title
stringlengths 26
159
| content
stringlengths 414
63.9k
|
---|---|
Dua Timbalan Menteri KDN tidak senada menjawab isu saman kenderaan rasmi kerajaan melebihi had laju | Antara topik yang panas dibicarakan selain musim panas yang sedang melanda negara kita dan juga gejala strok haba ialah isu mengenai saman kenderaan menteri jika melebihi had laju.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat, berkata pihak berkuasa boleh mengenakan saman ke atas kenderaan rasmi menteri yang dibawa melebihi had laju yang ditetapkan, laporan Sinar Harian.
Beliau turut berkata, saman tersebut akan dikeluarkan oleh pegawai polis trafik ke atas pemandu yang memandu kenderaan rasmi menteri. Kenyataan ini adalah bagi menjawab soalan tambahan daripada Teo Kok Seong (DAP-Rasah) dalam persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.
Kok Seong dalam Dewan hari ini melemparkan persoalan sama ada kenderaan rasmi timbalan menteri atau menteri akan turut disaman sekiranya gagal mematuhi had laju yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ia berikutan tindakan kerajaan yang mengkaji untuk menaikkan kadar kompaun saman ke atas pengguna jalan raya di negara ini.
Namun Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, memberikan kenyataan yang tidak senada dengan Masir. Nur Jazlan berpendapat kenderaan rasmi menteri perlu diberi kelonggaran terhadap peraturan keselamatan jalan raya.
Ini kerana katanya, menteri dan timbalan menteri hanya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk urusan kerajaan dan mereka perlu berkejar ke daripada satu urusan ke satu urusan yang lain.
“Selalunya pemandu kami terpaksa memecut kenderaan kerana kami (menteri, timbalan menteri) hendak cepat pergi dari satu program ke satu program yang lain kerana kesuntukan masa. Kalau kena tahan polis, biasanya kami akan berterus-terang tentang keadaan ini. Selalunya pihak polis akan memberi kerjasama,” ujar Jazlan ketika menjawab soalan dari pihak media di luar sidang Dewan Rakyat sebentar tadi.
Dalam pada itu, Nur Jazlan turut mengakui setakat ini, kenderaan rasmi kerajaan tidak pernah menerima saman daripada polis trafik.
“Kenderaan rasmi kerajaan hanya untuk urusan rasmi kerajaan. Hanya sekali-sekala kami terpaksa memandu lebih had laju. Saman ini sepatutnya difokuskan kepada pengguna jalan raya.
“Berapa kali kita pernah dengar kenderaan rasmi menteri terlibat kemalangan? Tidak pernah. (Tetapi) Kadang-kadang atas urusan kerajaan, terpaksa lajukan kenderaan. Dan atas urusan kerajaan, ia perlu dimaafkanlah,” katanya lagi. |
GALERI: Toyota Yaris TRD Sportivo di Bangkok 2016 | Mengotakan janjinya, Toyota Thailand telah memperagakan Yaris TRD Sportivo, di samping Hilux TRD Sportivo dan Fortuner TRD Sportivo baharu, di Bangkok Motor Show 2016.
Mula bersebaran di Internet sejak minggu lalu, Yaris menerima padanan TRD Sportivo bagi menyerlahkan lagi gayanya yang ranggi. Malah ia juga bagi memberikan kelainan gaya berbanding model pesaingnya dalam segmen-B hatchback iaitu Volkswagen CrossPolo dan Hyundai i20 Active.
Yaris TRD Sportivo juga dibaluti lapisan plastik hitam dengan sedikit sentuhan perak (bersama logo TRD Sportivo yang agak kecil) pada bahagian hadapan, belakang dan sisi. Malah ia turut menampilkan rel bumbung.
Ia turut menerima padanan lampu nyalaan siang LED pada bahagian bawah bampar hadapan, buat pertama kalinya menampilkan lampu kabus, logo TRD Sportivo pada gril dan belakang serta rim hitam dengan kekemasan perak bersaiz 15-inci.
Di bahagian dalam pula, ia dipadankan dengan tempat duduk balutan kulit dengan kombinasi warna hitam dan oren berbanding material kulit standard. Malah skim warna tersebut turut diaplikasi pada karpet lantai, termasuk menampilkan logo ‘TRD Sportivo’ dan juga panel pintu.
Selain itu, sistem audio asas turut digantikan dengan unit double-DIN dengan skrin sesentuh tujuh-inci serta pelbagai input (DVD, CD, Micro HDMI, kad SD dan Bluetooth). Ia juga mempunyai skrin berganda bagi paparan kamera pandang belakang, satu lagi elemen baharu yang ditampilkan.
Semua elemen tambahan ini adalah sebahagian daripada pakej istimewa TRD Sportivo, di mana ia dikenakan kos tambahan, menurut Toyota Thailand menerusi laman web rasminya. Hanya satu sahaja elemen standard pada kereta ini iaitu sentuhan dalaman hitam dan oren (tanpa unit double-DIN dan kamera undur).
Walau bagaimana pun, ia tidak menampilkan indikator pada cermin sisi, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, MID, penghawa dingin auto dan butang kawalan pada roda stereng.
Sudut mekanikal kereta ini tidak berubah. Ia masih dijanakan oleh enjin petrol 1.2 liter 3NR-FE empat-silinder Dual VVT-i yang mampu menghasilkan 86 PS pada 6,000 rpm dan tork 108 Nm pada 4,000 rpm. Penjana kuasa ini dipadankan dengan Super CVT-i automatik. Yaris TRD Sportivo ini ditawarkan pada harga 649,000 baht (RM73,965) di Thailand. |
Nissan GT-R 2017 – Lebih premium, lebih berkuasa | Sembilan tahun selepas melakukan penampilan perdana peringkat dunia di Tokyo Motor Show 2007, kini Nissan GT-R telah diberikan peningkatan yang signifikan dan dipertontonkan di New York International Auto Show (NYIAS) 2016. Digambarkan sebagai “rombakan yang paling lengkap”, GT-R baharu ini tampil dengan imej yang lebih premium dan lebih berkuasa, dijangka akan mula dipasarkan pada musim panas ini sebagai model 2017.
Bahagian luaran mengalami suntikan yang lebih besar sejak model facelift 2010 ditampilkan. Di mana bahagian hadapan menerima rekaan gril Nissan V-Motion baharu dengan paten jejaring yang baharu, di samping spoiler lip yang dibentuk semula bagi memberikan kesegaran pada penampilannya. Corong udara palsu juga kini diletakkan di bawah lampu utama, yang turut menampilkan lampu nyalaan siang LED baharu.
Gril baharu “V-Motion” ini merupakan salah satu rekaan signatur terkini Nissan, yang sedikit diperbesarkan bagi memberikan lebih penyejukan pada enjin dan kini ia menampilkan kekemasan krom dan paten jejaring yang dipertingkatkan. Hud baharu dengan menampilkan garisan berkarakter dari bahagian gril turut diketengahkan, selain menambahkan kestabilan ketika memandu dalam kelajuan yang tinggi.
Melewati bahagian belakangnya, bonet juga ditampilkan dengan elemen baharu termasuk garisan yang bersambung pada gril ke arah badan jentera. Bampar belakang juga diprofil semula. Ciri aerodinamik turut diolah semula bagi memberikan rupa yang lebih tajam dan sporty, dan mampu memberikan daya seretan sehingga 0.26 Cd. Ambang sisi juga lebih menonjol keluar bagi membolehkan aliran udara lebih sempurna di sekeliling jentera, di samping menampilkan rim aloi 20-inci baharu.
Bahagian kabin juga diolah semula, dan turut menampilkan papan pemuka baharu (hanya kluster instrumen yang dikekalkan seperti model terdahulu) dan rekaan balutan keliling juga diaplikasikan bagi menambahkan rasa seperti dalam kokpit. Lapisan kusyen pada papan pemuka kini diperbuat daripada material yang lebih nipis bagi mengurangkan berat, begitu juga dengan tempat duduk hadapan yang juga lebih ringan tetapi masih mengekalkan keselesaan.
Memberikan sentuhan yang lebih premium, papan pemuka juga dibaluti kulit Nappa, begitu juga penampilan pedal penukar gear yang diposisikan pada bahagian belakang roda stereng tiga-jejari baharu, dengan bunyi yang telah dipertingkatkan.
Corong udara segi empat tepat berkembar di bahagian tengah turut ditampilkan (menggantikan corong bulat pada model terdahulu) bersama sistem hiburan baharu dengan skrin sesentuh lapan-inci. Butang kawalan audio dan navigasi turut dikurangkan dari 27 pada model terdahulu, kini menjadi 11, sementara tombol Display Command baharu pada terowong transmisi gentian karbon juga telah direka semula bagi memudahkan kawalan.
Di bawah hudnya, enjin VR38DETT 3.8 liter turbo-berkembar V6 dengan kawalan pemasaan-pencucuhan dan hamburan turbo ekstra boleh menghasilkan kuasa sehingga 565 hp pada 6,800 rpm dan tork 633 Nm dari 3,300 hingga 5,800 rpm. Ia meningkat sebanyak 15 hp dan 3 Nm berbanding model 2016, dan hampir lebih 90 hp berbanding GT-R yang asli.
Kesemua kuasa ini disalurkan pada GT-R 2017 dengan kuasa pendikit yang lebih unggul dari rev sederhana hingga tertinggi (melebihi 3,200 rpm). Pacuan disalurkan pada semua roda menerusi transmisi klac-berkembar enam-kelajuan yang dipertingkatkan dengan kawalan tukaran gear yang lebih lancar dan bunyi yang berkurangan. Malah ledakan pendikit juga adalah hasil kehadiran sistem ekzos titanium baharu yang lebih ringan dengan Active Sound Enhancement (ASE).
GT-R baharu ini juga dikatakan lebih mantap ketika melalui selekoh walau dalam kelajuan yang tinggi dan struktur keseluruhan badannya yang lebih kukuh dengan suspensi baharu bagi menambahkan pengendalian yang lebih jitu serta kestabilan yang terbaik.
Malah ia juga telah dipertingkatkan kelancaran pengendaliannya dan mengurangkan bunyi bising menyerapi masuk ke dalam kabin biar pun dalam apa jua kelajuan. Ini adalah hasil sistem Active Noise Cancellation dan material penebat bunyi baharu termasuk kaca cermin akustik.
Terdapat warna pilihan luaran badan yang baharu iaitu Blaze Metallic Orange, yang diaplikasi dengan proses empat peringkat dan upholstery kulit Rakuda Tan (bagi Premium Edition sahaja) seperti dalam foto yang dipaparkan, selain kulit warna Amber Red dan Ivory . Sesetengah pasaran turut menerima NissanConnect bersama navigasi, aplikasi mobil dan perkhidmatan kecemasan.
The 2017 GT-R’s exterior receives a thorough makeover. The new “V-motion” grille, one of Nissan’s latest design signatures, has been slightly enlarged to provide better engine cooling and now features a matte chrome finish and an updated mesh pattern. A new hood, featuring pronounced character lines flowing flawlessly from the grille, has been reinforced to enhance stability during high-speed driving. A freshly designed front spoiler lip and front bumpers with finishers situated immediately below the headlamps give the new GT-R the look of a pure-bred racecar, while generating high levels of front downforce. |
Tarif insurans kenderaan bermotor di Malaysia bakal diliberalisasikan – harga berdasarkan risiko premium | Seperti yang diumumkan pada 2012 dan disahkan pada 2014, liberalisasi tarif insurans kenderaan bermotor di Malaysia akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2016. Di mana premium bagi insurans kenderaan bermotor ini akan ditentukan berdasarkan senarai faktor risiko, berbanding polisi penentuan harga yang diamalkan sekarang.
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengesahkan langkah ini di dalam Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan 2015, yang diedarkan semalam. Dalam laporan tersebut turut memaparkan pelan hala tuju (roadmap) bagi implementasi liberalisasi tarif insurans kenderaan bermotor, termasuk menentukan harga bagi polisi insurans kenderaan yang reflektif risiko.
Bagi mengurangkan impak terhadap langkah ini (bagi pengguna dan syarikat insurans), rancangan peralihan yang lebih teratur turut disertakan. Selain syarat-syarat tarif insurans sedia ada iaitu berkaitan harga dan had liputannya – adakah akan ditamatkan secara berperingkat, tetapi bukan serta-merta. Rujuk gambarajah di bawah untuk pelan hala tuju sepenuhnya.
Untuk fasa pertama ini (bagi tahun pertama implementasi, mulai 1 Julai), industri dibenarkan untuk menawarkan “produk baharu” dan pilihan liputan tambahan mengikut harga pasaran. Sebagai contoh, ini termasuklah polisi perlindungan kekunci-hidro enjin (jika air banjir masuk ke dalam enjin, berbeza daripada insurans kerosakan akibat banjir), penggantian kehilangan kunci dan mungkin kereta sementara atas budi bicara.
Harga bagi produk baharu ini tidak akan diaturkan, tetapi ditentukan oleh pasaran. Pembekal insurans juga akan membuka sebut harga mereka jika ia dilihat bersesuaian, untuk menarik perhatian pengguna. Ia akan memberikan platform awal kepada para syarikat insurans untuk memperhalusi tawaran dan polisi harga mereka, sementara pengguna berpeluang mendapat pilihan tambahan mengikut keperluan masing-masing.
Bagi fasa kedua pula (2017 dan seterusnya), akan melibat aplikasi kadar tarif yang komprehensif dan untuk pihak ketiga. Pada fasa ini, kadar premium tidak lagi diaturkan, sebaliknya ditentukan sepenuhnya oleh pasaran. Manakala taksiran pula berdasarkan risiko, yang akan diperkenalkan di Malaysia.
Oleh itu, sesetengah faktor risiko tidak termasuk dalam tarif insurans sedia ada, termasuk lokasi kediaman, tahun buatan kenderaan dan model, pekerjaan pemilik, sejarah tuntutan, jantina dan umur akan diambil mengikut pertimbangan, sama seperti sistem pekerjaan di beberapa buah negara luar termasuk United Kingdom.
Dalam erti kata lain, kadar premium insurans yang perlu dibayar adalah mengikut risiko yang bakal dihadapi. Misalnya, pemilik pernah membuat kos pembaikan yang tinggi, pemilik kenderaan prestasi tinggi, pemilik yang kurang pengalaman memandu atau mereka yang tinggal di kawasan berisiko jenayah, perlu membayar premium yang lebih tinggi. Dan kadar itu tidak diaturkan, sebaliknya harga boleh berubah mengikut syarikat insurans.
Penambahan kepada perlindungan pengguna akan turut diperkenalkan, untuk memastikan produk dan penentuan harga adalah bersesuaian. Syarikat insurans juga dijangka akan menilai risiko yang selayaknya dan konsisten bagi layanan yang lebih adil kepada pengguna. Skop standard liputan juga akan dinaikkan, jadi pengguna boleh membuat perbandingan antara syarikat insurans sebelum membuat keputusan insurans mana yang patut dibeli.
Walau bagaimana pun, ini tidak tertakluk pada insurans pihak ketiga yang dikenalpasti daripada kelas kenderaan. Kadar premium bagi kelas kenderaan ini (tidak dispesifikkan lagi) akan terus diaturkan, dengan penyelarasan beransur-ansur akan dibuat.
Masa kini, terdapat satu perbezaan besar antara premium insurans pihak ketiga dan tuntutan (RM520 juta) disebabkan perbelanjaan yang besar mengikut kelas (RM680 juta). Memandangkan jurang penentuan harga yang agak besar berbanding dengan risiko, satu peraturan bagi pengurangan kadar pasti akan mengakinatkan peningkatan premium. Maka, sata pendekatan akan dilakukan bago menentukan kadar premium bagi pihak ketiga ini.
Bagi langkah liberalisasi pasaran insurans kenderaan bermotor ini dijangka mampu memberikan harga yang lebih fleksibel antara syarikat insurans, di mana mereka akan bersaing sesama sendiri. Pengguna akan menerima manfaat yang lebih besar daripada pasaran terbuka ini, apabila syarikat insurans berlumba-lumba menawarkan liputan yang lebih baik, perkhidmatan yang unggul dan pastinya dengan kadar harga yang berpatutan. Malah ia juga akan mengurangkan masa menunggu untuk menyelesaikan tuntutan.
Bagi jangka masa yang panjang, pemilik kenderaan dengan risiko yang rendah juga akan menerima kadar premium yang lebih rendah. Berbanding mereka yang memiliki risiko yang tinggi yang memerlukan lebih insentif bagi memastikan risiko yang bakal dihadapi mungkin dapat dikurangkan. Pengguna juga boleh menentukan had liputan atau pembelian tambahan, iaitu jika bayar kurang, liputan juga akan kurang dan jika bayar lebih, pastinya akan menerima polisi yang lebih komprehensif. |
Toyota Prius Prime plug-in hybrid 2017 didedahkan, memerlukan hanya 1.4 liter petrol untuk setiap 100 km | Versi plug-in hybrid Toyota Prius 2016 – Toyota Prius Prime telah didedahkan oleh pihak Toyota. Ini merupakan varian plug-in hybrid pertama diperkenalkan dengan rekabentuk yang sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada varian hibridnya yang biasa.
Prius Prime menampilkan rekaan semula sepenuhnya pada bahagian hadapan dan belakang. Lampu hadapan Prius standard yang berbentuk-boomerang telah digantikan dengan lampu hadapan konvensional beserta empat modul LED pada setiap unit. Menurut Toyota lampu tersebut “bersinar seperti berlian di waktu malam” apabila diaktifkan.
Rekaan gril hadapan yang menghubungkan kedua-dua belah lampu hadapan tersebut diinspirasikan dari gril hadapan Toyota Crown Athlete pasaran domestik Jepun, memberikan rupa paras yang lebih menonjol sebagai sebuah kereta luar biasa, walaupun gril sebenar berada pada posisi rendah yang sama. Lampu nyalaan siang LED dan lampu isyarat yang diletakkan menegak di sisi bampar menyamai rekaan kereta fuel-cell Mirai.
Lampu belakang LED berbentuk-C dihubungkan kedua-dua belah dengan lampu bar melintang yang turut menempatkan lampu brek ketiga, dimana rekaan ini berbeza sekali dengan lampu belakang Prius biasa yang dilengkapi dengan lampu belakang menegak. Pada kedua-dua belah sisi bampar belakang pula, sepasang modul berbentuk segitiga dilengkapkan untuk menempatkan lampu isyarat, lampu undur dan reflektor cahaya, juga seiras dengan rekaan Mirai.
Pintu tailgate belakang dibina dengan material gentian karbon untuk mengurangkan berat keseluruhan, menjadikan ia merupakan kereta produksi pertama dilengkapi tailgate sedemikian. Keseluruhan badan kereta ini pula dibina dengan keluli tegangan tinggi manakala bonnet hadapan pula dibina dari aluminium. Seperti juga Prius standard, Prius Prime mempunyai pekali geseran yang sangat rendah iaitu hanya 0.24 Cd, yang dijangkakan bakal menjadi kereta produksi yang mencatat bacaan pekali geseran terendah. Selain dari bentuk badan, peralatan seperti penutup gril hadapan automatik dan cermin belakang berbentuk buih berkembar yang unik turut menyumbang untuk mendapatkan bacaan pekali geseran sedemikian.
Bahagian kabin turut menmpilkan perubahan yang besar termasuk paparan skrin sesentuh gaya Tesla Model-S yang besar bersaiz 11.6-inci. Toyota juga turut menyediakan aplikasi Prius Prime untuk telefon pintar bagi membolehkan pemilik memantau status caj, lokasi caj, kawalan penghawa dingin serta memuat naik markah pemanduan eco di media sosial bagi membandingkan markah mereka dengan markah pemilik Prius Prime yang lain.
Ciri-ciri Prius Prime yang lain termasuklah empat tempat duduk dilengkapi konsol tengah yang menempatkan pemegang cawan berkembar dibahagian hadapan dan belakang dan juga sistem penghawa dingin S-Flow automatik pertama dalam dunia yang dilengkapi pam pemanas dengan pancitan gas yang membolehkan suhu didalam kabin dikawal sepenuhnya oleh elektrik tanpa perlu menghidupkan enjin. Prime juga dilengkapi dengan sistem pengecaj solar dibahagian bumbung dihubungkan pada bateri khas, juga pertama seumpamanya didunia.
Prius Prime dijana enjin 1.8 liter kitaran Atkinson VVT-i digandingkan dengan dua motor elektrik. Prestasi gandingan unit kuasa tersebut belum lagi didedahkan, tetapi menurut laporan enjin tersebut bakal menjana 105 hp dan 147 Nm berbanding Prius biasa yang hanya menjana 97 hp dan 142 Nm. Motor elektrik pula mungkin akan menjana sejumlah 90 hp berbanding 71 hp pada Prius biasa.
Bateri lithium-ion 8.8 kWh juga mempunyai kapasiti berganda berbanding sebelum ini, membolehkan Prime mencapai kelajuan 135 kmj dengan jarak 50 km dalam mod elektrik sepenuhnya berbanding PHEV sebelum ini yang hanya mampu dipandu dalam jarak 23 km berdasarkan kitaran NEDC Eropah. Kereta ini hanya menghasilkan 32 gram karbon dioksida setiap kilometer. Penggunaan bahan api pula disasarkan hanya 1.4 liter setiap 100 km, dimana secara kasarnya dengan harga petrol sekarang, anda boleh memandu dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dengan isian petrol kurang dari RM10. |
Pemenang Petronas ‘Pam & Menang’ diumumkan | Seramai tiga pemenang utama bagi kempen ‘Pam & Menang’ anjuran Petronas telah diumumkan. Kempen ini menyaksikan lebih 1,600 pemenang mingguan selama lapan minggu penganjurannya.
Annambah Nagappan, 46, yang diumumkan sebagai pemenang hadiah utama, telah berjaya membawa pulang Mercedes-Benz CLA200 dan kad petrol bernilai RM1,000. “Saya telah menggunakan minyak Petronas sejak sekian lama. Malah saya juga telah mengenali kakitangan stesen Petronas yang kerap saya kunjungi. Hari ini, saya rasa kesetiaan saya terhadap jenama ini terbayar jua,” ujarnya.
Manakala Wan Habib Abdul Rahman Wan Zawawi, 53, dari Kuching, Sarawak, turut diumumkan sebagai pemenang dan memenangi Proton Iriz 1.6 Premium Edisi Petronas Primax. Sementara Lee Fok Key, 62, dari Kota Kinabalu, Sabah turut menerima model yang sama dan kedua-dua pemenang ini turut membawa pulang kad petrol bernilai RM1,000.
Dianjurkan selama lapan minggu, lain-lain hadiah yang turut ditawarkan termasuklah Piaggio Vespa bersama kad petrol RM500, basikal lipat Java dan mata ganjaran Mesra.
Pengarah Urusan dan CEO Petronas Dagangan Berhad (PDB) turut berkata, syarikat ini akan terus menganjurkan kempen sebegini sebagai menghargai sokongan para pelanggan.
GALERI: Proton Iriz Edisi Petronas Primax |
Kenaikan kadar tol PLUS belum muktamad – Fadillah | Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan kerajaan masih belum mencapai keputusan berhubung kenaikan 5% kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang dijadual dilaksanakan tahun ini.
Fadillah memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa kerajaan masih berbincang dengan syarikat konsesi tersebut dengan mengambil kira manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, laporan Bernama.
Katanya manifesto BN itu menyatakan kerajaan tidak akan menaikkan kadar tol bagi lebuh raya menghubungkan antara bandar. Ia hanya melibatkan dua lebuh raya iaitu Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Di mana kedua-dua lebuh raya itu sahaja yang menghubungkan antara bandar dan negeri-negeri, sementara lebuh raya lain yang berada di sekitar Lembah Klang tidak termaktub dalam manifesto berkenaan.
Bagaimanapun, mengikut perjanjian konsesi, PLUS boleh menaikkan kadar tol 5% di lebuh raya tersebut setiap tiga tahun mulai Januari 2016 hingga 31 Dis 2038.
Ulasan ini adalah bagi menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang ingin tahu sama ada lebuh raya PLUS akan menaikkan kadar tol pada Jun ini seperti dilaporkan sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya kerajaan tetap mengambil langkah membantu rakyat dalam bandar menghadapi beban tol termasuk menamatkan tol di lebuh raya tertentu selain menggalakkan syarikat konsesi menjalankan program rebat dan diskaun untuk pengguna.
“Buat masa ini, belum ada kenaikan. Tunggu sahaja keputusan,” katanya sambil menambah kerajaan telah menyediakan sejumlah peruntukan kepada syarikat konsesi sekiranya bercadang tidak meluluskan kenaikan kadar tol. |
SPYSHOT: Proton Saga 2016 tunjuk bahagian hadapan | Semalam kita disajikan dengan foto bahagian belakang Proton Saga 2016, dan hari ini foto bahagian hadapannya pula tersebar menerusi laman Facebook Proton CFE & CVT Technical Discussion.
Nampak macam tak banyak perubahan berbanding model Saga FLX sedia ada, tetapi jika ditatap betul-betul Saga 2016 ini menampilkan gril hadapan dua-bar, serta lampu utama yang dibentuk semula menampakkan lebih tiga-dimensi. Rekaan bampar juga kelihatan lebih agresif, dengan lampu kabus dan spoiler dagu seperti mana yang ada pada model baharu Proton yang lain (dari model Preve ke atas).
Selain itu, garisan bumbung kelihatan lebih condong dari belakang menurun ke hadapan menampakkan pandangan yang lebih dinamik. Malah pemegang pintu baharu (dari Iriz) turut ditampilkan. Ia turut menggunakan tiang-C yang seakan membentukkan pintu belakang. Malah mengikut foto spyshot semalam, bahagian belakang juga nampak seperti diolah semula termasuk lampu tiga-dimensi dan kepingan plat nombor baharu.
Buat masa ini perincian teknikal belum didedahkan, namun Saga mungkin akan menggunakan enjin Iriz iaitu 1.3 liter VVT dan pilihan transmisi iaitu manual lima-kelajuan atau CVT. Malah Proton telah mengumumkan enjin 1.0 liter dan 1.2 liter tiga-silinder mungkin ditampilkan bagi model akan datang iaitu menjelang akhir 2017. Malah enjin 1.0 liter pengecas turbo juga mungkin ditampilkan. |
GALERI: Honda Accord facelift di Bangkok 2016 | Ia merupakan satu lagi model baharu dari Honda yang bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini, selepas Honda Malaysia ‘berkias’ mengenainya baru-baru ini, selain Civic baharu.
Seperti biasa, Honda akan memperkenalkan model baharu di Thailand terlebih dahulu sebelum gilirannya tiba di Malaysia. Malah Accord facelift juga telah diperkenalkan di negara berkenaan pada bulan lalu, tiga tahun selepas generasi kesembilan dilancarkan di sana.
Bagi Accord facelift ini, perubahan besar jelas kelihatan pada bahagian hadapan, di mana grilnya mengikut rekaan baharu Honda iaitu bersama palang krom yang lebih besar. Malah gril tersebut bersambung pada lampu utama, dan varian tertinggi (2.0 EL, 2.4 EL) turut menerima padanan lampu utama LED.
Lampu utama LED turut ditampilkan dengan lampu nyalaan siang LED baharu dan lampu kabus LED. Bahagian belakang juga telah diberikan sedikit suntikan baharu termasuk menampilkan tiga tiub LED sport pada lampu belakangnya.
Menjengah bahagian kabinnya, kelihatan skrin berganda pada bahagian tengah papan pemuka tidak berubah, namun sedikit kelainan ditampilkan dengan mengetengahkan kekemasan gabungan kayuan dan hitam pekat/perak.
Elemen baharu bagi Accord facelift di Thailand termasuk butang penghidup enjin, butang kawalan penghawa dingin (juga ditampilkan pada Civic baharu), skrin paparan pelbagai-informasi 7.7-inci, sistem audio dengan skrin sesentuh tujuh-inci bersama Apple CarPlay, MirrorLink untuk telefon bimbit pintar dan Wifi hotspot. Memori bagi tempat duduk pemandu turut ditampilkan.
Tiada berubahan mekanikal bagi Accord 2016 ini dan ia masih dijanakan oleh enjin 2.0 liter SOHC i-VTEC empat-silinder (155 hp/190 Nm) dan 2.4 liter Earth Dream DOHC i-VTEC empat-silinder (174 hp/225 Nm). Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik torque-converter lima-kelajuan.
Harga ditawarkan bermula 1.385 juta baht (RM157,526) untuk varian asas 2.0 E, meningkat ke 1.445 juta baht (RM164,350) bagi 2.0 EL. Manakala 2.4 EL pula berharga 1.635 juta baht (RM185,937).
Terdapat empat warna yang ditawarkan iaitu putih mutiara, perak, kelabu dan hitam dengan dua warna cerah bagi luaran dipadankan dengan tema warna hitam bagi kabin. Manakala kerangka berwarna hitam dan kelabu pula ditampilkan dengan warna beige bagi kabinnya. Seperti biasa, aksesori Modulo turut ditawarkan, seperti yang ditunjukkan pada Accord berwarna putih ini.
Accord Hybrid facelift dengan Sensing Suite bagi teknologi keselamatan (Adaptive Cruise Control, Collision Mitigation Braking System, Road Departure Mitigation dengan Lane Departure Warning, Lane Keeping Assist) bakal dilancarkan di Thailand tidak lama lagi. |
Yamaha R-15 2016 dilancarkan di Indonesia – RM9k | Yamaha Indonesia baru saja melancarkan R-15 2016, dengan harga jualan 29.8 juta rupiah (RM9,000). Difahamkan, tiada perubahan pada bahagian mekanikalnya yang masih sama seperti model terdahulu. Namun bagi R-15 2016, ia didatangkan dengan tiga skim warna iaitu Speed Grey, Racing Blue dan Supernova White.
Menggunakan enjin 149 cc silinder-tunggal cecair-penyejuk yang mampu memberikan kuasa sehingga 16.8 hp dan tork 15 Nm, R-15 2016 ini boleh dikatakan sebagai model sementara menantikan kemasukan model 2017. Popular di kalangan anak muda di Indonesia, R-15 ini turut menampilkan kerangka Deltabox, dengan cakera hadapan dan belakang tetapi tiada ABS.
Bagi varian berwarna Speed Grey dan Supernova White, ia didatangkan dengan rim aloi hitam, sementara Racing Blue R-15 pula menerima gegelung berwarna biru. Untuk masa yang terhad, Yamaha Indonesia telah menawarkan edisi istimewa R-15 2016 dengan suspensi belakang Ohlins, yang boleh ditempah menerusi laman web rasmi mereka.
Setakat ini, tiada perkhabaran bila Yamaha R-15 2016 akan dibawa masuk ke Malaysia. Namun dengan model yang lebih kurang sama iaitu Yamaha FZ-150i yang memang ada di pasaran Malaysia, ia berharga RM9,156 termasuk GST, tanpa cukai jalan dan insurans. |
Mazda MX-5 ND dinobatkan sebagai “World Car of the Year 2016” tewaskan Audi A4 dan Mercedes-Benz GLC | Mazda MX-5 telah dinobatkan sebagai “World Car of the Year 2016” di New York International Auto Show (NYIAS) yang sedang berlangsung sekarang. MX-5 ND generasi terbaharu tersebut menewaskan dua pesaingnya dari Jerman iaitu Audi A4 B9 dan Mercedes-Benz GLC ditempat kedua dan ketiga. Keseluruhan 23 buah kereta dicalonkan untuk anugerah tersebut sebelum disenaraipendekkan menjadi sepuluh buah sahaja.
Generasi keempat MX-5 ini menyertai senarai pemenang tahun sebelum ini yang terdiri dari Mercedes-Benz C-Class W205 (2015), Audi A3 (2014), Volkswagen Golf (2013), Volkswagen Up! (2012), Nissan Leaf (2011), Volkswagen Polo (2010), Volkswagen Golf (2009), Mazda 2 (2008), Lexus LS460 (2007), BMW 3-Series (2006) dan Audi A6 (2005).
Roadster yang juga kini hadir dengan versi targa-top, juga memenangi anugerah “World Car Design of the Year” mengalahkan Mazda CX-3 dan Jaguar XE. Anugerah kereta mewah pula dimenangi oleh BMW 7 Series G11 menewaskan Audi Q7 dan Volvo XC90. Dalam kategori kereta hijau pula, 73 orang juri yang terdiri dari jurnalis automotif memilih Toyota Mirai yang dikuasakan oleh hidrogen, menewaskan dua kereta hibrid iaitu Toyota Prius baharu dan Chevrolet Volt generasi kedua.
“Memandangkan produksi roadster ikonik MX-5 kami mencecah satu juta unit, anugerah ini membuktikan ia adalah sebuah kereta yang muda, vibrant, seronok dan releven seperti sebelum ini. Selain saya menerima anugerah ini bagi pihak syarikat, saya juga mewakili setiap kakitangan Mazda, rakan kongsi dan pelanggan seluruh dunia yang menikmati pemanduan sebenar sebuah roadster. Kami mengatakan ‘Driving Matters‘ dalam iklan kami, dan kami membuktikannya pada kereta kami,” kata Masahiro Moro, presiden dan CEO Operasi Mazda Amerika Utara. |
Honda dalam usaha lengkapkan jentera dua roda mereka dengan transmisi klac berkembar (DCT) | 2009 Erion Racing Honda CPeris.
Volkswagen Group merupakan pengeluar pertama menggunakan kotak gear klac berkembar (DCT) untuk kereta produksi mereka, manakala Volvo pula merupakan pengeluar pertama menggunakan transmisi tersebut untuk produksi trak mereka. Kini, transmisi dengan penukaran gear paling pantas tersebut bakal dipasang pula pada motorsikal sport yang sedang dibangunkan oleh Honda
Laporan mengatakan Honda kini dalam peringkat pertengahan membina transmisi DCT yang sesuai digunakan untuk motorsikal sport. Menurut laporan visordown, Jurutera DCT Honda Kosaku Takahashi berkata usaha pembangunan teknologi DCT untuk digunakan pada motorsikal berprestasi tinggi kini sedang berjalan.
Beberapa motorsikal dalam barisan jentera dua roda keluaran Honda bakal dilengkapi kotak gear tersebut sebagai ciri standard ataupun opsyen termasuk siri NC, CT, VFR, NM4 Vultus dan juga skuter-super Integra. Honda CRF1000L Africa yang sebelum ini di prebiu dalam bentuk adventure turut dilengkapi transmisi DCT tersebut.
2014 Honda CTX Technology.
Kotak gear DCT sebelum ini tidak dipadankan pada motorsikal sport dan perlumbaan kerana saiznya yang besar. Dengan penggunaan dua unit klac juga menyebabkan berat keseluruhan sesebuah motorsikal tersebut juga bertambah lebih kurang 10 kg.
Motorsikal Honda yang dipadankan dengan kotak gear DCT akan mempunyai tiga mod transmisi, yang boleh dipilih menggunakan suis pada pod bar hendal. Mod ‘D’ akan berfungsi seperti mod ‘D’ transmisi automatik kereta, pilih mod tersebut dan terus pulas pendikit, penukaran gear akan berlaku secara automatik.
Mod ‘S’ pula akan memendekan masa penukaran antara nisbah gear, membuatkan motorsikal tersebut beraksi lebih lincah. Dengan memilih mod ‘M’ pula membolehkan penunggang menukar gear secara manual dengan sepasang suis penukar gear yang diletakkan di pod bar hendal sebelah kiri.
2014 Honda CTX700N.
Walaupun sesetengah pendapat yang mengatakan dengan kotak gear DCT ini menjadikan sesebuah motorsikal itu bersifat seperti sebuah skuter, Honda nampaknya mempunyai pendapat yang berbeza, terutamanya dari sudut prestasi. Takahashi menjelaskan jika dua buah motorsikal dengan berat yang sama berlumba – sebuah dengan kotak gear tradisional dan sebuah lagi dilengkapi dengan DCT, motorsikal yang dilengkapi dengan kotak gear DCT akan lebih laju kerana penukaran gear yang lebih lancar dan transmisi dengan kuasa yang berterusan dibekalkan pada unit janakuasa.
Ini akan menjadikan proses penukaran gear sama ada menaik atau menurun menjadi lebih lancar, dan menghilangkan ‘jerk‘ yang dihasilkan oleh operasi klac dan penukaran gear pada kotak gear biasa. Motorsikal Honda yang menggunakan DCT ini juga turut menawarkan opsyen penukar gear kaki pada posisi standard, membolehkan penunggang menukar gear secara manual dengan cara biasa.
Takahashi agak keberatan untuk memberitahu berapa lama lagi tempoh yang akan diambil Honda untuk membina motorsikal sport yang dilengkapi DCT, atau bila jentera seumpanya akan berada dalam pasaran, di mana buat masa sekarang penunggang hanya cenderung kepada kuasa kuda semata-mata berbanding bagaimana kuasa kuda tersebut dapat dikawal dan digunakan sepenuhnya.
2014 Honda CTX Technology.
2014 Honda CTX700_700N Cutaway 3/4 Overhead.
2014 Honda CTX700_700N Cutaway DCT.
2014 Honda CTX700.
2014 Honda CTX Accessories.
2014 Honda CTX700N.
2015 Honda NM4.
2009 Erion Racing Honda CPeris. |
Kia Rio Sedan X dilancarkan – bodykit, skrin 7″, RM78k | Minggu lalu telah dikhabarkan tempahan bagi Kia Rio Sedan X telah pun mula dibuka. Dan secara rasminya Kia Malaysia baru memaklumkan varian baharu ini telah dilancarkan secara rasminya di pasaran tempatan. Ia adalah susulan pelancaran model baharu bagi Rio Sedan yang dilancarkan pada Januari lalu.
Varian X ini ditawarkan pada harga atas jalan RM77,888 dengan insurans iaitu lebih RM5,000 berbanding sedan standard (yang mendapat rebat sebanyak RM2,000 untuk tempoh waktu terhad) dan hanya kurang RM1,000 berbanding model hatch. Ia juga termasuk dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.
Apa yang menariknya pada varian X ini ialah padanan bodykit yang lebih menarik termasuklah dengan spoiler lid pada but yang sedikit kecil. Selain itu, kitnya masih sama dengan sebelum ini, termasuk lampu utama halogen reflektor dengan lampu nyalaan siang jenis-mentol, lampu kabus hadapan dan belakang serta rim aloi 15-inci.
Perubahan di bahagian dalam termasuklah unit utama aftermarket yang baharu dengan skrin sesentuh tujuh-inci, sambungan USB, AUX, Bluetooth dan MirrorLink serta kamera pandang belakang bersama tempat duduk balutan kulit dengan jahitan sulaman logo “K2”. Selain itu, sama seperti sebelum ini, tidak seperti yang ada pada varian hatch termasuk kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, roda stereng balutan kulit, pedal aloi dan paparan pelbagai-info Supervision.
Walau bagaimana pun, Rio Sedan X mengekalkan enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik, bantuan mula mendaki, cagak ISOFIX, sistem pemantauan tekanan tayar dan brek cakera, semuanya sebagai standard.
Ia juga masih mengekalkan enjin yang sama iaitu 1.4 liter yang mampu memberikan kuasa sehingga 109 PS pada 6,300 rpm dan puncak tork 137 Nm pada 4,200 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan.
GALERI: Kia Rio Sedan di Malaysia |
SDAC anjur promosi hebat bagi Ford Fiesta dan EcoSport – rebat tunai dan bayaran bulanan rendah | Pengedar Ford, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) sedang menawarkan rebat tunai menarik sehingga RM6,000 serta bayaran bulanan lebih rendah untuk varian Fiesta dan EcoSport di seluruh negara, mulai sekarang hingga 30 April.
Pelanggan yang membeli Ford Fiesta 1.5L Titanium akan menerima rebat tunai sehingga RM6,000. Sementara mereka yang memilih Ford Fiesta 1.5L Sport pula boleh menikmati rebat tunai sebanyak RM4,000. Bayaran bulanan juga rendah iaitu hanya RM588 untuk kedua-dua varian Fiesta tersebut.
Pelanggan yang membeli Ford EcoSport 1.5L Titanium akan menerima rebat tunai sehingga RM5,000, sebagai tambahan kepada bayaran bulanan sebanyak RM718.
EcoSport dijanakan oleh enjin petrol 1.5 liter Twin Independent Variable Camshaft Timing (Ti-VCT) empat-silinder. Ia mampu menjana kuasa sehingga 110PS dan tork puncak mencecah 142Nm. Malah ia juga dipadankan dengan transmisi automatik PowerShift enam-kelajuan yang ultra efisien dengan ciri Select Shift.
Manakala Fiesta 1.5L pula dikuasakan oleh enjin 1.5 liter Durated Ti-VCT empat-silinder dengan output 112 PS pada 6,300 rpm dan tork 140 Nm pada 4,400 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi PowerShuft enam kelajuan.
Untuk ketenangan minda, pelanggan yang membeli mena-mana daripada tiga varian ini boleh menikmati jaminan pengilang selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Di samping jaminan tambahan selama dua tahun atau 100,000km menerusi Program Jaminan Lanjutan SDAC tanpa kos ekstra.
“Menyediakan pengalaman pemilikan yang hebat bermula dengan alu-aluan yang mesra. Apa yang pasti, gabungan tawaran rebat, bayaran bulanan rendah dan jaminan lanjutan SDAC secara percuma ini merupakan satu cara terbaik untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan baharu ke dalam keluarga Ford,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz. |
GALERI: Mazda CX-3 Racing Concept dipamerkan di Bangkok – lebih garang walaupun dengan kit ringkas | Mazda CX-3 Racing Concept yang pernah membuat penampilan di Tokyo Auto Salon 2016, kini dipamerkan pula di Bangkok Motor Show 2016. Kereta ini diubahsuai oleh pihak Mazda sendiri berdasarkan crossover Mazda CX-3, menjadikan ia sebuah kereta dengan rekabentuk yang lebih menarik. Kereta ini kelihatan agak garang walaupun tanpa pengubahsuaian yang melampau seperti spoiler besar mahupun kit badan yang lebih lebar.
CX-3 ini dilengkapi dengan kit aero Mazdaspeed asli yang diwarnakan dengan warna merah sementara keseluruhan badan kereta ini diwarnakan dengan warna hitam, bagi memberikan efek kontras dan menonjolkan lagi kit aero tersebut. Kit Mazdaspeed tersebut terdiri daripada sepasang sayap yang dipasang disisi bampar hadapan, skirt sisi, dan juga elemen kemasan bahagian belakang di bawah tip ekzos.
Beberapa dekal dilekatkan di bahagian sisi dan hadapan kereta bagi melengkapkan rupa parasnya. Kesemua cakera brek kereta ini ditebuk dan angkup breknya diwarnakan dengan warna merah serta tulisan ‘Mazda’ pada angkup tersebut diserlahkan dengan warna putih. Akhir sekali CX-3 Racing Concept ini dilengkapkan dengan roda aloi gergasi bersaiz 20-inci berjejari halus bersalut tayar berprofil rendah.
Pada bahagian dalaman pula, kereta ini dilengkapi dengan pelapik pedal aluminium serta papan pemuka dibaluti dengan Alcantara. Tempat duduk turut ditukar dengan tempat duduk yang lebih sporty dari Mazdaspeed juga datang dengan kemasan balutan Alcantara. |
Toyota Corolla Altis facelift didedahkan – bakal muncul pada 2017 di Australia dilengkapi, beberapa ciri baharu | Beberapa imej Toyota Corolla Altis facelift 2017 secara rasminya telah didedahkan. Asas rekabentuk Corolla baharu ini masih lagi kelihatan sama tetapi dilengkapi beberapa ciri dan teknologi baharu. Sedan tersebut bakal dilancarkan di Australia bermula suku pertama tahun hadapan.
Lampu hadapan direka semula bagi membolehkan ia seiring dengan bampar dan juga gril hadapan yang menampilkan rekaan baharu yang lebih menarik dan segar. Pada bahagian belakang pula Corolla Altis ini menerima sepasang lampu belakang baharu dengan teknologi LED.
ZR iaitu varian tertinggi dalam barisan Corolla Altis di Australia akan dilengkapi dengan lampu hadapan LED baharu serta lampu nyalaan siang LED. Ia juga turut hadir dengan pembuka pintu bersalut krom serta kemasan belakang dengan trim krom yang lebih nipis menghubungkan kedua belah lampu belakang.
Ciri keselematan turut mendapat peningkatan menerusi sistem pra-pelanggaran (PCS), lane departure alert (LDA), dan juga lampu tinggi automatik (AHB) yang dilengkapkan. Sistem tersebut menggunakan laser dan kamera yang diletakkan dibahagian atas cermin hadapan. Sistem ini dilengkapkan secara standard pada varian tertinggi manakala untuk varian lebih rendah iaitu varian Ascent dan SX, ia ditawarkan sebagai opsyen pilihan.
Tiada pengumuman berkenaan unit janakuasa yang akan dibekalkan untuk model facelift, tetapi boleh dijangkakan ia bakal dikuasakan dengan unit janakuasa yang sama seperti model sedia ada. Untuk pasaran Malaysia, Corolla Altis dikuasakan dengan dua pilihan enjin iaitu enjin 2ZR-FE 1.8 liter berkuasa 139 PS/173 Nm dan enjin 3ZR-FE 2.0 liter berkuasa 145 PS/187 Nm. Kedua-dua enjin tersebut dipadankan bersama kotak gear CVT automatik dengan mod tujuh-kelajuan. |
Empat stesen LRT di Puchong mula operasi 31 Mac ini | Lagi empat stesen LRT dari jajaran LRT Ampang iaitu IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri akan mula beroperasi pada 31 Mac ini.
Pengumuman ini dilakukan oleh Presiden dan CEO Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd Datuk Azmi Aziz ketika sesi perbentangan oleh delegasi Malaysia dalam persidangan Asia Pacific Rail 2016 di Hong Kong semalam.
Menurut Prasarana, dengan sejumlah 33 stesen yang beroperasi minggu hadapan, jajaran Ampang turut menjanjikan kemudahan bagi pengguna yang menetap dan bekerja di Puchong, khususnya di sekitar Bandar Puchong Jaya, laporan The Star.
Tiga daripada empat stesen yang diumumkan ini terletak selari dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), yang dihubungkan terus ke Puchong.
Menurut laporan akhbar berkenaan, sesetengah pengguna turut meluahkan rasa kecewa apabila operasi tiga stesen terakhir iaitu Puchong Perdana, Puchong Prima dan Putra Height ditangguhkan.
Namun satu sumber memberitahu, pembukaan tiga stesen terakhir bagi jajaran Ampang ini kemungkinan besar akan beroperasi selewat-lewatnya Jun ini.
Malah pada Jun ini juga, sebanyak 14 stesen LRT dari jajaran Kelana Jaya akan mula beroperasi. Ia melengkapkan lagi program sambungan LRT yang pertama kali diumumkan pada tahun 2006.
Pada Oktober tahun lalu, empat buah stesen iaitu Awan Besar, Kampung Muhibbah, Alam Sutera dan Bandar Kinrara 5 (BK5) mula beroperasi.
Sambungan bagi jajaran Ampang adalah bermula stesen Sri Petaling, merentasi Kinrara dan berakhir di Putra Height, Puchong.
Sambungan jajaran sepanjang 18.1 km dengan 12 stesen ini menjadikan panjang keseluruhan jajaran Ampang ialah 45.1 km. |
Proton lantik CEO baharu mulai 1 April 2016 | CEO Proton yang baharu Datuk Ahmad Fuaad (berdiri kanan)
Tampuk kepimpinan Proton berubah sekali lagi dengan perlantikan Dato’ Ahmad Fuaad Mohd. Kenali sebagai Ketua pegawai Operasi (CEO) baharu, menggantikan Datuk Abdul Harith Abdullah, berkuatkuasa 1 April ini.
Pada masa ini, Ahmad Fuaad memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di DRB-HICOM. Sebelum menyertai DRB-HICOM, beliau turut memegang jawatan yang sama di Astro Malaysia Holdings Berhad. Dan pernah berkhidmat dengan Arthur Andersen & Co, Petaling Garden dan Ernst & Young pada masa lalu.
Proton turut melantik Timbalan CEO baharu, iaitu Datuk Radzaif Mohamed, yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi, Pembuatan & Pengedaran Automotif di DRB-HICOM.
Dengan perlantikan baharu ini, Datuk Harith akan kembali ke DRB-HICOM dan mengambil posisi yang dikosongkan oleh Datuk Radzaif. |
Kerajaan terpaksa menanggung bayaran RM1 billion kepada syarikat konsesi jika tol tidak naik tahun ini | Jika syarikat konsesi tol tidak menaikkan kadar mereka yang dijangka tahun ini, kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada mereka sebanyak RM1 billion. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata angka tersebut adalah seganda dari jumlah bayaran asal yang di cadangkan oleh kerajaan.
Menurut The Star, kos penyelenggaraan tambahan untuk memastikan lebuhraya dalam keadaan yang baik adalah punca utama kenaikan ini. “Mereka perlu menyelenggara dan melakukan servis pada jalan raya, dan mereka juga perlu menaiktaraf pekerja dan jabatan mereka,” jelas Fadillah.
Walaubagaimana pun, dengan pengumuman sebelum ini, masih lagi tiada kenaikan terhadap kadar tol disaksikan tahun ini. “Buat masa ini belum ada keputusan, kami masih lagi berbincang berkenaan isu ini,” kata Fadillah kepada wartawan. “Kami perlu mempertimbangkan semua aspek dan berdasarkan punca kewangan kerajaan,” tambah beliau.
Laporan dari The Star pada Disember lalu juga ada menyebut, Menteri Kerja Raya mendedahkan perincian pembayaran yang perlu dilakukan. Sejumlah RM214 juta diperlukan untuk Lebuhraya Utara Selatan, RM8.24 juta untuk Lebuhraya Linkedua dan RM79.4 juta untuk Lebuhraya Elite.
Lagi RM3.11 juta diperlukan untuk Lebuhraya Butterworth Kulim, RM1.95 juta untuk Lebuhraya Seremban-Port Dickson, RM92.8 juta untuk KESAS, RM7.8 juta untuk Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru dan RM1885.9 juta untuk LDP.
Jumlah keseluruhan ini sahaja berjumlah RM597 juta – melebihi RM500 juta dari apa yang kerajaan peruntukkan untuk membayar kepada syarikat konsesi bagi mengelakkan kenaikkan tol. |
Toyota Vios 2016 dengan Dual VVTi, CVT, VSC dipertontonkan di Bangkok Motor Show | Dalam kebanyakan kereta produksi yang dipamerkan di Bangkok Motor Show 2016, ternyata Toyota Vios 2016 antara yang kurang mendapat perhatian, namun tidak bermakna ia tampil kurang menarik. Sebenarnya Vios baharu ini telah menampilkan banyak perubahan yang signifikan walau pun kurang disedari khalayak.
Bagi pasaran Thai, Vios 2016 menerima padanan enjin dan kotak gear yang kedua-duanya baharu. Dengan enjin baharu 2NR-FBE 1.5 liter Dual VVT-i yang boleh menggunakan bahan api bio E85, ia mampu memberikan kuasa yang sama dengan model Vios berenjin 1NZ-FE yang kini berada di pasaran kita, iaitu 108 hp pada 6,000 rpm dan 140 Nm (kurang 1 Nm) pada 4,200 rpm. Pasaran lain pula dijangka menerima enjin biasa 2NR-FE Dual-VVTi tanpa keupayaan E85, seperti mana pada model facelift Avanza.
Enjin baharu pula sepatutnya mampu memberikan pemanduan yang lebih jitu di samping penggunaan bahan api yang lebih efisien, terutamanya kotak gear automatik empat-kelajuan telah digantikan dengan transmisi CVT auto tujuh-kelajuan. Manakala kotak gear manual lima-kelajuan telah digugurkan untuk pasaran Thai.
Bagi aspek keselamatan pula, ia juta telah dipertingkatkan. Beg udara masih kekal dengan dua unit tetapi model 2016 ini juga menampilkan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) selain ABS dengan EBD dan bantuan brek.
Dengan enjin dan CVT baharu termasuk menampilkan VSC, Vios 2016 di Thai ditawarkan pada harga bermula 599,000 baht (RM68,476) untuk varian J, manakala Exclusive pula berharga 719,000 baht (RM82,194).
Di mana pertambahan elemen pada varian spesifikasi tertinggi, Exclusive, menampilkan kit badan baharu termasuk lampu nyalaan siang LED, tempat duduk balutan kulit berwarna hitam, papan pemuka dan kekemasan pintu berwarna kelabu, roda stereng dan tuil gear berwarna hitam pekat, sistem hiburan T-Connect dengan skrin sesentuh tujuh-inci dan sambungan Bluetooth. |
Menteri Pengangkutan menggesa SPAD segerakan undang-undang kawal selia aplikasi Uber dan GrabCar | Kerajaan menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menyegerakan proses untuk mengawal servis perkongsian kenderaan berdasarkan aplikasi seperti Uber dan GrabCar. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah berkenaan adalah perlu dan berharap suruhanjaya tersebut boleh mempercepatkan proses tersebut, lapor The Star.
Liow berkata, pemandu Uber perlu mendapatkan lesen kenderaan komersial, dan kereta mereka perlu melalui pemeriksaan mandatori oleh Puspakom. Laporan sebelum ini juga menyebut terma baharu tersebut memerlukan mereka membeli insuran komersil, sama seperti pemandu teksi biasa.
Isnin lalu, SPAD mengumumkan mereka telah membuat keputusan untuk tidak mengharamkan Uber dan GrabCar, tetapi ia perlu dikawal selia untuk memastikan ia tidak menjejaskan industri teksi sedia ada. Semalam, bantahan terhadap dua aplikasi tersebut dilakukan oleh pemandu-pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur sehingga menutup laluan ke Bukit Bintang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Sementara itu, SPAD menyatakan usaha untuk menyediakan undang-undang mengawal selia aplikasi perkongsian kenderaan ini sedang dibuat, tetapi proses tersebut akan memakan sedikit masa. Suruhanjaya tersebut juga sedar masalah dan isu yang dihadapi oleh industri teksi, dan sebab itu mereka sedang mencari jalan untuk memperbaiki pendapatan dan kebajikan mereka.
Pakar industri yang tidak mahu nama mereka disiarkan memberitahu The Star adalah penting untuk membenarkan pemandu menggunakan aplikasi perkongsian kenderaan tersebut, setelah ia lengkap nanti, ia akan memberikan opsyen kepada pengguna untuk memilih servis pilihan mereka. Tambahnya lagi, pemandu teksi perlu sedar yang mereka perlu memperbaiki servis mereka dan fokus pada aspek itu dan bukan menganjurkan demonstrasi yang tidak memberi faedah kepada sesiapa. |
Mercedes-Benz CLA250 Sport 4Matic kini di Malaysia | Mercedes-Benz CLA250 Sport 4Matic kini telah memasuki pasaran Malaysia dan dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM268,888. Varian ini berada diatas CLA 200 tanpa pakej AMG Line yang dijual pada harga RM233,888.
Dengan harga RM35k lebih mahal, tentulah perbezaan antara dua model berkenaan bukan sekadar rupa dan aksesori-aksesori kecil. Berbanding CLA 200 yang hanya menggunakan enjin petrol 1.6 liter turbo berkuasa 156 hp/250 Nm, CLA 250 dikuasakan dengan enjin sama seperti yang terdapat di dalam perut A 250 Sport iaitu enjin petrol 2.0 liter turbo, berupaya menjana kuasa maksima 211 hp dan tork maksima 350 Nm. Dengan lencana 4Matic dilekatkan pada bahagian belakang kereta ini, sudah tentu kesemua kuasa dari enjin tadi memacu kesemua roda kereta ini menerusi kotak gear tujuh-kelajuan klac berkembar 7G-DCT dan sistem pacuan empat roda 4Matic Mercedes-Benz.
Padanan kesemua sistem janakuasa dan cengkaman dari sistem pacuan empat roda tadi membolehkan CLA 250 Sport memecut dari sifar hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.6 saat dengan kelajuan maksima dicatatkan pada 250 km/j, berbanding CLA 200 yang memerlukan 8.5 saat untuk memecut dari 0-100 km/j dan hanya mampu mencapai kelajuan maksima 210 km/j.
Dapat disaksikan di dalam gambar, pakej penuh AMG Line didatangkan secara standard untuk CLA 250 Sport. Ia terdiri daripada kit badan penuh yang di serlahkan dengan kemasan berwarna merah, gril hadapan kemasan krom, roda aloi lima-jejari AMG bersaiz 18-inci yang seiras dengan roda aloi A 250 Sport, dan brek cakera ‘cross-drilled‘ disertakan dengan angkup brek berwarna merah di bahagian hadapan.
Tanpa ‘Night Package’ dinyatakan disini, CLA 250 dilengkapi dengan trim krom di sekeliling tingkap berbandiang CLA 200 yang tidak dilengkapi ciri tersebut. Dapat disaksikan juga cermin sisi diwarnakan dengan warna badan berbanding hanya warna hitam pada model spesifikasi lebih rendah. Ia juga dipasang dengan lampu hadapan bi-xenon lengkap dengan sistem lampu pintar dimana lampu tinggi dikawal secara automatik oleh komputer.
Kemasan merah pada setiap liang penghawa dingin, dan sulaman benang pada roda stereng, tempat duduk, dan tali keldar diserlahkan daripada kemasan keseluruhan berwarna hitam seiras dengan kabin A 250 Sport. Kombinasi balutan kulit dan gentian mikro Dinamica juga ditawarkan menerusi pakej AMG Line/Sport, bersama roda stereng sport dan pedal aloi.
Klik untuk besarkan
Ciri-ciri lain boleh dikatakan agak sama dengan CLA 200. Sistem Audio 20 dengan skrin lapan-inci adalah standard, bersama Bluetooth, sistem penghawa dingin manual serta fungsi auto start/stop. Sistem lampu hadapan dan penggilap automatik, tempat duduk hadapan larasan berkuasa dengan fungsi memori dan juga bantuan parkir automatik juga dilengkapkan. Sistem kunci pintar masih lagi tiada seperti sebelum ini.
Anda boleh menilai dan membuat perbandingan sendiri melalui perincian di Carbase.my untuk setiap varian di dalam barisan model CLA.
GALERI: Mercedes-Benz CLA 200 |
GALERI: Mazda BT-50 baharu di bilik pameran | Bermaz baru sahaja memperkenalkan Mazda BT-50 baharu di Malaysia selepas diperkenalkan di Thailand pada tahun lalu. Ia menampilkan wajah baharu dan beberapa kit tambahan.
Ia ditawarkan dengan dua varian iaitu 2.2AT yang dijanakan oleh enjin 2.2 liter empat-silinder sebaris turbodiesel (MZ-CD 2.2) yang mampu memberikan kuasa 150 hp pada 3,700 rpm dan tork 374 Nm pada 2,500 rpm.
Manakala varian 3.2AT pula dipadankan dengan enjin 3.2 liter empat-silinder sebaris (MZ-CD 3.2) dengan kuasa 200 hp pada 3,000 rpm dan tork 470 Nm pada 2,500 rpm. Kedua-dua varian digabungkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan dan didatangkan dengan pacuan empat-roda secara standard.
Perubahan yang dapat dilihat, bermula dengan gril hadapan baharu dengan logo Mazda diposisi di bahagian tengah. Gril tersebut turut disambungkan pada lampu utama halogen yang direka semula (dengan fungsi automatik on/off) dan lampu nyalaan siang jenis-mentol. Selain itu, lampu belakang turut direka semula dan rim aloi dua-tona bersaiz 17-inci baharu yang dibaluti tayar 265/65 turut ditampilkan.
Tidak semua bahagian dalaman BT-50 diubah. Ia masih dihiasi dengan bentangan yang lebih kurang sama, sistem audio standard (dengan Bluetooth, USB, CD dan AUX), enam pembesar suara, sistem penghawa dingin automatik dua-zon, tempat duduk balutan fabrik, dan roda stereng balutan kulit.
Jika varian 2.2T menerima pengesan undur, varian 3.2AT pula dipadankan dengan kamera undur, dengan memaparkan video di cermin pandang belakang (yang turut berfungsi sebagai cermin anti-silau).
Bagi aspek keselamatan, BT-50 ini dilengkapi dua beg udara hadapan, ABS dengan EBD dan bantuan brek sebagai standard. Lain-lain elemen keselamatan ialah Bantuan Menurun Bukit, Kawalan Kestabilan Dinamik dan Sistem Kawalan Cengkaman.
Bagi harganya, 2.2AT ditawarkan pada RM102,477, manakala 3.2AT pula RM113,836. Berbanding dengan model pra-naik taraf, ia menyaksikan peningkatan sebanyak RM13,600 bagi kedua-dua varian. Ia merupakan harga atas jalan tanpa insurans. Elemen pilihan turut ditawarkan iaitu sport cover dengan kos tambahan sebanyak RM3,480.
Mazda BT-50 2.2AT 2016 |
Petron Blaze RON 100 – senarai penuh stesen di M’sia | Petron Malaysia telah mengumumkan senarai terkini bagi semua stesennya yang menjual petrol Blaze 100 Euro 4M. Sehingga kini, terdapat 23 stesen (17 di Lembah Klang, enam di Johor) yang turut menawarkan bahan api berprestasi tinggi ini. Ketika dilancarkan Januari lalu, ia hanya boleh didapati di enam stesen sahaja.
Buat masa ini, Petron Blaze 100 dijual pada harga RM2.60 per liter, iaitu 65 sen lebih daripada RON 97. Tidak seperti RON 95, RON 97 dan diesel, harga Petron RON 100 ini tidak diaturkan, dan perubahan harganya (jika ada) tidak semestinya akan berlaku pada 1 haribulan pada setiap bulan.
Senarai stesen Petron yang ada menawarkan Blaze 100 Euro 4M adalah seperti berikut:
Lembah Klang
Petron Elite
Petron Bukit Bintang
Petron MRR2 Selayang
Petron Bukit Lanjan SB
Petron Lebuh Bandar Utama
Petron Jalan Maarof
Petron Taman Universiti (baharu)
Petrob Puchong Indah (baharu)
Petron Subang Indah (baharu)
Petron Tol Sg. Besi (arah selatan)
Petron Taman Tun Dr. Ismail
Petron Kesas (arah barat)
Petron Batu 3 Lebuhraya Persekutuan
Petron Damansara Kayu Ara
Petron Rahman Putra (baharu)
Petron Jalan Universiti (baharu)
Petron MRR2 Bukit Antarabangsa (baharu)
Johor
Petron Tol Skudai (arah utara)
Petron Linkedua (arah selatan)
Petron Gelang Patah
Petron Jln Danga
Petron Puteri Wangsa
Petron Tmn Daya 2 |
Pemenang “Man United for Life” Chevrolet diumumkan | Pemenang hadiah utama untuk peraduan “Manchester United for Life – Spend and Win 2016” telah pun diumumkan oleh Chevrolet Malaysia. Syed Ahmad Faiz Bin Syed Yusoff Fadzil, yang layak untuk menyertai peraduan tersebut setelah membeli sebuah Chevrolet Colorado baharu di Johor Bahru telah dipilih sebagai pemenang bertuah.
Syed Ahmad Faiz telah memenangi perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Manchester United menentang Everton secara langsung di Old Trafford pada 3 April 2016 untuk dua orang. Selain itu, dia juga turut diberikan tiket pergi-balik dan penginapan lima hari tiga malam untuk dua orang.
Sementara itu, Chevrolet turut mengumumkan kempen “Chevrolet Sustence” masih lagi diteruskan di semua pengedar sah Chevrolet. Hadiah rebat tunai sehingga RM12,500 disediakan untuk model Orlando, RM11,000 untuk Cruze dan RM3,000 untuk Colorado.
Juga, dengan program ‘Family & Friends Referral’, pemilik Chevrolet sedia ada berpeluang untuk mendapatkan sehingga RM1,000 jika mereka berjaya membuatkan rakan dan keluarga membeli kereta Chevrolet baharu. |
BMW 520d M Sport, 520i M Sport, 528i M Sport 2016 – pelbagai ciri ditambah, harga kekal bermula RM355k | BMW 520i M Sport.
BMW 5 Series F10 LCI di Malaysia telah menerima tingkat taraf untuk versi tahun 2016. Beberapa bahagian luaran, dalaman dan ciri-ciri teknologi ditambah pada ketiga-tiga varian tanpa melibatkan penambahan harga.
Sebelum ini dikenali sebagai BMW 520i, 520i M Sport baharu dilengkapi peralatan dan tingkat taraf M Sport sepenuhnya. Pada bahagian luaran, ia disertakan dengan kit badan M Sport yang lebih agresif, lencana M Sport dan set roda aloi Style 613M 18-inci (sebelum ini dengan roda aloi bukan dari M-Sport).
Bahagian dalaman turut didominasi dengan ‘semangat’ M Sport bermula dengan roda stereng M Sport dilengkapi penukar gear, tempat duduk hadapan M Sport, balutan bumbung hitam dan beberapa kemasan aluminium. Kereta ini kelihatan seperti model 528i M Sport sedia ada. Sistem IDrive yang dilengkapi kini turut dikemaskini dengan sistem ConnectedDrive dengan Concierge Service. Ia dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM329,800.
BMW 528i M Sport.
Sementara itu untuk BMW 528i M Sport, ia dilengkapi dengan set roda Style 351M lebih besar bersaiz 19-inci berbanding sebelum ini yang hanya dilengkapi roda aloi bersaiz 18-inci. Peralatan baharu lain yang dilengkapi pada model ini termasuklah spoiler belakang, bumbung suria, dan juga sistem iDrive yang di kemaskini dengan tambahan sistem ConnectedDrive dan Concierge Service. Harga juga masih kekal untuk model ini yang dijual pada RM378,800 (harga atas jalan tanpa insuran).
Walaupun tanpa gambar, BMW Malaysia telah mengesahkan 520d tahun lalu juga telah dikemaskini untuk model tahun 2016. Kini dikenali sebagai BMW 520d M Sport dan dijual pada RM317,800, ia juga dilengkapi dengan kit luaran lengkap dari M Sport serta set roda Style 613M 18-inci. Bahagian dalamannya dikatakan sama dengan 520i M Sport, tetapi dengan kemasan hitam berkilat menggantikan kemasan aluminium.
Untuk hal berkaitan jualan dan pandu uji, anda bolehlah menghubungi Penasihat Jualan yang disahkan di pautan di bawah:
BMW, all models – CarBase.my Verified Sales Advisors
GALERI: 2016 F10 BMW 520i M Sport
GALERI: 2016 F10 BMW 528i M Sport
GALERI: 2013-2015 F10 BMW 528i M Sport |
GALERI: Mazda 2 kini dilengkapi lampu hadapan LED | Berikutan pengenalan Mazda 2 2016 di Malaysia, kami membawakan kepada anda gambar-gambar kereta segmen-B yang menerima sedikit tingkat taraf tersebut dari bilik pameran Mazda Setia Alam.
Harga untuk Mazda 2 sedan dan hatchback ini bermula dari RM90,766.30, menyaksikan kenaikan lebih RM5,300 berbanding sebelum ini (RM85,466.30). Pilihan warna adalah terdiri dari Putih Mutiara Snowflake, Aluminium Metalik, Kelabu Metropolitan, dan warna signatur jenama Mazda iaitu Merah Soul yang mana untuk warna tersebut memerlukan pembeli menambah RM530. Produksi kereta ini kekal di Thailand, bermaksud ia masih dibekalkan secara CBU ke Malaysia.
Seperti yang dapat disaksikan pada Mazda 2 hatchback ini, ia dilengkapi dengan lampu hadapan LED berserta lampu nyalaan siang LED, menggantikan lampu halogen pada model sebelum ini. Kini kesemua barisan model termasuk CX-3, CX-5 dan Mazda 6 dilengkapi lampu dengan teknologi LED.
Tiada lagi perubahan lain pada bahagian luaran model ini selain daripada lampu hadapan. Begitu juga dengan roda di mana roda aloi 16-inci (dengan tayar 185/60R16) yang sama masih digunakan pada model ini serta lampu belakang yang menggunakan mentol biasa masih lagi dikekalkan.
Model yang dipamerkan ini dilengkapi dengan kit badan sport terdiri dari lips pada bampar hadapan dan belakang, skirt sisi, dan spoiler belakang. Untuk model sedan, kit yang ditampilkan ini berharga RM2,300 manakala untuk hatchback pula ia berharga RM2,370.
Begitu juga dengan bahagian dalaman yang mana ia kelihatan sama seperti model sebelum ini. Oleh kerana lampu hadapan LED baharu menampilkan fungsi pelarasan automatik, terdapat pelaras manual untuk lampu tersebut diletakkan berdekatan butang Kawalan Cengkaman dan butang i-Stop.
Skrin sesentuh sistem infotaimen MZD bersaiz tujuh-inci masih lagi kekal, dihubungkan pada unit Comamander Control. Balutan kulit juga masih sama seperti sebelum ini menyaluti beberapa bahagian kemasan bersama fabrik pada tempat duduk larasan manual. Turut masih dilengkapi ialah paparan ‘head-up‘, penghawa dingin zon tunggal, dan penukar gear.
Ciri keselamatan masih kekal sama dengan dua beg udara dibekalkan, serta sistem ABS dilengkapi EBD, BA dan Kawalan Stabilti Dinamik (DSC). Cagak Isofix untuk kerusi kanak-kanak juga dibekalkan secara standard.
Anda boleh berkunjung ke bilik pameran Mazda Setia Alam untuk melihat kereta ini dengan lebih dekat. Pihak Bermaz juga akan mengadakan karnival Mazda Zoom Zoom bermula 30 Mac ini hingga 3 April hadapan di Oval Concourse, New Wing, 1Utama, di mana kereta ini akan dipamerkan bersama Mazda CX-5 facelift CKD. |
Pemandu teksi menutup Jalan Bukit Bintang dan cetus kesesakan trafik, protes aplikasi Uber dan GrabCar | Sebagai menunjukkan protes menentang servis aplikasi pengangkutan seperti Uber dan GrabCar, sekumpulan pemandu teksi berkumpul dan memberhentikan kenderaan mereka di hadapan kompleks membeli belah Fahrenheit 88 sepanjang Jalan Bukit Bintang. Kejadian lewat pagi tadi tersebut menyebabkan akses ke jalan berkenaan terhalang dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Setakat ini tiada lagi organisasi teksi yang mengaku bertanggungjawab mengadakan protes yang menyebabkan kesulitan tersebut. Walau bagaimanapun, insiden tersebut mungkin disebabkan keputusan terkini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tidak mengharamkan aplikasi perkongsian kenderaan tersebut.
Kejadian yang sama telah berlaku di Indonesia sebelum ini di mana pemandu teksi di Jakarta melakukan protes serupa tidak berapa lama dahulu, menuntut kerajaan mengharamkan Uber dan GrabCar. Respons dari insiden tersebut, kerajaan Indonesia menyatakan kedua-dua syarikat pengendali aplikasi terbabit perlu bekerjasama dengan pengendali perniagaan pengangkutan tempatan dan mendaftar kenderaan mereka sebelum penghujung Mei jika mahu terus beroperasi.
Kami akan terus membawakan berita terkini berkenaan isu ini dari semasa ke semasa. Apa pendapat anda berkenaan isu ini? Adakah persengketaan antara penyedia aplikasi dan pemandu teksi akan berterusan? Atau akhirnya nanti menyaksikan satu pihak yang akan kekal? Kongsikan pendapat anda pada ruangan komen di bawah. |
BMW terbakar di plaza tol, melibatkan kehilangan nyawa – identiti mangsa masih belum dikenalpasti | Sebuah BMW 6 Series dilaporkan terbakar awal pagi ini dan menyebabkan pemandunya mati terbakar semasa beliau tidur di dalam kereta tersebut, lapor New Straits Times. Kejadian pada pukul empat pagi tadi itu berlaku di Plaza Tol B Lebuhraya Sprint.
Menurut pekerja di plaza tol berkenaan yang menyaksikan insiden itu, lelaki tersebut yang dipercayai mabuk, dikatakan memberhentikan keretanya di pondok tol, kemudian tidur di tempat duduk penumpang hadapan dengan enjin yang masih hidup.
Pekerja terbabit cuba untuk membangunkan lelaki tersebut dengan mengetuk cermin tingkap, tetapi gagal untuk menyedarkan lelaki itu. Sejam kemudian, kereta tersebut terbakar dan lelaki yang identitinya masih belum diketahui tersebut terkorban akibat kebakaran tersebut. Dua pondok tol turut dilaporkan terbakar sepenunhnya. Pihak berkuasa masih lagi menyiasat identiti sebenar mangsa kebakaran tersebut.
Sementara itu, BMW Malaysia telah mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung insiden ini. Kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Pengurusan dan CEO Han Sang Yun tersebut adalah seperti berikut:
“Kami di BMW Group Malaysia mengetahui insiden pagi ini di mana sebuah BMW generasi sebelum ini telah terbakar di Plaza Tol Lebuhraya Sprint dan menyebabkan kehilangan nyawa.
Ia merupakan insiden yang sangat malang dan kami bersedih atas apa yang berlaku. Kami bersimpati kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam insiden tersebut.
Kami difahamkan pada saat ini, penyebab kebakaran tersebut masih lagi belum diketahui dan kami di BMW Group Malaysia menawarkan kepakaran kami, kerjasama dan pertolongan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dan juga kepada pihak berkuasa berkaitan untuk menyiasat insiden ini dengan teliti.” |
Pergolakan politik mungkin menambah pergelutan masalah Proton, lapor The Straits Times of Singapore | Pergolakan politik antara Tun Dr Mahathir Mohamed dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan menjejaskan pembuat kereta nasional – Proton, dalam usaha mereka mendapatkan dana RM1.5 biliion segera dari kerajaan, lapor The Straits Times of Singapore.
Proton yang bergelut dengan kerugian lebih dari RM2.5 billion dalam masa empat tahun sebelum ini, dilaporkan memohon suntikan dana dari kerajaan persekutuan. Dana tersebut mungkin tidak akan diterima berikutan pergolakan potilik dan Proton merupakan projek yang dibangunkan oleh Tun Mahathir.
Tun Mahathir percaya Proton akan mempunyai masa depan dan dana kerajaan untuk menampung R&D enjin baharu akan menjadikan syarikat berkenaan bernafas semula, tetapi ramai termasuk pegawai kerajaan tidak yakin dengan agenda tersebut.
“Walaupun Proton menerima dana itu, ia tidak akan menyelesaikan masalah syarikat tersebut,” jelas konsultan kewangan yang biasa dengan Proton dan pentadbiran persekutuan memberitahu ST.
Para pekerja bakal kehilangan pekerjaan, begitu juga dengan pembekal alat ganti yang bakal bergelut dengan masalah ekoran konflik yang dihadapi oleh Proton, menjadikan mereka mangsa pergolakan politik yang berlaku, tambah laporan tersebut.
“Mereka (pekerja) dan vendor akan ditanya untuk memilih sama ada Tun Mahathir atau kerajaan,” esekutif senior Proton yang namanya tidak mahu disiarkan memberitahu ST.
Proton mempunyai 10,000 orang pekerja serta jaringan vendor dan pembekal yang mempunyai 30,000 orang lagi pekerja. Walaupun ada rasa hormat yang besar kepada Tun Mahathir, “Ada perasaan yang semakin membesar merasakan beliau sekarang merupakan liabiliti,” tambah esekutif itu.
Kerajaan telah menggugurkan Tun Mahathir sebagai penasihat Petronas dua minggu lalu kerana pergolakan politik tersebut. Pentadbiran kerajaan tidak boleh memecat Tun Mahathir dari Proton kerana Proton sekarang dimiliki oleh DRB-Hicom.
Walau bagaimanapun, ketika Proton memerlukan sokongan dari kerajaan dan DRB-Hicom juga bergantung pada perniagaan dari kerajaan, kehadiran Tun M dalam organisasi tersebut mungkin mendatangkan lebih kesan negatif berbanding positif.
Proton telah memfailkan penyata kewangan terbaru mereka, tetapi analisa mendapati Proton kerugian hampir RM25 juta setiap bulan kerana bayaran bunga pada pinjaman dan beban kewangan yang semakin meningkat berikutan stok kereta yang tidak terjual semakin banyak.
Dianggarkan sebanyak 30,000 unit kereta yang tidak terjual, atau secara kasarnya inventori selama tiga bulan, berdasarkan jualan tahun lalu sebanyak 102,175 unit. |
Volkswagen Golf 1.4 TSI facelift dilancarkan – 150 PS, kunci pintar, butang penghidup enjin, dari RM151k | Volkswagen Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan model Golf facelift bagi pasaran tempatan. Ia tampil dengan beberapa ciri yang dipertingkatkan dan harga yang lebih berpatutan. Hadir dengan dua varian iaitu Golf Comfortline berharga RM150,635 dan Golf Highline pula RM160,635. Kedua-duanya adalah harga atas jalan dan tanpa insurans, malah ia adalah lebih mampu milik berbanding Golf TSI terdahulu yang dijual pada harga RM163,888.
Varian Highline (seperti di dalam gambar) menampilkan roda aloi 17-inci “Madrid” dan lampu hadapan yang direka semula dengan lebih elemen krom (pada posisi lampu nyalaan siang LED bagi model lama). Manakala bahagian belakang pula hadir dengan sepasang lampu baharu yang seiras dengan Golf R dan menyerlahkan lagi gaya agresifnya.
Ciri baharu yang terdapat pada Golf facelift ini termasuklah sistem kunci pintar KESSY yang menampilkan butang penghidup enjin yang diletakkan pada konsol tengah (bersebelah tombol gear), dan juga tempat duduk hadapan baharu yang lebih sporty dibaluti dengan fabrik bermotif “Mel Stripe” untuk ‘cengkaman’ yang lebih baik. Jadi, pemandu boleh duduk dengan lebih selesa ketika memandu.
Turut ditampilkan pada varian Highline ini ialah Bantuan Parkir untuk membantu pemandu memarkir kenderaan pada kedudukan sisi, dan Bantuan Rehat yang akan memberi amaran jika ia mengesan pemandu memandu dalam keadaan mengantuk. Ia dapat mengesan tahap konsentrasi pemandu dengan menilai penggunaan pedal dan stereng secara pintar.
Golf facelift ini didatangkan dalam enam warna berbeza iaitu Limestone Grey, Sunset Red, Pure White, Deep Black, Pacific Blue dan Tungsten Silver.
Bagi penjana kuasanya, ia dipadankan dengan enjin petrol 1.4 liter TSI empat-silinder pancitan-terus pengecas turbo yang dipertingkatkan. Menjadikan kuasanya sebanyak 150 PS, iaitu lebih 10 PS berbanding model terdahulu. Manakala kuasa tork maksimum boleh dicapai sehingga 250 Nm pada 1,500 rpm hingga 3,500 rpm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear Direct Shift Gearbox (DSG) tujuh-kelajuan yang membolehkan jentera ini memecut dari 0-100km/j dalam masa 8.2 saat dengan pecutan maksimum 216 km/j. |
GALERI: Nissan NP300 Navara Sportech di Bangkok | Satu lagi trak pikap yang penuh sporty dipamerkan di Bangkok Motor Show 2016. Hujung tahun lalu, Nissan Thailand telah mengumumkan ketibaan pakej aksesori Sportech bagi NP300 Navara di negara berkenaan. Di mana pakej aksesori ini pastinya mampu menyerlahkan lagi gaya ranggi NP300 Navara.
Pakej Sportech ini termasuk untuk bampar hadapan, bedliner, palang sport dengan logo Sportech, lampu kargo LED dan logo Sportech di bahagian belakang. Gaya penuh sporty ini turut dipertingkatkan dengan penampilan gril sarang lebah dan “smoked chrome” pada gril dan bampar belakang. Selain itu terdapat antena sirip jerung pada bahagian bumbung dan rim aloi 18-inci dengan rekaan unik dua-tona.
Pek ini mempunyai beberapa pilihan warna iaitu hitam, biru gelap, putih mutiara dan oren, dengan kos tambahan 40,000 baht (RM4,550).
Navara baharu ini secara rasminya telah pun dilancarkan di Malaysia pada November 2015. Ia adalah model CBU yang diimport dari Thailand dan mempunyai enam varian yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu manual, single cab, double cab E manual asas, SE manual, SE auto, V auto, dan VL auto, dengan harga atas jalan bermula RM79,000 hingga RM120,800 (tanpa insurans).
Baca ulasan pandu uji Nissan NP300 Navara di sini. |
Keluar awal untuk elak kesesakan trafik – Ku Nan | Menteri Wilayan Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan), mencadangkan agar pengguna jalan raya keluar awal pagi untuk tempat kerja atau mana jua destinasi.
Selain itu, Ku Nan turut mencadangkan, pengguna jalan raya harus mengenal pasti laluan mereka bagi waktu puncak dan bukan puncak untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, laporan The Sun.
“Kita sering menggunakan alasan terlewat untuk ke destinasi kerana masalah kesesakan trafik. Tetapi jika kita tahu masa (puncak dan bukan puncak), pastinya kita akan keluar lebih awal. Jadi kita harus tahu bagaimana menguruskan masa,” ujarnya. Beliau menambah, orang ramai patut menggunakan pengangkutan awam jika hendak ke mana-mana destinasi dalam bandar.
Ini adalah maklum balas Tengku Adnan dalam persidangan Dewan Rakyat bagi menjawab soalan dari Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, yang bertanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai pelan pembangunan yang lebih terancang untuk mengurangkan kesesakan trafik.
Teresa memberikan perbandingan perancangan dalam bandar Kuala Lumpur dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Selangor, yang menurutnya mempunyai kawalan trafik yang lebih terancang. Menjawab soalan itu, Ku Nan berkata, pelan pembangunan di KL adalah “lebih baik berbanding Selangor”. Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Kongsikan pendapat anda bersama kami menerusi ruangan komen di bawah. |
Sultan Johor mahu Tambak Johor segera digantikan dengan jambatan baharu bagi kurangkan kesesakan | Sultan Johor menggesa pelbagai pihak yang berkepentingan agar mempertimbangkan idea bagi menggantikan Tambak Johor dengan sebuah jambatan.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berharap rakyat Johor dan Singapura dapat sama-sama memberikan idea bagaimana untuk memperbaiki laluan trafik di Tambak Johor sepanjang 1,056 meter itu, laporan The Star.
“Saya berasa kasihan dengan ribuan rakyat Malaysia dan Singapura yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang sungguh teruk setiap hari. Ia bertambah teruk pada hujung minggu dan musim perayaan. Malah ramai juga yang sanggup berjalan kaki menyeberangi tambak untuk ke Singapura kerana tidak sanggup berhadapan dengan kesesakan yang sangat teruk itu,” ujarnya.
Sultan Ibrahim turut bertitah, seandainya Singapura tidak bersetuju dengan pembinaan terowong, jambatan bangkok harus dipertimbangkan.
“Saya sangat yakin, jika anda bekerja dengan Singapura, mereka akan merimanya dengan situasi ‘menang-menang’ untuk kedua-dua negara, tetapi anda perlu memberikan alasan terbaik bagi menggantikan Tambak Johor,” tambahnya lagi.
Idea untuk menggantikan Tambak Johor dengan sebuah jambatan telah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 5 Jun 1996. Malaysia mahu membina jambatan bengkok setinggi 25 meter di atas paras laut yang ketinggiannya turun secara perlahan menuju perbatasan antarabangsa di Selat Johor menyambungkannya terus dengan bahagian tambak sebelah Singapura. Jambatan Bengkok ini, sekiranya siap kelak, akan menjadi sebuah jambatan ikonik berbetuk ‘S” di dunia, meningkatkan reputasi Johor Bahru sebagai pintu masuk selatan utama bagi tanahair.
Walau bagaimana pun, selepas beberapa siri perbincangan dilakukan oleh kedua-dua negara, sehingga kini gagal mencapai kata putus.
Menurut Sultan Ibrahim, apa gunanya sekiranya ada sambungan jalan yang baharu, tetapi kesesakan teruk masih berlaku. “Kedua-dua negara perlu mengenepikan perbezaan pendapat dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah sebegini,” ujarnya, sambil menambah projek ini seharusnya telah lama siap sejak bertahun yang lalu.
Dalam masa yang sama, Sultan Ibrahim turut mengulas mengenai sambungan sistem aliran transit (RTS) dari Singapura ke Johor Bahru yang perlu dipertingkatkan kerana ia dilihat mampu membantu mengurangkan kesesakan di laluan Tambak Johor apabila ramai pengguna yang memilih untuk menaiki RTS. |
GALERI: Toyota Fortuner TRD Sportivo di BIMS 2016 | Toyota Fortuner TRD Sportivo sedang dipamerkan di Bangkok Motor Show (BIMS) 2016 yang kini rancak berlangsung. Terdapat beberapa perubahan luaran termasuk bampar hadapan dan belakang yang direka semula dengan gril krom gelap, filem hitam pekat di bahagian bumbung (8,000 baht untuk kereta putih mutiara, hitam hanya salah satu pilihan warna luaran), krom gelap pada plat belakang, logo TRD Sportivo dan corong ekzos.
Selain itu, ia turut menampilkan rim TRD hitam enam-jejari 20-inci yang dibaluti tayar 265/50 Dunlop. Malah sistem brek juga telah dipertingkatkan termasuk menampilkan suspensi TRD Sportivo dengan sistem pegas dan penyerap hentak yang lebih tahan lasak.
Pada bahagian kabinnya, SUV tujuh-tempat duduk ini menerima sistem audio JBL dengan 11-speaker, unit utama skrin sesentuh dengan navigasi, tempat duduk balutan kulit berwarna hitam/merah dengan jahitan merah, balutan kulit merah pada panel pintu, kekemasan kulit dan jahitan merah pada papan pemuka, kekemasan “carbon kevlar” pada stereng dan tombol gear, butang penghidup enjin dan rantai kunci TRD merah.
Turut ditampilkan ialah panel meter dengan merah dan karbon, bersama logo TRD Sportivo pada MID dan logo TRF pada permukaan speedo. Scuff plate dengan logo TRD dan karpet TRD. Memang cukup banyak logo TRD di bahagian luar dan dalam SUV ini.
Fortuner TRD Sportivo ini hanya didatangkan dengan enjin 2.8 liter 1GD-FTV turbodiesel dengan hamburan kuasa 177 hp dan tork 450 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan. Pembeli boleh memilih sama ada 2WD (pacuan roda-belakang) atau “Sigma4” 4WD. Harganya bermula 1.679 juta baht (RM191,358) hingga 1.769 juta baht (RM201,636).
Toyota Fortuner baharu direncana bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini, bersama Hilux baharu, dan kemungkinan besar kita juga akan menerima varian TRD Sportivo. Apa pun nantikan perkembangan selanjutnya. |
SMSParkir bakal dilaksanakan di Johor mulai 1 April | Dijangkakan sejumlah 500,000 penduduk di Johor bakal memanfaatkan SMSParkir iaitu sistem pembayaran dan penguatkuasaan pintar berasaskan teknologi terkini hasil ciptaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), laporan Bernama.
Menurut Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Komersial UTM, Prof Dr Sevia M.Idrus, sistem itu dibangunkan hampir enam tahun sebagai usaha meningkatkan keberkesanan operasi tempat letak kereta.
“Sistem ini membolehkan orang awam membayar parkir menggunakan Sistem Khidmat Ringkas (SMS) atau menggunakan aplikasi mudah alih bagi mengelakkan kesukaran pembayaran seperti menggunakan kupon,” katanya.
Sevia turut menjelaskan teknologi ini akan dilesenkan kepada sebuah syarikat komunikasi dan teknologi, Zen Trillion Sdn Bhd., yang kini merupakan rakan kongsi UTM untuk tujuan pengkormersilan.
Ssebagai permulaan, sistem parkir baharu ini akan dilaksanakan di kawasan parkir di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah (MPJBT) bermula 1 April ini melibatkan 30,000 tempat letak kereta.
“Pengguna hanya perlu menghantar maklumat nombor pendaftaran kenderaan, lot parkir dan tempoh parkir menggunakan kod pendek lima digit. Setiap penghantaran akan disahkan oleh pelayan SMSParkir sebelum kredit telefon pengguna ditolak berdasarkan caj pakir yang ditetapkan,” katanya.
Katanya SMS peringatan akan dihantar beberapa minit sebelum parkir tamat dan pengguna juga tidak perlu membuat membuat pendaftaran awal untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Bayaran tempat letak kereta melalui telefon ditawarkan kepada pelanggan syarikat telekomunikasi (Celcom) di peringkat permulaan tidak lama lagi.
Katanya kemudahan ini turut dapat diperolehi pengguna yang membayar menggunakan kemudahan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna telefon pintar.
“Bagi pihak MJBT pula, sistem ini dijangka meningkatkan kecekapan penguatkuasaan saman dan kompaun parkir di mana mereka dapat memantau dengan lebih mudah menggunakan telefon pintar,” kata Sevia. |
SPYSHOT: Proton Saga 2016 hampiri detik pengenalan | Kali ini spyshot yang kami terima dari pembaca Yow Hong Chieh. Foto daripada bahagian belakang ini menyaksikan model Proton Saga 2016 ini masih dilitupi sedikit penyamaran, namun masih jelas kelihatan bentuknya.
Kelihatan rekaan lampu belakang tiga-dimensi, tetapi tidak dipastikan adakan ia mengekalkan pencahayaan LED Saga FL dan FLX. Malah kelihatan juga lampu kabus belakang pada bahagian bampar, menampakkan bampar juga hadir dengan rekaan baharu. Bukan itu sahaja, rekaan tiang-C baharu jelas kelihatan, bersama pemegang pintu dari Iriz.
Tiada pandangan dari bahagian hadapan. Namun kalau mengikut spyshot yang pernah diterima sebelum ini, ia banyak mengekalkan elemen yang ada seperti mana model sedia ada, termasuk bonet dan pintu hadapan serta cermin pintu. Walau bagaimana pun, Saga baharu ini dijangka tampil dengan lampu utama yang dibentuk semula, dan ada spoiler dagu seperti mana yang ada pada model baharu Proton bermula Preve.
Buat masa ini perincian teknikal belum didedahkan, namun Saga mungkin akan menggunakan enjin Iriz iaitu 1.3 liter VVT dan pilihan transmisi iaitu manual lima-kelajuan atau CVT. Malah Proton telah mengumumkan enjin 1.0 liter dan 1.2 liter tiga-silinder mungkin ditampilkan bagi model akan datang iaitu menjelang akhir 2017. Malah enjin 1.0 liter pengecas turbo juga mungkin ditampilkan. |
Toyota Hilux TRD Sportivo baharu lebih sporty diperkenalkan di Bangkok Motor Show 2016 | Toyota Motor Thailand telah pun memperkenalkan varian Toyota Hilux Revo TRD Sportivo baharu di Bangkok Motor Show 2016 yang sedang rancak berlangsung. Kit luaran dan dalaman yang sporty telah ditampilkan pada varian Hilux Double Cab Prerunner, Smart Cab Prerunner dan Smart Cab 4×2. Walau bagaimana pun, harganya masih belum didedahkan.
Antara elemen tambahan yang ditampilkan temasuklah bampar hadapan spesifikasi TRD dengan gril hadapan krom dan hitam. Selain itu, elemen standard lain termasuklah rim aloi enam-jejari 17-inci dan bampar belakang TRD Sportivo. Sebagai tambahan, pembeli juga boleh mendapatkan elemen pilihan termasuk skirt hadapan TRD Sportivo, lampu nyalaan siang LED, palang sport unik dan bedliner serta pelekat TRD Sportivo.
Bagi bahagian dalamnya pula, varian spesifikasi tertinggi TRD Sportivo menampilkan tempat duduk balutan sintetik, manakala papan pemuka dan panel pintu dibaluti dengan material karbon yang berkualiti tinggi dengan kekemasan merah. Malah jahitan merah dan kulit sintetik juga melitupi bahagian kabin, termasuk roda stereng, tuil gear, brek parkir dan kotak konsol tengah.
Malah suspensi TRD Sportivo juga ditampilkan, selain itu aspek mekanikal lain masih kekal sama. |
Bas Muafakat Johor – perkhidmatan bas percuma mulai April ini, Pasir Gudang dan Kulai lokasi pertama | Kerajaan negeri Johor akan memulakan perkhidmatan bas percuma yang diberi nama Johor Muafakat, mulai pertengahan April ini. Ia akan dimulakan di daerah Pasir Gudang dan Kulai terlebih dahulu. Sebanyak 30 buah bas akan digunakan dalam perkhidmatan ini.
Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan bas percuma ini, hanya satu saja cara dan yang paling mudah dilakukan iaitu daftar untuk mendapatkan kad keahlian yang boleh dimohon menerusi www.basmuafakatjohor.com.
Kos kad keahlian dikenakan sebanyak RM10 setahun untuk dewasa dan RM6 bagi warga emas, tetapi ia adalah percuma untuk orang kurang upaya, pelajar berusia antara tujuh hingga 17 tahun dan kanak-kanak di bawah usia enam tahun, menurut laporan The Malay Mail.
Dengan peruntukan tahunan sejumlah RM11 juta daripada empat majlis perbandaran tempatan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Kulai dan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
Klik untuk besarkan imej
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Latiff Bandi, langkah ini diambil oleh kerajaan negeri untuk mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh rakyak ekoran kenaikan kos taraf hidup, terutamanya yang tinggal di bandar dan pekan besar.
“Dengan perkhidmatan bas percuma ini, kami menjangkakan rakyat dapat mengurangkan perbelanjaaan sebanyak RM150 sebulan. Walau pun ia bukanlah jumlah yang besar, namun sekurang-kurangnya membantu mengurangkan beban yang mereka tanggung,” ujar Latiff.
Bas Muafakat Johor ini juga akan memilki skim warna yang berbeza untuk membezakan operasi setiap daerah. Malah setiap bas juga dilengkapi dengan kemudahan WiFi secara percuma dan sistem CCTV.
“Kami telah melantik dua buah syarikat bas iaitu Handal Indah Sdn Bhd dan Maju Bus Service, yang memiliki rekod terbaik di Johor untuk mengendalikan perkhidmatan ini,” ujar Latiff lagi.
Perkhidmatan bas percuma ini bukanlah yang seumpamanya di Johor. Dua tahun lalu, majlis bandaraya juga telah memperkenalkan bas percuma di bawah inisiatif “Johor Bahru Di Hati Ku” dengan mempunyai enam unit bas beroperasi. |
GALERI: Honda Civic 2016 di Bangkok Motor Show | Dari Kiri-Kanan: Civic Turbo RS, Civic 1.8 E
Honda Thailand mengambil kesempatan mempamerkan Civic 2016 di Bangkok Motor Show yang sedang berlangsung walau pun telah melancarkan model berkenaan awal bulan ini. Malah ia turut mendapat perhatian ramai dan dianggap sebagai antara model yang signifikan dipamerkan di Impact Muang Thong Thani.
Mempamerkan empat varian, dengan satunya adalah dilengkapi dengan kit badan Modulo. Tidak seperti pasaran di Amerika Syarikat, enjin asas bagi pasaran Asia ini ialah 1.8 liter i-VTEC empat-silinder dengan kuasa 141 hp pada 6,500 rpm dan tork 174 Nm pada 4,300 rpm. Malah ia juga menampilkan pilihan enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan kuasa 173 hp pada 5,500 rpm dan tork 220 Nm antara 1,700 dan 5,500 rpm. Kedua-dua enjin dipadankan dengan Transmisi boleh laras berterusan (CVT) yang menggantikan kotak gear auto lima-kelajuan.
Pada bahagian luarannya, ia diberikan penggayaan yang lebih segar termasuk menampilkan elemen standard termasuk lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED dan rim aloi 16-inci. Bagi 1.8 EL pula terdapat lampu kabus dan pemegang pintu krom. Manakala varian Turbo pula menerima roda 17-inci dan dua ekzos, sementara bagi RS pula dipadankan dengan lampu utama LED sepenuhnya, lampu kabus LED, bampar hadapan yang lebih sporty dan gril (dengan bar hitam pekat bersambung dengan lampu utama) dan spoiler belakang.
Di bahagian dalamnya, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin adalah standard, bersama Kawalan Penghidup Enjin yang juga ada pada Accord facelift. Turut dilengkapi dengan penghawa dingin automatik, roda stereng pelbagai fungsi, brek parkir elektronik, paparan tengah lima-inci dan sambungan Bluetooth. Ia turut menampilkan tempat duduk balutan fakrik berwarna beige dengan jaluran kelabu di tengahnya.
Bagi varian 1.8 EL, ada pertambahan elemen termasuk kawalan kelajuan, lampu utama automatik, Walk Away Auto Lock (yang boleh mengesan kunci bergerak jauh dari kenderaan dan pintu akan terkunci secara automatik), tempat duduk pemandu berkuasa dengan pelarasan lapan-cara, kulit upholstery, paparan instrumen LCD TFT, sistem hiburan skrin sesentuh tujuh-inci dengan Apple CarPlay dan Siri Eyes Free, sistem bunyi lapan-speaker dan kamera undur.
Bagi model Turbo pula, ia menerima bilah pengilap cermin automatik, tempat duduk penumpang hadapan berkuasa dengan empat-cara pelarasan dan kawalan suhu dua zon. Manakala untuk Turbo RS pula, elemen tambahan yang ditampilkan ialah cermin pandang belakang anti-silau, pedal penukar gear di belakang roda stereng dan pedal aloi.
Dari Kiri-Kanan: Civic Turbo RS, Civic 1.8 E
Kit keselamatan standard pula termasuk dua beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan Bantuan Mula Mendaki. Hanya model Turbo RS menerima enam beg udara, pengingatan pemakaian tali pinggang penumpang hadapan dan Honda Lane Watch.
Harga bermula 869,000 baht (RM100,800) untuk model asas 1.8 E, manakala 1.8 EL pula 959,000 baht (RM111,200), 1,099,000 baht (RM127,500) untuk Turbo dan 1,199,000 baht (RM139,100) bagi varian tertinggi Turbo RS.
Baru-baru ini, ada laporan dari Australia menyebut, Civic sedan serba baharu akan tiba di negara kanggaru itu sebelum pertengahan tahun ini, diikuti dengan versi hatchback awal 2017. Apa yang lebih menarik lagi ialah kedua-dua model telah sah akan diproduksi di Thailand. Malah tidak mustahil juga hatchback lima-pintu itu akan dibawa masuk ke Malaysia. Malah bentuk kerangka baharu ini juga telah dipertontonkan di Geneva Motor Show baru-baru ini dan imej paten bagi Civic 2017 juga telah tersebar.
GALERI: Honda Civic Turbo RS 2016
GALERI: Honda Civic 1.8 E 2016 |
Aplikasi Uber tidak akan diharamkan: SPAD | Kerajaan tidak akan mengharamkan aplikasi Uber menurut laporan The Sun Daily. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar dilaporkan berkata, aplikasi tersebut tidak akan diharamkan tetapi akan dikawal selia bagi memastikan ia tidak akan menjejaskan industri teksi sedia ada.
“Uber perlu berada di dalam sistem kami, selepas itu barulah kami boleh mengawal selia aplikasi tersebut,” jelas Syed Hamid kepada wartawan selepas pelancaran bendera Gemilang dan Kelab Pemilik TEKS1M di Johor Bahru.
Setelah mesyuarat bersama SPAD dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tempoh hari, persetujuan dicapai untuk tidak mengharamkan aplikasi mudah alih tersebut.
Tambah Syed Hamid lagi, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan secara dalam talian oleh SPAD, 85% penumpang teksi memilih untuk menggunakan Uber.
“Untuk lebih kompetitif, ada beberapa persatuan teksi atau kelab kini telah membuat aplikasi mereka sendiri untuk menawarkan servis yang lebih baik. Kita semua perlu tahu bahawa teknologi boleh membawa kita ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi berlainan dengan Uber. Masalah utama Uber ialah kereta mereka tidak mempunya lesen dari SPAD dan pihak berkuasa lain yang berkenaan,” jelas beliau lagi.
Walau bagaimanapun, Syed Hamid berkata mereka perlukan masa untuk mengkaji bagaimana untuk mengawal selia kereta-kereta Uber tetapi tidak mahu mengulas lanjut berkenaannya.
“Orang awam perlu tahu yang Uber tidak semestinya lebih murah dari teksi biasa,” tambah beliau lagi.
Sementara itu Syed Hamid menyatakan yang beliau terkejut kerana hanya 20,000 rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi “Meter-on”. Justeru, beliau berkata kerajaan tidak bercadang untuk mengembangkan aplikasi yang digunakan oleh 76,000 teksi dari pelbagai servis tersebut. |
GALERI: Pra-tonton Toyota Hilux 2.8G 4×4 A/T 2016 | Nampak gayanya sudah tidak lama lagi Toyota Hilux 2016 bakal dilancarkan di Malaysia. Model terkini Hilux ini telah pun dipertontonkan di siri jelajah Toyota WOW 3, di Setia City Convention Centre hujung minggu lalu. Di mana model yang dipamerkan ialah varian 2.8G 4×4 auto, yang berada dalam senarai barisan Hilux 2016 selain single cab 2.4 4×2 manual dan double cab 2.4 4×2 manual, 2.4 Standard 4×4 manual, 2.4G 4×4 manual dan 2.4G 4×4 auto.
Dengan harga jangkaan RM135,000, kelainan berbanding varian lain yang ditonjolkan ialah lampu utama projektor LED automatik dengan lampu nyalaan siang LED (standard reflektor halogen), gril krom, lampu kabus dan rim aloi 18-inci (rim keluli 16-inci pada standard, rim aloi 17-inci bagi 2.4G).
Pada bahagian dalamnya pula, kelihatan kluster instrumen Optitron dengan paparan LCD berwarna 4.2-inci seperti Camry, roda stereng balutan kulit, tempat duduk pemandu dengan larasan elektronik lapan-cara, kulit upholstery, kamera undur dan pengesan. Sebagai tambahan, Hilux turut ditawarkan dengan beberapa pilihan, termasuk pakej palang sport bernilai RM1,574 dan navigasi DVD-AVN berharga RM3,169.
Bagi kit keselamatan standard, ia termasuk tiga beg udara (termasuk satu pada bahagian lutut pemandu) dan ABS bersama EBD. Hanya varian 2.4G dan 2.8G auto menerima Kewalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman Aktif (A-TRC) dan Kawalan Mula Mendaki (HAC). Manakala hanya varian 2.8G sahaja menerima beg udara ekstra iaitu di bahagian sisi dan tirai menjadikan keseluruhannya sejumlah tujuh unit.
Lebih menarik lagi, Hilux 2016 dijanakan oleh enjin dan transmisi baharu. Pilihannya sama ada enjin 2.4 liter 150 PS/400 Nm (343 Nm untuk model manual) atau 2.8 liter GD turbodiesel (177 PS/450 Nm), yang dipadankan bersama transmisi manual enam-kelajuan (dengan fungsi rev-matching bagi penurunan gear) dan automatik.
Jangkaan harga bagi lain-lain varian adalah RM93,000 untuk single cab 2.4 4×2 manual, RM95,000 untuk double cab 2.4 4×2 manual, RM105,000 untuk double cab 2.4 Standard 4×4 manual, RM115,000 untuk double cab 2.4G 4×4 manual dan RM125,000 bagi double cab 2.4G 4×4 auto. Sila klik untuk senarai elemen penuh bagi semua varian ini. |
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ditubuhkan khas untuk penguatkuasaan trafik dan menangani kes kemalangan jalan raya | Memandang serius di atas jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini, baru-baru ini jabatan baharu diwujudkan dalam PDRM iaitu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menggantikan Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik berkuat kuasa 25 Mac lalu. Ia adalah khas untuk penguatkuasaan trafik dan menangani kes kemalangan jalan raya.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sambutan Hari Polis ke-209 baru-baru ini, laporan Bernama.
Menurut Perdana Menteri, “Berdasarkan statistik PDRM, jumlah kemalangan jalan raya sepanjang tahun 2015 mencatatkan jumlah yang amat tinggi, iaitu sebanyak 489,606 kes manakala jumlah kematian mencatat 6,706 kes daripada 6,193 jumlah kemalangan maut yang direkodkan,” katanya.
Dengan adanya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), penguatkuasaan trafik akan diperketatkan secara menyeluruh di seluruh negara. Malah pelbagai perkara berkaitan akan disusun dan dilaksana bagi tujuan tersebut. Diharap dengan penubuhan jabatan baharu ini, jumlah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama, orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan pemanduan yang lebih berhemah serta mengikut undang-undang yang telah termaktub bagi kesejahteraan semua pihak. |
GALERI: Mitsubishi Triton 2016 dipertingkatkan di Thai | Ternyata pasaran trak pikap begitu kompetitif dan bagi bersaing dengan model pesaingnya secara lebih sihat dan terbuka, Mitsubishi turut melakukan peningkatan bagi model Triton di Thailand (dilancarkan di Thai akhir 2014, manakala di Malaysia pula Mei 2015), seperti mana yang dipamerkan di Bangkok Motor Show 2016 ini.
Terdapat sedikit perubahan dan rekaan semula termasuk pelarasan bagi roda stereng teleskopik untuk semua model, dan menambah soket 12 V kedua untuk semua Mega Cab dan varian Double Cab empat-pintu.
Perubahan terbesar pula dilakukan pada varian tertinggi, GLS LTD, yang sebelum ini diperkenalkan sebagai Double Cab 4×4, kini dikenali sebagai model Mega Cab dan Double Cab Plus 4×2, menggantikan model GLS terdahulu. Kini GLS LTD turut ditampilkan dengan roda stereng empat-jejari pelbagai fungsi yang diadaptasi dari model Pajero Sport.
Sebagai tambahan, varian Double Cab 4×4 GLS LTD 5AT telah menukar sistem Easy Select 4WD ke Super Select 4WD II seperti pada Pajero Sport. Sistem ini turut menambah mod AWD sepenuh masa dengan viscous coupling centre differential yang boleh menukar kuasa antara gandar hadapan dan belakang. Bagi mod 4HLc dan 4LLc bagi kunci perbezaan, berbanding mod 4H dan 4L pada model terdahulu. Manakala mod 2H 2WD dikekalkan bagi penggunaan bahan api yang lebih efisien.
Turut ditambah pada model spesifikasi tertinggi ialah beg udara sisi dan tirai menjadikannya sejumlah tujuh unit. Selain itu, ia turut ditampilkan dengan Kestabilan Aktif dan Kawalan Cengkaman. Bukan itu sahaja, buat pertama kali bagi model trak pikap, monitor bumbung pada tempat duduk penumpang belakang telah diaplikasikan dan tempat duduk pemandu juga hadir dengan lapan-cara pelarasan. Foto pada galeri ini adalah Triton Plus Special Edition yang dibaluti warna baharu Impulse Blue dengan padanan rim 17-inci.
Bagi pasaran Thai, Triton ini dijanakan oleh enjin 2.4 liter MIVEC VGT turbodiesel dengan kuasa 181 hp dan tork 430 Nm. Untuk pasaran Malaysia pula, dikuasakan dengan enjin 2.5 liter VGT (178 PS/400 Nm), iaitu versi penambahbaikan dari motor DI-D 178 PS/350 Nm kerana enjin 2.4L tidak mencapai kualiti bahan api di negara kita. |
Ford Mustang 2016 baharu dijumpai di Malaysia | Ford Mustang 2016 baharu kini telah dijumpai di Malaysia, menepati ramalan sebelum ini setelah laman facebook Ford Malaysia menayangkan video berkenaan ‘Muscle Car‘ asli dari Amerika tersebut. Kedua-dua varian iaitu 2.3 liter EcoBoost (310 hp dan 433 Nm) dan juga 5.0 liter V8 NA (435 hp dan 541 Nm) dilihat bersama di dalam gambar tersebut yang disiarkan di laman facebook Malaysia Exotic Car Spotters.
Perbezaan antara kedua buah varian tersebut dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri. Untuk model varian tertinggi 5.0 liter V8, ia dilengkapi dengan lencana ‘5.0’ dan ‘GT’ pada bahagian sisi dan belakang kereta seperti yang terdapat pada Mustang berwarna kuning didalam gambar, justeru mengesahkan ianya adalah dari varian tersebut. Kereta tersebut juga dilengkapi dengan roda aloi 19-inci sepuluh jejari berkembar berwarna hitam Ebony menandakan ia datang dengan pakej GT Performance.
Pakej GT Performance juga hadir bersama unit LSD jenis Torsen Helical Gear dengan nisbah akhir 3.71:1, angkup brek hadapan enam silinder beserta cakera berliang bersaiz 380×34 mm, Gauge Pack, splitter hadapan, spring hadapan baharu dan talaan casis unik.
Mustang 2.3 liter EcoBoost pula (berwarna merah race, putih Oxford dan kelabu Magnetic), tidak mempunyai lencana ‘5.0’ pada bahagian sisi dan ‘GT’ pada bahagian belakang, tetapi digantikan dengan logo klasik kuda Mustang. Model ini juga disaksikan dilengkapi dengan pakej Ecoboost Performance melalui pemadanan splitter hadapan dan juga roda aloi 19-inci lima jejari berkembar berwarna hitam Ebony.
Pakej EcoBoost Performance ini pula menyaksikan LSD EcoBoost auto asal dengan nisbah akhir 3.15 ditukar kepada unit dengan nisbah akhir 3.55, Gauge Pack, cakera brek berliang hadapan berukuran 352 x 32 mm (dengan angkup aluminium empat-omboh 46 mm) dan cakera brek berliang belakang (dengan angkup brek besi omboh tunggal 45 mm).
Kedua-dua model ini kemungkinan besar adalah berdasarkan spesifikasi pasaran Australia iaitu dari varian Premium, di mana ia turut dilengkapi dengan suis penukar mod pemanduan (Normal, Sport+, Track dan Snow/Wet). Tetapi tanpa gambar bahagian dalaman agak sukar untuk dipastikan buat masa sekarang.
Model pasaran Malaysia juga mungkin dari versi automatik, didatangkan dengan kotak gear 6R80 enam-kelajuan SelectShift, dengan penukar gear. Semasa pertama kali di prebiu di Malaysia setahun lalu, tidak dinyatakan model manual yang dilengkapi kotak gear Ford/Getrag MT-82 akan dibawa, tetapi kita akan mengetahuinya sedikit masa lagi.
Ford Mustang ini sepatutnya membuat penampilan di Malaysia pada Disember tahun lalu selepas prebiu awalannya yang dilakukan di Publika, dengan harga bermula RM435k hingga RM450k untuk model 2.3 EcoBoost dan RM550k hingga RM565k untuk model 5.0 liter V8. Sime Darby Auto Conexxion dikatakan akan membawa masuk kedua-dua bentuk badan Fastback coupe dan Convertible, tetapi setakat ini hanya model Fastback sahaja yang kelihatan. |
Toyota Corolla 2017 facelift diperkenalkan di USA | Toyota Corolla 2017 facelift telah tiba di pasaran Amerika Syarikat (USA) dengan membawakan beberapa perubahan kosmestik dan juga pertambahan kit keselamatan standard.
Kini varian L, LE dan LE Eco menerima elemen tambahan standard termasuk kamera belakang dan lampu utama bi-LED. Bagi varian SE, XSE dan XLE pula dipadankan dengan lampu utama LED terkini serta rekaan kabin yang dipertingkatkan dan juga sistem bunyi yang lebih baik.
Dua warna luaran baharu juga telah ditambah pada barisan Corolla 2017 ini dan gril hadapannya juga kelihatan lebih agresif. Varian XSE pula ditampilkan dengan rim yang lebih sporty, lampu belakang yang agak gelap dan spoiler belakang agak halus.
Corolla 2017 spesifikasi USA ini juga bakal menerima Toyota Safety Sense-P dengan kit keselamatan standard termasuk lampu tinggi automatik, kawalan kelajuan radar dinamik, amaran lencongan lorong (dengan bantuan stereng) dan sistem pra-pelanggaran bagi fungsi
Untuk hiburan pula, model facelift ini menerima Entune Audio dan Bluetooth versi USA. Malah ia turut menerima skrin bersaiz tujuh-inci (berbanding 6.1-inci pada model terdahulu) bagi pilihan Entune Audio Plus dan Entune Premium Audio System.
Namun difahamkan, tiada sebarang perubahan mekanikal pada bahagian bawah hud, ia masih mengekalkan enjin 1.8 liter empat-silinder dengan pilihan transmisi manual enam-kelajuan dan dengan automatik empat-kelajuan.
Bagi meraikan ulang tahun ke-50 di sana, Toyota turut menghadirkan varian istimewa bagi Corolla iaitu Corolla 50th Anniversary Edition, yang berdasarkan model Corolla SE 2017. Hanya 8,000 unit sahaja akan diproduksi.
Ia menerima sedikit sentuhan yang berlainan dan istimewa. Ini termasuklah padanan rim aloi bersaiz 17-inci dengan kekemasan kelabu gelap, lampu utama LED yang diolah semula, logo 50th Anniversary dan sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin.
Perubahan lebih ketara terbentang pada bahagian kabinnya termasuk panel papan pemuka dan panel pintu dengan sentuhan warna Black Cherry, karpet lantai yang unik dan jahitan kontras Black Cherry.
Varian istimewa ini turut didatangkan dengan skrin pelbagai-informasi untuk pemandu bersaiz 4.2-inci dan paparan skrin sesentuh tujuh-inci untuk hiburan dengan audio Entune dan sistem navigasi. Toyota turut menawarkan bumbung panoramik dengan kos tambahan.
Corolla 50th Anniversary Edition ditawarkan dengan pilihan warna Blizzard Pearl, Classic Silver, dan Black Cherry. Ia bakal mula dipasarkan di negara berkenaan pada musim luruh ini.
Toyota Corolla XSE 2017
Toyota Corolla Edisi Ulangtahun ke-50 |
Chevrolet Camaro versi pemanduan sebelah kanan dilapor mungkin akan dibina untuk pasaran Australia | Chevrolet Camaro versi pemanduan sebelah kanan kini sedang dipertimbangkan untuk pembinaan bagi memenuhi permintaan pasaran, termasuk Australia, di mana ia mungkin akan dipasarkan dibawah jenama Holden, lapor CarAdvice. Kenyataan tersebut telah disuarakan oleh Al Oppenheiser, ketua jurutera Chevrolet Camaro.
Kejayaan Ford Mustang, yang mempunyai senarai menunggu yang panjang di Australia, telah menarik minat syarikat tersebut. Ini bermaksud, pengenalan Camaro adalah perlu berdasarkan permintaan pasaran terhadap ‘Muscle Car‘ ikonik itu, untuk memastikan pengenalannya pada pasaran Australia dan pasaran lain. Keputusan akhir akan menyaksikan ia akan dibina sebagai sebuah unit yang boleh dipandu, menurut Oppenheiser.
Menekankan syarikat tersebut adalah sangat serius berkenaan hal ini, “Adakah (Australia dan UK) boleh untuk mengekalkannya? Kami sedang membuat kajian tentangnya,” kata beliau. “Saya memberitahu anda, kami sedang mengkaji pesaing kami (Ford) dan apa yang mereka lakukan: adakah mereka mencapai kejayaan? atau pun tidak?” tambah beliau lagi.
“Kami tahu apa yang perlu dibuat untuk melakukannya, kami sudahpun menghasilkan Cadillac versi pemanduan sebelah kanan, jadi ia tidak mustahil. Tetapi keputusan masih lagi belum dibuat,” Ujar Oppenheiser. Satu lagi kebimbangan yang diperhatikan syarikat tersebut adalah permintaan untuk Camaro pemanduan sebelah kanan boleh bertahan selama bertahun-tahun dan tidak hanya setahun.
“Adakah permintaan tersebut kerana semua orang mahu membelinya pada tahun pertama? Adakah mereka akan menjualnya semula dalam masa setahun dua? Kamu tidak tahu apa yang perlu dilakukan bukan?” tegas beliau.
“Kami telah mengalaminya dengan beberapa model pemanduan sebelah kiri di beberapa negara. Terutamanya pada Camaro generasi kelima, selepas filem Transformers ditayangkan, beberapa buah negara membawa 1000 unit dan menjual 1000 unit dalam masa seminggu. Kami menghantar lagi 1000 unit kemudian tetapi ia tidak dapat dijual dalam masa tiga tahun.” kata Oppenheiser.
Seperti juga permintaan untuk Camaro dengan enjin V8, “perkara sama juga seperti keputusan untuk membuat Camaro pemanduan sebelah kanan, adakah ia akan kekal dengan jumlah tertentu setiap tahun? jika ya, kami akan membuatnya,” kata beliau. “Anda perlu memastikan, kami di dalam perniagaan yang membuat keuntungan dan jika ia peluang perniagaan yang baik, kami akan lakukan,” simpul beliau. |
SPYSHOT: Proton Saga 2016 kelihatan dipandu uji bersebelahan Honda Brio Amaze | Satu lagi spyshot Proton Saga 2016 yang diterima, kali ini datangnya dari pembaca Sean Yeoh. Malah, ia kelihatan tidak sendirian kerana seakan ‘ditemani’ Honda Brio Amaze, model sedan bajet dari Honda yang terlebih dahulu memacu pasaran global.
Seperti mana yang pernah diceritakan dalam artikel sebelum ini, pada bahagian hadapannya kelihatan gril hadapan dua-bar, serta lampu utama yang dibentuk semula menampakkan lebih tiga-dimensi. Rekaan bampar juga kelihatan lebih agresif, dengan lampu kabus dan spoiler dagu seperti mana yang ada pada model baharu Proton yang lain (dari model Preve ke atas).
Malah garisan bumbung kelihatan lebih condong dari belakang menurun ke hadapan menampakkan pandangan yang lebih dinamik. Malah pemegang pintu baharu (dari Iriz) turut ditampilkan. Ia turut menggunakan tiang-C yang seakan membentukkan pintu belakang. Pada bahagian belakang juga nampak seperti diolah semula termasuk lampu tiga-dimensi dan kepingan plat nombor baharu.
Buat setakat ini, masih tiada perkhabaran rasmi mengenai perincian teknikal, namun Saga mungkin akan menggunakan enjin Iriz iaitu 1.3 liter VVT dan pilihan transmisi iaitu manual lima-kelajuan atau CVT. Malah Proton telah mengumumkan enjin 1.0 liter dan 1.2 liter tiga-silinder mungkin ditampilkan bagi model akan datang iaitu menjelang akhir 2017. Malah enjin 1.0 liter pengecas turbo juga mungkin ditampilkan.
Selain Saga, Proton Perdana 2016 baharu juga makin ligat diuji memandangkan tarikh pelancarannya makin menghampiri. Malah ia juga telah mula dibuka tempahan sejak pertengahan Februari lalu. CEO baharu Proton telah pun diumumkan, agaknya bilalah Perdana 2016 ini dilancarkan? |
PANDU UJI: Ferrari California T mudah dikendali | Mendengar jenamanya sahaja sudah menjadi kegusaran bagi sesetengah orang untuk memandu jenama ini. Kegusaran tersebut bukan sahaja datang dari angka kuasa kuda yang dihasilkan dan harganya yang boleh membuatkan mata terbeliak setelah diberitahu, ia juga datang dari cerita dari mulut ke mulut yang biasanya berbunyi “kau kena pergi Itali dulu berlatih pandu kereta ni, baru boleh beli”, membayangkan betapa liarnya kereta ini untuk dikendali.
Untuk membuktikan bukan semua Ferrari bersifat liar, kami mengujinya bagi mengubah persepsi skeptikal orang ramai terhadap jenama tersebut. Ikuti ulasan ini untuk mengetahui soal prestasi dan pengendaliannya.
Ferrari membina kereta mereka dengan dua rangka asas iaitu casis Sports sebenar menampilkan kedudukan enjin di bahagian tengah, dan juga casis Grand Touring (GT) yang biasanya menempatkan enjin di bahagian hadapan. Malah ia direka seimbang untuk kegunaan harian dan juga pemanduan berprestasi tinggi jika diperlukan.
California T dihasilkan menerusi konsep GT convertible 2+2. Ia sebenarnya versi tingkat taraf Ferrari California terdahulu di mana abjad T pada model baharu ini bermaksud Turbo (California terdahulu dijana enjin NA 4.3 liter). Pada bahagian hadapan California T menampilkan gril hadapan yang lebih besar, lampu hadapan seiras dengan Ferrari 458, liang udara berkembar pada bonet hadapan dan liang pada fender yang direka semula.
Di bahagian belakang pula, lampu belakang berbentuk bulat tunggal direka dengan lebih kemas. Bampar belakang turut dilengkapi diffuser yang dibahagi dengan tiga pemisah serta tip ekzos berkembar yang diletakkan di setiap sisi bampar menjadikan empat tip secara keseluruhan.
Sistem convertible pada California T ini membolehkan ia bertukar dari bentuk hard top kepada bentuk roadster dalam masa 14 saat dengan hanya menekan satu butang sahaja. Walau bagaimana pun, untuk tujuan keselamatan, transformasi tersebut hanya boleh dilakukan semasa kereta ini berhenti sahaja.
Pada bahagian dalaman, California T menampilkan rekaan tipikal Ferrari terkini. Paparan takometer analog yang besar diletakkan pada bahagian tengah panel instrumen disertakan dengan penunjuk posisi gear. Meter kelajuan pula diletakan di sebelah kanan, manakala di sebalah kiri ditempatkan paparan skrin TFT yang memberi maklumat mod pemanduan, suhu air, suhu minyak pelincir, bacaan jumlah petrol di dalam tangki, meter kelajuan digital dan juga meter trip.
Tiada sebarang tuil dapat disaksikan didalam kabin California T ini. Pemilihan gear hanya dilakukan dengan pedal penukar gear yang terletak di belakang stereng dan mod gear automatik dan gear undur boleh dipilih dengan menekan butang yang terletak di konsol tengah yang mana turut menempatkan butang “Launch Control”. Tuil suis lampu, penggilap cermin dan isyarat membelok juga digantikan dengan suis-suis yang ditempatkan pada roda stereng.
Kedudukan suis-suis tersebut disusun dengan cukup ergonomik menjadikan penggunaan dan capaiannya lebih mudah berbanding tuil konvensional. Paparan skrin 6.5-inci untuk sistem infotainmen diletakkan di bahagian tengah papan pemuka, sementara di bahagian atas pula diletakkan unit Turbo Performance Engineer (TPE) iaitu sebuah unit meter yang memberi bacaan boost dan pretasi pengecas turbo California T, yang diapit oleh liang penghawa dingin tengah.
Agak menarik, tempat duduk belakang California T ini walaupun bersaiz agak kecil, ia turut dilengkapi dengan cagak Isofix bagi memenuhi syarat sebahagian pasaran terutamanya di Eropah. Untuk kemasan trim dan balutan pula, bakal pembeli boleh memilih sendiri material, saiz benang sulaman, dan warna semasa proses tempahan kereta ini.
Enjin V8 3.9 liter turbo berkembar diletakkan di bahagian hadapan kereta ini. Ini merupakan enjin dengan pendesak turbo pertama Ferrari setelah kali terakhir teknologi tersebut digunakan 29 tahun lalu pada Ferrari F40. Enjin ini mampu menghasilkan output 552 hp pada takat 7,500 rpm dan tork gergasi 775 Nm pada takat 4,750 rpm.
Kuasa dari enjin ini dihantar ke permukaan jalan menerusi kotak gear klac-berkembar tujuh-kelajuan automatik dan dialirkan terus ke gandar dan roda belakang. Gabungan tersebut membolehkan Califronia T memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat dengan “G-force” yang cukup membuatkan anda melekat di tempat duduk tanpa boleh berbuat apa-apa. Kereta ini juga mampu mencapai kelajuan maksimum 316 km/j.
Walaupun California T dijana dengan enjin bantuan pendesak turbo, Ferrari telah menala penjana kuasa tersebut agar ia mempunyai karekteristik seperti sebuah enjin tanpa induksi paksaan yang mempunyai sesaran yang lebih besar. Unit turbin twin-scroll yang dilengkapi perisian tekanan boost turbo bervariasi membuatkan “turbo lag” pada enjin ini hampir tidak terasa serta kuasa maksima yang dicapai pada rpm tinggi iaitu 7,500 rpm menghasilkan respon enjin seperti enjin berkapasiti besar tanpa induksi paksaan sebenar.
Kuasa yang dihasilkan adalah linear dan mengikut tujahan yang diberikan pada pedal pendikit oleh pemandu dan tiada kuasa liar yang datang secara tiba-tiba seketika selepas pedal pendikit ditekan dengan lebih agresif.
Terdapat dua mod pemanduan yang boleh dipilih semasa memandu kereta ini iaitu mod Sport dan Comfort. Dalam mod Sport, enjin ditala untuk memberikan kuasa sepenuhnya kepada pemandu. Kotak gear juga turut memberikan penukaran gear yang sangat agresif, di mana sensasi penukaran gear ini bukan hanya disumbang oleh penukaran gear yang sangat pantas oleh kotak gear itu sahaja. Malah rekaan penukar gear itu sendiri yang memberikan capaian dan respons yang sangat baik seolah-olah sentiasa memanggil-manggil untuk menggunakannya berbanding hanya menggunakan mod auto.
Mod Sport ini juga memberikan talaan suspensi yang lebih keras bagi membolehkan pemandu meredah selekoh dengan kelajuan tinggi. Apa yang menarik, terdapat lagi satu butang talaan suspensi di roda stereng. Butang yang ditandakan dengan imej penyerap hentak tersebut akan menala semula sistem suspensi dalam mod Sport menjadikan kereta ini kekal melekat pada permukaan jalan yang tidak rata dan beralun dalam kelajuan tinggi tanpa melembutkan suspensi tersebut – diuji sangat efektif pada permukaan jalan raya Malaysia.
Mod Comfort juga telah memberikan impak pada penulis. Dalam mod ini, kuasa enjin masih lagi dalam keadaan sangat berkuasa jika pedal pendikit ditekan sepenuhnya. Tetapi jika kereta ini dipandu santai, penukaran gear ditala untuk menjadi sangat selesa tanpa terasa langsung kejutan ketika gear ditukar secara automatik. Talaan suspensi juga memberikan perasaan seolah-olah anda sedang memandu sedan mewah.
Penulis turut menguji kereta ini meredah kesesakan jalan raya di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun mempunyai bekalan kuasa lebih dari 500 hp di hujung kaki, kereta ini amat mudah dipandu dalam keadaan ‘merangkak’ di tengah kesesakan jalan raya – lebih mudah dari memandu sebuah Kancil 660 manual. Kepada mereka yang berkemampuan dan berhajat untuk menggunakan sebuah Ferrari sebagai kenderaan harian atau dihadiahkan kepada ahli keluarga wanita hanya untuk menunjukkan status, California T adalah jawapannya.
Jadi benarkah dakwaan semua Ferrari itu susah dipandu dan memerlukan anda terbang ke Itali terlebih dahulu untuk dilatih memandu jentera ini? Naib Presiden Bersekutu 2 Naza Italia, Ethan Woo memberitahu, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar. Menurut beliau lagi, memang ada kursus yang disertai oleh pemilik Ferrari untuk dilatih oleh pemandu profesional bertauliah dari Ferrari di Itali, tetapi ia bukanlah wajib untuk setiap pemilik sebaliknya ia adalah pakej tambahan untuk keseronokan pemilik Ferrari itu sendiri.
California T dijual pada harga bermula RM888,800 sebelum cukai. Setiap pembelian kereta ini adalah standard bersama program penyelenggaraan berjadual tujuh tahun dengan jarak antara servis 20,000 km atau setahun sekali. Dengan pembelian menerusi pengedar rasmi ini juga, California T masih lagi boleh dilindungi menerusi pakej waranti Ferrari Power setelah ia dijual kepada pemilik lain kelak.
Pendapat Izwaashura Sadali (sebagai pemandu wanita) yang turut memandu uji Ferrari California T
Ini kali pertama saya berpeluang memandu uji Ferrari, jentera idaman sejak sekian lama (saya terjebak jadi wartawan automotif pun kerana minat saya terhadap jenama ini). Keterujaan yang dirasai sampai tak tidur malam dibuatnya. Bukan sebab tak pernah memandu jentera berprestasi tinggi sebelum ini, tapi kerana Ferrari! Ok jangan muntah hijau dengan statement ‘syok sendiri’ saya ini ya.
Bila Naib Presiden Bersekutu 2 Naza Italia, Ethan Woo, memberitahu Ferrari California T ini paling sesuai untuk wanita dan juga sesiapa yang baru pertama kali mahu membeli model Ferrari, keterujaan untuk mengujinya kian meledak. Namun menurut Ethan, ini bukan bermakna California T model yang paling rendah dalam barisan model Ferrari. Katanya, California T mempunyai sifat yang lebih mudah dikendalikan (walau pun masih memiliki ledakan kuasa luar biasa), malah ia juga sesuai untuk kegunaan harian. Jadi bagi sesiapa yang ingin memiliki model Ferrari buat pertama kali, California T ini cukup sesuai. Malah ia juga sesuai untuk pemandu wanita.
“Tetapi untuk individu yang berketinggian di bawah 150 cm, mungkin perlukan kusyen ekstra untuk melapik punggung dan belakang badan,” seloroh Ethan yang membuatkan saya sedikit terkedu, bimbang kaki tak sampai nak memijak pedal pendikit/brek dan tak nampak pula pandangan hadapan. Jadi perkara pertama yang saya laku, test dahulu (untuk buat sedar diri!) adakah kaki dapat memijak pedal pendikit/brek dan dapat lihat pandangan hadapan. Ya, nasib baik ngam-ngam ho kerana mujur juga tempat duduk pemandu boleh dilaraskan hadapan belakang dan ketinggiannya (tetapi cukup minimum untuk membuatkan saya nampak hadapan).
California T ini mungkin kelihatan besar jika dilihat dari luar, tetapi bila masuk ke dalam kabinnya, ia seperti sedan premium lain. Mungkin dalam 10 ke 15 minit untuk menyesuaikan diri mengendalikannya, kemudian ia pantas ‘masuk’ untuk sama-sama bergandingan ‘membelah’ jalan raya. Seperti yang Farid ulaskan di atas, kuasa lebih 500 hp memang berada di hujung jari kaki, terasa mahu sentiasa memecutnya. Tetapi bila meredah laluan di kawasan bandar mahu pun lebuh raya yang sentiasa sibuk (dan sesak) seperti Lebuhraya Persekutuan, memadailah ikut saja keadaan.
Bila sampai di laluan yang bersesuaian untuk menguji jentera ini (pastinya di lebuhraya yang kurang sesak), California T dapat dilenjan sepuasnya. Deruman bunyinya memang mencabar, lantas tekanan lebih pada pedal pendikit memuntahkan kuasanya tanpa teragak-agak. Melepasi plaza tol, pedal pendikit sengaja ditekan secara maksimum. Ledakan turbonya kian terasa, memberikan kuasa G-Force yang mampu membuatkan penumpang di sebelah ‘melekat’ di tempat duduknya. Walau pun bimbang jentera mungkin akan ‘meliar’ namun kegusaran itu dapat disingkirkan kerana Califirnia T memang mudah dikawal.
Tetapi bila melalui jalan berselokoh, kaki sudah bersedia di pedal brek dan tekanan di pedal pendikit dilepaskan, membiarkan jentera meluncur dengan lebihan kuasa yang ada. Tetapi dengan adanya elemen tambahan termasuk F1-Trac Traction Control, dengan program kestabilan dan cengkaman elektronik yang telah dipertingkatkan, hamburan tork terbaik mudah diperoleh dan dalam masa yang sama jentera masih stabil dikawal. Malah ia turut meningkatkan 8.5% kuasa pacuan jentera ketika dipacu di selekoh sekitar.
Ada masanya ketika jentera sedang dipecut laju, tiba-tiba ada halangan di hadapan, sistem brek memang memberikan respons yang pantas ketika ditagih. Seperti mana model Ferrari yang lain, California T turut digandingkan dengan sistem brek karbon-seramik Brembo sebagai standard. Ia turut menampilkan material pad baharu yang mampu memberikan kesan cengkaman lebih padu tidak kira apa jua keadaan jalan.
Sistem brek ini juga dikatakan memiliki jangka hayat yang lebih panjang (atau boleh digunakan sepanjang hayat jentera terbabit). Ia juga telah dipertingkatkan dengan versi ABS ESP 8.0 Premium, dan mampu memberhentikan kenderaan dalam jarak yang terpendek iaitu dari 100 ke 0 km/j dalam jarak 34 meter. Walau pun mempunyai sistem brek yang boleh dikatakan sebagai terbaik, pemanduan tetap perlu berhati-hati.
Malah California T juga didatangkan dengan sistem peredam (damper) baharu iaitu Magnetorheological SCM3 iaitu evolusi terkini bagi memodifikasi kuasa magnetik pada peredam. Manakala bagi kawalan yang lebih efisien, batang omboh (piston rod) baharu turut ditampilkan bagi mengurangkan daya geseran ketika pemanduan.
Dengan adanya sistem sebegini, olengan badan juga dapat diminimakan terutamanya ketika jentera dipecut atau pun melakui permukaan jalan yang beralun atau tidak rata. Ia juga adalah hasil kerjasama sistem suspensi double wishbone di hadapan dan multi-link di belakang yang kedua-duanya turut hadir dengan coil spring, gas peredam dan palang anti olengan, sekali gus membantu menambahkan kestabilan jentera.
Satu lagi sifat yang mengagumkan bagi jentera hebat ini ialah jejari pusingannya terutamanya ketika mahu membuat pusingan-U atau ketika memarkir. Dengan ukuran kerangka 1,380 mm tinggi, 4,563 mm panjang, 1,902 mm lebar dengan jarak roda 2,670 mm, tidaklah sukar untuk mengendalikan jentera ini biar pun ia kelihatan besar pada pandangan mata kasar.
Tetapi kalau senang nak cerita, ia mengikut meter dan kawalan stereng bagi menentukan kedudukan maksimum jentera bagi menentukan jejari pusingannya. Saya sempat cuba membuat pusingan U di satu kawasan perumahan dengan lebar jalan yang standard, mudah. Tidak perlu mengundurkan jentera selepas membelok dan tidak risau terlanggar pembahagi jalan. Seperti membawa Perodua Myvi pula, setakat nak buat pusingan-U…no problema!
Bagi penggunaan bahan apinya pula, mengikut risalah tercatat anggaran sekitar 10.5 liter bagi setiap 100 km. Dan model ini boleh diisi dengan bahan api RON 95 (sekurang-kurangnya), tetapi jika inginkan prestasi yang lebih mengagumkan sudah pasti bahan api RON 97 atau lebih tinggi dari itu, lebih bersesuaian.
Konklusi, California T ini bukan setakat sesuai sebagai jentera pengangkutan seharian, tetapi kalau hendak pergi bercuti atau pun membeli-belah, ia juga sesuai kerana mempunyai ruangan but berkapasiti 340 liter (tetapi tak bolehlah hendak membawa barang banyak-banyak, kalau ada anak kecil, tak boleh nak memuatkan stroller). Jadi, kalau rasa-rasa berkemampuan, bolehlah mendapatkan California T sebagai Ferrari pertama dimiliki. Amacam? Ada berani? (Saya tak…belum mampu!)
Galeri: Ferrari California T di Phuket, Thailand |
Toyota mempertaruhkan jentera TS050 Hybrid baharu harungi kejuaraan WEC dan Le Mans musim 2016 | Toyota menghadapi musim yang sukar dalam Kejuaraan Endurance Dunia tahun lalu apabila gagal mempertahankan kedua-dua gelaran pemandu dan pengeluar, menghabiskan musim dengan kedudukan kelima dan ketiga. Pengeluar automotif terbesar dunia itu kini kembali dengan jentera LMP1 baharu, Toyota TS050 Hybrid untuk musim 2016.
Selepas empat musim bertanding menggunakan enjin V8 tanpa induksi paksaan, pasukan Toyota kini menggugurkan penggunaan enjin tersebut bagi memberi laluan kepada enjin turbo 2.4 liter V6 dengan pancitan petrol terus. Toyota mengatakan penukaran unit janakuasa tersebut adalah perlu untuk memenuhi undang-undang baharu kejuaraan yang mengehadkan jumlah kemasukan bahan api ke dalam enjin, dan ini juga merupakan peluang untuk meneruskan perpindahan teknologi dan pengetahuan dari kereta lumba ke kereta produksi biasa, di mana enjin sedemikian semakin banyak dibina untuk kereta produksi biasa.
Penggunaan kapasitor super yang menjana motor elektrik berkembar pada jentera TS040 tahun lalu juga digugurkan, digantikan dengan bateri lithium-ion. Ini membolehkan pasukan itu bertukar kepada sistem hibrid lapan megajoule, spesifikasi tertinggi yang dibenarkan dibawah undang-undang baharu perlumbaan. Tiada lagi angka jumlah kuasa kuda yang dihasilkan oleh jentera ini diumumkan, tetapi dijangkakan TS050 bakal menjana sejumlah 1000 hp seperti jentera sebelum ini.
Sistem penyejukkan yang berbeza diperlukan untuk unit janakuasa baharu tersebut, termasuk sistem transmisi yang turut ditingkattaraf untuk mengawal tork tambahan yang bakal dihasilkan oleh enjin baharu itu. Pakej aerodinamik turut direka semula, dengan motor hadapan diubah posisinya untuk memberikan aliran udara dibahagian lantai yang lebih baik, seterusnya memperbaiki prestasi keseluruhan kereta ini. Talaan semula pada bahagian kinematik suspensi turut dilakukan untuk penggunaan tayar yang lebih optima.
TS050 yang tampil dengan ‘livery‘ merah-putih tradisi Toyota sejak generasi pertama Toyota GT-One TS020 telah diuji lebih dari 22,000 km dalam aspek prestasi dan ketahanan dengan hasil ujian yang positif. Ujian berikutnya akan dilakukan di litar Paul Ricard hujung minggu ini. Musim WEC tahun ini akan bermula 17 April hadapan dengan perlumbaan enam jam di litar Silverstone, UK. |
Johor harap dapat implementasi VEP mulai Jun ini | Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing kini sedang dalam peringkat ujian, dan dijangka akan diimplementasi menjelang Jun ini, laporan The Star.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad, insfrastruktur bagi projek ini diuji di Tambak Johor dan Link Kedua.
“Kami sedang menantikan kod pintar bagi penyerahan kad pengenalan gelombang radio (RFID) untuk melaksanakan VEP ini,” ujarnya.
Katanya lagi, buat masa ini, pihaknya sedang mengenal pasti cara pengedaran bagi tag RFID ini kepada pemilik kenderaan.
Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, setiap lorong di laluan pemeriksaan itu akan dilengkapi dengan kamera dan alat pengesan bagi mengesan plat pendaftaran kenderaan dan tag RFID terbabit. Malah palang di laluan pemeriksaan tidak akan dibuka jika RFID mengesan plat pendaftaran kenderaan tidak ada dalam sistem. Ini bagi mengelakkan RFID digunakan oleh kenderaan yang tidak didaftarkan melalui sistem berkenaan.
Hasni turut berkata, setiap kenderaan yang masuk ke negara ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM20 dan ia boleh dibayar menerusi kad Touch n’ Go.
“Kami berharap projek ini dapat berjalan dengan lancar dan tidak lagi ditunda. Berkenaan dengan hasil kutipan dari VEP, ada sejumlah bahagian yang akan diserahkan kepada kerajaan tempatan untuk kerja-kerja penyelenggaran jalan,” ujarnya lagi.
Setakat ini, sebanyak 120,000 pemilik kenderaan Singapura telah mendaftar. Katanya lagi, pihaknya tidak akan menawarkan sebarang diskaun bagi rakyat Singapura yang kerap berulang-alik ke negara Malaysia, dan juga tiada caj khas pada hujung minggu mahu pun cuti umum.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja di negara berkenaan, kebanyakannya menggunakan plat pendaftaran Singapura kerana mahu mengelakkan bayaran VEP sebanyak S$35 (RM105) sehari. Manakala bagi motosikal pula dikenakan bayaran sebanyak S$4 (RM12).
Di Singapura, setiap kenderaan asing yang memasuki negara berkenaan akan diberikan kadar percuma untuk 10 hari. Malah tiada VEP dikenakan pada hujung minggu. VEP juga dikecualikan antara jam 5 petang dan 2 pagi, Isnin hingga Jumaat. |
Kenstomoto Demolisher – Benelli TnT600 modifikasi kustom oleh pereka kenderaan Malaysia Kenny Yeoh | Motorsikal yang dimodifikasi mahu pun kustom, bergantung pada “gaya” dan “rupa” yang dikehendaki oleh perekanya. Bagi Kenstomoto Demolisher, pereka kenderaan Malaysia, Kenny Yeoh, inginkan sesuatu yang kelihatan seperti “Zaku“, kenderaan tentera dari siri animasi Mobile Suit Gundam.
Bermula dengan Benelli TnT600 2013, Yeoh menerima amanat dari pelanggannya untuk “buat seperti apa yang dimahukan” bagi sportsbike 600 cc ini. Memerah segenap idea untuk merealisasikan apa yang ada di benaknya, Yeoh mahu menjadikan motosikal tersebut seperti apa yang diingini.
Tanpa mengusik bahagian enjin dan kotak gearnya, Yeoh turut menukar sub-frame belakang dan unit utamanya. Dengan menggunakan sumber tempatan, Yeoh menggantikan lampu utamanya dengan unit projektor kustom yang disertakan dengan lampu nyalaan siang. Malah kluster instrumen juga telah diposisikan lebih rendah, atas sedikit daripada bahagian lampu, bagi menampakkan gaya cyclopean seperti bahagian topi keledar Zaku.
Malah Yeoh turut mereka set kustom bagi pemegang lampu supaya kelihatan sama seperti unit OEM. Indikator bagi gear juga ditempatkan pada perumah kustom bahagian handlebar dan palang yang ada turut digantikan dengan set yang mudah dikepit pada bahagian sepit udang (fork).
Bagi bahagian belakangnya pula, sub-frame telah dipendekkan dan digandingkan bersama gentian kaca kustom. Untuk kualiti kerja yang kelihatan lebih baik, tiada ruang atau pembentukan beralun kelihatan. Tempat duduk hadapan original dikekalkan, sekarang dibaluti material kulit.
Bahagian pemegang rantai juga telah direka semula dan sesuai dengan jenama motor ini iaitu Kenstomoto, potongan laser pada setengah bahagian belakang. Malah bahagian roda juga dibiarkan, dengan kekemasan baharu warna hitam dan merah serta jaluran ala Itali pada tepi roda.
Bahagian ekzos yang besar telah disingkirkan, digantikan dengan alur kustom yang diletakkan di bawah swing-arm pivot dan sisinya. Sentuhan terakhir yang dilakukan adalah bagi topi keledar atas permintaan pelanggan terbabit, yang tertera logo dan jenama Kenstomoto.
Sebagai pereka kenderaan, Yeoh mempunyai kelebihan untuk mendapatkan komponen tempatan dan mesin bagi membuat komponen yang direka, yang sukar untuk didapati oleh kebanyakan pembuat model kustom ini kerana kos yang agak tinggi. Hanya memberikan tumpuan pada rekaan dan penggayaaan komponen, beliau tidak menyentuh bahagian mekanikal kerana mengakui enjin dan mod prestasi bukanlah kepakarannya.
Mementingkan kualiti melebihi kuantiti, Yeoh hanya memfokuskan satu projek kustom dalam satu masa dan memilih pelanggan yang tepat untuk kerja-kerja sebegini. Kenstomoto merupakan jenama sendiri Yeoh, dan dia bekerja keras demi pengiktirafan. Bagi Demolisher, ia adalah rekaan Malaysia sepenuhnya, dan menggunakan komponen yang bersumber tempatan dan luar negara.
Buat masa ini, Yeoh sedang membina kit bagi Kawasaki ER-6N, yang boleh ditempah menerusi laman Facebook Kenstomoto. Ia dibina mengikut kehendak pelanggan, yang disasarkan akan diperkenalkan di penganjuran Art of Speed 2016 pada Mei ini yang berlangsung di MAEPS, Serdang.
GALERI: Benelli TnT600S 2016 |
Subaru Forester 2016 dilancarkan di Malaysia 14 April ini, harga bermula RM144k, RM19k lebih murah | Susulan pelancaran Subaru Forester 2016 bagi pasaran Asia Tenggara di Bangkok Motor Show 2016 semalam, Pengarah Eksekutif Tan Chong International, Glenn Tann, telah memaklumkan kepada kami berkenaan harga SUV ini.
Menurutnya, model facelift Forester ini akan dilancarkan di Malaysia pada 14 April 2016, denga dua model CKD iaitu 2.0i dan 2.0i-P dan satu varian CBU dari Jepun iaitu 2.0 XT.
Model asas Forester 2.0i akan dijual pada harga RM144,160, diikuti dengan 2.0i-P pada RM153,700. Kedua-dua varian dijanakan oleh enjin FB20 2.0 liter empat-silinder aspirasi-natural (150 PS/198 Nm).
Manakala model CBU sedia ada 2.0i-L pula berharga RM163,590 (model baharu 2.0i dan 2.0i-P lebih murah sebanyak RM19,430 dan RM9,890).
Bagi yang inginkan hamburan kuasa yang lebih, varian XT dengan enjin FA20 2.0 liter turbo empat-silinder turut kini ditawarkan dengan harga RM210,940, iaitu meningkat sebanyak RM2,830. Semua harga yang disebut adalah termasuk GST, tetapi tanpa insurans dan cukai jalan.
Kami juga diberitahu, terdapat diskaun istimewa sebanyak RM3,000 akan turut ditawarkan apabila SUV ini dilancarkan di Malaysia. Namun ia adalah untuk tempoh waktu yang terhad. Pilihan warna pula termasuk putih, hitam, perak, gangsa dan kelabu.
Forester baharu juga menerima penaiktarafan, termasuk X-Mode baharu yang sesuai untuk kegunaan off-road. Selain dari ciri X-Mode, sistem suspensi juga telah ditingkat taraf untuk meningkatkan lagi kebolehan pengendalian Forester ini. Cross member hadapan direka dengan lebih keras, sistem pegas dan penyerap hentak baharu juga ditala semula serta jajaran roda belakang telah ditukar untuk memastikan Forester memberikan pengendalian yang lebih hebat.
Bagi aspek keselamatan pula, Forester baharu ini dilengkapi dengan tujuh beg udara (dua di hadapan, sisi dan langsir, lutut pemandu), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Bantuan Mula Mendaki, kerangka diperkuat dengan bentuk-cincin dan sistem ABS lengkap dengan EBD dan BA. Kelengkapan keselamatan ini adalah standard untuk semua varian.
Lampu hadapan LED-penuh hanya ditawarkan untuk varian 2.0i-P dan XT sahaja bersama lampu kabus jenis mentol biasa. Lampu LED tersebut juga menampilkan ciri Lampu Hadapan Responsif Stereng di mana ia akan menyuluh mengikut arah putaran stereng. Varian 2.0i hanya dilengkapi dengan reflektor halogen berbanding DRL LED.
Roda aloi baharu juga sebahagian dari pakej facelift baharu Forester. Varian XT dipadankan dengan roda aloi bersaiz 18-inci dibaluti tayar 225/55R18, manakala dua lagi varian dibekalkan dengan roda aloi bersaiz 17-inci dibaluti tayar 225/60R17.
Kemasan dalaman menerima lebih banyak balutan kulit, plastik hitam berkilat dan juga panel krom pada bahagian seperti panel pintu, papan pemuka, liang penghawa dingin dan panel kawalan tengah. Balutan kulit adalah standard untuk semua varian. Kadar NVH juga telah dipertingkat selepas crossover ini dilengkapkan dengan material kedap bunyi tambahan dan tingkap yang lebih tebal.
Subaru Forester 2.0 XT 2016
Subaru Forester 2.0i-P 2016 |
JKR kaji penggunaan getah beku bina jalan raya | Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dilaporkan sedang menjalankan kajian berkenaan penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asfalt untuk turapan jalan.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menterinya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang berkata pada masa ini lima projek perintis penggunaan getah beku untuk pembinaan jalan sedang dilakukan dengan satu projek telah disiapkan pada Disember 2015, laporan Bernama.
“Lokasi kajian yang telah siap tersebut ialah Jalan Gemas-Rompin, Negeri Sembilan manakala empat lagi projek iaitu masing-masing satu di Kedah, Pahang, Kelantan dan Selangor akan dilaksanakan tahun ini.
“Pada masa ini JKR bersama Lembaga Getah Malaysia sedang menganalisis prestasi turapan jalan di lokasi yang telah disiapkan itu,” katanya di persidangan Dewan Rakyat. Ia adalah bagi menjawab soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan getah sebagai satu daripada bahan utama pembinaan jalan raya di negara ini dan apakah halangan atau masalah untuk menggunakan teknologi ini
Walau bagaimana pun, Rosnah turut berkata beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan penggunaan getah sebagai bahan campuran asfalt untuk pembinaan jalan termasuk kuantiti bahan mentah yang mencukupi, kesesuaian peralatan, kualiti bahan bitumen getah yang dihasilkan dan kos berbanding kaedah konvensional.
Katanya, cadangan penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asfalt dalam turapan jalan akan diperluas ke lokasi lain di seluruh negara tertakluk kepada hasil keputusan pelaksanaan projek perintis yang sedang dijalankan.
Pada masa ini, kebanyakan pembinaan turapan asfalt jalan raya di negara ini menggunakan bitumen asli gred 80/100 dan 60/70 sebagai bahan pengikat dalam campuran asfalt.
Penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asfalt dikatakan alternatif yang lebih baik dengan kos yang ekonomik dalam usaha meningkatkan kualiti pembinaan jalan. |
Mitsubishi Triton menerima ciri tambahan di Thailand, tujuh beg udara dan sistem Super Select 4WD II Pajero | Mitsubishi Triton baru sahaja dilancarkan di Malaysia tahun lalu, tetapi dengan persaingan yang sangat tinggi di Thailand, Triton menerima beberapa ciri tambahan baharu untuk kekal kompetitif.
Tiada perubahan disaksikan pada bahagian luaran, tetapi dari rombakan pada trim dilakukan dengan penambahan beberapa peralatan, termasuk stereng teleskopik yang boleh dilaras untuk semua model, serta soket 12V kedua untuk varian King Cab dan Double Cab.
Perubahan terbesar adalah pada varian GLS LTD, sebelum ini tersedia hanya dalam bentuk Double Cab 4×4, kini hadir pula dalam bentuk King Cab dan Double Cab Plus 4×2. Varian tersebut menggantikan varian GLS terdahulu. Kesemua GLS LTD dilengkapi dengan roda stereng empat-jejari yang diambil terus dari Pajero Sport.
Tambahan untuk model spesifikasi tertinggi Double Cab 4×4 LTD 5AT, ia kini dilengkapi dengan sistem pacuan empat-roda Easy Select 4WD yang disadur terus dari sistem Super Select 4WD II Pajero Sport. Sistem tersebut memberikan mod 4H pacuan empat roda sepanjang masa, dengan unit karbeda tengah yang mengagihkan tork antara bahagian hadapan dan belakang. Mod 4HLc dan 4LLc akan mengunci unit karbeda, sama seperti mod 4H dan 4L seperti sistem terdahulu, manakala mod 2H pacuan dua roda dikekalkan untuk penggunaan bahan api yang lebih efisien.
Juga ditambah pada spesifikasi tertinggi adalah beg udara sisi dan langsir, menjadikan jumlah keseluruhan beg udara ialah tujuh unit – yang sebelum ini hanya hadir sebagai opsyen. Stabiliti Aktif dan Kawalan Cengkaman (ASTC) juga dilengkapkan pada varian tersebut sebagai standard seperti sebelum ini.
Tidak ada perkhabaran lagi sama ada model di Malaysia akan turut menerima penaiktarafan seperti ini atau tidak. Tetapi dengan persaingan yang agak sengit dengan Nissan Navara NP300 dan Ford Ranger facelift, tidak mustahil Triton di Malaysia dinaik taraf seperti di Thailand. |
Penutupan di Exit 702 dan Exit 703 Lebuhraya Cheras-Kajang dilanjutkan 11 hari berakhir hujung bulan ini | Berikutan pembinaan stesen MRT Suntex dan stesen MRT Sri Raya, MMC-Gamuda mengumumkan penutupan jalan di persimpangan Hulu Langat arah Kajang (Exit 702) dan persimpangan Telekom arah Kajang (Exit 703) di akan dilanjutkan. Pemanjangan tempoh ini juga melibatkan penutupan jalan tiga lorong arah Kajang sepanjang Lebuhraya Kajang Cheras.
Kesemua penutupan jalan ini akan bermula 10 malam hingga lima pagi, setiap hari bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2016. Walau bagaimana pun, lanjutan tempoh penutupan jalan selama 11 hari ini akan dilakukan secara berselang-seli.
Untuk laluan pengguna jalan raya dari Hulu Langat/Pekan Batu 9 yang menuju ke arah Kajang, anda disarankan agar mengambil menggunakan Exit 702 arah KL dan membuat pusingan-U di Exit 701 persimpangan PGA seperti laluan yang berwarna hijau di dalam peta diatas.
Pengguna dari Pekan Batu 9/Jalan Cheras/Hulu langat, menuju ke Kajang, anda dinasihatkan untuk menggunakan laluan di Exit 703 – Memasuki Cheras – Lebuhraya Kajang Grandsaga arah Kajang seperti laluan yang berwarna biru didalam peta diatas.
Untuk penutupan di Exit 703 persimpangan Telekom arah Kajang pula, pengguna dari KL menuju ke Pekan Batu 9/ Jalan Cheras/ Hulu Langat adalah disarankan untuk membelok ke kiri menggunakan Exit 702 seperti laluan yang berwarna ungu.
Pengguna dari KL menuju ke Taman Kota Cheras pula perlu membuat pusingan-U di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn (Exit 704) dan menggunakan laluan di Exit 703 arah Taman Kota Cheras seperti yang ditunjukkan pada laluan yang berwarna perang.
Bagi penutupan tiga lorong antara Exit 702 dan Exit 703 di Lebuhraya Cheras-Kajang pula, masih ada satu lagi lorong dibuka untuk pengguna jalan raya dari arah Kajang untuk melalui jalan tersebut buat masa sekarang. |
Subaru Forester 2016 pasaran Asia Tenggara dilancar, Malaysia menerima tiga varian – dua CKD, satu CBU | Subaru Forester 2016 secara rasminya telah dilancarkan untuk pasaran Asia Tenggara di Bangkok Motor Show 2016 hari ini. Seperti dilaporkan sebelum ini, crossover yang telah disegarkan kembali itu sedang dipasang di kilang Tan Chong yang terletak ni Segambut, Malaysia. Walau bagaimana pun, tidak semua varian tersebut hadir dalam versi CKD.
Untuk pasaran Malaysia dan Thailand, Forester ditawarkan dalam dua varian CKD iaitu model asas 2.0i dan 2.0i-P. Model pemasangan lengkap (CBU) dari Jepun turut ditawarkan dalam varian 2.0 XT.
Kesemua varian mempunyai lebar 1,795 mm dan tinggi 1,735 mm, tetapi mempunyai panjang yang berbeza, kerana perbezaan pada bahagian hadapan. Varian 2.0i yang mempunyai panjang keseluruhan 4,610 mm menerima bampar hadapan facelift seperti yang disaksikan di Tokyo, manakala untuk 2.0i-P dan XT, kedua-duanya mempunyai panjang keseluruhan 4,595 mm kerana berkongsi rekaan pada hadapan yang sama.
Kesemua varian ini menerima lampu belakang baharu yang sama berbentuk-C dan rekaan gril hadapan baharu yang menempatkan logo Subaru di tengah-tengah bar krom.
Lampu hadapan LED-penuh hanya ditawarkan untuk varian 2.0i-P dan XT sahaja bersama lampu kabus jenis mentol biasa. Lampu LED tersebut juga menampilkan ciri Lampu Hadapan Responsif Stereng di mana ia akan menyuluh mengikut arah putaran stereng. Varian 2.0i hanya dilengkapi dengan reflektor halogen berbanding DRL LED.
Roda aloi baharu juga sebahagian dari pakej facelift baharu Forester. Varian XT dipadankan dengan roda aloi bersaiz 18-inci dibaluti tayar 225/55R18, manakala dua lagi varian dibekalkan dengan roda aloi bersaiz 17-inci dibaluti tayar 225/60R17.
Untuk varian 2.0i dan 2.0i-P, ia dijana oleh enjin bentangan boxer 2.0 liter DOHC berkuasa 150 PS pada takat 6,200 rpm dan 198 Nm pada takat 4,200 rpm. Untuk varian XT pula, juga dibekalkan dengan enjin boxer 2.0 liter tetapi didesak dengan pengecas turbo dan sistem pancitan bahan api terus, membolehkan enjin tersebut menjana sejumlah 241 PS pada takat 5,600 rpm dan tork maksima 350 Nm bermula 2,400 rpm hingga 3,600 rpm. Kedua-dua jenis enjin ini menyalurkan kuasa kesemua roda Forester melalui kotak gear Lineartronic CVT dan sistem pacuan semua roda Symmetrical All-Wheel Drive (S-AWD) Subaru.
Sistem X-Mode Subaru dilengkapi pada kesemua tiga varian Forester. Sistem tersebut akan mengawal enjin, transmisi, sistem AWD, brek dan lain-lain sistem selepas pemandu menekan hanya satu butang yang diletakkan di depan tuil gear untuk membantu mengawal kenderaan ketika menempuh permukaan jalan yang sukar. Sistem tersebut berfungsi pada kelajuan bawah 40 km/j, dan disertakan dengan fungsi Kawalan Penurunan Bukit yang berfungsi sekali ketika X-Mode diaktifkan.
Selain dari ciri X-Mode, sistem suspensi juga telah ditingkat taraf untuk meningkatkan lagi kebolehan pengendalian Forester ini. Cross member hadapan direka dengan lebih keras, spring dan penyerap hentak baharu juga di tala semula serta jajaran roda belakang telah ditukar untuk memastikan Forester memberikan pengendalian yang lebih hebat.
Bahagian dalaman Forester masih lagi kelihatan seiras dengan model terdahulu. Kemasan dalaman menerima lebih banyak balutan kulit, plastik hitam berkilat dan juga panel krom pada bahagian seperti panel pintu, papan pemuka, liang penghawa dingin dan panel kawalan tengah. Balutan kulit adalah standard untuk semua varian. Kadar NVH juga telah dipertingkat selepas crossover ini dilengkapkan dengan material kedap bunyi tambahan dan tingkap yang lebih tebal.
Paparan instrumen kini lebih segar dengan paparan grafik kini dipaparkan pada skrin TFT LCD berwarna. Pada papan pemuka juga telah dilengkapkan dengan paparan pelbagai info berwarna. Skrin sesentuh unit utama Kenwood DIN berkembar menggantikan unit audio sebelum ini, juga bertindak sebagai skrin kamera undur.
Roda stereng rekaan baharu dilengkapi dengan butang mod respon pendikit yang boleh dipilih dalam mod Si atau Intelligent, juga dilengkapi dengan butang Kawalan Kelajuan (hanya untuk varian 2.0i-P dan XT) dan juga penukar gear. Tuil gear turut diberi penampilan baharu, begitu juga pedal kawalan aluminium.
Ciri eksklusif lain yang disertakan pada 2.0i-P dan XT adalah tempat duduk hadapan pemandu penumpang larasan empat-hala berkuasa (dengan fungsi memori). Tugas untuk memasukkan barang pada bahagian pintu tailgate belakang juga semakin mudah kerana Forester kini dibekalkan dengan pintu tailgate berkuasa lengkap dengan fungsi memori. Kunci Forester juga boleh dibuka tanpa kunci menerusi sistem akses kod PIN, yang membolehkan pemilik mengakses kereta mereka dengan hanya memasukkan PIN rahsia.
Untuk sistem keselamatan, Forester dilengkapi dengan tujuh beg udara (dua di hadapan, sisi dan langsir, lutut pemandu), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Bantuan Mula Mendaki, kerangka diperkuat dengan bentuk-cincin dan sistem ABS lengkap dengan EBD dan BA. Kelengkapan keselamatan ini adalah standard untuk semua varian. Tiada pakej EyeSight disediakan untuk versi pasaran dalam Malaysia.
Dijangkakan akan masuk kepasaran Malaysia tidak lama lagi, tempahan kesemua varian Subaru Forester 2016 sudah mula boleh dibuat di semua bilik pameran Subaru seluruh negara bermula 22 Mac. Untuk harga pula, Subaru akan mengumumkan di hari pelancarannya di sini kelak.
GALERI: Subaru Forester 2016 2.0i-P |
Alat telematik untuk memantau bas tidak diwajibkan | Menurut laporan The Sun Daily, cadangan daripada Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) untuk melengkapkan bas dengan alat telematik telah digugurkan. Sistem tersebut kekal sebagai pilihan untuk operator bas buat masa sekarang, dan ia tidak lagi wajib dalam terma MMIP.
Keputusan itu dicapai berikutan mesyuarat bersama penyedia insuran, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Bank Negara, dan pihak-pihak yang berkaitan dengan pengendali perkhidmatan bas awam di Malaysia. Operator bas sendiri sejak awal lagi tidak bersetuju untuk memasang alat tersebut, atas faktor kos yang tinggi mencecah RM3,400 secara keseluruhan yang mana sebahagian RM2,300 untuk alat telematik itu sahaja, RM200 untuk upah pemasangan, dan lagi RM900 adalah yuran tahunan perkhidmatan tersebut.
Sebelum ini pihak MMIP menyatakan alat telematik tersebut adalah dibina untuk “melindungi jutaan penumpang dengan memperkenalkan telematik insuran.” Sistem ini berupaya mengesan prestasi dan kelakuan pemandu bas, dan juga kelajuan kenderaan dan lain-lain maklumat berkaitan.
Ini akan membolehkan pihak MMIP, atau pihak berkuasa lain mempunyai akses untuk memantau secara lebih dekat operator bas dan kenderaan mereka. Ia juga menyatakan penyedia insuran boleh mengenalpasti kumpulan berisiko tinggi seperti pemandu muda.
Operator bas mungkin boleh menghembuskan nafas lega sekarang, tetapi SPAD sedang menimbangkan langkah penyelesaian yang lain untuk masa hadapan. “Kami sudah pun mempunyai mekanisma mengesan untuk bas ekpres dan bas berhenti-henti disambungkan terus ke Hab Pemantaun Prestasi SPAD,” kata Mohd Azharuddin Mat Sah, CEO SPAD.
“Sekarang dengan penglibatan alat telematik, kami akan berbincang dengan lebih lanjut dengan pihak yang terlibat untuk membuat keputusan akhir memilih alat pengesan yang sesuai untuk semua pihak,” tambah beliau. Malah katanya lagi, kerajaan akan membuat keputusan akhir untuk memilih sistem mana yang akan dikuatkuasakan.
Walaupun pemasangan sistem telemetik kekal diberikan hanya sekadar pilihan, operator bas yang secara sukarela untuk memasang alat tersebut akan ditawarkan diskaun istimewa oleh pihak MMIP. “Operator bas akan diberikan pilihan sama ada untuk membayar tuntutan muatan berganda atau memasang alat telematik tersebut secara sukerala di mana mereka akan menikmati subsidi yang besar dari MMIP, seperti diskaun sebanyak 10% untuk premium asas muatan dan pengeculian pada premium muatan berdasarkan tuntutan berganda,” kata CEO MMIP, Manogaran Sinnathamby. |
Honda Civic baharu dijumpai di Indonesia sedang melakukan penggambaran iklan, Malaysia selepas ini? | Honda Civic generasi ke-10 dijumpai tanpa apa-apa penyamaran di Indonesia, lapor AutonetMagz. Kereta tersebut dijumpai di Jakarta tanpa nombor pendaftaran, tetapi digantikan dengan plat bertulis “All New Civic“. Ini mungkin petunjuk yang kereta tersebut sedang membuat penggambaran untuk iklan TV, dan bermaksud pelancarannya di sana akan berlangsung dalam masa yang terdekat, sebaik sahaja pelancarannya di Thailand minggu lalu.
Berdasarkan roda aloi dengan rekaan turbin dan kemasan berkilat yang dipadankan pada kereta tersebut, ia mungkin varian Turbo RS iaitu varian tertinggi dalam barisan Civic di Thailand, tetapi tanpa spoiler belakang untuk model yang dijual di Indonesia. Ini adalah selaras dengan laporan AutonetMagz sebelum ini, yang mendedahkan Civic dengan bantuan turbo digandingkan dengan transmisi CVT sedang mendapatkan kelulusan di Indonesia.
Persoalannnya tentulah, bila giliran Malaysia pula akan mendapat Civic Baharu ini? Selepas Indonesia, kita merupakan satu-satunya negara pemanduan sebelah kanan yang belum lagi menerima Civic ini selain Australia. Jadi kemungkinan besar Malaysia merupakan destinasi pendaratan Civic seterusnya, dan mungkin tidak lama lagi. Yang pasti, pelancaran Civic untuk pasaran Malaysia akan berlangsung sebaik sahaja produksinya diadaptasi untuk pemasangan tempatan (CKD) di kilang Honda Malaysia di Pegoh, Melaka.
Pelancaran Civic serba baharu ini sebenarnya telah diura-urakan oleh Honda Malaysia secara tidak langsung apabila mereka menyatakan akan melancarkan dua model CKD tahun ini. Salah-satu daripadanya merupakan model serba baharu, yang berkemungkinan besar adalah Civic, dan sebuah lagi model facelift, yang dijangkakan Accord.
Pilihan enjin kemungkinan besar adalah sama seperti di Thailand, termasuk enjin 1.8 liter i-VTEC berkuasa 141 hp/174 Nm dan juga enjin 1.5 liter VTEC Turbo berkuasa 173 hp/220 Nm, di mana kedua-dua enjin tadi dipadankan dengan kotak gear CVT dan tiada lagi transmisi automatik lima-kelajuan.
Pelbagai ciri baharu juga bakal ditawarkan, termasuk lampu hadapan LED-penuh, Suis Penghidup Enjin Bantuan Kawalan Jauh, Kunci Automatik, Sistem Paparan Audio Honda dengan skrin sesentuh tujuh-inci, hubungan Apple Carplay, enam beg udara dan Sistem Pantuan Garisan dan Titik Buta Honda.
GALERI: Honda Civic 2016 Spesifikasi Thailand |
Amaran untuk Ibubapa, jangan tinggalkan anak anda ketika gelombang haba yang semakin memuncak | Beberapa persatuan kebajikan dan pihak berkuasa perubatan memberi amaran kepada ibubapa yang meninggalkan anak mereka di dalam kereta, walaupun dalam masa yang singkat. Kenaikan suhu yang dihadapi negara sekarang mampu meragut nyawa, dan tidak boleh dianggap enteng oleh sesiapa sahaja.
Dalam laporannya di The Star, Dr Raj Kumar Maharajah dari Persatuan Pakatan Pengamal Perubatan berkata, perlakuan tersebut sama sekali tidak boleh diamalkan. “Apabila kanak-kanak ditempatkan di dalam kereta ketika musim panas, kanak-kanak tersebut mungkin akan terdedah kepada strok haba dan kelesuan haba. Tetapi kemampuan untuk melawan haba tersebut berbeza untuk setiap orang,” tambah beliau.
“Guru sekolah juga perlu mengambil perhatian dalam menjalankan aktiviti luar bilik darjah sepanjang tempoh musim panas ini,” ujar Zuhaimi Omar, pengarah Persatuan Kebajikan Selangor bercakap berkenaan hal yang sama. Beliau juga kerap menyaksikan kanak-kanak berjemur di bawah matahari ketika menunggu untuk diambil pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
“Apabila kanak-kanak dibiarkan tanpa pengawasan, walaupun di dalam kereta, ia sebenarnya sudah menjadi sebahagian dari pengabaian dan juga penderaan kanak-kanak,” kata Rachel Ho dari Persatuan Kebajikan Suriana. Jelas, tanpa mengira musim panas yang dihadapi sekarang, kanak-kanak, mahupun haiwan tidak boleh dibiarkan sendiri didalam kenderaan.
Gelombang Haba atau tidak, ia hanya mengambil masa kurang dari 15 minit untuk kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta yang panas untuk menderita kecederaan yang boleh meragut nyawa.
Video dibawah adalah satu bentuk pembelajaran grafik berhubung isu ini. |
Iklan Toyota Hilux terbaharu dijumpai di laman sosial | Toyota Hilux nampaknya semakin hampir untuk dilancarkan. Setelah harga anggaran trak pikap ini didedahkan bulan lalu, dan brosur yang tersebar minggu lepas, kini kami menemui pula iklan Hilux terbaharu ini di laman sosial Facebook, dipos oleh Encik Cairo, yang mungkin seorang jurujual Toyota.
Lima gambar yang disiarkan penasihat jualan ini menampilkan Hilux double-cab berwarna hitam dengan logo yang ditutup dengan pelekat. Berdasarkan gambar tersebut, roda aloi, lampu kabus, cermin sisi krom dan tiada lampu hadapan projektor, boleh disimpulkan ia sebuah varian 2.4G 4×4 automatik, yang dijangka bakal menjadi varian paling laris berikutan ciri-ciri yang dipadankan serta harga yang ditawarkan pada RM125,000 boleh dikatakan agak berbaloi.
Dengan harga tersebut pembeli bakal menerima gril hadapan krom, cermin sisi krom berkuasa, lampu kabus hadapan, roda aloi 17-inci, paparan pelbagai info, sistem kunci pintar, roda stereng pelbagai fungsi dibaluti kulit, sistem infotaimen DVD dengan skrin sesentuh bersaiz 6.1-inci dan Bluetooth, kamera undur, tempat duduk pemandu larasan kuasa lapan-hala, tempat duduk balutan kulit, VSC, A-TRC, Bantuan Mula Mendaki dan filem penapis haba keselamatan.
Varian 2.4G 4×4 manual juga disediakan. Selain dari kotak gear, varian ini tidak mempunyai VSC, A-TRC, HAC, tempat duduk pemandu larasan berkuasa, tempat duduk balutan kulit dan filem penapis haba, dijual pada harga anggaran RM115,000.
Dua lagi varian double-cab ialah 2.4G 4×2 manual berharga RM95,000 dan model asas 2.4 Standard 4×4 manual berharga RM105,000 yang hanya dilengkapi cermin sisi berwarna hitam dan roda besi.
Spesifikasi diatas 2.4G adalah 2.8G 4×4 automatik. Varian ini bakal dijual pada harga anggaran RM135,000 dan dilengkapi dengan lampu hadapan projektor LED automatik beserta lampu nyalaan siang LED, roda aloi 18-inci, paparan pelbagai info LCD bersaiz 2.4 inci seperti Camry dan juga tujuh unit beg udara.
Klik untuk besarkan imej
Toyota Hilux generasi baharu ini bakal dikuasakan dengan enjin baharu GD Turbodiesel Toyota dalam kapasiti 2.4 liter dan 2.8 liter dipadankan bersama transmisi enam-kelajuan. Enjin VNT 2.8 liter tersebut berkebolehan menghasilkan kuasa sejumlah 177 hp pada takat 3,400 rpm dan tork maksima 450 Nm bermula 1,600 rpm hingga 2,400 rpm. Unit 2.4 liter pula berkemampuan menghasilkan kuasa sejumlah 150 hp pada takat 3,400 rpm dan tork maksima 400 Nm bermula 1,600 rpm hingga 2,000 rpm (berdasarkan spesifikasi Thailand dengan kotak gear enam-kelajuan automatik). |
Kia Rio Sedan X dibuka tempahan – kit badan, RM78k | Brosur dan senarai harga bagi Kia Rio Sedan X telah pun diedarkan kepada para pengedar, secara tidak langsung tempahan bagi varian ini telah pun dibuka. Dijangkakan pelancaran bagi varian baharu ini berlangsung pada penghujung bulan ini. Model Rio empat-pintu telah pun dilancarkan pada Januari lalu dan menerima beberapa eleman tambahan.
Pertama, tentang harganya, di mana varian X ini ditawarkan pada harga atas jalan RM77,888 dengan insurans iaitu lebih RM5,000 berbanding sedan standard (yang mendapat rebat sebanyak RM2,000 untuk tempoh waktu terhad) dan hanya kurang RM1,000 berbanding model hatch. Ia juga termasuk dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.
Apakah kelainan yang ditampilkan pada varian X ini? Pastinya kit badan yang lebih menarik termasuklah dengan spoiler lid pada but yang sedikit kecil. Selain itu, kitnya masih sama dengan sebelum ini, termasuk lampu utama halogen reflektor dengan lampu nyalaan siang jenis-mentol, lampu kabus hadapan dan belakang serta rim aloi 15-inci.
Klik untuk besarkan
Perubahan di bahagian dalam termasuklah unit kepala aftermarket yang baharu dengan skrin sesentuh tujuh-inci, sambungan USB, AUX, Bluetooth dan MirrorLink serta kamera pandang belakang bersama tempat duduk balutan kulit dengan jahitan sulaman logo “K2”. Selain itu, sama seperti sebelum ini, tidak seperti yang ada pada varian hatch termasuk kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, roda stereng balutan kulit, pedal aloi dan paparan pelbagai-info Supervision.
Walau bagaimana pun, Rio Sedan X mengekalkan enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik, bantuan mula mendaki, cagak ISOFIX, sistem pemantauan tekanan tayar dan brek cakera, semuanya sebagai standard.
Ia juga masih mengekalkan enjin yang sama iaitu 1.4 liter yang mampu memberikan kuasa sehingga 109 PS pada 6,300 rpm dan puncak tork 137 Nm pada 4,200 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan.
Jadi apa pendapat anda mengenai varian ini? Adakah ia berbaloi untuk dipilih berbanding varian sedan standard?
GALERI: Kia Rio Sedan di Malaysia |
Petron Blaze RON 100 kini boleh didapati di 20 stesen | Petron telah menambah lagi bilangan stesennya yang menjual bahan api petrol Blaze 100 Euro 4M. Menjadikan bilangan stesen yang menjual bahan api ini sebanyak 20 buah stesen iaitu 14 di Lembah Klang dan enam di Johor, berbanding lapan stesen sewaktu ia dilancarkan pada pertengahan Januari lalu.
Blaze 100 Euro 4M dirumuskan dengan Tri-Activ, sebuah formula mempunyai tiga aksi yang memberikan kuasa, perlindungan enjin dan kilometer lebih baik. Bahan api berprestasi tinggi ini menawarkan tindak balas enjin sangat baik serta kuasa pecutan optimum. Ia turut menawarkan pembersihan enjin luar biasa untuk mengekalkan kecekapan enjin dan penjimatan bahan api lebih baik.
Kini ia berharga RM2.60 per liter, turun 20 sen berbanding sebelum ini. Ia juga berbeza 65 sen daripada RON 97 (RM1.95/liter pada Mac 2016). Tidak seperti RON 95, RON 97 dan diesel, harga Petron RON 100 ini tidak diaturkan, dan perubahan harganya (jika ada) tidak semestinya akan berlaku pada 1 haribulan pada setiap bulan.
Senarai stesen Petron yang ada menawarkan Blaze 100 Euro 4M adalah seperti berikut:
Lembah Klang
Petron Elite
Petron Bukit Bintang
Petron Tmn Universiti
Petron Puchong Indah
Petron Subang Indah
Petron MRR2 Selayang
Petron Bukit Lanjan SB
Petron Lebuh Bandar Utama
Petron Jalan Maarof
Petron Tol Sg. Besi (arah selatan)
Petron Taman Tun Dr. Ismail
Petron Kesas (arah barat)
Petron Batu 3 Lebuhraya Persekutuan
Petron Damansara Kayu Ara
Johor
Petron Tol Skudai (arah utara)
Petron Linkedua (arah selatan)
Petron Gelang Patah
Petron Jln Danga
Petron Puteri Wangsa
Petron Tmn Daya 2
Menurut Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali, pelancaran Petron Blaze 100 Euro 4M adalah sebahagian daripada janji syarikatnya kepada pengguna untuk memperkenalkan bahan api dan perkhidmatan yang inovatif.
Dengan adanya Petron Blaze 100, pemilik kenderaan jentera berprestasi tinggi (kereta dan motosikal berkuasa tinggi, termasuk model spesifikasi seperti Honda Civic Type R, Toyota 86 dan sebagainya), kini mempunyai pilihan untuk mendapatkan bahan api yang lebih bersesuaian. |
Imej digital rendered Suzuki Swift dan Swift Sport generasi seterusnya telah tersebar di Internet | Imej digital rendered Suzuki Swift dan Swift Sport generasi seterusnya telah pun tersebar menerusi Internet. Katanya ia tersebar dari persidangan wakil pengedarnya di Perancis. Model Swift generasi ke-empat ini dikatakan mengekalkan bentuk keseluruhannya, tetapi dengan sudut yang lebih bergaya.
Model berwarna merah ini adalah model biasa Suzuki Swift (foto di bawah). Pada bahagian luarannya, hasil render ini menunjukkan lampu utama baharunya, bampar dan gril hadapan yang direka semula dan lampu nyalaan siang LED baharu dengan diposisikan di atas lampu kabus. Malah roda rekaan baharu juga ditampilkan.
Paling penting, Swift generasi akan datang ini seperti memiliki pemegang pintu belakang yang tersembunyi (pada tiang-C, sama seperti Honda HR-V) dan rekaan bumbung terapung. Malah bahagian belakangnya juga telah diolah semula, termasuk menampilkan pencahayaan baharu dan bampar yang dipertingkatkan. Sumber foto ini juga mendedahkan Swift baharu ini bakal berukuran 3.84 m panjang dan 1.74 m lebar berbanding Swift generasi masa kini yang 3,850 mm panjang, 1,695 mm lebar dan 1,510 mm tinggi.
Suzuki Swift
Model berwarna putih ini pula kelihatan seperti Suzuki Swift Sport. Ia menampilkan perubahan termasuk gril hadapan haksogan yang lebih besar, corong udara yang lebih besar pada bampar hadapan dan tip ekzos berkembar yang disambungkan pada bampar belakang yang agak sporty. Ia juga didatangkan dengan set roda yang tersendiri.
Malah kelihatan juga dua lakaran bagi bahagian dalamannya, yang kelihatan agak mirip antara satu sama lain. Tetapi lakaran yang lebih sporty dengan kekemasan merah pastinya untuk Swift Sport. Lakaran ini menunjukkan roda stereng baharu yang leper di bawah dengan pelbagai-fungsi, panel instrumen pelantar kompas berkembar, skrin paparan tengah, butang kawalan penghawa dingin dan corong udara baharu pada bahagian tengah.
Laporan turut menyarankan Suzuki Swift varian asas mungkin akan dijanakan dengan enjin petrol 1.0 liter Boosterjet pengecas turbo, yang dipadankan dengan transmisi manual lima-kelajuan atau pun automatik torque converter enam-kelajuan. Malah dijangkakann varian Smart Hybrid Vehicle (SHVS) dengan menampilkan enjin 1.2 liter Dualjet dan ISG (Integrated Starter Generator) yang membantu enjin ketika dipacu dan menjanakan elektrik sewaktu membrek.
Suzuki Swift Sport
Manakala Swift Sport pula dikatakan akan dijanakan oleh enjin 1.4 liter Boosterjet suntikan-terus pengecas turbo empat-silinder. Jika kuasa yang dihasilkan sama seperti Vitara S di UK (138 hp/220 Nm), ia mungkin suatu peningkatan yang besar bagi model sedia ada dengan enjin 1.6 liter aspirasi-natural, dengan kuasa 134 hp dan 160 Nm.
Suzuki Swift generasi baharu ini dijangka akan diperkenalkan pada Disember tahun ini, dan akan ditampilkan di pasaran pada Mac 2017. Manakala Swift Sport pula dijangka tiba beberapa bulan selepas itu. |
Mercedes-AMG C63 talaan Piecha Design – Rottweiler | Penala kenderaan berprestasi tinggi dari Jerman – Piecha Design telah mendedahkan pakej ubahsuai terbaharu untuk Mercedes-AMG C 63 W205 Estate yang merangkumi peningkatan pada rupa paras dan juga sistem mekanikal. Pakej ini juga turut ditawarkan untuk semua barisan C-Class dan boleh dibeli melalui laman web mereka.
Model yang diberi nama “Rottweiler” ini, menampilkan lip spoiler hadapan baharu, skirt sisi dan sayap tambahan di belakang, diperbuat daripada plastik gentian kaca yang diperkuat (GFRP). Pelbagai pilihan roda aloi Piecha LXM bersaiz dari 19 ke 20-inci boleh dipilih.
Sistem suspensi yang lebih sporty merendahkan lagi badan C 63, di mana ia diserasikan dengan sistem suspensi udara Airmatic Mercedes-Benz. C 63 juga diberikan spacer roda tambahan untuk memberikan stance yang lebih agresif.
Piecha Design juga turut menawarkan pakej peningkatan kuasa enjin yang membolehkan enjin tersebut mengekstrak kuasa sejumlah 603 hp dan tork maksima 840 Nm dari enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar C 63. Peningkatan kuasa yang boleh dikatakan agak menakjubkan kerana enjin tersebut pada asalnya hanya berkuasa 510 hp dan tork 700 Nm. Ini membolehkan Rottweiler memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat. |
Produksi Honda NSX bakal bermula lewat April 2016 | Pertama kali diperkenalkan dalam bentuk konsep di Detroit Motor Show 2012, dan hanya hadir dalam bentuk produksi akhir tahun lalu, Honda NSX terbaharu akhirnya dijadualkan akan mula diproduksi lewat April ini di Performance Manufacturing Center (PMC) yang terletak di Marysville, Ohio. Kereta sport tersebut akan dihantar kepada pelanggan sebaik sahaja ia siap dibina.
PMC yang dibina khas untuk memproduksi secara global supercar hibrid tersebut, dan merupakan fasiliti lengkap bagi membolehkan NSX disiapkan sepenuhnya disitu termasuk badan yang dibina dari pelbagai material dan casis spaceframe yang diperbuat dari aluminium-intensif. Kilang tersebut juga digunakan secara optima, spesifik untuk pengeluaran kereta berprestasi tinggi dalam jumlah yang kecil.
“Kesemua idea inovatif dan kerja keras yang digunakan untuk mewujudkan kilang tercanggih ini telah memenuhi sasaran kami untuk membina supercar di Amerika,” kata Ketua Kejuruteraan Projek Besar PMC Clement D’Souza, yang mengetuai pembinaan kilang tersebut.
Tiada dinding memisahkan antara jabatan kerana PMC fokus kepada persekitaran yang menjurus kepada kerja berpasukan di mana semua pekerja akan nampak setiap apa yang berlaku di kesemua bahagian dalam kilang.
“Minat yang tinggi dan semangat untuk mencabar oleh pekerja kami yang berkemahiran tinggi membolehkan kami membina kilang supercar dari bawah serentak dengan ciri-ciri supercar yang mengagumkan di dalam penghasilan Honda NSX.”
Fasiliti tersebut direka untuk membentuk makna dan cara dalam membina kenderaan istimewa dengan jumlah yang rendah seperti NSX dan meneroka idea baharu untuk hasil kerja dan kualiti generasi seterusnya – menghasilkan 12 aplikasi baharu yang dipaten di Amerika Syarikat. Ia mengambil sekitar 100 orang pekerja yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja pembinaan badan, cat, pemasangan akhir dan pengesahan kualiti, di mana kesemua mereka berkerjasama dengan teknologi robotik terkini.
Honda juga mendedahkan beberapa perincian berkenaan proses penghasilan, termasuk fakta yang spaceframe NSX dikimpal 100% menggunakan teknologi robotik dengan kaedah MIG – iaitu teknologi yang memastikan ketepatan yang tinggi dalam proses pemasangan badan. Ia juga turut menjalani proses punaran menggunakan material berasaskan zikronium sebelum dilayangkan cat primer untuk meningkatkan kualiti dan mengurangkan pembaziran persekitaran dalam proses mengecat.
Dua buah alat rotisserie digunakan dalam proses kedapan badan, memutar spaceframe tersebut 360% untuk aplikasi yang lebih tepat dan meningkatkan ergonomik juruteknik. Unit rotisserie tersebut memegang kerangka pada satu bahagian sahaja membolehkan proses mengangkat dan meletakkan semula kerangka dengan lebih efisien.
Sementara itu, juruteknik kimpalan memeriksa dan mengukur semua peralatan pada setiap bahagian proses mengimpal sehingga mencapai tahap kualiti yang diluluskan dan mempunyai ukuran yang tepat pada kerangka, di mana ia agak kritikal untuk prestasi dinamik NSX selari dengan pemasangan yang tepat terhadap unit janakuasa, suspensi, panel badan dan komponen lain.Juga terdapat hab pemeriksaan yang dibina dari kaca keseluruhannya dibahagian tengah kilang untuk memerhatikan kesemua aspek proses produksi.
Secara keseluruhan, juruteknik pemasangan menggunakan lebih 14 jam memasang unit janakuasa, suspensi, elektronik, komponen bahagian dalaman dan panel badan luaran, di mana standard operasi visual yang terkini membantu mereka memastikan setiap proses dilakukan berdasarkan standard. Setiap bolt dipasang menggunakan tangan dan diketatkan menggunakan torque wrench bagi memastikan ia diikat dengan kekuatan yang sepatutnya.
Binaan spaceframe memerlukan pemasangan panel badan dipasang pada proses akhir, dan bukan dipadankan menggunakan proses kimpalan. Ini akan memastikan pemasangan dilakukan dengan ketepatan yang tinggi. Untuk mencapai kemasan akhir bertaraf dunia, setiap NSX akan melalui proses menggilap yang ekstensif, dan juga ia disalut dengan 11 lapisan cat dan primer, untuk kemasan permukaan yang tiada tandingannya.
Enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar dipasang menggunakan tangan oleh satu kumpulan kecil juruteknik master di dalam satu lagi kilang berhampiran Anna, Ohio. Setiap enjin tersebut mengambil masa selama enam jam untuk dipasang menggunakan tangan, mengaplikasikan teknik berdasarkan program kejuruteraan perlumbaan Honda untuk mencapai kualiti dan standard prestasi tertinggi.
Setiap komponen dipasang menggunakan tangan, dan seperti juga bahagian lain pada kereta ini, kesemua 547 bolt dipasang menggunakan tangan dan diikat dengan torque wrench konvensional. Setelah siap dipasang, setiap enjin diimbang menggunakan mesin, diuji dan beroperasi dengan jarak bersamaan 241 km, untuk memastikan kereta ini terus boleh dipandu dilitar sebaik sahaja keluar dari kilang.
Akhir sekali, NSX akan menjalani pemeriksaan prestasi dinamik pra-penghantaran yang ketat oleh pakar sukan permotoran Honda. Ini termasuklah proses penjajaran roda selama 45 minit, pemeriksaan berat dan ketinggian pada keempat-empat sudut dan juga pengukuran prestasi brek yang tepat pada semua roda, di mana separuh dari 12 proses baharu yang dipatenkan adalah dari bahagian ini sahaja.
Honda NSX dikuasakan dengan unit janakuasa hibrid sport yang terdiri dari enjin petrol 3.5 liter V6 turbo berkembar, menghasilkan kuasa 500 hp dan tork 550 Nm dan dibantu sepasang motor elektrik berkuasa 72 hp/146 Nm di kedua-dua roda hadapan serta sebuah motor elektrik di belakang berkuasa 47 hp/148 Nm. Gabungan kesemua ini menghasilkan kuasa keseluruhan 537 hp dan tork maksima 645 Nm, dialirkan ke kesemua roda melalui kotak gear klac berkembar sembilan-kelajuan.
Jon Osler connects the inner core at the Performance Manufacturing Center.
Ernie Jamison applies sealer to an NSX body. The use of two rotisseries in the body sealing application process allows the body to be elevated and rotated 360 degrees – providing for more precise application of sealer and improved ergonomics for technicians.
The Performance Manufacturing Center.
Honda announces series production of 2017 NSX to commence in April 2016
Honda announces series production of 2017 NSX to commence in April 2016
Honda announces series production of 2017 NSX to commence in April 2016
Honda announces series production of 2017 NSX to commence in April 2016
Honda announces series production of 2017 NSX to commence in April 2016
Honda announces series production of 2017 NSX to commence in April 2016
production of 2017 NSX to commence in April 2016 |
Toyota Yaris TRD Sportivo 2016 didedahkan di Thai | Toyota Thailand telah mendedahkan varian TRD Sportivo untuk Yaris hatchback, yang bakal ditampilkan di Bangkok Motor Show 2016. Varian baharu ini diperkenalkan dengan beberapa elemen tambahan, termasuk yang dipertingkatkan.
Pada bahagian hadapannya, kini gril berwarna perak Yaris telah dicat hitam, termasuk penyambung di bahagian bampar. Malah bampar juga menerima lip baharu berwarna perak yang dipasang pada plat skid tiruan, bersama lampu nyalaan siang LED.
Kekemasan luaran berwarna hitam juga ditampilkan dengan bersambung pada sisi kereta, bersama penutup kedua belah mudguard pada gerbang roda sebelum ia bersambung ke bahagian belakang. Malah varian Yaris ini juga menampilkan imej yang lebih mempersona termasuk rel bumbung perak, logo ‘TRD Sportivo’ dan rim aloi.
Di bahagian dalam pula, ia dipadankan dengan tempat duduk balutan kulit dengan kombinasi warna hitam dan oren berbanding material kulit standard. Malah skim warna tersebut turut diaplikasi pada karpet lantai, termasuk menampilkan logo ‘TRD Sportivo’ dan juga panel pintu.
Selain itu, sistem audio asas turut digantikan dengan unit double-DIN dengan skrin sesentuh tujuh-inci serta pelbagai input (DVD, CD, Micro HDMI, kad SD dan Bluetooth). Ia juga mempunyai skrin berganda bagi paparan kamera pandang belakang, satu lagi elemen baharu yang ditampilkan.
Semua elemen tambahan ini adalah sebahagian daripada pakej istimewa TRD Sportivo, di mana ia dikenakan kos tambahan, menurut Toyota Thailand menerusi laman web rasminya. Hanya satu sahaja elemen standard pada kereta ini iaitu sentuhan dalaman hitam dan oren (tanpa unit double-DIN dan kamera undur).
Sudut mekanikal kereta ini tidak berubah. Ia masih dijanakan oleh enjin petrol 1.2 liter 3NR-FE empat-silinder Dual VVT-i yang mampu menghasilkan 86 PS pada 6,000 rpm dan tork 108 Nm pada 4,000 rpm. Penjana kuasa ini dipadankan dengan Super CVT-i automatik.
Berkaitan dengan harganya, Toyota Yaris TRD Sportivo ini ditawarkan pada 585,000 baht (RM67,980), tetapi dikenakan pertambahan kos sebanyak 64,000 baht (RM7,437) bagi beberapa elemen istimewa TRD Sportivo yang disebutkan di atas. |
Subaru Forester 2016 – model facelift buatan Malaysia tampil perdana di Bangkok Motor Show minggu depan | Subaru Forester facelift 2016 akan melakukan penampilan perdana di Bangkok International Motor Show minggu hadapan. Pertama kali ia dipertontonkan adalah di Tokyo Motor Show pada Oktober tahun lalu, dengan menampilkan perubahan yang agak sederhana bagi meningkatkan imej dan pengendaliannya.
Pengumuman yang dilakukan oleh Fuji Heavy Industries (FHI) beberapa minggu selepas syarikat ini mendedahkan Forester 2016 dipasang di kilang Tan Chong Segambut. Malah ia juga menjadi model Subaru kedua selepas XV yang diproduksi secara pemasangan tempatan.
Dijangka akan dijual di Malaysia menjelang suku kedua 2016, Forester CKD ini juga akan dipasarkan di Thailand dan Indonesia dalam waktu yang sama, menerusi rangkaian pengedaran yang dikendalikan oleh Tan Chong International.
Perubahan pada model facelift ini hanya sederhana, terdapat beberapa peningkatan elemen berbanding model sedia ada. Bagi luarannya, ia hanya diberi sedikit gaya yang berbeza pada gril hadapan dengan bampar baharu (2.0i-P dilihat mengekalkan bampar hadapan varian sebelum ini XT), lampu nyalaan siang berbentuk-C serta lampu belakang dan roda yang diberi penambah baikan.
Untuk bahagian dalam, ia dilengkapi dengan panel instrumen baharu bersama paparan pelbagai-informasi LCD berwarna. Selain itu, terdapat beberapa elemen yang dipertingkatkan termasuk menampilkan material kulit. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem navigasi SD dan fungsi memori untuk tempat duduk pemandu.
Bagi sudut mekanikalnya, Forester turut menambah baik casis AWD dan NVH bagi pengendalian yang lebih dinamik dan selesa. Peningkatan ini termasuk memantapkan lagi casis, menggunakan kaca pintu yang lebih tebal dan menambah baik kotak gear Lineartronic CVT.
Di bawah hudnya, dijangkakan ia bakal memilih enjin petrol 2.0 liter aspirasi-natural (150 PS/198 Nm) yang dipadankan dengan kotak gear Lineartronic CVT. Pilihan pengecas turbo yang lebih berkuasa turut ditawarkan, dengan kuasa 240 PS dan tork 350 Nm.
GALERI: Subaru Forester facelift di Tokyo Motor Show 2015 |
PANDU UJI : Mazda CX-3 – bila imej diutamakan | Tidak dinafikan pasaran bagi SUV crossover kian mendapat tempat di pasaran tempatan. Apatah lagi selepas kehadiran Honda HR-V yang sehingga kini mendominasi pasaran dalam segmennya sejak ia diperkenalkan pada Februari 2015. Malah pembeli di Malaysia kian tercari-cari model SUV yang seumpamanya, sebagai memenuhi citarasa dan kehendak masa kini.
Kehadiran Mazda CX-3 dilihat sebagai pesaing terdekat HR-V. Dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada awal Disember lalu, model yang diimport sepenuhnya dari Jepun (pemasangan di kilang Mazda yang terletak di Hiroshima) hadir dengan satu varian iaitu CX-3 2.0 SkyActiv-G 2WD. Ia dijual pada harga atas jalan RM131,218 (tanpa insurans) iaitu RM13,285 lebih mahal berbanding HR-V 1.8L V iaitu RM117,933.
Tidak dinafikan harganya agak mahal kerana ia adalah model CBU. Namun Bermaz berkata mereka mempunyai perancangan untuk memasang CX-3 ini di kilang tempatan bagi unit CKD, jadi harganya pasti akan menjadi lebih murah, mungkin lebih kurang sama dengan HR-V.
Jika bercerita tentang imej yang dipertaruhkan, ya pastinya CX-3 ini mempunyai kelebihan. Apatah lagi bila ia hadir dengan warna badan Soul Red Metallic, cukup seksi dan penuh menguja. Tetapi jika anda rasakan warna ini kurang sesuai dengan citarasa anda, Mazda turut menampilkan warna lain iaitu Crystal White Pearl, Jet Black, Meteor Grey dan Deep Crystal Blue.
Seperti model baharu Mazda yang lain, CX-3 turut menerapkan rekaan Kodo pada keseluruhan wajahnya. Memerhatikan bahagian hadapannya, ia ditampilkan dengan gril yang sedikit lebar dengan bingkai krom di sekeliling, yang bersambung pada lampu utamanya. Manakala lampu utamanya pula kelihatan lebih langsing dengan padanan LED, berbanding dengan reflektor halogen. Malah ia juga didatangkan dengan fungsi automatik on/off, sistem pencahayaan hadapan adaptif yang membantu memberikan lebih pencahayaan sewaktu kenderaan melalui selekoh, larasan automatik dan lampu nyalaan siang LED.
Di bawah lampu utama, lampu kabus LED dan indikator isyarat juga ditempatkan, dan kemudian di bahagian bawahnya kelihatan kekemasan kepingan hitam berkilat menambahkan lagi gayanya. Pengaruh Kodo juga jelas kelihatan menerusi garisan badan dari hud bahagian hadapan sehinggalah ke atas gerbang roda, merintangi kedua-dua cermin sisi (dengan indikator) dan bahagian bawah badan.
Ia turut memberikan kesan yang lebih sporty apatah lagi dengan padanan gerbang hitam pekat serta penampilan rim aloi lima-jejari bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar 215/50R18 Toyo Proxes R40. Malah kekemasan kepingan hitam pekat bersama sentuhan perak yang ditempatkan pada ambang pintu bersambung dari hadapan ke belakang turut menyerlahkan lagi gayanya.
Bukan itu sahaja, jika dilihat pada sisi, anda akan perasan yang CX-3 ini umpama ditampilkan dengan rekaan ‘bumbung terapung’, dengan tiang-C yang mencipta ilusi tersendiri. Suatu rekaan yang wajar dipuji. Malah anda juga boleh perasan tingkap sisi yang lebih kecil tetapi tidak begitu menonjol.
Bagi dimensinya, SUV ini berukuran 4,275 mm panjang, 1,765 mm lebar, 1,535 mm tinggi, bersama jarak roda 2,579 mm. Berbanding HR-V yang memiliki ukuran 4,294 mm panjang, 1,772 mm webar 1,605 mm tinggi, dengan jarak roda 2,610 mm. Sekali gus menjadikan CX-3 lebih kecil berbanding model pesaingnya itu.
Melewati bahagian belakang, lampu belakang dengan LED turut menjadi pilihan, malah ia berbentuk lebih langsing berbanding Mazda 2. Malah terdapat butang kecil di bahagian belakang untuk memudahkan ruang kargo dibuka serta turut ditempatkan kamera undur. Bukan itu sahaja, terdapat lampu kabus/reflektor dan dua corong ekzos krom.
Secara keseluruhan, gaya yang ditampilkan oleh CX-3 ini cukup rugged dan ranggi, kelibatnya pasti mudah menangkap pandangan mata. Tetapi jika memasuki ruang kabinnya, anda boleh rasakan ia seperti Mazda 2. Tidak seperti HR-V yang menggunakan platform yang sama dengan Jazz, ruang kabin CX-3 lebih kecil seperti Mazda 2.
Dengan saiz kokpit yang tidak begitu besar, ia turut membantu memudahkan lagi pemandu untuk mencapai segala butang kawalan. Namun jika anda bertubuh sederhana mahu pun kecil, memang cukup sesuai untuk menduduki kabin CX-3 ini. Malah ruang kepalanya juga terasa sedikit luas berbanding Mazda 2, hasil penambahan tinggi iaitu 1,535 mm berbanding Mazda 2 yang hanya 1,495 mm (sedan)/1,470 mm (hatchback). Tetapi jika anda seorang yang tinggi lampai atau bertubuh besar, mungkin ia sedikit kurang selesa atau pun saiz anda sekadar ‘ngam-ngam ho’ untuk berada di dalam perut CX-3 sama ada sebagai pemandu mahu pun penumpang.
Bentangan dalaman CX-3 juga lebih kurang sama dengan Mazda 2, daripada segi posisi butang kawalan hingga ke corong penghawa dingin, roda stereng, kluster instrumen, elemen gentian karbon tiruan dan juga tempat duduk.
Apabila duduk di tempat duduk pemandu, terasa badan mudah serasi dan selesa dengannya, hasil pemilihan material upholstery bersama balutan kulit lembut, berbanding kulit-fabrik pada Mazda 2. Begitu juga jika duduk di tempat duduk penumpang. Keselesaannya jelas terasa.
Malah material kulit lembut juga menjadi pilihan bagi kekemasan bahagian pemegang pintu, seakan sama dengan Mazda 6. Bukan itu sahaja, roda stereng (dengan pedal penukar gear) juga didatangkan dengan butang kawalan baharu termasuk fungsi kawalan kelajuan. Selain itu, elemen lain yang dipertingkatkan termasuklah lampu dan bilah pengilap cermin automatik. Sementara itu, bagi unit hiburan, ia menampilkan skrin sesentuh MZD Connect yang sama seperti Mazda 2, bersama sistem penghawa dingin zon tunggal automatik tiga-dail.
Malah bahagian konsol tengah yang menjadi perumah bagi Commander Dial yang disambungkan pada sistem MZD kelihatan kemas dan tersusun. Ruang storan di dalam kabin juga agak terhad dan hanya ada satu tempat sahaja untuk anda meletakkan SmartTag, kad akses, kunci dan telefon bimbit, tidak seperti HR-V yang memiliki lebih banyak ruang penyimpanan barang. Sebagai alternatif, anda boleh mengeluarkan tempat pemegang cawan di bahagian konsol tengah untuk menyimpan barang-barang sedemikian dan letakkan botol air anda di tempat pemegang botol di sisi pintu.
Malah di bahagian atas juga ada tempat penyimpan kaca mata dan juga butang kawalan bagi bumbung matahari yang dilihat sebagai penambah gaya pada CX-3 ini walau pun ia bukanlah suatu keperluan memandangkan cuaca panas di Malaysia pasti tidak tertahan jika bumbung matahari dibiarkan terbuka. Walau pun menjadikan ia lebih bergaya berbanding HR-V.
Bagi ruang kargo pula, ia hanya berkapasiti 350 liter, berbanding 437 liter pada HR-V. Walau bagaimana pun, jika tempat duduk belakang dibaringkan sepenuhnya, ruang tersebut mampu memberikan kapasiti sehingga 1,260 liter berbanding HR-V yang hanya 1,032 liter. Tetapi kalau bab ini, mungkin HR-V memberikan lebih keistimewaan kerana tempat duduknya boleh dikonfigurasi secara lebih banyak dan dengan adanya Magic Seat yang lebih praktikal.
Di bawah hudnya, bentangan enjin petrol 2.0 liter SkyAvtic-G dengan output sehingga 154 hp pada 6,000 rpm dan tork 204 Nm pada 2,800 rpm. Ia juga menampilkan suntikan terus dan sistem melahu Mazda i-Stop bagi memberikan lebih penjimatan. Sebagai perbandingan, HR-V pula hanya dengan enjin petrol 1.8 liter SOHC i-VTEC dengan kuasa 142 hp dan 178 Nm.
Enjin SkyActiv-G ini juga dipadankan dengan kotak geak SkyActiv-Drive enam-kelajuan automatik, yang menyalurkan kuasa terus ke roda hadapan. Menerusi pemilihan pemanduan, kotak gear juga boleh disambungkan dengan mod Sport yang membolehkan gear melahu dalam masa yang sedikit lama. Sebagai alternatif, anda boleh mengawal gear dengan mod manual dengan menggunakan pedal penukar gear di belakang roda stereng.
Bagi aspek keselamatan,CX-3 dilengkapi dengan kawalan kestabilan elektronik DSC, kawalan cengkaman, ABS dengan EBD dan Bantuan Brek sebagai standand. Malah crossover ini juga menerima jumlah beg udara yang sama seperti HR-V varian V iaitu enam unit, bersama bantuan mula mendaki dan isyarat berhenti kecemasan. Namun model CBU yang dibawa masuk ke sini tidak dilengkapi dengan pakej i-Activ-Sense (Sistem Brek Bandar Pintar, Paparan Pandang Belakang, Amaran Penukaran Lorong dan lain-lain), jika ada, mungkin harganya akan menjadi lebih tinggi.
Segala mengenai spesifikasinya jelas sudah terjawab bukan? Jadi sudah pasti anda ingin mengetahui soal pemanduan dan pengendaliannya. Tidak sukar untuk mengendalikan CX-3 ini kerana tubuhnya yang kecil namun mampu menghasilkan prestasi yang memberangsangkan. Sesuai dengan tagline bagi kempen baharunya, “Be a Driver”, CX-3 ini mampu memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.
Walau bagaimana pun, jika bercerita tentang pemanduan yang dinamik, CX-3 masih mampu memberikan keselesaan. Malah enjin 2.0 liter SkyActiv-G yang dipadankan juga adalah sama dengan abangnya iaitu CX-5. Tetapi dengan output CX-5 yang berbeza lebih 1 hp dan kurang 4 Nm berbanding CX-3.Tetapi disebabkan CX-3 bertubuh lebih kecil, enjin ini mampu melonjakkan lebih prestasi kerana bebanan beratnya tidak seperti abangnya. Malah kuasa yang disalurkan terasa lebih lancar.
Manakala kotak gear SkyActiv-Drive enam-kelajuan juga boleh dikatakan responsif terutamanya pemanduan di bandar yang sering kali mengundang kesesakan trafik. Tetapi jika berada dalam gear yang rendah, terasa sedikit perlahan untuk mendorong pacuan, tetapi ia dikatakan memberikan nisbah penjimatan bahan api yang lebih tinggi. Jadi jika inginkan pacuan yang lebih pantas, lonjakan gear dari rendah ke tinggi boleh menggunakan mod Sport. Ia mampu memberikan lonjakan gear yang lebih pantas, dalam masa yang sama merangsang pedal pendikit untuk memuntahkan hamburan kuasa dari enjin dengan lebih pantas.
Pedal penukar gear dilihat sebagai satu fungsi yang cukup berguna sekiranya gear auto dirasakan agak lambat untuk bertindak terutamanya jika dalam gear rendah. Jadi, pedal penukar gear mampu membantu melonjakkan gear mengikut kemahuan anda untuk memacu jentera bergerak lebih padu. Sebagai contoh, jika anda baru lepas bayar tol, tentu sahaja kenderaan mula bergerak dalam gear rendah, tetapi anda mahukan kelajuan yang lebih maksimum selepas palang tol diangkat. Jadi di sini tugas pedal penukar gear ditagih, anda juga perlu mengawal sendiri penukaran gear sambil menekan sepenuhnya pedal pendikit untuk mendapatkan kelajuan yang diingini.
Selain itu, sistem suspensi bagi CX-3 ini juga wajar dipuji. Terutamanya ketika melalui selekoh, topang MacPherson (hadapan) dan palang torsion (belakang) bekerjasama erat bagi memberikan lebih kestabilan, malah ia juga meminimakan olengan badan sekali gus membantu pengawalan roda stereng yang lebih jitu. Namun jika melalui permukaan jalan yang agak kasar, kenderaan akan mudah terasa sedikit understeer terutamanya jika dalam kelajuan tinggi. Walau bagaimana pun, ia masih mudah untuk dikawal.
Tetapi elakkan memandu dalam kelajuan tinggi jika melalui selekoh iaitu antara 60 km/j atau lebih. Walau pun sistem suspensinya bagus, ia tidak memberikan jaminan sepenuhnya untuk pemanduan yang selamat. Jadi usah bersikap ‘kamikaze’ dengan melenjan kenderaan selaju yang mungkin ketika melalui selekoh. Tidak kiralah apa jua kenderaan yang anda pandu.
Ketika melalui permukaan jalan yang berlopak atau pun yang bertampal, hentakannya masih boleh dirasai terutamanya dalam kelajuan yang tinggi. Walau pun suspensinya terasa stabil, namun hentakannya tidak begitu menyerap dengan baik. Walau bagaimana pun, CX-3 sebenarnya memiliki kesan hentakan yang lebih baik, berbanding model pesaingnya yang lain termasuk HR-V biar pun memiliki sistem suspensi yang sama.
Bagi penggunaan setiap hari, CX-3 dilihat dilengkapi dengan elemen yang lebih menarik. Ini termasuklah lampu utama LED yang mampu memberikan kesan iluminasi yang lebih bagus dan juga membantu sudut pencahayaan yang lebih tepat terutamanya ketika melalui kawasan berselekoh pada waktu malam.
Namun, CX-3 tidak dilengkapi dengan fungsi penahan brek automatik, di mana gear perlu diletakkan dalam posisi N, dan brek tangan ditarik terutamanya ketika berhenti di lampu isyarat. Malah cermin pandang belakang anti-silau juga tidak disertakan, membuatkan pemanduan waktu malam agak kurang selesa.
Bagi penggunaan bahan apinya, setelah beberapa hari memandu ujinya, keputusan akhirnya menunjukkan penggunaan sekitar tujuh liter bagi setiap 100 km bagi pemanduan kombinasi di bandar dan lebuhraya. Namun jika memandunya hanya di lebuhraya, pastinya penjimatan bahan api lagi boleh diperoleh, itu pun jika anda berhemah menggunakan pedal pendikit. Tidak memecut memanjang atau meminimakan penggunaan brek. Apa pun kalau bab penggunaan bahan api ini, ia juga tertakluk pada cara pemanduan anda.
Secara konlusi, Mazda CX-3 merupakan crossover yang menarik untuk dimiliki. Terutamanya bagi golongan muda atau yang memiliki keluarga kecil. Di samping memiliki rekaan imej yang menawan, penjana kuasa yang mengagumkan serta pemanduan dinamik yang boleh diharapkan, satu sahaja alasan yang mungkin membuatkan anda harus berfikir banyak kali untuk mendapatkannya iaitu soal harganya yang lebih tinggi berbanding kebanyakannya pesaingnya.
Walau bagaimana pun, pembeli model Mazda sering kali tidak ‘meletakkan soal harga’ sebagai keutamaan (lihat saja jumlah Mazda 2 di jalan raya sekarang). Juga bukan soal “kekangan ruang”, seperti mana pendapat sesetengah pihak. Bagi mereka, apa yang penting ialah beberapa perkara termasuk pemanduan, imej, material dan praktikalitinya.
Mungkin bagi pembeli baharu, itu semua terpulang pada penilaian dan bajet anda. Sama ada mahu memilih CX-3 atau HR-V, kerana kedua-dua model ini memiliki keistimewaan yang tersendiri, termasuk elemen yang dipertaruhkan.
Jadi, jika anda mencari sebuah model crossover yang mempunyai penampilan luaran dan dalaman yang menarik, CX-3 wajar dijadikan pilihan. Tetapi jika anda mahukan harga yang lebih berpatutan, praktikal, imej yang juga menawan, HR-V adalah jawapannya. Apa pun keputusan terletak di tangan anda. |
Sistem brek kecemasan automatik bakal dijadikan ciri standard di Amerika Syarikat menjelang tahun 2022 | Kita di Malaysia mungkin menganggap ia sesuatu yang ‘fancy‘, tetapi dengan kebanyakkan pengeluar kereta di pasaran Amerika yang kini mampu untuk membina sistem brek kecemasan automatik (AEB), sistem berkenaan bakal dijadikan sebagai ciri standard di sana pada masa akan datang.
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional (NHTSA) Amerika dan Institut Insuran Keselamatan Lebuhraya (IIHS) Amerika mengumumkan 20 pengeluar di Amerika telah bersetuju untuk menjadikan sistem AEB sebagai ciri standard pada semua kenderaan baharu menjelang September 2022.
Senarai pengeluar kenderaan tersebut merangkumi lebih dari 99% pasaran Amerika termasuk, Audi, BMW, Fiat-Chyrsler, Ford, General Motors, Honda, Hyundai, Jaguar Land Rover, Kia, Maserati, Mazda, Mercedes-Benz, Mitsubishi, Nissan, Porsche, Subaru, Tesla, Toyota, Volkswagen, dan Volvo.
Intipati yang mewajibkan sistem AEB ini dipasang pada semua kenderaan adalah untuk mengelakkan pelanggaran menggunakan sistem tersebut yang akan membrek kereta secara automatik untuk pemandu apabila diperlukan. Menggunakan penderia pada kenderaan, sistem AEB boleh mengesan kemalangan yang bakal berlaku, seterusnya memberi amaran kepada pemandu. Jika pemandu tidak dapat bertindak dalam masa yang cepat, sistem ini akan mengambil alih tugas itu dengan memberhentikan sendiri kereta tersebut
“Ini merupakan masa yang menarik dalam teknologi keselamatan kenderaan. Dengan langkah proaktif menjadikan sistem brek kecemasan sebagai standard pada kenderaan mereka, kesemua 20 pengeluar ini akan membantu untuk mengelakkan beribu kemalangan dan menyelamatkan nyawa,” kata Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat, Anthony Foxx.
NHTSA berkata komitmen oleh 20 pengeluar untuk menjadikan sistem AEB sebagai ciri standard pada kereta baharu mempercepatkan proses tersebut tiga tahun lebih awal berbanding apa yang mungkin dicapai melalui undang-undang formal. Pada masa tersebut, IIHS menjangkakan sistem baharu ini akan mengelakkan lebih daripada 28,000 kemalangan dan 12,000 kecederaan. |
Scion tC Release Series 10.0 – produksi terakhir Scion, tampil kelengkapan TRD, kit badan rekaan Kei Miura | Scion – jenama di bawah naungan Toyota yang memfokuskan penghasilan kereta untuk anak muda, secara rasminya sudah pun ditutup atas sebab berdepan dengan krisis jualan yang merudum. Namun, untuk mengenang kembali penubuhan Scion 14 tahun dahulu, Scion akan melancarkan coupe Scion tC Release Series 10.0 di New York International Auto Show (NYIAS) 2016 – tempat yang sama jenama Scion ini dilancarkan.
Scion tC Release Series merupakan model paling popular dalam barisan model mereka. Release Series 10.0 ini dibina dengan kerjasama Kei Miura – pereka kit badan yang popular dengan rekaan ‘Rocket Bunny‘. Coupe tC RS 10.0 berwarna merah Barcelona ini menampilkan kit badan rekaan khas Kei Miura yang terdiri daripada lips spoiler hadapan, panel sisi serta spoiler belakang atas dan bawah. Logo Scion berwarna hitam dan aloi berkilat yang kontras dengan warna badan dipadankan untuk efek yang lebih jelas.
Kereta ini tampil lebih rendah setelah dipadankan dengan spring TRD yang bukan sahaja menampakkan ia lebih cantik, malah membantu dalam merendahkan pusat graviti kereta bagi mendapatkan turn-in yang lebih cepat dan respon stereng yang lebih bagus. Ia juga dipadankan dengan dua tip ekzos TRD untuk mendapatkan bunyi yang lebih dalam dan lebih resonan.
Tema merah-hitam turut dominan pada bahagian kabin menampilkan trim hitam bersulam benang merah pada balutan tempat duduk, penutup brek tangan, dan juga roda stereng. Turut ditampilkan kelengkapan perincian khas Release Series yang merangkumi karpet lantai, pelapik ruang kargo, tali keledar merah dan juga lencana dengan nombor produksi khas Release Series.
Coupe tC ini dikuasakan dengan enjin empat-silinder 2.5 liter Dual VVT-i 2AR-FE yang mampu menghasilkan kuasa 179 hp dan tork maksima 233 Nm. Ia dipadankan dengan pilihan transmisi sama ada enam-kelajuan manual atau enam-kelajuan automatik dengan sistem Dynamic Rev Management yang akan meninggikan seketika kelajuan enjin ketika gear diturunkan. Untuk varian automatik juga ia dibekalkan dengan penukar gear. Memandangkan jenama Scion ini telah ditutup dan diserapkan terus di bawah jenama Toyota, tC RS 10.0 bakal dijual oleh pengedar Toyota dan hanya dihasilkan sebanyak 1,200 unit sahaja.
“Untuk peminat yang mahu menyimpan sebahagian daripada sejarah ini, ini merupakan peluang terhebat untuk memiliki tC terbaik yang pernah kami hasilkan. Dengan peralatan prestasi TRD, kit aero JDM dan warna badan merah-hitam yang menarik, ini merupakan penghargaan yang sesuai untuk misi Scion membina kereta bagi golongan pengguna muda,” kata Naib Presiden Scion Andrew Gilleland.
“Kami mempunyai ramai peminat yang kesal melihat Scion dialihkan ke Toyota. Tetapi ini merupakan langkah yang betul, dan kami tahu semangat Scion akan terus hidup, jadi kami mengundur diri dengan bergaya,” tambah beliau. |
Renault sebar imej pengenalan dan video Kaptur 4×4 | Renault Rusia telah menyebarkan imej pengenalan dan video model Kaptur 4×4 crossover, yang dirancang bakal diperkenalkan pada 30 Mac 2016. Namun menjadi tandatanya mengapa model yang diproduksi di kilang Renault di Moscow memiliki nama yang seakan sama dengan Captur?
Menurut laporan, keputusan untuk menggunakan nama ‘Kaptur’ adalah selepas Renault melakukan kaji selidik di kalangan pelanggan Rusia, mendapati huruf ‘K’ memiliki ‘sentuhan Rusia’ dan cukup sesuai bagi model baharu ini.
Menerusi imej pengenalan yang disebarkan ini, menampakkan lampu utamanya dengan lampu posisi berbentuk-C. Selain itu, garisan luaran hud yang lebih maskulan dengan roda berpaten-bunga dan logo Renault pada bahagian gril.
Melalui penampilannya, Kaptur bukanlah model Captur yang diberikan nama lain, sebaliknya ia merupakan crossover yang sangat berbeza. Malah Kaptur juga dikatakan menggunakan platform Renault Duster.
Malah foto spyshot di bawah ini menunjukkan model SUV prototaip Renault tetapi ia agak menampakkan Kaptur. Walau pun sebelum ini, ia hanya digambarkan sebagai Captur yang lebih besar atau pun ‘Grand Captur’.
Menerusi nama yang dicadangkan itu, Kaptur merupakan kenderaan pacuan semua-roda, sementara Captur pula pacuan roda-hadapan. Walau bagaimana pun, Renault Rusia masih tidak mendedahkan perincian mengenai mekanikal Kaptur. Selain enjin petro pengecas turbo TCe 90 dan TCe 120, mungkin enjin diesel dCi 90 antara pilihan, dengan kotak gear manual dan transmisi dua-klac EDC.
SPYSHOT: Renault “Grand” Captur |
Chevrolet Camaro ZL1 baharu – enjin LT4 6.2L supercharged V8, 640 hp, 868 Nm, auto 10-kelajuan | Chevrolet telah pun memperkenalkan Camaro ZL1 yang ditampilkan dengan enjin LT4 6.2 liter supercharged V8 berbanding penjana kuasa LT1 6.2 liter V8 pada SS. Malah bahagian luaran dan dalamannya juga telah banyak dipertingkatkan menjadi lebih mantap dan bergaya.
Enjin V8 ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 640 hp dan tork 868 Nm. Malah ia juga dikatakan akan dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan atau kotak gear automatik baharu 10-kelajuan bersama nisbah keseluruhan 7.39. Bukan itu sahaja, ZL1 ini juga merupakan barisan produk pertama yang dipadankan dengan transmisi ini.
Malah beratnya juga telah dikurangkan sebanyak 90 kg berbanding model sebelum ini. Sementara itu, bahagian luaran ZL1 ini juga telah menjalani ujian terowong-angin lebih 100 jam dan pengesahan dalam ujian trek bagi meningkatkan aerodinamik dan penyejukannya. Bahagian gril atas dan bawah juga boleh dibuka bagi aliran udara yang lebih baik, sementara hudnya pula didatangkan dengan gentian karbon pada bahagian dalam dan pengekstrak haba pada enjin.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pemisah hadapan yang lebih besar, dapra hadapan yang lebih lebar, spoiler belakang seperti sayap. Bukan itu sahaja, elemen-elemen terbabit juga telah ditala dengan lebih baik bagi mempertingkatkan ciri aerodinamik untuk lebih kestabilan pada kelajuan yang tinggi. Ia juga memberikan pengendalian yang lebih baik, malah turut menampilkan suspensi magnetik bagi tujuan tersebut.
ZL1 turut menerima padanan rim aluminium 20-inci yang dibaluti tayar Goodyear Eagle F1 Supercar bersaiz 285/30ZR20 di hadapan dan 305/30ZR20 untuk belakang. Malah untuk kuasa membrek yang lebih jitu, ia turut dipadankan dengan brek Brembo bersama kaliper hadapan mono block enam-omboh (dengan logo ZL1) dan dua keping rotor hadapan bersaiz 399 mm.
Di bahagian dalamnya pula, ZL1 dilengkapi dengan tempat duduk hadapan Recaro, roda stereng yang leper di bawah dan tombol gear yang dibaluti kulit lembut. Elemen lain yang ada termasuklah Perakam Data Prestasi Chevrolet, Pemilih Mod Pemanduan, dan ekzos dua-mod.
Bagi menambahkan pengendalian yang lebih mencabar, ZL1 turut didatangkan dengan sistem ekzos dan kemasukan yang digabungkan dengan pengurusan cengkaman prestasi dan perbezaan slip terhad elektronik. Camaro Zl1 ini bakal berada di pasaran dunia sebelum 2016 menutup tirai. |
Imej bayangan Nissan GT-R 2017 disiar, bakal di muncul di New York International Auto Show 2016 | Nissan telah menyiarkan satu imej bayangan memaparkan bahagian belakang Nissan GT-R R35 2017, memberi isyarat bahawa model itu bakal membuat penampilan sulung di New York International Auto Show (NYIAS) 2016 yang akan berlangsung minggu hadapan. Imej yang memaparkan hanya menampakkan bahagian belakang dan lampu belakang LED berkembar signatur GT-R itu, membuatkan perubahan yang bakal dibuat pada kereta sport yang disegarkan kembali ini agak sukar untuk dijangka.
Berdasarkan pada gambar-gambar spyshot yang tersebar sebelum ini, GT-R 2017 menampilkan bampar hadapan yang direka semula, diffuser belakang yang lebih bersegi, dan roda aloi baharu dengan motif berbentuk-Y.
Pengurus program Nissan Hiroshi Tamura dilaporkan berkata sebelum ini, “Saya mahu GT-R menjadi lebih premium. Bukan sekadar fancy, tetapi premium yang sebenar. Kualiti.” Dilaporkan juga GT-R baharu ini akan dilengkapi dengan kabin dengan kemasan balutan kulit, sistem audio berkualiti tinggi dan sistem infotaimen terbaharu Nissan.
Unit janakuasa juga dikhabarkan akan mengekstrak lebih kuasa kuda. Buat masa sekarang GT-R dikuasakan dengan enjin VR38DETT 3.8 liter V6 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 550 hp dan tork maksima 630 Nm.
GALERI: Spyshot Nissan GT-R R35 facelift |
Thai sekat pelancong masuk ke negara tersebut dengan memandu motorhome dan motosikal | Bagi mengawal kemasukan kenderaan asing, pelancong tidak akan dibenarkan memasuki Thailand dengan memandu motorhome mahupun motosikal, laporan Bangkok Post. Walau bagaimana pun, sekatan ini tidak dikenakan terhadap kenderaan yang datang dari Laos, Malaysia dan Singapura, kerana negara-negara ini mempunyai satu perjanjian bagi penggunaan kenderaan antarabangsa.
Dengan itu, kenderaan yang datang dari beberapa negara lain termasuk China, Myanmar, Kemboja dan Vietnam dilarang sama sekali memasuki Thailand, jika tiada sebarang perjanjian atau pun kebenaran yang diuruskan terlebih dahulu sebelum memasuki negara Gajah Putih ini. Sekatan ini turut melibatkan penguatkuasaan perintah bagi kenderaan asing yang cenderung untuk menjadi punca kemalangan atau pun boleh menjejaskan ekologi, menurut Ketua Jabatan Pengangkutan Darat Sanit Phromwong.
Jika ingin memasuki Thailand dengan memandu kenderaan yang dimaksudkan, kebenaran harus dimohon menerusi perkhidmatan pelancongan Thailand, 10 hari sebelum ketibaan. Selepas itu, pegawai rasmi jabatan pengangkutan yang menyelia wilayah berkeaan akan membuat keputusan sama ada satu ‘kad asing’ akan dikeluarkan atau pun tidak. Permohonan ini akan dikenakan bayaran sebanyak 1,000 baht (RM118). Jika kenderaan terbabit mendapat kelulusan pihak berkuasa, ‘kad asing’ tersebut mestilah dipaparkan pada kenderaan tersebut.
Bukan itu sahaja, permit kemasukan ini hanya dikeluarkan dengan tujuan pelancongan sahaja iaitu 30 hari bagi setiap perjalanan dan jangka masa permit tidak boleh melebihi 60 hari dalam setahun. Malah hanya kenderaan dengan sembilan tempat duduk (atau kurang) dan trak pikap dengan berat maksimum 3,500 kg sahaja yang dibenarkan masuk.
Malah jabatan pengangkutan Thai juga akan berkongsi maklumat dengan lain-lain agensi. Jika ada pelancong yang memasuki negara berkenaan melebihi had hari yang ditetapkan, kenderaan mereka akan disita dan kemungkinan besar tidak akan dibenarkan memasuki Thailand pada masa akan datang. |
Imej paten Honda Civic 2017 bayangan versi produksi | Di Geneva Motor Show 2016 lalu, Honda telah memperkenalkan Civic Hatchback prototaip, iaitu prebiu bagi model generasi akan datang Civic di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Susulan itu, imej paten bagi model generasi ke-10 (dalam bentuk produksi) pula tersebar di Internet.
Honda juga telah mengumumkan Civic Hatchback serba baharu ini memiliki ukuran 4,600 mm panjang, 1,800 mm lebar dan 1,450 mm tinggi. Di mana ia 130 mm lebih panjang, 30 mm lebih lebar dan 20 mm lebih rendah berbanding Civic generasi kini iaitu siri-FK bagi Eropah. Walau bagaimana pun pembuat kereta ini tidak mendedahkan saiz jarak rodanya tetapi kemungkinan ia lebih kurang sama dengan versi sedan iaitu 2,700 mm.
Melalui imej paten ini, banyak mendedahkan rekaannya termasuklah profile kereta, bahagian belakang yang lebih maskular, elemen spoiler belakang, corong yang lebih besar dan lampu belakang berbentuk-C.
Walau bagaimana pun, ini bukanlah semakan secara terus dari kereta biasa. Sebaliknya, ia tampil dengan rekaan yang kurang agresif, termasuk padanan roda yang lebih kecil. Rekaan model di dalam imej paten ini juga menampakkan padanan lampu utama projektor, dan mungkin LED akan ditawarkan sebagai pilihan bagi model produksi.
Selain itu, lampu kabus hadapan kelihatan telah direka semula dan diposisikan, sementara paip ekzos (kemungkinan paip tunggal) disertakan, tidak seperti model konsep yang diletakkan dengan paip berkembar. Pada bahagian bumbungnya, kelihatan antera sirip jerung.
Malah rekaan ini juga lebih konsisten dengan spyshot Honda Civic Hatchback prototaip yang pernah dikesan ketika melakukan ujian. Sama seperti Civic Type berdasarkan Civic siri-FK, model baharu yang pasti hot ini dijangka akan diperkenalkan dengan Civic hatch generasi ke-10, jika benarlah spyshot yang sebelum ini dikesan memberikan sebarang petunjuk atau pun bayangan mengenai kehadiran model ini.
Honda telah mengesahkan Civic Hatcback generasi ke-10 ini dengan spesifikasi standard akan masuk ke pasaran Eropah pada awal 2017 dijana enjin petrol VTEC Turbo 1.0 liter (127 hp/200 Nm) dan enjin petrol VTEC Turbo 1.5 liter (201 hp/260 Nm). Seperti juga untuk pasaran Civic sedan di Amerika Syarikat, ia berkemungkinan akan dilengkapi sama ada dengan kotak gear CVT auto atau manual enam-kelajuan.
GALERI: Honda Civic Hatchback Prototaip
Civic Hatchback Prototype
Civic Hatchback Prototype
Civic Hatchback Prototype
Civic Hatchback Prototype |
Mercedes-AMG CLA45 facelift diperkenalkan dengan enjin lebih berkuasa dan penambahan ciri baharu | Berikutan pengenalan facelift terbaharu pada model Mercedes-Benz CLA-Class, siri paling berkuasa dalam barisan model tersebut – Mercedes-AMG CLA 45 4Matic turut diperkenalkan. Dikeluarkan dalam varian Coupe dan Shooting Brake, versi berprestasi tinggi dalam CLA-Class ini menerima bukan sahaja rupa baharu, ia turut tampil dengan kuasa dan prestasi tambahan.
Masih lagi menggunakan enjin 2.0 liter dengan pengecas turbo, tetapi enjin tersebut telah diolah semula dan mengekstrak kuasa keseluruhan 381 hp pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 475 Nm pada bermula 2,250 rpm hingga 5,000 rpm, dimana enjin tersebut telah diperkenalkan buat pertama kali pada model pre-facelift CLA 45 pasaran Eropah. Kesemua kuasa dari enjin tersebut dialirkan ke keempat-empat roda menerusi sistem pacuan empat roda 4Matic dan juga kotak gear klac berkembar AMG Speedshift DCT tujuh-kelajuan dengan nisbah gear yang ditala semula dengan nisbah yang lebih pendek.
Gabungan kesemua sistem talaan baharu ini membolehkan model Coupe memecut dari sifar hingga 100 km/j dalam masa hanya 4.2 saat, lebih pantas 0.4 saat berbanding model sebelum ini. Sementara varian Shooting Brake pula mencatatkan masa 4.3 saat. Kelajuan maksima yang boleh dicapai untuk kedua-dua varian ini pula adalah 250 km/j. Penggunaan bahan api untuk CLA 45 terbaharu ini dicatatkan pada 6.9 l/100 km, manakala kadar pembuangan gas CO2 pula dicatatkan pada 162 g/km.
Pakej AMG Dynamic Plus masih lagi dilengkapkan pada model ini (diperkenalkan buat pertama kali pada September 2015), di mana ia merangkumi unit LSD mekanikal pada bahagian gandar hadapan bersama suspensi sport AMG Ride Control yang menampilkan penyerap hentak boleh-laras secara adaptif dalam dua peringkat. CLA 45 terbaharu ini ditambah dengan sistem AMG Dynamic Select yang membolehkan karekter dan mod transmisi berubah mengikut pilihan pemandu dengan hanya memutarkan suis yang terletak dibelakang tuil gear.
Lampu hadapan LED berprestasi tinggi didatangkan standard untuk CLA 45 berbanding hanya opsyen untuk varian lain dalam kelas CLA. Pada bahagian muka, CLA 45 menampilkan rekaan yang seiras dengan Mercedes-AMG A 45 facelift merangkumi bahagian apron hadapan, splitter dalaman berwarna kelabu titanium matte serta sirip hadapan berwarnan hitam kilat. Rekaan baharu pada gril hadapan juga kini diberi kemasan krom perak.
Pada bahagian sisi, bentuk badan Coupe dan Shooting Brake tidak menampakkan apa-apa perubahan. Tetapi pembeli bakal diberikan dua jenis roda aloi rekaan terbaharu untuk dipilih. Pertama ialah roda aloi AMG 18-inci sepuluh jejari berwarna kelabu titanium dibaluti tayar bersaiz 235/40R18. Manakala pilihan kedua pula ialah roda aloi 19-inci AMG jejari bersilang dengan tayar bersaiz 235/35/R19 dan diberi dua pilihan warna iaitu hitam matte atau kelabu titanium.
Pada bahagian belakang, diffuser telah direka semula dan menampilkan empat sirip menegak yang lebih menonjol. Rekaan pada spoiler belakang AMG juga mendapat nafas baharu. Perubahan pada bentuk rekaan keseluruhan kereta ini menurut Mercedes adalah untuk menambahbaikkan aerodinamik kereta ini seiring dengan prestasinya yang turut meningkat.
Jika anda merasakan rupa paras asal kereta ini tidak cukup agresif, CLA 45 turut hadir dengan pakej kit badan AMG Aerodynamic yang merangkumi splitter hadapan yang lebih besar, flic tambahan, spoiler belakang hitam AMG dan spoiler tambahan pada liang udara di hadapan dan belakang.
Pada bahagian dalaman, panel instrumen dibaluti dengan kulit Artico dan disulam dengan benang merah didatangkan sebagai standard. CLA 45 turut menampilkan skrin paparan infotainmen yang lebih kurus dan lebih besar bersaiz lapan-inci, dihubungkan kepada sistem audio standard 20 USB atau sistem COMAND Online yang boleh dipilih sebagai opsyen.
Trim utama papan pemuka juga kini dilengkapi dengan rekaan bercetak matte diatas permukaan hitam berkilat, disediakan dalam warna merah/hitam sebagai standard, atau hitam/perak jika anda memilih pakej Exclusive.
Pilihan pakej AMG Dinamica Cockpit turut diberikan, dengan bahan gentian mikro yang digunakan pada sebahagian elemen trim, dan juga roda stereng Performance. Emblem ikonik AMG turut dipadankan pada unit kunci kereta dan juga tuil penukar gear untuk menyerlahkan lagi imej AMG pada kereta ini.
Mercedes-AMG CLA 45; C/X117; 2016
AMG 4-Zylinder-Benzinmotor mit Turboaufladung, 280 kW(381 PS), 475 Nm
AMG 4-cylinder turbocharged petrol engine, 280 kW(381 hp), 475 Nm
Mercedes-AMG CLA 45 Coupé; C117; 2016
Exterieur: Diamantweiß, AMG Aerodynamic-Paket; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white, AMG Aerodynamics package; interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Coupé; C117; 2016
Exterieur: Diamantweiß, AMG Aerodynamic-Paket; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white, AMG Aerodynamics package; interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Coupé; C117; 2016
Exterieur: Diamantweiß, AMG Aerodynamic-Paket; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white, AMG Aerodynamics package; interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Coupé; C117; 2016
Exterieur: Diamantweiß, AMG Aerodynamic-Paket; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white, AMG Aerodynamics package; interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Coupé; C117; 2016
Exterieur: Diamantweiß, AMG Aerodynamic-Paket; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white, AMG Aerodynamics package; interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Coupé; C117; 2016
Exterieur: Diamantweiß, AMG Aerodynamic-Paket; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white, AMG Aerodynamics package; interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Coupé; C117; 2016
Exterieur: Diamantweiß, AMG Aerodynamic-Paket; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white, AMG Aerodynamics package; interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Shooting Brake; X117; 2016
Exterieur: Diamantweiß; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white: interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Shooting Brake; X117; 2016
Exterieur: Diamantweiß; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white: interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Shooting Brake; X117; 2016
Exterieur: Diamantweiß; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white: interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Shooting Brake; X117; 2016
Exterieur: Diamantweiß; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white: interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Shooting Brake; X117; 2016
Exterieur: Diamantweiß; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white: interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Shooting Brake; X117; 2016
Exterieur: Diamantweiß; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white: interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Shooting Brake; X117; 2016
Exterieur: Diamantweiß; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white: interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km
Mercedes-AMG CLA 45 Shooting Brake; X117; 2016
Exterieur: Diamantweiß; Interieur: Schwarz, Performance Sitze;
Kraftstoffverbrauch (l/100 km) innerorts/außerorts/kombiniert: 9,2/5,6/6,9
CO2-Emissionen kombiniert: 162 g/km
Exterior: diamond white: interior: black, performance seats;
Fuel consumption (l/100 km) urban/exurban/combined: 9.2/5.6/6.9
combined CO2 emissions: 162 g/km |
Chevrolet Colorado konsep prebiu bagi facelift | Chevrolet telah mengumumkan bakal mendedahkan dua model konsep di Bangkok International Motor Show 2016 yang berlangsung minggu hadapan. Malah ia turut memberikan bayangan bahawa model konsep ini merupakan arah baharu bagi barisan trak pikap jenama ini. Satu-satunya model pikap dari jenama ini yang dijual di Thailand ialah Chevrolet Colorado, dan kemungkinan besar model konsep ini adalah prebiu bagi model facelift.
Menerusi satu imej misteri yang disebarkan, pikap penuh bergaya ini kelihatan lebih besar, dengan gerbang roda yang lebih lebar, ada snorkel, roof rack dan bonet yang kelihatan menonjol. Ia juga mungkin dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk-L dan lampu utama yang dibentuk semula.
Selain lampu utama baharu, bahagian hudnya juga telah dibentukkan semula, bersama gril yang diprofilkan dan corong udara yang direndahkan sedikit.
Di Malaysia, Colorado yang ada di pasaran kini ditawarkan dengan enjin 2.5 liter Duramax turbodiesel dengan kuasa 161 hp dan 380 Nm. Selain itu, ia turut didatangkan dengan varian pertengahan 2.8 liter (180 hp/400 Nm) dan kedua-duanya dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan. Manakala varian tertinggi 2.8 LTZ 193 hp/500 Nm pula dengan transmisi automatik enam-kelajuan.
Manakala pasaran negara lain telah pun menerima versi 2.5 liter Duramax baharu dengan kuasa 163 hp dan tork 380 Nm, jadi mungkinkah enjin ini akan diperkenalkan di Malaysia bagi model facelift.
Selain Colorado, Chevrolet juga dikatakan akan memperkenalkan model facelift Captiva. SUV tujuh-tempat duduk ini turut menerima beberapa peningkatan elemen termasuk bahagian hadapan dan belakang yang disemak semula, lampu nyalaan siang LED dan papan pemuka baharu. Malah ia juga didakwa sebagai kenderaan pertama di Thailand yang turut menawarkan sambungan Apple CarPlay.
GALERI: Chevrolet Colorado Sport |
Landasan berkembar KL-Pantai Timur dirancang | Menurut The Sun, landasan berkembar dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur dalam perancangan, di mana ia akan melalui Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru dan Tumpat.
CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah berkata SPAD dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah melancarkan latihan ‘pengesan pasaran’ bagi menentukan faedah pasaran dan mengumpul pendapat mengenai pembinaan Landasan Rel Pantai Timur (ECRL).
“SPAD dan ECERDC dalam proses menganalisis beberapa jenis perbezaan perniagaan, model teknikal dan strategi perolehan serta alternatif bagi mengimplementasikan projek ECRL ini. Bagi kajian pasaran melalui Permintaan Informasi (RFI) telah direka bentuk sebagai satu perundingan pelaksanaan bagi mendapatkan pendapat industri dan maklum balas pasaran,” ujar Mohd Azharuddin.
Beliau turut menambah RFI terbuka untuk syarikat dan konsortium yang berminat untuk menyertai projek ini bagi mereka bentuk landasan ECRL, pembinaan, operasi dan penyelenggaran termasuk rantaian bekalan. “Tarikh tutup permohonan bagi latihan RFI ini adalah pada 15 Mei ini sebelum jam 12 tengahari,” katanya lagi. |
SPYSHOT: Toyota C-HR di Turki; mungkin bakal diproduksi di China dan Thailand pada masa hadapan? | Model yang dikatakan bakal menggugat pasaran Honda HR-V, Toyota C-HR yang tampil buat pertama kali dalam bentuk produksi sebenar di Geneva Motor Show 2016 awal bulan ini, kini dilihat di Turki. Ketika dipamerkan di Geneva, C-HR diletakkan diatas platform tertutup, dimana tiada siapa pun yang dapat melihat kereta tersebut dalam jarak yang sangat dekat.
Dua buah C-HR yang dijumpai di Turki ini menampilkan dua warna yang sama sekali berbeza dengan yang dipamerkan di Geneva tempoh hari (perak dan hitam). Kereta yang pertama berwarna merah dengan bumbung putih, dan sebuah lagi berwarna putih sepenuhnya. Kedua-dua buah kereta dilengkapi dengan set roda lebih kecil berbanding kereta yang dipamerkan di Geneva yang menggunakan set roda bersaiz 18-inci. Kereta yang berwarna putih juga dilihat tidak mempunyai lampu hadapan dan belakang LED sepenuhnya, sebaliknya hanya menggunakan lampu hadapan projektor dan lampu belakang dengan mentol konvensional.
Produksi C-HR bakal bermula di kilang Toyota di Sarkaya, Turki (dipercayai tempat gambar ini diambil) dan Kilang Toyota di Miyagi, Jepun bermula musim luruh ini. Walaubagaimana pun, ada laporan mengatakan produksi H-CR mungkin akan dikembangkan ke kilang di Tianjin dan Guangzhou, China, serta Thailand bermula 2018 – mungkin pada masa tersebut C-HR akan mula di pasarkan dalam pasaran ASEAN.
Tiga unit janakuasa akan dilengkapi pada C-HR, termasuk versi hibrid yang kemungkinan akan diambil terus dari Prius baharu berkuasa 122 PS menggabungkan enjin petrol 1.8 liter dengan kecepakan haba maksimum 40%. Emisi karbon dioksida dinyatakan dibawah 90 gram setiap satu kilometer.
Turut ditawarkan pada C-HR ialah enjin petrol 8NR-FTS 1.2 liter turbo empat silinder yang diperkenalkan pada Toyota Auris facelift, berkuasa 115 PS pada takat 5,200 rpm hingga 5,600 rpm dan tork maksima 185 Nm bermula 1,500 rpm hingga 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan manual CVT automatik, dimana untuk varian CVT pembeli boleh memilih sama ada dengan pacuan semua roda atau memacu roda hadapan sahaja.
Untuk varian 2.0 liter, ia berkemungkinan besar menggunakan enjin 2.0 liter Dual VVT-i empat-silinder berkuasa 147 PS/187 Nm dan dipadankan dengan kotak gear CVT, sama seperti Corolla Altis terbaharu. |
Triumph Street Twin 2016 di Malaysia – RM55,900 | Triumph Street Twin 2016, sebahagian daripada barisan terbaharu Bonneville, telah pun berada di Malaysia dan sedang dipamerkan di bilik pameran Fast Bikes, Petaling Jaya.
Ia merupakan model pertama bagi tahun ini yang didatangkan dengan enjin berkembar penyejuk-air baharu yang juga digunakan bagi Triumph Bonneville T120 dan Thruxton R, Street Twin ini lebih menjurus ke arah rekaan retro untuk bersaing dengan Ducati Scrambler dan Harley-Davidson Iron 883.
Didatangkan dengan enjin baharu menggunakan penyejuk-cecair bagi memenuhi peraturan emisi, Street Twin ini dipadankan dengan enjin 900 cc parallel-twin dengan EFI yang mampu menberikan kuasa sehingga 54 hp dan tork 80 Nm pada 5,900 rpm.
Malah Street Twin 2016 ini juga mempunyai lebih tork berbanding model sebelumnya, iaitu lebih 18%, sehingga dari 65.6 Nm. Malah ia memiliki 22% lebih kuasa kuda antara 2,750 dan 4,750 rpm.
Dengan casis yang direka semula, Street Twin 2016 ini juga dilihat lebih rendah, dengan tempat duduk hanya setinggi 750 mm, berbanding 775 mm pada Harley-Davidson Iron 883. Walau pun imejnya nampak lebih old school, Street Twin ini juga didatangkan dengan ride-by-wire, kawalan cengkaman dan ABS sebagai standard.
Terdapat lima warna pilihan iaitu Jet Black, Phantom Black, Matte Black, perak dan merah dengan cast wheels dan lampu belakang LED. Soket pengecas USB dan immobiliser juga ditampilkan.
Terdapat lebih 150 aksesori berlainan dari Triumph untuk Street Twin 2016 ini, dengan tiga kit penggayaan iaitu Urban, Scrambler dan Brat Tracker.
Di Malaysia, Street Twin dijual pada harga RM55,900 termasuk GST, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Selain itu, Fast Bikes turut mengesahkan model Bonneville T120, T120 Black dan Thruxton R dijangka akan tiba di bilik pameran tidak lama lagi. |
SPYSHOT: Audi TT RS Roadster diuji di Nurburgring | Musim ujian di litar Nurburgring, Jerman, sudah pun bermula. Salah satu jentera yang dilihat diuji di litar ‘The Green Hell‘ ini ialah Audi TT RS Roadster. Seperti juga model Mk2 sebelum ini, TT terbaharu turut menampilkan varian Coupe dan Roadster.
Mk3 TT RS masih lagi belum dilancarkan, tetapi coupe berwarna merah ini dilihat sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Sepanyol minggu lalu. Berbanding dengan TTS, yang juga varian Mk3 paling berkuasa dalam pasaran sekarang, TT RS dilengkapi dengan bampar hadapan yang lebih agresif di mana liang kemasukan udaranya direka dengan lebih besar. Bahagian dagu bampar tersebut diwarnakan dengan warna perak serta tertera dekal ‘quattro’ di bahagian bawah gril.
Gril hadapan varian RS ini turut berbeza dari TTS di mana RS menampilkan motif corak sarang lebah berwarna hitam manakala TTS direka dengan motif corak peti telur. Gambar di Sepanyol tersebut juga memperlihatkan dengan jelas roda aloi bercorak turbin RS coupe ini. Roadster yang kelihatan diuji di litar Nurburgring pula dilihat dilengkapi dengan roda aloi berjejari, kemungkinan set roda tersebut bukanlah yang akan dipadankan pada hari pelancarannya nanti. Turut kelihatan ialah dua tip ekzosnya yang bersaiz agak besar.
TTS yang sudah pun berada dalam pasaran kini berkuasa 310 hp/380 Nm. Seperti juga pada generasi terdahulu, RS akan mempunyai kuasa tertinggi dalam barisan model TT. TT RS ini mungkin akan dikuasakan dengan enjin turbo 2.5 liter lima-silinder dari RS3 Sportback (367 PS/465 Nm), 2.0 liter turbo dari VW Golf R 400 Concept yang pernah diprebiu sebelum ini, atau enjin 2.0 TFSI TT sedia ada yang diolah semula untuk mengekstrak lebih kuasa. Pilihan sistem transmisi pula mungkin dibarisi oleh kotak gear manual (berdasarkan imej spyshot terdahulu) atau kotak gear klac berkembar S-Tronic, kesemuanya dipadankan dengan sistem pacuan semua-roda quattro. |
Toyota 86 facelift 2017 dipertingkatkan enjin dan pengendalian – 205 hp, 214 Nm dan ada HAC | Toyota 86 kini kembali dengan model facelift versi 2017 dan ia bakal melakukan penampilan perdana di New York International Auto Show 2016 tidak lama lagi. Mengalami peningkatan yang lebih besar, termasuk perubahan bagi bahagian luaran dan dalaman, termasuk enjin dan suspensi yang juga dipertingkatkan.
Pada bahagian hadapannya, ia ditampilkan dengan gaya yang lebih agresif termasuk padanan grafik lampu utama baharu dan bampar yang dibentuk semula. Malah logo 86 juga kini terletak di dapra hadapan (bukan lagi di sisi corong) dan juga memiliki lampu utama LED baharu. Bampar belakangnya juga lebih bersudut, manakala padanan lampu belakang LED dan roda rekaan baharu turut menyerlahkan lagi gayanya.
Walau bagaimana pun, bahagian kabinnya hanya menerima perubahan yang terhad. Hanya roda stereng baharu bersama kawalan audio, material “Grandlux” sentuhan lembut pada keliling panel instrumen dan panel pintu bersama jahitan kontras berwarna perak pada tempat duduk.
Selain itu, beberapa elemen menarik lain turut ditampilkan, tetapi masih tidak didedah menerusi foto yang disebarkan ini. Toyota 86 2017 dikatakan menjanjikan “prestasi yang lebih mantap dan kawalan yang dipertingkatkan” menerusi olahan semula sistem pegas dan peredam, sementara versi manual (yang dipertingkatkan nisbahnya) pula menerima lebih kuasa dan tork.
Kini output yang ditawarkan ialah 205 hp dan 214 Nm, berbanding 86 masa kini yang hanya 200 hp dan 205 Nm. Malah Bantuan Mula Mendaki (HAC) turut ditampilkan sebagai antara elemen baharu.
Di Amerika Syarikat, model baharu ini akan menggantikan Scion FR-S yang telah direhatkan pengeluarannya. Sementara model Scion iM dan iA pula akan dijenamakan semula menjadi Toyota Corolla iM dan Yaris iA di negara tersebut. |
AWAS dijangka bakal diimplementasi Mei ini | Pertengahan Februari lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan sistem pemberian mata demerit Kejara kini lebih dikenali dengan nama baharu iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
Hari ini pula, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi mengesahkan AWAS dijangka akan dilaksanakan mulai Mei ini, laporan Bernama.
Beliau berkata pindaan bagi Akta Jabatan Pengangkutan Jalan berkaitan penggabungan sistem itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi ini.
“Kita akan laksanakan dalam waktu yang terdekat setelah kita pinda Akta Pengangkutan Jalan yang akan kita bentangkan bulan depan di Parlimen. Kita jangka dalam bulan April dan mudah-mudahan dapat dilaksanakan menjelang Mei,” katanya.
Beliau berkata berikutan pelaksanaan sistem itu, kementeriannya mencadangkan agar kadar saman AES dikurangkan namun ia tertakluk kepada keputusan kerajaan.
Ab Aziz berkata pemasangan kamera AES akan ditambah secara berperingkat di lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan termasuk di lebuh raya dan jalan persekutuan serta lampu isyarat.
Melalui AWAS, pemandu yang melakukan kesalahan sehingga mengumpul 60 mata demerit di bawah Kejara akan dikenakan tindakan pembatalan lesen memandu.
“Sistem demerit ini akan bermula bila pemandu kumpul 20 mata demerit pertama, dia akan diberikan amaran, 20 mata demerit seterusnya akan digantung lesen manakala 20 mata demerit ketiga akan dibatalkan lesen memandu.
“Sebagai contoh empat mata demerit akan diberikan kepada pemandu yang melanggar had laju, empat mata juga kepada pesalah yang gagal patuhi lampu isyarat dan empat mata seterusnya diberikan kepada pemandu yang memotong di garisan kembar,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ia adalah bagi menjawab soalan tambahan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) berhubung penguatkuasaan undang-undang terhadap pemandu.
Ab Aziz berkata sistem AWAS juga akan menawarkan program rehabilitasi kepada pemandu yang telah digantung lesen mereka yang akan dikendalikan Jabatan Pengangkutan Jalan.
“Sekiranya pemandu yang digantung lesen hadir program rehabilitasi itu, tempoh penggantungan lesen mereka akan dikurangkan kepada antara tempoh enam bulan hingga setahun,” katanya.
Beliau berkata pelaksanaan sistem AWAS juga akan merakam gambar pemandu dan kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya dari sudut belakang supaya ia lebih memberi kesan termasuk kepada kenderaan jenis motosikal.
Ab Aziz turut berkata analisis Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) menunjukkan purata pematuhan had laju di enam lokasi pemasangan kamera AES meningkat daripada 63% kepada 91% selepas lapan bulan pelaksanaan sistem itu.
Katanya kadar kemalangan maut bagi tempoh sama juga menurun daripada 19 kes kepada 12 kes di 14 lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara. |
Honda Civic Hatchback 2017 akan diproduksi di Thailand – adakah ia bakal diperkenalkan di Malaysia? | Menurut Car Advice, Civic sedan serba baharu akan tiba di Australia sebelum pertengahan tahun ini, diikuti dengan versi hatchback awal 2017. Apa yang lebih menarik lagi ialah kedua-dua model telah sah akan diproduksi di Thailand, atas dasar Perjanjian Perdagangan Bebas Australia bersama negara berkenaan.
Walau pun kita masih belum melihat Honda Civic Hatchback generasi ke-10 dalam bentuk produksi, namun berita ini sedikit sebanyak memberikan kemungkinan bahawa Civic hatch ini bakal tiba di Malaysia. Di Australia, Civic Hatchback sedia ada diproduksi dari United Kingdom.
Baru-baru ini Honda Malaysia telah mengumumkan bakal memperkenalkan dua model CKD (pemasangan tempatan) baharu untuk dipasarkan pada tahun ini iaitu Civic serba baharu dan Accord facelift. Ini memungkinkan Civic hatch juga akan termasuk dalam senarai model segmen-C yang akan dipasang di sini pada masa akan datang, seperti mana Mazda 3 hatchback yang kini berada di pasaran tempatan (juga model CKD).
Bagi versi Australia, Civic generasi ke-10 ini juga menggunakan penjana kuasa yang sama seperti Thailand, iaitu 1.8 liter i-VTEC empat-silinder. Selain itu, ia juga didatangkan dengan enjin yang lebih menarik iaitu 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder. Kedua-dua enjin itu akan dipadankan dengan CVT bagi pasaran Thai, tetapi tidak dipastikan adakah Australia juga menawarkan kotak gear manual enam-kelajuan sebagai opsyen.
GALERI: Honda Civic Hatchback Prototaip
Civic Hatchback Prototype
Civic Hatchback Prototype
Civic Hatchback Prototype
Civic Hatchback Prototype
GALERI: Imej paten Honda Civic Hatchback 2017
GALERI: Honda Civic Hatchback Prototaip |
Hyundai perkenal Limosin Genesis EQ900L di Korea | Hyundai telah memperkenalkan limosin Genesis EQ900L untuk pasaran domestik Korea Selatan. Huruf ‘L’ pada namanya diberikan sempena status limosinnya menampilkan badan EQ900 yang lebih panjang.
Genesis EQ900 atau dikenali sebagai Genesis G90 di Amerika merupakan sedan mewah Korea Selatan yang bersaing dengan Mercedes-Benz S-Class, BMW 7 Series dan Audi A8. Ukuran asal EQ900 yang mempunyai panjang 5,205 mm, 1,915 mm lebar dan jarak roda sepanjang 3,160 mm, telah di ‘tarik’ sepanjang 290 mm pada bahagian tiang-B dan pintu belakang untuk menghasilkan model EQ900L ini. Ini memberikan ruang yang sangat luas dibahagian belakang, bagi memastikan keselesaan untuk para ‘Bos’ duduk di bahagian tersebut.
Dengan panjang keseluruhan 5,495 mm, EQ900L adalah lebih panjang dari X222 Mercedes-Maybach. Jika diukur pada jarak rodanya pula, ia kini berukuran 3,459 mm, 85 mm lebih panjang dari Maybach yang diasaskan dari Mercedes S-Class tersebut.
Genesis versi EQ900 sudahpun disediakan opsyen konsol tengah yang panjang memenuhi bahagian belakang. Menerusi versi EQ900L ini, ia didatangkan standard menempatkan dua buah tempat duduk individu dibelakang larasan berkuasa empat hala, dan boleh diset semula ke kedudukan asal dengan hanya satu butang, persis tempat duduk kapal terbang kelas business.
Kluster yang besar menempatkan pelbagai suis kawalan sistem infotaimen diletakkan diantara tempat duduk tersebut, untuk mengawal skrin yang diletakkan pada tempat duduk hadapan. Tiang-B yang dipanjangkan menempatkan lampu ‘mood’, poket peta dan juga liang penghawa dingin (turut dilengkapi dibelakang perehat tangan hadapan). Keseluruhan bahagian dalaman limosin ini menampilkan kemasan tema kayu gelap dan dibaluti kulit hitam semi aniline, memberikan suasana kelas business sebenar.
Berbeza dengan EQ900 yang boleh dipilih dengan tiga opsyen enjin iaitu 3.8 liter GDi V6 (315 PS), 3.3 liter T-GDi V6 (370 PS) dan 5.0 liter GDi V8, EQ900L hanya disediakan dengan enjin V8 berkuasa 425 PS dan kesemua kuasa tersebut dialirkan ke keempat-empat roda melalui sistem pacuan semua roda. Ia juga dilengkapi dengan roda aloi 19-inci dan cermin sisi bersalut krom.
Genesis EQ900L dijual pada harga 150.2 juta won (RM522,859), berbanding EQ900 V8 standard yang dijual pada harga 114.9 juta won (RM400,079).
GALERI: Hyundai Genesis EQ900 spesifikasi Korea |
Kia Cerato Sport dikesan diuji di lebuhraya Korea | Blog Korea Ubinine berjaya merakamkan foto kereta dengan penyamaran, kemungkinan Cerato (atau Forte bagi sesetengah pasaran) Sport sedang diuji di lebuhraya. Walau pun ia dilitupi penyamaran, namun terdapat beberapa elemen yang agak kelihatan serupa dengan Forte standard.
Pada bahagian hadapannya, bamparnya kelihatan diberi rekaan semula, sementara pemisahnya diletakkan di bahagian bawah. Manakala pada bahagian belakang, bamparnya juga direka semula, sementara paip dua-ekzos dengan krom serta set lampu belakang pula agak mirip dengan Kia Cadenza K7 sedan.
Sementara itu, logo “T-GDI” kelihatan di sebelah kiri bahagian hadapan gril, memberikan klue tentang penjana kuasa yang bakal ditampilkan pada Cerato Sport ini. Ia adalah enjin 1.6 liter pengecas turbo, iaitu unit yang sama dipadankan dengan Forte Koup generasi kedua dan Forte5 hatchback spesifikasi USA.
Kuasa yang boleh dihamburkan adalah sekitar 201 hp dan tork sehingga 264 Nm. Bagi transmisi, kemungkinan besar automatik dual-klac tujuh-kelajuan, dan manual enam-kelajuan sebagai opsyen.
GALERI: Kia Forte 2017 dan Forte5 hatchback spesifikasi USA
2017 Forte Sedan
2017 Forte Sedan EX
2017 Forte Sedan
2017 Forte Sedan |
Waze versi 4.3 untuk pengguna iOS kini boleh dimuat turun, tampil ciri Planned Drive bantu jadual perjalanan | Berita baik untuk pengguna iOS, Waze telah mengumumkan perisian navigasi tersebut kini boleh diperolehi dalam versi 4.3. Boleh dimuat turun menerusi App Store, kini perisian tersebut dilengkapi dengan ciri baharu iaitu Planned Drives.
Menurut Waze sendiri, “Planned Drives akan memudahkan perancangan temu janji atau perjalan penting, sama ada pada hari ini atau minggu hadapan.” Waze kini membolehkan anda untuk membuat perancangan awal perjalanan dengan hanya menulis destinasi yang diingini beserta tarikh dan masa yang perlu anda sampai ke destinasi terbabit.
Kemudian, Waze akan memberikan anda masa yang sesuai untuk anda berangkat ke acara yang telah ditetapkan tersebut. Tambahan lagi, aplikasi ini akan memberikan peringatan sebelum masa berangkat yang telah ditetapkan berdasarkan keadaan trafik sebenar. Ini bakal menyenangkan anda untuk menguruskan perjalanan dan masa serta mengelak dari kesesakan trafik.
Planned Drive juga menawarkan graf yang menunjukkan waktu kemuncak trafik untuk tujuh hari berikutnya. Ini sudah tentunya bakal memudahkan anda dalam membuat perancangan perjalanan, di mana aplikasi ini turut berkemampuan untuk mengira masa berangkat yang disarankan.
Untuk pengguna Android, anda perlu menunggu sehingga aplikasi ini disediakan melalui Play Store. Setakat ini, hanya Waze versi 4.0 disediakan untuk pengguna Android. |
Harley-Davidson Iron 883 dan Forty-Eight Dark Customs 2016 di Malaysia – RM89k dan RM106k | Harley-Davidson Iron 883 dan Forty-Eight Dark Customs 2016 telah pun berada di bilik pameran Harley-Davidson Petaling Jaya. Dengan rekaan grafik pada tangki minyak yang menggambarkan ciri klasik era 70an, kedua-dua model motosikal ini disasarkan pada generasi muda yang baru hendak berjinak-jinak merasai pengalaman menunggang Harley.
Dengan rekaan yang nampak macam kasar, agresif dan penuh maskulin, Iron 883 dipadankan oleh enjin 883 cc Evolution penyejuk-udara, yang dibangunkan dari enjin Shovelhead dan Ironhead yang menjanakan model Harley-Davidson Sportsters sejak tahun 80an.
Pengendaliannya juga telah dipertingkatkan dengan forks (atau dikenali sebagai ‘sepit udang’) bersama katrij peredam dan penyerap hentak belakang Emulsion.yang boleh dilaras untuk pra-tekanan. ABS adalah opsyen bagi Iron 883, dan motosikal ini didatangkan dengan empat skim warna iaitu Charcoal Satin, Black Denim, Olive Gold dan Hard Candy Custom Gold Flake .
Harga bagi Harley-Davidson Iron 883 2016 ini adalah RM89,000 termasuk GST dan lima tahun waranti, bersama 2 setengah tahun servis percuma dan satu tahun bantuan Harley-Davidson Owners Group.
Dengan imej yang sasa, Forty-Eight kelihatan sedikit menakutkan, termasuk dengan tayar hadapan selebar 130 mm. Dengan enjin Evolution 1,200 cc bersama tangki minyak 7.9 liter, menjadikan motosikal ini agak berkuasa.
Menggunakan kepala aluminium dan silinder yang mendorong pengurangan beratnya, enjin Evolution ini dijanakan oleh EFI. Sama seperti Iron 883, Forty-Eight ini turut menggunakan forks bersama katrij peredam dan penyerap hentak belakang Emulsion. ABS juga ditawarkan sebagai opsyen dan kluster instrumennya kini termasuk takometer digital dan indikator gear.
Motorsikal ini ditawarkan dengan pilihan warna Vivid Black, Billet Silver, Velocity Red Sunglo dan Olive Gold. Malah Forty-Eight 2016 juga menawarkan dua warna kustom iaitu Hard Candy Cancun Blue Flake dan Hard Candy Gold Flake. Harga yang ditawarkan ialah RM106,000 termasuk GST dan lima tahun waranti, bersama 2 setengah tahun servis percuma dan satu tahun bantuan Harley-Davidson Owners Group.
GALERI: Harley-Davidson Iron 883 Dark Custom 2016
GALERI: Harley-Davidson Forty-Eight Dark Custom 2016
Model Year 2016 New Model Photography
Model Year 2016 New Model Photography |
VIDEO: Teaser Mercedes-Benz GLC Coupe sebelum muncul di New York International Auto Show 2016 | Imej ‘teaser‘ biasanya disiarkan oleh pengeluar-pengeluar kenderaan untuk memberitahu kepada umum berkenaan model yang mereka bakal lancarkan dalam masa yang terdekat. Keluar dari kebiasaan, Mercedes-Benz tampil berbeza dengan menyiarkan teaser dalam bentuk video untuk Mercedes GLC Coupe yang bakal dilancarkan 23 Mac hadapan di New York International Auto Show (NYIAS) 2016.
GLC versi Coupe ini menampilkan bumbung bahagian belakang yang lebih curam sesuai dengan profil ‘Coupe‘ yang diberi. Video terbabit memaparkan pesaing kepada BMW X4 ini dipandu secara agresif dan melakukan pelbagai aksi menunjukkan ketangkasan dan dinamik pengendaliannya. Bunyi enjin yang garang turut kedengaran, mungkin satu petunjuk dari Mercedes yang GLC Coupe bakal dikeluarkan dalam varian AMG.
Rupa luaran pada GLC Coupe ini nampaknya tidak lari jauh dari rupa yang pernah di prebiu dalam bentuk konsep di Shanghai Motor Show dan beberapa foto spyshot yang tersebar. Mungkin untuk versi produksi akhir nanti beberapa ubahsuai kecil akan dilakukan.
GLC Coupe yang dipaparkan dalam video ini masih lagi disaluti penyamaran pada bahagian hadapan dan belakang. Namun, berdasarkan spyshot crossover ini, penyamaran tersebut tidak banyak menyembunyikan rupa sebenarnya.
Kebanyakkan elemen rekaan GLC Coupe ini adalah seiras dengan ‘abang besar’ nya iaitu GLE Coupe, di mana GLE Coupe tersebut merupakan versi “Coupe” model GLE. Juga berdasarkan spyshot sebelum ini, spoiler belakang, cermin belakang dengan bentuk melengkung, kedua-dua lampu belakang yang berhubung dengan trim jalur dan posisi lencana adalah seiras dengan GLE Coupe.
Unit janakuasa akan diumumkan oleh Mercedes-Benz semasa penampilan sulung crossover ini minggu hadapan. Tetapi boleh dijangkakan, ia bakal dikuasakan dengan unit petrol dan diesel yang sama seperti GLC sedia ada.
GALERI: Spyshot Mercedes-Benz GLC Coupe
Spy-Shots of Cars – This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature og 6500°K
Spy-Shots of Cars – This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature og 6500°K
Spy-Shots of Cars – This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature og 6500°K
Spy-Shots of Cars – This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature og 6500°K
Spy-Shots of Cars – This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature og 6500°K
GALERI: Mercedes-Benz GLC
GALERI: Mercedes-Benz GLE Coupe |
Brosur rasmi Toyota Hilux 2016 pasaran Malaysia didedahkan – dilengkapi tujuh beg udara, VSC, A-TRC | Klik untuk besarkan imej
Menjelang pelancaran Toyota Hilux 2016 yang akan datang, brosur rasmi untuk trak pikap tersebut telah didedahkan dan dihantar kepada kami oleh pembaca paultan.org Mohd Aizatenko.
Pelancaran Toyota Hilux serba baharu ini dijangkakan akan berlangsung pada suku kedua tahun ini, di mana tempahannya sudah mula dibuka dengan harga bermula pada RM93k berdasarkan senarai harga jangkaan yang didapati dari pengedar sah Toyota. Pendedahan brosur ini juga boleh mengesahkan beberapa spesifikasi yang tertulis didalam senarai tersebut.
Model single cab hanya hadir dengan varian 2.4 manual 4X4. Manakala untuk model double cab pembeli boleh memilih lima varian yang terdiri daripada 2.4 Standard manual 4×4, 2.4 manual 2×4, 2.4G manual 4×4, 2.4G automatik 4×4 dan 2.8G automatik 4×4. Brosur ini turut mendedahkan model-model transmisi automatik Hilux ini akan dibekalkan dengan kotak gear enam-kelajuan automatik Toyota yang baharu.
Klik untuk besarkan imej
Turut didedahkan menerusi brosur ini ialah penggunaan casis ladder frame yang direka semula dan juga ciri-ciri keselamatan yang dilengkapkan. Hanya spec tertinggi 2.8G automatik 4×4 dan 2.4G automatik 4×4 menerima Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman Aktif (A-TRC). Varian 2.8G juga menerima tujuh beg udara, sementara varian lain hanya menerima tiga beg udara. Lampu hadapan projektor LED (dengan lampu nyalaan siang LED) juga hanya dilengkapkan pada varian spesifikasi tinggi sahaja.
Bagi mereka yang mahu melihat trak pikap ini dengan lebih jelas, anda boleh kunjungi karnival WOW Toyota yang sedang berlangsung di mana Toyota akan mempamerkan Hilux serba baharu ini. |
Kilang baharu Prachin Buri bakal memproduksi 120,000 unit kenderaan setahun untuk Honda Thailand | Honda Automobile Thailand melabur sebanyak 17.2 billion baht (RM2 billion) untuk kilang baharu mereka di Prachin Buri Rojana Industrial Park yang bakal beroperasi sepenuhnya bulan ini, lapor Bangkok Post. Kilang baharu tersebut memproduksi Honda Civic generasi ke-10 yang secara rasminya dilancarkan untuk pasaran Thailand minggu lalu.
Untuk permulaan, Civic 2016 serba baharu akan diproduksi pada kadar 60,000 unit setahun. Angka ini dibahagikan kepada tiga iaitu 20,000 unit siap dipasang akan dieksport, 20,000 unit dalam bentuk CKD juga untuk pasaran eksport, bakinya adalah untuk pasaran domestik Thai sendiri. Kilang Prachin Buri ini secara maksimum mampu menghasilkan sebanyak 120,000 unit kenderaan setahun, tetapi COO Honda Thailand Pitak Pruittisarikorn berkata, penggunaan sepenuhnya kilang ini adalah berdasarkan situasi pasaran domestik dan eksport.
Dengan bermulanya operasi kilang baharu ini, produksi kapasiti keseluruhan Honda Thailand berjumlah 360,000 unit, menjadikan Thailand pangkalan produksi ke-empat terbesar Honda dalam dunia.
Pada Februari 2013, Honda Jepun mengumumkan akan melabur hampir 20 billion baht (RM2.4 billion) untuk kilang baharu dan pembesaran kilang sedia ada di Ayutthaya untuk memenuhi permintaan yang tinggi oleh pasaran domestik dan eksport. Sejumlah 17.2 billion diperuntukkan untuk pembinaan kilang enjin dan pemasangan di Prachin Buri, di mana ia dibina sama seperti kilang Yorii Honda di Jepun. Selebihnya akan digunakan untuk proses tingkat taraf kilang Ayutthaya bagi membolehkan ia menghasilkan sejumlah 240,000 hingga 300,000 unit kenderaan setahun.
Prestasi ini agak memberangsangkan untuk Thailand, tetapi Honda Thailand masih belum lagi mempunyai produksi trak pikap dan kereta mesra alam di mana Thailand merupakan hub untuk produksi kenderaan sedemikian. Kerajaan Thai bekerja keras untuk menjadikan negara itu sebagai hab produksi kereta hijau, dan Honda mungkin bersedia kearah itu. Presiden dan CEO Asian Honda Motor, Noriaki Abe berkata, Honda bersedia untuk memproduksi kereta hibrid dan plug-in hybrid di Thailand, seiring dengan rancangan kerajaan tersebut.
Minggu lalu, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha bertemu dengan ketua-ketua dari Toyota, Isuzu, Nissan dan Honda, dan berkata kerajaannya akan menawarkan keistimewaan pelaburan yang lebih dan memberi sokongan penuh untuk pembiayaan, R&D, sumber manusia, dan infrastruktur dalam usaha mempromosi Thailand sebagai hab untuk kenderaan hibrid, elektrik dan hidrogen.
Beliau juga mengarahkan Kementerian Industri berkerjasama dengan kementerian Kewangan, Perdagangan, Tenaga Kerja, Sumber Asli dan Persekitaran dan Pengangkutan untuk menyediakan pelan terperinci membabitkan keistimewaan pelaburan, insentif cukai dan kelebihan lain untuk mengembangkan pelaburan dalam sektor automotif. Industri berkaitan turut diarahkan bersedia menyertai pelan pembangunan jangka masa panjang Thailand untuk lima hingga 20 tahun akan datang.
Gen Prayut turut mengesahkan Thailand akan meneruskan sokongan terhadap produksi kereta mesra alam, tetapi mahu pemain dalam industri berkenaan untuk menggunakan teknologi yang lebih tinggi dan tenaga alternatif lain, termasuk biodiesel dan ethanol. Kerajaan Thai juga berikrar akan memberikan keistimewaan tambahan untuk trak pikap yang menggunakan biodiesel, dalam usaha menyokong B20. Beliau juga menggalakkan kesemua CEO dari jenama Jepun terbabit untuk melabur dalam membangunkan fasiliti produksi bateri di Thailand.
Sebagai tindak balas berhubung isu ini, jenama-jenama dari Jepun terbabit berjanji untuk terus melabur di Thailand, juga untuk kenderaan masa hadapan jika kerajaan menyediakan polisi yang jelas. Mereka juga mahukan penjelasan berkenaan strategi semasa dan masa hadapan Thailand untuk menyokong pengeksportan kenderaan, terutamanya menerusi perjanjian perdangangan bebas (FTA). Thailand tidak termasuk dalam 12 negara yang menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pacific (TPPA) yang turut disertai Malaysia.
GALERI: Honda Civic 2016, Spesifikasi Thailand |
Mazda CX-4 dijual secara eksklusif di China – laporan | Mungkin ada yang akan kecewa dengan perkhabaran ini. Laporan CarAdvice menyatakan Mazda CX-4 hanya dijual secara eksklusif di China. Patutlah banyak foto spyshot dirakamkan di negara tersebut, malah ia juga akan membuat penampilan rasminya pada Beijing Motor Show 2016 tidak lama lagi.
Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurus Kanan Perhubungan Awam Mazda Australia, Karla Leach, seperti mana yang dilaporkan oleh portal pemotoran tersebut, “Kami melihat modal ini sebagai menepati cita rasa rakyat Australia. Namun sayangnya, buat masa ini, ia tidak akan dijual luar dari China,” katanya.
Bagi CX-4 ini turut menerapkan rekaan berdasarkan falsafah Kodo iaitu Soul of Motion ciptaan Mazda sendiri termasuk menampilkan bonet hadapan yang panjang, lampu hadapan signatur Mazda, gril hadapan serta garisan yang menonjol pada bahagian sisi. SUV ini juga menampilkan lebih kemasan krom iaitu pada bahagian belakang yang menghubungkan kedua-dua belah lampu belakang dan juga pada bahagian rel bumbung.
Ia juga dikatakan bakal dijana oleh enjin petrol SkyActiv-G 2.0 liter (155 hp/200 Nm) dan 2.5 liter (184 hp/250 Nm) serta enjin turbo diesel SkyActiv-D 2.2 liter. Kesemua enjin ini mungkin juga ditawarkan dengan kotak gear manual SkyActiv-MT enam-kelajuan atau transmisi automatik SkyActiv-Drive, dengan pilihan sama ada pacuan dua-roda di hadapan atau pun pacuan empat-roda.
Perincian lanjutnya hanya akan didedahkan oleh Mazda ketika penampilan perdana CX-4 ini di Beijing Motor Show 2016 ini.
GALERI: Spyshot Mazda CX-4 |
ETCM lancar Pusat 3S Nissan di Miri | Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini secara rasminya melancarkan Pusat 3S Nissan di Miri yang merupakan pusat 3S yang ke-21 di Malaysia. Ia dirasmikan oleh Datuk Bandar Miri Lawrence Lai Yew Son dan diiringi oleh Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng.
Dengan pelaburan mencecah RM1 juta, ia merupakan pusat sehenti yang menawarkan pengalaman baru di Miri. Ia memudahkan pelanggan untuk memandu uji, membeli rangkaian model Nissan, melakukan penyelenggaran dan mendapatkan alat ganti di bawah satu bumbung.
Pusat 3S ini memiliki keluasan binaan keseluruhan 18,648 kaki persegi. Bilik pamerannya mampu menempatkan sehingga enam buah kenderaan pada satu-satu masa. Manakala pusat servis pula mempunyai lima ruang penyelenggaraan dengan kapasiti servis sehingga 30 buah kenderaan sehari.
Kemudahan ini turut dilengkapi dengan sebuah lounge dan bar minuman, bersama sambungan WiFi.
Pusat 3S ini dikendalikan oleh 20 orang kakitangan jualan profesional bertauliah dan enam orang juruteknik terlatih.
Datuk Dr Ang berkata, “Berpegang terhadap falsafah kami untuk menawarkan keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan, serta pengalaman pemilikan kenderaan Nissan yang lengkap di Miri, ETCM berbangga kerana dapat melabur di bandar yang berkembang pesat ini. Ini demi memastikan Nissan mudah diakses oleh para pelanggan di Miri.”
Sehingga kini, ETCM mempunyai rangkaian 100 buah bilik pameran yang ekstensif melibatkan pengedar dan 60 bengkel Tan Chong Express Auto Service di seluruh negara. |
Lotus Exige Sport 350 tiba di M’sia tidak lama lagi? | Selepas memperkenalkan Lotus Evora 400 pada hujung Januari lalu, Lotus Malaysia dilihat mahu mengekalkan momentum perjalanan mereka di dalam industri ini dengan melancarkan model baharu. Terbaru, menerusi Facebook, Lotus Malaysia seakan memberikan petanda bakal memperkenalkan Exige Sport 350 baharu ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Lotus Exige Sport 350 pertama kalinya melakukan penampilan perdana pada Disember 2015, bagi menggantikan Exige S. Seperti mana Elise Sport dan Elise Sport 220, Exige turut menggunakan nama ‘Sport’ bagi model baharu ini.
Nama bukan setakat satu-satunya perubahan yang dilakukan pada Exige Sport 350. Sebaliknya jentera ini juga 51 kg lebih ringan berbanding model sebelumnya iaitu pada 1,125 kg. Ia didorong oleh penggunaan komponen yang ringan termasuk panel pintu but, bateri dan sebagainya.
Exige Sport 350 dijanakan oleh enjin 3.5 liter supercharged V6 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 345 hp pada 7,000 rpm dan tork 400 Nm pada 4,500 rpm, sama seperti Exige S. Ia juga digandingkan dengan kotak gear manual enam-kelajuan, dan Exige Sport 350 juga mampu mencatatkan masa 3.9 saat bagi pacuan dari 0-100 km/j dan kelajuan maksimum sehingga 274 km/j.
Namun bagi sesiapa yang inginkan transmisi automatik enam-kelajuan (dengan pedal penukar gear), bagi pacuan 0-100 km/j hanya mengambil masa 3.8 saat. Walau bagaimana pun, kelajuan maksimumnya hanya boleh mencapai 261 km/j dan ia juga 5 kg lebih berat berbanding manual.
Pengurangan beratnya juga telah memberikan peningkatan pada pengendaliannya. Malah ia juga diterapkan dengan peredam yang lebih teguh dan geometri yang disemak semula bagi penggayaan aerodinamik jentera ini (mampu menghasilkan 42 kg downforce pada 160 km/j) yang membolehkan Exige Sport 350 ini mencatat rekod pemanduan di litar Hethel sekitar 1 minit 29.8 saat, iaitu 2.5 saat lebih pantas berbanding model sebelum ini. |
Mercedes-Benz A250 Motorsport Edition – RM257k | Boleh dikatakan Mercedes-Benz merupakan jenama premium yang aktif melancarkan model baharu sejak kebelakangan ini. Apatah lagi selepas jenama ini mencatatkan jualan yang cukup memberangsangkan, malah mendahului segmennya, di pasaran tempatan. Beberapa hari lalu, Mercedes-Benz Malaysia telah memperkenalkan dua model pemasangan tempatan (CKD) bagi varian W205 C-Class iaitu Mercedes-Benz C 180 Avantgarde Line dan Mercedes-Benz C 300 AMG Line.
Terbaru, Mercedes-Benz A 250 Motorsport Edition baharu pula menyusul di pasaran tempatan. Dijual pada harga atas jalan RM256,888 (tanpa insurans), varian istimewa ini didatangkan ke Malaysia dengan jumlah unit yang sangat terhad. Jadi sesiapa yang ingin memilikinya, cepat-cepatlah membuat tempahan.
Pada dasarnya, A 250 Motorsport Edition memiliki pertambahan gaya dan elemen aerodinamik daripada varian W176 A 250 Sport, yang dijual pada harga RM238,888. Jadi pertambahan kos sebanyak RM18k adalah melibatkan elemen seperti skim warna hijau pada beberapa bahagian badan luaran seakan warna rasmi pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Formula 1. Selain itu, pakej Aerodinamik termasuk menampilkan aero flics pada bahagian hadapan dan belakang serta sayap belakang yang besar.
Bukan itu sahaja, rim aloi AMG pelbagai-jejari 19-inci turut ditampilkan, iaitu lebih besar daripada A 250 Sporty yang hanya 18-inci. Sebagai tambahan, Motorsport Edition juga menerima kit Night Package, yang menampilkan kekemasan belt-line hitam berkilat.
Di bahagian kabinnya, A 250 Motorsport Edition menggantikan kekemasan AMG Line berwarna merah yang ada pada A 250 Sport pada warna hijau. Malah tempat duduk sport upholstery dengan material kulit pula berwarna hitam dengan gentian mikro Dinamica bersama jaluran hijau. Jahitan berwarna hijau mula diterapkan pada material kulit yang menutupi papan pemuka, roda stereng dan panel pintu.
Selain itu, A 250 Motorsport Edition dengan varian A 250 Sport memiliki banyak persamaan antara satu sama lain. Pada bahagian luaranya, kedua-duanya ditampilkan dengan lampu utama LED Prestasi Tinggi, gril radiator berlian dengan kepingan krom dan penggayaan AMG Line. Manakala persamaan di bahagian kabin pula ialah kedua-duanya turut ditampilkan dengan sistem media Audio 20 CD, skrin paparan lapan-inci, kamera undur dan sistem Bantuan Parkir Aktif.
Sama seperti A 250 Sport, A 250 Motorsport Edition turut dijanakan dengan enjin 2.0 liter empat-silinder pengecas turbo, yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 221 hp dan tork 350 Nm. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik klac-berkembar 7G-DCT yang dipertingkatkan, mampu memacu jentera ini dari 0-100 km/j dalam hanya 6.4 saat (sebelum ini 6.6 saat) dan kelajuan maksimum pula 240 km/j. Suspensi sport talaan-AMG juga turut ditampilkan.
“Ia hanya boleh didapati dalam jumlah unit yang sangat terhad untuk memperingati kejayaan yang dicipta oleh pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula 1, malah Motorsport Edition yang sangat istimewa ini adalah bagi penggemar sukan lumba di Malaysia,” ujar Mark Raine, Timbalan Presiden Jualan dan Pemasaran Kereta Penumpang, Mercedes-Benz Malaysia.
A 250 Motorsport Edition didatangkan dengan pilihan warna Cirrus White, Cosmos Black, Polar Silver dan Mountain Grey.
Mercedes-Benz A 250 Motorsport Edition |
RM1.5 bilion nilai saman dikutip sejak 2010 | Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan 28.4 juta saman trafik dengan nilai kompaun sebanyak RM1.6 bilion sepanjang tahun 2010 sehingga 2015.
Kenyataan itu adalah bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Teresa Kok (DAP-Seputeh) dalam sidang Parlimen yang bertanyakan bilangan kompaun trafik yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 2010 dan bilangan kompaun yang masih belum dibayar oleh pemandu kereta, serta setakat mana peningkatan kompaun trafik dapat mencegah peningkatan kemalangan jalan raya.
KDN menjawab, berdasarkan rekod Sistem Trafik Cops PDRM daripada jumlah itu, sebanyak 14.6 juta saman merupakan saman tertunggak dengan nilai RM1.5 bilion. Di mana sebanyak 13.8 juta saman pula telah dijelaskan bagi tempoh yang sama, laporan Bernama.
Malah KDN turut bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan kadar kompaun jalan raya seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertujuan memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan berhemah semasa memandu.
Kementerian itu turut menyatakan nilai kompaun maksimum tidak pernah dikaji sejak Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dikuatkuasakan 29 tahun lalu. |
Proton tawar rebat tunai – untuk Saga, Persona, Preve, Suprima S dan Iriz, diskaun sehingga RM6.2k | Dalam bulan ini sahaja, beberapa pengeluar kereta turut mengadakan kempen jualan dengan menawarkan pelbagai promosi hebat. Antaranya Honda dengan penjimatan sehingga RM8k untuk semua model, Volkswagen dengan jualan penghabisan stok ‘Drop Everyting’ (diskaun sehingga RM53k untuk model Passat, Jetta dan Polo hatch 2014/2015) dan Kia bersama kempen ‘K Surprise’ (bonus sehingga RM16k termasuk tiga tahun servis percuma untuk model sedan).
Terbaru, Proton turut mengumumkan kempen jualan hebat bagi lima modelnya iaitu Saga, Persona, Preve, Suprima S dan Iriz. Bagi Saga, penjimatan sehingga RM2,500, Persona RM3,500, RM5,000 untuk Preve dan Suprima S serta RM6,200 bagi Iriz.
Menurut Proton, tawaran rebat tunai ini adalah antara program Ganjaran Kesetiaan, di mana terdapat insentif tambahan sehingga RM3,000 bagi pelanggan Proton sedia ada yang ‘trade in’ kereta mereka dengan model baharu Proton,
Walau bagaimana pun, Proton tidak mengulas lebih lanjut mengenai campuran rebat tersebut (contoh RM6,200 untuk Iriz + Ganjaran Kesetiaan RM3,000 = RM9,200), tetapi menerusi Program Kesetiaan 2015, pemiliki kenderaan Proton sedia ada yang ‘trade in’ kereta mereka akan menerima RM100 bagi setiap tahun mereka memiliki kereta tersebut.
Pada Februari lalu, Proton telah mengumumkan penstrukturan harga kereta baharu yang rata-ratanya mengalami peningkatan harga antara RM312 hingga RM2,024, iaitu sehingga 4.6%. Senarai baharu harga kereta proton adalah seperti di bawah: |
Kempen Kia K Surprise Series tawar bonus sehingga RM15k, servis percuma tiga tahun, serta hadiah lain | NAZA KIA Malaysia, pengedar rasmi kenderaan KIA di Malaysia melancarkan kempen terbaharu mereka – ‘K Suprise Series’ – untuk menarik pelanggan baru.
Untuk masa yang terhad, pembeli kereta baru akan menikmati bonus sehingga RM15,888 dan juga servis penyelengaraan percuma selama tiga tahun untuk model terpilih. Servis percuma selama tiga tahun atau bersamaan 60,000 km tersebut adalah termasuk kos buruh dan alat ganti (pelanggan perlu menepati jadual servis untuk terus menikmati promosi ini). Kempen ‘K Suprise Series’ ini akan meliputi pembelian model Rio Sedan, Cerato K3, dan juga Optima K5.
Selain dari bonus pembelian, pelanggan yang memandu uji model Kia di bilik pameran juga bakal diberikan peluang untuk memenangi tiket perlawan bola sepak Euro 2016 di Perancis menerusi cabutan bertuah ‘Kia Lucky Drive to France‘. Setiap pelanggan yang memandu uji sebarang model Kia akan menerima kupon cabutan bertuah dan berkelayakan secara automatik untuk menyertai pertandingan ini. Kesemua pemenang akan diumumkan pada bulan Mei 2016. |
NAP dan FTA mampu lonjakkan daya saing industri automotif di peringkat antarabangsa – Madani | Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Industri Automotif Malaysia (MAI), Madani Sahari, telah menyatakan bahawa Dasar Automotif Nasional (NAP 2015) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) mampu mempertingkatkan lagi daya saing dalam sektor automotif Malaysia ke peringkat global.
Menerusi ruangannya di New Straits Times, beliau berkata Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang ditandatangani baru-baru ini membolehkan pengeluar kenderaan tempatan bersaing dalam skala global adalah topik yang banyak dibincangkan. Walau bagaimana pun, dengan adanya 30 juta populasi di Malaysia yang mewakili pasaran yang agak kecil, turut bergantung pada cara ia membangun dan memperluaskan industri automotif tempatan.
“Adalah penting untuk merangkumkan perubahan yang sedang dibentuk di peringkat sejagat, dengan pasaran dunia lebih terbuka, pengguna akan lebih terkesan dan ini turut mempengaruhi kesan persekitaran pengeluaran,” ujarnya. Dengan itu, beliau turut berkata persaingan perlu dipertingkatkan dalam semua aspek termasuk sosial, ekonomi atau pentadbiran.
Mengenai topik bagi NAP 2014, Madani menjelaskan, semakan ketiga yang diumumkan adalah memfokuskan pada daya saing di peringat global termasuk keseluruhan eko-sistem di dalam industri automotif Malaysia, yang memacu kepada tiga perkara iaitu pelaburan insentif, pembangunan teknologi dan memperluaskan pasaran.
“Ketiga-tiga perkara tersebut memiliki kebergantungan dengan kuasa-kuasa pasaran global untuk meningkatkan pemain-pemain automotif tempatan ke arah satu kuasa yang lebih besar di peringat global,” ujarnya. Beliau turut menjelaskan penambahan pelaburan dari pelaburan langsung asing (FDI), akan membenarkan pemain-pemain industri tempatan untuk menjadi satu kuasa lebih besar di peringkat global dengan menggunakan tenaga dan keupayaan tempatan.
Bagi pembangunan teknologi pula, beliau berkata kemasukan teknologi yang jauh lebih cekap mampu direalisasikan apabila tenaga kerja tempatan mampu bekerjasama dengan pakar teknologi tersebut dari seluruh dunia. Sebagai memperluaskan lagi pasaran, Madani berkata ia boleh direalisasikan sekiranya “sekatan eksport dihapuskan” bagi memperluaskan lagi pasaran.
Berkenaan dengan topik Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), ia juga akan membawakan peluang bagi penyertaan di dalam ekonomi global, yang sangat diperlukan bagi pembangunan di dalam industri automotif Malaysia, jelas Madani. Beliau memberi contoh, bas elektrik buatan tempatan, yang dibangunkan atas usaha sama Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia adalah salah satu kesudahan yang baik.
Selain itu, beliau turut memberikan contoh, “Sektor pembuatan komponen kenderaan Malaysia juga patut diberi perhatian dan telah diliberalisasikan sepenuhnya.” Hasilnya, nilai eksport telah berkembang dari RM1 bilion ke RM12 bilion pada tahun 2015. Dalam masa yang sama, beliau juga berkata, pihaknya telah memberikan sepenuhnya sokongan dan galakan kepada pemain industri tempatan untuk menyertai pasaran liberalisasi ini.
Malah Madani turut menyarankan supaya industri automotif menyertai pasaran liberalisasi secara beransur-ansur dan melengkapkannya dengan program bagi meningkatkan daya saing di kalangan pemain industri tempatam. Terdapat enam pelan cadangan yang dilancarkan pada NAP 2014 laly, termasuk memberikan tumpuan terhadap pembangunan Kenderaan Jimat Tenaga (EEV). |