url
stringlengths
35
183
title
stringlengths
31
148
body
stringlengths
196
6.8k
https://jurnal-malaysia.com/zahid-cadangkan-elaun-pendakwah-kontrak-dinaikkan/
Zahid Cadangkan Elaun Pendakwah Kontrak Dinaikkan
Timbalan Perdana MenteriDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidimencadangkan elaun pendakwah yang berkhidmat secara kontrak di bawah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), dinaikkan sekurang-kurangnya setara dengan gaji minimum.Bercakap kepada media selepas merasmikan Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan 2023, di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata mereka banyak menjalankan kerja-kerja dakwah serta menyantuni pelbagai permasalahan terutama dalam kalangan mualaf di kawasan pedalaman.“Oleh kerana pendakwah atau mubaligh ini dikategorikan sebagai usaha-usaha dakwah secara sukarela dulunya dan mereka dikenali sebagai sukarelawan dalam penyebaran dakwah.“Namun Jakim telah mengambil beberapa inisiatif untuk meletakkan mereka sebagai pendakwah, perkhidmatan secara kontrak. Maka elaun yang diberikan kepada mereka itu secara relatifnya masih rendah,” katanya.Ahmad Zahid turut menyarankan agar majis dan jabatan agama Islam negeri-negeri turut sama menaikkan elaun pendakwah di kawasan masing-masing.Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar ketika diminta mengulas mengenai cadangan Ahmad Zahid itu berkata Jakim mengambil maklum perkara itu.Menurutnya, pada masa ini pendakwah yang bergerak di bawah Jakim serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Yayasan Dakwah Islamiah tidak diberikan elaun atau gaji tetap.Sebelum itu semasa berucap di hadapan lebih 700 peserta Konvensyen Mualaf MADANI, Mohd Na’im berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) khususnya Jakim bersama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri akan sentiasa memperkukuh program penghayatan Islam dalam kalangan mualaf dan masyarakat Orang Asli.Beliau berkata kelas-kelas pengajian agama meliputi ilmu aqidah, syariah dan akhlak perlu dilaksanakan dengan komited, interaktif serta terancang.“Kita perlu menerima hakikat, dunia teknologi komunikasi hari ini yang bergerak pantas menuntut agensi hal ehwal Islam untuk melipatgandakan usaha menyampaikan ilmu Islam termasuk di media sosial,” katanya. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/palestin-tarik-diri-dari-pesta-bola-merdeka-hanya-tiga-negara-kekal/
Palestin Tarik Diri Dari Pesta Bola Merdeka, Hanya Tiga Negara Kekal
PasukanPalestinterpaksa menarik diri daripada menyertai edisi ke-42 Pesta Bola Merdeka, kerana tidak dapat terbang ke Kuala Lumpur ekoran situasi tegang di negara berkenaan ketika ini.Perkara tersebut diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pada Selasa.Bagaimanapun FAM menerusi kenyataannya berkata, format pertandingan Pestabola Merdeka 2023 adalah dikekalkan biarpun ia kini disertai hanya tiga pasukan iaitu, Malaysia, India dan Tajikistan.Berdasarkan jadual asal, Palestin dijadual bertemu Tajikistan (4.30 petang) manakala Malaysia berdepan India (9.00 malam) pada Jumaat, 13 Oktober ini.Sementara dua pasukan yang tewas akan merebut tempat ketiga (4.30 petang) manakala dua pasukan yang menang akan ke Final (9.00 malam) pada Selasa, 17 Oktober.Kesemua empat perlawanan tersebut di jadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.Namun berdasarkan situasi terbaharu, Malaysia kekal bertemu India seperti yang dijadualkan sebelum ini.Manakala, Tajikistan mendapat ‘bye’ dan mara ke pusingan final secara automatik untuk bertemu pemenang dalam perlawanan antara Malaysia dan India.Ini bermakna, hanya satu perlawanan akan berlangsung pada Jumaat dan Selasa tanpa perlawanan penentuan tempat ketiga.Perubahan format tersebut adalah solusi terbaik yang telah dicapai pada mesyuarat khas di antara FAM selaku penganjur Pestabola Merdeka 2023, bersama pengurusan pasukan India dan Tajikistan, pagi tadi selepas mengambil kira kekangan masa berikutan penarikan diri pasukan Palestin.Sementara itu, untuk bersikap adil kepada kira-kira 25,000 penyokong yang telah membeli tiket bagi menyaksikan dua hari perlawanan (13 dan 17 Oktober), FAM mengambil keputusan untuk mengekalkan harga tiket (bagi semua kategori).Tiket-tiket masih boleh dibeli dihttps://bit.ly/tiketpestaboladan penjualan tiket hanya secara dalam talian iaitu tiada penjualan tiket secara fizikal di stadium pada hari perlawanan nanti. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/bekalan-air-pulih-sepenuhnya-khamis-ini-air-selangor/
Bekalan Air Pulih Sepenuhnya Khamis Ini – Air Selangor
Bekalan air di kesemua kawasan terjejas di wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari, Khamis ini.Menurut Air Selangor, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.“Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat) telah dimulakan pada pukul 9 pagi hari ini mengikut jadual seperti yang telah dimaklumkan pada 26 September lepas.“Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset ini dijangka akan siap pada pukul 10 malam hari ini.“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.Sebelum ini, media melaporkan, sebanyak 338 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula pukul 9 pagi ini.Sebanyak 37 kawasan terjejas di Petaling, Kuala Lumpur (201) dan Hulu Langat (100).Tambah Air Selangor, pihaknya sudah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.Jelasnya, bantuan bekalan air alternatif menerusi tujuh Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai seperti berikut.“Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan di seluruh wilayah Air Selangor.“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air yang akan dibuka di Sunway Batu Caves dan Selayang Mutiara.“Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.“Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari www.airselangor.com,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/kembali-ke-parlimen-selepas-digantung-dua-hari-akibat-insiden-19-september-radzi-jidin/
“Kembali Ke Parlimen Selepas Digantung Dua Hari Akibat Insiden 19 September” – Radzi Jidin
Ahli Parlimen PutrajayaDatuk Mohd Radzi Md Jidinhari ini kembali ke Dewan Rakyat selepas digantung selama dua hari kerana mengganggu sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Kewangan pada 19 September lalu.“Kembali ke Parlimen selepas digantung selama dua hari akibat insiden 19 September 2023.“Ayuh Perikatan Nasional! Kita terus memperjuangkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia!,” ciapnya menerusi laman sosial X (Twitter) pada pagi Selasa.Dalam kejadian 19 September lalu, Radzi turut diarahkan keluar dewan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas enggan mendengar arahan supaya duduk dan memberi peluang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan sesi penggulungannya tanpa diganggu.Rentetan arahan itu, beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan terbabit, bertindak keluar dari Dewan Rakyat.Susulan itu, beberapa desakan dibuat supaya Radzi digantung kerana kelakuan biadabnya dan tindakan tersebut adalah sebagai pengajaran kepada semua Ahli Parlimen. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/dua-pelajar-usim-bersama-empat-anak-terkorban-dalam-serangan-bom-di-gaza/
Dua Pelajar USIM Bersama Empat Anak Terkorban Dalam Serangan Bom Di Gaza
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengesahkan dua pelajar mereka yang juga pasangan suami isteri, terkorban akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, kelmarin.Turut terkorban, empat orang anak termasuk lebih 20 orang lagi ahli keluarga mereka.Mangsa,Mohammed J H Alzaaninbaru saja selesai menjalani sesi viva di USIM pada 5 Julai lalu, manakala isterinyaKholoud M H Elzaneendijadualkan menduduki ujian sama pada 23 Oktober ini.USIM dalam satu kenyataan yang dimuat naik melalui Facebook rasminya, lewat malam tadi, berkata perkara itu disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H M Mahariq.“USIM melahirkan rasa dukacita atas pemergian dua siswazah dan lebih 20 ahli keluarga mangsa akibat serangan bom rejim zionis di Gaza, Palestin, pada pagi Ahad lalu.“Salam takziah daripada seluruh warga USIM. Moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman,” menurut kenyataan itu.USIM dalam kenyataan sama turut memaklumkan bahawa serangan bom itu berlaku di perkampungan didiami mereka di Bait Hanon, kira-kira jam 8 pagi Ahad lalu.“Dalam kejadian itu, hanya seorang anak mangsa dilaporkan terselamat.“Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam, 20 ahli keluarga mangsa turut terkorban,” katanya.Dalam pertempuran yang semakin memuncak sejak Sabtu lalu, jet tentera Israel terus mengebom kawasan Palestin di Gaza. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/pm-anwar-selar-hamzah-zainuddin-ikmal-dakwa-tak-hisap-vape-plkn-akan-diteruskan/
PM Anwar Selar Hamzah Zainuddin | Ikmal Dakwa Tak Hisap Vape | PLKN Akan Diteruskan
SOROTAN MENARIK ISNIN 09/10/20231.Kerajaan Setuju Teruskan PLKN Dengan Kerangka Baharu2.PM Anwar Selar Hamzah – “Saya Syorkan Larut Lihat Keseluruhan Temubual, Bukan Versi Cut and Paste!”3.Ikmal Dakwa Tidak Hisap Vape, Bukan Perokok…Gesa Speaker Tegur Jurugambar PM4.Lelaki Didakwa Hilang Ketika COD Iphone Rupanya Sembunyi Dari Pemungut Hutang5.“Hati-hati Dengan Penunggang Nama Palestin!” – Mufti Perlis6.Masjid Negara, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin & Masjid Putra Anjur Solat Hajat Untuk Palestin Malam Ini
https://jurnal-malaysia.com/masjid-negara-masjid-tuanku-mizan-zainal-abidin-masjid-putra-anjur-solat-hajat-untuk-palestin-malam-ini/
Masjid Negara, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin & Masjid Putra Anjur Solat Hajat Untuk Palestin Malam Ini
Masjid seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan mengadakan solat sunat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin, selepas solat isyak malam ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta untuk melakukan solat hajat pada tarikh dan waktu yang sama.“Saya menyeru supaya seluruh umat Islam menunaikan solat sunat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah serta bermunajat untuk saudara-saudara Islam di bumi Gaza, Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.Mohd Na’im turut menyeru majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri untuk bersama-sama menyahut saranan berkenaan dengan mengadakan solat hajat di masjid dan surau di negeri masing-masing. – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/hati-hati-dengan-penunggang-nama-palestin-mufti-perlis/
“Hati-hati Dengan Penunggang Nama Palestin!” – Mufti Perlis
Mufti Perlis,Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidinmeminta orang ramai berhati-hati dengan ‘scammer’ atau sindiket penipuan yang cuba mengambil kesempatan mengumpul dana kononnya untuk membantu rakyat Palestin.Beliau tidak menolak ada pihak sedemikian akan muncul untuk meraih simpati orang ramai dengan menggunakan isu serangan Israel terhadap Palestin demi kepentingan diri.“Bila Palestin diserang, ramai scammer dalam negara kita akan mengambil kesempatan mengumpul dana kononnya untuk Palestin. Padahal untuk diri mereka sendiri.“Hati-hati dengan penunggang nama Palestin!” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Ahad.Media pada melaporkan, lebih 40,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza hilang tempat tinggal dan telah berpindah akibat serangan berterusan tentera Israel sejak Sabtu.Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Shehada berkata, menurut Kementerian Pembangunan Sosial Palestin, kesemua mereka telah meninggalkan kediaman dan cuba mencari perlindungan termasuk di sekolah-sekolah.Sementara itu, di ruangan komen, orang ramai bersetuju dengan peringatan yang diberikan oleh Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza.Pengguna aplikasi X, @Skywalker8585 bersetuju kerana sebelum ini ada pihak yang berpura-pura sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan menggunakan gambar mangsa untuk meraih simpati rakyat Malaysia.“Betul tuan. Suatu ketika dulu NGO terpaling Palestin sanggup gunakan gambar mangsa negara lain demi meraih simpati rakyat Malaysia untuk mengeluarkan sedekah,” ujarnya. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/lelaki-didakwa-hilang-ketika-cod-iphone-rupanya-sembunyi-dari-pemungut-hutang/
Lelaki Didakwa Hilang Ketika COD Iphone Rupanya Sembunyi Dari Pemungut Hutang
Dakwaan seorang lelaki ‘hilang’ ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit akhirnya terjawab apabila siasatan polis mendapati mangsa sebenarnya melarikan diri daripada pemungut hutang.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam, malam tadi.“Mangsa dalam keadaan selamat. Tiada apa-apa kejadian (seperti didakwa) berlaku keatas penama tersebut.“Mangsa melarikan diri atau menyembunyikan diri dari pemungut hutang,” katanya.Semalam, media melaporkan pihak polis sedang mengesan keberadaan mangsa dan juga tunangnya yang didakwa dilarikan ketika melakukan urus niaga telefon bimbit, baru-baru ini.Hussein dilaporkan berkata, pihaknya sedang usaha berhubung dengan mangsa untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.“Jika ada pengesahan daripada mangsa mengenai sebarang perkara jenayah, pihak IPD Klang Selatan akan buka kertas siasatan,” ujarnya.Terdahulu, seorang lelaki berusia 27 tahun dikatakan diselamatkan pemandu lori selepas dilaporkan hilang selama empat hari.Lelaki tersebut dikatakan kali terakhir dikesan berada di George Town, Pulau Pinang selepas dikatakan sempat membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong sambil berlari dan menangis.Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid telah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa di Balai Polis Pantai, IPD Brickfields, yang dibuat tunang lelaki itu.Allaudeen dilaporkan berkata, kes itu kemudian dirujuk ke IPD Klang Selatan selepas mangsa dikesan kali terakhir bertemu pelanggannya di pusat beli-belah GM Klang. – JURNALSumber:KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/ikmal-dakwa-tidak-hisap-vape-bukan-perokokgesa-speaker-tegur-jurugambar-pm/
Ikmal Dakwa Tidak Hisap Vape, Bukan Perokok…Gesa Speaker Tegur Jurugambar PM
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz(PN-Tanah Merah) menggesa Yang Dipertua Dewan Rakyat memanggil dan menegur jurugambar Perdana Menteri susulan gambar beliau didakwa menghisap vape yang tular baru-baru ini.Beliau yang sekali lagi menegaskan tidak menghisap vape dan bukan perokok, berkata tindakan itu adalah sebagai pengajaran kepada jurugambar tersebut.Tegas beliau, imejnya perlu dibersihkan selepas menerima pelbagai kecaman di media sosial baru-baru ini.“Adakah Speaker telah memanggil jurufoto tersebut, saya percaya jurufoto yang profesional tidak akan ambil gambar hanya sekeping dan apakah ada semakan melalui CCTV (kamera liat tertutup) dibuat?“Ini imej saya yang tercemar sebab itu saya minta juga Speaker… kalau terbukti saya tidak hisap vape, teguran perlu diberi kepada orang luar tidak kira jurufoto dan yang dibenarkan masuk jangan buat viral,” katanya.Tambahnya, berdasarkan Peraturan Mesyuarat Seksyen 9, ia jelas membuktikan tindakan jurugambar berkenaan adalah salah kerana menyebarkan gambar sekali gus mencetuskan fitnah.Terdahulu, Ikmal mengesahkan telah menerima surat daripada Speaker Dewan Rakyat mengatakan bahawa tidak dapat disahkan beliau menghisap vape.Turut menyuarakan gesaan berkenaan ialah Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).Beliau menyifatkan tindakan jurugambar berkenaan seolah-olah ‘paparazi’ yang sengaja mahu mencari salah Ahli Dewan tertentu. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/pm-anwar-selar-hamzah-saya-syorkan-larut-lihat-keseluruhan-temubual-bukan-versi-cut-and-paste/
PM Anwar Selar Hamzah – “Saya Syorkan Larut Lihat Keseluruhan Temubual, Bukan Versi Cut and Paste!”
Datuk Seri Anwar Ibrahimmenasihatkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin agar melihat temu bual beliau bersama CNN secara keseluruhan dan tidak hanya berpandukan kepada versi yang disunting.Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap ‘sindiran’ Hamzah (PN – Larut) di Dewan Rakyat pada Isnin ketika bangun membangkitkan persoalan berkenaan Ekonomi Madani.“Ini adalah jawapan yang baik. Sepatutnya jawab masa CNN tanya hari itu sebab itu saya tanya semula.“Cuma saya nak soalkan bila kita bercakap Ekonomi Madani untuk perkasa rakyat, soalnya apakah keterjaminan atau kemampanan ekonomi yang dirancang itu benar-benar dapat mencapai sasarannya.“Ini kerana apabila selepas setahun, banyak masalah kos sara hidup dalam negara kita. Saya ingin mempersoalkan bagaimanakah perancangan secara terperinci harus dibentangkan?“Ia adalah supaya semua rakyat tahu bahawa kita boleh bersama membantu masalah kos sara hidup dalam negara?” soal Hamzah.Perdana Menteri kemudian menjawab: “Merujuk temu bual CNN, saya syorkan Larut lihat keseluruhan temu bual itu dan tidak lihat ‘cut and paste’ yang dibuat.“Kita telah pun tunjukkan yang dikeluarkan CNN yang memberikan liputan sepenuhnya, tapi ada unsur khianat yang memotong menunjukkan tidak ada jawapan lengkap.“Kemudian ada dialog yang memberi penjelasan lengkap. Cuma untuk Yang Berhormat, jangan baca yang cut and paste…baca yang sepenuhnya.“Kedua, saya setuju cadangan Larut perlu ada keterangan kepada rakyat lebih terperinci sebab itu saya syorkan baca Ekonomi Madani bersama kajian separuh penggal dan Transisi Tenaga…Pelan Perindustrian yang cerakin secara terperinci pergerakan program,” katanya. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/kerajaan-setuju-teruskan-plkn-dengan-kerangka-baharu/
Kerajaan Setuju Teruskan PLKN Dengan Kerangka Baharu
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan kerangka yang baharu.Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamad Hasanberkata, pihaknya tidak mahu mengikut kerangka yang lama kerana PLKN sewaktu itu dilihat seperti kem musim panas.“Kerajaan memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada tahun 2021 sudah meluluskan untuk dikaji semula cara baru untuk kita meneruskan PLKN kerana PLKN ini amat baik untuk diberikan asas ketatanegaraan kepada belia kita.“Dan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk mengkaji bagaimana cara untuk kita hidupkan semula PLKN ini tetapi dengan ‘template’ yang baru,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang bertanyakan adakah kerajaan mempertimbangkan cadangan pelaksanaan semula PLKN sebagai satu inisiatif di bawah kementerian.Mengulas lanjut, Mohamad berkata, PLKN yang akan dilaksanakan kali ini akan dibuat di kem tentera dan ia tidak akan mengambil masa lama seperti dahulu.Katanya, sebanyak 13 kem wataniah seluruh negara akan digunakan dan satu kem Pusat Latihan Polis (Pulapol) boleh digunakan untuk latihan selama 45 hari yang boleh menampung 4,000 orang untuk setahun.“Kami boleh melatih lebih kurang 20,000 orang (selama) 45 hari. Tenaga pelatih juga sudah ada tentera dan kosnya amat kurang.“Kalau dahulu kita berbelanja lebih RM500 juta setahun, tetapi kali ini daripada kertas kerja oleh jawatankuasa ini, kita tidak akan berbelanja lebih RM100 juta. (Ia) penjimatan yang baik,” katanya. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/putera-mateen-kawin-januari-2024-mais-tarik-tauliah-abdullah-khairi-jurulatih-dodgeball-gangguan-seksual/
Putera Mateen Kahwin Januari 2024 | MAIS Tarik Tauliah Abdullah Khairi | Jurulatih Dodgeball Gangguan Seksual
SOROTAN MENARIK HUJUNG MINGGU1.“Selangor Dah Bye-Bye” – Reaksi Abdullah Khairi Selepas Selangor Tarik Balik Tauliah Mengajar2.Tiada Lagi ‘Keranjang Kuning’, TikTok Shop Indonesia Digantung3.Rizalman Ibrahim Dilantik Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS), UITM4.Doktor Terlupa Anak, Bayi Lapan Bulan Maut 10 Jam Tertinggal Dalam Kereta5.Jurulatih Dodgeball Mengaku Tidak Bersalah Jentik Kemaluan, Cucuk Lubang Punggung Murid Dengan Kayu6.[V] PRK Pelangai: Wan Ahmad Fayhsal Dakwa PH, BN Agih Barang Dalam Tempoh Berkempen – “SPRM Buat Tak Nampak Ke?”7.[V] Putera Mateen Bakal Melangsungkan Perkahwinan 11 Januari 2024
https://jurnal-malaysia.com/v-putera-mateen-bakal-melangsungkan-perkahwinan-11-januari-2024/
[V] Putera Mateen Bakal Melangsungkan Perkahwinan 11 Januari 2024
Sultan BruneiPengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiahbakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam awal tahun depan, lapor portal berita RTB Brunei.Putera Mateen, 32, adalah anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Sering mengambil bahagian dalam acara polo ekuestrian, Pengiran Muda Abdul Mateen pernah memenangi dua pingat gansa untuk Brunei di Kejohanan Sukan SEA. Pengantin perempuan pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, penasihat khas kepada Sultan Brunei.Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.Majlis akad nikah pasangan ini dijadual berlangsung pada 11 Januari. Acara puncak istiadat perkahwinan selama 10 hari ini merupakan Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.Pasangan diraja ini kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam 15 Januari. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-prk-pelangai-wan-ahmad-fayhsal-dakwa-ph-bn-agih-barang-dalam-tempoh-berkempen-sprm-buat-tak-nampak-ke/
[V] PRK Pelangai: Wan Ahmad Fayhsal Dakwa PH, BN Agih Barang Dalam Tempoh Berkempen – “SPRM Buat Tak Nampak Ke?”
Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipersoal apabila kerajaan kini didakwa memberi suapan kepada rakyat secara terang-terangan, namun tiada tindakan diambil.Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamalberkata, beliau tidak berpuas hati apabila Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan program mengagihkan barangan secara terbuka ketika kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sedang berlangsung, namun tiada sebarang tindakan drastik diambil.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)“Saya sumpah tidak mengerti mengapa bila mereka yakni PH-BN buat program dan beri barang terang-terangan dalam tempoh berkempen langsung tiada tindakan drastik daripada pihak penguasa seperti SPRM dan SPR berhubung cubaan merasuah pengundi.“Bila puak mereka main 3R berkali-kali, menteri agama sekadar menasihati walhal laporan polis daripada Pemuda Perikatan Nasional (PN) sudah berkajang-kajang!,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Menerusi hantaran itu, beliau turut memuat naik satu rakaman video berdurasi satu minit dan 17 saat yang didakwa memaparkan pengundi DUN Pelangai menerima beras tempatan secara percuma di kawasan berkempen.“Bila saya kata ini satu kemunafikan berpolitik ramai yang marah tapi kalau bukan, apa benda ini? Charity?“Penguatkuasaan undang-undang yang berat sebelah! Tapi seperti mereka dabik dada, suka hati kami, ini kerajaan kami,” ujarnya. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/jurulatih-dodgeball-mengaku-tidak-bersalah-jentik-kemaluan-cucuk-lubang-punggung-murid-dengan-kayu/
Jurulatih Dodgeball Mengaku Tidak Bersalah Jentik Kemaluan, Cucuk Lubang Punggung Murid Dengan Kayu
Seorang jurulatih dodgeball mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat, atas dua pertuduhan menjentik kemaluan dua murid lelaki ketika mangsa berusia 11 tahun, November tahun lalu.Terence Ee Soon Lee, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah.Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu yang hadir dengan memakai baju T berkolar berwarna kuning biru didakwa mengganggu kesantunan seorang kanak-kanak lelaki dengan menjentik kemaluan dan mencucuk lubang punggung mangsa dengan menggunakan kayu.Bagi pertuduhan kedua, lelaki terbabit dituduh mengganggu kesantunan seorang lagi murid lelaki dengan menjentik kemaluan mangsa.Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah dewan sekolah di sini pada jam 2 hingga 2.30 petang, November dan Disember tahun lalu.Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi.Menurutnya, tertuduh yang merupakan jurulatih sukan sekolah itu telah didakwa melakukan kesalahan semasa latihan dodgeball dijalankan.“Pihak kami dimaklumkan bahawa tertuduh telah ditamatkan perkhidmatan di sekolah berkenaan,” katanya.Sementara itu, peguam, Datuk Thrichelvam Rasiah yang mewakili Terence merayu agar ikat jamin itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Zhafran membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.Mahkamah menetapkan 29 November depan untuk serahan dokumen.Sebelum ini, media melaporkan kes gangguan seksual membabitkan jurulatih dodgeball dengan mangsanya melibatkan beberapa murid di sebuah sekolah rendah. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/doktor-terlupa-anak-bayi-lapan-bulan-maut-10-jam-tertinggal-dalam-kereta/
Doktor Terlupa Anak, Bayi Lapan Bulan Maut 10 Jam Tertinggal Dalam Kereta
Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas 10 jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras, ibu negara.Menurut sumber, ibu mangsa yang juga seorang doktor tiba di hospital itu untuk bekerja dan tidak menyedari dia meninggalkan kanak-kanak itu, sehingga pukul 5.30 petang.“Wanita berkenaan menerima panggil telefon daripada suaminya jam 5.30 petang menyatakan anaknya tiada di taska dan selepas diperiksa sekali lagi oleh suaminya, wanita itu terus pergi ke tempat letak kenderaan iaitu lokasi keretanya diletakkan.“Dia mendapati anaknya berada di kerusi bayi bahagian belakang dalam keadaan tidak bermaya lantas mengeluarkan mangsa untuk memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut,” katanya.Sumber itu menambah, hasil rakaman percakapan bapa mangsa pula mendapati, dia telah datang ke taska dan mendapati mangsa tiada di situ.Jelasnya, bapa mangsa telah menghubungi isterinya dan memaklumkan anaknya tiada di taska serta meminta isterinya pergi ke tempat letak kereta.“Ketika bapa mangsa tiba di lokasi parkir kereta, dia mendapati isterinya sedang memberikan CPR kepada anaknya dan meminta isterinya membawa mangsa ke wad kecemasan untuk tindakan lanjut pada 5.35 petang,” ujarnya.Sumber itu berkata, bantuan pernafasan telah dilakukan selama enam minit tetapi mangsa tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan tanda-tanda hayat.“Bayi itu telah disahkan meninggal dunia dan bedah siasat akan dilakukan untuk menentukan punca kematian,” katanya.Sumber itu memberitahu siasatan awal mendapati berlaku kecuaian dalam kes tersebut.Sehubungan itu, kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.Kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/rizalman-ibrahim-dilantik-profesor-adjung-fakulti-akademi-kontemporari-islam-acis-uitm/
Rizalman Ibrahim Dilantik Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS), UITM
Datuk Rizalman Ibrahimdilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa 13 Ogos 2023 hingga 30 Julai 2025.Rizalman yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-52 pada 28 Oktober ini mengakui, beliau secara peribadi terkejut dengan pelantikan di akademi pengajian yang sama sekali bertentangan dengan latar belakang pendidikan dan pengalamannya.Beliau juga tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur mengenai pelantikan tersebut dan menerimanya dengan penuh keinsafan selain harus dipikul dengan amanah yang cukup besar.Kata Rizalman, tanggungjawab baharu yang dipikulnya itu akan memberi ruang dan kesempatan buat beliau berkongsi aspirasi dan ilmu serta pengalaman mengenai usaha pembangunan ummah.Bertepatan dengan prinsip Islam adalah cara hidup yang sebenar, Rizalman berikrar untuk memberi panduan yang tepat mengenai keperluan menjadikan agama sebagai sendi dalam sistem kehidupan manusia.Menurut Rizalman, tugasnya di ACIS atau Fakulti Akademi Kontemporari Islam lebih tertumpu kepada perkongsian ilmu dan pengalaman bukan sahaja dengan pelajar, bahkan, pasukan tenaga pengajar dan pengurusan juga akan dilibatkan sama.“Realitinya, kita semua (manusia) datang dari sebuah ‘universiti’ (dunia) yang sama. Dunia adalah universiti kepada kita. Manusia adalah pelajar-pelajarnya dan saya bersyukur kerana dipilih sebagai salah seorang pembimbing oleh ACIS untuk membimbing pelajar.“Pelantikan ini amat besar maknanya buat saya sebagai khalifah di bumi Allah SWT. Namun, sebelum menerima tugas besar ini, saya mohon pada Allah bantu saya tambahkan ilmu di dada untuk melancarkan amanah ini.“Saya sedar saya juga manusia, ada banyak kekurangan, namun, dalam masa sama saya sentiasa yakin bahawa pengalaman dan kemahiran serta penglibatan saya dalam kerja-kerja kemasyarakatan selama ini akan menjadi bekalan buat saya di ACIS kelak,” ujarnya dalam temu bual dengan Astro AWANI, hari ini.Untuk rekod, Rizalman juga sebelum ini merupakan Ahli Lembaga Pengarah UiTM selama tiga tahun.Sebagai Profesor Adjung di ACIS, Rizalman yang juga Alumni UiTM diberi ruang untuk memberikan kuliah di akademi berkenaan selain berkongsi apa sahaja perihal yang boleh membawa kepada kebaikan ACIS, institusi pengajian itu serta pembangunan ummah secara keseluruhan.“Saya amat teruja untuk berkongsi pandangan dan pengalaman bagaimana mencari model yang selesa untuk tangani masa depan agama penerimaan agama dalam masyarakat dan negara menerusi pelantikan ini.“Sudah tentu segala perkongsian saya di ACIS akan berteraskan pada fundamental Islam, namun, tidak akan sama sekali mengabaikan keperluan dan tuntutan kita sebagai manusia di dunia ini,” jelas Rizalman.Selepas mengumumkan persaraan sebagai pereka fesyen pada 20 Februari 2020, Rizalman memberikan fokus pada kerja-kerja kebajikan selain tekun meneladani pengajian agama.Susulan keputusan beliau meninggalkan gelanggang fesyen, Rizalman mengasaskan Yayasan Rizalman Ibrahim bersandarkan kepada niatnya untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat sejagat.Sehingga kini, Yayasan Rizalman Ibrahim yang tidak henti-henti menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan selain memberikan bantuan dari segi dana kepada sejumlah besar pelajar dari pelbagai universiti terkemuka negara.Sementara itu, pelantikan Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung di ACIS disambut baik oleh Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC).Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, pelantikan Rizalman dibuat berdasarkan pengalaman luas pereka fesyen dan ahli perniagaan tersohor negara itu dalam bidang yang diceburi beliau selama tiga dekad.Pelantikan pengasas dan Pengerusi RIC itu juga diyakini akan memberi peluang kepada Rizalman menyumbang idea dan buah fikiran dalam mengolah pemikiran generasi muda.“Berbekalkan pengalaman luas di dalam pelbagai bidang yang diceburi selama ini serta jiwa ‘Philanthropis’ yang beliau miliki, kami yakin Datuk Rizalman dapat menyumbang idea dan buah fikiran dalam mengolah pemikiran generasi muda terutamanya di institusi pengajian tinggi untuk menjadi seorang yang berfikiran luas dan berpandangan jauh,”kata RIC lagi. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/tiada-lagi-keranjang-kuning-tiktok-shop-indonesia-digantung/
Tiada Lagi ‘Keranjang Kuning’, TikTok Shop Indonesia Digantung
Aplikasi TikTok menggantung perkhidmatan beli-belah dalam taliannya di Indonesia untuk mematuhi peraturan baharu dilaksanakan kerajaan, mulai 5 petang semalam.TikTok dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pihaknya akur dengan keputusan kerajaan itu.“Keutamaan kami untuk terus mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.“Oleh itu, kami tidak menjalankan operasi transaksi e-dagang di TikTok Shop Indonesia,” katanya.Indonesia ialah negara pertama yang merintis perkhidmatan e-dagang aplikasi pada 2021, dan menjadi salah satu pasaran terbesar untuk TikTok Shop.Minggu lalu, Indonesia mengumumkan peraturan yang akan memaksa TikTok memisahkan ciri beli-belahnya daripada perkhidmatan perkongsian video popular di negara itu.Peraturan itu dilaksanakan kerajaan bertujuan membantu melindungi peruncit fizikal dan dalam talian tempatan.Menteri perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan dilaporkan berkata, langkah itu bagi memastikan peranan e-dagang dipisahkan dari media sosial.Katanya, platform media sosial diberikan masa seminggu untuk mematuhi peraturan baharu atau berisiko kehilangan lesen untuk beroperasi di negara tersebut, jika ingkar dengan peraturan berkenaan.Pengumuman itu dibuat selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo, bulan lalu, yang menyatakan kebimbangannya jika tiada peraturan khusus untuk mengawal aktiviti e-dagang.Peruncitan dalam talian di Indonesia popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.TikTok Shop meluaskan pasarannya sejak dilancarkan dua tahun lalu ke dalam pasaran beli-belah dalam talian Indonesia yang didominasi platform seperti Tokopedia, Shopee dan Lazada.Negara dengan lebih 278 juta orang ini, mempunyai 125 juta pengguna TikTok termasuk enam juta peniaga dan jutaan lagi pencipta yang memperoleh wang menggunakan TikTok Shop untuk mempromosikan barangan.Peraturan baharu itu menjadi satu lagi halangan kepada TikTok, yang mendapat perhatian di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan United Kingdom, selepas Parlimen di negara berkenaan menguatkuasakan larangan untuk mengehadkan penggunaan platform itu atas alasan keselamatan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/selangor-dah-bye-bye-reaksi-abdullah-khairi-selepas-selangor-tarik-balik-tauliah-mengajar/
“Selangor Dah Bye-Bye” – Reaksi Abdullah Khairi Selepas Selangor Tarik Balik Tauliah Mengajar
Pendakwah,Ustaz Abdullah Khairi, menerusi laman sosial Instagram memaklumkan tentang tauliah mengajarnya, ditarik balik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).Abdullah berkongsi surat yang diterimanya daripada MAIS yang memaklumkan perkara terbabit bertarikh 3 Oktober lalu.View this post on InstagramA post shared by Abdullah Khairi (@abdullahkhairi_official)Berdasarkan surat itu, penarikan balik tauliah mengajar beliau di Selangor diputuskan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS yang bersidang pada 27 September lalu.Bagaimanapun, surat itu tidak menyatakan alasan tempoh tauliah mengajar beliau yang masih berbaki sehingga 31 Disember 2024 itu, ditarik balik.Surat itu ada menjelaskan bahawa beliau boleh membuat rayuan secara bertulis terhadap keputusan Jawatankuasa Tauliah MAIS kepada MAIS dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat berkenaan.“Alhamdulillah! Ala kuli halin…Selangor dah bye bye …!!,” tulis Ustaz Abdullah Khairi dalam hantaran di media sosial. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/hamzah-nafi-cabar-muhyiddin-jerebu-nik-nazmi-hantar-surat-kepada-indonesia-kpdn-keluar-notis-kepada-kedai-seafood-viral/
Hamzah Nafi Cabar Muhyiddin | Jerebu, Nik Nazmi Hantar Surat Kepada Indonesia | KPDN Keluar Notis Kepada Kedai Seafood Viral
SOROTAN MENARIK KHAMIS 05/10/20231.Jerebu: Malaysia Hantar Surat Kepada Indonesia – Nik Nazmi2.Hamzah Nafi Cabar Muhyiddin Rebut Jawatan Presiden BERSATU – “Siapa Yang Cakap?”3.[V] Pemilik Kedai Seafood Buat ‘Breakdown’ Selepas Viral Bil Makan Artis Cecah RM1,261 – “Mereka Makan 20 Orang…”4.“Pelancong Wanita Pakai Singlet, Seluar Pendek, Tak Bertudung…Langgar Garis Panduan Pelancongan Terengganu” – ADUN Ladang5.KPDN Johor Beri Notis Kepada Kedai Makanan Laut Selepas Tular Isteri Artis ‘Complain’ Harga Mahal6.Meta Mahu Kenakan Yuran Langganan Bulanan Terhadap Pengguna Facebook Dan Instagram?7.Motosikal Dirempuh Kereta, Dua Beradik Maut Depan Sekolah
https://jurnal-malaysia.com/motosikal-dirempuh-kereta-dua-beradik-maut-depan-sekolah/
Motosikal Dirempuh Kereta, Dua Beradik Maut Depan Sekolah
Dua pelajar maut selepas motosikal mereka dirempuh kereta di KM45 Jalan Hutan Melintang – Bagan Datuk, di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Datoh, hari ini.Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah Abdullah, 13, difahamkan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muar yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu membabitkan motosikal yang ditunggang oleh pelajar lelaki berusia 15, dibonceng adiknya itu bergerak dari arah pekan Bagan Datuk menghala ke arah Hutan Melintang.“Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa disyaki memotong dengan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu seorang wanita berusia 28 tahun.“Nahas terbabit mengakibatkan dua beradik itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu wanita cedera ringan.“Mayat adik-beradik berkenaan dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.Ahmad Adnan berkata, kes disiasat mengiku Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Beliau berkata, orang awam yang menjadi saksi diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hanif Ghazali di talian 013-8211978 atau 05-6122222. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/meta-mahu-kenakan-yuran-langganan-bulanan-terhadap-pengguna-facebook-dan-instagram/
Meta Mahu Kenakan Yuran Langganan Bulanan Terhadap Pengguna Facebook Dan Instagram?
Meta menimbang langganan bulanan untuk pengguna Facebook dan Instagram yang tidak mahu data mereka digunakan dalam iklan diperibadikan, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ).Idea tersebut merupakan jalan penyelesaian kepada undang-undang privasi ketat Kesatuan Eropah(EU).Di bawah pelan itu, Meta akan mengenakan caj €10 sebulan (RM49.70)  untuk pengguna komputer meja menggunakan sama ada Facebook atau Instagram dan  €6 (RM29.90) lagi bagi setiap akaun tambahan.Pengguna telefon bimbit akan membayar €13 (RM64.60) untuk mengakses sama ada Facebook atau Instagram dan meningkat kepada €19 (RM94.50) jika kedua-duanya sekali, demikian menurut WSJ.Mereka yang memilih untuk tidak membayar masih boleh menggunakan kedua-dua aplikasi berkenaan tetapi akan ditampilkan dengan iklan diperibadikan berdasarkan aktiviti carian masing-masing.Pengawasan aktiviti pengguna menjadi titik perbalahan antara Meta dan pihak berkuasa EU.Facebook sahaja dikatakan mengumpulkan sekitar 52,000 data bagi setiap pengguna. Pengguna secara automatik memilih fungsi lalai untuk ciri tersebut melainkan mereka mengisi borang kebenaran yang panjang dan  ‘tersembunyi’ dalam seksyen  ‘bantuan’.Borang itu hanya disediakan sejak April lalu dan diperkenalkan bagi mematuhi keputusan pihak berkuasa kawal selia EU pada Disember 2022.Sejak itu, Mahkamah Keadilan EU memutuskan bahawa Meta perlu mendapatkan persetujuan pengguna sebelum mengumpulkan data mereka dan memberi masa kepada platform tersebut sehingga November 2023 untuk pematuhan. – JURNALSumber: AGENSI
https://jurnal-malaysia.com/kpdn-johor-beri-notis-kepada-kedai-makanan-laut-selepas-tular-isteri-artis-complain-harga-mahal/
KPDN Johor Beri Notis Kepada Kedai Makanan Laut Selepas Tular Isteri Artis ‘Complain’ Harga Mahal
Kedai makanan laut di bandar raya ini yang didakwa mengenakan bayaran mahal diberi notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor.Pengarahnya,Lilis Saslinda Pornomoberkata, tindakan diambil mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna iaitu harga yang mengelirukan.Beliau berkata, premis juga diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 supaya mengemukakan maklumat untuk pengiraan pencatutan.“Kelmarin kedai makan itu ditutup, oleh itu pemantauan dilakukan semalam.“Penguat kuasa sudah memantau harga dan operasi kedai makan itu dan sudah mengambil tindakan sesuai. Bagaimanapun kes masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.Semalam, media melaporkan Ekin Rahmat yang juga isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi mengakui terkejut dengan harga dikenakan sebuah kedai makanan laut yang dikunjunginya di bandar raya ini bersama ahli keluarga pada 30 September lalu.Mereka terdiri daripada 12 dewasa, selain enam kanak-kanak yang berusia antara dua tahun hingga warga emas berusia 80-an.Ekin atau nama sebenar Nora’Asikin Rahmat berkata, dia hanya memesan dua ekor ikan yang bersaiz sederhana dan beberapa menu makanan laut namun terkejut selepas melihat resit harga yang dikenakan kedai terbabit.Mereka juga didakwa tidak meletakkan tanda harga dan menyatakan hanya ikut harga pasaran.Sebelum ini pemilik kedai makan turut tampil membuat penjelasan di laman sosial Facebooknya.Menerusi video yang dimuat naik, wanita berkenaan turut memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap Ekin dan menyatakan kira-kira 20 ahli keluarganya mengunjungi kedai.Menurutnya, antara menu yang dipesan oleh Ekin dan keluarganya ialah pari bakar, siakap tiga rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam telur masin, ketam cili dan siput gonggong.BACA:[V] Pemilik Kedai Seafood Buat ‘Breakdown’ Selepas Viral Bil Makan Artis Cecah RM1,261 – “Mereka Makan 20 Orang…”“Saya pemilik gerai nombor 14, tujuan video ini bagi memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial.“Sekiranya masih tidak jelas, bolehla datang jumpa makcik,” katanya. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/pelancong-wanita-pakai-singlet-seluar-pendek-tak-bertudunglanggar-garis-panduan-pelancongan-terengganu-adun-ladang/
“Pelancong Wanita Pakai Singlet, Seluar Pendek, Tak Bertudung…Langgar Garis Panduan Pelancongan Terengganu” – ADUN Ladang
Kerajaan Terengganu digesa mengambil langkah lebih agresif dalam memperkasakan Garis Panduan Pelancongan, terutama membabitkan pelancong Muslim.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang,Zuraida Md Noor, berkata ia susulan berlaku pelanggaran etika berpakaian membabitkan pelancong wanita Muslim yang dilihat mencolok mata, seperti berseluar pendek, bersinglet dan tidak bertudung ketika berada di tempat awam.Beliau berkata, ia jelas melanggar Garis Panduan Pelancongan yang dilancarkan bersama Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan sebelum ini, yang menetapkan pelancong wanita Muslim hendaklah berpakaian menutup aurat.“Saya menyaksikan sendiri pelancong wanita Muslim tanpa segan silu memakai seluar pendek, bersinglet dan tidak bertudung. Malah, semakin ramai berani memakai pakaian mencolok mata bersiar-siar di tempat pelancongan kita.“Di sini, terdapat dua kemungkinan sama ada masih ramai yang tidak tahu mengenai garis panduan yang dikeluarkan kerajaan negeri, atau mereka tahu tetapi semakin berani untuk tidak patuh akibat tiada penguatkuasaan,” katanya dalam sesi perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, baru-baru ini.Sehubungan itu, Zuraida menggesa pemantauan syariah dilaksanakan di seluruh negeri, termasuk di hotel, pulau, pusat peranginan, pusat hiburan dan pawagam.Beliau menekankan, usaha itu termasuk dalam agenda dakwah Islamiah dan komitmen kerajaan negeri dalam menuju ke arah Terengganu yang maju, berkat serta sejahtera.“Bahkan, industri pelancongan Terengganu juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Destinasi Mesra Muslim melalui Anugerah Standard Kualiti Islam (IQS) serta Universal Crescent Standard Center (UCSC).“Ia pemangkin untuk memperlihatkan Terengganu sebagai koridor pelancongan Islam antarabangsa dan hab destinasi Islam global,” katanya. – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/v-pemilik-kedai-seafood-buat-breakdown-selepas-viral-bil-makan-artis-cecah-rm1261-mereka-makan-20-orang/
[V] Pemilik Kedai Seafood Buat ‘Breakdown’ Selepas Viral Bil Makan Artis Cecah RM1,261 – “Mereka Makan 20 Orang…”
Seorang wanita warga emas tampil membuat penjelasan selepas menyedari kedai makanan laut miliknya viral kerana didakwa terlalu mahal.Penjelasan tersebut dimuat naik anaknya,Mohd Yusof Abdullahdi laman sosial Facebook (FB) untuk mengelak salah faham.Menerusi hantaran tersebut Mohd Yusof turut menyebut nama penyampai radio dan penyanyi Mawi bersama isterinya Ekin.Kata Mohd Yusof, Mawi dan Ekin boleh bertemu dengannya jika masih kurang jelas mengenai harga makanan selepas penjelasan dibuat.Dalam video yang dibuat naik Mohd Yusof, ibunya yang juga pemilik Gerai Makanan Laut Dol Mat menjelaskan, selebriti tersebut ke gerainya untuk menjamu selera pada petang Sabtu lalu, 30 September.Menurut wanita yang dikenali sebagai Mak Wati itu, selebriti tersebut membuat pesanan untuk 20 orang makan termasuk kanak-kanak.Kata Mak Wati, mereka telah memesan empat hidang nasi, tiga hidang sayur, tiga ekor ikan pari bakar, dua ekor siakap tiga rasa, seekor ikan siakap stim, tiga hidang udang mentega, tiga hidang sotong celup tepung, satu hidang ketam cili dan ketam telur masin, telur dadar lima hidang, satu pek siput gonggong serta minuman termasuk otak-otak.Kesemua harga makanan tersebut dijelaskan Mak Wati menerusi sebuah video dan setiap harga dipecah-pecahkan mengikut hidangan dan berat (gram).View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Di ruangan komen, rata-rata pengikut yang pernah mengunjungi gerai Mak Wati memaklumkan, harga yang dikenakan terhadap selebriti tersebut sangat berpatutan tambahan lagi pesanan dibuat juga banyak.Kata mereka, Mak Wati seorang peniaga yang baik hati dan tidak pernah mempunyai masalah sepanjang berniaga di Anjung Selera Tengku Peti, yang terletak di Johor Bahru itu.Terdahulu, tular di media sosial bil makanan di kedai makanan laut yang terletak di anjung selera tersebut mahal sehingga mencecah RM1,261. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/hamzah-nafi-cabar-muhyiddin-rebut-jawatan-presiden-bersatu-siapa-yang-cakap/
Hamzah Nafi Cabar Muhyiddin Rebut Jawatan Presiden BERSATU – “Siapa Yang Cakap?”
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN),Datuk Seri Hamzah Zainudinmenafikan desus-desas kononnya hubungan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang bermasalah.Hamzah berkata, dia dan Muhyiddin baik-baik sahaja, sekaligus menepis dakwaan beliau bakal mencabar Muhyiddin dalam pemilihan parti sehingga berlaku perpecahan dalaman.“Siapa yang cakap? Dalam mesyuarat kami terdiri Presiden (BERSATU), Timbalan Presiden dan saya Setiausaha Agung baik saja. Tidak ada masalah,” katanya.Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Perdana anjuran Perikatan Nasional (PN) di Dataran Purnama semalam, Hamzah menjelaskan tidak timbul langsung parti itu sedang berantakan kononnya bakal bertanding merebut jawatan Presiden BERSATU yang kini disandang Muhyiddin.Dengan penafian itu, beliau berkata dakwaan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab itu hanya sebuah cerita rekaan semata-mata.“Ini mesti ada orang luar yang nak buat cerita bukan-bukan. Tak ada pun cerita tentang (saya nak bertanding jawatan Presiden) sebab pemilihan lagi 18 bulan. Apa hal nak cerita pasal perpecahan?“Tidak ada. Saya Setiausaha Agung, Tan Sri Muhyiddin adalah Presiden. Dia lantik saya sebagai Setiausaha Agung. Pasal apa nak (berlaku) perpecahan? Kalau saya tak suka dia saya berhenti. Kalau dia tak suka saya dia pecat saya.“Adakah perkara itu berlaku? Apa hal ini buat cerita yang bukan-bukan. Sebab itu kita tengok rakan-rakan (dalam BERSATU) semua kami bersama, baik saja,” kata Ahli Parlimen Larut itu.Menurut laporan BH yang memetik FMT pada bulan lalu, Hamzah antara disebut sebagai pencabar utama jawatan tertinggi itu sekiranya Muhyiddin selaku Presiden memutuskan untuk tidak bertanding pada pemilihan akan datang.Memetik sumber BERSATU, Muhyiddin kemungkinan berundur daripada bertanding sebarang jawatan dan hasratnya itu juga sudah lama dimaklumkan kepada kepimpinan parti.Sumber sama berkata, Hamzah mempunyai sokongan cukup kuat dalam kalangan ahli BERSATU untuk memimpin parti berkenaan.Pada Mei lalu, pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Bahagian BERSATU ditangguhkan hingga 18 bulan bagi memberi ruang untuk menghadapi PRN.Bagaimanapun, penangguhan itu tidak termasuk pemilihan peringkat cawangan. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/jerebu-malaysia-hantar-surat-kepada-indonesia-nik-nazmi/
Jerebu: Malaysia Hantar Surat Kepada Indonesia – Nik Nazmi
Malaysia sudah menghantar surat kepada Indonesia berhubung masalah jerebu rentas sempadan yang melanda negara ketika ini.Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan IklimNik Nazmi Nik Ahmadberkata, surat dihantar kepada rakan sejawatnya, sebagai tindakan terhadap isu jerebu.Katanya, ia juga susulan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kementerian menangani isu berkenaan dengan mengkoordinasi langkah dengan rakan sejawat dalam ASEAN termasuk Indonesia.“Kita sudah pun menghantar surat kepada menteri sejawat saya mengenai masalah itu seperti mana disebut Perdana Menteri semalam,” katanya kepada pemberita selepas Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM), pada Rabu.Sebelum ini, Indonesia menafikan dakwaan bahawa jerebu rentas sempadan berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di negara berkenaan.Namun, Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) mengesan 2,203 titik panas di sekitar Kalimantan berbanding hanya empat di Sarawak dalam tempoh 20 hingga 28 September lalu, sekali gus menunjukkan jerebu di Sarawak berpunca dari negara jiran.Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, semua negara ASEAN termasuk Indonesia sudah meratifikasi Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (ATHP) sebelum ini.Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia menubuhkan panel penasihat dan perundingan untuk mendapatkan maklum balas mengenai suara negara dalam aspek perubahan iklim, bagi dibawa ke konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) di Dubai, November ini.“Kita juga ada melancarkan Pavilion COP28 untuk kita pamerkan segala yang Malaysia lakukan dalam menangani perubahan iklim.“Selain itu, pandangan dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan kerajaan, pihak akademi, badan bukan kerajaan (NGO) dan anak muda melalui panel penasihat dan perundingan turut kita masukkan dalam Pavilion ini,” katanya.Mengenai IGEM, Nik Nazmi berkata, acara yang memasuki tahun ke-14 itu menyasarkan peluang perniagaan bernilai RM4 bilion melalui lebih 400 peserta pameran.Selain itu lebih 40,000 pengunjung dari 40 negara disasar hadir. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/nik-nazmi-mahu-selesai-isu-jerebu-hakim-tarik-diri-dengar-rayuan-najib-pm-sahkan-tiada-rombakan-kabinet/
Nik Nazmi Mahu Selesai Isu Jerebu | Hakim Tarik Diri Dengar Rayuan Najib | PM Sahkan Tiada Rombakan Kabinet
SOROTAN MENARIK RABU 04/10/20231.PM Anwar Sahkan Tiada Rombakan Kabinet Hari Ini2.TMJ Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Rambang Di Siam Paragon Mall3.[V] Jerebu: “Mereka Nafi Tak Apa, Kita Ada Data…Buat Masa Ini Kita Fokus Untuk Selesaikan Isu Ini” – Nik Nazmi4.Elaun Pegawai Masjid Dan Surau Di Selangor Dinaikkan5.Elaun Pegawai Masjid Dan Surau Di Selangor Dinaikkan6.Hakim Tarik Diri Daripada Dengar Rayuan Najib7.Melakukan Amang, Komunikasi Seksual: PU Azman Dibicarakan Mei 2024
https://jurnal-malaysia.com/melakukan-amang-komunikasi-seksual-pu-azman-dibicarakan-mei-2024/
Melakukan Amang, Komunikasi Seksual: PU Azman Dibicarakan Mei 2024
Mahkamah Sesyen Ampang menetapkan pendakwah selebriti,Azman Syah Aliasdibicarakan pada Mei tahun depan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan berkomunikasi secara seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.Hakim Norhazani Hamzah menetapkan kedua-dua pertuduhan terhadap Azman Syah atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman dibicarakan selama enam hari pada 8, 9, 23, 29, 30 Mei dan 4 Jun 2024.Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar pertuduhan amang seksual fizikal yang dikemukakan di Ampang dibicarakan secara bersama dengan pertuduhan berkomunikasi secara seksual yang sebelum ini dikemukakan di Mahkamah Sesyen Klang.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan pertuduhan di Klang telah dipindahkan ke Ampang pada 4 September lalu.“Kami mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) agar kedua-dua pertuduhan dibicara secara bersama dan pengurusan kes ditetapkan pada 2 April 2024,” ujar beliau.Permohonan untuk perbicaraan bersama itu tidak dibantah oleh peguam Muhammad Fairuz Iskandar Zainal Abidin yang mewakili Azman Syah.Norhashimah turut memaklumkan semua dokumen pendakwaan telah diserahkan kepada pihak pembelaan di Klang dan dokumen tersebut sama dengan kes di Ampang.Mahkamah kemudian menetapkan 21 November ini bagi sebutan kes bagi mengesahkan sama ada semua dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan.Sementara itu, PU Azman ketika ditanya wakil media berhubung perkembangan terkininya memberitahu, dia masih aktif menyampai ceramah atas jemputan pelbagai pihak di negeri lain termasuk Perak dan Selangor.“Perkembangan terkini macam biasa, masih memberi ceramah dan buat kandungan di media sosial selain memberi tumpuan kepada program peribadi,” ujar penceramah itu ketika ditemui di pekarangan mahkamah.Ketika ditanya sama ada terdapat pihak-pihak yang menarik balik kerjasama yang dibuat dengannya, PU Azman berkata tidak pasti berkaitan perkara itu dan buat masa ini dia tidak memikirkannya.Pada 21 Disember 2022, PU Azman, 42, didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 17 tahun pada waktu tengah hari, 22 Julai 2022 di bilik sebuah resort di Hulu Langat dekat sini.Tertuduh yang juga dikenali sebagai Cik Man didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan di Klang, Azman Syah didakwa berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp dengan remaja yang sama di antara pukul 4 petang dan 7.30 malam pada 16 Ogos 2022 di sebuah rumah di Kampung Meru, Klang dekat sini.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 11(1)(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun.Di Mahkamah Sesyen Klang, pendakwah selebriti itu sebelum ini didakwa atas pertuduhan melakukan amang, komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun lalu.Di mahkamah itu, PU Azman didakwa atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal di sebuah inap desa di Sungai Udang dekat sini masing-masing pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.Dalam pada itu, Azman Syah turut didakwa di Mahkamah Majistret Klang kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek kira-kira pukul 9.15 malam pada 10 Jun 2022.Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan. Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki. – JURNALSumber: UTUSAN
https://jurnal-malaysia.com/hakim-tarik-diri-daripada-dengar-rayuan-najib/
Hakim Tarik Diri Daripada Dengar Rayuan Najib
Hakim Mahkamah Rayuan,Datuk Azizah Nawawi, hari ini menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan kes samannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berhubung dakwaan salah guna jawatan awam.Pada awal prosiding, Azizah yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bersidang bersama-sama Datuk See Mee Chun dan Datuk Lim Chong Fong, mendedahkan suaminya, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman yang kini sudah bersara, pernah berkhidmat di bawah Tommy di Jabatan Peguam Negara.Peguam Najib, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, kemudian memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan arahan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu susulan pendedahan berkenaan.Selepas mahkamah bersidang semula kira-kira 10 minit kemudian, Firoz Hussein memaklumkan kepada mahkamah bahawa arahan daripada anak guam ialah supaya Azizah menarik diri daripada panel berkenaan.Hakim itu kemudian memutuskan menarik diri daripada mendengar rayuan terbabit.“Saya bercadang menarik diri daripada mendengar kes ini kerana suami saya (berkhidmat) secara terus di bawah responden (Thomas).“Asas kepada penarikan ini adalah kerana kes membabitkan kepentingan awam, jadi adalah lebih baik kita mempunyai standard yang tinggi,” katanya.Sementara itu, Tommy yang diwakili peguam Alan Gomez memberitahu mahkamah, pihaknya tiada bantahan bagi Azizah terus mendengar rayuan itu dan mahu plaintif (Najib) menyatakan alasannya.“Kita tidak boleh mengambil mudah perkara ini. Saya tidak nampak ada alasan akan berlaku bahaya berat sebelah,” katanya.Pada 25 November tahun lalu, Tommy berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan saman yang difailkan Najib berhubung dakwaan bekas peguam negara itu menyalahguna kuasa untuk mengemukakan pendakwaan membabitkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache ketika membenarkan permohonan itu berkata, saman Najib selaku plaintif tidak boleh dipertahan dan tiada sebab tindakan yang munasabah.Dalam saman yang difailkan pada 22 Oktober 2021, Najib mendakwa dituduh melakukan rasuah dalam skandal 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan kes pengubahan wang haram.Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah dirancang lebih awal oleh Tommy dan selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.Najib dengan itu memohon perisytiharan Tommy melakukan penyelewengan dalam jawatan awam dan menuntut ganti rugi RM1.9 juta, termasuk yuran rundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta bagi menangani pendakwaan terbabit. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/elaun-pegawai-masjid-dan-surau-di-selangor-dinaikkan/
Elaun Pegawai Masjid Dan Surau Di Selangor Dinaikkan
Seramai 2,660 pegawai masjid dan surau di Selangor menerima kenaikan elaun bermula 25 Oktober ini.Menteri Besar SelangorDatuk Seri Amirudin Shariberkata, seramai 760 imam akan menerima bayaran bulanan yang ditingkatkan dari RM1,300 ke RM1,500 sebulan yang akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Katanya, elaun 1,900 nazir, bilal, dan siak pula akan ditingkatkan sebanyak RM50 sebulan kepada RM300 untuk nazir, RM340 bagi bilal, serta RM290 untuk siak.“Secara keseluruhan, pemberian insentif ini adalah penambahan sebanyak RM2,964,000 dan akan diperuntukkan secara tahunan sebagai ikhtiar Kerajaan Negeri dalam menggerakkan syiar Islam di Selangor,” katanya pada sidang media khas di Foyer SUK, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.Dalam pada itu, Amirudin turut mengumumkan insentif pertanian Kita Selangor sebagai langkah membantu komuniti petani dan pesawah serta memberi insentif supaya kadar pengeluaran pertanian dapat ditingkatkan.Katanya, kerajaan negeri akan memberikan RM1,000 kepada 500 pengusaha dalam bidang tanaman, ternakan, akuakultur, industri asas tani serta nelayan.“Pemberian ini akan dibuat dalam bentuk tunai sebanyak RM500 manakala baki RM500 akan diberikan dalam menerusi input tanaman, peralatan dan bahan mentah dan akan mula diserahkan pada 31 Oktober ini melalui kerjasama pihak Agro Bank Selangor serta Koperasi Kohijrah Warga Hijrah Selangor Berhad,” katanya.Sementara itu, bagi meringankan beban kewangan, kerajaan Selangor akan mengecualikan cukai taksiran bagi 426,656 rumah kos rendah dan rumah kampung untuk tempoh penggal kedua iaitu dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2023.“Ia membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM29.41 juta (RM29,415,672.50) kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan.“Bantuan secara bersasar ini diharapkan meningkatkan pendapatan boleh guna bagi golongan yang memerlukan serta mengurangkan kos sara hidup,” katanya. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/v-jerebu-mereka-nafi-tak-apa-kita-ada-databuat-masa-ini-kita-fokus-untuk-selesaikan-isu-ini-nik-nazmi/
[V] Jerebu: “Mereka Nafi Tak Apa, Kita Ada Data…Buat Masa Ini Kita Fokus Untuk Selesaikan Isu Ini” – Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,Nik Nazmi Nik Ahmadenggan memanjangkan isu mengenai Indonesia yang menafikan masalah jerebu kini disebabkan negara mereka.Malah kata Nik Nazmi, buat masa ini pihak Kementerian memberi fokus untuk menyelesaikan isu ini terlebih dahulu.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Tambah Nik Nazmi lagi, pihak kementerian juga tidak menerima sebarang laporan kebakaran besar dalam negara yang boleh dikaitkan dengan keadaan berjerebu ketika ini.Katanya, laporan kebakaran hutan besar-besaran kali akhir diterima kementerian ialah pada Mei lalu, namun jerebu yang melanda ketika ini berpunca dari negara luar berdasarkan data diperoleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).“Kementerian juga telah berkongsi data (jerebu) dengan negara ASEAN dan pada masa sama, mengingatkan dan menghantar surat kepada syarikat pengusaha ladang Malaysia yang beroperasi di Indonesia supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Taman Didik Hibur Wetland Studios, Putrajaya, pada Selasa.Terdahulu, Kementerian Alam Sekitar Indonesia menafikan dakwaan kebakaran hutan di Sumatera dan sebahagian pulau Borneo yang menyelubungi beberapa bandarnya dengan jerebu tebal, turut menjejaskan kualiti udara di Malaysia.Jumaat lalu, Malaysia mengeluarkan amaran tahap pencemaran tinggi di kebanyakan kawasan di barat Semenanjung dan barat Sarawak dengan menyalahkan jerebu rentas sempadan dari Indonesia.Nik Nazmi berkata, pengusaha ladang Malaysia di Indonesia memberi kerjasama positif kebelakangan ini berkait usaha mengelak melakukan pembakaran terbuka.Mengenai operasi pembenihan awan, beliau memaklumkan, proses itu akan dilakukan jika indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 150 bagi tempoh lebih 24 jam, tertakluk pada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai.“Kementerian dan setiap agensi terlibat dalam pengurusan bencana akan sentiasa bertindak lebih cepat dan responsif sekiranya jerebu semakin buruk,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/tmj-kongsi-detik-cemas-insiden-tembakan-rambang-di-siam-paragon-mall/
TMJ Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Rambang Di Siam Paragon Mall
Tunku Mahkota Johor (TMJ),Tunku Ismail Sultan Ibrahimberkongsi detik cemas berhadapan situasi tembakan rambang yang berlaku di pusat beli-belah Siam Paragon Mall di Bangkok, Thailand, semalam.Difahamkan ketika kejadian TMJ bersama keluarga dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di hotel berhampiran.Bagaimanapun baginda serta seluruh delegasi, berada dalam keadaan selamat.“Alhamdulillah, kami selamat,” tulis baginda menerusi hantaran di Instagram Story.Menurut baginda ketika kejadian, suasana panik dengan orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat beli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan.“Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu.“Kami membawa kanak-kanak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.“Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran… kami tidak mempunyai maklumat lain,” kata baginda dalam perkongsian tersebut.Baginda turut berkongsi detik ketika menenangkan anak-anaknya yang ketakutan dan menangis.“Saya memberitahu anak-anak saya, ‘semuanya akan kembali okay. Babah dan Mama ada di sini’ dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba.“Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku.“Apa yang difikirkan adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka,” katanya.TMJ berkata, baginda menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatannya untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa mereka ke lokasi yang selamat, jauh dari tempat tersebut.“Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia dan pemandu memberitahu Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor.“Kini kami selamat berada di Kedutaan. Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) serta Menteri Pertahanan kita (Datuk Seri Mohamad Hasan) untuk memaklumkan apa yang berlaku dan Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami,” menurut baginda.Dalam hantaran itu lagj, baginda turut memaklumkan akan ke lapangan terbang dan pulang ke Johor selepas semuanya selamat.Meskipun terlepas perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail bersyukur keluarga dan pasukannya selamat dan menyifatkan kejadian itu pengalaman terburuk pernah dilalui, apatah lagi perlu melindungi anak-anaknya daripada pembunuh.“Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua,” katanya.Tunku Ismail turut mendoakan roh mereka yang terkorban dirahmati.Pemilik pasukan JDT itu berada di Bangkok bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang menyaksikan JDT merakam kemenangan pertama Kumpulan I dengan menjinakkan BG Pathum United 4-2, pada Isnin. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/pm-anwar-sahkan-tiada-rombakan-kabinet-hari-ini/
PM Anwar Sahkan Tiada Rombakan Kabinet Hari Ini
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimmengesahkan tiada rombakan kabinet akan dilakukan pada hari ini (Rabu).Anwar berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa juga tiada kaitan dengan rombakan kabinet.“Tadi saya mengadap Tuanku untuk bincang (mesyuarat mingguan) kabinet dan tiada kaitan dengan rombakan jemaah menteri.“Lepas (mesyuarat mingguan kabinet), saya (bertolak) ke Sabah dan kemudian ke Abu Dhabi,” katanya.Sementara itu, Anwar memberitahu, kerajaan memantau perkembangan jerebu dengan teliti setiap hari.“Laporan penuh berkaitan jerebu ini akan dimaklumkan dalam mesyuarat minggu kabinet esok,” ujar beliau.Malah, katanya, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad akan berhubung dengan rakan sejawatannya di Indonesia bagi membincangkan masalah jerebu yang didakwa berpunca dari negara jiran itu. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/keluarga-hilang-di-pulau-perhentian-sudah-dijumpai-sorok-beras-pm-beri-amaran-jururawat-ditikam-tembus-ke-hati/
Keluarga Hilang Di Pulau Perhentian Sudah Dijumpai | Sorok Beras, PM Beri Amaran | Jururawat Ditikam Tembus Ke Hati
SOROTAN MENARIK SELASA 03/10/20231.Kes Jururawat Ditikam Suami: “Munirah Maut Kerana Tikaman Hingga Ke Hati, Pembuluh Darah” – Polis2.Sekolah, Tadika, Taska Tutup Serta-Merta Jika Bacaan IPU Lebih 2003.PM Beri Amaran, Pihak Sorok Stok Beras Putih Tempatan Akan Dikenakan Tindakan Undang-Undang4.TFight Festival 2023 Sukan Patuh Syariah, Dicatat Dalam The Malaysia Book Of Records!5.Penolong Pengurus Hotel Didakwa Cabul Bekas Pembaca Berita Terkenal6.Keluarga Hilang Di Pulau Perhentian Sudah Ditemui – “Mak Mentua, Adik Ipar, Dua Anak Saya Selamat…”7.Empat Bulan Operasi, Taman Tema Edutainment Wetland Studios Putrajaya Tarik 100,000 Pengunjung
https://jurnal-malaysia.com/empat-bulan-operasi-taman-tema-edutainment-wetland-studios-putrajaya-tarik-100000-pengunjung/
Empat Bulan Operasi, Taman Tema Edutainment Wetland Studios Putrajaya Tarik 100,000 Pengunjung
Dalam tempoh 4 bulan pertama pengoperasiannya, Wetland Studios Putrajaya (WSP), sebuah taman tema didik hibur (edutainment) telah berjaya menarik lebih daripada 100,000 pengunjung warga tempatan dan warga asing.Ini sekaligus menjadikan taman tema berteknologi tinggi itu sebagai destinasi pelancongan terbaharu yang popular di Putrajaya.Sejak dibuka pada 26 Mei lalu, WSP mempromosikan kesedaran pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan hidupan liar kepada para pengunjungnya.Dipenuhi dengan pelbagai jenis tarikan, WSP pasti menjadi tempat liburan dan rekreasi pilihan keluarga terutama mereka yang memiliki anak-anak.Melalui pengalaman fizikal dan maya di WSP, pengunjung akan mendapat pemahaman saintifik yang menghiburkan melalui watak-watak animasi tentang pelbagai spesies hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, serangga, pokok, bunga dan sebagainya serta bagaimana air memainkan peranan utama bagi menyokong ekosistem kehidupan di bumi.Pengerusi Eksekutif, Wetland Studios Sdn Bhd. Datuk Norman Abdul Halim, berkata, kejayaan WSP adalah hasil kerjasama baik awam-swasta khususnya sokongan padu dari Perbadanan Putrajaya.“Inisiatif Wetland Studios dalam mempromosikan pemuliharaan alam sekitar tidak dihadkan kepada tarikan di dalam bangunan semata-mata.“Pihak kami kini sedang dalam proses menambah baik pengalaman pengunjung di persekitaran Taman Wetland Putrajaya dengan penggunaan teknologi hijau seperti perkhidmatan lawatan berpandu kenderaan elektrik “autonomous”, demonstrasi penggunaan tenaga solar serta penganjuran acara sukan dan hiburan bertemakan pemuliharaan alam sekitar mulai Disember 2023.“Wawasan kami adalah menjadikan Wetland Studios Putrajaya sebagai pusat eko-pelancongan bertaraf dunia serta hab demonstrasi teknologi hijau menjelang tahun 2027,” katanya.Norman berkata demikian ketika Majlis Penghargaan Wetland Studios Putrajaya Sebagai Pusat Sumber Pemuliharaan Alam Sekitar, pada petang Selasa.Majlis tersebut dirasmikan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. Turut hadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk TPr. Fadlun Mak Ujud.Nik Nazmi berkata, inisiatif diambil WSP untuk mempromosikan pemuliharaan alam sekitar dan pelindungan hidupan liar selaras dengan matlamat kerajaan ke arah pembangunan teknologi hijau untuk mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif dan mampan.“Pihak kami mengalu-alukan inisiatif yang diambil oleh Wetland Studios Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya dalam mempromosikan pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan hidupan liar.“Ianya selaras dengan matlamat kerajaan ke arah pembangunan teknologi hijau untuk mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif dan mampan.“Inisiatif ini bukan sahaja memberi kesedaran kepada orang ramai tetapi menggalakkan pembangunan sosioekonomi negara.“Pihak kami berharap lebih banyak penglibatan sektor awam dan swasta, badan bukan kerajaan dan individu akan tampil ke depan dan menyokong aktiviti-aktiviti di Wetland Studios Putrajaya,” katanya.Pada majlis tersebut, Nik Nazmi turut dibawa melawat sekitar kompleks bangunan Wetland Studios Putrajaya.WSP terletak di Taman Wetland Putrajaya, iaitu sebuah taman rekreasi yang menempatkan tanah becah air tawar buatan manusia yang terbesar di kawasan tropika yang berfungsi dengan baik untuk menapis bahan cemar.Dengan kriteria ini jugalah, Tasik dan Wetland diiktiraf sebagai Tapak Demonstrasi Ekohidrologi UNESCO sejak 2010, dan merupakan satu-satunya tapak di Malaysia yang mendapat pengiktirafan berprestij tersebut.Taman Wetland Putrajaya, dibawah pengurusan Perbadanan Putrajaya juga telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa sejajar dengan konsep pembangunan Putrajaya sebagai Bandaraya Pintar Dalam Taman.Wetland Studios Putrajaya dibuka setiap hari mulai 10 pagi sehingga 7 malam pada hujung minggu, cuti awam dan cuti persekolahan dan, 10 pagi sehingga 6 petang pada hari biasa. Untuk maklumat lanjut mengenai Wetland Studios Putrajaya, layariwww.wetlandstudios.com. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/keluarga-hilang-di-pulau-perhentian-sudah-ditemui-mak-mentua-adik-ipar-dua-anak-saya-selamat/
Keluarga Hilang Di Pulau Perhentian Sudah Ditemui – “Mak Mentua, Adik Ipar, Dua Anak Saya Selamat…”
Seorang lelaki dikenali sebagai Ah Pek memaklumkan ibu mentua, adik ipar dan dua orang anaknya yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditemui.Ah Pek yang berkongsi perkembangan terkini menerusi laman sosial Facebook (FB)nya itu berkata, dia kini dalam perjalanan pulang ke Kluang, Johor, dari Terengganu.Menurut Ah Pek lagi, memandangkan kes ini sudah selesai dia akan ke balai polis untuk menarik balik kes.Dalam pada itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantunya sehingga kes ini selesai.Terdahulu media melaporkan sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang wanita, anak lelaki dan dua cucu dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian pada hujung minggu lalu.Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor dan ahli keluarganya dikesan keluar dari pulau peranginan itu sejak kelmarin.Katanya, ahli keluarga tidak dapat menghubungi wanita itu bersama anaknya, Mohamad Aiman Mohd Rafee, 21 serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani Mohd Saiful, 4, sejak Sabtu lalu hingga hari ini. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/penolong-pengurus-hotel-didakwa-cabul-bekas-pembaca-berita-terkenal/
Penolong Pengurus Hotel Didakwa Cabul Bekas Pembaca Berita Terkenal
Seorang penolong pengurus eksekutif sebuah hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan bekas pembaca berita yang juga rakan sekerjanya, Julai lalu.Tertuduh,Mohd Faizal Hussain, 53, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.Mengikut pertuduhan, Mohd Faizal didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap bekas pembaca berita berusia 54 tahun itu dengan memegang tangan mangsa dengan tujuan mencabul kehormatannya di sebuah hotel di Damansara pada 1 tengah hari, 13 Julai lalu.Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda dan sebat atau mana-mana dua seksaan itu.Pendakwaan dikendalikan Siti Maryam Jamilah Md Kamal dan tertuduh diwakili peguam Nur Afiqah Mohd Ashriee.Dalam prosiding hari ini, Siti Maryam memohon wang jaminan RM6,000 serta syarat tambahan untuk tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.“Saya difahamkan hubungan adalah rakan sekerja,” katanya.Nur Afiqah dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan RM1,500 kerana anak guamnya mempunyai enam tanggungan termasuk tiga anak masih bersekolah, isteri tidak bekerja serta ibu dan ayah yang sakit.“Tertuduh hadir ke balai polis sebelum ini untuk memberi keterangan dan kerjasama, saya percaya anak guam tiada risiko melarikan diri.“Tertuduh mempunyai pendapatan RM9,000 (sebulan), namun akibat digantung kerja sejak minggu lalu tertuduh hanya dibayar separuh daripada gaji itu. (Jaminan) perlu mengambil kira komitmen dan tanggungan tertuduh,” katanya.Majistret kemudian membenarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dan syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan, selain menetapkan semula kes pada 20 November ini. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/tfight-festival-2023-sukan-patuh-syariah-dicatat-dalam-the-malaysia-book-of-records/
TFight Festival 2023 Sukan Patuh Syariah, Dicatat Dalam The Malaysia Book Of Records!
Kerajaan Negeri Terengganu berjaya membuktikan “Sukan Patuh Syariah” dan “Fit Is Sunnah,” mampu dilaksana dan direalisasikan menerusi acara Muay Thai.TFight Festival 2023 telah membuktikan bahawa sukan Muay Thai boleh dijalankan tanpa mendedahkan aurat.Ditambah lagi dengan trademark “Sukan Patuh Syariah” dan “Fit Is Sunnah,” yang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu.Selain itu, acara ini juga melakar sekarah apabila diakui oleh The Malaysia Book of Records dengan mengadakan persembahan seni bela diri tanpa henti selama 16 jam.Acara penyampaian sijil disempurnakan oleh wakil The Malaysia Book Of Records, Mohd Nazrul Hafizi kepada Presiden Muaythai Terengganu Master Najmi Abdullah.Berlangsung selama dua hari bermula 29 hingga 30 September lalu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, acara ini turut disertai 11 persatuan dan pertubuhan seni mempertahankan diri di Malaysia seperti Taekwando, Karate, Wusyu, Pertubuhan Seni Gayung Serantau Malaysia Negeri Terengganu, Judo, Karate PDRM, Muaythai dan Pesaka.Presiden Muaythai Terengganu, Master Najmi Abdullah berkata, acara tersebut mencapai sasaran apabila kehadiran pengunjung mencecah 20,000 orang.“Kami bangga mengumumkan bahawa kehadiran pengunjung dalam acara ini mencapai angka luar biasa, sekitar 20,000 orang pengunjung dan pelancong yang hadir untuk menyaksikan dan merasai semangat TFight Festival 2023.“Ini adalah penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjadikan acara ini kejayaan besar.“TFight Festival 2023 telah mencipta sejarah dalam dunia Muaythai dan menjadi contoh bagaimana olahraga dapat mempromosikan nilai-nilai perpaduan pada masyarakat.“Kami berharap bahawa semangat yang diperlihatkan dalam acara ini akan terus memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk hidup sihat, aktif, dan patuh terhadap nilai-nilai yang dipraktik,” katanya.Sementara itu, Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) pula menganjirkan dua acara iaitu, Kejuaraan Amatur Muaythai dan Kejuaraan Amatur Kickboxing yang berlangsung serentak di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak, bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang.Acara utama program ini adalah T-Fight Terengganu International Muay Thai untuk tujuh pertarungan meliputi 1 Super Fight (3 pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan).Menampilkan nama-nama besar petinju muaythai Malaysia seperti Mohammad Rafi bin Abdul Manaf (Mat Ropi), Ali Yaakob dan Alif Rakid.Turut hadir menyaksikan pertarungan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Haji Hishamuddin Abdul Karim, Mufti Terengganu Darul Iman, Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron dan Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan.Turut hadir memberikan sokongan ialah General Secretary of the International Federation of Muaythai Amateur, wakil daripada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia serta wakil Majlis Sukan Negeri Terengganu, Stephen Fox. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/pm-beri-amaran-pihak-sorok-stok-beras-putih-tempatan-akan-dikenakan-tindakan-undang-undang/
PM Beri Amaran, Pihak Sorok Stok Beras Putih Tempatan Akan Dikenakan Tindakan Undang-Undang
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimmemberikan amaran  tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang mengambil kesempatan menyorok stok beras putih tempatan (BPT).Tegasnya, kerajaan akan mengheret pihak berkenaan ke muka pengadilan sekiranya didapati melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.Beliau mengaku memang ada pihak yang sanggup bertindak sedemikian di tengah-tengah kekurangan stok bahan mentah dalam pasaran negara, demi mengaut keuntungan.”Kemudian ada juga dalam kalangan yang salah guna, sorok, simpan… saya beritahu kepada saudara Mat Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu), arahan yang jelas kepada badan penguat kuasa. Kalau ada yang berani buat perangai buruk dalam keadaan orang susah mencari beras, kamu sorok… kamu jaga.“Kami akan cari kamu dan sama ada bawa kamu ke mahkamah… tengah orang susah, masa itu kamu nak cari untung,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai, malam tadi.Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), dan Mohamad yang juga Presiden AMANAH.Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kerajaan sentiasa berusaha menyelesaikan isu beras tetapi mengakui ia memerlukan sedikit masa.“Kita cuba tetapi apakah boleh selesai 100 peratus? Tidak, beras ini isu, masalah berat… jadi saya kata beri masa seminggu tengok keadaan dia. Kalau tak selesai lagi, kita bincang semula sebelum pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober ini,” katanya.Perdana Menteri memaklumkan isu beras turut berlaku di negara lain, termasuk harganya terpaksa dinaikkan berikutan negara pembekal telah memberhenti atau mengurangkan eksport beras mereka. – JURNALSumber:BULETIN TV3
https://jurnal-malaysia.com/sekolah-tadika-taska-tutup-serta-merta-jika-bacaan-ipu-lebih-200/
Sekolah, Tadika, Taska Tutup Serta-Merta Jika Bacaan IPU Lebih 200
Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, menurut Ketua Pengarah Alam Sekitar,Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar.Beliau berkata, ia antara tindakan menghadapi jerebu berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK).Justeru, pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU.“Sekiranya trend bacaan IPU menunjukkan peningkatan ke arah 200, persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan,” katanya dalam siaran media dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), semalam.Beliau menjelaskan, pelan PTJK mengandungi tindakan spesifik yang perlu diambil oleh setiap agensi berpandukan kepada tahap amaran tertentu yang ditetapkan mengikut status kualiti udara iaitu bacaan IPU dan petunjuk kepada kesihatan awam.“Pelan tindakan ini dikemaskini pada tahun 2002, 2006, 2012 dan 2013. Pengemaskinian pelan terkini adalah pada tahun 2018 dengan mengambilkira kemasukan parameter PM2.5 dalam bacaan IPU negara.“Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan adalah untuk mempercepatkan tindakan yang perlu diambil oleh agensi.“Antara tindakan agensi yang perlu dilaksanakan adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah/negeri/pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.“Menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 100. Sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan,” katanya.Selain itu, beliau berkata Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan tertakluk kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai pada bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.Justeru, katanya, JAS bersama kementerian dan setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu akan sentiasa bertindak dengan lebih cepat dan responsif di atas tindakan-tindakan seperti yang disenaraikan di dalam pengemaskinian PTJK.Wan Abdul Latiff berkata, bagi menangani situasi berjerebu di dalam negara, kementerian dan setiapagensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu sedang mempertingkatkan usaha pencegahan ke atas aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi menyebabkan jerebu di peringkat tempatan.Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana untuk sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, arahan itu dikeluarkan memandangkan negara berdepan perubahan cuaca yang dinamik susulan peralihan monsun yang membawa kepada cuaca panas dan kering serta mengakibatkan jerebu di beberapa negeri. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/kes-jururawat-ditikam-suami-munirah-maut-kerana-tikaman-hingga-ke-hati-pembuluh-darah-polis/
Kes Jururawat Ditikam Suami: “Munirah Maut Kerana Tikaman Hingga Ke Hati, Pembuluh Darah” – Polis
Hasil bedah siasat mendapati kematian jururawat yang ditikam suaminya di rumah mereka di Padang Nyu, Arau, Sabtu lalu disebabkan luka tikaman hingga ke hati serta bahagian dalaman pembuluh darah.Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Mohd Rodi berkata, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam.Katanya, mangsa, Munirah Abu Bakar, 31, maut akibat mengalami luka tikaman hingga ke hati serta dalaman pembuluh darah (vena kava) atau ‘stab wounds to the liver and inferior vena cava’.“Namun, setakat ini, kita belum memperoleh laporan keseluruhan proses bedah siasatan berkenaan,” katanya.Pada masa sama, Ahmad Mohsin berkata, pihaknya menolak kemungkinan melakukan analisis psikiatri terhadap suspek yang juga suami mangsa.Ini kerana, katanya, tiada keperluan untuk membuat penilaian psikiatri terhadap suspek.“Kita juga mendapati suspek positif dadah methamphetamine ketika kejadian berlaku.“Pengaruh dadah bukanlah dikatakan penyebab kepada kejadian, namun ketika saringan ujian air kencing suspek dilakukan, kita mendapati ia positif dadah methamphetamine,” katanya.Suspek kini direman sehingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Media sebelum ini melaporkan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar maut ditikam suaminya. – JURNALSumber:BULETIN TV3
https://jurnal-malaysia.com/beli-minyak-masak-kena-ada-id-saman-anwar-mahkamah-tolak-permohonan-tun-m-pengasuh-mengaku-tidak-bersalah-biar-kanak-kanak-lemas/
Beli Minyak Masak Kena Ada ID | Saman Anwar, Mahkamah Tolak Permohonan Tun M | Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Biar Kanak-kanak Lemas
SOROTAN MENARIK ISNIN 02/10/20231.Ganjaran RM3,000 Jika Salur Maklumat, Bukti Mengenai Anak Kucing Disimbah Cat Putih2.Ada ID Baru Boleh Beli Minyak Masak Paket – Fuziah3.16 Kawasan Merangkumi 9 Negeri Catat Bacaan Indeks Pencemaran Udara Tidak Sihat4.Jururawat Maut Ditikam Suami: “Penjagaan Dua Cucu Dibincang Bersama” – Bapa Mangsa5.Jerebu: Aktiviti Luar Sekolah Perlu Dibatalkan Jika Bacaan IPU Lebih 1006.Gagal Kemuka Dokumen Kes Saman Fitnah Terhadap Anwar, Mahkamah Tolak Permohonan Dr M7.Abai Anak Jiran Berusia Tiga Tahun Sehingga Lemas Dalam Besen, Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah8.Jalan Sungai Besi Ditutup Berperingkat Mulai 2 Oktober9.Kes Rogol: Polis Selesai Rekod Keterangan Ebit, Mondy
https://jurnal-malaysia.com/abai-anak-jiran-berusia-tiga-tahun-sehingga-lemas-dalam-besen-pengasuh-mengaku-tidak-bersalah/
Abai Anak Jiran Berusia Tiga Tahun Sehingga Lemas Dalam Besen, Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Isnin atas satu pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak jirannya berusia tiga tahun, sehingga menyebabkan kanak-kanak itu lemas, dua minggu lalu.Siti Aina Nurnisa Mohammad Sa’id, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.Mengikut pertuduhan, wanita itu sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas seorang kanak-kanak perempuan, didakwa sengaja menganiayai dan mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu akibat rendaman.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Wangsa Maju pada jam 11 hingga 11.20 pagi, 20 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau keduanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Lim Chooi Yi mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan syarat tambahan, melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan.Bagaimanapun, peguam, Muhammad Irsyad Mohamad Hassan merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana Siti Aina Nurnisa perlu menjaga tiga anak berusia satu sehingga tujuh tahun.“Dia juga menyara ibu selain bapanya terlantar akibat kecederaan di kepala,” katanya.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Hamidah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 November depan untuk sebutan semula kes. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/gagal-kemuka-dokumen-kes-saman-fitnah-terhadap-anwar-mahkamah-tolak-permohonan-dr-m/
Gagal Kemuka Dokumen Kes Saman Fitnah Terhadap Anwar, Mahkamah Tolak Permohonan Dr M
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi perintah supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen yang dirujuk dalam pernyataan pembelaannya dalam kes sama membabitkan kedua-dua pemimpin itu.Kes saman fitnah itu dikemukakan bekas perdana menteri Dr Mahathir terhadap Anwar berhubung kenyataan perdana menteri pada ucapan di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ pada 18 Mac lalu, yang didakwa (Mahathir) menggelarnya sebagai rasis dan memperkayakan keluarganya.Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Dr Mahathir ketika dihubungi pemberita hari ini, berkata Pesuruhjaya Kehakiman Zaharah Hussain menolak permohonan bekas Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) bagi penzahiran dokumen dengan kos sebanyak RM2,000.Beliau berkata, hakim membuat keputusan itu dengan alasan bahawa apa yang dinyatakan dalam pembelaan terpinda Anwar adalah mengenai peristiwa yang berlaku pada masa yang lalu, tanpa dinyatakan sesuatu dokumen.Bagaimanapun sekiranya ada dokumen yang dinyatakan, ia akan menjadi pembelaan (Anwar) dan perlu dikemukakan ketika pengurusan kes di peringkat pra-perbicaraan.“Secara asasnya, mahkamah menyatakan jika Anwar mempunyai dokumen yang dinyatakan, biar beliau kemukakan pada pengurusan kes sebelum perbicaraan. Beban masih pada Anwar untuk kemukakan (dokumen),” katanya.Dalam prosiding hari ini, peguam Aliff Benjamin Suhaimi bertindak bagi pihak Anwar.Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 14 Jun lalu, Presiden PKR itu mendakwa saman Dr Mahathir bertujuan melemahkan kredibilitinya selaku perdana menteri, selain mewujudkan perpecahan kaum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri.Anwar turut membangkitkan antaranya isu pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd yang mana anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz adalah pengarah syarikat itu pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009, dan isterinya Datin Seri Norzieta Zakaria pemegang saham majoriti dan pengarah syarikat sejak 18 Ogos 1999.Dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 Mei pula, Dr Mahathir sebagai plaintif mendakwa ucapan Anwar itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.Beliau turut mendakwa kenyataan Presiden PKR itu adalah tuduhan berat yang membawa impak besar terhadap dirinya yang membawa maksud kononnya bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh adalah seorang yang bersifat perkauman.Bekas pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu berkata, kenyataan berkenaan turut bermaksud kononnya beliau individu yang mempunyai kekayaan dalam lingkungan ‘berbilion-bilion’, membawa wang itu ke luar negara; dan mengelak untuk membayar cukai.Katanya, kenyataan Anwar bahawa kononnya beliau hanya membincangkan soal rakyat selepas ‘kehilangan kuasa’ adalah tidak benar yang bertujuan menjatuhkan imejnya. – JURNALSumber: BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/jerebu-aktiviti-luar-sekolah-perlu-dibatalkan-jika-bacaan-ipu-lebih-100/
Jerebu: Aktiviti Luar Sekolah Perlu Dibatalkan Jika Bacaan IPU Lebih 100
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta agar sentiasa mengikuti garis panduan ditetapkan bagi menghadapi fenomena cuaca berjerebu yang berlaku di beberapa kawasan di negara ini.Menterinya,Fadhlina Sidekberkata, KPM sudah ada garis panduan dan ia kekal terpakai dengan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada kepada semua sekolah.Menurutnya, semua sekolah diminta mematuhinya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.“Misalnya bila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di sesuatu kawasan itu melebihi 100, aktiviti luar perlu dibatalkan.“Sekiranya fenomena jerebu itu serius, langkah penutupan sementara sekolah akan dilakukan sekiranya perlu atas nasihat serta pandangan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas), pada Isnin.Fadhlina berkata, pihaknya akan merujuk kepada KKM dari semasa ke semasa sebelum mengambil langkah menutup sekolah atau mengeluarkan arahan memakai penutup muka sekiranya jerebu semakin buruk dan berlanjutan.Beberapa kawasan di semenanjung merekodkan IPU kategori tidak sihat melebihi 101 dan meningkat kepada 15 kawasan sehingga jam 8 pagi pada Isnin.Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan IPU paling tinggi setakat pagi ini iaitu 164.Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Nilai (163), Seremban (158), Shah Alam (158), Putrajaya, Petaling Jaya dan Banting (157), Port Dickson (156) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (154).Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, isu kekurangan guru seperti yang didedahkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hanya bersifat sementara.Menurutnya, pihak kementerian telah selesai mengadakan temuduga bagi pengambilan guru secara ‘one off ‘.“Kita kini dalam proses pengambilan guru secara kontrak jadi isu ini seperti yang saya kata ia hanya sementara.“Pihak kementerian sentiasa mencari jalan dan mengambil langkah bagi menangani isu kekurangan guru itu,” katanya. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/jururawat-maut-ditikam-suami-penjagaan-dua-cucu-dibincang-bersama-bapa-mangsa/
Jururawat Maut Ditikam Suami: “Penjagaan Dua Cucu Dibincang Bersama” – Bapa Mangsa
Penjagaan dua anak lelaki kepada jururawat yang maut ditikam suaminya akan diputuskan selepas perbincangan diadakan antara dua keluarga tersebut.Bapa mangsa, Abu Bakar Senapi, 64, berkata, mereka belum lagi memikirkan mengenai hak penjagaan cucunya yang berusia enam dan lapan tahun itu.“Kami akan pergi berbincang dengan keluarga besan saya nanti dalam masa terdekat.“Buat masa ini, kita belum capai apa-apa keputusan lagi,” katanya selepas ditemui selepas pengebumian jenazah Munirah Abu Bakar, 31, di Tanah Perkuburan Islam Keluarga Haji Talib Kampung Paya Tengah, Beseri, petang semalam.Hampir 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan serta rakan sekerja mangsa di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar turut hadir ke majlis pengebumian yang selesai pada jam 5.30 petang.Abu Bakar turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan bermula proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sehinggalah ke proses pengebumian jenazah anak kelima daripada enam adik-beradik itu.Pada Sabtu, media melaporkan seorang pesara tentera menyerah diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis selepas menikam maut isterinya dipercayai akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau.Isteri suspek berusia 31 tahun tersebut yang merupakan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar meninggal dunia selepas ditikam dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi.Majistret Mahkamah Kangar, Siti Norhasliza Md Ali kemudiannya mengeluarkan perintah reman bermula Ahad hingga 7 Oktober ke atas suspek di Mahkamah Majistret Kangar. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/16-kawasan-merangkumi-9-negeri-catat-bacaan-indeks-pencemaran-udara-tidak-sihat/
16 Kawasan Merangkumi 9 Negeri Catat Bacaan Indeks Pencemaran Udara Tidak Sihat
Jumlah kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat meningkat kepada 16, merangkumi sembilan negeri setakat 9 pagi ini.Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan Cheras di ibu kota merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 164, diikuti Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan yang masing-masing mencatat bacaan pada tahap 163 dan 158.Bacaan IPU kategori tidak sihat juga dilaporkan di kawasan Putrajaya pada tahap 156; Petaling Jaya, Shah Alam dan Banting di Selangor (157); Port Dickson di Negeri Sembilan (156); selain tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap 153 iaitu Bukit Rambai di Melaka; Batu Muda, Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor.Turut mencatat bacaan IPU melebihi 100 ialah Klang, Selangor (152); Alor Gajah, Melaka (138); Taiping, Perak (137); Seberang Jaya, Pulau Pinang (107) dan Tangkak, Johor (104).Sementara itu, 45 stesen APIMS di seluruh negara mencatat bacaan IPU sederhana, manakala tujuh stesen lagi merekodkan bacaan baik. – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/ada-id-baru-boleh-beli-minyak-masak-paket-fuziah/
Ada ID Baru Boleh Beli Minyak Masak Paket – Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan kaedah pembelian minyak masak peket kepada kumpulan sasar seperti yang dirancang dilaksanakan pada tahun depan akan menggunakan mekanisme pengenalan diri (ID) dan disahkan layak.Timbalan Menterinya,Fuziah Sallehberkata, kaedah pembelian menggunakan kad pengenalan dan aplikasi MySejahtera tidak digunakan kerana kegunaan keluarga tidak sama dengan keperluan peniaga mikro.“Ramai yang bertanya mengapa tidak gunakan IC atau MySejahtera? ini kerana keperluan dua kumpulan tersebut tidak sama.“Jika kita hadkan pembelian kepada 3 atau 5 kilogram, peniaga akan bermasalah. Selain itu golongan T20 tidak layak terima subsidi minyak peket. Maka perlu kepada ID yang berbeza,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Julai lalu, Fuziah menyatakan akan melaksanakan kaedah pembelian minyak masak paket kepada kumpulan sasar mulai tahun depan dan seramai 5.8 juta isi rumah daripada golongan M40 dan B40 sudah dikenal pasti dan layak berada dalam kumpulan itu.Beliau berkata, kementerian juga akan menambah lagi kira-kira satu juta (pengguna) dalam kalangan usahawan mikro yang memerlukannya (minyak masak paket) seperti peniaga ayam goreng, pisang goreng dan keropok lekor.Jelasnya, KPDN juga mewujudkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu agensi di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan semua data perlu dikemaskini dan dibersihkan.Menurut Fuziah, ketika ini minyak masak peket berada pasaran terbuka dan mahu ia dinikmati oleh kumpulan yang memerlukan selain tidak berlaku penjualan kepada pihak yang tidak sepatutnya.“Pada ketika ini kerajaan keluarkan 60 juta peket minyak masak bersubsidi setiap bulan, akan tetapi aduan diterima ialah ia tidak boleh didapati di pasaran dan selalu habis,” jelas beliau. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/ganjaran-rm3000-jika-salur-maklumat-bukti-mengenai-anak-kucing-disimbah-cat-putih/
Ganjaran RM3,000 Jika Salur Maklumat, Bukti Mengenai Anak Kucing Disimbah Cat Putih
Persatuan Haiwan Malaysia melalui Malaysia Animal Crime Transparency (MyAct) menawarkan ganjaran RM3,000 kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat dengan pembuktian lengkap, jelas dan sah mengenai individu yang menyimbah cat putih ke atas seekor anak kucing seperti yang tular di media sosial.Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata, ganjaran tunai itu diberikan sekiranya penganiaya haiwan terbabit berjaya ditangkap, didakwa dan dibuktikan bersalah oleh mahkamah.“Perbuatan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah mengancam nyawa kucing itu memandangkan cat adalah bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kucing jika kucing menjilat badannya.“Saksi kejadian atau penduduk Gombak boleh tampil menyalurkan aduan mengenai kejadian kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan ini ke hotline Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di talian WhatsApp 0105394749,” katanya.Difahamkan, anak kucing itu ditemui di sebuah universiti awam di Gombak, Selangor.Sapa sapa pon, kalau tak suka binatang, jangan la zalim. Buang la dia kat tempat lain ka apa ka. But jangan la buat aniaya mcm ni. Kesian. Haih aku tak sampai hati la. Anyway aku dah inform pihak berkenaan untuk uruskan. Haih.pic.twitter.com/l77iD3h02f— Izzat 🐡💨 (@izzat_bashir)September 28, 2023Kes boleh disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana mendatangkan kemudaratan kepada kucing dengan peruntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000 jika didapati bersalah.Terdahulu, tular mengenai keadaan kucing itu yang dipenuhi cat putih selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna akaun X @izzat_bashir .Menerusi ciapan itu, pengguna akaun berkenaan juga sudah menyerahkan anak kucing itu kepada polis bantuan.Dalam masa sama, pengguna akaun itu juga turut memuat naik keadaan terkini kucing yang diberi nama Meow itu selepas dibersihkan. – JURNALSumber: HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/kes-rogol-polis-selesai-rekod-keterangan-ebit-mondy/
Kes Rogol: Polis Selesai Rekod Keterangan Ebit, Mondy
Polis telah merekodkan keterangan 10 individu bagi siasatan kes rogol membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.“Ada lagi beberapa individu akan dipanggil.“Kita dalam proses menyiapkan kertas siasatan dan ada perkara teknikal sedang ditunggu iaitu laporan dari forensik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.Tambahnya, kertas siasatan ini akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara selepas ia dilengkapkan.Pada 21 September lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.Polis turut merampas telefon milik Mondy untuk ketelusan siasatan.Dalam kes berlainan, mengenai siasatan terhadap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee berkaitan isu tafsir Al-Quran, Ayob Khan berkata, pihaknya dalam proses melengkapkan siasatan untuk diserah kepada Jabatan Peguam Negara.“Kita telah merekod keterangan beliau (Howard) pada 26 September di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.“Ada dua laporan diterima polis membabitkan kes ini dan telah disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/jalan-sungai-besi-ditutup-berperingkat-mulai-2-oktober/
Jalan Sungai Besi Ditutup Berperingkat Mulai 2 Oktober
Rancangan bagi menutup Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/ Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew kepada semua lalu lintas secara berperingkat mulai 30 September ini hingga 29 September 2024, ditangguhkan kepada 2 Oktober hingga 1 Oktober 2024.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.‘’Pentadbiran DBKL telah melantik Tetuan Pertama Makmur Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja bagi melebarkan Jalan Yew yang bermula pada Oktober 2021 dan dijangka siap pada 31 Disember 2025, dan kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di tapak,’’ menurut kenyataan itu.Sehubungan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan beberapa lencongan trafik yang disediakan.Trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi/ Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu satu laluan melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan satu laluan memasuki laluan kontra di lorong bersebelahan.Laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan, justeru laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah.Sementara bagi membolehkan kerja-kerja meroboh jambatan susur (ramp) dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu), jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh yang sama.‘’Laluan alternatifnya adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga,’’ menurut kenyataan itu.Oleh itu, DBKL menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesulitan. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/kemenangan-pn-parlimen-kemaman-batal-kes-ebit-lew-bahan-lucah-dikeluarkan-dari-pendrive-wanita-terjun-sungai-kelantan/
Kemenangan PN Parlimen Kemaman Batal | Kes Ebit Lew, Bahan Lucah Dikeluarkan Dari Pendrive | Wanita Terjun Sungai Kelantan
SOROTAN MENARIK SELASA 26/09/20231.Petaling, Kuala Lumpur Dan Hulu Langat Dijangka Alami Gangguan Air Berjadual 10 Oktober Ini2.Wanita Terjun Sungai Kelantan Kerana Masalah Rumah Tangga Dan Bebanan Hutang3.Kelar, Belah Perut Kekasih Hamil: Mahkamah Tolak Permohonan Lelaki Rujuk Psikiatri4.Berlaku Sogokan Dalam Tempoh Berkempen, Kemenangan PN Di Kerusi Parlimen Kemaman Dibatalkan5.Musa Hassan Terharu Keluarga Mentua Beri Sokongan Dan Restu Hubungan Dengan Qistina6.Kes Ebit Lew: Saksi Kelapan Keluarkan Data Berunsur Lucah Daripada Pendrive
https://jurnal-malaysia.com/kes-ebit-lew-saksi-kelapan-keluarkan-data-berunsur-lucah-daripada-pendrive/
Kes Ebit Lew: Saksi Kelapan Keluarkan Data Berunsur Lucah Daripada Pendrive
Saksi kelapan pihak pendakwaan kes pendakwah terkenalEbit Lewmemberitahu mahkamah bahawa dia diminta oleh pegawai penyiasat untuk mengeluarkan data berunsur lucah daripada pemacu pena yang diterimanya.Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching berkata, barang kes yang diterimanya berupa pemacu pena untuk dianalisis.“Setelah menerima barang kes tersebut, saya telah menyambungkan pemacu pena tersebut ke komputer makmal forensik untuk mengeluarkan data yang diperlukan oleh pegawai penyiasat,” katanya.Chang Ching berkata demikian ketika memberi keterangan pada pemeriksaan utama perbicaraan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di Mahkamah Majistret Tenon, pada Selasa.Ditanya lanjut mengenai apa permohonan analisis yang diperlukan oleh pegawai penyiasat terbabit, Chang Ching memaklumkan ia berkaitan data yang ada di dalam pemacu pena berkenaan.“Pegawai penyiasat memohon untuk mengeluarkan data-data yang berunsurkan seksual,” katanya.Diminta menjelaskan dengan lanjut, Chang Ching memaklumkan kepada mahkamah bahawa isi kandungan pemacu keras itu terdapat satu fail format ‘UFED’ iaitu data diekstrak yang telah dilakukan oleh pihak lain.“Kemudian saya telah membuka fail tersebut menggunakan perisian forensik ‘Oxygen’ bagi membuka data ‘extraction’ tersebut,” katanya.Beliau kemudian menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkan mengenai data ‘extraction’ menerusi keterangannya itu.“Maksud data ‘extraction’ adalah merupakan satu fail dalam format ‘extraction’ iaitu ‘UFED’ bila mana fail itu telah diekstrak menggunakan satu perisian forensik bagi mengeluarkan data ‘raw’ daripada barang kes sebelum dianalisis dijalankan,” katanya.Katanya lagi, proses untuk membuka data yang diekstrak itu turut mengambil masa sehingga empat jam 50 minit dan beliau turut menjelaskan tindakannya yang seterusnya.“Saya telah mengambil masa lebih kurang dua hari untuk membuat analisis ke atas data yang disediakan.“Saya telah menyimpan data tersebut ke dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) PDRM dan menyediakan satu laporan analisis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat pada 10 Januari 2023,” katanya.Bagaimanapun, perincian mengenai data yang dianalisis belum dapat didedahkan berikutan pemacu pena dan DVD-R itu turut belum diserahkan kepada pihak pembelaan sekali gus menyebabkan prosiding berkenaan tidak dapat diteruskan.Ram Singh yang mewakili Ebit dalam hujahannya berkata, pihak pembelaan memerlukan masa untuk mengkaji isi kandungan pemacu pena dan DVD-R serta merujuknya kepada syarikat LGMS.“Sejujurnya kami tidak dapat meneruskan prosiding pada minggu ini.“Pandangan saya, biarlah kami mengkaji DVD-R dan pemacu pena kerana ia adalah dari LGMS dan sebaiknya dilakukan pada tarikh akan datang,” katanya.Dalam hujahannya turut berkata, laporan siasatan forensik digital itu disediakan oleh syarikat LGMS.“Individu yang terbaik memberi penerangan mengenai IDD-2 (laporan siasatan forensik digital) ialah LGMS dan bukannya saksi kelapan malah bukan dia yang ektrak cakera keras daripada LGMS kepada cakera keras PDRM.“Jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk saksi kelapan untuk bercakap mengenai laporan siasatan forensik dan kami juga perlu menghubungi LGMS yang terletak di Subang, Selangor,” katanya.Sehubungan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan kali ini tidak dapat diteruskan kepada saksi kelapan melainkan jika masa mencukupi untuk pihak pembelaan mengkaji kandungan pemacu pena berkenaan.LGMS merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan siber profesional Malaysia.Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.Pada perbicaraan kali ini Ebit diwakili oleh barisan peguamnya iaitu Ram dan Nizam Salleh Keruak manakala pihak pendakwaan dibarisi oleh Nor Azizah Mohamad serta Zahida dan Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/musa-hassan-terharu-keluarga-mentua-beri-sokongan-dan-restu-hubungan-dengan-qistina/
Musa Hassan Terharu Keluarga Mentua Beri Sokongan Dan Restu Hubungan Dengan Qistina
Bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassanakui terharu apabila mendapat sokongan dan restu daripada keluarga mentua kepada hubungannya dan isteri, Nur Qistina Lim.“Ianya berkat sokongan dan doa serta restu semua pihak khusus kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.“Untuk makluman, saya sungguh bersyukur kepada Allah SWT kerana melalui perkenalan yang singkat telah memberi hidayah kepada isteri saya untuk memeluk agama Islam dan mendapat sokongan daripada kedua ibu bapanya dan merestui hubungan kami.“Saya juga berterima kasih kepada anak-anak dan adik beradik saya kerana menerima Qistina Lim ke dalam keluarga kami dan menjadi ibu kepada anak-anak saya begitu juga kepada anak-anak Qistina yang menerima saya sebagai ahli keluarga mereka walaupun kita berlainan agama dan bangsa,” ucapnya.Musa berkata demikian dalam ucapannya ketika majlis resepsi perkahwinan pada malam Sabtu lalu.Sebelum ini, Musa berkahwin dengan isteri pertamanya iaitu Juriah Ahmad namun telah meninggal dunia pada Mei 2019.Kemudian, dia berkahwin kali kedua dengan Elly Afizahwati Abdul Jalil yang mana pada 30 Mac lalu dia telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/berlaku-sogokan-dalam-tempoh-berkempen-kemenangan-pn-di-kerusi-parlimen-kemaman-dibatalkan/
Berlaku Sogokan Dalam Tempoh Berkempen, Kemenangan PN Di Kerusi Parlimen Kemaman Dibatalkan
Mahkamah Pilihan Raya hari ini membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN)Che Alias Hamiddi kerusi Parlimen Kemaman.Menurut kenyataan kepada media hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu merangkap Hakim Pilihan Raya, Anselm Charles Fernandis yang membenarkan petisyen pilihan raya oleh calon BN Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.Hakim Anselm Charles menerima dakwaan pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang telah diagihkan kepada pengundi semasa tempoh berkempen PRU15 untuk meraih undi kepada Che Alias.Mahkamah mengarahkan kos RM30,000 untuk dibayar oleh Responden kepada Pempetisyen.Sebelum ini pada 13 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen itu apabila membenarkan bantahan awal oleh Che Alias berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Bagaimanapun pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham untuk mengembalikan semula petisyen berkenaan menjalani perbicaraan penuh.Calon Perikatan Nasional (PN) Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman.Sebelum ini pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya turut membenarkan petisyen calon BN, Mohd Zubir Embong di Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim.Bagaimanapun pada PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lalu, Amzad mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti lebih besar 47,266 undi, berbanding 40,907 undi pada PRU15.Untuk rekod, pada PRU14 lalu, Ahmad Amzad menang dengan majoriti 14,773 undi selepas memperoleh 42,988 undi menewaskan calon dari BN, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (28,215 undi) serta calon PH, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (15,380 undi).Pada 3 Januari lalu, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.Pada PRU15, kerusi Parlimen Marang dimenangi presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.Pada 27 Jun lalu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pempetisyen, Jasmira Othman gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.Hassan turut mengarahkan pempetisyen yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Marang pada PRU15, diwakili peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun, membayar kos RM50,000 kepada pihak Abdul Hadi.Peguam, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang mewakili Abdul Hadi, berkata pihaknya berpuas hati dengan keputusan berkenaan yang disifatkan wajar dan menyeluruh.Selain itu Mahkamah Pilihan Raya turut menerima petisyen daripada Mohd Azmi Mahmood pada 3 Januari lalu yang merupakan pengundi mewakili Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen Gua Musang.Bagaimanapun, pada 5 September lalu Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen pilihan raya dikemukakan Mohd Azmi selepas pempetisyen memecat semua peguam termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Mohd Hafarizam Harun.Pada 26 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen difailkan Mohd Azmi selepas menerima semua tiga alasan dalam bantahan awal Azizi termasuk tarikh petisyen difailkan melebihi had masa yang ditetapkan selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Bagaimanapun pada 19 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen berkenaan dibicarakan secara penuh selepas mendapati ada kekhilafan dalam keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu.Sementara itu, pada 18 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri M Ramasamy supaya petisyen pilihan raya kerusi Parlimen Segamat dikembalikan kepada Mahkamah Pilihan Raya untuk satu perbicaraan penuh.Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan memerintahkan petisyen itu didengar di hadapan hakim lain.Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 3 April tahun ini yang menolak petisyen rayuan Ramasamy, selepas menerima bantahan awal dibangkitkan responden.Responden yang dinamakan dalam petisyen itu ialah Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Pada PRU15 yang diadakan pada November tahun lalu, Yuneswaran memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,669 undi mengalahkan Ramasamy (MIC-BN), P Poobalan daripada PN dan Syed Hairoul Faizey daripada Pejuang. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/kelar-belah-perut-kekasih-hamil-mahkamah-tolak-permohonan-lelaki-rujuk-psikiatri/
Kelar, Belah Perut Kekasih Hamil: Mahkamah Tolak Permohonan Lelaki Rujuk Psikiatri
Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang dituduh membunuh seorang wanita hamil di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, supaya dirujuk ke hospital psikiatri.Majistret Siti Hajar Ali menolak permohonan itu atas alasan perkara itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.“Mahkamah berpendapat secara asasnya permohonan begini hendaklah diputuskan oleh hakim yang menjalankan kes ini iaitu Hakim Mahkamah Tinggi dan mahkamah ini sedar keperluan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah perlu dipatuhi.“Mahkamah juga berpendapat penolakan permohonan pada peringkat ini tidak akan memprejudiskan hak tertuduh.“Peguam pada bila-bila masa boleh membuat permohonan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi yang akan menjalankan perbicaraan kes ini nanti,” katanya.Permohonan itu dibuat peguam Muhammad Nor Tamrin, yang mewakili Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20, pada 3 Ogos lepas.Pada prosiding lepas, Muhammad Nor memohon mahkamah agar anak guamnya dirujuk ke hospital psikiatri berikutan hasil temu bual pihaknya bersama tertuduh mendapati keadaan mental anak guamnya dilihat tidak stabil.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri.Mahkamah kemudian menetapkan 7 Nov depan bagi sebutan semula kes.Pada 1 Jun lepas, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau di sini antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi, 23 Mei lepas.Bekas penuntut kolej itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/wanita-terjun-sungai-kelantan-kerana-masalah-rumah-tangga-dan-bebanan-hutang/
Wanita Terjun Sungai Kelantan Kerana Masalah Rumah Tangga Dan Bebanan Hutang
Seorang wanita dipercayai tertekan dengan masalah rumah tangga dan bebanan hutang, bertindak di luar jangkaan dengan terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra pagi tadi.Wanita berusia lingkungan 30-an itu diselamatkan orang ramai dan beberapa pemandu bot yang kebetulan berada di tebing Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan, di sini.Pemilik jeti, Muhamad Juhari Nayan, 52, berkata ketika kejadian jam 9 pagi, dia kebetulan berada di jeti dan sedang berbual bersama beberapa rakan.“Saya terima panggilan telefon daripada seorang rakan memberitahu ada seorang wanita terjun dari jambatan. Saya bergegas menghidupkan enjin bot dan menghala ke lokasi wanita itu lemas, kira-kira 100 meter dari jeti.“Sebaik menghampirinya, rakan melemparkan pelampung ke arah mangsa yang kelihatan tenggelam timbul dalam sungai. Sebaik berjaya mencapainya, wanita itu dibawa naik ke dalam bot pulang ke jeti,” katanya ketika dihubungi.Muhamad Juhari berkata, wanita itu memberitahu dia tertekan dengan masalah rumah tangga dan bebanan hutang yang ditanggung ahli keluarganya.“Wanita itu memberitahu dia datang dari Kota Bharu dengan memandu kereta sebelum meletakkannya atas jambatan dan terus terjun ke sungai.“Keadaannya memang nampak tertekan dan kami cuba menenangkannya sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/petaling-kuala-lumpur-dan-hulu-langat-dijangka-alami-gangguan-air-berjadual-10-oktober-ini/
Petaling, Kuala Lumpur Dan Hulu Langat Dijangka Alami Gangguan Air Berjadual 10 Oktober Ini
Kawasan Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi, pada 10 Oktober ini.Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), gangguan ini berlaku susulan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat.Katanya, kerja-kerja penyelenggaran dijangka akan siap pada jam 7 malam, hari yang sama.“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari, 12 Oktober.“Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat setelah kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan siap dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan,” kata Air Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Selasa.Mengulas lanjut, Air Selangor berkata, pihaknya akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal.View this post on InstagramA post shared by Air Selangor (@airselangor)Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan di seluruh wilayah Air Selangor.“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air yang akan dibuka di Sunway Batu Caves dan Selayang Mutiara.“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” ujarnya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/abang-tiri-sengaja-biar-adik-lemas-kkm-sedia-berdepan-penyakit-x-sos-cili-kena-bayar-mcd-siasat/
Abang Tiri Sengaja Biar Adik Lemas | KKM Sedia Berdepan Penyakit X | Sos Cili Kena Bayar, McD Siasat
SOROTAN MENARIK ISNIN 25/09/20231.Hanya Berdiri Dan Biar Adik Lemas Dalam Kolam Renang, Abang Tiri Ditahan2.“Saya Buat Senyap-senyap…Kalau Tiap Proses Nak Kena Masuk Dalam Surat Khabar, Jahanamlah Kerajaan!” – Sanusi3.[V] Peringatan Kepada Yang Suka Cop Parkir…Anda Boleh Didenda, Penjara!4.KKM Sedia Hadapi Ancaman Penyakit X5.Pelanggan Merungut Sos Cili Kena Bayar, McDonald’s Malaysia Siasat6.Hormat Maulidur Rasul, Penganjur Tunda Konsert Dangdut
https://jurnal-malaysia.com/hormat-maulidur-rasul-penganjur-tunda-konsert-dangdut/
Hormat Maulidur Rasul, Penganjur Tunda Konsert Dangdut
Demi menghormati sambutan Maulidur Rasul 2023 yang jatuh 28 September ini,Mission Sight Sdn Bhdselaku penganjurKonsert Milenia Live In Kuala Lumpur, mengambil tanggungjawab untuk mengubah tarikh konsert kepada masa yang lebih sesuai.Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur, yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini di Stadium Malawati Shah Alam, ditunda ke 25 November depan.Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd,Jeffri Yaacobberkata, penundaan tarikh dibuat selepas perbincangan bersama pihak Majlis Bandaraya Shah Alam berkaitan perkara tersebut.“Kita telah mencapai persetujuan bersama dan kami, menghargai pandangan dan nasihat pihak atasan Majlis Bandaraya Shah Alam.“Sudah menjadi tanggung jawab penganjur agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan dapat menjaga keharmonian semua pihak.“Diharap dengan penundaan Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur ke tarikh yang lebih sesuai dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penonton untuk sama-sama memeriahkan acara ini bersama-sama dengan kami.“Tambahan lagi, kami juga bercadang untuk mengadakan Muzik Milenia Food Festival selama empat hari berturut-turut di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam bermula pada 23 hingga 26 November 2023.“Pihak kami sedang merangka strategi untuk menyediakan pelbagai acara yang dibarisi oleh selebriti, TikTokers dan usahawan tempatan.“Justeru itu, kami berbesar hati ingin mempelawa TikTokers, vendor-vendor makanan atau produk viral tempatan termasuk Indonesia untuk menyertai festival ini.“Ia secara tidak langsung dapat mencapai objektif kami untuk mengukuhkan kerjasama di antara dua negara iaitu, Malaysia dan Indonesia,” katanya.Dalam pada itu Jeffri berharap agar penundaan tarikh konsert ini juga dapat memberi peluang pemasaran lebih meluas kepada Konsert Milenia.“Kami juga berharap agar dapat menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia ke negara ini. Siapa tahu Konsert Milenia dimasukkan ke dalam itinerari percutian hujung tahun mereka,” katanya.Terdahulu, konsert ini menjadi tular kerana dinamakan sebagai ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’, telah mengundang persepsi negatif segelintir masyarakat.Prihatin dengan isu tersebut, penganjur telah melakukan penjenamaan semula dengan menukarnya kepada ‘Konsert Milenia’, yang dilihat lebih universal sekaligus menghapuskan persepsi kurang enak dalam kalangan masyarakat.“Kami sedar genre dangdut sering mengundang persepsi negatif sehingga mencetus kebimbangan dalam kalangan masyarakat disebabkan tarian gelek dan aksi seksi yang dianggap mencolok mata dan lucah.“Persepsi sedemikian timbul mungkin disebabkan orang kita sudah terbiasa disajikan dengan persembahan dangdut dan gelek di Indonesia.“Di Malaysia, kita ada garis panduan yang perlu dipatuhi dan segala terma serta syarat penganjuran konsert Milenia ini telah ditapis oleh 14 agensi di bawah PUSPAL.“Garis panduan yang disediakan juga tegas iaitu, tidak membenarkan para artis yang membuat persembahan mengenakan pakaian seksi dan terdedah, persembahan tidak menonjolkan unsur-unsur lucah seperti bergelek berlebihan dan mencolok mata serta yang boleh memberi impak negatif,” katanya.Penganjur turut memberi jaminan bahawa Konsert Milenia tidak akan dicemari dengan aksi tidak senonoh serta negatif seperti dakwaan sesetengah pihak.Konsert Milenia dan lebih bersifat kekeluargaan dan mesra penonton memandangkan ia diadakan ketika musim cuti persekolahan.Tiket dengan harga Rahmah dan boleh didapati di laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/31151/konsert-mileniaKonsert Milenia bakal mencipta sejarah apabila menampilkan ratu dangdut Malaysia dan Indonesia iaitu Amelina, Ani Maiyuni, Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-Klepek dan Rheyna Morena.Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima juga akan turut serta menjayakan konsert ini kelak.Bagi menarik peminat-peminat muda, DJ Dugem popular iaitu, DJ ACE dan DJ Bob Arjuna turut diundang untuk memeriahkan lagi malam konsert dengan persembahan muzik berirama Dugem yang sedang menjadi trending di TikTok.Konsert terbesar ini bakal terpahat sebagai sejarah sekiranya ia berjaya direalisasikan seperti yang dirancang.Oleh itu, Konsert Milenia sangat memerlukan sokongan semua, (penggiat muzik dangdut khasnya) untuk dijadikan penanda aras kepada konsert seterusnya pada masa akan datang sekaligus dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penyanyi yang memperjuangkan irama ini untuk mengadakan persembahan.Justeru itu, untuk memberikan persembahan yang lebih variasi, Mission Sight Sdn Bhd juga sedang mencari mencari seorang penyanyi lelaki dari Malaysia atau Indonesia yang bersesuaian untuk menyampaikan lagu-lagu Rock Dangdut.Semoga dengan kehadiran penyanyi lelaki tersebut dapat menjadi pengemudi kepada konsert ini kelak, memandangkan semua barisan artis yang bakal membuat persembahan dibarisi wanita. – Jurnal
https://jurnal-malaysia.com/pelanggan-merungut-sos-cili-kena-bayar-mcdonalds-malaysia-siasat/
Pelanggan Merungut Sos Cili Kena Bayar, McDonald’s Malaysia Siasat
McDonald’s Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian pekerja mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan yang tular baru-baru ini.Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatannya,Datuk Azmir Jaafarberkata, pihaknya perlu meneliti semula laporan yang tular di laman sosial Facebook itu terlebih dahulu.“Kita akan mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan juga pelanggan yang mendakwa dikenakan caj tersebut.“Buat masa ini, kami tidak mahu komen lanjut dan ia masih dalam proses siasatan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Keli Ke-4 Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam pada Isnin.Ditanya adakah McDonald’s mengenakan caj sos cili sekiranya ada permintaan tambahan daripada pelanggan, Azmir memberitahu, tiada sebarang caj dikenakan melainkan jika ada tambahan permintaan kepada bahan perasa sos nuget.“Kita tidak jual sos cili, tetapi pelanggan berpada-padalah juga, takkanlah mereka minta sampai 20 sos cili peket, tetapi kadang-kadang kes ini berlaku,” ujar beliau.Sebelum ini, tular di Facebook, McDonald’s mengenakan caj RM10.60 untuk 10 peket sos cili di sebuah restorannya di Ayer Keroh, Melaka.Mengulas mengenai kenaikan harga beras import dan kesukaran mendapatkan beras tempatan, Azmir berkata, McDonald’s mengakui perkara itu dan ia memberi kesan kepada semua pihak.“Di McDonald’s kita menggunakan beras tempatan 70 peratus, manakala selebihnya beras import dan kita akan berusaha memastikan bekalan ini sentiasa mencukupi,” jelas beliau.Katanya, meskipun berdepan kenaikan harga beras, namun pihaknya tidak menaikkan harga makanan seterusnya masih mengekalkan harga sama.“Harga menu di restoran McDonald’s mematuhi garis panduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).“Kita juga masih mengekalkan Menu Rahmah dan mempelbagaikan lagi pilihan menu ini di restoran kami,” jelas beliau. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/kkm-sedia-hadapi-ancaman-penyakit-x/
KKM Sedia Hadapi Ancaman Penyakit X
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X dalam negara.Menterinya,Dr Zaliha Mustafaberkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memberikan amaran kepada negara-negara sekiranya terdapat ancaman berkenaan.“Ia dinamakan X kerana masih belum diketahui penyakit yang sebenar, namun kita sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia hadapi kemungkinan pandemik ini.“Semasa saya menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, isu penyakit X ini tidak dibincangkan antara Menteri Kesihatan lain.Kredit foto: Portal Berita RTM“Namun, di peringkat Malaysia, KKM sentiasa membuat pemantauan jika ada muncul penyakit-penyakit baharu seperti yang diperkatakan,”katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kompleks Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Wad Tambahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.Berdasarkan laporan media sebelum ini, pakar kesihatan global percaya ancaman pandemik besar seterusnya semakin hampir dan boleh meragut sehingga jutaan nyawa berbanding Covid-19.Ia digelar sebagai penyakit X oleh WHO dan dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa serta menyarankan penyediaan segera vaksin sebagai tindak balas cepat setelah dunia berada pada situasi ‘tidak bersedia’ ketika menghadapi Covid-19 pada awal 2020. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/v-peringatan-kepada-yang-suka-cop-parkiranda-boleh-didenda-penjara/
[V] Peringatan Kepada Yang Suka Cop Parkir…Anda Boleh Didenda, Penjara!
Tindakan sesetengah individu yang gemar ‘cop’ parkir sehingga mendatangkan kemudaratan kepada pengguna lain sebenarnya satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.Menerusi perkongsian peguam,Hafiz Baharuddindi akaun TikTok miliknya, perbuatan itu merupakan satu kesalahan dibawahAkta Pengangkutan Jalan dibawah Seksyen 50 (3).“Sekiranya sesiapa didapati bersalah, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 ataupun boleh dipenjara selama enam bulan.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)“Tetapi kalau buat kesalahan (cop parkir) ini berulang, benda ini akan menjadi lagi berat. Jadi kalau korang nak buat, lupakan sahajalah hajat tu,” ulasnya dalam satu hantaran.Tegasnya, individu yang disabitkan hukuman penjara itu juga akan mempunyai rekod kekal sebagai banduan.Lantaran itu, ramai pengguna media sosial yang mempunyai pengalaman berhadapan dengan situasi tersebut menarik nafas lega kerana boleh menuntut keadilan dengan cara yang baik.“Baru saya tahu, lain kali saya tahu apa patut saya buat. Tak perlu saya gaduh-gaduh dah,” kata Muhammad Fuzi.Turut meninggalkan komen ialah Ridzuan Zainuddin yang serik dengan tindakan tidak bermoral itu di kawasan kediamannya.“Mantap, kat pangsapuri saya banyak kes macam ini, letak kerusi, kon, dan ampai baju,” komennya. – JURNALSumber: KOSMO!
https://jurnal-malaysia.com/saya-buat-senyap-senyapkalau-tiap-proses-nak-kena-masuk-dalam-surat-khabar-jahanamlah-kerajaan-sanusi/
“Saya Buat Senyap-senyap…Kalau Tiap Proses Nak Kena Masuk Dalam Surat Khabar, Jahanamlah Kerajaan!” – Sanusi
Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Normengesahkan sudah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.Menurut Muhammad Sanusi, SPRM hanya mengambil keterangan dengan mengemukakan empat soalan berkaitan REE, namun tiada sebarang penyerahan dokumen berkaitan.Beliau berkata, ia berlangsung pada Ahad lepas (minggu lalu) di pejabatnya di Alor Setar.“Semua sudah selesai. Empat soalan sahaja, saya bukan orang jahat, nak tanya banyak-banyak. Saya ini dikenali sebagai orang baik, tanya sikit pun cukup,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis angkat sumpah Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, pada Isnin.Kredit foto: Free Malaysia TodayMenurutnya, perkara itu tidak perlu dihebohkan kerana ia merupakan urusan dalaman pentadbiran dan ia dilakukan mengikut prosedur yang sewajarnya.“Saya buat (ambil keterangan) senyap-senyap saja, hangpa (kamu semua) kira nak bagi riuh. Kalau tiap-tiap proses agensi atau jabatan nak kena maklum dalam surat khabar, jahanamlah kerajaan,” katanya.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri itu lagi, apa yang pemting ialah beliau telah bertemu dengan pegawai SPRM untuk memberi kenyataan.“Tak perlu habaq (bagi tahu) SPRM Kedah atau Putrajaya, nanti macam-macam pula spekulasi. Yang penting, saya telah bertemu dengan pegawai SPRM dan beri kenyataan sekitar empat soalan,” ujar beliau.Muhammad Sanusi turut berharap segala spekulasi berkaitan dirinya yang dikaitkan dengan kes kecurian REE itu dapat dilenyapkan selepas SPRM selesai mengambil keterangan beliau.Kredit foto: Free Malaysia Today“Selesailah! Jangan duk korek jamu cucur apa, teh tarikkah. Macam-macam hangpa nak tahu. Yang itu bagi malaikat catat. Setiap kerja kita buat malaikat tulis, kerja yang buruk, malaikat belah kiri. Yang baik malaikat belah kanan. Itu buku akhirat,” jelasnya lagi.Pada 11 September lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, siasatan tersebut sudah di fasa terakhir namun perlu melihat kepada beberapa aspek dalam konteks undang-undang dan prosedur.Sebelum itu, SPRM telah memperoleh petunjuk baharu dan ia diteliti terlebih dahulu sebelum memanggil Muhammad Sanusi untuk diambil keterangan. – JURNALSumber: ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/hanya-berdiri-dan-biar-adik-lemas-dalam-kolam-renang-abang-tiri-ditahan/
Hanya Berdiri Dan Biar Adik Lemas Dalam Kolam Renang, Abang Tiri Ditahan
Seorang abang tiri ditahan bagi membantu siasatan selepas mendapati dirinya hanya berdiri dan melihat sahaja seorang kanak-kanak lemas berusia empat tahun di sebuah apartmen di Bangi, 13 September lalu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang merupakan abang tiri mangsa berusia 26 tahun itu diberkas Ahad lalu.Katanya, penahanan dibuat selepas penelitian dijalankan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang baru dapat diakses.“Penelitian yang dijalankan berdasarkan CCTV tersebut mendapati ketika kejadian suspek yang merupakan abang tiri mangsa turut berada di lokasi kejadian.“Suspek dilihat leka melakukan sesuatu sambil melihat sahaja mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.Jelas Mohd Zaid, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian daripada pegawai perubatan Hospital Serdang yang menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, 13 September lalu.“Siasatan mendapati, mangsa maut sekitar pukul 3 petang selepas dipercayai lemas ketika mandi di apartmen itu sebelum dibawa ke klinik dan kemudian dirujuk ke Hospital Serdang, bagi rawatan selanjutnya.View this post on InstagramA post shared by Majoriti (@majoritiofficial)“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari 14 September selepas mendapatkan rawatan dan kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.Mohd Zaid berkata, suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.“Kes disiasat dan diklasifikasi mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 bagi membantu siasatan,” katanya. – JURNALSumber: KOSMO! ONLINE.
https://jurnal-malaysia.com/ebit-lew-saman-malu-nasi-kandaq-fest-meriah-pelajar-tahfiz-suspek-rogol-remaja-bawah-umur/
Ebit Lew Saman Malu | Nasi Kandaq Fest Meriah | Pelajar Tahfiz Suspek Rogol Remaja Bawah Umur
SOROTAN HUJUNG MINGGU1.Pelajar Tahfiz, Rakan Didakwa Rogol Remaja Perempuan 14 Tahun2.Fuziah Salleh Buat Laporan Polis Terhadap Individu Sebar Video ‘Beli Barang RM200’3.Sultan Johor Bersedia Laksana Tugas Untuk Negara Dan Rakyat4.Dakwa Ada Data, Rafizi Pertahan Kenyataan Rakyat Malaysia Ketagih Makan Luar Punca Duit Habis5.“Saya Nak Jumpa Dia Saja” – Intai Pembaca Berita, Lelaki Diarah Jalani Pemeriksaan Mental6.Thor X Fokus Suplemen Kesihatan Lelaki, Sasar Jumlah Jualan RM3 Juta Menjelang Akhir Tahun7.Ebit Lew Saman Caprice, Mondy Tatto8.Nasi Kandaq Fest Sasar 12,000 Pengunjung! Bawa 10 Lejen Nasi Kandar Surrr Berhimpun Di Kuala Lumpur
https://jurnal-malaysia.com/nasi-kandaq-fest-sasar-12000-pengunjung-bawa-10-lejen-nasi-kandar-surrr-berhimpun-di-kuala-lumpur/
Nasi Kandaq Fest Sasar 12,000 Pengunjung! Bawa 10 Lejen Nasi Kandar Surrr Berhimpun Di Kuala Lumpur
Berita baik buat semua peminat tegar nasi kandar,FriedChilliesmembawakan ‘Nasi Kandaq Fest’ istimewa buat anda semua.FriedChillies kali ini berkolaborasi dengan pakar dalam selok belok nasi kandar, iaitu Nasi Kandaq Hunters dan Nasi Kandaq Transporter, membawa 10 lejen Nasi Kandar yang sangat dikenali di Malaysia.Bertempat di Sunway Putra Mall, 10 lejen bersama Nasi Kandaq Fest ialah:1. Restoran Liga Maju Nasi Dalca Ayam Negro2. Hameediyah Restaurant3. Nasi Kandar Bawah Pokok (Nasi Kandar Jamal Mohamed)4. Restoran Kudu Bin Abdul5. Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru6. Pelita Nasi Kandar Taman Chai Leng7. Sadam Nasi Kandar8. Sithique Nasi Kandar9. Nasi Kandaq Talam Johor Bahru10. Yusuf RestaurantKetua Pegawai Eksekutif FriedChillies,Mohd Adly Rizalberkata, idea untuk menganjurkan festival ini bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu.“Bertitik tolak daripada PKP lah kita mula menjalin kerjasama dengan Nasi Kandaq Transporter dan Nasi Kandaq Hunters yang ketika itu mengambil pesanan dan membawa makanan kegemaran rakyat Malaysia itu dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.“Dan selepas PKP berakhir, kami mula mengadakan perbincangan dengan lebih serius untuk membawa terus vendor-vendor terbaik nasi kandar ke Kuala Lumpur dan himpunkan mereka di Sunway Putra Mall, hari ini.“Kami juga berbesar hati kerana pihak Sunway Putra Mall mempelawa kami untuk menjalin kerjasama dan merealisasikan acara Nasi Kandaq Fest ini,” katanya.Tambah Adly lagi, Nasi Kandaq Fest bakal berlangsung selama dua hari bermula hari ini 23 September sehingga esok 24 September.Sementara itu, Ketua Pemasaran, Sunway Putra Mall, Tan Ai Vee berkata, untuk memastikan orang ramai lebih selesa, pihak mereka telah mentransformasikan ruang legar di tingkat bawah kepada ‘zon kenduri’.“Zon kenduri ini lebih selesa dan berada di dalam mall. Orang ramai boleh membeli nasi kandar dan kemudian menikmatinya di zon kenduri kami dengan lebih selesa,” katanya.Salah seorang Pengasas Nasi Kandaq Hunters (NKH) Badrol Izam pula berkata, mereka meletak sasaran 10,000-12,000 pengunjung ke acara tersebut.“NKH amat berbesar hati kerana acara unik ini memberi peluang kepada orang ramai terutama di Lembah Klang untuk menikmati air tangan dari tokoh-tokoh nasi kandar yang tersohor dari tempat-tempat original di Malaysia.“Kami memang tak sabar untuk mereka menghayati pelbagai rasa kari dan lauk nasi kandar sebab memang semua lejen yang kami himpun di sini, ada kelebihan mereka yang tersendiri. Semua akan berada di bawah satu bumbung, bila lagi geng?”, katanya teruja.Dalam pada itu Mohd Adly berkata, FriedChillies merancang untuk menganjurkan Nasi Kandaq Fest 2.0 sekiranya, acara sulung ini mendapat sambutan ramai.“Kami memang sudah mempunyai perancangan untuk menganjurkan Nasi Kandaq Fest 2.0 dan mungkin akan dijadikan acara tahunan, sekiranya program yang kami bawakan hari ini mendapat sambutan daripada orang ramai.“Antara yang kami rancang ialah, membawa lebih ramai vendor popular nasi kandar ke Kuala Lumpur selain mencari venue yang lebih besar,” katanya teruja.Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Nasi Kandaq Fest di Sunway Mall kerana anda berpeluang memperolehi baucar tunai dan diskaun dari Sunway Putra Mall untuk minuman, pencuci mulut dan banyak lagi barangan lain, sepanjang dua hari acara berlangsung. – BOOM!
https://jurnal-malaysia.com/ebit-lew-saman-caprice-mondy-tatto/
Ebit Lew Saman Caprice, Mondy Tatto
Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atauEbit Lewmemfailkan saman fitnah terhadap penyanyi rap Caprice dan pempengaruh media sosial berasal dari Indonesia, Mondy Tatto.Ebit menerusi laman sosial Instagram (IG)nya memuat naik foto bersama peguam terkenal,Datuk Akberdin Abdul Kader.Menerusi ruangan kapsyen, Ebit memberitahu saman fitnah telah difailkan di Mahkamah Shah Alam melalui peguamnya itu.View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew)Tindakan saman tersebut dipercayai berkaitan dengan beberapa siri kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya, melibatkan Mondy dan Caprice.Terdahulu, media melaporkan polis telah mengesahkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew turut disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol atas laporan yang dibuat oleh Mondy Tatto baru-baru ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, setakat ini pihaknya telah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes tersebut.Katanya, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan polis dakwaan rogol terhadapnya. – Jurnal
https://jurnal-malaysia.com/thor-x-fokus-suplemen-kesihatan-lelaki-sasar-jumlah-jualan-rm3-juta-menjelang-akhir-tahun/
Thor X Fokus Suplemen Kesihatan Lelaki, Sasar Jumlah Jualan RM3 Juta Menjelang Akhir Tahun
Pengeluar produk makanan tambahan, Branz Marketing Sdn. Bhd. menyasarkan jumlah jualan sebanyak RM3 juta menjelang akhir tahun ini.Pengasasnya,Dr Aizul Hafizi Ismailberkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi pengenalan produk baharunya,Thor Xyang memberi fokus kepada suplemen kesihatan lelaki.Menurut beliau, pihaknya juga menetapkan sasaran seramai 100,000 pasangan suami isteri dalam mencapai kepuasan dalam perkahwinan mereka dan menikmati kesejahteraan hidup pada masa akan datang.“Bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, kami telah melakukan penyelidikan dan pembangunan lebih dua tahun di mana keberkesanan produk ini adalah ia mengandungi akar maca.“Ia adalah herba tradisional Peru dari pergunungan Andes yang telah digunakan selama berabad-abad untuk tujuan kulinari dan perubatan.“Produk ini sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan kerana akar maca juga sering dipanggil ginseng Peru dan terkenal kerana menggalakkan tenaga dan kecergasan.“Selain itu, produk ini hanya mengandungi bahan organik dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan dada selain Thor X juga merupakan produk eklusif yang dirumuskan dengan 100 peratus bahan-bahan semula jadi,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.Turut hadir, Pengasas Bersama yang juga pempengaruh media sosial,Capriceatau nama sebenarnya, Ariz Ramli.Thor X telah mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan selamat dan bersih untuk dimakan kerana telah menerima Pensijilan Makanan Selamat Tanggunjawab Industri (MESTI).Selain itu, produk ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan Halal.Mengulas lanjut, Aizul berkata, Thor X pernah memenangi World Consumer Health Brand Awards 2023 dan South East Asia  Organic Awards sekaligus kejayaan itu mengukuhkan reputasi dan bukti keunggulannya sebagai produk yang berkualiti tinggi dan diiktiraf pada peringkat global.“Melengkapkan lagi kecemerlangan produk kesihatan ini, ThorX juga mendapat anugerah Asia Halal Brand Awards dalam kategori Best Men Supplement.“Ia adalah anugerah yang khusus diberikan kepada produk yang sudah pun mendapat sijil halal yang diadili lima juri berkaliber.“Justeru, kami yakin produk Thor X ini akan menjanjikan pengguna untuk kepuasan dan membawa hubungan intim ke tahap yang lebih baik.“Pengguna tidak perlu risau kerana ia menggunakan bahan semulajadi yang dipilih dengan teliti dan juga tidak perlu bimbang tentang kesan sampingan yang tidak diingini,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/saya-nak-jumpa-dia-saja-intai-pembaca-berita-lelaki-diarah-jalani-pemeriksaan-mental/
“Saya Nak Jumpa Dia Saja” – Intai Pembaca Berita, Lelaki Diarah Jalani Pemeriksaan Mental
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, memerintahkan pekerja restoran yang berdepan tuduhan mengendap dan melakukan gangguan berulang terhadap pembaca berita wanita, mendapatkan status kesihatan mental terlebih dahulu.Ia berikutan selepas pertuduhan dibacakan ke atas tertuduh,Muhammad Azhari @ Azari Abdul Rahman, 55, oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, lelaki itu dilihat berulang kali menyatakan dia hanya mahu berjumpa mangsa saja.“Saya mahu jumpa dia saja,” katanya.Atiqah membuat keputusan itu selepas peguam, Mohamad Zaidi Othman yang mewakili tertuduh memohon lelaki itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan status kesihatan mental terlebih dahulu.Kredit foto: Harian MetroTerdahulu, dalam prosiding hari ini, Muhammad Azhari mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Atiqah.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan pengintaian terhadapAinaa Kamalia Jamaludin, 31, dengan menghantar mesej di media sosial dan berulang kali pergi ke tempat kerja wanita itu di pejabat Awesome TV, Tingkat 18, Menara 2 Bank Rakyat, di sini pada 4 petang, 17 September lalu.Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Muhamad Sapri Yaakub menawarkan jaminan RM3,000 terhadap tertuduh.Bagaimanapun, Mohamad Zaidi dalam rayuannya menyatakan ahli keluarga tidak berhasrat untuk menjamin dan memohon supaya tertuduh dihantar ke hospital bagi mendapatkan status kesihatan mentalnya.“Saya ingin membuat permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya anak guam di hantar ke hospital berkenaan bagi mendapatkan status kesihatan mentalnya.“Sebelum ini dia pernah didaftarkan di Jabatan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi dia tidak pergi untuk mendapatkan rawatan. Mohon satu tarikh singkat untuk saya dapatkan rekod daripada HKL,” kata peguam itu.Muhamad Sapri tidak membantah permohonan itu.Mendengar hujah kedua-dua pihak, Atiqah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 Oktober ini untuk mahkamah mendapatkan rekod mengenai kesihatan mental tertuduh. – JURNALSumber: HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/dakwa-ada-data-rafizi-pertahan-kenyataan-rakyat-malaysia-ketagih-makan-luar-punca-duit-habis/
Dakwa Ada Data, Rafizi Pertahan Kenyataan Rakyat Malaysia Ketagih Makan Luar Punca Duit Habis
Menteri Ekonomi,Rafizi Ramlimempertahankan kenyataannya sebelum ini mengenai rakyat Malaysia ketagih makan luar bukan sengaja direka-reka kerana ia berasaskan data yang direkodkan.Beliau berkata, dapatan itu diperoleh hasil daripada data yang dikumpulkan dalam tempoh 20 tahun lalu.“Kerajaan mempunyai data lengkap yang dikumpul setiap dua tahun melalui tinjauan perbelanjaan isi rumah.“Melalui data itu kita boleh lihat pendapatan yang digunakan untuk aktiviti makan di luar, sama ada dibawa pulang atau makan di restoran atau gerai, telah berkembang sejak beberapa tahun ini.“Ini bukan berkenaan saya mereka-reka cerita tetapi ini adalah berdasarkan kepada data,” katanya.Isnin lalu, Rafizi dilaporkan berkata, tabiat ketagih untuk makan di luar membuatkan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan rakyat di negara ini dihabiskan bagi memenuhi keinginan tersebut.Menurutnya, akibat daripada amalan tidak sihat itu juga menyebabkan mereka mengalami penyusutan pendapatan dan menjadi lebih sensitif terhadap inflasi yang mendadak pada harga makanan yang dimasak, walaupun ketika inflasi utama telah menurun.Kenyataan Rafizi itu mencetuskan kontroversi apabila segelintir pihak termasuk bekas Menteri Kesihatan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil mengkritik.Kredit foto: Selangor KiniKhairy berkata, tindakan Rafizi yang menyentuh isu tabiat ketagihan rakyat makan di luar sehingga menjejaskan pendapatan bulanan mereka itu tidak sepatutnya dilakukan kerana perbuatan itu umpama menjolok ke sarang tebuan.Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, perkara utama yang menyukarkan untuk menurukan inflasi adalah budaya makanan di luar rumah dan ia menjadi komponen utama dalam inflasi dari bulan ke bulan.“Satu-satunya perkara perbelanjaan isi rumah yang paling anjal dan sukar untuk diturunkan sebenarnya adalah makanan yang dimasak dan dibawa pulang,” ujarnya. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/sultan-johor-bersedia-laksana-tugas-untuk-negara-dan-rakyat/
Sultan Johor Bersedia Laksana Tugas Untuk Negara Dan Rakyat
Sultan Johor menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandaryang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagaiYang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu.“Ia bukan satu kenaikan pangkat. Ia adalah tanggungjawab yang saya sedia untuk laksanakan bagi pihak Raja-Raja Melayu,” titah baginda semasa wawancara eksklusif bersama Bernama yang diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Wong Chun Wai di kediaman peribadi baginda, baru-baru ini.Sultan Ibrahim bertitah bahawa keutamaan baginda adalah menjaga kebajikan rakyat.“Rakyat akan sentiasa didahulukan,” titah baginda.Sultan Ibrahim enggan mengulas lanjut dan bertitah adalah lebih baik menunggu mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai.Raja-Raja Melayu dijangka memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 27 Oktober ini di bawah sistem pemilihan yang unik, namun berkemungkinan mengekalkan sistem penggiliran bagi memilih Yang di-Pertuan Agong baharu dalam kalangan sembilan Raja.Pemerintahan lima tahun Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, dijadualkan berakhir pada penghujung Januari depan.Sultan Ibrahim telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010. – JURNALSumber: BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/fuziah-salleh-buat-laporan-polis-terhadap-individu-sebar-video-beli-barang-rm200/
Fuziah Salleh Buat Laporan Polis Terhadap Individu Sebar Video ‘Beli Barang RM200’
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Fuziah Sallehmemaklumkam satu laporan polis akan dibuat terhadap individu yang menyebarkan video tular semalam.Fuziah yang ketika ini berada di India berkata, pasukannya kini dalam persiapan untuk membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.“Saya kini berada di India untuk satu lawatan rasmi, pasukan saya (di Malaysia) kini tengah membuat persiapan untuk membuat laporan polis kira-kira pukul 4 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.“Saya dijangka pulang semula ke Malaysia, Ahad ini.” katanya.Pada masa sama, Fuziah memaklumkan bahawa video berkenaan merupakan rakaman pada Julai lalu yang dibuat ketika berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah.Jelasnya, rakaman tersebut dibuat sewaktu berhadapan dengan isu RM200 tidak boleh membeli apa-apa barangan.“Waktu itu, saya buat tinjauan di sebuah pasar raya dan beli sendiri barangan di situ.“Harganya lebih sedikit berbanding tempat lain yang menjual barangan Jualan Rahmah, namun masih cukup dan boleh penuh bakul dengan wang di bawah RM200. Kenyataan saya dalam video bagaimanapun merujuk kepada situasi ketika itu,” katanya.Malah, beliau percaya ada dalang yang sengaja menyebarkan video tersebut dan tidak menolak ia bermotifkan politik.Terdahulu, menerusi rakaman video tular itu, kelihatan Fuziah melakukan tinjauan di sebuah pasar raya bagi memantau harga barang keperluan asas di pasaran dan membeli beberapa barangan untuk membuat penilaian kos.Antara barangan dibeli ialah minyak masak, beras, biskut, mi segera, sardin dalam tin, tepung gandum, serbuk minuman, bawang dan kentang dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM136.30.Fuziah kelihatan berpuas hati kerana dapat membeli beberapa barangan keperluan itu pada harga di bawah RM200.Bagaimanapun, kenyataan Fuziah dalam video itu mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen dan mereka telah meninggalkan pelbagai komen yang berbaur sindiran. – JURNALSumber: KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/pelajar-tahfiz-rakan-didakwa-rogol-remaja-perempuan-14-tahun/
Pelajar Tahfiz, Rakan Didakwa Rogol Remaja Perempuan 14 Tahun
Dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya pelajar tahfiz didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun, minggu lalu.Kedua-dua tertuduh, iaitu pelajar tahfiz berusia 16 tahun dan tertuduh berusia 17 tahun, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan ke atas tertuduh, mereka didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun enam bulan di sebuah lot di Jalan Gopeng, Kampung Sindu, di sini, kira-kira 4.30 petang, 15 September lalu.Kedua-dua tertuduh turut berdepan pertuduhan melakukan perbuatan sama di lokasi yang sama pada 16 September, kira-kira 9.30 pagi.Perbuatan itu adalah kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor N Ganesan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Mohamad Khazali Yin.Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin, setiap seorang.Mahkamah turut menetapkan 1 November depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa serta dokumen berkaitan lain. – JURNALSumber: HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/harimau-malaya-diranking-ke-134-dunia-azizulhasni-tarik-diri-fuziah-salleh-video-unsur-sabotaj/
Harimau Malaya Diranking ke-134 Dunia | Azizulhasni Tarik Diri | Fuziah Salleh, Video Unsur Sabotaj
SOROTAN MENARIK KHAMIS 21/09/20231.Baca Bismillah Sebelum Makan Babi, Pempengaruh Lina Mukherjee Dihukum Penjara2.[V] “Video Beli Barang RM200 Adalah Video Lama Yang Disiar Semula, Bermotif Politik” – Fuziah Saleh3.Cedera Kaki Dan Pinggul Kiri Akibat Kemalangan, ‘The Pocket Rocketman’ Tarik Diri Sukan Asia4.Meriah! Pantai Timur Food Festival Bakal Berlangsung Tiga Hari Berturut-turut Di Putrajaya5.TMJ Kesal Pengadil Tak Manfaat VAR – “Tak Guna Bagi VAR Kepada Orang Tak Tahu Guna, Ibarat Beri Kereta Kepada Monyet6.Tahniah Harimau Malaya! Ranking Naik Dua Anak Tangga, Kini 134 Dunia
https://jurnal-malaysia.com/tahniah-harimau-malaya-ranking-naik-dua-anak-tangga-kini-134-dunia/
Tahniah Harimau Malaya! Ranking Naik Dua Anak Tangga, Kini 134 Dunia
Bukan kekal atau hanya naik satu takuk, sebaliknya ranking skuadHarimau Malayamelonjak dua anak tangga untuk berada di kedudukan 134 dunia ketika ini.Berita gembira itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sudah menerima pengesahan rasmi daripadaPersekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa)selepas jendela aksi antarabangsa pada September berakhir, hujung minggu lalu.Kemas kini terbaharu ranking Fifa hari ini, Malaysia di tangga ke-134 dunia, berjaya naik dua anak tangga berbanding 136 pada kemas kini terdahulu pada 20 Julai 2023,” kata kenyataan media FAM itu.Lonjakan dua anak tangga itu pastinya didorong kejayaan skuad kendalian Kim Pan-gon mengikat dua pasukan di ranking 100 terbaik dunia pada minggu lalu.Dalam aksi persahabatan Tier 1 baru-baru ini, skuad Harimau Malaya hampir mengejutkan Syria yang berada di tangga ke-94 dunia dengan mengikat pasukan itu 2-2.Rentak sama dikekalkan pada aksi kedua di Chengdu, China itu apabila hampir memalukan pasukan tuan rumah China yang menghuni kedudukan ke-80 dunia menerusi keputusan seri 1-1.Pertengahan bulan depan, Malaysia akan beraksi di saingan Pestabola Merdeka membabitkan tiga pasukan di ranking lebih baik iaitu India (102 dunia), Palestin (97 dunia) dan Tajikistan (110 dunia).Pasukan negara diundi berdepan India dalam aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Oktober nanti dan jika menang, bakal beraksi di final menentang pemenang antara Palestin atau Tajikistan.Ia sebahagian persiapan skuad negara sebelum menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November ini serta pusingan akhir Piala Asia di Qatar Januari depan. – JURNALSumber: HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/tmj-kesal-pengadil-tak-manfaat-var-tak-guna-bagi-var-kepada-orang-tak-tahu-guna-ibarat-beri-kereta-kepada-monyet/
TMJ Kesal Pengadil Tak Manfaat VAR – “Tak Guna Bagi VAR Kepada Orang Tak Tahu Guna, Ibarat Beri Kereta Kepada Monyet
Di sebalik kekalahan tipis 0-1 Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada Kawasaki Frontale, pemilik JDT iaituTunku Ismail Sultan Ibrahimmelahirkan rasa kesalnya di atas mutu pengadilan yang tidak memanfaatkan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dengan sebaik-baiknya.Luahan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) di laman sosial itu susulan beberapa insiden termasuk terjahan keras ke atas Arif Aiman Hanapi di dalam kotak penalti tidak diendahkan pengadil perlawanan dari Qatar, Abdulrahman Al-Jassim.Meskipun terdapat permintaan daripada pemain JDT agar pengadil merujuk kepada VAR, namun ia tidak dilayan hingga mengakibatkan tuan rumah terlepas beberapa peluang untuk meraih gol.“VAR hanya bagus untuk orang yang bijak menggunakan VAR, tak guna bagi VAR kepada orang tak tahu pakai VAR. Ibarat beri kereta kepada monyet,” tulis Tunku Ismail.Kelab Jepun itu meraih gol tunggal perlawanan menerusi sepakan gunting Marcinho pada lewat separuh masa pertama, sekali gus meraih tiga mata pada perlawanan di Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.Perlawanan seterusnya akan menyaksikan JDT terbang ke Thailand untuk bertemu BG Pathum United pada 3 Oktober ini.Sebelum itu, BG Pathum tewas 1-3 kepada Ulsan Hyundai yang berlangsung di Korea Selatan dengan penyerang import Ulsan, Martin Adam meledak hatrik manakala gol sagu hati BG Pathum oleh Ryhan Stewart.Ulsan Hyundai kini mendahului Kumpulan I dengan kelebihan jaringan dan berkongsi tiga mata bersama Kawasaki Frontale, manakala JDT di tangga ketiga diikuti BG Pathum tercorot, selepas masing-masing mengharungi satu aksi. – JURNALSumber: HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/meriah-pantai-timur-food-festival-bakal-berlangsung-tiga-hari-berturut-turut-di-putrajaya/
Meriah! Pantai Timur Food Festival Bakal Berlangsung Tiga Hari Berturut-turut Di Putrajaya
Berita baik buat penggemar makanan Pantai Timur, festival selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober ini bakal di Anjung Floria Persint 4, Putrajaya.Karnival yang dinamakanPantai Timur Food Festivalitu bakal membawakan hampir 100 buah gerai yang menyajikan pelbagai hidangan dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.Lebih menarik lagi, pengunjung boleh membawa seisi keluarga kerana tiada bayaran dikenakan.Festival anjuran Mek Noor Nasi Dagang itu juga membariskan artis seperti Issey Fazlisham, Ani Mayuni, Ayu Damit, Syafiq Farhain, Aril Pilus, Haziq Rosebi dan Serina Redzuan.Turut serta ialah Avaa Vanja, Balkish Semundur, Isma AF, Pupsa Gomen, Nazeera Sardi, Roslan Madun, Khairul Anuar dan pemegaruh media sosial Mami Dedi.Ustaz Akhil Hay serta penyampai radio Gegar, Shah juga bakal memeriahkan suasana festival itu.Selain gerai jualan makanan, aktiviti lain juga bakal diadakan seperti ceramah agama, demonstrasi masakan, jualan kraftangan, permainan tradisional, galeri dan pavilion setiap negeri pantai timur.Wakil Mek Noor Nasi Dagang berkata, selain mempromosikan warisan dan tradisi pantai timur, festival itu juga membuka peluang kepada usahawan berminat untuk berniaga pada kadar sangat berpatutan.“Lokasi yang dipilih juga strategik dan sesuai untuk semua peringkat umur untuk hadir serta beriadah dengan keluarga.“Usahawan juga wajar merebut peluang ini kerana kita jangkakan bakal mendapat sambutan hangat dalam festival selama tiga hari itu.“Kami juga mahu memperkenalkan lagi seni budaya tiga negeri Pantai Timur kepada orang ramai termasuk generasi muda dan pelancong,” katanya.Harga booth juga sangat berpatutan iaitu RM1,500 untuk tiga hari. Cabutan bertuah bernilai RM25,000 termasuk barangan elektrik, motosikal dan wang tunai.Mereka yang berminat boleh ikut Pantai Timur Food Festival di laman sosial iaitu @pantaitimurfoodfestival (Instagram) dan Pantai Timur Food Festival (Facebook Page). – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/cedera-kaki-dan-pinggul-kiri-akibat-kemalangan-the-pocket-rocketman-tarik-diri-sukan-asia/
Cedera Kaki Dan Pinggul Kiri Akibat Kemalangan, ‘The Pocket Rocketman’ Tarik Diri Sukan Asia
Kontinjen negara menerima tamparan awal menjelang Sukan Asia Hangzhou apabila prospek pingat emas, jaguh berbasikal,Datuk Azizulhasni Awangdisahkan menarik diri daripada temasya terbabit.Perkhabaran duka itu diumumkan pelumba berusia 35 tahun itu pada sidang media khas di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, sebentar tadi.Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman berkata, keputusan dibuat selepas dia cedera kaki dan pinggul kiri susulan kemalangan dialaminya ketika sesi latihan di Velodrom Nasional Nilai, Jumaat lalu.Kredit foto: Harian Metro“Dukacita saya maklumkan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Sukan Asia. Saya mohon maaf kepada kontinjen negara dan seluruh rakyat Malaysia yang berharap saya beraksi di sana (Hangzhou).“Pada mulanya kecederaan saya tidak serius termasuk selepas menjalani ujian imbasan dengan Institut Sukan Negara (ISN), tetapi selepas empat hari saya berasa sakit di bahagian badan.“Jadi, selepas perbincangan dengan ketua jurulatih, John Beasley, kami memutuskan untuk menarik diri daripada Sukan Asia kali ini bagi memberi fokus kepada Sukan Olimpik Paris tahun depan,” katanya.Azizulhasni terbabit dengan kemalangan ketika menjalani latihan Jumaat lalu dan menerusi perkongsian video berdurasi 36 saat di Facebooknya, pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu seperti melambung ketika berada di selekoh dalam usahanya untuk mengejar motosikal.Berdasarkan situasi itu, pemburuan emas kini akan digalas Mohamad Shah Firdaus Sahrom dan kuartet pecut lelaki.Mengikut rekod, pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Azizulhasni membawa pulang satu pingat emas menerusi acara pecut selain turut meraih pingat perak (pecut berpasukan) dan gangsa untuk acara keirin. – JURNALSumber: HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/v-video-beli-barang-rm200-adalah-video-lama-yang-disiar-semula-bermotif-politik-fuziah-salleh/
[V] “Video Beli Barang RM200 Adalah Video Lama Yang Disiar Semula, Bermotif Politik” – Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Fuziah Sallehmenegaskan video yang tular sejak semalam telah diambil di luar konteks.Menurutnya, video berkenaan merupakan rakaman pada Julai lalu yang dibuat ketika berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah.“Itu rakaman lama sewaktu kita berhadapan dengan isu RM200 tidak boleh membeli apa-apa barangan.“Jadi video itu kembali disiarkan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mahu melakukan Jualan Rahmah Beras.“Saya percaya ada dalang di sebaliknya dan mungkin bermotifkan politik,” katanya.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Menerusi rakaman video yang tular itu, Fuziah membuat pembelian barangan keperluan asas di sebuah pasar raya dengan kos bawah daripada RM200.Antara barang keperluan harian yang dibeli ialah biskut, serbuk minuman, mi segera, sardin dalam tin, tepung, minyak, susu, beras 10 kilogram (kg), bawang dan ayam.Beritahu Fuziah, kesemua barang itu hanya menelan kos sebanyak RM136.30.Mengulas lanjut, beliau berkata, konteks video pada ketika itu telah disalahertikan sehingga ramai yang menyangka ia merujuk kepada situasi kini.Justeru, Fuziah berharap orang ramai dapat memahami dan tidak keliru bahawa video yang tular itu bukan merujuk kepada situasi semasa. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/baca-bismillah-sebelum-makan-babi-pempengaruh-lina-mukherjee-dihukum-penjara/
Baca Bismillah Sebelum Makan Babi, Pempengaruh Lina Mukherjee Dihukum Penjara
Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada seorang wanita kerana melanggar undang-undang berkaitan agama di negara itu selepas dia menyiarkan video di laman sosial TikTok di mana dia berdoa sebelum makan daging babi.Lina Lutfiawati, juga dikenali sebagaiLina Mukherjee, yang mengaku beragama Islam mengikut dokumen mahkamah, menyiarkan video TikTok pada Mac di mana dia membaca Bismillah, sebelum makan kulit babi yang rangup.@lilumukerji♬ original sound – linamukerjiLilu – Lilu_linamukerjiMahkamah di bandar Palembang, Indonesia, menjatuhkan hukuman terhadap Lina atas tindakannya dan mendapati dia sengaja “menyebarkan maklumat yang bertujuan untuk menghasut kebencian atau permusuhan individu/kumpulan berdasarkan agama,” menurut dokumen mahkamah.Ia memerintahkan dia membayar denda 250 juta rupiah. Pengkritik berkata undang-undang ketat Indonesia telah digunakan untuk menghakis reputasi lama untuk toleransi dan kepelbagaian di negara itu.Selepas perbicaraan, Lina memberitahu pemberita bahawa dia terkejut dengan keputusan itu.“Saya tahu saya salah tetapi saya tidak menjangkakan hukuman ini,” kata Lina di stesen berita tempatan MetroTV.Usman Hamid, pengarah eksekutif Amnesty International Indonesia, berkata artikel penghinaan agama dalam undang-undang Indonesia telah disalahgunakan untuk menyasarkan kumpulan minoriti dan penentang.Undang-undang penghinaan agama itu kebanyakannya digunakan terhadap mereka yang dianggap menghina Islam, termasuk bekas gabenor Kristian Jakarta, Basuki “Ahok” Purnama, yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada 2017 kerana menghina agama, atas tuduhan yang dilihat secara meluas sebagai bermotifkan politik.Majlis Ulama Indonesia (MUI), sebuah badan tertinggi ulama, memberitahu mahkamah bahawa tindakan Lina adalah menghina Islam, menurut dokumen mahkamah. – JURNALSumber: HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/disentuh-di-parlimen-radzi-jiddin-amok-dituduh-campur-tangan-kes-zahid-pm-mohon-kemuka-bukti-polis-sudah-rakam-percakapan-caprice-mondy/
‘Disentuh’ Di Parlimen, Radzi Jiddin ‘Amok’ | Dituduh Campur Tangan Kes Zahid, PM Mohon Kemuka Bukti | Polis Sudah Rakam Percakapan Caprice, Mondy
SOROTAN MENARIK RABU 20/09/20231.[V] Hero Batang Kali, Blake Sudah Tiada…Hidap Barah Limfoma Tahap 42.Remaja Rohingya 14 Tahun Bersama Rakan Ditahan, Rogol Pelajar Sekolah Menengah3.“Tunjuk Bukti Kalau Saya Campur Tangan Kes Zahid” – PM Anwar4.“Tak Fasal-fasal Disentuh Saya! Saya Perlu Pertahan Kebenaran!” – Radzi Jidin5.Polis Sudah Rakam Percakapan Mondy, Caprice6.Polis Nafi Ancaman Bom Di Bank Negara Malaysia
https://jurnal-malaysia.com/polis-nafi-ancaman-bom-di-bank-negara-malaysia/
Polis Nafi Ancaman Bom Di Bank Negara Malaysia
Polis Kuala Lumpur menafikan satu ancaman bom berlaku di Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu.Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Allaudeen Abdul Majidberkata, ancaman bom itu diterima kakitangan BNM menerusi emel sekitar jam 3 petang.“Kakitangan itu kemudian membuat laporan polis dan sepasukan unit pemusnah bom dikerahkan ke lokasi kejadian.“Selepas membuat pembersihan dan pemeriksaan, kita dapati ia adalah palsu serta tiada ancaman bom seperti dilaporkan,” katanya.Katanya, pihaknya kini menyiasat individu bertanggungjawab menghantar emel itu.Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/polis-sudah-rakam-percakapan-mondy-caprice/
Polis Sudah Rakam Percakapan Mondy, Caprice
Polis sudah merakam percakapan penyanyi rap,Capricedan wanita Indonesia dikenali Mondy Tattoo bagi membantu siasatan laporan dibuat pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, rakaman percakapan Ariz Ramli atau Caprice dan Dita Restu Amanda atau Mondy itu diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.“Bagi melengkapkan siasatan kes ini, beberapa saksi lain lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan.“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi memaklumkan pihaknya sudah menerima arahan lanjut bagi menyiasat kes itu, semalam.Polis hanya menerima satu laporan dibuat Ebit Lew di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, kelmarin dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.Kelmarin, Ebit Lew tampil membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya.Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan laporan polis itu dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira 12 tengah malam.Laporan polis itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/tak-fasal-fasal-disentuh-saya-saya-perlu-pertahan-kebenaran-radzi-jidin/
“Tak Fasal-fasal Disentuh Saya! Saya Perlu Pertahan Kebenaran!” – Radzi Jidin
Ahli Parlimen Putrajaya,Datuk Mohd Radzi Md Jidinmenyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menuduhnya ketika penggulungan perbahasan usul berkenaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, pada Selasa.Mohd Radzi yang juga bekas Menteri Kanan Pendidikan berkata, setelah mendengar kenyataan Anwar itu, beliau hanya mahu mempertahankan maruah selain menyifatkan pantang dengan manusia tidak jujur.“Jadi, bila dengar perkara ini, saya pantang orang yang tidak bercakap benar dan akan pertahankan maruah saya.“Atas dunia ini, saya tak takut dengan sesiapa kecuali Allah SWT.“Sebab itu saya bangun untuk mempertahankan maruah, meminta supaya Anwar tarik balik tuduhan beliau terhadap saya,” katanya menerusi hantaran video berdurasi dua minit 58 saat di Facebook.Sebelum ini, Dewan Rakyat kecoh apabila Mohd Radzi bangkit meminta Speaker, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Ahli Parlimen Tambun itu menarik balik kenyataan yang didakwa sebagai sangkaan jahat terhadapnya.Anwar ketika menjawab mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyentuh Putrajaya pernah buat perkara sama semasa pentadbiran terdahulu dengan merujuk Siti Aisyah yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh warga Korea Utara, Kim Jong-Nam, selepas pendakwa raya menggugurkan pendakwaan terhadapnya, pada Mac 2019.Dakwa Mohd Radzi, Anwar telah memutarbelitkan kenyataan dengan mengatakan beliau tidak maksudkan Ahli Parlimen Putrajaya, sebaliknya pemerintahan sebelumnya.“Apabila bercakap tentang kebenaran, saya tidak akan berganjak, pertahankan maruah saya.“Sehinggalah saya diminta untuk keluar dewan, dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersepakat bahawa kalau Anwar tak tarik, tak berlaku adil pada saya, maka ahli Perikatan Nasional (PN) yang lain akan keluar dewan,” ulasnya. – JURNALSumber: SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/tunjuk-bukti-kalau-saya-campur-tangan-kes-zahid-pm-anwar/
“Tunjuk Bukti Kalau Saya Campur Tangan Kes Zahid” – PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahimmeminta mana-mana pihak tampil memberikan bukti berhubung dakwaan beliau campur tangan dalam kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Perdana Menteri menegaskan, pihak terbabit juga perlu membuktikan beliau mengarahkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk memerintahkan supaya Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).“Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) ini tak dengar penjelasan kita. Saya sebut dalam beberapa kes, termasuk ahli Yang Berhormat di sebelah sana yang kawan Yang Berhormat (Syed Saddiq) sekarang pun ada kes prima facie tetapi dibuang.“Ada kes seperti Siti Aisyah… ada kes tertuduh sakit. Keputusan Peguam Negara, ‘discretion’ (budi bicara) dia, tetapi kenapa buat tuduhan melulu dan kurang sopan, menyerang Perdana Menteri dan menganggap saya campur tangan.“Apa bukti saya campur tangan? Peguam Negara itu (Idrus) adalah Peguam Negara yang dipilih ketua Yang Berhormat (Syed Saddiq) dan saya tak tukar Peguam Negara itu.“Selepas itu saya dituduh bincang (untuk menggugurkan kes Ahmad Zahid). Saya tanya apakah alasan kuat untuk berikan DNAA (terhadap Ahmad Zahid).“Kemudian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan siasatan diteruskan dan kalau ada bukti tambahan, akan teruskan pendakwaan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.Sementara itu, Anwar mengakui kecewa dengan sikap Ahli Parlimen pembangkang yang berterusan menyerang beliau berhubung perintah DNAA ke atas Ahmad Zahid.Tanpa mengetepikan pertikaian berhubung kes itu, Perdana Menteri berkata, tidak wajar beliau dihukum dan dilabel sebagai munafik, seolah-olah mencampuri urusan legislatif.“Saya tahu ramai tak berpuas hati dan beri pandangan seolah-olah inilah satu-satunya kes prima facie (yang diperintahkan DNAA). Banyak kes prima facie yang saya berikan contoh, termasuk Ahli Parlimen di sebelah sana.“Banyak kes besar lain yang Yang Berhormat tak bangkitkan dan mahu sebutkan mengenai rasuah. Mengapa pembesar yang hartawan tak dengar (didakwa) pun? Adakah kerana dia bantu kita, maka kita diam?“Banyak kes (membabitkan) puluhan bilion di negara ini, tetapi TPM I (Ahmad Zahid) menjadi sasaran. Dalam kes ini, Peguam Negara ketika itu (Idrus) memaklumkan terpaksa tarik berdasarkan beberapa alasan,” katanya.Sementara itu, Anwar menafikan dakwaan beliau menggadaikan perjuangan membanteras rasuah, semata-mata demi mengekalkan kuasa dan pengaruh.“Fahamkah apa makna munafik ini? Kecam orang, ‘Perdana Menteri yang sudah meninggalkan prinsip, menggadaikan kerana mahu menjaga kekuatan’.“Tak ada syarat, tanyalah kepimpinan di sini. Saya terima tanpa bersyarat. Pimpinan UMNO pun ada di sini. Jangan ingat saya susah, saya sudah lama jadi pembangkang dan di dalam penjara.“Anda ingat saya takut dengan kedudukan ini? I stay, i stay… I go, I go,” kata Ahli Parlimen Tambun itu. – JURNALSumber:BERITA HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/remaja-rohingya-14-tahun-bersama-rakan-ditahan-rogol-pelajar-sekolah-menengah/
Remaja Rohingya 14 Tahun Bersama Rakan Ditahan, Rogol Pelajar Sekolah Menengah
Seorang remaja lelaki Rohingya berusia 14 tahun antara dua suspek yang ditahan berhubung dakwaan merogol seorang gadis bawah umur di Melaka.Ketua Polis negeri,Datuk Zainol Samahberkata, seorang lagi suspek adalah lelaki berusia 27 tahun, juga warga Rohingya.Tangkapan dibuat berikutan laporan polis yang dibuat oleh abang mangsa di balai polis Batang Tiga pada 15 September.Mangsa, katanya, merupakan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun.“Laporan itu dibuat oleh abang mangsa berusia 22 tahun dengan mendakwa adiknya dirogol selepas hilang dari rumah pada pukul 2 petang pada 14 September.“Pemeriksaan perubatan oleh Hospital Melaka juga mengesahkan koyakan baru di selaput dara mangsa,” katanya pada Rabu.Zainol berkata, siasatan awal menunjukkan mangsa mula berkawan dengan suspek yang lebih muda melalui WhatsApp pada 13 September.Beliau berkata, suspek remaja itu menjemput mangsa dan kemudian membawa mangsa menaiki motosikal untuk berjumpa seorang lagi suspek di sebuah restoran di Klebang pada 14 September lepas.“Kedua-duanya kemudian membawa mangsa ke pantai berhampiran menaiki kereta yang dipandu suspek sebelum dakwaan rogol berlaku.“Mangsa kemudiannya dibawa ke taman permainan di Batu Berendam pada hari yang sama sebelum ditinggalkan di situ,” katanya.Zainol berkata, mangsa ditemui kira-kira pukul 2 pagi pada 15 September ketika merayau-rayau di taman permainan oleh rakan abangnya yang membantu mencari sebelum laporan polis dibuat.Beliau berkata suspek remaja itu tidak bersekolah manakala seorang lagi bekerja sendiri.Tambah beliau, kedua-dua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.Difahamkan, kedua-dua suspek adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). – JURNALSumber:THE STAR
https://jurnal-malaysia.com/v-hero-batang-kali-blake-sudah-tiadahidap-barah-limfoma-tahap-4/
[V] Hero Batang Kali, Blake Sudah Tiada…Hidap Barah Limfoma Tahap 4
Anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikenali sebagaiBlakemati selepas mengidap barah limfoma.Blake yang bertugas di unit Anjing Pengesan (K9) itu terbabit dengan pelbagai misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan mencari mangsa lemas.Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Facebook rasminya memaklumkan, Blake dilaporkan mengidap barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu sempat mengikuti raptai sempena sambutan hari kebangsaan yang lalu.“Selepas disahkan mengidap barah, Blake sekali lagi ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan selain untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing berkenaan.“Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang diberikan oleh pihak veterinar malah barah limfoma yang dikesan pada anjing itu juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar,”katanya.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Menurutnya, hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr Nur Alimah Rahman, pihak jabatan bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan Anjing Pengesan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak serta tiada harapan untuk dipulihkan.“Blake terpaksa ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang semalam (18 September 2023) dan disahkan sudah tiada hari ini.“Anjing Pengesan Blake adalah anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017,” katanya.Katanya, anjing Pengesan Blake banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun di Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.“Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang. Selamat jalan Blake,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/polis-siasat-ebit-lew-bau-busuk-petunjuk-mayat-mangsa-bunuh-muhyiddin-mohon-batal-pertuduhan/
Polis Siasat Ebit Lew | Bau Busuk Petunjuk Mayat Mangsa Bunuh | Muhyiddin Mohon Batal Pertuduhan
SOROTAN MENARIK SELASA 19/09/20231.Muhyiddin Yassin Fail Permohonan Batal Tiga Pertuduhan Pengubahan Wang Haram2.Selepas Wanita Buat Laporan, Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew3.Pihak Pendakwaan Fail Rayuan Berhubung Keputusan Melepas Dan Membebaskan Bung Moktar, Zizie4.Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Mangsa Bunuh Dengan Kesan Kelar Di Leher5.Menang Saman Kes Hospital Cuai Terpotong Kepala Zakar Ketika Berkhatan, Pemuda Hanya Terima RM123,5566.Syed Saddiq Dakwa Peruntukan Ditarik Balik Selepas Keluar Dari Kerajaan Perpaduan
https://jurnal-malaysia.com/syed-saddiq-dakwa-peruntukan-ditarik-balik-selepas-keluar-dari-kerajaan-perpaduan/
Syed Saddiq Dakwa Peruntukan Ditarik Balik Selepas Keluar Dari Kerajaan Perpaduan
Ahli Parlimen Muar,Syed Saddiq Syed Abdul Rahmanmendakwa kerajaan telah menarik balik peruntukan kepadanya sebaik sahaja beliau tidak lagi bersama Kerajaan Perpaduan.Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.Syed Saddiq berkata demikian sebagai respons terhadap Tan Kar Hing (PH – Gopeng) yang mencelah semasa penggulungan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Dewan Rakyat pada Selasa.Dalam celahannya, beliau meluahkan kembimbangan apabila sentimen tiada peruntukan terus dimainkan sedangkan Kementerian Pendidikan menyalurkan sumbangan kepada sekolah tanpa mengira sentimen politik.Beliau secara spesifik turut menyebut Muar (Syed Saddiq) dalam celahannya.Kenyataan itu membuatkan Syed Saddiq terus bangun, membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (6) dan memohon untuk respons terhadap Kar Hing.“Dalam bab ini, saya dapat pengesahan daripada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan), sebaik saja saya berada di blok ini peruntukan telah ditarik dan dikosongkan.“Persoalan sama kepada semua Ahli Parlimen pembangkang, yang saya yakin sehingga ke hari ini tidak dapat peruntukan.“Dalam RM3.8 juta yang semua Ahli Parlimen kerajaan dapat, RM2 juta boleh diperuntukkan untuk bina dewan, baik pulih sekolah dan bantu orang susah.“Jangan nak tuduh. Persoalan, kenapa Ahli Parlimen kerajaan boleh dapat RM4 juta, pembangkang dapat RM0. Jawab kepada rakyat,” katanya.‘Kekecohan’ tersebut reda selepas Timbalan Speaker, Datuk Ramli Md Nor meminta Menteri Pendidikan meneruskan kembali penggulungan beliau. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/menang-saman-kes-hospital-cuai-terpotong-kepala-zakar-ketika-berkhatan-pemuda-hanya-terima-rm123556/
Menang Saman Kes Hospital Cuai Terpotong Kepala Zakar Ketika Berkhatan, Pemuda Hanya Terima RM123,556
Seorang pemuda yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 13 tahun lalu hanya memperoleh ganti rugi sebanyak RM123,556 berbanding RM3.1 juta selepas menang dalam kes samannya terhadap Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain.Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ravintharan Paramaguru membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendapati jumlah ganti rugi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah terlalu tinggi.“Ganti rugi am RM2 juta diperoleh responden (pemuda) terlalu tinggi dan tidak disokong oleh sebarang dokumentasi. Oleh itu, ganti rugi am RM2 juta dikurangkan kepada RM100,000 manakala ganti rugi khas dikurangkan daripada RM108,356 kepada RM23,556.“Mahkamah juga mengetepikan ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM1 juta yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kerana kedua-dua ganti rugi itu tidak dinyatakan dalam pliding (tuntutan saman) dan tiada asas untuk membenarkan kedua-dua ganti rugi tersebut namun kos RM100,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan,” kata Ravintharan yang bersidang bersama-sama Datuk See Mee Chun dan Mohamed Zaini Mazlan pada prosiding secara dalam talian hari ini.Selain kerajaan, empat lagi ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.Dalam penghakimannya, Ravintharan berkata mahkamah tidak akan mengganggu dapatan hakim bicara yang mendapati kelima-lima defendan, yang merupakan perayu dalam kes ini, bertanggungjawab atas kelewatan rawatan terhadap pemuda itu di dua hospital.Pada prosiding hari ini, kelima-lima perayu diwakili Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan dan Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy manakala pemuda itu diwakili peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar.Kelima-lima defendan merayu terhadap keputusan Hakim Datuk Akhtar Tahir pada 7 April 2022 yang memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada pemuda berusia 22 tahun itu.Akhtar, dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada 27 Mei 2022, berkata kelewatan kakitangan perubatan merawat kecederaan plaintif telah melenyapkan harapan untuk menyelamatkan alat sulitnya.Plaintif, yang memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya, mendakwa proses bersunat pada 13 Dis 2010 ke atas beliau tidak dilakukan mengikut prosedur ditetapkan sehingga menyebabkan seluruh kepala zakar terpotong.Akibat kecacatan kekal itu, ibu mangsa mendakwa anaknya yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/bau-busuk-bongkar-penemuan-mayat-mangsa-bunuh-dengan-kesan-kelar-di-leher/
Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Mangsa Bunuh Dengan Kesan Kelar Di Leher
Mayat tanpa identiti dalam keadaan berulat dan hampir reput dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam semak berhampiran kebun kelapa sawit, di Kemuning, pada Sabtu.Ketua Polis MelakaDatuk Zainol Samahberkata, mayat itu ditemui kira-kira jam 10 pagi, susulan maklumat daripada orang awam yang terhidu bau busuk di kawasan terbabit sebelum menghubungi pihak Balai Polis Pulau Sebang.Beliau berkata, pasukan polis yang ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kemudian menemui satu mayat dipercayai lelaki tanpa identiti dengan memakai seluar jeans dalam keadaan berulat dan hampir reput berada dalam semak.“Siasatan lanjut dijalankan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri atau objek lain bersabit dengan kejadian itu.“Malah pada mulanya kes ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) namun hasil daripada bedah siasat dijalankan mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di badan serta kepala.“Selain pemeriksaan pada mayat juga menjumpai beberapa kesan luka tajam pada leher malah menurut pakar mangsa mengalami kecederaan parah akibat daripada objek tajam,” katanya.Beliau berkata, meskipun terdapat satu laporan polis dibuat membabitkan kehilangan seorang lelaki tempatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, Negeri Sembilan namun identiti mangsa belum dapat disahkan.“Sehingga kini polis masih belum dapat mengesahkan identiti sebenar mangsa dan masih menunggu keputusan Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap ahli keluarga yang lelaki yang dilaporkan hilang itu.“Selain itu juga ahli keluarga terbabit tidak dapat mengenal pasti mangsa berdasarkan pengecaman yang dibuat kerana keadaan mayat yang hampir reput,” katanya.Zainol berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selain orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan terus kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah bagi membantu siasatan. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/pihak-pendakwaan-fail-rayuan-berhubung-keputusan-melepas-dan-membebaskan-bung-moktar-zizie/
Pihak Pendakwaan Fail Rayuan Berhubung Keputusan Melepas Dan Membebaskan Bung Moktar, Zizie
Pihak pendakwaan sudah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi, melepas dan membebaskanDatuk Seri Bung Moktar Radindan isterinya,Datin Seri Zizie Izette Abdul Samadatas tiga tuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.Sumber Jabatan Peguam Negara (AGC) ketika dihubungi BH hari ini, mengesahkan perkara berkenaan.“Betul, rayuan difailkan pada Jumaat lalu,” katanya.Pada 7 September lalu, Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid, memutuskan untuk membebaskan pasangan berkenaan selepas membenarkan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri pada tahun lalu.Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti yang menunjukkan dua saksi pendakwaan iaitu ejen Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid, memberi wang rasuah kepada Ahli Parlimen Kinabatangan itu melalui Zizie Izette.Azhar dalam keputusannya dilaporkan berkata, mahkamah membuat dapatan itu selepas pemeriksaan dan penelitian terhadap rekod prosiding.Sehubungan itu, ia adalah kes yang betul dan wajar bagi mahkamah melaksanakan kuasa semakan mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah.Pada 2 September tahun Lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 45, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/selepas-wanita-buat-laporan-polis-mula-siasatan-terhadap-ebit-lew/
Selepas Wanita Buat Laporan, Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew
Polis memulakan siasatan terhadap pendakwah bebas,Ebit Irawan Ibrahim Lewatau Ebit Lew berhubung dakwaan laporan polis yang dibuat seorang wanita, baru-baru ini.Tanpa mendedahkan laporan yang dibuat itu berkait kesalahan apa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan dimulakan.Sementara itu, polis hari ini turut mengesahkan menerima laporan daripada Ebit Lew yang mendakwa dia difitnah dalam sebuah video tular di media sosial.Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan itu diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada jam 2.17 pagi.Menurutnya, mangsa mendakwa dirinya difitnah oleh individu yang bernama ‘Mondy’ dalam video berdurasi 27 minit 56 saat yang dimuat naik di media sosial pada Jumaat lalu.“Hasil siasatan mendapati, video berkenaan memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal itu dan kini mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen.“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Fairus berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian video yang tular di media sosial.Katanya, jika didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.Terdahulu, Ebit Lew dalam hantaran di media sosialnya memaklumkan satu laporan polis dibuat selepas mendakwa dirinya dirinya difitnah secara melampau, baru-baru ini.Ebit yang baru tiba dari Jeddah membuat laporan dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.BACA:Sampai Dari Jeddah, Ebit Lew Terus Buat Laporan Polis – “Fitnah Melampau Dan Tidak Berasas…”Kes berkenaan juga akan diserahkan kepada pihak peguamnya untuk tindakan undang-undang.Pada 11 September lalu, media tempatan melaporkan, ibu tunggal, Mondy Tattoo mendedahkan cerita sebenar mengenai bantuan penceramah bebas, Ustaz Ebit di sebuah podcast khas yang dikendalikan oleh Caprice.Pendedahan berkenaan dibuat menerusi hantaran di Instagram dan telah dimuat naik di laman YouTube. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/muhyiddin-yassin-fail-permohonan-batal-tiga-pertuduhan-pengubahan-wang-haram/
Muhyiddin Yassin Fail Permohonan Batal Tiga Pertuduhan Pengubahan Wang Haram
Pengerusi Perikatan Nasional,Tan Sri Muhyiddin Yassinbakal mengemukan permohonan untuk membatalkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram ke atas dirinya.Peguam bela bekas Perdana Menteri itu , Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan perkara tersebut kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyidin membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. Bagaimanapun, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pembebasan itu.Hisyam memaklumkan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi mengenai hasrat pasukan pembelaan untuk membatalkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu. – JURNALSumber:ASTRO AWANI
https://jurnal-malaysia.com/penunggang-rempuh-pegawai-jpj-ada-rekod-jenayah-syed-saddiq-tak-akan-letak-jawatan-ronaldo-rembat-dahi-jurukamera-benjol-besar/
Penunggang Rempuh Pegawai JPJ Ada Rekod Jenayah | Syed Saddiq Tak Akan Letak Jawatan | Ronaldo Rembat, Dahi Jurukamera Benjol Besar
SOROTAN MENARIK ISNIN 18/06/20231.Sampai Dari Jeddah, Ebit Lew Terus Buat Laporan Polis – “Fitnah Melampau Dan Tidak Berasas…”2.“PM Akan Jawab Isu DNAA Zahid Di Parlimen Esok” – Azalina Othman3.Penunggang Motosikal Tular Rempuh Anggota JPJ Sudah Direman, Ada 8 Rekod Dadah Dan Jenayah4.Syed Saddiq Tak Akan Letak Jawatan – “Kalau Nak Saya Kosongkan Kerusi, Cermin Diri Dulu”5.[V] Jurukamera Benjol Besar Di Dahi Selepas Terkena Rembatan Kencang Cristiano Ronaldo6.Inayah Beauty Yakin Aura Fasha Sandha, Lantik Sebagai Duta Beunita
https://jurnal-malaysia.com/inayah-beauty-yakin-aura-fasha-sandha-lantik-sebagai-duta-beunita/
Inayah Beauty Yakin Aura Fasha Sandha, Lantik Sebagai Duta Beunita
Kemesraan hubungan bersama suami, Aidil Aziz yang sering dikongsikanFasha Sandhamembuatkan aktres jelita itu sekali lagi dipilih sebagai duta produk jamu pengeluaran Inayah Beauty iaitu Beunita.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, masalah kebanyakan suami isteri di zaman kini yang sentiasa sibuk dengan kerjaya membuatkan ramai yang berdepan dengan kehambaran dalam perkahwinan dan pemilihan Fasha Sandha yang sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga sesuai mewakili produk Beunita.“Nak bercinta, mudah. Nak kahwin pun mudah. Tapi nak menjaga keharmonian rumah tangga memerlukan usaha dan kesungguhan daripada pihak suami dan isteri.“Dan pihak Inayah melihat Fasha antara selebriti yang masih ada ‘spark’ dengan suaminya Aidil. Dan itu perkara yang sangat bagus kerana tidak semua pasangan yang sudah lama berkahwin mempunyai rasa itu.“Beunita merupakan salah satu konsep produk kami juga, iaitu merapatkan hubungan intim antara suami isteri. Paling penting, kami juga memilih atas dasar Fasha seorang yang sangat komited. ,” katanya.Tambah Dini, Fasha Sandha juga dipilih  membawa nama Beunita kerana personaliti aktres ini yang terserlah kewanitaannya.Proses pembuatan Beunita mengambil masa kira-kira empat bulan dan ia dihasilkan dengan mengambil kira setiap masalah para wanita dan menghasilkan satu produk yang dapat menyelesaikan masalah masalah tersebut.“Sebelum itu, kami telah pun memberi Fasha mengamalkan jamu ini selama tempoh 1 bulan untuk merasakan keberkesanan produk baharu kami ini. Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk berkerjasama setelah mendapat kesan yang positif.“Setelah mendapat formulasi yang terbaik, kami pun sedia membuat pelancaran bersama Fasha Sandha,” tuturnya.Sementara itu, menurut Fasha Sandha pula, sebagai seorang wanita yang bekerjaya,  ibu dan juga isteri, sudah pasti dia memerlukan tenaga yang luar biasa supaya dapat menjalankan setiap tanggungjawab dengan baik.“Bukan mudah untuk menjadi isteri, ibu dan pada masa sama wanita berkerjaya. Saya perlu mengimbangkan kehidupan harian saya.“Saya juga perlu menjaga hubungan bersama suami. Alhamdulillah Beunita banyak membantu saya dalam memberi tenaga maksima menjadi wanita yang serba boleh.“Sebagai duta Beunita, saya mahu membantu ramai para para wanita yang mempunyai masalah masalah yang membuatkan mereka hilang keyakinan diri,” katanya.Beunita dilancarkan pada Sabtu lalu di Willow Hall, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras.Pelancaran berkonsepkan  “Puteri Perak” yang bermaksud,  resepi asli jamu  daripada 3 orang bidan Perak dengan menggunakan 20 bahan premium.Selain itu, Inayah Beauty yang berasal dari Seri Manjung, Perak juga merupakan salah satu sebab mengapa “Puteri Perak” dijadikan sebagai konsep utama kali ini. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-jurukamera-benjol-besar-di-dahi-selepas-terkena-rembatan-kencang-cristiano-ronaldo/
[V] Jurukamera Benjol Besar Di Dahi Selepas Terkena Rembatan Kencang Cristiano Ronaldo
Seorang jurukamera mengalami kecederaan di dahi selepas terkena rembatan kencangCristiano Ronaldo.Insiden tersebut berlaku ketika Ronado mengambil sepakan percuma semasa perlawanan Saudi Pro League di antara Al-Nassr dan Al-Raed pada Sabtu lalu.Selepas melepaskan satu rembatan deras, bola Ronaldo itu tidak menerjah ke dalam gol lawan tetapi sebaliknya terkena kepala seorang jurukamera yang berada di belakang gawang gol Al-Raed.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Kesan daripada terkena bola deras oleh Ronaldo itu, jurukamera tersebut tidak dapat mengimbangkan badannya dan nyaris pengsan di tempat kejadian.Difahamkan jurukamera itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius hanya bengkak di bahagian kepala dengan benjolan yang sangat besar.Dalam perlawanan itu tiga pemain bintang Al-Nassr iaitu Sadio Mane, Anderson Talisca dan Ronaldo berjaya membantu pasukan mereka menewaskan Al-Raed dengan keputusan 3-1 di Stadium King Abdullah.Dengan kemenangan itu, Al-Nassr berjaya naik ke tangga keenam dalam Saudi Pro League yang mana mereka mengutip 12 mata dalam enam perlawanan. – JURNAL