url
stringlengths
35
183
title
stringlengths
31
148
body
stringlengths
196
6.8k
https://jurnal-malaysia.com/sorry-la-tapi-puas-tengok-bapak-budak-tu-bantai-balik-pengasuh-yang-dera-anak-dia-netizen/
“Sorry La, Tapi Puas Tengok Bapak Budak Tu ‘Bantai’ Balik Pengasuh Yang Dera Anak Dia!” – Netizen
Selepas tular video seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska, muncul satu lagi video dipercayai bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang bertindak menyerang pengasuh di taska tersebut.Video berdurasi 29 saat itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) lanjutan daripada insiden selepas ibu bapa terbabit berang melihat anak mereka dikasari di taska tersebut.View this post on InstagramA post shared by Majoriti (@majoritiofficial)Dalam video tersebut, memaparkan seorang lelaki bertindak mencekik dan menampar salah seorang wanita dipercayai individu yang memukul anaknya.Rakaman video turut menunjukkan seorang wanita dipercayai isteri lelaki terbabit yang mendukung anak mereka cuba meleraikan pergaduhan tersebut.Bagaimanapun, seorang lagi pengasuh di taska itu turut menerima nasib yang sama ditumbuk oleh lelaki berkenaan.Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris mengesahkan terdapat dua laporan polis dibuat oleh pihak taska berkenaan.“Suspek (pengasuh) dan pengetua ada membuat laporan polis dan bapa kanak-kanak terbabit disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan namun tiada tangkapan dibuat,” katanya.Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berpuas hati dengan tindakan bapa kanak-kanak tersebut.Pengasuh perempuan yang sepak budak kecik tu dah kena tempeleng dengan parents budak tu. Tapi kesian auntie yang leraikan gaduh tu pun kena tampar jugak.pic.twitter.com/JycrhjD1Pq— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL)August 10, 2023Menurut warganet, perbuatan tersebut memang salah tetapi sesiapa sahaja yang berada di tempat sang bapa, pasti akan melakukan perkara sama.“Sorry la, tapi aku puas tengok bapak dia bantai balik perempuan tu. Kalau jadi dekat anak aku pun, aku terajang balik orang yang buat anak aku!”“Bagus! Padan muka…siapa suruh kau buat anak orang. Memang elok bapak dia kasi kau pengajaran!”“Memang lah salah dia pukul pengasuh tu, tapi kalau kau tengok video anak kau kena terajang, tarik rambut…Kau nak diam sambil urut dada je ke?”“Yang aku geram, si pengasuh ni pulak pergi buat report polis! Sok suci terpaling mangsa!”Antata komen-komen panas yang ditinggalkan netizen di media sosial.Yang terbaharu, Pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Luyang, Kota Kinabalu yang dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu direman selama seminggu.Wanita berusia 27 tahun itu direman bermula hari ini hingga 17 Ogos depan selepas kebenaran reman dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, pagi Khamis. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/prn-isnin-cuti-jika-ph-bn-tawan-selangor-esok-amirudin/
PRN: Isnin Cuti Jika PH-BN Tawan Selangor Esok! – Amirudin
Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) akan mengisytiharkan cuti peristiwa kepada seluruh rakyat Negeri Selangor pada 14 Ogos, jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung esok.Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Sharimembuat pengumuman tersebut ketika menyampaikan amanat khas yang disiarkan secara langsung hari ini.“Dengan berbesar hati juga saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya gabungan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berjaya memenangi PRN Selangor pada 12 Ogos ini, dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Negeri Selangor pada 14 Ogos 2023 iaitu pada hari Isnin depan,” katanya.Pengerusi Harapan Negeri Selangor itu menambah PRN di enam negeri ini disifatkan sebagai sangat mustahak kerana ia menentukan hala tuju Kerajaan Negeri.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian untuk enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Kedah.Di Selangor, sebanyak 56 kerusi menjadi perebutan, dengan 3.74 juta pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada pilihan raya berkenaan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/prn-azmin-50-50-di-kampung-sendiri-dengan-apa-yang-dia-dah-labur-selama-ini-rafizi-ramli/
PRN: “Azmin 50/50 Di Kampung Sendiri Dengan Apa Yang Dia Dah Labur Selama Ini- Rafizi Ramli
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Rafizi Ramlimenyentuh mengenai calon PN bagi Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang bertanding di Jeneri.Dakwa Rafizi, mengikut bacaannya, kemenangan Mohamed Azmin adalah 50/50 di Hulu Kelang.“Sekarang lawan di kampung dia sendiri dengan segala yang dia sudah labur selama ini. Saya beritahu setakat ini Azmin Ali nyawa-nyawa ikan, 50/50 di Hulu Kelang,” katanya.Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi RamliRafizi turut mendakwa bahawa Muhammad Sanusi sudah ‘digam’ daripada berucap oleh kepimpinan PN dalam minggu terakhir kempen PRN ini.“Mereka pun tahu setiap kali Sanusi buka mulut mesti hilang undi, buka mulut hilang undi.“Sebab itu dalam minggu terakhir ini, Sanusi hanya dibenarkan main sepak takraw saja.“Dia hanya muncul dalam program-program rakyat pasal bola. Eh, kita ini nak pilih Menteri Besar ke jaguh kampung main takraw?” soalnya.Rafizi berkata demikian ketika pada Jelajah Madani di Dataran Ampangan, Seremban malam tadi.Selain itu Rafizi turut mendakwa Perikatan Nasional (PN) ‘masuk perangkap’ apabila Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman bersetuju berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi pada Rabu.Menyifatkan perdebatan itu adalah kemuncak perangkap, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, ia sudah lama dirancang pihaknya dan PN tidak melihat mengenai perkara itu.“Dah rancang daripada awal (bila) kita ambil kerajaan. Bermula bulan Jun, kita lancar satu demi satu (pengumuman mengenai hal ehwal ekonomi).“Biarlah dia nak maki hamun (sebelum itu) kata kerajaan tak buat apa, tak guna, tak tunai janji dan sebagainya,” katanya.Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, beliau juga mengetahui bahawa tidak akan ada mana-mana kepimpinan atasan PN yang berani berdepan dengan pimpinan Kerajaan Perpaduan bagi membahaskan mengenai kesejahteraan rakyat.Beliau berkata, tujuan utama perdebatan yang disiarkan secara langsung di televisyen itu adalah agar pihaknya dapat ‘bercakap’ kepada pengundi-pengundi atas pagar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.“Kerana pengundi atas pagar ini tak dengar ceramah. Dia sebenarnya sibuk dengan kerja sehariannya.“Kadang-kadang dia pergi ke pejabat, dia dengar (debat ini) separuh, (kemudian separuh lagi) dia dengar sini (tempat lain). Keputusan (memangkah parti mana dalam pilihan raya) itu selalunya dibuat pada saat-saat akhir. Dua tiga hari sebelum mengundi.“Sebab itu daripada awal lagi saya cungkil dan cabar supaya panglima-panglima PN ini berani tampil berdebat,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/dakwa-sami-membolehkan-minum-arak-dalam-agama-buddha-syahir-digesa-mohon-maaf-kepada-masyarakat-siam/
Dakwa Sami Membolehkan Minum Arak Dalam Agama Buddha, Syahir Digesa Mohon Maaf Kepada Masyarakat Siam
Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Che Sulaimandigesa memohon maaf kepada masyarakat Siam berikutan kenyataannya pada program Debat Model Ekonomi Baharu bersifat tidak sensitif terhadap institusi dan agama Buddha.Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia Datuk Seri Boon Som Inong mendakwa Mohd Syahir telah mengguris hati masyarakat Siam di Malaysia apabila beliau menyebut bahawa “sami menyebutkan minum arak dibolehkan dalam agama Buddha”, dalam sesi debat berkenaan.“Kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha yang dikenali sebagai Pancasila (Lima Sila) dan terkandung di dalam Kitab Tripitaka, kitab suci agama Buddha.“Oleh itu, kami seluruh masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu serta menganggapnya keterlaluan, tidak sensitif dan tidak menghormati institusi dan agama Buddha,” kata Boon dalam kenyataan pada Khamis.Boon berkata Ahli Parlimen Bachok itu wajar menarik balik kenyataannya dan membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia.Beliau berkata sekiranya Mohd Syahir enggan berbuat demikian, pihaknya akan membuat laporan polis terhadapnya.“Kami berpendapat kenyataan pemimpin PAS itu sebenarnya ialah percubaan untuk mengheret institusi sami dalam kancah politik, sedangkan sami sebenarnya ialah institusi yang suci pada sisi agama Buddha.“Sehubungan itu, kami menyeru kepada semua parti politik di negara ini supaya memahami kedudukan dan sensitiviti ini. Mereka sepatutnya menghormati institusi sami dan tidak melakukan percubaan untuk mengheret institusi ini ke dalam kancah politik,” katanya.Semalam, Mohd Syahir bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah berdebat mengenai hala tuju ekonomi negara melalui satu program debat khas yang berlangsung selama hampir satu jam 30 minit dan disiarkan melalui TV1 dan Astro Awani. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/prn-balik-mengundi-plus-jangka-1-9-juta-kenderaan-guna-lebuhraya-utara-selatan/
PRN: Balik Mengundi, PLUS Jangka 1.9 Juta Kenderaan Guna Lebuhraya Utara-Selatan
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada esok dan lusa, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu ini.Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS,Mohd Yusuf Abdul Azizdalam kenyataan berkata, pihaknya sudahpun membuat persiapan dan persediaan merangkumi aspek pengurusan operasi serta kemudahan lebuh raya di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat (R&R) agar kesemuanya berada pada tahap yang terbaik untuk menerima pertambahan kenderaan di lebuh raya.Katanya, PLUS juga menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan, naik taraf atau pembinaan yang memerlukan penutupan lorong di lebuh raya bermula Jumaat sehingga Ahad ini kecuali membabitkan kerja-kerja kecemasan seperti pengalihan kenderaan yang tebabit dalam kemalangan, pembersihan lokasi kemalangan dan kerja-kerja pembaikan yang kritikal.“PLUS juga memastikan semua kemudahan awam seperti tandas, surau serta stesen minyak di kawasan R&R serta hentian sebelah beroperasi 24 jam sehari untuk menampung kehadiran pengunjung,” katanya.Mohd Yusuf menyarankan orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau menuju ke lokasi mengundi masing-masing untuk membuat persiapan rapi dan merancang perjalanan dengan lebih baik untuk pulang dan kembali semula ke ibu kota semasa tempoh ini.“Pengguna lebuh raya juga perlu menjangka akan menghadapi tempoh perjalanan yang lebih panjang di lebuh raya berikutan peningkatan kenderaan berbanding hari-hari biasa.“Para pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk mematuhi had laju, arahan lalu lintas dan berhati-hati ketika memandu,” katanya.Orang ramai boleh memuat turun aplikasi PLUS untuk oleh merancang perjalanan danmendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/kakitangan-pakai-lencana-pengurusan-kwsp-zalim-tanda-protes-lancar-bantahan-aman-seminggu/
Kakitangan Pakai Lencana ‘Pengurusan KWSP Zalim’ Tanda Protes, Lancar Bantahan Aman Seminggu
Bermula Khamis, ahli Kesatuan Kakitangan Lembaga Kumpulan Simpanan Pekerja (KKLKWSP) seluruh negara akan memakai butang lencana yang memaparkan perkataan ‘Pengurusan KWSP Zalim’ di semua lokasi KWSP di seluruh negara.Tindakan drastik tersebut diambil setelah kesatuan itu tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan organisasi dan melancarkan bantahan aman sehingga 16 Ogos ini.Menurut Presidennya, Ahmad Hamzah, ia berikutan pihak pengurusan tidak memberi perhatian selain enggan melayani dan berbincang tentang beberapa tuntutan ahli kesatuan.“Antara cadangan kesatuan adalah berkaitan dengan keseimbangan gaji (balancing), pelarasan gaji, penyeragaman terma dan syarat perkhidmatan, faedah persaraan, elaun wilayah, cross selling, bonus, bantahan penubuhan jawatankuasa tatatertib pengurusan, pengisian jawatan Pengarah Wilayah Sabah dan penambahan geran tahunan kesatuan,” katanya dalam kenyataan.Jelas beliau, pihaknya telah menghantar cadangan kepada pengurusan tetapi malangnya tiada cadangan atau maklum balas yang diterima dan keengganan pengurusan untuk berbincang dan memberi cadangan balas menyebabkan wujudnya perbezaan kepentingan.Selain itu, Hamzah berkata, terdapat jurang pendapatan besar antara pengurusan dan pekerja bawahan yang secara tidak langsung menjadi barah yang menyakitkan pekerja.“Sebagai wakil pekerja di KWSP maka wajarlah kesatuan mengambil tindakan ke atas pengurusan KWSP yang tidak memberi perhatian dan tidak berminat bagi penyelesaian secara harmoni.“Kesatuan memahami kesan daripada tindakan ini tetapi pihak pengurusan tidak mengendahkan cadangan dan mengabaikan tuntutan pekerja bawahan,” tambahnya.Dalam pada itu, KKLKWSP juga katanya merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk masuk campur bagi meleraikan kemelut yang dihadapi mereka.Jika isu yang membelenggu lebih 3,000 ahli kesatuan itu tidak diselesaikan segera, difahamkan mereka juga tidak akan teragak-agak untuk mengadakan piket dan bantahan secara terbuka. – JURNALSumber:MALAYSIAGAZETTE
https://jurnal-malaysia.com/anwar-tak-bagi-muka-menteri-rasuah-air-bukan-masalah-utama-rakyat-gali-perigi-mohd-amar-anthony-loke-kecewa-p-ramasamy-berbohong/
Anwar Tak Bagi Muka Menteri Rasuah | Air Bukan Masalah Utama, Rakyat Gali Perigi – Mohd Amar | Anthony Loke Kecewa P.Ramasamy Berbohong
SOROTAN MENARIK KHAMIS 10/08/20231.Menteri Terbabit Aktiviti Rasuah Akan Dipecat Serta-Merta – PM Anwar2.Usahawan Berdepan Cabaran, Impak Polikrisis Berpanjangan3.PRN: Peratusan Tinggi ‘Undi Awal’ Petanda Baik Keputusan Sabtu Ini Milik PN – Eizlan Yusof4.“Kami Dah Cari Adlan Sejak Jun, Tetapi Ada Je Alasan…” – Azam Baki5.P Ramasamy Umum Keluar DAP, Lepas Semua Jawatan6.“Air Bukan Masalah Besar Di Kelantan, Orang Kampung Dah Faham…Tak Ada Air, Mereka Gali Perigi…” – Mohd Amar7.PRN: Anthony Loke Kesal P.Ramasamy Berbohong – “Hilang Semua Rasa Hormat Saya Terhadap Beliau…”
https://jurnal-malaysia.com/prn-anthony-loke-kesal-p-ramasamy-berbohong-hilang-semua-rasa-hormat-saya-terhadap-beliau/
PRN: Anthony Loke Kesal P.Ramasamy Berbohong – “Hilang Semua Rasa Hormat Saya Terhadap Beliau…”
Setiausaha Agung DAP,Anthony Loke Siew Fookmenafikan dakwaan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kononnya beliau tidak dimaklumkan tentang namanya digugurkan pada Pilihanraya Negeri (PRN) kali ini.Loke menerusi sebuah kenyataan berkata, dia sendiri telah mengadakan pertemuan dengan semua penyandang yang tidak tercalon, sebelum majlis pengumuman rasmi.BACA:P Ramasamy Umum Keluar DAP, Lepas Semua Jawatan“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kononnya saya tidak ada ‘courtesy’ untuk memaklumkan keputusan tidak menamakan dia sebagai calon DAP pada Pilihanraya Negeri kali ini.“Pada hari Selasa, 25 Julai 2023, saya bersama Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Saudara Nga Kor Ming telah pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu secara bersemuka dengan setiap penyandang ADUN yang tidak dicalonkan semula dalam PRN kali ini sebelum Majlis Pengumuman Calon DAP pada petang yang sama.“Pertemuan itu berlangsung di Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang dan turut disertai oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Saudara Chow Kon Yeow.“Nga, Chow dan saya menemui setiap penyandang yang tidak dicalonkan secara berasingan dan saya sendiri memaklumkan keputusan parti kepada mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan pandangan balas.“Sesi tersebut berlangsung selama lebih satu jam dan menyebabkan saya terlewat dalam majlis pengumuman calon.Tambah Loke, pembohongan dilakukan P.Ramasamy menghilangkan rasa hormat beliau terhadap bekas pensyarahnya itu.“Saya berasa amat kesal dengan tindakan Dr. Ramasamy yang sanggup membohong dalam perkara ini.“Pembohongan ini menghilangkan semua rasa hormat saya kepada beliau sebagai bekas pensyarah saya.“Saya mengulangi bahawa sesiapa sahaja yang meninggalkan parti selepas tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya adalah orang yang tidak ikhlas dan setia kepada perjuangan parti.“Mereka hanya menunggang parti demi kedudukan dan jawatan. Apabila tiada lagi jawatan, parti ditinggalkan,” katanya kesal.Terdahulu, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, P Ramasamy mengumumkan keluar parti DAP pada pagi Khamis.Ramasamy berkata, beliau turut meletakkan semua jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa pada Khamis.Beliau berkata, surat peletakan jawatan sebagai ahli DAP dan Pengerusi DAP Cawangan Chai Leng Park telah diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada jam 8.24 pagi. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/air-bukan-masalah-besar-di-kelantan-orang-kampung-dah-fahamtak-ada-air-mereka-gali-perigi-mohd-amar/
“Air Bukan Masalah Besar Di Kelantan, Orang Kampung Dah Faham…Tak Ada Air, Mereka Gali Perigi…” – Mohd Amar
Datuk Mohd Amar Nik Abdullahmemaklumkan isu air dihadapi rakyat negeri ini terutama di kawasan kampung bukannya satu masalah besar untuk PAS terus menerajui kerajaan.Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini berikutan di kampung mereka mempunyai pilihan apabila boleh membina air telaga tiub atau perigi.Katanya, penduduk kampung faham dengan masalah air itu apabila mereka mencari jalan penyelesaian sendiri.“Kita juga menjelaskan dengan cara yang baik apa masalahnya. Macam isu air kita cerita (masyarakat), jadi setakat ini berdasarkan pengalaman kita sendiri berjumpa orang ramai, mereka boleh faham.“Tetapi yang jadi kecoh sebab ini politik dan yang sensasi politik. Benda kecil pun jadi besar. Itu masalahnya.“Orang kampung sendiri dia faham dan kadang-kadang kes itu (air) dia selesai sendiri. Contoh kalau tidak ada air kerajaan, dia bina telaga tiub, gali perigi.“Dia (masyarakat) cari penyelesaian sendiri. Sebab itu bagi di kampung ini bukan perkara besar, bukan isu yang besar (masalah air),” katanya.Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS, mengakui ada tempat memang ada masalah (air) dan ada sesetengah tempat akan hantar bekalan air dengan lori tangki.“Ada tempat kita selesai (masalah air), cuma mungkin kelemahan kita ini kurang menyampaikan apa yang kita buat kepada masyarakat.“Contoh, di Teluk Mesira, Bachok yang mengalami masalah air sebelum saya jadi wakil rakyat. Alhamdulillah sekarang (air) sudah selesai apabila kita buat loji rawatan air mini.“Kita buat khusus di kawasan Teluk Mesira dengan menggunakan teknologi yang dicipta oleh anak Kelantan sendiri dia panggil teknologi oksigen untuk membersihkan air. Saya tengok masa kita buat, air boleh minum terus dari paip kerana air itu bersih,” katanya.Beliau berkata, pencapaian itu tidak disebar dengan secara meluas. Apa yang positif yang dibuat kerajaan dia tidak ambil, dia cari yang negatif. Itu jadi masalah dan sekarang kita berdepan dengan serangan politik bukan isu sebenar.Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Amar berkata, PAS mengakui Perikatan Nasional (PN) akan berhadapan saingan sengit di beberapa kerusi DUN dengan peluang 50-50.Antara kerusi berkenaan adalah DUN dalam Parlimen Gua Musang, Jeli dan Kota Lama.“Bagi saya kerusi itu adalah mana-mana DUN yang mana PAS menang dengan majoriti bawah 1,000 dalam PRU14 lalu seperti DUN Chetok, Kemahang dan Kota Lama.“Ini DUN yang mencabar tidak kira PAS, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, semua sama,” katanya.Pada PRU14, PAS menang 37 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi DUN. BN menang lapan kerusi sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar UMNO dan menyertai BERSATU. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/p-ramasamy-umum-keluar-dap-lepas-semua-jawatan/
P Ramasamy Umum Keluar DAP, Lepas Semua Jawatan
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai,P Ramasamymengumumkan keluar parti DAP pada pagi Khamis.Ramasamy berkata, beliau turut meletakkan semua jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa pada Khamis.Beliau berkata, surat peletakan jawatan sebagai ahli DAP dan Pengerusi DAP Cawangan Chai Leng Park telah diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada jam 8.24 pagi.Selain itu, beliau turut menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.“Setelah berbincang dengan ahli keluarga, rakan terdekat dan orang tertentu, saya mengumumkan keluar parti dan meletakkan semua jawatan dalam DAP,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, pada Khamis. – JURNALSumber:Sinar Harian
https://jurnal-malaysia.com/kami-dah-cari-adlan-sejak-jun-tetapi-ada-je-alasan-azam-baki/
“Kami Dah Cari Adlan Sejak Jun, Tetapi Ada Je Alasan…” – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Tan Sri Azam Bakihari ini meminta ahli perniagaan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang kini berada di luar negara untuk balik berurusan dengan pihaknya tanpa sebarang alasan.Azam turut menafikan SPRM baru mencari menantu bekas Perdana Menteri itu, sebaliknya agensi berkenaan sudah beberapa kali mencuba menghubungi beliau.“Kita sudah mencarinya sejak Jun tetapi gagal untuk beri bekerjasama dan setiap kali pegawai penyiasat berhubung dengannya, ada alasan diberikan.“Tindakan (notis individu dikehendaki) dilakukan apabila beliau tidak mahu bekerjasama dan bukan ada kaitan dengan pilihan raya negeri (PRN),” katanya.Azam berkata, pasukan peguam yang mewakili Muhammad Adlan juga perlu memainkan peranan untuk memastikannya bekerjasama mengikut undang-undang negara.Semalam, media melaporkan Muhammad Adlan menegaskan beliau tidak melarikan diri daripada pihak berkuasa, sebaliknya akan kembali ke tanah air untuk membantu siasatan selepas selesai segala urusannya.BACA:Menantu Muhyiddin Tidak Melarikan Diri, Akan Pulang Ke Malaysia Untuk Membantu Siasatan SPRMMuhammad Adlan menerusi peguamnya, Datuk Baljit Singh Sidhu, menegaskan beliau meninggalkan Malaysia secara sah dan tidak pernah ditangkap atau pernah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan.Peguam itu mendedahkan, Muhammad Adlan pernah dihubungi pegawai SPRM dan menjawab secara bertulis melalui surat bertarikh 3 Jun lalu dengan menyatakan keluar negara bagi urusan dan akan kembali selepas hal itu selesai.Beliau berkata, anak guamnya yang turut memberikan tarikh akan kembali ke tanah air, terkesan dengan SPRM berhubung tindakan ‘memburu’ dan menuding jari terhadapnya sehingga merugikan beliau.Baljit menyifatkan, kenyataan media SPRM meminta bantuan untuk mengesan Muhammad Adlan sama sekali tidak diperlukan dan dilihat sebagai percubaan untuk memburuk dan mengaibkan anak guamnya.Beliau dilaporkan berkata, anak guamnya juga terkejut apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melihatnya wajar untuk mengulas mengenai isu berkenaan, menunjukkan terdapat plot yang sedang berlaku.Azam pada sidang media semalam berkata, SPRM percaya dua lelaki termasuk Muhammad Adlan melarikan diri ke luar negara selepas dimasukkan dalam‘wanted list’(orang dikehendaki) agensi itu.Beliau berkata, pihaknya sudah beberapa kali cuba untuk berhubung dengan kedua-dua individu berkenaan namun tidak berjaya. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/prn-peratusan-tinggi-undi-awal-petanda-baik-keputusan-sabtu-ini-milik-pn-eizlan-yusof/
PRN: Peratusan Tinggi ‘Undi Awal’ Petanda Baik Keputusan Sabtu Ini Milik PN – Eizlan Yusof
Pelakon dan pengarah,Datuk Seri Eizlan Yusof, optimis peratusan tinggi lebih 90 peratus pengundi awal pada Selasa adalah petanda baik Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu ini milik Perikatan Nasional (PN).“Peratusan tinggi undi awal itu menunjukkan rakyat benar-benar mahukan perubahan.“Setiap kali saya turun berkempen memberi sokongan kepada calon-calon PN yang bertanding di DUN beberapa negeri, ‘aura’ diberikan bakal pengundi sangat positif,” katanya.Eizlan berkata, gelombang kebangkitan rakyat semakin membara apabila pihak lawan sering menyerang beberapa pimpinan tertinggi di dalam PN terutama dari parti PAS.Katanya, pihak lawan boleh terus menyerang secara kotor figura seperti Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Sanusi Md. Nor mahu pun Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetapi mereka lupa rakyat sedang memerhati dan bijak menilai siapa yang benar dan salah.“Serangan demi serangan yang dilakukan pihak lawan sebenarnya menguatkan lagi sokongan rakyat kepada PN.“Sabtu ini menjadi penentu dan saya menyeru semua yang layak mengundi supaya tunaikan kewajipan untuk mengundi,” katanya.Sepanjang tempoh berkempen, Eizlan dilihat aktif memberi sokongan kepada calon PN antaranya Datuk Seri Rina Harun (Calon PN DUN N.41 Batu Tiga), Hilman Idham (Calon PN DUN N.17 Gombak Setia) dan Hanif Jamaluddin, calon PN bagi DUN N.16, Sungai Tua. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/usahawan-berdepan-cabaran-impak-polikrisis-berpanjangan/
Usahawan Berdepan Cabaran, Impak Polikrisis Berpanjangan
Tanpa sedar, dunia kini berdepan ‘polikrisis’ yang memberi impak secara langsung dan tak langsung kepada orang ramai terutama bangsa usahawan selepas pasca pandemik ketika ini.Mentor usahawan,Datuk Wira Dr. Azizan Osmanberkata, polikrisis (polycrisis) yang bermaksud krisis-krisis yang berlaku dalam satu masa menyebabkan impak yang lebih besar kepada semua pihak.Katanya, kami dapati ramai usahawan di luar sana sedang berdepan cabaran dari segi jualan ekoran perubahan berlaku dari segi strategi, bisnes model dan banyak lagi disebabkan tak ubah ‘game’ bisnes dengan cepat.“Ini bukan perkara baru, sebaliknya sudah dan sedang berlaku yang berpanjangan seperti dibincangkan dalam World Economic Forum di Davos, Switzerland pada Januari lalu.“Jadi saya bersama RichWorks terpanggil untuk menggerakkan inisiatif menyokong bangsa usahawan dengan persediaan dan bimbingan yang menjuruskan solusi saat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.Tambah Pengerusi RichWorks itu, pihaknya menerima banyak maklumat tentang cabaran dihadapi pelbagai industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga ada yang tutup bisnes selain jualan bisnes yang merudum.“Saya tetap percaya dalam setiap cabaran ini sebenarnya mempunyai peluang yang sangat besar bagi mereka yang tahu dan bersedia.“Perkara lebih penting di dalam bisnes adalah kita tahu siapa ‘musuh’ atau ancaman yang memberi kesan kepada usahawan agar dapat adaptasi, ubah dan bertindak mengikut nasihat yang betul agar saksikan perkembangan luar biasa seperti dialami ramai anak didik saya,” ujarnya.Sehubungan itu, Dr. Azizan menyeru bangsa usahawan yang berdepan cabaran di atas untuk bertemunya secara langsung di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam pada 2 & 3 September nanti.“Sesi ini ditaja sepenuhnya di mana saya sendiri akan jawab persoalan mereka secara terus agar dapat terus buat tindakan nanti. Terdapat 15 cabaran sebenarnya sedang berlaku dan saya akan kongsikan solusi kepada usahawan ketika ini.“10XBBB ini hanya bagi usahawan, sebab mereka sendiri lebih tahu apa kesusahan yang dihadapi menjalankan bisnes ketika ini untuk saya berikan solusi buat mereka, insya-Allah,” ujarnya.Untuk mohon menyertai sesi ini, layari laman webwww.binabisnesberjaya.com. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/menteri-terbabit-aktiviti-rasuah-akan-dipecat-serta-merta-pm-anwar/
Menteri Terbabit Aktiviti Rasuah Akan Dipecat Serta-Merta – PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahimmenegaskan tidak berkompromi dengan anggota Jemaah Menteri yang terbabit aktiviti rasuah dan mereka akan dipecat serta-merta.Perdana Menteri berkata, selepas lapan bulan Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, setakat ini tiada lagi menteri Kabinet yang terbabit dengan aktiviti rasuah.“Semua menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan akan diterajang keluar dan dimasukkan ke penjara jika terbabit dengan rasuah.“Mereka sering diberi peringatan berhubung perkara itu pada setiap kali mesyuarat Kabinet, malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta melakukan siasatan jika menerima laporan ada antara menteri terbabit aktiviti rasuah,” katanya berucap pada program ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Kuala Telemong, malam tadi.Yang turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan negeri (DUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat dan calon BN Kuala Berang, Jalaludin Ismail.Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Perikatan Nasional (PN) diminta menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) untuk menukar kerajaan.“Pimpinan parti gabungan PN perlu bersabar dan tunggu PRU-16 untuk menukar kerajaan.“Jika keputusan Pilihan Raya negeri (PRN) di enam negeri Sabtu ini tidak memihak kepada calon daripada Kerajaan Perpaduan, ia tidak akan mengubah Kerajaan Persekutuan,” katanya. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/raja-rozela-mohon-bersara-awal-menantu-muhyiddin-tak-lari-bapa-saudara-mengaku-hempas-bayi/
Raja Rozela Mohon Bersara Awal | Menantu Muhyiddin Tak Lari | Bapa Saudara Mengaku Hempas Bayi
SOROTAN MENARIK RABU 09/08/20231.Menantu Dicari SPRM, Muhyiddin Kata “No Komen”2.Anak Sebak Cabut Plat Nama Salahuddin Di Parlimen – “Rasa Seperti Baru Semalam Memenangkan Ayah di Pulai…”3.Tidak Terlibat Lagi Dalam Perbicaraan Kes Rasuah Zahid, Raja Rozela Akui Mohon Bersara Awal4.SPRM Minta Imigresen Beku Pasport Menantu Muhyiddin5.Menantu Muhyiddin Tidak Melarikan Diri, Akan Pulang Ke Malaysia Untuk Membantu Siasatan SPRM6.Bapa Saudara Mengaku Hempas Bayi 44 Hari, Lempar Kanak-kanak Perempuan 3 Tahun
https://jurnal-malaysia.com/bapa-saudara-mengaku-hempas-bayi-44-hari-lempar-kanak-kanak-perempuan-3-tahun/
Bapa Saudara Mengaku Hempas Bayi 44 Hari, Lempar Kanak-kanak Perempuan 3 Tahun
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen 2 George Town hari ini atas dua pertuduhan cubaan membunuh dua anak saudaranya iaitu seorang bayi berusia 44 hari dan seorang kanak-kanak perempuan, 2 Ogos lalu.TertuduhMohammad Azmin Hamanullah, 28, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim, Mazdi Abdul Hamid.Mengikut pertuduhan pertama, Mohammad Azmin didakwa dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang bayi perempuan berusia 44 hari.Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah flat di Jalan Makloom, George Town , pada jam 3 petang, 2 Ogos lalu.BACA:Bapa Saudara Hempas Bayi 40 Hari Ke Lantai, Campak Kanak-kanak 3 Tahun Dari Tingkat Satu PangsapuriBagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.Tertuduh juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika perbuatannya itu menyebabkan kecederaan kepada mangsa.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Jun Keong dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar.Mazdi kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan mengikut Seksyen 342 (5) Kanun Prosedur Jenayah selain tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.Kes ditangguhkan sehingga 11 September sementara menunggu laporan perubatan mental.Dalam kejadian pada 2 Ogos lalu, seorang bayi perempuan berusia 44 hari mengalami pendarahan otak akibat dihempas ke lantai oleh bapa saudaranya.Manakala kakak mangsa berusia tiga tahun mengalami kecederaan di bahagian mulut serta patah kaki kiri akibat dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri.Dalam kejadian itu, suspek yang berusia 28 tahun turut mengelar pergelangan tangannya hingga mengalami kecederaan. – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/menantu-muhyiddin-tidak-melarikan-diri-akan-pulang-ke-malaysia-untuk-membantu-siasatan-sprm/
Menantu Muhyiddin Tidak Melarikan Diri, Akan Pulang Ke Malaysia Untuk Membantu Siasatan SPRM
Datuk Seri Muhammad Adlan Berhanyang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan beliau tidak melarikan diri daripada pihak berkuasa negara ini dan akan pulang untuk membantu siasatan.Muhammad Adlan menegaskan beliau meninggalkan Malaysia secara sah dan tidak pernah ditangkap atau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).BACA:SPRM Minta Imigresen Beku Pasport Menantu MuhyiddinBeliau membuat penegasan itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan peguamnya, Datuk Baljit Singh Sidhu, hari ini.Baljit Singh berkata, Muhammad Adlan pernah dihubungi pegawai SPRM dan menjawab secara bertulis melalui surat bertarikh 3 Jun lalu dengan menyatakan beliau akan keluar negara bagi urusan dan akan kembali selepas hal itu selesai.Beliau berkata, anak guamnya yang sudah memberikan tarikh kembali ke tanah air, terkesan dengan tindakan SPRM ‘memburu’ dan menuding jari terhadapnya sehingga merugikan beliau.Katanya, sehingga kini Muhammad Adlan tidak menerima jawapan rasmi daripada SPRM.“Anak guam kami secara mutlak, menyatakan beliau tidak bersalah dan berhak untuk tidak dibicarakan di mahkamah umum oleh mana-mana agensi penguatkuasaan.“Beliau bersedia membantu sebarang siasatan dan percaya kepada proses kehakiman tetapi pada masa sama, ia perlu melindungi hak dan kebebasannya mengikut undang-undang.“Anak guam kami menyatakan bahawa beliau pasti akan pulang ke Malaysia secepat mungkin untuk menjawab semua persoalan dan membantu SPRM dalam sebarang siasatan selagi mana tiada unsur ancaman dan penganiayaan terhadapnya.“Anak guam kami juga ingin menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak memulakan tindakan yang perlu untuk melindungi, memelihara dan membela haknya seperti yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/sprm-minta-imigresen-beku-pasport-menantu-muhyiddin/
SPRM Minta Imigresen Beku Pasport Menantu Muhyiddin
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meminta bantuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk membekukan pasport Datuk Muhammad Adlan Berhan sekiranya masih gagal dihubungi atau tidak mendapat sebarang maklum balas.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan tegas itu perlu dilaksanakan bagi memastikan menantu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bersama seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan berhubung projek di sebuah kementerian dapat dibawa pulang, seterusnya dibicarakan di mahkamah.BACA:Menantu Dicari SPRM, Muhyiddin Kata “No Komen”Beliau berkata, pihaknya mempercayai Muhammad Adlan dan bersama seorang lagi individu dikehendaki SPRM, Mansoor Saat ketika ini berada di luar negara, setelah semakan dibuat mendapati masing-masing keluar dari Malaysia pada 17 dan 21 Mei lalu.“SPRM tidak boleh berkongsi maklumat berhubung lokasi yang dituju oleh mereka, tetapi apa yang pasti mereka masih di luar negara.“Kita mengesyaki mereka berada di sebuah negeri (di luar negara), maka tindakan yang boleh diambil adalah meminta JIM membekukan pasport kedua-duanya sekiranya masih gagal memberi sebarang maklum balas,” katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis perbarisan tamat latihan kursus asas pegawai SPRM Siri 27 (Penguasa P41) di Padang Kawad Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Muhammad Adlan dan Mansoor merupakan individu dikehendaki SPRM bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.Mengulas lanjut, Azam berkata, antara tindakan lain yang mungkin dilakukan oleh SPRM bagi membawa balik kedua-dua individu tersebut adalah meminta bantuan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol).Kata beliau, tindakan tersebut akan dilakukan dalam tempoh terdekat sekiranya SPRM masih tidak menerima sebarang maklumat lanjut.Tambahnya, kedua-duanya juga akan dimasukkan sebagai ‘red notice’ atau orang dikehendaki kerana diperlukan untuk tindakan mahkamah.Ditanya sama ada kedua-dua cuba melarikan diri atau pergi bercuti atau sebarang kemungkinan lain, Azam secara berseloroh berkata, sama ada melarikan diri atau tidak, semua orang boleh tahu tujuannya.“Tuan-tuan fikir sendirilah. Kalau SPRM sudah keluarkan senarai dikehendaki, maknanya dia gagal hadir ke pejabat SPRM bagi membuat rakaman percakapan.“Oleh itu, terdapat kemungkinan dia dan seorang lagi individu cuba melarikan diri,” ujarnya.Jelas beliau, SPRM sebelum ini sudah melakukan pelbagai usaha bagi mendapatkan kedua-dua suspek. Kata beliau, ia termasuk berhubung terus dengan kedua-dua penama dan peguam masing-masing, namun kedua-duanya masih gagal menghadirkan diri ke pejabat SPRM.Ditanya sama ada Muhyiddin akan dipanggil bagi membantu usaha mengesan dan membawa pulang Muhammad Adlan, Azam berkata, perkara itu bergantung kepada proses siasatan.Menurutnya, sekiranya keterangan Muhyiddin diperlukan oleh SPRM, maka Pengerusi PN itu akan dipanggil bagi membantu siasatan. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/tidak-terlibat-lagi-dalam-perbicaraan-kes-rasuah-zahid-raja-rozela-akui-mohon-bersara-awal/
Tidak Terlibat Lagi Dalam Perbicaraan Kes Rasuah Zahid, Raja Rozela Akui Mohon Bersara Awal
Timbalan Pendakwa Raya,Datuk Raja Rozela Raja Toranyang mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau bersara awal.Raja Rozela sebelum ini mengetuai pendakwaan yang mana Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.“Ya, saya memohon untuk bersara awal dan mohon bercuti sebelum bersara mulai 1 November ini,” katanya.Sebelum ini, perbicaraan kes Yayasan Akalbudi yang bersambung minggu lalu diteruskan tanpa kehadiran Raja Rozela.Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, menerusi kenyataan berkata Raja Rozela sudah mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April lalu dan permohonannya diluluskan berkuat kuasa 1 November ini.BACA:Digugurkan Daripada Kes Rasuah Zahid, Raja Rozela Enggan KomenTegasnya, keputusan Jabatan Peguam Negara menggantikan Timbalan Pendakwa Raya itu dibuat selepas membuat pertimbangan yang teliti.Sehubungan itu, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dipilih sebagai ketua pasukan pendakwaan baharu berdasarkan pengalaman luasnya hampir 30 tahun sebagai Timbalan Pendakwa Raya.Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid, 70, didakwa menggunakan dana yayasan berkenaan untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, memindahkan wang ke firma guaman dan membuat sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Sementara itu, Ahmad Zahid ketika membela diri pada 22 Mei tahun lalu, memberitahu Mahkamah Tinggi, baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/anak-sebak-cabut-plat-nama-salahuddin-di-parlimen-rasa-seperti-baru-semalam-memenangkan-ayah-di-pulai/
Anak Sebak Cabut Plat Nama Salahuddin Di Parlimen – “Rasa Seperti Baru Semalam Memenangkan Ayah di Pulai…”
Anak Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub,Fatihah Salahuddinhadir ke Dewan Rakyat pada Selasa (semalam) untuk mencabut plat nama ayahnya.Menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, Fatihah berkata, air matanya tumpah kerana terkenangkan arwah ayahnya.“Saya memakai baju kemeja putih ayah hari ini ke Parlimen untuk mencabut plat nama ayah di Dewan Rakyat.“Rasa sayu dan sebak sebaik saja saya masuk ke dalam dewan, jatuh juga air mata tadi mengenangkan ayah.“Rasanya baru seperti semalam kami bekerja keras untuk memenangkan ayah di Parlimen Pulai,” luahnya.Anak kepada bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, Parlimen umpama keluarga besar buat ayahnya.“Parlimen telah menjadi satu keluarga besar buat ayah. Menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal (2004-2013) dan Ahli Parlimen Pulai (2018-2023).“Secara peribadi, Parlimen adalah keluarga besar buat saya. Saya berpeluang bekerja dengan warga Parlimen sebagai Setiausaha Sulit Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof 2018-2020.“Kemudian, berkhidmat dengan ayahanda tercinta sebagai pegawai khasnya daripada 2020 sehingga Parlimen dibubarkan pada 2022,” katanya.Tambahnya, sepanjang tempoh tersebut, beliau diberikan kepercayaan oleh bapanya untuk menguruskan segala hal ehwal Parlimen daripada menyediakan soalan-soalan bagi pertanyaan jawab lisan sehinggalah membuat usul.“Bagi pihak ayah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Parlimen Malaysia dan sudah dua minggu ayah tinggalkan kita semua, kerusi ini adalah milik rakyat.“Datangnya daripada mandat rakyat, pulangnya kepada rakyat yang bakal memilih dan memberi mandat,” kata Fatihah.Allahyarham Salahuddin meninggal dunia pada 23 Julai lalu akibat pendarahan dalam otak pada usia 61 tahun. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/menantu-dicari-sprm-muhyiddin-kata-no-komen/
Menantu Dicari SPRM, Muhyiddin Kata “No Komen”
Pengerusi Perikatan Nasional (PN),Tan Sri Muhyiddinenggan memberikan sebarang komen berhubung status menantunya, Datuk Muhammad Adlan Berhan yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan membabitkan pekerja asing di sebuah kementerian.Beliau yang hadir ke kawasan medan selera Seksyen 17 di sini enggan menjawab pertanyaan wartawan yang menunggunya selepas selesai berkempen mengiringi calon Dewan Undangan (DUN) Batu Tiga, Datuk Seri Rina Harun.“No komen,” katanya kepada pemberita pada Selasa.Semalam, media melaporkan SPRM sedang mengesan dua lelaki tempatan termasuk Muhammad Adlan, 48, yang juga seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya cuba menghubungi dua lelaki terbabit termasuk seorang peguam bernama Mansoor Saat, 69, secara terus dan menerusi peguam masing-masing namun kedua-dua mereka enggan tampil memberi kerjasama.Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 dan 21 Mei lalu.Setakat ini, tiada rekod menunjukkan kedua-duanya kembali ke Malaysia. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/vincent-tan-saman-sanusi-nik-abduh-buka-puasa-raja-rozela-digugur-daripada-kes-zahid/
Vincent Tan Saman Sanusi | Nik Abduh ‘Buka Puasa’ | Raja Rozela Digugur Daripada Kes Zahid
SOROTAN MENARIK SELASA 08/08/20231.Vincent Tan Saman Sanusi RM200 Juta Kerana Kenyataan Fitnah Projek Gerbang Maritim Selangor2.Kanak-kanak Tiga Tahun Main Skuter Depan Rumah, Maut Dirempuh 4WD3.PRN: “Hadi, Kamu Faham Ke Perlembagaan Malaysia?” – Anwar Bidas Hadi Awang4.Nik Abduh Bagi Bayangan Kembali Berpolitik? – “Payah Puasa Politik Rupanya, Kelat Mulut”5.Digugurkan Daripada Kes Rasuah Zahid, Raja Rozela Enggan Komen6.Polis Kedah Akan Panggil Ahli Parlimen Dakwa Ada Perangkap Untuk Sanusi
https://jurnal-malaysia.com/polis-kedah-akan-panggil-ahli-parlimen-dakwa-ada-perangkap-untuk-sanusi/
Polis Kedah Akan Panggil Ahli Parlimen Dakwa Ada Perangkap Untuk Sanusi
Polis Kedah akan memanggil seorang Ahli Parlimen untuk membantu siasatan berhubung kenyataan dikeluarkannya dalam ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 di Sungai Petani, baru-baru ini.Ketua Polis Kedah,Datuk Fisol Salehberkata, setakat ini polis menerima empat laporan berhubung kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen terbabit.Beliau berkata, kenyataan itu dilihat sebagai suatu fitnah dengan niat mendatangkan khianat awam yang boleh menggugat ketenteraman awam dan negara mengait keselamatan diri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.“Setakat ini, empat individu yang membuat laporan polis sudah dipanggil untuk diambil keterangan.“Susulan laporan yang dibuat, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya selepas meninjau keadaan undi awal yang membabitkan 875 pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pada Selasa.Pada Ahad lalu, seorang Ahli Parlimen yang juga penceramah terakhir pada perhimpunan politik di Sungai Petani memaklumkan orang ramai bahawa seorang tokoh politik di negeri itu dinasihatkan supaya tidak menghadiri majlis itu atas sebab keselamatan.BACA:“Beliau Dinasihat Tak Teruskan Ceramah Kerana Ada Perangkap Dipasang Musuh” – Afnan HamimiAhli Parlimen itu mendakwa, tokoh politik itu dinasihatkan supaya tidak menghadiri perhimpunan itu kerana ada ‘perangkap’ untuk menahannya.Mengulas lanjut, Fisol turut menasihatkan semua parti politik yang menyertai pilihan raya negeri supaya mengelak daripada membangkitkan naratif yang boleh menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan awam.BACA:PRN: “Perangkap Pulak Dah…Drama Perangkap Alasan Kepada Sebab Sebenar…” – Rafizi Bidas Sanusi“Jangan menggunakan kaedah yang boleh membawa kepada gangguan atau spekulasi,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/digugurkan-daripada-kes-rasuah-zahid-raja-rozela-enggan-komen/
Digugurkan Daripada Kes Rasuah Zahid, Raja Rozela Enggan Komen
Timbalan Pendakwa Raya,Datuk Raja Rozela Raja Toranyang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini tidak lagi mengendalikan kes berkenaan.Terdahulu, Raja Rozela mengetuai pendakwaan, di mana Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.Sebelum ini, NST melaporkan bahawa perbicaraan yang bersambung minggu lalu diteruskan tanpa kehadiran Raja Rozela.NST kemudian mengesahkan bahawa Timbalan Pendakwa Raya itu dikeluarkan daripada mengendalikan kes berkenaan.Sumber mengatakan bahawa beliau tidak lagi bersama pasukan pendakwaan, namun tidak memaklumkan alasan disebalik tindakan itu.Cubaan untuk mendapatkan maklum balas daripada Peguam Negara Tan Sri Idrus Harus dan seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya yang terbabit dalam perbicaraan itu, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, bagaimanapun gagal.Datuk Raja Rozela Raja Toran.Sementara itu, Raja Rozela ketika dihubungi, enggan untuk memberi sebarang komen.“Saya adalah penjawat awam… Saya tidak dibenarkan untuk memberi komen. Minta maaf,” katanya.Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid, 70, didakwa menggunakan dana yayasn berkenaan untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, memindahkan wang ke firma guaman dan membuat sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Sementara itu, Ahmad Zahid ketika membela diri pada 22 Mei tahun lalu, memberitahu Mahkamah Tinggi, baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/nik-abduh-bagi-bayangan-kembali-berpolitik-payah-puasa-politik-rupanya-kelat-mulut/
Nik Abduh Bagi Bayangan Kembali Berpolitik? – “Payah Puasa Politik Rupanya, Kelat Mulut”
Bekas Ahli Parlimen Bachok,Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Azizatau Nik Abduh seolah-olah memberi bayangan untuk kembali berpolitik.Nik Abduh pada petang Selasa memuat naik hantaran di Facebook memberitahu dia sudah ‘berbuka puasa’.“Saya berbuka puasa. Payah puasa politik rupanya. Kelat mulut,” tulisnya.Di ruangan komen, rata-rata pengikut meminta Nik Abduh kembali meneruskan perjuangan politik bagi menyambung legasi arwah bapanya, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.Nik Abduh pada minggu lalu mengesahkan ‘berpuasa’ dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya.BACA:Nik Abduh Umum ‘Puasa’ Daripada Politik, Mohd Yaakob Anggap Isu Selesai“Saya berpuasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh. Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.“Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/prn-hadi-kamu-faham-ke-perlembagaan-malaysia-anwar-bidas-hadi-awang/
PRN: “Hadi, Kamu Faham Ke Perlembagaan Malaysia?” – Anwar Bidas Hadi Awang
Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahimmembidas kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa akan ada perubahan Kerajaan Persekutuan jika Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN).“Saya tanya Hadi, kamu faham ke Perlembagaan Malaysia? Yang menentukan kedudukan Putrajaya adalah ahli parlimen, malah parti Sabah dan Sarawak juga menyatakan sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan.“Tidak salah Pas mahu meroyan. Biarkan dia meroyan, namun saya nak tanya kamu nak memerintah buat apa? Masalah air di Kelantan pun tidak selesai, sedangkan saya yang baru beberapa bulan sudah meluluskan dengan segera RM500 juta untuk masalah air di Kelantan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Tanah Merah, di sini, malam ini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Terdahulu, Abdul Hadi dilapor berkata, untuk memastikan perubahan kerajaan berlaku, penting untuk rakyat mencerminkan sokongan dengan memberi kemenangan kepada calon PN yang bertanding pada Sabtu ini.Sebelum ini media melaporkan, parti Sabah dan Sarawak yang bersama Kerajaan Perpaduan ketika ini tetap memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Anwar untuk kekal mentadbir negara selepas PRN.Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick dilaporkan berkata, dakwaan kononnya terdapat cubaan bersama pihak tertentu untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan tidak timbul sama sekali meskipun enam negeri tewas dalam PRN 12 Ogos ini. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/kanak-kanak-tiga-tahun-main-skuter-depan-rumah-maut-dirempuh-4wd/
Kanak-kanak Tiga Tahun Main Skuter Depan Rumah, Maut Dirempuh 4WD
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) ketika bermain skuter di satu kawasan kediamannya di Johor Bahru.Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian pada jam 6.30 petang Jumaat lalu itu dan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan.“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya hari ini.Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/vincent-tan-saman-sanusi-rm200-juta-kerana-kenyataan-fitnah-projek-gerbang-maritim-selangor/
Vincent Tan Saman Sanusi RM200 Juta Kerana Kenyataan Fitnah Projek Gerbang Maritim Selangor
Pengasas Kumpulan Berjaya,Tan Sri Vincent Tanmengemukakan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan menuntut pampasan ganti rugi sebanyak RM200 juta.Ia susulan kenyataan berunsur fitnah didakwa dibuat Muhammad Sanusi mengenai projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).Kumpulan Berjaya dalam satu kenyataan berkata, satu surat tuntutan telah dihantar kepada Sanusi pada 5 Ogos lalu, menuntut beliau menarik balik kenyataan itu tanpa syarat.Syarikat itu juga menuntut Sanusi agar memohon maaf secara terbuka, memberi jaminan tidak mengulangi tuduhan itu dan membayar pampasan sebanyak RM200 juta.“Sekiranya Sanusi gagal mematuhi tuntutan itu menjelang 8 Ogos ini, satu tindakan undang-undang akan diambil terhadap beliau.“Pada masa sama, Vincent dan Berjaya Land turut membuat laporan polis terhadap Sanusi dan beberapa individu seperti seperti blogger Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin (lebih dikenali sebagai Chegubard), dan Raja Petra Kamarudin atas penerbitan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap Projek SMG,” menurut kenyataan itu pada Isnin.Sementara itu, Vincent Tan berkata, kenyataan-kenyataan fitnah itu telah mencermarkan integriti, reputasi dan imej beliau serta Berjaya Land.“Tuduhan-tuduhan yang di lemparkan ini telah menimbulkan keraguan dan mencetuskan syak wasangka tanpa sebab mengenai usaha perniagaan serta inisiatif kedermawanan yang sah.“Kami ingin menyampaikan mesej yang jelas bahawa sesiapa yang membuat sebarang kenyataan yang berbaur palsu dan mencemarkan imej kami tidak akan dipandang endah dan kami ingin pihak yang terlibat bertanggungjawab atas tindakan mereka,” katanya.Untuk rekod, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) kini terpaksa berdepan dengan beberapa kes di mahkamah dan juga tuntutan saman.Pada 17 Julai lalu, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.Beliau didakwa didapati melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.Selain itu, Sanusi juga berdepan tindakan undang-undang daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkaitan ucapan fitnah pada Majlis Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra di Kedah.Sanusi mendakwa Amirudin turut terlibat dalam skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang.Ekoran itu, Berjaya Land turut membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Sanusi yang didakwa dibuat secara ‘melulu dan berniat jahat’ berkait syarikat itu.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land, Syed Ali Shahul Hameed berkata, pihak syarikat secara kategorikal dan tegas menafikan semua tuduhan tidak berasas ketika Sanusi berucap dalam ceramah, pada 2 Ogos di Kedah. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/inspektor-sheila-mahu-kembali-ke-bukit-aman-sanusi-tak-hadir-ceramah-mega-kerana-perangkap-rafizi-dakwa-perangkap-drama-sanusi/
Inspektor Sheila Mahu Kembali Ke Bukit Aman | Sanusi Tak Hadir Ceramah Mega Kerana Perangkap | Rafizi Dakwa ‘Perangkap’ Drama Sanusi
SOROTAN MENARIK ISNIN 07/08/20231.“Beliau Dinasihat Tak Teruskan Ceramah Kerana Ada Perangkap Dipasang Musuh” – Afnan Hamimi2.Quantum Metal Jalin Kerjasama Dengan Semboyan Malaysia, Bakal Buka 40 Kedai Emas3.Inspektor Sheila Fail Bantahan Kes Ugut Dan Aib Lans Koperal4.Wanita Terus Dihubungi Exco Kelantan Selepas Respons Syahmi Dan Anissa Terhadap Isu Air Tular5.[V] Video Polis Lepas Tembakan Ke Arah Proton Wira Di Kepong, Polis Cari Ganesan Untuk Bantu Siasatan6.“Saya Boleh Bekerja Dalam Bidang Lain Atau Di Luar Negara, Tapi Saya Pilih Polis…” – Inspektor Sheila7.PRN: “Perangkap Pulak Dah…Drama Perangkap Alasan Kepada Sebab Sebenar…” – Rafizi Bidas Sanusi
https://jurnal-malaysia.com/prn-perangkap-pulak-dahdrama-perangkap-alasan-kepada-sebab-sebenar-rafizi-bidas-sanusi/
PRN: “Perangkap Pulak Dah…Drama Perangkap Alasan Kepada Sebab Sebenar…” – Rafizi Bidas Sanusi
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Rafizi Ramlimendakwa, alasan ‘perangkap’ yang digunakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana tidak muncul pada ceramah mega PN di padang awam Taman Ria, Sungai Petani, Kedah semalam (Ahad) adalah untuk menutup cerita sebenar.Rafizi berkata, sebab sebenar Sanusi tidak hadir adalah disebabkan beliau tidak boleh mengawal mulut dan menjadi beban kepada Perikatan Nasional (PN)“Perangkap pulak dah…Pandangan saya, drama “perangkap” ni alasan kepada sebab sebenar.“Sanusi tak boleh kawal mulut, habis kena maki dengan dia dan sekarang pimpinan PN (terutamanya Bersatu) rasa Sanusi jadi beban kempen sebab dok bagi peluru kepada lawan,” ciap Rafizi di Twitter, pada Isnin.Terdahulu, Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi mengatakan ketidakhadiran penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri untuk elak masuk ke perangkap yang dipasang musuh.Menurut Afnab, Pengerusi PN Kedah tersebut dinasihatkan agar tidak meneruskan ceramahnya pada malam itu.“Ini kerana ada perangkap yang dipasang oleh musuh, perangkap itu menghendaki Menteri Besar kita masuk ke dalam itu, (kemudian) dia pegang dan buat sesuatu kita tak jangka, jadi dalam waktu ini kita kena bersedia segala kemungkinan,” kata Afnan Hamimi.Sanusi sebelum ini dilaporkan akan berdepan dengan tindakan undang-undang daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Berjaya Land Berhad.Ia ekoran tuduhan yang dibuat Sanusi kononnya Amirudin terlibat skandal dengan Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dalam projek Gerbang Maritim Selangor. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/saya-boleh-bekerja-dalam-bidang-lain-atau-di-luar-negara-tapi-saya-pilih-polis-inspektor-sheila/
“Saya Boleh Bekerja Dalam Bidang Lain Atau Di Luar Negara, Tapi Saya Pilih Polis…” – Inspektor Sheila
Inspektor Sheila yang tular di media sosial sebelum didakwa atas tiga tuduhan termasuk mengugut anggota polis, berharap dapat kembali bertugas sebagai pegawai penyiasat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.Sheila atau nama sebenarnyaS Sheila Sharon Steven Kumar, 35, berkata, dia mahu berkhidmat untuk masyarakat bagi membanteras kejahatan dan kes jenayah.“Sebenarnya, saya boleh bekerja dalam bidang lain atau di luar negara mengikut kelayakan, namun saya memilih berkhidmat sebagai polis.“Jadi kalau diizinkan Tuhan, saya ingin kembali menggalas tanggungjawab berkenaan,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret, di sini pada Isnin selepas prosiding sebutan semula kes mengaibkan dan mengugut yang dikenakan terhadapnya.Dalam pada itu, penjawat awam itu juga berharap, masyarakat tidak memandang serong selepas videonya di beberapa lokasi, tular di media sosial.Katanya, orang ramai menilai sikapnya menerusi tayangan video yang singkat dan menganggapnya sebagai seorang wanita yang kurang ajar.“Sekiranya bertemu di luar waktu bertugas, saya seorang yang ‘happy go lucky’ dan menyeronokkan.“Saya hanya bertindak tegas jika menyentuh soal kerja kerana perkara itu yang diajar termasuk dalam latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.Pada 26 Jun lalu, penjawat awam itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal serta dua orang awam. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/v-video-polis-lepas-tembakan-ke-arah-proton-wira-di-kepong-polis-cari-ganesan-untuk-bantu-siasatan/
[V] Video Polis Lepas Tembakan Ke Arah Proton Wira Di Kepong, Polis Cari Ganesan Untuk Bantu Siasatan
Polis melepaskan sembilan das tembakan ke arah sebuah Proton Wira dinaiki dua suspek yang enggan berhenti diperiksa di Laman Rimbunan, Jalan Kepong, pagi tadi.Kejadian itu tular selepas satu video berdurasi 13 saat memaparkan tiga anggota polis melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di jalan yang sesak dimuat naik di media sosial.Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zainberkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 7.45 pagi sebelum kenderaan dipandu kedua-dua suspek terbabit terbabas lebih kurang 10 minit kemudian.“Anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sedang membuat rondaan dan terserempak kereta dipandu dua lelaki tempatan terbabit dalam keadaan mencurigakan.“Kereta terbabit diarah berhenti tetapi mereka enggan dan terus melarikan diri lalu dikejar (polis) sehingga ke jalan yang berlaku kesesakan (video tular),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.View this post on InstagramA post shared by Mynewshub (@mynewshub)Menurutnya, anggota polis mengejar suspek bermula dari Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan, Jalan Kepong yang sesak menyebabkan suspek mengundurkan kereta dan melanggar anggota URB berkenaan.“Dua anggota URB turun dari motosikal dan dalam konteks untuk memberhentikan kereta yang memberi ancaman kepada orang lain mereka melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.“Kesemua tembakan dihalakan pada tayar kereta yang menyebabkan kebocoran tayar dan kenderaan suspek terbabas ke tepi jalan,” katanya.Mohd Shuhaily berkata, kedua-dua suspek keluar dari kereta dan melarikan diri ke arah sebuah kawasan perumahan.Katanya, semakan mendapati kereta terbabit dimiliki seorang wanita tempatan yang meminjamkan kepada seorang lelaki lain bagaimanapun buat masa ini tidak dapat dipastikan pembabitan individu berkenaan.“Pemeriksaan dalam kenderaan menemui besi buruk yang mungkin dicuri…kita tak dapat kenal pasti apa tujuan barang-barang ini buat masa ini,” katanya.Susulan itu, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dipercayai boleh membantu mengesan suspek terbabit iaitu Ganesan Olakanathan, 40.“Kita kesan Ganesan kerana kita percaya dia orang yang boleh bantu siasatan…buat masa ini dia bukan suspek…laporan forensik pun masih belum dapat.“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam,” katanya. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/wanita-terus-dihubungi-exco-kelantan-selepas-respons-syahmi-dan-anissa-terhadap-isu-air-tular/
Wanita Terus Dihubungi Exco Kelantan Selepas Respons Syahmi Dan Anissa Terhadap Isu Air Tular
Seorang wanita dikenali sebagaiNor Idayu Supianmeluahkan rasa syukur apabila rintihannya mengenai masalah air yang dihadapinya di Kelantan mendapat perhatian.Perkara tersebut berlaku selepas isteri kepada personaliti media sosial terkenal Syami Sazli dikenali sebagai Anissa Faizul, memberi respons terhadap keluhannya di Facebook sebelum ini, menjadi tular.“Syukur sangat apabila kes saya terus diberi perhatian selepas Syahmi dan Anissa memberi respons terhadap apa saya adukan di Facebook.“Disebabkan nama mereka besar dan berpengaruh, lebih cepatlah kerajaan ambil tindakan.“Lagipun dah tinggal beberapa hari saja lagi nak mengundi. Saya dah lama hadapi masalah ni. Saya pun fikir memang ini masa terbaik untuk ambil peluang luahkan semua masalah air ni,” katanya.Menurut Nor Idayu atau Ayu, dia dihubungi Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada 4 Ogos.Nor Idayu Supian dan suaminya.“Saya buat satu hantaran dekat grup Facebook Pasir Mas tu sebab sudah tak tahan dengan masalah tak ada air di rumah saya di Kelantan.“Tak sangka lepas hantaran tu tular, wakil daripada Exco Kelantan datang malam tu juga berjumpa saya di rumah. Katanya hantaran saya buat itu viral sampai ke pihak mereka,”katanya.Difahamkan Mohd Nassuruddin kemudian mewakilkan anaknya iaitu Ahmad Syakir untuk ke rumah wanita itu bagi meninjau situasi sebenar berhubung dakwaan terputus bekalan air bersih sejak enam bulan lalu.Ayu berkata, bantuan bekalan air akhirnya disalurkan ke tangki rumahnya oleh Air Kelantan Sdn Bd (AKSB) pada pagi Sabtu.“Jadi keesokannya iaitu pada Sabtu, mereka hantar bekalan air menggunakan lori tangki ke rumah saya. Tetapi hanya rumah saya saja yang terima bantuan tu sebab mereka anggap saya saja buat aduan. Lagi 15 rumah lain di kawasan sini tak dapat,” katanya.Tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, selain memenuhkan tangki air di rumahnya di Kampung Banggol Stol, Pasir Mas, pihak AKSB turut memeriksa bagi mencari punca masalah air tidak sampai.Menurut Ayu, perumahannya dikategorikan sebagai kawasan bertekanan rendah hingga menyebabkan penduduk sukar menerima bekalan air.Tidak cukup dengan bekalan air, Ayu berkata dia sangat tersentuh apabila Syahmi turut menghubunginya dan menawarkan untuk memberikan sumbangan penapis air berharga RM2,798 yang dihantar oleh wakil syarikat LK LUx di Pengkalan Chepa pada pagi Isnin. – JURNALSumber:MSTAR ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/inspektor-sheila-fail-bantahan-kes-ugut-dan-aib-lans-koperal/
Inspektor Sheila Fail Bantahan Kes Ugut Dan Aib Lans Koperal
Inspektor Sheilayang tular di media sosial akan memfailkan bantahan awal berkaitan isu Perlembagaan Persekutuan bagi membatalkan tiga tuduhan termasuk mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal.Peguam, M Manoharan, mewakili wanita itu atau nama penuhnya, Sheila Sharon Steven Kumar, 35, berkata bantahan itu atas alasan pertuduhan dikenakan tidak berasas dan remeh.“Saya nak bangkitkan dua pertuduhan (di hadapan Majistret, Chai Guan Hock) dan satu tuduhan (di hadapan Majistret, Nor Hafizah Rajuni), sama ada pendakwaan ingin mendengar semua kes di mahkamah ini (depan Guan Hock).“Saya percaya pengadu kes di hadapan seorang lagi majistret (Nor Hafizah) akan dipanggil sebagai saksi di hadapan mahkamah (Guan Hock).“Kami sudah diserahkan laporan polis kes (hadapan Nor Hafizah), mohon satu lagi tarikh sebutan,” katanya ketika sebutan kes di hadapan Guan Hock, hari ini.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi, berkata sebahagian dokumen sudah diserahkan kepada pihak pembelaan Sheila, sebelum Guan Hock menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan kes seterusnya.Ketika prosiding di hadapan Nor Hafizah pula, Timbalan Pendakwa Raya, B S Erneetha Kaur, memaklumkan perkara sama sebelum majistret terbabit memutuskan tarikh itu untuk penyerahan dokumen.Sheila berdepan tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal serta dua orang awam.Di hadapan Guan Hock, dia didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Wanita itu juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Di hadapan Nor Hafizah pula, Sheila didakwa menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya.Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini masing-masing pada jam 12 tengahari dan 1 tengah hari, 15 Jun lalu. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/quantum-metal-jalin-kerjasama-dengan-semboyan-malaysia-bakal-buka-40-kedai-emas/
Quantum Metal Jalin Kerjasama Dengan Semboyan Malaysia, Bakal Buka 40 Kedai Emas
Syarikat pengimport dan pembekal emas Quantum Metal Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Semboyan Malaysia sebagai usaha menyediakan saluran bagi menangani isu pelaburan emas.Pengerusi Semboyan Malaysia,Yusof Azmiberkata, melalui kerjasama itu, orang ramai boleh membuat pelaburan dengan selamat dan terjamin tanpa berdepan dengan penipuan.Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusof Azmi.Dia berkata, QM sebuah syarikat yang mempunyai kapasiti sebenar kerana turut membekalkan emas dan bukan hanya menjalankan pelaburan semata-mata.“Kita mahu dengan kerjasama ini dapat menyediakan solusi kepada mereka yang mahu melabur emas menggunakan saluran tepat tanpa ditipu.“Sebelum ini kami banyak menerima kes penipuan tapi kami tidak ada penyelesaian untuk bantu mereka membeli dan melabur dengan pihak yang betul.“QM sebuah syarikat yang dipercayai dan mereka yang mahu melabur boleh berurusan dengan mereka ini tanpa was-was,” katanya.Yusof berkata, ramai yang mahu mencari alternatif pendapatan pada masa kini dan ada yang terdesak sehingga kabur dengan janji manis tidak berasas.Katanya, dalam tahun lalu lebih 1,500 kes penipuan pelaburan dicatatkan dalam aduan terhadap Semboyan, di mana kira-kira 300 dapat diselesaikan.Antara kesnya ialah membabitkan 10 ribu orang dengan kerugian RM50 juta.“Sebab itu saya kata, apa pun niat kita jangan tamak dan gelap mata. Kena periksa serta tahu perkara sebenar sebelum melabur termasuk emas.“QM sebuah syarikat yang memang dijamin dan turut mempunyai hubungan baik dengan bank-bank di negara ini,” katanya.Pengasas QM Datuk Lim Khong Soon berkata, syarikat itu mendapat pengiktirafan patuh syariah dari Akademi Penyelidikan Syari’ah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).Tambahnya, QM ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA).“Kerjasama ini bagi sama-sama memberikan saluran yang betul kepada mereka yang mahu melabur dan memiliki emas supaya tidak teraniaya.“Kami juga gembira kerana diperakui dan diterima oleh Semboyan Malaysia yang dikenali sebagai badan anti penipuan serta penganiayaan,” katanya.Lim menambah QM juga bakal membuka 40 kedai emas di seluruh negara dalam masa dua tahun dengan kedai emas pertama akan beroperasi di Pulau Pinang dalam masa terdekat.Pihak QM juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati mengenai pelaburan emas supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau scammer.Antara perkara yang perlu diambil peduli ialah kadar nilai emas tidak tetap dan akan berubah sepanjang 24 jam dari Isnin hingga Jumaat.Justeru, tidak ada mana-mana pihak boleh menjanjikan pulangan dengan nilai kadar emas tetap. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/beliau-dinasihat-tak-teruskan-ceramah-kerana-ada-perangkap-dipasang-musuh-afnan-hamimi/
“Beliau Dinasihat Tak Teruskan Ceramah Kerana Ada Perangkap Dipasang Musuh” – Afnan Hamimi
Ahli Parlimen Alor Setar,Afnan Hamimitampil memberi penjelasan ketiadaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada ceramah mega di Padang Awam Taman Ria, Sungai Petani, malam tadi.Afnan pada majlis tersebut mengumumkan Sanusi dinasihatkan untuk tidak meneruskan ceramah beliau kerana ada perangkap yang dipasang musuh.“Saya nak baca kertas ini yang tulis berita menyedihkan. Pagi tadi Menteri Besar mesyuarat di Kuala Lumpur, mesyuarat penting. Pada mesyuarat itu, dibincang beberapa perkara penting, perkara besar.“Daripada itu dinasihatkan beliau tidak meneruskan ceramahnya pada malam ini kerana ada perangkap yang dipasang musuh, yang mengkehendaki Menteri Besar kita masuk ke dalam (perangkap) itu, (kemudian) dia pegang dan buat sesuatu kita tak jangka, jadi dalam waktu ini kita kena bersedia segala kemungkinan,” katanya.Sanusi sepatutnya dijadual hadir pada Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Bersama Menteri Besar dan menyampaikan ceramah serta berkempen bersama Pengerusi PN Merbok yang juga Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan dan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden.Sementara itu Sanusi di laman sosial Facebooknya dilihat membuat permohonan maaf kepada semua penyokongnya.“Maaf tak dapat hadir. Insya-Allah kita akan bertemu lagi,” katanya sambil meninggalkan firman Allah mengenai perancangan jahat.Menerusi hantaran sama Sanusi turut meninggalkan pesan supaya jentera parti terus bekerja untuk menarik lebih ramai pengundi Perikatan Nasional.“Teman, kuatkan lagi kerja menarik lebih ramai pengundi PN. Jangan lupa bermunajat kepada Allah SWT.“Insya-Allah kita akan sama-sama bertakbir dan bertasbih atas kemenangan kita pada 12 Ogos nanti,” katanya.Kelmarin, Muhammad Sanusi turut tidak hadir program Sembang Santai Bersama Panglima Perang PN di Padang Awam Taman Serai Wangi, Padang Serai yang bermula jam 5 petang.Kegagalan beliau hadir pada program itu mencetuskan khabar angin mengatakan Ketua Pengarah PN yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu ditahan pihak berkuasa susulan siasatan kes kecurian unsur nadir bumi.Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan tindakan itu dilakukan Bukit Aman, peringkat Kontinjen Kedah atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kedah seperti dilaporkan sebuah media tempatan.Pada sidang media pagi tadi juga, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kemungkinan Muhammad Sanusi ditahan dalam tempoh terdekat ini. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/gangguan-seksual-peja-lapor-polis-syed-saddiq-cadang-pencen-ahli-politik-dihapuskan-tun-m-masih-kerja-walau-sedang-dirawat/
Gangguan Seksual, Peja Lapor Polis | Syed Saddiq Cadang Pencen Ahli Politik Dihapuskan | Tun M Masih Kerja Walau Sedang Dirawat
SOROTAN MENARIK AHAD 06/08/20231.Dituduh Buat Gangguan Seksual, Faizal Azumu Buat Laporan Polis2.Kes Saman Fitnah SM Faisal Selesai, Caprice Mohon Maaf, Kecewa Dengan Amelia Hanafi3.Penutupan Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew Ditangguh – DBKL4.Tun M Masih Bekerja Walaupun Sedang Dirawat Di IJN5.Rafizi Bimbang, Sebahagian Besar Rakyat Dibayar Gaji Rendah6.[V] Syed Saddiq Cadang Hapus Pencen Ahli Politik – “Itulah Punca Ahli Politik Tua Tak Mahu Lepas Jawatan…”
https://jurnal-malaysia.com/v-syed-saddiq-cadang-hapus-pencen-ahli-politik-itulah-punca-ahli-politik-tua-tak-mahu-lepas-jawatan/
[V] Syed Saddiq Cadang Hapus Pencen Ahli Politik – “Itulah Punca Ahli Politik Tua Tak Mahu Lepas Jawatan…”
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda),Syed Saddiq Syed Abdul Rahmanmengesyorkan kerajaan menghapuskan sistem pencen bagi seluruh ahli politik dan mengembalikan sistem caruman.Syed Saddiq berkata, kaedah itu (pencen) dilihat tidak adil jika dibandingkan dengan penjawat awam yang telah berkhidmat dalam tempoh lebih lama berbanding ahli politik.“Saya sarankan kerajaan hapuskan sistem ini termasuk bagi diri saya sendiri kerana bagi penjawat awam, mereka perlu bekerja lebih 30 tahun dan baru berhak menerima pencen.“Berbeza dengan ahli politik, mereka baru masuk pejabat terus layak menerima pencen seumur hidup. Bukan satu malah bertingkat-tingkat membabitkan pencen ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menteri dan speaker,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya baru-baru ini.Mengulas lanjut, beliau turut mendedahkan gaji dan elaun menteri besar mencecah RM180,000 sebulan, ia belum termasuk jika ahli politik itu memegang jawatan lain.Rakyat kerja keras,Hempas pulas,Kerja puluhan tahun untuk dapat pencen.Ahli politik?Masuk pejabat, dapat pencen seumur hidup.MUDA cadangkan hapuskan pencen ahli politik.Kembali kepada sistem caruman.#PolitikBarupic.twitter.com/wrWYkNE9QK— Syed Saddiq (@SyedSaddiq)August 2, 2023“Gaji menteri besar RM180,000 sebulan, itu belum campur kalau mereka ada jawatan sebagai ahli Parlimen dan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di peringkat negeri serta persekutuan.“Kiraan pencen bagi ahli politik agak unik. Misalnya, saya baru masuk pejabat sebagai menteri, tetapi jumlah pencen bukan berdasarkan itu tetapi sebagai ahli parlimen.“Inilah punca ramai ahli politik tua tidak mahu melepaskan jawatan, bergaduh dengan pimpinan anak muda kerana lagi lama mereka berkhidmat sebagai ahli Parlimen, semakin tinggi jumlah pencen menteri dan ahli Parlimen.Tegas beliau, cadangan itu adalah untuk memastikan tiada tembok yang pisahkan pemimpin politik dengan rakyat.“Inilah politik baharu yang Muda ingin bawa, rakyat dan pemimpin berpisah tiada,” jelasnya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/rafizi-bimbang-sebahagian-besar-rakyat-dibayar-gaji-rendah/
Rafizi Bimbang, Sebahagian Besar Rakyat Dibayar Gaji Rendah
Menteri Ekonomi,Rafizi Ramlimenzahirkan kebimbangan apabila Laporan Statistik Upah Pekerja Sektor Formal Suku Tahun 2023 menunjukkan sebahagian besar rakyat dibayar gaji yang rendah.Menurutnya, sebanyak 82 peratus daripada 6.46 juta pekerja formal bergaji kurang dari RM5,000 sebulan manakala 35 peratus dibayar RM2,000 ke bawah.“Sekiranya tiada dasar campur tangan dalam penentuan gaji, kami bimbang kecenderungan gaji permulaan tidak akan jauh beza dengan gaji minimum sekarang RM1,500,” katanya.Beliau berkata, gaji permulaan untuk pekerja lepasan ijazah sepatutnya lebih tinggi bagi menjarakkan daripada gaji minimum.Jelasnya, gaji minimum RM1,500 sebenarnya adalah untuk pekerja yang tidak berkemahiran.“Berdasarkan statistik dapatan awal menunjukkan ia (gaji pekerja mahir) sebenarnya mengheret ke bawah merapat gaji minimum.“Paras gaji minimum itu telah diguna sebagai rujukan untuk membayar terutama lepasan ijazah dan pekerja berkemahiran yang muda,” katanya.Menurut beliau, fenomena tersebut memerlukan dasar segera untuk diperbetulkan.“Kita boleh yakin bahawa memang ada masalah gaji. Ia bukan cakap-cakap saja, Sekarang ia boleh disahkan oleh data lebih enam juta pekerja.“Saya pasti perkara ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam dan di peringkat kementerian,” katanya.Ujar Rafizi, mesyuarat Dasar Gaji Progresif Isnin ini akan membentangkan jalan tengah yang boleh dilaksana secara praktikal di negara ini selain mendapat sokongan majikan.“Terdapat banyak model yang berlainan mengikut negara tertentu dan pihak majikan telah memberi maklum balas menerusi sesi libat urus sebelum ini,” katanya.Tambah beliau, kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah wang setiap tahun untuk kenaikan gaji khususnya sektor swasta.“Sebelum ini kerajaan hanya menaikkan gaji sektor awam dan swasta tidak dapat apa-apa kerana tiada sebarang dasar.“Ia memerlukan satu persetujuan oleh kerajaan untuk membuat peruntukan setiap tahun dan ini akan dibincangkan,” katanya lagi. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/tun-m-masih-bekerja-walaupun-sedang-dirawat-di-ijn/
Tun M Masih Bekerja Walaupun Sedang Dirawat Di IJN
Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamaddimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa lalu dipercayai akibat jangkitan.Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, bagaimanapun memaklumkan kehadiran Mahathir di IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan biasa.Malah menerusi ciapan di Twitter beliau, turut memuat naik dua keping foto sedang meneliti beberapa dokumen.AUG 3, 2023 – Tun Dr Mahathir bin Mohamad writing and going through some files at his hospital ward at the Institut Jantung Negara on Thursday. Dr Mahathir was admitted on Tuesday and treated for infection.Picture by Office of Tun Dr Mahathir bin Mohamadpic.twitter.com/Di6eH7lYkp— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial)August 3, 2023Difahamkan keadaan beliau juga baik tidak seperti yang dilaporkan sebuah portal sebelum ini yang mendakwa kesihatan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dalam keadaan membimbangkan.Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari pada Januari tahun lalu selepas menjalani prosedur perubatan elektif. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/penutupan-jalan-sungai-besi-bulatan-loke-yew-ditangguh-dbkl/
Penutupan Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew Ditangguh – DBKL
Penutupan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi dan Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew yang dijadual bermula esok ditangguhkan, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).DBKL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengguna jalan raya di laluan berkenaan boleh melalui laluan tersebut seperti biasa.“Kenyataan media bertarikh 1 Ogos 2023 oleh DBKL mengenai penutupan jalan tersebut yang dijadualkan bermula (esok) 5 Ogos 2023 hingga 4 Ogos 2024, adalah dibatalkan,” menurut kenyataan itu.BACA:Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew Dan Bulatan Pudu Ditutup Setahun Mulai Sabtu IniBagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan tempoh penangguhan penutupan laluan tersebut.Sebelum ini, DBKL melaporkan penutupan laluan di ibu negara itu ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/kes-saman-fitnah-sm-faisal-selesai-caprice-mohon-maaf-kecewa-dengan-amelia-hanafi/
Kes Saman Fitnah SM Faisal Selesai, Caprice Mohon Maaf, Kecewa Dengan Amelia Hanafi
Kes saman fitnah antara ahli perniagaan terkenal,Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin Kamalterhadap penyanyi rapCapriceakhirnya selesai secara baik di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.Saman fitnah itu berhubung hantaran berbaur fitnah yang dibuat selebiriti itu di laman Instagramnya mengenai kes Emilia Hanafi yang juga bekas isteri S.M Faisal.Perkara itu dimaklumkan Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili S.M Faisal selaku plaintif selepas prosiding kes dalam kamar di hadapan Hakim Azian Othman.“Hari ini kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman ini. Antara terma-terma utama penyelesaian itu antaranya membabitkan permohonan maaf yang perlu dibuat defendan (Caprice) dalam tempoh 48 jam.“Namun terma-terma lain yang telah dipersetujui termasuk kos tidak boleh didedahkan secara terperinci,” kata peguam itu.Sementara itu S.M Faisal ketika ditemui pula berkata beliau gembira kes saman fitnah itu akhirnya dapat selesai secara baik.Sementara itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, dilihat telah memuat naik permohonan maaf kepada SM Faisal di Instagram miliknya.Semasa prosiding Caprice diwakili peguam Harjoth Singh.Bagaimanapun menerusi hantaran lain, Caprice meluahkan rasa kesal terhadap bekas isteri SM Faisal iaitu Amelia Hanafi yang tidak hadir ke mahkamah hari ini.“Salam Amelia, lain kali kalau minta tolong orang jangan tiba-tiba tak boleh hadir,” tulisnya pada ruangan kapsyen disertakan foto Amelia yang dipenuhi kesan lebam seluruh badan.Di ruangan komen Caprice menjelaskan kepada pengikutnya bahawa dia didenda RM6,000 kerana saksi (Amelia) tidak hadir untuk membuktikan dakwaan yang dibuat sebelum ini.Hari ini adalah ditetapkan bagi pihak-pihak memaklumkan mengenai penyelesaian penuh kes saman fitnah itu, yang mana kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikannya melalui penghakiman persetujuan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/dituduh-buat-gangguan-seksual-faizal-azumu-buat-laporan-polis/
Dituduh Buat Gangguan Seksual, Faizal Azumu Buat Laporan Polis
Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Datuk Seri Ahmad Faizal Azumumembuat laporan polis mengenai dakwaan dirinya membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita baru-baru ini.Ahmad Faizal berkata, tuduhan yang terkandung dalam laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.“Saya dimaklumkan bahawa laporan tersebut mengaitkan nama saya dan beberapa tuduhan yang dibuat oleh individu tersebut terhadap saya.“Tuduhan-tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali dan saya percaya ada elemen hasutan jenayah dan fitnah terbabit dalam laporan ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook rasminya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Khamis.Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan itu berkata, dirinya tidak berada di lokasi kejadian sebagaimana yang terkandung dalam laporan tersebut.Jelasnya, laporan tersebut menyebut masa, tarikh dan lokasi tentang ‘interaksi’ tertentu dan beliau memaklumkan waktu itu beliau berada di Negeri Sembilan.“Ramai saksi boleh mengesahkan kehadiran saya di Negeri Sembilan yang mana ketika itu saya menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden Bersatu,” katanya.Menurut Ahmad Faizal, beliau meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap perkara itu.“Saya juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat,” ujarnya.Tegas Ahmad Faizal, tempoh berkempen ini seharusnya dimanfaatkan untuk kepentingan negara dan hanya berbicara tentang politik dan polisi yang boleh memajukan negara.“Serangan berbentuk peribadi ini tidak memberikan sebarang manfaat dan hanya membazirkan masa dan sumber pihak berkuasa,” katanya.Pada Khamis, tular satu laporan polis di media sosial yang didakwa dibuat seorang wanita mengaitkan Timbalan Presiden Bersatu itu.Menerusi laporan polis tersebut, wanita terbabit mendakwa Ahmad Faizal mengeluarkan perkataan kurang sopan terhadap dirinya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/bapa-saudara-kejam-hempas-bayi-fahmi-fadzil-difitnah-ceramah-politik-polis-buru-penyamun-tauke-durian/
Bapa Saudara Kejam Hempas Bayi | Fahmi Fadzil Difitnah Ceramah Politik | Polis Buru Penyamun Tauke Durian
SOROTAN MENARIK KHAMIS 03/08/20231.Difitnah Adakan Ceramah Politik Dalam Masjid, Fahmi Fadzil Tuntut Permohonan Maaf Terbuka2.Bapa Saudara Hempas Bayi 40 Hari Ke Lantai, Campak Kanak-kanak 3 Tahun Dari Tingkat Satu Pangsapuri3.[V] Polis Bentong Buru Lelaki Acu Pistol, Rompak Pembantu Gerai Durian Tepi Jalan4.SPR Tetapkan 9 September PRK Parlimen Pulai Dan Simpang Jeram5.Jaga-jaga…Pempengaruh Dan Usahawan Digital Tayang Kemewahan Tapi Tak Bayar Cukai, Anda Diperhati LHDN!6.Kyut Skin Rangkul Anugerah Penjagaan Kulit 2023 Beauty Insider, Dua Beradik Terus Komited Hasil Produk Kualiti Tinggi
https://jurnal-malaysia.com/kyut-skin-rangkul-anugerah-penjagaan-kulit-2023-beauty-insider-dua-beradik-terus-komited-hasil-produk-kualiti-tinggi/
Kyut Skin Rangkul Anugerah Penjagaan Kulit 2023 Beauty Insider, Dua Beradik Terus Komited Hasil Produk Kualiti Tinggi
Fabulove Sisters Empire, syarikat pengeluar produk kecantikan jenama tempatan iaitu Kyut Skin terus melakar sejarah apabila meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023.Sebelum ini, jenama yang diasaskan dua beradik itu telah mendapat pelbagai pengiktirafan apabila menerima Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera dan diikuti Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk produk stick pelindung matahari.Pengasas bersama syarikat yang juga adik-beradik,Nur Fathin Zulaikha SabridanNur Fathini Khalillahberkata, kejayaan itu telah membuktikan jenama Kyut Skin sebagai produk yang mampu membawa penyelesaian kepada masalah penjagaan kulit di pasaran negara ini.Beliau berkata, salah satu aspek yang dititikberat adalah komitmen syarikat terhadap ketelusan dan ujian yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti tinggi.“Sebelum dilancarkan, ujian logam berat, ujian SPF, ujian mikrobiologi, dan ujian kestabilan dijalankan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk syarikat.“Antara perkara yang membezakan Kyut Skin daripada jenama tempatan lain adalah pendekatan teliti terhadap formulasi produk apabila  telah mendapatkan bantuan pakar-pakar ahli kimia yang bertauliah untuk menghasilkan produk yang terbaik untuk pasaran.“Bahkan pergi ke Korea Selatan untuk bekerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih bagi memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi,” katanya.Sebagai perancangan masa depan, Nur Fathin Zulaikha berkata,  Kyut Skin ingin membina kepercayaan orang ramai terhadap jenama berkenaan dan mampu mencapai kejayaan yang konsisten serta menawarkan produk berkualiti tinggi yang tetap relevan di kalangan pengguna mereka.Jelas beliau, jenama itu kini aktif memperluaskan rangkaian produknya dengan beberapa formulasi yang sedang dalam pembangunan di mana syarikat menjanjikan manfaat yang lebih banyak kepada peminat penjagaan kulit.Seperti perniagaan lain, Kyut Skin juga menghadapi cabaran semasa peringkat pembangunan dan pemasaran.“Dalam usaha untuk memperkenalkan jenama dan produk penjagaan kulit yang baru dan unik kepada pasaran Malaysia, memerlukan masa dan komitmen untuk mendidik pengguna tentang kegunaan dan manfaat produk mereka.“Untuk mengatasi cabaran ini, Kyut Skin perlu menggunakan strategi pemasaran kreatif dan luar biasa untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk pemahaman kepada pelanggan-pelanggan berpotensi,” katanya.Sehubungan itu Kyut Skin telah mengadakan majlis apresiasi serentak dengan pelancaran produk terbaharu mereka baru-baru ini.Dalam majlis tersebut empat produk keluaran Kyut Skin iaitu, Stik Pelindung Matahari, Oli Face Cleansing Sheet, Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser turut diperkenal.Produk-produk Kyut Skin boleh didapati dengan harga berpatutan bermula RM15 hingga RM79.90, dan merangkumi empat jenis produk yang berbeza.Produk Kyut Skin boleh didapati melalui laman web rasmi mereka diwww.kyutskin.com, atau di Shopee dan TikTok Shop, selain di cawangan pengedar yang diiktiraf seperti The Pastel Shop, United Care Pharmacy, dan Valent Skin. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/jaga-jagapempengaruh-dan-usahawan-digital-tayang-kemewahan-tapi-tak-bayar-cukai-anda-diperhati-lhdn/
Jaga-jaga…Pempengaruh Dan Usahawan Digital Tayang Kemewahan Tapi Tak Bayar Cukai, Anda Diperhati LHDN!
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)mula memantau platform media sosial dan e-dagang milik pempengaruh serta usahawan digital setiap hari untuk mengesan dan memastikan golongan terbabit tidak ‘lari’ daripada membayar cukai.Pemantauan itu dibuat menerusi Seksyen Audit Ekonomi Digital, unit khas yang ditubuhkan baru-baru ini khusus untuk memantau aktiviti pempengaruh dan usahawan digital yang didakwa hidup mewah tetapi tidak membayar cukai.Antara golongan yang dipantau agensi pengutip cukai itu adalah aktiviti perniagaan pengasas produk kosmetik, peniaga mata wang asing, mata wang kripto, emas, pempengaruh, Tiktoker, Instafamous, YouTuber dan pekerja ekonomi gig.Sebelum ini, ada banyak dakwaan dan laporan media pempengaruh dan usahawan dalam talian yang dikatakan suka menunjukkan kemewahan, namun bukan semua membayar cukai.Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Ranjeet Kaur, berkata melalui aktiviti pemantauan secara harian ini, agensi itu yakin dapat mengenal pasti pempengaruh dan usahawan digital yang tidak patuh kepada undang-undang percukaian.“Hasil daripada pemantauan kami ke atas akaun mereka, fail baharu akan didaftarkan dan pemilihan kes untuk diaudit berdasarkan risiko yang dikenal pasti LHDN,” katanya.Ranjeet berkata, LHDN juga melaksanakan inisiatif dikenali nudging, yang mana Seksyen Audit Ekonomi Digital akan memberi peringatan berhubung tanggungjawab pembayar cukai di ruangan komen media sosial milik pempengaruh dan usahawan digital yang dikenal pasti ‘lari’ daripada membayar cukai.“Aktiviti nudging’ dapat memberi kesedaran kepada pembayar cukai selari dengan pendekatan kita, iaitu Awareness, Education and Services (AES).“Kami juga melaksanakan aktiviti pematuhan, iaitu pempengaruh dan usahawan digital yang berisiko akan dipilih untuk tindakan pematuhan oleh LHDN,” katanya.Beliau menegaskan, asas pengenaan cukai ke atas golongan terbabit masih tertakluk kepada penerimaan pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.“Skop pengenaan cukai seseorang individu itu juga bergantung kepada taraf mastautin, justeru semua individu yang layak, termasuk peniaga dalam talian serta pempengaruh media sosial turut dikenakan cukai sekiranya layak,” katanya.gemas kini rekod percukaian ditambah pula jika mempunyai tunggakan cukai, sudah pasti ia akan memberi sedikit kesan kepada imej mereka selaku pempengaruh, termasuk sekiranya mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara,” katanya.Justeru, beliau berkata, golongan terbabit disarankan untuk sentiasa memastikan agar rekod penghantaran Borang Nyata teratur dan lengkap berserta rekod bayaran cukai pendapatan. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/spr-tetapkan-9-september-prk-parlimen-pulai-dan-simpang-jeram/
SPR Tetapkan 9 September PRK Parlimen Pulai Dan Simpang Jeram
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor pada 9 September.Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Ghani Sallehberkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan ialah masing-masing pada 26 Ogos dan 5 September.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK berkenaan.Mesyuarat itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.Abdul Ghani berkata, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Pulai itu adalah yang dikemas kini sehingga 23 Julai 2023.“DPPR bagi PRK Parlimen Pulai mengandungi seramai 166,653 orang pemilih yang terdiri daripada 165,700 orang pengundi biasa, 927 orang polis dan 26 orang pengundi tidak hadir luar negara.“DPPR bagi PRK DUN Simpang Jeram pula mengandungi seramai 40,379 orang pemilih yang terdiri daripada 40,373 orang pengundi biasa dan enam orang pengundi tidak hadir luar hegara,” katanya.Beliau berkata, DPPR bagi kedua-dua PRK itu akan mula dijual pada 21 Ogos ini.Abdul Ghani berkata, urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK itu akan dibuka bermula Khamis.Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Ogos bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/ pegawai SPR, polis, tentera dan petugas media); 12 Ogos bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); dan 15 Ogos bagi kategori 1C (agensi/organisasi).“Permohonan undi pos bagi semua Kategori 1A, Kategori 1B dan Kategori 1C dilaksanakan secara dalam talian,” katanya.Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, SPR menawarkan kepada mana-mana agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi melihat perjalanan proses PRK bermula dari hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.“Mereka dibenarkan untuk membuat pemerhatian seperti di pusat penamaan calon, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan pusat penjumlahan rasmi undi serta perlu mematuhi kesemua syarat-syarat pelantìkan yang telah ditetapkan,” katanya.Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperoleh daripada portal SPR di www.spr.gov.my mulai Khamis dan tarikh tutup permohonan pada 15 Ogos. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/v-polis-bentong-buru-lelaki-acu-pistol-rompak-pembantu-gerai-durian-tepi-jalan/
[V] Polis Bentong Buru Lelaki Acu Pistol, Rompak Pembantu Gerai Durian Tepi Jalan
Polis Bentong sedang memburu seorang lelaki disyaki merompak seorang pembantu gerai durian menggunakan senjata berhampiran kawasan perindustrian Benus, pada Rabu.Ketua Polis Daerah Bentong,Superintenden Zaiham Mohd Kaharmemberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 4.44 petang itu, mangsa seorang wanita sedang bekerja di gerai tersebut didatangi sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki dipercayai warganegara tempatan.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Menurutnya, pembantu gerai warganegara asing berusia 38 tahun itu telah diacu dengan senjata menyerupai objek seperti pistol dan suspek meminta mangsa menyerahkan wang tunai.“Mangsa kemudiannya telah menyerahkan semua wang tunai jualan durian dan suspek melarikan diri dengan menaiki kenderaan sama.“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati mangsa bekerja dengan seorang lelaki warganegara tempatan sebagai pembantu di gerai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Ujar Zaiham, ketika kejadian, mangsa bekerja seorang diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala jumlah kerugian sebanyak RM850.Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu rompak dengan menggunakan senjata.“Kita dalam usaha mengesan dan menjejaki suspek kes ini. Rakaman kejadian berdurasi 26 saat turut tular dalam media sosial,” tambah beliau.Dalam pada itu, Zaiham menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan menjaga keselamatan diri bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.“Orang ramai yang mempunyai maklumat dan menyaksikan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/bapa-saudara-hempas-bayi-40-hari-ke-lantai-campak-kanak-kanak-3-tahun-dari-tingkat-satu-pangsapuri/
Bapa Saudara Hempas Bayi 40 Hari Ke Lantai, Campak Kanak-kanak 3 Tahun Dari Tingkat Satu Pangsapuri
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan di mulut serta patah kaki kiri dipercayai akibat dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang di sini, oleh bapa saudaranya.Adiknya yang juga bayi perempuan berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala selepas dipercayai dihempas ke lantai di kediaman berkenaan.Dalam kejadian 3.40 petang itu, difahamkan, suspek berusia 29 tahun turut mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.Ahli keluarga yang mahu dikenali sebagaiTaiyoob, 31, berkata, terdahulu, dia terdengar jeritan ibunya meminta tolong sebelum mendapati adik lelakinya berada dalam keadaan berbogel serta berlumuran darah.Katanya, kejadian berkenaan berlaku dengan pantas dan dia turut mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek.“Ahli keluarga yang lain menyelamatkan kedua-dua anak kakak saya itu sebelum menghantar mereka ke hospital.“Adik saya (suspek) turut mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudara,” katanya di sini, hari ini.Difahamkan, bayi dan kanak-kanak itu berada di kediaman itu yang juga rumah nenek mereka, susulan ibunya masih dalam tempoh berpantang.Tangkap layar daripada video tular menunjukkan ahli keluarga mangsa diambil keterangan di lokasi kejadian.Menurut Taiyoob, pihaknya memohon orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu bagi menjaga privasi keluarga.“Diharap, semua pihak faham keadaan dan hormati pendirian keluarga bagi tidak mengulas lanjut.“Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu,” katanya lagi.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/difitnah-adakan-ceramah-politik-dalam-masjid-fahmi-fadzil-tuntut-permohonan-maaf-terbuka/
Difitnah Adakan Ceramah Politik Dalam Masjid, Fahmi Fadzil Tuntut Permohonan Maaf Terbuka
Menteri Komunikasi dan Digital,Fahmi Fadziltelah menghantar notis tuntutan hari ini kepada dua individu termasuk penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani berhubung fitnah kononnya beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang pada 30 Julai lepas.Peguam, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, notis sama turut dihantar kepada pemilik dan pentadbir Laman Facebook ‘N13 Kuang.’Beliau berkata, kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh kedua-dua individu melalui akaun Facebook dan Instagram adalah berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik Fahmi seterusnya menggambarkan seolah-olah beliau menderhaka terhadap arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mengadakan ceramah politik di masjid.View this post on InstagramA post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1)Katanya melalui notis itu, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan menuntut antara lain penarikan balik kenyataan fitnah itu dan permohonan maaf secara terbuka daripada kedua-dua individu dalam tempoh 24 jam.Peguam itu berkata jika kedua-dua individu gagal memenuhi tuntutan tersebut, pihaknya telah diarah memfailkan tuntutan saman fitnah di mahkamah terhadap mereka dengan serta-merta.Semalam, Fahmi menyanggah dan kecewa dengan fitnah yang dilemparkan kononnya beliau berkempen di masjid serta menegaskan sedia memberi kerjasama penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor sekiranya diperlukan.Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Fahmi yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini pada Ahad lepas. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/menang-prn-pn-janji-air-percuma-jawi-siasat-perhimpunan-lgbt-sogo-surat-larangan-haji-hadi-masuk-saudi-palsu/
Menang PRN, PN Janji Air Percuma | JAWI Siasat Perhimpunan LGBT Sogo | Surat Larangan Haji Hadi Masuk Saudi, Palsu
SOROTAN MENARIK RABU 02/08/20231.Surat Larang Haji Hadi Masuk Arab Saudi Palsu, PAS Dakwa Ada Pihak Tandus Idea Bersaing Sihat Di PRN2.“PM Amanahkan Saya Menoktahkan Miskin Tegar!” – Zahid Hamidi3.PRN: PN Janji Perkenal Program Air Percuma Di Selangor Jika Menang PRN4.Pemain Import PDRM FC, Bruno Suzuki Peluk Agama Islam5.[V] JAWI Siasat Kumpulan Bawa Sepanduk LGBT Di Sogo6.Perlu Hadir Mesyuarat Kabinet, Perbicaraan Kes Zahid Hari Ini Ditangguh
https://jurnal-malaysia.com/perlu-hadir-mesyuarat-kabinet-perbicaraan-kes-zahid-hari-ini-ditangguh/
Perlu Hadir Mesyuarat Kabinet, Perbicaraan Kes Zahid Hari Ini Ditangguh
Perbicaraan kesDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiyang menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan kerana Timbalan Perdana Menteri itu menghadiri mesyuarat kabinet hari ini.Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, pihaknya mengemukakan permohonan kepada hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah untuk menangguhkan perbicaraan pada pagi ini.“Kami telah memohon penangguhan pagi ini kerana Datuk Seri (Ahmad Zahid) perlu menghadiri mesyuarat kabinet. Mahkamah membenarkan dan kes bersambung esok,” kata Hisyam.Saksi pembelaan ketujuh iaitu bekas Setiausaha Eksekutif kepada Ahmad Zahid, Datuk Rosiah Osman sepatutnya menyambung keterangannya pada prosiding hari ini.Ahmad Zahid, 70, diperintah membela diri terhadap 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana YAB.Beliau selesai memberi keterangan pada 30 Ogos tahun lepas setelah 17 hari membela diri secara bersumpah dari tempat saksi dengan menafikan segala dakwaan terhadapnya.Perbicaraan kes itu sepatutnya bersambung pada 10 April lepas hingga Julai, bagaimanapun ditangguhkan berikutan Ahmad Zahid mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 pertuduhan.Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan kes itu pada Ogos iaitu 1 hingga 3, 7 hingga 10 dan 21 hingga 24.Semalam, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi yang dikemukakan Ahmad Zahid belum diputuskan kerana AGC masih menunggu hasil siasatan lanjut daripada Pasukan Petugas Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung bukti baharu yang dikemukakan pihak pembelaan. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/v-jawi-siasat-kumpulan-bawa-sepanduk-lgbt-di-sogo/
[V] JAWI Siasat Kumpulan Bawa Sepanduk LGBT Di Sogo
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)telah melakukan siasatan terhadap kumpulan yang membawa sepanduk berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dan ajaran Ahmadi di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur Sabtu lalu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, kes tersebut disiasat di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.Menurutnya, selaku pihak berkuasa agama Islam di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)“Apa-apa usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan ajaran Islam dan fitrah insan seperti LGBT adalah tidak boleh diterima sama sekali.“Usaha-usaha untuk menyekat penyebaran fahaman songsang tersebut perlulah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bersepadu.“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah mengambil tindakan menyiasat kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.Beliau turut menasihatkan seluruh umat Islam agar terus berpegang teguh kepada ajaran Islam serta menjauhkan diri dari terlibat dengan apa jua ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.Pada Isnin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, kesemua suspek diberkas di lokasi sama sejurus himpunan tersebut diadakan.Kesemua suspek terdiri lelaki warga tempatan berumur antara 18 hingga 56 tahun itu ditahan ekoran terbabit dalam himpunan terbabit.Siasatan mendapati individu terlibat memegang plakad berunsur LGBT selain beberapa perkataan yang menjurus kepada ajaran Ahmadi. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/pemain-import-pdrm-fc-bruno-suzuki-peluk-agama-islam/
Pemain Import PDRM FC, Bruno Suzuki Peluk Agama Islam
Pasukan PDRM FC hari ini mengumumkan pemain import mereka,Bruno Suzukitelah memeluk agama Islam.Bruno yang merupakan penyerang kacukan Jepun-Brazil telah mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid Pulapol Kuala Lumpur pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445.“Saudara Baru Islam, Bruno Suzuki…“Alhamdulillah dengan syukur ke hadarat Allah S.W.T ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam.“Beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah bertempat di Masjid Pulapol KL pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445.“Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Allahuakbar,” kata PDRM FC dalam hantaran di laman sosial Instagram.View this post on InstagramA post shared by PDRM Football Club (@officialpdrmfc)Bruno mengucap dihadapan Ustaz Arif M.Rajoli dan disaksikan oleh Komandan Pulapol KL, SAC Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan AM) Pulapol KL, Supt. Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM FC.Mengikut rekod, Bruno sebelum ini beraksi bersama kelab Liga Thailand sebelum kembali ke kancah Liga Super dengan menyarung jersi PDRM FC.Setakat ini, Bruno antara peledak berbisa PDRM FC dengan menjaringkan empat gol sepanjang musim ini selain turut membantu jentera serangan pasukan mencipta keputusan positif. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/prn-pn-janji-perkenal-program-air-percuma-di-selangor-jika-menang-prn/
PRN: PN Janji Perkenal Program Air Percuma Di Selangor Jika Menang PRN
Perikatan Nasional (PN) berjanji akan memperkenalkan semula program air percuma kepada semua isi rumah di Selangor jika menang PRN 12 Ogos ini.Azmin Ali berkata ketika menjadi menteri besar dari 2014 hingga 2018, beliau meneruskan dasar pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama kepada semua tanpa mengira pendapatan isi rumah yang diperkenalkan ketika pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) pada 2008.Namun calon PN DUN Hulu Kelang itu berkata, pentadbiran Menteri Besar Amirudin Shari pada 2020 telah mengehadkannya kepada isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah.“Sekarang kononnya hanya B40, Amirudin B40 sekarang dah tiada…kemiskinan sudah melebar akibat pandemik sebab itu ramai yang tercicir.“Muhyiddin Yassin (pengerusi PN) telah setuju kalau menang di Selangor, kita akan teruskan program ini,” katanya pada ceramah DUN Hulu Kelang pada malam Selasa.Sementara itu, Azmin berkata PN akan melancarkan manifestonya Jumaat ini, antaranya berjanji menawarkan 100,000 pekerjaan berkualiti untuk anak muda selain pemberian air percuma.“Muhyiddin sendiri akan umumkan tawaran kepada rakyat Selangor,” katanya.Beliau turut mendakwa telah dihubungi untuk mengadakan pertemuan dengan lebih 30 ketua cawangan Umno di Gombak yang bersedia menyokong PN pada PRN ini.Azmin yang pernah menjadi Adun Hulu Kelang pada 1999 akan berdepan Timbalan Ketua Wanita PKR Juwairiya Zulkifli yang mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi terbabit pada 12 Ogos depan. – JURNALSumber:FMT
https://jurnal-malaysia.com/pm-amanahkan-saya-menoktahkan-miskin-tegar-zahid-hamidi/
“PM Amanahkan Saya Menoktahkan Miskin Tegar!” – Zahid Hamidi
Kerajaan menyasarkan kadar kemiskinan luar bandar dapat diturunkan ke paras bawah 10 peratus menjelang tahun hadapan.Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiyang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, ketika ini kadar kemiskinan luar bandar berada pada paras 12 peratus berbanding 12.9 peratus sebelumnya.“Kita lihat sebanyak 130,000 ketua isi rumah berada dalam kumpulan miskin tegar ketika ini, kita harus keluar daripada masalah ini dan ia tidak mustahil untuk dilakukan kerana pelbagai kementerian telah dikoordinasikan.“Insya-ALLAH azam kita pada tahun ini dan tahun hadapan kadar ini akan berada di tahap satu digit iaitu bawah 10 peratus.“Perdana Menteri juga telah memberikan amanah kepada saya bukan hanya untuk menyelaras tetapi melihat keberkesanan pada setiap pelaksanaan usaha bagi menoktahkan kemiskinan tegar,” katanya ketika menjadi tetamu pada program Naratif Khas: Senada Memperkasa Ekonomi Madani pada Isnin lalu.Beliau berkata, bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai, pelbagai program telah dirangka untuk meningkatkan sumber pendapatan golongan ini.“Dari segi program, kita ada Program Peningkatan Pendapatan melibatkan peruntukan sebanyak RM12 juta yang mana melalui program ini kumpulan miskin tegar, miskin dan B40 dapat dibantu dan sebanyak 70 peratus peserta program ini telah dapat meningkatkan pendapatan mereka melebihi 30 peratus daripada pendapatan asal mereka.“Selain itu, kita juga lakukan program latihan dan kemahiran kerjaya bagi meningkatkan kemahiran generasi baharu di kawasan desa dan hasilnya kita dapati 70 peratus peserta yang tamat latihan, mendapat pekerjaan,” katanya.Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, menerusi program Desa Lestari, ia bukan sekadar bertujuan untuk memperkasakan sosioekonomi desa tetapi turut memberi khidmat nasihat dan juga bantuan kepada koperasi desa.“Ini bagi membolehkan koperasi desa menjana pendapatan penduduk luar bandar sekali gus bersama-sama menurunkan kadar kemiskinan dan menangani kos sara hidup,” katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pula, kadar kebolehpasaran peserta berada pada tahap 92.9 peratus dan ini menunjukkan satu pencapaian yang cukup baik.Khamis lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia, akan membawa limpahan hasil bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualiti.Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, pengumuman ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’ adalah satu rencana menyeluruh bagi Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan isu berkaitan daya saing dan tarikan negara sebagai destinasi pelaburan serta menggariskan tindakan bagi menangani isu semasa yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/surat-larang-haji-hadi-masuk-arab-saudi-palsu-pas-dakwa-ada-pihak-tandus-idea-bersaing-sihat-di-prn/
Surat Larang Haji Hadi Masuk Arab Saudi Palsu, PAS Dakwa Ada Pihak Tandus Idea Bersaing Sihat Di PRN
Surat yang tular mendakwa Presiden Pas,Tan Sri Abdul Hadi Awangdilarang memasuki Arab Saudi kerana ideologi pengganas adalah palsu.Parti Islam itu dalam kenyataan di Facebook menegaskan, penyebaran dakwaan sedemikian merupakan bukti terdapat pihak yang ketandusan idea untuk bersaing secara demokratik, matang dan bermaruah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.“Faktanya adalah kenyataan rasmi Arab Saudi menggunakan tahun hijrah, bukan masihi dan Abdul Hadi bukan lagi Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.“Ayuh bersama Perikatan Nasional (PN), kita lenyapkan budaya politik yang rendah akal budi seperti ini dan kita bina negara yang bersih dan stabil,” kata Pas dalam kenyataan itu, pada Selasa.Terdahulu, tular di media sosial sejak Isnin satu kenyataan kononnya Abdul Hadi dilarang memasuki Arab Saudi kerana didakwa mempunyai ideologi pengganas. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/nik-abduh-puasa-politik-pecah-rumah-bekas-pemain-jdt-penjara-34-tahun-tmj-gelar-pemandu-lamborghini-tin-kosong/
Nik Abduh ‘Puasa’ Politik | Pecah Rumah, Bekas Pemain JDT Penjara 34 Tahun | TMJ Gelar Pemandu Lamborghini Tin Kosong
SOROTAN MENARIK SELASA 01/08/20231.Nik Abduh Umum ‘Puasa’ Daripada Politik, Mohd Yaakob Anggap Isu Selesai2.Elon Musk Pasang Huruf ‘X’ Atas Bangunan Tanpa Permit, Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan3.[V] TMJ Tegur Konvoi Lamborghini Pandu Melulu – “Ini Orang Panggil Tin Kosong…”4.Kelantan Teruskan Bas Percuma Balik Mengundi – “Ini Bukan Beli Undi Tapi Dah Janji Dengan Rakyat…”5.Pecah Rumah, Bekas Pemain JDT Azinee Taib Berdepan Penjara 34 Tahun6.Tular Video Perempuan Dipukul Ditangga, Bapa Buat Laporan Polis – “Itu Anak Saya, Dia Keluar Rumah Disember Tahun Lalu…”7.PRN: Rasa ‘Dianaktiri’ Berhubung Pembahagian Kerusi PRN, MIC Akan Jumpa PM Anwar8.Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew Dan Bulatan Pudu Ditutup Setahun Mulai Sabtu Ini
https://jurnal-malaysia.com/jalan-sungai-besi-bulatan-loke-yew-dan-bulatan-pudu-ditutup-setahun-mulai-sabtu-ini/
Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew Dan Bulatan Pudu Ditutup Setahun Mulai Sabtu Ini
Jalan Sungai Besi arah selatan akan ditutup selama setahun mulai Sabtu ini hingga 4 Ogos tahun depan bagi memberi laluan kepada kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, jalan terlibat adalah laluan menghala ke Sungai Besi/Petaling Jaya terletak berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew.Menurutnya, laluan alternatif disediakan sepanjang penutupan jalan berkenaan dan pengguna dinasihatkan mematuhi isyarat papan tanda.“Patuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan serta langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan,” kata kenyataan itu.DBKL memaklumkan, jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh sama.“Ia bagi membolehkan kerja merobohkan jambatan susur dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu) dijalankan.“Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga,” kata kenyataan itu.Orang ramai boleh merujuk di laman sosial rasmi DBKL untuk info mengenai jalan alternatif dan lencongan untuk panduan sepanjang tempoh penutupan jalan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/prn-rasa-dianaktiri-berhubung-pembahagian-kerusi-prn-mic-akan-jumpa-pm-anwar/
PRN: Rasa ‘Dianaktiri’ Berhubung Pembahagian Kerusi PRN, MIC Akan Jumpa PM Anwar
Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahimdijadualkan akan bertemu dengan kepimpinan tinggi MIC di Dewan Netaji, Ibu Pejabat MIC pada Rabu (2 Ogos).Menurut sumber, pertemuan yang dikatakan akan diadakan di Ibu Pejabat MIC itu dirancang bagi membincangkan tentang ‘layanan kurang mesra’ UMNO terhadap parti itu, khususnya melibatkan agihan kerusi dan gerakan jentera bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung.Difahamkan pertemuan itu juga akan melibatkan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (CWC), ketua-ketua MIC dan ahli-ahli jawatan kuasa bahagian MIC.Media sebelum ini melaporkan parti komponen Barisan Nasional itu tidak berpuas hati dengan cara mereka dilayan dalam enam PRN – Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang – sambil mendakwa seolah-olah MIC sudah tidak berkepentingan lagi.Beberapa ahli MIC mendakwa, sejak UMNO mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Pusat, parti komponen BN itu telah diketepikan dalam pelbagai perkara, khususnya berkaitan politik.Susulan dari situasi tersebut, kepimpinan tinggi MIC memutuskan untuk tidak mencalonkan mana-mana ahlinya dalam PRN kali ini, biarpun ia mendapat tentangan keras dari akar umbi MIC.Ketua Pemuda MIC Selangor, P Punithan dilaporkan bertindak keluar dari parti selain melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda MIC Selangor dan Ketua Pemuda MIC cawangan Bandar Baru Batang Berjuntai (Kuala Selangor), manakala Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC, Parthiban Karuppiah, kini sedang menggerakkan kempen menyokong Perikatan Nasional (PN). – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/tular-video-perempuan-dipukul-ditangga-bapa-buat-laporan-polis-itu-anak-saya-dia-keluar-rumah-disember-tahun-lalu/
Tular Video Perempuan Dipukul Ditangga, Bapa Buat Laporan Polis – “Itu Anak Saya, Dia Keluar Rumah Disember Tahun Lalu…”
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang perempuan yang dipukul oleh beberapa individu di kawasan tangga, yang video insiden itu tular menerusi media sosial sejak semalam.Ketua Polis Daerah Timur LautACP Soffian Santongberkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki berusia 51 tahun pada 10 malam, 30 Julai yang mendakwa perempuan yang dipukul dalam kejadian itu ialah anaknya.“Video tular itu telah dimuat naik dalam akaun Facebook ‘Whyman Whyman’ dan menurut lelaki tempatan itu, anak perempuannya berumur 24 tahun telah keluar dari rumahnya di kawasan George Town sejak Disember 2022 kerana masalah keluarga.“Sejak itu, anak perempuannya tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarganya, dan ekoran video tular tersebut lelaki itu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.Soffian berkata setakat ini, pihak polis masih belum dapat memastikan lokasi sebenar kejadian mangsa dipukul seperti dalam video tular itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (kesalahan merusuh) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kesalahan penggunaan perkhidmatan rangkaian).Beliau menasihati orang ramai agar tidak menularkan rakaman video berkenaan untuk mengelakkan sebarang spekulasi dan pihak polis turut meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/pecah-rumah-bekas-pemain-jdt-azinee-taib-berdepan-penjara-34-tahun/
Pecah Rumah, Bekas Pemain JDT Azinee Taib Berdepan Penjara 34 Tahun
Bekas pemain bola sepak Liga Super,Mohd Azinee Taibdidakwa atas tiga pertuduhan membabitkan kes pecah masuk rumah dan menyimpan harta curi di Mahkamah Majistret Pontian, pada Ahad lalu.Bagaimanapun Mohd Azinee mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.Mohd. Azinee didakwa bersama dua lagi rakannya yang masih bebas memecah masuk sebuah rumah di Taman Benut Utama, Benut, pada pukul 12.05 tengah hari, 8 Jun lalu.Lelaki itu juga didakwa bersama dua rakannya, Muhammad Hairul Hafiz Muzaren, 24, dan Khairul Akmal Zainol Abidin, 31, memecah sebuah rumah di Taman Cendana, Benut untuk mencuri pada pukul 1.15 tengah hari, 3 Julai lalu.Kedua-dua pertuduhan ini dikemuakakan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Azinee dituduh menyimpan sebuah telefon bimbit jenama OPPO A5 bewarna putih milik mangsa rumah yang dipecah masuk. Kesalahan dilakukannya di Jeti Nelayan Ayer Baloi pada pukul 4.30 petang, 3 Julai lalu.Pertuduhan dibuat dilakukan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurezzati Zaini manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam bela.Terdahulu, Majistret Nur Azzuin membenarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan mereka diarahkan melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga selesai kes.Mahkamah menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.Kosmo! pada 10 Julai lalu melaporkan seorang bekas pemain bola sepak dan dua lagi rakannya direman tujuh hari selepas dipercayai terbabit kes jenayah di Benut, Pontian. – JURNALSumber:KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/kelantan-teruskan-bas-percuma-balik-mengundi-ini-bukan-beli-undi-tapi-dah-janji-dengan-rakyat/
Kelantan Teruskan Bas Percuma Balik Mengundi – “Ini Bukan Beli Undi Tapi Dah Janji Dengan Rakyat…”
Kelantan akan meneruskan pengangkutan bas percuma kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob, berkata apa yang dilakukan pihak kerajaan negeri itu bukannya membeli undi sebaliknya, itu tanggungjawab mereka kepada pelajar yang kekurangan wang untuk pulang mengundi.“Kerajaan negeri Kelantan tidak membatalkan perkhidmatan bas percuma kerana kita sudah berjanji dengan rakyat.“Kita yang hanya menyediakan perkhidmatan bas percuma pun dikata mahu membeli undi sedangkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung pemberian geran di Terengganu, jelas mahu membeli undi, namun dikatakan sebaliknya.“Jika macam itu pun bukan rasuah, jadi yang sebenar rasuah adalah macam mana?” katanya pada sidang media selepas Majlis Ceramah dan Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) “Kelantan Maju Rakyat Sejahtera”, malam tadi.Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah.Mengulas lanjut, Ahmad memohon pihak berkuasa menjelaskan perkara itu secara terperinci bagi memudahkan sebarang perlaksanaan dilakukan di peringkat negeri.“Kita di peringkat negeri juga masih lagi kerajaan walaupun kerajaan caretaker dan kita juga boleh melakukannya sebagaimana yang dibuat Kerajaan Pusat. Jika bila kita buat perkara tertentu dikatakan salah pula.“Maka, biarlah ada panduan jelas berkaitan perkara itu (pemberian sepanjang PRN) sama ada ia berbentuk rasuah atau sebaliknya,” katanya.Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan tindakan pemberian geran bernilai RM350,000 oleh kerajaan kepada belia Terengganu adalah tidak menyalahi undang-undang atau berunsur rasuah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, sebagai sebuah kerajaan pemerintah, ia berhak untuk memberi inisiatif yang difikirkan wajar kepada rakyat.Menurutnya, beliau berasakan tiada isu boleh dikaitkan dengan pemberian geran berkenaan kerana ia adalah satu inisiatif daripada kerajaan. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/v-tmj-tegur-konvoi-lamborghini-pandu-melulu-ini-orang-panggil-tin-kosong/
[V] TMJ Tegur Konvoi Lamborghini Pandu Melulu – “Ini Orang Panggil Tin Kosong…”
Tunku Mahkota Johor,Tunku Ismail Sultan Ibrahimbaru-baru ini telah menegur aksi beberapa buah kereta mewah Lamborghini yang dipandu secara berbahaya.Video tular tersebut turut dikongsi laman Instagram Vocket Car Club dan telah menjadi perhatian ramai termasuk Tunku Ismail.Di ruangan komen, Tunku Ismail atau lebih mesra dengan gelaran TMJ memberi pandangan beliau bahawa pemandu Lamborghini tersebut perlu diajar cara menghormati pengguna jalan raya.Dalam perkembangan lain Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan semua kereta mewah tersebut sudah disita untuk siasatan lanjut.Kertas siasatan juga telah dibuka terhadap lima pemandu Lamborghini yang memandu secara bahaya di Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi, kelmarin.Terdahulu tular video berdurasi 71 saat yang memaparkan beberapa buah kereta Lamborghini yang dipercayai dalam satu konvoi, memotong laluan secara bahaya di SDE.View this post on InstagramA post shared by VOCKET Car Club (@vocketcarclub)Dalam pada itu Kamarul Zaman turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan atau undang-undang dan sentiasa berhemah ketika di atas jalan raya.Mengulas lanjut kes berkenaan, lima pemandu warga tempatan berusia 44 hingga 64 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis, selepas keterangan mereka diambil di IPD Kota Tinggi.Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/elon-musk-pasang-huruf-x-atas-bangunan-tanpa-permit-pihak-berkuasa-jalankan-siasatan/
Elon Musk Pasang Huruf ‘X’ Atas Bangunan Tanpa Permit, Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan
Umum mengetahuiElon Muskbaru-baru ini membuat penjenamaan semula jenama Twitter kepada X.Susulan itu Elon Musk juga dilihat telah memasang huruf “X” gergasi di ibu pejabat Twitter yang terletak di San Fransisco.Bagaimanapun tindakan Elon Musk mengundang padah apabila dia didakwa tidak memohon permit untuk pemasangan tersebut.Malah, pihak berkuasa bandar itu juga sedang menyiasat kerja-kerja pemasangan logo gergasi tersebut yang didakwa tidak mempunyai permit keselamatan, lapor USA Today.Isnin lalu, polis San Fransisco turut menghentikan pekerja yang sedang menanggalkan logo burung daripada bangunan itu kerana risiko keselamatan yang gagal dipenuhi.Pertukaran logo pada bangunan itu berlaku selepas Elon Musk membuat penjenamaan semula ke atas laman sosial Twitter yang kini dikenali sebagai X.Elon Musk turut berkongsi video, memaparkan wajah baharu ibu pejabat syarikat itu menerusi ciapan di Twitter miliknya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/nik-abduh-umum-puasa-daripada-politik-mohd-yaakob-anggap-isu-selesai/
Nik Abduh Umum ‘Puasa’ Daripada Politik, Mohd Yaakob Anggap Isu Selesai
Bekas Ahli Parlimen Bachok,Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Azizatau Nik Abduh mengesahkan akan ‘berpuasa’ dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.Sementara itu, Menteri Besar Kelantan yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menganggap isu melibatkan Nik Abduh sebelum ini sudah selesai.“Itu semua sudah selesai, sahabat kita semua,” kata mengenai kenyataan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang mahu berehat daripada politik.Ahmad juga yang juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.Media sebelum ini melaporkan, Nik Mohamad Abduh atau Nik Abduh mengumumkan ‘berpuasa’ dan berehat daripada politik tanah air.Dalam hantaran sama, Nik Abduh memaklumkan perkara itu merupakan tempoh paling sukar buat diri beliau dan bondanya.“Saya puasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh. Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.“Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” katanya dalam hantaran berkenaan.Difahamkan, Nik Abduh mengambil keputusan itu selepas berlaku konflik namanya tidak tercalon untuk bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.Bapa saudaranya, Nik Din Nik Mat mendakwa Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjadi punca anak saudaranya tidak dicalonkan di DUN Chempaka.BACA:PRN: [V] Adik Nik Aziz Dakwa Nik Abduh Digugur Mohd Amar, Bukan Tidak Mahu DicalonkanNik Din juga mendakwa, tindakan itu dibuat kerana tidak mahu ahli keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz bertapak di Pengkalan Chepa.Bagaimanapun, Mohd Amar menafikan beliau terlibat menggugurkan nama Nik Abduh dan menyifatkan tuduhan itu satu fitnah. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/altimet-komited-tawan-lembah-jaya-bapa-saudara-dakwa-nik-abduh-disabotaj-agong-permaisuri-sebak/
Altimet Komited Tawan Lembah Jaya | Bapa Saudara Dakwa Nik Abduh Disabotaj | Agong, Permaisuri Sebak
SOROTAN MENARIK ISNIN 31/07/20231.Agong, Permaisuri Sebak Tonton Persembahan Pantomim Op Daulat Kampung Simunul2.PRN: Altimet Bawa Suara B40, Komited Tawan Lembah Jaya3.Tiada Lagi Burung Biru Comel, Twitter Kini Dikenali Sebagai ‘X’4.Harga Internet Lebih Murah Menjelang September5.PRN: [V] Adik Nik Aziz Dakwa Nik Abduh Digugur Mohd Amar, Bukan Tidak Mahu Dicalonkan6.Jurugambar Perancis Maut, Tergelincir Dari Tingkat 68 Ketika Sedang Mengambil Gambar7.PRN: Mohd Amar Nafi Dakwaan Adik Nik Aziz – “Tak Betul, Itu Fitnah Bila Sebut Nama Saya!”
https://jurnal-malaysia.com/prn-mohd-amar-nafi-dakwaan-adik-nik-aziz-tak-betul-itu-fitnah-bila-sebut-nama-saya/
PRN: Mohd Amar Nafi Dakwaan Adik Nik Aziz – “Tak Betul, Itu Fitnah Bila Sebut Nama Saya!”
Naib Presiden Pas,Datuk Mohd Amar Abdullahmenafikan beliau terlibat menggugurkan nama Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga anak bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN).Menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah, beliau menegaskan, pihak yang membuat tuduhan sedemikian tidak terlibat dalam mesyuarat pemilihan nama calon serta tiada sebarang jawatan dalam parti.“Ustaz Nik Abduh dah jelaskan beliau tak nak bertanding… tak ada masalah apa-apa, kenapa orang lain sibuk?“Ada dua statement (kenyataan) dia (Nik Abduh) harap tak bertanding sebab nak fokus sekolah ayah… dia kenapa orang lain buat tuduhan? Tak betul. Itu fitnah bila sebut nama saya.“Macam mana dia kata saya? Dia tak terlibat dalam mesyuarat, dari mana maklumat dia (dapat), (dia) tak ada jawatan dalam parti…” tegas Mohd Amar lagi.Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian sebagai mengulas gesaan yang dibuat adik Allahyarham Nik Aziz iaitu Nik Din Nik Mat supaya rakyat tidak mengundi Mohd Amar pada PRN kali ini yang akan berlangsung 12 Ogos akan datang.BACA:PRN: [V] Adik Nik Aziz Dakwa Nik Abduh Digugur Mohd Amar, Bukan Tidak Mahu DicalonkanGesaan Nik Din yang dimuat naik dalam satu video itu mendakwa Mohd Amar sebagai dalang di sebalik ketiadaan nama Nik Mohamad Abduh sebagai calon PRN di Dewan Undangan Negeri Cempaka.Nik Din turut mendakwa, beliau telah menemui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang turut memberi jaminan bahawa anak saudaranya itu akan dicalonkan dalam PRN kali ini.Dalam perkembangan sama, Mohd Amar berkata, merujuk kepada kenyataan Nik Mohamad Abduh sebelum ini yang dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, anak Allahyarham Nik Aziz itu menolak untuk dicalonkan dalam PRN atas alasan ingin menumpukan perhatian kepada Sekolah Arab Darul Anwar.Mohd Amar yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa turut memaklumkan, nama Nik Mohamad Abduh tidak ada dalam senarai calon pada peringkat awal lagi. – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/jurugambar-perancis-maut-tergelincir-dari-tingkat-68-ketika-sedang-mengambil-gambar/
Jurugambar Perancis Maut, Tergelincir Dari Tingkat 68 Ketika Sedang Mengambil Gambar
Seorang jurugambar Perancis yang terkenal dengan aksi mencabar maut di media sosial, menemui ajal apabila terjatuh dari aras 68 sebuah bangunan pencakar langit, ketika sedang mengambil gambar.Mangsa,Remi Lucidi, 30, atau lebih dikenali di media sosial sebagai Remi Enigma, dipercayai terperangkap di luar unit paling tinggi (penthouse) di kompleks Menara Trengunter sebelum tragedi berlaku pada jam kira-kira 7.30 petang itu.Beliau kemudiannya panik dan bertindak mengetuk tingkap, mengejutkan seorang pembantu rumah di kediaman terbabit yang selepas itu menghubungi polis, namun mangsa tergelincir jatuh menara pencakar langit itu sebelum sempat dibantu.Sebelum kematiannya, Lucidi sempat memuat naik foto yang berlatarkan pemandangan di Hong Kong dari atas.View this post on InstagramA post shared by ʀᴇᴍɪ ᴇɴɪɢᴍᴀ (@remnigma)Menurut laporan Daily Star, pihak berkuasa Hong Kong mendakwa seorang pengawal keselamatan di bangunan itu cuba menahan Lucidi selepas mengetahui alasan mangsa untuk masuk ke dalam bagi melawat rakannya di aras 40, adalah tidak benar.Peminat sukan lasak itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri dengan naik ke atas bangunan itu.“Pegawai keselamatan cuba menangkap Lucidi berdasarkan rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan lelaki itu berada di tingkat 49 dan seterusnya menaiki tangga ke atas bangunan.“Mereka yang mengejar jurugambar itu kemudian menemui pintu masuk menuju ke bahagian bumbung, tetapi gagal menemui mangsa,” menurut laporan itu.Sehingga kini, punca kematian rasmi mangsa masih belum didedahkan.Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, kamera milik Lucidi di tempat kejadian mengandungi rakaman aksi berbahaya.Sementara itu, pemilik hostel di mana Lucidi menginap, Gurjit Kaur, berkata mangsa kelihatan sihat dan gembira sebelum keluar.Lucidi, yang dikenali dengan sikap peramah dan merendah diri berjaya mengumpulkan pengikutnya di Instagram melalui kandungan gambar aksi berani, diambil di atas bangunan. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/prn-v-adik-nik-aziz-dakwa-nik-abduh-digugur-mohd-amar-bukan-tidak-mahu-dicalonkan/
PRN: [V] Adik Nik Aziz Dakwa Nik Abduh Digugur Mohd Amar, Bukan Tidak Mahu Dicalonkan
Adik kepadaAllahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Matmendedahkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah adalah punca kepada anak saudaranya, Nik Mohamad Abduh tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.Nik Din Nik Mat turut mendedahkan, nama bekas Ahli Parlimen Bachok itu pada awalnya ada sebelum ditolak oleh Mohd Amar, malah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri turut menghantar surat meminta PAS Kelantan menyenaraikan nama Nik Mohamad Abduh.Dakwanya, tindakan itu dibuat kerana calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor itu tidak mahu keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz bertapak di Pengkalan Chepa.Pendedahan itu dikongsikan menerusi satu rakaman video berdurasi dua minit 33 saat yang tular sejak Sabtu.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)“Hari ini adalah hari penamaan calon dan pada hari pengisytiharan calon Perikatan Nasional (PN) nama Nik Mohamad Abduh tidak tersenarai untuk DUN Chempaka.“Saya hairan kerana pada 23 Jun lalu saya sendiri pergi berjumpa dengan Presiden PAS dan bertanyakan sama ada parti masih memerlukan Nik Mohamad Abduh.“Presiden PAS jawab memang kita perlukan Nik Mohamad Abduh kerana beliau cerdik, kerja bagus dan dalam Parlimen pun sentiasa bersuara. Jadi saya meminta Nik Mohamad Abduh diberikan kerusi dalam Parlimen Pengkalan Chepa, tidak kira mana-mana kerusi,” katanya.Beliau yakin bila DUN Chempaka kosong dan melihat nama Nik Mohamad Abduh tidak tersenarai itu adalah kerja Mohd Amar.“Apa yang sampai di telinga saya, beliau (Mohd Amar) tidak bagi keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz bertapak di kawasan Pengkalan Chepa.“Oleh itu saya merayu kepada mereka yang melihat video ini termasuk pengundi di DUN Panchor supaya tidak mengundi Mohd Amar dan biar beliau kalah.“Biar dia tahu langit tinggi rendah kerana dia naik pun kerana rakyat. Biar dia kalah sekali dan rasa. Sekiranya ada orang seperti ini dalam PAS, ia akan merosakkan parti,” katanya.Media sebelum ini melaporkan, Nik Mohd Abduh tidak tercalon pada PRN di Kelantan walaupun nama beliau disebut-sebut bakal bertanding di satu kerusi dalam Parlimen Pengkalan Chepa. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/harga-internet-lebih-murah-menjelang-september/
Harga Internet Lebih Murah Menjelang September
Harga langganan internet dijangka lebih murah menjelang September ini apabila Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) diguna pakai, kata Menteri Komunikasi dan Digital,Fahmi Fadzil.Berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Bil7/2023 hari ini, beliau berkata penggunaan MSAP akan menyaksikan harga borong internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.“Jadi Insya-Allah menjelang bulan September, harga internet jadi lebih murah… kalau sebelum ini murah, tetapi kali ini (jadi) lebih murah,” katanya.Pada 11 Julai lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata pengurangan harga runcit bagi perkhidmatan jalur lebar tetap berdasarkan MSAP hanya boleh dilaksanakan selepas perjanjian akses dimeterai antara pembekal perkhidmatan.MCMC berkata buat masa ini, kebanyakan pembekal akses telah atau sedang dalam proses penerbitan Tawaran Akses Rujukan (RAO).Kerajaan telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap pada Februari lalu yang bertujuan membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya dan warga tua. Pakej ini disertai dengan kontrak langganan selama 24 bulan dan berharga RM69 sebulan, menyediakan kelajuan internet sehingga 30Mbps dengan data tanpa had.Fahmi berkata dasar baharu “di mana ada jalan, di situ ada internet” akan diperkenalkan bagi memastikan masyarakat mendapatkan akses internet dengan lebih meluas.Dasar berkenaan, yang akan diusahakan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama pihak seperti syarikat telekomunikasi gergasi, akan dimulakan di kawasan jalan raya termasuk jalan utama.“Kita semua mesti usaha segera, realitinya kita boleh bercakap, berkompang dan rasa bermegah dengan adanya 5G tetapi rakyat masih dambakan akses asas 4G di mana sahaja mereka berada,” katanya serta menambah bahawa internet adalah perkara asas yang penting seperti air dan elektrik.Fahmi turut memuji kesediaan dan komitmen beberapa syarikat telekomunikasi yang bersetuju menandatangani perjanjian akses untuk pelaksanaan 5G, selain bekerjasama dalam pelaksanaan Pakej Perpaduan yang kini dikenali sebagai Pakej RAHMAH untuk kurangkan kos kepada pengguna.Pada 21 Julai lalu, Fahmi berkata Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia berjaya mencapai persetujuan, berkaitan penyertaan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan perjanjian akses 5G bersama DNB.Beliau berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications, akan memuktamadkan proses pemegangan saham dalam DNB. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/tiada-lagi-burung-biru-comel-twitter-kini-dikenali-sebagai-x/
Tiada Lagi Burung Biru Comel, Twitter Kini Dikenali Sebagai ‘X’
Twitter kini dikenali sebagai X selepas pemiliknya,Elon Muskmembuat penjenamaan semula baru-baru ini.Musk sebelum ini memaklumkan akan menggunakan logo sementara ‘X’ menggantikan logo burung biru Twitter secara berperingkat.Sungguhpun menerima pelbagai kecaman, Musk nampaknya tidak berganjak dengan keputusan yang telah dibuat.Malah, Ibu pejabat X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter di San Francisco, Amerika Syarikat disinari dengan logo baharu itu pada Sabtu lalu.Our HQ in San Francisco tonightpic.twitter.com/VQO2NoX9Tz— Elon Musk (@elonmusk)July 29, 2023Logo itu bagi menggantikan logo ikonik burung Twitter dalam usaha penjenamaan semula laman sosial milik bilionair, Elon Musk.Sebelum ini, Musk menciap ucapan selamat tinggal kepada jenama Twitter termasuk logo burung.Twitter yang diasaskan pada 2006, telah menggunakan lambang burung biru dan diiktiraf di seluruh dunia selama lebih sedekad. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/prn-altimet-bawa-suara-b40-komited-tawan-lembah-jaya/
PRN: Altimet Bawa Suara B40, Komited Tawan Lembah Jaya
Selepas lebih tiga tahun bergiat aktif dalam politik,Altimetdiberikan kepercayaan oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.Tidak sekadar berharap kepada pengaruhnya dalam dunia seni, Altimet sebaliknya meletakkan lebih 100 peratus komitmen bagi mendekati pengundi, yang hampir 40 peratus adalah golongan B40 di Lembah Jaya.“Seperti pengalaman saya dalam industri muzik, sesiapa yang hanya bergantung kepada populariti sahaja adalah orang yang kurang bijak.“Betul populariti kelebihan kita (tetapi) setiap orang kalau ada kelebihan, dia ada kelemahannya dan kekurangan.“Kita kena usaha minimumkan kekurangan itu, dan pada masa sama menggunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin,” katanya.Pemilik nama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 44, menambah fokusnya di DUN Lembah Jaya adalah isu kekeluargaan, belia serta kelestarian yang meliputi infrastruktur, ekonomi serta peluang pekerjaan.Altimet meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan di Lembah Jaya.“Saya mengambil pendekatan dan pengalaman saya dalam industri muzik adalah menulis lagu. Apabila kita nak cari lagu untuk rakyat, kita kena turun ke rakyat dan mendengar.“Selama tiga tahun ini, itu kerja saya. Mungkin bila orang lalu, orang nampak saya dekat warung dan nampak dia (Altimet) tak buat kerja, (tetapi) tak. Itu sebenarnya kerja… saya mengumpul maklumat, melihat aspirasi, apa kerisauan mereka, dan sebagainya.“…Saya rasa, dari segi maklumat itu kita ada maklumat,” ujarnya lagi.Berbeza dengan beberapa selebriti yang pernah ‘gagal’ ketika mencuba nasib dalam arena politik, Ketua Cabang PKR Ampang itu berkata, dia yakin mampu mendapatkan kepercayaan penduduk di Lembah Jaya.Keyakinan itu, antaranya bersandarkan kepada prestasi yang ditunjukkan setakat ini termasuk hampir 10 bulan berkhidmat sebagai penyelaras di DUN Lembah Jaya.Altimet sempat beramah mesra dengab pasangan mempelai.Dalam masa sama, dia yang sudah lebih 13 tahun bermastautin di Ampang menyifatkan pencalonannya di kerusi berkenaan bukan sebagai misi ‘balas dendam’ selepas penyandang sebelum ini meninggalkan PKR dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).“Kita di Lembah Jaya ini tak nak pandang belakang, (tetapi) kita nak pandang ke depan. Saya bukan seorang yang suka pandang ke belakang.“Lebih baik kita merancang Lembah Jaya yang berjaya bersama untuk semua lapisan masyarakat,” kata Altimet.Altimet berdepan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sharifah.Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerusi Lembah Jaya dimenangi oleh Haniza Mohamed Talha atas tiket PKR dengan majoriti 14,790 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Pas serta Parti Rakyat Malaysia. – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/agong-permaisuri-sebak-tonton-persembahan-pantomim-op-daulat-kampung-simunul/
Agong, Permaisuri Sebak Tonton Persembahan Pantomim Op Daulat Kampung Simunul
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahdanRaja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariahhari ini berkenan untuk sembah kenal balu serta waris kepada enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban ketika menyertai Op Daulat pada Mac 2013, di Kampung Simunul, Sabah.Pertemuan itu berlangsung di Dataran Pahlawan Negara di sini dalam suasana sayu, usai persembahan pantomim bertajuk Op Daulat Kampung Simunul bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2023.Balu dan waris terbabit mewakili enam wira yang gugur pada 2 Mac 2013 iaitu Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Salam Togiran dan Deputi Superintendan Michael Padel.Wira-wira yang gugur itu adalah daripada Cawangan Khas, Pasukan Gerakan Am, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna.Seri Paduka berdua yang sebak menyaksikan persembahan pantomim itu, kemudian turun dari pentas utama bertemu balu serta waris wira-wira negara yang terkorban itu dalam suasana yang semakin sayu dengan berlatarbelakangkan lagu “Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu” nyanyian penyanyi Uji Rashid.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan mengurniakan sumbangan ketika menyantuni balu dan waris anggota PDRM dalam pertemuan itu yang turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Persembahan pantomim yang menyayat hati itu adalah hasil karya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali dan dijayakan oleh 150 anggota PDRM, Unit 69 Komando, Pasukan Gerakan Udara dan Pasukan Gerakan Am.Pantomim khas bertajuk Op Daulat Kampung Simunul berkisarkan pencerobohan di Kampung Air Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah dipersembahkan kepada orang ramai pada Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2023 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, hari ini. – Foto BERNAMAPada 12 Februari 2013, lebih 200 pengganas Sulu yang memperkenalkan diri sebagai Royal Sulu Force (RSF) menceroboh secara berperingkat dari Pulau Simunul, Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkut di selatan Filipina ke Kampung Tanduo.Kemuncak pencerobohan berlaku dengan kejadian tembakan pada 1 Mac 2013 antara pasukan keselamatan dengan RSF di Tanduo. Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/anwar-kasihankan-pn-annuar-musa-nik-abduh-tidak-bertanding-prn-bantuan-khas-kerajaan-bukan-gula-gula-prn/
Anwar Kasihankan PN | Annuar Musa, Nik Abduh Tidak Bertanding PRN | Bantuan Khas Kerajaan Bukan Gula-gula PRN
SOROTAN MENARIK AHAD 30/07/20231.PRN: Nama Annuar Musa, Nik Abduh Tiada Dalam Senarai Calon DUN Kelantan2.“Najib Minta Saya Bersihkan Namanya Berhubung RM2.6 Bilion Yang Ada Dalam Akaun Peribadinya” – Zeti Akhtar3.“Muhyiddin Dan Mahathir Pernah Label Pas Parti Ajaran Sesat, Parti Kafir…Kesian, Itu Yang Pas Usung Sekarang…” – Anwar4.Kejam! Lelaki Disyaki Dera Isteri Sampai Mati, Larikan Diri Selepas Hantar Mayat Ke Hospital5.“Sanusi Dah Hantar Surat Saman, Kita Lawan Di Mahkamah” – Saifuddin Nasution6.Peristiwa: Tahu Tak Selain Bunga Raya Ada 6 Jenis Bunga Lain Yang ‘Dicalon’ Sebagai Bunga Kebangsaan?7.Bantuan Khas Ekonomi Madani Bukan ‘Gula-gula’ PRN – Fahmi8.[V] Pempengaruh TikTok Popular Tak Puas Hati Kena Saman, Maki Anggota Polis
https://jurnal-malaysia.com/v-pempengaruh-tiktok-popular-tak-puas-hati-kena-saman-maki-anggota-polis/
[V] Pempengaruh TikTok Popular Tak Puas Hati Kena Saman, Maki Anggota Polis
Tindakan seorang pempengaruh TikTok mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis, tular.Difahamkan, wanita tersebut bertindak biadab kerana tidak puas hati dirinya disaman kerana menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.Menerusi rakaman tular tersebut, wanita yang memakai skirt pendek tersebut turut mempersoalkan individu yang merakam kejadian petang Isnin lalu itu.Sementara itu, polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes terbabit.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian berlaku di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Katanya, rakaman video kejadian yang tular di laman TikTok, dikesan semalam.“Menerusi rakaman tersebut dapat dilihat seorang wanita warga tempatan menjerit kata-kata kesat terhadap dua anggota polis yang sedang bertugas.“Dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, suspek tidak berpuas hati selepas disaman atas kesalahan memandu menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.Jelasnya, sehingga kini video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan dikhuatiri boleh menjatuhkan imej polis.Kes kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang pe kawat awam melakukan tugas, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/bantuan-khas-ekonomi-madani-bukan-gula-gula-prn-fahmi/
Bantuan Khas Ekonomi Madani Bukan ‘Gula-gula’ PRN – Fahmi
Menteri Komunikasi dan DigitalFahmi Fadzilmembidas kenyataan beberapa pihak yang mendakwa Bantuan Khas Penghargaan “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat” merupakan ‘gula-gula’ politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.Fahmi berkata pengumuman bantuan khas tersebut dibuat sebelum tempoh berkempen bagi PRN.“Kempen akan bermula secara rasmi esok selepas selesai proses penamaan calon, jadi arahan untuk tempoh berkempen adalah dari 29 Julai sehingga 12 Ogos.“Selain itu, disiplin kita (kerajaan) ialah tidak menggunakan jentera kerajaan, tidak boleh menyampaikan apa yang disebut ‘gula-gula pilihan raya’ dan tidak ada pengumuman projek ‘mi segera’,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo, hari ini.Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis peluncuran “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat” berkata kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah yang akan dibayar dalam tempoh dua minggu.Selain itu, kerajaan juga memberikan kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.Fahmi berkata kerajaan tidak boleh menghentikan perkhidmatan untuk rakyat dan menangguhkan sebarang pengumuman.“Saya umumkan (Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap) ini adakah ia gula-gula juga? Ia adalah perkhidmatan biasa, kerja kerajaan perlu diteruskan. Takkan kita hendak menangguhkan semua pengumuman,” katanya.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan serta PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 18 Ogos ini manakala tarikh penamaan calon esok dan pengundian awal pada 8 Ogos. – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/peristiwa-tahu-tak-selain-bunga-raya-ada-6-jenis-bunga-lain-yang-dicalon-sebagai-bunga-kebangsaan/
Peristiwa: Tahu Tak Selain Bunga Raya Ada 6 Jenis Bunga Lain Yang ‘Dicalon’ Sebagai Bunga Kebangsaan?
Pada hari ini dalam tahun 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.Sebelum pengisytiharan ini dibuat, Menteri Pertanian Persekutuan Tanah Melayu telah meminta pandangan umum tentang pemilihan bunga kebangsaan.Di akhir tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk pemilihan iaitu; bunga kenanga, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung.Mengikut pemilihan umum bunga mawar telah mendapat undian paling besar dari penduduk Pantai Timur sementara penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.Akhirnya Kerajaan sendiri yang memilih bunga raya untuk dijadikan Bunga Kebangsaan berdasarkan kriteria-kriteria berikut: Bunga raya terkenal di kalangan masyarakat.Warnanya menandingi warna bunga-bunga lain, warnanya hidup, gembira, girang, gilang-gemilang dan merah itu melambangkan keberanian.Kelopaknya yang lebar dan melentur tidak kurang cantiknya daripada bunga-bunga lain.Pokoknya berbunga sepanjang masa dan tidak ada musim. la boleh ditanam dengan mudah, cuma disemai dari potongan dahannya sahaja.Berdasarkan kepada kriteria-kriteria itu maka pada hari ini dalam tahun 1960 Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah membuat satu pengumuman mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan ketika merasmikan pameran Malayan Agro-Horticultural Association (MAHA) di Kelab Turf, Selangor. – JURNALSumber: ARKIB NEGARA
https://jurnal-malaysia.com/sanusi-dah-hantar-surat-saman-kita-lawan-di-mahkamah-saifuddin-nasution/
“Sanusi Dah Hantar Surat Saman, Kita Lawan Di Mahkamah” – Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismailmengesahkan telah menerima notis undang-undang daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu unsur nadir bumi (REE) dan bersedia untuk bertemu di mahkamah.Beliau yang juga Ketua Setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional mengulangi kembali kenyataannya sebelum ini bahawa REE telah dicuri di Kompartmen milik Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.“Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) dah hantar surat saman kat saya.“Tak ada masalah saya hantar peguam saya jawab balik, mai kita lawan di mahkamah. Saya kata REE dicuri, noktah,” katanya semasa berucap pada Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Manifesto Perpaduan Kedah di Dataran Laguna Merbok, pada malam Khamis.Dalam pada itu, Saifuddin turut mempersoalkan tindakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah, Datuk Md Shuhaime Abd Rahman yang didakwa tidak menjalankan siasatan ke atas 360 guni REE.“Saya nak tanya Pengarah PTG Kedah, soalan kalau lori pertama ditahan 185 guni, hang hantar kompaun kepada MBI, pasal apa kes kecurian 360 guni ini apabila hang dapat surat diberitahu bahawa berlaku kejadian ini sampai sekarang hang tak siasat, tak dibuka kertas siasatan di bawah Enakmen Mineral Negeri Kedah.“Siapa yang patut siasat? Pejabat PTG Kedah. 360 guni REE kejadian pada 31 Januari sampai hari ini, sudah tujuh bulan sebab apa tidak siasat?“Hang nak lindungi siapa wahai Pengarah PTG Kedah? Barang bukti masih ada 360 guni di stor Jabatan Hutan, saya boleh bawa. Soalan ialah kenapa dia tidak siasat,” kata beliau lagi.Pada 16 Julai lalu, Pengarah PTG Kedah, Datuk Md Shuhaime Abd Rahman tampil memberi penjelasan bahawa kompaun RM500,000 ke atas MBI kerana mempunyai kaitan mencuri REE tahun lalu adalah dibuat mengikut perundangan dan bukan ditujukan khusus kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku Menteri Besar.Jelas Md Shuhaime, pendakwaan di bawah Seksyen 426 itu dibuat selepas mendapat kuasa untuk mengeluarkan kompaun daripada Ketua Pendakwaan Kedah itu tidak menulis nama Muhammad Sanusi untuk dikompaun. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/kejam-lelaki-disyaki-dera-isteri-sampai-mati-larikan-diri-selepas-hantar-mayat-ke-hospital/
Kejam! Lelaki Disyaki Dera Isteri Sampai Mati, Larikan Diri Selepas Hantar Mayat Ke Hospital
Dera isteri sehingga mati sebelum hantar mayat wanita itu ke hospital. Perbuatan kejam lelaki itu terbongkar hasil pemeriksaan dilakukan pegawai perubatan di sebuah hospital swasta, di Kajang.Ketua Polis Daerah KajangAsisten Komisioner Mohd Zaid Hassanberkata, polis menerima laporan kejadian pada 12.15 tengah malam Ahad lalu.Menurutnya, wanita berusia 38 tahun terbabit dihantar ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.“Mangsa dihantar oleh suaminya dan selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, dia menghilangkan diri.“Pemeriksaan awal pegawai perubatan terbabit mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa.“Mayat mangsa kemudian diserahkan ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam sebuah kenyataan.Beliau berkata, hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian mangsa akibat dipukul objek tumpul sehingga mengalami kecederaan dalaman serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.“Dalam siasatan yang dilakukan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Sungai Long. Namun motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Tambahnya, polis kini sedang giat mengesan suami mangsa iaitu Mohamed Imran Mohamed, 32, beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan R K Umesh di talian 012-6114900 atau mana-mana balai polis berdekatan. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/muhyiddin-dan-mahathir-pernah-label-pas-parti-ajaran-sesat-parti-kafirkesian-itu-yang-pas-usung-sekarang-anwar/
“Muhyiddin Dan Mahathir Pernah Label Pas Parti Ajaran Sesat, Parti Kafir…Kesian, Itu Yang Pas Usung Sekarang…” – Anwar
Pengerusi Pakatan Harapan (PH),Datuk Seri Anwarsecara berseloroh menyatakan beliau kasihan dengan Perikatan Nasional (PN) terutamanya Pas.Menurutnya, hanya dua pemimpin dalam negara yang pernah melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat dan parti kafir.Dua individu itu ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun, kini, kedua-dua pemimpin itulah disanjung Pas.“Saya belum pernah dengar pemimpin UMNO kata Pas itu Parti Ajaran Sesat. Siapa yang sebut? Muhyiddin.“Satu-satunya pemimpin negara yang kata Pas parti kafir… Dr Mahathir.“Itu yang mereka usung sekarang. Kesian… Kita patut kesian kepada mereka,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di Port Dickson pada Khamis.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain.Tambah beliau, apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sakit dan ada yang mendoakan beliau meninggal dunia, pantas individu itu diarahkan meminta maaf.“Itu cara, nilai akhlak Malaysia Madani tapi mereka hari-hari maki hamun.“Ada ustaz, Tok Guru di depan, mereka masih senyum. Apa jenis agama diajar?“Kita dalam agama mesti muliakan orang. Berbeza warna kulit, budaya bukan untuk menghina tapi untuk kita hargai satu sama lain,” tegasnya. – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/najib-minta-saya-bersihkan-namanya-berhubung-rm2-6-bilion-yang-ada-dalam-akaun-peribadinya-zeti-akhtar/
“Najib Minta Saya Bersihkan Namanya Berhubung RM2.6 Bilion Yang Ada Dalam Akaun Peribadinya” – Zeti Akhtar
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)Tan Sri Dr Zeti Akhtar Azizmemberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memintanya membersihkan nama beliau berhubung RM2.6 bilion yang ada dalam akaun bank peribadinya.Bagaimanapun, Zeti berkata beliau enggan mematuhi permintaan Najib kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang akaun bank milik bekas perdana menteri itu.“Saya dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri. Beliau (Najib) meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung akaun banknya.“Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana saya tidak mempunyai pengetahuan tentang transaksi yang telah berlaku dalam akaunnya. Beliau menerima keputusan saya,” kata Zeti, saksi pendakwaan ke-46, pada perbicaraan Najib yang menghadapi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Bekas gabenor itu berkata tidak lama selepas mesyuarat itu, beliau menerima panggilan daripada seorang menteri yang membuat permintaan yang sama untuk beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian dan beliau telah memberikan jawapan yang sama.Zeti, 76, yang menjadi gabenor BNM selama 16 tahun sejak 2000 memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu mengenai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib pada masa itu.“Mengenai dakwaan yang dibuat oleh Najib semasa temu bualnya dengan Malaysiakini yang disiarkan pada 2 Julai 2018, di mana beliau mendakwa bahawa saya mengetahui tentang RM2.6 bilion dalam akaunnya di AmIslamic Bank Berhad dan bahawa saya tidak membangkitkan sebarang soalan mengenainya, saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak mengetahui transaksi yang dilakukan dalam akaunnya pada masa itu,” katanya.Zeti menjelaskan bahawa semua pemegang akaun dalam sistem kewangan dilindungi oleh peruntukan kerahsiaan perbankan dalam perundangan, justeru, tiada sesiapa boleh mengakses mana-mana akaun melainkan institusi kewangan berkenaan mengesan aktiviti yang mencurigakan dalam akaun dan melaporkannya kepada bank pusat.Beliau berkata dakwaan yang dibuat oleh Najib adalah palsu kerana pada masa itu, beliau tidak tahu bahawa jumlah RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun bekas menteri kewangan itu dan dana itu milik 1MDB.Zeti yang berkhidmat dengan bank pusat itu selama 35 tahun berkata kebimbangan utama pada masa itu ialah AmBank tidak melaporkan kepada BNM mengenai lebih 500 transaksi berkaitan akaun itu yang mencurigakan atau tidak teratur seperti yang dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).“Susulan siasatan, AmBank mengakui mengenai tiada pendedahan ini, laporan palsu dan kegagalannya dalam pematuhan peraturan berhemat.“AmBank membayar penalti tertinggi dalam sejarah kami berjumlah RM59 juta dan juga dikehendaki memperuntukkan sekurang-kurangnya RM100 juta untuk tindakan pemulihan bagi mengukuhkan sistem dalamannya bagi pematuhan pencegahan pengubahan wang haram/mencegah pembiayaan keganasan,” katanya.Sementara itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Zeti memberitahu mahkamah bahawa tiada seorang pun dalam keluarganya pernah mengambil wang 1MDB.Ahmad Akram: Daripada semua transaksi ini, adakah kamu atau ahli keluarga kamu menerima sebarang faedah daripada 1MDB?Zeti: Tiada seorang pun daripada ahli keluarga saya menerima atau mengambil wang 1MDB, walaupun satu sen.Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.Perbicaraan dihadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 14 Ogos. – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/prn-nama-annuar-musa-nik-abduh-tiada-dalam-senarai-calon-dun-kelantan/
PRN: Nama Annuar Musa, Nik Abduh Tiada Dalam Senarai Calon DUN Kelantan
Nama Pengerusi Muafakat Nasional (MN),Tan Sri Annuar Musatiada dalam senarai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.Sebelum ini media melaporkan nama Annuar turut melepasi senarai tapisan Majlis Syura Ulamak tetapi tidak tercalon untuk PRN Kelantan.Annuar yang dipecat dari UMNO telah menyertai Pas pada 10 Jun lalu.Beliau dikatakan akan menjadi calon DUN Kok Lanas, bagaimanapun kerusi tersebut diberikan kepada wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh turut tidak tersenarai sebagai calon bagi kerusi DUN Chempaka.Untuk PRN kali ini, Pas menampilkan Nik Baharum Nik Abdullah iaitu seorang peguam bagi menggantikan penyandang kerusi berkenaan selama dua penggal iaitu Ahmad Fathan Mahmood.Sebelum ini Majlis Syura Ulamak memaklumkan nama Nik Mohamad Abduh sudah melepasi tapisan untuk dinamakan sebagai calon PRN.Bagaimanapun nama bekas Setiausaha Agung UMNO dan anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nikmat tidak diumumkan pada Majlis Pengisytiharan Calon Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, pada Khamis. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/baddrol-bakhtiar-sah-calon-pn-di-kedah-bantuan-khas-kepada-kakitangan-awam-rina-harun-buat-comeback-di-prn/
Baddrol Bakhtiar Sah Calon PN Di Kedah | Bantuan Khas Kepada Kakitangan Awam | Rina Harun Buat Comeback Di PRN
SOROTAN MENARIK KHAMIS 27/07/20231.PRN: Sah, Baddrol Bakhtiar Dan Radhi Mat Din Calon PN Di Kedah!2.PRN: Rina Harun Buat Kemunculan Semula, Calon PN Di Batu Tiga, Anak Noh Omar Muka Baharu PN3.PRN: Tak Setuju Calon Bersatu Di DUN Kijal, Penyokong Pas Protes, Cabut Bendera4.PM Umum Bantuan Penghargaan Kepada Penjawat Awam RM300, Pesara RM2005.PRN: “Dah Dengar Sebulan Lalu, Tak Terkejut” – Reaksi Zahid Selepas Harrisson Hassan Sah Calon PN6.“PU Azman Minta ‘Main Belakang’” – Firdaus Wong Beri Keterangan Sebagai Saksi Ke-107.Kes PU Azman: “Saya Hanya Pemudah Cara Bantu Mangsa, Takut Ditanya Di Akhirat,” – Firdaus Wong8.“Siasatan Ke Atas 1MDB Diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA) Walaupun Bukti Terlalu Banyak…” – Zeti Akhtar
https://jurnal-malaysia.com/kes-pu-azman-saya-hanya-pemudah-cara-bantu-mangsa-takut-ditanya-di-akhirat-firdaus-wong/
Kes PU Azman: “Saya Hanya Pemudah Cara Bantu Mangsa, Takut Ditanya Di Akhirat,” – Firdaus Wong
Pendakwah bebas,Firdaus Wongtidak bersetuju dengan keterangan mendakwanya dirinya seorang yang berani, malah mengaku dia sebenarnya penakut ketika membuat hujahan prosiding kes perbicaraan amang seksual membabitkan PU Azman, hari ini.Saksi ke-10 itu memberi reaksi itu kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly, susulan keterangan saksi kelapan, Isfadiah Mohd Dasuki, 52, semalam, yang menyatakan dia meminta bantuan Firdaus memandangkan pendakwah itu berani tampil ke depan.Firdaus, 40, sebaliknya berkata, dia hanya menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan dan lebih takut dengan azab Allah sekiranya tidak membantu, meskipun sedar akan dikecam.“Saya tak tahu dan tak berani puji diri sendiri. Saya ingin jelaskan kenyataan Isfadiah, tak berani mengaku. Malah dalam satu kenyataan Sembang Viral di TV9, saya mengaku yang sebenarnya saya ni penakut.“Saya sebenarnya takut kalau di akhirat nanti Allah tanya bila orang datang minta bantuan selepas dizalimi dan saya kelebihan untuk membantu mereka, saya tak bantu mereka.“Maka saya memaksa diri membuat apa yang termampu walaupun saya tahu akan dikecam, dihina dan dicaci maki. Tetapi ketakutan kepada Allah dan azabnya membuat saya boleh hadapi caci maki itu.. Saya sebenarnya seorang penakut, bukan berani,” katanya.Ditanya mengenai peranannya di dalam kes berkenaan, Firdaus berkata, dia menjadi pemudah cara kepada mangsa, namun tidak pernah memaksa atau mengajar mangsa membuat laporan polis.“Pemudah cara dan untuk menenangkan mangsa terlibat kerana hampir semua kes yang kami kendalikan terutama bila melibatkan orang terkenal, mangsa akan alami ketakutan, trauma dan ‘anxiety’.“Tugas saya beri kefahaman yang mereka tidak akan disaman oleh pihak yang dilaporkan,” katanya.Dalam pada itu beliau turut menafikan yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa melainkan mempunyai ramai kenalan peguam yang boleh memberi nasihat.Sementara itu Firdaus memaklumkan beliau mengenali PU Azman sebagai bekas peserta realiti dakwah dan terlibat dalam industri lakonan, malah pernah berkomunikasi melalui WhatsApp.Disebabkan itu katanya, dia pada awalnya sukar untuk percaya kejadian amang seksual yang melibatkan tertuduh.Tambahnya, begitu juga dengan ibu bapa mangsa yang tidak percaya seorang ustaz selebriti tergamak melakukan perkara sebegitu rupa.Prosiding hari keempat pada hari ini bersambung pada sebelah petang dan diadakan secara tertutup kerana difahamkan salah seorang mangsa akan memberi keterangan.PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/siasatan-ke-atas-1mdb-diklasifikasi-tiada-tindakan-lanjut-nfa-walaupun-bukti-terlalu-banyak-zeti-akhtar/
“Siasatan Ke Atas 1MDB Diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA) Walaupun Bukti Terlalu Banyak…” – Zeti Akhtar
Mahkamah Tinggi, hari ini diberitahu, walaupun bukti terlalu banyak dikumpul dan direkodkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai penyelewengan dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Peguam Negara memutuskan kertas siasatan diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata Peguam Negara ketika itu Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat keputusan berkenaan pada 11 September 2015, atas sebab yang tidak diketahui.Zeti berkata, pada 13 Ogos 2015, BNM menyerahkan Kertas Siasatan (IP) kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dengan syor untuk memulakan pendakwaan jenayah dan mendakwa 1MDB termasuk pegawai kanan syarikat pelaburan strategik negara itu.Beliau yang membacakan pernyataan saksinya, berkata 1MDB dan pegawainya didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) kerana memberikan maklumat palsu kepada BNM dalam permohonannya bagi kebenaran membuat pembayaran di luar negara.Tan Sri Zeti Akhtar AzizZeti berkata, berdasarkan aturan pertukaran maklumat dalam kalangan pihak berkuasa asing, BNM menerima pendedahan secara sulit bertarikh 13 Mac 2015, membabitkan entiti asing yang memindahkan sejumlah besar dana kepada entiti yang dimiliki secara benefisial oleh Low Taek Jho atau Jho Low.Beliau berkata, pada 20 Mac 2015, BNM memulakan pemeriksaan ke atas AmBank dan Deutsche Bank Malaysia Berhad (DBMB) untuk mengesahkan dakwaan bahawa 1MDB memindahkan AS$700 juta daripada dana AS$1 bilion kepada sebuah syarikat milik persendirian.Katanya, wang itu diperuntukkan bagi pemerolehan 40 peratus saham dalam 1MDB Petrosaudi Limited dan British Virgin Island (JV Co.), begitu juga dana 1MDB lain ke akaun Good Star Limited (GSL) dan bukannya ke akaun JV Co.“Berikutan kelulusan penghantaran dana untuk pelaburan itu, sejumlah AS$700 juta daripada dana berkenaan sebaliknya dikeluarkan daripada 1MDB ke akaun Good Star Limited (GSL) melalui Deutsche Bank.“Hanya ketika pemeriksaan dibuat, adalah disahkan bahawa dana yang dibayar kepada Good Star Limited adalah dimiliki oleh Jho Low,” katanya.Zeti berkata, pada 21 April 2015, beliau bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed untuk mendedahkan penemuan itu termasuk maklumat yang mengesahkan bahawa Low pemilik benefisial akaun GSL yang menerima AS$700 juta daripada 1MDB pada 30 September 2009.Katanya, pada 9 Jun 2015, Peguam Negara (AG) ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail mengadakan mesyuarat Pasukan Petugas 1MDB pertama bagi membincangkan siasatan SPRM dan BNM mengenai 1MDB.Bagaimanapun, katanya pada 27 Julai, tahun yang sama, pasukan petugas itu ditamatkan apabila perkhidmatan Abdul Gani berakhir. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/pu-azman-minta-main-belakang-firdaus-wong-beri-keterangan-sebagai-saksi-ke-10/
“PU Azman Minta ‘Main Belakang’” – Firdaus Wong Beri Keterangan Sebagai Saksi Ke-10
Saksi ke-10 perbicaraan kes amang seksual membabitkanAzman Syah Alias, 42, hari ini, menggunakan perkataan ‘liwat’ bagi menggambarkan perbuatan ‘main belakang’ seperti yang diceritakan mangsa.Pendakwah bebas,Firdaus Wong Wai Fung, 40, berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Datin Surita Budin ketika prosiding hari keempat di Mahkamah Sesyen Seremban.Terdahulu, dalam keterangannya Firdaus memberitahu mahkamah bahawa dua mangsa menceritakan kejadian itu ketika satu perjumpaan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor pada 27 Ogos 2022 yang mana Azman meminta untuk diliwat.Menurutnya, pada perjumpaan pertama di SACC, di Shah Alam, pada 17 Ogos 2022, salah seorang mangsa tidak menceritakan mengenai kejadian liwat berkenaan, namun remaja itu membuka mulut pada pertemuan kedua kerana baru mengingatinya.“Saya tanya kepada mangsa, adakah Cik Man (Azman) minta untuk diliwat. Pada perjumpaan di SACC dia kata tak ada, tetapi pada perjumpaan di Acapella 27 Ogos, selepas seorang lagi mangsa cerita bagaimana Cik Man ada minta liwatnya di rumah Cik Man di Sendayan.“Pada waktu itu, mangsa mencelah dan berkata ‘Uncle, saya ingat balik, saya pun ada’. Saya bertanya kepada mangsa kenapa pada perjumpaan pertama kata tak ada, mangsa memberitahu dia baru kemalangan, kepala masih sakit. Kalau ingat banyak sangat kepala akan sakit sangat,” katanya, hari ini.Norman bertanya bagaimana kejadian liwat itu berlaku, Firdaus memberitahu yang mangsa menceritakan mereka dipujuk tertuduh.“Yang saya ingat seorang mangsa beritahu, ketika dia sedang mandi di rumah Cik Man, tertuduh mengetuk pintu bilik air dan memintanya untuk buka dan berkata ‘tak kan dengan ayah pun nak malu’, kerana itu bahasa digunakan.“Kemudian mangsa keluar bilik air dengan bertuala, tapi Cik Man kemudian minta ‘main’,” katanya.Firdaus juga memaklumkan, mangsa menggunakan perkataan ‘main’ ketika menceritakan kejadian itu kepadanya, namun dia menggunakan perkataan liwat bagi menggambarkan perbuatan itu ketika memberi keterangan di mahkamah.Bagaimanapun, pada penghujung prosiding Surita bertanya bagaimana Firdaus mendefinisikan perkataan main itu sebagai liwat, Firdaus memaklumkan mangsa ada menggunakan ayat ‘main belakang’ ketika menceritakan kejadian itu kepadanya.Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman.Pada 12 Oktober 2022 , PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang. – JURNALSumber:HARIAN METRO
https://jurnal-malaysia.com/prn-dah-dengar-sebulan-lalu-tak-terkejut-reaksi-zahid-selepas-harrisson-hassan-sah-calon-pn/
PRN: “Dah Dengar Sebulan Lalu, Tak Terkejut” – Reaksi Zahid Selepas Harrisson Hassan Sah Calon PN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamiditidak terkejut dengan pencalonan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, Datuk Harrisson Hassan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mewakili Perikatan Nasional (PN).Presiden UMNO itu berkata, beliau sebenarnya sudah mendengar khabar angin mengenai perkara itu sejak sebulan lalu dan akhirnya disahkan apabila nama Harrisson diumumkan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.“Kita mendengar khabar angin mengenai perkara itu kira-kira sebulan yang lalu, tetapi apabila ia disahkan untuk bertanding atas tiket parti lain, maka mengikut Perlembagaan UMNO dan juga peraturan dalam Lembaga Disiplin parti, secara automatik tergugur keahliannya,” katanya pada sidang media hari ini.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pencalonan Harrisson mewakili PN seperti diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.Ditanya sama ada Harrisson sudah meninggalkan UMNO sebelum diumumkan sebagai calon PN, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mempunyai maklumat berkenaan.“Saya sudah dengar sebulan lebih awal, saya tidak terkejut. Kita hanya memerlukan ahli yang taat kepada parti mengikut peraturan parti, jika mereka lebih taat kepada parti lain, eloklah pilihan itu dibuat oleh mereka,” katanya.Mengenai khabar angin bahawa UMNO menuntut jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya memenangi PRN, Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan.Sebaliknya Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan, sebarang perbincangan perlu diputuskan selepas hari mengundi pada 12 Ogos ini.“Kita yakin apa yang penting ialah sekurang-kurangnyanya tiga negeri yang sedia ada di bawah Kerajaan Perpaduan untuk memenangi semula negeri berkenaan.“Jangan pernah terfikir untuk lebih daripada memenangi kerusi-kerusi yang sudah diperuntukkan kepada parti.“Tiga negeri yang bukan di bawah Kerajaan Perpaduan, kita mesti berusaha dengan lebih kuat dan penuh kebijaksanaan politik untuk kita meraih dukungan daripada pengundi di negeri berkenaan,” katanya.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebelum ini dilaporkan berkata sebarang urusan penentuan dan pembentukan kerajaan negeri termasuk untuk jawatan Timbalan Menteri Besar, disifatkan terlalu awal untuk diputuskan.Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu berkata, tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan kemenangan PH-BN sebelum menentukan perkara berkenaan. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/pm-umum-bantuan-penghargaan-kepada-penjawat-awam-rm300-pesara-rm200/
PM Umum Bantuan Penghargaan Kepada Penjawat Awam RM300, Pesara RM200
Kerajaan mengumumkan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, kataDatuk Seri Anwar Ibrahim.Perdana Menteri berkata, bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.Katanya, bantuan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.“Sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.“Saya arahkan Kementerian Kewangan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan khas ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang.“Dengan pemberian permulaan ini, diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik, sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, hari ini. – JURNALSumber:BH ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/prn-tak-setuju-calon-bersatu-di-dun-kijal-penyokong-pas-protes-cabut-bendera/
PRN: Tak Setuju Calon Bersatu Di DUN Kijal, Penyokong Pas Protes, Cabut Bendera
Sebahagian bendera Pas yang telah di pasang sekitar Bukit Kuang di sini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dicabut penyokong parti itu sendiri pada kelmarin sebagai tanda protes pemilihan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.Mereka tidak berpuas hati kerana Pas dikatakan akan menyerahkan kerusi DUN tersebut kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk ditandingi.Seorang penyokong Pas tempatan yang enggan dikenali berkata, pemilihan calon Bersatu tersebut tidak mendapat restu akar umbi Pas DUN Kijal terutama dalam kalangan pengundi muda.“Calon Bersatu yang akan diletakkan bertanding (di DUN Kijal) difahamkan bukan orang tempatan.“Apatah lagi kita akan melawan penyandang, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi BN negeri,” dakwanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.Dia berkata, kebanyakan ahli Pas setempat lebih menyukai Yang DiPertua Pas Kemaman, Hazri Jusoh yang juga penyelaras DUN Kijal.Jelasnya, Hazri telah dikenali dan kerap turun padang membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat sejak sekian lama.“Begitupun isu protes itu telah diselesaikan secara baik. Bendera (Pas) yang dicabut sebelum ini telah dipasang semula malam tadi,” katanya. – JURNALSumber:KOSMO! ONLINE
https://jurnal-malaysia.com/prn-rina-harun-buat-kemunculan-semula-calon-pn-di-batu-tiga-anak-noh-omar-muka-baharu-pn/
PRN: Rina Harun Buat Kemunculan Semula, Calon PN Di Batu Tiga, Anak Noh Omar Muka Baharu PN
Datuk Seri Rina Harunmembuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.Ketua Srikandi Bersatu itu sebelum ini tersungkur di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dijangka berdepan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Danial Al Rashid Haron dan Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).Sementara itu, PN turut mengambil langkah berani dengan menampilkan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT), Muhammad Fazil Mohd Dali atau lebih dikenali sebagai Ayahanda Cik Ton di DUN Pandan Indah.Muka baharu yang turut dikemukakan ialah anak bekas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, Nurul Syaz­wani, yang akan bertanding di DUN Permatang.Anak bekas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, Nurul Syaz­wani.Senarai 56 calon yang bertanding di DUN Selangor pada PRN ini diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – JURNALSumber:AWANI
https://jurnal-malaysia.com/prn-sah-baddrol-bakhtiar-dan-radhi-mat-din-calon-pn-di-kedah/
PRN: Sah, Baddrol Bakhtiar Dan Radhi Mat Din Calon PN Di Kedah!
Nama bekas kapten pasukan bola sepak Lang Merah,Baddrol Bakhtiardiumumkan sebagai calon muka baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah kali ini.Perkara itu diumumkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Sanusi Md Nor pada Majlis Pengumuman Calon Perikatan PN Kedah di Kompleks Pas Kedah pada Rabu.Pengumuman itu sekali gus menjawab teka teki berhubung nama pemain bola sepak itu yang sebelum ini disebut-sebut bakal menjadi salah seorang calon PN di Kedah.Sebelum ini, Baddrol yang juga merupakan tunjang kepada pasukan Sabah FC membuat keputusan untuk berundur dari pasukan itu setelah menzahirkan hasrat untuk menyertai politik tanah air.Baddrol dijangka berdepan saingan sengit bertemu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Mohammed Firdaus Johari (PKR).Untuk rekod pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, DUN Gurun dimenangi Datuk Johari Abdul yang mewakili Pakatan Harapan (PH) selepas meraih 10,732 undi, namun beliau mengosongkan kerusi itu susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Disember lalu.Selain Baddrol, seorang lagi legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din turut diumumkan bertanding bagi kerusi DUN Alor Mengkudu.Radhi yang ketika ini memegang jawatan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Lada, pernah menjadi calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, namun tewas di Parlimen Pokok Sena. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/sukan-sekolah-guna-padang-snbj-zeti-aziz-saksi-1mdb-elaun-madani-kakitangan-awam-palsu/
Sukan Sekolah Guna Padang SNBJ | Zeti Aziz Saksi 1MDB | Elaun Madani Kakitangan Awam Palsu
SOROTAN MENARIK RABU 26/07/20231.Sekolah Boleh Anjur Hari Sukan Di Stadium Nasional Bukit Jalil Secara Percuma – Hannah Yeoh2.The Muslim World Summit 2023 Himpun Wanita Seluruh Dunia September Ini3.Konsert MUSE Tak Jejas Proses Penggantian Rumput Di Stadium Nasional Bukit Jalil4.[V] Teringat Anak Di Rumah Punca Pembaca Berita Gagal Menahan Sebak Ketika Siaran Langsung5.PRN: Jangan Pasang Bahan Kempen Pada Premis, Alat TNB Termasuk Tiang Elektrik6.Kerajaan Perkenal Elaun Madani Kepada Penjawat Awam, Disahkan Palsu7.Bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz Hadir Sebagai Saksi Pendakwaan Kes 1MDB8.Peristiwa: Hari Ini 61 Tahun Lalu, Tun Ismail Ali Warganegara Pertama Dilantik Sebagai Gabenor
https://jurnal-malaysia.com/peristiwa-hari-ini-61-tahun-lalu-tun-ismail-ali-warganegara-pertama-dilantik-sebagai-gabenor/
Peristiwa: Hari Ini 61 Tahun Lalu, Tun Ismail Ali Warganegara Pertama Dilantik Sebagai Gabenor
Pada hari ini dalam tahun 1962, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung berkenan melantikIsmail Mohd Ali(belum peroleh gelaran Tun) sebagai Gabenor Bank Negara Persekutuan Tanah Melayu.Beliau merupakan warganegara pertama dilantik menjawat jawatan tersebut.Perlantikan ini dibuat setelah Datuk W.H. Wilcock menamatkan perkhidmatannya setelah memegang jawatan tersebut dari 26 Januari 1959.Beliau merupakan pegawai dari Reverse Bank, Australia dan telah dipinjamkan untuk berkhidmat dengan Bank Negara selama tiga tahun.Ismail Mohd Ali merupakan seorang Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, yang dipinjam bagi tempoh lima tahun mengikut undang-undang Bank Negara.Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Pengarah Eksekutif International Bank for Reconstruction and Development, Washington, 1958-1960.Perlantikan beliau ini merupakan langkah permulaan untuk memenuhi dasar bank dan kerajaan bagi menggalakkan penglibatan penuh warganegara khususnya Bumiputera di lapangan Pengurusan Bank. – JURNALSumber : ARKIB NEGARA MALAYSIA
https://jurnal-malaysia.com/bekas-gabenor-bank-negara-zeti-aziz-hadir-sebagai-saksi-pendakwaan-kes-1mdb/
Bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz Hadir Sebagai Saksi Pendakwaan Kes 1MDB
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),Tan Sri Zeti Akhtar Azizhadir di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, dipercayai sebagai saksi pendakwaan bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.Zeti yang memakai jubah berwarna biru gelap, tiba pada jam 1.55 petang dengan diiringi beberapa pegawai.Beliau akan mengikuti prosiding yang dijalankan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah. Pada prosiding tahun lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pernyataan saksi sudah tersedia dan Zeti Akhtar akan membacanya dalam prosiding itu. – JURNALSumber:SINAR HARIAN
https://jurnal-malaysia.com/kerajaan-perkenal-elaun-madani-kepada-penjawat-awam-disahkan-palsu/
Kerajaan Perkenal Elaun Madani Kepada Penjawat Awam, Disahkan Palsu
Poster yang tersebar di media sosial mendakwa kerajaan akan memperkenalkan Elaun Madani dengan bayaran minimum RM800 kepada penjawat awam adalah tidak benar.Kementerian Kewangan menerusi hantaran di Facebook hari ini menegaskan maklumat tersebut adalah palsu dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu di media sosial.“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran itu. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/prn-jangan-pasang-bahan-kempen-pada-premis-alat-tnb-termasuk-tiang-elektrik/
PRN: Jangan Pasang Bahan Kempen Pada Premis, Alat TNB Termasuk Tiang Elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan parti politik supaya tidak memasang sebarang bahan kempen pada premis atau pepasangan (perkakas atau alat-alat seperti wayar) elektrik milik syarikat utiliti itu sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN), mulai Sabtu ini.Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNBWan Nazmy Wan Mahmoodberkata, larangan itu termasuk menampal atau menggantung bahan kempen seperti poster, bendera, gegantung dan sepanduk di menara penghantaran, tiang elektrik, peti pembekal, pencawang, tiang elektrik konkrit dan talian atas.“Pemasangan bahan kempen itu boleh menghalang warga kerja TNB untuk mendapat akses bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pemulihan bekalan.“TNB juga mengingatkan orang ramai supaya tidak memegang, membawa atau memasang tiang bendera di bawah mana-mana talian penghantaran elektrik termasuk tiang bendera yang diperbuat daripada buluh.“Perbuatan ini boleh menyebabkan renjatan elektrik kepada mereka yang berada berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.Wan Nazmy berkata, aktiviti berbahaya itu menyalahi peruntukan Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) iaitu mengganggu, mencacatkan atau merosakkan pepasangan elektrik.“Sebagai langkah pencegahan, TNB menerusi rondaan rutin akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa untuk menurunkan bahan kempen pilihan raya yang berisiko menimbulkan bahaya dan masalah kepada pengguna,” katanya.Menurutnya, TNB juga memohon kerjasama semua pihak supaya mengelak daripada melakukan kerja pengorekan tanah dalam usaha mengurangkan risiko menyentuh kabel elektrik, sekali gus menghindari kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.“Perbuatan ini boleh mengundang bahaya kerana berisiko mengakibatkan renjatan elektrik.“Ia juga mungkin menyebabkan gangguan bekalan elektrik ke premis penting sepanjang proses pilihan raya ini seperti pusat penamaan calon, pusat mengundi dan pusat penjumlahan rasmi undi.“Nasihat kami, kerja-kerja pengorekan ini ditangguhkan dulu dan jika tidak dapat dielakkan. Sila hubungi pejabat TNB berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat supaya semua prosedur dan tatacara dipatuhi sekali gus mengurangkan risiko gangguan bekalan,” katanya.Orang ramai yang melihat situasi boleh mengancam keselamatan orang lain atau menjejaskan bekalan elektrik, boleh menghubungi Facebook TNB CareLine atau talian 15454 supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mencegah perkara tidak diingini berlaku. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/v-teringat-anak-di-rumah-punca-pembaca-berita-gagal-menahan-sebak-ketika-siaran-langsung/
[V] Teringat Anak Di Rumah Punca Pembaca Berita Gagal Menahan Sebak Ketika Siaran Langsung
Baru-baru ini tular video seorang pembaca berita di sebuah sebuah stesen penyiaran terkemuka gagal menahan sebak ketika sedang bersiaran langsung.Norintan Ezreena Amir Hamzah, tidak dapat mengawal emosi ketika menyampaikan berita tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).View this post on InstagramA post shared by JURNAL (@jurnal.malaysia)Walaupun suara Norintan tersekat-sekat ketika membaca berita duka tersebut, namun atas dasar profesional dia tetap menghabiskannya sehingga ayat yang terakhir.Menurut Norintan dia gagal mengawal emosi kerana teringatkan anaknya yang seusia mangsa.“Ketika saya menyampaikan berita kanak-kanak itu, saya terfikirkan anak saya yang juga berusia empat tahun. Ketika itu naluri saya sebagai seorang ibu tiba-tiba tersentuh.“Ini bukan kali pertama saya sebak. Sebelum ini pun ada juga berita yang berkaitan dengan anak kecil, warga emas yang menyedihkan membuatkan air mata saya mengalir. Itu normal sebagai seorang manusia. Cuma saya perlu lebih profesional dalam menyampaikan tugasan” katanya. – JURNAL
https://jurnal-malaysia.com/konsert-muse-tak-jejas-proses-penggantian-rumput-di-stadium-nasional-bukit-jalil/
Konsert MUSE Tak Jejas Proses Penggantian Rumput Di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penganjuran konsert kumpulan rock terkemuka dari United Kingdom, Muse, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pada Sabtu ini tidak akan menjejaskan proses penggantian rumput padang baharu, Zeon Zoysia, yang sedang dilaksanakan ketika ini.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM),Mohd Faidz Sanusiberkata, setakat ini rumput masih belum ditanam manakala permukaan padang SNBJ yang diseliputi pasir akan dilindungi dengan ‘pitch cover’ sepanjang konsert berjudul Will of The People World Tour 2023 itu berlangsung.“Tidak terjejas (proses penggantian rumput), bahkan tiada rumput lagi, cuma sistem pengaliran sudah selesai. Setakat ini progres penukaran rumput sudah lebih 50 peratus.“Selepas tamat konsert Muse, kontraktor akan mula menanam rumput baharu bermula 1 Ogos ini dan memakan masa selama dua minggu,” katanya.Muse yang popular menerusi lagu Time Is Running Out, Supermassive Black Hole dan Starlight pernah menggegarkan Stadium Negara menerusi konsert sulung mereka di Malaysia pada 2007.Dalam pada itu, Mohd Faidz menjangkakan proses penggantian rumput baharu tersebut dijadual siap sepenuhnya pada hujung September dan seterusnya sempat digunakan untuk penganjuran Pestabola Merdeka, Oktober ini.Selain Harimau Malaya, Pestabola Merdeka yang kembali dianjurkan selepas 10 tahun menyepi akan melibatkan India, Palestin dan Lubnan selaku pencabar utama skuad kendalian Kim Pan Gon.Beliau pada masa sama berkata, pembinaan nurseri bersebelahan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil juga turut mencapai tahap kemajuan lebih 50 peratus.“Sebelum ini, sekiranya padang rosak kita akan betulkan dekat padang sendiri namun selepas ini kita boleh cabut patch yang rosak dan ganti dengan baharu dari nurseri,” katanya.Sementara itu, Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac menyerahkan kepada kontraktor dalam menentukan waktu yang sesuai untuk padang sedia digunakan selepas proses penggantian rumput berjaya dilaksanakan.Penanaman rumput Zeon Zoysia sejak April lepas bagi menggantikan jenis Cow Grass sedia ada, disifatkan lebih sesuai dengan keadaan cuaca serta iklim di negara ini dengan kos dianggarkan mencecah sehingga RM1.4 juta dan ditaja oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.SNBJ sebelum ini pernah menggunakan rumput jenis Bermuda Greenless Park bermula 1998-2005, Marimo Seashore Paspalum bersama Zoysia Material (2005-2013) dan Bermuda Mountain Green bersama Princess (2013-2015). – JURNALSumber:BERNAMA
https://jurnal-malaysia.com/the-muslim-world-summit-2023-himpun-wanita-seluruh-dunia-september-ini/
The Muslim World Summit 2023 Himpun Wanita Seluruh Dunia September Ini
Muslim World Biztahun ini akan menganjurkan acara tahunan The Muslim World Summit 2023, yang akan diadakan pada 1 dan 2 September 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, Malaysia.Acara penganjuran bersama OIC International Business Centre ini akan menghimpunkan wanita-wanita dari seluruh dunia, bagi meneroka potensi baharu, serta peluang untuk mengembangkan kebolehan wanita, dalam memacu kemajuan sosial dan ekonomi.Selain itu, acara ini turut mendapat kerjasama The Islamic Centre for Development of Trade (ICDT) yang berpangkalan di Morocco yang merupakan subsidiari Organisation of Islamic Cooperation (OIC).Bertemakan ‘The Powerful Women Next Generation Vanguard of Feminine Power,’ barisan panel persidangan akan berkongsi wawasan, pengalaman, dan strategi mereka untuk meningkatkan status ekonomi wanita di seluruh dunia.The Muslim World Women’s Summit 2023 merangkumi acara-acara seperti di bawah:1. The Muslim World Women’s Summit 20232. World Islamic Fashion Conference 20233. The Muslim World Rania Award 20234. Exhibition ZoneThe Muslim World Women’s Summit 2023 dijangka disertai oleh pemimpin-pemimpin, usahawan, ahli akademik dan delegasi-delegasi dari negara-negara OIC.“Peranan dan penyertaan wanita sangat penting di dalam membantu pembangunan sesebuah negara.Presiden The Muslim World Women’s Summit 2023, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyeru penglibatan wanita dari pelbagai latar belakang untuk memperkasakan lagi program ini.“Dalam usaha untuk memperkasakan lagi agenda ini, saya ingin menyeru penglibatan semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk bersatu dalam memacu kemajuan dan sosial ekonomi negara,” katanya.Sementara itu Pengerusi The Muslim World Women’s Summit, Dr Laila Rani Datuk Dr Raja Mohamad, berkata acara tersebit dianjurkan bagi meraikan sumbangan wanita.“Kami berbesar hati untuk menganjurkan acara ini bagi meraikan sumbangan wanita dan membuka peluang kepada golongan wanita bagi membina rangkaian dan hubungan dengan wanita-wanita yang berprofil tinggi serta pemimpin-pemimpin wanita dari negara OIC.“Persidangan ini juga diharap menjadi pemangkin kepada perubahan transformatif disamping mempromosikan kebajikan dan kemajuan wanita dalam masyarakat kita,” katanya.Berikut adalah beberapa fakta penting berkenaan The Muslim World Women’s Summit 2023:• 30 negara yang mengambil bahagian – Malaysia, Iran, Indonesia, Brunei, Jordan, Oman, Mauritius, Maldives, UAE, Korea, Japan and Thailand.• 4,876 meter persegi ruang pameran – Zon pameran akan merangkumi 2 dewan di Kuala Lumpur Convention Centre.• Lebih 200 gerai pameran – pelbagai produk dan perkhidmatan akan dipamerkan kepada semua pengunjung.• 15,000 pengunjung – The Muslim World Women’s Summit 2023 disertai oleh negara-negara anggota OIC.The Muslim World Women’s Summit 2023 terbuka kepada peserta dari semua latar belakang yang mempunyai matlamat yang sama dalam memperkasakan ekonomi wanita.Persidangan ini menjemput semua pegawai-pegawai kerajaan, NGO, pemimpin korporat, ahli akademik dan semua individu yang berminat untuk mengambil bahagian.Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut tentang acara The Muslim World Women’s Summit 2023, sila layari laman sesawangwww.muslimworldbiz.com– JURNAL