title
stringlengths 26
159
| content
stringlengths 414
63.9k
|
---|---|
Peraturan cermin gelap dilaksana serta merta – denda sehingga RM2k atau 6 bulan penjara menanti pesalah | Peraturan Lama (kiri) dan baharu. VLT mengikut peraturan; makin rendah angkanya, makin gelap cerminnya
Bagi pemilik kenderaan yang masih degil melanggar undang-undang dan terus membiarkan tahap cermin gelap melebihi had akan berhadapan dengan denda yang cukup tinggi dan penalti di bawah akta undang-undang yang digazetkan awal bulan ini, disahkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi The Sun.
Peraturan baharu berhubung cermin gelap pada ini diletakkan di bawah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2016 yang lebih diperketatkan berbanding peraturan 1991.
Pindaan peraturan ini telah pun mula dikuatkuasakan sejak 6 Februari lalu, pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan pertama, manakala pesalah yang mengulangi kesalahan tersebut akan didenda sehingga RM4,000 atau 12 bulan penjara, atau kedua-duanya.
Peraturan sebelum ini hanya mengenakan denda sebanyak RM500 atau dua minggu penjara bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan berikutnya didenda sebanyak RM1,000 atau hukuman penjara tidak sebulan tidak melebihi satu bulan.
Satu-satunya perubahan ketara di bawah peraturan 2016 ialah tahap lut cahaya yang minimum bagi cermin depan atau kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ditetapkan sebanyak 30%.
Sebelum ini, tahap minimum bagi VLT untuk cermin hadapan kekal 70%, sementara cermin sisi (tempat pemandu dan penumpang di sebelah pemandu) kekal pada 50%.
Dengan peraturan baharu yang telah digazetkan ini, difahamkan pihak polis akan memburu dan menahan pemilik kenderaan yang menerima notis amaran sejak November 2014.
Menurut Liow, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program advokasi bagi peraturan baharu cermin gelap ini.
“Buat setakat ini tiada operasi khas. Undang-undang ini telah termaktub dan orang ramai perlu mematuhinya sepanjang masa,” ujar Liow.
Manakala Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad pula berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk mengingatkan orang ramai tentang peraturan baharu cermin gelap ini.
“Kita akan meminta para pemilik kenderaan terbabit supaya mematuhi peraturan baharu ini dan akan memberikan masa bagi mereka menanggalkan lapisan cermin gelap yang melanggar undang-undang ini,” ujar Ismail. |
VIDEO: Tun Mahathir bincang isu kualiti dan perkhidmatan Proton, rancangan pulih semula imej | Proton kini dalam misi untuk memulihkan semula imej dengan beberapa inisiatif. Ini termasuklah, memperkenalkan produk baharu, falsafah baharu, logo dan tagline baharu serta memperluaskan lagi senarai untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan. Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas dalam misi baharu Proton yang dianggap berani ini, paultan.org telah menemubual Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam sesi temubual yang boleh anda tontonkan menerusi klip video di atas, bekas Perdana Menteri ini turut memberikan pendapat berhubung trend panggil semula (recalled). Walau baru-baru ini Proton turut membuat perkara yang sama berhubung dengan masalah hos penyejuk minyak yang melibatkan varian CFE, pengeluar kereta nasional ini sebenarnya sama seperti pengeluar yang lain, di mana jujur dan bersedia mengakui kesilapan dan memperbetulkannya dengan langkah yang tepat.
Tun Mahathir turut menyentuh beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan termasuklah perkhidmatan selepas jualan dan kualiti produk, di mana kedua-duanya juga saling berkait antara satu sama lain. Antara usaha yang Proton lakukan termasuklah mewujudkan pasukan Bantuan Bergerak Proton dan mengambil tenaga pakar dari Jepun yang berpengalaman.
Imej syarikat juga menjadi perhatian utama Tun Mahathir, di mana persepsi negatif dari masyarakat yang berpanjangan perlu disingkirkan demi kebaikan Proton sendiri.
“Suatu yang bukan mudah untuk dilakukan, dan mengambil masa yang lama untuk memulihkan imej Proton. Namun kami akan tetap melakukannya,” ujar Tun Mahathir.
Dalam temubual ini juga, Tun Mahathir turut memperkatakan tentang pasaran asing yang dilindungi dan disebabkan hal ini, Proton perlu berjuang walau pun sukar untuk menempatkan semula syarikat ini dalam pasaran tersebut dan menaikkan pengeluaran keretanya.
Bukan itu sahaja, ada lagi banyak isu yang diperkatakan sepanjang temubual ini, dan jangan lupa untuk tontonnya dan kongsikan pendapat anda bersama kami menerusi ruangan komen di bawah. |
“Proton masih dibelenggu persepsi negatif, biar pun masalah lama telah diselesaikan” – Tun Mahathir | Dalam temubual bersama paultan.org, Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan secara terus terang berhubung keadaan semasa Proton termasuk pelbagai isu, dan juga mendedahkan apa rancangan yang bakal dilakukan oleh pengeluar kereta nasioanl ini.
“Kami mengakui Proton tidak melakukannya dengan baik. Saya tidak mahu memberikan terlalu banyak alasan, tetapi ada banyak sebabnya,” ujar bekas Perdana Menteri ini.
Tun Mahathir turut mendakwa, syarikat ini memang banyak menerima pelbagai persepsi negatif di kalangan masyarakat terutamanya berkaitan dengan kualiti. Beliau menambah, aduan yang paling besar diterima ialah berhubung tingkap berkuasa yang sering bermasalah. Ia masih diperkatakan biar pun masalah ini tidak lagi berlaku. “Menyedari semua perkara ini, kami telah membuat pelbagai usaha untuk mengatasi masalah ini. Boleh dikatakan hampir kesemuanya dapat diatasi,” katanya lagi.
Manakala salah satu isu yang timbul mengenai Preve pula, Tun Mahathir berkata, pelancarannya dilakukan terlalu awal tanpa ujian yang betul-betul sempurna, malah berlaku masalah pada peringkat awal. “Hari ini Preve antara kereta yang popular, dan ia adalah kerana kami telah memperbetulkan banyak kesilapan dan kelemahan.”
Selain daripada langkah untuk memperbaiki masalah yang timbul, Tun Mahathir juga berkata, syarikat ini “masih terganggu dengan persepsi yang buruk”, walau bagaimana pun Proton tetap mendengar aduan daripada orang ramai berhubung kritikan mereka dan akan membaikpulih isu yang timbul.
Menerusi laporan sebelum ini, Proton akan melancarkan sekurang-kurangnya tiga model baharu pada tahun ini, paling hampir ialah Perdana yang dijangka akan dilancarkan pada hujung Mac ini, disusuli oleh Persona dan Saga. Tun Mahathir turut berkata, beliau berharap orang ramai akan memandu uji model kereta ini, sambil menambah adalag tidak patut mengadilinya sebelum mencubanya terlebih dahulu.
“Tagline baharu kami ialah ‘It’s in the Drive’. Jika kami tidak yakin dengannya, kami tidak akan berkata sedemikian. Kami patut katakan ia adalah murah, atau ia adalah kereta nasional. Tetapi kami katakan ia adalah bagus untuk dipandu,” kata Tun Mahathir lagi.
Sila tonton video di atas untuk temubual penuh bersama Pengerusi Proton Tun Mahathir Mohamad. |
Renault Megane Sport Tourer 2016 bakal dibongkar pada 22 Feb ini – enam varian enjin termasuk versi GT | Renault telah mendedahkan imej pengenalan untuk Megane Sport Tourer 2016 yang akan ditampilkan secara penuh pada 22 Februari ini.
Awal minggu ini, difahamkan Renault bercadang untuk membuat kemunculan perdana Geneva kedua dan dijangkakan ia adalah Megane Sport Tourer setelah pengeluar dari Perancis tersebut menyatakan ia sebuah model kompak yang akan menyertai Scenic baru dalam pasaran. Renault juga mendedahkan imej pengenalan baharu kereta tersebut di Twitter yang membayangkan ia sebuah wagon.
Sebelum ini Renault dilihat beberapa kali menguji prototaip dengan penyamaran yang ektensif tetapi rupa bentuk wagon yang menarik itu tidak dapat disorokkan.
Renault Megane hatchback serba baharu belum lagi dilancarkan di Malaysia. Dengan rupa bentuk yang lebih menarik daripada Megane generasi sebelum ini, kereta tersebut mempunyai ruang kargo berkapasiti 434-liter. Jika ia direka dengan bentuk wagon, tentunya ia akan menjadi lebih besar.
Megane hatchback baharu dikuasakan dengan enam varian enjin iaitu tiga enjin petrol, dan tiga lagi enjin turbodiesel termasuk versi GT dengan enjin berkuasa 205 hp dan kotak gear enam-kelajuan klac berkembar. Jadi, jika Renault bercadang untuk memproduksi Sport Tourer ini dengan versi GT, ia bukan sahaja boleh menjadi sebuah wagon keluarga yang sangat boleh diharap, ia juga akan menjadi sebuah kereta yang amat mengujakan.
Selepas pendedahan dalam talian ini, Renault Megane Sport Tourer 2016 serba baharu akan menerima pengenalan kepada umum pada 1 Mac di Geneva Motor Show 2016 |
W205 Mercedes-Benz C180, C300 menjadi pilihan untuk dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi? | Di Malaysia, model sedia ada bagi W205 Mercedes-Benz C-Class ditawarkan dengan tiga varian unit pemasangan tempatan iaitu C 200 Avantgarde, C 200 Exclusive and C 250 AMG Line (tidak termasuk AMG C 63 S). Walau bagaimana pun, difahamkan barisan W205 Mercedes-Benz C-Class itu akan diperluaskan lagi dengan prtambahan dua varian iaitu C 180 dan C 300 AMG Line.
Perkara ini sempat dirisik ketika menghadiri majlis pelancaran semula Cycle & Bintang Carriage Petaling Jaya Autohaus, dengan temubual secara eksklusif bersama Mark Raine, Timbalan Presiden, Jualan & Pemasaran Kereta Penumpang, Mercedes-Benz Malaysia.
Ketika ditanya adakah kemungkinan varian asas C 180 akan dimasukkan dalam barisan C-Class, Raine berkata, “Kami turut meninjau pasaran, dan melihat produk apa yang sesuai untuk pasaran Malaysia, dan akan melihat apa yang boleh diperluaskan, iaitu produk pemasangan tempatan, dan mungkin salah satunya ialah C 180.”
Berkenaan dengan C 300, yang mana memenuhi varian tertinggi dalam spektrum C-Class, beliau berkata, “Kami masih menelitinya.”
Dengan adanya varian baharu ini, Mercedes-Benz Malaysia akan mempunyai barisan C-Class yang lebih luas untuk menyaingi BMW 3 Series. BMW Malaysia kini hanya menawarkan empat varian iaitu
318i Luxury, 320i Sport, 330i M Sport and 320d M Sport.
Secara ringkasnya, C 180 didatangkan dengan enjin 1.6 liter pengecas turbo suntikan-terus empat-silinder dengan 156 hp dan 250 Nm, dipadankan dengan 7G-Tronic Plus tujuh-kelajuan. Model ini diletakkan di bawah C 200 yang memiliki kapasiti enjin lebih besar iaitu 2.0 liter twin-scroll turbo empat-silinder yang mampu menghasilkan 184 hp/300 Nm. Varian baharu ini dilihat mampu menyaingi BMW 318i Luxury (136 hp/220 Nm).
Sementara C 300 pula menerima penambahbaikan dari versi C 200 dan C 250 iaitu enjin 2.0 liter pengecas turbo dengan 241 hp dan 370 Nm. Ia boleh bersaing dengan BMW 300i M Sport (252 hp/350 Nm). Enjin itu turut digabungkan dengan 7G-Tronic Plus tujuh-kelajuan dengan kuasa disalurkan ke roda belakang.
Buat setakat ini, tiada perincian lanjut diberikan. Kena tunggu pengesahan selanjutnya dari MBM. |
Honda Accord 2016 facelift dilancarkan di Thailand | Honda Accord 2016 facelift telah dilancarkan di Thailand. Ada beberapa perubahan estetik kecil dilakukan pada bahagian hadapan dan belakang, serta beberapa ciri baharu agar Accord ini sentiasa segar dalam pasaran sedan segmen-D untuk bersaing dengan Toyota Camry dan Nissan Teana.
Perubahan terbesar yang dapat disaksikan ialah pada bahagian hadapan, di mana gril Accord ini direka dengan gaya terbaharu Honda, menampilkan bar lebih tebal bersalut krom. Hujung bar krom tersebut telah dibenamkan bersama lampu hadapan dengan sistem LED untuk varian spesifikasi tertinggi. Lampu utama LED tersebut digandingkan bersama lampu nyalaan siang (DRL) LED yang baharu dan lampu kabus juga dari jenis LED. Bahagian belakang yang direka semula secara ringan juga menampilkan rekaan krom bar dibenamkan pada lampu belakang utama. Lampu tersebut menempatkan tiga tiub LED seiring dengan trend terkini.
Papan pemuka Accord yang menampilkan skrin tengah dua tingkat masih lagi kekal tidak berubah. Tetapi beberapa trim yang telah berubah dengan gabungan kemasan kayu dan perak/hitam pekat.
Ciri-ciri baharu yang terdapat untuk pasaran Thailand termasuk penghidup enjin kawalan jauh yang membolehkan pemandu menghidupkan enjin dan penghawa dingin menggunakan butang pada kunci kereta, skrin MID 7.7-inci, skrin audio sesentuh 7-inci dengan Apple Carplay, Mirrorlink untuk telefon pintar dan Wifi hotspot.
Tidak ada perubahan pada sistem mekanikal Accord ini dapat disaksikan. Ia hadir dengan dua varian iaitu enjin R20 I-VTEC SOHC (155 hp/190 Nm) dan K24 DOHC Earth Dreams (174 hp/225 Nm). Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan kotak gear torque converter lima-kelajuan automatik.
Harga jualan bermula 1.385 juta baht (RM162,690) untuk model asas 2.0 E, hingga 1.445 juta baht (RM169,738) untuk model 2.0 EL. Varian 2.4 EL pula boleh dibeli dengan harga 1.635 juta bath (RM192,097). Empat warna untuk dipilih iaitu putih mutiara, perak, kelabu dan hitam – di mana dua warna yang cerah akan dipadankan dengan warna hitam pada bahagian dalaman. Manakala warna kelabu dan hitam akan dipadankan dengan bahagian dalaman yang berwarna beige.
Honda ada menjual Accord versi Hybrid di Thailand di mana versi facelift model tersebut akan diperkenalkan tidak lama lagi bersama teknologi Honda Sensing yang akan dipadankan pada sistem teknologi keselamatannya.
GALERI: Honda Accord facelift 2016 |
Nissan mulakan pemasangan tempatan di Myanmar | Tan Chong Motor (TCM) yang mengendalikan jenama Nissan di Myanmar telah mengumumkan kilang pemasangan tempatan di negara berkenaan akan beroperasi pada tahun ini. Ia bakal memulakan pemasangan tempatan (CKD) bagi model Almera (atau turut dikenali sebagai Sunny di pasaran negara berkenaan) di kilang TCM sedia ada sebelum akan berpindah ke kilang baharu yang terletak di bahagian utara Yangon yang mempunyai keluasan sehingga 50 ekar.
Kilang baharu ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018, bakal mempunyai sehingga 300 tenaga kerja dan mampu memasang sehingga 10,000 unit bagi produksi sepenuhnya. Sebelum beroperasi, seramai 200 pekerja dilatih terlebih dahulu di kilang TCM di Malaysia bagi meningkatkan pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan.
Nissan dan Tan Chong juga akan meningkatkan dan mengembangkan keseluruhan rangkaian perniagaan di republik berkenaan. Jualan di Myanmar bermula pada tahun 2013 dengan model sedia ada di negara berkenaan termasuk X-Trail, Teana (Altima), Navara dan NV350 Urvan, serta produksi tempatan akan memasukkan Almera dalam barisannya.
Pada November tahun lalu, Tan Chong Motor (Myanmar) dan Nissan telah menandatangani perjanjian pengedaran selama lima tahun. Pada bulan yang sama, TCM turut mengumumkan akan mengembangkan pasaran di Myanmar dengan jumlah perlaburan sebanyak US$50 juta (RM211 juta) untuk tempoh tiga tahun akan datang. |
Kia Optima Plug-in Hybrid 2016 dipamerkan di Geneva | Optima Plug-in Hybrid serba baharu, kenderaan elektrik plug-in hybrid pertama dari Kia, bakal melakukan penampilan perdana di Geneva Motor Show 2016 pada awal Mac ini. Penjana kuasa plug-in hybrid baharu ini lebih inovatif dan bakal menjadi kunci tambahan bagi barisan Optima segmen-D dengan sasaran sebagai kenderaan rendah-emisi.
Model ini turut dipadankan dengan pek bateri lithium-polymer 9.8 kWh dan motor elektrik 50 kW yang terbaik berbanding model Optima Hybrid sebelum ini, yang membolehkan ia dipandu hingga 54 km dengan mod elektrik sifar-emisi sahaja sebelum enjin 2.0 liter GDI mengambil alih. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 156 PS dan tork 189 Nm. Dengan gabungan penjana kuasa ini, ia mampu menghasilkan jumlah kuasa keseluruhan sehingga 205 PS pada 6,000 rpm dan tork 375 Nm bermula 2,300 rpm.
Kuasa ini turut disalurkan menerusi kotak gear automatik enam-kelajuan. Ia mampu membuatkan jentera ini dipacu dari 0-100 km/j dalam tempoh masa 9.4 saat iaitu lebih 0.6 saat berbanding Optima Hybrid. Malah pasukan pembangunan Kia turut menyasarkan hasil gabungan emisi CO2 sekitar 37 g/km, yang memberikan penjimatan lebih efisien pada pemiliknya.
Biar pun dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti tinggi yang ditempatkan di bawah tempat duduk belakang, namun Optima Plug-in Hybrid masih mempunyai ruang kargo berkapaiti 307-liter. Manakala tangki bahan apinya turut dikecilkan berbanding Optima Hybrid sedia ada iaitu dari 65-liter ke 55-liter.
Daripada sudut profil luaran, Optima Plug-in Hybrid masih mampu dikenali sebagai kenderaan Kia dan model Optima, biar pun ia banyak mengadaptasikan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi aerodinamiknya. Kia juga telah merekabentuk gril penutup udara aktif baharu, sekali gus mengurangkan daya seretan sekitar 0.25 Cd (0.27 cD bagi Optima sedan). Bahagian bampar hadapan dan belakang turut diprofilkan bagi membolehkan aliran udara mampu mengalir ke seluruh badan.
Ia turut didatangkan dengan hiasan krom khas bersama kekemasan biru metalik pada bampar belakang, sekeliling gril dan gerbang roda, termasuk logo ‘EcoPlugin’. Port pengecasan pula terletak di bahagian sayap hadapan sebelah pemandu.
Manakala bahagian dalamannya, turut dipertingkatkan dengan rekaan yang lebih inovatif. Paparan kluster instrumen baharu turut ditampilkan bagi menyalurkan informasi mengenai keadaan kereta dan penjana kuasa termasuk status bateri, perincian pemanduan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan fungsi navigasi audio-visual (AVN) terkini, dengan sistem hiburan skrin sesentuh 8.0-inci dan radio digital DAB. Malah AVN turut berfungsi menyalurkan maklumat berhubung tahap EV terkini dan lokasi stesen pengecasan berhampiran.
Optima Plug-in Hybrid juga menjadi model Kia pertama yang dilengkapi dengan Android Auto™ yang bekerjasama dengan telefon pintar yang dijanakan oleh Android 5.0 (Lollipop) atau lebih, dan Apple CarPlay™ untuk iPhone 5 atau pun yang terkini. Kedua-dua sistem ini turut menampilkan fungsi kawalan suara dan membolehkan pemandu berkomunikasi menerusi telefon pintar tanpa memegang gajet tersebut.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem hiburan bersama skrin sesentuh dan sistem audio enam-speaker sebagai standard atau pun opsyen sistem audio Harman Kardon QuantumLogic™ Premium Sound 590-watt dengan 10-speaker, amplifier tambahan, teknologi penstoran Clari-Fi MP3 dan teknologo bunyi sekeliling QuantumLogic. Kia turut menampilkan pengecas tanpa wayar yang terletak di bahagian konsol tengah.
Optima Plug-in Hybrid turut menampilkan dua elemen teknologi untuk menyimpan dan menjana kuasa bateri menerusi fungsi pembrekan jana semula dan Coasting Guide Control (CGC) baharu. Ia turut dilengkapi dengan alat tambahan pemanas, sistem penghawa dingin dan aliran udara (HVAC).
Bagi meningkatkan aspek keselamatannya, ia dilengkapi dengan tujuh beg udara sebagai standard, selain Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM) termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Kelajuan Pintar Tambahan (SCC), Brek Kecemasan Bebas (AEB), Sistem Bantuan Laluan (LKAS), Fungsi Informasi Had Kelajuan (SLIF), Pengesan Titik Buta (BSC) dan Kepekaan Trafik Melintas Di belakang (RCTA).
Untuk pengendalian yang lebih mantap, suspensi Optima Plug-in Hybrid ini turut dilengkapi dengan casis yang lebih ringan tetapi kekal tegar bagi mengasingkan getaran dan hentakan akibat permukaan jalan yang teruk. Malah suspensinya juga telah ditala semula bagi memberikan keselesaan pemanduan yang lebih jitu. Selain itu, pelarasan bagi pegas, peredam dan penyeimbangan turut ditala khas.
Kia turut menampilkan sistem stereng-berkuasa motor elektrik (C-MDPS) bagi kawalan yang lebih jitu, dan cakera brek yang lebih bsar di belakang berdiameter 300 mm untuk memastikan prestasi brek lebih baik.
Kia Optima Plug-in Hybrid 2016 ini dipasang di kilang KIa di Hwasung, Korea Selatan dan Kia merencanakan model ini akan memasuki pasaran Eropah pada suku ke-empat 2016.
Menurut CEO Kia Motors Eropah, Michael Cole, “Jualan hibrid biasanya berlipat kali ganda di Eropah sejak lima tahun kebelakangan ini, dan turut menjangkakan jualannya mampu mencecah 700,000 unit menjelang tahun 2020. Kehadiran Optima Plug-in Hybrid bakal memenuhi permintaan kenderaan emisi-rendah, sekali gus mampu merealisasikan sasaran global kami. |
Mercedes-Benz Cycle & Carriage Autohaus Petaling Jaya penampilan baharu dilancarkan secara rasmi | Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, bersama pengedar sahnya, Cycle & Carriage Bintang Berhad (CCB), kini secara rasmi merasmikan semula CCB Autohaus serba baharu di Petaling Jaya.
Sehingga kini sejumlah RM43 juta telah dilaburkan di CCB Autohaus Petaling Jaya (CCB PJ), di mana RM7 juta dilaburkan hanya untuk menaik taraf bilik pameran yang menampilkan imej korporat (CI) Mercedes-Benz yang baharu untuk memberikan pengalaman yang lebih menakjubkan kepada pelanggan.
Autohaus serba baharu ini terletak di Lot 19, Jalan 51A/219, Off Federal Highway, Petaling Jaya, merupakan Autohaus terbesar CCB yang turut menampilkan pusat prestasi AMG terletak di tingkat satu. Satu lagi ciri unik Autohaus PJ ini ialah rekabentuk terbaharu Wall Star jenama Mercedes-Benz.
Untuk keselesaan pelanggan, ruang lounge untuk pengunjung telah dibesarkan. Bilik pameran yang berkonsep ‘I-Showroom’ ini dilengkapi dengan skrin sesentuh digital untuk pelanggan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk Mercedes-Benz serta proses pembelian. CCB PJ ini turut dibina berdasarkan garis panduan ekstensif Sistem Persembahan Mercedes-Benz II (MPS II).
Dibina dengan keluasan 150,210 kaki persegi, CCB PJ menempatkan 21 kereta untuk dipamerkan dan diuruskan oleh 36 staf jualan dan 79 staf selepas jualan. Pusat servis CCB PJ ini pula mampu untuk menampung 40 buah kereta untuk diservis dan kerja pembaikkan lain pada satu-satu masa.
Menurut CEO CCB Dato’ Wong Kin Foo, Autohaus Georgetown yang baharu dipertingkat akan diperkenalkan minggu hadapan, diikuti dengan bilik pameran Jalan Tun Razak yang dipindahkan ke lokasi lebih strategik di TREC KL pada hujung Februari. Dalam pertengahan tahun ini pula CCB akan membuka Autohaus ke-12 yang terletak di Cheras untuk menampung keperluan pelanggan di selatan Lembah Klang.
Dengan dedikasi untuk memenuhi kepuasan pelanggan, CCB akan terus melabur dengan sejumlah RM30 juta untuk dua tahun seterusnya bagi menaik taraf Autohaus di Alor Setar, Bukit Tengah, Juru, Ipoh, Mutiara Damansara, dan Johor Bahru. |
Enam unit kenderaan klon bernilai RM500k dirampas | Unit Penguatkuasaan Khas Trafik Kuala Lumpur telah menjalankan satu operasi khas pada jam 1 pagi malam semalam di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan berjaya merampas enam kenderaan klon pelbagai jenis bernilai kira-kira setengah juta ringgit.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata operasi dijalankan hasil risikan serta intipan sejak seminggu lalu, dan ketika operasi dijalankan, sepasang suami isteri yang terlibat dalam urusan jual beli kenderaan klon turut ditahan, laporan Bernama.
“Pasangan suami isteri berumur 47 dan 30 tahun itu berada di lokasi berkenaan dipercayai untuk urusan jual beli dengan pelanggan mereka. Pemeriksaan ke atas kereta jenis Volvo S80 yang dinaiki suspek mendapati ia adalah kenderaan klon.
“Selepas soal siasat dibuat, polis berjaya menemui lima lagi kenderaan klon yang diletakkan di tingkat lima dan enam tempat letak kereta di TBS,” katanya.
Enam kenderaan yang dirampas adalah Volvo S80, Jaguar X-Type, Audi A4, Mini Cooper, Toyota Vios dan Toyota Wish.
Mohd Nadzri berkata siasatan awal mendapati kenderaan klon dijual dengan harga serendah RM4,500 mengikut jenis kereta.
“Sindiket ini juga menggunakan tempat letak kereta awam sebagai tempat meletakkan kenderaan klon mereka. Ini bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata kenderaan terbabit dipercayai dibawa masuk ke negara ini dari Singapura melalui Tambak Johor untuk pasaran di Lembah Klang.
“Kenderaan klon ini menggunakan cukai jalan dan nombor pendaftaran kereta yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jika kereta klon adalah Toyota Vios, mereka akan menggunakan cukai jalan kereta Vios juga pada kenderaan klon itu,” katanya sambil menambah kedua-dua suspek akan direman untuk siasatan lanjut. |
LaFerrari Spider bersedia untuk diperkenalkan? | Agak lama juga perkhabaran Ferrari akan membikin LaFerrari Spider, supercar hibrid versi one-top ini. Baru-baru ini jurugambar automotif David Benoit telah memuat naik teaser mengenainya menerusi Facebook, seakan mengesahkan perkhabaran ini.
Malah foto yang dimuat naik turut menampilkan kotak perhiasan gentian karbon dengan logo Ferrari di hadapannya, bersama lakaran ilustrasi LaFerrari tanpa bumbung pada bahagian atasnya. Ia turut memberikan bukti bahawa model supercar tersebut julung kali bakal ditampilkan pada umum, walau pun tidak menyatakan bilakah masanya.
Kemungkinan besar, lokasi yang bakal dipilih untuk menampilkan supercar itu ialah di Paris Motor Show yang bakal berlangsung pada Oktober ini. Perincian mengenainya masih terkunci rapi, namun dijangkakan LaFerrari Spider ini mungkin akan berkongsi sedikit elemen yang sama dengan versi hardtop, termasuklah dikeluarkan secara edisi terhad (antara 150-200 unit sahaja) dan juga harganya.
LaFerrari Spider mungkin akan dipadankan dengan penjana kuasa hibrid 6.3 liter V12 bersama sistem HY-KERS yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 950 hp dan tork 900 Nm. Kuasanya dihantar ke roda belakang menerusi transmisi klac-berkembar tujuh-kelajuan.
Berkenaan dengan bumbungnya, LeFerrari Spider sepatutnya menampilkan bumbung keras yang mudah untuk dibuka kerana ia menampilkan mekanisme yang mekanikal tetapi akan menambahkan lagi beratnya. Tetapi jika menampilkan bumbung yang lebih lembut pula, ia kurang sesuai jika supercar dipacu dalam kelajuan yang tinggi. Bumbung keras tidak mendatangkan masalah jika jentera ini dipacu sehingga 350 km/j.
GALLERY: LaFerrari di Ferrari World Abu Dhabi |
Platform global terbaharu Subaru didedahkan, bakal dijadikan asas pembangunan model akan datang | Fuji Heavy Industries (FHI) telah mendedahkan platform terbaharu Subaru untuk model mereka yang akan datang. Platform yang diberi nama Subaru Global Platform itu direka untuk model baru yang bakal dibina sehingga tahun 2025.
Platform baharu tersebut dikatakan mempunyai peningkatan prestasi keseluruhan yang ketara berbanding platform sebelum ini. Keteguhan pada badan platform ini sendiri telah ditingkatkan secara dramatik (peningkatan 70% hingga 100% berbanding terdahulu) dengan cara mengoptimakan struktur kerangka dan cantuman yang lebih kuat, serta lebih banyak penggunaan plat keluli tegangan tinggi serta material yang dibentuk dengan proses ‘hot press‘.
Aspek bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) juga dapat diperbaiki dengan keutuhan yang dipertingkat, membolehkan pengagihan resonan dan herotan melalui badan yang lebih baik. Ini akan menghilangkan getaran yang banyak dari roda stereng, lantai dan tempat duduk.
Olahan yang dibuat pada sistem suspensi membolehkan pusat graviti (COG) pada platform ini lima mm lebih rendah. Pemasangan pada sistem suspensi yang lebih tegar pula membolehkan kebolehan menyerap hentakan yang lebih bagus, menghasilkan pemanduan yang lebih lembut dan selesa. Penstabil belakang dipasang terus pada badan untuk mengurangkan kadar olengan kurang 50% berbanding model terdahulu.
Keselamatan merupakan antara fokus utama pembangunan platform ini,oleh itu kebolehan menyerap tenaga ketika berlaku pelanggaran direka dengan lebih efisien. Subaru menyatakan peningkatan 40% dalam kebolehan menyerap tenaga pada platform terbaharu ini berbanding platform sebelumnya, dan ia bakal meningkat dari masa ke masa seiring dengan penggunaan material baru pada masa akan datang.
Akhir sekali, platform baharu ini juga direka agar selari dengan rekaan semua model baharu Subaru untuk masa akan datang. Ini turut termasuk dalam penyesuaian bukan sahaja unit janakuasa petrol, ia turut bakal dikuasakan dengan unit hybrid, plug-in hybrid dan elektrik sepenuhnya. Platform ini juga dibina agar ia boleh diproduksi dalam sebuah fasiliti produksi yang sama walaupun dengan komponen yang berbeza dan pelbagai varian model, berbanding model sebelum ini yang perlu diproduksi di beberapa kilang berbeza.
Subaru Global Platform bakal digunakan untuk pembangunan semua kenderaan baharu Subaru bermula sekarang, dimulakan dengan pembangunan generasi terbaharu Subaru Impreza yang bakal masuk ke pasaran akhir tahun ini. Impreza serba baharu tersebut telah ditampilkan sebelum ini, dengan varian konsep hatchback lima pintu dan sedan di Tokyo dan Los Angeles. Model lain akan diikuti kemudian termasuk crossover XV terbaharu, yang juga telah ditampilkan pada Geneva Motor Show 2016 awal bulan ini.
GALERI: Subaru XV Concept
GALERI: Subaru Impreza Sedan Concept
GALLERY: Subaru Impreza 5-Door Concept |
B9 Audi A4 telah ditunjukkan di laman web Audi Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi | Audi Malaysia telah menayangkan pelan kewangan progresif baharu dan boleh dilihat ia menawarkan semua barisan model sedia ada di Malaysia, termasuklah model B8 A4 sedia ada, yang disahkan telah pun habis dijual.
Menariknya, laman web terbabit turut menyebut B9 Audi A4 baharu akan dilancarkan tidak lama lagi. Dibina dengan platform MLB Evo yang dipertingkatkan, B9 ternyata lebih besar dan menampilkan imej yang turut diperbaharui, begitu juga dengan ruang dalaman yang diberi penambah baikan termasuk menampilkan kluster instrumen kokpit maya 12.3-inci, paparan stail-tablet 8.3-inci dengan sistem hiburan MMI sebagai opsyen, pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi dan sistem audio Bang & Olufsen dengan teklogi bunyi 3D secara opsyen.
Secara keseluruhan, sebanyak tujuh pilihan enjin ditawarkan, termasuk tiga penjana kuasa petrol – 1.4 TFSI (150 hp/250 Nm), 2.0 TFSI (190 hp/320 Nm) dan 2.0 TFSI (252 hp/370 Nm).
Ketiga-tiga enjin tersebut mungkin ditawarkan di sini (dengan transmisi S tronic klac-berkembar tujuh-kelajuan dan menawarkan pilihan sama ada pacuan roda-hadapan atau quattro AWD), bersaing dengan BMW 318i/Mercedes-Benz C 180, 320i/C 200 dan 330i/C 300, yang menyamai output enjin tersebut.
Selain itu, elemen baharu yang ditampilkan bagi sedan ini, termasuklah penyerap hentak kawalan redaman berterusan (CDC) dengan injap kawalan-elektromagnetik ke sistem stereng berkuasa elektromekanikal yang lebih ringan dan responsif berbanding B8.
GALERY: B9 Audi A4 di Venice, Itali |
Honda Malaysia panggil semula 93,929 unit kenderaan termasuk CR-Z dan Insight berhubung masalah bateri | Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) mengumumkan akan membuat panggilan semula 93,929 unit keretanya berhubung masalah bateri 12V.
Kesemua pemilik unit yang terlibat merangkumi model City, Civic, Jazz, CR-V, CR-Z, Freed dan Insight (rujuk carta di atas untuk maklumat yang lebih terperinci berkenaan model dan tahun pengeluaran yang terlibat) akan dihubungi oleh pihak Honda menerusi surat. Pelanggan yang menerima surat perlu menghubungi pusat servis terdekat untuk membuat temujanji dan penukaran bateri tersebut. Kesemua kos alat ganti dan kos buruh akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak HMSB.
Untuk kepastian, pelanggan boleh menyemak sendiri status kenderaan mereka terlibat atau tidak dengan panggilan semula ini menerusi laman web rasmi Honda Malaysia atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.
Menurut Honda lagi, setakat ini, tiada lagi kecederaan dilaporkan berhubung isu ini dan langkah proaktif yang diambil Honda ini adalah langkah keselamatan untuk mengelakkan dari berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. |
Honda Civic Tourer Type-R dibina oleh pasukan Synchro Motorsport, wagon Type-R tunggal di dunia. | Pasukan Synchro Motorsport, pasukan yang membawa Civic Type-R bertanding dalam perlumbaan endurance di Eropah dan disokong sepenuhnya oleh Honda of UK Manufacturing telah membina sebuah Civic Tourer versi Type-R.
Wagon Type-R tersebut telah dibina sepenuhnya di kilang Honda yang terletak di Swindon, UK oleh kakitangan Synchro Motorsport dan juga kakitangan Honda sendiri yang terlibat dalam pembinaan Civic Type-R hatchback. Jadi, kereta ini bukanlah wagon yang diubahsuai, tetapi model yang dibina oleh pihak Honda sendiri. Tetapi, ia dibina hanya satu unit sahaja dan pihak Honda belum lagi bercadang untuk memproduksikan kereta ini.
Honda Civic Tourer Type-R ini menampilkan sepenuhnya muka dari Type-R hatchback yang merangkumi apron hadapan dengan liang kemasukan udara yang besar, ruang roda dan fender hadapan yang telah dikembangkan, liang fender,skirt sisi dan diffuser belakang yang besar serta empat tip ekzos. Bahagian dalaman Tourer Type-R ini turut disalin terus dari Type-R hatchback dimana tempat duduk bucket merah dapat disaksikan pada foto tersebut.
Kesemua kelengkapan mekanikal dari Type-R hatchback turut disadur terus pada wagon ini dengan enjin 2.0 liter VTEC Turbo berkuasa 306 hp dan tork maksima 400 Nm disalurkan terus ke permukaan jalan menerusi kotak gear manual enam-kelajuan dengan LSD memacu roda hadapan. Tiada laporan prestasi rasmi dari Honda berkenaan wagon Type-R ini tetapi berdasarkan prestasi Type-R hatchback, ia mungkin boleh memecut dari sifar ke 100 km/j dalam masa kurang enam saat dan kelajuan maksima sekitar 270 km/j.
Potensi prestasi platform Civic Tourer ini sebenarnya telah diteroka seawal 2013 dimana pasukan Honda Yuasa Racing iaitu pasukan rasmi Honda UK, memilih platform tersebut untuk bertanding pada kejohanan Touring Car British (BTCC) pada tahun 2014. Ia menjadikan Civic Tourer platform wagon kedua yang bertanding dalam kejohanan tersebut selepas Volvo melakukannya pada tahun 1994 menerusi model Volvo 850 Estate. Projek tersebut merupakan projek eksperimentasi pasukan Honda Yuasa Racing setelah menjadi juara dengan Civic Hatchback pada tahun 2013. Civic Tourer meletakkan Honda Yuasa Racing di tempat ketiga dalam kategori pasukan pada BTCC musim 2014. |
Volkswagen Beetle generasi kedua akan ditamatkan jualannya secara berperingkat di Australia | Volkswagen Beetle generasi kedua akan “ditamatkan jualannya secara berperingkat’ di Australia disebabkan kemerosotan jualan, laporan CarAdvice. Walau bagaimana pun, Beetle akan tetap dijual di pasaran negara lain di seluruh dunia.
Hanya berada di pasaran berkenaan selama tiga tahun, keputusan itu diambil kerana jualannya kian merosot saban tahun. Pada tahun 2013, hanya 799 unit model Beetle generasi kedua ini terjual. Sementara pada tahun 2015, ia hanya mencatatkan jualan sebanyak 204 unit. Manakala bagi suku pertama tahun 2016, hanya 43 unit sahaja yang terjual.
Walau pun ramai yang memuji Bettle baharu ini kerana ia tampil lebih baik berbanding modelnya, namun tema ‘versi baharu klasik’ ini gagal menambat perhatian pembeli. Berbanding Fiat 500 dan MINI Hatch yang mampu mencatat jualan lebih memberangsangkan berbanding Beetle di negara berkenaan.
Di Australia, Bettle didatangkan dengan satu varian sahaja iaitu enjin 1.4 liter TSI bersama kotak gear manual lima-kelajuan atau DSG tujuh-kelajuan. Ia dijual pada harga atas jalan yang boleh tahan tinggi juga iaitu antara AUD$31,390 (RM97,070) hingga AUD$33,890 (RM102,635), dan terdapat beberapa alasan tersendiri mengapa ia sukar mencatatkan jualan yang bagus di sana.
“Beetle menjadi ‘niche model‘ di Australia, dan kami mengambil keputusan untuk menghentikannya secara berperingkat pada tahun ini,” ujar Volkswagen Australia dalam kenyataan yang dikeluarkan. Selain itu, Beetle juga akan menerima ‘peningkatan yang selayaknya’ bagi model edisi terhad di sana.
“Pastinya Beetle menjadi sebahagian daripada warisan yang penting di peringkat tempatan mahu pun seluruh dunia, jadi untuk mengucapkan selamat tinggal pada Beetle di Australia, kami akan mengeluarkan model edisi terhad dengan menawarkan elemen yang lebih unik,” tambah kenyataan tersebut.
GALERI: Volkswagen Beetle Club Edition di Malaysia |
Hyundai Tucson ditawarkan dengan enjin 1.7 CRDi bersama transmisi 7DCT untuk pasaran Eropah | Hyundai Tucson kini menerima gandingan unit kuasa baharu untuk pasaran Eropah, menjadikan sejumlah enam pilihan enjin tersedia untuk Tucson dalam pasaran benua tersebut. Unit kuasa terbaharu ini menampilkan enjin 1.7 liter turbodiesel digandingkan dengan kotak gear klac berkembar tujuh-kelajuan automatik (7DCT).
Enjin “U2” 1.7L CRDi ini mampu menghasilkan sejumlah 141 PS dan tork maksima 340 Nm bermula 1,750 rpm hingga 2,500 rpm. Digandingkan dengan kotak gear 7DCT, kesemua kuasa enjin dialirkan ke kedua-dua roda hadapan dan membolehkan Tucson memecut dari 0-100 km/j dalam masa 11.5 saat. Kelajuan maksima yang dicatatkan pula ialah pada 185 km/j. Enjin ini menggunakan sejumlah 4.9 liter diesel dalam jarak 100 km dan mengeluarkan 129 g gas CO2 setiap kilometer.
Hyundai mengatakan kotak gear 7DCT yang dibina mereka sendiri tersebut mampu untuk memberikan kecekapan bahan api lebih 20% lebih bagus dan pengeluaran gas CO2 yang lebih rendah berbanding kotak gear enam-kelajuan automatik konvensional. Unit kuasa terbaharu ini juga dilengkapi dengan ciri ‘start & stop’ enjin secara automatik (ISG) sebagai ciri standard.
Dipasang di Republik Czech untuk pasaran Eropah, Hynudai Tucson generasi-ketiga ini merupakan model terlaris Hyundai di Eropah dengan lebih 115,000 unit terjual semenjak pengenalannya di sana pada lewat 2015. Di Malaysia, Tucson dilancarkan pada November tahun lalu dan ditawarkan dengan enjin petrol 2.0 liter MPI berkuasa 155 ps/192 Nm dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan. Dengan pilihan dua trim iaitu Elegance dan Executive, ia dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RM129,991 (Elegance) hingga RM142,633 (Executive). |
Volvo V90, S90, dan XC90 bakal dikuasakan dengan enjin 1.5 liter T5 Twin Engine berkuasa lebih 250 hp | Volvo bakal melengkapkan barisan model Siri 90 (S90, V90, dan XC90) mereka dengan unit kuasa baharu 1.5 liter Twin Engine plug-in Hybrid. Volvo percaya enjin yang pada awalnya direka untuk menjana model kompak mereka itu cukup berkuasa untuk dipadankan pada model yang lebih besar.
“Kami telah pun memadankan enjin tiga-silinder dengan bantuan pengecas turbo dan kotak gear klac berkembar pada V40, dan ia memberikan prestasi terbaik,” kata ketua penyelidikan dan pembangunan Volvo Dr Peter Mertens kepada Auto Express.
“Dengan enjin 1.5 liter, kami jangka 150 hp lebih adalah mudah untuk dicapai, jika tidak ada orang yang memberitahu anda, anda tidak tahu yang ia adalah sebuah enjin tiga-silinder. Kami akan memadankan enjin ini pada model Siri 60 (S60,V60, dan XC60) yang akan datang dan ia juga akan turut dipadankan pada S90. Ia sangat meyakinkan,” tambah beliau.
Sekarang ini satu-satunya unit kuasa hibrid yang dipadankan pada XC90, S90 dan V90 hanyalah unit 2.0 liter T8 Twin Engine yang mampu menghasilkan 407 hp dan tork 640 Nm. Enjin 1.5 liter tiga-silinder petrol mampu menghasilkan kuasa sehingga 150 hp, unit T5 Twin Engine untuk model kompak mereka pula berupaya menghasilkan kuasa sehingga 250 hp dan tork maksima 400 Nm. Angka yang dihasilkan tersebut sememangnya cukup kuat untuk menjana model yang lebih besar seperti Siri 90.
Seperti diperincikan sebelum ini, unit T5 Twin Engine dikatakan dibina untuk model yang lebih kompak, seperti Volvo V40 dan dijangkakan juga untuk XC40. Unit kuasa plug-in hybrid tersebut menampilkan enjin petrol 1.5 liter Drive-E dengan pengecas turbo memacu roda hadapan, manakala motor elektrik 55 kW memacu roda belakang, menjadikan ia sebuah sistem pacuan semua roda hibrid. Motor elektrik yang dilengkapi dengan bateri 9.7 kWh lithium-ion dan digandingkan dengan kotak gear enam-kelajuan klac berkembar automatik tersebut membolehkan V40 bergerak dengan kuasa eleketrik sepenuhnya dalam jarak 50 km.
Spesifikasi ini adalah untuk model kompak Volvo. Untuk menjana model Siri 90 yang lebih besar, unit T5 Twin Engine tersebut mungkin tampil dengan spesifikasi yang berbeza. |
Honda City baharu tiba di India Oktober ini – laporan | Menurut IndianAutosBlog, Honda Cars India akan memperkenalkan Honda City facelift pada Deepavali tahun ini iaitu penghujung Oktober 2016. Walau bagaimanapun, jangan cepat teruja kerana belum dipastikan adakah City baharu ini hanya akan ke pasaran India atau pun mungkin dijual di negara lain.
Seperti mana laporan tersebut dikeluarkan, City, yang dilancarkan di India pada tahun 2014, dikatakan mengalami peningkatan termasuk dengan bentangan dalaman baharu berwarna hitam bagi varian yang dikenali sebagai City VX. Selain itu, difahamkan Honda turut mengubah sedikit bahagian luaran model tersebut dengan beberapa elemen yang dipertingkatkan.
Honda City di India kini dijual pada harga bermula 1,100,000 rupees (RM67k). Di negara berkenaan, City dipadankan dengan enjin petrol 1.5 liter i-VTEC dan diesel 1.5 liter i-DTEC, yang digabungkan bersama transmisi manual lima-kelajuan atau CVT auto. Malah laman web berkenaan turut memberitahu, City di India akan ditawarkan dengan transmisi manual enam-kelajuan baharu yang diimplementasi dari Honda BR-V.
Di Malaysia, harga baharu bagi Honda City telah pun diumumkan di mana kini lebih mahal berbanding sebelum ini selepas Honda Malaysia mengumumkan peningkatan harga yang membabitkan semua modelnya. Sebelum itu, Honda City spesifikasi tempatan juga telah diperkenalkan dengan warna badan baharu iaitu Dark Ruby Red Pearl. |
Honda Civic 2016 dilancarkan di Thailand 12 Mac ini | Honda Civic 2016 diumumkan akan berada di bilik pameran seluruh Thailand bermula 12 Mac ini. Pendedahan tersebut diumumkan oleh Honda Thailand sendiri setelah menyiarkan video pendedahan awalan Civic generasi ke-10 tersebut.
Pada bulan Februari, journalis automotif Thailand diberi peluang untuk memandu uji Civic tersebut di litar. Sesi itu mendedahkan dua varian disediakan untuk pasaran Thai iaitu 1.8 liter SOHC i-VTEC yang menggunakan enjin R18A sedia ada, dan juga varian RS yang menggunakan enjin 1.5 liter VTEC Turbo.
Tiada perubahan kuasa disaksikan pada enjin R18A di mana ia mash berkuasa 139 hp dan tork maksima 174 Nm. Tetapi enjin tersebut tidak lagi dipadankan dengan kotak gear automatik torque converter, sebaliknya dipadankan dengan kotak gear CVT automatik. Enjin VTEC Turbo 1.5 liter pula berupaya menghasilkan kuasa 173 hp pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 220 Nm bermula 1,700 rpm hingga 5,500 rpm, juga dipadankan dengan kotak gear CVT automatik.
Video pendedahan awalan yang berdurasi 15 saat ini memberikan sedikit informasi berkenaan ciri-ciri yang dilengkapi pada Civic spesifikasi Thailand ini. Bermula dengan bahagian luar di mana dapat disaksikan ia dilengkapi dengan lampu hadapan bi-xenon berserta lampu nyalaan siang LED bina dalam. Di pasaran negara lain Civic generasi ke-10 ini mempunyai varian yang ditampilkan dengan lampu hadapan LED penuh, tetapi tidak diketahui ciri tersebut bakal dilengkapi pada Civic pasaran Thai atau tidak.
Dalam video tersebut juga dapat disaksikan enjin kereta ini boleh dihidupkan dengan fungsi kawalan jauh, di mana suisnya terdapat pada unit kunci kereta seperti yang terdapat pada Accord facelift yang baru dilancarkan di Thailand bulan lalu. Pada paparan meter utama pula, ia dilengkapi dengan paparan TFT berwarna diapit dengan meter konvensional berjarum. Paparan TFT tersebut bukan hanya memberikan bacaan kelajuan kereta, ia juga akan memaparkan fungsi lain termasuk paparan kawalan pemain media.
Seperti sebelum ini, Honda akan mula melancarkan model baharu mereka bermula dengan pasaran Thailand dan kemudian ke negara serantau lain termasuk Malaysia tidak lama selepas itu. Andaian spesifikasi untuk pasaran Malaysia juga biasanya akan dibuat berdasarkan spesifikasi yang diterapkan pada pasaran Thailand.
GALERI: Honda Civic RS 2016 pasaran Thailand
GALLERY: Honda Civic 2016 pasaran Amerika Syarikat
2016 Honda Civic Sedan
2016 Honda Civic Sedan
2016 Honda Civic Sedan
2016 Honda Civic Sedan
2016 Honda Civic Sedan
2016 Honda Civic Sedan
2016 Honda Civic Sedan
2016 Honda Civic Sedan
2016 Honda Civic Sedan
2016 Honda Civic Sedan
2016 Honda Civic Sedan |
Program My Taxi Proton, hargai pemandu teksi | Proton mengambil inisiatif baharu yang akan memberi faedah untuk pemandu teksi di Malaysia. Program khas yang diberi nama ‘My Taxi’ ini direka untuk menyediakan bantuan istimewa kepada pemandu teksi yang memandu Proton.
Program My Taxi ini disertai oleh 17 outlet Proton Edar Sdn Bhd (PESB) buat masa sekarang. Outlet-oulet ini akan memastikan pemandu teksi mendapat servis yang pantas setiap kali kunjungan mereka. Penasihat servis khas akan ditugaskan untuk menerima kunjungan mereka pada hari yang dikhaskan (hari ahad) setiap minggu untuk memastikan para pemandu teksi ini diberi keutamaan berbanding pelanggan lain.
17 Outlet PESB yang menyertai program ini adalah:
Seksyen 13, Petaling Jaya
Jalan Chan Sow Lin
Puchong Jaya
Centre of Excellence, USJ
Seremban
Serindit, Melaka
Batu Pahat 2, Johor
Larkin, Johor
Plentong, Johor
Johor Bharu
Semambu, Kuantan
Kuala Terengganu
Kota Bharu
Alor Setar 2
Juru
Jalan Makloom, Penang
Ipoh
Selain dari servis khas yang didedikasikan untuk pemandu teksi di outlet yang terpilih, Proton juga memperkenalkan diskaun istimewa dan promosi untuk mereka. Terdapat di seluruh pusat servis Proton Edar di dalam negara, servis tambahan tersebut merangkumi:
Diskaun 25% untuk alat ganti
Caj buruh RM35 sejam berbanding RM60 untuk caj biasa
Servis diutamakan dan siap dalam masa dua jam- tidak termasuk kerja baik pulih lain yang diperlukan.
Tempoh waranti dipanjangkan iaitu dua tahun atau 150,000 km- berbanding perbatuan biasa hanya 100,000 km
Waranti mutu kerja enam bulan atau 10,000 km |
Proton perkenal servis kereta gantian untuk pelanggan | Proton merangka semula rangkaian servis mereka termasuk menambah servis kereta gantian untuk pelanggan. Servis ini bukanlah satu bentuk servis yang baharu kerana pengeluar yang lain juga turut melakukan perkara yang sama, tetapi ia merupakan satu berita baik untuk pelanggan Proton.
Servis baharu ini akan menyediakan kereta gantian untuk pelanggan yang perlu meninggalkan kereta mereka di pusat servis Proton atas sebab-sebab tertentu seperti kerja-kerja servis, baik pulih, dan diagnosis yang mengambil masa agak lama. Setakat ini 74 buah kereta gantian telah disediakan di seluruh negara yang terdiri daripada model Inspira, Preve, Persona, Exora, Suprima S dan Saga.
Walau bagaimana pun, servis ini tertakluk pada terma dan syarat. Untuk permulaan, servis ini hanya diberikan untuk pelanggan yang kereta mereka masih lagi dalam waranti pengeluar.
Kerja-kerja diagnosis masalah juga diberikan pertimbangan untuk menerima kereta gantian tersebut jika ianya mengambil masa lebih dari tiga hari |
Kejara sah dilaksanakan secepat mungkin – Liow | Pihak kerajaan telah mengesahkan Sistem Pemberian Mata Demerit (Kejara) akan dilaksanakan secepat mungkin. Menurut laporan The Star, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Lai telah megesahkan penguatkuasaan ini adalah bagi menggalakkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang yang diperuntukkan.
Kita akan melaksanakan Kejara kerana dengan cara ini dapat menggalakkan orang ramai agar mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas, secara tidak langsung mendidik mereka berhubung keselamatan jalan raya,” ujarnya, memetik laporan The Star.
Kejara merupakan sistem pemberian mata demirit bagi pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik, di bawah Akta Kenderaan Motor (Mata Demerit) 1997. Setiap pemandu memulakan dengan satu rekod bersih , dan kemudian mengumpulkan markah berdasarkan kesalahan trafik.
Menurut laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebagai contoh, memandu melebihi had laju iaitu satu dari 25 km/j akan menerima enam mata demerit. Jika melakukan kesalahan yang lebih serius, seperti memandu di bawah pengaruh alkohol, sebanyak 15 mata akan diberikan.
klik untuk besarkan imej
Bagi pemandu golongan muda atau yang baru mendapat lesen memandu, penerimaan mata sebanyak 10 boleh memberikan kesan terhadap lesen P anda iaitu tidak dibenarkan memandu selama setahun. Rujuk carta di atas untuk info selanjutnya.
Dalam masa yang sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyatakan sokongan sepenuhnya sistem Kejara ini.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, jabatannya bersedia untuk menjalankan kajian berhubung dengan sistem tersebut.
“Ia merupakan cadangan yang bagus. Kami akan melakukan persediaan bagi mengkaji sistem ini lebih mendalam namun implementasinya hanya tertakluk pada kelulusan Kabinet,” ujarnya.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Senior DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim turut berkata, saranan KPN adalah tepat pada masanya.
“Kita akan tengok rekod dan statistik Ops Selamat tahun ini, yang berakhir Ahad ini, dan lihat kawasan mana yang perlu diberi kepentingan.
“Keutamaan kita adalah sentiasa mahu menyelamatkan nyawa manusia, sebanyak yang mungkin. Jadi kita mahu menghindari kemalangan maut juga sebanyak yang mungkin,” katanya.
Malah jabatan tersebut juga mengalu-alukan pendapat dari orang ramai untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, ini termasuklah implementasi Kejara yang sedang dipertimbangkan.
“Kita akan bekerjasama dengan lain-lain agensi, termasuk JPJ,” ujar Fuad lagi. |
Proton sasar untuk selesaikan, baiki isu kualiti | Persepsi negatif masyarakat terhadap Proton memang telah berlaku sejak sekian lama, apatah lagi apabila ia melibatkan masalah kualiti pada model keretanya. Secara ringkasnya, istilah “QC” seakan tidak memberikan kesan. Disebabkan tidak mahu membiarkan perkara ini terus berlarutan, Proton nekad untuk memperbaiki pengurusan kualiti dan menghentikan segala tanggapan tersebut.
CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, “Apa yang perlu kami lakukan ialah mempertingkatkan pengurusan kualiti kami. Masalahnya di sini, apabila kita mempunyai ribuan komponen untuk diperiksa dan dipilih sebelum memulakan pemasangan kereta, adakalanya kita akan terlepas pandang beberapa perkara.”
“Ini merupakan salah satu alasan utama apabila mendapat komponen yang bermasalah. Sesetengah daripada pembekal, memang telah lama bersama kita sejak 20, 30 tahun lalu,” tambahnya.
Harith turut berkata, “Apa yang akan kami lakukan sekarang ialah memperhebatkan lagi program pemeriksaan, jadi kami dapat tapis segala isu sebelum memulakan proses produksi. Ini sebahagian daripada peningkatan untuk bahagian operasi.
“Kami telah memulakannya, dan kami juga sudah mempunyai ketua baharu bagi bahagian kualiti. Di mana Masazumi Ogawa yang baru menyertai kami, mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun bersama Nissan sebelum ini. Kami juga berharap dapat mempertingkatkan tahap disiplin di tempat kerja untuk memastikan pengurusan kualiti lebih baik dari sebelum ini,” ujar Harith. |
Proton lancar servis Bantuan Bergerak, hotline 1800 888 398 sebagai talian khidmat pelanggan | Proton telah mengumumkan servis Bantuan Bergerak yang menyediakan bantuan kecemasan di mana sahaja untuk pemilik Proton yang terkandas kerana kerosakan kereta. Servis tersebut yang bermula hari ini akan menggunakan 21 unit Persona dan tiga unit Exora, yang lengkap dengan peralatan untuk melakukan pembaikan segera. Untuk peringkat awal, kereta-kereta ini akan diuruskan oleh pihak Proton Edar.
Servis ini akan dikembangkan pada 1 April depan dengan tambahan 12 unit Exora, juga diuruskan oleh Proton Edar. Manakala sejumlah 52 unit kereta lagi akan memulakan servisnya bermula 1 Mei, kali ini diuruskan oleh outlet pengedar terpilih yang terdiri daripada pusat 4S dan 3S.
Proton juga melancarkan semula hotline khidmat pelanggan – 1800 888 398 – yang disasarkan untuk menjadi pusat panggilan untuk memenuhi kehendak pelanggan. CEO Proton Datuk Abdul Harith Abdullah secara berseloroh beliau mengharapkan nombor hotline tersebut akan diingati seperti nombor 755-25-25, nombor lama hotline Pizza Hut Malaysia.
Disamping untuk memohon bantuan untuk servis Bantuan Bergerak, pelanggan juga boleh menetapkan tarikh temu janji servis menerusi talian hotline tersebut (anda boleh juga menghubungi terus pusat servis yang anda mahu untuk membuat temu janji ini). Talian ini turut menerima segala rungutan daripada pelanggan berkenaan produk dan servis Proton.
Proton juga berjanji servis mereka akan bertambah baik sekiranya rungutan dan permintaan terus diajukan pada orang yang bertanggung jawab seperti esekutif perhubungan pelanggan dan pengurus kawasan, isu berbangkit akan dapat diketengahkan dan diselesaikan oleh pihak dalaman Proton. Servis tersebut juga akan menghubungi pelanggan yang bermasalah setiap hari sehingga masalah mereka diselesaikan. |
Perodua Tweckbot ke Johor 19 hingga 21 Feb ini | Program pemeriksaan kereta percuma Perodua Tweckbot, yang memasuki tahun ke-enam penganjurannya, bakal berada di Johor pada hujung minggu ini. Krew Tweckbot akan berada di Giant Muar, Johor pada 19 hingga 21 Februari ini, dan akan menawarkan 50-mata pemeriksaan keselamatan, yang hanya mengambil masa antara 10 dan 15 minit untuk memeriksa setiap kereta.
Ia merupakan kesinambungan Tweckbot sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini yang dianjurkan di Giant Subang Jaya pada 29 hingga 31 Januari lalu, menyaksikan sebanyak 123 kenderaan Perodua telah diperiksa. Di samping 50-mata pemeriksaan keselamatan, para pemilik Perodua juga berpeluang mendapat diskaun sebanyak 20% bagi alat ganti dan aksesori, ia hanya boleh ditebus di pusat servis dan pengedar terpilih.
“Kami berharap para pelanggan mengambil peluang bagi menyertai program Tweckbot ini untuk memastikan keadaan kenderaan mereka selamat digunakan di jalan raya. Program adalah sebahagian daripada komitmen kami terhadap para pelanggan dengan menawarkan kualiti servis dan produk terbaik,” ujar Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.
Projek Perodua Tweckbot yang telah bermula sejak tahun 2011 lalu melibatkan promosi menerusi laman media sosial di mana para pelanggan Perodua boleh mengetahui lokasi dan tarikh krew Tweckbot bakal berada untuk tujuan pemeriksaan percuma ini. |
Proton Edar memperkenalkan servis ambil dan hantar, Servis Pantas 80-min atau kos buruh tidak dicaj | klik untuk besarkan imej
Dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, Proton telah memperkenalkan dua servis baharu yang bakal dilaksanakan di pusat servis Proton Edar terpilih.
Pertama, servis mengambil dan menghantar semula kereta para pelanggan akan ditawarkan. Di mana para pemilik kereta Proton yang menghantar kenderaan masing-masing untuk diservis mengikut jadual yang disediakan memiliki kelebihan untuk menggunakan servis ini. Sama ada kenderaan anda akan diambil dan/atau dihantar kembali kepada anda di rumah atau pejabat dari pusat servis Proton Edar yang terpilih. Dengan syarat jarak antara rumah/pejabat anda tidak lebih 5 km dari pusat servis Proton Edar terbabit.
Buat setakat ini, hanya empat outlet Proton Edar yang telah memulakan program ini sejak Disember 2015 lalu, iaitu Mutiara Damansara, Bukit Maluri, Setapak dan Seksyen 13 Petaling Jaya.
Manakala tiga lagi outlet yang akan turut melakukan servis yang sama tidak lama lagi, di sekitar Lembah Klang, iaitu Pusat Kecemerlangan Proton (COE) USJ, Proton Edar Puchong dan Sri Damansara.
Servis kedua pula ialah Proton akan memulakan jaminan Servis Pantas (Quick Service) di kesemua 44 cawangan Proton Edar di seluruh negara. Di mana, Proton menjamin para pelanggan yang datang untuk melakukan servis minor akan dapat diselesaikan dalam tempoh tidak lebih daripada 80 minit, atau kos buruh akan diserapkan.
“Jika kita tidak dapat menyelesaikannya dalam tempoh 80 minit, kos buruh tidak akan dicaj. Kami lebih rela rugi daripada hilang kepercayaan,” ujar CEO Proton Harith Abdullah. Hanya pelanggan yang membuat temujanji terlebih dahulu akan layak menggunakan servis ini, asalkan tiada permintaan servis tambahan termasuk pandu uji, penghawa dingin dan servis tayar.
Untuk itu, Proton akan memastikan usaha ini berkesan dan berani mengambil risiko seandainya tidak mencapai apa yang dijanjikan. Seperti yang dinyatakan, seandainya ada pusat servis yang tidak dapat menyelesaikan kerja dalam tempoh yang ditetapkan, Proton sendiri akan memaklumkan kepada para pelanggan (berhubung kelewatan tersebut) dan bersedia menyerap semua kos tenaga kerja yang terlibat. |
Proton rangka semula rangkaian servis, utamakan outlet jualan dan servis premium (4S, 3S, 1S+2S) | Proton bakal memperkasa jenama mereka dengan pengenalan beberapa produk baharu bermula dengan Proton Perdana 2016, dan diikuti dengan lain-lain model. Malah memastikan pengalaman memiliki Proton merupakan satu kepuasan turut menjadi agenda dalam memperkuatkan lagi jenama tersebut.
Untuk itu, Proton telah memulakan proses untuk merangka semula outlet jualan dan servis mereka berstatus premium sama ada sebagai pusat 4S, 3S atau 1S+2S. Menurut Datuk Abdul Harith Abdullah, CEO Proton, sekarang sudah sampai masanya Proton mengambil berat hal ‘kualiti lebih dari kuantiti’.
Proses merangka semula semua rangkaian servis akan membabitkan jumlah transformasi yang agak ketara. “Tiada lagi pusat 2S akan dibuka hanya untuk menambah kuantiti. Kami mahukan pusat 4S atau 3S yang diuruskan dengan teratur, dan untuk kawasan di mana pusat 4S/3S tidak boleh diwujudkan, kami akan membina pusat 1S+2S,” ujar Harith.
“Apabila anda menjual kereta, anda bertanggungjawab untuk menguruskan kereta tersebut bermula seawal pelanggan berminat memilih membeli Proton berbanding jenama lain.”
“Sebelum ini, kami mempunyai pengedar 1S yang degil, sehinggakan pemeriksaan PDI turut tidak dilakukan dengan sebaiknya. Jadi mulai sekarang, kami hanya akan membuka pusat 4S, 3S, atau 1S+2S. Kami juga akan mewujudkan pasukan audit untuk memeriksa kesemua pengedar agar memenuhi KPI kami yang baru,” jelas beliau.
“Daripada 400 outlet kami, 121 daripadanya akan dijadikan outlet premium, di mana ia akan memberikan pengalaman yang lebih memuaskan seperti yang kami mahu. Selebihnya, sama ada mereka melakukan perubahan, atau keluar,” tambah beliau.
Seiringan dengan penambahbaikan rangkaian servis, Proton juga akan menggalakkan pelanggannya kembali semula ke pusat yang bertauliah sekiranya memerlukan apa-apa khidmat selepas jualan. Ini boleh dilakukan dengan temu janji terus atau menerusi pusat panggilan, di mana peringatan akan diberi sebelum tibanya waktu servis.
Tambahan lagi, pusat servis terpilih akan dibuka tujuh hari seminggu, bermula dengan Pusat Kecemerlangan Proton (COE) yang terletak di USJ akan menjadi pusat pertama menjalankan program tersebut. Selepas itu, lebih banyak lagi outlet Proton Edar dalam kawasan Lembah Klang akan melakukan perkara yang sama. Hari ini, program tersebut telah dikembangkan ke 49 outlet seluruh negara. |
VIDEO: Proton dedah logo 3D baharu dan tagline “It’s in the Drive!” – akan tampil pada semua model baharu | It's in the Drive
After 30 years of experience, learning, improving, and investing, we've reached a new dawn. An era that will have you know and think about us… differently. A new chapter that will bring you quality cars that deliver attractive designs. great value, and utmost safety. We've put our minds and hearts, along with millions of man-hours of research and development, into ensuring we produce cars that we are proud of. And cars you'll be proud to own. The proof will be in the driving. And there's no better way to convince you but for you to test drive our cars yourself. Therefore, along with our new PROTON logo, we now introduce as our new signature message: "It’s in the Drive!" Consider it our invitation to discover a new era of purpose, energy, innovation and focus. Welcome to the new PROTON.
Posted by Proton Cars on Tuesday, February 16, 2016
Bukan setakat memperkatakan tentang azam baharu Proton untuk mempertingkatkan pengalaman pemilikan bagi semua pelanggannya, Proton turut mendedahkan logo 3D baharu, seperti mana yang anda boleh lihat menerusi laman Facebook mereka. Bukan itu saja, logo wajah harimau tersebut turut didatangkan dengan tagline yang lebih segar – It’s in the Drive!
“Era baharu, wajah baharu. Logo baharu ini adalah isyarat permulaan bagi era baharu dari kami di Proton. Ia bukan sekadar wajah baharu. Tetapi lebih kepada janji baharu. Sikap baharu. Komitmen baharu. Ramai yang tidak tahu dan tidak memandu kereta terbaharu kami. Jadi inilah masanya untuk melakukannya. Inilah masanya untuk mereka mengenali siapa kami, apa yang kami perjuangkan dan sejauh mana kehebatan kereta kami yang sebenarnya,” itulah yang dikatakan oleh Proton menerusi laman FB.
Seperti sebelum ini, logo baharu Proton turut didominasi dengan elemen kepala harimau yang dilakar di dalam bulatan, dan lambangnya pula berwarna hitam dan perak. Walau bagaimana pun, perkataan “PROTON” telah dibuang, dan kepala harimau telah diposisikan sedikit tinggi. Malah bulatan tersebut juga lebih nipis dan nampak macam 3D. Logo baharu atau lama – mana yang menjadi pilihan anda?
logo baharu (kiri) & logo lama (kanan)
Proton turut mengesahkan logo baharu ini akan ditampilkan pada semua model baharu dan facelift pada masa yang akan datang. Sudah pasti Perdana 2016 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akan menjadi model pertama yang ditampilkan dengan logo baharu ini. Disusuli oleh Saga 2016 dan Persona 2016 yang juga akan dilancarkan pada tahun ini juga. Malah jika sahih Proton akan rebadged Suzuki Ertiga di Malaysia yang dikhabarkan tidak lama lagi iaitu menerusi model kerjasama Proton-Suzuki, logo baharu ini juga akan ditampilkan.
Sementara itu, tagline baharu yang diperkenalkan iaitu “It’s in the Drive!” merujuk pada keseronokan pemanduan, dan disokong oleh pengendalian yang lebih berkarakteristik, serta bersesuaian dengan enjin baharu yang bakal diperkenalkan. |
My New Proton – tingkatkan pengalaman pemilikan; “setuju servis teruk, tapi kita akan berubah,” CEO | My New Proton. Merupakan janji terbaharu Proton mulai hari ini dan akan datang, seperti mana yang telah diumumkan pagi tadi. “Proton telah melalui pelbagai perkara, sama ada yang menggembirakan dan mengecewakan. Bukan mudah untuk mengakui kelemahan dan kesalahan yang telah kami lakukan, tetapi saya berpendapat ini adalah satu cara untuk kami memulihkan semula jenama kami,” ujar CEO Proton Datuk Harith Abdullah.
Sasaran strategi baharu ini adalah untuk mempertingkatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhan bagi para pelanggan Proton. Harith turut mengakui bahawa jenama ini tidak berada pada tempat yang tepat buat masa ini. “Saya memang ada mendengar orang komplen tentang servis Proton teruk! Saya setuju. Sesetengah daripada servis kami memang teruk,” tambahnya lagi.
Bukan sekadar jenama kereta baharu, para pelanggan juga mahukan pengalaman pemilikian yang bagus, beliau menjelaskan, “Ia bukan setakat membuat kereta berteknologi tinggi semata-mata. Hubungan dengan para pelanggan juga adalah keutamaan bagi kami. Kini kami mahu memperoleh dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap jenama kami, sesuatu yang gagal kami lakukan sejak sekian lama.
“Kini adalah masa untuk memenuhi dan melebihi jangkaan, iaitu menerusi sikap yang mengutamakan pelanggan dan merangkumi segala sudut aspek. Tugas kami bukan berakhir setakat apabila kereta keluar dari bilik pameran sahaja. Sebaliknya adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu menguruskan kereta tersebut (merujuk pada perkhidmatan selepas jualan), itulah cara yang betul untuk menjual kereta. Pengalaman pemilikan adalah yang paling penting,” jelas Harith lagi.
Menurut Harith, dengan perkongsian pasaran Proton di Malaysia yang menurun dari lebih kurang 60% pada peringkat awal ke sekitar 16% sekarang, Proton perlukan perubahan. Selepas lebih 30 tahun, Proton telah menjual lebih daripada empat juta kenderaan di seluruh dunia, dengan 3.7 juta di Malaysia, di mana tiga juta lagi masih berjalan.
“Mereka ini perlukan perhatian yang khusus daripada kami,” ujar Harith.
Beliau menambah, menjelang musim perayaan, kita dapat saksikan banyak kenderaan tersadai di tepi jalan. “Kebanyakannya mungkin adalah kereta Proton. Mungkin ada yang melibatkan model Proton yang berusia 20 tahun, mungkin ada yang masih baharu lagi, sekitar setahun. Jadi itulah tanggungjawab kami.
“Menerusi rating Indeks Kepuasan Jualan (SSI) oleh JD Power, kami sentiasa berada di tangga terbawah biar pun banyak usaha yang telah dijalankan. Sama juga dengan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI). Ia telah berlaku sekian lama,” Itulah refleksi yang sebenarnya yang perlu Proton lakukan perubahan, beliau menambah. “Ramai yang menyukai jenama kami, tetapi berasa kecewa kerana kami tidak mengotakan janji.
“Tetapi kami akan berubah. Bagi kekal relevan,” janji Harith.
Beliau juga mendedahkan Proton telah bekerjasama dengan JD Power sejak tahun 2015 bagi mempertingkatkan situasi sekarang. Di mana JD Power menggambarkan Proton sebagai pengalaman pemilikan yang tidak konsisten dan sering menerima persepsi negatif. “Jika kita tidak melakukannya sekarang, kemungkinan besar kita akan tewas pada masa akan datang,” ujarnya.
Sebagai langkah perubahan, Proton akan memperkenalkan beberapa penambahan, termasuklah 121 “cawangan premium,” iaitu pusat panggilan sentral (1800 888 398), servis mengambil dan menghantar di kawasan-kawasan utama, Servis Pantas 80-minit, Bantuan Bergerak Proton, kereta ihsan, program servis ‘My Taxi’ dan beberapa lagi. Kami akan bercerita mengenai penambahan ini pada artikel yang berasingan.
Jadi, apakah pendapat anda mengenai misi dan azam baharu Proton ini? Malah CEO Proton juga secara jujurnya memohon maaf di atas segala isu yang timbul. Sila nyatakan komen anda untuk dikongsikan bersama. |
SPAD lanjutkan diskaun 30% untuk pas bulanan bas | Dalam usaha untuk mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke Kuala Lumpur sekaligus mengurangkan masalah kesesakan jalan raya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersetuju untuk melanjutkan tempoh pemberian diskaun 30% kepada pengguna bas antara bandar bagi laluan Rawang, Klang, dan Seremban ke Kuala Lumpur yang menggunakan pas bulanan.
Usaha ini juga bertujuan untuk meringankan beban pengguna dengan mengurangkan kos pengangkutan untuk penduduk dipinggir bandar yang berkerja di bandaraya Kuala Lumpur.
Berikut adalah senarai harga pas bulanan dari pengendali bas dan laluan mereka. |
Proton hantar 50 unit pertama Preve ke Chile, diikuti Exora dan Saga – sasar jualan 1k unit untuk 2016 | Pada awal Januari lalu, Proton telah mengesahkan akan memasuki semula pasaran Chile dengan mengeksport model Exora dan Preve. Hari ini, proses penghantaran bagi kumpulan pertama model-model berkenaan bermula.
Sebanyak 50 unit Preve dengan pemanduan sebelah kiri (LHD) akan tiba di San Antonio bagi kumpulan pertama ini, akan disusuli dengan Exora. Di mana kedua-dua model berkenaan akan dijual di sana mulai Mei ini dan diikuti dengan Saga pada November 2016. Buat setakat ini, Proton secara optimis mensasarkan 1,000 unit bagi ketiga-tiga model berkenaan untuk dijual di pasaran Chile.
Preve di Chile akan dijual pada harga jangkaan bermula $17,000 (RM71,179) seunit. Walau bagaimana pun, Proton belum memaklumkan harga bagi Exora dan Saga.
Menurut Proton, varian bagi Preve yang akan dijual di negara berkenaan ialah Preve 1.6 Standard MT, Preve 1.6 Executive MT dan Preve 1.6 Premium CVT. Manakala bagi Exora pula adalah Exora 1.6 Standard CVT dan Exora 1.6 Premium CVT. Bagi Saga pula, varian Saga FLX 1.6 Standard MT dan Saga FLX 1.6 Premium MT akan tiba di sana enam bulan selepas Exora dan Preve.
Kereta-kereta Proton di sana akan dijual oleh Andes Motor, anak syarikat Kumpulan Kaufmann, wakil pengedar dari Chile yang telah menandatangani perjanjian pengedaran bersama Proton pada 1 Julai 2015 lalu.
“Kami merancang untuk memasuki semula pasaran Chile selepas Perjanjian Bebas Perdagangan (Free Trade Agreement, FTA) Malaysia-Chile yang ditandatangani pada 25 Februari 2012. Di mana Proton telah ditawarkan pengecualian 6% duit import dan kami amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas inisiatif ini,” ujar Datuk Abdul Harith Abdullah, CEO Proton.
Menurut Harith lagi, pengecualian ini turut membuka peluang kepada Proton untuk mengenalpasti pasaran yang sesuai bagi pemanduan di sebelah kiri (LHD).
Di Chile, ketiga-tiga model tersebut akan dipasarkan di sekitar bandar-bandar utama seperti Santiago, Concepcion Vina La Serena, Antofagasta dan Valdivia Temuco Osorno.
Sambung Harith, “Kami amat teruja dapat memasuki semula pasaran Chile kerana sebelum ini kami telah berjaya menjual hampir 3,000 unit kereta dari tahun 1994 hingga 1998, dengan yang terakhir model Wira. Malah Proton juga merupakan jenama kereta pertama yang mereka pasarkan di pasaran massa, dengan keseluruhan industri pasaran berjumlah kira-kira 330,000 kereta.”
Ini dianggap sebagai peluang keemasan buat Proton untuk meningkatkan lagi pengeluaran kereta sekali gus memperluaskan penjualan dan mengembangkan kewujudan Proton di pasaran termasuk di peringkat antarabangsa. Selain ia menguatkan lagi semangat Proton untuk terus membangunkan kereta-kereta yang berkualiti dan melakukan penambahbaikan berterusan agar bukan sahaja berjaya di negara sendiri, malah meningkatkan penerimaan di pasaran global.
“Kami yakin dengan langkah ini adalah permulaan bagi Proton untuk memasuki pasaran global, terutamanya apabila kami berjaya melengkapkan program enjin Proton terbaharu yang akan diguna pakai bersesuaian dengan standard dan peraturan-peraturan ketat di negara-negara Eropah,” ujar Harith lagi. |
Toyota Eco Youth 2016 fokus pengurusan sisa pepejal | Penganjuran kali ke-15 tahun ini, Toyota Eco Youth meneruskan cabaran dengan memberikan fokus tema yang lebih serius iaitu Pengurusan Sisa Pepejal. Jika sebelum ini pertandingan anjuran UMW Toyota Motor (UMWT) hanya menumpu penyertaan dari sekolah-sekolah dan guru-guru, kali ini komuniti masyarakat di sekita sekolah-sekolah turut boleh mengambil bahagian.
Menurut Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki, “Bagi Toyota, pemuliharaan alam sekitar bukan satu perkara yang asing.”
Katanya lagi, di peringkat global. Toyota telah menggariskan Cabaran Alam Sekitar Toyota 2050, yang mengenal pasti 6 kunci utama permasalahan alam sekitar dalam tempoh tiga dekad, antaranya pengurangan CO2, kecekapan penggunaan air dan mewujudkan lingkungan masyarakat yang mengamalkan kitar semua serta budaya yang mesra bumi.
Di Malaysia pula, UMWT mengamalkan pendekatan mesra alam di ibu pejabat, bilik pameran dan pusat-pusat servis. Pelbagai aktiviti berkaitan alam sekitar turut dianjurkan bersama staf-staf syarikat setiap tahun, seperti taklimat kesedaran alam sekitar, penanaman pokok, kitar semula dan banyak lagi.
Ketua Penolong Pengarah, Kementerian Pendidikan, Mahamad Amran Kamsi pula menambah pengurusan sisa pepejal sudah menjadi masalah yang sekian lama dihadapi dan menjadi lebih buruk dengan pertambahan populasi manusia.
“Masalah utama sisa pepejal adalah ia tidak akan terlupus secara semulajadi. Sebuah botol plastik mengambil masa 500 tahun untuk terurai, beg plastik pula memerlukan masa 10-20 tahun, tin sekitar 50 tahun manakala botol kaca satu juta tahun,” jelas Mahamad Amran.
Sebelum ini, sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dipilih oleh Kementerian Pendidikan iaitu satu daripada setiap daerah, untuk lebih adil. Tahun ini, untuk meningkatkan lagi cabaran bagi program berkenaan, sekolah yang ingin turut serta perlu menyerahkan kertas cadangan projek kepada pihak penganjur.
Pendekatan terbaru ini dijangka akan dapat memberikan keputusan yang lebih baik dari segi hasil projek, promosi dan pendedahan, memandangkan sekolah-sekolah yang ingin turut serta perlu menunjukkan kesungguhan dari peringkat awal lagi.
Setakat ini, 209 buah sekolah sudah pernah terlibat di dalam Cabaran Toyota Eco Youth. UMW Toyota telah membelanjakan RM6 juta untuk program berkenaan sejak ia dimulakan pada 2001, melihatnya sebagai sebuah pelaburan modal insan dan juga terhadap bumi yang didiami ini.
Mahamad Amran turut menegaskan bahawa sikap konsumerisme yang ada kini perlu diubah. Walaupun penyelesaian terbaik yang ada kini masih melibatkan 3R (Reduce, Reuse & Recycle), kadar kitar semula di Malaysia masih terlalu rendah iaitu 2%. |
Harga bahan api Mac 2016: RON 95 kini RM1.60 seliter, RON 97 RM1.95 seliter dan diesel kekal RM1.35 seliter | Berita ini pastinya membuatkan anda mampu tersenyum kerana sepanjang bulan Mac ini, harga bagi bahan api RON 95 dan RON 97 turun lagi.
Dengan harga RM1.95 seliter (termasuk GST), RON 97 kini turun 10 sen berbanding RM2.05 pada bulan Februari. Manakala RON 95 pula diumumkan berharga RM1.60 seliter iaitu turun sebanyak 15 sen (berbanding RM1.75 pada Februari). Walau bagaimana pun, harga bagi diesel adalah kekal seperti bulan Februari iaitu RM1.35 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro 5 yang kekal pada harga RM1.45 seliter. |
SPYSHOT: Honda Civic Hatchback diuji di Eropah | Ketika imej Civic Hatchback Prototaip yang dikatakan baru ‘bocor’ dan viral di internet, jurugambar pengintip kami di Eropah telah pun menangkap gambar Civic Hatchback yang sebenar. Ini merupakan kali pertama kereta ini disaksikan diatas jalan.
Walaupun hanya model standard, asas Civic generasi ke-10 ini sememangnya sebuah kereta dengan rekabentuk yang sangat sporty dan menarik. Dengan rekaan kemasan yang agak agresif, kemungkinan besar model yang sedang diuji ini merupakan varian Type-S. Pada bahagian hadapan, muka yang dilitupi penyamaran dan menampilkan lampu hadapan LED membayangkan ia seiras dengan varian sedan dan coupe, tetapi ditambah dengan splitter bawah yang menonjol.
Rekaan splitter tersebut turut diserasikan dengan rekaan skirt sisi. Tetapi, tiada lagi rekaan pembuka pintu yang terselindung pada pintu belakang seperti Civic hatch generasi ke-lapan dan ke-sembilan (juga seperti rekaan pembuka pintu belakang HR-V), sebaliknya hanya menampilkan pembuka jenis tarik konvensional seperti yang terdapat pada model sedan. Juga dapat dilihat kereta ini dipadankan dengan roda bercorak turbin bersaiz agak besar.
Pada bahagian belakang, ia agak sama seperti imej awalan yang disiarkan sebelum ini, dengan lampu belakang berbentuk-C seperti model sebelum ini merentasi pintu tailgate dan cermin belakang yang dibahagikan. Terdapat juga spoiler belakang yang berasingan di posisi atas selain dari spoiler di bahagian tengah, serta sepasang tip ekzos berkembar terletak pada diffuser yang agresif dibawah bampar belakang.
Honda telah mengesahkan Civic ini akan mula dipasarkan di Eropah dengan enjin 1.0 liter VTEC Turbo (127 hp/200 Nm) dan enjin 1.5 liter VTEC Turbo (210 hp/260 Nm), manakala untuk Type-R enjin 2.0 liter VTEC Turbo (310 hp/400 Nm) masih digunakan. Enjin diesel 1.6 liter dan 2.2 liter i-DTEC dijangkakan akan turut ditawarkan. Seperti varian sedan di US, model ini turut dijangka akan dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan dan CVT automatik. |
Lexus daftar nama UX 200, UX 250, UX 250h | Lexus dikhabarkan telah mendaftar secara rasmi nama ‘UX’ di Australia termasuk bagi varian UX 200, UX 250 dan UX 250h. Nama ‘X’ ini memberikan bayangan akan ada SUV baharu menyertai barisan model SUV jenama mewah ini iaitu NX, RX dan LX. Tetapi SUV yang bagaimanakah bagi satu lagi ‘X’ ini?
AutoGuide berpendapat, nama UX ini lebih sesuai untuk SUV tujuh-empat duduk baharu yang dikhabarkan akan memasuki bilik pameran di Amerika pada akhir tahun ini, yang lebih kurang seperti model RX. Mungkin juga seperti model baharu Acura MDX, Infiniti QX60 dan Audi Q7.
Namun bertentangan dengan pendapat dari Autoevolution yang mengatakan saiz penjana kuasa yang disarankan mungkin terlalu kecil untuk SUV tujuh-tempat duduk yang besar ini, dan mungkin juga UX akan menjadi crossover yang kecil iaitu sebelum NX, seperti pesaing BMW X3 dan Mercedes-Benz GLC.
Lexus UX juga mungkin berkongsi platform dengan model baharu Toyota C-HR iaitu model crossover kompak yang bakal bersaing dengan Nissan Juke, Mazda CX-3 dan Honda HR-V. Seperti mana Lexus NX yang ‘meminjam’ senibina Toyota RAV4. Berdasarkan nama tiga varian ini, UX juga mungkin menerima enjin aspirasi-natural 2.0 dan 2.0 liter, serta penjana kuasa hibrid.
Nampak gayanya pasaran SUV semakin panas sekarang, dan pastinya Lexus mahu mengambil terbaik untuk mengekalkannya. |
Data jualan kenderaan di Malaysia untuk bulan Jan 2016 mengikut jenama – Proton naik ke tangga kedua | Berikutan kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan kos pada industri automotif, graf jualan automotif di Malaysia untuk bulan Januari turut menunjukkan penurunan yang agak ketara.
Walaupun masih mendahului pasaran, jualan Perodua menunjukkan penurunan sebanyak 28% dari 21,544 unit pada bulan Diesmber kepada 15,538 unit bulan lalu, walaupun Perodua menjadi salah satu pengeluar yang belum lagi menaikkan harga kereta mereka tahun ini (tidak termasuk Axia-G yang kini dilengkapi ABS dan tambahan harga RM1,500).
Proton melakukan kejutan dengan hanya kejatuhan 5% dari 8,144 unit kepada 7,743 unit membolehkan pembuat kereta nasional itu naik ke tangga kedua bulan lalu mengatasi banyak jenama bukan nasional berikutan kejatuhan jumlah jualan yang banyak untuk kereta jenama import.
Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan jualan kereta jenama luar teruk terjejas, dengan pendahulu jenama bukan nasional – Honda mengalami kejatuhan jualan kira-kira 47% dari 10,747 unit pada bulan Disember kepada hanya 5,743 unit bulan lalu.
Toyota menyaksikan kadar penurunan yang agak teruk di mana pembuat kereta terbesar dunia itu hanya mampu menjual 2,980 unit kenderaan di Malaysia bulan lalu, jatuh 77% berbanding bulan Disember di mana mereka berjaya menjual sebanyak 13,130 unit. Kejatuhan tersebut turut berpunca dari kelembapan jualan kenderaan perdagangan yang jatuh dari 3,737 unit kepada hanya 987 unit yang berkemungkinan besar kerana pengguna menunggu pelancaran Toyota Hilux serba baharu tidak lama lagi.
Kejatuhan jualan ini juga menyebabkan mereka jatuh ke tempat ke-lima, dipintas oleh Nissan yang naik ke tempat ke-empat. Walaupun Nissan naik satu anak tangga, hakikatnya jualan mereka turut jatuh dari 5,075 unit pada Disember kepada hanya 3,650 unit pada bulan iaitu kejatuhan sebanyak 28%.
Dengan persekitaran yang mencabar dalam industri automotif Malaysia, jualan untuk jenama Mercedes-Benz menunjukkan sebaliknya. Mercedes mendahului segmen premium di Malaysia dengan peningkatan jualan 26% dari 820 unit bulan Disember kepada 1,034 unit untuk bulan Januari 2016. Subaru juga menunjukkan peningkatan dengan menjual lebih 63 unit kereta pada bulan Januari berbanding bulan sebelumnya iaitu sebanyak 268 unit atau peningkatan sebanyak 31%.
Mazda pula menunjukkan kejatuhan 4% dari jumlah jualan mereka pada Januari (1,354 unit) berbanding Disember (1,408 unit) meletakkan mereka di tempat ke-enam. Lexus pula menunjukkan kejatuhan 80% pada graf jualan mereka di mana hanya 61 unit kenderaan dijual pada bulan Januari berbanding 309 unit pada bulan Disember. Januari turut menyaksikan jenama baharu – Lamborghini yang secara rasmi masuk ke pasaran Malaysia dan hanya menjual satu unit kereta pada bulan tersebut.
Klik jadual di bawah untuk melihat dengan lebih jelas : |
Ford Fiesta ST200 bakal tampil di Geneva Motor Show | Ford telah mengesahkan bakal mengambil kesempatan untuk mempamerkan Fiesta ST200 di pentas kegemilangan Geneva Motor Show 2016 ini.
Digambarkan sebagai “model produksi Fiesta yang paling berkuasa setakat ini,” jentera hatchback ini ditampilkan dengan enjin 1.6 liter EcoBoost empat-silinder yang ditala untuk menghasilkan sehingga 200 hp dan tork puncak 288 Nm. Ledakan kuasa ini membolehkan Fiesta ST200 ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksima sehingga 230 km/j.
Di samping peningkatan kuasa enjin, Fiesta ST200 ini turut tampil dengan imej luaran Storm Grey yang unik bersama kaliper brek berwarna merah dan rim aloi hitam pekat 17-inci.
Ia turut dilengkapi dengan rekaan dalaman yang diperkemaskinikan termasuk menampilkan tempat duduk hadapan Recaro, jahitan kontra berwarna perak, plat ambang iluminasi, dan tali pinggang keledar khas dengan kekemasan perak.
Menurut Timbalan Presiden Pembangunan Produk Ford Eropah, Joe Bakaj, “Fiesta ST ini benar-benar menambat hati para penggemar dan pengkritik. Namun ST200 menambahkan keterujaan kerana ia memberikan pemandu tahap kuasa dan prestasi yang baharu dan lebih mengagumkan.” Malah beliau juga berkata ST200 ini diibarat “model klasik masa hadapan yang sedang dibangunkan.”
Fiesta ST200 dijangka bakal memasuki produksi pada Jun ini dan memasuki pasaran Eropah sebelum tirai 2016 berlabuh. |
Toyota Rush 7 2016 dilancarkan di Indonesia | PT Toyota-Astra Motor (TAM) telah melancarkan model Toyota Rush TRD Sportivo Ultimo dan Rush TRD Sportivo 7 2016 di Indonesia. Dua varian baharu bagi SUV ini menampilkan tujuh-tempat duduk dalam tiga barisan, di mana menurut TAM ia mampu menyaingi model baharu Honda iaitu BR-V yang menguasai pasaran domestik. Manakala varian asas Type G masih terus menawarkan lima-tempat duduk.
Rush TRD Sportivo 7 (berwarna putih) didatangkan dengan barisan tempat duduk ekstra serta dua tali pinggang keledar ekstra bersama pemegang tangan. Imej luarannya ditampilkan dengan aerokit TRD Sportivo dan pelekat pada kedua-dua sisinya.
Manakala Rush TRD Sportivo Ultimo merupakan varian spesifikasi tertinggi. Ia berdasarkan model TRD Sportivo 7, tetapi menampilkan jaluran berwarna merah pada gril hadapan, pelekat pada penutup tayar simpanan di belakang, rim dengan rekaan baharu TRD Sportivo dan logo ‘Ultimo’. Ia turut ditawarkan dengan warna baharu iaitu Nebula Blue.
Elemen yang paling signifikan ditampilkan pada Ultimo ialah suspensi TRD Sportivo, di mana ia dihasilkan secara kerjasama antara jurutera TAM dan TRD Indonesia, yang direka bagi menepati keadaan jalan di negara berkenaan, termasuk keadaan cuaca dan juga penggunaannya. Suspensi TRD Sportivo juga telah ditambah bagi ‘ground clearance’ iaitu sebanyak 200 mm yang memberikan pengendalian lebih selesa.
Harga yang ditawarkan bermula Rp.245.85 juta (RM77,665) untuk TRD Sportivo 7 M/T hingga Rp.262.45 juta (RM82,750) untuk TRD Sportivo Ultimo A/T. Model facelift Rush bagi pasaran Malaysia dilancarkan pada April tahun lalu.
GALERI: Toyota Rush facelift di Malaysia |
Imej Toyota C-HR versi produksi bocor sebelum penampilan sulungnya di Geneva Motor Show 2016 | Setelah bertahun dipertonton sebagai SUV konsep, Toyota akhirnya membuat pengumuman rasmi minggu lalu untuk mendedahkan C-HR versi produksi pada Geneva Motor Show 2016 bulan hadapan. Tetapi, gambar SUV ini nampaknya telah bocor di internet sebelum penampilan sulungnya nanti.
Versi produksi ini masih mengekalkan rekabentuknya yang tersendiri tetapi ia kelihatan kurang agresif berbanding versi konsep. Walaubagaimana pun, muka yang garang, ruang roda yang besar, bumbung yang condong, pintu belakang yang kecil dengan pembuka pintu terselindung dan lampu belakang berbentuk boomerang masih lagi kelihatan.
Tiada lagi perincian yang disahkan oleh Toyota berkenaan SUV ini selain ianya dibina atas platform TNGA baru Toyota yang sama seperti Prius generasi-keempat. Dapat dilihat lencana hybrid diletak pada bahagian belakang C-HR ini tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia akan dijana dengan unit kuasa sama seperti Prius atau tidak.
Setelah diproduksi nanti, C-HR bakal memberikan saingan yang sangat sengit untuk Nissan Juke, Mazda CX-3 dan Honda HR-V di Eropah. Dengan rekabentuk yang menarik dan futuristik ini, Toyota bakal mencorakkan persaingan SUV Crossover segmen-C ini keperingkat yang lebih menarik.
GALERI: Konsep Toyota C-HR di Frankfurt Motor Show 2015
GALERI: Ujian Prototaip Toyota C-HR
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K |
Koenigsegg Regera tampil di Geneva; kuasa 1,500+ hp | Koenigsegg pastinya mampu mencuri tumpuan ramai apabila dipamerkan di Geneva Motor Show 2016 mulai hari ini. Apatah lagi hypercar bagi versi produksi Regera ini dikhabarkan memiliki kuasa luar biasa iaitu mencecah 1,500 hp.
Menurut Koenigsegg, versi spesifikasi untuk produksi ini bakal menyaksikan lebih daripada 3,000 perubahan berbanding model konsep yang pernah dipertontonkan di Geneva Motor Show tahun lalu. Jelas sekali, setiap bahagian diperincikan semula dan sebab itulah ia mengambil sedikit masa yang lama.
Keutamaan yang ingi ditonjolkan ialah Koenigsegg Direct Drive (KDD) yang akan dipatenkan, iaitu sistem yang dibangunkan untuk mengurangkan berat badan hypercar ini, di samping ketiadaan beberapa bahagian mekanikal yang lebih rumit dengan kotak gear tradisional. Seperti namanya, sistem ini memacu terus ke gandar belakag dari enjin pembakaran.
Berbanding model konsep tahun lalu, sistem ini telah dipertingkatkan dengan beberapa penambahbaikan baharu. Selain itu, Koenigsegg turut membangunkan mekanisma clutch-slip yang menggunakan gandingan hidraulik (digelar HydraCup) untuk menukar tork pada kelajuan sederhana atau tinggi semasa pecutan pantas.
Ia membolehkan enjin pembakaran 5.0 liter turbo-berkembar V8 ini menghasilkan sehingga 1,100 hp dan 1,250 Nm, sekali gus meledakkan kuasa tanpa batasan.
Sistem ini juga boleh dikawal menerusi pedal penukar pada sisi roda stereng. Sementara pedal penukar kiri digunakan untuk menambahkan efek membrek regeneratif bagi mengecas pek bateri, manakala pedal kanan pula untuk mengaktifkan gandingan hidraulik semasa penurunan gear beroperasi.
Untuk impak yang lebih terbaik, tiga motor elektrik aliran paksi turut ditampilkan, di mana satu berada di setiap roda belakang yang memberikan pemanduan elektrik, dan satu lagi terletak pada acu engkol (crankshaft) yang memberikan torque-fill, penjana elektrik dan juga fungsi penghidup motor.
Di mana motor ini juga bekerjasama dengan turbo-berkembar V8, yang memberikan kuasa tambahan sehingga 700 hp dan tork 900 Nm. Walau bagaimana pun, ia bukanlah dipanggil ‘hibrid’ kerana boss syarikat Christian von Koenigsegg bukanlah ‘seorang peminat hibrid’. Oleh itu beliau membangunkan KDD bagi mengatasi kelemahan kenderaan hibrid tradisional.
Secara keseluruhannya, sistem output Regera mampu menghasilkan kuasa melebihi 1,500 hp dan tork 2,000 Nm. Ia sangat mencukupi untuk memacu Regera dari 0-100 km/j dalam hanya 2.8 saat, 0-200 km/j dalam 6.6 saat, 0-300 km/j dalam 10.9 saat dan 0-400 km/j hanya 20 saat! Namun sayangnya, ia mampu dipacu dari 150 hingga 250 km/h dalam 3.9 saat, agak perlahan berbanding model konsepnya.
Kuasa bagi motor elektrik disalurkan oleh pek bateri 4.5 kWh. Pek bateri ini berkemampuan menyalurkan 525 kW untuk discaj dan sehingga 200 kW untuk caj semula, dengan jumlah kuasa seluruhan 800 volts, menjadikan Regera sebagai kereta produksi 800 V pertama di dunia.
Malah bateri ini juga dikurangkan beratnya sebanyak 25 kg berbanding bateri pada model konsep terdahulu, dengan berat sedia ada 90 kg. Ia turut menampilkan pengecaj DC luaran baharu, pemampat 800 V AC yang lebih kecil dan penukar 800 V DC/DC kompak baharu.
Walau bagaimana pun, pek bateri berprestasi tinggi ini juga memerlukan lebih banyak penyejukan. Oleh kerana kaedah penyejukan tradisional (menggunakan paip penyejukan) tidak dapat memenuhi keperluan Koenigsegg, maka syarikat itu telah memilih unit yang tertutup menampilkan unit penyejuk yang lebih optima bagi semua elemen haba yang sensitih dan kritikal.
Penjana kuasa ini bukan setakat suatu elemen yang paling menarik buat Regera. Terdapat beberapa elemen lain termasuklah hidraulik robotik dalam bentuk ‘Autoskin’ yang boleh membuka pintu bagasi hadapan secara automatik, Dihedral Synchro Helix Doors pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan (dengan pengesan jarak) dan penutup enjin belakang yang lebih besar, semuanya dikawal menerusi alat kawalan jauh atau konsol tengah di dalam jentera. Bahagian dalamnya pula, pastinya bentangan penuh kemewahan menjadi pilihan. Ia turut menampilkan Apple CarPlay, pengecas induktif untuk telefon bimbit pintar, pemanas dan tempat duduk berkuasa elektrik. |
Lexus GS facelift kini di Malaysia – varian GS 250 digugur, diganti varian GS 200t berkuasa turbo | Lexus GS facelift kini telah mula dipasarkan dalam pasaran Malaysia. Bermula untuk versi facelift ini, varian GS 250 telah digugurkan dan digantikan dengan varian GS 200t yang dibahagikan kepada tiga versi iaitu GS 200t Premium, GS 200t Luxury dan GS 200t F Sport. Varian Gs 300 Hybrid, GS 350 F Sport dan GS 350 Luxury masih lagi dikekal menjadikan sejumlah enam varian disediakan untuk pilihan pelanggan.
Pada bahagian luaran model facelift ini masih lagi tampil dengan rekaan gril signatur ‘spindle grille‘ tetapi dengan rekaan baru yang lebih segar. Ia juga dilengkapi dengan lampu hadapan baharu dengan bentuk seiras Lexus IS, dengan lampu nyalaan siang berasingan yang terletak pada bampar hadapan. Lampu belakang juga ditukar dengan lampu rekaan baharu, begitu juga dengan bampar belakang.
Berbeza dengan varian GS 250 terdahulu, GS 200t menampilkan enjin empat-silinder 8AR-FTS yang lebih kecil, tetapi hadir dengan bantuan pengecas turbo yang membolehkan ia menjana kuasa maksima 241 hp pada takat 5,800 rpm dan tork maksima 350 Nm bermula pada 1,650 rpm hingga 4,400 rpm. Ini bermakna GS 200t adalah 17% lebih berkuasa dan 38% lebih tork berbanding enjin 2.5 liter tanpa pengecas turbo yang dilengkapi pada GS 250.
Kuasa dari enjin ini akan dipacu sepenuhnya oleh roda belakang menerusi kotak gear lapan-kelajuan automatik SPDS yang sangat responsif. Kereta ini juga boleh dipandu dengan tiga mod pilihan iaitu ECO, NORMAL dan SPORT.
Varian GS 200t menerima lampu hadapan bi-LED dengan sistem auto levelling serta sistem pembersih lampu, penggilap cermin dengan penderia hujan, balutan kulit pada bahagian dalaman dan roda stereng, kolum stereng larasan kuasa, penukar gear, sistem kunci pintar, kawalan kelajuan, penghawa dingin dua zon, sistem audio Lexus menghubungkan 12-speaker serta paparan skrin lapan-inci dan tempat duduk hadapan 10-larasan berkuasa dengan lumbar support dilengkapi pemanas serta liang udara. Tempat duduk pemandu juga disertakan dengan fungsi memori larasan. Bahagian roda pula dilengkapkan dengan rim 17-inci dengan tayar 225/50R17.
Pada varian GS 200t Luxury pula, ia ditambah dengan lampu utama LED berbentuk-L, sistem kunci kad pintar, penghawa dingin tiga zon dengan Nanoe ioniser, sistem audio Mark Levinson dengan 17 unit pembesar suara serta skrin paparan 12.3-inci yang lebih besar. Skrin besar tersebut mampu untuk memberikan paparan peta penuh untuk sistem navigasi, dibantu pengawal Remote Touch Interface untuk kawalan butang yang lebih ringkas dan mesra pengguna.
Bahagian dalaman varian ini menampilkan trim eksklusif dengan kemasan kayu yang turut meliputi bahagian roda stereng. Tempat duduk hadapan dilengkapi dengan 18-larasan berkuasa dengan fungsi memori pada kedua-dua belah dan sistem lumbar support dengan empat larasan. Tiada pemanas tempat duduk dipadankan untuk model ini. Varian ini juga menampilkan dua lagi mod pemanduan yang boleh dipilih iaitu SPORT+ dan CUSTOMIZE. Rim 18-inci dibaluti tayar 235/25/R18 dilengkapkan pada setiap sudut GS 200t Luxury.
Selain dari kit badan untuk membezakan varian F Sport dan varian Luxury, F sport dilengkapi dengan tempat duduk pemandu 16-larasan berkuasa dan hanya 10-larasan berkuasa untuk tempat duduk penumpang hadapan. Kesemua tempat duduk dibaluti kulit eksklusif F Sport dan diserasikan dengan trim F Sport untuk keseluruhan bahagian dalaman. Panel meter juga direka eksklusif untuk varian F Sport dengan paparan pelbagai info lapan-inci. F Sport dilengkapi dengan rim 18-inci dengan tayar bersaiz 235/45/R18.
Untuk ciri keselamatan, GS dilengkapi dengan sistem Vehicle Dynamics Integrated Management yang menghubungkan kesemua penderia dan unit kawalan untuk pengaktifan sistem kawalan stabiliti VSC, ABS, Bantuan Brek, Kawalan Cengkaman dan sebagainya. Ia juga dilengkapi dengan 10-beg udara dan kamera undur. Untuk varian GS 200t Luxury dan F Sport, ia turut ditambah dengan ciri paparan titik buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).
Varian GS 200t Premium dijual pada harga RM439,200. Untuk varian GS 200t Luxury pula dijual pada harga RM484,100 manakala untuk varian GS 200 F Sport dijual pada harga RM496,100.
Untuk varian GS 350 Luxury dan GS 350 F Sport, ia dikuasakan dengan enjin 2GR-FKS V6 3.5 liter tanpa pendesak turbo berkuasa 311 hp dan 380 Nm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear lapan-kelajuan automatik SPDS dan membolehkan kereta ini memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa 6 saat berbanding GS 200t yang mengambil masa 7.3 saat. GS 350 Luxury dijual pada harga RM543,400 manakala untuk GS 350 F Sport berharga RM562,510 dengan kedua-dua spesikasi menyamai Luxury dan F Sport pada GS 200t.
Untuk mereka yang berminat dengan kuasa hybrid, varian GS 300h ditawarkan – dijana enjin petrol empat-silinder 2.5 liter digabungkan dengan sistem Lexus Hybrid Drive. Berbeza dengan enjin 2AR-FXE pada Camry Hybrid, enjin 2AR-FSE pada GS 300h ini dilengkapi dengan sistem pancitan bahan api terus D-4S, dipadankan dengan kotak gear CVT dan memacu kedua-dua belah roda belakang. Kuasa 178 hp dan tork 221Nm yang dijana pada enjin petrol digabungkan dengan kuasa motor elektrik 140 hp dan tork 300 Nm menghasilkan kuasa mutlak sebesar 220 hp. Kereta ini juga dilengkapi dengan bateri NiMH 192 sel (datang dengan lapan tahun waranti).
Dikecualikan dari insentif cukai Hybrid kerana hadir sebagai unit diimport sepenuhnya (CBU), GS 300h dijual pada harga RM631,700. Kesemua varian Lexus GS datang dengan waranti tiga tahun atau 100,000 KM dan kini dipamerkan di semua bilik pameran Lexus. |
Sebahagian Lebuhraya LKSA ditutup dari jam 2 pagi hingga 6 pagi pada 6 Mac ini sempena MWM 2016 | Sempena dengan penganjuran Malaysia Women Marathon (MWM) 2016 yang dijadualkan berlangsung pada 6 Mac ini, sebahagian daripada Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) akan ditutup dari jam 2 pagi hingga 6 pagi.
Bagi yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan, sila keluar ke Persiaran Kayangan. Manakala dari Kuala Lumpur ke Kota Kemuning, sila guna Persiaran Tengku Ampuan menuju ke Persiaran Kuala Selangor atau keluar ke HICOM atau Bukit Rimau.
Manakala yang datang dari arah Klang untuk ke Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan, sila guna Persiaran Kayangan. Bagi yang datang dari Klang menuju ke Kota Kemuning, sila guna Persiaran Tengku Ampuan menuju ke Persiaran Kuala Selangor atau keluar ke HICOM atau Bukit Rimau.
Klik untuk besarkan imej
Dari SS15, 16, 17, 18 dan 24 yang ingin ke Shah Alam, sila guna Persiaran Kemajuan dan keluar ke Padang Jawa. Manakala yang ingin ke Kota Kemuning, sila gunakan Persiaran Budiman menuju Jalan Bukit Kemuning ke Jalan Bukit Meru atau Lebuhraya KESAS sebelum keluar di Bukit Rimau.
Bagi yang datang dari arah Klang menggunakan Lebuhraya KESAS, sila keluar menerusi susur ke HICOM, terus menuju Persiaran Kuala Selangor, kemudian ke Persiaran Tengku Ampuan dan Persiaran Kayangan.
Manakala sesiapa yang ingin ke Klang menuju ke Kota Kemuning menggunakan KESAS, sila keluar ke susur Bukit Rimau atau HICOM dan buat pusingan-U sebelum ke susur keluar Bukit Rimau.
Pengguna Lebuhraya KESAS yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam pula, sila keluar ke susur HICOM sebelum ke Persiaran Kuala Selangor dan kemudian ke Persiaran Tengku Ampuan dan Persiaran Kayangan.
Bagi yang dari dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Kemuning melalui Lebuhraya KESAS, sila keluar ke susur Bukit Rimau atau HICOM.
Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi papan tanda yang diletakkan bagi kelancaran perjalanan masing-masing. |
Petronas akan terus taja pasukan F1 dengan Mercedes | Semalam Petronas telah mengumumkan untung sebelum cukainya yang susut 53% kepada RM36.68 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2015 berbanding RM77.69 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan 2014.
Walau bagaimana pun, Petronas turut menguumkan akan terus terlibat dengan perlumbaan Formula Satu (F1) walaupun ada perancangan untuk mengurangkan perbelanjaan modalnya berikutan harga rendah minyak mentah, memetik laporan Bernama.
Presiden dan CEO Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, “F1 adalah antara inisiatif penjenamaan kami. Berdasarkan perlumbaan musim lepas, kami mendapat pendedahan yang tinggi berbanding syarikat minyak lain.
“Kami masih ada perjanjian dengan pasukan AMG Mercedes sehingga 2017. Komitmen itu masih kekal dan tiada perubahan dalam strategi.”
Untuk rekod, Petronas telah menaja pasukan Mercedes sejak tahun 2009 lagi. Sebelum ini, Petronas juga bertindak sebagai penaja bagi pasukan F1 Sauber pada 1995. |
KESAS, SPRINT, GCE, LEKAS dan LATAR laksana sistem bayaran tol elektronik sepenuhnya mulai esok | Seperti mana yang pernah diwar-warkan sebelum ini, sebanyak lima lebuhraya akan melaksanakan sistem bayaran tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya mulai esok bersamaan 2 Mac 2016. Ia melibatkan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LEKAS).
Kesemua lebuhraya yang melibatkan 22 buah plaza tol ini akan memulakan ETC pada tepat jam 12 tengah malam ini. Sehubungan itu, semua pengguna lebuh raya berkenaan dinasihatkan agar bersedia dengan kad Touch’n Go atau pun SmartTag bagi melancarkan perjalanan masing-masing. |
JPJ sita 22 kereta klon bernilai RM1j dalam dua bulan | Dalam tempoh dua bulan ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita 22 buah kereta klon. Dengan pelbagai model termasuk jenama mewah, nilai bagi 22 buah kereta yang disita itu telah mencecah RM1 juta, menurut laporan New Straits Times.
“Ini menunjukkan ramai yang mahu memiliki kereta mewah, walhal pada hakikatnya mereka tidak berkemampuan. Jadi membeli kereta klon dengan harga yang rendah adalah jalan pintas bagi mereka merealisasikan impian ini,” ujar Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie.
Sejak tahun lalu, sehingga kini sebanyak 254 kereta klon telah dirampas. Antara model kereta yang dirampas termasuklah MINI, Subaru Impreza, Honda Jazz, Honda City, Honda Odyssey dan Toyota Wish. Di mana setakat ini Terengganu mencatatkan jumlah paling tinggi bagi kereta klon berbanding negeri-negeri lain.
“Kereta klon Honda Odyssey dijual pada harga sekitar RM12,000 berbanding harga asalnya mencecah RM100,000,” jelas Rahman. Pengarah JPJ tersebut juga berkata ramai yang terpedaya dengan pujukan anggota sindiket kereta klon ini, di mana terdapat iklan-iklan yang disiarkan menerusi dalam talian dengan menunjukkan kereta berkenaan dijual pada harga yang rendah.
Seperti mana yang dlaporkan sebelum ini, dianggarkan terdapat antara 2,000 hingga 3,000 kereta klon masih berada di jalan raya, dan pihak kerajaan telah kerugian hampir RM100 juta menerusi cukai disebabkan perkara ini. Biasanya kereta klon dibawa masuk dari luar negara sebagai kereta dari Malaysia yang menggunakan nombor plat yang serupa yang diambil dari kereta jenis/model yang sama didaftarkan. |
TC Euro Cars umum harga Renault Captur – RM117k | Walau pun telah diprebiu pada umum pada Julai tahun lalu, baru kini harganya diumumkan oleh TC Euro Cars (TCEC). Renault Captur, model crossover urban ini ditawarkan pada harga RM117,200 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).
Sejak melakukan debut di peringkat global, Captur telah menjadi salah sebuah model Renault yang paling mendapat perhatian dan antara yang terlaris dalam segmen SUV bersaiz kecil di Eropah sejak tahun 2013.
Bergaya dan praktikal, Captur tampil dengan reka bentuk kompak, tetapi ruang dalamannya tetap luas dan versatil. Ciri-ciri tersebut digabungkan dengan gayaan ekspresif, posisi pemanduan dan jarak kelegaan tanah yang tinggi. Ini membuatkan Captur sememangnya sesuai untuk para pemandu urban moden pada hari ini yang mahukan kenderaan yang selamat dan efisien, selain mampu memenuhi gaya hidup aktif mereka.
Klik imej ini untuk besarkan
Captur dijanakan oleh enjin Tce 120 1.5 liter bersama sistem pengecas turbo. Dengan 120 hp dan 190 Nm pada 2,000 rpm yang disalurkan menerusi roda hadapan, ia turut dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam-kelajuan. Penjana kuasa ini membolehkan ia dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 10.9 saat dan kelajuan maksimum yang dicatat pada 192 km/j. Malah crossover ini didakwa mampu menawarkan penjimatan bahan api sehingga 5.4L/100km.
Buat setakat ini, Captur juga merupakan satu-satunya crossover di pasaran Malaysia yang menawarkan warna luaran dua tona. Ia bukan sahaja bergaya, malah menawarkan penampilan segar untuk pemandu yang mahu tampil menyerlah bersama sebuah kenderaan yang unik. Empat kombinasi warna yang ditawarkan ialah Arizona Orange/Diamond Black, Pacific Blue/Ivory, Beige/Diamond Black dan Ivory/Diamond Black.
Ia juga hadir bersama jaminan perbatuan tanpa had selama lima tahun daripada pengilang dan disokong sepenuhnya oleh Renault. Ini bagi menawarkan pengalaman pemilikan yang mudah kerana kurang komplikasi dari segi terma dan syaratnya.
Malah mulai 9 hingga 13 Mac ini, TCEC akan mengadakan siri jelajah di Lower Ground, Oval, pusat membeli-belah 1 Utama, Bandar Utama, Selangor untuk mempamerkan rangkaian lengkap kenderaan Renault Captur.
Selain zon Captur, siri jelajah itu juga akan menampilkan tiga zon tambahan yang mempamerkan model-model Renault yang lain termasuklah hot hatch Clio GT Line yang sporty dan bergaya. Sementara zon EV pula mengetengahkan kereta elektrik Renault Twizy dan Zoe.
Ikuti ulasan pandu uji Renault Captur untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. |
Jenama baharu Malaysia model kenderaan SAF dijangka dilancarkan April ini, pikap Striker dan SUV Landfort dibangunkan dari model Foday | Malaysia bakal menerima satu lagi jenama model kenderaan baharu yang diproduksi di Malaysia dengan nama SAF. Ia bakal diperkenalkan oleh syarikat tempatan iaitu Enggang Keramat Automotive Sdn Bhd, dengan menawarkan dua model kenderaan iaitu SUV SAF Landfort dan pikap SAF Striker. SAF yang bermaksud ‘barisan hadapan dalam solat’, dijangka akan dilancarkan pada April ini.
Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Azizul Hj Tandek, Pengarah Urusan Enggang Keramat kepada paultan.org.
Kedua-duanya adalah model kenderaan yang rebadged dari jenama China iaitu Foday, dan jika di negara berkenaan, pikap tersebut dikenali sebagai Lion F22 dan SUV Landfort. Walau bagaimana pun, bagi pasaran Malaysia, kedua-duanya akan menggunakan logo SAF waima imejnya masih seiras dengan model pasaran China.
Kedua-dua model ini juga dipasangkan di Oriental Assemblers, Tampoi, Johor iaitu sama dengan pemasangan model Cherry di Malaysia.
Bagi kedua-dua model pikap dan SUV berkenaan, hanya satu jenis enjin sahaja yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu 4G69S4N 2.4 liter petrol yang diperoleh dari Mitsubishi. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 134 hp pada 5,250 rpm dan tork 200 Nm dari 2,500 hingga 3,000 rpm. Ia turut ditawarkan dengan dua transmisi iaitu manual lima-kelajuan dan automatik enam-kelajuan. Bagi SUV SAF Landfort, ia turut ditawarkan dengan pacuan 2WD dan 4WD, sementara hanya 4WD bagi SAF Striker.
SAF Striker dijangka akan dijual pada harga di bawah RM100,000, manakala SAF Landfort pula kurang dari RM150,000. Enggang Keramat mensasarkan jualan sebanyak 100 unit bagi setiap model sebagai permulaan, dan sudah pun mempunyai 20 pengedar, kesemuanya pusat 3S di seluruh negara termasuk Malaysia Timur.
Perincian penuh mengenainya masih belum dimaklumkan, namun kedua-dua model akan dilengkapi dengan dua beg udara dan ABS bersama EBD, tanpa kawalan kestabilan.
Jadi apa pendapat anda mengenai satu lagi jenama yang dianggap sebagai jenama tempatan ini yang bakal menerjah pasaran kita dijangka bulan hadapan? Adakah ia mampu menyaingi model persaingnya yang sudah mempunyai nama tersendiri dalam pasaran automotif tempatan? Kongsikan pendapat anda bersama kami.
GALERI: Foday Lion F22
GALERI: Foday Landfort |
Proton Iriz untuk pasaran eksport – termasuk versi pemanduan sebelah kiri kini dalam pembangunan | Dalam usaha untuk mengembangkan pasaran eksport mereka, Proton kini sedang membangunkan Iriz versi eksport, menyertai Preve, Exora dan Saga yang kini sudah pun dieksport ke beberapa negara seperti Australia, UK, dan yang terbaharu Chile.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Harith Abdullah, pembangunan Iriz untuk pasaran eksport kini sedang berjalan termasuk dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD).
Ketua Pegawai Teknikal Proton Abdul Rashid Musa, memberitahu paultan.org, agak logik untuk Proton memasarkan Iriz ke pasaran serantau seperti Indonesia dan Thailand, seterusnya ke Australia.
Berita tentang rancangan mengeksport Iriz telah kedengaran dalam tempoh yang agak lama sebelum ini, sejak ia dilancarkan pada September 2014. Pada November 2014 juga Iriz disaksikan muncul di Thailand International Motor Expo dan ditampal dengan tanda ‘Akan Datang’ pada tingkap sisi, walau bagaimana pun tiada berita tentang pembangunannya untuk pasaran Thailand selepas itu.
Pada Disember 2104 pula, Iriz dikhabarkan akan sampai ke pasaran Australia pada pertengahan 2015 dan berkemungkinan akan membawa nama Satria di sana. Pada Oktober 2015 pula, Iriz dilaporkan sedang dalam proses kelulusan untuk pasaran Indonesia dengan lima varian termasuk 1.3 Premium CVT yang tidak terdapat di Malaysia.
Eksport ke pasaran Eropah pula hanya boleh dijangka selepas program pembangunan enjin baharu Proton selesai yang merangkumi enjin berteknologi pancitan terus tanpa pendesak turbo (GDI) dan dengan bantuan turbo (TGDI) yang akan masuk ke produksi pada hujung 2017. Enjin-enjin ini akan lebih kompetitif di pasaran Eropah berikutan penghasilan emisi yang lebih rendah dan menepati piawaian di sana termasuk piawaian Euro 6C bermula 2018. |
Proton memulakan CKD Preve di Bangladesh Jun ini | Hari ini, Proton telah mengesahkan akan memulakan pemasangan bagi model Preve bagi unit pemasangan tempatan (CKD) di Bangladesh pada Jun ini. Namun sementara menantikan model CKD siap, Proton turut akan menghantar model Preve ke sana untuk dijual.
Menurut CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, selepas Preve, ia akan disusuli dengan Exora dan Saga dengan mensasarkan jualan sebanyak 1,000 unit bagi pasaran berkenaan.
“Kami berasa berbesar hati kerana pihak di sana mahu menjalinkan kerjasama dengan kami. Malah sanggup mengeluarkan kos pelaburan yang besar untuk membina fasiliti yang diperlukan. Walau pun pasaran di Bangladesh tidaklah begitu besar, namun ia dilihat mampu mengembangkan lagi langkah Proton dalam pasaran global,” ujar Harith.
Pada penghujung tahun 2014, desas-desus ini telah pun mula bertebaran sejak Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina yang ketika itu membuat kunjungan rasmi ke Malaysia.
Malah pada Mac 2015 pula, media Bangladesh telah melaporkan Proton telah pun menandatangani perjanjian bersama syarikat konglomerat tempatan PHP Group untuk memasang kenderaan di sana. Selain memasang kenderaan Proton, perjanjian ini turut membabitkan perancangan untuk menghasilkan komponen dan bahagian kenderaan pada masa akan datang.
Laporan tersebut turut menyebut, Preve di sana akan dikenali sebagai Proton PHP dan ditawarkan dengan enjin 1.6 liter Campro Turbo bersama pilihan transmisi manual dan automatik.
Menurut Timbalan Pengerusi PHP Group, Mohammed Mohsin Chowdhury, harga yang akan ditawarkan bagi model Proton di negara berkenaan adalah lebih kurang dengan kenderaan dari Jepun yang dibaikpulih yang begitu popular di sana terutamanya daripada golongan kelas pertengahan. Beliau turut berkata, pihak syarikat akan menanggung semua kos pembaikan jika terdapat isu teknikal bagi 25,000 km pertama.
Kilang pemasangan dengan keluasan 30 ekar ini terletak di Anwara Upazila, Chittagong dengan kos pelaburan sebanyak Tk 400 crore (RM190 juta) bersama hampir 200 tenaga kerja termasuk 50 jurutera automotif.
Proton merupakan syarikat pengeluar kenderaan kedua yang memasang kenderaan di Bangladesh, selepas Mitsubishi yang pernah memasang Pajero Sport di sana sejak tahun 2011. Malah Proton juga akan menghantar sekumpulan jurutera dari Malaysia untuk melatih tenaga kerja di sana.
Selain Bangladesh, Proton juga telah memulakan penghantaran bagi kumpulan pertama model eksportnya ke Chile. Bagi pasaran berkenaan, Proton turut mensasarkan jualan sebanyak 1,000 unit bagi tahun ini dengan model yang sama iaitu Preve, Exora dan Saga. |
SPYSHOT: Proton Persona 2016 diuji dengan penyamaran yang lebih ringan – serlah rupa sebenar | Proton Persona 2016 sekali lagi dijumpai sedang diuji diatas jalan raya Malaysia, kali ini oleh pembaca Pdud Kronos dan kemudian menghantar gambar tersebut kepada kami. Sedan segmen-B yang diasaskan dari Proton Iriz tersebut dilihat tampil dengan penyamaran yang lebih ringan. Ini membolehkan rupa paras sebenar kereta ini dilihat dengan lebih jelas.
Rekaan lampu hadapan jelas kelihatan. Berbanding dengan Iriz, lampu Persona ini direka dengan lebih nipis, diserasikan dengan gril hadapan. Rekaan signatur “Sayap Proton” yang ditampilkan pada gril krom bahagian atas menghubungkan kedua-dua lampu hadapan turut jelas kelihatan dalam gambar ini. Rekaan tersebut seiras dengan lakaran imaginasi pakar perisian Photoshop Theophilus Chin dan pemenang Pertandingan Rekaan Proton 2014 Pow Ying Hern
Bampar hadapan yang direka dengan gril bahagian bawah menonjolkan rekaan seiras Iriz, tetapi lampu kabus pada Persona ini berbentuk bulat berbanding Iriz yang berbentuk tiga segi. Pada bahagian sisi, kereta ini kelihatan seiras dengan Iriz, cuma dibezakan pada bahagian tiang-C.
Lakaran Proton Persona 2016, oleh Theophilus Chin (atas) dan Pow Ying Hern (bawah)
Perbezaan terbesar tentulah pada bahagian belakang kereta ini yang direka sebagai sedan berbanding Iriz sebagai sebuah hatchback. Imej yang dihantar ini menunjukkan dengan jelas lampu belakang yang berbentuk badam. Penutup but belakang menampilkan trim melintang yang menghubungkan kedua belah lampu belakang – seiras dengan lakaran milik Pow.
Berdasarkan dimensi Iriz yang 75 mm lebih tinggi dari Honda City dan Toyota Vios, Persona kelihatan lebih tinggi dari pesaing terdekatnya. Ini merupakan penyebab mengapa Persona ini nampak sedikit ‘pelik’ berbanding sedan segmen-B yang lain.
Persona serba baharu ini dikhabarkan akan muncul selepas pelancaran Proton Perdana 2016 tetapi sebelum kemunculan Proton Saga serba baharu. Enjin 1.3 liter VVT dan 1.6 VVT dijangka akan menjana kereta ini sama seperti Iriz semasa pelancarannya nanti. Kereta ini juga mungkin akan dikuasakan dengan enjin baharu 1.3 liter dan 1.6 liter pancitan bahan api terus (GDI/TGDI) Proton apabila program pembinaan enjin tersebut lengkap dan mula memasuki produksi penghujung 2017. |
Ford S-Max – generasi kedua di Malaysia, RM235k | Ford Malaysia telah pun mengumumkan harga atas jalan bagi S-Max generasi kedua yang telah pun berada di bilik pameran, iaitu RM234,988 tanpa insurans.
MPV tujuh-tempat duduk baharu ini telah diperkenalkan di Paris pada tahun lalu, boleh didapati dengan penjana kuasa 2.0 liter EcoBoost dengan kuasa 240 PS dan 345 Nm yang pada dasarnya tidak berubah dari CD340. Penjana kuasa ini, yang turut menampilkan butang start/stop secara auto, juga dipadankan dengan transmisi SelectShift automatik enam-kelajuan.
Bagi pasaran Malaysia adalah model spesifikasi Titanium, dengan kit standard termasuk lampu utama LED adaptif bebas-silau dengan larasan auto, lampu nyalaan siang, lampu selekoh, lampu belakang LED, rim aloi 17-inci yang dibaluti tayar 235/55 dan bilah pengilap cermin auto.
Bahagian dalamnya termasuk sistem hiburan skrin sesentuh TFT lapan-inci dengan SYNC 2, sistem audio Sony dengan sembilan-speaker bersama sambungan USB, iPod dan Bluetooth, sistem kawalan penghawa dingin elektronik dua-zon dan corong penghawa dingin belakang, pedal penukar gear, brek parkir elektronik serta skrin TFT berwarna 10.1-inci pada kluster instrumen.
Ia juga ditampilkan dengan kawalan pelarasan automatik tempat duduk hadapan dan tempat duduk balutan kulit pada unit yang dipamerkan pada S-Max di Malaysia yang turut dilengkapi dengan pilihan Titanium X-Pack.
Klik untuk besarkan imej
Bagi kit keselamatannya termasuklah tujuh beg udara (hadapan, bahagian lutut pemandu, sisi dan tirai), ESC, kawalan kestabilan olengan, EBD, TCS, bantuan mula mendaki dan amaran penukaran laluan. S-Max juga dilengkapi dengan cagak Isofix dan pengesan parkir hadapan/belakang.
Terdapat tiga warna pilihan untuk S-Max ini iaitu Frozen White, Moondust Silver dan Magnetic Grey. |
Isu membenarkan Mat Moto berlumba di Kuala Lumpur masih dibincang – mungkin melibatkan WP Labuan | Walaupun mendapat tentangan hebat dari setiap sudut, idea Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menutup sebahagian jalan di Kuala Lumpur untuk diadakan perlumbaan ‘halal’ untuk Mat Moto bagi mengekang kegiatan lumba haram masih lagi dibincangkan. Menurut laporan The Sun , cadangan tersebut bukan sahaja masih dibincang, ia juga mungkin akan dikembangkan meliputi bandar di timur Malaysia.
Menurut Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, isu ini antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kementeriannya bersama ahli parlimen Wilayah Persekutuan yang lain.
“Saya sudah berbincang berhubung isu Mat Moto ini, dan saya mahu menyelesaikan sendiri masalah ini,” kata beliau. Beliau juga sedang berusaha untuk menyediakan tempat untuk Mat Moto ini untuk melakukan aktiviti yang mereka suka, dan rancangan sebegini juga akan mengekang sindiket perjudian menggunakan Mat Moto untuk tujuan mengaut keuntungan.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng pula dilaporkan berkata, cadangan tersebut belum lagi dipersetujui. “Walaubagaimana pun, ketika perbincangan kami dijalankan, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli menawarkan untuk menjalankan aktiviti tersebut di Labuan,” ujar beliau.
Menurut Tengku Adnan dalam kenyataannya minggu lalu, beliau akan mempertimbangkan untuk menutup beberapa jalan untuk membenarkan Mat Moto berlumba dengan objektif untuk mengelakkan mereka berlumba di kawasan perumahan.
Walaubagaimana pun, beliau menerangkan Putrajaya tidak menggalakkan perlumbaan haram tetapi cuba untuk menghalangnya dengan jalan penyelesaian alternatif. Menurut beliau ini bukan untuk menggalakkan Mat Rempit berlumba, tetapi untuk mengawal keadaan dengan cara memberikan mereka melakukan aktiviti mereka tanpa membahayakan orang awam.
Berhubung perkara ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, beliau bersifat terbuka dengan idea tersebut dan mahu pihak Mat Moto menghantar cadangan, dan DBKL akan membantu dalam urusan penutupan jalan. Walaubagaimana pun, pihak polis lebih berhati-hati dengan cadangan ini. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata, perbincangan lanjut dengan Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diadakan berhubung isu ini.
Pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) turut gusar dengan cadangan tersebut, terutama berkenaan masalah kesesakan yang bakal dihadapi dan keselamatan orang ramai yang berkumpul, sama seperti acara KL City Grand Prix yang diadakan tahun lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga dilaporkan berkata beliau sendiri akan berjumpa Menteri Wilayah Persekutuan untuk perbincangan lanjut berkenaan isu ini. |
Subaru XV Concept diperkenalkan di Geneva Motor Show – prebiu untuk model generasi akan datang | Subaru XV Concept telah pun melakukan penampilan perdana di Geneva Motor Show 2016 selepas beberapa imej pengenalannya disebarkan sebelum ini. Model konsep ini dikatakan prebiu bagi generasi akan datang bagi kenderaan Subaru, dan setakat ini ia adalah untuk XV crossover serba baharu.
Dengan rekaan falsafah baharu iaitu Dynamic X Solid, ia kelihatan menjalari bahagian hadapan dan tengah model ini, malah turut dipengaruhi model konsep Subaru sebelum ini iaitu Impreza Sedan dan Impreza 5-Pintu.
Pada bahagian luarannya, XV Concept ini didatangkan dengan elemen pencahayaan berbentuk-C bagi bahagian hadapan dan belakang. Malah bahagian hadapannya juga diserlahkan dengan gril haksagon bersama kekemasan perak, hitam pekat dan oren.
Pada bahagian sisinya, garisan yang penuh karakter cukup menyerlahkan lagi imej tegap crossover ini, ia menjalari dari lampu utama hingga ke gerbang roda dan bahagian belakang termasuk bahagian bawah panel pintu.
Dapra yang lebih menyerlahkan lagi garisan badannya, berpadanan dengan rim aluminium 19-inci yang dibaluti tayar bersaiz 245/50R19. Untuk menambahkan lagi sifat sporty, rel bumbung turut dipakejkan sekali.
Bahagian belakang XV Concept ini kelihatan lebih kompak berbanding model sedia ada dan nampak lebih bersudut. Corong hitam pekat yang besar disambungkan pada kepingan kekemasan perak di bahagian tengah dengan pintu kargo yang telah diberi penambahbaikan.
Subaru XV Concept ini berukuran 4,520 mm panjang, 1,920 mm lebar dan 1,570 mm tinggi dengan jarak roda 2,670 mm. Berbanding model sedia ada, ternyata ia 70 mm lebih panjang, 140 mm lebih lebar tetapi 45 mm lebih pendek. Ini jelas menunjukkan ia nampak lebih rendah jika dilihat dari foto ini.
Selain ia mempunyai lima-tempat duduk, ruang kargonya pula berkapasiti 310 liter, sama seperti model XV sedia ada.
Setakat ini, tiada perincian mengenai penjana kuasanya, namun mungkin ia masih mengekalkan enjin petrol boxer empat-silinder bersama sistem Subaru Symmetrical All-Wheel Drive dan Lineartronic CVT. |
Harga untuk Honda NSX 2016 didedahkan – lebih mahal dari BMW i8, Mercedes-AMG GT dan Audi R8 | Setelah diuji dan membuat penampilan, Honda akhirnya mengeluarkan harga untuk Honda NSX generasi terbaharunya yang akan dijual di pasaran Eropah. Di UK, supercar hibrid ini akan dijual pada harga 130,000 pound sterling (RM755k), sementara di Jerman, harga kereta ini mencecah 180,000 euro (RM815k).
Harga yang dinyatakan adalah untuk model asas, varian yang lebih tinggi mungkin akan dijual dengan harga yang lebih mahal. Untuk itu, bagi pasaran Amerika Syarikat, NSX mungkin akan menjadi kereta sport termahal dalam kelasnya.
Sebagai contoh, untuk pasaran UK di mana NSX dijual dengan harga 130k pound sterling (RM755k), harga bagi pencabarnya yang terdekat adalah jauh lebih murah. Harga Mercedes-AMG GT bermula pada 98k pound sterling (RM568k), BMW i8 pula berharga 105k pound sterling dan Audi R8 berharga 120k pound sterling (RM697k).
Dalam kenyataan media terkini, Honda juga mengesahkan Eropah adalah rantau utama pasaran eksport untuk NSX. Kereta ini bakal dijual oleh pengedar terpilih dan tempahannya akan dibuka bermula April tahun ini. Pelanggan dijangka bakal menerima NSX mereka seawal bulan September.
Diproduksi secara eksklusif di Performance Manufacturing Centre Honda di Marysville, Ohio, NSX yang dijenamakan dibawah Acura akan dijual pada harga USD$156,000 (RM650k) untuk model asas di pasaran Amerika Syarikat. Varian yang dilengkapi dengan ciri penuh pula bakal dijual dengan harga mencecah USD$205,700 (RM856k).
Honda NSX akan dijana oleh gabungan hibrid enjin petrol dan tiga unit motor elektrik. Enjin 3.5 liter V6 DOHC turbo-berkembar yang diletakkan pada bahagian tengah kereta akan menyalurkan kuasa 550 hp/550 Nm bersama sebuah motor elektrik Direct Drive berkuasa 47 hp/148 Nm terus ke gandar belakang. Manakala setiap roda hadapan akan dipacu motor elektrik berkuasa 36 hp/146 Nm pada setiap roda, menjadikan kuasa mutlak kereta ini 573 hp/645 Nm. |
GALERI: Lexus GS 200t Luxury facelift | Seperti yang diumumkan semalam, Lexus GS facelift kini telah mula berada di bilik pameran. Model GS 200t ini turut menampilkan tiga varian iaitu GS 200t Premium, GS 200t Luxury dan GS 200t F Sport.
Semalam paultan.org sempat berkunjung ke bilik pameran Lexus dan merakamkan foto varian pertengahan iaitu GS 200t Luxury, yang dijual pada harga atas jalan RM484,100 tanpa insurans. Selain itu, turut ditawarkan ialah model asas GS 200t Premium yang berharga RM439,200, dan GS 200t F Sport pula RM496,100.
Kesemua varian ini menampilkan enjin 2.0 liter empat-silinder 8AR-FTS yang lebih kecil, tetapi hadir dengan bantuan pengecas turbo yang membolehkan ia menjana kuasa maksima 241 hp pada 5,800 rpm dan tork maksima 350 Nm bermula pada 1,650 rpm hingga 4,400 rpm. Kuasanya disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik lapan-kelajuan.
Mahukan model yang dikuasakan oleh V6? Anda perlu membayar RM543,400 untuk GS 350 Luxury atau RM562,510 bagi GS 350 F Sport. Bagi yang mencari model hibrid pula, ada GS 300h dengan harga RM631,700.
Peningkatan yang dilakukan termasuklah menampilkan lampu utama baharu, gril yang diprofil, lampu belakang yang direka semula dan peresap baharu valensi belakang, melengkapkan lagi corong dua ekzos. Bagi varian Luxury, ia diserlahkan dengan lampu utama LED berbentuk-Triple-L dan rim aloi pelbagai-jejari 18-inci, berbanding lampu utama LED larasan automatik dan rim aloi 17-inci pada GS 200t Premium.
Bahagian dalamnya, terdapat roda stereng tiga-jejari pelbagai-fungsi baharu, dan Remote Touch Interface yang dipertingkatkan untuk menjadi lebih mesra-pengguna dan paparan pemuka yang diperbaharui dan menambah butang kawalan.
Kit standard termasuklah bilah pengilap cermin automatik, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, kawalan kelajuan, pedal penukar gear, roda stereng larasan elektrik dan tempat duduk hadapan larasan elektrik dengan 10-cara bersama sokongan belakang, pemanas dan pengudaraan, termasuk fungsi memori untuk tempat duduk pemandu. Ia juga menampilkan kawalan suhu automatik dua-zone, paparan tengah lapan-inci dan 12-speaker sistem bunyi Lexus Premium.
Model Luxury juga menggunakan sistem kad kunci pintar untuk kemasukan tanpa kunci, roda stereng dengan kekemasan kayuan, kawalan suhu dengan tiga-zon bersama Nanoe ioniser, paparan 12.3-inci (dengan sistem navigasi dan peta), sistem bunyi Mark Levinson bersama 17-speaker dan tempat duduk hadapan dengan 18-cara larasan, bersama fungsi memori dan empat-cara sokongan belakang.
Peliknya, varian Luxury tidak disertakan dengan penghaba pada tempat duduk, tidak seperti model Premium yang ditawarkan secara standard. Selain itu, bootlid berkuasa elektronik juga tidak ditawarkan, walau pun harga varian ini hampir RM500k!
Bagi aspek keselamatan, ia ditampilkan dengan 10 beg udara, kamera pandang belakang, sistem Pengurusan Dinamik Kenderaan, dengan kawalan kestabilan VSC, ABS, Bantuan Brek dan kawalan cengkaman. Bagi GS 200t Luxury dan F Sport, ditambah dengan elemen Paparan Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA). Tetapi kesemua varian tidak pula dilengkapi dengan sistem brek kecemasan sendiri mahu pun kawalan kelajuan adaptif.
Dengan apa yang anda lihat pada model Lexus GS 200t Luxury facelift ini, adakah peningkatan dan pembaharuan yang dibawakan oleh jenama ini mampu memberikan persaingan yang kompetitif pada pasaran? Kongsikan pendapat anda bersama kami. |
Jalan Tun H.S. Lee dibuka semula 4 Mac ini | MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT) telah mengeluarkan kenyataan mulai Jumaat ini (4 Mac), Jalan Tun H.S. Lee, yang menghubungkan Jalan Sultan dengan Balai Polis Jalan Bandar akan dibuka semula kepada lalu lintas. Ia telah ditutup sejak Januari 2014 bagi pembinaan Stesen MRT Pasar Seni.
Dengan pembukaan semula jalan tersebut, laluan sementara yang menghubungkan Jalan Panggong ke Jalan Tun H.S. Lee akan ditutup terus kepada lalu lintas.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan papan tanda jalan dan Pasukan Respons Darurat Projek MRT yang ditugaskan bagi membantu lalu lintas. |
Toyota C-HR versi produksi diperkenalkan secara rasmi – bakal bersaing dengan HR-V | Setelah ceritanya ‘bocor’ pada hujung minggu lalu, akhirnya Toyota C-HR diperkenalkan secara rasmi di Geneva Motor Show 2016 yang mula berlangsung hari ini. Ini merupakan kemasukan pembuat kereta terbesar di dunia di dalam pasaran crossover segmen-B, sekali gus bakal memberikan persaingan yang sengit buat Honda HR-V, selain Nissan Juke dan Mazda CX-3.
Tampil dengan imej yang mengagumkan, C-HR atau pun Coupe High Rider ini lebih kurang menyamai model konsepnya yang pernah dipertontonkan di Paris Motor Show 2014 dan Frankfurt Motor Show 2015, tetapi sedikit kurang agresif. Gril yang lebih nipis digabungkan dengan kluster lampu utama yang besar (unit LED sepenuhnya dengan lampu arah dan indikator jujukan), tingkap sisi yang kecil dan lampu belakang berbentuk-C (dengan pilihan penchayaan LED) cukup menyerlahkan gayanya.
Seperti mana HR-V, SUV crossover lima-pintu ini juga mempunyai pemegang pintu belakang yang terselindung, ditempatkan di bahagian atas sudut hujung pintu. Direka di studio Calty yang terletak di California, C-HR ini turut dibangunkan dengan bermodulkan Toyota New Global Architecture (TNGA), iaitu model kedua Toyota yang menggunakan platform yang sama selepas Prius.
Berukuran 4,350 mm panjang, 1,795 mm lebar dan 1,550 mm tinggi, dengan jarak roda 2,640 mm, C-HR ini 55 mm lebih panjang, 23 mm lebih lebar dan 55 mm lebih rendah berbanding HR-V, dengan 30 mm jarak roda yang lebih panjang berbanding pesaingnya. Berbanding dengan Mazda CX, C-HR ini lebih panjang sebanyak 75 mm, 30 mm lebih lebar dan 15 mm lebih tinggi, dengan jarak roda 70 mm lebih panjang.
Pemanduan dinamik bersama kawalan daripada segmen-C turut diadaptasikan hasil penggunaan platform yang baharu dan juga pusat graviti yang lebih rendah, membolehkan C-HR ini “membawa kelajuan melalui sudut tersendiri dengan kawalan badan yang cemerlang dan pengemudian yang lebih mantap.”
Terdapat tiga penjana kuasa yang ditawarkan bagi C-HR ini, termasuklah versi hibrid dari model Prius baharu, dengan enjin 1.8 liter yang mempu menyalurkan kuasa sehingga 122 PS dengan penjimatan haba lebih dari 40%, sama seperti Prius. Emisi karbon dioksida pula dicatatkan di bawah 90 gram bagi setiap kilometer.
Turut ditawarkan dengan enjin 8NR-FTS 1.2 liter empat-silinder yang turut diperkenalkan pada model facelift Auris, dengan kuasa 115 PS dari 5,200 hingga 5,600 rpm dan tork 185 Nm antara 1,500 dan 4,000 rpm. Ia dipadankan dnegan transmisi manual enam-kelajuan atau CVT, dengan pacuan dua-atau empat-roda.
Selain itu, varian 2.0 liter CVT turut ditawarkan, mungkin sama seperti enjin Corolla Altis iaitu 2.0 liter Dual VVT-i empat-silinder dengan kuasa 147 PS/187 Nm. Adakah ini juga akan ditawarkan untuk pasaran kita, bagi menyaingi HR-V 1.8 liter dan CX-3 2.0 liter? |
Honda Civic Hatchback membuat penampilan sulung di Geneva Motor Show – bakal dilancar pada 2017 | Setelah diintip dan imej awalannya turut bocor, prototaip Honda Civic Hatchback akhirnya membuat penampilan sulung di Geneva Motor Show 2016. Hatchback serba baharu yang dibina dari platform Civic generasi ke-10 ini bakal menggantikan Civic Hatchback terdahulu yang kini masih dijual di pasaran Eropah.
Menurut Honda, Civic Hatchback serba baharu ini berdimensi 4,600 mm panjang 1,800 mm lebar dan 1,450 mm tinggi. Ini menjadikan Civic Hatchback generasi baharu ini 130 mm lebih panjang, 30 mm lebih lebar, dan 200 mm lebih rendah berbanding model sebelum ini. Tidak dinyatakan dimensi jarak roda kereta ini tetapi ia semestinya sama panjang dengan jarak roda Civic Sedan generasi ke-10 yang dipasarkan di Amerika Syarikat.
Dimensi baharu ini turut menampilkan rupa yang lebih segar untuk model tersebut. Berkongsi sebahagian rekaan dengan Civic Sedan generasi ke-10, rekaan pada bahagian muka kereta ini menampilkan gaya yang lebih agresif berbanding model sebelumnya. Rekaan yang mewah pada lampu hadapan LED disertakan lampu nyalaan siang seiras rekaan Honda Accord 2016 facelift turut menguatkan lagi imej agresif kereta ini.
Garisan dua karekter jelas kelihatan pada bahagian sisi badan kereta ini. Garisan pertama bermula dari liang kemasukan yang besar pada sisi bampar hadapan, bersambung ke ruang roda hadapan dan akhirnya bertemu dengan permulaan garisan kedua. Garisan kedua pula mengalir merentasi kedua-dua pembuka pintu dan berakhir pada lampu belakang berbentuk-C. Dengan ketinggian yang lebih rendah, Civic Hatchback ini kelihatan lebih anggun berbanding sebelum ini, digandingkan dengan rekaan belakang yang agak curam.
Rekaan pada bahagian belakang kelihatan agak sarat dengan liang udara yang besar, diffuser belakang beserta tip ekzos berkembar pada bahagian tengah. Juga terdapat dua spoiler belakang yang dipasang, pertama di posisi atas hatchback ini dan yang kedua menghubungkan lampu belakang di kiri dan kanan. Tiada gambar bahagian dalaman didedahkan, tetapi boleh dijangka ia bakal direka seiras dengan Civic Sedan pasaran Amerika.
Ketua Projek Civic generasi ke-10 Daisuke Tsutamori berkata, “Kami tahu kami perlu membuat rekabentuk luaran dengan rekaan yang menarik dan menonjol mengatasi rekaan konvensional kereta kompak Eropah tetapi masih lagi mengekalkan nilai asas sebenar Civic yang menggabungkan rekaan tersendiri dan sporty, yang akan membawa kepada pemanduan dinamik dan praktikaliti versatil.”
Hatchback lima-pintu ini akan diproduksi oleh Honda of the UK Manufacturing (HUM), dan hanya akan dilancarkan pada awal 2017. Ia akan dipasarkan ke peringkat global termasuk ke pasaran Amerika Syarikat.
Pilihan enjin turut merangkumi enjin 1.0 liter tiga-silinder VTEC Turbo yang menghasilkan 127 hp dan tork 200 Nm, dan enjin 1.5 liter empat-silinder VTEC Turbo berkuasa 201 hp dan tork 260 Nm. Enjin 1.6 liter diesel i-DTEC yang menjana Civic Hatchback terdahulu turut akan menjana hatchback serba baharu ini. Enjin-enjin ini bakal dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan atau CVT automatik.
Civic Hatchback Prototype
Civic Hatchback Prototype
Civic Hatchback Prototype
Civic Hatchback Prototype |
Honda Jazz Keenlight konsep diperkenalkan di Geneva | Menyertai model prototaip Honda Civic Hatchback di pentas Geneva Motor Show, Honda Jazz Keenlight konsep, turut dipamerkan. Ia merupakan kajian reka bentuk yang bertujuan untuk menonjolkan potensi penyesuaian bagi segmen-B.
Model konsep baharu ini mensasarkan pelanggan yang inginkan kelainan pada gaya. Tidak pasti apakah maknanya dengan Keenlight? Sebenarnya ia merujuk pada warna kustom tembaga yang Honda gunakan pada beberapa bahagian Jazz ini untuk menjadikannya lebih menonjol.
Bahagian luarannya turut menampilkan kekemasan warna berkenaan termasuk pada bahagian spoiler bumbung, perumah cermin sisi, gril hadapan dan dekorasi belakang. Sebagai tambahan, rim aloi 15-inci dengan kekemasan tembaga juga menjadi daya penarik bagi model konsep ini.
Untuk bahagian dalamnya pula, tema warna tersebut turut menjadi pilihan dan kekemasan pada roda stereng, papan pemuka, dan pemijak di bahagian pintu. Selain itu, karpet lantai kustom dan kulit upholstery turut ditampilkan. Jadi apa pendapat anda tentang model konsep Honda Jazz Keenlight ini? Kongsikan bersama kami di ruangan pendapat di bawah. |
Puspakom sediakan perkhidmatan bayaran alternatif menerusi kad Touch ‘n Go di 11 cawangan terpilih | Bagi anda yang menghantar kenderaan untuk diperiksa di Puspakom, kini pembayaran secara elektronik (selain bayaran secara tunai) iaitu penggunaan kad Touch ’n Go telah pun disediakan. Ia adalah untuk semua jenis pemeriksaan hanya di cawangan-cawangan tertentu untuk memudahkan para pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail berkata, penggunaan kad Touch ’n Go ini dapat mempercepatkan proses pembayaran di Puspakom tanpa perlu menyediakan wang tunai seiring dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Badan korporat atau syarikat-syarikat yang mempunyai PLUSTrack Card dan Fleet Pass Card daripada Touch ’n Go juga boleh diterima pakai di cawangan-cawangan tersebut.
“Penggunaan kad Touch ’n Go ini telah diperkenalkan di 11 cawangan yang terpilih di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak dan Melaka dan telah pun mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan. Pusat pemeriksaan PUSPAKOM di Shah Alam merupakan cawangan pertama yang memperkenalkan perkhidmatan penggunaan kad Touch ’n Go sejak tahun 2014,” ujar Mohammed Shukor
Di mana usaha pelaksanaan ini merupakan satu inisiatif yang diambil PUSPAKOM bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.
Katanya lagi, “Kami bercadang untuk melanjutkan perkhidmatan ini secara berperingkat ke cawangan-cawangan PUSPAKOM lain.”
Cawangan-cawangan yang telah melaksanakan perkhidmatan dengan penggunaan kad Touch ’n Go adalah seperti berikut: |
Mercedes-AMG A 45 facelift di M’sia – 381 hp, RM349k | Sempena dengan pelancaran model facelift W176 A-Class, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan versi yang paling hardcore model facelift Mercedes-AMG A 45. Ia ditawarkan pada harga atas jalan RM348,888 tanpa insurans.
Hanya lebih RM1,000 berbanding model asal, A 45 4Matic facelift ini menerima suntikan kuasa yang lebih, dengan enjin petrol 2.0 liter turbo pancitan bahan api terus berkuasa 381 hp pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 475 Nm bermula seawal 2,250 rpm hingga 5,000 rpm. Kesemua kuasa dari enjin dialirkan ke keempat-empat roda menerusi kotak gear AMG Speedshift DCT tujuh-kelajuan dan juga sistem pacuan empat roda 4Matic.
AMG A 45 kini boleh memecut dari pegun ke 100 km/j dalam hanya 4.2 saat, 0.4 saat lebih pantas dari model sebelumnya. Ini adalah kerana enjin baharu ini mampu mengekstrak lebih 21 hp dan nisbah gear pada sistem transmisi kereta ini telah diperbaharui dengan nisbah yang lebih efisien.
Di samping itu terdapat pertambahan elemen baharu bagi hot hatch ini iaitu suspensi AMG Ride Control Sports dengan peredam adaptif. Sistem ini hanya untuk model standard A 45 sahaja, dengan menampilkan dua tahap peredam iaitu Comfort dan Dynamic. Malah turut menambah baik dua tahap roda stereng sensitif-kelajuan dan ia sebahagian daripada pakej AMG Ride Control.
Sistem AMG Performance Exhaust juga adalah standard bagi hot hatch ini, menampilkan penutup ekzos yang boleh berubah bagi memanipulasi ekzos mengikut mod pemanduan. Bagi AMG Ride Control dan Performance Exhaust, termasuk transmisi, pendikit dan karakteristik stereng, ia dikendalikan oleh tuil Dynamic Select (yang menggantikan butang kawalan E-S-M) pada konsol tengah – mod Comfort, Sport, Sport+, Race dan Individual turut terdapat pada A 45 ini.
Pada bahagian luarnya, ia menerima gaya AMG baharu termasuk bahagian bampar hadapan dan belakang spesifik-AMG, rim aloi pelbagai-jejari MAG 19-inci dan kaliper brek berwarna merah. Terdapat juga pertambahan pakej AMG Aerodynamic, dengan menambah penutup hadapan dan belakang termasuk spoiler belakang dengan kekemasan hitam berkilat. Bahagian hadapan juga menampilkan gril AMG dengan logo Three-Pointed Star di tengah.
Elemen standard yang turut ditampilkan termasuk Night Package dengan beberapa elemen berwarna hitam berkilat pada perumah cermin sisi dan belt line, sementara lampu utama LED High Performance dan lampu belakang LED turut ditampilkan.
Ciri AMG masih menjalari bahagian dalamnya termasuklah AMG Performance Seats dengan balutan kulit upholstery, Alcantara, tali pinggang keledar berwarna merah, karpet lantai AMG dan kekemasan gentian karbon dengan perincian merah pada balutan papan pemuka.
A 45 ini juga menerima roda stereng tiga-jejari baharu dengan material cengkaman Alcantara, skrin paparan media lapan-inci bersama ciri hiburan COMAND Online bersama penukar DVD. Ia juga menampilkan paparan bagi kamera undur.
Untuk keselamatan, A 45 masih menawarkan lapan beg udara dan Attention Assist sebagai standard. Malah ia turut menampilkan Collision Prevention Assist Plus, sistem Amaran Pelanggaran Hadapan dengan bantuan brek yang ditambah baik bagi mengurangkan risiko pelanggaran dari belakang.
Ia turut menampilkan Bantuan Parkir Aktif sebagai standard. Tiada tayar simpanan disertakan, namun menawarkan kit baiki tayar TIREFIT di bahagian kargo. walau bagaimana pun,A 45 tidak menampilkan kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin.
Mercedes-AMG A 45 turut ditawarkan dengan waranti empat tahun bersama perbatuan tanpa had. |
Mercedes-Benz A-Class 2016 facelift dilancar – A 180 ditambah dalam varian, harga bermula RM195k | Mercedes-Benz A-Class facelift 2016 kini telah dilancarkan di Malaysia. Selain dari mendapat rupa yang lebih segar dan beberapa ciri baharu, hatchback kompak dari Mercedes ini turut mendapat ‘adik’ baru dalam variannya iaitu A 180 Urban Line, menjadikan A-Class boleh dipilih dalam empat varian termasuk varian terdahulu A 200, A 250 Sport, dan Mercedes-AMG A45.
Pada bahagian luaran, A-Class baharu ini mendapat sentuhan segar pada bampar hadapan berbentuk anak panah – seiras dengan rekaan konsep A-Class yang tampil pada tahun 2011. Lampu hadapan turut hadir dengan rekaan baharu dengan teknologi LED, mengapit gril baharu berbentuk-berlian. Beralih pada bahagian belakang, dapat disaksikan lampu belakang juga mendapat rekaan baharu begitu juga dengan trim ekzos dua tip yang ‘ditanam’ pada bampar belakang.
Bahagian dalaman kereta ini masih lagi kelihatan seiras dengan model sebelum ini. Ia dibezakan dengan grafik pada tulisan di suis-suis kawalan kemasan ‘anodised’ yang direka agar kelihatan lebih mewah. Paparan skrin sistem infotaimen tunggal di tengah papan pemuka juga kini lebih besar bersaiz lapan-inci. Kemasan keseluruhan juga diberi pilihan warna dan juga material baharu. Tempat duduk hadapan untuk kesemua varian kini boleh dilaras sedalam 60 mm.
Untuk model asas A 180 Urban Line baharu,ia menampilkan temapt duduk dibaluti campuran fabrik dan kulit dan papan pemuka dengan kemasan corak gentian karbon. Ia dikuasakan dengan enjin petrol 1.6 liter turbo berkuasa 122 hp dengan tork maksima 200 Nm memacu roda hadapan. Dipadankan dengan kotak gear tujuh-kelajuan klac berkembar (7G-DCT) automatik, A 180 mampu memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa hanya 8.6 saat.
A 200 menggunakan enjin yang sama dengan A 180 tetapi dengan kuasa yang lebih besar iaitu 156 hp dan tork maksima 250 Nm. Enjin tersebut turut dipadankan dengan kotak gear tujuh-kelajuan DCT memacu roda hadapan.
Untuk varian A 200 kali ini ia menampilkan pakej luaran AMG line yang meliputi bampar yang lebih sporty, skirt sisi, dan juga roda aloi 18-inci AMG. Bukan sahaja penampilannya lebih sporty, A 200 AMG Line juga dilengkapi suspensi talaan AMG yang menampilkan spring yang lebih keras dan merendahkan lagi A 200 ini sebanyak 15 mm.
Kemasan AMG turut boleh dilihat didalam bahagian dalaman A 200 ini termasuk roda stereng tiga-jejari dengan pelbagai fungsi, kemasan bercorak gentian karbon pada papan pemuka, dan juga tempat duduk balutan Alcantara dengan sulaman benang merah yang juga meliputi pada kemasan panel pintu dan perehat tangan di bahagian tengah.
Varian A250 Sport masih menggunakan enjin petrol 2.0 liter turbo pancitan bahan api terus berkuasa 211 hp dan tork 350 Nm dan dipadankan dengan kotak gear tujuh-kelajuan 7G-DCT memacu roda hadapan. Tetapi, ia kini turut dilengkapi dengan “Launch Assist” yang membolehkan kereta ini ‘berlepas’ dari kedudukan pegun dengan lebih efisien tanpa geseran yang berlebihan pada roda hadapan ketika dipacu. Paparan ‘ECO’ juga dilengkapi untuk model ini membolehkan pemandu mengekalkan gaya pemanduan yang efisien.
A250 juga dilengkapi dengan sistem suspensi talaan AMG yang menampilkan spring yang lebih keras dan kedudukannya direndahkan sebanyak 15 mm.
Kini semua varian A-Class boleh dipandu dengan pilihan mod pemanduan “Comfort”, “Sport”, “Eco” dan “Individual” semudah menggerakkan suis kawalan menerusi sistem ‘Dynamic Select’. Sistem ini akan mengubah talaan enjin, transmisi, stereng dan juga penghawa dingin mengikut mod pemanduan yang dipilih pemandu.
Sistem keselamatan dan bantuan elektronik seperti tujuh unit beg udara, lampu brek adaptif, sistem bantuan mengelak pelanggaran, Attention Assist, Kawalan Kelajuan (Cruise Control), kamera undur, Bantuan Parkir Undur, penggilap cermin dengan penderia hujan, adalah standard untuk semua varian A-Class. Sistem Pantauan Tekanan Udara Tayar juga standard untuk semua varian kecuali pada model A 180.
A 180 dijual pada harga bermula RM195,888 hingga RM196,888 untuk model yang dilengkapi roda aloi AMG bersaiz 18-inci. A 200 pula dijual dengan harga RM205,888, manakala A 250 Sport dijual pada harga RM238,888. Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran.
Sebagai usaha untuk menarik lebih golongan muda untuk memiliki A-Class, pihak Mercedes-Benz menyediakan skim pinjaman sewa-beli dengan kadar bunga serendah 2.18% hingga 2.38% dan tempoh bayaran balik bermula tiga ke tujuh tahun.
GALERI: Mercedes-Benz A 180 Urban Line
GALERI: Mercedes-Benz A 200
GALERI: Mercedes-Benz A 250 |
Sebahagian NKVE ditutup sementara 13 Mac ini | Pada 13 Mac ini, laluan di antara Persimpangan Bertingkat Bukit Lanjan dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) akan ditutup sementara sempena larian amal meraikan ulang tahun ke-50 Kumpulan UEM Berhad.
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata laluan itu akan ditutup mulai 12.30 tengah malam hingga 10 pagi, menurut laporan Bernama.
Penutupan itu membabitkan empat persimpangan bertingkat di laluan itu iaitu di Subang, Damansara, Kota Damansara dan sebahagian laluan Bukit Lanjan-Shah Alam.
Bagi kelancaran trafik, pengguna lebuh raya itu perlu menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan mereka sepanjang tempoh penutupan tersebut.
Klik untuk besarkan imej
“Pengguna dari arah utara yang ingin ke Lebuhraya ELITE, Seremban dan destinasi lain di selatan perlu keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Persimpangan Rawang Selatan dan menggunakan Lebuhraya Guthrie sebelum memasuki Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam,” katanya.
Noorizah berkata lebih 250 pegawai dan anggota polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) akan menyelaras dan mengawal lalu lintas di jalan-jalan alternatif tersebut.
Malah peserta dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan mereka di pusat beli-belah Paradigm, Stadium Kelana Jaya dan Pusat Perniagaan Kelana. |
Toyota baik pulih struktur syarikat lebih berasaskan produk – mahu hasilkan kereta yang lebih baik | Toyota sentiasa mahu mencari peluang bagi menghasilkan barisan model kereta yang lebih baik pada masa hadapan. Untuk ke arah itu, pengeluar kereta terkemuka ini mengambil keputusan untuk meneruskan pembangunan tenaga kerjanya, serta membuat perubahan yang lebih banyak daripada segi struktur supaya dapat memperkemaskinikan proses kerja bagi keseluruhan syarikat. Perubahan ini akan efektif April 2016.
Pembaik pulih struktur ini bermakna syarikat akan membina organisasi berdasarkan produk, berbanding berdasarkan fungsi semata-mata. Menurut Presiden Toyota, Akio Toyoda, “Saya mahu menganggap ini sebagai satu peluang untuk memperkukuhkan lagi tenaga kerja kami dan seterusnya mendorong perbuatan penghasilan kereta yang lebih baik. Sama ada perubahan struktur ini merupakan penyelesaian yang baik atau sebaliknya, ia bukan di tangan kita.”
Objektif lain yang turut terlibat dalam langkah penstrukturan ini termasuklah dari unit R&D hingga ke pengeluaran, unit perniagaan individu yang akan membuat keputusan dengan lebih pantas dan berdikari, dan memperkuatkan lagi fungsi untuk objektif jangka masa panjang dan strategi korporat.
Langkah ini turut melibatkan syarikat dalaman termasuk Innovative R&D and Engineering Company; Toyota Compact Car Company; Mid-size Vehicle Company; CV Company; Lexus International Co.; Power Train Company; dan Connected Company. Tanggungjawab dan kuasa sepenuhnya akan diserahkan kepada presiden setiap syarikat dalaman terbabit, yang bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan kerja dalam jangka masa pendek atau panjang berkaitan dengan pembangunan dan strategi produk.
Selain itu, Frontier Research Center bakal dibangunkan, untuk membina teknologi baharu dan model perniagaan dalam jangka masa panjang, termasuk mencari input secara lebih agresif daripada organisasi penyelidikan dan ahli Kumpulan Toyota sendiri.
Hingga kini, Toyota telah melaksanakan beberapa perubahan struktur sebagai cara untuk menghasilkan kereta yang lebih baik, mempertingkatkan kekuatan untuk operasi serantau dan menekankan kepentingan genchi-genbutsu (proses pembelajaran dan penyelesaian masalah) dalam latihan personal. |
Mercedes-Benz Malaysia dan Cycle & Carriage Bintang lancar City Store Autohaus pertama di TREC KL | Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan Cycle & Carriage Bintang Berhad (CCB) telah membuka Mercedes-Benz City Store yang pertama di Malaysia. Terletak di hab gaya hidup dan hiburan, TREC Kuala Lumpur, ia menawarkan pengalamanpenuh bermakna buat pelanggan baharu Mercedes-Benz serta penggemar sedia ada.
Dengan pelaburan bernilai RM4.3 juta, Mercedes-Benz City Store ini yang berkeluasan 9,373 kaki persegi ini mempunyai tujuh bilik pameran yang dilengkapi dengan pelbagai papan tanda interaktif yang menampilkan pelbagai informasi mengenai model Mercedes sedia ada. Selain itu, terdapat 16 jurujual yang bersedia memberikan perkhidmatan khidmat jualan yang diperlukan oleh para pelanggan. Malah juga mempunyai kawasan privasi i-Showroom, termasuk lounge eksklusif untuk pelanggan serta rekaan dalaman yang moden dan terkini.
“Sempena dengan ulang tahun ke-130 Mercedes-Benz, kami mahu melangkah lebih ke hadapan. Dengan keunikan format yang ditonjolkan, Mercedes-Benz City Store yang pertama ini turut mengetengahkan konsep yang lebih segar,” ujar Timbalan Presiden MBM, Mark Raine.
Menurut CEO CCB Datuk Wong Kin Foo pula, “Pada tahun 1951, Cycle & Carriage diberikan mandat untuk mengedarkan jenama Mercedes-Benz di Malaysia, dan kami memulakan perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (atau dahulu dikenali sebagai Batu Road). Ia menjadi perintis pada peruncitan jualan automotif.
“Memandangkan lokasi tersebut kurang kondusif untuk bilik pameran automobil, kami berpindah ke Regal House di Jalan Tun Razak yang lebih mudah untuk diakses. Kini, selepas 65 tahun, kami berpindah ke lokasi ini pula.”
Dua minggu yang lalu, CCB telah melancarkan Autohous di Petaling Jaya, dan diikuti dengan Autohous Georgetown seminggu kemudian. Kedua-duanya turut menampilkan identiti korporat Mercedes-Benz yang baharu. |
DBKL menaik taraf Jalan Mohd Yatim Yahaya dan Jalan Wangsa Perdana 1 untuk elak kesesakan | Menyedari bakal berlaku kesesakan jalan raya berikutan pembangunan beberapa kondominium di kawasan Wangsa Maju, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil langkah proaktif untuk menaik taraf simpang tiga di Jalan Mohd Yatim Yahaya dan Jalan Wangsa Perdana 1, Wangsa Maju.
Seperti yang dilaporkan Bernama, Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata projek naik taraf itu melibatkan tiga pembaharuan iaitu penambahan daripada satu laluan kepada dua laluan pada setiap arah, pembinaan lampu isyarat dan simpang kiri ke Desa Putra Kondominium dari Jalan Mohd Yatim Yahaya.
Tambah beliau lagi, hanya ada satu laluan sahaja pada setiap arah dan tiada lampu isyarat di simpang tiga dari arah Jalan Wangsa Perdana 1 sebelum belok ke kanan menuju ke Desa Putra Kondominium.
“Penambahan pembinaan kondominium di kawasan sekitarnya juga dijangka akan menambah kira-kira 20,000 penduduk pada masa akan datang dan mungkin akan menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat kepadatan penduduk,” ujar beliau kepada pemberita.
Pengarah Esekutif Pengurusan Projek DBKL Datuk Syed Afendy Ali Syed Abid pula dilaporkan berkata, pihaknya hanya mahu menjadikan dua laluan di setiap arah jalan di simpang tiga masuk ke Desa Putra Kondominium dari arah Jalan Wangsa Perdana 1 bagi melancarkan lalu lintas pada pelan asal.
Katanya keputusan itu dicapai hasil perbincangan daripada pelbagai pihak antaranya penduduk setempat, syarikat prasarana, syarikat-syarikat pemaju kondominium dengan DBKL.
“Oleh kerana kepadatan penduduk pada masa akan datang dan Stesen LRT Sri Rampai juga terletak berdekatan dengan Desa Putra Kondominium, maka kami bercadang untuk menambah lampu isyarat selepas perbincangan dengan penduduk serta pemaju-pemaju.”
Projek penaiktarafan ini akan bertambah sebanyak RM1 juta daripada bajet asal iaitu RM41.7 juta kerana pembinaan lampu isyarat di kawasan itu dan kos itu akan ditanggung sepenuhnya oleh DBKL dan dijangka siap dalam masa dua tahun. |
BMW M2 Coupe baharu dilancarkan – RM498,800 | BMW Group Malaysia telah memperkenalkan model baharu bagi model M2 Coupe yang dilancarkan sempena BMW Malaysia Open 2016. Jentera ini memiliki kombinasi dinamik dan prestasi luar biasa bersama reka bentuk yang berkarakter. Ia diproduksikan dalam jumlah yang terhad di seluruh dunia dan Malaysia beruntung kerana mendapat beberapa unit untuk dijual.
BMW M2 Coupe baharu ini dilengkapi dengan enjin 3.0 liter enam-silinder sebaris dengan teknologi M TwinPower Turbo, pengecas turbo TwinScroll, High Precision Injection, kawalan aci sesondol Double-VANOS dan kawalan injap boleh ubah Valvetronic.
Turut dipadankan dengan transmisi klac berkembar M dengan Drivelogic tujuh-kelajuan dan fungsi Launch Control. Malah ia turut mempunyai Stability Clutch Control yang berfungsi untuk menghalang jentera daripada oversteer dan mampu menstabilkan semula jentera. Ia juga didatangkan dengan fungsi “creep on demand” yang membolehkan pemandu untuk mendapatkan kesan sama seperti kotak gear automatik konvensional apabila menekan pedal minyak secara perlahan-lahan ketika baru hendak bergerak.
Ia membolehkan penjana kuasa ini menghamburkan kuasa sehingga 370 hp dan tork 465 Nm serta tork maksimum 500 Nm dengan fungsi overboost. Malah ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.3 saat. Malah BMW turut mendakwa coupe ini turut mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 7.9 liter per 100 km dan emisi CO2 dalam 185 g per km.
Rangkaian komponen daripada galas kotak engkol hingga ke bekalan minyak memang tahan lasak, biarpun di bawah tekanan G yang ekstrem. Ini bagi memastikan ia mampu menawarkan prestasi maksimum. Sistem ekzos M yang telah dioptimumkan dengan kawalan flap elektronik pula memastikan output enjin dan bunyi yang seimbang. Sekali gus memberikan pengalaman akustik yang tersendiri pada semua mode Driving Experience Control sama ada COMFORT, SPORT atau SPORT+.
BMW M2 Coupé hadir bersama pakej BMW EfficientDynamics yang komprehensif untuk mengurangkan penggunaan bahan api dengan signifikan. Ia merangkumi ciri pemulihan semula tenaga brek, stereng kuasa elektromekanikal, fungsi Automatic Start/Stop, reka bentuk ringan yang pintar, sistem kawalan auxiliary khusus bergantung kepada situasi, pam aliran bahan api dan satu unit pembeza (differential) belakang dengan tempoh pemanasan optimum.
Selain itu, ciri lain yang menambahkan pengendalian yang mantap ialah Active M Differential, Dynamic Mode M dan Dynamic Stability Control.
Melihat keseluruhan imej yang dipertaruhkan, serlahan sporty seakan menyelimuti segenap sudut. Ia dipadankan dengan gril ‘kidney’ signatur BMW yang mendedahkan karekteristik reka bentuk M. Palang-palangnya diwarnakan hitam, sama seperti reka bentuk roda jejari berkembar M yang turut ditampal dengan logo BMW M. Ia juga mempunyai apron (bampar) hadapan yang rendah bersama inlet pengambilan udara besar untuk meningkatkan lagi keupayaan proses penyejukan. Bilah-bilah trapezoidal dan Air Curtains pada bahagian luar sistem pengambilan udara semuanya direka untuk menawarkan earodinamik yang optimum.
Ia turut ditampilkan dengan rim aluminium bersaiz 19-inci dengan jejari berkembar M, serta arca roda yang kelihatan cukup kemas pada bahagian hadapan dan belakangnya. Ia turut disempurnakan lagi dengan apron belakang yang lebar yang disepadukan dengan penyerap udara dan dua paip ekzos BMW M berwarna krom berkilat.
Menjengah bahagian kabinnya, ia menampilkan tempat duduk sports balutan kulit dan bahagian sisinya boleh dilaras. Perehat kaki M dan sokongan lutut pada konsol tengah, stereng sports M dan tuil gear M turut ditampilkan.
Kemasan pintu dan tuil gear dibalut dengan upholstery Alantara, manakala kemasan dengan permukaan karbon jelas mencipta ambien yang meningkatkan lagi kualitinya. Aspek sporty jentera ini diserlahkan lagi melalui kemasan ambang pintu, tombol gear, stereng dan kaunter rev yang dilekatkan dengan logo M.
Selain itu, ia turut menampilkan teknologi BMW ConnectedDrive termasuk aplikasi GoPro, slot kad Concierge Service dan Emergency Call.
Hanya satu warna sahaja yang ditawarkan bagi M2 Coupé baharu ini iaitu Long Beach Blue Metallic. Ia ditawarkan pada harga atas jalan RM 498,800 tidak termasuk insurans bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama Lima Tahun BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar. |
Penampilan sulung Lotus Exige Sport 350 Roadster di Geneva 2016 – lebih ringan 40 kg berbanding Coupe | Selepas pengenalan Lotus Exige Sport 350 Coupe, Lotus memilih Geneva Motor Show tahun ini untuk membuat penampilan sulung versi tanpa-bumbung 350. Lotus Exige Sport Roadster menggantikan Exige S Roadster, memberikan lencana ‘Sport’ seperti Elise Sport dan Elise Sport 220.
Menjadi resmi Lotus, ringan merupakan perkara asas yang pertama dalam setiap penghasilan kereta mereka. Exige Sport 350 Roadster dibina lebih ringan dari model Coupe (1,125 kg). Ini dapat dilakukan dengan penggunaan komponen yang lebih ringan yang dipasang pada kereta ini termasuk roda aloi forged serta cakera brek two-piece berliang dan ditebuk.
Kebanyakkan komponen pada badan seperti tailgate belakang, liang kemasukan udara sisi, tempat duduk diperbuat dari bahan gentian karbon. Carbon Aero Pack turut dilengkapi pada merangkumi spiltter hadapan, sayap belakang dan diffuser belakang yang juga dibuat dari material gentian karbon. Berat keseluruhan kereta ini ditimbang hanya seberat 1,085 kg, 40 kg lebih ringan dari versi Coupe.
Untuk kelengkapan mekanikal, ia masih lagi sama seperti 350 Coupe. Kereta ini dijana enjin 3.5 liter V6 Supercharged, membekalkan sejumlah 345 hp pada 7,000 rpm dan tork maksima 400 Nm pada takat 4,500 rpm. Kuasa dihantar sepenuhnya ke gandar belakang menerusi dua pilihan kotak gear enam-kelajuan automatik atau enam-kelajuan manual.
Roadster ini berkemampuan memecut dari sifar km/j ke 60 bs/j (97 km/j) dalam masa 3.7 saat, lebih pantas 0.1 saat berbanding Coupe tetapi kelajuan maksima dihadkan lebih rendah untuk memastikan bumbungnya tidak tercabut jika dipasang.
Seperti juga Coupe, banyak kelengkapan opsyenal yang boleh dipilih untuk Roadster ini termasuk tema warisan Lotus yang menampilkan tempat duduk sport yang lebih ringan, panel pintu dengan warna kuning Tartan dan kemasan dalaman balutan kulit atau Alcantara. |
Audi Q2 baby crossover muncul di Geneva | Selepas beberapa teka-teki yang sengaja diciptakan oleh Audi berkenaan dengan model baharu SUV yang bakal diperkenalkan, akhirnya ia terjawab apabila Q2, baby crossover baharu, telah pun dipertontonkan di Geneva Motor Show 2016. Ia bagai melengkapkan lagi family siri ‘Q’ selepas lahirnya abang-abangnya yang terdahulu iaitu Q7, Q5, dan Q3.
Adik bongsu keluarga Q ini tampil sedikit berbeza dengan abang-abangnya yang lain, bukan setakat bertubuh kecil tetapi tiang-C juga telah menerima sentuhan istimewa daripada pereka Audi yang mengambil keputusan untuk menampilkan sedikit warna yang kontras bagi menampakkannya lebih sporty.
Q2 ini juga didatangkan dengan gril hadapan berbingkai tunggal bersama bentangan oktagon, sementara hos bamparnya pula dipadankan dengan corong udara yang sedikit besar. Profil sisinya pula menonjolkan garisan lekuk yang lebih tinggi dengan lapisan plastik pada gerbang roda serta garisan bumbung yang lebih landai turut menciptakan karakter yang lebih sporty berbanding model crossover lain.
Bahagian belakangnya turut memiliki kesinambungan tema sporty dengan spoiler belakang yang mantap bersama lampu belakang LED dengan rekaan baharu. Sebagai crossover, pelindung bahagian bawah belakang dan hadapan juga penting. Malah Audi menggambarkan model ini sebagai “Kenderaan jenis urban”, dan sekali gus membuatkan ia tidak sesuai dilenjan dengan pemanduan off-road.
Audi Q2 ini didatangkan dengan konsep lima-pintu, bentangan lima tempat duduk dan berdimensi 4.19 m panjang, 1.79 meter lebar, 1.51 m tinggi dengan jarak roda 2.6 meter. Ruang kargonya pula berkapasiti 405 liter dengan kedudukan tempat duduk belakang normal dan mampu mencecah sehingga 1,050 liter jika tempat duduk belakang dibaringkan.
Menjengah bahagian kabinnya, Audi masih menggunakan rekaan yang lebih kurang sama dengan modelnya yang lain termasuk didatangkan dengan skrin MMI yang diletakkan pada panel instrumen, selain menambah baik navigasi MMI dan pad sesentuh MMI.
Dengan pilihan bersama kos ekstra, Q2 turut ditawarkan dengan paparan head-up dan kluster instrumen Audi Virtual Cockpit digital-sepenuhnya.
Bagi aspek keselamatan, setakat ini Audi mendedahkan ia menampilkan kawalan kelajuan adaptif, bantuan kesesakan trafik, amaran penukaran lorong, bantuan kekal lorong, pengesan isyarat trafik dan banyak lagi.
Audi Q2 ini boleh didapati dengan lima pilihan unit termasuk enjin petrol 1.0 TFSI tiga-silinder pengecas turbo, 1.4 TFSI dan 2.0 TFSI. Manakala enjin diesel pula dengan 1.6 TDI dan 2.0 TDI. Kuasa yang dihamburkan bermula 116 hp untuk 1.0 liter hingga 190 hp bagi 2.0 liter TSFI.
Enjin ini juga bekerjasama dengan kotak gear manual enam-kelajuan atau automatik tujuh-kelajuan dual-klac. Pacuan roda-hadapan juga ditawarkan sebagai standard bagi semua enjin dengan pelarasan quattro bagi enjin 2.0 TDI dan 2.0 TFSI dengan kos ekstra. Bagi model yang dilengkapi quattro, Q2 akan dipadankan dengan suspensi empat-sambungan, sementara bagi peredam adaptif ditawarkan dengan kos esktra.
Audi memberitahu, Q2 ini boleh ditempah mulai pertengahan tahun ini dan akan dilancarkan di pasaran Eropah pada musim luruh ini. |
Mazda CX-5 versi facelift CKD dipertontonkan – 2.0 dan 2.5 liter, tempahan dibuka, harga dijangka sama | Lewat petang semalam, Bermaz telah mempertontonkan model CX-5 versi penambahbaikan (facelift) unit pemasangan tempatan (CKD) di Saujana Golf and Country Club . Sebelum ini, varian CX-5 2.5 liter adalah dari unit import sepenuhnya (CBU).
Namun, apabila Mazda mengambil keputusan untuk menghadirkan kedua-dua varian iaitu 2.0 liter dan 2.5 liter dalam versi CKD, secara tidak langsung menjadikan harganya lebih murah. Secara tidak rasminya, kedua-dua varian dikatakan bakal ditawarkan dengan pilihan Mid Spec (sebelum ini GL) dan High Spec 2WD (4WD dihentikan) bagi 2.0L dan 2.5L pula mungkin terdapat untuk 2WD dan 4WD. Tempahannya telah pun dibuka, dan SUV ini bakal mula berada di pasaran secara rasminya apabila harganya telah disahkan.
Walau pun harga masih belum disahihkan, namun menurut sumber dari Bermaz, kemungkinan besar harganya kekal seperti model sebelum ini, senada dengan kenyataan dari CEO Berjaya Auto Datuk Seri Ben Yeoh yang telah mengesahkan tiada sebarang perubahan harga pada semua model Mazda buat masa ini.
Buat masa ini, harga bagi model sedia ada ialah RM129,559 (solid) dan RM129,952 (metalik) bagi 2.0 liter GL dan RM143,938 (solid) dan RM144,338 (metalik) bagi 2,0 liter High Spec 2WD.
Manakala 2.5 liter 2WD CKD pula kini berharga RM149,075 (solid) dan RM149,475 (metalik). Dijangkakan bagi 2,5 liter 4WD CKD baharu akan menjadi lebih murah berbanding model CBU yang berharga RM175,343. Kesemuanya adalah harga atas jalan termasuk insurans.
Kedua-dua enjin 2.0 liter (153 hp @ 6,000 rpm/200 Nm @ 4,000 rpm) dan 2.5 liter (184 hp @ 5,700 rpm/250 Nm @ 3,250 rpm) SkyActiv-G suntikan-terus empat-silinder masih dikekalkan,
Turut dikekalkan ialah transmisi automatik SkyActiv-Drive enam-kelajuan, namun versi baharu ini memiliki mod Sport yang lebih responsif, pemilihan butang kawalan berbanding tuil gear. Keselesaannnya juga telah dipertingkatkan, tahap bunyi bising dalam kabin sewaktu SUV ini dipandu juga dikurangkan 10%, sementara struktur tempat duduknya juga telah direka semula untuk memberikan lebih keselesaan dan sokongan sewaktu di selekoh.
Elemen standard juga masih sama bagi model 2.0 liter iaitu varian Mid Spec masih mengekalkan apa yang ada pada GL termasuk lampu utama projektor automatik dan lampu kabus dan lampu belakang jenis mentol, serta rim aloi bersaiz 17-inci.
Di bahagian dalamnya, tempat duduk balutan fabrik dengan pelarasan manual bagi tempat duduk hadapan, butang penghidup enjin, sistem hiburan MXD Connect baharu, sistem bunyi enam-speaker, kamera undur dan kawalan kelajuan. Sistem navigasi turut boleh didapati sebagai pilihan untuk model Mid Spec ini.
Manakala varian High Spec pula menerima lampu utama adaptif LED laras-sendiri baharu dengan lampu nyalaan siang LED, lampu kabus dan lampu belakang LED serta pengesan parkir hadapan. Di bahagian kabinnya pula, ada kemasukan tanpa kunci, balutan kulit upholstery, tempat duduk pemandu dengan pelarasan elektronik dan sistem navigasi standard.
Bagi varian 2.5 liter CKD menerima perubahan yang lebih besar, kitnya masih sama dengan model 2.0 liter High Spec tetapi turut ditampilkan dengan rim aloi bersaiz 19-inci dengan warna perak yang sama seperti model sebelum ini.
Malah varian 2.5 liter CKD ini juga tidak menampilkan bumbung matahari dan sistem bunyi Bose sembilan-speaker seperti mana yang ada pada model CBU. Kit keselamatan masih kekal sama, dengan kesemua model menerima enam beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) dan kawalan cengkaman. |
Proton anjur khidmat pemeriksaan keselamatan percuma – di stesen Petronas terpilih 3-6 Feb | Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina (CNY) yang bakal menjelang ini, Proton Holdings Bhd telah menyediakan perkhidmatan pemeriksaan keselamatan 30 mata secara percuma untuk para pelanggannya di stesen-stesen minyak Petronas terpilih.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, promosi hasil kerjasama dengan Petronas bagi kempen ‘Petronas Coffee Break,’ diadakan mulai hari ini sehingga 6 Februari 2016, bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam di tujuh stesen Petronas di Selangor, Johor, Kedah serta Pahang.
Pemeriksaan itu termasuk aspek tahap cecair, bateri, bilah pengelap cermin, penutup radiator, pengendalian pedal, sistem suspensi, sambungan stereng dan sistem ‘ball joint,’ sistem penyejukan, bahan api, sistem brek serta tekanan tayar (termasuk tayar ganti).
Malah pemilik Proton akan turut diberikan beg cenderahati berisi limau mandarin, sampul angpau dan air mineral sebagai penghargaan di atas sokongan mereka.
Lokasi pemeriksaan itu di stesen-stesen minyak Petronas terpilih di Kawasan Tengah iaitu Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya SILK, Lebuhraya Utara-Selatan di Taman Nilam Sari, Bandar Anak Bukit, Tok Senik, Lebuhraya Pasir Gudang dan R & R Bentong. |
Ford teruskan program Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup – diperluaskan ke dua lagi IPT | Ford Motor Company meneruskan usahanya untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya di Malaysia menerusi program Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup (DSFL). Program itu telah diperluaskan ke dua lagi institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Institut German-Malaysia dan Universiti Taylor.
Bengkel DSFL secara percuma itu yang diadakan pada Januari direka khas untuk menangani cabaran yang dialami oleh pemandu muda. Misalnya yang kurang pengalaman ketika berdepan dengan situasi tidak dijangka, gangguan ketika memandu dan paling penting adalah memastikan tempat duduk kanak-kanak dipasang dengan betul.
“Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup merupakan satu program latihan amali yang direka untuk membantu para pemandu mendapatkan kemahiran-kemahiran penting agar kekal selamat di atas jalan raya. Ini amat penting terutama buat pemandu yang baru mendapat lesen memandu seperti pelajar-pelajar universiti,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.
Kajian yang dilakukan oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menujukkan bahawa 80 peratus kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian manusia. Program DSFL menggalakkan pemanduan selamat dengan melengkapkan para peserta dengan pengetahuan supaya mereka dapat membuat keputusan yang bijak ketika memandu, demi mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan.
Sesi DSFL bermula di dalam kelas di mana para peserta belajar tentang pelbagai topik termasuklah kawalan stereng, masalah under-steer dan over-steer, sehinggalah tip-tip memandu di lebuh raya serta ketika hujan.
Para peserta juga belajar mengenai bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol dengan memakai kelengkapan yang direka khas untuk membantu mensimulasikan pengalaman memandu ketika aspek pergerakan, koordinasi dan kepekaan adalah terhad. Mereka kemudian menjalani sesi pemanduan secara amali untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.
DSFL merupakan program utama tanggungjawab korporat sosial (CSR) global Ford. Di Asia, Ford DSFL telah dilaksanakan dengan jayanya untuk melatih pemandu yang sudah mempunyai lesen dari semua peringkat umur selama sembilan tahun. Selain Malaysia, latihan DSFL turut diadakan di China, India, Indonesia, Myanmar, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Filipina. |
Peugeot tawar diskaun sehingga RM32,888 bagi 408 Turbo dan RM2k untuk 308 THP Active sempena CNY | Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia telah mengumumkan kempen sempena Tahun Baru Cina (CNY) tahun ini. Untuk masa yang terhad, Peugeot 308 THP Active baharu bakal ditawarkan dengan diskaun sebanyak RM2,000, sementara yang membeli 408 Turbo pula berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM32,888.
Peugeot 308 THP Active baru saja diperkenalkan di Malaysia dengan harga RM119,888. Varian ini menawarkan elemen yang ditambahbaik dari model asal 308 THP. Selain itu, varian baharu ini turut menampilkan lampu utama reflektor halogen sebagai standard (berbanding LED).
Namun ia menerima padanan rim aloi yang lebih kecil iaitu 17-inci berbanding original dengan 18-inci. Walau pun ada pengurangan elemen, 308 THP Active ini telah dipadankan dengan bampar hadapan yang lebih unik dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED yang diposisi semula, enam beg udara dan sistem ESP sebagai standard.
Tiada sebarang perubahan pada penjana kuasanya, masih mengekalkan enjin 1.6 liter turbo empat-silinder 150 hp/240 Nm dan transmisi automatik sumber-Aisin enam-kelajuan.
Seperti yang disahkan pada minggu lalu, 308 THP Active kini RM17k lebih murah berbanding 308 THP original. Dan sebanyak RM2,000 diskaun diberikan secara terhad kepada 50 pelanggan pertama, menjadikan tag harganya hanya RM117,888.
Manakala Peugeot 408 Turbo pula kini ditawarkan dengan penjimatan sehingga RM32,8000. Varian ini masih menampilkan penjana kuasa yang sama dengan 308 THP tetapi telah ditala semula bagi memberikan lebihan kuasa, iaitu 163 hp dan tork 240 Nm.
408 Turbo ini dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17-inci, lampu utama projektor, sistem audio World In Peugeot enam-speaker, ABS, EBD dan EBA, enam beg udara dan ESP sebagai standard.
Malah varian ini juga turut berada dalam kempen Peugeot ‘Prosperity Drive’, menawarkan pembeli untuk beberapa model terpilih bagi menerima waranti selama lima tahun dengan program servis percuma (termasuk alat ganti dan kos buruh) selain waranti lima tahun tanpa had perbatuan Peugeot. Selain 408 Turbo, model lain yang turut terlibat ialah Peugeot 508 THP, 5008 MPV, 308 THP dan 2008 SUV.
GALERI: Peugeot 308 THP Active
GALERI: Peugeot 408 Turbo |
Proton 1.3 turbo, 6MT “sepatutnya muncul” bagi model akan datang Proton sebelum GDI/TGDI tiba – CTO | Dalam penganjuran Alami Proton pada tahun lalu, syarikat pengeluar kereta nasional ini turut mempertontonkan Proton Iriz dan Proton Exora yang dijanakan oleh enjin prototaip 1.3 liter pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan.
Memandangkan ia telah menarik minat dari orang ramai, kami sempat bertanya pada Ketua Pegawai Teknikal (CTO) Proton Abdul Rashid Musa, adakah penjana kuasa ini masih dalam perancangan, dan adakah ia boleh diletakkan dalam barisan enjin baharu Proton?
Sebagai permulaan, Rashid telah menerangkan tentang pengurangan kapasiti enjin merupakan salah satu objektif untuk mengurangkan emisi dan menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik. Beliau menambah pelan progresif Proton bukanlah sekadar menantikan ketibaan enjin baharu GDI/TGDi, tetapi salah satunya ialah enjin 1.2 liter tiga-silinder yang dikatakan “pakej yang bersesuaian dengan kenderaan yang sesuai,” akan diperkenalkan pada masa akan datang.
Ketika ditanya, adakan enjin 1.3 liter turbo (bukan TGDI) akan ditampilkan pada model Proton akan datang terlebih dahulu sebelum enjin baharu tiba, Rashid menjelaskan, “Secara logiknya, mungkin patut,” dan memberitahu bahawa enjin 1.3 liter turbo bersama transmisi manual enam-kelajuan sebagai suatu yang “hebat”. Beliau turut berkata penjana kuasa ini kakan memberikan “prestasi yang berpatutan” dan mengesahkan pacuan antara 0-100 km/j hanya mengambil masa antara 8-9 saat.
Proton Iriz dan Exora yang dipamerkan di Alami Proton tersebut dipadankan dengan enjin 1.3 liter pengecas turbo empat-silinder dan transmisi Getrag manual enam-kelajuan.
Menerusi risalah informasi yang dipaparkan, enjin ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 140 hp pada 5,750 rpm dan tork 190 Nm serendah 1,800 hingga 5,000 rpm. Ini bermakna, ia lebih berkuasa berbanding enjin 1.6 liter CFE (138 hp/205 Nm).
Malah model prototaip Iriz turut dikatakan mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 8.7 saat, senada dengan kenyataan Rashid. Pada masa tersebut, kami diberitahu bahawa dua model tersebut hanya diperingkat prototaip dan masih jauh lagi perjalanannya untuk dipasarkan.
Memang sehingga kini, tiada ura-ura penjana kuasa tersebut bakal diaplikasikan, mungkin Proton ada perancangan mereka yang tersendiri biar pun secara umumnya ramai yang menantikannya.
GALERI: Prototaip Proton Iriz 1.3 turbo, manual enam-kelajuan
GALERI: Prototaip Proton Exora 1.3 turbo, manual enam kelajuan |
TMC umum panggil balik (recall) beberapa model Toyota dan Lexus ekoran isu sistem beg udara – satu unit Lexus LX470 terlibat di Malaysia | Toyota Motor Corporation (TMC) telah mengumumkan panggilan semula (recall) beberapa model Toyota dan Lexus di seluruh dunia yang terlibat dengan isu sistem beg udara. Ia melibatkan model Toyota dan Lexus yang dilengkapi dengan Curtain Shield Airbags (CSA) sisi.
Disebabkan sistem beg udara dalam Airbag Sensor Assembly (modul kawalan beg udara) tidak diprogram dengan betul, CSA yang terletak pada salah satu sisi kabin yang mungkin boleh diaktifkan secara tiba-tiba dan ini boleh menyebabkan risiko kecederaan ringan terhadap penumpang.
TMC kini sedang melakukan persediaan untuk menghantar komponen terbabit kepada semua pengedar bertauliah di seluruh dunia. Kempen Servis Khas ini akan diumumkan sebaik sahaja alat ganti tersebut boleh didapati.
Di Malaysia, setakat ini UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah dimaklumkan oleh TMC bahawa tiada kenderaan Toyota yang terlibat dengan kempen panggilan semula ini kerana semua unit yang dijual di negara ini tidak dilengkapi dengan CSA.
Walau bagaimana pun, TMC telah mengesahkan hanya satu sahaja unit yang terlibat iaitu Lexus LX470 dan pemiliknya akan dihubungi dengan kadar segera oleh Lexus Malaysia. Manakala model Lexus yang lain tidak terlibat dengan isu ini.
Pemilik Toyota dan Lexus di Malaysia yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi talian 1800-8-TOYOTA (869682). |
Persiaran Titiwangsa 3 ditutup bagi kerja pembinaan Fasa Kedua DUKE mulai esok hingga hujung Disember | Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (Kesturi) telah mengumumkan penutupan jalan keluar dan masuk di Persiaran Titiwangsa 3 (dari Jalan Pahang dan Persiaran Titiwangsa 2) untuk kerja-kerja pembinaan Fasa Kedua Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)
Penutupan jalan ini akan bermula dari jam 6.30 pagi hingga 9 pagi mulai 4 Ferbuari ini sehingga akhir Disember 2016. Syarikat konsesi berkenaan menasihati pengguna jalan raya supaya memandu lebih berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan (sila rujuk pelan di atas) dan ikut tanda isyarat di situ. |
Lebuhraya Bayan Lepas dibuka pada trafik Jun ini | Menurut laporan yang disiarkan oleh Bernama, kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Bayan Lepas (BLE) dijangka siap sepenuhnya dan dibuka pada trafik seawal Jun 2016. Ia adalah projek yang menghubungkan laluan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Timbalan ketua Pengarah Jabatan (sektor infrastruktur) Kerja Raya Datuk Dr Roslan Md Taha berkata, projek ini telah siap sebanyak 92%, dan kerja-kerja terakhirnya dapat disempurnakan menjelang April ini. Projek BLE ini pernah diarahkan berhenti seketika pada tahun lalu, selepas penutupan jalannya menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa di bahagian pulau berkenaan, hingga menyebabkan kelewatan pembinaannya.
“Kami berharap kerja-kerja terakhir BLE ini akan selesai secepat mungkin dan boleh dibuka pada laluan trafik seawal-awalnya Jun ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya pada masa puncak di kawasan perindustrian berdekatan,” ujar Roslan. Lebuhraya ini dijangka memudahkan aliran trafik dari Batu Maung ke Sungai Nibong, kini dalam peringkat terakhir pembinaan dengan pemasangan tiang 19 dan 20 pada struktur utama.
Jambatan Kedua Sdn Bhd ( JKSB ), pengendali Jambatan Kedua Pulau Pinang, telah menyatakan tahun lalu bahawa jika Lebuhraya Bayan Lepas tidak siap pada masa yang ditetapkan, ia akan mengalami kerugian yang besar. Pengarah Urusan syarikat itu sebelum ini menjangkakan lebuh raya tersebut boleh dibuka pada Mac 2016. |
Petronas lancar kempen Coffee Break sempena CNY – 142 stesen mengambil bahagian, pemeriksaan kenderaan percuma, 20% diskaun untuk cecair brek | Petronas telah melancarkan kempen Coffee Break sempena Tahun Baru Cina 2016. Ia melibatkan penyertaan sebanyak 142 stesen Petronas yang akan menghidangkan 880,000 cawan kopi pada hujung minggu 6 hingga 7 dan 13 ke 14 Februari ini.
Bukan itu sahaja, Petronas turut menawarkan pemeriksaan keselamatan kenderaan dengan 15 mata percuma di stesen Petronas LubeXpert dan stesen Petronas terpilih di seluruh negara, malah pemilik kenderaan Proton pula akan menerima 30 mata bagi pemeriksaan tersebut. Petronas turut memberikan diskaun sebanyak 20% untuk cecair brek bagi pelanggan yang menyelenggara kenderaan masing-masing di LubeXpert terpilih sehingga 7 Februari ini.
Dalam masa yang sama, Petronas turut menyumbangkan nilai minyak sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Ambulans St.John, yang sering memberikan perkhidmatan kecemasan pantas di kebanyakan lebuh raya sepanjang musim perayaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Coffee Break ini dan senarai stesen yang terlibat, sila KLIK DI SINI. |
Isuzu terus dominasi pasaran trak di Malaysia – kekal no.1 dalam jualan dua tahun berturut-turut | Isuzu Malaysia mencatat satu lagi rekod dengan mencatat jualan sebanyak 6,387 unit trak Isuzu pada tahun 2015 berbanding 6,321 unit pada tahun sebelumnya. Angka tersebut membuatkan pengeluar kenderaan yang terkemuka dari Jepun ini kekal sebagai jenama trak paling popular di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut.
Dipacu oleh pertumbuhan signifikan dengan permintaan hampir 100% ke atas trak tugas sederhana Forward, trak tugas berat Giga serta trak prime mover, Isuzu meneruskan dominasinya dalam pasaran trak di Malaysia dengan menguasai 36.2% perkongsian pasaran.
Berkenaan dengan ulasan mengenai laporan pasaran 2015 yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka menyatakan bahawa sentimen ekonomi yang kian lemah dan usaha berorientasikan pelanggan yang dilaksanakan oleh syarikat adalah sumbangan kepada kejayaan Isuzu menjadi jenama trak pilihan.
“Memandangkan syarikat pengendali trak sentiasa mencari jalan untuk mengawal kenaikan kos, mereka mendapati trak-trak Isuzu mampu menawarkan penyelesaian yang ideal kerana ia mampu meningkatkan penjimatan bahan api dan penghantaran secara signifikan. Permintaan yang memberangsangkan terhadap trak kami juga menunjukkan bahawa pelanggan sedar, apabila mereka bertukar kepada trak Isuzu yang berteknologi tinggi, mereka boleh merasai perbezaan dari segi kos operasinya,” kata Matsuoka.
Jelas Matsuoka lagi, inisiatif syarikat yang fokus untuk mengukuhkan asas perkhidmatan berorientasikan pelanggan berjaya meningkatkan lagi keyakinan para pengguna. |
Semua model Nissan bakal naik harga antara 3% hingga 6% mulai pertengahan tahun ini – ETCM | Menerusi Buletin Utama TV3, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dilaporkan bakal menaikkan harga bagi semua model Nissan di Malaysia mulai pertengahan tahun ini. Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Boon Beng, berkata ia melibatkan kenaikan harga antara 3% hingga 6%.
Pengumuman ini adalah susulan kenyataan awal yang dikeluarkan pada 15 Oktober lalu, di mana syarikat terbabit harus melakukan penstrukturan harga jualannya ekoran kemerosotan nilai ringgit di peringkat antarabangsa. Buat masa ini, struktur harga baharu masih belum didedahkan oleh pihak ETCM.
Setakat ini, beberapa syarikat pengeluar kenderaan termasuk Honda, Toyota, Lexus, Peugeot, Citroen dan Audi telah pun mengumumkan penstrukturan harga baharu ekoran masalah yang sama. Malah Proton turut mengambil langkah yang sama pada 15 Februari yang lalu. |
Kekerapan bagi jadual perjalanan KLIA Ekspres dan KLIA Transit dipertingkatkan mulai 1 Mac | Kekerapan bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan dipertingkatkan mulai 1 Mac ini, menurut Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menerusi laporan Bernama.
Bagi KLIA Ekspres, jadual waktu puncak akan diperkenalkan pada hari Ahad bagi memudahkan para penggunanya. Tren akan tiba setiap 15 minit pada pagi waktu puncak dari jam 6 pagi hingga 9 pagi, dan petang waktu puncak pula dari 4 petang hingga 10 malam dari Ahad hingga Jumaat. Bagi bukan waktu puncak, tren akan tiba setiap 20 minit. Pada hari Sabtu pula, tren kekal dengan jadual waktu bukan puncak sepanjang hari.
Bagi KLIA Transit, ERL berkata, terdapat pertambahan perkhidmatan pada waktu pagi setiap hari biasa dan petang waktu puncak dengan tren akan tiba setiap 20 minit, atau tiga kali bagi setiap jam.
Kedua-dua KLIA Ekpsres dan KLIA Transit menghubungkan KL Sentral ke KLIA dan KLIA2. Harga tiket bagi ERL meningkat dari RM35 menjadi RM55 mulai 1 Januari lalu. |
Beberapa jalan utama di JB ditutup 26 hingga 29 Feb | Sempena dengan perarakan Chingay pada Ahad ini, beberapa jalan utama di pusat bandar raya Johor bahru akan ditutup secara berperingkat mulai esok iaitu 26 Februari hingga Isnin depan (29 Februari).
Menurut Ketua Cawangan Khas Johor Datuk Ramli Hassan,jalan yang akan ditutup mulai 10.30 pagi hingga 1.30 petang esok, adalah Jalan Gereja, Jalan Tun Razak, Jalan Ulu Air Molek, Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek, Jalan Susur Ibrahim dan Jalan Wong Ah Fook.
Manakala Jalan Trus, Jalan Ngee Heng, Jalan Tun Razak dan Jalan Ulu Air Molek akan ditutup mulai 8.30 pagi hingga 2.30 petang pada Sabtu ini.
“Ia ditutup bagi acara ‘membawa tokong keluar’ yang bermula dari Kuil Kuno di Jalan Trus dan berakhir di Kuil Xing Gong di Jalan Ulu Air Molek,” katanya menurut laporan Bernama.
Ramli berkata pada kemuncak perarakan malam, iaitu pada Ahad, jalan-jalan utama akan ditutup dalam dua peringkat iaitu mulai pukul 3.30 petang hingga 5 petang dan 5 petang hingga 3 pagi, Isnin.
Beliau berkata peringkat pertama akan melibatkan Persimpangan Jalan Gertak Merah/Jalan Dato’ Menteri dan Jalan Ayer Molek manakala peringkat kedua pula akan melibatkan persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Chat/Jalan Abu Bakar, Jalan Ayer Molek/Gertak Merah, Persimpangan lampu isyarat Jalan Dato’ Onn/Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Meldrum, Jalan Siu Nam, Jalan Siu Chin, Pusingan ‘U’ Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Station, Jalan Abu Bakar serta Susur Lingkaran Dalam/Jalan Abu Bakar.
Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif seperti Singapura-Jalan Skudai-Lingkaran Dalam-Jalan Skudai (Pantai Lido) dan Singapura-Kota Tinggi-Kuala Lumpur-Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
“Pada Isnin pula, laluan yang akan ditutup mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari adalah melibatkan Jalan Tun Razak, Jalan Ngee Heng dan Jalan Trus. Ia bagi acara ‘membawa balik tokong’ bermula dari Kuil Xing Gong (Jalan Ulu Air Molek) ke Kuil Kuno (Jalan Trus) secara melawan arus,” katanya.
Ramli berkata pihaknya menyediakan keanggotaan secukupnya bagi mengawal keselamatan orang ramai sepanjang perarakan terbabit dan sehubungan itu, orang ramai juga dinasihati supaya mematuhi arahan-arahan pasukan keselamatan seperti tidak membakar mercun sepanjang perarakan. |
Alfa Romeo Giulietta facelift 2016 didedahkan sebelum Geneva Motor Show, varian Veloce menggantikan QV | Sempena Geneva Motor Show yang akan berlangsung minggu hadapan, Alfa Romeo bakal tampil mempamerkan Alfa Romeo Giulietta 2016 versi facelift. Nampaknya tiada banyak perubahan pada Giulietta versi disegarkan kembali ini.
Giulietta facelift ini mendapat lampu hadapan baharu yang diubah sedikit, gril hadapan baharu, bampar hadapan baharu dengan sedikit kemasan merah serta roda aloi baharu. Sehingga kini Alfa belum lagi mendedahkan lebih lanjut berkenaan spesifikasi kereta ini, namun dengan sedikit perubahan pada bahagian luaran ini boleh dijangka tidak banyak juga perubahan pada aspek mekanikal.
Giuletta sebelum ini dikuasakan dengan enjin petrol 1.4 liter turbo dengan pelbagai talaan dan enjin diesel Multijet 2.0 liter. Dikhabarkan ada sedikit peningkatan dilakukan pada kedua-dua enjin ini dari segi prestasi enjin, kecekapan dan juga emisi, namun belum ada pendedahan lagi dibuat oleh pihak Alfa Romeo.
Menurut Alfa lagi, nama Quadrifoglio Verde akan digugurkan mulai model ini dan digantikan dengan varian Veloce. Prestasi untuk varian Veloce ini dijangka sama seperti varian QV, dengan sistem mekanikal yang sama termasuk enjin 1.75 liter turbo empat-silinder berkuasa 237 hp.
GALERI: Alfa Romeo Giulletta 2016 |
Lukisan paten Honda baharu bocor di alam maya | Lukisan paten sebuah konsep Honda hatchback telah bocor di internet. Didedahkan oleh Autoblog Netherlands, ia didakwa rekaan Honda Civic untuk pasaran China sahaja. Jika dakwaan ini benar, kami menjangkakan ia versi produksi Honda Concept B yang dipamerkan di Beijing Motor Show 2014.
Bentuk keseluruhan kereta ini menyerupai Civic generasi ke-10, tetapi bahagian hadapannya direka seperti Honda CR-Z. Lampu hadapannya direka tajam, bersama dengan gril hadapan yang diletakkan pada posisi yang rendah serta liang kemasukan udara yang sporty pada bahagian bampar, menyerlahkan rekaan seakan CR-Z.
Profil sisi dan belakang dilihat sangat seiras dengan Civic terutama pada lampu belakang ala-boomerang dan juga bampar belakang. Tanpa menyatakan sumber sebenar gambar berkenaan, laman sesawang dari Belanda itu turut menyebut model ini kemungkinan secara teknikal mempunyai kaitan rapat dengan Civic.
Ia mungkin bermaksud versi produksi model ini menggunakan platform Civic, dan opsyen enjin yang sama turut digunakan. |
UberMOTO dilancarkan di kota raya Bangkok | Walau pun ada sesetengah negara yang mengharamkan perkhidmatan Uber termasuk Indonesia dan Jerman, namun Thailand dilihat lebih bersikap terbuka. Baru-baru ini Uber telah memilih negara gajah putih itu bagi melancarkan servis terbaharu mereka yang dikenali sebagai UberMOTO.
Walau pun ia masih diperingkat ‘pilot test’ namun UberMOTO ini dilihat mampu memberikan pesaingan kepada perkhidmatan teksi motosikal yang sedia ada di sana.
Uber berkata, penunggang UberMOTO perlu menjalani pemeriksaan polis bagi memeriksa latarbelakang mereka. Malah keselamatan penumpang sangat dititikberatkan termasuklah diwajibkan memakai topi keledar sekiranya menggunakan perkhidmatan ini.
Tambang akan bermula dari 10 TBaht (RM1.18) dan akan naik 3.5 TBaht (RM0.41) bagi setiap kilometer di mana pengguna boleh membayarnya secara tunai atau kad kredit.
Perkhidmatan baharu ini mensasarkan bandar yang sering mengalami kesesakan teruk. Menurut Uber lagi, terdapat 1,500 kenderaan baharu di Bangkok setiap hati, dengan anggaran masa berulang-alik antara 120 minit, sementara kelajuan trafik telah diturunkan di bawah 16 km/j (11 km/j bagi masa puncak).
Jadi UberMOTO ini dilihat sebagai salah satu pilihan perkhidmatan teksi menerusi dalam talian yang bakal menerima sambutan menggalakkan di sana.
Buat setakat ini, UberMOTO beroperasi di sekitar Sathorn, Siam dan Silom. Malah Uber turut merancang untuk memperluaskan lagi perkhidmatan mereka di lebih banyak lokasi di Bangkok pada masa akan datang. |
Arash AF10 2016 tampil kejuruteraan ‘gila’ | Arash Motor Company telah mengumumkan untuk memperkenalkan Arash AF10 versi naik taraf di Geneva Motor Show 2016 bulan hadapan.
Supercar yang pertama kali diperkenalkan sebagai model produksi pada tahun 2008 itu akan diberi nafas baru selepas lapan tahun. Ia akan dikuasakan dengan enjin supercharged 6.2 liter V8 digandingkan dengan empat motor elektrik hibrid. Enjin petrol konvensional akan menjanakan sejumlah 900 hp dan tork maksima 1,200 Nm, manakala empat motor elektrik akan menjana kuasa keseluruhan 1,180 hp dan tork maksima 1,080 Nm. Ini akan memberikan kuasa sepenuhnya 2,080 hp dan tork maksima 2,280 Nm dipacu pada keempat-empat roda Arash AF10 – gila!
Kuasa dari enjin petrol akan dihantar ke roda menerusi pilihan dua kotak gear – manual enam-kelajuan atau automatik dengan penukar gear pada belakang roda stereng. Setiap motor elektrik akan dilengkapi kotak gear dua-kelajuan dan digandingkan dengan bateri lithium-ion 32-kWh. Pada mod “Race” ia secara automatik dicas semula menerusi empat motor elektrik yang bertindak sebagai generator.
Casis karbon yang diperkuatkan dihubungkan pada badan kereta yang diperbuat daripada plastik gentian karbon diperkuatkan dan menampilkan binaan sarang lebah aluminium berlapis. Supercar ini dilengkapi dengan roda 19-inci di hadapan dan 20-inci di belakang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 2.
Kuasa gila ini membolehkan supercar ini memecut dari kedudukan 0-100 km/j dalam masa 2.8 saat dan berupaya mencapai kelajuan maksimum 323 km/j. Agak menghairankan, dengan kuasa yang begitu tinggi ia hanya mencatatkan 0.3 lebih pantas dalam pecutan 0-100 km/j dan 84 km/j dari Bugatti Veyron yang kurang 1,000 hp darinya.
Arash AF10 2016 dikhabarkan akan dijual dengan harga 1.1 juta pound sterling (RM6.45 juta). Ia juga bakal dijual dengan opsyen peralatan kereta lumba seperti roll cage, pemadam api dan peralatan lain dengan harga mencecah 1.2 juta pound sterling (RM7 juta).
GALERI: Arash AF10 2016 |
SPYSHOT: Kelibat Proton Persona 2016 dikesan lagi | Kelibat Proton Persona 2016 dikesan lagi, kali ini bagi sudut hadapan dan belakang yang lebih dekat bagi sedan segmen-B berasaskan Iriz ini. Terima kasih pembaca Jian Wei untuk foto ini!
Walau pun bahagian hadapannya agak menyerupai Iriz, namun jika dilihat daripada sudut yang lebih dekat, terdapat beberapa perbezaan kecil. Garisan atas pada lampu utama bersambung pada bahagian gril, agak sama dengan imej yang dihasilkan oleh kedua-dua pakar Photoshop Theophilus Chin dan pemenang Pertandingan Reka Bentuk Proton 2014 Pow Ying Hern. Malah lampu kabus juga lebih bulat, berbanding segitiga pada Iriz, menyamai hasil imaginasi Theo.
Tidak seperti spyshot yang sebelum ini, Persona yang dirakam ini menggunakan roda yang sama dari model sedia ada – salah satunya menggunakan rim aloi enam-jejari dari Iriz 1.3, sementara satu lagi dari model Persona sedia ada iaitu rim tujuh-jejari. Walau bagaimana pun, kami mengharapkan ia mengekalkan rekaan lima-jejari seperti mana yang pernah disaksikan sebelum ini, untuk model yang bakal dilancarkan.
Foto rendered Proton Persona 2016, oleh by Theophilus Chin (atas) dan Pow Ying Hern (bawah)
Bahagian belakangnya kelihatan agak pendek, tetapi berdasarkan spyshot sebelum ini, bootlid agak tinggi dipadankan bersama lampu belakang yang disambung pada bootlid tersebut.
Persona ini juga kelihatan lebih tinggi berbanding pesaingnya, seperti mana Iriz yang 75 mm lebih tinggi berbanding Honda City dan Toyota Vios.
Model sedan ini dijangka akan dilancarkan selepas Perdana baharu menjengah pasaran, dan kemudian barulah giliran Saga baharu diperkenalkan. Mungkin juga ia menggunakan enjin yang sama pada Iriz iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter VVT. Namun ia juga bakal menerima enjin baharu iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter suntikan-terus (GDI/TGDI) menjelang akhir tahun 2017. |
AWAS – Nama baharu bagi satukan AES dan Kejara | Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan semalam, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan sistem pemberian mata demerit Kejara kini lebih dikenali dengan nama baharu iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
Liow berkata dalam temubual bersama TV3 semalam, alasan untuk menggabungkan kedua-dua penguatkuasaan ini adalah bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya secara menyeluruh. Dengan kamera AES yang boleh merakam pemandu yang memandu melebihi had laju, sistem Kejara pula akan dapat mengawasi kesalahan mereka menerusi penalti-penalti yang seterusnya.
“Sama ada anda membayar saman atau pun tidak, markah anda masih akan dipotong jika anda didapati telah membuat satu kesalahan lalu lintas,” uajr Liow. Beliau turut mendedahkan setiap pemandu akan bermula dengan 20 markah pada rekod mereka, dan jika ia makin berkurangan, kemungkinan besar lesen memandu mereka boleh dibatalkan.
Klik untuk besarkan info penalti Kejara
Tambahnya lagi, kedua-dua sistem ini telah lama terbukti berkesan dan dalam masa yang sama, tujuan ia dikuatkuasaka adalah untuk menyelamatkan nyawa dan bukannya semata-mata menghukum pemandu. “Satu kajian yang melibatkan 14 buah kamera AES yang dipasang di negara ini telah menunjukkan ia berkesan dalam mengurangkan jumlah kemalangan,” katanya.
Beliau turut berkata, AWAS juga mempunyai potensi untuk mengurangkan korupsi, dengan memberikan sistem ini kuasa lebih besar dan mengurangkan pembabitan interaksi manusia. Beliau juga menambah, masih terdapat beberapa isu yang perlu diperbincangkan bagi kementeriannya bersama pihak-pihak yang terlibat. Sebaik sahaja isu tersebut berakhir, satu cadangan akan diserahkan kepada Kabinet dijangkakan pada Mac ini. Beliau turut berkata, perkongsian pandangan orang ramai masih dibuka melalui laman web Kementerian Pengangkutan. |
Volvo V40 dan V40 Cross Country versi facelift didedahkan untuk Geneva Motor Show 2016 | Volvo telah mendedahkan model facelift untuk V40 dan V40 Cross Country 2017 sebelum Geneva Motor Show 2016. Rekaan terkini model facelift ini nampaknya membawa signatur baharu Volvo, seperti yang terdapat pada model baharu XC90, S90 dan V90.
Pada bahagian hadapan, hatchback ini menerima lampu nyalaan siang baharu “Tukul Besi Thor” berbentuk-T terbina dalam lampu utama hadapan. Jaring pada gril yang baharu turut digabungkan dengan logo ‘Swedish Iron’ yang lebih menonjol dan juga penderia radar bersepadu yang lebih baik.
Rekaan terkini yang lain ditampilkan pada bahagian luaran termasuklah tip ekzos baharu serta lima warna badan iaitu Biru Amazon, Biru Denim, Biru Bursting, Biru Mussel, dan Perang Luminous Sand, di mana tiga warna terakhir tadi sudah pun sedia ada pada model sebelum ini.
Tambahan lagi, sejumlah lapan opsyen roda baharu ditawarkan meliputi model V40, R-Design dan V40 Cross Country. V40 juga mengikut “rank marks” yang pertama kali diperkenalkan pada model XC90 untuk mengklasifikasikan pelbagai varian dan trim, di mana Momentum dan Inscription termasuk dalam barisan rekaan tersebut.
Untuk bahagian dalaman pula, rekaan upholstery V40 diinspirasi dari rekaan Volvo Concept Estate. Dikenali sebagai City Weave, pilihan terbaharu ini juga disertai opsyen roda stereng Charcoal/Blond yang baru. Trim panel dalaman terbaharu iaitu Milled Aluminium, Black Grid Aluminium dan Stealth Aluminiumturut ditawarkan.
Warna trim pada bahagian dalaman pintu kini menampilkan jahitan yang kontras dan balutan hitam pada bumbung. Trim R-Design dan Inscription kini dilengkapi tread plate baharu dan kunci dengan rekaan logo Volvo terbaharu.
Tiada perubahan pada unit janakuasa kereta ini, jadi ia menawarkan enjin petrol (T2, T3, T4 dan T5) dan diesel (D2, D3 dan D4) yang sama. Cuma enjin D2 dengan transmisi manual kini mencatatkan penurunan bacaan pencemaran CO2 dengan hanya 89 g/km.
V40 untuk pasaran Malaysia kini boleh didapati dalam varian T4 yang telah ditingkat taraf – dilengkapi enjin Volvo E-Drive 2.0 liter turbo menggantikan enjin 1.6 liter Ford EcoBoost. Enjin baharu ini dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan torque converter automatik menggantikan kotak gear klac berkembar Ford. Varian ini dikhabarkan mempunyai stok yang terhad, jadi barulah kami faham alasannya setelah versi facelift ini diumumkan.
City Weave upholstery
CleanZone in the Volvo V40
Volvo V40 Momentum, Inscription, Cross Country and R-design Location
Volvo V40 T4 Momentum Studio Rear
Volvo V40 T4 Momentum Studio Bird’s Eye view
Volvo V40 T4 Momentum Location 3/4 Front
Volvo V40 T4 Momentum Location Profile
Volvo V40 T4 Momentum Location 3/4 Front
Volvo V40 T4 Momentum Location Front
Volvo V40 T5 AWD Cross Country Location 3/4 Front
Volvo V40 T5 AWD Cross Country Location 7/8 Rear
Volvo V40 T5 Inscription Location Front
Volvo V40 T5 Inscription Location Profile
Volvo V40 T5 Inscription Location Profile
Volvo V40 T5 R-design Location Profile
Volvo V40 T5 R-design Location 3/4 Front |
Cadangan penyediaan trek perlumbaan motosikal di ibu kota, KPN akan bincang dengan Tengku Adnan | Susulan cadangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penyediaan trek perlumbaan motosikal di ibu kota, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Tan Sri Khalid berkata, perjumpaan itu bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung cadangan tersebut, menurut laporan Bernama.
“Saya percaya beliau ada alasan-alasan tertentu. Saya akan mendengar pandangan beliau.
“Masalah rempit ini seolah-olah tiada penghujung, pelbagai tindakan pihak penguatkuasa telah ambil, anak-anak muda kita masih suka merempit, lumba tengah malam, jadi apa-apa pun saya akan berjumpa dengan beliau dulu,” katanya.
Isnin lepas, Tengku Adnan mencadangkan untuk menyediakan trek perlumbaan motosikal di kawasan tertentu di ibu kota bagi memenuhi kehendak dan minat anak muda. Idea tersebut adalah untuk mengatasi masalah perlumbaan motorsikal haram yang semakin berleluasa sekarang.
Walau bagaimana pun, cadangan beliau untuk menutup sebahagian jalan di Kuala Lumpur seminggu sekali untuk Mat Moto berlumba, nampaknya mendapat banyak bantahan dari pelbagai pihak tidak kira dari pihak kerajaan sendiri mahu pun pembangkang. |
BMW Malaysia terima Insentif Status EEV untuk 1 Series dan 3 Series – harga turun sehingga 8% | BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Khas untuk BMW 1 Series dan BMW 3 Series.
Menerusi insentif baharu ini, BMW Group Malaysia akan menyemak semula harga runcit untuk model BMW 118i, BMW 120i M Sport, BMW 318i Luxury, BMW 320i Sport Line dan BMW 330i M Sport yang telah didaftarkan. Di mana harganya diturunkan sehingga 8%.
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Ia adalah hasil kerjasama antara pihak kami dengan wakil-wakil daripada kerajaan, terutama dari Institut Automotif Malaysia (MAI), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi memastikan kami memenuhi semua kriteria yang perlu untuk mendapatkan Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Khas ini.”
Tambah Han lagi, tahun 2016 akan menyaksikan BMW Group Malaysia meneruskan momentum yang dicapainya sejak tahun lalu. Syarikat juga akan terus fokus untuk menawarkan pengalaman pemilikan premium kepada pelanggan yang merangkumi produk-produk terbaik dalam kelasnya, teknologi termaju dan inovasi di dalam kenderaan premium, selain perkhidmatan yang proaktif dari semua segi.
Harga atas jalan (tanpa insurans) baharu dengan Insentif Status Kenderaan (EEV) adalah seperti berikut:
PERKEMBANGAN TERKINI: “Harga jualan sedia ada” bagi 318i dan 330i yang disenaraikan di atas adalah lebih tinggi berbanding harga yang diumumkan pada pelancaran, harga yang diberitahu sebelum ini, kerana harga “pengenalan” tersebut dibuat untuk memastikan ia sama dengan varian pra-LCI sedia ada (316i dan 328i), BMW Group Malaysia telah menjelaskannya.
Ia didatangkan bersama Jaminan Perbatuan Lima Tahun Tanpa Had, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar terbaharu daripada BMW Malaysia untuk varian-varian BMW 1 Series dan BMW 3 Series.
Model facelift bagi 1 Series diperkenalkan di pasaran tempatan pada Jun 2015 dengan varian 120i M Sport (1.6L empat-silinder turbo, 177 hp/250 Nm). Manakala varian 118i Sport tiba di negara ini pada November 2015, dijanakan oleh enjin 1.5L tiga-silinder turbo dengan 136 hp/220 Nm.
Manakala model facelift 3 Series pula diperkenalkan di Malaysia juga pada November tahun lalu. Bagi barisan F30 LCI terdiri dari 318i, ia dikuasakan oleh enjin yang sama dengan 118i. Bagi varian 320i pula, ia menggunakan enjin 2.0 liter empat-silinder dengan 180 hp dan 290 Nm, iaitu lebih 20 Nm tork berbanding sebelumnya. Manakala varian 330i pula bersama kuasa 252 hp dan 350 Nm, dengan pacuan dari 0-100 km/j hanya 5.8 saat.
Insentif EEV ini tidak termasuk bagi varian yang dijanakan oleh enjin diesel BMW 320d (RM268,800) dan 320i M Sport (RM258,800), kedua-duanya yang kini tiada lagi dalam pasaran selepas kehabisan stok.
GALERI: BMW 118i Sport
GALERI: BMW 120i M Sport
GALERI: BMW 318i Luxury
GALERI: BMW 320i Sport
GALERI: BMW 330i M Sport |
Tiga elemen punca utama masalah beg udara keluaran Takata yang dipanggil semula didedahkan oleh ITC | Berikutan masalah beg udara yang dihadapi oleh Honda dan Toyota sebelum ini (dibuat oleh vendor yang sama – Takata Corp.), Independent Testing Coalition (ITC) iaitu konsortium yang terdiri daripada 10 pembuat kereta telah menjalankan kajian dan mendapati ada tiga elemen yang menyebabkan inflator beg udara itu pecah sebelum meletupkan beg udara dan mendatangkan kecederaan pada penumpang.
Menurut ITC, elemen pertamanya ialah bahan asas untuk meletupkan beg udara itu sendiri iaitu kompoun ammonium nitrat. Elemen kedua pula ialah pemasangan inflator tersebut, di mana ia tidak kalis lembapan dengan efektif. Manakala elemen ketiga pula ialah perubahan suhu dan kelembapan. Terdedah kepada kelembapan yang tinggi dan perubahan suhu yang kerap, apabila dua elemen ini bergabung akan menyebabkan ammonium nitrat meletup dan memecahkan unit inflator tersebut sebelum sempat meletupkan beg udara ketika berlaku kemalangan.
Gabungan ketiga-tiga elemen ini merupakan punca utama kecelakaan ini berlaku. “Anda tidak akan dapat gabungan yang begitu energetik tanpa kesemua tiga faktor. Ia memerlukan ketiga-tiganya,” kata David Kelly, ketua ITC dan mantan ketua Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya Nasional (NHTSA) Amerika Syarikat.
Setelah ketiga-tiga elemen ini diketengahkan, ia buat pertama kali punca utama masalah ini dikenal pasti. Ujian telah dijalankan oleh Orbital ATK, kontraktor aeroangkasa dan pertahanan, dengan kepakaran dalam sistem pendorong roket. Takata telah mendapati hasil ujian dari Orbital dan ITC adalah konsisten, sama seperti organisasi kajian dari Jerman yang dilantik oleh mereka sendiri, Fraunhofer Group.
NHTSA kini sedang membuat semakan semula penemuan oleh ITC tersebut. Penyisatan yang dilakukan oleh ITC ini mengambil masa selama setahun melibatkan anggaran 2,000 unit inflator dari kereta yang dipanggil semula. Inflator ammonium nitrat baharu yang digunakan Takata untuk menggantikan unit yang dipanggil semula mengandungi bahan pengering masih lagi belum diuji.
Menurut Kelly lagi, ia akan membawa penyiasatan ini ke peringkat seterusnya. Walaupun 12 pembuat kereta besar telah mengumumkan tidak lagi bersama dengan Takata, senarai kenderaan yang dipanggil semula bertambah di seluruh dunia. NHTSA sebelum ini dilaporkan berkata, berpuluh juta kenderaan dengan inflator mengandungi ammonium nitrat akan dipanggil semula menjelang 2018 jika Takata tidak boleh membuktikan ia selamat digunakan. |
Polis mahu dakwa pemandu tiada lesen ke mahkamah | Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mahu mengemukakan cadangan untuk tidak lagi mengenakan kompaun bagi pemandu yang memandu tanpa lesen, sebaliknya terus mendakwa mereka di mahkamah. Baru-baru ini, seorang pemandu lori yang merempuh 22 buah kereta di Nibong Tebal pada Ahad lalu, didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
Menurut Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, tindakan serius itu penting untuk dilakukan sebagai langkah menurunkan statistik kemalangan maut yang meningkat sepanjang tahun, laporan The Star.
“Kita akan mencadangkan bahawa menggunakan kenderaan tanpa lesen, tidak akan dikenakan kompaun lagi. Sebaliknya kita akan terus dakwa pesalah ini di mahkamah kerana mendapati banyak punca kemalangan maut dan cedera parah disebabkan pemandu tanpa lesen.
“Dia tidak tahu undang-undang, tidak tahu gunakan kenderaan dengan betul tetapi dibenarkan guna kenderaan itu. Jadi kita kena serius,” katanya.
Bukan itu saja, Khalid juga berkata, tindakan keras akan diambil terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan pemandu tanpa lesen menggunakan kenderaan mereka.
“Tuan punya kenderaan juga akan diambil tindakan keras. Ibu bapa juga boleh dikenakan kompaun,” katanya.
Apa komen anda mengenai isu ini? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah. |
Mitsubishi Outlander baharu menanti detik pelancaran – telah dibuka tempahan dengan harga RM172k | Mungkin hanya menantikan detik yang sesuai untuk melancarkannya secara rasmi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mempergiatkan langkah bagi mempromosikan model baharu Outlander. Malah MMM turut mengumumkan menerusi laman Fecabook bahawa tempahan bagi SUV ini telah pun dibuka.
MMM juga sedang mempamerkan model Outlander baharu ini di Bangsar Shopping Centre mulai semalam tetapi ia masih ‘berselimut’ dan hanya akan dibuka untuk tatapan ramai pada penghujung minggu ini, itulah yang diberitahu pada kami. Malah penasihat jualan MMM turut mendedahkan Outlander, model yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) ini, akan dijual dalam lingkungan harga atas jalan RM172,000 termasuk insurans.
Ternyata ia memberikan persaingan buat Honda CR-V 2.4 (harga atas jalan RM172,600 termasuk insurans) dan Nissan X-Trail 2.5 (harga atas jalan RM159,164 tanpa insurans), kedua-duanya dipasang di Malaysia (CKD). Sama seperti X-Trail, Outlander ini juga mempunyai tujuh tempat duduk dalam tiga barisan.
Outlander baharu ini merupakan model facelift generasi ketiga dengan menggunakan “Dynamic Shield”, dijanakan dengan enjin 2.4 liter MIVEC empat-silinder dengan kuasa 169 hp dan tork 220 Nm serta dipadankan dengan transmisi automatik CVT yang baharu. Ia turut didatangkan dengan sistem Multi-Select 4WD. Model ini juga mempunyai varian plug-in hybrid namun belum sah akan dibawa masuk ke Malaysia mahu pun tidak.
Kami masih belum mempunyai spesifikasi penuh mengenai SUV ini, namun mungkin ia didatangkan dengan spesifikasi tertinggi. Lampu utama LED dan lampu nyalaan siang (DRL) sebagai standard, dengan bumbung matahari, pintu kargo berkuasa elektrik, kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, tempat duduk balutan kulit dan rim aloi dua-tona 18-inci. Mitsubishi turut mendakwa, SUV ini mempunyai ruang kargo yang terbaik dalam kelasnya.
Bagi aspek keselamatannya, ia juga didatangkan dengan tujuh beg udara, Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Bantuan Mula Mendaki, termasuk ABS bersama EDB dan Bantuan Brek. Manakala pilihan warna yang ditawarkan ialah merah metalik, putih mutiara dan kelabu metalik.
GALERI: Mitsubishi Outlander (Speksifikasi USA) |
Honda Freed generasi terbaharu akan diperkenalkan di Jepun tahun ini, tampil perubahan penuh – CEO | Honda Freed model sedia ada
Honda telah mengesahkan akan mendedahkan model MPV Honda Freed baharu yang mengalami perubahan sepenuhnya pada tahun ini. Presiden dan CEO Honda, Takahiro Hachigo, memberitahu perkara ini ketika menyampaikan ucapannya mengenai perancangan masa depan syarikat.
Bercakap mengenai kekuatan produksi dan kunci jualan serantau bagi model Honda yang masih relevan, Hachigo berkata model generasi akan datang Freed ini boleh dilihat sebagai contoh berhubung perancangannya untuk Jepun.
Tanpa memberitahu lebih lanjut mengenai Freed generasi akan datang ini, ia masih kekal menjadi tanda tanya. Buat masa ini, apa yang diketahui Honda Freed hanya dihasilkan dan dipasang di Jepun dan Indonesia. Hanya sedikit negara di luar dua negara tersebut yang turut memasarkan Freed – Hong Kong merupakan satu lagi pasaran yang masih menjual Freed secara rasmi.
Honda Freed juga pernah dijual di Malaysia. Diposisikan sebagai “MPV konsep premium” di sini, model tersebut diperkenalkan di pasaran tempatan pada tahun 2010, dengan harga RM112,000. Pada tahun 2013, dua varian daripada model facelift telah dilancarkan, dijual pada harga RM99,800 dan RM113,500. Walau bagaimana pun, permintaan yang kurang memberangsangkan membuatkan Honda Malaysia tidak meneruskan perjualan model tersebut di sini.
GALERI: Honda Freed generasi sekarang |
VW penaja rasmi kereta untuk Le Tour De Langkawi | Volkswagen Group Malaysia (VGM) menjadi penaja kereta rasmi untuk Le Tour De Langkawi Malaysia tahun ini yang berlangsung bermula 24 Februari hingga 2 March. VGM akan menyediakan sebanyak 190 unit Passat CKD untuk digunakan oleh penunggang, marshal keselamatan dan juga polis.
“Volkswagen Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi sebahagian dari Le Tour De Langkawi tahun ini – salah saru acara sukan berprestij di Malaysia. Kami juga berasa gembira di mana Passat pemasangan tempatan kami, yang datang dengan ciri keselamatan bertaraf dunia, akan memainkan peranan penting dalam kelancaran acara tersebut, delegasi dan pegawai serta keselamatan pelumba ketika perlumbaan,” Ujar Armin Keller, Pengarah Urusan VGM.
Le Tour De Langkawi merupakan acara perlumbaan basikal pelbagai peringkat terulung Malaysia yang diadakan secara tahunan bermula 1996. Ia akan merentasi 10 peringkat dalam masa 10 hari, termasuk pendakian jalan Genting Highland yang sangat mencabar. |
Shell Malaysia melancarkan kedai Shell Select serba baharu pertama di PJ, seterusnya ke seluruh negara | Seiring dengan program transformasi tiga tahun Welcome to Shell yang mensasarkan agar dapat memberi hospitaliti terbaik buat pengguna jalan raya, Shell hari ini telah melancarkan kedai konsep Shell Select yang terbaharu di stesen SH Shell Damansara Jaya.
Shell mengumumkan 30 unit outlet mereka akan dinaik taraf kepada kedai konsep yang direka sebagai sebuah ‘oasis makanan’ pada tahun ini. Ia akan menyediakan makanan dan minuman di dalam atmosfera yang bersih, meriah dan mesra pelanggan.
Kiosk Krispy Kreme Doughnut, Boost Juice, dan Deli2go akan dibina didalam outlet setiap stesen terbabit yang akan menyediakan pelbagai pilihan snek, pastri, jus dan kopi. Ia juga akan dilengkapi dengan ruang makan yang sangat selesa, Wi-Fi percuma serta stesen pengecas peralatan elektronik.
Untuk pelanggan yang beragama Islam, surau baharu yang bukan sahaja bersih malah cantik dan selesa juga disediakan untuk mereka beribadah.
Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Datuk Azman Ismail berkata, “Konsep runcit terbaharu untuk Shell Select di stesen utama kami akan memberikan pengguna jalan raya pengalaman yang lebih menakjubkan, begitu juga dengan nilai dan pilihan.”
Ditanya sama ada konsep baharu akan mendatangkan pulangan yang lebih untuk pengusaha stesen, Azman berkata, “Dengan konsep baharu ini kami berharap ia akan meningkatkan peratusan keuntungan pada pengusaha melebihi 50% melalui hasil jualan bahan api.” |
TC Euro Cars naik taraf bilik pameran Renault PJ | TC Euro Cars (TCEC), pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia, baru-baru ini menaik taraf bilik pameran utamanya di Petaling Jaya. Langkah itu bagi menawarkan pengalaman lebih baik dan eksklusif kepada para pelanggan dan pengunjungnya.
“Penambahbaikan ini selari dengan komitmen dan kesungguhan kami untuk melangkaui ekspektasi para pelanggan Renault yang bijak menilai. Dengan semua naik taraf ini, kami ingin menjalin hubungan lebih erat, sekali gus membolehkan TC Euro Cars memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.
Terletak di Jalan Kemajuan, Seksyen 13 di Petaling Jaya, bilik pameran Renault yang telah ditambah baik itu kini menampilkan sebuah restoran dan pub baharu dikenali sebagai Tavern 13. Ia merupakan tambahan kepada sebuah kafé sedia ada dan berfungsi menawarkan pengalaman gaya hidup lebih menarik di bilik pameran tersebut.
Di bahagian luar bilik pameran, platform pameran kenderaan yang baru dibina dapat dilihat dengan jelas dari arah jalan raya iaitu Jalan Semangat. Platform ini mempamerkan kenderaan-kenderan penuh gaya dan jimat bahan api daripada Renault seperti Captur dan Clio GT Line.
Bukan itu sahaja, para pelanggan kini boleh membuat temu janji dengan penasihat jualan untuk meletakkan kenderaan masing-masing di bilik pameran ini. Malah Perunding Jualan Renault juga sentiasa bersedia untuk menawarkan bantuan mengambil dan menghantar kenderaan apabila sudah tiba masa untuk diservis.
Menurut Kuan, TCEC kini sedang mengembangkan dan menaik taraf rangkaian Renault untuk menyokong momentum pertumbuhan jenama tersebut di negara ini.
TCEC baru-baru ini menambah beberapa buah bilik pameran baharu di Seremban dan Johor Baharu untuk mengukuhkan lagi jenama Renault. Di samping boleh berhubung dengan lebih ramai pelanggan di wilayah selatan Semenanjung Malaysia.
Buat masa sekarang, Renault mempunyai 15 buah bilik pameran dan pusat servis di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. |
SPYSHOT: Kia Carnival generasi baharu versi pemandu sebelah kiri dijumpai di JPJ Putrajaya | Sebuah Kia Carnival baharu telah dijumpai di JPJ Putrajaya. Gambar yang dikirim oleh Amar Zain ini mungkin memberi petunjuk MPV ini akan masuk dalam pasaran Malaysia dalam masa terdekat.
Kereta yang dijumpai ini mungkin dibawa dari Korea Utara kerana tempat pemandunya di posisi sebelah kiri (untuk model yang dijual di Amerika Syarikat, Carnival dikenali sebagai Sedona). Jadi, kemungkinan besar kereta ini dibawa oleh pihak Naza Kia untuk dinilai sebagai persiapan awal memperkenalkan kereta ini dalam pasaran tempatan atau mungkin ia akan digunakan oleh pihak Naza Kia sebagai pengangkutan untuk staf mereka.
Walau bagaimanapun, ada sumber memberitahu pihak paultan.org Kia Carnival sekarang ini sedang dipertimbangkan untuk dijual di dalam pasaran tempatan. Jika ia dijual di sini kelak, ini merupakan model kedua MPV dari Kia masuk ke pasaran Malaysia selepas Kia Carnival generasi pertama yang juga di ‘rebadge’ sebagai Naza Ria.
Kia Carnival terbaharu ini 40 mm lebih panjang dari generasi sebelum ini, dan untuk varian yang tertentu ia dipasangkan dengan rim aloi krom berdiameter 19-inci. Dengan saiz yang lebih besar, Carnival menawarkan ruang bahu, ruang kaki pada tempat duduk barisan pertama, kedua, dan ketiga serta ruang kelegaan kepala yang jauh lebih luas.
Terdapat dalam konfigurasi tujuh, lapan, atau sebelas-tempat duduk (untuk pasaran Korea), Carnival dikuasakan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.2 liter D CRDi turbodiesel (202 PS/441 Nm) atau 3.3 liter GDI tanpa pengecas turbo V6 (280 PS/336 Nm). Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan automatik.
GALERI: Kia Sedona pasaran Amerika Syarikat |