title
stringlengths
26
159
content
stringlengths
414
63.9k
Cadangan membenarkan Mat Rempit berlumba di jalan raya Kuala Lumpur tidak akan dilaksana – Menteri
Cadangan Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menutup sebahagian jalan di Bandaraya Kuala Lumpur seminggu sekali untuk membenarkan Mat Moto berlumba secara sah mendapat tentangan berterusan, kali ini dari pihak Menteri dan pegawai kerajaan sendiri. Dalam laporan The Star, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tong Lai berkata jalan awam bukan tempat yang betul untuk diadakan perlumbaan, kerana ianya merupakan aktiviti yang ekstrem. Apa-apa acara perlumbaan perlu diadakan di atas litar perlumbaan yang lengkap dan menepati beberapa ciri keselamatan yang diperlukan, kata beliau, dan cadangan terbabit akan dibincangkan kemudian. “Kelajuan boleh membunuh. Pergi ke litar perlumbaan untuk berlumba dan bukan di kawasan awam,” jelas beliau. Liow juga turut menyokong cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen memandu, dan mengalu-alukan cadangan yang lebih membina untuk menjadikan jalan raya tempat yang lebih selamat. ” Pelbagai program dijalankan seperti MyLesen untuk membolehkan pengguna jalan raya mendapatkan lesen,” kata beliau. Dalam laporan yang lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong berkata cadangan untuk membenarkan atau memberikan tempat untuk Mat Rempit berlumba tidak akan dilaksanakan, terutama didaerah tumpuan pusat perniagaan di dalam Kuala Lumpur. “Jika ia mendatangkan gangguan dan suasana bising yang sama di kawasan awam, masalah ini akan kekal sama dan orang awam tidak akan berasa gembira. Ia juga akan mendatangkan kesan buruk dan membahayakan kehidupan seharian. Adakah anda mengatakan jika tidak dapat melawan mereka, sertai mereka? saya tidak berfikir sedemikian,” jelas beliau. Wee menambah Mat Rempit ini perlu diberi pendidikan nilai-nilai murni, daripada membenarkan mereka berlumba. Tambahan pula, memberikan tempat untuk mereka berlumba bukan poin yang utama kerana ia bukan keseronokan yang Mat Rempit ini cari. “Jika diberi stadium sekalipun untuk mereka, mereka tidak berminat. Mereka mahu aksi mereka ditonton orang ramai dan ini sangat penting bagi mereka, walaupun ianya sangat merbahaya dan berisiko tinggi. Mereka sukakannya. Ini merupakan sikap dan mentaliti kebanyakkan Mat Rempit,” ujarnya.
Tiada lanjutan kempen Bayaran Kompaun Trafik MBPJ
Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, mengesahkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak akan melanjutkan tarikh akhir kempen Bayaran Kompaun Trafik yang diberi kadar diskaun. Ia telah pun dilancarkan sejak 1 Disember tahun lalu dan berakhir hari ini. Menerusi laporan The Sun, Mohd Azizi berkata, orang ramai telah diberikan masa yang cukup untuk menyelesaikan bayaran trafik tertunggak tersebut. MBPJ juga mempunyai sistem operasi yang berfungsi sepenuhnya dan mampu mengatasi aliran masuk orang ramai yang membayar kompaun berkenaan. “Saya telah mengarahkan jabatan perbendaharaan untuk membuka semua kaunter bayaran, dan jika perlu kaunter tambahan juga akan dibuka untuk urusan pembayaran kompaun trafik tersebut,” ujarnya. Pihak berkuasa tempatan tersebut juga telah membuka kaunter bayaran pada hujung minggu untuk memberikan peluang kepada orang ramai menyelesaikan saman trafik masing-masing dengan kadar diskaun yang diberikan. Hari ini, 29 Februari, merupakan hari terakhir bagi membayar kompaun trafik dengan kadar diskaun. Menurut Mohd Azizi lagi, bagi yang gagal menyelesaikan bayaran saman tersebut, nama mereka akan diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan selanjutnya.
Imej awalan prototaip Honda Civic Hatchback tersebar
Civic generasi ke-10 yang dikatakan Civic terbaik pernah di bina Honda belum lagi dilancarkan di Malaysia, tetapi pelbagai berita sensasi berkaitan prestasi serta pelbagai variannya berterusan tersebar di peringkat global. Terkini, gambar Civic varian hatchback yang dikhabarkan akan dipertontonkan prototaipnya di Geneva Motor Show 2016 minggu hadapan telah bocor di alam maya. Gambar yang telah disiarkan oleh pihak CarScoop tersebut memperlihatkan bahagian belakang kereta tersebut direka dengan ‘overhang’ yang pendek. Civic ini mungkin bakal dijadikan platform untuk Civic Type-S seperti diumumkan Honda sebelum ini yang bakal berhadapan saingan seperti Volkswagen Golf GTI dan Ford Focus ST. Manakala persaingan di peringkat yang lebih tinggi melibatkan Golf R dan Focus RS akan diambil oleh Civic Type-R. Honda telah mengesahkan Civic Hatcback dengan spesifikasi standard akan masuk ke pasaran Eropah pada awal 2017 dijana enjin petrol VTEC Turbo 1.0 liter (127 hp/200 Nm) dan enjin petrol VTEC Turbo 1.5 liter (201 hp/260 Nm). Seperti juga untuk pasaran Civic sedan di Amerika Syarikat, model hatchback ini berkemungkinan akan dilengkapi sama ada dengan kotak gear CVT auto atau manual enam-kelajuan.
Perodua Alza Infinite Concept, kereta konsep Perodua untuk KLIMS 2010 disalah anggap sebagai Alza baharu
New Alza Posted by Daihatsu (MIRA) on Saturday, 27 February 2016 Berikutan gambar viral Perodua Alza baharu yang disebarkan melalui media sosial baru-baru ini, sebenarnya MPV tersebut bukanlah Perodua Alza baharu. Gambar yang diambil dengan kain penutup hitam disekeliling kereta tersebut kelihatan seperti baru dibuka seolah-olah ianya gambar ‘spyshot‘ yang telah ‘bocor’ ke alam maya. Kereta tersebut sebenarnya ialah Perodua Alza Infinite Concept yang dipamerkan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010, bersama kereta konsep Perodua Bezza. Alza tersebut menerima kit badan yang lebih lebar, rim yang besar dan direndahkan ketinggiannya. Gril hadapan dan liang kemasukan kelihatan lebih menonjol apabila garisan pada keliling gril tersebut diwarnakan dengan warna oren, begitu juga warna pada roda dan diffuser belakang. Pada bahagian belakang, tulisan ‘Perodua’ besar dengan jarak lebar ditempatkan di atas ruang plat nombor pendaftaran. Pada bahagian dalaman, pihak Perodua telah menggantikan kesemua tiga baris tempat duduk asal dengan tempat hanya empat duduk jenis bucket, serta bahagian penumpang paling belakang diletakkan dengan pembesar suara dan tablet. Papan pemuka dan roda stereng dibalut dengan bahan seperti alcantara. Terdapat juga suis penghidup jenis ‘push start‘ di bahagian kanan jejari roda stereng. Jika ini merupakan produksi baru Perodua Alza, sanggupkah anda membeli MPV yang pada asalnya mempunyai tujuh-tempat duduk ini dengan hanya empat tempat duduk serta ruang kargo yang penuh dengan pembesar suara? Perodua Alza dilancarkan pada November 2009, facelift terbaru model ini telah masuk ke pasaran sejak Januari 2014.
Lebuhraya Pan Borneo diharap kurangkan kemalangan
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah mampu membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di negara ini. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Abd Ghafar Yusof, pembinaan lebuh raya itu sudah tentu akan menambah baik jalan raya di Sarawak yang keadaannya beralun disebabkan dibina di atas laluan tanah berpaya dan tanah gambut, laporan Bernama. Selain berpunca daripada sikap pemandu, keadaan jalan raya dan kenderaan turut menjadi penyumbang kepada kemalangan. “Kita harap dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini, sebahagian besar daripada masalah jalan beralun dapat diselesaikan dan seterusnya membantu mengurangkan kemalangan maut,” katanya. Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer yang menelan belanja RM29 bilion itu akan menjadi laluan utama menghubungkan Sarawak dan Sabah. Abd Ghafar turut berkata sekiranya tiada tindakan diambil untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang 2020, jumlah kematian yang diunjurkan lebih 6,000 orang dijangka meningkat kepada lebih 10,000 orang di seluruh negara. Beliau berkata sasaran JKJR melalui pelan keselamatan jalan 2014-2020 adalah mengurangkan kadar kematian kepada 5,000 orang atau lebih rendah.
Pemakaian tali pinggang keledar, topi keledar perlu dikuatkuasa secara tegas dan berterusan – MIROS
Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pemakaian tali pinggang keledar dan topi keledar perlu dikuatkuasa secara tegas dan berterusan untuk mencegah kemalangan maut, menurut laporan Bernama. Katanya lagi, untuk mencapai kesan jangka panjang, tindakan penguatkuasaan yang berterusan terhadap pemakaian tali pinggang keledar dan topi keledar perlu ditingkatkan serta lebih menonjol menerusi publisiti. Lee turut meminta pemasaran sosial dipertingkatkan dengan memberi tumpuan terhadap inisiatif advokasi serta program berasaskan komuniti kepada pengguna jalan raya mengenai faedah memakai tali pinggang keledar dan topi keledar. Tambahnya lagi, pendidikan keselamatan jalan raya juga perlu untuk pelajar sekolah serta kurikulum lesen memandu. Dalam masa yang sama, beliau turut menggalakkan pengeluar kenderaan memasang peringatan memakai tali pinggang keledar di tempat duduk hadapan dan belakang. Menurut Lee, pada 2014, MIROS membuat kajian mengenai pemakaian tali pinggang keledar di seluruh negara dan hasilnya mendapati pemandu mencatat kadar pematuhan 81.7% diikuti penumpang hadapan dan belakang yang masing-masing merekodkan 68.1 dan 86%. Sementara itu, katanya kajian dibuat MIROS pada 2015 mendapati kadar pemakaian topi keledar di Malaysia adalah 73%.
Laluan skyway untuk haiwan liar bakal dibina di LPT2
Cadangan Kementerian Kerja Raya untuk membina laluan skyway di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan binatang liar melintas jalan di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), disambut baik oleh kerajaan Terengganu. Menurut laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu Ir Rosli Othman berkata perkara ini akan dirundingkan bersama beberapa pihak berkenaan sebelum melaksanakannya. “Pada dasarnya Menteri Besar Terengganu bersetuju dengan cadangan pembinaan laluan udara itu namun kajian rapi mengenainya akan dilakukan terlebih dahulu oleh pihak berkenaan, termasuk membabitkan kos yang besar bagi tujuan pembinaan tersebut. “Beberapa pihak seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Kerja Raya akan melakukan kajian mengenai cadangan pembinaan itu,” katanya. Walau bagaimana pun, beberapa aspek juga perlu dikaji termasuk lokasi cadangan pembinaan laluan udara yang menjadi tumpuan haiwan liar di LPT2 yang sepanjang 180 kilometer itu. Cadangan pembinaan laluan udara itu dicadangkan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof ketika melawat LPT2 baru-baru ini. Sebelum ini, beberapa kes kemalangan jalan raya dilaporkan di sepanjang LPT2 membabitkan kematian beberapa ekor haiwan liar seperti harimau belang dan tapir. Dalam perkembangan berkaitan Rosli berkata LLM melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pagar untuk memastikan pagar di sepanjang LPT2 tidak diroboh atau dirosakkan penternak haiwan. Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri akan mengadakan sesi penerangan kepada semua penternak haiwan supaya tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran di LPT2 atau berdepan tindakan kompaun.
Volkswagen Cares untuk pelanggan dilancarkan
Volkswagen Malaysia telah melancarkan program Volkswagen Cares yang pertama iaitu satu siri bengkel kereta secara percuma yang eksklusif untuk para pemilik kenderaan Volkswagen. Ia dianjurkan di Volkswagen Wearnes Sg Besi dan telah dihadiri oleh 12 orang pemilik kenderaan Volkswagen. Program Volkswagen Cares dibangunkan sebagai usaha untuk meningkatkan dan menambah baik pengalaman pemilikan pelangan Volkswagen. Program percuma ini akan dianjur dan dijalankan oleh para pengedar Volkswagen yang mengambil bahagian untuk para pelanggan masing-masing. Sesi pada hari ini dikendalikan oleh Alex Chen, Pengurus Servis, Simon Chin, Penolong Pengurus Wearnes Automotive dan Charles Lim, Pengurus Besar perkhidmatan selepas jualan Wearnes Automotive. Sesi yang terdiri daripada dua bahagian itu melibatkan silibus yang bersifat teori. Ia merangkumi aspek keselamatan, tip-tip menjimatkan bahan api, langkah-langkah keselamatan anak-anak yang betul serta apa yang perlu dilakukan dalam situasi kecemasan. Malah, penerangan lanjut mengenai perbezaan ciri yang ada pada kenderaan Volkswagen dan bagaimana ia boleh digunakan sepenuhnya untuk manfaat para pemiliknya juga ada diberikan. Demonstrasi secara amali berkaitan tip-tip penyelenggaraan dan pemeriksaan mudah turut ditunjukkan oleh juruteknik selepas jualan yang terlatih. Selain itu, topik mengenai keselamatan dan penjimatan bahan api turut dibawakan. Begitu juga dengan aspek keselamatan seperti kawalan kelajuan, ABS, EBD dan ESP, turut diperbincangkan. Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Volkswagen Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan inisiatif ini. Kami percaya dengan memperkasakan para pemilik dengan pengetahuan, kesedaran dan ilmu yang betul bersama usaha Volkswagen, kami mampu meningkatkan pengalaman pemilikan mereka secara keseluruhannya.”
GALERI: Mazda CX-5 2016 facelift 2.5L 2WD CKD
Mazda CX-5 facelift CKD kini telah tiba di bilik pameran. Untuk varian 2.5L 2WD sedikit perubahan dilakukan untuk menyegarkan kembali model ini dalam pasaran. Pada bahagian luaran, gril pada bampar hadapan telah digantikan rekaan baharu lima-bar, diapit dengan lampu hadapan LED automatik bersama sistem lampu hadapan adaptif. Lampu nyalaan siang LED dan juga lampu kabus yang lebih kecil. Rim 17-inci pada model CBU terdahulu kini digantikan dengan rim aloi 19-inci dibaluti tayar 225/55R19. Tetapi untuk unit CKD ini, hanya rim berwarna perak ditawarkan berbanding rim dua-ton untuk pasaran negara lain. Pada bahagian belakang perubahan yang dapat disaksikan adalah pada lampu belakang LED baharu. Pada bahagian dalaman, sebahagian besar ciri-cirinya tidak berubah. Tetapi model ini telah dilengkapi dengan sistem infotaimen MZD Connect dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci dan suis Commander Control. Sistem infotainmen ini juga dilengkapi juga dengan sistem navigasi. Ciri mewah yang ditampilkan termasuk tempat duduk larasan elektrik (pemandu sahaja), serta lampu dan penggilap cermin automatik. Kini trim pada papan pemuka datang dengan warna perak (berbanding hitam pekat sebelum ini). Terdapat balutan kulit pada trim di sekeliling unit MZD Connect dan barisan suis penghawa dingin, pedal penukar gear dan brek parkir elektronik juga kini direka semula. CX-5 2.5L facelift ini dijana dengan enjin petrol 2.5 liter SkyActiv-G empat-silinder pancitan bahan api terus, berkuasa 184 hp pada takat 5,700 rpm dan tork maksima 250 Nm pada takat 3,250 rpm. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan automatik SkyActiv Drive (dengan penukar mod Sport), memacu roda hadapan. Untuk ciri keselamatan, CX-5 kekal dengan enam beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek, pemantau tekanan angin tayar, isyarat berhenti kecemasan, Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dan kawalan cengkaman. Mazda CX-5 2.5L 2WD dijual pada harga RM154,766.70 (solid) dan RM155,166.70 (metalik). Model 4WD turut ditawarkan dengan harga RM166,266.70 (solid) dan RM166,666.70 (metalik). Model CKD ini dijual dengan harga RM10,000 lebih murah jika dibandingkan dengan model CBU. Untuk mereka yang ingin membeli model 2.0L, dua varian ditawarkan iaitu GL and GLS, dengan harga yang seperti sebelum ini – RM128,375.50 (solid) dan RM128,775.50 (metalik), kini berharga RM142,375.50 (solid) dan RM142,775.50 (metalik). Semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran. GALERI: Mazda CX 2016 facelift 2.5L CKD
Mitsubishi Outlander di Malaysia – CBU, 2.4L, RM167k
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini telah mengambil kesempatan untuk mempertontonkan SUV Mitsubishi Outlander serba baharu sebelum pelancaran sebenar pada April hadapan. Dalam masa yang sama turut mengesahkan tempahan bagi SUV ini telah dibuka secara rasmi. Outlander SUV ini didatangkan dengan harga pengenalan atas jalan eksklusif RM166,720.00 (termasuk GST dan tanpa insurans) bagi kenderaan yang ditempah dan didaftarkan sebelum 31 Mei 2016. Ia juga ditawarkan dengan pakej waranti selama lima tahun atau 100,000 km, yang mana tiba terlebih dahulu. Hanya terdapat dalam varian 4WD, kenderaan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun ini dipadankan dengan enjin petrol 2.4 liter Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control (MIVEC) yang memberikan kuasa maksimum 169 hp pada 6,000 rpm dan kuasa tork maksimum 222 Nm pada 4,100 rpm. Kuasa dari enjin dihantar ke keempat-empat roda menerusi kotak gear automatik CVT dan sistem pacuan empat-roda Mitsubishi Multi-Select. Sistem tersebut membolehkan pemandu memilih tiga mod pemanduan iaitu 4WD ECO, 4WD Auto, dan 4WD lock. Gandingan enjin dan sistem transmisi ini mampu membuatkan Outlander 2016 ini mencapai kecekapan bahan api 12.8 km/l jika mod 4WD Eco dipilih. Imej hadapan Outlander ini direka dengan konsep ‘Dynamic Shield’ Mitsubishi yang terbaharu yang menampilkan elemen krom yang menghubungkan lampu hadapan dan lampu kabus serta liang kemasukan hadapan. Mengikut trend kereta baharu di pasaran, Outlander ini dilengkapi lampu hadapan LED berserta lampu nyalaan siang LED bina dalam, bumbung matahari dan roda aloi 18-inci dua-tona yang dibaluti tayar bersaiz 225/55R18. Pada bahagian dalam pula, ditampilkan sistem infotainmen dengan skrin sesentuh, dan suis kawalan penghawa dingin dua-zon diletakkan di bahagian tengah papan pemuka. Suis kawalan sistem infotainmen, telefon dan kawalan kelajuan turut dilengkapi pada roda stereng Outlander serba baharu ini. Bagi pengendalian yang lebih sporty, pedal penukar gear turut ditampilkan. Kesemua tempat duduk dibaluti kulit rona hitam. Tiada sistem brek parkir elektronik ditampilkan pada model ini, Outlander masih lagi menggunakan tuil brek tangan konvensional. Outlander baharu ini menyediakan ruang kargo yang agak besar berkapasiti 1,608 liter (setelah tempat duduk barisan ketiga dilipat). Ia juga menampil pintu tailgate belakang yang berfungsi secara elektronik. Untuk ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan semua ciri terkini termasuk tujuh-beg udara, Kawalan Stabiliti Aktif (ASC),Kawalan Aktif Mula Terjahan (ASTC) Bantuan Mula Mendaki (HSA), ABS berserta EBD dan Bantuan Brek (BA). SUV ini juga dilengkapi sistem kunci pintar yang membolehkan pengguna membuka kunci pintu dan menghidupkan enjin dengan butang penghidup tanpa mengeluarkan kunci dari poket. Tiga pilihan warna disediakan iaitu Merah Metalik, Putih Mutiara dan Kelabu Metalik. Jadi, adakah Outlander baharu ini menarik perhatian anda? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah.
VIDEO: Iklan komersil Honda Civic 2016 bagi pasaran Thailand dan foto-foto di bilik pameran
Seperti mana yang diketahui, Honda Civic 2016 baharu telah pun dilancarkan di Thailand. Ini merupakan model pertama Honda yang dipasang di kilang baharu Honda yang terletak di Prachin Buri. Malah ini juga merupakan Civic generasi ke-10 yang diperkenalkan di pasaran Asia bersama dua pilihan enjin iaitu 1.8 liter i-VTEC dan 1.5 liter VTEC Turbo, dengan harga dari 869,000 baht (RM100,800) ke 1.19 juta baht (RM139,100). Tidak seperti di Amerika Syarikat, enjin asas di Thailand ialah 1.8 liter i-VTEC empat-silinder dengan kuasa 141 hp pada 6,500 rpm dan tork 174 Nm pada 4,300 rpm. Malah di sana juga ada pilihan enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan kuasa 173 hp pada 5,500 rpm dan tork 220 Nm antara 1,700 dan 5,500 rpm. Kedua-dua enjin dipadankan dengan Transmisi boleh laras berterusan (CVT) bagi menggantikan kotak gear auto lima-kelajuan yang lama. Civic 2016 ini ditampilkan dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED dan rim aloi 16-inci. Bagi 1.8 EL pula terdapat lampu kabus dan pemegang pintu krom. Manakala varian Turbo pula menerima roda 17-inci dan dua ekzos, sementara bagi RS pula dipadankan dengan lampu utama LED sepenuhnya, lampu kabus LED, bampar hadapan yang lebih sporty dan gril (dengan bar hitam pekat bersambung dengan lampu utama) dan spoiler belakang. Manakala bahagian dalamnya pula dilengkapi dengan kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin adalah standard, bersama Kawalan Penghidup Enjin yang juga ada pada Accord facelift. Turut dilengkapi dengan penghawa dingin automatik, roda stereng pelbagai fungsi, brek parkir elektronik, paparan tengah lima-inci dan sambungan Bluetooth. Bagi varian 1.8 EL, ada pertambahan elemen termasuk kawalan kelajuan, lampu utama automatik, Walk Away Auto Lock (yang boleh mengesan kunci bergerak jauh dari kenderaan dan pintu akan terkunci secara automatik), tempat duduk pemandu berkuasa dengan pelarasan lapan-cara, kulit upholstery, paparan instrumen LCD TFT, sistem hiburan skrin sesentuh tujuh-inci dengan Apple CarPlay dan Siri Eyes Free, sistem bunyi lapan-speaker dan kamera undur. Manakala varian Turbo pula menerima semua elemen di atas termasuk bilah pengilap cermin automatik, tempat duduk penumpang hadapan berkuasa dengan empat-cara pelarasan dan kawalan suhu dua zon. Manakala untuk Turbo RS pula, elemen tambahan yang ditampilkan ialah cermin pandang belakang anti-silau, pedal penukar gear di belakang roda stereng dan pedal aloi. Bagi kit keselamatan standard pula termasuk dua beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan Bantuan Mula Mendaki. Hanya model Turbo RS menerima enam beg udara, pengingatan pemakaian tali pinggang penumpang hadapan dan Honda Lane Watch. Foto di bawah ini adalah Civic 1.8 EL yang dipamerkan di bilik pameran Honda di Thailand, dirakamkan oleh pembaca Boon di di negara berkenaan. GALERI: Honda Civic 2016, spesifikasi Thai
Spesifikasi Haval H2 1.5L Dignity didedah
Menjelang pelancarannya yang dijangkakan pada suku kedua tahun ini, Haval Malaysia telah mengeluarkan spesifikasi rasmi Haval H2 2WD Dignity – SUV Segmen-C yang bakal berhadapan pesaing seperti Hyundai Tucson, Kia Sportage, Honda CR-V dan Mazda CX-5. Pada NST-MAI ASEAN Auto Show tahun lalu, H2 2WD Dignity ini telah dipamerkan, dan dijangka bakal dijual untuk pasaran Malaysia pada masa akan datang. H2 berukuran 4,335 mm panjang 1,814 mm lebar dan 1,695 mm tinggi, dengan jarak roda berukuran 2,560 mm. Dari segi dimensi, saiz H2 agak kecil jika dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya dari Korea dan Jepun. H2 dikuasakan dengan enjin petrol 1.5 liter 4G15B empat-silinder dual-VVT dengan pengecas turbo berupaya menjana sejumlah 147 hp pada takat 5,600 rpm dan tork maksima 210 Nm bermula 2,200 rpm hingga 4,500 rpm. Kesemua kuasa ini dihantar pada kedua-dua roda hadapan sahaja melalui kotak gear automatik enam-kelajuan. Klik untuk besarkan imej Pada bahagian luaran, crossover ini dipadankan dengan lampu hadapan halogen automatik dengan lampu nyalaan siang LED bina dalam, lampu nyalaan siang tambahan yang terletak di sudut bawah bampar hadapan, bumbung matahari, cermin sisi berkuasa elektrik disertakan dengan lampu ‘puddle‘, lampu kabus belakang, dan antena radio berbentuk-sirip yu. Dibahagian dalaman pula, tempat duduk pemandu boleh dilaras dengan larasan elektrik enam-cara, manakala untuk tempat duduk penumpang hadapan hanya boleh dilaras secara konvensional. Kesemua tempat duduk dan roda stereng dibalut dengan kemasan kulit. Terdapat juga butang kawalan multimedia dan Kawalan Kelajuan dilengkapkan pada roda stereng. Turut dipadankan meter trip dengan skrin TFT berwarna 3.5 inci, paparan instrumen rekaan 3D, sistem kunci pintar dengan suis penghidup tekan dan kamera undur dilengkapi radar. Unit infotaimen dengan paparan skrin sesentuh dipasang ditengah papan pemuka untuk memainkan media pilihan, dengan pelbagai input seperti Bluetooth, USB, AUX, dan MP5. Penghawa dingin juga menampilkan ciri terkini dengan sistem dua-zon dan lampu ambien turut dilengkapi dalam kabin H2 ini. Klik untuk besarkan imej Untuk sistem keselamatan pula, H2 dilengkapi dengan enam unit beg udara, Program Stabiliti Elektronik, ABS berserta EBD dan BA. SUV ini turut dilengkapi dengan Sistem Visual Titik Buta FRH, Sistem Pantauan Tekanan Angin Tayar (TPMS) dan juga cermin pandang belakang anti-silau. Haval Malaysia belum lagi membuat apa-apa pengumuman berkenaan harga jualan H2 ini buat masa sekarang. Pilihan warna untuk bahagian luaran dan dalaman juga masih belum diumumkan. Berdasarkan pada laman web rasmi Haval Malaysia, ia memaparkan bahagian luaran kereta ini akan menerima warna dua tona, dengan pelbagai warna berbeza disediakan untuk bahagian dalaman.
Mazda BT-50 facelift dilancarkan – harga bermula RM105k untuk varian 2.2L hingga RM116k untuk 3.2L
Setelah diperkenalkan di Thailand Julai tahun lalu, Mazda BT50 versi faceliftkini dilancarkan untuk pasaran Malaysia oleh pihak Bermaz Motor. Seperti model sebelum ini, BT-50 hanya ditawarkan dengan varian badan cab berkembar dan dua opsyen enjin turbodiesel iaitu 2.2 liter dan 3.2 liter. Enjin MZ-CD 2.2 turbodiesel empat silinder menghasilkan kuasa 150 hp pada takat 3,700 rpm dan tork maksima 374 Nm pada takat 2,500 rpm. Walaupun dibina berdasarkan Ford Ranger facelift, BT-50 2.2 liter tidak mendapat kuasa yang sama seperti Ranger yang berkuasa 158 hp dan tork maksima 385 Nm. Opsyen enjin yang kedua pula ialah enjin 3.2 liter lima-silinder sebaris (MZ-CD 3.2) dengan kuasa maksima 200 hp pada takat 3,000 rpm dan tork maksima 470 Nm pada takat 2,500 rpm. Kedua-dua enjin dilengkapi sistem pancitan terus commonrail bersama pengecas turbo geometri bervariasi. Sistem pacuan empat-roda adalah standard pada model 2.2L dan juga 3.2L. Walaubagaimana pun, kotak gear enam kelajuan manual seperti pada varian 2.2L sebelum ini tidak lagi disediakan. Ini bermakna tiada lagi spesifikasi pertengahan dan tinggi pada model ini dan BT-50 hanya boleh didapati dengan hanya transmisi automatik enam-kelajuan. Klik untuk besarkan BT-50 menerima rekaan yang dikemaskini seiring dengan falsafah Kodo – Soul of Motion Mazda, menampilkan gril hadapan, lampu hadapan halogen (dengan fungsi automatik on/off), lampu belakang dan roda aloi 17-inci rekaan baharu yang lebih segar. Kesemua roda aloi dibaluti tayar bersaiz 265/65R17. Bahagian dalaman kelihatan tidak banyak berbeza dari model sebelum ini. Sistem audio standard dengan input Bluetooh, USB, CD dan AUX dihubungkan kepada enam unit pembesar suara. Penghawa dingin juga kekal dengan sistem dua-zone dan kesemua tempat duduk dibalut dengan hanya pilihan fabrik. Perbezaan ciri-ciri pada varian 2.2L dan 3.2L hanyalah pada sistem kamera undur di mana model 2.2L tidak disertakan dengan ciri tersebut (varian 2.2L sebelum ini masih dilengkapi kamera undur). Paparan imej visual kamera tersebut tidak pamerkan pada skrin di papan pemuka, sebaliknya muncul di cermin pandang belakang bahagian tengah. Untuk keselamatan, BT-50 kekal dengan dua beg udara, dan standard didatangkan dengan sistem ABS,EBD dan BA. Selain itu ia juga turut dilengkapi dengan bantuan elektronik lain termasuk Kawalan Menurun Bukit, Stabiliti Dinamik dan juga Kawalan Cengkaman. BT-50 dijual pada harga bermula RM105,477.70 untuk model 2.2L hingga RM116,836.10 untuk model 3.2L. Berbanding dengan model sebelum facelift, harga untuk model baharu ini meningkat sebanyak RM13,600 untuk kedua-dua model. Kesemua harga yang dipaparkan adalah harga atas jalan tanpa insuran, termasuk dengan waranti tiga tahun atau 100,000 km yang mana sampai dahulu, dan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000 km yang mana sampai dahulu.
MRT: Penutupan sementara di Jln Semantan, arah PJ
Bagi sesiapa yang melalui Jalan Semantan-Lebuhraya Sprint, satu penutupan jalan sementara berlangsung mulai hari ini (14 Mac) hingga 21 Mac ini dari jam 10 malam hingga 5 pagi pada setiap hari. Penutupan jalan itu melibatkan lorong kiri selepas susur keluar Jalan Damansara Endah, berhadapan dengan Wisma UN, arah PJ. Penutupan jalan ini adalah bagi kerja-kerja membuka tembok penahan sementara di stesen MRT Semantan. Sepanjang penutupan itu, hanya dua lorong sahaja yang dibuka untuk laluan trafik. Sila patuhi papan tanda isyarat jalan dan pandu dengan lebih berhemah di kawasan terbabit.
Mazda CX-4 bakal membuat penampilan sulung global hujung April ini bersempena Beijing Motor Show 2016
Mazda CX-4, siri baharu dalam barisan SUV Crossover Mazda akan membuat penampilan rasminya pada Beijing Motor Show 2016, setelah pihak Mazda sendiri menyiarkan imej perincian awalan model itu,menampakkan bahagian tiang-C nya. CX-4 telah dijumpai beberapa kali diuji diatas jalan raya, menjadikan kemunculan sulungnya ini tidak sukar untuk diduga. Berdasarkan imej-imej yang tersebar, CX-4 merupakan hatchback Mazda 3 versi yang ditinggikan, sama seperti CX-3 yang dibina berdasarkan Mazda 2 hatchback. Seperti biasa, rekaan berdasarkan falsafah Kodo – Soul of Motion Mazda mendominasi rekaan kereta ini, menampilkan bonet hadapan yang panjang, lampu hadapan signatur Mazda, gril hadapan serta garisan yang menonjol pada bahagian sisi. Kereta ini juga menampilkan lebih kemasan krom iaitu pada bahagian belakang yang menghubungkan kedua-dua belah lampu belakang dan juga pada bahagian rel bumbung. Di bahagian dalaman, rekaan kabin adalah seiras dengan rekaan yang terdapat pada Mazda 3 dan Mazda 6 pada bahagian papan pemuka dan susun atur pada konsol tengah. Imej ‘spyshot‘ sebelum ini juga menampakkan CX-4 dilengkapi dengan sistem infotainmen MZD Mazda merangkumi skrin sesentuh tujuh inci dengan Commander Control, manakala pada spesifikasi yang lebih rendah hanya dilengkapi dengan sistem audio asas. Begitu juga dengan unit penghawa dingin, dua opsyen ditawarkan iaitu dua-zon dan zon tunggal. Brek parkir elektronik turut dilengkapi, sama seperti yang dipasang pada Mazda CX-5 dan Mazda 6. Mazda CX-4 berkongsi banyak peralatan bersama dengan model-model Mazda terkini seperti roda stereng tiga-jejari dan juga rekaan pada papan instrumen. Tiada lagi perincian secara rasmi dikeluarkan pihak Mazda berkenaan sistem mekanikal kereta ini. Tetapi boleh dijangkakan ia bakal dikuasakan dengan enjin petrol SkyActiv-G 2.0 liter (155 hp/200 Nm) dan 2.5 liter (184 hp/250 Nm) serta enjin turbo diesel SkyActiv-D 2.2 liter. Kesemua enjin ini mungkin juga ditawarkan dengan kotak gear manual SkyActiv-MT enam kelajuan atau transmisi automatik SkyActiv-Drive, dengan pilihan sama ada memacu dua roda dihadapan ataupun pacuan empat roda. Informasi selanjutnya bakal diumumkan Mazda pad pelancaran rasmi model ini di Beijing Motor Show 2016 yang bakal berlangsung hujung April ini. GALERI: Spyshot Mazda CX-4 GALERI: Mazda Koeru Concept
Honda NSX bakal berentap di Race to the Clouds 2016
Honda bakal mempertaruhkan dua jentera NSX baharu mereka dalam perlumbaan tahunan Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC), lapor Autoblog. Kedua-dua buah kereta sport hibrid berteknologi tinggi tersebut bakal berlumba pada perlumbaan Race to the Clouds dalam dua kategori berbeza. Kereta pertama akan mengambil bahagian dalam kategori Kelas Produksi Time Attack 2. Ini bermaksud jentera yang digunakan adalah hampir kepada kereta produksi menggunakan enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar, serta tiga buah motor elektrik pacuan semua roda. Kereta ini diberi sedikit ubahsuai pada kelengkapan keselamatan seperti ‘roll cage‘ bagi membolehkan ia berlumba. Kereta kedua dipertandingan didalam kategori Time Attack 1, yang membolehkan kereta ini diubahsuai secara ekstensif bukan sahaja pada bahagian janakuasa, ia juga melibatkan bahagian suspensi dan juga aerodinamik. Kami telah memberikan perincian berkenaan jentera tersebut sebelum ini, dimana dua buah motor elektrik dibahagian hadapan dibuang, dan ditambah supercharger elektrik untuk mengekstrak kuasa tambahan pada enjin V6 3.5 liter tersebut, serta menjadikan NSX ini sebuah jentera pacuan roda belakang sepenuhnya. Dilaporkan juga produksi NSX Type-R untuk masa hadapan juga bakal dipacu roda belakang sahaja seperti NSX ini dengan membuang kedua-dua unit motor elektrik yang memacu roda hadapan dalam usaha mengurangkan berat keseluruhannya. Kedua-dua buah NSX ini bakal dipandu oleh pasangan adik-beradik James dan Nick Robinson yang juga bertugas sebagai jurutera R&D Honda, dimana Nick sendiri menggalas jawatan sebagai ketua pembangunan dinamik NSX. Honda juga turut menghantar sebuah CR-Z janaan elektrik sepenuhnya dalam kelas Electric Modified. CR-Z dengan empat motor elektrik tersebut dibina berdasarkan jentera CR-Z yang memenangi kelas Exhibition tahun lalu pada perlumbaan yang sama – dipandu pemandu Super GT Tetsuya Yamano. Selain itu, sebuah ATX Honda TRX1000 2015 turut bertanding dalam kategori Exhibition Powersport di tunggang oleh Keith Steidl.
Toyota WOW kini kembali, bakal pamer Hilux baharu
Siri jelajah Toyota WOW kini kembali bagi tahun ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia bagi menyaksikan aksi hebat yang dipamerkan oleh pemandu profesional dan berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik. Ia bakal berlangsung dari 26 Mac hingga 10 April di enam lokasi terpilih pada tarikh berbeza, kali ini Toyota WOW juga akan mempamerkan model Hilux 2016 akan dilancarkan kelak. Kali ini, siri jelajah Toyota WOW akan ke Pusat Konvensyen Setia City (26-27 Mac), Batu Kawah Kuching (2-3 April), Juru Auto City Penang (2-3 April), Linear Park (berhampiran Aeon Tebrau) Johor Bahru (9-10 April), Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu (9-10 April) dan RTC, Teman Kota Bharu (22-23 April). “Penganjuran siri jelajah ini diteruskan memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan diterima pada tahun lalu. Selain dapat mengenali lebih dekat barisan model Toyota sedia ada, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan sendiri Toyota Hilux serba baharu yang akan dipamerkan di setiap lokasi,” ujar Datuk Ismet Suki, presiden UMW Toyota. Klik untuk besarkan imej Sepanjang penganjuran ini, terdapat pelbagai aktiviti yang bakal diadakan termasuklah cabutan bertuah, Corolla Altis Gymkhana dan Vios Rally. Selain itu, bagi lokasi terpilih, para pelanggan Toyota juga boleh mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan percuma bagi kereta masing-masing, membeli pelbagai cenderahati Toyota dan sebagainya. Bukan itu sahaja, para pengunjung yang membeli mana-mana model baharu Toyota ketika siri jelajah ini juga berpeluang menyertai pertandingan ‘Beli dan Menang’. Di mana pembeli yang bertuah berpeluang memenangi sama ada Toyota Corolla Altis 1.8G iaitu hadiah utama atau pun tempat kedua bakal menerima Vios TRD Sportivo. Sementara baucer e-Servis bernilai RM500 juga antara hadiah yang boleh direbut. Malah pertandingan ‘Pandu Uji dan Menang’ juga akan dianjurkan, dan sebanyak 200 keping baucer membeli-belah bernilai RM500 bakal disediakan bagi mereka yang bertuah.
Pemandu degil bakal berhadapan program pemulihan melalui sistem AWAS yang bakal dijalankan kelak
Amaran untuk pemandu yang degil dengan peraturan jalan raya – Sistem AWAS yang bakal berjalan kelak bukan sahaja akan menggantung lesen memandu anda untuk berberapa bulan, kerajaan juga bakal menjalankan kursus pemulihan untuk anda jika didapati memandu secara cuai. Menurut laporan The Sun Daily, timbalan menteri pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata program pemulihan tersebut mensasarkan untuk mendidik pemandu yang mempunyai tabiat memandu secara berbahaya. Aziz juga berkata ia akan ditawarkan kepada pemandu sebagai pilihan, dan ia tidak sepatutnya dianggap sebagai hukuman, tetapi lebih kepada pendidikan. “Apabila lesen memandu seseorang itu digantung, individu berkenaan boleh memilih untuk menjalani kursus pemulihan ini untuk mengurangkan tempoh penggantungannya.” kata Aziz. “Kami mahu untuk mendidik kembali pemandu yang bermasalah dengan elemen keselamatan jalan raya dan menjadikan pemanduan berhemah sebagai amalan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan jumlah kematian di atas jalan raya,” tambah beliau. Beliau percaya proses pendidikan yang dikenali sebagai Program Peningkatan Pemandu Kejara, akan lebih efektif untuk menyelesaikan masalah tersebut berbanding dengan menaikkan kadar saman trafik – seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Sentimen yang disuarakan oleh Aziz ini turut dipersetujui oleh ketua penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) Datuk Valluvan. “Kami bukan mahu menghukum mereka, Kami mahukan perubahan sikap dengan mengetengahkan pemanduan selamat dan juga menekankan aspek psikologikal dan bagaimana cara pemanduan mereka memberikan kesan kepada pengguna jalan raya yang lain,”jelas Valluvan. “Kami juga tidak akan mengajar mereka bagaimana untuk memandu atau mengulang kembali apa yang mereka belajar semasa ujian memandu sebelum ini,” kata Valluvan. Beliau membuat kesimpulan dengan mengatakan perincian sistem mata demerit Kejara berada pada tahap rancangan terakhir, dengan kertas cadangan yang bakal dihantar ke Kabinet April ini.
Volkswagen Malaysia anjur jualan ‘Drop Everything’ – Polo Hatch RM70k, Jetta RM89k, Passat RM116k
Volkswagen Malaysia kini sedang menganjurkan jualan ‘Drop Everything’. Tawaran ini melibatkan beberapa model yang diturunkan harganya iaitu untuk penghabisan stok bagi model buatan tahun 2014 dan 2015 yang melibatkan Polo Hatch, Jetta dan Passat, semuanya pemasangan tempatan. Seperti mana yang dapat dilihat, harga yang ditawarkan bagi penghabisan stok ini adalah hasil diskaun daripada harga asal jualannya. Bagi Passat sedan segmen-D, harga terdahulu ialah RM173,888, kini ditawarkan pada RM115,888, iaitu potongan sebanyak RM53,000. Manakala Jetta sedan segmen-C pula, daripada harga asal RM134,888, kini berharga RM88,888. Iaitu melibatkan pengurangan sebanyak RM46,000. Klik untuk besarkan imej Begitu juga dengan polo hatch yang mengalami penurunan harga sehingga RM20,000. Di mana harga normal bagi model hatchback lima-pintu ini ialah RM89,888, kini model 2014/2015 ditawarkan dengan harga hanya RM69,888. Passat dikuasakan oleh enjin 1.8 liter TSI dengan 160 PS dan tork 250 Nm dari 1,500 hingga 4,200 rpm, dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh-kelajuan. Sama transmisi dengan Jetta, yang didatangkan dengan enjin 1.4 liter twincharger TSI bersama 160 PS dan tork 240 Nm dari 1,500 hingga 4,500 rpm. Bagi Polo, tiada TSI/DSG, sekadar enjin 1.6 liter MPI dengan kuasa 105 PS dan tork 154 Nm, yang dipadankan dengan kotak gear konvensional automatik enam-kelajuan bersama Tiptronic. Bagi jualan ‘Drop Everything’ ini, promosi berlangsung sementara stok masih ada. Anda boleh menghubungi CarBase.my Verified Sales Agents untuk pertanyaan mengenai jualan dan pandu uji: Volkswagen Polo – CarBase.my Verified Sales Agents Volkswagen Jetta – CarBase.my Verified Sales Agents Volkswagen Passat – CarBase.my Verified Sales Agents
Jaguar XF baharu bakal tiba di pasaran Malaysia
Jaguar XF baharu dikhabarkan bakal tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi, seperti mana yang didedahkan menerusi laman Facebook rasmi Jaguar Malaysia. Melalui entri itu, terdapat empat foto perincian dipaparkan termasuk tombol gear, logo hadapan, lampu utama yang lebih nipis/tajam. XF generasi kedua ini telah pun melakukan penampilan perdana di New York International Auto Show (NYIAS) 2015 sebelum menjengah pasaran dunia pada hujung tahun tersebut. Bagi model ini, ia dikatakan lebih ringan, lebih berkuasa, lebih penjimatan bahan api dan juga memiliki ruang dalaman yang lebih besar berbanding XF yang asal, yang diperkenalkan sejak tahun 2007. Penggayaannya juga diinspirasikan dari XE yang lebih kecil, termasuk perumah kaca yang dilebarkan ke belakang memberikan penampilan XF baharu ini lebih berkarakteristik seperti garisan bumbung model coupe. Ditambah pula XF 2016 ini 7 mm lebih pendek dan 3 mm lebih rendah berbanding model terdahulu, tetapi dengan jarak roda 2,960 mm menjadikan ia 51 mm lebih panjang, sekali gus menjawab bagaimana menjadikan ruang dalamannya lebih luas. Malah papan pemukanya juga seakan berkongsi rekaan yang sama dengan XE, yang dilancarkan pada Januari lalu. Dibangunkan dengan senibina modular aluminium Jaguar (model kedua selepas XE), XF baharu ini 190 kg lebih ringan berbanding terdahulu dan 80 kg lebih ringan berbanding pesaingnya. Di mana Jaguar mendakwa ketegaran kilasannya telah dipertingkatkan sehingga 28%. XF baharu ini juga menampilkan enjin Ingenium 2.0 turbodiesel baharu dengan dua output iaitu 163 PS/380 Nm dan 180 PS/430 Nm, dipadankan dengan sama ada transmisi manual enam-kelajuan atau automatik lapan-kelajuan. Ia turut menawarkan tiga pilihan enjin lain iaitu petrol 2.0 liter turbo (240 PS/340 Nm), diesel 3.0 liter biturbo (00 PS/700 Nm) dan petrol 3.0 liter supercharged sama ada 340 PS/450 Nm atau 380 PS/450 Nm – hanya auto sahaja. XF sedia ada di Malaysia ditawarkan dengan petrol 2.0 Ti (240 PS/340 Nm), diesel 2.2 Td (200 PS/450 Nm), diesel 3.0 Td (275 PS/600 Nm) dan petrol 3.0 SC supercharged (340 PS/450 Nm), harga dari RM408,888 hingga RM623,888.
PSA Peugeot Citroen terbitkan hasil ujian penggunaan bahan api dunia nyata untuk tiga model diesel mereka
Di dalam dunia automotif yang hangat dengan skandal diesel Volkswagen, dan kerajaan jepun yang tidak berpuas hati dengan hasil ujian makmal beberapa pengeluar yang tidak selari dengan penggunaan sebenar dunia nyata, PSA Peugeot Citroen menjalankan ujian penggunan di dunia sebenar terhadap model janaan diesel mereka. Ujian tersebut dijalankan dan ditunjukkan hasilnya kepada dunia untuk membuktikan ketelusan PSA Peugeot Citroen dalam isu ini, dan ia merupakan pengeluar pertama di dunia melakukan perkara sedemikian. Hasil ujian yang diterbitkan tersebut bukan sahaja hasil ujian yang dijalankan oleh pihak PSA Peugeot Citroen semata-mata, bahkan turut disertai oleh dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu pihak Transport & Environment (T&E) dan juga France Nature Environment (FNE). Hasil kesemua ujian ini diaudit oleh pihak Bureau Veritas. Tiga kereta yang diuji iaitu Peugeot 308, Citroen C4 Grand Picasso dan DS3, di mana kesemua kereta ini dikuasakan dengan enjin diesel 1.6 liter BlueHDi 120 dan dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan manual. Ujian yang dilakukan keatas kereta-kereta terbabit dilakukan di bawah protokol yang dibuat bersama NGO T&E. Ia termasuk memandu kereta-kereta tersebut di jalan raya umum berdekatan Paris (25.5 km bandar, 39.7 bandar padat, dan 31.1 km lebuh raya) dan dengan keadaan pemanduan seharian sebenar. Oleh itu, penumpang, beban barangan, keadaan permukaan jalan, dan penggunaan penghawa dingin semuanya memainkan peranan untuk mendapatkan data penggunaan bahan api. Berdasarkan projek Emisi Pemanduan Sebenar (RDE) oleh Kesatuan Eropah (EU), protokol mengukur penggunaan bahan api adalah dengan menggunakan Sistem Pengukuran Emisi Mudah-alih (PEMS) yang dipasang pada kenderaan (seperti yang ditunjukkan di dalam gambar). Menurut PSA Peugeot Citroen, pengiraan yang dikira melalui ujian tersebut boleh dibandingkan dengan pengiraan yang dilakukan oleh pelanggan (dihimpunkan daripada tinjauan bebas pelanggan). Oleh itu, syarikat tersebut menyimpulkan prosedur ujian tersebut mewakili pemandu tipikal. Keputusan ujian penggunaan bahan api yang dijalankan di bawah protokol adalah seperti berikut : Peugeot 308 (5.0 l/100 km), Citroen C4 Grand Picasso (5.6 l/100 km) dan DS3 (4.9 l/100 km). Sementara itu, penggunaan bahan api yang dikira berdasarkan tinjaun pengguna ialah: Peugeot 308 (5.0/5.1 l/100 km). Citroen C4 Grand Picasso (5.5/5.7 l/100 km) dan DS3 (5.1/5.3 l/100 km). Merujuk kepada brosur yang diterbitkan, Peugeot 308 didakwa mempunyai kadar penggunaan bahan api (campuran untuk pemanduan bandar dan bandar padat) 3.2 l/100 km. Sementara itu Citroen Picasso didakwa mampu untuk mencapai bacaan penggunaan bahan api 3.6 l/100 km, manakala brosur DS3 tertulis ia mampu mencapai bacaan penggunaan bahan api 3.6 l/100km.
Subaru Impreza 2017 bakal buat penampilan sulung hujung bulan ini di New York International Auto Show
Selepas mempamerkan dua kereta konsep berkaitan, Hatchback lima-pintu di Tokyo dan Sedan di L.A, Fuji Heavy Industri mengumumkan Subaru Impreza 2017 akan membuat penampilan sulung di New York International Auto Show 2016 yang bakal berlangsung hujung bulan ini. Impreza generasi terbaharu ini akan ditampilkan pada 23 Mac iaitu lebih kurang dua minggu dari sekarang. Satu imej pendedahan awalan ditampilkan untuk versi produksi kereta tersebut, memberikan gambaran awal rupa bentuk bahagian hadapannya. Ia masih berpenampilan seperti sebuah Subaru yang tipikal, dan tidak menampilkan rekaan yang sangat agresif seperti yang ditunjukkan pada model konsepnya. Kereta ini dibina berasaskan platform Subaru Global Platform yang baharu, menampilkan pelbagai kejuruteraan baharu yang diterapkan dengan peningkatan ketegaran badan sekitar 70% hingga 100%, aspek NVH dan juga keselamatan. Platform tersebut bakal digunakan untuk pembangunan kereta-kereta baharu Subaru selepas ini bermula dengan model Impreza 2017. GALERI: Subaru Impreza Sedan Concept GALLERY: Subaru Impreza 5-Door Concept
Pemandu kurang upaya makin sukar dapat ruang parkir kerana lambakan pelekat palsu di pasaran
Gejala lambakan pelekat parkir palsu di pasaran, membuatkan pemandu-pemandu kurang upaya kecewa kerana ia membuatkan mereka sukar mendapatkan ruang parkir di tempat awam, laporan The Star. Akhbar berbahasa Inggeris tempatan itu melaporkan ahli Persatuan Orang Kurang Upaya Damai telah membuat aduan, ramai pemandu normal dengan pelekat parkir palsu tersebut telah mengambil tempat letak kereta orang kurang upaya di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, termasuklah di pusat membeli-belah dan kawasan umum lain. Pelekat parkir palsu ini dijual secara terbuka di kebanyakan kedai perkakasan dengan harga antara RM7 dan RM20 setiap satu. Sebenarnya, pelekat-pelekat tulen hanya boleh diperoleh dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas satu taksiran keadaan si pemohon, ujar presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Damai V.Murugeswaran. “Kami berasa sedih kerana kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan. Di mana sepatutnya pemandu normal yang tidak bertanggungjawab ini harus dikenakan denda yang tinggi kerana menggunakan ruang parkir khas bagi orang kurang upaya ini,” ujarnya. Sambungnya lagi, “Kami berharap agak pihak berkuasa tempatan mempertimbangkan untuk memperkenalkan satu sistem khas seperti mana yang dilaksanakan di Jerman dan beberapa buah negara lain di mana terdapat satu mesin yang akan menghantar foto kenderaan tanpa pelekat yang sah secara terus ke pihak polis atau penguatkuasa tempatan.” The Star juga telah membuat tinjauan dan mendapati beberapa kedai perkakasan telah menjual pelekat khas orang kurang upaya ini kepada awam, walau pun hakikatnya ia sepatutnya hanya dikeluarkan oleh pihak JPJ sahaja. Di mana ia bukannya boleh dibeli sewenang-wenangnya di kedai-kedai sedemikian. Menurut CEO Pusat Membeli-Belah Sunway, HC Chan, yang juga merupakan penasihat bagi Persatuan Pusat Membeli-Belah Malaysia, berkata, parkir khas untuk orang kurang upaya ini selalunya berdasarkan sistem kepercayaan. “Jika terdapat pelekat ini, pastinya pemandu boleh memarkir kenderaan di ruang khas yang disediakan. Namun jika pengawal keselamatan dapat mengesan pemandu normal yang memarkir di ruang tersebut, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya.
Volkswagen Golf 1.4 TSI tampil dengan ciri dan dua varian baharu, lebih mampu milik – bermula RM149k
Volkswagen Golf Mk7 untuk pasaran Malaysia telah ditingkat taraf dengan sedikit pembaharuan. Kunjungan kami ke bilik pameran Volkswagen Glenmerie menyaksikan Golf varian 1.4 TSI telah dilengkapi beberapa ciri yang tidak terdapat padanya sebelum ini. Berdasarkan maklumat dari Penasihat Jualan Volkswagen di situ, Golf 1.4 TSI kini telah dibahagikan kepada dua trim iaitu varian asas Comfortline dan varian Highline yang menampilkan beberapa ciri tambahan. Varian Highline seperti di dalam gambar menampilkan roda aloi 17-inci “Madrid” dan lampu hadapan yang direka semula dengan lebih elemen krom (di tempat lampu nyalaa siang LED pada model lama). Pada bahagian belakang, sepasang lampu belakang baru dipadankan dengan rekaan seiras Golf R yang sememangnya nampak lebih garang. Ciri baharu yang dipadankan termasuk sistem kunci pintar KESSY yang menampilkan suis penghidup enjin tekan diletakkan pada konsol tengah (bersebelah tombol gear), dan juga tempat duduk hadapan baharu yang lebih sporty dibalut dengan fabrik bermotif “Mel Stripe”. Turut ditampilkan pada varian Highline ini ialah Bantuan Parkir untuk membantu pemandu memarkir kenderaan pada kedudukan sisi, dan Bantuan Rehat yang akan memberi amaran jika ia mengesan pemandu memandu dalam keadaan mengantuk. Dengan semua kelengkapan terkini diterapkan, Golf 1.4 TSI Highline dijual dengan harga atas jalan tanpa insuran RM159,888. Varian Comfortline dengan hanya kelengkapan asas (lampu hadapan dibekalkan dengan hanya lampu halogen) pula dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM149,888. Walaubagaimana pun, kedua-dua varian ini sebenarnya dijual pada harga yang lebih mampu milik berbanding Golf TSI terdahulu yang dijual pada harga RM163,888.
DBKL tarik 1,136 kenderaan buruk pada tahun 2015
Sepanjang tahun 2015 lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menarik 1,136 kenderaan buruk yang ditinggalkan pemilik di kawasan parkir sekitar ibu kota. Menurut Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Datuk Mohd Sauffi Muhamad jumlah itu meningkat berbanding 634 kenderaan pada tahun 2014 dan 415 pada 2013, laporan Bernama. Di mana sepanjang tempoh Januari dan Februari tahun ini sahaja, sebanyak 288 kenderaan buruk yang ditinggalkan berjaya dialihkan menerusi tinjauan harian dan operasi selepas menerima 196 aduan daripada orang ramai. Mohd Sauffi berkata kenderaan buruk yang ditinggalkan menjejaskan imej kawasan persekitaran selain mengundang kepada pembiakan nyamuk. Beliau berkata kebanyakan kawasan yang dikesan mempunyai kenderaan buruk terbiar ialah di kawasan perumahan awam dan pangsapuri sekitar Kepong dan Bukit Bintang. Di mana setiap aduan kenderaan buruk akan diambil tindakan awal dengan mengeluarkan notis kepada pemilik untuk mengalihkan kenderaan mereka. “Sekiranya mempunyai pendaftaran nombor plat, kami akan mencari pemilik kenderaan itu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia dan memberikan notis untuk mengalihkannya,” katanya. Katanya lagi, jika pemilik gagal mematuhi arahan notis itu, kenderaan mereka akan dihantar ke depoh simpanan DBKL Salak Selatan sebelum surat makluman diberi kepada pemilik untuk membuat tuntutan dalam tempoh sebulan. Malah pemilik kenderaan akan dikenakan caj tuntutan iaitu kos alihan oleh DBKL sebanyak RM100 dan kos penyimpanan di depoh sebanyak RM10 sehari. “Jika tiada tuntutan dalam masa sebulan selepas surat makluman dikeluarkan, maka kenderaan tersebut akan dilupuskan. Bagi rangka kenderaan dan kenderaan tanpa enjin yang tiada nombor plat, tindakan pelupusan dilakukan serta merta,” katanya.
W205 Mercedes-Benz C180 Avantgarde (RM229k) dan C300 AMG Line (RM308k) diperkenalkan di Malaysia
Mercedes-Benz Malaysia telah memperkenalkan dua model pemasangan tempatan (CKD) bagi varian W205 C-Class iaitu Mercedes-Benz C 180 Avantgarde Line dan Mercedes-Benz C 300 AMG Line. Kedua-duanya akan menyertai barisan model sedia ada iaitu C 200 Avantgarde Line, C 200 Exclusive Line dan C 250 AMG Line. C 180 Avantgarde Line mengambil alih C 200 sebagai varian asas baharu yang dijual pada harga atas jalan RM228,888 (tanpa insurans), menyaksikan penurunan harga sehingga RM20k. Manakala C 300 AMG Line baharu pula menduduki posisi selepas C 250 AMG Line, dan ditawarkan pada harga RM307,888, dalam lingkungan RM20k lebih tinggi berbanding model terdahulu. Bermula dengan varian asas baharu, C 180 menampilkan enjin 1.6 liter empat-silinder pengecas turbo dengan kuasa sehingga 156 hp pada 5,300 rpm dan tork 250 Nm antara 1,200 dan 4,000 rpm, sama seperti A 200, tetapi ia digandingkan dengan 7G-Tronic auto (bukan 7G-DCT). Ia membolehkan jentera ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 8.5 saat sahaja, sedikit perlahan berbanding C 200 dengan 2.0 liter turbo (184 hp/300 Nm), yang mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 7.3 saat. 6.4.2015 1 W205 2015 Modification year [806] (MB-ECE) MS/PCI Model baharu ini mempunyai persamaan dengan C 200 Avantgarde, di mana kedua-duanya menggunakan kit luaran yang sama. Ia menampilkan gril radiator dua-bar dengan Three-Pointed Star di tengah dan lampu utama LED Prestasi Tinggi, serta dua corong ekzos di belakang. Tetapi C 180 digandingkan dengan set roda yang lebih kecil iaitu roda aloi lima-jejari 17-inci (seperti foto di atas) berbanding 18-inci pada model C 200. Di dalamnya, rekaan Avantgarde Line cukup menonjol dan juga mempunyai persamaan antara C 180 dan C 200 Avantgarde. Walau bagaimana pun, jika dilihat pada risalah spesifikasi, ia hanya menampilkan zon-tunggal penghawa dingin dan tempat duduk hadapan tidak disertakan dengan fungsi memori. Dan pencahayaan ambien serta kamera undur tidak ditampilkan pada C 180 ini. Selain itu, ia kelihatan standard, sama seperti C 200 Avantgarde. Kekemasan asas hitam berkilat dibentangi pada bahagian tengah bersama kulit upholstery Artico, sistem hiburan Audio 20 CD (pra-pemasangan GPS Garmin Map) dengan skrin paparan tujuh-inci dan Mercedes-Benz Touchpad pada konsol tengah. Tiada kemasukan tanpa kunci (hanya penghidup enjin tanpa kunci), seperti model C 200. Manakala Mercedes-Benz C 300 AMG Line baharu ini lebih spesifik menyamai model C 250 AMG Line, tetapi dengan enjin bertalaan-tinggi, rim aloi lebih besar 19-inci, sistem ekzos sport dan sistem kawalan suhu automatik dengan tiga zon suhu. Ini menyebabkan ia lebih mahal sebanyak RM20k berbanding C 250. Ia dipadankan dengan enjin 2.0 liter empat-silinder pengecas turbo yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 245 hp pada 5,500 rpm dan tork 370 Nm antara 1,300 dan 4,000 rpm iaitu lebih 34 hp dan 20 Nm berbanding C 250 (211 hp/350 Nm). Jika C 250 boleh dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 6.6 saat, C 300 pula hanya 5.9 saat, tetapi memiliki kelajuan maksimum yang sama iaitu 250 km/j. Kuasanya disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi penukaran tork automatik 7G-Tronic tujuh-kelajuan, dan ia turut menerapkan bahagian luaran AMG Line termasuk dipadankan dengan suspensi sport, dengan jarak yang lebih rendah sebanyak 15 mm. Malah C 300 juga dilengkapi dengan sistem ekzos sport kawalan elektronik yang mampu menghasilkan bunyi ekzos yang lebih agresif hasil pelarasan injap pada alur paip dengan memilih mod Sport+ pada fungsi Dynamic Select. Selain dari logo rekaan khas, perbezaan lain antara C 300 dan C 250 ialah saiz rodanya. C 300 baharu dilengkapi dengan roda AMG pelbagai-jejari 19-inci, sementara C 250 pula lima-jejari 18-inci. Namun kedua-duanya memiliki persamaan identiti termasuk kit luaran AMG Line – bampar yang lebih sporty, skirt sisi dan cakera brek hadapan berliang. Lebih kurang sama seperti C 250, C 300 ini juga dipadankan dengan gril radiator dua-bar dengan Three-Pointed Star di tengah dan lampu utama LED Sistem Pencahayaan Pintar dengan Bantuan Lampu Tinggi Adaptif. Model ini juga dipadankan dengan bumbung matahari. Bahagian dalaman C 300 AMG Line juga tidak banyak berbeza dengan C 250, ia dilengkapi dengan tempat duduk sport AMG Line, roda stereng leper di bawah dan papan pemuka dengan balutan kulit Artico. Malah kekemasan kayuan berwarna hitam juga menjadi hiasan pada bahagian tengan papan pemuka, serta turut menampilkan jam analog. Corong penghawa dingin juga dilingkari kekemasan krom dengan identiti AMG Line. Selain itu, ia turut menampilkan sistem hiburan COMAND Online (dengan navigasi), skrin paparan 8.4-inci dan touchpad pada konsol tengah. Malah ia didatangkan dengan 13-speaker, sistem bunyi sekeliling Burmester 590-watt sebagai standard. C 300 turut dilengkapi dengam Bantuan Parkir Aktif (sama seperti C 180), kamera undur, kemasukan tanpa kunci, kawalan penutup bonet belakang dan pakej wangian Air-Balance. Imbas kembali harga atas jalan (tanpa insurans) bagi model pemasangan tempatan varian W205 Mercedes-Benz C-Class di Malaysia adalah seperti berikut : Mercedes-Benz C 180 Avantgarde Line – RM228,888 Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line – RM248,888 Mercedes-Benz C 200 Exclusive Line – RM252,888 Mercedes-Benz C 250 AMG Line – RM287,888 Mercedes-Benz C 300 AMG Line – RM307,888 GALERI: Mercedes-Benz C 180 Avantgarde Line GALLERI: Mercedes-Benz C 300 AMG Line
Bermaz taja Mazda 3 SkyActiv untuk Pertandingan Kemahiran ASEAN 2016, uji kemahiran anak muda
Bermaz Motor mengumumkan akan menaja sebanyak enam buah Mazda 3 untuk acara Pertandingan Kemahiran ASEAN 2016 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Acara yang mengangkat pembangunan pelbagai kemahiran anak muda dalam pelbagai bidang dari teknologi automobil sehingga rekaan lawan web tersebut, bakal berlangsung di Kuala Lumpur bermula 19 hingga 29 September tahun ini. Pengedar sah Mazda di Malaysia tersebut akan menyediakan empat Mazda 3 generasi kedua kepada penganjur acara (gambar di atas) yang bakal digunakan sebagai kenderaan promosi untuk memberi pencerahan kepada masyarakat seluruh negara berkenaan pertandingan ini. Untuk kegunaan di dalam pertandingan itu sendiri, Bermaz akan menyediakan dua unit Mazda 3 SkyActiv generasi terbaharu kepada penganjur acara. Kereta-kereta ini bakal digunakan untuk menguji kemahiran dan kebolehan para peserta peringkat akhir dalam sektor Teknologi Automobil. Sembilan orang finalis bakal beraksi mewakili Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Mereka akan diuji dalam lima lapangan kemahiran berbeza iaitu sistem pengurusan enjin, transmisi, casis (stereng, suspensi dan brek), rombak rawat enjin, dan juga sistem elektrikal badan kenderaan. Finalis akan diuji selama tiga hari, dengan mengambil masa keseluruhan tiga jam dalam setiap lapangan kemahiran. “Industri kini perlu untuk melihat kearah program pembangunan, bukan sahaja untuk keperluan mereka sendiri, tetapi keperluan kepada industri, khususnya dalam pembangunan modal insan,’ kata Datuk Ben Yeoh, Ketua Pegawai Esekutif Bermaz. “Kami mempunyai objektif industri, tetapi untuk mencapainya, kami memerlukan modal insan yang berkemahiran tinggi dan kuat. Saya harap kerajaan akan terus memberikan penekanan dalam perkara ini.” tambah beliau, sebagai berkata berkenaan kepentingan program seperti Pertandingan Kemahiran ASEAN 2016.
Persimpangan bertingkat Kajang Utama mula dibuka
Persimpangan bertingkat Kajang Utama di Lebuh Raya Kajang SILK telah pun dibuka mulai semalam, ia bakal memberi manfaat kepada 25,000 pengguna untuk menikmati aliran trafik yang lebih lancar, laporan Bernama. Projek pembinaan yang berlangsung selama 24 bulan ini telah siap pada akhir Januari lalu menelan belanja sebanyak RM22.4 juta. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya, persimpangan bertingkat ini adalah di atas permintaan penduduk di sekitar kawasan Kajang Utama yang sebelum ini terpaksa melalui persimpangan Jalan Reko, Lebuhraya SILK untuk ke Bandar Kajang atau ke arah Semenyih dan Sungai Long. Manakala perjalanan dari Bandar Kajang ke Taman Kajang Utama perlu melalui pusingan-U di Lebuhrya SILK. Di mana penduduk terpaksa menempuhi perjalanan yang lebih jauh dan berhadapan dengan kesesakan di sekitar Persimpangan Reko khususnya pada waktu puncak. Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, persimpangan bertingkat berkenaan mula dibuka kepada lalu lintas jam 10 malam tadi dan akan mengurangkan kesesakan jalan raya di Persimpangan Jalan Reko, selain menjimatkan petrol dan masa pengguna. “Dalam keadaan trafik yang lancar, tempoh perjalanan untuk ke Kajang Utama dari arah Kajang dan Putrajaya dijimatkan sehingga lima minit dengan pengurangan jarak perjalanan sebanyak 4 kilometer. “Perjalanan dari Kajang Utama ke arah Semenyih dan Sungai Long, juga dapat dijimatkan tempoh perjalanan sehingga 8 minit,” katanya sewaktu majlis perasmian pembukaan persimpangan bertingkat berkenaan. Selain itu, pembukaan persimpangan bertingkat Kajang Utama itu akan membawa kesan positif kepada pembangunan baharu iaitu Bandar Kajang 2 serta memberi keselesaan kepada penduduk beberapa taman perumahan berhampiran iaitu Taman Kajang Sentral, Taman Kajang Utama dan Taman Seri Mewah.
Honda Malaysia bakal lancar dua model CKD baharu pada 2016 – adakah Civic baharu dan Accord facelift?
Honda Malaysia telah mengumumkan bakal memperkenalkan dua model CKD (pemasangan tempatan) baharu untuk dipasarkan pada tahun ini. Tidak perlu untuk bermain teka-teki, kerana dua model tersebut sudah pastinya Honda Civic 2016 serba baharu dan Accord facelift. Salah satu daripadanya adalah model gantian bagi sedia ada (iaitu Civic baharu), sementara satu lagi ialah Minor Model Change (MMC), yang memberikan gambaran lebih jelas merupakan Accord facelift. “Kita akan terus menawarkan elemen yang terkini, menarik dan mempunyai nilai mata wang untuk model-model ini,” ujar CEO Honda Malaysia, Yoichiro Ueno. Malah Honda Malaysia turut melakar kejayaan cemerlang. Dengan jualan keseluruhan sebanyak 94,902 unit pada 2015, telah meletakkan ia sebagai jenama bukan-nasional di kedudukan teratas dengan perkongsian pasaran sebanyak 14.2%. Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 22%, dan pernah mencatatkan rekod jualan bulanan tertinggi iaitu pada Disember 2015 dengan jumlah 10,741 unit. Untuk tahun 2016 ini, Honda Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 90,000 unit, dengan margin yang sedikit rendah berbanding 2015. Walau bagaimana pun, dijangka Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) Malaysia juga menurun sebanyak 5%, menjadi 630,000 unit. Bagi mengekalkan momentum ini, Honda Malaysia akan mengembangkan lagi rangkaian cawangan jualan dari 87 ke 95 pada tahun ini, serta menambahkan lagi Pusat Membaikpulih dan Mengecat Badan dari 14 ke 20, di seluruh negara. GALERI: Honda Civic 2016 (spesifikasi US) 2016 Honda Civic Sedan 2016 Honda Civic Sedan 2016 Honda Civic Sedan 2016 Honda Civic Sedan 2016 Honda Civic Sedan 2016 Honda Civic Sedan 2016 Honda Civic Sedan GALERI: 2016 Honda Accord facelift 2016 (spesfikasi Thai)
Honda Jazz-berbadan SUV a.k.a ‘WR-V’ diuji di Brazil
SUV kompak Honda berasaskan model Jazz dilihat sedang diuji di Brazil. Dengan menggunakan nama kod ‘Honda 2FM’ dan memilih nama produksi ‘Honda WR-V’, menurut QuatroRodas. Tidak seperti Honda HR-V, yang menggunakan platform Jazz dan City, ‘SUV’ yang akan datang ini tidak akan begitu banyak berbeza daripada model hatchback lima-pintu segmen-B. Dijangka ia tampil dengan gaya yang lebih rugged termasuk dengan adanya rel bumbung, skid plate dan juga lapisan hitam pada bahagian bawah kereta terbabit. Ia bukanlah konsep baharu, agak sama dengan Fit Twist iaitu Jazz generasi sebelum ini yang diperkenalkan di Brazil pada tahun 2012, tetapi dalam versi ‘SUV’. Menurut sumber, Honda WR-V ini akan melakukan penampilan perdana di Sao Paulo Motor Show hujung tahun ini sebelum ke India pada tahun 2017. Memandangkan HR-V tidak dijual di India, jadi WR-V yang diposisikan di bawah Honda BR-V tujuh-tempat duduk di negara tersebut. Di Brazil, Jazz yang bergaya ini dijanakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC dengan pilihan transmisi manual dan CVT, tetapi India juga menerima enjin diesel 1.5 liter i-DTEC. GALERI: Brazil-market Honda Fit Twist pasaran Brazil
VIDEO: Ford Mustang hampir dilancarkan di Malaysia?
Video berkenaan Ford Mustang telah dipaparkan pada laman Facebook Ford Malaysia. Adakah ini merupakan petunjuk dari Ford Malaysia yang model ini akan dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat? Video berkenaan Ford Mustang itu memaparkan proses disebalik tabir pembinaan kereta tersebut, tetapi dalam pos media sosial terbabit langsung tidak dinyata apa-apa maklumat berkenaan pelancarannya di sini. Mustang telah membuat kemunculan sulung di Malaysia Disember tahun lalu, manakala tempahannya dibuka lebih awal iaitu bermula Jun 2015. Tidak mustahil pelancarannya oleh pihak Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Berita terakhir yang kami terima tentang kemasukan jentera ini ke bumi Malaysia ialah, ia bakal ditawarkan dalam dua varian iaitu 2.3 liter EcoBoost dengan harga jualan bermula RM435k hingga RM450k, dan varian 5.0 liter V8 dengan harga jualan bermula RM550k hingga RM565k. Kedua-dua varian tersebut hadir dengan pilihan bentuk badan Fastback Coupe dan juga Convertible. Enjin EcoBoost 2.3 liter empat-silinder mampu menjana kuasa setinggi 310 hp dan tork maksima 433 Nm. Manakala enjin 5.0 liter V8 tanpa induksi paksaan bakal membekalkan kuasa setinggi 435 hp dan tork maksima 541 Nm. Pihak SDAC juga telah mengesahkan model dengan transmisi jenis torque converter enam kelajuan automatik akan disediakan untuk pasaran Malaysia, tetapi tiada lagi apa-apa kenyataan berhubung model yang dilengkapi kotak gear manual enam-kelajuan. GALERI: Ford Mustang di Publika Shopping Mall
Mazda 2 2016 di M’sia – lampu utama LED, RM91k
Nampak gayanya Mazda 2 2016 tidak menanti masa yang lama untuk tiba di pasaran tempatan. Malah dengan senarai elemen yang dipertingkatkan, pastinya kehadirannya dinanti-nantikan kerana kepercayaan terhadap model ini yang dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang optimum. Walau bagaimana pun, harganya juga ada perubahan, bagi kedua-dua hatchback dan sedan. Bagi model facelift ini, akhirnya ia menerima padanan lampu utama LED (dengan lampu nyalaan siang LED), memberikan Mazda 2 2016 ini beranjak ke aras yang lebih tinggi kerana menampilkan elemen yang sedang ‘in’ pada masa kini. Selain itu, lampu utama ini juga menampilkan larasan automatik dengan fungsi ‘on-off’, tetapi bukan Sistem Pencahayaan Hadapan Adaptif (AFS). Peningkatan elemen ini lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan pada model bagi pasaran Thai, di mana Mazda 2 diperkenalkan dengan lampu utama LED ketika dipamerkan di Thai Motor Expo 2015. Manakala bagi lampu belakangnya pula, ia masih mengekalkan lampu jenis mentol dan rodanya juga masih kekal iaitu aloi 16-inci yang dibaluti tayar 185/60R16. Selain lampu utama LED, semuanya masih kekal seperti mana model terdahulu. Ini termasuklah enjin 1.5 liter SkyActiv-G empat-silinder suntikan-terus, dengan keupayaan menyalurkan kuasa sehingga 114 hp pada 6,000 rpm dan tork 148 Nm pada 4,000 rpm. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive enam-kelajuan. Klik untuk besarkan imej Pada bahagian kabinnya, ia masih kekal dengan tempat duduk balutan kulit, kawalan suhu zon tunggal automatik, tempat duduk larasan manual, pedal penukar gear dan skrin paparan. Bagi hiburan, ia juga didatangkan dengan sistem MZD Connect dengan enam-speaker, skrin sesentuh tujuh-inci dan butang/tombol Commander Control. Sistem ini juga boleh dipertingkatkan dengan fungsi navigasi dengan kos pilihan (RM1,270). Bagi harganya, Mazda 2 (sedan dan hatchback) kini bermula pada RM90,766.30, lebih RM5,300 berbanding model terdahulu (RM85,466.30). Walau bagaimana pun, harga ini ditawarkan bagi cat 2s iaitu Snowflake White Peark, Aluminium Metallic dan Metropolitan Grey. Jika inginkan warna signatur iaitu Soul Red, pertambahan kos sebanyak RM530 akan dikenakan. Harga yang diberikan ini adalah harga atas jalan tanpa insurans, dan termasuk dengan waranti tiga-tahun (100,000 lm) dan penyelenggaran percuma (60,000 km), yang mana tiba terlebih dahulu. Mazda 2 adalah model yang diimport sepenuhnya dari Thailand (CBU). Bermaz turut menawarkan senarai pilihan aksesori termasuk ‘sports kit’ yang terdiri daripada bampar hadapan dan belakang, skirt sisi dan spoiler belakang, dengan kos tambahan RM2,300 untuk sedan dan RM2,370 bagi hatchback. Selain itu, kos tambahan lain melibatkan paip ekzos (RM70), boot tray (RM130) dan plat keluli tahan karat dengan pencahayaan LED (RM275). GALERI: Mazda 2 di Thailand Motor Expo 2015
Ford Focus 1.5L EcoBoost sarat dengan teknologi bantuan pemanduan yang terkini dan efisien
Pada hari pelancaran Ford Focus 1.5L Ecoboost baharu tempoh hari, pihak media diberi peluang untuk memandu uji kereta ini dalam sesi uji pandu dalam format pertandingan ala ‘Amazing Race’ sekitar Sunway Damansara, Bandar Sunway, Serdang sehingga ke Putrajaya. Penulis diberi peluang untuk memandu Focus EcoBoost ini dalam varian Titanium+ Sedan. Apa yang ingin diketengahkan pada sesi pemanduan ringkas ini adalah penggunaan ciri-ciri elektronik terbaharu pada Focus ini iaitu sistem infotaimen SYNC2, sistem Active Park Assist (kedudukan sisi dan mengundur), dan sistem Active City Stop. Papan pemuka Focus baharu ini tampil lebih ringkas. Perubahan yang utama pada bahagian ini adalah unit infotainmen SYNC2 Ford yang membolehkan ia dikawal dengan hanya kawalan suara ringkas. Kami dapat menguji sistem ini di mana sebuah telefon pintar dihubungkan pada sistem ini dan segala arahan pertandingan dihantar ke telefon tersebut dan ia dapat dibaca melalui skrin SYNC2 dan semuanya dikawal hanya dengan kawalan suara tanpa menyentuh skrin atau apa-apa butang. Skrin juga diletakkan pada posisi yang sesuai dan agak mudah dilihat pada kebanyakkan sudut. Penyambungan Bluetooth, AUX dan SD Card adalah didatangkan standard untuk memainkan media pilihan pemandu. Selain itu, fungsi sistem Active Park Assist turut diuji, yang membolehkan kereta ini diparkir pada kedudukan sisi secara automatik (pemandu hanya perlu mengawal pedal pendikit, tombol gear dan pedal brek), fungsi sistem Active Park Assist untuk model baharu ini juga boleh digunakan pada parkir mengundur serta dipadankan dengan sistem Active City Stop. Cara untuk menggunakan sistem Park Assist ini agak ringkas. Anda hanya perlu menekan suis Park Assist di sisi tombol gear, hidupkan isyarat membelok (sama ada kiri atau kanan bergantung posisi tempat parkir), pandu kereta dengan perlahan melalui ruang parkir sehingga sistem mengesan ruang tersebut, seterusnya kereta akan diparkir secara automatik dan arahan kawalan pada pedal dan tombol gear diberikan melalui skrin SYNC2. Sistem ini berfungsi dengan agak tepat dan juga cepat. Sistem Active City Stop pada Focus ini juga sangat efektif. Jika kereta dipandu ‘merayap’ di bawah 20km/j contohnya sedang mencari rumah untuk disewa, ia akan terhenti sendiri jika pemandu tidak menyedari ada halangan di hadapan contohnya kanak-kanak yang melintas atau kenderaan hadapan berhenti secara mengejut. Boleh disimpulkan, dengan harga yang ditawarkan, prestasi Ford Focus 1.5L EcoBoost ini agak berbaloi secara keseluruhan. Ia bukan sahaja memberikan prestasi enjin yang mengujakan, ia juga dibekalkan dengan ciri-ciri yang tidak ada pada sedan atau hatchback sekelas dengannya seperti sistem Informasi Titik Buta (BLIS) dan juga ciri-ciri lain. Kami akan mengulas lebih lanjut mengenai Focus baharu ini selepas diberi peluang memandu uji sepenuhnya. GALERI: Ford Focus Mk3 facelift, Titanium+ sedan
Kelab Serena S-Hybrid lawat kilang pemasangan Chong Motor Assemblies di Serendah
Baru-baru ini Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah menganjurkan satu lawatan eksklusif untuk melihat proses pemasangan kenderaannya di kemudahan kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di Serendah. Lawatan itu melibatkan seramai 73 orang ahli kelab Nissan Serena S-Hybrid Owners Group. Ahli-ahli kelab Serena S-Hybrid Owners Group berpeluang melihat saluran pemasangan Serena S-Hybrid dan kenderaan-kenderaan Nissan yang lain. Bukan itu sahaja, mereka boleh mengetahui tentang program latihan pekerja baharu. Selain pengalaman merasai sendiri persekitaran kerja secara langsung. “Kami berbesar hati untuk menawarkan peluang ini kepada ahli Nissan Serena S-Hybrid Owners Group untuk mengetahui bagaimana kenderaan Nissan dipasang dan dikilangkan mengikut standard kualiti paling tinggi, selari dengan Nissan Production Way yang dihasilkan oleh Nissan Motor Company Ltd. Kami mahu ahli kelab Nissan Serena S-Hybrid Owners Group berasa bangga dan menjadi sebahagian daripada keluarga Nissan,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng. Ditubuhkan pada tahun 2007, TCMA Serendah ialah kilang kedua milik Tan Chong. Ia mempunyai empat kemudahan utama iaitu bahagian badan, cat, pemasangan dan logistik. Buat masa sekarang, kenderaan yang dipasang di kilang ini ialah Almera, Grand Livina, X-Gear, NV200, Teana, Serena S-Hybrid dan X-Trail. Serena S-Hybrid padat dengan inovasi, keselesaan, fleksibiliti ruang yang tiada tandingan dan penjimatan bahan api mendahului kelasnya. Di samping penampilan yang bergaya dan dinamik. Nissan Serena S-Hybrid mula diperkenalkan di Malaysia sebagai model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun pada tahun 2013. Ia memulakan proses pemasangan tempatan pada tahun 2014. MPV ini ditawarkan di pasaran tempatan dalam dua varian iaitu Premium Highway Star dan Highway Star.
Honda Civic 2016 dilancarkan di Thailand – 1.8 i-VTEC dan 1.5 VTEC Turbo, dari RM101k hingga RM139k
Akhirnya model yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Ops bukan di negara kita, tetiba ia telah diperkenalkan di Thailand terlebih dahulu. Honda Civic 2016 serba baharu, telah pun dilancarkan hari ini di Thai dengan perubahan rekaan yang baharu dan segar, serta ditambah pula dengan enjin pengecas turbo baharu dan pelbagai teknologi terkini. Malah ini merupakan kereta pertama yang dibina di kilang Honda yang baharu di Prachinburi. Harga bermula 869,000 baht (RM100,800) untuk model asas 1.8 E, manakala 1.8 EL pula 959,000 baht (RM111,200), 1,099,000 baht (RM127,500) untuk Turbo dan 1,199,000 baht (RM139,100) bagi varian tertinggi Turbo RS. Tidak seperti di Amerika Syarikat, enjin asas di Thailand ialah 1.8 liter i-VTEC empat-silinder dengan kuasa 141 hp pada 6,500 rpm dan tork 174 Nm pada 4,300 rpm. Malah di sana juga ada pilihan enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan kuasa 173 hp pada 5,500 rpm dan tork 220 Nm antara 1,700 dan 5,500 rpm. Kedua-dua enjin dipadankan dengan Transmisi boleh laras berterusan (CVT), bermakna selamat tinggal untuk kotak gear auto lima-kelajuan yang lama. Civic baharu ini juga diberikan penggayaan yang lebih segar termasuk menampilkan elemen standard termasuk lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED dan rim aloi 16-inci. Bagi 1.8 EL pula terdapat lampu kabus dan pemegang pintu krom. Manakala varian Turbo pula menerima roda 17-inci dan dua ekzos, sementara bagi RS pula dipadankan dengan lampu utama LED sepenuhnya, lampu kabus LED, bampar hadapan yang lebih sporty dan gril (dengan bar hitam pekat bersambung dengan lampu utama) dan spoiler belakang. Di bahagian dalamnya, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin adalah standard, bersama Kawalan Penghidup Enjin yang juga ada pada Accord facelift. Turut dilengkapi dengan penghawa dingin automatik, roda stereng pelbagai fungsi, brek parkir elektronik, paparan tengah lima-inci dan sambungan Bluetooth. Bagi varian 1.8 EL, ada pertambahan elemen termasuk kawalan kelajuan, lampu utama automatik, Walk Away Auto Lock (yang boleh mengesan kunci bergerak jauh dari kenderaan dan pintu akan terkunci secara automatik), tempat duduk pemandu berkuasa dengan pelarasan lapan-cara, kulit upholstery, paparan instrumen LCD TFT, sistem hiburan skrin sesentuh tujuh-inci dengan Apple CarPlay dan Siri Eyes Free, sistem bunyi lapan-speaker dan kamera undur. Bagi model Turbo pula, ia menerima bilah pengilap cermin automatik, tempat duduk penumpang hadapan berkuasa dengan empat-cara pelarasan dan kawalan suhu dua zon. Manakala untuk Turbo RS pula, elemen tambahan yang ditampilkan ialah cermin pandang belakang anti-silau, pedal penukar gear di belakang roda stereng dan pedal aloi. Kit keselamatan standard pula termasuk dua beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan Bantuan Mula Mendaki. Hanya model Turbo RS menerima enam beg udara, pengingatan pemakaian tali pinggang penumpang hadapan dan Honda Lane Watch.
Proton Perdana 2016 – spesifikasi rasmi didedahkan
Apabila Proton Edar telah mendedahkan spesifikasi rasmi Perdana 2016 menerusi laman webnya, ini menandakan tarikh pelancaran model premium ini kian hampir. Di mana kini Proton Edar telah giat memulakan rangka promosi bagi Perdana 2016 ini dan menerusi spesifikasi yang dipaparkan ini adalah bagi varian Perdana 2.4 Premium. Seperti mana yang pernah disiarkan sebelum ini, Perdana 2016 masih lagi mengekalkan enjin Honda K24Z I-VTEC aci sesondol berkembar untuk varian 2.4L (177 hp/222 Nm) dan R20A I-VTEC aci sesondol tunggal untuk varian 2.0L (154 hp/189 Nm). Perdana 2016 ini memiliki ukuran 5,020 mm panjang, 1,845 mm lebar, 1,475 mm tinggi dan jarak roda pula 2,800 mm. Tangki bahan apinya pula berkapasiti 70 liter. Menerusi spesifikasi ini, Perdana 2.4L Premium dilengkapi dengan lampu utama projektor xenon (projektor halogen untuk model 2.0L) turut disertakan dengan lampu nyalaan siang LED. Ia juga dihiasi dengan kit badan termasuk skirt sisi dan spoiler di bahagian belakang. Malah menurut pemerhatian kami semasa menghadiri majlis pra-tonton model ini, lampu belakang juga dipertingkatkan dengan penggunaan lampu jenis LED. Ia juga dilengkapi dengan Bantuan Parkir termasuk pengesan di bahagian hadapan dan belakang. Selain itu, aspek keselamatan yang ditampilkan pada Perdana 2016 ini, pastinya bersama ABS dan EBD serta Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC). Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahagian kabinnya tidak banyak berbeza dengan apa yang ditampilkan pada Honda Accord. Ia turut dilengkapi dengan pedal penukar gear dan kawalan kelajuan pada roda stereng, sistem hiburan dan navigasi GPS, penghawa dingin dua-zon, kamera undur, dan tempat duduk larasan kuasa dengan lapan-cara untuk pemandu. Proton turut mengesahkan, model ini tidak disertakan dengan sistem kemasukan kunci pintar untuk kedua-dua varian. Manakala kemasan dalaman ditawarkan dengan dua warna berbeza mengikut varian iaitu beige untuk model 2.4L dan hitam untuk model 2.0L. Kesemua tempat duduk juga dibaluti dengan kulit penuh, manakala untuk trim model 2.4L menerima kekemasan kayuan dan model asas 2.0L hanya dipadankan dengan trim berwarna perak. Ia juga bakal ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold. Perdana 2016 ini juga telah pun mula dibuka tempahan sejak 16 Februari lalu dengan harga jangkaan antara RM100k hingga RM150k. Kami akan membawakan perkembangan lanjut mengenainya dari semasa ke semasa. GALERI: Pra-prebiu Proton Perdana 2016 GALERI: Proton Perdana 2016 hasil rendered
BMW Motorrad 2016 umum senarai harga di Malaysia – turun untuk sesetengah model sehingga RM6.5k
Auto Bavaria selaku pengedar sah bagi BMW Motorrad Malaysia telah mengumumkan senarai harga baharu efektif 1 Mac 2016 menerusi laman Fecebook rasmi mereka. Menerusi senarai tersebut, beberapa model motosikal BMW dilihat mengalami perubahan harga, iaitu lebih murah berbanding sebelum ini. Motosikal siri ‘adventure’, terutamanya R1200GS Adventure, dilihat mengalami perubahan harga yang paling besar iaitu sebanyak RM6,500 dengan harga sebelum ini RM121,400, kini hanya RM114,900. Sementara perubahan paling kecil pula melibatkan model F800GS iaitu penurunan sebanyak 4.6% menjadi RM61,900. Manakala motosikal berkuasa tinggi S1000RR pula turun sebanyak RM4,000 menjadi RM104,900. Sementara itu, R1200RT sport-tourer mengalami penurunan harga sebanyak RM5,000 dan kini berharga RM123,900. Walau bagaimana pun, bagi S1000R pula, harganya hanya menyusut sedikit sebanyak 4% iaitu kini RM88,300. S1000R juga pernah diumumkan berharga RM84,900 dalam tempoh masa yang terhad iaitu pada Oktober lalu sahaja. Tidak disenaraikan ialah K1300RS sports-tourer dan K1300R roadster, di mana kedua-dua model tersebut telah ditamatkan pengeluarannya beberapa tahun yang lalu. Turut tidak berada dalam senarai harga tersebut ialah C600 Sport dan skuter C650GT.
Honda Clarity Fuel Cell mula dijual di Jepun
Honda telah memulakan jualan bagi kenderaan Clarity Fuel Cell di Jepun. Ia merupakan pengganti kepada FCX Clarity, kenderaan yang dijanakan oleh hidrogen yang diperkenalkan pada tahun 2007. Clarity Fuel Cell ini melakukan penampilan perdana di Tokyo Motor Show 2015 pada Oktober lalu. Clarity merupakan kenderaan sell sepenuhnya (FCV) jenis sedan lima-penumpang pertama di dunia. Mengadaptasikan teknologi Honda sepenuhnya, komponen bagi sel bahan apinya telah dikurangkan sebanyak 33% berbanding dengan model sebelumnya. Namun ia mampu menghamburkan kuasa maksimum melebihi 100kW dan kuasa ketumpatan sebanyak 3.1 kW per liter. Di mana ia telah ditambah baik sehingga 60%. Tangki hidrogen ketahanan tinggi bagi Clarity Fuel Cell ini ialah 70MPa. Manakala storan tenaga bagi FCV ini menggunakan bateri Lithium-ion. Clarity Fuel Cell hanya mengambil masa selama 3 minit untuk pengisian semula bahan api dan mampu pergi sejauh melebihi 700 km bagi satu tangki penuh. Penjana kuasa sel bahan api ini juga diperbuat dengan lebih kompak, sama seperti enjin V6. Malah ia boleh disimpan di bawah hud model sedan ini dan ia seumpamanya yang pertama di dunia. Sekali gus membuktikan satu lagi pencapaian cemerlang oleh Honda Motor Co., Ltd. Bentangan bagi penjana kuasa ini membolehkan Clarity Fuel Cell mampu membawa lima penumpang dewasa dalam satu masa. Sebagai tambahan, dengan gabungan penjana kuasa luaran mudah alih iaitu Power Exporter 9000, Clarity Fuel Cell boleh dianggap sebagai “loji kuasa pada roda” bagi menghasilkan dan menyalurkan kuasa elektrik apabila diperlukan termasuklah dalam keadaan kecemasan seperti bencana alam dan sebagainya. Clarity Fuel Cell akan dijual pada harga 7.66 juta Yen (RM276, 343) dan untuk tahun pertama ini ia diproduksikan dengan skala yang kecil sahaja iaitu sebanyak 200 unit. Honda akan menantikan respons daripada pelanggan berkenaan kenderaan ini dan jika ia mendapat sambutan, bilangan model yang akan diproduksi bakal ditambah. Ia diproduksi di Production Supervisory Unit & Powertrain Production Supervisory Unit yang terletak di Takanezawa-machi, Tochigi. GALERI: Honda Clarity Fuel Cell di Tokyo 2015
Honda NSX Type-R – bakal dibina dengan konsep MR?
Seperti yang dilaporkan Autocar UK, Ketua pembangunan dinamik NSX Nick Robinson berkata Honda berkemungkinan akan menghasilkan Honda NSX Type-R pada masa akan datang. Walaupun belum diberi lampu hijau, tetapi ada “keinginan besar” dari Honda sendiri untuk menghasilkan kereta tersebut. Honda hadir dengan NSX baharu sebagai satu usaha untuk kembali semula membina kereta-kereta sports tulen, dan menjadikan NSX sebagai permulaan untuk membina kereta yang lebih hebat. Justeru, pembinaan NSX Type-R merupakan “langkah pertama yang logik”. Menurut Nick lagi, untuk mengurangkan berat keseluruhan versi Type-R tersebut, ia mungkin tidak disertakan dengan motor elektrik 72 hp dibahagian hadapan serta bateri yang berkaitan, menjadikan kereta tersebut sebuah Supercar enjin tengah berpacuan belakang (Mid-Engine Rear wheel drive atau MR), seperti NSX terdahulu. Ini merupakan langkah pertama untuk mengurangkan beratus kilogram berat keseluruhan NSX yang sekarang ini mencecah 1,725 kg. Motor elektrik dibahagian belakang yang juga bertindak sebagai alternator, motor penghidup, roda tenaga, serta membantu respon enjin V6 3.5 liter twin-turbo pada tahap low end akan dikekalkan. Namun ia bakal memberikan pengurangan berat yang agak banyak memandangkan berat untuk sistem hibrid NSX ini sahaja mencecah 150 kg. Lebih banyak lagi berat yang akan dikurangkan melalui penggunaan material yang lebih ringan. Sistem aerodinamik aktif yang asalnya dipasang pada NSX standard juga akan mungkin akan dilengkapi pada model Type-R. “Kami adalah Honda, jadi kos adalah diambil kira [untuk kereta biasa], tetapi untuk keluaran terhad? apa salahnya?” ujar Robinson. NSX standard juga boleh dipandu dengan hanya pacuan belakang, dakwa Robinson dimana jika ia dalam mod ‘maintenance‘, sistem ABS dan kesemua bantuan motor elektrik akan dimatikan. Pengendalian dan sistem stereng telah ditala untuk berfungsi bersama sistem pacuan semua roda, jadi ia akan terasa ganjil dalam mod ini. “Ia adalah jentera Drift“, tambah beliau. Sebenarnya, NSX baharu pacuan belakang sudah pun mengambil bahagian dalam perlumbaan tahunan Pikes Peak Hill Climb tahun ini, dipandu adik Nick sendiri iaitu James Robinson. Agak berbeza dari model yang hampir standard dipandu Nick dalam acara yang sama, versi yang diubahsuai secara drastik tersebut membuang sepenuhnya sistem hibrid NSX. Enjin V6 tersebut juga dilengkapkan dengan Superchager untuk membantu tork pada tahap low end. Dengan dikuasakan dua pendesak induksi (Supercharger dan Turbo), enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa lebih dari enjin V6 500 hp sedia ada. Versi roadster untuk NSX biasa turut disahkan akan diproduksi selepas model coupe, dengan sedikit penalti pada ketegaran keseluruhan badan kereta. Versi coupe turut hadir dengan opsyen bumbung gentian karbon, yang mengurangkan berat sebanyak 5 kg tetapi tidak menjejaskan ketegaran keseluruhan kereta. “Saya masih tidak yakin dengan versi convertible, tetapi ia tidak mustahil,” ujar Robinson. GALERI: Honda NSX di Tokyo 2015
Tambang pengangkutan awam tidak ditentukan oleh harga minyak, tetapi oleh GST, premium insuran yang tinggi dan tukaran wang asing – Pengerusi SPAD
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kadar tambang untuk pengangkutan awam darat seperti bas atau teksi tidak ditentukan oleh harga minyak dunia, walaupun harga komoditi tersebut menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini, menurut Bernama. Beliau berkata ini adalah kerana kos petrol atau diesel hanya menyumbang sebanyak 10% dari kos keseluruhan operasi syarikat yang menyediakan servis pengangkutan awam. Tambah beliau lagi, kos penjagaan kenderaan-kenderaan tersebut adalah lebih mempengaruhi tambang perkhidmatan. “Ada elemen lain yang mempengaruhi kos operasi syarikat pengendali ketika ini seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap alat ganti kenderaan,” kata Syed Hamid. “Selain itu, syarikat juga berdepan kenaikan premium insurans dan kadar tukaran wang yang tidak menentu,” jelas beliau lagi. Syed Hamid juga mendakwa walaupun pengguna merungut berikutan kenaikan tambang pengangkutan awam darat, mereka juga mengakui kualiti servis-servis berkenaan juga sedang meningkat naik sekarang.
BHPetrol Infiniti Euro 5 Diesel kini ada di R&R Tapah – bakal diperluaskan ke Perak, Penang dan Pahang
Setelah diperkenalkan di beberapa buah stesen BHPetrol di Lembah Klang dan selatan tanahair, Boustead Marketing telah mengumumkan jajahan bagi BHPetrol Infiniti Euro 5 Diesel diperluaskan di kawasan utara pula. Kini bahan api ini sudah boleh didapati di stesen BHPetrol di Hentian R&R Tapah (arah selatan menuju ke KL). Malah turut berkata, bilangannya akan bertambah ke Perak, Penang dan Pahang dalam beberapa bulan akan datang. Diperkenalkan di Johor pada November 2014 lalu bagi memenuhi peraturan emisi yang ditetapkan oleh Singapura (di mana kenderaan dari Malaysia yang gagal ujian asap tidak akan dibenarkan masuk ke republik berkenaan). Malah Ogos tahun lalu, bahan api ini turut diperkenalkan di Lembah Klang. Sehingga hujung Februari 2016, sebanyak 62 stesen telah menjual Infiniti Euro 5 Diesel ini di seluruh negara, dengan stesen yang terletak di Johor, Melaka dan Lembah Klang. Majoritinya adalah Lembah Klang iaitu sebanyak 37 buah stesen. Senarai semua stesen yang terbabit ada pada laman web BHPetrol. Bahan api ini dikatakan lebih baik untuk alam sekitar kerana kandungan sulfurnya yang rendah iaitu hanya 10 bahagian per juta (ppm) berbanding 550 ppm bagi gred Euro 2M Malaysia buat setakat ini.
Volkswagen Golf GTI TCR didedah – 330 hp, 410 Nm
Sebagai salah satu cara meraikan ulang tahun ke-40 Golf GTI, Volkswagen telah mendedahkan model baharu Gold GTI TCR, versi kustom bagi Golf GTI Mk7, yang pernah bersaing dalam TCR International Series. Dibangunkan dengan divisi permotoran Seat, hanya 20 model untuk Golf GTI TCR yang akan diproduksi pada tahun ini, dan difahamkan semuanya telah habis dijual. Jentera hatchback ini juga dibina mengikut peraturan FIA untuk perlumbaan TCR, di mana Golf ini menampilkan enjin 2.0 liter pengecas turbo dari Golf R yang mampu memberikan kuasa sehingga 330 hp pada 6,200 rpm dan tork puncak 410 Nm dari 2,500 rpm. Ia turut membolehkan hatchback ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 5.2 saat, dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 230 km/j. Golf GTI TCR ini juga dipadankan dengan gear penjujukan enam-kelajuan yang menghantar kuasanya ke roda hadapan. Jika dilihat dari foto ilustrasi ini, hatchback ini juga didatangkan dengan kit badan yang lebar, pemisah hadapan dan wing belakang yang besar. Volkswagen juga menambahkan elemen menarik termasuk roda racing 18-inci, casis yang dimodifikasi yang 40 sm lebih lebar dari platform biasa Golf dan beberapa elemen perlumbaan yang diiktiraf FIA termasuk tangki bahan api, roll cage, tempat duduk khas dan sebagainya. “Golf GTI TCR mengalu-alukan pelanggan untuk merasai sendiri kehebatan nilai sukan permotoran bersama Volkswagen. Selain itu, pasukan lumba GTI TCR ini mampu mengembangkan lagi komitmen permotoran, di peringkat nasional dan antarabangsa,” ujar Pengarah Permotoran Volkswagen, Jost Capito. “Kami memberikan mereka jentera ini yang sesuai dengan kegunaan, Golf bukan setakat dihasilkan untuk tampil menonjol, bahkan ia juga mempunyai potensi hebat dalam perlumbaan,” sambungnya lagi.
Renault Zoe janaan elektrik sepenuhnya kini di bilik pameran Renault dengan harga bermula RM145,888
Kereta elektrik sepenuhnya (EV), Renault Zoe kini telah masuk ke pasaran Malaysia, dijual dengan harga atas jalan tanpa insuran RM145,888. Hatchback lima-pintu segmen-B ini membuat penampilan sulung globalnya pada tahun 2012. Diumumkan tempahannya mula dibuka pada April tahun lalu, kini Zoe telah mula dipamerkan di bilik pameran Renault tempatan. Zoe secara kasarnya mempunyai dimensi seakan Ford Fiesta. Ia mempunyai panjang 4,084 mm, 1,730 mm lebar dan 1,562 mm tinggi, serta jarak roda yang berukuran 2,588 mm. Zoe EV menawarkan lima tempat duduk, dengan ruang kargo berkapasiti 1,223 liter jika tempat duduk belakang dilipat. Zoe menampilkan unit janakuasa elektrik sepenuhnya dengan motor elektrik tunggal berkuasa 87 hp pada takat 3,000 hingga 11,300 rpm dan tork 220 Nm bermula seawal 250 hingga 2,500 rpm. Ini membolehkan Zoe mencapai 48 km/j dari kedudukan pegun dalam masa empat saat dan memecut dari 0-100 km/j dalam masa 13.5 saat. Ia juga boleh mencapai kelajuan maksima 135 km/j. Motor elektrik Zoe dijana bateri lithium-ion 22 kWh yang diletakkan diatas lantai kereta ini. Tidak seperti pesaing lain, Renault membangunkan kereta ini khas untuk dijana oleh elektrik sepenuhnya, bukan salah satu varian yang mempunyai opsyen enjin petrol atau diesel. Kuasa motor elektrik kereta ini dihantar terus ke roda hadapan melalui kotak gear satu kelajuan. Zoe dilengkapi pengecas Caméléon yang telah dipatenkan oleh Renault, dimana ia boleh digunakan dengan mana-mana punca kuasa sehingga tahap 43 kW. Ini bermakna anda boleh mengecas Zoe dengan hampir apa jua punca kuasa elektrik, asalkan soketnya sama, cuma tempoh mengecasnya sahaja yang berbeza bergantung pada punca kuasa tersebut. Berdasarkan pengecas 3.6 kWh, Zoe mengambil masa sembilan jam untuk dicas sepenuhnya. Dengan pengecas pantas 7.0 kWh, cas penuh hanya mengambil masa empat jam. Pengecas Delta pemasangan dinding 3.6 kWh adalah standard didatangkan dengan setiap pembelian Zoe. Dengan bateri yang dicas penuh, Zoe mampu untuk dipandu sejauh 210 km (berdasarkan ujian NEDC). Renault Zoe menampilkan rekaan luaran yang konvensional yang tidak kelihatan janggal atau kelihatan seperti kapal angkasa berbanding kereta janaan bahan api fosil yang lain. Kemasan biru elektrik adalah satu-satunya petunjuk yang ia adalah sebuah kereta elektrik sepenuhnya. Bahagian luaran kereta ini dibekalkan secara standard dengan lampu hadapan halogen, lampu belakang kombinasi LED dan roda aloi 16-inci. Buat masa sekarang, hanya warna Putih Glasier ditawarkan untuk Zoe. Bahagian dalaman pula, Zoe direka seiras dengan Renault Clio. Ia menawarkan tempat duduk balutan fabrik, paparan skrin sesentuh tujuh-inci R-Link Renault, sistem audio 3D enam-pembesar suara Arkamys, penghawa dingin zon tunggal, butang penghidup tekan dan monitor paparan panel instrumen LCD sepenuhya. Ia juga mempunyai hab penyambungan USB, operasi handsfree Bluetooth dan juga soket kuasa 12-volt. Untuk ciri keselamatan, Zoe menawarkan empat beg udara, ABS, EBD, ESC, dan ASR serta tali pinggang keledar hadapan dengan pretensioner . Tempat duduk belakang dan tempat duduk penumpang hadapan juga dilengkapi dengan cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix. Dengan setiap pembelian Renault Zoe, waranti pengeluar tiga tahun atau 100,000 km (yang mana sampai dahulu) adalah standard. Manakala untuk bateri dan unit janakuasa elektrik pula dilindungi dengan waranti lima tahun atau 100,000 km (yang mana sampai dahulu). Untuk info lanjut berkenaan Renault Zoe, anda boleh lawati Carbase.my
Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 dilancar, tampil prestasi lebih baik berbanding Eagle F1 Asymmetric 2
Goodyear telah pun melancarkan tayar terbaharu dalam barisan tayar berprestasi tinggi ultra (UHP) Eagle F1 iaitu Asymmetric 3, menggantikan Asymmetric 2 yang telah berada dalam pasaran tempatan sejak 2011. Tiada perubahan besar pada corak bunga tayar dapat disaksikan berbanding A2,cuma sedikit perbezaan pada blok bunga tersebut jika diperhatikan secara terperinci. Tetapi, dibawah lapisan bunga tayar baharu ini, pelbagai kejuruteraan baharu telah diterapkan di dalam pembangunan tayar tersebut, menghasilkan prestasi yang jauh lebih baik. Berdasarkan ujian perbandingan bebas yang dibiayai Goodyear, Eagle F1 A3 ini mampu untuk mengatasi pesaing terdekatnya dalam pasaran tayar UHP seperti Michelin Pilot Sport 3, Bridgestone Potenza S001 dan Continental Sport Contact 5 di mana ia mampu berhenti 2.6 meter lebih pendek (atau 9 peratus lebih bagus) diatas permukaan jalan basah. Asymmetric 3 baharu ini juga menawarkan jarak pemberhentian yang lebih pendek diatas permukaan jalan kering di mana ia diuji berhenti 1.3 meter lebih awal berbanding pencabarnya yang lain. Goodyear juga mendakwa tayar ini memberikan prestasi 4% lebih baik ketika dikawal diatas permukaan basah dan mendapat tempat kedua dalam aspek rintangan golekkan berbanding pesaing utama. Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 (kiri) dan keluaran sebelumnya – Asymmetric 2(kanan) Elemen rekaan terbaharu termasuklah teknologi membrek aktif, di mana ia meningkatkan hubungan permukaan dan cengkaman ketika membrek, membolehkan ia berhenti dengan lebih cepat. Tayar ini juga dibina dengan kompaun grip booster dan juga resin pelekat yang mampu meningkatkan cengkaman semasa membrek dan pengendalian. Ia juga direka dengan teknologi binaan yang diperkuat, di mana ia mengurangkan berat keseluruhan tayar ini tanpa mengorbankan kekuatan binaannya. Goodyear menyatakan pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan prestasi tayar ini. Lebih 36,000 jam kejuruteraan digunakan dalam proses pembangunan, termasuk 3,800 jam di lima lokasi ujian di lima negara berbeza, dengan jarak perjalanan keseluruhan sejauh 330,000 km. Eagle F1 Asymmetric 3 akan dikeluarkan dengan 41 saiz untuk pasaran global, dengan saiz bermula dari 17 hingga 20 inci. Tiada lagi berita berkenaan bila A3 ini akan masuk ke pasaran Malaysia.
Honda CR-Z facelift dilancarkan di Indonesia – RM168k
Honda CR-Z facelift telah pun dilancarkan di Indonesia oleh PT Honda Prospect Motor. Setelah diumumkan kehadirannya sejak Ogos tahun lalu, ini merupakan model facelift yang kedua di pasaran Indonesia. Di mana model facelift pertama diperkenalkan di peringkat dunia sewaktu penganjuran Indonesian International Motor Show (IIMS) 2012 dan kemudian dilancarkan di Malaysia pada awal 2013. Model facelift di Indonesia ini seperti mana yang pernah disaksikan di Jepun, dan ia telah dilengkapi dengan pelbagai elemen. Termasuklan kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, HDMI dan dua USB port, lampu utama LED dengan rekaan baharu (termasuk lampu nyalaan siang LED dan lampu isyarat membelok) dan kamera parkir pelbagai-pandangan dengan head unit 2-DIN bersama skrin sesentuh. Selain itu, ia turut menampilkan brek parkir elektronik yang diletakkan di tengah-tengah tempat duduk hadapan, yang merupakan perubahan terbesar pada bahagian kabin yang turut menambahkan ruang pada konsol tengah dan perehat tangan. Bukan itu sahaja, jahitan kontras berwarna oren juga ditampilkan pada tempat duduk, balutan roda stereng, tombol gear, dan panel pintu. Klik untuk besarkan imej Untuk luaran, model 2016 ini turut menambah baik bahagian hadapan termasuk bampar serta menampilkan lampu utama LED rekaan baharu. Bukan itu saja, rim dua-tona stail-kepingan bilah 17-inci turut ditampilkan bersama bampar belakang baharu dan peresap yang bergaya lebih mantap. Bahagian hadapan dan belakang yang diperkemaskinikan nampak lebih bersudut berbanding model sebelumnya. Bagi penjana kuasanya, tiada perubahan dan masih mengekalkan enjin 1.5 liter dengan kombinasi Integrated Motor Assist (IMA), yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 PS dan tork 190 Nm (lebih 12 PS/16 Nm berbanding model asal CR-Z). Motor elektriknya pula dikuasakan oleh 144-voltan, bateri lithium-ion 18.8 kW. Namun kotak gear manual enam-kelajuan tidak ditawarkan buat pasaran Indonesia, hanya transmisi CVT dengan pedal penukar gear sahaja yang ditampilkan. Didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Milano Red, Premium White Pearl, Hellios Yellow Pearl II dan Smart Black. Ia dijual pada harga atas jalan Rp 535 juta (RM167,660). GALERI: Honda CR-Z facelift di Tokyo 2015 GALERI: Honda CR-Z 2015 facelift
Kilang Enjin Toyota Karawang, Indonesia mula beroperasi – hasilkan 216,000 unit enjin NR setahun
PT. Toyota Manufacturing Indonesia (TMMIN) telah mengumumkan kilang enjin baharu mereka di Jawa Barat telah pun memulakan operasinya. Kilang Enjin Kerawang ini telah mula beroperasi sejak penghujung Februari lalu, dibina dengan pelaburan sekitar 2.3 trillion rupiah (RM718 juta). Kilang tersebut mempunyai kakitangan seramai 400 orang, dan mampu untuk menghasilkan 216,000 unit enjin setahun. Buat masa ini, kilang tersebut memproduksi enjin siri NR 1.3 dan 1.5 liter, di mana sebahagian enjin tersebut bakal dieksport ke luar Indonesia. Enjin siri NR tersebut dibina untuk menjana model-model Toyota seperti Sienta, Avanza, Vios dan Yaris (bergantung pada pasaran). Kilang Enjin Karawang ini adalah sebahagian rancangan Toyota untuk meminimakan impak negatif semasa proses produksi, dan membolehkan kesemua proses penghasilan enjin dijalankan dalam satu kilang sahaja. Kilang di Karawang ini juga turut memproduksi Kijang Innova, Fortuner, Etios Valco, Vios dan Yaris. Khabar angin mengatakan juga kilang ini turut akan memproduksi Sienta spesifikasi-Indonesia kelak. Kilang ini turut menjalankan proses peleburan, implementasi pertama seumpamanya di kilang Toyota luar Jepun. Dengan proses peleburan dijalankan di tempat yang sama, kilang ini dapat mengurangkan risiko yang berkaitan penghantaran logam lebur ketika proses pembentukan komponen utama. Selain itu juga, ruang yang diperlukan untuk proses peleburan dan pembentukan dapat dikurangkan kerana proses penghantaran telah tiada dalam senarai proses. Permintaan yang tidak menentu juga dapat dihadapi dengan lebih responsif, kerana amaun pengeluaran logam lebur dapat dilaras seiring permintaan. Kilang ini juga turut menampilkan teknologi teras pasir bukan organik, juga pertama seumpamanya di kilang Toyota luar Jepun. Teras tersebut diletakkan di dalam acuan pembentuk untuk mewujudkan rongga dalaman pada proses akhir pembentukan sesebuah komponen. Setelah logam lebur dituang ke dalam acuan dan mengeras, teras tersebut akan pecah. Secara tradisi, teras adalah bahan organik yang digunakan semasa proses pembentukan, kerana ia memerlukan kombinasi supaya mudah dipecahkan, kuat, kalis haba dan mempunyai sifat pengacuan. Walaubagaimana pun, penggunaannya menghasilkan banyak kesan sampingan seperti pencemaran bau dan penghasilan tar. Menerusi penggunaan bahan bukan organik, kesan sampingan tersebut boleh dikurangkan dari segi kuantiti, penggunaan penyedut habuk dan penyahbau yang lebih kecil, yang mana akan mengurangkan ruang yang dibuat untuk proses pembentukan dan juga mengurangkan pelaburan awalan.
KTM Komuter pertingkatkan frekuensi tren pada waktu bukan-puncak – mampu elak penumpang tunggu lama
Kini penumpang KTM Komuter tidak perlu menunggu tren dalam tempoh waktu yang lama pada waktu bukan-puncak, mulai Mei ini. Walau pun jadual pada waktu puncak masih kekal sama, iaitu setiap 15 minit ketibaan antara tren, frekuensi pada waktu bukan-puncak pula akan dipertingkatkan iaitu dari sejam menjadi selang setengah jam, menurut laporan The Star. Operator rel berkata penjadualan semula ini bagi meningkatkan semula perkhidmatan pengangkutan awam ini dan ia membabitkan laluan Komuter di sekitar Lembah Klang. Walau bagaimana pun, penjadualan semula ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Mei atau Jun, ujar Presiden KTM Datuk Sarbini Tijan. Beliau turut menambah ini tidak bermakna dua laluan Komuter iaitu Seremban dan Pelabuhan Klang akan mengambil masa yang lama untuk trennya tiba di semua lokasi. Hanya sesetengah laluan sahaja yang terlibat dengan penjadualan semula ini, selebihnya masih bergerak seperti biasa. “Kami melaksanakannya mengikut fasa demi fasa. Dalam masa-masa tertentu, kami jangkakan hanya 20% penumpang akan terjejas apabila mereka menggunakan perkhidmatan Komuter,” ujarnya. Laluan yang terlibat dalam penjadualan semula ini ialah Rawang-Batu, Batu-Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Klang-Salak Selatan. Peningkatan perkhidmatan ini adalah sebahagian daripada projek jangka masa panjang yang dikenali sebagai peningkatan sistem dan infrastruktur Trek Berkembar Lembah Klang. Di mana ia melibatkan trek-berkembar rangkaian, pengisyaratan dan sistem komunikasi. Ini termasuklah perubahan pada komponen trek dan penaiktarafan sistem pengesan tren.
Yamaha NMax 2016 sah dijual pada harga RM8,812
Hong Leong Yamaha telah mengesahkan skuter Yamaha NMax akan dijual pada harga RM8,812. Skuter 155 cc dengan penyejuk cecair, satu-silinder empat injap SOHC dengan sistem injap bukaan bervariasi (VVA) dan digandingkan bersama kotak gear CVT dengan nisbah akhir tali sawat tersebut telah dilancarkan di Genting Highland akhir Januari lalu. Direka sebagai “model skuter global” Yamaha, dan menggunakan enjin “Bluecore” Yamaha, skuter ini menjadikan anak muda dengan gaya hidup moden sebagai sasaran pasaran. Enjin NMax berupaya menjana 14.8 hp dan tork dicatatkan 14.4 Nm pada takat 6,000 rpm. Sistem ABS tidak akan disertakan untuk NMax CKD, tetapi sistem brek masih dilengkapi dengan cakera berdiameter 230 mm pada bahagian hadapan dan belakang. Sistem pancitan bahan api turut dibekalkan untuk memastikan kuasa optimum dan penggunaan bahan api yang efisien dapat dicapai. Harga rasmi untuk Yamaha NMax ialah RM8,812 selepas GST, tanpa cukai jalan dan insuran, dan akan mula berada dipasaran selepas April 2016. Yamaha NMax bakal bersaing dengan skuter sekelas dengannya – Honda PCX 150 yang dijual pada harga RM11,990.
VIDEO: Hyundai Verna baharu di India – RM47k
Hyundai India telah memperkenalkan Hyundai Verna baharu, yang dipaparkan menerusi tayangan komersil untuk siaran televisyen. Video tersebut memaparkan sasaran jualan Verna, selain menampilkan imejnya yang telah ditambah baik, termasuk dengan adanya butang penghidup enjin, sistem Smart Touch Infotaiment 7.0-inci serta kabin yang lebih senyap dan pemanduan yang lebih selesa. Turut dikenali sebagai Hyundai Accent di sesetengah pasaran, Verna dijual pada harga bermula 780,000 rupees (RM47.5k) di India, turut mempunyai enam varian, dengan output kuasa dari 90 hingga 128 hp. Elemen yang dipertonjolkan menerusi klip video tersebut ialah yang ada pada varian tertinggi termasuk rim aloi potongan berlian 16-inci, kamera pandang belakang, kemasukan tanpa kunci, kulit upholstery, sistem hiburan AVN dan banyak lagi. Model sebelum ini juga telah dipasarkan di Malaysia, Hyundai Verna (a.k.a Hyundai Accent) merupakan model kompak yang diposisikan antara Hyundai Elantra. Memasuki generasi keempat, model ini juga dipasarkan di Korea, China, Amerika Utara dan Rusia, selain India.
Malaysia yakin mampu implementasi program B10 Biodiesel tahun ini, ujar menteri KPPK
Kerajaan yakin mampu mengimplementasi program B10 biodiesel pada tahun ini, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau berkata langkah itu sejajar dengan komitmen negara sebagai ahli Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOC) dengan Indonesia untuk meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam biodiesel, laporan Bernama. “Indonesia ketika ini melaksanakan B15 dan sedang beralih ke arah B20. Kita memaklumkan kepada mereka bahawa kita akan beralih kepada B10 sebaik sahaja kita merasakan ia praktikal,” katanya. Beliau berkata kementerian ketika ini sedang mengadakan perundingan menyeluruh dengan semua pemegang kepentingan bagi memastikan penerimaan dasar yang akan dilaksanakan. “Beberapa siri ujian perlu dilakukan dan perbincangan akhir akan diadakan untuk memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar,” katanya. Mengenai pelaksanaan program biodiesel Malaysia yang agak perlahan berbanding Indonesia, Uggah berkata situasi itu disebabkan oleh sistem struktur yang berbeza dalam kedua-dua negara serta kos yang terlibat dan bekalan stok minyak sawit mentah (MSM) yang tersedia. “Kita mahu menjadi praktikal. Ini kerana kita merasakan B10 mencukupi buat masa ini memandangkan stok dan kos kita yang terlibat,” katanya. Bagaimanapun, Uggah berkata, beliau yakin Malaysia memiliki kemudahan yang cekap untuk membuat adunan baharu biodiesel secepat mungkin selepas keputusan diambil. “Berkaitan dengan kemudahan, Malaysia telah membina sistem yang cekap yang boleh mengadunkan biodiesel baharu ini dalam masa dua hari,” katanya.
Malaysia bakal laksana sistem M-Bike di Tambak Johor, Laluan Kedua bagi atasi kesesakan di imigresen
Bagi perjalanan yang lebih lancar buat semua penunggang motosikal, Malaysia bakal melaksanakan pemeriksaan imigresen automatik bagi motosikal atau M-Bike di Tambak Johor dan Laluan Kedua. Penyediaan kemudahan dan infrastruktur M-Bike akan menyaksikan sebanyak 100 lorong di Bangunan Sultan Iskandar dan 50 lorong di Kompleks Sultan Abu Bakar, laporan Bernama. Kemudahan ini adalah sama sama seperti digunakan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura dikenali sebagai Bikes II yang membolehkan penunggang motosikal melepasi pemeriksaan imigresen secara automatik dengan mengimbas cap jari dan pasport pada mesin. Bikes II akan mempunyai sejumlah 164 kaunter di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas menjelang akhir tahun ini. Kemudahan perjalanan itu telah dibincangkan pada Mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Bersama peringkat Menteri Malaysia-Singapura bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) yang berlangsung semalam. Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Menteri Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Malaysia Datuk Seri Abdul Wahid Omar. Turut hadir ialah Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pembangunan Negara Singapura Lawrence Wong, dan beberapa pegawai kanan dari kedua-dua negara.
Mazda CX-4 dikesan sedang diuji di China
Mazda CX-4 telah terang-terangan menunjukkan dirinya tanpa diselimuti penyamaran, sewaktu ditemui sedang diuji di China. Ia dijangka bakal melakukan penampilan perdana di Auto China 2016 di Beijing tidak lama lagi. Menerusi foto dari portal CarNewsChina ini, memberikan sedikit gambaran yang lebih jelas mengenai “CX-5 coupé” ini. Walau pun ia tidak seperti model konsep Koeru, namun ia kelihatan seperti lebih kepada model produksi dengan kekemasan dan pencahayaan, roda yang lebih kecil dan cermin sisi yang besar. Ia kelihatannya mempunyai sedikit persamaan dengan Mazda 3 hatchback, walau pun masih tidaklah begitu ketara. Dengan bonet yang panjang, permukaan yang lebih bersudut dan cermin hadapan yang menonjol, turut membuatkan CX-4 ini kelihatan agak sama dengan model hatch tersebut. Namun perbezaan yang kelihatan pula termasuklah bar krom yang lebih tebal dengan kedudukan plat nombor, serta tiang-A yang membaluti cermin hadapan. Di bahagian dalamnya, papan pemukannya mirip dengan Mazda 3 dan Mazda 6 facelift, menampilkan paparan MZD Connect, roda stereng tiga-jejari, kluster instrumen tiga-pod, dan tombol Commander Control untuk sistem hiburan. Malah ia turut menampilkan brek parkir elektronik, yang pertama kalinya diperkenalkan pada Mazda 6 dan CX-5 facelift. Pilihan enjin kelihatan sama seperti CX-5, termasuk 2.0 liter 155 hp/200 Nm dan 2.5 liter suntikan-terus SkyActiv-G 184 hp/250 Nm (sama dengan apa yang kita dapat di sini) dan 2.2 liter SkyActiv-D turbodiesel 148 hp/350 Nm. Seperti biasa, ia juga dipadankan dengan transmisi manual SkyActiv-MT enam-kelajuan atau SkyActiv-Drive automatik, sama ada dengan pilihan pacuan dua- atau empat-roda. GALERI: Mazda Koeru Concept di Frankfurt 2015
Laluan sehala di Seksyen 1, PJ Old Town mulai 16 Mac
Bagi memperbaiki aliran trafik dan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya menjelang waktu puncak di kawasan komersial dan perumahan di sekitar Seksyen 1 PJ Old Town, beberapa perubahan trafik bakal dilaksanakan mulai 16 Mac ini, laporan The Sun Daily. Menurut wakilrakyat Bukit Gasing Rajiv Rishyakarn, notis pemberitahuan menerusi papan tanda dan banner telah diletakkan di empat lokasi mulai awal bulan ini untuk memberitahu orang ramai mengenai perubahan trafik ini. Perubahan tersebut akan melibatkan Jalan 1/10 dan 1/19 akan ditukar menjadi jalan sehala (berhampiran kedai kopi Heng Kee Bak Kut Teh dan Soon Lee). Pengguna jalan rayayang ingin ke Jalan 1/14 perlu memasuki simpang pertama di Jalan 1/14, kerana tidak boleh melalui simpang kedua. Sementara itu, Jalan Dispensary (Jalan 2/28) dan Jalan 1/18 juga akan menjadi jalan sehala. Pengguna jalan raya dari Jalan 1/12 yang ingin ke Jalan Othman perlu memasuki simpang selepas Restoran C&S atau selepas Medan Selera Jati. Rajiv turut berkata, pembahagi jalan juga akan diletakkan di Jalan Pasar 1/21 untuk mengelakkan orang ramai dari meletakkan kenderaan secara berlapis (double-parking) di bahu jalan dan bagi menghalang pemandu daripada terus membelok ke Jalan 2/38. Malah pusingan-U akan dibina di lampu isyarat Jalan Othman untuk mengurangkan kesesakan. Walau bagaimana pun, kedua-dua perkara tersebut masih belum dimuktamadkan kerana sedang menanti keputusan daripada majlis bandaraya. Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenai implementasi ini kerana memahami semua perubahan dan polisi akan mengambil sedikit masa untuk diterima oleh semua.
Ford Focus baharu dilancarkan- dari RM119k, varian Trend, Sport+ hatch dan Titanium+ sedan
Hari ini Ford dan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah melancarkan Focus baharu. Ditawarkan pada harga atas jalan (tidak termasuk insurans) bagi Focus Trend (5-pintu) RM118,888 (Semenanjung Malaysia) dan RM123,388 (Malaysia Timur). Manakala Focus Titanium+ (4-pintu) dan Sport+ (5-pintu) pula berharga RM139,888 (Semenanjung Malaysia) dan RM144,588 (Malaysia Timur). Dikatakan sebagai kereta kompak paling berkuasa di Malaysia, Focus baharu ini turut dijanakan oleh enjin petrol EcoBoost 1.5 liter empat-silinder. Ia juga menggunakan teknologi utama EcoBoost iaitu pengecas turbo, pancitan bahan api terus bertekanan tinggi dan pemasaan injap boleh ubah bebas berkembar (Twin-independent Variable Cam Timing) demi menawarkan prestasi yang optimum. Dengan enjin ini, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 180 PS dan tork 240 Nm. Penghantaran kuasa ini dibantu oleh transmisi automatik enam-kelajuan SelectShift baharu yang ringan dan efisien. Sementara pedal penukar gear yang diletakkan di bahagian belakang stereng memberikan pemanduan sporty yang sebenar. Focus baharu turut membawakan DNA dinamik pemanduan dan keseronokan ke satu tahap baru dengan pengendalian yang telah dipertingkatkan hasil suspensi dan penyerap hentak yang ditala dengan lebih khusus untuk membuatkan kereta ini berasa lebih mantap serta responsif. Sistem Electric Power Assisted Steering (EPAS) yang lebih tepat turut meningkatkan pengalaman pemanduan. Ia juga mengurangkan rasa redaman yang tidak perlu dan menawarkan maklum balas terbaik kepada pemandu. Dilengkapi sehingga enam beg udara, Focus baharu memberikan pemandu lebih keyakinan bersama pelbagai teknologi bantuan pemandu seperti Enhanced Transitional Stability. Teknologi itu mampu menjangkakan gelinciran dan bertindak lebih awal untuk mengelak daripada kemungkinan berlakunya masalah hilang kawalan dan meningkatkan ciri Active City Stop. Focus juga menjadi satu-satunya model kompak yang menampilkan sistem Active Park Assist yang telah dipertingkatkan dan Blind Spot Information System (BLIS) dengan Cross Traffic Alert. Bagi membolehkan pemandu menggalakkan tabiat pemanduan selamat, Focus baharu ini turut dilengkapi dengan ciri Ford MyKey. Di mana para pemilik Focus baharu boleh memprogramkan kunci simpanan untuk mengurangkan kelajuan maksimum, mendapat amaran awal tentang takat bahan api, mengehadkan suara sistem hiburan di dalam kereta atau mematikannya terus jika tali pinggang keledar tidak dipakai. Teknologi ini boleh memberi lebih jaminan kepada pemilik apabila meminjamkannya kepada pemandu yang kurang berpengalaman. Tampil dengan imej yang lebih bergaya dan sofistikated, model facelift ini menerima lampu utama baharu yang lebih nipis, bonet yang dipertingkatkan dan juga bampar baharu. Malah gril pemisah hadapan juga telah disambungkan dengan gril trapezoidal honeycomb, menyerlahkan lagi imejnya. Selain itu, lampu kabus segi empat tepat juga ditampilkan, bagi menggantikan yang lama iaitu berbentuk bulat. Pada bahagian belakang pula, kesemua varian turut dilengkapi dengan lampu aharu dengan profil yang lebih nipis dan bamparnya juga telah diprofil semula. Ia turut menampilkan lampu kabus dan reflektor yang lebih besar. Menjengah bahagian kabinnya, ternyata ia lebih ringkas dan intuitif. Ini membolehkan pemandu mengawal ciri-ciri kenderaan dengan mudah. Ini termasuklah konsol ubah suai boleh menempatkan pelbagai bentuk botol minuman dan cawan. Ruang itu juga boleh menempatkan botol minuman berkapasiti satu liter dan cawan 400ml. Focus baharu menawarkan tahap kualiti kesenyapan kabin yang mengagumkan. Ini adalah hasil penggunakan material penyerap bunyi seperti kaca cermin utama, kaca tingkap dan karpet lebih tebal, peningkatan penebat pada kemasan pintu dan enjin agar lebih senyap. “Focus baharu telah mengalami evolusi pada hampir semua segi termasuk reka bentuk, teknologi pintar, dinamik pemanduan, rangkaian kuasa dan kehalusan buatannya. Kami yakin semua ini akan menguatkan lagi tarikannya kepada pelanggan di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz. Ia hadir dalam enam warna menarik iaitu Frozen White, Panther Black, Ingot Silver, Candy Red, Magnetic dan Winning Blue. Selain dari itu, semua pemilik kenderaan Ford juga kini boleh menikmati rebat tunai sebanyak RM3,000 apabila mereka membeli Ford Focus baharu mulai hari ini hingga 30 April 2016. GALERI: C346 Ford Focus Mk3 facelift, Sport+ hatchback GALERI: Ford Focus Mk3 facelift, Titanium+ sedan
VIDEO: BMW Vision Next 100, idea dan teknologi
BMW telah menyiarkan video Konsep BMW Vision Next 100, yang ditampilkan pada sambutan bersejarah 100 tahun BMW di Munich tempoh hari. Kereta dengan rekaan yang radikal tersebut menampilkan idea yang tidak terfikir sebelum ini, pada kedua-dua mod iaitu mod dengan pemandu dan mod dipandu secara automatik. Ia begitu asing dengan konsep ‘Ultimate Driving Machine‘ BMW sebelum ini yang menitik beratkan kepuasan memandu pada setiap kereta binaan mereka. Video yang disiarkan tersebut memudahkan penerangan konsep dan falsafah disebalik pembinaan kereta berkenaan bermula dari proses rekaan hingga teknologi yang ditampilkan padanya, di mana BMW memandang jauh untuk 100 tahun berikut. Vision Next 100 didominasi motif grafik berbentuk segi-tiga yang digelar ‘Alive Geometry‘ oleh BMW. 800 panel motif grafik tersebut dilengkapkan pada bahagian luaran dan dalaman Vision Next 100, yang membolehkan ia bergerak dan membentuk rupa berbeza untuk menghasilkan pelbagai fungsi berbeza seperti ruang roda yang bergerak seiring putaran stereng dan arah roda dan juga untuk memberikan amaran kepada pemandu berkenaan bahaya yang bakal dihadapi di hadapan seperti kereta dari arah bertentangan dan juga pejalan kaki yang mahu melintas jalan. Kereta tersebut dikendalikan dalam dua mod berbeza iaitu mod Boost jika anda ingin memandu sendiri Vision Next 100, atau Ease yang membolehkan kereta tersebut bergerak tanpa pemandu. Dalam mod Boost, kedudukan tempat duduk pemandu berubah, konsol tengah dihadapkan lebih kepada pemandu. Paparan ‘head-up‘ (HUD) BMW menggunakan sepenuhnya cermin hadapan memberikan informasi seperti garisan pemanduan yang ideal, poin kedudukan stereng dan juga kelajuan. Bahaya pada jalan raya di dalam cuaca yang buruk juga turut dipaparkan berikutan kadar penglihatan yang terhad. Suasana bahagian dalaman ketika mod Ease adalah berbeza. Roda stereng dan konsol tengah dijauhkan, tempat duduk dilaras pada sudut tertentu bagi membolehkan penumpang berhadapan muka antara satu sama lain dengan mudah. Paparan HUD pada cermin hadapan juga berubah fungsi menjadi paparan sistem infotaimen.
Isuzu MU-X facelift di Thailand – terima enjin 1.9L Ddi Blue Power turbodiesel dan elemen dalaman baharu
Pada November lalu, Isuzu D-Max facelift telah pun diluncurkan di pasaran Thai, di mana ia telah dipertingkatkan termasuk bahagian hadapannya dan kabinnya juga ditampilkan dengan pelbagai elemen baharu. Malah ia juga dijanakan oleh enjin baharu 1.9 liter Ddi Blue Power turbodiesel. Kini, tibalah pula giliran Isuzu MUX dengan penambahbaikan yang lebih segar. MU-X facelift ini juga digandingkan dengan enjin 1.9 liter Ddi, yang menawarkan kuasa sehingga 150 PS pada 3,600 rpm dan tork 350 Nm pada 1,800 hingga 2,600 rpm. Ia turut dipadankan dengan dua transmisi iaitu manual enam-kelajuan atau automatik Rev Tronic enam-kelajuan. Unit 1.9 liter ini menggantikan enjin 4JK1-TCX 2.5 liter pada Isuzu D-Max/MU-X. Isuzu berkata penggantian pada enjin yang lebih kecil ini tidak menjejaskan prestasinya. Sebaliknya enjin baharu ini 16 hp lebih berkuasa dan 30 Nm lebih kuasa tork serta 20% lebih ringan. Bagi versi 3.0 liter, tiada perubahan, ia masih mampu menyalurkan kuasa 177 PS pada 3,600 rpm dan tork 380 Nm pada 1,800 hingga 2,800 rpm. Hanya satu transmisi sahaja yang ditawarkan iaitu automatik Rev Tronic enam-kelajuan. Terdapat enam varian MU-X ditawarkan di Thailand, dengan lima daripadanya versi dua-roda, dan barisannya bermula dari 1.9 CD 6AT 2WD dan 1.9 DVD 6MT 2WD, manakala paling tinggi ialah 3.0 DA DVD 6AT 4WD. Banyak perubahan dilakukan pada bahagian kabinnya rermasuk penambahan material lapisan tambahan bagi mengurangkan tahap bising dalaman kabin. Bagi kekemasan, pembeli boleh memilih dekorasi kayuan Nature Touch atau hitam berkilat, termasuk beige ivory atau kulit upholstery hitam, mengikat spesifikasi permintaan. Senarai elemen yang ditampilkan termasuk kawalan kelajuan, cermin pandang belakang anti silau dengan perakam video, kamera undur, dan sistem audio skrin sesentuh lapan-inci (penumpang belakang menerima skrin 10.2-inci). Kit keselamatan standard pula adalah untuk semua varian, termasuk ABS dengan EBD dan bantuan brek, ESC dan kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki dan dua beg udara. Untuk pasaran di Thai, terdapat empat warna pilihan ditawarkan dengan Grey Iceberg Silver sebagai warna baharu yang diperkenalkan. Isuzu MU-X 2016 dijangka akan dipertontonkan di Bangkok International Motor Show 2016 tak lama lagi.
SUV segmen-C Haval H2, padat dengan pelbagai ciri terkini bakal dilancar di Malaysia suku kedua tahun ini
Pada NST-MAI ASEAN Auto Show tahun lalu, jenama dari China, Great Wall Motors (sekarang dikenali sebagai Haval Motors) membuat prebiu model Haval H2. Kini, ia disahkan akan masuk ke pasaran Malaysia sekitar suku kedua tahun ini dan bakal bersaing dengan SUV segmen-C yang lain seperti Hyundai Tucson, Kia Sportage, Honda CR-V dan juga Mazda CX-5. Berdasarkan kertas spesifikasi yang dipamerkan pada prebiu tersebut, H2 hadir dengan dua opsyen iaitu model 2WD dan juga 4WD. Tiga varian disenaraikan iaitu City, Luxury dan Dignity, tetapi tiada lagi kata putus varian yang mana bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia. H2 ini bakal dijana enjin petrol 1.5 liter turbo dual-VVT 4G15B yang mampu menghasilkan 147 hp pada takat 5,600 rpm dan tork maksima 210 Nm bermula 2,200 hingga 4,500 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan automatik. Peralatan yang dilengkapi pada H2 ini agak menarik. Lampu hadapan halogen automatik dengan fungsi “follow-me-home” dipadankan bersama lampu nyalaan siang LED yang diletakkan pada bahagian apron hadapan. Pakej estetika juga termasuk roda aloi 18-inci bersama cat badan dengan dua tona. Pada bahagian dalaman, tempat duduk bahagian pemandu diberikan fungsi larasan enam-arah berkuasa bersama sokongan lumbar. Kesemua tempat duduk dan juga roda stereng menerima balutan kulit. Ciri mewah lain pada SUV ini termasuklah sistem kunci pintar, paparan pelbagai informasi TFT berwarna 3.5-inci, unit infotaimen dengan skrin sesentuh, penghawa dingin automatik dua zon dan juga kamera undur/sistem radar. Untuk bahagian keselamatan, Haval H2 menawarkan enam beg udara, (dua di hadapan, sisi, dan langsir), bersama kawalan stabiliti elektronik (ESC) serta sistem ABS bersama EBD dan bantuan brek. Sistem pantauan tekanan angin tayar (TPMS) juga turut dilengkapi pada SUV ini. Setakat ini, harga dan spesifikasi akhir untuk Haval H2 masih lagi belum didedahkan.
Rolls-Royce Phantom edisi istimewa bakal diperkenalkan tahun ini – model generasi ke-8 mendahului sebelum ketibaan SUV pada 2018
Rolls-Royce Drophead Coupe Beberapa hari lalu, perkhabaran mengenai Rolls-Royce Phantom generasi ketujuh akan dihentikan pengeluarannya telah diumumkan oleh CEO Roll-Royce kepada ArabGT.com. Di mana ia juga akan memproduksi dua model baharu edisi istimewa sebagai mengucapkan selamat tinggal pada Phantom Coupe dan Drophead Coupe. Kedua-duanya akan ‘berehat selamanya’ menjelang November ini, di mana CEO Roll-Royce Torsten Mueller-Oetvoes telah mengesahkan Phanton generasi ke-lapan hanya akan ditawarkan dalam bentuk sedan. Manakala dua edisi istimewa pula akan diletakkan dalam Phantom Zenith Collection, yang hanya diperoduksi sebanyak 50 unit sahaja. Malah beliau turut mengesahkan, Phantom generasi ke-lapan itu akan tiba pada tahun ini, yang akan dibina dengan senibina aluminium baharu. Manakala Rolls-Royce Cullinan SUV/crossover pula sah bakal diperkenalkan selepas Phantom baharu, dijangka pada 2018. Roll-Royce juga akan memperkenalkan model konsep yang pertama tahun ini yang dikenali sebagai Rolls-Royce Grand Sanctuary.
Promosi Mac Honda – rebat tunai, penyelenggaraan percuma selama dua tahun serta lain-lain hadiah
Peneraju kategori bukan jenama nasional di Malaysia – Honda, kini sedang menjalankan promosi jualan bulan Mac ini. Promosi yang akan berakhir hujung bulan March tersebut menawarkan rebat tunai untuk semua model keluaran Honda termasuk SUV ‘terlajak laris’ Honda HR-V disamping pakej servis percuma selama dua tahun yang merangkumi alat ganti dan kos buruh. Bagi model terpilih, Honda Malaysia bukan sekadar memberikan rebat tunai dan pakej servis percuma, ia juga bakal diberikan beberapa hadiah yang lain menerusi promosi ini. Rebat paling besar diberikan adalah untuk model Civic, dimana setiap varian (1.8L, 2.0L, 2.0L Navi) Civic akan diberikan rebat tunai RM6,800 diikuti model Accord (RM3,700 untuk 2.4L, RM2,800 untuk 2.0 VTi dan VTi-L). Kesemua tiga varian CR-V (2.0 2WD, 2.0 4WD, dan 2.4 4WD) akan menerima rebat tunai RM1,500, begitu juga dengan MPV diimport sepenuhnya dari Jepun iaitu Honda Oddysey. Model-model yang laris dalam pasaran turut diberikan rebat tunai, dimana setiap pembelian City akan diberikan rebat RM1,300, Jazz akan diberikan rebat RM1,500, manakala SUV kegilaan ramai Honda HR-V diberikan rebat RM1,000. Klik untuk besarkan Bukan sekadar rebat, kesemua model kecuali HR-V turut diberikan pakej servis percuma yang merangkumi alat ganti dan juga kos buruh. Nilai untuk pakej ini bermula dari RM1,149 hingga RM1,512 bergantung pada model. Pembeli juga tidak semestinya bersetuju dengan pemberian pakej servis percuma ini kerana pihak Honda Malaysia turut memberikan pilihan sama ada terus dengan pakej servis percuma atau pembeli boleh menerima wang tunai yang sama nilai dengan pakej servis tersebut. Untuk model Jazz, hadiah tambahan bakal diberikan iaitu pakej filem penapis haba yang sah dari Honda – “Ray Barrier 4” – yang bernilai RM1,500. Hadiah ini tidak boleh ditukar kepada tunai. Kesemua pembeli juga bakal diberikan “Tool Set” Ikea dengan setiap pembelian kereta, sah sehingga kehabisan stok.
Toyota Fortuner TRD Sportivo dilancarkan di Thailand
Toyota Fortuner TRD Sportivo telah pun diperkenalkan di Thailand. Lencana TRD Sportivo yang dilekatkan pada badan kereta ini bukan bermaksud hanya sekadar kit badan istimewa TRD, ia lebih daripada itu. Pada bahagian luaran, dapat disaksikan beberapa perubahan termasuk bampar hadapan dan belakang yang telah direka semula dimana kedua-dua lips diwarnakan sama dengan warna badan, gril bersalut krom gelap, bumbung disalut filem berwarna hitam mati (8,000 baht tambahan untuk kereta berwarna Putih Mutiara, hitam hanya untuk warna luaran lain), hiasan nombor pendaftaran belakang berwarna krom gelap, lencana-lencana TRD Sportivo dan juga tip ekzos. Fortuner ini juga dilengkapi dengan roda aloi TRD enam-jejari bersaiz 20-inci disaluti tayar Dunlop 265/50/R20. Sistem suspensi pula ditingkat taraf dengan penggunaan penyerap hentak dan spring TRD Sportivo, begitu juga dengan sistem brek. Bahagian dalaman SUV tujuh-tempat duduk ini menerima sistem audio JBL merangkumi unit utama dengan skrin sesentuh beserta sistem navigasi, dihubungkan dengan 11 unit pembesar suara. Kemasan balutan kulit berwarna hitam dan merah disulami benang merah mendominasi kesemua tempat duduk, panel pintu, papan pemuka, serta roda stereng dan tuil penukar gear yang turut menerima kemasan kevlar karbon. SUV ini juga dibekalkan dengan kunci istimewa TRD Sportivo serta boleh dihidupkan dengan menekan suis penghidup berwarna merah, juga khas keluaran TRD Sportivo. Panel meter juga menerima sentuhan grafik merah dan karbon, beserta logo TRD Sportivo pada paparan tengah meter dan juga logo TRD dibelakang meter kelajuan. ‘Scuff plate‘ dengan logo TRD yang menyala dan set lengkap karpet juga dilengkapkan beserta lampu puddle yang menyuluh kebawah memaparkan logo TRD ketika pintu tailgate belakang dibuka. Varian TRD Sportivo untuk Fortuner ini hanya hadir dengan enjin 1GD-FTV 2.8 liter turbodiesel berkuasa 177 hp dan tork 450 Nm, digandingkan dengan kotak gear enam-kelajuan automatik. Walaubagaimana pun pembeli boleh memilih sama ada untuk membeli Fortuner TRD Sportivo yang hanya dipacu roda belakang sahaja atau pun model yang dilengkapi sistem pacuan empat roda “Sigma4” 4WD. Harga yang ditawarkan bermula dari 1,679,000 baht (RM196,193) hingga 1,769,000 baht (RM206,701). Toyota Fortuner dan trak pikap yang dibina dari platform sama iaitu Hilux bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini. Varian TRD Sportivo kemungkinan besar turut akan ditawarkan dalam pasaran Malaysia. SUV ini kini kerap muncul melakukan ujian diatas jalan raya sekitar Lembah Kelang, mungkin memberikan isyarat ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Lexus LC 500h dilengkapi dua kotak gear dalam satu sistem transmisi – hapus kelemahan kotak gear CVT
Lexus LC 500h, merupakan LC 500 versi yang lebih mesra alam digandingkan dengan sistem transmisi yang agak unik. Kereta ini mempunyai dua kotak gear iaitu kotak automatik empat-kelajuan digandingkan bersama kotak gear CVT dan dipadankan kepada dua unit motor elektrik. Dalam laporan Automative News, Koji Sato, ketua jurutera untuk LC 500h berkata rekaan baharu ini bertujuan untuk menghilangkan efek ‘rubber band feel‘ pada kotak gear CVT sedia ada. Jika anda pengguna atau pernah memandu kereta dengan transmisi CVT, anda akan dapat merasai ‘rubber band feel‘ tersebut. Ia adalah situasi di mana ketika anda menekan pedal pendikit secara agresif untuk memecut, kelajuan enjin (rpm) akan bertambah tinggi tetapi nisbah kelajuan pada kotak gear tidak bergerak menyebabkan pemandu berasa seolah-olah “tertunggu-tunggu” untuk kereta tersebut menukar gear. Ini membuatkan sesetengah pemandu tidak gemar dengan kotak gear CVT kerana ia tidak memberikan perasaan ‘klimaks’ setelah gear ditukar. Masalah inilah yang bakal diselesaikan oleh kotak gear terbaharu Lexus ini. Kotak gear empat-kelajuan konvensional digabungkan bersama kotak gear automatik untuk memberikan perasaan yang lebih ‘umph’ ketika gear ditukar. Sato berkata semasa memecut, kotak gear baharu LC 500h ini akan memberikan pemandu enam rasa penukaran gear dari empat penukaran gear yang sebenar, tetapi sukar untuk pemandu mengetahui yang mana penukaran sebenar atau tidak tersebut. Gabungan dua kotak gear dalam satu sistem transmisi ini adalah sebahagian dari Sistem Hibrid Pelbagai Peringkat pada LC 500h, yang juga terdiri dari enjin petrol 3.5 liter V6 berkuasa 295 hp dan tork 348 Nm, digandingkan dengan motor elektrik 59 hp serta pek bateri lithium-ion 44.6 kW. Kuasa keseluruhan yang menjana kereta ini ialah 354 hp, dan Lexus mensasarkan ia mampu untuk memecut dari kedudukan 0-100 km/j dalam masa bawah lima saat. Sebagai perbandingan model janaan petrol sepenuhnya Lexus LC 500 yang dilengkapi enjin 5.0 liter V8 tanpa induksi paksaan dan digandingkan dengan kotak gear automatik 10-kelajuan mampu untuk memecut 0-100km/j dalam masa hanya 4.5 saat. Menurut Sato lagi, Presiden Toyota Akio Toyoda berusaha untuk sistem transmisi tersebut, di mana beliau berharap agar ia boleh dipadankan pada model hibrid Lexus yang lain pada masa akan datang, seperti LS generasi selepas ini dan juga sedan bersaiz sederhana GS. Model hibrid Toyota juga mungkin bakal menggunakan sistem transmisi ini.
VIDEO: Audi SQ7 TDI vs Red Bull Alpha Jet 10,600 hp
Beberapa hari lalu, Audi telah memperkenalkan model SQ7 TDI yang didakwa sebagai SUV diesel yang paling berkuasa di dunia. Adakah ia sekadar berkuasa ‘di atas kertas’ atau pun secara realitinya…benar? Tidak mahu dianggap sekadar omong kosong, Audi telah ‘membawakan’ SQ7 TDI ini untuk berentap dengan pesawat pejuang Red Bull Alpha Jet yang memiliki kuasa sehingga 10,600 hp. Pertarungan ini berlaku di atas landasan dengan jarak sepanjang 300 meter. SQ7 TDI ini dilengkapi dengan enjin 4.0 TDI V8 yang baharu dibangunkan bersama pemampat kuasa elektrik. Penjana turbodiesel ini juga mampu memberikan kuasa sehingga 435 hp dan tork setingga 900 Nm bermula 1,000 rpm, membolehkan SQ7 TDI ini dipacu dari 100 km/j dalam hanya 4.8 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum sehingga 250 km/j. Sekali gus memberikan peluang SQ7 TDI ini sebagai SUV diesel paling berkuasa yang pernah dihasilkan di dunia setakat ini. Audi juga berkata, apabila penjana kuasa tersebut bekerjasama dengan dua gas ekzos pengecas turbo, di bawah rpm yang rendah, ia mampu menyalurkan prestasi “kuasa yang sangat dinamik” dengan jarak masa 250 milisaat. Jadi menerusi klp video ini, anda boleh saksikan sehebat mana SQ7 TDI ini yang dianggap sebagai jagoan. Apa pendapat anda mengenai kekuasaan yang cuba diserlahkan menerusi SQ7 TDI ini? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah.
BMW Vision Next 100 tampil konsep teknologi yang bakal diterapkan BMW untuk 100 tahun akan datang
Sempena menyambut ulang tahun ke-100 nya, BMW telah mendedahkan kepada dunia kereta konsep terbaharu mereka, direka dengan ciri-ciri yang mungkin akan diterapkan pada model-model mereka untuk 100 tahun akan datang. Kereta yang diberi nama BMW Vision Next 100 ini diperkenalkan kepada dunia pada majlis sambutan ulang tahun ke-100 tahun BMW yang diadakan di Munich Olympic Hall, Jerman. Ia direka dalam bentuk sedan sports empat-pintu dan merupakan model yang pertama dalam siri konsep Vision yang dirancang dan bakal dibina oleh BMW Group. Versi untuk jenama dibawah BMW Group yang lain iaitu MINI dan Rolls-Royce pula akan didedahkan di London pada 16 Jun akan datang, manakala konsep motorsikal BMW Motorrad pula akan dipamerkan di Los Angeles pada 11 Oktober. BMW Vision Next 100 masih lagi kelihatan seperti sedan BMW yang ada sekarang ini. Dengan asas rekaan ‘one-box‘, ia menampilkan bonet-panjang tradisional BMW. Badan berbentuk batu kerikil dan diwarnakan dengan warna gangsa menampilkan gril tradisi BMW dibahagian hadapan bersama empat lampu hadapan utama dengan bentuk jalur, lampu belakang berbentuk-L, dan juga tiang-C ‘Hofmeister Kink‘ – tipikal sebuah BMW. Motif segi-tiga yang digelar BMW sebagai ‘Alive Geometry‘ mendominasi sebahagian besar badan kereta ini yang dibina dari 800 panel di bahagian dalam dan luar di mana ia boleh bergerak dan berubah apabila diperlukan. Pada bahagian luar, ruang roda yang besar ditutup menyembunyikan roda yang besar didalam, dimana ia akan berpusing sekali jika stereng dipusingkan. Rekaan ini membolehkan Vision Next 100 mencapai pekali geseran (CoD) hanya 0.18. BMW mengatakan kereta konsep ini mempunyai dimensi yang kompak. Mempunyai panjang keseluruhan 4.9 meter, panjang kereta ini hampir menyamai dimensi pada BMW 5 Siries. BMW juga mendakwa Vision Next 100 mempunyai keluasan pada ruang dalaman sama seperti “sedan mewah BMW” (mungkin 7 Series). Jadi, rekaan ini bukan sahaja unik, tetapi ia juga mampu membuatkan ruang dalamannya menjadi lebih luas. Setelah pintu ‘suicide‘ yang direka seperti kepak rama-rama kereta ini dibuka, dapat disaksikan bahagian kabin kereta ini direka dengan rekaan yang minimalis. Terdapat dua mod pada bahagian kabin ini iaitu Boost, dipilih jika pemandu mahu memandu sendiri kereta ini dan dibantu pelbagai ciri bantuan pemanduan. Dan yang kedua ialah Ease, di mana kereta ini dipandu secara automatik tanpa pemandu. Dalam mod Boost, panel ‘Alive Geometry‘ dibahagian dalam – yang diinspirasikan dari bulu burung – memberikan garis pemanduan yang ideal kepada pemandu dan memberi amaran dalam bentuk tindak balas intuitif kepada kereta yang datang dari arah bertentangan jika terdapat halangan. BMW mendakwa amaran tersebut lebih berkesan dari amaran berbentuk bunyi atau visual. Tempat duduk pemandu turut berubah kedudukan serta konsol tengah dihadapkan lebih kepada pemandu. Paparan ‘Head-up‘ (HUD) akan memberi informasi garis pemanduan yang ideal, poin stereng dan kelajuan kereta kepada pemandu menggunakan sepenuhnya cermin hadapan kereta ini. Ia juga turut memberikan paparan kenderaan yang melintas dihadapan dalam keadaan cuaca yang teruk dan kadar penglihatan yang kurang. Kesemua ini dapat berfungsi melalui gabungan pelbagai sistem pintar, yang sentiasa mengesan tindak balas pemandu dan mengadaptasikan ia untuk memberikan bantuan yang betul dan panduan visual. Bantuan visual tersebut dihasilkan dari arca berbentuk batu permata yang terletak dibahagian bawah cermin hadapan dimana ia akan disembunyikan pada mod Boost untuk mengurangkan gangguan dan menyala pada Mod Ease bagi menandakan ia dipandu secara automatik. Sistem tersebut juga memberikan paparan lampu hijau di bahagian hadapan kereta untuk memberikan isyarat kepada pejalan kaki menandakan mereka selamat untuk melintas jalan. Suasana di dalam kabin akan berubah sekiranya mod Ease dipilih. Roda stereng dan konsol tengah bergerak menjauhi penumpang dan tempat duduk bergerak kearah pintu membolehkan penumpang duduk pada posisi dan sudut yang sesuai, membolehkan mereka senang untuk bertentang muka sesama sendiri. Paparan HUD pula akan berubah menjadi paparan infotaimen. Kemampanan merupakan bahagian yang penting pada Vision Next 100. Kereta ini diperbuat dari gentian karbon dan plastik, dengan komponen seperti panel sisi dibina dari sisa gentian karbon produksi biasa. Bahagian dalam juga menggunakan tekstil berkualiti tinggi dan bahan-mono menggantikan tempat kayu dan kulit tradisional.
JPJ Perak sita 125 kereta klon sejak Mei 2015
Selepas berhabisan berpuluh ribu ringgit, kebanyakan pemilik kereta klon akhirnya ‘berputih mata’ apabila kereta yang dibeli disita oleh pihak berkuasa. Itulah senario yang terjadi sekarang terhadap pemilik kereta klon. Kebanyakan daripada mereka mengetahui ia adalah kereta klon, namun tetap ‘menutup hati’ untuk memiliki kereta jenama mewah yang dijual pada harga cukup murah. Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak Ramli Awang Seberang, tempoh paling lama seseorang berkesempatan ‘melaram’ dengan kereta klon yang dibeli adalah setahun dan paling singkat cuma tiga hari sebelum ia dikesan seterusnya disita oleh JPJ, laporan Bernama. Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengesan sebarang kereta klon yang berada di atas jalan raya kerana ia mempunyai fizikal yang agak luar biasa berbanding kereta sebenar. Sejak dilancarkan pada Mei tahun lalu, sehingga kini, JPJ Perak telah menyita 125 kenderaan pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan lebih daripada RM3 juta. Beliau berkata 73 daripada kereta klon itu disita di Ipoh, Manjung (20), Taiping (12), Tapah (10), Kuala Kangsar (enam) dan Teluk Intan (empat). Katanya jenama kereta klon paling banyak disita adalah Honda terdiri daripada pelbagai model termasuk Jazz, Odyssey, Civic dan Stream selain Toyota, Subaru, Audi, BMW, Mazda, Mercedes, Mitsubishi, Mini Cooper serta Volvo. Ramli Awang berkata hasil siasatan mendapati nombor casis kenderaan klon yang dirampas tiada dalam sistem pendaftaran JPJ selain nombor pendaftaran dan cukai jalan yang diguna adalah palsu. Beliau memberi amaran mana-mana pihak yang menggunakan cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk didakwa di mahkamah. “Selepas disaman, mereka akan didakwa di mahkamah, jika gagal hadir ke mahkamah, waran tangkap dikeluarkan dan nama mereka disenarai hitam,” katanya menambah setakat ini belum ada pembeli di Perak didakwa kerana proses siasatan sedang dijalankan. Ramli Awang berkata pihak JPJ juga akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk melupuskan kenderaan klon yang disita. “Menggunakan kereta klon ini banyak risiko lebih-lebih lagi apabila berlaku kemalangan kerana pembeli tidak boleh membuat tuntutan insurans,” katanya.
MRT : Penutupan jejambat Jalan Sungai Buloh dan jalan susur ke Jalan Kuala Selangor mulai hari ini
MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan media berhubung dengan penutupan jangka masa panjang di jejambat Jalan Sungai Buloh dan jalan susur ke Jalan Kuala Selangor (arah Kepong). Penutupan ini berlangsung selama 45 hari iaitu mulai 8 Mac hingga 17 April 2016 pada setiap hari iaitu dari jam 11 malam hingga 5 pagi. Penutupan ini dilaksanakan bagi kerja-kerja pemasangan jambatan pejalan kaki di Stesen MRT Sungai Buloh. Sepanjang penutupan ini, semua pengguna jalan raya dinasihati mengikuti isyarat lencongan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui jalan terbabit. Bagi yang datang dari arah Jalan Hospital menuju ke Kepong, akan dilencongkan untuk menyeberang jejambat masuk Jalan Kuala Selangor (arah Kuala Selangor) dan membuat pusingan U di The Store, Bandar Baru Sungai Buloh sebelum memasuki semula ke Jalan Kuala Selangor untuk menuju ke Kepong (sila rujuk tanda arah berwarna hijau pada peta di atas). Sementara bagi yang datang dari Jalan Sungai Buloh menuju ke Kepong, akan dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor (arah Kuala Selangor) dan membuat pusingan U di The Store, Bandar Baru Sungai Buloh sebelum memasuki semula ke Jalan Kuala Selangor untuk ke Kepong (rujuk tanda arah berwarna biru pada peta di atas).
Dabong gantikan Gua Musang sebagai stesen terakhir KTM bagi tren ulang alik di Wilayah Timur
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua perkhidmatan tren ulang alik di Wilayah Timur bermula dari stesen Tumpat dan berakhir di stesen Dabong sejak 6 Mac baru-baru ini. Sebelum ini, perkhidmatan tren berkenaan bermula dari stesen Tumpat dan berakhir di stesen Gua Musang. KTMB berkata perubahan destinasi itu bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor untuk menyiapkan kerja-kerja membaik pulih jambatan dan landasan kereta api yang telah musnah akibat banjir pada 2014.
Chevy Camaro Edisi Ulangtahun ke-50 diperkenalkan
Dalam diam-diam Chevrolet telah memperkenalkan Camaro Edisi Ulangtahun ke-50. Digambarkan sebagai “Camaro yang paling epik” yang pernah dibina, model edisi istimewa ini menampilkan warna luaran Nightfall Gray Metallic dengan pemisah hadapan dan rim aloi rekaan unik bersaiz 20-inci. Ia juga dilengkapi dengan gril hadapan yang dipertingkatkan, kaliper brek berwarna oren dan jaluran badan Ulangtahun ke-50. Varian paling tinggi juga didatangkan dengan RS Appearance Package termasuk lampu utama HID, lampu belakang LED dan spoiler belakang. Walau bagaimana pun, Chevrolet masih enggan mendedahkan foto rekaan kabinnya namun berkata, ia dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit lembut berwarna hitam. Malah ia juga dipadankan dengan jahitan kontras berwarna oren, plat ambang iluminasi dan rekaan khas sempena ulangtahun ke-50 pada panel instrumen, penyandar tempat duduk dan roda stereng. Model edisi terhad ini boleh didapati dengan varian 2LT, 2SS Coupe atau Convertible. Ia menampilkan enjin 6.2 liter V8 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 455 hp dan tork 610 Nm. Enjin ini juga dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan tetapi pelanggan juga diberikan pilihan kotak gear automatik lapan-kelajuan. Camaro Edisi Ulangtahun ke-50 akan mula dijual pada musim panas ini dan harganya akan diumumkan menjelang tarikh pelancarannya.
BMW Group Malaysia umum 10 pemenang #myBMW100Years – ditaja sepenuhnya ke Munich
Sempena ulangtahun ke-100 BMW Group, BMW Group Malaysia telah mengumumkan 10 pemenang bagi pertandingan #myBMW100Years, iaitu sebahagian daripada aktiviti dan acara bagi meraikan sambutan tersebut. Setiap individu yang menyertai pertandingan ini telah berkongsi memori terbaik masing-masing mengenai kereta BMW dan motosikal BMW, dengan mengetengahkan karakteristik jenama ini yang membawakan kegembiraan dalam kehidupan mereka. Setiap pemenang bakal menerima pakej percutian yang ditaja sepenuhnya iaitu melawat BMW Welt dan BMW Museum di Munich, di mana mereka berpeluang menikmati pengalaman penuh bermakna dan mengenali jenama BMW dengan lebih dekat lagi. Pemenang bagi #myBMW100Years ialah: 1. BMW Birthday Cake? – Wan Aznir 2. My BMW is Family – Iylia Hakim Bin Abdul Wahid 3. BMW 1st SUV – Carmen Tan Lee Wei 4. My Love Affair with the BMW Marque – Eng Kim Leng 5. Beautifully Made for Winners – Elaine Tan Lay Poh 6. Pride, with Prejudice – Thanendran Thanesvaran 7. Don’t Wait Until 40 to Get BMW – Kasman Bin Kamis 8. Riding to the Top of the World With Friends – Lim Soon Hin 9. Nostalgia – Lai Joo Koi 10. Passing the Torch – BMW ‘Coupe Sport Lightweight’ – Adam Muza Muhayen
Jepun mahukan ujian emisi dan kecekapan bahan api dunia nyata, berikutan ujian makmal yang kurang tepat
Kementerian pengangkutan Jepun akan mengimplementasikan ujian emisi diesel berdasarkan dunia nyata berikutan ujian yang dilakukan pada model keluaran beberapa pengeluar gagal memperoleh keputusan yang mematuhi garis panduan undang-undang emisi negara matahari terbit tersebut. Menurut The Japan Times, varian diesel Nissan X-Trail, Land Cruiser Prado dan van komersial Toyota Hiace menghasilkan 10 kali lebih banyak gas nitrogen oksida (NOx) berbanding yang dibenarkan. Tidak seperti skandal diesel Volkswagen, tiada sebarang “defeat device” dijumpai pada kesemua kenderaan yang diuji tersebut. Kereta keluaran Mazda yang diuji iaitu SUV Mazda CX-5 2.2 diesel dan Mazda Demio (dikenali sebagai Mazda 2 di sini) 1.5 liter diesel menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian tersebut, menunjukkan ujian pada dunia nyata hampir menyamai ujian makmal enjin itu. Akhbar terbitan Jepun itu juga turut mendakwa tiada pengeluar automotif yang mengambil berat penalti yang bakal dikenakan berikutan ujian yang dilakukan hanyalah memerlukan sesebuah kenderaan itu lulus ujian makmal sahaja dan bukan pada ujian dunia nyata. Kerajaan Jepun terpanggil untuk membuat keputusan tersebut berikutan CEO Volkswagen Group baharu, Matthias Muller yang turut menyuarakan kepada pihak berkuasa di Eropah untuk membuat ujian sedemikian di sana. “Percanggahan hasil ujian antara ujian rasmi dan penggunaan sebenar tidak lagi boleh diterima. Kami, iaitu industri ini, perlu untuk mengambil langkah baharu,” kata Muller. Pembuat kereta dari Perancis, PSA Peugeot Citroen, turut mengumumkan bermula Oktober tahun lalu laporan yang diterbitkan berkenaan angka penggunaan bahan api pada “kereta-kereta utama” mereka adalah berdasarkan ujian sebenar pada dunia nyata. Salah satu jalan penyelesaian untuk isu ini telah dikenal pasti sebagai program ujian-atas-jalan Emmission Analytic, yang dikatakan sangat hampir dengan hasil ujian dunia nyata. Prosedur Ujian Ringan Sedunia (WLTP) yang dirancang, dibangunkan di bawah forum UNECE WP29, ia mensasarkan hasil ujian kecekapan bahan api dan pencemaran/emisi CO2 yang lebih realistik.
‘The Proton Search’ mencari pemilik kereta Proton paling lama – hadiah utama Proton Saga serba baharu
Pengeluar kenderaan nasional, Proton, sedang ligat mencari pemilik atau sesiapa yang mewarisi kereta Proton yang paling lama. Menerusi ‘The Proton Search’, pertandingan ini dianjurkan selama 13 minggu, bagi mencari pemilik kereta Proton yang paling setia di Malaysia. ‘The Proton Search’ ini mencari pemilik yang setia bagi sama-sama berkongsi cerita menarik tentang kereta Proton yang dimiliki ini. Pemenang akan ditentukan berdasarkan perbatuan tertinggi. Pencarian ini telah pun bermula sejak 8 Mac lalu dan akan berakhir pada 8 Jun ini. Pertandingan ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang memiliki kad pengenalan dan lesen memandu sah. Kereta Proton berkenaan juga perlu mempunyai cukai jalan yang sah dan insurans tahunan yang diperbaharui sejak pemilikannya. Selain itu, kereta Proton tersebut mestilah kegunaan peribadi, bukannya untuk komersil, maknanya ia bukan digunakan sebagai teksi dan ia perlu dimiliki oleh pemilik tunggal atau disimpan oleh keluarga pemilik asalnya sejak ia dibeli. Syarat lain ialah kereta Proton berkenaan mestilah masih boleh digunakan, diselenggara dengan baik dan kelihatan seperti yang asal (bukan yang telah dimodifikasi). Pertandingan ini adalah sebahagian daripada kempen ‘The New Proton’ yang memberikan pengalaman dan nilai yang lebih baik bagi pemilik kereta Proton dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh disertai. “Sejak diperkenalkan, kami telah menjual lebih empat juta kereta Proton dan ini adalah pencarian pemilik kereta Proton yang setia dan memberikan peluang kami untuk mendekati mereka. Kami akan mengutamakan para pelanggan, dan sangat berbangga dengan mereka yang banyak menyokong kami selama ini,” ujar Datuk Abdul Harith Abdullah, CEO Proton. Untuk menyertainya, para peserta hendaklah menghantar borang penyertaan ini bersama cerita pendek atau rakaman video berdurasi 60 saat tentang kereta Proton yang dimiliki. Borang penyertaan boleh didapati di cawangan Proton terpilih atau muat turun dari laman web rasmi Proton. Borang yang difotostat juga diterima. “Kami mencari 11 pemenang dan hadiah utama yang ditawarkan ialah Proton Saga baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sementara 10 hadiah saguhati berupa pakej membaikpulih kereta Proton milik mereka bernilai RM5,000 dan juga wang tunai sebanyak RM1,000. Malah kesemua pemenang juga akan dibawa melawat kilang Proton,” tambah Harith lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari laman web rasmi Proton www.proton.com, www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau instagram @ProtonCars.
Volvo sasar penggunaan kunci digital menjelang 2017
Menjelang 2017, kunci kereta mungkin menjadi alat yang hanya tinggal sejarah jika anda memandu Volvo. Pembuat kereta dari Sweden itu merancang untuk menjadi pengeluar pertama dalam dunia untuk menggantikan kunci fizikal kepada kunci digital, yang berfungsi menerusi aplikasi telefon pintar. Kunci tersebut menggunakan hubungan Bluetooth pada telefon pintar pemilik kereta. Menurut Volvo, fungsi ini turut menampilkan cara baharu untuk menggunakan dan berkongsi kereta. Selain daripada boleh mengunci dan membuka kunci kereta, aplikasi tersebut juga membolehkan pengguna membuka but belakang dan menghidupkan enjin tanpa kunci fizikal berdekatan. Volvo juga menambah teknologi tersebut juga membolehkan pengguna mendapatkan lebih daripada satu kunci digital di mana ini membolehkan mereka mengakses kereta Volvo yang lain. Dengan aplikasi tersebut, ia membolehkan syarikat kereta sewa menggunakan ciri ini untuk mengelakkan masalah beratur panjang di kaunter. Pengguna di seluruh dunia boleh menempah dan membayar kereta sewa dan kemudian kunci digital tersebut akan dihantar terus ke telefon pintar mereka. Apabila sampai ke destinasi, mereka boleh mengesan kedudukan kereta tersebut dengan sistem GPS dan terus memandunya. Selain itu juga, pemilik Volvo boleh menghantar kunci digital mereka kepada ahli keluarga, kawan atau rakan setugas melalui telefon pintar mereka, membolehkan mereka menggunakan kereta tersebut. Menurut Henrik Green, naib presiden strategi produk dan pengurusan kenderaan Volvo Cars, keperluan mobiliti sedang berolusi dengan jangkaan pelanggan untuk “mengakses kereta dengan cara yang mudah.” “Teknologi kunci digital kami yang inovatif berpotensi untuk mengubah keseluruhannya bagaimana kereta Volvo boleh diakses dan dikongsi. Kereta boleh digunakan lebih kerap dan efisien oleh sesiapa yang pemilik mahu daripada dibiarkan tidak berfungsi di tempat letak kereta,” tambah Green. Volvo akan memulakan teknologi ini pada musim bunga 2016 melalui Sunfleet – syarikat kereta sewa mereka, berpangkalan di lapangan terbang Gothenberg di Sweden. Selepas itu, beberapa kenderaan komersil akan dikeluarkan dengan teknologi kunci digital menjelang 2017. Sebelum ini jenama dari Sweden tersebut melengkapkan penggunaan kunci digital ini untuk kegunaan penghantaran ‘in-car’ melibatkan Postnord, Lexmer.com dan Mat.se d Sweden. Phone as key Phone as key Volvo Cars digital key Volvo Cars digital key Volvo Cars digital key Volvo Cars digital key Volvo Cars digital key Volvo Cars digital key
Polis tetap dengan cadangan kadar saman trafik naik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan cadangan menaikkan kadar kompaun maksimum sebagai satu usaha menurunkan statistik kemalangan jalan raya maut yang meningkat sepanjang tahun. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Muhd Fuad Abu Zarim berkata pihaknya kini sedang meneliti proses bagi tujuan itu termasuk pindaan dari sudut perundangan sebelum ia dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini, memetik laporan The Sun. Tanpa menyebut jumlah kenaikan kadar kompaun berkenaan, beliau berkata sudah tentu ia akan melalui proses perundangan kerana sebelum ini kadar bayaran maksimum RM300 yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Jadi kalau kita mahu melakukan pindaan, ia perlu melalui proses di peringkat jemaah menteri, kemudian akan dibentangkan di Parlimen dan setelah diluluskan oleh Parlimen barulah boleh ia dikuatkuasakan. “Untuk sementara waktu ini, kita masih mengguna pakai undang-undang sedia ada dan harap pindaan tersebut dapat dilaksanakan selewat-selewatnya hujung tahun ini,” katanya. Muhd Fuad berkata kadar kompaun berkenaan dilihat wajar dinaikkan memandangkan ia tidak pernah dinaikkan sejak 28 tahun lalu dan mungkin kadar berkenaan terlalu ringan sehingga tidak lagi memberi kesan kepada pengguna jalan raya. “Hasil pemerhatian PDRM, saban tahun pelbagai usaha dijalankan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya termasuk kempen keselamatan dan operasi khas sempena musim perayaan, namun seolah-olah ia tidak memberi kesan kepada pengguna jalan raya. “Jadi kita berharap dengan kenaikan kadar kompaun ini sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar lebih mematuhi peraturan jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan maut yang semakin meningkat saban tahun,” katanya. Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mencadangkan agar jumlah kompaun maksimum dinaikkan sebagai antara inisiatif mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Menurut Khalid, tindakan itu bagi mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan kerana mereka masih dilihat penyumbang utama kepada kemalangan.
Ducati Multistrada 2016 kini dipamerkan di Next Bike – RM119,999 untuk 1200 dan RM135,999 untuk 1200 S
Ducati Multistrada 1200 2016 dan 1200 S telah mula dipamerkan di bilik pameran Next Bike Petaling Jaya pada 19 Februari lalu. Berevolusi dari Multistrda 1100, generasi terbaharu Multistrada 1200 ini menampilkan ciri terkini enjin Testastretta DVT (Desmodromic Variable Timing) di mana ia mempunyai kawalan bebas pada aci sesondol kemasukan dan ekzos. Tempoh perbatuan untuk talaan pelarasan kelegaan injap telah ditambah untuk Multistrada 2016 dari setiap 24,000 km kepada setiap 30,000km. Begitu juga dengan tempoh perbatuan servis menukar minyak pelincir yang telah ditambah dari setiap 6,000 km sebelum ini kepada setiap 7,500 km. Hal ini telah di sahkan oleh pengurus servis Next Bike, Mathan Kumar. Ducati telah mengesyorkan motorsikal di Malaysia menukar minyak pelincir lebih awal berbanding motosikal di Eropah di mana tempoh had perbatuan mereka di sana ialah setiap 15,000 km. Jentera tunggangan pelbagai gaya ini membolehkan ia ditunggang sebagai tunggangan sport, touring, mahupun cruising, tetapi kelebihan utamanya ialah semasa kelajuan tinggi di lebuh raya dan jalan biasa. Sistem DVT direka untuk mengoptimakan kuasa pada setiap peringkat rev enjin – membolehkan kuasa sentiasa ada pada rev tinggi, rendah, serta semasa bukaan injap pendikit yang kecil. Enjin ini berfungsi pada tahap yang paling optima jika menggunakan bahan api bergred Euro Four dengan kuasa maksima 160 hp dan tork maksima 136 Nm. Inertial Measurement Unit (IMU) dilengkapkan pada Multistrada 2016 untuk mengukur tahap roll, yaw, dan pitch. Informasi ini dihantar pada unit pengurusan enjin yang membolehkan sistem ABS mengawal brek walaupun ketika motorsikal ini melepasi selekoh tanpa tayar kehilangan traction. Ducati Wheelie Control (DWC) memperbetulkan pergerakan ke atas roda hadapan untuk memastikan cengkaman maksimum dan cengkaman memecut. Sistem ini boleh dinyah aktifkan sekiranya penunggang mahu melakukan aksi wheelie secara manual untuk kepuasan maksimum. Model 1200 S juga dilengkapi dengan sistem suspensi aktif “Skyhook” Ducati untuk memastikan kedua-dua roda sentiasa mencengkam permukaan jalan. Kedua-dua varian didatangkan sekali dengan kawalan kelajuan dan ABS sebagai ciri standard, dan 1200 S telah ditambah fungsi Bluetooth, yang membolehkan penunggang menghubungkan telefon pintar dengan sistem motorsikal. Data seperti informasi tunggangan dan laluan yang direkod boleh dimuat naik ke internet dan media sosial. 1200 S turut datang dengan lampu membelok yang akan diaktifkan apabila penunggang melakukan aksi ‘konar baring’ serta paparan LCD pelbagai warna. Ferrari turut membantu dalam pembangangunan sistem elektronik Multistrada ini. Boleh didapati dengan warna merah racing Ducati, Multistrada 2016 1200 dijual dengan harga di atas jalan tanpa insuran RM119,999 termasuk GST. Manakala untuk model 1200 S dijual dengan harga di atas jalan tanpa insuran RM135,999 termasuk GST. Maklumat dalaman Ducati Malaysia memberitahu pihak paultan.org secara eksklusif, sebanyak enam model baharu dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada suku ketiga tahun ini. Ia adalah Hypermotard 2016 dan Hyperstrada 939, Panigale 959, Multistrada Enduro dan Scrambler 400. GALERI: Ducati Multistrada 2016
Tram bakal diperkenalkan di Putrajaya dan Cyberjaya
Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang untuk membina sistem pengangkutan awam baharu, trem di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa tiga tahun akan datang. Menurut Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pembinaan kemudahan itu dilihat sebagai alternatif yang sesuai bagi mengatasi kesesakan di kawasan yang sedang mengalami pertambahan penduduk di wilayah terbabit. Beliau berkata jenis pengangkutan itu dipilih kerana ia dilihat lebih berekonomi berbanding pembinaan monorel seperti yang dirancang sebelum ini. “Perkara ini telah pun dibincangkan bersama Majlis Ekonomi Negara dan kita melihat pembinaan trem akan menyelesaikan projek monorel yang tertangguh sebelum ini dan ia lebih murah,” katanya. Rancangan pembinaan monorel Putrajaya sepanjang 18 kilometer sebelum ini telah ditangguhkan pada pertengahan 2004 kerana ketiadaan peruntukan. Tengku Adnan berkata beliau yakin pihak Unit Perancang Ekonomi akan membuka ‘Request for Proposal’ kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk pembinaan pengangkutan awam tersebut dalam masa terdekat. Beliau berkata melalui pembinaan kemudahan baharu itu, diharapkan warga Putrajaya dan Cyberjaya akan memperoleh keselesaan menggunakan pengangkutan awam terutamanya untuk ke pejabat dan mengurangkan kesesakan ketika waktu puncak.
Op Selamat 8: Kadar kemalangan meningkat, kes kematian menurun – Timbalan KPN
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan statistik bagi Op Selamat yang diadakan sempena Tahun Baru Cina yang berakhir Isnin lepas. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, sebanyak 19,572 kes kemalangan dicatatkan dalam Op Selamat 8 itu. Beliau turut berkata walaupun kes kemalangan meningkat sebanyak 478 kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas, namun kadar kematian menurun sebanyak 28 orang iaitu 279 berbanding 307 mangsa tahun lepas, laporan Bernama. “Berbanding rekod yang dicatatkan pada tahun lepas, ia mencatatkan sebanyak 19,094 kes dan tahun ini meningkat kepada 19,572 kes. Kesalahan sama masih berlaku termasuk menggunakan lorong kecemasan, memandu laju dan gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas,” katanya. Dalam masa yang sama, PDRM turut mengumumkan kontinjen Johor sebagai kontinjen/daerah terbaik Op Selamat 8/2016, disusuli oleh Perak dan Kelantan. Bagi peringkat daerah pula, Johor Baharu Selatan diumum sebagai daerah terbaik, Kota Setar dan Kuala Selangor masing-masing di kedudukan kedua serta ketiga. Noor Rashid turut berkata, penubuhan ‘Strike Force’ dalam Op Selamat 8 di zon selatan iaitu kontinjen Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah menunjukkan kesan positif. Sambungnya lagi, “Team-team kecil ini yang berpangkalan di Muar, Johor telah bergerak secara berkala ke lokasi yang dikenal pasti sebagai ‘kawasan panas’ kemalangan atau lokasi kesesakan trafik yang tinggi.” Melihat akan keberkesanannya ini, PDRM tidak menolak akan mengkaji keperluan dan kesesuaian pendekatan ini untuk dilaksanakan di zon-zon lain iaitu zon utara, pantai timur dan zon tengah bagi operasi akan datang.
Tiada lagi diskaun saman trafik – Bukit Aman
Bukit Aman tidak akan memberikan potongan atau diskaun untuk pesalah trafik, ujar Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim. Menurut laporan yang disiarkan oleh The Star, Timbalan Ketua Polis Negara itu turut memuji pesalah trafik yang membayar saman masing-masing tepat pada masanya, walau bagaimana pun tiada diskaun akan ditawarkan. “Tiada sebarang diskaun akan ditawarkan. Kita berharap ia mampu memberikan kesedaran buat semua pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan berdisiplin pada masa akan datang,” ujarnya. Ketua Trafik Pasukan Cawangan Bukit Aman SAC Mahamad Akhir Darus pula berkata semua pesalah trafik sepatutnta menyelesaikan saman masing-masing tepat pada masanya. “Kami tidak mahu menggalakkan sikap di kalangan rakyat Malaysia di mana mereka hanya akan membayar saman mereka hanya apabila terdapat tawaran diskaun. “Jika tiada tawaran diskaun dalam dua tahun, mereka tidak akan membayar saman dalam tempoh itu juga. Jadi kami tidak mahu sikap itu terus digalakkan,” tambahnya lagi. Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mencadangkan agar jumlah kompaun maksimum dinaikkan sebagai antara inisiatif mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Menurut Khalid, tindakan itu bagi mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan kerana mereka masih dilihat penyumbang utama kepada kemalangan.
Ford Kuga 2016 – tambah penjana kuasa baharu 1.5 liter turbodiesel, empat-silinder TDCi, 120 hp
Ford telah memperkenalkan model facelift bagi Kuga yang telah melakukan penampilan perdana di Mobile World Congress di Barcelona. Disasarkan untuk pasaran Eropah, Kuga 2016 ini tampil dengan suntikan perubahan yang minima. Gaya hadapannya kini ditampilkan dengan gril atas berbentuk trapezoidal yang besar digabungkan dengan gril bawah yang lebih kecil bersama lampu utama yang langsing dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Lampu kabus dan lampu belakang turut diberi sedikit perubahan dan Ford juga memperkenalkan rim aloi baharu bersama 17- dan 19-inci dengan kekemasan baharu termasuk Luster Nickel. Badannya juga mempunyai pilihan warna Copper Pulse dan palang penarik boleh laras yang terletak di bawah bampar belakang juga turut ditampilkan. Bagi bahagian kabinnya, Kuga 2016 ini menerima kawalan penghawa dingin yang diberi penambahbaikan dan roda stereng juga telah dimodifikasi. Selain itu, ia turut menampilkan brek parkir elektronik dan indikator pengunci pintu serta pembuka pintu kargo secara bebas-tangan yang diadaptasikan dari model pra-penambahbaikan. Sama seperti model Escape 2017 spesifikasi Amerika Syarikat, Kuga 2016 ini juga ditawarkan dengan sistem hiburan Ford SYNC 3 yang menampilkan paparan skrin sesentuh lapan-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Selain itu, buat pertama kalinya Kuga juga akan menerima sistem pencahayaan hadapan adaptif bersama kawalan sudut, kawalan penvektoran tork dan sistem Active City Stop bagi mengelakkan pelanggaran (yang dipertingkatkan dari 30 km/j ke 50 km/j). Perubahan paling besar dilakukan ialah ia turut menambah satu lagi pilihan penjana kuasa iaitu 1.5 liter turbodiesel empat-silinder TDCi yang mampu memberikan 120 hp dan ditawarkan secara eksklusif dengan pacuan roda-hadapan. Penjana kuasa ini menyertai enjin 2.0L TDCi (150 hp) dan 1.5 liter pengecas turbo EcoBoost (120 hp, 150 hp dan 182 hp). Ford Kuga 2016 akan mula berada di pasaran Eropah pada musim luruh ini.
JPJ nafi denda RM2k bagi kesalahan cermin gelap
Mulai 6 Februari lalu, peraturan baharu berhubung cermin gelap telah dikuatkuasakan. Ia diletakkan di bawah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2016 yang lebih diperketatkan berbanding peraturan 1991. Di mana pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan pertama, manakala pesalah yang mengulangi kesalahan tersebut akan didenda sehingga RM4,000 atau 12 bulan penjara, atau kedua-duanya. Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tion Lai menerusi laporan The Sun. Hari ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad telah menafikan kenyataan yang dilaporkan media Khamis lepas (18 Februari) berkaitan penguatkuasaan denda tersebut, laporan Bernama. Ahmad berkata kompaun maksimum yang dikenakan oleh JPJ bagi kesalahan berkenaan adalah sebanyak RM300. Katanya lagi, JPJ menerima maklum balas negatif daripada orang ramai yang tidak berpuas hati kerana pihaknya akan mengenakan denda yang begitu tinggi dan mahu mengaut keuntungan. “Saya ingin tegaskan bahawa terdapat kekeliruan pemahaman dan laporan oleh media (The Sun) tentang perkara ini yang turut memetik kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai. “Denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara seperti yang dilaporkan itu adalah bagi undang-undang mahkamah terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan trafik bagi kesalahan pertama,” katanya. Ismail berkata JPJ bertoleransi dalam mengenakan kompaun bagi kesalahan penggunaan cermin gelap dan pemanduan melebihi had laju serta mempertimbangkan kadar perbezaan sebanyak 10 peratus bagi setiap had yang ditetapkan. “Misalnya untuk penggunaan cermin gelap, ditetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ialah sebanyak 30 peratus, tetapi jika pemilik kereta menggunakannya pada kadar melebihi 35 sehingga 40 peratus kompaun masih tidak dikenakan. “Begitu juga dengan kadar had laju, jika ditetapkan 110km/j tetapi pemanduan dilakukan antara 115km/j dan 120km/j masih belum dikenakan saman,” katanya. Ismail berkata justeru orang ramai yang mempunyai masalah atau kekeliruan berkaitan penguatkuasaan peraturan oleh JPJ boleh mendapatkan penjelasan di mana-mana kaunter JPJ. “Sebab itu kita adakan program Jom JPJ ini di seluruh negeri. Kita buat di kawasan tumpuan orang ramai untuk memberi perkhidmatan bagi membantu orang ramai mudah menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan JPJ,” katanya.
UMW Toyota panggil semula 25 unit RAV4 di Malaysia
UMW Toyota Malaysia telah mengesahkan sebanyak 5% dari 500 unit RAV4 tahun buatan Oktober 2005 dan September 2008 di negara ini yang terlibat dalam panggilan semula berhubung masalah tali pinggang keledar belakang. Pemilik yang terlibat akan dihubungi untuk untuk membawa RAV4 mereka ke pusat servis yang bertauliah. Kesemua kos pembaikan adalah ditanggung sepenuhnya oleh UMW Toyota. Semalam Toyota Motor Corporation (TMC) telah memanggil semula 2,873,000 unit SUV RAV4, RAV4 EV dan Vanguard (buatan antara Julai 2005 dan Januari 2016) di seluruh dunia akibat masalah yang sama. Di mana tali pinggang belakang tersebut boleh terputus ketika berlaku kemalangan. Kerosakan ini telah dikesan dalam dua kejadian kemalangan berasingan, di mana salah seorang penumpang telah dilaporkan meninggal dunia. Walau bagai mana pun, Toyota berkata tidak dapat dipastikan adakah kemalangan maut yang berlaku di Kanada itu berpunca dari kegagalan tali pinggang belakang, tetapi proses panggilan semula tetap akan dijlakukan sebagai langkah awal pencegahan. Satu lagi kejadian tali pinggang belakang yang terputus ini telah berlaku di Amerika Syarikat. Kenderaan yang diproduksi antara tahun yang dinyatakan di semua pasaran (kecuali Jepun) terlibat dalam panggilan semula ini. Menurut Toyota, masalah tersebut dikesan berpunca dari rekaan rangka kusyen yang diperbuat daripada besi pada tempat duduk barisan kedua. Tali keledar tersebut tidak mempunyai masalah, tetapi jika ia bergeser dengan rangka kusyen tersebut, ia akan koyak dan terputus. Hanya separuh dari jumlah keseluruhan 2.87 juta unit RAV4 adalah di selatan Amerika, pasaran terbesar Toyota. Panggilan semula termasuklah untuk pasaran Jepun, Eropah, China dan lain-lain negara.
Volvo V90 2016 – perincian awal dan galeri penuh
Volvo V90 akhirnya didedahkan kepada umum sebelum kemunculan sulungnya di Geneva Motor Show bulan hadapan. Ketibaan model ini melengkapi siri 90 Volvo yang terbaharu menyertai XC90 serba baharu dan S90 sedan. Tetapi malangnya kebocoran beberapa gambar studio yang berlaku sebelum ini merencatkan pendedahan besar V90 ini. Walaub agaimana pun, Volvo telah mendedahkan galeri penuh produk terbaharu mereka ini dengan gambar resolusi tinggi untuk bahagian dalaman dan luaran. “Kami mempunyai posisi yang sangat kuat dalam segmen wagon. Dalam fikiran kebanyakan orang, kami dikenali sebagai pengeluar wagon yang mutlak. Di mana jenama Volvo sekarang berdiri untuk lebih dari sekadar wagon, kami bangga untuk membawa warisan yang kaya ini dengan V90,” kata Håkan Samuelsson, presiden dan CEO Volvo Cars. Dalam tempoh 60 tahun sehingga sekarang, wagon terbaharu Volvo ini merupakan model ketiga Volvo yang dibina di atas Scalable Product Architecture (SPA) yang baharu, mengikuti XC90 dan S90. Spesifikasi teknikal penuh belum dikeluarkan lagi, tetapi pembuat kereta dari Sweden itu telah mendedahkan beberapa perincian pengenalan. “Wagon premium yang moden adalah berkisar kombinasi pengalaman mewah dan fungsi asal bentuk badan wagon. Suasana sofistikated pada bahagian dalaman Volvo digabungkan dengan ruang kargo yang besar, memberikan fungsi yang sebenar – sama ada melalui perhubungan atau solusi ruang kargo dan penyimpanan,” kata Thomas Ingenlath, naib presiden senior bahagian rekabentuk Volvo Cars. Seperti juga S90, V90 serba baharu ini juga menampilkan ciri teknologi Pilot Assist Volvo, kebolehan mengesan haiwan besar dan juga sistem run-off road mitigation untuk mengelakkan kereta ini tersasar keluar dari jalan. Sistem infotainmen generasi terbaharu Volvo Sensus juga turut dipadankan dan boleh dihubungkan dengan sistem Apple Carplay. Volvo juga turut mengesahkan V90 akan dikuasakan dengan enjin petrol T8 Twin plug-in Hybrid yang menjana sehingga 410 hp dan menawarkan pemanduan elektrik penuh sejauh 50 km. Teknologi diesel Powerpulse juga bakal disedikan untuk pilihan pembeli. Volvo V90 Studio Rear Volvo V90 Studio Rear 3/4 Volvo V90 Studio Profile Volvo V90 Studio bird’s eye view Volvo V90 Studio rear 7/8 Historical line-up of Volvo estate models Volvo V90 Studio Interior Volvo V90 shoppingbag hooks Volvo V90 Studio Interior Rear seats Volvo V90 cargo luggage restraint Volvo V90 Studio Interior Rear seats Volvo V90 Driver Display Volvo V90 Steel cage Volvo 1800 ES Volvo Duett Volvo 221 Amazon Volvo 960 Volvo 850 T5-R Volvo 245 Turbo Animal Detection Run-off Road Mitigation Exterior Large Animal Detection Volvo S90 2 Interior cockpit Volvo S90 blond Interior Large Animal Detection 1 Interior Large Animal Detection 2 Pilot Assist Exterior Large Animal Detection Volvo S90 1 PowerPulse Spool up PowerPulse air from filter Interior cockpit Volvo S90 Vi-Grade chassis simulator Vi-Grade chassis simulator Volvo V90 Location Front 7/8
Audi SQ7 TDI – kereta produksi turbo elektrik pertama
Audi secara rasminya telah pun memperkenalkan model SQ7 TDI yang didakwa sebagai SUV diesel yang paling berkuasa di dunia. Ia dilengkapi dengan enjin 4.0 TDI V8 yang baharu dibangunkan bersama pemampat kuasa elektrik, ia akan ditampilkan pada model produksi.Penjana turbodiesel ini juga mampu memberikan kuasa sehingga 435 hp dan tork setingga 900 Nm bermula 1,000 rpm, membolehkan SQ7 TDI ini dipacu dari 100 km/j dalam hanya 4.8 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum sehingga 250 km/j. Sekali gus memberikan peluang SQ7 TDI ini sebagai SUV diesel paling berkuasa yang pernah dihasilkan di dunia setakat ini. Walau pun dilihat memiliki prestasi yang pantas, namun enjin baharu 4.0 TDI V8 ini dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien. SUV diesel ini dikatakan menggunakan bahan api sekitar 7.4 seliter per 100 km dengan emisi CO2 sehingga 194 g per km. EPC turut diimplementasi bagi menyokong enjin turbodiesel lapan-silinder ini terutamanya ketika berada dalam rpm yang rendah untuk mengelakkah turbo lambat dipacu. Audi turut berkata dengan adanya teknologi baharu ini, masalah turbo yang lambat dapat dielakkan. Malah EPC ini turut dipacu dengan menggunakan motor elektrik dan pemampat roda yang berpusing sehingga 70,000 rpm di mana ia membolehkan V8 menjana kuasa secara pantas. EPC memiliki kuasa maksimum sehingga 7 kW yang disalurkan menerusi sistem sub elektrik 48-voltan yang termasuk dengann bateri lithium-ion 48-voltan dan kuasa puncak sehingga 13 kilowat sementara penukar DC/DC disambungkan pada sistem elektrik 12-voltan dan 48-voltan. Malah jurutera Audi turut mereka semula transmisi tiptronik lapan-kelajuan untuk model baharu ini dan menyatakan ia mampu memberikan penukaran gear yang lebih pantas dan efisien. Malah output bagi enjin TDI V8 ini juga disalurkan ke sistem pacuan semua-roda quattro yang bekerjasama dengan self-locking central differential. SQ7 TDI ini turut ditampilkan dengan roda aloi 20-inci yang dibaluti tayar 285/45, namun jika pemiliknya mahu menggandingkannya dengan rim 22-inci, ia turut ditawarkan dengan kos tambahan. SUV ini juga akan didatangkan dengan pakej pilihan pemanduan dinamik dengan perbezaan sport, penstabilan olengan aktif elektromekanikal dan stereng semua-roda. Lampu utama LED turut ditawarkan secara standard, namun Audi juga akan menawarkan lampu utama LED Matrix bagi memberikan iluminasi yang lebih baik. Selain dikatakan sebagai SUV paling berkuasa di sunia, SQ7 TDI baharu ini juga merupakan model paling ringan dalam segmennya dan mempunyai daya seretan sehingga 0.34. Pelanggan boleh menempah model ini sama ada untuk bentangan lima- atau tujuh-tempat duduk dengan bebeapa elemen yang ada seperti mana pada model Q7. Audi turut menyebut, tempahan akan dibuka pada pelanggan di Eropah mulai musim bunga ini dan ia akan dijual pada harga bermula €89,900 (RM406,610) di Jerman. Static photo, Colour: Sepang Blue
Ketua rekabentuk luar Porsche berhijrah ke Lamborghini selepas berkhidmat selama 17 tahun
Selepas penghijrahan CEO nya terdahulu, Stephen Winkelmann ke Audi Quattro, kini Lamborghini terus menyusun semula organisasi mereka dengan melantik ketua rekabentuk luar yang baharu – Mitja Borkert, sebelum ini menyandang tugas yang sama di Porsche. Borkert yang mula menyertai jabatan rekabentuk Porsche pada tahun 1999 bakal memulakan tugas baharunya di Lamborghini bermula 4 April hadapan. Porsche Macan, Cayenne dan 987 Boxster adalah di antara hasil kerja Borkert terdahulu termasuk kereta konsep seperti Panamera Sport Turismo dan kereta elektrik sepenuhnya Mission E. Dengan perlantikan ini, Borkert akan menggantikan ketua rekabentuk luaran Lamborghini sebelum ini, Felippo Perini (gambar di atas) yang akan menyertai Italdesign. Antara hasil kerja bawah pengawasan Perini di Centro Stile Lamborghini termasuk projek Gallardo LP570-4 Superleggera, Gallardo LP570-4 Spyder Performante, Revento, Aventador, Aventador J dan terbaru konsep SUV Urus.
Hanya mahu beri ruang Mat Moto berlumba – Ku Nan
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan idea untuk menutup sebahagian jalan di sekitar ibu kota untuk memberikan peluang kepada Mat Moto berlumba bukanlah kerana menyokong aktiviti rempit mereka, sebaliknya mahu memberikan ruang berlumba secara sah, laporan The Sun. “Saya bukan mahu bersetuju dengan tindakan merempit, tetapi sekadar mahu memberikan mereka ruang. Selepas ini, diharap mereka tidak akan berlumba di jalan raya sewenang-wenangnya terutamanya di kawasan kejiranan. Mungkin kita patut membenarkan mereka berlumba di jalan yang selamat dalam sebulan sekali atau dua,” terangnya, sambil menambah ada pihak yang menentang cadangan ini kerana tidak memahami apakah visi beliau di sebalik rancangan ini. “Mereka tidak memahaminya kerana mereka tidak melihat apa yang berlaku di jalanan, seperti mana yang saya sering lakukan. Kesian juga pada Mat Rempit ini. Kebanyakan mereka berlumba kerana tiada sumber hiburan lain,” ujarnya. Beliau turut berkata, diharap tindakan ini mampu mengurangkan gejala lumpa haram. Katanya lagi, cadangan ini adalah lebih kurang sama program ‘pagi tanpa kereta’ pada setiap Ahad dwimingguan yang dianjurkan di ibu kota. “Mungkin ia menggunakan laluan yang sama dan berakhir di Padang Merbok serta mempunyai beberapa aktiviti hiburan di sana termasuk sesi jamming dan sebagainya.” Tengku Adnan turut berkata, perkara ini akan dibincangkan bersama JPJ, pihak polis dan Kementerian Pengangkutan untuk lebih terperinci. Pada bulan lalu, Tengku Adnan telah mengeluarkna kenyataan mengenai idea mengadakan perlumbaan ini adalah untuk mengatasi masalah perlumbaan motorsikal haram yang semakin berleluasa sekarang. Malah cadangan tersebut mungkin akan dikembangkan ke negeri-negeri lain termasuk Malaysia Timur. Namun ia mendapat kritikan daripada banyak pihak yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Datuk Bandar Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata beliau terbuka dengan idea tersebut dan mahukan pihak yang terlibat mengemukakan kertas cadangan, sambil menambah DBKL akan membantu dalam penutupan jalan dan lain-lain hal yang berkaitan. Walau bagaimana pun, pihak polis turut memandang serius akan perkara ini, dan menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, perbincangan lebih lanjut akan dilakukan dengan kementerian Wilayah Persekutuan untuk tindakan selanjutnya. Malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, turut berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Adnan untuk membincangkan perkara ini lebih lanjut. Begitu juga dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata, kajian terperinci akan dilakukan terutamanya isu risiko kemalangan dan kesesakan trafik.
Goodyear perkenal dua konsep tayar masa hadapan untuk kereta pintar di Geneva Motor Show 2016
Eagle 360 Concept Tire Here's a video with more information about the Eagle 360 concept tire. Posted by The Goodyear Tire & Rubber Company on Tuesday, March 1, 2016 Dengan teknologi ‘multiplexing‘ yang digunakan secara meluas di dalam industri automotif sekarang, kereta dapat dibina dengan pelbagai ciri pintar. Teknologi tersebut juga bakal mewujudkan kereta yang boleh bergerak sendiri tanpa dipandu manusia seperti yang sedang dibina oleh beberapa pengeluar. Teknologi ini sebenarnya menghubungkan semua penderia dan kotak komputer dalam kereta dan menjadikan ia seolah-olah sebuah rangkaian ‘Local Area Network’ (LAN) di dalam kereta, membolehkan semua bahagian elektronik dalam kereta berhubung sesama sendiri dan berkongsi input penderia. Tetapi, perhubungan antara kereta dan tayar setakat ini hanyalah terhad pada bacaan tekanan angin sahaja. Justeru, Goodyear telah memperkenalkan dua konsep tayar untuk kereta pintar masa hadapan di Geneva Motor Show 2016 yang bakal mengangkat dunia pembuatan tayar ke tahap teknologi yang lebih tinggi. Tayar konsep yang pertama ialah Goodyear Eagle-360. Tayar ini dibina dengan bentuk-sfera seperti bola. Bunga pada tayar tersebut akan diterapkan dengan proses cetakan 3D, bergantung pada lokasi pemanduan dan juga tabiat pemanduan pemandu kereta itu sendiri. Corak bunga yang direka seperti corak otak tersebut berfungsi menjadikan tayar ini bertindak seperti span untuk menyerap hentakan. Ia juga akan mengeras sendiri ketika kering dan menjadi lembut ketika basah untuk memberikan prestasi cengkaman terbaik dan menghindarkan tayar terapung (aquaplanning) ketika meredah lopak. Tayar ini akan dipasang pada kereta dengan daya apungan medan magnet. Tayar tersebut juga dilengkapi dengan penderia, di mana ia akan mengawal kelajuan maksima kereta bergantung pada keadaan jalan. Ia juga boleh berkomunikasi dengan tayar dari kereta lain di atas jalan di mana data yang dibaca oleh penderia tadi boleh dipindahkan sesama mereka, membolehkan kedudukan tayar diubah sebelum ia sampai pada permukaan jalan yang dilalui kereta yang memberikan input tadi. Kedudukan tayar juga akan ditukar sendiri untuk memanjangkan jangka hayatnya. Dengan bentuk sfera itu juga, ia membolehkan kereta bergerak kesemua arah – membolehkan kereta dipandu dan diparkir pada ruang yang sempit serta keselamatan penumpang dapat ditingkatkan. Tayar konsep yang kedua pula diberi nama IntelliGrip. Tayar ini masih kelihatan seperti tayar konvensional tetapi diterapkan dengan pelbagai teknologi di dalamnya. Penderia berteknologi tinggi akan dibina di dalam tayar yang akan bekerjasama dengan corak bunga tayar yang direka khas untuk mengesan bentuk dan keadaan cuaca permukaan jalan. Ini akan membolehkan kereta pintar mengadaptasi kelajuannya berdasarkan keadaan jalan yang sedang dilaluinya. Ia juga dilengkapi dengan teknologi ‘Active-wear‘ dimana teknologi ini akan mengoptimumkan pengunaan bunga tayar bergantung pada tekanan tayar dan suhu tekanan. Goodyear juga akan mengembangkan teknologi ini bagi membolehkan ia berinteraksi dengan sistem kawalan stabiliti (ESC), sistem kawalan brek seperti ABS, EBD dan sebagainya serta sistem kawalan suspensi. Walau bagaimana pun, kedua-dua tayar ini hanya diumumkan sebagai konsep masa hadapan oleh pihak Goodyear dan tiada lagi prototaip nyata ditampilkan.
Koenigsegg Agera Final One of 1 sangat terhad!
Digambarkan sebagai “edisi terhad yang amat bermakna”, Koenigsegg Agera Final One of 1 merupakan model terakhir dalam barisan Agera. Walau bagaimana pun, menerusi program Agera Final, para pemiliknya diberi kebebasan untuk menentukan reka bentuk dan spesifikasi bahagian yang boleh ditempah khas untuk jentera mereka. Terhad kepada tiga model sahaja, Koenigsegg Agera Final One of 1 merupakan lambang kejayaan Agera RS. Menurut Koenigsegg, “One of 1” yang pada namanya adalah disebabkan para pelanggan mahukan Agera mirip pada Koenigsegg One:1 daripada sudut prestasi. Ia masih mengekalkan tingkap bumbung, bumbung storable dan ruang bagasi penuh. One of 1 juga hanya seberat 1,380 kg. Daripada segi rekaannya, pereka Koenigsegg bekerja secara lebih rapat dengan pemiliknya bagi memberikan apa yang mereka mahukan, termasuk mengekalkan rekaan bumbung dan ruang penyimpanan barang. Dalam masa yang sama masih mengekalkan tahap aerodinamiknya. Selain itu, peralatan dan fabrik yang dipilih juga lebih terperinci dan ia tidak boleh ditiru atau digunakan pada model lain. Antara elemen rekaan kustom yang ada pada One of 1 termasuklah pemisah hadapan baharu, tiga winglet pada bampar hadapan, corong udara pada bahagian bumbung, sayap belakang dengan bilah kedua dan winglet yang boleh dilaras. Di mana bahagian spesifik ini direka menggunakan bendalir pengiraan dinamik bagi meyalurkan kuasa downforce yang lebih maksimum serta mengekalkan fungsi ruang penyimpanan barangan di bahagian hadapan. Selain itu, bahagian yang turut dikustom juga termasuklah jaring perisai bahagian belakang, logo khas pada bahagian sayap dan sisi serta ekzos titanium berkembar cetakan-3D dengan nama “One of 1”. Bahagian kabinnya pula, ia menampilkan lebih banyak logo dan juga penukar gear dengan kekemasan aluminium. Sementara itu, semua kos pilihan adalah standard bagi One of 1, iaitu sebahagian daripad aprogram Agera Final. Ini termasuklah beberapa elemen seperti roda gentian karbon Aircore yang ringan serta kekemasan gentian karbon pada bahagian panel badannya. Agera Final One of 1 dijanakan enjin 5.0 liter turbo-berkembar V8 yang mampu memberikan kuasa sehingga 1,360 hp dan tork 1,371 Nm. Semua model Agera Final ini akan dihantar kepada pemiliknya akhir 2017.
Uber mungkin sediakan bayaran alternatif secara tunai
Pelanggan Uber mungkin boleh membayar perkhidmatan tersebut secara tunai, sebagai sistem bayaran alternatif yang sedang dipertimbangkan oleh syarikat terbabit. Jika dilaksanakan, ia berpotensi ‘mengambil’ penumpang yang sebelum ini lebih banyak menggunakan perkhidmatan teksi mahu pun pesaing Uber sendiri iaitu Grab, laporan The Star. Setakat ini, Uber hanya menawarkan pembayaran menerusi kad kredit untuk perkhidmatannya. Menurut Ketua Komunikasi Uber Asia Selatan, Karun Arya, syarikatnya memahami bahawa Malaysia antara salah satu pasaran yang menggunakan wang tunai sebagai kaedah pembayaran utama. Justeru, adalah relevan jika Uber menawarkan sistem bayaran tunai secara alternatif untuk perkhidmatan di sini. Walau bagaimana pun, beliau tidak mengesahkan adakah perkara ini akan dilaksanakan. Perkhidmatan Uber dilihat lebih murah berbanding caj tambang yang dikenakan oleh syarikat teksi, apatah lagi pada Januari lalu Uber turut mengumumkan struktur harga baharu yang menyaksikan penurunan kadar tambangnya. Di bawah struktur harga baharudi Kuala Lumpur, tambang asas/minimum adalah 95 sen (berbanding RM2 sebelum ini), manakala tarif selepas mula bergerak ialah 25 sen per minit (sebelum ini 35 sen) atau 60 sen bagi setiap kilometer (sebelum ini 70 sen per km).
Mazda VX-1 facelift kini di Indonesia, rebadged Ertiga
Nampak gayanya bukan MPV Proton-Suzuki sahaja yang akan rebadged Suzuki Ertiga. Malah Mazda juga melakukan perkara yang sama untuk pasaran Indonesia dan MPV tersebut dinamakan sebagai VX-1. Suzuki Ertiga telah dipertingkatkan pada tahun lalu, dan kini tiba pula giliran Mazda VX-1 untuk hadir dengan versi facelift. Imej yang disiarkan menerusi laman web Autonetmagz ini menunjukkan Mazda VX-1 facelift yang nampak seiras dengan Ertiga FL dari bahagian hadapan. Walau bagaimana pun, VX-1 ini bukanlah seperti Ertiga facelift standard (bukan juga Dreza) kerana terdapat beberapa elemen tambahan, termasuk lampu belakang merah dan palang krom yang lebih tebal di bawah plat nombor. Ia membuatkan imejnya lebih segar, malah turut menampilkan cermin sisi boleh laras secara automatik dengan lampu isyarat membelok dan pengesan parkir belakang. Pada bahagian kabinnya, terdapat beberapa elemen baharu dan dipertingkatkan termasuk head unit baharu, cermin auto pada bahagian pemandu dengan anti-penahan, penapis pada penghawa dingin, punca kuasa pada barisan tengah dan barisan ketiga yang boleh dilipat secara 50:50. Klik untuk besarkan imej Daripada sudut mekanikal, tiada perubahan. Ia masih menggunakan enjin Suzuki yang sama iaitu K14B 1.4 liter yang mampu memberikan kuasa 92 PS dan tork 130 Nm. Turut dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan dan automatik empat-kelajuan. Harga yang ditawarkan adalah bermula Rp.200.5 juta (RM62,610) hingga Rp.221.5 juta (RM69,168). Apa pendapat anda dengan VX-1 dan Ertiga? Ini adalah soalan yang saling berkait memandangkan MPV bajet itu bakal berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan logo Proton, iaitu hasil kerjasama antara Proton dan Suzuki. Malah Proton juga telah mengumumkan model kerjasama pertama Proton-Suzuki akan memasuki produksi sebelum tahun 2016 berakhir. Pada Januari lalu, juga telah sah Ertiga akan dieksport ke Malaysia dari Indonesia, untuk proses pemasangan tempatan mulai suku kedua (Q2) 2016. Malah produksi untuk CKD ini akan bermula pada Mei ini, dengan jumlah yang disasarkan sebanyak 1,500 unit sebulan. Baca mengenai ‘Proton Ertiga’ di sini. GALLERY: “Proton Ertiga” renderings GALLERY: Suzuki Ertiga facelift at GIIAS 2015
Nissan X-Trail, Qashqai Premium Concept di Geneva
Jika inginkan SUV yang lebih mewah dan bergaya, Nissan telah menyuntik elemen tersebut pada dua modelnya. Dibawakan khas ke Geneva Motor Show 2016, Nissan telah memperkenalkan dua versi ‘Premium Concept’ bagi SUV terlarisnya iaitu Qashqai dan X-Tral. Menurut Nissan, konsep yang dipamerkan ini bertujuan untuk menunjukkan “bagaimana satu reka bentuk yang dinamik dan premium boleh meningkatkan dan memberi kesinambungan bagi crossover yang pernah memenangi anugerah pada masa akan datang”. Dengan kekemasan tembaga keemasan dan gentian karbon yang melatari kedua-dua crossover ini, Qashqai turut diwarnakan dengan hitam pekat, sementara X-Trail oula dengan warna badan putih pekat. Kedua-duanya juga tampil dengan roda unik 20-inci. Bagi hiasan dalaman pada model konsep ini, kulit upholstery menjadi pilihan, dengan material dan palet warna yang berbeza untuk membuatkan kedua-duanya mampu menonjol dengan gaya yang tersendiri. Secara keseluhan Nisaan Qashqai dan X-Trail Premium Concept ini pasti mampu menarik perhatian ramai jika ia diterapkan pada model produksi kelak. Adakah anda juga bersetuju dengan pendapat ini?
ETS tawar 30% diskaun sehingga 31 Mac ini – KTMB
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang mengadakan promosi berkonsepkan ‘Siapa cepat dia dapat’ bermula semalam sehingga 31 Mac ini bagi hari-hari tertentu kecuali dari 12 hingga 20 Mac. Promosi ini menawarkan tambang murah untuk 2,900 tempat duduk dengan diskaun 30% bagi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk hari-hari tertentu bulan ini, laporan Bernama. Menurut kenyataan KTMB, tawaran itu membabitkan tren ETS dari Kuala Lumpur ke Ipoh bernombor 9302 yang berlepas pukul 7 pagi dan tiba di Ipoh pada 9.20 pagi setiap hari. Promosi itu juga ditawarkan bagi tren bernombor 9314 bagi perjalanan yang sama, yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 11.40 malam dan tiba di Ipoh pada 2 pagi bagi Jumaat, Sabtu dan Ahad. Selain itu, promosi itu juga ditawarkan untuk tren ETS bernombor 9217 dari Butterworth yang berlepas pada 9.45 malam dan tiba di Ipoh pada 11.24 malam bagi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad manakala tren ETS bernombor 9231 laluan sama berlepas pada 5 pagi dan tiba 8.35 pagi bagi setiap hari. Orang ramai boleh membeli tiket bagi kesemua perjalanan itu yang sudah mula dijual semalam secara online melalui laman sesawang KTMB atau aplikasi KTMB mobile.
Penggodam kad Touch ‘n Go akan ditangkap – laporan
Touch ‘n Go telah memberi amaran keras bagi sesiapa sahaja yang mencari peluang untuk menggodam kad dengan menambah nilai secara tidak sah dan menggunakannya untuk membayar tol dan tambang pengangkutan awam mahu pun membeli barangan, menurut laporan The Star. “Sistem Touch ‘n Go sentiasa dipertingkatkan dan bagi yang cuba melakukan penipuan, pasti akan ditangkap,” ujar CEO Syahrunizam Samsudin. Beliau turut mengulas insiden baru-baru ini di mana sepasang suami isteri ditahan polis di Kota Damansara selepas disyaki terlibat dalam kes penggodaman kad prabayar Touch ‘n Go bagi tujuan menambah nilai amaun kad pada 22 Feb lepas. Menurutnya lagi, “Kami ingin menekankan di sini, kejadian tersebut tidak akan memberikan kesan terhadap pengguna yang lain. Kami memberi jaminan ini berdasarkan pelaburan yang telah kami lakukan dalam teknologi sistem kad, proses dan mekanisme pengesanan penipuan.” Syahrunizam turut menambah memang ada orang yang tidak bertanggungjawab dalam perkara seumpama ini, termasuk yang cuba untuk menyalahguna, memanipulasi atau menganggu teknologi untuk melakukan penipuan. Malah beliau sempat menasihatkan orang ramai agar membeli kad dari pengedar-pengedar yang sah sahaja. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din pula, “Pasangan terbabit menggodam kad melalui aplikasi dalam telefon bimbit yang dipindahkan dari komputer riba untuk menggodam kod kad berkenaan bagi menambah nilai kad dengan nilai maksimum sebanyak RM 1,500 untuk setiap transaksi secara haram tanpa kebenaran daripada syarikat Touch ‘n Go Sdn Bhd.” Mohd Zani berkata pasangan itu aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak Disember tahun lepas untuk kegunaan peribadi menyebabkan nilai kerugian syarikat itu yang dianggarkan berjumlah RM20,000. Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.
‘Teksi Mini’ dengan tambang murah dijangka diperkenalkan pada penghujung tahun ini
Kerajaan dikatakan bakal memperkenalkan perkhidmatan ‘teksi mini’ untuk bandar-bandar besar terutamanya Kuala Lumpur dengan menawarkan kadar tambang yang lebih murah kepada pengguna. Hari ini akhbar Berita Harian melaporkan, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan perkhidmatan itu. Teksi mini itu dikatakan akan menggunakan kenderaan dengan kuasa kuda di bawah 100 cc seperti Perodua Axia kerana ia juga murah daripada segi penyelenggaran. “Ramai yang mempersoalkan peranan kerajaan dalam membantu rakyat yang berhadapan dengan taraf hidup yang tinggi termasuk kos pengangkutan.” “”Kadar tambang teksi motosikal atau basikal roda tiga di Indonesia dan Thailand begitu murah, tetapi kita tidak menawarkan perkhidmatan sebegitu kerana ia dianggap berbahaya daripada segi keselamatan. Jadi perkhidmatan teksi mini ini dianggap idea yang lebih baik memandangkan penyelenggarannya juga murah,” ujar Aziz pada akhbar tersebut. Beliau turut menambah, teksi mini akan menawarkan perkhidmatan dalam jarak yang dekat seperti dari mana-mana stesen LRT ke rumah pengguna. Katanya lagi, perkhidmatan baharu ini akan dijadikan sebahagian daripada program transformasi dan ia tidak akan memberikan kesan terhadap perniagaan teksi konvensional. Malahan ia juga mampu memberikan persaingan yang kompetitif dengan perkhidmatan UBer dan Grabcar. Walau bagaimana pun, cadangan ini ternyata tidak disenangi oleh pengusaha dan pemandu teksi konvensional sedia ada. Menerusi laporan Bernama, pemandu teksi di ibukota telah menyuarakan kebimbangan bahawa pendapatan mereka akan lebih terjejas jika kerajaan meneruskan cadangan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi mini hujung tahun ini. Malah dalam masa yang sama meluahkan rasa, pendapatan mereka merosot sejak bersaing dengan perkhidmatan Uber dan GrabCar. Di mana teksi mini itu dilihat akan mewujudkan lebih banyak persaingan di kalangan pemandu teksi sedia ada kerana ia menawarkan harga yang lebih ekonomi kepada pengguna.
Petron Blaze RON 100 Euro 4M kini RM2.60/liter
Petron Blaze 100 Euro 4M, bahan api RON 100 yang baru diperkenalkan di Malaysia pada Januari lalu telah mengalami penstrukturan harga. Di mana bahan api premium ini kini berharga RM2.60 per liter, turun 20 sen berbanding sebelum ini. Ia berbeza 65 sen daripada RON 97 (RM1.95/liter pada Mac 2016). Tidak seperti RON 95, RON 97 dan diesel, harga Petron RON 100 ini tidak diaturkan, dan perubahan harganya (jika ada) tidak semestinya akan berlaku pada 1 haribulan pada setiap bulan. Ini merupakan perubahan harga pertama buatnya sejak ia diperkenalkan bagi pasaran tempatan. Sebelum ini, ia 55 sen lebih mahal berbanding RON 97 (RM2.25 pada Januari 2016). Buat setakat ini, Petron Blaze 100 boleh didapati di lapan stesen di Lembah Klang dan Johor: Lembah Klang Petron Jalan Maarof Petron Tol Sg. Besi Arah Selatan Petron Taman Tun Dr. Ismail Petron Kesas Arah Barat Petron Batu 3 Lebuhraya Persekutuan Petron Damansara Kayu Ara Johor Petron Tol Skudai Arah Utara Petron Linkedua Arah Selatan
Perodua Myvi ditawarkan rebat RM3k – Std G, Advance
Memasuki tahun 2016, kita dapat lihat beberapa jenama kenderaan seperti Honda, Toyota, Lexus, Kia, Peugeot, Citroen, Audi dan Mitsubishi telah menaikkan harga model kenderaan masing-masing. Pada pertengahan Februari lalu pula, Proton mengambil langkah yang sama dan hari ini Nissan juga telah mengumumkan bakal menaikkan harga mulai April ini, Walau bagaimana pun terdapat juga beberapa model kereta seperti Mercedes-Benz C-Class, BMW 1-Series dan BMW 3-Series diturunkan harganya, hasil daripada cukai insentif Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Walau pun turut terkesan dengan kesan kemerosotan pertukaran mata wang asing, setakat ini, Perodua juga masih belum membuat keputusan untuk mengikuti jejak langkah pengeluar kereta lain yang menaikkan harga. Bahkan, suatu yang ‘mengejutkan’ kerana Perodua kini menawarkan “penebusan tunai” sebanyak RM3,000 bagi model Myvi. Promosi ini berlangsung sepanjang Mac 2016. Difahamkan ia hanya untuk varian terpilih sahaja iaitu Standard G dan Advance. Bagi Myvi 1.3 standard G, harga atas jalannya bermula RM40,862 bagi manual dan RM43,862 untuk auto, termasuk insurans, sebelum diskaun. Manakala Myvi 1.5 Advance pula dengan harga RM57,968 untuk solid dan RM58,368 bagi metalik. GALERI: Perodua Myvi 1.3 Standard G GALERI: Perodua Myvi 1.5 Advance
SPIED: Ford Focus facelift di Malaysia – ruang dalaman didedah, ada SYNC 2, Bantuan Parkir Aktif
Sekali lagi kelibat Ford Focus baharu dirakamkan. Terima kasih pada Chris Lim kerana mengirimkan foto kedua-dua varian hatchback dan sedan yang dirakamkan di bilik pameran lama Sime Darby Auto Connexion (SDAC) PJ. Focus baharu ini, dengan hatchback varian Sport+ yang kelihatan menampilkan rim aloi pelbagai-jejari 17-inci dan kit badan luaran termasuk peresap hadapan dan belakang, skirt sisi dan spoiler sport belakang. Manakala sedan varian Titanium pula menampilkan roda yang sedikit kecil berbanding hatch, di samping lampu utama halogen hadapan dan belakang. Untuk pertama kali, kita dapat melihat ruang dalamannya secara lebih dekat. Kelihatan dua warna bagi balutan kulit upholstery, satu warna beige dan lagi satu hitam. Menerusi foto ini, kelihatannya warna beige bagi sedan, dan hitam pada hatch. Malah Ford baharu ini turut didatangkan dengan sistem hiburan SYNC 2 dan paparan sesentuh lapan-inci. Dan jika dilihat secara lebih dekat, terdapat perkataan “Sony” pada papan pemuka, mengesahkan Focus baharu ini ditampilkan dengan sistem audio Sony sembilan-speaker. Selain itu, ia turut menampilkan roda stereng dan tombol gear balutan kulit, butang penghidup enjin, fungsi Bantuan Parkir Aktif Ford, kawalan kelajuan, penghawa dingin automatik dual-zon, slot bagi USB dan pengaktifan lampu utama auto. Untuk kuasanya, apa yang kita tahu, Focus bagi pasaran Malaysia menampilkan enjin 1.5 liter EcoBoost yang menawarkan 180 PS pada 6,000 rpm dan tork 240 Nm antara 1,600 hingga 5,000 rpm. Ia juga dipadankan dengan transmisi baharu SelectShift enam-kelajuan, bagi menggantikan PowerShift auto dual-klac. Ford Focus baharu ini akan dijadualkan dilancarkan minggu hadapan, dan ikuti perkembangan selanjutnya menerusi paultan.org/bm.
Toyota Vios 2016 dengan 1.5L Dual VVT-i, CVT, VSC!
Sedang ramai yang keliru dengan ‘Toyota Vios baharu’ yang tersebar di laman media sosial yang sebenarnya merupakan Toyota Yaris Sedan bagi pasaran Kanada, rupanya model yang sebenar telah didedahkan di Thailand! Sedan daripada segmen-B ini telah diberi penambahbaikan untuk 2016 dengan kombinasi enjin dan transmisi baharu yang menggantikan penjana kuasa lama 1.5 liter VVT-i dan transmisi automatik empat-kelajuan. Walau pun ia kelihatan hampir sama pada bahagian luar dan dalam, namun di bawah hudnya, segalanya adalah baharu.Enjin 1NZ-FE telah digantikan dengan 2NR-FBE 1.5 liter Dual VVT-i yang boleh dijanakan dengan bahan api bio E85. Model bagi pasaran Thai ini memiliki kuasa yang sama dengan Vios di negara kita, dan sebenarnya kurang sedikit bagi daya tork iaitu dengan output sehingga 108 hp pada 6,000 rpm dan tork 140 Nm (kurang 1 Nm) pada 4,200 rpm. Walau bagaimana pun, enjin baharu ini pastinya memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien, terutamanya ia dipadankan dengan transmisi CVT baharu bersama tujuh-kelajuan. Manakala transmisi manual lima-kelajuan digugurkan. Bagi kit keselamatan, nampak gayanya ia juga telah dipertingkatkan, sementara beg udara kekal hanya dua, namun Vios 2016 ini telah menambah kawalan kestabilan VSC, selain ABS dengan EBD dan bantuan brek dan ia adalah standard bagi semua varian. Vios baharu di Thailand ini berharga bermula dari 599,000 baht (RM64,500) untuk 1.5 J, meningkat ke 669,000 baht (RM77,600) untuk 1.5 E dan 714,000 baht (RM82,800) untuk 1.5 G. Manakala varian spesifikasi tertinggi 1.5 S pula ditawarkan pada harga 749,000 baht (RM86,900). Malah bagi barisan 2016 ini, ia juga memiliki model Exclusive yang dislotkan di atas varian 1.5 G, dengan kit badan baharu termasuk menampilkan lampu nyalaan siang LED, tempat duduk balutan kulit berwarna hitam, papan pemuka dan kekemasan panel pintu berwarna kelabu, roda stereng dan tuil gear berwarna hitam pekat serta sistem hiburan T-Connect dengan skrin sesentuh tujuh-inci dan sambungan Bluetooth. Harga yang ditawarkan ialah 719,000 baht (RM83,400).
Bugatti akhirnya membuat keuntungan menerusi Chiron – dijual dengan harga sekali ganda dari Veyron
Sebelum ini, Volkswagen Group (pemilik jenama Bugatti) mengumumkan mereka kerugian sekitar 3.6 juta ke 5.8 juta euro bagi setiap Bugatti Veyron yang dijual bergantung pada varian. Walaupun mengalami kerugian, kereta tersebut terus dijual, hanya kerana untuk menunjukkan kepada dunia mereka boleh memproduksi kereta dengan teknologi ‘gila’ sedemikian serta untuk menaikkan jenama Bugatti itu sendiri. Usaha yang dilakukan pada Veyron tersebut akhirnya mendatangkan keuntungan untuk model terbaru keluaran Bugatti iaitu Bugatti Chiron yang diperkenalkan awal bulan ini di Geneva Motor Show 2016. Dijual pada harga 2.4 juta euro (RM11 juta), Bugatti Chiron dijangkakan akan memberikan keuntungan untuk jenama tersebut. Presiden Bugatti Wolfgang Durheimer berkata kepada The Verge, harga Chiron ini dijual sekali ganda berbanding harga Veyron, dan akhirnya model tersebut bakal memberikan keuntungan kepada syarikat. “Kami telah melakukan ulangkaji pada setiap dimensi. Selepas kereta ini habis dijual iaitu sebanyak 500 unit dengan harga asas 2.4 juta euro, kami akan membuat keuntungan dengan projek ini,” kata Durheimer, di Geneva Motor Show yang sedang berlangsung. Beberapa laporan juga berpendapat produksi Veyron sebelum ini merupakan faktor utama untuk memberikan Chiron keuntungan. Bugatti Veyron merupakan sebuah kereta produksi terlaju dan paling berkuasa didalam dunia yang dibina tanpa asas. Chiron pula adalah kereta yang dibina berasaskan Veyron, dimana asas yang cukup bagus tersebut cuma perlu dipertingkatkan untuk menghasilkan sebuah kereta yang lebih bagus. Bugatti Chiron dikuasakan dengan enjin 8.0 liter bentangan W16 dengan bantuan empat unit pengecas turbo. Enjin tersebut menjana sejumlah 1,500 hp dan tork maksima 1,600 Nm. Ini membolehkan Chiron memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa hanya 2.5 saat dan berkemampuan mencatatkan kelajuan maksima 420 km/j. GALERI: Bugatti Chiron
ETCM naikkan harga Nissan Almera, X-Gear, X-Trail, Grand Livina, Teana, NV200 sehingga RM5k mulai April
Bulan lalu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mengesahkan akan menaikkan harga semua model Nissan antara 3-6% pada pertengahan tahun 2016. Walau bagaimana pun, setakat ini ETCM belum memgumumkan harga baharu bagi semua modelnya. Namun foto yang disiarkan di buletin komunikasi oleh Nissan X-Trail T32 Club menerusi Facebook (terima kasih AJ), dan senarai harga jangkaan telah dipaparkan. Enam model iaitu Nissan Almera, Grand Livina, X-Gear, X-Trail, Teana dan NV200 terlibat dengan peningkatan harga dijangka sehingga RM5,000 mulai 1 April ini. Dalam buletin terbabit mengatakan tiada perubahan harga atas jalan bagi Serena S-Hybrid facelift, yang menerima insentin hibrid buat masa sekarang. Pada Oktober tahun lalu, ETCM berkata disebabkan nilai ringgit yang menyusut, membuatkan pihaknya tidak dapat menolak kemungkinan kenaikan harga bagi model Nissan di Malaysia. Setakat ini, jenama kenderaan Jepun yang telah menaikkan harga termasuklah Honda, Toyota dan Lexus. Bahkan pengeluar kereta nasional Proton juga telah menaikkan harga pada pertengahan Februari lalu. Tunggulah pengumuman daripada ETCM mengenai struktur semula harga bagi barisan model Nissan.
Perlumbaan tak dilindungi insurans motosikal – PIAM
Makin hangat isu mengenai cadangan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang ingin menutup sebahagian jalan di tengah ibu kota untuk memberi laluan kepada mat moto berlumba. Terbaru, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata, polisi insurans motosikal tidak akan melindungi sebarang aktiviti seperti perlumbaan, dan ia dikecualikan daripada polisi itu, laporan The Sun. Persatuan tersbeut memberitahun pelumba profesional dan yang menyertai perlumbaan sah perlu mendapatkan insurans yang dikhaskan untuk aktiviti ini, kerana lumba haram sama sekali tidak dilindungi insurans. Di mana aktiviti tersebut adalah risiko yang perlu ditanggung sendiri oleh pelumba, dan jika terbabit dalam kemalangan dan kecederaan yang disebabkan oleh pihak ketiga atau kerosakan harta benda orang lain, pelumba terbabit perlu bertanggungjawab sendiri untuk menanggung kos kerugian tersebut. “Perkara ini terletak di bawah peruntukan Seksyen 96 daripada Akta Pengangkutan Jalan, di mana penanggung insurans boleh menuntut ganti rugi daripada pemilik/penunggang motosikal terbabit,” ujar PIAM.
Perlumbaan jalanan mungkin akan menyebabkan masalah judi haram, ujar mantan ketua polis negara
Mantan ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akhbar Khan Hyder Khan berpendapat cadangan kerajaan menutup sebahagian jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur untuk memberi ruang kepada Mat Moto berlumba akan mendatangkan masalah sampingan iaitu judi haram. Selain itu aktiviti lumba haram mungkin juga akan berterusan selepas Mat Rempit ini diberi litar yang sesuai untuk berlumba, lapor The Star. Beliau menjelaskan masalah lain akan timbul selepas cadangan terbabit diluluskan, bermula dari Mat Rempit mengubahsuai motorsikal mereka. “Selepas itu, perkara ini akan melibat pengusaha bengkel, yang akan menjadi ‘penaja’ pelumba-pelumba ini dan kemudian akan bermula pula masalah pertaruhan haram,” kata beliau. Beliau tahu perkara tersebut mungkin tidak akan terjadi, tetapi ia tidak mustahil dan berkemungkinan besar untuk terjadi. Beliau juga turut merasakan adalah tidak praktikal untuk menutup jalan raya di kawasan bandar untuk tujuan perlumbaan, dan mendesak pihak berkuasa melihat perkara ini dengan serius terutama berkisar keselamatan penonton, pelumba dan juga perlindungan insuran. Bercakap tentang pengalamannya yang lalu sebagai penolong ketua polis trafik, beliau berkata pada tahun 80’an, beliau telah memberkas pelumba haram, kemudian membenarkan mereka berlumba di litar Shah Alam. Malangnya, program tersebut diharamkan selepas hanya dua perlumbaan. “Kami nampak mereka berlumba ketika dalam perjalanan ke litar dan ketika balik.” ujar beliau. “Menteri Wilayah Persekutuan juga perlu meneliti bagaimana mereka bersurai setelah selesai perlumbaan yang dibenarkan itu. Mereka mungkin akan berlumba semula di kawasan awam.” Jelas Dell Akbar. Sementara itu, pengarah promosi Two Wheel Motor Racing, Ron Hogg merasakan keselamatan orang awam merupakan isu yang terbesar jika perlumbaan tersebut diadakan di kawasan bandar. Sebagai penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia, beliau menjelaskan, “semasa kami menganjurkan Cub Prix, kami menutup jalan. Langkah keselamatan yang perlu diambil adalah besar.” “Untuk litar 1 km, kami memerlukan lebih dari 20 treler dengan muatan kelengkapan keselamatan untuk menutup litar,” jelas Hogg. Tambah beliau lagi, pelumba yang berlumba juga terdiri dari penunggang professional dan sentiasa dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan. Hogg mencadangkan adalah lebih baik kerajaan menyediakan litar yang lebih kecil di dalam negara, jika kerajaan mahu mengatasi masalah lumba haram. Pengurus pasukan Musashi Boon Siew Honda, Zulhelmi Ahmad pula berkata adalah lebih baik jika litar kekal dibina. Memandangkan hanya Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sahaja tempat yang disediakan untuk berlumba, Zulhelmi berkata ia sangat mahal, sangat jauh dari KL dan slot untuk berlumba juga adalah sangat terhad. “Pada saya, Mat Rempit hanya menggunakan motorsikal kecil, bukan motorsikal berkuasa tinggi. Mereka hanya mahu menunggang dengan lebih laju dan jika disediakan tempat, mereka akan menunjukkan potensi mereka,” kata beliau. Walaubagaimana pun, Zulhelmi tidak fikir perjudian akan menjadi satu isu. “Saya tidak fikir mereka mahu berjudi, mereka hanya mahu tempat untuk mereka menunggang dengan laju,” tambah beliau.
Honda Brio Amaze facelift dilancarkan di India
Honda Brio 2016 iaitu versi facelift telah pun dilancarkan di India, dalam bentuk sedan baharu yang dikenali sebagai Honda Brio Amaze. Brio Amaze sebelum ini telah pun diperkenalkan di Thailand pada November 2012. Rekaannya juga tampil berbeza termasuk padanan bampar hadapan baharu yang lebih menyerlah berbanding model sebelum ini. Gril hadapan baharu juga telah disambungkan pada logo Honda dengan sayap krom yang lebih tebal menjalari bahagian lampu utama, dilihat suatu rekaan yang dikekalkan dari model sebelum ini. Namun perubahan imej yang dilakukan ini adalah model terkini Honda. Perubahan yang ditampilkan pada bahagian belakang agak kurang ketara namun Amaze ini tampil dengan kluster lampu baharu. Malah posisi antara lampu brek dan indikator juga telah ditukar, kini lampu isyarat membelok terletak di atas lampu brek. Terdapat tujuh warna badan yang ditawarkan, termasuklah warna baharu Bluish Titanium Metallic yang merupakan hero colour Bahagian kabinnya pula melibatkan perubahan imej yang agak besar, termasuklah papan pemuka yang tampil dengan dua-tona serba baharu (hitam-beige) dengan stail bentangan seperti Jazz dan City, malah kelihatan lebih kontemporari dan premium. Malah kluster instrumen tiga-dial, paparan pelbagai-informasi, penghawa dingin dan Honda Connect telah diperbaharui. Seperti sebelum ini, Brio di India dijanakan oleh enjin petrol 1.2 liter i-VTEC dan diesel 1.5 liter i-DTEC. Enjin petrol turut ditawarkan dengan transmisi manual lima-kelajuan, dan Earth Dreams Tech G-Design Shift CVT yang menggantikan automatik lima-kelajuan, manakala varian diesel hanya manual sahaja. Harga yang ditawarkan bermula INR 5.29 lakhs (RM32,483) hingga INR 8.19 lakhs (RM50,252). Selepas Brio Amaze diperkenalkan, dengan cerita varian hatchback pula akan menyusul kemudian, termasuk bagi pasaran Thailand dan Indonesia.