak best betul, dalam bilik tidur pakcik pula tu haha.",
"Kemudian pada malam lain pula, masa ni kami semua dah nak tidur, Jadi disebabkan lampu dan kipas diruang tamu tu tak bertutup lagi, pakcik pun pergi la tutup sorang-sorang. Dengan malas-malas pakcik tutup suis tu, mengantuk la katakan, lepas je lampu padam, pakcik pusing nak ke dapur semula, tiba-tiba dia boleh pula bersandar kat belakang pakcik ni, “kurang hajo” pakcik apa lagi terkejut la, pakcik sorang je kat situ, ni sapa pula nak romantic-romantik dgn pakcik ni, hahah. Kemudian pakcik cakap sorang-sorang “nak bergurau pula dia”, lepas je pakcik cakap tu, dia pun hilang. pakcik pun lepas tu pusing la belakang balik, alhamdulillah tak ada apa-apa. Dia dh berani sentuh-sentuh kali ini.",
"Ada satu hari tu, seperti rutin ketika hari bekerja lain, pakcik akan sampai kerumah dari tempat kerja pakcik, biasanya ketika azan maghrib sedang berkumandang ataupun selepas azan maghrib. Pada hari tersebut kami sampai kerumah dalam 10 minit selepas azan maghrib, sampai sahaja depan rumah, dari dalam kereta lagi pakcik ternampak seperti kain hitam tergantung di tengah-tengah laman rumah pakcik di salah satu kerangka awning rumah pakcik, memang jelas pakcik Nampak masa ni “sapa la tinggal kain buruk kat rumah pakcik ni, hitam pula tu”. Bila pakcik turun kereta nak buka pagar, kain tu dah tak ada dah. Alhamdulillah, kalau tak nak kena buang lagi, lepas tu nak fikir pula sapa yang masuk dalam laman rumah ni, lepas tu nak kena cemas, sebab orang luar dah start masuk dalam laman kita, tak gitu.",
"Lepas tu pakcik masukkan la kereta pakcik dalam pagar rumah, bawa masuk semua barang anak pakcik dan bag kerja pakcik dan makcik kedalam rumah. Masa ni anak pakcik, pakcik hanta ke taska sahaja, sebab makcik pun kerja. Makcik kerja kat kilang sebelah dengan kilang pakcik, tu yang makcik boleh mengurat pakcik tu hahah. Ok sambung, masa pakcik nak kunci grill pintu depan rumah pakcik tu, pakcik Nampak dengan jelas, kain hitam buruk tadi tu masuk melalui atas pintu rumah pakcik, dia terbang ikut atas muka pintu dan hilang, memang berani dan melampau dah benda ni, depan-depan pakcik dia masuk, memang geram pakcik masa ni. Dan start dari malam tu anak pakcik tepat pukul 10 malam je dia akan nangis tak berhenti sampai dalam 2 ke 3 jam mcm tu. Masa nangis tu anak pakcik akan tengok ke setiap arah, macam benda tu kesana kesini. Memang kurang hajo benda ni. Kesian baby pakcik tu.",
"Dan bila dah mengganggu anak pakcik, pakcik pun tak ada jalan lain, pakcik dan makcik pun panggil ustaz untuk pagar rumah pakcik, masa proses memagar tu, Ustaz minta pakcik sediakan air mineral, pakcik beli satu kotak besar masa ni, garam kasar dan lada hitam. Ustaz baca ayat ruqyah kot kat air mineral tu, satu baldi berisi air biasa dan campuran garam kasar dan lada hitam . Air mineral untuk di minum, air dalam baldi tu untuk pagar dalam rumah, kita renjis air ruqyah tu di sekeliling dinding di rumah kita dan garam dan lada hitam untuk pagar diluar rumah. Alhamdulillah lepas tu dah berkurangan gangguan walaupun ada sikit-sikit, rumah dah tak berapa berbahang lagi, bunyi bising didapur dan kadang-kadang bunyi ketukan dinding dan mesin basuh dah tak kedengaran lagi. Alhamdulillah. Sebenarnya banyak lagi kejadian yang berlaku, tapi cukup la setakat ini, penat pakcik nak taip ahahha. Dan korang pun nanti marah sebab panjang sangat hahah.",
"Dan selepas kejadian tu pakcik amalkan baca Al-Fatihah, 5 ayat awal surah Al-Baqaroh, Ayat Kursi, 3 ayat terakhir Surah Al-Baqaroh, dan 3 Qul selepas solat Maghrib dan selepas solat subuh sebagai pendinding diri dan keluarga. Dan Pakcik akan Azan dahulu bila masuk rumah, jika pakcik keluar tinggalkan rumah, bercuti atau kemana sahaja lebih dari 2 hari. Dan jangan lupa untuk perbanyakkan mengaji Al-Quran setiap hari. Kalau didunia ni kita selalu berasa seram dan takut, di alam sana kita bersendirian, lagi takut, hanya Al-Quran yang akan menjadi peneman kita.Sekian terima Kasih"
] | [
"dlu pakcik naik viva oren ke?\nkalau btl..sah la pakcik AA yg sye kenal tu..hehehe"
] |
https://fiksyenshasha.com/aziz-si-abang-jaga/ | Aziz, Si Abang Jaga | [
"Hi Semua,",
"Terpanggil pulak nak cerita seram. Tapi kali ni bukan cerita pengalaman sendiri. Tapi cerita pengalaman orang yg bekerja time-time malam. Terutamanya Pakcik Guard atau Jaga. Cuba korang try tanya pakcik guard korang kepada sesapa yg duduk condo/apartment atau rumah banglo. Mesti diorang ade banyak cerita.",
"So, rumah parents saya sejak kene rompak dulu, mula pakai security guard la untuk tambah keselamatan. Guard parents saya ni xde la pakcik. Umur mungkin dalam lingkungan 30-38 tahun. Dia dari Pakistan. Kuat agama.. time dia tak meronda keliling rumah parents saya, dia kan mengaji and solat tahajud la. So boleh kata bila saya balik lambat dari kerja ke. atau lepak ke, takde la takut sebab dia akan ade standby diri sampai saya masuk dalam rumah.",
"One day, dalam pukul 11 malam, tiba-tiba bosan melanda. So saya pon turun la amik oksigen dekat ruang porch kereta. Tgh sedap fuhh fuhh asap, tetiba Nampak satu Lembaga putih tengah jalan dekat garden rumah. Saya cuak la. Haha. Rupanya si Aziz, guard rumah tengah meronda dekat garden. Saya pon panggil la aziz. Dia pun datang.Aziz: yes sir, ada apa, sir?Saya: Aziz, you malam-malam takda takut ah?Aziz: takda sir, biasa-biasa saja.Saya: sini malam-malam ada hantu ka?Aziz: (sengih-sengih) mana ada sir. Sini takda hantu.Saya: you orang sembahyang kan. Tak baik tipu.Aziz: (gelak) mana-mana tempat malam-malam mesti ada. Saya tadak mau takutkan sir.Saya: cerita la. Saya tak boleh tido ni.Apparently, si Aziz ni, banyak kali kene kacau time jaga rumah parents saya ni. Ade satu time, masa dia tgh duduk dekat kerusi dia, dia nampak “saya” lambai-lambai panggil dia. Dia pon cepat dtg. Tapi tgk-tngok, “saya” hilang. Lepas tu dia dengar lagi “saya” panggil dia. Tapi kali ni belakang rumah. Dia pon bergegas la ke belakang rumah. Hampa, takde sesape. Lepas tu dia dengar suara garau yang menakutkan gelak–gelak . Dia pon cepat-cepat pergi dekat kerusi dia and baca Quran dekat phone dia.",
"Ade satu mase, tahun 2019 (Pre-Covid), saya and family bercuti dekat America. Rumah sunyi. Lampu yang on pon dekat area porch rumah. Macam biasa, Aziz pon mula la meronda keliling rumah dan dekat garden. Mase dekat garden tu, dia tgh suluh-suluh area yg gelap, dia terdengar bunyi ranting-ranting pokok bergoyang. Dia dongak tgk. Terkejut dia ade Lembaga hitam tengah terpacak kat pokok tu. Tiba-tiba lembaga tu lompat nak terkam aziz. Aziz cover muka dengan tangan. Tapi takde pape. Bila buka muka, Lembaga tu hilang. Banyak sangat kene kacau sampai dia dah immune dah. Dah tak heran dah.",
"Lagi-lagi time dia solat sunat tahajud sebelah tempat duduk dia. Time-time ni la benda suka kacau dia. Main lalu-lalu time solat. Masa sujud tu kan kita akan nampak belakang memalui celah kangkang ngan kaki kita. Haa.. time tu la si Aziz nampak rambut Panjang giler tengah seret lantai. And then bau-bau busuk. Macam-macam la.Banyak lagi cerita Aziz ni. Tapi nanti la saya cerita di lain hari. Korang yang duduk condo ke atau abang/pakcik jaga kat tempat kerja key g buat night shift. Cuba tanya diorang tentang pengalaman diorang. Mesti ade yang seram-seram . OK BYE!"
] | [
"aah dari sekolah menengah lagi sy suka tnya2 guard cerita hantu. oh hai anak orang kaya.. dari segi penceritaan memang nampak awak anak orang berada. dan penceritaan2 awak semua best2..teruskan hantar cerita kat sini k. thanks 🙂 cite hantu masa travel oversea ade x?",
"Ada… Tapi hantu mat salleh tak se scary hantu benua nusantara ni.. Tapi naik gak la bulu roma. Nanti saya post cerita.. Itu pon kalau admin FS approve la."
] |
https://fiksyenshasha.com/diminta/ | DIMINTA | [
"Assalamualaikum para pembaca Fiksyen Shasha . Aku Yush, kali ini aku akan berkongsi cerita tentang kejadian mistis yang menghantui ibuku sepanjang dia mengandung sehingga melahirkan abang ku.",
"Kisah ini diceritakan oleh ibu dan ayahku sendiri. Ceritanya bermula bila ibuku tengah mengandungkan abangku. Sepanjang waktu itu berbagai kejadian pelik berlaku. Menurut ayahku, ibu kerap bercakap waktu tidur bukan mengingau atau sebagainya tapi ianya seolah berkomunikasi dengan seseorang. Adakalanya ibu bercakap lemah lembut kadang seperti bertengkar dan bergaduh dan adakalanya ibu ku menangis seperti meminta sesuatu dengan “teman”nya bercakap dalam tidur itu.",
"Selain itu, kejadian pelik yang lain pula adalah setiap waktu maghrib ibuku selalu histeria sehinggakan tidak sedarkan diri. Ada satu ketika menurut ayahku, ibu histeria sehingga pengsan, namun ketika ibuku pengsan anggota badan dia masih bergerak seperti orang yang tengah bergaduh. Dalam masa yang sama ayahku yang cuba menenangkan ibu terpental jauh dek kerana ada “sesuatu” yang menghalanginya daripada mendekati ibuku.",
"Seterusnya, menurut ibuku pula, ayah dan atok ku bukan calang-calang orang dizaman mereka, ada satu ketika ayah dan atok ku cuba mencari jalan penyelesaian sekaligus ingin mencari tahu apa penyebab ibu ku seringkali berkelakuan pelik. Upacara untuk menyelesaikan masalah ibuku pun bermula, dimana ayah dan atok ku terlibat dengan pertarungan dengan makhluk yang menyerupai ibuku dan ayahku sehingga menyebabkan ayah dan atok ku kelelahan.",
"Selesai daripada pertarungan itu, ayahku berkata bahwa makhluk yang menyerupai ibu dan ayahku itu ingin meminta anak yang berada dalam kandungan ibuku sebab itulah ibu ku seringkali bercakap,bergaduh serta menangis ketika tidur dan seringkali histeria. Ayah dan atok ku menyangka masalah telahpun selesai selepas pertarungan itu kerana selepas “upacara” itu ibuku berkelakuan normal layaknya ibu-ibu mengandung yang lain.",
"Saat ibuku hendak melahirkan kejadian pelik yang lain pula berlaku, dimana selepas sahaja waktu maghrib ada satu daging mentah sebesar lengan manusia dewasa terbang kemudian memasuki rumah dan melekat di dinding, ayahku cuba mengalihkannya namun tidak berhasil. Lantas, ayahku terus menghubungi atok ku yang ketika itu masih berkerja.",
"Setibanya atok ku dirumah, dia langsung terkejut kerana dia yang dapat melihat makhluk tak kesat mata yang menyerupai ibu dan ayahku sedang memakan daging mentah itu dan sedang memerhatikan ibuku yang hendak bersalin pada waktu itu. Ayah dan atok ku mencuba bergabung tenaga untuk menghalang “makhluk” itu serta membuang daging mentah yang masih melekat di dinding. Menurut ayahku sewaktu dia dan atok ku berusaha menghalang “makhluk” itu tiba-tiba sahaja makhluk itu hilang dan daging itu jatuh tergeletak dilantai sekaligus mengeluarkan bau yang tidak enak",
"Rupanya, makhluk itu bukan melarikan diri melainkan menghilangkan diri untuk merasuki tubuh ibuku. Ibuku yang didalam bilik bertemankan seorang bidan terus mengalami histeria yang dahsyat sehingga memuntahkan d***h serta mencuba melukakan dirinya sendiri , bidan yang terkejut akan hal itu dengan pantas memanggil ayah dan atok ku. Makhluk itu semakin menjadi-jadi apabila dia memcuba memaksa ibuku menggigit lidahnya sendiri untuk mengelakkan ayah dan atokku berkomunikasi dengannya.",
"Atok dan ayahku kali ni tidak lagi teragak-agak apabila mereka berdua langsung mengambil keris pusaka yang di wariskan untuk mereka kemudian mereka bertarung dengan makhluk yang mengganggu ibuku.Dipendekkan cerita selepas mereka berhasil melawan makhluk itu, mereka berdua kali ini lebih merasa kelelahan berbanding sebelumnya dan ibuku yang waktu itu hendak melahirkan abangku mengalami pendarahan yang teruk sehingga terpaksa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.",
"Selepas beberapa hari abang aku dilahirkan dan sudah dibawa pulang kerumah ada satu kejadian pelik lagi berlaku dimana atok aku yang baru pulang dari bekerja melihat abang aku sudah boleh berjalan dan mencuba untuk keluar dari rumah mujur tombol pintu cukup tinggi untuk ukuran budak yang baru lahir seminggu.",
"Setelah kejadian itu, ayahku berkata “makhluk” yang mengganggu ibuku itu meminta supaya abangku diberikan padanya mujur ibuku cukup kuat untuk menghalang dan ada ayah dan atokku yang membantu ibuku menghalang makhluk itu.",
"Sekian sahaja ceritaku kali ini, satu pesanku kepada diriku dan para pembaca , Hormatilah, sayangilah, cintailah ibu kita, kerana susah-payahnya mengandung dan melahirkan kita tidak mungkin dapat kita balas sampai bila-bila."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/milikku/ | MILIKKU | [
"Assalamualaikum semua, so harini aku nak sambung kisah seram aku sepanjang belajar kat sebuah institusi around Selangor. Haritu dah aku ceritakan tapi kalini cerita quite seram. So let’s get started.",
"Aku merupakan ketua displin asrama putri, kalau ada apa-apa masalah budak-budak ni memang akan refer aku even benda remeh pun aku kena handle contoh macam ‘Kak baju yang saya sidai hilang la !’. Sejak dua menjak ni banyak gila cerita yang aku dengar. Ada yang macam tak logic diterima akal, ada yang terlalu annoying ada jugak yang serius dan tegang…",
"Tapi nak dipendekkan cerita, malam ini suasana diasrama sangat sunyi. Udara pun dingin, dah macam dekat Cameron Highland. Sedang aku siapkan assignment tiba-tiba pintu bilikku diketuk bertalu-talu, aku dengan pantasnya membuka.‘Akak, tadi masa kami tengah buat assignment tiba-tiba ada bunyi orang mengilai kat tengah padang ampaian tu!’ kata mereka.",
"‘Haa mampus, apa lagi nak jadi ini!’ detik hatiku. Aku menenangkan mereka dengan menyatakan bahwa tiada apa yang perlu dirisau, baca surah-surah yang dihafal, jangan terlalu seronok. Aku menghantar mereka sampai kebilik tapi tidak dapat aku nafikan suasana asrama saat itu sangat sunyi padahal semua bilik masih menyala menandakan budak-budak belum tidur. Aras 3, aras 2, aras 1 aku lewati untuk memastikan tiada apa yang pelik, takut juga ada pelajar yang masih diluar bilik waktu ini. Sudah puas hatiku memantau kawasan asrama, aku naik kebilik ditingkat 4. Sepanjang perjalanan naik, mulutku terkumat kamit mengutuk sistem pengurusan asrama kerana meletakkan aku ditingkat 4.",
"‘Nak bagi aku kurus ke apaa letak aku tinggi-tinggi, depa taktau kaa letak aku tinggi macamni lagi aku malas nak turun kalau boleh nak terjun ja dari atas!’. Tiba-tiba bulu romaku berdiri tegak. Aku terhenti. Mulutku terkunci padahal tadi tak berhenti mengutuk.‘Aaaaarrrgggghhhhhh !’ suara nyaring kedengaran dari padang ampaian.(SIREN BERBUNYI)‘Diminta semua siswi kekal dibilik masing dan diminta semua ahli jawatan kuasa turun ke aras 1 sekarang !’ arahan dikeluarkan dari Ketua blok. Aku apalagi, terus turun dengan laju kebawah. Sesampai saja di aras 1, aku mengucap panjang. Aku mengigil.Korang nak tahu apa aku nampak?Seorang budak perempuan berambut panjang sedang menari tarian Ulek Mayang ditengah-tengah lapangan padang. Lenggok tariannya seperti seorang penari professional, tariannya lemah gemalai seolah-olah ada iringi bunyi gamelan. Sesekali terdengar dia sedang ‘humming’ lagu Ulek Mayang tapi dengan suara lembut tapi cukup membuat air mataku mengalir laju. Bulu romaku tegak.",
"Laungan azan/ayat kursi berkumandang dari Pusat Islam. Pergerakan tariannya menjadi semakin rancak, suara yang mulanya sangat halus tiba-tiba menjadi kuat seolah-olah bukan sorang yang mengalunkan melodi lagu Ulek Mayang. Kami tidak berani berbuat apa, kami hanya menunggu bantuan para siswa dan ustaz-ustaz yang sepatutnya. Kami saat itu hanya mampu mengawal pelajar junior yang ketakutan di bilik masing-masing.",
"Tiba-tiba…Satu bilik dihujung sudut aras 2 tiba-tiba berbunyi seperti sesuatu yang berat jatuh. Belari kami keatas, sedang kami berlari seorang pelajar perempuan melompat keatas balkoni sambil mencangkung dan tangannya bergerak mengikut tarian pelajar perempuan yang berada ditengah padang ampaian. Diikuti dengan beberapa pelajar perempuan yang lain. Jumlah kesemua pelajar pada malam itu yang kerasukkan seramai 15 orang termasuk 2 orang pelajar yang berbangsa india. Kami mengucap panjang.",
"‘Ya Allah ini bukan kudrat kami, andai seramai ini Ya allah !’ getus hatiku. Pada ketika ini kami sedang menunggu para siswa, ustaz dan beberapa pensyarah serta warden yang lain.Kami memasang ayat suci alquran menggunakan speaker. Tapi tidak membantu sama sekali. Suasana asrama saat itu sangat hening dan sunyi, hanya kedengaran suara pelajar-pelajar perempuan ‘humming’ lagu Ulek Mayang. Mereka menari dengan mata yang tertutup rapat.‘Ulek mayang di ulek, ulek dengan jala jemala !’ seram. Suara mereka mampu membuai kami kerna kemerduaan nya.",
"Selepas 15 minit menanti barulah para siswa, ustaz dan beberapa warden datang. Dua orang pelajar siswa diarahkan untuk berada disetiap aras bagi menjaga pelajar yang mencangkung dibalkoni. Dan beberapa pelajar meletakkan tilam (gym) dibawah blok seandainya ada yang melompat.Sedang ustaz membaca sesuatu, pelajar perempuan dipadang ampaian memandangnya dengan pandangan sinis dan berdehem. ‘HMMMPPPPPHHHH !’. Tiba-tiba dia duduk bersila sambil tangannya bergerak mengikut alunan lagu. Aku terpesona. Lenggoknya sungguh lembut sekali. Aku terbuai. Cepat-cepat kawanku menyedarkan ku. Ustaz mengeluarkan sehelai kain dan membaluti kepala pelajar tersebut sambil terkumat kamit membaca surah.‘Dia milik aku, dia warisanku. Aku dan dia adalah satu, dia adalah aku !’ suara garau kedengaran.Kami terdiam menunduk. Allahuakbar. Itu saja mampu aku ucapkan.",
"‘Dia bukan milikmu, dia milik ALLAH. Jangan kau gangu anak ini, pulanglah ketempat kau,!Jujur aku cakap, ditengah-tengah proses rawatan tersebut , aku lari menyusup kesurau kerana takut. Jadi aku tak mampu ceritakan apa yang terjadi. Tapi aku boleh ceritakan kronologi dia berjumpa ‘DIA’.Setelah hampir sejam ustaz merawat mereka, akhirnya mereka semua sedar tapi dalam keadaan yang sangat lemah. Kami kumpulkan mereka di surau asrama, takut terjadi apa-apa. Setelah pelajar perempuan itu sedar, kami bertanya kepadanya apa sebenarnya yang terjadi. Aku harap korang faham apa aku sampaikan.",
"1. Tasya (bukan nama sebenar) pergi ke pantai dibelakang institusi kami. Sedang berjalan tiba-tiba dia terlihat seutas rantai mutiara yang sangat cantik dan disamping rantai tersebut ada botol yang berisikan kerang besar yang sangat indah dipandang. Tasya mengambil dan membawa pulang keasrama.2. Semasa tasya sedang mandi, tiba-tiba di shower sebelah ada seorang perempuan menyanyikan Ulek Mayang dengan merdu sekali. Dia pelik siapa pulak yang menyanyi lagu berhantu ni tengah-tengah maghrib.3. Tasya memakai rantai mutiara yang dijumpainya. Tiba-tiba badannya berasa sangat sejuk dan mulutnya seakan humming lagu Ulek Mayang dengan lancar walhal dia tidak pernah tahu akan liriknya. Dari katil sehinggalah dia turun melewati tangga, mulutnya menyanyikan lagu tersebut. Tasya merasakan ada seseorang berada dibelakangnya dan mengerakkan tangannya untuk menari. Katanya sepanjang turun tangannya bergerak mengikut alunan lagu yang di hummingnya itu.",
"4. Tasya sebenarnya sedar bahwa dia sedang menari cuma dia tidak mampu melawan. Dia terlampau terbuai dengan tariannya sehinggakan ‘DIA’ mampu mengawal segala pergerakkannya. Dia dikawal.Sejak dari haritu acapkali kedengaran suara perempuan nyanyi “ulek mayang”. Setiap kali maghrib pasti akan kisah yang konon katanya kedengaran suara nyanyian halus dari kamar mandi walaupun hakikatnya tiada satu orang pun didalamnya. Ada jugak ada penampakan sesosok wanita berbaju klasik melayu berwarna kuning diraja berlegar di sekitar asrama. Mulai dari itu juga kami AJK asrama mewajibkan setiap aras untuk turun berselang setiap minggu untuk solat berjemaah dan membaca yasiin.",
"Dari kisah ini aku belajar sesuatu iaitu jangan sesekali mengambil barang atau apa sekalipun yang bukan HAK kita. Aku sentiasa berpesan pada mereka untuk sentiasa menjaga segala tingkah laku bila berada diluar kawasan kebiasaan kita.Terima kasih kerana sudi membaca. Harap cerita aku ni tak memeningkan korang untuk baca.."
] | [
"fuhh… bleh tahan seram ni sis",
"best jugak cerita sis cuma boleh improve lagi gaya penceritaan"
] |
https://fiksyenshasha.com/wangian-dari-bawah-jambatan/ | Wangian dari bawah jambatan | [
"Assalamualaikum semua , lebih 2 tahun aku menjadi pembaca senyap Fiksyen Shasha dan baru sekarang terdetik dalam hati ni nak berkongsi kisah dengan semua pembaca disini. Harap-harap anda terhibur.",
"Kisah ni berlaku Ketika aku bekerja ni sebuah kilang di Shah Alam, Selangor. Masa ni masih muda belia lagi. Tapi sekarang dah nampak berusia sedikit walaupun senyuman masih manis memikat haha. Rasanya pembaca fiksyen Shasha ni ramai yang muda-muda, jadi panggil pakcik sahaja lah lebih mesra.",
"Ketika ni kehidupan pakcik boleh dikatakan banyak dihabiskan di atas jalan dan tempat kerja sahaja. Maklum la tinggal di cheras dan berulang alik ke tempat kerja di Shah Alam. Keluar Rumah tepat pukul 6 pagi dan balik dari kilang jam 8 malam dan sampai ke rumah jam 9 malam macam tu. Esok pagi dah nak kena bangkit pukul 5 dan ulang lagi rutin yang sama, Tu la rutin pakcik setiap hari. Manakala hari sabtu dan ahad pakcik banyak menghabiskan masa berehat di rumah, maklum la tenaga dah banyak dihabis pada hari bekerja.",
"Kerja di kilang ni agak memenatkan, banyak urusan yang kita kena buat sendiri dan banyak masalah yang kita kena selesaikan menggunakan judgment kita sendiri. Kalau ada masalah yang besar tu baru la kita bincang dengan bos minta pandangan dia mcm mana nak selesaikan masa",
"lah tu, lepastu kita kena ambil tindakan berdasarkan perbincangan tadi.",
"Ok, kita terus ke hari kejadian, Seperti hari-hari sebelumnya, pakcik keluar kilang pada pukul 8 malam, maklum la kena jaga orang OT dan lepas tu kerja pakcik kena tutup lampu, kipas dan tutup pintu kilang termasuk off kan compressor di belakang kilang. Semuanya berjalan lancar Alhamdulillah.",
"Lepas mendirikan solat Maghrib, pakcik terus berjalan ke kereta Viva elite pakcik yang berwarna merah garang tu, jadi kenangan dah kereta pertama pakcik ni. Untuk balik kerumah, pakcik menggunakan federal highway mengarah ke KL dan pakcik ambil susur masuk ke NPE melalui Kampung Dato Harun. Jalan masa ni memang agak sesak sikit. Dahlah letih bekerja, balik letih dengan jalan sesak lagi, itu la cabaran penduduk kota macam pakcik ni.",
"Pakcik teruskan perjalanan pakcik dengan pemanduan sederhana laju sambil pakcik menyanyi-nyanyi lagu “Sejati” dari wings untuk menghilangkan rasa mengantuk. Pakcik tak pasang radio, sebab radio kereta pakcik rosak, kedudukan radio kereta viva yang di atas menyebabkan radio mudah rosak disebab panas terik cahaya matahari.",
"Sampai sahaja di plaza tol pakcik turunkan tingkap kereta pakcik dan pakcik sentuhkan kad Touch N Go pakcik untuk membuat bayaran tol, lepas tu pakcik sambung perjalanan pakcik. Masa ni pakcik tak naikkan lagi tingkap cermin kereta pakcik sebab pakcik rasa segar pula bila kena udara sejuk malam tu. Pakcik pun masih feeling nak nyanyi lagi ni, pakcik sambung dengan lagu “Kerana kau” nyanyian Alleycat hahah.",
"Lepas tol tu pakcik ambil susur ke kanan dan pakcik kena lalu bawah jambatan, sedang pakcik seronok menyanyi sambil memandu, pakcik tercium bau yang sangat busuk kat bawah jambatan tu. Pakcik pun apa lagi, terus naikkan tingkap sisi kereta pakcik. “ Busuknya” lancar je mulut pakcik menyebut, dengan nada yang jelas walaupun perlahan.",
"Selang beberapa saat, bau busuk tadi hilang, ye la kan sebab dah tutup cermin tingkap kereta. Tapi yang tak sedapnya bau busuk tadi tu kini berganti dengan bau yang sangat wangi, bau wangi yang pakcik tak pernah bau selama ini. Baunya seakan keluar dari air- cond kereta, sampai tangan pakcik ni bau wangi mcm di celup dalam minyak wangi. Hati pakcik dah tak sedap dah masa ni, bulu tengkuk pakcik dah berdiri. Pakcik dapat rasakan mcm ada orang duduk di tempat duduk belakang.",
"Masa ni pakcik beranikan diri melihat menggunakan cermin pandang belakang, dua tiga kali pakcik cuba tengok kebelakang menggunakan cermin tu. Alhamdulillah tak nampak apa-apa, tapi bau wangi tadi tak berkurangan pun dan firasat pakcik kuat mengatakan ada sesuatu di tempat duduk belakang, cuma mata kasar pakcik sahaja yang tak nampak, tapi dia ada menumpang. Takkan la sebab dia terhibur mendengar kemerduan suara pakcik sampai dia masuk dalam kereta, adoi la peminat hahah.",
"Dari nyanyian lagu-lagu, pakcik terus membaca Ayat Kursi sepanjang perjalanan, tak taula tunggang terbalik tak bacaan pakcik. Bila masuk jalan yang gelap makin pakcik kuatkan bacaan Ayat Kursi. Pakcik cuba bertahan. Bau wangi tu masih kuat walaupun pakcik dah berada di depan rumah pakcik. “ Ni kalau dia ikut masuk rumah naya mcm ni”.",
"Sebelum turun dari kereta tu, pakcik buat muka serius sikit dan pakcik cakap sorang-sorang dalam kereta tu. Bunyinya lebih kurang macam ni la.",
"“ Kau jangan cuba nak masuk dalam rumah aku, aku tak izin kan, Aku berani kerana benar”",
"Alhamdulillah tiada gangguan malam tu di rumah pakcik, keesokkan harinya apabila pakcik masuk kedalam kereta Viva pakcik tu, tak ada bau wangi yang macam semalam , semuanya normal",
"Sekarang ni bila di fikirkan balik, pakcik punya la berani tengok tempat duduk belakang tu banyak kali, kalau la dia tunjukkan diri, tak tau la mcm mana keadaan pakcik masa tu, dan tak tau la macam mana boleh terkeluar ayat “aku berani kerana benar tu”. Hahaha",
"Pengajaran disini yang dapat pakcik simpulkan. Daripada menyanyi dalam kereta tu, baik la kita mengaji dan berzikir dalam kereta tu sepanjang perjalanan, sekurang-kurangnya amalan kita di catit malaikat, lebih-lebih yang perjalanannya balik kerumah memakan masa lebih sejam macam pakcik ni.",
"Sekian daripada pakcik…"
] | [
"Assalamualaikum pakcik. Ok la pakcik bwk viva elite, gear auto kn? Cbe pakcik bwk kancil manual… Sado la kaki pakcik nti, hahaha",
"Comel jea cerita pacik ni. Pacik dah kawin ker😊"
] |
https://fiksyenshasha.com/kisah-villa-di-bali-dan-kisah-main-main-kaki/ | Kisah Villa di Bali dan Kisah Main-main kaki | [
"Hi u guys. Thank you sebab cerita saya sebelum ni “Gangguan lepas anak ke 2 dilahirkan” dan “Ponti melawat anak sulung” dapat positive feedback dekat FB page Fiksyen Shasha. Cerita saya bukan reka semata-mata but real experience saya dan wife alami. This time saya nak cerita kisah2 mistik pendek yang bagi saya menakutkan but untuk you guys, tak sure takut ke tak la.. hehe.",
"Kisah 1Januari 2020. Last holiday sebelum kita semua kene ikat dengan Abah duduk rumah diam2 sebab covid. Saya and keluarga bercuti ke bali, Indonesia. Saya sewa sebuah villa dekat area seminyak. Seminyak ni, tempat dia happening. Ade shopping mall, ade restoran, ada pub2 dan bar2. Basically, seminyak ni salah satu tempat nightlife la.Ingat sewa villa dekat sini. Best la boleh jalan2 tgk2 kedai and shopping. Tapi rupa2nye, villa yang saya sewa ni, dia terletak dekat Kawasan pendalaman Seminyak. Tempat dia tersorok. Mungkin sebab nak private and jauh dari bising2 kot. Villa ni mix modern and traditional Balinese style. So ade la ukiran2 dekat kayu and dinding siap dengan patung Balinese yg ade taring bagai tu. Scary tapi dah balinese kan? So. First night takde pape. Swimming dekat private pool and malam keluar makan and shopping. 2nd night lepas balik dari sightseeing, kitorang decided nak stay in and order makan gojek, ala2 Grabfood Indonesia. Malam tu mase tido, saya and Lya dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat atas bumbung villa. At first kitorang buat bodoh la. Sebab ingat mungkin burung ke, monyet ke. And then kitorang dengar bunyi slipper basah berjalan dari pool ke area living hall. Pleak ..pleak.pleak.. lebih kurang mcm tu la bunyi tu. Ala.. kalau kita pakai selipar basah lepas tu jalan.Saya and Lya pon pergil la investigate. As usual, takde orang. And then kitorang dengar ade suara gelak macam mengejek dari atas bumbung. Ape lagi.. lari masuk bilik baca ayat ape patot and tido. Esok fikirkan macam nak check out je villa. Tapi disebabkan dah bayar mahal. Bertabah la. The next 2 nights sama je.. ade suara gelak mengejek dari bumbung. Konon nak holiday rilex2. Hummm mmg tido tak cukup. Last day, mase breakfast and nak checkout. Caretaker atau orang yg jaga villa ni datang la nak amik kunci. Saya pon suruh dia berterus terang. Dia ckp mana ade pape.. lepas saya paksa dia, dia pun confess. Dia kata sometimes, villa ni “Dia” akan visit. Dia tu sape? “Leak” (Ley-yak) atau Penanggal dekat semenanjung Malaysia. Uishh berderau d***h saya and Lya dengar. Nasib hari tu jugak nak balik KL.",
"Kisah 2Cerita ni tahun 2011..Mase ni time saya belajar di Australia and balik Malaysia untuk cuti Summer.time tu, saya dengan Lya tak kawin lagi tapi sedang bercinta, huehuehue… nak jadi kan cerita, saya and kawan saya Shah baru lepas balik dari lepak dekat mamak. Dia kate dia nak lepak and tido rumah saya la. Saya pon ok je. Mase saya tgh tido, Shah dia dok main computer check FB la, main game la, Dia perasan tombol pintu bilik saya bergoncang. Dia pon bukak and check, Takde sape. Dia pon tutup pintu, lompat atas katil and tido. Tapi sebenarnye ade benda terjadi. Ni cerita dia mase esok tgh breakfast.Shah: wei bilik kau ni boleh tahan kan.Saya: tahan ape?Shah: keras la. Smalam aku tgh main computer. Tombol pintu kau goncang2. Aku bukak pintu, Takde sape.Saya: yeke? Aku tak dengar pape pon.Shah: and then aku pon baring la kat katil. Haaa. Mase nak lelap je. Syaitan tu boleh plak main tarik kaki aku dalam selimut. Aku tendang la bende tu. Aku tak Nampak tapi aku rase benda yang aku tendang and gedebuk bunyi benda tu jatuh katil.Saya: seriousla.. asal aku tak perasan.Shah: malam ni, kau standby. Aku rase benda tu akan datang repeat sebab tak puas hati kene tendang. Hehe.So malam tu aku balik dari lepak. Bukak pintu bilik. Gelap dan peliknyya sejuk mcm peti sejuk. Padahal air con tak bukak pon. So mase baring atas katil mcm biasa layan FB dekat phone and whatsapp2 dengan Lya sebelum tido. Time tu jam dah pukul 1.30am. tiba2. Eh rase geli plak kaki dalam selimut. And then rase ade benda merangkak dari hujung katil nak datang kat saya dalam selimut. Saya angkat selimut and tengok ade tangan Panjang hitam berkuku tajam dalam selimut. Mak kau hijau betul. Melompat saya. Lari keluar bilik. Ketuk2 pintu bilik parents and then tido kat sofa bilik parents.Esok saya cerita kat Shah. Dia gelak and ckp “haha.. nasib baik aku dah balik. Kan betul dia datang repeat.. Kau plak yg kene”.Sekian cerita yang tak beberapa nak scary and tak beberapa nak pendek. Nanti saya citer lagi kisah2 seram. BYE!"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/__trashed-33/ | Misteri wanita berpurdah | [
"Assalammualaikum semua pembaca fiksyen shasha dan team fiksyen shasha. Terima kasih sudi menyiarkan kisah sebenar pengalaman Bonda untuk di kongsi bersama.",
"Kisah bondaMisteri wanita berpurdah",
" Kisah ni semasa Bonda berumur 23 tahun. Masa tu Bonda tinggal di rumah sewa berhampiran Anderson ipoh. Satu pagi yg damai di kala burung burung sedang berkicauan, berterbangan, hahaha. Sory nk hilang kn takut sb bila teringat wanita & cerita pasal wanita ni pon dh naik bulu roma.. Bonda sedang dlm perjalanan menuju ke tempat kerja, jam masa tu menunjukkn 10 pg. Sampai je Bonda di sebatang pokok besar di panggil pokok ketapang, bonda berselisih dgn satu wanita berpurdah hitam. Tangan wanita tu pon bertutup dgn sarung tangan. Jd mmg mata sahaja yg nmpk. Masa tu Bonda jln dihadapan wanita tu, bonda rasa x sedap hati sb dia dok tenung Bonda(tahu la Bonda cun, tinggi langsing, rambut panjang terlepas, putih, kacukan siam bugis katakan hahaha.. angkat bakul, maaf😓 skrg dh berisi😭🤣) .",
"Jd Bonda tukar brjln bersebelahan seberang jln, (masa tu masih d jln kwsn perumahan tp sunyi hnya dia dan Bonda saja. Jln kaki ye), hampir berselisih je dgn dia, hidung bonda dh menangkap bau bauan yg kurang enak sprt hanyir, hapak dan mcm bau nanah pon ada. Bonda takut nk pandang wanita tu. Tp dr ekor mata bonda perasan yg wanita tu memandang Bonda atas bawah. Bonda pon baca la ayat ayat Al quran mintak tenang dan moga Allah pelihara perjalanan dan keselamatan Bonda.",
" Sampai tempat kerja, bonda kerja seperti biasa dan lupa kisah td. Sepatutnya Bonda selalu pergi dan pulang bersama 2 lg rakan Bonda, tp pg tu diorg ada hal masuk lewat. Jam pukul 10 mlm, bonda bersiap menutup kedai dan turun ke bawah, bonda lihat kedai kawan kawan Bonda, aik, gelap bertutup? awalnya diorg balik. X tunggu Bonda pon.. Okey la, bonda pon baca doa dan balik sorg sorg. Takut weh.. Ppuan balik sorg waktu mlm. Sampai di persimpangan lampu isyarat berhampiran 1 tiang elektrik, maaf x tahu nk panggil ape, ada 1 batu cm tugu elektrik punye, (sebelah Sungai & belakang Asrama Anderson, budak Anderson tahu la), ttba lampu di sepanjang jln menuju ke rumah bonda padam. Bayangkan, dlm 7 blok rumah lg nk smpai rumah, sebelah Sungai, pokok ketapang besar disertakan rimbunan buluh kat ketapang tu, semak samun serta dihiasi lg pokok kelapa & mangga. Ha detail Bonda bg, boleh byg kan perasaan Bonda. Jam hampir kul 11 lbh. Ya Allah lindungi la hamba MU ni dlm hati.",
" Tengah dok pikir cm ne ni. Ttba suara mama menjerit. Kak yg, tunggu, Jgn bergerak.. Masa tu rasanya, itu la suara semangat, pelindung & Malaikat dunia ni.. Mak kita.. Bonda dengar tapak kaki berlari menuju Bonda, termengah mengah adik adik laki Bonda alang dan acu rupanya menyambut bonda, dibelakang diorg mama berjln laju smbil mbawa sebatang kayu. Nk pukul sape x tahu.. Hahaha. (ini dr cerita mama) Mama masa solat rasa x sedap hati, dok terpikir Bonda. Mama ckp dlm jam antara 10 mlm td mama nmpk ada 1 Ppuan berpurdah dok lalu lalang, pelik dan mama terus ajak alang dan acu tunggu Bonda tepi jln sebelah rumah. Mmg betul sangkaan mama, dr jauh mama nmpk Bonda sdg melintas jln ttba lampu jln terpadam semua. Gelap segelap nya jln perumahan tu.. Terus mama menjerit panggil Bonda suru tunggu.",
" Okey, bila semua nk balik kerumah, kejadian pelik g. Lampu semua menyala semula. Terang balik jln. Tp mama ttp pegang kayu dan tangan Bonda. Yg alang & acu dh berdesuuup cabut lari balik rumah. Hahaha. Pengawal keselamatan sementara katakan. Esok pagi, kawan2x Bonda dtg tanye. Knp mlm td tak tunggu diorg? Nmpk Bonda turun escalator menonong(straight x pandang kiri kanan) je terus keluar balik.. Dipanggil panggil x dengar. Bonda dah!!!!!?. What.. Bonda nmpk kedai diorg dh gelap & tutup. Apa sudah jadi. Tp Bonda x ckp kat diorg, bonda senyum cuma ckp smlm Bonda ada hal kna balik cpt. Jd diorg angguk je.",
" Sekian je cerita misteri wanita berpurdah. Kalau ada salah silap dlm penceritaan ni maaf. Walau pun kisah ni dh lama, tp Bonda tetap teringat pandangan mata wanita tu. Terasa seram masih ada. Misteri tetap misteri hingga kini. ",
"Salam sayang❤️Bonda alida❤️"
] | [
"Scary!",
"Dia nak rasa d***h orang le tu. Dah muak asyik d***h katak tikus je sampai naik loya.\nSib baik mak ko dapat firasat x\nbaik. Kalo x aruah dah. Kamu.\n😁😁😁",
"tokdin rasa ppuan berpurdah tu manusia ke jin",
"Nk kenalan lah dgn bonda..bole x"
] |