url
stringlengths 29
138
| headline
stringlengths 2
114
| content
sequence | comment
sequence |
---|---|---|---|
https://fiksyenshasha.com/lepak-malam/ | Lepak Malam | [
"Cerita benar yang terjadi pada sahabat baik saya baru baru ini. Aku dalam cerita ni merujuk pada kawan saya tu.",
"Aku lepak dengan member member malam tu dekat satu mall baru ni. Dalam dok bersembang tu aku ada bergurau mengusik sorang member ni,\n“Eh kau tau tak mall ni dulu bekas tapak Penjara **? Haaa jaga-jaga, balik nanti hati-hati takut ada yang mengikut. Kikiki.” Kataku sambil ketawakan member yang dah berkerut dahi dia.",
"Sembang punya sembang kat kedai makan tak sedar jam dah menunjukkan pukul 10 malam, mall pun dah nak tutup. Masing- masing bangun untuk bergegas pulang sebab keesokannya hari bekerja.",
"Aku buka Waze dan set alamat rumahku sebab tak berapa familiar dengan jalan di situ. Sambil drive aku buka radio slow layan suasana malam. Dalam lebih kurang 20 minit drive, suara kakak Waze berbunyi ‘turn right’ maka aku pun menuruti arahannya.",
"‘You have arrived at your destination.” Alangkah terkejutnya aku apabila Waze membawa aku semula ke mall tadi! Aku pelik, rasanya betul dah aku set alamat rumahku tadi. Aku berhentikan kereta dan cek balik. Sah! Memang betul dah aku key in tadi, tapi takpe, aku masukkan semula alamat rumahku sekali lagi. Time ni aku tak rasa apa lagi. Aku cuba positif saja.",
"Aku sambung perjalanan ikut arahan Waze, dan bila sampai di cabang jalan yang sama, sekali lagi Waze berbunyi “turn right”, which means jalan yang akan membawa aku ke mall tadi.",
"Aku dah mula rasa seram. Aku kuatkan sikit radio untuk hilangkan rasa sunyi dan suram dalam kereta. Aku decide kali ni tak nak follow Waze, aku redah je jalan tu sebab tahu dah nanti mesti sampai ke mall tu.",
"Tapi masalahnya Waze aku ni tak henti henti dok sebut “turn right, turn right” padahal aku atas highway jalan lurus je nak turn right celah mana. Perasaan takut menyelubungi diri, kali ni memang rasa nak cepat cepat sampai rumah, tapi masalahnya tak ingat jalan, aduhhh.",
"Aku turn off aplikasi Waze dan drive ikut rasa hati sambil follow signboard menuju arah rumahku. Dalam hati aku menyumpah diriku, ni mesti sebab aku mengusik kawanku tadi.",
"Sedar tak sedar, jam dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi, tapi masih belum sampai ke rumah. Time ni aku rasa nak menangis dah. Radio tadi aku tukarkan channel yang islamik ada bacaan ayat al-Quran. Sambil sambil tu aku baca surah apa-apa yang aku ingat. Aku tenangkan hatiku dan sambung drive.",
"Alhamdulillah, slowly aku dah mula cam jalan menghala ke rumahku. Aku pecutkan sikit keretaku sebab nak cepat sampai.",
"Jam dan menunjukkan pukul 2.30 pagi. Setibanya di simpang terakhir nak masuk ke perkarangan apartmentku, tiba-tiba ada seekor kucing melintas di depan keretaku. Aku brek mengejut, nasib baik sempat brek.",
"Entah kenapa, waktu tengah brek tu aku terasa macam nak berpaling ke arah kanan. Belah kananku tu sebenarnya bus stop. Elok berpaling terpacul satu tubuh yang sangat tinggi, tinggi yang luar biasa, rupanya seperti perempuan arab yang pakai burqa yang menutupi keseluruhan wajahnya, hanya sepasang mata yang kelihatan. Pakaiannya serba hitam, tapi burqanya labuh mencecah jalan.",
"Aku terpegun seketika, tengah loading apa yang aku tengok tengah berdiri rapat di belah kanan keretaku. Bulu romaku tiba-tiba meremang, tanpa berfikir panjang aku terus pecut masuk ke apartment.",
"Balik rumah tu tertidur dan keesokannya aku demam seminggu. Sampai sekarang aku masih mengingati rupa wanita burqa, mau taip ini pun sudah seram.",
"Terima kasih sudi baca."
] | [
"tu lahhhh.. lain kali jgn suka2 mengusik orang, kan diri sendiri dah kena usik.."
] |
https://fiksyenshasha.com/misteri-banten/ | MISTERI BANTEN | [
"Peraturan tidak boleh keluar lewat malam itu (lepas solat Isyak) dibuat oleh orang2 lama di desa itu. Sudah pasti ada sebab musababnya peraturan itu dibuat. Bukan suka2, ada yang sudah terkena dengan kejahatan puaka di desa itu yang terletak di daerah Banten.",
"Bazli , anak muda daripada kota Bogor , anak kota lah katakan. Yang indah2 saja hidupnya selama ini, tidak dikawal, tidak berdisiplin, degil tetapi baginya tiada masalah jika dia melanggar undang2 di desa Banten itu, undang2 kolot dan karut katanya.",
"“Ah, ga usah percayalah, zaman sudah modern kok masih percaya kayak gini loh”-Lagaknya Bazli. Sudah 2 malam dia tinggal di rumah kakaknya di desa itu, selepas habis belajar sementara menunggu panggilan kerja. Teman sepupunya yang turut sekali berpesan ke Bazli , supaya menjaga tutur kata jangan buat kepala sendiri di desa itu.",
"Selepas mendapatkan kunci motornya, dia berkeras mahu keluar mahu membeli barang di sebuah kedai 24 Jam di bandar berdekatan. Sepupunya tidak mahu ikut kerana takut melanggar undang2 adat di desa itu. Bazli hanya menggeleng dan ketawa sinis ke arah sepupunya. Motor sekuter Yamaha Mio Z dihidupkan dan dia terus membawa motor itu laju memecah kesunyian malam desa Banten untuk menuju ke luar bandar yang jauhnya kira2 15km.",
"Dari kejauhan , Bazli melihat di tepi jalan kecil dihadapannya terdapat sisa bahan buangan daripada kerja2 pembinaan bangunan. Terdapat batu-bata yang dibuang dan dua bungkus plastik sampah putih yang besar. Bazli memberhentikan motornya kerana tertarik melihat plastik sampah putih ditepi jalan itu. Setelah merenung dalam dua minit, barulah dia terperasan salah satu plastik putih itu bergerak dan tiba-tiba berdiri tegak.",
"“Pocong!”- jeritnya. Dia terdiam dan terpaku sebelum kembali sedar semula. Tanpa membuang masa, dia memulas throttle minyak motornya meninggalkan puaka itu.",
"Malang sekali, kerana pada fikirannya dia telah jauh meninggalkan pocong itu dibelakang tetapi pocong itu muncul dihadapannya dengan melompat di tepi jalan (kawasan sekelilingnya hutan sebelum bertemu pintu gerbang desa). Bukan satu jelmaan pocong itu menjelma tetapi banyak!",
"Pergerakannya sama , melompat , menunduk (seperti rukuk) dan tegak kembali. Mujurlah dia berjaya mengawal motornya , jika tidak pasti kemalangan kerana kawasan yang agak berbukit itu.",
"Akhirnya, Bazli berjaya keluar daripada kawasan pocong itu, sehinggalah dia berhenti di kedai 24 jam untuk mengambil nafas dan mengumpul tenaga. Fikirannya tidak dapat memberikannya alasan yang logik kenapa sosok pocong itu mengganggunya , namun dia meneruskan hajatnya membeli barang2 keperluan di kedai itu. Setelah selesai , Bazli bersedia untuk pulang , dalam perjalanannya dia berhenti di simpang masuk ke desa itu, tujuannya untuk mengumpul tenaga dan membaca doa2 yang dia tahu supaya Tuhan memberkati dan melindunginya ketika itu.",
"Namun, Tuhan benar2 mau menguji Bazli , mungkin kerana sikapnya yang berani melawan cakap orang tua (supaya tidak keluar selepas Isyak), sosok puaka itu setia menanti di tepi2 jalan pulang Bazli. Dia membawa motornya dengan laju dan cuba mengelak pocong itu (bayangkan, sosok pocong itu melompat ke tepi jalan kecil itu dan tunduk (seperti rukuk), kepalanya hampir mengenai motor dan tubuh Bazli, sehingga dia terpaksa membelok sedikit). Bazli menyumpah dalam hati, apakah salahnya diperlakukan seperti ini.",
"Sampai di rumah, Bazli demam dan sakit2 badan seminggu, semangatnya hilang bersama tenaganya. Taubat dia daripada melanggar peraturan desa itu. Dia yang degil dan keras kepala, wajarlah setan2 itu mengajarnya."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/kubikel/ | Kubikel | [
"Assalamualaikum, nama aku Ain, aku berasal dari Pulau Pinang. Aku nak share cerita yang pernah jadi masa aku tingkatan 5 dulu. Terima kasih kalau admin sudi publish cerita aku, selalunya jadi silent reader ja. Ni first time nak try publish sini kalau-kalau ada luck kan..",
"Benda ni jadi masa hari Jumaat, sekolah aku kalau tiap Jumaat mesti akan ada bacaan Yasiin sebelum masuk kelas. Lepas bacaan Yasiin tu biasalah, pengetua berucaplah, cikgu disiplin naik untuk sepatah dua kata lah.. paham-paham jalah sepatah dua kata tu berapa lama kan. Masa diorang dok bercakap kat stage tu la aku nak gi tandas. Disebabkan masa tu tengah ada kat tapak perhimpunan, aku malas nak ajak kawan aku teman. Lagipun toilet ada kat bangunan yang sama je dengan tapak perhimpunan tu. Aku nak settle cepat-cepat. Sebabnya kalau ajak member, mesti nak bercerminlah.. apalah. Aku masa tu memang niat nak buang air, pastu duduk balik kat tempat berkumpul tu.",
"So aku pun bangunlah tanpa ajak kawan, walaupun cikgu-cikgu dah pesan suruh ajak kawan kalau nak gi tandas sebab minggu sebelum kejadian ni ada histeria besar kat sekolah aku, tapi aku degil dan anggap yang kita kan baru lepas baca Yasiin, mesti hantu tak kacau punyalah. LOL!",
"Aku pun pergilah toilet tu, masa tu aku ingat lagi dalam pukul 8 camtu. Dah tak gelap dah pun, Cuma biasalah bila dalam toilet dia nanti gelap la sikit sebab bertutup kan. Aku ni pulak ada satu habit, jenis kalau ada 10 toilet pun kat sekolah tu, aku akan pilih yang satu tu jelah, kubikel toilet pun memang akan masuk yang sama ja. Takkan tukaq-tukaq dah. Yalah, satgi masuk satu, ada yang tak berpaip laa, flush rosak laa.. So aku masuk ja yang sama sepanjang tahun tu hahaahahah.",
"Nak dijadikan cerita, masa aku masuk toilet ni, elok-elok nak gi masuk kubikel yang aku selalu guna. Aku check paip, air pulak takde. Kubikel yang aku selalu masuk tu terletak kat paling depan, dah tu bila air takde, aku check yang kubikel kedua. Elok pulak ada airnya. Aku masuk la yang kedua tu sebab aku memang malas nak buang masa.. aku pulak sorang ja dalam tandas tu masa tu. Masa aku masuk kubikel tu, tengah settle urusan aku, aku dengar kubikel yang first tadi tu ada bunyi air mengalir. Sedangkan aku pasti sangat yang aku dah tutup pili paip tu masa aku tak jadi masuk tadi.",
"Aku mula tu takda la rasa macam takut ka apa ka, anggap macam masalah paip ka apa lah kan, buat bodoh jelah. Tapi makin lama rasa macam kena cepat keluar dari tandas ni sebab rasa terlampau sunyi and bunyi air mengalir kat kubikel sebelah tu bukan macam kita buka slow tau, air tu mengalir macam kita pulas pili tu sampai hujung. Air mengalir bunyi deras sangat… padahal kalau ikut logiknya, kita nak test air function ke tak, mestilah buka ala kadar ja kan. Masa tu aku dah siap semua, aku unlock pintu..",
"Masa buka pintu kubikel tu, berhadapan dengan kubikel aku tu memang menghadap sinki (sederet ada la dalam 4 sinki) jadi memang buka pintu kubikel tu terus nampak sinki la senang cita. Elok-elok ja aku buka pintu kubikel, tiba-tiba air keluar deras dari semua pili sinki and kubikel-kubikel lain kat sebelah kubikel aku, termasuk kubikel yang aku baru pakai tadi. Dah la tu, serentak tu bunyi pintu kubikel semua kena hempas, macam orang tutup kuat-kuat dari dalam kubikel tu. Aku memang tak tunggu la, terus lari keluar. Kebetulan masa aku patah balik ke tapak perhimpunan tu, diorang dah habis berucap dan nak gerak masuk kelas dah.",
"Aku ajak kawan aku gi tandas tu balik pasal rasa serba salah sebab tinggal keadaan tandas yang air dok deras macam tu kan. Bila aku patah balik ke tandas tu, mengalir air dari sinki semua, lencun semua lantai tandas, aku kelam kabut ajak kawan tutupkan semua pili tu. Kebetulan masa tu ada makcik cleaner datang, makcik tu terkejut tengok situasi tu, dia macam nak marahlah jugak, tapi bila aku explain keadaan yang betul, dia pun macam boleh hadam la jugak kot sebab sekolah kami masa tu pun teruk sangat histeria dekat sebulan dah, siap ada yang kena rasuk tu siap cakap ada j*nin dalam satu tandas. Guess what, benda yang merasuk tu marah sangat sebab buang j*nin tu dan suruh orang cari balik j*nin tu, siap mention nama pelajar tu lagi. Tapi tulah, benda rumors.. aku pun tahu takat tu je..",
"Harap-harap korang semua terhibur dengan kisah ringkas aku. Kalau ada kesempatan dan rezeki, bolehlah aku share lagi pengalaman lain pasal histeria kat sekolah aku. Kalau nak taip semua, boleh jadi novel sini XD",
"Byeeeee 🙂"
] | [
"seram jugak"
] |
https://fiksyenshasha.com/jiran-4/ | Jiran | [
"Aisyah dan keluarganya baru berpindah ke rumah baru itu dalam masa dua minggu. Hanya beberapa orang jiran sahaja yang berada di kawasan rumah teres itu. Bilangan jirannya tidak begitu ramai. Pasti suasananya agak lebih sunyi. Tiga sederet di sebelah kiri rumahnya memang tidak berpenghuni. Ada juga diletakkan tanda harga untuk dijual. Persekitaran rumah-rumah kosong kelihatan semak, cermin tingkap pula ada yang pecah. Nampak menyeramkan bila dilihat, lebih-lebih pada waktu malam.",
"Di sebelah kanan pula, kemungkinan ada jiran. Aisyah tidak pasti. Semenjak dia berpindah ke situ, belum sekali pun dia nampak jirannya keluar dari rumah. Tetapi, yang pasti, dia mendengar suara orang bercakap. Suara orang ketawa. Suara orang menangis. Pernah juga dia mendengar bising seperti suara orang sedang bergaduh.",
"“Kalau awak dah tak suka duduk dalam rumah ni, awak boleh berambus! Tapi, jangan harap, saya benarkan awak bawa anak-anak!“",
"“Awak ni dah gila ke apa? Saya keluar bukannya pergi berseronok. Saya cari duit, tahu tak?! Untuk awak dengan anak-anak juga.”",
"“Jangan tipu saya! Saya dah tengok mesej awak dengan perempuan tu!”",
"“Apa awak cakap ni? Bila masa saya mesej dengan…”",
"“Dah! Dah! Awak berambus!“",
"Telinga Aisyah menangkap bunyi pukul-memukul dan kaca terhempas ke lantai.",
"“Kamu intai apa tu, Aisyah?” Ibu menegurnya dari belakang.",
"Aisyah terkejut.",
"“Aisyah dengar macam ada orang bergaduh tadi, ibu.” Beritahu Aisyah, yang masih lengkap berbaju sekolah cuba mengintai dari tembok sebelah.",
"“Hish, kamu ni. Ibu tak dengar apa-apa pun. Dah, pergi masuk dalam dan tukar baju tu.” Kata ibu.",
"Gelagat Aisyah yang sudah menginjak usia empat belas tahun, adakalanya memeningkan kepalanya. Suka sangat menyibuk hal jiran sebelah.",
"Seperti biasa, bila pulang dari sekolah, Aisyah akan berhenti seketika di hadapan pagar rumah jirannya. Buat pertama kali, dia melihat anak-anak jirannya. Kanak-kanak perempuan kembar seiras dalam lingkungan umur empat tahun. Pasangan kembar seiras itu kelihatan sedang asyik bermain-main dengan anak patung masing-masing.",
"“Hai!“ Sapa Aisyah.",
"Serentak itu juga pasangan kembar itu menoleh ke arahnya.",
"“Nama siapa?“ Tanya Aisyah sambil tersenyum.",
"Kanak-kanak perempuan itu seperti takut melihatnya. Kedua-duanya tidak menjawab. Hanya sekadar memandang Aisyah.",
"“Kamu berdua buat apa dekat luar ni? Masuk dalam cepat!“ Wanita yang baru sahaja keluar dari rumah itu mengarahkan pasangan kembar itu masuk ke dalam rumah. Kemudian, dia menjeling Aisyah sambil menghempas pintu dengan kuat.",
"Aisyah tersentak dengan tindakan jirannya. Dia yakin wanita itu adalah ibu kepada pasangan kembar itu.",
"“Aisyah…” Panggil ayah Aisyah.",
"Aisyah segera menoleh ke arah ayahnya yang berada di dalam kereta, baru pulang dari kerja.",
"“Ayah, awal ayah balik kerja hari ni?” Kata Aisyah kepada ayahnya.",
"“Haa, hari ni ayah balik awal. Mari masuk rumah. Ayah ada beli ayam golek ni, makanan kegemaran Aisyah.” Kata ayahnya sambil tersenyum.",
"Aisyah menuruti kata ayahnya. Malam itu, hujan turun dengan begitu lebat. Kilat dan petir berdentam-dentum. Aisyah, ibu dan ayahnya sedang duduk di sofa sambil berbual-bual.",
"“Aisyah, dengar cakap ayah, ya? Lepas ni, bila balik dari sekolah, jangan berhenti depan pagar rumah sebelah lagi. Ibu cakap, Aisyah selalu macam tu. Intai-intai, tengok-tengok dekat rumah jiran sebelah.”",
"“Tapi,Aisyah cuma nak kenal dengan jiran kita, ayah.”",
"“Tak payah lah. Mungkin dia tak suka Aisyah buat macam tu. Macam tadi.”",
"Aisyah diam. Rupa-rupanya, ayahnya nampak apa yang berlaku siang tadi. Hujan masih lagi lebat. Selepas menyiapkan kerja sekolah, Aisyah terus masuk tidur.",
"Tidak sampai pun lima saat memejamkan mata, Aisyah terasa selimutnya ditarik. Dia membuka mata dan membetulkan selimutnya. Matanya dipejam semula.",
"“Aisyah…” Satu suara memanggil namanya.",
"“Ada apa, ibu?” Aisyah tidak membuka matanya.",
"Memang dia sangat mengantuk ketika ini. Sudahlah hujan lebat. Sejuk pula tu. Memang seronoklah kalau dapat tidur.",
"“Aisyah, bangun…” Suara itu memanggilnya",
"Aisyah membuka matanya. Aisyah pelik. Dia sangkakan ibunya tadi. Bila dia lihat sekeliling, tiada sesiapa pun di dalam biliknya. Oleh kerana terlalu mengantuk, dia kembali melelapkan mata.",
"“Ibu, malam tadi ada tak ibu masuk bilik Aisyah? ” Soal Aisyah ketika dia dan ibunya sedang bersarapan pagi itu.",
"“Tak ada. Kenapa?” Soal ibu Aisyah.",
"“Tak ada apa. Saja tanya.” Jawab Aisyah sambil tersenyum.",
"Hari ini hari Sabtu. Aisyah tidak ke sekolah. Dia banyak menghabiskan masa membuat kerja sekolah dan membantu ibunya membuat kerja rumah. Jam sudah hampir pukul 6.30 petang. Aisyah ke halaman rumahnya. Seperti biasa, dia akan membantu ibunya menyiram pokok-pokok bunga.",
"Aisyah berhenti seketika. Dia menutup paip apabila mendengar suara kanak-kanak ketawa di sebelah. Perlahan-lahan Aisyah memanjat kerusi dan mengintai dari tembok untuk melihat ke sebelah. Dia tersenyum bila melihat pasangan kembar yang berbaju gaun putih itu sedang bermain masak-masak.",
"“Hai!“ Aisyah menegur sambil tersenyum.",
"Kedua-duanya menoleh. Aisyah mematikan senyuman. Pelik melihat wajah kedua-dua mereka yang kelihatan pucat. Tiba-tiba, kedua-dua mereka terus berlari masuk ke dalam rumah.",
"Aisyah terpandang kain baju di ampaian jirannya. Dia garu-garukan kepalanya. Rasanya, sudah empat hari kain baju yang sama tersidai di situ. Kemudian, matanya terpandang cadar yang tersidai di situ. Berkibar-kibar ditiup angin.Di sebalik cadar yang tersidai, Aisyah ternampak sepasang kaki yang pucat tanpa memakai selipar. Kaki itu mula bergerak. Aisyah mahu melihat wajah di sebalik kain cadar itu.",
"Aisyah terkejut. Cepat-cepat Aisyah turun daripada kerusi apabila terdengar suara ibunya memanggil.",
"” Ya, ibu.” Aisyah terus segera masuk ke dalam rumah.",
"Pukul 9.00 malam, Aisyah bersama ibu dan ayahnya keluar daripada rumah untuk melihat ke sebelah. Suasana agak riuh. Ada tangisan dan wajah-wajah panik. Turut kelihatan ambulans dan kereta polis. Ayah Aisyah bertanya apa yang sedang berlaku kepada mereka yang berada di situ.",
"Ada tiga kematian. Seorang ibu dan dua orang anak kembarnya. Diklasifikasikan sebagai m**i mengejut. Punca kematian mereka kerana meminum racun.",
"Kelihatan seorang lelaki yang sedang menangis teresak-esak. Itu adalah suami wanita itu dan bapa kepada pasangan kembar itu. Lelaki itu dikatakan tidak pulang ke rumah selama empat hari. Pasangan itu juga dikatakan sering bergaduh. Tetapi, jiran-jiran tidak ambil tahu kerana mereka juga tidak mesra. Selalu mengelak apabila ada yang menegur. Aisyah, ibu dan ayahnya masuk semula ke dalam rumah. Aisyah mula berasa seram apabila memikirkan pasangan kembar dan kaki pucat di sebalik cadar yang dilihatnya petang tadi.",
"Tetapi dia memang tidak menyangka jirannya sanggup melakukan perbuatan keji sebegitu. Kasihan pada anak-anak kecil yang tidak berdosa itu.",
"“Aisyah, kamu tengok apa tu?” Tanya ibu Aisyah apabila Aisyah kembali menjenguk ke rumah jiran sebelahnya.",
"“Tak ada apa, ibu.” Jawab Aisyah.",
"Namun, matanya terpaku tiba-tiba apabila terlihat kelibat kanak-kanak kembar itu memegang tangan kiri dan kanan ibu mereka sambil berdiri di hadapan rumah mereka. Dengan wajah yang pucat, mereka bertiga melemparkan senyuman sambil melambai-lambai tangan ke arah Aisyah.",
"“Ibu!” Jerit Aisyah lalu berlari masuk ke dalam rumah semula.",
"by – Shazlina Md Shaat"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/tingkat-4-part-iii/ | TINGKAT 4 PART Akhir | [
"Assalamualaikum dan hai, terima kasih kepada fiksyen shasha kerana menyiarkan coretan ira, kisah kali ni ialah sambungan kepada TINGKAT 4 I DAN TINGKAT 4 II, tanpa berlengah mari lah kita ke cerita seterusnya iaitu bilik kesihatan yang berada di tingkat 2…",
"Third Story: Bilik Kesihatan",
"“Nurul Ain, Nur Zahirah, Atikah Suzzie, Akmal Danish, Firash,etc, nama-nama yang dipanggil boleh amik kad ni dan pergi ke bilik kesihatan dengan segera okey”. Kedatangan kad hijau yang sering digeruni oleh semua murid selalu tiba di awal tahun persekolahan, apa lagi kalau bukan kad pergigian, bagi aku pengalaman aku dengan kad pergigian ni kalau boleh memang aku ingin lupuskan terus dari ingatan aku ni.",
"“Uishh gigi nok tumbuh baru blako dh ni,misi cabut blako deh 3batey ni”(Uishh gigi semua dah nak tumbuh baru , misi cabut semua ye 3batang ni) kata misi yang check gigi aku. Surat kebenaran ibu bapa diserahkan kepadaku. Setelah mendapat keizinan kedua ibu bapaku, selepas dua hari aku dipanggil semula untuk proses pencabutan gigi. Macam biasa bius lepas cabut letak kapas semuanya normal masa tu. Tapi selepas aku balik ke rumah pendarahan hasil dari cabutan gigi tadi masih tidak menunjukkan tanda untuk berhenti.",
"Pada malam tu aku tidur dengan berisi d***h di dalam mulut oleh kerana pendarahan masih tidak berhenti. Ayah aku bawak aku ke klinik gigi namun doktor tersebut berkata pendarahan yang berlaku itu tiada kaitan dengan gigi yang baru dicabut, macam tak munasabah kan? Malam tu aku tidur dengan berisi d***h di dalam mulut oleh kerana pendarahan masih tidak berhenti. Oleh kerana aku ada exam keesokan harinya aku terpaksa pergi ke sekolah juga walaupun telah diberi mc selama 2hari.",
"Pendarahan gigi aku masih tidak berhenti semasa menjawab kertas soalan dan cikgu mengarahkan aku untuk ke bilik kesihatan untuk mendapatkan rawatan, namun tiada pon kelibat misi pada hari ni , aku beranggapan misi tidak datang kerana mereka mengunjungi sekolah lain .",
"Berseorangan lah aku di sini, detik hatiku .Tanpa aku sedari aku tertidur, aku tersedar kerana kesakitan di gusi, terasa gusi aku berdenyut dengan sangat kuat , lantas aku membuka mata ada sesuatu melintas dari tepi aku seolah olah tersentak kerana aku sudah terjaga, aku pikir itu hanyalah ilusinasi aku kerana baru tersedar.",
"Aku kerling jam tangan aku menunjukkan jam 10.10 minit pagi, sudah waktu rehat.Mungkin sebentar lagi Su akan datang menjengukku. Kretttt krrettt , “aih sejak bila lak ada orang, bukan tadi aku sorang ke kat sini?” Aku bermonolog sendirian.",
"Kelihatan seorang budak perempuan yang berumur lebih kurang sebaya denganku mengalih tubuhnya daripada berhadapan denganku.Jika dilihat dari pemakaiannya seperti non muslim, tapi setahu aku di sekolah ni tiada murid yang non muslim kalau adapun si Xiao Lin budak darjah 5 tu tpi dia lelaki.Mungkin budak baru kot simpulku. Budak perempuan tu terlihat seperti tidak selesa kerana dia seolah olah menggelupur di atas katil, “awak oke dk?”(awak okey ke?” Aku bertanya namun tidak dibalas.",
"Dia kemudian bangun untuk minum air dan kembali baring seperti tiada apa apa yang berlaku. Aku mula berpeluh dingin kerana aku perasan yang semasa dia bangun tadi dia berjalan smooth je dan bila aku tengok ke bawah kaki dia terapung!!. “Awk lamo dh ko skoloh sini”( awk dh lama ke skolah kat sini) Dia membuka bicara. Eh acah ramah lak makhluk ni , aku mula serba salah sama ada aku ingin berlari keluar atau terus berada di situ, kalau aku lari keluar memang sah ii tergolek aku turun tangga nanti sebab tengah tahan sakit, tapi kalau aku tetap tunggu dia tunjuk rupa sebenar dia macam mana??! “Sayo dulu pom skoloh sini ugk”(saya dulu pon skolah kat sini jugak) .",
"Haa sudah dia ajak borak pulakk. “Pahtu rama hok deki nge sayo sebab sayo sokmo buleh nom 1 daley kelas,semo orey daley kelas sayo tu buli sayo ,dulu sayo sunyi sebab sayo takdok saeng tapi loni sayo ado awok, awok nok kei saeng nge sayo?! sebab awok jh buleh napok sayo (Pastu ramai yang dengki dekat saya sebab saya selalu dapat nom1 dalam kelas, semua orang dalam kelas tu buli saya, dulu saya sunyi sebab saya takde kawan tapi sekarang saya ada awak, awak nak tak kawan dengan saya?! sebab awak je boleh nampak saya). “Yolo ko awok ni,pastu gapo kaitey awok keno buli dengey awok dk berkeliarey sini?”(Betul ke awak ni, pastu apa kaitan awak kene buli dengan awak berkeliaran kat sini?)",
"“Sayo letih, sayo letih doh hidup, mulo ii sekyo buli biaso biaso je, lepahtu sekyo soyok buku sayo , sekyo guting baju sayo , hok paling teruk sekyo tolok sayo sapa jatuh daley sunga maso alah balik koloh, tapi bilo disoa sekyo xngaku sekyo kato sayo tergelekcoh jatuh sediri” (saya penat, saya dah penat hidup, mula mula diorang buli saya biasa biasa je, lepastu diorang koyak buku saya, diorang gunting baju saya, dan yang paling teruk diorang tolak saya jatuh dalam sungai masa dalam perjalanan balik, tapi bila disoal siasat diorang tak mengaku, diorang kata saya terjatuh sendiri).",
"Aku termenung, dalam khayal aku terfikir nasib budak perempuan ni, kalau betullah apa yang dia cerita ,kesian dia meninggal dan tidak dapat keadilan atas perbuatan murid murid lain tu. “Awk tahu dk bakpo awk blh tersedar xd?” (Awak tahu x kenapa awak boleh tersedar tadi?) Dia bertanya kepadaku.",
"Rupanya kami bukan berdua di dalam bilik tu,ada seekor makhluk yang bertubuh lebih kurang budak 6tahun , tidak berbaju dan badannya berbentuk seperti orang yang berpenyakit kwashiorkor,mempunyai taring dan bertelinga tajam seperti khinzir. “Tepak ni dulu rmh dio, dio suko hisak daroh sbb tu xd awk ado raso ngilu ng denyut kt gusi, dio laa hk buat, “( Tempat ni dulu rumah dia, dia suka hisap d***h sebab tu tadi awak ada rasa ngilu dengan berdenyut dekat gusi, dia punya kerja la tu)",
"Bbanggg!! Pintu dibuka dari luar seolah olah menerima paksaan. Ira!! Su berlari kearahku dengan muka panik.Rupanya aku telah terkunci dari dalam, namun setelah nama aku dipanggil berkali kali aku tidak menyahut cikgu membuat keputusan untuk memecahkan pintu bilik kesihatan tersebut.",
"Keadaan mula kembali riuh dengan suara murid murid lain , patutla tadi sunyi semacam je aku ingatkan bilik tu kedap bunyi..”mehlaa turun misi dk bowoh” (jomlaa turun misi ada kat bawah “. Eh rupa rupanya misi datang ke sekolah aku masa tu tapi disebabkan gangguan semalam mereka terpaksa pindah ke bilik kosong di bawah.",
"Dengar cerita semua kapas yang ada kesan d***h murid-murid yang cabut gigi di dalam tong sampah berselerak, apabila dikutip dan diletakkan kembali ia tetap kembali berselerak seolah-olah ada yang menyelongkarnya. Misi perempuan juga terkejut apabila ternampak makhluk pendek yang bertelinga tajam sedang berkeliaran di dalam bilik tu, mungkin itu adalah makhluk yang hisap d***h dari gusi aku tadi.",
"Nasib baik tiada apa apa yang teruk berlaku.Sejak daripada haritu bilik kesihatan dipindahkan ke ground floor bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.Namun masih menjadi tanda tanya kepada diriku siapakah budak perempuan yang menemaniku sepanjang aku berada di dalam bilik kesihatan tu? Tidak sempat untuk aku bertanya nama kerana khusyuk mendengar ceritanya. Jika itu betul roh dia dan bukan dari jelmaan jin , aku cuma berharap dia sudah bersemadi dengan aman..",
"Tamat…\nInshaAllah jika berkesempatan ira akan cerita lagi pengalaman ira di masa akan datang, terima kasih sebab sudi membaca:)!"
] | [
"cerita best, tapi next time kalau ada cerita nak share lagi, kalau boleh buat 1 bahasa je tauuu. jadi panjang & terbaca 2 kali hahha.",
"wahhh… bestnya… semua cerita ira best2 (Y).. harap share lg"
] |
https://fiksyenshasha.com/mimpi-yang-pulang/ | Mimpi yang pulang | [
"‘Allahuakbar, Allahuakbar…..’",
"‘Allah…..huakbar, Allahuakbar’",
"Gempita segenap ruangan dengan laungan azan. Bagai ada satu cahaya terbit memagari sekeliling rumah mbak Sutra itu.",
"Raden mengambil peluang melarikan diri saat Khannas bagai terpasung dengan laungan azan sebentar tadi.",
"Laju dia bergerak cuba menerobos ke arah semak samun. Namun ‘pagar’ yang telah utuh berdiri menghalanginya.",
"Terpelanting Raden ke tanah, dia bingkas bangun bergerak menuju ke arah keberadaan Linda dan Sakinah.",
"Pergerakannya terhenti dipanah kilat tepat dihadapannya. Raden mendengus marah. Dia kehilangan arah, kemana harus di tuju.",
"Khannas bergerak perlahan menuju ke arah Raden. Kakinya bagai melekat di tanah, bersusah payah Khannas melawan dirinya yang bagai terpasung.",
"Raden cuba menyerang Khannas menggunakan api keramat. Namun Khannas berjaya mengelak.",
"Raden tak berpuas hati, dibuka api keramat menjadi satu lembaran, lalu bergerak menyerang Khannas yang menyeringai bengis.",
"Meletus satu letupan saat api keramat menghentam Khannas. Dia yang sudah terpasung, terus terduduk melutut.",
"“Hahaha, sudah ku katakan, aku tak gentar dengan mu!!!! ” Raden ketawa dan menempik.",
"“Hihihi” Khannas tersengih seakan menyindir. Tanduknya bersinar, taringnya runcing terkeluar.",
"Linda dan Sakinah kecut perut melihat kejadian itu, lantas berundur bersembunyi sedikit di balik kereta.",
"Laungan azan yang bersahutan, membuatkan Raden dan Khannas kian berbahang.",
"“Kau memang bodoh, selayaknya kau sekadar menjadi khadam” Khannas mencela Raden.",
"Raden yang memang sedang kepanasan, bertambah marah dengan hinaan itu.",
"“Api keramat ini dari aku!! Sudah pasti aku dapat menangganinya, bodoh!!!!” Jerit Khannas.",
"Serentak itu api keramat membulat di hadapan Khannas, lalu laju menuju Raden yang terkesima.",
"Dengan sekelip mata, Raden rentung dibakar api keramat, lalu hilang menjadi abu. Khannas sedaya upaya mahu bangun, namun dirinya semakin terpasung hingga kakinya tenggelam di dalam tanah.",
"Kadir melangkah perlahan menuju ke arah Khannas yang menyeringai memberontak.",
"Dengan iringan bacaan ayat suci AlQuran, Kadir melempar garam kasar ke arah Khannas.",
"Menjerit si iblis itu bagai direjam dengan batu berapi. Kadir menabur garam kasar di sekeliling Khannas. Semakin membahang seluruh tubuhnya.",
"“Arghhhh, manusia hina, lepaskan aku!!!!” Jerit Khannas.",
"“Kau ini benar-benar sombong, Allah maha kuasa, kenapa kau ingkar dan tak bersujud padaNya” tegas Kadir.",
"“Ahhh manusia itu lemah, aku tak mahu mengagungkan seluruh keturunan nya, aku lebih layak di sisi Nya” Khannas tetap cuba melawan.",
"Yaser, Firash dan Razi mendekati laman rumah, begitu juga Linda dan Sakinah.",
"“Kamu lihat, siapa yang lemah?? Kami atau kamu??” Jerit Linda melepaskan geram.",
"“Huru hara seluruh kehidupan aku, gara-gara kau” tambah Linda lagi.",
"“Sudah lah wahai iblis, tempat mu di neraka, kau ingkar suruhanNya, usah kau berlagak sombong lagi, kau itu lemah”",
"Kadir kembali membaca beberapa ayat suci AlQuran, lalu merejam Khannas yang sudah mula terbakar.",
"Suasana bagai dilanda ribut, angin kuat meniup di sana sini. Keadaan hingar bingar.",
"Dengan izinNya, maka lenyaplah Khannas yang sombong hangus terbakar dan menghilang.",
"Yaser dan Kadir kemudian segera masuk ke dalam rumah. Sakinah dan Linda terduduk menangis, Firash dan Razi menenteramkan mereka. Angin menderu semakin kuat, kadangkala bunyinya membingitkan.",
"Tidak lama kemudian, Yaser dan Kadir keluar membawa sebuah batu permata yang amat besar dan bersinar-sinar.",
"“Siap sedia semua, batu ini akan dihancurkan, dan dengan izinNya, insyaAllah kita akan kembali ke dunia asal kita, dan tempat ini akan musnah” ujar Kadir.",
"“Nanti sekejap” Linda meminta izin.",
"“Kenapa Lin? Ada yang tak kena ke?” Soal Firash.",
"“Erm, kalau kita kembali, apa nasib aku, nasib kau dan Sakinah?? Kita kan telah m**i sebelumnya, maksudnya kita takkan kembali ke dunia lagi kan?” Linda bergenangan airmata melontarkan persoalan.",
"Yaser turut tumpah airmata melihat Sakinah teresak-esak menangis. Firash meraup wajah.",
"“Ya, mungkin kita akan berpisah di sini” ujar Firash seraya turut mengalir airmata. Kadir hanya mampu diam dan berserah, semuanya ketentuanNya.",
"Seketika Yaser, Razi dan Firash berpelukan tanda salam perpisahan. Linda bersama Sakinah juga berpelukan dan semakin banjir dengan tangisan.",
"Aku yang tengok ni pun ikut sebak, Linda perlahan melangkah ke arah aku.",
"“Kakbeydahh!!” Sapa Linda cuba tersenyum.",
"“Eh! Ko tau nama aku Lin??” Soal aku dengan senyuman kelat.",
"“Tau je, kau tu laki buat lah cara laki, pakai nama pompuan buat ape??” Linda menumbuk bahu aku perlahan, wajahnya senyum tapi menahan tangis.",
"“Alah, tu nama nenek aku, aku buat nama pena hehe” terang aku yang dah mula nak menitik air mata tengok Linda mengetap bibir menahan air mata jatuh.",
"“Thank you tau, sudi tolong aku, tolong kitorang, tak sangka ada orang tulis cerita pasal aku” ucap Linda sambil menyapu-nyapu airmata di pipi dan senyum terpaksa.",
"“Tak apa lah Lin, aku pun nak ucap terima kasih, hampir 7 bulan kau ‘teman’ dan menjadi ilham aku, aku tak tau lepas ni macam mana hari-hari aku tanpa kau, tanpa korang” gugur akhirnya airmata aku, melihatkan Linda yang sudah menangis teresak-esak.",
"“Jangan macam tu, tambah sedih aku ni, aku tau kau boleh, kau ada bakat, kau ada kebolehan, teruskan lah, jangan berhenti, aku sentiasa ada di sini, okey? ” ujar Linda sambil menunjal jarinya ke dada aku.",
"Aku tak mampu bercakap dah, sedih rasanya, aku tak pernah tulis cerita macam ni, ni pertama kali. Jadi nak menamatkan cerita terasa beratnya.",
"Sakinah datang dekat kepada aku, tersenyum dengan airmata di pipi, dia melambai dan mengucap salam perpisahan, kemudian dituruti oleh Yaser, Firash, Razi dan Kadir. Kami berlima berpelukan, terasa seperti satu keluarga.",
"Angin semakin kuat menderu, tanda Kabus Semalam semakin runtuh.",
"Aku berdiri memerhati mereka mengelilingi batu permata itu.",
"Kadir, Yaser dan Razi di sebalah kanan, Linda,Firash dan Sakinah di sebelah kiri.",
"Dengan lafaz Bismillah dan bacaan ayat suci AlQuran, Kadir menghentak batu permata itu dengan seketul batu lain, lalu ianya pecah berderai dan kilauannya padam.",
"Ribut taufan terus berlaku dan semakin kencang, Linda dan Sakinah berterusan menangis, begitu juga Yaser dan Razi. Aku yang melihat pun turut sama tumpah air mata, kami bersama melambai tangan tanda perpisahan.",
"Perlahan-lahan kami semua mula lenyap dibawa satu cahaya dan menghilang, Kabus Semalam turut hancur dan lenyap kemudiannya.",
"Hari telah menjengah malam, Bakar, Amin dan seluruh team mereka masih di perkarangan rumah mbak Sutra.",
"Mereka hilang petunjuk, apa harus dilakukan.",
"“Macam mana ni Bakar, tak ada apa di sini” Amin bangun dari duduk dan meregangkan pinggang.",
"“Tak tau juga aku Amin, Kadir pun kita tak tau apa cerita” keluh Bakar.",
"Tiba-tiba terbit aliran elektrik di tanah laman, sedikit demi sedikit menjadil gelungan meninggi.",
"Angin kuat menerpa, semua mula bangun dan memerhati apa yang terjadi.",
"Saat gelungan itu seakan pecah, menerbitkan asap tebal. Bunyi beberapa orang terbatuk-batuk.",
"“Kadir!!!” Jerit Bakar saat melihat Kadir melangkah keluar dari kepulan asap.",
"“Bakar! Amin!” Laung Kadir.",
"Segera Bakar dan Amin berlari mendapatkan Kadir.",
"Seketika, Yaser dan Razi turut keluar dari kepulan asap. Bakar melihat terpinga-pinga.",
"“Depa ni Yaser dan Razi” ujar Kadir sedikit kelelahan. Rakan-rakan perawat datang memimpin mereka berdua yang tampak kepenatan.",
"“Alhamdulillah, jumpa juga depa no” Bakar mengurut dada lega.",
"Tiba-tiba, Linda, Sakinah dan Firash turut melangkah keluar.",
"“Eh Linda!! Hang pun ada?? Apa yang berlaku Kadir??” Soal Bakar kehairanan.",
"“Nanti aku cerita, macam-macam dah terjadi” Kadir duduk melepaskan lelah. Seorang sahabat perawat menghulurkan air.",
"“Yang ni siapa pulak? Ni bukan lelaki dekat rumah Linda tu ke?” Soal Amin pula merujuk kepada Firash.",
"Kadir menganggukkan kepala mengiyakan.",
"“Tu Sakinah, anak sepupu mak aku tu, aku jumpa semua di dalam sana” jelas Kadir.",
"Bakar mengelengkan kepala, mulutnya memuji-muji kebesaranNya.",
"Yaser yang telah merasa sedikit pulih tersenyum melihat kemunculan Sakinah, Linda dan Firash.",
"“Semuanya kembali kan?” Ujar Razi menepuk-nepuk bahu Yaser.",
"Saat aku buka mata, aku dah kembali semula berdiri di hadapan rumah. Aku toleh memerhati sekeliling.",
"Kemudian melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Sempat aku melihat ke arah laptop, semua kejadian yang aku tulis tadi, telah siap semuanya.",
"Aku ke bilik mandi, memasang air pancuran lalu duduk, air mengalir membasahi aku mengiringi linangan air mata.",
"Tak aku sangka begini jadinya cerita yang aku tulis. Terasa melekat dalam jiwa, sedih semuanya telah berakhir, apa mampu aku keluar dari dunia Linda yang telah sebati ini.",
"Usai mandi, aku termenung, terbayang-bayang kelibat Linda. Sedih mula terasa.",
"Keesokan harinya, selesai sarapan, aku mengadap laptop, mahu menyambung dan menghabiskan cerita.",
"Aku terkejut, ada bahagian yang bukan aku tulis, telah cantik tersusun menutup cerita aku.",
"Aku tersenyum.",
"Hai semua, Linda di sini.",
"Harap korang semua okey. Kakbeyd ok ke tu? Sedih lagi ke? Hihihi.",
"Jangan sedih-sedih, setiap bermula pasti akan berakhir.",
"Kami di sini semuanya ok, banyak benda berubah dan menjadi lebih baik.",
"Ana dan Ani masih wujud, dan tak berlaku sebarang permasalahan, kerana tiadanya ‘Khannas’ menghasut.",
"Ani akan berkahwin dengan Kadir tak lama lagi tau, Ana pula akan berkahwin dengan ustaz Amin. Dorang rancang adakan majlis bersama, yelah kembar kan hehe.",
"Si Badrul dan isterinya Linda pun ok, dah beranak pinak akhirnya. Senonoh dah perangai Badrul tu.",
"Sakinah dah selamat di ijabkabulkan dengan Yaser. Bukan main bahagia lagi dorang. Kehidupan Sakinah juga baik, kejadian hitam dia pun tak berlaku, bapa saudaranya juga tak terhasut dengan ketiadaan ‘Khannas’.",
"Razi?? Dia tengah angau bercinta dengan Nurul, adik ipar aku. Hehehe aku pun dah kahwin dengan Firash, mak ayah, mak mertua dan pak mertua aku pun semuanya dalam keadaan baik.",
"InsyaAllah jika rezeki, aku menimang cahaya mata tahun ni, wink wink hehehe.",
"Ermm siapa lagi, haa ustaz Bakar pun ok, dia jaga tok dia di kampung dan buka cawangan perubatan dan perawatan islam di sana.",
"Fiona dan Haiqal juga baik-baik, cuma Aidid, memang telah meninggal dunia. Dengar kata kakaknya merangkap kawan aku jugak, si Zatul tu, tengah dalam perhubungan dengan ustaz Bakar.",
"MasyaAllah, cantik semua susunan, semua baik-baik.",
"Jadi harapnya korang semua pun akan baik-baik lah ye, terutama kakBeyd. Harap tak terhenti di sini, semoga hadir dengan sesuatu yang baru. Dah-dah la tu, cukup la memeningkan kepala hahaha.",
"Baiklah terima kasih sudi ikut kisah aku yang berliku ni, hampir 7 bulan mewarnai arena dunia seram anda. Seram ke tak ek? Hihi.",
"Jadi terima kasih sekali lagi, mohon maaf segala salah dan silap, berjumpa lagi kita di lain waktu, bye-bye!",
"Karya : Kakbeydahh"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/pusaka-warisan-part-4/ | Pusaka Warisan Part 4 | [
"Saodah menceritakan bahawa dia adalah keturunan yang mampu memulihkan sumpahan serigala jadian. Menurutnya lagi, dia dan Mikael anaknya sudah lama mengetahui hal sebenar mengenai Aiza.",
"Kebolehan itu terhad kepada Saodah sahaja manakala anaknya Mikael tidak boleh menyembuhkan sebarang sumpahan.",
"Dulu hal yang sedemikian pernah terjadi. Pada waktu itu Aiza masih kecil, dalam lingkungan 6 atau 7 tahun. Saodah sebenarnya adalah orang gaji kepada ayah Aiza, Raikal.",
"Raikal juga merupakan serigala jadian dan semasa peristiwa orang kampung ingin m******h Raikal, Raikal menyuruh Saodah dan Mikael melarikan diri.",
"Suami Saodah telah berkorban nyawa demi menyelamatkan Raikal tapi tidak berjaya dan d*****h kejam oleh orang kampung ketika itu.",
"Tiada pilihan lain mereka pergi meninggalkan kampung itu. Masa terus beredar, Mikael pun dah berumur 24 tahun ketika ini. Mereka kembali ke bandar yang dulunya kampung itu dan tak menyangka bahawa mereka akan menemui Aiza kembali.",
"Sekarang Mikael sudah jatuh hati pada Aiza tanpa dirancang, begitu juga Aiza. Ini memudahkan lagi niat Saodah untuk kembali berkhidmat kepada keluarga itu. Baginya keluarga Aiza terlalu banyak membantu Saodah dan saodah telah menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Kalau bukan kerana Raikal menyuruh mereka dua beranak melarikan diri, tidak mungkin mereka akan selamat dari serangan orang kampung ketika itu.",
"Aiza tidak mengingati siapa Saodah, mungkin kerana dia telah banyak menempuh peristiwa hitam sepanjang hidupnya. Aiza merasa lega kerana dia telah berjumpa orang-orang yang tahu akan diri nya dan tidak mengapa-apakan dirinya",
"Mikael mula bertanya “Siapa mereka yang menyerang awak tu Aiza?” sekali lagi Aiza hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu siapa mereka.",
"Mereka semua manusia yang telah berpakat dengan satu makhluk yang juga serigala jadian, tapi satu makhluk ini sangat dahsyat kerana ia tidak bukan lagi jadian kerana ia tidak boleh bertukar kembali ke rupa manusia, Dia lebih dikenali sebagai Haikal.",
"Haikal merupakan abang Raikal ayah kepada Aiza, dan secara tidak langsung Haikal itu adalah pak cik kandungnya.",
"Mikael hanya mampu menelan air liur mendengar apa yang ibunya ceritakan, tak tercapai dek akal bila memikirkan ikut logik akal semata. Zaman tu ada mahluk-mahluk sedemikian rupa.",
"Aiza mula membuka mulut, “kalau dia pak cik Aiza, kenapa dia nak b***h Aiza?”",
"“Sebab dia nakkan kuasa yang ada pada Aiza. Kuasanya akan bertambah jika dia m******h manusia-manusia dari kalangannya.” balas Saodah.",
"Saodah menambah setelah dia m******h Raikal dia cuba m******h Aiza dan Ray. Tapi dia tak sempat m******h kedua beradik kerana orang kampung telah campur tangan, dan Haikal mengambil peluang menyamar sebagai orang kampung dan turut menghasut mereka untuk m******h keduanya. Hanya Aiza yang sempat melarikan diri ketika itu.",
"Ketika Aiza membalas dendam terhadap orang kampung, Haikal telah lama meninggalkan kampung itu. Sekarang kuasanya bertambah kuat dan tidak lagi boleh berubah menjadi manusia biasa.",
"Dengan kehadiran Saodah dan Mikael, Aiza merasa sedikit aman bila mereka bersama. Dia takut Haikal dan kumpulan nya akan kembali.tapi dengan kehadiran Saodah kuasa Haikal juga tidak akan memberi apa-apa kesan.",
"Cuma mereka perlu khawatir tentang manusia-manusia suruhan Haikal yang akan datang lengkap bersenjata.",
"Mikael memberi idea untuk Aiza tinggal dirumah mereka untuk beberapa ketika, memandangkan Aiza takkan berubah menjadi serigala jadian bila dekat dengan mereka, ini memberikan jaminan untuk Aiza terus selamat dari mereka semua itu.",
"“Boleh tapi bukan sekarang. Kita bertahan disini sehingga pagi kerana mereka telah menunggu diluar” kata Saodah.",
"“Tapi jangan risau, mereka tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah kerana Mak telah menutup hijab mereka untuk melihat apa yang berlaku disini.” tambah Saodah.",
"Selepas berbual panjang, mereka semua kembali kebilik utama dan tidur di atas katil manakala Mikael hanya tidur di sebuah kerusi panjang dalam bilik itu. Mereka tak nak berjauhan kerana sekiranya berlaku apa-apa mereka akan segera dapat bertindak dengan pantas.",
"Mikael bangun awal pada pagi itu. Menjadi kebiasaan bila dia bangun tidur, terus menuju ke dapur untuk membuat sarapan untuk ibunya.",
"Pagi yang aman buat mereka bertiga. Melihat ke luar rumah, tiada tanda-tanda kumpulan penjahat itu.Saodah memberi cadangan mereka memalsukan kematian Aiza supaya Haikal dan konconya tidak mencari lagi Aiza.",
"Aiza setuju dengan cadangan itu cuma mereka sedar cadangan itu tidak akan bertahan lama kerana mereka tahu Haikal akan mengetahui hal itu bila merasakan tiada perubahan pada dirinya.",
"“Haikal akan kembali juga kesini mak.” soal Mikael.",
"“Sebab tu kita kena cepat” balas Saodah.",
"“Cepat apa mak?tanya Mikael.",
"Laju Saodah membalas “Cepat untuk korang kahwin!”…",
"Penulis – SyamSyidee"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/pusaka-warisan-part-3/ | Pusaka Warisan Part 3 | [
"Tepat jam 4 petang Mikael telah menunggu Aiza di tempat yang sama mereka berjumpa semalam. Dia telah mula jatuh hati pada Aiza.",
"Setelah 1jam menunggu, Aiza tiada tanda-tanda kemunculan di sana. Mikael mula rasa tak sedap hati, rasa ingin pergi kerumah agam milik Aiza tapi teragak-agak.",
"Mikael menunggu sehingga jam 7 petang disitu, Aiza tetap juga tidak munculkan diri. Mikael mula melangkah pulang dengan kecewa.",
"Esoknya Mikael masih menunggu di tempat dan waktu yang sama, tapi hampa. Aiza tetap tak munculkan diri. Setelah 3 hari berlalu Mikael nekad untuk pergi ke rumah agam Aiza untuk mencari dimana Aiza.",
"Dia merasakan ada sesuatu yang menimpa Aiza. Pada keesokkan hari kira-kira tepat jam 8 pagi Mikael sudah terpacak di depan pintu rumah agam tersebut. Hatinya berdegup kencang apabila dia melangkah masuk ke kawasan rumah agam itu.",
"Mikael dalam keadaan dilema selepas mendapati salah satu tingkap di rumah agam itu pecah. Tingkap yang berdekatan dengan pintu utama itu kelihatan pecah dan memudahkan sesiapa yang melalui kawasan itu untuk melihat.",
"Dalam ketika Mikael di fasa membuat keputusan untuk masuk sahaja atau cuma sekadar memanggil nama Aiza, Mikael mendengar suara seorang gadis meraung kesakitan dari dalam rumah agam itu.",
"Mikael mengecam suara itu dan tanpa berlengah dia meluru masuk ke dalam rumah agam itu dan sangkaan dia benar, Aiza meraung kesakitan sambil memegang dada nya yang penuh dengan d***h.",
"Mikael pergi kearah Aiza untuk membantu. Sambil mengangkat Aiza dengan perlahan dia bertanya apa yang berlaku.",
"“Awak tak patut datang Mikael” jawab Aiza sambil menahan kesakitan.",
"Mikael membersihkan luka pada badan Aiza dan terkejut bila Mikael nampak kesan cakaran besar di belakang badan Aiza serta kesan tembakkan pada dada sebelah depan Aiza.",
"Setelah luka Aiza dicuci, Mikael masak sesuatu untuk Aiza makan, Mikael percaya dalam keadaan Aiza seperti tu, dia belum makan apa-apa selama kira-kira 3 hari berlalu.",
"“Cuba jelaskan apa yang berlaku? Siapa yang buat bergini pada awak Aiza?” tanya Mikael sambil menyuap makanan ke mulut Aiza. Baik sungguh Mikael kepada Aiza.",
"Aiza mula menceritakan apa yang terjadi, Masa Aiza pulang dari berjumpa Mikael tempoh hari, dia telah diserang oleh 3 orang yang bersejantakan senapang di dalam rumah nya sendiri.",
"Dan yang paling mengejutkan Aiza, ada satu makhluk seakan serupa dengan diri nya bersama mereka yang menyerang nya. Satu pertempuan yang agak dahsyat antara dia dan mahkluk itu. Dia hampir menang dan hampir m******h makhluk itu, tetapi dia telah ditembak oleh salah seorang daripada mereka tepat di dada. Aiza bernasib baik,tembakan itu tesasar sedikit dari terkena tepat ke jantung.",
"Terlopong Mikael mendengar apa yang diceritakan oleh Aiza. Seakan tak percaya tapi dengan apa yang Mikael lihat sendiri keaadan Aiza sebegitu, nak tak nak dia memaksa diri untuk percaya juga.",
"Melihat Mikael kelihatan terkejut, Aiza faham kalau Mikael ingin menjauhkan dirinya dengan Aiza. Aiza menyuruh Mikael meninggalkannya kerana Aiza menyangka Mikael akan takut setelah mengetahui hal sebenar tentang dirinya ditambah dengan hal yang baru terjadi.",
"Mikael menolak dengan baik kata-kata Aiza yang menyuruhnya pergi. “Lepas makan ni awak masuk ke bilik berehat. Saya kemas apa yang berselarak dulu. Dah siap semua baru saya balik.malam nanti saya datang masak untuk awak.” Jelas Mikael.",
"Aiza kelihatan tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mikael, kerana dia tahu waktu malam dia akan berubah menjadi sesuatu yang menggerunkan. Tapi belum sempat Aiza besuara Mikael tambah dengan berkata",
"“Tak payah fikir terlalu banyak. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buat saja apa yang saya cakap.” Mikael berkata sambil bangun dan pergi kearah ruang tamu rumah itu.",
"Aiza mula menurut tanpa mempersoalkan apa-apa lagi.",
"Waktu yang hampir senja begini membuatkan hati Aiza tak senang. Dia tahu sekejap lagi dia akan bertukar. Macam mana pula dengan Mikael. Tidak kah dia takut akan Aiza.",
"Sudah kebiasaan, saat Aiza ingin berubah menjadi serigala jadian itu, tubuhnya akan berasa panas. Tapi anehnya malam itu badan Aiza tidak mengalami perubahan apa-apa. Pelik dengan keadaan itu tapi Aiza tetap mengikat dirinya dengan rantai besi di dalam bilik utamanya. Dia menyangka Mikael akan takut kepada dirinya. Sekurang-kurang nya bila Mikael nampak dia dalam keadaan begitu, Mikael akan berasa aman.",
"Pintu besar rumah agam itu dikuak dan muncul Mikael bersama ibunya. Apabila mereka masuk kedalam bilik Aiza berasa cemas melihat mereka.",
"“Tak perlu kamu cemas dan takut sayang. Kami akan menjaga kamu” lembut ibunya bersuara.",
"Terpinga-pinga Aiza disaat Mikael membuka ikatan besi ditangannya.",
"“Kenapa saya tak berubah?” soal Aiza",
"“Sebab makcik ada dekat dengan kamu” balas ibu Mikael.",
"Ibunya mulakan bicara di saat mereka makan bersama di ruang makan rumah itu. Aiza kelihatan agak senang kerana itulah kali pertama dia berasa normal di sepanjang hidupnya. Mikael hanya tersenyum melihat tingkah laku Aiza.",
"Ibunya menceritakan kenapa Aiza tak berubah disaat bersama dengan mereka.",
"Penulis : Syamsyidee"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/tingkat-4-part-ii/ | TINGKAT 4 PART II | [
"Assalamualaikum dan hai, kalini ira nak sambung tentang kisah yang lepas iaitu tingkat 4, sapa yang belom baca lagi TINGKAT 4 PART 1 , boleh laa pergi baca untuk korang lebih memahami pasal penceritaan kali ini, okey let’s go~",
"Second Story: Bilik Muzik",
"Seperti yang korang tau bangunan tersebut mempunyai 4 tingkat, dan kali ni aku nak cerita pasal bilik muzik yang terletak di tingkat dan bilik Keshi yang terletak di tingkat 2.",
"Kita mulakan dengan peristiwa yang pernah berlaku di bilik muzik. Masa tu mata pelajaran muzik jadi Cikgu Hamidah bercadang untuk melangsungkan proses pembelajaran di bilik muzik kerana bilik tersebut lengkap dengan alatan muzik sesuailah dengan idea pengajaran topik kali ini.",
"Kitorang diarahkan untuk mengambil satu jenis alat muzik bagi seorang murid, masing-masing memilih mengikut citarasa mereka, ada yang memilih clarinet, ada yang memilih flute, dan aku memilih untuk bermain ukelele.",
"Separuh masa pembelajaran berjalan lancar namun, tiba-tiba kami terdengar bunyi piano yang dimainkan dengan agresif, ianya datang dari bilik store penyimpanan alat muzik.",
"Pada awalnya kami hanya beranggapan itu adalah tikus tetapi alunan piano itu semakin lama semakin kuat berbunyi seperti ada yang sengaja memainkan piano tersebut.",
"Oleh kerana pintu bilik store penyimpanan alat muzik itu tertutup Cikgu Hamidah mencadangkan kami semua turun secara senyap-senyap meninggalkan bilik muzik tersebut.",
"Baru sahaja ingin melangkah keluar BBAMMM!!! Pintu bilik tersebut telah tertutup. Cikgu dan beberapa murid lelaki cuba untuk membukanya namun ia seperti terkunci dari luar.",
"Lampu yang tadinya terang benderang kini sudah menjadi ibarat lampu disco yang sedang berklip klip, kedengaran tangisan perempuan sayup-sayup membuatkan kitorang yang berada di dalam bilik tersebut panik dan tidak keruan.",
"Aku yakin mereka hanya ingin memberi tahu tentang kehadiran mereka disitu tetapi sangkaanku meleset apabila seorang murid perempuan memekik seperti terkena histeria.",
"Aku ingin mencari jejak suara pekikan tersebut kerana ingin tau empunya suara tersebut namun aku dijalan oleh Su. “Weh jangey gerok, duduk jah sini diye diye”( Weh jangan bergerak, duduk je kat sini diam diam). Aku akur.",
"Sudah ditetapkan bagai takdir murid perempuan tadi yang datang menerkam aku, eh Farah? . Cikgu Hamidah dan murid lelaki cuba untuk menarik Farah dari terus menyerang aku tapi kekuatan Farah sekarang ibarat 12 orang lelaki dan mustahil untuk ditempis.",
"Memang sahlah dia histeria, untuk pengetahuan korang, Farah ni budak baru dalam kelas kitorang, dia ni jenis yang tak bergaul dengan masyarakat, dia hanya duduk menyendiri buat hal dia je, walaupun kami sekelas jumlah aku bercakap dengan Farah boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja.",
"Bukan aku tidak mahu berkawan dengan dia tetapi jika ditanya sepatah , dia hanya menjawab sepatah. Mula-mula aku hanya berfikiran dia seorang yang introvert tetapi rupanya dia sudah mempunyai ‘kawan’ tersendiri.",
"Jika rehat di kantin dia pasti makan bersama ‘kawannya’ lokasi ‘strategik’ yang selalu Farah duduk ialah di meja tepi longkang. Persahabatan mereka bagaikan isi dengan kuku, dimana Farah berada disitu juga ‘temannya’ berada.",
"Pada mulanya aku hanya menghiraukan saja kehadiran ‘kawan’ Farah tu. Tetapi peristiwa dalam tandas minggu lepas menyedarkan ‘kawan’ Farah bahawa kehadirannya diketahui oleh aku.",
"Aku sedang menilik cermin di hadapan singki setelah selesai membasuh tangan sambil-sambil menunggu Su keluar dari salah satu kubikel tandas. Mataku melirik dari dalam cermin mengekor segala gerak-geri Farah yang sedang mengomel sendirian.”mg jahak, mg jahak, sebab mg laa takdok orey nok saing nge aku”( kau jahat, kau jahat, sebab kau laa takde orang nak kawan dengan aku) kedengaran Farah seperti memarahi seseorang.",
"Aku dengan perasaan ingin tau berjalan menuju ke kubikel akhir sekali untuk melihat dengan siapakah Farah sedang berkomunikasi.Setelah aku berdiri betul-betul di hadapan kubikel yang tidak ditutup pintu, kelihatan Farah dan ‘kawannya’ sedang menghadap antara satu sama lain,kehadiran aku disitu membuatkan mereka terkejut dan Farah berlari keluar tandas meninggalkan aku dengan ‘kawannya’.Sejak dari sinilah ‘kawan’ Farah tahu aku perasan tentang kehadiran dia. Dia selalu menjeling tajam tepat ke mata aku semasa di dalam kelas mahupun di kantin.Oleh itu aku sering mengelak dari terserempak dengan Farah.",
"Farah cuba mendorong aku ke dinding, dia menarik kedua-dua lengan aku dan melemparkan aku ke dinding, “Bakpo mg dok kalut caro hal orey heh” (Kenapa kau sibuk nak tau hal orang) Farah bersuara. Aku tau , itu bukan Farah, mungkin benda tu marah sebab aku nampak dia. Makhluk halus memang benci apabila kita tahu tentang kehadiran mereka.",
"Aku membaca ayat kursi dan beberapa p****g ayat surah lain seperti yang diajar oleh ayah aku untuk melindungi diri dan aku hembus lembut dimuka Farah setelah selesai membaca surah tersebut.Dia pengsan, mungkin lelah kerana badannya bertarung dengan makhluk tersebut.",
"Sementara itu kedengaran seperti benda dilempar di dalam bilik store penyimpanan alat muzik. Aku beranggapan mungkin pendamping Farah dengan makhluk yang mendiami bilik muzik tersebut sedang bertarung.",
"Alhamdulillah tidak lama selepas itu ustaz datang dan memulihkan semula keadaan. Pintu bilik muzik terpaksa dibuka secara paksa dari luar dengan memecahkan tombol.",
"Aku terpaksa duduk di dalam hospital selama seminggu kerana kecederaan dalaman yang terjadi setelah aku terhentak di dinding haritu.",
"Setelah aku kembali ke sekolah aku tidak nampak batang hidung Farah , aku dengar dia telah berpindah sekolah kerana berasa malu dan bersalah terhadap aku, dia meminta Su menyampaikan permohonan maafnya kepadaku. Tidak mengapalah benda tu bulan kau boleh kawal, kalau kau terbaca cerita ni , aku dah maafkan kau Farah.",
"Bilik muzik tersebut sampai sekarang terkenal dengan angker. Ada kelas yang terkurung hampir dua hari di dalam bilik muzik tersebut dan selalu sangat kedengaran piano yang sangat kuat hingga ke ground floor sudah dianggap perkara biasa sekarang.",
"Sebenarnya ira ingat nak combined je cerita Bilik Muzik dengan Bilik Kesihatan tapi kalau cerita terlalu panjang mungkin akan membuatkan korang semua bosan untuk membaca, jadi cerita Bilik Kesihatan tu ira buat dalam part III okey~"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/batu-nisan/ | Batu Nisan | [
"Namaku Haziq. Aku seorang rider Lolamove separuh masa. Oleh kerana aku tinggal di ibu kota, jadi terpaksalah aku lakukan dua kerja – pagi sebagai office worker dan malam sebagai rider. Hendak dijadikan cerita, aku mahu close order untuk malam itu. Tiba-tiba aku mendapat satu pesanan. Aku terus menyemak semua details pesanan tadi dan tekan butang terima. Tanpa berlengah, aku menghubungi nombor pelanggan.",
"“Hello?” Suara seorang lelaki tua bergema di hujung talian.\n“Hai bang, boleh saya tahu barang apa ya nak dihantar?”\n“Ada satu barang. Pak cik rasa muat saja kalau nak dimasukkan dalam beg kamu tu.”\n“Barang apa tu?”\n“Kamu datang sini dahulu baru kamu tahu. Pak cik tunggu ya.” Panggilan dimatikan. Haziq mengerling jam tangan, sudah pukul 9:30 malam.",
"‘Ambil sajalah order ni. Boleh jadi duit poket.’ Aku bermonolog sendiri sambil hidupkan motorsikal. Aku pecut motorsikal ke rumah pak cik tadi. Dalam perjalanan ke sana, aku cuma ditemani lampu jalan yang sudah nyawa-nyawa ikan dan semak samun kiri kanan. Otak aku sudah fikir yang bukan-bukan. Manalah tahu tiba-tiba ada pocong melompat keluar dari semak ataupun pontianak tumpang motorsikalku. Fikir saja tentang hantu terus bulu romaku menegak.",
"‘Belok kanan.’",
"Aku menoleh ke kanan. Tak apa-apa. Cuma semak samun dan kawasan gelap gelita. Tak ada lampu jalan. Terus aku berhentikan motorsikal dan telefon pak cik tadi.",
"“Pak cik, saya nak tanya. Rumah pak cik ni dekat dalam semak samun ke?” tanyaku.\n“Dekat jalan tu ada apa-apa signboard tak?” Aku pandang sekeliling, mencari signboard yang dimaksudkan oleh pak cik tadi.\n“Tak ada.”\n“Cuba kamu ke depan lagi, sampai jumpa signboard.” Aku kembali pandu motorsikal perlahan, risau terlepas apa-apa signboard.",
"‘Belok kanan.’",
"Dahi aku berkerut. Waze yang beri arah jalan berbunyi di tempat yang sama – semak samun dan gelap gelita. Aku turun dari motorsikal.",
"“Biar betul ni? Waze rosakkah?” Aku mencapai telefon bimbit dan periksa aplikasi waze. Anak panah menunjuk ke kanan dan dalam beberapa meter barulah sampai ke destinasi. Aku telan air liur. Takkanlah aku kena jalan kaki, meredahi semak. Ataupun naik saja motorsikal. Cepat sikit sampai.",
"Kalau orang tabur paku dan samun aku macam mana? Boleh m**i dekat situ dan tiada siapa akan perasan mayat aku. Selepas berfikir sehingga sakit kepala, aku ambil keputusan dengan masuk ke dalam semak dengan berjalan kaki, mengikut peta di waze. Beg sandang dan lampu picit sudah aku bawa sekali. Motorsikal diparking tepi jalan. Aku mula dengan langkah kanan dan memasang lampu picit. Kegelapannya terlalu pekat sehingga lampu picit aku pun tak dapat tembusinya.",
"‘Dalam 200 meter, anda akan sampai ke destinasi.’",
"Aku halakan lampu picit ke hadapan. Ada sebuah rumah kayu yang uzur tak jauh dari aku. Aku percepatkan langkah sehinggalah aku berdiri betul-betul di hadapan rumah itu.",
"‘Anda sudah sampai ke destinasi.’",
"Lampu picit aku halakan setiap sudut rumah. Gelap. Beri salam pun tiada siapa menyahut. Jariku pantas menatal skrin, mendail semula nombor pak cik tadi.",
"“Pak cik, saya dah sampai. Tapi kenapa gelap gelita saja rumah ni?”\n“Dah sampai? Pak cik jumpa motorsikal kamu tepi jalan. Kamu pergi mana?”\n“Hah?”",
"Ada satu dentuman kuat datang dari dalam rumah. Aku suluh melalui tingkap. Gelap dan tiada apa-apa. Suara pak cik tadi masih samar-samar kedengaran di telefon.",
"“Pak cik tunggu dekat motorsikal saya ke?” tanyaku.\n“Yalah. Kamu pergi mana? Masuk dalam semakkah?”\n“Ya, saya ikut alamat yang pak cik bagi ni. Ada rumah kayu dekat sini.”\n“Rumah? Dalam semak mana ada rumahlah.”",
"Mataku terbuntang luas. Tak boleh jadi, aku kena keluar dari situ cepat. Aku membuka langkah seribu, berlari meninggalkan rumah kayu di belakang. Suara hilai tawa juga dapat didengar sepanjang aku lari. Keluar saja dari semak, aku mengah. Di hadapan aku ada seorang pak cik berdiri memeluk sesuatu.",
"“Yang kamu masuk dalam semak tu kenapa?” tegurnya. Aku senyum tawar dan tunduk meminta maaf. Pak cik itu hulurkan sesuatu yang dibalut dengan kain batik. Aku sambut pemberiannya dan aku terkejut barangnya seberat ini.\n“Apa benda ni pak cik, beratnya.” Perlahan aku angkat dan masukkan dalam delivery box. Pak cik tadi diam saja tak menjawab soalan tadi. Aku naik semula motorsikal dan hidupkannya. Aplikasi Lolamove dibuka dan alamat penerima ditekan.",
"‘Dalam 200 meter, belok kiri.’",
"Aku senyum sedikit. Sekurang-kurangnya tadi aku tak terserempak dengan makhluk halus depan-depan. Pak cik tadi menarik lengan bajuku. Dia hulurkan dua keeping RM50.",
"“Banyaknya, delivery fee pun …”\n“Tak apa, pak cik ikhlas. Pak cik tahu ni order terakhir kamu kan?” Aku tergamam mendengar kata pak cik itu. Macam mana dia tahu ini last order aku? Duit yang dia hulur ni duit betul ke? Entah-entah sekejap lagi jadi daun.",
"Masa itu aku ada banyak tanggapan negatif pada pak cik itu. Pak cik itu pula tunggu saja aku ambil duitnya. Tangan aku spontan ambil duit tadi dan masukkan dalam dompet. Sambil tersenyum, aku ucapkan terima kasih dan mulakan perjalanan.",
"Sepanjang perjalanan aku, kawasan yang aku lintasi semakin lama semakin gelap. Hanya lampu motorsikal saja menerangi jalan. Mataku tak lekang memandang peta waze. Betulkah jalan ini?",
"‘Belok kiri, kemudian destinasi anda berada di sebelah kiri.’",
"Dengan berhati-hati aku belok ke kiri dan berhentikan motorsikal. Lampu picit dihidupkan semula dan aku halakan ke kawasan di sebelah kiri. Gelap gelita. Tanpa berlengah, aku bawa keluar bungkusan tadi sementara menunggu si penerima. Aku mula main suluh sana sini. Tiba-tiba lampu picit aku tersuluh satu kain putih mengerbang di hadapan motorsikal.",
"Terperanjat aku sampai lampu picit terlepas di tangan. Aku bongkokkan badan dan mula meraba sekeliling mencari lampu suluh tadi. Dapat saja lampu suluh, aku halakan pada wajah pemilik kain putih tadi.",
"“Aduh silau.” Suara seorang wanita menegurnya sambil menutup mata dengan tapak tangan.\n“Maaf, maaf.” Aku pandang skrin telefon, mencari nama penerima. “Puan Nini?”\n“Ya saya.”",
"Aku hulurkan bungkusan dan wanita bernama Nini itu menyambut dengan senyuman manis. Mukaku merah menyala dan perlahan memuji Nini.\n“Cantiknya …”\nNini ketawa sedikit. “Terima kasih ya hantarkan. Pak cik tadi sudah bayarkan, betul?”\nAku angguk laju. Jari Nini menyelak sedikit bungkusan kain batik tadi.\n“Dalam bungkusan tu ada apa kak?” tanyaku. Bukan apa, sepanjang aku bawa bungkusan itu, pelbagai soalan bermain di kepala. Nini lemparkan senyumannya.\n“Anak akak.”\nAku tergamam. Otak aku mula fikir bukan-bukan. Kenapa anaknya berbungkus dengan kain batik? Tak lemaskah?",
"Entah-entah anaknya sudah m**i.",
"Nini tertawa kecil melihat aku yang sudah berpeluh-peluh.\n“Anak akak hidup lagi. Nak tengok?” Nini selak sedikit kain batik itu dan hulurkan pada aku. Perlahan aku ambil dari dakapannya.\n‘Beratnya anak dia.’ Aku bermonolog sambil halakan lampu suluh untuk melihat ‘anak’ Nini.\n“Batu … batu nisan?” Aku berundur beberapa langkah ke belakang. Dakapan aku terlepas dan batu nisan itu pantas Nini sambut semula.\n“Bukankah dia comel? Oh, anak ibu.” Nini mengucup batu nisan di dakapannya. Tanpa buang masa, aku terus naik motorsikal. Mataku tak lekang memandang Nini menyanyikan lagu untuk ‘anaknya’. Tiba-tiba dia mengilai kuat. Aku pantas hidupkan enjin motorsikal dan memandu pergi dari situ. Aku mengucap panjang.",
"“Aduhai, patutlah pak cik tadi tak mahu beritahu barang apa. Aku bawa batu nisan rupanya.”",
"Tanpa fikir panjang, aku terus tutup aplikasi Lolamove. Tak sanggup aku untuk terima order pada waktu begini."
] | [
"Pakcik tu culik anak perempuan tu ke ?..utk tujuan apa dia ambik anak nya tu…walaupun perempuan tu dari golongan jin…tapi ibu tetap juga naluri seorang ibu.. sbb ada sesetengah bomoh gunakan khidmat jin ..jin tu patuh sbb ada anaknya kt tangan bomoh tu…rasa mcm mengarut…tapi mmg ada kan kes2 begini ?.",
"Macam cerita reka.",
"lain kali kena cerdik sikit..ikut gerak hati, tempat yg nak dituju merisaukan, jgn pegi,elakkan pegi,bukan tak da rezeki lain.cerita ni pun macam meragukan,alamak mak datok!",
"Not gonna lie this happen to almost majority of food/delivery rider.\nYa Allah takleh bayang tu kalau aku. Mungkin cam watak tu juga la aku yang pening lari dari situ cepat. 😭 ",
"Apa pun penulisan cerita yang bagus. Penggubahan ayat yang simple dan midah difaham. Plot line with sense of horror die terasa sangat sangat real dan boleh dibayang. Maybe sebab diri sendiri pernah naik motor malam2 kot. Hahahha.\nLastly kerja yang bagus. Terus kan lagi usaha anda. Saya nanti kan kisah2 pendek macam ni in the future",
"Ada saja kes begini mungkin jarang di dengarlah hahahaha. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi baca 🙂",
"Sungguh menyeramkn..gilak..",
"nak tau ape jadi dengan duit tu.duit betol ke bertukar daun?",
"Nak reka pun biarlah ikut kisah betul. Merapu sangat.",
"aku yang baca kat office ni meremang bulu roma kita nyahh ! haiyaa"
] |
https://fiksyenshasha.com/damping/ | DAMPING | [
"KISAH BENAR",
"Tahun 2018",
"SUDAH TIGA malam berturut-turut aku didatangi mimpi yang sama. Setiap kali aku tersedar, habis lencun tubuh aku dibasahi peluh. Takut? Aku tidak pasti. Mimpi itu bukanlah mimpi yang menakutkan.",
"Aku bermimpikan seorang perempuan berpakaian indah baju kebaya berwarna hijau, berkain batik bercorak bunga bakawali. Rambutnya disanggul elok. Tersisip kemas dua cucuk sanggul berkerawang emas dan perak.",
"Wajahnya begitu rupawan dengan alis yang terbentuk elok. Bibirnya mungil dicalit gincu berwarna merah hati. Dia tidak berbicara denganku apa-apa namun dia hanya mendendangkan lirik lagu yang aku tidak tahu apa judulnya.",
"Ia lagu klasik mungkin? Entahlah, aku tak tahu. Namun bait liriknya begitu mendalam. Bagai menceritakan kesetiaan dia pada pemiliknya. Siapa? Aku tidak pasti.. Aku cuba mengingati kembali keseluruhan bait-bait lirik itu namun hampa. Hanya sebaris dua yang mampu aku ingat.",
"‘Bulan dan bintang saksi sumpahku,",
"Dari akar ke pucuk aku melingkar,",
"Kupasak setia demi leluhurmu,",
"Akad janji tersulam mekar..’",
"Ya, itu sahaja yang aku ingat. Suaranya mendayu-dayu, terdengar merintih. Yang peliknya, aku wujud dalam mimpi itu seperti mana aku di alam realiti. Aku berbaring di atas katil, selajur duduk bersila tatkala dia hadir.",
"Dia berdendang seolah-olah menyatakan kata hatinya melalui lagu dan ia seperti ditujukan kepada aku? Aku pula seperti terkesima dan tampak begitu menghayatinya sehingga bibirku ikut menyanyi walau tanpa lirik. Hanya dengungan halus yang terlahir di bibir.",
"Sedang ralit aku menghayati, aku pasti tersentak tatkala terdengar suara tempikan yang begitu keras.",
"“Usah menerima!”",
"Ya, inilah kata-kata yang aku dengar seraya mengejutkan aku dari lena. Ironinya, aku langsung tidak nampak empunya suara. Hanya tempikannya yang membingit itu sahaja yang kedengaran. Suara tanpa wajah. Tapi yang pasti, pemilik suara garau itu adalah lelaki.",
"Sebulan berlalu sejak mimpi itu. Aku merasakan kelainan pada diriku. Aku tidak suka berbicara dengan suamiku. Mengelat untuk melakukan solat 5 waktu. Sering merasa keletihan walau tidak melakukan sebarang kerjaan. Yang paling ketara, aku suka duduk di hadapan meja solek.",
"Aku bagaikan terleka berjam-jam lamanya merenung cermin di hadapan mata. Aku berdandan mengenakan solekan tebal. Aku menyisir rambut dan kemudian menyanggulnya kemas. Bibirku…. tidak lekang menyanyikan 4 baris lirik lagu itu disulami dengungan halus mengikut irama.",
"“Kenapa tak mandi lagi?”",
"Aku diam.",
"“Dah solat maghrib?”",
"Aku tetap diam. Suara suamiku bagaikan selumbar yang menyucuk gegendang. Pedih. Aku tidak suka mendengarnya. Aku buat tidak tahu. Rasa benci begitu menebal. Menyibuk saja! Gumamku.",
"“Bismillahi Masyaallah! Allahu Akbar!”",
"Aku tersentak. Bagai mahu gugur jantung aku. Roh bagaikan terbang melayang!",
"Aku menoleh kebelakang. Suamiku pegun memandang aku. Kedua telapak tangannya tergeletak elok di belakang tubuh. Aku yakin, dia yang menepukku sebentar tadi. Dahulu, aku pernah juga diperlakukan sebegitu tatkala aku dirasuk di rumah mentua.",
"Sakitnya tepukan itu bagai tubuhku dirotan. Perit. Nafasku mendesah kuat. Kepalaku terasa berat, pandanganku berpinar. Seolah-olah aku baru sahaja melakukan lompatan dari tempat tinggi. Aku mengusap dada.",
"“Sayang…” Panggil suamiku lembut.",
"“Abang..Bi..bila balik?” ujarku.",
"“Baru je. Dah, awak pergi mandi, bersihkan diri. Ambil wuduk dan solat. Ingat Allah, jangan leka..”",
"Aku mengangguk seraya bangkit dari duduk. Perlahan aku melangkah longlai, mencapai tuala di sidaian kemudian menuju ke bilik air.",
"Aku merenung air di dalam kolah. Terbentuk bayang-bayangku sendiri. Aku menarik nafas perlahan, satu gayungan air aku siram di kepala. Tiba-tiba….",
"“Dendangkan… jangan henti…”",
"Aku tersentak. Mataku melirik kekanan dan kekiri. Rasa takut tiba-tiba menjalar di pundak hati.",
"“Bergurindamlah.. Serulah aku dekat denganmu..”",
"Gayung di tangan terlepas. Spontan tanganku menutup kedua belah telinga.",
"“Diam!!! Pergi!!”",
"Dengungan irama mendayu-dayu itu tidak henti. Aku merasa tidak keruan lantas aku menekan kuat tanganku hingga cuping telinga terasa perit dan terbenam.",
"Sepintas lalu, hadir sesosok tubuh yang cukup aku kenal. Ya, perempuan itu berada di hadapan mata. Tubuhku terasa dingin serta merta. Sejuknya menangkap hingga menyucuk tulang belulang. Pandanganku semakin memudar.",
"Semena, tubuh perempuan itu bertukar mutlak menjadi kepulan asap hitam lalu meluru laju kepadaku. Aku yang ketakutan tergamam dan menjerit.",
"Pandanganku gelap total.",
"Aku tersedar. Terpisat-pisat kelopak mataku dibuka. Aku merenung hamparan siling. Aku berada di ruangan tamu? Tubuhku berselimut. Pelik. ‘Eh, bukan ke tadi aku tengah mandi?’ Monologku dalam hati.",
"Aku jeda seketika. Terlayar di minda saat terakhir aku berada di bilik air. Aku tersentak. Perempuan tu! Rasa takut lahir semena-mena. Aku bangkit dari baringan, spontan tubuhku berundur kebelakang.",
"Selajur, aku memandang ke kanan. Suamiku duduk bersila di hadapanku. Di tangannya tersemat seikat lidi. Ya, aku kenal lidi itu. Ia pemberian Tok Keri, sahabat kepada arwah Atuk.",
"Lidi dari pokok kelapa yang m**i dipanah petir. Ia sudah dibacakan ayat suci Al-quran. Kata Tok Keri, lidi itu ibarat senjata atau rotan yang ditakuti oleh makhluk halus. Sama sengan rotan sega pemberian arwah Atuk pada aku suatu ketika dahulu.",
"“Alhamdulillah, awak dah sedar.”",
"“Mana perempuan tu?” Tanyaku.",
"“Dia dah keluar dari tubuh awak.”",
"“Apa maksud awak dia dah keluar dari tubuh saya?” Pelipisku berkerut.",
"“Awak pengsan. Awak dah kena rasuk. Awak tak ingat?”",
"Aku menggeleng.",
"“Jadi, awak dah tahu pasal perempuan tu? Kenapa tak pernah bagitau saya pasal dia sebelum ni? Kenapa berahsia?”",
"Dari sudut cerita Thaqief.",
"Aku yang sedang duduk beristirahat di ruangan tamu tersentak tatkala mendengar jeritan suara isteriku, bergegas bangun menuju ke arah dapur.",
"Alangkah terperanjatnya aku tatkala melihat dia terjelepuk di atas lantai bilik air. Pantas aku mendapatkannya. Berkali-kali aku memanggil namanya, menepuk-nepuk pipinya perlahan. Tiada jawapan. Aku yakin dia pengsan.",
"Aku memapah dia bangun, membawanya ke ruangan tamu. Terasa lelah. Berat tubuhnya berkali ganda dari kebiasaan. Sukar untuk aku mengimbangi diri.",
"Tiba-tiba suaranya menderam.",
"Aku terasa pelik lalu pandangan kubawa ke wajahnya. Aku terkejut. Mata isteriku terbelalak, tajam memandangku seraya dia mengukir senyuman. Tidak semena tubuhku ditolak keras hingga aku terhenyak kebelakang.",
"“Kurang ajar!”",
"Isteriku tiba-tiba melagukan irama. Suaranya berdengung meniti cupingku. Pandangannya begitu tajam. Bagaikan mengejek dia tergelak mengekek. Seraya, dia mula melentikkan jari jemarinya dan tubuhnya meliang lentuk bertari lemah gemalai.",
"“Siapa kau? Kenapa kau kacau isteri aku?”",
"Dasar mahkluk halus terkutuk. Dia tidak menjawab malah dia terus-terusan bergurindam irama dan tarinya makin ligat bergemalai.",
"Aku lantas berlari ke pintu hadapan. Aku kunci mangga di pintu grill. Aku tutup pintu dan menyelak selak dari dalam. Aku tidak mahu iblis yang mendiami tubuh isteriku mendorongnya keluar dari rumah.",
"Kemudian, aku ke bilik tidur. Aku capai lidi pemberian Tok Keri yang tersimpan kemas di dalam laci. Aku beristighfar dan berselawat keatas junjungan Rasulullah SAW tanpa henti. Menyemai kekuatan dalam diri.",
"Aku cepat-cepat ke ruang tamu. Kini aku berhadapan dengan makhluk halus yang mendiami tubuh isteriku.",
"“Aku mahu kau keluar dari tubuh isteri aku!”",
"Tarinya terhenti serta merta. Dia melirik tajam kearahku.",
"“Kau jangan berdegil. Keluar aku cakap!”",
"“Hahahhahahaha….” Tawanya meledak.",
"“Baik, kalau kau taknak. Kau jangan menyesal.”",
"Aku tekad. Walaupun aku sendiri berasa takut namun aku yakin Allah ada dengan aku. Aku kena benar-benar yakin. Bukan pertama kali aku terpaksa berhadapan dengan keadaan begini bilamana isteri aku kerap kali diganggu. Ya, dia sakit. Sakit yang sudah semakin m******h dalamannya perlahan-lahan. Aku sebak. Kasihan isteriku.",
"“Maha suci Allah, bantulah hambamu ini.” Bisikku perlahan.",
"“A’uzu bi Kalimatillahi Tammati min sharri ma khalaq”",
"“Bismillahillazi la ya dhurru maas mihi syaium fil ardhi wala fissama i wahu wassami ul alim”",
"Aku dahului dengan bacaan ta’awuz kemudian basmallah.",
"Aku mulakan dengan Ummul Kitab, surah Al-Fatihah. Kemudian membaca surah Al Muawwizat yang merangkumi surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.",
"Aku menarik nafas dalam, lalu aku lantunkan surah Ayatul Kursi. Sehinggalah di ayat terakhir yang aku ulangi sebanyak tiga kali, tiba-tiba makhluk itu menjerit. Jeritannya begitu bingit. Aku pasti jiran-jiran juga mendengarnya.",
"“Diammmmm!!! Arghhhhhhhhhhh!!!”",
"Isteriku terjelepuk ke lantai. Tubuhnya menggeleper. Dia menutup cuping telinga. Aku tahu dia mula tidak betah. Keadaannya yang semakin lemah dan terganggu itu perlu diambil kesempatan.",
"Seraya, aku ambil lidi lalu memukul tubuh isteriku dengan selembut-lembutnya walaupun aku tahu natijah yang diterima oleh tubuh isteriku berlainan. Tubuhnya serasa bagai dipalu keras. Itulah kata Tok Keri.",
"Lalu aku bacakan surah Al-Hasyr ayat 22 hingga 24 yang membawa maksud ;",
"‘Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.",
"Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.",
"Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.’",
"Makhluk yang menghuni tubuh isteriku terpekik terlolong. Seisi rumah bergema dengan suaranya. Sehinggalah tubuhnya terkejang. Terdengar desahan kasar di rengkungannya sebelum dia pengsan mutlak.",
"Aku bersyukur kerana Allah bantu aku. Tiada upaya melainkan dengan pertolongan Azza Wajalla. Makhluk itu sudah keluar dari tubuhnya. Walaupun aku tahu dia tidak binasa kerana aku tidak punya ilmu untuk menewas dan mematikannya. Aku tidak arif dan tiada pengetahuan tentang itu. Aku bukan perawat.",
"Aku melapik kepala isteriku dengan bantal lalu menyelimutkannya. Kemudian, aku terus ke dapur mengambil air dan memasukkannya ke dalam botol. Aku mahu memagar rumah.",
"Aku bacakan surah Al‐Fatihah, Ayatul Kursi dan surah Al Muawwizat ( Surah 3 Qul). Aku niatkan di dalam hati dengan kalam Allah yang aku bacakan ini menjadi perisai dari masuknya makhluk halus ke dalam rumah dengan izin Allah SWT.",
"Sesudah bacaan selesai, aku mula merenjis air itu dimulakan dari pintu utama belah kanan dan meneruskannya mengikut lawan arah jam ke setiap sudut rumah sehinggalah bertemu semula di pintu utama tadi.",
"“Sejak bila benda ni datang ganggu awak?”",
"“Perempuan tu selalu datang dalam mimpi saya.”",
"“Dia ada bagi awak apa-apa? Awak ada ambik tak?”",
"“Takda tapi dia hanya menyanyi. Saya macam jatuh suka dengan lagu yang dia nyanyi tu. Saya tak tahu kenapa…tapi saya rasa dia dekat dengan saya. Dia mengingatkan saya tentang seseorang…”",
"“Moyang awak?”",
"Aku mengeluh halus seraya mengangguk.",
"Ya, aku dapat rasakan dia ada kaitan dengan arwah moyang. Mungkin pedamping dari salah satu ilmu kepunyaan arwah. Aku yakin, bukan hulubalang. Mungkin….sisik cantik puteri? Tapi, mungkin juga tidak. Sebab kedua saka ini tidak pernah menyakiti aku apatah lagi merasuk aku sebelum ini. Jangan-jangan ada pedamping arwah yang tak pernah aku tahu!",
"“Saya rasa kita kena pergi berubat. Kita tak boleh tangguh lagi. Saya takut kalau-kalau awak kena gangguan waktu saya takda..”",
"Aku memandang wajah suamiku.",
"“Nantilah….saya dah penat dengan semua ni. Saya malas.”",
"“Degil! Benda ni bukan benda main-main tau tak. Jangan nak keras kepala tak bertempat. Nanti tu bila? Awak nak saya bagitau mak dengan ayah pasal ni?”",
"“Tak payahlah nak susahkan hati orang tua tu pulak..”",
"“Kalau macam tu, jangan bertangguh. Secepat mungkin kita kena cari perawat.”",
"Aku diam. Aku tahu, Thaqief benar. Cuma, aku terlalu lama lelah menghadap semua ini. Aku manusia biasa. Ada kala aku kuat, adakala aku juga lemah. Ada kala aku mampu melawan, adakala aku juga tersungkur oleh kelalaian.",
"Malam itu, Thaqief ada buatkan air penawar sebab badan aku rasa sakit dan bisa bukan kepalang. Lemahnya sampai aku tak mampu nak melangkah. Aku terpaksa menelan ubat tahan sakit sebab aku benar-benar tidak tahan.",
"Mulai malam itu, surah Al-Baqarah sentiasa kedengaran. Terima kasih Thaqief.",
"Perempuan tu datang lagi? Adakah aku menemui perawat yang dapat menewaskannya? Dan siapakah sebenarnya perempuan itu?",
"Penukang Aksara : Dee Edot"
] | [
"bestnya.. penulisan pun terbaik. (Y) harap ada sambungan",
"Fuhhhh..lama gler tggu citer terbaru dari Dee Edot..da terlalu lama ikut citer awk ni…"
] |
https://fiksyenshasha.com/pesugihan-part-akhir/ | PESUGIHAN Part akhir | [
"CERPEN SERAM – PESUGIHAN",
"Suasana di persekitaran Hospital Kemalir semakin suram ditelan kegelapan malam. Di kawasan wad hospital juga semakin sunyi kerana kebanyakkan penghuninya sedang berehat.",
"“Abang, macam mana boleh kemalangan. Nak hantar orang sakit dengan abang sekali masuk hospital ni.” Lijah duduk di kerusi bersebelahan katil yang menempatkan Pak Abbas. Sebelah kaki Pak Abbas terangkat tinggi dan beberapa cucuk beli kelihatan menembusi betis kakinya.",
"“Entahlah, masa dalam perjalanan tadi. Tiba-tiba saja abang rasa macam nak pitam. Sedar-sedar saja kereta abang dah ada dalam longkang.” Pak Abbas mengeluh kecil.",
"“Macam-macamlah abang ni. Lijah tak dapat temankan abang malam ni. Esok Lijah nak berniaga seperti biasa.” Jawab Lijah seperti acuh tidak acuh saja.",
"“Suka hati kamulah.” Pak Abbas cuba untuk mengambil botol minuman di sebelah katilnya. Pergerakannya sedikit payah, Lijah hanya memerhati tanpa niat untuk membantu.",
"“Kamu jangan lupa buat apa yang abang pesan tadi. Semua benda tu ada dekat kedai.” Pak Abbas memberikan arahan dengan tegas.",
"“Saya tahulah bang. Abang tu jangan macam-macam dekat hospital ni. Saya balik dulu.” Lijah segera bangkit dan berlalu tanpa memandang lagi ke belakang. Pak Abbas hanya memerhati, kepalanya menggeleng perlahan-lahan. Ada riak hampa di wajahnya. Ketika kelibat Lijah semakin menghilang, Pak Abbas terperasan sesuatu. Tidak jauh dari pintu masuk wad kelihatan kelibat berbungkus kain putih merenung tajam ke arah Pak Abbas. Kelibat itu tidak bergerak. Tetapi renungannya langsung tidak beralih dari memandang ke arah Pak Abbas buat beberapa ketika. Rintik peluh dingin mulai kelihatan di wajah Pak Abbas.",
"“Pergi!” Jerit Pak Abbas secara tiba-tiba.",
"“Pak cik, kenapa menjerit ni? Pak cik perlukan apa-apa ke?” Tanya seorang nurse bertugas sambil berjalan menghampiri katil Pak Abbas.",
"Pak Abbas masih menutup matanya dengan kedua belah tangan. Tubuhnya kelihatan menggigil.",
"“Pak cik kenapa ni? Boleh saya bantu?” Suara lembut nurse itu jelas kedengaran sedikit cemas.",
"Pak Abbas hanya mendiamkan diri. Ketika itu, di kulit lengannya terasa adanya lendiran menitik. Pak Abbas segera memandang lengannya.",
"‘Lendir apa pula ni?’ Riak wajah Pak Abbas serta merta berubah. Lendir berwarna hitam itu cukup dia kenali.",
"“Pak cik, kenapa ni?” Suara nurse masih kedengaran.",
"“Pergi! Jangan ganggu aku!” Jerit Pak Abbas.",
"“Kenapa pak cik tu Watie? Lain macam aje. Terjerit-jerit, lepas tu tiba-tiba diam pula.” Tegur Izan sejurus rakan sekerja itu menghampiri kaunter.",
"“Entahlah wei. Aku pun tak faham. Aku punyalah tanya baik-baik. Bukannya nak hargai, dihalaunya aku. Tapikan aku peliklah. Masa aku dekat dengan pak cik tu tadi ada bau yang kurang enak.” Watie berpaling memandang ke arah Pak Abbas yang berbaring dengan berselubung penuh menutupi sekujur tubuhnya.",
"“Maksud kau? Bau macam mana?” Tanya Izan menginginkan kepastian.",
"“Entahlah Izan. Kalau aku cakap nanti bimbang kau takut pula.” Jawab Watie.",
"“Kau ni lain macam aje. Kau buat aku seramlah wei.” Riak wajahnya sedikit cuak.",
"“Aku bukan nak takutkan kau. Tapi memang ada bau pelik masa aku dekat dengan pak cik tu.” Watie menulis sesuatu pada borang di hadapannya. lewat malam itu hanya mereka berdua ditugaskan menjaga wad tersebut memandangnya jumlah pesakit yang tidak terlalu ramai.",
"“Wei bau apa ni? Tiba-tiba aje. Macam bau mayat reput pun ada.” Celupar Izan menegur.",
"“Yang mulut kau lancang sangat ni kenapa.” Watie kelihatan cemas. Dia memandang ke arah sekitar wad sebelum pandangannya tertumpu kepada Pak Abbas yang kelihatan bergerak-gerak di atas katilnya. Secara tiba-tiba tubuh Pak Abbas duduk berlunjur. Pandangannya tepat memandang ke arah Watie dan Izan. Riak wajahnya membengis.",
"“Arghhh!” Ruangan wad itu bergema dengan suara jeritan histeri kedua-dua nurse bertugas. Suasana sedikit kelam kabut. Beberapa orang nurse dan petugas lelaki kelihatan berkejaran ke wad tersebut. Tanpa di sedari sesiapa. Di ruang siar kaki lima menuju ke arah wad tersebut, kelibat berbungkus sedang berdiri memerhati kekecohan yang berlaku. Perlahan-lahan kelibat itu menghilang disertai dengan lolongan anjing yang tidak diketahui dari mana puncanya.",
"Suasana semakin sepi dihimpit dengan kegelapan malam. Embun juga mulai menitik. Deretan rumah kedai yang sibuk siangnya mulai kaku tanpa adanya sebarang aktiviti. Di satu sudut kelihatan kelibat seseorang sedang berdiri di bahagian belakang salah satu unit rumah kedai. Asap kelihatan berkepul-kepul mencemari ruang udara. Kelibat itu menunduk seperti sedang meletakkan sesuatu di atas tanah. Angin menderu secara tiba-tiba, bauan hanyir mulai terhidu oleh deria.",
"“Aku jamu kau malam ni. Jangan kau ganggu tuan kau.” Suara lembut wanita itu jelas kedengaran seperti bercakap dengan seseorang.",
"Secara tiba-tiba, pinggan yang terletak di atas tanah terlungkup serta pecah berberai dengan serta merta. Dupa bara yang dibakar juga pecah menyebabkan bara berselerakan di atas tanah.",
"“Aduh! Panas. Sial! Apa yang kau tak puas hati?” Jerkah wanita itu garang. Ketika itu kelibat berbungkus perlahan-lahan muncul di hadapan wanita itu. Wajahnya yang sopak di beberapa bahagian dan berwarna hitam legam serta merta membuatkan wanita itu terjatuh ke belakang akibat terlalu terkejut.",
"“Masyallah! Apa semua ni Lijah? Tergamak kamu lakukan semua ni? Mengucap Lijah. Semua ni syirik!” Jerkahan suara seorang lelaki kedengaran tidak jauh dari situ. Bunyi tapak kaki melangkah menghampiri. Wanita itu segera bangun dan berlari meninggalkan tempat tersebut.",
"“Lijah tunggu! Masyallah.”",
"Ting! Ting! Ting! Bunyi besi berlaga menyebabkan suasana wad yang tadinya tenang dan damai mulai tercemar. Nurse bertugas kelihatan sedang sibuk menguruskan sesuatu di kaunter. Jam sudah pun melewati 2.30 pagi.",
"“Apa benda yang bising ni. Kacau betullah orang nak tidur.” Rengus lelaki itu sambil bangun dari pembaringannya. Kakinya yang masih berdenyut sakit tidak dihiraukan. Suasana wad sunyi sepi dan kelam. Bunyian yang didengarinya tadi tidak kedengaran lagi. Lelaki itu kembali berbaring. Dengusannya kedengaran. Selimut yang dipakai menutupi keseluruhan wajah.",
"Ting! Ting! Ting! Bunyi itu kedengaran semula.",
"“Bisinglah!” Marah lelaki itu sambil bangun kembali dari pembaringannya. Seperti tadi suasana wad masih sama. Sunyi dan suram.",
"“Bodoh betullah. Tak fikir agaknya orang nak tidur.” Seranah lelaki itu, hatinya mulai memanas dengan lahar kemarahan. Buat seketika lelaki itu menunggu dan mengawasi. Tetapi hanya sia-sia, bunyi yang didengarinya tidak kunjung tiba. Lelaki tu kembali berbaring. Selimut kembali menutupi sekujur tubuhnya. Kepalanya juga ditutup dengan lebaran selimut putih itu. Buat seketika bunyi itu tidak kedengaran lagi. Lelaki itu cuba menjemput lenanya.",
"Secara tiba-tiba, selimut yang menutupi tubuhnya terasa bergerak-gerak. Bahagian kepalanya seperti dijerut sesuatu. Balutan selimut itu perlahan-lahan mengetat.",
"“Woi! Apa ni? Sial!” Lelaki itu cuba meronta. Tetapi jerutan kain selimut itu semakin ketat dan kuat.",
"“Lepaslah sial. Apa yang kau nak sebenarnya?” Jerkah lelaki itu dengan kuat. Nafasnya terasa sesak. Jerutan pada bahagian atas kepalanya terasa semakin ketat, begitu juga di bahagian pinggang dan kakinya. Tubuhnya benar-benar terperangkap dalam lembaran selimut putih itu.",
"“Tolong! Tolong!” Jerit lelaki itu. Tetapi hanya sia-sia. Nurse yang bertugas di kaunter seperti tidak menyedari apa yang sedang berlaku.",
"“Sakitlah sial. Lepaskan aku!” Marah lelaki itu lagi. Jerutan pada sekujur tubuhnya semakin mengetat sehingga dirasakan tulang rusuknya mulai bergerak hampir bertemu antara keduanya. Bunyi tulang temulang patah mulai kedengaran satu persatu.",
"“Arghhh!” Jerit lelaki itu kepuncak suara sebelum terdiam seketika kemudian. Tubuhnya yang bergerak-gerak sebentar tadi mulai perlahan-lahan longlai.",
"“Hehehe…” Secara tiba-tiba muncul kelibat dari sudut gelap di dalam wad itu. Kelibat itu merenung seketika ke arah lelaki yang telah kaku berbungkus di dalam selimutnya. Wajahnya menyeringai. Lelehan liur berwarna hitam kelihatan menitis membasahi lantai marmar putih. Perlahan-lahan kelibat itu melompat menuju ke pintu keluar wad. Wajahnya yang hitam legam membengis.",
"“Sofie, kau bau tak apa yang aku bau sekarang ni?” Lelaki berseragam putih itu mendekati rakannya. Riak wajah ketakutan jelas kelihatan.",
"“Jangan tegurlah” Balasnya rakannya.",
"“Eh! Man kau tengok pak cik tu? Lain macam je aku tengok cara dia tidur?”",
"“Arghhh! Pocong!”",
"Imbas kembali…",
"“Kau betul sanggup terima? Aku nak ingatkan kalau benda ni tak dijaga betul-betul sesuai dengan kehendaknya, nyawa kau galang gantinya tau.” Suara garau lelaki itu kedengaran tegas. Bibirnya yang berbirat langsung tidak terukir senyuman.",
"“Saya sanggup tok. Asalkan bisnes saya berjalan seperti biasa.” Balas lelaki itu.",
"“Tapi tindakan kau ni pelik. Kenapa kau hantar pelaris ke kedai musuh kau tu? Seeloknya kau pakai pelaris ni di kedai kau.” Lelaki itu sedang sibuk mengasapkan sesuatu di atas dupa baranya.",
"“Saya sengaja tok buat macam tu. Zaman sekarang ni semua orang suka viralkan sesuatu isu tanpa usul periksa. Nanti pandai-pandailah saya sebarkan cerita pasal kedai tu.” Lelaki itu tersenyum membayangkan kejayaan rancangannya.",
"“Pelik. Tapi terpulanglah. Aku cuma nak ingatkan sekali lagi. Jangan kau sesekali lupa untuk sediakan sesajen untuk ‘dia’ pada setiap malam. Hanya kau! Jangan sesekali orang lain yang lakukan. Ingat tu.” Tegas lelaki itu berkata sambil menyerahkan botol kecil kepada lelaki di hadapannya.",
"“Faham tok. Apa yang saya nak buat dengan botol ni.” Tanya lelaki itu kembali.",
"“Kau siram saja pada kaki lima kedai tu. Nanti pelaris ni akan kekal di sana sampailah kau memanggilnya untuk kembali.” Terang lelaki itu.",
"“Baik tok. Terima kasih. Ni ada bahagian untuk tok.” Lelaki itu kelihatan teruja menyerahkan bungkusan. Matanya tidak lepas memandang botol kecil di tangannya. Botol jernih itu kelihatan keruh dengan kandungan yang tidak diketahuinya.",
"“Aku akan pastikan bisnes kau lingkup Rosman!”",
"Salam… itu saja cerpen pesugihan kali ni. Bagi yang tertanya-tanya pesugihan ni apa sebenarnya, mari abam terangkan. Pesugihan ni sebenarnya bahasa jawa, kalau di Indonesia Pesugihan ini merujuk ilmu untuk kekayaan dalam perniagaan atau lebih dikenali sebagai ilmu pelaris di Negara kita. Lama dah rasanya abam tak menulis cerpen di dalam pages abam ni. Maaf semua. Tetapi entah kenapa memang sejak akhir-akhir ni mood menulis abam tumpul betul. Nak menghabiskan cerita pesugihan ni pun abam memakan masa hampir seminggu lebih. Setiap kali menulis untuk mendapatkan 100 patah perkataan pun terasa payah benar. Hahaha… harap semua berpuashati dengan penulisan kali ini. Doakan abam sentiasa sihat dan diberikan ilham dan mood menulis setajam pisau. Hahaha… Assalamualaikum semua."
] | [
"Terima kasih kerana dapat meluangkan masa menulis kisah seram walaupun dalam keadaan yang sukar utk dihasilkan …semoga encik sembuh , disihatkan tubuh badan , sukses dan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah…Aaamiinn."
] |
https://fiksyenshasha.com/pesugihan/ | PESUGIHAN | [
"CERPEN SERAM – PESUGIHAN",
"“Macam mana ni bang… dah seminggu kedai kita kosong aje sejak kedai sebelah tu mula berniaga. Saya tengok orang tak putus-putus berkunjung ke sana. Lepas satu, satu pelanggan masuk. Masa awal-awal berniaga haritu saya tengok tak macam ni pun.” Lijah memandang wajah suaminya yang duduk di salah satu meja di ruangan kedai makannya yang kosong.",
"“Rezeki dialah tu. Nak buat macam mana.” Balas Pak Abbas dengan malas. Dia mengerling memandang ke arah kedai sebelah. Orang masih ramai memenuhi kedai itu walaupun jam sudah melewati waktu makan tengahari. Pak Abbas menggelengkan kepala. Sejak seminggu ni hampir setiap hari tiada pengunjung ke kedainya. Keluhan kecil kedengaran.",
"“Abang tak rasa semacam ke? Sebelum ni kedai kita maju aje. Masa kedai sebelah tu mula berniaga, mana ada orang sangat kedai tu. Pelanggan kita pun masih ramai seperti biasa, cuma sejak seminggu ni saya perasan lain macam aje. Badan saya pun rasa tak sedaplah bang.” Adu Lijah sampai menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan suaminya. Dia membuang pandang ke arah kedai sebelah buat seketika.",
"“Apa maksud awak?” Tanya Pak Abbas dengan nada malas. Di hatinya sudah terdetik maksud yang ingin disampaikn oleh isterinya. Tetapi entahlah, dia malas nak meneka.",
"“Saya rasa kedai kita ni macam kena ‘ilmu’. Entah-entah pelanggan kita semua tak nampak kedai kita ni. Alah macam yang selalu saya baca dalam majalah Mastika tu. Adalah tu orang yang nak mendengki agaknya.” Balas Lijah dengan bibirnya yang sengaja dimuncungkan. Jika keadaan perniagaan mereka berkekalan begini punahlah harapannya untuk menambah barang seurat dua emas baru. Sudahlah harga emas tengah turun sekarang ni. Hahahaha…",
"“Apa maksud awak sebenarnya?” Balas Pak Abbas.",
"“Eh! Orang tua ni dari tadi tanya ‘apa maksud awak’, ‘apa maksud awak’. Abang jangan main-main bang. Ni soal periuk nasi kita. Abang tak rasa ke kedai tu gunakan ilmu nak menjahanamkan perniagaan kita.” Balas Lijah dengan nada suara mengejek kata-kata suaminya.",
"“Tak baik kita menuduh, fitnah jadinya nanti. Jangan-jangan awak yang masak tak sesedap macam dulu. Sebab tu pelanggan lari.” Pak Abbas tersenyum, cuba menyembunyikan kegundahan hatinya sendiri.",
"“Amboi-amboi… kita pula dipersalahkan. Suka hati abanglah. Saya nasihat aje. Jangan nanti dah melingkup kedai kita ni baru abang nak menyesal. Masa tu menangis air mata d***h pun tak laku dah bang oiiii…” Lijah membalas dengan nada geram. Dia segera berlalu ke ruangan dapur. Sikap acuh tak acuh suaminya benar-benar memancing emosinya.",
"Pak Abbas mengeluh. Dia memandang ke arah kedai sebelah. Kata-kata isterinya satu persatu berulang di mindanya. Dalam tak sedar, kepalanya terangguk seperti mengiyakan sesuatu.",
"Seminggu berlalu… Di kedai sebelah…",
"“Alhamdulillah ye bang. Ramai betul orang hari ni. Tak kering tangan saya sejak pagi tadi.” Asmah berdiri bersebelahan kaunter. Matanya memerhati ruangan kedainya yang masih dipenuhi dengan pelanggan.",
"“Itulah, syukur sangat. Masa mula-mula kita berniaga dulu tak lah macam ni. Sekarang ni Alhamdulillah.” Rosman tersenyum.",
"“Kalau berterusan macam ni kita kena tambah pembantu dapur bang.” Wajahnya cukup ceria kerana Asmah sudah berangan-angan deretan emas di lengannya. Hahaha…",
"“Bang…” Perbualan Rosman dan Asmah terganggu dengan teguran seseorang. Seorang pemuda menghampiri mereka dengan bungkusan makanan di tangannya.",
"“Kenapa dik?” Tanya Rosman. Wajah pemuda di hadapannya itu kelihatan tegang.",
"“Abang tengoklah. Saya baru saja beli lauk ni tadi. Bila sampai rumah saya buka saja bungkusan bau masam bang. Lauk ni dah basi.” Beritahu pemuda tu.",
"Rosman segera mengambil bungkusan dan membukanya. Bau masam serta merta menyerbu derianya. Dia membuang pandang ke arah isterinya Asmah.",
"“Mana mungkin basi dik, akak masa lauk ni pagi tadi. Akak tak pernah simpan lauk yang tak habis semalam. Semuanya baru di masak pagi tadi.” Balas Asmah cuba membela diri. Dia tahu renungan suaminya seolah-olah cuba untuk menyalahkan dirinya.",
"“Habis! Akak nak cakap saya menipu ke apa ni?” Suara pemuda itu mulai meninggi. Beberapa orang pelanggan yang duduk berhampiran mulai sedar ketegangan yang sedang berlaku.",
"“Sudah! Sudah… abang minta maaf ye dik. Mungkin ada salah di mana-mana. Adik ambil aje makanan lain. Tak payah bayar. Anggap saja sebagai tanda maaf dari abang ye.” Rosman segera mencelah. Dia tidak mahu perbualan itu didengari oleh pelanggan yang lain pula.",
"“Sudahlah bang. Tak hingin saya makan di sini lagi. Nak berniaga kena jujur bang.” Balas pemuda itu sambil berlalu pergi tanpa sempat Rosman menahan.",
"“Awak janganlah macam ni. Kita berniaga ni kena sabar. Sudah, awak pergi masuk ke dapur sana. Urusan di luar ni biar saya uruskan.” Arah Rosman.",
"Asmah berpaling dengan riak wajah masam mencuka. Mulutnya mengomel sesuatu yang tidak jelas butirnya.",
"Pak Abbas membawa bahan basah yang baru dibelinya di pasar keluar dari kereta sambil diekori oleh Lijah. Pagi masih diselubungi kegelapan. Suasana sekitar juga masih sunyi. Hanya kedai sebelah sahaja yang kedengaran tengah sibuk dengan pelbagai aktiviti. Bunyi masakan ditumis, kerusi meja ditarik jelas kedengaran.",
"“Eh! Abang apa ni?” Langkah kaki Pak Abbas terhenti.",
"“Kenapa?” Tanya Pak Abbas ringkas.",
"“Abang tengok ni.” Lijah menunjuk ke arah sesuatu di hadapan pintu kedainya. Wajah Pak Abbas serta merta berubah. Longgokan pasir dengan colok yang masih berasap jelas berada betul-betul di hadapan pintu kedainya. Lembaran kertas bertulisan pelik juga bertebaran di sekitar kaki lima.",
"“Apa semua ni bang.” Lijah memegang lengan suaminya. Seram pula hati wanitanya saat itu.",
"“Sudah awak pergi buka pintu dulu. Bawa masuk semua barang ni. Lepas tu buatlah persiapan untuk buka kedai. Benda ni biar abang uruskan.” Pak Abbas membuat keputusan. Lijah kelihatan teragak-agak.",
"“Abang ni biar betul. Baik kita panggil ustaz saja bang. Abang tu susah betul nak percaya apa yang saya cakap. Kedai kita ni memang ada orang dengki.” Ucap Lijah sambil membuang pandang memandang ke kedai sebelah. Hatinya sudah menyumpah seranah.",
"“Sudah, biar abang uruskan. Awak pergi buat kerja awak. Takkan awak tak nak berniaga pula hari ni. Bahan mentah semua kita dah beli.” Arah Pak Abbas. Dia terus mengambil kunci dari tangan isterinya lalu pintu kedai dibuka. Barang-barang di tangannya segera di hantar ke dapur. Dia kembali semula dengan penyodok sampah dan penyapu di tangan. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.",
"“Degil betulah orang tua ni. Aku dah cakap suruh ikhtiar, tapi buat tak dengar aje. Ni kalau dibiarkan mahu melingkup kedai ni nanti.” Lijah membebel sambil tangannya mula sibuk dengan kerja-kerja menyediakan bahan masakan. Beberapa orang pekerja juga mulai tiba. Jam baru saja menunjuk ke angka 5 pagi saat itu.",
"“Mat tolong p****g ayam dulu. Tadi ramai orang, budak kedai ayam tu tak sempat p****g.” Arah Lijah kepada salah seorang pekerjanya.",
"“Baik kak.” Pemuda itu segera ke bahagian belakang kedai untuk menyelesaikan arahan majikannya.",
"Lijah menyibukkan diri dengan kerja-kerja mengemas ruangan hadapan kedai.",
"“Arghhh!!!” Suasana serta merta kecoh.",
"“Kenapa tu?” Tanya Lijah sambil berlari ke arah singki dapur. Percikan d***h kelihatan mengotori kawasan sekitar singki itu.",
"“Saya terkerat jari sendiri kak.” Mat memberitahu. Wajahnya mulai memucat. Jelas tangannya yang berlumuran d***h bergetar menahan kesakitan. Kelihatan dua batang jarinya hampir terkulai. D***h mengalir laju menitis membasahi singki dan baju yang dipakainya. Peluh dingin membasahi sekujur tubuhnya.",
"“Bang! Cepat bang. Mat ni terpotong jari dia pula.” Panggil Lijah. Riuh dapur itu dengan suara jeritan histeria pekerja-pekerja yang lain.",
"“Ya Allah. Kenapa ni Mat.” Tanya Pak Abbas. Wajahnya cemas.",
"“Cepat bang bawa dia pergi ke hospital. Sikit lagi nak terputus jari si Mat ni.” Arah Lijah. Pak Abbas segera membawa Mat ke kereta. Seketika kemudian kereta itu menghilang ditelan kegelapan subuh.",
"“Yang lain cepat kemas. Kesan d***h tu bersihkan. Ayam-ayam yang terkena d***h tu basuh bersih-bersih. Jangan dibuang pulak. Rugi aku nanti.” Arah Lijah. Pekerjanya saling berpandangannya. Raut wajah masing-masing seperti ingin menyatakan sesuatu.",
"“Tunggu apa lagi!” Suara Lijah meninggi.",
"“Baik kak.” Semua pekerja melangkah ke ruangan dapur diekori oleh Lijah.",
"“Kak! Kak!” Tidak sempat Lijah melangkah ke ruangan dapur. Jeritan histeria pekerjanya kedengarannya lagi. Semuanya berlari menuju ke arahnya.",
"“Kenapa pulak ni.” Marah Lijah.",
"“Kami nampak pocong dekat dapur.” Beritahu salah seorang pekerjanya. Wanita itu hampir menangis.",
"“Pocong? Apa kau merepek ni.”",
"“Betul kak. Kami nampak jelas pocong tu berdiri dekat sebelah singki.”",
"“Ah! Mengarutlah korang ni. Jom kita pergi tengok.” Arah Lijah sambil melangkah perlahan-lahan ke ruangan dapur. Sedikit sebanyak keberaniannya turut sama goyah. Dia mengendap perlahan-lahan ke ruangan dapur yang kaku dan kosong.",
"“Nampak tak! Mana ada apa-apa. Korang saja buat cerita ni. Sudah pergi buat kerja.” Marah Lijah. Pekerja wanitanya yang seramai 3 orang itu melangkah teragak-agak ke ruangan dapur. Bahagian singki fokus utama mereka. Ketiga-tiganya saling berpandangan.",
"“Dah tunggu apa lagi. Cepatlah buat kerja. Nanti terlewat pula aku buka kedai.” Arah Lijah. Ketiga-tiga wanita itu segera menyelesaikan kerja yang tertangguh.",
"“Sue… kau nampak tak singki tu bersih semacam.” Ros berbisik dengan rakannya.",
"“Itulah kak. Sue takutlah kak. Mana pergi percikan d***h Mat tadi. Siapa pula yang basuh. Rasanya tadi masa kelam kabut semua ke depankan.” Wajahnya benar-benar cemas sangat tu.",
"“Kita buat saja kerja cepat-cepat. Nanti ‘singa’ tu mengaumlah pula. Sue bacalah apa-apa surah yang patut.” Pujuk Ros.",
"“Tu yang berdua tu, kenapa dari tadi aku tengok berbisik. Sue, kau uruskan ayam tu. Cepat sikit! aku nak masak ni.” Arah Lijah. Dia sedang sibuk menumis sesuatu di dalam kuali.",
"Riak wajah Sue serta merta berubah.",
"“Kak, Sue takut…” Adu Sue kepada Ros.",
"“Kau buat aje Sue. Insyallah tak ada apa. Sekejap lagi dah nak subuh.” Pujuk Ros.",
"Riak wajah Sue jelas masih keberatan. Tetapi sebagai pekerja dia tidak dapat melawan arahan majikannya. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri kawasan singki. Bulu romanya terasa meremang sekujur tubuh. Menggigil tangannya memegang potongan daging ayam yang sudah selesai d******g oleh Mat sebentar tadi. Wajahnya berkerut memerhati potongan daging ayam itu, Semua potongan daging itu bersih dari tompokan d***h tidak seperti tadi. Dia sedaya upaya menolak lintasan jahat dihatinya saat itu. Dia mengambil pisau. Gigilan tangannya semakin kuat. Liur pahitnya ditelan berkali-kali. Aliran peluh dingin terasa membasahi sekujur tubuhnya. Dia mulai memotong baki ayam yang ada. Seketika kemudian gerakan tangannya terhenti. Dia terperasan sesuatu sedang berdiri bersebelahan singki. Jantungnya berdegup laju. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya.",
"“Allah” Jerit Sue sebelum serta merta pandangannya gelap.",
"“Kenapa tu bang? Dari belakang saya dengar suara tangisan budak.” Tanya Asmah. Suasana di ruangan makan kedainya sedikit kalut. Kelihatan pasangan suami isteri sedang memujuk anak kecilnya yang menangis. Tangisan bayi kecil itu sedikit sebanyak mengganggu pelanggan lain yang sedang menjamu selera.",
"“Entahlah, tadi elok je budak tu tertidur abang tengok. Tiba-tiba aje budak tu menangis, makin lama makin kuat sampai mak ayahnya tak terpujuk. Cuba awak pergi tanyakan. Kalau dibiarkan mengganggu pelanggan lain pula nanti.” Rosman memandang wajah Asmah.",
"“Baiklah.” Asmah segera menghampiri pasangan muda itu.",
"“Kenapa ni dik?” Tanya Asmah.",
"“Tak tahulah kak, tiba-tiba saja. Nak kata perut kembung tidak, pampers pun masih kering.” Jawab ibu muda itu dengan riak wajah risau.",
"“Adalah yang tak kena tu.” Asmah menjengah muka memandang wajah bayi itu. Sebaik sahaja melihat wajah Asmah. Tangisan bayi itu serta merta terhenti. Mata bayi itu membesar secara tiba-tiba. Riak wajahnya seperti ketakutan. Tubuh kecil itu menggigil. Tangisannya meledak kembali. Bahkan lebih kuat dan seperti kerasukan.",
"“Ya Allah… kenapa ni bang. Jomlah kita balik bang. Saya rasa semacamlah.” Ajak si isteri bergegas mendukung bayinya. Tangisan bayi itu semakin menjadi-jadi. Beberapa kali tubuh kecil itu kekejangan. Mata hitamnya juga menghilang di balik soket mata. Bayi itu diserang sawan! Pelanggan yang lain juga mulai berkumpul ingin mengetahui kejadian yang berlaku. Pasangan suami isteri itu bergegas bangun.",
"“Ini duitnya kak. Kalau lebih akak ambil aje. Kalau tak cukup nanti lain kali saya bayar.” Beritahu si ayah sambil menyerahkan duit RM50 kepada Asmah. Asmah hanya mendiamkan diri. Ketika pasangan itu berlalu meninggalkan kedainya raungan bayi itu masih kedengaran.",
"“Kak lauk yang lebih ni kita nak buat apa?” Tanya Amni. Wajahnya sudah berkerut-kerut menahan loya. Lauk yang sudah berbuih itu mengeluarkan aroma masam yang menusuk deria baunya.",
"“Buang saja Amni. Bekas tu basuh bersih-bersih.” Asmah memberikan arahan.",
"‘Kenapa tiba-tiba aje tak ada orang hari ni. Selalunya lauk-lauk habis tak bersisa. Tapi hari ni lain pula keadaanya.’ Asmah menghampiri periuk yang biasa digunakan untuk menanak nasi. Dia menggelengkan kepala melihat seperiuk nasi yang telah ditanak sedikit pun tidak luak.",
"“Kenapa kamu berbisik-bisik tu?” Tanya Asmah bila menyedari pekerjanya sedang berkumpul di satu sudut dapur.",
"“Tak ada apa kak. Cuma akak nak tengok video viral pasal kedai kita tak?” Amni seperti serba salah untuk berkata-kata.",
"“Video apa pulak?”",
"“Ni kak. Cuba akak tengok dulu.” Amni menghampiri sambil menyuakan telefon pintar di tangannya.",
"“Ni aku nak cakap pada korang semua. Jangan sesekali korang makan dekat kedai Assyifa Seafood dekat jalan mengkuang. Tauke kedai tu bela hantu. Patutlah sebelum ni aku tengok maju semacam kedai tu. Kawan aku sendiri cakap dia nampak kelibat pocong berdiri sebelah tempat pelanggan ambil makanan. Lepas tu pocong tu pergi dari meja ke meja pelanggan lain. Apa yang kawan aku cerita, dia nampak pocong tu menitiskan air liurnya ke dalam makanan yang korang semua tengah makan. Tu yang korang ketagih sangat agaknya makan di sana. Lepas tu, semalam aku dengar cerita ada seorang bro ni bawa anak dan isteri dia makan dekat kedai tu. Masuk je kedai sampai ke sudah anak dia menangis. Bro ni bawalah jumpa ustaz. Kata ustaz, anak bro tu ternampak pelaris pocong yang kedai tu guna. Jadi aku nasihatkan kepada korang semua, boikot aje kedai tu. Bukan kita tak nak bantu orang kita berniaga. Tapi nak berniaga biarlah jujur. Jangan guna cara kotor. Sekian. Assalamualaikum.”",
"“Bila video ni tersebar?” Riak wajah Asmah berubah.",
"“Petang tadi kak. Sebab tu lepas aje makan tengahari tadi kedai kita kosong. Saya rasa sebab video ni lah kak. Amni seramlah kak. Memang sejak tengahari tadi Amni rasa semacam aje bila masuk ke dapur ni. Macam ada yang memerhati. Lagipun akak perasan tak berapa kali kita tanak nasi hari ni?” Amni duduk bersebelahan dengan Asmah. Semua pekerja yang lain juga menghampiri mereka. Kerja-kerja yang sedang dilakukan dibiar tergendala.",
"Asmah terdiam buat seketika seperti cuba mengingati sesuatu.",
"“Rasanya dekat lima kali akak suruh kamu tanak nasi hari ni. Sebab kamu sendiri yang cakap nasi habis tadi kan Haikal?” Asmah merenung wajah Amni mengharapkan penjelasan.",
"“Ya kak, memang saya yang beritahu akak pasal nasi habis tu. Sebab bila saya buka periuk nasi nak tambah nasi di depan yang tinggal hanya kerak kak. Sedangkan baru saja nasi tu di tanak.” Jelas Haikal, pembancuh air di kedainya.",
"“Tapi hari ni orang tak ramai pun, lauk-lauk yang biasa di masak pun banyak tak habis hari ni. Macam mana pula nasi kena dimasak lebih banyak dari biasa.” Asmah mengeluh kecil. Nalurinya sudah membisikkan sesuatu yang sukar untuk hatinya menerima.",
"“Habis macam mana sekarang ni kak? Amni takutlah kalau benda ni berterusan. Dahlah hostel kami di tingkat atas aje ni.” Amni memandang wajah rakan-rakannya yang lain.",
"“Macam nilah. Kamu semua cepat-cepat kemas dan bersihkan bahagian belakang. Kita tutup saja kedai dulu. Nanti akak bincang dengan abang macam mana.” Asmah memberikan arahan",
"“Baiklah kak.”",
"Amni segera ke bahagian singki bagi membersihkan sisa lauk yang telah basi. Tengkuknya yang terasa meremang sejak tadi diabaikan. Dia tergesa-gesa bagi menyelesaikan tugasnya. Tanpa disedari oleh sesiapa, kelibat berbungkus seperti pocong sedang memerhati ke arah mereka dari salah satu sudut dapur. Perlahan-lahan kelibat berbungkus itu melompat menghampiri Amni. Amni yang merasakan sesuatu pantas berpaling.",
"PENULIS : FAIZUL BIN A RAHIM"
] | [
"Macam ni baru cerita. Best"
] |
https://fiksyenshasha.com/tangan-hitam/ | Tangan hitam | [
"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga fiksyen shasha. Sebelum aku memulakan kisah yang aku nak sampaikan, pertama sekali mohon maaf kepada semua pembaca sekiranya kisah yang aku ceritakan ini tak berapa seram, dan juga mohon maaf jika ada penulisan yang kurang dipahami dalam kisah ini. Tanpa membuang masa jom baca kisah ini.",
"Untuk waktu sekarang ni aku telah bekerja sebagai pembaikan rumah dengan mengikuti pakcik aku. Lama juga aku menganggur tanpa kerja selepas kejadian seram tu, kalau tak silap dalam 3 bulan juga aku tak kerja. Kejadian seram yang menimpa tu memang jadi salah satu punca juga aku menggangur dan ditambah pula dengan sukarnya untuk mencari kerja kosong.",
"Oiii Man.. kau dah buang kah sampah yang boss suruh?Alaaa aku ada kerja sikit ni, nanti kau buang la sampah tu, bukan berat pun.",
"Aku menggaru kepala yang tidak gatal bila kawan aku Man cakap macam tu. Dia yang disuruh oleh boss, aku pula yang disuruhnya pandai betul la budak Man ni..",
"Sebenarnya aku kerja di sebuah restoran yang mula buka pada 7 pagi dan tutup pada 12 tengah malam. Bila waktu pulang dah memang dah nampak sepi dah restoran ni pekerja perempuan memang dah awal balik, aku dan Man ni lewat balik sebab nak kemas barang dan bersihkan tempat kerja lagi.",
"Waktu nak buang sampah tu, Man dah pesan dekat aku kalau buang sampah tu jangan lama-lama dan jangan nak tegur apa-apa pula. Sebenarnya aku bukan lah pekerja baru dekat restoran tu, cuma sebelum-sebelum ni memang tak pernah ada gangguan yang terjadi lagi dekat aku. Dan sebelum ni Man tak pernah pula cakap apa-apa bila aku buang sampah.",
"Sampah yang nak dibuang tu bukan lah jauh sangat tapi tempat pembuangan sampah tu jalan dia dah lah gelap, suram, sunyi pula. Kedai-kedai yang berhampiran dah memang awal tutup sebab tu kawasan tu jadi gelap dan sunyi. ",
"Tanpa membuang masa aku terus ambil sampah yang telah diikat dan terus berjalan ke tempat membuang sampah. Pada mulanya memang aku tak fikir sangat dengan gangguan-gangguan yang ada masa tu. Yang aku fikir masa tu balik dan berehat sebab esok pun kena kerja lagi.",
"Masa aku letakkan sampah tu, aku terkejut dengan bunyi yang seakan seseorang hendak membongkar sampah-sampah tersebut. Aku berpaling seketika ke tempat bunyi tu kerna ingin tahu, dalam hati mungkin tikus kot. Tapi perasaan aku mula tak sedap sebab takkan lah tikus sampai tahap nak membongkar tu lain macam.",
"Aku terus berjalan ke restoran tanpa memikirkan apa yang terjadi. Masa aku melangkah menuju ke restoran tu tiba-tiba bahu aku dikejutkan oleh satu tangan hitam yang berkedut. Aku terus terkejut dan berlari sekuat hati ku.",
"Sampai saja di restoran, aku terus ditanya oleh Man – Kau dah kenapa kena kejar oleh hantu kah. Aku yang tercungap-cungap terus menarik nafas lega dan beristigfar.",
"Kau ni Man, tak ada lah, aku sengaja saja lari cepat-cepat sebab gelap kan. Alasan aku memang tak masuk akal tapi itu saja yang terlintas difikiran sebab tak nak Man tahu apa yang terjadi.",
"Keesokkannya barulah aku cerita kepada Man tentang kejadian semalam yang berlaku. Sebenarnya Man dah agak dah semalam kenapa aku tercungap-cungap sampai di restoran selepas membuang sampah.",
"Selepas aku ceritakan apa yang terjadi semalam tu, Man terus membuka cerita yang sebelum ni pun dia pernah terkena, yang mana dia nampak seorang seakan pakcik tua berada di pembuangan sampah tu. ",
"Mulanya Man ingat pakcik tu memang dekat sana untuk mencari sesuatu atau memang nak ambil sisa-sisa makanan yang masih okay. Mulanya Man menyapa pakcik tu dengan Assalamualaikum, tapi tiada balasan dari pakcik tu. ",
"Lepas tu bila waktu Man letakkan plastik sampah tu, tiba-tiba pakcik tu bangun dengan muka yang menyeramkan dan mencapai tangan Man. Terlihat tangan hitam berkuku panjang, muka hitam yang kurang jelas. Memang Sah itu bukan manusia. ",
"Man memang yakin itu bukan manusia, sebab pekerja sebelum ni juga iaitu seorang makcik pernah cakap yang korang hati-hati bila buang sampah ada penghuni lain yang tinggal disana.",
"Lepas dari kejadian tersebut memang aku dah tak buang sampah dah, dan pekerja lain yang buang sampah pun memang awal-awal dah buang sampah. ",
"Lepas dua hari begitu, aku terus berhenti bekerja sebab bila aku nak buang sampah walaupun ditemani tetap juga merasa takut dan terbayang-bayang dengan apa yang terjadi.",
"Mungkin sampai disini saja penceritaan ku, InsyaAllah jumpa lagi dilain cerita..",
"– Aziem"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/sosok-dan-rumah/ | SOSOK DAN RUMAH | [
"Malam yang dingin, aku terbangun dari lena. Jeling jam dinding. Jam 2.45 pagi. Dingin sungguh. Fikiran kosong. Duduk berlunjur kaki dikatil. Pandang Luli selimut tubuh tidur mengiring di katil sebelah. Terang bulan sedikit cahaya bulan bantu pandanganku yang menembusi kamar. Kusandarkan tubuh pada dinding. Adei nak solat tahajud bilik air jauh kat bawah. Seram pula nak pergi ambil wudhu.",
"Tengah duduk fikiran menerawang entah ke mana-mana, terdengar sayup-sayup suara panggil namaku. Mula-mula ingatkan ia adalah halusinasi saja,abaikan. Bila ia berulang beberapa kali, aku mula tegak dari dudukku. Pasang telinga. Cuba fokus. Semakin jelas. Antara perasaan takut, seram dan ingin tahu aku bangun perlahan ke arah pintu. Lekapkan teinga kanan pada daun pintu. Senyap tiba-tiba.",
"Eh?‘ kenapa? ‘ suara Luli buat aku terkejut besar!! Rupanya dia sudah bangun duduk dikatilnya. Aku segera isyaratkan jari telunjuk pada bibir. Dia terpinga-pinga pandang kiri kanan sebaik terdengar benda yang sama!!! Namaku di panggil ulang berkali-kali!!! Spontan dia selimutkan tubuh tak bergerak-gerak lagi. Aku pula segera beranjak ke katilku ikut tindakan Luli!!! Entah bila dan bagaimana aku tertidur.",
"Esoknya Luli ceritakan apa yang berlaku awal pagi tadi pada Karl. Tubuh Karl sekejap angkat bahu sekejap buat aksi seram gosok lengan beberapa kali kiri kanan. ‘ ya ke apa yang Luli cakap tu?” Karl bertanya. “ Habis? Takkan dia mengigau kot?” soalku. Bulat-bulat mata Karl dengan bahu terangkat. “ Kau rasa apa yang memanggil tu? Takkan ada budak-budak yang bangun usik kita jam 3 pagi?” soal Luli. Aku angkat bahu saja. “ jelas pulak tu ya dia sebut nama aku?” Luli angguk saja.",
"“ Takkan ada budak-budak yang berani usik masa macam tu, generator lampu dah di matikan sejak jam 11 malam…gelap kot” sambung Luli. Aku dan Karl angguk saja. “ Pertama kali semalam kau kena kan?” soal Karl. “ Ya, sebab aku terbangun dari lena. Tiba-tiba pula. Lama juga aku duduk tu” jawabku panjang. Waktu rehat petang berakhir. Tidak sedar masa setengah jam terasa terlalu cepat akibat perbincangan kami. Akibat perasaan ingin tahu Karl, bermula malam itu dia ikut tumpang tidur di bilik aku. Aku ok saja. Tambah lagi kejadian semalam, sedikit sebanyak buat aku seram juga, kalau mereka berdua ada, tidaklah terasa seram sangat. Bukan takut, Cuma segan hahahha.",
"Seminggu berlalu, tidak berulang kejadian itu. Kecewa Karl. Aku gelakkan dia. Orang elak, dia pula sebaliknya yang di mahunya. Hari kami berjalan seperti biasa dengan kesibukan kerja kami. Genap 2 minggu, apa yang Karl tunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Malam minggu, kami bertiga habiskan dengan berborak sampai awal pagi.",
"Esok cuti, boleh tidur puas-puas esoknya kalau pun tidur lewat malam ini. Macam-macam topik kami bualkan dari pengalaman kerja, mengumpat sampailah kisah seram. Tengah rancak perbualan kami, dalam kegelapan malam disebabkan generator lampu telah lama m**i, sayup-sayup suara itu muncul semula.",
"Mulanya aku dan Luli tidak perasan, kelakuan Karl yang pelik tiba-tiba senyap duduk membatu buatkan aku dan Luli senyap. Ah sudah!!\nKarl angkat jari telunjuk tunjuk arah belakang dia. Perlahan tapi pasti. Ya!! Suara itu seru namaku lagi!!! Amat jelas!! Perlahan kami bertiga bangun menghala ke arah pintu. Luli ke arah tingkap. Karl lekapkan telinga pada daun pintu, aku beralih ke arah Luli. Cuba cari lubang untuk intai.",
"Puas Luli cari lubang cari dari mana arah suara itu. Aku juga bertindak yang sama. Kosong!! Aku beralih kearah pintu. Buka perlahan. Spontan Luli dan Karl sembunyi di balik pintu. Aku berdiri tegak. Pandang seluas alam. Yang aku tahu jam di kala itu jam 1.20 pagi. Luli cuba tarik tanganku. Aku tepis. “ Jom” sebaliknya aku tarik tangan Luli. Menggelupur dia cuba lepaskan tangan, makin kejap kugenggam. Karl ikut keluar bilik. “ Kunci bilik” bisikku.",
"Terdengar Karl kunci pintu. Kami bertiga turun tangga perlahan, lagak pencuri pula. Sunyi sesunyinya, semua sudah lena dibuai mimpi. Hanya terdengar suara katak, cengkerik. “ Kita nak ke mana?” soal Luli pandang kiri kanan. Tangannya masih ku genggam kemas. Aku melangkah ke belakang bilik besar generator. Di sana ada kebun yang diusahakan oleh salah seorang pekerja. Tidaklah seluas mana. Yang aku tahu didalam kebun tersebut ada telaga yang jadi sumber air untuk tanaman.",
"Pernah ke kebun tersebut beberapa kali untuk hilangkan bosan dan borak-borak dengan pakcik yang buat kebun tersebut. Di sekeliling kebun tersebut hutan tebal. Bercampur dengan pokok getah yang tidak bertuan dan terbiar. Kenapa aku ke arah kebun tersebut? Sebab gerak hatiku berkata suara tersebut dari arah kebun.",
"Semakin dekat langkah kami, semakin tegak bulu roma kami bertiga. “Eh baliklah, aku tak sedap hatilah!!” bisik Luli berhenti melangkah. “Tak boleh Li, kalau tak selesai malam ni, aku tak tau sampai bila dia kacau aku” aku bertegas. “ Betul!! Kita kena tahu sebab sekarang kita bertiga boleh dengar sama nama kena panggil” sokong Karl.",
"Akhirnya kami telah menjauhi hostel yang jaraknya 200 meter. Bilik generator jauh di belakang kami. Kami mula perlahan memasuki kawasan kebun. Dalam gelap malam yang hanya berteman cahaya bulan yang malap, kami melangkah berhati-hati.",
"Sebaik melepasi kebun langkah kami semakin jauh ke arah hutan. Semakin seram. Bunyi-bunyian lain semakin jauh dari pendengaran kami. Akhirnya sunyi. Kami berdiri di hadapan hutan. Perlahan suara yang seru namaku bertukar jadi suara tangis yang mendayu. Terlalu sedih. Aku tekad. Tidak akan lari atau bagaimana pun. Luli sdh kelihatan huru hara peluk erat lengan Karl. Karl angguk padaku. Aku angguk balas.",
"“ Wahai makhluk Allah swt, apa yang kau mahu dariku? Sekarang aku datang, sebelum itu, tolong jangan ganggu temanku, mereka hanya temankan aku kesini” aku bersuara keras. Tiba-tiba suara tangis itu berhenti. Angin pagi bertiup lembut. Semakin tegak bulu roma kami. Mataku tertancap pada objek di hadapanku. Perlahan muncul. Aku pasti mereka berdua yang berada dibelakangku turut melihat objek tersebut.",
"Perlahan muncul susuk wanita yang terapung. Berpakaian putih bersih, namun sedikit kabur pada pandangan kami. Wajahnya tidak terlihat jelas. Perlahan tangannya menunjuk kearah hutan tebal. “ Tolong……” sayup kami dengar. Berulang kali. “ Tolong, rumahku terbiar” aku jelas melihat sosok itu, suara bergema tetapi mulutnya tidak terbuka. “ Baiklah, nanti kami cuba bantu apa yang boleh, tapi kalau boleh hentikan ganggu aku, nanti aku dan teman-temanku usaha apa yang boleh kami bantu” jelasku.",
"Takut? Berbanding berulang kali kena kacau kelak, lebih baik aku takut sekali ini sahaja. Perlahan sosok wanita itu sirna. Lenyap. Aku lega. Segala perasaan seram dan takutku hilang serta merta. Aku berpaling. Tengok Luli sudah tegak berdiri di sebelah Karl. Mungkin takutnya juga sudah hilang. “ Jom balik” aku melangkah dahulu. Mereka berdua turut sahaja dibelakang. Sempat kami bertiga singgah di bilik air bersihkan kaki. Naik tangga terus ke bilik, masing-masing terus tidur tanpa sebarang perbahasan bila ku lihat mereka berdua bagaikan ingin bertanya. “ esok cerita” tegasku. Semua terus tidur.",
"Esoknya, selesai sarapan jam 9 pagi, kami bertiga sepakat menuju ke arah yang sosok itu tunjukkan. Baru mahu masuk ke arah gerbang hutan, pakcik yang menjaga kebun terlihat kami. Dengan membawa parang kontot. “ Kamu mahu ke mana?” pakcik itu bertanya. “ Ke dalam pakcik…jalan-jalan” suaraku tergagap-gagap. “ Berani kamu bertiga ya? Pakcik saja tidak pernah terniat pun hendak masuk kedalam” sambung pakcik. “ Abang kamu tahu ke kamu mahu masuk kedalam? “ soal pakcik padaku. “ Tidak” jawabku ringkas.",
"Pakcik berdiri cekak pinggang dihadapan kami. Garu dagunya yang tidak gatal. Dia berpaling kearah pondok kecilnya. Turut ambil parang. “ Jom!” ketusnya. Akhirnya dia mengetuai konvoi kami. Berempat jadinya. “ ada apa sebenarnya sampaikan kamu berani bertindak hendak masuk kedalam ni? “ soal pakcik.",
"Aku yang berjalan dibelakangnya akhirnya menceritakan apa yang berlaku semalam dan beberapa minggu sebelumnya. Jalan yang kami lalui bagaikan tidak pernah dilalui manusia. Kami cantas segala lalang renek. Pakcik angguk saja sebaik kuhabiskan cerita. “ dan kamu tahu kearah mana kamu mahu pergi? “ soal pakcik. Kami terkedu seketika. Berhenti berjalan. “ rumah….rumah itu ertinya yang bagaimana? Sebuah rumahkah atau bagaimana?” soalan bertalu-talu pakcik pada kami semakin membuat kami bungkam.",
"“ beginilah, disebabkan nama kamu yang dia seru, lebih molek kamu yang pimpin jalan” pakcik pelawa aku ke depan. Aku angguk dan pindah posisi. Sebenarnya, aku saja tidak tahu di mana dan ke mana atau apa yang kami cari. Rumah? Sudah setengah jam kami berjalan. Sedang kami berjalan dan mencantas segala lalang, berdesing di telingaku suara sosok itu. “BERHENTI!!” aduh! Aku tekup telinga. “ kenapa?” pakcik bertanya. Aku pandang sekeliling. Pandanganku tertumpu pada sebatang pokok rendang. Lebat daunnya. Aku langkah kaki ke sana. Mereka semua ikut. Aku berhenti sebaik terlihat sesuatu yang seakan nisan dalam semak belukar. Ya!! Aku pasti ini yang dimaksudkan dengan RUMAH itu. Kami berempat mengelilingi nisan tersebut. Tanpa sebarang kata, kami bersihkan kawasan tersebut.",
"Selesai selepas sejam. Jam tangan menunjukkan jam 1 petang. Selesai akhirnya. “ kamu pasti inikah RUMAH itu” soal pakcik padaku. “Ya, saya amat pasti” balasku. Sebelum balik aku dan pakcik sedekahkan Al-Fatihah. Aku berteleku di depan kubur yang sudah kami bersihkan. “ rumah kamu sudah kami bersihkan. Ada masa saya dengan kawan-kawan akan datang lagi bersihkan” aku bersuara sendiri. Serta merta bulu tengkukku tegak berdiri. Bahu kanan terasa di sentuh. Aku mengerti. Kami melangkah pulang. Semakin kami tebas segala semak samun dalam perjalanan pulang, untuk memudahkan perjalanan kami bila-bila mahu ke RUMAH tersebut.",
"Selesai misi, badan terasa amat letih, awal pula malam tersebut aku terlelap. Habis makan malam, tunggu Luli datang, kami berdua terus koma. Dalam mimpi, aku di datangi sosok wanita tersebut, kali ini wajahnya berseri-seri, senyum padaku. Terasa aku berada di kawasan kuburnya di bawah pohon tersebut. Dia berdiri di depanku, terapung semestinya. “ terima kasih tuan….saya amat terhutang budi…” habis saja berkata begitu, aku terkejut dari lena. Terbangun duduk mengucap. Oh mimpi rupanya. Bangun besoknya, ku ceritakan pada Luli, matanya buntang hahaha….",
"“ tak apalah, selagi aku berada disini, sekali sekala kita bertiga ke sana ya…bersihkan apa yang patut” Luli dan Karl angguk saja. Mereka sudah tidak terlalu takut, terutama Luli….",
"Beberapa bulan terakhir sebelum aku berpindah, kali terakhir aku ke sana, sempat bisik, “ walau aku tidak tahu siapa kamu, aku ingin beritahu, mungkin ini adalah kali terakhir aku kesini melawatmu. Aku kena berpindah ke tempat lain. Maafkan aku, ada umur panjang saya kesini lagi, saya tidak berjanji, tapi saya akan usahakan….” ku sentuh batu nisannya sebelum bangun berlalu pergi. Dari ekor mata kiriku, terlihat sosoknya dengan wajah sayu. Aku tidak mahu berpaling kearahnya, tidak sedar sudah beberapa kali juga aku Luli dan Karl kerap ke kubur sosok wanita itu. Itulah kali terakhir aku melihat sosok itu. Tidak dalam mimpi atau cara apa pun. Sehingga kini."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/hantu-tanglung/ | Hantu Tanglung | [
"Assalamualaikum semua. Hai, dah lama tak bercerita kisah benar.",
"Kali ni Panda nak ceritakan pengalaman seram yang berlaku waktu tingkatan satu.",
"Ramai diantara kita tahu Pesta Tanglung adalah budaya masyarakat Cina dari zaman dulu lagi. Ia diraikan pada hari kelima belas pada satu bulan yang istimewa.",
"Tiap tahun mereka akan meraikan BULAN istimewa tersebut. Pada hari kelima belas itu dikatakan mereka akan menyaksikan bulan penuh. Terang dan cantik menghiasi langit.",
"Pada zaman dulu hanya Kerabat Diraja dan bangsawan saja memiliki tanglung berhias, berbagai bentuk dan cantik pula. Rakyat biasa cuma membawa tanglung kertas.",
"Kisah ni bermula pada waktu saya kena buat satu tanglung untuk pertandingan. Jadi, saya kenalah bertanya dengan jiran Tee Siew Fen. Saya panggil dia Fenny.",
"Ibu bapa Fenny agak moden dan tidak meraikan apa-apa perayaan kecil selama kami berjiran.",
"Contohnya perayaan Bulan Hantu/Hungry Ghost, Pesta Tanglung dan lain-lain lagi.",
"Petang tu macam biasa Fenny akan main badminton di depan rumah bersama abangnya. Saya pula baru balik dengan ibu dari pasaraya.",
"Fenny nampak saya bawa tanglung plastik berwarna merah di tangan. Masa tu saya pilih bentuk ayam. Macam-macam bentuk ada. Nanti nak tengok apa perlu saya buat. Boleh ikut contoh di depan mata. Cuma perlu tambah sedikit kekreatifan je.",
"Fenny berlari datang nak pegang tanglung saya. Dia puji cantik sangat tanglung saya beli tu. Rupa-rupanya dia teringin nak minta tanglung dari mak ayah dia, sejak kecik dia cuma tengok anak orang lain main. Dia pernah minta ayahnya belikan tanglung berbentuk arnab, tapi ayahnya marah. Takut rumah terbakar kalau dia cuai.",
"Saya pun ceritakan yang saya kena buat tanglung untuk pertandingan. Tapi tak yakin dan tak pandai. Saya minta Fenny temankan saya buat. Dia punyalah gembira, melompat-lompat memeluk saya.",
"Pada malam itu saya keluar untuk mencari sekotak lilin yang tercicir dalam kereta, waktu tu dah dekat jam 11 malam. Ruang tamu kami sudah gelap sebab ahli keluarga saya dah naik ke tingkat atas. Cuma ayah masih duduk di atas sofa menghadap tv.",
"Keluar dari perut kereta tu saya tertoleh ke rumah uncle cina di depan rumah. Rumah tu uncle Cina sewakan kepada seorang executive kilang Hitachi berbangsa Jepun. Dia tinggal seorang di rumah itu. Macam biasa, rumah itu akan menyalakan lampu di bilik atas sahaja.",
"Bukan nak ceritakan tentang lelaki Jepun tu. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya di depan rumah uncle tu. Deretan tanglung kertas berwarna merah bergantungan di sepanjang tembok bawah bumbung rumah tu.",
"Lama saya terpegun. Mulut pun melopong melihatkan tanglung-tanglung besar dan cantik tu. Api lilin bergerak-gerak bila tanglung berayun ditiup angin.",
"Wahhh!!! Ni memang real tanglung klasik ni. Selalunya saya jumpa tanglung kertas guna mentol kecik. Sah-sah pakai batri atau elektrik.",
"Tanglung ni memang guna lilin. Cantik sangat. Menyesal pula tak bawa turun handphone masa tu. Kalau tak, boleh la snap gambar simpan buat kenangan.",
"Keesokan paginya waktu saya nak ke sekolah bersama ibu dan adik-adik. Saya teringatkan tanglung di rumah depan. Rasa teruja nak tengok waktu siang. Saya pun berlari keluar rumah.",
"Aikk?! Tanglung dah hilang? Rasa kecewa pula tak dapat nak rakam gambar. Saya ceritakan pada ibu, ibu kata mungkin orang Jepun tu simpan dalam rumah. Bimbang kalau-kalau hujan nanti habislah lunyai tanglung tu. Betul juga kata ibu.",
"Saya menghantar satu pesanan Viber pada Fenny, bagitahu dia tanglung Uncle Jepun tu cantik. Klasik pulak tu. Fenny pun sama ikut teruja, dia nak intai malam nanti dari bilik atas.",
"Balik mengaji malam tu adik saya yang muda dua tahun tiba-tiba suruh kami jalan laju sikit. Selalunya kami naik basikal ke surau, tapi basikal adik pulak tayar pancit, kami empat beradik pakat jalan kaki.",
"“Jom kita lumba siapa sampai rumah dulu,” adik saya ni dia pelik sikit. Dia jarang nak bercakap. Bila dia beriya suruh buat sesuatu waktu malam kami jarang nak bantah.",
"Sebab kelebihan dia ni mudah nampak sesuatu yang orang tak nampak. Saya kadang-kadang dapat juga peluang-peluang tu. Tapi tak sekerap adik. Hijabnya terbuka sejak umur 7 tahun.",
"Tak sempat nak berfikir apa, tengok- tengok dia dah lari dulu. Hampeh betul! Sebab ada adik lelaki kecik masa tu, saya pun berlari-lari kartun di belakang.",
"Sampai di selekoh, adik lelaki yang tak padan dengan pendeknya terus pecut lari ikut kakak yang lain. Tinggallah saya dapat nombor 1 dari belakang. Saya jalan lenggang kangkung jelah sebab selang enam rumah dah sampai rumah kami.",
"Dari rumah hujung tempat saya berjalan masa tu nampak tanglung-tanglung bergantungan macam yang saya tengok semalam. Tapi kali ni ada orang berdiri di luar rumah. Seorang Amoi Cina/Jepun memegang tanglung kertas berwarna oren di luar pagar. Dia berdiri menghadap ke rumah uncle Jepun tu.",
"Rasa seronok dapat tengok tanglung kertas lagi malam ni. Sampai rumah nanti nak call Fenny lah. Fikir saya waktu tu.",
"Masa sampai di depan rumah Fenny jarak saya dan kakak cantik ni cuma tiga empat meter je. Perasaan tu nak je tegur. Nak ucap HAI pun ok juga kan? Nak tanya juga kakak dah panggil uncle Jepun ke belum? Timbul juga perasaan nak pegang tanglung tu sekejap. Punyalah excited!",
"Tapi rasa macam berat je mulut. Bukan sebab saya pemalu. Entah kenapa ada satu aura seram tiba-tiba datang. Malam tu berangin, bukan sepoi-sepoi tapi agak kencang. Tanda-tanda sekejap lagi hujan nak turun.",
"Yang peliknya tanglung-tanglung yang bergantungan tu berayun tak macam ditiup angin kencang. Tanglung di tangan kakak cantik tu pun tak bergerak langsung.",
"Dengan pakaian ala-ala zaman ‘Dinasti Han’ tu saya anggaplah dia berbangsa Cina. Mungkin malam ini ada Pesta Tanglung bersama pertandingan pakaian tercantik. Cuba husnuzon. Walau pun perasaan berdebar tu datang berulang kali.",
"Saya pun membelok ke kanan, tiba-tiba dia memalingkan muka. Dari sisi tepi dia menjeling saya dengan sebaris senyuman. Mungkin dia penat menunggu dengan pakaian tebal di badan. Mesti rimas kakak ni, fikir saya.",
"Senyuman dia nampak sinis, macam tak friendly. Atau dia menyampah bila saya perhatikan dia terlalu lama?",
"Saya balas senyumannya lalu masuk ke dalam pagar . Dalam hati debar jantung ni tak dapat nak cerita, macam bunyi enjin boat nelayan. Boleh pulak masa nak buka pintu papan tu saya bayangkan kakak tu ada di belakang saya dan nak cekik leher saya. Tak tahu kenapa saya rasakan dia bukan manusia masa tu.",
"Lepas bagi salam, saya pun masuk. Punyalah busybody..nak juga intai dari sliding door tu. Nak tahu kakak tu dah terbang atau masih di situ.",
"Ohh, lega rasa. Kakak tu masih di situ. Lampu bilik Uncle Jepun tu terpadam, saya tunggu sekejap. Yes, lampu ruang tamu pula dipasang. Betullah kakak tu tunggu Uncle Jepun.",
"Saya mengurut dada tanda lega. Manusia saya sangkakan hantu.",
"Disebabkan perasaan lega tu menenangkan hati. Saya pun lupakan tentang kakak cantik bawa tanglung. Terdengar bunyi kereta Uncle Jepun tu meninggalkan rumahnya. Mereka dah pergi ke Pesta Tanglung. Saya lupakan seketika benda mengarut di dalam otak.",
"Selepas siap buat homework malam tu, saya ambil handphone dan cuba berchating dengan Fenny. Rupa-rupanya Fenny dah hantar mesej dalam viber sejam yang lepas. Saya terus bawa handphone berlari naik ke bilik utama. Sebab ibu ayah dan adik-adik di ruang tamu melayan National Geographic. Cuma adik ketiga berada di bilik atas.",
"Fenny pesan supaya saya tak tengok ke rumah depan. Saya pun baring sambil ceritakan pengalaman saya balik mengaji tadi melalui mesej. Tapi ada sesuatu yang pelik dengan mesej Fenny. Dia bagitahu malam ni dia tidur dengan neneknya sebab dia takut. Saya cuba call Fenny tapi handphonenya sudah dimatikan.",
"Mesej yang dia hantar lambat saya baca. Dah tidur agaknya. Begini mesej yang Fenny hantar pada saya.",
"1 : Jangan tengok rumah Jepun tu. Ada hantu.",
"2 : I demam la. Malam ni tidur bilik nenek. Takut tidur seorang.",
"3 : Ingat i pesan apa, u jangan tengok luar. Nanti u demam!",
"Ekk elehh!! Nak takut-takutkan kita pulak. Saya balas chat tersebut dan beri tahu Fenny perempuan depan rumah Uncle Jepun tu bukan hantu. Tapi belum sempat klik hantar pesanan tu, saya nampqk luar tingkap ada kelip-kelip cahaya merah kekuningan.",
"Sebab ditutupi langsir jadi saya anggap itu cahaya lampu brek kereta jiran. Sambil terbaring tu saya senyum-senyum memikirkan Fenny yang mungkin demam akibat terkejut nampak ‘Hantu Tanglung’. Padahal itu adalah manusia. Cuma solekan kakak tu agak keterlaluan sikit.",
"Keningnya berbentuk bulan sabit dan halus lukisannya. Foundationnya tebal dan putih pucat. Bibirnya nipis bergincu merah dan berkilat. Macam nak naik pentas Opera pula saya tengok. Saya teruskan menghantar mesej kepada Fenny menceritakan apa yang kami lihat itu adalah manusia berpakaian kuno dan bersolek tebal.",
"Sempat saya ketawakan Fenny sebab tak sangka dia penakut rupanya. Baru nak turun katil untuk ke bilik air, pandangan mata saya tertumpu pada cahaya merah kekuningan di luar tingkap. Perasaan ingin tahu tu mematikan langkah. Kali ini cahaya itu bergerak dari arah kanan ke kiri pulak.",
"Alamak!!! Lampu kereta atau apa ni???",
"Saya berlari ke cermin tingkap, langsir saya selak ke kanan, sebab cahaya tu berada di sebelah kiri. Selak punya selakkkk….Allahuakhbar!!!! Tanglung melayang dari kiri ke kanan!! Terbeliak biji mata saya masa tu.",
"Sebiji bentuk tanglung Si Kakak Cantik tadi. Tak sempat nak jerit terus saya berlari ke bilik adik yang hijab terbuka tu. Tak jauh pun berlari tapi nafas saya macam baru lepas lari dikejar anjing.",
"Saya cuba bisik ke telinga dia. Tapi dengan gaya cool and relex dia tu, dia tanya saya,",
"“Nampak Hantu Tanglung eh?”",
"“Macam mana kau tahu?”",
"“Kan dia ikut kita balik mengaji.”",
"“Boy lari tadi DIA pun ikut larilah,”",
"Saya terdiam lama sambil memeluk lengan adik. Padahal adik baru darjah 5. Tapi mungkin disebabkan dia dah selalu tengok makhluk-makhluk halus sejak darjah satu, jadi macam dah tak pelik.",
"Malam tu saya tidur di bilik adik. Gangguan tu bukan habis di bilik ibu ayah. Lepas saya pindah ke bilik adik, cahaya tu beralih ke luar tingkap bilik adik pulak. Aduuu, seram tu tak tahu nak gambarkan. Meremang bulu tengkuk dan lengan. Terasa macam DIA nak masuk dalam bilik tunjuk tanglong dia gamaknya.",
"Malam tu saya baca surah Al-Fatihah sampai terlelap. Saya rasa dia nak menunjukkan diri dan tanglong dia tu sebab keinginan saya terlalu kuat untuk mengetahui lebih jelas tentang tanglung dan kisah dari zaman dulu. Anggaplah ia sekadar permainan iblis yang cuba mengganggu ketenteraman kita.",
"Keesokan paginya, saya juga demam. Kebetulan jumpa Fenny dan ayah dia di klinik. Kami cuma berbalas senyuman. Saling faham apa yang kami lalui bersama.",
"Tanglung pun tak jadi nak buat dah. Cukuplah malam tu kena ganggu. Kalau saya teruskan buat…tak tahulah DIA nak kacau macam mana lagi. Taubat tak buat dah."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/bunga-2/ | Bunga | [
"Dalam hidup ini adakalanya, kita kena mengalah. Kita harus bersabar. Tidak semua benda yang kita inginkan, kita boleh dapat. Tetapi tidak mustahil dengan kesabaran itu suatu hari nanti, kita diberikan lebih apa yang kita mahukan.",
"Seperti kisah cinta Bunga dengan jejaka bernama, L. Bunga tidak pernah bertemu dengan lelaki misteri itu. Tidak pernah berbual melalui panggilan. Hanya mengenali L melalui mesej yang dihantar. Tetapi Bunga tetap bahagia dan selalu merasakan kehadiran L. Malah L bagaikan tahu apa sahaja yang menimpa ke atas diri Bunga. Siapa L? Mengapa dia perlu hadir dalam hidup Bunga?",
"Satu almari Bunga cari. Tapi masih tak jumpa-jumpa juga. Bunga salah letak agaknya? Tapi tak mungkinlah. Bunga memang letak dalam almari malam tadi sebelum tidur. Jam tangan yang papa hadiahkan padanya semalam sempena ulangtahun Bunga yang ke 15. Kalau papa tahu hilang macam mana? Mesti papa marah sebab Bunga tak jaga dengan baik.",
"“Bunga cari apa tu?” Suara puan Sheila menegur di muka pintu bilik. Bunga yang masih tercari-cari menoleh ke arah mama.",
"“Jam tangan yang papa bagi Bunga semalam…hilang. Malam tadi Bunga simpan dalam almari. Dari tadi Bunga cari sampai sekarang tak jumpa.” Ujar Bunga dengan perasaan resah. Esok Bunga mahu memakai jam tangan itu untuk ke sekolah.",
"“Oh, jam tu. Adik kamu pakai. Dia ke rumah kawan dia. Wangi berkenan pula dengan jam tu sampai merengek minta dekat mama. Kesian pula mama tengok. Mama suruh dia cari dalam almari. Tak apalah. Nanti mama suruh papa beli yang lain. Lagipun jam tangan tu nampak sesuai pula dengan Wangi. Biarlah dia pakai.” Selamba sahaja puan Sheila berkata. Langsung tidak memikirkan perasaan anak sulungnya.",
"“Tapi itu hadiah Bunga, mama. Mana boleh Wangi ambil.” Bunga merengek tidak puas hati. Memang dari kecil Bunga selalu mengalah dengan Wangi. Apa miliknya yang Wangi suka, Bunga terpaksa beri. Kasut. Baju. Dan macam-macam lagi. Walaupun Bunga sayang sangat dengan barang-barangnya.",
"“Kan mama dah cakap, nanti mama suruhlah papa kamu ganti yang baru. Bunga tu kakak. Kenalah selalu mengalah dengan adik. Dahlah. Malas mama nak layan kamu.” Puan Sheila terus beredar tanpa mempedulikan Bunga.",
"Sakit hati Bunga bila mama asyik sebelahkan Wangi. Bila mama lebih sayangkan Wangi. Sedangkan Bunga juga anak mama. D***h daging mama. Tapi kenapa mama tak pernah pedulikan perasaan Bunga? Mama selalu suruh Bunga mengalah. Yang buruk semuanya Bunga. Wangi tu sentiasa elok di mata mama.",
"Bunga berlari keluar membawa telefon bersama di tangan. Dengan hati hiba Bunga duduk di bawah pohon tepi rumah. Air matanya yang deras tidak mampu diseka. Dibiarkan sahaja mengalir ke pipi gebunya. Bunga belum cukup dewasa untuk menjadi tabah. Bunga masih memerlukan masa untuk segala yang dihadapi dengan hati yang cekal. Kerana itu Bunga hanya tahu menangis dan merengek jika dia benar-benar merasa disakiti.",
"Bunyi nada mesej masuk ke telefonnya. Bunga mengesat air mata. Lalu mesej itu dibuka. Dahinya berkerut-kerut ketika memandang skrin telefon.",
"L-Kau menangis Bunga?",
"-Macam anak kecil.",
"Tiga mesej yang baru dibaca itu benar-benar memanaskan hati Bunga. Seakan-akan sedang mengejek Bunga. Siapakah ini? Bunga tidak kenal. Bagaimana dia boleh mesej Bunga? Tahu nama Bunga. Tahu apa yang berlaku pada Bunga.",
"Bunga-Siapa ni?",
"Bunga segera membalas. Matanya meliar memandang sekeliling. Tiada sesiapa. Cuma angin sedikit kencang. Dingin, menyapa tubuhnya. Mata Bunga kembali menatap telefon ketika bunyi mesej baru masuk lagi.",
"L-Aku, L",
"-Teman lelaki kau.",
"-Cinta hati kau, Bunga.",
"Bertambah panas hati Bunga dibuatnya. Dahlah bagi nama satu huruf saja. Macam mana Bunga nak kenal? Entah-entah scammer? Bunga kembali menekan-nekan kuat huruf-huruf di skrin telefon dengan hujung jari.",
"Bunga- Hei! Jangan main-mainlah!",
"L-Aku tak main-main Bunga.",
"-Aku selalu perhatikan kau.",
"-Selalu singgah melihat kau.",
"-Cuma kita belum bersua muka.",
"Bunga- Tapi aku tak kenal kau!",
"-Aku mana ada teman lelaki atau cinta hati!",
"-Aku masih budak sekolah lagi!",
"-Aku tak pernah fikir pun nak bercinta dengan sesiapa!",
"Geram Bunga. Sesuka hati saja mengaku sebagai cinta hatinya. Entah siapa-siapalah.",
"L-Kau benar-benar marah aku, Bunga?",
"-Sampai setiap ayat kau letakkan tanda seru. Hahaha",
"-Tak apa lepaskan saja kemarahan kau tu pada aku…",
"-Kalau semua itu boleh buat kau bahagia.",
"-Aku akan sentiasa jadi cinta hati kau.",
"-Walaupun kau menolak seribu kali.",
"-Suatu hari nanti kita akan berkenalan.",
"Suara papa mengejutkan Bunga. Tidak jadi Bunga hendak membalas balik mesej daripada lelaki misteri itu. Tapi Bunga tidak pasti lelaki atau perempuan. Zaman sekarang perempuan juga boleh menyamar jadi lelaki. Untuk mengganggu hidup orang lain dengan niat tertentu.",
"“Kenapa Bunga nampak sedih ni?” Soal encik Nasrol penuh prihatin. Duduknya dilabuhkan di sebelah anak gadisnya itu.",
"“Jam tangan yang papa hadiahkan semalam, Wangi ambil. Bunga sedih.” Adu Bunga. Air matanya kembali mengalir.",
"“Wangi…Wangi. Selalu saja dengki dengan Bunga. Tak apa. Biar papa marah dia dan suruh dia pulangkan balik.” Encik Nasrol terus berdiri. Bunga segera menghalang papa dari berbuat demikian.",
"“Tak payahlah, papa. Nanti Bunga minta sendiri dengan Wangi. Bila dia dah balik dari rumah kawan dia. Tapi kalau dia sukakan jam tu, biar ajelah. Bunga boleh pakai jam yang lama. Masih baru dan cantik lagi.” Sebak suara Bunga. Lagipun Bunga tidak mahu papa bergaduh dengan mama disebabkan jam tangan itu nanti.",
"Encik Nasrol bungkam. Kepala Bunga diusap lembut. Bunga seorang kakak yang terpaksa selalu mengalah dengan adiknya. Dia juga buntu. Tidak tahu hendak berbuat apa lagi dengan sikap Wangi yang keterlaluan membuli kakaknya. Wangi yang sudah mencecah usia 13 tahun, tidak pernah berubah dalam merebut sesuatu milik kakaknya, Bunga. Apa yang Bunga inginkan, Wangi pasti mahukan juga.",
"“Wangi! Bagi balik semula jam tangan aku?! Itu hadiah aku dari papa.” Pinta Bunga dengan tegas.",
"“Tak nak! Aku suka jam tangan ni. Cantik! Tadi ramai kawan-kawan aku yang memuji.” Wangi tetap berkeras tidak mahu memulangkannya semula.",
"“Nanti aku suruh papa beli yang baru untuk kau. Hadiah aku tu kau pulangkan balik.” Geram Bunga melihat Wangi tidak mahu menanggalkan jam tangan itu. Dari pulang tadi Wangi memakainya terus.",
"“Kau ni tak faham ke, Bunga? Aku tak nak yang lain. Aku nak yang ini juga! Kau ajelah suruh papa beli yang lain untuk kau!” Bentak Wangi sambil menjeling. Dia terus berlalu mencari makanan di dapur kerana perutnya benar-benar merasa lapar selepas bertengkar dengan kakaknya.",
"Bunga sabarkan sahaja hatinya. Tiada guna pun dia terus bertengkar dengan Wangi, yang akhirnya dia juga yang terpaksa beralah. Mungkin dia perlu melupakan sahaja jam tangan hadiah pemberian papa.",
"L-Jangan bersedih gadisku yang cantik.",
"-Aku selalu ada menemanimu.",
"-Luahkan saja apa yang kau rasa.",
"-Aku sudi menjadi teman untuk kau meluahkan perasaan.",
"Mesej yang baru sampai itu Bunga baca dengan perasaan berdebar. Adakah dia sedang diperhatikan sekali lagi ketika ini? Siapa L ini? Manusia atau hantu? Kalau hantu, pandai pula dia main mesej.",
"Bunga- Kau ni siapa, hah?",
"-Macam mana kau boleh tahu semua yang berlaku pada aku?",
"Bunga memerhatikan sekeliling biliknya. Tingkap tertutup. Dinding biliknya bersimen. Bukannya orang boleh masuk atau mengintai. CCTV? Tak mungkinlah!",
"L-Aku dah beritahu kau.",
"-Aku ni cinta hati kau, Bunga.",
"-Mungkin kau rasa pelik.",
"-Tapi aku juga makhluk seperti kau.",
"-Ada mata, hidung, mulut, tangan dan kaki.",
"-Cuma aku perlukan masa yang sesuai untuk bertemu dengan kau, sayang.",
"-Mungkin bila kau dah cukup dewasa nanti.",
"-Dan jika umur kita masih panjang.",
"Bunga- Tolong jangan ganggu aku.",
"-Cara kau mesej aku buat aku jadi takut.",
"-Kau bukan hantu kan?",
"Bunga menatap lama skrin telefon. Menunggu balasan daripada L.",
"L-Kalau aku hantu kenapa?",
"-Kau takut dengan aku?",
"Tidak berani Bunga hendak membalas lagi. Rasa meremang. Telefon dimatikan dengan segera. Bunga ingin berlalu. Namun dia terkejut dengan bunyi mesej baru masuk. Dia sudah mematikan telefon. Bagaimana orang itu boleh menghantar mesej lagi?",
"Lambat-lambat Bunga capai telefonnya kembali yang berada di atas katil. Bunga membuka dan membaca mesej tersebut dengan tangan menggigil.",
"L-Bunga jangan tutup telefon!",
"-Aku belum habis berbicara dengan kau.",
"Bunga- Macam mana kau boleh hantar mesej lagi?",
"Bunga- Kan aku dah matikan telefon?",
"L-Kau tak perlu tahu macam mana semua tu boleh terjadi.",
"-Balas saja mesej aku tanpa memikirkan semua itu.",
"-Jangan takut dengan aku, Bunga.",
"-Apa yang aku lakukan, cuma aku tak nak kau bersedih.",
"-Aku nak kau gembira bila kita berbalas mesej.",
"Bunga- Tapi aku tak kenal kau?",
"-Macam mana aku nak gembira?",
"L-Walaupun kita hanya berbual di mesej….",
"-Kita tetap boleh bercinta dan bergembira.",
"-Aku tahu kau sering bersedih dengan kehidupan kau.",
"-Penat menghadap sikap adik kau, Wangi yang menjengkelkan.",
"-Selalu sahaja mesti mengalah.",
"-Selalu sahaja kena bersabar.",
"-Terluka dan kecewa dengan sikap seorang ibu yang tidak pernah menyebelahi.",
"-Aku mahu bahagiakan hidup kau.",
"-Jadi, jangan terus menerus menolak aku.",
"Tiba-tiba Bunga rasa terharu. Dari seram menjadi sebak. Bunga memang tidak tahu hendak meluahkan pada siapa bila Bunga bersedih selain papa. Jika papa sibuk di tempat kerja, Bunga tiada tempat mengadu. Bunga pun tak ramai kawan di sekolah. Balik dari sekolah Bunga lebih banyak meluangkan masa di rumah membuat kerja-kerja yang disuruh mama. Berbanding dengan Wangi yang lebih banyak masanya dihabiskan di luar bersama teman-temannya.",
"Biarlah. Bunga malas dah hendak ambil tahu lagi siapa ‘L.’ Manusia ke? Hantu ke? Makhluk asing ke? Orang gila ke? Lantaklah. Bunga cuma harap hubungannya dengan L dapat membuatkan Bunga lebih bahagia. Dapat menghilangkan kesedihan dan rasa sakit yang Bunga perlu harungi setiap hari.",
"Bunga- Baiklah.",
"-Kita berkawan aje dulu.",
"-Sebab aku tak nak bercinta dengan orang yang aku tak kenal.",
"-Apatah lagi orang yang aku tak pernah lihat siapa dirinya.",
"-Yang sangat misteri macam kau.",
"-Yang boleh tahu apa berlaku pada aku.",
"-Tapi kita boleh berkawan.",
"-Asalkan kau tak buat apa-apa yang tak baik atau yang aku tak suka.",
"-Kau setuju tak?",
"Syarat yang Bunga berikan jika L mahu terus berhubung dengannya melalui mesej.",
"L-Ya aku setuju.",
"-Tapi kau tak boleh halang perasaan sayang aku pada kau.",
"-Itu hak aku, Bunga.",
"Teragak-agak Bunga membalas.",
"Bunga- Okey.",
"Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Kini usia Bunga sudah mencecah 22 tahun. Selepas tamat sekolah menengah Bunga tidak meneruskan pelajaran lagi. Papa tidak cukup duit untuk menanggung pembelajaran salah seorang anaknya. Bunga terpaksa mengalah dan menerima ketika Mama meminta agar dia tidak melanjutkan pelajarannya. Kenapa mesti Bunga? Bukan Wangi. Sedangkan mata pelajaran Bunga lebih bagus berbanding Wangi. Bunga kecewa dan terkilan. Walaupun dia minat belajar nasibnya tidak beruntung seperti wangi.",
"Adiknya itu kini belajar di sebuah kolej swasta. Bila tiba cuti semester atau cuti perayaan Wangi akan pulang ke rumah. Macam-macam yang dimintanya pada mama dan papa. Macam hari ini. Hendak baju baru. Barang-barang baru untuk kegunaan di kolej. Papa dengan mama ikutkan sahaja kehendak Wangi. Gadis itu langsung tidak pernah memikirkan bagaimana papa mereka terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki buat mereka sekeluarga.",
"Bunga sudah dapat mengagak siapa yang menghantar mesej itu. Pasti L. Selama dua minggu mereka tidak berbalas mesej. L sudah memaklumkan yang dia ada urusan perlu dilakukan.",
"L-Apa khabar cinta hatiku?",
"-Jangan bermuram lagi.",
"-Aku tahu kau rindu aku.",
"Bunga- Siapa kata aku rindu kau?",
"-Jangan nak perasan.",
"Bunga mencemik. Padahal dia amat merindui L saat ini.",
"L-Kau tetap cantik Bunga walaupun dengan riak begitu.",
"Bunga- Kau suka perhatikan aku!",
"-Tapi pengecut!",
"-Sebab tak pernah tunjuk siapa diri kau!",
"Sengaja Bunga mengejek L. Mana tahu L akan rasa marah. Lalu tunjukkan dirinya di hadapan Bunga.",
"L-Tak apa Bunga.",
"-Katakan saja apa yang kau suka.",
"-Tunggu bila kita bersua muka nanti.",
"-Aku akan menghukum mulut kau yang pandai menggelar aku pengecut.",
"Mesej-mesej daripada L membuatkan Bunga terdiam seketika. Rasa cemas menjalar tubuhnya. Adakah L benar-benar mahu menghukumnya? Dengan cara apa? Memotong lidahnya atau merobek bibirnya?",
"L-Kenapa diam Bunga?",
"-Kau rasa takut?",
"-Sekarang siapa yang pengecut? Hahaha",
"Mahu sahaja Bunga menghempas telefonnya ke lantai. Saat ini Bunga membayangkan L sedang mengejek dan mentertawakannya. Bunga memang tidak pernah melihat wajah L. Tapi Bunga boleh bayangkan L seorang lelaki muda yang tinggi serta berwajah kacak.",
"L-Maaf Bunga.",
"-Aku cuma bergurau.",
"-Tak salah kan kalau sekali sekala aku mengusik?",
"Bunga- Memang tak salah.",
"-Tapi kau dah menyakiti hati aku L.",
"L-Jadi apa yang harus aku lakukan untuk menebus kesalahanku?",
"Bunga sudah tersenyum-senyum memandang pertanyaan L.",
"Bunga- Aku nak buat permintaan boleh?",
"L-Boleh sayang.",
"Bunga- Apa saja?",
"L-Apa saja.",
"L-Asalkan bukan untuk bertemu dengan aku.",
"Bunga- Tapi itulah permintaan aku!",
"-Untuk bertemu dengan kau.",
"-Tapi bukan sekarang Bunga.",
"-Tunggu masa yang sesuai.",
"Bunga- Masa yang sesuai tu bila L?",
"“Kau main mesej dengan siapa?!” Wangi pantas merampas telefon Bunga.",
"Tergaman Bunga dengan tindakan Wangi. Dari tadi lagi Wangi berdiri di tepi sudut pintu bilik mengintai Bunga. Memerhatikan reaksi di wajah Bunga yang berubah-rubah ketika berbalas mesej dengan seseorang.",
"“Siapa L ni? Orang dekat kawasan perumahan ni juga, ke? Sejak bila kau kenal dia?” Soal Wangi bertalu-talu.",
"Dia jadi cemburu bila dapat tahu kakaknya sedang bercinta dengan seseorang. Jika L itu seorang yang kaya dan tampan Wangi pasti rasa iri hati terhadap Bunga. Wangi juga ingin memiliki lelaki seperti itu.",
"“Pulangkan balik telefon aku tu, Wangi?! Kenapa dari dulu sampai sekarang kau selalu saja dengki dengan aku?”",
"“Sebab aku tak suka tengok kau lebih daripada aku.” Jawapan yang menyakitkan hati Bunga.",
"“Bagilah balik telefon aku tu?!” Bunga cuba merampasnya. Namun kemunculan mama menghentikan niat Bunga.",
"“Apa yang kamu berdua bisingkan ni? Wangi? Bunga?! Sampai ke dapur mama dengar. Dah besar panjang pun tak habis-habis nak bergaduh.” Marah puan Sheila. Tapi marahnya lebih kepada Bunga. Tajam matanya menatap wajah Bunga yang hanya menunduk.",
"“Mama tengoklah Bunga ni? Entah dengan jantan mana dia bercinta. Cuba mama baca mesej diaorang ni? Mesti diaorang jumpa senyap-senyap tanpa pengetahuan mama.”",
"“Tak, mama. Bunga tak pernah keluar rumah pun. Macam mana Bunga nak jumpa orang lain? Wangi sengaja reka cerita.” Wajah Wangi dijeling. Dalam hati Bunga tetap berdoa agar mama tidak membaca mesejnya bersama L.",
"“Bagi sini mama tengok?” Puan Sheila mengambil telefon itu dari tangan Wangi. Seketika kemudian wajahnya berkerut-kerut.",
"Wangi terus tersenyum jahat. Tidak sabar hendak melihat Bunga bakal dimarahi mama. Puas rasanya kalau Bunga kena marah. Bunga kemam bibir. Dia memang sudah bersedia jika mama hendak memarahinya. Cuma Bunga bimbang jika mama bertanya siapa L? Di mana L tinggal? Dan mama mahu berjumpa dengannya. Bunga hendak jawap apa?",
"“Wangi? Kamu main-mainkan mama, ya? Mana ada mesej Bunga dengan lelaki. Ini mesej papa hantar pada Bunga pagi tadi. Papa suruh Bunga beritahu mama papa balik lambat. Telefon mama tadi habis bateri.” Puan Sheila mendengus.",
"Telefon Bunga dikembalikan kepada Wangi. Terkedu Wangi melihat mesej-mesej antara Bunga dengan L ghaib macam itu saja.",
"“Tapi mama? Tadi memang ada…! Macam mana boleh….?” Bingung Wangi.",
"Puan Sheila sudah berlalu meninggalkan anak-anaknya.",
"“Bagilah!” Bunga merampas kembali telefonnya dengan kasar di tangan Wangi.",
"“Eh, macam mana mesej kau dengan L boleh hilang? Handphone kau tu rosak agaknya. Handphone buruklah katakan. Baik kau tukar yang baru ajelah. Handphone tu kau campak ke longkang lagi bagus!” Sindir Wangi dengan riak angkuhnya.",
"Bunga tidak membalas. Hanya hatinya yang sedikit membentak. Wangi sengaja hendak berlagak dengan Bunga. Mentang-mentang Wangi gunakan telefon baru dan mahal bolehlah dia mengejek Bunga. Itupun sebab dia desak papa membelinya. Biarlah telefon Bunga buruk. Asalkan boleh digunakan lagi.",
"Selepas Wangi berlalu dari bilik, bunyi mesej masuk kedengaran di telefon Bunga.",
"L-Semua tu cuma ujian, Bunga.",
"-Aku tahu kau sentiasa kuat dan sabar.",
"-Kau gadisku yang",
"Bunga- Thank you, L.",
"-Kau ke yang hilangkan mesej kita tadi?",
"Bunga cuba meneka. Tapi sebenarnya bunga tahu L yang lakukannya untuk menyelamatkan Bunga.",
"Puan Sheila dan anaknya, Bunga kelihatan sedang sibuk menguruskan dapur ketika ini. Sebentar lagi ada tetamu istimewa yang akan datang ke rumah mereka. Bunga asyik diarahkan membuat itu dan ini. Penat Bunga terpaksa memasak banyak malam itu. Berbagai jenis lauk perlu disediakan.",
"Tetamu-tetamu mereka merupakan rombongan yang datang untuk meminang Wangi. Puan Sheila tidak kisah pun jika Wangi yang berkahwin dahulu. Memang ramai yang sukakan Wangi. Cantik serta pandai bergaya. Bunga walaupun lebih cantik daripada Wangi tetapi tiada sesiapa yang berkenan. Tidak pandai bersolek. Apatah lagi bergaya seperti adiknya, Wangi.",
"“Cepat sikit buat air tu, Bunga! Kejap lagi tetamu kita nak sampai. Janganlah lembab sangat buat kerja tu. Nanti tetamu sampai air tak siap-siap lagi. Malu mama dengan diaorang nanti. Mereka tu bukan orang biasa-biasa. Bakal suami Wangi anak orang kaya. Untung mama dapat anak macam Wangi. Menyenangkan orang tua. Nanti dah kahwin mesti Wangi selalu hulurkan duit dekat mama dan papa. Bukan macam kamu, Bunga. Tak laku. Tak ada siapa yang nak. Kalau ada yang nak pun, orang biasa-biasa aje. Kamu tu bukannya pandai bergaya pun. Siapa yang nak terpikat?” Bebel puan Sheila. Tidak habis-habis dia hendak memerli. Bunga tadahkan sahaja.",
"Apa yang mama katakan itu memang benar. Bunga sedar dirinya tidak sesempurna Wangi yang sentiasa membanggakan mama. Tapi Bunga bersyukur. Tidak hairan kalau tiada sesiapa yang sukakannya. Bunga pun sudah ada orang yang Bunga sayang. Orang yang Bunga cinta. Cuma L sahaja yang memahami Bunga. Yang tahu isi hati Bunga. Yang menerima Bunga seadanya. Selalu menemani kesepian Bunga.",
"Bunga sentiasa menantikan saat untuk dia bertemu dengan L. Biarpun L seorang lelaki yang hodoh atau gemuk, Bunga tetap sukakan L. Sebab cinta L adalah kebahagiaan buat Bunga.",
"“Tengok ni? Cantik kan cincin merisik aku. Cincin permata berlian. Kau mampu ke, nak dapat cincin mahal macam ni? Mestilah kau tak mampu, kan? Kekasih kau tu pun entah siapa-siapa. Setakat main mesej je. Bukan jumpa pun. Mungkin seorang yang miskin. Hodoh. Tak macam bakal suami aku. Kaya raya. Walaupun tua sikit. Yang penting dia akan berikan apa sahaja yang aku nak. Kau tak nak ucapkan tahniah pada aku ke, Bunga?” Bangga betul Wangi menayangkan pada Bunga cincin berlian yang tersarung di jari manisnya.",
"“Tahniah. Aku doakan hidup kau akan bahagia bila sudah berumahtangga nanti, Wangi.” Ucap Bunga dengan hati yang ikhlas. Biarpun Wangi sudah melakukan banyak perkara yang menyakitkan, Bunga tidak pernah berdendam. Wangi satu-satu adiknya. Bunga tidak boleh membenci Wangi.",
"“Of course lah aku akan bahagia. Hidup dengan orang kaya. Siapa yang tak bahagia?” Masih dengan mempamerkan riak angkuhnya. Wangi benar-benar yakin hidupnya lebih sempurna bila sudah berkahwin nanti. Dia sudah bosan tinggal di rumah mereka yang agak sempit dan kecil.",
"Encik Nasrol pula sudah diberhentikan kerja di sebuah syarikat tempat dia mencari rezeki selama ini. Kerana syarikat tersebut mengalami masalah kewangan untuk membayar gaji pekerja. Encik Nasrol kemudiannya ditawarkan pekerjaan menjadi pemandu seorang lelaki bergelar Dato.’",
"Wangi giat berusaha memikat orang kaya ketika dia masih belajar. Supaya hidupnya tidak lagi susah dan terus berada di rumah itu. Wangi tahu kehidupan mereka pasti lebih sukar setelah papa mereka hanya bekerja sebagai pemandu. Lagipun Wangi malu dengan keluarga bakal suaminya. Malu kerana Wangi dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Mujur ada lelaki kaya yang mahu berkahwin dengan Wangi. Mungkin sebab Wangi pandai menggoda.",
"Bunga capai telefonnya atas almari. Dia baru sahaja hendak terlelap selepas solat isyak tadi. Penat seharian membuat kerja rumah dan kerja sambilan upah menjahit baju. Dapatlah juga dia membantu keluarganya.",
"L-Kau mesti penat kan Bunga?",
"-Aku cuma nak ucapkan selamat malam, sayang.",
"Bunga- Takkan itu aje?",
"L-Itu ajelah.",
"-Kalau kau nak minta lebih-lebih tunggu kita kahwin dulu.",
"Bunga- Maaf, L.",
"-Aku rasa aku tak boleh kahwin.",
"-Sebab aku nak bantu keluarga aku.",
"-Lepas Wangi berkahwin dia tak pernah pulang lagi jenguk kami.",
"-Kasihan mama dengan papa kalau aku berkahwin dan terpaksa tinggalkan mereka.",
"L-Kau ni memang anak yang baiklah Bunga.",
"-Dahlah baik cantik pula tu.",
"-Kau buat aku bertambah-tambah sayang dekat kau.",
"-Dengar Bunga?",
"-Kalau suatu hari nanti kau kena kahwin dengan seseorang atas permintaan papa atau mama kau…",
"-Kau kahwinlah dengan orang tu.",
"-Sebab orang tu akan jaga kau dan papa, mama kau.",
"Bunga- Habis tu kita macam mana L?",
"-Kau kata aku ni kekasih kau!",
"-Cinta hati kau?!",
"Sampai hati L. Suruh Bunga berkahwin dengan orang lain. Bunga tidak sanggup hendak hidup bersama lelaki lain. Bunga benar-benar suka pada L. Cinta Bunga hanya untuk L.",
"L-Jangan risau Bunga.",
"-Kita masih boleh terus berkawan.",
"Sebab terasa hati dengan L, Bunga tidak membalas lagi. Tubuhnya direbahkan di atas katil. Mata dipejam. Namun air mata Bunga mengalir. Sedih jika dia tidak dapat bersama dengan L.",
"Ketika bersarapan pagi di meja makan, Bunga dapat melihat riak wajah papa yang sedang bersedih. Ada sesuatu yang merunsingkan encik Nasrol sebenarnya. Permintaan majikannya itu terlalu berat. Tetapi encik Nasrol tidak mampu menolak. Dia sudah terhutang budi dengan majikannya itu kerana memberikan pekerjaan buatnya. Kalau tidak encik Nasrol dan keluarganya sudah hidup merempat kerena tidak mampu membayar hutang.",
"“Kenapa papa nampak muram?” Tanya Bunga. Dia jarang melihat riak wajah papa begitu. Tentu ada sesuatu yang papa pendamkan.",
"“Papa ada sesuatu nak berbincang dengan Bunga. Tapi papa rasa bersalah nak beritahu Bunga.” Ujar encik Nasrol.",
"Puan Sheila yang sedang menikmati mee goreng yang dimasak oleh Bunga, turut terdiam mendengar kata-kata suaminya.",
"“Apa dia, papa? Cakap aje. Bunga nak tahu.” Desak Bunga. Apa pun yang bakal papa sampaikan Bunga akan terima.",
"“Boss papa sedang mencari calon isteri. Dia tanya papa kalau papa ada anak perempuan yang masih belum berkahwin. Jadi papa beritahu tentang Bunga pada dia. Papa juga tunjukkan gambar Bunga pada dia. Nampaknya dia berkenan dengan Bunga. Tapi….”",
"“Tapi apa, papa?” Bunga rasa berdebar.",
"“Tapi dia terlalu tua untuk Bunga. Umurnya hampir 70 tahun. Wajahnya cacat. Dan, dia lumpuh. Kalau Bunga tak nak, Bunga boleh menolak.” Encik Nasrol tidak mahu memaksa anaknya. Cuma dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu majikannya itu jika Bunga menolak.",
"“Kamu terima sajalah Bunga. Dah itu nasib kamu. Kalau tidak nanti sampai ke tua kamu tak kahwin. Kurang sikit beban kami nanti.”",
"“Apa awak cakap macam tu? Bunga ni anak kita juga! Awak selalu lebihkan si Wangi tu. Tengok apa dia dah buat? Lepas kahwin pernah ke, dia balik jenguk kita. Pernah?!” Bentak encik Nasrol. Dia sudah cukup bersabar dengan sikap isterinya yang terlalu memilih kasih. Selalu menangkan Wangi.",
"“Eh, awak ni? Kenapa nak libatkan Wangi pula? Dah nasib Wangi tu lebih baik daripada Bunga. Nak buat macam mana?”",
"“Dahlah tu mama, papa. Jangan bergaduh lagi. Bunga akan terima boss papa tu jadi suami Bunga. Tak kisahlah dia tua atau cacat sekalipun. Kalau dah jodoh Bunga dengan dia, Bunga terima takdir Bunga.” Memang Bunga redha dengan nasib dirinya.",
"Sebab Bunga yakin, apa yang ditakdirkan untuknya adalah sesuatu yang",
"terbaik. Bunga juga teringat dengan mesej daripada L beberapa hari yang lepas. Itu adalah salah satu sebab mengapa Bunga menerima jodoh yang telah ditentukan untuknya. Walaupun hakikatnya hati Bunga terasa berat untuk melepaskan cinta L.",
"Seminggu selepas itu, Bunga melangsungkan perkahwinan dengan Dato’ Lut, majikan encik Nasrol. Perkahwinan tersebut berlangsung di istana Dato’ Lut yang terletak di puncak bukit. Selain dari mama dan papa Bunga, hanya kaum kerabat Dato’ Lut sahaja yang hadir.",
"Wangi tidak dijemput atas permintaan Dato’ Lut. Encik Nasrol pun tidak tahu mengapa majikannya itu tidak mahu menjemput Wangi. Dia turutkan sahaja.",
"Dalam bilik pengantin yang dihiasi cantik itu Bunga kelihatan termenung. Dia kini sudah bergelar isteri kepada Dato’ Lut. Terserlah kejelitaan Bunga bila mengenakan busana pengantin. Seperti seorang Puteri kayangan.",
"Bunyi nada mesej mengejutkan Bunga dari lamunan. Mesej tersebut daripada L.",
"L-Tahniah Bunga.",
"-Kau sudah bergelar isteri sekarang.",
"-Tunggu hukumanmu, sayang.",
"Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Bunga tergamam. Seorang lelaki yang dia tidak kenali muncul di muka pintu bilik. Kacak. Bertubuh tinggi. Kulitnya cerah. Pandangannya memikat. Dengan pantas dia mendapatkan Bunga. Dan tanpa sebarang isyarat bibir mungil Bunga dikucup. Bunga yang terkedu segera menolak dada lelaki muda itu.",
"“Kau ni memang biadab! Berani kau buat macam tu pada isteri orang?! Kau ni, siapa? Di mana suami aku, Dato’ Lut?” Bunga terasa menggigil. Adakah lelaki itu seorang penceroboh?",
"Sambil menguntumkan senyuman nakal, lelaki berpakaian segak itu mengesat gincu milik Bunga yang melekat pada bibirnya dengan hujung ibu jari. Kemudian dirasa ke mulut.",
"“Aku sekadar menghukum kau kerana pernah memanggil aku pengecut. Tapi bibir kau cukup lembut dan manis. Aku mahukannya lagi, Bunga.” Dia kembali merapatkan jaraknya dengan gadis cantik itu. Bibir Bunga menjadi sasarannya.",
"“Sekejap!” Bunga segera menghentikan niat lelaki yang tidak dikenali itu. Tetapi dari kata-katanya mengingatkan Bunga dengan seseorang. Adakah pemuda ini….?",
"“Kau, L, kan?” Soal Bunga.",
"“Akhirnya, kau sedar juga yang aku ni, L. Aku rindu kau, Bunga.” L tersenyum.",
"“L….? Kau benar-benar, L!” Kerana terlalu teruja Bunga tidak sedar, dia memeluk lelaki itu dengan erat. L turut membalas pelukan Bunga. Wajah Bunga dikucup berkali-berkali. Bunga yang tersedar bahawa dia sudah menjadi milik orang, segera menjauhi L.",
"“Maaf, L. Kita tak boleh macam ni. Aku dah jadi isteri orang.” Ujar Bunga dengan nada kesal. Walaupun dia amat mencintai L, tapi dia tidak boleh berlaku curang.",
"“Tapi suami kau tu tua. Hodoh. Cacat pula tu. Dia tak mungkin boleh bahagiakan kau, Bunga. Cuma aku saja boleh bahagiakan, kau.”",
"“Tak, L! Walaupun dia tua, cacat, hodoh. Dia tetap suami aku. Dan, aku akan cuba jadi isteri yang",
"terbaik untuk dia.” Bunga tahu kata-katanya itu agak kejam buat L. Tetapi Bunga tidak boleh berpatah balik. Bunga sudah terima takdir hidupnya.",
"L tersenyum lagi. Terharu dengan kata-kata yang diucapkan Bunga.",
"“Terima kasih, Bunga. Kau seorang gadis yang sangat sempurna. Sabar. Cekal. Dan tabah. Tak salah aku memilih kau, jadi permaisuri hidup aku.”",
"“Apa maksud kau ni, L? Aku tak faham?” Bunga keliru. Tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh L.",
"“Sini, sayang. Biar aku jelaskan semuanya.” Pinta L sambil menarik tangan Bunga. Membawa Bunga ke birai katil. Bunga hanya menurut saja tanpa membantah.",
"Kedua-dua belah tangan Bunga L genggam kejap. Mata redupnya bersinar menatap wajah cantik cinta hatinya.",
"“Aku nak kenalkan diri aku pada kau, Bunga. Nama sebenar aku, Lutfan. Putera Lutfan. Aku lahir di kayangan. Turun ke bumi mencari calon isteri. Di kayangan aku digelar Putera L. Kenapa aku mencari calon isteri di bumi? Sebab aku tertarik dengan kehidupan manusia di sini. Aku selalu turun sekadar untuk menjengah. Aku mencari seseorang yang sabar. Yang tabah. Yang sanggup berkorban untuk keluarganya. Biarpun hatinya sering diuji bertahun-tahun. Dalam ramai-ramai, kau yang terpilih. Aku menyamar sebagai lelaki tua, cacat dan hodoh. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh menerima lelaki seperti itu. Kau benar-benar buat aku berasa kagum. Bunga? Aku, L. Dato’ Lut. Putera Lutfan. Teman lelaki. Cinta hati. Sekarang, suami kau, Bunga.” Tangan Bunga dikucup. Segala penjelasan L dihadam Bunga satu persatu.",
"Patutlah L tahu apa yang berlaku pada dirinya. Rupa-rupanya L berasal dari kayangan. Bunga hanya terkedu sehingga tidak mampu berkata apa. Dalam masa yang sama Bunga bahagia. Bunga pernah cakap dengan dirinya sendiri, yang dia tidak kisah siapa pun L. Bunga hanya mahu terus mencintai lelaki itu.",
"Sudah hampir setahun Bunga menjadi isteri kepada L, Putera kayangan itu. Sekali sekala L akan ke kayangan bertemu kaum kerabatnya. Di istana itu Bunga ditemani dayang-dayang. Bunga diberikan segala kemewahan. Bunga tidak minta semua itu. L yang menyediakan untuknya. L mahu Bunga dapat kembali apa yang pernah dirampas oleh Wangi. Apa yang Bunga inginkan dulu, tetapi tidak mampu dimiliki kerana sikap iri hati adiknya, L kembalikan semula dalam bentuk yang lebih mewah.",
"Encik Nasrol dan puan Sheila sudah berpindah ke rumah baru. Sebuah rumah banglo dihadiah oleh menantu mereka, suami kepada Bunga. Setiap bulan Bunga akan mengirimkan duit kepada mereka. Semakin hari Puan Sheila mula berubah. Tidak lagi meminggirkan Bunga. Dia sedar, Bunga anak yang baik dan taat. Wangi pula? Anak yang tidak mengenang budi. Puan Sheila dan suaminya tidak lagi dengar khabar anaknya itu. Puas dihubungi, tetapi tidak berjawab. Tidak tahu mereka berpindah ke mana?",
"Sebenarnya, Wangi kini menatap di kawasan setinggan. Syarikat keluarga suaminya jatuh muflis. Semua barang milik mereka disita. Wangi sering dipukul suaminya kerana masalah tekanan akibat kesempitan hidup. Wangi juga tidak berani meminta pertolongan dengan keluarganya. Suaminya akan melarang serta mengugut mencederakan Wangi, jika Wangi cuba hendak meminta pertolongan daripada mereka. Wangi menyesal. Mungkin semua itu balasan buatnya. Kerana mengabaikan papa dan mama. Kerana selalu menghina serta menyakiti kakaknya, Bunga. Sejak akhir-akhir ini Wangi selalu terfikirkan keadaan mama dan papa. Bagaimana kehidupan Bunga sekarang?",
"L-Bunga tengah buat apa tu?",
"-Tak payah jawab.",
"-Mesti Bunga tengah rindukan L kan?",
"Bunga- Mestilah Bunga rindu.",
"-Bila L nak balik?",
"L-Bila Bunga ucapkan sesuatu untuk L?",
"Bunga- Bunga sayang L.",
"Bunga tersenyum. Saat dia merasakan kehadiran Putera kayangannya itu. L muncul bersama sejambak bunga mawar untuk isteri tercintanya. Lantas, memberikan pelukan hangat buat Bunga."
] | [
"happy ending.."
] |
https://fiksyenshasha.com/cukai-tanah-selangor/ | Semakan Cukai Tanah Selangor Online (eHasil) | [
"Negeri Selangor antara negeri yang mempermudahkan rakyatnya untuk membuat pembayaran cukai tanah secara online. Pada artikel ini, kami menulis berkenaan cara semakan cukai tanah Selangor secara online.",
"Cukai tanah adalah cukai yang dibayar secara tahunan yang dikenakan ke atas hartanah persendirian di Malaysia manakala cukai petak pula adalah cukai yang serupa bagi hartanah strata. Kedua-duanya jenis cukai ini harus dilunaskan bayaran kepada pihak pejabat tanah di setiap negeri.",
"Pembayaran melalui eHasil Selangor menjadi lebih mudah kerana ianya mudah diakses secara online. Sistem eHasil beroperasi selama 24 jam sehari dan dibuka setiap hari. Manakala pembayaran lebih pantas hanya dengan mengisi nombor akaun dan teruskan pembayaran. Selain itu, pengguna boleh terus memuat turun salinan bil dan resit tanpa perlu menunggu panjang. Berikut adalah cara semakan cukai tanah Selangor.",
"Setelah anda selesai membuat pembayaran, resit bukti pembayaran akan dikeluarkan. Simpan resit ini sebagai bukti ataupun sebagai dokumen yang boleh digunakan untuk sebarang urusan rasmi yang memerlukan bukti pembayaran cukai tanah di tanah anda.",
"Jika anda ada sebarang persoalan ataupun terdapat kemusykilan mengenai cara semakan cukai tanah Selangor, anda boleh terus hubungi nombor berikut:",
"Selain itu, boleh juga hantarkan email kepada pejabar ehasil di alamat emel [email protected]",
"Jika anda ingin terus mengunjungi pejabat eHasil, anda boleh berkungjung ke alamat berikut:",
"Pejabat Tanah dan Galian Negeri SelangorBangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah40576, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan",
"artikel lain: APDM: "
] | [
"Cerita bab2 yg ini (cukai) memang betul2 menyeramkan…",
"Cerita bab2 yang ini (cukai) memang sgt menyeramkan…"
] |
https://fiksyenshasha.com/shhh-abah-tidur-tu/ | Shhh..abah tidur tu~ | [
"Hi, assalamualaikum kepada pembaca-pembaca setia fiksyen shasha. Sebelum ini, aku ada share satu cerita dekat sini yang bertajuk “Nenek?”. Kepada yang belum baca lagi kisah ‘nenek’ tu pergilah baca. Kalau tak best jangan marah ya~ Hehe. Okey. Hari ini aku nak berkongsi tentang satu lagi kisah seram yang aku alami sendiri sewaktu arwah mama aku masih ada lagi.",
"Kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi masa aku tengah bersiap-siap nak pergi kerja. Kalau tak silap aku, masa tu dalam pukul 8 pagi dan ke atas. Atas berapa tu memang aku tak ingat dah. Sebab memori dah penuh dengan benda lain waktu tu. Hahahahha. Okey sambung balik. Masa tu, arwah mama aku tengah buat sarapan pagi dan dalam masa yang sama aku pulak tengah pakai tudung. Abah aku pula tengah bersiap nak mengeteh dekat luar dengan kawan-kawan dia. Abah aku ni memang sejenis kalau keluar rumah, kopiah dia memang tak lari. Tu kira treadmark dia lah dan kitorang sekeluarga dah tau dah kalau pakai kopiah tu mesti nak keluar pergi surau atau pergi mana-mana destinasi yang dia nak pergi. Abah aku ni pun terus keluar rumah dan bermulalah sesi bergossip dengan arwah mama aku ni. Faham-fahamlah gossip pasal apa kalau dengan anak -anak yang dah besar tu. Hahahahah.",
"Malangnya, sesi bergossip tu bertahan 5 minit je (Cis!Hahahah) sebab secara tiba-tiba abah aku balik ke rumah tapi dalam keadaan yang masam mukanya ibarat baru lepas bergaduh dengan kawan. Aku rasa pelik sebab ayah aku baru je keluar tapi lepas 5 minit dah balik. Aku perasan kopiah dah tak ada dekat atas kepala.",
"Tapi aku tak ada fikir yang bukan-bukan masa tu. Aku anggap je kopiah abah aku terjatuh dekat mana-mana atau pun abah dah simpan dekat dalam poket seluar. Waktu tu, arwah mama aku masih lagi tak perasan abah aku dah balik rumah dan nak sambung gossip balik tapi aku cepat-cepat tahan sambil buat isyarat tangan dekat mulut suruh senyap. Sebab masa abah aku masuk dalam rumah tu, muka dia macam tak best, kusam dan berjalan terus dekat bilik abang aku. Pintu pula di tolaknya separuh, tak tutup habis dan terus berjalan ke katil sambil menghadap dinding.",
"Sebab itulah aku buat isyarat senyap dekat arwah mama aku sebab takut nanti abah aku dengar. Aku buat isyarat tidur sambil tunjuk bilik abang aku dekat arwah mama untuk menunjukkan yang abah aku tengah tidur. Nasib baik arwah mama aku ni faham dan dia pun pergi jenguk dekat bilik abang aku untuk pastikan balik info yang aku bagitahu dekat dia tadi. Memang sah ayah aku tengah tidur waktu tu sebab aku pun ikut tengok sekali.",
"Lepas tu, aku pun pergilah kerja seperti biasa. Dalam pukul 10 lebih tu, aku dapat panggilan telefon daripada arwah mama aku. Aku pun jawablah panggilan tu sebab manalah tau arwah mama aku ada nak pesan beli barang-barang atau makanan ke. Berdesing telinga aku lepas angkat panggilan tu sebab arwah mama aku macam tinggikan sikit suara dia daripada biasa dan aku dapat dengar suara arwah mama macam resah gelisah. Aku pun tanya “Kenapa ma? Macam cuak je? Mama jumpa cicak ke?” sambil gelakkan arwah mama aku sebab arwah mama memang penakut kalau dengan cicak ni. Arwah mama aku tak layan pun gurauan aku tu dan terus cakap pasal benda lain. Perbualan tu macam ni.",
"Mama: “Ish! Bukan cicak la! Mama nak cakap pasal abah.”\nAku: “Hah? Kenapa dengan abah? Tidur kan tadi?”\nMama: “Haa tulah. Tadi kau cakap abah tidurkan?”\nAku: “Ha laa..kan mama sendiri tengok dengan orang (aku) tadi. Kenapa?”\nMama: “Dayah…jangan buat mama seram Dayah…”\nAku: “Kenapa? Apa yang seramnya?” (Aku dalam talian dah mula pelik dengan arwah mama aku ni.)\nMama: “ABAH KAU BARU BALIK NI??!!\nAku: “HAH?! Tapi tadi orang(aku) nampak abah masuk rumah terus pergi bilik along!” (Bersungguh aku jawab)\nMama: “Mama tanya abah pergi mana tadi. Bukan tidur ke? Abah cakap dia keluar makan. Baru je balik ni. Dah tu mama duduk dengan siapa tadi Dayah? Dah la mama duduk sorang dalam rumah.” (Jelas terdengar keluh kesah suara arwah mama aku tu)\nAku: “Tak apalah ma. Pasang surah dekat TV. Nanti orang(aku) baca ayat pendinding dekat keliling rumah.”",
"Perbualan tu pun tamat begitu sahaja dan buat aku teringat balik tentang situasi pagi tu. Aku berfikir sedalam mungkin dan aku baru perasan yang abah aku masuk ke dalam rumah tanpa bagi salam terlebih dahulu. Selain daripada kopiah, abah aku ni kalau masuk ke dalam rumah akan ucap salam dulu sampai bergegar satu rumah dengan salam dia.",
"Tapi, waktu tu abah aku masuk ke dalam rumah tanpa ucap salam dan terus masuk macam tu je. Aku pun baru perasan muka abah aku waktu tu macam samar-samar. Balik daripada kerja, aku terus baca surah 3 kul, ayat Kursi dengan Al-Fatihah dan aku tiup setiap penjuru, tingkap dan pintu\nrumah aku.",
"Nak kata pandai, tak adalah pandai sangat tapi cukuplah sekadar melindungi arwah mama yang tersayang. Lepas daripada tu, dah tak ada dah kena ganggu waktu siang lagi. Tak faham aku. Dah tukar timing ke waktu ‘kerja’ Si HR (Hantu Raya) ni? ‘Kerja’ waktu malam sudah la. Ni pagi-pagi pun nak ‘kerja’ juga. Mungkin Si HR ni majikan dia dah tak ada. So ikut suka dia la nak ‘kerja’ bilakan. Bila ‘kerja’ sendiri tu yang ikut suka hati dia nak pilih timing bila. Hmmm…sabar jelah~"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/bantuan-bencana-pertanian-kelantan/ | Permohonan Insentif Tabung Bencana Pertanian Kelantan | [
"Kepada rakyat Kelantan yang terkesan akibat bencana yang menimpa anda, kerajaan Kelantan ada menyediakan insentif bantuan tabung bencana untuk anda. Ianya dikenali sebagai insentif tabung bencana .",
"Permohonaan dibuat dengan cara mengisi borang permohonan kemudian menghantar ke pejabat pertanian.",
"Cara permohonan insentif tabung bencana pertanian Kelantan adalah seperti berikut:",
"Nombor untuk dihubungi adalah seperti berikut:",
"Artikel lain: Aplikasi Pangkalan Data Murid"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/login-apdm/ | APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Login | [
"APDM merupakan aplikasi pangkalan data murid. APDM menampatkan semua aplikasi yang berkaitan dengan murid. Di sini disertakan link untuk anda login ke dalam APDM secara online. APDM diperlukan oleh guru kelas, bahagian setiausaha dan juga peringkat pejabat pendidikan daerah (PPD)",
"Anda boleh masuk ke dalam sistem APDM secara atas talian dengan melayari laman web/pautan di bawah ini;",
"Anda akan dibawa kepada paparan di bawah ini;",
"Masukkan ID pengguna dan juga kata laluan yang telahpun diberikan kepada anda.",
"Berikut kami paparkan notis terkini APDM 2023",
"klik: Surat Pengemaskinian Data Murid 2022/2023",
"Jikat maklumat murid tidak dipaparkan, sila ikut maklumat di bawah ini;",
"Sekiranya anda terlupa kata laluan anda;",
"Sekiranya terlupa katalaluan untuk guru kelas, sila hubungi admin sekolah untuk reset katalaluan guru pada modul pendaftaran kelas.",
"Sekiranya terlupa katalaluan untuk admin sekolah, sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah bagi mendapatkan katalaluan.",
"Semoga artikel ringkas mengenai APDM ini dapat membantu anda untuk mengisi maklumat data murid."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/polibriged/ | Polibriged | [
"Hye salam kepada admin dan pembaca semua, dan juga terima kasih, sekiranya cerita ini disiarkan di laman ini.",
"Apa yang berlaku ini bukannya fiksyen. Sememangnya kejadian sebenar yang saya alami sewaktu perkhemahan polibriged yang wajib bagi penuntut politeknik di sem 1. (Kecuali yang telah menunaikan PLKN sesudah tamat persekolahan menengah)",
"Sedikit cerita latar, sy memasuki politeknik pada tahun 2010 di salah satu institusi di bahagian selatan tanah air. Oleh kerana nama sy tidak dipanggil untuk sesi PLKN, maka sy diwajibkan untuk menyertai polibriged, sebagai pelengkap silibus ko-kurikulum di poli. Dan di antara aktiviti yang termasuk di dalam silibus ini adalah perkhemahan polibriged di satu lokasi yang agak terkenal. (Dirahsiakan)",
"Berbalik kepada cerita saya. Terlebih dahulu, saya memohon maaf di atas flashback yang samar-samar ini, kerana cerita ini sudah bertahun lamanya, dan ada beberapa perincian yang sudah dilupakan.",
"Buat hari pertama, tiada apa yang perlu diceritakan untuk perkembangan cerita, melainkan adegan adegan tipikal yang biasa dialami di dalam perkhemahan.",
"Berkenaan peristiwa yang terjadi tersebut, Ia terjadi pada malam kedua (atau ketiga. Maaf kerana sudah terlupa). Kami dikejutkan seawal 2 pagi untuk satu perhimpunan yang tidak diketahui tujuannya. Fasilitator yang terlibat meminta peserta-peserta untuk membawa sekali kain sal/kain good morning/tuala kecil yang tersenarai sebagai salah satu item wajib untuk dibawa dari kamsis sebelum bergerak ke tapak perkhemahan.",
"Usai roll call untuk memastikan peserta semua hadir, fasilitator meminta semua peserta untuk beratur dan memakai kain yang dibawa tadi sebagai penutup mata. Kami diminta memegang bahu kawan kawan di hadapan dan kemudian bergerak mengikut panduan tangan kami di bahu rakan di hadapan, sementara fasilitator yang terlibat memandu arah untuk rakan yang di hadapan sekali.",
"Sayugia diingatkan, kami diminta berjalan di waktu 3 pagi (sesudah semua selesai berkumpul) ke lokasi yang kami tidak tahu menahu akan arahnya. Sesudah berjalan yang entah berapa lama, kami diarahkan duduk bersila, dan saya dapat merasakan kami sedang berada di atas jalan aggregate (batu baur kecil atau istilah layman, crusher run). Sesudah duduk, kami diberitahu melalui suara jeritan ketua fasi (senior) yang memecah keheningan malam, bahawa apa yang kami akan lalui adalah satu aktiviti yang dipanggil “Burung Hantu”, atau istilah Inggerisnya, The Courage Test. Juga dikenali dengan nama “Kimodameshi” di negara matahari terbit.",
"Saya, sememangnya seorang penakut kronik, mula mencari peserta peserta lain di keliling saya untuk berbual, sekadar menghilangkan rasa takut di dada. Oleh kerana perbuatan itu, 2 kali saya dipindahkan tempat, dan menurut fasi yang mengalihkan saya setelah kali kedua saya dialihkan, saya akan bermula di awal sekali akibat tidak mendengar arahan.",
"Diingatkan juga, penutup mata kami masih belum dibuka di waktu ini. Kami juga diajar kod pada waktu ini, agar dapat kami mengenalpasti samada sekiranya ada terjumpa kelibat rakan di dalam hutan, boleh digunakan untuk mengenali antara satu sama lain. ( Kod yang digunakan telah saya lupa, tapi untuk tujuan penceritaan, saya akan gunakan “Pulau Kapas”, dimana sekiranya terjumpa, haruslah menjerit “Pulau!” untuk permulaan kod, dan sekiranya yang dijumpai berkenaan adalah komrad, haruslah dibalasnya dengan “Kapas!”. Kod ini memainkan peranan di dalam cerita ini.)",
"Masuk ke permulaan Burung Hantu. Saya sejujurnya skeptikal dengan apa yang diberitahu oleh fasi, menganggap kata kata mereka hanya lah sekadar retorik, untuk mengelakkan peserta riuh berkomunikasi antara satu sama lain. Alangkah terkejutnya saya bila saya diarahkan berdiri dan membuka penutup mata saya, dan saya berdiri keseorangan di hadapan, dan peserta yang lain semua masih di belakang. Memang terkono. Setelah diberikan kata kata perangsang oleh fasi ( “kau reti istighfar tak? Reti azan tak? Tau Kursi an? Kot terjumpa nanti, pepandailah ae. HAHAHA.) Saya diarahkan berjalan mengikuti laluan crusher run berkenaan sehinggalah sampai ke tapak perkhemahan, yang jaraknya 20 minit (menurut fasi).",
"Maka bermulalah perjalanan saya di dalam gelap malam, hanya ditemani cahaya samar bulan dan bunyian cengkerik dan katak. Sepanjang perjalanan, saya dapat mengenalpasti terdapat beberapa fasi di checkpoint tertentu, melakonkan watak seram, seperti pontianak, pocong, dan tidak kurang bunyi hilaian yang sememangnya dari rakaman handphone. Namun begitu, oleh kerana ketakutan kronik saya ni, jadi orang bodoh akibat ketakutan, dan membaca takbir dan istighfar sepanjang perjalanan sambil menggeletar.",
"Dan di pertengahan jalan, saya terjumpa…..",
"Setelah melepasi ‘gangguan’ ketiga (fasi memakai topeng dan merangkak), saya sampai di satu selekoh yang berbukit, dan dalam kesamaran malam, saya perhatikan terdapat sesusuk tubuh kurus sedang menuruni bukit sambil meluncur, sebagaimana pergerakan manusia di atas skateboard, dan semakin hampir saya dengan selekoh berkenaan, sy perlahankan bacaan takbir saya dan berdiri tegak, bertujuan untuk memberi laluan kepada ‘fasi’ berkenaan yang pada fikiran saya ketika itu, sedang meluncur untuk menghala ke checkpoint beliau. Saya dengan tenang terus memberikan kod seperti yang saya mention di awal tadi.",
"Tergamam saya sebentar apabila susuk tubuh yang saya sangkakan fasi berkenaan berhenti tegak, di pertengahan bukit. Walaupun pada awalnya sy nampak dia meluncur sebentar tadi. Itu bukannya pergerakan seseorang yang meluncur dgn skateboard. Sepatutnya ada braking motion yang terlibat, sisa inertia dalam pergerakan, walau perlahan mana pun skateboard itu meluncur. Terus saya perhatikan kakinya. Kosong. Tiada skateboard. Sesusuk tubuh yang hanya boleh diperhatikan dengan bantuan cahaya bulan yang samar, tegak terpaku memerhatikan saya.",
"Setelah saya berdiri agak lama memerhatikan lembaga berkenaan, saya kumpul sisa keberanian yang ada, menggerakkan kaki saya yg menggeletar teruk, menahan diri sendiri dari terkencing ketakutan, perlahan menaiki bukit berkenaan.",
"Kamu biasa berjalan berseorangan di waktu malam? Naluri manusia biasanya akan memerhatikan kawasan gelap yang ada di sepanjang perjalanan untuk memastikan tiada mata yang memandang kamu balik dari dalam kegelapan itu, bukan? Ya, itulah perkara bodoh yang saya buat.",
"Saya berjalan perlahan menaiki bukit berkenaan, terdiam. Hilang segala Kursi, azan dan takbir yang menggembirakan Maha Agung saat saya zikirkan sepanjang perjalanan tadi. Dan pada masa yang sama, sy tundukkan pandangan, hanya pada kasut sy yang basah dek embun malam (bukan air kencing). Dalam fikiran saya ketika itu, hanyalah jalan, pandang bawah, dan tinggalkan lembaga berkenaan yang sy cuma nampak dr hujung mata sy, masih memerhatikan sy. Sedang sy berjalan, naluri bodoh manusia sy terus mainkan peranan. Patutkah sy lihat bagaimana rupa lembaga berkenaan? Haruskah sy pastikan samada ia manusia ataupun seperti yang sy takuti, makhluk Allah yang dihadkan kelibatnya dari hijab manusia normal?",
"Waktu perasaan itu terdetik di minda, kepala sy terus memandang ke tepi, seperti refleks, memandang wajah lembaga berkenaan yang masih memandang sy. Dan saat sy memandangnya, sy kaget, tapi sy teruskan berjalan. Wajahnya tiada. Botak. Hanya outline mukanya sahaja yang kelihatan. Seperti seseorang yang memakai spandex di seluruh badan, persis pelakon motion capture yang memakai sut hijau untuk menghasilkan animasi yang akan ditambah kemudian, itulah keseluruhan rupanya. Tidak berpakaian, dan sangat kurus. Setinggi saya yang 177cm, dan muka kami memandang satu sama lain yang bagi saya teramatlah lama.",
"Sejurus melepasi lembaga berkenaan, sy dengan degupan jantung sederas Niagara mula hilang getar di lutut, dan dengan anggapan yang dia akan mula mengejar sy, sy tekadkan semangat dan terus memecut laju untuk sampai ke penghujung destinasi.",
"Sempat melepasi 2 checkpoint fasi yang menanti mangsa, tetapi sy tak endahkan dan teruskan larian ke penghujung. Dan apa yang sy tiba tiba teringat sejurus menanda nama di roll call fasi yang menunggu di akhir, tiada satu pun fasi yang botak di kalangan mereka. Malahan dalam kalangan pelajar yang terlibat juga tiada. Sempat saya double check dengan fasi, adakah terdapat kehadiran fasi yang lain yang berkepala botak. Fasi menggeleng dgn bersahaja.",
"Bersyukur saya kerana dapat melepasi dugaan berkenaan dan pada pengakhiran hari perkhemahan tersebut, peserta pertama disebut sebut oleh fasi dalam nada sinis. Mungkin bagi mereka kelakar dan mencuit hati, namun apa yang saya lihat pada malam itu, buat saya nekad untuk tidak mencabar lagi kewujudan makhluk lain di alamNya ini. Cukuplah sekali."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/minyak-dagu/ | Minyak Dagu | [
"Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca yang dikasihi, kisah ini adalah kisah benar yang pernah terjadi kepada keluarga aku sendiri. Kisah bermula ketika abang aku diterima bekerja di sebuah syarikat, aku tak ingat company apa. Masatu abang aku dah bertunang dengan crush satu sekolah dulu, atuk akula orang paling gembira bila abang aku tunang dengan dia sebab atuk kak ipar aku rupanya kawan lama atuk aku. memang family bagi green light la kan.",
"Masa mula-mula kerja tu abang aku okay je, start dah 2 bulan kerja situ. perangai abang aku mula berubah sikit. dia mula start balik lewat, mula lepak dengan kawan-kawan pejabat. ni mak akula yang citer sebab aku dekat perak masatu tak tahu pape. yang geramnya dia ikut kawan pejabat pergi trip kat mana entah tak bagitahu nenek aku, nenek aku risaulah kan sebab 2-3 hari tak balik rumah call pun tak berjawab. abang aku dia memang duduk dengan atok nenek aku, rumah ayah memang dia jarang balik. mak ngan nenek aku memang pelik gila la dengan perangai abang aku tapi dorang tak syak pape masa tu.",
"satu hari nak dijadikan cerita, abang aku accident motor dengan kawan sekolah dia, sampai kena duduk ward jugakla sebab tapak kaki dia koyak sampai masuk batu tak silap. kak ipar aku melawat abang aku, tapi ada kawan pejabat abang aku datang dulu sebelum dia. kak ipar aku nampak ada perempuan berusia dalam 30-an gitu dengan lelaki tengah borak ngan abang aku. lepas dorang balik, kak ipar aku start la borak ngan abang aku. tapi abang aku kalih muka weh, tak nak bercakap. macam benci sangat gamaknya. menangis kak ipar aku bila bercerita kat aku time tu, aku macam pelik gila kot, dulu time sekolah punya susah kau nak ngorat dia ni tiba-tiba kau benci dia pulak.",
"lepas beberapa hari macamtu, aku dapat call dari mak aku. Aku terkejut gila bila mak aku cakap abang aku dah putus tunang. aku bising kat mak aku, kenapa jadi gitu? mak aku ni jenis tak suka bersangka buruk dia anggap je takde jodoh. aku ni pulak jenis bersangka buruk dulu hahaha. bukan tak caye jodoh, ajal, maut. tapi macam tiba-tiba angin takde ribut takde tiba-tiba bergaduh pastu putus. aku cakap kat mak aku. dia terkena buatan orang ke? sebab aku adik dia aku tahu macammana payahnya abang aku nak ngorat kak ipar aku dulu. lepastu mak aku macam senyap, mak aku cakap takpela nanti dia cuba berbincang dengan nenek aku cane. aku pun okayla harap betullah.",
"aku ada atok sedara, atok sedara aku ni aku tak tahula sebab dia boleh nampak taw benda-benda ghaib ni. mak aku pun tak tahu nak describe dia ni ada saka ke apa ke tapi entah, nenek aku mintak dia tengok-tengok abang aku. atok tu kata abang ni dah kena calit dengan minyak dagu. rupanya kawan sekerja yang buat sebab dia syok kat abang aku. masatu memang tergamam la mak aku semua. masatu atok tu bagi air apa aku tak sure, tapi dia mintak abang aku mandi dengan air tu.",
"bila dia macam okay sikit baru bincang bawa abang aku pergi berubat dengan atok sedara aku tu. yang aku kagum pasal family aku ni kan, aku tak tahula macam mana makcik aku boleh leak gambar perempuan tu kat facebook. bila aku tengok perempuan tu kan sumpah seram. nak tahu tak sapa perempuan tu? dia la yang melawat abang aku masa masuk ward.",
"after abang aku mandi air tu, dia macam okay tak okayla jugak. plan nya sabtu tu nak bawak dia berubat la. tapi perempuan tu call abang aku suruh datang rumah dia. nenek aku memang tak bagila kena paksa jugak pergi berubat. masatu aku ikut sebab kak ipar aku nak tahu progress akula tukang rojer. bila dah sampai rumah atok sedara aku. kitorang dibawa masuk dalam bilik tempat dia berubat la. tiba-tiba atuk sedara aku dah bertukar karakter, sebab ada benda masuk dalam badan dia. benda tu macam marah sesuatu taw kat tepi, aku dah seram sejuk kat belakang. dia kata kau pergi jangan kacau cucu aku. lepastu benda tu tanya nenek aku nak pulangkan ke nak balas. nenek aku kata pulangkan jela. lepas settle tu, benda tu bertazkirah la sikit solat jangan tinggal, tengok macam orang belakang tu kadang-kadang solatnya. akula tu orangnya hehe",
"then kesimpulan yang kami dapat, kan perempuan tu suh abang aku datang rumah dia kan. kau tahu benda tu kata apa. dia nak perangkap abang aku biar kena tangkap basah dengan dia. eiii geram aku. dahlah sanggup berhabis 4-5k suh bomoh siam buat minyak dagu buat rugi je, haish la tak boleh brain aku perempuan ni.",
"satu hal lagi ada mastermind ya yang plan dengan perempuan tu. rupanya kawan abang aku sendiri komplot ngan perempuan tu. bila diingat balik geram sungguhlah. lastly abang aku ngan kak ipar aku get back semula Alhamdulillah. dah anak 3 dah sekarang. abang aku pun dah berhenti dari situ sebab perempuan tu still kerja situ. korang hati-hatila kalau tiba-tiba ada orang cuit-cuit bahu ke apa takut jadi benda gini la. itu sahaja cerita aku. byee"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/adik-4/ | Adik | [
"Aku pernah share satu story tentang adik aku yang “indigo” dulu. So sekarang aku nak share a few story lagi since aku dah ada sikit masa untuk tulis. Busy kalah PM. Kalau takbest sorry ye, hehehehe cheq ni baru belajar menulis.",
"Cerita 1: Sapa tu?Kisah ni jadi masa kami balik kampung, selalu hantu2 ni duk keluaq/muncui masa kat kampung jaa almaklum laa kat kampung kan semua veteran person yang duduk.. Veteran maksud aku orang lama2 yang kadang tu ada mewarisi something dari moyang dulu, faham kan?",
"So nak dijadikan cerita rumah arwah nenek aku ni betul2 penghujung kampung, jadi sekitar dia cuma ada 2 buah rumah termasuk rumah nenek aku jadi 3 laa. Rumah nenek dengan rumah nek jah jaa yang still berpenghuni (waktu tu laa, sekarang al-fatihah dua2 dah meninggal). Rumah satu lagi tu memang kosong jadi agak seram laa bila malam, gelap gulita jaa.",
"Okay dah habis mukaddimahnya..Malam terakhir puasa, korang ingat bulan puasa takda hantu kaa? Ada nahh. Masa ni kami tengah seronok main bunga api, tengah2 main sepupu aku hilang. Korang bayangkan budak umur 10 tahun badan besar boleh hilang sekelip mata tanpa ada sorang pun sedar. Jenuh semua orang cari tapi takjumpa, arwah nenek aku siap bukak lagi stor barang yang takpernah kami masuk takut2 dia masuk dalam tu tapi takda pun.",
"Tiba- tibaa..“AZAD !!!” “ALLAH ANAK AKU!” “ANAK AKU ANAK AKU!!” (drama mak2 pukul 7)Rupanya sepupu aku terbaring elok dalam bilik rumah nenek sambil dekat tangan dia penuh dengan daun midin. Tahu daun midin? Aku pun taktau bentuk dia macamana tapi mak aku cakap daun midin daun ulam orang dulu2 suka makan, macam sireh laa kot ye. Imagine ye, budak 10 tahun makan ulam daun midin.",
"Terkejut semua orang. Bila diaorang tanya dia, dia macam tak ingat apa2.Ingat dah habis laa misteri daun midin ni, rupanya tak.. Kalini epic sikit, sebab adik aku terlibat..",
"SItuasi 1: Lepas balik dari raya rumah orang, kami semua duduk depan beranda kira duit.Kedekut bagi singgit! Getus hatiku..“Ibuu.. nenek tuu panggil adik pi rumah diaa “ tetiba adik bersuara.“Nenek mana? tanya ibuu..“Nenek daun midin” jawab adik.“Ohh nenek daun midin, semalam dia panggil Ajad pi rumah diaa.. Dia masak ayam masak kicap, daun midin dengan sambal belacan” .Azad tetiba menyampuk tanpa sebarang reaksi yang aneh.Ibu kata masa tu dia macam nak m**i dah, terus dia pehambat kami masuk rumah kunci pintu beranda. Punya ketaq taktau habaq.",
"Situasi 2: Dalam rumah waktu ni memang tengah kecoh dengan pelbagai reaksi, spekulasi serta misteri. Nenek waktu tu pun turut sama risau dan cemas, yelaa arwah jirannya tu dah lama meninggal takkan boleh bercakap dengan cucu2nya dan takkan cucunya boleh nampak arwah.",
"“Arwah dulu memang tanam daun midin belakang rumah, dia selalu cabut daun midin kalau nak makan. Aku ni selalu dapat waktu tengah hari, korang ni (tunjuk dekat makcik pakcik aku) suka daun midin tu tapi dah besar panjang ni daun midin pun takkenai” cerita nenek. “Anak2 dia memang berulamkan daun midin ni la” sambung nenek.",
"“Tapi mak kenapa dia kacau anak busu mak? Tanya busu.“Itu aku taktau, mungkin dia balik beraya tahun ni, kita taktahu kan. Asalkan dia takkacau teruk2 jadi laa, dia tegur je tu lagipun anak2 korang selamat kan. Malam ni kita semua baca Yassin, doakan dia tenang kat sana. In shaa allah, semua takda apa2” cakap nenek dalam keaadan sedih.",
"Malam tu semua baca Yassin untuk arwah tok sekali dengan arwah nenek daun midin. Nenek cakap ini je yang mampu kita buat. Alhamdulillah lepas pada tu memang si Azad dengan adik aku takda nampak arwah lagi. Aku syak nenek tu balik kampung melawat jiran2 laa. Semoga arwah nenek daun midin tenang disana Aamiin..**********************************************************************************Cerita 2: Rumah sewa aku.Okay kisah ni advance sikit sebab dia hantu moden. Ahahhahaha.Tempat korang belajar mesti ada satu law yang kalau nak stay dekat asrama for the rest of kau punya pengajian tu kau kena turun Masjid/Surau setiap minggu. Aku ni jenis malas, so memang banyak kali skip. Bila time kena turun jaa aku mesti akan turun makan kat café, hehehehe..",
"So nak dijadikan cerita semester 3 aku takdapat asrama jadi aku kena sewa rumah laa dekat luar kolej aku ni.Aku pun google laa semua rumah sewa yang ada, bad lucknya aku time tu yang tinggal cuma satu rumah yang ada sewa bilik saja so aku kena sewa bilik tapi semua kemudahan rumah tu aku boleh guna dan share dengan semua penghuni lain. Geng aku ada 2 orang yang sangkut asrama jugak. Rumah tu memang dah ada seorang senior, so kami bertiga amik bilik sorang satu laa itu pun sebab nakkan keselesaan.",
"Hari pertama masuk, adik aku warning aku satu ayat “solat”. Aku mcm ‘eh2 kau’ aku ni solat je cuma bukan kat masjid. Sebelum keluarga aku balik, ayah aku dah pagar bilik aku. Ayah aku ni takboleh berubat orang tapi since adik aku ni special ayah suka bertanya ustaz cara2 untuk halang benda halus masuk rumah untuk prevention laa.",
"Selepas sebulan aku stay situ, aku memang takda rasa apa2 yang seram atau pelik. Beza pulak dengan kawan2 aku yang lain. diorang selalu cakap bila diaorang stay sorang2 dioarang rasa macam ada orang tengok dari jauh takpun rasa macam bunyi orang bercakap dekat luar, ramai bunyi diaa.. tapi bila keluaq sunyi.",
"Ada sekali tu, wani cakap dia nampak kami tengah makan dekat meja ramai2 sebab dia nampak dari sipi bahagian belakang kawan aku tengah duduk dekat meja makan tapi dia taktegur sebab nak mandi dulu. Bila dah settle mandi, dia pergi dapur konon nak join the crowd la tapi alangkah terkejutnya dia sebab yang dia nampak cuma polestrin kosong penuh dengan tulang atas meja. Dia dah start cuak, dia buka pintu bilik kami sorang2 tapi kami semua takda. Kosong gelap. Sapa yang dia nampak tadi? Sapa yang makan? Sapa yang bising2 tadi?",
"Yang jadi dekat Min pulak, barang2 dia semua habis cepat macam ada orang guna. Toiletries, stok makanan dia semua habis cepat. Kitaorang jenis beli barang basah tapi jenis tulis nama sebab yelaa senang nak tahu kan even telur pun tulis nama ya, hahahahaha..",
"Pernah sekali dia mengamuk sebab tuna yang dia beli pagi tetiba tengah hari nak makan dah habis and surprisingly tin tuna tu terbuka. Mula2 fikir macam akak senior tu yang makan tapi bila lama2 kami perhati senior tu pun jarang ada dekat rumah. Benda makin pelik bila rumah start bersepah, baju kami sidai habis teraboq atas lantai. Bilik ayaq takyah habaq, sentiasa basah sedangkan kami semua guna HANYA waktu pagi dan malam. Dalam tong sampah penuh dengan tulang sisa makanan.",
"Korang imagine ye, student mana nak masak ayam belado ke daging masak kicap ke ayam klokklok masak goreng. Kami ni habis kuat makan siap2 kat café kolej, kalau lapaq malam2 makan maggi + teloq sebijik. Tapi sisa dalam tong sampah kemain macam ada sekeluarga oo..",
"Malam tu aku start taksedap hati, sebab Min dengan Wani takberani tidur dalam bilik. Diaorang rasa macam bilik tu terhimpit, rasa sesak, rasa macam ada haba panas yang menyesakkan. Diorang masuk bilik aku je, diorang cakap bilik aku sejuk tenang.",
"‘Dik, boleh tolong angah tak?’ aku telefon adik aku malam tuu.‘Bunian ngah, mak ayah dengan anak 3 orang ( 2 lelaki 1 perempuan)’ jawab adik selamba.",
"PANG! Tertampar kau waktu tu dengar adik cakap macamtu. Aku tengok kau, kau tengok aku.PRANG ! bunyi pinggan pecah.‘Diaorang tahu laa tu angah dah tahu’ adik bersuara.‘Buat taktau je, ayah dah pagar bilik angah sebab tu angah takda rasa apa2. Takyah keluaq mana2, mana nak kencing tahan sampai esok takpun kencing jaa dalam cawan.’‘Otak hang, kalau dah tiga orang nak kencing cawan satu jaa mana nak muat’ marah aku. Bongok punya adik.",
"‘Depa tu dah duduk situ lama dah laa ngah, hampa yang tumpang rumah depa. Sebab tu rumah tu kalau angah perasan macam rumah orang yang berkeluarga, masa adik masuk adik dah rasa something wrong. Adik dah habaq kat ayah, ayah cakap takpa biaq laa janji bilik angah ayah dah pagaq sebab tu adik pesan jgn lupaa solat. Elok adik masuk rumah tu, budak perempuan tu dah jengoi pala kot dapoq dah.",
"Masa kawan2 angah duk kemas bilik, dia dah selongkaq habis dah barang kawan2 angah tuu. Hat laki jaa diam sebab penghuni baru semua perempuan, cuba lelaki mau habis spender dia hilang budak2 tu pakai. Depa takkacau tapi depa ada. Lebih kurang kitaa jaa depa, ada kehidupan cumanya beza alam. Jangan risau banyakkan doa, ayat kursi baca dalam hati jangan bukak pasang kuat2 cukup baca dalam hati. Jangan tunjuk sangat kita tau dia adaa.’ pesan adik.",
"‘Yela, apa2 angah call adik teman nah. Takut’ aku tutup phone. Kami berpandangan. Diam. Masing2 duduk atas katil kaku keras.‘Jum layan korea’ aku cuba pecahkan keheningan yang ada.",
"Lepas pada kejadian tu, kami cuba adapt dengan situasi. Makanan semua kami bungkus, lepas makan terus buang dalam tong sampah besar. Baju semua kami sidai dalam bilik masing2, waktu malam dioang akan datang dan tidur di bilik aku.",
"Sampailah habis semester 3, masuk semester 4 kami apply asrama konon untuk keselamatan. Kisah ini takda laa seram gilaa cumanya agak rare laa sebab ada dua dunia berbeza yang hidup dia dua keadaan yang sama.",
"Sory kalau cerita aku kalini kurang best. Masih mencuba ya. Terima Kasih."
] | [
"Dalam rumah sewa yg tok duduk ni pun ada benda tu, sebab tok tengok banyak tulang ayam dok kumpul elok ja bawah kebinet dapoq tu. Lantaq pi la kan. Depa pun tak kacau cucu2 tok.",
"tu keja tikus la.",
"Makhluk halus Ada merata tempat,Bukan di kampung2 ja,cuma tak tonjolkan diri .\nBulan puasa,pernah ustaz sampaikn,yg dikatakan ‘kena ikat’ hanya para yg berjawatan [email protected] geng makhluk halus Nila..yg lain Pula Bebas."
] |
https://fiksyenshasha.com/rawatan-islam-di-miri-dendam-kekasih-lama-akhir/ | Rawatan Islam di Miri – Dendam Kekasih Lama (Akhir) | [
"Aku setelah berjemaah Subuh dirumah Zita sekeluarga, sempat dijamu minuman panas dan pelbagai jenis kuih. Rupanya, memang benar mereka menyambut Sambutan Tahun Baru beserta aqiqah anak buah Zita.",
"Aku sampai ke rumah dan tidur nyenyak. Mana tidaknya. Rawatan dari pukul 1 pagi usai pada 5 pagi.",
"Malam tiba…",
"Kali ini aku minta mereka ke rumah aku di kawasan Krokop. Kami baru pindah dari Kuching ke Miri semenjak 2 minggu lepas. 2 buah kereta datang serentak. Lantas aku jemput mereka masuk ke Bilik Ahmadi aku. Bilik yang aku khususkan untuk rawatan dan urutan serta zikir jemaah kami.",
"Namun, isteri aku memberi cadangan agar menggunakan ruang tamu sahaja memandangkan tubuh mereka agak ramai untuk bilik kecilku. Bilik Ahmadi aku kembali tutupkan.",
"“Macamne perasaan Zita? Ada ok sikit?”",
"“Ok..tapi perut masih bisa..banyak kat perut..”",
"Ayah ibu dan beberapa ahli keluarga mereka duduk santai fokus kepada perbualan aku dan Zita. Shah seperti semalam, tetap setia bersama isterinya.",
"Aku menegur Abang Joe, pakcik kepada Zita. Semalam, Abang Joe ada juga membantu rawatan. Rupanya, sebelum memanggil aku dan Apek, Abang Joelah harapan mereka untuk merawat Zita. Tetapi, menurut mereka, Abang Joe penat dan perlukan beberapa orang lain untuk membantunya.",
"“Bang, kitak(awak) tolak, kamek(saya) tarit, boleh?” tanyaku pada Abang Joe.",
"“Boleh”, balasnya ringkas.",
"Abang Joe terus memulakan rawatan. Tangannya menusuk belakang Zita.",
"“Arghhhh..si botak! Ada lagik kaco aku! Sakiiittt”, jerit Zita.",
"Aku menarik racun bisa yang berkumpul diperut.",
"“Sakiitttlah janggut!”",
"Oh ya, Apek sudah kembali ke Kuching. Maka, Abang Joe orang yang aku harapkan untuk sesi kali ini.",
"Sesi tolak dan tarik bisa berlangsung selama 15 minit.",
"“Zita, sedar..selawat banyak-banyak di dalam ati kitak(awak). Nur! Terang!” Tegasku.",
"Zita seolah cuba menyedarkan dirinya. Selang-seli selawat dilafaznya beserta dengan suara jin yang menghalang Zita untuk terus selawat.",
"Akhirnya, Zita sedar. Abang Joe menutup matanya. Mencari punca lain yang masih aktif.",
"“Wahai jin, pandang pada Nur di hati Zita!”",
"“Sikda(tiada) urang dapat melawan Nur ya!”",
"Jin tersebut semakin lemah. Tidak sehebat dan sesinis semalam. Nampak banyak perubahan pada Zita yang baik bagi kami. Namun, masih berdegil tidak mahu mengalah.",
"“Masih maok(mahu) ekot tuan kau?”",
"Aku hadirkan bomoh-bomoh dihadapan Zita. Jin tersebut menggeleng laju. Tampak wajahnya takut.",
"Aku bertapa selama beberapa minit. Abang Joe membuang sisa-sisa racun dari belakang Zita.",
"Aku membuka mataku dan menghulur tanganku.",
"“Hati kau betul?”",
"Jin semakin takut. Merayu untuk tidak mengapa-apakan hatinya.",
"Aku lantas membersihkan hatinya dengan selawat. Dengan Nur terang. Jin yang tadinya bermain kini lemah longlai.",
"“Baik..syahadah..ikut aku”, pelawaku.",
"Jin tersebut akur. Cahaya pada hati Zita kini menerangi seluruh jasadnya. Jin melafazkan kalimah syahadah dengan tenang.",
"Alhamdulillah, akhirnya Muslim.",
"“Namaku Muhammad,” jin memilih nama yang paling mulia tanpa ditanya.",
"Zita lantas menoleh ke arah kanannya, ke arah suaminya. Lantas tanpa disuruh, Muhammad membersihkan segala penyakit yang ada pada Shah. Aku lantas menyuruh Muhammad membersihkan semua yang dihantarnya pada semua ahli keluarga Zita.",
"Aku kira selama setengah jam juga proses menyuci semua ahli keluarga Zita.",
"“Last, yang bertudung coklat..bersihkan wahai Muhammad,” perintahku.",
"Yang bertudung coklat adalah isteri pakciknya. Semalam, isterinya kesakitan baring di dalam bilik. Abang Joelah yang memantau keadaan isteri adiknya. Kami panggil makcik Zita sebagai Filah.",
"Fila duduk di depan aku, Abang Joe dan Zita. Zita membuang racun-racun yang ada pada Filah.",
"“Hurghhh..” Muhammad yang berada dalam diri Zita mendengus. Seakan kepayahan.",
"“Banyak barang ya..sik(tak) mampunya..” ujar Abang Joe. Mata Abang Joe memang telus pandangannya.",
"Aku memantau untuk beberapa ketika. Setelah dalam 3 minit mendiamkan diri, aku dan Abang Joe setuju bahawa si Filah rupanya ada sejarah lama. Kes sihir ketika masih di Melaka. Milah asal Melaka dan berkahwin dengan adik Abang Joe, Haidi.",
"Muhammad mengomel panjang, seakan olahan budak usia 5 tahun.",
"“Bang Joe, kamek(saya) nampak mayat..boleh tulong pantau?” pintaku pada Abang Joe.",
"Abang Joe memejam matanya. Tangannya seakan meraba sesuatu.",
"“Ada!” angguk Abang Joe.",
"“Ok bang, kamek(saya) angkat mayat dari kubur aa”,",
"Abang Joe bersedia.",
"“Ok! Angkat!”",
"Abang Joe terus membersihkan mayat dan kubur dengan tangan kanannya.",
"“Ada gambar Filah di dalam kain mayat tadik bang,”",
"“Patutlaa kamek(saya) nampak macam ada gambar..hmm,”",
"Filah lemah.",
"“Ikut Muhammad masuk Islam, ok?”",
"Jin tersebut mengangguk perlahan. Tuannya sudah lama tidak menjaganya. Dia lapar.",
"Muhammad aku arahkan untuk mengajar syahadah. Jin yang ada Filah mengikut perlahan.",
"“Haaa..kau Muhammad..dan kau Salah! Bergabung jadi Muhammad Salah!”",
"Seluruh rumah ketawa. Namun, akhirnya jin memilih nama Sulaiman.",
"“Kalian berdua sudahpun Islam..maka jangan lagi mengganggu manusia”,",
"Mereka berdua mengangguk faham.",
"“Aku anta(hantar) kitak(kamu) berdua ke Mekah..cari guru dan syeikh dikalangan jin..belajar kenak Islam..dan sampeykan salam pada Baginda Nabi..boleh?”",
"Muhammad dan Sulaiman setuju.",
"“Tapi, aku sik mok(tak nak) meninggalkan Zita..” Muhammad sedih.",
"“Jangan riso..Allah ada..suaminya ada..kau dah jadi urang Islam..doakannya dari jaoh..cukup.”",
"Akhirnya, mereka aku tarik dan aku niatkan agar mereka berjaya menemui kefahaman Islam.",
"“Fiq, anak kamek(saya) yang nama Ummira bersilat beberapa ari lepas..boleh tolong check?",
"Aku memandang pada Ummira.",
"“Kelak kita aluskan”, kataku.",
"InsyaAllah, cerita merawat Ummira tidak kurang seronoknya. Akan saya upload kelak. InsyaAllah."
] | [
"Boleh bagi saya no tel encik Shafiq tak..saya ingat ingin berubat utk nenek saya…"
] |
https://fiksyenshasha.com/seram-pondok-pengajian/ | Seram Pondok Pengajian | [
"Aku berasal dari selangor. Cita-citaku sedari darjah 6, tahun 1993 ketika itu, antaranya ialah memasuki sekolah pondok. Dan impian itu tercapai ketika aku berumur 20 tahun.",
"Atas semangat ‘travel’ dan ‘mencari pengalaman’, aku berkelana ke sekolah pondok bersama seorang rakanku yang sekepala bernama Lutfi ketika itu.\nSetelah sampai di salah satu Pusat Pengajian Pondok di Kelantan, aku dan Lutfi ditempatkan oleh penyelia pondok itu, Ustaz Bunyamin, di satu pondok yang berada di ‘kawasan pelajar selangor’.",
"Terdapat puluhan pondok yang berkeluasan ‘dua depa darab dua depa’, sebagai ‘tempat tinggal’ bagi pelajar pondok. Keseluruhan dinding dan lantainya diperbuat dari papan lapis, muat untuk 1 atau 2 orang di dalam satu pondok.",
"Umur pelajar disini? Flexible. Seawal usia 7 tahun sehinggalah usia 80 tahun. Tiada sistem peperiksaan, kerana konsepnya adalah ‘menuntut ilmu ikhlas kerana Allah, dan ‘tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad’. Tempoh masa menuntut agar mahir kitab2 asas yang digalakkan adalah sekurang2nya 5 tahun. Namun ada juga yang memutuskan untuk tinggal di pondok sehingga akhir hayat.",
"Di dalam kawasan pondok juga, terdapat sebuah masjid dan beberapa bangunan kelas yang terbuat dari papan kayu. Kebiasaannya pengajian akan bermula setiap hari, setiap kali sesudah waktu solat. Umpamanya, pengajian selepas subuh, selepas dhuha, selepas zohor, selepas asar, selepas maghrib dan pengajian selepas isya’, secara berjemaah. Selesai pengajian, pelajar boleh pulang ke pondok masing2 untuk melakukan aktiviti masing2.",
"Di dalam pondok inilah pelajar2 pondok akan menghabiskan masa terluang dengan berehat, memasak, mengulangkaji ‘kitab kuning’ atau kitab jawi lama atau kitab arab lama yang berjumlah beratus – ratus buah, merangkup pelbagai judul serta pelbagai cabang illmu. Ada ilmu ‘nahu saraf’, ilmu ‘fiqh’, ilmu ‘usuluddin’, ilmu ‘tasawwuf’ beserta pelbagai pecahannya, dan berpuluh lagi bidang ilmu yang berharga. Setiap kitab memiliki judul masing2, ditulis oleh ulama2 besar Arab atau ulama2 besar Nusantara sejak dahulu kala, dan diajarkanlah ia turun temurun, kepada murid ke murid, tangan ke tangan akan setiap bait dan rangkap baris ayat, sehinggalah ke hari ini.",
"Pelajar pondok mengistilahkannya sebagai ‘menadah kitab’ atau mengaji kitab. Oleh kerana itu, di dalam sudut2 pondok mereka akan terdapat selapis papan para2 atau rak yang dibuat sendiri, di letakkan bersusun2 kitab diatasnya. Manakala di sudut lain pula ialah dapur gas, kuali, sebagai tempat memasak.",
"Paip air tidak disediakan di dalam pondok. Pelajar2 terpaksalah turun ke kolam atau perigi untuk mengambil bekalan air yang ditimba di dalam baldi setiap hari, untuk melatih diri berdisiplin dan hidup dalam keadaan susah payah. Di situlah mengulangkaji, di situlah makan, di situlah tidur.",
"Pondok aku dan Lutfi agak ‘special’ sikit. Pondok kami berada di tingkat 2. Tingkat paling atas. Bukak je pintu, ada lorong koridor berlantai papan dan berpagar kayu separas pinggang. Terpampang pemandangan bumbung2 pondok lain dari situ.",
"Toleh pulak ke kiri, arah matahari terbenam (kiblat), hujung koridor papan yang pendek ni, menghala ke kiri ada tangga kayu untuk ke bawah, yang bercantum dengan sisi dinding pondok.\nTangga dan koridor papan ni, ‘ngam2’ ikut bucu pondok.\nKalau kami turun tangga petang2, jika menoleh kekanan, nampaklah pemandangan mentari terbenam senja dan atap2 pondok lain. Indah.",
"Bermulalah episod rutin harian mengangkut air naik tangga, memasak dan menadah kitab. Aku dan Lutfi yang aku mesra dengan panggilan ‘Lut’ atau ‘Alut’ itu, berasa suka dan teruja dengan ke’survivor’an kehidupan pondok. Sampailah peristiwa berlaku di suatu petang.",
"Petang itu, selepas pengajian kitab selepas asar, aku diajak oleh seorang pelajar pondok lain, seorang muallaf bernama Firdaus, untuk curi2 ke sebatang sungai di belakang, luar kawasan pondok.\nMungkin sebab dia dah kebosanan. Aku agak serba salah juga, sebab ada juga pesanan dari pelajar2 lama pesan bahawa tok guru tak benarkan pelajar pondok ke sungai di belakang. Mungkin bimbang kejadian tak diingini seperti lemas atau sebagainya.",
"Tapi sebab hasutan amat kuat, dan aku pun minat mancing, aku tak boleh dengar sungai2 ni. Mesti nak tengok. Konon2 nak usya pemandangan je la, pastu balik. Haha. Jangan tiru perangai aku, tak baik ye adik2.",
"Lalu bermulalah komplot suci ke sungai, tak jauh pun, redah denai belukar 5 minit, dah sampai. Setelah hilang belukar, sampai sahaja, rupanya kawasan sungai tu agak luas juga. Depan aku ialah padang rumput lapang. Sungainya berada pada jarak 15-20 meter di depan. Di darat yang sebelah sana juga adalah padang rumput.",
"Terlihat beberapa ekor lembu dan kerbau di padang itu. Sungai luas yang kekuningan airnya itu, namun tidaklah beberapa dalam. Aku lihat ada 2-3 kelompok orang dalam sungai itu. Separas peha mereka. Aku dengan Firdaus bergegas ke situ. Aku pun menyapa dari tebing pada seorang ‘brader’ yang asyik meranduk sungai tu dengan guni.",
"“Assalamualaikum bang, cari ike ko (cari ikan ke)?”. Aku orang selangor terkulat2 praktis cakap kelantan, haha.\nBrader tu menyahut salamku dan mengatakan beliau mencari ‘etok’. Sejenis krustasia sungai bercengkerang, seakan2 remis, kupang atau kerang di laut.",
"Aku pun minta diri. Terlihat juga ada seorang pakcik menjala ikan. Di tebing ada seekor dua ikan ‘kekek’ sebesar ibu jari yang telah m**i. Agaknya bekas dari menjala tu. Ada juga pakcik yang memancing, menaikkan seekor ikan lampam dan jauh sedikit ada beberapa budak sedang mandi di dalam sungai.",
"Aku amat teruja dan suka. Jiwa alam semula jadi aku puas. Lalu aku menyusur lebih jauh ke hilir tebing dengan Firdaus. Firdaus memberitahu, budak2 yang sedang mandi tu, adalah pelajar2 pondok juga, yang ‘senyap2’ keluar.",
"Aku mengiyakan dan kami terus menyusuri tebing darat, sehinggalah sampai ke suatu kawasan seperti teluk. Kawasan itu agak sedikit gelap dikelilingi pokok2 hutan yang tinggi di tepi sungai. Air sungai juga kelihatan tak seberapa berarus, seperti paya bertakung. Firdaus pun berkata kepadaku : “Aku dengar ada pelajar pondok cakap, di tengah sungai berpaya ni ada istana jin.” Aku sekadar mendengar dan berkata : “Oh, ye ke..”, takde rasa takut, tapi memang ada rasa meremang2 tu adalah sikit, mungkin sebab waktu dah petang dan aku risau lambat balik ke pondok.",
"Sedang melilau2 cari kelibat ikan konon2, aku nampak siput besar dlm air. 2-3 ketul.\nAku memanggil Firdaus. Firdaus terus kata : “Ini Siput Gondang ni, sedap, boleh makan”, katanya. Dia terus mengutip dua tiga ketul, sambil bagi kat aku. Aku kata tak nak sebab aku tak makan siput dan tak reti makan. Selesai mengutip siput tu, kami pun balik.",
"Petang itu juga, Firdaus menyiang ‘siput gondang’ nya itu, dan memasaknya. Selepas habis pengajian isya’, Firdaus membawa hidangan siput gondangnya itu datang ke pondokku lalu mempelawa aku dan Alut untuk makan lauk siput gondang yang dimasak sup itu.\nAku jamah sedikit untuk mengambil hati Firdaus, dan selebihnya aku makan nasi dan kuahnya sahaja.",
"Keesokan harinya, ketika aku sedang bersila menadah kitab pengajian selepas isya’ di tepi pintu (sebab pelajar ramai dan padat, tiada tempat), tiba2 datang dari luar seorang pelajar dari belakangku mencuit badanku. Aku menoleh dan dia berbisik kepadaku : “Firdaus minta kamu tolong dia, cepat, sekarang!” Aku yang pada mulanya enggan, sebab ingin menumpukan menadah kitab, akhirnya terpaksa mengalah sebab didesak berkali2.",
"Kami pun bergegas ke arah tempat yang dikatakan Firdaus minta tolong. Sampai sahaja di sebuah rumah lama (rumah orang kampung) berdekatan dengan belakang masjid pondok, di dalam rumah itu gelap. Hanya ada cahaya lampu kuning samar2 dari dapur. Aku lihat Firdaus duduk bersila di ruang tamu, tetapi gayanya seperti kerasukan. Ada juga seorang dewasa yang bersila di hadapan Firdaus, sambil bercakap dengan kasar dalam bahasa yang tidak difahami seolah2 mentera.",
"Mereka seolah2 mahu menerkam antara satu sama lain. Aku yang berada dalam keadaan panik dan berdebar2, cuba menenangkan diri. Memohon apa sahaja doa yang aku tahu dalam hati, memohon perlindungan diri daripada Allah.",
"Selang beberapa ketika keadaan bergeruh antara Firdaus dan ‘brader’ tu, masing2 kelihatan agak reda, dan aku dengan pantasnya memohon izin untuk pulang ke pondok, memikirkan kelas belum tamat (tertinggal separuh pengajian, kene ulang balik dengan pelajar lain gamaknya). Lagipun aku agak tidak suka perkara2 berkaitan jin iblis / kerasukan yang berlebih2an, sebab aku tak tahu nak hadap situasi tersebut. Dan aku taknak masuk campur dengan perkara2 sebegitu.",
"Sampai sahaja di kawasan pondok, rupanya kelas pengajian telah tamat, dan aku terus naik ke pondokku sambil memikirkan apa yang terjadi sebentar tadi.",
"Keesokan harinya, Firdaus datang ke pondokku. Aku bertanya khabarnya dan apa yang berlaku malam semalam. Dia berkata : “Lepas ‘ana’ (saya) makan sup siput gondang semalam, tak berapa lama, ana rasa tekak ana macam tersumbat dan tersekat, kerongkong ana sakit.., lepas tu ana tak ingat apa dah”, katanya.",
"Aku syak dia dah kerasukan masa tu, tu yang dia tak ingat apa2.\nAku berkerut dahi mendengar ceritanya sambil kata dalam hati, “aku makan takde apa apa pun, alhamdulillah, nasib baik”. Apa pun aku bersyukur Firdaus macam dah ok nampaknya. Takde perangai2 pelik unsur2 kerasukan. Setelah seketika berbual2, Firdaus mohon diri untuk beransur ke pondoknya.",
"Malam itu, seperti biasa aku berdua dengan Alut di dalam pondok. Setelah mengulangkaji kitab lebih kurang, Alut menyiapkan bahan masakan dan masak. ‘Turn’ dia masak malam ni, gilir2. Setelah makan nasi bersama Alut, berlaukkan sayur kangkung dan ikan masin, kami pun berborak2 sambil mengopi dalam pondok.",
"Setelah berborak lebih kurang tentang masa’il2 pengajian, kami bentang alas untuk tidur atas lantai saja seperti biasa. Ruang tamu dan dapur dibahagi dengan ‘partition’ dinding ‘plywood’. Kami berdua tidur, dengan kepala di arah kiblat. Kaki menghala ke dapur. Alut kemudian menutup lampu ruang tamu dan lampu dapur.",
"Setelah beberapa waktu terlelap, malam itu dalam tidurku, aku bermimpi pelik. Dalam mimpi itu, kelihatan dalam keadaan samar2 gelap, dalam jarak 3 meter, satu lembaga berkelubung kepala ala2 ‘death angel’ yang memegang sebilah pedang, berjubah merah kecoklatan, dihadapanku.\nAku tidak nampak mata atau mulut di mukanya, namun adalah seperti serat2 jerami padi.\nMacam patung orang2 di jelapang padi. Ia menggertakku ingin melibas pedangnya terhadapku. Ia berkata : “Aku pancung kau, aku libas kau!”.\nAku menyahut sambil mengejeknya : “Celaka iblis setan”.\nIa melibas2 pedangnya ingin memancungku.\n“Tak takut, tak takut”, kataku.\nKemudian makhluk syaitan/iblis itu bertambah marah dan memekik umpama suara nenek kebayan yang nyaring, lalu melompat dengan ingin menetak libasku!",
"“DAMMMMM..!!”. Serentak aku terbuka mata terkejut dari tidur berdebar2. Bunyi tadi adalah satu bunyi hentakan di atas atap. “DAMMMM….gedeguk…gedeguk..gedegukkk…”, lagi sekali atap zink pondok berbunyi bingit bising hentakan kuat diselangi bunyi golekan/benda bergolek. Kuat bunyinya, macam bunyi buah kelapa jatuh dan bergolek. Aku menoleh pandang Alut. Alut tidur memejamkan mata.",
"Aku kuis pehanya gerakkan dia, Alut pun menoleh kepadaku. Laa tak tidur lagi rupanya si Alut ni. Aku pun berbisik kat Alut, “Lut, kau dengar tak?”, Alut menjawab perlahan, sepatah, “Dengar,”.\nAku tanya Alut perlahan : “Takkan buah kelapa jatuh. Pokok kelapa jauh belakang sana kan”?\nAlut senyap, terkebil2.",
"“DAMM..gdk..gdk..grrrr..”, bunyi lagi.. kali ni goleknya bukan macam bunyi buah kelapa yang keras, tapi macam bunyi benda menggelongsor.",
"Alut dengan pantasnya bingkas bangun dan hidupkan lampu dapur. Cahaya kuning lampu dapur di sebalik langsir pembahagi pun samar2 menerangi.",
"Kami berjaga dengan keadaan berdebar2. Setelah beberapa waktu tidak kedengaran apa2 bunyi di atap, kami pun membaca apa2 doa yang patut dan menyambung tidur dalam keadaan berjaga2. Tak lena pun.",
"Dalam jam 2-3 pagi lebih kurang, belum sempat nak lena, tiba2 ‘blackout’. Lampu dapur terpadam. Alut yang masih belum lena pun tersedar perkara itu. “Blackout lah”, bisiknya padaku.",
"Kemudian dalam keadaan baring tu, aku bangun sedikit menjengah papan dinding di atas belakang kepalaku. Mengintai melalui celah2 lubang dinding papan.",
"“Lut, cuba kau tengok. Pondok2 bawah ada lampu elok je”, aku berbisik kat Alut.\nAlut memandangku. Kemudian dia bingkas bangun dan check suis lampu dapur. Suis ‘off’. Dia pun pelik. Dia pun petik ‘on’ semula, dan terus baring. Baru 2-3 saat baring, “pap”, gelap balik.\n“Ada suis tendang ke ni, problem letrik atau suis kot”, ngomel Alut.",
"Dia bangun buka lampu semula, kemudian baru nak baring, suis off semula. Alut dan aku mcm blur. Dalam keadaan gelap tu, kami dengar ada bunyi tapak kaki di belakang atas kepala kami (tangga luar dinding). Bunyi tu slow2 terhinjit2, ‘krett’…’krett’.. dari bawah ke atas, memijak tangga kayu uzur. Aku dan Alut terkedu.",
"Setan mana pulak naik tangga ke pondok kami 2-3 pagi ni. Aku dan alut memang dah syak bukan manusia. Tapi makhluk2 ghaib lain. Sampai sahaja bunyi tu di belakang kepala kami, bunyi tu senyap terhenti.\nBeberapa ketika senyap, dalam keadaan kami berbaring tu, kami menoleh pulak ke arah pintu masuk utama. Pintu memang kami tak kunci, ‘just’ tolak ketat rapat je.",
"Pandangan aku dan Alut tertumpu di pintu. Nak tengok dia berani masuk tak.\nAku dalam seram2 berani tu pun, nak jugak tengok macam mana muka natang tu kalau dia jengah. Takpe, Alut ada, berdua berani sikit. Haha.\nKemudian dengan tak semena2 selambanya Alut sound benda tu, “Masuklah kalau berani, pintu tak kunci”, haha, pergh. Aku pun kira macam dah berani la ‘standby’.\nTunggu punya tunggu, pintu macam tu jugak. Tak berkuak. Masih terkatup.",
"Tiba2. . ‘pap..’. ‘tup’.. ‘pap’. .’tup’… ‘pap’",
"Dia main lampu bro.\n‘Bende alah’ tu main bukak tutup suis lampu banyak2 kali. Selang2 1-2 saat gitu.",
"Aku dan Alut dah terpaku. Dan cuba bertindak ‘cool’ dengan tetap baring. Padahal berdebar2 dah. Aku cakap dlm hati : “Ahh sudah, die betul2 masuk. Tp tak ikut pintu. Siap main suis.”",
"Sampai la satu masa tu dia ‘fedup’ sebab takde respon dari kitorang. Mungkin sebab kitorang berdua jadi tak berapa takut sangat, acah2 berani, maka ‘dia’ pun blah..\nKami sempat terlena tidur2 ayam kejap, sampai la bunyi ‘mengaji tahrim’ tanda nak masuk waktu subuh.",
"Paginya, kami bercerita dengan pelajar2 lama/senior pondok, mengenai apa yang terjadi. Kata mereka, perkara itu biasa juga berlaku di pondok2. Anggap saja ianya untuk menguji keberanian pelajar pondok. Mereka menggelar ‘si pengacau’ itu adalah ‘hantu beruk’. Matanya bulat merah besar. Gigi taring bersilang2.\nAda juga pelajar pondok yang demam ‘dikacau’ setelah ‘nate beruk’ itu yang dengan selambanya menjengah di tingkap2 pondok yang terbuka tengah malam ketika mengulangkaji kitab. Menyeringai dengan mata terbuntang.",
"Jadi, waspada selalu, pertingkat ilmu, pertingkat keberanian. Kerana Allah akan selalu akan menguji hamba2Nya yang beriman.\n“Takut hanya kepada Allah itu”, adalah satu ‘slogan’ yang amat besar. Bukan calang2 orang yang mendapatkannya. Semoga kita semua tergolong dalam ‘golongan yang sedikit’.",
"Allah telah berfirman:\n“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut: 2-3).",
"Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah.",
"– AC Mohammad –"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/nenek-6/ | Nenek? | [
"Assalamualaikum kepada para pembaca fiksyen shasha. Aku selama ni jadi silent reader je dekat sini tapi entah kenapa kali ni aku tergerak hati untuk hantar cerita dekat sini.",
"Cerita ni kalau ikutkan tak adalah seram sangat tapi disebabkan gangguan tu berlaku dekat anak buah aku yang masih kecil dan tak tahu apa-apa, so agak seram jugak lah.",
"Almaklumlah, budak kecil kan orang cakap boleh nampak benda-benda halus ni sebab mereka ni masih suci dan bersih. Sebab tu, orang cakap benda-benda halus ni suka dekat budak kecil. Okey…cukuplah dengan mukkadimah tu. Cerita bermula macam ni.",
"Kami sekeluarga berhajat pulang ke kampung halaman arwah mama di Perak (lokasi dirahsiakan) untuk melawat kubur arwah atuk dengan arwah nenek masa tu. Bulan berapa tak ingat. Mungkin 2 bulan yang lepas? Okey.",
"Nak dijadikan cerita, kawasan kubur tu kubur lama. Tak secantik kubur zaman sekarang. Sangat besar bezanya. Kawasan kubur baru sangatlah teratur dan cantik. Ibarat masuk ke dalam taman. Berbeza dengan kawasan kubur lama.",
"Setiap kubur letaknya tak teratur dan berterabur, penuh dengan semak samun. Ada kubur terletak dekat dengan pintu masuk kubur tu. Betul-betul sebelah pagar masuk sampai rasa bersalah nak pijak sebab cuma ada batu tanda tapi tak ada pasaknya.",
"Sunyi memang sunyi lah dan kawasan kubur tu bersebelahan dengan hutan, batu nisan ada yang senget, ada yang dah tumbang menambahkan lagi suasana seram dekat situ.",
"Fast forward, kami tak jumpa kubur arwah atuk dengan arwah nenek sebab kubur tersebut dah lama dan tujuan kami balik pun sebab kami nak buat baru kubur arwah nenek dan kami pun tunggulah saudara arwah nenek dekat kawasan kubur tu sebab sampai ke sudah tak jumpa-jumpa.",
"Aku pun memerhatikan kawasan sekitar kubur tu dan aku terpandang satu pokok ni betul-betul terletak di kawasan tengah perkuburan tu. Yang lagi peliknya, kawasan pokok tu sahaja yang nampak bersih dan rapi seolah-olah ada yang jaga kawasan sekitar pokok tu.",
"Macam yang aku ceritakan tadi, aku ada anak buah a.k.a anak kepada sepupu aku ni yang baru berumur 2 ke 3 tahun dan budak ni tiba-tiba sahaja cakap ‘nenek’ sambil jari tunjuk ke arah pokok tu sedangkan tak ada sesiapa pun. Aku buat tak tahu je tapi sepupu aku yang sorang ni dah cuak tapi kami buat macam tak ada apa-apa pun.",
"Tunggu punya tunggu, akhirnya sampailah saudara arwah nenek kami dan kami pun bergerak ke arah kubur yang betul sambil lalu berdekatan dengan kawasan pokok tu. Sekali lagi budak kecil ni cakap benda yang sama iaitu ‘nenek’. Mesti semua pelik kan kenapa aku highlightkan perkataan ‘nenek’ tu sedangkan benda biasa je perkataan tu.",
"Bak kata mak dia, budak ni tak pernah pun cakap ‘nenek’ dekat sesiapa even dengan nenek sendiri. Panggilan nenek-nenek dia glamour sikit. So, tak ada sesiapa yang ajar perkataan ‘nenek’ tu dekat budak ni.",
"Jadi waktu malam tu kami tidur dekat homestay yang kami tempah dan malam tu jugak anak buah aku yang sorang ni meraung-raung menangis masa tengah malam sampai sejam lebih jugak la. Pelik juga sebab mak dia cakap tak pernah lagi jadi macam ni. Tapi nasib satu malam je anak buah aku tu kena kacau.",
"Lepas tu, masa kami dah balik semula ke KL, tiba-tiba sepupu aku ni call dan cakap ada kenalan diorang ni cakap “Anak kau kena kacau ya? Tak de apa pun cuma dia suka dekat anak kau tu. So malam tu ‘nenek’ tu datang jenguk je.",
"Sebenarnya ‘nenek’ tu penunggu pokok tu. Sebab tu lah bersih je pokok tu. Tu tempat dia”. Aku dengan sepupu yang lain terkejut tapi betullah apa yang aku fikirkan. Pokok tu mesti ada yang jaga sebab bersih sangat. Satu rumput atau daun kering pun tak ada. Tersangat rapi. Nasib aku marah ayah aku jangan petik daun-daun dekat poko tu sebab aku rasa tak sedap hati. Sekali betul apa yang aku fikirkan. Hahahaha.",
"Jadi..begitulah ceritanya. Pokok pangkalnya..masa dekat kubur, jagalah adab kita dan kalau boleh sebelum masuk kawasan kubur tu bagi salam terlebih dahulu sebab kita tak tahu penghuni apa yang duduk dekat kawasan kubur tu dan kawasan kubur tu elok sebenarnya sebab mengingatkan kita kepada hari akhirat. Jadi janganlah sinonimkan kubur tu dengan cerita seram sahaja. Sekian…"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/rawatan-islam-di-miri-dendam-kekasih-lama/ | Rawatan Islam di Miri – Dendam Kekasih Lama | [
"Malam itu, jam di dinding sudah pun pukul 12 lalu.Ini minggu kedua semenjak sudah berpindah ke Miri. Dentumann mercun bingit berterusan. Mata mengantuk berat. Tapi, hati masih kuat menonton Alice in Borderland. Baru masuk episod dua.",
"Kemudian, aku terjaga. Rupanya terlelap beberapa minit. Aksi Arisu di skrin televisyen sudah tidak menarik minat aku untuk meneruskan tontonan. Lantas aku padam televisyen dan tidur. Baru beberapa saat melelapkan mata, tiba-tiba…",
"Deringan telefon masuk. Ah, Apek! Sempat melirik jam di telefon sebelum menjawab panggilan. Jam sudah pukul 1 pagi.",
"“Fiq, jum pergi merawat. Ada satu kes berat!”",
"Aku menolak ringan, mataku mengantuk. Rasanya tidak mampu untuk aku pergi membantu Apek. Aku letakkan telefon disisi dan kembali tidur.",
"Namun, mata sudah merajuk. Hati pula hauskan rawatan semenjak 2 minggu berpindah di Miri.",
"“Pek! Tunggu..aku kemas kejap,” aku menelefon Apek kembali.",
"20 minit kemudian…",
"Aku sampai dirumah yang boleh aku katakan cantik, besar dan selesa. Ramai orang didalam rumah. Aku beranggapan mungkin sambutan Malam Tahun Baru.",
"“Hahahah..kawan kau dah datang aaa..”",
"Perempuan yang berusia awal 30an kerasukan. Apek sudah pun sampai awal.",
"“Berjanggut..yang belakang sepet.hahahah,” si pesakit merujuk janggut pada aku. Sepet? Merujuk pada Apek. Haha.",
"Aku bertanya serba ringkas. Nama pesakit aku namakan Zita. Di sampingnya adalah suami yang berasal dari Johor.",
"Aku dan Apek memulakan rawatan.",
"Apek kumat-kamit membaca doa dibelakang Zita. Shah, suami Zita bertahlil sepanjang berada di sisi si isteri.",
"“Bising laa you..janganlah berzikir youuu..pleaseee ..stop..”",
"Shah tunduk. Tidak melayan kerenah jin yang merasuki isterinya. Apek masih fokus dengan bacaan. Suasana hening sangat. Famili mereka yang aku kira hampir belasan orang semuanya menumpukan perhatian pada rawatan.",
"Aku memulakan pertanyaan.",
"“Apa maksud kau mengganggu hamba Allah ini?”",
"“Hahahahah..sapa suruh dia pilih Zita…kan? You nak sangat kat dia kan sayang? Ujar Zita kepada suaminya sambil merangkuk manja.",
"Shah geleng kepala. Setelah menemubual jin yang aku kira penipu. Hasil siasatan aku dan Apek, sihir dari cinta lama Zita. Cinta mereka terhalang disebabkan orang tua Zita tidak bersetuju kerana mereka masih menuntut ilmu. Akhirnya, Zita bernikah dengan Shah ketika sudah pun ada pekerjaan.",
"Setelah 10 minit Zita merapu dan bermain-main. Mataku tepat memandang Apek. Apek seakan faham dan mengangguk. Aku lantas menekan lutut Zita perlahan.",
"“Arghhhh..sakittt!! Stopppp..jangan seksa aku!”",
"Zita meraung kuat dan menangis. Aku lantas menoleh ke arah keluarganya dan menjelaskan picitan aku adalah sangat perlahan. Mereka faham dan memberi izin.",
"“Pek, aku bukak perut..kau tolak..boleh? Tanyaku. Apek setuju.",
"Kedua tangan aku suakan menuju ke perut Zita, seolah merobek lubang perutnya.",
"“Aaaahhhhh ..sakittttt!!”",
"Apek khusyuk menolak semua ilmu dan bisa yang ada dari belakang menuju ke perut Zita. Aku membantu usaha Apek dengan menarik dorongan dari Apek melalui perut.",
"Zita kesakitan. Sesi dorongan dan tarikan dari kami berlangsung untuk beberapa ketika.",
"“Bomoh! Hadir!”",
"Aku menghadirkan bomoh yang aku kira dari Siam.",
"“Pak!” Aku menepuk lantai. Bomohku belasah lunyai.",
"“Habissslah bomoh aku..adohhh,”",
"Setelah setengah jam, aku dan Apek kembali diam. Kami mencari punca lain.",
"Kami berdua jumpa minyak, kain dan beberapa barang.",
"Rupanya, ada tiga bomoh yang dipakai. Siam, Indonesia dan bomoh tempatan,Sarawak.",
"Aku sedarkan Zita. Dia masih dikuasai jin.",
"“Boleh kamek(saya) berik Zita mandik?” tanyaku kepada keluarga.",
"Mereka pelik. Aku lantas menyambung.",
"“.. dengan dia bertudung dan berbaju lengkap.. untuk sedarkannya.” Barulah keluarganya faham dan setuju.",
"Kaum lelaki berkumpul di depan luar rumah. Aku mengisi air di dalam baldi. Aku bacakan doa dan zikir pada air.",
"Zita diheret suami dan ayahnya. Zita sempat merapu panjang. Dia enggan diberi mandi.",
"Aku merantai kedua kaki Zita. Dia kaku. Apek menekan tengkuk Zita. Lantas Zita terduduk dilantai.",
"“Doa Zita aa..di dalam ati..saat kamek(saya) siram air..terus doa untuk kesembuhan.”",
"Aku langsung menyiram air di kepala Zita yang bertudung hitam.",
"Zita tersedar. Usai mandi ringkas. Aku arahkan Zita untuk salin baju sebelum menerusakan rawatan.",
"Setelah beberapa minit, Shah keluar memeluk tangan Zita. Zita kepenatan dan sukar berjalan dengan stabil.",
"“Ok Zita, pejam mata!” Tegasku.",
"Zita memejamkan matanya. Apek duduk setia ditepi aku.",
"“Pergi ke rumah kitak(awak) di Johor! Berdiri di depan pintu!”",
"Aku mengarahkan Zita untuk memanggil mereka yang berhajat.",
"Satu-persatu datang melutut. Yang pertama datang, lelaki kurus tinggi. Orang yang berhajat besar terhadap Zita. Datang lagi 3 orang lelaki lain, bomoh Siam, bomoh Indonesia dan bomoh Sarawak.",
"“Suroh semua bomoh ambik barang sihir yang ada pada kitak(awak)!” Perintahku.",
"Zita kesakitan tatkala para bomoh menarik semua sakit yang ada pada Zita.",
"“Pandei buat, pandei ambik!” Sambung Apek. Benar. Itu prinsip kami. Bomoh yang menyihir sepatutnya mengambil bisa tersebut kembali.",
"Zita kesakitan teruk. Dia menjerit kesakitan dan tidak mampu duduk diam. Zita berhempas pulak mengeluarkan sihir pada perutnya. Aku melihat keluarganya menangis. Zita seperti seorang ibu yang kesakitan melahirkan anak!",
"Proses menarik kembali sihir berterusan selama hampir sejam. Aku dan Apek mulai bosan. Pada bahagian perut Zita saja sudah makan 30 minit.",
"Zita kejang. Zita menangis teruk. Perutnya sakit. Pedih. Zita terbaring longlai. Namun, setiap beberapa saat, tubuhnya bergerak dek kerana sakit yang melampau di perut.",
"Aku dan Apek menghampiri Zita. Apek menarik bisa racun pada perut Zita. Kali ini aku pula yang menolak dari bawah pinggang Zita. Tujuannya untuk membantu Zita mengeluarkan sihir.",
"Sudah lama aku tidak melihat seorang pesakit sihir kesakitan yang melampau seperti ini.",
"Ketiga-tiga bomoh sudah ditanam. Ilmu mereka sudah kami tarik. Zita sudah pun penat. Azan Subuh berkumandang.",
"Aku dan Apek beranggapan Zita sudah jauh baik keadaannya berbanding beberapa jam yang lepas.",
"“Malam kelak kita sambung lagik ok? Rest..” pesanku.",
"Kami Subuh berjemaah di rumah Zita sekluarga. InsyaAllah, saya akan sambung cerita ini."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/hanuman-gunung-bahagian-4/ | Hanuman Gunung Bahagian 4 | [
"Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.",
"Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 3",
"Hanuman mengatur langkah lagi untuk menyerang. Terkinja-kinja bagai pergerakkan monyet walaupun dalam rupa paras seperti Samir. Dan laksana haiwan yang bernama monyet, tak hairanlah muslihatnya juga banyak. Tapi bapak juga tak terkalah dalam gerakan bermuslihat, mengumpan juga boleh jadi menumbuk, dan menumbuk juga adalah mengumpan.",
"Dia menderam beberapa kali seperti cuba menakut-nakutkan bapak. Bapak berdiri tegak dengan cakar dibuka dikedua tangan, dan disilang didepan dada.",
"Hanuman mendadak menyerang! Bapak rendahkan kuda-kuda, dan rempuh dibahagian pinggang. Beralih kedudukan dari depan kebelakang! Dengan satu putaran bapak sudah mengunci Hanuman dari bahagian belakang pinggang.",
"Hanuman diangkat dan dijulang keudara sebelum dibanting ke belakang beralaskan ‘tengkuk’ terlebih dahulu!",
"Bunyi tulang patah yang sungguh kuat! Ngilu mendengar bunyi yang pastinya menyakitkan. Bapak masih lagi bergelut dengan Hanuman ditanah, berusaha untuk mengunci gerak. Aku nampak Hanuman mula menggunakan kelebihan ekor yang ada padanya dengan membelit leher bapak.",
"Terkejang-kejang bapak keputusan nafas. Segalanya berlaku terlalu pantas! Aku sendiri sudah bersedia untuk ‘masuk’ jika bapak perlukan bantuan!",
"Aku nampak bapak lepaskan tangan yang mengunci leher Hanuman, dengan pantas tangan bapak beralih ke ekor yang mengunci dilehernya. direnggut kasar, dan bapak gigit bagi melepaskan jerutan!",
"Pantas walaupun lucu! Antara teknik survival terbaik jika dikunci m**i..",
"Hanuman ternganga kesakitan, keluar bunyi monyet kesakitan! Jerutan ekornya juga menjadi lemah.",
"Bapak pintal ekor dua kali dengan tangan kanan, dan menendang belakang Hanuman dengan kaki kanan!",
"Ekor Hanuman tercabut dari bahagian punggungnya! Cukup kuat penendang bapak! Walaupun dalam keadaan separuh mengiring dan terbaring diatas tanah!",
"Hanuman yang berupa jelmaan Samir mula berguling, bangun dan lari susup sasap dalam kepekatan malam! Meninggalkan ekornya atau ‘mahkotanya’ dalam genggaman tangan bapak. Nyaris aku ketawa melihat kelakuannya seperti kera kena bantai!",
"Bapak mula bangun, berdiri dan mengesat peluh. Debu pasir dibaju juga dibersihkan. Aku berlari mendapatkan bapak.",
"“Dia lari ke, bah?”",
"“Larilah.. Perangai bangsat jin! Dah kalah lari! Nanti datang balik menganggu kalau tak d*****h!” Keluh bapak aku yang masih mengesat peluh, aku bantu bapak dengan menepuk-nepuk dan membersihkan tanah dibahagian seluar. Tak lama kemudian nampak kelibat Uda mula turun dari rumah.",
"“Samir dah takde lagi..” Ayat pertama diucapkan Uda semasa mendekati kami. Kepalanya digeleng-gelengkan.",
"“Kenapa?” Aku tanya pada Uda.",
"“Mayatnya hangus macam terbakar, bau busuk najis penuh satu rumah!” Suara tangisan Kamilah mula kedengaran dek telinga kami.",
"“Mari! Kita naik dan tengok!” Kata bapak pada aku. Kami melangkah naik, belum sampai ke muka pintu, bau busuk sudah menyerang hidung kami. Sungguh luar biasa busuknya, jenazahnya sudah Pak Seli tutup dengan kain batik lepas yang d******g dari kain batik yang kami guna untuk alas solat tadi.",
"Rupa keadaan mayat juga ganjil, tinggi dibahagian dada. Bapak himpit Pak Seli perlahan-lahan, ekor Hanuman bertukar tangan, mereka berbisik sesuatu, Pak Seli mengangguk-angguk kepala tanda faham. Bapak singkap kain batik yang menutup mayat.",
"Ngeri keadaan Samir, rupanya rentung kehitaman bagaikan itik salai, tangannya keras dengan jari-jari yang terbuka, terangkat separuh dada. Rupanya jika digambarkan seperti takutkan sesuatu semasa diakhir nafasnya, dan tangannya tak boleh dikiamkan kerana sudah rentung kekerasan.",
"Tak terperi azab yang ditanggung saat sakaratulmaut, benarlah.. janji Allah itu benar, Syurga Allah itu benar, dan neraka Allah juga benar.",
"“Arip, Uda.. Kamu pergi ke masjid terdekat, ketuk pentung, maklumkan pada penduduk kampung.. Tak elok dibiarkan macam ni lama-lama, aib..” Pantas aku dan Uda berlalu turun dan berjalan mencari masjid terdekat.",
"“Apa jadi tadi kat bawah? Aku dengar, sampai tiga kali bunyi petir..” Dalam pada berjalan, Uda bertanya pada aku.",
"“Esoklah.. Tunggu cerah, aku cerita..”",
"“Kau tahu… Tadi masa kat atas…” Uda cuba menyambung cerita",
"“Esoklaahhh… Esok kita bercerita.. Bukan aku nak lari mana-mana.. Aku pun nak tau jugak..”",
"“Hurmmmm….” Uda balas lemah.",
"Jenazah Samir selamat dikebumikan malam tu juga, selepas dinasihatkan ahli jawatankuasa masjid, demi untuk mengelakkan aib, jika dikebumikan pada siang hari, lebih ramai lagi yang akan nampak azabnya keadaan pemergian Samir.",
"Kami meninggalkan rumah arwah Samir menjelang pagi, selepas upacara pengebumian selesai. Saudara mara Kamilah sudah datang menjelang saat upacara selesai.",
"Aku, Uda dan bapak berpagian dirumah Pak Seli. Dilarang pulang sementelah dah lewat pagi, dan untuk memantau sekiranya terjadi insiden berbangkit.",
"Baju dengan tetulang keluar kami tukar sebelum sampai ke rumah Pak Seli, dan baju yang kami pakai, dikumpulkan diikat bersama dan esok akan dihanyutkan ke air.",
"Bapak dan Pak Seli mengaji diruang tamu, aku dan Uda tertidur kepenatan saat sampai.",
"Siang yang menjelma, kami berjemaah Subuh dirumah Pak Seli sahaja. Usai solat, Pak Seli mengumpulkan kami semua.",
"“Kamu nak keluar atau teruskan kerja, silakan.. Tapi malam ni, kena bermalam disini lagi.. Lagipun..”",
"“Lagipun apa, pak?” Sahut Uda tak dapat menahan sabar",
"“Lagipun kamu semua perlu bermalam selama tiga malam disini.. Hurmmmm..”",
"“Saya kena balik maklumkan pada emak saya dulu..” Uda pandang tepat muka Pak Seli semasa bercakap, Pak Seli mengangguk tanda setuju. Kami fikir ucapan tazkirah pagi dari Pak Seli sudah habis, baru nak angkat p******g, Pak Seli sambung lagi bercakap.",
"“Ada lagi…” Aku dan Uda menoleh melihat Pak Seli.",
"“Kalau boleh.. Untuk tiga hari ni, aku nak kamu berdua berpuasa putih.. Inilah ujian yang perlu dilalui bagi yang memilih jalan macam ni.. Zahir dan batin perlu kuat dan kukuh.. Perlu bersedia untuk ancaman pada bila-bila masa..” Uda pandang muka aku dengan harapan aku akan protes, tapi aku tak membalas apa-apa. Uda mengeluh lemah, puasa putih bukanlah benda yang seronok dilakukan. Tapi ini bukan juga kali pertama untuk aku.",
"Dulu masa persiapan bertemu Awang Lidah Hitam Tongkat Semambu, kena puasa putih juga. Tempoh yang sama, tiga hari juga.",
"Sahur dan berbuka menu yang sama, nasi putih sekepal, dan air putih secawan. Dibuat untuk meningkatkan ilmu kebatinan, tak kurang juga digunakan untuk persiapan menghadapi ancaman atau ujian.",
"Uda yang dah terlanjur mengikuti kami, sudah diberi keizinan untuk bermalam dirumah Pak Seli. Aku pula hanya mengikut bapak, bapak takde bantahan langsung, memandangkan musuh yang menjadi seteru kali ni bukan kaleng-kaleng. Dan kejadian semalam, belum sampai ke titik penamat.",
"Petang sebelum berbuka puasa, Uda terpaksa mengotakan janji, menyapu dedaun kering dibelakang rumah Pak Seli. Lucu melihat telatah Uda, habis ayam Pak Seli dihambat dengan batang penyapu saat direbankan. Ayam yang masuk cuma dua ekor, bakinya tidur atas pokok. Ayam pun takutkan Uda..",
"Masa dan kesempatan macam nilah, aku bebas bercerita dengan Uda tentang insiden semalam. Pak Seli dan bapak sedang didepan, berbincang untuk persiapan malam ni. Meninggalkan aku dan Uda berdua dibelakang.",
"“Semalam, apa yang jadi.. Da?” Aku tanyakan pada Uda saat melabuhkan p******g diatas pangkin tukangan tangan yang dibuat sendiri Pak Seli, dibelakang rumah.",
"“Masa bapak kau suruh naik atas tu.. Aku lari naik atas.. Sampai kat muka pintu, Arwah tengah terapung tiga empat kaki dari lantai.. Meremang bulu roma aku..”",
"“Kau tak lari pulak macam selalu? Hahaha..”",
"“Kan orang tu….” Keluh Uda, endah tak endah.",
"“Dah tu? Apa jadi?",
"“Pak Seli masa aku datang, dah berpencak dah.. Sendeng sebelah badan dia.. Dia main jurus angin agaknya..",
"“Kenapa pulak?”",
"“Aku nampak dua tiga kali dia tolak tarik tangan, tiba-tiba arwah jatuh terlentang.. Macam kena pukulan angin…",
"“Masa dia terapung tu jugak.. Ada suara keluar.. Agaknya macam suara mahluk yang kita nampak kat bukit tu..” Sambung Uda lagi, wajahnya penuh suspen, ‘beria’ cara dia bercerita.",
"“Suara apa?”",
"“Tah.. Dia sebut ‘KAU MASIH ADA JANJI!!’ ‘KAU MASIH ADA JANJI!!’..” Uda berhenti dan telan air liur. Aku rasa bukan kepala aku je kembang, kepala dia sendiri pun kembang semasa bercerita. Serius sungguh muka Uda.",
"“Janji apa?” Uda mula merapati aku, dan duduk disebelah, suaranya diperlahankan kali ni..",
"“Dia cakap.. ‘AKU MASIH MAHUKAN KEPALA ISTERI KAU!!!’..”",
"“Aku rasa arwah tu berjanji pertukaran kekayaan tu dengan kepala Kamilah kot…” Sambung Uda dan menambah dengan spekulasi jarang.",
"“Kau ni.. Orang tu dah arwah dah… Dah tu kau kat atas, tak tolong ke? Takkan tengok je? Bukan bapak aku suruh naik tolong bukak lantai dengan dinding ke?”",
"“Haah.. Masa dah kena jurus angin dengan Pak Seli, Pak Seli suruh aku lincah kopek lantai.. Lantai papan pertama dalam rumah yang membelakangkan kiblat.. Dekat bucu ruang tamu, kalau kau perasan..” Aku angguk-anggukkan kepala.",
"“Dinding pun sama, tapi dinding kat dapur pulak.. Haish.. Meremang-remang aku rasa, Rip..” Uda mula meruap lengan dengan tapak tangan. Memang kami mengalami dua pengalaman berbeza, dan keduanya tak kurang sikit pun, sama-sama mengerikan.",
"“Berani pulak kau pergi dapur sendiri bukak dinding papan?”",
"“Huh! Kau tak tahu.. Berapa kali aku terkentut.. Belum kira melatah lagi.. Eh! Itu belum kira lagi, masa nak kopek tu.. Ayam nak berkokok bagai kat reban belakang rumah.. Naik hangin jadinya!” Uda nampak terganggu semasa bercerita.",
"Aku sendiri tak tahu.. lalalala.. errrr.. sambung esok laie yo.. Makin hangat dah ni.. kito tunggu apo nak dibuek dongan dewo tu.. BTW ado ko sesiapo sini yang ghajin puaso mutih? Koghang memang Power!!!!",
"Yang mano komen hurup fff somalam, nari koghang komen hurup peranchis pulak yo? Yel.. yem.. yes.. amboih.. dah macam amek order kat mamak pulak eden ghaso.. ahaha..",
"Koghang ni malas share.. sharelaaa banyak2.. buek sampai eden menaghi-naghi atah mejo..",
"Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)Link untuk DM aku ada dibawah, klik pautan dan tekan ‘mesej’.",
"Terima kasih. Xoxo!",
"#Pusaka2 #Arifyahya"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/kembalikan-episod-akhir/ | Kembalikan “episod akhir | [
"EPISOD AKHIR",
"Penglihatan Sanah terbatas kerana dihalang oleh cahaya api yang menyala-nyala marak membakar. Bunyi bakaran api menggerunkan hati Sanah.",
"Bahang kepanasan terasa membakar kulit Sanah yang berkedut.Bara api berterbangan dan hinggap di tubuhnya yang kurus kering.",
"Semakin ditepis semakin banyak bara api yang datang. Sanah berlari menjauh tetapi kakinya bagaikan terpaku di atas tanah pasir itu. Tekaknya terasa sangat kering.",
"“Air, aku mahu air.”",
"Mata Sanah melilau mencari sedikit air untuk diteguk bagi membasahi kerongkongnya. Sanah memerhati ke arah timur, dari jauh kelihatan bayang seorang lelaki yang membawa segelas air.",
"Lelaki yang berpakaian serba putih itu tersenyum memandang Sanah. Di sebelah barat, ada seorang lelaki yang berpakaian serba hitam membawa bara api di tangannya. Dia memandang Sanah tanpa sebarang reaksi.",
"Sanah sedikit binggung. Siapa mereka? Kenapa mereka di sini? Pandangannya beralih ke sebelah timur dan kemudian beralih pula ke sebelah barat. Begitulah bersilih ganti.",
"Sanah menggamit memanggil lelaki yang berpakaian serba putih yang membawa air.",
"“Dia pasti akan dapat menghilangkan rasa dahaga aku. Aku mahu air.”Lelaki itu tersenyum lagi dan senyumannya sangat menawan hati Sanah.",
"“Mak!”Suara Shahril menyebabkan Sanah berhenti menggamit.",
"“Ingat Allah, sebut Allah.”Lembut pesanan Shahril.",
"Sanah mengamati suara yang didengarinya, ayat al-Quran. Surah ar-Ra’d. Dahulu dia sering membaca surah ini.",
"Kedua lelaki itu berjalan mendekati Sanah. Mereka seperti tidak terkesan dengan bahang nyalaan api yang menjulang tinggi. Keduanya menghulurkan tangan kepada Sanah. Seorang memegang segelas air dan seorang lagi memegang seketul bara api. Sanah seperti diminta untuk memilih.",
"Tekaknya sangat kering dan dia sangat dahaga. Air itu pasti dapat menghilangkan dahaganya. Tetapi kenapa lelaki berpakaian serba hitam itu sungguh-sungguh mahu Sanah memilihnya. Sanah memandang mereka bersilih ganti.",
"“Pilihlah aku. Aku akan membawa kau ke syurga. Akan aku hilangkan dahaga kau, ikutlah aku.”Ucap lelaki yang berpakaian serba putih.",
"“Ikutlah aku.Aku tak menjanjikan apa-apa kerana aku tiada apa-apa.”Kata lelaki berpakaian serba hitam.",
"Sanah kelihatan binggung. Dia berfikir sejenak, kanan atau kiri. Bukankah pilihan kanan itu selalunya baik dan pilihan kiri itu kerap kali jahat. Sanah teringatkan suatu nama yang pernah diagungkannya suatu ketika dahulu.",
"Air mata Sanah berderai. Penyesalannya sudah tiada berguna ketika ini. Pasti Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya yang sangat banyak. Sanah sedar dirinya sangat keji, sangat hina dan sangat jahil. Dia menzalimi diri sendiri dan memuja dunia sehingga menggadaikan akhirat.",
"Imam Muhammad membacakan ayat-ayat al-Quran dan ditiupkan pada segelas air. Dihulurkannya kepada Shahril untuk disapukan ke muka Sanah. Shahril merenjis-renjis air tersebut sebelum menyapu lembut ke wajah Sanah.",
"Dia membisikkan kalimah Allah di telinga Sanah. Dada Sanah berombak kencang dan nafasnya tercungap-cungap seperti kepenatan. Air mata Sanah mengalir deras menuruni pipinya yang cengkung.",
"Shahril memandang wajah Imam Muhammad. Seolah faham akan gelojak hati Shahril, Imam Muhammad meletakkan tangannya di atas kepala Sanah yang ditutupi dengan tudung . Dia membaca al-fatihah sebanyak tiga kali.",
"“Ke marilah ikut aku. Akan aku bawa kau ke syurga. Aku akan menyembuhkan dan menghilangkan dahaga kau.Percaya pada aku dan aku akan beri kau harapan.”Pujuk lelaki yang berpakaian serba putih di sebelah kanan Sanah.",
"“Pilihlah aku. Aku tiada apa-apa untuk berikan kepada kau kerana aku hanya hamba”. Pujuk pula lelaki di sebelah kiri.",
"“Mak, Allah. Allah. Allah.”Suara Shahril bergema lagi dan seakan merentap jantung Sanah. Ya, Allah!",
"“Aku akan pilih Allah.”Ucap Sanah lantang.",
"“Pilih aku. Aku bawa kau kepada Allah.”Lelaki berbaju putih sekali lagi cuba memujuk Sanah.",
"“Aku juga akan bawa kau kepada Allah. Aku hambaNya.”Pujuk pula lelaki berbaju hitam.",
"Sanah duduk melutut. Dia menadah tangan ke atas.",
"“Aku pilih engkau wahai Allah. Aku tahu tindakan aku ini hanya sia-sia. Aku mungkin seperti Firaun yang sangat terlambat untuk memilih Engkau. Aku salah ya Allah. Aku sangat berdosa kepadaMu. Aku membelakangkan Kau dalam semua urusanku. Aku mengkhianati janjiku sebagai hambaMu.”",
"Sanah menangis teresak-esak hingga hampir tersembam ke tanah.",
"“Marilah pilih salah seorang daripada kami. Akan kami bawa kau kepada Tuhanmu.”Ucap lelaki yang berwajah dingin di sebelah kiri Sanah.",
"“Tidak! Aku hanya akan pilih Allah. Aku tidak tahu apakah kalian ini orang yang benar atau sesat seperti aku. Aku hanya akan pilih Allah. Hanya Allah yang menjadi pengharapanku. Bukan lagi makhluk seperti kalian. Pergi!”Ucap Sanah sambil menangis.",
"Kedua lelaki tadi berterbangan bagaikan debu dan bertukar menjadi bara api. Sanah sudah tidak peduli akan bahang panasnya api yang menyala dan rasa dahaga yang memeritkan kerongkongnya.",
"Di benaknya hanya ada nama Allah.",
"Shahril menepuk perlahan lengan Sanah berulang kali. Ibunya mengongoi sehingga kedengaran suaranya.",
"“Mak, mak. Sebut Allah.”",
"“Sapukan air ni.”Imam Muhammad menghulurkan segelas air kepada Shahril untuk disapukan di muka Sanah.",
"Perlahan-lahan Sanah membuka matanya. Dipandangnya wajah Shahril dan Zuraida. Dia mengangkat tangan mahu menyentuh wajah Zuraida dan menantunya itu menyambut tangan Sanah.",
"“Allaaahh. Allaaaah. Aku hidup.”Sanah kembali menangis.",
"Zuraida dan Shahril turut menangis tanda bersyukur kerana Allah memanjangkan usia ibu mereka.",
"“Biarkan ibu kamu berehat dulu. Dia dah solat isyak?”Soal Imam Muhammad.",
"“Belum lagi Imam.”Cepat-cepat Zuraida menjawab.",
"“Wudukkan dia. Bimbing dia solat. Walau pun terlantar macam ini, solat tetap wajib. Tidak boleh tinggal.”",
"Zuraida tunduk ketika mendengar hujah Imam Muhammad. Terasa seperti kata-kata itu ditujukan untuknya.",
"Shahril mengikut Imam Muhammad dan Nik bergerak ke ruang tamu. Mereka membiarkan Zuraida menguruskan Sanah di dalam bilik.",
"“Alhamdulillah. Mak dah sedar. Macam mana bang, perlu dibawa ke hospital?”Soal Shahril kepada Nik yang sedang duduk di atas sofa. Haji Idrus juga ada bersamanya.",
"“Kalau tengok tu, nampak macam luka ringan saja. Mungkin esok boleh bawa ke klinik saya dulu. Kita buat pemeriksaan lengkap.”Ujar Nik.",
"“Masih ada jin dalam badan mak saya?”Tanya Shahril terus terang.",
"“Setakat yang kami lihat, alhamdulilah sudah tiada gangguan.Cuma mungkin masih ada bisa yang tertinggal. Nanti cari daun bidara, ramaskan dan campur dalam air. Bacakan tiga qul dan ayat kursi. Mandikan mak dan isteri kamu. Moga Allah menyembuhkan.”Kata Haji Idrus.",
"“Jin tu boleh datang semula ke mari?”Soal Shahril mahukan kepastian.",
"“Dia dah lemah. Dia tak boleh masuk ke dalam rumah. Haji Idrus telah memagar kawasan luar dan dalam rumah. Sentiasa bacakan ayat-ayat yang telah Haji berikan. Cuma mungkin ibu kamu tak akan seperti dulu.”",
"Shahril membulatkan matanya memandang Imam Muhammad, dia tidak mengerti.",
"“Maksud Imam?”",
"“Pak cik pun tak pasti macam mana. Masih terlalu awal nak ramal apa-apa.”Ujar Imam Muhammad.",
"“Shahril bawa mak ke klinik abang dulu esok. Kita buat pemeriksaan menyeluruh.”.”Sampuk Nik.",
"Sudah hampir sebulan peristiwa hitam itu berlaku. Keadaan Sanah tidak banyak berubah. Dia tidak mampu berjalan melenggang seperti dahulu lagi. Kakikya tidak lagi kuat dan kadang kala sangat lemah sehingga mahu berdiri",
"Sanah perlukan bantuan orang lain.",
"Kulitnya dipenuhi kesan melepuh seperti terbakar dan apabila terkena air akan terasa pedih dan perit. Wajah tua Sanah tidak lagi secantik dahulu.",
"“Agaknya Allah akan terima tak taubat saya? Saya ni terlalu banyak dosa. Saya berdosa pada arwah suami saya, berdosa pada anak-anak saya dan pada orang yang saya aniaya.”",
"Soal Sanah pada Haji Idrus sewaktu kali terakhir mereka berjumpa kira-kira tiga hari lalu.",
"“Saya tak tahu Allah terima atau tak taubat Kak Nah. Cuma saya boleh beritahu apa yang Allah cakapkan dalam al-Quran.”",
"“Allah berfirman dalam surah az-Zumar ayat 53. Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesunguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semua. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”",
"Air mata Sanah bergenang. Zuraida yang mendengar ucapan Haji Idrus turut sebak.",
"“Firman Allah dalam ayat 110 surah an-Nisa’. Dan barangsiapa yang melakukan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun daripada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”",
"“Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Ini ujian untuk kak sekeluarga dan pengajaran juga untuk saya. Sentiasalah melazimi taubat. Kita ni kena rasa bersalah sentiasa dengan Allah. Sifat kita sangat lemah sebagai hamba.”",
"Bibir Sanah tidak lekang daripada beristighfar memohon keampunan kepada Allah. Loket permata hijau yang dahulunya menjadi kesayangan Sanah telah ditanam jauh di dalam hutan oleh Shahril dan Imam Muhammad.",
"Sanah sudah tidak lagi beriya mahukan dunia. Walaupun kulitnya tidak secantik dan secekang dahulu. Dia sangat bersyukur dengan peluang yang Allah berikan untuknya.",
"Allah telah kembalikan hidayah dan imannya. Allah telah kembalikan rasa cinta Sanah untuk terus sujud walaupun dalam keadaan sakit begini.",
"“Mak, kenapa termenung jauh ni?”",
"Zuraida memeluk belakang Sanah. Sanah menoleh memandang Zuraida sambil tersenyum.",
"“Mak ingatkan dosa-dosa mak. Mak berdosa kepada kau dan Shahril. Mak ajar kau yang bukan-bukan.”",
"Zuraida menarik kerusi roda ke belakang supaya menjauh daripada jendela. Zuraida duduk melutut di hadapan Sanah.",
"“Bukan salah mak. Salah Ida sendiri, mahu senang dan kaya cepat. Tak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.”Ujar Zuraida perlahan.",
"“Mak minta maaf Ida. Mak salah.”Sanah menyentuh lembut pipi Zuraida.",
"“Mak nak minta maaf pada Amirah. Ida, boleh bawakan Amirah ke rumah kita?”Zuraida menatap Sanah lalu mengangguk.",
"Sanah mahu minta maaf pada Amirah. Dosanya pada Amirah tidak terhitung banyak. Gadis itu telah dianayai oleh Sanah dan Zuraida.",
"Sanah telah memohon maaf kepada anak-anaknya pada dua minggu yang lalu ketika mereka pulang ke kampung. Sanah mengadakan kenduri doa selamat dengan menjemput orang kampung tetapi Amirah dan keluarganya tidak datang.",
"Sanah dan Zuraida dengan rendah diri memohon maaf kepada semua penduduk kampung atas sikap dan perbuatannya. Walaupun sangat malu dengan perbuatan mereka namun demi mengejar reda Allah, mereka sanggup mengorbankan rasa segan yang menebal.",
"Amirah tidak datang ke rumah Sanah walaupun Shahril dan Zuraida telah berulang kali ke rumahnya. Amirah tidak membuka pintu dan hanya menjenguk di balik jendela. Pasti Amirah sangat marahkannya dan Zuraida.",
"“Abang, pagi esok temankan Ida ke rumah Amirah.”Ujar Zuraida sewaktu dalam perjalanan pulang dari masjid. Mereka berjalan kaki bersama-sama.",
"“Kan kita dah pergi banyak kali sebelum ni. Amirah tu tak nak jumpa kita.”Ucap Shahril menolak permintaan Zuraida.",
"“Ida nak juga jumpa dia. Kali ni last Ida pergi jumpa dia, Ida janji. Kalau dia tak nak keluar dan tak nak buka pintu. Ida tak akan lagi ke sana.”Pujuk Zuraida manja.",
"Dia menunjukkan isyarat jari kelingking sebagai tanda janji dan Shahril menyambut jari Zuraida. Tangan mereka bertaut erat.",
"Malam itu Zuraida tidak dapat melelapkan matanya. Hatinya diasak bimbang dan dia memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada Amirah. Apakah perlu dia melutut memohon kemaafan atau memeluk wanita itu erat sama seperti perlakuannya terhadap KaK Shuk.",
"Apakah Amirah mahu menerima dan memaafkannya sama seperti Kak Shuk?",
"Amirah yang pernah dikenalinya adalah wanita yang berpewatakan lemah lembut tidak seperti Kak Shuk yang sedikit kasar.",
"Percakapan Amirah sangat lembut dan tingkah lakunya sopan. Kak Shuk yang begitu kasar, tegas dan lantang boleh memaafkannya. Sudah tentu Amirah akan memaafkannya juga.",
"“Aku kena sangka baik dengan Amirah. Aku sangat yakin dengan ketentuan Allah”.Monolog Zuraida sendirian.",
"Zuraida membetulkan telekungnya. Takbir diangkat dan diniatkan solat taubatnya ini hanya untuk Allah. Selesai solat sunat taubat, Zuraida bangkit lagi. Dia mendirikan pula solat hajat dua belas rakaat.",
"Selesai solat hajat. Zuraida bangun lagi untuk solat. Dia mengqhadakan solat-solat fardu yang telah ditinggalkannya. Zuraida mengulanginya sehingga hampir masuknya waktu Subuh.",
"Dia menjenguk Sanah jika ibu mentuanya belum bangun. Ditolaknya pintu bilik perlahan. Sanah sedang berdoa dan Zuraida mendengar esakan Sanah yang menusuk hatinya.",
"Bilik Sanah lengkap dengan bilik air yang diubah suai bagi memudahkan pergerakan Sanah.",
"Zuraida menutup kembali pintu. Dia kembali ke biliknya dan duduk berteleku di atas sejadah. Shahril sudah bangun dan mengejutkan anak-anak untuk solat subuh. Kehidupan mereka berubah setelah kejadian yang menimpanya.",
"Jika dahulu, anak-anak dikejutkan hanya untuk ke sekolah dan dibiarkan tidur sehingga matahari meninggi pada waktu cuti. Tetapi sekarang, cuti sekolah atau tidak. Mereka wajib bangun pagi untuk solat Subuh.",
"Shahril juga berubah, semakin mengambil berat akan perihal Zuraida dan anak-anak. Mereka sudah berpindah ke rumah Sanah. Hubungan Shahril dan Sanah semakin rapat dan tidak dingin seperti sebelum ini.",
"Zuraida merasakan hidupnya semakin sempurna walau pun mereka tidak semewah dahulu. Dia kembali menjadi suri rumah dan menjaga Sanah sepenuh masa.",
"“Abang tunggu sini. Biar Ida masuk ke dalam.”Shahril mematikan enjin motosikalnya.",
"“Ish, abang ikut sekali lah.”Shahril menuruni motosikal dan mahu mengekori Zuraida.",
"“Tak payah. Abang tunggu saja kat sini. Ida nak bercakap dengan Amirah sendirian.Ida nak cakap hati ke hati.”Zuraida melemparkan senyuman kepada Shahril.",
"Setelah dua kali Zuraida memberi salam. Mak Ipah, ibu kepada Amirah membuka pintu dan mempelawa Zuraida masuk ke dalam rumah.",
"“Amirah ada di dapur. Ida duduk dulu, mak cik panggilkan dia.”Zuraida memegang tangan Mak Ipah untuk menghalangnya memanggil Amirah.",
"“Biar Ida yang pergi jumpa dia. Kalau Mak Ipah panggil, mesti dia tak akan datang ke sini. Benarkan Ida jumpa Amirah sendiri.”Mak Ipah terpaksa akur dengan permintaan Zuraida walau pun hatinya terasa berat.",
"“Baiklah. Kalau ada apa-apa. Panggil Mak Ipah.”Zuraida menggangguk dan berjalan menuju ke arah dapur.",
"Mak Ipah menjenguk Shahril di luar rumah. Shahril menolak pelawaan Mak Ipah dengan baik. Dia lebih selesa bersembang di luar rumah. Tengah rancak berbual tiba-tiba mereka mendengar suara jeritan Amirah yang sangat kuat.",
"Shahril tidak mempedulikan Mak Ipah yang berdiri di sebelahnya. Laju Shahril menapak berlari menuju ke dapur. Dia mengucap panjang melihat Zuraida yang sudah rebah di atas lantai.",
"D***h pekat mengalir deras memenuhi lantai marmar. Amirah sedang berdiri terpaku memegang dua bilah pisau di tangan kanan dan kirinya. Shahril mendapatkan Zuraida yang terbaring. Kepala Zuraida diampunya dan diletakkan di atas riba.",
"“Ida! Pandang abang, sayang. Abang kat sini.”Zuraida memandang ke atas tanpa berkelip.",
"“Allah, Allah, Allah. Ikut abang sayang. Allah, Allah, Allah.”",
"Dada Zuraida berombak menahan kesakitan. D***h membuak-buak keluar dari rusuk kiri Zuraida sehingga membasahi baju Shahril.",
"“Apa kau dah buat ni? Ya Allah!”Jerit Mak Ipah yang sangat terkejut dengan perbuatan Amirah.",
"“Ira dah b***h hantu.”Ucap Amirah bangga.",
"Shahril tidak mempedulikan Mak Ipah dan Amirah. Fokusnya hanya pada Zuraida.",
"“Allah, Allah, Allah. Laa ila ha illallah.” Ucap Shahril lanjut-lanjut.",
"Bibir Zuraida kelihatan bergerak dan matanya memandang ke atas. Dada Zuraida berombak kuat dan kemudian tangan Zuraida layu menyentuh lantai. Shahril menyembamkan wajahnya ke dada Zuraida. Dia menangis kesedihan.",
"Orang ramai mula memenuhi perkarangan rumah Amirah. Shahril duduk bersandar di dinding kabinet dapur. Dia tidak dibenarkan menyentuh tubuh Zuraida yang dicintainya.",
"Mak Ipah duduk di sebelah Amirah yang diam membatu. Pisau di tangannya telah diambil oleh pihak polis.",
"“Encik, nanti ikut kami.”Shahril menggangguk lemah.",
"Dia tidak mampu untuk memandang wajah pegawai polis yang bercakap dengannya. Jiwa Shahril bagai dibawa pergi dan semangatnya menghilang.",
"Dia tidak pernah menyangka yang pengakhiran Zuraida akan seperti ini.Bagaimana untuk dia menerima semua ini?",
"Shahril tidak pernah bersedia untuk kehilangan Zuraida secepat ini. Semuanya kelihatan kosong dan bagaikan buih-buih yang memenuhi ruang. Pandangannya semakin malap dan kelam. Semuanya hilang.",
"Malam ini genap seminggu Zuraida meninggalkan Shahril. Lena Shahril sering dinganggu oleh bayangan Zuraida. Senyuman Zuraida yang manis, tutur kata Zuraida dan semuanya tentang Zuraida. Shahril bagaikan hilang arah. Makannya tidak lagi teratur.",
"“Assalamualaikum anak.”Shahril mendongak memandang pemilik suara itu.",
"“Pak cik.”Shahril memeluk kaki Abdul Baqi dan dia menangis.",
"Setelah keadaan kembali tenang. Shahril duduk bersila di hadapan Abdul Baqi.",
"“Saya sangat sedih pak cik. Allah",
"uji saya dengan ujian yang sangat berat. Apa salah saya pak cik? Kadang-kadang saya tertanya kenapa ujian saya bertimpa-timpa macam ini? Saya pening nak uruskan anak-anak dan mak saya. Sebelum ini semua Zuraida yang buat.”",
"Abdul Baqi menepuk perlahan bahu Shahril seakan memberi semangat kepadanya.",
"“Anak, manusia yang paling malang apabila dia merasakan dia tidak berdosa dan dia terlupa akan dosa-dosa yang pernah dia lakukan. Sangat hina dirinya apabila dia tidak merasakan yang dia bersalah”.",
"Shahril terjaga daripada tidurnya. Dia bingkas bangun dan mencari-cari Abdul Baqi di segenap sudut rumah. Tetapi bayang lelaki itu tidak ada. Shahril memeriksa pintu rumah, berkunci. Dia memikirkan kata-kata Abdul Baqi kepadanya.",
"Terlupa akan dosa?",
"Akukah yang berdosa?",
"Mak Ipah menatap Shahril dan Sanah yang duduk di hadapannya. Dia mengumpul kekuatan untuk memulakan percakapan.",
"“Aku nak minta maaf banyak-banyak bagi pihak Amirah. Aku tak pernah sangka Amirah boleh bertindak sejauh itu. Amirah tu sakit.”",
"Shahril memandang Mak Ipah memohon pengertian.",
"“Amirah kemurungan selepas anaknya meninggal. Dia langsung tak nak makan, tak nak keluar berjumpa sesiapa. Menggurungkan diri dalam rumah. Pak Hashim kan meninggal akibat serangan jantung, sebabnya dia terkejut bila tahu Amirah mengandung.”",
"Peluh membasahi dahi Shahril. Tangannya menggeletar tiba-tiba. Nafasnya menjadi sesak.",
"“Amirah tu budak baik. Kau pun tahukan Shahril? Amirah sangat kecewa dengan kau, kau buntingkan dia. Kemudian kau lari, tak mahu bertanggungjawab. Aku jumpa sendiri dengan Tok Man Janggut. Dia beritahu aku, Sanah dan Zuraida minta dia sihirkan Amirah. Tapi, dia tak sanggup buat sebab Amirah tu anak kawan baik dia.”",
"Shahril menelan air liurnya. Peluhnya terasa dingin seperti ais.",
"“Kau lari tinggalkan Amirah. Kau biarkan dia tanggung seorang diri. Sembilan bulan Amirah bawa perut sampai kami sekeluarga terpaksa pindah jauh. Kau musnahkan masa hadapan Amirah. Kau yang patut d*****h!”",
"Sanah memandang Shahril . Dia sangat terkejut mendengar pengakuan Mak Ipah. Shahril menundukkan kepalanya memandang lantai rumah.",
"Dia hilang keberanian untuk berhadapan dengan Mak Ipah dan Sanah. Kata-kata Mak Ipah bagaikan pisau tajam yang menghiris hati Shahril.",
"Ini dosa yang aku lupakan. Aku yang nampak suci di mata manusia tetapi aku yang paling hina di sisi Allah. Aku merasakan yang aku tidak bersalah dan aku meletakkan kesemua kesalahan di atas bahu mak dan Ida. Maafkan abang, sayang.",
"Semua orang nampak baik dan bersih kerana aibnya ditutupi dan dilindungi Allah. Mereka merasakan mereka yang paling baik sedangkan ketika mereka bersendirian tanpa segan dan tanpa rasa takut. Mereka melakukan perkara keji.",
"Mereka lupa ada yang melihat dan iman yang ada terus tercabut keluar daripada hati yang kononnya bersih tetapi sangat hitam dan kotor.",
"Mereka melihat salah orang lain dan mereka terlupa akan dosa-dosa mereka.",
"Allah melupakan mereka untuk merasakan diri berdosa kerana Allah menjauhkan mereka daripada rahmatNya. Tanpa ada usaha daripada mereka untuk kembali kepada Allah.",
"Mereka memohon supaya Allah kembalikan iman dan kembalikan hidayah untuk orang lain.",
"Tetapi mereka tidak pernah memohon hidayah dan petunjuk untuk mereka sendiri.",
"Mereka menyalahkan suami, isteri, anak-anak dan orang lain kerana merasa tidak bahagia. Sedangkan mereka yang tidak bergerak dan berjalan mencari Allah.",
"Walau pun mereka tahu Allah itu sangat dekat dan Allah tidak pernah tidur. Allah memerhati setiap gerak langkah mereka dan Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan.",
"Mohonlah kepada Allah supaya kembalikan rasa cinta kepadaNya. Mohonlah kepada Allah supaya kembalikan hidayah dan petunjuk dalam hati ini.",
"Allah itu ada dan rasakanlah keberadaan Allah setiap masa. Bercakaplah dengan Dia ketika hati engkau direnggut rasa kecewa. Allah akan membalas cintamu dan tidak akan pernah meninggalkanmu walaupun ketika itu engkau dibenci seluruh manusia.",
"Ini endingnya. Moga semua menerimanya dengan baik. Terima kasih yang sentiasa membaca dan menunggu dengan sabar. Yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan dan kekurangan Kak Shuk.",
"Moga Kembalikan membawa manfaat buat semua.",
"Siti Shukriah Md Isa"
] | [
"Kisah berunsur pengajaran dari penulis. Clap-clap. Ada plot twist. Kadang kita tak sedar atau lupa dosa yang kita lakukan. Sob Sob",
"Ada part yg tertinggal ke? Sy baca dari part 1 ~ 6.. part 6 yg shahril naik moto smpi 1 masjid bawa kotak Sayang tu.. tiba² masuk ending Sanah dlm bara api pulak? Apa yg berlaku masa shahril bawa kotak Sayang tu? Apa berlaku pd Zuraidah? Sapa Imam Muhammad, Nik, Abd Baqi? Emmmm 🤔",
"mcm tergantung kan………"
] |
https://fiksyenshasha.com/hanuman-gunung-bahagian-3/ | Hanuman Gunung Bahagian 3 | [
"Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.",
"Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 2",
"Sekonyong-konyongnya, bukit mula bergegar, bagaikan gempa bumi, habis jatuh batu-batuan yang berada diantara bukit, sebelum bukit mula terbelah dua. Dan dari bukit yang terbelah, keluarlah mahluk yang besar, rupanya saling tak tumpah seperti sang Hanuman, dari watak dewa-dewa klasik Cina. Berpakaian perang juga mirip sang Hanuman.",
"Besar, gagah dah mengerunkan. Bumi terasa bergegar-gegar saat dia melangkah. Dalam sekelip mata dia sudah mengecil sebesar saiz pokok dan berdiri didepan Samir yang masih lagi membaca mentera didepan pokok. Dia berdiri betul-betul diantara pokok dan Samir yang terbongkok-bongkok seperti sedang sujud didepan pokok.",
"“Pak Seli kata, itu Raja Jin yang menjaga bukit ni.. Seluruh bukit ni dibawah kekuasaan dia..” Bapak mula bercakap, seolah macam bukan perkara yang perlu dibimbangkan.",
"“Kau buat apa yang aku perintahkan?” Gegak gempita suara Hanuman memenuhi ruang bukit. Samir mengangguk-angguk, bagaikan budak kecil yang digula-gulakan untuk mendapat mainan.",
"“Kau masih ingat pantang larang yang aku tetapkan?” Samir mengangguk lagi.",
"“Baik! Sebentar lagi, pokok ini akan mengeluarkan daun emas.. Ingat pantang larang kau! Dan ingat kau masih ada janji lagi pada aku!” Tangan kanannya ditunjukkan pada pokok dibelakang, dan seketika kemudian, pokok mula ditumbuhi pucuk-pucuk daun, dibawah pancaran sinaran bulan. Jelas daun-daun kesemuanya berwarna kuning keemasan.",
"Tiba-tiba Hanuman berhenti. Dia melihat kiri dan kanan, sesekali seperti menghidu-hidu. Pak Seli tiba-tiba muncul disebelah bapak.",
"“Jaga-jaga, kehadiran kita dah dikesan!” Pak Seli tuturkan pada bapak. Sepontan bapak bersiap bersedia.",
"“KAU BAWA MANUSIA LAIN DISINI!!!” Hanuman mula memekik dengan suara seperti guntur dilangit. Terketar-ketar Samir mengeleng-gelengkan kepala.",
"“Tiii.. Tidakkkk tuannnn… Saya masuk ssssendirian…..” Samir mula membalas. Pucuk-pucuk daun kuning keemasan mula mengecut dan seperti disedut kembali ke dalam pokok.",
"“HAAAAAAAAAAAAA!!” Hanuman yang berang mula mendepakan tangan dan menjerit. Aura jeritannya berwarna biru, bagaikan mengelembung dan meletup. Tempiasnya menyinggah hingga ke muka, seperti ditampar serentak dengan dua tangan, naik kebas pipi aku!",
"Dari belakangnya mula dikerumuni lebah. Bulan dilindungi hitamnya angkasa dengan kerumunan lebah.",
"“HAAAAAA!!!” Sekali lagi dia menjerit, lebah mula menyerang segala apa yang merintang didepan. Samir kelam kabut bangun dan berlari meninggalkan pokok. Samir ‘tembus’ melepasi kami yang berdiri memerhatikannya sedari tadi.",
"“Aku dah pagar tempat ni, selagi kau berdua tak keluar.. Kau takkan diserang lebah!” Tegas ayat dituturkan bapak. Bapak kemudian melangkah songsang dengan kaki kiri melangkah dahulu.",
"Cemeti didalam tangan kanan, diangkat separas bahu, tangan kiri masih mencekak pinggang.",
"Alam tarokai fafa a’la robbuka bi azha bil fill..",
"Timbul urat saraf didahi bapak, ditekan-tekan dalam nada bacaan surah Al-Fill. Matanya juga bagaikan nak tersembul keluar. Bapak kemudian melangkah lagi dua tapak kedepan, sebelum mula berpencak sendirian laksana Pendekar Kundur bersilat ditemani pokok dalam hutan.",
"Kemas dan padu. Langkah buah pukul ‘Taji dan b***h!’. Berdesup-desup bunyi lengan baju dan seluar senteng bapak merintang angin di setiap pergerakan.",
"Hanuman mula berundur hingga ke pangkal bukit, jauh dari penglihatan. Hanya cahaya berwarna kuning dapat dikesan, membuktikan kehadirannya masih wujud, walau telah hilang dari pandangan.",
"“KAU FIKIR KAU DAPAT MENEWASKAN AKU?? MAHKLUK YANG LEMAH! AKU TELAH WUJUD SEBELUM KAMU DITURUNKAN KE BUMI..” Pekikan guntur membelah bukit. Sepontan aku nampak cahaya kuning berdesup-desup melintas melalui kiri dan kanan bapak.",
"“Jaga Rip, Uda! Dia pakai panah ghaib!” Pak Seli tiba-tiba muncul dibelakang dan memberi amaran pada kami.",
"“Salamun qaulan min rabbi rohimmm..” Pak Seli beranjak lagi dan tiba-tiba muncul dibelakang bapak. Mengangkat kedua-dua tangan menghadap kelangit dibelakang bapak.",
"“Rip… Tolong akuuuu… Tolong akuuu…” Baju aku direnggut kasar dari bahagian kanan. Aku berpaling, Uda sudah tenggelam disedut hingga separas lutut ke dalam tanah.",
"Apa dah jadi ni? Aku cuba tarik Uda keluar, tapi gagal! Uda yang panik, mula meronta-ronta. Semakin kuat dia meronta, semakin tenggelam hingga ke paras pinggang.",
"“Rip…. Aku belum nak m**i lagi… Allahhhhhhh…” Uda mula mengeluh. Runsing kepala aku dengan situasi yang menekan.",
"“Diam! Diammmm!” Tangan Uda aku rangkulkan ke belakang tengkuk aku, sambil aku melutut disebelah Uda. Tapak tangan kanan aku buka penuh dan ditekapkan diatas tanah. Aku serahkan usaha dan kaedah ‘cuba jaya’ aku semata-mata pada Allah.",
"Bunyi bising peperangan bapak dan Hanuman, serta kerlipan panahan kilat yang sesekali memancar, langsung tak aku hiraukan. Aku tumpahkan keseluruhan fokus aku pada Uda yang sudah tenggelam hingga ke dada.",
"“Uda, aku nak baca ayat at-taubah ni.. Sampai pada ‘HU’.. Dengan sekali nafas, aku rentap kau naik.. Aku nak kau ikut sama.. Sampai pada Hu jugak, kau kena melonjak naik! Kita kena cuba!” Uda mengangguk pasrah.",
"“Fokus Da! Fokus! Kepala hotak kau, tak boleh menerawang-rawang!” Aku tunjal kepala Uda, Uda redha kepalanya ditunjal dan mengangguk lagi tanda faham.",
"Lillahi Ta’ala!",
"La qod jaaa akum.. Rasullun min an fusikum..",
"Sampai ke kalimah ‘HU’…",
"Dengan segala kudrat dan irodat, aku rentap Uda keluar! Uda melonjak tinggi ke udara, sebelum jatuh berguling ke sisi!",
"Berpinar mata menggunakan jurus nafas. Uda bangun dengan kelam kabut dan membersih-bersihkan kesan tanah dari badan sebelum kembali menghimpit aku.",
"“Macam mana aku boleh kena sedut tadi? Bukan bapak kau dah pagar ke tempat ni?” Dalam situasi kritikal yang melibatkan nyawa macam ni, Uda masih dengan beribu-ribu limau persoalan.",
"“Manalah aku tau…. Kau yang kena sedut, bukannya aku..” Belum pun sempat aku habiskan ayat, Pak Seli tiba-tiba muncul dibelakang kami.",
"“Ini bukan perang kamu berdua! Tempat ini terlalu bahaya untuk kamu berdua!” Kedua tangannya diletakkan diatas bahu aku dan Uda, sepontan aku rasa direntap ‘keluar’ dari kawasan berbukit.",
"Aneh! Kami masih lagi dibawah pokok mempelam, bersila diatas pasir dan rumput, manakala bapak sedang gigih bersilat dengan jelmaan Samir dikawasan lapang dibahagian kiri pokok mempelam.",
"“Errr.. Tadi kita ke mana Rip? Halusinasi ke?” Aku geleng-gelengkan kepala, tanda aku tak tahu. Belum tentu juga jawapan yang aku boleh bagi, bakal dihadam kepala otak si Uda! Mana ada benda logik kalau melibatkan hantu!",
"“Uda, kau pergi naik.. Tolong Pak Seli bukak lantai dan dinding papan rumah! Arip, BANG!” Dalam pada berulir tari silat dan tanpa menoleh, bapak masih sempat memberi arahan ringkas. Uda bingkas bangun dan berlari ke dalam. Aku mula berdiri dan mencari arah kiblat untuk dilaungkan azan. Sungguh huru hara insiden yang berlaku malam ni!",
"ALLAHHHHHU AKHBARRRR!",
"ALLAHHHHHHHHHUU AKHBAR!",
"Jelmaan Samir yang bersilat menyerupai Hanuman masih meloncat ke kiri dan ke kanan, bagai mempermain-mainkan bapak. Sesekali dia mengeluarkan bunyi persis seperti seekor monyet. Pergerakannya langsung tak kekok dek kaki yang pincang sebelah.",
"Bapak melompat dan melepaskan penendang, tapi berjaya ditepis keluar sebelum diketawakannya. Hanuman kemudian melepaskan tumbukan mengumpan. Bapak bergilit ke kiri dan mengelak. Tapi sudah terlambat, tumbukan mengumpan hanya gerakan memperdaya untuk tendangan sisi yang padu.",
"Bapak jatuh terlentang diatas tanah. Aku berkejar mendapatkan bapak. Bapak tolak aku dengan kasar.",
"“Ketepi, dia ni bukan lawan kau! Berbisa kaki tangan dia!” Bapak bingkas bangun dan membuang cemeti. Bapak kemudian membuka sepuluh jari, diruap dari atas kepala hingga ke kaki.",
"Laa tudrikuhul absaaru, wahuwa yudrikul absaara, wahuwal latiful khabirrr!!",
"~Dia tidak dapat dicapai dengan penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan, dan Dialah yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui~",
"BRAP! PAP! PAP!",
"Bapak tuturkan ‘hati’ surah An-Anam. Dan dengan sekali ketis, bapak dah bersedia dengan pukulan buah sesiku! Berdiri dengan kekuda separuh-separuh. Berasap-asap keluar dari belakang badan bapak! Penumbuk digenggam menjadi tinju bersedia untuk menumbuk, tarik, tepis dan lanyak!",
"Sungguh bergaya! Meremang-remang aura yang sampai. Ayat yang sama kami pelajar silat guna dan amalkan, dan bersama titipan ayat, kami dikehendaki faham sepenuhnya maksud ayat sebelum digunakan.",
"Mereka mula berdiri dan saling merapati satu sama lain. Hingga jarak seluas satu relung penumbuk sahaja, dan mereka berhenti. Berdebar-debar rasanya menanti keputusan pertarungan bapak.",
"Bapak jerit dan sepontan melepaskan tumbukan kanan, tumbukan dielak! Dalam satu gerakan yang sama, bapak hantar siku yang pergi secara berputar. Aku nampak bapak berputar tiga kali diudara.",
"Jelmaan Samir atau Hanuman pula terlentang menghenyak tanah. Dan bapak yang memperkukuhkan kuda-kuda, tak lalai dan terus menerus berzikir.",
"Laaa ilaha illa anta, subhanaka inni kuntuminas zoliminnn..",
"Hanuman mula bangun dengan berang, jurus sesiku yang menyinggah tadi terlalu kuat, kepalanya beralih 45 darjah ke kanan. Aku yakin, kalau lawan bapak ialah manusia biasa, pasti dah mengucapkan selamat tinggal pada dunia.",
"Hanuman mengatur langkah lagi untuk menyerang. Terkinja-kinja bagai pergerakkan monyet walaupun dalam rupa paras seperti Samir. Dan laksana haiwan yang bernama monyet, tak hairanlah muslihatnya juga banyak. Tapi bapak juga tak terkalah dalam gerakan bermuslihat, mengumpan juga boleh jadi menumbuk, dan menumbuk juga adalah mengumpan.",
"Hihihihi.. Aku ketawa.. kerana episod bersambung lagi.. Maaplaa gais, dah sopoloh ghibu dah.. Jenuh aku copy paste.. Esok aku sambung laie yo.. Makan ti, jangan lupo baco bismillah, kot tak kang kawan dongan boghuk..",
"Boghi komen yang murni-murni yo.. panjang laie ni, den da nak monta mombalas komen fff koghang.. makaseh..",
"Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)\nLink untuk DM aku ada dibawah, klik pautan dan tekan ‘mesej’.",
"Terima kasih. Xoxo!",
"#Pusaka2 #Arifyahya"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/kembalikan-2/ | Kembalikan | [
"Episod Empat, Lima dan Enam",
"“Eh, mak! Ida memang nak jumpa mak.” Terkejut Zuraida apabila tiba-tiba Sanah muncul di kedai.",
"“Mak nak minum apa? Ida buatkan.”Sanah menarik kerusi lalu duduk. Sudah tiada pelanggan, lauk pauk juga sudah habis dijual.",
"“Tak payahlah. Shahril ada?”Zuraida tidak jadi ke dapur untuk membancuh air. Dia kembali dan duduk berhadapan Sanah.",
"“Abang dah balik. Dia kerja petang ni. Kenapa mak datang sini?”",
"“Kau dah beri Sayang makan?”Sanah bertanya dengan nada tegas.",
"“Ida lupa mak. Semalam tertidur, sedar-sedar dah nak subuh.”",
"“Sayang cari aku. Habis dicakarnya lengan dan leher aku ni.”",
"Sanah menurunkan selendang dan menunjukkan kesan cakaran di lehernya. Lukanya sedikit dalam. Dia turut menyelak lengan baju kebaya pendeknya. Terdapat kesan cakaran yang darahnya telah mengering.",
"“Ya Allah! Teruk juga luka mak ni.”Zuraida bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Sanah.",
"“Jangan kau sebut nama Allah. Nak berpura-pura tunjuk kau beriman pula.” Marah Sanah kepada Zuraida.",
"“Ida minta maaf. Mak janganlah marah Ida.”Pujuk Zuraida sambil mengusap tangan Sanah.",
"“Kau patut minta maaf kat Sayang. Kau kena buat jamuan besar untuk dia.”",
"“Jamuan besar tu macam mana?”",
"“Sediakan seekor ayam, pulut kuning, bertih dan tujuh biji telur ayam kampung. Ayam tu jangan d******g. Seru Sayang nanti. Lepas tu beri dia hisap ibu jari kaki kau tiga kali.”",
"“Bila Ida nak kena buat?”",
"“Secepat yang boleh. Kalau kau tangguhkan lagi, nanti kau tengoklah sendiri apa yang akan terjadi.” Sanah memberi amaran kepada Zuraida. Dia tidak mahu timbul masalah.",
"Zuraida sudah bersedia dengan hidangan lengkap untuk menjamu Sayang. Dia memasang lilin untuk menerangi ruang dapur yang besarnya cuma 10 kaki lebar dan 8 kaki panjang. Setalam penuh makanan telah diletakkan di atas lantai.",
"Zuraida menyeru Sayang sebanyak tiga kali dan Sayang muncul di hadapannya. Dia merangkak perlahan menuju ke arah Zuraida, kepalanya ditundukkan dan Zuraida seolah-olah faham akan kehendak Sayang. Kakinya dilunjurkan. Pantas Sayang menerkam dan membenamkan giginya di ibu jari kanan Zuraida.",
"Terasa seperti dagingnya dihiris pisau. Sayang menghisap d***h Zuraida dengan rakus. Setelah itu dia makan hidangan tersebut dengan lahap. Zuraida memegang ibu jari kakinya, terasa pedih dan menyucuk.",
"Esoknya, Zuraida memeriksa tong beras. Hampir lima ribu ringgit wang yang diletakkan oleh Sayang. Sejak Sayang hadir dalam hidupnya, kehidupan Zuraida berubah sepenuhnya.",
"Zuraida sudah mampu memenuhi keperluan dan kehendak keluarganya. Tidak perlu mencatu perbelanjaan dan tidak perlu lagi menunggu gaji Shahril untuk berbelanja. Jualan kedai makannya juga bertambah laris dan Zuraida sudah menggaji tiga orang pekerja.",
"“Abang, kita pindah rumah mak nak tak? Kasihan dengan mak, sorang-sorang kat rumah tu.”Cadang Zuraida. Shahril buat-buat tidak mendengar. Dia sibuk menyimpan sayuran yang dibelinya di pasar borong pagi tadi.",
"“Abang dengar tak? Mak tu sunyi, mak selalu merungut dengan Ida. Anak-anak tak pedulikan dia. Nak harap abang Shahir dan Kak Salina payahlah. Mereka duduk jauh.”",
"Zuraida berusaha memujuk Shahril. Dia pernah cadangkan supaya mereka berpindah ke rumah yang lebih besar. Shahril menolak, katanya membazir. Sewanya mahal.",
"“Dengar.”Jawab Shahril sepatah. Tangannya ligat membasuh pinggan mangkuk yang menimbun di dalam sinki.",
"“Dah tu, kenapa diam?”Soal Zuraida tidak berpuas hati.",
"“Abang tak suka awak rapat dengan mak.”Jawapan Shahril membuatkan jantung Zuraida berdegup kencang.",
"“Kenapa pula?”",
"“Awak dah berubah. Solat pun jarang-jarang sekarang. Baju-baju yang awak pakai semuanya tak senonoh. Tudung tu, dah makin singkat.”Zuraida mencebik bibir.",
"“Apa yang tak senonohnya? Ida pakai baju kurunglah. Tudung Ida masih paras dada, tutup dada kan. Mak tak ada ubah Ida pun.”Zuraida membela Sanah.",
"“Tudung awak tu singkat. Baju kurung awak tu fesyen apa? Ketat dekat p******g. Memanglah tutup dada, tapi sebelah tepi tu tak menutup. Setakat tutup buah dada je! Abang tak suka Ida pakai macam ni. Hari tu abang dah tegurkan?”",
"“Eh abang ni. Ida ajak abang pindah rumah. Kenapa nak tukar topik bab pakaian Ida. Ida taulah Ida bukan cinta hati abangkan. Tapi Amirah, Amirah yang lemah lembut. Amirah yang baik, Amirah yang cantik. Semuanya Amirah kan!” Zuraida meninggikan suaranya dan membuatkan Shahril sedikit terkejut.",
"“Apa yang awak merepek ni?”",
"“Ida tak merepek. Ida cakap perkara yang benar. Amirah tu dah balik sini kan? Ingat orang tak tau, abang pernah jumpa Amirah tu. Lagi satu Ida beli baju dan tudung tu semua pakai duit Ida sendiri. Nak harapkan abang, memang tak bergantilah baju Ida. Ida malas nak cakap dengan abang.” Jawab Zuraida panjang. Dia terus keluar dari rumah. Dia tidak tahu mahu menuju ke mana.",
"Shahril terdiam, terasa egonya sebagai lelaki tecabar. Dia akui yang dia pernah berjumpa dengan Amirah dua tiga hari lepas. Wanita itu sudah berubah, tidak lagi kurus keding seperti 13 tahun yang lalu. Cerita Amirah, dia menghilang dari Kampung Gunung Sali kerana mahu berubat. Dia telah disihirkan dengan sihir pemisah. Tujuannya supaya dia melupakan Sharil.",
"Orang kampung mula bercakap-cakap tentang Zuraida yang dikatakan menuntut ilmu yang tidak elok daripada Sanah. Shahril perasan, semenjak Zuraida diberikan loket permata hijau oleh Sanah. Segalanya berubah. Jualan kedai makan mereka memang laris, tapi tak kanlah jumlah keuntungannya hinga berpuluh ribu sebulan.",
"Shahril pernah terlihat jumlah wang dalam akaun Zuraida sewaktu isterinya mencetak penyata akaun. Hampir lima puluh ribu ringgit. Zuraida semakin garang dan tegas dengannya. Mudah marah dan mengamuk tentang hal-hal kecil. Anak-anak menjadi takut dengannya setiap kali Zuraida naik hantu.",
"“Masuklah Ida. Kenapa tercegat kat luar tu?”Laung Sanah dari dalam rumah. Zuraida menapak masuk ke ruang tamu. Terdapat dua set sofa mewah yang menghiasi tengah rumah.",
"“Mak, Ida penatlah.” Zuraida melabuhkan punggungnya di atas sofa. Empuk dan sangat selesa.",
"“Dah pakai pekerja pun masih lagi penat?”Soalan Sanah dijawabnya dengan gelengan kepala.",
"” Bukan sebab tu, tapi abang tu. Dia kata Ida berubah, makin seksi. Macam-macamlah. Dia jumpa Amirah. Entah-entah cinta kembali berputik.” Sanah ketawa kecil mendengar kata-kata Zuraida.",
"“Kau kan dah jampi si Shahril tu. Apa yang kau nak takut lagi?”",
"“Memanglah, tapi abang tu marah-marah Ida. Tak seronoklah mak. Ida nak abang jadi macam arwah abah. Dengar je cakap mak, sikit pun tak melawan.”Sanah memandang Zuraida, mata mereka bertembung.",
"“Itu kena buat cara lain. Kau nak bodohkan Shahril?”",
"“Taklah sampai bodoh Tapi nak dia dengar cakap Ida.”Zuraida tersenyum sinis memandang wajah ibu mentuanya.",
"Dia sedar yang arwah ayah mentuanya telah disihirkan Sanah. Lelaki itu tidak berani bertentang mata dengan Sanah dan hanya mengikut apa sahaja suruhan isterinya. Bagi Zuraida, alang-alang mahu Shahril hanya pandang akan dirinya lebih baik ditambahkan sekali agar Shahril tidak membantah cakapnya.",
"Zuraida tahu ada orang kampung yang bercakap tentangnya dan mula menghasut Shahril supaya menegurnya.",
"Aku tak curang dengan suami aku. Kenapa orang kampung yang nak menyibuk ambil tahu hal rumahtangga aku? Ah! Macam netizen Malaysia, semua benda nak menyibuk dan komen. Tak diminta pandangan pun tapi menyibuk nak beri pendapat. Fikir diri sendiri sahaja pandai. Samalah dengan orang kampung, duduk melepak di kedai makan tapi asyik bercakap hal orang. Tak sedar mengumpat dan memfitnah jadi makanan.",
"Itulah manusia. Salah sendiri tetapi menunding jari ke arah orang lain. Di hadapan, manis senyum wajahnya tapi di belakang segala sisi buruk yang ada dan yang tidak pernah wujud diadakan.",
"Lama Shahril terdiam selepas mendengar kata-kata Yusof. Jika benar dakwaannya. Shahril harus bertindak segera. Ini soal akidah.",
"“Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Ida dan mak kau keluar dari rumah Tok Man Janggut. Orang yang pergi situ tujuannya cuma satu. Sihir!” Ulang Yusof penuh yakin.",
"Semua orang kampung Gunung Sali tahu yang Sanah ada ilmu memakai. Tidak dimamah usia. Anak-anak Sanah sahaja yang menafikannya. Mustahil awet muda, umur sudah 70 an mana mungkin tiada sebarang kedutan.",
"“Aku bukan nak masuk campur urusan keluarga kau. Aku tak nak kau terkena macam arwah bapa kau. Diperbodohkan oleh isteri sendiri.”Kata-kata Yusof bagai menikam hati Shahril. Dia menatap Yusof tajam.",
"Arwah abah tak banyak cakap terutamanya dengan mak. Apa sahaja yang diperintahkan oleh mak, arwah abah menurut kesemuanya. Semua hasil kebun dan sawah diserahkan bulat-bulat kepada mak. Arwah abah nak beli gula-gula sebiji pun kena minta dengan anak-anak.",
"Tak kan Zuraida mahu bodohkan aku? Mustahil Zuraida sekejam itu.",
"“Aku minta maaflah. Terpulanglah, kau nak percaya atau tak.”Ujar Yusof sambil menepuk bahu Shahril. Tiada sebaris kata yang keluar daripada mulut Shahril. Sungguh! Dia sangat terkejut.",
"Malam ini Shahril menukar giliran kerja dengan Yusuf. Dia mahu pulang awal. Tidak sabar untuk bersemuka dengan Zuraida. Wanita yang lemah lembut suatu ketika dahulu sudah berubah sikap. Semakin sombong dengan Shahril. Tidak lagi mengharapkan wang daripadanya.",
"Kelihatan cahaya lampu dapur masih menerangi rumah tiga bilik itu. Shahril sengaja mematikan enjin motosikalnya. Dia tidak mahu Zuraida perasan akan kehadirannya. Dia menghela motosikalnya perlahan-lahan rapat ke dinding rumah.",
"“Malam ini aku buat jamuan besar untuk kau. Tapi ada syaratnya.” Sayup-sayup Shahril mendengar suara Zuraida. Dia mengintai melalui celah tingkap nako.",
"Zuraida sedang duduk menghadap setalam makanan. Seekor ayam golek. pulut kuning dan beberapa biji telur. Shahril terdengar suara dengusan. Hidungnya menangkap bau busuk hanyir.",
"Dia mengurut dada berulang kali sambil menahan nafas apabila di hadapan Zuraida tiba-tiba muncul dua lembaga. Salah satunya berbulu seperti beruk. Hitam legam warnanya. Tangannya panjang hingga hampir mencecah lutut. Manakala satu lagi berambut panjang dan Shahril perasan mata lembaga tersebut merah dan sebesar bola ping pong.",
"Dia beristighfar berulang kali diselang seli membaca ayat al-Quran yang dihafalnya sebagai pendinding diri. Hancur hatinya melihat peristiwa tersebut. Zuraida sudah terlajak jauh menyimpang dan menuju ke jalan Syaitan.",
"Air matanya mengalir perlahan jatuh ke pipi. Ya Allah! Sampai hati Zuraida melakukan semua ini. Sedang asyik melayan perasaannya dan tanpa sedar ada yang memerhati Shahril. Terasa hembusan nafas dan dengusan suara yang pelik di belakangnya.",
"Shahril segera menoleh dan hidungnya hampir bersentuhan dengan mulut makhluk pelik di hadapannya. Jantung Shahril berdegup kencang. Shahril menjauhkan wajahnya dan dia hampir rebah. Mujurlah tangannya sempat berpaut di jeriji tingkap.",
"Lembaga tersebut berdiri dan dengan tiba-tiba menerkam Shahril. Tubuhnya terasa dihempap beban yang sangat berat. Shahril dapat merasakan lidah lembaga tersebut yang terkena pada pipinya. Busuk seperti daging yang sudah berulat. Shahril sukar untuk bernafas.",
"Itu perkataan terakhir Shahril sebelum dia tidak sedarkan diri.",
"Zuraida terkejut apabila melihat Shahril terbaring di hadapan pintu dapur. Berulang kali dia mengejutkan Shahril. Namun suaminya itu tidak memberikan sebarang reaksi. Digagahkan juga mengangkat tubuh sasa Shahril dengan dibantu anak-anaknya. Shahril dibaringkan di tengah ruang tamu.",
"Sudah hampir dua jam Shahril pengsan. Tiada tanda-tanda mahu sedar. Zuraida terpaksa memanggil Sanah dan memohon bantuan jiran-jirannya. Dia bimbang jika Sharil terkena serangan jantung atau mungkin diserang angin ahmar.",
"“Abang, abang dah sedar.”",
"Shahril membuka mata perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Kelihatan Sanah, Zuraida dan beberapa orang jiran mereka sedang duduk mengelilinginya. Shahril cuba untuk bangun. Kepalanya terasa pening.",
"“Dah lama abang pengsan?”Soal Shahril setelah jiran-jirannya pulang.",
"“Dekat tiga jam abang terbaring kat sini. Semalamkan abang kerja. Macam mana abang boleh balik rumah?”",
"“Yusof tukar shift dengan abang.”Jawapan pendek Shahril membuatkan dada Zuraida berdebar laju. Dia menelan air liurnya sambil memandang wajah Sanah yang duduk berhadapan dengannya.",
"” Ida, pergi siapkan makanan. Mesti Shahril lapar sangat tu.”Sanah seolah-olah tahu isi hati Zuraida. Dia mengubah topik perbualan demi menyelamatkan menantunya.",
"“Abang teringin roti jala kari daging. Belikan abang air barli panas sekali.” Zuraida menjeling memandang Sanah seakan memohon sesuatu.",
"“Makanlah apa yang dah ada. Kenapa nak pergi beli pula? Kasihan Ida, dah penat memasak.” Ujar Sanah bagaikan menghalang Zuraida menunaikan permintaan Shahril.",
"“Ida, tolong belikan abang roti jala dan air barli.”Zuraida terpaksa menurut. Shahril tidak mempedulikan kata-kata ibunya.",
"Zuraida menghidupkan enjin motosikal. Otaknya masih tertanya-tanya penyebab Shahril pengsan. Apakah kerana Sayang atau kerana jin pengasih yang baharu diambilnya daripada Tok Man Janggut.",
"“Mak, kembalikan isteri saya.”Kata-kata Shahril membuatkan Sanah menatap wajah anak bongsunya itu.",
"“Apa yang kau mengarut ni? Bini kau tu ada kan. Dia pergi beli roti jala. Tadi kau yang suruh!”Sanah sedikit geram dengan permintaan Shahril yang dianggapnya mengarut.",
"“Mak! Kembalikan isteri saya yang dulu.”Shahril meraih tangan Sanah. Air mata bergenang di kelopak matanya.",
"“Apa yang kau mengarut ni!”Sanah merentap tangan Shahril. Tetapi Shahril mengenggamnya erat.",
"“Tolonglah mak. Kembalikan Ida yang dulu. Cukuplah dengan apa yang mak dah buat sebelum ni. Kami adik beradik tahu, mak guna-gunakan abah.”Shahril menangis sungguh-sungguh. Bahunya berhinggut menahan sebak.",
"Sanah terkejut melihat perlakuan Shahril sedemikian rupa. Dia mengeraskan hatinya. Dia tidak pernah memaksa Zuraida untuk menerima Sayang. Itu semua kehendaknya sendiri.",
"“Ida tu dah berubah mak. Dia dah tak solat macam dulu. Dia buat benda syirik. Tolonglah mak, kembalikan isteri saya semula. Ya Allah! Kembalikanlah iman isteriku. Tolonglah mak. Saya merayu dengan mak. Jangan libatkan isteri saya.” Shahril melutut di hadapan Sanah. Dia memegang kaki ibunya.",
"“Aku tak pernah paksa dia untuk buat semua ni. Dia yang mahu. Hidup dengan kau melarat.”Ujar Sanah, sombong.",
"“Kenapa mak turunkan semua ni pada Ida? Mak tak kasihankan Ril ke? Ril ikut semua cakap mak. Cukuplah dengan dosa mak pada abah. Mak bodohkan abah”.",
"Ucapan Shahril mendatangkan amarah Sanah. Dia menolak Shahril kuat. Hampir terlentang Shahril ke lantai.",
"“Diam kau! Jantan itu memang patut dibodohkan. Dia patut d*****h. Kau tak pernah tahu apa yang abah kau buat. Dia main betina. Gilakan perempuan joget. Dia pukul aku dan anak-anak aku. Dia seksa jiwa dan raga aku.”Jerit Sanah.",
"“Tapi mak, apa salah Ril? Mak sanggup nak guna-gunakan Ril macam abah.”",
"“Itu kau kena tanya Ida. Dia yang mahu bodohkan kau dan bukannya aku.”Suara Sanah kembali mendatar.",
"“Mak, kembalikan Ida. Ril tak nak Ida dan mak berpaling akidah. Ini semua syirik.”",
"“Hei! Jangan cakap soal syirik dengan aku. Duit yang syaitan ni bagilah aku besarkan kau. Kau nak ajar aku tentang agama. Bini yang kau nikah tu, dia tu yang sihirkan Amirah.”",
"Shahril beristighfar berulang kali. Dia terduduk mendengar kata-kata Sanah. Ya Allah! Kembalikanlah iman isteri dan ibuku.",
"Sanah mencapai beg tangannya dan terus keluar. Hatinya sangat sakit mendengar kata-kata Shahril yang berulang kali mahu dia kembalikan Zuraida.",
"Shahril bagaikan orang gila yang kerasukan. Dia menuju ke dalam bilik dan digeledahnya almari baju. Dia tidak menjumpai apa-apa. Kemudian Shahril memunggah almari anak-anaknya. Habis semua cerok rumah digeledahnya. Perbuatan Zuraida dan Sanah sangat melampau. Dayus dirinya sebagai suami jika membiarkan Zuraida melakukan perbuatan maksiat dalam rumahnya.",
"Ikutkan rasa geram, mahu sahaja dia mentalakkan Zuraida. Namun itu bukan jalan penyelesaiannya. Shahril akan mempertahankan rumah tangganya sehabis mungkin dan dia perlu bertindak menghapuskan segala khurafat.",
"Ketika harta menjadi agenda. Manusia tidak lagi percaya rezeki adalah milikNya. Mereka berlumba-lumba mahukan dunia yang bersifat pendusta dan sementara. Makin dikejar semakin jauh berlari.",
"“Abang! Apa abang buat ni?”Shahril terus mengeluarkan wang kertas berpuluh keping dari dalam tong beras. Diselongkarnya ke dasar bekas tersebut. Tangannya mencapai sesuatu.",
"Zuraida menghalang Shahril dengan mendorong tubuh Shahril. Namun tidak berganjak.",
"“Ini apa?”Soal Shahril sambil menunjukkan kotak kayu. Pantas dia membuka dan mengeluarkan isinya.",
"“Pulangkan semula. Kembalikan balik.”Zuraida cuba mencapai kotak tersebut.",
"“Ini rupanya yang Ida cuba sembunyikan. Sampai hati Ida!”Shahril mengertap bibir menahan nafsu marah yang membuak-buak.",
"“Kembalikanlah semula.”Shahril tidak mempedulikan permintaan Zuraida.",
"“Abang tahu, Ida nak guna-gunakan abang kan? Ida pergi rumah Tok Man Janggut. Buat apa kat sana?”Shahril cuba bertenang. Sangat sukar untuk mengawal perasaannya.",
"Zuraida tidak menjawab. Dia hanya tunduk memandang lantai.",
"“Kenapa Ida sanggup nak bodohkan abang?”Soal Shahril lagi.",
"“Ida bukan nak bodohkan abang. Ida cuma nak abang tetap cintakan Ida dan setia dengan Ida.”Perlahan suara Zuraida namun dapat didengari Shahril.",
"“Ya Allah! Abang memang cintakan Ida dan tak pernah terfikir pun nak curang. Semua perbuatan Ida ni berdosa. Syirik tau tak? Menduakan Allah. Khianat dengan Allah. Selama ni apa yang abang bagi tak cukup ke?”",
"Zuraida mendongak dan memandang Shahril. Pertama kali Zuraida melihat Shahril meruntuhkan egonya. Dia menangis.",
"“Memang tak cukup. Semua benda yang Ida nak, abang akan cakap sabar. Nanti abang belikan, nanti, nanti! Sampai m**i pun Ida tak akan merasa mewah hidup dengan abang. Ida kahwin dengan abang, ingatkan boleh menumpang senang. Tapi bawa bala.”Kata-kata Zuraida menghiris hati Shahril.",
"Zuraida merenung tajam memandang Shahril. Hari ini dia akan lepaskan semuanya yang terbuku di hati. Dia sudah penat berpura-pura bahagia.",
"“Ida tahan semua keinginan. Ida tak pernah minta apa-apa. Tapi abang tetap macam tu juga. Tak berusaha sungguh-sungguh untuk senangkan Ida dan anak-anak. Cukup dengan apa yang ada. Berbelas tahun kita kahwin masih lagi sama. Nak ke mana-mana kena sewa kereta, naik bas.”",
"“Peti ais ni dah buruk. Orang lain semua guna peti ais dua pintu. Ida dah penat hidup miskin. Abang hanya fikirkan diri abang saja. Cukup bagi abang tapi tidak pada Ida dan anak-anak. Ida ajak abang pindah tinggal dengan mak, abang tak nak. Abang rasa ego abang tercalar. Menumpang kesenangan mak. Tapi abang sampai hati biarkan Ida dan anak-anak susah. Ida penatlah!”",
"“Hari cuti abang sibuk pergi menjala ikan. Sibuk mesin rumput sana sini. Tak pernah nak bawa Ida dan anak-anak pergi jalan-jalan. Ida bosan asyik memerap kat rumah. Anak-anak Ida yang urus, siang malam Ida buat kerja rumah. Abang tu setakat tolong basuh pinggan dan buang sampah je. Abang langsung tak pernah tanya Ida apa yang Ida nak. Tak hargai segala pengorbanan Ida. Ida buat semua ni untuk kesenangan kita. Ida nak juga ada barang kemas seurat dua.”",
"Shahril membiarkan Zuraida meluahkan isi hatinya. Walaupun hampir kesemua tuduhan Zuraida tidak benar. Shahril mengaku dia tidak mampu memberi kesenangan kepada Zuraida. Tetapi dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.",
"“Abang minta maaf atas semua kekurangan abang. Abang nak Ida bertaubat. Berhenti buat perkara khurafat.”",
"“Ida tak akan berhenti macam tu je. Ida buat semua ni sebab abang.”Zuraida tidak berpuas hati mendengar kata-kata Shahril.",
"“Cukuplah dengan apa yang Ida dah buat pada Amirah. Abang tahu Ida sihirkan dia.”Zuraida menjeling tajam ke arah Shahril.",
"“Berani abang sebut nama betina tu. Abang ada hubungan dengan dia kan?”Zuraida bangun dan menarik lengan baju Shahril.",
"“Ish apa ni. Abang nak Ida minta maaf dengan Amirah. Minta ampun dengan Allah. Abang akan buang benda ni.”Shahril menepis pegangan Zuraida.",
"Shahril cepat-cepat keluar dari rumah. Zuraida mengekorinya dari belakang dan cuba menarik leher bajunya. Cepat-cepat Shahril menghidupkan enjin motosikal dan memulas minyak. Shahir dapat mendengar jeritan Zuraida.",
"“Abang! Pulangkan semula kotak tu.”Zuraida cuba mengejar Shahril tetapi dia rebah di tepi jalan. Zuraida menangis teresak-esak. Dia sudah tidak peduli pandangan orang sekeliling kawasan rumahnya yang mungkin sedang memerhati.",
"Waktu ini dia hanya memikirkan Sayang. Bagaimana caranya untuk mendapatkan sayang kembali. Zuraida bangun dan membetulkan kain batiknya. Dia menyarungkan kembali selipar dan mengikat kemas rambutnya. Laju dia mengatur langkahnya. Aku mesti jumpa mak.",
"Sanah sedang menantikan kehadiran Zuraida. Dia yakin Zuraida pasti mencarinya. Sanah tersenyum lebar apabila Zuraida terpacul di hadapan rumahnya. Wajah Zuraida sugul tanpa garis senyum seperti selalu.",
"“Mak!”Zuraida menerpa ke arah Sanah. Tubuh langsing Sanah dipeluk erat oleh Zuraida.",
"“Kenapa ni?”Soal Sanah buat-buat tidak tahu apa yang telah terjadi.",
"“Abang bawa lari Sayang. Ida tak tahu abang pergi mana.”Adu Zuraida kepada Sanah.",
"“Macam mana ni mak? Ida nak Sayang kembali.”Rayu Zuraida kepada Sanah.",
"“Kau bertenang dulu. Shahril tu tak ke mana-mana. Dia bukannya berani sangat nak tinggalkan kau. Pergi balik dulu. Uruskan anak-anak. Tentang Shahril, serah pada mak.” Zuraida sedikit tenang mendengar kata-kata Sanah.",
"Shahril menunggang motosikal menyusuri jalan raya. Dia hanya mengikut kata hati. Menunggang tanpa ada arah tujuan. Tiada siapa lagi yang boleh diharapkannya melainkan Allah. Mahu diadu kepada Yusof, rasa malu menebal di dada. Dia gagal mendidik isterinya dan bercerita kepada orang luar hanya akan membuka aib Zuraida dan Sanah.",
"Sepanjang perjalanan Shahril berdoa supaya Allah tetapkan imannya dan ampunkan segala dosa-dosanya. Dia terfikir apakah hikmahnya di sebalik semua ini. Shahril tidak pernah menyangka Zuraida tergamak menyihirkan Amirah.",
"Shahril berhenti berehat sekejap di sebuah masjid. Kotak kayu dalam raga motosikal disembunyikan di bawah baju hujan. Dia benar-benar buntu. Shahril menghubungi majikannya meminta cuti sebanyak tiga hari. Syukur majikannya meluluskan cuti tanpa banyak soal. Yusof juga setuju untuk menggantikannya sepanjang ketiadaan Shahril.",
"Allah mempermudah segala urusan Shahril. Air matanya kembali mengalir laju. Dia tahu bukan daya upayanya untuk memulihkan Zuraida dan ibunya. Mereka sudah diracuni dengan ketamakan harta.",
"Manusia megah dengan kecantikan dan kekayaan. Mereka merasa sempurna apabila segala keinginan dan kehendak dapat dipenuhi. Semuanya berlumba-lumba untuk mengejar nama, pangkat dan wang. Sehingga terlupa untuk memenuhi kehendak iman yang perlu sentiasa di pertingkatkan selalu.",
"Shahril sedar dia juga bersalah dalam mengemudi rumahtangganya. Dia mengabaikan tanggungjawab mendidik Zuraida dan anak-anak. Hanya disuruh solat, puasa dan menutup aurat. Shahril tidak pernah menekankan betapa pentingnya pegangan tauhid. Mengenal Allah itu wajib, belajar tentang sifat-sifatNya dan nama-namaNya.",
"Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada Zuraida soal pendidikan anak-anaknya. Shahril sibuk mencari duit dan dia tidak pernah terfikir Zuraida bosan tinggal di rumah. Hari cuti pun Shahril masih lagi bekerja.",
"Sebenarnya Shahril juga sama seperti Sanah dalam hal mengejar harta. Baginya kebahagiaan bermaksud kekayaan. Sedangkan kebahagiaan sebenar adalah keredaan Allah. Apa guna kaya jika hidup sering keluh kesah? Apa guna mewah jika hidup terasa sesak? Apa guna kaya jika tidak dapat mencuri masa untuk bersama dengan orang yang disayangi?",
"Hidup hanya sekadar hidup tanpa ada keberkatan. Hidup bukan untuk berlumba. Hidup tanpa iman dan hidup tanpa cahaya kebenaran hanyalah sia-sia.",
"Siti Shukriah Md Isa",
"Aku menulis bukan kerana nama."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/kembalikan/ | Kembalikan! | [
"Episod Satu, Dua dan Tiga",
"“Abang, mintalah loket permata tu kat mak. Mesti mak bagi”. Pujuk Zuraida sambil mengusap lembut lengan Shahril.",
"“Ish, awak ni. Loket tu kan mak pakai. Tak naklah abang. Kalau awak nak sangat, pandailah minta sendiri.” Shahril menolak permintaan isterinya. Zuraida menarik muka, bibirnya dimuncungkan sepanjang yang boleh.",
"“Esok, aku akan minta sendiri dengan mak. Mesti mak bagi.” Bisik Zuraida dalam hati.",
"Awal paginya Zuraida sudah tercegat di hadapan rumah Sanah, ibu kepada Shahril. Setelah memberi salam, Zuraida terus masuk ke dalam rumah dua tingkat yang terletak di tepi Gunung Sali. Rumah besar enam bilik itu masih lagi kukuh walaupun usianya sudah hampir 100 tahun.",
"“Awal Ida ke mari pagi ni. Bawak apa tu?”Soal Sanah yang sedang membancuh kopi. Kemudian dibawanya secawan kopi dan dihidangkannya kepada Zuraida.",
"“Pengat pisang. Mak sukakan?” Sanah mengangguk lalu tersenyum.",
"Zuraida memerhatikan wajah Sanah. Tiada sebarang kedutan dan wanita itu nampak muda dari usianya. Menurut Shahril umur ibunya hampir 73 tahun. Tetapi wajah wanita itu seakan baru berusia lewat 30 an. Tubuhnya masih langsing.",
"“Ida tengok Mak sampai berkelip mata. Kenapa?” Tegur Sanah.",
"Zuraida tersenyum.",
"“Ida tengok loket mak tu. Cantik sangat.”Ujar Zuraida sambil matanya memerhati loket permata berwarna hijau yang tergantung di dada Sanah.",
"“Ida mahu?” Pantas Zuraida menggangguk berulang kali bagaikan burung berlatuk. Sanah menanggalkan rantai belut dari lehernya. Dia meletakkan di atas meja makan.",
"Zuraida mencapai rantai dan loket. Kemudian dibeleknya berulang kali. Tiba-tiba bulu romanya meremang dan terasa bagaikan ada yang menghembus nafas di telinganya. Cepat-cepat Sanah mengenggam tangan Zuraida.",
"“Kalau betul Ida nak rantai dan loket ni, mak boleh beri. Tapi ada syaratnya. Ida sanggup?”",
"“Ida sanggup mak. Apapun syaratnya Ida sanggup.”Jawapan Zuraida membuatkan Sanah tersenyum lebar.",
"“Jom ikut mak. Mak nak tunjukkan sesuatu.”",
"Zuraida mengekori langkah ibu mentuanya masuk ke dalam bilik di sebelah dapur. Ini pertama kali Zuraida masuk ke dalam bilik itu. Terdapat sebuah katil bujang. Dinding bilik ditutupi kain kuning.",
"“Ida duduk situ dulu. Mak nak keluarkan barang.”",
"Zuraida melabuhkan p******g di atas katil. Sementara Sanah sedang membuka pintu sebuah almari kecil di hujung bilik tersebut. Sanah membawa sebuah bungkusan berwarna merah. Diletakkannya di atas katil.",
"“Kalau Ida mahukan loket dan rantai tu, Ida kena terima benda ni sekali.”",
"Sanah membuka bungkusan tersebut. Zuraida membuntangkan matanya, apa benda tu? Bisik hatinya.",
"“Ini belaan mak. Kuncinya ada pada loket ni. Ida wajib beri makan setiap malam Isnin. Ida akan nampak perubahan dalam hidup Ida. Ida nak ada banyak duit macam mak tak?”",
"Zuraida jadi takut. Shahril pasti marah jika tahu dia buat semua ini.",
"Sanah seperti dapat membaca fikiran Zuraida.",
"“Ida jangan takut. Kalau Ida nak kaya cepat dan nampak cantik macam mak. Inilah caranya. Ida tak perlu habiskan duit pun. Sayang ni cuma hisap d***h ibu jari kaki je. Itu pun dalam dua tiga titik saja.”",
"Zuraida diam, tidak tahu untuk memberi reaksi. Direnungnya patung kecil yang berambut panjang hingga ke paras lutut itu. Warnanya berwarna coklat keperangan. Patung itu tingginya hanya 10 cm.",
"Dibeleknya patung tersebut. Wajahnya seakan-akan kera cuma tidak berbulu dan tiada kening.",
"“Mak, benda ni hidup ke? Dia macam m**i je.” Sanah tersenyum melihat gelagat Zuraida.",
"“Namanya Sayang. Dia hidup, nak menghidupkannya kena ada cara.”",
"Sanah mengambil cucuk sanggulnya yang berada di atas kepala. Dia meletakkan loket permata hijau itu di atas kain merah. Kemudian dia mencucukkan cucuk sanggul tersebut ke jarinya. Dititiknya d***h ke atas loket.",
"Zuraida sedikit terkejut apabila Sayang tiba-tiba menjelma di hadapan mereka. Zuraida memerhatikan wajah Sayang. Namun terlindung di balik rambutnya yang hitam.",
"Sayang duduk sambil melutut. Kedua tangannya ditadahkan ke arah Sanah seperti seorang hamba memberi sembah kepada raja.",
"Jari jemari Sayang berkedut dan terdapat sedikit bulu berwarna hitam.",
"Tangannya juga berkedut bagaikan tangan seorang tua yang berusia hampir ratusan tahun. Kukunya tirus-tirus. Hanya kedengaran dengusan nafas Sayang yang turun naik.",
"“Aku mahu duit lagi. Dapatkan sekarang”. Sanah memberi arahan kepada Sayang.",
"Sepantas kilat Sayang menghilang. Zuraida terpegun melihat situasi tersebut. Tidak sampai 10 minit, Sayang kembali semula. Dicampakkan wang kertas berpuluh keping ke kaki Sanah. Wanita itu mengutip wang kertas tersebut. Dikiranya wang itu, RM 1470. Sanah tersenyum puas.",
"“Nah, ini untuk Ida. Mak hadiahkan buat menantu kesayangan mak ni. Mak tau, Shahril tak beri kau duit sebanyak ini kan?”",
"Ya. Shahril hanya beri aku RM 100 sebulan. Namun, segala keperluan anak-anak dan kelengkapan barang dapur Shahril sudah cukupkan.",
"“Ida dah buat keputusan? Ida tak nak hidup mewah macam mak. Ida terima Sayang dan loket ni, hidup Ida akan berubah. Ida akan bertambah cantik dan Ida tak perlu harapkan Shahril lagi.”",
"Kata-kata Sanah buat Zuraida hilang pertimbangan. Zuraida mula mencongak dalam kepalanya. Kalau seminggu seribu, sebulan dah empat ribu. Wah, hidup aku sudah mewah.",
"“Tapi mak, Shahril mesti akan perasan kalau tiba-tiba Ida ada banyak duit. Dia pasti hairan nanti.”",
"“Jangan risau, ambil duit ini. Gunakan sebagai modal. Kedai mak yang kat depan simpang tu kan kosong. Ida berniaga di situ. Ida kan pandai masak. Shahril tak akan perasan. Ida kenalah pujuk Shahril supaya izinkan Ida berniaga.”",
"Zuraida tersenyum mengerti. Rantai dan loket telah berubah tangan. Zuraida membungkus Sayang dengan baik. Dia akan simpan Sayang baik-baik.",
"Tentang Shahril, Zuraida telah merancang beberapa cerita supaya Shahril akan setuju dengan ideanya. Biar pecah di perut dan jangan pecah di mulut.",
"Sanah tersenyum puas. Akhirnya dia sudah bebas dari belenggu yang diciptakannya sendiri. Hatinya melonjak gembira kerana Sayang sudah berjumpa dengan tuan baru.",
"“Cantik tak?”Zuraida menayangkan rantai leher dan loket permata hijau kepada Shahril.",
"“Mak bagi awak?”Soal Shahril kehairanan.",
"Setahu Shahril, ibunya sangat menyayangi loket tersebut. Pernah sekali abang sulungnya Shahir mahu meminjam loket berkenaan untuk digadaikan. Mengamuk sakan Sanah, habis dimaki hamun Shahir sekeluarga.",
"“Ya, mak bagi Ida. Mak suruh Ida buka kedai makan kat kedai lama mak. Apa pandangan abang?”Shahril mengerutkan dahinya seperti tidak berkenan dengan cadangan Sanah.",
"“Tak payahlah. Modal banyak tu. Lagi pun abang masih mampu bekerja sara Ida dan anak-anak.”Zuraida merapatkan bahunya ke bahu Shahril. Tangan Shahril diraihnya.",
"“Memanglah abang mampu sara kami. Tapi, cukup-cukup makan saja. Ida nak hantar anak-anak pergi tusyen luar. Kasihan anak-anak, nak beli seluar baru pun kena berjimat. Zafira tu, kasut sekolah dia dah berapa kali Ida jahitkan.”",
"“Pasal modal abang jangan risau. Kerusi meja, dapur, periuk belanga, bekas makanan semua dah ada. Mak simpan elok. Kos awal ni, mak ada bagi Ida duit untuk buat beli barang-barang. Buat masa sekarang, Ida masaklah sendiri dulu. Nanti dah makin maju, boleh ambil pekerja.”",
"Zuraida berusaha memujuk Shahril. Dia mahu ubah hidup mereka.",
"“Ish, nantilah abang fikir dulu. Abang lebih suka awak duduk rumah. Jaga makan minum abang.” Zuraida melentokkan kepalanya di bahu Shahril. Dia mengusap-ngusap lengan sasa suaminya.",
"“Alah, Ida masih lagi masak. Bezanya sebelum ni Ida masak untuk abang dan anak-anak. Tapi kali ni, Ida masak untuk orang ramai. Bolehlah bang, Ida boleh bantu abang. Duit Ida nanti boleh simpan dan buat beli keperluan anak-anak. Ida penatlah hidup macam sekarang, makan pun nak kena catu.”",
"Shahril menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan. Apa yang dikatakan Zuraida semuanya benar belaka. Gajinya sebagai pengawal keselamatan hanya cukup-cukup sahaja. Dia beruntung kerana tinggal di rumah milik Sanah. Ibunya beberapa kali mahu dia berpindah ke rumah pusaka mereka. Tetapi Shahril menolak, dia mahu berdikari.",
"“Hmm, okeylah. Abang izinkan. Bila awak nak mula berniaga?” Zuraida tersenyum gembira. Dia mencium pipi Shahril tanda seronok.",
"“Hari Ahad depan. Nanti abang tolong Ida kemaskan kedai tau. Mak abang tu baik sangat. Sewa pun dia tak nak ambil. Betul tak Ida cakap yang mak sayangkan Ida sangat-sangat.”",
"Shahril tidak menjawab. Zuraida pilihan utama Sanah walaupun ketika itu Shahril sedang berkawan dengan Amirah rakan sekolahnya. Mereka saling menyintai. Namun, hubungan mereka terputus. Amirah tiba-tiba jatuh sakit dan perasaan Shahril kepada Amirah berubah. Amirah bukan lagi cinta hatinya.",
"Zuraida menyuluh muka Shahril dengan telefon pintarnya. Dia pasti Shahril sudah diulit mimpi. Tidurnya nyenyak kerana sesekali kedengaran dengkuran kecil. Zuraida menuju ke dapur. Dibukanya tong berisi beras. Zuraida meraba-raba di dalamnya.",
"Hah, dah dapat.",
"Dikeluarkan Sayang dari dalam kotak kayu. Zuraida mengambil jarum peniti dan kemudian jarinya dicucuk. Zuraida menitikkan darahnya ke atas loket. Dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan Sayang.",
"Zuraida cuba mengawal nafasnya yang naik dan turun dengan laju apabila Sayang tidab-tiba muncul. Kali ini, Zuraida jelas dapat melihat wajah Sayang. Telinganya kelihatan seperti telinga arnab namun sedikit besar. Sayang tiada bibir. Hanya kelihatan giginya yang kehitaman.",
"Sayang tidak memandang wajah Zuraida. Dia menundukkan kepalanya sedikit. Kedudukanny sedikit berbeza ketika dia berhadapan dengan Sanah. Sayang duduk bersila seperti mahu bertapa.",
"“Kau kenal aku?” Sayang gelengkan kepalanya.",
"“Aku tuan baru kau. Lepas ni kau kena ikut arahan aku saja. Kalau kau ingkar arahan aku, aku tak akan bagi kau makan. Faham?” Mendengar kata-kata Zuraida, Sayang mengangkat kepalanya. Dia merenung tajam, matanya besar bola ping pong. Sedikit terjojol dan dia menyeringai seolah-olah menunjukkan kemarahannya.",
"“Aku nak kau cakap. Kau bisu?”Soal Zuraida, segala ketakutannya sudah hilang. Sanah mengajarnya mentera ketika berhadapan dengan Sayang supaya segala ketakutan dan keresahan Zuraida akan hilang.",
"“Apa Siti mahu Ali buat?”Lembut suara Sayang. Peliknya gigi Sayang tertutup rapat.",
"“Esok, aku nak duit. Kau letak dalam tong beras ni. Faham?”",
"“Ali faham”. Jawab Sayang sebelum menghilangkan diri. Zuraida menyimpan kembali Sayang ke tempatnya.",
"“Awak bercakap dengan siapa?”Terkejut Zuraida apabila melihat Shahril di belakangnya.",
"“Mana ada sesiapa. Abang dengar apa? Kenapa bangun?”Soal Zuraida risau.",
"“Abang cuma dengar orang bercakap. Abang terjaga. Tengok awak tak ada, itu abang cari awak. Awak buat apa lagi ni?”",
"“Ida nak rendam beras. Nak buat nasi lemak pagi esok.”",
"“Dahlah pergi tidur. Esok pagilah awak buat. Dah tengah malam ni.",
"Kenapa rantai awak ada atas meja ni?”",
"“Ida tanggal kejap tadi, rimas. Inikan kali pertama Ida pakai rantai seberat ni. Tak biasa.”",
"Zuraida menarik nafas lega kerana Shahril percayakannya. Jika Shahril tahu perbuatannya pasti akan perang besar. Zuraida tak sabar mahu buka tong beras esok pagi. Dia mahu kira duit yang Sayang cari untuknya.",
"Ramai yang menjadi buta kerana mahukan dunia tanpa mereka sedar mereka telah terperangkap dengan tipu daya.",
"Zuraida teruja apabila melihat berpuluh keping wang kertas not RM 50 dan RM 10 di dalam tong beras. Terasa mahu menjerit riang tetapi ditahannya. Dia tidak mahu rahsianya pecah. Setelah memastikan Shahril telah keluar bekerja. Zuraida mula mengira wang dengan pantas. Semuanya RM 2730.",
"Wah, banyaknya. Berlipat kali ganda hasil kali ini. Zuraida tidak sabar mahu beritahu Sanah.",
"“Mak, ini hasil pagi ni. Hampir tiga ribu.” Zuraida tersenyum gembira. Sanah turut senyum, seronok.",
"“Ida bawa tak pen dan kertas. Mak nak bagi jampi untuk Ida kekal cantik di mata semua orang.” Zuraida mengangguk dan dia sudah bersedia untuk menulis.",
"“Dengan nama Tuhan yang Maha mencantikkan.",
"Asamku silumbi manis",
"Manis aku dipandang orang",
"Gelaga yang manis",
"Manis aku dipandang orang segala",
"Daripada madu segunung yang manis",
"Berkat doa lailahaillallah",
"Berkat doa Muhammad Rasullullah.",
"Aku berseri bak puteri,",
"yang lalu pasti terhenti,",
"yang duduk wajib berdiri,",
"yang berjalan tak mampu berlari,",
"tak kira siapa asalkan lelaki.",
"Siapa tak sayang alamatnya m**i,",
"Kalau tak m**i derita akan pasti,",
"Gilakan aku malam ke pagi,",
"kerana aku ratu duniawi.",
"” Panjangnya mak. Jenuh nak menghafal pula.”Rungut Zuraida.",
"“Nak cantik kenalah buat. Baca semua ni masa kau depan cermin. Dah habis baca semua ni, kau ambil loket tu sapukan di wajah kau.”",
"“Mak, kenapa mak beri loket ni pada Ida. Masa Abang Shahir minta dulu, mak tak bagi.”Soal Zuraida ingin tahu.",
"“Ida dah lupa apa jadi pada Amirah dan Shahril? Bukan Ida pun terlibat sama?”",
"Soalan-soalan Sanah membuatkan Zuraida terdiam. Ya, dia terlibat dalam urusan menyihirkan Amirah dan Shahril 13 tahun yang lalu. Ketika itu, dia berfikir Shahril banyak duit. Maklumlah anak bongsu pasti akan tinggal dengan Sanah di rumah besar tersebut. Tetapi, Shahril degil. Dia tidak mahu mengharapkan Sanah. Dia rela hidup susah daripada meminta-minta.",
"“Malam Isnin ni, abang kerja?”Zuraida mengangkat pinggan mangkuk lalu dimasukkan ke dalam sinki.",
"“Tak kot. Kenapa? Nak pergi mana-mana?”",
"“Taklah. Kalau abang kerja, Ida nak pergi tidur rumah mak. Mak ajak teman dia. Abang tukarlah shif dengan kawan abang.”Zuraida mencari alasan.",
"“Siang tu kan awak nak buka kedai. Jadi abang nak tolong apa yang patut. Kalau malam kerja, letihlah juga.”Zuraida mengangguk faham. Dia menghentikan perbualan. Jika dia terus mendesak Shahril pasti lelaki itu akan syak sesuatu.",
"Zuraida sibuk memasak pelbagai jenis lauk. Zafirah turut membantu ibunya. Walaupun baru berusia 12 tahun, Zafirah sangat cekap dalam menyediakan bahan-bahan masakan. Sekejap dia memotong sayur, sekejap membasuh ayam dan sekejap pula menyiang ikan dan memotong bawang.",
"Zahirul, anak kedua Zuraida membantu mengelap meja dan menyusun kerusi. Shahril pun turut membantu. Hari pertama buka kedai, ramai yang datang makan dan membeli lauk pauk. Semua orang memuji masakan Zuraida. Semuanya sedap dan cukup rasa.",
"Hari pertama sangat meletihkan tetapi menyeronokkan. Tiga jam sahaja, semua lauk pauk sudah habis. Zuraida tersenyum puas. Badannya terasa sangat letih. Selepas solat Isyak dia terus tertidur.",
"“Ida, bangun. Dengar sesuatu tak?” Shahril mengejutkan Zuraida. Zuraida memusingkan tubuhnya.",
"“Dengar apa?”Soalnya sambil menenyeh mata.",
"“Tadi, abang dengar macam ada benda jatuh kat dapur. Lepas tu macam ada orang ketuk tong beras. Abang pergi tengok, tapi tak ada apa-apa.”Kata-kata Shahril membuatkan dia teringatkan sesuatu, Sayang! Malam ini sepatutnya dia menjamu Sayang.",
"“Sekarang pukul berapa?” Sharil mengambil telefon dan melihat jam.",
"“Dah nak masuk Subuh, 15 minit lagi dah Subuh. Bangunlah. Abang nak mandi.” Zuraida duduk di birai katil. Hatinya terasa resah. Apa akan jadi nanti?”",
"Zuraida berdiri di hadapan cermin. Dia mengoleskan lipstik di bibirnya. Kemudian dia membaca mantera yang telah diajarkan oleh Sanah.",
"“Ida!”. Cepat-cepat Zuraida keluar apabila terdengar suara Shahril memanggilnya dari luar. Dia menjenguk di balik pintu. Kelihatan Shahril memegang sesuatu.",
"“Kenapa bang?” Sharil tidak menjawab dan menunjukkan bulu Moli.",
"Zuraida menekup mulutnya kerana terkejut.",
"“Binatang apa yang makan Moli ni? Dia hisap d***h Moli. Kalau anjing, mesti akan makan sekali daging.” Ujar Shahril sebak. Moli ialah salah seekor arnab peliharaannya.",
"“Musang kot.” Jawab Zuraida ringkas.",
"“Tak mungkin. Ini kalau Zahirul tahu, mesti meraung budak tu. Awak nak terus ke kedai?”",
"“Ya, abang kerja petangkan? Pagi ni abang tolong Ida dulu ya.” Zuraida cuba sedaya upaya mengawal nada suaranya. Dia sebenarnya takut dan bimbang. Apakah ini perbuatan Sayang?",
"Sepanjang perjalanan ke kedai. Zuraida mendiamkan diri, otaknya ligat berfikir. Ikutkan hatinya dia mahu ke rumah Sanah. Dia tidak boleh terburu-buru nanti Shahril akan tahu segala rahsianya. Menarik rambut dalam tepung harus berhati-hati. Jangan sampai tepung berselerak.",
"Shukriah Md Isa",
"Aku menulis bukan kerana nama.."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/hanuman-gunung-bahagian-2/ | Hanuman Gunung Bahagian 2 | [
"Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.",
"Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan dari episod 1.",
"Kamilah menyambut kedatangan kami dengan wajah yang cemas. Dari yang aku faham, katanya Samir sudah mula menghempas-hempas badan sebaik sahaja sebelum dimandikan. Katanya lagi air tadahan mandian juga cuma dapat ditadah separuh sahaja. Pak Seli mengangguk-angguk mendengar penerangan Kamilah dan memerintahkan Kamilah untuk menyediakan tikar untuk kami berjemaah diruang tamu.",
"Terkial-kial Kamilah melaksanakan arahan Pak Seli. Sebelum dia mula berpatah balik pada Pak Seli.",
"“Maaflah pak.. Rumah saya takde tikar sembahyang.. Rumah ni, tak ada siapa yang sembahyang..” Pandangannya diturunkan dari bertentang mata dengan Pak Seli. Aku nampak air muka Pak Seli berubah, daun telinga juga bergerak-gerak seperti menahan marah.",
"Habislah! Kalau tak kena pelempang, paling kurang mesti dibebel Pak Seli. Gumam aku sendiri dalam hati.",
"“Takpe.. Takpe.. Kamu hamparkan kain sarung atau batik yang bersih pun takpe..” Balas Pak Seli, sungguh berbeza dari apa yang aku fikirkan. Kamilah berlalu meninggalkan kami, Pak Seli hanya mengeleng-gelengkan kepala sambil melihat muka bapak.",
"Kain batik bertukar tangan, dan dibentangkan menghadap kiblat. Kami duduk menunggu tibanya azan Maghrib, disamping Samir yang masih lagi terbaring diruang tamu dan merepek-repek tak jauh dari kedudukan kami.",
"ALLAHU AKHBAR..",
"ALLAHHHHHHHHU AKHBAR..",
"Azan kedengaran dilaungkan, serentak Samir juga mula melolong seperti bunyi anjing, disetiap bait azan. Aku perasan, berkerut-kerut muka Uda melihat Samir.",
"Maghrib dan Isyak berjemaah dilaksanakan dalam suasana yang tertekan, Samir meraung-raung diruang tamu saat kami berjemaah. Tapi kami dah diingatkan terlebih dahulu, supaya tak mempedulikan apa yang akan terjadi. Kalau difikirkan semula, macam raungan yang sengaja dibuat-buat. Sebab bila kami selesai memberikan salam, Samir tiba-tiba diam dan kembali meraung semasa kami menunaikan Isyak.",
"Selesai Isyak, wirid dan bacaan doa, Pak Seli perintahkan Kamilah untuk membawa keluar bekas air mandian Samir. Dalam pada Kamilah ke tandas, Pak Seli menghimpit bapak dan berbisik seketika. Entah apa yang dibicarakan, tak dapat aku pastikan. Seketika kemudian, bapak cuit aku dan Uda.",
"“Mari.. Kita keluar, mungkin Pak Seli tak nak kita terkena tempias, kita tunggu dilaman je..” Tenang suara bapak, merungkai soalan dalam kepala aku. Mungkin insiden yang berlaku dirumah tempoh hari dah dimaklumkan pada Pak Seli.",
"Tanpa dolak dalik, kami turun dan menunggu dibawah pokok mempelam rendang. Agak luas juga kawasan rumah Samir, boleh dikatakan sudah menyerupai rumah agam, dek kerana besarnya rumah berserta kawasan tanah yang luas didepan rumah. Ada kerusi kayu tukangan tangan diletakkan dibawah pokok mempelam. Cuaca malam ni juga baik, bulan penuh walau tanpa bintang, takde tanda-tanda akan berlaku hujan. Bapak berdiri tenang menghadap rumah, manakala aku dan Uda melabuhkan p******g dikerusi.",
"Sepuluh minit kemudian, kami mula mendengar suara Samir kembali meraung-raung. Menjerit bagaikan dibantai dengan tali pinggang kulit. Serun juga jika diamati lama-lama. Jeritan berlanjutan selama setengah jam, dan selama setengah jam jugalah, takde jiran atau tetangga yang datang menjengah. Macam dah lali dengan bunyi raungan Samir.",
"“Hah.. Apaa??” Uda tiba-tiba bersuara.",
"“Apa yang apa?” Aku balas",
"“Kau cuit aku, ada apa?”",
"“Bila masa pulak aku cuit kau?” Aku angkat tangan yang sedari tadi aku letak atas kepala lutut, menunjukkan tangan aku memang dari tadi tak bergerak. Sepontan Uda berpaling dan melompat.",
"“Arip….. Belakang kau….”",
"Ahhh… Sudah…",
"Ada apa kat belakang aku? Peluh sejuk mula keluar dan kepala mula terasa kembang dengan d***h yang naik tiba-tiba. Bapak pula sepontan berpusing dan menghadap aku.",
"“Dah aku duga kau akan datang..” Bapak pula tiba-tiba bercakap sendirian. Bingkas aku berdiri, berputar dan melihat arah belakang pokok mempelam.",
"Jelmaan berwajah seperti Samir muncul dan be",
"rjalan perlahan mendekati kami. Wajahnya dilindungi bebayang pokok, tapi jelas kelihatan menyerupai Samir. Cuma bezanya bermata merah seperti biji saga dan kakinya pincang sebelah. Dan ya! Dia berekor seperti monyet!",
"“Aku tahu kau yang ‘menjaga’ budak ni selama ni.. Aku tahu kau yang dia puja, dari ilmu kepala tahi yang dia amalkan.. Dan aku tahu juga pantang larang ilmu kau!” Bapak berlari meninggalkan kami, dan masuk ke dalam rumah. Meninggalkan aku dan Uda terpingga-pingga.",
"“Nak lari jugak ke, Rip?” Uda cuit aku dan bertanya.",
"“Aku tak tau.. Kalau dia ni boleh kena cepuk, macam manusia biasa.. Kita lawan.. Hihi..” Aku balas sinis tanpa menoleh pada Uda. Kuda-kuda dibuka, dan bersedia dengan apa jua kemungkinan yang mendatang.",
"Jelmaan Samir berhenti kira-kira lima kaki dari kami. Wajahnya kini jelas, ada sesuatu yang aneh dapat dilihat, dia seperti tertoleh-toleh ke sebelah kiri. Dalam tangan kanannya juga memegang sesuatu, menyerupai tangkal. Dia mula duduk dengan wajah yang menyeringai, tersenyum hampir ke cuping telinga. Ngeri jika ditatap lama.",
"“SERANGGGGGGGGGG!!!!” Uda menjerit dan berlari ke arah jelmaan Samir yang sedang duduk.",
"‘Kegilaan apakah?’",
"Tak sempat aku halang!",
"Dalam sekelip mata, aku nampak Uda terpelanting diterajang dari depan! Dan dalam sekelip mata juga, jelmaan Samir masih kekal duduk seperti takde apa yang berlaku.",
"Ternganga mulut aku melihat kejadian yang tak aku sangka. Uda terlentang atas tanah memegang perutnya dan mengaduh. Aku berlari pada Uda. Sepuluh kaki jarak terpelanting, cukup membuktikan betapa kuat penerajang yang hinggap tadi!",
"Kelibat bapak nampak turun dari rumah dan berlari menghampiri kami. Bapak juga membawa sesuatu dalam tangannya. Memegang cemeti yang digunakan untuk menjinakkan harimau.",
"“Ke tepi, Rip!” Bapak keluarkan perintah. Aku heret Uda yang masih separuh terlentang menjauhi kawasan lingkungan bapak. Cemeti mula dibiarkan jatuh dari gulungan, dan bapak melibas-libas ke kiri dan ke kanan, laksana akan membantai jelmaan Samir sekejap lagi.",
"“Kenapa kau tak serang?” Bersusah payah Uda bertutur dalam keadaan menyeringai kesakitan.",
"“Siapa cakap kita nak serang?”",
"“Tadi kau kata nak cepuk dia?”",
"“Aku kata, kalau dia ni boleh kena cepuk macam manusia biasa… Kita lawan.. Haish..”",
"“Ohhhhh… Aku salah dengar… Ingatkan kau cakap nak cepuk dia…” Aku geleng-geleng kepala mendengar ayat Uda.",
"Cemeti yang bapak dapat entah dari mana, mula membantai jelmaan Samir. Dari apa yang aku nampak, tak memberikan sebarang kesan. Tapi bapak terus membantai tanpa menghiraukan apa-apa.",
"Agak lama juga bapak bersilat menggunakan cemeti yang terus menerus membantai jelmaan Samir, hingga aku kira bapak dah berpuas hati. Uda juga dah lama kembali berdiri disebelah aku. Bapak mula berlari dan menghimpit kami.",
"“Baik! Kita tengok apa dia nak buat.. Korang berdua baca surah Dhuha, jangan putus.. Baca dengan khusyuk!” Kata bapak serius, jelmaan Samir mula berubah-ubah wajah. Walaupun dalam keadaan masih duduk statik diatas kerusi dibawah pokok mempelam.",
"Masuk bacaan Dhuha kedua, ada kabus yang datang dari selatan, mula menyelubungi kawasan kami. Dan saat masuk bacaan pada kali ketiga. Kami seperti ditengah-tengah kawasan jirat Cina.",
"Kawasan berbukit bukau, berbatuan dan banyak pokok-pokok besar dilereng bukit. Cuaca juga sejuk, seperti embun jantan sudah mula turun. Dingin hingga ke tulang hitam.",
"Aku lihat, bapak sudah berpakaian laksana panglima perang. Bersamping, bengkong, tanjak dan berkeris. Cukup lengkap busana panglima berlabuci kemas dihujung baju, dan tenunan benang emas dibahagian samping. Ada pengikat yang mengantungkan cemeti yang tergantung elok dibahagian kanan pinggang.",
"Nun jauh didepan kami, terdengar suara orang meratib seperti membaca mentera yang berbunyi seperti bahasa yang dirojak. Sesekali dia bersuara seperti menjerit, ditekan-tekan pada patah-patah perkataan bacaan mentera, dan sesekali dia bersuara mendatar. Aku lihat sekeliling mencari kelibat Uda. Uda gagal dikesan!",
"“Jalan, Rip! Kawan kau dah tunggu didepan!” Kata bapak memberikan arahan. Aku berjalan menghala ke arah bunyi meratib. Pak Seli dan Uda sudah berdiri menanti kami, berada dipinggiran jirat. Pak Seli berpakaian putih, bertasbih dan berserban dikepala. Nampaknya hanya aku dan Uda sahaja yang masih berpakaian biasa.",
"“Mari!” Pak Seli bersuara sebaik melihat wajah kami. Kami mula berjalan lebih hampir pada suara yang didengar. Saat sudah cukup hampir pada suara. Aku perasan Pak Seli sudah pun berdiri tak berapa jauh dibelakang kelibat yang aku yakin, itu adalah Samir.",
"“Cukup! Jarak kau hanya sampai sini sahaja!” Bapak pula memberikan arahan, meninggalkan aku dan Uda, dan menapak menghampiri Pak Seli. Mereka berdiri dan memerhati tindak tanduk Samir yang sedang membaca mentera didepan sebatang pokok tunggal yang menghadap dua buah bukit, bulan penuh menyinari dari belakang bukit. Barangkali upacara yang dilakukan hanya pada waktu tertentu, saat bulan menyinar penuh dari belakang bukit.",
"Pokok besar yang dipuja Samir juga kelihatan ganjil, kerana tidak ada sehelai daun pun pada ranting pokok. Pokok yang seolah-olah m**i beragan.",
"“Kita kat mana ni, Rip? Tadi bukan kat depan rumah dia tu ke?” Pinggang aku dicuit.",
"“Manalah aku tau.. Aku langsung tak faham..”",
"“Apa yang kau tak faham?”",
"“Bila masa bapak aku dengan Pak Seli salin baju?”",
"“Hurmmmmm…” Keluh Uda lemah.",
"“Cuaca pun lain, kan? Macam dah tengah malam.. Udara pun nipis dan terasa ringan..” Sambung Uda lagi.",
"“Ah.. Kau banyak sangat bunyi laa.. Diam ajelah.. Kita tengok je.. Kalau bapak aku perlu bantuan, baru kita masuk..” Uda mengangguk beberapa kali.",
"Bapak berpatah balik pada aku dan Uda. Berdiri disebelah dan memandang terus ke depan.",
"“Kau orang tengok, sekejap lagi.. Benda yang dia puja dan sembah nak keluar..” Bapak mula meleraikan ikatan cemeti dan mengenggam dengan tangan kanan.",
"Sekonyong-konyongnya, bukit mula bergegar, bagaikan gempa bumi, habis jatuh batu-batuan yang berada diantara bukit, sebelum bukit mula terbelah dua. Dan dari bukit yang terbelah, keluarlah mahluk yang besar, rupanya saling tak tumpah seperti sang Hanuman, dari watak dewa-dewa klasik Cina. Berpakaian perang juga mirip sang Hanuman.",
"Part paling best “Bersambung..” Baru episod dua ni.. Ada lagi beberapa episod.. Sabaq.. Sabaq.. kita baca sampai habis naa.. please klik like, komen dan subscribe.. Eh? share!",
"Eh, korang komen f, f.. f tu apo bondo? Menchagut ko? Komen la ‘ya’ ko, ‘mim’ ko, ‘nun’ ko.. boghi la komen berdayo saing sikit..",
"Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)\nLink untuk DM aku ada dibawah, klik pautan dan tekan ‘mesej’.",
"Terima kasih. Xoxo!",
"#Pusaka2 #Arifyahya"
] | [
"macam mane nak dapatkan ebook pusaka",
"DM….kt sini…nk Buku Pusaka 2 ?..Boleh ?",
"part yng dia baca mentera sambil tekankan pada ayat2 tertentu saya pernah hadapi dgn dukun temberang..dukun tu perempuan..dulu masa kecik2 abah bawak kami pergi berubat sbb ada yg mengikut balik almaklumlah abah kerja bomba..dia punya nk mula berubat tu mcm ni lah meratib berselang seli dgn ayat2 al quran..mmg tak paham lngsung yg faham cuma ayat2 al quran tu je..bkn baik malah ditambah nya belaan mengikut abah balik..makin rancak pulak rumah time2 maghrib ada org baling pasir..ngeri betul.."
] |
https://fiksyenshasha.com/pontianak-2/ | PONTIANAK | [
"Hafiz dan Hannan ialah pasangan sepupu yang minat memancing ikan sungai. Mereka gemar memancing sejak kanak kanak, lagi lagi ketika cuti sekolah. Asalnya mereka akan pergi bersama ayah mereka suatu ketika dahulu. Apabila meningkat usia, dengan kepakaran memancing yang ada, mereka hanya pergi berdua ke sungai berdekatan.",
"Nak dijadikan cerita, Hannan bercadang untuk memancing di sebuah tasik pada waktu malam. Kalau tak silap, lokasi tasik itu ialah Tasik Bera yang tak jauh dari lokasi rumah mereka. Hafiz tak membantah cadangan itu tetapi satu kisah dari kawan lamanya. Hafiz memberitahu, katanya di Tasik Bera ada makhluk halus yang sering mengganggu manusia yang berada di tasik itu. Pernah suatu ketika dahulu ada seorang pemancing diganggu langsuir sehingga demam beberapa hari.",
"Hannan dengar apa yang Hafiz katakan tetapi tidak dapat menghalangnya untuk memancing disitu. Hafiz akan bersama Hannan untuk pergi ke Tasik Bera. Ketika sampai di sana, mereka bersedia dengan kelengkapan seperti joran, umpan, karpet, lampu suluh dan makanan dalam bekal mereka. Ketika itu sudah pukul 9 malam, mereka biasanya keluar selepas isyak. mereka mula mencari lokasi sesuai.",
"“Hafiz, kau rasa tempat kita berdiri ni ok tak jadi port kita” Hannan mulakan pertanyaan.",
"“Aku rasa ok, tapi kalau kau rasa tak ok, bagitau aku” jawab Hafiz.",
"Hannan melihat jelas wajah Hafiz yang agak serius. Memang ada yang tidak kena. Kemudian mereka melabuhkan karpet dan meletakkan barang keperluan mereka. Memasang umpan pada joran dan mula memancing. Macam biasa, perlu beberapa minit sehinggalah ada ikan terlekat di umpan. Untuk menghilangkan bosan, Hannan kembali bertanya kepada Hafiz.",
"“Kau rasa betul ke cerita pasal hantu langsuir semua tu? Takkanlah tempat yang cantik pemandangan ni boleh jadi tempat berhantu?”",
"Hafiz menjawab “dah banyak berlaku sebelum ni, tapi kalau belum berlaku kat kita, aku tak boleh kata apa apa. Cuma apapun yang akan berlaku, kita kena hati hati”. Hannan diam seketika.",
"Baru selesai borak, joran Hannan tetiba bergerak. “Hannan, jorak kau tu. Dapat ikan kot tu”. Hannan terus menarik dan memusing pemegang joran dengan pantas. Hannan merasakan dia sudah dapat ikan yang besar seperti dulu. Kemudian dia berasa pelik, ikan tidak timbul walaupun hannan menggunakan segala tenaga untuk menarik jorannya. Kemudian badan Hannan ditarik seolah olah ada sesuatu menarik tali joran dari dalam sungai. Hafiz memegang badan Hannan untuk mengelakkan Hannan dari termasuk ke dalam sungai.",
"Tali joran terputus lalu Hafiz dan Hannan tersungkur ke tepi sungai. Dari situ Hafiz merasakan tali joran itu tidak ditarik ikan besar. Ikan sebegitu tidak wujud di tasik, lagi lagi di Tasik Bera. Kemudian mata mereka terlihat sesuatu yang dari permukaan tasik. Itu bukan ikan. Yang keluar itu berbadan atau berbaju putih, rambut hitam kusut melitupi muka dan kukunya panjang.",
"Hannan sekarang sudah merasakan makhluk itu ialah hantu langsuir. Mereka melihat langsuir itu memegang objek tajam dan mula bergerak laju ke arah mereka. Mereka cemas dan ketakutan lalu lari meninggalkan tasik itu. Mereka menaiki kereta lalu bergerak dengan sangat laju. Hannan menarik nafas dengan tenang setelah tidak lagi melihat langsuir itu. Kemudian Hannan teringat sesuatu.",
"Hannan pernah berubat dengan seorang bomoh terkenal di sebuah kampung di Bera. Bomoh yang dimaksudkan ialah Tok Un. Tok Un sudah biasa merawat penduduk kampung yang terkena gangguan mistik. Setelah bercerita panjang lebar, Hafiz tidak jadi balik ke rumah dan terus ke rumah Tok Un yang dikenali Hannan itu. Sebenarnya Hafiz pun tahu kehebatan bomoh itu jadi dia tak berasa sangsi.",
"Ketika sampai di rumah Tok Un, Hafiz menceritakan masalah yang dihadapi tetapi..”sudah, aku sudah tahu masalah kamu berdua. Kamu diganggu langsuir bukan?” tanya tok bomoh. Kami angguk saja dan faham akan kepakaran tok bomoh. Tok Un meminta kami bersila dan Tok Un membancuh air seketika. Tok Un mula menceritakan tentang keberadaan hantu langsuir yang suka menganggu semua orang. Kami dah agak, cerita itu bukan rekaan semata mata.",
"“Kalau betul kamu diganggu langsuir, kamu ada ambil gambar langsuir itu masa di tasik tu?” tanya Tok Un. Hafiz tidak sempat mengambil gambar langsuir itu kerana hanya lari ke kereta, tapi untung Hannan sempat mengambil gambar langsuir. Hannan terus menunjukkan gambar itu kepada Tok Un dari telefonnya. Tok Un cuba melihat gambar itu, namun berasa agak pelik buat seketika.",
"“Eh kenapa macam kenal yang dalam gambar ni? Pasti ke ini langsuir?” tanya Tok Un. Hafiz menjawab, “Betullah tu tok, inilah rupa langsuir tu”. Hannan pula balas “hantu ni pun mengubah rupa jadi macam macam tok”.",
"Tok Un kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan jawapan mereka, jadi dia mengajak mereka berdua bergegas ke satu lokasi yang tidak jauh dari kampung itu. Hafiz dan Hannan menurut perintah Tok Un supaya misteri langsuir itu selesai. Mereka bertiga menaiki kereta Hannan dan bergegas ke lokasi yang dituju. Tok Un senyap seketika dalam kereta dan kelihatan sangat serius.",
"Sampailah di sebuah rumah usang, Tok Un bergegas ke hadapan rumah. Hafiz dan Hannan ikut dari belakang. Salam diberi oleh Tok Un, dan dijawab oleh seseorang dalam rumah itu. Mereka naik ke rumah itu membuka pintu dan melihat ada seorang lelaki. Lelaki itu duduk di kerusi beralas kusyen dan mengusap perut kerana kesakitan agaknya. Mungkin Tok Un sudah kenal dengan pemuda itu. Pemuda itu bernama Ahmad. Tok Un mula bertanya kepada Ahmad",
"“Maaflah Tok Un mengganggu, tapi Tok Un nak tanya. Kamu kenapa pegang perut dari tadi, kamu sakit perut ke apa?”.",
"Ahmad mula cerita. “Begini, sejam lepas saya pergi tasik nak cari barang saya. Saya tak sengaja tercampak sebab nak buang botol kat situ. Masa saya cari di tasik, saya ternampak kilat sabung menyabung. Baju saya pulak tersangkut mata kail. Saya ternampak dua orang kat situ, jadi saya cuba mintak tolong dengan mereka tapi mereka pula lari. Saya pun balik ke sini.",
"Tok Un terus bertanya, “jadi yang tarik kali masuk ke tasik tu Ahmad lah? HAHAHAHAHA”. Jadi Tok Un menjelaskan perkara sebenar. “Begini, tadi dua orang budak nak memancing kat tasik tu. Bila mata kail tersangkut, budak ni tariklah. Lepas tu budak ni lari katanya nampak langsuir. Jadi langsuir tu Ahmadlah? HAHAHAHAHA”.",
"“Buang masa je aku kita bazir tenaga lari dari hantu, dia hantu rupanya HAHA” Hafiz Ketawa. “Apa punya Ahmad, tak pasal pasal tertinggal barang aku HAHA”. Mereka berempat ketawa setelah mengetahui ahmad lah hantu sebenar."
] | [
"Penatlah Ahmadni",
"Penang kalau hari2 mcm ni penat laaa…..",
"hehehe ini ambil ilham dari filem ‘Ragam P. Ramlee’ dari sub kisah ‘Main Nombor Ekor’ kan? tapi xpe, cerita olahan semula ni pun menarik juga."
] |
https://fiksyenshasha.com/berat/ | Berat | [
"Kali ini aku akan kongsikan lagi sebuah kisah dari seorang kenalan aku sendiri. Sebelum ini dia sendiri pernah berkongsi kisah dengan kita semua tentang dirinya yang tiba-tiba lumpuh tanpa diketahui sebabnya. Ceritanya sebelum ini boleh dilihat pada tajuk HASADA.",
"Jadi untuk kisah kali ini seperti biasa, aku ingin mengingatkan sekali lagi bahawa untuk kita bersama hormati perkongsiannya. Usah terlalu serius mahupun taksub dengan apa yang bakal dikongsikan. Anggaplah ianya suatu hiburan yang mendidik bagi kita.",
"Jika ingin membaca, bacalah dengan niat yang baik. Jika tidak mahu membacanya, boleh abaikan tanpa sebarang provokasi atau spekulasi yang boleh membawa kepada fitnah. Moga-moga kita dapat manfaat daripadanya.",
"Jom kita baca kisah ini…",
"Setelah aku berhenti kerja di pasaraya tersebut sebagai seorang promoter, kemudian rezeki aku pula dapat bekerja di sebuah universiti terkemuka tanah air sekitar Lembah Klang.",
"Selama tiga tahun juga aku berada di sana sehinggalah aku ditukarkan ke bahagian lain iaitu unit kemasukan. Lazimnya seperti yang diketahui, unit kemasukan ini banyak menguruskan hal ehwal pelajar seperti uruskan surat menyurat pelajar.",
"Kisahnya bermula di suatu pagi, di mana ada seorang rakan sekerjaku ini bermurah hati untuk belanja makan sarapan pagi di unit tersebut. Jadi, dia letak satu persatu nasi lemak yang dibelinya di atas meja setiap ahli dalam pejabat.",
"Aku pula ketika itu sudahpun bersarapan di rumah, sekadar letak dahulu nasi lemak yang diberikan di tepi meja. Namun begitu, timbul pula sedikit rasa kurang senang aku terhadap nasi lemak tersebut.",
"Nasi lemak itu sepertinya sudah dibuka bungkusannya, cuma ianya seolah dibalut semula. Jadi, ianya kelihatan tidak begitu sempurna balutannya. Walau bagaimana pun, aku biarkan saja. Boleh jadi itu hanya perasaan aku saja.",
"Kebetulan En.Amirul, (bukan nama sebenar) seorang juruteknik ketika itu belum sarapan maka aku berikan nasi lemak tadi kepada dia. Dia ambil nasi lemak tersebut dan makan seperti biasa.",
"Keesokan hari, ada rakan sekerjaku dari unit lain (dulu pernah bekerja bersama) datang berjumpa aku sendiri. Dia bertanyakan sesuatu berkaitan nasi lemak semalam.",
"“Kau semalam ada dapat tak nasi lemak yang Kak Ani (bukan nama sebenar) bagi semalam?”",
"Aku menjawab, “Ada, kenapa?”",
"“Kau makan atau tidak nasi lemak tu?” tanya dia lagi tanpa menjawab soalan aku tadi.",
"“Tiada, sebab aku dah sarapan awal pagi semalam kat rumah. Kenapa?” soalku lagi dengan harapan ada jawapannya.",
"“Sebab ada orang nampak Kak Ani seperti letakkan sesuatu dalam nasi lemak kau semalam.”",
"Jawapannya itu membuatkan aku berasa seram bercampur serba salah. Seram kerana ada seseorang ingin kenakan aku lagi atas sebab yang tidak pasti. Serba salah sebab nasi lemak itu dimakan oleh En.Amirul semalam.",
"Saat itu jugalah aku segera mencari En. Amirul untuk bertanya kondisinya. Tetapi dia tidak datang kerja sehinggalah hari ketiga selepas kejadian itu. Aku segera dapatkannya untuk bertanya lebih lanjut apa yang terjadi padanya.",
"En. Amirul menceritakan bahawa ketika habis kerja pada hari itu (hari dia makan nasi lemak), langsung dia pulang ke rumah. Anaknya menangis tanpa henti apabila melihat dirinya.",
"Tambah parah lagi, ketika dia mendukung anaknya itu, tangisannya itu bertambah kuat. Hampir saja berputus asa untuk memujuknya.",
"Dan ketika itu juga dia merasakan bahawa lehernya itu berat dan panas semacam. Puas diurutnya, tetap juga berasa berat. Tapi semuanya itu dia tidak ambil kisah kerana kondisi anak itu lebih penting menurutnya.",
"Lalu dia membawa anak itu ke klinik bagi tujuan pemeriksaan. Namun, hasilnya tiada apa-apa yang terjadi. Semuanya baik-baik saja.",
"Rasa pelik juga kerana anaknya itu masih menangis setiap kali melihat dirinya. Maka dia putuskan untuk bawa bertemu seorang ustaz yang mahir dalam rawatan Islam. Dan di situlah terjawabnya segala persoalan.",
"Menurut ustaz itu, pada leher En.Amirul terdapat seorang budak kecil yang bertenggek. Kerana itulah lehernya menjadi berat dan panas.",
"Kerana itu jugalah, anaknya menangis setiap kali melihat dirinya. Bayangkanlah budak kecil seperti watak dalam cerita ‘Ju-On’ itu. Barangkali seperti itulah yang bertenggek pada lehernya.",
"Setelah aku tahu tentang apa yang terjadi pada En.Amirul selama tiga hari itu, aku pun berceritalah tentang hal sebenarnya yang terjadi pada hari ketika nasi lemak itu diagihkan.",
"Aku juga turut meminta maaf darinya kerana rasa bersalah. Sekiranya aku tidak berikan nasi lemak itu padanya, mesti perkara ini tidak terjadi padanya.",
"Dalam masa yang sama, aku juga turut bersyukur kerana Allah masih lagi lindungi aku. Cuma memang aku kesian sangat pada En.Amirul.",
"Selang beberapa hari selepas itu, jadi pula kes yang lain. Kali ini ianya terjadi dalam rumah keluargaku pula.",
"Ruang tamu rumah itu di tengahnya ada sebuah permaidani yang terbentang, cantik. Aku dan mak aku kerap ke hulur ke hilir dalam rumah, lalu memijak atas permaidani itu tanpa apa-apa hal yang pelik dan mencurigakan terjadi.",
"Sehinggalah abahku pulang dari surau dan ternampak sebatang jarum peniti di atas permaidani tersebut.",
"“Ini kamu punya?”",
"Aku langsung menggelengkan kepala kerana seminggu ini tidak pula aku memakainya. Mak pula memang tidak menjahit.",
"Wajah abah terlihat berkerut, barangkali pelik dengan kehadiran jarum tersebut. Dia memegang jarum tersebut selaras dengan wajahnya, lalu mulut terkumat kamit membaca sesuatu.",
"Serta merta jarum itu patah dan dia pun membuang jarum tersebut menerusi tingkap rumah.",
"Abah cuma berpesan, jangan sesekali tinggalkan solat. Kita jaga hak Allah, Dia akan jaga kita. Meskipun ada yang buat tak baik pada kita, selama mana kita jaga solat, Dia akan lindungi kita.",
"Alhamdulilah setelah lima bulan aku bekerja di unit kemasukan, akhirnya aku dipindahkan pula ke unit kewangan.",
"Kembali pada meja penulis :",
"Lain orang, lain ujian dan lain juga pengalaman. Namun, semua itu memberi hikmah dan pengajaran buat kita sebagai makhluk-Nya di bumi ini.",
"Begitu jugalah seperti mana kenalan aku ini, demikianlah bahagian ujian buat dirinya dan keluarga.",
"Sungguh, sama ada ianya berbentuk nikmat mahupun musibah, kedua-duanya itu adalah bahagian ujian buat manusia untuk menjadi dua golongan paling hampir pada Allah SWT, iaitu golongan bersyukur dan juga golongan bersabar.",
"Kedua-dua golongan ini punyai kunci paling ampuh untuk memastikan mereka terus kekal sebagai golongan bersyukur dan juga bersabar iaitu solat.",
"Pernah seorang sahabat aku berpesan, “Jaga solat, In shaa Allah solat akan jaga kita.”. Dalam erti kata yang lain, kita jaga hak Allah, Dia akan jaga setiap hak kita. Sungguh, Allah itu Maha Menepati Janji-janji-Nya.",
"Syaikh Ibnu A’thoillah As-Sakandari mengatakan,",
"“Orang yang ikut mengatur bersama Allah adalah seperti anak yang perginya bersama ayahnya. Kedua-duanya berjalan dalam malam yang gelap gelita. Oleh kerana sayang akan anaknya, ayah sentiasa mengawasi dan memperhatikannya tanpa diketahui oleh anaknya. Anak itu tidak mampu melihat ayahnya, keadaan meresahkan dirinya di samping tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Ketika cahaya bulan menyinari suasana, dia melihat keberadaan ayahnya, maka keresahan itu sirna. Dia sedar ayahnya tetap dekat padanya. Kini ia berasa tidak perlu ikut mengurus dirinya kerana segala sesuatu diperhatikan oleh ayahnya. Seperti itulah orang yang mengurus dirinya. Dia melakukannya kerana berada dalam kegelapan, terputus daripada Allah. Dia tidak merasakan betapa hampirnya Allah di sisinya. Andai kata bulan (tauhid) atau mentari itu menyinarinya, tentu dirinya melihat Allah begitu dekat, sehingga dia malu untuk mengatur dirinya dan merasa cukup dengan aturan Allah.”",
"Demikianlah perumpamaan buat mereka yang selalu menjaga solatnya. Bukan sekadar waktu malahan tatatertibnya itu sentiasa dijaga. Mungkin kerana ini jugalah, abah kepada kenalan penulis di atas ini berpesan sedemikian rupa, “Selama mana kita jaga solat, Dia akan lindungi kita.”.",
"“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari seksa api neraka.”.",
"penulis : Saiful Haq"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/hanuman-gunung-bahagian-1/ | Hanuman Gunung Bahagian 1 | [
"Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.",
"Kami semua diam dan hanya menanti kata-kata dari Pak Seli. Tidak terluah sebarang perkataan, hanya resah berbumbungkan rumah yang bahang. Walaupun diluar cuaca sebenarnya sejuk, jam didinding juga dah menghenyak ke pukul 11 malam.",
"“Hurmmm… Panjang ceritanya kalau aku cuba nak bantu ni..” Keluh Pak Seli kecil.",
"“Tolonglah pak.. Kesian suami saya ni.. Kami suami isteri hilang punca pendapatan lepas dia jatuh sakit.. Tolonglah kami pakk…” Suara Kamilah merayu-rayu meminta simpati, air mata diseka dengan lengan baju panjang yang dipakainya.",
"“Aku tahu.. Hurmmmm…” Pak Seli menjentik-jentik jari telunjuk dilantai papan, dan hanya merenung kebawah. Dalam benar fikirannya kali ni, seperti diganggu sesuatu.",
"Didepan kami terbaring Sam atau Samir, kegelisahan berpaling ke kiri dan ke kanan. Sesekali Sam merepek-repek memarahi kami dalam bahasa Cina. Entah apa yang dituturkannya tak pula siapa-siapa yang tahu.",
"“Laki kamu ada buat benda tak elok ni..” Antara dengar dan tidak suara Pak Seli bercakap, ditingkah bunyi suara Sam yang sesekali melolong-lolong seperti bunyi anjing.",
"Suara Sam melolong bagaikan anjing yang menyalakkan bukit. Kamilah bangun tanpa disuruh sesiapa, hilang disebalik tirai yang memisahkan ruang tamu dan ruang dapur. Bapak mula menghimpit Pak Seli dan mencuit peha Pak Seli. Mereka kelihatan berbisik.",
"“Aku tahu… Tapi si Sam ni dah pergi mengangkung kat jirat Cina.. Entah apa jampi serapah dia dah pakai sampai jadi macam ni..” Aku dengar Pak Seli membalas bisikan bapak tanpa berselindung. Bapak kelihatan berbisik lagi seketika. Pak Seli mengangguk-angguk seperti memberi tanda setuju.",
"“Beginilah.. Kita balik dulu, malam Jemahat kita singgah lagi.. Aku nak kena tahu apa punca sampai jadi macam ni..” Bapak mengangguk mempersetujui ayat Pak Seli, Kamilah keluar dari dapur bersama dulang berisi cawan, teko dan biskut dalam piring.",
"“Macam ni Kamilah.. Aku datang lagi malam Jemahat ni, kita cuba lah apa yang termampu.. Berjaya atau tidak, bukan atas tangan aku, tapi ketentuan Allah.. Kalau tak berjaya, aku cadangkan kamu usaha lagi..” Pak Seli mengukir senyum dibibir. Kamilah kelihatan sedikit hampa. Mungkin dia berhajat benar agar Samir disembuhkan malam ini juga.",
"Hati isteri mana yang tak risau melihat suami terbaring dengan kelakuan yang luar biasa. Panggilan tak dijawab, malah melolong-lolong seperti bunyi haiwan.",
"“Jamahlah dulu air dan biskut buat alas perut..” Kamilah dengan tenang mula mempelawa kami menjamu makanan.",
"“Maaflah, aku terpaksa tolak.. Ada pantang larang dan tertib yang perlu dijaga jika aku dah berniat nak membantu kamu sekeluarga.. Bukan aku sombong, tapi inilah pantang larang kami.. Aku harap kamu faham..” Pak Seli menolak pelawaan pencuci mulut dari Kamilah.",
"“Hurmmm.. Saya faham.. Tak mengapalah..” Kamilah membalas dan menundukkan wajah.",
"“Khamis malam Jemahat, aku datang lagi.. Tak perlu sediakan apa-apa.. Mandikan dia dulu sebelum rembang petang.. Air mandiannya jangan dibuang..” Pak Seli memberi arahan lagi, berdiri dan mengamit aku dan bapak untuk keluar. Kamilah mengangguk tanda faham dengan arahan Pak Seli, dan mengiringi kami hingga ke muka pintu. Tangan dilambai-lambai menghantar kami pulang.",
"Aku menoleh beberapa kali, dan membalas lambaian Kamilah. Bapak tiba-tiba berdehem beberapa kali disebelah. Memberi sindiran dalam dehem yang dibuat-buat. Motorkar dihidupkan dan kami mula meninggalkan perkarangan rumah Samir.",
"“Panjang cerita kalau nak dibantu budak Samir ni..” Keluh Pak Seli memulakan perbualan. Bapak hanya diam dan menumpukan pandangan pada jalan raya.",
"“Kenapa Pak?” Aku tanya dalam keadaan sepontan, teruja nak tahu titik dan tolak perkara yang dah berlaku pada Samir.",
"“Yang aku nampak, dia ni bukan pergi mengangkung je.. Dia ada puja semangat.. Seru jin tanah, seru semangat-semangat hutan, supaya dapat memberi dia nombor atau kekayaan yang dia nak.. Dia tolak kekuasaan al-Malikul Mulk sebagai yang teratas dari segalanya..” Pak Seli membalas ayat aku. Aku mengangguk-angguk, tak hairanlah kalau rumah dia paling besar dalam kampung ni.",
"“Kamu tahu, Rip?” Pak Seli menoleh kebelakang dan melihat muka aku.",
"“Tahu apa pak?”",
"“Kalau mata kamu telus seperti apa yang aku nampak.. Badan dia dah macam segumpal kain yang dah terlalu banyak lubang.. Merata jin duduk dalam badan.. Nyawa dah dihujung tanduk!” Aku cuba bayangkan kata-kata Pak Seli, mungkin Pak Seli maksudkan sepan pencuci pinggan mangkuk. Banyak lubang terpelohong disana sini. Benda kecil je ni, buang jelah semua jin-jin tu. Selesai masalah!",
"“Tak semudah yang kamu fikirkan, Rip..” Pak Seli dapat membaca fikiran aku, berderau d***h aku dibuatnya.",
"“Kalau semua dibuang, ada akibat yang lain pulak yang mungkin berlaku.. Bergantung pada semangatnya untuk hidup.. Kalau kuat semangatnya untuk hidup, hiduplah dia.. Kalau tidak.. Hurmmmmm..”",
"“Kalau tak, jadi apa pak?” Polos pertanyaan aku.",
"“Kalau tak m**i, dia jadi gila!” Pendek dan ringkas jawapan Pak Seli, menjawab segala yang bersarang dalam benak aku.",
"Pak Seli diturunkan didepan rumahnya. Dan kami beransur pulang, menjamah tangga rumah menjelang tengah malam. Bapak kedalam dan mengaji malam seperti selalu, meninggalkan aku yang terbuai-buai dengan alunan tarranum bapak sebelum tidur.",
"Menjelang pukul tiga pagi, saat tidur dah menjadi nyenyak, tingkap bilik aku digegar. Punyalah kuat gegaran, sampaikan jam dinding yang aku gantung, jatuh ke lantai. Aku tersentak dan bangun, bingkas menyalakan lampu dan tertegun melihat tingkap bilik aku yang masih lagi bergegar-gegar.",
"Pintu bilik aku diterpa dari luar, dan bapak yang muncul juga terpaku melihat keadaan tingkap bilik aku.",
"“Arip, kau ambil keris yang aku selit kat alang dapur, lekas!” Bapak bagi arahan. Berlari aku ke dapur mencapai keris yang dikatakan bapak. Dalam keadaan yang masih gelap, aku kembali semula ke bilik. Bapak sudah bersedia dengan kuda-kuda, Kesepuluh jari kakinya dibuka, dan mencengkam lantai papan rumah.",
"Keris bertukar tangan. Pantas bapak tolak aku ke sisi dengan tangan kiri, aku berundur lagi beberapa tapak ke belakang, risau jika dilibas dengan keris, kalau bapak mengamuk.",
"“Kalau baik yang datang, baiklah aku sambut. Tapi kalau geruh yang muncul, aku tak lari!” Keris digenggam kejab dengan tangan kanan. Diulir kiri ke kanan sebelum disisip dibahagian kanan pinggang, bagaikan akan meradak cula sesiapa yang berada didepan.",
"Tiba-tiba tingkap terkuak sendiri bersama serbuan angin yang masuk menerpa muka. Terbang kertas-kertas lirik lagu yang aku letak diatas meja. Bekas menampung pen dan pensel tumbang, kalender didinding juga melayang.",
"Angin yang masuk seakan-akan pergerakan puting beliung berskala kecil. Hanya berpusar-pusar dan statik didalam bilik aku. Tidak bergerak keluar, atau menambah masuk.",
"Bunyi angin bersiul-siul memenuhi segenap bilik aku. Dan lampu bilik mula berkelip-kelip, seperti berlaku gangguan mahluk halus.",
"“Innahu min sulaiman, wa innahu Bismillahirohmanir rohim… Alla taklu alayya wa’ tu nii musliminnnn…” Bergentar hati aku mendengar sebutan jelas bapak.",
"“Laqod jaaaaa akum rosullun, min an fusikum..” Dengan nafas ditahan, bapak lepaskan penerajang kaki kanan kedepan menendang diangin yang masih lagi menerpa masuk.",
"Bunyi benda terkopak!",
"Habislah.. Terkopak lagi tingkap bilik aku.. Untuk kali kedua tingkap bilik aku tertanggal, kalau tertanggal lagi malam ni! Dulu tertanggal dilempar b**i hutan, semasa serangan mawas. Kali ni terkopak lagi diserang angin yang entah dari mana.",
"Angin berhenti secara tiba-tiba. Kertas yang tadi melayang-layang ditiup angin, berulir-ulir sebelum jatuh ke lantai.",
"Tingkap bilik aku tak terkopak, dan masih kekal seperti sebelum dirempuh angin. Bapak menerpa ke tingkap dan menjengah keluar. Suara terkekeh-kekeh mula ke dengaran. Aku beranikan diri menjengah disisi bapak.",
"Nun jauh dihujung kegelapan, aku nampak susuk berbaju seperti pakaian tradisional yang dipakaikan pada mayat bangsa Cina dizaman Dinasti Cing. Dalam sekelip mata, dia melompat dan hilang dari pandangan. Hilang bersama satu raungan panjang jauh dihujung kampung.",
"“Sudah! Dipermainkan syaitan, malam ni!” Bapak mendengus kasar. Aku ditolak ke tepi daripada terjengah-jengah. Bapak kembali merapatkan dan menutup tingkap.",
"“Baca apa-apa yang patut sebelum kau masuk rumah, sebelum kau nak tidur.. Takdelah benda merepek-repek macam ni, ikut balik!” Bapak memalang tingkap bilik aku menggunakan keris beberapa kali sebelum keluar meninggalkan aku.",
"Khamis malam Jumaat tiba dua hari kemudian, malam yang aku kira istimewa, kerana Uda juga turut serta setelah diberikan keizinan.",
"Kami sampai ke perkarangan rumah Samir menjelang Maghrib, perintah Pak Seli mudah, Maghrib dan Isyak perlu berjemaah dirumah Samir. Rumahnya besar tetapi gelap kerana sudah lama tak didendangkan bacaan ayat suci. Turun motorkar dalam keadaan masing-masing ‘mesti’ sudah berwuduk.",
"Rumah Samir mesti dipijak dengan langkah kanan. Agak banyak juga petua yang perlu diturut, kali ni. Contohnya macam pakaian, harus bawa satu persalinan, baju yang kedua disimpan dengan tetulang menghadap keluar, ada yang pelik, ada juga yang lucu, kami tak dibenarkan untuk memakai minyak pada rambut. Rambut Uda ‘kembang setaman’ sebab tak dikenakan minyak. Dua tiga kali aku ketawakan rupa rambut Uda.",
"Kamilah menyambut kedatangan kami dengan wajah yang cemas. Dari yang aku faham, katanya Samir sudah mula menghempas-hempas badan sebaik sahaja sebelum dimandikan. Katanya lagi air tadahan mandian juga cuma dapat ditadah separuh sahaja. Pak Seli mengangguk-angguk mendengar penerangan Kamilah dan memerintahkan Kamilah untuk menyediakan tikar untuk kami berjemaah diruang tamu.",
"Bersambung gais.. Relax gais.. Lama lagi nih.. Agaknya seminggu baru habis.. hihi.. Esok aku sambung haaa…",
"Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)\nLink untuk DM aku ada dibahagian komen, klik pautan dan tekan ‘mesej’.",
"Terima kasih. Xoxo"
] | [
"Sila sambung lagi, menarik…",
"Wah, menari kisah seram ni.",
"Terima kasih En Arif Yahya…msh sudi luangkan masa di Fiksyen Shasa ni.\nAkak berminat utk dapatkan E-book Pusaka 2.\nTerima kasih En Arif.",
"Bagaimana saya boleh hubungi kak mimi?",
"Nak e-book pusaka 2",
"Nape aku tak jumpa pautan hmmmmmmmmmmmm",
"karya si dia semestinya tak pernah mengecewakan",
"Macam mana nak beli e book tu..Tq",
"En Arif,",
"Mcm mana saya nk dapatkan E-book pusaka 2? boleh contact saya di [email protected]",
"En arif mcm mana saya nak dpt kan e-book pusaka 2",
"Boleh contact di [email protected]",
"Nak e-book pusaka 2"
] |
https://fiksyenshasha.com/angkara-hajat/ | Angkara Hajat | [
"Assalamualaikum dan hai semua warga Fiksyen Shasha. Ini kali pertama aku hantar cerita dekat FS, walaupun sebelum ini sudah terdetik dekat hati nak hantar cerita seram, namun ada saja masalah yang menghalang aku untuk hantar kisah ini dekat ruangan bacaan page fiksyen shahsha.",
"Sebelum aku mulakan kisah ini, terlebih dahulu aku minta maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan dalam penulisan. Okay jom mulakan…",
"Kisah yang aku nak ceritakan ini adalah pengalaman aku sendiri dimana kejadian tersebut terjadi sewaktu aku hendak ke sebuah hospital. Untuk nama hospital ini biarlah aku rahsiakan.",
"Kejadian ini berlaku pada lewat tengah malam, dimana ketika itu tandas dirumah mengalami masalah tersumbat dan ini memaksa aku untuk melepaskan hajat disebuah hospital berdekatan. ",
"Ku lihat jam di tangan sudah menunjukkan lebih kurang 12.40 tengah malam. Tanpa melengahkan masa aku terus start enjin kereta dan memulakan perjalanan ke hospital bagi menyempurnakan segala hajat yang telah lama disimpan.",
"Waktu dalam perjalanan menuju destinasi, alhamdulilah tiada satu pun gangguan yang terjadi dan ini memudahkan lagi aku untuk menyalurkan bantuan simpanan yang telah laman tersimpan.",
"Sampai saja di hospital tersebut, aku terus melangkah menuju ke tandas yang berada di depan. Sampai saja dekat tandas tersebut, tombol pintu pula buat hal, tandas tersebut terkunci siap ada mangga lagi. Rupanya tandas tersebut sudah dijadikan tandas bagi staf hospital saja.",
"Aku tanpa berfikir panjang terus menuju ke satu lagi tandas awam yang berdekatan dengan pembayaran hasil dan juga satu blok atau bilik iaitu bilik mayat. Bilik tersebut perlu dilalui dikernakan hanya itu saja laluan yang ada.",
"Jika difikir selepas kejadian memang aku dah tak nak lalu jalan tersebut. Tapi apa kan daya perut buat hal masa tu dan juga memang tak terfikir sangat mengenai gangguan-gangguan tersebut.",
"Alhamdulillah … aku menarik nafas lega setelah selesai bermesyuarat dengan bayang-bayang sendiri mengenai bantuan yang disalurkan. Aku melihat disetiap sudut hospital yang mana tiada satu orang pun terlihat berjaga diwaktu malam itu .",
"Waktu aku melalui kawasan bilik mayat aku perasan ada satu suara kecil yang meminta tolong. Aku terkejut dan terus menoleh kekiri kekanan dan belakang, tiada satu pun kelibat yang terlihat. Aku terus berjalan dengan laju dan diiringi sekali lagi suara kecil yang meminta tolong. ",
"Keluar saja dari bangunan hospital aku terserempak pula dengan kelibat makhluk besar, rupanya abang guard menyapa aku. ",
"Abang guard : Balik ka.. lewat dah ni..Aku : Ya nak balik dulu sebab urusan dah habis dah..Abang guard : Hati-hati di jalan tu, bahaya juga pagi-pagi buta ni..Aku : yaa.. dekat juga rumah ni.. ( siap dengan senyuman ).",
"Aku terus berlalu dengan memberikan salam dan menuju ke tempat parking kereta. Aku start kereta terus balik rumah.",
"Dalam perjalanan tersebut, sekali lagi aku diganggu dengan kelibat hitam yang melintas di tengah jalan raya. Kelibat hitam yang berlalu dengan laju itu membuatkan aku mula rasa keseraman masa tu.",
"Sampai saja dirumah, aku terus menuju ke kamar mandi untuk mencuci muka dan kaki. Aku memang berharap sangat agar gangguan itu tidak berterusan sampai ke rumah. Namun sangkaan ku tidak betul gangguan tersebut masih mengangguku. ",
"Gangguan tersebut berlaku sekali lagi apabila pintu depan rumah diketuk berkali-kali. Aku yang masih bangun ketika itu memang tidak berani nak buka pintu masa tu. Isteri aku pula terbangun apabila mendengar ketukan pintu yang kita itu berbunyi berkali-kali.",
"Aku mengatakan dengan isteriku bahawa jangan buka pintu tu, mana ada orang lagi pagi-pagi buta macam ni. Mungkin makhluk yang tak diundang kot yang datang. Isteri ku terus kata bahawa jangan cakap bukan-bukan, diam saja kalau ada benda macam tu dan banyakkan berdoa. Aku yang terdiam mendengar nasihat isteriku terus beristigfar dan buka surah di telepon.",
"Alhamdulillah tidur lewat malam tu membuatkan aku tidur lena, namun gangguan yang terjadi itu tetap menjadi kenangan yang terukir.",
"Penuli : Hasman_man"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/kolej-kediaman/ | Kolej Kediaman | [
"Hai , assalamualaikum. Ini kisah pertama aku di fiksyen sasha, kebiasaannya aku hanya menjadi pembaca dan peminat tegar. Kisah aku adalah situasi yang banyak dan berlainan waktu. Tetapi tidak la berapa seram.",
"Nak di jadikan cerita , aku adalah pelajar baharu disebuah kolej. Aku dan kawan aku semua duduk di block yang berlainan dan pada satu malam block aku dan aku bersama 2 rakan diarah pergi ke dewan sebab ada kes pencurian di block kami. Dan kes ini agak besar sebab duit yang dicuri itu agak banyak nilai nya.",
"Sampai di dewan dalam 30min macam tu secara tiba-tiba lampu semua tertutup kami ingat hanya di dewan tapi hampir seluruh kawasan jugak la blackout. Sudah beberapa minit berlalu dan masih tiada elektrik salah seorg pelajar perempuan menangis. Semua dalam tu terdiam dan bermain dengan Phone masing-masing. Aku dan kawan aku jenis tk serius walaupun ada gempa bumi sekali pun , kitaorg masih gelak ketawa dengan benda yang tak berapa kelakar.",
"Oh, yang ada dalam dewan hanya beberapa orang lelaki lebihan dia semua pelajar perempuan dan seorang warden perempuan. Masa berlalu masih tiada elektrik dan keadaan pelajar perempuan tu makin teruk jadi warden pun memberi arahan untuk kitaorg pulang ke asrama dalam keadaan berbaris. Dalam perjalanan ke asrama, nampak semua pelajar-pelajar perempuan berada di luar block (ada 5 buah block dan 1 block yang tidak berpenghuni) mungkin sebab dorang panas dalam bilik ataupun takut. Kami bertiga pun mencari kawan yang lain dan kitaorang pun lepak dekat satu table luar block salah sorang kawan aku ni boleh rasa dan nampak benda halus.",
"Dah dekat pukul 10:30 malam masih tiada elektrik Warden bagi arahan untuk masuk bilik masing-masing. Tapi , kawan kawan aku yang lain ni penakut so aku pun bagi cadangan berkumpul dalam bilik aku. Dalam satu bilik hanya 2 orang pelajar tapi kitaorg built different 7 orang dalam satu bilik. Tiba tiba ade suara perempuan menjerit dri luar block asrama.",
"Jadi , aku dengan Dina ni jenis tak takut dengan benda halus tpi percaya benda itu ada. Kitaorg berdua buat keputusan untuk keluar dri bilik nak tengok keadaan kt luar block , aku warning yang lain jangan keluar tpi dorang ni degil.",
"Dorang keluar jugak dri bilik, ikut kitaorg keluar , jeritan tadi jadi bersambung-sambung , setiap block dikatakan ada yang terkena histeria. Keadaan waktu tu sangat kucar-kacir kesian Warden aku sebab dia sorg je yg bertugas dan hampir 6 orang jugak terkena histeria tu dan salah seorg dari kelompok aku.",
"Masa kitaorg keluar dari bilik kawan aku Eva tiba-tiba jatuh atas tanah teriak menangis. Aku lari pergi dekat dia, masa tu roommate dia dh peluk dia sambil istighfar , aku lari masuk bilik masa tu aku perasan jiran bilik depan aku takde orang dan aku check bilik tu takut ada orang tapi tkde yang perasan tapi memang kosong bilik tu, aku tk sedap hati cepat cepat aku masuk bilik aku cari tudung dan kembali dekat Eva tutup muka dia sebab aku rasa dia nampak sesuatu yang membuatkan dia menangis ketakutan.",
"Situasi waktu tu, seorang menjerit semua yang terkena tu pun ikut menjerit , jadi keadaan memang huru-hara. Ada pak guard 3 orang tapi dorg sangat tk function, duk berdiri kt tepi tengok je keadaan. Haha kelakar sebenarnya sebab aku sempat bagi jelingan maut dekat dorang.",
"Aku buat keputusan bawak Eva masuk bilik memandangkan bantuan ustaz tak sampai-sampai. Kitaorg yang 7 orang masuk dalam bilik aku tadi. Sempat aku menjeling ke arah bilik berhadapan bilik aku tiada penghuni dan pintu masih terbuka luas. Setelah kami semua berada dalam bilik aku membuat pilihan untuk membuka tingkap dalam keadaan yang panas kerana keberadaan 7 orang agak sempit dan lemas. Tiba tiba, kawan bilik depan ni tanya “budak bilik ni mana?” Aku menjawab “taktahu dri tadi takde orang” dia membalas “budak lagi seorang hilang, dh cari satu kolej tkde kalau dia balik bagitahu” aku mengangguk.",
"Setelah beberapa minit elektrik kembali berfungsi dan secara tiba tiba kawan aku yang duduk bersebelahan tingkap menangis sambil menunjuk ke arah tingkap. Tak fikir panjang cepat-cepat aku tutup tingkap tu. Dia kata “aku nampak kelibat hitam besar memandang ke arah dalam bilik”",
"Beberapa minit berlalu kami diarah membawa pelajar yang menangis tadi ke bilik tv untuk di ubatkan oleh ustaz dan beberapa orang lelaki. Jadi hanya tinggal aku seorang dalam bilik kerana aku di arah membawa tudung dan selimut untuk menutup pelajar yang masih terdedah auratnya.",
"Sambil aku mencari tudung , bulu roma secara tiba-tiba berdiri rasa tak sedap hati membuak-buak langkas aku pergi dan membawa barang ke bilik tv kemudian beri kepada warden. (Bilik tv dan bilik aku dekat beberapa langkah dan belok dah sampai)",
"Aku kembali ke bilik kerana aku tidak mahu berada dalam bilik tv itu kerana terlalu ramai yang menangis dan aku agak “annoying” dengan bunyi yang terlalu bising. Tiba aku di depan bilik aku perasan bilik hadapan pintu nya sudah tertutup rapat dan berkunci aku pun membuat pilihan ketuk pintu tu beberapa kali tapi masih tiada yang menyahut, pelik jawab hatiku. Kalau ada orang masuk sekalipun aku akan perasan sebab sebelah kanan bilik aku ade pintu kecemasan yang sentiasa tertutup, bila dibuka pintu itu agak bising dan sebelah kiri ada tandas yang tiada arah masuk melainkan dari bilik tv. Aku pun buat tk tahu dan masuk ke bilik aku kemas apa yang patut.",
"Sedang mengemas ada yang menyapa “bilik depan ni ada orang ke?” Kawan bilik depan yang tanya sebelum ni menegur aku, aku menjawab “tak tahu, bila di ketuk tiada yang menyahut” dia pun mengetuk pintu itu dan ada orang yang membuka, terbeliak mata aku waktu tu sebab yang membuka pintu dalam keadaan bilik yang gelap gelita, dia menunduk ke bawah dengan rambut yang dilepaskan panjang. Kawan dia terus membawa dia entah ke mana tapi waktu tu sempat lagi si dia memberi senyuman sinis ke arah aku.",
"Situasi seterusnya keadaan di bilik tv. Dina message aku, dia menyuruh aku datang ke bilik tv kerana keadaan sangat seronok dan mendebarkan bagi dia. Aku pun setuju dan pergi ke bilik tv, ada kerusi di situ aku duduk bersebelahan dengan dina. Pelajar yang histeria dibiarkan di lantai ada yang menangis, merangkak dan yang muntah adalah salah seorang geng aku Eva. Habis selimut aku terkena muntah dia, aku dan dina ketawa sambil memberitahu ustaz (aku rasa ustaz dalam lingkungan 28-30 dia nampak muda) Eva muntah mungkin kerana dia tak makan. Sempat dia memberitahu kami dia hanya makan biskut dan nescafe waktu kami lepak di luar block. Ustaz hanya mengangguk setuju sambil membaca apa yang patut.",
"Kemudian aku berpaling ke arah roommate aku, dia menutup tubuh nya dan menangis ustaz tanya dia kenapa aku menjawab “terkejut tengok kawan dia yang lain histeria” sebab waktu dia berada dalam bilik dia ok sahaja dan beritahu kami dia takut dengan situasi macam ni. Ustaz mengangguk sekali lagi dan membaca apa yang patut.",
"Tapi bukan itu kes yang paling berat, ada seorang pelajar kata nya membela saka harimau wallahuaklam, dia ketawa dan bermain dengan sesuatu yang tak dapat dilihat. Dia memandang ke arah aku dan Dina kami saling berpandangan dan paling ke arah lain.",
"Tiba tiba ustaz menjerit ke arah aku “kau berambus , keluar dari sini. Jangan kacau pelajar dekat sini” terkejut aku sambil pandang belakang Dina ketawakan aku. Cis kurang ajar betul si Dina ni, aku pun satu pergi pandang belakang buat apa. Budak tu berlari keluar bilik dan semua kejar dia, semestinya aku tidak, memandangkan aku agak chubby dan tidak mahu masuk campur. Aku hanya melihat dri tingkap ustaz tu menjerit “berhenti” terkumat kamit mulut ustaz membaca lalu budak tu menjerit dan berhenti jatuh ke tanah. Scene tu sangat gempak bagi aku dh macam dalam The Conjuring haha.",
"Ustaz arahkan yang dh selesai pulang ke bilik, sambil Ustaz masih merawat pelajar yang lari tadi dan dia pun dh sedar. Ustaz memandang ke arah kami dan bertanya “video tadi dh delete” kami blur dan memandang sesama sendiri, aku pun menjawab “video? Video apa? Mana ade kitaorang rakam” Ustaz mengenyit mata, dah pulak apahal ni, jawab hatiku. Ustaz memberi hint mata untuk menipu nak tahu yang sedar tu tuan badan atau orang lain. Aku pun menjawab “ouh dah dah kitaorg dh delete” Ustaz tu ketawa dan berpaling ke arah pelajar tadi.",
"Sempat Ustaz menegur kami “menjaga tingkah laku, dan berpakaian sopan dan menjaga kebersihan”. Kami mengangguk setuju, pelajar disini pengotor. Pad yang dh digunakan biar di bilik mandi, ditegur baru nak ambil tindakan. Ustaz menyambung “kolej kamu ni ada penghuni dia, dia marah sebab ada orang ambil barang dia” nak dijadikan cerita benda tu mintak bantuan penjaga pelajar-pelajar yang terkena histeria tu cari barang dia. Ini bukan kali pertama perkara histeria berlaku sebelum ni juga pernah berlaku tapi tak seteruk ni.",
"Aku pun pergi meninggalkan bilik itu kerana kawan kawan aku yang lain sudah berada di bilik. Aku pun menjadi burung hantu malam tu, kot kot ada yang terkena balik.",
"Pada pukul 2 aku membuat pilihan untuk mandi membersihkan diri, setelah selesai dan kembali ke bilik semua berjaga kelaparan haha kitaorang pun turun dan membeli maggi cup di mesin.",
"Ini adalah pengalaman yang tk dapat aku lupakan dan persoalannya macam mana budak bilik hadapan masuk ke dalam bilik dia tanpa di kesan oleh aku dan orang lain."
] | [
"ALLAHU dik! karangan kau buat orang pening nak membaca dik! jenuh aku nak paham. Dah macamana budak bilik depan kau tanya bilik depan ada orang ke tak! haha! macam semua kau nak bubuh dalam perenggan. tau takut tapi cuba karang elok2. baca 5,6 kali, ubah ayat yang lebih difahami.",
"Same sis..kepeningan"
] |
https://fiksyenshasha.com/aku-dalam-ilusi/ | Aku Dalam Ilusi | [
"Nafas aku tarik sedalam-dalamnya, hati ni rasa bolak balik. Keluhan kasar aku lepaskan. Usai solat maghrib, hati ini terasa mahu edit semula cerita yang dah siap petang tadi.",
"Episod akhir aku baca kembali sepintas lalu. Sama seperti petang tadi, air mata hampir tumpah.",
"Bahagian hujung aku highlight kan, suasana jeda seketika….aku hanyut dalam dunia itu, perlahan aku ‘cut’ dan ‘paste’ di tempat lain.",
"Butang ‘enter’ aku tekan, seketika aku meletakkan telefon di atas meja. Termenung….",
"Jam di dinding aku renung, sudah menghampiri jam 8 malam.",
"“Jadi ke tak ni, nak tamatkan berat hati, nak sambung, nak kembangkan plot bimbang membosankan” monolog aku sendirian.",
"Aku imbas sekejap, membaca lagi sepintas lalu, bermula dari awal cerita.",
"“Ahh move on je lah, malas dah aku” bebel aku sendirian.",
"Pukul 9 malam, aku ‘pm’ Mad pi, mohon buatkan cover. Nekad la konon nak habiskan.",
"Sementara tunggu cover dari Mad pi siap, sempat la aku melantak sepinggan dua nasi hahaha. Sambil baca-baca kisah seram rakan-rakan.",
"Jujurnya, aku ni malas membaca, kalau baca pun waktu betul-betul aku nak baca, maklumlah sejenis membaca sekali ‘masuk’ dalam dunia cerita.",
"Yang peliknya, menulis, aku suka pulak, tak terkira la berapa banyak cerita aku tulis, panjang, pendek, bersiri, berepisod, yang dah siap, yang tak siap, semua ada, tapi tah mana-mana pergi.",
"Kiranya, cerita ni macam debut aku untuk genre seram, tapi rasa tak seram pun, merepek ada lah kah kah.",
"Sebelum ni aku dah biasa buat cerita satira, komedi, parodi dan segala ‘di’ lagi. Bab mengarut merepek, serah padaku.",
"Ahh bebel punya bebel, cover dah siap, Mad pi memang sempoi, dia belum baca, tapi mampu terjemah isi cerita dekat cover, pakai ilmu apa tak tau, sepesen dengan misz panda. Buat cover kena dengan cerita. Respek habis.",
"Deme dua ni jugak la yang buat aku rasa nak bina lagi plot cerita ni dulu. Terima kasih tak terhingga. Korang yang sudi baca dan support ni, mesti la number 1. Wink wink.",
"Aaa mana tadi, ok sambung balik….siap je cover, sempat juga aku tanya Mad pi, ok lagi ke post sekarang episod akhir ni??, dah pukul 10 ni…Mad pi kata ok je, belum pukul 11, atau pos esok je.",
"Naaa, aku nekad nak habiskan, cukup sampai sini…",
"“Why why why…!!!” Mad pi tanya, aku cakap malas dah, nak move on. (Eksyen)…. Kelmarin, Misz Panda pun tanya benda lebih kurang sama, dia kata tak payah la rushing tamatkan cerita ni, agaknya deme pun belum ready.",
"Pendekkan cerita, maka release lah last episod, ‘Sayonara….’",
"Menjelang tengah malam, selain post sana sini, aku edit sikit-sikit gambar ceduk dari google, boh lagu “Lambaian Sayonara” dendangan kumpulan Melissa.",
"Pehh macam kena plak lagu dan gambar gadis anime berhijab tu.",
"Kira selesai la kerja aku, seluruh jiwa raga aku dah curahkan dekat cerita ni, maka dah tamat..ok lets move on.",
"Sebelum tidur……….",
"Aku blurr tiba-tiba. Biasa waktu macam ni, aku buat rangka cerita, buat storyboard ringkas, buat kepelbagaian jalur cerita.",
"Kiranya malam-malam aku ditemani ‘Linda’. Terutama sebulan dua ni. Macam sebati la, tup tup baru aku perasan. Dah habis. Jadi termanggu aku dalam gelap terkebil-kebil.",
"Serta merta aku dipagut rindu. Ahh sudah gila apa ni merindu tanpa kata.",
"Aku bangun duduk di meja tempat biasa aku menulis.",
"Aku baca balik episod akhir. Mata start masuk habuk dah. Aku baca ‘cut’ scene. Mengalir ayer mata.",
"Aku pi layan plak video yang aku edit tadi. Lagu Lambaian sayonara, gambar anime gadis bertudung tu, real la macam Linda.",
"Tidur malam ku bertemankan air mata. Cehh berdengkur sampai begegar rumah ada la.",
"Jadi esoknya, sepanjang hari aku baca balik sekali imbas. Menyusuri ruangan komen dan berulang-ulang pasang video edit lagu lambaian sayonara tu.",
"Sedih wehh, rindu yang teramat.",
"Malam harinya, setelah lebih 24jam Linda pergi meninggalkan aku, aku termenung pandang telefon di meja. Otak blank, apa cerita nak buat lagi. Macam belum move on plak.",
"Teringat sewaktu scene-scene yang aku tulis. Sumpah aku rindu Linda masa ni.",
"Telefon aku letakkan di meja, aku menekap muka, menangis konon.",
"“Lindaaaa..aku rinduuuuu” jerit aku. Biar lah bising ke apa. Tersengguk-sengguk aku menangis.",
"“Oii bisinglah, aku ada kat sini lahhh”",
"Tiba-tiba muncul seorang gadis, wajahnya persis dalam video aku edit tu.",
"Aku tak tunggu lama.",
"“1,2,3…..ok pengsan…”",
"Sayup-sayup aku dengar gadis tu memanggil-manggil aku.",
"Aku bangun terpisat-pisat, kecik besar kecik basar mata cuba mengamati jam di dinding.",
"“Urghh dah dekat pukul 7 pagi, lewat laa solat subuh…adui” aku mengeluh sendiri di birai katil.",
"Sempat aku termenung, teringat kejadian malam tadi. Blurr sekejap, macam real…mimpi rupanya.",
"Usai solat subuh, aku termenung lagi. Serba tak kena. Aku pun tak pasti, aku dah sewel ke gila.",
"“Emm rindu…” ucap aku perlahan.",
"“Dah la bangun subuh gajah, lepastu termenung sana, termenung sini, korang yang baca ni jangan ikut perangai dia ya”",
"Tiba-tiba ada suara gadis menegur, persis malam tadi. Pagi-pagi sejuk mencengkam, dahi aku berpeluh. Aku cubit pipi, nak pastikan mimpi ke realiti.",
"“Aduh” terasa sakit pipi pau aku kena cubit dengan tangan sendiri. Perlahan-lahan aku berpaling ke belakang.",
"Gadis semalam duduk bersila atas kerusi di meja kerja aku. Wajahnya sedikit muncung.",
"“Hah, jangan nak pengsan lagi, apa hodoh sangat ke muka aku ni?” Soal nya tegas.",
"Aku menggeleng-gelengkan kepala. “Emm lawa” jawab aku perlahan.",
"Cehh, dan-dan dia tersengih kena puji. Aku menelan air liur seraya membetulkan duduk.",
"“Kau ni siapa? Hantu ke?” Soal aku mula berani. Ye la macam dia cakap tadi, muka helokkk je, bukannya hodoh menyeramkan pun.",
"“Eii dia ni debik kang, ada ke rupa lawa macam ni dikatanya hantu, tak de akhlak betul” dia marah beb, siap angkat penumbuk.",
"“Hehe rilek laa, ape garang beno ko ni..ermm tak, aku blurr lagi ni, apa yang jadi ni” tergaru-garu kepala aku masih tak faham.",
"“Mana aku tau, kau yang seru aku, aku datang laa..” jawab dia ringkas, seraya menyelak langsir. Cahaya matahari menembus masuk ke dalam bilik.",
"Suka hati dia je, buat macam bilik dia.",
"“Jadi, kau ni memang Linda? Serius laaa” ternganga mulut aku melopong.",
"“Duarius….ya aku Linda, tak payah la nak terlopong sangat mulut tu, nanti lalat masuk”",
"Cepat-cepat aku tutup mulut dan menelan air liur. Aku melepaskan keluhan kasar.",
"“Aku bingung lagi ni, macam mana boleh jadi macam ni”",
"“Laa kan dah habaq tadi, kau yang seru, aku datang laa…haaa ko syok kat aku yeee” perlahan Linda duduk depan aku mengangkat jari telunjuknya.",
"“Choiii…apa gila aku syok dekat ko….” aku membantah keras. Linda mencebik.",
"“Ok lah-ok lahhh..aku bukan syok dekat kau…emm macam mana ye nak cakap…aaa..aku cuma rindu je…dekat 4 bulan kita ‘bersama’..tiba-tiba kau tak ada…rasa janggal….” aku bangun melipat sejadah dan menyimpan kopiah.",
"“…eh kejap…kau sorang je kan? Si…”",
"“Khannas!!” Linda memintas soalan aku. Terkedu aku kejap bila Linda membuat isyarat diam.",
"“Shhhh…” dia meletakkan jari di bibir.",
"Suasana jeda, hening. Jantung aku berdebar. “Mampus laa” ucap aku perlahan.",
"“Hahahaha, mana ada lah, kau ni, penakut betul, tapi ada hati tu buat cerita seram” bergema bilik dengan gelak tawa Linda. Sempat dia kenakan aku, hampeh!!",
"“Aku nak move on dari dunia kau, aku nak buat cerita lain…tapi aura kau kuat sangat, aku blank tak dak idea…” aku menjelaskan lemah lalu merebahkan badan di katil.",
"“Lahh, benda senang je, aku ada cerita, nak dengar?” Linda memberi cadangan seraya duduk semula di kerusi.",
"“Serius laa” aku melopong macam tak percaya.",
"“Duarius!!!” Jawab Linda eksyen. Giliran aku pulak mencebikkan muka. Dia hanya terkekek-kekek ketawa.",
"“Ok, cerita ni bertajuk…”",
"‘PISANG REBUS KERINDUAN’",
"Mat pisang..",
"Banana man..",
"Kerepek pisang…",
"Ini antara nama gelaran yang di lempar pada Salim. Dia tak marah bahkan senyum bila mendengar orang memanggilnya begitu.",
"Pisang sudah menjadi makanan asasinya, sejak zaman kolej membawa ke alam pekerjaan. Satu pejabat panggil dia ‘mat pisang’.",
"Semakin lama, semakin teruk Salim di bahan rakan sepejabatnya, gara-gara pisang. Seolah-olah satu kesalahan besar makan pisang.",
"Paling kuat mengata Salim adalah rakan sejawatnya, Yazid. Bagi yazid, perangai Salim tu satu yang memalukan.",
"“Mana tak nye kawan-kawan, pagi pisang, tengah hari pisang, minum petang pun pisang hahaha…” ujar Yazid mempersenda Salim di hadapan rakan sepejabat.",
"“….sanggup tu dia ‘lunch’ sorang-sorang dalam ofis, semata-mata nak makan bekal pisang dia. Kalau pisang goreng ke, kek pisang ke, atau paling teruk pun kerepek pisang tak pe la, ni pisang rebus hahaha..” tambah Yazid lagi.",
"“….jatuh imej syarikat ni gara-gara kau mat pisang!!, kampung betul, berubah la sikit….” panjang lebar Yazid memerli, namun Salim sekadar senyum, dan senyum.",
"Saban hari itu la makanan tambahan salim, kata-kata hinaan yang di anggap gurauan oleh rakan-rakannya.",
"Salim tetap juga senyum, tak mahu berbalah, baginya diam lebih bermaruah.",
"Tapi hari ini, Salim menjawab.",
"“Tak pe la, ikut kau orang la nak kata apa, nanti dah tak de boring pulak ye tak?” jawapan ringkas dari Salim sambil berlalu untuk pulang.",
"“Wooo kawan-kawan, mat pisang sentap hahaha” yazid masih mentertawakan Salim.",
"Malam nya hujan lebat, kilat sabung menyabung, Salim kelaparan.",
"Tidak senang duduk dibuatnya, entah kenapa hari ni dia sedikit terkesan dengan kata-kata rakannya.",
"Sepanjang perjalanan pulang dari pejabat tadi fikirannya terganggu, natijahnya dia lupa untuk singgah di kedai membeli pisang. Kini perutnya kelaparan.",
"Akhirnya dia memutuskan untuk tetap juga keluar ke kedai mencari pisang.",
"Sudah rezeki Salim, sesikat pisang terakhir di kedai kini miliknya, membuatkan Salim senyum gembira.",
"Namun sudah tersurat, rezeki, ajal dan maut sudah tertulis, tak cepat tak lambat, walau sesaat.",
"Di dalam hujan yang lebat, saat Salim melintas jalan menuju ke keretanya, Salim di langgar oleh sebua lori treler, tubuhnya hancur digilis, terperosok dibawah lori itu.",
"Hayat salim berakhir bersama pisang kegemarannya.",
"“Nek….Salim lapar ni, balik sekolah ingat nak makan, tapi asyik-asyik pisang rebus, balik-balik pisang rebus, Salim muak la nekk..”",
"Salim membentak, berteleku di atas tangga, mukanya masam mencuka.",
"“Salim..nenek mana ada duit nak beli makanan selalu, mak ayah kamu meninggal, sikit pun tak tinggal harta. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik kamu pun jarang tolong, mana nenek nak cari duit, nenek dah tua, entah esok lusa nenek m**i siapa tahu” tutur nenek Salim perlahan, airmata bergenangan.",
"“Nenek ni…mula la tu, cakap sikit mula merepek, sudah la..kalau setakat pisang rebus ni, nenek makan la sorang, Salim tak nak makan” Salim berdiri menghentakkan kaki.",
"“Kamu ni salim tak baik buat makanan macam tu, kan rezeki ni, makan la nanti perut masuk angin, sakit nanti kan susah” pujuk neneknya.",
"“Biar-biar..biar Salim sakit dari makan pisang rebus ni” Salim berlalu pergi dengan hati yang panas.",
"“Salim…Salim…nanti nenek dah tak de, hari-hari kau makan pisang rebus sebab rindu nenek, baru kau tahu”",
"Seminggu kemudian",
"“Jasmin!!! Kau nak tau, aku dengar Yazid masuk hospital gila malam tadi”",
"“Eh yeke Ros?, kau biar betul??”",
"“Iye…encik Ghani bagi tahu tadi, semenjak mat pisang meninggal, hari-hari setiap pagi, ada pisang dalam laci meja Yazid, tu baru dekat ofis, dekat rumah dia tak tahu la apa jadi”",
"“Tu la kan…ofis ni pun dah tak de orang nak buat overtime malam-malam, bau pisang rebus kuat betul waktu malam..”",
"Terlopong juga aku mendengar cerita dari Linda.",
"“Pasal pisang pun boleh jadi cerita ya…emm tapi tak seram sangatlah..” ujarku ringkas sambil berjalan keluar menuju ke dapur.",
"Air susu di dalam peti sejuk aku ambil dan dituang ke dalam gelas.",
"“Eleh, macam la kau tulis cerita seram sangat, jiwang ade laa…wekk…mat bunga” tempelak Linda lalu duduk mengadap isi perut peti sejuk.",
"“Amboi, kutuk nampakk..” aku bagi jelingan maut dekat Linda.",
"Minah tu tersengih je macam kerang busuk sambil mengunyah sebiji epal.",
"“Wah kau boleh makan ye?” Soal aku kagum.",
"“Habis, tak makan, lapar lah aku…” jawab Linda separuh membebel.",
"“Ni, aku ada satu lagi cerita…” ujar Linda sebaik sahaja duduk di kerusi depan aku.",
"“Hoh, cerita apa pulak?”",
"“Ok, cerita ni berjudul”",
"‘7 sahabat’…."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/dia-membelakangi-kiblat/ | ‘Dia’ membelakangi kiblat | [
"Okey, okey. Kali ni aku serius. Serius dan pasti benda tu betul-betul depan mata aku. Yes aku faham kalau blackout masa kau tengah solat dekat dewan kem, mestilah masih boleh nampak warna telekung orang kan?",
"Tapi yang aku hairan. Ada someone dekat baris saf depan aku, dia solat membelakangi kiblat.",
"Aneh kan?",
"Kejadian ni berlaku enam tahun lepas, masa sekolah aku anjurkan kem pusat sumber dekat sebuah tempat area Selangor (aku tak nak cakaplah dekat mana, tapi dekat Selangor). Kem aku pergi ni gabungan dengan sekolah lain – Empat sekolah menengah (termasuk sekolah kita orang) dan dua sekolah kebangsaan.",
"Nak dijadikan cerita, kita orang dah sampai tempat berkumpul kem, abang dan akak fasi akan bagi taklimat tentang masa untuk kita orang semua berkumpul semula pukul berapa. Habis bagi taklimat, kita orang yang budak-budak sekolah menengah pergi dekat dorm (budak SK dorm lain). Dorm perempuan kita orang bersebelahan dengan dorm sekolah lain (tak adalah sebelah-sebelah, sebab dorm kita orang berpisah dengan tandas dan lorong lokar). Petang sebelum kita orang turun, jiran dorm kita orang ni bergaduh. Tak tahu la gaduh apa tapi sampai nangis-nangislah. Budak sekolah aku ni jenguk-jenguk la sebab nak tahu apa jadi. Lepas tu cikgu sekolah sebelah tu datang dekat dorm kita orang bagitahu ;",
"“Maaf ya. Biasalah bergaduh.”",
"Aku pun angguk je. Ya lah, nak komen apa kan, bukannya aku kenal. Lepas tu senior aku pun kata “Tak apa cikgu. Cuma kita orang terkejut je.”",
"Pukul 5 petang macam tu kita orang kumpul dataran dan masa tu ada ice breaking (biasalah kem. Nak kenal teammate kan). Budak team aku pun tak ada seorang pun dari sekolah aku, jadi memang pishang habislah. Masuk pukul 6.30 petang macam tu, kita orang kena balik dorm dan bersiap-siap nak ke dewan, solat berjemaah.",
"Lepas bersiap, ramai pelajar mula bergerak masuk dewan. Ada yang dah duduk dalam saf, ada yang siap-siap pakai telekung dan ada juga tengah cari siapa nak azan, siapa nak jadi imam. Saf perempuan jangan ceritalah. Semua main ‘chop’ tempat sampai aku tak tahu baris saf mana yang kosong. Sebelum masuk waktu Maghrib tu, tiba-tiba satu dewan gelap. Ada yang melatah la, ada yang buka flashlight dan yang panggil cikgu pun adalah.\n“Elektrik kena tendang ni,” kata kawan aku. Aku gelak sikit.\n“Jenuhlah solat dalam gelap.”\nDalam kecoh-kecoh, abang fasi pun bagitahu elektrik kena tendang. Jadi terpaksalah siapa jadi imam, kena suara kuat samalah dengan azan, pun suara kuat. Jadi kita orang pun tak fikir apa-apa, so go on jelah solat dalam gelap.",
"Kita orang pun bangun, siap-siap nak solat. Imam angkat takbir, diikuti dengan makmum lain. Aku cuba untuk khusyuk solat dalam keadaan panas. Ekor mata aku menangkap saf depan dekat belah kiri. Masa tu mata aku tak lekang tengok.",
"Jemaah tu pakai telekung hitam. Dia solat membelakangi kiblat.\nYang menakutkannya, muka dia hitam legam. Memang hitam, mata tak nampak, warna bibir pun tak nampak.",
"Aku ingat aku salah tengok, so nevermind la. Aku kembali khusyuk dekat solat, tapi tak lama. Jemaah yang membelakangi kiblat still ada lagi walaupun masuk rakaat kedua. Lama aku curi-curi tengok (kecuali masa rukuk dan sujudlah, nak tengok macam mana) sampailah bagi salam. Masa tu aku syak, ‘benda’ tu memang ikut solat sekali. Dari keadaan dewan gelap, terus dewan jadi terang benderang dan rata-rata ucapkan syukur sebab tak perlu solat Isyak bergelap lagi. Masa tu aku lupa nak pandang jemaah telekung hitam tadi sebab lepas lampu menyala terus ada dua tiga budak menjerit. Aku pun pusing, kot-kotlah nampak.",
"Dah habis budak-budak tu keluar, aku tengok depan dan aku baru teringat fasal jemaah tadi.\nJemaah pakai telekung hitam tu elok je tengak borak-borak dengan kawan dia yang pakai telekung biru (kalau tak silap). Aku pun usha satu baris saf depan belah kiri tu. Budak tu je pakai telekung hitam,yang lain warna merah, putih, kuning. Masa tu dah pelik. Aku nampak jemaah yang membelakangi kiblat tu pakai telekung hitam, dia berdiri masa tu sama tempat dengan budak pakai telekung hitam tu.\nMasa tu juga lah aku fikir lagi. Macam manalah keadaan budak yang berdiri depan jemaah telekung hitam tu. Entah dia nampak ke tak, tiada siapa yang tahu.",
"Macam mana aku boleh tahu dia solat belakang kiblat? Entah-entah telekung dia je sebenarnya, cuma dari pandangan belakang.\nWell, kalau kita solat, mesti kepala kita tunduk sikit kan (sebab mata kita pendang tempat sujud). Aku memang nampak kepala dia tunduk masa tu. Belakang kiblat. Kedua, masa angkat takbir sebelum rukuk tu, memang jelas aku nampak. Dia bonggok badan sama dengan kita orang yang dah nak rukuk ni.",
"Masa solat Isyak aku tak nampak dah jemaah yang membelakangi kiblat tu.",
"Balik dari kem, classmate aku yang pergi kem datang tanya aku.\n“Ada nampak benda pelik-pelik tak masa kita solat maghrib first day tu?”\nAku angguk, lepas tu aku tanya dia orang ;\n“Saf lelaki tak ada apa-apa ke?”\n“Ada, hantu rambut panjang berdiri sebelah imam. Itupun budak sebelah kita orang kata jangan pandang sebelah imam. Ada benda.”\nAku angguk, dan aku pun ceritalah apa aku nampak dekat saf perempuan.",
"Terpulang pada anda mahu percaya ataupun tidak. Sekian saja dari saya, cerita pendek untuk hari ini.\nTerima kasih kerana sudi luangkan masa membaca."
] | [
"Tu cuma gangguan setan nak hilangkan kusyuk ko Time solat tu."
] |
https://fiksyenshasha.com/tasik/ | TASIK | [
"Hai, aku Nurul ni first time aku menulis di ruangan Fiksyen Syasya. Selalu menjadi silent reader je tapi kali ni aku gagahkan jua menulis cerita yang aku alami melihat kejadian rasuk ni. Mungkin bagi kalian perkara rasuk ni mcm biasa je tapi bagi aku pekara ni menarik melibatkan dua jin yang berbeza. Okay move forward and enjoy ok. Baik.",
"Aku ditemani ayah dan adikku beserta kawan adik yang semamangnya arif tentang perjalanan menuju ke politeknik sebab jauh dan jalannya sangat mengelirukan. Tapi takpelah asalkan sampai juga yeayyy!!. Perjalanan dalam semiggu di politeknik ni macam biasala kan minggu orientasi oleh kakak-kakak dan abang-abang senior.",
"Okay, aku brief sikit tentang reka bentuk politeknik ni. Bangunan asrama lelaki dan perempuan jauh jaraknya dan asrama perempuan ada empat blok. Melalui susur gajah adalah masjid then jalan menuju ke bangunan fakulti dan seterusnya blok pentadbiran. Untuk menuju ke masjid ni dari asrama perempuan ada dua jalan. Satu jalan dari susur gajah dan satu lagi jalan melalui tengah-tengah tasik. Tasik kiri dan kanan ni adalah tasik yang berbeza di mana di belah kanan adalah tasik yang lebih kecil manakala di belah kiri tasik merupakan tasik yang lebih besar.",
"Untuk kos yang aku ambik ni ada dua kelas dan aku masuk dalam kelas A dan satu lagi kelas B. Baik. Kat sini aku bukan nak ceritakan pasal apa yang terjadi ke atas aku tapi apa yang berlaku di kelas B. Aku namakan dua orang pelajar yang terlibat sebagai Ani dan Mek. Okay Ani ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang pendiam, tak berkawan sangat dan selalu sorang-sorang. Walau bagaimana pun lain pulak bagi Mek ni disebabkan Mek ni duduk di luar kampus dan membuka kedai makan personality Mek ni lebih peramah. Ani ni kalau nak jalan menuju ke masjid ke, ke kelas ke dia akan melalui laluan ditengah-tengah tasik setiap masa. Senang katanya tak de belok-belok.",
"Pada suatu malam, kelas B ni ada buat kelas ganti waktu malam di fakulti kami dalam jam 8.30 malam. Ani bersia-siap dan ingin menuju ke fakulti macam biasa dia jalan melalui laluan di tengah-tengah tasik. Kalau aku ni memang takla kan nak jalan kat itu sebab seram dan pengalaman aku ni aku pernah jumpa dalam jam lebih kurang 3 pagi, ada sorang budak perempuan tengah bermain dengan kucing hitam kat situ.",
"Bila sampai menapak je di area fakulti Ani terus rebah. Bila Mek orang kedua yang sampai ke fakulti ni dia nampak Ani. Terus je ke Ani dan dia cuba mencuit Ani terus dia rebah juga di tempat yang sama. Bila rakan yang lain datang diorang terus papah mereka berdua menuju ke surau fakulti. Kelas ganti cancel terus. Di surau budak lelaki kelas B datang ke surau dan cuba mengazankan Namun budak lelaki tu pun turut rebah jugaenda seram macam ni. Panik weyh time tu dahla kami ni baru first semester kena pengalaman macam ni, huhuhu seram! Tak lama kemudian ustaz datang merawat ketiga-tiga pelajar yang pengsan dan akhirnya mereka di bawa ke bilik masing- masing.",
"Keesokkan harinya, kelas aku bertempat di belakang kelas B dan pada waktu itu kelas mereka sedang berlansung sesi presentation. Kedudukanku pada waktu itu di bahagian hadapan paling hujung di pintu masuk kelas. Sedang khusyuk mendengar penjelasan dari pensyarah, tiba-tiba sorang-sorang budak lelaki di dalam kelas B keluar diikuti dengan pelajar perempuan yang lain. Kami yang baru saja menamatkan kelas pada waktu itu keluar berkerumun ingin mengetahui apa yang terjadi.",
"Rupa-rupanya Ani dan Mek dirasuk! Jin yang merasuki Mek dan Ani ni datangnya dari tasik fakulti. Satu jin di tasik belah kanan dan satu lagi jin di tasik belah kiri. Ani dari jin belah kanan tasik manakala Mek di tasik belah kiri. Masing-masing datang dari zaman yang berbeza dan sangat tua berusia beribu tahun dahulu. Apabila mereka cuba berlawan sesama sendiri, ustaz muncul in the nick of time!",
"Apabila ustaz memulakan sesi soal jawab diantara mereka barulah dia tahu bahawa mereka sering berbalah kerana merebutkan kawasan masing-masing dan menggunakan Ani sebagai pengantara kerana sifat Ani yang sentiasa keseorangan dan selalu sedih jadi senang untuk membina tapak di dalam badan Ani. Setelah sesi rawatan selesai kami semua dari kelas A dan B membantu Ani dan Mek ke bilik asrama masing – masing.",
"Aku difahamkan mereka berdua tidak boleh bersua-muka kerana ada satu kejadian apabila Ani ni menapak ke fakulti dan terdapat Mek di situ kedua-mereka rebah serentak dan akan dirasuk semula. Jadi untuk mengelakkan daripada berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku, Ani dan Mek dibawa balik untuk berehat dan mencari alternative untuk mendapatkan rawatan. Mereka berdua kembali ke politeknik sebagai junior di bawah kami dan Ani di kelas A manakala Mek di kelas B. Walaupun kami berasa kesian dengan keadaan mereka berdua tetapi tu untuk kebaikan mereka berdua juga.",
"Sampai akhir di sini saja penulisanku. Kalau cerita aku ni diterima dan mendapat feedback positif dari kalian, aku akan menceritakan dengan lagi detail cerita-cerita seram yang lain. Untuk pengajaran hidup jangan bersendiri kerana kita amat memerlukan insan bernama kawan. Susah senang bersama-sama. Sekian."
] | [
"poli sabak bernam?",
"haah..betul",
"Cerita sikit je, mukadimah lebih separuh post ni",
"Dik…baik tak payah tulis lagi, menurut akak cerita adik ni menarik TETAPI….hancur ayat dan jalan cerita nya. Maaf ya kena cakap terus terang ni",
"Baik kak ..terima kasih atas nasihat"
] |
https://fiksyenshasha.com/pasti/ | PASTI | [
"Kisah 20 tahun lepas, sewaktu Omar mula-mula bertugas sebagai pengawal keselamatan di hospital itu. Sebaik sahaja pencen askar, Omar memohon menjadi pengawal keselamatan demi meneruskan kelangsungan hidup.",
"Minggu pertama, Omar bertugas ‘shif’ siang. Semuanya berjalan lancar, hampir 20 tahun dalam perkhidmatan tentera, disiplin dan gerak kerja Omar sangat cemerlang.",
"Minggu kedua, Omar bertugas shif malam. Walaupun ada usikan dari rakan sekerja, tentang situasi hospital waktu malam tak sama dengan waktu siang, Omar sekadar senyum.",
"Dia pernah tidur berbulan lamanya di dalam hutan sewaktu menjadi askar, bermacam ‘benda’ telah dijumpai dan dilalui, jadi istilah takut tiada di dalam kamus hidupnya.",
"Namun Omar tidak bercakap besar, meninggi diri, kekal ‘humble’ dan cukup tenang.",
"Omar ketika itu berada di pos pengawal pintu belakang. Suasana agak sunyi, hanya berteman radio kecil. Sesekali terdengar bunyi cengkerik dan siulan burung hantu serta lolongan anjing sayup-sayup.",
"Rasa sejuk mula mencengkam. Omar tahu ada banyak ‘benda’ yang mula berkeliaran, jam tangan dipandang sekilas, Omar tersenyum mengerti.",
"Sudah masuk jam 12 malam, Omar mahu keluar meronda, baru berapa tapak dia berjalan keluar dari pos pengawal, seseorang menegurnya.",
"Omar berpaling, kelihatan seorang lelaki bertanya kemana kah arah letaknya bilik mayat. Omar yang kebetulan mahu meronda, menawarkan diri untuk mengiringi serta menunjukkan lelaki itu di mana bilik mayat. Sambil berjalan mereka berbual-bual kosong.",
"Sebaik tiba di bilik mayat, Omar meninggalkan lelaki itu dan berlalu meneruskan tugas rondaan dari satu chekpoint, ke satu yang lain.",
"Di sebuah lorong, Omar bertembung dengan salah seorang kenalannya yang bertugas sebagai atendan hospital, rakannya itu sedang menolak troli menuju ke bilik mayat.",
"Sempat mereka bertegur sapa dan berbual seketika. Sedang asyik berbual, kain selimut yang menutupi mayat itu tiba-tiba tersingkap ditiup angin yang entah dari mana.",
"“Aku dah agak dah hehe” ujar Omar sedikit ketawa.",
"“Kenapa?” Soal Kudin rakannya itu, seraya menutup kembali wajah jenazah itu dengan selimut.",
"“Tadi aku iring dan bawa ‘dia’ ni, dari pos belakang sampai depan bilik mayat” jelas Omar bersahaja.",
"“Haha, biasa la Omar, salam perkenalan lah tu” usik Kudin. Omar hanya ketawa mengiyakan.",
"Kemudian mereka kembali meneruskan tugas masing-masing. Omar berhenti melepak seketika dengan rakan sekerja di kaunter pengawal dalam kawasan lobi.",
"Asyik berbual, muncul Kudin dari arah lif.",
"“Selesai dah ke tugas ko tadi Din?, cepat juga ya” sapa Omar.",
"“Eh! Omar, tugas apa tu, aku baru je turun ni, nak kena pegi ambik d***h untuk bawak ke wad” jawab Kudin terpinga-pinga.",
"“Aik, bukan kau hantar jenazah ke bilik mayat ke tadi?” Soal Omar tergaru-garu kepala.",
"“Mana ada Omar, ada-ada je ko ni, eh aku gerak dulu ye, nak kena cepat ni” ujar Kudin.",
"Omar menarik nafas dan menggelengkan kepala.",
"“Hahaha, tu salam perkenalan tu Omar” Jani rakan sekerja Omar ketawa.",
"“Ye, tu lah ayat ‘benda’ tu cakap kat aku tadi, dua kali aku kena ‘main’ rupanya hahaha”",
"Mereka ketawa bersama. Seketika Omar beredar menghabiskan rondaan dan kembali semula ke pos belakang.",
"Saat melintas kawasan hadapan bilik mayat, ada dua makhluk menyeringai samar-samar bersembunyi.",
"“Oooo tadi bukan main korang menyakat aku, ni takut-takut pulak ye, dah tau la tuu hihi” sindir Omar dan berlalu pergi. Makhluk-makhluk itu lenyap menghilang.",
"Saat tiba di pos pintu belakang, sayup-sayup suara merintih seolah menangis, meremang juga tengkok Omar, namun diendahkannya.",
"Itu lah kejadian salam perkenalan buat Omar, selepas pada itu, setiap kali shif malam, macam-macam Omar jumpa dan lalui, dah naik lali. Ada juga yang menyeramkan, yang melucukan juga ada.",
"Pernah satu hari, Omar mendapat panggilan dari ‘walkie talkie’ nya, menyatakan ada pesakit wanita terkunci di dalam kubikal tandas. Omar segera naik ke tingkat 9.",
"Sewaktu tiba, rakan sekerja yang memanggilnya tadi tidak kelihatan. Omar terus sahaja masuk dan melihat kubikal di bahgian hujung, pintunya tertutup.",
"“Kunci patah ke?” Soal Omar sambil cuba menolak pintu.",
"Suasana diam, tiada sebarang bunyi. Omar menelek seketika di bawah.",
"“Haa ada orang, ingat tak ada, jangan takut, saya pengawal keselamatan. Macam mana, kunci patah ke?” Soal Omar semula.",
"“Ohh, saya ingat siapa, ya, saya nak tarik selak dia, patah pulak” jawab pesakit itu sedikit gementar.",
"“Awak boleh panjat tak?”",
"“Tak boleh, tangan saya bersimen”",
"Omar mengangguk dan cuba melihat sekeliling mencari apa yang boleh dilakukan untuk mengumpil pintu.",
"“Kenapa tak guna tandas dalam wad, awak duduk wad mana?” Omar menyoal sambil mengumpil pintu menggunakan batang mop.",
"“Saya dari wad 13, tandas wad ada orang, saya dah tak tahan hehe”",
"Pesakit wanita itu sedikit ketawa.",
"“Ok, awak pusing mengadap dinding, saya nak rempuh sikit pintu ni, tak boleh buat apa dah, sedia ya, 1,2,3…”",
"Omar merempuh pintu kubikal tandas itu. Anehnya tiada sesiapa di dalam. Dia merasa keliru seketika. Walkie talkie di gunakan memanggil rakannya.",
"“Adam masuk..Adam masuk” ujar Omar pada walkie talkie nya.",
"“Ya Omar, lapor” sahut Adam.",
"“Tandas kosong, tak ada orang!! Lapor”",
"“Tandas? Kes apa?? Lapor”",
"Omar mengetap bibir. “Ok tak apa, aku turun jap, out”",
"Sebaik sahaja turun dan tiba di pos Adam bertugas, Omar menceritakan kejadian yang berlaku tadi.",
"Adam menafikan, dia tiada memanggil Omar. Dan lagi, tandas di tingkat 9 tak pernah dibuka. Omar sekadar mengeluh, kena lagi kali ini.",
"Antara kejadian lain, beberapa tahun kemudian, Omar terjumpa seorang remaja lelaki menangis di bawah tangga sewaktu membuat rondaan.",
"Mulanya dia menyangka makhlus halus mahu mengusik, rupanya budak itu adalah manusia. Omar membawa budak itu ke kaunter pengawal di lobi, tempat Omar bertugas malam itu.",
"Budak itu bernama Sufian, sedang menemani datuknya yang sakit tua di wad.",
"Sufian mahu turun ke kedai 24jam di lobi, mencari makanan untuk mengalas perut yang lapar.",
"Sufian menuju ke bahagian lif di tingkat 7, namun lama menunggu, lif nya tak kunjung tiba. Tak betah menunggu, dia nekad turun melalui tangga.",
"Sebaik tiba di tingkat 5, Sufian mendengar suara datuknya memanggil, tanpa berlengah Sufian menolak daun pintu dan keluar.",
"Suasana hening tiada seorang pun, Sufian mengerutkan muka, seketika dia kembali menuruni tangga. Di beranggapan mungkin salah dengar atau terkhayal.",
"Sedang asyik berjalan menuruni tangga, Sufian merasa hairan, mengapa masih belum tiba di lobi. Sepertinya sudah berpuluh tingkat dia turun, badan sudah bermandi peluh.",
"Sufian menyedari, dia berulang-ulang di tingkat 4. Selaju mana pun dia turun, tetap di tingkat 4.",
"Sufian mula panik, tiada pilihan, dia keluar dari ruangan tangga lalu ke bahagian lif.",
"Sufian menekan-nekan butang lif, hatinya dipagut resah.",
"Akhirnya lif tiba, Sufian sedikit lega. Namun sebaik pintu lif terbuka, Sufian menjerit dan terduduk.",
"Ada lembaga yang hanya berkaki di dalam lif itu, tiada badan dan kepala.",
"Lif kedua berbunyi, Sufian bergegas bangun mahu melarikan diri, namun lengkahnya terhenti.",
"Di dalam lif kedua ada lembaga tanpa kepala dan kaki, hanya tangan dan badannya.",
"Lif ketiga di sebelah pula berbunyi. Sufian yang masih berdiri membeku sekadar melihat, ada kepala tanpa badan di dalam lif ketiga, lidahnya terjelir dan menitiskan air liur.",
"Sufian menjerit sekuat hati, bukan sahaja kerana takut, tapi terkejut, kepala di dalam lif itu adalah kepala datuknya.",
"Sufian berlari macam orang gila ke arah tangga. Namun keadaan masih sama, dia berlegar di tingkat 4 sahaja.",
"Penat berlari Sufian duduk dan menangis teresak-esak hinggalah dijumpai oleh Omar.",
"“Dah berapa lama datuk kamu sakit?” Soal Omar menghulurkam sebotol air kepada Sufian.",
"“Dah lama, tapi..”",
"“Tapi apa? Cuba kamu cerita” pinta Omar.",
"Beberapa bulan lepas datuk jatuh sakit. Saya memang duduk dengan atok. Jadi bila atok masuk hospital, saya la yang kena jaga.",
"Keadaan atok sangat tenat, semua anak cucunya datang apabila dimaklumkan atok semakin nazak.",
"Tapi tengah malam itu, atok tiba-tiba bangun dan sihat seperti biasa. Jadi keesokannya atok dibenarkan keluar.",
"Sepanjang balik di rumah itu, keadaan atok bersilih ganti, siang terlantar tak bermaya seperti mahu m**i, bila malam menjelma, atok sihat dan makan dengan banyak.",
"Anak-anak atok dah malas dan penat berulang alik kerana atok sentiasa begitu.",
"Sampailah minggu lepas, atok terlantar siang dan malam.",
"“Kamu ada mimpi apa-apa tak? Macam orang bagi barang ke, anak kecik mintak susu ke?” Soal Omar.",
"“Ntah, macam ada, saya tak berapa ingat pak cik” jawab Sufian polos.",
"Omar mengangguk kepala mengerti. Kemudian Omar menghantar dan menemani Sufian ke wad.",
"Sempat Omar memberikan sebotol air yang dibaca ayat suci AlQuran sebagai penawar.",
"Sufian diminta memberi datuknya minum sedikit dan lebihannya disapu seluruh badan.",
"“Pehh, cerita pak Omar memang A lah..” ujar Daim membuat isyarat tabik. Rosli ternganga mulut.",
"“…lepas tu apa jadi pak Omar?” Soal Daim.",
"“Ermm, esoknya Sufian m**i”",
"“M**i!!!” Daim dan Rosli bersuara serentak.",
"Pak Omar bangun menggeliat. “Ya, mayatnya dijumpai atas jalan depan lobi tu, jatuh dari tingkat 7”",
"“Lohh, kok gitu” melopong mulut Daim akibat keliru.",
"“Itu la, pak Omar rasa saka datuk dia lempar, telahan pak Omar silap, saka tu bukan nakkan pengganti, atau tuan baru, saka tu nak nyawa dia je”",
"Jelas pak Omar seraya merenung Daim dan Rosli.",
"“Kenapa pak Omar tengok kitorang macam tu?” Soal Daim tersengih-sengih.",
"“Esok hari raya dan..ermm” terhenti kata-kata pak Omar.",
"“Dan apa?? Lain macam pulak hehe” Daim ketawa namun merasa pelik dengan keseriusan wajah pak Omar.",
"“Tak ada apa lah, penat je, ermm..ok, pak Omar nak meronda kejap, nak ikut ke?” Soal Pak Omar, Daim menggelengkan kepala.",
"Seketika Daim dan Rosli berjalan sambil berbual, kelibat pak Omar telah hilang pergi meronda.",
"“Bukan biasa-biasa ye pak Omar tu” ujar Rosli kagum.",
"“Ye la tu, banyak dah cerita dia aku dengar, memang hati kering dia tu” Daim ketawa.",
"“Aku mula-mula tadi terkejut jugak dia nampak kita, siap boleh berbual lagi, tinggi kebolehan dan ilmu dia” puji Rosli yang masih merasa kagum.",
"“Sama la aku dulu, terkejut masa dia tegur aku, tapi dia la yang banyak bagi semangat dan tunjuk ajar dekat aku” jelas Daim sedikit terharu.",
"Mereka terus berjalan, bunyi lolongan anjing sayup kedengaran.",
"“Kita pegi bilik mayat nak?” Cadang Daim dengan senyuman teruja.",
"“Hah!! Nak buat apa??”",
"“Ni kan malam raya, mesti meriah sana, jom laa”.."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/bas-balik-raya/ | BAS BALIK RAYA | [
"Cerita Seram Pendek…",
"Esok umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal. Lebih memeranjatkan ialah hari raya tahun ini awal dari yang dijangkakan.",
"Ramai yang telah pulang dalam keadaan tergesa gesa ke kampung. Kalut dengan berbagai persiapan yang tidak siap.",
"Ditambah lagi setelah dua tahun beraya dalam rumah. Pandemik yang tak dapat dielak. Rakyat terpaksa berkurung di hari raya.",
"Di pejabat ini tinggal aku dan bos. Memang aku tak terfikir raya ini beraya di kampung. Aku mahu ligan semua OT. Tugas orang lain akan ku siapkan, bos puji melihat kesungguhanku.",
"Sebenarnya hampir dua tahun aku menganggur, kereta yang sudah kubayar tiga tahun telah ditarik oleh bank. Aku gagal membayar setiap bulan kerana poketku kosong. Kerana pandemik aku jatuh terduduk.",
"Aku tinggal di bandar sebagai anak rantau hanya beralaskan biskut kering dan air paip. Biskut tu pun ihsan dari nyonya di bawah flat.",
"Selama pandemik, dialah yang ambil tahu aku makan atau tidak. Dia pun bukan orang senang, aku ambil biskut selang dua hari pun terasa tebal muka ni.",
"“Baliklah, Jemin. Kerja kampung bantu abah bagi makan lembu. Abah bagilah duit belanja kamu,”",
"Pujukan mak langsung tidak mencairkan hati ini. Keegoanku mengatasi segalanya. Ku ketepikan mak dan abah. Kerana aku malu.",
"Tak mungkinlah lulusan Sarjana Muda seperti aku balik kampung tolong ayah jaga lembu sekandang? Mana nak sorok muka ni?",
"“Bukan kau ada pakai kereta Camry? Kenapa kau tanya pasal bas turun simpang mana pulak?”",
"Suatu hari aku sengaja bertanya pada rakan karibku di kampung, Zahran namanya. Bila aku berterus terang mahu balik ke kampung menaiki bas sebab keretaku ditarik pihak bank, dia tertawa berdekah di hujung talian.",
"Tak guna punya kawan!",
"“Oi, malulah balik naik bas, satu kampung ni tahu kau pakai kereta lawa, kerja kau exec bukan kerja kedai makan, Jemin! Kahkahkah,”",
"Ok, fine!",
"Itulah kali terakhir aku bercakap dengan Zahran anak ketua kampung. Dia cuma goyang kaki di kampung tapi dah pakai MPV.",
"Aku tak akan balik ke kampung selagi aku tak dapat kereta baru. Kalau boleh aku nak kereta MPV juga. Tak akan kalah dengan Zahran.",
"Sedang aku melayan perasaan di depan pc, bos muncul dengan muka cuak dan nafas tercungap-cungap.",
"“Azmin, isteri aku jatuh dalam mall. Sarat pulak tu. Aku kena ke hospital sekarang,“",
"“Kau baliklah kampung. Aku bagi seminggu cuti. Jangan dikejar sangat duniawi sampai kita abaikan orang-orang tersayang. Ni bonus dan duit OT kau aku bagi full. Baliklah. Kunci pejabat ni macam biasa,”",
"Panjang pesanannya. Sentap pula aku bila bos sebut fasal mengejar duniawi. Mungkin dia juga menyesal kerana tinggalkan anak isteri mencari baju raya dalam keadaan Puan Lela sarat menunggu hari.",
"Aku ke Puduraya, semua tiket habis dijual. Ke TBS, sama juga. Ulat tiket pun tak nampak bayang. Aku hubungi rakan sekerja, di mana nak ku beli tiket bas selain dua terminal yang aku tahu.",
"Mereka semua ada yang telah selamat sampai ke kampung, ramai juga tergelak ketawa melayani pesta lampu brek di atas lebuhraya.",
"Tinggallah aku seorang di tengah kotaraya seperti rakyat Nepal yang tiada hala tuju.",
"“Mak, Jemin tak jadi baliklah. Tiket bas tak ada. Jemin raya di KL je,“",
"“Janganlah, Jemin. Mak rindu sangat nak",
"peluk kamu. Tapai ubi kamu banyak mak buat. Abah belikan kau kereta dah…“",
"Aku pantas memotong cakap mak, “kereta apa?“",
"Mak terdiam. Mungkin dia sedang berfikir kereta apalah yang ayah beli untuk aku. Ada segaris senyuman terukir di bibirku. Tak mungkinlah kereta cikai-cikai?!",
"“Jemin…abah nak cakap,“ suara mak berganti pula dengan suara abah berdehem.",
"Berdebar jantung aku nak tahu abah belikan aku kereta apa?",
"“Baliklah, abah belikan kau Iswara Kereta Kebal. Dulu masa sekolah kan kau suka sangat kereta tu,“",
"Abah bercerita dengan riang di hujung talian. Langsung tidak sedar yang aku terlalu kecewa. Malulah aku kalau kawan sekampung tengok aku pandu kereta lama!",
"Shit! Baguslah aku tak jadi balik raya. Baik aku lepak dalam bilik daripada balik tengok lembu-lembu abah.",
"“Maaflah abah…Jemin sanggup beraya di bandar daripada balik naik kereta buruk dengan jaga lembu abah!“",
"“Tapi, Min…kereta tu…“",
"“SELAMAT HARI RAYA, kbye!”",
"Aku matikan telefon dengan perasaan mendidih. Abah memang nak malukan aku depan orang kampung! Biarlah aku balik selepas aku dapat bawa balik kereta lain.",
"“Dik, nak tiket balik kampung tak? Abang bagi tiket free,“",
"Seorang lelaki tiba-tiba muncul di belakang ku dengan sekeping tiket berwarna merah disuakan ke depan muka ku.",
"“Eh, saya tak balik kampung. Malas nak balik, bang. Penat,” jawabku acuh tak acuh.",
"“Ambillah tiket ni. Nak pergi mana pun boleh, dik. Dapat saguhati RM5000 lagi.”",
"Glurppp….! RM5000? Aku mencongak-congak, bos bagi aku bonus RM500, OT RM500. Baki duit gaji aku masih ada dalam seribu ringgit. Kalau aku ambil peluang ni, masuk juga!",
"“Adik pergi tapak lama belakang bangunan XXX, dekat situ ada sebijik bas merah menyala tunggu adik. Adik naik, bas akan terus gerak.” Wajah lelaki dalam lingkungan 40an ni bersunggguh sungguh nak aku naik bas.",
"Timbul perasaan curiga pula. Manalah tahu dia ni berkomplot dengan rakan musibat nak rompak aku?",
"“Ambil ni. Abang nak pergi dulu.”",
"Seikat duit note 50 bertukar tangan. Betullah abang tu tak bergurau. Dia terus pergi menaiki sebuah teksi lama yang agak berkarat.",
"Mana ada teksi seburuk tu di KL ni? Cermin belakang pemandu pun senget menunggu masa tertanggal.",
"Macam terpukau pula aku memandang teksi buruk itu pergi.",
"Langit hampir gelap. Aku kena cepat mencari bas berwarna merah yang abang tadi sebut. Ahh, lupa apa nama bas tu!",
"Aku belek tiket di tapak tangan.",
"“Bas Balik Raya. Sekali naik tak akan naik lagi bas lain…apasal pelik je motto syarikat bas ni? Bagus sangatkah servisnya?”",
"Bercakap seorang diri pula di tengah bandar yang selalunya sibuk dengan pelbagai kenderaan dan ragam manusia.",
"Hari ini sunyi. Yang ada pun warga asing keluar mengambil angin, berselfie sana sini. Lepak dengan kaum yang berbeza-beza.",
"Aku menahan sebuah teksi yang hampir mendekat.",
"Akhirnya tiba di tempat yang dimaksudkan, hati aku melonjak riang kerana dapat duit ’terpijak’.",
"Yang peliknya pakcik teksi terpinga-pinga pula pandang sekeliling.",
"“Awak ni nak ke mana? Sini tak ada apa-apa pun?”",
"“Saya nak naik Bas Balik Raya, pakcik.”",
"Setelah menghulurkan duit tambang, aku pun berlari ke arah bas merah yang sedang menunggu. Aku naik dengan senyum tak lekang di bibir.",
"“Bertuah dapat tiket free, dapat pula duit 5000. Siapa nak bagi? Yabadabaduuu….,” aku bersorak di dalam hati.",
"“Bas akan gerak menuju ke Changkat Jering sekarang. Kamu tidur lah dulu.” Pemandu bas bersuara garau menegur aku.",
"“Bang. Tak ada penumpang lain? Bas dua tingkat kot?!”",
"“Hehehe, tak ada. Bas ini khas untuk menghantar kamu,”",
"Aik? Khas untuk aku? Mungkinkah bos yang merancang semua ni? Kerana aku pekerja paling rajin di syarikatnya, maka aku diberi ‘SURPRISE’ !",
"Hairan juga sebab tak nampak ada sesiapa pun selain dari aku dan pemandu bas.",
"Lagu raya mula dimainkan. Penghawa dingin memang sejuk seakan akan aku berada di dalam peti sejuk.",
"Perlahan-lahan, mataku terpejam. Alangkah selesanya duduk di dalam bas mewah.",
"“Abang, manalah perginya Azmin? Merajuk agaknya abang cakap belikan kereta lama, kenapalah abang tipu dia?“ Hajah Siti merungut.",
"“Abang nak buat kejutan, biar dia tengok sendiri hadiah kereta ’Lepat Hitam’ abang hadiahkan dari hasil jual lembu,“ Haji Syukri separuh ketawa.",
"“Alphard lah, bang. Bukan Lepat!“ dengan muncung terjuih, Hajah Siti tinggalkan Haji Syukri di tepi tangga.",
"Mereka terlalu sayangkan anak tunggal mereka. Ditatang sejak kecil. Mana mungkin mereka sanggup biarkan anak kesayangan hidup tanpa kereta.",
"Penantian pada malam itu sangat panjang. Hingga ke pagi raya mereka tidak menerima khabar berita ke manakah perginya Azmin.",
"Tidak seorang pun mengetahui Azmin yang bongkak, tamak dan kurang hajar itu telah menaiki bas berpuaka.",
"Setiap tahun akan wujud seorang lelaki menghulurkan tiket merah bersama wang sebanyak RM5000.",
"Hanya orang yang tidak layak tinggal di dunia ini akan dibawa pergi.",
"Pergi buat selama-lamanya.",
"SEKIAN, TAMAT SUDAH.."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/salah-kereta/ | Salah Kereta | [
"“Aku dah kata pergi servis motor tu, kau tak nak dengar. Ikut sangat cakap kepala kau,” tengking Yazid dihujung talian. Aku lepaskan keluhan halus. Mata meliar memandang kiri kanan, kawasan lot kedai semuanya tutup. Tambah pula gelap waktu malam, takut hantu tiba-tiba muncul.",
"“Woi, dengar tak?” Suara Yazid bertukar keras. Ini pun satu, aku cuma beritahu motorsikal aku rosak saja, bukan suruh dia ambil dekat sini. Tambahan pula motorsikal tiba-tiba rosak. Mujur depan kedai. Kalau masa tengah on the way lalu jalan kampung dia m**i? Aku yang tak keruan kejap lagi.",
"“Dengar, dengar. Kot ye pun, slow sikit suara kau. Sakit telinga aku.” Giliran aku marah pada Yazid. Tangan kiri masuk dalam kocek jaket warna kuning. Sejuknya bukan main lagi malam-malam.\n“Kalau kau nak aku ambil, tunggu depan situ. Jangan pergi mana-mana. Aku tengah close counter ni.” Jari Yazid pantas menekan papan nombor pada skrin mesin wang. Aku iyakan saja dan biar bunyi resit keluar dan drawer ditutup.",
"“Kejap, kau nak ambil aku ke?” tanyaku semula. Bukan apa, aku dengar Yazid sendiri kata suruh aku tunggu ini.\n“Yelah, aku nak ambil kau. Bahaya ni dah malam kan. Takut ada orang gila datang pow duit kau.” Bunyi shutter kedai diturunkan serentak dengan suara Yazid. Dia kemudian berjalan menuju ke motorsikal yang terletak sebelah bangunan kedai. Enjin dihidupkan dan telefon letak dalam raga. Dia terus buka speaker.\n“Amal.”\n“Ya?”\n“Jangan off call. Aku on the way.” Serentak dengan itu, enjin motorsikalnya dihidupkan. Sepanjang Yazid on the way ke sini, tak ada satu kata pun yang keluar dari mulut kita orang. Hanya bunyi enjin saja\nkedengaran.",
"“Zid.”\n“Ha?”\n“Kau dengar tak?”\n“Dengar apa?”\n“Bunyi dia krak krak gitu.”\n“Ha?”\nBawa motor terus pekak ke mamat ni? Aku tengok skirn telefon. Yazid still on call dengan aku. Tak tahu dia dengar ke atau buat-buat tak dengar bunyi krak tadi.",
"Aku tersentak. Pada masa yang sama aku dengar Yazid duk eh eh di hujung talian. Pasti motorsikalnya hilang kawalan.\n“Zid, apahal tu?”\nNafas Yazid naik turun. Cepat-cepat dia parking motorsikal di bahu jalan. Ekor matanya perlahan memandang cermin sisi.\nTak ada apa-apa.\nDengan beraninya dia menoleh ke belakang.\nPun tak ada apa-apa. Cuma ada kereta Proton Saga merah buka tutup high beamnya berkali-kali. Perlahan kereta itu berhenti sebelah motorsikal Yazid. Cermin penumpang hadapan dibawa turun.\n“Dik, alright tak?” tanyanya dengan nada kerisauan. Yazid acuh tak acuh mengangguk. Abang tadi sama mengangguk.\n“Tak adalah, tiba-tiba je kawan kau lompat turun dari motor. Terkejut la juga.”\n“Kawan?”\nAbang itu mengangguk. “Ya kawan kau. Dia lelaki pakai jaket kuning kan? Tadi dia berdiri atas seat gerak-gerak kepala lepas tu lompat. Berani m**i kawan kau. Dia tak tau ke sebelah jalan ni sungai?”\nYazid angguk saja mendengar leteran abang kereta saga. Pada masa yang sama dia pandang sekeliling, mencari kelibat jaket kuning yang kononnya melompat turun dari motorsikalnya.\n“Kau nak pergi mana sebenarnya ni?”\n“Jemput kawan bang. Dekat Sri Puchong.”\n“Nak abang follow dari belakang ke?” Yazid pandang motorsikalnya. Masih hidup dan tiada sebarang kerosakan. Dia menggeleng sambil senyum.\n“Sure?”\n“Ya bang.”",
"“Okey kalau macam tu.” Cermin penumpang dinaikkan. Yazid dari memandang kereta saga yang perlahan meninggalkannya. Dia naik semula motorsikal. Baru saja mahu masuk gear, motorsikalnya tiba-tiba m**i. Menggelabahlah Yazid seorang diri. Mujurlah kereta saga tadi tak jauh sangat darinya. Pantas dia nyalakan flash light dan melambai berkali-kali. Tak sampai beberapa saat, kereta saga tadi terus reverse dan berhenti sebelah Yazid. Cermin penumpang diturunkan. Wajah abang tadi senyum-senyum.\n“Ya?”\n“Sorry bang. Motorsikal saya m**i tiba-tiba. Boleh tak abang hantar saya sampai Sri Puchong?”\n“Kedai eh?”\n“Haah.”\nDia tekan butang lock dan menyuruh Yazid duduk di sebelah tempat pemandu. Yazid pantas masuk dalam perut kereta. Kereta saga tadi bergerak meninggalkan motorsikal Yazid yang tersadai.\n“Abang tak tahu kedai mana. Nanti kau tunjuk arah tau.” Yazid hanya mengangguk. Mereka berdua biarkan lagu jiwang berkumandang dalam kereta.",
"Aku mula tak senang duduk. Jam pula hampir pukul 1 pagi. Entah kenapa Yazid ambil masa lama sangat. Biasanya dari kedai dia ke sini cuma makan masa 30 minit. Takkanlah lupa jalan. Hari-hari datang sini kot.",
"Pin! Pin!",
"Aku toleh. Ada satu kereta saga merah berhenti betul-betul depan aku. Aku seram sejuk. Dalam hati aku berdoa supaya cepat si Yazid sampai. Esok dahlah aku masuk kerja pagi.\nCermin tempat penumpang hadapan dibawa turun. Yazid senyum lebar, cumanya wajah pucat sedikit.\n“Yazid? Kau order grab ke?” Aku pandang kereta saga berkali-kali. Tak ada pun logo grab dekat badan kereta atau pelekat dekat cermin hadapan.Yazid geleng.\n“Naiklah. Dah lewat sangat ni.” Pada mulanya aku ragu-ragu, tapi aku beranikan diri. Takkanlah hantu menyamar jadi Yazid kan?\n“Okay bang. Boleh gerak.” Pemandu itu diam dan terus menekan pedal minyak. Perlahan meninggalkan motorsikalku yang rosak di hadapan kedai.",
"Abang kereta saga berhentikan kereta betul-betul depan kedai yang diberitahu Yazid. Yazid meluru keluar dan pandang kiri kanan. Abang tadi pun keluar. Hanya ada motorsikal saja. Yazid garu-garu kepala.\n“Mana kawan kau dik? Tak ada pun,” soal abang tadi. Yazid ketap bibir. Padahal dia dah warning jangan pergi mana-mana. Tak pun kawannya sudah balik order grab sebab rasa lama sangat tunggu dia.\n“Hoi.” Yazid tersentak dan pantas dia menoleh. Abang tadi sudah mencekak pinggang, berdiri di belakangnya.\n“Mana kawan kau?”\nYazid gagap-gagap. “Tak… tak tahu bang. Saya suruh dia tunggu sini tadi. Takkan kena culik pulak.”\n“Telefon dulu kawan kau. Mana tahu dia pergi toilet ke? Dari kau menggelabah macam ni memang tak jadi apalah.” Yazid kelam-kabut bawa keluar telefon dan mula mendail telefon rakannya.",
"Aku tengok cermin luar kereta. Tak ada satu pun lampu jalan. Cuma gelap. Sama juga dekat jalan ni. Macam kereta kita orang saja atas jalan. Dan…\n“Sejuk gila kereta ni, boleh slowkan sikit tak air cond?” tanyaku. Jari abang itu memusing anak panah power air cond dari dua turun ke satu. Aku gosok-gosok badan. Masih lagi sejuk. Mereka berdua ni kulit biawakkah?\n“Yazid…”\n“Hmmm?”\nYazid langsung tak menoleh. Aku telan kelat air liur. Entah kenapa aku rasa takut semacam.\n“Aku ingat kau ambil aku naik motor.”\n“Oh, motor aku rosak.” Sepatah Yazid menjawab. Masa itulah bulu tengkukku meremang. Aku cuba keluar dari kereta tapi malang ia berkunci. Aku tengok hadapan. Walaupun pasang high beam tapi jalan masih gelap gelita.\n“Amal, telefon kau berbunyi.”\nAku terkejut. Memang ya telefon aku berbunyi tapi tak dengar pula ringtone. Pantas aku angkat tanpa tengok siapa pemanggil.\n“Woi!” jerit Yazid hujung talian. Aku dah kecut perut. Aku sangka Yazid sengaja takutkan aku, rupanya tak. ‘Yazid’ di tempat duduk hadapan langsung tak buat apa-apa. Diam terkaku. Perlahan dua kelibat di hadapan memusingkan kepala. Mata putih mereka berdua memandang aku yang sudah berpeluh-peluh.\nSambil tersenyum, mereka pun berkata;\n“Salah kereta ni nak…”",
"Aku dapat rasa pipi aku ditepuk kasar. Dalam kekaburan, aku nampak ada dua lelaki. Seorang tengah jerit-jerit depan aku, seorang lagi berdiri. Dua tiga kali aku kelip mata, pandangan aku jadi jelas semula. Yazid menarik nafas lega.\n“Gila lah kau.”\nPerlahan aku bangun. Sempat aku tengok sekeliling. Aku terbaring atas jalan tar rupanya.\n“Aku kat mana?”\n“Kawasan kubur lama.” Abang yang berdiri itu menjawab sambil dia suluh torchlight dekat muka aku.\n“Kau bukan hantu kan?” tanyanya. Aku raba badan aku. Tak ada apa-apa yang pelik kecuali sejuk menggigit kulit.\n“Apa ni bang. Kawan saya manusialah,” balas Yazid tak puas hati. Abang tu mengangkat bahu. Yazid hulurkan tangan dan tarik aku bangun. Untuk kali kedua, aku tengok sekeliling. Memang ya, kita orang bertiga dekat kawasan kubur lama. Yazid pukul kepala aku dengan telefon.\n“Aduh, sakitlah.”",
"“Tu lah kau. Aku dah kata jangan pergi mana-mana. Degil.” Yazid membelakangi aku dan berjalan menuju kereta saga warna merah. Yazid duduk di hadapan manakala aku duduk di seat belakang. Abang tadi hidupkan kereta dan mula meninggalkan kawasan kubur lama. Aku sempat toleh belakang. Ada dua kelibat sedang senyum dan melambai tangan pada kereta kami bertiga. Aku terus pandang depan, takut.\n“Yazid.”\n“Hmmm?”\n“Macam mana kau jumpa aku dekat jalan sana?” Yazid sempat pusing belakang dan angkat kening.\n“Aku minta tolong.”\n“Siapa?” Yazid menunjuk dua kelibat yang masih melambai.\n“Tak lawaklah gila.” Yazid ketawa terkekek-kekek. Abang tadi geleng kepala.\n“Kau percaya sangat cakap kawan kau.” Giliran abang tu pula ketawa. Mukaku merah padam. Tak guna betul.\n“Aku guna find my phone. Ingat tak telefon kau pernah tercicir dekat jeti haritu?” Aku angguk. Yazid senyum.\n“Hebat kan teknologi sekarang? Hahahaha.”\nAku mencebik. Kali ini jalan tak gelap macam kereta yang aku naik tadi. Jalan raya terang benderang disimbahi lampu jalan. Lagu Running Up That Hill nyanyian Kate Bush bergema di speaker. Aku lontarkan pandangan ke luar tingkap.",
"Satu soalan yang terlintas dekat kepala.",
"Macam mana aku end up dekat kubur lama? Ke aku pengsan lepas makhluk tu pandang aku and kereta terus lenyap. Buk, aku jatuh atas jalan.\nAh, tiada siapa tahu. Benda-benda mistik makin kita fikir makin sakit kepala."
] | [
"berterabur jalan cerita"
] |
https://fiksyenshasha.com/rumah-sewa-menyeramkan/ | Rumah Sewa Menyeramkan | [
"Hi semua, nama aku Kimi. Hari ini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku selama 3 hari dirumah sewa baru di Pangsapuri Idaman, Bukit Mertajam.",
"Aku dan keluarga sebelum ini tinggal di Balik Pulau, kemudian kami berniat untuk menyewa rumah di kawasan Perai dan tanpa sengaja telah menyewa sebuah rumah yang menyeramkan di Pangsapuri tersebut.",
"Pada hari pertama kami menyewa, semuanya tidak baik-baik seperti yang disangkakan kami. Bayangkan, tengah hari itu kami bawa barang barang masuk rumah dan bersihkan rumah. Ada sebuah kotak yang boleh dikatakan sangat berat untuk budak kecil seumur adik aku (7 tahun) untuk alihkan. Tapi kotak itu bergerak dengan sendirinya berpindah ke dapur. Sedangkan kotak itu ayah aku letak betul-betul disamping pintu. Masa itu cuma ada adik aku seorang dalam rumah sedang main-main, aku hairan, tak mungkin adik aku yang alihkan kotak itu. Tapi aku masih diam.",
"Pada malam itu, kejadian kedua berlaku pada Ibu aku. Waktu itu Ibu tengah rehat atas tilam, biasalah Ibu sudah penat seharian bersihkan rumah. Sedang Ibu lelapkan mata, Ibu terasa atas tilam seolah-olah seperti ada orang yang berbaring disebelah. Ibu fikir itu ayah, padahal ayah ada didepan ruang tamu bersama aku dan adik. Masa Ibu memalingkan badan, Ibu terkejut sebab tiada orang disebelah Ibu. Jadi siapa yang tadi berbaring disebelah? Entahlah.",
"Hari kedua gangguan di rumah sewa, waktu itu tepat setelah Maghrib. Aku dan adik sedang asyik menonton movie di laptop diruang tamu, saat itu di hujung kerling mata aku ternampak bayang tubuh hitam sangat besar berjalan dari dapur masuk ke store luar (ada rumah yang buat itu tempat memasak tapi belum sempat buat apa apa, jadi masih dijadikan store je). Adik aku biasalah budak kecil, mulut memang tiada insuran, dia main lepas je cakap “Kak, siapa tu dekat dapur?”. Aku cubit pipi adik aku suruh dia diam. Selepas itu, aku suruh dia fokus je layan movie, tapi dia tetap bersikeras nak bagitau ayah dan ibu pasal hal tu. Aku pun pasrah je lah.",
"“ Ayah, tadi adik nampak ada orang besar hitam lalu kat dapur. ” dengan selamba adik aku bagitau ayah. “ Kakak, jangan usik adik lah! ” Ayah marah aku. Tak pasal pasal aku yang kena. Tapi adik jadi takut, malam tu kami berdua bertekad tidur dalam bilik ayah dan ibu. Takut sangat, sebab tak biasa lagi ditempat baru ni.",
"Gangguan hari ketiga lebih teruk. Malam tu, aku adik aku tidur dengan ayah dan ibu. Aku disuruh tidur sendiri dalam bilik belakang, nak atau tidak aku terpaksa tidur seorang diri malam tu. Sekitar jam 10 malam, ada yang buka pintu bilik, aku terbangun dan aku nampak tubuh kecil berjalan masuk. Aku ingatkan adik aku, jadi aku biarkan dia masuk. Hairan juga aku, sebab dia nangis nangis nak tidur dengan ayah dan ibu, tiba tiba datang bilik aku. Dia tidur disebelah aku, masih tidur atas tilam, belum ada katil. Adik asyik tarik selimut je, aku jadi geram betul dengan dia.",
"“ Dik, tak payah lah tarik tarik selimut akak. ” tapi adik diam, pelik, biasanya dia akan melawan juga. Saat aku pusingkan badan, ingatkan nak marah lah sebab dia asyik tarik tarik sampai aku sejuk tak ada selimut. Sekali tak ada orang pun disebelah aku. ‘Eh yang tarik selimut tadi siapa?’ bisik hati aku. Aku terdiam sejenak, tak tau nak pikir apa, otak aku berkata lari ke bilik ayah dan ibu. Waktu aku bangun nak lari tu, kaki aku kejang tiba tiba tak boleh bergerak, macam ada yang pegang kaki.",
"“ Nak lari..? ” suara macam adik aku. Aku terdiam sambil nangis, aku cuba beristighfar banyak banyak dalam hati, sebab kat mulut tu memang tak boleh keluar suara. Aku menggigil ketakutan, sampailah mulut aku boleh terbuka dan aku jerit ‘Allahuakhbar!’. Terus boleh bergerak dan aku lari ke bilik ayah dan ibu.",
"“ Ibu Ibu! Tolong kakak! Ayah! ” aku menjerit sambil ketuk ketuk pintu bilik Ibu, sebab diorang kunci pintu. Aku mula meremang, sementara tunggu ayah aku bangun nak buka pintu. “ Ayah cepatlah! ” aku menjerit lagi. “ Ish! Kejap lah, tengah buka ni. ” Pintu terbuka luas dan aku terus peluk ayah aku sebab takut sangat. Ayah aku terkejut dan istighfar sebab ayah nampak ‘benda’ tu berdiri belakang aku sambil ketawa.",
"Ayah marah betul dekat benda yang ganggu aku. Ibu datang dekat aku tapi aku terlalu takut sampai aku rebah dan tak sedarkan diri. Yang aku tau, aku buka mata je dah ada dalam kereta. Kami check-in hotel malam tu. Ibu cerita ayah cuba adzan tapi tubuh ayah dilempar ke dinding ruang tamu. Sebab tu lah, ayah bangun terus angkat aku dan keluar je. Ibu bawa adik dan cuma sempat ambil phone dan dompet. Phone dan dompet aku tinggal kat rumah tu. Tak berani nak ambil kata Ibu.",
"Keesokkan pagi sekitar jam 10 pagi, baru kami balik ke rumah tu dan terus packing semua barang. Balik ke rumah lama di Balik Pulau. Sampai sini saja cerita aku untuk kali ini. Pertama kali aku kena gangguan macam ni, takut betul. Terima kasih Fiksyen Shasha dan para pembaca."
] | [
"kami duduk bertahun tahun dah dekat situ , 8 tahun dah rasa 😬",
"block bpe pangsapuri idaman tu.. aq pun tgl situ jgk.. tp da pindah",
"Asalamualaikum .nk tya. Boleh bagi blok brp ..Tingkat Dan no rumah. Terima kasih"
] |
https://fiksyenshasha.com/selamat-pengantin-maut/ | Selamat Pengantin maut | [
"SELAMAT PENGANTIN MAUT !",
"(CERITA SERAM PSIKOPAT)",
"Pertemuan dan perpisahan adalah aturan Yang Maha Berkuasa tanpa dapat kita elak. Tak perlu ada kata sesalan jika kau tak suka. Ianya tetap akan terjadi.",
"Jodoh dan ajal juga begitu. Jika tertulis sudah dia jodoh kau, larilah macam mana pun…ia tetap melekat bagai gam.",
"Namaku, Malika. 24 tahun. Baru beberapa jam diijab kabulkan bersama lelaki bernama Zulfan. Dia tua 10 tahun dariku.",
"Seorang lelaki berkerjaya dan serba serbi tiptop. Anak orang kaya, berpelajaran tinggi, bergaya, kacak, ramai peminat. Dan, agak romeo orangnya.",
"Kenapalah ayah jodohkan aku dengan Zulfan? Bukankah satu masa dulu ayah sangat membenci dirinya? Lelaki itu pernah menghina aku ini miskin dan hodoh. Ditertawakan anaknya ini di khalayak ramai.",
"Sebagai gadis tak punya rupa dan harta, aku cuma mendiamkan diri bila dihina dan ditertawakan beramai-ramai.",
"“Nanti dah penat, mereka akan berhenti dengan sendirinya.” Kata ayah padaku.",
"Dari awal semester aku masuk kolej gah itu atas kebaikan Dato’ Zahir selaku majikan ayah, hinggalah tamat pengajianku di situ…Zulfan tetap menjadikan aku bahan gurauan dia dan rakan-rakannya.",
"“Kalau kau tak suka perempuan tu, bagilah kami.“ usikan nakal dari Shidi rakan baik Zulfan mengganggu mood aku di awal pagi.",
"Setiap hari aku terpaksa menahan telinga bila turun dari kereta bersama Zulfan. Kawan rapatnya Shidi dan Aisy akan setia menunggu.",
"Mentanglah aku tidak cantik, menumpang kereta anak boss pula…mereka jadikan aku bahan gurauan!",
"“Kenapa diam? Tak percaya aku terima kau jadi isteri aku?” Sergahan Zulfan mematikan lamunanku.",
"Aku teruskan memandu menyelusuri jalan gelap bertemankan bintang yang malap, bulan seakan malu menunjukkan wajah. Berselindung di balik awan hitam.",
"“Macam nak hujan. Risau sampai lambat,” alasan kukuh aku berikan.",
"“Bangga dapat jadi menantu Dato’ Zahir?” Soalnya dengan sedikit senyum yang menyakitkan hati.",
"Aku tak lapar pun jadi menantu dato’. Kalau tak kerana desakan ayah memang aku dah tolak dari awal.",
"“Tak happy jadi isteri aku? Hahahah…nak sebut pun rasa nak termuntah! Isteri sangat!”",
"Di satu simpang tiga aku berkira-kira samada harus belok ke kanan atau ke kiri? Lelaki yang baru 12 jam menjadi suami yang sah ini terasa bagaikan langau. Bingit di tepi telinga.",
"“Aku tak minta pun jadi isteri kau. Bukan kehendak aku.” Memang bukan aku yang tergila gilakan dia. Sebelah mata pun aku tak pandang!",
"“Kenapa lama sangat berhenti ni? Simpang mana pun tak ingat? Lemah betullah kau ni!”",
"Merungut pula jantan ni! Memandu pun tak pandai, cuma harapkan ayah aku selama ni. Kerana ayah diserang penyakit jantunglah aku terpaksa galas tugas ayah. Ke hulu ke hilir ikut telunjuknya.",
"“Ayah perlukan kos pembedahan jantung yang banyak, Malika. Tolonglah ayah. Permintaan dato’ ayah tak mampu tolak. Kau seorang diri kalau ayah m**i…,”",
"“Jangan sebut perkataan tu, ayah! Malika cuba merayu dato’.”",
"Telah ku temui dato’ untuk meminjam kos perubatan dan pembedahan untuk ayah. Akan aku lunaskan hutang bila aku telah bekerja nanti.",
"“Aku nak Zulfan nikah dengan Malika. Selesai semua masalah. Sebab aku nak kawal sikap liar dia dengan cara ni. Tolonglah, Malika.”",
"Ku sangkakan pertemuan dengan dato’ dapat melembutkan hatinya untuk memberi pinjaman wang padaku.",
"Memandangkan keadaan ayah semakin tenat. Pembedahan tak dapat ditunda lagi. Aku terima syarat dato’ bersama sejumlah wang untuk ayahku.",
"“Hei, perempuan! Aku tak suka kau kongkong hidup aku. Lepas ni kau kena hantar aku ke mana saja yang aku nak pergi. Clubing tu hobi aku. Ramai awek tunggu aku dalam tu. Kau kena simpan rahsia aku dari ayah. Kalau kau khianat, aku humban kau dalam laut! Faham?”",
"Tersenyum aku mendengar ugutannya. Betullah sangkaanku sebelum ini. Dia menikahi aku semata mata kerana ingin mewarisi harta Dato’ Zahir. Dato’ memilih aku kerana aku tidak sosial, pandai memandu kereta pula.",
"“Kondo ayah bagi tu aku akan bawa kawan-kawan berparty. Kau tak boleh larang. Dan aku nak kau diam!”",
"“Baik, boss!” Jawabku.",
"Perjalanan menuju ke kondo yang dato’ hadiahkan untuk kami memang agak jauh dari kesibukan kotaraya. Aku tahu ada dua jalan menuju ke sana.",
"“Betul jalan ni? Lain macam gelap aku tengok?“ lelaki angkuh ini mulai kecut perut.",
"Sedang dia leka memberi amaran pada aku tadi, dia tidak perasan aku telah memilih satu simpang yang tak pernah dilaluinya. Jalan di lereng bukit tanpa cahaya lampu jalan.",
"“Ini jalan lain, Encik Zulfan. Jalan pintas ke kondo. Cuba bertenang,“",
"Dia terus mengalihkan pandangan ke telefonnya. Tersengih-sengih dan sesekali tertawa sendiri. Dengan video yang dimainkan kesemuanya ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU dari beberapa orang rakan wanitanya.",
"Ada yang marah kerana merahsiakan pilihan hatinya, ada yang merengek manja memarahi Zulfan kerana melangsungkan pernikahan secara mengejut.",
"“I tak akan berubah, honey. Zulfan tetap Zulfan yang dulu. Nanti kita enjoy sama-sama,“",
"Gembiranya dia melayani perempuan peneman hidup sosialnya selama ini.",
"“Orang dah ada wife, mesti kena gari. Oklah, sampaikan wish i dekat wife you. Selamat Pengantin Baru, darling! Memuahhh!!!“",
"“Bukan Selamat Pengantin Baru, honey.“ terkekeh kekeh Zulfan menahan tawa.",
"“Tak faham?“ pekikkan manja dari talian aku dengar dengan jelas. Memang sengaja dikuatkan speaker.",
"“SELAMAT PENGANTIN MAUT. Hahahaha….“ besar ketawanya hingga aku pula yang terasa panas hati.",
"“Ohh, faham faham…sebab dapat wife taste uncle-uncle! Kikikii…“ seronoknya perempuan di dalam talian mentertawakan aku.",
"Aku sabarkan hati sendiri. Jalan gelap bersama pohon-pohon besar di kiri kanan jalan membuatkan aku berasa seram. Mataku liar melihat sekeliling. Tiada sebuah kereta pun bersama kami meredah jalan berbukit yang tak berlampu ini.",
"“Semua kawan aku fikir aku ni gila. Sebab pilih kau jadi isteri. Kalau aku tak pilih kau, tak dapatlah semua harta ayah aku tu.“ rungutan Zulfan membelah kesunyian malam.",
"“Sekarang kau dah dapat semua harta dato’, puaslah hati kau. Tahniah, Zulfan.“ ucapku.",
"Dia tersenyum riang sambil memandang ke luar. Beberapa jam selepas majlis akad nikah, datang peguam peribadi dato’ menyerahkan beberapa dokumen untuk Zulfan tandangan.",
"Kesemua harta Dato’ Zahir berpindah hak milik ke tangannya. Dato’ Zahir akan berehat di Madinah tanpa mengambil tahu hal perniagaan dan hartanya.",
"Aku juga diminta menandatangani beberapa dokumen penting. Kehendak dato’ kami turutkan agar dia gembira.",
"“Lama betul nak sampai ke kondo? Awek-awek aku dah tunggu lama. Kau jangan spoil mood aku, Malika. Aku nak enjoy puas-puas malam ni,“ tak sabar agaknya lelaki yang bergelar suami aku ni. Sabarlah wahai hati.",
"“Zulfan, kau tahu nama bukit ni?“ soalku.",
"“Bukit Pengantin Maut namanya.”",
"“Apa punya celaka lah nama?!”",
"Aku ketawa lucu mendengar kata-katanya. Dia mula memandang sekeliling. Semakin tinggi bukit kami daki bersama kereta lambang kuda pemberian ayahnya, semakin cuak wajahnya.",
"Aku pun ceritakan kisah lagenda tentang BUKIT PENGANTIN MAUT padanya.",
"Di puncak bukit ini ramai orang terjumpa seorang perempuan berpakaian gaun pengantin berwarna putih. Perempuan berwajah penuh berdarah itu akan muncul sekiranya salah seorang pasangan pengantin itu tidak setia.",
"“Merepek apa kau ni! Cepatlah drive tu!“ Zulfan mulai gelisah.",
"“Ramai pasangan yang datang ke atas bukit ni untuk menguji kejujuran pasangannya.“ aku teruskan ceritaku.",
"“Tak payah nak takutkan aku!“",
"Perempuan bermata putih hanya akan muncul di depan pasangan yang tidak jujur, curang, menzalimi pasangannya.",
"“Kalau tak jujur…apa jadi?”",
"Aku diam. Dia mulai menunjukkan rasa tidak sabarnya. Tiba di atas bukit berselekoh tajam, sesosok tubuh bergaun putih muncul dengan senyuman luas sampai ke telinga.",
"Biji matanya putih! Aku dan Zulfan menjerit ketakutan bila dia melompat naik ke atas penutup enjin kereta. Mulutnya tak henti melelehkan d***h pekat.",
"“Aku dah cakap, dia mesti muncul.“",
"“Ke kenapa dia mun muncul?“",
"“Sebab hati kau kotor! Hahahahaha…,“",
"Jeritan Zulfan seiring dengan bunyi rempuhan kereta pada sebatang pokok besar di tepi bukit. Pintu sebelah kiri mengehentam kuat sehingga Zulfan ikut terhentak dengan teruk.",
"“Tolong aku, Malika. Aku tak nak m**i…,” bergetar suaranya dalam keadaan kepalanya berdarah, mukanya sedikit hancur di sebelah kiri.",
"“Ini baru padan dengan muka kau!” Jeritku sambil menyapu serpihan kaca di badanku.",
"Beberapa luka kecil di pipi serta tangan mulai terasa pedih. Namun aku berasa puas!",
"Dengan sekuat tenaga, aku memulas stereng ke kanan. Aku akan biarkan Zulfan m**i!",
"Buat kali keduanya, aku melanggar pokok dengan menghempas bahagian kiri lagi. Tersembur d***h segar keluar dari mulut Zulfan. Suaranya mula tersekat sekat meminta bantuan dariku.",
"Satu panggilan masuk.",
"Nama Dato’ Zahir tertera pada skrin.",
"“Ayah…tolong…kami.“ aku merintih.",
"“Mana kamu berdua pergi?“",
"“Bukit Berangin, ayah…Zul yang ajak. Tapi…“",
"Cepat-cepat aku putuskan talian. Zulfan memandang aku dengan pandangan sayu. Aku tahu nyawanya semakin tipis. Padan muka kau!",
"Sengaja aku mereka cerita di depannya. Tak sangka pula ada makhluk bergaun pengantin muncul tadi.",
"“Selamat jalan, Zulfan. Terima kasih kerana tinggalkan harta yang banyak untuk aku.“",
"Terbayang bayang saat aku menandatangani dokumen petang tadi. Semua harta milik Zulfan anak jutawan bernama Dato’ Zahir akan beralih ke tangan isterinya, iaitu aku…sekiranya Zulfan MENINGGAL.",
"Sekali lagi Dato’ Zahir menghubungi telefon Zulfan. Dengan tangisan dan deraian airmata, aku menjawabnya.",
"“Cepat datang, ayah…Zul tenat. Tolong selamatkan Zul, ayah…Zul, jangan tinggalkan aku!!!!“",
"“Zul…fan…anak aa ayah!“",
"Terdengar telefon dato’ seakan terhempas. Suara ayahku pula menjerit memanggil nama dato’.",
"“Ya, ayah?“",
"“Dato’ dah tak ada. Balik cepat, nak.“",
"“Baik ayah,“",
"SEKIAN. TERIMA KASIH."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/kisah-di-seremban-2/ | KISAH DI SEREMBAN 2 | [
"Lama saya tidak menyumbang kisah di sini. Saya sibuk dengan novel saya yang insya Allah akan terbit tidak lama lagi. Sebagai penghargaan kepada page Fiksyen Shasha yang memperkenalkan saya kepada khalayak, saya kongsi kisah ini yang agak sudah lama terjadi.",
"Kisah ini sudah begitu lama berlaku. Ia terjadi ketika Lot masih lagi bersama seganding denganku, bekerja di syarikat kecilku. Waktu itu, salah satu dari kawasan lot-lot perniagaan di Seremban 2 baharu saja diduki oleh pembeli dan penyewa. Kebanyakannya bangunan berderet dua tingkat itu masih kosong waktu itu. Orang yang lama di situ, pasti tahu tempatnya.",
"Kawanku, seorang India yang berasal dari Seremban telah membeli lot kedai di situ dan menjadikan tingkat atas pejabatnya. Perniagaannya sama dengan apa yang kami lakukan, iaitu syarikat perundingan dan latihan. Semasa Lot belum lagi menyertai pasukan kami, rakan aku inilah, Ramesh namanya yang menjadi tangan kiriku. Dengannya, beberapa projek yang kami dapat dan agak menguntungkan kami.",
"Ramesh yang nyata bangga menjemput kami ke pejabatnya barunya. Aku bersama dengan Lot dan Shah, salah seorang kakitanganku bercadang pergi ke pejabat Ramesh. Waktu itu, pembangunan masih rancak dijalankan. Sekarang, Seremban 2 gah dan masyhur.",
"Lot yang dibeli Ramesh agak ke belakang. Katanya, tempat letak kenderaan banyak di situ. Menyenangkan pelanggannya yang datang berkunjung. Kerana ia agak di hujung, waktu itu, sederet bangunan itu hanya dua atau tiga syarikat yang membuka perniagaan mereka. Tangga naiknya nampak lebih kurang sama. Kerana salah naik tanggalah, kejadian ada hubung kaitnya.",
"Semasa kami sampai, Ramesh sedang lapang. Namun, dia ada beritahu yang dia akan menerima kunjungan dari salah seorang pelanggan tetapnya dan meminta maaf kerana pelanggan itu baru menghubunginya. Kami yang sampai selepas jam dua belas tengah hari, masing-masing kelaparan. Rameshlah yang menunjukkan jalan ke sebuah kedai mamak, dan pulang ke pejabatnya seorang diri.",
"Selesai makan, kami menunggu di kedai mamak itu kerana maklum, perbincangan tentang sesuatu kegiatan perundingan bukanlah sekejap. Mujur kedai mamak itu ada surau kecil dan kami menumpang solat di situ. Bila kami bertiga balik ke deret bangunan di lot yang dibeli Ramesh, kereta pelanggannya masih ada. Kami tidak terus naik dan menyangka Ramesh masih lagi berbincang dengan pelanggannya. Lot bercadang hendak melihat kawasan di situ. Bagi aku, tiada apa yang hendak dilihat kerana rekabentuk bangunannya semuanya sama.",
"Kami pun berjalan tanpa arah, dari satu deretan bangunan ke satu deretan bangunan.\n“Kita ni dah macam orang tak dak tujuan dah bang” kataku kepada Lot. Shah hanya ketawa kecil dan mengiyakan apa yang aku kata.",
"“Nanti lah sat. Lama dah tak tengok “depa” (mereka)” kata Lot acuh tak acuh sambil berjalan. Matanya meliar seperti sedang menyaksikan perlawan bola sepak.",
"“Depa tu siapa, bang?’ tanya Shah yang belum lagi menangkap maksud kata-kata Lot.",
"“Alah… yang pakai baju putih, mata merah, rambut panjang, kuku sedepa tu” kata Lot yang membuat aksi hantu.",
"“Hishh abang ni. Takkanlah ada hantu siang-siang ni. Hantu keluar malam je bang” kata Shah yang agak naif.",
"Shah orangnya tidak begitu percayakan hantu. Namun, dia bukan menolak kehadiran makhluk halus. Cuma katanya, seumur hidup, dia belum pernah bertemu dengan hantu atau polong.",
"“Ada tu. Tu kat belakang tu. Cari apa tak tau!” kata Lot sambil jarinya menunding ke arah belakang bangunan yang masih kosong.",
"“Cari awek” kata Shah berseloroh. Belum bertemu buku dengan ruas kata pepatah lama. Hari itu, nasib Shah malang. Berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulut, kata orang.",
"Shah nampak terganggu. Mungkin kerana merasa apa yang sedang kami buat adalah sia-sia, dia berkata yang dia akan kami menunggu di depan pejabat Ramesh. Dia juga mahu menghubungi buah hatinya melalui telefon bimbit NEC Primero barunya itu.",
"Shah berpatah balik tanpa memberitahu aku dan Lot yang telah berada di deretan kedai seterusnya. Aku dan Lot berbual, sudah tentu perbualan kami berkisar tentang kampung di Pulau Pinang, di Kedah dan di Jerantut. Dan tentang sosok yang sangat kami rindui. Yunus yang sudah jauh di mata. Tahu-tahu sahaja, hanya kami berdua berjalan di deretan lot-lot kedai yang masih belum berpenghuni itu.",
"“Hish jantan ni (kami orang kampung akan memanggil orang lelaki “jantan”. Satu lagi contoh – budak India, kami panggil anak Hindu). Hilang dah. Jom ku, kita patah balik. Cepat sikit” kata Lot yang sedikit berubah air mukanya.",
"Aku tergamam. Kenapa pula dengan Shah? Kenapa Lot tiba-tiba mengajak aku berpatah balik? Tadi bukan main Lot berkata yang dia mahu “tawaf” di kawasan itu.",
"“Pasai apa bang?” tanyaku resah sambil pantas berjalan. Aku benar ingin tahu kenapa Lot nampak sedikit cemas.",
"“Tadi masa abang cakap tu, Shah menyampuk. Dia cakap cari awek. Bukan cari awek. Dia nak cari tempat bergantung. Nak cari tuan” kata Lot sambil melajukan langkahnya.",
"Aku lagilah tidak faham. Tempat bergantung? Siapa yang cari tempat bergantung? Apa kena mengena dengan Shah? Berputar-putar, soalan yang bertemu soalan di benakku. Aku cuba mencantumkan warasku yang rasanya sudah terkoyak waktu itu dek kerana terlalu banyak soalan yang bermain di kepala.",
"“Makhluk tu cari Shah ke bang?” tanyaku.",
"“Susah nak habaq. Jomlah cepat. Dia dah dapat Shah” kata Lot, kali ini berlari-lari anak.",
"Derapan kaki kami berlari terasa bingit di kawasan yang kosong itu. Entah kenapa, mungkin kerana sedikit cemas, Lot terus ke kanan dan memanjat tangga ke atas. Seingat aku, pintu hendak ke pejabat Ramesh di depan, lagi sepintu. Bukan tangga ini.",
"Jika Tuhan hendak kita melihat, apapun jadi, kita akan dilihatkan, walaupun kita dalam keadaan salah atau betul. Aku tahu, Lot menyangka pintu yang kami masuki itu ialah pintu ke pejabat Ramesh.",
"Sampai sahaja di muka pintu, telingaku sudah mula berdesing. Benar, pintu itu bukan pintu ke pejabat Ramesh. Pintunya terbuka, jadi kami terus masuk. Keadaan gelap gelita. Lot hanya berlari setapak dan kemudian berhenti. Aku terlanggar Lot dari belakang. Lot mengadang tangannya, menyentuh kedua dinding ruang tangga itu.",
"Di atas tangga itu, tercongok satu sosok yang sedang duduk bertinggung. Sekali imbas, pakaiannya mirip pekerja buruh Indonesia yang menjadi kuli bangunan. Topi jerami petani yang besar, baju kemeja lusuh dan seluar yang berpalit simen. Sarung tangan melekat di tangannya. Kasut but kuning juga, jelas aku nampak di kakinya. Dan, kakinya sekali imbas aku nampak seolah melekat di atas simen tangga.",
"“Eh minta maaf. Salah pintu. Jangan marah no….” kata Lot. Bergaung bunyi suara Lot di ruang sempit itu. Cahaya datang dari pintu yang terbuka, tetapi samar sahaja kerana di atas, tiada lubang atau pun tingkap.",
"“Apa? Baik, terima kasih noh” kata Lot dan segera hendak berpaling ke belakang. Aku jika dengan Lot, rasa takut atau gerunnya kurang jika dibandingkan dengan bersama Yunus.",
"Sosok yang bertinggung itu nampak bergerak sedikit ke kiri. Aku ini degilnya , aku sendiri pun tidak tahu hendak cakap apa. Degil yang tidak bertempat. Keluar sahaja kami dari pintu, aku sempat memandang ke atas. Apa yang aku nampak hanya dua mata merah menyala memandangku. Kecut perut dibuatnya. Itulah, siapa suruh langar pesan Yunus?",
"Lot berlari pantas dan aku mengikut rapat dari belakang. Kami pergi ke deretan kedai di mana Lot ada menegur sosok yang dia nampak tadi. Hanya Lot sahaja yang nampak, aku dan Shah tidak nampak apa-apa. Lot berlari masuk ke lorong antara dua deretan bangunan. Semuanya kosong. Lorong belakang itu berturap dan tarnya masih hitam dan berbau kuat.",
"Sampai di tengah bangunan, Lot berhenti dan mendongak ke atas. Lot nampak seperti berkira-kira.\n“Ku, tulong kira tingkap kecik tu. Peninglah, pasai semua seragam (sama) saja” kat Lot dengan jarinya seperti mencucuk-cucuk udara mengira tingkap kecil, yang aku kira tingkap tandas. Ada ruang kecil untuk alat pendingin hawa akan diletakkan oleh pemiliknya nanti. Semuanya sama, cat bangunan pun serata warnanya. Manalah Lot tidak pening.",
"Aku mengira seperti disuruh. Kerana sederet bangunan hanya ada enam unit, mudah kerjaku. Bangunan yang dimaksudkan Lot ialah bangunan ke tiga dari hujung dan lotnya nombor empat. Kami berlari keluar dari Lorong belakang banguan itu kerana tong-tong keluli menghalang laluan terus. Setiap lorong, kalau tidak ada tong, ada sahaja perkakas pembinaan yang diletakkan yang akan diangkut kemudian.",
"Kami berlari keluar dan membelok ke kanan. Satu, dua tiga. Lot hanya berlari semberono sehingga aku menarik bajunya.",
"“Sini bang!’ kataku sambil tanganku menunding ke arah pintu yang tertutup.",
"Lot berhenti dan mencuba membuka daun pintu kayu, pintu rintangan api mungkin. Pintunya berkunci. Namun, Lot tidak cemas. Entah apa yang dibacakan Lot, dengan sekali tendang, daun pintu itu terkuak sedikit. Tidak berlengah, Lot membuka pintu itu dan berlari ke atas tangga.\nDerapan kaki Lot yang memanjat tangga itu bergaung dan bergema. Aku tidak jauh di belakang Lot.\nSuram dan gelap apabila kami semakin naik ke atas. Mujurlah daun pintu itu jenis berat dan tidak mudah tertutup jika ditolak angin. Sampai sahaja di atas, di dalam gelap itu, kami berjumpa dengan sebuah lagi pintu. Keadaannya sama. Ia berkunci. Seperti tadi, Lot membaca sesuatu dan menendang daun pintu itu. Namun, daun pintu itu tidak terkuak. Lot mencuba lagi, tetapi hasilnya tetap sama.",
"“Aamboi hang pa… main kasaq noh!” kata Lot seperti sedang menegur daun pintu yang nampak samar-samar dalam gelap.",
"“Bukak la… kami minta elok-elok. Hang pa ketegaq (degil), hang pa pun tau apa kami buat sat lagi” kata Lot yang tidak habis-habis dengan peragainya.",
"Lot cuba memulas tombol pintu itu. Namun ia masih terkunci.",
"“Buka sayang… abang dah balik ni..” kata Lot.",
"Hampir tergelak aku dengan telatah Lot. Dalam keadaan getir pun, dia masih boleh berseloroh.",
"“Kalau sayang tak bukak juga, abang minta cerai!” kata Lot sambil menepuk-nepuk daun pintu itu dengan kedua tapak tangannya.",
"Di dalam gelap samar itu, anak mataku terasa mengembang.",
"“Depa tak mau buka, Ku. Ramai dok tunggu depan pintu. Kepala dia ada dalam jamban” kata Lot. Kata-kata itu sahaja sudah membuatkan aku kecut perut.",
"“Tak pa, kami usaha cara lain. Ku belakang sikit” perintah Lot. Ku berundur dengan berhati-hati kerana gelap.",
"Belum sempat aku mengukuhkan diriku, terdengar seperti kunci pintu itu dibuka. Bunyinya bergaung. Seperti kita membuka pintu di saat marah.",
"Lot membuka pintu itu. Keadaan terang kerana tingkapnya dari kaca. Lot bangunan itu kosong dengan dua tiang di tengah-tengah. Di hujung, ada dinding dan ruang antara bilik. Tandasnya sudah tentu di tepi.",
"Lot berlari ke arah hujung, sebelah kiri. Bila sampai, pintu tandas itu terbuka sedikit. Shah terjelepuk di atas lantai. Telefon bimbitnya di atas mangkuk tandas yang tertutup. Kaca matanya terlungkup di atas singki. Tingkap kaca kecil dan pintu yang terbuka menerangkan keadaan di dalam tandas itu. Ada bau yang busuk di situ, seperti bau bangkai siput b**i (tersangat busuk) terbau di hidung. Lot bertinggung dan menepuk-nepuk pipi Shah. Namun, Shah seperti pengsan. Wajah Shah pucat dan matanya tertutup rapat.",
"“Ku, kita angkat dia keluaq” kata Lot dan mula memangku kepala Shah.",
"Keadaan berdebu tidak kami endahkan. Shah mesti diselamatkan dulu. Dengan susah payah kami mengangkat Shah yang boleh tahan juga badannya itu. Kami segera mengangkat dan memindahkan Shah ke arah tingkap yang besar dan benderang. Shah kaku. Sukar hendak dihurai keadaannya waktu itu. Kaku dan kejang.",
"Setelah Shah dibaringkan, Lot mengeluarkan sapu tangan dari poket bajunya.",
"“Ku, jangan takut na. Kalau tak mau tengok, pejam mata atau perati (tengok”) tempat lain” ujar Lot. Kata-kata Lot itu sudah cukup menyeramkan aku. Tapi, aku tersangat ingin melihat apa yang akan Lot lakukan.",
"Lot duduk bersila di tepi Shah yang terbaring. Lot duduk dengan tangannya diqiam. Kemudian, Lot menadah tangan berdoa. Selepas itu, Lot menutup muka Shah dengan sapu tangannya. Dengan mulut terkmat kamit, Lot menarik hujung saputangan yang beada di dagu Shah. Saputangan putih jenis “Key” itu cukup besar untuk menutup seluruh wajah Shah (aku masih menyimpan sapu tangan itu).",
"Terlorot sedikit sapu tangan itu, alangkah takutnya aku apabila aku nampak tanduk terjulur dari kepala Shah. Tanduknya seperti tanduk kerbau berwarna hitam legam. Tidak sanggup aku melihat. Aku berasa seperti sudah m**i, semangat sudah terbang dari diriku. Dalam takut, aku masih berdegil hendak melihat. Degil yang memakan diri.",
"Lot melorot lagi sapu tangan itu dengan perlahan. Kali ini ternampak dahi Shah. Dahinya berkerut seperti orang tua yang seribu tahun umurnya. Tidak sanggup hendak melihat, aku mengalihkan pandangan ke arah luar. Mujurlah Lot yang berada denganku, rasa takut itu kurang.",
"“Agak dah. Jembalang” kata Lot. Aku terkaku dan tergamam walaupun tidak melihat keseluruhan wajah Shah yang sapu tangannya aku dengar dikibas-kibas Lot. Kemudian, Lot meletakkan semula sapu tangan itu ke atas muka Shah. Doa yang panjang dibaca. Entah apa yang Lot lakukan, aku tidak sanggup hendak melihat.",
"Setelah beberapa ketika, aku dengan Lot berkata “Alhamdulillah”. Barulah aku berani memandang Shah. Shah masih terpejam matanya, tetapi riak kejang di badannya nampak sudah tiada. Lot menadah tangan sekali lagi, membaca doa dan menghembuskannya ke wajah Shah. Kemudian, terdengarlah Shah bersin dengan kuat. Aku terkejut kerana bersinnya terlalu kuat dan bergema di seluruh ruang kosong itu.",
"Shah membuka mata dan terpinga-pinga. Dia cuba bangun tetapi mengerutkan mukanya.\n‘Sendi-sendi saya semuanya sakit bang. Aduhh” rintih Shah.",
"“Sat lagi hilanglah sakitnya tu” kata Lot sambil menepuk bahu Shah yang masih terpinga-pinga.\n“Macam mana kitab oleh ada di sini bang?” kata Shah yang masih berkerut wajahnya menyapu habuk yang banyak melekat di badannya.",
"“Balik nanti kami cerita” kata Lot pendek. “Hang buleh jalan dak?” tanya Lot kepada Shah.\nShah mengangguk dan cuba bangun. Walaupun nampak seksa, Shah gagahkan juga bangun. Shah tidak tetap dirinya, seperti orang mabuk dan kami terpaksa memapahnya turun.\nSampai di bawah, aku disuruh memapah Shah ke depan.",
"“Pi dulu, sat lagi kami sampai” kata Lot memandangku dengan penuh makna. Aku maklum isyarat itu dan perlahan-lahan memapah Shah ke arah pejabat Ramesh.",
"Bila kami sampai di pintu pejabat Ramesh, kami nampak dia mengiringi pelanggannya ke kereta. Bila pelanggannya balik, dia meluru ke arah kami dengan wajah yang risau.",
"“Apa sudah jadi. You jatuh ke?” tanya Ramesh, risau.",
"“Tak adalah, Ram. Kami ada kecemasan sedikit. Kena minta diri dulu” kataku kepada Ramesh.",
"Kami berjalan ke arah kereta. Lot menyuruh aku duduk di tempat duduk belakang. Dia dan Shah di depan.",
"Kami pun bergerak meninggalkan Seremban 2. Di lebuhraya, Shah hanya diam berteleku. Dia tidak memahami bagaimana dia boleh berada di dalam ruang yang berkunci dan segala sendi-sendinya sakit-sakit.",
"“Nak cerita dak kat dia?” tanya Lot padaku.",
"“Elok lah bang, pasai dia yang kena” kataku sambil menepuk bahu Shah yang masih kebingungan.",
"“Apa yang ingat, Shah” tanya Lot.",
"“Saya nampak abang melambai memanggil saya. Saya pun pergilah. Lepas tu, saya dah inga tapa-apa” kata Shah yang membelek tapak tangannya.",
"“Yang usik kat tadi tu jembalang. Lama dah dia duduk situ. Tak ada tuan” kata Lot ringkas.",
"“Uih takutnya. Tak maulah” kata Shah.",
"“Habih bang, yang kita nampak ataih tangga tu apa?” tanya mulut celoparku.",
"“Tak taulah abang. Tapi mungkin dia pun jadi mangsa menatang tu la. Bukan tak tau, depa masuk sini, dada bukan kosong. Silap bawak la kot. Kawan kita ni kan dia tak berapa percaya. Depa tu lagi suka kalau orang yang tak percaya. Nak gelincirkan iman” kata Lot.",
"“Hang pi la jumpa ustaz mana ka, Shah. Kami sampai situ saja. Tak mau bergaduh teruk-teruk dengan depa. Bukan takut, tapi buang masalah” kata Lot yang menamatkan perbualan tentang perihal kejadian tadi.",
"Selepas itu, kami seperti melupakan apa yang telah berlaku. Perihal kerjalah yang kami bualkan di dalam kereta sehingga kami selamat sampai ke Kuala Lumpur.."
] | [
"Kisah oleh Pak Engku sentiasa menarik untuk dibaca..teruskan berkarya kerana kami sangat meminati olahan cerita Pak Engku…ada pengajaran dan ilmu berguna secara tidak langsung."
] |
https://fiksyenshasha.com/jalan-lama-rumah-nenek/ | JALAN LAMA RUMAH NENEK | [
"Hi nama aku Yaya. harini aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri diikuti “si dia” dari jalan lama menuju ke rumah nenek.",
"Aku seorang pelajar tahun akhir di sebuah kolej di negeri kelahiran nenekku dipantai timur. sejak kematian nenek, rumah pusaka dikampung itu terbiar kosong tanpa penghuni. tetapi tetap dijenguk sesekali oleh sedara yang tinggal berdekatan dengan rumah itu.",
"Dipendekkan cerita, pada cuti perayaan tahun baru cina 2019, Ika (kakak aku) datang dari Selangor semata-mata untuk berjumpa dan meluangkan masa cutinya bersama aku. Jam 2.30 petang aku mengambil Ika di Airport berdekatan dengan kolej aku. Selesai membawa Ika menjamu selera, jam menunjukkan pukul 4 petang. kami mengambil keputusan untuk bertolak ke rumah nenek yang perjalanannya mengambil masa dalam 1 jam dari kolej aku.",
"kami pun memulakan perjalanan.. Jam 5 petang kami sampai di rumah arwah nenek. keadaan yang sunyi kerana agak jauh dari rumah yang lain. Semuanya kelihatan biasa sahaja.. Kami pun memasuki rumah tinggal itu dengan lafaz Bismillah…… sretttttt pintu kayu usang dikuak dari luar. Agak sedikit berhabuk namun perabot dan barang lain nampak tersusun seperti ada yang menjaga.",
"Selesai solat maghrib, aku dan ika keluar untuk berjalan-jalan disebuah “uptown” yang terkenal disitu..Kami memulakan perjalanan dan apabila sampai, mungkin kerana terlalu teruja berbelanja.. sedar tidak sedar jam sudah memasuki pukul 12 tengahmalam.. kami segera memacu pulang kerumah semula…",
"untuk pengetahuan korang, jalan masuk kerumah nenek aku ni ada dua. 1 jalan baru dan 1 jalan lama, entah dari mana ilham aku dan ika pada malam itu hendak melalui jalan lama itu, katanya ingin ambil feel.. sememangnya hanya kereta kami sahaja yang lalu disitu. semak samun sudah hampir menutupi jalan “haishh macam cara penyakit saja malam ini” gumam aku dalam hati.",
"Setiba kami di satu jambatan kecil yang menghubungkan kampung nenek dengan jalan lama itu, spontan ika bersuara “hati-hati yaya, tempat ni keras! dia suka mengikut balik” hihihihihi gelaknya menyakat aku. aku menjeling tidak berkata apa.",
"sampai dirumah, kami seperti biasa terus masuk menuju kebilik utama di hadapan rumah. disinilah gangguan bermula, ika masuk kedalam bilik mandi untuk mandi dan menukar baju. aku pula duduk dikatil bermain handphone… keadaan yang sunyi tiba-tiba bertukar pelik bila bunyi sesuatu jatuh menghempap zink hadapan betul-betul dibilik mandi ika. aku terkejut tapi tidaklah aku berkata apa-apa.. tetapi ika yang sedang leka mandi tadi, tiba-tiba menutup paip air dan memanggil aku\n“bunyi apa tu yaya??”\n“bunyi kucing tu..”balas aku, tidak mahu berfikir panjang\nika segera keluar dari bilik mandi.. takut lah tu minah ni hihihi kataku dalam hati..",
"“yaya teman aku pakai skincare jap kat luar” kat ruang tamu rumah tu ade satu cermin besar, kata arwah nenek untuk cucu-cucu perempuannya bermakeup..hmm alfatihah nenek :(..\naku pun akur dan mengatur langkah keluar mengikuti ika.. tak sampai seminit aku keluar, aku kembali masuk kedalam bilik dalam hati ku padan muka kau ika hahahaha fikirku ingin menakutkan ika..",
"tak sampai beberapa saat aku masuk.. alangkah terkejutnya aku bila aku mengangkat muka, ada sosok perempuan badannya separuh sahaja.. berpakaian hitam berambut panjang duduk termenung dihujung tingkap bilik kami… aku berpaling tidak mahu melihat mukanya. tapi hati ku kuat menyuruh untuk lihat untuk kali kedua, mahu tercabut jantung aku bila sosok itu masih kaku disitu.",
"dengan kudrat yang masih ada, aku gagahkan kaki mendapatkan ika di ruangtamu.. muka ku pucat tak berdarah. namun aku tidak berkata apa-apa. “kau ni kenapa macam orang nampak hantu ni?”tanya ika berseloroh namun dia tidak tahu tekaannya itu benar.. ak hanya diam dan mengikutinya semula kedalam bilik. lega bila perempuan tu dah tiada lagi dalam bilik.",
"aku duduk bersila diatas katil..badan ku menggigil ketakutan. tak dapat aku gambarkan perasaan aku tika itu kerana itu kali pertama aku melihat makhluk itu didepan mata. tidak tahan lagi, aku menceritakan kepada ika apa yang berlaku. dia cuak habis satu badan terketar.. asyik aku bercerita kepada ika tentang apa yang aku lihat. kami mendengar ada suara diluar rumah seolah-olah sedang mengejek percakapan kami dengan bahasa yang tidak difahami.",
"aku menghubungi kawan lelaki ku Amir yang tinggal tidak jauh dari kawasan itu, kurang setengah jam dia sampai.. fuhh lega ibarat hilang seribu ketakutan aku. Amir agak pandai dalam hal ghaib ni dia memeriksa sekitar rumah. dia menemani kami pada malam itu. katanya dia memang nampak ada sesuatu mengikuti kami pada malam itu. tapi katanya sekadar menumpang sahaja kerana tertarik dengan salah seorang dari kami.",
"kerana kejadian itu percutian kami dibatalkan, ika demam dan mengambil keputusan pulang ke Selangor ke esokan harinya..",
"pengajaran aku nak sampaikan disini adalah, kita kene menjaga mulut walau kat mana sekalipun kita berada. tambah-tambah dikawasan yang kita baru masuk.. sekian",
"Terima kasih kerana sudi membaca cerita aku kalini…"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/jalan-marak-parak-id-ginawo-jalan-marak-parak-di-hati/ | Jalan Marak Parak id Ginawo ( Jalan Marak Parak di hati) | [
"Selamat sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Sedikit tribute untuk Fiksyen Shasha; saya mula menjadi pembaca tegar FF sejak tahun 2016 lagi, masa itu hanya membaca FF melalui Instagram yang di-post dengan screenshot thread Twitter. Saya tiada account Twitter, jadi itu satu-satunya platform untuk saya membaca FF (FB pun tiada ya). Setelah beberapa waktu hanya membaca thread, saya tergerak hati untuk mencari laman web FF dan akhirnya mula membaca di laman web sebab lebih mudah untuk mencari post-post yang lama.\nSudah lama saya teringin menghantar cerita seram di FF, kali ini akan saya lepaskan keinginan yang terbuku di hati.",
"Kejadian seram ini berlaku ke atas teman baik saya yang saya akan namakan Nia dalam cerita ini. Penulisan ini saya olah sedikit untuk menyedapkan pembacaan tetapi intipati kejadian adalah kejadian sebenar yang berlaku pada hujung tahun 2021.",
"Semasa cuti hujung minggu ditambah lagi dengan cuti tahunan yang mana sudah lama dirancangnya, Nia bercadang untuk balik ke kampung di Kota Marudu melalui jalan Keningau – Tambunan – Ranau – Marak Parak. Semasa melalui satu bukit dalam perjalanan, dia perasan ada sebuah rumah papan fesyen lama di atas bukit yang dia tidak perasan wujud selama dia melalui jalan tersebut.",
"Rumah itu merupakan satu-satunya rumah yang ada di kawasan tersebut, tiada perkampungan atau perumahan lain di sekitarnya. Tapi, Nia tidak layan fikirannya itu dan hanya menganggap mungkin dia yang tidak memerhati persekitaran di kawasan itu selama ini, ya lah, mana lagi mau tengok-tengok sekeliling sebab fokus memandu saja. Dipendekkan cerita, setelah tiba di kampung, Nia terus sibuk dengan aktiviti bersama keluarga sehinggalah tiba masa balik semula ke Keningau.",
"Pada hari itu, cuaca agak mendung menunjukkan tidak lama lagi hujan akan turun. Walaupun sudah hampir jam 3 petang, Nia terpaksa juga menghantar sepupunya kembali ke Kudat dari Kota Marudu yang mengambil masa lebih sejam. Bermakna perjalanan ulang alik akan mengambil masa dua jam lebih. Lepas menghantar sepupunya, Nia harus kembali ke Keningau pada hari itu juga kerana esoknya dia bekerja. Untuk ke Keningau ada dua pilihan jalan yang Nia boleh lalui iaitu dari Kudat menuju Kota Belud dan seterusnya akan melalui Kota Kinabalu, atau Nia boleh kembali semula ke Kota Marudu dan melalui Jalan Marak Parak – Ranau – Tambunan- Keningau, yang mana perjalanan akan memakan masa lebih kurang 4 jam hingga 5 jam mengikut keadaan cuaca.",
"Tetapi Nia lebih suka ikut Jalan Marak Parak sebab tidak sesak dan lancar saja. Lagipun, Nia sebenarnya takut untuk memandu di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu kerana trauma dengan kemalangan dan garisan-garisan jalan yang mengelirukan disebabkan terdapat kerja-kerja penambahbaikan jalan raya dan flyover.",
"Pada jam 4.30 petang, Nia sudah berada di Jalan Marak Parak, pada masa itu hujan sudah turun dengan langit yang gelap. Sedang Nia memandu, tiba-tiba dia perasan di belakang ada sebuah kereta yang sangat hampir dengan belakang keretanya. Pada mulanya, Nia tidak endahkan kereta tersebut, tetapi lama-kelamaan Nia mula menyedari bahawa kereta itu adalah sebuah kereta kancil berlampu empat segi dan berwarna kelabu gelap. Nia pun berasa pelik kenapa sang kancil tidak memotong sahaja sedangkan highway tu ada dua lorong. Terfikir juga Nia, adakah hantu siang-siang begini. Nia mula rasa tidak sedap hati, pemanduannya juga semakin dilakukan dengan berhati-hati, yalah manalah tau tiba-tiba si sang kancil bergerak diluar jangkaan.",
"Didorong dengan perasaan takut, Nia menekan minyak untuk bergerak laju meninggalkan si sang kancil. Tanpa diduga, sang kancil tiba-tiba muncul bergerak bersebelahan dengan kereta Nia. Yang peliknya, sang kancil tersebut merupakan kereta lama dengan tanda signifikannya berlampu empat segi, dan badan kereta yang kurang kemas dari segi persembahan. Bukannya hendak stereotaip mentang-mentang kancil lama tidak laju lah kan. Tapi Nia bawa kereta Myvi baru dengan kelajuan melebihi 100km/j sebab takut dikejar oleh sang kancil. Logiknya, sang kancil tidak mungkin dapat mengejar Nia. Nia berasa takut manalah tau kan ada orang berniat jahat untuk merompak sebab jalan yang dilalui pada masa itu memang tiada perkampungan atau perumahan kerana jalan itu adalah kawasan sempadan antara daerah Kota Maruu dan Ranau, yang kelihatan hanya bukit berhutan di kiri dan kanan. Tidak kira betapa laju Nia bawa kereta, sang kancil tetap dapat menyamakan kelajuan kenderaan dengan Nia.",
"Dalam keadaan yang takut dan kelam kabut, Nia memalingkan kepala untuk melihat siapakah gerangan yang memandu sang kancil tersebut, sekali pandang rupanya tiada pemandu. Nia masih tidak percaya apa yang dilihatnya sebab mungkin dia salah Nampak. Dia memalingkan lagi kepala untuk kedua kalinya, sah memang tiada pemandu. Apalagi, bertambah-tambahlah ketakutan Nia sehingga mengalir peluh dalam suasana yang dingin dalam kenderaan beserta kedinginan cuaca yang hujan. Nia kemudian memasang lagu rohani dan berdoa untuk diberi ketenangan dan kekuatan hati dan juga supaya situasi itu tamat serta merta.",
"Untuk ketiga kalinya, Nia menoleh semula untuk melihat sang kancil tersebut, ternyata kenderaan itu sudah tidak kelihatan. Dengan kesamaran cermin hadapan kenderaan dan naluri yang menyuruhnya berhenti, Nia cepat-cepat menekan break; rupanya Nia sudah hampir jatuh ke dalam gaung. Sungguh ironi kerana Nia memandu laju untuk melarikan diri dari sang kancil, tetapi tindakannya itu hampir memakan diri. Nia memerhati keadaan sekeliling untuk mencari kelibat sang kancil tetapi tidak kelihatan. Nia berasa sangat pelik kerana tidak mungkin mana-mana kenderaan boleh masuk simpang kiri atau kanan sebab jalan tersebut adalah highway yang mana di tengah jalan terdapat tembok yang memisahkan jalan manakala di sebelah kiri pula terdapat penghadang jalan.",
"Tidak ada perkampungan atau perumahan yang ada di sana. Tetapi, Nia perasan kawasan tersebut merupakan bukit yang dia lalui yang mana terletaknya sebuah rumah papan fesyen lama yang dia perasan semasa balik ke kampung tempoh hari. Tetapi, pada hari kejadian itu, dia tidak melihat rumah itu di sana. Kejadian pada hari itu dan kewujudan rumah papan itu masih menjadi tanda tanya kepada Nia yang baginya adalah sesuatu yang susah untuk dijelaskan.",
"Mungkin juga semua itu permainan jiwa atau permainan minda ditambah lagi dengan cuaca yang kurang baik pada hari itu. Dan yang pasti, Nia mengambil masa untuk memulihkan perasaan takutnya untuk kembali melalui jalan Marak parak semula. Sebab Nia masih tidak berani melalui jalan lain.",
"Untuk pengetahuan pembaca, jalan Marak Parak memang sangat terkenal dengan keseraman dan tidak kurang juga kejadian yang meragut nyawa. Hati-hati walau di mana sahaja anda berada."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/main-nyorok-nyorok/ | MAIN NYOROK NYOROK | [
"Assalamualaikum dan hai pembaca fiksyen shasha. nah kali ni aku nak kongsi kisah seram yang aku alami masa zaman budak2",
"Masa tu tahun 2002 . aku berumur lingkungan 10tahun.. masa kecik aku banyak hidup menumpang di rumah saudara mara.. berpindah randah ni dah biasa bagi aku",
"Nak dipendekkan cerita selepas arwah nenek aku meninggal , tahun 2002 tu aku dan makcik aku berpindah dari kota bharu ke pasir mas kelantan dan menumpang di rumah saudara kami di situ. rumah saudara kami tu ada dua buah yang rapat sebelah menyebelah . aku tak bosan tinggal di situ sebab ada ramai sepupu sepapat yang seusia dengan ku jadi kami selalulah main bersama hari hari.. main kejar2 , tengteng , guli , mandi sungai , pondok2 dan berjalan sampai kampung seberang.. itu saja hiburan yang kami ada sebab zaman tu takde gadget & internet tapi kami tetap seronok.. Maghrib je kami balik mandi",
"Walaupun seronok hidup di kampung tapi yang kurang best nya kawasan kampung masatu masih banyak kawasan hutan.. aku ingat lagi belakang rumah tu ada rimbunan pokok buluh dan kebun yang luas bersambung pula dengan hutan , bila dah malam je kami jadi kecut perut nak main di luar tambah pulak nenek tua di rumah tu selalu cerita pasal rimau lah , hantu makan orang lah makan budak.. dah lah zaman tu kita femes dengan majalah mastika , gambar pontianak berdiri sebelah lelaki cina , movie momok , cerita wan maimunah jadi penanggal.. senang cerita korang sendiri pun tahu kan ?kisah hantu & seram sangat trending zaman tu.. kalau tak tahu tu maknanya korang belum lahir lagi waktu tu takpun masih budak tak tahu benda",
"Dalam kalut seram waktu malam , kami kadang2 buas juga.. malam2 pun ada juga kami bermain di tanah..",
"Gangguan tu bermula masa malam kami duk main kejar2 & nyorok2.. mula nya semua seronok je main.. sampailah part salah sorang sepupu aku kena jadi tukang cari dan kami dalam 4 orang macamtu pakat menyorok.. rule dia kami boleh menyorok kat luar rumah je. tak kisah lah ko nak nyorok celah pokok ke bawah rumah ke dalam reban ayam itik ke asalkan jangan nyorok dalam rumah sebab tu kira mengelat , auto ko kena tendang dari permainan",
"Masa tu aku nyorok bawah rumah bersama itik serati.. punya lah nakal kan ? aku tergelak dalam hati bila nampak sepupu aku mundar mandir cari kami sampai rasa nak terkencing pulak sebab seronok dalam masa sama takut dia terjumpa kami",
"Masa tu dah ada beberapa sepupu kami yang lain dah berjaya dijumpai tempat dorang duk menyorok tapi dorang masih lagi belum jumpa aku.. kira hebat jugak lah aku menyorok kan ? siapa lah yang berani masuk bawah rumah gelap2 dengan entah apa ada bawah tu. lawak pulak bila ingat balik",
"Tak lama tu aku perasan sepupu aku mula pergi ke arah semak dan kawasan pokok buluh sambil bercakap ” dah lah tu, aku dengar suara kau gelak jangan sampai aku jumpa kau wan ” kata sepupu aku . tapi kejap.. aku sorang je budak nama wan , lepastu aku nyorok kat bawah rumah pulak tu.. siapa pulak budak nama wan yang sepupu aku duk anggap tengah menyorok sambil gelak2 kat celah pokok buluh tu ??",
"Aku pun nekad nak keluar dari tempat menyorok dan panggil sepupu aku sebab tengok dia makin jauh pulak masuk ke kawasan semak yang gelap gelita tanpa rasa takut , tapi belum sempat aku nak keluar dari bawah rumah tu tiba tiba aku dengar sepupu aku menangis teresak esak kat dalam semak lepastu meraung macam budak tak cukup umur.. ishh kenapa pulak tu.. ahhh risau dah aku ni jadi aku pun bergegas lah pergi menuju ke arah dia",
"Ehhh bila aku sampai takde pulak nampak dia . tapi bunyi budak menangis tu masih terdengar lagi jadi aku pun masuk juga lah ke dalam semak samun dan mula menghampiri pokok pokok tinggi dan pokok buluh di situ sambil ku panggil2 nama dia.. tak lama tu baru aku perasan macam sepupu aku duduk meringkuk dekat2 pokok buluh di situ. masa tu bulu tengkuk aku dah mula berdiri tegak dan tak sedap hati tapi aku gagahkan jugak kaki melangkah demi langkah menghampiri sepupu aku tu makin aku dekat makin perlahan dia menangis",
"Dalam jarak beberapa meter dengan dia baru aku perasan budak tu bukan sepupu aku tapi seorang perempuan yang berselimut dengan kain sarung batik.. kenapa dari jauh macam sepupu aku tapi bila dah dekat dia jadi orang lain.. aku dah mula rasa macam nak lari sebab aku pun tahu tu bukan sepupu aku dan langsung takde kena mengena dengan sesiapa yang aku kenal kat situ",
"Dia perasan aku tengah mengamati dia.. dan dia pun berhenti menangis.. ” jupo kito doh kann.. heeee.. ihihihihi.. ” dalam keadaan duduk berpeluk lutut tu perlahan lahan dia dongakkan muka nya kat aku.. yaa memang sah hantu !! sebab muka dia dah lah lonjong macam orang tersalah buat plastik surgery.. pucat kebiruan pulak tu , dagu dia tu yang seram , panjang meruncing lain macam lepastu mata dia terbukak luas dan terbeliak ke atas sambil dia hala muka ke arah aku",
"” sekarang awak dah jumpa saya.. saya pulak nak cari awak… ” kalau aku guna loghat asal kelantan bunyi dia cakap ” loni awok jupo dah ngan sayo.. sayo pulok nok cari awok.. ”\ndia dah mula nak bangun berdiri masatu lah aku terpekik sambil berlari sekuat hati . sakit nya tapak kaki aku sebab terpijak segala duri dan semak samun kat situ..",
"Termengah mengah aku kat tangga rumah dan aku tengok sepupu sepapat aku semua dah ada dalam rumah layan tv dan makan.. perghh menyirap aku rasa . masatu dorang tanya ko nampak hantu ke wan ? ada hantu ke ? aku pun nangis kat situ jugak tapi nak explain apa yang aku dah nampak tu aku jadi tak cukup nafas.. sambil dimarahi makcik2 kat dalam rumah.. lepastu mula lah nenek tua mencelah “aku cakap dah kan ? ada hantu makan budak kat sini , tu lah tak dengar kata !!.. jangan duk main lagi kat luar malam2..!! kenapa mu pergi kat tempat tu?? ” tanya nenek tua.. aku jawab lah ingatkan sepupu aku kat situ.. rupanya hantu sambil aku duk teriak nangis",
"Malam tu kami sepupu sepapat tidur kat ruang tamu , lepas aku di temu ramah pasal rupa hantu tu dan apa yang dah berlaku.. akhirnya semua dah lena dibuai mimpi.. malam tu semua dah nyenyak tidur dah cuma aku masih tak boleh nak lelapkan mata sebab effect trauma tu masih ada lagi",
"Dalam tengah malam tu , aku mula perasan hantu tu mengintai ngintai kami dari luar sebab rumah ni guna jendela cermin.. kalau ikutkan tinggi juga rumah ni tapi benda tu masih boleh dongakkan kepala dia sambil intai ke dalam rumah ikut jendela cermin..",
"Aku sebenarnya dah mula nak teriak lagi tapi takut kena marah… aku kejut2 sepupu aku semua tidur m**i haa.. benda tu dah mula ketawa kecik ” hihihi… ” sebab dia mesti perasan yang aku sorang ja belum tidur lagi dan dia pun mesti tahu aku nampak dia duk ngintai kat jendela jendela keliling rumah",
"” saya nak cari awaaak ni .. ” suara dia berbisik sambil bayang bayang dia terlihat dari celah jendela.. tolong lah pergi cakap aku dalam hati.. aku selimutkan diri aku dan cuba pejam mata kuat kuat.. ada lah dalam beberapa minit aku masih dengar lagi dia ketawa kecik.. ” mari lah kita main lagi… ”",
"Terketar ketar aku dalam selimut tu.. mungkin sebab dia bosan aku taknak layan dia.. dia pun cakap ” nanti saya cari awak lagi.. hihihihi ” dan lepas dari tu aku dah tak dengar lagi suara dan kelibat dia malam tu",
"Esoknya nenek tua pesan lagi sekali kat kami supaya jangan bermain lagi kat luar rumah waktu malam dan jangan main kat kawasan semak dan hutan belakang rumah tu.. situ ada hantu makan budak kata dia.. betul lah budak zaman dulu cukup takut bila orang2 tua cakap hantu makan budak",
"seminggu jugak kami tak main kat luar rumah , sampaikan asal tengah malam ja aku takpun kadang2 sepupu sepapat aku akan perasan macam ada kepala mundar mandir mengintai ikut jendela cermin tu.. kami jadi makin takut nak pergi jamban malam2.. lepas seminggu tu , barulah nenek tua pergi ke kawasan tu mungkin nak slow talk ke macamana dengan hantu tu. lepas dari tu gangguan tu dah takde lagi.. jadi lepasni serik dah aku nak main nyorok2 dengan sepupu sepapat aku semua . bukan sebab terjumpa hantu je tapi sebab dorang bila cari2 kita tapi tak jumpa jumpa.. dorang boleh belah naik rumah layan tv pulak.. cam hantu jugak perangai"
] | [
"Seram. Kat kampung makcik saya pun macam ni lah. Belakang rumah semua pokok pisang. Bila dah larut malam pasti akan nampak jelmaan . Kerana jiran2 gemar membela untuk menjaga kebun dan harta. Serammm."
] |
https://fiksyenshasha.com/rumah-atuk-ali/ | RUMAH ATUK ALI | [
"Hi assalamualaikum pembaca fiksyen shasha semua kali ni aku nak share kisah yang aku alami semasa menumpang di rumah kawan aku Ali",
"Sekitar 2010 macamtu aku baru baru tamat sekolah dan berniat nak cari kerja tapi kampung aku tak ada peluang pekerjaaan sangat kebanyakkan kerja kampung dan usahakan kebun saja.. maknanya aku perlu berhijrah keluar dari kampung untuk dapatkan kerja.",
"Dipendekkan cerita aku ada contact semula kawan zaman sekolah asrama bernama Ali.. dia tinggal di daerah lain.. kebetulan dia pun pelawa aku tinggal bersama dia di rumah arwah atuk nya sebab rumah tu pun dah takde sapa nak duduk dan kat situ juga ada kilang nak pakai pekerja.",
"Ali dah memang kerja terlebih dulu di kilang tu shift malam dan aku pula dapat kerja di shift pagi.",
"Rumah kampung milik arwah atuk nya adalah jenis kayu dan dua tingkat terletak di kawasan kampung separa bandar … jadi jarak antara rumah ke rumah agak jauh juga.",
"Tepi rumah nya ada semak samun paya dan beberapa batang pokok kelapa sawit.. udara kampung waktu pagi dan malam memang sejuk dan kampung Ali ni bila dah start jam 10 malam je sekeliling dah sunyi sepi bertemankan bunyi cengkerik je.",
"Ali bagi aku 1 bilik untuk tidur , tingkap bilik tu memang menghadap ke arah semak samun dan paya di tepi rumah nya tapi bagi aku okay je takda apa yang nak ditakutkan walaupun aku akan tidur sorang je di rumah tu sebab kami berdua kerja lain shift",
"Bilik tu ada satu katil , almari cermin dan sebuah almari kayu tapi Ali cakap kalau boleh jangan usik barang dalam almari kayu tu.. okay lah aku pun hormat je permintaan tuan rumah",
"Bulan pertama menumpang di rumah Ali ni semuanya nampak normal je , Aku masuk kerja shift pagi & Ali pulak shift malam",
"Di bulan yang kedua , aku dah lupa minggu keberapa tapi malam tu hujan turun agak lama jugak sampai aku tak boleh nak keluar ke mana mana , jadi aku pun duduk di rumah Ali saja",
"Malam tu kira sejuk lah nak tidur pun tak perlu bukak kipas dah , cukuplah kalau aku tidur bertemankan ubat nyamuk je.. Masatu lebih kurang jam 1 pagi , tapi hujan masih tak berhenti jugak.. aku tak boleh tahan kalau tidur guna selimut yang Ali bagi ni.. selimut nipis warna pink yang kita duk guna zaman 90an.. paham2 lah kan ? jadi aku pun bangkit dari tilam dan pergi bukak almari kayu dalam bilik tu mana lah tahu ada selimut lain lagi ke.. Dalam almari tu ada beberapa baju lama tergantung , album gambar arwah atuk ali dan barang2 lain , mungkin milik arwah atuk Ali..",
"Selimut pun aku dah jumpa , tapi masa aku tarik keluar selimut dari almari tu terjatuh pulak satu barang kat atas lantai",
"Aku pun ambik lah barang tu sebab nak letak balik dalam almari.. aku perhatikan barang macam berdebu tanah sikit tapi berbalut dengan kain kuning dan diikat dengan tali.. macam sesuatu pulak benda alah ni.. hmmm aku tau ni rumah arwah atuk Ali dan ini bilik arwah jadi aku tak patut selongkar barang2 peribadi tapi entah lah kenapa malam tu aku rasa terpukau atau perasaan ingin tahu tu kuat sangat jadi aku pun bukalah ikatan tu.. bila aku bukak balutan kain kuning yang pertama , di kain tu ada tertulis beberapa potongan ayat quran dan tulisan lain yang aku tak faham , aku dapat rasa benda ni macam keris dan sangkaan aku ternyata betul bila aku dah buka balutan kain kuning yang terakhir.. ia adalah sebentuk keris lama yang sudah berkarat.. sebenarnya selama ni aku tak pernah pegang keris jadi malam tu aku agak excited lah jugak dapat belek belek benda ni.. lepas dah ikat balut semula macam biasa , aku pun letak lah semula keris tu dalam almari dan masa untuk aku tidur",
"Berjam jam berlalu diulit tidur yang lena aku mula terganggu dengan suatu bunyi di sekitar almari.. mulanya aku buat tak endah je tapi makin lama makin rimas pulak.. kejap bunyi kat tingkap kejap bunyi kat lantai macam orang tengah bercakap perlahan lahan.. jadi dalam keadaan mamai aku bukaklah mata nak check binatang apa lah duk buat bunyi dari tadi ni",
"Dalam keadaan mamai dalam bilik yang agak gelap tu , aku ternampak di sudut dinding ada suatu sosok macam nenek nenek gitu , badan nya terlalu bongkok sampai nampak macam ada busut kat atas belakang dia , pakai macam baju kurung lama dan berkain batik.. itu apa yang aku boleh describe walaupun bilik tu gelap cuma bertemankan cahaya bulan yang masuk di tingkap.. benda tu duk bercangkung macam tengah makan sesuatu dengan lahapnya.. aku rasa macam tengah bermimpi pun ada.. aku pun tegur lah.. ” siapa yaa ?? ” tiba tiba sosok tu pun berhenti mengunyah what ever benda apa yang dia tengah makan tu tapi dia masih dalam posisi mencangkung , sambil dia ketawa kecik macam nenek tua.. perlahan lahan dia keluar dari penjuru dinding yang gelap tu dan cahaya malam mula menyuluh ke arahnya.. weyyy punya terkejut aku masatu sampai nak terkencing.. sebab ? okay aku cuba describe untuk korang semua macamana rupa benda tu",
"leher dia panjang dari leher manusia biasa , badan dia pulak macam nenek bongkok dengan bonggol seakan busut kat belakang badan , bongkok dia tu macam orang sakit kronik tulang belakang , masa merangkak tu tangan dia lagi panjang dari tangan manusia biasa , dengan rambut yang kusut masai tapi botak tengah , mana lah aku boleh lupa sebab pertama kali nampak makhluk macamtu.. yang paling buat aku terkejut . muka benda tu weyy macam muka arwah atuk Ali.. bezanya gigi dia tajam dan mata bersinar sinar macam kucing , punya lah aku takut sampai tak terkeluar suara.. rasa tersekat di kerongkong.. Aku tergamam , kaku rasa nak menjerit semua ada.",
"” Akuu lapaarrr.. akuu laparrr !! ” tempik benda tu kat aku , suara dia garau mat… lepastu dia berjalan menuju ke arah aku dalam posisi semacam gorila berjalan ke macamana lebih kurang tu lah , aku tak boleh nak describe tingkah laku benda tu sebab ni lah pertama kali dalam hidup aku tengok.. aku merasa terlalu takut sampai aku tak boleh nak buat apa2 melainkan pejam mata rapat2 baca segala doa yang aku ingat dalam hati , pasrah dah masatu.",
"Katil aku tu di goncang sekuatnya oleh benda yang rupa macam atuk Ali tu.. sambil benda tu terpekik pekik cakap ” aku laparrr laparr !!! ” dengan suara kejap macam nenek kejap macam lelaki.. sehingga aku dah tak tahan bercampur takut dan marah aku pun dapat kekuatan untuk menjerit dan laungkan azan kuat kuat.. belum pun habis aku azan gangguan tu dah berhenti dan bila aku bukak mata aku.. benda tu dah takde kat situ.. terus aku call Ali berkali kali.. sampai nak menangis dah aku sebab punya susah si Ali ni nak angkat call.. bila dia jawab je call aku merayu suruh dia balik umah sekarang jugak.. mulanya Ali macam pelik jugak tapi bila dia dengar suara aku yang dah start nak menangis bercampur panik tu.. Ali pun cakap okay hang tunggu sat.. aku bagitahu kat boss yang aku nak balik.. hang jangan p mana mana Wan tunggu je aku balik okay",
"Sambil menunggu Ali balik tu aku dah mula menangis dah.. terketar seluruh badan , sebab benda tu rupanya pergi main kat dapur pulak.. duk bunyi periuk belanga mungkin dia selongkar makanan kut.. yelah benda tu cakap dia lapar.. aku rasa ni saka atuk Ali kut yang dah terlepas sebab aku dah usik keris dalam almari tu lagipun muka benda tu memang macam atuk Ali tapi tu sangkaan aku saja lah",
"Lepas bunyi kat dapur tu dah mula reda sikit.. aku dengar benda tu menangis pulak.. macam seorang nenek yang tengah meraung kesedihan ” huuuuuuu.. wis sowe mangan… ” lebih kurang gitu lah benda cakap berkali kali.. lepastu bersambung dengan gelak macam nenek tua.. dalam 10 minit benda tu duk nangis gelak nangis gelak.. tiba2 dia senyap macamtu je",
"Tak lama tu aku dengar motor Ali sampai depan rumah.. cepat cepat Ali mai masuk ke rumah dan menuju ke dalam bilik aku dan tanya kenapa dengan hang ni wan ?? aku pun dengan tersedu sedu nya cerita lah apa yang aku dah buat dan yang sedang berlaku.. aku mintak maaf kat Ali berkali kali sebab bukak almari dan usik keris tu.. tapi Ali cakap takpa wan.. takpa esok kita citer.. malamni kita lepak dalam bilik aku",
"Esok pun tiba.. aku tertidur juga sebab penat.. yang aku ingat masa bangun tidur tu Ali dah ada kat ruang tamu sambil hisap rokok dan minum teh o panas.. dia suruh aku mandi dulu baru dia nak cerita pasal benda ni",
"Aku trauma sebenarnya nak mandi sebab takut benda tu muncul pulak dalam bilik air tu.. dah lah kolah dalam bilik air tu besar macam kolah surau.. jadi aku basuh muka gosok gigi je pagi tu.. lepas pekena teh o , makan kuih..",
"Ali pun cerita lah kat aku yang sebenarnya atuk dia nazak dan meninggal dalam bilik tu lah.. betul2 atas tilam yang aku duk tidur tu.. binawe punya Ali , di bagi nya aku bilik angker.. Dia cakap atuk dia nazak berhari hari sambil mata terbeliak pandang ke atas.. masa tu ada juga beberapa sedara mara datang ziarah dan berbincang dengan ayah Ali , dan masatu dia ada tengok ayah dan pakcik makcik dia berbincang kat dapur cakap pasal “kau terima jelah long benda nya.. tak kesian ke tengok ayah tu.. berkorban lah untuk ayah” tapi masing2 taknak terima benda tu dan berlaku sedikit gaduh mulut sesama adik beradik ayah Ali.. Akhirnya dorang decide dan panggil seorang ustaz.. pendek kan cerita ustaz tu buat perjanjian ke macamana Ali tak pasti , sebab dia tak berani nak masuk campur lagipun ayah dia tak cerita sangat apa yang berlaku.. yang dia tau ustaz tu pesan suruh tanam keris tu kat satu kawasan hutan di ceruk kampung sebab kat situ lah katanya arwah atuk Ali jumpa dan bawak balik benda tu untuk dijadikan pendamping atau khadam nya",
"Okay tunggu kejap.. kau kata keris dah tanam kan ?? macamana keris tu boleh ada dalam almari atuk kau ?? Ali macam bingung sebab dia pun tak boleh nak jawab soalan tu.. tapi dia ajak aku keluar dari rumah tu dan dia akan selesaikan benda tu.. kalau dia dah cakap macamtu aku pun taknak lah tanya2 lagi.. tapi lepas dari kejadian tu.. aku berhenti kerja di kilang , berubat untuk pulihkan semangat aku sebab asyik termimpi mimpi pasal benda tu dan aku pun mulakan hidup dan kerja baru di tempat lain.. tapi aku dan Ali masih lagi berkawan dan berhubung sampai ke hari ini.."
] | [
"Haloh².. duk gatai tangan hahhahaa… Tachod",
"Akibat degil, ni makan dia"
] |
https://fiksyenshasha.com/ada-1-bilik-yang-mak-mentua-tak-bagi-masuk-apa-ada-di-dalamnya-amat-mengejutkan/ | Ada 1 bilik yang mak mentua tak bagi masuk. Apa ada di dalamnya amat mengejutkan. | [
"Assallamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca fs ni…Before ni aku selalu je bace kisah2 dan pengalaman orang lain…So, kali ni aku nak berkongsi pengalaman yang sedang aku alami dari awal perkahwinan hingga ke hari ni berkaitan belaan mak mentua aku…Sebelum aku start bercerita , aku Ana berasal dari salah satu negeri belah selatan.",
"Pada awal perkahwinan aku dengan suami aku stay serumah dengan family mentua aku belah Selangor…Kisah ni terjadi selepas 3bulan perkahwinan dimane , pade satu malam tu waktu suami aku keluar ngeteh dengan adik beradik die… tibe-tibe mak ni panggil aku “ Ana mari sini kejap “ aku pun datang je la dekat mak “hahh ye mak, ade ape-ape ke?” ..mak pon cakap la “kau amik air ni kau campur dalam setiap kali kau masak atau bancur air untuk Ude” aku pon jawap “OKAYYY MAK”..Then mak ni cakap “kau dengan Wan ni sakit yang sebenarnye”..Hakikatnye aku dengan suami aku je elok je sihat dan tiade ape yang pelik pon…",
"Lebih kurang 30 minit suami aku pun balik je rumah dan masuk ke bilik… Bila suaami aku masuk ke dalam bilik aku pun tunjukkan botol air tu dan aku bagitahu la apa yang mak dia cakapkan…Suami aku tak banyak cakap pun terus die amik botol air tu die curah dekat tepi tingkap..",
"Keesokkan harinye lepas suami aku pergi kerja, mak ni tanye “Ana, kau da bagi ke belum?” so aku pun jawap la “Dah mak”…Tapi aku perasan air muke mak ni senyum lain macam, seolah olah mengerikan…Aku terus tinggalkan mak sorang diri aku pergi mengeras rumah…Nama je ada adik ipar perempuan tapi pemalas ya rabbi…Macam mana aku tak cop dia pemalas, makan sambil baring plus mengangkang dok tengok TV…Rumah dibiarkan lintang pukang…Nak buat macam mane aku ni kan tetap orang luar, lebih baik aku diam..",
"Nak dijadikan cerita dekat rumah mak ni ada 1 bilik yang aku tak dibenarkan masuk termasuk la untuk mengemas..Ade satu hari pintu bilik tu terbuka dengan lampu terpasang, kebetulan aku lalu depan bilik tu nak ke dapur…Pada awalnye niat aku cume nak tutupkan lampu dengan pintu bilik tersebut tapi lain yang aku nampak…Mesti korang tertanye ape yang aku nampak kan…Untuk pengetahuaan korang , rumah mak ni rumah papan…keliling bilik tu tergantung kain kuning sampai tak nampak pun dinding papan tu semua…selain tu dekat sudut bilik tu aku terpandang ada tempat bakar kemenyan dan beberapa batang colok / setanggi yang da dibakar separuh dengan keliling tempat bara tu ade beberapa biji limau purut, beberapa anak patung baby yang mata boleh berkelip tu tanpa baju dan duri ikan pari.",
"Mase aku tengok semua tu bulu roma aku toksah la cakap memang tegak macam askar Jepun … Aku cepat2 tutup lampu dan pintu bilik tu dan lari masuk bilik..Ape yang aku nampak ni aku tak bagitahu dengan suami aku pun, aku still cool je…Sejak dari peristiwa tu aku rase seperti diperhatikan dan ibu jari kaki aku selalu sakit.",
"Ape yang aku perasan setiap bilik dan setiap penjuru rumah ade tergantung bunga hiasan ni…Tak terkecuali bilik tidur kami suami isteri…Lepas kejadian bilik angker tu aku jadi tak sedap hati…Belah petang tu lepas solat asar aku tergerak hati nak panjat dekat penjuru bilik yang ade hiasan bunga..Tahu tak ape yang aku jumpe disebalik bunga tu!! Aku jumpe botol mineral kecik yg ade bergulung- gulung kertas…Aku bukak setiap gulungan tu aku snap then aku whatsapp dengan ayah kandung aku, ayah aku cakap tu wafak.Untuk pengetahuan korang, ayah aku boleh mengubat orang secara tak langsung dengan lahirnya aku..",
"Ade satu petang aku dengan mak tinggal berdua sambil layan drama Naagin..Tibe tibe mak cakap “kau ingat aku tak tahu ape yang kau dah tengok dan apa yang kau cakap dengan bapak kau”..Mase yang mak cakap ni mak langsung tak pandang aku pun sebaliknye die layan drama tu…Dan lepas kejadian tu hidup aku mula tak tenteram weii.",
"Bayangkan time mandi tu dekat tingkap aku nampak kepala lelaki yang bertanduk , mata merah menyala dok perati gerak geri aku…Last – last aku tumbang dalam bilik air…Aku ingatkaan habis sampai situ je, tapi ramalanku benar benar meleset…Malam tu pulak lepas doa nak tido aku terpandang sekor lembaga berambut panjang berbaju putih lusuh tengah merangkak dekat siling bilik yang aku nak tidur ni.",
"Aku tunjuk la dekat suami aku, tahu tak ape respond laki aku “abang tak nampak ape pun” ..",
"Selang beberapa malam kemudian aku diganggu lagi, tapi ni makhluk lain pulak…Waktu tu, aku tengah tidur tahu badan aku rase berat ya amat…aku pun bukak la mata, bukak bukak je mata tengok makhluk mukenye hitam ,berbau hanyir …aku tak boleh nak menjerit atau nak baca ape ape surah…seminggu aku demam weii..",
"Hari demi hari bermacam- macam rupa dan bentuk yang aku nampak dalam rumah mak tu…Mak pulak makin hari makin lain, bile aku pasang ayat Rukyah die boleh pergi basahkan badan die tanpe bukak baju lepas tu duduk sambung tengik tv…bukan tu je kadang kadang boleh die tidur bogel sebabkan panas padahal rumah tu bukan main sejuk lagi…",
"Aku dah tak tahan dengan ape yang jadi aku mintak izin dengan suami aku yang aku nak balik kampung nak rehat , suami aku pun izinkan….Sampai je kampung halaman aku , aku terus sakit tak boleh berjalan dan aku hilang deria rasa dibahagian kaki serta aku hilang sedikit penglihatan..Adik aku bawak aku ke hospital…Seminggu aku tersadai dalam ward setiap hari doktor amik d***h dan bermacam macam pakar yang datang…Keputusan ujian d***h, ct scan brain, MRI dan macam-macam lagi menunjukkan aku sihat tanpa ade ape-ape masalah dan aku dibenarkan keluar hospital.",
"Sepanjang aku beradalam dihospital suami aku tak dibenarkan balik oleh mak die.",
"Jadi ayah dengan mak aku bawak aku pergi jumpe seorang ustaz…Dirumah ustaz tu aku mula tak sedarkan diri dan mengamok..Menurut cerita mak kandung aku,air yang mentua aku ni bagi tujuannye nak aku suami isteri dengar cakap die..",
"Patung yang aku nampak tu sebenarnye benda suruhan die dan makhluk yang aku nampak selama ni belaan mentua aku…Dalam mase yang same die jugak tak nak kami suami isteri ade zuriat …Kononnye kalau ade zuriat die susah nak kikis duit anak die…Ibu jari aku slalu sakit tu belaan die datang hisap d***h aku…Tak memasal aku jadi hidangan setan2 die pulak..",
"Ustaz pon nasihatkan aku supaya jangan jumpa dengan mentua aku atas dasar keselamatan aku hingga aku bercerai berai dengan suami aku…Suami aku da mula jadi bodoh ikut je cakap mak die…Tapi aku pulak jenis tak putus asa, aku minta ustaz tu air penawar untuk suami aku .. Time tu baru seminggu suami aku lafaz cerai terhadap aku…Bukan aku tak dngar yang pakse lafaz cerai tu mak die la…So aku dari selatan naik ke Selangor aku larikan suami aku..Hehe..aku bagi suami aku minum air penawar tu lebih kurang 45minit suami aku muntah…Ni muntah bukan yang biase-biase, ade bau hanyir , hamis bukan main pekong weiiil sampai dengan aku sekali muntah sebab tak tahan bau tu.",
"Dalam mase sebulan urusan penceraian dan rujuk berjalan lancar…Alhamdulillah dan suami aku da mulai sedar setiap perbuatan mak die adalah salah dan syirik.",
"Dari info yang aku dapat dari abang ipar aku yang pertama yang senasib dengan kami pon jelaskan yang mak mentua au memang obses dengan bomoh dan suke sangat cari bomoh tak kira betapa jauh sekali pun die tetap akan pergi..Patut la abang ipar aku tu payah nak jejak kaki ke rumah tu.",
"Alhamdulillah lebih setahun aku tak jumpa mentua aku, aku dikurniakqn seorang zuriat..Aku minta jasa baik kepada semua pembaca doakan aku sekeluarga dilindungi Allah swt…"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/pukul-3-pagi-pintu-diketuk-bila-buka-tercegat-sekujur-pocong-di-hadapan/ | Pukul 3 Pagi pintu diketuk. Bila buka tercegat sekujur pocong di hadapan | [
"Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca. Kali ni aku nak kongsikan cerita seram 4 5 tahun yang lepas semasa aku sambung belajar di ibu negeri Johor. Ok, marilah kita mulakan.",
"Pada suatu hari, time ni dalam 3 hingga 4 pagi, kami dalam 5 orang memasing busy siapkan assignment, maklumlah dah dekat due date. Masing masing jenis buat kerja last minute itu yang gelabah biawak siapkan kerja. Sambil siapkan kerja, sambil layan lagu lagu broken, jiwang. Padahal semua sendu, single. Sedang syok layan lagu, aku bahan kau, kau bahan aku, tiba tiba pintu rumah di ketuk. “Gang, Gang, Gang”. Dengan kuatnya macam nak roboh pintu.",
"Dalam kepala fikir member datang rumah, sebab member member je yang jenis ketuk rumah orang bagai nak roboh ni. Dengan tak bagi salam nya. Masing masing tak pikir bebukan time tu, maklum lah tengah mood happy2 belaka. Pintu diketuk berkali kali, masing masing sekor pun taknak bangun p bukak, malas. Memandangkan aku je yang bersila atas sofa, yang lain meniarap kat lantai, terpaksalah aku mengalah bangun p buka pintu.",
"Dah bangun p buka pintu dah bagus dah, mulut pulak tak bagus sambil maki2. “bodohlah datang rumah malam2 nak apa ntah.” Begitulah kira kira. Sampai je depan pintu, aku tarik daun pintu dengan laju nya, (dalam hati standby nak maki dah member member ni, huhu) tapi, dh bukak pintu, zapp nyawa hilang sekejap. Seketul pocong berdiri betul betul depan grill rumah.",
"(Lupa nak cakap, rumah kami apartment. Standard apartment akan ada grill setiap rumah.) haa, dah bukak pintu Nampak bunjut, aku apa lagi. Cepat cepat tutup pintu. Jalan laju laju terus duduk atas sofa. Member semua dah usha pelik sebab yela, buka pintu pastu menung. Aku ni satu badan dah gegar goyang habis memikirkan kepocongan didepan mata tadi. Dengan bau macam taik lembu, muka hitam, kulit muka macam kena siat siat, mata kosong lopong macam tu, mana tak gigil aku.",
"Dalam 2 3 minit jugaklah aku diam sambil menung. Lepastu baru aku bukak cerita pada member member aku. Masing masing ikut goyang lah, dah semua taknak sambung buat assignment. Yang lagi tak masuk akal, kenapalah tak teringat yang rumah ada grill, macam mana orang nak ketuk pintu, sebelum ni member member goyang grill je kalau grill kunci. Mana sampainya tangan manusia nak ketuk pintu kalau jarak pintu dengan grill dah sedepa. Hmm. Lepas daripada incident tu, takde apa pun yang berlaku, takde demam ke apa. Cuma muka cik pocong tu lah selalu terbayang. Huhu. Ok, sampai sini sajalah cerita nya, maaf kalua tak seram and susunan ayat pening. Dulu karangan BM tak pernah siap. HmAssalamualaikum -anakabah-"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/perjalanan-malam-pekan-bidor-ke-teluk-intan-van-usang-muncul-bila-lihat-di-dalamnya/ | Perjalanan malam Pekan Bidor ke Teluk Intan. Van Usang Muncul. Bila Lihat di dalamnya… | [
"Hari ini aku nak kongsi pengalaman aku masa lalu jalan dari pekan Bidor ke Teluk Intan, sebelum kawasan Air Itam. Kejadian ni berlaku 3 tahun lepas (2015).",
"Masa kejadian tu, wife aku sedang mengandung anak sulung kami dan kami dalam perjalanan nak balik ke kampung mak ayah aku di Chenderong Balai.",
"Kisah nya bermula apabila kami exit highway Plus tol Sungkai dan terus menghala ke teluk intan melalui jalan berkiri-kanankan kelapa sawit dan kawasan lombong tinggal. Kawasan ni memang gelap, jarang-jarang jumpa lampu jalan.",
"Sedang aku leka memandu, tiba-tiba kereta kami dg oleh sebuah van yang sangat usang. Macam nk roboh pun ade aku tengok van tu. Ketika van tu betul-betul disebelah kereta kami (ketika memotong) tiba-tiba isteri aku seakan-akan terkejut yang amat sangat lepas tu terus pandang bawah. Bila aku tanya “kenapa?” Dia tak jawab. Hanya mampu berdiam seribu bahasa.",
"Aku pun malas nk fikir bukan-bukan dalam keadaan gelap senyap sunyi macam tu. Aku tengok jam kat dashboard kereta dalam pukul 11 lebih. Van tadi yang potongg kereta kami pun dah jauh tinggalkan kami",
"Tak berapa lama kemudian, aku nampak van tadi dah mula slow, pastu kereta kami betul-betul dibelakang van tersebut. Aku cuba nk p****g van tu tapi tak boleh sebab jalan kat area tu banyak selekoh.",
"Sedang aku fokus dengan pemanduan, tiba-tiba mata aku terpaku dengan satu “kelibat” berselubung putih di dalam van tersebut. Van tu aku perasan bahagian belakang tiada kerusi. Macam van orang pergi berniaga. “Kelibat” tersebut seolah-olah sedang duduk mengiring ke tepi (macam seat van jenazah tu) dan nampak bentuk susuk tubuh nya seolah-olah sedang menoleh ke arah aku dibelakang!",
"Masa mula-mula aku nampak “kelibat” tu, otak aku tak boleh nak proses apa benda yang aku sedang tengok. Wife aku memang tak angkat kepala dah, tengok bawah dari tadi. Aku bertentang mata dengan “kelibat” tu dalam 5 minit macam tu.",
"Lepas tu baru otak aku sedar yang aku sedang bertentang mata dengan si “dia”. Cahaya dari lampu depan kereta aku tepat menyuluh ke arah mata nya membuatkan jelas nampak matanya merah kekuningan.",
"Aku mula rasa tak sedap badan. Aku istighfar panjang sebab macam tak percaya dengan apa yang baru nampak tadi. Jelas bukan manusia, bukan benda lain, tetapi si “dia”. lepas tu aku lepas slow-slow pedal minyak aku supaya kereta kami slow dan menambahkan jarak antara kereta kami dan van tersebut.",
"Sampai disuatu simpang, van tersebut belok ke kanan dan berhenti di depan sebuah rumah ditepi jalan tersebut. Sengaja aku slow kan kereta dan beranikan diri untuk tengok sekali lagi untuk kepastian. Tapi “kelibat” tu dah tiada!",
"Aku teruskan pemanduan dengan hati yang keliru, cuak, seram, bingung sebab ni first time aku nampak dengan mata aku sendiri. Selama ni dengar orang cerita je. Wife aku memang tak bercakap sepatah habuk pun lepas van tu p****g kami tadi. Lagi la buat aku rasa seram. Dah la dia tengah mengandung.",
"Sampai je rumah mak aku, aku tak bagi wife aku terus masuk. Aku baca ayat2 pendinding depan pintu dulu sebelom masuk sebab aku takut “dia” ikut kami balik rumah sebab aku rasa memang lain macam masa tu.",
"Bila dah ada dalam rumah, aku tanya wife aku, kenapa dia terkejut masa van tu p****g kereta kami? Dia bagi tahu, masa van tu betul-betul disebelah kereta kami ketika memotong, “kelibat” tu sempat merenung ke arah kereta kami. Kebetulan wife aku masa tu pandang ke kanan, memang nampak la si ‘”dia” tengah merenung tajam. tu yang terkejut smpai kelu lidah. Aku pulak masa tu tengah fokus pandang ke depan, so memang tak nampak la.",
"Apa pun Alhamdulillah takde kejadian buruk berlaku kat kami malam tu. Yang pasti van tu memang wujud dan manusia yang pandu. Tapi ada “sesuatu” yang menumpang malam tu.",
"Ada orang pesan kat aku, jangan drive malam-malam, bahaya. Tapi jenis aku, aku mmg prefer drive malam lebih-lebih lagi kalau perjalanan jauh sebab aku selesa dengan keadaan sejuk, tenang dan tak jammed.",
"Pasal kewujudan “benda” tu memang tak dinafikan. Kita sebagai orang islam harus percaya dengan kewujudan alam ghaib. Cuma jangan sampai kita terbawa-bawa ketakutan kepada “benda” tu. Hanya ALLAH yang perlu kita takutkan. Yakin lah bahawa tiada satu makhluk pun yang mampu memberi manfaat apatah lagi mudarat kecuali dengan izin ALLAH.",
"Atas keyakinan tu la aku bertawakkal setiap kali memulakan perjalanan jauh malam-malam biarpun sekarang anak aku dah 2 orang, yang kecik tu masih baby. Aku yakin ALLAH ade untuk melindungi kami sekeluarga.",
"Pada yang membaca cerita aku ni, aku just nak pesan, kalau nk memulakan perjalanan malam, bacalah doa apa yang patut. Dalam kereta elakkan dari mendengar lagu yang bukan-bukan, bergurau sampai ketawa tak ingat dunia dan sebagainya. Kalau ade CD bacaan Al-Quran lagi bagus. Buat peneman perjalanan.",
"Semoga kita semua dilindungi Allah dari gangguan Iblis & Syaitan tak kira dimana kita berada."
] | [
"Jln shortcut dpn skit sungkai ke coldstream tu ke..?lalu tasik lombong tu ke..?"
] |
https://fiksyenshasha.com/muntah-benda-putih-macam-serbuk-sabun-merantau-dari-sabah-ke-kl-gadis-ini-disantau-dengan-teruk/ | Muntah benda putih macam serbuk sabun. Merantau dari Sabah ke KL. Gadis ini Disantau dengan teruk | [
"Assalammualaikum warga FS, sebelum tu Terima Kasih kepada Admin sebab kongsikan cerita aku untuk pembaca setia FS. Sebelum aku memulakan cerita pasal pengalaman aku sendiri ni, okay nama aku Kyra (bukan nama sebenar)semua ni berlaku baru lagi, tahun 2016 masa tu umur aku 21 tahun dan masa tu aku seorang perantau. Datang sini (Oct 2015) sebab nak cari pengalaman berkerja dekat semenanjung, sebabnya aku berasal dari Sabah, jangan cakap dekat sabah takde banyak pengalaman pulak, haha. Ada je cumanya aku lebih suka kat tempat orang. Lain perasaan dia bila bekerja kat tempat orang ni, Trust me!",
"Okeh! Berbalik pada cerita kita tadi. Kiranya hampir 4 bulan aku jadi penganggur sejak jadi perantau ni. Akhirnya, aku dapat panggilan dari seseorang yang nak tawarkan aku kerja kat Butik dia.",
"“Assalammualaikum, ni cik Kyra ke?” kedengaran suara lelaki yang sedang dalam talian.",
"“Waalaikumsalam, ye saya Kyra. Ni siapa ye? kenapa?” tanyaku cuak. Yelah, Aku takde kawan lelaki dari semenanjung lagi masa tu , terlalu awal kot nak bagi no phone kat org lain. Tapi aku memang berharap panggilan tu adalah rezeki aku.",
"“Oh ya, nama saya Zack. Panggil je Encik Zack (bukan nama sebenar). Haritu Cik Kyra ada hantar resume nak bekerja dekat butik saya? ingat tak? macam ni, kalau Cik Kyra masih berminat nak berkerja kat butik saya, boleh datang interview hari isnin ni waktu lunch tak?” Alhamdulillah, masa tu aku bersyukur ada gak orang nak amek aku kerja. Penat weh jadi penganggur! Lama aku tunggu.",
"“Ya, ingat ingat, boleh saya tau kat mana lokasi butik Encik tak? sebab saya dah lupa. Saya baru lagi kat sini jadinya saya tak tau sangat. Tapi takpe ke nak ambil saya bekerja dengan Encik Zack? saya tak berhijab?”",
"“Takpe takpe Cik Kyra, bukan hijab awak yang bekerja dengan saya (sambil ketawa, bergurau).” Fuhhh, aku? lega tak terkira! Sebab tak berhijab jugalah salah satu sebab kenapa aku tak dapat kerja selama 4 bulan tu.",
"Awal aku bangun , nak pegi interview, walaupun En. Zack dah cakap pegi waktu lunch, teruja nak start kerja. Aku tengok sms lokasi butik yang En. Zack hantar kat aku. Alhamdulillah, sekali lagi aku bersyukur , sebab? Butik tu tak jauh pun dari ruma tempat aku sewa. ",
"Kurang 10 minit aku dah sampai pun kat butik tu, okay aku namakan butik tu butik MV . Butik ni terletak kat Shah Alam seksyen? Teka sendiri. Haha. Tak susah nak cari butik ni sebab dekat hujung and butik ni cantik sangat. Kena dengan nama dia. Aku leka nak tengok sekeliling, keluar seorang perempuan bertudung berusia dalam 30-an. Aku namakan dia Kak Ina (bukan nama sebenar).",
"“Ya, dik? Jemput masuk. Tengok-tengok dulu (ayat promote lah tu),” pelawa Kak Ina tu.",
"Aku senyum je dan bertanya, “tumpang tanya kak, saya disuruh datang dekat butik ni untuk interview kerja. Boleh saya jumpa dengan En. Zack?” tahu tak apa akak tu buat lepas aku tanya dia macam tu?Dia tengok aku atas sampai bawah. Aku senyum sajalah. Tu saja yang aku mampu buat.",
"“En. Zack belum sampai lagi. Tapi datin ada. Jom pergi belakang.”",
"Aku? Follow sajalah. Tak lama selepas tu, En. Zack datang. Aku dibawa masuk ke dalam office dan ditemuramah oleh datin dan En. Zack (diorang bestfriend since high school. Dua-dua dah khawin. Jangan salah faham, ya. Diorang orang baik).",
"Oh, ya! Datin tu aku namakan Datin Orangey (bukan nama sebenar).",
"10hb Januari 2016, aku mula bekerja di MV. Beberapa minggu aku happy, tak ada benda yang menganggu lagi. Dan sehinggalah bila hampir sebulan aku bekerja kat MV, Datin Orangey cakap dekat aku, “Kyra, saya akan ke Thailand dalam beberapa minggu ni. Saya nak beli kain untuk koleksi baru bulan depan. Kyra tolong jaga butik, ya? Kyra jangan buat benda yang bukan saya arahkan, okay? kalau orang lain arahkan, buat tak tahu saja. Boleh, kan?”",
"Aku macam biasa, iyakan saja. Dan orang lain yang Datin tu maksudkan ialah Kak Zu (nama sebenar). Mengikut cerita, Kak Zu ni adalah orang yang menjaga butik ni sebelum aku menjadi pengganti atas sebab-sebab tertentu. Dan aku akan bagitau macam mana keadaan butik ni. Butik ni berkonsepkan vendor. Dalam butik tu ada 11 lot. ",
"Jadi, semestinya ramai bos dalam tu. Dan semua hal aku yang handle. Erti kata lain, aku dah macam supervisor. Datin tu memang percayakan aku 100%. Kalau tak, mana dia berani nak suruh aku pegang semua duit sales, seminggu sekali baru bank-in. Beribu kot. Ada bilik solat dan dua toilet dekat belakang dan office Datin Orangey. ",
"Kak Zu ni ada satu perangai pelik yang dah jadi kebiasaan dia setiap hari. Bila aku nak tutup butik dah, dia akan datang dengan lakonan dia yang aku dah sedia maklum, bepura pura nak terkucil lepas tu, dia akan berada lama dekat belakang tu. Dalam seminggu tu, adalah dalam empat ataupun lima kali dia buat macam tu. Aku dengan seorang lagi pekerja (part-time) yang aku namakan Rysa (bukan nama sebenar), akan tunggulah sampai dia siap. kalau tak berdua, memang aku seorang saja tunggu dia. Dan Kak Ina yang aku jumpa mula-mula nak interview tu, dia dah berhenti kerja selepas dua hari aku mula bekerja di MV. sebabnya? Nanti aku explain. Kak Zu ni lembut saja orangnya umur dalam 40-an. Bertudung, suka berfesyen dan rajin.",
"Dipendekkan cerita, dah 4 bulan aku bekerja di MV. Macam-macam cerita aku dengar. Aku diam saja. Aku tak berpihak dengan siapa-siapa. Aku dengar semua cerita bukan sebab aku suka menyibuk. Kan aku yang handle semua masalah dekat butik tu. Selepas aku dengar masalah bos-bos lot, aku akan report dekat Datin. Masa ni, aku dah mula rasa tak nak kerja dekat MV. ",
"Aku mula malas nak bangun pagi. Sometimes, aku akan mintak M.C walaupun aku tak sakit, so Rysa akan buka butik seorang-seorang (kesian dia). Dan masa tu, butik dah kurang customers. Tak ramai macam mula-mula aku masuk kerja. Lot pun dah mula kosong. Ada yang keluar sebab sales tak cantik. Bayangkan, dalam 11 lot, full masa aku masuk, sekarang tinggal enam lot saja yang ada orang sewa. Terpaksa aku kemaskan butik tu supaya nampak full. ",
"So, disebabkan butik tak ramai orang masuk dah, Datin pun benarkan aku ambil M.C. Dalam masa yang sama, perangai aku dah semakin pelik. Pasal perangai aku tu, kakak angkat aku, Elizad (bukan nama sebenar) and Noona (bukan nama sebenar) kawan aku yg cerita balik dekat aku bila aku dah berubat. Perangai pelik yang aku maksudkan, ada satu malam tu, aku teman Elizad and Noona buat assignment dekat rumah, dekat ruang tamu. ",
"Aku dah tertidur dekat bawah tepi sofa tu dari pukul satu pagi. Tiba-tiba aku terjaga dalam jam empat pagi, buka mata dan tenung tajam-tajam dekat Elizad dan Noona. Diorang masa tu memang dah cuak. Tak habis dengan perangai pelik aku kebelakangan ni. Masa aku tenung tak berkelip mata aku tu, Elizad dah ambil phone sebab nak record, nak bagi aku tengok apa aku tengah buat. Sebab bila diorang asyik cakap aku bangun tengah malam buat benda entah apa-apa, nak pergi bukak pintu rumahlah, aku tak percaya. So, malam tu Elizad nak buktikanlah tentang perangai pelik aku tu. Tapi tahu tak, selepas aku tenung diorang, aku sengih then aku tidur semula. Video tu? tak ada dalam galeri phone tu bila diorang nak tengok balik. Diorang cakap, memang dah tekan button record sebab video tu ada dalam dua minit macam tu and kalau dorang terpadam secara tak sengaja pun, memang ada backup sebab guna iPhone. Tapi video tu memang hilang macam tu saja. Wallahhualam.",
"Dalam bulan tu , kelakuan aku memang dah semakin pelik, dan aku mula tak selesa dengan ruang solat dan toilet tu. Aku tak solat bila dekat butik tu. Bila balik rumah pulak aku malas nak solat. kalau aku dekat ruang belakang tu aku akan rasa ada benda besar yang dok tenung aku. Besar and berbulu. Banyangkan jelah rupa dia macam monster dekat keropok “Mamee Monster” tu, cuma dia bukan warna biru. Berbadan besar, sebesar ruang butik tu. ",
"Aku dah rasa benda tu bukan sehari dua. Selalu dah. Tapi aku diamkan je, aku memang ada “benda” lain jugak tapi dah lama tak muncul. Sebab dah berubat (kalau ada kesempatan aku akan kongsi dengan korang). Datin pun dah jarang pergi butik, so aku seorang yang akan alami masalah dekat situ. Memang stress masa tu. Dalam masa yang sama aku sedih sebab takde sales. Takde sales, takdelah commission, kan? Aku call mumy aku, aku cerita semua benda yang jadi kat aku (mengikut dari cerita Elizad and Noonalah). Diorang rajin cerita dekat aku macam-macam.",
" Aku dengar je, tak ambil peduli pun. Aku cuma risau pasal butik je masa tu. Sampai masa Elizad dah tak tahan dengan perangai pelik aku, dia cari Ustaz yang boleh mengubat. Elizad kata aku sering bangun tengah malam bila dia kejutkan minta teman pergi dapur. Tapi bila pagi tu dia tanya aku, aku sedar tak yang aku ada bangun teman dia semalam, aku takkan ingat apa benda aku buat. Sampai sekarang ni Elizad akan tanya bila aku ada bangun tengah malam. Soalan dia selalu, “kau ingat tak? semalam kau ada bangun pegi toilet/dapur?”",
"Berkat usaha Elizad bersungguh-sungguh dia nak ubatkan aku sebab aku dah makin tak betul, bangun selalu lambat. Butik sepatutnya bukak jam 10 pagi, aku buka jam 12 tengahari. Banyak kali Datin Orangey diamkan je. Dia baik, guys. Sumpah baik. Masa nak jumpa dengan Ustaz tu, aku tak sedar, aku cuma sedar yang aku marah Elizad dgan Noona sebab diorang bawa aku keluar pergi jumpa Ustaz tu masa aku tengah kerja masa tu (petang). ",
"Last aku ingat aku dah dekat dalam bilik berubat tu dengan ustaz, Elizad and noona. Balik butik tu, aku dah hilang semangat nak bergerak. Diorang cerita dekat aku, Ustaz tu tak sempat pun nak ubatkan aku. Sebab dia seorang. Pembantu dia ada hal lain dan ustaz tu pun tak berani nak kacau aku sebab ‘benda’ yang ada dekat aku tu kuat. Ustaz tu sendiri cakap macam tu. Bukan ustaz tu takut nak lawan, takut kesian dekat Elizad dengan Noona.",
" Nak menjaga aku susah, sebab benda tu takkan hilang terus macam tu saja. Kalau dah kena kacau, confirm ‘dia’ akan makin kuat lagi nak ganggu aku. So, ustaz tu cuma bekalkan aku air yang dia bacakan untuk aku mandi and minum. Malam, selepas aku balik kerja tu, aku dok dalam kereta je. Elizad dan berapa banyak kali keluar masuk kereta. Dia diarahkan untuk beli ais 1kg untuk mandikan aku. Yes! Aku mandi air ais 1kg bercampurkan air yang Ustaz tu bekalkan. Korang terkena kiub ais yag kecik tu pun dah menjerit kot, apatah lagi aku yang disiram dengan air ais tu. Tapi reaksi aku? Aku kaku je kena air tu guys. Menggigil pun tak. Apa aku buat? Aku senyum, sengih dekat Elizad, sebab masa aku senyum tu, Noona yang mandikan aku. Elizad dah takut nak dekat dengan aku. Aku mandi air ais selama tiga malam, benda yang sama aku buat. Sengih dan tak menggigil pun. Macam mandi air biasa. Tengok, bertapa kuat ‘benda’ tu (jangan salahkan aku kenapa aku tak berjuang nak sihat balik, sebab aku tak sedar aku tengah sakit).",
"Selepas beberapa benda Elizad usahakan, tapi aku tak juga pulih seperti biasa. Aku akhirnya demam secara mendadak. Malam tu badan aku panas, esoknya aku pegi kerja macam biasa (tapi lewatlah). Aku dah inform dekat Datin Orangey, aku kurang sihat. Datin pun dah bagitahu yang dia akan gantikan aku jam tiga petang. Seperti biasa, aku buka kedai, dengan perasaan aku yang sentiasa takut. Kalau aku pergi dekat office datin tu, untuk bersihkan ke atau ambik apa apa ke, aku akan berlari balik pergi kaunter depan. Aku punya takut tu lain macam. Office datin tu cuma aku dengan datin je yang ada kunci, so memang orang lain tak boleh masuk. Nak atau tidak, memang aku kena masuk juga.",
"Sometimes aku akan mintak Rysa teman aku sampai depan pintu office. Rysa selalu cakap, “apalah Kyra ni, nak masuk tempat selalu dia masuk pun takut,” sambil ketawakan aku. Kalau aku boleh ‘transfer’ perasaan takut aku ni dekat dia \\, aku rasa dia akan berhenti kerja masa tu juga kot. haha! Gurau jek. Hari aku demam tu, kebetulan Rysa off-day, so aku sorang je kat butik. Masa aku bangun pagi, aku rasa aku dah sihat. Kalau aku tak rasa aku boleh jalan dan bertahan taklah aku jalan pegi kerja. Tapi bila sampai Butik, aku demam balik. ",
"Bukan demam sakit kepala or pening. Aku demam rasa sejuk dan tak mampu nak bangun bawa diri pergi mana-mana. So, masa aku dah tak tahan, aku stay dekat bawah rak baju jubah, duduk dan memeluk tubuh. Masa aku takde semangat itulah, aku dengar dengan jelas, bunyi guli jatuh berulang kali. Aku dengar suara Datin panggil aku banyak kali. Sampai aku berdiri dan aku sahut panggilan tu.",
"“Kyraaaa,” mendayu-dayu, lembut je dia panggil.",
"Tapi bila aku dah nak sampai dekat office belakang tu, baru aku sedar. Aku sorang je dalam butik tu. Aku lari pergi depan balik tengok kereta Datin memang tak ada. Aku chat dengan datin lagi, “Salam Datin, Kyra tak tahan dah. Boleh tak Kyra balik now?”",
"Chat aku tu tak dibalas, tapi datin call aku dan suruh aku balik sekarang dan butik tu tutup je. Aku tutup butik tinggalkan notes kat depan butik untuk customer yang nak datang pada hari tu dan aku balik. Aku call Mumy aku dan bagitahu yang aku demam.",
"Pagi tu suhu badan aku bertambah, mumy aku call Elizad suh bawak aku pergi klinik. So kitorang turun pergi klinik (nasib baik klinik dekat depan rumah je). Tapi nak turun pergi depan rumah tu pun aku rasa hampir nak m**i je. Sampai klinik, jumpa doc, doc bagi aku ubat, then suruh aku rehat sekejap. Aku follow sajalah. Masa nak balik rumah, doc tu pesan dekat Elizad ni, kalau aku tak sihat juga dalam dua atau tiga hari tu, bawa aku pergi hospital, bukan klinik. Doc bagi aku cuti dua hari. So, aku cutilah untuk dua hari tu. Tapi tak macam cuti pun. Diorang dekat butik akan sentiasa cari aku (haha). Selepas pergi klinik tu, dahlah bayar mahal, aku? Tak baik-baik pun. Rasa macam mayat hidup pun ada juga. Aku tak tidur dalam bilik dah masa aku sakit tu, aku tidur dekat luar, sebab lebih selesa nak ambil udara bebas and tak sempit.",
"Elizad dan Noona balik-balik pujuk aku untuk pergi hospital. Last-last oleh kerana cuti aku pun dah habis malam tu, aku minta satu permintaan kalau nak aku pergi hospital. Aku nak makan Kerabu Kaki Ayam dekat Permai (KL). Aku dekat Shah Alam, nak pergi KL semata-mata makan tu je masa tu. Noona dengan Elizad pun tunaikan, sebab apa dorang tunaikan? Selama aku cuti tu, aku takde selera makan. Aku minum sahaja. Aku ni kanak-kanak riang. Kalau aku diam, diorang dua orang inilah yang paling risau. Selepas makan, kitorang balik Shah Alam. ",
"Diorang terus hantar aku pergi Hospital Shah Alam tu. Noona tak temankan lama, dia kena balik rumah dia. Tinggallah aku dengan Elizad je. Check punya check, doc cakap aku kene Denggi. Mak aih! Aku punya tekejut. Family aku dekat Sabah tak tahu apa-apa. Aku dah kene admitted. Kalau aku bagitahu, confirm esok pagi jugak mumy aku sampai Shah Alam ni. Oleh kerana aku takut jadi apa-apa dekat diri aku, malam tu aku bagitahu dekat group siblings aku yang aku kena tahan dekat hospital dan memang kakak aku pun dapat firasat yang tak baik sebab ngam aku chat, masa tu juga dia terbangun and dapat chat dari aku. Masa tu aku tak fikir apa-apa dah. ",
"Aku tak fikir pasal butik dah. Aku rapat dengan Datin, so apa-apa aku akan bagitahu dia terus yang aku masuk hospital sebab denggi. Aku tak pernah kena tahan dekat hospital. Aku tak tahan asyik kena ambil dh semua. Aku buat-buat menangis, kata nak balik. Lengan aku sampai dah bengkak dan biru gara-gara asyik kena ambil dh. Mulanya doc tak nak bagi aku balik sebab bacaan denggi aku tu tinggi, bahaya kalau aku tak kena jaga betul-betul. Tapi aku berkeras, aku siap cakap aku akan minum banyak air. Last-last diorang lepaskan aku. Aku keluar dari yellow zone tu, aku cari Elizad. Aku bawa dia balik rumah masa tu juga. kitorang balik jalan kaki. Tak jauh. ",
"Aku ingatkan lepas tu aku dah okay, sepanjang aku sakit tu perasaan aku macam aku sedang diperhatikan je. Aku asyik nampak kelibat orang dekat dapur kalau aku dekat ruang tamu. Tapi aku diamkan, sebab dulu aku dah pernah rasa macam tu. Aku tak berburuk sangka pun dengan orang. Selepas lari dari hospital tu, aku masih sama. Masih sakit, tapi kali ni lebih teruk sebab aku dengan Elizad sakit. Takde orang yang jaga kitorang. Housemate masa tu, hmm… usahlah dikenang. Hanya disebabkan kitorang Borneo, diorang tak ambil kisah pun. Siap cakap, “ni apa ni? sampah ke?” waktu ni kitorang terbaring dekat luar sebab tak nak tidur dalam bilik. Aku diamkan saja.",
"Akhirnya mumy aku tahu yang aku kena Denggi. Mana taknya? Hari-hari call, tanya dah sihat ke belum? dah makan ke? Akhirnya, kena bagi tiket penerbangan balik Sabah. Tinggallah Elizad yang masih sakit jugak masa tu dekat Shah Alam. Sakit-sakit pun, dia jugalah yang drive hantar aku pergi Airport. Flight pagi, aku dah dapat kebenaran dari Datin untuk balik Sabah. Masa aku sakit, hampir sebulan aku tak kerja dekat butik. Datin? Dia baik sangat. ",
"Dia nak juga aku kerja lagi dengan dia. Dia sanggup bagi aku cuti (tanpa gajilah). Sampai di Kota Kinabalu (KK), Mumy, Nenek dengan Abah aku jemput aku. Tekejut beruk dorang nampak aku macam mayat hidup berjalan. Muka aku dah pucat, tak bermaya. Aku tak makan kot selama aku sakit tu. Nenek aku pun tengok je aku. Dia hairan kot, aku tak jadi cucu nenek aku yang riang dah. Aku jadi pendiam. Mumy aku masa tu dah pandang aku dengan seribu makna. Pagi tu jugak dorang terus bawak aku balik kampung (kampung aku rahsiakan, ya).",
"Masa dekat kampung, mak aku masakkan makanan favourite aku; sagu (makanan tradisi sabah). Aku makan, tapi tak banyak. tapi Alhamdulillah, sebab mak aku berjaya buat aku makan. Hari kedua dekat kampung, aku dah makin okay. ",
"Tak ada benda yang aku buat. Aku tak minum air yang macam doc suruh. Aku tak minum 100Plus . Mumy aku pun tak nak mengiyakan yang aku sakit sebab denggi. Mumy aku tahu aku ada something tak betul. Hari ketiga, abang aku bawa girlfriend dia balik kampung sebab girlfriend dia nak berubat dengan seorang makcik ni. ",
"Memang suami-isteri diberikan kelebihan untuk mengubat orang yang sakit misteri. Girlfriend abang aku tu terkena dengan ‘Cik kak’ yang menumpang dalam badan dia. Dia dapat dari jalanraya dekat kampung aku ni juga. Biasalah, kampung kan? Masa diorang nak berangkat nak pegi rumah makcik tu, aku tak tahu pun yang aku akan ikut. Aku bersiap je macam biasa, pakai baju tidur. Dorang jalan siap bawa abang aku dua orang, cousin aku dua orang lelaki. Apasal tak bawak perempuan je? Last-last aku yang diorang bawak, dengan alasan untuk temankan girlfriend abang aku tu. Aku tak membantah, aku follow. So Mumy aku, aku dengan girlfriend abang aku and empat jejaka tu pun pergilah ke rumah makcik tu selepas maghrib. Dua buah kereta.",
"Sesampainya kitorang dekat situ, pesakit dah berubah arah. Mulanya gf abang aku yang nak kena bawa pergi berubat. Tapi aku yang dibaringkan.",
"Aku blur, aku dengar mumy aku bercakap dengan makcik tu, “anu bah, dia ni di KL. Saya rasa ada orang dengki dengan dia. Jadi tiba-tiba sakit. Sebelum sakit ada macam-macam dia dengar di tempat kerja dia, kita tolong dulu tengok anak saya tu.”",
"Makcik tu senyum je tengok aku. Bermula la aku yang diubat, aku sedar yang makcik tu duduk sebelah kanan aku, pasangkan Yaasin dan baca ayat al-Quran. Itu aku dengar. Bila aku ingat lagi. Aku dekat bilik mandi, badan aku dah basah dengan baju tidur aku tu. Sesi berubat aku tak ingat langsung, tapi kuku ibu jari aku sakit gila macam lepas terkena tukul dan belakang aku dekat tulang belikat tu sakit macam ada something yang tengah mengenggam. Mumy aku cerita dekat aku, memang ada orang hantar someting dekat aku melalui makanan. Makanan…",
"ZAPP! Aku baru teringat! Hanya Kak Zu seorang saja yang pernah paksa aku makan kuih karipap yang dia beli, “Makanlah Kyra, kesian Kak Zu takde orang nak teman kak Zu makan. Ni Kak Zu belikan Kyra Karipap. Makanlah. Jum, makan.”",
"Dan karipap tu memang sudah diasingkan pun. Dan aku pun makan. Mumy aku cerita, masa aku dengar bacaan Yaasin tu, aku dah menjerit kuat sangat sampai semua orang terkejut. Mana tak tekejut, masa datang aku relax macam tak sakit. ",
"Di tempat tu ada beberapa orang lagi yang menunggu giliran untuk berubat. Makcik tu sentuh kuku ibu jari aku macam sentuh keypad phone je mumy aku cakap, tapi jeritan aku seolah olah jari aku tengah dikerat-k***t minta makcik tu lepaskan, sambil aku menjerit cakap “sakittttttttttttttttttt! sakitttttttttt!” Tidak cukup dengan Ibu jari, makcik tu meletakkan jari telunjuknya d perut aku, aku menjerit kesakitan. Empat jejaka yang mumy aku bawak tadi dah di kiri dan kanan aku kaki dan tangan aku semua dah dipegang kuat. ",
"Tapi aku masih boleh bergerak dan dua orang yang memegang kaki aku boleh terlepas dan dapat tendangan free, bukan budak belasan tahun yang pegang aku dah umur puluhan . Kuat sangat sampai berulang kali makcik tu pasang yassin. Sampai makcik tu tolak tangan dia seolah olah tengah buat yoga ah, kat belakang aku dan aku muntah. Guys, aku makan sagu and ikan goreng je 30minit sebelum aku kene bawak jalan. Tapi aku muntah apa? Aku muntah benda putih macam serbuk sabun pun ada gak ,Muntah dalam bekas besar tpt yang selalu kita guna utk letak sayur or ikan tu tinggi muntah aku 1 inch,hebat! warna putih dan muntah aku paling last benda hitam macam rambut diikat. ",
"Dan aku rebah dan dimandikan untuk bagi balik semangat aku. Dan makcik tu mmg ada cakap dengan aku, “orang tu dengki dengan kerja kau nak, biarla dia”. Mumy aku cakap jugak, makcik tu tau yang orang yang menghantar dengan aku guna ilmu siam. Dia lembut, dia dengki dengan aku . Sebab aku dapat apa yang dia nak. Aku lebih disenangi and disayangi datin walaupun datin baru kenal aku. Dan boleh pecaya kat aku. Dan bawak aku gi mana mana dengan datin, sampai orang anggap aku anak datin tu. Sedangkan aku tak cerita pun apa apa pasal Kak Zu tu dgn Mumy aku. Aku tak nak dia risau.",
"Malam tu aku ceritakan semuanya dengan datin pasal aku disantau kerana hasad dengki. Datin mintak maaf dengan aku dan dia pun ceritakan yang dia lama tak pegi butik sebab dia rasa benda yang sama, rasa macam benda besar kat office tu. ",
"Kat rumah sihat, bila keluar nak pegi butik terus tak sihat sakit kepala. Masa aku kat Sabah hari pertama tu datin dah bawak Ustaz untuk tengok tengok kan butik, bukan 1, tapi 26 belaan yang dia tinggalkan kat butik tu. Dan alhamdulillah semuanya sudah dihapuskan, malah Ustaz tu juga ada cakap yg bukan datin seorang yang kena. Aku jugak terkena. Datin pun disantau, tapi santau jenis apakah aku tak boleh nak ceritakan . Dan selepas semuanya aku tahu, kira macam aku dah sihat laa, baru aku ingat dan sedar, setiap kali aku menyapu kat luar butik tu, setiap hari, aku jumpa pasir yg sama . pasir pantai dan berbatu batu, banyak! bukan setakat kat depan butik, malah disetiap penjuru butik. Dan di toilet butik tu ada satu calitan minyak yang tak boleh hilang walaupun dah dibersihkan. ",
"Dan ada 1kali tu toilet tu kak Zu kunci dari dalam dan kunci toilet tu takde kat butik selama seminggu toilet tu berkunci dan selama seminggu tu kalau petang je dengar bunyi air sedangkan pintu tak dapat bukak. Bila ditanya Kak Zu akan cakap “Kak Zu tak sengaja kunci. Ingatkan ada orang kat dalam” Logik ke dia cakap macam tu? Bila aku balik Shah Alam Aku dah sihat. Dan aku bukan kene denggi pun. Yang betul betul kene denggi si Elizad dan dia kene admitted kat HKL selama 2 hari dan selama 4 hari dia demam nasib baik dijaga oleh pakcik yang tinggal kat KL.",
"Habis cerita disantau, Kak Zu seolah olah dapat tau yang aku dan datin dah sihat,tapi aku tak sihat sepenuhnya, kesan dari disantau tu sampai sekarang aku rasa hidup tak normal huhu.Kak Zu pun dah keluar dari menyewa di butik tu. Selepas Kak Zu takde , ramai customer yang datang dan tanya “ni kedai baru ke? dah lama ek? hari hari makan kat sebelah , selalu tutup je kedai ni.” see? orang tak nampak pon kedai ni bukak setiap hari. ",
"Tak pernah tutup, kalau tutup pun akan kene tinggal notes and no phone. Sehinggalah last aku berkerja di butik tu bulan 9 2016. Butik tu dilepaskan dengan orang lain, sebab “dia” takkan berhenti hantar ‘benda’ tu sampai butik tu jadi milik dia atau Aku atau datin tinggalkan butik tu. At last, Aku berhenti kerja , datin jual butik tu. Owner baru nak aku kerja dengan dia sbb dorang dah pernah tengok aku berkerja dengan datin , tapi aku serik, aku pilih untuk berehat. ",
"Datin memang baik aku berhenti secara rela, dia bagi aku amek apa je yang aku nak kat butik tu dan dia bayar gaji aku bulan tu double pay.Dan kisah Kak Ina berhenti 2hari selepas aku bekerja tu , itu pun angkara Kak Zu ni. Dia yang membuatkan Kak Ina berhenti kerja. Kak Ina tak tahan dan blah ah.TAMAT",
"THANK YOU ADMIN FISKSYEN SHASHA."
] | [
"cerita lama2 di dalam fiksyen shasha ni memang best, sy sokong admin post semula cerita2 lama. memang beza dgn cerita2 baru"
] |
https://fiksyenshasha.com/aku-jadi-rindu-teramat-pada-mia-terkena-sihir-cinta-di-ambang-perkahwinan/ | “Aku jadi rindu teramat pada Mia”- Terkena sihir cinta di ambang perkahwinan. | [
"Aku mempunyai seorang kawan baik dan dia seorang perempuan.Ramai orang kata berkawan baik dengan lain jantina menyusahkan tetapi tidak bagi aku kerana kami saling memahami antara satu sama lain tambahan pula dengan perwatakkan dia seperti seorang lelaki lagi la aku ngam.Dia ku beri nama Mia.",
"Mia ni aku kenal dari zaman universiti entah macam mana aku boleh rapat dengan dia sampailah ke alam perkerjaan kami masih lagi berhubung.Hujung minggu pasti kami akan melepak sehingga lewat malam.Tapi ada satu perkara aku tak tahu dan aku tak sedar sepanjang perkenalan kami.",
"Seperti selalu aku pergi berjumpa Mia tetapi kali tu aku bukan datang sorang tapi aku datang dengan tunang aku(Sya).Masa aku kenalkan mereka berdua buat kali pertama reaksi Mia lain sangat seperti tidak berkenan dengan apa yang aku buat.Masa tu aku fikir mungkin Mia tiada mood ataupun bendera merah.",
"Selepas pertemuan kami bertiga pada malam itu.Aku mula sibuk dengan hal-hal perkahwinan memandangkan majlis kami akan berlangsung tidak lama lagi.Kesibukkan aku menyebabkan aku tidak lagi melayan Mia seperti selalu.Bila Mia whatsapp aku,aku hanya bagi bluetick tak pun dua tiga perkataan yang aku balas.Bila Mia ajak aku keluar aku tolak atas alasan sibuk.Mia pula selepas aku tolak ajakan dia,dia makin lama makin hilangkan diri dan tidak kacau aku lagi.Bagi aku mungkin dia faham situasi aku.",
"Seminggu kemudian aku jadi rindu teramat pada Mia,rindu yang sukar ditaksirkan.Sesiapa yang pernah ‘terkena’mungkin faham keadaan aku waktu itu.Semua kerja aku buat semua jadi serba tak kena.Setiap masa setiap detik aku hanya membayangkan wajah Mia sahaja sehinggakan solat pun aku tinggal.Malam malam aku akan bermimpi Mia datang dekat aku ajak aku ikut dia ke sebuah pondok usang dan aku hanya mengikut tanpa sebarang bantahan.",
"Bila aku jumpa dengan tunang aku.Aku jadi panas baran semua dia buat semua salah dimata aku.Aku tengking dia aku marah dia.Ayat putus tunang sentiasa aku sebut tapi Sya masih lagi setia dengan aku.Pernah dia menangis depan aku tanya apa salah dia dekat aku sampai aku berubah 100% tapi aku hanya diam.",
"Persiapan Kahwin aku dah tak cara.Semua aku biarkan mak dan tunang aku uruskan bagi aku semua tu dah tak penting yang penting aku kena cari Mia.Ada satu hari tu masa aku keluar dari office aku nampak Mia tengah berdiri di tengah jalan raya.Aku yang macam hilang kewarasan terus lari dapatkan ‘Mia’ nasib Tuhan masih beri peluang untuk aku hidup ada seseorang tarik aku dari jalan raya kalau tidak tubuh aku dah hancur kena langgar dengan lori minyak.",
"Sejak kejadian tu aku dah makin teruk.Setiap sudut aku nampak Mia,aku akan cakap sorang sorang seolah olah Mia wujud dihadapan aku.siapa yang ada disisi aku waktu tu memang boleh buat kesimpulan yang aku dah gila.Bila magrib aku akan bau badan Mia dan time tu aku akan hilang pertimbangan aku akan cari jalan nak keluar dari rumah.Untuk makluman aku tinggal dengan mak aku jadi bila waktu magrib dorang akan simpan kunci untuk elakkan aku larikan diri pernah sekali abang aku sampai buka langkah silat dia untuk kawalkan aku.",
"Tunang aku pula akan melawat aku setiap hari.Tiap kali dia tengok aku dia akan menangis.Kalau kenangkan balik banyak air mata tunang aku jatuh disebabkan aku dulu.Maafkan abang sayang.Kalau aku waras masa tu dah lama aku lap air mata dia aku pujuk dia tapi korang tau apa aku buat masa dia nangis?Aku hanya gelakkan dia sambil mulut minta putus dan ayat yang paling tunang aku ingat sampai sekarang adalah”Dam milik aku selamanya dia hak aku.”dan disebabkan ayat itu tunang aku sentiasa berjaga jaga sehingga sekarang.",
"Bila keadaan makin sukar dikawal keluarga aku buat keputusan untuk bawa aku pergi berubat dengan pakcik aku dikampung,tunang aku pun ikut sekali.Pakcik aku marahkan mak dan ayah aku sebab tak ubatkan aku dari awal lagi kalau lagi lama aku dibiarkan aku boleh jadi gila sepenuhnya.",
"Malam tu pakcik aku suruh duduk dihadapan dia dan aku hanya ikut tanpa membantah.Pakcik aku pegang kepala aku sambil mulut terkumat kamit membaca ayat ayat suci Al-Quran.Masa tu jantung aku berdegup kencang dan rasa sakit kepala yang teramat sangat macam nak pecah kepala aku.Perasaan aku bercampur baur sekejap rasa marah sekejap sedih.Aku tekup muka aku dengan tangan.Aku menangis semahu mahunya bagai tiada hari esok buat aku.",
"“lepaskan aku.”-Aku“siapa kamu?”-Pakcik“aku sayang dia!Selamanya dia milik aku!”-Aku“Dia milik Allah!Siapa kamu?Siapa yang mengirim kamu untuk menganggu dia?Pergi kamu dari tubuhnya atau aku kan menyeksa kamu dengan ayat ayat Al-Quran”-Pakcik.“Kau tidak perlu tahu semua itu.Kalau aku pergi tuan aku akan seksa aku!”-Aku.",
"Pakcik aku tidak membalas mungkin hanya membuang masa sahaja berbual dengan jin yang belum tentu ada kesahihan dalam setiap percakapannya.Sebaik sahaja pakcik aku laungkan nama Allah terus dia melibas aku dengan kain serban.Aku pula masa tu menjerit kuat dan kemudian aku pengsan.Tidak perlu aku nyatakan bagaimana proses seterusnya untuk mengeluarkan jin dari badan aku mungkin sama seperti korang tengok dalam youtube atau sebagainya.",
"Sedar sedar aku dah terbaring tengah rumah dan aku lihat Pakcik aku tengah merawat tunang aku.Aku hanya baring dan memerhati setiap perbuatan pakcik aku.Aku langsung tiada tenaga untuk bangun sendiri.Tubuh aku terlalu letih dan penat dalam masa yang sama aku menangis mengenangkan perbuatan Mia terhadap diri aku.Aku tak sangka yang dia sanggup buat aku begini.",
"Pakcik nasihatkan aku kalau boleh jangan jumpa Mia lagi atau lost contact dengan dia.Takut lagi teruk Mia kerjakan aku nanti.Selepas semuanya selesai aku kembali jalankan kehidupan seperti biasa dan aku kembali bertanggungjawab dalam uruskan urusan perkhawinan.Malam sebelum majlis aku dapat whatsapp daripada Mia yang dia nak jumpa aku malam tu.Aku terus bersetuju bagi aku ada perkara yang ingin kami selesaikan dan aku juga membawa adik lelaki aku sebagai tanda berjaga jaga.",
"Pertemuan yang aku anggap boleh selesaikan masalah antara aku dan Mia bertukar menjadi masalah yang besar apabila Mia naik angin dengan perbuatan aku yang bertunang secara senyap tanpa pengetahuan dia.Segala ayat makian aku dapat masa tu dan Mia bagitahu aku yang dia tolak pinangan lelaki lain kerana aku.Dia ingat sebelum ni aku juga ada perasaan ke atas dirinya rupanya dia syok sorang selama ini.Keadaan makin bertambah buruk bila adik aku pula masuk campur.Adik aku ugut Mia kalau Mia berani nak sihir aku lagi sekali,adik aku akan buat lagi teruk dari apa Mia buat dekat aku dan jawapan Mia buat aku bertambah serabut.Mia kata memang dia nak ‘hantar’ dan Mia nak bagi dekat adik aku sekali biar jadi pengajaran atas mulut puaka adik aku.",
"Pertemuan kami berakhir bila adik aku hampir sahaja pukul Mia dekat situ.Malam tu aku fikir macam macam sampai aku tak tidur.Aku takut Mia akan buat seperti dia cakap kalau kena aku sorang takpa tapi kalau adik aku dengan bakal bini aku macam mana?Aku tak sanggup tengok diorang sengsara atas masalah aku dengan Mia.Malam tu aku menangis aku tak kuat nak lalui dugaan yang Allah bagi dekat aku dan aku ragu ragu untuk teruskan perkahwinan aku esok hari.Selepas sembahyang subuh mak dan ayah aku panggil aku dan adik.Adik aku dah ceritakan pasal semalam dekat mak aku.Ayah aku punyalah marah aku sebab aku pergi jumpa Mia tanpa pengetahuan dorang,adik aku pun kena atas mulut celupar dia.Mak aku pula nasihat aku supaya aku sabar kerana mungkin itu semua dugaan ke atas aku,biasalah bila dah masuk fasa tunang banyak dugaan yang kena tempuh.",
"Berbekalkan kata kata semangat dari keluarga aku,aku teruskan juga perkahwinan haritu.Tepat pukul 11.30 aku dan Sya sah jadi suami isteri.Tapi masa tu aku rasa kosong aku tak gembira langsung,dalam kepala otak sibuk fikirkan masalah yang aku akan hadapi nanti.Malam hari berlangsung majlis persandingan.Aku tunggu juga Mia tapi Mia tak datang,mungkin dia dah boleh terima kenyataan.",
"Habis sahaja majlis aku terus masuk tidur,aku rasa letih sangat mungkin penat melayan tetamu atau sebagainya.aku tinggalkan bini aku dan ahli keluarga aku yang sibuk buka hadiah.Masa aku tidur lagi sekali aku mimpi Mia macam dahulu tapi Mia hanya berdiri dan senyum dekat aku,senyum dia lain macam.Lepas tu aku mimpi pula yang aku ada dekat satu rumah kosong dekat situ ada Mia dengan seorang dukun,Mia bagi gambar aku dan adik aku dekat dukun tu,Mia ada cakap tapi sepatah haram aku tak faham.",
"Pagi bila aku bangun aku rasa sedih teramat sangat.Aku rasa impian aku selama ni musnah bila aku kahwin dengan Sya.Aku tanya Sya betul ka yang dia cintakan aku.Sya kata kalau dia tak cinta dia tak akan kahwin dengan aku.Aku suruh Sya buktikan cinta dia dengan cara Sya rela aku lepaskan dia.Sya senyap lepas tu terus dia keluar bilik,aku perasan yang Sya lap air mata.",
"Lepas Sya keluar aku gelak sorang sorang rasa puas dengan apa yang aku buat kemudian aku rasa benci yang teramat aku keluar dari bilik dan aku cari Sya dalam fikiran aku waktu aku nak Sya m**i.Waktu ni memang aku dah hilang kawalan ke atas diri aku.Aku terkam Sya yang tengah nangis dekat dapur.Aku tarik tangan Sya paksa Sya bangun lepas tu aku hempuk kepala Sya dekat dinding berkali kali.Mak aku yang ada dekat dapur dah jerit minta tolong.Kebetulan pakcik aku ada dia terus pegang kepala aku,aku jatuh terduduk.Dorang usung aku bawa pergi ruang tamu.",
"“Dam mengucap”-Pakcik“Aku nak dia m*i!”Akusambil tunjuk ke arah Sya*“Apa yang kau tak puas hati dengan dia?”-Pakcik“Dia rampas hak aku”-Aku.“Siapa hak kau?”-Pakcik“Ni!Laki ni aku punya”-Aku Sambil tangan tunjuk ke arah aku“Lelaki ni bukan hak sesiapa kecuali Allah.Keluar kau dari tubuh dia dan jangan pernah masuk lagi”-Pakcik.“Kau diam orang tua,aku tak akan pergi selagi urusan aku tak selesai”-Aku",
"Aku bangun sasaran aku hanya satu,Sya.Aku melompat seperti seekor harimau yang ingin terkam mangsanya tapi pakcik aku lagi pantas dia libas aku dengan kain sejadah.Aku jatuh terguling dekat lantai.Aku mendengus,aku bangun serang pakcik aku pakcik aku buka langkah silat berlaku sedikit pergelutan tetapi pakcik aku berjaya kunci pergerakkan aku.Dalam masa sejam akhirnya benda tu mengalah dan keluar dari tubuh aku.",
"Lepas selesai hal aku pakcik aku panggil adik aku.Pakcik aku bagi air yang telah diruqyah kemudian digosok belakang badan adik aku dari pinggang hingga ke kepala masuk kali ketiga adik aku mula muntah paku dan serbuk kaca.",
"Selesai semuanya pakcik aku buka cerita sebenarnya dari semalam lagi dia dah rasa ada yang tak kena dengan aku dan adik aku tapi pakcik aku saja buat tak tahu sebab tak nak bertindak dahulu selagi benda tu tak buat hal dan malam lepas aku jumpa Mia ada yang mengikut kami.Pakcik aku bagi aku last warning kalau lepas ni aku jumpa Mia,dia dah tak nak tolong aku lagi.",
"Sya pula dekat seminggu trauma dengan aku,dia takut aku naik hantu dan pukul dia macam dulu.Penat aku buktikan yang aku dan ok tapi aku faham kalau aku ditempat dia aku pun akan trauma.",
"Korang nak tahu apa jadi dengan Mia?Sebulan selepas tu Mia excident dan masuk icu,masa tu aku turun jumpa Mia selepas dapat kebenaran dari mak dan ayah aku.Seminggu juga aku ulang alik tengok Mia,sapa tak sayang kawan walaupun dia buat aku macam tu dahulu.Aku dan isteri pun dah maafkan dia.Lapan bulan yang lepas Mia dah disahkan menjadi isteri abang aku(mesti korang ingat dia m**i kan,tak baik tau)",
"Masa Mia sedar,dia datang berlutut dekat aku dan sekeluarga mohon maaf atas semua apa yang dia buat dekat aku dengan Sya.Alhamdulilah mak ayah aku pun maafkan dia dan perancangan Allah sangatlah baik Mia berkahwin dengan abang aku.Abang aku berjaya didik Mia sekarang Mia dah cantik dari segi pakaian,sasiah dan ahklaknya tapi secantik Mia cantik lagi bini aku,Sya hehehe.",
"Sekian,kisah dari aku.Aku mohon maaf atas kesilapan aku haritu. Terima kasih kerana sudi baca dan aku harap kisah aku ni dijadikan pengajaran untuk korang semua dan aku harap korang tak menghukum Mia terlebih dahulu, Mia dah bertaubat dari semua ni. Sedang Allah boleh maafkan umatnya kenapa tidak kita?"
] | [
"cerita ” kopi pes ” … dulu tajuknya sihir cinta…..",
"Fuhh boleh buat drama ni..",
"Eh risau lah, dia masuk family awak, entah2 ada tujuan lain. bukan menuduh tapi pelik, macam mana dah jatuh cinta dengan awak, tiba2 nk kahwin dengan abg awak? pertalian d***h dgn awak tu. jgn nk runtuhkan sekali lg mahligai awak dgn sya sudah la. bykkn solat, baca ayat-ayat pelindung, surah al-baqarah sentiasa dibuka dirumah diradio dan di mana2. dan jgn rapat dgn mia walau dia jd adik ipar awak. hati isteri kena jaga juga"
] |
https://fiksyenshasha.com/dia-bertenggek-atas-dahan-pokok-yang-peristiwa-benar-di-kg-melayu-subang/ | “dia bertenggek atas dahan pokok yang ..”- Peristiwa benar di Kg Melayu Subang | [
"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga FS. Alhamdulillah kisah aku yang pertama bertajuk TOYOL telah selamat disiarkan, seperti yang telah aku janjikan kali ini aku ingin kongsikan satu lagi peristiwa iaitu bertajuk ‘LANGSUIR?’.",
"Sebelum itu ingin aku memperkenalkan lagi diri, aku dikenali dengan panggilan nama Arm. Peristiwa yang ingin aku kongsikan kali ni juga berkisah tentang peristiwa yang aku lalui sendiri dan masih di lokasi kawasan lot perumahan lama aku di Kg. Melayu Subang.",
"Peristiwa ini berlaku pada tahun 2000 ketika aku darjah 6. Kawasan perumahan aku banyak hutan, kawasan kampung kan, depanrumah hutan, belakang rumah kebun getah. Aku ada ramai kawan, seiring dengan usia aku 12 tahun pada waktu itu. Merayap dengan berbasikal adalah hobi kami ketika cuti sekolah atau hari minggu, tetapi kami akan balik rumah sebelum jam 6.30 petang kerana kami akan berjumpa semula di masjid untuk mengaji selepas berjemaah maghrib.",
"Nak dijadikan cerita suatu petang hari, hujan renyai tetapi tidak mematahkan rutin wajib aktiviti kami iaitu meronda dengan basikal, aku bersama lagi 4 orang kawan rapat iaitu Zul, Akmal, Azim dan Rizal menjadikan kami lima orang hero peronda kampung kental dan nakal setiap minggu. Mereka ni tinggal di bersebelahan lot perumahan aku. Tengah seronok meronda dan menyinggah port lepak kawan-kawan lain, berbual sesama sendiri tiba-tiba Zul buka cerita tentang seorang rakan sekolah kami yang bernama Johan khabarnya hilang sudah dua hari, peristiwa tu memang kami sudah sedia maklum kerana dah heboh satukampung. Johan ni tinggal di kawasan perumahan PKNS, berhadapan dengan sekolah menengah, kiranya jauh jugalah dengan perkampungan kami. Sebelum ni Johan juga kaki lepak, tapi semenjak kehilanganya perumahan PKNS dan sekitar jadi sedikit huru hara, polis dan rela keluarmasuk untuk mencari Johan.",
"Petang tu entah macam mana datang idea gila si Akmal ajak kami semua turut serta mencari Johan, pada mulanya aku menolak bukan sebab takut cuma jam pada waktu tu sekitar jam 5 petang. Oleh kerana pujukan kawan-kawan aku juga setuju untuk terjebak kerja gila ni, aku katakan ianya kerja gila kerana lokasi yang mereka sepakat untuk mencari adalah kawasan larangan iaitu di kebun getah terbiar sekitar 200m belakang kawasan lot perumahan aku. Untuk pengetahuan, kebun getah tersebut hampir30tahun terbiar, rumputnya paras dada di hadapan kebun tersebut merupakan jalan alternatif untuk pergi ke masjid dan sekolah aku, senang cerita hari-hari aku lalu jalan tu tapi tak pernah pernah berseorang diri pada waktu malam kerana keadaannya sangat gelap dan pada waktu siang pun akan nampak suram dan mendung kerana dahan-dahan pokok getah tu yang telah menutupi langit.",
"Bermulalah kerja gila kami dengan memasuki kebun getah larangan tu, ianya jadi larangan kerana pernah ada terjadi kes pembunuhan bersiri 30tahun dulu(sekitar tahun 1969) di kebun tersebut, tetapi pelaku dan mangsa bukan warga sekitar, ianya orang luar dan si pelaku telah ditangkap dan telah dibicarakan, entah kenapa kebun tu masih terbiar walaupun kes tersebut telah selesai. Setibanya kami di hadapan kebun tersebut, basikal kami susun elok-elok dan kunci, tiba-tiba Rizal menyatakan yang dia rasa tidak berani nak masuk, oleh kerana diejek dengan yang lain dia pun akur turut serta, didalam kebun tu agak sukar nak redah sebab rumput dan ranting yang patah menyukarkan laluan, sambil menjengah kawasan sekitar kebun kami juga memanggil nama Johan dan sememangnya tak akan ada yang menyahutlah sebab kami bukan tahu kat mana Johan hilang.",
"Terasa pelik dan hairan kami semua pada waktu tu kerana pertama kali melihat ulat gonggok sebesar ibu jari kaki dan banyak rama-rama berwarna warni beterbangan, walaupun masih bimbang dan curiga kerana kami sedar yang kami masih di dalam kebun getah larangan tapi semakin dalam kami masuk semakin bertambah keunikan sehinggakan kami leka dengan keadaan sekitarnya. Kami terus terlupa tentang Johan dan rasa seronok seperti berada ditaman yang indah, rumput pun bagaikan baru d******g dan ranting dahan-dahan patah juga tiada, kawasan tu jadi semakin bersih dan segar.",
"Tiba-tiba… Arm..Arm!…Arrmm!!!…terus aku bagaikan tersentak dari mimpi, lutut terus rasa lembik, aku dengar bagaikan suara ibu aku panggil nama aku dengan nada yang marah, dengan secara tiba-tiba taman yang indah tu semuanya hilang, dan jadi gelap gelita, lutut aku punyalah menggigil nak melangkah pun tak boleh, aku terduduk tenangkan fikiran dan tengok jamdilengan dah pukul 8malam… APA!! 8malam?? Aku pun beristghfar banyak kali kelu dan keliru dengan apa yang telah berlaku. (aku tengah karang ayat ni pun bulu roma aku menegak) Sesekali aku melihat kelibat orang dikawasan depan aku, aku panggil semua nama kawan-kawan aku tapi tak ada yang menyahut, aku gagahkan kaki yang masih menggigil untuk bangun dan pergi kearah kelibat orang yang aku nampak tadi, makin lama makin laju aku melangkah entah macam mana aku dapat kekuatan tupun aku tak tahu, sampai saja di kelibat orang tu aku terus tepuk bahagian bahu dia dan dia pun menoleh, yes!! Azim!! aku jumpa Azim tapi dia macam aku jugak sewaktu baru sedar tadi, masih keliru. Selepas beberapa minit Azim dah mula sedar dan dah tenang, aku pun bagitahu dia yang kita kena cari yang lain juga tapi oleh kerana keadaan yang gelap dan hujan renyai menyukarkan kami mencari yang lain tambah pula suasana yang menyeramkan.",
"Kami gagahkan juga pencarian walaupun dalam keadaan takut, tiba-tiba kami dengar suara orang menangis, kami takut untuk mencari suara menangis tu tapi kami tiada pilihan dan akhirnya kami jumpa Rizal yang sedang bercangkung menangis, nampak je kami terus lagi kuat dia menangis, Rizal ni memang seorang yang penakut dan anak manja. Rizal cerita tadi selepas dia sedar, dia bersama Akmal tapi entah tak tahu Akmal pergi mana dan dia hanya dapat tunjuk arah sahaja, Rizal cerita dia tersedar sebab seronok tangkap rama-rama tiba-tiba kaki dia tersadung dan dia terjatuh lepas tu terus tersedar. Sedang berjaga-jaga mencari yang lain, Rizal ternampak kelibat orang sedang lari dari jauh dan dengar sayup-sayup suara jeritan, aku dan Azim juga turut terperasan tentang tu, oleh kerana kami terasa kelibat tu macam pelik kami pun menyorok la dulu disebalik pokok getah, semakin lama semakin kuat kedengaran dan semakin jelas kelihatan kelibat tersebut tapi yang peliknya suara jeritan tu macam kami kenal, bila semakin hampir Azim tepuk aku bagitahu yang menjerit dan sedang berlari tu ialah Zul sebab Azim perasan kelibat tu berbaju putih dan Zul memakai T-shirt putih, jadi kami pun pekik panggil nama Zul, menyungkur berhenti dari lari dan melencong kearah kami, Zul dalam keadaan sangat takut sehingga terketar seluruh badan dan tercungap, dia kata “lari…jom lari”, terus dia heret tangan aku dan yang lain turut sama lari walaupun kami tak tahu mana arah yang sepatutnya.",
"Sampai satu tahap kami sangat penat berlari dan aku suruh semua berhenti dan berehat dulu di bawah satu pokok getah yang hampir, kami semua pun duduk sambil tercungap tapi Zul bercangkung sambil menjenguk kawasan sekeliling macam ada sesuatu yang tidak kena, yelah kami tengah sesat dan gelap gelita apa-apa pun kena bertenanglah kan, oleh kerana lihat keadaan Zul ni semacam Rizal pun tegur dan tanya kenapa, dengan selamba Zul cakap tadi dia kena kejar sebab tu dia lari lintang pukang, aku tanye lari dari apa tapi Zul keliru untuk terangkan cuma yang jelas benda tu melompat-lompat dari dahan ke dahan yanglain, dan benda tu besar tinggi. Kami yang lain mendengar cerita Zul bertambah keliru untuk meneka, yang Rizal pula tanya “hantu ke?”, Azim terus tepuk belakang Rizal dan buat isyarat supaya senyap, si Rizal pula terus tunjuk reaksi penakut dia dan mula menangis sambil menghimpit rapat ke Azim. Aku lihat Zul semakin tenang dan aku mula minta dia cerita dengan jelas supaya boleh faham dan akhirnya Zul bagitau yang mengejar dia tadi sah bukan haiwan dan apakan lagi manusia, ianya benda lain.",
"Aku melihat jam dah pukul 11malam, aku ada juga terfikir yang tadi berlari lama dan jauh jarak kami lari, tapi kenapa tak sampai penghujung kebun ni lagi dan setahu aku kebun getah larangan ni bukanlah besar sangat, tiba-tiba Azim tegur Rizal supaya duduk jauh sikit sambil mengais-ngais bahunya yang dia terasa seperti ada benda, dalam samar-samar Azim pun pegang la benda tu dan kami yang lain pun tenung supaya nampak jelas, pelik apa benda ni? lepas tu kami cari punca dari mana benda tu terjuntai, kami dongak atas rupa-rupanya…PAUSE!!…hhmmmm…Aku tak tahu macam mana nak terangkan sebab samar-samar, muka ‘dia’ tak jelas, ‘dia’ berbaju putih yang kotor dan sangat lusuh, ‘dia’ ada tangan yang panjang dan hitam serta kuku yang panjang atau jarinya yang panjang aku kurang pasti, ‘dia’ bertenggek atas dahan pokok yang Azim dan Rizal sandar, danyang pastinya benda yang diatas bahu Azim tu adalah rambut ‘dia’!!. PLAY!!.. Kami semua tergamam dan sejujurnya aku terkencing dalam seluar, kaku dan menangis tiba-tiba Zul menjerit AAARRRGGGGHHH!!!!.. Aku, Rizal dan Azim macam tersedar dan terus berlangkah sejuta lintang pukang tapi kami masih tak berpecah, kami lari satu arah yang sama, sesekali aku toleh belakang dan nampak ‘dia’ macam melompat dari satu dahan ke dahan yang lain, sekali tu je aku berani toleh belakang, sangat takut pada waktu tu, kami berlari sambil kencing dan sambil menangis..hhmm susah nak bayangkan.",
"Bersungguh punya lari akhirnya kami sampai di satu kebun, tapi tak pasti kebun apa cuma tanamannya paras betis sahaja, bermakna kami dah melepasi penghujung belakang kebun getah larangan tersebut. Kami berhenti seketika untuk bernafas dan toleh belakang, manalah tahu kalau ‘dia’ masih kejar lagi kan, tapi ‘dia’ dah hilang dari pandangan kami atau kami yang tak nampak, entah lah yang penting kami masih selamat. Jam dilengan aku dah pukul 12.15tengah malam dan kami masih lagi menangissambil berlari ke arah rumah yang berdekatan, dan kelihatan rumah tersebut macam ramai sangat orang sampai je depan rumah tu baru aku perasan yang mak ayah kami dan beberapa orang kampung berkumpul beroperasi mencari kami dan rumah tu adalah rumah ketua kampung, kami terus peluk mak ayah masing-masig sambil menangis minta maaf dalam keadaan berbau hancing. hahaha… Aku lain siki, kena pulas telinga dulu baru dapat peluk, tak sempat aku nak bercerita apa yang terjadi, tiba-tiba terdengar suara perempuan.. “nampak Akmal tak?..mana Akmal?”…yaaa Akmal masih hilang!!.",
"Selepas kami dijirus dengan air paip diluar rumah sehingga bersih, isteri ketua kampung hulur kain pelikat untuk kami salin pakaian dan naik dalam rumah. Orang kampung termasuk ketua kampung dan ayah-ayah kami bersiap sedia untuk mencari Akmal didalam kebun getah larangan, ibu-ibu tunggu dirumah ketua kampung, aku sempat pesan pada ayah dan ketua kampung yang tadi kami dikejar oleh lembaga, tapi dengan selamba diaorang jawab “ooo..langsuir la tu”. Aku dengan stress fikir kenapadiaorang nampak biasa je, tak takut ke?…hampehh… Sewaktu salin pakaian dengan kain pelikat, kami perasan yang kaki tangan kami banyak sangat luka dan calar-calar, Oleh kerana penat sangat kami berempat terlelap diruang tamu berkain pelikat sahaja. Aku anggar dalam 45minit kemudian diaorang semua balik ke rumah ketua kampung sambil memapah Akmal yang tengah lesu dan masih lagi dalam khayalan. Ayah aku bagitahu yang jumpa Akmal ialah Ustaz Halim, Ustaz ni yang mengajar kami mengaji, mereka jumpa Akmal dalam keadaan tengah tidur sambil peluk dahan yang patah bagaikan peluk bantal, tapi akmal masih lagidalam keadaan khayal, selepas Ustaz bacakan doa pada segelas air kosong merenjis ke muka Akmal barulah Akmal sedar dan keliru, lepas beberapa minit baru dia pulih sepenuhnya, yang buat aku dan yang lain geram, Akmal dapat tidur lena, yang kami pula dapat kena kejar, padahal ni semua plan asal si Akmal. Keesokannya kami seminggu demampanas…kecuali Akmal..Hiisshhh….",
"Korang semua mesti ada tertanya apa terjadi pada Johan kan? selang 3hari kemudian, orang-orang masjid dan pihak polis jumpa Johan di dalam pondok usang di sebuah estet bersebelahan dengan sekolah menengah, tapi yang kelirunya pada cerita orang ramai, si Johan bagitahu dia baru keluar 5jam sahaja, dia sendiri pun keliru bila lihat orang ramai datang pada dia dan dia agak terkejut kerana dia rasa tadi dia berada didalam sebuah rumah tinggi dan besar tiba-tiba berubah jadi pondok usang.Wallahuallam..",
"P/S: Sekarang kebun getah puaka tersebut telah pun bertukar menjadi taman perumahan dan apa yang terjadi pada ‘dia’??",
"Sekian, terima kasih kerana sudi membaca coretan peristiwa aku kali ni..yang akan datang Inn Shaa Allah aku ingin kongsikan peristiwa lain yang bertajuk… ‘TADI TU BUKAN ENGKAU KE?’. Sekali lagi aku mohon maaf atas segala kesilapan dalam penulisan dan penceritaan aku kali ni..anggap ianya sekadar hiburan dan ambil jika ada terselit teladan."
] | [
"cerita ulangan….. dulu tajuknya ” LANGSUIR? ”",
"cerita yang sebelum ni pun cerita ulangan….",
"dah pernah baca di fiksyen shasha sebelum ni. memang best",
"the real ‘komedi seram’"
] |
https://fiksyenshasha.com/pasal-orang-membela-ni-tak-boleh-ziarah-mayat-sebuah-kejadian-benar-di-tanjung-karang/ | “pasal orang membela ni tak boleh ziarah mayat”- Sebuah kejadian benar di Tanjung Karang | [
"Ada satu kisah yang aku nak kongsikan dengan pembaca FS kali ni memandangkan kadang-kadang aku layan la jugak baca kisah seram kat sini dan rasa terpanggil nak kongsi satu cerita ni dengan korang. Kisah ni dilalui sendiri oleh keluarga aku.",
"Kami ni tiada kampung jadi rumah pakcik nenek aku (kira macam atuk sedara aku la) yang terletak di Tanjung Karang tu la satu-satunya tempat yang kami boleh anggap kampung kami. Jadi dah menjadi kebiasaan nenek aku dan pakcik makcik aku untuk ziarah ke sana sekali sekala.",
"Satu hari ni, nenek aku ke Tanjung Karang bersama Pakngah, Makngah dan Cik Quza aku konon-konon nak surprise kan atuk sedara aku la kan. Nak dijadikan cerita, aleh-aleh dorang plak yang kena surprise dengan atuk sedara aku tu. Sampai-sampai je rumah tu, bagi salam dan panggil banyak kali tak ada suara yang menyahut. Nak taknak, Cik Quza aku call la atuk sedara aku tu. Atuk sedara aku jawab panggilan dan memberitahu Cik Quza yang dia ke kebun dengan isteri, meracun rumput. Jadi, dia suruh tunggu sementara di rumah jiran hingga dia balik memandangkan agak lama lagi.",
"Tak lah nak malu sangat tumpang rumah jiran memandangkan nenek aku memang kenal sangat dengan jiran-jiran di situ memandangkan nenek aku membesar kat situ kan. Jarak antara rumah agak jauh tapi masih boleh nampak antara satu sama lain. Memandangkan jiran terdekat di bahagian simpang jalan pun tiada di rumah, rumah jiran terdekat satu lagi jadi pilihan..eh ehhh ‘terpaksa jadi pilihan.",
"Mesti ramai tertanya-tanya kenapa aku sebut terpaksa kan kan kan? HAAA…ni la aku nak cerita ni. Pemilik rumah tu namanya Wak Misnan. Dari dulu lagi semua orang dah sedia tau yang Wak Misnan dan isterinya ada ‘membela’. Masa dengar cerita ni zaman aku kecik-kecik dulu, ada jugak aku pernah tanya pada nenek aku, kenapa orang tuduh Wak Misnan ni membela. Nenek aku cakap, selalu orang nampak dorang laki bini kat mana-mana, tapi kadang tu gelagat mereka aneh. Jalan menunduk dan hanya menjawab ‘hmmm’ jika disapa. Selain itu, mereka juga tidak pernah ziarah mayat. Ada yang kata sebab ada pantang pasal orang membela ni tak boleh ziarah mayat. Ni semua aku tak pasti, aku kurang ilmu tentang ni.",
"Hahhh…panjang aku punya selok belok kan. Maaf la sebab aku memang kurang arif pendekkan cerita.Ok, kita sambung masa nenek aku dan robongan mak jemahnya tiba di rumah Wak Misnan lewat petang tu. Kehadiran mereka disambut mesra oleh isteri Wak Misnan, Embah Buyut namanya. Kata Embah Buyut, Wak Misnan ke kebun dan mempersilakan keluarga aku masuk sambil dia ke dapur siapkan minuman. ",
"Pakngah aku macam biasa, dia tenang je seperti selalu. Isterinya, Makngah aku yang selalu mendakwa sering nampak benda-benda halus ni (sebab apa aku tak boleh cerita kat sini kalau tak jadi 100 m/s nanti admin blok aku plak..haha) pun masih kelihatan tenang memandangkan dia tak tahu pasal ‘cerita orang kampung’. Kalau dia tahu, aku berani cakap dia takkan berani masuk rumah Wak Misnan sebab Makngah aku ni walau kerap nampak macam-macam, dia ni lemah semangat a.k.a penakut. Cik Quza aku tau, jadi dia cuba bagi isyarat pada nenek aku, bertanyakan ‘tak apa ke?’. Tapi malangnya Cik Quza aku, bila nenek aku buat isyarat tanda marah sebab Cik Quza aku tak patut cakap begitu.",
"Menyedari lama sangat Embah Buyut di dapur, nenek aku pun berjalan menuju ke dapur untuk membantu apa yang patut. Sambil tu, Pakngah aku dah terlena di kerusi panjang ruang tamu. Disebabkan taka da kampung dan sukakan rumah kampung, Cik Quza aku ni pun tertarik untuk menjenguk-jenguk rumah kampung Wak Misnan yang cantik ni.",
"Masa ingin menuju ke bahagian dapur, Cik Quza ternampak sebuah tangga yang menghubungkan rumah bawah dengan rumah pusaka bahagian atas di sisi kanan rumah Wak Misnan. Sedang Cik Quza membelek ukiran kayu tangga yang sangat halus berseni itu, tiba-tiba Cik Quza ternampak ada seorang perempuan serba putih namun seperti sedang memakai telekung menjengukkan kepalanya dari salah satu pintu bilik belah kanan di rumah bahagian atas. Perempuan itu hanya menjengukkan bahagian mukanya saja. Cik Quza cuba senyum kepada perempuan tersebut tapi senyumannya tidak dibalas.",
"Tanpa berfikir panjang, Cik Quza meneruskan langkahnya menaiki tangga untuk menjenguk-jenguk kecantikan rumah Wak Misnan di bahagian atas. Perlahan-lahan Cik Quza mengatur langkah, sementara perempuan itu kembali menjengukkan kepalanya di muka pintu bilik. Semakin tinggi anak tangga yang Cik Quza naik, raut wajah perempuan itu semakin bengis. Dari wajahnya menggambarkan yang sepertinya dia sedang benar-benar marah dengan tindakan Cik Quza. Tiba-tiba, “Quza!!” Makngah cuba menyentap tangan Cik Quza yang sebelah masih memegang kayu tepi tangga sambil memberi isyarat ‘jangan’ dengan menggelengkan kepalanya. Cik Quza tersentap dengan panggilan Makngah dan memandangkan perempuan tersebut masih sedang memandang dengan raut muka yang penuh marah, Cik Quza terus membatalkan hasrat untuk menjenguk rumah atas.",
"Cik Quza bersama Makngah kemudiannya terus ke dapur memandangkan Embah Buyut dan nenek aku terus sedap mengeteh. Lupa agaknya nak bawa hidangan ke depan memandangkan tengah sedap bersembang kan. Cik Quza dan Makngah pun join mengeteh sekali di dapur memandangkan Pakngah masih nyenyak, tak ada tanda-tanda nak bangun mengeteh sama.",
"Baru-baru saja kedua mereka melabuhkan punggng ke lantai, kebetulan nenek aku mengajukan soalan kepada Embah Buyut sama ada dia hanya tinggal seorang di rumah sekiranya Wak Misnan ke kebun. Jawab Embah Buyut, dia memang HANYA TINGGAL SEORANG jika Wak Misnan ke mana-mana memandangkan anak tunggalnya bertugas sebagai guru di Sarawak. Mendengar penjelasan Embah Buyut, kedua Makngah dan Cik Quza aku mula gelisah dan percubaan mereka untuk memberitahu sesuatu kepada nenek aku waktu tu di rumah Embah Buyut, tidak berjaya.",
"Lebih menakutkan kedua mereka, apabila perasan yang sejak dari awal menjemput mereka masuk ke rumah, Embah Buyut sedikitpun tidak pernah memandang tepat ke mata mereka apabila bercakap walaupun ketika mukanya dinaikkan, anak matanya tetap merewang ke bawah atau ke tempat lain. Hal ni aku pernah jugak dengar yang orang kata, orang membela memang takkan pandang tepat ke mata orang lain. Sebab apa, aku pun tak tau.",
"Betul ke tidak pun aku tak pasti.Sedang masih di dapur, dengar bunyi hon motor dipicit beberapa kali dari luar. Kelihatan atuk sedara aku dah balik menunggang motor bersama isterinya. Cik Roza terus mengangkat dulang dan cawan untuk dicuci. Setelah siap, Makngah mengejut Pakngah yang masih lena tak terjaga dek bunyi hon motor tadi. Setelah nenek mengucap terima kasih dan bersalam dengan Embah Buyut, Cik Quza dan Makngah pun menurut dalam ketakutan hingga tergagap-gagap mengucap terima kasih kepada Embah Buyut dan memohon maaf jika menyusahkan sebelum semuanya beredar ke rumah atok sedara aku tu.",
"Ketika di rumah atuk sedara aku, Cik Quza dan Makngah menceritakan kejadian yang berlaku kepada mereka. Makngah memberitahu yang dia menyentap tangan Cik Quza dan menghalang Cik Quza untuk naik ke atas kerana merasakan sesuatu yang tidak kena pada perempuan yang mereka lihat itu. Rautnya begitu menakutkan namun kedua mereka tidak pasti siapakah sebenarnya perempuan marah itu memandangkan Embah hanya SEORANG!",
"Selepas mendengar cerita itu, atuk sedara aku pun mengiyakan bahawa memang tak ada ‘orang’ lain melainkan mereka berdua di rumah. Berkemungkinan besar yang dilihat oleh Cik Quza dan Makngah itu adalah ‘makhluk lain’ yang turut selalu dilihat oleh orang-orang kampung apabila melalui kawasan rumah Wak Misnan. Nenek aku tak cakap banyak melainkan sound Cik Quza aku sikit sebab katanya ‘tak elok menjenguk-jenguk bila ziarah ke rumah orang’. Nenek aku win. Ada betul nasihat dia kan.",
"Sejak tu, atuk sedara aku pesan, kalau nak datang pastikan hubungi dia terlebih dahulu bagi mengelakkan perlu tumpang lama di rumah Wak Misnan, Embah Buyut dan…..ehem-ehem mereka. Tapi tak ada sapa pun yang berani balik rumah atuk sedara aku tanpa maklum terlebih dahulu selepas kejadian tu.",
"Aku harap ada pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita kali ni. Tapi, sama ada benar atau tak mereka ‘membela’, wallahua’lam. Hahhhh sebelum lupa nak bagitau, nama yang aku guna semua nama samaran cumanya pangkat dalam keluarga dan lokasi kejadian adalah benar. Aku ada cerita lagi pasal rumah atuk sedara aku ni, kalau admin izinkan, dan kalau pembaca sudi nak baca cerita aku lagi, nanti baru tulis ok. Tata…."
] | [
"Awk tanjong karang belah mana? Sawah sempadan ke?",
"cerita ulang ke ni?",
"best juga baca cerita repost ni. mantap"
] |
https://fiksyenshasha.com/bang-cepatlah-bang-saya-dah-takut-ni-aku-mula-nak-nangis-pengalaman-seram-bekerja-di-restoran-24-jam/ | “bang cepatlah bang, saya dah takut ni. Aku mula nak nangis”- Pengalaman seram bekerja di restoran 24 jam. | [
"Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Salam kepada Admin dan terima kasih kalau approve cerita aku ni.Nama aku rin (bukan nama sebenar) dan selama ini aku jadi silent reader je dekat fiksyen Shasha ni dan aku suka baca cerita-cerita di fiksyen shasha.",
"Cerita bermula apabila aku posting sebagai seorang pengurus training (belum qualified) di sebuah restoran yang agak popular dan menjadi antara makanan kegemaran di Malaysia. Restoran ini 24jam dan ada drive thru.",
"Aku ni jenis tidak pernah amik port sangat dengan benda-benda halus ni sebab tak nak pikir nanti terbawak2, padahal ramai staff dekat situ banyak kali kena. Then selalu gossip lah yang waktu shift malam paling seram tapi bagi aku ni kalau tak Nampak depan mata susah nak percaya.",
"Okay selalunya pengurus baru training ni akan ikut ketua restoran kira untuk belajarlah dan shift aku pada waktu pagi shj sebab kena sama shift dengan ketua restoran selama sebulan. Masuk bulan kedua, aku dah start dapat jadual shift.",
"Dan minggu kedua time aku kena shift malam dengan salah seorang manager senior. Aku masa tu happy giler sebab dapat buat duit banyak (biasalah bujang, nak buat duit lebih) dan aku tak fikir pun apa yang bakal berlaku.",
"Then ada salah seorang staff ni kira rapat jugak lah dengan aku, ingatkan aku supaya berhati2. Sebelum aku nak start keje malam ni, tetiba staff ni wasap aku :",
"Ain: Ms, ko kena midnight ke malam ni?Aku: aah, asal? balas aku.Ain: aku bukan apa weh, tempat ni keras sikit, nak2 dekat belakang loading tuh, hati2 bila kira stok.? Jawab dia macam risau pikir aku.Aku: rilek lah, aku bukan shift sorang pun malam ni ada sir N kan? Ke ko saja je nak takutkan aku? gelak aku.Ain: tak de masa lah aku nak takutkan ko. Aku pernah kena kacau sebab tuh aku suh ko hati2. Marah Ain.Aku: yelah aku tahu ko syg aku aku kan? Nanti aku hati2 lah.. okay2 aku nak siap. Balas akuAin tak balas wasap aku.",
"Malam itu, sir N brief dekat aku cara nak kira stok barang semua, then cara buat coding semualah. Then bila dah nak start key in stok, sir N baru teringat yang dia terlupa nak kemas barang dekat belakang, then dia suruh aku pergi kemas and aku plak tengah buat coding time tuh.",
"Sir N: alamak rin, saya lupa lah ada barang dekat stor belakang yang saya belum habis kemas lagi, kamu tolong ya? Sambil sengih dekat aku.Aku: hurm yelah. nanti rin kemas. Balas aku sambil menulis.Sir N: tapi kamu bawak lah sesape temankan kamu ya? Sambung dia.Aku: alah bang (panggilan aku pada Sir N), myammar staff kan ada dekat belakang lodging bay tuh tengah marinated. Takpe lah… balas aku terus pergi tinggal Sir N sambil dengar lagu.",
"Kalau ikutkan restoran tuh agak besar lah, jadi perjalanan nak ke restoran tuh kau kena jalan dapur dulu, bilik kimia dan baru sampai lodging bay dan sebelah lodging bay tuh bilik stor yang terbuka.",
"Tengah aku mengemas stok2 dalam bilik stor tuh, tiba2 tepung yang berada di atas rak terjatuh. Aku pelik macam mana boleh jatuh sedangkan tempat letak tepung tinggi dan memang tak boleh jatuh dengan sendiri sebab berat dan ada penghadang. masa tuh kepala otak aku tak berfungsi lagi, masih pikir duit sebab tepung tuh jatuh rugi weyh dan dah tentu lah aku kena jawab dengan ketua aku sebab aku je dalam bilik tu.",
"Then aku suh staff myammar aku tuh pergi panggil Sir N,masa aku nak amik penyapu sebab nak bersihkan tepung yang berderai itu, aku Nampak ada cap kaki bayi dekat tepung yang terjatuh then bilik stor tuh tetiba je tertutup dari luar.",
"Aku dah seram sejuk dah. Aku terus jerit sambil panggil sesiapa untuk bukak pintu sebab aku pikir si foreigner tuh nak dajjal aku. tapi sangkal aku meleset. Lampu dalam bilik stor tuh on/off2x je. Tak mungkin staff aku mainkan aku sebab suisnya dekat belah dalam.",
"Telinga aku jadi panas sebab ada macam merengus dan ketawa mengilai. Aku dah tak fikir Panjang terus jerit sambil ketuk pintu sambil suruh sesiapa dekat luar buka. Dalam masa yang sama dapat dengar jugaklah suara Sir N dan staff foreigner jerit sebab pintu stor tak boleh buka.",
"Aku : bang, cepat bang, buka pintu. Jerit aku.Sir N: jap rin, pintu tak boleh bukak ni. Balas sir NAku: bang cepatlah bang, saya dah takut ni. Aku mula nak nangis sebab aku rasa benda tuh dah dekat sebelah aku. dengan benda alah tuh masih main lampu lagi. Aku rasa dah tak boleh imbang badan aku. terus tak sedar apa yang belaku.",
"Bila aku sedar aku dekat hospital dan Sir N, Ain & Ketua aku dah keliling aku. Sir N cerita aku yang aku meracau macam orang kena rasuk. dan aku nak lari ke jalan besar, nasib baik staff aku semua dapat tahan aku then lepas tuh pengsan dan Sir N cakap badan aku penuh dengan kesan kena cakar.",
"Aku memang tak ingat apa yang berlaku lepas aku pengsan. Ketua aku call family aku dan mak aku datang dengan ustaz untuk pulihkan semangat aku.",
"Ain cerita dekat aku bila aku dah baik dari hospital, dia kata dia pernah kena Tarik dengan benda tuh masa dia tengah buat product dekat belakang. Dan kepala dia kena meja besi.",
"Dan Ain cerita lagi masa staff lain midnight pun pernah kena juga. Staff ni duduk di station drive thru, ada satu kereta masuk dan pesan order, bila staff tuh suruh pergi ke bahagian hadapan untuk bayar pesanan, dan staff tuh tunggu tapi kereta tuh tak muncul2.",
"Sedangkan kita boleh tahu kereta lalu ke tidak di Kawasan tuh. Then staff tuh tengok balik di cctv drive thru, terkejut dia bila Nampak pompuan pakai baju putih bawak baby berdiri di Kawasan ambil pesanan. Staff tuh pun pengsan.",
"Ain bagitahu lagi ramai yang kena , macam ada customer masuk bagi salam nak pesan order, then bila toleh orangnya tiada. Banyak lagi kisah seram di restoran itu, dan selepas kejadian tuh aku dah tak berani pergi kira stok atau kemas stok seorang diri mesti berteman.",
"Pengajaran dari yang aku dapat, jangan berlagak berani. Bila orang tua2 pesan tuh ikut jelah..",
"sori Sir N. sekian-manager rin-"
] | [
"cerita ulang ni"
] |
https://fiksyenshasha.com/makhluk-berbulu-dan-bertanduk-masuk-ke-dalam-bilik-kejadian-benar-di-sebuah-institusi-di-utara-tanah-air/ | Makhluk Berbulu dan bertanduk masuk ke dalam bilik. Kejadian benar di sebuah institusi di utara tanah air | [
"Assalamualaikum Admin FS and pembaca. Nama saya emma, umur saya awal 20an. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi baca dan publish cerita saya. Mungkin bagi orang lain cerita ini tidak berapa seram tetapi bagi saya ini merupakan pengalaman paling seram yang pernah saya alami sendiri.",
"Kisah berlaku semasa saya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma setelah tamat SPM di sebuah institusi di utara tanah air pada tahun 2017. Saya merupakan pelajar semester 1 ketika itu, bilik saya adalah bilik untuk 4 orang dan boleh dikatakan biliknya agak besar lengkap dengan 4 meja belajar dan ruang ditengah untuk makan atau melepak. ",
"Bilik kami juga ada 4 tingkap. Kejadian berlaku semasa saya datang bulan, masa itu saya baring dilantai untuk melegakan sakit belakang. Yang perempuan mesti faham kenapa. Saya baring dilantai sehingga hampir semua rakan sebilik saya tidur. Lampu sudah dipadam, jam menunjukkan hampir 1 pagi saya bangun untuk naik ke katil. Kalau dibawah sehingga subuh bimbang esok sakit badan pulak. Ada seorang lagi kawan saya yang tumpang tidur dengan kami sebab rakan sebiliknya balik ke kampung. Jadinya 2 katil digabung tidur 3 orang termasuk saya. ",
"Selepas saya baring di atas katil dan cuba untuk melelapkan mata, saya rasa sangat tidak sedap hati, rasa seperti diperhatikan dan seperti sesuatu akan terjadi. Saya bangun semula dan duduk di atas katil, saya nampak kawan saya Ana yang katil berhadapan dengan kami masih belum tidur dan bermain dengan telefon miliknya. Segera saya panggil namanya “Ana? Ana?” panggilan saya disahut “haa kenapa Emma?” saya bertanya ” kenapa belum tidur?” jawabnya “kejap lagi nak tidur dah” perasaan saya sedikit lega ketika itu sebab saya tahu dalam bilik bukan saya seorang masih berjaga. Lantas saya pejamkan mata dan cuba untuk tidur tetapi jantung saya masih berdegup kencang entah kenapa.",
"Selang beberapa ketika saya anggarkan dalam 15minit mata saya sudah kuyu dan hampir terlena ketika inilah gangguan bermula. Dalam keadaan mamai saya terdengar suara perempuan “humming” lagu apa saya tidak tahu. Terus meremang bulu roma saya ketika itu. Suaranya lembut tetapi sangat jelas dan saya yakin suara itu datang dari dalam bilik. ",
"Dalam hati saya bercakap “ya allah apa pulak ni” saya tutup mata saya makin rapat dan membaca ayat-ayat suci yang saya ingat didalam hati. Tiba-tiba saya rasakan badan saya tidak boleh bergerak and sangat berat di atas dada seperti dihempap sesuatu. Mata tak boleh dibuka, jari tak boleh bergerak dan badan saya sangat seram sejuk. ",
"Saya teruskan membaca ayat suci di dalam hati. Tahulah saya pada Ketika itu ada makhluk lain di dalam bilik kami. Pada saat hati saya semakin meronta untuk bergerak saya berjaya bukakan mata. Alangkah terkejutnya saya pada ketika itu, saya nampak dengan jelas seekor makhluk besar, berbulu dan bertanduk 2 kecil di kiri dan kanan atas kepalanya.",
" Seluruh tubuhnya ditutupi bulu yang sangat tebal dan tidak terlihat rupa wajahnya akibat bulunya yang lebat.. Terus saya tutup semula mata dan terus membaca ayat suci di dalam hati. Mungkin tahu saya sudah nampak kewujuddanya, makhluk tadi seperti menghenjut-henjut di atas dada dan perut saya seperti inginkan perhatian. Saya terus menutup mata dan membaca segala ayat yang saya ingat di dalam hati. Tiba-tiba benda itu bersuara “ooh tak nak layan ya” suaranya garau dan garang. Selepas sahaja dia bersuara saya rasakan badan saya seperti diheret, dihempas dan terapung. ",
"Seperti ikan dipasar yang dibaling-baling, saya rasa badan saya dihempas kedinding, lantai dan di balik-balikkan. Suasana riuh sangat dengan bunyi kaca pecah, meja kerus dicampak dan sebagainya. Memang dalam fikiran saya bilik tu dah bersepah sangat macam dilanda gempa bumi bising dan serabut dengan bunyi barang-barang jatuh dicampak. Saya boleh dengar bunyi katil besi saya digoncang dan dilaga-lagakan dengan dinding. Memang masatu saya takut yang teramat. Anggaran dalam 10 minit suasana tu saya tak tahu dari mana dapat kekuatan untuk menjerit kecil “ALLAHUAKBAR” dan berjaya saya bukakan mata.",
" Saya dapat rasakan ada angin lalu dari dalam bilik keluar melalui salah satu tingkap. Seperti saya katakan awal tadi, bilik kami ada 4 tingkap. Tetapi hanya 1 tingkap sahaja yang langsirnya terbuai angin seperti ada benda keluar melalui tingkap itu. Tingkap lain elok saja langsirnya. Waktu itu saya takut sangat dan saya lihat keadaan bilik seperti sedia kala dan kawan-kawan saya masih tidur seperti tiada apa terjadi. Saya nangis dan rapatkan diri dengan kawan saya. ",
"Esok paginya, saya ceritakan apa terjadi dan tanya kalua mereka ada terdengar apa-apa malam tadi. Kesemuanya cakap tidak ada apa2 yang jadi kepada mereka malam tadi. Selepas kejadian itu seminggu lebih kami tidur dengan buka lampu. Mujur kejadian seperti itu tidak berulang sehingga saya semester akhir. Mungkin cuma menyapa supaya saya tahu kewujudannya. Sekian."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/selesai-solat-baca-al-quran-tiba-tiba-ada-nenek-terbongkok-bongkok-datang/ | Selesai solat, baca Al-Quran tiba-tiba ada nenek terbongkok-bongkok datang… | [
"Nama aku Ratu. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kucar-kacir. Mak abah aku asyik bergaduh dari aku kecil sampai aku dah kahwin. Setelah berkahwin aku mengikut suami aku berpindah ke Kuantan. Pada awal perkahwinan semuanya baik-baik sahaja sehinggalah aku mendapat tawaran kerja di sebuah agensi kerajaan di ibu kota.",
"Aku akhirnya menjadi pasangan jarak jauh bersama suamiku dan di sinilah segalanya bermula. Setelah hampir dua tahun berkhidmat aku mula jatuh sakit. Setiap kali selepas waktu Asar ke atas aku akan berubah menjadi pelbagai jenis haiwan seperti monyet, harimau dan buaya. Tidak tahan dengan gangguan yang menimpa kami akhirnya berusaha untuk berubat.",
"Banyak tempat yang kami pergi mengatakan itu merupakan gangguan saka keturunanku. Disebabkan kami pasangan jarak jauh, sewaktu aku sakit yang menjaga aku adalah teman serumah aku. Satu hari beliau terambil video di pintu bilikku dan ternampak satu lembaga terbongkok-bongkok tua berwajah hodoh di pintu bilik tidur aku. Oh ya lupa nak beritahu yang kami tidur di ruang tamu dan teman serumahku ini tidak sengaja mengambil video pada malam itu.",
"Suatu malam aku diserang histeria. Sahabatku tidak tahu mahu berbuat apa lagi lantas menelefon ibu bapaku di Melaka. Keluargaku bergegas datang kepadaku. Begitu jua suamiku dari Kuantan datang malam itu juga. Keluargaku selamat sampai tetapi tidak suamiku. Kereta yang dipandunya terasa begitu berat seolah-olah dihempap benda berat dan bila beliau menoleh ke cermin sisi ada nenek kebayan yang menyeringai. Suamiku akhirnya berhenti tidur di Genting Sempah atas saranan keluargaku kerana bimbang hal yang buruk menimpa suamiku.",
"Aku akhirnya berulang ke tempat kerja dari Melaka ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas jam lima pagi. Suatu hari seperti biasa aku ke stesyen bas untuk ke tempat kerja tetapi hari itu adalah malang bagiku apabila aku terasa seperti ada rempuhan kuat yang menolak aku jatuh dari platform bas. Akhirnya aku diberi cuti sakit selama empat belas hari akibat kakiku yang cedera.",
"Sepanjang ketiadaanku di tempat kerja, rakan-rakan sekerja menceritakan bahawa mereka terserempak dengan aku di dalam lif dalam keadaan sarat mengandung. Apabila ditanya, aku hanya mengangkat muka dan menyeringai. Ada juga rakan sekerja yang menjumpai aku di tandas tetapi hilang disebalik dinding tandas. Mereka menyatakan aku boleh tembus dari dinding ke dinding.",
"Setelah habis cuti sakitku dan masuk semula bekerja, rakan-rakan sekerja yang terserempak denganku pasti merasa takut seperti ternampak hantu. Ini menambahkan tahap stress dan kemurungan yang aku alami. Kejadian bertukar menjadi haiwan selepas waktu Asar tetap berterusan di tempat kerjaku.",
"Hari itu aku tidak pulang ke Melaka kerana habis kerja lambat. Maka, aku mengambil keputusan untuk tidur di rumah sewa sahaja. Malam itu aku memberanikan diri tidur di dalam bilikku berseorangan kerana aku tidak mahu menyusahkan teman serumahku. Tiba-tiba, lampu tidur yang aku pasang meletup begitu juga lampu kalimantang bilik. Aku serta merta bangun dan di dalam kegelapan itu aku melihat satu susuk nenek kebayan yang menjengilkan mata betul-betul di hadapan mukaku. Aku kaku dan pengsan sampai pagi.",
"Suatu hari ketika usai solat, aku terus membuka al-quran lantas mengalunkan ayat-ayat suci tersebut. Kemudian, datang nenek kebayan dalam keadaan terbongkok-bongkok dengan kain batik di atas kepalanya dan tongkat di tangannya. Lantas dia meletakkan tempurung di hadapanku sambil berkata aku nak d***h. Aku membalas bahawa di sini tiada d***h melainkan al quran dan zikir. Pilih mana yang engkau mahu. Jika tidak tinggalkan aku. Dia lantas berlalu pergi setelah aku terus mengalunkan ayat-ayat suci al-quran.",
"Aku juga sering bermimpi didatangi nenek kebayan ini dan meminta aku memulangkan haknya berupa cucuk sanggul emas. Masalahnya aku tidak tahu menahu tentang cucuk sanggul emas yang diminta itu. Aku bertanya kepada mak dan abah. Mereka juga buntu dengan permintaan nenek kebayan itu.",
"Aku akhirnya berhenti kerja setelah sakitku semakin melarat dan aku pulang ke Kuantan. Sehingga kini aku masih sakit dan dihantui nenek kebayan tersebut. Aku juga mendapatkan rawatan pakar psikatri. Alhamdulillah setelah mendapatkan rawatan psikatri dan makan ubat-ubatan yang dibekalkan aku semakin tenang menghadapi kehidupan walaupun nenek kebayan tersebut sentiasa menghantuiku.",
"Maaf sekitanya penceritaan aku tidak menarik. Aku bukan setakat boleh nampak nenek kebayan itu tetapi juga diizinkan Allah swt melihat makhluk-makhluh halus. Sekian cerita aku yang tidak seberapa. Terima kasih admin sekiranya menyiarkan cerita aku."
] | [
"kenapa tajuk cerita sekarang jadi panjang2 ye? sebalum ni normal je pendek2"
] |
https://fiksyenshasha.com/setiap-hari-diganggu-di-dalam-bilik-sehinggakan-makhluk-tu-munculkan-diri/ | Setiap Hari Diganggu di Dalam Bilik Sehinggakan Makhluk tu Munculkan Diri | [
"Kejadian ini terjadi semasa umur ku belasan tahun dan di saat umur aku meningkat 20 an semakin teruk menganggu.Setiap kali malam aku akan mula rasa takut untuk tutup lampu dan aku kena pastikan pintu bilik air yang berhampiran katil aku ditutup sebelum tidur,kerana itu adalah tempat yang sering benda itu muncul atau mengeluarkan bunyi bercakap seolah orang ramai ,sebenarnya tidak kira pada waktu malam ke atau petang setiap kali aku mula tutup mata dan cuba nak bangun semula pasti akan ada gangguan terasa berat nak bangun susah nak bukak mata susah gerakan badan.Kadang kala seolah sudah bangun tapi sebenarnya aku masih lagi atas katil.",
"Pernah waktu petang aku tidur kerana merasa mengantuk sangat sampai pukul 5 aku nak bangun aku terdengar bunyi orang berus baju dari bilik air itu tapi aku seorang saja ada di rumah dan tak ada pakaian pun dekat dalam bilik air itu kerana bilik air itu hanya untuk ambil air wuduk dan buang air kecil saja tandas pun tak ada kerana bilik air itu sebesar bilik stor kecil je.Pada waktu malam pulak kalau aku terlupa tutup pintu pasti benda tu akan menganggu dengan bunyi pintu terbuka tambah aku memgunakan pintu jenis tolak lipat itu memang jelas bunyinya.",
"Ada masa kelibat hitam kurus kering dangan rambut keriting muncul di depan sambil main tarik pintu.Setiap pagi badan aku akan rasa sakit semua seolah ada barang berat letak dekat atas badan,nak bangun memang sakit susah sangat sampai kena baca surah alQuran apa yang ingat pada waktu itu baru boleh bangun bukak mata. ",
"Aku sampai rasa marah dan hilang rasa takut kerana benda itu menggangu setiap hari malam dan petang, sampai baca ayat qrusi baca alQuran sebelum tidur setiap malam sebelum tidur tapi ganggu pada waktu 2 pagi pulak dengan badan aku tak boleh nak gerak dari tempat tidur dan aku selalu dapat mimpi pelik yang ayah aku tengok aku sambil senyum dari luar bilik ,sampai aku rasa nak berubat tapi masa itu aku tak tahu nak cari sapa ustaz atau ustazah yang boleh tolong.",
"Sampai aku rasa tak boleh biar benda tu terus ganggu aku lagi sampai la aku mula tekad untuk kuatkan diri sebelum benda itu datang aku terus jerit kata “jangan kau ganggu aku lagi ,aku dah tak nak kau datang lagi dekat tempat ini” kemudian aku terus baca ayat qursi tiba-tiba saja angin kuat dengan suara garau lelaki menjerit dekat telinga aku”ahhhhh” terus muncul kelibat putih macam lelaki brjubah besar berjalan ke belakang menunju tingkap dan terus hilang dari dalam bilik aku.",
"Selepas kejadian itu tak ada lagi gangguan dari benda itu lagi tapi aku masih rasa benda tu masih ada seolah melihat aku dari luar bilik.Selepas aku sudah mula ada anak aku masih trauma lagi nak masuk semula bilik itu kerana aku dah tinggal lama kosong bilik itu risau benda itu masih ada lagi dan ganggu anak aku pulak.Sebelum ini pun bilik tu dulu kosong sebelum aku jadikan bilik tidur tapi setiap malam aku baca yasin dalam bilik itu sebelum masuk rasmi untuk jadi bilik tidur."
] | [
"ya allah panjang panjang betul ayat. mcm nak semput baca walaupun baca dlm hati je hahaha. susah betul ye nak jumpa titik. btw, good sharing!! 😀"
] |
https://fiksyenshasha.com/pakcik-misteri-katanya-nak-balik-ke-meru-klang-bila-dia-turun-baru-perasan/ | Pakcik Misteri Katanya nak balik ke Meru Klang, Bila Dia turun baru perasan… | [
"Assalammualaikum, seronok membaca kesah kesah seram di sini, aku pun ingin share satu kejadian yang aku sendiri alami di tahun 2011, tak tau nak letakkan dalam kategori apa cerita aku ini, kesah seram atau misteri. Ceritanya begini:",
"Sejak dari kecil sehinggalah masuk ke umur lima siri ni, aku amat suka bersilat. Dah macam jadi adat orang kita , selalunya belajar silat ni di waktu malam. Pada hari itu, sebaik saja habis bersilat aku dan beberapa orang kawan aku pergi minum di sebuah restoren mamak yang bukak 24 jam. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 2 setengah pagi bila habis minum, jarak restoren tu dengan rumah saku agak jauh, tempat silat dan minum di di sebuah kawasan deretan rumah kedai di pinggir Kuala Lumpur sedangkan rumah aku di sebuah kawasan perumahan di Setia Alam (dalam kawasan Shah Alam, Selangor).",
"Untuk sampai kerumah , aku akan melalui dua lebuh raya, iaitu lebuhraya DUKE dan NKVE dan exit Setia Alam Meru(di Hiway NKVE). Bila sampai di Tol Bukit Lanjan Damansara aku berhenti singgah di surau untuk menunaikan solat isyak. Waktu itu tak ada satu kereta pun berhenti, mungkin kerana dah lewat malam, dah dekat pukul 3 pagi.",
"Sebaik saja keluar dari surau selepas menunaikan solat isyak, kelihatan seorang Pakcik tua (umur mungkin sekitar lewat 60an) berkopiah putih, berbaju melayu hijau dan berkain pelikat (warna rasanya biru gelap berpetak putih) dan bercapal ,berdiri berhampiran dengan kereta aku (waktu itu aku memandu SUV Pajero sport) sambil tersenyum dan memberi salam kepadaku, wajahnya bersih, orangnya berkulit agak putih dan bertubuh kecil dan aku rasa ketinggiannya dalam lima kaki lebih sikit jer. Saya menjawab salam, dan dia menghulurkan tangannya dan saya menyambut tangannya, kami bersalaman, lembut dan halus tapak tangan dan jari beliau.",
"Waktu itu tak terfikirkan apa apa yg pelik (seorang lelaki tua, entah dari mana datangnya, tiba tiba ada di sebelah kereta saya). Tanpa di tanya, dia berkata dia nak balik ke Meru Klang, tadi dia menumpang kawannya, dan kawan dia menurunkan dia di situ kerana kawannya nak balik ke Rawang, jadi dia tunggu lah disitu kerana nak menumpang sesiapa yang balik kearah Klang). Tanpa mengesyakki apa apa yg pelik aku terus menawarkan diri untuk menghantar beiau pulang , kerana kebetulan Setia Alam dan Meru bersebelahan letaknya.",
"Bila dalam kereta, orang tua itu bertanya kepada aku, kenapa aku berani menumpangkan dia di waktu begini(dah lewat pagi). Aku berkata, apa nak di takutkan, tak kan pakcik nak rompak saya, kalau pakcik nak rompak pun boleh ker, pakcik dah tua dan berkain pelikat, sedangkan saya lebih muda dari pakcik, saya orang silat dan di sisi tempat duduk saya ni ada parang, kataku dengan niat nak bergurau sambil tertawa.",
"Orang tua tu hanya tersenyum saja sambil memandang kedepan. Anihnya selepas itu kami kami hanya membisu melayan perasaan masing masing. Aku terus memandu kearah destinasi, dalam hati aku nanti, bila dah sampai di kawasan Meru, barulah aku tanya alamat rumah dia.",
"Bebarapa ratus meter selepas exit tol setia amal, tiba tiba Pakcik tu menyuruh aku berhenti, katanya dah sampai, aku berasa pelik, katanya dia nak ke Meru, sedangkan waktu itu kami baru saja melepasi kawasan tol dan berada didalam kawasan Setia Alam. Tanpa banyak cerita aku pun memberhentikan SUV aku di pinggir jalan. Kawasan kami berhenti itu terang disinari oleh lampu jalan, dan kawasan itu adalah kawasan tepi tebing tinggi mendaki dan berpagar, manakala di luar pagar itu adalah lading kelapa sawit dan juga ada paya serta tasik yang di kelilingi belukar dan pokok kelapa sawit.",
"Pakcik itu mengucapkan terima kasih dan kami bersalaman, aku memerhatikan Pakcik tu turun dari kereta, sebaik saja dia turun, dia terus ghaib dengan tiba tiba, melihatkan ini, aku terus turun keluar kereta, manalah tau kot kot pakcik tu terjatuh ketika nak turun, almaklumlah dia bertubuh kecil dan Pajero aku agak tinggi. Tapi bila aku jengok, pakcik tu tak ada, aku jengah bawah Pajero aku, pun tak kelihatan susuk tubuh dia. Alamak kemana hilangnya orang tua tadi. Tak kan dia boleh sepantas kilat berlari mendaki tebing yg tinggi tak kurang dari 20 kaki dan melompat pagar yg mamisahkan puncak tebing dengan belukar dan lading sawit.",
"Tiba tiba aku baru macam tersedar, akan keanihan yang ada pada orang tua tu: Pertama, tak kanlah rakan dia sebegitu zalam meninggalkan dia di tempat aku berhenti ke tandas dan solat tadi. Kedua, orang tua tu memakai wangian yang sangat harum. Ketiga, dia hanya diam tidak berbual dan hanya memandang kedepan. Bila aku rasa kerusi tempat duduk dia, kerusi tu sejuk, sesejuknya, sepatutnya tentulah panas kerana haba badan dia yg agak lama duduk di situ. Ke empat, semasa dia berada didalam kereta, aku tak ada bertanya apa apa pun kepadanya, aku rasa mcm malas sangat nak bercakap.",
"Tiba tiba bulu roma aku meremang, dan perlahan lahan aku masuk dalam kereta dan teruskan perjalanan aku. Sehingga kini, aku masih tertanya tanya siapakah pakcik tua yang menumpang aku tu, yang aku pasti dan yakin, dia bukan manusia. Sehingga sekarang setiap kali aku balik dari silat aku selalu berharap nak jumpa pakcik tu, aku nak temuduga dia..hehehe."
] | [
"Pooyooo la nko bhaii!! Siap bgtau suv sport!! Tu yg pk cik mlas nk ajak borak, nnti nko lgi POYOOO😂😂😂🤪",
"Pernah lalu area ni, waktu nak dekat magrib..",
"Tetiba anak masa tu umur 4 tahun kot, bgtau kenapa ada atok kat tepi jalan?",
"Anak kata atok tu pakai baju putih semua..",
"Terus meremang 😅"
] |
https://fiksyenshasha.com/misteri-4-petang/ | Misteri 4 Petang | [
"Sebut pasal misteri ni mesti yang digambarkan sesuatu yang seram. Sesuatu yang seram tapi adakalanya tak nampak. Ada juga kejadian yang seram itu cuma nampak samar-samar sahaja. Hanya mendengar bunyi tapi tak nampak apa-apa di sebaliknya. Dari mana dia datang? Apa yang dia mahukan? Dan, siapakah dia? Itulah yang menjadi misteri sebenarnya.",
"Dalam pukul 4:00pm semalam ada satu kejadian misteri yang berlaku dekat dalam rumah aku tu. Tak semestinya yang seram itu hanya berlaku pada waktu malam sahaja. Waktu siang pun ada juga kejadian seram dan misteri yang boleh terjadi.",
"Seperti yang aku pernah beritahu sebelum ini, memang ada banyak gangguan yang terjadi dalam rumah sewa yang aku duduk bersama beberapa orang ahli keluarga aku yang lain. Gangguan seperti bunyi sesuatu yang pelik, barang jatuh ataupun kelibat yang lalu-lalang.",
"Misteri pukul 4:00pm semalam berlaku ketika masing-masing berada di dalam bilik. Masa tu aku tengah menonton TV. Mak aku dekat bilik bawah. Sebelah bilik aku, bilik dua beradik. Bilik anak saudara aku. Bilik Ainul Mardhiah dengan adik dia, Aisy Malik. Depan bilik aku tu pula, bilik ummi dan ayah diaorang. Jadi, dekat bahagian atas ni ada tiga buah bilik dan dua bilik air.",
"Lebih kurang pukul 3:00pm anak-anak saudara aku ni kena tidur dekat bilik diaorang macam biasa. Sebelum tidur, ummi diaorang kena temankan dulu. Kalau tidak, memang tak tidurlah masing-masing. Asyik dok main dengan bergaduh aje kerja diaorang. Time adik dia dah tidur, Ainul Mardhiah ni tak tidur lagi. Ummi dia cerita, Ainul Mardhiah asyik bercakap sebelum tidur. Tapi tak tau dia cakap dengan siapa. Dialog dia lebih kurang macam ni…",
"“Kejap ya? Kejap ya?”",
"Lepas tu, entah apa-apa lagilah dia cakap. Dulu, Ainul Mardhiah cuma menggambarkan makhluk yang dia nampak aje. Sekarang, makin seram bila dia boleh berkomunikasi pula. Adoi! Memang seramlah woi! Itu baru waktu siang. Buatnya tengah malam dia bercakap dengan makhluk tu lagilah seram! Nasib dia tak tidur dengan aku. Kalau dia tidur dengan aku buat perangai macam tu memang kenalah dia dengan aku! Haha!",
"Time adik aku tengah tidurkan anak-anak dia, tiba-tiba dia terdengar macam ada bunyi di sebalik langsir. Langsir tu, peranan dia menutup barang-barang yang ada dekat kawasan tepi tingkap bilik. Yang adik aku dengar ni bunyi macam daun kering kena pijak. Masalahnya, macam mana boleh ada bunyi daun kering dalam bilik tu? Lepas tu, kaki siapa pula yang memijaknya? Misteri tak? Tapi dalam beberapa saat aje.",
"Pukul 4:00pm, masa tu aku hampir nak tertidur. Bila aku dengar pintu bilik adik aku tertutup, aku ingat dia dah masuk dalam bilik tu. Lagipun masa aku pandang sekilas ke arah pintu bilik, aku nampak macam ada bayang-bayang kaki orang berjalan dari bawah celahan pintu bilik adik aku tu.",
"Rupa-rupanya adik aku baru keluar dari bilik anak-anak dia. Aku dah rasa macam seram jugalah time tu. Bayang-bayang kaki siapa pula yang aku nampak tadi tu? Tapi yang lebih menyeramkan bila adik aku masuk bilik dia, terus dia terkejut besar. Tingkap bilik tu terbuka seluas-luasnya! Padahal tingkap tu ketat. Kalau angin tolak sekalipun kenapa yang terbuka tu cuma dua tingkap. Tingkap ada tiga semuanya. Lagipun angin tak bertiup kuat. Kiranya macam tingkap tu telah dibuka oleh ‘sesuatu’ untuk masuk ke dalam atau sekadar mengintai dari luar. Sebab tingkap tu ada grill. Kalau kucing yang masuk bolehlah. Dulu ada sekali kucing masuk. Masa tu dah malam. Buka pintu bilik terus terkejut tengok kucing tu tercongok dalam bilik.",
"Kadang-kadang tu kita orang ada juga rasa macam perbuatan sihir. Sebab adik aku ada terjumpa duit syiling pelik dalam beg duit dia. Duit syiling yang ada tulisan conteng-conteng. Entah mana dia dapat. Orang selalu cakap, duit syiling ni ada kaitan dengan perbuatan sihir. Sebelum ni pun memang ada ahli keluarga aku yang sakit sebab terkena perbuatan orang. Tapi harap-harap bukan kerja sihir.",
"Begitulah kisahnya kejadian misteri yang berlaku pada pukul 4:00pm semalam."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/hantu-nenek-kebayan/ | Hantu Nenek Kebayan | [
"Assalamualaikum, aku Nurul. Macam biasa kalini aku akan menceritakan pengalaman ibuku bertemu dengan nenek kebayan. Untuk pengetahuan semua rumah yang aku duduki ini bertempat di hadapan sebuah paya yang besar. Dan di paya itulah aku selalu mendengar suara orang mengaji di pagi hari di samping dibaling batu kecil-kecil di tingkap di dalam bilik tidur. Sememangnya Segamat terkenal dengan perkampungan bunian. Selain dari buah durian. Baik kisahku pun bermula.",
"“Kakak tak takut ke?” ujar abah kepadaku setelah mendengar yang aku mahu duduk berseorangan dikala ibu dan adik ku ingin keluar. “Eh, takpa abah, kakak okay je. Dah biasa dah.” Kataku yakin sambil menunjukkan tanda okay kepada abah. Aku bukan apa, malas nak berpanas sewaktu berjalan kaki walaupun ke kedai. Berpanas lagi. Aku bukanlah seorang puteri lilin ya. Cuma malas nak berenyah. Mungkin tidak berpuas hati dan mungkin memikirkan kesalamatan aku yang bakal berseorangan di rumah.",
"Abah pun berkata “Oooh, mak tak cerita kat kakak ke?” Ah sudah. Cerita apa pulak ni? Gusarku di dalam hati. Aku tahu abah sengaja mendugaku. Tetapi persoalan abah itu betul-betul menarik perhatianku. Abah tahu aku ini seorang yang amat berminat dengan cerita hantu. “Cerita apa abah?” soalku berminat. “Mak apalagi ceritalah.” Soal abah kepada mak yang seraya tadi hanya duduk mendengar perbualan kami.",
"Pada waktu itu jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Selalunya ibu akan bangun pada jam 4.00 pagi untuk menyediakan sarapan untuk abah dan adik beradikku yang lain. Abah akan bangun lebih awal untuk ke tempat kerja dalam pulu 5.00 pagi macamtu. Bilik tidur abah di dalam bilik belakang dimana pada suatu ketika dahulu seorang penagih dadah masuk ke dalam rumah melalui tingkap bilik tidur yang abah diami sekarang.",
"Selepas bangun daripada tidur, ibu terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk semua. Keadaan dapur rumah kami macam ni. Dapur memasak seiring dengan singki. Di bahagian atas singki pula ada tingkap. Untuk bahagian luar pula kawasan kosong berbatu kemudian turun kebawah ada jalan kecil dan kemudiannya di bahagian sebelah jalan kecil itu ialah sebuah paya yang besar.",
"Sedang ibu khusyuk membasuh pinggan di singki dapur, tiba-tiba datang entah dari mana di bahagian kiri ibu melalui luar tingkap, lalu seorang nenek-nenek yang dalam keadaan berbongkok. Ibu hampir pitam dan kaku disitu. Ibu dapat melihat dengan jelas muka nenek kebayan itu kerana berada sangat dekat hanya berapa inci sahaja. Mukanya hitam legam dengan mata yang terjojol keluar beserta lidahnya yang sangat panjang terjelir keluar. Ibu bernasib baik kerana nenek kebayan tersebut tidak memalingkan mukanya ke arah ibu. Kalau tidak boleh pengsan di situ juga jawabnya.",
"Pada waktu itu ibu kata dia hanya boleh menjerit bertanyakan siapa gerangan makhluk tersebut dan terus berlari menuju ke bilik tidur abah.\n“Abah! Abah! Bangun Bah!” kata ibu sambil menggerak-gerakkan badan abah yang sedang lena diulit mimpi. Abah pun tersedar. “Ada apa mak? Pagi-pagi dah kejutkan abah?” kata abah sambil matanya yang sepet itu hanya terbuka keciil sahaja. Masih mengantuk. “Tu dekat dapur mak nampak ada nenek-nenek kat luar tingkap” jelas ibu. “Ha?! Mana-mana?” ujar abah. Terkejut mendengar kata-kata ibu tadi. Ibu mengajak abah ke dapur untuk melihat semula hantu nenek-nenek tersebut di dapur.",
"Perlahan-lahan abah dan ibu melangkah ke dapur namun merasa hampa kerana kelibat hantu nenek tersebut sudah tiada. Abah hanya mampu menenangkan ibu yang tengah berada dalam keadaan terkejut. Selang beberapa minit ibu pun tenang dan meneruskan tugasan harian seperti biasa macam tiada apa yang berlaku. Itu sahaja cerita dari ibu. Kami fokus memasang telinga mendengar pengalaman yang ibu ceritakan tadi.\n“Ha! Macam mana kakak? Nak ikut mak tak?” soal abah kepadaku yang baru sahaja mendengar cerita seram tadi.",
"Lantas aku pun menjawab” Hihihi. Takpela, kakak ikut mak je nanti.” Ujarku sambil tertawa kecil. “Taupun takut! Hahahaha” gelak abah mendengar jawapanku. Aku hanya tersenyum malu. Hehehe. Selepas banjir besar melanda pada tahun 2015 kami pun berpindah ke rumah baru. Baik. Sampai disini sahaja cerita yang aku sampaikan. Terima kasih kepada Fisyen Shasha sekiranya cerita ni disiarkan. Sekian."
] | [
"hai..saya pun org segamat. org kampung pogoh. awak duduk mana?",
"Penulis kena belajar betulkan tatabahasa dan tanda baca lagi. Tahniah kerana mencuba 👍🏻",
"saya duk Paya Pulai tapi dah pindah Bandar Putra"
] |
https://fiksyenshasha.com/jangan-balik-awal/ | JANGAN BALIK AWAL | [
"Hari ini Suraya pulang ke kolej kediaman atau lebih mudah dipanggil sebagai asrama di kampusnya. Sejak cuti tempoh hari, Suraya sudah puas melepas rindu dengan seluruh ahli keluarganya. Kini, Suraya terpaksa pulang awal ke kampus.",
"Asrama kampusnya yang terletak di pantai timur itu sememangnya jauh dari rumahnya di Putrajaya. Namun, demi ilmu, Suraya nekad. Lagipun dia sudah semester akhir. Selepas ini, dia akan merdeka. Yeah!",
"“Jaga diri baik-baik Su. Belajar rajin-rajin,” pesan ibu saat Suraya turun dari perut kereta.",
"“Insya-Allah ibu, Su ingat pesan ibu. Ibu pun jaga diri baik-baik ya. Kirim salam abah, nenek dan adik,” kata Suraya lalu menyalami ibunya. Ayahnya tidak dapat menghantarnya hari ini kerana menguruskan neneknya di hospital. Suraya sedih tatkala melihat keadaan neneknya yang masih terbaring lemah. Semoga segalanya baik-baik sahaja, doa Suraya.",
"“Awal sangatlah Su sampai. Kenapa nak balik sehari awal? Mana kawan-kawan Su yang lain?” soal ibunya sambil melihat ke luar kereta.",
"“Su dah janji dengan kawan nak siapkan assignment sama-sama. Tu yang kami rancang balik awal sehari tu. Kejap lagi, Maisara dan Amira sampailah tu,” kata Suraya lalu menutup pintu kereta. Dia melambai ibunya sebelum menuruni bukit ke kawasan asramanya. Benar kata ibunya, keadaan asrama masih sunyi kerana belum ramai yang pulang.",
"“Ish, rasa menyesal pula sampai awal. Rasa seram pun ada kalau seorang diri macam ni. Manalah Mai dan Mira ni?” rungut Suraya. Dia kemudiannya membuka suis kipas kemudian duduk di birai katil.",
"“Berlengaslah,” rungut Suraya. Dia segera bangun lalu mencapai tuala mandi.",
"“Mandi dulu lah,” kata Suraya lalu menuju ke bilik air.",
"Tatkala kaki Suraya baru menjejak muka pintu bilik air, hatinya berasa gembira apabila terdengar bunyi orang sedang membasuh baju. Suraya tersenyum lalu mempercepat langkahnya. Dia menuju ke sinki lalu menyapa.",
"“Wah, bila sam…” Suraya m**i kata. Di hadapannya kini kosong. Tiada sesiapa di sinki.",
"Bunyi pintu utama bilik air yang tiba-tiba terkunci membuatkan Suraya pantas menoleh. Hatinya mula dipagut risau.",
"“Bukalah, buka! Jangan main-main,” kata Suraya sambil mengetuk-ngetuk pintu utama tandas.",
"Tiada jawapan.",
"“Bukalah cepat. Aku dapat kau, siap aku kerjakan,” amarah Suraya sudah memuncak. Tiada lagi ayat-ayat sopan. Baginya individu yang gemar bergurau sebegini sungguh melampau. Biadap!",
"Masih tiada jawapan.",
"Bulu tengkuk Suraya mula meremang. Dia merasakan ada seseorang di belakangnya. Baru sahaja dia hendak menoleh, tiba-tiba matanya ditutup dari belakang.",
"“Cuba teka, siapa?” bisik suara itu di telinga Suraya.",
"“Maisara?” teka Suraya walaupun suara itu bukan seperti temannya.",
"“Salah,” jawab suara itu.",
"“Amira?” teka Suraya lagi.",
"“Lagilah salah,” kata suara itu.",
"Suraya semakin hilang sabar. Tangannya terus memegang lengan orang yang mengusiknya itu.",
"Namun, dia berasa aneh. Tangan yang dipegangnya itu menggerutu dan kasar.",
"“Janganlah pegang. Tak acilah macam ni,” bisik suara itu dengan nada yang menyeramkan. Suraya sudah dihambat ketakutan. Sedaya-upaya dia cuba melepaskan diri, namun tidak berdaya.",
"“Takut? Hihihi,” kata suara itu dengan ketawa halus.",
"“Lepaskan aku, lepaskan!” jerit Suraya lalu menarik pintu di hadapannya dengan kuat. Syukurlah, pintu itu akhirnya terbuka. Suraya pantas melarikan diri tanpa menoleh ke belakang lagi.",
"“Suraya, jangan tinggalkan aku,” laung suara itu dari dalam bilik air.",
"“Pergi!!!” jerit Suraya sambil berlari sekuat hati. Tanda dia sedar, kakinya tersadung lalu terjelepok ke lantai.",
"“Aduh!” keluh Suraya lalu menggosok kepalanya. Perlahan-lahan matanya dibuka.",
"“Eh, kenapa gelap?” Suraya kebingungan. Tubuhnya kini bukan lagi di luar tandas, tetapi di tepi katil. Matanya digosok perlahan-lahan untuk mencerna persekitarannya.",
"“Aku di mana?” monolog Suraya cuba mengamati keadaan dirinya kini. Dinding di hadapannya membuatkan dia sedar. Rupa-rupanya dia asrama. Suraya ketawa sendiri kerana menyedari bahawa dia tertidur saat baru tiba di asrama tadi. Mujurlah semuanya hanya mimpi. Jam di dinding dikerling sekilas.",
"“Patutlah gelap. Dah pukul lapan malam rupanya, Tapi, kenapa sunyi?” gumam Suraya kembali risau. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu bingkas bangun untuk mencari rakan yang lain.\nTiba-tiba matanya ditutup dari belakang.",
"“Suraya, kenapa tinggalkan aku di bilik air tadi?” bisik suara itu dengan ketawa halus.",
"“Tidak!!!” jerit Suraya yang masih keseorangan di asrama tanpa sesiapa…"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/waterpark/ | Waterpark | [
"Percutian aku dan kawan-kawan kali ini memang menarik. Kenapa? Kita orang pergi mandi manda dekat waterpark. Mula-mulanya agak berbelah bagi, yalah waterpark kan, tiket mestilah harga dewa dewi. Waqis tukang survey harga tiket lepas Yuna tengok iklan dekat televisyen, manakala aku dan Faris tak ambil port. Kalau jadi kita orang beudua on, kalau tak jadi, duduk rumahlah jawabnya. Dua hari kemudian, Waqis ajak berkumpul dekat cafe kawasan rumahnya. Skrin telefon yang menyala diletakkan atas meja. Aku, Faris dan Yuna terus tengok apa pada skin itu.",
"“Satu kepala cuma RM23. Murah gila.”\nYuna angkat kening, tak percaya. Aku dan Faris padangan antara satu sama lain sekejap, kemudian beralih pada Waiqs yang sengih-sengih macam kerang busuk.\n“Okey…” Faris hela nafas. “Apasal murah sangat? Semalam aku survey, gah juga tempatnya. Takkanlah murah ni harga dia?”\n“Promosi mungkin.” Aku balas sebelum hirup Strawberry Frappe. Yuna diam, tak beri sebarang jawapan.\n“Aku rasa baik kau tanya customer service dia. Takut tu harga promo tapi dah tamat tempoh ke. Sedangkan nak masuk Sunway Lagoon pun beratus.”\n“Tu lain, ni lain.” Faris geleng kepala bila dengar Waqis danYuna berbalah sebab berlainan pandangan. Sempat Fais beri isyarat suruh aku ‘senyapkan’ budak berdua tu. Aku gulingkan mata.\n“Senyap sikit. Malulah dengan orang dengan kau orang bebel fasal harga je.” Waqis dan Yuna terus diam. Aku kembali hirup air kayangan, sambil menunggu Waqis memberi jawapan.\n“Yalah, aku ikut cadangan Yuna. Tanya fasal harga. Manalah tahu harga RM23 tu berpihak dekat kita,” jawab Waqis dengan nada sedikit menjengkelkan.\n“Kau ni kan…”\n“Yuna.”\n“Fine.” Yuna memeluk tubuh, merajuk mungkin.",
"Esoknya, Waqis beritahu harga RM23 memang itulah harga tiket masuk ke waterpark itu. Kita orang beli tiket tiga hari kemudian. Sempatlah nak kemas-kemas sikit. Sempat aku belek-belek website dia. Dibina tahun 1971 dan masih beroperasi hingga kini. Power juga. Aku sambung scroll website, tengok apa yang ada.\nGiant tube slide, kolam dewasa dengan kanak-kanak, restoran terapung tengah tasik. Lodge dan resort pun ada. Not badlah. Dekat website pun ada tulis replika dinosaur dengan kayuh atas air. Wow. Last aku kayuh basikal dekat tasik dalam empat atau lima tahun lepas. Itupun jatuh sebab ada orang aku langgar dari belakang. Haish, malang seribu kali malang.",
"Tiga hari kemudian…",
"Aku berhentikan kereta dekat tempat parking. Tak sangka pukul 11 pagi macam ni dah penuh parking. Oh lupa, hari ni Sabtu.\n“Okey teman-teman. Mari.” Waqis yang paling semangat antara kami bertiga. Dengan pelampung dah siap blow dari rumah, macam budak-budak. Padahal dia lagi tua dari kita orang ni. Dengan terujanya kami bertiga ke kaunter, tunjuk e-tiket dan simpan barang di loker yang disediakan. Kasihan Waqis, pelampung kesayangan dia tak dibenarkan bawa masuk. Elok saja aku tutup pintu loker, Yuna sudah tarik lengan aku. Dia ni tak tahu ke lantai ni licin, ada lopak air. Kalau jatuh ni, bikin malu ooo. Ada budak-budak, ibubapa dengan budak muda mudi ni.",
"Lokasi pertama kita orang dekat giant barrel. Pertama barrel tu akan diisi air, bila penuh dia akan berpusing 180 darjah dan air itu akan jirus pengunjung yang dah berdiri bawah barrel tu ( kau orang semua tahu kan? kan?). Dalam tiga ke empat pusingan jugalah kami berempat duduk situ. Kemudian kami berpecah dalam dua kumpulan -aku dan Yuna, Faris dan Waqis.\n“Dalam pukul 4 kita berkumpul sini balik,” kata Waqis.\n“Ini memang enjoy habis ni.” Waqis angkat bahu. Dia dan Faris melangkah ke bahagian kolam. Aku dan Yuna saling berpandangan.\n“Nak ke mana kita?” tanya Yuna. Aku herot bibir sambil perhati sekeliling. Aku tunjuk satu tempat. Ada satu kolam, orang lompat-lompat, ada orang meluncur turun dan panjat balik dekat separuh bulat itu.\n“Oh…Apa nama dia eh.” Yuna urut dagu. “Hah! Giant bubble slide kan?”\n“Aih mungkinlah. Jom.”",
"Kita orang berseronok sama macam pengunjung yang datang. Hampir semua permainan aku dan Yuna cuba. Hampir semua benda aku tangkap gambar untuk jadikan kenangan. Last stop kita orang (sebab dah nak pukul 4), aku dan Yuna ambil keputusan untuk kayuh basikal dekat tasik tu. Yunalah semangat nak berracing dengan budak-budak. Jenuh bapa-bapa nak mengayuh, kejar Yuna punya fasal. Aku pula kayuh, tak nak jatuh dalam tasik walaupun tak ada siapa langgar macam dulu.",
"‘Untuk keselamatan para pengunjung, kami nasihatkan untuk keluar dari semua kawasan permainan gelongsor, kolam dan juga tasik. Para pengunjung juga dinasihatkan untuk berkumpul ke kawasan lapang depan pintu masuk. Kami ulang…’",
"Aku toleh, memerhati sekeliling. Ramai pengunjung tertanya-tanya selepas mendengar pengumuman tadi. Pekerja mula berlari dan arahkan semua pengunjung untuk keluar dari situ. Kami yang di tasik pun disuruh naik ke daratan berkumpul di kawasan lapang depan pintu masuk. Ada yang membantah tak mahu keluar, ada yang ikut saja arahan tadi termasuk aku dan Yuna. Elok saja keluar, semuanya kecoh-kecoh. Tak puas hati. Yalah, tengah seronok main tiba-tiba kena keluar. Pekerja semuanya menyuruh pengunjung bertenang sementara menunggu bos tiba.",
"Lelaki berbadan gempal bersama microphone tiba di tempat kami berkumpul. Dia sempat telan air liur kelat.\n“Selamat petang semua pengunjung…”\nPengunjung yang riuh tadi senyap. Mata mereka semua tertumpu pada lelaki berbadan gempal itu. Pandangan mereka jelas tidak puas hati.\nLambat-lambat lelaki itu buka mulut. Hampir semua pekerja memandang bos mereka.",
"“Saya faham perasaan tuan-tuan dan puan-puan…”\n“Dah tahu faham, kenapa halau kita orang keluar?” Pengunjung bersorak menyokong kenyataan abang tadi. Aku rasa dah macam rusuhan. Rusuhan depan waterpark. Yuna tarik lengan baju aku.\n“Mana Faris dengan Waqis?” tanya Yuna.\nBila dia tanya, baru aku perasan. Budak berdua tu tak ada pun dari mula kita orang berkumpul.\n“Ada benda buruk jadi ke?” Yuna ni satu saja kelemahannya. Cepat buat kesimpulan bukan-bukan.\n“Maybe dia orang pergi toilet ke. Kita tak tahu.” Aku cuba sedapkan hati Yuna, tapi itulah. Dia jadi makin gelisah.",
"Bos tadi masih tak dapat sambung kata-katanya dek diganggu pengunjung yang asyik memotong katanya. Dibalik pekerja-pekerja, Faris muncul. Dia sedang berbisik sesuatu pada salah satu pekerja di situ. Pekerja tadi mengangguk dan dia membisikkan sesuatu pada bos. Bos hulurkan microphone, pekerja itu sambut dengan senyum paksa.",
"“Baiklah pengunjung semua, bawa bertenang.”\n“Kau tak cakap apa yang jadi lepas tu kau minta kita orang bertenang. Kau ni memang nak cari fasal ke apa?” tengking seorang pakcik. Pekerja tadi sempat mengeluh sebelum dia kembali berucap.\n“Ada tak nama Yuna dengan Raina dekat sini?”\nAku dan Yuna berpandangan sekejap. Kenapa tiba-tiba kena panggil?\n“Saya ulang. Yuna dan Raina ada?”\nAku angkat tangan. Yuna pegang tangan aku sementara aku cuba menyelit celah-celah orang ramai. Faris tak terang apa-apa, dia terus ajak kami ikutya. Aku dapat dengar pengunjung lain tak berpuas hati melihat aku dan Yuna masuk semula kawasan waterpark.\n“Baiklah, dengar dulu. Salah satu pengunjung kita kemalangan di giant tube slide. Untuk elak kemalangan lagi, kami terpaksa kumpul anda semua di sini. Sebagai tanda minta maaf, kami beri 50% jumlah bayaran tiket sebagai ganti rugi.”\nPengunjung merungut. Aku dan Yuna toleh sekejap sebelum teruskan perjalanan.",
"“Apesal Faris? Mana Waqis?”\nPertanyaan aku tadi tak dijawab Faris. Tegang saja mukanya.\n“Weh, kau dengar tak?” Giliran Yuna pula bising. Faris berhenti dan memusingkan badan menghadap kami bertiga.\n“Waqis dah…meninggal.”\nPada mulanya aku ingat aku salah dengar, aku minta Faris ulang semula.\n“Waqis dah meninggal. Kepala dia putus dari badan masa dia nak turun slide tadi.”\n“Serius? Kau main-main kan?”\n“Entah kau orang ni. Tak lawak lah.” Yuna bersuara, cuba menyokong kenyataan aku.\n“Kau tak percaya kan? Meh sini, aku tunjuk.”",
"Kita orang bertiga mendekati sekujur tubuh yang ditutup dengan kain tuala. Tak jauh dari itu, ada bentuk bulat ditutupi dengan tuala juga. Faris telan air liur. Dia menyelak tuala yang menutup benda bulat. Yuna dan aku berundur ke belakang.",
"Apa yang ada depan mata kita orang memang kepala Waqis. Yang memang dah terpisah dengan badannya. Faris tutup semula kepala Waqis tadi.\n“Puas hati? Dah percaya?”\nAku dan Yuna diam. Entah kenapa pandangan aku jadi kabur. Faris dan Yuna dekati aku. Mereka panggil nama aku. Aku yakin Yuna tengah goncang badan aku berkali-kali.\nTelinga aku berdesing.",
"Aku kelipkan mata berkali-kali. Pandangan aku perlahan-lahan jadi jelas. Di sebelah aku ada lima lelaki dengan riak terkejut. Aku tengok sekeliling. Hanya ada hutan tebal dan semak samun di sekeliling. Aku buat apa dekat hutan ni? Bukan aku dekat waterpark dengan mereka bertiga yang lain ke?\n“Tangan adik tu…D***h ke?” tanya lelaki memakai topi. Jari telunjuknya menunjuk kedua tangan aku yang ada cecair merah.\n“Dia b***h orang! Lari! Lari!”\nMereka berlima lari lintang pukang. Aku terkedu. B***h? Siapa?\nAku cuba dekati mereka, pada masa yang sama kaki aku dipegang sesuatu. Aku pandang bawah.",
"Faris pegang kaki aku. Tak jauh darinya, tubuh Yuna terbelah dua. Bahagian kedua lengannya d******g.\nDengan nafas naik turun, Faris gerakkan mulut.",
"“Kau nak…lari mana?”\n.\n.\nDahi Khai berkerut. Aku senyum tawar.\n“Nice tak story aku kali ni?”\nDiam. Aku tepuk-tepuk lutut. Pandang sekeliling. Keadaan kafe sunyi. Hanya kita orang berdua saja.\n“Bagilah respon. Aduh.”\nKhai angguk lambat-lambat. “Ni kira flashback Rainalah kan?”\n“Boleh katalah macam tu.” Aku kembali sedut ice chocolate. Brrr. Manis.\n“So, siapa b***h Waqis? Raina?”\nAku herot bibir. Tak tahu mahu jawab ya atau tidak.\n“Boleh ke kalau aku buat, dia orang bertiga ni tak b***h Waqis pun. Cuma Waqis tak puas hati kenapa dia je m**i.”\n“Dendam?”\n“Sahabat sampai m**i. Macam tu lah.”",
"Empat orang masuk dalam kafe. Dua lelaki dan dua perempuan.\n“Ish, waterpark tu murah gila tahu? RM23. Kenapa tak percaya?” kata seorang lelaki yang aku yakin dia yang paling tua antara mereka bertiga. Seorang gadis mengerut dahi.\n“Yalah tu. Entah-entah harga promosi, betul tak Raina?”\n“Aku tak tahu, kita order dulu dan kita duduk. Bincang.”",
"Mata aku tak lekang pandang empat orang yang tengah membuat pesanan di kaunter.\n“Kau dengar apa aku dengar?”\nKhai angguk. “Kebetulan kan? Harga tiket dengan nama dia orang dalam cerita kau ni?”\n“Aku tak tahu. Kejap, aku tanya dia orang.” Aku berdiri dan dekati mereka berempat. Khai panggil nama aku berkali-kali suruh duduk semula tapi aku tak hiraukannya.\n“Sini woi. Aduh.”",
"Dengan beraninya aku menepuk bahu salah seorang gadis. Dia menoleh.\n“Kau orang pergi waterpark eh nanti?”\nRaina pandang tiga rakannya. Dia angguk. “Kenapa ya?”\n“Harga tiket RM23? Nampak dekat website?”\nMereka berempat terkejut.\n“Macam mana kau tahu? Kau nak ikut ke?”\nRaina berkerut. ” Waqis, kau kenal ke?”\n“Tak. Tapi apa salahnya.”\nMereka bertiga saling berpandangan. Agak lama aku tunggu, mereka pun angguk. Ajak aku lepak sekali. Tinggallah Khai dengan air ice choco aku.\n“Dia ni…”",
"Lepas mereka berempat dapat order, barulah mereka kenalkan diri. Waqis, Faris, Yuna dan Raina. Aku senyum, tak percaya. Mungkin aku boleh cakap ‘Fuh, jackpot!’\n“Kenapa ni senyum senyum?” tanya Faris. Aku geleng.\n“Tak, cuma nak tahu fasal waterpark tu. Murah sangat.”\nWaqis tepuk tangan, teruja. “Kan? Kalau Sunway Lagoon pun dah beratus. Hahahaha.”\nAku angguk tanda setuju.\n“Tapi kau orang tak pelik ke apesal murah? Mana tahu kau orang pergi empat orang, balik jadi tiga. Lepas tu…”\n“Fiena!” Badan aku dicuit. Khai cekak pinggang.\n“Jangan kacau dia orang. Jom balik.”\n“Tapi…”\n“Takde tapi tapi.”\nMereka berempat tengok saja aku diheret keluar oleh Khai. Mereka sempat berpandangan sebelum sambung berbincang."
] | [
"i like.. walaupon ada flashback tp i like… kipidap.."
] |
https://fiksyenshasha.com/baju-pengantin-minangkabau/ | BAJU PENGANTIN MINANGKABAU | [
"Hai, assalamualaikum, aku Nurul. Terima kasih bagi pihak Fiksyen Syasya yang post 3 cerita sebelum ni. Mohon rakan-rakan pembaca kalau boleh bagi komen membina insyaallah akan aku guna sebagai semangat dan lebih berusaha memperbaiki penulisanku. Baik kalini aku nak bercerita pengalaman kakak senior dan abang-abnag senior di kolej aku. Kolej Keenam.",
"Alhamdulliah aku sangat gembira setelah mendapat maklumat yang aku berjaya melangkah ke pengajian yang lebih tertinggi dalam bidang yang memang menjadi idaman aku selama ini. Sampai sahaja di university, aku ditemani ibu dan ayahku bergerak ke kolej keenam dalam university. Selesai sahaja pendafataran, ibu dan bapaku melambai pergi. Tinggallah aku bersama pelajar yang lain. Dalam masa semiggu orientasi, kami diberi taklimat dari akak dan abng senior berkaitan kolej dan fakulti masing-masing.",
"Di situ, aku berkenalan dengan Kak Asiah. Dari cerita Kak Asiah dia bagitahu ada waktu minggu orientasi, seorang pelajar diberikan prank oleh rakannya dengan mengunci dari luar sewaktu rakannya sedang tidur. Sewaktu akak fasilitator datang dan memberitahu dari luar blok supaya segera turun untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Panik kerana tidak dapat membuka pintu, pelajar tersebut segera terjun dari tngkap biliknya bagi mengelakkan dari dirinya didenda oleh akak dan abang fassi. Akibat terjunan tersebut, pelajar tersebut patah kaki kanan dan tangan kanan. Aku hanya sekadar menggeleng kepala dan merasakan tindakan yang tidak sepatutnya dari rakan yang mengenakan prank tersebut.",
"Selesai sahaja minggu orietasi kami diberi peluang berehat sebelum ninggu kuliah bermula pada keesokakan harinya. Aku mengambil peluang ini pergi bertemu dengan Kak Asiah yang sedang berehat di bawah di Anjung Ilmu. Aku yang sangat suka dengan cerita-cerita seram asrama bertanyakan perkara tersebut kepada Kak Asiah. Aku bertanya kepada Kak Asiah kenapa sewaktu aku ada membeli barang keperluan di kedai serbaneka berdekatan dengan university. Sewaktu membayar, ada seorang pakcik bertanyakan dimana kolej yang akan aku diami nanti. Setelah menmberi jawapan kepada pakcik tersebut dia menjawab “Ooo ..kolej berhantu tu ye..jaga-jaga ye..” ujar pakcik tersebut. Kata-kata dari pakcik tersebut menjadi persoalan kepadaku sehinggalah akhirnya di jawab oleh Kak Asiah. Ini pengalaman dari Kak Asiah sewaktu mendiami kolej keenam ni.",
"Sewaktu Kak Asiah dalam semester kedua atau ketiga, dia terpilih untuk terlibat dalam festival yang sememangnya sangat penting untuk setiap kolej di university tersebut. Aku pernah melihat rakanku yang terlibat sebagai pelakon dalam festival tersebut keletihan yang teramat kerana jadual training yang sangat ketat. Selalu juga aku melihat dia pulang ke bilik dalam pukul 3-4 pagi. Walaupun merit yang dapat sangat besar nilainya untuk mereka yang terlibat dalam apa jua festival dan aktiviti di kolej tetapi hati yang kental dan mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja yang terlibat dalam aktiviti tersebut.",
"Sewaktu Kak Asiah terlibat dalam festival ini, Festival Filem Pendek. Festival ni berjalan macam ni, setiap kolej yang terlibat perlu membuat satu filem pendek yang sekurang-kurangnya mempunyai pengajaran di akhir filem. Selesai membuat filem tersebut, pelajar-pelajar akan beramai-ramai melihat tayangan setiap filem dari setiap kolej. Setelah tayangan , pelajar diminta untuk membuat undian filem yang mereka rasa terbaik. Filem terbaik akan dilih mengikut undian tertinggi.",
"Sewaktu Kak Asiah terlibat dan kali pertama kolej keenam terlibat kali pertama dalam Fesfik (nama pendek untuk festival ni), kolej mengalami bajet yang sangat terhad. Mereka yang terlibat diminta untuk mencari inisiatif yang perlu bagi mengatasi bajet tersebut. Mereka dibahagi dalam beberapa kumpulan. Kumpulan solekan, pakaian dan teknikal. Bagi mengatasi masalah ni, pelajar dari kumpulan pakaian membuat keputusan dengan mengambil baju yang terdapat dalam muzium yang terletak di Fakulti Bahasa. Kalau orang yang tahu pasal Muzium dan Fakulti Bahasa ni mesti mereka tahu university yang aku diami sekarang ni. Dalam cerita ni aku bahasakan sebagai Kak Asiah ye. Kak Asiah ditugaskan dalam kumpulan teknikal bersama seorang lagi abang senior namanya Bad ye. Bagi kumpulan pakaian ni aku namakan Ayu.",
"“Wei, Ayu, acaner dengan kumpulan kau? Dapat dah ke pakaian pengantin?” ujarku bertanyakan kepada Ayu yang kelihatan keletihan selepas sehari suntuk mencari pakaian yang sesuai bersama kumpulannya. “Dapat dah ni ha. Nasib baik jumpa juga kat dalam museum tu. Penat dorh.!” Kata Ayu sambil membelek-belek baju pengantin yang diambilnya dari museum. Tanpa izin ke tak tu taktaula. Haha. “Ni baju pengantin Minangkabau ni!” “ Aku pernah pergi melawat museum tu dengan member yang lain. Kau tau tak usia baju tu?” kata Bad sambil mengambil baju penganting tersebut.",
"“Tak taula . Aku tengok cantik je. Berkenan pulak. Haha.” Ujar Ayu sambil mengangkat bahunya tanda tidak tahu. “100 tahun! 100 tahun baju ni tau. Kau jangan main-main.”.”Bereh Bos!” kata Ayu sambil sambil tangannya mentabik hormat kepada Bad yang memandang dengan raut wajah yang serius. Aku ditepi hanya mampu tergelak kecil memandang keletah mereka yang agak lucu. Macamni la ragam kumpulan Fesfik kami. Walaupun ramah dan dekat antara satu sama yang lain tetapi dalam bab kerja kami sangat memandang serius dan tahu tanggungjawab masing-masing. Training berjalan macam biasa. Kami putuskan untuk membuat training kami di dalam dewan kolej kerana terdapat fasiliti sound system di dalam bilik dewan. Hari pertama berjalan dengan lancar. Tetapi masuk hari kedua sewaktu sesi training dilakukan ada masalah dalam sound system.",
"Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi, aku yang bersama-sama dengan Bad tekun di dalam bilik system memastikan semua berjalan dengan lancar. Tiba-tiba, sound system mengeluarkan suara yang menunjukkan yang system tersebut ada masalah. Aku menyatakan Bad perkara tersebut. Sambil meneliti masalah tersebut, aku melihat di pintu dewan sebelah kanan seperti ada sesuatu di situ. Mataku mengamati dengan lebih jelas untuk memastikan apa banda yang kelihatan sembunyi-sembunyi berdiri di pintu kanan dewan yang dibiarkan terbuka.",
"Setelah meneliti dengan lebih jelas, benda tersebut adalah kain putih yang agak lusuh dengan rambut berjurai panjang. Kedudukannya membelakangi kami kerana aku tidak dapat melihat wajahnya. Mungkin dihadang oleh pintu dewan. Tanpa semena-mena semasa focus melihat kelibat tersebut, tiba-tiba blackout! Aku pikirkan hanya blackout hanya di kolej kami sahaja tetapi blackout satu university!! Sebab tu lah kejadian ni famous sampai orang luar pun tahu. Berbalik pada cerita tadi.",
"Bad keluar menuju ke dalam dewan. Dia segera melaungkan azan kerana aku kira dia pun nampak benda yang sama macam apa yang aku nampak tadi. Pelajar perempan yang lain ada yang menangis ketakutan. Aku hanya berdiri di dalam bilik system sambil mataku terus memandang kelibat tersebut yang berdiri di pintu dewan. Tiba-tiba datang satu suara yang sangat kuat dan menakutkan sehingga kami yang berada di dalam dewan mendegar suara tersebut. “Pulangkan! Pulangkan semula hak aku!” “Pulangkan!!” kata-kata dari suara tersebut. Makin kuat suara tangisan dari pelajar perempuan namun ditenangkan oleh pelajar lelaki yang lain. “Kau ambil tanpa izin! Kepunyaanku! Pulangkan semula !!”",
"Setelah mendengar kata-kata dari suara tersebut, tahulah kami apa yang dimaksudkan oleh suara tersebut. Ini mesti berkenaan dengan baju pengantin Minangkabau yang diambil oleh Ayu sebelum ni tanpa izin. “Alahai..Ayu..Ayu….pasal kau lani!” getusku di dalam hati. Geram!.",
"“Sebelum Subuh letakkan semula! Pulangkan semula hak Aku!” Kata-kata dari suara tersebut mengarahkan agar baju terbut dipulangkan segera pagi tu juga! No kompromi guys! Setelah itu, lampu terpasang semula dan suasana kembali reda. Kelibat perempuan tadi pun menghilang. Kami berasa sangat lega. Namun setelah berbincang kami putuskan untuk Bad dan seorang lagi pelajar lelaki segera mengahantar baju tersebut ke muzium dengan menaiki motor. Memang hati keras betul budak dua orang tu! Kalau akula memang tak dan la nak hantar baju tu balik. Haha.",
"Lepas kejadian tu, Ayu and the geng kena tazkirah beramai-ramai dengan kami semua. Kesian juga melihat Ayu time tu tetapi mereka kena ambil pengajaran jugakan. Berkenaan baju tu kami ambil baju penganti yang lain pinjaman dari pelajar kolej tu juga. Walaupun tidak memenangi festival tersebut, tetapi nama kolej kami naik sebab apa? Sebab kolej yang menyebabkan satu university blackout!.",
"Baiklah sampai disini dulu kisah yang aku ceritakan. Bagi sesiapa yang nak tau rupa baju pengantin Minangkabau macam mana. Bolehla Google ye. Tak silap aku baju tu berwarna merah. Baik. Pengajaran nya kat sini, jangan ambil barangan atau pinjam apa-apa pun tanpa izin tuan punya barang. Kita tak tahu sekiranya barang yang dah berusia puluhan tahun berpenunggu atau tak. Sekian."
] | [
"UPM ke??? Saya batch 2009/2010 Kolej Canselor.",
"Betul tue saya di Kolej Keenam."
] |
https://fiksyenshasha.com/bulan-hantu-2/ | BULAN HANTU 2 | [
"Hai assalamualaikum, aku Nurul. Sebelum ni tiga cerita pihak Fiksyen Syasya siarkan Terima kasih aku ucapkan. Untuk mengahabiskan cerita berkaitan bulan hantu ni, baiklah aku sambung balik cerita berkaitan bulan hantu ni.\nSebelum ni, aku bercerita berkaitan apa yang berlaku di dorm lima dan sembilan kan, Harini aku akan bercerita berkaitan apa yang berlaku di dorm tujuh dan lapan. Cerita kalini agak pajang sikit. Diharap pembaca tidak bosan membaca.",
"Peristiwa ni berlaku beberpa hari selepas insiden yang berlaku di dorm sembilan. Rina sebagai ketua dorm tujuh sentiasa menegaskan tentang kebersihan dorm dan juga keselamatan dorm lagi-lagi atas insiden yang berlaku di dorm lain. Dalam bulan tu datang seorang pelajar baru masuk ke dalam dorm tersebut. Namanya Anis. Dia membawa bersamanya sebuah cermin antik dan sebuah congkak lama yang sering digunakan untuk bermain bersama-sama saudaranya yang lain.",
"Mula-mula nampak juga kerisauan di hati ketua dorm kerana memikirkan apa yang berlaku sebelum ni. Tetapi bila melihatkan bagaimana rancaknya ahli dorm lain bermain dengan congkak tersebut. Dibiarkan sahaja kerisauan dan berfir positif sahaja.",
"Malam tu, Qila baru sahaja selesai membaca novel dan ingin ke bilik air. Memandangkan ahli dorm lain telah pun lena dibuai mimpi. Qila perlahan-lahan menuju ke pintu risau sekirananya mngejutkan ahli dorm yang lain.",
"Setelah selesai melepaskan hajat, Qila segera naik ke atas katil untuk tidur. Semasa menaiki tangga katil, secara sekilas pandang, dia melihat seakan seorang budak kecil perempuan berada di depan congkak duduk membelakanginya. Sambil itu terdengar dari tubuh kecil itu ketawa kecil…yang bagi Qila sangat menyeramkan. Dia seperti terpaku di depan katil.",
"“Nina obo, oo nina bobo, kalau tidak bobo digigit nyamuk,,hihihi” “hihihi atu, atu saya sayang ibu, hihihihi” pulak dah. Dia dah start menyanyi pulak. Haru biru muka Qila. Di tolehnya kiri kanan melihat sekiranya ada ahli dorm yang lain mendengar suara tesebut tetapi hampa. Semua tidur lena dan mereka berdua sahaja yang ada dalam situasi tersebut. Rancak sungguh budak kecik bertocang dua itu menyanyi sambil bermain congkak seorang diri. Ini sudah lebih. Dia tahu lagu menyeramkan tersebut. Dalam banyak-banyak lagu, lagu tu jugak dipilihnya lahai. Katanya di dalam hati yang waktu ini rasa macam kecut dah.",
"Belum sempat untuk Qila melangkah naik ke atas katil, budak kecil itu bepaling dan merenung ke arah Qila. Wajahnya kosong! Hanya mulut sahaja yang ada tanpa mata dan hidung!. Dengan ketakutan yang amat sangat dirasai oleh Qila waktu itu. Dia pun pengsan. Keesokan harinya .kecoh di asrama perempuan cerita mengenai Qila. Dia demam panas dan akhirnya di bawa pulang oleh ahli keluarganya. Congkak tersebut di bawa pulang oleh Anis ke kampung kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Ini pun setelah diarahkan oleh ketua dorm.",
"Pada hari itu, setelah selesai mngemas-ngemas dorm, ahli dorm lapan bercadang untuk mengadakan jamuan kecil di waktu petang pada hari tersebut. Memandangkan di dalam asrama tidak dibenarkan untuk memasak, jadi mereka memutuskan untuk menempah sahaja makanan dari kantin sekolah. Mimi, ahli dorm tersebut terkenal dengan lockernya penuh dengan makanan seperti biskut dan coklat. Ain, selaku ketua dorm lapan ingin mengambil beberapa biskut di dalam locker Mimie dengan keizinan Mimi, dia pun melangkah ke arah locker Mimi.",
"Satu persatu di selongkar nya almari Mimi. Tiba-tiba dia melihat seketul batu besar yang terlihat kemas disimpan di dalam longgokan baju di dalam locker. Dipeganggnya licin dan dikiranya macam batu daripada pantai atau sungai. Dalam pikiranya buat apa Mimi simpan batu sungai kat dalam locker? Pelik sungguh si Mimi ni. Batu tersebut disimpan semula dan Ain pun mencapai biskut yang berada di dalam locker Mimi.” Takpe nanti jelah aku tanya dia.” Getus Ain di dalam hati. Jamuan petang itu berjalan dengan lancar dan soalan yang tercetus di dalam hati Ain pun dilupanya dan hilang begitu sahaja. Kalau dalam dorm tujuh ada congkak, dalam dorm lapan ada permainan budak-budak yang bentuknya macam rumah dan dibawahnya ada tali. Sekiranya ditarik tali tersebut akan keluar bunyi muzik daripada rumah tersebut. Siapa yang bawa masuk ke dalam dorm pun tak ingat dah.",
"Kejadian yang berlaku selepas ini ada kaitan dengan batu sungai yang di bawa oleh Mimi.\nFaeqah baru sahaja selesai mandi. Memang dah terbiasa bagi Faeqah untuk mandi malam-malam sebelum masuk tdur, Baginya lebih baik untuk masuk tidur dalam keadaan segar.",
"Setelah selesai bersiap-siap naik ke atas katil dan bersedia untuk tidur. dia menangkap sesuatu dari telinganya bunyi alunan muzik. Perlahan-lahan dia amati bunyi muzik tersebut. Setelah berfikir lama dan akhirnya ya! Dia tahu muzik dari kotak rumah dalam dorm tu. “Siapa yang tarik? Rasanya semua dah tidur.” Ditutup matanya dan Faeqah buka sedikt sahaja bukaan matanya untuk melihat siapa yang tarik kotak music tersebut. Dipandangnya sekeliling tapi tiada. Mungkin dah takde dah kot. Fikirnya di dalam hati. Fuh! Lega.",
"“ Satu dah tido, dua dah….” Mata Faiqah sekilas menuju ke suara tersebut. Terbuntang luas matanya melihat ada tubuh kecil bertocang dua sambil memegang sesuatu di tangannya duduk di atas susunan almari dorm tersebut. Perlahan lahan matanya meamati apa yang dipegang oleh kanak-kanak tersebut. Baaatuuu nisann! Huhuhu Faeqah terasa ingin menangis sahaja di situ dan kalau boleh pengsan terus pun tak apa Terkumat kamit membaca surah yang di bacanya di dalam hati. Tunggang langgang semuanya. Dia ingin segera sahaja tidur tetapi susah betul dia ingin melelapkan mata. Dipaksanya juga untuk menutupkan mata. Dalam hatinya berharap agar supaya hantu kecil tersebut hilang dari pandangan.",
"“Dua dah tido hihihihi katil tiga tak tidur lagi??””Jom la main sama-sama kita” luruh jantung Faeqah mendengar kata-kata dari budak kecil tersebut. Faeqah kaku dan berselubung diam tidak mahu berkata apa-apa. Namun suasana menjadi senyap tiba-tiba. Faeqah perlahan-lahan membuka selimutnya dan dengan berbekalkan keberanian yang ada. Dia menjengah keluar dari katil dan matanya melilau sekeliling dan menoleh ke kiri…",
"Wajah yang penuh dengan ulat beserta dengan d***h pekat mengalir di wajah tubuh kecil itu. Matanya hitam memandang tajam ke arah Faeqah. Senyumannya menyeringai menampakkan gigi yang hitam. Wajahnya tepat berada berhadan dengan Faeqah Pandangan Faeqah kelam dan gelap. Dia rebah. Faeqah dibawa pulang keesokan harinya. Tanpa berlengah masa, Ain segera bersemuka dengan Mimi bersendirian.",
"Setelah didesak oleh Ain, akhirnya dia mengaku bahawa batu sungai tersebut diberi oleh datuknya dari Indonesia. Datuknya adalah seorang pawang di Indonesia. Batu tersebut ada penjaganya. Penjaga batu tersebut adalah seorang budak kecil perempuan dan ditugaskan untuk menjaga Mimi dan adik lelakinya di sekolah. Mereka berdua berada dalam sekolah yang sama. Ada juga pelajar pernah melihat Mimi bercakap seorang diri dari atas balkoni seperti bercakap dengan seseorang di bawah. Walaupun di bawah tiada sesiapa.",
"Itu sahaja cerita pengalaman semasa Bulan Hantu tersebut. Kita sentiasa diingatkan untuk sentiasa menjaga diri dan mndekatkan diri dengan Allah. DIA sahaja sebaik-baik pelindung. Sekian."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/rumah-dekat-kubur-china/ | Rumah Dekat Kubur China | [
"Hai salam kenal kepada pembaca fiksyen shasha, perkenalkan saya Nisa dari Indonesia, saya pembaca setia fiksyen shasha. Ni untuk pertama kali saya hantar cerita biasanya selalu menjadi pembaca jek. Maafkan apabila cerita saya ni kurang seram atau penulisan tak kemas.",
"Cerita ni jadi pada masa saya masih merantau kat Penang, Malaysia. Sekarang ni saya dah balik kat Negara saya. Tahun 2015 masa saya mai untuk pertama kalinya ke Malaysia saya rasa betul-betul pelik. Dari airport penang kami semua di hantar ke hostel kat Batu Kawan, bila kami sampai jek kat hostel tuh banyak burung gagak sambut kedatangan kami. Saya betul-betul rasa seram, sebabnya kat Indonesia burung gagak hitam tuh punya makna kematian, tapi bukan pasal burung gagak ni lah yang saya nak cerita.",
"Saya nak cerita pasal hostel baru kami yang ada kat Penang, masa tuh kalau tak silap saya kejadian ni berlaku di tahun 2018 dekat masa dah nak balik. Hostel saya ni cantik, rumah teras 3 tingkat, mesti lah mahal kan lagi rumah kat Malaysia ni memang mahal betul. Hostel ni letak dekat kubur China dan India, kawasan perbukitan.",
"Bila kami pindah tuh, kawan-kawan lokal punya orang macam bagi takut kami, saya ada satu kawan India laki-laki cukup rapat dia tanya saya “rumah baru you all yang dekat kubur tuh kah?”, saya benarkan apa yg dia tanya tuh, lagi dia kata “hey you tahu tak dulu tuh tanah rumah tuh bekas kubur, hati-hati tahu bila you balik malam dengan boyfriend you”. Saya gelak jek pasal saya tahu dia memang hanya nak kacau saya.",
"Tapi lepas 1 tahun kita duk rumah tuh baru kita rasa ada gangguan, for your information, saya duduk kat tingkat 3, satu bilik ada 8 orang, 2 shift, and katil tingkat, saya tidur kat katil atas pasal badan saya kecik. Bila saya tidur tuh, ada yang kejutkan saya, dia pukul and goyang-goyang betis saya (kaki bagian bawah, bawah paha) saya rasa terkejut, saya tak langsung bangkit, saya fikir saya tidur rapat dengan dinding, macam mana ada orang sampai nak pukul betis saya, saya pun tahu saya punya kawan semua pendek-pendek, then saya ambik phone and tengok masih pukul 01 malam, saya tak rasa seram saya sambung balik tidur, pasal esok kena kerja and bangun pukul 4 pagi. Saya simpan sendiri cerita saya tuh, memang pun saya jenis orang yang tak takut hal macam tuh lagipun kakak yang tidur bawah saya tuh jenis penakut sangat, dia ni selalunya balik malam bila shift pagi pasal dia ambik study kat Malaysia, so saya taknak lah bagi dia takut, baik kan saya.",
"Tapi 1 month later benda ni berlaku lagi, tapi bukan kat saya, tapi kat kawan rapat saya, dia ni jenis penakut, dia pun sama tidur kat katil atas, nama dia Rany. Rany di kacau pukul 1 malam juga, ada someone bagi kejut dia, then dia bangkit and pi keluar ambik handuk terus pi mandi, dia rasa ok jek takde fikir apapun, lepas mandi dia siap kemas and tengok phone baru dia sedar tengok time masih pukul 1 lebih and dia pun sedar siapa yg bagi kejutkan dia, dia tengok kawan semua masih lena lagi, biasanya saya yg selalu first bangkit then bangunkan Rany, tapi dia tengok saya masih lena tidur. Then baru dia rasa seram sejuk.",
"Masa pukul 4 semua sudah bangun, saya tanya Rany “rajinnya Rany dah siap nak pi kerja” dia jawab “saya kena kacau la bukan pasal saya rajin”, then dia kongsikan cerita dia kat semua kawan kat bilik itu, semua orang kat bilik rasa takut dah then saya cerita bulan lepas benda ni berlaku kat saya tapi saya simpan sendiri pasal taknak bagi takut siapapun, kakak yang bawah saya tuh terus marah kat rany “Rany masalah punya orang, buat apa nak bagi tahu kami” then semua gelak.",
"Lepas rany buka mulut pasal benda tuh, ada kawan kat bilik lain pun rasa benda yang sama, and ada yg kena kacau kat bawah tangga ada orang panggil, kat dapur bawah sometimes dengar orang tengah masak.",
"Saya pun kongsi lah cerita itu kat kawan rapat saya yang India tuh, dia kata “You ingat saya gurau ke, cuba you fikir rumah kat taman tuh cantik sangat kan, why mereka bagi sewa kat foreigner, and you tengok adapun orang lokal tinggal kat sana, mereka bukan dari penang, mesti mereka mai dari lain negeri, pasal orang penang sudah tahu dulu tanah tuh bekas kubur sebab tuh taknak ada orang penang yg sewa atau beli rumah tuh” saya tak tahu lah apa yg dia cakap tuh betul atau tak. Saya pun masih tertanya sampai sekarang. Mungkin yang orang Penang tahu rumah mana yang saya ceritakan ni, boleh lah bagi tahu betul tak yang kawan saya kata tuh.",
"Ni jek saya nak cerita maaf bila tak seram and terlampau panjang. Salam dari Indonesia"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/bulan-hantu/ | BULAN HANTU | [
"BULAN HANTU\nOkay aku sambung cerita selepas insiden Sprit of The Coin tu kan sampai PPD datang sekolah. Aku Nurul sebelum ni aku ada menulis tentang Tasik dan Spirit Of The Coin dan kedua-dua cerita tu bukan rekaan ye semuanya betul. Okay berbalik kepada kisah yang aku nak ceritakan ni sebelum pihak PPD datang sekolah, Kami semua diarahkan oleh pihak warden untuk membacakan yssin dalam setiap dorm.",
"Di dorm 5 dorm yang selepas pelajar dorm tersebut terkunci dalam bilik air di masjid sekolah. Ketua dorm arahkan pelajar dorm tersebut berkumpul di tengah-tengah dorm untuk bacakan Yassin tetapi ada pelajar yang tak sihat malam tu setelah keletihan membantu pelajar yang terkunci di masjid sekolah. Namanya Nura.",
"“ Aan, maafla aku pass ye aku rasa aku kurang sihat sikit penat dowh bantu Adut tadi!”ujar Nura kepada Aan selaku ketua Dorm 5 sambil mencapai selimut dan berselubung menutup seluruh badan. “ Okay takpe-takpe, kau rehatla dulu ye.” Aan pun mula bersimpuh di bahagian tengah-tengah dan duduk bersama ahli dorm yang lain dan mula bacakan yassin.",
"Tiba-tiba, datang suara tangisan yang agak perlahan namun dapat didengar oleh ahli dorm yang lain. “uuu..uuu…uuu”. Mata mereka tertumpu kepada sekujur tubuh yang duduk bersimpuh dan badannya ditutup penuh dengan selimut.! Nura! . Terkejut melihat keaadan tersebut, mereka tergamam kaku. Aan selaku ketua dorm memberanikan diri dan menuju kea rah Nura perlahan-lahan “Nura, kau okay tak ni?” sambil tangannya mula membuka selimut yang menyelimuti badan Nura. Setelah dibuka selimut tersebut, tangisan tersebut berhenti dan..",
"“Arghhhh Siapa Nura?“ hihihihihi…Aku bukan Nura!” kata Nura yang tunduk tanpa mengangkat mukanya. Suaranya garau sambil rambutnya mengerbang menambahkan lagi suasana seram dalam kalangan ahli dorm 5. Mereka berkumpul di tengah-tengah dorm. Takut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan . Aan selaku ketua dorm menghubungi ustaz dan beberapa warden asrama yang lain. Dalam talian dia suruh memegang dulu Nura sementara ustaz datang. “ Korang pegang Nura! Jangan sampai terlepas! Ustaz datang kejap lagi!”Arah Aan dan beberapa ahli dorm yang lain mula memegang Nura yang bersaiz kecil itu sementara menunggu Ustaz datang.",
"Beberapa minit kemudian sampai sahaja ustaz datang, Nura yang mempunyai kekuatan melebihi kekuatan lima orang perempuan mula melepaskan diri dan lari keluar melalui pintu belakang dorm 5. Keadaan yang lekam kabut tu turut didengari oleh ahli dorm lain dan mereka mengunci semua pintu takut sekiranya Nura masuk ke dalam dorm mereka.senyap dan sunyi ketika itu. Nura yang lari tu dalam keadaan tidak bertudung dan ketawa mengilai-ngilai dikejar oleh ustaz dan beberapa orang warden dan juga beberapa orang pelajar lelaki yang sampai tak lama setelah dihubungi warden. Akhirnya setelah beberapa minit, akhirnya Nura berjaya dibawa masuk ke surau asrama dan dirawat. Tak lama kemudian ibu dan bapa Nura sampai dan membawa Nura balik. Makhluk yang merasuki Nura walaupun telah keluar dari badan Nura tetapi masih menghantui asrama Aspuri sekolah. Keadaan mula reda.",
"Selang beberapa hari di Dorm 9 setelah menunaikan bacaan Yassin ada seorang ahli dorm menyatakan hasrat untuk tidur beramai-ramai sementara katil disusun rapat-rapat kerana dia lemah semangat dan takut mengenang peristiwa apa yang terjadi dengan Nura dan Adut kelmarin. Setelah berbincang dan akhirnya mereka bersetuju untuk menyusun katil rapat-rapat dan tidur menghimpit antara satu sama yang lain. Setelah lampu dimatikan dan semua pelajar pun tidur.",
"Pada keesokan harinya ketua dorm bangun awal untuk menunaikan solat sunat di awal pagi. Setelah lampu dihidupkan, dia tergamam, kaku, dan buku Yassin yang dipeganganya terlepas. Apa yang dilihatnya sangat-sangat menakutkan. Semua pelajar tidur dengan keadaan terbalik degan kaki di atas bantal dan kepala di hujung katil dengan keadaan tangan macam diikat! Tanpa melengahkan masa, Tipah sebagai ketua dorm membangunkan ahli dorm yang lain. Dalam keadaan yang terpinga-pingan dan tidak menyedari apa yang berlaku, Tipah segera menyuruh mereka mengambil air sembahhyang dan menunaikan solat hajat bersama. Solat hajat dilakukan bagi memohon agar gangguan berhenti dan mereka dilindungi oleh Allah.",
"Selang beberapa hari, apa yang terjadi kepada mereka diberitahu oleh ketua dorm mereka semasa membuat mesyuarat dorm. Semasa mesyuarat tersebut, satu-satu ahli dorm menceritakan pengalaman seram masing-masing semasa berada dalam asrama tersebut. Ada yang melihat pontianak naik turun terapung di luar menghadap pelajar tersebut semasa sedang menggunakan iron di bilik iron, ada yang menunggu semasa membasuh baju sambil menyanyi lagu-lagu lama.",
"Baiklah sampai disini dulu kisah yang aku ceritakan. Untuk kisah seterusnya nanti aku akan ceritakan kisah yang berlaku di dalam dorm lapan dan sepuluh berkenaan congkak dan batu saka. Sekian."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/atok-balik/ | Atok Balik? | [
"Hai korang. Terima kasih kat admin kalau cerita aku ni disiarkan. Hari ni aku nak cerita pasal apa yang jadi kat aku time atok baru meninggal. Masa tu, aku baru berumur 7 tahun. Aku ni rapat sangat dengan atok. Disebabkan parents aku busy, aku sekolah dekat dengan rumah atok tapi jauh dengan jauh dengan rumah aku sendiri. Kalau seminggu tak balik rumah sendiri tu biasa dah. Sebab kat rumah sendiri tak boleh tido. Pelik kan? Hehe. Balik pergi sekolah atok yang amik dan hantar. Kalau nenek takde kat rumah, atok masakkan aku nasi goreng kicap. Pastu kiteorang tengok cerita P.Ramlee sama-sama. Petang pulak, teman atok berkebun tepi rumah. Aku tengok je atok cangkul tanah. Nak cuba tapi tak kuat nak angkat.Nampakkan betapa rapatnya aku dengan atok.",
"Atok aku ni kawin dua. Aku pulak cucu dari bini muda. Bini pertama dia dah lama meninggal sebelum atok kawin dengan nenek aku. Lepas je atok meninggal, anak-anak dari bini pertama dia mula buat kerja. Perebutan harta bermula. Diorang datang rumah nenek aku, amik segala benda yang atok punya macam motor, basikal, duit. Tak cukup, diorang nak halau nenek aku dari rumah tu. Ibu aku ni anak sulong, ibu aku suruh nenek aku tetap duduk rumah tu sebab tu hak nenek sebagai isteri. Bini pertama atok ada rumah kat tempat lain. Tak lama lepas tu, diorang mula hantar sesuatu pada nenek aku. Nenek jatuh sakit. Badan nenek jadi gatal-gatal. Habis seluruh badan nenek. Anak cucu jadi terhalang nak balik. Sampai aku pun jadi taknak dekat dengan nenek. Macam ada sesuatu yang tolak aku dari nenek. Tapi ibu kuatkan semangat. Bawak nenek berubat sana-sini. Ustaz kata orang yang hantar ni nak putuskan hubungan nenek dengan anak cucu.",
"Berminggu berubat, nenek beransur pulih. Ibu buat keputusan nak hantar nenek duduk dengan makcik aku kat Kuala Lumpur. Jadi, yang tinggal kat rumah tu cuma 2 orang makcik dan sorang pakcik aku. Aku gelar diorang Cikti, Acu dan Pakcik. Cikti ni dah beranak 2 yang masih kecil, suami kerja jauh. Malam pertama nenek takde, acu mintak tolong aku teman dia. Dia ada order kek batik. Aku pun on je sebab nanti dapat makan. Time tu dah pukul 10 malam. Acu masih syok tengok tv. Cikti dan Pakcik masing-masing dalam bilik. Aku ajak acu buat kek, dia kata nanti sebab drama mase tu best.",
"Pukul 12 malam… baru kiteorang start buat kek. Kiteorang bukak lagu kuat-kuat sambil nyanyi. Happy betul. Tiba-tiba, Pakcik keluar bilik dan pandang kiteorang dengan pandangan tajam. Pastu cakap dia nak keluar. Kiteorang pun biarkan je la, biasa la lelaki. Tak lama lepas tu, Cikti datang dapur nak buat susu anak dia. Dia kata, anak dia taknak tido. Asyik nangis je. Anak dia tu dah pandai merangkak. Tiba-tiba, aku nampak anak dia merangkak menuju ke dapur. Tapi, dia terhenti dekat depan bilik atok. Dia ketawa sorang-sorang pastu merangkak nak masuk bilik atok. Aku cepat-cepat lari dukung dia. Dia menangis macam kene pukul. Aku pelik, dalam bilik tu gelap, takde sesiapa sebab nenek pun takde. Siapa yang agah budak ni? Tiba-tiba aku teringat, atok selalu agah dia kat depan pintu bilik masa atok dah mula sakit dan tak boleh banyak bergerak. Aku tak fikir apa-apa masa tu cuma rindu dengan atok.",
"Cikti amik anak dia dan bawak masuk bilik. Pukul 2 pagi, Acu dan aku siap buat kek. Acu dah kepenatan. Aku, masih segar. Aku pun tak tau kenapa aku tak boleh tido. Penat aku cuba lelapkan mata, tapi tak terlena. Aku dengan acu tido kat ruang tamu. Kiteorang mesti akan bukak satu lampu sebab takut. Aku tengok cerita hagemaru mase tu. Tiba-tiba…. Aku terdengar bunyi orang cangkul tanah kat luar. Mata aku membulat. Bunyi tu betul-betul datang dari tempat atok selalu tanam pokok, betul-betul sebelah rumah. Tapi, aku takde la berani nak tengok apa yang menyangkul kat luar macam kat dalam tv. Aku diam. Aku makin tak boleh tido. Lama aku dengar bunyi cangkul tu dalam 30 minit. Tiba-tiba, bunyi orang berjalan macam nak masuk rumah. Dan tak lama lepas tu… Assalamualaikum… suara atok bagi salam. Aku tengok acu kat sebelah, masih lena tido. Aku diam. Tiba-tiba, benda tu gegarkan pintu rumah. Aku mula panik. Aku cuba kejut acu. Aku goncang badan acu. Dalam pada masa yang sama. Tiba-tiba, tv dan lampu terpadam. Hanya tuhan je yang tau macam mana aku takut masa tu. Nak tercabut jantung.",
"Makin kuat aku goncang badan acu. Acu bukak mata, dan lampu tv pun menyala semula. Aku terkedu. Acu tak sempat nampak pun blackout tadi. Acu suruh aku tido. Aku tutup mata kuat-kuat sampai terlena. Tiba-tiba, aku tersedar sebab aku rasa macam ada someone yang usap rambut aku. Pandangan aku kabur. Tapi aku nampak, ada susuk tubuh duduk atas kerusi kat hujung ruang tamu. Tempat atok selalu duduk. Tapi, aku nampak bonjolan ikatan di atas kepalanya. Aku tak tau kenapa, tapi aku boleh tersenyum masa tu. Dan aku sambung tido.",
"Aku bangun esoknya. Kami mula bercerita time sarapan. Pakcik kata, time aku dengan acu bukak lagu kuat-kuat. Dia tengah baring, ingatkan nak tido. Tiba-tiba, dia rasa ada someone baring sebelah dia. Dan dia rasa tu atok. Atok cakap kat dia “jangan gaduh gaduh, jaga anak cucu abah”. Dia terus bangun. Air mata jatuh dan amik keputusan keluar kejap. Cikti pulak, dia pun tak boleh tido jugak semalam. Macam ada someone yang tengah tengok dia dan anak-anak tido. Cikti kata dia tau yang semalam ada black out sekejap. So, tu bukan imaginasi aku. Pakcik kata dia balik pukul 3 semalam. Dia nampak atok berdiri dekat tempat atok selalu berkebun tapi dalam bentuk gula-gula sambil tengokkan dia. Nampaknya atok marah anak cucu dia bergaduh. Rindu atok, ALFATIHAH."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/sepasang-tua-dihujung-kampung/ | SEPASANG TUA DIHUJUNG KAMPUNG | [
"Disuatu malam yang cerah disinari cahaya bulan mengambang, kelihatan sepasang suami isteri tua berjalan perlahan menuju kesuatu kawasan. Yang lelaki berjalan didepan sambil memegang sebatang lampu suluh. Yang perempuan mengekori rapat dibelakang. Akhirnya mereka sampai ke tempat yang dituju. Iaitu sebuah sangkar yang diperbuat daripada batang-batang buluh yang disusun rapat.",
"“Ayam ni ada dua ekor maknya. Jantan betina. Nak sembelih yang mana dulu?”",
"“Sembelih yang jantan dulu. Aku geram tengok badannya. Gemuk sangat. Mesti banyak makan nasi”",
"Pak mail akur dengan perintah mak senah. Dengan segera dia masuk kedalam sangkar dan menangkap yang gemuk itu yang sudah ditutup mulutnya supaya tidak berbunyi. Mak senah pula menggali sebuah lubang sedalam kira-kira satu kaki disuatu kawasan berhampiran dengan sangkar tadi. Kemudian pak mail membawa yang gemuk tadi ke lubang yang mak senah gali. Lantas pak mail mengeluarkan pisau belati yang baru diasahnya. Mata pisau itu kelihatan berkilat apabila disimbah cahaya bulan. Dengan sepantas kilat pak mail menoreh pisau belati tadi ke leher yang gemuk. D***h memancut keluar memenuhi lubang. Dibiarkan seketika. Apabila diyakini yang gemuk sudah m**i, pak mail memasukkan yang gemuk kedalam sebuah guni. ",
"Setelah itu pak mail pun menimbus lubang tadi. Kemudian dia memikul guni itu dan mereka berdua kembali semula kerumah. Kali ini mak senah pula berada dihadapan memegang lampu suluh. Setibanya mereka dirumah, pak mail meletakkan guni tadi didapur dan terus menuju kebilik air untuk mandi serta mencuci kesan-kesan d***h ditangan. Kedengaran bunyi mak senah sedang memotong daging dan tulang didapur. Setelah mandi dan sementara menanti hidangannya masak, pak mail duduk di beranda rumah sambil menghisap rokok daun. Usai menikmati rokok daun, hidung pak mail tercium bauan tumisan bawang didapur. Perut tuanya berkeroncong. Namun pak mail sabar menanti hidangannya masak. Digulung lagi sebatang rokok daun. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi mak senah menjerit dari dapur.",
"“Paknya,lauk dah masak. Marilah kita makan.”",
"Pak mail terus bangun dan berjalan perlahan menuju ke dapur. Dia duduk bersila diatas lantai disebelah mak senah. Pasangan laki bini itupun mula menjamu selera.",
"“Banyak isi ayam ni. Lemak pun tebal.” Pak mail bersuara.",
"“Ya, banyak sungguh isinya. Maklum la, ayam gemuk. Banyak makan nasi mungkin.” Balas mak senah.",
"“Kulitnya kau letak dimana?” Tanya pak mail.",
"“Ada tu didalam baldi. Besok kau boleh jemur.”",
"“Nanti tulang-tulang ini semua kau kumpul macam biasa. Aku mahu tanam.”",
"“Iya,aku tahulah.” Jawab mak senah.",
"Mereka berdua terus menikmati hidangan dengan penuh berselera.Begitulah kehidupan sepasang suami isteri tua disebuah rumah usang dihujung kampung. Bukannya mereka tidak mempunyai anak. Mereka ada memiliki seorang anak perempuan tunggal yang sekarang sedang menuntut disebuah universiti di utara tanahair. Anak perempuan mereka hanya pulang sebulan sekali. Atau kadang-kadang dua bulan sekali. Ketika itulah baru mereka dapat makan bertiga.",
"Kampung Rumbia, sebuah perkampungan yang tenang. Tetapi tiada siapa pun yang menyangka setenang-tenang kampung rumbia,terdapat satu musibah yang sedang melanda perkampungan ini. Penduduk kampung sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah kanak-kanak hilang. Setakat ini sudah lapan orang kanak-kanak yang hilang dan masih belum dijumpai. Pelbagai cara telah dilakukan oleh penduduk kampung bagi mencari dan mengesan semua kanak-kanak yang hilang itu tapi semuanya menemui jalan buntu. Kanak-kanak yang sudah hilang pasti tidak akan dijumpai lagi. Seolah-olah disorok bunian. Apa yang mampu mereka lakukan sekarang hanyalah berjaga-jaga serta memantau pergerakan anak masing-masing. Namun walaupun sudah berjaga-jaga dan melakukan pengawalan yang ketat tetapi malangnya kejadian kanak-kanak hilang tetap juga berlaku. Perkara ini amat-amat merisaukan hati penduduk kampung.",
"Disuatu pagi pada hari minggu, zaki yang baru berusia sembilan tahun bersama-sama abangnya rosli yang berusia tiga belas tahun kelihatan mengendap-ngendap di tepi hutan. Ditangan masing-masing terdapat sebatang lastik. Mereka berdua mencari mangsa buruan untuk dilastik. Apa sahaja haiwan yang melintas,pasti akan dilastik oleh mereka.",
"“Abang sakit perut lah. Abang nak balik sekejap. Tak tahan sangat ni” Tiba-tiba rosli bersuara.",
"“Kamu tunggu sini ya. Nanti abg datang balik” Rosli menyambung.",
"Lantas dengan tergesa-gesa rosli berlari meninggalkan adiknya berseorangan di tepi hutan.",
"Zaki yang ditinggalkan berjalan perlahan menyusuri tepi hutan. Matanya melilau memandang kedahan pokok. Mencari kalau-kalau ada burung atau tupai yang boleh dilastiknya. Sedang dia asyik mendongak keatas,tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu suara.",
"“Hah, cari apa tu?nak curi buah ke?” Suara itu menyergah.",
"Terkejut sungguh zaki apabila disergah sebegitu. Terus dia berpaling kearah suara itu. Dilihatnya seorang tua dengan muka yang bengis dan bermisai tebal sedang memandang kearahnya sambil mencekak pinggang.",
"“Tak.. tak.. tak ada pak.. pakcik. Zaki cu.. cuma lastik burung” Tergagap-gagap zaki menjawab.",
"“Ooo lastik burung ke..Pakcik ingat kamu nak curi buah rambutan pakcik. “",
"Orang tua itu kemudian mengukir senyuman. Zaki menjadi tenang bila melihat orang tua itu tersenyum.",
"“Ya pakcik, zaki cuma lastik burung.” Zaki berusaha untuk meyakinkan orang tua itu.",
"“Baiklah, pakcik percaya. Panggil aja pakcik, pak mail.”",
"“Baiklah pak mail.”",
"“Kamu seorang saja?” Pak mail menyoal.",
"“Tadi abang saya ada. Tapi dia balik rumah. Katanya tak tahan sakit perut.”",
"“Nanti abang kamu datang balik ke?”",
"“Ya pak mail. Katanya dia akan datang balik.”",
"“Sementara kamu menunggu abang kamu datang,mahukan kamu kerumah pak mail dulu? Di rumah pak mail ada buah rambutan. Kamu boleh makan sepuas-puasnya.”",
"“Buah rambutan?” Zaki mula teruja.",
"“Ya buah rambutan. Zaki boleh makan sepuas-puasnya” Balas pak mail.",
"“Zaki suka buah rambutan. Baiklah,zaki ikut pak mail.” Nada suara zaki berubah keriangan.",
"Zaki pun mengikut pak mail kerumahnya. Jarak perjalanan mereka tidaklah jauh sebenarnya. Rupanya lokasi zaki berada tadi cuma beberapa meter sahaja daripada rumah pak mail.",
"Setibanya dirumah,pak mail lantas mengajak zaki naik. Zaki menanggalkan selipar birunya ditangga dan terus melangkah naik kerumah.",
"Pak mail mempersilakan zaki duduk. Kemudian dia masuk kedalam. Tidak lama kemudian dia pun keluar bersama sebakul rambutan.",
"“Nah,makan lah.” Pak mail mempelawa zaki makan.",
"Zaki kelihatan teruja melihat buah-buah rambutan yang kemerah-merahan. Dengan laju dia terus mengupas kulit rambutan dan memakannya dengan gelojoh sekali. Sebiji demi sebiji dikupasnya. Pak mail tersenyum melihat gelagat zaki. Perlahan-lahan pak mail bangun dan terus berjalan menuju ke dapur. Pak mail mencari-cari mak senah didapur. Tetapi kelibat mak senah tidak kelihatan. Kemudian pak mail keluar melalui pintu dapur menuju ke belakang rumahnya. Disitu dia terserempak dengan mak senah yang sedang menjinjing sebuah baldi berisi lebihan nasi semalam.",
"“Dari mana kau.” Pak mail bertanya.",
"“Aku bagi makan ayam tadi.” Mak senah menjawab.",
"“Tu,aku ada bawa balik lagi sekor ayam. Ada kat atas rumah tengah makan rambutan. Kau pergi tangkap kurung dalam reban.” Pak mail memberi arahan kepada mak senah.",
"Mak senah meletakkan baldi berisi nasi tadi dan terus masuk kedalam rumah melalui pintu belakang. Sebelum melangkah keruang tamu mak senah sempat mencapai sebatang kayu yang berada diatas para. Dipegangnya kayu itu dengan erat dan dia terus berjalan perlahan-lahan menuju keruang tamu. Dilihatnya zaki yang sedang leka menikmati buah rambutan. Tanpa zaki sedari,mak senah lantas menghayun kayu itu ke kepala zaki. Zaki rebah disitu dan terus pengsan. Sebaik sahaja zaki pengsan,mak senah mencapai kedua belah tangan zaki lalu menyeret badan zaki yang tidak sedarkan diri keluar melalui pintu dapur menuju ke pinggir hutan dibelakang rumah. Disitu mak senah masukkan zaki kedalam sebuah kurungan buluh. Kurungan itulah yang mengurung yang gemuk sebelum ini. Mak senah membiarkan zaki yang sedang pengsan didalam kurungan itu. Sebelum meninggalkan zaki,mak senah terlebih dahulu mengikat tangan dan kaki zaki. Kemudian diletakkan pita pelekat di mulut zaki. Setelah itu dia mengunci kurungan tadi dan terus bergegas pulang semula kerumah.",
"Setelah selesai menyempurnakan hajatnya,rosli kembali ketempat itu. Dia mencari-cari adiknya namun tidak kelihatan. Dia memanggil-manggil nama zaki tetapi tiada sahutan. Hatinya mula dilanda resah. Dia bimbang dimarahi ayahnya kerana menyebabkan adiknya hilang. Rosli terus mencari. Dia berjalan tanpa arah. Sambil berjalan sambil menjerit memanggil-manggil nama adiknya. Perasaannya semakin cuak. Dia terus berjalan di sepanjang tepian hutan itu. Akhirnya dia tiba disebuah rumah. Itulah rumah pak mail. Rosli memandang rumah itu dari jauh. Tidak nampak kelibat manusia diperkarangan rumah. Lalu rosli pun mendekat.",
"“Assalamualaikum.” Rosli memberi salam.",
"“Waalaikumussalam.” Terdengar suara garau menyahut.",
"Kelihatan pak mail muncul dan berdiri di depan pintu.",
"“Kamu nak apa?” Soal pak mail.",
"“Saya sedang mencari adik saya yang hilang. Adakah pakcik nampak adik saya? umurnya baru sembilan tahun” Jawab rosli.",
"“Tak ada. Aku tak nampak adik kamu. Pergi cari tempat lain.” Pak mail seperti menghalau.",
"“Baiklah pakcik. Maafkan saya.” Rosli lantas mengundur untuk meninggalkan tempat itu. Secara tiba-tiba matanya terpandang sepasang selipar biru milik adiknya ditangga rumah. Dada rosli berdebar. Tetapi dia tidak berkata apa-apa. Lantas dengan sekuat hatinya dia terus berlari balik kerumahnya. Dipertengahan jalan rosli terserempak dengan ayahnya bersama beberapa orang kampung yang baru balik daripada menunaikan solat zohor disurau. Rosli terus mendapatkan ayahnya. Lantas diceritakan segala-galanya kepada ayahnya serta penduduk kampung yang berada disitu. Mendengar saja cerita daripada rosli,ayahnya serta beberapa orang kampung terus menuju kerumah pak mail. Dibawa sekali segala parang dan kapak yang sempat dicapai.",
"Setibanya mereka dirumah pak mail, mereka terus menyerbu masuk kedalam rumah. Pak mail yang sedang baring terkejut apabila melihat beberapa orang penduduk kampung menyerbu masuk kedalam rumahnya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya membatu lantaran panik dengan kehadiran orang kampung yang ramai.",
"Haji dolah,iaitu ayah kepada rosli dan zaki kemudian memegang tangan pak mail seraya menghunus parang panjang ke leher pak mail.",
"“Dimana kau sorok anak aku?” Haji dolah bertanya.",
"“Apa kamu cakap ni? Aku tak tahu.” Jawab pak mail.",
"“Kamu jangan cuba berdalih. Aku tahu anak aku ada disini.”",
"Pak mail tidak menjawab.",
"“Kamu jaga dia.” Arah haji dolah kepada seorang pemuda tegap supaya menjaga pak mail daripada melarikan diri.",
"Kemudian haji dolah mengarahkan orang-orang kampung mencari disekeliling rumah. Mereka semua patuh pada arahan haji dolah. Masing-masing berpecah. Ada sebahagian mencari didepan rumah dan ada sebahagian lagi mencari dibelakang rumah. Haji dolah sendiri mengikut kumpulan yang mencari dibelakang rumah. Sekali sekala terdengar jeritan mereka memanggil nama zaki. Dalam keriuhan mencari,mereka terserempak dengan mak senah yang sedang mencangkung di sebalik rimbunan pepohon pisang. Orang tua itu kelihatannya seperti ingin menyembunyikan diri.",
"“Tangkap perempuan tu. Ikat tangannya.” Arah haji dolah.",
"Seorang pemuda menangkap mak senah dan mengikat tangan mak senah dengan tali. Kemudian dibawanya mak senah masuk kedalam rumah dan diletakkan bersebelahan dengan pak mail.",
"Orang-orang kampung meneruskan pencarian disekeliling rumah. Tiba-tiba terdengar jeritan daripada beberapa orang kampung disatu sudut didalam hutan.",
"“Oii,disini.. disini..”",
"Mereka yang berada dihalaman serta didalam rumah semuanya bergegas menuju kearah hutan. Tinggal seorang pemuda tegap tadi yang menjaga pak mail dan mak senah daripada melarikan diri.",
"Setibanya mereka disitu,haji dolah pun menjerit.",
"“Ya Allah anak aku.”",
"Dilihatnya zaki yang sedang pengsan berada didalam sebuah kurungan buluh dengan tangan dan kaki yang terikat. Disamping zaki terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan yang juga telah diikat kaki dan tangannya. Orang-orang yang ada disitu terus menakik batang buluh itu untuk memecahkan kurungan tersebut. Sebaik sahaja kurungan buluh itu berjaya dipecahkan,haji dolah terus menerpa masuk dan memeluk anaknya dengan linangan air mata.",
"“Panggil polis,panggil ambulan.” Terdengar satu suara memberi arahan.",
"Dilangit terdengar bunyi guruh berdentum menandakan hujan akan turun.",
"Susana malam itu menjadi hiruk pikuk dengan kehadiran orang-orang kampung diperkarangan rumah pak mail. Penduduk kampung semua dikejutkan dengan penyebaran berita ini. Kelihatan lampu siren beberapa kereta peronda polis dan ambulan menyinari ruang halaman rumah pak mail. Walaupun hujan turun mencurah-curah, penduduk kampung tetap tidak berganjak. Anggota polis forensik bersama beberapa ekor anjing yang terlatih juga telah berada di belakang rumah pak mail. Mereka sedang menggali dan mencari. Setakat ini sudah empat buah kubur ditemui. Yang didalamnya mengandungi tulang kanak-kanak berusia diantara tujuh hingga sepuluh tahun. Mereka masih lagi menggali walaupun hujan turun dengan lebat.",
"Apa yang lebih mengejutkan, anggota polis menemui beberapa batang kayu besar didalam sebuah bilik yang dikunci. Yang lebih mengerikan adalah disetiap batang kayu itu dijahit dengan kulit kanak-kanak yang telah dikeringkan. Pihak polis mengesyaki pak mail dan mak senah terlibat dengan ilmu pemujaan. Pihak polis mengambil batang-batang kayu itu untuk dijadikan bahan bukti. Dengan penemuan tersebut maka terbongkarlah rahsia pasangan suami isteri tua ini. Rupanya pak mail dan mak senah adalah pasangan yang amat kejam. Mereka berdua akan didakwa atas tuduhan menculik,m******h dan memakan daging kanak-kanak. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ketanah juga. Segala perbuatan durjana pasangan suami isteri ini akhirnya diketahui juga.",
"Saat pak mail dan mak senah digari dan dimasukkan kedalam kereta peronda untuk dibawa ke balai,tiba satu teksi diperkarangan rumah. Dari dalam teksi keluar milah,iaitu anak perempuan pak mail dan mak senah. Milah terus berlari mendapatkan kedua ibubapanya.",
"“Pak,mak.. kenapa jadi macam ni? Kenapa pak dan mak buat macam ni? Milah tak sangka sungguh..” Jerit milah dalam esak tangis sambil memeluk kedua ibubapanya.",
"Pak mail dan mak senah hanya mendiamkan diri.",
"“Sudah,kami akan bawa mak dan ayah kamu pergi. Esok siang kamu boleh datang ke balai.” Kata seorang pegawai polis. Kereta peronda polis dan ambulan kemudian bergerak meninggalkan perkarangan rumah pak mail.",
"Malam sudah memasuki awal subuh. Hujan yang lebat tadi juga telah berhenti. Penduduk kampung beransur-ansur hilang pulang kerumah masing-masing. Dan akhirnya tinggallah milah keseorangan termenung ditangga rumah.",
"Perlahan-lahan milah bangun dan masuk kedalam rumah. Dia terus melangkah menuju kedapur. Kearah timbunan buah-buah rambutan disatu sudut dibahagian hujung dapur. Milah mengalih-alihkan buah-buah itu dengan tangan. Kelihatan dibawah timbunan buah-buah itu terdapat sekeping papan. Milah mengalihkan papan itu. Dibawah papan itu rupanya terdapat satu lubang kecil yang muat hanya satu orang sahaja melaluinya. Dengan berbekalkan sebiji lampu suluh milah masuk kedalam lubang itu. Kedalaman lubang itu adalah separas kepala milah. Tetapi dibawahnya mempunyai satu ruang seperti sebuah bilik kecil. Milah duduk mencangkung dan menyuluh disekitar ruang kecil itu. Disitu terdapat dua orang kanak-kanak yang sedang tidur. Tangan dan kaki mereka diikat dengan tali dan mulut mereka dilekatkan dengan pita pelekat.",
"“Hermm, gemuk-gemuk ayam peliharaan bapak aku ni.” Milah tersenyum menyeringai menampakkan giginya yang runcing.",
"TAMAT (atau ada sambungan?)",
"Penulis ; KAPTEN"
] | [
"bapak arrrhh, seram kot.. meremang baca\nterbaik..",
"sambungg 🥺🥺",
"Best cerita ni. Patut ada lagi sambungannya sebab Milah pun pemakan daging manusia juga rupanya. Jijik sungguh kehidupan keluarga ini..sambung jangan tak sambung.",
"Takutnya takutnya takutnya …"
] |
https://fiksyenshasha.com/spirit-of-the-coin-2/ | SPIRIT OF THE COIN | [
"Haa… kalau dah nampak tajuk ni mesti ramai yg dapat agakkan?? Permainan apa kan. Cara permainan dia sama je untuk satu dunia tapi cara pemanggilnye tak sama sebab untuk kat U.S. contohnya kebanyakkanya panggil Charlie Charlie macam tu. Okayla, aku Nurul. Sebelum ni aku ada tulis cerita berkenaan tasik. Alhamdulillah cerita aku di post di Fiksyen Syasya terima kasih banyak-banyak. Ini adalah pengalaman aku semasa berada dalam tingkatan satu tahun 2005.",
"First time di panggil untuk masuk ke asrama memang teruja sangat sebab belum pernah masuk ke asrama.kan. Aku merupakan pelajat first batch pada waktu tu dan sekolah tu merupakan sekolah elit yang mempunyai trek balapan dia sendiri. Kalau aku bgitau nama daerah mesti ada yang tau. Hahaha. Okay long story short aku ditempatkan dalam dorm sepuluh dalam sepuluh dorm yang ada. Blok asrama perempuan di panggil aspuri manakala lelaki di panggil aspura. Blok asrama lelaki dan perempuan di pisahkan dengan dewan makan di tengah-tengah. Pada waktu pendaftaran memang sangat ramai dalam lebih kurang 500 orang lebih hanya untuk satu batch saja. Pelajar cina dan india pun ada.",
"Waktu malam pun tiba setelah keluarga balik. Aku namakan pelajar cina ni Ah Kuan. Setelah makan malam Ah Kuan berkenalan dengan pelajar lain dalam dorm tersebut. Ada Faris, Akmal, Syafiq dan Fayyadh. Ah Kuan bercadang untuk bermain game untuk salam perkenalan mereka dan akhirnya mereka bersetuju bermain game “SPIRIT OF THE COIN”. Baru gempakkan! Faris, Akmal dan Fayaddh bersetuju untuk bermain tetapi dihalang oleh Syafiq kerana dia tahu apa kesan disebalik game tu dan dia arif berkaitan hantu ni disebabkan selalu menolong ayahnya menyelesaikan masalah berkaiitan hantu ni.",
"Jadi tanpa membuang masa dia pun keluar sahaja.\nAh Kuan mengeluarkan papan OUIJA BOARD untuk permainan tersebut yang dibawanya dari rumah. Ada huruf A sampai Z. Kat atas ada Yes dan No, di bawah sekali ada tulisan Goodbye Diorang menggunakan duit syiling sebagai penunjuk game tersebut. Sebelum detik 12 malam tiba Ah Kuan bersuara. “Game takkan jadi kalau kita tak pakai d***h. Baru ekstreme!”.Tanpa melengahkan masa masing-masing menitikkan d***h sendiri ke atas duit syiling yang digunakan sebab masa pun dah nak sampai 12 tengah malam. Sampai sahaja detik 12 malam , Ah Kuan selaku ketua game bersuara.",
"“Spirit-sprit of the coin, kalau ada roh di sini jom keluar bermain bersama kami!”. Ayat tersebut diulang bersama-sama dan kemudian mereka berhenti. Tak lama kemudian, mereka mengulangi semula ayat tersebut dan dalam beberapa minit menuggu akhirnya syiling yang mereka letakkan jari tu bergerak. Mereka mula bertanya soalan.’Kamu ada berapa orang?” jari mereka mula bergerak.”D,U,A” owh dua okay-okay. Soalan berikutnya “Jahat atau baik?” “J,A,H,A,T”..time ni masing-masing dah mula menelan air liur dan berfikir sama ada nak bermain lagi atau tak. Faris yang tak tunggu lama mula bertanya “M**i macam mana ea?” tak tunggu lama, perlahan-lahan mereka menunggu jawapan dan…“B,U,.N,U,H” jawapan dari hantu tersebut.",
"Pada waktu ni mereka berasa ttakut dan seriau. Okay cukuplah lagipun jam sudah menunjukakan pukul 2 pagi. Ah Kuan selaku ketua berkata. “Okay, terima kasih. Kami penat nak berehat. Balik lah”. Bila syiling bergerak ke perkataan NO. “BERMAIN LAGI!” Terkejut! Tanpa melengahkan masa mereka semua menarik jari masing-masing tanpa mengakhiri permainan tersebut dan mereka terus naik ke atas katil dan tidur. Tanpa pengetahuan mereka, sewaktu bermain, salah satu dari hantu tersebut terbang mengelilingi blok asrama sepanjang permainan berlangsung. Bukan terbang macam biasa tetapi terbang secara berdiri menegak ye. Ini diceritakan oleh Syafiq sendiri yang keluar dari dorm pada waktu itu.. Hantu tersebut adalah Pontianak berbaju lusuh berwarna hitam dan mempunyai seekor burung hantu di bahu kirinya. Satu di blok Aspura manakala berbaju putih di blok Aspuri. Keesokan harinya, Ah Kuan berpindah ke sekolah lain manakala papan Ouija yang digunakan semasa bermain tersebut hilang!.",
"Setelah beberapa minggu berlalu di asrama puteri, Aspuri, datang dua orang kawan baik Aqilah dan Fiq. Pada waktu itu, Aqilah tengah demam dan Fiq menemani rakannya itu untuk ke klinik bersama warden. “Qila, kau dok sini dulu kat bilik TV takde orang. Ko kan panas bukakla aircond dalam tu. Aku keluar sat nak panggil cikgu Aini.” Ujar Fiq berlalu pergi. “Jangan lama-lama tau!”“Bereh!”. Laung Fiq dari jauh..Sedang khusyuk Qila menahan kesakitan dan kadang kala menyela air mata yang tak henti-henti keluar.",
"Tiba-tiba….di sebalik tingkap kaca yang terbuka berjalan secara slow motion Pontianak bertenggek di bahunya burung hantu berwarna hitam. Wajahnya jelas dilihat oleh Qila kerana jarak di antara mereka tidaklah jauh namun Pontianak itu tidak menyedari akan Qila yang berada di dalam bilik TV. Qila hampir pengsan kerana melihat wajah Pontianak tersebut yang diselaputi dengan d***h pekat dengan kulit yang hampir tertanggal tu diikuti dengan nanah-nanah yang banyak..Qila bernasib baik kerana sampai sahaja Fiq ke dalam bilik TV, dia segera menarik tangan Qila dan berkata “ Kita lari ke surau!”",
"Rupa-rupanya Fiq telah melihat makhluk tersebut dari jauh dan segera memberitahu warden yang bertugas. Warden tersebut tanpa melengahkan masa terus menjerit “Siapa yang ada dalam bilik! Turun! Kita lari ke surau sekarang! Yg non muslim tinggal kat kantin! Cepat!!Cepat! pelar muslim terus grab tudung and turun bawah.tanpa berkata apa-apa mereka terus berlari secepatnya. Sambil berlari tu warden kata “Lari je! Lari!” Jangan pandang belakang! Jangan pandang belakang!” nasib baik pada ketika itu aku berada di masjid. Jarak diantara masjid dan asrama boleh dikatan jauh macam dari hujung ke hujung.",
"Sampai sahaja di masjid ada beberapa pelajar perempuan yang terus menangis ketakutan. Semasa selesai solat Maghrib dan menuggu kedatangan solat Isyak, kecoh di kawasan tempat mengambil wudhuk di bahagian perempuan kerana ada pelajar perempuan terperangkap di dalam dan pintu terkunci. Apa yang mengkhairankan dan pelik pintu tersebut terkunci dari dalam dan pelajar tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana tombol pintu di luar.dia terperangkap hampir setengah jam dan kedengaran pelajar tersebut tidak berhenti menangis ketakutan.",
"Kejadian ini disedari oleh pelajar lelaki. Seorang pelajar lelaki membuat keputusan dengan memanjat tingkap dari luar kerana tingkap masjid sangat tinggi. Apabila berjaya masuk ke dam bilik wudhu perempuan, pelajar tersebut segera menendang dari dalam pintu yang terkunci dan berjaya terbuka. Pelajar perempuan tersebut ditenangkan oleh kawan-kawannya dan berjaya dijemput balik oleh ahli keluarganya.",
"Bulan tersebut kami paggil bulan berhantu kerana terdapat pelbagai kejadian yang kami alami sepanjang bulan tersebut sehingga pegawai PPD datang melawat sekolah kami. Saya rasa dah panjang saya ceritakan pada kali ini. Apabila diterima oleh pihak Fiksyen Syasya dan mendapat sambutan, saya akan bercerita selanjutnya apa yang berlaku sepanjang bulan berhantu ni.Terima Kasih."
] | [
"Permainan itu..yg ber***** tapi stay nak main…kan dh kena akibat nya.. lepas kena baru nak lari tak cukup tanah… padan muka…\nApapun cerita yang nice dan best… lepas ni awak bolela smbung lagi..😁⭐⭐⭐⭐⭐❤️",
"papan main spirit of the coin tu dicari balik oleh darul syifaa yg dtg ke sekolah bila ada dua org adik beradik kena rasuk.",
"terima kasih..saya ada buat cerita baju pengantin minangkabau dan bulan hantu serta hantu tasik."
] |
https://fiksyenshasha.com/ada-yang-terapung/ | ADA YANG TERAPUNG | [
"Wanita itu menguap. Kopi di sisi masih tidak mampu mengatasi rasa kantuknya. Seboleh-bolehnya dia cuba menahan diri daripada tertidur. Proposal projek yang ditugaskan kepadanya perlu segera disiapkan. Sedikit sebanyak dia kesal kerana lewat menyiapkan proposal ini.",
"Amira rakannya sudah lama diulit mimpi. Biarkan, dia malas mahu mengganggu Amira, meskipun sahabatnya itu berjanji untuk menemaninya menaip tadi. Mujurlah Amira mahu mengikutnya staycation tadi walaupun perancangan dibuat betul-betul last minute. Justeru, Maisara perlukan ketenangan untuk menyiapkan pada waktu hujung minggu ini. Biasanya kalau dia sedang stres untuk menyiapkan kerja, dia suka menaip di kawasan hotel tepi pantai. Berangin gitu.",
"“Ish, kenapalah dia pergi buka langsir besar-besar macam ni,” gumam Maisara dengan perangai sahabatnya yang satu itu. Bukan dia tidak tahu, setiap kali dia dan Amira staycation di mana-mana hotel, pasti sahabatnya gemar membuka langsir tingkap seluas-luasnya. Kata Amira, nak feeling-feeling tidur di atas langit sambil ditemani bintang. Apooo!",
"Maisara bangun. Dia melangkah malas menuju ke tingkap. Langsir yang berada di hujung itu ditariknya rapat bagi menutup tingkap.",
"Tiba-tiba tangannya terhenti. Matanya terbuntang.",
"Dalam samar cahaya yang ditambah pula dengan kabus pagi, Maisara terlihat sesuatu. Tanpa berlengah, dia pantas melompat ke atas katil dan mengejutkan sahabatnya.",
"“Amira, Amira! Bangun, bangun!” Kejut Maisara kuat.",
"“Ada apa? Aku mengantuklah Maisara. Kerja kau dah siap ke?” Balas Amira malas.",
"“Aku…Aku nampak sesuatu,” jawab Maisara dengan nada yang penuh ketakutan. ",
"“Nampak apa?” Soal Amira dalam keadaan mamai. Matanya digosok perlahan.",
"“A… ada yang terapung. Warna putih weh,” jawab Maisara laju.",
"“Apa? Kat mana kau nampak?” Amira membulatkan mata. Rasa mengantuknya mulai hilang.",
"“Kat tingkap tu. Tegak merenung aku. Entah berapa lama dia berdiri depan tingkap,” jawab Maisara.",
"“Entah-entah makcik jual karipap kot. Kau beli tak? Aku nak karipap sardin,” gurau Amira.",
"“Eee, kau ni sempat lagi buat lawak macam ni. Aku takut ni. Mata dia merah tau,” balas Maisara lalu mencubit perlahan betis sahabatnya itu.",
"“Sorry, sorry. Tapi, kau jangan macam-macam Maisara. Kita ni kat tingkat 15,” Amira mula seriau. Bulu tengkuknya dirasakan meremang.",
"“Ya, kau pergilah tengok. Tu kat tingkap tu,” tunjuk Maisara.",
"“Eee, takutlah aku. Tak nak!”",
"“Tahu pun kau takut. Kau lah ni, suka sangat buka langsir tingkap luas-luas,” marah Maisara yang masih meremang dengan apa yang dilihatnya tadi.",
"“Eh, salahkan aku pula. Dah tu, kita nak buat apa ni?” Soal Amira yang masih buntu untuk mencerna perihal yang berlaku. Dikerlingnya jam di telefon pintar. Sudah pukul tiga pagi.",
"“Kau pergilah tengok. Ada lagi tak benda tu,” pinta Maisara yang mula menarik tangan Amira. Dia kini berdiri di belakang sambil memeluk bahu Amira. Jujur, dia sangat takut.",
"Amira mula menarik nafas sambil menyelak perlahan langsir di hadapannya. Ditariknya sedikit demi sedikit.",
"“Ish kau ni, Mana ada apa-apa. Biasan lampu lah. Kan ada lampu putih kat atas tu,” dakwa Amira sambil menggeleng dengan perangai sahabatnya itu. ",
"“Eh, biar betul? Aku yakin aku nampak ada benda putih merenung aku tajam tadi. Serius aku nampak. Aku nampak!” Maisara bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Nampaknya benar kata-kata Amira tadi. Di hadapannya kini hanya biasan lampu putih yang berada di atas tingkap hotel.",
"“Dah lah, aku nak pergi tandas dulu. Kerja kau dah siap belum? Nak aku temankan tak?”",
"“Belum. Dah pergilah tandas tu,” balas Maisara lalu kembali duduk untuk menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi, menandakan ada pesanan Whatsapp yang masuk.",
"“Maisara, sorry. Aku baru jawab Whatsapp kau. Aku kat rumah family aku ni. Nenek aku sakit. Tu yang aku dapat teman kau staycation,” balas pengirim Whatsapp itu. Tertera nama Amira sebagai pengirimnya.",
"Maisara kehairanan. Dirasakan ada sesuatu yang aneh melandanya kini. Didailnya nombor telefon itu laju. ",
"“Assalamualaikum Maisara. Nasib baik kau call aku. Sorry aku Whatspp kau pukul tiga pagi ni. Aku baru ada line ni ha. Kau tahu kan, kalau balik kampung, line macam siput. Siput pun lagi laju. Kau kat mana ni?” Soal Amira di hujung talian.",
"“Waalaikumussalam. Betul ke ni Amira?” Soal Maisara ragu.",
"“Kau ni dah kenapa? Macam tak biasa dengan aku. Kau kat mana ni?” Soal Amira risau.",
"“A…Amira..A…Aku..” Maisara m**i kata-kata. Tiba-tiba bahu belakangnya ditepuk perlahan.",
"“Maisara…” panggil suara di belakangnya yang baru saja keluar dari tandas. Maisara masih pegun untuk berpaling.",
"“Masih nak aku temankan?” bisik suara itu perlahan di telinga Maisara."
] | [
"classic beno joke makcik karipap tu. Nice story. Keep it up."
] |
https://fiksyenshasha.com/pusing/ | PUSING | [
"“Dah jom” ajak arwah abahku.\n“Eh? Lewat dah nih bah, orang tak nak bukak pintu nanti” jawabku.\n“Abah kan abang, berani dorang tak nak bukak pintu?” tegasnya pula.\nWalaupun agak berat hati, aku tetap mengikut. Mama dan adik-adik hanya diam dan bersiap untuk keluar. Sebenarnya, malam tu adalah malam raya pertama, 31 tahun lalu.",
"Arwah abahku berdarah campuran dan menetap di negara jiran. Memang jarang sekali dapat pulang ke tanah air. Setahun adalah beberapa kali arwah pulang kerana mencari rezeki di negara orang. Kiranya ajakannya malam itu adalah kerana arwah baru je pulang ke tanah air. Maklum, memang arwah susah nak dapat cuti, sekalipun hari raya.",
"Perjalanan kami tak jauh sebenarnya, kalau diikutkan, adalah dalam sejam perjalanan macam tu. Cuma yang buat aku berat hati, malam dah lewat. Kalau kira plus minus pun akan sampai ke Batu Gajah dalam pukul 1 pagi. Tapi yelah, pasti arwah rindukan keluarganya kan, yang dah lama tak jumpa kan. Hari raya pulak tu. Takpelah, kita follow je. Aku pun sekolah lagi, bukannya aku yang drive pun. Yang paling best, sebab aku nih jenis mabuk kereta, aku duduk kat depan. Anak manja la konon. Padahal arwah nak elakkan aku dari muntah tengah jalan. Apo? Ha ha ha.",
"Dalam perjalanan tu, walaupun aku mengantuk, aku tahankan je mata untuk temankan arwah drive. Usai keluar dari satu simpang, kami lalu di sebatang pokok yang akak besar tapi rendang, depan pokok tu jelas boleh nampak signage PUSING. Ye rakan-rakan sekalian, kami berada di Perak. So aku pun baca je la signage tu dalam hati. Aku memang jarang ke sana. Baru sekali dua rasanya. Menunggu arwah yang balik dan bawakkan.",
"“P U S I N G” tiba-tiba terdengar adikku sebut dan ketawa. Terkejut kami, tak tidur lagi rupanya dia. Ingatkan dah tidur sebab senyap je kan. Tapi entah kenapa dalam hatiku terdetik “abeslah, berpusinglah kita”. Aku pandang arwah, tapi arwah abahku diam je fokus memandu. Aku terus kunci mulut dan lebih fokus pada jalan. Dalam hati “Dah kenapalah malam raya nih sunyi dan gelap sangat? Lampu jalan rosak ke apa?” tak sedar la konon masa tu dah tengah malam. Konon lah kan… konon.",
"Selang beberapa Ketika… “P U S I N G”",
"“Eh? Kenapa sama macam signage dan pokok tadi je?” Aku dah pelik. Tapi aku diam je tak nak sebut apa-apa. Aku nih memang ada masalah hijab. So aku lebih suka diam kalau rasa pelik-pelik.",
"“P U S I N G”",
"Ah sudah aku x sedap hati, takkanlah kawasan tu ada signage dan pokok yang sama dalam jarak beberapa ketika ja. 3 kali dah kot. Memang sebijik2 la sama pokok-pokok dan belukar serta lampu jalannya pun. Lampunya pun malap dan suram je. Lepas hampir 2 jam, aku dapat rasakan arwah abahku menarik nafas yang panjang & terus berhentikan kereta. “Ish abah ni, dah kenapa berhenti tengah jalan, gelap pulak tu” ngomel aku dalam hati. Masih lagi tak berani bersuara.",
"”Kita kena patah balik ni” tiba-tiba je arwah bersuara sampai mulutnya terkumat-kamit. Aku panjangkan leherku dan memandang ke hadapan. Kereta kami berhenti betul-betul sejengkal daripada satu jambatan kayu. “Eh, sejak bila pulak ada jambatan kayu kat sini?” aku masih lagi bermonolog sendiri. Yelah, setahu aku jalan kami lurus je. Tak perlu nak lalu jambatan segala.",
"Aku pandang ke muka arwah. Selepas menghempus ke kiri sekali & ke kanan sekali. Arwah undur kereta dan kami teruskan perjalanan. Dalam beberapa saat sahaja kami jumpa lampu-lampu jalan. Elok je terang walaupun jarak jauh-jauh kan. Sampai sahaja ke rumah pakcikku, belum sempat kami turun dari kereta, aku terus bertanya tentang apa yang baru berlaku pada arwah.",
"“Depan kita tadi gaung Long (nama panggilanku). Kalau kita teruskan mungkin kita tak kan balik lagi.” Allahu… terkedu aku mendengar kata-kata arwah. Yang herannya, aku dan arwah je yang sedar tentang ke-SESAT-an kami yang ber-PUSING tu. Adik-adik dan ibuku masing-masing mamai dan tertanya-tanya apa yang telah berlaku. Wallahualam.",
"Al-fatihah buat arwah abahku."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/derita-abah-akhir/ | Derita Abah (Akhir) | [
"Salam buat semua pembaca FS. Aku ucapkan terima kasih kepada admin FS sekiranya kisah aku ini disiarkan lagi. Kisah ini adalah pengakhiran kepada kejadian yang menimpa keluarga kecilku.",
"Semenjak abah aku jatuh sakit, hampir setiap malam tidur kami sering diganggu dan tidak pernah lena. Ada saja bunyi-bunyi seperti orang bertukang, suara hilaian di luar rumah, orang bermain guli dan orang berbual-bual yang semakin lama semakin kuat. Bila aku cuba dengar betul-betul bunyi itu, anehnya mereka bercakap dalam bahasa yang tidak aku ketahui. Tak cukup itu, masih ada lagi orang yang mengirim benda-benda tak elok seperti penanggal dan pelesit untuk porak-perandakan keluarga aku dan orang yang selalu menjadi mangsa semestinya mama sebab dia lemah semangat.",
"Di rumah kami cuma ada aku empat beradik sahaja serta mama dan abah. Rumah aku ada tiga bilik tidur dan kami tempatkan abah di bilik tidur tengah. Aku, mama dan kak lin tidur di bilik utama manakala andak dan ijam tidur di bilik dapur. Aku ni suka tidur lewat malam dan duduk di dapur seorang diri bila semua dah tidur. Satu hari tu aku duduk di meja makan seperti biasa sambil tengok youtube di komputer ribaku. Tiba-tiba terdengar suara abah memanggil aku untuk ambilkan dia segelas air. Aku menoleh dan nampak abah duduk di depan pintu biliknya.",
"Oh ya, abah aku lumpuh separuh badan tapi dia boleh duduk sendiri dan mengesot untuk bergerak. Aku pon pergi lah ambil segelas air dan bila aku toleh semula ke arah abah, alangkah terkejutnya aku abah tiada pon di situ. Aku memberanikan diri menjenguk abah di biliknya dan aku lihat abah sedang nyenyak tidur. Aku terus bergegas masuk ke bilik dan tidur. Kejadian itu banyak kali terjadi bukan sahaja pada aku, juga pada adik-beradikku yang lain. Ada juga yang ternampak sosok tubuh “abah” berjalan di sekitar rumah pada waktu malam. Aneh kerana abah aku tidak boleh berjalan.",
"Belakangan ini, semakin kerap kami diganggu oleh sosok tubuh “abah” berjalan di dalam rumah. Kesihatan abah juga semakin merosot, batuknya tak sembuh-sembuh dan setiap malam abah mengalami sesak nafas. Kak lang dan suaminya pon membawa seorang perawat ke rumah kami.",
"Menurut perawat tersebut, apa yang tinggal pada abah sekarang hanya saka keturunannya yang mencari tuan baru. Perawat itu memberitahu kami saka itu ibarat magnet yang menarik kehadiran makhlus halus yang lain. Disebabkan itulah, makhluk halus yang dikirim dapat memasuki rumah kami dengan mudah. Saka tersebut inginkan tuan yang baru kerana abah tak lagi mampu menjaganya atas faktor keuzuran.",
"Kami cuba sedaya-upaya memujuk abah untuk memutuskan perjanjiannya dengan saka tersebut namun abah enggan dan memarahi kami dengan alasan dia tak menyimpan pon makhluk itu. Sampai lah suatu hari tu, kak lang datang ziarah mama dan abah. Kak lang berborak dengan abah dan beritahu abah untuk buang segalanya jika abah masih ada menyimpan benda yang tak baik. Dengan wajah yang tenang, abah menjawab dia dah lepaskan segalanya.",
"Lebih kurang dua minggu selepas itu, abah tiba-tiba sesak nafas selepas makan malam. Keadaan abah semakin tenat dan abah menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit selepas azan isyak. Kata-kata terakhir abah yang aku ingat sampai sekarang “abah dah tak susahkan mama dan korang semua lepas ni, abah minta maaf ya”.",
"Akirnya derita abah selama 14 tahun telah pon berakhir. Walaupun bukan semua anak abah datang di hari pengebumian abah, aku bersyukur kerana Allah permudahkan segala urusan menyemadikan abah. Semoga roh abah tenang di sana, al-fatihah.",
"Terima kasih sudi membaca kisah aku, assalamualaikum."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/hospital-2/ | HOSPITAL | [
"Hai.. Cerita ni tentang pengalaman kat hospital besar di sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air. Macam biasa lah kan, hospital selalunya memang banyak kisah seram yang tersendiri. So ini cerita aku..",
"Arwah atuk aku sakit. Dia kena tahan kat wad lebih dari seminggu. Malam pertama dan kedua tu okay je, takda apa yang berlaku. Masuk malam ketiga, tengah tengah malam atuk aku akan meracau dalam keadaan yang marah.",
"Pernah sekali tu, dia dalam keadaan yang sedar, cuba nak halau sesuatu. “Pergi sana! Jangan kacau aku! Aku nak rehat!”. Masa tu pakcik aku punya turn jaga atuk. Bila dah kena macamtu, pakcik aku takut nak bermalam kat hospital lagi.",
"Esoknya, ayah aku yang take over. Lepas jam 12 malam, atuk aku bersuara. “Dia dah datang dah nak kacau kita”. Ayah aku yang agak berani & memang dah bersedia dengan gangguan-gangguan tu terus toleh ke arah yang atuk aku tunjuk tu.",
"Memang betul ada makhluk yang datang ke arah mereka. Gelap tubuhnya. Besar. Macam nenek tua. Tepat pandang ke arah ayah dan atuk aku. Ayah aku cakap dekat benda tu supaya pergi, dan jangan ganggu mereka. Nasib baik benda tu memang berlalu pergi lepastu. Syukur alhamdulillah jugalah.",
"Malam malam berikutnya, masih juga benda tu datang nak mengacau. Ada sekali tu, macam toyol kecik yang datang main dekat kaki katil. Wallahualam la tu benda apa. Ayah aku nampak benda tu, atuk aku pun sama. Tapi Alhamdulillah takda apa yang berlaku. Benda tu sekadar menjelma dan tak mengacau mereka pun.",
"Pernah satu malam tu, ayah aku ke surau hospital untuk solat dan berehat. Awal-awal takde apa yang berlaku. sampai la ayah aku dah habis solat. ayah aku tengah baca doa. ada benda yang meng’amin’kan doa ayah aku. jelas sangat bunyinya. Macam bukan sorang dua, tapi ramai-ramai berjemaah sebut Aaaaamiiiin. Ayah aku tak sedap hati sebab ayah aku tahu cuma dia je kt surau tu. kalau pun ada orang lain, tak logik pula tiba2 ada orang yang ramai mcm tu kan. Tapi ayah aku buat tak endah. mungkin jin islam. sekadar nak beribadat bersama. bila ayah aku toleh, memang takde orang langsung. huhu.",
"Ada satu hari tu, lepas jaga atuk, ayah aku nak keluar dari hospital. Ayah aku guna lif. Tapi yang hairannya, lif tu macam tak bergerak. Bila pintu buka, floor yang sama je. Berkali kali lif tu turun naik, tapi bila pintu terbuka, masih kat floor yang sama. Ayah aku dah tak sedap hati. Ayah aku keluar je dari lif tu. Masa keluar tu, keliling tingkat tu kosong, sunyi, sepi. Macam bangunan yang dah ditinggal lama.",
"Sedangkan hospital tu baru. Keadaannya usang macam dah berpuluh tahun ditinggalkan. Ayah aku baca surah surah lazim dalam hati, mintak bantuan dari Allah sambil teruskan berjalan. Tiba tiba baru suasana bertukar. Baru betul macam suasana dalam hospital. Dan ayah aku baru nampak lif yang lain, yang memang ramai orang tengah tunggu nak guna. Ayah aku sendiri musykil apa yang dia alami tadi tu betul2 atau ilusi. huhu",
"Sekian dari aku. Thanks sebab baca 🙂"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/sudah-ku-bilang/ | Sudah Ku Bilang | [
"Aku sudah lama bekerja sebagai pak guard. Macam-macam perkara mistik dan yang pelik pernah berlaku ketika saya bertugas. Namun pengalaman kali ini memang sentiasa bermain-main dalam fikiran.",
"Untuk pengetahuan pembaca, kali ini pasukan kami telah dihantar ke selatan tanah air untuk menjaga sebuah bangunan yang agak jauh berada di dalam pelusuk ladang. Dalam hati ku mengatakan, sudah pasti ini milik orang berbangsa Cina kerana mereka sahaja yang menjaga aset, lebih-lebih lagi aset ini nun jauh dalam ladang.",
"Dipendekkan cerita seusai kami dihantar untuk menginap dan bertugas untuk beberapa tempoh di selatan tanah air, kami di-briefing terlebih dahulu berkenaan tatacara menjaga bangunan ini. Bangunannya kelihatan sangat besar dan usang. Tekaan saya mungkin gudang atau rumah burung.",
"Setelah beberapa minit berlaku, datanglah seorang pak cik berbangsa Cina untuk memberitahu kami berkenaan bangunan ini. Berdasarkan cerita pak cik ini, kami tak ada la syak apa-apa yang menyeramkan kerana kami diberitahu bahawa bangunan ini aset syarikat milik nya dan pernah digunakan untuk penyimpanan dan pemunggahan.",
"Jam menunjukkan pukul 6:50 pm dan aku segera bersiap untuk memulakan shift pada pukul 7 petang nanti. Ketika bertukar shift, rakan sekerja shift pagi itu sempat berseloroh dengan kami shift petang, “Jaga-jaga, dekat ladang ini semangat dia lain sikit. Jangan kau lari sudah lah”. Aku dan 2 rakan lain hanya senyum dan ketawa sahaja. Kerana kami tahu ini bukan kali pertama kami hadapai situasi menyeramkan.",
"Jam menunjukkan pukul 11:00 pm, tiada apa-apa perkara mistik berlaku hinggalah salah seorang daripada rakan ku berkata. “Aku penat la, teman aku hisap rokok kejap dekat belakang bangunan ini”. Rakan ku setuju dan menemaninya untuk berborak. Aku hanya tunggu dan jaga sahaja di pondok pak guard ini.",
"Selang beberapa jam, 2 rakan aku ini pun sampai. Salah seorang daripada mereka berkata “Beraninya kau masuk dalam bangunan ini. Kemain kami jerit suruh keluar.” Aku terkedu, kerana aku daripada tadi hanya berada di sini mendengar lagu. Bagi mengelakkan dari rakan-rakan ku hilang semangat, aku hanya berkata “Aku pun bosan juga. Saja mahu lihat keadaan dalam bangunan.” Mereka hanya ketawa dan sambung melakukan kerja.",
"Hari pertama bertugas berakhir begitu sahaja. Hari kedua cuti dan aku memanfaatkan cuti ini dengan melihat suasana ladang ketika orang bekerja. Sungguh kuat dan peramah pekerja di situ. Disebabkan pekerjanya adalah orang tempatan, maka mudahlah untuk aku berkomunikasi.",
"Aku tertarik untuk beramah mesra dengan seorang pak cik lingkungan 50-an. Walau tua namun semangat dia lakukan kerja.",
"“Assalamualaikum pak cik” ujar aku,",
"“Waalaikumusalam nak. Ha ada apa sini?” kata pak cik,",
"“Oh tak ada lah pak cik, saya Ramli. Saja la datang sini tengok pekerja-pekerja. Saya security guard je kat gudang depan tu” kata aku,",
"“Panggil Pak Man je. Kamu orang baru ya? Memang kerap tukar orang dekat situ.” kata Pak Man,",
"Aku tesentak dan ingin tahu dengan lebih lanjut,",
"“Kerap tukar? Ramai lari yang lari ke Pak Man?” soal aku,",
"“Sebab kontrak tak lama.” Pam Man gelak tanda dia bergurau,",
"Aku pun ikut gelak. Sambil bergelak sakan dan bertukar cerita, akhirnya sudah tiba masa untuk aku pulang ke rumah sewa kerana hari semakin panas. Sebelum pulang, Pak Man sempat menegurku,",
"“Kamu kena ingat, kamu orang baru. Kamu menjaga tempat tu, bukan menganggu tempat tu. Apa-apa cari je Pak Man” pesan Pak Man.",
"Aku mengangguk dan bersalam dengan Pak Man. Berdasarkan cerita yang diberitahu oleh Pak Man. Bangunan itu merupakan gudang penyimpanan. Disebabkan hasil yang kurang memberangsangkan, apek Cina itu hari memfokuskan perniagaan baru. Tempat ini menjadi suram dan ramai juga peladang yang mengusahakan ladang sendiri.",
"Pak Man antara orang yang pernah berkhidmat dengan apek itu. Katanya sekarang, bangunan itu dah lama terbengkalai, dan kadang-kadang bangunan itu dijadikan oleh orang lain sebagai tempat penyembahan, ritual, judi dan sebagainya. Itu pasal apek Cina itu upah kami jaga bangunan itu.",
"Pesan Pak Man, bangunan itu agak keras sikit sebab macam-macam aktiviti haram pernah berlaku dekat situ. Katanya jangan sesekali masuk dan usik peninggalan-peninggalan ritual di situ kalau tak ada ilmu.",
"Kesilapan besar aku adalah aku memberitahu cerita ini pada rakan sekerja aku pada hari keesokannya kami bekerja. Rakan kerja aku Mapley dan Meor. Meor pada awalnya faham penceritaanku dan hormat pada kawasan ini bagi mengelakkan sebarang tragedi buruk berlaku ketika bertugas. Tetapi tidak untuk Mapley, dia sangat berani dan cuba untuk tinjau dalam bangunan.",
"Aku dan Meor melarang sekerasnya tindakan Mapley. Mapley hanya beritahu kami “Aku gurau je la”. Entah perlu ke tidak untuk aku percaya gurauan itu. Mapley ini walaupun kecil, tetapi sangat berani berhadapan dengan makhluk mistik kerana dia pandai dalam merawat orang histeria.",
"Jam menunjukkan pukul 1:30 am, agak panjang topik perbualan kami. Kami memulakan operasi meronda kawasan bangunan dan berjumpa semula di pondok pak guard.",
"Route aku clear, route Mapley clear, route Meor kurang clear. Apabila ditanya kenapa, Meor hanya pandang kami. Aku dan Mapley pandang sesama sendiri dan mengangguk tanda faham.",
"“Kau jumpa ‘benda’ tu dekat mana?” soal Mapley,",
"“Mulut kau !” sergah aku,",
"Mapley tersengih sahaja. Kami bertiga masuk ke dalam pondok untuk menulis laporan dan berehat.",
"Selang beberapa minit, Meor pun bercerita. Menurut Meor, dia telah meronda ke kawasan bangunan. Ketika sedang menyuluh, Meor tidak sengaja telah menyuluh ke dalam bangunan.",
"Meor nampak pantulan sosok di dalam bagunan. Meor sangka pantulan itu merupakan pantulan dirinya di cermin, tetapi pantulan itu semakin membesar. Maksudnya pantulan sosok itu semakin menghampiri ke tingkap. Meor tidak duduk diam, terus angkat kaki.",
"“Biar aku pergi tengok” ujar Mapley,",
"Aku mengangguk. Selang beberapa minit, aku sedar tindakan aku membenarkan Mapley pergi meninjau adalah keputusan salah. Aku segera mencapai lampu suluh dan pergi mencari Mapley di belakang bangunan. Manakal Meor hanya tunggu dan jaga di pondok.",
"Sampai sahaja aku di belakang bangunan, tingkap telah dikuak seolah-olah Mapley sudah masuk ke dalam. “B*****g betul mamat sekor ni” kata aku dalam hati. Aku tanpa berfikir panjang masuk ke dalam mengikut tingkap untuk mencari Mapley.",
"Keadaan dalam bagunan ini sama seperti keadaan-keadaan bangunan terbiar. Berhabuk, pecah-pecah, penuh contengan dan barang-barang luar seperti botol arak, lilin-lilin, kayu kayan dan sebagainya. Perlahan-lahan aku mengorak langkah, tiba-tiba aku dengar bunyi tapak kaki di tingkat atas. Aku segera ke atas untuk mengejar Mapley.",
"Tingkat atas pula penuh dengan contengan yang sah seakan-akan ritual penyembahan. “Mapley mana kau!” jerit aku.",
"“Sini ~ ~” kedengaran suara perempuan halus di telinga ku.",
"Bulu roma aku meremang dan aku segera toleh di sekeliling aku. Tiada apa-apa. Aku segera turun dan keluar dari bangunan itu. Niat aku untuk mencari Mapley terbatal. Aku anggap Mapley telah lari keluar.",
"Ketika sampai di tingkat bawah, aku cepat-cepat berlari ke arah tingkap di mana aku masuk. Tiba-tiba aku tersadung seolah-olah ada kaki yang membentes aku.",
"Aku terjatuh dan toleh ke belakang. Aku sangka aku terlanggar sesuatu, tetapi rupanya aku terlanggar sosok perempuan berambut panjang yang sedang mencangkung. Sosok itu perlahan-lahan toleh ke arah aku dan berkata, “Lain kali masuk sini jaga adab.” Mata sosok itu merah, giginya rosak dan kulit mukanya seperti melecur. Pandangan aku mula kabur hinggalah menjadi gelap.",
"Setelah aku sedar, aku dikelilingi Mapley, Meor dan Pak Man.",
"“Bangun! Wey yang kau berani masuk kenapa? Aku pun tak berani” ujar Mapley,",
"Aku dengan termengah-mengah bertanyakan apa yang telah terjadi.",
"Berdasarkan penceritaan Meor, ketika aku keluar untuk mencari Mapley, selang beberapa minit Mapley telah kembali ke pondok. Kata Mapley, dia pergi ke tandas setelah meninjau keadaan belakang bangunan. Meor dan Mapley pun menunggu kehadiran aku semula di pondok. Setelah lama menunggu, mereka berdua pergi ke belakang bangunan untuk mencari aku. Namun aku tidak kelihatan di situ. Malah tingkap yang terkuak itu pun tertutup rapi. Mereka sangka aku ke rumah Pak Man untuk mendapatkan bantuan.",
"Mereka bergegas ke rumah Pak Man, tetapi aku tidak ada di situ. Maka Meor, Mapley dan Pak Man ke bangunan itu semula untuk mencari aku. Mereka pun mencari aku di sekitar kawasan bangunan. Meor menyuluh lampu ke dalam bangunan, kata Meor dia nampak aku sedang berdiri tegak seolah-olah sedang dirasuk. Meor cuba untuk memanggil Pak Man dan Mapley melalui walkie talkie. Sedang Meor memerhatikan aku agar aku tidak hilang, tiba-tiba sosok wanita menyergah Meor melalui tingkap. Meor pun tersentak sampai jatuh ke tanah.",
"Setelah Pak Man dan Mapley sampai di checkpoint Meor, kelihatan Meor sedang meniarap ketakutan. Mapley yang ada memulihkan semangat Meor dengan bacaan ayat al-Quran. Pak Man segera memecah masuk untuk mendapatkan aku dan bawa aku ke pondok guard.",
"Habis sahaja cerita Meor, aku mula tertanya. Siapa yang buka tingkap? Kenapa harus aku yang menjadi mangsa?",
"Aku memandang Mapley, dia hanya mengangkat bahu. Aku memandang Meor, dia hanya diam. Aku memandang Pak Man, dia berkata “Sudah ku bilang.”."
] | [
"Pakman dah nasihat kan. padan muka"
] |
https://fiksyenshasha.com/gangguan-pengkhianat/ | Gangguan Pengkhianat | [
"Hai, salam sejahtera para pembaca cerita mistik berhantu alam maya Fiksyen Shasha. Kali ini, aku nak bercerita tentang gangguan. Ha! Ha! Ha!",
"GANGGUAN PERTAMA",
"Ini terjadi sendiri pada aku. Aku pernah alami sakit kepala dan sakit perut yang teramat sangat sakitnya. Sampai termuntah-muntah. Nak tidur malam pun tak boleh. Bila pergi klinik buat check-up, cuma sakit perut biasa. Dan bila aku keluar dari rumah tu, sakit aku dah berkurang. Tapi bila aku masuk dalam rumah tu, sakit aku kembali. ",
"Akhirnya, mama aku kata, mungkin ada orang khianat. Abah panggil kawan dia, Abang Wan, aku panggil dia. Dia memang pakar menangkap hantu, kononnya. Sekarang, aku tak tahu dia ada di mana. Dia macam hilang. Ada yang kata dia pergi bertapa. Aku tak percaya perkara karut-marut macam tu. Biarlah.",
"Bila dia datang rumah, dia buatlah ‘upacara’ dia. Dan hasilnya, dia berjaya menangkap seekor anak kerak yang bertapa di perut aku. Sebab tu aku sakit perut yang amat sangat. Period pain pun tak sakit macam tu. Korang tahu tak anak kerak tu apa? Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang d*****h sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan d*****h dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan. Hah, macam tu lah.",
"Abang Wan tunjuk figura anak kerak tu yang dia masukkan dalam sebuah botol kaca kepada mama dan abah aku. Diorang cakap, memang nampak dengan mata kasar. Aku tak tengok pun, keadaan masih lemah. Abah ada bertanya, siapa yang hantar? Tapi Abang Wan cuma diamkan dan senyum. Mungkin itu memang syarat mereka, tidak boleh dedahkan siapa pengantarnya. ",
"GANGGUAN KEDUA",
"Aku sering terdengar bunyi pasir dari bumbung rumah aku. Seram kan kalau bunyi pasir atas bumbung rumah, tengah-tengah malam? Berselang-seli dengan bunyi benda berlari. Yang berlari tu, aku think positive jer. Maybe kucing ke, tikur ke, kan. Ada sekali tu aku ternampak satu cahaya merah berada tepat sebelah tingkap bilik aku. Padahal sebelah bilik aku tiada apa, hanya sebuah kampung kosong yang dah dipenuhi dengan hutan belantara. Kampung aku, rumah jauh-jauh, selang 30-40m, baru jumpa rumah jiran. Antara selang itu, dihuni oleh hutan belantara lah. Yang aku maksudkan cahaya merah tu, dia macam laser pointer pen tu. Ya, lampu laser pointer warna merah!",
"Menjadi kemusykilan aku, siapa yang nak menyuluh lampu tu, dalam gelap macam tu. Bukan boleh nampak pun. Lain lah kalau lampu torch light. Isu itu, aku diamkan jer. Tak cerita kat sesiapa.",
"Aku pernah juga kena tindih. Semua benda nie terjadi, dalam masa yang dekat dan singkat. Lepas dengar pasir, aku nampak lampu merah. Lepas lampu merah, aku kena tindih. Seram wei, macam nak m**i dah time tu. Aku takut. Aku cuba menjerit, tapi tak terkeluar suara aku. Aku cuba menggelupur, tapi badan aku tak boleh bergerak. Kaku. Aku cuba buka mata, tapi macam terkunci. Tak boleh buka mata. Apa yang mampu aku buat, aku baca ayatul kursi dalam hati aku, sekuat hati aku, secara berulang-ulang. Dan alhamdulillah. Aku boleh buka mata, dan boleh bangun. ",
"Bila aku nak tidur balik, aku takut ‘dia’ datang ganggu aku lagi. Aku cuba tidur mengiring ke dinding. Bila aku nak masuk alam lena, aku terasa ada satu tangan pegang pergelangan tangan aku. Lembut wei. Macam tangan baby. Halus dan licin. Siapa tak suka pegang tangan baby kan? Tapi kalau macam nie, korang suka tak? Sekali lagi, aku buka mata. Aku husnuzon jer. Kau letih sangat nie, Aie. Termimpi-mimpi pulak. Aku pejam mata untuk lena balik. ‘Benda’ yang sama datang pegang tangan aku. Dalam masa yang sama, aku terasa ada mata yang sedang memerhati aku tidur. Dalam gelap, aku nampak bayang hitam dari sudut bilik aku. ",
"Akhirnya, aku tak tahan, esok aku kerja shift pagi kot. Pukul 3 pagi, tak boleh nak tidur lagi. Aku lari masuk tidur dalam bilik adik aku. Dia pun hairan lah. ",
"“Akak, awat mai tidur sini?”\n“Tak boleh tidur. Esok lah cerita!”",
"Family aku kenal aku macamana. Kalau aku tak tahan, aku takkan lari pergi tidur dengan adik aku. Tapi ‘benda’ nie sangat mengganggu aku, terpaksalah aku buat macam nie. Aku pernah tinggal seorang diri dalam rumah, bunyi derap kaki, bunyi air kolah, bunyi benda jatuh di dapur. Semua dah aku alami. Tapi, as long as ‘diorang’ tak kacau aku, aku okee jer. Tapi bila ‘diorang’ kacau aku tidur, takkan aku nak biar jer ‘diorang’ kacau aku. ",
"Pagi tu, aku cerita kan mama, sebelum pergi kerja. Mama gelak. Mama kata, dalam rumah memang ada gangguan, sebab tu asyik kena kacau jer. Ada orang nak kami anak-beranak keluar dari rumah tu. Tapi kami buat derkk jer. Last-last, gangguan tu dah takde. Tak larat nak ganggu dah kot. Hahahaha!",
"GANGGUAN LAST",
"Gangguan last nie, selingan jer ya. Aku baru balik dari kerja. Kerja aku habis 12 tengah malam. Time nie, musim orang pam air sawah. Jalan balik rumah aku tu, ada lah dua ke tiga ekor burung hantu yang bertenggek atas tiang elektrik. Bukan karut yer, serius kampung aku ada burung hantu. Ada seekor tu warna putih. Comel jer diorang. ",
"Aku tengah drive motor, laju. Tiba-tiba dari jauh aku nampak ada satu benda melintang tengah jalan. Warna putih dan besar. Dari pembahagi jalan belah kiri ke pembahagi jalan belah kanan, ‘dia’ baring. Dalam hati, astaghfirullah al’azim. Aku tak pernah nampak ‘benda-benda’ macam nie. Dan minta simpang, jangan nampak. Aku tabahkan hati, teruskan jugak. Tiada jalan lain dah. Sepanjang perjalanan tu, ayatul kursi tak berhenti dibaca. ",
"Bila sampai dekat ‘benda’ putih melintang tengah jalan tu, aku terkejut. Rupa-rupanya, pam air bendang, diorang balut dengan guni baja warna putih. Terkejut aku wei… Aku belah jer lah air pam tu…",
"Sekian sahaja cerita ku di kala ini. Terima kasih, admin. Sudi baca cerita aku lagi. Salam peace dari Cik Lupa Nama. Okee, bye…. 😀"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/adakah-itu-suaranya/ | Adakah itu Suaranya? | [
"Terima kasih kepada Fiksyen Shasha jika sudi menyiarkan kisah ini.\nHello semua kepada pembaca FS, saya perkenalkan diri saya sebagai Jaja (bukan nama sebenar hehe) Di harap semua pembaca ‘enjoy’ dengan cerita yang saya akan sampaikan ini. Izinkan saya menggunakan perkataan ‘aku’ sebagai nama ganti diri untuk lebih senang dan gitchuuu. Bergurau.",
"Kisahnya bermula ketika aku berumur 14 tahun. Aku seorang pelajar yang tinggal di asrama dan bersekolah SMK nama sekolah biarlah rahsia. Dari dulu lagi sekolah ini penuh dengan kisah2 misteri dan usia sekolah ini juga boleh dikatakan “legend”. Tapak persekolahan dan kawasan petempatan asrama tersebut menurut sumber adalah bekas tapak perkuburan, kesahihan wallahualam.",
"Dulu, kakak dan abang aku juga pernah bersekolah di sini (SMK dan asrama tersebut). Selepas aku tamat UPSR, aku sambung Tingkatan 1 di sekolah yang sama seperti kakak dan abang aku pernah bersekolah. Ketika aku bersekolah di tempat itu, aku berjumpa ramai kawan. Tetapi, hanya 4 orang sahaja yang dikatakan “geng”. Pergi mana-mana, mesti muka orang yang sama. Tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita merungkai kisah misteri ini…jeng jeng jeng…Bergurau.",
"Hari itu adalah hari Jumaat, aku bersekolah sesi petang. Dan kebetulan minggu tersebut adalah bukan minggu kepulangan. Bermaksud, Sabtu dan Ahad tidak dibenarkan pulang ke rumah tetapi jika atas perkara mustahak ianya diperbolehkan. Minggu kepulangan dan tidak wajib kepulangan berselang-seli setiap minggu. Budak asrama yang dulu pernah ada pengalaman mesti tahu kan? Hihi.",
"Setelah selesai solat Maghrib dan Isyak di surau asrama, aku dan “geng” aku berkumpul di bilik dorm. Aku dan geng aku sama bilik dorm biasalah geng kan mesti mahu sama-sama. Malam tu, kami berkumpul 4 orang berkumpul di katil bawah (katil asrama bertingkat, dan setiap 1 katil akan digabungkan dengan 1 lagi katil jadi total = 2 katil) macam matematik sudah pula kan. Ok, berbalik kepada cerita, aku dan geng aku sambil-sambil nyanyi dengan buku lagu kami yang sangat ‘hot’ ketika itu, berbagai jenis lagu yang kami nyanyikan tanpa menggunakan microphone, hanya berbekalkan suara kami yang sungguh merdu dan syahdu. Bergurau. Tapi boleh lah nyanyi.",
"Sambil-sambil cerita tu, kami makan maggi mentah – maggi kari- (jangan tiru perbuatan ini). Biasalah budak asrama mesti ada stok maggi untuk di jadikan kudapan walhal kesannya amatlah tidak baik kepada otak pelajar tetapi kalau memang pandai tidak akan memberi kesan. Bergurau.",
"Setelah usai ‘berpesta’ (lepak dan acara nyanyian bagi kategori pelajar sekolah asrama, esoknya kan cuti jadi boleh lah bersantai dan rehat2 begitu……) Kami pun tidur. Zzzzzzzzzzzzzz. Tiba-tiba, aku tersedar dari lena ku lebih kurang jam 2 setengah pagi. Aku berasa perut ku memulas ’emergency’ mesti kena lari punya pergi tandas!!!",
"Aku membangunkan sepupu ku yang bernama Sofia (bukan nama sebenar). “Sofia, Sofia, temankan aku pergi tandas dulu sekarang” kata aku kepada sepupu ku. Sepupu ku membalas “Ala…minta kawan dengan Jess” (bukan nama sebenar). Aku pun membangunkan Jess. Jess terus bangkit dari tidur dan mengikutiku dari belakang. Aku bergegas mengambil baldi aku dan penggayung (penyedok air).",
"Situasi di bilik air.\nTerdapat 5 buah bilik air, aku memilih tandas ke-2. Sebelum masuk ke tandas, kawan aku bertanya “Eh kenapa bawa baldi?” . Aku lupa memberitahu dia yang aku ingin ‘membuang hajat’. Aku pun memberitahu dia.",
"Jess, dia tunggu dekat luar tandas. Aku pun masuklah dengan keadaan yang sangat darurat tergesa-gesa….\nTidak lama kemudian, Jess berkata. “Jaja, aku panggil diorang yang lain ya ambil air wuduk untuk solat Subuh nanti”. Aku membalas, “Ok, cepat kau ar jangan lama”. Aku dengar bunyi tapak kaki Jess ketika menuruni anak tangga yang ada percikan-percikan air. Aku mahu jelaskan “layout” tandas tersebut, tapi nanti jadi pening pula hihi. Imagine kan sahaja lah ya.",
"Ketika aku berada di dalam tandas berseorangan, aku terdengar bunyi geseran selipar di tandas sebelah seolah-olah ada pelajar lain juga turut serta seperti aku. Aku berasa sedikit lega sebab mula-mula takut juga sebab Jess sudah pergi bilik dorm balik.",
"Tidak lama kemudian, tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti orang ketawa seolah-olah mengilai dari arah tandas yang ke-5. Hewhewhhehewhheehheweeh. Aku tersentak seketika, aku pejam mata, aku ‘stuck’. Aku tidak tahu mahu buat apa sebab masih dalam sesi ‘pelaburan’. Mohon pembaca memahami situasi tersebut. Aku diam, aku tutup mata, aku rasa macam mahu lari sahaja ketika itu tapi apakan daya aku tak mampu.",
"Oh ya, tandas kelima tu berdekatan dengan pokok pisang. Pokok pisang jenis apa aku tak pasti mungkin pokok pisang emas atau pokok pisang tanduk. (ada-ada sahaja)",
"Tidak lama kemudian, Jess pun datang. Masa Jess datang dia kata, dia sudah panggil nama aku kalau-kalau sudah selesai, tapi aku tidak perasan sebab ketakutan masa tu, sehingga lah Jess ketuk pintu tandas.",
"Keesokan harinya aku menceritakan perkara tersebut kepada kawan2 rapat aku tapi mereka bersangka baik dan berfikiran positif kemungkinan itu hanyalah bunyi2 kenderaan atau sebagainya.\nAku menganggukkan sahaja kata mereka.",
"Begitulah kisahnya. Tamat",
"Mohon maaf jika cara penyampaian cerita tidak sampai kepada pembaca, ini cerita pertama yang saya tulis dalam FS jika disiarkan. Terima kasih."
] | [
"ape ni…?",
"spoil mood membaca bila hujung perenggan letak “bergurau” banyak kali."
] |
https://fiksyenshasha.com/tak-gentar-pada-hantu/ | Tak Gentar Pada Hantu | [
"Salam semua!\nCerita ni aku pernah hantar tahun 2017 tapi kali ni telah dimurnikan lagi tatabahasa dan gaya penceritaan. Baik jom mulakan.",
"Kali ni aku nak bercerita pasal arwah nenek aku (doakan kesejahteraan arwah nenek aku di sana ya) dan ayah saudara yang dipanggil Pakndak dalam keluarga kami. Dorang berdua ni orang paling berani yang pernah aku jumpa. Berani jumpa hantuuuuuu….. hehe.",
"KISAH PERTAMA\nMak aku cerita masa kecik2 dulu dia selalu ikut nenek aku pergi menoreh getah. Pagi-pagi selepas subuh dah kena lalu jalan yang kiri kanannya hutan tebal dan tanah perkuburan. Setakat lampu di kepala tiba-tiba terpadam masa tengah menoreh dalam kebun getah tu nenek aku dah biasa. Dia boleh buat relax je.. Nenek akan kata “Aku tak kacau kau, kau tak payah lah kacau aku.. aku nak cari rezeki je..”. Hantu-hantu tu pun dah tak sampai hati nak terus kacau agaknya haha.",
"Satu pagi tu mak aku ikut nenek pergi menoreh.. Masa dalam perjalanan nak ke kebun getah tu dorang perlu melalui satu tanah perkuburan. Pagi tu, mak aku nampak jelas ada satu susuk lembaga berambut panjang dan berjubah putih lusuh tengah tercegat kat tepi jalan.",
"Masa tu masih sunyi sepi sebab masih awal pagi. Mak aku yang tahu tu mesti jelmaan hantu, dah nak terkencing dalam seluar, mencicit nak patah balik tapi nenek aku yang berjalan dekat depan boleh lalu tepi hantu tu sambil jalan biasa je. Sikit tak menoleh, sikit tak ada riak takut. Nenek kata kat mak aku “buat biasa jelah… Kita lalu, dia hilanglah…”. Dan memang betul pun, lepas lalu tu toleh belakang dah tak ada dah lembaga putih tu tadi. Sekali lagi nampaknya hantu berputus asa nak mengacau orang tua tu haha.",
"KISAH KEDUA\nNi kisah arwah nenek aku sendiri. Untuk pengetahuan pembaca, semasa hidup nenek aku tinggal seorang diri sebab sayang nak tinggalkan rumah, ayam kucing dia dan paling tak nak sekali adalah menyusahkan anak-anak. Rumah papan dia atas bukit berbatu lada dan agak jauh dari rumah orang lain. Kiri kanan pulak hutan. Berani kan nenek aku? Tapi dia lagi selesa tinggal seorang.",
"Satu malam tu selepas solat isyak macam biasa nenek akan menonton TV sebelum masuk tidur pada pukul 10. Itulah rutin dia setiap hari. Tapi tiba-tiba satu malam tu nenek terasa satu rumah bergegar. Macam seolah olah ada benda berat menghempap rumah papan dan beratap zink tu. Rupa-rupanya… ada langsuir tengah bertenggek atas tiang kayu yang kita letakkan lampu rumah yang jenis panjang tu.",
"Elok je dia bertenggek macam burung, berpakaian lusuh serba putih, rambut putih beruban dan bertaring panjang. Matanya merenung tajam ke arah nenek aku. Nenek pun dengan tenang cakaplah,\n“Pergilah… aku tak kacau kau, kau pun janganlah kacau aku…”\nNenek aku buat selamba je masa tu sambil mata tetap menonton TV. Kalau aku dah mencicit lari keluar rumah weii. Tapi langsuir tu tak faham bahasa melayu agaknya, dia tetap tak berganjak.",
"Masih bertenggek atas tiang tu sambil merenung nenek aku. Masih nak test power agaknya. Nenek pun fikir tak boleh jadi ni, dia pun masuk ke dalam bilik dan baca surah Yassin. Sambil dalam hati berdoa supaya langsuir tu pergi. Dan Alhamdulillah bila nenek aku menjenguk ke luar, memang dah tak ada si langsuir durjana itu tadi. Syukur, Allah jualah sebaik baik penolong…",
"Kalau korang datang rumah nenek aku ni, tengah-tengah malam kalau korang terjaga dari tidur dan terdengar derapan tapak kaki berjalan mengelilingi rumah, korang buat biasa je ye. Sebab nenek pernah bercerita itu sebenarnya tu penunggu rumah yang tengah menjaga rumah… Benda tu milik nenek moyang kepada moyang arwah nenek aku dulu, memang dah tak boleh nak halau dah..",
"Setakat ni aku tak pernah dengar lagi tapi ada saudara mara aku yang pernah terdengar.. tapi semua buat biasa je.. hehe. Ayah aku sendiri pun pernah ternampak budak kecil bertelanjang seperti toyol di belakang tandas rumah arwah nenek aku sebab dulu2 kan rumah kg semua tandas di luar. Siapa pernah merasa?",
"KISAH KETIGA\nMasih banyak pengalaman nenek aku tapi nanti aku cerita lagi dalam next story k. Sekarang aku nak berkongsi pengalaman Pakndak aku pulak. Pakndak aku ni sejenis hati kering dan tak takut langsung hantu. Ibarat hantu tu seekor nyamuk yang boleh dijentik je. Tapi tak adalah ilmu ke apa, cuma ketakutan kepada Yang Maha Esa lebih tinggi.",
"Satu hari tu nenek aku buat tahlil arwah atuk.. Ramai lah saudara mara yang ada balik. Bilik Pakndak aku ni pulak di bahagian hujung sekali dalam rumah nenek aku tu. Aku ingat lagi masa tu dalam tengahari Pakndak tengah membuta. Tiba-tiba semua orang boleh dengar bunyi bising macam ada orang tengah bergaduh dalam bilik pakndak. Semua orang tercengang dan perhatikan je bilik Pakndak aku tu.",
"Tiba-tiba pakndak keluar daripada bilik tengah beraksi macam sedang bersilat dengan seseorang. Siap dengan gaya tangan dan kaki. Part last sekali pakndak macam angkat seseorang dan buang ke luar tingkap rumah. Rumah nenek aku masa tu masih bertiang tinggi di bahagian bawah dan berjendela panjang macam rumah kampung dulu-dulu. Pakndak aku masa tu berpeluh-peluh seperti kepenatan sangat dan baru perasan ramai yang tengah perhatikan dia.",
"“Ko dah kenapa… Kenapa macam bersilat silat tadi? Mengigau ke?”",
"Lebih kurang macam tulah nenek aku tanya Pakndak masa tu. Cerita Pakndak, tengah dia sedap tidur dia terasa badan dia kena tindih dengan sesuatu yang berat. Sampai sesak nafas dan tak boleh bergerak. Dalam keadaan mamai tu dia ternampak macam ada orang berpakaian serba hitam seperti seorang pendekar tengah duduk atas badan dia.",
"Pakndak aku yang cuba melawan akhirnya terlepas dan jelmaan seperti pendekar tadi seolah olah mengajak dia bertarung (bersilat). Itu yang semua orang nampak dia bersilat dan akhirnya pendekar tu tewas bila Pakndak aku berjaya angkat dia dan buang ke luar rumah. Pakndak aku menang tapi memang dia rasa kepenatan sangat-sangat.",
"Abang sulung Pakndak yang aku panggil Pak Njang mendengar cerita Pakndak tu kata, itu mesti penunggu rumah yang aku ceritakan awal tadi. Mungkin dia cuba nak test kehandalan Pakndak. Sebab kata Pak Njang, dia pernah juga ternampak kelibat pendekar tu dalam rumah tu… tapi Alhamdulillah lah penunggu tu tak pernah kacau lebih-lebih apatah lagi mengacau anak cucu nenek aku..",
"KISAH KEEMPAT\nNi kisah Pakndak aku lagi. Macam aku cerita awal tadi Pakndak aku seorang yang sangat berani. Semasa masih muda remaja dulu Pakndak aku suka sangat balik lewat malam. Dia bukan naik motor ya, tapi jalan kaki je. Lepas pergi melepak dengan kawan-kawan dekat simpang jalan, barulah dia akan balik. Jauh juga perjalanan balik tu. Kalau korang dapat bayangkan ia satu jalan kampung sempit yang dikelilingi hutan, sunyi sepi dan penuh semak samun kiri kanan.",
"Suatu pagi macam biasa dalam pukul 1,2 pagi macam tu, lepas dah puas melepak barulah Pakndak akan balik rumah. Dari simpang jalan nak balik ke rumah nenek aku tu agak gelap. Kiri kanan memang hutan dan dia perlu melalui tepi satu perigi lama sebelum sampai. Pakndak aku guna torch light je masa berjalan kaki tu. Yelah masa tu mana ada telefon bimbit lagi.. huhu.",
"Tengah-tengah berjalan seorang diri tu, bila sampai kat tepi perigi lama, tiba-tiba Pakndak rasa bulu tengkuk dia meremang. Dia pun menoleh.. Rupa-rupanya ada lembaga hodoh berambut panjang, muka berdarah dan lidah terjelir panjang sampai ke pusat tengah berdiri kat tepi perigi tu.",
"Kawasan tu agak gelap tapi ada sedikit cahaya bulan, Pakndak boleh nampak muka lembaga hodoh tu tengah menghadap dia. Korang mesti ingat Pakndak aku lari lintang pukang kan? Tak guys… Dia lalu selamba je… Dalam hati dia masa tu, “lantak ko lah… aku nak balik rumah je..”. Alhamdulillah lembaga tu tercegat je kat situ dan akhirnya hilang…Tips dia kalau korang jumpa hantu kita buat derk je. Nanti dia putus asa dan terus menghilang hahaha. Sanggupkah anda?",
"Pakndak aku cerita banyak kali jugak dia akan terserempak dengan ‘sesuatu’ dekat kawasan tu setiap kali balik melepak. Pocong bergolek ke arah dia lepas tu lalu tepi, kemudian hilang. Hantu berpakaian koboi serba hitam datang ke arah dia kemudian hilang. Tapi semua tu tak pernah mematahkan semangat Pakndak aku untuk menjadi seorang kutu embun yang berjaya haha. Ahli keluarga aku pun semua tahu hati Pakndak yang kental kepada usikan membuatkan dia berani lalu situ malam-malam.",
"Baik, rasanya cukup dulu kisah aku kali ini. Sebelum tu nak mintak sedikit masa korang untuk membacakan Al-Fatihah kepada arwah nenek kesayangan aku yang dah kembali ke rahmatullah pada bulan Mei yang lepas. Rumah nenek aku pun dah sepi tanpa penghuni. Menambahkan lagi keseramannya tapi aku tetap akan balik sekali sekala sambil-sambil menziarahi pusara. Maaf ya kalau keseraman tak sampai. Aku bukan penulis professional, hanya sekadar berkongsi cerita..",
"Apapun, terima kasih kerana sudi dan tidak jemu membaca. Assalamualaikum! #AtyUmr"
] | [
"terbaik..nanti sambung lagi",
"kata ada penunggu, fungsi penunggu tu utk apa kalua langsuir dtg tenggek kt tiang.. ngarut"
] |
https://fiksyenshasha.com/peraturan/ | PERATURAN | [
"Peraturan. Peraturan yang telah diamalkan berpuluh tahun sehingga sekarang. Kalau difikirkan sekarang, 2022 tahun ini masih lagi peraturan itu diamalkan dan tidak akan digubah serta dilanggar. Namun, beberapa peraturan telah aku langgar dan sehingga sekarang aku menanggung akibatnya.",
"8 tahun sudah berlalu dan aku masih teringat saat pertama aku dan keluarga tiba di rumah pusaka yang diwarisi ayah ku dari atuk yang sudah meninggal beberapa tahun lalu. Ayah aku pada mulanya tidak ingin mewarisi rumah pusaka tersebut yang jauh di utara tetapi disebabkan perniagaan ayah aku di ibu kota tidak mampu lagi menampung makan minum, sewa rumah untuk kami sekeluarga lalu ayah memutuskan untuk pulang ke kampung halaman untuk memulakan hidup baru di tempat ayah membesar.",
"“Abang tak suka lah Mah nak balik sana, macam macam hal. Tapi kedai dah tak laku Mah, dah takdak cara nak bagi kedai laku lagi” kata ayah aku. Sempat aku mendengar waktu membuat kerja sekolah dek kerana rumah pangsapuri kecik sahaja malah pintu bilik aku tak ditutup rapat.",
"“Mah ikut saja keputusan abang, kalau itu saja keputusan yang dapat membantu abang dan anak anak. Tapi bang, apa maksud macam macam hal yang berada di sana? Sejak Mah berkenalan dgn abang sehingga ada Ahmad dan Fatimah, abang tak pernah cerita tentang rumah pusaka yang abang warisi malah tak pernah sebut lansung kenangan abang membesar di situ kecuali abang hanya beritahu yang abang merantau ke ibu kota untuk mencari kerja” kata ibuku dengan tenang sambil merenung ayahku yang sedang menghirup kopi panas.",
"“Panjang ceritanya Mah, mungkin sudah tiba waktu Mah untuk tahu tapi Mah jangan risaulah, takdak apa disana kecuali b**i hutan dan binatang2 lain sahaja” ayah ku tenang membalas pertanyaan ibuku. “Mah hanya perlu percaya pada abang sahaja bila kita tiba disana, percaya ja pada abang ya mah”, ayahku menyambung semula jawapannya tadi.",
"“Bbaaaammmm”! bunyi kuat tersebut mengejutkan aku dari tidur. Aku melihat Fatimah tiada di katil bawah, aku menganggap Fatimah tidur bersama ibuku. Fatimah yang masih berumur 7 tahun selalu juga meminta untuk tidur bersama ayah dan ibuku. Aku mendengus marah sebab melihat pintu yang tak ditutup rapat oleh Fatimah ketika keluar ke bilik ibuku. “Timah ni ha, selalu dah pesan jangan lupa tutup pintu kalau keluar” kataku sambil menurun tangga kecil katil 2 tingkat untuk menutup pintu bilikku.",
"Kedudukan bilik aku didalam rumah berdekatan dengan dapur. Hanya beberapa langkah dari pintu bilik aku ke arah kanan aku sudah tiba di dapur. Ketika aku ingin menutup pintu bilik, aku dapat melihat ayahku bercakap dengan seseorang sambil ditemani asap yang berbau pelik dek kerana aku masih kecil aku tak dapat cam asap itu adalah asap kemenyan. “AKU LAPAR!” tersentak aku dicelahan pintu bilikku ketika aku melihat gelagat ayahku bersama seseorang tersebut. Halus tapi tegas suaranya, suara tersebut berbunyi seperti disebut sambil diketap gigi atas dan bawah serta diterankan anak tekak.",
"“YA AKU TAU, BALIK NANTI AKU BAGI HANG MAKAN! AKU CUMA BAGI PERINGATAN, AKU NAK BALIK DAH NI, AKU IKUT SEMUA YANG DAH DITULIS, JANGAN KACAU ANAK BINI AKU” ayahku berkata perlahan tapi dalam keadaan yang marah.",
"Aku tidak berpuas hati, aku nak tahu juga siapa yang bercakap dengan ayah aku, aku melihat sambil mengecilkan mata aku di sebalik asap yang berada di hadapan ayahku. Hanya bintik bulat merah yang aku nampak dan bentuk merah tu berpusing ke arah kanan seperti mata yang memerhati aku tanpa berkelip. “SHHHH!” terasa angin ditiup di telingaku. Aku berpusing laju melihat belakang, makhluk hitam bermata merah tersebut merangkak di siling bilikku dan menerpa ke arah aku dengan laju. Aku menjerit.",
"“Vroooom!’” aku tersentak dari tidur dalam kereta. “Haa along dah bangun? Ni air ada ni, kalau dahaga ambil minum” ayahku berkata sambil memandu kereta. Aku mengangguk. Aku terfikir akan kejadian yang berlaku dalam hati “mimpi ka betul-betul? aduh”. Aku memandang pemandangan di kiri jalan lebuhraya yang ayahku gunakan. Aku berharap itu mimpi, mimpi yang tak menghantui aku. Bukan mimpi salam pengenalan untuk peraturan yang aku akan hadapi sampai bila-bila.",
"Selepas beberapa jam dalam perjalanan, ayah beritahu dah nak hampir tiba. Aku melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan pokok getah. Selepas itu, ayah mengambil arah kiri di persimpangan dan meneruskan perjalanan lagi dalam 15 minit. “Jauhnya rumah” bunyi aku dalam hati. Tetiba mata aku tertumpu di satu rumah ni. Terletak di atas sebuah bukit jauh di dalam kampung, rumah ini dapat aku lihat dari jauh, dari tingkap kereta yang dipandu ayah. Berharap bukan itu rumah yang ayah aku membesar, aku bisik pada diriku sendiri “Minta minta bukan rumah ni”.",
"Sangkaan aku melencong bila Ayah mengambil arah kiri dan menuju ke rumah pusaka tersebut. Rumah pusaka tersebut mempunyai bumbung yang panjang, ada ruang dibawah. Rumah Serambi Kedah/Perlis atau Rumah Panjang yang disebut ayahku. Warnanya masih tidak luntur, teguh tangga kecilnya, bawah rumah masih bersih tiada rumput panjang.",
"“Haa dah sampai” ayahku memberhentikan keretanya.\n“Besar juga ya rumah bang, penat la Mah nak kemas nanti” Ibuku bergurau sambil melemparkan senyuman kearah ayahku\n“Takdak la Mah, banyak bilik dah tak pakai. Yang mana berkunci tu Mah biarkan la” ayahku membalas gurauan dari ibu.\n“Along dengan Timah pi ambik beg ni bawak naik atas” ayah menyuruh.\n“Ok ayah. Jom Timah” aku mengajak adikku.",
"Aku mengangkat beg kecil sambil mengalas beg hijau aku dan menerjah ke arah rumah tersebut. Selepas menaiki tangga kecil rumah pusaka tersebut aku meletakkan beg di tangan aku ke bawah lalu menolak pintu rumah pusaka tersebut.\n“ALONG TUNGGU!” ayahku menjerit.\n“SSSUPPPP” angin kuat menerjah ke arah muka aku diselangi bunyi ketawa ‘hehehehe’ yang sayup-sayup sahaja bermain di telinga.\n“Along sabaq sat, tunggu ayah, jangan masuk lagi” kata ayahku.\nAku mengangguk faham. Aku mengalihkan muka aku ke arah luar rumah sambil menunggu ayahku naik.",
"Selepas solat Isyak, ayah aku memanggil ibu, Timah dan aku ke ruang tamu.\n“Apa yang ayah nak baca ni cuba ingat dan ikut sahaja. Jangan cuba ingkar” ayahku berkata sambil memandang mata ibu, adik dan aku.",
"1. Jangan keluar rumah selepas pukul 12 malam. Kalau dalam keadaan terpaksa untuk keluar rumah, jangan bercakap, jangan bersenandung, jangan menyanyi, jangan memetik jari dan jangan memandang bumbung rumah apabila keluar.\n2. Jangan lupa tutup pintu bilik dari 12 tengah malam sehingga azan subuh. Kalau pintu bilik terbuka sendiri, jangan pandang ke arah pintu.\n3. Lampu bilik akan berkelip ketika ditutup. Jangan pejam mata sehingga lampu berkelip berhenti.\n4. Kalau ternampak mata merah di sudut bilik, perhati rapat mata merah itu tanpa berkelip sehingga hilang biji mata tersebut.\n5. Kalau ternampak mayat gantung di kipas ruang tamu sebelum 12 malam, tutup pintu, kunci, pejam mata. Mayat tersebut akan hilang selepas 12 malam.\n6. Jangan padamkan lilin dalam bilik air. Lilin akan menyala semula kalau ditiup atau dipadam.\n7. Kalau terjadi sesuatu selepas 12 malam, balik semula ke bilik dan kunci bilik tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Tutup mata sehingga tidur.\n8. Kalau terbangun di bilik lain, jangan bercakap dan perhatikan di sudut bilik. Kalau ada 2 mata merah yang memerhati, pejam mata sehingga tertidur semula. Kalau tiada, ikut peraturan No 7.\n9. Jangan biarkan makanan terdedah pada waktu malam.\n10. Kalau terlihat belalang hijau sebelum 12 malam, harus tangkap semua dan lepaskan di bawah katil. Jangan tidur tanpa ada seekor yang tak ditangkap.\n11. Jangan tegur angin yang mendesus di telinga. Pejamkan mata sahaja sehingga nafas di telinga itu berhenti.\n12. Kalau terbangun waktu 3 pagi. Jangan buka mata. Jangan sesekali buka mata. Kalau mata ditutup kain atau selimut sekalipun tetap jangan buka mata.\nAku turuti apa yang ayahku berpesan. Beberapa bulan kemudian, aku terlanggar peraturan No 8.",
"“Awat terbangun pula kat sini” kataku kuat. “Alamak!” aku tersedar aku bercakap berseorangan. Aku sepatutnya tidak menghasilkan bunyi. Aku tersedar yang aku terbangun di bilik lain Aku berasa susah bernafas serta aku merasa takut sangat sebab peraturan yang patut aku patuhi aku terlanggar. Aku menutup mulut dengan tangan.\n(Saya akan sambung kalau ada sambutan)…"
] | [
"please la, citer kasi habislah..",
"dia punye peraturan pon dah menakutkan",
"sambunglaa",
"banyaknya peraturan dia. jenuh nak ingat semua nie….",
"bila nak sambung ye…?",
"tolong sambung. ke dah ada sambungan. next time cerita sampai habis, x kira la dapat sambutan ke tak",
"Part 2 pleaseeee"
] |
https://fiksyenshasha.com/nama-aku-dewi/ | Nama aku dewi | [
"Assalmualaikum dan salam sejahtera semua,\nSo hari ini aku nak kongsikan cerita dari pengalaman aku sendiri macam mana aku boleh kenal seorang wanita yang aku kenal sebagai dewi.\nRasanya cerita ni bermula masa zaman aku sekolah, aku kerap bermimpi pergi ke istana atas laut dan berjumpa dewi ni, macam2 dia nak bagi, perhiasan, emas, permata, senjata, tapi aku tak pernah ambil la, just tengok je. Kerap juga mimpi berjalan atas laut dan solat dalam istana tu.",
"Perkenalan aku dengan dewi berlangsung selama 7 tahun, dia kenalkan diri sebagai S**** dewi.. Maaf tak boleh bagi tau nama betul takut jadi pekara tak baik pula.",
"Permulaannya aku ingat dewi ni baik sebab selalu datang bila aku buat jahat, nasihat kan aku, pernah sekali dia libas aku sebab aku buat salah haha, selalu ingatkan aku untuk solat, dan ingat Allah, stiap kali dalam bahaya dia akan datang dan bagi amaran, pernah sekali tu aku kena ganggu dengan penunggu hutan, dan aku nampak si dewi ni lawan dengan dia sampai benda tu lari…",
"Tapi seiring waktu, aku perlahan sedar bahawa dia ni not sweet as sugar, dia cemburu kalau aku berkawan dengan orang lain tak kira la lelaki ke perempuan dia akan ganggu, ada lah sekali kawan aku kata dia mimpi aku marah dan pukul dia, jerit kat dia, jagan jumpa aku lagi… Mimpi tu terasa betul dan buat dia takut… Jadi aku ni ada masalah kalau nak bercinta atau berkawan melainkan orang tu betul2 hati kental dan tak mudah goyah hahaha, dahsyat kan.",
"Mula2 aku tak syak dewi, ingat saka ke apa, tapi satu hari tu aku berubat dan orang tu kata aku ni ada perempuan minat, so aku ni pula ingat perempuan tu manusia la kan, rupanya tak, dia la dewi, orangtu kata selagi mana dewi bersama aku, aku akan susah bergaul dengan masyarakat dan berat jodoh sebab dia nak aku jadi milik dia sorang, jam betul kalau hensem ni emm haha gurau ya.",
"So dijadikan cerita aku setuju dipisahkan dari jin Asyik atau jin cinta ni dengan ikhlas, then… Baru la kisah seram terjadi… Lepas aku jumpa perawat tu malam tu aku mimpi dewi datang, tapi tiba2 dia berubah jadi buruk dan tua, badan dia separuh ular, rambut dia ular, macam medusa (metrology greek). Jadi aku takut la, dia kata nak bawa aku ke alam dia, then dia belit aku sampai aku tak boleh nak nafas… Aku tak mampu nak lawan, atau bersuara hanya bertakbir dalam hati. Aku yakin tak ada makhluk yang boleh sakitkan kita, hanya Allah.. Dan aku tersedar tapi badan still kaku dan suara masih tak boleh keluar.",
"Pekara pertama aku nampk ada bayangan hitam, macam aura atau asap hitam disebelah tubuh aku… Aku pejam mata dan baca apa aku tau, mohon bantuan… Alhamdulilah aku dilepaskan dan sedar…",
"Ibarat mimpi di dalam mimpi, saban hari bergelut, melawan sampai, ahhh i had enough, so aku tekad dapatkan rawatan bersungguh… Orang yang rawat tu kata benda ni dah lama jadi susah nak buang, aku cakap buang je b***h pun x pe hehe. Sebab aku da tak tahan… Dia ingatkan aku solat, dia ingatkan aku buat kebaikkan semata2 nak kaburkan pandangan aku yang dia ni bangsa jin yang jahat, ya dia boleh mengucap tapi bila tanya apa maksud dia gelak.",
"Perawat tu pernah sembelih dia berkalidan somehow dia ni ada kebolehan untuk cepat sembuh. Aku try la slow talk dengan dia, memang betul zaman nabi Allah sulaiman dlu ada perkahwinan antara bangsa manusia dan jin… Tapi aku ni umat nabi muhammad, aku dan kau tak boleh bersatu dewi. Kau cari la dari bangsa kau, lepaskan aku. Mula2 dia degil dan menagis… Lama dia setuju, tapi minta izin untuk melawat aku sekali sekala, perawat tu kata okey boleh tapi boleh tengok dari jauh je jangan kacau, kalau kacau aku bakar kau. Dia setuju, lepastu dia minta ganti… Ahhh jammm, di mana kan ku cari ganti huhuhu.\nPerawat tu kata, boleh bagi pengganti tapi dari bangsa kau juga ya, lalu dia menadah tangan dan berdoa, jadi ikrar pemutus ku lafazkan maka terpisah la aku dengan si dewi ni.",
"Kalau bercinta dengan wanita manusi paling teruk pun dia simbah kau pakai air atau tampar kau, kalau dengan si dewi ni di ugut culik balik alam dia di lautan, sebab dia ni dikatakan ratu bangsa bunian laut dia area2 indonesia, tapi mushkilnya macam mana aku yang tak pernah kesana boleh terjebak dengan dia, haru hidup. Sampai sekarang yaa aku boleh nampak dia lagi kadang2 cuma dari jauh memerhati. Aku harap lepas ni mudah la urusan aku nak ada jodoh huhu penat single.",
"Sebelum dirawat, pernah sekali tu aku terjaga dari tidur, aku nampak ada lembaga sedang isap jari kaki aku, sakit…berdenyuttt… Terus aku bangun tenyeh minyak kasturi kijang aku beli, sebab benda2 tak baik ni dukatakan x suka benda2 wangi lagi2 kasturi kijang, jadi sunnah nabi tu jangan dipandang ringan.\nKedua masa aku tengah driving, aku dengar bunyi gamelan macam gong kat bali tu, then tiba2 bau bunga2, aku fikir positive yang mungkin bau tu dari pokok bunga kat luar2, dan maybe aku letih sangat, so aku abaikan until aku nampak dewi kat cermin pandang belakang. Tapi relax, benda2 ni jagan takut sangat, jangan berani sangat, tenangg je.",
"Orang kata aku bodoh sebab lepaskan benda baik, tapi sapa kata aku bodoh tu lagi bodoh sebenarnya, untuk apa ada benda macam tu menyusahkan hidup je, cukup la Allah, fitrah manusia dipasangan dgn bangsa manusia sendiri. Hubungan antara manusia dan jin tak pernah ada happy ending. Ni bukan cerita disney okey. Cuma, deorang ni ada perasaan, macam kita.. Cakap baik2 slow2, bukan kekerasan… Sebab lagi kita keras lagi deorang keras dengan kita…",
"So sekian la cerita aku dengan si dewi tu, xde dah cerita seram lagi, lepas ikrar pemutus dibuat, cuma ada kadang2 tu nampak dia, tapi tak kerap, cuma aku harap dia betul2 pegang janji dia tak ganggu life aku lagi.\nSekian."
] | [
"mythology bukan metrology..heheheheh..saja nak jadi grammar nazi. anyway, semoga dipertemukan jodoh yang baik2 soon"
] |
https://fiksyenshasha.com/balik-kerja-tengah-malam/ | Balik Kerja Tengah Malam | [
"Aku nak cerita kisah seram yang pernah terjadi kat aku. Aku kerja di sebuah klinik yang beroperasi 16 jam, dari 8 pagi sampai 12 tengah malam. Aku bagi nama Klinik R lah yer. Aku kerja sini dah 7 tahun. So, aku faham sangat lah keadaan klinik macamana. Kes-kes mengusik nie, biasalah. Aku tak ambik port sangat, asal dia tak kacau, sudah. Haha!",
"Suatu malam, ada pesakit datang untuk terima rawatan dan kena tambah air atau dalam medical term is ‘drip’. Dah kena drip, lepas tu lambat pulak air drip dia nak habis. Sampai lah pukul 12 tengah malam, tapi tak habis lagi. Doktor yang incharge pesakit nie pun dah balik. Salah kami shift malam tu jugak, sebab tak bagitahu doktor incharge yang pesakit dia belum habis drip. Tunggu punya tunggu, sampai pukul 1.00 pagi, tak habis drip lagi. Masa tu, tinggal aku dan 3 orang lagi kawan aku. Yang lain, pakat balik dah. Tiba-tiba…",
"“Dummm” Masing-masing pandang satu sama lain. Bunyi benda jatuh dari tempat farmasi. Tapi, bahagian farmasi dah tiada orang, dah balik. Kami diamkan jer. Sambung balik main phone masing-masing.",
"Sekali lagi, “gedeganggg!!!” Bunyi troli dressing bergerak. Kami lagi sekali pandang satu sama lain.",
"“Biar jer. Esok kita tengok, benda apa jatuh!”ujar Kak A, staff paling senior antara kami, separuh berbisik. Bila pesakit dah habis drip, hampir jam 2 pagi, kami pun gerak balik.",
"Keesokkan paginya, tiada apa yang jatuh dari farmasi pun. Bunyi apa semalam tu? Kak A kata, biasalah. Kita kerja klinik. Hari-hari bermain dengan d***h, sisa badan manusia. ‘Benda’ tu, memang suka lah.",
"Ada juga sekali tu, Kak A dengar aku main punch card. Aku suka leretkan jari aku kat kad-kad punch card yang bersusun tu. Macam bunyi muzik lah kan. Lepas tu, Kak A tegur lah.",
"“Aie ke tu?”dia tanya, sebab dia tak nampak aku masuk pun. Masa nie, pukul 7.30 pagi. Shift pagi untuk masuk punch in lah. Tapi, katanya aku tak menyahut pun. So, dia pergi dekat tempat punch card, tiada siapa pun. Bila aku masuk, dia cerita kat aku.",
"“Tu lah, Aie.. ‘benda’ tu dah meniru hang dah!” Aku sengih jer lah. Apa reaksi aku boleh bagi kan.",
"Dalam situasi lain pula, pukul 11 malam ++ macam tu, aku dan Mel pergi ke tempat xray, yang selang 3 kedai dari Klinik R. Dulu, xray belum pindah ke klinik, sekarang dah pindah masuk dalam Klinik R. So, malam-malam staff kena pergi off mesin xray dan lock bilik xray. Bilik xray pulak, jauh nun belakang kedai. Bila dah off mesin xray, Mel nampak kelibat orang dalam bilik consultation. Padahal, time tu mana ada orang. Aku nampak muka Mel lain. Aku tanyalah dia, “Kenapa?”. Dia kata, “Jom keluar dulu!”. Bila keluar dari bangunan xray tu, Mel cakap dia nampak ‘something’. Terus kami lari balik klinik, tanpa lock dan set alarm klinik xray. Ajak doktor temankan. Mel cerita kat doktor. Doktor tak percaya, tapi dia tetap teman kami pergi tempat xray.",
"“Tak ada apa-apa pun!”balas doktor tu. Malas nak komen bila dia cakap macam tu.",
"Last part, paling aku tak boleh lupa sampai sekarang. Kejadian bilik menyusu. Memang ‘dia’ suka ganggu time klinik nak tutup agaknya. Dalam pukul 11.30 malam macam tu, Que nak tutup lampu bilik menyusu.",
"“Eh, ada patient lagi kaa dalam bilk breasfeed?” Que tanya.\n“Entah, tapi mana ada patient dah dalam klinik” Then, Que pun bangun berjalan ke bilik menyusu. Dia ketuk pintu.\n“Ada orang kaa?”soal Que.\n“Ya, ada orang!”jawabnya dengan lembut.",
"Bila dah ada orang, kami yang dekat reception nie diam lah. Sambil-sambil menyembang, dah dekat 11.45 malam, lampu bilik menyusu masih menyala dan tak nampak siapa keluar pun.",
"“Eh, hangpa tak mau balik lagi kaa?”soal Fatin yang dah habis closing account.\n“Ada patient dalam bilik breastfeed”jawab Que.\n“Panggillah dia. Kita nak balik dah!”gesa Fatin.",
"Que bangun sekali lagi, dia tolak pintu, tapi tak boleh terbuka sebab berkunci dari dalam. Giliran doktor pula keluar dari bilik, tanya kenapa. Sekali lagi, Que bagitahu perkara yang sama. Doktor pun menghampiri bilik menyusu dan tolak pintu. Sekali tolak sahaja, pintu dah terbuka. Tapi, tiada siapa di dalam.",
"Kami yang dekat reception dalam 3-4 orang termasuk Que, terus cuak. Serius wei, tadi ada orang. Masalahnya, tak nampak sesiapa keluar dari situ pun. Padahal, jarak dari reception ke bilik menyusu tu, bukan jauh mana pun. Memang boleh nampak, siapa masuk, siapa keluar.",
"Itulah pengalaman aku bekerja di Klinik R. Dan sampai sekarang pun masih bekerja di Klinik R. Benda-benda mengusik nie, aku biarkan jer. Asal jangan muncul depan aku dan kacau aku sudah. ‘Kau’ nak buat apa pun, suka hati lah.. Itu prinsip aku.",
"Ingat, kita kat muka bumi nie, bukan kita jer yang tinggal. Ingat Allah jer! Okee, bye… 😀"
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/anak-jin/ | Anak Jin | [
"#AnakJin\nAssalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca FS. Cerita yang akan diceritakan ini berlaku masa aku sambung study selatan tanah air, Johor Darul Takzim. Intro taknak panjang panjang. Mari mulakan.",
"Sebagai student, siapkan assisgment last minute itu adalah wajib dunia ye. Boleh dikatakan sehari dua sebelum duedate, memasing gelabah biawak siapkan assignment. Tidur pun tak menentu. Untung nya dulu sebelum muculnya covid, sebelum MCO, kedai mamak beroperasi 24/7. So boleh lah order air murah, pakai wifi mamak tanpa rasa was was. Lepak sampai ke pagi, kadang kalua besoknya tak ada class, lajak lah lepaknya sampai subuh.",
"Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku nak explain pasal jalan ke rumah sewa aku ye. Masa ni aku sewa di Gelang Patah, Kawasan perkampungan yang kiri kanan ladang sawit dan kebun getah. Rumah sewa aku ni agak ke dalam, kena masuk Lorong Lorong kampung yang gelap. Kalau ada sinar lampu jalan pun, ianya malap. Boleh lah buat rasa rasa cahaya tu. Ada dua simpang yang mana boleh terus ke rumah aku, satu jalan tu kiri kanan kebun getah, jalan ni oleh dikatakan shortcut lah, jalan nya agak berlubang. Lagi satu jalan jauh sikit, seram jugak, kiri jalan ladang getah, kanan jalan kebun sawit, Cuma jalan nya cantik lah, tar masih lagi baru time tu. (harap paham lah ye).",
"Nak dijadikan cerita, satu malam tu memasing pulun siapkan assignment. Jam dah cecah 2 pagi, tapi memasing macam taknak balik je walau muka dah barai habis. Aku, selaku yang dah siapkan assignment (part yang aku kena buat jelah. Hahaha) ajaklah dorang balik memandangkan esoknya class jam 8.30 pagi. “Baliklah wei. Bukan sempat siap pun. Tak remaja lah siapkan assignment”.” Ah kau, tak remaja lah balik awal.” Macam gitu lah lebih kurang ayat nya. Biasalah borak member member. Tapi dorang minta aku balik duluan, tak payah tunggu dorang katanya.",
"Aku pun apa lagi, ambik kunci moto terus gerak lah. Awal pagi macam ni, bawak moto slow slow sambal layan angin, nyanyi lagu jiwang best jugak. Aku pun bawak lah slow slow, terpaling rilek kat atas jalan time tu. Dalam hati ni terfikirlah nak ikut jalan jauh atau jalan dekat, so aku decided nak ikut jalan dekat lah, yang mana kena lalu kebun getah, jalan berlubang tu. Time ni tak fikir apa apa pun. Sebab dah biasa balik lambat malam, balik awal pagi. Jadi perasaan takut tu dah hilang.",
"Pastu, dah masuk simpang kebun getah tu, aku terperasan ada dua budak tengah duduk atas beranda rumah salah sorang penduduk kampung situ, tak jelas wajahnya sebab kawasan situ agak malap. Lampu jalan macam taknak teruskan hidup je, penghuni rumah tu pulak tak bukak lampu depan, jimat electric gamaknya. Pastu aku jalan jelah buat takt ahu, ingat budak rumah tu (kadang ada anak jiran main malam malam). Dah lalu slow slow, terpaling slow sebab kena elak lubang lubang atas jalan, tiba tiba moto rasa berat semacam. Dalam hati pikir moto pancit ni, lalu jalan barai punya pasal.",
"Aku pun berhentikan moto, nak check tayar kononnya, sekali dua ketul budak tadi follow aku. (nasib tak buruk, dorang bogel, pucat satu badan, telinga panjang, botak). Punca moto berat pun sebab dorang. Sekor duduk atas ekzos moto, lagi sekor tarik tayar, gaya macam kita tengah main tarik tali tu. Aku apa lagi, terkejut beruk lah. Lutut dah goyang habis ni. Dalam hati ni paksa diri jadi berani, kuat kononnya tak payah lari. Aku tolak je moto slow slow tanpa hiraukan dorang.",
"Susah payah aku tolak moto, budak duk atas ekzos tadi main lari lari atas moto, dari seat dia lompat p atas ekzos, dari ekzos dia lompat naik atas seat, pastu turun sebelah sini pulak (aku panggil dia si ekzos la). Sambil gelak gelak, hihi haha hihi haha. Lagi sekor masih gigih tarik tayar belakang moto aku, tak cukup pakai tangan, digigit nya tayar tu. Dengan suara “ih ah ih, iyahhh.” Macam budak budak angkat berat tu. Allah hai. Aku perati je sekor sekor punya perangai. (haa ni panggil si tayar)",
"Pastu tak semena yang si ekzos ni tegur aku, “kakak oo kakak” – suara macam kartun weiii. Banyak kali dia panggil aku,siap cuit bahu. Puneiii. Pastu si tayar ni cakap “ kakak tak dengar, pekak ni.” Aku buat buat tak dengar je, rumah rasa macam jauh nak m**i. Lepastu dorang dua ketul duk bercakap, entah Bahasa apa aku tak faham. Macam Bahasa opex dalam upin ipin pun ada. Pastu dorg tegur aku lagi, macam ni…\nSi ekzos: kakak oiii.. ooo kakak..\nSi tayar: cuba gigit, nanti dia dengarlah tu.\nSi ekzos: kakak tak layan, kita panggil mak kita. Haaa haaa haaa.",
"Aku time ni terus gelabah biawak, dalam hati doa kat Allah, bagi jelah aku pengsan sampai esok hari. Hahah. Kang mak dia dating mampos aku, meninggal tang tu.",
"Pastu si ekzos ni pegi duduk dalam bakul moto, lagi sekali dia panggil aku.",
"Si ekzos: oooo kakak, Nampak tak ni? kakak kenapa balik lambat?",
"Aku dah gabra, dalam hati risau mak dia datang, aku terpaksa jawablah.",
"Aku: Buat kerja tadi, korang pegi balik lah. Mak tunggu tu.\nSi tayar: alaa nanti mak marah lagi.\nSi ekzos: haa mak marah kita. Mak garang. Kami tegur kakak sebab kakak macam tak garang je.\nDalam hati aku nak cepat sampai je, risau kang muncul mak dorang yang entah macam mana rupa tu. Yang si tayar tu gelak je, hehe haha hehe haha. Entah apa seronok sangat duk kat atas seat moto tu.",
"“kakak, kami kan nak kawan kakak.”\n“kakak ni tak garang kan, mak garang.”\n“kakak tak garang, sombong je.”\n“kakak nak tengok mulut ada apa, kenapa diam.”\n“kakak, berat tak kita kat atas moto ni?”\n“kakak lama lagi ke nak sampai. Kita teman ni.”",
"Banyak banyak dorang sembang, aku jawab “hmm” “haa””yee”, macam gitu je. Last sekali aku just cakap, nanti aku nak sampai rumah, dorang kena balik. Tak boleh ikut aku masuk rumah, nanti mak marah. Haha. Ugut, padahal dalam hati goyang habis. lagi 30m dari rumah, aku cakaplah yang aku dah sampai, pastu si tayar cakap “alaaa, cepatnya. Nak sembang lagi”, si ekzos balas “kakak tak cakap cakap pun, dah besar tak pandai cakap, huh.” So dua dua ketul ni lompat turun moto pastu lari entah kemana.",
"Aku tak tengok, aku cepat cepat nak masuk rumah. Yang pasti aku dengar dua dua tu cakap “bye bye kakak tak bercakap.” Sejak dari kes tu, aku tak balik ikut kebun getah tu lagi dah. Aku rela ikut jalan jauh sikit janji selamat. Selepas kejadian tu, aku tak alami apa apa gangguan, demam pun tak. Cuma takut ah nak lalu jalan kebun getah tu. Sekian ye cerita dari aku, maaf kalau tak seram seperti dijangka. Assalamualaikum & salam sejahtera."
] | [
"Yer ke nko nieeee ??? Mcm memongakkk jer?!",
"sempoilah ko dikk.. jaga diri bebaik ye.",
"Macam nipu je kak tapi tkpela sebab fiksyen en hahahaha hehehehhee hihihihihi",
"ni cerita pasal mimpi kot macam ye ye je",
"seram siak",
"betul ke ni ? terkerut2 dahi den baca ni haa . ada yang kena hempuk ni kang",
"Kejadian ni lebih kurang mcm yang ayah aku alami. Dia jumpa ‘budak’ mcm ni time Balik lewat malam. Description budak tu sama. Lepas ayah aku bagi makanan dia, ‘budak’ tu x follow lagi dah",
"Mmg kering lah hati wanita ko dik..bole selambe je nyembang dgn budak² ntah ank makhluk ape tah tu..kalo org lain jantan pn tinggal dh moto to x ckup tanah lari..haha",
"laahh… dari mula aku baca td aku egtkn penulis ni laki..",
"lahanat nak tekencing aku gelak baca cite ko ni…hahahaha steady utm sanjungan bangsa.."
] |
https://fiksyenshasha.com/nenek-sapa-tu/ | Nenek sapa tu? | [
"hye assalamualaikum.. kalini turn aku nak kongsikan pengalaman aku di Fiksyenshasha untuk pertama kalinya. Cerita ni mungkin seram & mungkin tak bergantung pada pembaca nak bayangkan macamana situasinya nanti. Ok nama aku Duan kisahnya jadi di tahun 2019 tapi kenangan tu masih simpan kemas di ingatan sebagai pengalaman pertama jumpa benda mistik ni.",
"Kisah bermula masa aku balik kampung di Sarawak atas sebab kontrak kerja dah habis di Selangor jadi, macam biasalah bila dah jadi penganggur ni kerjanya memang merayau je petang petang hari. Pada suatu petang tu, keluarlah lepak di gelanggang takraw sekolah sana & jumpa kawan kawan lama sembang itu ini & nak di jadikan cerita, adalah sorang kawan dari kampung sebelah ni nama dia Aizul dia minta tolong untuk tengok tengokkan rumah dia & rumah tu rumah pusaka keluarga dia. Dia ni nak keluar selama 2 hari di sebabkan dia ada uruskan hal tanah katanya di bandar sana & tak taulah kenapa dia nak juga aku yang dia bagi amanah tu mungkin dia percaya lebih banding kawan dia yang lain yang ada rekod jenayah tu hahah.",
"Selang berapa hari lepastu sebelum si Aizul ni bertolak ke bandar dengan bini dia & rumah tu pun di tinggalkan kosong. Lepas subuh lagi dia dah bagi kunci rumah & dia suruh on kan lampu sebelum malam dari lampu depan lampu bawah rumah lah habis segala lampu dia minta hidupkan & juga bagi ayam itik dia makan sebelah pagi sebagai kawan yang baik, aku pun cakap ok jelah memandangkan dia pun banyak sedekah duit masa tengah pokai dulu.",
"Maka petang hari tu, agak terlambat juga nak pergi rumah si Aizul ni dalam pukul 6.10pm camtu aku dengan tergesa gesanya capai kunci moto cabuk abang aku & berlalu merempit oh yaa kalau di Sarawak ni 6.30pm tu hari memang dah hampir hampir gelap dah. Sampai ja di rumah si kawan ni aku pun parkinglah moto tepi jalan lalu aku pun keluarkan kunci rumah si Aizul ni. Agak banyak juga kunci dia ni semua hampir sama sampai tak tau mana satu kunci pintu depan dia ni tapi ada satu kunci jenis Mortice Key yang memang aku tau ni kunci pintu belakang & sangkaan ku memang betul memang itu kunci belakang pun.",
"Sampai ja di pintu belakang tu, aku pun buka pintu siap engsel pintu tu berkeriut lagi seolah penambah perisa effect macam dalam filem horror. Berbekalkan lampu flash telefon, aku pun tercari di manalah suis lampu rumah tu dari hujung rumah ke hujung rumah meneroka baru jumpa suis lampu depan & ruang tamu. Biasalah rumah kampung ada yang ikut suka hati dia je merata buat wiring lampu rumah letak suis pintu bilik pun boleh jadi tepi jamban & lampu yang last ni lampu bawah rumah suis betul betul berada di sudut dapur.",
"Dalam keadaan gelap perjalan menuju ke di sudut dapur tu, mata ni pun melilau lilau sampailah mata ni terpandang ke meja makan sana yang buatkan aku agak tersentak. Dalam samar samar malam tu aku perlihatkan susuk tubuh orang tua berpakaian lusuh yang tengah duduk di kerusi meja makan seolah sedang makan & sedang membelakangi aku. Masa ni aku belumlah rasa seram sangat cuma rasa cuak sikit sikit saja.\ndan aku pun tak tahulah kenapa aku cakap macam ni…",
"“saya nak on lampu? Aizul yang suruh tadi pagi..”",
"Lalu aku pun tekanlah suis lampu bawah rumah & bila palingkan balik kepala ke arah meja makan tu dengan bantuan flash light hp, bederau derau rasa d***h aku kalini benda tu bediri tegak pula tengah pandang aku. Boleh pulak benda tu senget sengetkan kepala. Kalini memang aku dah tak tahan lantaklah tu manusia ke hantu ke tapi memang aku nak berambus dari rumah tu.",
"Yang paling bangangnya boleh pula aku berlari ke ruang tamu menuju ke pintu depan. Dalam keadaan panik tu, aku pulas pulas tombol pintu tu memang tak boleh buka lah pintu tu kunci pun tergantung di pintu belakang sana. Kalau nak balik ke pintu belakang sana memang tak lah maunya benda tu terkam ke mengilai ke tak tambah haru jadinya. Dalam keadaan gopoh gapah tu, aku buka tingkap daun yang ada di ruang tamu macam dalam iklan adabi tu.",
"Dengan tak fikir panjang aku terjun ikut tingkap sampai tersembam muka ke tanah nasib tak tinggi sangat. Dalam berlari terhuyung hayang tu aku capai moto sambil terkinja kinja nak hidupkan moto mana taknya kaki dahlah lenguh terjun tadi. Sudahnya aku sorong moto tu laju laju & masuk gear 1 baru hidup fuhh tarik nafas lega aku.",
"Dalam perjalan tu aku bemonolog.. siapa orang tu? nenek si Aizul ni dah bertahun tahun meninggal lagi pula si Aizul pun cakap diorang cuma tinggal dua orang ja & si dia pun balik balik mengadu sedih masih berdua belum dapat zuriat walaupun dah 2 tahun kahwin. Ahhh nantilah fikir pasal tu kataku dalam hati yang penting balik dulu hahah.",
"Sampai ja di rumah aku cuba buat macam biasa ja & aku risau dengan pintu belakang rumah si Aizul masih terbuka tu sudahnya kebetulan ada abang aku di rumah tu aku cakaplah kat dia….",
"“Bang kau pergi ke rumah si Aizul aku lupa lah nak tutup pintu belakang umah dia tadi tegesa gesa sebab lapar sangat ni tolonglah please malas nak keluar lagi”",
"sambil aku buat muka bodoh walaupun macam tak logik ja penipuan aku ni, asalkan dia pecaya sambil rasuah dia sikit sikit hehe.",
"“Ahh!! kau memang semua benda nak lupa bakk! kunci tuu”.",
"Nak di pendekan cerita, takda pulak abang aku kena kacau apa semua yelah dia tu hati kering sikit. Maka untuk esoknya, aku buat buat demam beli ‘Kool Fever’ tampal kat dahi alasanya malas nak pegi umah tu lagi semua amanah aku bagi dekat abang aku tu bagi ayam itik makan, on lampu. Balik balik juga dia marah kat aku tapi tengah ‘demam’ kan mana boleh marah lebih lebih hahhah.",
"Di pendek cerita lagi, Aku adalah tanya Aizul ni sikit pasal gangguan di rumah dia tu tapi aku tak cerita ke seluruhan lah nak jaga hati hehe.\nYaa memang ada gangguan tapi sekadar bunyi bunyi jelah tapi yang jadi dekat aku bukan main hardcore pula haihh entahlahh hahah.",
"oklah sampai sini jelah.. mungkin cerita ni macam ada cerita rekaan & terpulang kepada pembaca tapi cerita ni lah yang betul betul jadi pada aku oklah terima kasih dah baca sampai habis assalamualaikum ciauu!!!"
] | [
"seram weh",
"Struktur ayat sangat teruk!\nOlaha cerita tidak menarik!\nKehendak soalan 2 tidak diselitkan!",
"38/70",
"fuhhh gila seramm wehh… xbleh bayang aku di situasi mcmtu.. dgn senget2 kpala,, sapa tak panik weii…. best lah cerita ni,👍🏽 cuma tu lah,, noktah tadak wei.. jenuh baca xcukup nafas"
] |
https://fiksyenshasha.com/dikepung-asap-hitam-hampir-tak-jumpa-jalan-keluar-hiking-di-bukit-broga/ | Dikepung Asap Hitam. Hampir tak jumpa Jalan Keluar Hiking di Bukit Broga | [
"Assalamulaikum kepada semua pembaca FS, pertama aku ingin meminta maaf jika penulisan aku ni banyak kesalahan dan tak seram. Baru-baru ini kita mendapat berita bahawa ada seorang budak lelaki sesat di bukit broga, dan hari ini 28 Jan 2017 mangsa selamat dijumpai di puncak bukit broga, sukarelawan memberi tahu bahawa ketika beliau menjumpai mangsa kelihatan sedang berlegar-legar di sekitar puncak bukit broga dan kelihatan buntu mencari jalan keluar, korang bayangkan takkan selama seminggu hilang ( ke lebih tak pasti, sila betulkan kalau salah), asyik pusing2 je?",
"Macam mana makan and minum dia? Kena pulak sekarang musim hujan macam mana dia survived selama seminggu kat kawasan puncak broga tu? Aku yang kalau ter skip lunch pun dah meraung guling2 lapar ni kan pula seminggu, hahaha. Pada mulanya aku tak risau sangat pasal berita budak hilang dikawasan broga ni, sebab trend sekarang bebudak hipsturrr banyak yang nak try hiking outdoor ni, maklumlah boleh update kat instagram/twitter dan segala lagi lah, aku ingatkan dia tipu mak pak dia cakap pergi hiking padahal nak pergi tidur rumah awek seminggu, hahahah.",
"Okey aku nak cerita seram pengalaman aku sendiri ketika nak hiking ke bukit broga ni, waktu kejadian ini seingat aku pada tahun 2013, aku drive seorang dari Kuala Lumpur ke Bukit Broga, dan tiba pada waktu 6.30AM, bila sampai je tempat parking broga tu keadan kt situ gelap sangat walaupun dah bukak lampu kereta, lepas bayar duit parking RM2 kta uncle yang jaga kawasan tu aku rasa dia tokey ladang kelapa sawit tu kot (siapa yang pernah pergi Bukit Broga akan tahu parking dalam ladang kelapa sawit ni), dah la parking dekat depan-depan tu penuh terpaksa lah aku parking jauh sikit dari tempat pondok tokey yang mintak duit masuk RM2 tu.",
"Lepas je aku parking, tengok gelap gelita, time tu lepas parking biasa lah tengah terhegeh2 nak bersiap, pakai kasut, cari air Gatorade, roti, dan cekelat Snekers yang aku baru beli kat petronas sewaktu singgah sembahyang subuh. Waktu aku tengah berkemas tu tiba-tiba aku dengar ada orang macam ada org bersuitt2 (macam mat rempit nak mengusha minah kilang kt bustop tu) hahahah, aku apa lagi lah teperanjat jantan aku waktu tu, siapa pulak yang suittt2 ni dalam gelap-gelap ni.",
"Aku tengok kiri kanan memang takda orang pun, bila aku perhati bunyi tu betul-betul aku dapat rasakan bunyi tu datang dari pokok kelapa sawit depan kereta aku ni, aku pun apa lagi lepaskan lah bonet kereta myvi 1.5 se keluaran tahun 2011 dengan deras nya (Dummmm! bunyi macam tu lahh kuat nya) siapa pakai kereta myvi tahu lah macam mana pergi bunyi nya, boleh roboh bonet tu tau kalau buat hari-hari, Hahaha. Waktu pendakian takde la rasa apa-apa lagi sebab ramai orang, ramainya macam ada jamuan raya je kt atas tu tak pun macam kt petronas bila esoknya najib umumkan minyak naik 20sen, dia punya sesak sampai nak jalan pun kena tunggu giliran, Hahahaha.",
"8.20AMSampai di puncak yang terkahir yang ada signboard tertulis Puncak Broga yang penuh dengan conteng tertulis Suffi and Raihan was here, haram jadah bebudak ni suka merosakan harta benda awam. Okey la sampai je puncak aku pun berehat la, minum air, makan roti sambil baring melihat pemandangan dari puncak broga tak lupa juga upplod sikit gambar kt instagram, nampak sikit yang aku ni ada aktiviti takde la orang ingat aku mereput je cuti hujung minggu macam ni, kat sini dah nampak dah niat tak betul kenapa aku pergi hiking. Hahahah.",
"9.15AMAku pun dah bersiap2 nak ke Gunung Tokwan pulak, jarak dari puncak Broga ke Gunung Tokwan dalam 6.5KM je kot. Okeylah waktu untuk bergerak, untuk ke Gunung Tokwan ni kena lalu kat belakang batu besar belakang puncak broga ni, jalan masuk dia nampak dah dikelilingi hutan, so masuk je dalam anda akan disaji dengan pemandangan pokok besar (yang macam pokok cik ponti bergayut tu) pokok tu kita tahu dah ada sesi pemujaaan yang telah dilakukan sebab banyak kain-kain merah dan kuning (bukan penyokong bola Selangor ye) dan kertas-kertas warna kuning tulisan mantra cina tergantung penuh kat pokok tu aku syak kaki nombor ekor selalu ngankung kt sini la, siap ada makanan dan buah oren bagai kt pokok tu.",
"10.5AMWaktu ni aku dah start rasa pelik sikit, sebab aku perasan yang aku dah lalu jalan yang sama sebanyak 3 kali. Mula2 aku syak perasaan aku je, tapi aku pasti yang aku dah lalu jalan sama, tiba-tiba aku teringat yang aku ni dari tadi berjalan dekat kawasan di sorang-sorang, takde pun hiker lain yang lalu, tapi aku sedapkan hati mungkin dorang malas kot nak lanjak lagi lepas sampai puncak broga. Aku pun teruskan berjalan. Semasa berjalan tu aku dapat rasakan suasana yang sangat sunyi, dan aku berjalan dalam keadaan takde jiwa, takde makna (ibarat kita rasa diri kita hidup sorang2 je dalam dunia macam cerita desolasi arahan shamsul yusof).",
"Aku pun berhenti rehat kejap minum air dan baca doa al-fatihah dan ayat kursi. Lepas baca aku rasa jiwa aku macam okey sikit bersemangat nak hiking. Sewaktu berjalan tu barulah aku jumpa orang dalam hutan ni, 4orang Chinese student dari UNITAR, dorang jalan perlahan sebab ada amoi sorang tu sakit kaki dan dorang nak patah balik, aku sempat la borak sikit tu yang tahu dorang ni student, aku mintak laluan untuk aku p****g dorang sebab lembab sangat jalan. Hahaha",
"10.35AMAku sampai puncak Gunung Tok Wan, waktu tu aku baru je sampai dan ada budak sekolah 2 orang nak turun dah, adoyy sorang-sorang lagi aku kat sini getus hati aku berkata!",
"10.45AMAku dah ready nak turun dari puncak Gunung Tokwan. Jalan punya jalan , turun punya turun, dengan kaki sakit sebab trek laluan curam kena la jalan turun bukit guna jari kaki depan, sakit tau! ( kasut trail aku sampai rosak gara-gara hiking ni)",
"11.00AMSegalanya bermula di sini (kesian korang part seram mula kat sini, yang atas aku tulis tu sekadar bunga2 je hahahah). Aku merasakan perjalanan aku ni takde hujungnya, sebab aku berjalan tak sampai-sampai dengan bekalan air, roti dan cokelat pun tak ada sebab aku dah habiskan waktu kat puncak Gunung Tokwan ni. Ahhhhhh menyumpah aku dalam hati kenapa lah aku ni tamak sangat tak reti nak simpan buat bekalan untuk balik sikit, haahaha.",
"11.30AMAku masih lagi berjalan tanpa hala tuju. Waktu tu aku sorang-sorang jugak. Orang lain aku tak nampak sekeliling, aku sedapkan hati aku lagi, sebab tak ramai yang nak lanjut hiking ke Gunung Tokwan.",
"11.45AMSampai tahap ni aku dah start mental, sebab aku jalan tak sampai2, penat dia Allah sahaja yang tahu. Sejujurnya seumur hidup aku tak pernah rasa penat sebegini rupa walapun pun aku ni dah biasa dengan panjat gunung, berlari 10KM/21KM/42KM, gunung G7 yang jauh lagi extreme pun aku dah panjat, (sumpah bukan niat aku nak riak ye) tapi kali ni dia punya penat tak boleh aku nak ungkap kan dengan kata-kata. Aku tak pernah merasa penat yang macam ni.",
"Aku terus berjalan, tiba-tiba aku terdegar seperti ada suara mendengus bukan manusia tetapi macam bunyi harimau mendegus, sumpah aku terkejut meremang segala bulu-bulu aku, berderau d***h naik ke kepala beb, bunyi dengusan tu kuat gila dan telah membuatkan air mata jantan aku mengalir keluar, huhuhu. Aku apa lagi berlari tak cukup tanah lah sambil kesat air mata aku yang tiba-tiba tadi keluar (bukan menangis tapi tah tetiba keluar sebab takut sangat kalau korang pernah alami).",
"1.30PMAku sampai semula kat pokok besar yang cik ponti suka bergayut tu, Alhamdulillah akhirnya sampai jugak nak tapi bila aku nak keluar je dari pintu Gunung Tokwan tu aku telah dikepung oleh asap hitam, macam ada benda taknak bagi aku keluar. Keadaan sekeliling aku terbakar, kelihatan api di kiri-kanan aku, pokok-pokok dan semak samun semua terbakar panas gila aku rasa macam nak lemas dah aku jerit kuat-kuat Allahukabar sambil lari keluar. Aku selamat sampai semula kat puncak broga dekat batu besar tu. Aku dah letih sangat cuaca panas gila dekat puncak tu, sampai terbaring aku tak larat lagi dah nak berjalan aku pandang belakang memang Gunung Tokwan tu terbakar sikit. Aku baring selama 15minit sebab terlalu letih.",
"1.45PMAku dah tak tahan penat, aku nekad nak turun balik ke kereta, aku nak balik aku nak minum air, aku haus dan lapar sangat. Aku ingatkan duagaan aku ni dah berakhir namun tidak. Waktu aku bangun dari power nap tu tiba-tiba angin kuat gila macam ada taufan kat kawasan puncak bukit broga ni, aku rasa macam nak tercabut kepala aku bila angin tu lalu. Cuaca panas terik tapi angin kuat gila bunyi pokok bila kena tiup angin amatlah menakutkan, sumpah bunyi angin tu berdesing dan menakutkan.",
"Aku berlari mencari jalan untuk turun dari puncak broga ni, tapi aku tak jumpa jalan, sumpah aku tak nampak laluan keluar dari sini. Hampir 15minit jugak aku pusing2 dekat puncak ni mencari jalan keluar, aku buntu aku menangis sambil melutut dan baca surah Al-fatihah , ayat Kursi, 3 Kul, aku berdoa sambil menangis, “ya Allah kau bantu lah aku supaya aku jumpa jalan keluar dari sini” (waktu aku menulis ni pun tak pasal2 air mata jantan aku tetiba keluar). Alhamdulillah angin kuat tu pun tiba-tiba hilang, aku bangun dan terpampang jelas depan mata aku ni laluan jalan turun dari tadi aku pusing-pusing tak nampak pulak, aku berjalan sambil kesat air mata.",
"2.15PMAku sampai di kaki bukit aunty penjual air ni pun dah nak tutup gerai, aku tanpa berlengah terus je kaut air miniral 3 botol dengan kedua tangan aku ni, aku minum macam 5hari tak jumpa air, aku minum ahhhhhhhhhh lega nyaaaa, padahal aku belum bayar lagi dekat aunty tu punya la nikmat minum air yang belum bayar ni, hahaha. Aunty tu pun buat muka pelik ye la aku tiba-tiba terus curi air, dia pun pelik ingatkan orang semua dah turun. Aku bagi tahu dia saya sorang je dekat puncak tadi, dan saya orang terkahir yang turun. Aku tak cerita pun dekat aunty tu apa yang terjadi dekat aku ni, entah aku rasa seperti mulut aku dikunci, perasaan nak bercerita tu ada tetapi aku takut tak tahu kenapa, selepas aku bayar RM3 kat aunty tu aku pun berjalan menghala ke parking, aku tengok kereta aku je yang tinggal kt kawasan tu.",
"2.30PMAku terus keluar dari parking bukit broga tu dan aku berenti di petronas semenyih untuk beli air dan makanan sebab aku haus dan lapar sesangat. Aku sempat tanya baiyaa kerja petronas tu aku tanya dia hari ni hari apa, dia cakap hari ahad, ahhhhh lega hati aku nasib baik hari yang sama, buatnya aku kena sorok seminggu dekat puncak broga maka seminggu lah aku tak pergi kerja apa aku nak jawab dengan boss aku woi! Hahahah. Aku bersyukur dapat jugak akhirnya berjaya keluar dari sini, aku nekad gila yang aku tidak akan hiking dekat Bukit Broga yang berhantu ni lagi sehingga sekarang tahun 2017 aku tak jejak pun sana. Hahahaha.",
"So nasihat aku, kalau nak pergi hiking bawaklah teman, jangan pergi sorang-sorang, kebersihan hutan tu kita kena lah jaga, apa makanan yang kita bawa, sampah-sampah tu juga kena bawa turun, jangan tinggalkan dekat puncak, ingat ye dekat hutan takde DBKL datang nak kutip sampah naik lori macam kat rumah korang ye, akhir kata “Sayangi lah hutan kita”.",
"Maaf ye kepada pembaca jika cerita ni tak seram tak sampai punchline, aku cuma nak meluahkan je pengalaman aku dekat Bukit Broga ni , terpulang lah nak percaya ke tidak, yang pasti pengalaman aku dekat sini memang aku tak boleh lupa. Sekian."
] | [
"Akak duk kt Sban…dah lama nau tak gi hiking ..rasa2 dh 20 tahun…mak akak marah …nnt kesian cucu dia takde mak pulak nnt..so akak berhenti…sekarang ni anak pun dh kerja..umur 23 tahun…teringin nk gi hiking Bkt Broga..nk cari perkampungan org2 bunian…( kononnya ) tapi kwn akak tak kasi…sbb dia tak nk org bunian culik akak ajak kawen, nnt payah lh..kerja kt opis …sapa yg nk buat….hahaha.",
"Cerita ni admin FS recycle balik ke macam mana",
"best bang cita ni ..sy pon ada juga pngalaman tahun 2016 hihi\ncuma nk tahu la …broga ni ada laluan air terjun ke hala mnurun bukit ??\nwallahualam",
"ni cerita recycle atau admin baru post?",
"Dah x de org hantar cerita lg ke min? Kisah ni pun dah tiga kali ko paparkan.",
"Kelakorrr laa nko mat😂"
] |
https://fiksyenshasha.com/senjakala-di-tempat-kerja/ | Senjakala di Tempat Kerja | [
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih FS sebab publishkan cerita aku ni.",
"Kejadian ni berlaku semasa aku chambering/praktikal di sebuah firma guaman di Seremban tahun 2016 (umur 26 tahun).",
"Seingat aku kejadian ni berlaku pada hari Khamis. Aku ada kerja di luar dari pagi sampai petang. Aku sampai ofis pukul 5.40 petang yang mana semua staf dah balik dah masa itu. Aku terpaksa masuk ofis juga sebab esoknya aku ada kes di mahkamah tapi aku perlu siapkan dokumen fail kes nak bawa ke mahkamah esok pagi.",
"Masa aku sampai ofis itu, aku tidak ada rasa apa-apa yang menyeramkan pun sebab kepala aku ligat fikir nak siapkan kertas kerja cepat dan keluar dari office sebab nak kena jemput adik aku balik kerja pukul 6.00 petang. Waktu aku sedang menaip di komputer, tiba-tiba aku dengar ada ketukan kat pintu bilik bos aku. Aku terbehenti menaip, aku pandang sekilas kat pintu bilik bos aku itu. Tidak ada apa-apa bunyi pula. Aku abaikan dan sambung menaip. Selepas itu berbunyi lagi ketukan kat pintu bilik bos itu. Aku tengok jam dah pukul 6.00 petang dah. Aku teruskan menaip kerja-kerja aku sebab tinggal sedikit sahaja lagi then aku nak print. Kali ni, aku dengar lagi bunyi ketukan yang sama kat pintu bilik bos aku. This time, aku rasa pressure and bengang la sebab aku rushing nak siapkan kerja ni then nak pergi sahajamput adik aku balik kerja lagi pastu nak bunyi-bunyi pula. Apa lagi, ak sound terus bunyi itu aku cakap, “sabar lah. Aku nak siapkan kerja ni. Dah siap aku balik lah.”",
"Tiba-tiba adik aku call tanya aku dekat mana. Aku cakap tunggu sekejap aku still kat office. Aku tengok jam dah 6.15 petang. Tidak boleh jadi ni. Then aku terdengar lagi bunyi ketukan yang sama kat pintu bilik bos. Kali ni, boleh ak syuhhhh kan bunyi itu dengan nada kasar aku nak suruh senyap. Memang dah tidak ada bunyi langsung dah selepas itu. Lepas aku print out semua, shut down komputer then aku kemas barang dengan fail nak bawa balik.",
"Adik aku call lagi tanya kat mana dah. Aku cakap la dah nak keluar dari ofis. Tengok jam dah pukul 6.45 petang. Masa kat meja sebelum sampai kat pintu kaca office, aku tercari-cari pula kunci ofice mana entah aku tidak tahu. Aku letak handbag aku atas meja itu dan aku selongkar dalam beg. Bos aku ni ada beli radio yang ada bacaan 30 juzuk ayat Al-Quran dan zikir-zikir yang memang menjadi kelaziman untuk staf pasangkan radio tersebut setiap hari sebelum balik. So pada waktu itu, memang bunyi radio itu dipasang kuat dan kedengaran bacaan ayat Al-Quran berkumandang dalam ofis itu.",
"Masa aku tengah sibuk mencari kunci ofis dalam beg aku itu, tiba-tiba ada gangguan kat bacaan ayat Al-Quran itu. Dia macam ada satu suara lain yang cuba nak masuk dalam bacaan ayat Al-Quran itu. Sebelum itu radio tersebut bunyi macam signal lost sedangkan radio tu rakaman bacaan ayat Al-Quran macam mana pula boleh jadi signal lost. Aku terus toleh belakang kat arah radio tu, selepas itu aku syuhh kan dia macam yang aku buat tadi. Aku ingatkan dia senyap la tidak ada apa-apa. Tiba-tiba lagi galak bunyi radio macam nak rosak itu dan macam ada satu suara cuba nak masuk dalam bacaan itu selang seli dengan bacaan ayat Al-Quran Qari itu. Jantung aku dah berdegup kencang dan laju dah masa itu. Bulu roma pun semua tegak sahaja seram sejuk aku rasa sebab aku rasa ini dah bukan mainan perasaan sahaja ni. Macam rasa ‘dia’ ada sahaja dekat sangat kat situ. Lepas aku jumpa kunci ofis itu, aku terus berlari keluar turun tangga (1 tingkat) tanpa aku sempat nak lock pintu kaca atas sebab terlampau takut dan terkejut. Bunyi dengupan jantung pun aku boleh dengar laju sangat macam nak terkeluar jantung. Aku just lock grill pintu bawah dan pergi ke kereta. Masa itu aku dah rasa tenteram dan tenang sedikit.",
"Aku keluarkan handphone dan cuba nak call bos aku sebab aku nak beritahu supaya dia boleh datang office malam nanti untuk lock kan pintu kaca atas sebab rumah bos tidak jauh sangat dengan office. Bos tidak angkat-angkat call. Aku tengok bateri fon tinggal 2% sahaja lagi lupa nak charge tadi di office. Aku tengok jam dah pukul 7.00 malam. Aku fikir macam bahaya la pula kalau tidak lock pintu kaca atas itu. Sekali aku nampak ada akak ni dengan anak-anak dia beli barang kat kedai tidak jauh dari ofis kita orang itu. Aku terus pergi kat akak itu. Aku minta tolong untuk akak itu teman aku sekejap sahaja sebab aku nak lock pintu kaca ofis yang kat atas. Mujur akak itu setuju temankan aku. Dia suruh anak-anak dia masuk kereta dulu then dia follow aku ke ofis. Aku cakap kat akak itu, “sorry tau akak menyusahkan. Saya nak lock ofis tadi, tapi ada benda kacau la.” Akak itu cakap, “tidak apa adik akak temankan. Ni dah lewat senja nak Maghrib ni jangan balik lambat-lambat lain kali.”",
"Aku minta akak itu stay kat tangga bawah sahaja tengokkan aku nak lock pintu kaca office tingkat atas itu sahaja. Memandangkan hari dah senja, aku risau la pula masa aku turun tangga nanti tiba-tiba aku terus hilang termasuk alam lain (penangan tengok movie “Bangunan” punya pasal). Masa aku nak lock pintu kaca ofis itu, aku sempat tolak pintu kaca itu sambal tangan aku meraba nak tutup suis lampu yang aku tidak tutup tadi. Aku dengar bacaan ayat Al-Quran tu okay sahaja lancar sahaja tidak ada tersekat-sekat atau rosak macam aku dengar tadi. Then aku cepat-cepat lock pintu kaca ofis, turun tangga dan lock main grill office. Kakak itu senyum dan tanya, “adik kena kacau apa tadi? Lepas ni jangan balik lambat-lambat dah. Kawasan ni nak ke malam sunyi sahaja. Bahaya. Macam-macam makhluk ada.” Lepas aku say thanks kepada kakak itu, then aku pun terus gerak nak jamput adik aku balik kerja.",
"Esoknya aku cerita kat colleague dengan bos. Bos cakap Rabu semalamnya, bos seorang ada kt office sampai pukul 6.30 petang. Semua staf dah balik pukul 5.30 petang. Masa dia lalu depan radio yang tengah mengalunkan bacaan ayat Al-Quran itu, tiba-tiba Qari yang tengah baca itu, terbatuk-batuk pula. Secara logiknya la, kalau rakaman bacaan ayat-ayat Al-Quran mesti lancar sahaja kan tidak ada tersekat-sekat ke apa ke. Bos pun selepas itu terus kemas barang dia dan gerak balik sebab dia tengok jam dah nak senja dah. Bos siap pesan, lepas ni kalau ada sesiapa nak stay back lebih dari pukul 5.30 petang, make sure ada teman jangan sorang-sorang. Kadang-kadang ada juga kita orang terdengar stapler terjatuh kat lantai ofis la macam sengaja dicampak ke lantai. Kadang-kadang dengar bunyi kertas dokumen kena tiup dengan angin dari air-cond sedangkan air-cond tidak on pun. Kadang-kadang terdengar macam colleague atau bos panggil, tapi sebenarnya tidak ada siapa yang panggil siapa pun. Kita orang pun dah lali. Bos pun ada juga panggil Ustaz untuk ‘scan’ dan ‘bersihkan’ office ni. Alhamdulillah ada perubahan positif. Namun, tidak ada sesiapa lagi yang akan stay back di office kalau berseorangan."
] | [
"Sb ko x merasakan adanya Allah SWT menjaga dan menemani ko. Tu pasal ko kena pas ni solat selalu ke doa minta Allah jaga ko",
"Nak jamput adik sgt"
] |
https://fiksyenshasha.com/kembara-enam-sahabat-lagenda-urban-bahagian-ii/ | KEMBARA ENAM SAHABAT : LAGENDA URBAN [BAHAGIAN II] | [
"Aku minta maaf ambil masa yang lama untuk sambung bahagian kedua. Sebenarnya aku dah taip hampir habis dah cerita. Bila aku bukak laptop untuk sambung sedikit saja lagi kisah tu, cerita tu tiba-tiba hilang. Aku menyusun sepuluh jari di atas kesilapan aku dan jangan risau, cerita kat bawah ni tak mengubah jalan cerita pun. Hanya saja cara penceritaanku yang berubah. Sepatutnya lagi panjang, tapi aku ringkaskan saja sebab takut korang tertunggu.\nApapun, aku galakkan korang untuk baca kesemua karya aku yang lepas dulu sebelum baca yang ni bagi memudahkan korang faham apa yang aku ceritakan.",
"“OKAY macamni, kita cari Fiqri dulu sebab sekurang-kurangnya dia pandai sikit nak baca-baca ni. Lepastu kita round je kawasan ni sebab aku yakin kita semua kena benda sama. So, kita round je dan inshaa Allah kita boleh jumpa yang lain tu. Macam mana? Kau setuju?”\nAmanda diam seketika mendengar plan aku. Tidak lama kemudian, dia pun anggukkan kepalanya tanda setuju. “Boleh jugak. Jom ah”.",
"Tanpa membuang masa, kitorang pun mula berjalan. Sepanjang perjalanan memang meremang habis bulu roma. Kau bayangkan, kau kat mana entah sekarang, kiri kanan memanglah bangunan, tapi betul-betul ke semua bangunan yang kitorang tengok sekarang?\nAh, betul tak betul, kisah pulak. Sekarang ni apa yang penting, kena cari budak berempat tu. Dan dalam pada masa yang sama, kena berhati-hati dengan Amanda. Sebab boleh jadi makhluk tu menyamar jadi budak Amanda tu sekarang.\nBunyi-bunyi anjing, burung hantu, serangga semuanya bergabung memecahkan kesunyian malam. Memang aku meremanglah. Dengan angin malam yang sejuk, ditambah pulak dengan benda-benda yang jadi daripada tadi, lagilah tak keruan.",
"“Kasy, kau rasa kita jadi macam ni sebab tak ikut apa yang Pak Lat bagitau ke?” Amanda mula membuka mulut.\nAku memandangnya seketika sebelum lepaskan keluhan kecil. “Mungkin, boleh jadi”. Jawabku yang enggan menyesali apa yang dah berlaku.\n“Tapi, kau tak terfikir sesuatu ke?”\nDahi aku berkerut. “Terfikir apa?”\n“Kenapa kira berenam?”\n“Maksud kau?” soalan dia aku balas dengan soalan.\n“Yelah, sekarangni aku yakin yang mengantuk tu memang hanya kita berenam je. Lepas apa yang kita dah lalui selama ni, takkan kau tak perasan. Kenapa semua yang extreme, semua libatkan kita berenam? Kau tak perasan?”\nAku terdiam, mula mencerna apa yang cuba Amanda sampaikan. “Maksud kau, kita mengantuk serentak ni sebab memang ada yang aim kita ke macam mana?”\nAmanda anggukkan kepala perlahan. “Aku rasa macamtu. Aku rasa, kita berenam dah sinonim dalam dunia ni. Kalau nak dikatakan kebetulan, kenapa bukan kau sorang? Kenapa bukan aku, kenapa bukan yang lain-lain? Kenapa perlu kita berenam? Kau nampak tak?”\n“Entahlah, Manda. Aku pun tak boleh nak fikir apa-apa sekarang ni. Kita ikut je apa yang jadi. Andai kata aku m**i dan tewas dalam dunia ni, kau bawak keluar semua kawan-kawan kita dengan selamat”. Ayat itu spontan keluar dari mulutku ketika itu. Sebab, aku dah penat. Aku nak hidup macam orang normal. Tapi, semakin menjadi-jadi pula apa yang jadi.\nAmanda tanpa membuang masa terus tumbuk lengan aku. “Kau dah kenapa? Bodoh ke? Lepas kau dah buat dosa dekat kitorang semua, senang-senang kau nak m**i gitu je?” bebel Amanda dan aku hanya balas dengan gelak kecil.",
"Tidak lama kemudian, Amanda tiba-tiba pulak nak terkucil. Aduhmak, masalah betul lah perempuan ni.\n“Kau jangan tinggalkan aku tau. Memang bangsat kalau kau tinggalkan aku macam tu je”. Pesannya sebelum menghilang di sebalik dinding tandas. Harap Si Amanda ni perempuan je. Kalau tak, aku dah ikut dah dia masuk ke dalam. Seram sangat kat luar ni.\nMelilau mata aku memandang kiri dan kanan. Kesemua blok ini gelap. Aku pun tak pasti blok ini blok apa. Belum sempat teroka dah kena yang bukan-bukan.\nSambil tunggu Amanda, aku pun mula mengimbas apa yang baru sahaja terjadi. Sebenarnya apa yang berlaku? Betul ke sebab mulut aku celupar? Kalau sebab celupar, kenapa yang lain pun kena sekali? Sebab aku sorang je yang main cakap lepas.\nDan kesemua yang terjadi dekat aku, kesemuanya berkaitan dengan cerita-cerita kliche zaman sekolah yang aku perlekehkan sebelum ini.",
"Aku bersandar pada dinding dan kemudian labuhkan p******g di atas lantai. Perut tiba-tiba berbunyi. Bila dah banyak gunakan tenaga ni memang cepatlah perut aku lapar.\nAmanda ni pun bapak lama siak dalam toilet. Sampai jelas kedengaran perut aku berbunyi. “Weh Manda, lambat lagi ke?” soalanku tidak berjawab. Aku dah tak sedap hati, firasat aku kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang akan terjadi selepas ini.\nTapi tak boleh dibiarkan, takut nanti apa yang aku fikirkan salah sama sekali. Jadi, aku pun masuk ke dalam tandas. “Manda, aku masuk tau ni. Kalau kau ada kat dalam, kau bagitau”.\nSunyi. Asudah, aku rasa macam dah dapat agak dah apa akan jadi lepasni. Tapi aku tetap beranikan diri, manatahu Amanda terpengsan ke kat dalam, sebabtu tak dapat nak jawab. Andaian, walaupun aku dah boleh agak apa yang akan berlaku sekejap lagi.",
"Masuk sahaja ke dalam tandas, seperti yang dijangkakan, aku ternampak ada satu makhluk hitam di dalam salah sebuah tandas sedang duduk mencangkung sambil menjilat…. tuala wanita yang masih berdarah. Panjang lidahnya menjilat setitis demi setitis d***h yang mengalir sebelum tuala wanita itu diperah dan mengeluarkan lebih banyak d***h.\nSumpah masatu tekak aku rasa kembang sangat, tapi aku tak nak makhluk tu sedar akan kehadiranku kat situ. Jadi, tanpa membuang masa aku pun berniat untuk berlalu dari situ. Sebaik sahaja aku berpusing menghadap pintu keluar, tiba-tiba Amanda berada betul-betul di depanku. Sekali tengok pun memang tahu orang kat depan aku ni bukan Amanda sebab orang cakap, kalau nak tahu jin tu menyamar jadi manusia ataupun itu memang manusia, tengok je garisan antara bibir dengan hidung.\nKalau takde garisan, maknanya benda tu adalah jin. Dulu, aku anggap benda tu karut dan sekadar urban legend yang sengaja dicipta untuk mewujudkan suasana seram di alam persekolahan terutamanya asrama. Tetapi bila dah nampak depan mata, okay. Aku iyakan.\n“Weh, kau kat sini rupanya. Terkejut aku. Aku masuk sebab kau tak keluar lagi. Kau dah ke?” aku buat-buat macam tak tahu yang kat depan aku ni bukan Amanda, walaupun dalam hati dah kecut macam nak m**i.",
"Amanda tunduk sambil gelengkan kepala. Asudah, pishang. Aku pun ambil peluang ni untuk toleh ke belakang, nak tengok apa makhluk tadi buat. Tapi dah takde. Ni mesti makhluk tu yang menyamar jadi Amanda sekarang.\n“Oh, kalau macam tu, aku tunggu kau kat luarlah macamtu”. Aku rasa ini je cara untuk aku larikan diri daripada kena cekik sebab pintu kat belakang minah ni je. Tandas ni ada dua pintu. Yang lagi satu tu agak jauh, entah makhluk macam mana pulak yang tunggu kat situ, aku pun tak pasti.\nAlang-alang dia dalam wujud Amanda, bolehlah aku berani sikit walaupun dia setakat menyamar. Daripada pintu yang lagi satu, ada yang tunjuk wujud yang lebih dahsyat, lagi pishang aku nanti. Nak tak nak, kena beranilah jugak walaupun keberanianku betul-betul di hujung tanduk sekarang ni.",
"Tanpa menunggu kata balas, aku pun mula mengatur langkah menuju ke arah pintu. Belum sempat aku mendekati pintu, tiba-tiba klon Amanda mula bersuara. “Tunggu kat luar ke, dah tahu?”\nDengar je ayat tu, aku apalagi. Berdesup berlari keluar. Sempat aku menoleh ke belakang, memang sah makhluk hitam yang aku jumpa tengah hisap d***h tadi menyamar jadi Amanda. Kurang ajar, rupa-rupanya dari tadi aku bersembang dengan Amanda palsu!\nLari punya lari, sekali lagi aku terlanggar seseorang. Kali ini bukan aku yang jatuh, tapi orang tersebut. Dan sekali lagi, aku dengar suara yang sedang mengaduh kesakitan tu adalah suara Amanda.\nApabila mata kitorang bertentangan, kedua-dua kami menjerit sebab terkejut. “Kau kalau nak menyamar jadi kawan aku, tak payah eh. Aku dah penat!” marah makhluk yang serupa Amanda tu.\nAku blur. Eh, eh. Pandai eh berlakon. “Kau tak payahlah nak acah-acah macam kau tu manusia. Aku dah tahu taktik kau. Baik kau bagitau, mana semua kawan-kawan aku?!” marahku pulak.\n“Aku menyamar? Eh, kau yang tak payah acah. Kau ingat aku takt ahu kau ni siapa?”\nMendengar kata-kata makhluk tu, aku pun mula memerhati wajah klon Amanda itu. Kelihatan dia ketakutan sebelum aku pegang kepala dia dan mula membacakan ayat suci Al-Quran. Dia tidak meronta sebaliknya menyepak kakiku membuatkan aku mengaduh kesakitan.\n“Sakit, bodo. Haa, kau Amanda betul-betul kan? Tak payahlah tendang aku, aku Kasyaf!”\nAku yakin itu Amanda melalui garisan antara hidung dan mulutnya. Wajahnya juga tidak sepucat tadi.\nAmanda terdiam. “Betul, betul? Tadi pun dia mengaku dia Kasyaf”.\n“Iya, aku Kasyaf. Kalau bukan, takkanlah aku baca ayat Quran”.",
"“Masalahnya, sebelum aku masuk toilet tadi pun, makhluk tu pun baca ayat Quran nak buktikan dia tu Kasyaf. Lepas je aku keluar dari toilet, eh, rupa-rupanya makhluk lain. Aku taknak kena tipu untuk kali yang seterusnya. Aku penat!” suara Amanda seakan-akan hendak menangis.\nKejap.. “Maksudnya, kau memang betul-betul pergi jamban ke tadi?”\nAmanda perlahan-lahan anggukkan kepalanya. “Haa laa. Asal?”\n“Kiranya, aku temankan Amanda yang betul-betul dan kau memang ditemani Kasyaf yang betul-betul. Cumanya bila aku masuk jamban, aku jumpa Amanda palsu. Masalahnya, bila masa kau keluar jamban?”\n“Ye ke? Kiranya memang kaulah yang temankan aku pergi toilet tadi? Tapi, bila aku keluar je toilet kau terus tak bercakap”.",
"“Haa, aku pulak tak nampak kau keluar bila. Betul lah tu. Benda tu nak pisahkan kita lagi sekali dengan menyamar jadi kita,” aku mengemukakan pula pendapatku.\nAmanda senyap seketika sebelum dia kembali membuka mulut. “Maksudnya kau ni memang Kasyaf?”\nAku anggukkan kepala. “Dan kau memang Amanda kan?”\nAmanda iyakan. Setelah confirm masing-masing adalah manusia yang sebenar, kitorang pun bersandar pada dinding yang berdebu.",
"“Apa sebenarnya yang jadi ni?” keluh Amanda. Kedengaran dia sudah mulai menangis. Aku pulak buntu, aduhmak. Perempuan ni menangis-menangis pulak masa-masa macamni.\n“Kau menangis dah kenapa? Bukan boleh settlekan masalah”.\n“Diamlah. Suka hati akulah nak menangis ke, nak melalak ke,” marahnya.\nPulak dah. Aku pulak yang kena marah. Setelah keadaan agak reda, Amanda akhirnya bersuara semula.\n“Weh, aku rasa macam nilah”.\nDahi aku berkerut. Aku pandang Amanda yang sememangnya sudah tidak terurus. “Macam ni, macam apa? Bagitau direct boleh?”\n“Sabarlah. Aku nak explain ni,” Amanda jeling aku dan aku angkat tangan tanda mengalah.\n“Haa, teruskan”.\n“Kau terfikir tak yang situasi kita ni dah macam dalam situasi explorace. Ataupun apa-apa game yang memerlukan kita menang untuk naik ke level seterusnya?”\n“Maksud kau?”\n“Macam ni, kau main kan apa-apa game yang memerlukan level. Lagi tinggi level, lagi banyak kau kena buat. Untuk naik ke level seterusnya, kau kena fikir betul-betul apa strategi nak kena buat supaya kau tak terus stuck dekat level yang sama. Kau faham tak?”",
"Aku cuba hadam apa yang Amanda cuba sampaikan dan perlahan-lahan aku anggukkan kepala apabila aku sudah mulai menangkap apa yang dia cuba sampaikan.\n“Okay faham. Tapi kenapa kau boleh terfikir pasal benda ni?”\n“Kau pun tahu kan, sejak kes kita kena dekat asrama dulu, kita selalu kena benda-benda pelik. Dahlah masa kena tu, mesti kita berenam jugak. Tak pernah salah seorang je yang kena. So, aku dapat rasa ada antara diorang yang mungkin berdendam dengan kita,” jelas Amanda bersungguh-sungguh.\nAku terdiam dan cuba menghadam. Benda ni sangat rumit untuk aku cari di mana letaknya logik akal. Ya faham, memanglah semua yang jadi akan melibatkan kitorang berenam. Tapi, kalau betul ada dalangnya, siapa? Sedangkan semua yang kitorang lalui semuanya aku anggap sebagai kebetulan.",
"“Kau rasa aku mengarut ke Kasy?” persoal Amanda. Aku cepat-cepat menoleh ke sebelah memandangnya.\n“Entahlah, mungkin aku lelaki dan kau perempuan. So, aku malas nak fikir apa sangat sebab bagi aku mungkin semua ni kebetulan. Kau pulak perempuan, sifat semulajadi perempuan adalah overthinking. So, aku tak nafikan cumanya otak aku perlukan masa untuk nampak kaitan yang kau cakap tu,” aku berkata jujur sebab memang aku tak nampak apa perkaitannya sekarang.\n“Ini bukan soal perempuan lelaki, Kasy. Ini soal kita dengan makhluk alam ghaib. Aku bagi konsep mudahlah kat kau. Ustaz-ustaz yang mengubat, dukun-dukun yang membela, sekali diorang terlibat dalam dunia ni, akan banyak benda yang akan aim diorang. Kalau bukan untuk menghancurkan, diorang akan sesatkan. Kau kena tahu, dunia ghaib ni penuh dengan tipu muslihat, penuh dengan misteri.",
"So, tak mustahil antara banyak-banyak yang kita lalui selama ni, ada satu yang berdendam dan bercadang untuk hancurkan kita berenam,” ketika itu, otak aku baru terasa celik. Bijak jugak Amanda ni rupanya. Bila dia dah jelaskan macamni, barulah aku faham apa yang dia cuba sampaikan.\n“Oh, faham. Explainlah macamni dari awal. Ni, bagi ayat separuh-separuh, memang aku faham pun apa yang kau nak cakap,” bebelku membuatkan aku menerima jelingan tajam daripada Amanda.\nAh sudah, perempuan ni dia hantu ke?\n“Okay, aku salah. So sekarang ni, kau cuba nak bagitau aku yang sebenarnya kita dekat sini sebab ada seseorang ataupun sesuatu dah perangkap kita dan suspek dia adalah makhluk-makhluk yang mungkin pernah kita kacau dulu. Macam tu?”\nPada awalnya Amanda macam tak nak layan aku, tapi lepastu dia pun iyakan.",
"Keadaan kembali sunyi. Masing-masing cuba untuk memahami situasi yang berlaku. Dan tidak lama kemudian, aku terus memandang Amanda. “Kau ingat tak, Hairi Sihir?”\nAmanda pandang aku dan perlahan-lahan dia anggukkan kepalanya. “Dia ke?”\n“Aku dapat rasa tu dia. Cumanya kita tak tahu siapa sebenarnya seorang Hairi Sihir tu. Dia ingat dia gempak ke bahasakan diri sebagai Hairi Sihir. Acah-acah Harry Potter,” aku bersuara sinis. Sakit hati membayangkan kalau betul-betul dalang itu adalah Hairi Sihir.\nAmanda tertawa kecil. “Bodoh ke Harry Potter”.\n“Jadi, apa kita nak kena buat sekarang?” soalku.\nAmanda gelengkan kepala tanda tak tahu dan masatu tiba-tiba otak aku macam berfungsi.\n“Kau perasan tak, semua yang jadi dekat kita tadi adalah benda-benda kliche yang jadi kat sekolah? Yang kita selalu dengar setiap kali nak masuk asrama.”\nAmanda anggukkan kepala berkali-kali. “Haah kan. Mula-mula penari lama, lepastu kena dengan makhluk menyamar jadi kawan kita, lepastu aku kena dengan hantu yang menyamar jadi kau. Kau pulak?”\n“Lebih kurang je. Aku yang first sama, penari. Lepastu nenek kira katil, pastu kisah seram toilet yang selalu bagi ayat ‘Nak balik ke dah tahu?’. So, sekarang ni, yang aku perasan, aku start jumpa kau balik bila aku larikan diri je daripada diorang. Aku rasa kita kena lebih cool lepasni, jangan nampak sangat kita ni tengah ingat tentang apa yang orang dah ceritakan. Kita anggap je diorang ni macam manusia b…” belum sempat ayatku habis, tiba-tiba ada suara menyapa kitorang dan kebetulan perutku ketika itu sangat kuat berbunyi.\n“Lapar dik? Mak cik ada jual karipap ni,” suara itu betul-betul kat depan kitorang masetu. Dan masalahnya sekarang, aku dengan Amanda sekarang ni dekat beranda. Tapi pemilik suara tu berada dekat luar beranda. Tak payah nak tak perasan sangat, memang kalau ikut secara logik fizik dan akal pun, kitab oleh tahu yang orang biasa takkan mampu berdiri terapung dekat udara.\nAku dan Amanda berpandangan antara satu sama lain. “Jual karipap pulak dah…..” meleret suara Amanda sebelum dia memandang ke depan sambil tersengih.\n“Dia senyum kat aku balik, Kasy…..” mendengar kata-kata Amanda, automatik kepala aku menoleh ke arah pemilik suara.",
"Orang cakap, hantu ni takde muka. Tapi yang kat depan kitorang sekarang ni memanglah ada muka, cuma masalahnya buruk yakmat. Muka dia macam muka perempuan tua, cuma sebelah mata dia terjojol sikit. Biasalah tu, anak buah dajjal. Cuma aku puji sebab dia pakai kain untuk tutup kepala. Alhamdulillah, pandai jaga aurat.\n“Nak beli karipap dik? Akak dengar kuat tu bunyi perut,” lemah lembut je suara. Halah halah.\nAku ajak Amanda untuk berdiri. “Mana karipap tu nak tengok. Selalu orang cakap makcik karipap malam-malam ni sedap,” aku pandang wajah seram itu sambil tersenyum gatal. Amanda kat sebelah sudah menyiku aku.\nManakala makhluk di hadapan kitorang sekarang mula memandang aku pelik. “Apa maksud kamu?”\n“Laaa, nak tengok karipap akak jual pun kena ada maksud ke? Ke otak akak ni kotor fikir yang bukan-bukan? Tu, yang akak jual. Akak jual karipap kan?” tegasku pula.\nTakut tolak tepi. Nak tahu jugak apa jadi kalau kita melayan.\n“Kamu pernah dengar, kisah misteri akak karipap?”\n“Pernah. By the way, berapa harga ni kak?” soalku sambil menahan rasa nak muntah. Bukak sahaja bakul yang akak tu bawak, memang aku bagitau korang, penuh dengan bangkai kepala tikus. Ada yang menghitam, ada yang masih berdarah lagi.\n“Apa kamu berdua tidak takut dengan kisah itu? Yalah, orangnya bukan berada di beranda, tetapi terapung di udara,” akak tu mula bergerak ke depan. Mungkin nak bagi kitorang faham kot yang dia tu hantu.\n“Biasalah tu kak. Sekarang zaman macam-macam boleh jadi. Besi pun boleh terbang, inikan pulak kita ni kak yang ringan tak sampai satu tan….” Jawabku meleret sambil menahan muntah dek kuatnya busuk bangkai kepala tikus itu.",
"Akak karipap tu senyap. Tiba-tiba dia jatuhkan bakul karipap dia tu dan matanya mula merenung mata aku sebelum beralih pada Amanda. Sempat aku bagitau Amanda untuk layankan saja walaupun sekarang kencing aku betul-betul di hujung pundi kencing. Kena jentik sikit memang basah lecun seluar aku.\nDaripada wujud seorang wanita, tiba-tiba kulit wajahnya mulai mengelupas. Ni kalau aku cerita depan-depan, memang korang tak percaya. Tapi itulah apa yang jadi depan mata. Mata dia tu melotot jatuh ke pipi dan bau badan dia dah sama naik dengan bau bangkai tikus tadi. Ikutkan perasaan takut, memang lari lintang-pukang. Tapi apa yang aku dan Amanda fikir sekarang tak lain tak bukan, kena ikut je apa yang diorang buat. Jangan lari, sebaliknya melayan.",
"Manatau lepasni akan wujud urban legend terbaru, TIPS HADAP HANTU ASRAMA, LAYAN JE. Nama pun eksperimen kan, diri sendiri jadi tikus makmal pulak tu.\nDia perangkap kita, kita ikut permainan dia. Jumpa boss dia, baru tahu macam mana cara nak ajar. Kot.\n“Uiyooo, jadi transformer. Dahlah kak, bosanlah akak ni. Orang nak beli karipap kot. Bukannya nak tengok aku tukar-tukar costume,” aku cuba untuk bertenang lalu menarik lengan baju Amanda untuk berlalu dari situ.\nTiba-tiba akak tu tergelak. Entah apa yang kelakar sangat aku cakap tadi pun aku tak tahu. “Buat-buat berani ke? Usah sembunyikan rasa takutmu. Hatimu itu penuh dengan riak dan munafik. Kau fikir kau saja yang berani, padahal jauh di sudut hati itu ragu dengan kekuasaan Tuhanmu!” dia tertawa lagi. Alamak, deep pulak ayat dia.\nAku menoleh ke belakang. Sikit lagi aku nak menjerit sebab terkejut tengok muka dia yang menakutkan. Aku tak boleh nak explain macam mana sebab walaupun dia berjasad manusia, tapi muka dia tu sumpah seram. Pucat lesi dengan mata dah takde sebelah kiri. Dah cakap kan, anak buah dajjal.",
"“Bukan buat-buat berani kak. Masalahnya sekarang ni, saya sendiri pun tak tahu saya kat mana. Saya minta maaf sebab masuk dalam dunia akak tanpa izin. Demi Allah saya tak sengaja. Sekarang ni saya nak cari kawan-kawan saya je. Saya janji lepas saya jumpa kawan-kawan saya, saya akan cari jalan keluar dari sini. Akak hiduplah dalam dunia akak ni dengan tenang,” balasku, bercakap macam tengah berunding dengan manusia.\nAkak tu tergelak dengan kaki berkudisnya itu terapung tak jejak lantai. “Apa kau yakin, kau bisa keluar dari sini semudah yang kau sangka? Dendam pait ora bakal diilangi kaya ngono wae. Sampeyan ngganggu, sampeyan bakal m**i”.",
"Asudah, mengarut apa pulak dia last-last. Aku rasa tulah kot dia cakap. Kepada orang Jawa yang membaca, aku betul-betul minta maaf kalau apa yang aku taip ni salah. Aku cuma bagitau apa aku dengar je.\n“Aku tahu korang memang takkan lepaskan kitorang dengan mudah. Tapi, kun fa ya kun. Aku lebih percaya kalimat itu berbanding dengan apa yang kau dah lafazkan. Kita makhluk Tuhan, Tuhan kita sama. Melainkan cara kita pilih perjalanan hidup je berbeza. You wanna kill me, I don’t care. Because my… my nyawa, God hold”.\nSebaik aku cakap macam tu, terus aku ajak Amanda berlalu dari situ. Kedengaran orang kat belakang menjerit, sumpah seram dan merindingkan bulu roma. Bingit, busuk, dan banyak lagi penjelasan negatif yang aku boleh bagitau untuk korang bayangkan.\n“Kau kalau tak pandai speaking, tak payah acah. Merepek apa?” bebel Amanda membuatkan aku menjeling ke arahnya dengan perasaan tak puas hati.\n“Apa? Betul dah aku cakap. Dia kalau nak b***h aku, aku tak kisah sebab nyawa aku Allah pegang. Dia ingat dia cakap dalam bahasa Jawa dia tu, habis gempak ah? Aku tak boleh cakap bahasa yang kita faham, macam tu?”\nAmanda lepaskan keluhan. “Bukan masalah gempak tak gempak. Aku cakap je. Bernanah telinga aku dengar kau speaking tah apa-apa”.",
"Aku malas nak membalas, aku senyap je. Ini bukan masa nak tasmik bahasa orang puteh. Ini masa untuk mengetahui apa pula yang akan terjadi selepas ini.\nJalan punya jalan, tiba-tiba kedengaran ada bunyi banyak tapak kaki kat bawah. Di hadapan blok ni ada satu tapak dan setiap blok asrama ni berhadapan antara satu sama lain. Jadi, dari tempat aku dan Amanda sekarang, memang boleh nampak apa yang terjadi kat bawah.\nDan terkejut aku, tiba-tiba kawasan yang tadinya hanya bunyi tapak kaki, kini berubah menjadi bunyi orang berkawad. “Hantu Jepun”. Ujarku dan Amanda serentak.",
"Kisah hantu Jepun ni pun antara kisah legend yang terkenal di asrama khususnya. Urban legend setiap sekolah mesti akan claim sekolah diorang tu dulu tapak perkuburan askar Jepun, sebabtu kalau malam-malam mesti akan dengar ada orang berkawad. Bila diintai, mesti berpakaian uniform askar Jepun dulu-dulu. Selama aku duduk kat asrama, tak pernahlah pulak kena macamni.\nSemua yang aku dengar selamani, aku alami sendiri malam ini. Tengoklah bawah tu, sakan diorang berkawad dan memandang ke arah aku dan Amanda. Memang kecut perutlah, dari tingkat dua ni memang clearlah muka diorang macam mana. Muka masing-masing macam hancur sebelah, nak menggambarkan yang diorang tu dulu m**i kena bomlah tu kot.",
"Diorang mula berkawad dengan wajah serius. Ni aku cerita, mesti korang tak rasa apa-apa kan. Tapi tulah, bila korang duduk dekat tempat aku dan Amanda masetu memang korang boleh rasa yang jantung korang tu takde function dah. Berlagak tenang tapi jantung rasa mcam nak tercabut bila tengok muka masing-masing.\nSebab kau tahu yang berkawad kat bawah tu bukan manusia, dalam keadaan gelap tetapi wajah diorang tu jelas sebab disimbah cahaya bulan mengambang. Sekeliling bangunan ni ada pokok ara, subur dan besar-besar. Dalam suasana macam ni, korang ternampak orang berkawad dalam keadaan jasad tak sempurna, boleh ke korang nak hidup tenang?\nYa, memang tak boleh. Jadi sekarang ni memang kitorang buntu nak buat apa. Sebab macam tiada jalan keluar dan kitorang pun tak tahu sama ada aku dengan Amanda je ke kat sini ataupun ada kawan-kawan yang lain sebab sepanjang perjalanan memang tak jumpa langsung diorang.\nJadi sekarang aku assume, mungkin kitorang berdua agaknya dan segala ramalan kitorang tadi, aku cancelkan sebab sekarang ni mungkin dunia ini nak culik aku dan Manda jelah agaknya.",
"Sedang ralit melihat ‘persembahan kawad kaki’ itu, tiba-tiba kawasan ini menjadi cerah. Cerah dengan cahaya obor yang entah bila munculnya. Bila aku toleh belakang, ada satu obor yang digantungkan pada dinding betul-betul di belakang aku dan Amanda membuatkan kawasan ini kelihatan terang dengan cahaya api.\nAku pandang semula ke kawasan lapang tersebut. Tentera Jepun itu kelihatan masih berkawad, cumanya diorang mula menyusun kedudukan mengelilingi di bahagian tepi tapak sahaja. Kawad punya kawad, tiba-tiba dari salah satu bangunan muncul pula 7 orang wanita yang aku nampak dekat pantai tadi berjalan menuju ke kawasan tengah. Dekat tengah tu pulak, entah bila masanya tiba-tiba pulak ada muncul lelaki tua duduk bersila dengan kain kuning dililit di kepala sambil tangan bersedia untuk memukul gong-gong kecil.\nSebaik sahaja gong dipukul, automatik alunan muzik Ulek Mayang bergema di kawasan ini. Apalagi, perempuan-perempuan berpakaian tradisional itu pun mulai mengatur Langkah tarian sambil mata diorang memandang tepat ke arah aku dan Amanda.\n“Weh, Kasy. Apa jadi sebenarnya ni?” soal Amanda kepadaku.\n“Tak tahu, kita sama-sama baru hadap harini”. Rungutku. Amanda punya soalan macam aku pernah lalu je semua benda sebelumni.\n“Kasy, aku rasa meremang gilalah. Semua diorang pandang kita. Muzik tu makin lama makin mendayu, tarian diorang tu kau tengok, makin longlai. Tapi mata tak lepas-lepas tengok kita,” Amanda mengutarakan rasa hati. Aku tergelak, tergelak bukan sebab lucu. Tetapi buntu. Sebenarnya apa yang terjadi. Lama-lama aku boleh jadi gila kalau setakat nak menyaksikan semua benda ni.",
"Kawad semakin kuat, tarian semakin rancak, bunyi gong semakin seriau terasa menusuk ke gegendang telinga. Gelang kaki juga tidak ketinggalan berbunyi membuatkan seluruh kawasan ini dipenuhi dengan bunyi-bunyi aneh.\n“Tahlah, aku tak faham. Apa sebenarnya diorang nak buktikan? Jom, kita hadap diorang. Selagi kita tunggu, selagi tu kita takkan tahu apa yang jadi,” aku dah tak boleh sabar masatu sebab macam melampau sangat. Sekarang ni perasaan takut aku tolak tepi, yang aku nak, aku nak tahu apa sebenarnya dia nak daripada aku dan Manda.\nAmanda cepat-cepat tahan aku. “Kau gila ke hah? Sekarang ni kita bukan berhadapan dengan manusia tau. Kita berhadapan dengan Jin. Kalau kau baran macamni, benda ni takkan selesai!”\nAku bila dengar Manda membantah, perasaan amarahku semakin meluap-luap. “Habistu, kau nak buat apa? Tunggu je kat sini sampai diorang b***h kita?”\nAmanda tumbuk bahu aku dengan kuat. “Kau dah lupa ke apa yang terjadi selama ni. Dari awal kita kena sampai yang ke haritu, majoriti diorang kalah dengan permainan hati. Pengetua, terjerumus dalam dunia ni sebab tak puas hati cinta dia ditolak, Bella sihir kau sebab dia jealous kau rapat dengan Nana, Nana m**i sebab kerakusan ayah dia sendiri, kampung Pak Juna hancur disebabkan kerakusan Indera.\nDalam banyak-banyak yang jadi ni, kau nampak tak semua ni jadi bermula daripada sini…” Amanda tepuk dada kiri aku.",
"“Hati. Bila hati dah hitam, tak mampu nak kawal apa yang jadi, orang lain jadi mangsa. Sekarang ni, kita tak tahu Rizman, Helmi, Fiqri dan Ameen tu semua kat mana. Kalau diorang takde sekali dengan kita tak apa. Macam mana kalau diorang ada kat sini? Kau nak ke diorang terseksa sebab kau asyik ikut kata hati yang tengah marah sekarang ni?”\nKali ini aku senyap. Aku iyakan kata-kata Amanda lalu aku pun terduduk bersandar pada dinding. Bunyi rancak kat bawah aku abaikan, sebaliknya otak aku terasa sangat serabut. “Aku penat, Manda. Apa lagi silap aku buat sampai-sampai banyak benda kita kena hadap? Kalau aku ada silap, kenapa bukan aku je yang kena? Kenapa nak kena heret korang sekali?”\nAmanda duduk kat sebelah aku. “Paham. Tapi sekarang bukan masa untuk salahkan diri sendiri. Dari awal kita hadap sama-sama, jadi kita kena akhirkan sama-sama. Doakan semoga ini last kita lalui benda ni”.\n“Boleh jadi last, sebab mungkin kita keluar tak bernyawa dari sini lepasni”. Aku tersengih sinis. Bukan memperlekehkan Manda, cuma aku penat.",
"“Tak payah fikir yang bukan-bukan. Kau pun cakap tadi, Allah yang pegang nyawa kita”. Kata-kata Amanda seringkali membuatkan aku terkedu buat masa sekarang.\nKeadaan senyap antara kitorang berdua. Yang kedengaran hanyalah bunyi kawad kaki, gong, gelang kaki dan tarian yang semakin lama semakin rancak. Dalam bunyi yang bising itu, tiba-tiba kedengaran suara orang menjerit membuatkan aku dan Amanda automatik berdiri.\nPandang sahaja kat bawah, terus kitorang ternampak Rizman, Helmi, Fiqri dan Ameen diikat tangan dan ditutup mata menggunakan kain kuning sambil ditolak kasar oleh makhluk seakan-akan manusia tetapi dari jauh dah nampak muka diorang takde. Kabur je macam tangkap video menggunakan CCTV.\nPitung sirih urat ketemu\nWis udud wis diobong\nSaiki aku neng kene\nMenehi hadiah\nAku menehi sampeyan\nGetih manis papat\nKanggo roh sing daksembah\nSupaya kowe sabar karo aku\nSupaya aku sugih lan kowe marem\nOra cukup papat\nLoro isih ana….",
"Asudah, bahasa apa pulaklah yang dia guna tu? Apa yang dia cuba cakap tu? Yang penting, ayat terakhir tu dia pandang aku dan Amanda dengan sengihan sinis dan jelingan yang tajam.\n“Kau nak buat apa dekat kawan-kawan aku?” jeritku dari tempat aku berdiri.\nMungkin mendengar suara aku, keempat-empat budak tu menjerit memanggil namaku. “Kasyaf, jangan datang!”\nMendengar kata-kata yang keluar daripada mulut budak berempat tu, semakin kuat badan diorang didorong oleh makhluk berjasad manusia tu. Sampai terjatuh member aku dibuatnya.\n“Kasyaf Mahmud. Amanda Sulaiman”. Nama aku dan Amanda disebut oleh lelaki tua berjubah hitam tu. Sebab agak jauh, jadi aku tak nampak sangat muka dia.\n“Kau nak apa daripada kitorang?” soalku.\n“Kasy, kita turun”. Arah Amanda.\n“Takpe ke?”\n“Dia memang sengaja tak tangkap kita, dia nak psiko kita tu. Kita tunggu sini, dia akan buat macam-macam kat diorang berempat. Dan bila kita turun, dia akan tangkap kita dua sekali”. Jelas Amanda pula.\nBelum sempat menyusun langkah, aku terus tarik lengan baju Amanda. “Kau ingat lagi tak pesan Pak Juna?”\nDahi Amanda berkerut. “Pasal apa?”",
"Kitorang pun berbincang tentang apa yang perlu dilakukan. Berkerut-kerut dahi Amanda mendengar strategiku sebelum akhirnya dia bersetuju.\n“Kau berdua buat apa di sana? Mari turun atau kau mahu aku siat-siat kulit kawan-kawan kau untuk menjadi santapan pendampingku?” suara garau itu sangat kuat dan jelas. Bahkan bunyi bising kawad, gelang kaki, tarian, gong boleh tenggelam disebabkan suara dia. Habis hebatlah tu?\nTanpa membuang masa, aku dan Amanda pun turun. Sebaik sampai di depan tempat makhluk ini berkumpul, lelaki tadi tergelak kuat.",
"“Akhirnya kau datang bertemu denganku, anak muda. Ingatkan hebat sangat, umpan kawan saja dah boleh buat kau ketar”. Suara itu seakan-akan mencabarku.\n“Aku bukan takut, tapi aku ada kawan. Aku tahu kau memang mengincar kitorang dan kau adalah musuh lama kitorang. Kalau tak, takkan kau boleh libatkan kitorang semua sekali, kan. Hairi Sihir?” mataku memandang tepat pada orang tua yang berjubah hitam yang menutup kepala sehingga tak nampak muka.\nMendengar namanya kusebut, terus dia tergelak besar. “Kau memang musuh yang bagus. Tahu-tahu saja apa nama gelaranku”.\n“Tak payah acah sangatlah. Ingat gempak ke letak nama Hairi Sihir? Sekarang, aku nak kau lepaskan kawan aku. Musuh kau adalah aku, yang bercakap besar adalah aku, yang libatkan kawan-kawan dalam dunia ni adalah aku. Jadi, kau hadap aku sorang. Bukan diorang,” suaraku mendatar tetapi tegas. Kecut jugak sebenarnya, tapi tulah. Orang cakap berani buat berani tanggung.",
"Semakin kuat tawa orang tua tu, kalini siap bertepuk tangan. “Wah, wah, wah. Kau yakin ke dengan kata-kata kau? Kau yakin nak korbankan diri untuk celaka-celaka ni? Berbaloi ke?”\n“Jangan dengar hasutan dia, Kasy. Aku ada kat sini”. Bisik Amanda dan aku anggukkan kepala.\n“Perempuan tu kau yakin ke boleh kalahkan aku? Silap hari bulan, dua-dua menjadi santapan kami di sini”.\n“Aku takt ahu apa niat kau, tapi aku tahu kau musuh lama kitorang. Jadi, aku nak kau lawan aku. Bukan libatkan diorang!”\n“Aku dah cakap, manusia ni bodoh. Benarlah apa Indera pernah pesan dekat aku dulu. Manusia ni bodoh. Rela diperbodoh untuk orang yang bodoh,” mendengar sahaja apa yang Hairi katakan, terus aku memandangnya yang sedang terhinjut-hinjut bahu dek tertawa.\n“Apa maksud kau dengan Indera?”\nDia tertawa dengan lebih kuat. Kemudian, dia pun membuka penutup kepalanya membuatkan aku dan Amanda sangat terkejut.\n“Pak Lat?” aku dan Amanda bersuara serentak membuatkan orang tua itu tersenyum sinis.\nMemang kitorang masetu terkejutlah mat. Orang tua tu kot yang beria cakap pasal pantang larang apa bagai. Tiba-tiba sekarang berada di hadapan kitorang menjadi ketua kepada semua makhluk dekat sini.\n“Ya saya?” jawabnya seolah-olah memperlekehkan kitorang.\n“Kasyaf, kuatkan iman. Jangan pernah tinggal ayatul qursi dan sebut kalimat kun fa ya kun tiga kali!” jerit Fiqri membuatkan badannya dilibas dengan buluh panjang dan nipis. Sampai tersungkur Fiqri menahan sakit dengan jeritan memenuhi segenap ruang.",
"Melihat aku yang ingin meluru ke depan, Amanda cepat-cepat tahan aku. “Ingat plan kita”. Ayat itu membuatkan aku berhenti dan menarik nafas panjang sebelum kulepaskan dengan tenang.\n“Apa niat kau sebenar, Pak Lat. Eh, Hairi Sihir?” suaraku tidak kurang sinisnya dengan suara Pak Lat aka Hairi Sihir itu.\nKelihatan Pak Lat mula berjalan ke arah kitorang. “Kau pun tahu bukan, tiada lain selain dendam. Aku tak pernah alu-alukan kehadiran kau, kau, kau semua. Tetapi kalian yang datang mencari aku”.\nPandangan kosong kulemparkan pada orang tua durjana tu. “Kenal kau pun tak, inikan nak cari kau? Heh, perasan!”\nMerah dan tajam pandangan Pak Lat lemparkan sebelum dia kembali tersengih. “Yakin?”\n“Siapa kau sebenarnya? Apa yang kau nak?”\n“Apa yang aku mahukan? Setelah kau mengganggu segala urusan aku, bisa-bisanya kau bertanya apa aku mahukan? Indera itu kekuatan aku, kau b***h begitu saja seolah-olah kau bangga nama kau disebut-sebut di desa keparat itu. Disebabkan kau, hidup aku yang sepatutnya tenang di dalam harta, musnah begitu saja!” marahnya sambil berlari dengan memegang sesuatu yang berkilau daripada kocek jubahnya.\nSempat aku amati, benda itu adalah taji ayam. Hujung sedikit bercangkuk dan bersilau. Seperti yang telah dirancang, aku dan Amanda berpecah.",
"Silat? Silat apa? Aku yakin pasti korang tertanya-tanya. Sebenarnya, kitorang berdua sedang mempertaruhkan nyawa mencuba silat yang diajarkan oleh Pak Juna masa kitorang tersesat dalam dunia diorang dulu. Sebab teringat yang Pak Juna pernah pesan yang silat ni takkan berguna kalau digunakan dalam dunia manusia, jadi tak salah lah kan kalau guna dekat dunia jin?",
"Setelah Al-Fatihah dan sedikit doa pembuka dibaca, kitorang pun mula membuka langkah. “Satu lawan satulah, apa barang lawan perempuan?” perliku membuatkan langkah Pak Lat tiba-tiba menuju ke arahku.\nAku tanpa membuang masa, aku bawa pertarungan ini ke berdekatan dengan kawan-kawanku yang masih ditahan oleh pengawal tak berwajah itu. Dan yang ajaibnya, kesemua makhluk di sekeliling kami membuka ruang sehingga membentuk satu bulatan besar seolah-olah sekarang aku berada di dalam sebuah gelanggang. Di tengah-tengah bulatan ini ada unggun api yang agak besar dikelilingi oleh member aku yang ditahan oleh makhluk tanpa wajah tersebut.\n“Pintar juga ya kamu Kasyaf. Patutlah kamu berani-beraninya mengganggu urusanku. Pengawal, b***h kawan-kawan dia”.\n“Manda!” sebaik mendengar namanya disebut, terus Amanda berlari masuk ke dalam gelanggang.\n“Kasyaf, fokus. Serahkan dekat aku,” ujar Amanda sambil merampas salah sebuah buluh nipis daripada salah seekor makhluk tersebut sebelum dia mula berlari dan mencucuk setiap leher makhluk tak berwajah itu. Dan aku terkejut apabila leher makhluk itu memercikkan d***h dan kedengaran suara diorang menjerit seperti b**i yang disembelih sebelum menghilang dan meninggalkan bau yang sangat busuk.",
"Dalam pada masa Amanda mencucuk leher makhluk tu tadi, Rizman sempat ditolak ke dalam unggun api sehingga rambutnya terbakar saat ini. Namun tidak terlalu teruk sebab Amanda sempat menariknya dan sebab tulah rambut dia je terbakar dan sekarang dah terpadam sebab kena tepuk dengan Amanda berkali-kali.\nKelihatan wajah Pak Lat agak terkejut sebelum dia kembali tenangkan diri walaupun nampak jelas dia tengah ketap bibir sehingga timbul urat di dahi.\n“Lain kali, kalau nak balas dendam tu, rancang betul-betul. Jangan ikut perasaan marah tu sangat. Tak pasal-pasal plan nampak bodoh,” ejekku membuatkan Pak Lat berlari lalu mengenakan taji pada Amanda yang tengah menyelamatkan budak berempat tu.",
"Aku terkejut sebab langkahnya terlalu laju, tambahan pulak aku masetu memang kurang fokus sebab bau busuk tadi memualkan aku. Amanda menjerit sebab sisi perutnya dihiris menggunakan taji sehingga mengeluarkan banyak d***h manakala aku pula cepat-cepat menendang Pak Lat sehingga dia jatuh agak jauh daripada kitorang.\n“Manda, okay tak?”\n“Jangan risaukan aku. Fokus!” kata Amanda sambil membuka ikatan pada Rizman.\n“Kau permainkan aku. Kau ingat kau boleh menang?” Pak Lat Kembali bangun lalu mengacukan tajinya pada wajahku. Aku cepat-cepat mengelak dan badanku secara automatik bergerak seperti seorang pesilat handal.\nNamun cepat-cepat aku sedarkan diri. Aku yakin perasaanku tengah dihayun sesuatu supaya berasa selesa dan pada ketika aku khayal, aku akan ditusuk oleh Pak Lat. Aku kembali fokus sebelum aku mendengar kesemua member aku mula mengambil tempat.",
"Pak Lat kelihatan agak cuak. “Apa kalian lihat? Seranglah budak-budak ni!” marah Pak Lat apabila melihat tidak ada seekor makhluk pun yang membantunya. Sebaliknya menghentikan gangguan. Diorang berhenti berkawad, menari malah hantu-hantu asrama yang kitorang jumpa tadi sudah mulai menghilang sebelum kedengaran setiap pintu di bangunan asrama tertutup sendiri.\n“Kau berjanji untuk memberikan kami d***h orang muda ini. Tetapi bahkan kau yang dikepung. Hiriskan setitis d***h mereka, pasti kami membantu kau,” suara garau dan kasar yang entah milik siapa tiba-tiba kedengaran bergema di kawasan ini.\nPak Lat kelihatan terdesak. Matanya merah dan wajahnya tegang. Jubah di tubuhnya dibuka sebelum dia mula berlari tidak tentu arah dengan taji di tangan. Pada awalnya dia menyerang Ameen, mungkin baginya Ameen kelihatan belum sedia. Namun yang kagumnya, Ameen mengelak dengan tangkas sebelum Helmi datang dan menendang Pak Lat dari belakang.\nTendangan itu justeru membuatkan Pak Lat tersungkur tetapi orang tua itu cepat-cepat bangun dan mula menyerang Rizman. Ketika ini, Rizman sedikit leka sehingga lengannya terkena hujung taji yang membuatkan darahnya mulai menitis.",
"Menitis sahaja d***h Rizman, banyak bayang-bayang hitam mengerumuni d***h tersebut. “Berkumpul!” jerit Fiqri lalu kitorang pun membuat satu bulatan kecil dan saling membelakangi antara satu sama lain.\nAgak dalam juga luka pada lengan Rizman memaksanya membuka baju dan terus membalut luka tersebut atas arahan Fiqri. Risau menjadi penyebab Rizman kerasukan kerana menitisnya d***h Rizman membangkitkan semangat jin untuk menyerang kitorang pada masatu.",
"Kali ini baru kelihatan Pak Lat bersemangat dengan tawa jahatnya bergema di kawasan ini. Sisa d***h Rizman di atas lantai dicalit pada kain kuning sebelum dia duduk di hadapan benda-benda yang biasa digunakan oleh bomoh-bomoh. Ada asap, daun sirih, kain kuning yang bercalit d***h, taji yang tersisa d***h dan banyak lagi alatan-alatan bomoh di hadapannya.",
"Kemudian, Pak Lat mulai membaca mantera yang tidak dapat aku tangkap langsung setiap bait manteranya. Yang pasti, dia mulai menutup mata sambil tangannya seolah-olah macam scan udara.\nKitorang pula ketika itu tak henti-henti membaca Ayatul Qursi sekali dengan terjemahannya. Dan masetu detik yang sangat cemas bagi aku sebab angin mulai bertiup dengan kencang dengan guruh yang tiba-tiba berdentum. Langit menjadi saksi ketika tu yang bacaan ayat suci Al-Quran sedang berlawan dengan mantera. Semakin kuat mantera dibaca, semakin kuat kitorang lantunkan ayat kursi.\n“Apa kata kita baca sekali terjemahan dia, untuk tingkatkan lagi iman kita pada ayat Allah,” aku memberi cadangan dan diterima baik oleh member aku. Jadi, sebaik ayat kursi dibaca, kitorang pun bacakan sekali dengan terjemahannya.\n“Sudahlah, kalian manusia munafik. Detik-detik ini saja kalian ingat tuhan! Kelak, seusai nyawa terselamat, kalian pasti lupakan DIA!” Pak Lat mulai menghasut.\n“Usah dikenang Tuhanmu. Sedangkan tadi tuan hamba yang meminta beta hadir ke sini, kenapa sekarang baru tuan hamba mengenang sang Tuhan?” bunyi suara halus yang semestinya berasal daripada penari ulek mayang itu.",
"Kitorang abaikan bahkan semakin kuat ayat kursi diselikan dengan terjemahannya kitorang bacakan. Masetu memang feeling dia macam dalam movie. Tak pernah aku terdetik akan lalui lagi benda macam ni dalam keadaan yang seperti dalam movie Harry Potter. Kenapa aku cakap Harry Potter? Sebab sekarang kitorang memang berada dalam dunia jin! Yang betul-betul manusia sekarang ni hanyalah kitorang berkawan dengan Pak Lat, itu pun hati dia sudah terpaut pada dunia ini.\n“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).”\n“Hati kalian ragu, usah munafik! Kalian ragu pada Tuhanmu!” suara Pak Lat sangat keras kedengaran. Berusaha betul dia nak hasut kitorang. Namun kitorang abaikan saja, malah semakin kuat lantunan terjemahan kursi dibacakan.",
"“Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).”\n“Berhentilah anak muda. Kalian membaca hanya karena ingin selamatkan diri. Kalian tangkalkan ayat Tuhan! Bagi kalian, ayat Tuhan itu sekadar penyelamat di kala ketakutan sedangkan hati kalian tidak sebenar-benar menghayati apa yang kalian bacakan! Ikutlah aku, nescaya kau akan bahagia di dunia ini!” lagi dan lagi Pak Lat cuba untuk menghasut. Namun aku yakin ketika itu sikit pun perasaan kitorang tak pernah ragu dengan apa yang kitorang bacakan.",
"“Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). ALLAHU AKHBAR!” Serentak kitorang menepuk lantai dan serentak itulah kilat sambar menyambar bahkan memanah sekeliling kitorang termasuk Pak Lat.\nDepan mata, kitorang nampak Pak Lat kena panah petir. Manakala yang lain tinggal asap. Sekeliling kitorang mulai terbakar dan cepat-cepat kitorang berlari dari situ. Cuma masetu sumpah tak tahu nak lari mana, dalam keadaan yang masih terkejut, takut, pastu angin kencang membuatkan api dekat kawasan penghambaan Pak Lat terhadap makhluk-makhluk tu semakin marak.",
"“Fiqri, kau ada idea tak macam mana cara nak keluar dari sini?” soalku setelah agak jauh kitorang larikan diri. Tapi memang aku cakap kat koranglah, walaupun jauh dah lari, tapi bahang tempat tadi tu rasa sampai kat tempat kitorang berdiri.\nFiqri gelengkan kepala. Tiba-tiba Ameen memberikan idea. “Apa kata kalau kita azan? Amanda, kau tak period kan? Kau baca Al-Fatihah. Kita try je sampai matahari terbit. Sebab pak cik aku dulu pun pernah hilang dekat tempat bunian, cara dia, dia azan dan tekadkan dalam hati untuk keluar dari dunia ni”.\nCadangan Ameen diterima dengan baik. Jadi, kitorang pun start azan manakala Amanda tak putus-putus baca Al-Fatihah. Selain itu, dia juga membaca Ayat Kursi sebab dalam terjemahan ayat tersebut ada kebergantungan kita sebagai hamba meminta bantuan hanya daripada Allah SWT.\nAku taktahu berapa kali kitorang ulang azan, sehinggalah cahaya matahari mulai menembusi celahan-celahan dahan dan dedaun pohon. Kitorang pun ikut jelah cahaya matahari tu sampailah kaki aku mulai terasa lembik dan pandanganku tiba-tiba menggelap. Aku sempat merasa badan aku menghempas tanah sebelum aku tak sedar apa yang terjadi seterusnya.",
"***\n“Kasyaf, bangun”. Mendengar sahaja namaku dipanggil, aku terus terjaga. Bangun sahaja, terus aku pandang sekeliling. Dalam bas?\nAku pandang pula orang yang panggil aku. Cikgu Arif sedang mengejutkan kawan-kawan aku yang lain pula. “Dah sampai ni. Turun, turun”.\nTerus aku pandang ke luar tingkap dan tengok, sekarang kitorang sampai kat satu sekolah yang aku sangat kenal, iaitu sekolah di daerah sebelah. Terus aku angkat tangan tanya dekat Cikgu Arif. “Cikgu, sumpah saya lupa pasal pantang larang. Saya rasa saya kena baliklah, takut jadi apa-apa”.\nKetika tu jujur aku cakap, aku tengah blur apa yang jadi. Tadi tu aku mimpi ke? Tapi kalau betul-betul, kenapa sekarang aku boleh ada dalam bas?\n“Ya cikgu, saya pun sama!” member aku yang lain pun cakap benda sama.\nMuka Cikgu Arif kelihatan pelik. “Pantang larang apa?”\nAku segera pandang member-member aku. “Bukan ke sebelum berangkat tadi Pak Lat ada cakap pasal pantang larang ke?”\n“Pak Lat? Siapa Pak Lat? Kamu semua ni dua tiga hari ni pelik-pelik eh perangai? Macam-macam cikgu lain cakap, ingatkan pelik yang biasa-biasa je. Rupanya macam yang cikgu lain bagitau. Haihlah, yang bukan-bukan jelah kamu semua ni,” kedengaran Cikgu Arif mengeluh sambil gelengkan kepala.\n“Eh? Habis tu yang pantang larang sebelum datang sini tu?” aku bertanya lagi dan disokong oleh kawan-kawan aku.",
"“Pantang larang apanya Kasyaf? Ni sekolah biasa jadi tuan rumah kan? Bukan selalu ke datang sini? Dah, turun. Makin pelik-pelik pulak soalan kamu ni,” ujar Cikgu Arif lantas berlalu dari situ.\nKitorang berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang ke luar tingkap bas. Yang lain dah kat bawah, tinggal kitorang berenam. Dan ya, sekarang kitorang berada kat sekolah yang biasa kitorang pergi. Bukannya sekolah seram tu.\n“Kita mimpi benda sama ke?” soalku.\n“Korang mimpi apa?” soal Amanda dan kitorang pun cerita apa yang kitorang mimpikan dan sememangnya kesemua cerita kitorang adalah sama.\n“Apa yang jadi do? Kita mimpi betul-betul ke?” Helmi pula menyoal sebelum dia menarik lengan Rizman. Dan semestinya kitorang terkejut sebab ada kesan torehan pada lengan dia.\n“Kenapa ni?” tanya Ameen pulak.\n“Tah weh. Yang aku ingat, dalam mimpi tu aku kena taji Pak Lat,” cerita Rizman ringkas dan kitorang pun menjerit dengar nama tu.\n“Haa! Bukan aku seorang kan? Maknanya kita memang betul-betul kena. Tapi macam mana sekarang ni kita boleh ada dalam bas ni?” soal aku pula.\nSemua orang tiada jawapan. Namun begitu, kitorang pun tetap turun dari bas sambil masing-masing bercerita tentang apa yang jadi.\n“Kiranya kita memang lalui benda tulah kan? Tapi macam mana?” soal Helmi.\n“Itulah yang pelik tu. Dan macam mana korang boleh kena tangkap?” tanya aku dekat budak berempat tu pulak.\n“Kena tangkap tu masa aku teman Mi pergi tandas. Mula-mula tu aku dengar macam ada bunyi kat luar tandas, aku pun pergilah intai. Tapi takde orang. Pastu aku masuk balik dalam tandas sebab rasa seram gila masatu, eh tup-tup aku nampak ada benda hitam tengah jilat pad berdarah. Masetu baru aku ingat yang lepas pukul 10, jangan berjaga. Aku apalagi masatu, aku bagitaulah Mi yang aku nak balik bilik. Kau tahu dia jawab apa? Dia cakap, nak balik ke dah tahu?",
"Dengar je soalan macam tu, aku terus lari dan sampai je kat luar tiba-tiba pulak aku terlanggar askar Jepun tu dan belakang kepala aku kena pukul dengan senapang diorang,” bersungguh-sungguh Rizman bercerita dan kitorang pun angguk faham. Ni kalau orang lain dengar, memang takkan ada yang percaya. Kalau aku jadi orang lain pun memang aku tak percaya. Apakan daya, harap aku yang lalui semua benda tu, memang percayalah mat.\n“Maksudnya, bukan Mi lah yang kau teman tu?” tanya Amanda. Rizman menggeleng.\n“Bukan aku. Tapi masalahnya, aku pun kena benda yang sama jugak macam Man. Duk temankan dia, last-last benda lain. Sampai kat luar, kena dengan askar Jepun. Waknat betul. Tahu-tahu kena ikat. Sikit lagi kena humban dalam api,” bebel Helmi pula.\n“Fiqri dengan Ameen pun sama?” Amanda memandang dua orang tu dan Fiqri mengangguk manakala Ameen pula menggeleng\n“Aku lain. Aku pengsan lepas makan karipap mak cik karipap tu bagi,” cerita Ameen selamba membuatkan kitorang semua pandang dia pelik.",
"Aku dah rasa kembang tekak terbayangkan bangkai tikus yang akak tu bawak. Macam mana dia boleh makan? “Macam mana kau boleh makan do?”\n“Aku masetu kan mula-mula dengar macam bunyi orang menari. Aku lupa yang lepas pukul 10 tak boleh gerakkan badan, aku pun bangunlah. Bangun je, aku tengok kat koridor ada ramai budak tengah kerumun mak cik ni. Aku tak cek jam masetu, aku terus keluar sebab memang aku cakap, masetu memang tiba-tiba rasa lapar gila. Sampai je aku, semua orang macam marah aku lepastu cau. Aku macam, kesah pulak kan? Perut lapar, pastu ada orang jual makanan. Aku pun beli aa. Baru kunyah sikit, tiba-tiba suasana sunyi gila. Aku pandang kiri kanan depan belakang, semua orang takde termasuk akak tadi. Aku dah rasa tak sedap hati dah, pastu baru nak kunyah kali kedua, aku tengok kat tangan aku bangkai tikus mat! Yang aku gigit tu muncung tikus tu. Sial, memang aku pengsanlah. Makan bangkai kot,” cerita Ameen membuatkan kesemua kitorang bagi reaksi yang sama, mual dan nak muntah.\nAmeen lagilah, dia menggeliat lepas bercerita dengan muka tahan muntah.",
"“Siapa dia sebenarnya eh? Hairi Sihir aka Pak Lat. Kenapa dia nak berdendam sangat?” persoalan Amanda membuatkan kitorang semua pun turut tertanya-tanya.\n“Aku rasa dia tu pemuja Indera. Mungkin dia taksub dengan harta, so dia pun start memuja. Kalau daripada segi cerita dia, dia tu memuja Indera. Sebab kita, Indera m**i dan dia pun dah tak dapat nak kumpul harta. Mungkinlah,” ulas Fiqri ringkas.\nAku mencebik sambil menganggukkan kepala tanda setuju. “Dahlah tak kenal dia, tiba-tiba pulaklah dia pergi serang kita. Ingatkan kebal sangat. Last-last m**i sebab kena panah petir je,” aku rasa nak tergelak, tapi tulah. Tak baik gelakkan orang yang dah m**i hmm.\nCuma terkilan sikit sebab macam, senang gila mat cara dia m**i. Patutnya dia kena makan dengan hantu-hantu tu dulu.\nSampai sahaja ke barisan, kitorang pun masuk ke dalam barisan masing-masing untuk mendengar taklimat pertandingan. Aku sumpah tak tahu dah apa tentative pertandingan tu. So, ikut jelah apa yang taklimat ni cakap nanti.\n“Okay semua, saya dapat khabar yang ayah arwah Nana telah pun meninggal dunia semalam. Untuk pengetahuan, Nana adalah pelajar baru sekolah kita yang meninggal tahun lepas akibat kanser dan arwah juga merupakan bekas pelajar sekolah ni. Dan semalam, ayah dia pula kembali dijemput illahi. Jadi, sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Hairi Lat bin Sudin supaya tenang di alam baru. Al-Fatihah…” berita yang disampaikan oleh Cikgu Arif membuatkan aku sangat terkejut dan aku yakin member aku pun rasa benda yang sama.",
"Sedang melayan perasaan terkejut lepas dengar berita dan nama ayah arwah Nana, orang kat depan aku tiba-tiba bercerita. “Kasyaf, kau dengar tak yang bapak arwah Nana tu m**i macam mana?”\nAku gelengkan kepala. “Macam mana?”\n“Aku kan sekampung dengan arwah ayah Nana tu. Kan dulu lepas dia dah korbankan anak dia, dia lari pergi laut kat hujung kampung aku. Laut yang korang pergi dua tiga hari lepas, tahu kan?”\n“Hah? Bila masa?”\n“Aik, bukan korang pergi laut ke? Orang kampung nampak korang main kat sana. Nak panggil, korang cakap kejap lagi nak balik. Nasib baik okay je, kalau tak, naya korang tahu tak,” cerita budak tu lagi. Aku apalagi, makin peliklah dengar cerita dia.\n“Apa maksud kau?”\n“Pantai tu sebenarnya tempat pemujaan. Biasanya orang-orang nak memuja roh laut, puja jin ni semua kat laut tu. Bapak Nana ni pun antara yang paling kuat main benda ni, sebab tulah dia kaya kat kampung kitorang. Tapi sebab dia, kampung kitorang kena kacau. Tu aku pelik korang boleh datang sana nak main bola. Gilalah,” ujar budak tu lagi.\nAku taknaklah nafikan pasal kitorang ke sana tu kat budak tu, sebab memang akan peningkan kepala. Yang pasti sekarang, kitorang ke sana bukan kerelaan, melainkan memang dah diperangkap Pak Lat. “Oh, sebab kitorang tak tahu. Pastu, bapak Nana m**i macam mana?”\nBudak tu dekatkan diri dengan aku sambil pandang kiri kanan. “Orang kampung jumpa dia terbakar dekat pantai tu. Tak tahu bila dah, yang pasti dah membusuk dah mayat dia. Mayat dia rentung. Takde rupa orang dah,” cerita dia lagi sambil berbisik.\nAku pun anggukkan kepala tanda faham. Pergh, sampai tahap macam tu dia kena. Dia yang perangkap kitorang, dia yang kena.",
"Sambil makan, kitorang pun mula bercerita. Rancak meja ni dengan suara kitorang je. Terlalu banyak info yang tak masuk akal kitorang terima.\n“Tulah, macam mana tah orang boleh jump akita. Tak nak pulak tu diorang panggil kita,” ujar Helmi.\n“Ituler pasal. Tapi tulah, macam mana orang boleh nampak kita tapi kita tak nampak pun orang lain? Dan macam mana kita boleh ada balik dalam bas tu?” kali ini Ameen pulak menimbulkan persoalan.\n“Takde benda lain, ni semua angkara Jin dan syaitan. Kita sebenarnya terperangkap dalam dunia diorang, cuma nasib kita selamat je,” jawab Fiqri tenang.\n“Lagipun, benda ni memang aku yakin, Pak Lat yang rancang sebab nak balas dendam kita kacau dia dari masa Nana hidup sampailah Indera m**i. Tak tahu pulak dia jadi dalang semua ni,” sambung Amanda pulak.\n“Bila hati dah hitam, dikaburi dengan duit, setakat gadaikan nyawa orang apalah sangat. Janji diri sendiri selamat dan kaya,” aku sambung lalu menyisip kopi panas.",
"Tapi memang tak sangka. Dalam banyak-banyak benda yang kitorang lalui, kalini aku dapat rasa sangat tak masuk akal. Bayangkan, daripada elok-elok kau nak bertanding, tiba-tiba pulak ada hantu kacau. Last-last, hampir kena b***h mat dengan pentaksub harta dan orang tu pulak bapak Nana, orang yang memang aku hampir lupa.\nDia punya taksub tu, pergggh. Sampai berdendam. Tapi tulah, harta kan? Nabi pun dah pesan, di akhir zaman, manusia memang akan kejar dunia. Tengoklah Sungai Furat nanti, semakin mengering, semakin timbul emas setinggi gunung. Nabi dah pesan jangan sesekali pergi sana sebab dalam nisbah 1000 orang, hanya seorang je yang terselamat sebab manusia akan berbunuhan sesama sendiri untuk dapatkan harta.\nTak payah tunggu Sungai Furat kering pun sekarang dah nampak bapak si Nana ni jenis macam mana. Tu nasib baik dah m**i, kalau hidup, dial ah kut yang paling sakan berebut emas dekat Sungai Furat nanti. Semoga kita semua terselamat daripada fitnah akhir zaman.",
"Sekian sahaja cerita kalini. Dan ya, cerita ni memang fiksyen. Mungkin ada pembaca baru, daripada segi jalan cerita pun aku yakin korang tahu cerita ni cerita fiksyen semata-mata dan kepada pembaca lama, ya, aku memang seorang penulis fiksyen. Jangan risau semua, aku tak claim cerita aku cerita sebenar melainkan aku hanya mengambil idea daripada kisah sebenar dan diolah menjadi satu cerita yang bukan sahaja menjadi urban legend yang tiada hujung pangkal, sebaliknya menjadi satu cerita yang mempunyai jalan ceritanya tersendiri.\nMungkin inilah kali terakhir aku hadir dalam penulisan ini, terima kasih sebab korang masih sudi support aku. Kalau ada rezeki idea, inshaa Allah adalah untuk karya yang seterusnya. Tetapi untuk masa terdekat, mungkin tidak melainkan Allah berkehendak lain. Terima kasih dan assalamualaikum."
] | [
"jangan la pencen dulu kasyaf. tulis la lagi",
"Wahh ..mantap la…awak buat cite…sampai meremang sya yang baca ni…ape ii pun… tahniah sbb berjaya buat story dalam (fs) ni… penulisan awak sangat ii nice❤️😇",
"Waalaikumsalam En Kasyaf ….semoga sentiasa di beri kesihatan yang baik , sukses dan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah… Aaamiinn.",
"Best..da lama tak baca cerita macam ni kat fiksyen syasya"
] |
https://fiksyenshasha.com/wanita-berjubah-di-tengah-hutan/ | Wanita berjubah di tengah hutan | [
"TAJUK : WANITA BERJUBAH DI TENGAH HUTAN",
"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada FS seandainya kisah ini disiarkan. Sejujurnya aku tidak pernah menulis disini. Sebelum ini aku hanya “silent reader” sahaja. Namun, pengalaman yang dilalui oleh emak dan adik aku membuatkan aku terpanggil untuk berkongsi cerita kerana bagi aku ianya agak seram dan misteri. Emak dan adik aku tinggal di sebuah perkampungan felda di Kemaman Terengganu. Adik aku bernama Amin merupakan anak yang bongsu, , sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Dia dan keluarganya memang tinggal bersama emak dan ayah. Manakala anak-anak yang lain sudah berkahwin dan tinggal berjauhan di daerah yang lain.\nKedua ibubapaku merupakan peneroka felda. Namun, setiap hari jumaat ibu dan Amin akan ke bandar untuk menjual sayur-sayuran kampung di Pasar Besar Chukai. Kiranya menjual sayur kerja part time dioranglah. Hasil pertanian itu sebahagian besarnya tanaman orang-orang kampung. Kiranya emak aku ini pemboronglah.",
"Untuk ke bandar Chukai, banyak alternatif jalan boleh digunakan. Laluan yang paling famous ialah jalan Mak Lagam kerana jaraknya yang agak dekat kira-kira 20-30 minit perjalanan. Jalan Mak Lagam ini strukturnya berbukit bukau dan bengkang bengkok. Sejak ada highway, jalan ini agak sunyi. Hanya di waktu siang sahaja ada kenderaan lalu. Malam pula memang tiada kenderaan yang berani lalu kerana cerita-cerita mistik yang didengar. Dulu-dulu ada jugak kes rompakan di Jalan Mak Lagam ini. Perompak akan melempar telur ke cermin kereta mangsa sebelum merompak. Tapi itu dululah. Sekarang dah takde.",
"Kejadian ini berlaku kira-kira satu minggu sebelum Hari Raya Aidiladha yang lalu. Pada hari tersebut mereka turun awal dari rumah kira-kira pukul 4.30 pagi. Biasanya mereka akan turun dari rumah selepas subuh. Tapi oleh kerana hari itu banyak sayur, jadi emak aku ni bercadang hendak ‘tolak’ sayur-sayur ini dekat peniaga dekat pasar itu dahulu. Sampai di satu tempat ni Namanya Bukit Jemalang, diorang nampak ada satu kereta kancil berwarna merah tersadai tepi jalan dalam keadaan enjinnya berasap. Emak aku cakap kereta tu sangat usang seolah-olah nak terlerai semua part pada kereta. Aku bayangkan memang usanglah kot kalau dah sampai hendak terlerai tu.",
"Tiba-tiba adik aku si Amin menyuarakan hasrat untuk membantu tapi ditolak oleh emak aku. Emak aku risau kerana hari masih gelap. Lagipun dekat jalan itu dah macam-macam terdengar cerita pasal ke’angkeran’nya Tapi Amin berkeras hendak membantu. Kesian katanya, manalah tahu kalau orang betul-betul memerlukan bantuan. Emak aku akur dan mereka pun memberhentikan kereta. Tidak lama kemudian, keluarlah seorang perempuan dari dalam kereta tersebut. Perempuan itu memakai jubah dan bertudung labuh berwarna hijau muda. Penampilan ala-ala ustazah gitu. Labuh betul tudungnya hingga ke peha kata emak aku. Dia memperkenalkan diri sebagai Aisyah, belum berkahwin. Beliau dalam perjalanan dari Marang hendak ke Cherating. Emak aku peliklah, sepatutnya boleh terus jer tapi boleh pulak dibeloknya ke Jalan Mak Lagam. Katanya memang dia hendak lalu jalan itu. Kalau dia dari Marang maksudnya dia bertolak dalam pukul 2 pagi. Dengan keadaan kereta yang usang macam itu. Emak aku tanya lagi, tidak takut ke pagi- pagi buta memandu seorang diri. Beliau menjawab tidak takut kepada sesiapapun, beliau hanya takut kepada Tuhan.",
"Yang peliknya, si ‘Aisyah’ ini lagaknya cool and rileks jer. Takde nampak panik langsung. Bila Amin check kereta dia, ternyata air kering. Kebetulan di sebelah keretanya ada lopak air kesan dari hujan yang baru berhenti. Boleh pulak dia melawak, katanya keretanya dah lama tidak mandi. Mungkin dia buat hal sebab hendak mandi. Amin minta bekas atau botol untuk ambil air tu. Cepat-cepat dia bukak pintu kereta dan hulurkan botol mineral kosong. Time tu, Amin sempatlah menjenguk ke dalam kereta dia. Kata Amin, keadaan dalam kereta nampak bersepah. Barang takde sangat pun tapi bersepah. Emak aku cakap lagi yang si Aisyah ini bercakap tidak tengok mata. Mata dia seolah-olah melilau sana sini. Amin cakap seram tengok mata dia. Muka dia biasa-biasa jer. Dia siap tepuk bahu emak aku masa diorang bersembang. Aku tanya jugak, diorang ini tak rasa seram ke masa bersembang tu. Ada bau busuk ke apa. Emak aku cakap takde pun. Time misi bantuan tu, adalah satu lori lalu. Si Amin nyalakan lampu handphone dan angkat tangan untuk minta bantuan. Tapi lori tu tidak berhenti dan bukan main laju lagi. Masa lori tengah laju tu, kedudukan lori memang betul-betul rapat dengan si ‘Aisyah’. Sipi-sipi orang cakap. Tapi si ‘Aisyah ni langsung tidak mengelak. Emak aku pulak yang ngeri takut lori itu terlanggar ‘Aisyah’.",
"Lepas tuang air dekat bahagian enjin, cubaan menghidupkan kereta ‘Aisyah’ berjaya. Amin pun cakap “macam inilah kak, akak follow kitorang dari belakang. Nanti kalau jadi apa-apa, boleh saya tolong lagi”. Aisyah setuju dan terus follow dari belakang. Oh, sebelum itu, Amin sempat ambil nombor telepon Aisyah sebab dia ada cakap tujuan dia hendak ke Cherating kerana ada urusan nak pergi berubat. Emak aku assume yang si Aisyah ada kelebihan berubat orang dan terus minta nombor telepon. Emak aku fikir manalah tahu kot-kot lepas ini boleh berubat dengan dia sebab abang aku yang nombor dua selalu sakit dan ada gangguan. Maka bergeraklah mereka dari tempat itu. Emak aku cakap si ‘Aisyah ini takde ucap terima kasih pun atas bantuan diorang. Salam pun tak. Tapi emak aku husnuzon jelah. Mungkin dia lupa kot.",
"Masa kereta dah gerak, kereta Aisyah mula-mula follow rapat tapi lama kelamaan makin jauh dan hilang dari pandangan. Lampu kereta dia sudah tidak nampak dari belakang. Emak aku suruhlah Amin call dia dan tanya okay ke tak. Amin terus call. Dia jawab dia okay, kereta pun okay. Suara dia kedengaran sayup-sayup jer. Masa tu hari dah beransur cerah dan dah nak sampai bandar Chukai. Mak aku pun mulakanlah aktiviti dia menjual sayur. Masa duduk dekat pasar tu kira-kira pukul 8 macam tulah, emak aku tetiba teringatkan ‘Aisyah’. Emak aku pun suruh si Amin call lagi tanyakan keadaan dia. Sampai ke tidak dia ke destinasi yang dia nak pergi tu. Amin pun capai phone dan terus nak call. Tetiber, Amin terkejut sebab cari nombor Aisyah yang dia dah ‘save’ hilang. Dekat data panggilan keluar masuk pun hilang. Pelik kan? So, tak tahulah perempuan berjubah yang bernama ‘Aisyah ini manusia ke, hantu ke, jin ke atau bunian ke.. Wallahuaklam.",
"Bila balik kampung, emak aku ceritalah apa yang dia alami dekat group Yassin dia yang terdiri dari geng makcik-makcik dan suri rumah. Agak riuh jugaklah cerita ini. Lepas tu, kawan emak aku cakap yang suami dia pernah ternampak ada satu kedai makan dekat jalan yang sama pada waktu malam yang dipenuhi orang. Aku melawaklah dekat emak aku. Aku cakap..”hati-hati mak, manalah tau malam-malam ‘Aisyah’ call minta tolong, kereta dia m**i lagi dekat tengah hutan”. Emak aku balas..”mintak tolong takpe, jangan dia marah mak sebab sebarkan cerita pasal dia dahlah”. Lepas tu kitorang bantai gelak. Akupun heran macam mana diorang terpikir dan berhenti tolong.",
"Sebab Emak dan Amin pernah accident dekat tempat yang sama kira-kira setahun yang lalu. Emak aku cakap masa tu ada dengar bunyi seolah-olah pintu belakang ada orang tutup. Pintu itu memang tertutuplah sebab kereta tengah bergerak tapi dengar macam bunyi orang tutup lagi sekali. Emak aku tidak sedap hati dan terus baca ayat kursi. Tetiber kereta boleh terbabas Amin cakap rasa seolah-olah ada orang pusing stereng kereta dengan mengejut. Nasib baik kereta tidak laju. Tersadai jugaklah diorang. Tayar kereta pecah kalau tidak silap masa itu dan kejadian bertemu dengan ‘Aisyah’ adalah insiden kedua diorang di tempat yang sama, masa pun lebih kurang. Itu sahajalah cerita dari aku. Harap korang suka. Terima kasih"
] | [
"Kereta Amin xsiden tu bukannya ada org pusing stereng Keta dia tp bila tayar meletup memang sering akan tertarik macam direnggut.\nJangan le tayar meletup pun salahkan jin jugak.",
"Assalamualaikum…Puan kisah nie sebijik cerita adik dan mak sy 100 prtus sme..mak sy mmg menjual di pasar Kemaman,bsma adik yg dah kwin ank pun 2 org tgal dgn mak dan ayah..masalah skrg knp sebijik cerita nie..boleh sy tahu puan ambik cerita nie dari siapa..siapa nama peneroka tu? sekadar bertanya.."
] |
https://fiksyenshasha.com/balik-lah-nak-pergi-tempat-lain-tempat-ni-bertuan-kejadian-memancing-waktu-malam-pakcik-tanpa-kepala-muncul/ | “Balik lah nak, pergi tempat lain. Tempat ni bertuan.”- Kejadian Memancing Waktu Malam. Pakcik Tanpa Kepala Muncul | [
"Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Kisah yang saya hendak ceritakan ini dah berusia sedekad yang lalu. Ini kali pertama aku menulis dan hantar bagi FS, sebelum ni jadi silent reader ajolah. Ayuhlah kita mulakan.",
"Aku seorang perempuan tapi memang suka ikut abang ke, sepupu ke, bapak saudara kemana mana sebab lahir lahir dah perangai “jantan” bak kata mak aku. Ikut mood nak ikut atau tak, buat aktiviti yang kasar, tak main ah masak masak ke apa ke, geli lah konon nya. Huhuhu. So, ada suatu hari tu aku ikut atuk saudara (aku panggil dia Paksu), aku pergi memancing kat satu ladang sawit, ladangnya taklah seluas ladang yang biasa kita tengok tu and ladangnya berdekatan dengan rumah, dalam 2 3 minit naik motor. Kami berdua je waktu tu plan nak memancing, yang lain ada Cuma dorang plan pasang pukat burung. So, kami berpecah.",
"Dah pusing pusing dalam ladang, terjumpa laaa port baik untuk memancing. Ada titi kayu melintang atas anak sungai. Dah parking motor, set up sikit mana yang patut maka bermula lah penatian penuh kesabaran. Oh ya, time ni p memancing waktu malam, lepas isyak macam tu. Malam masih muda. Dalam setengah jam macam tu, kami rasa bosan, kami bukak lah lagu jiwang, time tu zaman mp3, so bukak kuat kuat kat mp3, dengarlah samar2 lagunya. Maklumlah, Kawasan tu sunyi. Tak ada orang lalu Lalang. Bunyi enjin kenderaan pun nipis je, bunyi jauh.",
"Tengah sedap layan lagu, feeling2 broken joran ditarik tarik, umpan mengena. Tapi malang nya, ikan terlepas bila dikarau. Takpe bukan rezeki, cuba lagi. Tengah ralit pasang umpan, kitaorang pakai cacing dan belalang time ni, ada seorang pakcik tua datang tegur. Time ni kitaorang tak pandang pakcik tu, biasalah duduk kat titi, kaki hayun2 menghadap sungai (harap korang paham ye).",
"Macam gini dialog nya.",
"Pakcik: dapat ikan ke mancing kat sini nak.",
"Poksu: tak dapat lagi ni pakcik, saja cuba nasib kat sini. Kot kot ada rezeki",
"Aku: tadi ikan tarik tarik, tapi dikarau terlepas pulak.",
"Pakcik: biasanya orang tak dapat ikan mancing kat sini. Jarang orang datang sini malam2. Balik lah nak, pergi tempat lain. Tempat ni bertuan.",
"Dah pakcik tu cakap macam gitu, aku angkat lah kepala nak cakap “oo yeke”, sekali angkat kepala tengok dia, hmm berderau d***h aku bila pakcik tu tak pegang kepala dia sendiri. Maksudnya, dia berdiri sambil kelek kepala dia macam mak mak kelek bakul kain, haa macam gitu. Aku apa lagi, terus bangun pastu lari, paksu aku dah “woii” kan aku, pastu aku jerit ah cakap “hantu sebelah tu woi”. Time tu baru reti dia nak tengok pakcik tu, gelabah biawak bangun lari. Dengan joran, umpan, moto semua tinggal kat situ je. Time lari tu, terngiang ngiang pakcik tu cakap “nak, jangan lari. Pakcik bukan nak takutkan, pakcik cuma pesan.” Keesokkan harinya baru lah kami p ambik moto nya. Joran memang ntah kemana lah, paksu aku sebelum dia lari, dibalingnya joran tu. Hmmm. Nasib baik joran diy je, buat pakai buluh. Taklah terasa sangat kehilangan.",
"Sekian itu saja lah cerita nya. Terima kasih."
] | [
"Sb tu digalakkan baca selawat nabi Sulaiman as tu. Minta izin cari rezeki kat situ. Ni sebagai adab je. bukannya syirik pun, sb dah tentu kat tempat cam tu ada penghuninya.",
"aku rasa tu jin islam la.. sbb dia ckp elok je dan tak gelak lepas korang lari.. cuma dia berupa mcmtu sbb tu je idea yg dia ada..",
"ppeerrrrrggghhhhh",
"hahaha..ringkas dan mudah difahami…takde kepala, ok arr tu sempat lari..kalau org laen mau tak terjelepuk pengsan…"
] |
https://fiksyenshasha.com/dalam-senyum-pun-dia-boleh-sindir-menyindir-mungkin-disebabkan-itulah-jenazah-jadi-seberat-batu/ | “Dalam senyum pun dia boleh sindir menyindir. Mungkin disebabkan itulah”- Jenazah Jadi Seberat Batu. | [
"Kisah ni dah lama dah berlaku. Sekitar awal tahun 2000 di negeri Terengganu. Di dalam kampung saya waktu itu ada seorang makcik ni yang berusia sekitar 60an, dia hidup sendirian setelah kematian suaminya lebih dua puluh tahun yang lalu. Hanya beberapa kali dijenguk anak-anak lelakinya yang seramai 4 orang datang ke rumah. Keempat-empat anak lelakinya sudah berumahtangga, dan semua sudah mempunyai kediaman sendiri.",
"Walaupun anak-anaknya mahu ibu mereka berpindah tinggal dengan mereka secara bergilir, tetapi si ibunya itu yang dikenali sebagai Hajah Tijah tetap berdegil dan tidak mahu meninggalkan rumah pusakanya.",
"Orang kampung kenal dengan Hajah Tijah, seorang yang jarang bergaul dan banyak memerap di dalam rumah sahaja.",
"Orang cakap mulut Hajah Tijah ni leser skit. kalau bercakap pedih-pedih anak telinga ini mendengarnya. Dalam senyum pun dia boleh sindir menyindir. Mungkin disebabkan itulah orang kampung dan jiran jiran tidak berapa nak rapat dengannya.",
"Sampai satu masa, dia diberitakan terkena serangan angin ahmar yang membuatkan separuh badannya lumpuh dan mukanya menjadi herot. Sehinggakan hendak makan dan minum pun terpaksa disuapkan oleh anak menantunya.",
"Hajah Tijah menemui penciptaNYA setelah beberapa bulan terlantar sakit. Atas permintaan anak sulungnya, dia mahu ibunya dikebumikan berdekatan dengan kampung yang didiami anak sulungnya itu sendiri. Kiranya dia tidak mahu berjauhan dengan arwah ibunya, kalau boleh kubur ibunya itu dekat dengan tempat tinggalnya.",
"Berita akan kematian Hajah Tijah itu sampai ke pengetahuan arwah abang long saya. Dia berkawan baik dengan salah seorang anak arwah Hajah Tijah. Pada hari arwah dibawa naik ke rumah anak sulungnya, saya dan abang long saya ada di halaman rumah anak sulung Hajah Tijah.",
"Saya dan Abg Long saya tiba sedikit lewat di rumah anak sulung Hajah Tijah, rasanya sekitar lewat 6 petang. Jadi kami tak sempat hendak membantu apa yang patut. Abg Long saya juga agak keberatan untuk naik ke dalam rumah. Dia hanya naik seketika dan menjenguk dari luar beranda tanpa mahu menjejakkan kaki ke dalam rumah anak sulung Hajah Tijah itu. Dia melihat empat anak lelaki Hajah Tijah sedang memikul pengusung yang membawa jenazah ibunya menuju ke bilik air untuk dimandikan dan dibersihkan.",
"Untuk pengetahuan semua, arwah Hajah Tijah merupakan seorang wanita yang bertubuh kecil molek, tidak berisi dan tidak juga tinggi. Boleh dikatakan ketinggiannya sekitar hampir lima kaki sahaja dan berat badannya mungkin dalam 40-50kilogram sahaja. (Perkiraan kasar)",
"Menurut cerita, ketika 4 anak lelaki Hajah Tijah sedang mengusung jenazah ibunya menuju ke bilik air rumah kampung milik anak sulungnya itu, keempat-empat anak lelakinya bersusah payah dan mengeluarkan sehabis kudrat untuk mengangkat jenazah ke bilik air untuk dimandikan.",
"Terlepas dari mulut salah seorang anak lelaki Hajah Tijah satu perkataan yang amat jujur, tetapi membuatkan hadirin yang hadir terdiam kelu.",
"Salah seorang anak lelaki Hajah Tijah yang sama-sama mengusung jenazah ibunya itu terlepas cakap dan didengari oleh abang long saya.",
"“Berat mayat mak! Berat macam batu!” Rungut salah seorang anak lelakinya tanpa menyedari ucapannya itu telah didengari orang lain.",
"Ada kemungkinan kerana dia terlalu penat mengusung jenazah ibunya itu sehinggakan dia terlupa situasi dia mana dia berada. Luahan anak lelakinya itu dipersetujui oleh tiga lagi anak lelakinya yang sama-sama mengusung jenazah ibunya itu. Peluh di wajah masing-masing bagaikan baharu sahaja selesai bermain badminton selama tiga set tanpa henti layaknya.",
"Korang tahu tak? Saya menulis cerita ini pun hati saya dilanda rasa tak sedap. Dub dab dub dab…! Bukan saya nak mereka reka perasaan ini, malah waktu saya sedang menaip ini, saya sedang memasang surah Ar-Rahman di sebelah saya. Kenapa saya rasa tak menentu apabila cuba menceritakan kisah ini? Sebab saya memang ada di lokasi kejadian dan ini adalah kisah benar.",
"Namun waktu itu saya tak naik ke dalam rumah. Saya lebih selesa berada di halaman rumah anak sulung Hajah Tijah sambil berzikir. Cuba menenangkan perasaan.",
"Waktu semakin menjengah ke senja, hati saya pada hari itu juga dilanda perasaan tidak enak. Abang long saya juga sudah berada bersama-sama dengan saya dan orang kampung yang lain di halaman rumah. Kawasan rumah anak sulung Hajah Tijah dipenuhi dengan pokok-pokok yang menjulang tinggi. Ada pokok durian, pokok kapas dan pokok yang rata-rata semuanya tinggi-tinggi.",
"Waktu hampir gelap, hati saya pada waktu itu semakin tidak menentu. Resah, dan sesekali saya menoleh ke kiri dan kanan tanpa tujuan. Tiba-tiba abang long saya menegur saya apabila dia melihat mulut saya terkumat-kamit seperti membacakan sesuatu. Ya, waktu tu saya sedang membacakan tiga Qul berulangkali. Cuba menenangkan perasaan sebenarnya.",
"“Dee… Mu ada rasa menda-menda ke?” Soal abang long dalam loghat Terengganu.",
"“Rasa dok sedap hati.” Luah saya jujur.",
"Memang senja itu saya berasa amat rimas dan hangat seperti angin langsung tidak mahu bertiup mendinginkan debaran yang sedang mrlanda. Malah detak di dada saya seperti ingin menyatakan sesuatu, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi saya tak dapat meneka apa dia sehinggalah abang long saya mengambil tempat di sebelah saya.",
"Kemudian abang long perlahan-lahan menyuruh saya mendongak memandang ke arah pohon kapas yang bersebelahan dengan pokok itu ada sebatang pokok yang sudah m**i, hanya tinggal ranting sahaja.",
"Saya melihat, tetapi tak ada apa-apa yang dapat ditangkap oleh retina mata saya. Kemudian saya menoleh dan bertanya kepada abang long saya.",
"“Ada mende long?”",
"“Dok napok ke?” Tanya abang long lagi bersama senyuman kecil.",
"“Mende? Dok napok. Mata acik bukannya buleh napok benda ghaib.” Tingkah saya. Saya memang tahu abang-abang saya memang dianugerahkan Allah sesuatu yang boleh dikatakan mampu melihat sesuatu di sebalik mata. Terutama abang long saya.",
"“Ce mu tengok betul-betul dengan mata hati mu.” Kata abang long.",
"Saya diam dan merenung sahaja di puncak pokok m**i itu. Mungkin abang long fikir saya memang tak nampak agaknya, lantas dia dengan perlahan-lahan membisikkan sesuatu dekat telinga saya. Seperti tidak mahu didengari oleh orang lain.",
"“Arwah makcik Tijah ada bertenggek di hujung pokok m**i tu!” Kata abang long.",
"“Allahuakbar!” Ucap saya perlahan.",
"Bulat mata saya, serta merta bulu roma di belakang leher saya mengembang sehingga dirasakan naik ke kepala. Patutlah dari tadi lagi hati dan naluri saya langsung tidak sekata dan tidak enak. Memang ada secuit perasaan takut mulai memanjat ke dada. Tetapi abang long perlahan-lahan menitipkan pesanan.",
"“Baca ayatul Qursi. Selawat, baca tiga Qul. Jangan berhenti.” Pesannya.",
"Saya pun turuti apa yang dipesannya. Perasaan seram itu berlalu apabila azan Maghrib berkumandang dari masjid yang berdekatan. Terus hilang rasa seram dan tidak sedap hati. Demi ALLAH, memang rasa menyesal pulak ikut abang long menziarahi jenazah Hajah Tijah.",
"Pesan abang long lagi kepada saya.",
"“Balik rumah, basuh kaki. Baca ayatul Qursi dan terus masuk mandi dan solat.”",
"Saya hanya mengangguk kecil. Tidak sampai dua minit selepas azan Maghrib selesai berkumandang, abang long saya mengajak saya pulang. Tanpa bertangguh, saya turuti sahaja abang long saya itu.",
"Sebelum sampai ke kereta, abang long menguntum pesanan lagi buat saya.",
"“Jangan sebut, jangan bercerita apa-apa pasal ini. Bimbang ‘dia’ ikut kita. Benda ini tahu, bila kita tahu dia ada.” Pesan abang long.",
"Kami pulang dan kami berbual topik cerita yang lucu dan ada juga topik sukan. Sedaya upaya kami mengelak daripada berbual apa yang kami rasai di perkarangan rumah anak sulung Hajah Tijah sebentar tadi.",
"Saya tak pasti, apakah amalan yang diamalkan oleh Hajah Tijah sehinggakan jenazahnya begitu berat untuk dipikul anak-anak lelakinya yang tegap dan muda-muda itu. Sedangkan tubuh arwah kecil sahaja. Dan sememangnya saya amat tidak selesa setiap kali ada sesuatu yang tidak diundang hadir memerhati. Mujurlah hijab saya masih terjaga, saya tak taulah satu hari nanti kalau-kalau hijab saya boleh terkuak dengan sepenuhnya, mau pengsan saya.",
"Abang long saya masih tenang, walaupun dia mampu melihat sesuatu yang tidak dapat saya lihat. Kini abang long saya juga sudah kembali kepada ALLAH SWT. Peristiwa ini akan terpahat di dalam ingatan saya sampai bila-bila. Terutama apabila abang long saya menerangkan bagaimana rupa arwah ketika dia terpandang di puncak pokok yang sudah m**i itu. Ya, saya tidak akan lupa.",
"Saya nak tidur dulu. Ayatul Qursi akan menjadi peneman saya malam ini. Seram wehhh…!",
"Al fatihah buat arwah abang long saya.",
"– oleh Saidee Nor Azam."
] | [
"CERITA YG SAMA DGN JENAZAH SEBERAT BATU",
"kita perlukan lebih banyak cerita macam ni . sebagai pengajaran juga. tq",
"ni sama dgn yg sebelah kan. ?",
"Ghey mana yg publish citer ni lagi???",
"macam sama dengan jenazah seberat batu je min",
"post 2 kali dengan tajuk berbeza?"
] |
https://fiksyenshasha.com/jenazah-seberat-batu/ | JENAZAH SEBERAT BATU | [
"Kisah ni dah lama dah berlaku. Sekitar awal tahun 2000 di negeri Terengganu. Di dalam kampung saya waktu itu ada seorang makcik ni yang berusia sekitar 60an, dia hidup sendirian setelah kematian suaminya lebih dua puluh tahun yang lalu. Hanya beberapa kali dijenguk anak-anak lelakinya yang seramai 4 orang datang ke rumah. Keempat-empat anak lelakinya sudah berumahtangga, dan semua sudah mempunyai kediaman sendiri.",
"Walaupun anak-anaknya mahu ibu mereka berpindah tinggal dengan mereka secara bergilir, tetapi si ibunya itu yang dikenali sebagai Hajah Tijah tetap berdegil dan tidak mahu meninggalkan rumah pusakanya.",
"Orang kampung kenal dengan Hajah Tijah, seorang yang jarang bergaul dan banyak memerap di dalam rumah sahaja.",
"Orang cakap mulut Hajah Tijah ni leser skit. kalau bercakap pedih-pedih anak telinga ini mendengarnya. Dalam senyum pun dia boleh sindir menyindir. Mungkin disebabkan itulah orang kampung dan jiran jiran tidak berapa nak rapat dengannya.",
"Sampai satu masa, dia diberitakan terkena serangan angin ahmar yang membuatkan separuh badannya lumpuh dan mukanya menjadi herot. Sehinggakan hendak makan dan minum pun terpaksa disuapkan oleh anak menantunya.",
"Hajah Tijah menemui penciptaNYA setelah beberapa bulan terlantar sakit. Atas permintaan anak sulungnya, dia mahu ibunya dikebumikan berdekatan dengan kampung yang didiami anak sulungnya itu sendiri. Kiranya dia tidak mahu berjauhan dengan arwah ibunya, kalau boleh kubur ibunya itu dekat dengan tempat tinggalnya.",
"Berita akan kematian Hajah Tijah itu sampai ke pengetahuan arwah abang long saya. Dia berkawan baik dengan salah seorang anak arwah Hajah Tijah. Pada hari arwah dibawa naik ke rumah anak sulungnya, saya dan abang long saya ada di halaman rumah anak sulung Hajah Tijah.",
"Saya dan Abg Long saya tiba sedikit lewat di rumah anak sulung Hajah Tijah, rasanya sekitar lewat 6 petang. Jadi kami tak sempat hendak membantu apa yang patut. Abg Long saya juga agak keberatan untuk naik ke dalam rumah. Dia hanya naik seketika dan menjenguk dari luar beranda tanpa mahu menjejakkan kaki ke dalam rumah anak sulung Hajah Tijah itu. Dia melihat empat anak lelaki Hajah Tijah sedang memikul pengusung yang membawa jenazah ibunya menuju ke bilik air untuk dimandikan dan dibersihkan.",
"Untuk pengetahuan semua, arwah Hajah Tijah merupakan seorang wanita yang bertubuh kecil molek, tidak berisi dan tidak juga tinggi. Boleh dikatakan ketinggiannya sekitar hampir lima kaki sahaja dan berat badannya mungkin dalam 40-50kilogram sahaja. (Perkiraan kasar)",
"Menurut cerita, ketika 4 anak lelaki Hajah Tijah sedang mengusung jenazah ibunya menuju ke bilik air rumah kampung milik anak sulungnya itu, keempat-empat anak lelakinya bersusah payah dan mengeluarkan sehabis kudrat untuk mengangkat jenazah ke bilik air untuk dimandikan.",
"Terlepas dari mulut salah seorang anak lelaki Hajah Tijah satu perkataan yang amat jujur, tetapi membuatkan hadirin yang hadir terdiam kelu.",
"Salah seorang anak lelaki Hajah Tijah yang sama-sama mengusung jenazah ibunya itu terlepas cakap dan didengari oleh abang long saya.",
"“Berat mayat mak! Berat macam batu!” Rungut salah seorang anak lelakinya tanpa menyedari ucapannya itu telah didengari orang lain.",
"Ada kemungkinan kerana dia terlalu penat mengusung jenazah ibunya itu sehinggakan dia terlupa situasi dia mana dia berada. Luahan anak lelakinya itu dipersetujui oleh tiga lagi anak lelakinya yang sama-sama mengusung jenazah ibunya itu. Peluh di wajah masing-masing bagaikan baharu sahaja selesai bermain badminton selama tiga set tanpa henti layaknya.",
"Korang tahu tak? Saya menulis cerita ini pun hati saya dilanda rasa tak sedap. Dub dab dub dab…! Bukan saya nak mereka reka perasaan ini, malah waktu saya sedang menaip ini, saya sedang memasang surah Ar-Rahman di sebelah saya. Kenapa saya rasa tak menentu apabila cuba menceritakan kisah ini? Sebab saya memang ada di lokasi kejadian dan ini adalah kisah benar.",
"Namun waktu itu saya tak naik ke dalam rumah. Saya lebih selesa berada di halaman rumah anak sulung Hajah Tijah sambil berzikir. Cuba menenangkan perasaan.",
"Waktu semakin menjengah ke senja, hati saya pada hari itu juga dilanda perasaan tidak enak. Abang long saya juga sudah berada bersama-sama dengan saya dan orang kampung yang lain di halaman rumah. Kawasan rumah anak sulung Hajah Tijah dipenuhi dengan pokok-pokok yang menjulang tinggi. Ada pokok durian, pokok kapas dan pokok yang rata-rata semuanya tinggi-tinggi.",
"Waktu hampir gelap, hati saya pada waktu itu semakin tidak menentu. Resah, dan sesekali saya menoleh ke kiri dan kanan tanpa tujuan. Tiba-tiba abang long saya menegur saya apabila dia melihat mulut saya terkumat-kamit seperti membacakan sesuatu. Ya, waktu tu saya sedang membacakan tiga Qul berulangkali. Cuba menenangkan perasaan sebenarnya.",
"“Dee… Mu ada rasa menda-menda ke?” Soal abang long dalam loghat Terengganu.",
"“Rasa dok sedap hati.” Luah saya jujur.",
"Memang senja itu saya berasa amat rimas dan hangat seperti angin langsung tidak mahu bertiup mendinginkan debaran yang sedang mrlanda. Malah detak di dada saya seperti ingin menyatakan sesuatu, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi saya tak dapat meneka apa dia sehinggalah abang long saya mengambil tempat di sebelah saya.",
"Kemudian abang long perlahan-lahan menyuruh saya mendongak memandang ke arah pohon kapas yang bersebelahan dengan pokok itu ada sebatang pokok yang sudah m**i, hanya tinggal ranting sahaja.",
"Saya melihat, tetapi tak ada apa-apa yang dapat ditangkap oleh retina mata saya. Kemudian saya menoleh dan bertanya kepada abang long saya.",
"“Ada mende long?”",
"“Dok napok ke?” Tanya abang long lagi bersama senyuman kecil.",
"“Mende? Dok napok. Mata acik bukannya buleh napok benda ghaib.” Tingkah saya. Saya memang tahu abang-abang saya memang dianugerahkan Allah sesuatu yang boleh dikatakan mampu melihat sesuatu di sebalik mata. Terutama abang long saya.",
"“Ce mu tengok betul-betul dengan mata hati mu.” Kata abang long.",
"Saya diam dan merenung sahaja di puncak pokok m**i itu. Mungkin abang long fikir saya memang tak nampak agaknya, lantas dia dengan perlahan-lahan membisikkan sesuatu dekat telinga saya. Seperti tidak mahu didengari oleh orang lain.",
"“Arwah makcik Tijah ada bertenggek di hujung pokok m**i tu!” Kata abang long.",
"“Allahuakbar!” Ucap saya perlahan.",
"Bulat mata saya, serta merta bulu roma di belakang leher saya mengembang sehingga dirasakan naik ke kepala. Patutlah dari tadi lagi hati dan naluri saya langsung tidak sekata dan tidak enak. Memang ada secuit perasaan takut mulai memanjat ke dada. Tetapi abang long perlahan-lahan menitipkan pesanan.",
"“Baca ayatul Qursi. Selawat, baca tiga Qul. Jangan berhenti.” Pesannya.",
"Saya pun turuti apa yang dipesannya. Perasaan seram itu berlalu apabila azan Maghrib berkumandang dari masjid yang berdekatan. Terus hilang rasa seram dan tidak sedap hati. Demi ALLAH, memang rasa menyesal pulak ikut abang long menziarahi jenazah Hajah Tijah.",
"Pesan abang long lagi kepada saya.",
"“Balik rumah, basuh kaki. Baca ayatul Qursi dan terus masuk mandi dan solat.”",
"Saya hanya mengangguk kecil. Tidak sampai dua minit selepas azan Maghrib selesai berkumandang, abang long saya mengajak saya pulang. Tanpa bertangguh, saya turuti sahaja abang long saya itu.",
"Sebelum sampai ke kereta, abang long menguntum pesanan lagi buat saya.",
"“Jangan sebut, jangan bercerita apa-apa pasal ini. Bimbang ‘dia’ ikut kita. Benda ini tahu, bila kita tahu dia ada.” Pesan abang long.",
"Kami pulang dan kami berbual topik cerita yang lucu dan ada juga topik sukan. Sedaya upaya kami mengelak daripada berbual apa yang kami rasai di perkarangan rumah anak sulung Hajah Tijah sebentar tadi.",
"Saya tak pasti, apakah amalan yang diamalkan oleh Hajah Tijah sehinggakan jenazahnya begitu berat untuk dipikul anak-anak lelakinya yang tegap dan muda-muda itu. Sedangkan tubuh arwah kecil sahaja. Dan sememangnya saya amat tidak selesa setiap kali ada sesuatu yang tidak diundang hadir memerhati. Mujurlah hijab saya masih terjaga, saya tak taulah satu hari nanti kalau-kalau hijab saya boleh terkuak dengan sepenuhnya, mau pengsan saya.",
"Abang long saya masih tenang, walaupun dia mampu melihat sesuatu yang tidak dapat saya lihat. Kini abang long saya juga sudah kembali kepada ALLAH SWT. Peristiwa ini akan terpahat di dalam ingatan saya sampai bila-bila. Terutama apabila abang long saya menerangkan bagaimana rupa arwah ketika dia terpandang di puncak pokok yang sudah m**i itu. Ya, saya tidak akan lupa.",
"Saya nak tidur dulu. Ayatul Qursi akan menjadi peneman saya malam ini. Seram wehhh…!",
"Al fatihah buat arwah abang long saya.",
"– oleh Saidee Nor Azam."
] | [] |
https://fiksyenshasha.com/reban-ayam/ | REBAN AYAM | [
"Insya Allah, novel pertama saya berjudul KISAH YUNUS JILID 1 akan keluar tidak lama lagi. Di sini, saya sumbangkan kisah semasa saya masih kanak-kanak di rumah moyang saya di Kedah.",
"Jika ada di antara pembaca yang ingin memesan buku, bolehlah email saya di [email protected].",
"REBAN AYAM",
"Semuanya tersangat jelas terpampang di mata, sehingga kepada warna baju Melayu yang aku pakai, lebih empat puluh lima tahun dahulu. Kejadian yang menakutkan aku semasa kanak-kanak itu, masih jelas di fikiran sehingga kepada bau longkang yang seolah terbau di hidung ketika aku membayangkan kisah ini.",
"Reban ayam moyangku terletak di sebelah kiri dapur. Di belakangnya ialah tanah milik orang kampung yang kosong, namun penuh dengan pokok keladi gajah dan pokok pukul lima, yang sangat sinonim dengan negeri Kedah. Di situ juga, ada rimbunan pokok kelambu harimau dan sebatang parit yang kalau hujan, sangat jernih airnya.",
"Aku dan kawan-kawan memang akan bermain di dalam semak itu kerana beberapa buah rumah jiran dekat-dekat dengan tanah kosong itu. Kami berebut satu kawasan di mana ada pokok-pokok kecil yang mengeluarkan bau seakan buah epal jika dipetik daunnya. Kami menyangka ia adalah pokok epal, walaupun aku selalu melihat pokok epal di negara orang waktu itu. Berebutlah kami, berangan akan makan epal yang merah dan manis. Kanak-kanak dengan khayalan yang kudus waktu itu, tidak seperti sekarang.",
"Emakku juga tidak risau jika tidak nampak kelibatku di sekeliling rumah. Emak dan ayahku tahu, si kawasan semak itulah kami akan berada. Waktu itu, arwah Chik masih sihat dan dia akan bermain dengan kami selepas menguruskan emaknya. Chik akan pastikan ibunya tidur dahulu, barulah dia akan turun bermain. Kami telah membina pondok dari daun pisang. Pondoknya besar dan panjang, dan kami tersangat bangga dengan pondok kami. Bumbung reban ayam moyangku nampak dari tempat kami membina pondok.",
"Maka, seharianlah kami berada di dalam pondok yang luas dan panjang itu. Kawan-kawanku juga tinggal tidak jauh dari rumah moyangku. Jika waktu makan tengah hari dan waktu solat tiba ibu bapa kawan-kawanku dan emakku sendiri hanya akan melaung dari rumah. Semuanya kami buat bersama. Nilai persahabatan waktu itu, letaklah duit sebanyak mana pun, tidak mungkin akan sama nilainya.",
"Reban ayam moyangku itu dia tingkat. Bahagian atas adalah bahagian sarang dan tempat untuk ayam tidur dan bertenggek. Bahagian bawah hanyalah tanah dan besen-besen makanan diletakkan. Ayam-ayam juga akan mandi pasir di situ, menjadikan tanahnya berlubang-lubang dan sedikit berdebu.",
"Selepas kawan-kawanku selesai mengaji di masjid, “markas” baru itu menjadi tumpuan. Kami akan dapat mendengar bunyi ayam dari pondok daun pisang kami.",
"Suatu hari, sementara menunggu kawan-kawanku pulang dari mengaji, aku masuk ke dalam pondok dan baring-baring di atas susunan daun pisang. Hampir terlelap aku kerana pondok kami bukan sahaja sejuk, malah gelap kerana daun pisang yang disusun memang banyak. Aku berbaring di tengah pondok, dan kemudian terdengar bunyi seperti kaki sedang meranduk rumput. Bunyinya seperti kaki diseret, seolah yang berjalan itu tempang.",
"Jika sesiapa lalu, aku akan nampak dari pintu pondok yang ternganga. Pintunya sengaja kami sempitkan dan ranting-ranting pokok kelambu harimau ditambah untuk menggelapkan pondok. Puas menunggu, tiada siapa pun yang lalu sedangkan bunyi seretan kaki itu seolah berlegar-legar mengelilingi pondok.",
"Aku cuba mengintai, namun tiada sosok yang kelihatan. Bunyi seretan itu masih mengelilingi pondok. Seketika kemudian, aku mendengar seretan kaki itu melangkah dengan cepat. Gerombolan kawan-kawanku sudah usai dengan Muqaddam mereka. Bagai burung pulang ke sarang, masing-masing masuk ke dalam pondok bergelak ketawa.",
"Hari telah petang, dalam jam lima setengah begitu. Kami meninggalkan pondok dan lalu di reban ayam untuk ke terusan Wan Mat Saman mencari belalang untuk dijadikan umpan mengail sepat dan puyu. Kerana tepi dan depan itu ditutup dengan dawai sangkar ayam, aku sepintas melihat seperti sosok manusia bongkok berwarna hitam tenggelam di dalam pasir tempat ayam-ayam suka berkubang. Ayam-ayam di dalam reban juga resah dan asyik berketuk nyaring.",
"“Pasai apa ayam dok hingaq (bising) tu? Ada ulaq ka? “ tanya seorang dari kawanku sambil matanya juga mengerling ke arah reban ayam. Yang lain juga terhenti langkah dan menoleh melihat reban ayam yang bising dengan ayam yang tidak berhenti berketuk.",
"Kami menghampiri reban ayam dan terdengar laungan dari moyangku. Aku menyahut memberitahu kami di depan reban tetapi tidak nampak apa-apa yang menyebabkan ayam-ayam moyangku ketakutan seperti ada ular sawa yang berjaya masuk ke dalam reban.",
"Kerana tidak melihat ada bahaya di dalam reban, kami beredar meninggalkan reban ayam itu. Joran buluh masing-masing kami sorokkan di dalam semak di batas tali air itu. Belalang dan cengkerik sangat banyak di dalam semak, memudahkan kami dengan kegiatan yang paling kami sukai itu. Ikan juga tersangat banyak di dalam tali air, dan tidak pernah menghampakan kami.",
"Kami pulang dengan tangkapan ikan yang kami bungkus dengan daun bemban. Kami telah berjanji akan berjumpa di masjid di tengah kampung (waktu itu). Semasa aku sampai, ayam-ayam sedang makan dan tiada bunyi ketukan seperti tadi.",
"Aku disuruh mandi kerana Maghrib akan menjelang. Bilik mandi juga hanya sepelaung dari reban ayam itu. Di belakang bilik mandi, ada serumpun buluh telur yang rimbun. Semasa aku mandi, aku nampak dedaun buluh itu seperti dilanggar sesuatu dan bergegar. Aku tidak mengendahkannya kerana aku hendak cepat. Kami akan berjalan kaki ke masjid, termasuklah Chik jika ibunya tidak meragam. Tetapi selalunya, ibu Chik yang sudah nyanyuk itu seolah faham dan tidak meragam kecuali apabila dia demam.",
"Semasa aku keluar dari bilik mandi, di hujung mata, sekali lagi aku ternampak sosok bongkok berwarna hitam yang seolah meresap masuk ke dalam reban ayam. Mungkin perasaanku sahaja, dan aku naik dan menukar baju. Ayam-ayam di reban menjadi riuh semula dan emak dan moyanngku menyuruh aku pergi melihat. Aku menyarung baju Melayu berwarna hijau pucuk pisang dan usai, aku terjun dari pelantar dapur dan berlari ke reban ayam.",
"Sampai sahaja, aku terjerit kerana ketakutan. Di dalam reban ayam itu, aku nampak satu sosok seperti manusia tetapi semuanya berwarna hitam sedang memegang seekor ayam betina yang telah terkulai. Di mulut sosok hitam dengan gigi yang panjang dan tajam-tajam itu, aku nampak kepala ayam tadi yang sudah terputus seolah disedut masuk ke mulutnya. Bunyi pepakan atau kunyahan tulang kedengaran jelas. Aku terkejut dan hampir tersadung kakiku pada pokok-pokok serai yang ditanam moyangku di situ.",
"“Pasai apa dik?” tanya ayahku yang muncul di atas pelantar dapur.",
"“Hantu ayah. Dia dok makan ayam!” kataku ketakutan dan berlari pantas ke arah rumah moyangku.Aku terus melompat ke atas pelantar yang tidak berbumbung dan menyorok di belakang ayahku.",
"“Dia hitam, rambut panjang, mata merah, gigi tajam dok makan kepala ayam” kataku memberitahu ayahku.",
"Ayahku segera terjun ke tanah dan berlari ke arah reban ayam. Belum sempat sampai, kami nampak sekujur tubuh yang pipih (nipis) dan bahagian bawahnya seperti ular meluncur keluar dan menuju ke arah pondok kami. Rambutnya menggerbang berenjut enjut, nampak seperti keriting halus rambutnya. Orang kulit hitam di tempat kami jika rambut mereka panjang, begitulah keadaannya. Bentuknya seperti segitiga dan sangat jelas di mataku di petang itu.",
"Ayahku mengejar dengan tangan kosong dan hilang di dalam semak di tanah kosong itu. Tidak lama kemudian, aku nampak ayahku muncul dari belakang pokok buluh telur dan naik semula ke pelantar. Sebelum naik, ayahku mencuci kakinya di guri (tempayan) kecil yang sentiasa penuh airnya, diguna moyangku untuk mencuci kakinya selepas memberi ayam makan, walaupun kakinya beralas selipar.",
"Aku mengikut ayahku masuk. Ayahku terus pergi berjumpa dengan datuknya yang sedang membelek kitab lama. Ayahku memberitahu apa yang kami lihat. Moyangku mulanya diam dan matanya masih melekat pada kitab yang dipegangnya.",
"“Sat lagi hang pi cari hampaih nyoq (hampas kelapa). Ambik juga tiga batang jarum yang kecik. Bawak mai dan letak sini” kata moyangku sambil mula berdiri. Moyangku sudah sakit-sakit lututnya, namun matanya masih terang dan masih mampu membaca kitab dan Quran tanpa cermin mata.Emakku yang terlopong di muka pintu antara rumah ibu dan rumah dapur, memandang ayahku.",
"“Tak pa bang, saya kukoq (parut dengan alat kukuran). Esok nak buat nasi lemak” kata ibuku pantas berlalu ke dapur, diikuti kakakku.",
"Ayahku menyuruh neneknya mendapatkan tiga batang jarum di dalam bilik moyangku . Seperti moyang lelakiku, moyang perempuanku masih mampu menyulam tanpa menggunakan cermin mata. Mereka ada petuanya dan aku pernah mencubanya. Benar, air embun yang terperangkap di dalam pucuk bemban, jika ia terkena mata, sejuknya seperti kita menitik Eye-Mo ke mata. Itulah petua mereka turun temurun.",
"Moyangku masuk ke dalam biliknya. Agak lama juga dia di dalam. Maghrib makin hampir, namun mujurlah aku tidak mendengar suara kawan-kawan atau Chik yang datang memanggil. Seketika kemudian, ibuku datang membawa besen hampas kelapa. Entah apa yang dibaca oleh moyangku setelah tiga batang jarun jahit yang kecil dan pendek digaul bersama hampas kelapa itu.Moyang lelakiku turun melaui tangga rumah selang dan menyarung selipar menuju tepat ke reban ayam. Aku dah ayahku mengikut dari belakang, menjarakkan diri kerana sudah tahu kerenah moyangku.",
"Moyangku duduk bertinggung di depan reban ayam sambil mulutnya terkumat-kamit. Dalam remang petang itu, semak belukar di belakang reban ayam bergerak-gerak seperti ditolak dengan tangan. Aku dan ayahku terteleng-teleng mencari kelibat makhluk yang sedang meranduk semak.Dan alangkat terkejutnya aku, bila nampak satu sosok hitam yang agak rapat dengan tanah. Ia seolah terapung, berkepala manusia tetapi badannya panjang seperti belut atau ular air. Berwarna hitam dengan seluruh badan sudah carik-carik seperti ikan laga yang bergaduh, makhluk hitam itu datang mendekat. Hidungnya yang panjang sedikit itu menghidu-hidu bau di angin, seolah sedang menikmati aroma bau masakan yang sedap.",
"Kemudian, makhluk itu sudah berada di tepi reban ayam. Ayam-ayam yang tadi sibuk mencari tempat tenggek untuk tidur, kini mula berketuk dan berbunyi seperti siang tadi. Makhluk hitam itu semakin mendekat. Moyangku berdiri lebih kurang sedepa dari besen yang diletakkan di atas tanah, memerhati makhluk yang seolah tidak nampak atau tidak dapat mengesan moyangku yang sedang berdiri itu.",
"Mata makhluk itu merah menyala, dan tertumpu kepada besen buruk yang berisi hampas kelapa itu. Segera diterkam dan dengan lidah yang panjang dan tirus, makhluk itu menjilat-jilat hampas kelapa layak seorang budak menjilat ais krim yang sedap. Lidahnya panjang dan makhluk itu tersangat rakus menjilat hampas kelapa itu.",
"Tidak lama kemudian, makhluk itu terpelanting dan melanggar dawai reban ayam dan terjelepuk di situ. Lidahnya yang panjang keluar masuk seperti lidah biawak, dan kemudian aku agak, barulah dia nampak kelibat moyangku. Rupa yang ditunjukkannya seperti terkejut dan dengan Gerakan yang pantas, makhluk itu menyusur ke arah tepi rumah jiran bak ular yang cuba melarikan diri dari bahaya.",
"“Hang pa hambat (kejar), tengok mana dia pi” perintah moyangku.",
"Aku segera berlari mengikut ayahku, merentas pagar kawat yang pokok cenerai berbaris menyembunyikan kawat yang berkarat itu. Mujurlah kami sudah biasa dan nampak makhluk hitam itu lari ke tepi rumah orang kampung. Di tepi dapurnya yang di atas tanah itu ada parit limbahan dengan air yang busuk. Makhluk hitam itu terjun ke dalam air yang busuk itu dan muncul, dan memanjat segugus pokok nibung yang tumbuh di tepi parit limbahan itu.",
"Pokok-pokok nibung itu nampaknya sudah tua dan makhluk tadi yang seperti ular, memanjat salah satu batang nibung dengan cepat dan hilang di celah-celah pelepah nibung yang berduri tajam itu. Ayahku melompat parit dan meludah pokok nibung yang dipanjat makhluk itu, dan mengajakku pulang.",
"Remang senja makin kelihatan. Mega berwarna merah dan jingga berarak di langit, tanda senja akan menjelang. Kami sampai ke rumah moyangku, dan di jalan, aku nampak ada beberapa kawan rapatku sedang menunggu.",
"Kanak-kanak, apa yang kami tahu? Nampak sahaja kawan-kawanku sedang menunggu, aku mendapatkan mereka dan berlumba lari ke arah masjid. Perkara tadi, terus tertanggal dari ingatan.Aku tidak tahu apa yang dibuat oleh moyangku. Tetapi setelah beberapa hari, aku terpandang kepada pokok-pokok nibung yang nampak dari tingkap dapur rumah moyangku. Pokok nibung yang dipanjat makhluk itu hitam terbakar bagai dipanah halilintar. Pohon yang lain tidak terjejas dan pelepahnya yang lendut ke bawah masih terbuai-buai dipuput angin.",
"Dan itulah kali terakhir aku nampak makhluk aneh itu."
] | [
"menarik pak engku…tulis la lagi.\ncuma pokok pukul lima tu pak engku maksudkan pokok paku lima ka"
] |
https://fiksyenshasha.com/kembara-enam-sahabat-lagenda-urban-bahagian-i/ | KEMBARA ENAM SAHABAT : LAGENDA URBAN [BAHAGIAN I] | [
"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku nak perkenalkan diri buat yang belum pernah membaca penulisan aku di dunia Fiksyen Shasha ni, namaku Kasyaf Mahmud. Buat yang pernah, semoga korang ingatlah aku ni siapa haha.\nKali ini aku nak share satu cerita yang bagiku agak seram kalau dilalui sendiri, kalau dengar-dengar, mungkinlah bagi korang tak seram. Tapi why not baca dulu kan. Manatau ada yang pernah senasib dengan aku, korang bolehlah share pengalaman korang di ruangan komen mahupun ceritakan di Fiksyen Shasha ni.\nKisah ni terjadi masa aku Tingkatan 5. Betul-betul tak lama lepas aku pergi bersilat dalam alam bunian tu. Kalau korang tak ingat ataupun belum tahu, bolehlah search cerita KEMBARA ENAM SAHABAT-INDERA. Ada dua bahagian, jadi, bacalah kalau ada masa terluang.",
"Aku mulakan cerita. Mungkin ramai yang tak tahu, aku ni pemain bola sepak sekolah dengan empat orang lagi member aku yang mungkin korang dah lupa iaitu Rizman, Helmi, Fiqri dan Ameen. Manakala Amanda pula pemain futsal kategori perempuan. Jadi, kitorang ni wakil sekolahlah dan pertandingan tu diadakan di salah sebuah sekolah yang aku rahsiakan nama dia. Memandangkan banyak pusingan, jadi kitorang pun diminta untuk menetap kat sekolah tu selama seminggu.",
"Sebelum aku pergi sekolah tu, banyaklah kisah-kisah seram yang budak-budak sekolah aku ni cerita. Biasalah,budak-budak harian yang tak pernah duduk asrama. Cerita seram cliché yang aku boleh kategorikan sebagai urban legend dan cerita paling famous dekat sekolah tu adalah “Penari Tradisional”.\nCerita pasal sekolah tu, bagiku sekolah tu agak unik di mana sekolah ini berada di pinggir laut. Jadi, tak mustahil la banyak pantang larang pun.\nJadi, sebelum berangkat ke sekolah adalah beberapa syarat dan pantang larangnya sebab sekolah ni berada dalam kawasan pedalaman cikgu aku cakap. So, bila dah pedalaman ni, mestilah ada syarat dan pantang larang dia.",
"Sebelum kitorang berangkat tu, ada seorang lelaki tua yang menjadi pengiring kitorang. Dia pun bagitaulah kitorang tentang syarat dan pantang larang kat sekolah tu. Antara yang aku ingat, “Syarat yang utama, sebaik bas masuk ke pagar sekolah, jangan lupa baca Al-Fatihah dan cakap dalam hati, kami datang sini setakat nak bertanding. Walaupun kami tetamu, kami takkan kacau kamu.\nPantang larang yang pertama pula, jangan berjaga lebih daripada pukul 10 malam. Pantang larang kedua kalau dah langgar pantang larang pertama, jangan buat apa-apa pergerakan. Maksudnya, lepas je pukul 10 kalau tak tidur lagi, baring secara statik. Jangan sesekali ada sebarang bunyi mahupun pergerakan. Kalau langgar juga pantang nombor 2, saya tak boleh jamin keselamatan kamu dekat sana. Faham?” tegas dan garang orang tua tu bercakap. Aku ni pulak, badan dah penat apa bagai sebab minggu ni berlatih tanpa henti, aku dengar tak dengar jelah apa orang tua tu cakap. Biasalah, budak lagi kan masetu. Tapi, sebab dah biasa lalui benda ni, aku tak anggaplah benda ni mengarut. Cuma masatu aku penat gila, so, setakat tiga pantang larang tu apalah sangat nak ikut.",
"Long story short, kitorang pun berangkatlah dan tahu tak. Syarat yang utama tu aku dah langgar di mana, aku tertidur dalam bas. Aku tersedar lepas dengar suara guru pengiring aku kejutkan kitorang. So, cepat-cepat aku baca al fatihah dan ulang ayat pakcik tu tadi. Semasa turun dari bas, Rizman dan Helmi tegur aku.\n“Wehhhh, aku tertidur siak tadi. Aku tak baca Al-Fatihah pun. Macam mana eh?” soal Rizman.\n“Sama bodo. Aku pun. Mengantuk gila aku rasa tadi. Sedar-sedar dah sampai”. Ujar Helmi pula.\n“Kau Kasy? Macam mana?” soal diorang serentak.\nAku menguap panjang sambil menggosok mata. “Aku pun lupa”. Jawabku tenang.\n“Santai gila kau”. Tegur Helmi.\n“Bukan masalah santai, benda dah tertidur. Nak buat macam mana kan? Lagipun, kita datang sini bukan nak buat kerja jahat. So, lek ahh. Kalut sangatlah korang. Kalau takut, baca jelah Al-Fatihah dan ikut apa yang pakcik tu cakap pagi tadi. Settle”.\n“Boleh ke do? Tapi tadi dia cakap, masa bas masuk pagar. Sekarang, bas dah terlebih dah,” jelas riak risau pada wajah Rizman semasa mengutarakan kata-kata tersebut.\nBelum sempat aku menjawab, Fiqri, Ameen dan Amanda menyusul kat belakang. Masing-masing wajah pucat dan takut.",
"“Weh, tadi kitorang tak sempat siak nak ikut syarat pakcik tu. Macam mana eh?”\nAmanda mewakili budak Fiqri dan Ameen. Suaranya berbisik, risau didengari oleh cikgu pengiring kitorang yang tengah mengira bilangan pelajar dan tiba-tiba cikgu tu pandang kitorang semua dengan wajah risau. “Ada antara kamu hilang ni”.\nKitorang semua berpandangan antara satu sama lain dan aku pun perasan bilangan kitorang tak cukup.\n“Okay macam ni, memandangkan kamu semua je yang tinggal sekarang, jadi saya taknak malamni semua daripada kamu berjaga. Tapi sebelum tu, saya nak dari sebelah kiri saya, kira nombor masing-masing. Shazwan, satu!”\nSampailah ke giliran aku yang terakhir. “Kasyaf, 30 cikgu!”\n“Okay baik, tiga puluh. Nanti saya tengok balik list nak tengok siapa lagi yang belum ada kat sini. Sepatutnya kamu semua mesti ada kat sini sebab ada satu bas saja. Ni mesti ada dalam kalangan kamu tak ikut syarat yang disuruh”. Bebel cikgu pengiring tu.\nKitorang berenam dah gelabah. Sebab kitorang yang tak ikut syarat tu. Cumanya nasib baik tak hilang lagi dari radar.\n“Jangan nasib baik lagi kalau kamu masih ada dekat sini. Saya nak sebelum bergerak ke asrama tu, baca balik Al Fatihah dan ayat yang Pak Lat ajar. Kalau dah, baru boleh bergerak masuk ke asrama”. Pergh, macam tahu-tahu je apa yang aku cakap dalam hati. Hebat siak.",
"Kemudian, semua orang mula bergerak ke asrama mengikut barisan. Kitorang berenam ni alang-alang dah sebaris, jadi ada dua orang pelajar yang mengiring untuk pergi ke asrama. Dahsyat, selamani kalau pergi sekolah lain tak pernah kena iring. Ni first time mat, memang terasalah betapa seramnya sekolah ni.\nSampai je asrama, kitorang berlima terus baring. Bapak berdebu siak bilik ni, memang patutlah sekolah ni berhantu pun. Ini, kalau kat rumah aku pun boleh berhantu kalau kotor macamni.\nAku bangun dari berbaring dan terus kibas katil. Sampai terbatuk Fiqri kat sebelah kena debu. Kemudian, Fiqri tarik aku.\n“Aku rasa ada something wronglah. Aku rasa macam tak sedap hati,” sangat tiba-tiba membuatkan dahi aku berkerut pandang dia.\n“Kenapa kau cakap macamtu?”\nFiqri angkat bahu lalu menunjukkan sekeliling bilik ini. “Kau tengok bilik ni, nampak macam dah lama tak pakai. Kau tengok kat beranda, takde sesiapa. Kita ni macam dalam satu bangunan yang langsung takde orang. Kau tak rasa ke kita ni sebenarnya dah dapat balasan sebab langgar syarat utama?”",
"Aku terdiam mendengar kata-kata Fiqri. Dan ya, aku tak nafikan apa yang dia bagitau. “Pengurusan sukan pun bodoh pergi hantar kita kat sekolah macam ni. Tak logik langsung. Banyak lagi sekolah yang boleh jadi tuan rumah, ini? Nak jugak hantar kat tempat puaka macam ni”.\nFiqri terus tepuk lengan aku manakala Rizman dari jauh, meluru ke arah aku lalu ketuk kepala aku. “Sakit bodo. Kau dah kenapa nak ketuk-ketuk?” marahku. Aku dengan serabutnya, dia pergi ketuk pulak. Memang menyiraplah.\n“Mulut kau tak boleh cover sikit ke? Senyap-senyap dahlah”. Rizman kelihatan bengang. Kisah pulak aku, yang aku tahu sekarang ni aku berapi. Ni kalau tersesat dalam alam jin lagi, nak keluar macam mana?\n“Fiqri, apa jadi sebenarnya ni?” soal Rizman kepada Fiqri. Ameen dan Helmi mula berlari menuju ke belakangku dan duduk di atas katilku.\n“Takdelah. Korang tak perasan ke tempat kita ni macam asrama terbiar?”\nSebut pasal asrama terbiar, automatik memori kitorang tentang terperangkap dalam asrama berhantu kat sekolah kitorang dulu terngiang-ngiang dalam fikiran. Takkanlah sekali lagi?",
"Dalam pada kitorang mulai ketakutan, tiba-tiba pintu bilik diketuk. Ameen dengan Helmi menjerit sakan, manakala Fiqri dan Rizman sudah mulai bersembunyi di belakang. Dalam keadaan yang sangat panik, tiba-tiba pintu terbuka dari luar.\nKitorang semua tutup mata serentak, dan tiba-tiba….\n“Laa, korang berlima kat sini rupanya. Buat apa dekat bilik ni? Aras ni tak dipakai, sebabtu berdebu. Macam manalah korang boleh ada kat sini? Patutlah hilang masa nak bawak aras atas”. Budak tu adalah budak pengiring kitorang tadi. Perlahan-lahan kitorang bukak mata dan ya, nampak muka budak tu jelas keliru.\n“Kau yang bawak kitorang datang sini tadi. Kau yang tunjuk bilik ni!” memang aku syak dia hantu sebab dia sendiri tadi yang tunjuk bilik ni pastu bila toleh belakang, dia terus hilang.\n“Laa, saya tunjuk tadi sebab saya cuma nak cakap yang aras ni tengah renovate dan dikosongkan. Memang kesemua bilik bawah ni tak berkunci sebab esok dah start nak buang semua katil untuk ganti dengan katil baru. Saya tadi tengah bercerita sambil naik tangga, bila sampai aras atas baru saya perasan yang korang semua hilang kat belakang. Saya risau kalau-kalau jadi apa-apa kat korang, saya terus laporkan dekat Pak Lat dan Cikgu Arif pasal korang dan kitorang berpecah cari korang. Rupa-rupanya korang dekat sini. Dah, jom naik. Nanti kang tak pasal-pasal lain pula jadi”.\nKitorang berlima berpandangan sesama sendiri. Lah, ye ke?\nTanpa menyoal banyak, kitorang pun ikut budak tu dan sampai je aras atas, barulah nampak macam betul-betul bilik. Buat penat je panik.\n“Korang berlima ni suka betul menghilang. Tahu tak bahaya? Dah, pergi bersiap dan lepas asar, dalam pukul 5 nanti turun dewan. Kita makan!” marah Cikgu Arif.\nAku mencebik lantas berlalu masuk ke dalam bilik diikuti kawan-kawan aku.",
"***\nJam pun dah menunjukkan pukul 9 malam. Dan buat masa sekarang, tiada apapun yang berlaku. Yang kedengaran hanyalah bunyi desiran ombak di waktu malam. Angin malam yang menerobos masuk melalui tingkap kedengaran seolah-olah seperti bunyi siulan.\nDalam kesunyian yang melanda kitorang kerana masing-masing melayan perasaan penat dan cuba untuk melelapkan mata sebelum pukul 10, aku mulai menyoal satu soalan yang memang menggambarkan aku seorang Kasyaf Mahmud.\n“Korang dah nak tidur ke?” soalku memecahkan keheningan di antara kitorang.\nMember semua kedengaran melepaskan keluhan. “Kalau kau curious apa jadi kalau kita tidur lepas pukul 10, kau curiouslah sorang-sorang. Jangan ajak kitorang”. Helmi bersuara. Macam tahu-tahu saja apa yang terbuku di dalam hati.\n“Korang tak curious ke do? Yelah, manatahu diorang saja je over react pasal bend ani. Padahal sebenarnya, lepas pukul 10 nanti, maybe kita akan tengok orang menari dekat laut. Lagipun Fiqri kan pandai membaca, apa salahnya….” Belum sempat aku habiskan kata-kata, Fiqri terus memotong.\n“Membaca tu kalau dalam keadaan darurat. Bukannya sengaja cari nahas”. Ringkas kata-kata Fiqri.\n“Betul. Kalau setakat menari tu okaylah. Kalau benda lain? Ingat sikit, kita dah berapa kali dah hampir m**i, Kasyaf,” Rizman juga memberi amaran.\n“Betul, betul.” Ujar Helmi dan Ameen serentak.\n“Yelah, yelah”. Aku mengalah. Benda betul kan, buat apa nak tegakkan benang yang basah. Tambah pulak terlalu banyak kitorang lalui. Jadi, aku agak penat dan semestinya aku percaya bahawa alam Jin itu wujud. Segala jenis hantu yang kita dengar dari nenek moyang itu semuanya wujud, cumanya dorang tu pokok pangkalnya adalah golongan Jin. Dan golongan Jin merupakan makhluk ghaib dan kita sebagai orang Islam wajib beriman dengan perkara ghaib.\nJadi, untuk menafikan kewujudan depa ni semua memang taklah. Cukup sekadar percaya, tapi jangan takut ataupun berani sangat.\nAku tilik jam, lagi setengah jam nak pukul 10. Jadi, kitorang pun ambil keputusan untuk cepat-cepat tidur.",
"Aku rasa aku dah terlena, tetapi tiba-tiba lenaku terganggu dengan bunyi gelang kaki yang sangat bising. Seolah-olah ada yang sengaja bunyikan gelang kaki tu dalam bilik ni. Aku hampir bukak dan menggosok mata, namun nasib baik aku ingat akan pesanan Pak Lat. “Pantang larang pertama, jangan tidur lepas pukul 10. Kalau terlanggar pantang larang pertama, ingat pantang larang kedua. JANGAN MEMBUAT SEBARANG PERGERAKAN. BARING DALAM KEADAAN KAKU!”\nTerus aku kakukan pergerakan dan membatalkan niat untuk membuka mata. Namun, bunyi gelang kaki tu semakin kuat. Ke hulu ke hilir, ke hulu ke hilir bunyi gelang kaki tu membuatkan mata aku semestinya terasa segar-bugar. Nak bukak, tapi takut. Nak tutup, memang tak boleh tidur dah.\nTapi aku tetap cuba untuk berlagak tenang walaupun bunyi gelang kaki tu kedengaran semakin kuat seolah-olah ada beberapa orang sedang menari. Ah pishang!",
"Tidak lama kemudian, tiba-tiba aku rasa tilam aku perlahan-lahan terasa seperti tengah berbaring di atas pasir. Dan paling jelas terasa pasir adalah kaki dan lenganku yang tak berlapik sebarang fabrik. Aduh, kat mana pulak aku ni!\nMasani aku memang berdebar gila dah. Memang berdebarlah mat. Elok-elok kau tidur atas katil, sebelum pukul 10, last-last kena kacau jugak! Takkan sebab tak baca masa datang tadi, sekarang kesan dia!\nJantung aku macam kena pam. Kau bayangkan, dalam keadaan mata kau bertutup, kau tak tahu apa-apa kat sekeliling kau, pastu dengar pulak bunyi gelang kaki yang semakin rancak berbunyi. Dan yang membuatkan aku hampir menjerit adalah tiba-tiba rasa ada air yang terkena atas kepala aku. Aku rasa air laut tu tengah menampar pantai dan pendek kata, sekarang aku berada betul-betul tepi pantai!\nSumpah masatu aku nak menangis. Terngiang-ngiang niat aku nak tahu apa jadi kalau tidur lepas pukul 10 dan memang sekarang aku cakap menyesal aku fikir macamtu tadi.",
"Dengan keadaan aku yang mata tertutup, tak tahu kat mana kedudukan aku sekarang ni, aku seorang ke ataupun dikelilingi makhluk yang sedang rancak menari. Aku takt ahu apa-apa mat! Yang aku tahu, aku berdebar, tangan aku sejuk dan perasaan nak larikan diri tu terasa membuak-buak! Bodolah, apalagi aku akan kena ni aduhmak!\nSedang aku dalam keadaan yang sangat panik, tiba-tiba gelang kaki tu berhenti berbunyi. Tetapi angin laut masih lagi aku dapat rasakan. Sangat sejuk bahkan siulan angin malam dan bunyi ombak memang jelas kedengaran kat belakang aku je. Ni silap haribulan, aku boleh m**i kat sini sebab kena tarik ombak.",
"Tidak lama kemudian, setelah berhenti bunyi gelang kaki, tiba-tiba gemilan gong pulak mengambil alih. Ahsudah! Apa pulak ni?\nDalam keadaan aku terbaring kaku seperti sekarang, aku cuba mengenalpasti muzik yang dimainkan. Setelah aku amati, rupa-rupanya gong tu sedang memainkan muzik salah satu lagu pemujaan yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu….\nUlek Mayang.\nMendayu-dayu sebelum bunyi gong itu diiringi dengan bunyi gelang kaki yang mengikut rentak muzik. Alahai, barbie betul lah mat! Dengan sorang-sorang macamni, memang aku cakap seram tu berada pada tahap maksimum. Kalau macam ni, memang aku rela m**i mat daripada hidup ketakutan macam sekarang.\nBadanku yang menggeletar hebat aku cuba tahankan. Tetapi tidak lama kemudian, kaki aku terasa sangat panas yang seolah-olah ada bara api diletakkan betul-betul di telapak kaki aku membuatkan usaha aku untuk berbaring secara statik akhirnya gagal. Aku menjerit dan terus terduduk sambil pegang kaki aku.",
"Sebaik aku bukak mata, memang tak salah lagi, aku berada di tengah-tengah pantai. Dari tempat aku duduk sekarang aku boleh nampak ada sekumpulan perempuan menari menggunakan baju tradisional mengikut rentak lagu. “Korang nak apa?” jeritku sambil menggenggam telapak kaki yang terasa berbahang. Dengan keadaan aku sorang-sorang kat sini, semua member aku hilang tak tahu kat mana. Memang aku buntu gila masatu dan semestinya detik itu adalah detik paling cemas aku dapat rasakan seumur hidup aku.",
"Tidak lama kemudian, diorang berhenti menari dan salah seorang daripada diorang datang mendekati aku. Setelah diamati, pishanggggg. Takde muka siakkkkk! Rataaa je, aku masetu macam, ahsudahhhh! Main-main takde muka pulak. Nak nangis.\n“Wahai tuan hamba, apa khabar? Sudah tercapaikah hajatmu untuk maklum apa yang berlaku setelah jam sepuluh?” suaranya lembut tetapi kedengaran sangat sinis nadanya.\nAku ketap bibir dan buat-buat tak tahu. Kemudian, dengan keadaan tapak kaki yang sakit, aku pun bangun sambil mengipas tangan, untuk membuang segala pasir yang melekat di telapak tangan.\n“Usah tuan hamba berpura tidak melihat beta. Tuan hamba yang ingin melihat, maka beta tunaikan hajat”. Tidak lama kemudian, dia mengilai. Sumpah merinding gila bulu roma aku masetu. Korang bayangkan, dengar bunyi mengilai tapi tak nampak tuan badan pun dah rasa nak lari tak cukup tanah. Inikan pulak bila nampak tuan badan.\nApalagi, larilah aku sekuat hati. Memang taklah mat aku nak tunggu kat situ. Mungkin tengok aku lari lintang pukang, semakin galak dia mengilai diikuti kawan-kawan dia.\n“Mana tuan hamba mahu lari? Ke sana ke sini, beta yang punya”. Ujarnya namun aku tetap teruskan berlari menuju ke arah blok asrama.",
"Peluh dingin merecik dekat dahi. Setelah rasa macam tak nampak kelibat diorang, aku pun berhenti berlari dan masuk ke dalam salah sebuah bilik asrama yang dikatakan tengah renovate ni. Aku masuk, tutup pintu perlahan-lahan dan pap! Kedengaran katil paling depan mulai jatuh. Ahsudah. Pishang, pishang.\n“Aku tak kacau kau, aku nak bersembunyi je”. Rungutku sambil membuka perlahan-lahan daun pintu.\nPap, satu lagi katil dijatuhkan. Tidak lama kemudian, kedengaran satu suara halus menyanyi. Sayup-sayup kedengaran.\n‘Katil satu dah tidur…\nKatil dua pun dah tidur…\nKatil tiga?’ katil ketiga dijatuhkan.\n‘Pun dah tidur..\nYang belum tidur, yang dekat pintu tu..\nCucu nak temankan nenek kira katil ya…’\nDengar sahaja pasal diri aku diseur, terus aku bukak pintu dan berlari. “Nek kiralah katil tu sorang-sorang!” bebelku lalu melajukan larian. Sumpah aku tak tahu nak lari mana sebab aku tahu semua kawasan ni memang ada diorang.",
"Lari punya lari, tiba-tiba aku dirempuh sesuatu daripada salah sebuah bilik asrama tersebut membuatkan aku jatuh terduduk. Baru sahaja aku ingin sambung berlari, tiba-tiba kedengaran benda tu mengaduh.\n“Aduh, sakitnya!”\nEh kejap, ni macam suara Amanda.\nAku cuba beranikan diri untuk menoleh ke arah pemilik suara tersebut dan macam betul Amanda. “Weh, Manda ke?”\nMakhluk tu tengok aku dengan wajah ketakutan sebelum akhirnya kelihatan lega sedikit. “Weh, Kasyaf ke?”\n“Ha, akulah”.\n“Tak boleh, aku taknak percaya. Tadi kat sana aku baru jumpa Zairul, last-last jadi asap hitam. Apa bukti kau Kasyaf?”\n“Lah, nak bukti gak ke dalam keadaan darurat macamni? Sekali kau yang hantu!”\nTanpa buang masa, tiba-tiba Amanda membaca ayatul kursi dan kemudian meminta aku pula membacanya. Dan cepat-cepat aku baca ayatul kursi tu.",
"Setelah agak yakin, tiba-tiba Amanda kata. “Kasyaf noob. Lemah, acah hebat”.\nAku mula tu blur tapi sebab sakit hati, aku terus luku kepala dia sampai mengadu member tu. “Okay betul kau Kasyaf. Mana ada hantu cepat koyak macam kau”. Bebel Amanda.\nTahik betul. “Mana yang lain?”\n“Tak tahu weh. Aku bangun-bangun tiba-tiba dekat pantai. Padahal aku tidur awal kot semalam. Kau tengok stokin aku ni, berlubang sebab kena cucuh dengan obor api. Bodohlah penari pantai tu. Bengang gila aku”.\n“Kau kena jugak ke? Samalah, aku pun kena ni”. Ujarku sambil menunjukkan kaki aku yang terluka sebab kena tekap dengan bara api. Bara apilah kot.\n“Gilalah. Asal eh? Sebab kita langgar syarat tu ke?”\nAku mengangkat bahu bagi menjawab persoalan Amanda. “Entahlah. Semua pelik sangat ni. Ni nasib baik aku jumpa kau. Lagi empat ekor tu mana entah”.\n“Tulah pasal. Weh, aku rasa semua tempat ni memang tak selamat untuk kita. Dan aku rasa ada satu benda yang lagi besar akan jadi pasni. Baik kita cari budak berempat tu sebab kalau kita sembunyi pun takkan jadi apa-apa sebab memang semua tempat ni diorang punya”.\nAku mengangguk setuju. “Betul, tapi tulah. Kita nak cari macam mana?”\nKitorang terdiam seketika sambil berfikir tentang apa yang ingin dilakukan.\n“Okay macamni….”.",
"Cerita ni tak tergantung, jangan risau. Aku akan upload secepat mungkin. Cuma aku stop kat sini dulu sebab panjang sangat. Jumpa di bahagian seterusnya."
] | [
"Bila nak sambung part 2 Kasyaf",
"Acik akan tunggu sambungannya …terima kasih sbb dh sudi kongsi kembali dlm Fiksyen Shasa.",
"adehhh tengah syok layam.. cepat2 upload",
"Cpt lah sambung En Kasyaf .. Jgn di biar menunggu lama2..",
"cepatlah sambung part seterusnya.",
"Wah…lagenda 5 ghey dh kembali…abg bagi 5 pedang,,,",
"Nak episode 2 !! Lama tunggu . Hehe"
] |
https://fiksyenshasha.com/penyewa-luar-negara/ | Penyewa luar negara | [
"Assalamualaikum, saya nak bercerita pengalaman saya tinggal bersama dengan pelajar luar negara. Pada 2011, saya baru sahaja menamatkan pengajian diperingkat master. Sejurus tamat belajar, saya merantau ke negeri Pulau Pinang dan bekerja di sebuah universiti di situ. Disebabkan saya masih baru disitu dan tidak mengenali sesiapa, saya berkawan dengan semua orang di jabatan saya bekerja, tanpa mengira jantina, usia dan kaum.",
"Setelah bekerja hampir setahun, saya berkenalan dgn seorang pelajar daripada Thailand, saya namakan Mae (bukan nama sebenar). Mae baru mendaftar sebagai pelajar phd dan baru memeluk agama islam. Saya teruja dapat kawan mualaf dan kami agak rapat. Sering kali saya membawa dia ke masjid untuk belajar agama, namun dia agak liat untuk belajar. Katanya terlalu banyak ilmu agama yang perlu dihadamkan. Saya diamkan sahaja, namun saya kerap mengajak di bersolat jemaah bersama, walaupun dia kurang mengemari solat lima waktu. Lama kelamaan, Mae ajak saya tinggal dgn dia dan kebetulan saya memang mencari rumah yang berdekatan dengan universiti. Dalam masa yang sama, bolehla saya mengajak beliau belajar agama bersama-sama.",
"Setelah beberapa hari mencari rumah, kami berjumpa rumah yang sesuai, rumah teres 2 tingkat dan boleh memuatkan 2 buah kereta. Rumah tersebut 4 bilik, 3 bilik ditingkat atas dan 1 bilik ditingkat bawah. Saya menyewa 2 bilik kecil (1 utk baju dan barang-barang lain, dan 1 lagi untuk tidur) dan Mae menyewa bilik tidur utama (bilik tersebut besar dan lengkap dengan almari pasang siap). Memandangkan cuma kami berdua menyewa, kami bercadang untuk mencari seorang lagi rakan serumah bagi mengibap bilik tingkat bawah. Walaupun Mae adalah pelajar sepenuh masa, Beliau selalu pulang ke Thailand (Bangkok). Menurutnya, dia ada perniagaan disana, dan saya tidak pernah bertanya lanjut mengenai halnya disana. Jadi, kebanyakkan urusan rumah diserahkan kepada saya termasuk bil utiliti dan sewa. Saya juga yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyewa baru.",
"Malangnya, penyewa bilik bawah selalu tidak lama, kadang seminggu cuma seminggu menyewa dan masuk minggu kedua, mereka mula meminta kebenaran untuk berpindah, dengan alasan nak tinggal dengan kawan lain. Ada yang memberi alasan susah nak berkomunikasi dalam bahasa inggeris dgn Mae (Mae tidak tahu berbahasa Melayu), dan perbagai lagi alasan yang diberi. Saya terpaksa terima sahaja alasan mereka, kerana tiada kontrak dan saya juga tidak mengenakan deposit.",
"Hinggalah saya berkenalan dengan berkenalan pelajar di pusat islam yang sedang mencari rumah sewa. Saya namakan beliau sebagai Xue (bukan nama sebenar). Seperti Mae, Xue juga merupakan phd, tetapi beliau adalah rakyat tempatan. Saya memperlawa beliau untuk menyewa dirumah kami dan dia bersetuju. Menurut Xue, dia jarang berada dirumah kerana kajian dia kebanyakkan dilakukan dalam makmal. Jadi, dia akan balik tak tentu masa dan keluar berhari-hari. Saya tiada masalah dengan hal tersebut, lagipun saya cuma tinggal dirumah sewa ada hari bekerja dan pulang ke kampung pada hujung minggu.",
"Memandangkan Mae selalu pulang ke Bangkok dan Xue menghabiskan masa di makmal, saya selalu bersendirian didalam bilik. Kalau saya pulang daripada tempat kerja, saya jarang keluar bilik dan turun ketingkat bawah kerana saya mempunyai kelengkapan seperti televisyen dan peti sejuk mini didalam bilik. Namun kadang-kadang saya perasan, barang dalam bilik saya selalu teralih. Kadang-kadang saya terjumpa barang saya di dapur, bilik Xue dan ruang tamu. Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka mungkin Xue masuk bilik dan meminjam barang-barang saya. Perkara tersebut belarutan sehingga ada rakan sekerja baru dipejabat bernama Ika dan saya kerap melepak dirumah beliau.",
"Suatu hari saya mengajak Ika datang bermalam dirumah saya. Kebetulan Mae ada dirumah dan saya memperkenalkan Ika dgn Mae. Tetapi Ika kelihatan tidak selesa apabila berjumpa Mae. Bila tinggal kami berdua, Ika kata Mae seperti ada sesuatu. Bila saya tanya, sesuatu yang bagaimana? Dia tidak dapat menjelaskan secara terperinci, hanya rasa tidak selesa bila berbual dengan Mae.",
"Suatu hari, selepas waktu kerja, saya mengajak Xue makan-makan diluar dan dia OK. Mae tak ada dirumah, katanya ada hal di Alor Setar. Ketika saya makan dgn Xue, dia mula bercerita, dia bertanya kepada saya, tak rasa panas ke rumah kita? Sy menafikan soalan Xue. Namun menurut Xue, dia sering berasa seram ketika berada di rumah sewa kami, kadang-kadang bila waktu malam, dia dengar ada bunyi orang main guli di tangga. Kadang-kadang ternampak kelibat budak berlari. Saya pun teringat perihal barang-barang saya yang selalu teralih lalu bertanya kepada Xue, dia ke yang selalu masuk bilik bilik untuk meminjam barang? Dia kata dia tidak pernah naik atas kalau saya tiada.",
"Menurutnya, dia berasa seram-sejuk apabila lalu depan bilik Mae (bilik Mae bertentangan dengan bilik saya, tapi sentiasa berkunci). Saya nasihatkan Xue supaya abaikan sahaja perasaan takut itu dan memperbanyakkan membaca al-quran dan beribadat. Lagipun saya tak pernah dengar atau nampak perkara pelik kecuali barang teralih (hijab saya tertutup sepenuhnya).",
"Suatu Jumaat, saya tidur dirumah Ika, dan hujung minggunya saya terus balik ke Kedah. Xue ketika itu memang ada dirumah dan Mae pulang ke Bangkok. Pada hari Isnin selepas waktu kerja, saya pulang kerumah sewa. Kebetulan Xue ada dirumah dan bertanya kepada saya, kenapa tidak keluar dari bilik hujung minggu lepas. Saya kehairanan dan saya memberitahu saya memang tiada dibilik kerana pulang ke kampung seperti biasa, dan Xue terkejut. Menurut Xue, dia terdengar bunyi dibilik saya seperti ada seseorang diatas dan dia yakin itu adalah saya. Siap dengar saya bercakap dan melakukan tutin harian seperti mandi, membasuh, mengemas dan menonton. Dia ada memanggil saya untuk makan bersama, namun saya cuma menjawab dari dalam bilik, tidak mahu keluar. Terus saya cuak untuk masuk kebilik sendiri. Sebaik masuk kedalam bilik, terkejutnya saya bila didapati bilik saya berselerak dan peti sejuk terbuka luas. Kesannya malam itu, saya paksa Xue supaya tidak pergi ke makmal dan teman saya tidur. Lampu bilik dan bilik air saya biarkan terbuka. Bila kejadian seperti ini kerap berulang, saya dan Xue mengesyaki bahawa rumah kami berhantu.",
"Untuk berpindah dan mencari rumah sewa, ianya agak sukar, kerana Mae jarang berada dirumah dan rumah sewa lain agak jauh daripada universiti. Kami tiada pilihan lain selain memperbanyakkan ibadah. Hinggalah suatu hari, Mae pulang daripada Bangkok, menangis dan menceritakan hal berkaitan dirinya kepada saya dan Xue. Rupanya, dia mualaf bukan kerana dia berminat masuk islam, tapi dia kahwin senyap-senyap dan jadi isteri kedua kepada lelaki melayu yang tinggal di Alor Setar.",
"Suaminya itulah yang memberi modal untuk dia berniaga di Bangkok. Yang lebih memeningkan Mae sebenarnya adalah isteri orang lain ketika itu, dan suaminya ada di Thailand. Disebabkan dia takut isteri lelaki melayu dan suami Thailand mengetahui hal ini, dia berjumpa dengan bomoh siam di Thailand dan menanam pelindung didepan rumah kami. Dan dia juga amalkan mantera siam di rumah sewa kami. Tujuannya untuk memastikan suami melayu itu, angau dan ikut telunjuk dia. Selain itu, dia ada juga amalkan ilmu pengasih (sebab itu dia boleh buka perniagaan di Bangkok). Bila bermacam-macam ilmu sesat yang diamalkan, tidak hairanlah makhluk halus mengikut dia. Kerana itulah kami (terutama Xue) mengalami peristiwa yang pelik.",
"Tapi disebabkan kami makin kerap beribadah dirumah tu, makhluk yang mengikut dia mula tidak tenteram dan menghantui dia semula. Kesannya suami Mae di Thailand dan isteri ketua suami melayunya tahu perbuatannya dan mula menyerang Mae. Rupanya-rupanya rumah sewa yang selama ini kami ingatkan berhantu, bukanlah disebabkan ada penunggu, tetapi hantu luar yang dijemput oleh Mae disebabkan pemujaan dan amalan sesat dia. Patutlah penyewa sebelum tidak dapat bertahan, seminggu dua menetap sudah lari. Saya dan Xue ternganga mendengar cerita Mae. Nak minta Mae buang pun tidak tahu caranya, kami cuma mampu pasrah sahaja.",
"Selepas daripada hari tersebut, Xue semakin kerap menghabiskan masa di makmal dan saya menumpang dirumah Ika. Hubungan kami dengan Mae makin lama makin renggang dan pada 2015, saya mendapat tawaran berkerja di negeri lain. Selepas saya keluar rumah tersebut, Mae turut menyusul namun saya kurang pasti kemana dia pergi. Xue tinggal seorang kerana pengajiannya hampir tamat. Xue ada menceri penyewa baru, namun semua tidak bertahan lama, paling lama 2 bulan.",
"Pada tahun 2016, Xue tamat belajar dan bekerja di KL. Ada kawan lain memberitahu bahawa Mae tamat belajar, namun agak lewat dan Kembali ke Thailand. Tapi disebabkan saya dan Xue dah hilang kepercayaan terhadap Mae, kami terus putuskan hubungan dengan dia. Status Mae dengan suami-suaminya juga tidak diketahui, begitu juga dengan status agamanya…"
] | [
"Best .. xseram sngt tp ttap trsa berdebar heheh.."
] |
https://fiksyenshasha.com/bulan-hantu-3/ | Bulan hantu | [
"Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca Fiksyen Shasha. Ini pertama kalinya aku menaip secebis cerita untuk semua penggemar kisah mistik yang baru di ceritakan kepada aku semalam (7 Aug 2022) dari seorang pelanggan tetap aku berbangsa cina.",
"Sebelum itu, mari aku perkenalkan diri sebagai Nor, gadis melayu yg ramah tamah dan bekerja di sebuah cafe terkemuka di kawasan Lembah Klang. Cafe tempat aku bekerja ni adalah jenis shoplots dan di bahagian atas cafe adalah unit condominium 20 tingkat (mungkin lebih?) yang baru dibuka kira-kira lebih setahun yang lalu.",
"Pelanggan tetap aku ni, aku namakan sebagai Ms Yong, berusia dalam akhir 40an atau awal 50an (mengikut pengamatan mata aku lah) dan beliau adalah warganegara Singapura yang menjadi penduduk tetap di Malaysia.",
"Kebetulan, beliau adalah salah seorang dari resident condo di atas cafe tempat aku bekerja.\nSejak cafe ni dibuka pertengahan bulan March yg lalu, Ms Yong ni hampir dikatakan setiap hari datang ke cafe untuk makan makanan kegemaran beliau, Asam Laksa Penang taknak cili, otak udang pula nak banyak. Atau beliau datang untuk makan sepotong kek lobak merah atau kek Boston.",
"Sambil-sambil makan, beliau suka tengok drama Hong Kong di handhone (sebab beliau suka buka volume kuat) atau sekadar menyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu di TikTok. Kadang-kadang, aku saja ajak beliau berborak, tanya khabar, atau bertanya apa saja yang boleh dibuat modal bercerita sebab beliau pun jenis yang suka berborak.",
"Bulan Hantu",
"Ms Yong ni, kalau ada masa lapang, beliau suka berenang di kolam renang yg ada disediakan di condo ni. Tiap kali lepas berenang, beliau yang hanya berbaju spagetti dan berseluar pendek akan turun bawah singgah cafe makan kek sambil minum kopi. Sambil-sambil tu, beliau suka tanya perubahan bentuk badan beliau sama ada semakin kurus atau apa bahagian yang perlu dia kecilkan.",
"Untuk jaga hati dan sebagai kata-kata semangat, selalunya aku kata beliau tak gemuk pun walaupun beliau ni jenis chubby 😂😂.. Bukan lah kata tiap kali beliau datang, aku akan berborak dengan beliau. Ada masa-masa tertentu kita sebagai pekerja f&b ni, kena juga tengok keadaan. Ada masa pelanggan nak kan masa bersendiri, ada masa kalau pelanggan yang memulakan perbualan, memang selalunya berlarutan sampai masing- masing senyap buat kerja sendiri.",
"Seminggu lepas, aku saja berbasa basi dengan beliau. ” Ms Yong, lepas ni, pergi swimming ke?”. Dia menjawab “Ahhhh!! Takmau lah. Sekarang sudah ghost month ohh. Takmau lah saya. Takut!!” Kata beliau sambil buat gaya seperti dalam ketakutan dan tersengih sebab geli hati dengan ekspresi yang ditunjukkan.",
"Untuk pengetahuan pembaca, pada tahun ini Bulan Hantu jatuh pada 29 July dan berakhir pada 26 August.. manakala hari kemuncaknya jatuh pada 12 August iaitu hari ke 15, bulan ke 7 bagi kalendar lunar cina. Untuk maklumat lebih terperinci, pembaca boleh layari google ya.",
"Semalam, Ms Yong datang lagi. Ketika itu, aku sedang menyiapkan kertas kerja di meja paling belakang berhampiran dengan tandas yang dipisahkan dengan dinding kaca. Masuk-masuk saja dalam cafe, beliau sudah memesan sekeping kek lobak merah kegemarannya kepada seorang lagi staff kami dan beliau terus menuju ke bahagian belakang untuk menggunakan singki yang terletak di hadapan tandas untuk mencuci tangan. Keluar saja dari dinding kaca, sajalah aku menegur beliau.",
"Aku: hai Ms. Makan kek saja?\nMs Yong: ya loh. Tadi sudah makan. Ini mau makan kek saja.",
"Beliau jalan terus dan tiba-tiba berhenti terus memusingkan badan mengadap aku yang sedang duduk membuat kertas kerja.",
"Ms Yong: ehhh amoi, you tau tak. Itu hari saya ada pergi berenang sorang-sorang. Saya lupa sekarang bulan ghost. Selepas berenang, saya rehat sekejap tepi kolam renang. You tau tak, masa itu saya tengok di tengah kolam renang, tiba-tiba air bergerak (berombak) macam ada orang. Tapi saya bodoh tak ingat ini bulan ghost saya ingat sebab angin so saya biar saja.",
"Tak lama kemudian, husband sy call. Dia tanya saya ada di mana? Saya bagitau dia saya sedang swimming. Wahhhh dia cakap you sudah gila ke? Sekarang bulan ghost, you masih berani swimming? Terus saya tersedar saya sudah lupa bulan ini bulan ghost. Terus saya naik balik rumah.. (sambil gelak-gelak)",
"Aku: wahhhh!! Ms beraninya sorang-sorang swimming. Kalau saya sorang-sorang memang tak berani lah. (Kata aku pada beliau. Sebenarnya aku sendiri tak pandai berenang dan aku sebenarnya ada thalassophobia. 😅)\nKemudian, beliau menyambung..",
"Ms Yong: beberapa hari lepas haa, saya pergi berenang lagi. Biar la itu bulan ghost ke apa, saya tengok ada 2~3 orang swimming sana, so saya pun swimming saja lah. Ada orang maa so tak takut sangat. Ehh amoi you tau tak, masa saya sedang berenang, saya ada rasa orang sentuh saya punya tangan ini macam.. (sambil buat gaya) saya tengok sekeliling, tak ada sapa dekat sebelah saya. Semua orang jauh-jauh tak ada dekat punya. Wahhh, saya sudah takut. Tapi saya dalam hati cakap, saya tak kacau you, you jangan kacau sama saya. “Mereka” pun mau happy-happy maa… “mereka” pun ada guna swimmping pool berenang sama. Hahaaa. (Beliau gelak lagi)",
"Sepanjang penceritaan beliau, bulu roma aku tak berhenti meremang. Memang kalau dengar cerita seram dari mulut orang yang bercerita, selalunya suka sangat bulu roma aku ni meremang. Kalau baca sendiri, takde pulak perasaan meremang tu. Kemudian beliau menyambung lagi..",
"Ms Yong: itu hari saya nak naik lift. Saya tekan butang kemudian lift hujung yang buka.. saya masuk lah. Bila saya tekan butang tutup, pintu tutup tapi kemudian terbuka balik. Saya tekan butang tutup balik. Pintu tutup kemudian terbuka lagi. Macam ada orang sengaja mainkan you tak bagi you naik.",
"Aku: sana lift ada berapa Ms?",
"Ms Yong: ada 3 lift semuanya. Yang pintu terbuka saya masuk tu, lift bomba. Selepas tu, saya terus keluar dan saya bagitau pada “mereka”. Ahhh!! saya tak mau naik you punya lift lagi. You naik sendiri lah. Lepas tu, saya tunggu lift lain. Kemudian bila lift sudah sampai, saya naik ke rumah saya. You tau tak amoi, bila lift yang saya naik itu buka, saya keluar dan lift, lift bomba itu pun buka pinta. Asyik buka tak tutup-tutup. Macam tunggu saya masuk. Masa itu ada kakak cleaner di luar nampak saya. Saya bagitau kakak cleaner itu lift mau saya masuk. Kemudian kakak cleaner tu guna access card dia, tiitttt (bunyi access card) ahhhh biar itu lift naik atas..",
"Aku: sebelum ni pernah berlaku macam ni ke Ms?\nMs Yong: tak pernah, baru kali ni saja berlaku.",
"(Di sini aku tak berapa pasti sebab aku tak pernah duduk condo. Yang aku tau setiap resident ada access card sendiri untuk masuk ke kediaman masing-masing kan. Mungkin access card juga digunakan semasa menggunakan lift kot.. emmm 🤔)",
"Sebelum beliau berlalu untuk menikmati sekeping kek lobak merah, beliau memberitahu aku.. “sebenarnya “mereka” ada di mana-mana cuma kita tak nampak “mereka” saja. Asalkan kita tak kacau “mereka”, harap “mereka” pun tak kacau kita lah hooo” kata-kata terakhir beliau sebelum memusingkan badan meninggalkan aku keseorangan di meja belakang berhampiran tandas menyambung kerja-kerja yang terbengkalai manakala beliau tanpa menoleh lagi ke belakang terus menuju ke meja dengan kek lobak merah yang sedang menanti untuk dijadikan santapan.",
"Teringat aku pada satu cerita dari seorang pelanggan lelaki cina semasa cafe kami baru mula-mula dibuka. Ketika itu, beliau sedang menunggu pesanan makanannya siap untuk di bawa pulang.",
"Aku: sir, duduk sini dah lama ke? Bila condo ni di buka ye?\nMr pelanggan: i duduk sini pun baru 4 bulan saja. (Masa ni penempatan condo baru 50%) i pun tak pasti bila condo ni di buka tapi macam sudah setahun maybe.. tapi, you tau tak, masa mula-mula i masuk sini, sudah ada kes terjun b***h diri. Masa tu, i sedang menonton tv. Kemudian i terdengar ada bunyi jatuh di bawah. I ingat mungkin ada orang buang sampah dari tingkat atas. So, i buat tak tau saja lah.",
"Kemudian tak lama, ada bunyi siren polis masuk sini, i tengok bawah sudah ada ramai orang kumpul. Itu orang perempuan muda lagi. Macam bukan orang Malaysia. Vietnam rasanya. (Area sini memang ramai orang Vietnam. Boleh nampak kedai-kedai barangan mereka dan restoran makanan Vietnam di sini. Malah, sebelah cafe kami pun ialah restoran makanan Vietnam 😂)",
"Ms Yong: amoi, kira berapa?\nAku: RM××.××. Ms balik ni ada siapa di rumah? Anak ada tak?\nMs Yong: tak tau lah dia ada atau sudah keluar. Alahhh. Dia tak ada pun mau takut apa. Rumah sendiri kan.\nAku: ye lah, selagi tak ganggu, buat biasa saja lah ye Ms.\nMs Yong: ye lohh.. “mereka” pun ada saja di mana-mana. Kita saja tak nampak. Ayyoo kalau mau cerita, banyak lah. Tapi “mereka” tak kacau kita, kita buat tak tau saja lah. Ok lah, saya balik dulu. Sudah malam.",
"Maka, berakhirlah perbualan kami pada hari itu.",
"Tentu korang pernah ternampak di tepi-tepi jalan ada lilin besar di bakar, ada makanan-makanan di letakkan, ada bendera segi tiga bertulisan cina berkibaran kan. Ada sesetengah tempat pula, ada pentas persembahan nyanyian dan tarian dari gadis-gadis genit cina berpakaian seksi yang menghiburkan dengan lampu sorot berwarna warni berpancaran. Ada kerusi di depan pentas disediakan. Tapi, jangan duduk di situ pula. Sila hormati “mereka” yang maukan hiburan. Kesian juga kalau “mereka” takde tempat duduk. Nah, berkemungkinan bulan itu sudah masuk Bulan Hantu. Maka berjaga-jagalah. Mana tahu “rezeki” korang boleh bergembira bersama “mereka” tanpa korang sedari dari mana asal “mereka” berada. 😊",
"Disclaimer: ini adalah kepercayaan bagi kaum cina. Sebagai masyarakat negara majmuk, tak salah jika kita mendengar dan berkongsi cerita kepercayaan antara kaum yang lain. Anggap saja itu sebagai hiburan semata. Di dalam agama Islam sendiri, beriman dengan perkara ghaib antara ayat yang banyak disebut di dalam al-Quran.\nMalah ia juga terkandung dalam rukun iman. Cuma dalam kalender Islam, tiadalah istilah Bulan Hantu. Sekian.."
] | [
"Menarik, kisah dari bangsa cina yang ada pengajaran…"
] |
https://fiksyenshasha.com/jalan-belakang-2/ | JALAN BELAKANG | [
"Dah lama aku nak kongsikan kisah benar yang aku alami sendiri ni. Tapi yalah, segan juga sebenarnya. Cuma kali ni disebabkan aku bosan, maka eloklah aku cerita. Lagipun kau yang ada sekarang ni, mesti tak sibuk kan? Maka, siap sedia dengan cerita aku ya.",
"Ceritanya macam ni. Waktu aku balik seorang diri dari Kelantan, jalan sangatlah sesak. Kau sendiri faham, kalau musim cuti macam mana kan? Jadi, disebabkan aku tak suka terperangkap dalam kesesakan sampai berbelas jam tu, aku buat keputusan untuk ikut jalan lain. Bak kata orang, jalan belakang.",
"Macam mana aku tahu? Guna maps lah. Jenama maps apa, aku tak nak sebut. Okay, sambung cerita. Waktu mula-mula guna tu, aku dah rasa semacam. Yalah, daripada banyak-banyak kereta, tiba-tiba tinggal kereta aku saja. Dengan lampu jalan tak ada. Yang paling mendebarkan tu, maps tu bawa aku masuk jalan ladang kelapa sawit.",
"Masa tu, aku dah rasa tak sedap hati. Nak ikut atau tak? Tapi, disebabkan pengalaman di tempat lain sebelum ni elok saja kalau ikut maps. Maka, aku teruskan juga hasrat aku tu. Hati aku waktu tu memang berdoa semoga muncul kenderaan lain yang turut sama lalu jalan ni. Yalah, kalau jadi apa-apa senang. Betul tak?",
"Tanpa disangka-sangka, datanglah satu motor dari arah belakang. Serius, aku rasa bersyukur sangat. Jadi, aku buat keputusan tak nak bawa laju. Aku takut motor tu sendirian pula kalau aku dah terlalu jauh ke depan. Dah lah orang tu bawa motor, kesian sungguh. Jadi, aku ikut saja rentak motor tu.",
"Tiba-tiba radio yang aku pasang senyap seketika. Aku tekan-tekan punat, masih lagi bunyi berdesir macam televisyen rosak. Yang paling aku geram, maps aku tu dari tadi sebut rerouting, rerouting. Aku pelik.",
"Pada masa yang sama, motor belakang aku tu bagi lampu kat aku. Dia kelip-kelipkan banyak kali, sambil buat isyarat tangan suruh ke tepi. Mungkin sebab dia nampak pemanduan aku dah mula tak stabil. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Yalah, gelabah punya pasal. Jadi, aku pun berhenti tepi. Mungkin dia nak tolong aku.",
"Waktu motor tu berhenti sebelah aku, aku turunkan tingkap. Masa ni Allah SWT saja yang tahu perasaan aku. Penunggang motor tu tak ada wajah! Aku ulang, tak ada wajah! Mukanya kosong. Mata tak ada. Hidung pun tak ada. Yang ada hanyalah mulut sahaja, sambil tersenyum menyeringai dengan gigi tajam-tajam bersusun sebaris. Yang buat aku seram tu, boleh pula dia tanya soalan.",
"“Nak tumpang?”",
"Aku apa lagi. Masuk gear semula dan terus tekan minyak sekuat yang boleh. Memang aku pecut habis-habisan melalui jalan ladang kepala sawit yang tak berapa rata tu. Masa tu memang aku tak kira, rosak pun rosaklah. Yang penting aku kena keluar dari tempat ni.",
"Nak dijadikan cerita, aku perasaan ada satu pondok pengawal usang di tepi ladang kelapa sawit ni. Anehnya, dah naik enam kali aku lalu, masih sama pondoknya. Mula-mula aku ingatkan pondok tu memang ada di setiap tempat. Rupa-rupanya, aku mula sedar yang jalan aku lalu ni sebenarnya berulang. Sejak itu, aku tahu yang aku masih berpusing di tempat yang sama!",
"Tiba-tiba aku nampak lampu motor berkelip dari arah belakang. Aku tengok cermin pandang belakang. Sah, motor puaka tadi! Dia masih kejar aku! Kali ni, aku cuba pecut lagi. Sayangnya, kereta aku kehabisan minyak pula.",
"Ya Allah, saat aku nampak motor tu dah hampir dekat dengan aku, memang aku nekad untuk turun dan lari semahu-mahunya. Aku tak tahu sampai mana aku lari. Yang aku sedar, aku dah ada di kedai makan ni.",
"“Eh, abang ada di kedai makan ni? Biar betul?” soal lelaki berkaca mata di depan aku sambil menyuap spaghetti meatball ke dalam mulutnya.",
"“Ya. Dah hampir dua tahun aku di sini. Aku dah cuba macam-macam cara, memang tak boleh keluar. Sudahnya, tu rangka aku kat dapur tu. Syukurlah sekarang aku ada kawan. Boleh bantu aku jaga kedai dalam ladang kelapa sawit ni,” terang aku jujur.",
"Lelaki itu mengerutkan dahi lalu bertanya dengan wajah curiga.",
"“Si… Si…Siapa kawan abang?”",
"“Ish, kau lah. Buat-buat tanya pula,” jawab aku sambil mencuit sedikit spaghetti daripada cacing tanah yang aku buat khas untuk dia."
] | [
"menarik!",
"jalan cerita tak faham 🙂",
"tak faham lah 🙁",
"Mazel tov….welcome to ghey world,,,",
"apo bondo cerita merapu kau ni…"
] |